Pahang · 4 December 2024
15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 270 turns · 25,726 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari : Rabu, 4 Disember 2024 Bersamaan 2 Jamadilakhir 1446 Hijrah
Masa : 9.30 pagi
DOA
Perkara Pertama: Doa.
(Ayat al-Quran). Assalamualaikum WBT. Marilah kita sama-sama membaca Ummul Kitab, Al-Fatihah. (Ayat al-Quran). Segala puji bagi Allah, dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepadaNya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan. Mudah-mudahan sentosa, aman makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkatMu ke atas kami berhimpun, dipohon anugerahkan TaufikMu, dipohonkan menyuluh, memandu pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin Ya Rabbal Alamin.
Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions
Perkara Kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.
(Ayat al-Quran). Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera, selamat pagi. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah dan marilah kita sama sama bersyukur kepada Allah SWT, dengan izinNya kita semua dapat menghadiri Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang yang Ke-15 pada pagi yang berbahagia ini. Seperti biasa, kita akan memulakan mesyuarat kita ini dengan pertanyaan-pertanyaan. Baiklah, untuk meneruskan atur cara urusan mesyuarat yang seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kemayan.
(Ayat al-Quran). Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya kemukakan pertanyaan nombor 1.
[Adakah pihak Pengurusan Air Pahang (PAIP) telah melaksanakan kajian pelaksanaan projek mengikut keutamaan di setiap Daerah bagi mengenal pasti masalah utama gangguan bekalan?]
Assalamualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, sebelum saya menjawab, Dato’ Sri Speaker sihat dah?
Beransur-ansur pulih, insya-Allah.
Alhamdulillah, sebab dapat berita semalam demam sikit ya. Tu nampak hari ini ceria lain macam.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada ADUN Kemayan yang begitu prihatin bertanyakan soalan adakah pihak PAIP ataupun Pengurusan Air Pahang melaksanakan kajian mengikut keutamaan. Untuk makluman Yang Berhormat dari Kemayan, jawapannya ada. Jawapannya ada. Jadi bila ada tu apa yang kerajaan negeri buat Yang Berhormat Speaker?
Pertama sekali, kerajaan negeri menubuhkan task force yang diketuai oleh saya sendiri dan turut ada di dalam task force tersebut ialah Yang Berhormat Setiausaha Kejaan Pahang yang juga merupakan Pengerusi PAIP. Di dalam task force tersebut er… kita memanggil CEO PAIP untuk melihat perkembangan keutamaan dan keadaan keseluruhan dan begitu juga dengan sasaran kerajaan negeri yang di mana er… kita menjanjikan atau berusaha ataupun berikhtiar supaya menjelang tahun 2026, 90% masalah air di Pahang ini akan dapat diminimakan ataupun diselesaikan. Dalam… dalam masa yang sama juga kita akan melihat beberapa masalah seperti di tempat-tempat yang blackspot di seluruh negeri dan juga telah memohon peruntukan dan pembiayaan rentas agensi termasuklah daripada Pengurusan Aset Air Berhad dan juga peruntukan dalaman PAIP, kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Melalui task force ini juga perkembangan pelaksanaan oleh PAIP dari masa ke semasa sentiasa dipantau oleh kerajaan negeri. Untuk makluman, sehingga bulan 9 atau September 2024, berdasarkan 217 Projek Pembangunan Bekalan Air Negeri Pahang Fasa 1, sejumlah 107 projek siap dilaksanakan, 33 projek dalam pembinaan dan 77 projek di peringkat prapembinaan dan er... PAIP sehingga ke hari ni,
alhamdulillah begitu kekal komited dan akan terus menambah baik mutu perkhidmatan mereka. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan.
Sila Wakil Cheka.
Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, er… berdasarkan laporan kita dapati sebanyak 12 gangguan siri bekalan air sepanjang tempoh 2024 dan dia berpunca daripada terputusnya bekalan elektrik yang mengganggu 10 loji dan 2 rumah pam. Persoalan saya ialah mekanisme untuk mengatasi gangguan bekalan elektrik ini di luar jangkaan syarikat PAIP? Yang keduanya ialah berapa jumlah hutang terkini PAIP kepada Tenaga Nasional Berhad? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Terima kasih kepada ADUN Cheka. Di Cheka macam mana Yang Berhormat? Gangguan air?
Ada satu, dua kawasan yang dalam proses dan saya dah ada dapat maklumat tentang penambahbaikan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Minta maaf Speaker, bertanya Cheka.
Elok, boleh tanya.
Sebab semalam Cheka balik kawasan, Tuanku berangkat. Tapi satu, dua tu kira tak ada masalahlah. Biasalah, kan? [Ketawa]
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Terima kasih kepada ADUN Cheka, kerajaan negeri sememangnya sangat prihatin berhubung dengan gangguan bekalan air ini dan keprihatinan kita itu kita terjemahkan dengan menubuh... dengan apa ni… kita outsource. Outsource maknanya er… setiap gangguan bekalan elektrik er… bekalan air yalah letrik pun masuk sama, kita outsourcekan supaya ianya dapat diambil tindakan dengan segera dan ianya baru dilaksanakan pada tahun inilah. Dan kesan daripada itu Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan juga untuk makluman daripada ADUN Jengka, kita telah berjaya mengurangkan… mengurangkan aduan. Ini angka ya… angka yang dapat… yang saya dapat daripada PAIP yang selalu update kepada saya daripada…
Angka tidak pernah berbohong ya Yang Berhormat… Yang Amat Berhormat. Angka tidak pernah berbohong.
Ya, angka tidak pernah berbohong kecuali kita je lah yang berbohong [ketawa]. Yang Berhormat daripada Cheka ya, ini untuk rekod. Daripada 24,877 kebetulan ni angka ni ada dengan saya, aduan yang kita terima, kita berjaya mengurangkan kepada 4,147 dalam masa tiga bulan sahaja apabila kita outsourcekan. Dan er… saya harap ianya akan dapat dikurangkan lagi. Dan dalam masa yang sama juga, saya bersama dengan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri telah pun mengarahkan semua pejabat PAIP di daerah di negeri Pahang supaya menyelesaikan aduan dalam masa tiga hari dan hasil perbincangan antara saya dengan pengurusan PAIP, mereka memberi jaminan masalah air yang diadukan boleh diselesaikan dalam masa tiga hari. Ini yang… yang… yang bukan majorlah. Mana yang aduan macam semalam pokok tumbang di… di Lembah Semantan kalau tak silap saya, di mana pokok durian tu tumbang kena jambatan, jambatan terbelah dua, batang paip pecah dan er… PAIP dapat menyelesaikan dalam masa 12 jam. Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada PAIP Yang Berhomat Dato’ Sri Speaker. [Ahli Dewan menepuk meja].
Jadi memang betul bekalan air ni dia berkait rapat dengan elektrik. Dia bila… bila elektrik tak ada, bekalan air pun tak ada. Jadi, saya berharap dua agensi ni dapat bekerjasama untuk membincangkan sekiranya ada masalah timbul. Tu saja Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya harap jawapan saya ni…
Sila wakil daripada Kemayan, Wakil Kemayan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Selain daripada usaha gigih PAIP menambah baik pembekalan air melalui projek-projek yang sedang dan akan dilaksanakan, apakah perancangan PAIP untuk memastikan isu paip pecah dan paip bocor dapat ditangani dengan lebih efisien dan lebih pantas?
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada ADUN Kemayan. Usaha kita selain daripada kita outsourcekan tadi, kemudian kita minta supaya masalah dapat diselesaikan dalam masa tiga hari dan PAIP juga telah berjaya menukarkan paip-paip yang usang. Paip-paip yang usang sudah begitu lama. Ada yang dikatakan sebelum merdeka pun ada paip ni. Saya difahamkan macam tulah dan untuk makluman Yang Berhormat daripada Kemayan sehingga hari ini, kita telah berjaya menukar paip-paip usang sepanjang 154 kilometer. Setakat hari ni 154 kilometer paip-paip usang yang telah kita tukarkan dan ini…
Itu di Kemayanlah.
Ha… ya keseluruhan negeri Pahang, di seluruh negeri Pahang Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan 186 kilometer paip sedang dalam pelaksanaan. Makna 115 kita dah tukar dan 100 dalam pelaksanaan sepanjang 186 kilometer. 186 kilometer ni daripada Kuantan ke mana? Ke Lipis dak? Lipis ke Cameron Highlands, Speaker?
Er… Bentong.
Bentong? Betul ke Speaker ni? [Ahli Dewan Ketawa]. Sebab Yang Berhormat Speaker ni jawab tetap jawab, betul salah cerita lain [ketawa]. Tak apa lepas ni kita check [ketawa]. Jadi, dengan peruntukan sebanyak RM200 juta yang kita belanjakan untuk menukarkan paip. Jadi, projek penukaran paip ini akan terus kita laksanakan sehingga akhir tahun 2026, insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Soalan tambahan.
Sila wakil daripada ini.
Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Soalan saya bolehkah pihak PAIP mengemukakan cadangan kepada pihak TNB Pahang supaya disediakan lori genset, standby untuk masalah sebab benda ni berlaku di mana-mana? Saya rasa tak ada masalah benda ni, genset. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Jawapannya boleh. Boleh, insya-Allah. Saya yakin wakil daripada TNB pun ada dan membekalkan genset ini adalah satu perkara mudah bagi TNBlah. Lebih dari tu pun dia boleh bekalkan. Kadang-kadang saya tengok kontena dia hantar tu kalau ada program-program yang melibatkan Tuanku dan sebagainya. Boleh Yang Berhormat? Begitulah, terima kasih. Satu cadangan yang baik Speaker.
Okey.
Soalan tambahan.
Ini last ya saya bagi pasal Yang Amat Berhormat, minta maaf Yang Amat Berhormat dua hari tak ada rupanya hot, semua nak bertanya. [Ahli Dewan ketawa]
Terima kasih.
Tak apa saya bagi, saya bagi apa nama… soalan terakhir ni.
Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Tahniah kepada kerajaan atas kajian pelaksanaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan air. Untuk makluman Dewan, Loji Rawatan Air Kampung Rekoh menampung lebih daripada 11,000 akaun dan menyalurkan ke kawasan perumahan yang agak jauhlah. Jadi soalan saya, adakah kerajaan berhasrat untuk membina loji rawatan air di Selancar untuk menampung pembinaan kawasan perumahan yang baru selain daripada yang sedia adalah? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Bukit Ibam. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, ketidakberadaan saya di Dewan ni dua hari kerana saya mengiring Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku. Hari yang pertama di Temerloh, pingat… Tengku Mahkota dan hari yang kedua Tuanku berangkat ke kampung saya sendiri. Jadi, saya tidak dapat datang ke Dewanlah ya. Saya kena bagitahu sebab Speaker dia tak cakap habis. Dia kata, saya dua hari tak ada Dewan. Kalau dia kata saya tidak ada dua hari dia explain sikit, okeylah.
Yang Amat Berhormat, saya nak bagi Yang Amat Berhormat jawab tulah. [Ahli Dewan ketawa]
[Ketawa] Oh… terima kasih. Berbalik kepada soalan daripada Bukit Ibam, terima kasih kerana bertanyakan mutu perkhidmatan air sejauh… seramai 11,000 pemegang akaun. Jadi, soalan yang ditanyakan adalah… adakah kerajaan negeri akan membina LRA, loji rawatan air di kawasan tersebut? Jawapannya ialah saya minta pihak PAIP mengkaji dan meneliti cadangan tersebut kerana setiap LRA yang dibuat melibatkan kos yang tinggi. Jadi, kita tidak tahu sama ada mencukupi dengan kos yang akan dibuat ataupun ada alternatif lain dan sebagainya. Kalau sekiranya perlu, kerajaan negeri akan sokong, Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Terima kasih.
Soalan seterusnya wakil daripada Ketari.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Soalan Ketari nombor 2.
[Apakah hala tuju dan perancangan kerajaan negeri untuk menggalakkan perkembangan industri pengeluaran eksport durian Musang King dari negeri Pahang?]
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, terima kasih kepada ADUN daripada Ketari yang telah membangkitkan tentang hala tuju dan perancangan kerajaan negeri berkaitan dengan industri pengeluaran dan eksport durian Musang King di negeri Pahang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi memperkukuhkan sektor pertanian melalui pemerkasaan industri tanaman durian. Berdasarkan data dari Jabatan Perangkaan Malaysia atau DOSM, keluasan tanaman durian di negeri
Pahang adalah sebanyak 15,893.63 hektar pada tahun 2022, meningkat berbanding tahun 2021 seluas 14,803.2 hektar dengan nilai pengeluaran sebanyak 122,290.97 metrik tan yang nilainya lebih kurang dalam RM2.495 juta telah dihasilkan oleh negeri Pahang. Malahan negeri Pahang telah menerima peruntukan sebanyak RM2 juta pada tahun 2024 bagi pembangunan industri durian di negeri Pahang termasuklah pemberian input tanaman durian. Selain daripada itu, pusat pemprosesan durian di negeri Pahang juga telah meningkat kepada 20 buah melibatkan daerah Bentong, Raub dan Jerantut.
Negeri China merupakan pengimport yang terbesar bagi durian Malaysia dan tahun 2022, sebanyak 65.63% durian di Malaysia telah dieksport ke negara China. Pertumbuhan pasaran durian di China memerlukan bekalan kualiti… berkualiti yang konsisten. Justeru, prestasi kos rantaian bekalan yang optimum dan spesifikasi penarafan yang tetap amat diperlukan. Durian ini juga telah dieksport ke negara… ke luar negara dalam bentuk buah segar biji (fresh whole fruit) dengan izin, buah sejuk beku (frozen hold fruits), ulas sejuk beku (frozen pulp) dengan izin, dan pes dengan pasaran utama ke negara China.
Eksport durian segar ni yang pertama lebih kurang 40 metrik tan telah dihantar ke China… ke China dalam bulan Ogos yang lalulah, 24… 25 hari bulan. Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Pertanian telah berperanan dalam memperkasa industri durian di negeri ini dengan melaksanakan beberapa program terpilih. Antaranya program perkembangan teknologi, bantuan khidmat nasihat secara teknikal, perundingan seperti pembukaan kawasan, pemilihan variety yang berkualiti, kesesuaian tanah, kaedah pembajaan, kawalan penyakit dan perosak, pensijilan MyGAP (Amalan Pertanian Baik) Good Agricultural Practices, dengan izin, program lepas tuai, laluan pasaran dan penghasilan produk industri hiliran.
Jabatan Pertanian juga turut membantu pengusaha durian mengeluarkan hasil yang berkualiti melalui amalan pertanian yang baik sehingga memperolehi pensijilan MyGAP dan sijil Persijilan Organik Malaysia (myOrganic) bagi memudahkan… pengeksportan durian Musang King ke negara luar terutama sekali negara China.
Selain daripada itu, sesi bengkel dan libat urus bersama pengusaha-pengusaha tanaman durian di negeri Pahang dan pemain-pemain industri juga turut dilaksanakan bagi mengenal pasti masalah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan dan latihan atau bantuan yang boleh diberikan kepada pengusaha durian di negeri Pahang.
Malahan sebenarnya kita juga kerajaan negeri telah meluluskan 30… bilangan 30 projek durian yang melibatkan seluas 7,454.04 ekar tanah Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (PSK) iaitu di Bentong, kita ada 7 yang melibatkan 686.18 ekar, di Kuantan ada 3 projek yang melibatkan 1,350 ekar, di Lipis ada 6 melibatkan 1,682.98 ekar, di Maran ada satu melibatkan 41.23 ekar, di Raub ada 9 melibatkan 2,848.3 ekar di… dan di Temerloh ada 4 melibatkan 845.35 ekar dan nilaian eksport dalam tahun 2022 lebih kurang dalam RM887 juta dan dijangkakan dalam tahun 2030 ianya akan meningkat sehingga RM1.8 bilion. Terima kasih Dato' Sri.
Sila, YB Ketari.
Terima kasih Dato' Sri Yang Berhormat Speaker. Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan oleh wakil kerajaan. Memang industri durian ini adalah satu industri yang berkembang dan sepertimana yang dinyatakan menjelang tahun 2030, nilai eksport akan dijangka anggarkan sebagai RM1.8 bilion dan pada bulan Ogos memang negara China telah buka untuk pengeksportan durian segar kepada negara China. Soalan saya adalah, adakah kerajaan telah menjalankan kajian kesesuaian buah durian Musang King segar ni dieksport ke negeri China? Sebab jangka masa shelf life katakan ia amat pendek bukan berbanding dengan jenis-jenis durian yang lain di mana ada negeri telah pun hasil tak tunggu… tak tunggu dia gugur.
Mereka akan petik bila ada 80% dan dieksport sampai sana dia ripe, dengan izin, untuk dijual. Jadi, adakah kesesuaian Musang King ini telah dikaji? Dan yang kedua sepertimana yang kita tahu umum pada bulan Ogos, hanya 33 syarikat yang dikeluarkan permit ataupun lesen untuk mengeksport ke negeri China dari oleh Kerajaan Negeri China. Apakah peranan ataupun inisiatif kerajaan negeri untuk menggalakkan lebih banyak syarikat yang dimiliki oleh anak Pahang untuk mendapat lesen ini untuk mengeksport ke negara China? Sekian, terima kasih. Dua soalan saya.
Terima kasih Yang Berhormat Ketari. Dato' Sri Speaker, pertama sekali apabila dalam bulan Jun tahun 2024 ni kita menandatangani satu protokol. Protokol ini adalah satu istilah yang diberikan kepada sebarang usaha persetujuan antara satu negara dan satu negara yang lain. Misal contohnya, kalau kita nak bawa baka misalnya saya bagi contoh. Contoh baka, baka lembu ke ternakan, kita kena ada protokol dia. Dia akan bagi tahu dia ini syaratnya begini… begini… begini. Itu dipanggil protokol. Jadi satu Protokol Keperluan Fitosanitari… dipanggil Protokol Keperluan Fitosanitari pengeksportan buah durian segar. Dulu kita eksport durian sejuk beku dalam bentuk biji, dalam bentuk ulas, dalam bentuk pes, tiga. Tapi bila kita nak eksport durian segar kerana durian segar ni negara Thailand, negara Vietnam dan negara lain dia dah hantar dah dia punya buah durian yang segar ni ke China… ke China. Tapi kita tak boleh.
Jadi, usaha telah dibuat akhirnya dalam bulan Jun, maknanya tandatangan antara G to G iaitu pada 19 Jun tahun 2024, satu persetujuan yang dipanggil sebagai Protokol Keperluan Fitosanitari pengeksportan buah durian segar daripada Malaysia telah ditandatangani dan eksport yang pertama, consignment, dengan izin yang pertama, 40 metrik tan dihantar pada 24 Ogos. Tetapi dihantar secara berfasa-fasalah. Fasa pertama 15 metrik tan dihantar ke… dipanggil ke Zhengzhou dia macam ni… Zhengzhou. Dia Zhengzhou tu dia ada satu lapangan terbang kargo yang international besar tu. So, dihantar ke situ. Daripada situ logistik dia cukup hebat. Dia hantar... dia akan bekalkan melalui satu rangkaian logistik yang cukup lengkap. Keretapi, lori, kontena dan sebagainya dihantar tu ke seluruh 6 wilayah Chinalah yang dikenal pasti tu.
Jadi ujian dia, dia sampai je tengok tu dia buka kurang daripada 2 jam habis semua sekali. Dan durian tu fresh sebab dia ada protokol tu yang saya… saya maklumkan tadi. Daripada Malaysia tu kita petik bawa ke sana. Yang ni penting, terima kasih ni ADUN Ketari bangkitkan. Sebab ini bila kita buat pasaran, dia ada strategi, saingan kerana negara macam Thailand macam Vietnam, dia nampak bahawasanya Malaysia
ni sebagai satu saingan kerana pelancong-pelancong sahabat saya daripada Triang dia tahu. Dan sahabat saya daripada Teruntum dia selalu pergi ke China berjumpa dengan pelancong-pelancong di negeri China. Mereka menyatakan bahawasanya sebenarnya ada satu perkara yang dia kata missing, yang kehilangan sebab apa? Bila makan durian yang ada di negeri China ni tadi dia makan durian tu tak sesedap macam makan durian di Malaysia, khususnya di Pahanglah.
Di Raublah.
Hah?
Makan durian di Raublah maknanya.
Macam di Raub, di Bentong, di Lipis mungkin di Lanchang, kan?
Belum… belum berbuah.
Lanchang tu bukan… Lanchang. Bukan Lanzhou, kan [ketawa]. Jadi maknanya bila makan tu rasa enak, cukup sedap. Tapi dia kata bila makan durian di... di China tu yang dieksport… yang diimport daripada Thailand dia lain. Dia rasa, dia kata di mana, di mana rahsia dia? Rupanya rahsia dia durian macam YB Ketari, dia nampak mahir juga dalam durian ni. Di Thailand, durian dia tu dia tak tunggu dia masak. Dia potong, dia buat tu dia ambil daripada pokok tu, durian tu mekar lagi. Macam kita, kira macam orang kata macam sedang daging ayamlah kalau kita orang kampung, kan? Yang durian tu kita buat gulai. Tapi demanya makan kepong gitu. Dia makan. Tapi bila dapat durian Malaysia, dia datang ke Malaysia datang ke Pahang, dia makan oh… sedap betul dia kabo. Mengapa? Jadi, Dato' Sri...
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Saya nampak ADUN Ketari tadi bila sahabat saya menyebut kepong tadi dia… dia buat gini [geleng kepala]. Dia tak faham. Boleh Dato' Sri explain sikit tak kepong tu macam mana? [Ahli Dewan ketawa]
[Ketawa]. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja, dia nama dia bahasa-bahasa yang lama ni ya...
Bahasa Pahanglah tu.
Bahasa Pahang. Dia macam kulum ha… misal contohnya. Ha… lepas tu kepong. Jadi kepong ni kiranya dalam keadaan keghairahan kira macam geram ha… dia macam gigit tu dia macam penuh semangat [Ahli Dewan ketawa]. Keponglah tu maknanya sedap sangatlah tu. Kalau ada sedap sangat. Saya ingat gitulah Dato' Sri. Selain tu, kena tanya kepada ni sahabat saya yang pakar peribahasa. Jadi makna bila dia makan je Dato' Sri, dia nampak bahawasanya ada kelainan. Dia datang ke Pahang, makan di kebun sedap. Jadi, saingan kita ni dia mengatakan sebenarnya durian di Malaysia ni durian busuk dia kabo. Durian dah dia kira durian dah buruk. Ha… tu yang dia kata yang jadi tu dia lembik kan durian tu. Ha… dia bagi strategi inilah dengar ceritanya begitu. Tetapi sebenarnya itulah durian yang... yang masak. Sebab itu kita mengambil masa untuk meyakinkan…meyakinkan Pihak Berkuasa China. Bahawasanya durian yang kita eksport ni tadi adalah durian yang segar, masak… cukup masak dan enak dimakan. Jadi apa yang jadi (GACC) General Administrative Customs China atau dipanggil apa nama Pentadbiran Am Kastam China ni pihak yang membenarkan kita mengeksport ni tadi GACC ni tadi. Dia hantar wakil dia.
Dia hantar wakil dia, kita terima wakil dia kita bawa ke kebun. Bawa kebun ke Bentong, bawa kebun ke Raub. Bawa kebun ke Lipis, kita tunjuk kat dia. Ha… ni durian ni. Ini buah ni gugur kita sambut dengan jaring. Buah tak jatuh ke tanah. Kita ikat dengan tali. Belah tu dia makan, ha… dia kepong. Sedap betul dia kabor. Kalau macam tu jadi kalau tempat ni macam mana? Boleh tetapi pada masa yang sama dia nak pastikan tempat ni tadi ladang ni tadi adalah ladang yang mempunyai MyGAP. Kita Malaysia ni dia macam sijil halallah. Kita sijil halal JAKIM tu adalah satu branding yg cukup tersohor hingga orang kata recognise dah. Bagus. Kalau JAKIM ya halalan toyyiban boleh… boleh makan.
Jadi, macam kita myGAP dalam Bahasa Inggeris myGAP… myGAP, sijil Good Agriculture Practices ataupun dengan izin, Amalan Pertanian Yang Baik. Maksudnya racun tak banyak, bajanya sesuai dengan baja tu dan kita biarkan buah ni tadi. Bila kita nak petik buah tu dan kita tak racunkan dia supaya dia punya minimum residual level. Ha… apa nama residual ni? Kena tanya Dato' Sri Speakerlah. Maksudnya macam baki dia residual, baki tu dia tengok tu ada nilai yang diukur. Bahawasanya dari segi racunnya, dari segi bajanya dia tidak tertinggal dalam… dalam buah tu dia benarkan mengikut apa nama indeks kesihatan. Dia tengok tu tengok cara dia tengok ladang masuk ini bukannya dia pergi gitu. Diorang tu trace, dia kata from farm to table. Jadi bila dah tengok tu baru dia bagi kelulusan. Dah bagi kelulusan satu… satu ladang. Ini ladang ni diiktirafkan. Sebab tu pengeksportan ni permitnya dibagikan kepada syarikat… syarikat. Bukan senang, kalau tak semua orang nak eksport.
Jadi kena ada myGAP, kena ada dan lain lain. Dan bila dia myGAP… myGAP ni tak boleh tanah haram tak boleh. Dia kira macam ni. Dia nak anak tu anak halal. Kalau
kira luar nikah memang takde, dia tak terima. Jadi maknanya kena halal. Dia kena ada sama ada LPS, sama ada ada pajakan ataupun hak milik yang sah. Jadi dalam konteks seumpama ini, sebenarnya saya nyatakan tadi berbalik pada persoalan tadi dah pergi jauh… memang segarnya… kesegarannya terjamin dan ini adalah kehebatan CDC Technology. Bagaimana satu peringkat menghantar daripada Malaysia sampai ke China, tetapi nilai kualitinya tetap segar dan sampai jer dia rembat terus jer, habis. Tak sempat dia… makna kalau nak cari YB Ketari kalau nak cari apa nama sambal tempoyak dekat China memang takde lah. Memang sampai terus makan segar dan alhamdulillah sebab tu kita tengok bagaimana caranya. Kita nak transfer teknologi tadi dengan izin cara supaya kita dapat adaptasikan sistem tu agar buah-buah kita, sayur-sayur kita ni segar kita hantar ke seluruh Malaysia kerana keadaan cuacanya sedemikian rupa. Jadi jaminan tadi insya-Allah memang segar.
Yang kedua tadi bagaimana banyakkan… perbanyakkan itu kita ni maklumkan tadi. Kelulusan yang dipohon melalui tanah kerajaan setakat ini 7,454 ekar. Projeknya 30. Kita bagi… mohon… minta… sesuai tanah… tempat yang sesuai. Kita tengok memang ada potensi, ada kemungkinan, ada…ada potensi untuk dia mengusahakan Musang King kita bagi kelulusan melalui Perbadanan Setiausaha Kerajaan negeri tanah tu. Ini usaha kita dan yang lain-lain tu kita terpaksa juga mengambil tindakan yang sewajarnya kerana apa? Kita tak nak nanti ada durian daripada tanah-tanah yang tidak ada myGAP, tidak ada status dia masuk ke dalam pasaran. Sebenarnya negeri China ni dia very strict. Dia boleh batalkan terus. Yang itu yang kita tak nak kerana apa? Kita tak mahu ada pihak yang lain yang mungkin tidak termasuk dalam golongan yang boleh diberi pengiktirafan sebagai pengeksport durian Musang King yang sah masuk dalam sistem dan akan menyebabkan pengusaha-pengusaha yang betul-betul tulen ini terjejas kerana pelaburannya agak tinggi. Terima kasih Dato' Sri.
Err… Dato' Sri, satu soalan tambahan, boleh?
Satu soalan tambahan.
Terima kasih Dato' Sri Speaker. Saya ada satu soalan kepada Yang Berhormat EXCO ni. Untuk pengetahuan Dewan, kerajaan persekutuan melalui Kementerian Pertanian telah mempunyai satu hubungan dagang yang baik dengan… dengan negara China berhubung dengan apa nama ini edaran durian ke sana. Dan pada 25 Ogos 2024, Durian Pertama Segar Malaysia telah mendarat buat pertama kali di… di China dan diikuti oleh siri-siri rombongan Menteri Persekutuan kita ke… ke sana. Jadi, saya nak tanya Yang Berhormat EXCO adakah kerajaan negeri bercadang untuk mengambil kesempatan ini untuk menjadikan Pahang ini sebagai salah satu hub pengeluaran durian utama di Malaysia? Sebab saya kira pasaran terbuka ini adalah peluang yang terbaik untuk Pahang memperluaskan eksport durian. Terima kasih Dato' Sri Speaker.
Dato' Sri Speaker,
Terima kasih kepada sahabat saya YB Dilantik yang telah membangkitkan persoalan ini. Sebenarnya Dato' Sri Speaker, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja, dalam perasmian Karnival Durian di Raub pernah menyatakan bahawasanya kita Pahang ni kita nak jadi hub kepada pengeluaran produk pertanian yang premium, yang bernilai tinggilah. Kalau durian tu, durian kita hebat. Kalau patin oh… kus semangat, patin Pahang. Walaupun patin ni datang daripada Puchong, orang kata Temerloh, kan? Dia macam tu. Jadi kekadang bila sebut je durian, Kuala Lumpur… Dato' Sri Speaker, “durian, mari… mari… mari… durian kampung… durian kampung. Ya, mana mari? Pahang mari”, nampak. Lepas tu datang pulak pengusaha daripada Raub. Dia berjual, “ini durian Pahang. Taraklah, ini Raub… pulak dah. Maknanya sampai begitu sekali. Ha… dia ni bila durian tu durian Raub… ni Pahang. Raublah… Raub… Raub… Raub. Ha… dia kabo tu.
Itu dia sebut.
Raub mari!
Yang Berhormat… Yang Berhormat, itu disebut branding.
Oh… branding, itu branding dia… ni branding. Sebab tu bila sahabat saya bertanya, adakah kita nak jadikan Pahang sebagai hab? Insya-Allah sebab tu kita nak jadikan hub… hub hasil pertanian yang premium. Hari ni saya nak maklumkan makna durian Musang King kita ni tadi kita nak pastikan kalau keluar tu memang kaw-kaw habis tergoleklah maknanya. Umpama kalau dia buat tu dia tengok… Musang King ada ditanam di… di China di tempat lain mengata… saya nak nyebut. Musang King ni bukan boleh kita kata Pahang saja. Ada Johor, Perak, Sarawak, Sabah, Selangor, rata semua. Pulau Pinang. Ada semua. Tapi kita punya Musang King ni yang ada di Pahang ni memang kira umpphhh!
Rasa yang terbaik la hingga menjilat jari. [Ahli Dewan ketawa]
Oh… Pahang 1st [ketawa]. Jadi maknanya nak bagi…
Minta laluan. EXCO Pertanian ni cakap je tapi bawak la ke Dewan ni jamu kawan-kawan. [Ahli Dewan ketawa]
Yang itu, insya-Allah. Saya nak maklumkan kepada sahabat saya ni Pengarah Pertanian. Ingat ni, Pengarah FAMA, semua… semua rakan-rakan, ini cabaran dia. Saya nak pastikan sebenarnya sekarang ni bukan musim durian Dato’ Sri [Ahli Dewan ketawa]. Tapi kalau ada hai memang melahar baunya. Memang dia Dewan ni memang melaharlah maknanya kalau orang tak biasa [Ahli Dewan ketawa]. Durian… sekarang ni Dato' Sri Speaker, kalau kita perhatikan ni masalah kita. Masalah kita anak-anak yang ada sekarang ni bila dia ada bau musim… dia bau durian, dia semua dah macam nak pengsan, kus semangat. Tapi kita dulu tak melantun pun, tak ada benda. Tapi maknanya kalau ada tu, insya-Allah Dato’ Sri.
Saya bagi jaminan ni masuk dalam hansard ni. Engkau orang semua jaga tu [Ahli Dewan ketawa]. Pengarah-pengarah ni rakan-rakan semualah. Durian ni, insya-Allah kita bawak ya, kita bagi tu dan insya-Allah kita akan… sebenarnya ini hasrat kita. Minta kerjasama daripada semua untuk kita jadikan Pahang ni sebagai hub durian Musang King dan juga premium untuk variety durian kita yang ada di Pahang dan jawapan untuk soalan kedua tadi. InsyaAllah kita akan ambil kesempatan tu untuk pastikan pengeksportan durian kita daripada Pahang ni akan terus konsisten dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh GSCC.
Jadi, saya minta kerjasama daripada semua daripada Ahli-ahli Dewan ni. Kalau kita mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya untuk meletakkan Pahang di tahap orang kata hub premium terutama sekali pengeluaran durian. Jadi minta kita bagi kerjasamalah dalam tindakan tu, kadang-kadang tu Dato' Sri ya, dia kata ni, dia ubat ni. Kadang-kadang dia pahit, tapi dia punya mujarabnya kan ialah bila lihat kita sihat. Jadi tindakan- tindakan yang kita ambil mungkin nampak sakit tetapi untuk jangka masa panjang ianya akan memberi kesejahteraan kepada negeri Pahang Darul Makmur dan insya-Allah masyarakat, rakyat dan juga generasi akan datang. Terima kasih Dato’ Sri.
Soalan terakhirlah. Panjang ni, 2 soalan je dah.
Pendek… pendek jer Dato’ Sri Speaker, sebab dia sebut Raub… Raub… Raub tadi banyak kali. [Ahli Dewan ketawa]. Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Soalan saya mudah je. Dari segi teknologi sejuk beku ni sebenarnya dia memang hi tech apa ni, durian ni dia sejuk di bawah minus 80. Makna negatif 80 di bawah lagi pada kita punya vaksin COVID tu. Vaksin COVID hanya negatif 70.
Jadi soalan saya, kerana teknologi ni tinggi dan juga investment untuk syarikat swasta di Raub ni, untuk mereka menyewa kepada pekebun-pekebun kecil. Pekebun-pekebun kecil ni banyak sebenarnya tapi bila mereka nak menyewa ataupun nak pergi
kepada tempat peti sejuk swasta ni bayaran mahal. Adakah pihak kerajaan ingin juga melabur ataupun boleh membuat untuk warehouse ya sejuk ni untuk rakyat yang biasalah untuk disimpan kerana durian sejuk beku ni, sebenarnya dia boleh tahan selama 2 tahun ya sebelum di… di… dicairkan baliklah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, nampaknya topik durian ni memang…
Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat bawak durian tu, dia tak tanya dah soalan. [Ahli Dewan ketawa]
Hah… itulah. Saya nampaknya, nampak gaya macam kita jual ubatlah kan? Jadi ubat ni kadang-kadang ada setengah penjual ubat ni, ubat apa dia bawak? Kita tengok, kalau ubat ni mujarab sangat ada 20 jenis penyakit yang boleh er… apa nama… diubati dengan produk ubat tu. Jadi orang nengok tu hui… ralit bukan main. Jadi saya nampak Dato’ Sri, kalau bawak durian ni, kalau ada soalan durian naik minat dah. Semalam kalau perikanan pun naik minat juga, jadi agaknya soalan apa yang mungkin kurang sikit, soalan-soalan tambahan daripada rakan-rakan ADUN ni.
Saya ni kalau bab saya tu, orang lain tu jaki jer, kekadang Speaker tengok ni hai… lama betul. Bukan saya lama tapi banyak soalan tambahan [Ahli Dewan ketawa]. Itu cerita. Okey, pertama sekali terima kasih YB Tras. Sebenarnya dia punya nitrogen anu tu, dia minus 80 degree centigrade. Sebenarnya kalau kita taruk jari ni (angkat jari telunjuk) mahu dia keras. Tahu dak maksud dia, dia… dia jadi frozen. [Ahli Dewan ketawa]. Dak… dak… [ketawa] maksudnya dak... maksudnya kalau kita pergi ke Eropah, ni saya ingat ni YB Tras ni mantan Timbalan Menteri biasa pergi melawat ke luar negara. Kalau pergi Eropah wint… musim sejuk kan, dia sejuk tu baru pergi minus berapa, minus kan? Dato’ Sri Speaker masa jadi EXCO Pelancongan bawak ke Kazakhstan. Masa tu baru pergi ingat minus… berapa Dato’ Sri?
Minus 20.
Minus 20, ini 4 kali ganda minusnya, makna pergi masuk tu dia keras gitu je. Dak… dak betul ini, no… no… no joke. Jadi maknanya itu sebab teknologi tu dia tinggi dan er… ni faktor-faktor keselamatan dipatuhi, kalau tidak nanti dia boleh memberi kemudaratan kepada mereka yang terdedah termasuk pneumonia kan. Maknanya radang paru-paru dan sebagainya.
Jadi sekarang ni Dato’ Sri Speaker, sepertimana yang saya telah maklumkan tadi kita dah ada protokol. Kita ni, protokol er… keperluan phytosanitary, pengeksportan buah durian segar. Jadi YB Tras, maknanya tak payahlah nak buat ke kilang-kilang yang
berjuta-juta ni, hanya perlu kita pastikan kita patuhi protokol tu. Jadi buah segar ni dia jatuh, dia terus boleh kita ni, kita kena ada sistemlah ya, kena ada satu sistem di mana mungkin kebun-kebun kecil ni tadi yang kurang pada seekar, 4 ekar, 5 ekar ni tadi, kalau nak eksport er… dia ni… tapi kalau dia patuhi standard dia SOP tu, dia boleh menjual kepada satu pihak syarikat yang mengumpul, dia kumpul semua sekali dan lepas tu pematuhan ni dia try eksport ke China tanpa perlu pergi melalui proses yang sejuk beku tadi.
Ini satu kemajuan yang tidak perlukan modal yang besar untuk wujudkan kilang tapi yang mana yang dah ada kilang ni, saya ingat dia terpaksa juga mencari er… apa nama peluang-peluang untuk menyewa kilang… kilang yang mana modal CapEx ya, modal yang dikeluarkan ni tinggi untuk dia dapatkan semula pelaburan dia, jadi pihak kerajaan tak ada. Setakat ni, kita tidak bercadang untuk membina kilang-kilang baharu untuk menangani isu lambakan ataupun sebagainya. Terima kasih.
Soalan seterusnya soalan nombor 3. Wakil daripada Jengka.
YB Dato’ Sri Speaker, soalan saya nombor 3.
[Apakah dasar kerajaan berkaitan hiburan yang membabitkan persembahan wanita muslim yang tidak menutup aurat?]
Terima kasih Dato’ Sri Speaker, er… daripada Jengka… Yang Berhormat daripada Jengka bertanya mengenai tidakkah ada kerajaan menetapkan satu dasar kepada er… persembahan wanita muslim yang tidak menutup aurat? Sebenarnya memang ada Dato’ Sri Yang di-Pertua… Dato’ Sri Speaker, bahawasanya kerajaan negeri telah menetapkan satu Enakmen Syariah pada 2013 di bawah Seksyen 53. Bagi mereka yang tidak sopan di tempat awam. Terima kasih Dato’ Sri Speaker.
Seterusnya wakil daripada Chini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya kemukakan pertanyaan yang ke-4.
[Berapakah jumlah pembinaan Rumah PR1MA dan Rumah Makmur yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri Pahang?]
Terima kasih kepada rakan saya daripada Chini kerana mengemukakan soalan berkaitan Rumah PR1MA Pahang. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya nak tanya
Chini sikit. Semalam dia punya apa perumpamaan yang saya suka dengar tu, macam mana? Dia bila dah kahwin, boleh kahwin tapi cer….
Er… perumpamaan, er… beranak boleh… er… apa kahwin di… dibenarkan er… buat anak tak boleh.
Dia kahwin boleh tapi buat anak tak boleh. Dia maksud dia, rumah… itu dia berkenaan dengan rumah yang dilaksanakan oleh pihak lain tetapi rumah PR1MA ni, kita buat tak ada perumpamaan macam tu. Cuma kalau boleh kita nak letak solar lagi atas bumbung rumah tu supaya lebih memberi kesejahteraan dan mengurangkan kos bayaran elektrik kepada pemilik-pemilik rumah PR1MA ni. Tapi nak menjawab soalan ni dia tanya berapakah jumlah rumah PRIMA yang telah siap kita bina? Rumah… rumah PR1MA Pahang yang telah memperolehi Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) hingga September 2024 adalah sebanyak 7,983 unit. Manakala Rumah-rumah Makmur kita dah 30 unit dan ini akan kita tingkatkan lagi pada masa akan datang. Untuk tahun ni sahaja, kita telah akan menyiapkan… telah menyerahkan rumah sebanyak 350 unit dan untuk tahun hadapan kita sasarkan peningkatan untuk penyerahan rumah PR1MA ni sebanyak 620 unit ya untuk pengetahuan Dewan. Terima kasih.
Soalan seterusnya, wakil daripada Semambu.
Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Saya ingin kemukakan pertanyaaan ke-5. Terima kasih.
[Rapid Kuantan dijangka akan menamat pengoperasian bas di Kuantan dan digantikan dengan operator swasta yang baharu.
(a) Adakah kerajaan negeri mempertimbangkan untuk mempertahankan Rapid Kuantan (Prasarana) sebagai operator Rapid Kuantan dengan faktor perkhidmatan awam kepada rakyat-rakyat Kuantan khususnya pelajar?
(b) Perlantikan operator swasta yang akan bersifat ‘profit-oriented’ mungkin akan menjejaskan perkhidmatan kepada warga Kuantan. Adakah kerajaan Negeri boleh menjamin perkhidmatan yang sama atau lebih baik daripada operator baru?]
Assalamualaikum WBT dan selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat… Dato’ Sri er… Speaker… Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Terima kasih juga kepada ADUN Semambu yang bertanyakan berkenaan dengan perkhidmatan bas Rapid di Kuantan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Err…saya mengambil kesempatan ini untuk mengimbau sedikit sejarah Rapid ni dan mengucapkan terima kasih kepada mantan Perdana Menteri yang ke-6, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak atas keprihatinannya membawa pembuatan bas Rapid kepada Kuantan malahan bukan setakat masyarakat di bandar Kuantan sahaja yang menerima manfaatnya tetapi juga sampai bas Rapid ni sampai ke Pekan, sampai ke Kuala Pahang dan majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke-6 ketika itu pada tahun 2012 dan daripada tarikh itulah perkhidmatan Rapid ni berjalan sehingga ke hari ini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Er… kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan bersama Rapid Kuantan. Rapid ni bawah Prasarana Malaysia Berhad dan juga Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) pada 8 Oktober 2024 yang lalu untuk mendapat penjelasan mengenai pengoperasian bas Rapid Kuantan ini dan pihak APAD telah membentangkan berkenaan tender terbuka yang dikeluarkan oleh… ia keluarkan berkenaan dengan Stage Bus Service Transformation 2.0 ataupun SBST 2.0 di Kuantan dari tahun 2025 hingga ke 2030.
Untuk makluman Yang Berhormat, APAD juga memaklumkan bahawa Rapid Kuantan telah hadir ke taklimat tender. Walau bagaimanapun pihak Rapid tidak memasuki tender tersebut atas keputusan Ahli Lembaga Pengarah Prasarana Malaysia Berhad dengan alasan-alasan tertentunya. Di antaranya pihak Rapid tidak dapat menampung kos operasi dengan kadar jumlah peruntukan yang diberi oleh pihak APAD… ataupun pihak petender. Jadi untuk makluman, SBST ni Kuantan 2.0… 2.0 Kuantan merangkumi 16 laluan dan kesemua laluan ini telah dikaji sebelum tender dikeluarkan dan selepas tender dikeluarkan ada… akan ada kajian semula keberkesanan laluan selepas 9 hingga 12 bulan perkhidmatan bas diberikan. Jadi, bagi kajian semula pengesanan laluan ini pihak APAD akan melibatkan wakil daripada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pihak kerajaan negeri sentiasa memantau pengoperasian pengangkutan bas ini agar operator yang baru dilantik nanti akan memberi perkhimatan yang lebih baik kepada rakyat atau masyarakat di Kuantan.
Untuk makluman Yang Berhormat Speaker, walaupun pihak APAD, sorry… maaf. Walaupun pihak Rapid tidak masuk tender tetapi pihak Rapid akan terus meneruskan perkhidmatan sehinggalah petender baru ni atau konsesi baru ni menandatangi Surat Setuju Terima ataupun SST kepada yang berjaya nanti. Jadi untuk makluman jugalah antara perkhidmatan atau servis yang… yang… yang akan diberi oleh konsesi baru ni antaranya ialah dia akan menyediakan pas bulanan… pas bulanan sebanyak RM50.00 tanpa had. Maknanya dia beli RM50.00 dia boleh guna seberapa banyak kali nak guna pun selama sebulan. Manakala untuk… dia ada juga kad konsesi iaitu untuk OKU, pelajar dan warga emas. OKU, pelajar dan warga emas ni diberi percuma, cuma hanya bayar pendaftaran RM10.00 sekali je, bayar pendaftaran RM10.00 lepas tu perkhidmatannya adalah percuma kepada OKU, pelajar dan warga emas. Sekian, terima kasih.
Penambahan Dato' Sri. Terima kasih atas jawapan daripada wakil kerajaan negeri berkenaan dengan isu Rapid Kuantan. Cuma saya memang berharap kerajaan negeri
dapat memastikan dengan kemasukan operator swasta yang baru tu dapat memastikan level of service diberikan kepada penduduk Kuantan. Misalnya saya difahamkan sebelum ni Rapid Kuantan menawarkan servis kepada pelajar maksudnya selain 16 laluan dibekalkan dari Rapid Kuantan mereka sebenarnya juga membantu untuk menghantar pelajar ke sekolah.
Cuma persoalan saya ada beberapa. Pertama, kemasukan operator swasta… operator yang baru ini, adakah kerajaan negeri akan membantu untuk pertahankan pekerja-pekerja yang sekarang yang bekerja di Rapid Kuantan?
Kedua, adakah kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk meningkatkan infrastruktur untuk perkhidmatan bas ini? Contohnya di beberapa kawasan di sekitar Kuantan ataupun di bawah DUN Semambu contohnya di Jalan Semambu dan Jalan Haji Ahmad dia tiada stesen bas ataupun ruang menunggu untuk penumpang-penumpang bas awam. Terima kasih.
Terima kasih Semambu atas soalan tambahan. Berkenaan dengan pekerja Rapid Bus ini, selepas Rapid tidak meneruskan perkhidmatan di Kuantan ni. Untuk makluman Dato' Sri Speaker, ni ada 103… 103 pekerja Rapid sekarang yang yang bekerja dengan dengan Rapid Bus ni. Jadi dia akan diberi 3 pilihan. Pertamanya bersambung, mereka boleh menyambungkan perkhidmatan mereka di Kuala Lumpur atau lain-lain negeri di mana ada operasi syarikat prasarana.
Yang keduanya, 103 ni pekerja ni akan cuba diserapkan dengan syarikat konsesi baru ni. Ini memanglah pihak Rapid pun ada berjumpa dan mengharapkan pihak kerajaan dapat membantu, insya-Allah kita akan cuba berbincang dengan syarikat konsesi baru dilantik nanti untuk kalua dapat serapkan pekerja yang sedia ada ni dan yang ketiganya ialah Rapid akan bayar pampasan, VSS. Akan bagi VSS kepada pekerja yg memilih kalau nak pampasan ni. Itu je. Sekian, terima kasih.
Soalan seterusnya wakil daripada Inderapura.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya mewakili ADUN Inderapura untuk mengemukakan soalan nombor 6. Terima kasih.
[Dengan rekod pencapaian prestasi pelaburan negeri Pahang yang semakin berkembang positif, bagaimana prestasi ini dilihat dapat merancakkan pembangunan ekonomi Negeri Pahang?]
Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato' Sri Speaker. Selamat kembali bertugas
Terima kasih.
Dan terima kasih saya ucapkan kepada rakan saya ADUN daripada kawasan Inderapura. Beliau bertanyakan soalan seperti berikut, dengan rekod pencapaian prestasi pelaburan negeri Pahang yang dilihat semakin berkembang positif, bagaimana prestasi ini dilihat dapat merancakkan pembangunan ekonomi negeri Pahang?
Pada 2 Julai 2024, pihak Jabatan Perangkaan Malaysia telah menerbitkan Laporan Pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Pahang 2023. Berdasarkan kenyataan oleh Kementerian Ekonomi, prestasi ekonomi negeri Pahang telah berkembang sebanyak 5.2% iaitu negeri kedua tertinggi dengan nilai KDNK sebanyak RM64.9 bilion pada 2022, ia adalah sebanyak RM61.7 bilion. Negeri Pahang juga berada pada kedudukan kedua teratas selepas Selangor iaitu antara 4 negeri yang bertumbuh melalui, maaf, melebihi pertumbuhan nasional. Rekod pencapaian ini bukan sahaja mengatasi purata nasional namun ia juga meletakkan kedudukan negeri Pahang sebagai antara negeri yang sedang pesat membangun di dalam negara ini.
Selain itu, dari segi pelaburan negeri Pahang juga catatkan RM16.44 bilion pelaburan komited pada tahun 2023 dengan pelaburan asing menyumbang sebanyak RM11.67 bilion. Tambahan itu, Pahang juga berjaya mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM1.306 bilion di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato' Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail pada tahun 2023 sekali gus mengekalkan prestasi kutipan hasil negeri melebihi RM1 bilion bagi tiga tahun berturut-turut. Rekod kejayaan ini sekali gus menjadi batu loncatan buat negeri Pahang untuk terus berkembang setanding dengan negeri-negeri maju lain seperti Selangor dan Johor.
Melalui pelaksanaan projek mega seperti projek infrastruktur utama seperti laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan juga Laluan Lingkaran Tengah Utama, Central Spine Road, dengan izin juga bakal melengkapkan rantaian logistik di negeri Pahang sekali gus menjadikan Pelabuhan Kuantan antara pelabuhan penting antarabangsa. Selain itu, Invest Pahang juga terima pelbagai cadangan yang menarik seperti UAV ataupun Kenderaan Dron Besar Tanpa Juruterbang.
Ada cadangan untuk bangunkan pangkalan data, data center tapi ini tertakluk kepada keupayaan kerajaan negeri untuk membekalkan infrastruktur air dan elektrik yang cukup bersama dengan laluan gentian fibre yang memadai. Terdapat juga cadangan untuk membangunkan eco resort ataupun resort yang bertemakan kelestarian alam sekitar. Apa yang menarik juga adalah pembangunan penangkapan, penggunaan dan penyimpan…penyimpanan karbon dengan izin, Carbon Capture Utilization and Storage.
Di mana kita sedia maklum syarikat PETRONAS berminat untuk membangunkan terminal CCUS di Pelabuhan Kuantan dan ini dilihat dapat membantu industri seperti keluli dan besi, petrokimia yang menghadapi cabaran untuk mengurangkan pengeluaran karbon mereka disebabkan penggunaan tenaga ataupun energy yang begitu intensif untuk produk-produk mereka. Mereka boleh menggunakan perkhidmatan CCUS ini untuk mengimbangi keperluan karbon mereka di masa-masa
akan datang. Melalui rekod pencapaian ini, negeri Pahang jangka akan menjadi hab ekonomi yang lebih dinamik, mampu menarik pelaburan bernilai tinggi dan menawarkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat setempat. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Sila.
Satu soalan tambahan saya. Terima kasih.
Wakil daripada Cheka, lepas tu wakil daripada Lantikan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri. Saya ingin bertanyakan soalan tambahan tentang Gambang Halal Park yang telah kerajaan reservekan lebih kurang 38 hektar, kawasan yang agak luas. Hingga setakat ini… hingga ke hari ini, berapa banyak kilang yang telah pun dibina dalam kawasan Gambang Halal Hub, halal park ni sebab saya tengok pelaburan China dalam sektor halal di Pahang sangat besar dan saya fikir ini strategi yang berkesan untuk kerajaan negeri bangunkan Gambang Halal Park. Cuma nak mendapat maklumat, sehingga setakat ini beberapa kilang yang dibina? Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya daripada ADUN Cheka. Saya dimaklumkan, Gambang Halal Park ni terdapat beberapa cadangan yang menarik untuk kita bangunkan. Di mana kita ada cadangan seperti kilang untuk menyembelih daging halal, dan perkara ini dalam… sedang diteliti bersama-sama dengan cadangan lain yang diterima oleh pihak ECERDC. Berkenaan dengan… berkenaan dengan kilang, saya perlu dapatkan makluman lanjut daripada ECERDC. Saya fikir ada 1, 2 tapak yang sudah diisi tapi untuk perniagaan IKS, industri kecil dan sederhana buat masa ni tapi dalam masa setahun, dua, kita berharap lebih banyak lagi perusahaan kilang akan masuk.
Dan kita sedia maklum, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar juga telah mengiringi Timbalan Perdana Menteri ke Shanghai baru-baru ni untuk… untuk persidangan industri halal di sana dan kita dimaklumkan bahawasanya insya-Allah pelabur China berminat untuk membangunkan industri halal bersama. Bermakna mereka… mereka akan membawa sekurang-kurangnya RM2 billion sekiranya kita ada cadangan membangunkan industri halal yang menarik untuk dibangunkan. Terima kasih.
Ahliyang Dilantik
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Yang Berhormat, nak...nak… tambah?
Saya mohon mencelah sedikit untuk memberi maklumat tambahan kepada Yang Berhormat daripada Cheka. Apa yang dinyatakan oleh sahabat saya daripada kerajaan tadi memang benar. Cuma saya ada nak tokok tambah sikit. Yang pertama sekali, kita telah pun mendapat peruntukan RM78 juta daripada Kerajaan Persekutuan dan telah pun kita gunakan peruntukan tersebut itu di Gebeng. Di mana infra semua telah kita buat. Itu yang pertama.
Yang kedua, oleh sebab selepas saya mengikuti rombongan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ke Shanghai baru baru ni. Kita mendapati ada pelabur-pelabur yang ingin datang ke Pahang ni. Semasa perjumpaan saya dengan mereka, seramai 20 orang. Saya mengadakan sesi heart to heart talk. Di mana kita bincang, kita tanya apa yang dia nak. Dia punya concern ialah apa yang kita boleh berikan kepada mereka, dan saya telah bagi tahu dalam perjumpaan tersebut. Kita menyediakan kawasan tambahan 500 ekar lagi untuk tujuan Halal Hub Industry ni, sebab kita nak jadi champion di pantai timur ni, Yang Berhormat Speaker.
Jadi dalam masa yang sama, kita telah pun mendapat, nak kata komited pun tidaklah tetapi lebih kurang RM2 bilion yang akan melabur di… di Pahang ni. Jadi tindakan-tindakan awalan telah kita ambil dan saya sendiri telah bagi tahu kepada BPEN supaya Halal Hub Industry ini diletak di bawah saya, dan saya juga telah bagi tahu kepada YB Dato’ Setiausaha Kerajaan supaya cut the birokrasi. Makna percepatkan tetapi jangan compromise dengan peraturanlah, peraturan dan prosedur yang ada tapi birokrasi kita nak potong supaya cepat. Kalau kita tidak cepat dalam perkara ini mungkin pergi ke Perak ataupun negeri-negeri lain.
Tetapi setakat hari ni Kerajaan Persekutuan memang bersama dengan kita, dan mereka pun minta supaya Industri Hab ni di Pahang menjadi juara untuk industri… hub industry dan kerja-kerja ke arah itu telah kita buat. Dan saya juga telah dijemput untuk mengikuti rombongan ke Dubai, (MIHAS) Malaysia International Halal Hub Industry, dan di mana di situ kita dapati ramai yang berminat di sana, dan saya juga pergi kedai yang ini di mana, di Hong Kong. Di Hong Kong ada satu kedai makan muslim food, tetapi 80% yang makan di kedai tersebut yang bukan Islam, dan ini menunjukkan bahawa kita ni yang bukan Islam pun masih ingin pergi kepada kedai yang ada halal ni. Jadi, kita perlu ambik peluang ini dan setakat hari ini insya-Allah ianya berkembang dengan baik dan saya minta pihak BPEN er… from time to time saya tanya BPEN perkembangan dia macam mana dan sebagainya, dan alhamdulillah on the right tracklah Yang Berhormat. Insya-Allah Yang Berhormat Speaker, kita akan menjadi championlah di Pantai Timur ni, industri… Industri Halal Hab.
Halal means clean. Dia macam tu, istilahnya halal maknanya bersih. Sila wakil daripada Lantikan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Soalan saya kepada YB EXCO adalah dengan potensi perang perdagangan antara Amerika dan China bakal berulang disebabkan pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika. Saya ingin tahu apakah strategi kerajaan negeri untuk memastikan pelaburan yang bakal datang ke Malaysia akibat perang ini, turun ke Pahang bukan ke negeri bukan ke negeri-negeri lain? Sekian, terima kasih.
Terima kasih sahabat saya daripada kalangan YB ADUN Lantikan. Memang benar kita hadapi senario cabaran saingan geopolitik di antara kuasa-kuasa besar. Saya selalu lihat Malaysia sebagai pemain yang bijak mengimbangi antara kedua-dua kuasa tersebut. Jangan kita jadi pelanduk yang mati antara dua gajah sudah. Itu sebenarnya, tapi kita perlu menyantuni mereka yang… yang berada di negara China sebagai contoh syarikat-syarikat swasta di China, syarikat-syarikat antarabangsa ataupun multinasional yg sudah bertapak di China, tetapi menghadapi kesukaran disebabkan saingan geopolitik di antara Amerika Syarikat dan juga negara China. Sebagai contoh, cabaran ini di mana kita lihat kenderaan EV ataupun kenderaan elektrik.
Di mana syarikat-syarikat daripada China menghadapi kesukaran untuk mengeksport kenderaan EV ke Amerika Syarikat dan juga di negara-negara Eropah tertentu. Negara-negara tersebut telah menaikkan tarif import 100%, 200% untuk menyekat kemaraan kenderaan-kenderaan EV kerana mereka tahu mereka sukar untuk menandingi kekuatan pembuatan di syarikat China yang boleh membuat kenderaan elektrik tu jauh dengan kos lebih rendah daripada apa yang mereka boleh buat di negara-negara barat, dan syarikat-syarikat di China dan juga di multinasional yang bertapak di China ni ingin menerokai peluang-peluang untuk membangunkan perkhidmatan dan kilang mereka di Asia Tenggara.
Dan mereka ini sedang melihat negara Asean mana yang mengalu-alukan mereka, yang boleh memberikan mereka peluang untuk membuka kilang baru dan mungkin boleh JV dengan izin, joint venture dengan syarikat tempatan untuk keluarkan produk kilang yang baharu dalam pelbagai industrilah. Industri pembuatan, industri-industri UAV dan sebagainya, dan kami juga di Invest Pahang ada terima pertanyaan antaranya daripada Shenzen Science and Technology Park di mana di dalam Shenzen Science and Technology Park ini saya dimaklumkan lebih kurang er... lebih kurang hampir 100 daripada syarikat- syarikat yang berkategori Fortune Five Hundred yang berada dalam Shenzen Science and Technology Park.
Mereka juga sedang meninjau ya kawasan-kawasan industri yang mereka boleh mereka boleh bangunkan dalam negeri Pahang ini tapi buat masa ini ia dalam peringkat rundingan. Jadi, saya tidak boleh er... saya tidak boleh menerangkan dengan lebih detail apa yang sedang di bangunkan tetapi minat tu memang ada dan kami sedang menyantuni dan berbincang dengan pelbagai syarikat daripada yang bertapak di China yang ingin melebarkan sayap atau pun berpindah sama sekali ke negeri Malaysia dengan harapan ia bertapak di Pahang.
Oleh itu, adalah amat penting untuk kita permudahkan urusan para peniaga seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar sebentar tadi dan saya harap Majlis- majlis Perbandaran, Bandaraya dan Daerah menyambut dan
menyahut cabaran ini untuk apa ni mewujudkan satu ekosistem ease of doing business yang lebih mesra, lebih laju, lebih pantas dan kurang kerenah birokrasi di mana kita boleh bersaing dengan negeri lain dan juga negara lain secara sihat. Terima kasih.
Soalan seterusnya wakil daripada Beserah.
Assamualaikum WBT. Terima kasih Dato' Sri Speaker. saya mengemukakan soalan yang ke-7.
[ Program Kad Kesihatan Pride Kasih telah memperuntukan RM10 Juta pada tahun 2023;
a) Berapakah bilangan sebenar mereka yang menggunakan kemudahan ini mengikut daerah? Berapakah jumlah sebenar perbelanjaan yang dikeluarkan.
b) Apakah penambaikan yang telah diperkenalkan kepada program ini yang telah dijenamakan semula sebagai Makmur pada tahun 2024?]
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan juga sahabat yang bertanya daripada DUN Beserah… kawasan Beserah. Dan soalan yang ditanyakan adalah berkaitan dengan kad kesihatan Kasih Makmur. Okey, er... pada tahun… yang berkaitan dengan Kasih Makmur untuk tahun 2023 dan untuk menjawab pertanyaan tersebut di mana pada tahun 2023, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi inisiatif ini dan telah memberi manfaat kepada 30,600 penerima dan daripada jumlah tersebut, 15,067 orang adalah daripada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dari Skim Bantuan Warga Emas dan juga bantuan OKU tidak berupaya berkerja dan selebihnya sebanyak 15,533 adalah terdiri daripada warga emas di peringkat DUN dan pesara KEMAS, JASA, SERANTA, Ketua Kampung dan juga bekas Ketua Kampung. Bilangan sebenar pemegang kad Pahang Pride Kasih yang telah menerima manfaat mengikut daerah pada tahun 2023 adalah seperti berikut.
Daerah Kuantan adalah seramai 2,554 orang yang mana jumlah tuntutan penggunaan ialah sebanyak RM662,808.33 dan untuk daerah Pekan penerimanya adalah 1,338 orang yang di mana tuntutannya adalah sebanyak RM298,111.08 dan untuk daerah Rompin seramai 909 orang telah menggunakan keistimewaan kad ini dengan jumlah tuntutan penggunaan sebanyak RM227,296.43 dan untuk daerah Maran 826 orang dengan tuntutan sebanyak RM232,644.99 dan diikuti dengan daerah Temerloh 2,469 orang dengan tuntutan RM686,398.86 dan juga daerah Bera 1,037 orang dengan tuntutan RM289,707.24. Untuk daerah Jerantut pula, 752 orang tuntutannya adalah RM191,328.86, daerah Lipis 1,164 orang dan tuntutannya adalah RM323,434.71.
Untuk daerah Bentong pula adalah 1,248 orang dan tuntutan yang dibuat adalah RM338,279.43 dan daerah Raub, 635 orang dan tuntutannya adalah RM111,993.66 dan untuk Cameron Highlands seramai 493 orang dan tuntutannya adalah
RM128,723.58 dan bagi tahun 2024 pula, program ini tetap diteruskan dengan penerima penerima manfaatnya seramai 31,600 orang dan Kerajaan Negeri Pahang terus merangka pelan penambahbaikan dalam setiap inisiatif yang diperkenalkan khususnya melibatkan kebajikan rakyat negeri Pahang melalui penjenamaan ini di mana di antara penambahbaikannya adalah mewujudkan aplikasi mudah alih Kasih Makmur yang mana pada tahun 2024 Pride Kasih ditukar kepada Kasih Makmur.
Dan untuk tahun 2024, seperti saya sebut tadi telah mewujudkan satu aplikasi Kasih Makmur di mana penerima boleh menyemak rekod rawatan dan baki penggunaan secara terus melalui telefon pintar masing-masing. Yang keduanya, menambah bilangan klinik panel di setiap daerah pada setiap tahun yang mana pada tahun pertama pengenalan program ini, klinik panel yang terlibat pada tahun 2022 adalah 60 buah klinik dan tahun 2023 ditambah kepada 106 buah klinik dan pada tahun 2024 klinik panel yang terlibat sebanyak 150 buah klinik dan juga kita memperkenalkan jenis rawatan yang… dan perlindungan seperti memperluaskan seperti pemberian vitamin, vaksin dan juga pemeriksaan radio... radiologi, x-ray dan juga ultrasound dan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh, full medical check-up.
Seterusnya pelaksanaan (CSR) klinik bergerak sebagai inisiatif outreach ke parlimen-parlimen dalam negeri Pahang untuk memberikan penerangan berkaitan kemudahan kad mendapat makluman balas daripada penerima kad dan menawarkan pemeriksaan kesihatan asas kepada penerima yang mendapat manfaat terutamanya di kawasan-kawasan yang masih rendah penggunaan… yang menggunakan kad ini. Ya, ada kawasan yang di mana seperti saya bacakan tadi ada kawasan-kawasan yang penggunaan kadnya masih rendah dan seterusnya mengaktifkan rawatan dari rumah ke rumah iaitu house-call bagi pesakit terlantar dan menyertai program bersama pemimpin setempat dan karnival yang dianjurkan oleh kerajaan seperti Karnival Moh Makmur dan memberikan hebahan dan makluman berkaitan pelaksanaan program Kad Kesihatan Kasih Makmur ini. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Ya, soalan tambahan.
Soalan tambahan? Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Terima kasih kepada wakil kerajaan yang telah memberikan jawapan di atas pertanyaan semua. Cuma soalan tambahan saya adalah berdasarkan kepada apa yang dibentangkan tadi bajet ataupun peruntukan RM20 juta diberikan tapi tahun ini kita tengok bajet ini hanya RM5 juta. Adakah ada sebarang pengurangan dari sudut perkhidmatan ini kepada pemegang kad Kasih Makmur ini atau kad kesihatan ini. Yang keduanya, adakah caj yang dikenakan oleh panel-panel klinik ini termasuk consultancy fees? Ataupun dia punya perkhidmatan… caj perkhidmatan dia dan ianya akan memberikan tuntutan yang lebih tinggi sebab kad kesihatan ni dia hanya limit RM500.00 setahun. Yang ketiga, soalan saya adakah cadangan daripada pihak kerajaan negeri untuk memperluaskan lagi penggunaan kad ini untuk urusan-urusan farmasi? Jadi tak perlu pergi klinik. Bila mereka boleh beli sendiri di farmasi, potong daripada kad… kad kesihatan tu maka dia tak perlu bayar consultancy fees. Tak perlu bayar service fees daripada klinik, maka ini akan membolehkan menambahkan lagi mereka boleh menggunakan ruang untuk penjagaan kesihatan mereka. Terima kasih.
Terima kasih kepada pertanyaan tambahan daripada sahabat Beserah. Okey, mengenai pengurangan daripada tahun lepas kepada tahun ini di mana walaupun kerajaan memperuntukkan sebanyak RM20 juta tetapi penggunaan itu sebenarnya tidak sampai kepada RM20 juta.
Tapi kita tengok pada prestasi penggunaan di mana pada perkiraan kami tahap kesihatan rakyat di Pahang ini semakin membaik di mana walaupun RM20 juta bukan semua habis digunakan. Jadi, kita melihat kepada prestasi tersebut dan insya-Allah sekiranya ada keperluan, perbincangan selanjutnya akan dibuat mengenai bajet untuk Pahang Kasih Makmur ini dan seterusnya yang untuk soalan yang kedua di mana sebenarnya pihak klinik akan hanya mengenakan perkhidmatan untuk sakit sahaja. Untuk konsultasi memang tidak dikenakan caj, percuma sahaja.
Itu perjanjian telah dibuat di antara kerajaan dengan klinik panel dan seterusnya bagi memperluaskan ke farmasi, memang ada perbincangan antara kerajaan. Insya-Allah, akan ditambah baik bagi program ini. Sekian, terima kasih.
Wakil daripada Tahan.
YB Speaker, terima kasih.
Soalan terakhir.
Berdasarkan… berdasarkan kepada jawapan daripada YB EXCO tadi, saya melihat angka pemegang kad Pride Kasih ini di Jerantut lebih kurang 752 orang merupakan angka yang paling rendahlah saya rasa daripada angka-angka yang disebut di daerah lain.
Cuma saya nak tanya selain daripada OKU yang tak bekerja dan berdaftar dengan JKM dan juga warga emas, apakah mekanisme lain yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan semua mereka-mereka yang layak ini dapat menikmati er… panggil program ini dan adakah wujud masalah keciciran berlaku?
Dan yang terakhir, ada kes yang saya dimaklumkan ataupun pertanyaanlah daripada warga emas. Dia sebut suami dia dapat kad ni dan dia tak dapat. Adakah salah seorang sahaja yang layak dapat dalam satu rumah ataupun kedua-duanya layak dapat jika layak? Terima kasih.
Terima kasih kepada sahabat yang bertanya. Okey, angka tersebut sebenarnya bukan angka penerima kad, tapi angka yang menggunakan kad tersebut. Ada yang mendapat kad tapi tidak menggunakan sebab kad ni kita bersedia untuk yang sakit. Tapi kalau dah tak sakit dalam tahun tersebut mungkin dia tidak menggunakanlah. Itu kad yang mengguna, bukan kad yang menerima dan seterusnya untuk program ini, kita akan melebihkan promosi. Macam saya katakan tadi, insya-Allah sekiranya banyak keperluan, kita akan adakan perbincangan dan dengan kebaikan hati Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, mungkin akan ditambah lagi jumlah bagi bajet tersebut. Dan untuk warga emas, suami isteri tadi kita akan mengambil kira di dalam sebuah rumah tersebut. Kita tak bagi semualah. Kita kira siapa yang tahap kesihatan yang lebih memerlukan perkhidmatan kad tersebut. Sekian, terima kasih.
Seterusnya kita pergi ke wakil daripada Lanchang.
Assalamualaikum WBT Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, soalan saya nombor 8.
[Masih terdapat kawasan-kawasan penempatan di Lanchang yang tidak mendapat liputan internet jalur lebar talian tetap iatu Kg. Belengu, Taman Belengu, Kg. Baru Lebak. Ini menyebabkan pembelajaran pelajar pelajar sekolah terganggu.
a) Sehingga kini berapa peratuskah pencapaian rangkaian 4G dibawah program JENDELA?
b) Untuk kawasan pendalaman, apakah iniasitif segera dari kerajaan untuk mengatasi masalah liputan rangkain tersebut.]
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Lanchang. Soalan daripada Yang Berhormat Lanchang melibatkan 3 perkara utama iaitu peratus pencapaian rangkaian 4G di bawah program JENDELA. Yang kedua, inisiatif dari kerajaan untuk mengatasi masalah liputan rangkaian di kawasan pedalaman. dan yang ketiga adalah masalah liputan internet jalur lebar talian tetap di Kampung Belengu, Taman Belengu, Kampung Baru Lebak.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Untuk makluman Yang Berhormat Lanchang, kadar capaian liputan internet di kawasan berpenduduk di negeri Pahang telah mencecah 99.33% setakat suku ketiga tahun ini berbanding 81.8% sebelum inisiatif Jalinan Digital Negara atau JENDELA dilaksanakan pada pertengahan tahun 2020.
Peningkatan pencapaian kadar liputan rangkaian 4G tersebut adalah hasil positif pelaksanaan salah satu inisiatif di bawah JENDELA Fasa 1 di negeri Pahang iaitu pembinaan sebanyak 270 menara telekomunikasi baharu dengan liputan 4G yang mensasarkan kawasan berpenduduk seperti kampung-kampung di luar bandar dan juga termasuk perkampungan Orang Asli.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini dari keseluruhan jumlah 270 menara telekomunikasi tersebut, sebanyak 168 menara telah pun siap dibina dan beroperasi manakala bakinya iaitu 102 menara disasarkan untuk selesai dan beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun 2025 dan kadar capaian liputan 4G ini dijangka akan terus meningkat selepas kesemua menara telekomunikasi tersebut siap dibina dan beroperasi.
Bagi persoalan kedua iaitu di DUN Lanchang, sebanyak 6 menara telekomunikasi baharu telah dirancang di bawah inisiatif JENDELA. Daripada jumlah tersebut, 5 menara baharu yang terletak di Kampung Bolok Hilir, Kampung Belengu, Kampung Sungai Kepong, Kampung Jambu Rias dan Kampung Buntut Pulau telah siap dan beroperasi. Manakala baki sebuah lagi menara iaitu di Kampung Rantau Panjang dalam peringkat pelaksanaan yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan.
Pihak SKMM sedia maklum dengan capaian internet yang lemah di kawasan Kampung Baru Lebak dan permasalahan ini telah diambil kira dalam perancangan yang akan datang khususnya untuk pelaksanaan projek JENDELA fasa seterusnya. Berhubung liputan internet jalur lebar 4G di Taman Belengu, liputan jalur lebar tetap adalah dari menara di bawah program JENDELA yang terletak di Kampung Belengu.
Bagi perkhidmatan internet talian tetap, semakan bersama penyedia perkhidmatan mengesahkan bahawa di Taman Belenggu dan Kampung Baru Lebak telah mempunyai akses kepada fibre optic yang membolehkan penduduk sekitar untuk melanggan perkhidmatan jalur tetap.
Para pengguna adalah digalakkan untuk membuat aduan secara terus kepada pemberi perkhidmatan sekiranya perkhidmatan yang disediakan adalah tidak memuaskan agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil. Sekiranya aduan tersebut tidak dapat diselesaikan, maka bolehlah dibuat aduan terus kepada SKMM, boleh dilakukan di laman portal aduan SKMM di https://aduan.mcmc.gov.my.
Selain itu, SKMM juga telah membangunkan portal JENDELA Map dan aplikasi JENDELA Mobile App di https://jendela.my bagi menyampaikan maklumat inisiatif yang dilaksanakan oleh SKMM bagi membolehkan orang ramai untuk memberi maklum balas dan melaporkan status liputan di kawasan yang terlibat.
Bagi persoalan ketiga iaitu berkenaan masalah liputan rangkaian di kawasan pedalaman. Kerajaan Negeri Pahang bersama dengan SKMM telah melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah JENDELA yang bermula pada pertengahan tahun 2020 meliputi pelaksanaan pelbagai projek termasuklah yang pertama, pembinaan 270 menara telekomunikasi dengan liputan 4G. Yang kedua, menaik taraf 903 stesen pemancar sedia ada ke rangkaian 4G yang telah siap keseluruhannya iaitu dinaik taraf dari er… perkhidmatan 2G dan 3G. Yang ketiganya, penyediaan capaian internet jalur lebar teknologi satelit di 69 perkampungan Orang Asli yang ini pun telah siap dilaksanakan. Yang ke-4, penyediaan sambungan rangkaian gentian optik ke 181,032 premis di seluruh negeri Pahang dan sehingga penghujung September tahun ini sebanyak 158,113 premis telah mempunyai capaian kepada gentian optik ini di mana
baki sebanyak 22,919 premis lagi sedang dalam pelaksanaan yang dijangka akan siap secara berperingkat pada penghujung tahun hadapan.
Selain itu, Kerajaan Negeri Pahang juga telah melaksanakan inisiatif secara interim yang dikenali sebagai Pahang Rural Internet Service and Multimedia Access atau PRISMA di bawah Bahagian Teknologi Maklumat bagi mengatasi masalah capaian internet 4G khususnya di kawasan pedalaman sementara menunggu pelaksanaan projek JENDELA oleh SKMM iaitu pembinaan menara-menara telekomunikasi tersebut siap sepenuhnya. Pada tahun ini, sebanyak 76 lokasi yang mempunyai masalah capaian internet 4G telah disediakan perkhidmatan jalur lebar satelit ini di seluruh negeri Pahang. Terima kasih, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Dato' Sri Speaker,
Soalan tambahan. Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang telah diberikan. Saya baru-baru ini ada selepas pada lawatan ke Kampung Belengu, ada satu syarikat yang hubungi pihak kami di pejabat ingin mengadakan membuat bancian terutamanya untuk keluarga miskin dengan tujuan untuk membantu pelajar-pelajar miskin di sekitar bandar Lanchang dalam lebih kurang 80 buah rumah. Jadi soalan saya, adakah projek tersebut dalam pengetahuan di bawah YB sendiri dan ataupun kerajaan? Kerana saya kira itu satu program yang cukup bermanfaat untuk pelajar-pelajar yang kurang mampu. Itu saja soalan, ya.
Er... saya nak mintak penjelasan Yang Berhormat. Syarikat apa? Itu syarikat?
VC Telecoms.
Oh… saya tak... tak dimaklumkan dengan program tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan seterusnya wakil daripada Cheka.
Yang Berhormat Dato' Speaker saya kemukakan soalan nombor 9.
[Adakah pihak kerajaan mempunyai garis panduan untuk majikan yang mempunyai pekerja Muslim di bawahnya untuk diberikan hak untuk solat Jumaat?]
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker... Dato' Sri Speaker. Soalan ditanyakan oleh ADUN Cheka, adakah pihak kerajaan mempunyai garis panduan untuk majikan yang mempunyai pekerja muslim di bawahnya untuk diberikan hak untuk solat Jumaat. Jawapan ya, inilah garis panduannya. [Ahli Dewan ketawa]
Terima kasih [ketawa], soalan tambahan saya ialah garis panduan kita selalu ada hingga setakat ini ada tak tindakan yang diambil? Saya tengok dalam laporan mana-mana pekerja yang tiada… majikan menghalang mereka, mereka telah buat laporan kepada jabatan… Jawatankuasa Tindakan Kerja. Tapi kita yakin tak mungkin pekerja sanggup report majikan dia tak bagi. Sebab implikasi mungkin dia kena tukar, mungkin dia kena pecat, mungkin dia kena buang. Jadi kita ada peraturan tapi peraturan tu menyebabkan pekerja yang tak… yang majikan… tak pernah solat Jumaat, dia kena report kepada jawatankuasa. Tapi saya fikir tak mungkin dia berani reportlah. Yang jadi persoalan saya ialah apakah ada mekanisme lain yang kita boleh sama ada pihak kerajaan menyediakan satu mekanisme online report dan aduan yang supaya menyembunyikan maklumat pereport ini supaya dia tidak kena tindakan oleh majikan dia. Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan tadi, ADUN Cheka. Sebenarnya tadi untuk rekod JTK pada sehingga Oktober 2024 sebanyak… kita banyak aduan kita terima. Yang kes… 434 kes aduan dan 770 kes buruh yang diterima oleh JTK Pahang. Namun tiada seba... sebarang aduan yang diterima melibatkan halangan dari majikan untuk pekerja yang beragama Islam menunaikan solat… bukan solat Jumaat ya, solat. Kalau solat dia tak bagi itu pun tak ada. Kita tak terima apa-apa aduan. Sebenarnya, tuntutan agama Islam mewajibkan penganut menunaikan ibadat solat sebanyak 5 kali sehari manakala setiap hari Jumaat, pekerja lelaki wajib menunaikan solat Jumaat di masjid pada waktu Zohor selaras dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.
Berdasar kepada Undang-undang Warta Kerajaan Enakmen 11 dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Seksyen 19 menyatakan mana-mana lelaki yang akil baligh yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat tanpa uzur syarie melakukan sesuatu kesalahan yang dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM2,000.00 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya. Sehubungan ini, JTK telah mengambil inisiatif mewujudkan garis panduan inilah untuk er... apa… mengelakkan sesuatu yang berlaku dan ya dan juga untuk memudahkan pelaksanaan tanggungjawab kepada seorang pekerja muslim dan pekerja menu... pekerja menunaikan solat dalam waktu kerja. Biasa… majikan perlu bagi pekerja muslim bersembahyang dalam 20 minit bagi waktu solat dan sekurang-kurangnya 1 jam setengah bagi solat Jumaat.
Yang Berhormat macam bagi kuliah pulak. [Ahli Dewan ketawa]
[Ketawa] Belum habis lagi Tuan Speaker, kalau yang bermusahir er... musafir dikecualikan. Kalau mungkin Cina dia tak faham apa tu musafir er… saya terangkan. [Ahli Dewan ketawa]. Kena belajar ni, Wakil Rakyat ini. Perjalanan jauh melebihi 81 kilometer itu panggil musahir, betul ya musafir, maaflah [Ahli Dewan ketawa]. Untuk sementara, memang tiada undang-undang yang boleh ambil terhadap… tindakan terhadap majikan sebab kita tak ada akta yang boleh er... boleh dakwa kepada majikan. So, kita haraplah Malaysia kita ini semua harmoni semua majikan dah tahu. Semua yang ada er... pekerja berugama Islam, kita bagi dia solat. Tak ada masalah pun. Kita ini hidup dalam keadaan sopan dan er... hormat- menghormati. So, sehingga hari ini tak ada masalahlah. Kalau Cheka ada aduan ini bolehlah hubungilah saya. Telefon ya, call nan... nanti kalau ada betul kita ambil tindakan. Okey, kita akan bagi nasihat kepada majikan yang... yang kalau yang bukan Islamlah. Kalau Islam ni tak mana tak ada masalah. Yang bagi yang non muslim, mungkin kita ada bagi dia nasihat. Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Wakil Kerajaan. Seterusnya soalan yg ke wakil daripada Padang Tengku.
Assalamualaikum WBT Dato' Sri Speaker. Soalan saya nombor 10.
[ Daerah Lipis Sebagai Geopark Kebangsaan.
Nyatakan pencapaian-pencapaian yang dapat dibanggakan oleh warga Lipis khususnya dan Pahang amnya setelah setahun pengiktirafan daerah Lipis sebagai Lipis Geopark Kebangsaan.
Apakah persiapan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan bagi membolehkan Lipis Geopark diangkat sebagai UNESCO Global Geopark pada 2025.]
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat Padang Tengku yang bertanyakan soalan tentang Lipis Geopark. Untuk soalan (a), pencapaian yang dapat dibanggakan oleh warga Lipis dan Pahang setelah setahun pengiktirafan Lipis Geopark Kebangsaan. Antaranya banyak pencapaian yang kita telah capai yg pertama dari segi promosi, terdapat penggambaran rancangan Simfoni Alam oleh pihak RTM yang meliputi sejarah dan keunikan di daerah Lipis. Kerajaan negeri melalui Tourism Pahang juga telah mendirikan holding board promosi Merapoh sebagai Caving Paradise di laluan CSR. Dan juga kita telah melancarkan Rail Tourism yang... yang merangkumi Kuala Lipis dan Merapoh.
Pencapaian kedua, East Express dan Oriental er… sorry, Eastern & Oriental Express merupakan perkhidmatan luxury train dengan izin, di antara Singapore dan Malaysia. Sepanjang laluan ini, terdapat banyak produk pelancongan dan Merapoh terpilih antara banyak pelancongan ini sebagai salah satu destinasi untuk pelancong dan telah mula beroperasi sejak Februari tahun ini. Ketiga, kita telah menerima pasukan-pasukan untuk menjalankan kajian bagi meneroka dan menghargai nilai geologi, biologi serta warisan budaya.
Keempat, Lipis Geopark telah dikenal pasti keunikannya iaitu himpunan formasi kars berusia Perm-Trias yang amat jarang ditemui. Untuk maklumat Yang Berhormat-Yang Berhormat, Perm-Trias ini merupakan zaman kepupusan masa yang paling besar iaitu lebih kurang 250 juta tahun yang dahulu. Kelima, penglibatan masyarakat tempatan untuk memastikan kemampanan dan kejayaan jangka masa panjang. Sebagai contoh JPKK Kampung Relong yang telah mengaktifkan aktiviti eksplorasi Gua Bama. Keenam, kita telah menambah kemudahan infrastruktur pelancongan melalui peruntukan kerajaan negeri dan MOTAC. Sebagai contoh, pencahayaan infra di gua-gua via feratta, jeti di Lembah Tanum, Chegar Perah dan lain-lain lagi. Dan ketujuh, baru-baru ini kita terima kelulusan RM1.2 juta bawah RMK untuk menaik taraf kemudahan pelancongan di Merapoh.
Untuk soalan (b), apakah persiapan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan untuk membolehkan Lipis Geopark diangkat sebagai UNESCO Global Geopark? Yang telah dilaksanakan pertama, pembangunan Lipis Geopark ke arah Global Geopark telah dimasukkan dalam Rancangan Tempatan Daerah (Penggantian) bagi persediaan semua pihak.
Yang kedua, perancangan Kerajaan Negeri Pahang telah dibentangkan dan dipersetujui di peringkat PLANMalaysia federal iaitu melalui Jawatankuasa Perancang Wilayah bagi Kawasan Tanah Tinggi - Cameron Highlands - Kinta - Lojing. Ketiga, beberapa siri jaringan geopark telah diadakan. Keempat, sebuah coffee table book telah baru siap diterbit untuk meliputi keistimewaan Lipis Geopark yang sedang dilaksanakan.
Pertama, sedang menjalankan pembangunan… pembangunan fizikal sebagai contoh di Gua Bama dan tapak struktur geopark. Kedua, sedang dalam proses pelantikan perunding untuk menjalankan kajian inventori gua-gua di Merapoh. Ketiga, sedang mengadakan jalinan... jaringan dan pemerkasaan komuniti geopark dan akan dilaksanakan. Pertama, PTNP akan melantik pasukan penyelidik bagi kajian lanjutan tapak-tapak berpotensi tinggi bagi memenuhi kriteria dan merangka maklumat bagi dimasukkan dalam dokumen dossier yang ditetapkan oleh pihak UNESCO.
Kedua, akan meneruskan siri pemerkasaan jaringan geopark. Ketiga, akan meneruskan pembangunan fizikal. Untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat, kesemua ini adalah kriteria yang diwajibkan untuk mengangkat Lipis Geopark ke peringkat ke... ke peringkat antarabangsa. Dan selain itu, kita juga mengucapkan terima kasih kepada pihak MOTAC yang turut membantu untuk persiapan sebagai contoh memberikan kursus secara latih... kursus secara berterusan kepada pemandu pelancongan alam semula jadi dan juga melaksanakan program Kelab Pelancongan Pelajar di sekolah menengah. Terima kasih.
Saya pertama kali nak ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan terutama baru ini er... kita lancarkan Pahang apa ni... Rail Tourism yang begitu mendapat sambutan saya lihat, cuma satu lagi saya tengok produk yang belum dihighlightkan secara... secara meluas iaitu Lembah Tanum tadi ada sebut sikit Lembah Tanum iaitu satu produk yang cukup baik yang saya tengok amat berpotensi. Dia daripada Merapoh sampailah ke di Padang Tengku. Kampung-kampung dalam Padang Tengku dan juga di er... Bukit Kota dan Bukit Betong di kawasan Jelai. Maknanya satu produk yang harus di... dibantu dan dibangunkan. Sebab yang menganjurkan er... ini adalah JKKK kampung-kampung berkenaan. Saya nak minta sentuhan secara er... tuntas oleh pihak kerajaan bagi memastikan kemudahan-kemudahan dan juga promosi serta penganjuran-penganjuran aktiviti supaya er... program-program ini ataupun Lembah Tanum ini er... mendapat... dapat dinikmati oleh berapa ramai… seberapa ramai pelancong, itu pertama.
Yang kedua ialah di Merapoh ini telah banyak menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti Jom Merapoh Cave iaitu program menjelajah gua-gua kemudian Merapoh Rainforest Trail, program yang berkaitan dengan program larian dan juga Merapoh Cycling iaitu program berbasikal itu di antaranyalah. Tapi penyertaan saya tengok cukup baik melibat penyertaan itu ada orang-orang daripada luar negara tapi er… tak nampak ianya dimasukkan dalam calendar… kalendar pelancongan negeri Pahang. Kalau boleh adakan program-program yang berperingkat antarabangsa dan dimasukkan dalam kalendar negeri Pahang supaya er... produk-produk yang ada di kawasan Lipis Geopark ini dia dikenali dan dapat dijual er... kepada peminat-peminatnya. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Tengku. Memang er... kerajaan negeri melalui peruntukan kerajaan negeri telah menaik taraf jeti di Lembah Tanum dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana dalam belanjawan untuk tahun depan masih meneruskan… meluluskan peruntukan untuk Tourism Pahang meneruskan usaha untuk mempromosikan pelancongan keretapi. Jadi cadangan daripada Yang Berhormat Padang Tengku akan diambil kira dan untuk kita memperkayakan promosi pelancongan di Merapoh dan Lipis.
Dan soalan kedua mengenai membuat aktiviti sebenarnya memang ada acara bertaraf antarabangsa di Merapoh sebagai contoh Merapoh Rainforest Trail yang dimasukkan dalam kalendar pelancongan dan memang selama ini Tourism Pahang kita menyokong dan membantu segala usaha baik daripada agensi kerajaan ataupun NGO-NGO untuk mengadakan acara bertaraf antarabangsa dan ini bajet ini memang telah pun diumumkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam bajet untuk promosi. Jadi, kita akan terus membantu. Terima kasih.
Satu soalan tambahan saya. Saya... saya lihat bahawa kita kerajaan ada iktiraf tentang malim gunung ya kalau naik gunung, kita ada malim gunung. Di Lipis Geopark ini dia ada puluhan gua-gua, sebahagiannya pelancong tak boleh pergi sendiri sangat berisiko dan inisiatif orang kampung sekarang dia ada... ada guide tapi mereka sendiri.
Saya cadang supaya kalau boleh kerajaan pertimbangkan malim gua, guide yang bawa pelancong ke kawasan gua yang berisiko tinggi ni mesti kena ada guide, wajib dan kerajaan boleh iktiraf mereka ini sebagai satu agensi yang membantu pihak kerajaan untuk membantu pelancong dan... dan keselamatan mereka. Terima kasih.
Er... terima kasih kepada Yang Berhormat Cheka. Memang untuk membawa pelancong ke tempat pelancongan yang se... serta... sesuatu tempat pelancongan perlu ada memenuhi kriteria. Sebagai contoh ada tempat yang perlu malim gunung, ada tempat yang perlu ada er... nature guide. Jadi kerajaan negeri telah er... dua tahun berturut-turut kita mengadakan bengkel dan kursus percuma untuk melatih lebih ramai nature guide untuk memenuhi keperluan pasaran. Dengan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri. Pada masa yang sama, kita juga dalam perancangan untuk melatih lebih ramai caving guide. Dia tidak sama dengan malim gunung, caving guide untuk specific untuk anak-anak kampung, anak-anak muda untuk membawa pelancong ke caving-caving… gua-gua dan ini adalah latihan bawah JMG sebab nature guide bawah Perhilitan, malim gunung bawah Perhutanan dan kita ada caving guide bawah agensi lain, terima kasih.
Okey, soalan terakhir wakil daripada Panching.
Terima kasih Dato' Sri Speaker. Soalan saya nombor 11.
[Status projek STRFP di Felda Panching Selatan: Mohon penjelasan lanjut daripada EXCO yang berkenaan mengenai perkembangan terkini projek STRFP (Skim Tanah Rakyat Felda Perumahan) di Felda Panching Selatan. Adakah terdapat sebarang halangan atau kelewatan yang dihadapi? Jika ya, apakah tindakan susulan yang diambil?]
Bismillahirahmanirahim. Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Assalamualaikum WBT. Terima kasih banyak kepada rakan Yang Berhormat daripada Panching yang menanyakan soalan mengenai status projek STRF yang di FELDA Panching Selatan, memohonkan penjelasan lanjut dan juga berkaitan perkembangan terkini daripada projek STRF iaitu Skim Tanah Rakyat FELDA iaitu daripada penyiasatan mengenai adakah terdapat beberapa halangan ataupun kelewatan.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan juga Ahli Dewan sekalian, iaitu untuk makluman Yang Berhormat, Skim Tanah Rakyat Felda (STRF) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang yang di bawah idea dan juga sentuhan daripada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar dan juga idea-idea yang bernas yang dibawakan dan juga merupakan inisiatif bagi menangani isu perumahan generasi baru FELDA dengan perancangan lebih tersusun dan juga lebih teratur. Kerajaan negeri dengan kerjasama FELDA merancang dan juga melaksanakan STRF di 18 Rancangan yang telah pun diumumkan terpilih untuk fasa awal yang melibatkan
sebanyak 2,110 unit dan alhamdulillah Panching... FELDA Sungai Panching Selatan adalah termasuk yang paling awal kita laksanakan.
Usaha ini diteruskan dengan fasa ke-2 yang bakal diumumkan di beberapa kawasan rancangan yang lain dan juga fasa seterusnya akan dilaksanakan dengan mengambil kira dengan kepada kriteria-kriteria pemilihan tapak iaitu isu-isu status tanah dan juga pertindihan tapak cadangan serta mengatasi isu-isu kesesuaian tapak yang tidak berulang seperti dapat diatasi dengan lebih baik.
Langkah-langkah awal yang telah pun dilaksanakan iaitu er... dengan izin, kick start meeting yang telah pun melibatkan 3 wilayah FELDA yang telah dilaksanakan pada Oktober yang lalu iaitu bersama dengan juruukur berlesen yang telah dilantik oleh FELDA iaitu Wilayah Jengka pada 9 Oktober, Wilayah Mempaga pada 11 Oktober dan juga Wilayah Kuantan pada 17 Oktober yang lalu iaitu bagi FELDA menjalankan kerja ukur di tapak STRF yang dicadangkan dan hasil daripada kerja pengukuran ini, pelan racikan dipanggil dalam dengan izin, pre-com plan akan dikemuka... dikemukakan bagi menentukan jumlah lot-lot tapak untuk serahan kepada peserta yang berkelayakan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan merujuk kepada garis panduan yang telah ditetapkan.
Kerja-kerja pengukuran di tapak bagi semua senarai kawasan di atas telah pun siap sepenuhnya dan pada masa ini pihak juruukur sedang dalam menyiapkan pelan racikan bagi menentukan jumlah sebenar lot yang akan diperolehi dan saiz minima keluasan setiap lot adalah 3,000 kaki persegi iaitu membawa maksud lebih kurang 40 kaki darab dengan 75 kaki persegi.
Dan juga insya-Allah Yang Berhormat, Sungai Panching Selatan termasuk dalam STRF dan ia akan dilaksanakan sepertimana dirancang. Cuma ingatan kita bersama, sekali lagi saya tegaskan sebagai mana sidang DUN yang lalu, bahawasanya kita dan kerajaan negeri dan juga FELDA tiada sebarang kutipan wang pendahuluan daripada peserta lot generasi. Semua proses pemilikan lot generasi ini selesai akan dimuktamadkan bersama di antara kerajaan negeri dan juga pihak FELDA. Yang inilah perlu kita tegaskan kepada semua generasi di luar sana yang ingin memiliki dengan mengambil borang, jangan cuba ingin membayar pendahuluan kepada sesiapa pun termasuk daripada pihak FELDA dan juga dari pihak kerajaan negeri. Sekian, terima kasih banyak Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Soalan tambahan. Terima kasih YB EXCO. Saya nak tanya adakah permohonan untuk STRF ini telah pun dibuka dan kalau ada berapakah permohonan yang ada di Panching Selatan ini?
Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Panching di atas soalan yang dikemukakan permohonan ini dan mengikut senarai 18 kawasan yang telah diumumkan, pihak kami pun telah menerima dan Sungai Panching Selatan sebanyak 70 lot yang telah pun diracik dan diluluskan oleh pihak juruukur berlesen dan setakat ini itulah borang ataupun perakuan yang telah diterima oleh pihak FELDA dan juga pihak kami telah pun menerima permohonan
tersebut dan sedang pun dinilai secara terperinci. Terima kasih banyak Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah selesai membincangkan 11 pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan ini selama 30 minit untuk minum pagi dan persidangan akan disambung semula pada pukul 12.00 tengah hari ini. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan]
[Persidangan disambung semula]
Sambungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024 Dan Usul Anggaran Pembangunan Dan Perbekalan Air 2025.Bill
Perkara Ketiga: Sambungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2025) 2024 dan Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2025.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 (2025) dan usul Anggaran Pembangunan dan Pembekalan Air 2025. Rang Undang-undang dan usul ini telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada Jumaat, 29 November 2024 dan dibahaskan pada hari Isnin, 2 Disember 2024 dan hari Selasa, 3 Disember 2024. Hari ini kita akan menyambung semula perbahasan Rang Undang-undang dan usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebagaimana jadual perbahasan yang diedarkan, seramai 5 orang Ahli-ahli Dewan akan berucap dalam majlis ini. Sukacita saya… sukacita saya ingin memaklumkan bahawa ruang perbahasan yang diberikan perlulah digunakan dengan sebaiknya. Setiap Ahli Yang Berhormat diberi masa 15 minit sahaja untuk perbahasan. Saya juga ingin memaklumkan bahawa Kertas-kertas Mesyuarat Dewan Negeri yang diedar di dalam fail persidangan adalah bersifat EMBARGO dan tidak dibenarkan untuk diulas dan dibahas sebelum tarikh pembentangan.
Saya ingin merujuk kepada Peraturan Mesyuarat Dewan Negeri Pahang Perkara 19 (4), semua Kertas-kertas Rang Undang-undang atau risalah mesyuarat yang akan di EMBARGO sehingga suatu tarikh yang dinyatakan hendaklah dilekatkan slip pada maksud itu dan mana-mana orang yang mengeluarkan Kertas-kertas Mesyuarat, Rang Undang-undang atau risalah mesyuarat tersebut atau sebahagian daripadanya sebelum tarikh yang telah ditetapkan hendaklah disifatkan telah melakukan suatu perbuatan menghina majlis. Bagi permulaan perbahasan, saya ingin menjemput wakil Yang Dilantik, Yang Berhormat Tuan Rizal bin Jamin untuk berucap.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam Pahang 1st. Barisan kepimpinan EXCO Kerajaan Negeri Pahang, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan juga sidang hadirin di Dewan Yang Mulia ini. Terima kasih tak terhingga er… kepada semua er… terutamanya Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah melantik kami ke barisan ADUN-ADUN Lantikan. Sepertimananya rakan-rakan Ahli Berhormat yang lain, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada kerajaan negeri di atas pencapaian berkaitan dengan hasil lebih daripada RM1 bilion selama 3 tahun berturut-turut. Terdapat juga perkara-perkara lain yang saya rasa wajar diberi pujian yang tinggi. Antara lain, KDNK Negeri Pahang yang mencapai tahap 5.6% berbanding dengan 3% di peringkat nasional.
Tapi perkara yang paling menarik perhatian saya adalah berkenaan dengan gred ataupun pencapaian audit bagi negeri Pahang di dalam bab tatakelola kewangan di mana ia mencatatkan tiada teguran. Sepanjang karier saya berkerja di bidang
perbankan, sekiranya kalau tiap tahun kita dapat 2, 3 teguran itu sudah merupakan pencapaian yang baik, inikan pula kali pertama saya melihat kerajaan negeri mendapat teguran sifar, tiada teguran langsung terhadap tatakelola kewangan. Jadi saya rasa itu satu perkara yang kita amat banggakan. Dan juga saya melihat pencapaian ataupun perbelanjaan kerajaan negeri setiap tahun ada surplus yang mencapai jumlah ratusan juta dan saya percaya surplus ini digunakan untuk kebajikan ataupun kemaslahatan rakyat Pahang.
Sekali lagi, kita ucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan pencapaian ini, saya rasa adalah hasil kerja keras segenap lapisan kakitangan sampailah ke pihak Yang Amat Berhormat Menteri Besar membuahkan hasil yang begitu baik ini. Jadi, dengan ini saya sangat bersetuju dengan semalam ucapan daripada rakan saya daripada Kemayan bahawa kerajaan negeri ni dah molek dah cantik. Jadi, kita perlu kekalkan teraju kerajaan negeri ni tak perlulah kita mencari teraju yang lain. Dan saya juga percaya bahawa rakyat negeri Pahang adalah matang dan bijak apabila sampai masanya akan terus mengekalkan kerajaan yang ada ini.
Yang Berhormat Speaker,
Kalau kita teliti pembentangan belanjawan kerajaan negeri ini, kita dapat melihat bahawa contribution, dengan izin ataupun sumbangan terhadap KDNK negeri Pahang yang hampir mencapai RM65 billion ini kebanyakannya disumbangkan oleh sektor pembinaan, sektor perlombongan dan kuari dan juga sektor perkhidmatan. Lebih daripada 52% disumbangkan oleh ketiga-tiga sektor yang saya sebutkan tadi.
Jadi saya merasakan sudah sampai masanya untuk Kerajaan Negeri Pahang memikirkan sumber-sumber lain ataupun punca-punca lain untuk terus membangunkan dan juga meningkatkan lagi ekonomi bagi negeri Pahang. Jadi, saya juga turut tertarik apabila YB EXCO Pelaburan dan Industri menjawab soalan pada hari Isnin lepas, beliau mengatakan bahawa salah satu daripada potensi negeri Pahang ini untuk dibangunkan adalah produk berasaskan alam semula jadi. Jadi, produk berasaskan alam semula jadi ini dikenali sebagai Nature Based Solution ataupun NBS, dengan izin.
Jadi kepentingan produk NBS ini Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adalah ia digunakan untuk mengatasi ataupun menangani masalah perubahan iklim yang sangat serius bukan sahaja di Malaysia ataupun di peringkat antarabangsa sekali pun. Jadi produk NBS ini adalah diperlukan oleh syarikat-syarikat ataupun pemain industri yang terlibat dalam bidang perkapalan, dalam bidang aviation, dengan izin ataupun bidang penerbangan dan juga syarikat-syarikat yang terlibat di dalam penjanaan tenaga fosil.
Jadi bagi negeri Pahang, kita agak berpotensi untuk membangunkan produk NBS ini. Dan di dalam ucapan belanjawan juga, Yang Amat Berhormat Menteri Besar turut memberikan penekanan terhadap kelestarian biodiversiti alam sekitar dan antara lain yang dicadangkan adalah untuk menggandakan usaha penanaman pokok-pokok, disebutkan juga lebih kurang 100 juta pokok dicadang untuk ditanam dan juga ditambah dengan inisiatif-inisiatif lain seperti pembangunan taman-taman negeri seperti yang terdapat di Lipis Geopark oleh Perbadanan Taman Negeri.
Semua perkara yang saya sebutkan tadi, Ahli-ahli Dewan sekalian berupaya ataupun berpotensi untuk dijadikan sumber pendapatan kerajaan negeri melalui instrumen kredit karbon yang boleh diapungkan di pasaran karbon. Untuk pengetahuan Ahli Dewan sekalian, Malaysia telah mempunyai satu pasaran karbon yang dibangunkan
oleh pihak Bursa Saham yang dinamakan karbon kredit, Bursa Carbon Credit (BCX). Jadi ini membuka peluang sekiranya kita dapat mengolah ataupun membangunkan NBS yang saya sebutkan tadi, ia boleh menjadi punca kepada produk karbon kredit. Jadi untuk pengetahuan semua, di Malaysia ini kita hanya mempunyai satu produk karbon kredit di mana ia dibangunkan di negeri Sabah. Kalau kita baca kita dapat tengok terdapat satu hutan yang dinamakan Hutan Kuamut di Sabah yang bersaiz lebih kurang 77,000 hektar telah pun diapungkan produk ini di Bursa Carbon Credit di Bursa Saham Malaysia.
Jadi, produk yang dihasilkan ataupun dibangunkan oleh Sabah ini, dia berupaya untuk menyerap lebih kurang 80… 800,000 tan metrik karbon dioksida ataupun gas-gas yang berbahaya dan ini kalau menurut harga yang diapungkan di pasaran kredit, sekitar RM80… RM50.00 untuk satu metrik tan. Jadi kalua didarabkan jumlah tersebut dengan jumlah er… karbon yang boleh diserap ia berupaya untuk menghasilkan pendapatan sebanyak lebih kurang RM40 juta setiap tahun er… bagi produk karbon berkeluasan seperti yang saya sebutkan tadi. Jadi saya berasakan ia adalah satu potensi yang baik untuk negeri Pahang.
Dengan itu, saya mohon mencadangkan supaya kita di negeri Pahang ini kita wujudkan satu jawatankuasa untuk mengkaji bukan sahaja daripada segi aspek perundangan, SOP dan juga daripada segi keberdayaan ataupun viability, dengan izin bagaimana kita juga boleh mengadakan produk carbon credit ini dan diapungkan sebagai sebahagian daripada perniagaan karbon dan saya juga ingin mencadangkan supaya produk carbon credit ini kita develop ataupun bangunkan dengan izin er… dalam keadaan ia patuh syariah kerana di Bursa Saham, carbon credit ini ia adalah satu produk yang patuh syariah. Jadi, ia memerlukan satu jawatankuasa atau satu panel syariah yang boleh membantu ataupun mengawal selia usaha-usaha pembangunan er… pembangunan produk carbon credit ini supaya ia patuh kepada syariah.
Dato’ Sri Yang er… Speaker, boleh saya minta celah?
Ya.
Berkenaan dengan er… cadangan YB ADUN Lantikan untuk penubuhan jawatankuasa untuk mengkaji sama ada kita dapat apungkan produk carbon credit ini… ini, I think memang satu cadangan yang begitu baik sebab kita nampak pada waktu sekarang er… masalah perubahan iklim adalah satu isu yang serius, so kalau kita dapat okey, mengkaji dan melaksanakan jawatankuasa ini dengan tujuan untuk mengapungkan apa carbon credit yang kita dapat dan menjana pendapatan seperti yang dijangkakan di negeri Sabah RM40 juta ia adalah satu perkara yang amat baik yang patut kita boleh pertimbangkan dan apa yang dicadangkan oleh YB ADUN Lantikan bahawa ia… kita buat satu yang mematuhi syariah juga di negeri Pahang. Saya rasa ini memang… memang satu perkara yang baik untuk kita kaji, jadi er… cuma saya nak tahu jawatankuasa ini macam mana ataupun boleh berikan
penjelasan… pencerahan jawatankuasa ini, apakah tujuan ia ataupun had ia untuk kita dapat er… apa itu merealisasikan carbon credit ini diapungkan di bawah bursa?
Terima kasih er… YB Ketari. Jadi, untuk soalan itu untuk produk carbon credit ini er… Pasaran Saham Malaysia, Carbon Credit Exchange Malaysia ia merupakan satu pasaran yang patuh syariah. Jadi, sebelum sesuatu produk itu boleh diapungkan, ia mestilah melalui proses-proses syariah dan salah satu prosesnya adalah penubuhan panel syariah yang mengawal selia ataupun memantau pembangunan produk carbon credit ini. Jadi, itu adalah satu prasyarat. Kemudian er… saya juga nak tambah sedikit bahawa pasaran untuk carbon credit ini bukan sahaja di Malaysia malah ia sangat meluas dan besar di negara-negara di Timur Tengah, di mana negara-negara Timur Tengah sepertimana yang kita tahu ia adalah kebanyakannya pengeluar tenaga fosil dan kebanyakan juga mereka adalah di kalangan negara-negara yang mengamalkan agama Islam dan mereka mempunyai standard ataupun tahap kepatuhan terhadap syariah yang lebih tinggi.
Terdapat perdebatan yang agak meluas di er… domain carbon credit ini di mana jenis produk itu diperdebatkan sama ada syariah… halal ataupun tidak halal kerana barang yang didagangkan di dalam carbon credit adalah gas karbon dioksida dan gas-gas karbon lain yang berkaitan. Jadi terdapat perdebatan sama ada ini dibolehkan ataupun tidak dibolehkan. Yang keduanya, kaedah ataupun method penyukatan isi padu gas karbon ini perlu juga dipantau ataupun diselia supaya tidak timbul isu manipulasi ataupun isu penipuan di mana ia merupakan salah satu garis panduan di dalam pelaksanaan perniagaan yang berasaskan syariah. Boleh saya teruskan?
Sila… sila, ada lima minit lagi.
Kena bagi lebih sedikit ini Tuan Speaker mintanya. Kemudian saya juga nak sebutkan Yang Berhormat Speaker, satu bidang lagi yang saya rasa kita boleh teroka adalah er… bidang berkaitan dengan ekonomi berkitar ataupun secular economy. Ia juga merupakan satu bidang ekonomi baru. Satu daripada produk yang banyak digunakan di dalam bidang ekonomi berkitar ataupun secular economy dengan izin, adalah penggunaan minyak masak terpakai ataupun used cooking oil (UCO) dengan izin. So, produk USO er… produk UCO ini digunakan untuk menghasilkan beberapa barangan pengguna seperti sabun dan yang lagi penting sekarang ia digunakan untuk menghasilkan apa yang kita katakan sebagai (SAF) Sustainable Aviation Fuel di mana pihak Petronas er… sedang membangunkan kilang SAF ini di Pengerang dengan kapasiti sekitar 650,000 tan setiap tahun.
Jadi kalau kita di Pahang ini, dapat membangunkan industri ini dengan menjadi pusat pengumpulan dan juga penyimpanan seperti yang disebut oleh YB EXCO tadi, carbon storage and processing dengan izin, jadi ia menjadi satu potensi kepada kita untuk menjana pendapatan. Jadi pada harga semasa sekarang minyak masak terpakai ini Ahli-ahli Yang Berhormat, ia dijual pada kadar ataupun pada harga RM2.50 ke RM3.00 sekilo jadi kita bayangkan dengan kapasiti sebanyak 650,000 tan ini ia akan berjumlah sebanyak lebih kurang RM1.3 bilion setahun. Jadi penting saya rasa untuk Pahang
menjadi satu hab di sebelah Pantai Timur ini untuk mengumpul, menyimpan dan membuat prapemprosesan minyak masak terpakai ini sebelum dihantar di Pengerang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri kerana telah melaksanakan inisiatif SejaTi er… SejaTi MADANI yang memperuntukkan geran RM100,000.00 kepada setiap komoditi er… komuniti desa di Pahang. Menurut maklumat yang dibekalkan kepada saya oleh pihak pembangunan… Pegawai Pembangunan Negeri Pahang setakat November tahun ini, sebanyak 459 kampung telah pun mendapat manfaat dan jumlahnya adalah sekitar RM30.8 juta. Jadi saya rasa ini adalah satu program ataupun projek yang baik usaha sama antara kerajaan persekutuan dan juga Kerajaan Negeri Pahang. Namun, saya ingin mencadangkan supaya pihak EXCO yang mengawal selia perjalanan kampung ini mengadakan satu garis panduan ataupun SOP terhadap projek-projek SejaTi MADANI ini dan juga projek-projek lain supaya ia dapat menghasilkan hasil sepertimana yang kita harapkan.
Terdapat juga kampung-kampung yang agak terkehadapan dalam menggunakan ataupun menjalankan projek SejaTi MADANI ini. Saya bagi contoh, Kampung Tanjung Lipis, ia merupakan kampung di pinggir bandar Lipis dan kampung ini menggunakan geran SejaTi MADANI ini untuk membangunkan apa yang dipanggilkan satu esplanade untuk pelancong yang dating ke Lipis. Kita tahu bahawa bandar Lipis itu dia termasuk dalam Lipis Geopark, jadi pihak JPKK Kampung Tanjung Lipis ini menggunakan dana tersebut selain daripada membangunkan esplanade itu, mereka juga bekerjasama dengan pihak UiTM di mana pihak UiTM membantu mereka membangunkan SOP bagaimana untuk menjalankan projek-projek pelancongan yang berdasarkan kepada konsep community based tourism. Jadi ini memberi nilai tambah kepada kampung tersebut untuk mendapatkan hasil yang baik daripada geran yang diberikan oleh kerajaan persekutuan. Jadi kalaulah perkara ini kita dapat luaskan lagi ataupun lebarkan lagi pada kampung-kampung yang lain, saya rasa kesan ataupun impak daripada geran SejaTi MADANI ini akan menjadi lebih berkualiti, Dato’ Sri Speaker. Minum sekejap… bertepatan dengan tema bajet…
Lain macam ADUN Lantikan ini boleh minum… [ketawa] [Ahli Dewan ketawa]
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker…
Bertepatan dengan tema bajet…
Mohon laluan, saya ingin bertanya kepada rakan ADUN Lantikan, kalau boleh dapat kongsi dalam Dewan Yang Mulia ni, berapakah peruntukan MADANI yang sesebuah komuniti tu dapat? SejaTi MADANI tu dapat? RM50,000.00 ke RM100,000.00? Boleh
kongsi bersama dalam Dewan Yang Mulia ni berapa peruntukan yang disalurkan? Terima kasih.
Untuk makluman, er... terima kasih YB Tioman. Untuk makluman, saya hanya menerima angka secara aggregate sahaja. Bukan angka mengikut kampung ataupun jumlah detail mengikut kampung. Mungkin YB EXCO...
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Ini… ADUN Tioman ni dia cuba mengusik rakan ADUN yang baru dilantik. Apa namanya sebenarnya SejaTi MADANI ni salah satu pendekatan kerajaan persekutuan untuk membantu semua JPKK di seluruh negara kita bagi mengaktifkan pelbagai aktiviti yang ada pada mereka ataupun anak-anak buah mereka di kampung masing-masing. Jadi, mereka bolehlah memohon peruntukan SejaTi MADANI ni ke Pejabat Daerah dengan menyediakan satu-satu kertas kerja yang disahkan oleh JPKK, Ketua Kampung atau JPKK sendiri yang memohon. Sama ada dia nak buat apa… program ke ataupun aktiviti dan sebagainya. Jadi, ada yang boleh mohon dengan kadar RM20,000.00 tengoklah kalau kerja tu besar, dia boleh mohon besar paling maksimum boleh sampai mencecah RM100,000.00, Dato' Sri Speaker. Tapi kalau dia kertas kerja dia tak kemas, tak cukup dia punya syaratnya mungkin dia tak diluluskan juga. Tapi setakat ini betul, sebagaimana ADUN Dilantik sebutkan tadi. Ramai sudah mendapat manfaat daripada Program SejaTi MADANI yang diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan melalui Pejabat Pembangunan Negeri iaitu SDO dan juga Pejabat Daerah di daerah-daerah melalui DO. Terima kasih Dato' Sri Speaker.
Sila.
Terima kasih.
Boleh gulung wakil...
Dah nak landing dah ni Dato' Sri. Bertepatan dengan tema bajet, ‘Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan’, inisiatif yang dicadangkan oleh kerajaan negeri tidak lain dan tidak bukan adalah hanya untuk membawa manfaat dan juga kebaikan bagi rakyat negeri Pahang. Walau... walau bagaimanapun, saya ada sedikit terkilan, sedikit sahaja, seketeh kata orang Benta. Tak macam rakan saya semalam, dia kesal dan terkilan banyak, saya sedikit saja terkilan kerana terdapat beberapa ucapan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mempertikaikan kewajaran satu
inisiatif iaitu inisiatif Juadah Makmur. Kenapa perlu diadakan inisiatif ini? Jadi untuk ini, saya menyeru kepada kita semua untuk melihat skop sedekah yang dimaksudkan oleh YB EXCO Desa ini perlu dilihat daripada konteks yang lebih luas.
Untuk itu, saya ingin bacakan hadis Nabi kita Rasulullah SAW berkenaan dengan perkara sedekah ini. Ia diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Saya bacakan maksud dia. Antara lain Rasulullah SAW bersabda seorang lelaki berazam untuk bersedekah, lalu ia membawa sedekahnya diberikan kepada pencuri. Maka hebohlah orang ramai mengatakan pencuri mendapat sedekah daripada lelaki ini. Lelaki yang bersedekah itu berkata maha suci Allah, alhamdulillah, aku telah bersedekah. Dan dia berazam lagi untuk bersedekah. Sedekah dia jatuhlah pula ke tangan seorang penzina. Maka hebohlah orang memperkatakan hal tersebut. Lelaki yang bersedekah tadi mengatakan alhamdulillah, aku telah bersedekah.
Kemudian lelaki ini bersedekah lagi. Kali ini sedekah dia itu jatuh pula ke tangan orang kaya. Hebohlah juga orang ramai mengatakan perihal ini. Dan lelaki tadi mengatakan alhamdulillah, maha suci Allah aku telah bersedekah. Maka dikatakan kepada lelaki ini. Diriwayatkan lelaki ini telah bermimpi didatangi oleh malaikat bahawa sesungguhnya sedekah engkau kepada pencuri menyebabkan pencuri itu berhenti mencuri. Sedekah engkau kepada penzina akan menyebabkan dia berhenti dari berzina. Dan sedekah engkau kepada orang kaya akan menyebabkan dia turut membelanjakan hartanya ke jalan Allah. Ini adalah hadis di dalam Riwayat Bokhari Hadis 1421. Jadi ini menunjukkan…
Mintak... mintak laluan sikit, boleh? Tuan Speaker... Dato’ Sri, saya nak mintak laluan sikit sebab dia sebut nama saya tadi.
Ha... sila.
Er... jadi...
Boleh baca tak hadis tu? [Ahli Dewan ketawa]
[Ketawa] Insya-Allah kita bagi saya masa lebih sikit, boleh. Baik, tadi ADUN Lantikan ni dok sebut tentang Juadah Makmur dan dia bacakan hadis ni. Jadi saya nak... nak... nak mencadangkanlah kalau boleh kerajaan negeri ni untuk Juadah Makmur ni, sekarang ni musim peperiksaan dan musim banjir. Jadi apa kiranya walaupun mungkin mangsa banjir tu daripada kampung lain ataupun tak mengundi di Pahang ni ke ataupun budak-budak yang periksa SPM. Dia tak mengundi lagi ke. Apakah kiranya kerajaan negeri ni kita lanjut, extend sikit bantuan Juadah Makmur ni kepada para
pelajar yang sedang amik SPM ni dan juga mungkin pada mangsa-mangsa banjir? Itu sahaja Dato' Sri.
Sikit, saya nak tambah sikit. Saya nak jelaskan tentang sedekah. Sedekah ni kita sedekah duit kita. Orang tak panggil sedekah kalau kita sedekah duit kerajaan. Kerajaan ni pemberian macam Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebut tu ialah pemberian. Sedekah ni kita sedekah duit kita sendiri baru dipanggil sedekah. Sedekah duit orang mana boleh sedekah. Jadi supaya betulkan istilah ialah supaya jangan kita kelirukan, sedekah ni duit kita yang kita bagi. Kalau duit kerajaan ialah pemberian sebagaimana yang disebut oleh Yang Amat Behormat Menteri Besar dalam pemberian kerajaan pada juadah sebagainya. Terima kasih.
Dato’ Sri Speaker,
Apa namanya cadangan daripada ADUN Yang Dilantik dan berita er… ucapan yang disampaikan oleh ADUN Yang Dilantik tu tadi adalah sangat baik dan saya sendiri dah dengar daripada mulut Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar, benda ni akan mendapat perhatian daripada kerajaan [Ahli Dewan menepuk meja]. Mungkin kita tengok dari mana cara insya-Allah sudut… apa sudutnya. Bab nak namakan dia tu sedekah ke, pemberian ke dan anugerah ke tu, itu kita boleh... bolehlah katakan apa macam apa. Sebenarnya dalam Quran pun ada sebut (Ayat al-Quran). Makna digalakkan dalam al-Quran, kita beri orang makan.
Dan rakan-rakan dalam Dewan pun ada banyak sebut. Sekarang ni ada kita menghadapi orang yang apa namanya slow sikit pergi sembahyang Jumaat. Slow sikit pergi sembahyang Jumaat. Sebenarnya masjid banyak, tepu dan penuh. Tapi mungkin dengan ada niat baik Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar ni menyampaikan Juadah Makmur ni. Ini juga salah satu cara kita menarik orang seronok datang ke masjid bukan kerana makan sangat. Tapi kerana ada silaturrahim yang diwujudkan melalui Juadah Makmur. Sebab tu dia tak sebut beri makan orang. Dia sebut Juadah Makmur supaya ada semangat silaturrahim dan ukhwah terzahir daripada Program Juadah Makmur itu. Maka orang bersemangat datang ke masjid Dato' Sri.
Mohon mencelah, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Saya melihat Juadah Makmur ni sangat baik, usaha kerajaan. Saya juga mencadangkan kepada Ahli Dewan Negeri, barisan kerajaan untuk kita sama-sama sumbang sebanyak RM1,000.00 untuk menambah lagi Juadah Makmur di kawasan-kawasan masjid di negeri Pahang ni. Terima kasih.
Saya nak gulung.
Sila gulung.
Dah. Sebenarnya tadi Dato' Sri Speaker, cuma DUN Cheka dia mengatakan bahawa sedekah ni terhad kepada individu. Mungkin saya berbeza pandangan sedikit. Kalau kita buka riwayat kepimpinan Umar al-Khattab, khalifah kita yang kedua, beliau sebenarnya ada mengadakan aktiviti seumpama ini. Di mana beliau menggunakan duit Baitulmal untuk bersedekah kain kafan kepada individu di Kota Madinah pada ketika itu. Sampai Ummul Mukminin, Siti Aisyah menerima kain kafan sedekah daripada Umar itu mengatakan bahawa aku tak perlukan kain kafan ini kerana aku dah beli kain kafan aku sendiri. Jadi saya berbeza pendapat berkenaan dengan takrifan sedekah oleh DUN Cheka itu. Jadi, janganlah pula ADUN kita lepas ni EXCO kita bagi sedekah kain kafan dekat pengunjung masjid. Jadi kang orang takut nak datang ke masjid lak [ketawa].
Jadi dengan ini Dato' Sri Speaker, saya mengambil kesempatan ini dengan rendah diri menyokong penuh ucapan Belanjawan Negeri Pahang bagi tahun 2025 dan semoga kita mendapat manfaat dan hasil daripada belanjawan yang baik ini. Sekian, wassalamualaikum WBT.
Terima kasih kepada Ahli Yang Dilantik. Seterusnya, saya menjemput Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Beserah untuk berucap.
Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato Sri Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan para pemerhati sekalian. Saya ucap terima kasih kerana diberikan peluang untuk sama-sama mengambil bahagian di dalam membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan sekali dengan pembangunan tahun 2025. Saya nak mulakan perbahasan saya dengan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah. Syabas kepada seluruh barisan kepimpinan negeri Pahang yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja, Ketua-ketua Jabatan dan juga semua penjawat awam yang telah berusaha keras hingga mencapai sasaran. Kita mengutip hasil kerajaan sebanyak RM1 bilion… lebih pada RM1 bilion dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.
Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan seluruh rakyat negeri Pahang dan kita harap bahawa ini akan terus momentum ini dikekal dan dipertingkatkan. Semoga kita dapat menikmati segala kemakmuran dan kesejahteraan itu bersama. Saya mengambil ruang ini juga ingin melihat bagaimana kita mampu untuk nak menambah baik daripada pencapaian yang telah baik ini. Pencapaian KDNK kita 5.2 % untuk tahun 2023 mengatasi banyak negeri lain. Johor hanya 4.5% KDNK. Perak hanya 2.7%. Kita bawah sikit pada Selangor 5.4%. Ini menunjukkan indikator sihatnya ekonomi kita bila ada pertumbuhan KDNK bertambah ini menunjukkan ekonomi kita sihat. Namun sihat ni banyak kategori, Dato' Sri Speaker. Dato' Sri Speaker pun sebagai orang sihat tapi kena makan ubat. Kalau tak makan ubat jadi tak sihat. Ada
orang tu sihat dia… dia selalu bersukan, dia sihat tak perlu makan ubat. Sama juga dengan kita menguruskan peningkatan KDNK ini… peningkatan KDNK ini. Nilai KDNK kita adalah sebanyak RM64.9 bilion ataupun RM65 billion.
Yang Berhormat sihat, makan ubat tak? Tak makan?
Tak makan, tak makan ubat. Alhamdulillah.
Bagus.
Sihat.
Kadang-kadang dia cakap depan kita je. [Ahli Dewan ketawa]
KDNK kita 5.2% bernilai RM65 bilion jika dibandingkan dengan negeri Johor. Johor 4.5% KDNK nilai dia RM148 bilion, Perak hanya 2.7% KDNK tapi bernilai RM82 bilion, Selangor 5.4% KDNK nilainya RM400 bilion. Jadi indikator ini yang saya rasa perlu kita lihat dari sudut yang lebih untuk nak tambah sihat dengan meningkatkan nilai KDNK itu sendiri bukan sekadar percentage KDNK. Dengan meningkatkan…
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Saya mohon penjelasan sikit kalau boleh daripada apa Yang Berhormat ADUN Beserah, kita tadi buat perbandingan dengan negeri-negeri Johor, Selangor. Boleh bagi pencerahan berapakah KDNK di Kelantan dan Terengganu dan maknanya dari segi peratusan dan segi apa nama ni nilaian dia? Terima kasih.
Saya boleh, saya tak… tak ambil data tu, saya tak ada data itu di… sekarang. Saya boleh bagi jawapan bertulis jugak kepada Yang Berhormat untuk nak menjawab persoalan tersebut [Ahli Dewan ketawa]. Saya boleh cari, insya-Allah. Boleh Google je benda tu. Benda ni boleh cari… cari Google je sekarang mudah untuk dapat dari saya. Tapi saya mintak maaf. Saya tidak ada data tu. Saya tak tengok pun data tu
sebab saya nak bandingkan Pahang ni sebaris dengan negeri-negeri yang maju. Kita tahu kedudukan negeri-negeri lain kenapa kita nak bandingkan negeri yang kurang keupayaan berbandin dengan kita. Itu maksud yang saya nak cuba perbandingkan. Cuma apa yang saya nak tegaskan di sini nilai KDNK ni boleh dipertingkatkan oleh kita semua sebagai Kerajaan Negeri Pahang kerana kita mempunyai banyak sumber daya alam yang boleh dimanfaatkan sebagai sumber nilai tambah sepertimana yang sedia ada. Penyumbang kepada nilai KDNK yang besar adalah pembinaan. Kemudian diikuti oleh dengan pembuatan, seterusnya pertanian dan yang akhir sekali perlombongan. Kita ada reserve mineral yang bernilai tinggi yang boleh kita tambah nilaikan dia supaya meningkatkan nilai KDNK kita. Sebab semua KDNK ini dikira dia mengambil semua sumber-sumber ekonomi ni.
Nilai semua sumber ekonomi ni. Kalau contohnya bauxite, kita ada 100 juta reserve bauxite yang sekarang ini kita eksport mentah, kita eksport bauxite cuci sikit, eksport. Apa salahnya kalau kita downstreamkan dia, nilai tambahkan dia dengan membuka perkilangan sebab bauxite ni adalah sumber utama untuk aluminium dan alum dan semuanya gunakan untuk industri dan juga pembuatan. Kalau kita boleh dapat peningkatan nilai dia daripada mentah dengan yang dah siap adalah sebanyak 300% nilai dia, itu bauxite. Kita ada silica, tempat saya banyak silica, sedang… sedang rancak sekarang ini. Kita eksport mentah dan sekiranya kita boleh menambahnilaikan dia dengan memproses di sini selain daripada menambahkan peluang pekerjaan, menjana ekonomi hiliran dan sebagainya.
Dia juga boleh menambahkan nilai bahan mineral kita itu. Jadi hasrat kita supaya tambah nilai ini kita jadi lebih sihat. Ekonomi negeri Pahang ini dengan nilai yang lebih mampan dan juga boleh memberikan kesan langsung yang lebih tinggi kepada kita. Hasrat kerajaan untuk nak melihat ini, saya nampak ada dengan penubuhan Pahang Mining Corporation. Saya harap Pahang Mining Corporation ini menjadi tonggak teras utama memajukan sektor perkuarian dan perlombongan ini kepada sektor ekonomi, nilai tambah yang lebih baik.
Dan kita juga menyambut baik idea untuk menubuh Akademi Mineral Pahang ini. Ini adalah saya satu… salah satu hasrat yang saya rasa untuk nak melihat… menilai bagaimana kita boleh menambah nilai sumber mineral kita, kita ada emas. Kita tahu kita REE tak lama lagi akan akan diproses. Kita ada juga bijih besi. Semua ini sumber yang begitu bernilai tinggi. Cuma saya mencadangkan supaya Akademi Mineral Pahang ini kita… kita ada Pahang Skills diletakkan di bawah Pahang Skills. Bukan berdiri sendiri di atas akademi dia kerana Pahang Skills telah berada di telah berusaha dan juga telah berada di dalam sektor pendidikan dan juga peningkatan kemahirannya telah lama.
Kita telah ada prasarana yang lengkap. Kita telah ada pengusaha dan penggerak juga pengajar-pengajar tenaga mahir mereka, maka kita perlu letakkan satu akademi satu jabatan baru di bawah Pahang Skills. Daripada kita membina prasarana baru atau melantik pengarah baru untuk menerajui Akademi Mineral Pahang. Kalau kita letak bawah Pahang Skills, kita hanya perlu menambah sebilangan kecil sahaja tenaga untuk nak menggerakkannya di bawah satu jabatan. Ini pandangan saya kita telah berbelanja peruntukan diberikan oleh Yang Amat Berhormat, RM4.5 juta untuk Pahang Skills membina prasarana dia. Jadi kita gunakan. Tapi nak bina di Lipis pun boleh tapi diletakkan di bawah cawangan Pahang Skills ataupun YP Skills kerana kita tidak perlu menambah overhead membebankan kita dengan dengan penubuhan baru. Jadi itu cadangan saya.
Yang keduanya, sepertimana disebut tadi adalah tentang menceburi bidang industri halal ini USD2.8 trilion. Sumbangan yang dijangka untuk industri halal adalah satu nilai yang besar. Dan terima kasih kerana telah memilih kawasan perindustrian Gebeng sebagai sebahagian daripada Taman Pembangunan Industrial… Taman Pembangunan Industri Halal di negeri Pahang. Cuma saya berharap ianya memberi… USD2.8 trilion ini satu nilai yang besar. Kita tidak mahu kita hanya sebagai pemerhati kepada industri ini. Saya mencadangkan kita terlibat dan melibatkan diri secara aktif melalui joint venture atau melalui apa sahaja kaedah agar nilai USD2.8 trilion ini kita dapat manfaat sedikit untuk negeri, untuk rakyat negeri Pahang dan kita harap pelabur datang tapi pelabur datang mesti bersama dengan kita sama sambut dan terlibat.
Kita tidak mahu menyerahkan 100%...100% industri ini dimanfaatkan oleh hanya tenaga luar atau orang luar. Tapi kita tidak mengambil manfaat dan… dan juga apa yang kita rasakan peluang terbaik untuk kita nak memaju dan meningkatkan ekonomi negeri dan juga rakyat negeri Pahang.
Saja nak menyampuk Dato' Sri Speaker, kalau diizinkan oleh Beserah.
Sila… sila… sila.
Beserah ni bercakap lancar, sedap dengar idea, tapi bak kata dek orang tua-tua kata, ‘gar kata gelegar, rasuk juga yang menanggung’. Jadi itu pepatah tu buka boleh Google, ‘gar kata gelegar, rasuk juga menanggung’. Rasuk ni dia duduk pada tiang, gelegar ni tempat orang letak apa bekas sirih je, Dato' Sri Speaker.
Saya… saya dengar pepatah pulak, ‘cakap berdegar-degar, tahi sangkut atas gelegar’. [Ketawa]
Jadi apa nama… gelegar ni dia buat kerja sebenarnya menanggung atap, menanggung bumbung duduk di atas, supaya orang nampak oh… ada rumah. Saya rasa Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar pergi ke China untuk mendapatkan pelaburan tu sudah tentulah hasratnya sama sepertimana yang disebutkan dan digambarkan oleh wakil daripada Beserah untuk memastikan apa namanya, orang kita dapat juga terlibat supaya mereka dapat mengecapi nikmat pelaburan yang ada. Contoh kelmarin, Lynas... kita buat Lynas. Pegawai-pegawai dia, pekerja-pekerja dia, buruh-buruh dia, walaupun ada orang luar, orang kita pun mendapat peluang dan ruang bekerja di situ. Tapi waktu itu kita bagai nak rak, seolah-olahnya kita ni sedang mengharap… menghadapi Perang Dunia Ketiga yang akan memusnahkan apa... penduduk di negeri Pahang Darul Makmur pada ketika itu.
Tapi alhamdulillah, kita nampak apa namanya orang kita dapat mengecapi nikmat daripada Lynas yang kita tubuhkan. Saya yakin Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang tidak akan melepaskan peluang itu hanya semata-mata dinikmati oleh pelabur daripada luar negara. Tetapi rakyat di negeri Pahang akan menumpang… mengecap... mengecapi nikmat pelaburan itu sama ada berskala besar ataupun dapat tumpang bekerja jual goreng pisang di tepi kilang-kilang tu pun insya-Allah, saya yakin kita… mende itu akan berlaku tapi maknanya saja jelah mencelah sebab sedap sangat dengar Beserah apa… berucap ni tadi.
Sila sambung, Beserah.
Kita faham apa yang hasrat disampaikan kerajaan. Sebab itu kita kata kerajaan negeri berusaha keras kita hargai, hormati dan juga yakin semua usaha dibuat. Cuma kita beri peringatan kerana tidak mahu apa yang berlaku di tempat lain atau berlaku dalam keadaan kita sekarang berulang. Kita tak mampu kawal. Kita rasa investor dia ada kuasa besar. Yang Berhormat EXCO Pelaburan... cuma kita kadang-kadang terpaksa mengikut mereka. Jadi, kalau boleh benda ini kita dapat kawal daripada awal, maka dia akan memberikan sedikit ruang untuk masa kita… masa depan kita. Ya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat daripada Beserah. Sebenarnya kebimbangan yang dibangkitkan oleh Beserah ini telah pun dibincangkan semasa saya mengadakan perbincangan daripada hati ke hati dengan 20 orang pelabur daripada China di Shanghai dan beberapa pegawai daripada MATRADE pun turut hadir. Banyak pertanyaan dikemukakan kepada saya antaranya soal tanah. Mereka kata boleh tak dapat tana dan sebagainya and I said no. Tanah tak boleh tapi kita boleh bagi pajakan. Banyak halangan-halangan yg kita kata tak boleh. Kita terus-terang kepada mereka. Apa yang kita boleh bagi kita bagi tahu pada mereka. Kita permudahkan premium yang mungkin diminimakan dan syarat syarat dilonggarkan. Tetapi ada perkara-perkara yg tidak boleh dikompromi sebab kita perlu juga dilihat sebagai is of doing business.
Kita cuma cakap je tapi kalau kita tak praktikkan tak jadi. Dan hasil daripada perbincangan tersebut, mereka sangat berpuas hati sebab kita berterus-terang. Timbalan SUK BPEN pun ada, Dato' Ali Shahbana dalam perbincangan tersebut, apa yang boleh dan apa yang tak boleh semua dah kita bagi tahu. Jadi saya nak tegaskan di sini bermakna kita… kita berpegang kepada prinsip. Kita nak kepada pelabur tetapi dalam masa yang sama kita tidak menggadaikan apa yang ada pada kita untuk mereka ada… ada limitationlah. Jadi sahabat saya daripada Beserah, terima kasih atas peringatan. Tapi jangan bimbanglah. Kita tahu apa yg kita buat. Terima kasih Dato' Sri Speaker.
Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Sila, teruskan Beserah. Teruskan.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Baik saya pergi kepada perkara yang kedua berkaitan dengan tekad kelima yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat baru ni berkaitan dengan perumahan. Tahniah kerana kita ada Rumah Rakyat Pahang. Tahun depan kita nak lebih kepada 300 unit lagi untuk dibina. Cuma Rumah Rakyat Pahang ni untuk mereka yg ada tanah untuk kita bagi dia buat rumah. Tapi kita ada Rumah PR1MA yang kita tanya tentang PR1MA ni banyak terbengkalai. Pagi tadi kita beri jawapan kita ada 7,983 unit Rumah PR1MA telah dibina.
Kita ada Rumah MAKMUR, hanya 30unit yang telah dibina. Cuma saya nak… nak bangkitkan di dalam Dewan ini. Saya baru terima dua hari lepas, di tangan saya ini berkaitan dengan Rumah PR1MA. Ada iklan menjual Rumah PR1MA. Tiga iklan. Dia bagi dua hari lepas bagi pada saya dan selain pada tu ada juga maklumat bahawa rumah-rumah PR1MA ni jadi homestay. Rumah PR1MA sepatutnya hasrat murni kerajaan nak bina rumah mampu milik untuk mereka yang…
Yang Berhormat mintak laluan.
Boleh, tambah... tambah masa sekali Yang Berhormat Dato' Sri... ada banyak point.
Tak apa, Speaker bagi tambahan masa
Boleh... boleh. Kita sama-sama lambatlah keluar. [Ketawa]
Ada moratorium. Bermakna siapa yang dapat rumah PR1MA, dia tak boleh jual 10 tahun. Kalau tak silap saya. Yang itu saya perkenalkan 3 tahun atau 4 tahun yang lepas. Ini tak betul. Lepas tu yang Rumah Rakyat Pahang tadi bukan perlu tanah sendiri. Tanah kerajaan pun kita bagi. Semalam, Tuanku berangkat semalam yang kita bagi Ru'RASA tu adalah... Ru'RASA macam RRP jugalah lebih kurang tanah kerajaan. Kalau tanah kerajaan tu ada kita boleh bagi kalau sekiranya keperluan kepada pemohonlah.
Jadi saya ingat Yang Berhormat daripada Beserah boleh dapatkan syarat-syarat mereka yang mendapat rumah PR1MA ni tak boleh jual. Antaranya moratorium,
kelayakan, berapa dan sebagainya. Apa yang mereka buat itu adalah salah dan kita boleh ambik tindakan. Saya harap EXCO Perumahan akan buat sesuatulah. Terima kasih Dato' Sri Speaker.
Sila gulung, Beserah.
Sekejap... sekejap je Yang Berhormat.
Ha… okey. Sila.
Kadang kadang ada rumah...
EXCO Perumahan.
Rumah kerajaan ni, contohnya rumah Projek Perumahan Rakyat (PPRM). Ada juga akan dibina harga dekat RM200,000.00 lebih RM300,000.00, jual dalam RM35,000.00… RM45,000.00. Contoh di Nenasi dan projek yang akan datang kita akan buat lagi Projek Perumahan Rakyat ni daripada KPKT pun berharga macam tu. Rumah PR1MA Pahang pun macam tu juga, harga RM150,000.00, Semi-D. Memang orang sangat berminat, macam rumah Projek Perumahan Rakyat di Nenasi tu. Ada juga yang kita dapati dia jual tu dengan dia buat… PA. Atas PA, yang sebenar tu benda tu tak boleh dia tak…dia tak boleh buat. Tapi kita kadang-kadang kita tak tahu dia menjual tu dengan membuat side aggreement lain pulak.
Lepas 10 tahun besok baru serah balik. Ini perkara-perkara yang kadang-kadang kita perlu mencari cara untuk mengatasi perkara-perkara sedemikian daripada berlaku. Yang disalahgunakan ni mungkin akan dating, kita boleh tarik balik rumah ni supaya tak dijual dengan sebegitu rupa. Menyalahgunakan apa pemberian kerajaan yang sebaik ini, ya.
Sila.
Apa yang saya nak sampaikan sebenarnya nak beri tahu bahawa ada kelemahan dalam proses pemilihan pembeli. Rumah PR1MA ni dia masuk online system. Dia
boleh beli pendapatan RM10,000.00 ke bawah. RM10,000.00 ke bawah ni T20 punya level. T20... RM7,000.00 lebih je pendapatan dia. Maknanya orang yang M40… B40 terpaksa bersaing dengan T20 tu dapat rumah. Orang T20 dia beli rumah lain. Makna hasrat murni yang saya sebut kerajaan nak bagi rumah kepada setiap rakyat tak tercapai, kerana orang yang beli ni orang yang dah ada rumah. Sebab tu dia jual balik. Orang yang beli ni orang boleh buat homestay. Dia ada rumah lain. Ini yang… yang kita kena tengok dan kita nilai sebab hasrat ni bagus...
Yang Berhormat saya nak mohon celahlah. Jadi kalau yang sebegini rupa katalah orang dah ada rumah, dapat rumah lagi. Tolong bagi maklumatlah secara terperinci.
Saya baru dua hari lepas dapat...
Difahamkan rumah PR1MA ni pemilik pertamakan, first time. First time buyer...
Rumah PR1MA ini adalah rumah yang untuk pemilik pertama yang pendapatan seisi rumahnya RM10,000.00. Itu kerana kita dapati kajian ya. Kadang-kadang RM10,000.00 ni ada yang tak mampu untuk beli rumah lagi kerana dengan ada nak bayar keretanya. Nak bayar orang gajinya. Nak bayar berbagai-bagai lagi. Tentang keperluan kehidupan dan kita dapati bahawa pendapatan seisi rumah tu dengan RM10,000.00 tu boleh ditawarkan untuk membuat… membeli rumah PR1MA Pahang ni. Dan kita membuat penapisan yang teliti. Kita nak tengok dari mana pendapatannya ke mana, anaknya berapa dan kita memberi mengikut justifikasi yang tertentu supaya kita boleh menawarkan rumah tersebut kepada yang layak.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Niat murni hasrat kerajaan itu sangat baik. Cuma bila terjadi begini, dia telah memberikan satu impak yang negatif kepada usaha kita yang baik. Jadi kena... sebab tu kita tengok bagaimana proses pemilihan, syarat-syarat dan sebagainya.
Saya nak menyampuk juga sikit Dato' Sri Yang diPertua...
Panjang ni....
Sikit je. Dato’ Sri Yang di-Pertua...
Dah alang-alang menyampuk, menyampuklah semua. [Ahli Dewan ketawa]
Kita begini… kita begini… kita begini Dato' Sri. Hasrat kerajaan macam… macam sahabat saya EXCO Perumahan sebut, macam Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebut, macam ADUN Beserah sebut. Tapi rakyat ni, apa nak buat rakyat kita begitu. Zaman nabi dulu ada satu hamba Allah sahabat nabi dia ni ahli syurga. Namanya Nur Aiman. Nur Aiman ni, kerja dia macam nilah. Maknanya dia selalu main kelik dengan nabi. Unta tetamu nabi dia sembelihnya. Ha... unta tetamu nabi ni datang berkunjung, dia pergi sembelih. Nabi kena gi tebus. Kesian ke Nur Aiman punya hal. Akhirnya Nur Aiman ni, Rasulullah kebumi masuk dalam kubur dan Rasulullah kata, Nur Aiman sedang bergembira di dalam kubur disambut oleh para malaikat. Padahal dia perangainya macam… macam hak yang ADUN Beserah kabor tadi. Makna ada rakyat kita yang nakal ni, dia pandai kelik, dia main tui Dato' Sri Speaker, apa nak buat? Kerja kita ni menolong rakyat. Kerja rakyat memang dia nak mengakal ke Wakil Rakyat. [Ahli Dewan ketawa]
[Ketawa] Terima kasihlah er... kepada Ahli Majlis Kerajaan, Kerdau. Itulah maksud saya. Saya nak pergi point lain. Belum… belum habis lagi ada dua point ni, pertama. Yang kedua adalah berkaitan… perkara ketiga berkaitan dengan sumbangan yang diberikan one off sebanyak RM559,000.00 kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Er... Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ini adalah merupakan satu institusi yang penting kerana mereka adalah merupakan penggerak sukarelawan yang membantu er... mengendalikan golongan-golongan OKU secara sukarela dan ucap terima kasih kerana kerajaan negeri menyumbang RM559,000.00. Cuma, ada sedikit keluhan daripada penggerak pusat pemulihan sekarang apabila Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ini dikehendaki memohon sebagai lesen pusat jagaan dan nak memohon lesen pusat jagaan ini banyak dia punya syarat dan prasyarat daripada PBT, daripada Bomba, Kementerian Kesihatan dan sebagainya. Memang betul, kita perlukan itu dan nak mohon tu pula dia perlukan perbelanjaan, sebab nak menyiapkan premis dia. Maka saya harap ada bantuan sedikit daripada pihak kerajaan, mana-mana Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ini yang perlukan bantuan untuk mendapatkan lesen dari sudut bangunan dia, persiapan bangunan, prasarana dan sebagainya sebab nak dapat lesen pusat jagaan ni dia ada banyak syarat dan er... dan perlu dipenuhi baru dapat lesen daripada JKM.
Dan dalam masa yang sama, Pusat Penjagaan Pemulihan Dalam Komuniti sekarang ini tidak menerima geran. Mereka hanya menerima bantuan kewangan daripada JKM secara perkapita. Er... penyelia dia bayar RM1,500.00 sebulan, sukarelawan RM1,200.00 sebulan dan pelatih-pelatih dia RM300.00 sebulan. Jadi er... dan tidak ada geran untuk er... penyelenggaraan bangunan, buat aktiviti dan sebagainya. Jadi, one off yang diberikan oleh kerajaan negeri itu membantu banyak dan saya harap
boleh dipertingkatkan sedikit, bagi geran ataupun one off untuk menjalankan aktiviti sebab pelatih di OKU di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ni, dia perlu bawa keluar juga. Kalau tidak dia akan jadi er... ada sedikit depression sebab mereka ini golongan istimewa. Jadi, guru-guru dia apa ni sukarelawan ni kena terpaksa buat aktiviti luar dan buat aktiviti luar dia kena cari dana sendiri. Jadi ini membebankan mereka dahlah mereka buat khidmat untuk jaga er... apa ni golongan kurang upaya ini, dalam masa yang sama, mereka terpaksa cari dana untuk nak membantu menggerakkan dan menjalankan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Kalau boleh bagi tambahan sagu hati kepada penyelia dan juga er... sukarelawan ini secara bulanan, adalah terbaik bagi JKM negeri Pahang.
Saya nak bawa pada dua perkara tempat saya, pertama soal pelancongan. Saya ucap tahniah Tourism Pahang kerana telah membina satu ikon penyu er... yang kreatif, batu tu dia lukis jadi penyu. Bukan penyu hiduplah penyu… penyu gambar penyu dan telah menarik ramai pelancong sampai pelancong luar negeri pun ada, datang di situ sebab kuasa viral. Cuma, diharapkan ada sedikit er... pertimbangan untuk membina infra asas, tandas tak ada, jalan pun orang ikut jalan dalam tepi hutan. Merbahaya dan sebagainya, dan ruang penjaja. Bila ada… ada, tarikan ini, penjaja mula menjaja. Dan bila mereka buka gerai penjaja, MBK datang bagi notis. Er ... jadi mereka nak… sebab mereka ambik peluang ni, ada menjana ekonomi. Jual air, jual kuih dan sebagainya tapi tidak ada ruang penjaja. Jadi, kalau boleh supaya kita jadikan satu tempat infrastruktur dia dan ada ruang untuk mereka menjaja.
Er... yang seterusnya adalah satu last… last point adalah berkaitan dengan perparitan dan saliran. Masalah yang sedang dihadapi di kawasan-kawasan saya terutama sekali adalah bila kampung-kampung tradisi ini, mereka ingin membina rumah, lot tanah mereka dibahagi-bahagikan itu, tidak ada satu er... right of way ataupun satu geran di dalam gerannya yang menyatakan mana longkang mana jalan. Jadi, ada pemilik-pemilik tanah tak nak bagi laluan kepada orang yang duduk tanah belakang dia tak boleh nak lalu sebab jalan dia ditutup sebab tanah dia. Longkang pun tak boleh buat. Jadi tak… mengalir mana air. Isu ini timbul kerana bila ada banyak pembangunan dan perlukan pembangunan jalan dan juga laluan dan juga longkang, saliran, maka ini timbul.
Maka saya mencadangkan supaya setiap pemilikan dalam… dalam geran mereka itu dinyatakan ruang untuk laluan jalan dan juga saliran parit. Jadi pemilik itu dia boleh bagi dah dia kena bagi sebab dah ada right of way. Dalam masa yang sama, pihak agensi pun mudah untuk nak menyelenggara sebab pihak agensi situ terutama JPS, berdepan dengan dilema. Bila longkang saliran yang ada, tak boleh diselenggara kerana duduk atas tanah orang. Tanah milik orang, dan mereka tak boleh buat. Jadi kalau kita boleh ada satu er... perintah daripada Pejabat Tanah supaya sediakan seberapa ruang berapa kaki dan sebagainya untuk saliran dan jalan, maka ini akan memudahkan proses orang kampung untuk nak menyelesaikan masalah itu.
Berkaitan dengan saliran juga kawasan saya ini, saya dapati banyak longkang, parit dan sebagainya telah lama tidak dibersihkan. Kawasan saya kawasan tepi pantai, Yang Berhormat Dato' Speaker. Kawasan tepi pantai tak sepatutnya berlaku banjir kilat. Sebab sungai banyak, laut pun luas, air boleh pergi sepatutnya. Jadi kenapa berlaku banjir ni, banjir kilat adalah kerana saliran. Maka, saya tengok bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dia bentang ada dia ada surplus, RM12 juta. Kalau tu peringkat Beserah mintaklah dalam RM2 juta bagi kepada JPS, JKR, MBK tengok balik, nilai balik saliran di kawasan saya, Beserah. Kawasan lain tu kena mintak sendirilah [Ahli Dewan ketawa].
Kawasan Beserah tu, kalau boleh dengan ihsan dia supaya apa? Supaya, sebab saya rasa memang tak sepatutnya kawasan Beserah ini ada banjir kilat. Kampung kalau hujan lebat satu jam satu kampung abis. So, berhenti setengah jam, okey. Maknanya saliran itu ada isu. Maka kalau kita sebab masa pembangunan tidak ambil kira saliran. Jadi kalau boleh bagi RM2 juta ke, RM3 juta lagi baik kepada pihak-pihak ini, untuk tengok balik, menilai balik er... kos pengairan dan saliran di kawasan saya, semoga dia dapat membantu menyelesaikan masalah rakyat. Jadi, itulah yang saya dapat yang saya rasa saya dapat sampaikan er... saya ucap tahniah sekali lagi, terima kasih dan insya-Allah kita doakan negeri Pahang akan terus maju dan makmur. Saya mohon menyokong. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih er... wakil daripada Beserah. Seterusnya jemput wakil daripada Tanah Rata.
Terima kasih kepada Dato’ Sri Speaker. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan, salam sejahtera, salam perpaduan. Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang, khususnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2025 yang amat seimbang, komprehensif, inklusif, bermisi menjana pembangunan negeri dan juga meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Semua lapisan masyarakat termasuk OKU, wanita, belia, pelajar, mahasiswa semua dirangkumi dan dijaga di bawah Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2025. Kita juga lihat bahawa pelbagai projek infrastruktur seperti rancangan tebatan banjir, projek meningkatkan keterhubungan jalur lebar, projek meningkatkan perkhidmatan bekalan air juga dirangkumi dalam belanjawan ini.
Dato' Sri Speaker,
Seterusnya, izinkan saya bincangkan dalam Dewan Yang Mulia ini, langkah untuk mempertingkatkan sektor pertanian demi mendepani kepesatan perkembangan dan cabaran masa depan atau to future fruits agriculture sector dengan izin, terutamanya memandangkan perubahan iklim semakin ketara. Sebelum ini, saya ucapkan tahniah dan syabas juga kepada kerajaan negeri kerana memperuntukkan hampir RM37 juta untuk membangunkan sektor pertanian dan industri asas tani di negeri Pahang.
Dato’ Sri Speaker,
Perubahan iklim membawa kesan kepada pelbagai sektor terutamanya sektor pertanian yang paling terkesan akibat daripada ketidaktentuan pola perubahan cuaca, musim tidak stabil serta keadaan cuaca yang ekstrim. Contohnya pada bulan September 2024, kawasan Cameron Highlands juga dilanda ribut kencang sehingga banyak struktur kebun musnah dan mendatangkan kerugian yang besar terhadap ramai pekebun. Lebih teruk lagi disebabkan harga sayur-sayuran di Cameron Highlands tidak stabil dan rata-ratanya agak rendah dalam tahun ini, ramai pekebun terutamanya yang kecil dan sederhana boleh dikatakan terpaksa menanggung kerugian yang sangat tinggi. Memandangkan sektor pertanian merupakan sektor
terpenting kepada negara kita untuk menuju ke arah keterjaminan makanan yang tinggi, saya percaya kerajaan negeri, agensi kerajaan boleh membantu para pekebun untuk mengurangkan risiko melalui strategi mitigasi dan adaptasi.
Dato’ Sri Speaker, demi melengkapi...
Minta laluan sikit, minta laluan sikit Tanah Rata. Saya... saya nak sokong cadangan er... supaya satu Tabung Bencana Alam er… diperuntukkan sebagaimana beberapa buah negeri saya… mungkin negeri Pahang dah ada. Tapi saya nak… nak minta pandangan, Tabung Bencana Alam kepada petani yang terjejas setiap kali sama ada banjir ataupun kemarau dan sebagainya. Banyak lagi dah wujudkan saya fikir ini satu cadangan, cadangan baik untuk pertimbangan kerajaan negeri. Terima kasih.
Terima kasih kepada sahabat saya dari Cheka. Saudara dari Cheka sudah masuk point saya ni. So, yelah, nanti saya akan masuk juga [Ahli Dewan ketawa] memang Tabung Bencana yang akan saya mention nanti. Demi melengkapi er... para pekebun…
Dia pergi tengok YB punya speech tadi. [Ahli Dewan ketawa].
[Ketawa] Dah baca speech saya. Er... saya cadangkan bahawa satu skim insurans er... namanya Agriculture Index Insurance perlu diperkenalkan demi mempertingkatkan daya tahan atau resilience er... sektor pertanian. Agriculture Index Insurance ini adalah insurans yang memakai konsep yang lebih inovatif dalam membuat penilaian risiko pertanian dan bayaran insurans boleh dibuat berdasarkan indeks faktor yang lebih senang diukur. Contohnya, taburan hujan secara purata, purata hasil dan sebagainya. Sebagai contoh, tahun ini Agrobank baru melancarkan Takaful Tanaman Padi iaitu skim yang disesuaikan khas untuk membantu er… pekebun sawah padi yang mengalami kerugian seperti akibat daripada bencana er... perosak, penyakit dan sebagainya.
Inisiatif ini saya rasa sangat penting dan strategik kerana mampu mengurangkan risiko kerugian yang memang tidak dapat dijangka dan akan dapat meringankan beban pekebun. Maka saya cadangkan agar Skim Takaful sedemikian boleh dilancarkan dan juga melibatkan lebih ramai pekebun termasuk juga pekebun sayur bunga-bungaan di Cameron Highlands untuk mempertingkatkan jaring keselamatan, safety net terutamanya untuk mengurangkan risiko kerugian besar dan membolehkan pekebun terus melabur dalam meningkatkan produktiviti. Sebagai salah satu langkah mitigasi di kawasan Cameron Highlands, saya juga cadangkan bahawa sebahagian kecil kutipan sewaan oleh Pahang Corporation juga boleh dikekalkan untuk menjadi Tabung Bencana Pertanian er... ini yang saya maksudkan demi membantu mengurangkan beban pekebun. Mungkin kawasan lain juga boleh ada tabung sedemikian.
Dato’ Sri Speaker,
Laporan yang diterbitkan oleh World Bank pada Oktober 2024 tahun ini tentang pertanian di Malaysia bertajuk Farming The Future : Harvesting Malaysia's Agricultural Resilience Through Digital Technologies, dengan izin. Ia menekankan kepentingan, peningkatan dan adaptasi teknologi digital untuk meningkatkan daya tahan sektor pertanian. Dalam laporan tersebut, World Bank mengesyorkan bahawa adalah penting untuk kerajaan melabur dalam barang awam, public goods demi membina asas yang kukuh menuju ke arah penggunaan teknologi yang lebih tinggi dalam sektor pertanian.
Saya menyambut baik dan menyokong sepenuhnya usaha murni kerajaan negeri untuk membangunkan sistem e-Tanah bagi memperkukuh dan mempercepat urusan pentadbiran tanah di negeri Pahang. Saya amat berharap dan saya yakin bahawa sistem ini mendatangkan kemudahan kepada semua penduduk negeri Pahang dan saya harap juga ia akan merangkumi sistem dan data sewa tanah yang diberi kepada pekebun Cameron er... di... oleh Pahang Corporation kerana rekod tanah dan maklumat tanah pertanian yang boleh diakses secara digital akan menjadi satu elemen asas yang mampu menambah baik pendigitalan dan seterusnya merancakkan pembangunan sektor pertanian.
Selain itu, kerajaan juga boleh mempertingkatkan keterhubungan luar bandar, rural connectivity termasuk di kawasan yang memang jauh dari bandar dan pekan agar lebih ramai pekebun boleh mempunyai fasiliti internet yang juga membantu untuk memperkenalkan teknologi dan mengatasi jurang digital. Saya juga mohon pertimbangan daripada kerajaan negeri untuk mempertimbangkan… menawarkan tempoh sewaan yang lebih panjang oleh Pahang Corporation atau pajakan oleh PKCH. Untuk memberi jaminan dan keyakinan kepada pekebun supaya boleh melabur untuk meningkatkan tahap pertanian dan adaptasi teknologi. Juga di Cameron Highlands, saya cadangkan kepada kerajaan negeri supaya meningkatkan lagi kerjasama dan sinergi dengan Kementerian Pertanian dan agensi kerajaan seperti MARDI untuk menubuhkan institusi penyelidikan dan kajian yang khas tentang pertanian tinggi ataupun menjalankan penyelidikan yang lebih khusus, fokus berorientasikan masalah dan cabaran tempatan di Cameron Highlands untuk memperkenalkan strategi yang spesifik dan membantu membangunkan sektor pertanian tanah tinggi.
Dato' Sri Speaker,
Isu ke-3 yang ingin saya bangkitkan dalam Dewan Yang Mulia ini adalah isu penutupan Laluan Persekutuan FT185, Simpang Pulai Cameron Highlands di 43.4 km akibat daripada tanah runtuh. Sebenarnya insiden ini berlaku dalam kawasan negeri Perak. Tetapi saya rasa terpanggil untuk memangkinkan... membangkitkan isu ini kerana ia sebenarnya mendatangkan impak sosioekonomi yang sangat besar terhadap penduduk Cameron Highlands. Bukan sahaja penduduk yang selalu berulang alik dari Cameron ke negeri Perak tetapi juga pekebun yang mengangkat sayur ke pasaran, pengusaha pelancongan yang memang tak ada pelancong berani naik ke Cameron sekarang kerana jalan ditutup... ditutup. Namun, saya ucapkan terima kasih kepada er... Wakil Kerajaan EXCO dari Muadzam Shah kerana memberi perhatian dan bantuan. Ucapan terima kasih dirakamkan kepada JKR daerah Kinta, negeri Perak kerana menjalankan kerja pembersihan. Terima kasih juga kepada JKR Daerah Cameron Highlands kerana memberi bantuan dan nasihat. Er... saya ingin mencadangkan bahawa disebabkan insiden ini adalah contoh bahawa sesuatu yang berlaku di kawasan sempadan boleh memberi kesan yang sangat besar terhadap penduduk di kedua-dua negeri. Jadi, saya cadangkan
agar satu Jawatankuasa Kerja yang meliputi kedua-dua pihak atau Wakil Kerajaan kedua-dua negeri er... untuk sekiranya berlakunya insiden sebegini, kerajaan, agensi kerajaan boleh duduk bersama membincangkan solusi agar mengambil kira pendapat semua pihak berkepentingan dan segala kerja boleh dijalankan dengan lebih cepat dan efisien.
Dato’ Sri Speaker.
Isu terakhir, yang ingin saya bincangkan dalam Dewan Yang Mulia ini, adalah isu meningkatkan tahap pendidikan dalam kalangan kaum Orang Asli di negeri Pahang. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk mempertingkatkan tahap pendidikan kaum Orang Asli. Namun, kita sedia maklum bahawa masalah ketidakhadiran atau keciciran pelajar ke sekolah adalah antara masalah pendidikan yang agak serius dalam kalangan kaum Orang Asli. Penubuhan Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) er... dan (K11) membolehkan pelajar Orang Asli duduk di bawah satu bumbung yang sama untuk belajar dari Tahun 1 hingga ke Tingkatan 3 atau hingga ke Tingkatan 5 bagi K11.
Saya rasa ia adalah satu polisi satu langkah yang sangat digalakkan… digalakkan untuk kita menarik minat pelajar kaum Orang Asli untuk datang ke sekolah untuk berinteraksi dengan pelajar dan guru untuk menimba ilmu dan untuk membina karakter yang lebih holistik. Salah satu faktor sebahagian pelajar Orang Asli enggan pergi ke sekolah. Pada pendapat saya, pemerhatian saya dengan penduduk ialah mereka selalunya tidak biasa meninggalkan tempat tinggal sendiri dan memiliki self esteem yang rendah. Bagi menangani isu ini, saya cadangkan agar kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat untuk bersama-sama melatih, melahirkan tenaga pengajar dari kaum Orang Asli sendiri. Selain itu, saya juga cadangkan agar satu kajian menyeluruh dijalankan tentang sama ada pengajaran bahasa ibunda Orang Asli boleh diadakan di sekolah rendah dan menengah. Tindakan ini saya rasa bukan sahaja mampu menarik minat pelajar Orang Asli untuk belajar tetapi juga boleh meningkatkan keyakinan self esteem mereka agar mereka tidak rasa terpinggir atau tidak difahami oleh kaum lain.
Dato' Sri Speaker,
Kajian demi kajian telah membuktikan termasuk kajian tentang murid-murid daripada masyarakat Melayu Pattani di Thailand bahawa langkah pendidikan berdasarkan bahasa ibunda mother tounge, Best Education Approach boleh membantu mempertingkatkan tahap literasi dan pembelajaran-pembelajaran belajar dengan amat signifikan sekali. Kajian tersebut menunjukkan bahawa pelajar Melayu Pattani yang kalau dipaksa belajar dengan hanya menggunakan bahasa Thai selalunya mengalami kesukaran untuk belajar dan lebih cenderung untuk mendapat keputusan yang tidak baik dalam peperiksaan atau tidak hadir ke sekolah. Maka saya rasa tiba masanya untuk kita bersama-sama berfikir, berbincang untuk kita betul-betul memartabatkan kedudukan Orang Asli dengan membina satu sistem pendidikan yang lebih holistik, lebih inklusif agar mereka juga boleh menikmati perkembangan sosioekonomi seperti semua masyarakat di negeri Pahang dan negara Malaysia. Sekian sahaja daripada saya dan saya menyokong sepenuhnya usul Belanjawan Negeri Pahang 2025. Sekian, terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih kepada wakil dari Tanah rata. Sekarang ini saya jemput wakil daripada Chenor.
Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato' Sri Speaker, terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Ahli-ahli Majlis, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Daerah, Ketua-ketua Jabatan dan semua yang hadir pada tengah hari ini, alhamdulillah. Pertama-tama saya syukur kepada Allah SWT diberikan kesempatan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2025. Walaupun duduk di tempat yang kedua akhir, apa pun, alhamdulillah. Moga-moga Allah SWT memberikan kebaikan kepada kita semua. Saya mulakan dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-Haj ayat 41 (Ayat al-Quran), “orang-orang yang Allah SWT berikan kekuasaan memerintah di atas muka bumi, nescaya ia mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menyuruh yang makruf dan mencegah kemungkaran dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan urusan”.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Sebelum saya meneruskan ucapan saya, saya ingin mengajak Ahli Dewan semua untuk menyedekahkan Al-Fatihah kepada seorang pendidik yang telah pergi selama-lamanya iaitu Cikgu Murdani Abd Rahman, Guru Penolong Kanan, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan Chenor yang terjatuh ke dalam Sungai Pahang dan lemas pada 24 November yang lalu dan dijumpai 2 hari selepas daripada itu. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah (Ayat al-Quran). Rentetan daripada kejadian itu pada 25 November, sikap prihatin dan berjiwa rakyat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli menyertai operasi mencari dan juga menyelamat. Sesungguhnya patik dan pacal-pacal rakyat di Chenor menjunjung kasih Tuanku atas perkenan hadir ke lokasi kejadian. Juga jutaan terima kasih kepada Dato' Pegawai Daerah, Ahli Parlimen, pemimpin masyarakat, agensi penyelamat, ahli-ahli politik, orang-orang kampung yang turut sama menyertai operasi mencari dan menyelamat.
Dato' Sri Speaker,
Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang di atas kejayaan memperolehi 3 tahun berturut-turut dengan kutipan hasil yang melebihi RM1 bilion. Melihat kepada tekad yang ke-5 berkenaan dengan pembinaan rumah, saya ucapkan penghargaan kepada kerajaan atas keprihatinan membangunkan pelbagai projek perumahan dan yang terbaru adalah pembinaan Pangsapuri Pahang. Cuma yang baru ini walaupun pepatah Arab kata (Ayat al-Quran), dengan izin, “tiap-tiap yang baru tu sedap”. Tapi bagaimana dengan yang lama? Saya nak bangkitkan semula yang ni berkenaan dengan Perumahan Awam Kos Rendah Taman Jaya di Chenor yang telah lama terbengkalailah. Jadi apa pun, kalau boleh saya nak terima semula jawapan. Apakah ia masih lagi sakit ataupun dah dipotong kaki, boleh jadi ataupun ada ubat yang boleh untuk dimajukan… dihidupkan semula er… daripada 186 unit Rumah Perumahan Awam Kos Rendah di Taman Jaya di Chenor? Begitulah juga saya nak menarik minat kerajaan untuk membangunkan Pekan Awah.
Err… mencelah sikit YB. Boleh YB Speaker?
Dia tak boleh mencelah. Dia kena tanya soalan. Kalau Yang Berhormat... kalau Yang Berhormat jadi EXCO belah ni boleh mencelah. Sabar dulu.
Baik, saya nak tanya soalan ni sebab er...
Tanya soalan boleh.
Sebab rumah (PKRA) Perkhidmatan Kos Rendah Awam Chenor dah lebih 20 tahun ni, 20 tahun. Di Chenor ini saya tengok dah ada kemajuan bila ada ECRL dan dah ada overhead bridge tu yang lalu atas keretapi. Jadi, Chenor ni landskap dia dah berubah sikit dah nampak kemajuannya. Tapi rumah ini masih terbengkalai. Jadi, bila terbengkalai tu, dia merupakan lambang kegagalan Kerajaan Negeri Pahang dalam isu perumahan ni. Jadi, soalan saya mungkin bahasa lain sikit daripada YB Chenor. Saya nak tanya apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri? Dan satu soalan lagi, adakah rumah ni projek perumahan ni di bawah LPHP ataupun di bawah agensi lain dalam kerajaan? Terima kasih.
Terima kasih Kuala Sentul. Saya tak boleh jawab, kerajaan jawab.
Yang Berhormat memang tak boleh jawab.
[Ketawa] Jawapan bertulis tak ada ya.
Dia bukan jawapan bertulis. Jawapan bertulis macam tadi yang Beserah tadi, ya. Maknanya Projek Perumahan Awam Kos Rendah ini bukanlah responsibility apa ni, bukan sepenuhnya kerajaan negeri, ia adalah projek daripada peringkat kerajaan pusat. Jadi, kita hanya memantau dan kita akan mengambil di bawah LPHP ini. Kita akan memastikan bahawa, contohnya di Bukit Rangin, kita akan menerima cadangan-cadangan untuk meneruskan projek tersebut bagi sebanyak 1,200 unit lagi untuk dilaksanakan. Begitu juga rumah awam kos rendah di tempat-tempat lain. Maknanya,
sebab itulah penubuhan LPHP ini yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita bersama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri dan sebagainya adalah untuk kita memastikan pelaksanaan atau pemantauan ataupun pembinaan rumah-rumah seperti ini yang bermasalah akan dapat kita teruskan lagi untuk dipulihkan dengan sebaik mungkin untuk memberikan peluang untuk memiliki rumah oleh rakyat. Terima kasih kepada Chenor.
Chenor boleh sambung.
Terima kasih kepada wakil kerajaan. Er... saya sambung, jadi saya mencadangkan er... untuk yang seterusnya, yakni memajukan Pekan Awah. Pekan Awah ini di antara pekan yang dia kira strategiklah kerana dia keluar daripada tol… Exit Tol Chenor dan juga ia di antara penyambung Temerloh ke Maran. Jadi, oleh kerana itu, Pekan Awah merupakan sebahagian daripada, kalau saya boleh dicadangkan menjadi bandarlah.... bandar yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat dan juga dia berhampiran dengan FELDA Kampung Awah, FELDA Sungai Nerek dan juga FELDA 19 er… Jengka. Jadi sebagai langkah, mencadangkan supaya kalau boleh kerajaan negeri dapat membangunkan Pekan Awah ini, walaupun saya dapat maklumat sebelum daripada ini masalah air tapi alhamdulillah, selepas saya berborak… berbincang dengan CEO PAIP, dia kata insya-Allah akan selesai masalah. Jadi insya-Allah, er... pekan ini, Pekan Awah ini akan menjadi bandar barulah yang boleh untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.
Baik, kemudian Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya melihat kepada tekad yang ke-4 penghasilan modal insan yang berkualiti. Dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan sebanyak lebih RM50.82 juta yang di… yang diperuntukkan untuk memartabatkan pendidikan yang mencakupi peruntukan dan biasiswa kepada pelajar-pelajar termasuklah pendidikan Orang Asli.
Saya ingin menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada kerajaan. Cuma, saya juga nak menyentuh berkenaan dengan KAFA ni walaupun ia adalah daripada JAKIM, tapi ada yang membuat aduan berkenaan dengan kepayahan mereka untuk menjalankan aktiviti-aktiviti, lebih-lebih lagi KAFA yang berada di Sekolah Kebangsaan ini. Di mana dengan gaji mereka, ada mereka yang terpaksa menampung kos aktiviti dan termasuklah juga membeli peralatan-peralatan tulis, fotostat dan keperluan bahan-bahan mengajar dan seumpamanya. Jadi apalah kiranya dapat kerajaan negeri dapat memperuntukkan bagi kelas KAFA ini.
Kemudian Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, perkara yang seterusnya saya ingin membangkitkan berkenaan dengan sejumlah RM2 juta yang diperuntukkan bagi tujuan kajian dan pembangunan Maran-Chini Geopark. Dalam sidang pada tahun yang sudah 10 Mei 2023, saya bangkitkan berkenaan dengan harapan agar ekopelancongan di sekitar Chenor dapat dibangunkan oleh pihak kerajaan. Alhamdulillah, saya sangat mengharapkan kajian dan juga pembangunan Maran-Chini, Maran-Chini Geopark ini mengambil kira Chenor sebagai sebuah kawasan yang jelas mengandungi beberapa tapak warisan geologi berkepentingan yang lebih penting dan juga tapak warisan ini boleh dibangun secara lestari bagi meningkatkan ekonomi dan juga nilai budaya penduduk setempat.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Saya juga ingin bertanyalah pendirian kerajaan berkenaan dengan vape. Baru-baru ini di Parlimen, Menteri Kesihatan mendedahkan di… mendedahkan kos untuk merawat kecederaan berkaitan vape bagi pesakit yang dimasukkan ke wad hospital selama 12 hari mencecah RM150,892.11 sen. Kos rawatan dijangka meningkat kepada RM368 juta setahun… satu tahun menjelang 2030.
Jadi, pendirian kerajaan berkenaan dengan vape sepertimana yang telah pun dititahkan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, berkenaan menyarankan supaya vape ini diharamkan secara total. Jadi apa pun saya ingin supaya dapat kerajaan memberikan jawapannya.
Kemudian yang seterusnya Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, berkenaan dengan kawasan saya. Di mana yang pertamanya berkenaan dengan Pekan Sari Chenorlah, di antara kalau Temerloh, Pekan Sari yang terpanjang di dunia, kata YB Semantan semalam, jadi mungkin Chenor, Pekan Sari yang tertua di Malaysialah boleh jadi, diadakan pada setiap hari Khamis. Kebetulan pula pekan sari ini di antaranya pekan sari yang masih lagi mengekalkan penjualan kuih-muih tradisional, sayur-sayuran, makanan tradisional termasuklah penjualan ikan sungai yang sangat diminati.
Cuma pada 31 Oktober yang lalu iaitu pada hari cuti Deepavali, saya menyaksikan kesesakan lalu lintas yang begitu teruk kerana jem itu. Kesesakan itu kepalanya di Pekan Sari itu dan ekornya di Simpang Chenor sana, sangat jauh. Jadi oleh kerana itu, apalah kiranya, sekiranya kerajaan dapat melebarkan ataupun ditarkan side table ataupun kaki lima jalan itu supaya dapat dijadikan tempat untuk kereta parkir dan juga dapat menyelesaikan kesesakan lalu lintas tersebut.
Seterusnya Dato' Sri Speaker, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan juga EXCO Agamalah di atas pembinaan baru asrama lelaki di Sekolah Menengah Agama Chenor yang telah pun sekarang ini sedang beroperasi, yang sedang pun berlaku dan kerja-kerja tanah telah pun dilakukan. Semoga dengan siapnya nanti akan memberikan keselesaan kepada pelajar.
Cuma saya dapat bukan aduanlah minta di… ditanyakan berkenaan dengan pelupusan aset yang telah pun rosak di mana banyak aset yang telah pun rosak yang ditempatkan di satu bahagian, yang akhirnya menjadi sarang kepada binatang-binatang berbisa, ular dan seumpamanya. Jadi bagaimanakah prosedur untuk melupuskan barang-barang yang telah pun rosak ini? Kerana sudah begitu lama saya dimaklumkan bahawa hampir dua… dua tahun tidak dilupuskan lagi.
Kemudian Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya ingin juga mengambil perhatian Dewan Yang Mulia ini berkenaan dengan kawasan saya inilah kawasan Chenor ini di antara kawasan yang hotspot banjirlah. Apa pun, banjir kita tidak dapatlah untuk menghalangnya, cuma kita mungkin dapat sedikit sebanyak berikhtiar.
Jadi, pada 2014 yang lalu, yang lama dah banjir yang besar, Chenor ini terkepung. Nak ke Temerloh, dia sangkut di Paya Pulai, nak ke Maran, dia sangkut di Batu 13, Kampung Jengka, dan banyak tempat-tempat yang ditenggelami oleh air dan juga nak ke Bandar Jengka, jambatan Sungai Nerek itu, pun tenggelam.
Jadi, oleh kerana itu, kalaulah dapat diangkat kepada kerajaan pusat berkenaan dengan menaik taraf ataupun membuat jambatan ataupun membina jambatan sungai, Sungai Nerek tersebut kerana ia akan dapat sekurang-kurangnya menyelesaikan
masalah apabila terkepung kerana pernah berlaku minyak habis. Jadi nak ke mana tak dapat, petrol pam pun habis minyak. Jadi, oleh kerana itu, kalaulah ada jambatan menuju ke arah Jengka sana mungkinlah akan selamat untuk berbuat demikian.
Kemudian akhirnya, saya nak mengucapkan juga terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan dalam menyelesaikan masalah-masalah di Chenor ini, kepada Jabatan-jabatan Kerajaan. Dan akhir sekali, saya menyeru untuk memastikan di Chenor ini ada 2, 3 pintu gerbang yang dibiarkan kerana dibuat dari modal kerajaan. Jadi kalau boleh pintu gerbang tersebut dapat di… dibaikilah ataupun dapat dicantikkan, dihiasi semula supaya dapat dimanfaatkan dan sekurang-kurangnya dia akan memberikan keceriaan kepada kawasan tersebut.
Jadi, oleh kerana itu, saya menyokong Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Menteri Besar tempoh hari dan saya mengharapkan agar ia dapat dilaksanakan dengan adil, telus dan tulus dan juga saksama. Chenor mohon menyokong. Assalamualaikum WBT.
Terima kasih, wakil daripada Chenor. Kita, sekarang ini seterusnya saya menjemput wakil yang terakhir untuk perbahasan ini iaitu wakil daripada Sabai. Selepas ni semua kita boleh balik. Wakil daripada Sabai, sila 15 minit.
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Sri DiRaja Menteri Besar, barisan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, seterusnya pada Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih atas peluang kepada saya untuk bahas dalam persidangan Dewan Negeri Pahang ini, berkaitan dengan Belanjawan Negeri Pahang bagi tahun 2025. Jumaat lepas Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah bentangkan Belanjawan Negeri Pahang bagi tahun 2025 yang bertemakan ‘Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan’.
Pada hemat saya, Belanjawan Kerajaan Negeri ini adalah yang telus dan menyeluruh untuk meletakkan negeri Pahang ke suatu tahap yang lebih baik serta menjadikan rakyat sebagai keutamaan dalam agenda pembangunan negeri. Belanjawan yang merangkumi 5 tekad ini merupakan satu belanjawan yang inklusif, komprehensif dan progresif.
Yang Amat Berhormat Dato' Sri DiRaja Menteri Besar juga telah memaklumkan kutipan hasil kerajaan negeri pada tahun ini telah melebihi RM1 bilion untuk tempoh 3 tahun berturut-turut sejak 2022. Sehingga akhir 28 November 2024, kutipan hasil yang berjaya dicapai oleh kerajaan negeri adalah sebanyak RM1.150 bilion berbanding sasaran yang ditetapkan untuk tahun 2024 iaitu RM1.137 bilion atau 101.1% yang ini belum termasuk bulan Disember yang pastinya akan melonjakkan lagi angka keseluruhan bagi tahun 2024. Setinggi-tinggi syabas saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas kejayaan terus mentransformasikan negeri kita sebagai negeri yang berdaya maju dengan pertumbuhan ekonomi yang mampan pada kadar 5.2% er… melebihi kadar pertumbuhan ekonomi nasional pada kadar 3.8%.
Segala pencapaian Kerajaan Negeri Pahang ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa peranan, sumbangan dan usaha agensi-agensi kerajaan negeri, Pejabat-pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan seluruh penjawat awam negeri. Terima kasih kepada semua.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Yang Amat er… Belanjawan Negeri Pahang memberi fokus kepada usaha-usaha merancakkan sektor pelancongan dengan kerjasama pihak-pihak berkepentingan bagi membantu pembangunan infrastruk… infrastruktur dan aktiviti promosi pelancongan yang seterusnya akan er… meningkatkan kehadiran pelancong ke negeri Pahang terutamanya dalam persedian kita menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2026.
Sehubungan itu, saya mohon Kerajaan Negeri Pahang bagi mempertimbangkan cadangan menaik taraf kawasan Gua Cinta Manis dan Gunung Halia di Karak yang berpotensi berkembang sebagai tarikan pelancongan. Kedua-dua ini mempunyai formasi yang indah semula jadi sesuai bagi aktiviti riadah dan rekreasi khasnya aktiviti hiking. Tambahan pula, kawasan perkampungan sekeliling pula berpotensi menawarkan khidmat penginapan desa bagi pelancong sekali gus mewujudkan peluang ekonomi kepada masyarakat setempat.
Yang pentingnya kawasan Gua Cinta Manis dan Gunung Halia perlu dilengkapkan dengan fasiliti dan infrastruktur yang sempurna. Saya faham memandangkan ianya satu khazanah semula jadi, sebarang pembangunan perlulah memastikan kelestarian kawasan tersebut. Saya harap kerajaan negeri dapat membuat kajian terperinci bagi membangunkan Gua Cinta Manis sebagai produk pelancongan negeri Pahang.
Satu lagi cadangan yang saya utarakan adalah promosi Karak sebagai Hab Durian negeri Pahang. Bukan Raub ya, ni kat Karak, Dato’ Sri Speaker. Setiap kali bila adanya musim durian, kita boleh melihat kenderaan berderet-deret di laluan ke pekan Karak. Mereka dari ibu negara dan tempat lain berkunjung ke Karak hanya bagi mendapatkan bekalan buah dur… buah durian. Raub tu jauh tersasar daripada laluan utama.
Yang Berhormat pun macam tu juga, macam Wakil Kerajaan tu, bawak je datang ke mari. [Ahli Dewan ketawa]
[Ketawa] Maka bagi merancakkan lagi potensi pekan Karak, saya cadangkan pembangunan Projek Hab Durian Karak yang berpusat di tapak yang sesuai menempatkan usahawan tempatan, mempromosi dan menjual buah durian. Ketika ini terdapat gerai-gerai durian di sepanjang tepi jalan dan ada masa deretan kenderaan yang berhenti di tepi jalan mengganggu aliran trafik dan tidak selamat. Hab durian dengan lokasi dan fasiliti yang sesuai sudah pasti akan menarik lebih banyak pengunjung ke pekan Karak. Hab berpusat ini juga dapat menawarkan pilihan kompetitif kepada para pengunjung.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Belanjawan Pahang 2025 juga memperuntukkan RM36.78 juta bagi pertanian, industri dan asas tani memperlihatkan kerajaan negeri cakna untuk er… memainkan industri…
memajukan industri pertanian, menggalakkan pertumbuhan ekonomi rakyat khususnya dalam kalangan pekebun kecil serta membasmi kemiskinan desa. Saya ingin memohon pertimbangan kerajaan negeri agar Rancangan Tanah Berkelompok baru dikaji di kawasan DUN Sabai bagi pembangunan projek-projek pertanian mikro dan makro seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan, macam yang ada di lan… DUN Lanchang.
Projek-projek tanah pertanian mampu menjana produksi hasil tani bagi memenuhi keperluan dan permintaan pasaran domestik dan eksport. Terdapat ramai usahawan tani dengan pengalaman dan idea pertanian moden dan tawaran tanah pertanian sedemikian dapat memacu pertumbuhan ekonomi mereka dan juga kawasan DUN Sabai.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Di bawah Belanjawan 2025, kerajaan negeri juga akan membina sebanyak 350 unit RRP fasa 6 dan juga sebanyak 120 unit rumah RRP fasa 6 khusus untuk masyarakat Orang Asli di Pahang. Inisiatif RRP membolehkan golongan miskin tegar dan B40 memiliki kediaman sendiri. Seperti yang saya syorkan sebelum ini, harap kerajaan negeri dapat meningkatkan bilangan RRP di setiap DUN berdasarkan kedudukan kewangan pada masa hadapan. Mungkin dari lapan pada masa kini ke sepuluh atau 12 di setiap DUN.
Langkah kerajaan negeri melancarkan Projek Pangsapuri Pahang khas kepada golongan muda yang berpendapatan rendah di mana pelaksanaan projek bakal dibangunkan di setiap daerah Pahang juga amat dialu-alukan. Menyentuh isu perumahan ini, saya mohon kerajaan negeri bagi mengusahakan projek-projek perumahan mampu milik buat golongan B40 khasnya di DUN Sabai.
Kebanyakan projek swasta sepertimana yang kita sedia tahu di luar kemampuan er… kumpulan sasar B40. Maka perlu ada projek baru dengan tawaran rumah mampu milik dengan Skim Pembiayaan Mampu Bayar. Saya mohon kerajaan negeri agar mengikhtiarkan dan perluaskan Projek Perumahan Kos Rendah dan Sederhana di Kawasan DUN Sabai khasnya Projek PR1MA Pahang dan yang lebih penting Rumah Makmur Pahang.
Saya juga tertarik dengan inisiatif Belanjawan Negeri di mana menerusi Yayasan Pahang dengan peruntukan sebanyak RM12.5 juta bagi melaksanakan Program Jaminan Kerjaya ke arah memastikan isu pengangguran dapat dikurangkan. Saya mohon pencerahan kerajaan negeri bagaimana program ini bakal dilaksanakan kerana isu pengangguran adalah isu mendesak yang memerlukan penyelesaian efektif.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Belanjawan Negeri Pahang 25… 2025 juga mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Pahang terhadap penyelenggaraan jalan di seluruh negeri bersama peruntukan kerajaan pusat di bawah Rolling Plan 4 Rancangan Malaysia Ke-12. Menyentuh isu penyelenggaraan jalan ini, saya ada empat isu yang memerlukan perhatian dan tindakan kerajaan negeri.
Pertama, permasalahan Jalan Persekutuan FT09 dari Karak ke Simpang Pelangai. Er… jiran saya er… EXCO FELDA eh di mana ianya perlu dinaik taraf jalan. Saya rasa ketika PRK di DUN Pelangai hari tu memang semua kita telah er… kebanyakan kita
telah berkampung situ kita sedia tahu jalan tersebut er… perlu dinaik taraf. Dengan pelbagai kerosakan dan kerja-kerja pembaikan dilakukan secara adhoc, laluan berkenaan penuh berselekoh, boleh dikatakan penuh mencabar juga dengan risiko kemalangan yang tinggi. Pelangai berpotensi sebagai Pahang Gateway bagi kemasukan dari Negeri Sembilan dan kita perlukan sistem jalan yang sempurna bagi memanfaatkan potensinya. Harap kerja-kerja menaik taraf jalan Karak-Pelangai dapat disegerakan.
Kedua, kerja-kerja…
YB…
… melebarkan jalan di Lebuhraya Karak dari…
YB Sabai, minta laluan sikit.
Silakan.
Saya dapat pengesahan, saja nak sahkan sebab ini waktu kempen pilihan raya dulu kan sudah janji…
Yang… Yang Berhormat, boleh duduk tak? Dia…
Saya nak tanya…
Masa berucap, seorang bangun sorang lagi kena duduk. Dia kena sorang je yang bangun. Dia tak boleh dua-dua.
Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Sebab waktu kempen pilihan raya dulu dah janji kalau menang nak buat. Saya… saya saja nak tanyalah sudah buat ke belum?
Yang Berhormat Speaker,
Boleh saya mencelah ya? Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan juga terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Sabai kerana juga membawa isu ini dan juga terima kasih banyak Yang Berhormat Cheka kerana mengutarakan… dia geletek ke saya lar tu masa PRK sama juga Kuala Sentul suka menggeletek.
Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Sri sepatutnya bukanlah saya yang menjawab. Ini ada EXCO, JKR yang sepatutnya menjawab tapi sewaktu pilihan raya dalam politik seperti biasa, tapi namun usaha telah dilakukan dan baru-baru ni telah diumumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kajian telah dibuat di Pelangai, bukan sahaja di Pelangai, dia akan terus hingga ke Putrajaya.
Ini dah diberikan oleh Yang Amat Berhormat er… Yang Berhormat Timbalan Menteri Kementerian Kerja Raya. Disahkanlah nanti dari kementerian bahawasanya kajian ini Pelangai ni dia nak sambung terus untuk mengurangkan kita punya jem kita setiap minggu yang kita mungkin kadang ada sahabat-sahabat yang pergi ke Kuala Lumpur dan juga balik ulang-alik jemnya daripada Karak tu kita nak huraikan bawa ke Pelangai terus ke pintu tol selatan. Inilah antara-antara yang kita perjuangkan.
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar sendiri membawa isu ini sampai ke peringkat yang lebih baik untuk menyuraikan dan menyelesaikan Karak Highway dan kita buka satu lagi iaitu seperti Yang Berhormat Sabai cakap tadi iaitu kita buat Pahang Gateway yang terbaru iaitu antara Pelangai terus ke Putrajaya. Insya-Allah kajian di Pelangai dah siap. Tinggal nak kita nak sambung pula sampai ke Putrajaya. Insya-Allah Yang Berhormat Dato’ Sri, terima kasih banyak.
Boleh sambung, Sabai.
Dato’ Sri Speaker…
Yang Berhormat Menteri Besar nak laluan.
Mencelah sikit. Yang Berhormat…. untuk saya memaklumkan di Dewan Yang Mulia ini. Walaupun jalan daripada Simpang Pelangai itu masih lagi dalam kajian dan akan diteruskan tetapi kita dapat dua jalan yang besar. Satu nilai RM100 juta, satu nilai RM124 juta. Yang ini telah pun diluluskan. Yang pertama sekali daripada Koyan sampai ke Raub, naik taraf RM100 juta dan akan keluar tender pada tahun hadapan.
Yang kedua daripada Lipis ke Jerantut, RM124 juta, ini pun telah pun diluluskan oleh kerajaan persekutuan.
Jadi, maknanya walaupun yang Pelangai tu belum dapat lagi, saya fikir selepas ni mungkin yang Pelangai tu akan diberi keutamaanlah. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih, sila sambung.
Dato’ Sri Speaker,
Masih lagi tentang isu jalan, laluan selekoh di Km70 Lebuh Raya KL-Karak sekitar Kampung Sungai Dua kerap menjadi lokasi kemalangan. Saya rasa antara yang tertinggi dalam daerah Bentong. Saya cadangkan agar kajian bagi cara-cara menjadikan laluan tersebut lebih selamat mungkin dengan laluan yang diluruskan dapat dibuat bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
Selain itu, ketika dua hari yang lalu, ada Ahli Dewan yang telah kemukakan tentang jalan-jalan di seluruh negeri Pahang yang mana perlu dinaik taraf. Saya kerap juga menggunakan laluan jalan lama ni dari Karak ke Temerloh dan juga dari Raub ke Lipis dan juga dari Raub ke Sungai Koyan. Saya dapati kebanyakan jalan-jalan itu yg paling penting ketika waktu malam. Saya dapati garisan cat putih di tengah-tengah jalan tersebut pudar dan tidak kelihatan dan boleh mengundang kemalangan jalan raya. Harap dapat diambil tindakan sebelum yang sebentar tadi, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah maklumkan ada jalan baru bagi naik taraf laluan dari Raub ke Lipis dan juga Raub ke Sungai Koyan tapi ambil perhatian jalan-jalan lama ni memang cat garisan putih di tengah laluan tu memang agak sukar untuk dilihat pada waktu malam.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kerajaan Negeri Pahang sentiasa menitikberatkan aspek pembangunan sukan dan keperluan kemudahan sukan di negeri ini dan di bawah Belanjawan 2025, Kompleks Sukan Benta akan bakal dibina. Tahniah kepada Benta. Apakah… adalah menjadi harapan dan penantian anak-anak muda. Er… Benta… Benta. DUN Sabai… anak-anak muda DUN Sabai bagi satu pusat aktiviti bersukan di kawasan Sabai, tidak perlu projek bersaiz mega. Tak apalah Benta dapat projek bersaiz kompleks yang memenuhi keperluan aktiviti sukan memadai. Ini pasti menjana golongan anak muda yang cergas dan produktif. Harap aspirasi anak muda Sabai ini dapat pertimbangan kerajaan negeri.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga telah umum penjenamaan semula Bantuan Prihatin Pahang dan Program Pahang Makmur dengan Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang) sebagai usaha menyeragamkan pelbagai bantuan dan inisiatif. Ada lagi… belum, saya yang terakhir, Dato Sri Speaker, bagi masa.
Ya, sila. Saya tak suruh berhenti. [Ahli Dewan ketawa]
Orang sebelah mencelah.
Dia bukan Speaker. [Ahli Dewan ketawa]
Masa untuk Zohor, kata dia. IM Pahang mendokong usaha kerajaan negeri dan dalam menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada semua lapisan masyarakat daripada yang baru lahir hinggalah ke peringkat warga emas merangkumi bantuan persekolahan, Tunas Makmur, bantuan siswa, bantuan anak yatim, bantuan petani, bantuan nelayan, kad perubatan, warga emas dan OKU, Program Juadah Makmur, pelbagai bantuan kluster bersasar.
Terima kasih Kerajaan Negeri Pahang. Peningkatan hasil negeri ini dikembalikan kepada rakyat dan kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan melalui inisiatif dan insentif berfokuskan rakyat. Semuanya hebatlah dan berteraskan kesejahteraan rakyat.
Dato Sri Yang di-Pertua,
Saya minta izin mengambil kesempatan untuk menyuarakan beberapa perkara berkaitan dengan DUN Sabai. Yang pertama berkaitan dengan dewan serba guna, saya rasa dalam Dewan yang… Sidang Dewan yang lalu ada juga saya bangkitkan isu tanah masih belum selesai di bawah kuasa pihak JKR dan saya ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Datuk DO Daerah Bentong yang banyak memberi kerjasama untuk menyelesaikan isu ini. Harap kita dapat menyelesaikan dalam masa yang terdekat. Sekarang ni saya ingin mohon pertimbangan dan tindakan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dan kerajaan negeri terhadap kelulusan tanah dan projek berkenaan serta kelulusan dana agar impian warga DUN Sabai dapat direalisasikan.
Kedua, isu bekalan elektrik ke rumah kedua warga FELDA ni…
Boleh mencelah, Speaker?
Sila. Alang-alang kita lambat, biarlah lambat betul.
Untuk makluman Sabai ya. Berkenaan isu tanah ni memang dalam er… yang tu dia reserved JKR dan saya pernah minta pihak JKR tengok balik. Kalau sesuai serah balik
semualah pihak JKR selepas ni buat penyerahan balik kepada kerajaan negeri. Terima kasih.
Terima kasih. Kedua adalah isu berkaitan dengan rumah kedua di bawah rancangan FELDA yang mana menjadi soalan…
Banyak lagi ke Yang Berhormat?
Soalan popular. Ya?
Banyak lagi ke tu?
Tak, sikit saja… boleh dalam 5 minit.
Sila… sila. Saya bagi 5 minit. [Ahli Dewan ketawa]
Yang mana sahabat saya telah menjawab soalan tersebut. Harap ada penyelesaian. Masih lagi ada rakan-rakan daripada kawasan rancangan FELDA yang ke… yang rasakan yang telah meluahkan rasa tak puas hati. Belum ada penyelesaian walaupun kita telah memberi jawapan yang itu melibatkan proses di… kerajaan… di peringkat kerajaan persekutuan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sambil menggalas tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat DUN Sabai, saya juga memikul amanah sebagai suara tunggal kaum India di Dewan Negeri Pahang ni. Walaupun kaum India ni adalah minoriti, namun kebajikan dan kesejahteraan kaum India tetap disantuni oleh kerajaan inklusif Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar. [Ahli Dewan menepuk meja]
Pelbagai bantuan pendidikan, bantuan kepada sekolah Tamil, bantuan kepada NGO, bantuan kepada rumah ibadat, bantuan keusahawanan, kebajikan dan banyak lagi disalurkan kepada masyarakat India. Memang inklusif, terbaik dan terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan beberapa isu.
Yang pertama ialah isu yg telah diminta oleh sahabat-sahabat daripada kaum India ini untuk disuarakan dalam Dewan ini. Yang pertama ialah isu pengambilan penjawat awam kaum India di bawah sektor perkhidmatan awam negeri Pahang, agensi-agensi berkanun negeri dan juga majlis Pihak Berkuasa Tempatan adalah menjadi harapan bahawa bilangan pengambilan kaum India dapat dipertingkatkan berdasarkan permohonan dan kelayakan. Kedua, isu relocation…relokasi ya sekolah-sekolah Tamil kurang murid khasnya dari kawasan ladang ke kawasan strategik di bandar juga memerlukan bantuan kerajaan dari segi tapak tanah dan juga pembinaan bangunan baru. Migrasi pekerja lading… pekerja ladang ke kawasan bandar telah menyebabkan banyak sekolah-sekolah di kawasan estet yang mengalami isu sekolah kurang murid dan langkah relokasi ini pasti akan dapat mengatasi masalah ini.
Yang ketiga dalam sidang DUN yang lalu, ada juga saya bangkit isu SJKT Ladang Jeram popular dikenali dengan sekolah kontena. Saya harap ada maklumat yang dapat disampaikan untuk kita menoktahkan isu ini. Akhir kata tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar dan kerajaan negeri atas segala usaha memacu pembangunan kemakmuran dan kesejahteraan negeri Pahang dan rakyatnya. Semoga segala teras dan inisiatif Belanjawan Negeri Pahang 2025 dicapai dengan jayanya. Saya mohon menyokong Belanjawan Negeri Pahang 2025. Maju terus Pahang. Sekian, terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih ahli dari kawasan Sabai. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada hari ini, saya telah perhatikan bahawa seramai lima orang ahli telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan pada pagi ini dan secara keseluruhannya 35 orang ahli telah mengambil bahagian. Saya mengucapkan jutaan terima kasih. Pada hari esok, pihak kerajaan akan menimbang Rang Undang undang Perbekalan (2025) 2024. Ahli-ahli Yang Berhormat, baiklah persidangan kita akan disambung semula pada hari Khamis pada hari esok 5 Disember 2024 bermula jam 9.30 pagi. Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan]