Pahang · 5 December 2024

15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 295 turns · 52,718 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang. Kuantan. Hari Khamis, 5 Disember 2024 bersamaan 3 Jamadil Akhir 1446 Hijrah.

Bacaan doa.

DOA

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Marilah kita sama sama membaca umul kitab bagi memulakan sidang kita. Al-Fatihah. Alhamdulillah, Robbil Alamin Wassolatu Wassalamu ala Asyraf bil Mursalin Sayyidina Muhammadin wa ala Alihi Wasohbihi Ajmain. Segala puji bagi Allah. Dibuka dewan negeri. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah yang Maha Mengasihani kepada-Nya. Terpulang segala puji pujian Ya Allah yang bersifat nikmah limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir masalah masyarakat pergaulan. Mudah-mudahan sentosa aman makmur. Limpah Kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba mu diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkatmu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan taufik-Mu dipohonkan menyuluh memandu kepada ketika kami berunding menimbang bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk penduduknya sekalian. Ya Allah. Dipohon doa kami diperkenankan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara kedua. Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam perpaduan, selamat pagi. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Diraja Menteri Besar Pahang. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjat syukur kepada Allah SWT kerana dapat meneruskan persidangan kita pada hari ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum saya memulakan aturan mesyuarat, saya ingin memaklumkan bahawa EXCO Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang telah berbesar hati untuk menyumbang kepada ahli-ahli Yang Berhormat dan Ketua-ketua Jabatan, Produk Usahawan FELDA yang telah diedarkan oleh urus setia di Dewan ini. Untuk makluman, produk ini merupakan produk usahawan FELDA yang dipamerkan dan dijual di Menara Kuantan 188. Ia sebagai langkah strategi hasil kerjasama FELDA Wilayah Kuantan dan pengurusan Kuantan 188 untuk memperluaskan pasaran produk usahawan tempatan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin memaklumkan bahawa saya akan menghadkan kepada 5 pertanyaan sahaja pada hari ini untuk dikemukakan bagi memberi ruang kepada kerajaan untuk membuat penggulungan iaitu melibatkan 10 orang ahli EXCO iaitu 5 ahli pada sebelah pagi dan 5 ahli dari sebelah petang.

Begitu juga dengan pertanyaan lisan, saya akan hadkan kepada 2 atau 3 sahaja dan ianya ianya mestilah ringkas dan padat supaya kita dapat bersidang dalam masa yang telah ditetapkan. Baiklah, saya meneruskan Aturcara Urusan Mesyuarat kita pagi ini. Saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Semambu untuk kemukakan soalan

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Terima kasih Dato’ Speaker soalan saya. Soalan 1.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Selamat Pagi, salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Terima kasih kepada ADUN kawasan Semambu yang bertanyakan berkenaan dengan Pahang Gold ataupun Emas Pahang yang telah dilancarkan oleh kerajaan negeri. Dan soalan beliau, soalan Yang Berhormat adalah berkaitan dengan berapakah jangkaan deposit sumber emas yang ada di negeri Pahang dan akan bertahan berapa lama. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Semambu di negeri Pahang, jajaran emas terbentuk dalam jaluran tengah Semenanjung yang meliputi kawasan daerah Lipis, Raub, Maran, Pekan dan Rompin. Ianya wujud pada teler… telerang… telerang hidro-terma. Ha… ni dia punya term ni dalam bantuan metasediments sebagai deposit emas primer ataupun primary gold deposit dengan izin dan juga bersama-sama mendapat alluvial dalam lembangan-lembangan sungai sebagai deposit emas sekunder ataupun dengan izin secondary gold deposit. Anggaran sumber deposit emas di negeri Pahang oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia ataupun JMG ialah 63.44 tan metrik dengan anggaran nilai RM10.8 bilion. Statistik tahun 20… statistik tahun 2023 merekodkan terdapat tujuh pengeluaran emas aktif di Pahang dengan jumlah pengeluaran sebanyak 720.8 kg yang bernilai RM155.6 juta.

Pengiraan tempoh hayat lombong ataupun dengan izin life of mine yang menentukan berapa lama deposit emas ini tidak dapat diukur dengan tepat disebabkan perlu bergantung kepada pelbagai faktor keboleh pelaksanaan seperti jumlah rizab mineral emas terukur, skala operasi perlombongan, kadar pengeluaran lombong dan faktor-faktor lain termasuklah aspek ekonomi mineral, dasar dan polisi semasa serta perubahan dalam teknologi perlombongan. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, kalau mengikut kata orang tua-tua, emas ni kekadang dia boleh lari kalau berebut satu tempat tu. Jadi saya dengar cerita di Lipis ni bertambah emas sebab dia lari daripada negeri lain katanya ke Pahang, ke Lipis. Jadi kita tengoklah macam mana. Itu kata orang tua-tualah. Tapi saya dapati bawah ni ada permohonan Skim Pelombong Kecil daripada Lipis. Dia kata dulu tempat dia takde emas. Tanah dia baru ni ada… ada… ada emas. So, dia mintak Skim Perlombongan Kecil. Jadi, saya harap banyak lagi emas datang ke Lipislah daripada sempadan tu, Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Yang Amat Berhormat jampilah sikit... Haha.

Jadi Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, penambahan dalam pelaburan dana dan teknologi terkini bagi kerja-kerja cari gali yang berterusan juga akan meningkatkan jumlah hayat lombong. Terima kasih Dato' Speaker.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Soalan tambahan Dato' Sri.

Terima kasih atas jawapan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkenaan dengan jawab… soalan yang saya tanya. Cuma pertanyaan saya ialah apakah perancangan Pahang Gold, adakah akan buka cawangan ataupun jualan di kedai-kedai di sekitar negeri Pahang ataupun seluruh negara dan soalan kedua ialah apa jangkaan peluang pekerjaan yang dapat dijana melalui Pahang Gold. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Terima kasih atas soalan tambahan daripada ADUN Semambu. Kebetulan saya sempat bawalah apa yang telah kita buat. Saya nak tunjuk pada semua rakan-rakan Ahli Dewan. Setakat hari ni kita dah ada beberapa koleksi yang dikeluarkan oleh Pahang Gold. Antaranya Initial Edition, Core Collection dan Pahang Sireh yang diwariskan daripada berat emas. Ada yang 0.25 gram hingga 1 gram, dalam bentuk jongkong emas pun ada, syiling emas pun ada dan ini adalah antara contoh-contoh yang saya tunjuk. Dan bukan sahaja saya tunjuk, saya galakkan Ahli Dewan beli dengan harga yang istimewa. Saya dah beli dah. Tapi saya beli yang ni jelah. Yang ni dengan yang ni. Saya ingat ADUN Cheka boleh beli yang nilah. Ini adalah antara yang telah kita keluarkan dan insya-Allah peluang pekerjaan sudah pasti ada. Bila kita dah ada Pahang Gold ni ada peluang pekerjaan dan setakat hari ni kejayaan negeri Pahang telah mendapat hasil. Untuk makluman, Yang Berhormat daripada Semambu, hasil daripada jualan emas ni siapa nak jadi tauke emas boleh la sebab masih ada masih lagi kosong, tauke ataupun agen, Pahang Gold akan bagi komisyen, tapi dia ada tahap… tahap dialah. RM1 juta berapa percent, RM 5 juta, berapa percent. Saya ingat Speaker pun berminat pasal emas [Ahli Dewan ketawa].

Speaker

Boleh, saya akan buat permohonan.

Boleh. Setakat hari ni, untuk makluman Ahli Dewan khususnya daripada Semambu pada tahun 2023 er... nilai kutipan hasil royalti pengeluar emas yang telah berjaya dikutip oleh kerajaan negeri ialah sebanyak RM5,498,567.00 tahun 2023. Manakala

pada tahun ini sehingga November, kita telah berjaya mendapat kutipan hasil royalti sebanyak RM10,190,959.00 hasil daripada penubuhan Pahang Gold.

Jadi daripada zero, daripada kosong kita buat Pahang Gold ni kita dapat royalti yang bertambah, boleh mewujudkan peluang pekerjaan dan dalam masa yang sama kita ada emas kita sendiri. Kita keluar emas tapi negeri kita tak ada emas yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan insya-Allah kita akan pertingkatkan lagi dan saya harap Ahli-ahli Dewan dapat memberi sokongan. Tak boleh beli yang besar, tak boleh beli yang 50 gram pun haa… ni 100 gram, kita akan jual emas pulak (Ahli Dewan ketawa). Ini 100 gram (angkat tangan tunjuk emas). Saya ingat kita boleh pass around ni, kotak ni tapi make sure jangan, jangan… jangan (Ahli Dewan ketawa). Tadi ada ‘1, 2, 3, 4, 5, 6’ pastikan bila sampai ke saya nanti ada 6 juga tu (Ahli Dewan ketawa). Haa… yang ni 20 gram dan yang kecik sekali ni, ha… ni yang paling kecillah. Bolehlah 1 gram bagi kat sapa-sapa yang yang berminat. Jadi boleh buat tempahan dengan Pahang Gold ya, jangan cari sayalah nak buat tempahan. Itu saja lah Yang di-Pertua. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Speaker

Sila, Wakil daripada Cheka.

Terima kasih er… pertama; saya ucap tahniah pada kerajaan negeri yang memperkenalkan Skim Lesen Perlombongan Kecil kepada pengusaha-pengusaha kecil. Saya cuma dapat maklumat… ingin dapat maklumat hingga setakat ini berapa ramai yang telah pun dikurniakan ataupun memiliki Lesen Perlombongan Kecil yang telah dilulus kerajaan negeri.

Yang kedua; ialah tentang mekanisme kawalan sebab kita tahu emas ni mudah diseludup. Kalau mekanisme… bagaimana untuk mengawal supaya pengisytiharan yang dibuat oleh syarikat perlombongan benar-benar real, takut dia… dia lombong jumlah… sejumlah, saya nak tahu apakah mekanisme kawalan supaya tidak berlaku ketirisan ataupun penipuan dalam pengisytiharan hasil emas. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Cheka, satu soalan yang sangat baik. Suka saya memaklumkan sebelum kita tubuhnya Pahang Gold ataupun Skim Pelombong Kecil ni terutamanya di Kechau di kawasan Yang Berhormat daripada Padang Tengku, keadaannya dia jadi macam free for all dan tindakan individu, walaupun tanah tersebut tanah mereka tetapi mineral di dalam tanah tersebut masih hak kerajaan negeri. Dan ekoran daripada itu, saya bersama dengan rakan-rakan EXCO dan juga dengan JMG telah berbincang macam mana untuk menghalalkan perkara ini dan mengawal supaya emas-emas yang terdapat di bawah tanah ni tidak dijual sesuka hati oleh pemilik tanah dan peraih yang membeli emas ni ramai, dia kerja tu aje.

Mereka yang terlibat ni, lebih kurang dalam tak silap saya lebih kurang 30 oranglah ya dan kerajaan negeri kehilangan hasil satu sen pun tak dapat. Jadi kita telah berbincang, kita telah berusaha untuk mewujudkan yang kita panggil skim pelombong kecil yang perlu berdaftar dengan kerajaan negeri dan skim pelombong kecil ni, di mana cara kita mengawal mekanisme yang ditanyakan tadi ialah kita lantik seorang sahaja yang boleh membeli emas tersebut dan orang yang membeli ni yang kita kenal mempunyai kedudukan kewangan yang baik, track record yang baik dan mempunya rangkaian yang baik.

Ekoran daripada itu, perbincangan diadakan dengan Skim Perlombongan Kecil dan mereka-mereka yang ada tanah ni. Setelah mendapat persetujuan, kita lantik dia sebagai seorang sahaja yang membeli. Jadi bermakna bila dia beli tu Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, dia tidak seperti sebelum itu, sebelum adanya Skim Perlombongan Kecil ni. Siapa-siapa pun boleh beli, orang ni tawar RM100.00 - 1 gram contohnyalah, lepas tu yang ini tawar RM 80.00, ini tawar RM 150.00, tidak. Kita sekarang ni mengikut harga pasaran. Maknanya kerajaan pun untung, pelombong kecil pun yang ada emas pun untung dan setakat hari ni saya difahamkan majoriti daripada mereka boleh confirm dengan ADUN Padang Tengku, ramai yang pakai Alphard dah, ha… pakai Alphard dan beli kereta cash.

Speaker

Pakai Alphard.

Speaker

Maknanya kita boleh mohon lesen melombonglah lepas ni.

Kalau… kalau Yang Berhormat Speaker ada tanah, milik sendiri, ada emas, tapi kena tanah milik sendiri lah. Kalau ada emas Speaker jangan jual tak tentu hala nanti kena tangkaplah sebab bahan mineral bawah tanah tu masih milik kerajaan negeri dan sekarang ni di Kechau Tui, sekarang ni kita akan pergi ke Luit masih lagi dalam permohonan dan yang ke-3 saya baru dapat permohonan daripada Lipis. Baru ni saya balik, saya tengok ada satu kumpulan datang jumpa saya, dia kata dulu tak ada, dia kata tiba-tiba ada emas. Itu saya jangka emas tu sebab dia lari daripada negeri yang jiran tu pergi ke Lipis agaknya. Tak tahulah mungkin Pahang ni Darul Makmur ya, haa… jadi (Ahli ketawa) jadi, haa… itulah menjawab soalan Yang Berhormat daripada Semambu. Okey ya, puas hati dak YB. Baik, terima kasih.

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Soalan tambahan?

Dua kali Dato’ Sri Speaker, Padang Tengku disebut. Jadi saya nak tanya dah kutip banyak dah ni sampai RM10 juta dah kan, sebelum tu 5… RM5 juta. Jadi, dah yang

banyak-banyak tu macam mana? Apa perancangan kerajaan untuk memanfaatkan supaya rakyat kita mendapat manfaat semaksima mungkin. Itu soalan yang pertama.

Yang kedua; tadi berkaitan dengan Skim Perlombongan Kecil jugak. Di Kechau ni dah masuk fasa… nak masuk fasa yang kedua ya, fasa kedua. Kita ada permohonan lebih kurang 60 lagi permohonan dan saya difahamkan ada 20 tu mungkin ada masalah dari segi hakmilik tanah, berkongsi dan sebagainya. Jadi yang balance tu bila agak-agaknya? Orang sana dah tanya dah, bila nak dapat lesen supaya hasil kita bertambah, lebih makmur lagi dan banyak lagi masa akan datang di negeri Pahang ni. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Padang Tengku. Manfaat ni, itulah bantuan prihatinlah Padang Tengku. Jadi duit yang, yang RM10 juta tu, kita masukkan dalam bantuan dan itu salah satu sumbangan yang menyebabkan kita mendapat sasaran melebihi RM1 billion. Sebelum ni kosong. Sebelum ni, maknanya tuan tanah tu dia buat secara dia sendiri. Kita nak… nak kuat kuasa pun serba salah jugak sebab mereka ini pun daif, hanya bergantung kepada emas yang ada di bawah tanah mereka. Tapi bila kita halalkan ini, manfaatnya rakyat pun dapat, negeri pun dapat dan kita kembalikan kepada rakyat dalam bentuk bantuan prihatin.

Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Skim Perlombongan Kecil ni kita tidak boleh buat sewenang-wenangnya. Dia perlu ada kajian ya, kita bimbang nanti dia… tanah bukan milik dia pun dia kata milik dia. Hah… itu yang kita kena kaji betul-betul, permohonan dikemukakan dengan geran tanah, melibatkan JMG, melibatkan Pejabat Tanah, dah sah itu tanah beliau, kita kena… baru kita benarkan. Dan tanah tersebut pula, untuk makluman Yang Berhormat daripada Padang Tengku, kadang-kadang 1 geran bukan seorang, jadi kita kena dapat… walaupun tanah tu milik dia tetapi dalam masa yang sama kita kena mendapat kebenaran.

Walaupun emas tu milik kerajaan negeri, kita tak boleh masuk begitu sahaja. Kena ada kebenaran daripada tuan tanah itu mengambil masa sedikit, tapi kalau semua berjalan dengan elok, memang kita nak segerakan supaya lagi lambat kita proses, lagi lambat kita beri kelulusan, lagi lambat kerajaan negeri mendapat royalti dan lagi lambat pemilik tanah yang ada emas mendapat habuannya. Terima kasih Yang di-Pertua.

Speaker

Cuma saya nak berkongsi bahawa harga emas 999 untuk hari ini ialah RM412.00 se gram tidak berubah sama sekali dengan harga semalam dan harga emas 916 untuk hari ini adalah RM392.00 se gram. Itu harga emas sekarang.

Soalan tambahan.

Speaker

Ada soalan lagi.

Satu… 1 lagi. Last.

Speaker

Okey last.

Terima kasih Dato’ Sri Speaker, terima kasih Dato’ Sri Diraja Menteri Besar. Soalan saya ni lari sikitlah daripada perbincangan kita. Cuma kita hari ni bincang pasal deposit sumber emas yang ada negeri... dalam negeri Pahang ni yang melibatkan kebanyakannya adalah pengusaha-pengusaha emas ataupun tuan-tuan milik tanah dan juga mungkin yang melibatkan stake holder kepada apa nama ni tanah dan galian dalam… dalam negeri Pahang ni.

Soalan saya ni, saya nak… nak… nak mewakili rakyat kebanyakan ni, jadi Pahang ni dia dah perkenalkan satu syarikat Pahang Gold dan ada jualan emas, saya nampak di situ tadi. Tapi bagi rakyat kebanyakan ni, kebanyakannya kedai emas yang nak gadai emas mungkin nak belanja dan sebagainya akhir-akhir bulan ni, akhir-akhir tahun ni. Jadi soalan saya, adakah kerajaan negeri bercadang untuk memperkenalkan sistem Ar-Rahnu, sistem pajakan gadaian Islam yang mungkin dalam masa yang sama kerajaan negeri akan dapat hasilnya dan dalam masa yang sama mungkin boleh memberikan serba sedikit er… nilai gadaian yang lebih kepada rakyat negeri Pahang ni, dalam masa yang sama, sistem Ar-Rahnu ni menjamin emas itu tidak hangus tidak…tidak lelap sekiranya gagal membayar bayaran gadaian. Terima kasih Dato' Sri Speaker

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, terima kasih kepada sahabat saya dari Rompin. ADUN Lantikan, soalan yang baik. Untuk makluman Yang Berhormat semasa saya dalam KOSMA, Lembaga Pengarah KOSMA kita tubuh Ar-Rahnu ni dan memang betul lumayan dalam masa tahun pertama tu telah mencipta keuntungan RM200,000.00 lebih Ar-Rahnu tetapi proses untuk menubuhkan Ar-Rahnu ni tidak mudah, saya ingat lebih daripada 6 bulan kerana kena ada lessen, lepas tu kena ada bilik kebal, kena ada security, CCTV kemudian baru diluluskan dan cadangan daripada YB daripada Rompin, Lantikan ni kita akan bagi pertimbangan tetapi buat pada masa ni kita tengok dulu kita pastikan Emas Pahang ni dapat dijual dengan baik, laris banyak dan mungkin kita akan pastikan kalau nak gadai nanti… kalau kita dah buat Ar-Rahnu Emas Pahang pastikan mereka gadai di kita punya Ar-Rahnu ni jangan gadai tempat lain. Itu kita mungkin langkah kedualah ya insya-Allah. Saya selaku Pengerusi Pahang Gold Pahang akan bawa cadangan daripada Yang Berhormat untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengarah. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.

Speaker

Soalan seterusnya Wakil daripada Padang Tengku.

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Terima kasih Dato' Speaker. Soalan saya ialah soalan nombor 2.

[Difahamkan terdapat projek perintis Wagyu Pahang telah dilaksanakan. Apakah status dan kemajuan projek tersebut serta manfaatnya terhadap industri ternakan di negeri Pahang?]

Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya daripada Padang Tengku Yang bertanyakan tentang Projek Perintis Wagyu. Saya ingat ini adalah susulan daripada minat Yang Berhormat Padang Tengku ni ekoran daripada lawatan teknikal yang telah diadakan dua tahun dulu dengan Yang Berhormat Padang Tengku menyertainya dan kita pergi ke Munich melihat ladang wagyu di sana dan nampaknya Yang Berhormat Padang Tengku pada ketika itu memang begitu minat melihat lembu premium sado ni hingga merapati lembu wagyu yang saiz dia lebih daripada 1,000 kilo atau 1 metrik tan lebih.

Jadi akhirnya dengan persetujuan dan sokongan daripada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja maka kita telah melaksanakan Projek Perintis Wagyu Pahang dan insya-Allah ianya akan diperkasakan dari semasa ke semasa.

Untuk makluman Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, jumlah peruntukan yang telah ataupun perbelanjaan yang telah digunakan setakat ini ialah sebanyak RM6.692 juta yang merangkumi pelbagai aspek komponen aktiviti termasuk nombor satu, pembelian baka ternakan wagyu kita ada yang fullblood iaitu 100% lembu wagyu yang tulen asli kemudian kita ada kacukan dipanggil F1 lah dan…

Speaker

Apa beza daging dia Yang Berhormat? beza antara yang kacukan dengan wagyu original. Dia punya marbling dia ke apa ke ada.

Tak. Dia kalau sekiranya misal contohnya kalau yang 100%.

Speaker

bukan minta maaf. Saya just nak bertanya.

Boleh. Saya nampak Dato' Sri Speaker minat yang wagyu biasa makan dekat restoran-restoran steak. Maknanya wagyu ni dia…dia minat. Maknanya steak yang premium lah dan dia sebenarnya fullblood ni ialah 100% ini lembu yang wagyu asli, kemudian bila kita kacukkan kita namakan anak ni tadi sebagai F1lah, F1 bukan formula one tapi F1 dan ini merangkumi angka-angka baka yang terlibat. Kemudian kita ada pembelian

ini apa nama semen dan embryo. Jadi kita ada mani, maksima ni manilah yang kita buat AI

Speaker

Air mani.

Ya lah mani…air mani dia kiranya kita buat AI, permanian berhadas, buat proses tu… kemudian dia akan bunting dan akhirnya melahir ataupun melahirkan anak. Kemudian kita ada membeli mesin ultrasound kita ada buat Kursus Wagyu di Akademi Wagyu, Jerman. Kita hantar tiga kakitangan… pegawai kita daripada Jabatan Veterinar. Kita juga mengadakan kursus permanian berhadas dan embryo transfer yang melibatkan 16 orang kita hantar iaitu di Indonesia…kita Indonesia pun advance juga. Kemudian kita membeli baka wagyu lagi tambahan dan latihan butchery iaitu Professional Butcher seramai 60 orang. Akhirnya semua ini berjumlah RM66.92 juta.

Jadi untuk makluman Dato' Sri Speaker, sehingga 15 November tahun 2024 jumlah ternakan lembu wagyu di bawah Program Wagyu Pahang adalah sebanyak 262 ekor yang melibatkan 156 induk betina wagyu, 5 penjantan, lembu jantan bulllah dengan izin dan setakat ini kita dah ada 101 ekor anak yang lahir di daerah Raub, Bukit Kajang ni yang tadi. Dulu pun saya dah perjelaskan bila kita nak beli tu kita bagitahu kita beli lembu daripada Australia daripada satu syarikat nama dia Ostrich kita pergi ladang, ladang dia merata di Sydney, di Melbourne, di Tasmania. Baru ni Dato' Sri ke Australia kan? Ada persidangan.

Speaker

Persidangan CPA.

Di Tasmania misal contohnya, kita beli tu dan kita bagitahu dengan dia kita nak lembu induk yang bunting dia buatlah, maknanya dia kita beli tu sebab strategi kita nakkan ibu dan nakkan anak. Jadi ini alhamdulillah melalui pembelian ni dah beranak di Raub ni dapat ID Raub lah makanya tempat lahir dia sebab yang ni penting saya nak maklumkan ni penting sebab kita ada blood line, makna bila dia lahir je nanti kita ada sijil sebab bila kita nak jual dia akan tanya tu, lembu ni betul ke wagyu? Jadi dia ada sijil dia.

Macam emas…emas Yang Berhormat Dato' Sri Diraja sebut tu dia sebut 999.99 Itu telah pun diauthentickan, telah pun diperakukan. Jadi ini yang penting sebab kita nak tahu supaya baka ni dari Miyazaki ke Kobe ke atau di mana-mana di Jepun. Sebab asal wagyu semua daripada Jepun tapi kita tak boleh nak beli kat Jepun sebab kerajaan Jepun ada…ada kekangan dia menghalang lembu-lembu wagyu daripada Jepun ni untuk dibeli atau di biakkan dibeli daripada Jepun. Tapi kalau yang dah ada di luar sana, di Jerman, di Perancis, di Belanda, di Belgium, di Australia, di New Zealand yang ini kita boleh berurusan sebab kita berurusan dengan ladang-ladang di Australia.

Jadi 3 ladang pengganda telah dilantik di bawah syarikat ini, peneraju. Dia ada 2 syarikat peneraju iaitu MIG Dairy Fresh Sdn Bhd atau sekarang dikenali sebagai AGK Dairy Fresh Sdn Bhd di mana ladang pengganda ini dalam proses penerimaan ladang pengganda ni kita program dia ni kita ada peneraju kemudian bila daripada peneraju ni tadi kita bagi kepada ladang pengganda maknanya ladang pengganda inilah penternak tempatan yang kita telah melalui proses saringan kita dapati bahawasanya sebab program kita ni wagyu ni kita nak kembangkan supaya seluruh negeri Pahang ni nanti akan ada ternakan atau baka wagyu yang yang dibiakkan. Jadi proses dia kita lantik dulu 2 syarikat peneraju iaitu MIG Dairy Fresh Sdn Bhd dan juga Farm Fresh. MIG Fresh Sdn Bhd ni kita buat di Raub dan Farm Fresh ni ialah di Lipis di Tanjong Gahai di kawasan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja. Sebab itu kita tengok sesuai

Kemudian tu kita pilih pulak di kalangan penternak tempatan untuk kita jadikan ataupun di… dinamakan sebagai ladang pengganda, kita bagi je. Setelah dibuat saringan ada 3 yang telah pun melepasi saringan ni kita nak bagi 5 ekor, 5 ekor, 5 ekor setiap ladang ni supaya dia dapat biakkan dan yang ini ada lagi 3 ladang pengganda dalam proses pengesahan kesesuaian infrastruktur sebab dia kena ada kandang dia kena ada kemahiran dan sebagainya sebab pelaburan kita tinggi dan untuk makluman pada masa yang sama, kita juga membuat latihan kepada penyembelih profesional sebagaimana saya maklumkan kita nak buatkan full cycle. Bila kita dah buat pengeluaran, lembu-lembu nanti kita akan sembelih dan ini memerlukan penyembelih yang pakarlah. Disembelih, kemudian dia akan lapah mengikut bahagian-bahagian tertentu. Jadi yang ini kita kena latih.

Alhamdulillah, kita telah ada 60 pelatih-pelatih yang menjalani latihan di YP Advance Skill ya. Ini...ini kira macam TVET. YP Advance Skill yang… bila dia keluar nanti dia akan mampu untuk melaksanakan tanggungjawab dan kita akan hantar kursus lagi kita pertingkatkan sebab apa kemahiran untuk sembelihan dan juga pelapahan ini mestilah ditajamkan, diperkasakan dari masa, ke semasa. Insya-Allah.

Dan pada masa yang sama, kita juga menerima permohonan daripada penternak-penternak lain untuk menyertai Program Kacukan Wagyu Pahang menggunakan kaedah AI ni, Artificial Insemination dengan izin, permanian berhadas. Jadi maksudnya kita beli semen tadi, Dato’ Sri Speaker yang tadi, semen yang kita beli dengan embrio itu tadi, kita ada ni veterinary, Jabatan Veterinar ada. Kemudian kita akan lebarkan, kita pergi ke kampung. Kita tengok lihat dan induk-induk dia, tapi benih tu kita akan bekalkan supaya bila lembu-lembu ni tadi, bila dia bunting dan beranak, dia akan dapat lembu wagyu F1, sebab kita tengok macam ni.

Pendekatan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar ialah kita kena perkasakan penternak kita ni. Tapi kalau penternak kita menternak baka jenis KK, Kedah Kelantan…Kedah Kelantan. KK lembu yang banyak di kampung, merata. Lembu ni kecik, dia punya rangka. Jadi kita telah buat kajian. Misal contohnya di Bukit Kajang ni kita mintak yang err…ladang yang peneraju tadi supaya dia cross baka ni tadi dengan lembu kampung yang dibekalkan oleh Jabatan Veterinar dan ada dah, dah beranak sebanyak 2 ekor telah beranak. Dia punya kerangka dia besar, dan dia ni sebab lembu KK ni tadi Dato’ Sri Speaker, dia jenis yang lasak. Jadi kita boleh lepaskan dia.

Kita dapati daripada kajian yang kita buat, ini untuk makluman Dato’ Sri, daripada kajian yang kita buat antara yang menjadi cabaran kepada lembu-lembu ni tadi ialah kelawar. Kelawar, dia waktu malam kelawar tu keluar. Dia…dia apa nama dia serang ini telinga…telinga lembu tu. Jadi lembu ni datang daripada Australia dia bodoh sikit dia. Maknanya dia tak reti nak melawan kelawar ni. Jadi telinga tu tadi dia luka, sebab

itu kita… apa yang kita buat lembu-lembu tadi kita masukkan dalam kandang. Kemudian kita pasang lampulah.

Jadi kelawar, bila nampak lampu tu dah... tapi lembu yang KK ni anak dia yang beranak ni tadi, bila kelawar tu datang serang, dia libas ya, dia libas kepala dia tu. Pang… jadi kelawar tu maknanya dia kerayan… kan? Maknanya kelawar tu dia ni… dia lari. Jadi dia tidak…. dia tak kena serangan dari kelawar tu, yang ini kita boleh kongsi bersama dengan mungkin penternak daripada Australia mengatakan bahawasanya lembu KK kita ni, lembu yang tadi lembu yang lasaklah, dia latih, dia kampungkan, dia merayau duduk atas jalan semua sekali kena langgar lori balak terus dan sebagainya. Ini kita ada enakmen kerbau lembu ya yang…yang sahabat-sahabat bangkit sebab dia kira merata je. Jadi dia… dia tadilah, dia boleh kita lepas naik ke bukit balik eh ada. Makna kelawar pun tak leh ganggu, yang ini sebenarnya kita buat kajian. Malahan kita ada buat kerjasama dengan UPM… Universiti Putra Malaysia untuk buat kajian, kita crossbreed. Kita buat misal contohnya baka lembu susu, Friesian ataupun ini yang ada ni Holstein Friesian yang Holstein, kita kacukan dengan wagyu. Keluar juga makna beranak juga. Anak dia yang badan besar dan dia punya daging tu difahamkan dia akan lebih… orang kata lembutlah kan. Jadi lembu susu ni biasanya lembu besar jadi rangka dia besar. Kita buat juga kajian sebab tu dalam konteks seumpama ini projek perintis wagyu Pahang ni sebenarnya akan menjadi penanda aras kepada projek wagyu di Malaysia ni sekali.

Jadi Pahang firstlah maknanya kita nak ke depan tu dengan hasrat yang selalu katakan produk Pahang ni mesti produk premium yang hebat ke depan. Ini yang kita buat. alhamdulillah. Jadi program-program seumpama ini saya lihat penting, kerana apa? Cuba kita buat perbandingan sebab dulu ada yang kata ini projek… bila Yang Berhormat Dato’ Sri buat launching err… di mula-mula di…di… di lapangan. Banyak orang kata ini projek kayangan. Tidak. Sebenar bukan projek kayangan. Projek ni akan diserapkan.

Kita akan hantar pergi program AI ini nanti, permanian berhadas dengan penternak kita di seluruh negeri Pahang, insya-Allah, tunggu. Makna kita akan buat latihan, kursus dan kita bagi kemudahan ni. Kenapa? Kerana sebagai contoh daging lembu tempatan pada masa ni harga dia antara RM34.00 ke RM38.00 kadang-kadang RM40.00 je dia sekilo, tetapi lembu yang wagyu ni kalau di…di tengok yang import sekarang ni yang import sahaja misal kata sebab bekalan tempatan tak ada.

Kalau kita pergi ke Me’nate ya, minta maaf Menate ke Me'nate ke saya tak tau tapi pergi situ makan steak. Dia, kalau dia tengok MBS tengok dari segi taburan lemak dia. Dia ada MBS 4, 5, 6, 7, 8, 9 ni apa ni 9, 10. Malahan dia ada A5 yang banyak tu, huh tinggi harga dia, dan yang paling mahal sekali ialah Kobe Beef. Kobe Beef tu hmm… hah yang tu ya. Makan tu makna dia kata ini harga kayangan. Tinggi. Jadi kita nampakkan kalau projek program… projek Pahang ni berjaya, kita akan jadi pembekal kepada ni…ni...bekalan lembu wagyu atau daging wagyu daripada tempatan kerana apa kalau kita makan misal contohnya burger. Sekarang ni RM52.00, RM54.00, 1 burger tu, Wagyu yang itu nanti kita akan dapat. Turunkan harga…

Speaker

Maknanya Yang Berhormat ni banyak janji ni. Wagyu, durian. [Ahli Dewan ketawa]

Dak, saya kaji tu sebab apa, saya teringat masa Yang Berhormat Cheka tanya kita buat bajet tambahan. Yang Berhormat Cheka kata mengapa ada bajet tambahan dulu tu? Yang ini saya ingat, tu nak bagitahu bukti. Kadang-kadang Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, dia perkara baru ni mengapa... ini bangsa-bangsa Eropah hebat kerana dia berani menerokai The New Frontiers dengan izin, makna lapangan yang belum diceburi oleh orang lain.

Speaker

Belum diterokai.

Sebab tu Belanda, negara-negara Belanda misalnya, Sepanyol pada ketika itu kan. Ni negara penjajah, dia pergi sebab apa? orang lain tak berani, dia pergi. So kita mengambil iktibar bahawasanya bangsa kita, bangsa. Rakyat Malaysia ni boleh, Pahang boleh. Hah tu yang mungkin Cheka kalau nak… anu tu, YB Cheka saya fahamkan minat lembu. Kita boleh bagi wagyu ke nu…

Speaker

Bagi seekor ke dia.

Boleh, boleh. Insya-Allah. Kalau ada lembu tu, jadi lembu KK kurus kering tu. Hah, kita…kita…kita padankan dengan lembu wagyu. [Ahli Dewan ketawa] Keluar anak montel [ketawa], tengok muka hah kita belai hari-hari, dia jilat tangan kita kan. Bila nak sembelih? Hah tu yang jadi masalahnya. Dah hari-hari dibelai-belai, nak sembelih sian pulak dia tengok gitu aje. Jadi maknanya tak pe, boleh jadi baka. Kalau jantan tu, oh boleh tahan. Jantan ni sebab bayangkan 5 ekor jantan, yang lain betina, boleh ke dia. [Ahli Dewan ketawa]

Kita…kita tanya… tanya berapa jantan. Jantan 5 ekor aje daripada Australia, yang betina banyaklah kan, dekat 200 ekor. Bunting belaka semua. Alhamdulillah. Maknanya kita pilihlah. Jadi kalau Cheka minat boleh insya-Allah, kita… kita boleh laksanakan. Dan ini penting sebab saya buat perbandingan, misal contohnya RM40.00 sekilo sedangkan lembu yang wagyu ni RM1,800.00 ke RM2,500.00 satu kilo. Maknanya Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar maklumkan tadi di Kechau semua orang mendulang emas, dia kira gini. Dulang mas tu. Sekarang dah pakai Alphard dengan Vellfire. Kita YB pun tak pakai gitu, betul tidak. Hah, maknanya deme handallah beli cash pulak tu, sebab apa kita perkasakan dia. Jadi kalau stay … ya, sila Dato’ Luit.

Saya tengok R&D ni dah… dah kemas lengkap dah ni. Cuma saya nak tanya bila boleh dapat makan daging tu? [Ahli Dewan ketawa] agak 10 tahun ke? 2 tahun ke, minggu depan ke.

Speaker

Kita ucapkan tahniah kepada YB Luit kerana dikurniakan DIMP baru-baru ni. [Ahli Dewan tepuk meja]

Ya, ya..nampak hebat, nampak dia alhamdulillah pengiktirafan kepada sumbangan beliau. Dia sebenarnya, ini sabar belum sampai lagi macam kita pergi ni tak sampai ke Luit lagi. [Ahli Dewan ketawa].

Speaker

Yang Berhormat kita ada ni ada 3 soalan. Kalau tak sampai ni lama kita. [Ahli Dewan ketawa]

Sebab tu... sebab tu kita namakan Dato' Sri Speaker, sebab tu kita namakan projek perintis. Jadi lembu ni tadi bila dia dah beranak, bila dia beranak kita bagi dia lembu awal... air susu awal kita bagi dia makanan sebab kita nak marbling ni tadi kita nak jadikan dia punya lemak sebab tu saya pergi ke Munich sama dengan ADUN Padang Tengku dia tengok hari tu dia bagi makanan lain, di Australia makanan dia lain, di Belanda makanan dia lain so kita sekarang ni nak sesuaikan dengan makanan kita sebab tu kita libatkan UPM, Universiti Putra Malaysia ni tadi dan bila peringkat awal ni kita bagi susu, kemudian kita bagi makanan dia yang biasa tetapi yang pentingnya selepas pada 30 bulan, ni tadi, lepas pada apa nama 30 bulan, ya sorry maknanya kita akan bagi makanan. Jadi tunggu lah ya kita baru berapa tidak sorry dia 13 minggu lepas daripada 13 minggu, kita akan bagi dia makanan untuk dia buat marbling, lepas tu dia kena tunggu 30 bulan baru kita boleh sembelih. Jadi lembu ni berapa umur dia baru lagi. Haa tunggu sabar tapi saya ingat sebelum Dewan bubar ni boleh lah mana yang mungkin kita sempatlah makan ni. Saya harap Dato’ Pengarah Veterinar bersedia dengan peneraju yang tadi dan nak kita boleh ambil... boleh, boleh kita bagikan yang yang sedia ada sekarang ni tapi untuk lembu perintis ni kena sabar. Kita sama-sama biakkan, insya-Allah yang penting kita biak dulu. Kalau kita start sembelih semua sekali jawabnya pupus kita. Jadi sekarang ni kita biakkan semua. Di Luit ada, di Cheka ada, di Budu ada, di Jelai ada, meratalah, di Kuantan ada. Haa, lepas tu kita sama-sama menikmati.

Jadi, terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri yang yakin bahawasanya walaupun perkara baru tapi dengan kesungguhan saya nak maklumkan terima kasih kepada jabatan-jabatan yang terlibat termasuk Jabatan Veterinar dan juga yang syarikat peneraju tadi yang sanggup kita pergi sentiasa belajar dan insya-Allah awal tahun ni dengan diketuai oleh Yang Berhormat Dato' Sri Menteri Besar, kita akan pergi ke Australia untuk buat benchmarking sebab dulu dalam perjanjian tu dia kata dia akan

bimbing kita so kita sekarang dah buat so kita akan pergi buat benchmarking macam mana lagi nak buat elok.

So yang ni akan kita laksanakan mungkin insya-Allah dalam hujung bulan Januari untuk ke Australia dan lihat bagaimana mereka melaksanakan...

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Yang Berhormat Speaker,

Bermula dengan keadaan yang cukup ni orang kata minima.

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Dato’ Seri soalan tambahan sikit.

Speaker

Saya ingat kita pergi ke soalan yang seterusnyalah sebab lama sangatlah ni, setengah jam, kita pergi ke soalan kita. Kita boleh simpan soalan ni untuk akan datang apabila lembu tu kena sembelih lepas tu kita akan apa namanya tanya lagi soalan. Seterusnya soalan yang seterusnya wakil dari Cheka.

Terima kasih. Saya kemukakan soalan nombor 3. Terima kasih.

[ Adakah kerajaan bercadang untuk menaiktaraf institusi masjid serta mewujudkan kursus ikhtisas pegawai-pegawai masjid untuk menjadikan pengurusan masjid lebih profesional?]

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan daripada Cheka yang menanyakan tidakkah kerajaan bercadang untuk menaik taraf institusi masjid dan mewujudkan kursus-kursus ikhtisas kepada pegawai-pegawai masjid di negeri Pahang.

Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker, sebagaimana yang sebut saya sebutkan sebelum ini, kita bersyukur ke hadrat Ilahi di negeri Pahang kita memiliki sebanyak 690 buah masjid dan setiap masjid itu memiliki sekurang-kurangnya kalau masjid kariah itu 4 orang pegawai sekurang- kurangnya dan apa namanya kita telah berjaya menaik tarafkan masjid-masjid daripada 690 buah ini, ada 30 buah ada namanya Masjid Daerah, ada namanya Masjid Warisan.

Masjid Warisan itu di Kuala Lipis dan Masjid Abu Bakar Temerloh dan juga Masjid Negeri Lama Lipis dan juga, alhamdulillah yang terbaru ini kita menaik tarafkan masjid menjadi masjid daerah Masjid Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Benta, Lipis dan juga Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Sungai Koyan, Lipis dan Masjid Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Bandar Jengka di Jengka.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita juga bersyukur ke hadrat Ilahi untuk masjid-masjid daerah ni , masjid daerah ni dan masjid yang telah kita naik taraf sebanyak 30 buah ni pegawai-pegawai dia telah kita ada laksanakan kursus-kursus ikhtisas yang berbagai bentuk dan rupa. Antaranya kita membawa mereka selama 3 bulan di ILIM untuk diberikan maklumat-maklumat dan pengetahuan-pengetahuan baru bagaimana untuk mereka berupaya mengimarahkan dan memajukan masjid-masjid mereka. Begitu juga yang kita ada hantar sampai ke Mesir.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dan di sana kita berikan tempoh selama sebulan untuk mereka mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Al-Azhar dan juga Jabatan Mufti Mesir untuk pengimarahan masjid yang sewajarnya. Kemudian yang terbaru kita ada memperkenalkan artificial intelligence kursus yang khusus kepada pegawai-pegawai masjid bagaimana mereka nak mengimarahkan dan mendekati ahli kariah mereka bagi memajukan masjid itu ini kita fokus kepada masjid-masjid daerah dulu, insya-Allah kita akan kembangkan ke masjid-masjid kariah. Walau bagaimanapun, kita bersyukur untuk masjid-masjid kariah ni kita telah mengadakan 6 program untuk mendekati mereka dan memberikan maklumat-maklumat termasuklah induksi pegawai masjid dan juga Seminar Pengurusan dan Pentadbiran Masjid, Seminar Pengurusan Bencana, Seminar Pentadbiran Masjid dan Infra, Daurah Ilmiah dan Penghayatan Al-Quran.

Hasil daripada perkara yang kita buat ini adalah beberapa buah masjid yang telah mendapat pengiktirafan bukan sahaja di peringkat negeri bahkan di peringkat kebangsaan seumpama Masjid Kampung Temin, Jerantut, Dato’ Sri Speaker dan Masjid Temerloh Jaya, Temerloh dan terbaru kita sedang menggarap beberapa buah masjid termasuklah masjid yang baru kita bina di Sungai Isap, Masjid Al-Falah. Mereka ini aktif dengan bukan sahaja mengimarahkan 5 waktu, bahkan dengan ahli kariah mereka Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.

Insya-Allah, kita juga bersyukur dengan usaha yang telah ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberikan sumbangan kepada masjid ini sebanyak RM10,000.00 dan kita juga bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan persekutuan melalui SDO dan kita juga terima kasih kepada SDO yang telah mengagihkan RM9.6 juta kepada masjid-masjid ini untuk diberi bantuan baik pulih mana-mana yang menghadapi kesulitan yang sangat menghimpit. Jadi, ini melibatkan sebanyak 188 buah masjid di seluruh Pahang Dato’ Sri Speaker, terima kasih banyak.

Soalan tambahan sikit. Pertama sekali tahniah atas program yang telah dibuat. Saya tengok ada beberapa siri lawatan yang kita pernah buat dulu Kerajaan Pahang ke Singapura dan saya dapati mekanisme pengurusan masjid di Singapore ni sangat-sangat hebatlah, sangat hebat. Punca besar ialah faktor kewanganlah dan saya tengok gaji pihak pengurusan dia pengurus masjid selain para pegawai dan mereka dibayar gaji sampai RM4, 5 ribu sebulan dan mereka menjadikan betul-betul menjadikan masjid ini fungsinya... fungsi kemasyarakatan bukan untuk sembahyang, pendidikan, perniagaan dan sebagainya.

Persoalan saya ialah kita bahawa di Pahang ni gaji siak, gaji bilal kita sangat rendah, bawah gaji minima, ada yang sampai RM400.00, ada yang topup oleh...oleh JAKIM dan sebagainya tetapi apa mekanisme supaya kita dapat tingkatkan sikit dia punya elaun dia supaya sekurang-kurangnya katakan Tok Siak masjid kalau kita gi masjid ni, masalahnya ialah kebersihan tandas masjid, selak pun tak ada... nak buang air lagi, nak pegang pintu lagi cukup payah. Jadi kalau boleh mereka dibayar gaji yang sepadan dan wajibkan mereka bertugas sepenuh masa di masjid tapi biar berbaloi dengan gaji yang mereka perolehi atau elaun yang mereka perolehi. Terima kasih.

Cadangan daripada Cheka itu memanglah sangat baik Dato’ Sri Speaker dan apa... namanya untuk kita bantu masjid-masjid ini sebab itu tadi kerajaan persekutuan saya sebutkan beri bantuan, kerajaan negeri beri bantuan tetapi untuk menggajikan kepada pegawai-pegawai masjid ini kalau kita bandingkan dengan Singapura. Singapura ni yang pertama sekali dia orang sanggup berdikari kerana dia tahu siapa diri dia, dia buat. Orang ahli kariah dia pun sanggup berkorban untuk masjid dia. Kita pun tahu bagaimana orang-orang ahli kariah di Singapura ni memberikan sumbangan.

Berbanding dengan kita rakyat kita di negeri Pahang ni orang yang sangat apa sentiasa bergantung kepada kerajaan dan tabung-tabung tu yang bergolek di depan dia orang tu pun apa namanya tidak… tidak begitu meriah, Dato' Sri Speaker. Tapi walau bagaimanapun ada masjid-masjid yang mampu memberikan elaun-elaun yang seumpama itu. Sebagaimana saya sebut Masjid Temerloh Jaya.

Ada juga masjid yang boleh membayar gaji kepada apa kepada siak. Bukan sahaja kepada imam dan bilal, bahkan mereka sanggup mengambil ataupun mengimport dengan izin Dato' Sri Speaker. Imam-imam daripada luar, memberikan imbuhan-imbuhan yang sangat memuaskan hati kepada imam masjid, hanya nak bertugas sebulan je di bulan Ramadhan, mengimamkan masjid. Jadi sebab apa kerana masjid itu ahli kariah itu sanggup berkorban memberikan sebagaimana ahli kariah di Singapura.

Jadi, kita sama-sama cuba memberikan semangat kepada ahli kariah bagaimana mereka sanggup mengimarahkan masjid dia dengan sedemikian rupa sebagaimana di Singapura. Kita tengok Masjid Tepian Putra. Masjid Tepian Putra ni pengerusi dia, Pengarah PTG Negeri Pahang. Kita ucapkan tahniah. Dia sanggup berdikari dan imam-imam masjid dia, siak masjid dia. Walaupun kerajaan memberikan...

Speaker

Saya baru hari ni tahu.

…memberikan sagu hati tetapi dia bijak mengatur ahli kariah. Dia sanggup memberikan sumbangan sehingga masjid itu mampu memberi imbuhan tambahan kepada pegawai-pegawai masjid termasuklah tok siak-tok siak.

Memang bagus cadangan ni tetapi kita kena dengan izin knowledgekan ahli kariah kita sanggup untuk berkorban sama kepada masjid-masjid dan kerajaan negeri pun

memang dah bersedia membantu sebagaimana dan asas-asas yang diberikan kepada pegawai-pegawai masjid itu sendiri. Insya-Allah Dato' Sri Speaker.

Speaker

Soalan seterusnya soalan nombor 4. Wakil daripada Damak.

Dato' Sri Speaker, soalan saya nombor 4.

[Berapakah jumlah keluasan tanah rezab bandar Jerantut yang masih menjadi hak milik Majis Daerah Jerantut dan apakah perancangan untuk membangunkan kawasan-kawasan ini?]

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada rakan saya daripada Damak kerana telah mengemukakan soalan dan tahniah sekali lagilah kepada Damak kerana bandar yang ketiga paling bahagia dalam Malaysia. Yang pertama Cameron Highlands, ketiga Jerantut.

Keluasan tanah rizab kerajaan untuk maksud awam di Majlis Daerah Jerantut adalah seluas 23.36 hektar iaitu lebih kurang 58 ekar dan keluasan tanah hak milik Majlis Daerah Jerantut dalam Bandar Jerantut adalah seluas 4.1037 hektar, lebih kurang dalam 10 ekar. Dan untuk makluman rakan saya daripada Damak, segala perancangan pembangunan tanah-tanah rizab dan juga tanah hak milik Majlis Daerah Jerantut adalah tertakluk kepada rancangan tempatan daerah dan cadangan zon guna tanah yang telah ditetapkan dalam rancangan tempatan daerah tersebut. Baik, terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Sila.

Terima kasih kepada…

Speaker

Wakil Damak.

…EXCO yang menjawab tadi. Saya ingin bertanya berkaitan dengan peniaga-peniaga kecil yg mana kawasan mereka berniaga telah menjadi hak milik sementara kepada pemaju-pemaju.

Jadi antaranya ialah di kawasan benteng selera yang berhadapan dengan tokong Jerantut tu yang sudah dibersihkan dan kawasan ini sudah lama menjadi tapak peniaga-peniaga kecil. Jadi antaranya peniaga satay. Jadi, mereka ini terpaksa berpindah di kawasan baru yang… yang tidak strategik dan juga sekiranya mereka perlu ke tapak yang lama ini sewanya meningkat. Jadi soalan saya itu apakah tindakan kerajaan bagi membantu peniaga-peniaga kecil ini? Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kerajaan negeri ini dia memang sentiasa mengambil tahulah tentang permasalahan yang dialami oleh rakyat dalam negeri Pahang termasuklah kawasan Jerantut. Dan soalan daripada Damak ni soalan macam cepumas la. Bila… bila soalan cepumas ni, macam ADUN daripada Beserah juga eh. Kalau bila Beserah ni kadang-kadang kita terpaksa menjawabnya secara apa bertulislah.

Tetapi untuk makluman Dewan, kita pihak kerajaan, kita telah melantik ahli-ahli majlis. Ahli-ahli majlis ini, dia berfungsi untuk melihat tentang perkara-perkara yang boleh membantu pihak berkuasa tempatan PBT-PBT di seluruh negeri Pahang dan termasuklah di Jerantut untuk melihat dan membawa perkara yang membabitkan tentang keperluan dan kesejahteraan rakyat, keperluan infrastruktur di dalam mesyuarat yang diadakan setiap bulan di setiap di PBT-PBT terbabit.

Saya percaya dengan persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN Damak ini, sudah tentu ahli majlis akan membawa perkara ini untuk diperbincangkan di dalam PBT-PBT di seluruh daerah dalam negeri Pahang supaya tindakan yang berpatutan dapat diambil supaya yang pentingnya pada masa sama, kita juga menekankan kerajaan negeri sentiasa menekankan tentang kesejahteraan rakyat. Jadi, insya-Allah yang daripada Damak, saya percaya ahli-ahli majlis pun telah membuat keputusan yang tepat dan kita mengambil maklum tentang perkara ini dan kita akan tengok dan lihatlah.

Jadi, saya cadangkan kalau Damak esok kalau ada soalan-soalan yang yang terperinci tu buat secara soalan betullah kita jawab secara apa. Biar kita ada boleh jawab dengan tepat. Jadi kalau sini nampak jawapan bertulis pula nanti ya. Kalau boleh nanti dalam penggulungan pun saya boleh ulas sikitlah. Terima kasih.

Speaker

Okay soalan seterusnya wakil daripada Ketari. Soalan terakhir ya. Sebelum saya menempohkan.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker soalan saya nombor 5.

[Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sering-kali mengalami kesesakan lalulintas yang amat serius pada musim cuti dan perayaan dan juga sering berlaku kemalangan terutamanya kawasan Gombak - Karak. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah tersebut dan adakah terdapat sebarang perancangan untuk menambah-baik Lebuhraya Pantai Timur, terutamanya dari Gombak ke Karak?]

Dato’ Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Hormat Dato’ Sri Speaker dan terima kasih juga kepada Ketari yang bertanyakan soalan berkaitan dengan kesesakan lalu lintas di lebuhraya terutama sekali di Lebuh Raya Karak, KL-Karak ya dan perancangan penambah baik Pantai Timur.

Jadi seperti sedia maklumlah Lebuhraya KL-Karak ni memang isu yang hangat jugaklah yang sentiasa dibangkitkan oleh pengguna-pengguna jalanraya. Kadang-kadang tu bukan menunggu musim perayaan kan. Kalau hari biasa pun ada ketikanya boleh jam. Jadi Untuk makluman Dato' Sri Yang di-Pertua, Lebuhraya KL-Karak ni merupakan laluan utama pengguna ke lebuh… ke pantai timur melalui jaringan sistem hubungan lebuh raya secara langsung dengan lebuh raya pantai er… Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 LPT 1 dan juga Fasal 2 LPT2 lebuh raya KL-Karak sering kali mengalami kesesakan pada hujung minggu cuti umum dan musim perayaan akibat penambah er… akibat penambahan trafik yang ketara berbanding dengan hari biasa.

Dan antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kesesakan Lebuhraya KL-Karak ni, pertamanya kerana keadaan topografi jalan kita, topografi muka bumi yang bersifat mendaki dan ada yang curam dan berliku-liku itu satu faktorlah. Kemudian, dan laluan utama laluan lebuh raya KL-Karak jugak laluan utama menghubungkan daripada timur dan barat bagi semua kenderaan termasuk kenderaan-kenderaan yang berat dan kesesakan trafik di MRR2 memberi kesan kepada kelancaran trafik di Plaza Tol Gombak. Bila keluar Tol Gombak tu, kadang di MRT pun dah jam. Jadi tu menyebabkan lagi bertambah kesesakan sebelum keluar tol ini dah menunggu queue lama ya. Dan ke-4nya perubahan daripada 3 lorong kepada 2 lorong di trafik di Terowong Genting Sempah. Jadi kalau tengok sebelum kita naik ke Genting Sempah itu 3 lorong tiba-tiba masuk ke err...nak masuk ke terowong itu 2 lorong ya, situ dah jam yang panjang ya. Dan err...selain pada itu juga kelancaran operasi di plaza tol yang mengganggu, yang terganggu disebabkan oleh kadang-kadang itu ada pengguna-pengguna jalan raya ini. Baki touch n go tak cukup. Jadi mengganggu dia terpaksa err... reverse balik ke belakang.

Jadi benda inilah menyebabkan err... kesesakan itu selain pada baki tak cukup itu kadang-kadang baki e-wallet, kadang RFID yang dipasang di tempat yang tidak yang...yang tempat yang di tidak dipasang di tempat disyorkan err... kalau smartTAG tak detect kerana cermin terlalu gelap sebagainya. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, bagi melancarkan aliran trafik ni. Lembaga Lebuhraya Malaysia telah mengarahkan pihak konsesi. Alfa Prime Berhad, dulu ANIH sekarang tukar, tukar nama baru kepada Alfa Sdn Bhd opps sorry, Alfa Prime Berhad selaku pemegang CSC mengambil inisiatif jangka pendek untuk err... membantu kelancaran trafik ini. Antaranya err...untuk jangka pendeknya meletakkan kon di susur keluar persimpangan Mempaga dan juga err... Mempaga di apa ini Central Spine Road itu di KM 64.3.

Dan di pusingan U... u-turn di MRSM Bentong di KM63 bagi arah barat bagi mengelakkan kenderaan susur masuk secara terus ke laluan utama pada hujung minggu dan cuti perayaan. Kemudian juga meletak kon dan papan tanda susur naik ke Genting bagi tujuan penyuraian atau pemisahan trafik untuk laluan yang pergi ke Genting. Terutama sekali di musim-musim perayaan dan err... melaksanakan lane channelisation dengan izin ya di Plaza Tol Gombak dari arah barat… dari arah barat untuk masuk ke Kuala Lumpur dan letak kon sebelum Tol Gombak bagi tujuan yang trafiklah yang akan menuju ke arah ke Ampang dan juga ke Batu Caves.

Dan juga meletakkan kon di susur keluar UIA bagi mengelakkan conflict find... conflict point ya. Selepas Tol Gombak pada hujung minggu dan dan juga cuti-cuti perayaan dan selain daripada itu lorong tambahan, lorong...lorong tol tambahan ya yang letak payung ataupun on foot. Err... juga dilaksanakan bagi meningkatkan kapasiti plaza tol di Tol Gombak. Jadi err...dan juga mengambil langkah proaktif untuk membuat pertambahan petugas err... di plaza tol bagi mengurus dan mengawal trafik di plaza tol pada musim perayaan. Dan selain daripada itu, juga menyediakan juga cadangan waktu perjalanan err... untuk rujukan dan panduan pengguna jalan raya KL-Karak, LPT 1 dan LPT... LPT 2 sempena perayaan.

Dan cadangan waktu perjalanan ini disediakan bagi membantu mengurangkan kesesakan lebuh raya dan panduan merancang perjalanan dengan lebih baik, lebih efisien dan lebih selesa kepada pengguna. Jadi bagi memasti...memastikan kerja-kerja penyelenggaraan juga diambil... diambil perhatian terutamanya kerja-kerja turapan dilaksanakan pada waktu malam sahaja tak dibenarkan pada waktu siang dan pihak konsesi juga menyediakan err...kenderaan kembalik yang err... atau towinglah untuk meningkatkan err... apa ini err... masa. Cepatkan masa menyelesaikan kerosakan dan sebagainya di err... lebuh raya tersebut

Dan selain pada itu juga, membuat hebahan di media sosial menggunakan platform Lembaga Lebuh Raya dan juga err... Alfa Prime Berhad ini berhubung dengan status keadaan trafik dari semasa ke semasa untuk memudahkan pengguna merancang perjalanan. Dan bagi memastikan kesesakan ini dapat dikurangkan itu jangka pendek. Ada juga beberapa langkah jangka sederhana yang telah dilaksanakan sebagaimana berikut, err… pertama meningkatkan throughput dengan izin dengan menaik taraf lorong lorong tol fishbone dengan izinnya. Bagi transaksi pelbagai kelas kenderaan dilorong khusus untuk kelas 1 sahaja dan penstrukturan semula fishbone dengan izin bagi menambah ruang dan melancarkan pergerakan kenderaan. Lorong tersebut akan menjadikan lorong smartTAG err... setiap arah dijadikan lorong hibrid, lorong hibrid. maknanya yang ada smartTAG, TNG boleh... boleh sekali masuk.

Biasanya dia smartTAG, smartTAG saja dan yang apa ini… ini tip yang Touch N Go ini satu lorong yang beza, jadi kita hibridkan dua sekali dan makna boleh pakai yang smartTAG boleh lalu dan Touch N Go boleh lalu. Begitu juga err... kita hibridkan antara yang menggunakan RF…RFDI ini. So RFID dengan Touch N Go ini pun kita hibridkan mana boleh guna dalam masa yang sama. Jadi untuk jangka panjangnya Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, pihak kerajaan sebenarnya telah meluluskan cadangan pelebaran lorong tambahan Lebuhraya KL-Karak ini yang akan dilaksanakan oleh konsesi iaitu Alfa Prime Berhad selaku pemegang konsesi Lebuhraya err... KL-Karak ini dan cadangan err... pelebaran lebuh raya ini dijangka akan dapat menyediakan lebuh raya yang lebih selesa bagi menangani isu kesesakan yang seir... sering berlaku di Lebuhraya KL-Karak, terutama sekali di musim perayaan umum dan hujung minggu. Jadi projek pelebaran Lebuhraya KL-Karak ini akan melibatkan jarak sepanjang 45.3 KM dengan kos keseluruhan RM2.1 bilion yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak konsesi lebuh raya dan antara skop kerja pelebaran Lebuhraya KL-Karak yang

bermula daripada Plaza Tol Gombak ke Tol Bentong adalah penambahan satu lorong daripada tiga lorong yang sehala yang sedia ada sekarang ni kepada 4 lorong bagi seksyen 1 iaitu daripada Tol Gombak ke Genting Sempah.

Maknanya daripada Gombak ke Gen... ke Gen… Genting Sempah ini sekarang ini 3 lorong, jadikan 4 lorong. Manakala daripada lorong sehala kepada 3 lorong daripada Genting Sempah ke Bentong. Skop kerja ni juga akan melibatkan pembinaan sebuah lagi terowong err... 2, sebuah terowong 2 lorong yang baru bersebelahan dengan lorong sedia ada ke arah timur. Makna kalau kita daripada KL ke Kuantan, sebelah kiri akan buat satu lagi terowong yang boleh err... dilalui oleh err... 2 kenderaan dalam satu masa ataupun 2 lorong ini. Dan berdasarkan pada kajian err... perunding trafik level of service akan bertambah baik dan sekarang ini dari E ataupun F. Pada hujung minggu akan turun kepada level of service C, selepas siap Lebuh Raya KL-Karak kelak ya.

Dan ketika ini konsesi dalam proses untuk memuktamadkan reka bentuk sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan fizikal di tapak yang dijangka bermula pada Januari 2025. Tak lama lagi Januari dan berdasarkan per... perjanjian konsesi tempoh pembinaan pelebaran Lebuh Raya KL-Karak ini adalah selama 4 tahun dan dijangka siap pada tahun 2029. Dan tempoh juga konsesi Lebuh raya KL - Karak ini err... di apa ini err... dipanjangkan sehingga err... tahun 2069. Sekian, terima kasih.

Ada soalan satu.

Speaker

Ya Wakil dari Ketari sebab Soalan dia.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, terima kasih kepada Wakil Kerajaan atas jawapan yang telah diberikan dan memang err... projek naik taraf itu adalah satu projek yang patut dan tepat pada masanya sebab memang saya yakin ia akan menyelesaikan kesesakan lalu lintas di LPT 1 dari Gombak ke Bentong terutamanya. Soalan saya adalah salah satu faktor utama kesesakan lalu lintas adalah kerana kemalangan yang sering berlaku melibatkan lori-lori, treler-treler dan ini berlaku di hotspot-hotspot tertentu seperti contoh di kawasan bukit, Kampung Bukit Tinggi dan juga dari Genting Sempah. Kalau kita pergi ke Kuala Lumpur selepas Genting Sempah, jadi dalam perancangan untuk pelebaran LPT 1 ini, apakah err... pertimbangan telah diberikan untuk mengurangkan insiden kemalangan ini seperti mana kita tahu dalam jawapan Yang Berhormat EXCO, topografi itu adalah satu masalah terutamanya dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi ia menurun dan er... dikatakan berlaku kerana lori-lori ini mereka pakai angin... brek angin dan bila sampai Bukit Tinggi apa ni... failure of the mechanical, brek angin tersebut yang menyebabkan kemalangan. Jadi apakah langkah yang dipertimbangkan untuk mengatasi isu-isu ini yang memang er... berlaku?

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih er... daripada Ketari. Lebuh raya ini adalah di bawah Lembaga Lebuhraya ya dan saya er... seperti sedia maklum ya lebuh raya... Pihak Lembaga Lebuhraya sentiasa mengambil perhatian er... tentang isu-isu seperti Yang Berhormat bangkitkan tadi dan sentiasa memberi arahan dari semasa ke semasa kepada pihak konsesi bagi meningkatkan er... keselamatan pengguna jalan raya termasuklah er... terutama sekali di kawasan-kawasan yang er...sering berlaku kemalangannya termasuklah menambah lagi er...tanda-tanda amaran er...kepada pemandu supaya lebih er... berhati-hati di kawasan yang er…kawasan yang er...curam dan berselekoh. Dan saya mengambil kesempatan juga untuk menasihatkan semua pemandu supaya lebih berhati-hatilah terutama sekali waktu hujan ini ya jalan licin err... dan sering mudah sering berlaku kemalangan.

Soalan tambahan YB Speaker, soalan terakhir. Terima kasih Dato' Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO saya lihat di antara faktor er... kesesakan ialah kerana kita banyak… banyak tol. Dulu (PLUS) Lebuhraya Utara kita ada exit ke Ipoh, sekarang ni dia hanya hapuskan semua tol-tol tersebut. Kita check... check in waktu keluar dan terus bayar waktu... waktu masuk dan bayar waktu keluar dia ada satu. Kita di... di Pahang ini kita ada Tol Karak berhenti sekali lagi kita berhenti pula Tol Bentong kita berhenti pula Tol Gombak menyebabkan berlaku kesesakan kerana banyak terpaksa berhenti. Kalau dekat Lebuhraya Utara dia hanya kita keluar dan kita akan bayar waktu check out bermakna tiada tol sepanjang jalan. Persoalan saya apakah boleh dicari jalan supaya kesemua tol-tol yang berlaku kesesakan dihapuskan? Kita hanya kita... kita waktu kita keluar kita scan kemudian kita terus bayar waktu keluar di... di Gombak. Bererti kita akan cuba cari jalan untuk hapuskan Tol Karak dan Tol Bentong yang menyebabkan pengguna terpaksa berhenti dua, tiga kali dan itu menyebabkan berlaku kesesakan yang panjang.

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Yang Berhormat Dato' Speaker, terima kasih kepada Cheka yang mengemukakan soalan tambahan. Er... seperti sedia maklumlah kawasan lebuhraya ni kawasan yang er... kawasan yang memangnya er... ada dia punya garis... ada guideline dia, ada garis panduannya di mana kawasan berpagar sebagainya sebab kita tak nak er... orang-orang senang boleh keluar masuk dan sebagainya. Begitu juga er... sepanjang kalau kita lihat tengok di sepanjang er... lebuh raya ya ada kawasan-kawasan akses nak keluar ke tertentu er... contohnya ke Maran, ke Temerloh dan juga kalau kita daripada contoh daripada Karak tu...Karak ke Bentong pun ada er...pembangunan-pembangunan tepi jalan itu di Sungai Dua sebahagian nak pergi ke Mempaga eh jadi kalau er... situ kalau kita tutup maknanya tidak bagi er... orang keluar jadi er... mungkin jadi kesulitan juga kepada masyarakat situ. Walau bagaimanapun, cadangan yang dikemukakan oleh Cheka ini er... mungkin boleh pihak kerajaan negeri panjangkan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk kita perhalusi.

Dato' Sri Speaker...

Speaker

Terima kasih...

Mohon izin laluan Dato' Sri.

Speaker

Ini soalan terakhir dah.

Ha ya soalan terakhir. Dato' Sri Speaker...

Speaker

Tak, yang tadi soalan terakhir.

Speaker

Okey saya nak menempohkan ya boleh... boleh nanti semasa perbahasan nanti, Yang Berhormat boleh bangun dan tanya mencelah kepada soalan itu. Ahli-ahli Yang Berhormat kita selesai membincangkan 5 pertanyaan dan jawapan. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan ini untuk minum pagi dan persidangan disambung pula pada pukul 11.15 pagi.

[Persidangan ditempohkan]

Menimbang Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024Bill

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga: Menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2025) 2024.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Rang Undang-undang Perbekalan (2025) 2024 telah dibentang pada 29 November dan telah dibahaskan pada 2, 3 dan 4 Disember 2024. Seramai 35 ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut. Ahli-ahli Yang Berhormat, pada hari ini pihak kerajaan akan menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan yang lepas. Untuk itu, sukacita saya menjemput EXCO Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang.

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Bismillahirrahmanirrahim [bacaan al-Quran]. Assalamualaikum WBT. salam Sejahtera dan juga salam Madani dan juga Salam Pahang 1st. Terlebih dahulu saya ingin melafazkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin dan juga limpah rahmat-Nya, dapatlah kita bersama-sama Ahli-ahli Dewan yang lain untuk diberi ruang mengambil bahagian membawa suara rakyat dan juga amanah kerajaan negeri di Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Seterusnya saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja, Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang atas pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2025 bertemakan Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan yang menunjukkan keutamaan Kerajaan Negeri Pahang agar rakyat di negeri ini dapat hidup dalam kemakmuran dan juga kesejahteraan dengan memenuhi keperluan rakyat secara holistik serta pembangunan negeri yang inklusif dan juga mampan.

Saya juga turut ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan juga tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar yang mencipta hatrik jumlah kutipan hasil melebihi RM1.0 bilion selama tiga tahun berturut-turut semenjak tahun 2022 yang lalu sekaligus membuktikan prestasi kepimpinan kerajaan negeri ini sangat cemerlang setanding dengan negara... negeri-negeri yang maju lain seperti Selangor dan juga Johor.

Pencapaian luar biasa ini adalah tanda aras penting kecekapan dan juga kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam pengurusan negeri Pahang. Sudah pastinya pencapaian ini merupakan hasil kerjasama semua penjawat awam di negeri ini yang telah berusaha bersama-sama untuk merealisasikan sasaran tersebut dengan mengambil kira kepada perkembangan ekonomi yang semakin positif ini. Semua peringkat masyarakat diharap dapat menikmati hasil usaha dan juga kerja keras yang telah kita laksanakan selama ini.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan juga sidang Ahli Dewan sekalian, seramai 7 orang Ahli Yang Berhormat menyentuh soal FELDA yang telah mengutarakan lebih

kurang 11 soalan antaranya sahabat-sahabat yang bersama pada hari ini iaitu Yang Berhormat Pulau Tawar, Kemayan, Chini, Kuala Sentul, Padang Tengku dan Yang Berhormat Tuan Haris Salleh bin Hamzah selaku ADUN Lantikan yang telah pun mengutarakan dengan kepelbagaian cadangan dan juga persoalan.

Yang Berhormat Pulau Tawar, Kemayan dan juga Chini memohon beberapa perkara iaitu FELDA untuk mengkaji semula larangan yang dikeluarkan pada tahun 2023 yang lalu iaitu kepada penduduk Rancangan FELDA di mana pemasangan meter elektrik hanya untuk sebuah rumah sahaja yang telah menyukarkan penduduk kawasan tersebut. Ini banyak rungutan dan juga pelbagai termasuk NGO-NGO yang berada di FELDA ini iaitu Majlis Belia FELDA sendiri. Kami anak FELDA sendiri sehingga hari ini memperjuangkan perkara yang sama. Bukanlah kata kita sahaja yang berada dalam Dewan malah semua ahli yang terlibat di dalam FELDA menjuangkan perkara yang sama.

Untuk maklumat Yang Berhormat, perkara ini memerlukan kepada pindaan beberapa akta yang memerlukan kelulusan menteri yang bertanggungjawab kepada FELDA iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selain perlu dibentangkan di dalam sidang Parlimen. Tindakan semasa FELDA bersama Badan Kawal Selia FELDA (BKSF) telah pun melaksanakan SLU iaitu sesi libat urus bersama pemegang taruh dan juga PBN serta PBT yang terlibat untuk proses penambahbaikan dan juga pindaan Akta Tanah iaitu Kawasan Penempatan Berkelompok 1960 Akta 530.

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri dan juga FELDA berusaha untuk mencari jalan dan juga cara membolehkan kelulusan sementara kemasukan elektrik ke rumah terutama rumah kedua yang dipelopori oleh generasi-generasi FELDA di kawasan tapak rumah asal peneroka diperolehi sebelum pindaan dapat dimuktamadkan. Insya-Allah kita sama-sama berdoa, kita sama-sama berusaha dan kalau kita dah tunggu setahun dua, insya-Allah perkara ini dapat didengari sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku pemegang taruh di dalam er... di dalam Parlimen dan juga dah didengari oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk mendengari segala apa yang kita hajatkan untuk dapatkan kejayaan selepas sahaja pembentangan di dalam Parlimen nanti, insya-Allah.

Sebab itu saya menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Dewan yang terlibat di dalam FELDA ini, maklumkanlah untuk berikan kesabaran kepada anak-anak generasi kita ataupun generasi FELDA pada hari ini untuk menunggu keputusan daripada pihak yang berwajib, insya-Allah. Yang Berhormat sahabat saya Pulau Tawar mencadangkan supaya Sekretariat Muafakat FELDA ini dapat melibatkan semua Ahli Dewan yang mempunyai kawasan FELDA supaya tiada isu FELDA yang tertinggal. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, pertumbuhan... penubuhan sekretariat ini adalah bertujuan sebagai one stop centre, dengan izin bagi mengkoordinasikan seluruh program dan juga bantuan selain menjadi platform sebagai jambatan penghubung antara kerajaan di Pahang dan juga pentadbiran FELDA seterusnya seluruh warga FELDA. Sekretariat ini akan dijaga, dianggotai oleh jawatankuasa yang dilantik dan diketuai sendiri oleh EXCO Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang. Insya-Allah perkara-perkara ini boleh kita berbincangkan bersama.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Sahabat saya Yang Berhormat Kuala Sentul pula memohon supaya diaturkan taklimat. Insya-Allah taklimat untuk Skim Tanah Rakyat FELDA Pahang diberikan kepada semua Ahli Dewan. Untuk makluman sahabat saya Yang Berhormat, kerajaan negeri bersama FELDA mengambil maklum perkara ini dan akan mengaturkan taklimat khas

berhubung Skim Tanah Rakyat FELDA Pahang (STRFP) kepada Ahli Dewan bagi mengetahui dan juga memaklumkan status semasa projek manakala Yang Berhormat sahabat saya ADUN Lantikan Tuan Haris Salleh bin Hamzah selaku ADUN Lantikan mencadangkan untuk mewujudkan satu unit skim...

Dato' Jasri bin JamaluddinBERSATU · PNKuala Sentul

YB Speaker, minta mencelah sikit.

Speaker

Ya, silakan.

Dato' Jasri bin JamaluddinBERSATU · PNKuala Sentul

Terima kasih. YB Exco Pelangai, saya ada satu lagi cadangan. Pangsapuri dibuat di kawasan FELDA. YB tak address lagi. Terima kasih.

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih sahabat saya Kuala Sentul. Belum sampai lagi dia dah petik yang itu dulu. Insya-Allah saya teruskan masuk dalam handsard saya supaya perkara ini juga dicadangkan agar Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar... Diraja Menteri Besar untuk meletakkan salah satu agenda selain daripada kawasan-kawasan yang mempunyai penduduk-penduduk di kawasan bandar. Alangkah baiknya jika boleh membantu anak-anak FELDA, generasi FELDA ini untuk kita letakkan sebagai satu perkara yang amat baik, insya-Allah.

Saya menyambung semula penggulungan saya pada hari ini iaitu rentetan daripada cadangan yang diwujudkan oleh Yang Berhormat Tuan Salleh... Tuan Haris Salleh bin Hamzah iaitu untuk mewujudkan satu unit khas Skim Tanah Rakyat tanpa mengguna pakai tenaga kerja pejabat tanah sedia ada seperti mana flying squad, dengan izin oleh PTG suatu ketika dahulu bagi membantu mempercepatkan permohonan STR. Seperti mana maklum Yang Berhormat, Skim Tanah Rakyat FELDA Pahang telah dan juga dimulakan dan dilaksanakan di 18 Rancangan FELDA. Dianggarkan lebih kurang 2,110 unit bagi fasa pertama manakala fasa kedua sebanyak 16 Rancangan FELDA yang akan dianggarkan lebih kurang 1,820 unit yang akan dibina, yang akan diberikan. Langkah awal kickstart meeting, dengan izin melibatkan 3 wilayah FELDA telah dilaksanakan pada bulan Oktober yang lalu bersama dengan jurukur berlesen yang telah dilantik oleh FELDA iaitu Wilayah Jengka pada 9 Oktober 2024, Wilayah Mempaga pada 11 Oktober 2024 dan juga Wilayah Kuantan pada 17 Oktober 2024 yang lalu. FELDA telah pun menjalankan kerja ukur di tapak-tapak STRF dijalankan dan hasil daripada kerja pengukuran ini, pelan racikan ataupun (pre-com plan) dengan izin akan dikemukakan bagi menentukan jumlah lot-lot tapak untuk serahan kepada peserta yang berkelayakan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan merujuk kepada garis panduan yang berkaitan.

Kerja-kerja pengukuran di tapak bagi semua senarai kawasan di atas telah siap sepenuhnya. Biasanya perancangan yang dibuat pihak pengurusan dan juga jawatankuasa akan diangkat, sebenarnya ada lagi, itu adalah pelan besar dan dia

bersama dengan juruukur yang berlesen akan mengkaji balik tanah tersebut adakah layak diduduki, ada tanah lembab, ada tanah gunung, ada tanah parit supaya orang-orang yang betul-betul berkelayakan untuk diberikan, berapakah keperluan yang dibenarkan oleh pihak pada masa akan datang dan pada masa ini, pihak juruukur sedang dalam menyiapkan pelan racikan bagi menentukan jumlah sebenar lot yang diperolehi.

Dan untuk makluman Ahli Dewan, Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker iaitu saiz minima keluasan… keluasan setiap lot adalah 3,000 kaki persegi yang membawa maksud besar ni, kita boleh anak peneroka boleh buat sampai ke tahap semi-D juga (40 kaki x 75 kaki) ini di antara kita bagi ruang ni, kalau kita yang mungkin rakan-rakan yang pernah tinggal daripada Kuala Lumpur, kalau kita ada (40 x 75) ni anggaran harga menjangkau hingga RM5,000.00 ke atas. So, ini seperti yang dicadangkan oleh pihak kerajaan negeri memberi ruang kepada generasi peneroka, anak-anak peneroka untuk mendapatkan tanah dan juga penempatan yang lebih selesa, insya-Allah.

Proses kerja daripada pemilihan tapak yang sesuai sehinggalah pengeluaran geran hakmilik adalah antara kerjasama melibatkan FELDA, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang, Pejabat Daerah Tanah (PDT), Pihak Berkuasa Tempatan serta beberapa agensi lain dengan mengambil kira kepada peraturan dan juga tatakelola kerja daripada agensi masing-masing supaya projek dapat berjalan lancar dan disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Walau bagaimanapun cadangan ini akan diperhalusi dan mungkin perlu untuk menambah baik kepada peraturan dan tatakelola yang sedia ada. Cuma untuk ingatan kita bersama, seperti yang saya tegas… seperti yang kita telah tegaskan bersama iaitu sebagaimana Sidang DUN yang lepas dan juga sebelum ini bahawa saya ingin menegaskan tiada sebarang kutipan wang pendahuluan daripada peserta lot generasi sehinggalah semua proses pemilikan lot generasi selesai dan dimuktamadkan bersama FELDA dan juga pihak kerajaan negeri.

Yang Berhormat Speaker, saya mohon soalan tambahan ataupun mencelah sikit. Nak tanya wakil kerajaan er… ada beberapa kali pemulangan dengan mengambil deposit ataupun kewangan ni, adakah pernah berlaku pengambilan secara tidak sah ataupun bagaimana? Ada kes apa yang boleh dirujuk? Terima kasih.

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih banyak kepada Yang Berhormat er… Rompin.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Mencelah sikit YB Speaker. Minta maaf. Er… saya nak tanya, selepas er… pihak kerajaan memberi lot-lot ni kepada er… anak-anak FELDA ni, ada tak bantuan yang akan diberikan kepada anak-anak FELDA ini untuk membina rumah tu, sebab Yang Berhormat tahulah maklum anak-anak FELDA ini bukannya er… er… berkemampuan yang tinggi untuk terus membina rumah. Jadi saya nak tahu kalau ada bantuan-bantuan supaya bila dah dapat lot tu, lot tu tak terbiar sampai 5, 6 tahun sehingga rumah boleh dibina. Terima kasih.

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih kepada Yang Berhormat Rompin dan juga terima kasih banyak-banyak Yang Berhormat Kuala Sentul menanyakan soalan. Saya ingin menjawab soalan pertama dulu sementara ini iaitu bahawasanya ini adalah beberapa er…rancangan yang berlaku sebelum ini iaitu sebab itu, saya menegaskan kerajaan negeri menegaskan bahawasanya tiada untuk kutipan wang tersebut dan saya mohon kepada seluruh jawatankuasa JKKR di setiap kam…di setiap rancangan supaya memastikan perkara ini dapat dipantau supaya dapat kita meletakkan supaya inilah garis panduan salah satu garis panduan asas untuk mereka menggerakkan sekarang ini.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Dato’ Sri Speaker, mohon mencelah sekejap. Er… terima kasih Yang Berhormat EXCO. Sepertimana yang saya pernah bangkitkan dalam sidang DUN yang lepas, macam di FELDA Bukit Sagu ni, er… mereka dah usahakan sebelum pengumum… pengumuman STRF ni, jadi dan memang ada pengambilan wang. Bagaimana dengan situasi-situasi di FELDA Bukit Sagu ni er… dengan apa yang diumumkan oleh Yang Berhormat EXCO, terima kasih.

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih sahabat saya Sungai Lembing, Yang Berhormat Sungai Lembing. Saya terpaksa menjawab dulu Kuala Sentul nak berikan jawapan yang segera ni iaitu untuk makluman kes-kes terpencil ini perlu dibawa ke pengurusan FELDA dan juga bersama dengan kerajaan negeri untuk kita menilai semula, kes-kes terpencil saya tak sebut semua rancangan kita… kita 109 rancangan FELDA ni melakukan perkara yang sama, tidak. Kes-kes terpencil seperti di… di area Yang Berhormat nanti, ya. Kita akan berhubung mengenai perkara tersebut dan juga rentetan daripada Yang Berhormat Kuala Sentul menyatakan bantuan-bantuan yang boleh diberikan. Untuk maklumat Yang Berhormat Kuala Sentul, bahawasanya kerajaan negeri sedang membantu ni, membantu memberikan tanah ni. Kalau nak beli tanah bukan senang nak dapat.

Pertamanya, kita berikan kelonggaran untuk mereka memohon dan juga mendapatkan tanah. Inilah bantuan kerajaan negeri yang paling besar. Inilah paling besar sekali untuk mendapatkan tanah di kawasan kampung pun sekarang bukan senang. Orang kampung pun kadang jealous dengan orang FELDA. Kenapa orang FELDA nak lebih sedangkan kita memberikan, kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan tanah kepada generasi peneroka. Ini yang pertama dan bantuan-bantuan lain sedang difikirkan sesuai sama ada di pihak FELDA dan juga di pihak kerajaan negeri sedang berbincang, apakah perkara-perkara termasuklah infrastruktur yang perlu dibangunkan di dalam kawasan-kawasan penempatan STRF tersebut. Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato’ Sri.

Saya sambung semula dengan penggulungan saya Yang Berhormat Speaker. Manakala sahabat saya Panching menanyakan tentang permohonan telahpun dibuka dan berapakah jumlah permohonan. Seperti yang saya telahpun katakan sebelum ini, bahawasanya edaran borang Fasa 1 kepada 18 Rancangan yang terlibat telahpun dibuat dan melalui Pejabat Pengurusan Rancangan FELDA. Jumlah permohonan

masih lagi diperingkat tapisan Pengurusan Rancangan dan pemilihan mengikut tatakelola yang telah dipersetujui bersama antara kerajaan negeri dan juga FELDA. Sahabat saya juga Yang Berhormat Chini telah membangkitkan isu binatang ternakan iaitu lembu berkeliaran yang menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya berhampiran kawasan FELDA dan juga ternakan ini memasuki ke perkarangan-perkarangan er… rancangan FELDA.

Untuk makluman Ahli Dewan, Yang Berhormat Speaker, bahawasanya FELDA ini ada satu program dipanggil AKRF. Dia bagi anugerah setiap tahun kepada rancangan-rancangan yang er… yang cantiknya, bunganya, ada pelbagai kolam yang baik, tanaman yang baik. Namun, hakikat yang berlaku pada hari ini mungkin sampai tahap bahasa-bahasa daripada rakyat kita ni memanggil kita sebagai YB lembu mungkin sebab apa, dia kata lembu masuk kawasan tapi YB tak nampak dalam kawasan dia katanya.

Sedangkan lembu-lembu ni ada tuan dia. Kita pulak dipanggilnya YB lembu. Namun, perkara ini perlu kita teliti bersama. Saya pun bersama dengan perkara ini telah pun memanggil jugak beberapa agensi yang terlibat dan saya ingin menyerahkan perkara ini kepada EXCO berkaitan, bahawasanya perkara ini perlu dipandang serius kerana FELDA ni sedang menuju ke arah dia nak panggil membandarkan FELDA, kita nak mencantikkan FELDA ni. Sebab itu, bagi mereka yang jarang masuk FELDA datang ke FELDA pada hari ni, melihat bagaimana keindahan-keindahan dan bagaimana terang… bagaimana rahmahnya, bagaimana kita menyantuni orang-orang datang ke FELDA. InsyaAllah datanglah antaranya kita ada ruang…

Mohon laluan mencelah. Terima kasih wakil Kerajaan. Er… saya melihat berkaitan tentang ternakan berkeliaran ni. Antaranya kelemahan dari segi Akta Enakmen Kerbau Lembu ini saya kira hari ini, FELDA dah 60 tahun jadi kita menggalakkan er… masyarakat FELDA untuk membela ataupun menternak lembu ini sebagai hab pengeluaran daging. Tapi dalam masa yang sama, saya tengok dari segi kawal selia sebab itu apa yang saya bangkitkan dalam perbahasan saya er…ianya perlu dikaji dan juga diperbaik…tambah kerana antara saya lihat contohnya dalam enakmen ini, jarak tangkapan dengan jalan raya… bahu jalan raya ini adalah 20 meter. Jadi, apabila saya pernah terlibat er… tengok pihak Veterinar membuat tangkapan, apabila pihak Veterinar membuat operasi tangkapan dan pihak Veterinar ini ada satu unit sahaja di negeri Pahang untuk buat tangkapan di seluruh negeri Pahang ini, jadi bila sampai di kawasan operasi ini er…lembu ada tepi er… bahu jalan ini er… tengah ini tapi bila untuk tangkap itu, lembu ini lebih cerdik maknanya lembu zaman ini ia dah lari kepada 21 meter jadi jarak itu jadi er… pihak Veterinar dia ikut undang-undang maksudnya 20 meter sahaja boleh tangkap jadi kalau lebih nanti salah er… salah pula pihak Veterinar ini. Jadi itu antaranya menyebabkan er… tak boleh nak buat tangkapan masa itu er… jadi nak kena tunggu pula waktu lain pula bila masa lembu ini nak duduk betul-betul atas jalan sebab ia ada kaki empat jadi apa yang saya harapkan er… dapat dikaji dan ditambah baik dari segi Akta Enakmen Kawal er… Kawalan Lembu ini.

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih banyak Yang Berhormat Chini. Terima kasih banyak Yang Berhormat er… Speaker. Seperti yang saya katakan tadi Jabatan Veterinar, FELDA er… dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil cakna kepada cadangan dikemukakan

insya-Allah, saya akan bersama dengan Yang Berhormat EXCO Pertanian dan juga pemegang taruh di peringkat negeri untuk kita buat perbincangan… perbincangan mengenai enakmen-enakmen yang telah pun er… diberikan. Selain daripada itu, saya juga dimaklumkan FELDA turut mengingatkan penternak-penternak lembu supaya dapat mengawal ternakan mereka untuk tidak mengganggu pengguna jalan raya seperti Yang Berhormat Chini cakap tadi lembu pun dah pandai dah, melebihi daripada manusia… enakmen 20 meter ia lari sedikit 21 meter. Itulah perkara yang memeranjatkan saya pada hari ini. Insya-Allahlah, kita sama-sama membanteras dan YB-YB pun turun nanti, kita pula kena tangkap lembu di kawasan masing-masing, insya-Allah. (ketawa)

Seterusnya, Yang Berhormat Padang Tengku menanyakan kesan projek er… berimpak tinggi yang telah dibangunkan di Rancangan FELDA. Untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat Dato’ er… Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi negeri Pahang sebanyak 30 projek dilaksanakan secara berkelompok melalui koperasi dan juga badan di rancangan manakala seramai 1,840 orang warga peneroka terlibat dalam projek secara individu atau pun dipanggil PLASMA dengan nilai penyaluran dana hampir RM81 juta iaitu kira-kira 32% dari nilai keseluruhan penyaluran dana kepada er… daripada FELDA.

Projek terbesar di negeri Pahang adalah projek tanaman nanas MD2 berlokasi di Lanchang seluas 285 ekar, seluas 47 ekar di FELDA Mempaga 2 dan 60 ekar di FELDA Keratong 9. Projek-projek ini dilaksanakan dengan kerjasama pemain industri yang telah pun menembusi pasaran eksport ke luar negara dan projek-projek ini mengeluarkan hasil secara berperingkat pada pertengahan 2024 dan dijangka akan memberi pulangan insya-Allah kepada peneroka menghampiri kepada RM1,000 setiap tahun kepada 2,046 orang peneroka bermula 2025 ini dan juga program-program ini perlulah diperkemaskan lagi dan perlulah melihat bagaimana untuk kita merancakkan dalam kawasan rancangan, merancakkan ekonomi dalam kawasan rancangan untuk kepelbagaian sumber bagi pendapatan peneroka dan juga generasi peneroka sekurang-kurangnya membuka peluang-peluang pekerjaan yang baharu kepada di dalam FELDA.

Sahabat saya, Yang Berhormat Jengka ada bertanyakan status gantian padang awam yang telah dijadikan Stadium Tun Razak (STAR) di Bandar Pusat Jengka kan, insya-Allah kalau Yang Berhormat dah ada pasukan team bola sepak kita boleh kita lawan antara Pelangai dan juga Jengka er… untuk kita mengundang hari ini dan ini saya nak maklumkan untuk Yang Berhormat Dato’ Speaker bahawasanya Projek Membina Padang Awam Bandar Jengka bertempat di sebelah Dewan Balora Bandar Jengka oleh FELDA sebagai pemaju di atas tanah milik Majlis Daerah Maran dengan kos sebanyak RM1.7 juta.

Projek ini selaras dengan persetujuan bersama FELDA dan juga Majlis Daerah Maran selepas tapak padang awam telah dibangunkan dengan sebuah stadium dikenali sebagai Stadium Tun Abdul Razak (STAR) seluas 11.31 ekar dengan kos hampir RM100 juta. Stadium STAR ini dengan kapisiti 25,000 penonton ini mula dibina pada 1 April 2013 dan diguna pada… diguna daripada 15 Disember 2015. Projek Padang Awam Bandar Jengka ini telah tertangguh setelah beberapa kali pertukaran lokasi tapak pembinaan oleh pihak Majlis Daerah Maran. Projek ini telah siap dibina pada 23 Mei 2024 dan sehingga kini padang tersebut dalam tempoh DLP ataupun dengan izin defect liability period sebelum proses penyerahan kepada Majlis Daerah Maran.

Masih terdapat beberapa teguran daripada pihak Majlis Maran. Bajet er… pihak Majlis Daerah Maran yang perlu dibaiki sebelum serahan dibuat. Sesi ujian padang telah

dibuat dengan mengadakan Perlawanan Liga antara pasukan Majlis Daerah Maran, Majlis Daerah Jerantut dan juga FELDA Wilayah Jengka. Sehingga kini padang tersebut masih diselenggara oleh pihak FELDA sehingga 31 Disember 2024 sebelum serahan kepada pihak Majlis Daerah Maran insya-Allah, saya juga mengundang nanti YB EXCO Belia untuk kita turut bersama menyaksikan bagaimana kehebatan stadium dan juga padang bola baru di Maran nanti, insya-Allah.

Juga Yang Berhormat sahabat saya Jengka ini turut bertanyakan juga tentang berapa peratus kemajuan Projek Perumahan Generasi Kedua Felda Jengka 11 dan juga bilakah penduduk boleh masuk rumah tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 10 projek rumah Pahang dalam proses untuk disiapkan termasuklah Projek Rumah Pahang Jengka 11 ini. Status terkini kemajuan kerja Rumah Pahang Jengka 11 adalah 7% yang merangkumi bidaan er… pembinaan sebanyak 180 unit. Projek ini dijangka siap pada 2025, harap bersabar Yang Berhormat ya. Seramai 68… 68 penama telah dikeluarkan surat tawaran oleh pihak Lembaga Perumahan Hartanah Pahang. Saya rasa, secara lebih terperinci nanti sahabat saya er… sahabat saya EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang akan membantu menjelaskan dalam sesi penggulungan beliau.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Menyentuh pasal koperasi di negeri Pahang, selain daripada usahawan individu dan juga syarikat kerajaan negeri turut menggalakkan dan juga menyokong pertumbuhan sektor koperasi yang merupakan penyumbang ketiga pertumbuhan ekonomi negara. Sehingga 31 Disember 2023 yang lalu sebanyak 15,809 buah koperasi yang berdaftar di seluruh negara dengan jumlah anggota melebihi 7.22 juta orang. Daripada bilangan tersebut, sebanyak 1,178 koperasi berdaftar di negeri Pahang dengan jumlah anggota seramai 305,721 orang.

Jumlah syer yang terkumpul pula sebanyak RM449 juta dengan pegangan aset sebanyak RM1.56 bilion yang mampu menjana perolehan sebanyak RM1.07 bilion pada tahun 2023. Kerajaan negeri melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia terus berusaha untuk memperkasakan pertumbuhan koperasi dengan menyediakan pelbagai inisiatif dan juga insentif. Malah kerjasama yang dilaksanakan oleh semua pihak yang terlibat sangat mendatangkan hasil yang sangat memberangsangkan. Untuk makluman Ahli Dewan, sebanyak RM1.058 juta dalam bentuk geran bantuan diluluskan kepada beberapa koperasi di negeri Pahang pada tahun 2024. Sejumlah RM6.216 juta pula diluluskan dalam bentuk pembiayaan atau pun pinjaman sepanjang tahun 2024 untuk koperasi-koperasi di negeri Pahang. Kerajaan negeri pula telah berbesar hati menyumbangkan sebanyak RM100,000.00 bagi menjayakan sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Pahang sebagai mengiktiraf peranan gerakan koperasi.

Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia, gerakan Koperasi Negeri Pahang merupakan penyumbang ketiga terbesar perolehan koperasi dalam negara selepas ibu pejabat yang berada di tempat pertama dan Wilayah Persekutuan di tempat kedua dan dengan perolehan sebanyak RM1.07 billion dan pada tahun 2022, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah pun meletakkan sasaran sebanyak RM1 bilion perolehan untuk dicapai menjelang 2025. Namun untuk makluman Yang Berhormat Speaker dan juga Ahli Dewan sekalian, bahawasanya ucapan tahniah kepada seluruh Koperasi Negeri Pahang telah pun berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan tersebut dua tahun lebih awal, saya ucapkan tahniah kepada seluruh koperasi di negeri Pahang. [Ahli Dewan menepuk meja]

Selain daripada itu, Suruhanjaya Koperasi Malaysia turut mengiktiraf koperasi dengan mengeluarkan senarai 100 koperasi terbaik Malaysia setiap tahun. Untuk makluman Ahli Dewan, 11 Koperasi dari negeri Pahang berjaya tersenarai dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia pada tahun 2024 berbanding 8 koperasi pada tahun 2023. Manakala bagi Indeks 350 Koperasi Terbaik Malaysia pada tahun 2024 pula, sebanyak 37 koperasi dari negeri Pahang berjaya tersenarai.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Sepanjang tahun 2024, usahawan-usahawan negeri Pahang telah pun menikmati insentif melalui inisiatif-inisiatif yang diasaskan sebagai usaha memperkukuh dan memperkasakan lagi perusahan mereka. Usahawan-usahawan negeri Pahang ini amat membanggakan kita. Dan hari ini kita dengar banyak produk-produk negeri Pahang, termasuklah saya beritahu asal kita daripada Bentong. Macam Yang Berhormat Speaker maklumkan sebelum ini, selain daripada kita ada Restoran Ikan Sungai Cikgu Mat, kita ada Lemang To'ki, kita ada Janda Baik. Ramai sahabat saya di Kuala Sentul ni pun ada rumah di Janda Baik kan, rumah yang sangat besar di Janda Baik. Insya-Allah kita akan datang makan kat rumah sahabat kita ni di Kuala Sentul.

Dan ini melambangkan apa, usahawan-usahawan negeri Pahang ini semakin mendapat ruang yang lebih baik. Inilah apa yang diinginkan dan dihasratkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar, memberi peluang yang sangat besar kepada usahawan negeri Pahang termasuk dalam Agrotourism dan ini antara platform-platform yang diberikan yang disebar luaskan oleh kerajaan negeri.

Antara insentif yang disediakan meliputi lima aspek utama iaitu akses kepada pembiayaan dan juga kewangan. Keduanya, pembangunan modal insan. Ketiganya penyediaan infrastruktur. Keempatnya adaptasi kepada teknologi dan juga inovasi. Dan juga kepada akses kepada pasaran.

Menyentuh inisiatif pemberian insentif, penyediaan akses kepada pembiayaan dan kewangan. Saya ingin menyatakan di sini seramai 3,376 usahawan negeri Pahang telah menikmati kemudahan pembiayaan mikro tanpa faedah yang dikenali sebagai I-PUSH sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2022 yang lalu. Daripada jumlah tersebut, untuk tahun 2024 sahaja, jumlah 1,133 usahawan yang memohon telah pun diluluskan I-PUSH dengan peruntukan kerajaan negeri berjumlah RM10.4 juta.

Adalah diharapkan agar bantuan pinjaman yang diberikan tersebut dapat membantu penerima-penerima I-PUSH ini untuk perniagaan-perniagaan yang terjejas akibat COVID yang lalu, mahupun mereka-mereka yang memohon dana untuk mengembangkan perniagaan. Mungkin kita doakan supaya mereka lebih baik lagi di masa akan datang.

Speaker

Yang Berhormat panjang lagi.

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Sikit lagi Yang Berhormat. Sikit lagi boleh ya, dengan izin. Dan aspek pemantauan juga perlu dibuat dari aspek ini dan untuk memantau maklumat juga kepada Ahli Dewan bahawasanya permohonan aspek pembinaan modal insan sangat penting

kepada usahawan ini iaitu kerajaan negeri dengan usahama dengan kerja usahasama agensi-agensi yang terlibat. Agensi di peringkat negeri, malah di peringkat persekutuan telah kita adakan rundingan secara bersama untuk kita mempertingkatkan lagi pencapaian-pencapaian dan juga peluang-peluang usahawan-usahawan negeri Pahang ini hingga ke peringkat dunia.

Dalam aspek ini, kita juga bekerjasama dengan pihak INSKEN dan juga MATRADE yang untuk melahirkan usahawan yang berkapasiti serta berprestij tinggi dengan izin, export ready. Usahawan-usahawan kita ni sepertimana kalau melihat di dalam Tiktok saya dan Tiktok Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar. Kita pergi ke Dubai baru-baru ni mempromosikan antara salah satu yang kita promosikan adalah produk daripada Pelangai yang menembusi pasaran sampai ke peringkat antarabangsa. Ini kita perlu bersama, kita orang Pahang ni kita kena perlu bersama untuk mempromosikan produk Pahang untuk lebih baik dan juga bersama.

Dan juga pada hari ni juga hari ni kita bersama dengan tiga orang usahawan. Saya nak maklum jugak dengan izin Yang Berhormat Speaker. Untuk makluman pada hari ini, kita disajikan dengan produk-produk daripada tiga usahawan FELDA yang...yang dipamerkan dan dijual di Menara Kuantan 188 yang menterjemahkan komitmen kerajaan dan juga agensi promosi produk ke pasaran yang lebih luas. Saya dimaklumkan oleh tiga usahawan ini. Produk mereka tak cukup pulak di dalam Menara 188, ni 2 dalam 1. Kita mempromosikan Menara Kuantan 188, sambil itu kita mempromosikan produk usahawan-usahawan untuk kita ketengahkan kepada pengunjung-pengunjung 188.

Ingin saya memperkenalkan. Saya hadirkan ketiga-tiga usahawan tersebut. Pertamanya, saudara Muhammad Zulkhairi bin Zulkefli, Syarikat Atthahiri Trading di mana beliau? Berikan tepukan semangat, ia kerepek rumpai laut dari Felda Chini 4. Keduanya adalah saudari Siti Rohaida binti Abdullah, Syarikat Paya Besar Enterprise yang memasarkan Produk Sambal 3 Beradik, ni sambalnya ya. Alhamdulillah, terima kasih. Dan yang ketiganya adalah usahawan daripada saudari Nor Affeza binti Kusman, Syarikat Kampung Kita Enterprise. Terima kasih banyak memasarkan produk makanan-makanan ringan tradisional di sungai... di Felda Keratong 4.

Inilah di antara-antara yang kita telah laksanakan untuk membangunkan usahawan-usahawan di negeri Pahang ini. Bukan sahaja dipanggil jaguh kampung, kita dah menuju ke arah yang lebih lagi berprestij tinggi. Maklumlah, kalau sungai apa nama ikan patin pun dah sampai ke Dubai, inikan lagi sambal-sambal hitam pun insya-Allah kita akan bawak ke peringkat antarabangsa.

Yang Berhormat Speaker, saya rasa untuk tahun pada kali ini kita memerlukan, diharapkan semua usahawan yang menerima insentif daripada kerajaan negeri akan dapat memuktamadkan jualan mereka sekaligus menyumbang kepada keberhasilan serta peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar KDNK negeri Pahang di masa masa yang akan datang. Insya-Allah.

Bunga Melati Harum baunya Disusun indah di dalam jambangan Usahawan cekal gigih usahanya Menjulang Pahang menuju kejayaan

Saya yakin bahawa sekiranya usahawan-usahawan yang berdaya saing dapat dilahirkan berjaya membuktikan keberhasilan dalam persaingan demi produk insya-

Allah Pahang akan bersama membantu di dalam setiap usahawan-usahawan yang kita lahirkan. Insya-Allah. Lagu penutup bicara.

Speaker

Panjang lagi ke? Panjang lagi ke Yang Berhormat.

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Nak penutup tu saya bagitau Dato' Sri nak penutuplah, insya-Allah.

Speaker

Cakap jelah okey.

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Belanjawan ini merupakan satu pernyataan iltizam kerajaan negeri bagi membangunkan ekonomi dan juga marcapada yang serba mencabar. Kerajaan terbuka mendengar pandangan dan juga kritikan aspek segenap pihak. Namun tidaklah bermakna sewenang-wenangnya melemparkan fitnah. Justeru, saya mengajak semua agar kita kembali kepada politik yang membina. Memupuk semangat segulai sejalai membangunkan negeri kita sama-sama menggembleng seluruh niat dan juga kudrat bagi membantu Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar menjayakan belanjawan pada tahun 2025 yang bertemakan Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan. Melalui bajet yang diumumkan tersebut dan peruntukan-peruntukan yang telah diberikan insya-Allah kita dapat melaksanakan pembaikan pada negeri Pahang agar lebih makmur dimasa-masa akan datang.

Kesempatan ini saya mohon maaf jika terdapat soalan-soalan tambahan yang tidak terjawab hari ini dan sebelum-sebelum ini akan saya jawab semuanya secara bertulis. Insya-Allah. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai dan... dan juga kakitangan kerajaan, baik kakitangan negeri dan juga pusat yang yang terlibat dalam urusan persidangan Dewan Negeri pada kali ini. Sekali lagi saya rakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas pandangan dan juga input-input yang dikongsikan oleh Ahli-ahli Dewan yang hadir hari ini.

Terima kasih juga kepada Pegawai-pegawai Daerah, YDP-YDP, Ketua-ketua Jabatan terutama yang hormat Dato' Pegawai Daerah Bentong, Yang Hormat Dato' YDP Majlis Perbandaran Bentong dan juga Pengarah FELDA Wilayah Kuantan di atas kerjasama dan juga komitmen yang diberikan saya selama ini. Akhir saya nak beritahu...

Speaker

Tadi akhir, ini akhir lagi

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Akhirnya saya yakin, saya baru nak bagitau pantun... pantun akhir saya hari ini.

Speaker

Pantun... pantun okey.

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Pantun ya, boleh. Orang-orang FELDA ni tak lari daripada pantun Yang Berhormat Dato' Sri.

Dari Kuantan ke pekan sehari Beli halia di Bukit Tinggi Selesai sudah tugas diberi Insya-Allah di sidang lain kita bersua lagi

Akhir penggulungan ini saya mohon menyokong Belanjawan disarankan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar. Sekian terima kasih. Assalamualaikum WBT.

Speaker

Bersama kita, saya juga ingin memaklumkan yang hadir pada hari ini adalah rakan-rakan kita daripada DUN Pelangai. Rakan-rakan kita daripada DUN Tanjung Lumpur dan pelajar-pelajar Pahang LEAD seramai 17 orang. Kita bagi sokongan kepada mereka. Seterusnya EXCO Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Salam sejahtera, salam perpaduan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi penggulungan ini. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang atas pembentangan Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2025 yang sangat komprehensif bertemakan Prestasi... Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana dapat mengekalkan hasil melebihi RM1 bilion, 3 tahun berturut-turut. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas peruntukan bagi portfolio saya iaitu Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan. Sesungguhnya belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat untuk dilaksanakan bawah portfolio saya sangatlah dihargai.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Sektor pelancongan antara penyumbang utama kepada ekonomi negeri Pahang dan perlu diberikan tumpuan bagi memastikan sektor ini terus berkembang maju dan memberikan limpahan ekonomi kepada negeri Pahang. Di dalam Belanjawan 2025, pelbagai peruntukan telah diumumkan untuk merancakkan sektor pelancongan dan ini menunjukkan betapa komitednya Kerajaan Negeri Pahang untuk memajukan sektor ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Pada tahun 2024 kerajaan negeri telah memperuntukkan RM3 juta untuk menaik taraf, membaik pulih infrastruktur dan kemudahan pelancongan di seluruh negeri Pahang dan projek-projek yang dijalankan merangkumi semua daerah termasuk Rompin, Kuantan, Lipis, Maran, Raub, Tioman, Cameron Highlands, Jerantut, Pekan, Bentong, Bera. Selain itu, RM2.2 juta juga diperuntukan untuk projek pelancongan berasaskan flora atau perhutanan dan projek dilaksanakan di Kuantan, Raub, Lipis, Jerantut dan Bera. Kerajaan negeri juga telah memulangkan kembali hasil yang dikutip melalui Fi Kelestarian untuk membangunkan sektor pelancongan. Dan pada tahun ini sebanyak 20 projek telah diluluskan dengan jumlah kos RM2.33 juta dan projek telah dijalankan di Jerantut, Temerloh, Bentong, Maran, Rompin, Tioman, Kuantan, Bera, Raub, Pekan dan Lipis. Ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri mengambil kira, menitik berat semua daerah yang berpotensi dibangunkan sebagai tempat pelancongan.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada MOTAC yang juga sentiasa menyokong projek-projek pembangunan pelancongan, kebudayaan dan warisan yang dapat membantu meningkatkan industri pelancongan di negeri Pahang. Untuk dengan kerja sama kerajaan negeri, MOTAC…kerajaan persekutuan melalui MOTAC telah meluluskan 67 projek pembangunan serta penyelenggaraan dengan jumlah RM44.4 juta dalam RMK-12. Untuk tahun ini sahaja, sebanyak RM4.44 juta telah diluluskan bawah projek penyelenggaraan dan projek telah dilaksanakan di Taman Negara Cameron Highlands, Maran, Kuantan, Bentong, Pekan, Lipis dan Tioman. Saya juga berbesar hati untuk mengumumkan bahawa terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana bawah RMK-12. Baru-baru ini tiga projek diluluskan dengan jumlah RM9.2 juta merangkumi tiga projek iaitu pertama menaiktaraf kemudahan pelancongan Gua Cinta Manis, Karak, RM1.2 juta. Menaik taraf kemudahan pelancongan Gua Bama, Merapoh, RM1.2 juta. Membina semula bot-bot Teluk Chempedak, Kuantan, RM6.8 juta. Semoga ini dapat menambah nilai pelancongan dan lebih menarik lebih ramai pengunjung ke negeri Pahang.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Untuk industri pelancongan, kita berasa bersyukur kerana dengan adanya komitmen daripada kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan usahasama daripada pemain industri, sila izinkan saya berkongsi beberapa pencapaian kita pada tahun ini.

Yang pertama statistik ketibaan pelancong ke negeri Pahang. Pada tahun ini bulan Januari hingga bulan September kita telah menerima melebihi 10.2 juta orang pelancong ke negeri Pahang. Dan ini mencatatkan peningkatan sebanyak 4.83% jika berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lepas. Dengan anggaran perbelanjaan-perbelanjaan pelancong mencecah RM9.2 bilion. Prestasi cemerlang ini telah menjangkau sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan negeri. Pelancongan antarabangsa…pelancong antarabangsa. Penyumbang tertinggi bagi pelancong antarabangsa adalah Singapura, diikuti oleh China, Indonesia, Thailand dan juga India. Tidak lupa juga negeri Pahang berjaya merekodkan jumlah ketibaan pelancong dari Eropah melebihi 56,000 orang untuk Januari hingga September tahun ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Pencapaian kedua. Berdasarkan Bahagian Perancangan Strategik Tourism Malaysia. Negeri Pahang telah menduduki tempat pertama dalam kadar purata tempoh

penginapan di Malaysia. Dengan izin Malaysia Average Occupancy Rates of Hotels dengan singkatan AOR. Pada tahun 2023, Januari hingga Disember, kita mencatatkan kadar 74.1%. Untuk tahun ini tempoh Januari hingga Jun kita mencatatkan 74.6% dan kita menunjukkan peningkatan sebanyak 2.5%, kalau berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas. Dan AOR ini dinilai berdasarkan.

Terima kasih, saya nak ambik perhatian sikit tentang jumlah kedatangan pelancong, 10.2 juta yang kebanyakan daripada Singapore, daripada Indonesia sebagai sebahagian negara ASEAN dan saya tengok tidak ada kehadiran daripada negara-negara Timur Tengah. Kehadiran negara Timur Tengah ke negara kita sangat besar sebenarnya jumlah tapi mereka tertumpu di kawasan Kuala Lumpur dan Langkawi. Saya fikir mungkin faktor besar ialah kekurangan promosi di negara-negara Timur Tengah untuk kita adakan hubungan direct kepada tempat pelancongan di negeri Pahang. Saya fikir mungkin perkara ini boleh diberi perhatian oleh pihak kerajaan negeri. Masalah besar kita ialah flight tak ada direct ke Pulau Tioman. Sebagai contoh, satu masa dulu daripada Kuala Lumpur boleh terus ke Pulau Tioman. Tapi saya fikir keperluan untuk meningkatkan promosi kepada pelancong-pelancong dari Timur Tengah yang jumlah besar. Kalau tengok dalam statistik di peringkat kebangsaan, terima kasih.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih, ini juga akan dimasukkan dalam teks penggulungan saya Yang Berhormat Cheka di mana statistik ketibaan pelancong. Memang kita menerima pelancong dari seluruh dunia. Tapi kalau kita ikut statistik, top five adalah negara yang saya mention. Tapi ini tidak dinafikan bahawa kita juga menerima pelancong dari UAE dan untuk dari segi promosi setiap tahun Tourism Pahang, kita akan mengadakan mengambil bahagian dalam ekspo pelancongan di Dubai. Pada masa yang sama, kita juga mengadakan fam trip kepada Key Opinion Leaders (KOL) dan media dari Kazakhstan. Dan untuk program Meet Pahang yang diadakan baru-baru ini. Kita juga mengadakan fam trip kepada agensi-agensi pelancongan dari UAE juga. Bagi Flight ke Tioman, saya difahamkan bahawa sebenarnya syarikat penerbangan tersebut telah tutup operasinya bukan sahaja ke Tioman termasuk Pulau Redang.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Sila izinkan saya untuk meneruskan penggulungan. Untuk AOR ini. Sila izinkan saya berkongsi kedudukan Pahang di tempat pertama. Kalau kita ikut kadar di negeri lain, kita boleh nampak betapa bezanya sebagai contoh tempat ke dua Kuala Lumpur kadarnya 60.3% tapi kita 74.1%. Tempat ketiga. Putrajaya 55%. Keempat Pulau Pinang 53.5 %, kelima Johor 49.2 % dan keenam Selangor 47.7 %. Syabas, tahniah saya ucapkan kepada kerajaan negeri, kerajaan persekutuan melalui contact Tourism Malaysia dan juga semua pihak pemain industri yang berusaha untuk pencapaian ini. Pencapaian ketiga bagi Program Pengalaman Homestay Malaysia Negeri Pahang telah menambah satu kluster tahun ini iaitu Homestay Ulu Cheka, Jerantut menjadikan jumlah keseluruhan kluster Homestay di Pahang, 17 dan satu kluster baru sedang dalam proses untuk didaftar… didaftarkan iaitu Homestay Ulu Sungai, Raub. Sehingga September 2024, jumlah pendapatan terkumpul bagi keseluruhan kluster Program Pengalaman Homestay Malaysia di Pahang adalah melebihi RM7.89 juta dan ini merupakan antara pendapatan yang paling tinggi berbanding dengan negeri lain di

Malaysia. Melalui bukti pendapatan ini dapat jelas dilihat bahawa Pahang dapat melalui program ini dapat membantu untuk menarik ketibaan pelancong untuk mengenali dan merasa keunikan negeri Pahang.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Sektor pelancongan memerlukan kreativiti dalam mempelbagaikan kaedah pemasaran, promosi dan publisiti. Penganjuran acara-acara yang dijalankan sepanjang tahun adalah bermatlamat untuk meningkatkan kehadiran pelancong selain mengisi bilik-bilik penginapan sama ada di hotel-hotel, rumah tumpangan, homestay, kampungstay dan lain lain.

Pemilihan tarikh dan tempat acara adalah berdasarkan sumber daya tarikan di kawasan berkaitan. Selain menjadikan aktiviti tersebut terus berjalan di luar tarikh acara yang dirancang. Sebagai contoh, sila izinkan saya berkongsi dua signature event kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sebagai contoh di Rompin. Rompin sangat popular dengan Billfish Capital of Asia dan kita telah menjadikannya sebagai salah satu destinasi memancing ikan layaran utama di arena antarabangsa melalui acara Royal Pahang Billfish International Challenge. Acara ini yang diadakan setiap tahun, bulan September berkonsepkan tangkap dan lepas menerima penyertaan daripada peminat sukan memancing di seluruh dunia dan pemenang acara ini layak bertanding di Offshore World Championship, dengan izin di Costa Rica. Untuk maklumat Yang Berhormat-Yang Berhormat, di Asia hanya dua acara yang layak menghantar pemenang ke Costa Rica. Satu di Rompin. Kedua di Qatar.

Jadi ini memang satu acara yang membanggakan kita dan hasil daripada aktiviti memancing ini, kita telah berjaya melahirkan pengusaha-pengusaha bot pancing di Rompin dengan pendapatan melebihi RM10.6 juta setahun. Penganjuran acara ini telah mewujudkan satu industri baru di mana lebih 60 buah bot pancing di Rompin beroperasi bukan sahaja sewaktu acara, tapi berlangsung di luar waktu acara. Signature event dengan izin yang kedua di Pahang merupakan Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa Bukit Fraser dan ini merupakan acara yang paling bersejarah di Pahang. Tahun ini adalah kali ke-35. Setiap tahun acara ini akan diadakan di bulan Jun.

Untuk maklumat Yang Berhormat-Yang Berhormat, acara ini menawarkan peluang kepada peminat burung di seluruh dunia untuk mengenal dan melihat pelbagai spesis burung endemik mahupun burung berhijrah di Bukit Fraser. Melalui acara ini, Bukit Fraser kini telah menjadi destinasi penting di arena antarabangsa untuk peminat-peminat aktiviti melihat burung dan ianya telah membawa limpahan rezeki kepada pengusaha pelancongan di tanah tinggi tersebut.

Selain itu, tahun ini kita juga ada inisiatif baru kerajaan negeri melalui Tourism Pahang dan kerjasama dengan Pahang Barat Plus dan KTMB juga Tourism Malaysia, kita telah melancarkan program Real Tourism pada 21 hingga 23 November yang lalu. Ini bertujuan untuk mempromosikan pelancongan kereta api di laluan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus yang melibatkan stesen-stesen KTM utama di Pahang kepada para agensi pelancongan, pihak media serta pempengaruh media sosial.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Pelbagai usaha telah dilakukan dan dilaksanakan melalui kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk merancakkan sektor pelancongan. Antaranya pertama, fam trip, dengan izin. Lawatan suai kenal tahun ini kita telah mengadakan beberapa

siri fam trip kepada agensi pelancongan, media Key Opinion Leaders (KOL) dari Indonesia, Kazakhstan, Thailand, China dan juga Post-tour selepas MIT Pahang kepada 15 negara yang merangkumi Asia Tenggara, UAE, Turki, Korea Selatan, India, China dan Taiwan.

Fam Trip ini memperkenalkan produk pelancongan negeri Pahang kepada pasaran antarabangsa di samping memberi peluang kepada agensi pelancongan dan media untuk mengkaji potensi destinasi menarik di Pahang. Ia juga mengambil kesempatan di mana agensi-agensi pelancong antarabangsa juga mencari peluang untuk meneroka pasaran baharu dan untuk mempelbagaikan pakej pelancongan. Dan sempena fam trip ini, sesi B2B, Business to Business juga diadakan untuk memberi peluang kepada pemain industri Pahang bertemu dengan agensi pelancongan luar negara, membina hubungan perniagaan dan menjalin kerjasama yang menguntungkan… menguntungkan kedua dua pihak.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Selain itu, fam trip juga diadakan sempena program Glamping Hopping 2024. Program ini bertujuan mempromosikan produk pelancongan glamping yang semakin menjadi perhatian khususnya di kalangan generasi muda dan pencinta alam dan destinasi program glamping ini fokus Pahang Barat sebagai contoh Janda Baik, Genting Highlands, Cameron Highlands. Liputan yang dihasilkan oleh media selebriti dan KOL berjaya memberikan impak kepada positif… kepada industri pelancongan di Pahang dan sekali gus menggalakkan lebih ramai pelancong untuk pengalaman glamping yang unik di negeri Pahang.

Yang ketiga, promosi dan pasaran. Sempena Visit Malaysia Year, penerbitan risalah dalam Bahasa Inggeris dengan tujuan menarik pelancong yang mempunyai kecenderungan terhadap segmen pengembaraan lasak akan dilaksanakan. Ia akan memaparkan destinasi menarik di Pahang sebagai contoh Pulau Tioman, Taman Negara Sungai Relau, Gua Sisik Naga, Gua Lima Extreme Park dengan penekanan kepada pengalaman semula jadi yang mencabar dan mendebarkan.

Sesuai untuk peminat-peminat yang mencari aktiviti luar biasa dan ekstrem. Selain itu, kempen membeli belah Malaysia Mega Sale Carnival telah berlangsung dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai destinasi membeli belah terunggul di peringkat antarabangsa. Acara ini bertujuan untuk menarik pelancong domestik dan antarabangsa serta meningkatkan profil Pahang sebagai destinasi untuk pengalaman membeli-belah.

Selain daripada keindahan ekopelancongan, Pahang juga berpotensi diperlihatkan kelainannya untuk menonjolkan sebagai destinasi membeli-belah yang menarik. Kelima, program promosi di RTM, Tourism Malaysia Wilayah Timur juga menjalinkan kerjasama strategik dengan stesen radio RTM untuk program santai yang... pendekatan santai yang informatif ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang destinasi-destinasi menarik di negeri Pahang.

Yang keenam, kerajaan negeri melalui bajet promosi telah menyokong banyak penganjuran acara pelancongan. Tahun ini kita ada melebihi 40 acara pelancongan dalam kalendar pelancongan. Di masa yang sama Tourism Malaysia juga telah meluluskan geran sokongan sektor pelancongan GSSP. Sebanyak 28 program dan acara telah diluluskan di negeri Pahang. Manakala untuk GAMELAN, Galakan Melancong Malaysia pada tahun ini melebihi RM444,000.00 telah diluluskan kepada

pemain industri di negeri Pahang untuk merangsang aktiviti promosi pelancong domestik.

Yang hormat... Yang Berhormat Tuan Speaker,

Untuk menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia, kerajaan negeri bersama MOTAC akan lebih bergiat usaha. Selain promosi acara, kita juga akan mengadakan latihan-latihan kepada penggiat industri pelancongan di Pahang. Bengkel Mesra Malaysia merupakan wadah latihan kepada barisan hadapan petugas yang terlibat dalam pelancongan akan dilaksanakan di seluruh negeri Pahang melibatkan petugas swasta dan kakitangan kerajaan. Selain itu, bengkel pembangunan pakej pelancongan yang telah berjaya diadakan di daerah Temerloh akan diperluaskan ke daerah lain untuk memastikan industri menghasilkan pakej pelancongan yang lebih inovatif dan berdaya saing.

Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan semua produk pelancongan dapat bekerjasama dengan agensi pelancongan sebagai pihak yang memasarkan dan menjual pakej-pakej. Usaha ini juga memastikan agensi pelancongan di Pahang bukan sahaja menjadi agensi outbound iaitu membawa pelancong luar ke luar negara ke luar negeri tetapi dapat memainkan peranan untuk membawa pelancong masuk ke negeri Pahang.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Untuk Perbadanan Taman Negeri…

Mohon izin Speaker. Saya nak terima kasihlah. Yang berhormat EXCO dalam penerangan yang jelas, terang, bahasanya pun terang. Cuma saya tertarik dengan event besar dalam negeri Pahang ni ada…dua. Satu, yang di Rompin berkaitan dengan ikan, kemudian di Fraser Hill berkaitan dengan burung. Maknanya satu binatang dalam air, satu binatang atas langit. Saya nak cadang kerajaan cuba cari idea untuk kita menarik pelancong dengan binatang atas darat pulak. Ya, kita ada banyak gajah, banyak harimau ada, monyet… event panjat kelapa sedunia... monyet, boleh kan? Jadi, saya cadang tu…dengan safari selain daripada…Ketari.

Satu lagi, saya nak tanya pihak kerajaan ada buat sedikit analisa atau kaji selidik pelancong ramai-ramai datang ni? Selain pada dia tengok fizikal negeri kita. Ada tak yang berminat tengok tentang kebudayaan, cara hidup kita di Pahang ni. Pakaiannya, dengan makanannya, dengan Pekan Sehari sebagainya. Terima kasih, ya.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat Luit. Sebenarnya dalam kalendar acara pelancongan, kita mempunyai lebih 40 acara yang 2 acara yang diketengahkan tadi adalah contoh signature event di Pahang dan memang di setiap daerah kita berharap ada signature event masing-masing. Sebagai contoh, di Maran, kita ada Lubuk Yu, Hammock Lubuk Yu dan di daerah lain kita ada sebagai contoh Bera... er... sorry di Merapoh. Kita ada Merapoh Rainforest dan acara ini dirancang dan dilaksanakan berdasarkan keistimewaan di tempat itu. Yang Berhormat Luit soalan... sorry soalan... soalan kedua.

Terima kasih Dato’ Sri. Er...adakah kaji selidik atau analisa tentang pelancong yang datang ni selain pada melihat keindahan fizikal negeri kita ni, tentang kebudayaan kita cara hidup kita? Terima kasih.

Cik Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat Luit. Saya rasa soalan ini telah berkali-kali dibangkit Yang Berhormat Luit, setiap kali sidang dewan, tapi jawan… jawapan kita adalah, kita memang ada program Pengalaman Homestay Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang, kerajaan persekutuan memang menyokong program ini. Di Pahang, kita ada 17 kluster. Melalui program ini, bukan sahaja menonjolkan er... kehidupan kampung Melayu dan juga makanan, adat resam, pakaian, banyak lagi, Yang Berhormat dan kita bangga kerana Pahang antara negeri yang mencatatkan pendapatan paling tinggi untuk pengusaha-pengusaha homestay berbanding dengan negeri lain.

Yang Berhormat Luit, yang…sorry…minta maaf, Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk Perbadanan Taman Negeri Pahang, usaha-usaha memelihara dan memulihara alam sekitar serta mempromosikan pelancongan berasaskan alam sekitar telah dijalankan untuk tahun ini. Beberapa pencapaian telah dicapai selain daripada Lipis Geopark dan Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Al-Sultan Abdullah, PTMP juga memberi memberikan tumpuan kepada Tasik Chini Resort Biosfera. Satu sesi libat urus telah dilaksanakan oleh PTMP bagi isu dan cabaran yang dihadapi Tasik Chini dan cadangan pembangunan dari aspek pelancongan negeri. Inisiatif ini dilaksanakan untuk memastikan kelestarian ekosistem Tasik Chini, bersesuaian dengan program UNESCO, Man and Biosphere (MAB).

Untuk tahun akan datang, PTMP akan meneruskan usaha sebagai contoh pengiktirafan Lipis Geopark ke peringkat UNESCO, er... CEPA dengan izin, Communication Education and Public Awareness untuk komuniti resort di Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah dan untuk Tasik Chini Resort Biosfera, PTMP akan meneruskan usaha untuk Pelan Pembangunan Pelancongan Tasik Chini Resort Biosfera, penggayaan habitat dan pokok-pokok di Tasik Chini, Pelan Pengurusan Tasik Chini dan juga CEPA Tasik Chini.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Untuk portfolio kebudayaan. Untuk tahun ini, kita berasa bangga kerana tahun ini terdapat pencapaian.

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Er... mencelah sikit YB Speaker. Berkenaan dengan er... apa ni, pemba… er... pewartaan Taman Negeri er... di Kuala Sentul. Memang er... tidak dimasukkan kawasan air terjun tu er... melalui jawapan kerajaan. Saya difahamkan kawasan air terjun tu dah diwartakan di dalam hutan simpan. Jadi, er... mungkin mencukupilah untuk menjaga atau memelihara keadaan alam sekitar di kawasan tersebut. Soalan saya, er... kita dah bincang pasal promosi air terjun er... di Kuala Sentul ni sebab Kuala Sentul ni mempunyai potensi sebagai destinasi ekopelancongan, selain daripada Lubuk… Lubuk Yu, Lubuk Ujik dan 5 air terjun. Buat masa ni, kita ada satu sahaja er... event seperti yang YB sebut tadi event di Lubuk Yu. Er... hammock er... hammock er…

yang diadakan, orang Kuala Sentul dia tak tahu pasal hammock ni, nak sebut pun susah. Jadi, er… event tu diadakan setahun sekali sahaja. Jadi, kalau boleh saya nak jawapan secara rasmi daripada YB. Ada… ada tak cadangan ataupun perancangan untuk mempromosikan er... selain daripada Lubuk Yu ni, kawasan-kawasan air terjun dan er... kawasan sekitar yang lain? Er... jawapan rasmi daripada YBlah.

Yang kedua YB, er... di Kuala Sentul, er... di Kampung Kuala Sentul di mana destinasi er... orang pergi ke air terjun ni adalah Kampung Kuala Sentul. Jadi, selain daripada homestay, ada pengusaha chalet yang baru di Kampung Kuala Sentul ni, yang telah siap tapi masih belum dibuka. Jadi saya nak mohon kepada pihak kerajaan melalui Majlis Daerah untuk membantu pengusaha ni, er... sekiranya ada masalah teknikal ke, bantu untuk er... mempercepatkan pembukaan chalet di kawasan… di kampung Kuala Sentul. Terima kasih.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Sentul. Er... pertama sekali saya ucapkan terima kasih kerana saya… Yang Berhormat Kuala Sentul pernah berjumpa dan kita faham bahawa ada inisiatif daripada yang Berhormat Kuala Sentul sendiri untuk membawa syarikat daripada Indonesia dan videographer, fotographer daripada Kuala Lumpur untuk mengambil bahagian dalam program hiking di Kuala Sentul. Pada masa sama untuk mempromosikan er... aktiviti hiking pendakian di Kuala Sentul.

Jadi dengan ini, kerajaan negeri mengalu-alukan segala usaha daripada semua pihak dan untuk promosi di Kuala Sentul selain daripada Lubuk Yu, memang ini dalam perancangan kita dan kita akan er... apa akan melihat lagi tentang er... tarikan-tarikan di daerah Maran untuk membantu bersama dengan Pejabat Daerah dan Tanah. Untuk soalan kedua mengenai pengusaha chalet di Kuala Sentul, sekiranya menghadapi masalah teknikal yang kita boleh membantu, Yang Berhormat boleh rujuk kepada kita ataupun Pejabat Tanah dan Daerah, terima kasih. Okey.

Yang Hormat Tuan Speaker,

Speaker

Boleh gulung.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yes. Kebudayaan. Okey. Er... untuk port er... port er... sorry untuk portfolio Kebudayaan, selaras dengan dasar kebudayaan negara, telah terdapat banyak program yang telah dilaksanakan pada tahun ini, iaitu sebanyak 37 program dan antaranya adalah Festival Kesenian Pribumi, Festival Tari Malaysia Zon Timur dan Colours of Malaysia dan juga Pertandingan Bintang Asli Remaja Peringkat kebangsaan.

Bagi peringkat…Pertandingan Bintang Asli Remaja Peringkat Kebangsaan, kita berasa bersungguh… bersyukur dan bangga kerana Pahang dipilih sebagai tuan rumah, oleh… untuk pertandingan ini dan Pahang juga dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi kategori remaja wanita tahun ini. Ini membuktikan bahawa remaja di… di negeri Pahang, menghargai seni budaya bangsa yang di mana lagu-lagu asli ini sangat kaya dengan unsur nasihat yang sangat tinggi nilainya. Pada masa yang

sama, program ini juga dapat membentuk keperibadian remaja dalam menghargai seni warisan bangsa yang semakin kurang diminati oleh generasi masa kini.

Dengan aliran masa yang mementingkan kreativiti dan dalam usaha melahirkan golongan industri kreatif pada masa ini, selain daripada pelajar sekolah menengah dan rendah yang telah dibimbing bawah Program Bimbingan Seni Budaya, terdapat juga program yang disasarkan kepada pelajar sekolah pemulihan akhlak er... dengan latihan teater.

Jadi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, untuk tahun depan, kita juga akan teruskan usaha untuk Program Seni Budaya, sebagai contoh program berskala besar Fest Scape yang melibatkan penyertaan pribumi dan luar negara. Semoga usaha memelihara dan memartabatkan seni budaya yang tidak ternilai ini dapat diteruskan untuk mengangkat warisan seni budaya bangsa sehingga generasi akan datang.

Untuk Portfolio Perpaduan, tahun ini Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pahang telah melaksanakan 2,893 aktiviti penggalakkan perpaduan melalui lapan bidang teras iaitu Ekonomi dan Sara Hidup, Keselamatan dan Ketahanan Komuniti, Kepimpinan, Kesejahteraan Komuniti, Warisan dan Budaya, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Alam Sekitar dan Daya Cipta dengan penyertaan 141,000 ribu orang, di 553 kawasan Rukun Tetangga.

Pelaksanaan program berskala besar telah diadakan iaitu Sambutan Minggu Perpaduan, peringkat negeri Pahang dan Mini Karnival Ekonomi Rukun Tetangga Zon Timur. Gabungan program ini menampilkan elemen silang budaya dengan pengisian utamanya iaitu rumah kami yang memberi pendedahan kepada pengunjung berkaitan dengan adat resam tradisi pakaian, makanan, etnik-etnik di Malaysia, terdiri daripada etnik Melayu, Cina, India, Orang Asli dan Sikh. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana melalui Belanjawan Kerajaan Negeri Pahang dan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan dan Jabatan Pendidikan, tahun ini kita ada satu signature event yang baru untuk perpaduan di negeri Pahang, iaitu Pahang Family Day dan Unity Campfire. Program ini mensasarkan murid dan pelajar dari pelbagai kaum. Untuk kempen bersama, makan bersama, eksplorasi bersama supaya mereka boleh mendapat kawan baru dan boleh mempelajari budaya boleh mempelajari untuk hormat dan sayangi antara satu sama lain. Program ini juga dijadikan signature event dan dipersetujui di peringkat kebangsaan oleh Menteri Perpaduan Negara.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Pada tahun depan, satu pusat mediator komuniti juga akan diwujudkan di Pusat Aktiviti Perpaduan di Permatang Badak, Kuantan. Jadi dengan ini kita berharap bahawa kita terus memperkasakan perpaduan dan mengukuhkan perpaduan di negeri ini… pada tahun ini. Untuk Perbadanan… Perbadanan Muzium Negeri Pahang, er… sila izinkan saya berkongsi inisiatif untuk mempromosikan Lipis sebagai hab Pelancongan Warisan Negeri Pahang. Jadi inisiatif ini kerajaan… melalui inisiatif ini, kerajaan telah merangka gerak kerja untuk menaik taraf reka bentuk galeri yang melibatkan susun atur, pengisian kelengkapan dan keperluan pameran, galeri ini bukan sahaja berfungsi sebagai galeri pameran tetapi akan ditambah baik mengi… mengikut trend terkini seperti, seperti kemudahan kafe, internet dan perpustakaan. Dan galeri ini akan memperkenalkan dibina berdasarkan tema yang telah diselaraskan iaitu pengenalan Galeri Kesultanan Melayu Pahang, Istana dan Kesenian, Hubungan Raja dan Pembesar dan sosiobudaya masyarakat serta tokoh tempatan.

Yang Berhormat Tuan Speaker.

Muzium Pahang telah juga mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh International Council of Museum dengan izin, bagi mengorak langkah ke arah yang lebih moden dan intelektual. Muzium Pahang akan menerapkan setiap garisan untuk menaik taraf Muzium Warisan Lipis supaya menjadi satu tarikan baru yang lebih segar di daerah… daerah Lipis. Yang Berhormat Tuan Speaker, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakan yang terlibat dalam soalan tambahan. Mungkin kekangan masa saya untuk menjawab semua soalan. Mungkin saya petik satu atau dua. Sebagai contoh, Yang Berhormat Beserah yang mencadangkan err... infrastruktur di Pantai Pelindung. Untuk maklumat Yang Berhormat Tuan... err... Yang Berhormat er... Beserah, kajian men... er... menyeluruh sedang di... dijalankan untuk keperluan yang di… dinyatakan akan tetapi terdapat kekangan tanah kerana kawasan-kawasan yang dimaklumkan adalah tanah milik persendirian. Walau bagaimanapun, MBK telah juga menjalankan usaha untuk meletakkan 15 unit kiosk di program My Kiosk KPKT dan juga projek infrastruktur sebagai contoh, pembaikan longkang juga dan penyelenggaran jalan juga telah dijalankan.

Untuk Yang Berhormat er... Kuala Semantan yang mencadangkan hotel 4 bintang atau 5 bintang di Temerloh, memang kita mengalu-alukan cadangan ini Yang Berhormat. Untuk makluman daerah Temerloh, kini terdapat 33 hotel, 73 orang pengusaha dan ketibaan pelancong ke Temerloh tahun ini Januari hingga September adalah… adalah 228,946 orang. Dan ini meningkatkan... mencatatkan peningkatan sebanyak 12.37% berbanding dengan tahun lepas. Untuk keperluan bilik-bilik hotel bertaraf 4 bintang ke atas. Pihak kerajaan negeri mengalu-alukan kehadiran pelabur-pelabur yang sekiranya Yang Berhormat-Yang Berhormat ada kenalan yang berminat untuk melabur di Temerloh, kita amat mengalu-alukan.

Speaker

Panjang lagi ke?

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Tutup, okey. Pada ruang dan kesempatan ini saya menyampaikan... ingin saya menyampaikan bahawa walaupun kita mempunyai perbezaan bukan sahaja dari segi latar belakang etnik mahupun kepercayaan agama atau ideologi aliran yang berbeza akan tetapi kita berpijak di bumi yang sama iaitu Malaysia dan kita berharap bahawa setiap warga Pahang kita boleh membudayakan perpaduan, meraikan kepelbagaian hingga akhirnya iklim keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan dinikmati bersama. Saya mohon jasa baik semua pihak untuk terus bekerjasama, bersatu tenaga hidup har... harmoni menjadikan negeri Pahang destinasi pelancongan pilihan utama. Dengan usaha-usaha yang kita laksana dan rancang.

Saya yakin negeri Pahang akan terus menjadi penyumbang utama kepada kejayaan sektor pelancongan negara. Dengan ini, saya akhiri ucapan saya dengan 3 rangkap pantun.

Sisi junjung sisi pinang, sirih sorry...

Sirih junjung sirih pinang Sirih kami susun bertingkat Adat dijunjung pusaka dikenang Bangsa berbudi hidup bermasyarakat.

Sungai Pahang mengalir tenang Patin tempoyak enak rasanya Budi tinggi sentiasa dikenang Barulah hidup harmoni selamanya.

Negeri Pahang negeri disanjung Dikunjung oleh orang ramai Rakyat bahagia tidak terhitung Dek kerana aman dan damai.

Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Wakil Kerajaan. Tengok tu, sekarang apabila ada kerajaan campuran Yang Berhormat... Yang Amat Berhormat dah boleh berpantun dah. Seterusnya saya menjemput EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih er... Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Salam sejahtera Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar dan Yang Amat Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kerana diberikan kesempatan untuk bersama-sama menyertai mesyuarat penggal ini. Saya selaku EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuhkan portfolio saya.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

KPDN Pahang sentiasa menjalankan tugas-tugas penguatkuasa seperti pemeriksaan dan pemantauan. Sehingga kini, sejumlah 59,347 premis peniaga telah diperiksa di mana sebanyak 566 kes telah dihasilkan dengan nilai rampasan berjumlah RM1.44 juta dan kutipan kompaun yang berjumlah RM368,630.00. Selain itu, skim harga maksimum musim perayaan turut dilaksanakan dengan matlamat untuk mengawal harga barangan keperluan semasa musim perayaan. Melalui skim ini, KPDN Pahang telah mene... menetapkan harga beberapa barangan terpilih yang menjadi tumpuan semasa musim perayaan.

KPDN kini giat melaksanakan pemeriksaan kempen 'Kita Gempur' secara gerakan besar-besaran sebagai usaha strategik mencecah ketirisan barangan kawalan dan subsidi. Ini kerana ketirisan barang kawalan dan bersubsidi di nerata... di negara kita... kita amnya dan negeri Pahang khasnya terus menjadi isu kritikal yang memberi kesan besar terhadap kesejahteraan rakyat serta kestabilan ekonomi negara. Selain itu, KPDN Pahang dengan kerjasama negeri Pahang, Kerajaan Negeri Pahang telah melaksanakan program dan aktiviti seperti berikut pada tahun 2024. Jualan Makmur, Kerajaan Negeri Pahang telah menjalankan Jualan Makmur seperti Tahun Baru Cina di 9 lokasi terpilih dan Hari Raya Aidilfitri di 23 lokasi terpilih, bertujuan untuk membantu rakyat negeri Pahang membeli barangan keperluan untuk hari perayaan.

Kerajaan telah memperuntukkan RM1.9 juta pada tahun 2024. KPDN melaksanakan program Jualan Rahmah melalui di bawah inisiatif Payung Rahmah bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat. Program ini telah berkerjasama pemain industri sektor peruncitan seperti pasar raya dan hypermarket yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian di antara 10 hingga 30% lebih murah dari harga pasaran tempatan. Sehingga kini, bilangan pelaksanaan Jualan Rahmah di negeri Pahang adalah sebanyak 433 program dengan pecahan mengikut modal pelaksanaan dalam premis sebanyak 156 lokasi dan di luar premis sebanyak 33 lokasi dan secara bergerak sebanyak 244 lokasi.

Bagi membantu masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah atau B40 yang tinggal di kawasan pedalaman mendapatkan barang keperluan pada harga yang munasabah, kerajaan persekutuan melalui KPDN Pahang telah melaksanakan program penyeragaman harga sejak 2... sejak tahun 2009. Kerajaan persekutuan akan menanggung kos pengangkutan dari pembekal ke kawasan pedalaman yang terpilih bagi barangan keperluan bersubsidi atau barangan kawalan seperti tepung gandum, kegunaan gula putih bertapis kasar, beras putih, minyak sawit tulen paket 1 kilo, botol 1 liter, gas petroleum (LPG), petrol RON 95 dan diesel.

Sehingga kini, sebanyak 64 Program Advokasi Kepenggunaan telah dilaksanakan. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia mempunyai bidang kuasa mendengar tuntutan tebus rugi bagi pembelian barangan dan perkhidmatan yang dibenarkan di bawah bidang kuasa seperti diperuntukkan bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) yang jumlah amaun tidak melebihi RM50,000.00 dan tuntutan yang berbangkit dalam masa 3 tahun dari tarikh kejadian.

Sehingga kini, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Negeri Pahang telah memfailkan sebanyak 194 tuntutan dengan di... di mana 64 tuntutan adalah barangan, manakala 130 tuntutan untuk perkhidmatan. Daripada jumlah tersebut, 164 kes telah berjaya diselesaikan manakala 30 kes sedang dalam proses pendengaran. Jumlah tuntutan setakat ini adalah sebanyak RM2.34 juta.

Yang Amat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Berkaitan dengan Portfolio Sumber Manusia. Untuk maklumat sidang Dewan yang mulia, kerajaan negeri sentiasa komitmen dan memastikan peluang pekerjaan kepada anak-anak negeri Pahang terbuka luas. Jabatan Tenaga Kerja merupakan salah satu jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Salah satu fungsi utama JTK adalah melindungi hak dan kebajikan pekerja serta memelihara kepentingan majikan. Terdapat 12 akta yang dikuat kuasa di bawah JTK. JTK bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan terhadap piawaian penginapan pekerja. Akta ini juga bertujuan memastikan semua pekerja disediakan penginapan tanpa mengira sektor dapat menikmati kemudahan penginapan yang selamat, sihat serta kondusif.

Dari Januari hingga Oktober 2024, Jabatan Tenaga Kerja Pahang telah menerima permohonan daripada 96 majikan. Permohonan tersebut mencakupi 11,041 unit penginapan dengan kepastian untuk memuatkan 25,343 pekerja. Saya bersama JTK Pahang dan SOCSO dan juga JKKP telah menyertai operasi penguatkuasaan perburuhan yang dijalankan oleh JTK Pahang yang memfokuskan kepada penginapan pekerja asing di sekitar Kuantan iaitu Syarikat Camel Power (M) Sdn Bhd, Alliance Steel (M) Sdn Bhd, East Coast Railway (ECRL) dan juga di Genting Highlands, Pahang.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Pihak kerajaan sentiasa mempertingkatkan terhadap kebajikan dan perlindungan yang individu-individu yang menjalankan pekerjaan di negeri ini. Golongan pekerja ini adalah dilindungi di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri dan jumlah pencalonan pencarum yang telah didaftar di bawah skim ini bermula Januari hingga Oktober 2024 adalah seramai 14,438 pencarum di Negeri Pahang. Skim ini bertujuan untuk melindungi golongan pekerja sendiri dari sebarang kecederaan berkaitan bencana kerja meliputi Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal, Elaun Layanan-layanan Sentiasa, Faedah Orang Tanggungan, Faedah Pengurusan Mayat, Faedah Pemulihan dan Faedah Pinjaman Pendidikan.

Pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan melalui PERKESO dengan hanya membayar RM23.30 sahaja dan kerajaan akan menyerap 90% dari tajaan perlindungan. Selain itu, PERKESO memperkenalkan lagi satu perlindungan iaitu Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah yang bagi melindungi semua golongan suri rumah wanita yang merupakan tulang belakang dan tonggak utama institusi kekeluargaan. Bermula Januari sehingga Oktober 2024 seramai 10,476 orang pencarum suri rumah di negeri Pahang telah berjaya didaftarkan di bawah skim ini. Perlindungan hanya bernilai RM120.00 setahun.

Sebanyak RM50 juta telah dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan bagi melanjutkan tanggungan bayar caruman SKSSR kepada 400,000 suri rumah wanita seluruh Malaysia yang berdaftar di bawah eKasih pada tahun ini. Terima kasih.

Yang Berhormat Sri Dato' Yang di-Pertua,

Saya nak bangkitkan beberapa isu telah ditanya oleh Ahli-ahli Yang Berhormat untuk soalan tambahan untuk ADUN Tanah Rata meminta kaunter PERKESO membuka hanya setiap bulan satu kali. Namun, saya telah… akan bawa kes ini ke pusat ibu pejabat. Mungkin kita buka dua kali dalam satu bulan, dua kali sebulan selama 4 hari. Maknanya, contohnya pada hari minggu pertama dan minggu ketiga pada setiap hari Rabu dan Khamis di Pejabat Daerah Cameron Highlands bagi memberi akses perkhidmatan PERKESO. Untuk menjawab soalan tambahan Kuala Sentul. Kuala Sentul tak ada? Mohon pandangan kerajaan negeri berhubung isu beras tempatan yang dikatakan sebagai beras import. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, melalui pemeriksaan rutin yang dijalankan dari semasa ke semasa di negeri Pahang terhadap rantaian industri padi dan beras dipetik… didapati bahawa tiada berlaku isu beras tempatan yang dikatakan beras import. Sekiralah sesiapa Ahli Yang Berhormat menemui aktiviti seperti yang dinyatakan silalah lapor kepada rasmi kepada Kawal Selia Padi Beras Cawangan Kuantan atau Temerloh atau tindakan lanjutnya di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 Akta 552 atau calllah saya.

Tuan Ho Chi YangDAP · PHTanah Rata

Boleh mohon mencelah YB EXCO? Terima kasih Dato’ Sri Speaker, saya rujuk kepada jawapan EXCO tadi. Terima kasih kepada perhatian dan juga bantuan YB EXCO bahawa mungkin akan buka dua hari sebulan kaunter PERKESO di Cameron. Cuma saya cadangkan sekiranya boleh mungkin juga pertimbangkan. Contoh PERKESO sewa lot-lot kosong dalam kompleks. Memang ada banyak di kawasan Cameron Highlands untuk dijadikan sebagai pejabat yang kekal. Terima kasih.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih ADUN Tanah Rata. Saya akan panjang ke ibu pejabat, sebab bukan saya yang tentukan. Okey untuk menjawab er...

Boleh mencelah sikit Yang Berhormat, Yang Hormat Dato' Sri Speaker, saya nak minta penjelasan sikit pasal beras tempatan tadi. Er... adakah beras tempatan akan didapati semula di pasaran selepas ini? Atau memang dah tak ada dah beras tempatan dijual di pasaran selepas ini? Kalau ada, kalau boleh dapat bila kita boleh dapat beras tempatan itu berada seperti biasa sebelum ni boleh dibeli di pasaran dan di kedai? Terima kasih.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih ADUN Beserah. Boleh saya jawab besok sebab saya nak jawab soalan. Boleh… eh bagi saya habis dulu. Okey, so untuk soalan tambahan ADUN Panching, sejauh manakah beras-beras tersebut dapat berada di pasaran. Lebih kurang samalah. Saya boleh tanya Panching sikit tak, Panching setahun berapa kilo beras you makan boleh tahu tak? Agak-agak.

Biasa kita beli 10 kilo sebulan je. Kalilah 12 bulan.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Maknanya 100. Satu orang ada satu keluarga. Satu keluarga. Jimatlah tu. Kalau ikut statistik yang kita dapat seorang perlu 80 kilo. Okey, untuk saya menjawab soalan beras ya. Jumlah beras yang dihasilkan oleh negeri Pahang bagi beras tempatan adalah 14,000 tan metrik setahun. Jika mengikut jumlah penduduk negeri Pahang, ia sememangnya tidak mencukupi. Beras yang mencukupi bagi penduduk negeri Pahang hanya berjumlah 1.6 juta penduduk di Pahang. Inilah kalau kita kali 80, so keperluan untuk setahun kita perlu 133.600 tan metrik. So, kalau ini tak campur lagi warga asing. Kita haruslah ingat hasil beras di Malaysia ini, di semenanjung tidak mencukupi dan disebabkan oleh ketidakcukupan itu, Malaysia telah mengimport beras sebanyak 45% dari jumlah yang diperlukan. Jadi kita ditanyalah kecukupan beras tempatan tidak akan mencukupi kerana hasil sedia ada hanya mampu menyediakan 55% dari permintaan penduduk Malaysia. Untuk menjawab soalan tambahan dari Damak untuk makluman Damak, er... yang mengatakan harga kelapa sebiji RM1.90. Harga kawalan kementerian dan ke RM2.80. Untuk maklumat Damak, harga kelapa kita tak kawal.

Okey, jangan salah fakta kita tak kawal kita hanya kawal pada musim perayaan sahaja. Itu masuk dalam list er... kita kawal. Okey, so untuk Damak mungkin penurunan harga akan dijangka berlaku pada Dise… akhir Disember ini. So, kenapa kita mula balik, er... dah dekat.

Untuk menjawab Cheka, Cheka pun tak ada pula. Bertanyakan selain daripada garis panduan menunaikan solat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia. Dicadangkan supaya kerajaan negeri mewujudkan satu mekanisme pelaburan secara dalam talian untuk memudahkan pekerja melaporkan majikan yang tidak memberikan pelepasan kepada pekerja beragama Islam menunaikan solat.

Oh ada dah. Terima kasih Cheka. Salah satu, saya nak jawab ya, salah satu prinsip dalam Rukun Negara adalah ‘Kepercayaan kepada Tuhan’. Prinsip ini melambangkan agama Islam ini adalah rakyat untuk terutama untuk rakyat Malaysia. Kira-kira lebih kuranglah terutama kira kepada kira-kira 14.85 juta tenaga kerja di Malaysia, sama ada tempatan ataupun warga asing. So, majoritilah adalah beragama Islam. So kita hormati sama menghormati. Yang saya macam saya bangkit kalau ada masalah YB Cheka boleh call saya. Wagai… wagai macam mana pun. Okey takpa takpa, hari ni kurang sihat sikit okey. Kita memang ada talian. Okey.

Pejabat Tenaga Kerja Kuantan. Kalau Yang Berhomat nak tulis nombor boleh tulis ya. 09, bukan nombor saya ya. Yang ni nombor office, 514 6042. Pejabat Tenaga Kerja Pekan, 09-422 1319. Pejabat Tenaga Kerja Bentong, 09-222 1402. Pejabat Tenaga Kerja Raub, 09-355 1166. Pejabat Tenaga Kerja Temerloh, 09-296 1207. Yang akhir sekali, nombor sayalah, kalau nak call. Nak juga?

Terima kasih Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berhormat... EXCO kerajaan negeri. Saya bangkitkan isu semalam ialah mekanisme. Kalau ada majikan yang tak benar pekerja dia sembahyang Jumaat. Mekanisme yang ada ialah dia kena buat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja.

Soalannya, tak mungkin pekerja itu nak mengadu kepada Jabatan Tenaga Kerja sebab nanti dia diblacklist oleh company dia. Dia akan ambil tindakan. Saya mencadangkan supaya satu mekanisme lebih mudah supaya identiti pelapor itu tidak diketahui oleh majikan dia ataupun kita melalui Kesatuan. Saya fikir Kesatuan lebih baiklah. Kesatuan dia menghantar memorandum kepada EXCO supaya maklum. Tapi saya fikir kita cari jalan macam nak selesai masalah yang mereka hadapi. Itu sahaja. Terima kasih.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih wakil Cheka. Kalau Cheka ada jumpa pengadu seperti macam ini datanglah ke JTK pejabat. Nama akan dirahsiakan. Dia tak tahu siapa. Kita akan rahsiakan semua nama. Siapa pengadu mari, kita rahsiakan. Dan kita ambil tindakan terhadap majikan. Yang macam saya kata kita tak ada Akta. Hanya kita boleh bagi nasihat kepada majikan.

Untuk menjawab soalan tambahan Sabai. Sabai ada, okey. Inisiatif belanjawan negeri menerusi Yayasan Pahang bagi melaksanakan program jaminan kerjaya. Memohon pencerahan kerajaan negeri. Bagaimana program jaminan kerjaya bakal dilaksanakan kerana isu pengangguran adalah isu mendesak dan memerlukan penyelesaian efektif.

Jawapan saya adalah program jaminan kerjaya yang mempunyai 27 bidang pekerjaan memberi peluang hampir 2,000 pencari kerja belia setiap tahun. Peserta akan

menjalankan kursus latihan kemahiran selama 1 hingga 3 bulan dan dijanjikan pekerjaan selepas tamat latihan. Sehingga kini, seramai 6,277 orang telah memperolehi manfaat sejak diperkenalkan pada tahun 2018. Program ini dijalankan oleh anak syarikat Yayasan Pahang iaitu YP Advanced Skill.

Untuk soalan tambahan dari Sabai juga. Mencadangkan agar bilangan pengambilan penjawat awam kaum India dapat dipertingkatkan di dalam sektor Perkhidmatan Awam Negeri Pahang, Agensi Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan berdasarkan permohonan dan kelayakan.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang mengambil maklum cadangan yang telah dikemukakan hanya melantik penjawatan di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Pahang sahaja, manakala Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan akan membuat pelantikan jawapan er.. jawatan di bawah pentadbiran masing-masing.

Suruhanjaya ini mengamalkan sistem pengambilan sepanjang tahun. Oleh itu, calon boleh memohon pada bila-bila masa berdasarkan kelayakan masing-masing. Suruhanjaya ini juga telah melakukan hebahan melalui laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang. Dan juga laman website rasmi bagi memastikan info kekosongan jawatan tersebut diketahui… diketahui umum.

Selain itu juga, suruhan… Suruhanjaya turut membuat hebahan melalui 2 surat khabar utama setiap tahun serta akan bekerjasama dengan pihak Pahang Media untuk membuat hebahan di dalam portal rasmi Kerajaan Pahang dan portal-portal yang berkaitan.

Yang Amat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan serta cadangan melibatkan portfolio saya. Saya menghargai segala cadangan dan akan mengambil tindakan sewajar berdasarkan input yang diterima. Saya bersama jentera-jentera di bawah portfolio saya dari semasa ke semasa sentiasa berusaha sedaya-upaya untuk memastikan keperluan harian sentiasa ada dalam ada dan mencukupi.

Justeru, kami sentiasa mengalu-alukan cadangan penambaikan dan sebarang bentuk kerjasama daripada semua pihak. Jika ada sebarang masalah, bolehlah teruslah hubungi saya. Calllah ya, ajak minum pun.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Dato' Sri Speaker, boleh saya mencelah sedikit?

Speaker

Bagi… Yang Berhormat kita nak bagi EXCO yang satu lagi berucap. Kita pun masa dah lewat kita dah terlewat. Patutnya tengah-tengah tadi Yang Berhormat ini.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Saya juga ingin mengucap terima kasihlah kepada setinggi-tinggi tahniah kepada YB Menteri Besar Pahang atas segala strategi dan inisiatif yang dibentangkan dalam ucapan belanjawan tahun 2025. Akhir kata, saya mohon menyokong Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2025 dengan tema ‘Prestasi Dipertingkatkan, Kemakmuran Dipertahan’ yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia. Nak bagikan laluan satu lagi. Dijemput EXCO Komunikasi, Multimedia, Belia dan Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan. Selepas ini kita akan berhenti rehat.

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Marilah kita menadah tangan memanjatkan kesyukuran Kehadrat Allah SWT kerana diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan untuk memikul amanah dan tanggungjawab bagi berunding, menimbang, bertukar pandangan serta mencari penyelesaian yang terbaik di Dewan yang mulia ini demi negeri Pahang yang tercinta. Bagi saya, Belanjawan Pahang 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja, Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, dengan tema ‘Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan’ sesungguhnya menggambarkan iltizam, komitmen serta kesungguhan tidak berbelah bahagi Kerajaan Negeri Pahang untuk menggembleng segenap daya usaha dan kudrat bagi melonjakkan prestasi dan pencapaian negeri ini ke tahap yang lebih tinggi.

Menelusuri Belanjawan Pahang 2025, kita dapat melihat apa yang cuba dipotretkan melalui penetapan hala tuju yang jelas serta mengambil kira kepentingan semua pihak dan setiap segmen yang ada dalam masyarakat di negeri ini. Sudah barang tentu di akhirnya nanti segala perancangan yang telah dirangka dalam belanjawan ini akan memberikan manfaat yang besar kepada rakyat dan negeri ini tanpa mengira latar belakang, umur, keturunan mahupun perbezaan fahaman politik, agama dan budaya. Yang bulat tidak dating, bergolek yang pipih tidak datang melayang. Sesungguhnya kejayaan mencapai kutipan hasil melebihi RM1 bilion untuk tiga tahun berturut-turut, bukan sekadar mencerminkan kecekapan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail tetapi ia adalah pencapaian yang hebat dan cukup luar biasa berkat usaha gigih dan khidmat bakti yang bersungguh-sungguh sehingga membolehkan Pahang kini berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negeri-negeri maju yang lainnya di negara ini.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya ingin menarik perhatian Dewan dalam sesi penggulungan ini untuk menyentuh beberapa perkara berkaitan portfolio saya yang menyentuh komunikasi dan multimedia, belia, sukan dan badan-badan bukan kerajaan di negeri ini. Pertamanya menjawab pertanyaan daripada sahabat saya ADUN Tahan berhubung usaha meningkatkan liputan internet di kawasan pedalaman termasuk di Kampung Gusai, sukacitanya saya menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri Pahang bersama SKMM sentiasa berusaha sehabis baik bagi meningkatkan kadar liputan internet di kawasan

berpenduduk di negeri ini termasuklah di kampung-kampung tradisional, kawasan penempatan penduduk di pedalaman, perkampungan Orang Asli, jajaran jalan raya dan kawasan pelancongan luar bandar.

Berdasarkan statistik terkini, kadar peratusan liputan internet di kawasan berpenduduk di negeri Pahang telah meningkat kepada 99.33% berbanding sebelum pelaksanaan Jalinan Digital Negara iaitu 89.1% pada tahun 2020. Pada masa yang sama, pihak penyedia perkhidmatan ketika ini sedang giat menjalankan usaha penambahbaikan kapasiti duan… dan kualiti rangkaian untuk menyediakan capaian internet yang lebih baik di seluruh negeri Pahang.

Berhubung isu kekerapan gangguan capaian internet di Kampung Gusai iaitu kampung paling hujung di Tahan seperti yang dibangkitkan oleh ADUN Tahan, permasalahan ini adalah disebabkan oleh kabel gentian optik yang sering rosak dan terputus berpunca daripada haiwan liar, runtuhan dahan pokok dan bekalan elektrik yang kurang stabil ke menara telekomunikasi.

Sebagai langkah penyelesaian, pihak Fiber Com selaku syarikat yang menyediakan rengkean… rangkaian gentian optik di mukim Hulu Tembeling sedang dalam proses menggantikan keseluruhan kabel gentian optik bermula dari Kuala Tahan sehingga ke Kampung Mat Daling dan juga Kampung Gusai dengan jarak sejauh lebih 40 kilometer. Kerja-kerja ini telah pun bermula pada Mac tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga pada tahun hadapan. Rangkaian gentian optik ini sangat penting kerana ianya digunakan oleh kesemua menara telekomunikasi di mukim Hulu Tembeling, termasuk empat buah menara baru yang telah siap dibina di bawah inisiatif JENDELA.

Kerajaan Negeri Pahang bersama dengan SKMM akan terus memberi tumpuan kepada baki-baki projek di bawah inisiatif JENDELA yang masih belum selesai untuk disiapkan sepenuhnya sebelum penghujung suku pertama tahun hadapan. Usaha ini termasuklah membi… memastikan baki 108 menara telekomunikasi lagi akan siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang se… akhir suku pertama tahun hadapan. Bagi menara-menara baru yang masih belum disambung dengan rangkaian gentian optik, pihak telco akan menggunakan teknologi satelit Starlink bagi penyediaan transmisi sebagai langkah interim sementara menunggu kerja-kerja penyambungan gentian optik siap sepenuhnya.

Kedua, memastikan baki 22,919 premis lagi dirangkaikan dengan gentian optik sebelum penghujung tahun ini dan yang ketiga menyiapkan baki enam struktur pemancar 5G disiapkan penghujung tahun ini sebelum pelaksanaan fasa kedua pemasangan atau pembinaan struktur pemancar 5G pada tahun hadapan bermula.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Sementara itu, Kerajaan Negeri Pahang telah memperkenalkan Pahang Rural Internet Services and Multimedia Access atau lebih dikenali sebagai PRISMA yang merupakan kesinambungan pelaksanaan jalur lebar internet… internet satellite di kawasan pedalaman yang mempunyai masalah capaian internet di negeri ini. Inisiatif PRISMA ini mula diperkenalkan pada tahun 2022 dengan 50 buah kampung dan diteruskan pelaksanaannya kepada 76 kampung pada tahun 2023.

Pada tahun ini, sebanyak 46 kampung telah dikenal pasti untuk disambung dengan inisiatif PRISMA ini. Manakala pada tahun hadapan, Kerajaan Negeri Pahang melalui belanjawan kali ini memperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk kesinambungan

Program PRISMA ini. Prisma merupakan ini… inisiatif interim sementara menunggu pelaksanaan JENDELA yang dilaksanakan oleh SKMM siap sepenuhnya.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Selain itu, di bawah Belanjawan Negeri Pahang, sebanyak RM5.8 juta akan diperuntukkan bagi pemantapan infrastruktur ICT dan pengkalan data untuk meningkatkan kecekapan tadbir urus dan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Daripada jumlah ini, sejumlah RM250,000.00 disediakan untuk penggantian infrastruktur rangkaian komunikasi ICT di jabatan-jabatan negeri seperti Pejabat Daerah dan Tanah, Sekolah Menengah Agama, Pejabat Agama Islam Daerah, Pejabat Pertanian Daerah dan Kompleks Tun Razak. Dengan adanya peruntukan ini, perkhidmatan rangkaian komunikasi ICT di lokasi terlibat akan dapat dipertingkatkan kualitinya dan kelajuan capaian bagi memastikan sistem pencapai… penyampaian perkhidmatan kerajaan akan lebih efisien dan pantas.

Sebelum menyambung kepada portfolio seterusnya, saya ingin menjawab pertanyaan daripada ADUN Lanchang berkenaan Syarikat VC Telecoms yang ingin membuat bancian kepada keluarga miskin terutamanya kepada pelajar-pelajar miskin di sekitar Lanchang. Kerajaan negeri setakat ini tiada sebarang maklumat berkenaan program bancian tersebut. Bagaimanapun, semakan akan dibuat dengan pihak syarikat… syarikat untuk mendapatkan butiran terperinci. Berdasar kepada semakan bersama MCMC, pihak VC Telecoms ini merupakan syarikat yang telah dilantik oleh Kementerian Komunikasi bagi melaksanakan Projek PoP atau dengan izin Point of Presence Fasa 1 bermula dari tahun 22… 2022 dan dijangka siap pada penghujung tahun 2023.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Kerajaan Negeri Pahang melalui Unit Komunikasi Strategik Negeri Pahang telah diberikan peranan untuk menyampaikan segala maklumat yang tepat lagi benar berkaitan segala inisiatif dan program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui laman sosial Pahang Media dan Kerajaan Negeri Pahang sama ada di platform Facebook, TikTok mahupun IG. Segala informasi ini dipaparkan dan segenap lapisan masyarakat termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menjadikannya sebagai sumber rujukan dan juga panduan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Menerusi Belanjawan Pahang kali ini, sejumlah RM200,000.00 diperuntukkan untuk Program Karya Anak Pahang yang bertujuan memberi galakan kepada anak-anak Pahang untuk berkongsi karya, nukilan mahupun kreativiti sama ada dalam bentuk video, gambar ataupun penulisan berkaitan rakyat dan negeri ini.

Sepanjang Program Karya Anak Pahang dijalankan, pihak Unit Komunikasi Strategik Negeri Pahang telah menerima 545 penyertaan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang bekerja dan bermastautin di negeri ini. Sehingga kini, seramai 228 peserta telah dipilih sebagai pemenang bagi Program Karya Anak Pahang ini. Program ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pahang menyokong penuh serta menghargai kreativiti dan karya yang dihasilkan yang membawa nilai positif serta mengukuhkan identiti budaya, sejarah selain mempromosi alam sekitar dan pelancongan serta segala kelebihan yang terdapat di negeri ini.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Berkaitan belia dalam belanjawan kali ini, golongan belia dan anak muda terus mendapat perhatian penting daripada Kerajaan Negeri Pahang. Peruntukan berjumlah RM1.5 juta telah disediakan bagi meneruskan beberapa inisiatif dan program berkaitan belia antaranya sambutan Hari Belia, Hari Sukan Negara, Hari Sukarelawan Anak Pahang dan pelbagai inisiatif dan program lagi. Selain itu, Majlis Belia Negeri Pahang yang menjadi penggerak aktiviti belia di negeri ini terus diperkasakan dengan peruntukan berjumlah RM1 juta. Peruntukan ini membuktikan kepercayaan Kerajaan Negeri Pahang terhadap Majlis Belia Negeri Pahang yang selama ini telah berjaya memainkan peranannya dengan menggerakkan aktiviti serta program yang berimpak dan berkesan kepada golongan belia di negeri ini.

Berkaitan soalan yang dibangkitkan oleh YB Chini berkenaan langkah atau perancangan seterusnya untuk mengukuhkan kerjasama antara belia negeri Pahang dan juga belia Sarawak. Sukacita saya memaklumkan bahawa kerjasama ini telah pun dirintis dalam pertemuan saya dengan Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Dato’ Sri Abdul Karim pada Ogos yang lalu. Sekarang kita telah membentuk satu jawatankuasa untuk memperincikan pelan dan hala tuju serta kerjasama yang akan diadakan antara belia Pahang dan belia Sarawak, insya-Allah.

Berkaitan soalan tambahan yang dibangkitkan oleh YB Tanah Rata iaitu adakah kerajaan negeri bercadang untuk menyediakan laporan mengenai senarai cadangan dan pandangan yang dibangkitkan oleh ADUN-ADUN Belia dalam Persidangan Dewan Belia baru-baru ini. Terima kasih Yang Berhormat Tanah Rata, sememangnya kita ingin berkongsi pandangan dan maklum balas tersebut dan kita akan sekalikan dengan dapatan atau hasil serta maklum balas yang kita dapati dalam Retreat Pemimpin Muda Pahang yang akan dilaksanakan pada bulan depan… pada minggu depan, minta maaf. Tapi dapatan daripada Persidangan ADUN Belia dan Retreat Pemimpin Anak Muda ini akan terlebih dahulu dibentangkan kepada pengetahuan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang.

Berhubung soalan Yang Berhormat Padang Tengku mengenai cadangan pembinaan Kompleks Kegiatan Belia di Kampung Tempoyang, Lipis. Pihak Jabatan Belia dan Sukan telah pun menyenaraikan projek ini dalam permohonan… permohonan Rolling Plan II Rancangan Malaysia Ke-12. Projek ini telah dibentangkan dalam setiap rolling plan kepada Kementerian Ekonomi oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan. Namun setakat ini ia masih belum diluluskan.

Mengenai projek naik taraf gelanggang futsal FELDA Kechau 1, projek ini telah pun diluluskan. Walau bagaimanapun, ia terpaksa ditangguhkan akibat kekangan kewangan atau peruntukan Kementerian Belia dan Sukan. Berhubung dengan inisiatif sukan, saya menyambut baik keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang dalam meningkatkan mutu dan kualiti kemudahan sukan di negeri Pahang. Pengumuman Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar berhubung pembinaan kompleks sukan baharu di Benta yang menelan belanja RM3 juta disambut dengan begitu gembira bukan sahaja oleh anak muda di Benta tetapi juga anak muda dan belia di Pahang Barat khususnya di Lipis, Raub, Cameron Highlands dan juga Bentong.

Ini memberi peluang kepada anak muda ini untuk mengasah bakat mereka dalam bidang sukan itu sendiri dan Majlis Sukan Pahang akan monitor rapat… memantau rapat perkembangan kompleks belia dan sukan ini, sekali gus menjayakan usaha kita bersama untuk melahirkan atlet Pahang berprestasi tinggi.

Berhubung pertanyaan ADUN Mentakab dan juga ADUN Lantikan berkenaan cadangan membina kolam renang di Temerloh. Suka saya… sukacita saya menjelaskan bahawa pembinaan fasiliti sukan di daerah adalah di bawah kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan. Walau bagaimanapun, Majlis Sukan Pahang selaku agensi yang menyelaras program sukan berprestasi tinggi di negeri ini amat menyokong usaha ini agar pembangunan sukan termasuk sukan renang dapat diperluaskan di seluruh daerah. Majlis Sukan Pahang pernah mengadakan perjumpaan bersama individu yang ingin membina sendiri kolam renang di atas tanah kosong di Taman Rimba, Mukim Mentakab, Temerloh.

Walau bagaimanapun, permohonan ini telah ditolak oleh Majlis Perbandaran Temerloh disebabkan tanah tersebut tidak selaras dengan syarat hak milik sementara bagi membenarkan pembangunan bersifat komersial atau rekreasi dan pembinaan struktur tetap. Walau bagaimanapun, Majlis Perbandaran Temerloh ketika ini sedang menimbang satu permohonan dari sebuah syarikat swasta untuk membina sebuah kolam renang di Mentakab. Majlis Perbandaran Temerloh telah menasihati, menasihati pemohon untuk mengemukakan permohonan tukar syarat tanah terlebih dahulu, disusuli permohonan Kebenaran Merancang bagi membolehkan projek ini dilaksanakan.

Berhubung pelbagai persoalan yang dibangkitkan ketika perbahasan oleh Yang Berhormat Lepar berkenaan dengan sukan. Sebenarnya saya dan Yang Berhormat Lepar sering bertukar pandangan berbincang mengenai kemajuan sukan di negeri ini sebab Yang Berhormat Lepar sendiri memang cukup minat dengan bidang sukan. Sebenarnya, Majlis Sukan Pahang telah mengadakan satu kerjasama yang rapat dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pahang termasuklah dengan sekolah-sekolah sukan yang ada di negeri ini khususnya Sekolah Sukan Malaysia di Gambang dan Sekolah Sukan Pahang di Seberang Temerloh dan dalam kerjasama ini telah banyak persetujuan dicapai.

Pertamanya, yang menjadi kebimbangan Yang Berhormat Lepar adalah berkenaan dengan kemasukan atlet-atlet Pahang atau pelajar-pelajar Pahang di sekolah sukan ini dan saya sendiri mendapat jaminan daripada Pengarah Pendidikan Negeri Pahang untuk memberi keistimewaan dan kelebihan kepada pelajar-pelajar Pahang itu sendiri untuk masuk atau belajar di Sekolah Sukan Malaysia di Gambang ini dan proses ini sedang berlangsung. Namun, pelajar-pelajar ini perlu juga mematuhi syarat-syarat permohonan yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan antara kerjasama lain antara Majlis Sukan Pahang dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang ini adalah kita melantik seramai-ramainya jurulatih di kalangan guru di setiap daerah.

Setakat ini, saya difahamkan ada seramai 21 guru yang minat dan mahir serta berpengalaman dalam bidang sukan ini telah dilantik melalui kerjasama ini dan guru-guru yang memiliki kemahiran ini memperolehi allowance… elaun sekitar RM500.00 ke RM700.00 sebulan berdasarkan kelayakan atau sijil yang mereka miliki. Jadi sekarang sedang rancak dilaksanakan di seluruh negeri Pahang ketika ini dan kita harap kerjasama antara Majlis Sukan Pahang dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Pahang ini akan memberi impak besar dalam penyertaan kita untuk SUKMA di Selangor dua tahun lagi. InsyaAllah. Seterusnya bagi menjawab...

Sebelum beralih pada soalan lain, saya nak kaitkan apa yang dibangkitkan oleh YB ADUN Pelangai tentang penggunaan stadium di Jengka. Sekarang ni banyak

kekosongan tidak ada… tidak… kita tak utilizekan penggunaan stadium tersebut. Dulu ada banyak pertandingan peringkat kebangsaan pernah dibuat di Stadium Jengka. Tapi mutakhir ini kita tengok kosong. Jadi saya nak tengok supaya kita dapat optimakan penggunaan stadium tersebut supaya dapat balik… mendapat income kepada FELDA yang punya… tuan punya pada stadium.

Terima kasih Yang Berhormat Cheka. Sebenarnya yang stadium di Jengka tu adalah di bawah kendalian dan kelolaan FELDA. Jadi sebarang aktiviti di sana sememangnya diuruskan oleh pihak FELDA. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan negeri ada mengaturkan program-program atau liga-liga bola sepak menggunakan Stadium Jengka ini. Cuma mungkin sedikit kekangan sebab bila mana perlawanan bola sepak misalnya terutama melibatkan pasukan-pasukan luar, mereka memerlukan ada penempatan atau penginapan. Mungkin masa pembinaan itu tidak mengambil kira keperluan-keperluan tersebut. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan negeri termasuk Majlis Sukan Pahang dan juga Jabatan Belia dan Sukan Pahang sentiasa ada kerjasama menganjurkan aktiviti atau program di stadium tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Boleh gulung Yang Berhormat.

Saya kena jawab sikit soalan Sabai ni. Kalau tidak dia akan kacau saya di luar dewan Dato' Sri Speaker. Sikit sahaja Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Tak apa, tak apa jawab, kemudian gulung.

Berkenaan dengan pertanyaan daripada ADUN Sabai yang memohon satu fasiliti sukan dibina di DUN Sabai. Pihak kerajaan negeri sentiasa menggalakkan pembinaan infrastruktur sukan ini. Walau bagaimanapun, mungkin pihak Yang Berhormat Sabai boleh bagi cadangan tapak dan kita sama-sama turun padang untuk melihat tapak tersebut sama ada sesuai atau tidak untuk dibangunkan untuk infrastruktur atau fasiliti sukan ini bagi memenuhi keperluan anak muda di DUN Sabai itu sendiri.

Penutupnya Yang Berhormat Dato' Sri, saya yakin dan percaya negeri Pahang yang kita sayangi ini berada di landasan yang tepat untuk muncul sebagai sebuah negeri yang setanding dengan negeri-negeri maju yang lain. Tetapi hasrat ini sukar dicapai sekiranya kita yang berada di dewan ini masih gagal mencari titik persamaan dan mengetepikan perbezaan. Rakyat akan menilai sejauh mana kebersamaan kita semua di dalam dewan ini. Selaku wakil rakyat yang telah diberikan amanah dan tanggungjawab bukan sahaja untuk mengangkat kepentingan masyarakat di kawasan masing-masing tetapi juga menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negeri ini. Kita menjadi tempat rakyat bergantung harap. “Umpama rimbun pokok, tempat

bernaung. Lebar daun, tempat berteduh. Besar banir, tempat berlindung. Uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar”. Saya dengan kata-kata itu menyokong penuh Belanjawan yang cukup komprehensif dan berdaya saing yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Ahli Dewan menepuk meja).

Speaker

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih kepada EXCO Komunikasi, Multimedia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan. Kita telah mendengar 4 Wakil Kerajaan penggulungan sebelah pagi ini. Insya-Allah kita akan sambung lagi pada sebelah petang ini. Seramai 6 lagi untuk kita habiskan dan pada hari besok, kita akan memberikan ruang yang sepenuhnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menjawab dan seterusnya kita akan meluluskan Usul dan juga Rang Undang-Undang. Untuk itu, saya akan menempoh persidangan ke sebelah petang dan persidangan ini akan disambung semula pada pukul 2:45 petang.

[Persidangan ditempohkan]

Sambungan Menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2025) 2024Bill

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga. Sambungan Menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2025) 2024.

Speaker

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian. Kita masih lagi atas perkara menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2025) 2024. Dan pada petang ini, pihak kerajaan akan menyambung menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan yang lepas. Baiklah, kita saya menjemput EXCO Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah keizinanNya, maka dapat kita bersama-sama di dalam dewan yang mulia pada hari ini. Saya memulakan penggulungan ini dengan merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang telah membentangkan Belanjawan 2025 Negeri Pahang.

Ternyata ianya merupakan bajet yang sangat baik menyentuh pelbagai aspek. Ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh portfolio saya iaitu EXCO Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga. Yang Berhormat Yang di-Pertua, setiap langkah kecil yang kita ambil untuk membangun masyarakat adalah benih harapan yang kita tanam untuk masa depan. Dalam usaha membela kebajikan masyarakat, kita bukan hanya menyentuh kehidupan individu tetapi turut mencorakkan masa depan negeri kita dengan semangat dan komitmen, marilah kita teruskan perkhidmatan ini bersama.

Pada tahun 2024, Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang telah menyediakan inisiatif dan… dan bantuan yang memberi manfaat kepada rakyat khususnya kumpulan sasar JKM seperti berikut. Bagi mengukuhkan tadbir urus dalam pengurusan bencana negeri Pahang, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta kepada wang Amanah Jawatankuasa Malapetaka Negeri Pahang iaitu peningkatan sebanyak 31.5% bersamaan RM2.4 juta berbanding peruntukan tahun 2023 sebanyak RM7.6 juta. Kerajaan negeri juga memberi fokus kepada kesejahteraan rakyat di mana penekanan kepada aspek kebajikan dan keperluan rakyat termasuk kebajikan warga emas dan orang kurang upaya. Di antara program-program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut;

Program Khidmat Bantu di Rumah yang telah memberi manfaat kepada seramai 7,712 orang penerima bantuan dari kalangan warga emas dan OKU dengan kerjasama Majlis Tindakan Sosial Pahang dan Gabungan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan dengan peruntukan berjumlah sebanyak RM2.058 juta. Pemberian secara one-off kepada penyelia dan petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti dengan jumlah sebanyak RM500.00 kepada seramai 300 orang penyelia dan petugas bagi tujuan

menghargai sumbangan yang telah diberikan kepada golongan OKU dengan jumlah peruntukan sebanyak RM150,000.00. Di samping itu juga, kerajaan negeri telah menubuhkan mewujudkan Majlis Penasihat OKU di setiap daerah dan setiap majlis ini menerima geran sebanyak RM10,000.00 dan tujuan geran ini adalah untuk kegunaan OKU yang semalam. Saya tak ingat sahabat mana yang bertanya mengenai program luar pelatih OKU di PPDK, dengan adanya geran ini dan yang saya lihat selama ini geran ini digunakan untuk membawa pelatih-pelatih ini ke aktiviti luar daripada pusat PPDK tersebut dan juga pemberian bantuan one-off sebanyak RM250.00 kepada setiap pelatih OKU di Pusat Pemulihan dalam Komuniti dengan peruntukan sebanyak RM300,000.00.

Di samping itu juga, sambutan Hari Kebajikan yang menggabungkan sambutan Hari Orang Kurang Upaya Hari Warga Emas dan Hari Kanak-kanak di bawah satu program yang sama melalui peruntukan sebanyak RM250,000.00 dan juga pelaksanaan penanda aras premis mesra OKU dengan tujuan untuk mengiktiraf kemudahan mesra OKU dengan peruntukan sebanyak RM500,000.00. Bantuan Prihatin Pahang untuk 2024 pula dilaksanakan secara bersasar dan melibatkan penerima yang lebih ramai iaitu anak yatim di pusat jagaan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang telah menerima RM250.00 melibatkan 450 penerima dengan jumlah peruntukan sebanyak RM112,500.00. Dan juga sumbangan one-off kepada rumah anak yatim yang berdaftar dengan Kebajikan Masyarakat melibatkan 14 buah pusat jagaan dengan kadar RM10,000.00 dan jumlah peruntukannya sebanyak RM140,000.00 dan juga pemberian subsidi untuk pembedahan katarak mata kepada warga emas melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.

Sasaran asal adalah 500 orang tetapi dengan kecekapan dan ketelusan tata kelola Kerajaan Negeri Pahang telah berjaya melaksanakan program ini dengan memberi manfaat kepada seramai 950 orang iaitu melebihi sasaran awal dengan peruntukan yang sama. Inisiatif Kad Kesihatan Makmur Pahang iaitu Pahang Pride Kasih yang disebut sebelum ini, kerajaan negeri meneruskan pelaksanaan kad kesihatan kepada seramai 31,600 orang warga emas dan OKU yang berkelayakan dan bersesuaian meliputi seramai 14,800 orang penerima bantuan daripada JKM dan seramai 16,800 dari kawasan Dewan Undangan Negeri melibatkan peruntukan sebanyak RM16.8 juta dan inisiatif ini diteruskan lagi untuk tahun 2025.

Di samping itu juga, kerajaan negeri akan meneruskan inisiatif dan bantuan kepada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) dan pelaksanaan program Khidmat Bantu di Rumah dengan peruntukan sebanyak RM1.9 juta. Melalui pelaksanaan program ini, sukarelawan akan dapat memberi perkhidmatan sokongan kepada warga emas dan OKU dalam komuniti seterusnya dapat mengurangkan kemasukan warga emas dan OKU ke dalam institusi. Pemberian secara one-off kepada penyelia, petugas dan pelatih di Pusat Pemulihan dan Komuniti yang saya sebutkan tadi adalah menelan belanja ataupun implikasi kewangannya adalah sebanyak RM595,000.00 sebagai penghargaan kepada penyelia, pelatih dan juga petugas yang saya sebutkan tadi di mana program ini diteruskan lagi untuk tahun 2025.

Di bawah Inisiatif Makmur Pahang. Bagi penerima Inisiatif Makmur Pahang, kluster B40, anak yatim yang tinggal di bawah jagaan yang berdaftar dengan jabatan

Mohon Pencerahan. Yang Berhormat Speaker, pasal Pusat Pemulihan Dalam Komuniti tu yang seperti mana kita sebut mereka sekarang sedang berusaha untuk

mendapatkan lesen penjagaan kanak-kanak. Ada insentif untuk mereka dari segi pertama, penyelenggaraan bangunan. Untuk nak dapat lesen tu memang agak ketat syarat-syaratnya. Jadi, mereka perlu mengeluarkan dana untuk nak membaik pulih bangunan yang sedia ada. Yang keduanya, untuk aktiviti kerana untuk nak melaksanakan aktiviti mereka juga perlukan keperluan sokongan kewangan. Jadi, kalau ada pertimbangan daripada pihak kerajaan untuk melihat insentif-insentif yang boleh diberikan lagi kepada pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Terima kasih..

Terima kasih kepada sahabat yang bertanya. PPDK ni adalah di bawah federal sebenarnya dan seperti saya katakan tadi, daripada kerajaan negeri sendiri, kita bagi kepada penyelia, petugas dan juga pelatih di PPDK tersebut dan setakat ini yang… (Ahli berdehem) syarat-syarat untuk membuka ataupun geran kepada PPDK ini kita bergantunglah kepada dan kita tidak akan berkompromi dengan masalah keselamatan anak-anak.

Bagi inisiatif Pahang Makmur Kluster Umum yang… yang telah diteruskan untuk tahun 2025 adalah seperti berikut di mana yang saya sebutkan tadi, katarak mata tetap diteruskan dan juga pemberian kad kesihatan kepada warga emas, orang kurang upaya dan juga pemilihan daripada pemimpin setempat.

Tuan Yang di-Pertua, tidak dinafikan dari dulu, kini dan selamanya Kerajaan Negeri Pahang sangat prihatin terhadap kebajikan wanita. Sejumlah RM11juta… RM11.17 juta diperuntukkan kepada wanita pada tahun 2024 bagi merancakkan ekonomi, membangunkan sosial dan menjaga kebajikan wanita. Di antara program telah dilaksanakan adalah salah satunya program Anggun Maju. Program ini bagi menyokong strategi pemerkasaan ibu tunggal… ibu tunggal, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM420,000.00 untuk melaksanakan program Anggun Maju yang menyediakan kursus dan latihan kepada 1000 usahawan yang terdiri daripada ibu tunggal dan juga kita ada satu lagi program Anggun Niaga dan program Anggun Niaga ini adalah kalau Anggun Maju er… ibu tunggal, Anggun Niaga adalah wanita biasa yang berniaga yang daripada golongan B40 dan kita satukan Anggun Maju dan juga Anggun Niaga ini dan kita sebutkan juga Anggun Usaha. Banyak anggun ya, itu tolaklah Anggun Suri ya… yang sedang kita jalankan dan kita satukan Anggun Niaga dan Anggun Usaha ini, kita bagi mereka pendedahan tentang penambah ilmu pengetahuan supaya mereka dapat diterap dalam… yang dapat diterap dalam perniagaan mereka yang kita namakan Anggun Maju. Saya harap faham ya, tak berbelit-belit penerangan saya.

Seterusnya, Program Pemerkasaan Wanita, Kepimpinan Wanita Muda. Wanita muda adalah aset penting dalam pembentukan kepimpinan yang progresif dan inklusif. Pemerkasaan kepimpinan wanita muda adalah satu usaha strategik untuk membentuk generasi pemimpin masa hadapan yang bukan sahaja berwawasan, tetapi juga berupaya memberi impak positif kepada masyarakat. Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Negeri Pahang telah bekerjasama dengan pihak UCYP Universiti melalui Tun Ghazali Shafie Institute for Strategic Leadership untuk mengadakan sebuah program khusus kepada belia wanita di negeri Pahang yang mempunyai minat dan potensi kepimpinan dalam bidang masing masing. Program yang dikenali sebagai Women as Nation Leaders merupakan inisiatif TGS-ISL ini untuk menangani kekurangan representasi wanita dan jurang gender dalam jawatan kepimpinan, pengetahuan digital dan juga teknologi, kesejahteraan fizikal dan mental, perkongsian tokoh serta penampilan dinamik.

Seterusnya, program Usahawan Suri Rumah adalah inisiatif yang bertujuan untuk memperkasakan golongan suri rumah agar mereka dapat menjana pendapatan sendiri tanpa menjejaskan tanggungjawab utama terhadap keluarga. Program ini menyediakan pelbagai peluang kepada suri rumah untuk mempelajari kemahiran keusahawanan, membangunkan produk atau perkhidmatan serta memasarkan hasil usaha mereka secara efektif sama ada secara fizikal mahupun melalui platform digital. Program ini dinamakan sebagai program SuriTekno memfokuskan untuk meningkatkan keupayaan menggunakan teknologi digital yang bersesuaian dalam kalangan suri rumah agar dapat menjana manfaat daripadanya. Banyak aspek dapat dipelajari terutama dalam pencarian maklumat yang sahih, aspek keselamatan siber, pemasaran digital dan media sosial sebagai platform, bermanfaat dalam kehidupan seharian. Seramai 200 orang suri rumah telah menyertai program ini dan lebih 50 orang telah berjaya mempunyai pendapatan sendiri

Dan satu lagi ialah program Anggun Suri yang sedang berjalan sekarang di mana ia merupakan program perkahwinan beramai-ramai yang diadakan di 4 buah… 4 buah tempat iaitu di Kuantan, Bera, Kuala Krau dan juga Cameron Highlands. Program ini diwujudkan khas untuk membantu pasangan dari golongan B40, asnaf dan mereka yang tidak berkemampuan untuk mengadakan majlis perkahwinan. Terdapat 40 pasang… 40 pasangan yang telah menyertai program ini dan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di atas idea dan juga peruntukan ini.

Seterusnya kita pergi kepada Permata Makmur. Program Permata Makmur merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang bagi meneruskan program Anak Kebanggaan Pahang pada tahun 2024. Setiap kelahiran hidup akan menerima pemberian bernilai RM300.00 iaitu RM50.00 dalam bentuk barangan bayi dan RM250.00 dalam bentuk akaun simpanan SSPN kepada bayi tersebut.

Seterusnya, kelayakan untuk menyertai ataupun untuk mendapatkan program Permata Makmur ini adalah bayi yang dilahirkan sebagai warganegara Malaysia, bayi dilahirkan di negeri Pahang dan bayi yang dilahirkan pada tahun 2024. Seterusnya pada tahun ini, seramai 5,784 bayi telah menerima manfaat dan insentif… dari insentif ini dan pendaftaran masih dibuka sehingga April 2025 dan kepada ibu-ibu yang melahirkan pada tahun ini, sekiranya belum membuat pendaftaran, pendaftaran masih dibuka sehingga April 2025 dan kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha membantu rakyat. Program Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang, Anggun Suri, Anggun Maju dan Permata Makmur akan diteruskan lagi pada tahun hadapan. Malahan ditambah lagi peruntukan bagi program-program ini agar lebih ramai rakyat menerima insentif ini. Dengan pelaksanaan program-program ini dapat memberi impak positif di mana kumpulan sasar menerima manfaat daripada bantuan ini dan dapat meringankan beban mereka dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Saya ingin menerangkan serba sedikit mengenai dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang. Yang pertamanya; terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah merealisasikan hasrat wanita Pahang untuk mewujudkan dasar dan Pelan Tindakan Wanita khas… khusus untuk negeri Pahang yang telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi tempoh 5 tahun. Bermakna 1 tahun kita mendapat peruntukan sebanyak RM1 juta lah untuk dasar dan pelan tindakan wanita ini.

Dasar dan pelan tindakan ini amatlah penting kepada seluruh wanita negeri Pahang sebagai panduan bagi mencapai matlamat pembangunan mapan dalam semua aspek

hal ehwal berkaitan wanita seiring dengan kehendak global. Semoga sokongan kerajaan negeri dalam pembentukan dasar dan pelan tindakan ini dapat membawa wanita Pahang jauh lebih sehingga ke persada antarabangsa. Tahun hadapan merupakan tahun keempat pelaksanaannya.

Pelbagai program telah dilaksanakan merangkumi semua golongan masyarakat dan menjelajahi ke semua daerah-daerah di negeri Pahang sepanjang kewujudannya dan sebanyak 70 program telah dilaksanakan ya, sepanjang kewujudan dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang ini.

Seterusnya, saya ingin mendetailkan ya, program Anggun Maju tadi. Wanita memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial sesebuah negara. Program Pembangunan Usahawan Wanita diwujudkan untuk memberdayakan wanita, memperkasakan peranan mereka dalam ekonomi dan meningkatkan taraf hidup keluarga serta komuniti. Inisiatif ini bertujuan untuk menyokong wanita yang berminat atau sedang menjalankan perniagaan melalui penyediaan latihan, modal, bimbingan dan peluang jaringan.

Fokus utama program ini adalah untuk mengatasi cabaran seperti kurangnya akses kepada sumber kewangan, pengetahuan keusahawanan dan peluang pasaran yang sering dihadapi oleh wanita. Selain itu, program ini juga menyasarkan untuk membina keyakinan diri, meningkatkan kemahiran pengurusan perniagaan dan memperkukuhkan daya tahan mereka dalam menghadapi perubahan ekonomi. Dengan pelaksanaan program seperti ini, diharapkan lebih ramai wanita dapat mengambil bahagian secara aktif dalam sektor keusahawanan, mencipta peluang pekerjaan dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara secara menyeluruh. Usaha ini juga selaras dengan matlamat pembangunan mapan khususnya dalam aspek kesaksamaan gender dan… dan pemberdayaan wanita dan program Anggun Suri telah saya sebutkan tadi ya dan kini kepada Permata Makmur juga saya sebutkan bahawa keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang bukan sahaja kepada orang dewasa malah seawal kelahiran yang telah diberikan perhatian bersesuaian dengan portfolio saya yang juga merangkumi pembangunan keluarga.

Saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di atas peruntukan sebanyak RM6 juta untuk Program Permata Makmur yang dianggarkan dapat dapat dimanfaatkan kepada bayi yang bakal dilahirkan pada tahun 2025. Sebagai rumusan atas peranan dan komitmen yang sangat tinggi golongan wanita dalam melaksanakan apa jua agenda pembangunan yang diamanahkan, kerajaan negeri melalui Pelan Tindakan Wanita Pahang akan memperincikan keperluan wanita dan peluang yang perlu diberikan kepada mereka terutama dalam bidang ekonomi dan pembuat dasar bagi memastikan mereka kekal relevan dan terus memberi sumbangan.

Selain daripada itu, beberapa program telah dibuat oleh Jabatan Pembangunan Wanita Pahang diantaranya di mana Kerajaan Negeri Pahang turut berkolaborasi bersama Jabatan Pembangunan Wanita Pahang bagi melaksanakan beberapa inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan pada tahun 2024 untuk meningkatkan peluang dan penyertaan wanita dalam ekonomi dan juga sokongan psychosocial. JPW ada menyediakan bantuan kepada golongan sasar tetapi ia bukan berbentuk dana ataupun kewangan. Bantuan yang disediakan oleh jabatan ini merujuk kepada pelbagai program berkaitan pembangunan kapasiti wanita. Program-program mendaya upaya wanita ini diharapkan akan dapat membantu wanita meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan diri ke arah mencapai kesejahteraan hidup.

Pada tahun 2024 sebanyak 46 program fizikal dan atas talian telah dilaksanakan melibatkan 2,752 peserta dan 68,209 views secara atas talian yang mana fokus program adalah kepada pemerkasaan wanita secara bersasar dengan dengan sejumlah lebih RM50,000.00 telah diperuntukkan kepada Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Pahang oleh kerajaan persekutuan untuk melaksanakan program Pemerkasaan Wanita yang dibahagikan kepada 4 kluster utama iaitu Wanita Sejahtera, Wanita Selamat, Wanita dan Ekonomi dan juga Wanita dan Kepimpinan. Program Pemerkasaan Wanita yang meliputi 4 kluster yang saya sebutkan di atas telah dirangka semula pada tahun 2023 sehingga tahun 2020, maafkan saya… tahun 2003 sehingga tahun 2025 sebagai penambahbaikan dan penanda aras terhadap program-program yang dilaksanakan oleh jabatan. Keberkesanan program dapat dilihat daripada pembahagian program di bawah setiap kluster tersebut. Antara penambahbaikan yang dapat dilihat adalah seperti berikut:-

 Meningkatkan sistem sokongan daripada aspek prasarana, dasar dan perundangan sewajarnya untuk menggalakkan wanita bekerja.  Menambah baik pelaksanaan program bagi meningkatkan penjanaan pendapatan wanita.  Meningkatkan advokasi yang memfokuskan kepada langkah-langkah pencegahan dan menimbulkan kesedaran berhubung keganasan terhadap wanita.  Meningkatkan bilangan pemimpin wanita dalam komuniti dan;  Meningkatkan libat urus dengan Suruhanjaya Sekuriti bagi tujuan pelantikan wanita di peringkat pembuat keputusan di sektor swasta.

Seterusnya, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Pahang merupakan agensi badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. LPPKN Negeri Pahang telah merancang dan melaksanakan beberapa program seperti berikut:-

Yang pertamanya, kempen Penerapan Nilai Teras Keluarga Kasih. Nilai Teras Keluarga Kasih merujuk kepada nilai kasih sayang, akhlak, sihat dan selamat, ilmu dan harmoni yang harus dihayati dan diterapkan dalam keluarga di Malaysia. Kempen penerapan 5 nilai ini disampaikan melalui hebahan infografik di media sosial, media massa dan papan iklan di lokasi yang bersesuaian.

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang yang memberi sokongan kepada LPPKN negeri Pahang bagi melaksanakan Program Mini Karnival 3S Keluarga “Moh Kita Sihat, Selamat dan Sejahtera” sempena November Bulan Keluarga Kebangsaan Tahun 2024 di Dewan Jubli Perak, Kuala Lipis dengan peruntukan sebanyak RM68,810.00 pada tahun 2024. Di samping menerapkan nilai kasih menerusi siri ceramah dan perkongsian tips kepada masyarakat, LPPKN bersama agensi kerajaan yang lain di negeri Pahang turut menyediakan perkhidmatan lain yang memberi manfaat kepada ahli keluarga seperti perkhidmatan kaunseling, pemeriksaan kesihatan, pendaftaran, subsidi, mammogram dan aktiviti untuk kesejahteraan remaja di KafeTEEN.

Seterusnya Program Pendidikan Kemahiran Keibubapaan dan Bimbingan Kaunseling. Kerajaan Negeri Pahang mengambil berat akan kepentingan mengutamakan keluarga serta memastikan kesejahteraan keluarga sentiasa terpelihara. Bagi memastikan ahli keluarga terutamanya ibu bapa diberi ilmu dan kemahiran keibubapaan, LPPKN Pahang telah melaksanakan kursus keibubapaan merangkumi 6 program iaitu:-

 Program Keselamatan Anak dan Keluarga (PEKA)  Program Pengurusan Kewangan Keluarga (SMARTBelanja@LPPKN)  Program Keibubapaan di Tempat Kerja (Parenting@work)  Ceramah Kekeluargaan (Ilmu Keluarga@LPPKN)  Program Pengurusan Stress (Terapi Minda) dan;  Sesi Kaunseling Kelompok.

Sehingga Disember 2024, seramai 1,041 orang di kalangan ibu bapa mengikuti program kursus keibubapaan menggunakan modul program seperti yang saya sebutkan tadi.

Program Psikoseksual Remaja, remaja merupakan generasi yang penting dalam mencorakkan masa depan negara. Oleh yang demikian, golongan ini perlu dibimbing dan diberi perhatian serta sokongan untuk melalui fasa alam remaja selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan remaja yang berdaya tahan dan berperibadi mulia.

Pada tahun 2024 perkhidmatan dan program kepada remaja ini dilaksanakan menerusi aktiviti KafeTEEN di UTC Kuantan. Program Pekerti di sekolah dan komuniti serta Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia. LPPKN Negeri Pahang juga mengadakan kolaborasi dengan pihak sekolah dan IPT awam dan swasta untuk slot ceramah, motivasi kekeluargaan serta kesihatan reproduktif dan sosial. Seramai 25,996 orang remaja telah mengikuti program Psikoseksual Remaja yang dilaksanakan oleh LPPKN sehingga Disember 2024.

Kita ada juga Program Kesihatan Reproduktif dan Kesejahteraan Wanita dalam agenda memperkasakan wanita LPPKN yang secara tidak langsung berperanan untuk memastikan kesihatan terutamanya kesihatan reproduktif wanita diberi tumpuan. Inisiatif secara berterusan dilaksanakan menerusi Kempen Women Cancer Reproductive kepada golongan wanita untuk melakukan pemeriksaan awal bagi mengesan kanser payu dara dan juga kanser pangkal rahim. Sehingga 30 November 2024 seramai 1,381 wanita telah menjalani pemeriksaan mamogram dan 1,526 wanita menjalani HPVDNA di peringkat negeri Pahang.

Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua, sebagai penutup penggulungan saya, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan portfolio saya EXCO Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang akan mengambil perhatian dan tindakan di atas perkara perkara yang telah dibangkitkan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai kerajaan serta kakitangan yang terlibat dalam urusan Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini dan Yang Berhormat Tuan Yang Di-Pertua, Belanjawan Pahang 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang menagih keterlibatan semua dari… dari kita yang dipilih oleh rakyat sebagai wakil Rakyat di Dewan yang mulia ini. Tidak hanya cukup membawa permasalahan rakyat di kawasan masing-masing untuk diselesaikan, tetapi menuntut cetusan idea dengan kreativiti pemikiran sebagai seorang pemimpin. Saya ingin mengambil kesempatan di sini menyeru agar kita semua Ahli Dewan yang mulia ini agar sama-sama menggembleng seluruh niat dan kudrat membantu Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang untuk menjayakan Belanjawan Tahun 2025 yang bertemakan Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran di Pertahan. Dengan kata-kata…dengan kata-kata itu, saya akhiri penggulungan saya dengan saya menyokong Belanjawan Tahun 2025. Sekian. Wabillahi Taufik Wal Hidayah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih, EXCO Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang. Seterusnya, saya menjemput EXCO Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang untuk menggulung. Sila.

Terima kasih YB Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Robbil Alamin Wassolatu Wassalamu Ala Israfil Ambia, Mursalin Wa'ala Ali Wasabi Ajmain. Salam Pahang First, Salam Maju Terus Pahang. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan keizinan-Nya dapat kita Ahli-ahli Dewan diberi kekuatan, kesihatan yang baik dalam menyampaikan mandat yang diamanahkan serta dapat berkumpul bersama-sama dalam menyempurnakan persidangan kita pada kali ini di Dewan yang mulia ini.

Pada kesempatan ini juga saya ingin ucapkan terima kasih kepada YB Speaker kerana telah memberi peluang kepada saya menyertai dalam sesi penggulungan kita pada hari ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy bin Wan Ismail kerana telah membentangkan Bajet Negeri Pahang 2025, yang mana bajet tersebut merupakan bajet yang komprehensif untuk menyantuni semua golongan, semua masyarakat di dalam negeri Pahang dan kita amat berbangga apabila Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja mengumumkan bahawasanya negeri Pahang telah mencatat pencapaian hatrik dari segi kutipan hasil yang melebihi RM1 bilion selama tiga tahun berturut-turut.

YB Speaker, saya juga ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan Ahli Dewan iaitu Yang Berhormat Ketari, Cheka, Kuala Semantan, Jengka, Tanjung Lumpur, Beserah dan Ahli-ahli Yang Dilantik yang mana telah mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab dan juga menyentuh mengenai portfolio saya semasa mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Rang Undang-undang Perbekalan (2025) 2024 tempoh hari.

YB Speaker, ingin saya maklumkan Sidang Dewan yang mulia pada hari ini bahawa jumlah pencapaian pelaburan keseluruhan semasa sehingga November 2024 adalah sebanyak RM6.787 bilion. Kita jangka satu lagi projek pelaburan akan dimuktamadkan sebelum akhir tahun iaitu projek pembangunan loji janakuasa turbin gas kitaran gabungan di Kuantan Maritime Hub Gebeng oleh Straits Incorporated Private Limited dari Singapura.

Pelaburan ini dianggarkan berjumlah USD1.5 bilion bersamaan dengan RM6.3 bilion. Insya-Allah, sasaran pelaburan masuk sebanyak RM13 bilion akan tercapai. Kerajaan negeri sentiasa bersedia dengan strategi bagi meningkatkan prestasi pelaburan negeri Pahang dalam ekosistem dan situasi ekonomi yang mencabar ketika ini. Justeru itu, beberapa inisiatif sedang dan telah dilaksanakan bagi mendepani cabaran-cabaran ekonomi domestik mahupun global bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negeri Pahang terus teguh dan kekal di landasan yang betul. Kerajaan Negeri Pahang melalui Invest Pahang sebagai agensi pempromosi atau Investment Promoting Agency dengan izin, bekerjasama erat dengan MITI, MIDA, ECERDC dan semua IPA di peringkat persekutuan dan negeri dalam membentuk penyelarasan fungsi dan rangka promosi serta memudahcara kemasukan pelabur ke negeri Pahang.

Pada tahun 2024 Invest Pahang giat mempromosikan peluang-peluang pelaburan dengan menyertai beberapa siri pameran pelaburan, program padanan perniagaan, bengkel dan seminar di dalam dan di luar negara. Pada tahun ini, Invest Pahang telah menyertai antaranya Selangor International Business Summit 2024, Hannover-Messe 2024, Malaysia-China Halal Business Conference, Shanghai 2024, Persidangan Konvensyen Fujian Sedunia dan Russia-ASEAN International Business Forum. Rangka promosi ini turut disertai oleh SGLC dan ahli-ahli gabungan Invest Pahang seperti Kuantan Port Consortium, Muhibbah Engineering antara Spark dan MCKILP. Kita dapat lihat keberkesanan rangka promosi pelaburan ini dengan jumlah pelaburan berpotensi yang direkodkan dan kita harap dapat dimuktamadkan pada tahun 2025 dan seterusnya meletakkan Pahang sebagai gerbang pelaburan utama Pantai Timur.

YB Speaker, sebagaimana maklum Invest Pahang memberi tumpuan kepada 5 kluster pelaburan yang telah diberi keutamaan oleh kerajaan negeri iaitu aeroangkasa, keterjaminan makanan, pembuatan mobility ataupun pengangkutan dan pelancongan. Sesuai dengan perkembangan terkini trend pelaburan dengan izin, di peringkat global dan nasional. Invest Pahang juga turut memperkenalkan kluster yang sesuai dengan ekosistem pelaburan yang boleh ditawarkan dalam Pahang terutamanya dengan kelebihan alam semulajadi yang kita ada. Kita akan mengorak langkah untuk memasuki peluang-peluang pelaburan baru selaras dengan pelan-pelan pembangunan yang diperkenalkan di peringkat nasional seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga, Pelan Induk Perindustrian Baru 2030 dan Pelan Induk Industri Halal 2030.

YB Speaker, pada tahun 2022, 2024, kerajaan negeri telah berjaya menarik pelaburan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui ataupun Renewable Energy, dengan izin terutamanya penjanaan elektrik melalui tenaga solar dan tenaga angin. Beberapa projek ladang solar berkapasiti tinggi di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang, Pahang Water and Energy Resources dan juga Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang yang sedang dan akan dilaksanakan. Saya difahamkan projek-projek ini sedang menunggu keputusan bidaan Large Scale Solar ataupun LSS Five dengan izin, termasuk projek solar terapung di Empangan Chereh, Kuantan. Projek jana kuasa tenaga angin atau pun Pahang Wind Farm oleh Tadau Energy Sdn Berhad dan juga Masdar dari negara Emiriah Arab Bersatu dengan nilai pelaburan Fasa 1 sebanyak RM800,000.00 dan melibatkan 30 lokasi di tujuh daerah juga sedang giat dijalankan dimana projek ini sedang dalam proses kelulusan permit penggunaan hutan.

Saya suka memaklumkan pada Sidang Dewan yang mulia ini, pemasangan kincir angin pertama berkapasiti 2.2 megawatt dijangka akan dipasang di Tanjung Batu, Mukim Bebar, daerah Pekan. Terkehadapan, tumpuan akan diberikan kepada beberapa peluang baru dalam ekosistem yang berkait dengan sektor tenaga boleh diperbaharui iaitu industri berkaitan kenderaan elektrik ataupun EV dan Carbon Capture dan Storage dengan izin. Tahun ini menyaksikan kerjasama di antara negeri Pahang melalui Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang dan juga Syarikat Volt Industries bagi membangunkan 50 stesen pengecas EV di seluruh negeri Pahang dengan anggaran pelaburan sebanyak RM250 juta yang berupaya untuk mengurangkan pelepasan karbon di negeri ini. Volt Industries memperkenalkan tiga rekabentuk stesen berbeza iaitu pertamanya, Volt Mega Station dengan 50 port pengecas, Vold Station yang lebih kecil 12 port pengecas, dan akhir sekali petak Volt Express dengan 2 port pengecas untuk dibangunkan bergantung kepada kesesuaian kawasan tersebut. Daerah Bentong dipilih sebagai daerah perintis dengan pembinaan stesen pengecas yang pertama dari 12 stesen yang akan dibangunkan di daerah itu. Majlis Pecah Tanah telah diadakan pada 18 November 2024 yang lepas. Saya difahamkan proses penyelarasan bagi tapak cadangan di daerah-daerah lain sedang

dijalankan dan saya berharap agar Pihak Berkuasa Tempatan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya untuk memastikan pembangunan stesen pengecas kenderaan ini dapat dilaksanakan dengan baik.

YB Speaker kita sedia maklum dengan sasaran pada tahun 2030 untuk mencapai penggunaan kenderaan elektrik EV sebanyak 15% daripada keseluruhan kenderaan pada tahun 2030.

Baik, boleh tanye?

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya nak tanya pihak kerajaan tadi ada menyebut berkenaan Teknologi EV untuk kenderaan. Adakah Kerajaan Pahang juga bersedia ataupun buat kajian? sekarang ni kalau kita lihat negara maju seperti Jepun mengketengahkan teknologi hidrogen iaitu air untuk kereta macam mana. Kenderaan ye?

Terima kasih rakan ADUN saya daripada kawasan Tras. Ya, memang kerajaan negeri memang terbuka terhadap mana-mana cadangan yang melibatkan teknologi hidrogen, cumanya buat masa ni kita fokus pada kenderaan EV disebabkan EV merupakan sasaran yang lebih mudah untuk diperkenalkan. Hidrogen memerlukan kajian yang lebih dan kita lihat apa yang berlaku dalam negeri Sarawak kita akan pantau semula sekiranya pembangunan perkembangan di negeri Sarawak agak memberangsangkan, Kerajaan Negeri Pahang akan turut memperkenalkan kenderaan-kenderaan yang memakai tenaga hidrogen. Terima kasih YB.

Sikit sambungan.

Terima kasih. Saya ucap tahniah dan sambut baik hasrat kerajaan negeri untuk perkembangan Teknologi EV dalam konteks negeri Pahang kita punya ada stok simpan REE dan kita ada Lynas dan kita jangka kita boleh develop kita punya ekonomi melalui perkembangan REE yang kita ada di Pahang. Cuma persoalan saya ialah cabaran besar yang kita terima sekarang ialah masalah pemprosesan kerana kos elektrik kita yang tinggi. Saya difahamkan hidrogen memerlukan kos pengurusan elektrik yang lebih murah. Kerajaan pusat pada satu masa untuk eksport tenaga daripada Bakun ke semenanjung, tetapi oleh kerana kos perairan yang terpaksa merentas sempadan negara luar negara Indonesia menyebabkan kita berdepan dengan masalah yang yang lain. Jadi persoalan saya ialah sejauh mana usaha untuk kita develop perkembangan teknologi EV dalam konteks negeri Pahang supaya menjadi jadi hab untuk teknologi EV pada masa depan. Kita ada teknologi kita kelak di pekan untuk kenderaan dan saya yakin ini boleh kita develop lagi.

Ya, terima kasih rakan saya daripada Cheka. Pihak kerajaan negeri memang menggalakkan kilang pemasangan EV dalam negeri Pahang. Cabaran pada waktu sekarang ialah persaingan sengit di antara kerajaan negeri dan juga negeri-negeri lain mahupun dengan negara-negara lain dan para pelabur yang ingin melabur untuk stesen pemasangan EV, mereka selalu bertanyakan insentif dan juga mereka melihat kepada sumber-sumber bahan mentah sebagai contoh perlombongan litium iaitu satu komponen yang... komponen mineral yang besar dalam komponen EV. Begitu juga dengan kobalt, kobalt ni hanya satu negara je di Afrika yang boleh membekalkan 70% daripada sumber kobalt sedunia. Begitu juga dengan sumber litium dan ini semua diambil kira oleh para pemasang yang ingin memasang kilang EV. Oleh itu, mereka perlu bandingkan insentif dengan kos untuk mendirikan kilang tersebut dan sekiranya kos tersebut memadai dengan pelaburan yang akan diletakkan, maka saya yakin mereka akan memilih Pahang sebagai destinasi pelaburan. Terima kasih.

Ya, berbalik kepada ucapan saya, statistik terkini daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan peningkatan dramatik dalam jualan EV di Malaysia pada separuh masa pertama 2024, sebanyak 10,663 buah kenderaan elektrik telah dijual lebih daripada 2 kali ganda berbanding 4,409 buah yang dijual dalam tempoh yang sama pada tahun 2023. Lonjakan dalam penggunaan EV ini menandakan peralihan yang jelas dalam pasaran automotif. Kita melihat negeri-negeri sebelah pantai barat seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka menjadi pilihan pengeluar kenderaan elektrik untuk membina kilang pemasangan dan pembuatan kerana faktor logistik.

Kita ingin menyaksikan negeri Pahang menjadi hab pemasangan dan pembuatan kenderaan-kenderaan elektrik di sebelah Pantai Timur. Jika faktor logistik merupakan kriteria utama, maka kita akan memperkasa promosi jaringan logistik dan industri ECRL yang menghubungkan Pelabuhan Klang dan juga Pelabuhan Kuantan. YB Speaker, menerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia yang dipengerusikan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid bin Hamidi, Malaysia telah berjaya menarik pelaburan industri halal daripada China berjumlah RM5 bilion sewaktu lawatan kerja beliau ke Shanghai pada bulan September yang lalu dan kita mengharapkan kemasukan RM2 bilion ke negeri Pahang sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar.

Penyertaan Pahang dalam Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai pada pertengahan November lalu telah berjaya membuka pasaran produk halal Pahang di pentas antarabangsa. Kerajaan negeri telah mewujudkan Taman Industri Halal Gambang, Kuantan seluas 169 ekar yang telah sedia untuk menerima kemasukan para pelabur dan di bawah inisiatif pembangunan ini satu signature projek dengan izin iaitu cadangan pembangunan Pusat Latihan dan Hab Penyembelihan Halal Negeri Pahang bakal dilaksanakan secara pembiayaan swasta. Kerajaan negeri juga telah memohon kepada kerajaan persekutuan untuk menyenaraikan cadangan pembangunan Taman Industri Halal di Seksyen 3 Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan seluas 730 ekar dengan Fasa 1 seluas 250 ekar sebagai projek keutamaan dalam Rancangan Malaysia Ke-13. Langkah ini adalah perlu bagi menarik minat pelabur untuk membangunkan kilang penghasilan produk halal secara plug and play dengan izin.

Di peringkat persekutuan, kerangka pelaburan dalam pembangunan teknologi negara sedang disediakan dan 5 industri telah disenaraikan sebagai pelaburan dalam sektor industri pertumbuhan dan nilai tinggi high growth high value industries dengan izin namun yang demikian, kerajaan negeri akan memberikan penekanan kepada 3 sektor berdasarkan ketersediaan ekosistem pelaburan di negeri Pahang bagi menarik pelaburan dan fasiliti pelaburan yang kondusif.

Yang pertama adalah industri berasaskan peralihan tenaga yang digagaskan sebagai anjakan utama bagi memastikan peralihan tenaga yang saksama. Negeri Pahang telah berada dalam landasan yang betul dengan projek-projek penjanaan kuasa seperti solar, angin dan turbin gas kitaran. Saya telah mengadakan sesi libat urus dengan Malaysia Green Technology & Climate Change Corporation (MGTC) bagi mendapatkan saranan berkaitan ekonomi hijau dan alhamdulillah, Pahang telah pun menerima cadangan pembangunan Green Save Recycling Center dengan izin di Gebeng dengan nilai pelaburan sebanyak RM1.9 bilion yang sedang dalam proses ulasan teknikal sebelum diangkat untuk perakuan Pihak Berkuasa Negeri. Invest Pahang kini mensasarkan projek projek pelaburan yang mendapat perakuan dari MGTC bagi membolehkan Pahang tersenarai sebagai destinasi pelaburan pilihan ekonomi hijau terutamanya dari negara Kanada dan juga Korea Selatan. Antara peluang pelaburan ekonomi hijau lain yang boleh dipelopori oleh Pahang ialah penghasilan bahan api penerbangan mapan ataupun sustainable aviation fuel dengan izin dari buah kemiri sunan yang telah pun dikomersialkan di Indonesia. Dengan mengoptimumkan projek ladang hutan di bawah kawal selia Jabatan Hutan. Pokok kemiri sunan sangat mudah beradaptasi dengan keadaan tanah yang pelbagai termasuk tanah berbatu dan juga berpasir.

Yang kedua ialah industri pertanian dan juga industri asas tani. Kerajaan komited untuk mengukuhkan kemandirian dan keterjaminan makanan seterusnya meningkatkan daya saing sektor agrikomoditi kemandirian pengeluaran makanan tempatan akan ditingkatkan melalui automasi dan juga pendigitalan agar ianya berskala lebih besar dan berdaya saing dan yang ketiga merupakan kelebihan Kerajaan Negeri Pahang berbanding negeri-negeri lain ialah industri nadir bumi yang akan muncul sebagai sumber pertumbuhan baru berasaskan unsur nadir bumi bukan radioaktif yang mampan dan mesra alam.

Unsur ini diperlukan dalam pembuatan bateri, super magnet dan juga alatan elektronik. Industri nadir bumi dijangka menyumbang sebanyak RM9.5 billion kepada KDNK negara pada tahun 2025 dan mewujudkan hampir 7,000 peluang pekerjaan. Di peringkat kerajaan negeri, kita hanya menunggu garis panduan pelaksanaan di peringkat kerajaan persekutuan bagi membolehkan industri ini dimulakan.

Pahang Mining Corporation akan menjadi pelopor kepada industri baru ini dan untuk makluman Sidang Dewan, saya telah mengadakan perbincangan awal dengan sebuah syarikat perlombongan antarabangsa iaitu The Coring Company dari Norway semasa penyertaan Invest Pahang ke Hannover Messe di Germany, April yang lepas yang berminat untuk menjalankan kerjasama teknologi bagi membolehkan perlombongan dijalankan secara mampan dan mesra alam.

YB Speaker, dalam lawatan kerja YB Menteri Ekonomi ke negeri Pahang baru-baru ini, beliau telah memberi penerangan berkaitan satu bentuk pelaburan baru dalam ekonomi hijau iaitu penangkapan dan penyimpanan gas karbon dioksida. Dalam erti kata Carbon Capture and Storage dengan izin. Secara ringkasnya, CCS adalah penangkapan dan penyimpanan karbon sebagai salah satu cara untuk mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida yang boleh menjadi kunci untuk membantu menangani isu pemanasan global.

Ia merupakan proses tiga langkah yang melibatkan pertamanya, menangkap gas karbon dioksida CO2 yang dihasilkan oleh penjanaan kuasa atau aktiviti perindustrian seperti pengeluaran hidrogen, pembuatan keluli atau simen mengangkutnya dan ketiga kemudian menyimpankannya secara kekal jauh di bawah tanah. CO2 yang ditangkap juga boleh digunakan sebagai input untuk produk dan perkhidmatan komersial seperti baja, bahan api dan juga plastik.

Negeri Pahang merupakan salah satu dari tiga negeri di Malaysia selain Terengganu dan Sabah yang mempunyai fasiliti bagi tujuan penyimpanan iaitu bekas telaga minyak di pelantar-pelantar minyak dalam perairan negeri milik PETRONAS. Kerajaan negeri akan mengambil peluang pelaburan baru ini dengan menawarkan lokasi di kawasan industri Gebeng untuk syarikat yang memerlukan akreditasi penghasilan produk terutamanya keluli dan simen bagi mematuhi standard rendah karbon terutamanya untuk pasaran Eropah dengan memulakan kerjasama pelaburan bersama PETRONAS dan juga Pelabuhan Kuantan.

YB Speaker, saya ingin mengambil peluang sekali lagi dalam sidang yang mulia ini untuk menyatakan kepentingan ease of doing business dengan izin dalam menarik pelabur berpotensi dan mengekalkan pelaburan sedia ada dalam negeri Pahang. Sehubungan itu, saya menyeru agensi-agensi kerajaan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memproses projek pelaburan seperti Pejabat Tanah dan Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Perhutanan dan jabatan-jabatan teknikal yang lain hendaklah mengurangkan kerenah birokrasi bagi menarik para pelabur untuk datang ke negeri Pahang dan seterusnya memberikan feel good factor dengan izin kepada pelabur yang ingin berurusan di jabatan masing-masing.

Selain daripada itu, inovasi proses kerja perlu dilaksanakan secara konsisten bagi membolehkan negeri Pahang sentiasa berada di kedudukan yang progresif dan kekal berdaya saing. Suka saya memaklumkan kepada sidang dewan berkaitan inisiatif pembinaan pantas yang diperkenalkan oleh Majlis Bandaraya Kuantan dengan kerjasama Malaysia Productivity Corporation iaitu projek pembinaan kilang Maxtrek Tyre Sdn. Bhd. di Gebeng yang melibatkan pelaburan bernilai RM1.33 billion.

Majlis Bandaraya Kuantan MBK telah memainkan peranan penting dalam mempercepatkan prosedur kelulusan permit masuk tapak, memendekkan tempoh biasa 60 hari kepada hanya 7 hari melalui inisiatif inovatif seperti program Fast Aid.

Projek ini telah juga dipilih sebagai Projek Rintis Urusan Tanah dan disenaraikan sebagai projek berimpak tinggi untuk Program Golf X Pahang First. Inisiatif ini dilihat

dapat mempercepatkan urusan permohonan syarikat dari 10 bulan ke 3 bulan dalam usaha kita meningkatkan produktiviti dan daya saing negeri.

Kelulusan permohonan... kelulusan permohonan yang pantas dapat membantu syarikat memulakan operasi dengan cepat dan meningkatkan produktiviti serta kecekapan perkhidmatan di pihak pengawal selia. Saya berharap agar projek rintis pembinaan pantas ini dapat diluaskan ke semua daerah bagi mendokong usaha kerajaan untuk tingkatkan index ease of doing business di Pahang.

YB Speaker, negeri Pahang mempunyai tapak perindustrian yang telah menarik pelabur untuk melabur, namun terdapat beberapa tapak perindustrian yang masih tiada pembangunan seperti Taman Industri Perabot Kampung Sempadan, Lanchang. Taman industri ini hanya fokus kepada industri perabot kayu. Berdasarkan lawatan kerja saya ke taman industri ini mendapati taman industri ini mempunyai potensi yang baik kerana lokasi yang strategik. Namun, tiada pelaburan yang masuk kerana fokus taman industri kepada industri perabot kayu sahaja.

Kerajaan negeri telah bercadang untuk membuka peluang pelaburan kepada semua jenis sektor industri di taman perindustrian. Tindakan ini dapat menarik pelabur yang berpotensi untuk melabur di taman perindustrian sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan tempatan.

YB Speaker, Projek Laluan Rel Pantai Timur ataupun ECRL akan mula beroperasi pada Januari 2027. Projek ini merupakan pemangkin utama yang akan membawa perubahan besar kepada sektor perindustrian di negeri ini dengan sambungan rel daripada Lembah Klang sehingga Pelabuhan Kuantan, Pahang bakal menjadi pintu gerbang logistik yang strategik.

Kedudukan stesen ECRL di Pahang yang berdekatan dengan taman perindustrian seperti di Bentong, Maran, Temerloh, Gambang dan juga Pelabuhan Kuantan dapat menarik lebih ramai pelabur untuk melabur di taman perindustrian. Aksesibiliti taman perindustrian yang lebih baik, melalui ECRL ini akan menarik lebih ramai… lebih ramai pelabur terutamanya dalam sektor pembuatan dan logistik.

Pihak kerajaan telah merangka pembangunan Economic Acceleration Project di setiap stesen tersebut. Economic Acceleration Project dengan izin EAP adalah projek pemacu ekonomi yang merangkumkan 2 komponen iaitu Industrial Park Transit Oriented Development (TOD) serta logistik hub ataupun Cargo Oriented Development dengan izin bagi memaksimakan penggunaan jaringan ECRL dan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat di setiap stesen ECRL. Pelan pembangunan ini juga ditekankan dalam pelan guna Tanah ECRL. Lokasi-lokasi ini sedang dipromosikan dalam usaha menarik pelabur dalam pembangunan industri logistik dan komersial.

Saya yakin dengan pendekatan yang strategik dan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat mahupun sektor swasta, Pahang berpotensi menjadi hab perindustrian yang mampan dan berdaya saing di Malaysia.

YB Speaker, berdasarkan rekod, negeri Pahang mempunyai bakat-bakat yang berkualiti dalam bidang robotik. Antaranya di peringkat bangku sekolah adalah kejayaan Sekolah LKTP Bukit Goh mewakili Malaysia ke pertandingan World Robot Games di Singapura. Manakala SK Permatang Keledang, SK Temai, SK Sultan Ahmad, SK Padang Rumbia dan SK Langgar terdiri daripada kontinjen negara ke MakeX Robotics World Championship 2024 yang sedang berlangsung ketika ini di

Shenzen University Town Sports Center, China. Dan banyak lagi kejayaan-kejayaan yang pasti akan meletakkan negeri Pahang di pentas dunia. Menyedari kekuatan negeri Pahang dan bidang robotik ini, kerajaan negeri telah menganjurkan Bengkel Asas Robotik bagi sekolah murid Orang Asli di SK Sungai Koyan baru-baru ini yang melibatkan 29 buah sekolah di seluruh negeri Pahang. Ini dilihat dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan dan dapat memupuk minat pelajar dalam bidang ini. Pada tahun ini juga, kerajaan negeri telah menganjurkan Hari Inovasi Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur. Program dwi-tahunan ini telah menerima sebanyak 34 penyertaan yang merangkumi pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, sektor awam dan juga orang awam. Ini membuktikan kerajaan negeri cakna dan mengiktiraf inovasi yang dihasilkan di semua peringkat kerana kita percaya tiada inovasi yang sia-sia. Saya suka mengambil contoh salah satu inovasi yang pernah dipertandingkan negeri Pahang yang telah memberi manfaat kepada orang ramai iaitu pada tahun 2022. Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut melalui Kumpulan Inovatif dan Kreatif, OKMedi telah memperkenalkan inisiatif menampal tulisan Braille bagi memudahkan orang buta mengetahui preskripsi ubat mereka dan inisiatif ini telah diperluaskan di seluruh Malaysia pada tahun 2023.

Speaker

Yang Berhormat panjang lagi?

Sikit lagi, ada 2 muka surat.

Speaker

Cepatkan sikit lagi.

Okey, baik inilah sebahagian daripada kejayaan yang berjaya dicungkil dalam pertandingan yang dianjurkan. Diharap melalui program sebegini, banyak lagi penciptaan baru yang akan beri impak kepada masyarakat akan diketengahkan. YB Speaker, saya juga ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato Sri Diraja Menteri Besar di atas peruntukan RM200,000.00 untuk penganjuran Pahang, Teknologi Revolution Expo. Tahun ini, Expo TREX ini dilaksanakan syarikat digital kerajaan negeri iaitu Pahang Go pada bulan Oktober lepas dengan usaha sama Malaysia Digital Economy Corporation. Program ini berjaya menarik lebih 20,000 pengunjung sepanjang tiga hari program berlangsung. Menyebut berkaitan Pahang Go, aplikasi mobile yang dibangunkan mempunyai 520,000 pengguna berdaftar dan purata pengguna aktif bulanan melebihi 400,000.

Saya difahamkan pada tahun hadapan, mereka akan perkenalkan e-wallet untuk permudahkan transaksi di aplikasi tersebut dan menceburi bidang teknologi kewangan atau fintech secara meluas. YB Speaker syarikat pemula atau dikenali sebagai startups merupakan akto...aktiviti ekonomi baru penting yang menyumbang dalam banyak cara. Antaranya adalah penciptaan pekerjaan baru, memacu inovasi dan juga kemajuan teknologi yang boleh membawa kepada pertumbuhan KDNK yang lebih baik. Syarikat pemula juga boleh menjadi ejen dalam mempercepatkan pembangunan

ekonomi dengan memperkenalkan produk perkhidmatan dan juga model perniagaan baru.

Melihat kepada potensi yang ada, kerajaan negeri sedang merancang untuk menyediakan Pahang startups blueprint bagi membantu Pahang meneroka peluang dan menjadikan Pahang sebagai pelopor kepada syarikat pemula atau startups. Blueprint ini menyokong Pelan Hala Tuju Ekosistem Statrtups Malaysia 2021 - 2030 yang dibangunkan oleh MOSTI. Kerangka ini mensasarkan dalam tempoh 5 tahun pelaksanaannya, negeri Pahang akan mewujudkan 2000 peluang pekerjaan, 15 syarikat pemula bernilai tinggi yang akan mencapai pendapatan tahunan sebanyak RM10 juta, lima syarikat bernilai RM100 juta dan banyak lagi. Pahang Innovative Startup Accelerator (PISA) merupakan satu program kolaborasi antara Yayasan Pahang dan juga syarikat swasta Beyond Four yang akan membina sebuah ekosistem yang direka untuk mengenal pasti syarikat pemula berpotensi tinggi. Insya-Allah dan sehingga kini terdapat sebanyak 50 buah… 59 buah syarikat pemula yang telah menyertai program ini dan kini sedang berlangsung edisi ke-5 atau pun kahoot yang ke-5 yang pasti akan berikan peluang kepada syarikat pemula milik anak Pahang untuk menembusi pasaran yang lebih besar.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan saya kepada semua jabatan dan agensi kerajaan negeri mahupun persekutuan yang selama ini banyak membantu saya sepanjang saya memegang portfolio ini. Dengan adanya budaya kerja berpasukan yang jitu, saya dapat melaksanakan pelbagai perancangan projek dan aktiviti yang akhirnya akan memberi manfaat kepada rakyat negeri Pahang. Sekian saya sudahi dengan salam serta doa. Semoga kita sentiasa diberi petunjuk yang benar dalam apa jua pun yang kita laksanakan demi kemakmuran negeri Pahang. Saya mohon menyokong usul Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Datuk Sri Diraja, Menteri Besar. Terima kasih. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima Kasih EXCO Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang. Sebelum saya meneruskan, saya ingin mengalu-alukan kedatangan pemerhati pada petang ini iaitu wakil daripada Pertubuhan Peguam Syariah Negeri Pahang. Yang ke-2 pelajar Pahang LEAD seramai 20 orang. Selamat datang ke Dewan Negeri Pahang. Seterusnya, saya ingin menjemput EXCO Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang. Dipersilakan Yang Berhormat.

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya ucap terima kasih lagi kepada YB Speaker kerana beri peluang pada saya untuk membahaskan ucapan membahaskan usul belanjawan yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari Jumaat minggu lepas. Dan saya juga ingin merakamkan setinggi tinggi ucapan terima kasih… tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana telah membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2025 bertemakan Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan.

Yang Berhormat Speaker, dengan kestabilan politik dan kejayaan negeri Pahang memperoleh pendapatan melebihi RM1 bilion untuk tempoh 3 tahun berturut-turut

sejak 2022. Ini telah menyaksikan usaha Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang menjaga kebajikan rakyat dapat dipertingkat dan diperluaskan lagi secara bersasar oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Inisiatif Makmur Pahang ataupun IM Pahang dan lebih banyak lagi perancangan-perancangan dan inisiatif-inisiatif akan dilaksanakan sekiranya pendapatan hasil kerajaan negeri bertambah dari semasa ke semasa.

Insya-Allah, ini telah membuktikan kecekapan jentera Kerajaan Negeri Pahang dibawah pentadbiran dan kepemimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dalam menguruskan belanjawan negeri Pahang. Yang Berhormat Speaker, menyentuh tentang sektor Kerja Raya pada tahun 2024… peruntukan sebanyak RM2.8 bilion diumumkan oleh kerajaan persekutuan untuk selenggara… untuk senggaraan jalan dan jambatan persekutuan pada tahun 2024.

JKR Pahang telah menerima agihan daripada kerja pembaikan jalan, jambatan, kerja rutin dan lain lain berjumlah RM307 juta. Daripada peruntukan tersebut, sebanyak 253 kerja senggaraan telah dan sedang dilaksanakan di seluruh negeri Pahang. Manakala bagi kerja-kerja penyenggaraan jalan negeri dan jalan kampung ini di bawah MARRIS. Sehingga 30 November 2024, Kerajaan Negeri Pahang, JKR Negeri Pahang, maaf JKR Negeri Pahang telah menerima peruntukan sejumlah RM268.622 juta. Yang Berhormat Speaker, dalam memastikan jaringan… jaringan jalan yang baik untuk memudahkan pergerakan rakyat di samping melancarkan aktiviti para pedagang dan menjana ekonomi negeri.

Kerajaan persekutuan di bawah Rolling...Rolling Plan 4 (RMK-12) telah meluluskan empat projek dibawah Kementerian Kerja Raya dan 12 projek fizikal dan dua kajian di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan kos sebanyak RM645.74 juta. Kalau saya nak baca bolehlah saya baca kot, senarai-senarai projek supaya semua Yang Berhormat tahu kawasan-kawasan mana yang terlibat ini yang dilulus sekarang RMK-4 mana lulus RMK-4 lulus tahun 2024 dan pelaksanaannya mungkin dalam tahun depan sebab biasanya jalan ini melibatkan kerja-kerja reka bentuk dan sebagainya.

Satunya ialah jalan naik taraf Jalan Bahau- Bentong… ya Bahau-Keratong, Keratong 11, Rompin, Pahang dan ya. Untuk makluman er... jangkaan iklannya pada 19 er... Februari tahun depan dan SST dijangka er... 22 er... Mei 2025 ya. Kemudian menaik taraf Jalan Persekutuan FT 1533 dari Persimpangan Jengka 12 hingga ke Persimpangan Jengka 24 jalan utama er... Jengka Utara Barat yang menghubungkan Bandar Jengka dan Kuala Krau. Kemudian er.... penggantian jambatan yang ketiga... penggantian jambatan FT 2490 Jalan Perwira Jaya, Selancar yang ini pun telah diiklankan ya dan dalam proses tender sekarang ini... kalau ikutkan dalam proses tender dan dijangka SSTnya pada Mac 2025. Kemudian penggantian jambatan di laluan FT12 Segamat-Gambang, Seksyen 102, Sungai Temiang, Pekan, Daerah Pekan di mana tarikh milik tapaknya pada er... 2 Disember yang lalu dan jangka siap pada 17 er... Mei 2026. Manakala er... di bawah...

Yang Berhormat minta laluan. Boleh Yang Berhormat ulang semula tak yang er... jambatan er... Jalan Segamat ke Pekan itu sebab saya takut ada yang tidak faham nanti sebab hari Isnin hari itu Yang Berhormat dah nyatakan daripada tarikh-tarikh tersebut, tapi boleh nyatakan lagi sekali tak supaya lebih jelas, jangan ada yang tidur pula nanti.

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Er... menggantikan Jambatan Laluan Persekutuan FT12 Segamat-Gambang, Seksyen 102, Jalan Temiang – Pekan, Pahang di dalam Daerah Pekan. Tarikh mula tapaknya 2 Disember ya er...2 Disember 2024 dan tarikh siap kalau mengikut jadualnya pada 17 Mei 2026.

Mohon mencelah, terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya nak minta penjelasan sikit daripada Yang Berhormat EXCO. Er... tempoh hari Yang Berhormat ada maklum dalam aplikasi TikTok kata menyatakan di sini saya ada er... sinilah ada dia tulis 2 Disember bermula kerja-kerja pembinaan jambatan kekal yang baharu. Jadi saya pegang pada situ maknanya sampai ke semalam tapak masih tidak ada apa-apa lagi itu saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat sebab Yang Berhormat maklum dekat sini dia tulis bermula 2 Disember, bermula kerja-kerja pembinaan jambatan kekal yang baharu. Ataupun mungkin Yang Berhormat ada masalah maklum kat sini ataupun minta er... Yang Berhormat jelaskanlah supaya orang ramai tahu.

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Yang Berhormat daripada Pulau Manis yang sentiasa update dalam FB dia dan semalam pun dia update lagi. Tapi dia cakap tu adalah banyak perkara tapi ada perkara-perkara menarik er...YB. EXCO dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak sedar akan keperluan jambatan kekal burung unta. Lepas itu dia cakap anak muda order lain dapat lain. Er... saya nak maklumkan kepada Yang Berhormat er... bila disebut kerja-kerja dimulakan maknanya er... site tu start diserah kepada pihak kontraktor. Dan Yang Berhormat tak boleh bayangkan bila serah projek itu 2 hari bulan tu maknanya 2 bulan dah angkut besi, simen, pasir tak macam itu eh ini projek besar. Sebab itu biasanya pada minggu pertama hinggalah minggu ketiga keempat dia ada kerja-kerja primary work, kerja.. kerja-kerja permulaan kerja permulaan termasuklah kerja contohnyalah dia nak buat setting out, buat site clearing dulu… site clearing, nak buat signboard menentukan dia punya site office dekat mana. Biasanya hari pertama ini dan saya pun dah merujuk dengan (JD) Jurutera JKR kan, dia bagitahu kontraktor datang jumpa dia so maknanya kerja itu kerja yang... primary work ini bukan kerja fizikal lagi tau.

Biasanya dalam tempoh tiga... 3 minggu ke 4 minggu ni kerja-kerja primary work dia nak... dia kena.... kena bincang dengan er... jurutera JKR selaku pegawai penguasa projek itu. Kemudian dia kena buat kerja-kerja awalan seperti signboard, menentukan site office nak site office pun bukannya boleh letak site office ikut sedap kontraktor je, mesti dapat kelulusan daripada pegawai penguasa, inilah tempoh masa dia nak menentukan site office, dan lepas site office nak perlu pula bekalan api air untuk supply pun mengambil masa kan. Kemudian er... lainlah masuk lagi kerja-kerja kena bincang dari segi (TMP) Traffic Management Plan apa semua. Itu semua kerja-kerja awal TMP, EMP, macam-macam kerja lagi. Jadi Yang Berhormat, kalau tak tahu ya janganlah tulis macam gini ha tulis ni macam-macam buku tulis dalam FB. So kalau tak... taknak jumpa saya minta penjelasan daripada pihak JKR...

Minta laluan sikit. Saya bukan nak timbul polemik...

Speaker

Yang Berhormat... Cheka.

Saya... saya...

Speaker

Tras, nanti dulu… Cheka.

Saya... saya tengok isu kita ialah kelewatan. Bukan... bukan nak blame er... EXCO ya sebab saya tahu prosesnya ialah sebahagian itu dilaksana di peringkat pusat tetapi dia ambil masa yang sangat panjang. Jadi sebagai contoh dulu waktu di Batu 40 Jalan Jerantut-Benta hampir setahun lebih baru dapat disiap tetapi itu bagus sebab dia alternatif berdekatan. Isu kita yang berlaku ni terpaksa lalu ikut Rompin, ikut Muadzam dan dia ambil jalan yang sangat jauh kepada pengguna. Saya mencadangkan kalau boleh alternatif oleh kerana tempoh siap ini 17 Mei 2026, sekarang 2024 setahun lebih lagi, setahun setengah lagi baru siap jalan itu jalan... jalan utama Segamat ke Kuantan. Jadi saya fikir kalau boleh difikirkan mekanisme supaya pengguna tak perlu pergi melalui Rompin, tapi melalui satu jalan alternatif yang... yang dibuat sementara... sementara jalan siap. Saya fikir kalau itu dapat diatasi, dia akan banyak membantu penggunalah. Terima kasih banyak, saya faham situasi yang berlaku pada EXCO ini.

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih Cheka, cuma saya tanya Cheka ada pernah lalu ke jalan ke Muadzam sekarang ini ataupun ke Segamat?

Banyak kali lalu.

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Sekarang dah lalu dah?

Saya banyak kali lalu...

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Bila kali terakhir last?

Yang termasuk... termasuk lah yang saya terpaksa pergi ke Rompin itu.

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Maknanya Yang Berhormat er... dah lama tak pergi tu sebab er...

EXCO, boleh mencelah sikit?

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Okey.

Terima kasih.

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Sekejap, sekejap. Saya menjawab sikit je.

Takpe, saya tambah juga ini. Terima kasih EXCO. Saya rasa macam nilah EXCO, sebab mungkin saya latar belakang jurutera, EXCO pun jurutera juga. Mungkin kena terang sikitlah milestone kepada mereka ataupun preliminary untuk kerja yang besar mungkin tidak faham apa yang Tuan EXCO cakap tadi maksud dia er... bila permulaan tu bukan semesti kita terus buat kerja, preliminary betullah. Maknanya sekarang ni tak faham daripada milestone kerangkaan besar kerja itu mungkin kena terang sikitlah.

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Nak terangkan kena... kena seolah macam bagi kuliah pula. Takpelah kita cari sendirilah maklumat ya. Er... cuma saya nak respons pada Cheka tadi. Bila mana jambatan er... apa ni kawasan itu er... mendap dulu er... dalam jangka masa saya ingat saya pun tak... tak ingatlah pada masa itu. Tapi er... dalam masa yang pantas jugalah dah dibina jambatan sementara, temporary dan diguna sehingga sekarang. Jadi tak ada isu nak pusing ke Rompin itu, boleh guna sekarang cuma adalah beberapa kali. Er... baru-baru ini ada sikit kerja-kerja penyelenggaraan dan tutuplah 3 hari kemudian berjalan seperti biasa. Jadi tak ada isu, sekarang ini er... kalau Yang Berhormat nak pergi ke Muadzam ke, nak pergi Segamat ke boleh lalu tak perlu... tak perlu lagi ke Rompin.

Soalan tambahan er... Speaker. Baik terima kasih Yang Berhormat EXCO, saya cuma nak... nak tanya, adakah sewaktu kita jambatan... jambatan kekal itu akan dibuat nanti, jambatan sementara itu akan kekal di situ ataupun kena lalu ikut Rompin seperti Cheka sebut tadi. Terima kasih EXCO.

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Er... jambatan yang ada sekarang ni akan dikekalkan sepanjang kerja-kerja er... jambatan kekal dibina jadi tak er... diteruskan ya mana-mana bangunan itu terus er... boleh diguna pakai. Kemudian mana tadi itu lupa dah list panjang sangat list ini [Ahli Dewan ketawa]. Er... saya tadi... okey jambatan ni… kemudian untuk kerja-kerja er... di bawah KKDW RP4 ini satunya membina jalan daripada Minang Cove ke Bagus Place ini Kampung Mukut, Pulau Tioman yang lulus. Kemudian membina jalan pintas dari Bukit Sagu er... pintas Bukit Sagu, Bukit Kuin, Daerah Kuantan. Er... kemudian er... yang ketiga dia membina jalan alternatif dari FT 1508 Jalan Padang Piol ke Sungai Retang ke C145, Jalan Batu Embun, Bukit Tinggi, Jerantut. Kemudian jalan, membina jalan baru dari Mengkarak Stesen daerah Bera ini ke FELDA Mengkarak, daerah Bentong, Pahang. Kelima, menaik taraf Jalan C.08, Jalan Kuala Bera, daerah Bera, Pahang. Kemudian membina jalan jambatan, membina baru jambatan di atas Sungai Semantan di Kampung Tanjung Kerayong, Temerloh. Seterusnya menaik taraf jambatan konkrit di laluan negeri Jalan Kampung Budu, Jalan Ulu Lok ke Jalan Ulu Dong, Kuala Lipis. Kemudian membina jambatan baru menggantikan struktur jambatan gantung Orang Asli Pos Buntu. Raub, Pahang. Kemudian menaik taraf jambatan konkrit Kampung Lambar, Lipis.

Membina baru jambatan konkrit Kampung Bertam, mukim Ulu Jelai. Membina baru Jambatan Sungai Gali, Kampung Gali Tengah Raub. Membina baru Jambatan Sungai Dong, Kampung Kuala Keloi, Raub. Membina Jambatan Kampung Orang Asli Sungai Yol, Raub. Itu yang di dalam Rolling Plan yang ke-4 tahun ini, manakala di bawah Rolling Plan ke-5 untuk tahun depan, kerajaan negeri telah menerima er... terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana telah meluluskan 2 lagi projek di bawah Kementerian Kerja Raya dan 5 projek di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan kos sebanyak RM858.74 juta.

Jadi saya bacakan jugalah untuk 2 projek diuruskan oleh bawah Kementerian Kerja Raya ini ialah projek menaik taraf struktur turapan Jalan Sungai Koyan FT 1503 dari Seksyen 0 hingga ke Seksyen 29.3, Raub dan Lipis sebanyak RM100 juta dan projek menaik aras Jalan Jerantut-Kuala Lipis FT 234 dari Seksyen 42 hingga Seksyen 48 dan dari Seksyen 55 hingga Seksyen 57, Jerantut, Pahang sepanjang RM124.82 juta. Manakala di bawah KKGW, menaik taraf Jalan Pos Sinderut, Lipis, menaik taraf jalan Kampung Terisu, Cameron Highlands, membina jambatan konkrit Kampung Ulu Milut, RPS Betau. Membina jambatan konkrit di Kampung Berkat, Maran. Menaik taraf Jambatan Kampung Kuala Dong Laluan C.158 Seksyen 12-40 Jalan Cheroh ke Gesing. Itu adalah senarai yang telah luluskan oleh pihak Kementerian Kerja Raya dan juga KKDW yang melibatkan jalan.

Yang Hormat YB Speaker, menjawab soalan-soalan tambahan daripada rakan-rakan, ada sebanyak 14 pertanyaan. Pertama, soalan tambahan daripada ADUN Tras berkenaan dengan penyediaan cat pemantul cahaya di laluan... dari Bulatan Mempaga ke UiTM Raub. Laluan yang dimaksudkan ialah Jalan Lingkaran Tengah Utama laluan Persekutuan 34. Sebahagian laluan tersebut dibuat di daerah Bentong telah diserahkan kepada JKR Pahang untuk penyerahan manakala sebahagian laluan di dalam daerah Raub masih dalam tanggungan kecacatan oleh pihak kontraktor utama. Dalam masa tersebut, pihak JKR melalui pegawai penguasa akan mengeluarkan arahan pembaikan kecacatan dari semasa ke semasa. Pada tahun 2024 pihak JKR Pahang melalui JKR daerah telah melaksanakan pembaikan terhadap aspek keselamatan di Bulatan Mempaga dengan memasang papan tanda amaran, lampu amaran solar, speed breaker dan papan tanda arah dengan kos sebanyak RM40,000.00 dan pihak JKR juga telah melaksanakan pembaikan terhadap perabot jalan sepanjang 33.63 kilometer laluan tersebut dengan kos RM400,000.00.

Bagi tahun 2025, pihak JKR telah mengangkat permohonan pembaikan jalan-jalan bersekali dengan kerja-kerja mengecat garisan bagi laluan berkenaan dan kerja-kerja akan dilaksanakan apabila kelulusan diperolehi daripada pihak Kementerian Kerja Raya kelak. Yang Berhormat Speaker, merujuk kepada soalan tambahan daripada ADUN Semambu bercadangan LPT4 Kuantan-Singapura oleh Ekovest Berhad telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penswastaan Kementerian Kerja Raya, bilangan 4/2022 dan telah diputuskan untuk tidak dipertimbangkan. Alasan utama diberikan adalah jalan sedia ada didapati masih mampu menampung bilangan trafik sehingga tahun 2030.

Namun, kerajaan negeri telah meminta pihak kementerian meneliti semula keputusan tersebut dengan mengambil kira isipadu kenderaan, kuantiti kenderaan semasa laluan Gambang ke Segamat di FT12 dan juga LPT2 yang akan mendorong penggunaan laluan Kuantan ke Singapura yang baharu. Semasa itu, Menteri Kerja Raya telah memberi komitmen untuk 3 projek pelebaran laluan Jalan Segamat... Kuantan-Segamat dan telah siap kajian termasuklah kajian trafik, kajian ukur, kerja ukur dan kajian penyiasatan tanah. Dan pada ketika ini, pihak kementerian sedang dalam proses ataupun JKR dalam proses reka bentuk.

Yang Berhormat Speaker, merujuk kepada soalan tambahan daripada ADUN Cheka berkenaan dengan pelebaran jalan di kawasan Batu 9 dan lapang sasar. Laluan yang dimaksudkan ialah Laluan Persekutuan 234, Jalan Kuala Lipis-Jerantut. Lokasi tersebut adalah dalam daerah Lipis. Kerajaan negeri melalui Jabatan Kerja Raya telah membuat kajian keperluan pelebaran jalan yang dibangkitkan dan akan diangkat di bawah permohonan cadangan projek RMK-13 pada tahun 2005 mengikut keutamaan.

Yang Berhormat Speaker, merujuk kepada soalan tambahan daripada ADUN Semambu berkenaan dengan kesesakan jalan raya iaitu Jalan Sungai Lembing dan Bukit Istana. Kerajaan negeri telah mengangkat permohonan cadangan projek menaik taraf Jalan Sungai Lembing di bawah RP 4 dan 5, RMK-12 namun tidak luluskan oleh Kementerian Ekonomi. Cadangan projek ini juga telah dibentang kepada Menteri Kerja Raya semasa sesi kunjung hormat saya bersama pihak JKR Negeri ke Pejabat Menteri Kerja Raya pada 13 Ogos 2024 dan kerajaan negeri sedang memurnikan kertas kerja untuk mengangkat cadangan projek ini di bawah RP1 RMK-13 pada tahun 2026. Kerajaan negeri juga telah mencadangkan projek Kuantan Gateway yang menghubungkan Lebuh Raya Pantai Timur LPT1. Ini akses baru yang melalui KotaSAS, Semambu, Jalan Tengku Muhammad, Jalan Padang Golf ke Kementerian Kerja Raya dalam kunjungan tersebut dan projek menaik taraf Jalan FT 1486 dari persimpangan lampu isyarat Bukit Goh-KotaSAS yang telah luluskan oleh kerajaan persekutuan di bawah Rolling Plan 2, RMK-12 sedang giat dijalankan oleh pihak JKR Pahang dengan kos RM46 juta dan dijangka siap pada 2027.

Projek ini juga dapat membantu menyuraikan trafik di laluan KotaSAS jika siap nanti. Yang Berhormat Speaker, menjawab soalan tambahan daripada ADUN Sungai Lembing berkenaan kerosakan harta benda, kehilangan nyawa dengan binatang ternakan di jalan raya. Untuk makluman Yang Berhormat, spesifikasi jalan persekutuan ini adalah dibina tanpa pagar penghadang berbanding dengan lebuh raya lengkap dengan pagar penghadang. Walau bagaimanapun, isu kerosakan harta benda dan nyawa binatang ternakan perlu dirujuk dengan agensi penguatkuasaan.

Bagi lokasi-lokasi dikenal pasti kerap berlaku kemalangan maut, pihak JKR akan membuat permohonan peruntukan menaik taraf keselamatan jalan raya melalui program blackspot kerajaan... Program blackspot kepada Kementerian Kerja Raya. Kerja-kerja akan dilaksanakan apabila mendapat kelulusan dan peruntukan daripada pihak Kementerian Kerja Raya. Selain itu, pihak konsesi juga sentiasa melaksanakan tampalan lubang-lubang pothole melalui skop kerja rutin R 01 pada setiap bulan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. Isu kenderaan berat di jalan raya di FELDA Bukit Goh akan dirujuk kepada agensi penguatkuasaan yang terlibat. Walau bagaimanapun, isu kerosakan jalan tersebut, pihak JKR telah mengumumkan permohonan peruntukan pembaikan kekal pada tahun 2025 kepada pihak KKR, Kementerian Kerja Raya. Kerja-kerja akan dilaksanakan apabila mendapat kelulusan peruntukan daripada pihak kementerian. Bagi kerosakan jalan mendap dan berlubang di Sungai Riau, Jalan Persekutuan Sungai Lembing FT 231, pihak konsesi akan... akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan sementara tampalan pothole melalui skop kerja rutin R01 di lokasi tersebut. Pihak JKR juga telah mengangkat permohonan peruntukan bagi kerja-kerja pembaikan kekal tahun 2025 kepada pihak Kementerian… Kementerian dan akan melaksanakan apabila kelulusan… mendapat kelulusan.

Yang Berhormat Speaker, menjawab soalan tambahan daripada ADUN Bukit Ibam, pihak JKR bersama konsesi jalan sentiasa memantau keadaan jalan raya dan melaksana kerja-kerja pembaikan sementara… sementara tampalan potholes melalui skop kerja rutin R01 bagi memastikan jalan sentiasa dalam keadaan baik dan selesa untuk digunakan oleh pengguna jalan raya. Bagi isu garisan jalan pudar, pihak JKR telah mengemukakan permohonan kelulusan dan peruntukan bagi mengecat semula garisan jalan kepada pihak Kementerian. Kerja-kerja akan dilaksanakan apabila kelulusan peruntukan diterima.

Untuk makluman, pemasangan Jambatan Bailey bagi… bagi digunakan sebagai laluan sementara akibat bencana tidak termasuk kerja-kerja pemasangan lampu jalan.

Namun demikian, pihak JKR telah memasang amber light dengan izin dan juga memasang Traffic Management Plan (TMP) sebagai… seperti plastic barrier, papan tanda amaran dan lain-lain perabot jalan untuk meningkatkan taraf er… keselamatan di laluan tersebut. Untuk makluman, kerajaan persekutuan telah meluluskan projek menggantikan Jambatan Selancar dibawah Rolling Plan Ke-4 dan pihak… pihak JKR Malaysia sedang dalam proses perolehan data tender… dan tender sekarang masih tender dan tutup tender pada 28 Disember 2024 ini dan surat setuju terima dijangka pada bulan Mac 2025.

Menjawab soalan tambahan daripada ADUN Tahan, mengenai naik taraf jalan Simpang Soleh 3 ke Kuala Tahan dan untuk makluman, kerajaan persekutuan melalui Kementerian Ekonomi telah meluluskan 2 permohonan di kawasan tersebut iaitu Cadangan Menaik Aras Permukaan Jalan Di Laluan FT 1508, Seksyen 0.25 hingga 1.25 Jalan Padang Piol - Sungai Retang ini di kawasan Paya Garok melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Cadangan Membina Laluan Altenatif FT 1508, Jalan Padang Piol - Sungai Retang ke C145 seperti saya maklum tadi ini.

Di Jalan Batu Embun - Tebing Tinggi, Jerantut melalui Kementerian… Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan status semasa projek ini adalah dalam fasa reka bentuk oleh JKR Malaysia. Sebagai langkah mengatasi laluan utama yang sering ditenggelami banjir dan menyebabkan jalan terputus hubungan seperti di jambatan Sungai Kerak, kerajaan negeri telah mengangkat permohonan bagi menaik aras jalan-jalan persekutuan yang telah ditenggelami banjir er… kepada Kementerian Kerja Raya untuk pertimbangan lanjut.

Namun, sehingga kini kelulusan yang diterima adalah terhad. Untuk makluman, projek menaikaras Jalan FT234 Jalan Jerantut-Lipis merangkumi pembinaan jambatan baru di Sungai Teh, Sungai Kerak dan Sungai Sepia bagi Seksyen 43.05, 47.3, dan 56.0 Daerah Jerantut telah diluluskan dalam Rolling Plan Yang Ke-5 er… dan akan dilaksanakan tahun hadapan.

Menjawab soalan tambahan daripada Pulau Manis er… ini bersama tadilah. Ini saya anggap benda ni dah… dah cakap tadi dah… saya skip je. Dan menjawab soalan tambahan daripada Beserah, er… berkenaan dengan er… tindakan yang diambil er… untuk meneliti keperluan membuat longkang-longkang bagi tujuan aliran air dari permukaan jalan. Laluan yang dimaksudkan ialah Jalan Persekutuan, Laluan FT03, Jalan Kuantan - Chukai, Kuantan melibatkan panjang jalan 63.669 km yang terletak di dalam Parlimen Indera Mahkota. Jalan raya ini diselenggara oleh syarikat konsesi penyelenggaraan jalan persekutuan iaitu Roadcare (M) Sdn. Bhd.

Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, jajaran jalan ini melibatkan yang melibatkan seksyen 360 hingga ke seksyen 381.5. Beberapa lokasi dikenalpasti berlaku kejadian air bertakung di atas permukaan jalan seperti di Sungai Ular dan Chendor yang disebabkan kekurangan roadside drain dengan izin. Ini kerana jalan ini pada dulunya dibina tanpa keperluan roadside drain dengan izin. Disebabkan oleh pembangunan tepi jalan yang melibatkan lot persendirian/individu serta aras tapak tepi jalan yang tinggi telah menyebabkan air larian atas jalan tidak dapat mengalir ke tepi jalan dengan sempurna.

Oleh itu, JKR telah merancang dan memohon peruntukan bagi permohonan membina roadside drain di sepanjang jalan tersebut. Cadangan ini telah… jalan-jalan ini akan disenaraikan dalam anggaran penyelenggaraan… Anggaran Penyelenggaraan Jalan Tahun 2025 bagi jalan persekutuan. Walau bagaimanapun, kajian awalan akan

dilaksanakan bagi menyemak kesesuaian rekabentuk roadside drain termasuklah kawasan discaj, utiliti, pengambilan tanah dan juga social impact.

Yang Berhormat Speaker, menjawab soalan tambahan daripada ADUN Tanjung Lumpur, dengan ini dimaklumkan bahawa laluan yang dimaksudkan adalah Laluan Persekutuan FT183, Jalan Padang Lalang - Tanjung Lumpur - Kampung Baharu, Kuantan melibatkan panjang 15 kilometer yang terletak dalam kawasan Parlimen Kuantan. Jalan raya ini diselenggara oleh syarikat konsesi penyeleng… penyelenggaraan… penyenggaraan jalan persekutuan, Roadcare (M) Sdn. Bhd. JKR telah menyenaraikan sebanyak 5 kerja penyelenggaraan jalan dalam Anggaran Penyelenggaraan pada tahun 2025 bagi jalan persekutuan dengan anggaran kos RM6.5 juta melibatkan kos… melibatkan lokasi yang dimaksudkan di atas.

Oleh itu, kerja ini akan dilaksanakan sekiranya kelulusan peruntukan diperolehi pada tahun 2025. Bagi tahun 2024, JKR telah melaksanakan kerja penyenggaraan jalan berhampiran dengan Masjid Kampung Soi dengan kos lebih kurang RM1.1 juta.

Speaker

Yang Berhormat.

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Ya.

Speaker

Panjang lagi?

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Separuh tak sampai lagi. [Ahli Dewan ketawa]

Yang Di-Pertua…

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Tak apalah. Saya mintak maaflah mana-mana… yang semua ada ni. Saya menjawab apa ni…tapi tak sempat, panjang sangat. Panjang sangat yang… yang soalan-soalan tambahan. Ada lagi yang ganggu.

Yang Berhormat, kena bagi peluang dekat anak buah. Yang Berhormat er… Speaker, saya ingin mengajukan soalan-soalan tambahan kerana Wakil Kerajaan ada sebut tentang konsesi-konsesi er… di beberapa tempat. Jadi ada tak cadangan er…

konsesi-konsesi ini melebarkan sayapnya ke Pulau Tioman? Kerana saya difahamkan dalam kenyataan yang ahli wakil kerajaan tadi menyebut ada peruntukan yang telah diluluskan er… untuk Jalan Mukut, ya.

Kalau ikut apa kefahaman saya yang lepas itu, terima kasih kepada Wakil Kerajaan dan juga JKR Pahang, hampir RM9 juta er… untuk feasibility study di Jalan Mukut, ya. Iaitu duit lebihan KW (kurang jelas) semasa buat Jalan Tekek ke Kampung Juara dan seterusnya juga RM5 juta untuk kerja-kerja er… Jalan daripada Salang ke Air Batang. Jadi saya ucap terima kasih kepada JKR Pahang dan juga JKR Daerah dan saya ingin confirmation sekali lagi dengan izin. Adakah konsesi- konsesi ini selain daripada MARRIS er… untuk penyediaan peruntukan ke Pulau Tioman? Pulau ini pun perlu kepada konsesi-konsesi. Terima kasih.

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Yang Berhormat Speaker. Saya nak tanya sikit pada Tioman. YB tahu berapa panjang jalan di Tioman, jalan… maksudnya jalan premixlah ataupun jalan konkrit yang ada sekarang ni?

Yang Berhormat Speaker. Terima kasih atas keprihatinan Wakil Kerajaan tadi. Kita di Pulau Tioman ni er… panjang untuk jalan premix ni, saya ingat tak sampai er… di Tekek ke Kampung Juara lebih kurang 5 kilometer. Itu harga dia pun masa tu RM10 juta dan itu premix yang bukan premixlah, simen. Dari Tekek ke Berjaya, saya kira dalam 2 kilo je. Itu sahaja jalan yang premixnya. Yang lain semua jalan simen. Jadi saya kira bertepatanlah dengan keprihatinan wakil kerajaan negeri untuk melihat perkara ini pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Er… Yang Berhormat Yang di-Pertua. Er… kalau tengok jalan ni pendek sangat, 5 kilometer jalan konkrit dan 2 kilometer jalan premix. Walau bagaimanapun, perkara ini akan diperhalusi. Tapi untuk makluman er… di Tioman, kita ada agensi yang er… menyenggara ataupun agensi er… seperti Lembaga Pembangunan Tioman. Jadi mungkin walaupun tiada ada konsesi tapi peruntukan-peruntukan untuk pembaikan jalan ni boleh salur kepada Lembaga Pembangunan Tioman er… saya teruskan Yang Berhormat Speaker er… banyak lagi ini, saya skip dahulu. Saya terus kepada… saya skip, saya terus kepada sektor pengangkutan.

Yang Berhormat Speaker,

Sektor Pengangkutan merupakan pemacu kepada pertumbuhan negara dalam… dan penyediaan sistem pengangkutan yang berkualiti adalah penting untuk mencapai aspirasi negara maju. Adalah menjadi hasrat utama kerajaan bagi menyediakan sistem pengangkutan yang selamat, boleh dipercayai, mampu guna dan mampan sejajar dengan komitmen. Sejajar dengan komitmen ini, Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 digubal untuk menyediakan teras-teras dasar dan strategi untuk meningkatkan daya saing ekonomi, memastikan keterangkuman dan

kebolehpencapaian serta pada masa yang sama mengurangkan impak negatif sistem pengangkutan dan alam sekitar.

Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengangkutan Jalan Negeri Pahang akan sentiasa mengambil tindakan yang proaktif dalam mewujudkan dasar dan program-program yang akan memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat negeri Pahang. Bagi mempertingkatkan keselamatan jalan raya, kerajaan negeri… kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM300,000.00, jadi saya ucap terima kasih pada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah meluluskan RM300,000.00 bagi Kempen Ops Selamat Bersepadu Negeri Pahang dan Program Keselamatan Jalan Raya pada tahun 2025.

Bagi mempromosikan pelancongan kereta api di laluan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM400,000.00 untuk pada tahun 2025 bagi mempromosi pakej pelancongan kereta api yang melibatkan lima stesen KTM iaitu di Kemayan, Mentakab, Jerantut, Kuala Lipis dan Merapoh. Kerajaan negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 bagi pelaksanaan kad pengangkutan feri Tioman dikhusus kepada penduduk Pulau Tioman bagi mengurang kos… er… beban kos pengangkutan penduduk Pulau Tioman.

Yang Berhormat Dato’ Sri di-Pertua,

Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah melibatkan beberapa buah daerah iaitu er… membuat beberapa daerah dan di negeri Pahang iaitu di Kuantan, Maran, Temerloh, Bentong, ianya juga sedang rancak dilaksanakan dan kemajuan kerja projek ECRL di negeri Pahang sehingga 30 November 2024 adalah er… telah mencapai sebanyak 76.92% menepati jadual pelaksanaan. Projek ini dijangka siap pada Disember 2026 dan dijangka beroperasi pada tahun 2027. Seperti er…

Speaker

Yang Berhormat… Yang Berhormat er… masa dah sampai. (ketawa)

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Dah sampai ya? Tidak apa, saya skip lagi cuma sedikit lagi. Saya nak… saya nak er… sambung sedikit dekat kesihatan. Menyentuh sektor kesihatan ya, er… pada tahun 2024 er… sehingga 31 Oktober 2024, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah menerima peruntukan mengurus sebanyak RM1.165 bilion dan telah berbelanja sebanyak RM1.534 bilion iaitu 95.02%. Daripada keseluruhan peruntukan diterima sebanyak RM1.031 bilion untuk pembayaran emolumen melibatkan 16,725 pegawai di seluruh negeri Pahang dan er… daripada jumlah RM15.5 juta telah diperuntukkan bagi menaik taraf dan membina semula 40 klinik daif di seluruh negeri Pahang dan daripada jumlah itu, 39 telah berjaya disiapkan dalam tahun 2024 sepertimana yang disasarkan dan er… di bawah Rolling Plan Keempat sebanyak 17 projek pembangunan fizikal dan dengan siling peruntukan sebanyak RM821.58 juta sedang giat dilaksanakan.

Ini termasuk pembinaan klinik… klinik kesihatan di Kuala Tahan, Jerantut dengan peruntukan RM26 juta serta pembinaan bangunan main switch board dengan izin, er… dan penambahan kapasiti set janakuasa di Hospital Bentong dengan peruntukan

RM9.362 juta dan Kerajaan Pahang telah meluluskan peruntukan, saya mengucapkan terima kasihlah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.15 juta Bantuan Prihatin Pahang bagi Pembedahan Katarak Rakyat Pahang pada tahun 2024 dan bantuan ini er… bantuan ini diperuntukkan kepada 950 pesakit yang telah mendapat manfaat kemudahan mata dengan sumbangan kanta percuma khusus untuk pesakit warga emas dan pemastautin tetap di negeri Pahang dan bagi tahun 2025, kerajaan er… Menteri Besar telah mengumumkan Inisiatif Makmur Pahang dengan peruntukan RM1 juta bagi subsidi pembedahan katarak mata.

Dan untuk makluman juga pada tahun 2024 ini, Kementerian Kesihatan telah meluluskan 45 unit kenderaan ambulans iaitu 8 unit type A dan 37 unit type B bagi negeri Pahang. Sebanyak 8 unit kenderaan ambulan tadi telah diserahkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada 4 September yang lalu dan 6 unit… kepada 6 unit hospital iaitu 2 unit di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, 2 unit di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan masing-masing sebuah unit di Hospital Pekan, Bentong dan Hospital Lipis dan di… dan di Cameron Highlands, Hospital Sultanah Hajjah Kalsom. Manakala pengagihan selebihnya iaitu sebanyak 37 kenderaan ambulans type B akan diserahkan secara peringkat bermula pada tahun 2025.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Nak baca pun banyak juga lagi ini… kesihatan ini jadi er… saya tutup la ya. Jadi saya mengambil kesempatan sekali lagi merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucap terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu berkaitan dengan portfolio kerja raya dan juga portfolio kesihatan dan… dan dengan segala peruntukan dan perancangan yang telah disediakan dan akan dilaksanakan nanti sudah tentu akan lebih maju dan mensejahterakan dan memakmurkan lagi negeri Pahang, insya-Allah.

Yang Berhormat Speaker,

Dengan ini saya mohon menyokong. Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]

Speaker

Terima kasih EXCO Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang. Seterusnya, saya menjemput EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang. Dipersilakan, Yang Berhormat.

[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT, Selamat petang dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Pertamanya, terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan di-Pertua kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan usul Belanjawan 2025 yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada hari Jumaat yang lepas. Pertamanya, saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya dapatlah saya diberi peluang untuk menggulung

perbahasan dan menjawab persoalan-persoalan selaku EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk pertamanya, menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang di atas segala dorongan dan inspirasi kepada kerajaan negeri pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail agar sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat negeri Pahang yang bertuah ini.

Tuanku payung harapan bangsa, Memimpin negeri penuh bijaksana, Raja dan rakyat berpisah tiada, Capai bahagia makmur bersama.

Begitu juga dengan penuh hormat dan rasa syukur di dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah, penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di atas kepimpinannya yang penuh berwibawa yang telah membawa negeri Pahang kita ke tahap pencapaian yang sangat cemerlang dan sangat membanggakan kita semua. Syabas dan tahniah diucapkan juga di atas prestasi cemerlang Kerajaan Negeri Pahang yang telah mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM1.150 bilion mengatasi sasaran asal sebanyak RM1.137 bilion untuk tahun ini. Pencapaian ini bukan sahaja membuktikan kebijaksanaan dan kecekapan pentadbiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang tetapi juga telah mencerminkan dedikasi dan komitmen yang tinggi demi kesejahteraan dan kelestarian rakyat negeri.

Dengan tema tahun 2025 Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan yang telah dipilih menjadi teras utama kepada intipati keseluruhan Belanjawan Negeri Pahang sudah tentu Kerajaan Negeri Pahang telah meneliti, memperhalusi dan merancang daripada pelbagai sudut sama ada sudut ekonomi, sosial, sains teknologi dan pentadbiran yang telus dan menyeluruh untuk meletakkan negeri Pahang ke suatu tahap yang lebih baik serta menjadikan rakyat sebagai keutamaan dalam agenda pembangunan negeri.

Yang Berhormat Tuan di-Pertua,

Tahun 2021, kerajaan negeri telah menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) melalui Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang 2021 [Enakmen 26] yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2022 untuk menggalak, memudah cara, menyelaras, mengurus, mengawal selia dan melaksanakan pemajuan perumahan dan hartanah termasuk menyelesaikan isu-isu pemajuan perumahan sehinggalah projek perumahan siap sepenuhnya dan memperolehi Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dengan izin Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Pelbagai program Skim Perumahan Negeri Pahang yang merangkumi pembangunan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Rumah Makmur, Rumah Penjawat Awam Pahang (RPAP), Rumah Mesra Pahang, Rumah Pahang di bawah Program Generasi Baharu Felda (PGBF) dan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) secara sewaan ataupun jual beli.

Program Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA Pahang telah diperkenalkan pada tahun 2013. Projek ini memberi tumpuan kepada golongan yang berpendapatan sederhana dengan had pendapatan isi rumah di bawah RM10,000.00 dan

menawarkan harga jualan bagi Rumah Berkembar 1 Tingkat bermula daripada RM150,000.00 seunit.

Bagi menjawab pertanyaan YB ADUN Chini, Rumah PR1MA Pahang telah dilaksanakan sebanyak 29 projek yang berjumlah 7,983 unit di seluruh Pahang sehingga kini termasuk 349 unit di daerah Kuantan, Lipis dan Rompin telah memperolehi Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pada tahun 2024. Kerajaan negeri mensasarkan penyiapan 620 unit PR1MA Pahang di daerah Bentong, Cameron Highlands, Kuantan, Maran dan Temerloh pada tahun 2025. Pelaksanaan Projek PR1MA Pahang juga dipergiatkan di seluruh negeri sebanyak 73 projek lagi yang merangkumi 11,975 unit keseluruhannya.

Bagi menjawab persoalan YB ADUN Kawasan Beserah dan YB ADUN Kawasan Ketari, sasaran yang dinyatakan pada tahun 2025 ini termasuklah bagi Projek PR1MA Sungai Karang Darat dan PR1MA Kampung Lebu di mana jangkaan siap pada penghujung tahun 2024 dan dijangka memperolehi Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) pada Februari 2025. Untuk makluman Dewan, sehingga kini kedua-dua projek pembinaan telah mencapai peratusan pembinaan sehingga 90% di tapak, di mana bangunan telah siap sepenuhnya. Hanya kerja-kerja infrastruktur seperti kerja-kerja paip retikulasi-retikulasi luaran, kerja-kerja jalan dan proses ujian serta pematuhan sistem rawatan berpusat perlu disiapkan. LPHP, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Agensi-agensi teknikal sentiasa memantau projek pembangunan ini secara berkala dalam memastikan projek ini dapat disiapkan mengikut spesifikasi dan keperluan yang ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan negeri sentiasa mengadakan perbincangan bersama pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di dalam pelaksanaan pembangunan perumahan-perumahan mampu milik termasuklah projek pembinaan-pembinaan yang sedang dijalankan didalam negeri Pahang. Tambahan lagi, pemantauan dilakukan melalui Housing Integrated Management System (HIMS) dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua yang dikawal selia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

KPKT, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga amat memberi perhatian terhadap projek-projek yang telah dikategorikan sakit dengan merujuk kepada Subperaturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1989 di bawah Jadual G Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 [Akta 118]. Sekiranya pemaju tidak menyerahkan pemilikan kosong rumah tersebut dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh perjanjian ditandatangani, pembeli berhak untuk menuntut ganti rugi ataupun LAD Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dengan izin kepada pemaju perumahan melalui Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah. Di bawah subperaturan yang sama, pembeli berhak menuntut ganti rugi yang dikira mulai habis tempoh penyerahan pemilikan kosong.

Sekiranya pemaju enggan menjalankan atau melambatkan atau menggantung atau berhenti kerja bagi satu tempoh yang berterusan selama 6 bulan atau lebih selepas penyempurnaan Perjanjian Jual Beli, pembeli berhak menamatkan Perjanjian Jual Beli di bawah Seksyen 8A Akta 118, Penamatan perjanjian jual beli mengikut undang-undang. Berdasarkan Seksyen 8A (3) Akta 118, pemaju perumahan hendaklah memulangkan kepada pembeli kesemua wang yang diterima dalam tempoh 30 hari dari tarikh penamatan Perjanjian Jual Beli.

Sekiranya berlaku kelewatan penyiapan projek perumahan, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan KPKT, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk

mengekang pihak pemberi pinjaman kewangan membuat pemotongan bagi memastikan bayaran ansuran dihentikan sehinggalah rumah dapat diserahkan kepada pembeli, ini adalah untuk mengurangkan beban pembeli. Dibawah Seksyen 7C (1) Akta 118, Pengawal yang dilantik oleh Menteri bolehlah mengarahkan bank atau syarikat kewangan untuk tidak melepaskan, berurusan atau selainnya membenarkan apa-apa pengeluaran, apa-apa bayaran daripada Akaun Pemajuan Perumahan sekiranya didapati pemaju perumahan berlesen sedang menjalankan perniagaannya dengan cara memudaratkan kepentingan pembeli.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan yang diutarakan oleh YB ADUN Kawasan Cheka, jumlah perumahan yang telah dikategorikan sebagai projek sakit di bawah rekod Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang berada di dalam negeri Pahang keseluruhannya berjumlah 56 projek yang melibatkan projek-projek pemaju swasta dan bukan kerajaan negeri. Namun, projek sakit di bawah pemantauan dan kawalan kerajaan negeri adalah berjumlah 14 projek. Untuk makluman Dewan, projek sakit adalah membawa maksud projek yang mengalami kelewatan melebihi 30% berbanding kemajuan yang sepatutnya atau telah tamat tempoh Perjanjian Jual Beli.

LPHP mengambil inisiatif pemantauan secara berkala bersama agensi-agensi teknikal tentang projek sakit ini dan juga kita berkerjasama dengan KPKT dalam memantau status kemajuan projek bagi memastikan kesemua projek-projek tersebut memperolehi Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dan sebahagian besar projek-projek di bawah kawalan kerajaan negeri ini dijangka akan disiapkan pada tahun 2025 nanti. Projek...14 projek tadi dijangka siap pada tahun 2025.

Sebagai penambahbaikan pemilikan kediaman fokus kepada golongan sasar, pada tahun 2016, kerajaan negeri telah melancarkan Skim Rumah Makmur, yang bertujuan menyediakan akses perumahan bagi golongan yang berpendapatan rendah, iaitu had pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.00. Harga jualan untuk Skim Rumah Makmur bagi kediaman jenis Rumah Teres 1 tingkat bermula serendah RM80,000.00 seunit dan ini memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Pahang untuk memiliki kediaman yang selesa. Pada tahun 2025 disasarkan penyiapan Rumah Makmur sebanyak 468 unit.

Tuan Yang di-Pertua, inisiatif-inisiatif program perumahan lain bagi memenuhi hasrat keperluan rakyat, Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan dan melancarkan beberapa program perumahan untuk rakyat seperti Rumah Penjawat Awam Pahang (RPAP), Rumah Rakyat Pahang, Rumah Mesra Pahang, Rumah Pahang di bawah Program Generasi Baharu Felda (PGBF), Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) secara sewaan atau jual beli dan Skim Rumah Pahangku. Sehingga kini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, jumlah penyiapan rumah adalah sebanyak 15,742 unit dengan nilai pembangunan kasar adalah berjumlah RM1.52 bilion yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kerajaan negeri juga merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah di atas keprihatinan baginda bersama Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan yang menyalurkan dana bagi menyediakan kediaman kepada golongan miskin tegar dan juga miskin bandar, melibatkan 790 unit Rumah Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) untuk makluman Dewan dan 121 unit Rumah kepada mangsa banjir dengan jumlah keseluruhan kos pembangunannya bernilai RM86.5 juta.

Kerajaan negeri juga sentiasa memberi fokus utama bagi membantu golongan sasar iaitu miskin tegar dan miskin bandar di negeri ini melalui Skim Rumah Rakyat Pahang (RRP). Skim ini mula dilancarkan pada tahun 2020 dan 2022 dengan kos pembinaan bernilai RM75,000.00 seunit dan rumah ini diberikan secara percuma kepada penerima-penerima yang layak untuk memastikan kehidupan mereka dengan lebih baik dan lebih selesa dan berkualiti bersama keluarga.

Yang Berhormat Tuan Dato' Sri… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pemilihan peserta bagi Skim Rumah Bantuan Rakyat seperti Rumah Rakyat Pahang dan Rumah Al-Sultan Abdullah pemohon mestilah berdaftar di bawah eKasih dan diperakui layak melalui mesyuarat Focus Group Daerah di peringkat daerah di dalam negeri Pahang. Pemohon yang layak akan diangkat bagi mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri sebelum tawaran dikeluarkan oleh LPHP dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah. Pemohon akan dikenal pasti sama ada mempunyai tanah hak milik persendirian atau dibantu dengan diberikan tanah milik… tanah… diberikan milik atas tanah kerajaan. Untuk memastikan kelancaran proses ini melibatkan rundingan bersama kontraktor yang layak dan mengambil kira tempoh penyiapan seawal 16 minggu dan projek-projek ini akan dipantau secara rapi oleh Pejabat Daerah dan juga LPHP bagi memastikan pembinaan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan sehinggalah pembinaannya selesai.

Bagi menjawab soalan YB ADUN Panching, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM75 juta untuk pelaksanaan 1,029 rumah di bawah projek RRP dari Fasa 1 hingga Fasa 4 bermula pada tahun 2020. Peruntukan bermula daripada empat unit di setiap Dewan Negeri dan satu unit di setiap Parlimen sehinggalah pada September 2023. Tambahan kediaman dibuat sebanyak lapan unit di setiap Dewan Negeri dan satu unit di setiap Parlimen dan seterusnya satu… 100 unit untuk masyarakat Orang Asli. Sehingga kini 805 unit rumah RRP telah berjaya disiapkan dan projek ini akan diteruskan ke Fasa 5 dengan pembinaan 350 unit di seluruh negeri Pahang dan 120 unit di bawah ORACO untuk masyarakat Orang Asli. Terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri.

Terima kasih EXCO atas respon tadi. Cuma saya ada bila EXCO sebut tentang rumah RRP tadi. Pertamanya, tahniah kepada kerajaan negeri semakin bertambah pembinaan rumah RRP sebagai sebahagian daripada bantuan yang sangat baik kepada rakyat kitalah. Cuma soalan saya sekiranya rumah RP yang telahpun dibina, kemudian berlaku kerosakan. Contohnya baru dalam tempoh beberapa bulan duduk, contohnya ada keretakan. Saya ingat sesi lepas saya sebut satu rumah yang dibina dalam keadaan pintu tandas tak boleh ditutup, pintu bilik tak boleh ditutup, kemudian dinding retak. Dan pada waktu tu ada dah EXCO tak silap saya YB ape… YB Sim lah. YB apalah dah… Teruntum, dia dah pergi melawat juga. Tapi tak ada tindakan daripada pihak kerajaanlah. Jadi kesian mangsa. Mangsa tu orang miskin, orang susah dan memang tak mampu untuk dia membaik pulih rumah tersebut. Tentunya respon…

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya pelaksanaan rumah ni di bawah Pejabat Daerah ni selalunya kita dipantau secara rapi oleh Pejabat Daerah di bahagian… Bahagian Kejuruteraan dan Pembangunan dan juga apatah lagi dengan

saya tak tahu masa tu waktu ada LPHP, ataupun Bahagian Perumahan, tetapi selalunya projek ini akan dikawal selia dan dipantau dengan rapi dan sudah tentu sekiranya berlaku sebegini dan baru siap mestilah kita mengambil kira untuk memperbetulkan keadaan yang terbabit supaya rumah tersebut dapat memberikan… objektifnya adalah untuk memberikan keselesaan kehidupan kepada rakyat. Selain itu, perkara seperti ini saya tak tahulah di mana itu YBnya atau masih berlaku lagi. Kita nak sekarang ni ada lagi ke rumah.

Rumah tu masih lagi diduduki. Tapi bagi saya dalam keadaan yang agak bahayalah sebab kita tengok ke atas tu retak makin… makin luas. Kalau tidak nanti, kalau kebetulan saya saya melawat, saya akan ambik ambik gambar dan saya kongsi dengan YB EXCO.

Nanti kita boleh pergi lawat bersama.

Speaker, satu soalan tambahan ataupun nak tanya celah ke.. apa ni? Saya akui jugalah di kawasan saya tu bahawa pembinaan dan juga projek Rumah PR1MA ni kemajuan dia agak slow. Namun begitu, alhamdulillah dengan penekanan demi penekanan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri nampak pembinaan semakin positiflah dan banyak Rumah PR1MA di Rompin sebagai contoh, dah mula menunjukkan tapak pembinaan tu dah diclear dan sebagainya. Soalan saya, saya nak tanya iaitu adakah projek Perumahan PR1MA ni masih dibuka ruang di Pulau Tioman sebab sekarang ini di Pulau Tioman, contohnya di Kampung Juara dan juga Kampung Genting serta Kampung Mukut. Memang ada keperluan untuk rumah-rumah seumpama ini. Jadi adakah perancangan kerajaan negeri sekiranya ada permohonan di sebelah pulau ini dapat dipertimbangkan. Dan yang keduanya dalam ucapan EXCO ataupun kerajaan negeri. Wakil kerajaan negeri ada menyatakan tentang solar. Saya sangat tertarik kerana di Pahang ini banyak projek-projek PR1MA. Di mana sekiranya solar system itu diwujudkan di atas bumbung-bumbung perumahan PR1MA ini adalah satu inisiatif yang baik... pada perkiraan saya, terima kasih.

Ada soalan dok, yang solar…yang solar

Solar. Maknanya adakah keperluan tersebut boleh dipertimbangkan ataupun dilaksanakan pada masa akan datang untuk kebaikan penghuni-penghuni atau pembeli Rumah PR1MA tersebut, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang pembangunan Rumah PR1MA. Banyak dilaksanakan di Rompin dan juga kerajaan telah menimbangkan dan telah meluluskan untuk pelaksanaan Rumah PR1MA di… juga di Pulau Tioman, di Kampung Tekek yang seluas 120 ekar dan kini dalam proses Kebenaran Merancang. Jika diluluskan, projek tersebut mungkin akan dilaksanakan di Pulau Tioman untuk memberikan lebih keselesaan-keselesaan kepada penduduk-penduduk di Pulau Tioman. Dan menyentuh tentang solar. Tapi Yang Berhormat Yang di-Pertua, soalan dia pun dah 2 minit 3 minit masuk tambah sikit lagi. Menyentuh tentang solar ni, kita sedang dalam sedang memperhalusi antara kerjasama Kerajaan Negeri Pahang dan juga TNB untuk meletakkan solar di atas bumbung rumah dan jika kita dapati kesesuaian dan kita akan membawa kepada Lembaga Hartanah dan Perumahan… kepada Lembaga… Lembaga Hartanah dan Perumahan untuk di… mendapat kelulusan. Jika dibenarkan, kita akan laksanakan kuasa solar di atas bumbung rumah Rumah PR1MA kita ini bagi mengurangkan kos pembayaran bulanan elektrik kepada penghuni-penghuni Rumah PR1MA dan saya sambung. Dan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua

Boleh mencelah sikit. Yang Berhormat

Dah macam mana. Okey-okey sila, sila

Okeylah kita ikut Dato' Sri Speaker kata alang-alang panjang, panjang teruslah. Haha. Saya tertarik dan juga tahniah kepada kerajaan atas penjelasan diberikan tentang skim-skim perumahan ini dan kita lihat kerajaan begitu komited membelanjakan lebih RM1.5 bilion dalam tempoh yang panjang ini. Membina 15,000 unit rumah. Cuma saya nak bertanya ada tak cadangan pihak kerajaan untuk menilai semula terutamanya Rumah PR1MA. Rekabentuk Rumah PR1MA itu sendiri kerana ianya dilihat sebagai membebankan kerajaan dari sudut kewangan. Rumah PR1MA ni dia terlalu murah dijual RM150,000.00. Semi-D rumah berkembar. Dan kemungkinan ini antara punca kenapa kelewatan berlaku kerana pemaju mungkin tidak berupaya untuk nak menyerap kos pembinaan yang tinggi sekarang, sebab jualan dia hanya RM150,000.00 harga rumah tersebut. Ada tak cadangan pihak kerajaan. Ini pandangan saya dan boleh dipertimbangkan jika sesuai supaya buat rumah Teres PR1MA, jadi satu jimatkan ruang daripada semi D, kita akan dapat tambah bilangan rumah, unit dan dia akan menjimatkan kos. Jadi, dia akan memberikan lebih ruang kepada rakyat untuk nak… nak memiliki rumah dan juga mengurangkan tahap kelayakan tersebut kepada kadar yang sepatutnya bawah kepada pendapatan sederhana daripada pendapatan tinggi, Terima kasih.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, sebagaimana saya nyatakan sebelum ini. Ada yang pendapatan isi rumah RM10,000.00, ada pendapatan isi rumahnya RM5,000.00. Kadang kadang yang RM10,000.00 ini ingin juga rasa nak duduk rumah macam Semi-D kan?. Kadang-kadang ada yang umur… yang RM5,000.00 ni nak juga duduk rumah teres yang tak mampu dimiliki. Sebab tu ada kita ada teres, ada rumah Semi-D, ada rumah teres. Rumah teres yang kita laksanakan Skim Rumah Makmur tadi berharga RM80,000 dan rumah Semi-D ni dengan harga RM150,000.00 dan pihak LPHP juga sentiasa memperhalusi tentang reka bentuk di mana kita nak tengok dari segi quantity survey atau QSnya harga. Dalam harga itu, kita sentiasa meneliti tentang aspek-aspek untuk pembinaan sebuah rumah PR1MA Pahang ni, berapa luas lantai dia, berapa tinggi dia, atap jenis apa, longkang jenis apa, jadi keluasan macam mana. Finishing ni macam mana, ya.

Jadi kita sentiasa… saya telah meminta supaya pihak LPHP sentiasa mengkaji kalau boleh dengan kos yang paling efektif untuk melaksanakan sesebuah rumah. Dan juga kita mesti mencari pembekal-pembekal yang berupaya untuk membekalkan bahan mentah yang harganya boleh rendah untuk sama-sama kita memastikan rumah ini dapat dilaksanakan dengan lebih banyak lagi untuk negeri Pahang supaya membolehkan rakyat memiliki lebih banyak rumah, tiap- tiap yang tiada rumah ni. Itu hasrat kita LPHP. Boleh ye. Ada soalan tambah.

Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih saya nak ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana dalam pelaksanaan RRP pada tahun 2025 telah meluluskan peruntukan pembinaan sebanyak 350 unit RRP Fasa 6 yang akan dilaksanakan dengan melibatkan kos pembinaan sebanyak RM28.7 juta termasuk pembelian barangan kelengkapan elektrik melalui peruntukan LPHP dan sokongan peruntukan sebanyak RM9.45 juta daripada kerajaan negeri yang merangkumi subsidi sebanyak RM25,000.00 dan subsidi perabot sebanyak RM2,000.00 per... setiap rumah. Pada masa sama, kerajaan negeri turut meluluskan peruntukan yang berjumlah RM9.84 juta bagi tujuan pelaksanaan pembinaan sebanyak 120 unit khusus untuk masyarakat Orang Asli dalam negeri Pahang.

Alhamdulillah, sebagai langkah penambahbaikan, kerajaan negeri telah meluluskan kenaikan kos pembinaan bagi setiap rumah di bawah program ini daripada RM75,000.00 seunit kepada RM80,000.00 seunit yang merupakan keprihatinan dan usaha kerajaan negeri untuk membantu kontraktor-kontraktor dalam menangani kenaikan harga barang serta menyiapkan kerja-kerja pembinaan rumah tersebut dengan sempurna dan berkualiti. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan ADUN Jengka, setiap unit Rumah Rakyat Pahang (RRP) yang dibina adalah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya dengan harga yang telah diselaraskan dan ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Sehingga kini, kerajaan negeri tidak menerima sebarang aduan daripada penerima-penerima RRP mahupun dari mana-mana jabatan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang aduan atau isu-isu yang timbul pada masa hadapan, pihak yang terlibat bolehlah terus menghubungi LPHP melalui talian hotline 019-9004777. Ambillah nombor ni. Macam YB Sim jugak mana, hilang. Nombor, bukan nombor saya. Nombor hotline 019-9004777... 09-5512777... 09-5512888. Atau melalui e-mel rasmi, lphppahang.gov.my.

Kerajaan negeri akan memastikan sebarang tindakan yang sewajarnya dapat diambil segera demi kepentingan rakyat dan kelancaran pelaksanaan projek ini. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kerajaan negeri turut mengambil berat dan memahami akan cabaran dan kesukaran yang dihadapi untuk memiliki hartanah sendiri disebabkan harga rumah yang tinggi di pasaran dan kos sara hidup yang meningkat. Justeru itu, kerajaan negeri telah meluluskan Skim Rumah Mampu Milik yang baharu. Yang pertamanya, untuk makluman Dewan, Skim Rumah Penjawat Awam Pahang yang telah diluluskan pada tahun 2023.

Jenis kediaman yang ditawarkan adalah jenis rumah teres satu tingkat, rumah teres dua tingkat, rumah berkembar satu tingkat, rumah sesebuah satu tingkat. Harga jualan bermula daripada RM120,000.00 hingga RM450,000.00. Kerajaan negeri telah meluluskan cadangan tapak di daerah Kuantan, Maran, Pekan dan juga Rompin. Yang kedua adalah Skim Rumah Mesra Pahang. Merupakan kediaman jenis rumah sesebuah satu tingkat yang ditawarkan kepada pemohon yang mempunyai tanah hak milik atau mendapat kebenaran daripada pemilik tanah. Skim ini telah diluluskan pada tahun 2022 dan kos pembinaan adalah sebanyak RM75,000.00 seunit dan kerajaan negeri memperuntukkan subsidi RM15,000.00 seunit dan baki beza iaitu RM60,000.00, pemohon mestilah mendapat kemudahan pinjaman daripada institusi kewangan.

Skim Rumah Pahangku merupakan skim rumah yang dilaksanakan oleh syarikat pemaju swasta di atas tanah milik persendirian dengan keluasan pembangunan tidak kurang daripada 10 ekar dengan harga jualan bagi rumah teres satu tingkat tidak melebihi RM220,000.00 seunit. Ni skim rumah yang YB tanya tadilah. Skim Rumah Pahang Ku yang tanahnya tak kurang daripada 10 ekar dan pemaju swasta dan skim ini baru diluluskan pada tahun ini dan sebanyak 5,000 unit rumah di bawah projek perintis yang akan dibangunkan di tanah seluas 500 ekar di Penor, Kuantan. Dah banyak orang dah daftarlah Yang Berhormat Yang di-Pertua, 3,000 dah tengok orang daftar nak rumah tu.

Jadi kalau nak rumah kena daftar cepatlah sebab dah nak mula dah. Dan yang keempat adalah Skim Rumah Pahang yang merupakan pembangunan kediaman jenis rumah teres satu tingkat dibangunkan di kawasan gugusan FELDA dan ditawarkan kepada peserta generasi baru FELDA yang tinggal di kawasan gugusan yang sama dan mereka tidak memiliki apa apa tanah dan rumah. Harga jualan yang ditawarkan bermula daripada RM120,000.00 seunit. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan Kuala Sentul...

Saya nak celah sikit... tanya sikit. Tuan Speaker, objektif utama pembinaan rumah-rumah dan skim-skim ditawarkan ialah untuk generasi kedua dan kebanyakan generasi kedua yang memohon pinjaman daripada institusi kewangan ni mereka yang tidak cukup sifatnya, jadi tak lulus pinjaman tu. Jadi adakah sebarang skim yang ditawarkan oleh kerajaan seperti skim jaminan kerajaan ataupun sebagainya untuk membantu orang-orang muda ini untuk memohon… untuk memiliki rumah. Itu saja, terima kasih.

Ada lagi? Ada?. Kerajaan negeri tak jamin lagi sementara ni. Nanti saya bagi jawapan.

Saya tak pasti nak jawab apa, jawapan tak pasti. Susah sikit nak jawablah. Nanti saya akan cari jawapan dan akan beritahu secara bertulis. Bagi menjawab soalan YB ADUN Kuala Sentul, kerajaan negeri telah bersetuju dengan cadangan pihak FELDA dan pemaju bagi melaksanakan pembangunan 10 tapak Rumah Pahang pada 17 Ogos 2022. Dan LPHP mengambil inisiatif yang proaktif dengan mengadakan mesyuarat pemantauan secara berkala pada setiap bulan yang melibatkan semua agensi teknikal bagi memastikan projek Rumah Pahang ini dapat disiapkan dan diserahkan kepada pemohon pemohon. Tiga tapak projek Rumah Pahang telah di meterai perjanjian pada tahun 2023 dalam tempoh pelaksanaan antara tiga hingga lima tahun. Bagi menjawab YB ADUN Panching, Perumahan Bukit Rangin Damai bukanlah di bawah seliaan kerajaan negeri.

Speaker

Ya. Yang Berhormat.

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Berkenaan dengan Rumah Generasi Kedua yang dibagitau tadi. Ya saya ada kelulusan daripada LPHP pada tahun 2022. Sebab tu saya cakap hari tu dah 2 tahun saya bercakap pasal ni. Nanti... Nanti dulu... bagi saya cakap dulu. FELDA serahkan kepada... FELDA serahkan kepada kerajaan negeri pada 2021. Jadi pada 2022 LPHP beri apa ni... surat tawaran kepada KMDI. Jadi tahun 22 projek tu dimulakan oleh KMDI. KMDI memberi... memulakan kerja pada awal tahun 2022, dalam bulan 3… bulan 4 macam tulah. Kontraktor-kontraktor ini mendapat award daripada KMDI dan dijangka siap dalam masa 18 bulan. Ya, dalam masa 18 bulan…er… tahun 22, hujung tahun 22 baru saya jadi ADUN. Kali pertama saya bawak masalah ni pada bulan 5, Mesyuarat.Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2, er... bulan 5 tahun lepas lah. Er... projek tu masih tak berjalan sebab saya pergi ke site dia memang tak berjalanlah dari projek di Jengka 1. Jadi, er... sehingga ke hari ini seperti yang saya bagitau, projek tu masih… masih tak bergeraklah. Memang ada pergerakan, pergerakan yang orang pergi bersihkan, potong rumput macam dua minggu sebelum dewan ni pun saya pergi tengok, ada satu kontraktor buat… macam buat longkang. Bila saya… saya bertanya kepada kontraktor tersebut, saya telefon bos dia, cakap bila mula kerja ni, dia cakap minggu lepas. Jadi, saya tanya minggu lepas mula, bila siap. Minggu depan. So takkan tiga minggu tu untuk clearkan semua. Jadi, er… projek tu masih terbengkalailah. Dan jawapan daripada LPHP untuk projek Jengka 1 ni, dijangka siap pada April 2024. Sekarang ni dah bulan Disember. Jadi, itu yang saya nak… nak… nak maklum kepada pihak kerajaan er... sama ada kerajaan betul-betul tengok ke site ni, ataupun mendapat laporan yang… yang tak betullah daripada pemaju.

Sama juga er... Jengka 11 dan Sungai Retang. Tadi jawapan daripada YB EXCO FELDA berkenaan dengan soalan diajukan oleh YB Jengka er... projek siap dalam 70% dan ditawarkan kepada pembeli dalam lebih kurang 68 penerima tawaran. Dan projek tu sekarang dah diberhentikan oleh kontraktor yang membuat projek tu. Jadi, saya nak mohonlah kalau boleh YB EXCO bagitau perkara yang sebenar supaya masyarakat tahu, pembeli-pembeli ni tahu. Sebab pembeli-pembeli ni ada yang dah terima tawaran macam di Jengka 11, 15 pembeli dah mendapat tawaran dan mendapat kelulusan daripada bank. Di Sungai Retang, 11 pembeli mendapat tawaran daripada bank. Jadi, ini masalah kepada pembeli nanti, apabila er… projek ni tak jalan, loan dia berjalan. Intrest kena bayar, rumah tak siap. Jadi itu maksud saya, mohon penjelasan daripada Yang Berhormat… Yang Berhormat er...

Habis dah?

Tak... Yang… Tuan di-Pertua,

Saya, begitu apa, terharulah dengan keprihatinan Yang Berhormat daripada apa… daripada Kuala Sentul ini. Sebenarnya, bila bercakap mana macam pihak kerajaan ni seolah-olah macam kita tak prihatin tentang rakyat. Tak jangan jangan cakap macam tulah kita ni kita bercakap benda yang betul kita nak melaksanakan

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

YB saya.

Duduk, duduk sekejap, duduk. Kita ni wakil kerajaan ni kita mengambil tahu dan kita memerhati dengan serius tentang pelaksanaan projek yang dilaksanakan untuk rumah PDPF ni. Dan kita mengambil alih projek yang terbengkalai itu daripada yang kerajaan persekutuan dan kita mengambil inisiatif ini kerana kita melihat benda itu terbengkalai dalam negeri kita dan kita nak cuba baiki supaya dia tak merugikan, pembaziran.

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Minta maaflah ye. Saya faham.

Sekejap, sekejap, nantilah, duduk dulu, sabar saya bagi nanti. Jadi kita nak ambik… saya nak… kita tak ambil, kita kalau kita buat projek baru senang. Tapi ni projek yang dah separuh siap. Terbengkalai dan kita nak baik pulih dan kita nak menyiapkan daripada orang lain yang buat, dulu daripada… luar daripada negeri Pahang, kerajaan pusat yang buat, FELDA yang buat, jadi kita terpaksa ambil alih, untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh yang tak ada pembeli lagi pun.

Jadi, kita nak siapkan rumah ni, dan kemudian kita nak memantau secara rapi supaya projek ini dapat disiapkan dan tindakan yang berpatutan akan diambil oleh LPHP ni, melalui Lembaga LPHP. Bukan kita sewenang-wenang kita cakap tak boleh siap dan turun padang. Saya pun turun, saya pun tengok. Kalau saya pun tengok, kadang-kadang benda tu potong rumput ke apa, tapi kita mesti mengambil tindakan yang bersesuaian mengikut lunas undang-undang. Jadi kalau kita tengok ni ada yang dah siap 65%, ada yang dah siap sampai 70%. Ada yang dah siap sampai ye, makna perjalanan pun ada dan masih dalam perjanjian. Jadi, pihak Yang Berhormat, saya mintak supaya… supaya kita diberi… kerajaan diberikan untuk… peluang untuk melaksanakan projek ini sampai siap. Dan Lembaga Perumahan dan bertanggungjawab untuk melaksanakan projek ini. Diberi mandat setelah diluluskan oleh kerajaan negeri. Itu peranan LPHP. Kita bukan nak cari cerita, banyak cerita ni

kalau yang detail-detail tu kita boleh atur mesyuarat di pejabat, bersama Yang Berhormat datang bincang bersama-sama dengan LPHP, boleh Yang Berhormat?

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

YB, saya mewakili rakyat di Kuala Sentul dan satu projek tu memang er... masih sampai hari ni, tak bergerak. Geraklah macam seperti yang YB cakap. Tapi, masalah sebenar er... ni er... YB, kalau mengikut er... apa ni er... tawaran daripada LPHP, KMDI ni sepatutnya mendapat Kebenaran Merancang dalam masa 1 tahun. Tapi sekarang ni dah lebih 2 tahun. Jadi, kerja-kerja tak boleh dijalankan sebab ada masalah hari tu er... Majlis Daerah Maran pun mendenda er... apa ni, memberi denda kepada pemaju ni sebab buat kerja tanpa kebenaran. Jadi, semua masa tu diberhentikan projek. Jadi untuk mulakan semula tu er... sehingga kini tak nampaklah kecuali 2 kawasan tu je lah. Jengka 11 dan er... Sungai Retang. Dan… dan Sungai Retang sekarang mempunyai masalah yang sama. Itu… itu aje. Saya nak menyampaikan apa yang er... er… rakyat di kawasan saya yang menunggu dah lama ni. Bila saya pergi melawat kawasan tu pergi turun ke kawasan, diorang tanya bila nak siap YB, bila nak siap. Jadi, saya nak menyampaikan dan saya dah mencari apa sebab- sebabnya. Itu yang saya sampaikan kepada kerajaan. Terima kasih.

Yang di-Pertua, Yang Berhotmat Yang di-Pertua,

Saya berterima kasih kepada YB, semua ni, semua ni bekerja untuk rakyat. Semua pun ambik tahu tentang masalah rakyat YB, jadi kita sebenarnya, bila kita ada… ada masalah seperti itu, kita jangan duduk di luar, kita datang berjumpa dengan LPHP berbincang dan baru kita sampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat. Jangan kita cakap rakyat ini tak boleh, semua kerajaan Pahang buat semua tak betul ni. Jangan macam tu, sebab kita sekarang dalam proses untuk membaik pulih projek yang terbengkalai. Dan kita sudah, sudah pasti kita tak dapat kita tak,,, taklah kita menganggap semuanya indah belaka. Kadang-kadang, siapa-siapa pun ada masalah projek di mana-mana pun ada masalah, ada EOT, essential of time macam-macam sampai 7,8 EOT sampai tahun depan bagi EOT pun ada lagi. Tapi ni projek perumahan yang kita saya yakin, dengan diterajui oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif dan kakitangan telah mampu, telah menunjukkan banyak projek-projek yang telah kita betulkan, yang akan disiapkan, yang telah berjalan dengan baik ni dan saya yakin projek ini akan dapat diselesaikan secara mengikut lunas undang-undang dan proses-proses yang ditetapkan oleh peraturan.

Jadi kita kena ikut peraturan. Tak, tak boleh kita cakap main tangkap… tangkap muat je. Jadi turun tengok tak jalan, tak boleh jangan beli. Nanti, tapi tetap projek ni kita akan laksanakan. Kerana kita telah janji untuk menyiapkan projek ni, dan kita tengok apa yang akan dilaksanakan dan kita sentiasa memantau, tiap-tiap bulan kita mesyuarat ni, tentang untuk melihat tentang apa yang telah progress-progress yang telah dilaksanakan di tapak. Jadi YB, saya mintak kita teruskan kalau tidak saya banyak lagi ni, tebal, esok-esok pagi ni banyak lagi ni.

Speaker

Cukup-cukuplah saya rasa...

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

YB bangun 8 kali, jap saya bercakap sekali je, sikit je.

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat, sila duduk, sila duduk, sila duduk.

Nanti, nanti bincang luar mahkamahlah.

Speaker

Ye.

Speaker

Yang Berhormat er... masa dah

Aik…ini dah bercakap 20 minit macam mana

Speaker

Ye. Tapi sekarang er… Yang Berhormat dan gulung, er... er... mengambil masa 42 minit.

Tak, bukan 42 minit, Tuan Yang di-Pertua, bertanya paling lama.

Speaker

Ye. Takpa-takpa saya, saya bagi sedikit masa lagi kepada Yang Berhormat.

Ni dalam 20 minit lagi ada.

Speaker

Takpa...

Saya... saya okey tapi yang lain. [Ahli Dewan ketawa]

Okey. Saya nak menjawab soalan ADUN-ADUN yang mana yang ada jawab... yang nak minta kan tadi...

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

YB sikit je. Saya nak tutup je...

Saya nak cerita pasal PAKR tadi dah cukup... cukuplah Yang Berhormat… dah... yang KMDI ni kita akan pantau dan kita telah laksanakan. Kerajaan negeri akan memantau dengan teliti projek yang dilaksanakan untuk FELDA ni. Itu komitmen kerajaan negeri ya. Takkan saya nak suruh YB daripada FELDA pula jawab. Takkan saya nak suruh... mana dia keluar... takkan nak suruh daripada YB Kemayan jawab... yang orang duduk FELDA. Tapi saya nak... nak cut shortlah. Saya nak beritahu tentang maklumat tadi soalan daripada Panching ma... Bukit Rangin ni, er... boleh... boleh ya... nantilah bincang kemudianlah er... perumahan er...

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Perumahan kos er... rendah PAKR di bawah seliaan kerajaan negeri adalah PAKR Bukit Rangin Aman yang merupakan salah satu pembangunan rumah kos rendah bagi golongan B40. Di peringkat awal pembangunan ini melibatkan pembinaan unit rumah teres sebanyak 2,000 unit dan walau bagaimanapun 8... 800 unit telah siap dibina dalam fasa pertama dan baki 1,200 unit telah dikategorikan sebagai terbengkalai dan berdasarkan 800 unit yang telah siap, sebanyak 672 unit telah diberikan tawaran kepada golongan sasar. Manakala baki 128 unit perlu dibaikpulih akibat daripada bencana banjir. Terdapat beberapa siri perbincangan telah diadakan oleh pihak LPHP dan pemaju yang berminat untuk meneruskan projek dan membantu kerajaan negeri menyiapkan projek yang terbengkalai ini.

Cadangan yang diterima masih diperhalusi oleh kerajaan negeri dan LPHP dan terdapat beberapa pencadang yang berminat dalam meneruskan projek tersebut. Insya-Allah. Bagi menjawab soalan... menjawab YB ADUN Chenor, kerajaan negeri bersetuju melantik agensi pelaksana... kerajaan negeri setuju melantik Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang, PKNP sebagai agensi pelaksana untuk memulihkan projek PAKR Chenor sebanyak 186 unit. Untuk pengetahuan Ahli Dewan, Kebenaran

Merancang telah diluluskan oleh Majlis Daerah Maran pada September 2024 dan kerja-kerja pembinaan telah mula dilaksanakan di tapak pada November 2024. Sasaran penyiapan sepenuhnya projek ini pada suku pertama tahun 2026. Kerajaan sentiasa komited dalam menjayakan projek ini.

Kerajaan Negeri Pahang juga akan melancarkan satu projek Pangsapuri Pahang khas kepada golongan muda yang baru memulakan kerjaya dan juga yang mula mendirikan rumah tangga. Kerajaan negeri amat prihatin dalam memastikan kebajikan semua lapisan generasi di negeri ini terus terpelihara. Sehubungan itu, pelaksanaan projek-projek pembangunan akan diperluaskan ke setiap daerah negeri Pahang dan bagi menjawab YB ADUN Kuala Sentul, LPHP mengambil maklum akan cadangan yang diutarakan untuk mengadakan pembinaan Pangsapuri Pahang di kawasan FELDA. LPHP masih dalam tindakan penyediaan dasar Pangsapuri Pahang bagi golongan-golongan anak-anak Pahang.

Yang Berhormat... Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

Saya... saya ingin merakamkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bagi kempen penanaman 100 juta pokok. Termasuklah Program CEPA iaitu Communication, Education and Public Awareness, Pewartaan Hutan Simpan Kekal Baharu, Geran Penyelidikan dan Program Buyback Guarantee dengan izin ya… Tuan Yang di-Pertua, Tapak Semaian Orang Asli Negeri Pahang dalam usaha kita untuk memelihara alam sekitar. RM2 juta turut disediakan bagi Projek Penilaian Biodiversiti Rizab Harimau Al-Sultan Abdullah. Kajian Kepelbagaian Tasik Bera, Program Saintifik Kepelbagaian Biologi Genetik serta Projek Pembangunan Pusat Pangkalan Data Sumber Biodiversiti.

Untuk makluman Dewan, Kerajaan Negeri Pahang telah menubuhkan Majlis Biodiversiti Pahang (MBP) pada tahun 2022 sebagai agensi negeri yang bertindak sebagai penyelaras aktiviti-aktiviti penyelidikan dan penggunaan berterusan sumber-sumber biologi dan biodiversiti dalam negeri Pahang. MBP juga merupakan agensi kerajaan negeri yang pertama ditubuhkan di Semenanjung Malaysia bagi memperkasakan tindakan pemuliharaan biodiversiti. Sejak penubuhan biodiversiti sehingga kini telah menerima... telah menerima dan melaksana penilaian terhadap 81 permohonan kajian akses Biodiversiti dalam negeri Pahang dari pelbagai agensi-agensi, institut pengajian tinggi dan pertubuhan-pertubuhan serta merekodkan beberapa penemuan spesies-spesies baru yang merupakan khazanah yang tidak ternilai yang perlu kita pelihara bersama di dalam negeri kita ini. Antaranya kita menemukan er..

Tuan Yang di-Pertua.

Spesies halia baru yang kita namakan Zingiber Zulkifliana [Ahli Dewan ketawa] pernah dengar... Zingiber Zulkifliana… macam nama Dato' Sri Setiausaha Kerajaan Negeri... Latin… dalam Latin er.. halia ni... tapi Dato' Sri Yang di-Pertua boleh tanya nanti ni special nama ni... sebab dia spesies baru dinamakan Zingiber Zulkifliana dia sama dengan nama Dato' Sri SS dan yang keduanya, Presbytis Femoralis ni… sejenis er... makhluk ni binatanglah ya, Lotong Cenekah. Kalau kita orang Pahang ni Cenekah, ada Cenekah tak YB Tras… ada Cenekah.

Betul… betul.

Tapi dia ditemui baru ni daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Maknanya yang baru jumpa di Tasik Chini, Pahang. Mastigopelma Latiffiana. YB Cheka tahu benda ni [Ahli Dewan ketawa] ini lumut... lumut… sejenis lumut hati…lumut ni dijumpakan di Mossy Forest, Cameron Highlands, dia unik, maknanya benda yang unik-unik ni nanti dia akan satu menjadi sumber tarikan baru kepada negeri Pahang. Lotong Cenekah ni orang nak pergi tengok, YB Chini ni esok nanti kena tengok YB Chini... mana dia... gi tengok dah... Dia kena jaga Lotong Cenekah ni. Di er... Cameron Highlands pun kena jaga, di Rompin ni jangan suka kat Rompin, Tioman kena tengok ni... sebelah saya kena tengok kena jaga ni baik-baik supaya akan menjadi sumber tarikan baru dalam negeri Pahang.

Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman, Jabatan Alam Sekitar di negeri Pahang ni kita bertanggungjawab. Jabatan Alam Sekitar memantau 86 sungai di 9 lembangan dengan 192 stesen pemantauan kualiti air sungai di tiap-tiap sungai tu ada stesen pemantauan kualiti air ni dan daripada jumlah sungai yang dipantau semuanya berada dalam kategori Kelas 1 hingga Kelas 3 dan kita semua sudah mestilah berasa bangga dengan negeri Pahang kerana negeri Pahang ni tidak ada kelas sungai yang berada pada Kelas 4. Maknanya air Sungai Pahang ni adalah sungai yang terkawal dan apa yang membanggakan lagi, ada juga sungai daripada Kelas 3 sampai naik ke Kelas 2 pula lebih bertambah baik di mana iaitu di Sungai Panjang dan juga Sungai Tonggak yang kedua-duanya berada di Sungai Balok daerah Kuantan kawasan YB Beserah.

Tuan Yang di-Pertua.

Untuk meningkatkan lagi kualiti air bagi daerah Cameron Highlands, Raub, Lipis dan Jerantut. Kita juga berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah memperuntukkan sejumlah RM235,000.00 bagi penyelenggaraan sistem pemantauan kualiti air secara automatik. Selain itu juga, sistem pemantauan kualiti air automatik telah... telah disediakan di Sungai Balok, Kuantan. Dalam konteks yang lebih luas bagi memulihkan kualiti air sungai-sungai di negeri Pahang termasuk Sungai Balok. Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Indah Water Konsortium, Badan Kawal Selia Air dan PBT telah mengambil langkah-langkah yang proaktif dan berkesan untuk memastikan kualiti air sungai di negeri Pahang berada dalam keadaan terkawal dan... dan melaksanakan pembangunan mampan bagi memastikan dan memastikan zon-zon penampan sungai mengikut garis panduan yang ditetapkan dan meningkatkan lagi penguatkuasaan punca pencemaran air, mengetatkan lagi perundangan berkaitan pencemaran air sedia ada seperti pindaan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang diwartakan pada 6 Jun 2024 dengan menambahkan lagi jumlah nilai kompaun dan denda kesalahan pencemaran air selain promosi kesedaran dan pendidikan masyarakat.

Bagi kes-kes pencemaran sungai sepanjang tahun 2024 Negeri Pahang, JAS telah mengambil tindakan 14 kompaun dan satu tindakan mahkamah di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 termasuklah di Sungai Balok. Saya berharap dengan penjelasan di atas dapat menjawab persoalan-persoalan yang telah dikemukakan daripada ADUN er... kawasan Beserah.

Speaker

Yang Berhormat boleh gulung.

Okey er... sikit lagi. Saya nak sentuh tentang… daripada Semantan, yang ada membawa berkenaan dengan penubuhan Koridor Utiliti Negeri Pahang. Tuan Yang di-Pertua, telah menubuhkan Koridor Utiliti Pahang sebagai agensi permohonan setempat (OSC) dengan izin Tuan Yang di-Pertua, bagi permit pengorekan dan pemasangan utiliti oleh mana-mana penyedia utiliti seterusnya menyelaras prosedur permohonan dan kelulusan permit kerja di antara penyedia utiliti dan pihak berkuasa melulus JKR, PBT dan JPS serta membangunkan yang penting adalah pangkalan data utiliti negeri Pahang yang kita namakan geospatial dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Dewan, Negeri Pahang bukanlah satu-satunya negeri yang mempunyai agensi koridor… koridor utiliti ni. Yang pertamanya, Negeri Terengganu, Koridor Utiliti Teknologi Terengganu. Yang kedua, Kedah, Utiliti Infra Darul Aman. Ketiga Selangor, Koridor Utiliti Selangor. Keempat, Johor, Koridor Utiliti Johor (KUJ), Perak, Koridor Utiliti Darul Ridzuan. (KUP) Pahang, kita akan memastikan setiap penyedia utiliti mematuhi segala syarat garis-garis panduan pihak berkuasa yang melulus. Sebagai contoh, JKR dan PBT bagi semua permohonan-permohonan pemasangan utiliti. KUP adalah sebagai pemudah cara bagi proses permohonan korek gali utiliti dan ini membantu untuk mempercepatkan lagi proses kelulusan permit kerja serta menjimatkan masa, tenaga dan juga kos kepada pemohon.

Selain daripada itu, KUP juga dibenarkan mengenakan caj perkhidmatan yang sebahagiannya dikembalikan kepada kerajaan negeri dalam bentuk royalti dan sumbangan secara tahunan. Kaedah ini juga terpakai di negeri-negeri lain yang mempunyai agensi-agensi penyelaras utiliti sebagaimana yang saya sebutkan tadi. Saya berharap penjelasan ini dapat sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan-persoalan yang telah dikemukakan oleh YB ADUN kawasan Semantan. Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua

Speaker

Sila Yang Berhormat.

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Terima kasih kepada wakil kerajaan yang menjelaskan tentang KUP ini. Saya bertanya ni sebab saya sebelum ini berada dalam industri yang sama dan saya memahami apa yang saya nak sampaikan di sini sebenarnya supaya peranan KUP itu dipastikan berada pada tahap yang terbaik dan efisien. Sebab caj-caj yang dikenakan kepada penyedia utility, kepada kontraktor, kepada pemaju perumahan. Caj ini kadangkala agak tinggi dan akhirnya akan dikenakan balik kepada penggunalah secara mudahnya. Jadi, kadang kala berlaku. Saya lihat ini dua, tiga kali juga berlaku. Pelan utiliti yang telah pun disahkan oleh pihak koridor utiliti ni apabila pihak-pihak berkenaan membuat kerja. Masih lagi berlaku kemalangan yang menyebabkan penyedia utiliti

terpaksa menanggung kos penyambungan semula dan sebagainya yang meningkatkan kos projek itu sendiri dan akhirnya kena pada pengguna secara tidak langsung. Ini yang saya maksudkan dan antara tujuan penubuhan koridor utiliti adalah untuk memastikan pengkalan data utility mapping ini dengan izin berada dalam keadaan yang senantiasa tersedia dan baik supaya setiap kali berlaku kerja pengorekan, maka pihak-pihak yang terlibat ini. Dia boleh merujuk kepada pengkalan data yang sama tidak berulang-ulang. Tapi apa yang berlaku kadangkala buat di tempat yang sama pun masih berlaku kemalangan yang sama, masalah yang sama. Ini acap kali berlaku sebenarnya dalam sejarah pengorekan utiliti ni. Terima kasih Tuan Speaker dan juga terima kasih kepada wakil kerajaan.

Terima kasih kepada ADUN Semantan, yang sebenarnya Tuan Speaker, kalau nak cakap pun tak sedap jugaklah kan. Yang sebenarnya koridor utiliti kita yang antara negeri-negeri yang paling rendah kitalah, yang paling… caj paling sikit kita. Yang dicaj tu Terengganu, Kedah, Selangor, Johor, Perak yang paling rendah kita. Dan sepatutnya mapping ini dah lama berlaku tetapi kita terpaksa menubuhkan KUP ini sebab kita nak penambah baik. Kita nak memastikan mapping utility negeri Pahang ni dapat dilaksanakan dengan lebih terperinci dan lebih tepat, special ni. Dan saya melihat sendiri tentang apa yang telah dilaksanakan dan apa yang berlaku tu, kadang-kadang mungkin sebab dulu kita nak tau benda bawah tanah ni bukan senang korek ni paip fibre optic dan berbagai-bagai lagi. Kalau dulu dah buat mapping Pejabat Pemetaan dah buat mapping pada waktu dulu senang, tapi kita tak ada untuk mengelakkan untuk memastikan masa depan yang lebih baik supaya perancangan-perancangan dapat dilaksanakan lebih teratur dan tidak melibatkan kerugian yang lebih besar. Sebagai contohnya, terkorek fibre optic dan berbagai-bagai. Jadi, kita terpaksa melakukan pemetaan ni secara terperinci dalam setiap negeri Pahang. Inci dalam Negeri Pahang ini Dan kita gunakan KUP ini untuk menjalankan tugas-tugas pemetaan ini. Dan bila nak buat projek baru mestilah siap dulu. Dan apa data-data ini esok, akan dating, akan digunakan kembali setelah kita masukkan dalam rekod. Itu apa yang ingin saya laksanakanlah, tapi walau bagaimanapun kita mengambil perhatian daripada saranan itu supaya kita kalau boleh, kita nak pastikan supaya ni menyenangkan semua pihak. Kalau ada aduan-aduan macam tadi itu daripada Semantan boleh berhubung dengan saya pun tak apa. Dan berhubung dengan utiliti sebab kita nak specifically kat mana berlaku tu. Apa sebab berlaku tu pun satu perkara yang elok supaya kita dapat menambah baik kualiti perkhidmatan kita. Dan kita menambah baik apa yang berlaku dalam syarikat KUP kita milik kerajaan negeri ni supaya memberikan perkhidmatan yang paling terbaik. Tuan Yang di-Pertua, kita sampai hujung, saya faham.

Boleh tambah sikit.

Tak macam mana.

Sikit je… sikit je saya nak support sikit berkenaan dengan apa ni. Koridor Utility ni di bawah tanah sebenarnya memang ada. Dari segi sains, kita boleh gunakan scanner sebenarnya. Mungkin boleh tambah kepada kerajaan negeri supaya dapatkan scanner. Terima kasih.

Ada memang ada tapi mahal la, mahal dan kita dalam perolehan kita, nak buat tu pun kena masuk dalam board juga, kadang-kadang sampai juta-juta nak beli. Jadi kita terpaksa mengambil masa sebab dia baru. Jadi kita ambil perhatianlah ye. YB Terima kasih, jadi saya Tuan Yang di-Pertua, dah sampai penghujung dah, saya banyak saya terpaksa skipkan sikit kerana hendak memberi laluan kepada rakan saya daripada Kerdau untuk meneruskan ucapan. Saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Dewan, Ahli-ahli Yang Berhormat, ADUN Beserah, ADUN Tanjung Lumpur, ADUN Kuala Semantan, ADUN Panching, ADUN Chini, ADUN Cheka, ADUN Tras, ADUN Kuala Sentul, ADUN Damak, ADUN Tioman, ADUN Semambu, ADUN Mentakab, ADUN Ketari, ADUN Kuala Sentul dan ADUN Sabai yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan portfolio saya, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar dan Teknologi Hijau dan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih, saya panjangkan kepada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Bahagian Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Pahang, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang, Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang, pegawai-pegawai kerajaan negeri mahupun persekutuan dan pihak-pihak yang berkaitan atas kerja sama yang erat dan komitmen yang padu diberikan kepada saya sepanjang saya memegang portfolio ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang… serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di atas sokongan dan dorongan yang tiada berbelah bagi buat kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar, bak kata pepatah, “Raja dan rakyat berpisah tiada”. Dan selama saya berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan,dengan segala peruntukan-peruntukan dan perancangan-perancangan yang telah disediakan dan dilaksanakan nanti, sudah tentu akan lebih memaju dan mensejahtera dan memakmurkan lagi Negeri Pahang Darul Makmur. Insya-Allah.

Kapal berlayar menuju ke seberang, Dilambung ombak menuju tujuan, Budi dan jasa akan sentiasa dikenang, Demi negeri kita tetap teruskan perjuangan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, mengakhiri ucapan saya sekali lagi… mengakhiri ucapan saya kali ini. Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja atas segala… Menteri Besar atas segala jasa dan usaha dalam menerajui kepimpinan pentadbiran Negeri Pahang ke arah transformasi yang lebih hebat, dinamik dan progresif di samping memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat.

Saya mendoakan mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesihatan dan kesejahteraan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdi bin Wan Ismail untuk terus mengemudi pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang ke arah lebih maju, cemerlang dan mensejahterakan serta memakmurkan rakyat dan negeri Pahang. Dengan ini, saya menyokong. Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih, EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang. Seterusnya, saya menjemput EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. Dipersilakan.

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam Malaysia Madani dan salam Pahang 1st. [Bacaan dalam Bahasa Arab].

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker di atas keizinan untuk saya turut sama berbahas dan menggulung seterusnya menjawab persoalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan ADUN di dalam Dewan yang mulia di dalam mesyuarat kita pada kali ini.

Saya juga mengambil kesempatan sebagaimana rakan-rakan yang lain untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang di atas pembentangan bajet yang bukan sahaja telah menunjukkan dan membuktikan betapa kesungguhan kerajaan negeri merealisasikan apa yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam surah Al-Mulk [Bacaan dalam Bahasa Arab] "Perintah daripada Allah SWT yang telah menyatakan terlebih dahulu Bahawasanya penciptaan Allah SWT akan bumi ini yang rata betapa Allah SWT menjadikan bumi itu mudah untuk diguna oleh makhlukNya bernama manusia."

Sehingga Allah SWT nyatakan dengan perintah-Nya [Bacaan dalam Bahasa Arab]. "Berjalanlah kamu di atas muka bumi ini." Isyarat daripada Allah SWT Perintah supaya kita menggunakan segala kemudahan yang ada di muka bumi itu untuk mencari rezeki supaya kamu boleh berhidup.

Sebagaimana Firman di akhirnya [Bacaan dalam Bahasa Arab]. "Makanlah kamu, makan ini adalah juga mengisyaratkan infakkanlah, belanjakanlah segala apa rezeki yang telah dikurniakan kepada kamu. Dan kamu nanti akan kembali kepada kami."

Alhamdulillah, bahagian agama juga tidak diketepikan, bahkan dijunjung tinggi oleh kerajaan negeri yang telah memberikan sejumlah peruntukan yang begitu besar berbanding dengan apa namanya segala kepentingan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Di dalam Dewan yang mulia ini, beberapa persoalan telah dikemukakan. Kalaulah demikian rupanya, kerajaan negeri menyediakan peruntukan yang besar, menyediakan apa namanya dasar-dasar keagamaan yang banyak, dengan RUU yang telah dienakmenkan sebagai undang-undang.

Apa kerajaan negeri buat untuk mengimarahkan agama di negeri Pahang? Sebagaimana persoalan yang telah dikemukakan oleh rakan kami daripada Tanjung Lumpur yang menanyakan tentang statistik.

Bagaimanakah, apakah dan jumlah banyak manakah penangguhan daripada kes-kes yang telah dibicarakan oleh Mahkamah Syariah Kerajaan Negeri dan sebanyak mana?

Saya ingin memberikan dan mengemukakan angkanya. Kita telah memiliki kes yang berkaitan dengan MAL. Sebanyak 6,263 kes dan kita telah berjaya menyelesaikan daripada 6,200 kes itu, sebanyak 4,706 kes. Maknanya kita telah berjaya mengatasi daripada majoriti jumlah kes yang telah kita miliki.

Begitu juga jenayah syariah. Ramai orang tanya. Kononnya Kerajaan Negeri Pahang telah memiliki Enakmen Jenayah Syariah. Baguslah itu tetapi apakah pelaksanaan dan penguatkuasaannya yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang.

Alhamdulillah, kita telah turun padang melaksanakan apa yang telah kita dasari daripada Kerajaan Negeri Pahang terhadap Enakmen yang telah kita persetujui di dalam Dewan Yang Mulia ini. Sebanyak 2,178 kes jenayah syariah telah dikemukakan dan dibawa kepada Mahkamah Syariah. Dan alhamdulillah daripada 2,178 kes kita telah berjaya menyelesaikan 1,491 kes di dalam Mahkamah Syariah. Begitu juga isu-isu yang lain. Betul, kita tidak nafikan ada beberapa kes.

Soalan, soalan tambahan sikit.

Isya'lah kita di sini malam ini.

Baik terima kasih yang Berhormat EXCO saya nampak satu… satu usaha yang sangat baik yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri untuk menyelesaikan banyak apa namanya lambakan kes di Mahkamah Syariah dan juga kes-kes yang berkaitan dengan umat Islam di mahkamah di Negeri Pahang ini.

Cuma saya nak, nak tarik perhatian Yang Berhormat EXCO, di Pahang ini sebenarnya kalau kita lihat statistik penyelesaian itu nampak ada baguslah. Cuma saya nak, nak, nak, nak, nak sebut di sini ada beberapa masalah di, di Mahkamah Syariah ini contoh seperti di, di Pekan di, di mana Hakimnya akan dalam masa yang sama akan menjadi Hakim juga di Muadzam. Kemudian Hakim Maran, saya sebut ini di Mahkamah Rendahlah, akan juga menjadi Hakim di Mahkamah Rendah Syariah Temerloh. Dan juga ada Hakim-hakim ini akan juga membicarakan pada hari tertentu kes MAL dan pada hari tertentu apa nama ini kes jenayah.

Jadi saya nak tanya kerajaan negeri adakah kerajaan negeri bercadang untuk, dengan peruntukan yang agak tinggi yang dalam belanjawan kali ini untuk menambah kakitangan dan Hakim Mahkamah Syariah supaya dapat lebih melicinkan lagi

perjalanan pendakwaan dan juga penyelesaian kes-kes di Mahkamah Syariah. Terima kasih EXCO.

Terima kasih rakan saya ADUN Lantikan atas soalan yang menanyakan adakah kerajaan bercadang untuk menambahkan apa namanya… hakim?

Sebenarnya dulu tak ada, daripada tak ada boleh jadi ada. Nak menambahkan tu agak sedikit mudah jika berbandingkan yang tak ada, nak diadakan. Insya-Allahlah. Dan terima kasih di atas cadangan dan pandangan. Saya pun nak sebut tadi. Saya nak nyatakan memang ada, masalah-masalah serta tunggakan-tunggakan daripada kes-kes.

Dia ada bukan sebab kerana hakim je. Itu kita sebutkan hakim ini dia pergi ke sini dia pergi sana. Saya ingat elektrik je ada namanya litar pintas. Rupanya ada namanya "hakim litar". Hah "hakim litar" ini dia pergilah dari sini ke sana ke sini ke situ dia bertugas.

Saya ingat lagi masa Mona Fendi bicara di Temerloh. Kita bawa hakim daripada apa, daripada Kuala Lumpur, itu Federal itu, Federal dia mempunyai empower yang lebih besar daripada kerajaan negeri, pun kita apa, import daripada luar. Jadi, insya-Allah kita akan perkasakan daripada satu masa ke satu masa.

Dia, kes lambat ini kadang-kadang orang yang minta kes itu dibicarakan, dia sendiri tak datang. hakim dah datang, lawyer pun dah datang, Pendakwa datang, dia tak datang. Ada masa, yang mendakwa datang, yang kena dakwa pula tak datang. Kadang-kadang yang mendakwa datang yang kena dakwa pun datang, lawyer pun datang, hakim pula sakit perut.

Jadi ini antara benda-benda faktorlah. Jadi apa namanya, Insya-Allah kita akan atasi satu masa ke satu masa. Begitu juga, benda ini hampir sama dengan sahabat kita daripada Ibam yang mempersoalkan tentang orang tak pergi sembahyang Jumaat. Ini sembahyang Jumaat ini perintah daripada Allah SWT. Sebenarnya, sepatutnya tak payah kita apa, kita paksa. Tetapi apa boleh buat bila dah… bila dah tak hendak itu, kita terpaksalah naik setingkat.

Asalnya kalau orang, orang tak reti [Bacaan dalam Bahasa Arab]. "Kita ajar dia sembahyang ketika umur 7 tahun." Naik setapak lagi. [Bacaan dalam Bahasa Arab] "Kita bolehlah maknanya tegur dengan… dengan apa… hukuman." Sampai satu masa tak reti bahasa juga, itu jenayah syariah akan turun padang.

Sebab itulah, pada tahun 2024 ini kita telah mengambil tindakan kepada 48 orang yang tak turun sembahyang Jumaat. Cuma kita tak jaja je. Kita tangkap dan kita apa namanya… apa namanya bawa ke Mahkamah dan kita bicarakan dia. Dan orang ini, kalau dia didapati bersalah, dia akan didenda, dengan apa… bayaran tidak lebih daripada RM2,000.00 ataupun dipenjara setahun, tak lebih daripada setahun ataupun kedua-duanya sekali. Tengoklah macam mana ketika dia bicara dengan hakim. Saya pun tak pernah jadi hakim tetapi kita nasihat dulu dalam khutbah, kita beri taklimat, beri ceramah, kita ada 28 program pergi ke nega… negeri Pahang ini memberikan pengajaran dan kita memberikan kesedaran dan kita buat infografik, kita bentangkan apa namanya er… di masjid-masjid tentang kepentingan dia orang perlu pergi ke masjid dan menunaikan solat Jumaat sebagai seorang muslim.

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan oleh ADUN Yang Dilantik iaitu YB Mohd Fadzli tentang isu Mahkamah Utama. Mahkamah tak… kita mahkamah ni ada Mahkamah Rendah, kemudian Mahkamah Rendah Syariah, ada Mahkamah Tinggi Syariah, ada Mahkamah Rayuan Syariah. Insya-Allah… insya-Allah berkat naungan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Majlis Agama Islam Pahang, Jawatankuasa Teknikal Syariah yang dipengerusikan oleh Penasihat Undang-undang Negeri sebagaimana saya sebut dalam perbahasan yang lalu, ahlinya Sahibus Samahah, Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie, Pengarah Jabatan Agama, apa… Naib Canselor Universiti Islam Pahang dan beberapa orang pakar.

Kita telah mengadakan satu mesyuarat pada 8 Mac yang lalu dan pada 20 dan 21 Mac kita bengkelkan dan pada 2 hingga 3 April, Jawatankuasa Teknikal itu tadi telah bermesyuarat dan bersetuju perkara ini untuk dibentangkan di dalam Majlis Agama dan setelah mendapat persetujuan di dalam Majlis Agama, kita akan mintak benda itu dibentangkan di dalam MMK, Mesyuarat EXCO yang akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat akan bersama dan setelah mendapat persetujuan, kita akan sama-sama bentangkan di dalam Dewan yang mulia. Tidak mungkin… tidak mustahil kita akan memberi saham kepada kerajaan negeri bersama-sama di dalam Dewan Mulia ini bagi mencatat sejarah, satu lagi Mahkamah Utama akan dibina di negeri Pahang Darul Makmur ini. Sidang…

Yang Berhormat Tuan Speaker. Merujuk…

Soalan, soalan tambahan.

Sikit lagi… sikit lagi.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO.

Nampak gaya Subuhlah [Ahli Dewan ketawa].

Jadi saya ucap… saya tak tahu nak sebut macam manalah tapi inilah satu kegembiraan yang amat sangatlah. Saya mewakili rakan-rakan yang hadir pada hari ini bersama dengan Majlis Peguam Syarie Negeri Pahang, saya ucapkan banyak setinggi terima kasih kepada kerajaan negeri yang mengambil kira soalan yang saya kemukakan dalam sidang kali ini. Cuma saya nak tanya Yang Berhormat EXCO,

cadangan tu bila agaknya? Tahun ni ke tahun depan ke? Bila agaknya? Terima kasih EXCO.

[Bacaan dalam Bahasa Arab], ada hadis sebut. Perkara yang baik itu dia serupa orang kalau bertunang, janganlah lama sangat. Dah ada tok pengantin perempuan, dah ada tok pengantin lelaki, wali hakim ada, saksi ada, dah bersetuju, [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Jadi kita, insya-Allah kalau boleh disegerakan, Dewan kita ni pun tiga kali setahun. EXCO insya-Allah seminggu sekali, dia boleh deras sikit tapi Dewan kita ni tiga kali setahun. Tunggulah. [Bacaan dalam Bahasa Arab] kata pepatah Arab. Tidak akan tercapai cita-cita melainkan kita kena melalui kejerihan dan keperitan. Hah… [Bacaan dalam Bahasa Arab], tidak akan tercapai cita-cita melainkan orang sabar [Bacaan dalam Bahasa Arab].

Rakan saya daripada ADUN, ADUN apa… ADUN Lantikan juga mempersoalkan tidakkah kerajaan negeri berhasrat untuk menambah baik enakmen ataupun RUU. Untuk makluman, kita dah berjaya bermula daripada 2015 sehingga hari ini, sebanyak 14 RUU kita bentangkan di dalam Dewan dan telah menjadi enakmen iaitu berkaitan dengan undang-undang sya… syariah ini, alhamdulillah.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Saya ingin merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan oleh jiran saya DUN Kerdau iaitu DUN Semantan. Saya DUN Kerdau, DUN Semantan. Saya duduk di Kerdau, beliau duduk di Semantan, Kampung Loyang namanya. loyang ni acu kuih. Tapi di Temerloh, nama kampung. Di Temerloh ni ada Kampung Chengkenik, dia memang pelik sikit. Jadi Yang Berhormat Speaker, beliau menanyakan tentang Masjid Kampung Tebal. Sebenarnya ADUN Damak menanyakan Masjid Damak, ADUN Tioman menanya… tak ada dah? [Ahli Dewan ketawa]. ADUN Tioman menanyakan Masjid Tioman. Pendek kata banyak yang meminta masjid ni.

Masjid ni sebenarnya kita telah kemukakan melalui SDO, kepada Kementerian Kewangan. Insya-Allah kalau dapat peruntukan tu tanah tak ada masalah, kerajaan negeri memberi komitmen, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah menyatakan apabila ada sahaja peruntukan daripada federal, mendapat kelulusan sebagaimana yang dipohonkan tanah itu kita akan luluskan untuk dibina sekolah ke, masjid ke, sementelah lagi masjid, insya-Allah.

Jadi, kita hanya menunggu apa… kelulusan dan insya-Allah masjid itu termasuk Masjid Batu Lapan, apa Paloh Hinai, Masjid Serambi, Pekan, Masjid Bukit Lada, Kerdau, Masjid Tekek, Tioman, Masjid Damak, insya-Allah kita akan usahakan. Ada beberapa buah masjid yang memang menjadi perhatian kepada kerajaan negeri. Doakan semoga perjuangan kita.

Er… Speaker, saya ada sikit lagi. Saya ingat soalan ya. Alang-alang subuh biar subuh terus [ketawa]. Baik, tadi saya… tadi dapat, dapat maklum daripada Yang Berhormat Speaker… Yang Berhormat EXCO bahawa dah… dah ada banyak Rang Undang-undang nak di… dak… telah pun dipinda. Jadi saya percaya juga saya sebut dalam ucapan perbahasan baru ni, ada juga banyak Rang Undang-undang yang sangat

memerlukan kepada… apa nama ni? Pindaan segera ataupun kajian segera di peringkat kerajaan negeri. Jadi bagaimana? Adakah kerajaan negeri bersedia untuk menerima pandangan daripada pihak er… pengamal undang-undang ataupun pihak kehakiman syarie ini untuk menimbang supaya ada satu jawatankuasa segera untuk mengkaji Rang Undang-undang yang… yang… yang, yang perlu pindaan segera ni. Terima kasih Dato’ EXCO.

Dia… dia, apa namanya? Saya ada lagi satu pepatah Arab saya nak sebut. Dengan izin Yang Berhormat Speaker, [Bacaan dalam Bahasa Arab], gopoh tu boleh menyebabkan kita kecewa nanti. Jadi, boleh. Kita ada jawatankuasa tapi benda yang berkaitan dengan undang-undang ni esok akhirnya kita sendiri… kita tak nak buat satu undang-undang yang akhirnya undang-undang tu disepelehkan oleh orang lain, pinjam bahasa Indonesia. Maknanya dipandang rendah ya… ti… kita tidak mengakhirkan dan menzahirkan satu enakmen yang apa? Kemas dan kukuh, makan diri.

Merujuk balik semula kepada persoalan ADUN Semantan yang tanya tentang guru-guru ini. Saya ucapkan terima kasih kepada ADUN Semantan ambik berat tentang sekolah agama, suruh kita pastikan guru-gurunya. Saya nak beritahu kepada Speaker, saya masuk Sekolah Agama Al-Khairiah pada tahun 1980, termasuklah dengan sepupu ADUN Semantan ni ada sama kelas dengan saya. Ramailah orang-orang Sanggang, orang Kuala Krau, orang apa… Buntut Pulau, orang Chatin, salah seorangnya Burhanuddin Busu sekarang jadi pakar apa… bius di London. Bukanlah nak ngabor ke bagus sangat. Saya sorang aje tak bagus dalam kelas tu.

Jadi Speaker, yang lahirnya pakar bius di London ni dulu, ustaz yang mengajar tu dialah juga yang mengajar matematik, dialah juga jadi ustaz, dialah juga karang jadi apa… warden di asrama, tengok di padang kang dia juga ngajar kita orang main bola. Main bola pun kita orang juara sekolah. Berbahas pun kita orang juara. Apa namanya? Belajar SRP, SPM masa tu, Burhanuddin Busu tu, masya-Allah tabarakallah. Tapi sekarang ni tak ada dah di sekolah agama tu guru… dialah ngajar matematik, dialah ngajar agama. Kita dah ada guru-guru khusus. Sebab apa? Sebab kita telah berjaya mewujudkan perjawatan di bawah JPA sebanyak 392 orang di sekolah-sekolah menengah agama kerajaan negeri [Ahli Dewan menepuk meja]. Makna betapa bersungguh-sungguhnya kita untuk mengimarahkan, menghidupkan seko… 18 buah sekolah agama di negeri Pahang. Itu terpaksa kita membelanjakan sebanyak RM32.4 juta bagi menanggung elaun-elaun dan gaji guru-guru sekolah agama ini.

Itu tidak termasuk lagi 100 orang yang sebagaimana rakan saya daripada Semantan sebut DG41 di bawah SPA yang kita terpaksa membelanjakan RM4.8 juta ya. RM dah Ringgit Malaysia lagi ya. Jadi insya-Allah kita akan beri perhatian serius kepada sekolah agama di negeri Pahang ini dengan sebaik-baiknya. Kita buat secara bersungguh-sungguh. Untuk makluman Dewan, bagaimana kerajaan negeri nak memperkasakan sekolah agama. Kelmarin pembekalan makanan asrama hanya dibayar sebanyak RM12.50 sekepala. Sekarang ini, kerajaan negeri telah bersetuju untuk membayar RM21.00, maknanya RM21.00 per kepala pada setiap pelajar di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri. ADUN Panching ada membangkitkan persoalan yang berkaitan dengan mencadangkan supaya sejumlah peruntukan bagi menganjurkan program-program bagi menggalakkan orang bersolat jemaah. Ini kita memang banyak buat program. Kita buat Program Solat Subuh Macam Jumaat di Kuantan, di Temerloh, di Bentong, di Lipis. Kita buat ceramah, kita buat motivasi

melalui takmir, melalui briged dakwah, macam-macam aktiviti dengan jumlah peruntukan yang besar. Itu yang kita tak sebut peringkat negeri, Maulidur Rasul dan kita pergi pula ke peringkat daerah Maal Hijrah dan sebagainya.

Jadi, insya-Allah perkara ini kita tidak akan pandang sepi. Sebab itulah Program Masjid Gemilang akan diteruskan. Memang kita terhenti sekejap… kelmarin Program Masjid Gemilang ni sebab kita terhenti kelmarin sebab COVID. COVID kita tutup masjid seluruh Malaysia, tutup masjid.

Tapi untuk makluman Dewan yang mulia juga negeri yang pertama membuka masjid adalah negeri Pahang Darul Makmur [Ahli Dewan menepuk meja] dan negeri yang pertama membenarkan untuk orang sembahyang Jumaat adalah negeri Pahang Darul Makmur [Ahli Dewan menepuk meja] dan negeri pertama yang membenarkan orang sembahyang ramai berjemaah adalah Pahang Darul Makmur [Ahli Dewan menepuk meja] dan negeri yang pertama membenarkan saf dirapatkan adalah Pahang Darul Makmur [Ahli Dewan menepuk meja]. Alhamdulillahi rabbil alamin. Insya-Allah, kita tidak akan berhenti sekadar itu, kita akan pastikan Program Masjid Gemilang pada tahun 2025 akan menyentuh pelbagai aspek kemakmuran, hubungan dengan ahli qariah, keceriaan dan pelbagai bentuk lagi supaya masjid ini diimarahkan dengan sebaik-baiknya dan kita.

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Tuan Speaker, mencelah boleh?

Boleh. Kalau nak balik Subuh.

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Saya nampak apa namanya sahabat saya ni terima kasihlah. Panjang lebar penjelasan daripada sahabat saya. Sebenarnya kome ni rumahnya dekat je. Istilah orang Temerloh kata… Dia di Kerdau saya di Loyang. Kadang dia lalu depan rumah saya je. Terima kasih. Cuma saya nak sebut sikit aje. Sebelum saya ke mari ni, saya ada berjumpa dengan wakil daripada guru takmir daerah Temerloh sebab kebetulan dia sebut guru takmir tadi. Saya dimaklumkan ada beberapa ketika, beberapa bulan-bulannya bayaran kepada guru takmir ni lewat. Saya tak tau di mana silapnya. Dia kata acap kali berlaku. Contohnya, elaun yang patut dibayar bulan ini dibayar dua bulan ke depan begitu. Jadi lambat prosesnya. Saya tak tau di mana kesilapannyalah. Saya teringat tadi bila apa ni…

Terima kasihlah.

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Wakil kerajaan sebut, terima kasih.

Sahabat saya daripada Semantan. Memang betul saya kalau maknanya khususnya kalau time hari raya. Jalan jam Temerloh ke Jerantut tu. Jadi, kita orang, orang kampung tu kita akan ikut jalan tebing sungai. Kalau lalu tebing sungai memang kena lalu rumah YB Semantan. Nasib baik tak pelangkung dek dia dengan puntung kayu je, dia baik orangnya.

Jadi, sebab tu dia tanya pasal takmir. Takmir ni supaya anak-anak tahu, takmir ni bahasa Arab dijadikan kata masdar takmir iaitu pengimarahan masjid. Pengimarahan masjid ni diwujudkan oleh kerajaan supaya ada guru-guru yang mengajar di masjid dan guru itu sebenarnya sukarela. Oleh kerana dia sukarela, kerajaan pun sukarela beri dia sedikit sagu hati untuk dia apa… berceramah. Ini kerajaan persekutuan, kerajaan persekutuan, dia akan bayar dulu melalui JAKIM, JAKIM melalui kerajaan negeri. SFNO tetapi sekarang Kerajaan Madani telah membuat dasar setiap elaun-elaun imam, elaun guru takmir, elaun guru KAFA dibayar melalui SDO sekarang ni. Jadi, sedikit-sedikit pertukaran bila bertukar ni adat la, serupa kita pindah rumah. Nak punggah buku, nak punggah periuk belanga, nak punggah apa? Macam-macam bendalah. Nak bersih bilik, nak bersih tu jadi lambat sikitlah. Jadi, insya-Allah saya rasa SDO dan angguk tu, tak lama berbayarlah tu. Kita tak bayar, kita cari SDO pulak lepas ni.

Dato’ Yang Berhormat Speaker, saya nak merujuk persoalan yang dikemukakan oleh rakan saya daripada Tanjung Lumpur, itu ada guru yang mengajar dekat apa taman dekat Pak Mahat, PPRS. Memanglah apa namanya inisiatif daripada Majlis Bandaraya Kuantan. Ini saya tolong jawab jelah. Inisiatif daripada Bandaraya Kuantan. Kampung tu maksud la adatlah orang susah sikit. Jadi tolong cari ke ustaz. Adalah dua orang ustaz sanggup mengajar. Mula-mula adalah 50 orang belajar. Yayasan Pahang pula sanggup beri sedikit sumbangan. Ini bukan… bukan… bukan kerja hakiki ni. Ini bukan kerja hakiki. Sumbangan kepada Majlis Bandaraya untuk beri kepada 2 orang ustaz tu mengajar tetapi bermula pada awal tahun kelmarin. Bulan pertama 50 orang, bulan kedua 40 orang, bulan ketiga 30 orang, last-last tinggal 2 orang je dah… 2 orang je. Jadi, apa namanya tetap juga diteruskan cuma perjanjiannya cukup setahun kena buat permohonan baru. MBK akan merayu dan membuat permohonan baru kepada Yayasan Pahang untuk mendapatkan kelulusan.

Saya dah tanya sendiri dengan Yang di-Pertua Majlis Bandaraya Kuantan tentang ini dan insya-Allah permohonan akan dikemukakan kepada Yayasan Pahang. Cuma kita knowledgekan dengan izin, kabor ke orang apa? orang Taman Pak Mahat tu pergilah belajar, jangan palau ke ustaz tu datang bersila tak ada anak murid.

ADUN Jengka membangkitkan tentang Masjid Jengka 19. Masjid Jengka 19 tu dah lawa dah, nak siap dah. Jadi bila nak siap tu, ramai nak jadi tukang aku punya. Jadi kos pembinaannya RM3.9 juta. Ini peruntukan yang didapatkan oleh sahabat saya Yang Hormat Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Mohamed Said. Waktu itu dia Ahli Parlimen. Sekarang ni dia dah bukan Ahli Parlimen. Dia kalah dengan rodong sama belajar dengan Mesir saya, Ustaz Kamal Shaari. Apa nak buat? walaupun dia berjaya buat masjid ni, masjid apa? Masjid Jengka 19 ni, dah nak siap dah. Saya dah tanya TNB dia ada sikit tentang premix lagi belum siap. Nak, nak premix dan juga TNB nak pasang apa benda ke nama compact sub. Ha, kemudian tu kabel diambil sedikit masa dijangkakan apa namanya? 23 Disember siap, insya-Allah. Itu janji TNB, ni ada TNB ni dengan kita ni. Janji TNB kepada kita insya-Allah, TNB ni selalu dia buat kerja efisien. Kalau dia kata itu, itu.

Yang Berhormat Speaker, saya juga dapat dikemukakan oleh apa namanya… soalan? Sila… sila.

Tahniahlah. Untuk nak siap Masjid Jengka 19, saya selalu lalu situ. Isu yang dibangkitkan ialah isu jalan masuk daripada jalan besar, tanpa akses untuk masuk ke masjid tu dia terpaksa masuk jauh ke FELDA 19 dulu kemudian baru berpusing, kemudian baru sampai ke masjid. Ada pengguna yang selalu menggunakan jalan tersebut, dia mohon supaya dapat dipertimbangkan akses masuk ke masjid dipermudahkan daripada jalan besar terus masuk ke masjid dan dia akan jadi memudahkan penggunalah, yang ada sekarang ni jauh, dia masuk ke Jengka 18 dulu, patah balik baru pergi jalan masuk ke masjid. Terima kasih.

Terima kasih sahabat daripada Cheka yang menyentuh soal jalan masuk. Saya dapat soalan tentang bila nak siap, jalan masuk tu insya-Allah kita mohon dengan JKR. JKR tak akan membina masjid tak nak tolong ye dak? mesti dia tolong nanti ni, buat jalan tu. Kemudian rakan saya daripada…. pulak ADUN Dilantik ni banyak sangat soalan dia. Yang Berhormat ADUN Dilantik tanya tentang masyarakat Orang Asli dibelenggu oleh isu pemilikan tanah. Sebenarnya Orang Asli ni digembar-gemburkan sahaja tentang pemilikan tanah. Serata-ratanya sejauh mata memandang. Saya kebetulan diamanahkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang menjaga hal ehwal tanah Orang Asli er… bukan tanah, menjaga hal ehwal Orang Asli. Alhamdulillah, dengan adanya kombinasi JAKOA dan kerajaan negeri, sekarang ini kita tubuh pula satu ORACO untuk tolong dia orang ni. Kita tengok ada beberapa buah kampung, contohnya di Bentong, di Bentong dekat apa kawasan sahabat saya kampung menda namanya? bukan Sungai Dua… Ha? Sungai Bot dah dapat geran tanah, Kampung Paya Sendayan di Temerloh dah dapat geran tanah, di Pekan kita dah berjaya gazetkan beberapa buah kampung untuk kita sahkan dia sebagai tanah pertanian sebagai sebagai sumber pendapatan. Usaha ini Yang Berhormat apa namanya ADUN Lantikan, perlu sedikit masa. Kerja meracik tanah ni saya dulu mula, mengapalah ayah saya mohon tanah dekat Chengkenik tu sebelum merdeka. Maknanya saya tak lahir lagi tak dapat-dapat. Sampai saya dah besar baru dapat. Rupanya meracik tanah ni bukan satu perkara yang mudah. Hendak pulak dia duduk di dalam tanah perancangan. Satu benda yang agak sulit kena dapat komen daripada Jabatan Teknikal, kena pengesahan daripada apa namanya, pihak-pihak penguasa tanah dan sebagainya sudah tentu ambik masa. Tapi dalam pada itu, banyak sudah Kampung-kampung Orang Asli di Pekan ada tiga buah kampong, di Temerloh ada tiga buah kampong, di Bentong pun begitu juga telah diusahakan untuk digazet satu persatu walaupun ia memerlukan belanja yang besar. Bila kita nak buat kerja tu, kita kena sediakan peruntukkan tu ratusan ribu, kadang kadang ada sampai juta untuk kita bayar kepada penguasa tanah. Kos merintis dan juga mengukur halus sehingga boleh diberikan dan diserahkan geran dan premium. Orang Asli kita suruh bayar geran, kelmarin yang di Temerloh tu tapak rumah dia kena bayar. Kita beri dia kos kena bayar paling minimum rasa tak salah saya… kalau tak salah ingatan saya dalam RM8,000.00. RM8,000.00 ni pada Orang Asli nak bayar kus semangat. Tapi kita ikhtiarkan dengan JAKOA dengan ORACO. Alhamdulillah, benda itu dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.

Banyak lagi, insya-Allah kita akan teruskan usaha untuk menyelesaikan masalah tanah bagi perkampungan Orang Asli. Rakan saya, ADUN Sungai Lembing yang membangkitkan tentang masyarakat Orang Asli juga di tempat beliau. Alhamdulillah, perkampungan Orang Asli di Sungai Lembing Bangkong ke Sungai Mas ke yang dapat Komputer Riba Pahang Pride daripada ORACO sebanyak 20 orang pelajar. Yang dapat apa, bantuan perkahwinan sebanyak 3 pasang. Yang dapat Rumah Rakyat apa Pahang yang dibuat oleh ORACO ada apa di Kampung Bangkong ada dua keluarga yang dapat. Satu namanya Jantan anak lelaki Din Mat, anak lelaki Mat, satu namanya Mazlan bin Mohamad. Adalah maknanya kita bantu nak dapat banyak sekali sebab maklumlah 100 buah. Untuk makluman dewan, kita ada lebih 90,000 Orang Asli di negeri Pahang, 90,000 ketua isi keluarga. Maknanya kita kena sedia 90,000 buah. 100 buah tu kita kena agihlah di Temerloh sikit, di Kuantan sikit, di Chini er... di Pekan sikit, di Rompin sikit, di apa akhirnya dapatlah sikit-sikit. Insya-Allah, kalau kita terus menyokong kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, benda ni akan bertambah banyak akan bertambah apa...

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Speaker boleh mencelah sikit?

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Okey terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Soalan saya pada sesi perbahasan lepas berkenaan dengan bantuan baik pulih rumah Orang Asli. Berapakah yang telah dibelanjakan ataupun dimohon oleh penduduk Orang Asli di perkampungan Sungai Mas ataupun Bukit Bangkong? Jadi kalau boleh lepas ni saya mintak jasa baik...

YB boleh beri permohonan kepada saya. Saya bersedia untuk sokong berapa rumah yang nak tapi tak semestinya 10 buah dapat 10, dapat 2, 3 biji pun alhamdulillah kita ansur...

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Alhamdulillah jawapan ni saya nak dengar daripada EXCO. Terima kasih.

Kalau tak tak tahu macam mana nak buat kan? Seterusnya bekalan air luar bandar. Kita bantu apa di Kampung Orang Asli, Kampung Sawah, Kampung Mempelas, Kampung Permatang. Alhamdulillah, kita dah buat dengan sebaik-baiknya. Jadi

mudah-mudahan dengan sedikit penjelasan dan jawapan yang saya kemukakan kepada Ahli-ahli Dewan dapat merungkaikan sedikit sebanyak persoalan dan menyatakan apa usaha kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang begitu gigih untuk memastikan hal-hal agama, kebajikan dan pembangunan masyarakat dibina sebaik-baiknya.

Saya tidak nak memanjangkan bicara. Saya ucapkan terima kasih. Lepas ini ada sahabat saya lagi untuk memberikan jawapan pada kita semua. Mudah-mudahan dengan sedikit penjelasan ini dapat memberi kefahaman kepada kita semua. Cuma sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya juga turut menyokong Usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dalam Bajet pada 2025 ini dan mudah-mudahan dia diberkati oleh Allah. Dan saya juga suka membawa satu lagi firman Allah sebagai penutup. Sebagaimana di dalam Surah At-Taubah ayat 65 (bacaan ayat Al-Quran). Seandainya kamu tanya dia orang tu, kenapa awak cakap begitu?(bahasa Arab) confirm dia akan jawab. Maknanya confirm dia akan jawab (bahasa Arab) Kami dulu cakap begitu sebenarnya gurau je, gurau je (bahasa Arab) nak main main je bersenda. (Bahasa Arab) adakah tentang ketuhanan? Tentang agama? Tentang kerasulan? (Bahasa Arab) Awak nak bergurau senda dengan kata-kata itu saya mahu menyokong Yang Berhormat Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. (Ahli Dewan menepuk meja).

Speaker

Terima kasih EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. Seterusnya, saya menjemput wakil kerajaan yang terakhir pada petang ini iaitu EXCO Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang. Dipersilakan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera, selamat petang. Yang Berhormat Tuan Speaker, terlebih dahulu saya merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana berikan keizinan kepada saya untuk terlibat dalam Perbahasan Usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar iaitu Rang Undang-undang Perbekalan (2025) 2024 dan juga Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2025 yang telah disokong oleh rakan saya daripada Tioman dan juga Yang Berhormat Tras. Dan terlebih dahulu, dikesempatan ini juga patik ingin menjunjung setinggi-tinggi kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah. Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas segala titah nasihat yang diberikan kepada patik serta seluruh jentera tadbir urus Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur di bawah kepimpinan hamba tua Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail seadanya. Sesungguhnya patik dan seluruh pacal rakyat negeri Pahang amat bertuah dan beruntung sekali kerana dikurniakan seorang raja pemerintah yang berjiwa rakyat Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku serta keluarga diraja sentiasa cakna dan prihatin terhadap kebajikan serta keperluan pacal-pacal rakyat jelata di negeri Pahang ini tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

Keperibadian Mulia Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku yang sentiasa berkenan mencemar duli berangkat bagi menyantuni serta menghulurkan bantuan kepada rakyat jelata yang dilanda musibah. Meskipun dalam keadaan yang tidak dirancang seperti banjir, kebakaran, kemalangan jalan raya dan termasuklah terlibat secara langsung dalam operasi mencari dan menyelamat, Search and Rescue dengan izin mangsa lemas adalah satu perkara, tindakan yang amat mengkagumkan dan meruntun serta membanggakan patik dan seluruh pacal-pacal rakyat di negeri Pahang. Benarlah ungkapan “raja dan rakyat berpisah tiada”. Menjunjung kasih dan dirgahayu Tuanku. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail atas pembentangan Belanjawan Negeri Pahang bagi tahun 2025 yang cukup komprehensif, progresif dan inklusif mencakupi semua aspek kehidupan di negeri ini demi kesejahteraan rakyat dengan bertemakan... Prestasi dipertingkat. Kemakmuran dipertahankan. Alhamdulillah. Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail sekali lagi telah melakar kejayaan yang cukup membanggakan dengan pencapaian kutipan hasil pada tahun ini yang melebihi RM1 bilion dalam tempoh tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2022 ataupun ungkapan dalam bahasa Inggerisnya hattrick. Tiga tahun berturut-turut. Pada tahun ini, kerajaan negeri telah berjaya mencapai kutipan hasil sehingga berakhir 28 November tahun 2024 sebanyak RM1.15 bilion pada tahun 2000… pada 2024 berbanding sasaran yang telah ditetapkan iaitu RM1.137 bilion. Pencapaian 101.14%. Tahniah, syabas kepada seluruh jentera kepimpinan Yang Berhormat Dato' Sri dan juga jentera pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Yang Berhormat Dato' Sri Setiausaha Kerajaan Negeri. Syabas dan tahniah.

Sesungguhnya kesepaduan semua pihak dari setiap peringkat pentadbiran kerajaan negeri memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan ketirisan berlaku agar hasil kutipan negeri dapat dinikmati secara bersama demi kesejahteraan rakyat jelata. Di kesempatan ini saya nak merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh ataupun membangkitkan pertanyaan, memberi cadangan dan juga pandangan berkaitan dengan isu-isu di bawah portfolio saya iaitu pertanian, industri asas tani, bioteknologi dan pendidikan negeri Pahang. Antara Yang Berhormat yang bangkitkan ialah Yang Berhormat Chini, Yang Berhormat Semambu, Yang Berhormat Ketari, YB Padang Tengku, YB Tioman, YB Lanchang, YB Damak, YB Beserah, YB Sabai, YB Kemayan, YB Tanah Rata, YB Panching, YB Kuala Semantan, YB Tahan dan juga tidak ketinggalan YB Dilantik 3 iaitu daripada Jerantut. Insya-Allah saya menghargai pandangan dan cadangan yang dikemukakan oleh rakan rakan ahli dewan yang mulia ini.

Dan ya, ianya akan jadi satu rujukan dan asas untuk terus kita mantapkan lagi sektor pertanian, industri asas tani, bioteknologi dan juga pendidikan. Dengan kerjasama dan juga sokongan yang padu daripada agensi-agensi di bawah portfolio yang saya zahirkan. Dan di kesempatan ini juga lazimnya biasanya kita beri penghargaan. Pada akhir penggulungan tapi saya nak ambil kesempatan ini untuk menzahirkan terlebih dahulu penghargaan yang tidak terhingga kepada semua ketua jabatan yang sentiasa bertungkus-lumus membantu memperkasakan industri pertanian dan pendididikan negeri Pahang tanpa kenal erti penat lelah dan jemu. Antaranya ialah Jabatan Pertanian Negeri Pahang, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang, Jabatan Perikanan Negeri Pahang, Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Yayasan Pahang dan semua pihak dan agensi yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Insya-Allah dalam membantu sayalah termasuk menyediakan teks ucapan yang ada di depan saya ni. Dan juga saya nak mengambil kesempatan ini untuk merakamkan

tahniah kepada Pengarah Veterinar Negeri Pahang iaitu Dato' Dr Kamaliah yang baru-baru ni dianugerah dengan DIMP oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku dan juga Begitu juga dengan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Dato' Amzan Malik yang juga turut menerima anugerah Pingat DIMP dalam sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Tuanku Sultan. Saya berhasrat untuk cuba menjawab semua soalan- soalan dan sudah tentunya ia akan memakan sedikit masa. Bukan sedikit sekarang 6.27, jadi seperti biasalah format saya penghujung sekali kawan-kawan yang ada di depan semua dah. Jadi saya melihat rakan-rakan semua kadang-kadang dia menengok jam. Nampaknya jam sekata semuanya yang ada. Yang melihat jam. Tengok, tunjuk pada jam dinding yang ada di situ. Jadi, saya makin rasa serba salah. Nak jawab cara satu persatu. Ataupun bagaimana? Tadi saya ada bercakap dengan ya… secara bertulis. Eh ada ramai yang kata secara bertulis je. Di luar sana tadi, ada yang maklumkan dia kata kalau boleh tu yang pentingnya ada sentuhan jawapan kepada perkara perkara yang dibangkitkan.

Saya nampak tu memang kecenderungan kali ini daripada Ahli-ahli Dewan yang mulia ini baik daripada barisan penyokong kerajaan mahupun para pembangkang… ADUN-ADUN, ahli-ahli rakan-rakan daripada pihak pembangkang. Dia menimbulkan minat dan memberikan satu rangsangan dan motivasi kepada saya selaku EXCO yang terbabit dan juga rakan-rakan, sahabat-sahabat, Ketua jabatan untuk seterusnya memberikan komitmen demi untuk menjadikan Pahang ini sebagai negeri yang serba maju khususnya dalam konteks ini, sektor pertanian menjadi sektor yang mampu untuk menjana hasil dan juga merancakkan lagi ekonomi negeri secara tuntas dan begitu pendidikan… pendidikan sebenarnya kita kena tengok dari segi pencapaian SPM, SPM kita kita nombor 3 dalam Malaysia tahun 2023 yang lalu. Nombor 3 maknanya di kalangan banyak negeri tu kita dapat nombor 3. Tak mungkin ianya dapat terjadi begitu sahaja. Makna ini penglibatan pada semua, daripada Pengarah Pendidikan, guru-guru yang ada di ceruk-ceruk kawasan negeri-negeri kita daripada semua peringkat. Yang keterlibatan dalam segi pendidikan tadi membolehkan kita dapat nombor 3 dalam pencapaian keputusan peperiksaan SPM tahun 2023. STPM kita nombor 2. Maknanya kita dan ini tidak dapat diungkapkan Bagaimanakah kita nak membalas jasa guru-guru ni kerana merekalah yang bertungkus-lumus nak pastikan anak bangsa berjaya.

Tadi saya teringat bila rakan saya daripada Kerdau sebutkan tadi sekolah, di sekolah yang sekolah agama yang Berhormat Dato' Sri belajar tu ada guru tu juga jadi warden. Guru tu juga yang mengajar matematik. Guru tu mengajar serba-serbilah. Jadi ini melatih apa nama dalam sukan. Maknanya semua sekali dan dapat melahirkan anak-anak pelajar hebat seperti yang Berhormat Dato' Sri ni EXCO agama daripada Kerdau ni tadi dia bahasa diri dia. Dia kata dia antara perkara yang apa nama murid yang yang kira tidak sehebat yang lain-lain. Sebanarnya itulah bila kita tengok karakter mulia macam ni dia sokmo merendah diri. Tapi kalau skill bercakap saya kira kalau boleh gulung bagi ke Yang Berhormat Dato' Sri Kerdau boleh agaknya sektor pertanian boleh dia gulungkan dengan ayat ayat al-Quran, Sunnah, hadis hadis Rasulullah. Dan ini yang sebenarnya kita nak dan kagum ada pakar… pakar yang… yang pakar ni saraf je, pakar bius… pakar bius dah main bola sama, ngaji tapi hebat sampai ke London. Hebat kita. Saya difahamkan tadi saya tengok ada kawan-kawan bercerita. Dia kata dia pergi ke restoran nama Menate. Dia ada M, E, N, A, T, E. Ada yang kata Menate. Tapi dia kata men ate ada pulak me n ate.

Dia owner tu atau tuan punya tu adalah merupakan chef yang diiktiraf yang telah bekerja di Buckingham Palace, tu pasal hebat yang mana kita anak-anak Malaysia boleh mampu mencapai tahap yang tertinggi kalau sekiranya diberi peluang dan juga latihan dan tidak mungkin dapat berjaya begitu sahaja tanpa pembimbingnya. Apa yang dipanggil, warga mulia yang dipanggil guru. Sebab tu dikesempatan ni saya nak

merakam setinggi tinggi penghargaan pada semua yang terlibat. InsyaAllah. Yang Berhormat er… Tuan Yang di-Pertua saya cuba maklumkan… saya bangkit. Eh ADUN Lanchang ada bangkit pasal TKPM Lanchang. Eh TKPM Lanchang… TKPM yang paling besar sekali yang ada di negeri Pahang. Kita TKPM Di Pahang ni kita ada 19, kita ada 19 buah. Maknanya negeri yang paling banyak sekali TKPM iaitu Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan. Macam-macam jenis kalau di Lanchang, kalau pergi tu, tengok dalam semua nangka, buluh yang anu tu pun ada. Jadi, di situ kita perkasakan. Alhamdulillah, Lanchang maklumkan dia kata dalam tu tiba-tiba ada juga sawit. Sebenarnya ada sawit di luar tu, di luar tu sawit kita dah tetap dah syarat. Sebenarnya TKPM tak boleh tanam sawit, tapi maklum sajalah dia ni kita ada di kalangan yang… yang baik-baik tu…

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Sebenarnya tu… ada sawit tu bukan yang yang besar tu yang kecik. Saya baru masuk bulan lepas, pokok tu masih kecil lagi lah. Baru tanam saya ingat dalam 2, 3 bulan. Jadi tu yang saya lah. Terima kasih.

Terima kasih. Jadi maknanya dia, TKPM ni dia ada syarat-syarat dia. Antara benda-benda dia tak boleh tanam termasuk sawit. Memang tak boleh tanam. Jadi ini terima kasih. Saya mintak supaya kita menguatkuasakan ya. Kita ada 2 skim di TKPM tu, satu yang bawah bimbingan pertanian iaitu ada 20 ekar, 20 ekar, 20 ekar, 20 ekar tu. Satu lagi tu ialah yang komersial tu di bawah Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri, kita tetapkan syarat. Kita bagi semua kelulusan ini dengan syarat. Haa… sebab tu dalam konteks seumpama ni, kita akan kuatkuasakan. Makna, insya-Allah sebab dia ada sawit je di luar tu. Jadi sawit di luar tu. Sekarang ni sawit maklum saja harga dia tinggi, dia kecenderungan orang tu dia nak pergi tanam sawit. Dia sebenarnya… antaranya kita kena tanam nangka, tapi maklum sahaja nangka, kadang dia jual dalam RM2.50 sekilo. Yang sawit ni tinggi, jadi kecenderungan dia untuk tanam satu tanaman yang tidak meletakkan syarat dan kita tegas dari segi tu, kalau tidak nanti orang semua tanam sawit dan ini menggagalkan agenda kita nak pastikan agenda keterjaminan makanan ini dapat ditangani secara tuntas. Jadi, maknanya insya-Allah perkara tu kita akan ambil tindakan.

Dan ada juga maknanya bercakap pasal TKPM ni, ADUN Sabai cadangkan kalau boleh TKPM Karak. Jadi ni pun kita timbangkan juga tengok kesesuaian, bukan apa satu tempat kerana infrastruktur untuk buat TKPM ni dia tinggi, buat jalan, buat ni sistem saliran dia, nak perata ni tanah dan sebagainya. Jadi, oleh kerana itu, kita perlukan penglibatan daripada kerajaan pusat di bawah Kementerian.

Kalau kita sendiri kerajaan negeri nak… nak belanja tu haa…dia, kita ada kekangan sikit sebab kita banyak nak bantu dari segi mana-mana yang tidak diliputi secara khusus oleh kerajaan pusat. Sebab itu dalam perkara seumpama ini dilontarkan InsyaAllah kita akan teliti dan kita akan tambah ya di mana-mana yang bersesuaian. Kemudian ADUN Padang Tengku sahabat saya maklumkan boleh tak projek sawah berskala besar ni diperluas setiap daerah. Dia sebenarnya sepertimana yang kita maklumkan sekali lagi, satu pasal kawasan, satu dia pakai SBB ni, Sawah Berskala Besar… kan. So, makna Sawah Berskala Besar ni dia perlukan infrastruktur. Sebab kita kena perlu sistem pam… sistem pam, sistem pengairan, sistem saliran dan ia

menelan belanja yang… yang besar juga. Namun, kita lihat bahawasanya kita ada rancangan di bawah pengelolaan IADA ni tadi ya. IADA Pekan, IADA Rompin.

Jadi ya, ini dia ada paya-paya yang yang besar-besar kita ada. Sebenarnya membuat ni SBB ni atau Skim Sawah Berskala Besar ni di Paya Ganchong, di Paya Ganchong, Ganchong di Pekan lah sebab Ganchong, Pekan ni dia dah ada dah sistem saliran, sistem pengairan dan saliran dia, rumah pamnya ada dan sebagainya. Yang itu kita nak manfaatkan, dia ada lebih kurang dalam 3,200… 3200 hektar yang akan terlibat yang ingin kita bangunkan bersama dengan Konsortium Padi dan Beras Rakyat dipanggil KPBR.

Manakala di Merchong, dia ada 200 hektar, di daerah Pekan, Merchong dilaksanakan oleh pihak swasta, Fajar Majestik sebab kita, SBB ni kita tak boleh pergi kerajaan semata-mata, kerajaan negeri di luar kemampuan kita, sebab apa dia melibatkan kos yang tinggi, jadi kita minta syarikat datang masuk untuk bangunkan, cadangkan dengan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri, kita timbang dengan pihak BPEN. Kalau sekiranya benda itu viable dengan izin kita teruskan. Jadi sahabat saya daripada er… Padang Tengku makna kita kena tengok begitu ya dan er… mungkin kita boleh laksanakan tidak berskala besar macam di kampung dan sebagainya. Lipis dah ada dah di kawasan Benta yang telah mendapat peruntukan lebih kurang dalam RM800,000.00 oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dia bagi, dia pulihkan sawah lama di kampung-kampung supaya dapat kita tanam padi yang tidak dalam skala besar tapi yang biasa kita laksanakan dulu, kita buat secara kecil-kecilan, insya-Allah.

Jadi, ada juga ADUN Padang Tengku menanyakan boleh tidak buat padi bukit? Padi huma lah. Padi bukit, padi huma yang pakar bahagian ni ialah masyarakat Orang Asli dan kita di Lipis ni di Sungai Koyan ni ada… kita buat main try plot, makna lebih kurang, projek perintis lebih kurang 1 hektar je dibangunkan. Ni apa nama tanaman padi huma ni dengan penglibatan daripada masyarakat Orang Asli yang… yang pakar bahagian ni ialah Orang-orang Asli. Tapi perlu diingat, bila kita buat cara berasingan ni, dia musuh tanaman banyak burung, tikus haa… yang tu kena… kena teliti sebab kalau dia dalam skala besar tu haa… dia pengawalan tu dia mudah sikit, tapi kalau sikit dia kerumun di burung tu kan? Bila dia… dia… dia ni apa nama, bila dia berbuah tu? Jadi kalau datangnya burung, maknanya kadangkala tu dia amat mengecewakan. Sebab tu dalam konteks seumpama ni apabila kita nak cuba buat laksanakan ni, kita kena buat kajian yang lebih mendalam supaya dapat dilaksanakan dengan jayanya.

ADUN Panching ada mencadangkan agar memperkenalkan insentif galakan kepada petani yang menggunakan IoT, Internet of Things dan juga dalam konteks seumpama ini, insentif galakan kepada petani menggunakan teknologi moden telah diperkenalkan sejak tahun 2021 lagi, Jabatan Pertanian ni. Malahan, ianya sentiasa disalurkan bagi mempertingkatkan lagi, ini para-para petani supaya menggunakan IoT. Baru-baru ni, Jabatan Pertanian ada memperkenalkan dipanggil lebih kurang 20 orang anak-anak muda kita menggunakan apps. Maknanya telefon kemudian mengawal ini satu sistem skim dengan hanya menggunakan er… ni… ni Apps secara apa nama mudah dan ianya dapat dilaksanakan dengan jaya, InsyaAllah, mudah-mudahan.

Memang kita sentiasa menggalakkan supaya agropreneur muda khususnya petani-petani ni mengamalkan, memperkenalkan teknologi terkini supaya ianya dapat memberikan lagi hasil yang lebih baik ya dengan pengurusan ladang ataupun projek secara sistematik ya. Panching juga ada, haa… Panching tak ada tapi ada mencadangkan kita menyediakan geran khas bagi tujuan kerjasama strategik antara pihak universiti dengan menghasilkan benih-benih baka yang berkualiti dan inovasi

pertanian yang lain dan mencadangkan pihak kerajaan mengadakan kerjasama dengan syarikat-syarikat teknologi. Dia sebenarnya kita sentiasa mengadakan kerjasama dengan institusi pendidikan yang tinggi seperti UPM, UMPSA, Politeknik Semambu, Kolej Universiti Yayasan Pahang dan lain-lainlah.

Kita juga ada membuat misal contoh, kerjasama ya dalam bidang contohnya, saya ingat yang ini yang er… di bawah… maksudnya di bawah ini apa nama industri ternakan. Ada misal contohnya, kita perkenalkan konsep dengan kerjasama daripada pihak UMPSA, nak kita meneliti bau, nak scan, nak… nak… scan bau er… yang datang daripada reban ayam sebab ni U…U… UMPSA ni, dulu dia ada satu projek yang dibuat berkaitan dengan industri pelepasan gas-gas tertentu ni, dia telah diberikan tanggungjawab untuk mencipta satu sistem di mana dia boleh kesan pelepasan gas-gas yang er… yang mudarat oleh industri tertentu, maka dia berjaya laksanakan.

Oleh kerana itu, oleh kerana ramai ni aduan mengatakan bila adanya reban ayam atau ni… dia… dia menghasilkan bau, menimbulkan bau yang tidak selesa, jadi kita nak laksanakan satu program yang telah ditetapkan dengan kerjasama daripada Jabatan Veterinar untuk mereka sempurnakan yang projek seumpama itu dan insya-Allah mudah-mudahan kalau sekiranya berjaya kita boleh trace terus kalau sekiranya mana-mana penama reban-reban yang menghasilkan atau mengeluarkan bau yang tidak… di luar daripada ataupun melebihi daripada paras yang dibenarkan ya insyaAllah dan begitu juga ADUN Kuala Semantan ada maklumkan tentang terdapat pengusaha di TKPM yang berhenti dan tidak meneruskan, memajukan tanaman mereka kerana terpaksa membayar kos cukai tanah dan pajakan tanah yang tinggi. Dia sebenarnya peserta ini tak ada paksaan, dia nak masuk tu macam dia kan, nak masuk okey, kena tandatangan sebelum tandatangan baca dulu. Bukan makna macam kita mengsign dokumen yang okey, tolong sign sini, sini, sini. Tidak, baca dia khabar, jadi perlu menandatangani persetujuan. Setuju sign. Jadi sudah tentu kita tadi nak meningkatkan hasil sebab kadang-kadang dia keluar ini hasil daripada projek ni daripada TKPM baik daripada mana-mana tempat. Hasil yang diterima tu lumayan tapi kita ni nak suruh supaya dia membayar balik kepada misal contoh PSK yang mengeluarkan ataupun kita beri kelulusan untuk diberi pajakan 30 campur 30 makna 30 satu jangka masa yang panjang dan keduanya kita nak pastikan dia ni betul-betul nak buat.

Kalau tak nanti dia… dia main, maknanya tandatangan lepas tu dia pergi jual, rata macam Yang Berhormat Dato' Sri Diraja maklumkan. Okey, oak kalau nak mudah oak tandatangan lepas tu pergi jual di Kuala Lumpur duduk semua sekali ni ada satu tanah habat apa semua dan sebagainya. Jadi, kita tak nak macam tu, kita nak yang genuine dalam bahasa inggeris kata. Jadi kalau sekiranya dia yakin, percaya dia boleh berjaya maka kita laksanakan dan kita buat melalui tapisan jawatankuasa teknikal boleh buat persembahan, boleh buat ni apa nama cadangan tu teliti ada jabatan teknikal akan tanya bila dia bersetuju, tandatangan dan seterusnya memulakan dia punya projek tu supaya kita nak jadikan tadi, insya-Allah mudah-mudahan Pahang sebagai hab sektor pertanian terulung di negara kita.

Dan sebenarnya ADUN Tanah Rata ada maklumkan baru-baru ni di Tanah Rata, di Cameron Highlands terdapat ribut yang melanda yang menyebabkan petani-petani mengalami kerugian. Jadi pertanyaan dia lebih kepada safety net dengan izin ya, sama ada ada satu jaringan keselamatan yang boleh menjamin pelaburan atau pun modal yang ditanam oleh apa nama ini petani- petani tadi dapat satu ni jaminan tidak rugi begitu sahaja. Sebenarnya usaha ini telah pun lama. Pahang mencadangkan supaya kita ada safety net kepada kementerian yang sekarang ni yang ada ialah penanaman

padi melalui Program AgroBank dia lebih khususnya insuranslah. Makna insurans ni kita bayar premium. Jadi apa-apa terjadi, AgroBank akan bayar balik semula. Perkara ni sebenarnya insya-Allah kita akan ketengahkan banyak kali dah kita maklum Pahang kerana kita nak menjaga supaya pemain-pemain industri khususnya dari segi sektor agro ni tadi diberi perlindungan kerana ada melabur dengan modal yang tinggi tapi oleh kerana musibah yang dilanda ribut, banjir, kemusnahan oleh musuh tanaman, gajah dan sebagainya maka mereka kerugian dan setakat ini dilihatkan sebenarnya mencadangkan insya-Allah maknanya pihak kementerian telah mula meneliti perkara ni dan kita mengharap supaya akhirnya nanti besok hasrat untuk ada jaringan keselamatan ataupun dengan dengan izin safety net ini dapat juga merangkumi termasuk juga petani-petani selain pada padilah, insya-Allah.

Dan saya nak maklumkan juga iaitu kita di Pahang ni kita telah membuat projek-projek rintis. Antara projek rintis yang kita laksanakan ialah penanaman bawang, saya ingat kita buat ni di Jerantut. Kita dah mulakan dengan kawasan seluas 4 hektar dan nampaknya ianya memberi kejayaanlah selepas lebih kurang dalam ni dilaksanakan dalam tahun ni 2024 ni kita lihat dia boleh dikembangkan dalam tahun 2025. Jadi dalam tahun 2025 Jabatan Pertanian mempelawa 20 peserta bagi menyertai projek penanaman bawang ni di seluruh negeri Pahang. Jadi kita insya-Allah kita akan jadikan bawang ni sebagai salah satu daripada komoditi atau tanaman yang boleh kita perkasakan, insya-Allah.

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, apa yang kita lihat di Pahang kita nak perkasakan juga produk-produk premium dari segi sektor pertanian. Contoh yang saya kata tadi misal contohnya kita ada vanila ya, di Temerloh ni kita ada tanaman vanila yang telah tersohor, dia boleh jadi tanaman untuk digunakan dalam industri asas tani. Pada masa yang sama dia juga boleh menarik pelancong sebagai aktiviti agro pelancongan sebab itu di Temerloh, alhamdulillah tanaman vanila ni nampaknya menarik perhatian dan menjadi satu destinasi yang juga orang kata menjadi minat kepada pengunjung-pengunjung untuk melihat dan merasai di lapangan sendiri tumbuhan vanila ni dan projek vanila ni akan kita perlebarkan di kawasan lain

Pada masa yang sama juga kita melihat bahawasanya potensi untuk penanaman anggur ya, juga ada potensinya. Sebenar anggur ni kita ada di Pusat Pertanian di Temin, ini dah lama dah sebenarnya kita hasilkan dan setelah melalui proses ujian yang… tempoh yang bersesuaian kita lihat bahawasanya ia boleh dikembangkan di tempat-tempat lain. InsyaAllah perkara ni kita akan laksanakan sekiranya ada minat daripada petani-petani untuk mempastikan bahawasanya penanaman anggur ni kan… boleh dilaksanakan malahan kita kata marilah kita jadi dia kena hati-hati sikit Yang Berhormat Tuan Speaker maknanya marilah sama… marilah kita menganggur. Sebenarnya menganggur bukan menganggur. Jadi tagline tu kita kena hati-hati. Kalau tak nanti marilah kita sama-sama menganggur… eh mengapa pula sebenar menganggur dia nak menarik minat.

Malahan di Jerantut, sebuah Ma'had Tahfiz telah juga memperkenalkan projek ini nampaknya ada kejayaan bukan sahaja daripada pembelian anggur tu tapi minat mereka yang nak melihat. Oh, ini dia anggur yang kita laksanakan sebab tu dalam proses yang seumpama ni dari masa ke semasa Jabatan Pertanian akan mempertingkatkan lagi kemahiran supaya Pahang ni nanti akan menjadi satu hab yang boleh dibanggakan dengan hadirnya jenis-jenis tanaman yang premium tadilah anggur, vanila dan strawberi. Misal contoh di Cameron Highlands kita ada menjalin kerjasama antara B2B supaya kita dapat perkasakan seperti mana yang saya nyatakan kita pernah pergi buat lawatan teknikal ke Korea dan juga ke New Zealand dan pihak sana berminat untuk menjadikan kita punya anggur tu lebih besar saiznya

dan lebih manis rasanya. Dan insya-Allah perkara ini juga kita akan beri penekanan supaya Pahang ni menjadi satu destinasi sektor pertanian ala agro ni juga dan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi, insya-Allah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya dah sentuh pasal wagyu ni yang ni saya ingat cukup maknanya Saya…saya dah... dah sentuh dan saya lihat err… hanya seperkara yang ingin saya nyatakan iaitu terdapat kecenderungan ternakan berkeliaran. Hal ini dibangkitkan rakan-rakan daripada Chini dan tempat-tempat lain menyatakan ada kemalangan berlaku oleh kerana melanggar ternakan yang berkeliaran di atas jalan raya. Dia sebenarnya mengikut Enakmen Kawalan Kerbau Lembu ni, dia kta dah ada dah enakmen dia ni.

Pihak yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan ada tiga pihak. Yang pertama sekali veterinary… Jabatan Veterinar, keduanya PBT, yang ketiganya polis dan hanya kekangan kita. Misal contohnya kalau veterinar tu, dia tengok 20 meter daripada jalan, boleh tangkap. Tapi kalau lebih daripada itu, dia luar bidang kuasa veterinar. Dia kena PBT sebab PBT dia ada saya ingat bawah Akta PBT tu dia ada kacau ganggu. So kalau kacau… kacau ganggu ni boleh juga digunakan… diguna pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk menangkap.

Hanya sekarang ini, dendanya ialah RM500.00. Mungkin, oleh kerana ada setengah memikirkan RM500.00 tu kecik jadi dia biar je. Jadi apa yang kita nak buat ialah kita buat tagging dia kat telinga dan juga dipanggil freeze branding. Kita buat penanda kerana apa bila kerbau ni atau lembu ni tadi dia kemalangan dia mati, lembu ni. Tuan punya tu kadang dia klipkan. Dia buang dia punya tagging dekat telinga tu.

Jadi kita tak tahu sapa, lembu sapa, kerbau sapa, tapi dengan adanya penguatkuasaan ni besok, kita akan buat freeze branding iaitu satu kaedah yang dia buat. Dia tandakan secara sejuk. Kita nak buat hot branding. Hot branding tu macam kejam sangat. Freeze branding, di mana sel-sel di kawasan tu akan mati. Jadi dia ada penanda dia, dekat dengan haiwan tu sendiri. So perkara ni tadi dianya akan dapat apa nama di… mengenal pasti tuan punya.

Saya nampaknya jam 6.55. Yang Berhormat Tuan Speaker pun dah tengok tu, saya pun menengok ke keadaan ni. Memang banyak ni, boleh tak saya anu kan? Saya pun dah rasa saya…saya cuba tengok tu. Cepok-cepok di mana-mana tu. Jadi saya lihat bahawasanya ada soalan daripada sahabat saya daripada Semambu pasal tikar dan sebagainya. Saya ingat saya kena jawab secara bertulis ni sebab ni apa nama err… dan juga Yang Berhormat daripada Tanah Rata tanya boleh tidak yang masyarakat Orang Asli ni tadi kita ajar dengan bahasa ibunda dia dan tengok kajian yang telah dibuat tu nampak akan ada… ada jawapan tu.

Jadi kalau saya nak baca ni semua masing-masingkankan dia serba-salah. Dak saya cakap sorangkan semua orang keluar, tapi hanya saya nak ambil kesempatan ni tak ada langsung niat nak berburuk sangka, hanya saya rasa terpanggil pada ketika itu iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Sri mengiringi Kebawah Duli Tuanku ke Lipis. Pertamanya ke apa nama ke Temerloh. Masa itu ada Majlis Penganugerahan Pingat. Kemudian hari Selasa tu ke Lipis. Jadi tanpa sebenarnya rasa nak wujudkan rasa prasangka ataupun ketidakharmonian. Tapi saya rasa tanggungjawab kerana apa rakan saya daripada Cheka ada bangkitkan tentang Laporan Ketua Audit Negara. Hanya saya nak maklumkan bahawasanya saya ingat kita pun dengar Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Speaker pada ketika itu telah pun memberi jawapan. Maknanya Laporan Audit… Ketua Audit ni dia di embargo.

Jadi kalau kita ni… ini kita sentuh Laporan Audit tu kalau ikut dari segi peraturan tu dia jadi boleh menghina ni apa nama dewan. Saya ingat teman ni…ni Tuan…Tuan Speaker pun dah sebutkan. Jadi ekoran daripada itu. Saya tidak berhajat untuk mengemukakan apa-apa sebarang usul, tapi kita kena hati-hatilah kerana apa? Laporan Audit ni kita kena ingat, pertama sekali kita telah mendapat Sijil Bersih dari segi Penyata Kewangan Negeri. Maknanya Penyata Kewangan Negeri tu maknanya kita teliti bukan semua… banyak negeri yang dapat tu. Tapi istimewanya kita Pahang kita kena bagi dia apa nama pengiktirafan.

Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Speaker, makna di segi perbelanjaan kewangan ni begitu strict, ni pegawai-pegawai kerajaan termasuk Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri err… Yang Berhormat Penasihat Undang-undang… Penasihat Undang-undang ni dia…dia kira without fear of favor je. Saya biasanya kita macam contoh saya dalam mesyuarat EXCO bertaki dengan dia. Makna kira dia stand firm on dia punya ground. Begitu juga dengan YB ni… ni Yang Berhormat Dato’ Indera SFNO, akan dengan tanpa segan silu maklumkan. Ini mesti dipatuhi.

Insya-Allah, alhamdulillah berkat daripada usaha kita, nak pastikan bahawasanya penggunaan atau perbelanjaan kewangan ni mengikut peraturan dia. Walaupun kadang-kadang kita rasa macam bertegang tu, tapi kita tahu masing-masing menggalas tanggungjawab. Dan saya nak zahirkan bahawa insya-Allah kita berada di landasan yang baik. Tahniah saya nak ucapkan kepada pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Diraja Menteri Besar dan juga kepimpinan perkhidmatan kerajaan di bawah kepimpinan Yang Berhormat Dato’ Sri SS yang peka hingga kita dapat Sijil Bersih ya… Penyata Kewangan Negeri.

Manakala dari segi audit, Laporan Audit. Tanpa hilang hormat pada Ketua Audit Negara. Alhamdulillah, saya lihat. Tapi cuba kita lihat, misal contohnya hanya pernyataan di situ menyatakan pandangan daripada Jabatan Teknikal JPS ini tadi, bagi pandangan tentang ini apa yang dipanggil sebagai ini Permit Pengeluaran Pasir, LPS tu. Ya, kita ada garis panduan. Garis panduan pengeluaran pasir tu yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Tahun 2020.

Saya rasa Wakil Cheka pada ketika itu, selepas itu dia jadi Menteri NRE makna terlibat JPS di bawah tu. Nama pun garis panduan. Bukan anu… garis panduan. Guideline bahasa Inggeris dengan izin. Guideline ni guidelinelah. Kita jadikan panduan. Dia katakan walaupun empat ni permohonan pasir daripada Temerloh. Ini saya nak sebut ni walaupun tu tapi saya tak sebut dalam anu tu sebab kalau sebut Laporan Ketua Audit, tu jadi menjadi salah. Tapi saya kata laporan dia nak react. Maknanya despite of that dengan izin, sorry walaupun dengan pandangan Jabatan Teknikal. MMK disebut di situ, saya tengok dalam handsard menepikan pandangan teknikal dan meluluskan. Saya nak bagitahu Pengarah JPS ada kat sini. Kalau ikut ini apa nama Water Enactment, kalau ikut garis panduan berapa luas reserve sungai? Setidak-tidaknya seluas kelebaran sungai. Nah. Saya nak bagitau tak payah jauh kita pergi ini Tanjung Lumpur. Cuba pergi Tanjung Lumpur. Jambatan tu baru Tanjung Lumpur tu, hah berjejer Menara ni 188 tu duduk dalam reserve sungai.

Di Lipis, kawasan bandar Kuala Lipis, ini Jelai Street tu. Masa saya kecil lagi agak masa saya merangkak lagi. Dah ada dah kedai di situ. Kedai nombor 55 tu, sapa orang tahu? Orang tua tau lah. Lipis, kedai nombor 55 tu, tu hebatlah masa tu, dah ada. Temerloh, pasar ini… pasar… pasar pekan sehari Temerloh tu ada tepi sungai. Waima masjid tu sendiri pun dah ada kat situ. Kalau ikut JPS tak bolehkan. Eh… pakai akallah sikit. Kalau tidak jambatan tu sepanjang jambatan tu tadi. Saya ingat termasuk juga KMC tadi, ini… ini hospital pakar situ. Tak boleh nak kita luluskan? Tapi kalau

kita misal contohnya, kita okey garis panduan teknikal tu? Eh siapa yang memerintah sekarang ni. jabatan teknikal ke kerajaan.

Saya yakin mana-mana negeri pun pergi ke…Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Kedah ke kita gunakan sebagai garis panduan. Tapi kalau masyarakat umum dia dengar tu. Oh, MMK ni mengenepikan… runtuhkan jambatan tu. Saya nak beritahu di Pekan tu, Yang Berhormat ni Tuan Speaker, cuba kita pergi ke Pekan tu. Lalu kat Jambatan Sultan Abu Bakar, apa benda kat situ? Ini Adun err… Peramu…Peramu Jaya. Cuba tengok pulau nak tumbuh dah kan? Oh… 1km daripada jambatan. Biar wujudnya pulau kat situ, sebab saya nak maklum sebab apa rakan saya mantan menteri tahu bila banjir ni ialah kerana ketohoran sungai tu sendiri. Bila tohor sungai, zaman saya jadi Pembantu Teknik lagi dah tahun 79 berapa tua saya ni. Tahun 79 sungai bukan Ya Allah, ADUN Inderapura, Sungai Belat tu saya pernah merangkak berenang kerana nak memeriksa apa pokok-pokok yang ada dalam sungai kita nak angkat kerana apa dia menyebabkan banjir. Kita ada kapal korek, kita korek. Bekas mantan Timbalan Menteri NRE, ADUN Tras ada. Kita ni nak mengelakkan banjir dipanggil Rancangan Tebatan Banjir kita kena dalam kan sungai tu, takkan bila sampai dekat jambatan okey opp... tak mau dalam biar situ, pasir dok kat situ, kena korek, ada cara dia, ada cara dia. jadi maknanya..

Boleh lah sikit sebab sebut sebut nama saya tadi. Boleh saya rasa macam ni EXCO, apa yang yang dipertikaikan tadi atau disebut tadi betul sebabnya rizab sungai ni sebenarnya boleh ubah pun, boleh ubah maksud dengan dengan izin pihak... pihak kerajaan negeri. Satu lagi contohnya macam rezab sungai berlaku banjir. Bila berlaku banjir, tanah persendirian tu akan berubah juga. Sebab tu ada dalam Enakmen Negeri Pahang pun makna dia bayar separuh, bukan bayar penuh. Terima kasih.

Kita bagi kelulusan... MMK bagi kelulusan bersyarat. Kita tak bagi kelulusan, lulus buat semberono, tidak, bersyarat, kita lulus bersyarat, dengan syarat, apa dengan syarat dia? kita mesti korek satu pertiga. Middle Third. Bahasa Inggeris dengan izin Middle Third. Maknanya kita dia lebar sungai ni kita belah tiga. Satu, dua, tiga. Yang tepi tebing tu sebab kita jangan bagi korek tu sebab dia takut runtuh tebing tu, yang tengah ni yang kita korek. Sebab tu bila kita luluskan di Temerloh tu dekat dengan ECRL punya jambatan sekarang pergi tengok runtuh ke jambatan tu? Tak, tak runtuh, tapi kalau kita nak korek tu atau jadi bentuk pulau yg penuh tu. Pulau Habib Hassan dulu Yang Berhormat Tuan Speaker, di Pekan tu beberapa kali tu nak dilebar atau didalamkan muara tu, ada yg cadangan buat letupan. Tak boleh, dia kena korek juga ada la boleh.

Boleh tambah sikit lagi? sebab benda ni umum ya. Contoh di Selangor, dia ada kita panggil LRT ataupun railway yang atas tu kan... atas... atas sungai juga tapi itu boleh sebab kerajaan ataupun yang buat keputusan. Terima kasih.

Saya nak betulkan ini sebab apa saya takut tanggapan. Jadi kalau ada izin lifekan sebab tu saya tak nak nanti dia tu kerajaan negeri, MMK mengenepikan pandangan teknikal dan meluluskan. Pass. Oh, Oh teruk betul kerajaan negeri ni. Dak kita ni tengok pertimbangan, kita bersyarat. Bila kita luluskan Unit Penguatkuasa Negeri Pahang, dulu kita ada penguat kuasa di bawah jabatan tapi Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar ni nak pastikan supaya ketirisan tak berlaku, pencerobohan tidak, wujud Unit elit, so tanggung jawab pergi tengok dan sebagainya. Jadi kita keputusan kerajaan, dia tak boleh holding the government and ransom tak boleh, kita tak leh. Kata okeylah macam tu. Pengarah ni pengarah agensi memerintah negeri ni? perintahnya Menteri Besar, dibantu oleh EXCO-EXCO. Mungkin tak cerdik macam kita ini semuakan? Tapi kita ni dia sebenarnya cerdik dengan bijaklah. Jadi kita kata dengan syarat, syarat dia ini, dia syarat dia tebing tu mesti dipasti, cuba baca. Tebing pasir kalau runtuh kena dibaiki. Pengeluar pasir tu, pengusaha pasir kena baiki, yang itu tu yg kita tekan kan.

Tapi janganlah kabo okey MMK mengenepikan pandangan teknikal. Yang tu yang saya tak setuju. Dia akan memberi gambaran yang salah seolah-olahnya kerajaan negeri ni dia main semberono je. Tidak. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Dato’ Sri Diraja sentiasa kata prosedur kena ikut, technical department ataupun jabatan teknikal kita ambik pandangan tapi kena tengok sama ada rasional atau tidak. Kalau tidak, kalau tidak kalau sekiranya kita patuh semua ni tadi Kuantan semua ni kena roboh tu sepanjang Menara 188 kena roboh, sepanjang-panjang tu kena roboh sebab dia masuk dalam reserve sungai. Temerloh, Lipis hah mana lagi... lagi pejabat Kastam dan pejabat-pejabat di sepanjang.

Jadi kita tengok, kita pastikan, jadi saya nak betulkan yang tu. Pertama sekali saya tak bersetuju tu sebab bila laporan Ketua Audit tu dibangkit, maknanya kita ni ikut peraturan ya. Sebab tu sebab saya tengok tadi banyak yang menyatakan Sungai Lembing apa nama Panching, Sungai Lembing, Panching lah... Panching... Panching bangkit semangat. Saya dah tanya. Ini reserve. Oh semangat. Tapi kadang-kadang ada masa tu kita ikut lah peraturan juga.

Kalau dah tak boleh sentuh tu ini Laporan Audit jangan sentuh. Sebab kalau ikut betul-betul peraturan dia nak sentuh pasal Laporan Audit nak bincang nak kod tu Laporan Audit ni dia kena buat usul, usul diterima oleh Dewan. Lepas tu baru kita boleh bincang kan. Kalau tidak dia setakat bentang je. Haa, dia nama gitu. Tapi kita boleh decide menghina mahkamah atau menghina Dewan Yang di-Pertua boleh buat ruling buat ruling yang betul. Tapi tidak begitu. Tapi maksud saya ikutlah peraturan saya. Kita ini dia macam main bola, di luar sana kita makan minum kopi sama, tapi dalam ni kita team lain-lain. Ini maksud saya main bola, kita main bola sama walau penting kita kita dari sini. Saya Manchester United kalau sekiranya ADUN Tras Manchester City dah tentu gaduh punya. Tak boleh Manchester... kan jadi kita tu tapi minum luar huhahuha, tapi dalam Dewan saya nak bagitahu yang salah salah juga. Saya pertahan ni atas prinsip dan saya tak nak nanti kalau dengar ni saya tak nak rakyat rasa oh, Pahang teruk, tidak kita buat patut tidak kerana kita dapat tu Sijil Bersih Kewangan.

Malahan kalau audit laporkan kita terima, kita surrender bagitahu okey yang ni contohnya. Jadi ada masa tu janganlah kita ingat kita terikat sangat dengan pandangan teknikal sebab pandangan teknikal memang betul. Misal contohnya, okey kalau JKR kata okey dia nak lebar jalan sekian sekian sebab tu bila kita nak buat Janda Baik misal contohnya, orang semua takut. Jalan mesti lebar. Kalau jalan lebar dengan gerai-gerai tu apa nama kena roboh. Misal contoh bila buat RKK Janda Baik tapi sebenarnya itu pandangan teknikal dia kena tak boleh JKR kata, okey boleh kecil benda tu, yang boleh menentukan kecik besar tu ialah Pihak Berkuasa Negeri. Kita

boleh tentukan sebab apa. Kalau kita pergi ke New Zealand, eh sorry... ke Swizerland, ke Geneva, dia pergi belakang... belakang apa nama bangunan ni back lane dengan izin dia ada bagi, boleh jadi pelancongan kecil kita boleh tempatkan okey kenderaan tak boleh masuk situ tetapi dia kena naik buggy naik ke atas macam kita pergi ikut Tourism. Kereta diparking di bawah kemudian ada buggy naik ke atas, buat situ, so boleh disesuaikan walau pun jabatan teknikal bagi pandangan.

Maksudnya bukan jabatan teknikal tu yang mesti mandatori, tak. Ikut kesesuaianlah, ikut kesesuaian. Jadi dalam konteks seumpama itu, saya mohon supaya perkara ni diberi sejelas-jelasnya. Saya tak nak nanti bagi saya, saya terasa bahawasanya seolah-olah kome ni semua main bedal je, semberono, bantai, lanyak, peduli apa. No, no, no. I Tell you one thing, Dato’ Sri Syed ni bukan dekat EXCO... bukan dekat Dewan je, dekat EXCO pun berentap, macam kita kalau dengar semua berentap tu, tapi kita cool down brother, rileks MB kata, steady kita minum kopi duduk menung. Kita rasa contohlahkan. So dalam konteks seumpama ni saya minta maaf kepada rakan saya sebab takde, saya tunggu juga hari tu sebab tu hari yang lepas bahas tu, saya tunggu takde. So biar satu masa tu dia Panching bercakap saya dah gitu dah tu haa. Saya sabar je bila rakan daripada Batu Talam bawa pasal mental hack tu dah terkeluar tu kot ada la yang mental hack di kalangan kita ni contohnya, sebab masa tu rasa kegeraman. Saya sebenarnya takde benda kira makan ubat semua steady. [Ahli Dewan Ketawa]. Steady, steady, takde, tapi tu jelah saya nak maklumkan. Terima kasih pada Yang di-Pertua, minta maaf pada rakan-rakan ye tiada niat langsung, keluar Dewan ni cium mulut boleh takde hal la. [Ahli Dewan Ketawa].

Tapi dalam Dewan ni pantang kalau you say something which is bad dengan izin saya akan pertahankan sebab kita ni di sini dengan amanah... kan dengan amanah, tanggung jawab nak pastikan setiap tindak-tanduk kita ni utamanya ialah kerana kita nak pastikan Pahang Darul Makmur di bawah naungan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan sentiasa berada di landasan yang benar.

Kadang-kadang kita terpaksa buat keputusan yang agak sukar tetapi tiada niat lain sebenarnya ialah demi untuk masa depan, kepentingan, kemajuan dan kesihatan rakyat jelata. Dan saya nak ambil kesempatan di sini nak bagitahu bahawasanya di belakang kerajaan negeri tak mungkin dapat ditegakkan tanpa kerjasama daripada perkhidmatan er… ahli-ahli perkhidmatan kerajaan negeri. Sebab tu saya bagi pihak mereka merakamkan setinggi penghargaan sebab Dato' Sri… Dato' Sri SUK tak boleh nak bercakap dalam dewan ni.

Bagi pihak semua warga kakitangan perkhidmatan awam negeri Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas pengisytiharan bonus sebanyak satu setengah bulan… satu setengah bulan kepada kakitangan kerajaan. Sebenarnya ini sikit je kalau dibandingkan pengorbanan, jasa baik, komitmen, keikhlasan yang ditunjukkan oleh warga perkhidmatan kerajaan dan juga kepada semualah termasuk rakan-rakan, Ahli Dewan baik pada barisan kerajaan mahupun barisan pembangkang.

Kita bercakap sini, kita balik nanti, insya-Allah yang baik tu kita akan ambil insya-Allah. Tapi yang er… yang tak baik kita er…kita ambik pandangan dengan niat kita berada di sini tidak lain dan tidak bukan untuk pastikan Pahang berada di landasan yang baik dan kita mendapat keredhaan daripada Allah SWT.

Dengan itu, saya sekali lagi nak ambik kesempatan ini untuk menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih EXCO Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang. Sempat lagi solat waktu Maghrib. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada 10 orang ahli daripada pihak kerajaan yang telah memberikan jawapan-jawapan dan penjelasan-penjelasan di atas permasalahan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan mahupun penjelasan semasa pihak kerajaan menjawab.

Persidangan kita akan disambung semula pada hari Jumaat, 6 Disember 2024 bermula pukul 9.30 pagi insya-Allah.

[Persidangan ditempohkan]