Pahang · 6 December 2024
15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 281 turns · 16,065 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, kuantan
Hari Keenam (Jumaat) : 6 Disember 2024 Bersamaan 4 Jamadilakhir 1446 Hijrah
Masa
: 9.34 pagi
Perkara Pertama: Doa.
DOA
[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT. Marilah kita sama-sama memulakan mesyuarat kita dengan membaca Ummul kitab Al-Fatihah. [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Segala puji bagi Allah dibuka Dewan Negeri. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Mengasihani kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah limpah Keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan. Mudah mudahan sentosa aman makmur limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkatmu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan taufikMu. Dipohonkan menyuluh memandu kepada kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah dipohon doa kami diperkenan Amin Ya Rabbal Alamin.
Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions
Perkara kedua: Pertanyaan- pertanyaan kepada Menteri Besar.
[Bacaan dalam Bahasa Arab] Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, selamat pagi, salam perpaduan. Yang Amat Berhormat Dato Sri Diraja Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjat syukur kepada Allah SWT kerana dapat meneruskan persidangan kita pada hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin memaklumkan bahawa Dewan ini ada mengedar kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, cenderahati dan dari Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP)… yang merupakan produk-produk hasil usahawan yang beroperasi di Pusat Pertumbuhan Desa PPD err... Soi, Kuantan. Produk-produk tersebut dijenamakan sebagai PKPP Dihati. Seterusnya, pihak Dewan juga telah mengedar borang kajian kepuasan pelanggan untuk dinilai oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Mohon kerjasama untuk melengkapkan borang tersebut bagi tujuan penambahbaikan
persidangan Dewan Negeri Pahang. Baiklah, untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat pada pagi ini, saya menjemput Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik untuk mengemukakan pertanyaan.
[Bacaan dalam Bahasa Arab] Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato' Speaker, Soalan saya nombor 1.
[Mohon Kerajaan Negeri menjelaskan keadaan sebenar tanah rezab Melayu yang diperuntukkan sejak merdeka. Adakah jumlah tersebut bertambah atau berkurangan?]
Assalamualaikum WBT, selamat pagi, salam sejahtera Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Saya ucapkan terima kasih kepada ADUN kawasan Yang Dilantik yang bertanyakan soalan berhubung dengan Rizab Melayu. Soalannya adakah Tanah Rizab Melayu bertambah atau berkurang? Jawapannya Yang Berhormat Speaker, bertambah. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, jangan serius sangat. Tadi saya ini kecil hati juga dengan Speaker kata cenderahati itu daripada PKPP, Speaker tak sebut Pengerusi PKPP itu Wan Rosdy.
Yang Amat berhormat. Saya nak minta Yang Amat Berhormat sebut sendiri. [Ahli Dewan ketawa]
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Lagi sekali saya ulang angka tidak pernah berbohong ya. Keluasan Tanah Rizab Melayu pada tahun 1955 sebelum merdeka ialah seluas 218,326 hektar iaitu 6% daripada keluasan negeri Pahang, 218 ,000 hektar telah kita convertkan kepada ekar Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Dia akan jadi 539,495 ekar. Macam mana saya dapat angka 539,000... 0218,3 [kurang jelas] kali dengan 2.47 dan maknanya kalau dalam... dalam ekar lagi banyaklah. Manakala keluasan Tanah Rizab Melayu semasa sekaranglah. Yang Berhormat ADUN Lantikan sekarang ialah sebanyak 444,074 hektar iaitu 12.34% daripada keluasan negeri Pahang. Kalau kita convertkan jadi ekar, ianya berjumlah 1,097,330 ekar. Oleh yang demikian, keluasan Tanah Rizab Melayu dilihat menunjukkan peningkatan melebihi 100% daripada tahun sebelum merdeka dan masa kini. Dan untuk makluman Ahli-ahli Dewan, keluasan tanah negeri Pahang ialah seluas 3,597,206.68 ekar. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Soalan tambahan Dato' Sri Speaker, terima kasih Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang. Jawapan yang bagi saya sangat melegakan saya sebagai orang Melayu dan rakyat yang menjadi majoriti dalam negeri Pahang pada hari ini. Peningkatan
sebanyak hampir 100% daripada tahun 1955 itu. Bagi saya, satu jumlah yang wajar dan sebagai Ahli Dewan Yang Baru Dilantik, saya amat menyokong penuh tindakan kerajaan meningkatkan Tanah Rizab Melayu tersebut. Saya nak… nak tanya Yang Berhormat Dato' Sri Yang Berhormat Dato' Sri Menteri Besar. Adakah kerajaan bercadang untuk menjadikan tanah - tanah yang baru diberi milik yang diberikan status pajakan mukim terutama kepada orang Melayu ini diangkat sebagai Tanah Rizab Melayu. Sebab saya dapat maklumat terkini ini bahawa banyak tanah-tanah yang baru dianugerahkan hak milik oleh kerajaan negeri. Jadi saya kira, inilah peluang untuk kerajaan negeri meningkatkan Tanah Rizab Melayu ni dengan menjadikan pajak status tanah baru pajakan mukim ini sebagai Tanah Rizab Melayu. Terima kasih Dato' Sri, terima kasih Dato' Sri Speaker.
Terima kasih, Yang Berhormat satu cadangan yang baik dan memang usaha kerajaan daripada dulu sampai sekarang mana-mana yang kita boleh rizabkan sebagai Rizab Melayu kita buat Rizab Melayu dan namun begitu, kita tidak sewenang-wenangnya merizabkan tanah tersebut sebagai Tanah Rizab Melayu. Tetapi sekiranya ada peluang dan mendapat pandangan dan nasihat daripada PTG dan juga daripada Penasihat Undang-Undang Negeri, kita akan ke Rizab Melayu. Sebagai contohnya dasar semasa kerajaan untuk menambahkan keluasan Tanah Rizab Melayu ini ialah melalui pewartaan semua kawasan Skim Tanah Rakyat. Mana semua Skim Tanah Rakyat yang dibuat oleh kerajaan dikira sebagai Tanah Rizab Melayu dan saya percaya melalui langkah ini semua tanah err... beri milik yang didaftarkan akan dimasukkan catatan menjadikan tanah tersebut sebagai Pegangan Melayu. Itu antara usaha yang kita buatlah dan banyak lagi. Sebenarnya Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, yang kita buat yang sedang kita kaji yang sedang kita teliti yang akan kita buat sebagai Rizab Melayu termasuklah cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Lantikan sebentar tadi. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Sila.
Terima kasih Dato' Sri Speaker.
Wakil daripada Beserah.
Terima kasih, Assalamualaikum WBT. Saya ucap tahniah kepada negeri Pahang Yang Berhormat kerana telah berjaya meningkatkan err... keluasan Tanah Rizab Melayu. Cuma saya nak minta pencerahan sedikit, ada tidak garis panduan kategori Tanah Rizab Melayu ini contohnya di bandar perlu ada beberapa percent, Tanah Rizab Melayu di kawasan kampung tradisi contohnya berapa... berapa percent perlu Tanah Rizab Melayu termasuk kawasan-kawasan yang berstrategik. Jika ada adakah kita
err... mengikuti panduan tersebut. Jika tiada, adakah kita bercadang untuk mewujudkan garis panduan di dalam merizabkan Tanah Rizab Melayu, terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, terima kasih daripada ADUN Beserah, secara khususnya tak ada. Apa yang kita buat ialah kita tidak bercadang mana-mana tanah yang telah pun dimiliki oleh pihak-pihak tertentu untuk kita jadikan Rizab Melayu. Seperti mana yang saya katakan di awal tadi tetapi sekiranya tanah tersebut boleh diwujudkan sebagai pegangan Melayu, Reserved Melayu, kita akan buat. Katakanlah di Kuantan ini kita nak 10% Reserved Melayu maknanya kita terpaksa mencari di mana-mana dan ini kita tidak buat macam tu tetapi kalau sekiranya di kawasan tersebut yang kita fikirkan, katalah kita buat rumah kos sederhana… ya di mana dalam dasar er... kerajaan rumah kos sederhana bagi pembangunan tanah milik melebihi 3 ekar untuk maksud pembangunan bercampur dan Perumahan Negara Melayu. Kita memberi pengecualian sekiranya itu Tanah Rizab Melayu, maknanya kita bagi insentif dan sebagainya. Tetapi untuk kita nak ambil er... tanah-tanah tentu untuk dijadikan Rizab Melayu tidak. Sebab kita... dasar kita bukan macam itu. Kita nak bagi duit kepada kepada Peter, kita rompak Robinhood, tidak, kita bukan macam itu. Kita buat apa yang ada dalam hak milik kita dan peluang-peluang yang tidak ada pegangan lagi. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Dato' Sri Speaker, soalan tambahan. Biasanya kita tahu bila Tanah Rizab Melayu... Tanah Rizab Melayu ini nilai pasarannya agak rendah berbanding dengan open title. Jadi apa ada daya usaha kerajaan untuk mewujudkan semacam dasar untuk tujuan pembangunan supaya ada nilai kepada er... tanah melayu itu yang sedia ada, terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Terima kasih kepada rakan saya daripada Inderapura. Saya percaya dia dah tahu ini tapi saja dia nak tanya saya lagi...
Yang Amat Berhormat, dia peguam, dia… dia tahu. Hari-hari menyain...
Dia lawyer dia tahu ha tapi dia nak usik saya pagi ni. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya ingin nyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa bagi mana-mana pembangunan tanah yang milik yang berstatus Rizab Melayu, kerajaan negeri telah memberikan pengecualian daripada syarat pembinaan Rumah Kos Sederhana Rendah. Ha itu kalau sekiranya nak buat rumahlah jadi kerajaan negeri kalau kita status Rizab Melayu, kita bagi pengecualian daripada... daripada segi er... pembayaran premium dan sebagainya. Dan ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri sentiasa menggalakkan pemilik-pemilik Tanah Rizab Melayu untuk
membangunkan tanah mereka secara komprehensif. Dan er... selain daripada itu juga kerajaan negeri akan mempertimbangkan kalau sekiranya ada permohonan-permohonan tertentu secara khusus bagi tujuan pembangunan bagi Tanah Rizab Melayu ini. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Okey soalan seterusnya kita mintak Wakil daripada Tioman.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Saya mohon mengemukakan pertanyaan nombor dua, terima kasih.
[Daerah Rompin telah mempunyai tiga kilang padi iaitu BERNAS, kilang beras wangi dan kilang padi swasta. Soalannya adakah kerajaan negeri bercadang untuk membuat kerjasama dengan meluaskan lagi tanaman padi di daerah Rompin demi keterjaminan makanan selain itu Pahang telah dinobatkan juga sebagai Jelapang Padi yang ketiga di Malaysia?]
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Pengerusi Backbenchers. Sahabat saya daripada Tioman bertanyakan berkaitan dengan er... cadangan sama ada untuk meluaskan tanaman padi daerah Rompin ini. Dan soalan ini saya kira ada juga kaitan dengan Wakil daripada Panching yang bertanya tentang status bekalan beras tempatan dan er... apakah langkah-langkah untuk meringankan beban kumpulan B40 yang memerlukan bekalan beras tempatan. Juga, ada kaitannya juga dengan pertanyaan yang dibangkitkan oleh atau diajukan oleh YB ADUN Beserah yang ada kaitan juga dengan bekalan beras tempatan dan sebagainya.
Sebenarnya Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, yang selayaknya untuk menjawab soalan ini ialah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar kerana Yang Berhormat itu sendiri mempunyai pengalaman yang cukup luas dan er... mahir sangatlah kerana pernah bertugas di BERNAS dan er... Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja begitu dipanggil passionate dengan izin bercakap mengenai er... isu beras... isu padi dan isu beras er... di negara kita ini insya-Allah. Tapi er... saya akan menjawab bagi pihak Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja jadi kalau ada kiranya yang Yang Amat Berhormat Dato' Sri ada point-point tu boleh... boleh nanti tambah dan Yang Amat Berhormat dapat membantu untuk memberi penjelasan… pencerahan kepada isu yang dibangkitkan ini ya.
Dia sebenarnya kalau kita lihat misalan contohnya, penghasilan padi di negeri Pahang kalau ikut angkanya dalam tahun 2023 ialah sebanyak 18,372 metrik tan di Pahang ya. Dan er... dijangkakan sebenarnya apabila diproses padi ini berdasarkan pada angka er... yang biasa digunakan iaitu perolehannya lebih kurang 60% daripada padi yang tadi untuk dijadikan sebagai beras. Jadi, kalau bersandar kepada situ daripada 18,372 metrik tan ini er... kita akan dapati yang boleh dijadikan sebagai beras ialah 11,023 metrik tan. Dan ini sebenarnya er... di... mengikut angka yang ada misal contohnya kita punya keperluan penghasilan padi tempatan ini ataupun beras
tempatan ini hanyalah boleh menampung 55% sahaja selebihnya 45% mestilah diimport untuk menampung keperluan dalam negara.
Jadi ini... ini sebenarnya senario dia, latar belakang dia macam mana pun kita buat itu 55% je yang paling tinggi. 45% lagi ini perlu er... diimport. Sebab tu dia kena ada beras import. Bezanya antara beras import dengan beras tempatan sebab beras tempatan ini murah. Misal contohnya kalau beras tempatan kita boleh dapat dalam er... RM26 er... 10 kilo ya Dato' Sri ya ha 10 kilo. Tapi beras er... import ianya akan dikenakan harga lebih kurang RM40 satu yang 10 kilo. Jadi, itu sebabnya bila keadaan ini berlaku, orang akan berebut-rebut untuk er... mendapatkan beras tempatan dan bila er... berebut itu ha… ini timbul masalah sebab ianya tidak cukup. Justeru itu, sudah tentu pihak kerajaan merancang kalau boleh itu kita nak pastikan bekalan beras di negara kita ini mencukupi supaya kita dapat kurangkan import.
Apatah lagi apabila negara pengeluar beras er... terbesar di dunia seperti di India, dia membuat satu dasar tidak membenarkan pengeksportan beras India ini ke luar negara. Jadi kita berlaku kekurangan dari segi bekalan. Ekoran pada itu, beras import juga bertambah naik. Sebab itu dalam konteks seumpama ini memang ada pihak kerajaan merancang untuk memperluaskan tetapi ianya mesti disesuaikan sebab apa, bukan semua tanah itu boleh ditanam padi. Oleh kerana profil tanah itu jenis tanahnya, maka ia bukan semudah itu. Dan kalau kita nak buat satu er... projek penanaman padi yang besar, dia memerlukan bekalan er... air khususnya sistem pengairan yang cukup baik dan sistem saliran kerana sistem pengairan ini kita kalau tidak kita boleh mengharapkan hujan sahaja, dia boleh satu musim je. Bila musim hujan, kita boleh bila musim kering atau kemarau kita menghadapi masalah.
Sebab itu mesti dibantu oleh sistem pengairan melalui rumah pam yang kita adakan. Sebab tu kita tengok projek-projek besar seperti di Ganchong dan sebagainya dia ada rumah pam. Jadi untuk buka er... kawasan penanaman padi yang baru kena buat kajian sama ada kita er... tanah itu sesuai atau tidak. Dan yang keduanya dimanakah modal capex ya yang er... perlu disediakan untuk menyediakan infrastruktur yang baik bagi menjayakan projek itu sendiri. Sebagai contohnya kita di Pahang ini kita ada tanah yang seluas 3,000 hektar yang disewakan kepada PKPP. PKPP tadi dia bagi cendera kenangan ya.
Pengerusi dia... Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Diraja. Kalau boleh tu dapat juga syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang State GLC ini dia bagi kalau boleh hari-hari, pagi petang, pagi petang dapat kita rasai. Tapi yang menarik Yang Berhormat Dato' Sri, semalam tu bila Yang Berhormat Dato' Sri tengok Pahang Gold tu, masing-masing semua timbang tu.. ini kalau kus semangat ini kalau sekiranya... tapi alhamdulillah semalam bila balik semula semuanya tetap ni ada ya yang 100 gram. Yang itu kena tengok, second round itu tak ada, Dato' Sri. Insya-Allah mudahan kita doakan, esok mungkin kalau kiranya Pahang Gold ini jadi hebat, dia mampu untuk bagi gold bar dan sebagainya ya, Insya-Allah. Jadi inilah pengalaman ni. Pengalaman yang kita rasai, PKPP sendiri memang merupakan satu agensi GLC yang berteraskan pertanian ni tadi nak menceburkan diri. Tapi apa kan daya...
Minta tolong ya. Saya tak suka yang semalam tu, Pahang Gold. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dia pass kat semua orang. Hantar kat mana, nak tengok hilang ke tidak. Tapi lepas tu dia tinggal depan tu je, penuh gold tu. Rupanya palsu je yang tu, nak tengok siapa ambik tak ambil rupanya. Bila saya tanya Pahang Gold rupanya dia bukan original. Kalau original, bahayalah kan, benda berat semalam tu. Tapi saya nak tau juga la, Dato' Sri nak test kita, hilang tak hilang.
Ya, Dato' Sri Speaker, Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, saya ingat kalau ada setongkol emas yang dekat sini lebih kurang dalam berapa... 1 kilo? Tinggal aje situ Dato' Sri daripada pagi, dengan pagi esok tetap ada. Saya yakin ni sebab Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ni memang kiranya dia...
Yang Berhormat dah check rupanya. Pukul berapa sekarang? [Ahli Dewan ketawa].
Saya sebenarnya Dato Sri, ini yang saya dok ni sebab hari ini baju pink ini, saya berfikir nak pakai tak, yang jamnya tapi rasanya sesuai yang merah ini. Sebab jam ini Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja yang bagi kepada saya jadi Dato' Sri Speaker tadi kira soalan kira memerangkaplah kiranya nak saya tunjuk tu. Terima kasih Dato' Sri Speaker. Maaf, kita kena relax sikit ya pagi Jumaat ni. Semalam dah kurang, i'm okay. Dato' Sri Speaker, itu pasal...
Yang Amat Berhormat, semalam wakil daripada Benta ini pukul 7.30 baru habis dan nasib baiklah Timbalan Speaker bagi tahu masih ada lagi waktu Maghrib.
Terima kasih. Saya ni sebenarnya semangat je rakan-rakan Dewan yang mulia bertanyakan persoalan mana yang sebenarnya kita dapati kesungguhan Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini bertanyakan, memerlukan dan menghendaki jawapan. Tapi apakan daya, saya di sebelah hujung. Cencaru makan petang. Bila habis hujung tu saya selalu sebut malahan sahabat saya daripada Cheka selalu sebut saya dah tahu dah dia kata. Ini Wakil Kerajaan daripada Benta ini dia akan beritahu. Ini mesti soalan ni, apa nama bertulisnya.
Tapi saya nak minta Dato' Sri Speaker tolonglah edarkan jawapan bertulis kepada semua Ahli-ahli Dewan ini kerana soalan-soalan yang dibangkitkan ini memerlukan jawapan. Insya-Allah saya yakin Dato' Sri Speaker akan membekalkan jawapan-jawapan bertulis seperti mana yang telah kita janjikan kepada ini soalan-soalan yang dibangkitkan. Saya ingat itulah, dia punya jawapan tu panjang tapi kalau soalan
tambahan saya er... kalau tak boleh bos saya Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja boleh memberi penjelasan.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, sedikit soalan tambahan mengenai padi. Sekarang Ini Dato' Sri Speaker, teknologi sudah berkembang maju. Padi ini dia berbagai variety, teknologi, inovasi dan sebagainya. Dan saya ingat begini, kita tidak akan melihat bahawa padi ini keluar daripada sawah sahaja yang berair. Ada sekarang orang tanam padi di bukit, di atas darat pun ada, kemudian hatta dalam polybag, atas rakit dan sebagainya. Jadi saya kira antara perkara-perkara tersebut, kita perlu memberi tumpuan dan membudayakan supaya terutamanya di kampung-kampung. Kadang kadang di tepi rumah pun ada tanah yang luas yang tidak digunakan. Jadi, sekurang-kurangnya bila kita membudayakan tanaman padi semula seperti mana dulu kita tak terkenal dengan Musang King. Tapi sekarang -ni sekurang-kurangnya kalau ada tanah kosong, sepokok dua pokok dia nak tanam juga.
Dengan itulah maksud saya bila kita pihak kerajaan mempromosikan bagi meluas, jadi kita bukan saja ditanggung kerajaan, tanggung jawab kerajaan tapi juga masyarakat di bawah menyambut. Jadi tidaklah terlalu banyak kos yang orang kata apa, nak dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Itu saja, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Ini soalan daripada Lanchang ni memang sebenarnya bertepatan. Kalau dulunya, zaman-zaman dulu kita di kampung ni kita buat padi ni, kita buat padi ni walaupun dia sejuring gitu je, untuk keperluan kita. Di kampung saya, di kampung merata semua. Bila time musim padi tu kita turun. Kita masa tu bajak Kubota masa tu kan, ada semua sekali. Ada yang menjangka apa, yang mencangkul kemudian melenyek itu. Saya ingat golongan generasi muda, dia tak faham. Dia lenyek-lenyek. Lepas tu kita ni taburkan benih-benih, kemudian dia cabut benih, cabut benih tu jadi budaya juga. Sediakan pulut ya masa tu. Pulut tahi minyak, makan semua sekali. Ianya satu budaya.
Sebab tu pada ketika itu jarang kita dengar kita membeli beras di kedai-kedai ini kecuali kita nak beli beras premiumlah, beras Siam dan sebagainya. Masuk beras Siam seludup je masa dulu. Kiranya di Lipis dulu Dato' Sri, kira keretapi daripada Kelantan tu singgah ke Lipis. Kita merasalah sebab apa, ada beras siam yang premium dan fenomena ini Yang Berhormat Dato' Sri kita lihat misal contohnya di Korea. Di Korea, di Jepun, dia ada satu...
Yang Berhormat lama lagi tak?
Tidak... tidak. Sampai ke Korea... nak ambil flight balik semula ke Kuala Lumpur. [Ahli Dewan ketawa].
Sila... sila.
Sebab dah lepas ke Korea ini macam mana. Takkan nak suruh er.. aje.
Sebab dah ke Korea dah ni, lama...
Jadi maksudnya di sini Dato' Sri Speaker. Di sana dia menetapkan satu perundangan tidak membenarkan ada tanah terbiar. Jadi sebab tu kalau kita lihat misal contoh kalau kita pergi rumah-rumah di kawasan perumahan ada sejemput aje, di situ ada penanaman padi. Begitu juga di Jepun dia manfaatkan. Jadi persoalan daripada sahabat saya, Tioman sama ada kita nak buat jelapang projek besar iaitu kemungkinannya agak sukar sedikit. Tetapi kalau kita nak pulihkan yang paya-paya lama ini tadi, saya rasa yang itu ada potensi sebab itu yang... Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja telah mencadangkan supaya kita pulihkan tanah-tanah terbiar, paya-paya terbiar ini. Malahan, kita juga mendapat peruntukan daripada kerajaan pusat melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Kita pulihkan tanah termasuklah di Kampung Budu iaitu dengan keluasan yang dipersetujui. Hanya masalah dia Dato' Sri...
Dato Sri, mohon mencelah?
Apa ni? Okey.
Panjang lebar apa ni... penjelasan daripada Wakil Kerajaan berkaitan dengan isu padi beras ini. Cuma saya tertarik mengenai kilang tadi ni sebab saya pernah terlibat sikit sebanyak dalam pembinaan kilang beras wangi di Muadzam ni di tapak MARDI tu. Jadi, saya difahamkan saya dimaklumkan oleh rakan-rakan di sana. Sekarang ni kawasan kilang tu dah naik... dah naik rumput dah tak beroperasi pun kilang tu. Jadi pertamanya kesesuaian kenapa kilang itu dibina di tempat yang tak ada pun sawah padi kan? Muadzam tu saya rasa tak ada sawah padi berdekatan dengan situ. Tapi tiba-tiba dibangunkan sebuah kilang beras wangi di situ. Jadi apa strategiknya pembinaan di situ dan macam disebut tadilah. Kita masih lagi merancang dari sudut nak membina, nak menambah pengeluaran padi di seluruh negeri Pahang. Kilang-
kilang yang ada ni telah pun ready untuk mengeluarkan beras. Tapi nampak gayanya belum beroperasi. Mohon pencerahan daripada Wakil Kerajaan. Terima kasih Dato' Sri Speaker.
Terima kasih Dato' Sri Speaker. Dia sebenarnya kilang ini bergantung kepada bekalan padi itu. Bila bekalan padi kilang ini, dia kilang swasta. Bila kita beroperasi, dia perlukan bekalan tadi, bekalan ini dia macam kilang sawitlah. Kalau kilang tu dia menawarkan harga yang tidak menarik orang akan pergi kepada kilang yang menawarkan harga yang menarik. Ini masalahnya business strategy dengan izin. Jadi itu… itu persoalan timbul. Maknanya kemampuan kilang tu dah ada tapi tak ada cukup padi yang… yang dapat dibekalkan untuk diproses, kan. Sebab tu dalam konteks seumpama ini kalau sekiranya dia dapat diwujudkan banyak kawasan-kawasan padi persendirian tadilah tanah-tanah milik yang ada tadi dapat ditanam padi, makna insya-Allah boleh. Tapi masalah saya nak habiskan tadi, masalahnya ialah kerana pemilikan tanah tu bila tuan tu dah meninggal, dia tak serah kepada tu. Jadi makna waris dia ramai. Jadi bila kita nak jayakan projek, ini pengalaman kitalah. Bila kita nak jayakan projek, orang ni kata berapa kenanya?
Jadi persoalannya timbul menyebabkan masalah kita nak bangunkan bukan sahaja padi, waima apa sekali pun yang nak kita tanamkan, waris-waris ni dah tak dapat menyelesaikan masalah status tanah. Jadi bila nak buat tu waris ni akan bantah. Akhirnya tanah tu tinggal terbiar begitu saja. Sebab tu dalam usaha yang seumpama ini kita kena turun ke lapangan, insya-Allah er… saya nak zahirkan di sini, kerajaan memang berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran padi dan insya-Allah dengan itu dapat mengeluarkan… menghasilkan pengeluaran beras yang mampu untuk memenuhi keperluan tempatan. Tetapi usaha ini perlu kerjasama daripada semua, insya-Allah. Terima kasih Dato’ Sri. Sila… sila.
Boleh mencelah sikit?
Boleh Yang Amat Berhormat.
Terima kasih rakan daripada Benta. Saya cuma nak tambah, nak bagitahu di dalam mesyuarat yang terakhir yang dihadiri oleh saya bersama dengan Yang Berhormat SETIAUSAHA DEWAN Kerajaan Negeri, penghasilan padi di Pahang ni 4… yield… yield… yield ni hasil padi 4.5 tan per hektar. Saya pada peringkat awal semasa pembentangan oleh Kementerian Pertanian, sebab saya tahu Rompin ni memang yang paling rendah berbanding dengan Sekinchan, berbanding dengan Kedah, berbanding dengan Kepala Batas di Pulau Pinang. Saya mintak Yang Berhormat SETIAUSAHA DEWAN Kerajaan confirmkan dengan IADP betul atau tidak penghasilan 4.5, sebab sebelum ni bawah pada 2 Yang Berhormat Speaker.
Jadi sebelum saya nak tanya balik kepada kementerian dalam mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya minta Yang Berhormat SETIAUSAHA DEWAN Kerajaan confirmkan. Yang Berhormat SS bagitau saya, confirm hasil padi di Pahang ni di Rompin terutamanya telah meningkat daripada bawah daripada 2 metrik tan kepada 4.5 tan per hektar. Ini satu pencapaian yang baik untuk negeri Pahang. [Ahli Dewan menepuk meja]
Maknanya dia punya irrigation, pengairan semua bagus. Jadi dah ada usaha tu. Dan maklumat yang lain walaupun telah di… diberitahu memang completelah. Macam pegawai BERNAS juga Dato’ Sri, ADUN Benta ni dia boleh jawab daripada A sampai Z.
Cuma saya nak tambah sikitlah untuk makluman kita bersama. Mengikut kajian kita, seorang penduduk di Malaysia ni makan 80 kg beras setahun. Itu hakikat dia, 80 kilo purata. Dan beras tempatan ni daripada dulu lagi memang tak cukup. Tadi Yang Berhormat daripada kerajaan dah bagitahu memang tak cukup dan ketidakcukupan beras tempatan ni apabila berlakunya kenaikan harga beras import RM40.00 tadi kan, betullah, RM30.00 ke RM40.00 sedangkan harga beras tempatan sekitar RM26.00 je. Jadi pada masa itu, orang pengguna tak kisah sebab harga-harga beras tempatan RM26.00 Harga beras import lebih kurang RM28.00 pada ketika itu.
Tetapi apabila harga pasaran dunia beras putih dunia naik ke RM40.00, orang mula cari beras tempatan dan beras tempatan memang tak cukuplah sebab kita import 55%... 45%... 45%, jadi tu sebabnya. Tetapi sekarang ni harga pasaran dunia dah turun dan BERNAS dah pun… Kementerian Pertanian pun telah mengarahkan beras supaya turunkan harga import daripada RM40.00 kepada RM30.00 dan ke bawah dan menyebabkan sekarang agak stabil sikit di pasaran. Tapi kalau sekiranya harga di dunia terus stabil, saya ingat tidak akan jadi fenomena yang mengatakan bahawa harga ataupun beras tempatan tidak ada dalam pasaran. Itulah lebih kurang Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, untuk makluman kita semua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Satu maklumat yang sangat baik untuk kita semua hadamkan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya pergi ke soalan seterusnya, saya nak buat pengumuman di sini bahawa EXCO Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang. Jualan Program Jualan Madani Koperasi (JMK) sempena hujung tahun 2024 dan musim tengkujuh negeri Pahang diadakan di perkarangan er… Wisma Persekutuan dari pukul 9 pagi hingga pukul 3 petang pada hari ini. Jadi siapa-siapa yang ada duit lebih yang masih lagi tak gunakan duitnya bolehlah berbelanja. Soalan seterusnya Wakil daripada Tanjung Lumpur.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya kemukakan soalan nombor 3.
[Apa perkembangan isu GISBH di Negeri Pahang?]
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, rakan daripada Tanjung Lumpur bertanyakan tentang perkembangan isu GISBH di Negeri Pahang Darul Makmur. GISBH ini Dato’ Sri Speaker, telah pun disahkan… Global Ikhwan telah pun dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Syariah Negeri sebagai ajaran yang menyeleweng dan sesat. Terima kasih Dato’ Sri Speaker.
Seterusnya.
Soalan tambahan satu.
Ha… Sila. Satu soalan tambahan.
Satu sahaja. Saya cadang nak dapat penjelasan sama ada Kerajaan Pahang kita ada mendirikan pusat pemulihan akidah bagi kita membimbing rakan-rakan yang terlari ataupun terjebak dengan ajaran sesat dan berapakah bilangan ajaran sesat di Pahang yang telah dikenal pasti? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Di negeri Pahang ini, bukan di negeri Pahang lah, bahkan serata di negara kita ini memang banyak. Tapi kalau dibilangkan untuk negeri Pahang, kita ada 34 yang telah dikenal pasti, 34 ajaran sesat. Merujuk kepada persoalan Cheka sahabat daripada Cheka, adakah kita membuat proses pemulihan. Sebenarnya secara… secara apa… rasmi diadakan kelas, sekolah, letak diorang satu tempat tu secara konsisten memang belum ada lagi.
Tetapi secara apa namanya pendekatan, memang setiap individu yang telah kita siasat dan kita telah dia itu sebagai orang apa terlibat dengan ajaran sesat, memang kita apa kaunseling kan dia, berikan kesedaran, berikan dia amaran, teguran supaya dia balik ke pangkal jalan agar dia tidak apa tu… terlibat secara serius dan melarat lagi kesesatan dia tu Dato’ Sri Speaker. Terima kasih.
Seterusnya… err… soalan seterusnya Wakil daripada Panching.
Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Panching ada urusan berat. Nombor… soalan dia nombor 4.
[Berapakah bilangan Rumah Rakyat Pahang (RRP) telah dilaksanakan tahun ini dan apakah terdapat permohonan dari tahun-tahun sebelumnya yang masih dalam proses atau belum diselesaikan?]
Dia ada maklumkan kepada saya ada kematian tadi, dia lewat sikit masuk.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih, soalan daripada Panching. Yang pertamanya, untuk makluman Dewan, er… kerajaan negeri membina… mencipta berbagai-bagai Skim Perumahan daripada pendapatan isi rumah RM10,000.00 kepada RM5,000.00 sehinggalah ke mereka-mereka yang di dalam kategori e-Kasih. Sebab tu pembinaan rumah RRP ni saya, kita amat berterima kasih kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana begitu cakna tentang keperluan perumahan di setiap lapisan rakyat dalam negeri Pahang ini.
Dan untuk makluman Dewan, sehingga 2020 telah sebanyak 1,029 unit rumah RRP telah dibina yang melibatkan 4 fasa dan ini telah melibatkan peruntukan hampir RM75 juta bagi pembinaan kesemua RRP ini. Daripada hasil kerajaan negeri yang melebihi RM1 bilion tersebut, sebahagiannya telah kita peruntukkan untuk membina rumah RRP ini dan saya percaya sekiranya pendapatan hasil kerajaan lebih dapat pada RM2 bilion, saya percaya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan menambah lagi bilangan untuk kita laksanakan lebih banyak rumah RRP untuk memberi peluang kepada orang-orang yang di bawah e-Kasih yang takde rumah ni kita providekan rumah.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar.
Untuk makluman Dewan juga, harga ni telah melibat kenaikan beberapa kali daripada RM65,000.00, RM75,000.00 dan akhirnya untuk bajet tahun hadapan akan dinaikkan kepada RM80,000.00 kerana untuk memastikan projek ini dapat diterus dilaksanakan dengan baik. Untuk tahun ini, sebanyak 450 unit RRP Fasa 4 yang melibatkan 350 unit kuota setiap daerah er… di setiap daerah dan 100 unit untuk kuota Orang Asli er… ORACO untuk masyarakat Orang Asli dan sehingga November 2024 sebanyak 244 unit RRP Fasa 4 telah siap dibina dan baki unit dalam pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada awal tahun 2025. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Panching… tiada, kepada Luit la… Dato’, tahniah atas pengurniaan Dato’ dan untuk makluman er… Dewan juga dalam Fasa 3 sebelum ini ada 20 unit yang masih belum dapat disiapkan tetapi kita berterima kasih kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Pahang, kakitangannya berusaha keras dan akhirnya kita dapat pastikan bahawa daripada er… 7 daripada 20 unit ini, 15 unit akan siap awal hujung tahun ini dan bakinya awal tahun hadapan sebanyak 15 unit di mana 5 unit lagi er… tentang pemilikan tanah.
Tanah yang kita nak bina ini perlu ada tanah dan kerajaan telah beri juga selain rumah, lot tanah kita berikan juga kerana untuk memberi kepada orang eKasih ini dan apabila telah selesai majoritinya di kawasan Kuantan dan tanah hampir selesai dan apabila tanah selesai, pembinaan itu akan dapat diteruskan dan itulah yang saya ingin sampaikan dan terima kasihlah kepada kerajaan kerana telah membuat berbagai-bagai skim untuk memberi kemudahan kepada seluruh rakyat negeri Pahang. Terima kasih.
Sila…
Dato’ Sri…
Bagi wakil daripada Inderapura selepas itu daripada er… ini Ketari.
Saya nak ucap tahniah kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja…. Inisiatif Pembinaan Rumah Rakyat Negeri Pahang ini dimulakan oleh menggunakan peruntukan daripada kerajaan negeri tapi soalan saya lari sedikit daripada Rumah Rakyat Pahang tapi cerita rumah juga. Saya ingin tahu daripada pihak kerajaan ada satu skim perumahan kalau dulu dikenali sebagai PPRM Inderapura tak silap di kawasan saya er… jumlahnya tak banyak 100. Saya ingin tahu status sekarang sebab pemilihan telah pun dilakukan. Apa keadaan rumah itu saya takut ada vandalisme. Adakah ada kena… nampak macam dah siap daripada luar tepi Jalan Kuantan-Pekan itu. Tapi ingin tahulah sebagai Wakil Rakyat supaya rakyat tahu er… apa ini status perumahan tersebut dan ini menggunakan wang kerajaan persekutuan bukan wang kerajaan negeri… yang soalan tadi khusus rakyat Pahang yang ini wang peruntukan daripada kerajaan persekutuan. Mohon pertanyaan.
Terima kasih er… daripada rakan saya daripada Inderapura kerana menanyakan soalan berkaitan rumah Projek Perumahan Rakyat Malaysia (PPRM) jadi walaupun luar topik sedikit, saya dah jawab soalan daripada Panching, saya harap daripada YB Luit dapat memberikan penjelasan la kepada Panching dan untuk PPR kerana kita namakan Projek Perumahan Rakyat kebetulan saya er… dalam beberapa minggu yang lepas, saya telah berkunjung hormat kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada Ketua SETIAUSAHA DEWAN Kementerian dan juga Timbalan Ketua SETIAUSAHA DEWAN Kementerian dan kita telah ingin melihat tentang perancangan kementerian untuk melaksanakan rumah PPR di kawasan di negeri Pahang kita termasuklah projek-projek PPR yang tergendala, makna bukan tergendala Yang Berhormat Tuan di-Pertua, contohnya saya telah menanya juga tentang status perumahan di Inderapura kerana bila kita lalu itu kita akan nampak tentang rumah yang masih belum diduduki dan itulah rumah Projek Perumahan Rakyat
yang dinamakan PPR oleh KPKT dan untuk makluman Dewan projek tersebut dalam kita apa akan disiapkan pada tahun hadapan.
Untuk makluman ADUN Inderapura, projek tersebut kena ada touch-up sedikit dengan izin Tuan di-Pertua, dan apabila siap kita akan menandatangani. Pihak kerajaan negeri akan menandatangani perjanjian bersama dengan pihak kementerian dan apabila perjanjian itu bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar diadakan dan pihak kementerian akan berkunjung hormat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menandatangan projek-projek perumahan yang akan kita serahkan kepada pembeli-pembeli ini. Kita kena er… buat perjanjian dahulu baru kita serah dan insya-Allah er… YB Inderapura, benda ini akan dilaksanakan pada tahun hadapan dan akan diserahkan kepada pembeli-pembeli yang er… terbabit dan untuk makluman Dewan juga untuk tahun hadapan kita akan merancang untuk membina 200 unit rumah di Pekan dan juga 500 unit rumah PPR di Bera yang akan bersama-sama dengan pihak kementerian dan juga Kerajaan Negeri Pahang. Terima kasih.
Sila wakil daripada Ketari. Soalan terakhir.
Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Saya nak ucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana inisiatif RRP ini adalah memang satu inisiatif yang amat baik sekali dan cakna kepada yang memerlukan. Salah satu isu yang kita hadapi adalah seperti mana yang telah dinyatakan adalah isu pemilikan tanah dan ini bukan sahaja di kawasan Orang Asli dan banyak tempat yang lain yang kita nak bagi rumah tapi mereka tak ada geran pemilikan hakmilik tanah tersebut. Jadi persoalan saya adakah kerajaan sudi mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran ataupun kita memperkasakan Jawatankuasa Penyelesaian Tanah untuk memberi keutamaan bila kita ada kes macam telah diluluskan kita beri jawatankuasa ini untuk mencari tanah untuk mereka dibina rumah RRP ini. Kalau itu kita dapat memberi manfaat kepada rakyat yang memang memerlukan perumahan ini. Terima kasih.
Terima kasih daripada er… ADUN YB Ketari dan untuk makluman Dewan, sebelum ini pun memang kita ada menemui beberapa beberapa kes yang untuk membina rumah RRP, tapi keperluan untuk tanah dan selama ini pun sebelum ini pun kita dapati Pejabat Tanah dan PTG sentiasa membantu untuk… kita di peringkat daerah menyelesaikan tentang isu-isu untuk kita membina rumah kepada rakyat yang kita kategorikan sebagai eKasih ini. Itu yang kita laksanakan YB tapi apa rancangan, apa-apa pandangan YB itu akan kita bawa lagi ke depan untuk kita tambah baik mana yang perlu kita tambah baik dalam LPHP ini dan terlanjur saya berdiri dari Ketari tadi ada sebut tentang Lebu ya… Lebu dan insya-Allah, Projek PR1MA Pahang di Lebu itu akan siap pada tahun hadapan dan insya-Allah kita akan adakan program bersama untuk menyerahkan kunci rumah kepada pembeli-pembeli. Baik, terima kasih.
Seterusnya, soalan terakhir untuk sesi soal jawab pada pagi ini kita jemput wakil daripada Tahan.
Assalammualaikum WBT. Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya kemukakan pertanyaan nombor 5.
[ Apakah perkembangan terkini terhadap status cadangan naik taraf @ naik aras Jalan Paya Garok - Padang Piol yang sering ditenggelami air setiap kali musim banjir susulan lawatan Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Arthur Joseph Kurup pada 31 Disember 2021 ke lokasi tersebut?]
[Ayat al-Quran] Assalammualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan terima kasih jugalah kepada Tahan yang mengemukakan pertanyaan berkenaan dengan status cadangan naik taraf jalan ataupun naik aras er… Jalan Paya Garok-Padang Piol.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Jalan dimaksudkan ialah Jalan Laluan FT 1508 iaitu Jalan Padang Piol-Sungai Retang dan jalan ini juga merupakan jalan darat utama yang menghubungkan antara Jerantut ke Padang Piol-Sungai Retang-Kuala Tahan hinggalah ke Taman Negara. Jadi keadaan kejadian banjir yang melanda di daerah Jerantut ini akan menyebabkan err… antara Seksyen 0.25 hingga 1.25 tersebut dinaiki air dan perhubungan darat akan terputus sepenuhnya. Ini akan menjejaskan urusan seharian penduduk di samping aktiviti ekonomi setempat terutamanya… terutamanya dari er… pengeluaran hasil sawit daripada kilang… Kilang Sawit FELDA Padang Piol serta juga menjejaskan bantuan untuk misi-misi menyelamat di kawasan pedalaman apabila keadaan jalan ini terputus… dan sehubungan dengan itu, kerajaan negeri telah mengangkat permohonan ke Kementerian Kerja Raya di bawah Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12 bagi cadangan menaik aras permukaan jalan di laluan FT 1508, Seksyen 0.5 hingga 1.25 di Jalan Padang Piol-Sungai Retang, Garok ya dan projek ini telah diluluskan oleh Kementerian Ekonomi.
Walau bagaimanapun, susulan daripada Mesyuarat Penyelarasan Reka Bentuk Terperinci, JKR telah memohon perubahan tajuk. Ada sikitlah er... perubahan tajuk, kemudian skop kerja dan kos. er... dan telah mengeluarkan Notice of Change... NOC dengan izin induksi bagi projek tersebut pada bulan Ogos 2024. Cadangan perubahan ini adalah berdasarkan data ukur sebenar di tapak dan maklumat rekod banjir tertinggi oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Jerantut. Jadi antara skop kerja adalah yang perubahan tu adalah err... panjang jalan tunggal 2 lorong sepanjang 1.1 kilometer mengikut piawai R3. Kalau ikut design asal 1 kilometer di panjang lebar 1.1. Kemudian menggantikan pipe culvert dengan jambatan baharu. Er... jalan tunggal dua lorong yang asalnya cuma 20 meter panjang dengan kelebaran 10 meter dan sehingga span, sehingga span tetapi dengan er... oleh kerana ada maklumat terbaru ni terpaksa panjangkan lagi daripada 20 meter kepada 60 meter panjang dan lebar pula daripada 10 meter kepada 12.5 daripada single span kepada 3... 3 span. Kemudian selain tu, juga menaik taraf persimpangan di FT 1508, Jalan Kampung Paya Garok 1 dan juga melibatkan err... pertambahan kerja-kerjalah antaranya ialah sistem perparitan, pemasangan jalan, perabot jalan, utiliti, pengambilan balik tanah dan juga pemasangan.
Ada kerja baru yang tambahnya ialah skop barulah tambahan pemasangan lampu jalan. Dan projek ini dijangka ditender setelah mendapat kelulusan daripada tambahan peruntukan daripada Kementerian Ekonomi. Walau bagaimanapun, selain itu, er... kerajaan negeri juga telah membuat permohonan bagi membina laluan altenatif dari FT 1508 Kampung Padang Piol-Sungai Retang ni ke Laluan C145, Jalan Batu Embun, Tebing Tinggi, Jerantut. Ni laluan baru ni tadi tu naik taraf jalan yang ni di jalan baru dan dan telah luluskan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. So, ada dua kementerian lah yang naik taraf tu di bawah Kementerian Kerja Raya, yang ini di bawah Kementerian Desa dan Wilayah dan juga Kementerian Ekonomi di bawah Rolling Plan ke-4 dan status pada masa ini, pihak JKR dalam proses reka bentuk jalan tersebut. Skop projek melibatkan jalan baharu sepanjang 34 km mengikut piawai JKR R2 dan sebuah jambatan yang sepanjang 205 meter yang menyeberangi Sungai Pahang dan projek ini dijangka diiklan pada Jun 2025 dan pembinaan dijangka pada Oktober 2025. Dan tempoh pembinaan pun di anggaran bukan dalam 24 bulan. Sekian.
Soalan tambahan. Dato' Sri Yang di-Pertua boleh saya mohon perkongsian daripada Wakil kerajaan berkenaan dengan kos ataupun peruntukan yang telah diluluskan untuk naik taraf dan ataupun naik aras jalan Simpang Padang Piol sebelum daripada berlakunya penambahan kerja yang lain. Terima kasih.
Terima kasih. Saya semak sekejap ya. Dia ada tak? Saya kena semak ni. Nak... ni saya tak dapat nak... nak... nak data ni. Harga kos yang sebelum ini. er... minta maaf saya cakap dan akan bagi jawapan kemudian lah secara bertulis ya, sebab saya tak ada data kos tu yang... yang sebelum ni. Sebab ni kelulusan dalam Rancangan Malaysia. Saya tak data rekod daripada yang er... kelulusan Rancangan Malaysia dilulus dalam Rancangan Malaysia yang ke-3, saya tak ada rekod ni... saya akan dapatkan kemudian.
Soalan tambahan.
Sila.
Saya juga ingin bertanyakan apakah status perkembangan tentang persiaran er... Lebuh Raya Persiaran Tun Khalil er... Gambang ke Muadzam yang sebelum ini saya pernah bangkitkan tentang kerja-kerja maintenance di kawasan-kawasan lebuh raya ini. Dan yang kedua tentang lampu jalan kerana saya lihat lampu-lampu jalan ni masih lagi tidak berfungsi dengan sempurna. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, jalan er.. maksud jalan tu maksud... maksud Yang Berhormat jalan daripada?
Lebuh Raya Persiaran Tun Khalil daripada Gambang ke Muadzam.
Okey. Untuk makluman Chini. Jalan-jalan... jalan daripada Simpang Gambang sehinggalah ke Chini tu. Jalan tersebut telah dibuat penyerahan kepada er...Bahagian Cawangan Senggara dan Fasiliti Jalan dan pihak JKR pun telah menyerahkan kerja-kerja maintenance di bawah Roadcare. Jadi sekarang ni kerja-kerja tu semua dah di bawah konsesi.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kita telah selesai bincangkan pertanyaan-pertanyaan dan saya bercadang untuk menghadkan kepada 5 pertanyaan sahaja pada pagi ini untuk memberi ruang kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar membuat penggulungan dan menjalankan aturan-aturan mesyuarat yang lain supaya urusan mesyuarat kita dapat diselesaikan pada tengah hari ini sebelum kita menunaikan solat Jumaat. Selain daripada itu, saya tidak bercadang untuk menempohkan persidangan dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang boleh keluar secara bergilir-gilir untuk minum pagi. Baiklah, kita ke aturan mesyuarat seterusnya.
Sambungan Menimbang Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024Bill
Perkara Ketiga : Sambungan menimbang Rang Undang-undang Perbekalan (2025) 2024.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Rang Undang-undang Perbekalan (2025) 2024 telah dibentangkan pada 29 November 2024 telah dibuka untuk dibahaskan pada 2, 3 dan 4 Disember 2024. Pada 5 Disember 2024, seramai 10 orang dari pihak kerajaan telah mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut. Pada hari ini Mesyuarat Majlis akan menyambung menimbang Rang Undang-undang tersebut. Saya dengan sukacitanya menjemput Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang untuk berucap dan membuat penggulungan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih
kepada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker kerana mengizinkan saya untuk menggulung perbahasan bagi pihak kerajaan negeri dan juga menjawab beberapa soalan di bawah portfolio saya. Sebelum saya meneruskan sesi penggulungan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih, syabas dan tahniah kepada semua 35 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun menyertai sesi perbahasan pada kali ini. Di kesempatan ini juga saya ucapkan tahniah pada Yang Berhormat Luit atas pengurniaan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota pada Istiadat Penggunaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang berlangsung di Dewan Tun Razak, Temerloh pada hari Isnin yang lalu.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker seperti yang kita semua sedia maklum pada hari Jumaat yang lalu, saya telah membentangkan Belanjawan Negeri Pahang tahun 2025 yang bertemakan Prestasi Dipertingkat, Kemakmuran Dipertahan. Menerusi Belanjawan pada kali ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan perbelanjaan bagi memastikan perancangan pembangunan negeri dapat dilaksanakan secara optimum dan memberi impak kepada kesejahteraan dan kemakmuran untuk rakyat dan negeri Pahang. Untuk belanjawan ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM1.182 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM399.64 juta bagi perbelanjaan pembangunan. Lebih membanggakan lagi apabila kerajaan negeri telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM1.156 bilion sehingga 5 Disember 2024 yang menyaksikan kejayaan [Ahli Dewan mengetuk meja] mengutip hasil melebihi RM1 bilion untuk tempoh 3 tahun berturut-turut. Dipanggil hatrik Yang Berhormat Dato' Sri, tu bukan bola je lah haha, bajet.
Projek hatrik tu back… to back hattrick.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, kejayaan ini bukanlah datang secara bergolek tetapi ia merupakan usaha bersama kerajaan negeri, penjawat awam, sektor swasta serta seluruh rakyat negeri Pahang secara berterusan. Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana sepanjang enam tahun saya mengetahui tadbir kerajaan negeri dengan dibantu oleh rakan-rakan daripada Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ADUN-ADUN serta pegawai dan kakitangan-kakitangan awam kerajaan negeri. Pelbagai perancangan yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang sekali. Alhamdulillah. [Ahli Dewan mengetuk meja]
Yang Berhormat Dato Sri Speaker,
Seperti kelazimannya. Saya sekali lagi menzahirkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan kualiti perkhidmatan bekalan air di negeri Pahang terus dipertingkatkan. Sepertimana dimaklumkan sebelum ini sehingga November 2024, status kemajuan semasa 217 jumlah projek yang dijalankan adalah 107 projek telah siap dilaksana, 33 projek sedang dalam pembinaan dan 77 buah projek sedang di peringkat pra pembinaan. Jika rakan-rakan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat ingin mendapatkan detail, senarai projek tersebut bolehlah berurusan dengan CEO PAIP yang ada di belakang sana. Bukan apa bimbang nanti, Kuala Sentul ke… Berserah ke
bangkit. Boleh MB senaraikan tak 107 projek tu. Jadi ini angka lagi sekali YB Dato’ Sri Speaker tidak pernah bohong. Speaker setuju?
Setuju Yang Amat Berhormat.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, ini termasuklah projek yang turut disentuh oleh Yang Berhormat Semambu dan Yang Berhormat Beserah yang bertanya mengenai perkembangan semasa kesediaan bekalan air bagi kawasan Gebeng. Untuk makluman, Ahli-Ahli Yang Berhormat Projek Bekalan Paip Agihan Air Kemaman-Gebeng telah siap sepenuhnya membabitkan peruntukan RM120 juta. Dan insya-Allah pada 12 Disember ini akan diadakan majlis perasmian projek ini. Selain daripada itu, Pengurusan Air Pahang Berhad juga dalam proses pembinaan tangki Gebeng dengan kapasiti 90 juta liter membabitkan peruntukan RM174 juta di mana kemajuan semasa pembinaannya adalah 50% dan dijangka siap pada pertengahan 2026. Bagi jangka panjang pula, pembinaan baru loji rawatan air, sila
Boleh.
Oh, sila
Saya ucap tahniah dalam persiapan paip daripada Kemaman ke Gebeng bagi memenuhi keperluan industri di Gebeng. Persoalan saya ialah berapa harga Pahang beli air daripada Terengganu yang telah siap diproses. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, harga tu masih lagi dalam pertimbangan kerajaan negeri dengan kerajaan Terengganu. Kita belum muktamadkan lagi. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker sebelum 12 hari bulan kita muktamadkan Yang Berhormat daripada Cheka sebelum 12 hari bulan. Saya harap Cheka dapat hadir pada 12 hari bulan.
Cheka kawan dia bolehlah bagi diskaun lagi kan.
Bolehlah. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Saya ulang lagi sekali, bagi jangka panjang pembinaan baru Loji Rawatan Air Bukit Puling di peringkat pra pembinaan di mana kerja-kerja akhir oleh perunding dilantik dan dijangka proses tender pada akhir suku kedua 2025. Selanjutnya, Yang Berhormat Ketari bertanyakan mengenai langkah dan inisiatif kerajaan negeri dalam mengurangkan kadar air tidak berhasil atau dengan izin Non Revenue Water, NRW bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air.
Untuk makluman, Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak PAIP telah mula melaksanakan program Non Revenue Water Area secara holistik dengan bantuan kerajaan persekutuan melalui projek peringkat pertama dan kedua iaitu penukaran meter-meter lama dan pembaikan tangki-tangki air di seluruh daerah di negeri Pahang yang berjumlah RM75 juta bermula dari tahun 2020 hingga tahun 2024. Program ini adalah sebahagian daripada usaha pihak PAIP untuk menurunkan kadar air tidak berhasil dari 47% kepada paras 39.5% pada tahun 2028. Selain dari itu, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara atau SPAN peratus air tidak berhasil bagi tahun 2023 yang peratusannya tinggi adalah, ini yang dikeluarkan oleh SPAN untuk kita.
Untuk maklum, Ahli-ahli Dewan, peratus air tidak berhasil bagi negeri Perlis ialah 64.5% Dato' Sri Speaker, Perlis, Kelantan 54% dan Kedah, 50.70%. Maknanya Pahang ni rendah lagilah dan kita akan usahakan untuk rendah lagi kadar air yang tidak berhasil ini negeri Pahang [Ahli Dewan mengetuk meja]. Selain daripada itu, program yang sedang dijalankan ialah PAIP turut melaksanakan penggantian paip-paip usang yang menyebabkan kehilangan air yang tinggi akibat kekerapan bocor. Dengan mensasarkan sebanyak 38 projek baharu di seluruh negeri Pahang dengan kos projek sebanyak RM133.2 juta. Malah, di dalam Rancangan Malaysia Ke-13, PAIP telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan persekutuan sebanyak RM425 juta bagi tempoh lima tahun dengan sasaran menambah pembentukan district meter area dan pressure management area dengan kos anggaran RM106 juta.
Selain daripada itu juga, pihak PAIP juga memohon secara berterusan penggantian paip-paip yang kritikal dan usang berjumlah RM319 juta. Permohonan ini adalah sebahagian pelaksanaan program Non Revenue Water Kebangsaan yang akan meningkatkan pengurusan air seluruh negara yang melibatkan kos RM2.525 billion dan telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 24 Julai yang lalu. Program air tidak berhasil peringkat kebangsaan yang dikendalikan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air ini akan dilaksanakan bermula dari tahun 2025 hingga tahun 2030 melalui pembiayaan geran.
Menerusi program ini, kerajaan mensasarkan untuk mengurangkan non revenue water di peringkat kebangsaan kepada 28.8% menjelang tahun 2030. Selain daripada itu, Yang Berhormat Bukit Ibam turut mengemukakan soalan tambahan mengenai adakah kerajaan negeri berhasrat untuk membina loji rawatan air di Selancar, Rompin bagi menampung keperluan… penduduk. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak PAIP sedang maklum sedia maklum berkenaan kedudukan FELDA Selancar yang agak jauh dari Loji Rawatan Air Keratong. Justeru itu, pihak PAIP telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan cadangan projek pemasangan paip bersaiz 600mm bagi tujuan mengasingkan laluan paip di antara booster H, kawasan Selancar dan Chanis dan booster D Perantau Damai berbanding berkongsi ganjaran paip pada masa kini.
Maknanya ada tindakanlah Yang Berhormat ya daripada Bukit Ibam, Yang Berhormat bagitahulah kepada pengundi-pengundi di Bukit Ibam. Usaha kerajaan ni jangan ada way round pulak. Dengan pemasangan paip ni, bekalan air ke booster H dapat dipertingkat untuk menampung penambahan permintaan bekalan air di kawasan
Selancar. Projek ini dilaksana di bawah peruntukan Pengurusan Aset Air Berhad atau PAAB dan status pelaksanaan projek ini di peringkat rekabentuk oleh pihak perunding lantikan Pengurusan Aset Air Berhad dan dijangka proses tender pada suku pertama tahun 2025. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Dalam pada itu, selain daripada peruntukan RM91.97 juta untuk pelaksanaan projek bagi tahun 2025 yang telah saya umumkan Jumaat lalu, PAIP juga akan melaksanakan sebanyak 41 buah projek membabitkan kos RM794.2 juta menerusi pelbagai pembiaya seperti Pengurusan Aset Air Berhad, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta Pembangunan Persekutuan. Kesemua 41 projek ini akan melalui proses tender pada tahun 2025 dan projek ini akan melibatkan menaik taraf… menaik taraf loji rawatan air sebanyak 10 buah pembinaan tangki dan rumah pam sebanyak 15 buah, program penggantian paip-paip usang, sebanyak 14 program serta 2 projek berkaitan bekalan air luar bandar dan pembinaan tangki pra pemendapan di LRA Mempaga, Bentong. Antara projek projek tersebut ialah naik taraf…naik taraf LRA Batu Embun, Fasa 5 Jerantut, naik taraf LRA Muadzam, Rompin, naik taraf LRA Jenderak Kampung, Temerloh, naik taraf LRA Janda Baik, Bentong, pembinaan tangki dan Rumah Pam Sungai Soi, Kuantan, pembinaan tangki dan Rumah Pam Bukit Hospital Temerloh, penggantian paip-paip usang di kawasan Sungai Ular di Kuantan, Jeram Landak di Lipis dan juga Pulau Tawar di Jerantut.
Oleh yang demikian, saya lagi sekali mengulangi komitmen kerajaan negeri dalam menangani isu bekalan air negeri Pahang. Semoga hasrat kerajaan negeri untuk menyelesaikan 90% isu bekalan air negeri ini menjelang akhir tahun 2026 akan dapat dicapai, insya-Allah [Ahli Dewan tepuk meja].
Yang Berhormat Dato Sri Speaker,
Saya juga ingin menjelaskan mengenai Program Juadah Makmur yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Lembing pada Isnin yang lalu. YB senyum tu dia okeylah. Untuk perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Pahang mengembalikan semula pendapatan hasil negeri melalui pelbagai bentuk insentif dan bantuan kepada rakyat meliputi segenap lapisan masyarakat seperti pemberian Rumah Rakyat Pahang secara percuma, Kad Kesihatan Warga Emas, meraikan kelahiran bayi, menyantuni pelajar dan penuntut di IPT dan banyak lagi.
Program Juadah Makmur pula merupakan salah satu atau sebahagian inisiatif berkongsi rezeki kerajaan negeri dengan rakyat untuk memupuk nilai-nilai kebersamaan. Pemberian makanan secara percuma merupakan amalan yang sangat digalakkan dan dituntut oleh Rasulullah SAW, melalui hadis baginda. Daripada Abdullah bin Amru, ada seseorang yang bertanya kepada Nabi, Islam manakah yang paling baik. Nabi menjawab kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal. Hadis Riwayat Bukhari. Hadis ini menekankan bahawa amalan memberi makan adalah salah satu ciri utama kebaikan dalam Islam.
Ia bukan sahaja memenuhi keperluan fizikal, tetapi juga menghidupkan semangat ukhwah, merapatkan jurang sosial dan membawa keberkatan kepada kita semua. Program Juadah Makmur ini disasarkan kepada jemaah solat Jumaat kerana masjid adalah pusat kesatuan umat dan waktu solat Jumaat adalah masa terbaik untuk mendekati semua lapisan masyarakat. Dalam pada itu, pemberian Juadah Makmur ini bukan sahaja kepada jemaah solat Jumaat sahaja tetapi turut diberikan kepada jemaah haji menerusi pemberian pek makanan retort, ready to eat sebagai bekalan
ketika berada di Tanah Suci. Malah, program ini juga turut memberi limpahan ekonomi kepada pengusaha-pengusaha makanan, pembekal-pembekal bahan mentah serta pekerja-pekerja mereka.
Oleh itu, sebagai Ahli Yang Berhormat daripada parti PAS, saya rasa Yang Berhormat Sungai Lembing lebih tahu dan lebih arif mengenai amalan memberi makanan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW tanpa mengambil kira sesiapa pun penerimanya kerana memberi makan kepada orang lain merupakan satu amalan mulia yang sangat diberkati dalam Islam. Dalam kita beramal ini, kita tidak perlulah mengambil kira sangat sama ada penerima itu pengundi kita ataupun tidak. Sebagai contoh, seperti mana yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri iaitu menurut angka yang ada pada saya, kerajaan negeri telah membelanjakan di DUN Beserah yang bukan pun wakil daripada kerajaan negeri. Kita telah membelanjakan sebanyak RM1,425,850.00 untuk DUN Beserah sahaja.
Maknanya kerajaan negeri pada hari ini tidak pilih bulu Yang Berhormat Dato' Speaker. Pecahannya saya boleh bagi, lepas ni Yang Berhormat boleh ambik dengan saya untuk bagitahu kepada pengundi-pengundi di kawasan DUN Beserah bahawa kerajaan yang ada pada hari ini tidak memilih bulu untuk memberi bantuan kepada sesiapa sahaja. [Ahli Dewan tepuk meja)
Dato' Sri Speaker...
Pelajar...
Mohon mencelah boleh?
Boleh Yang Berhormat .... Boleh silakan. Saya ingat Beserah yang mencelah.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar, jadi saya ingin menjelaskan sikitlah apa ni kritikan atau kritikan saya berkenaan dengan Juadah Makmur tu berserta dengan cadangan yang mana saya mencadangkan agar program memberi makan itu, saya menyambut baik program untuk berkongsi rezeki. Bukan… saya pun buat program kongsi rezeki di DUN saya. Memang kita faham. Cumanya, apa yang saya ambil berat adalah berkenaan dengan RM8.5 juta itu saya fikir satu nilai yang cukup besar untuk Program Juadah Makmur tu kerana saya fikir sasarannya tidak betul-betul tepat kepada yang memerlukan. Sebab... saya bagi contoh di FELDA... di Masjid Sagu 4 dan Sagu 6, kalau kita pergi sembahyang masjid situ lebih kurang 50% daripada
yang pergi solat masjid tu adalah warga asing yang berkerja di plantation situlah... Masjid Sagu 4 dan Sagu 6.
Bukan kita berkira soal rezeki. Sebab tu saya menyambut baik cadangan yang disebut oleh Yang Berhormat Chini. Disebut semalam apa ni mengajak Ahli Yang Berhormat daripada kerajaan untuk menyumbang RM1,000 sebulan.ye, RM1,000 sebulan. Saya menyokong RM1,000 ke kalau RM10,000 sebulan pun saya menyokong. Maknanya guna duit kita, duit peribadi kita atau peruntukan peribadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk melaksanakan program ini.
Itu saya sebut, kalau nak buat 3 kali sehari pun saya amat menyokong sebab ada satu ada segmen-segmen yang mungkin kerajaan negeri tak nampak yang berada di DUN tersebut, tetapi kami wakil rakyat nampak. Sebagai contoh, ada datang Whatsapp ni mohon pertolongan YB nak tukar tong gas tapi takde duit, kita pun YB bukan ada duit jugak... sebagai wakil rakyat pembangkang. Tak apalah, kita kata pergi tukar. Bukan dia mintak selalu, tapi ada masa-masa dia terdesak. Ada juga Whatsapp kata tak ada beras, tak ada lauk. Tak apa pergi ambik kat kedai kita, nanti kita hubungi kedai kita bayar. Ada jugak yang kereta buat kerja rosak. Kita tahu mereka… pendapatan mereka cukup-cukup makan. Saya sebagai anak FELDA, saya tahu saya pernah melalui perkara perkara seperti tu. Jadi dengan peruntukan kita kat sini...
Yang Berhormat Dato' Speaker... boleh saya mencelah.
Kita boleh response... Sekejap sikit... sikit lagi ye. Sikit... sikit je lagi, satu minit. Kita boleh response segera dengan peruntukan-peruntukan yang kalau kerajaan beri kepada kita wakil rakyat insya-Allah kita akan uruskan dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, satu lagi saya ambik contoh, apa ni saya terlihat posting yang dibuat oleh Yang Berhormat Panching yang disebut adik Faliq Yusof baru berusia 8 bulan memerlukan bantuan untuk membeli mesin dan bantuan pernafasan dan juga susu.
Sekarang jumlah kutipan terkumpul adalah RM890.00. Sasaran kutipan sekurang kurangnya RM1,500.00. Maknanya kita wakil rakyat terpaksa… apa ni memohon bantuan daripada orang ramai pulak untuk membantu adik Faliq nilah. Kalau kita ada sejumlah peruntukan yang tersedia kepada kita wakil rakyat pembangkang, kita boleh bantu mereka secara terus. Yang boleh kita kata membantu sebenarnya pihak kerajaan untuk menyantuni rakyat yang mana segmen-segmen yang mungkin rakyat… kerajaan negeri ni tak dapat capai di Dewan Negeri kita. Sekian, terima kasih YB Tioman.
Mencelah sikit yea.
Sila wakil daripada Tioman.
Bab-bab bagi makan ni jangan tengok secara fizikal, pengundi tak pengundi, warga asing tak warga asing. Kita kena tengok juga keberkatan tu. Lepas tu disebut [Bacaan dalam bahasa Arab]. Sebab dalam memberi makan ni keberkatan tu dia ada di mana-mana. Sebab tu kalau orang tua-tua kita makan nasi ni dia kata kalau kita makan pun kadang-kadang jatuh dua tiga ulas tu, dia suruh ambil. Dia suruh ambik sebab apa. Keberkatan tu tak semestinya dalam pinggan. Mungkin di luar tu, warga asing juga termasuk juga nak cari tong gas. Kalau kita boleh bantu dia, kita bantu je. Itu dah kira berkat.
Gaza pun kita bantu.
Ya...
Dia pun tak mengundi jugak
Dan saya ambik pengalaman sayalah? Saya ni bukanlah bagus sangat tapi tidaklah jahat.
Baguslah Yang Berhormat, sebab tu menang. [Ahli Dewan ketawa]
Ya, saya pun nak berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat membantu saya. Kalau ikut berbirat belakang saya nak boleh menang itu hari tu. Tapi dengan berkat saya rasa doa mak ayah, berkat kepimpinan yang cakna kepada rakyat. Saya tak nak sebutlah apa saya buat. Tapi saya ingat lagi di akhir tiga hari sebelum saya pergi mengundi PRK masa tu saya telefon satu sahabat saya, yang sebelah saya ni. Saya Tanya, saya tak tahulah benda nak buat dah. Saya dah buntulah. Benda yang boleh saya buat last sekali untuk menenangkan jiwa saya. Dia kata, Jo... saksi hidup, Inderapura.
Apa yang boleh saya buat ye, Jo... aku ni boleh berkongsi macam ni jelah... ka cari seekor lembu, ka sembelih, ka beri makan kepada anak-anak yatim dan orang tahfiz. Saya terus buat petang tu. Saya tak tunggu sebab saya membayangkan dalam setengah-setengah mafhum Sabda Nabi menyatakan sebaik-baik benda yang nak bagi sedekah nak bagi makan adalah beri makanan kerana menjadi darah daging kepada orang yang memakan tersebut dan dia berjalan solat kita dapat pahala. Dia memukat isteri dia pun kita dapat pahala, apatah lagi. Faham maksud memukat?...
Yang Berhormat tak perlu cari istilah tu, teruskan. (ketawa)
Nak mengabornye ke [bacaan dalam bahasa Arab] ni apa yang kerajaan negeri buat sekarang ni... saya kalau diberi izin untuk beri cadangan kepada Yang Amat Berhormat, bukan kata RM8 juta, RM15 juta bagi makan pada orang kampung takde masalah. Pandangan saya, dan saya balik kepada apa saya cakap benda rakan saya Inderapura tadi dan saya sendiri saya pernah buat sampai hari ni, 4 tahun hujung bulan 12 ni genap 4 tahun, 4 tahun saya buat makan minum kepada ada Allahyarham tu, 4 tahun dah saya buat. Tiap-tiap minggu hari Jumaat saya buat. 4 tahun tak berhenti. Tiap-tiap minggu tanpa gagal. Saya nak berkongsi, saya nak berkongsi ni bukan nak mendabik dada tidak. Saya mencari apa? Keberkatan dalam hidup untuk mendepani masa hadapan. Itu saja terima kasih.
Err… sikit, sikit saya nak respons sebab dia 1 minit, insya-Allah boleh Tuan Speaker?
Sila err... seminit
Okey err... saya sebut tadi...
Kalau tak, tak habis kita ni.
Okey, okey. Saya sebut tadi, kita saya konteks tadi, saya rasa Yang Berhormat Tioman salah faham. Saya rasa, sebab kita kata ini pengagihan hasil negeri, hasil rakyat yang bayar cukai dan sebagainya. Kalau saya pergi masjid tu saya dapat, saya…saya suka je saya dapat tapi saya rasa saya tak perlu benda tu. Melainkan kalau duit tu datang pada poket Yang Berhormat Tioman saya…saya setuju. Kemudian, kalau nak cerita soal berkat, saya silap, saya habiskan berapa saat lagi.
Maksudnya pendekatan bagi makan ni.
Ya, saya setuju tu, saya setuju.
Ada masalah ke?
Tak, tak masalah sebab saya cakap saya setuju. Sebab tu saya cakap saya setuju.
Benda dapat pahala.
Ya... Ya saya setuju.
Yang Berhormat boleh... Yang Berhormat er... Sungai Lembing boleh pendekkan.
Okey. Kemudian sebut tadi pasal berkat, Yang Berhormat dah mungkin 4 penggal… 3 penggal. Kalau saya nak cerita pasal berkat pun saya ni baru penggal pertama bertanding dan terus menang. Jadi saya malas cerita pasal berkat tak berkat doa ibubapa dan sebagainya. Itu cerita lain, sekarang ni cerita pasal peruntukan hasil rakyat kita, okey terima kasih.
Sila sambung.
Tak boleh macam tu, kita ni dalam Islam, pucuk pangkal kita sebab tu kita ada belajar (TQO) Total Quality Organisation. Kita belajar Total Quality Management (TQM), dan yang paling agung...
Ini belajar di Jordan ke belajar di Tioman ni.
Jordan lah ye. Yang terbaik sekali ialah Total Quality Spritual. Mana ada orang boleh menjaminkan dalam pentadbiran pejabat dia, dia bertaqwa, dia solat tak solat, bukan semua orang dapat tahu benda ni. Orang tak boleh nak ukur, tapi dengan keprihatinan sendiri meletakkan total quality spritual, sebab tu saya sebut dalam bajet Yang Amat Berhormat tadi, dia bentang itu hari, secara telus dan jujur untuk apa? Apa yang dikutip oleh kerajaan negeri dipulangkan kepada rakyat dan kenapa dapat RM1 billion dengan kecekapan efisyen pihak pentadbiran, itu kata TQO, TQM dan dilapik oleh TQS, itu sahaja Speaker.
Saya mintak Yang Amat Berhormat Sambung. Oh... ada lagi...
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Boleh, boleh. Eloklah semua bercakap. [Ketawa]
Saya mendengar rintihan daripada Sungai Lembing tadi, bercerita pasal wakil rakyat terpaksa bagi bantuan beli susu, berbagai-bagai. Jadi persoalan saya, nak tanya kepada YB Sungai Lembing. YB ingat wakil rakyat ni kerja rilek ke. Saya ingat tersalah profesion dia pilih ni. Sebab itulah kerja wakil rakyat. Yang masa kita nak masuk bercalon nak mengata wakil rakyat ni tanggungjawab dia menyeluruh. Waima yang datang mintak bayar bil api, nak mintak pergi tambang teksi, nak makan, minum teh dan lain-lain. Jadi saya ingat, YB Sungai Lembing ni tersalah profesion. Dia ingat jadi wakil rakyat ni YB, wah sedap gitu je, orang angkat semua atur, buat karpet merah, bukan itu kerjanya. Jadi, saya ingat ADUN Sungai Lembing ni dia terkejut. Terkejut beruk, kata dia. Sebab apa, profesion ini mengkehendaki makanya wakil tu rakyat jelata ni, lebih tuan daripada kita. Makna dia mintak berbagai. Jadi saya ingat kalau tahun penggal ke depan tu saya ingat berehatlah duduk, ni.
Speaker…Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, hari ini hari Menteri Besar menjawab, bukan hari ADUN-ADUN yang lain berucap. ADUN Tioman jawab tadi macam ada harapan jadi EXCO, macam boleh jawab macam tu terima kasihlah. Saya fikir hari ini kita fokus supaya masa kita hari Jumaat dan kita tidak panjang sangat meleret-leret pada perkara-perkara…terima kasih.
Okey, kita jemput Yang Amat Berhormat, teruskan.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya ucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan lah. Sungai Lembing bagi penjelasan, Cheka, Tioman daripada kerajaan dan tadi Jengka pun cuba nak bangun, tapi...
Tak diberi laluan.
Tak jadi bangun tak…tak diberi laluan dan er...
Boleh sikit.
Cheka, Cheka dah mintak saya teruskan. [Ketawa]
Ketua Pembangkang dah mintak teruskan. Takkan wakil Jengka nak lawan. [Ketawa].
Yang Berhormat Dato' Speaker izinkan saya meneruskan penggulungan saya.
Sila Yang Amat Berhormat.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, seterusnya saya ingin menjawab soalan tambahan daripada Yang Berhormat Ahli Yang Dilantik berkenaan perancangan kerajaan negeri dalam mengingatkan dalam meningkatkan ekonomi hasil daripada pembinaan projek laluan Rel Pantai Timur ataupun ECRL. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi memastikan projek laluan Rel Pantai Timur ini dapat memberi impak bernilai tinggi yang tidak terhad kepada aspek jaringan perhubungan sahaja. Kerajaan negeri telah merangka pelan pembangunan di setiap stesen ECRL bagi merancakkan pembangunan dan ekonomi setempat dengan kerjasama antara pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan Tanah, PLANMalaysia dan MIDA.
Justeru, di samping laluan ECRL dalam negeri Pahang yang menempatkan 7 buah stesen ECRL yang bermula dari Stesen Cherating hingga ke Stesen Bentong, kerajaan telah merangka pembangunan berorentasikan transit. Pembangunan
berorientasikan hub logistik atau kargo serta projek pemacu ekonomi. Pembangunan berorientasikan transit atau Transit Oriented Development terletak dalam radius 15 km dari setiap station ECRL. Pembangunan seperti pusat komersial, perumahan, pusat pendidikan serta projek komuniti adalah antara projek yang dirancang dalam radius Transit Oriented Development di setiap stesen tersebut. Manakala pembangunan berorientasikan hub logistik atau kargo adalah projek untuk memastikan perancangan dibuat bagi membangunkan setiap satu stesen ECRL ini menjadi pusat pengendali kargo dan pusat setempat. Di setiap stesen ini telah pun dimuktamadkan atau di peringkat akhir perbincangan dalam menentukan jenis kargo atau hub yang akan dibangunkan.
Di samping itu, projek pemacu ekonomi akan memaksimumkan penggunaan jaringan ECRL dan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat terutama di taman perindustrian dan pembangunan berorientasikan transit serta pembangunan berorientasikan hub logistik atau kargo. Selain dari itu, pelan pembangunan ini turut diberi penekanan dalam pelan guna tanah ECRL dan lokasi-lokasi ini sedang dipromosikan untuk menarik pelabur dalam pembangunan industri logistik dan komersial. Malah, inisiatif terkini daripada kerajaan negeri ialah pembangunan Industri Halal Pahang, di mana lokasi-lokasi terpilih adalah berdekatan dengan Stesen Bentong, Gambang dan Pelabuhan Kuantan.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Memandangkan hari ini hari Jumaat, dan kita kesuntukan masa, saya rasa setakat ini sahaja penggulungan saya pada kali ini. Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati segala usaha yang kita laksanakan demi kesejahteraan dan kemakmuran negeri Pahang. Semoga saya telah menjawab sebahagian besar persoalan yang yang ditujukan kepada saya, yang turut mengetuai jawatankuasa-jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan ke atas saya. Jika ada soalan-soalan lain yang tidak dijawab, insya-Allah jawapan bertulis akan saya berikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Di kesempatan ini juga, saya juga ingin mengingatkan diri saya dan rakan- rakan dalam kerajaan negeri supaya menyahut cabaran merealisasikan Belanjawan Negeri Pahang bagi tahun 2025. Mudah-mudahan belanjawan ini dapat menjadi penawar kepada keperitan yang dialami oleh rakyat yang memerlukan perhatian melalui pelbagai inisiatif yang telah dirangka. Bak kata orang dulu-dulu yang tertimbus dikikis, yang terbenam diselam. Negeri ini mampu mengorak langkah lebih jauh asalkan setiap dari kita memainkan peranan masing-masing dengan menanam tekad dan iltizam serta mendambakan perubahan ke arah yang lebih baik dalam segenap aspek kehidupan. Ibarat yang buta penghembus lesung, yang pekak pelepas bedil, yang lumpuh penghuni rumah, yang kuat pembawa beban, yang bingung disuruh-suruh dan yang cerdik lawan berunding, adalah gambaran tiada siapa terkecuali asalkan tertanam jati diri sebagai anak Pahang yang ingin menabur jasa dan budi.
Di dewan yang mulia ini, saya ingin berpesan-pesan sekalipun di antara kita ada yang bertingkah kerana perbezaan ideologi politik, tetapi biarlah berpada-pada. Kita boleh bertegang leher, bercekak pinggang berdebat soal idea dan polisi, namun sempadan kata perlu dijaga. Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai mengherdik, apatah lagi dalam soal membabitkan aqidah dan agama, bukanlah sewenang-wenangnya dijadikan bahan gurauan jalanan. Belanjawan Negeri Pahang tahun 2025 ini adalah uji dan cabar dibahas dan dipertimbangkan oleh semua rakan-
rakan Ahli-ahli Dewan. Tentu sahaja akan ada kelemahan di sana sini kerana kesempurnaan itu hanya milik Allah SWT. Teguran dan kritikan membina demi kebaikan rakyat dan negeri. Saya terima dengan hati yang terbuka. Diakhirnya, semoga Belanjawan Negeri Pahang tahun 2025 yang telah dibentang dibahaskan sekalian oleh Ahli-ahli Dewan menjadi nota gembira buat rakyat di luar sana, yang sedikit sama dirasa, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah, yang sekuku sama dibagi, yang setitik sama mencolek, yang secebis sama dikutis, yang secupak sama nampak, yang segantang sama kenyang, yang sebakul sama dipikul, yang sesuap sama mengecap.
Sama-sama kita panjatkan doa ke hadrat Allah SWT. Semoga dengan inayah-Nya kita semua dirahmati atas usaha baik bagi menjayakan Belanjawan Negeri Pahang tahun 2025. Demi kemaslahatan negeri Pahang Darul Makmur yang tercinta.
Gunung Tahan berkabus tinggi, Di celah rimba burung bernyanyi, Persidangan Dewan penuh bererti, Membawa amanat demi harmoni.
Mentari pagi di Bukit Tinggi, Kabut menyelimut indah berseri, Persidangan Dewan bersatu hati, Memacu Pahang maju bestari.
Sekian. Terima kasih, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Terima kasih. Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang atas ucapan penggulungan sebentar tadi. Ahli-ahli Yang Berhormat. Rang Undang-undang Perbekalan (2025) 2024 telah dibentang pada 29 November 2024 dan dibahaskan pada 2, 3 dan 4 Disember 2024. Oleh itu, Majlis Mesyuarat dalam Jawatankuasa.
Dewan Negeri bermesyuarat dalam jawatankuasa.
[Cokmar diturunkan]
Dalam Jawatankuasa
Jadual B.01 - Pejabat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.01 - Pejabat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dibuka untuk dibahaskan. Tiada perbahasan. Masalahnya wang sejumlah RM9,003,150.00 sahaja untuk Kepala B.01 - Pejabat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan "Setuju".
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan "Tidak". Tiada. Kepala B.01 - Pejabat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.02 - Pejabat Menteri Besar dan SETIAUSAHA DEWAN Kerajaan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kepala Bekalan B.02 - Pejabat Menteri Besar dan SETIAUSAHA DEWAN Kerajaan Negeri dibuka untuk dibahaskan. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM136,679,249.00 sahaja untuk Kepala B.02 - Pejabat Menteri Besar dan SETIAUSAHA DEWAN Kerajaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ali-ahli yang bersetuju sila menyatakan "Setuju".
Setuju.
Ahli-ahli tidak bersetuju nyatakan "Tidak". Tiada. Kepala B.02 - Pejabat Menteri Besar dan SETIAUSAHA DEWAN Kerajaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kepala B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri dibuka untuk dibahaskan. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM241,657,767.00 sahaja untuk B... untuk Kepala B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan "Setuju".
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan "Tidak". Tiada. Kepala B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kepala Bekalan B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri dibuka untuk dibahaskan. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM973,458.00 sahaja untuk Kepala B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju nyatakan "Setuju".
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju nyatakan "Tidak". Tiada. Kepala B04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.05 - Dewan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kepala Bekalan B.05 - Dewan Negeri dibuka untuk dibahaskan. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM12,989,505.00 sahaja untuk Kepala B.05 - Dewan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila menyatakan "Setuju".
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan "Tidak". Tiada. Kepala B.05 - Dewan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kepala B.06, Kepala Bekalan B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri dibuka untuk dibahaskan. Tiada perbahasan. Masalahnya wang sejumlah RM71,602,266.00 sahaja untuk Kepala B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "Setuju".
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan "Tidak". Tiada. Kepala B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kepala Bekalan B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa... bahawa wang sejumlah RM56,494,608.00 sahaja untuk Kepala B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan "Setuju".
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan "Tidak". Tiada. Kepala B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kepala Bekalan B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri dibuka untuk dibahaskan. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM23,152,887.00 sahaja untuk Kepala B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan "Setuju".
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan "Tidak". Kepala B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.09 - Jabatan Pertanian Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kepala Bekalan B.09 - Jabatan Pertanian Negeri dibuka untuk dibahaskan. Tiada perbahasan. Masalahnya wang sejumlah
RM32,605,047.00 sahaja untuk Kepala B.09 - Jabatan Pertanian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju nyatakan "Setuju".
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan "Tidak". Tiada. Kepala B.09 - Jabatan Pertanian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.10 - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kepala Bekalan B.10 - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri dibuka untuk dibahaskan. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM29,711,073.00 sahaja. Untuk Kepala B.10 - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju". Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.10 - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.11 - Pejabat Daerah dan Tanah Bentong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.11 - Pejabat Daerah dan Tanah Bentong dibuka untuk dibahaskan. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa sejumlah wang RM7,663,102.00 sahaja. Untuk Kepala B.11 - Pejabat Daerah dan Tanah Bentong menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju". Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.11 - Pejabat Daerah dan Tanah Bentong menjadi sebahagian pada Jadual.
Jadual B.12 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kepala Bekalan B.12 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM6,561,943.00 sahaja. Untuk Kepala B.12 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju". Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.12 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.13 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kepala Bekalan B.13 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM8,773,345.00 sahaja. Untuk Kepala B.13 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju". Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.13 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.14 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kepala Bekalan B.14 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM11,919,565.00 sahaja. Untuk Kepala B.14 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan setuju. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada Kepala B.14 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kepala Bekalan B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya wang sejumlah RM8,616,045.00 sahaja. Untuk kepala B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B-16 - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan.
Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian. Kepala Bekalan B.16 - Pejabat daerah dan Tanah Pekan dibuka untuk dibahaskan. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM9,819,612.00 sahaja. Untuk Kepala B.16 - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang
bersetuju sila nyatakan "setuju". Ahli-ahli tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.16 - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.17 tambahan.
Pejabat Daerah dan Tanah Pekan menjadi sebahagian daripada Jadual ini. Pasal tak minum pagi ni.
Jadual B.17 - Pejabat Daerah dan Tanah Raub.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kepala Bekalan B.17 - Pejabat Daerah dan Tanah Raub dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM7,638,974.00 sahaja. Untuk Kepala B.17 - Pejabat Daerah dan Tanah Raub menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju nyatakan "setuju". Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.17 - Pejabat Daerah dan Tanah Raub menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.18 - Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kepala Bekalan B.18 - Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya wang sejumlah RM11,265,647.00 sahaja. Untuk Kepala B.18 - Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju". Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.18 - Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kepala Bekalan B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM8,445,893.00 sahaja. Untuk Kepala B19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju". Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin yang menjadi sebahagian pada Jadual.
Jadual B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kepala Bekalan B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya wang sejumlah RM7,918,300.00 sahaja. Untuk Kepala B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kepala Bekalan B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM 6,667,456.00 sahaja. Untuk Kepala B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju". Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.22 - Pejabat Tanah dan Galian Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kepala Bekalan B.22 - Pejabat Tanah dan Galian Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM21,641,810.00 sahaja. Untuk Kepala B.22 - Pejabat Tanah dan Galian Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan "setuju". Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan "tidak". Tiada. Kepala B.22 - Pejabat Tanah dan Galian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kepala Bekalan B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri dibuka untuk dibahaskan. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM438,200.00 sahaja. Untuk Kepala B23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri dibuka untuk dibahaskan. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM149,672,850.00 sahaja. Untuk Kepala B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri dibuka untuk dibahaskan. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM6,626,739.00 sahaja. Untuk Kepala B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dibuka untuk dibahaskan. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM20,508,625.00 sahaja. Untuk Kepala B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.28 - Jabatan Mufti Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.28 - Jabatan Mufti Negeri dibuka untuk dibahaskan. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM3,772,903.00 sahaja. Untuk Kepala B.28 - Jabatan Mufti Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.28 - Jabatan Mufti Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM8,403,272.00. Untuk Kepala B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri dibuka untuk dibahaskan. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM2,563,044.00. Untuk Kepala B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.32 - Kumpulan Wang Terkanun.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.32 - Kumpulan Wang Terkanun dibuka untuk dibahaskan. Tiada Perbahasan.
Bagi Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker rehat sikitlah nampak. Saya nak tanya tentang B.32 - Kepala 10,000, 20,000 dan 30,000 mencatatkan angka 0. Bermakna bahawa tidak ada staff. Emolumen pun tak ada. Perkhidmatan bekalan pun tak ada, aset pun tak ada.
Saya cuma ingin dapat penjelasan. Memang pengurusannya ditanggung oleh pihak mana? Sebab dia tak ada emolumen, tak ada. Dan yang ke-2 tentang Kepala 40,000 pemberian dan kenaan bayaran tetap. Apakah ini yang dimaksudkan oleh yang diisytiharkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sewaktu mengisytiharkan perbelanjaan iaitu elaun kepada Kakitangan Awam masuk bawah kepala 40,000 bawah B.32. Mohon sedikit penjelasan.
Sila Yang Amat Berhormat.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Terima kasih kepada ADUN Cheka. Wang ni semuanya di bawah Jabatan Perbendaharaan dan Kewangan Negeri. Semuanya diuruskan oleh Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri dan juga termasuk di dalam peruntukan pembangunan.
Sebelum itu, saya nak mengalu-alukan kehadiran isteri Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dalam Dewan ini bersama dengan Teratai. Selamat datang ke Mesyuarat kita. Angkat tangan. … suruh bye-bye sikit. Hahaha. Sila.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.32 - Kumpulan Wang Terkanun dibuka untuk dibahaskan. Tiada Perbahasan. Masalahnya bahawa wang sejumlah RM163,352,045.00 sahaja. Untuk Kepala B.32 - Kumpulan Wang Terkanun menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Kepala B.32 - Kumpulan Wang Terkanun menjadi sebahagian daripada Jadual.
Fasal 1(1); Fasal 1(2); dan Fasal 2.
Fasal 1(1); Fasal 1(2); dan Fasal 2; menjadi sebahagian daripada Undang-undang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang itu dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Cokmar dinaikkan semula]
Bacaan Kali Ketiga
Yang Berhormat Dato Sri Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa
“Suatu Enakmen bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu”
telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2025) 2024 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-Undang ini dibaca untuk kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Menimbang Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air Tahun 2025Motion
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan (2025) 2024, disifatkan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2025 bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.
Perkara keempat: Menimbang Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air Tahun 2025.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air 2025 telah dibentangkan, disokong dan dibahaskan pada 29 November 2024 dan 2, 3 dan 4 Disember 2024. Seramai 35 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut. Soalnya sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapat kelulusan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Usul ini diluluskan. Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat saya beralih kepada Aturan Mesyuarat seterus… selanjutnya.
USUL
UsulMotion
Perkara kelima: Usul.
Usul Tambahan Siling Peruntukan Negeri Bagi Projek Pembangunan dan Perbekalan Air Negeri Pahang Tahun 2021 - 2025. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon izin untuk membawa satu Usul di Dewan yang mulia ini yang berbunyi, bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan seksyen 9, Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] dan mengikut ketetapan yang menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan Negeri dan Kumpulan Wang Perbekalan Air dengan ini bersetuju meluluskan Tambahan Siling Peruntukan Negeri bagi Projek Pembangunan dan Perbekalan Air 2025 Negeri Pahang bagi Tahun 2021 - 2025.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Mesyuarat Majlis… Mesyua… Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan ke-43 Tahun 2024 pada 21 November 2024 telah bersetuju meluluskan permohonan tambahan siling peruntukan sebanyak RM30,000,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga puluh juta
sahaja) bagi maksud Projek Pembangunan dan Perbekalan Air Negeri Pahang menjadikan siling keseluruhan daripada RM2,870,710,170.00 (Ringgit Malaysia: Dua bilion Lapan Ratus Tujuh Puluh Juta Tujuh Ratus Sepuluh Ribu Satu Ratus Tujuh Puluh) kepada RM2,900,710,170.00 (Ringgit Malaysia: Dua bilion Sembilan Ratus Juta Tujuh Ratus Sepuluh Ribu Satu Ratus Tujuh Puluh) sahaja. Tambahan Siling Peruntukan Negeri bagi Pembangunan dan Perbekalan Air Negeri Pahang adalah untuk Pecahan Kepala P.03 Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Senarai projek serta kos akan dikemaskini dan disemak mengikut keperluan semasa dan keutamaan negeri sebelum kelulusan bajet setiap tahun dibuat semasa Mesyuarat Dewan Negeri Pahang dan apa-apa perubahan dan penambahan tajuk projek hanya memerlukan kelulusan Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Pahang atas syor Timbalan
DEWAN Kerajaan, Bahagian Pembangunan atau SETIAUSAHA DEWAN Bahagian, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri berdasarkan siling jabatan atau agensi yang diluluskan di peringkat Dewan Negeri Pahang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah seksyen 9, Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] dan mengikut ketetapan yang menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan Negeri dan Kumpulan Wang Perbekalan Air Negeri ini bersetuju meluluskan Tambahan Siling Peruntukan Negeri bagi Projek-projek Pembangunan dan Perbekalan Air Negeri Pahang bagi Tahun 2021 sehingga Tahun 2025.
Saya berharap Usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan yang mulia ini. Saya mohon mencadang.
Ada sokongan?
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon menyokong Usul tersebut.
Usul ini dibuka untuk perbahasan.
Saya ambil bahagian sikitlah untuk perbahasan. Pertama sekali saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar. Peruntukan tambahan berdasarkan Seksyen 9 Akta 406 sebanyak RM30 juta bagi pembangunan dan bekalan air adalah satu keputusan yang tepat memandangkan kita… Pahang kita… sebagaimana disebut dalam penggulungan, kita cuba mengurangkan kadar NRW. NRW pendekatan satu ditanggung oleh persekutuan tapi kita Pahang, oleh kerana piping kita sangat panjang dan perlukan penambahan peruntukan, saya sangat menyokong er… supaya siling itu dapat ditingkatkan dan pembangunan negeri dapat selaras dengan pencapaian hasil
yang dicapai oleh kerajaan negeri. Sekurang-kurangnya hasil yang kita perolehi dengan pembangunan yang kita buat tu nampak ada peningkatan. Bukan sahaja hasil meningkat, tapi pembangunan untuk rakyat juga dapat kita tingkatkan. Saya yakin dengan peruntukan tambahan ini, er… projek pembangunan dan pembekalan air negeri akan lebih mampan dan lebih baik. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya sangat berterima kasih kepada ADUN Cheka kerana sangat memahami kenapa kerajaan negeri membuat permohonan tambahan siling kerana ianya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk rakyat juga. Jadi saya ucapkan terima kasih. Kalau keadaan macam ni berterusan untuk sidang-sidang Dewan akan datang, alangkah baiknya. Terima kasih.
Ingatkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar nak isytihar peruntukan pada pembangkang. Dah sokong banyak dah ni.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya… baru saya bincang dengan Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri dan er… memang ada penambahan untuk pembangkang untuk tahun depan [Ahli Dewan menepuk meja]. Termasuk juga rakan-rakan daripada kerajaan. Penambahan tu bukan sedikit. Tak silap saya 100% daripada apa yang telah dapat… yang telah dapat. Jadi YB Andansura… YB Beserah tak ada kan? Sebab dia kata satu sen pun dia… [ketawa]… dalam ucapan dia, dia kata satu sen pun tak dapat. Tak betul sebenarnya, ada kita bagi. So untuk tahun depan kita tambah lagi peruntukan untuk pembangkang dan juga rakan-rakan daripada ADUN dan juga daripada kerajaan [Ahli Dewan menepuk meja]. Kita kongsi bersama, kita kembalikan kepada rakyat dan juga kepada Wakil Rakyat.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Masalahnya ialah Usul ini telah dicadangkan dan disokong dan kita pula ada sedikit perbahasan. Soalannya sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan untuk kelulusan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Usul ini diluluskan.
Urusan-Urusan Am
Perkara keenam: Urusan-urusan Am Kertas-kertas Mesyuarat.
Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2023 DN 27/2024
Laporan Ketua Audit Negara 3/2024 Negeri Pahang DN 28/2024
Laporan Tahunan 2023 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang DN 29/2024
Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang Berakhir 31 Disember 2023 DN 30/2024
Penyata Kewangan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang Berakhir 31 Disember 2022 DN 31/2024
Penyata Kewangan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang Berakhir 31 Disember 2023 DN 32/2024
Penyata Kewangan Perbadanan Stadium Darul Makmur Berakhir 31 Disember 2023 DN 33/2024
Penyata Kewangan Majlis Sukan Pahang Berakhir 31 Disember 2023 DN 34/2024
Penyata Kewangan Perbadanan SETIAUSAHA DEWAN Kerajaan (PSK) Berakhir 31 Disember 2023 DN 35/2024
Penyata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri: Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2020 Mengenai Aktiviti Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang DN 36/2024
Penyata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri: Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Auditan Khas Pengurusan Hutan Dan Impak Kepada Alam Sekitar, Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Dan Pengauditan Pematuhan Jabatan/Agensi Negeri Pahang DN 37/2024
PenangguhanAdjournment
Perkara Ketujuh: Penangguhan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon membawa cadangan bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Alhamdulillah syukur kepada Allah, Persidangan kita telah pun sampai ke penghujung dan saya ucapkan syabas tahniah kerana perjalanan Persidangan kita ini berjalan dengan lancar dan teratur. [Ahli Dewan menepuk meja]
Sudah pastinya pujian harus diberi kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker [Ahli Dewan menepuk meja] dan Yang Berhormat Timbalan Speaker [Ahli Dewan menepuk meja] kerana dapat mengendalikan aturan Persidangan dengan begitu baik sekali. Syabas dan tahniah kita bagi satu tepukan yang gemuruh kepada mereka berdua. [Ahli Dewan menepuk meja]
Kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat saya ucapkan syabas, tahniah dan terima kasih atas penglibatan Ahli Yang Berhormat dalam Persidangan kali ini. Sepanjang Persidangan ini berlangsung, kita telah berjaya menyelesaikan beberapa perkara penting yang sangat menyentuh isu negeri dan rakyat untuk kita bincang secara bersama di Dewan yang mulia ini.
Pada kesempatan ini juga saya, saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah bersetuju dan menyokong Belanjawan Negeri Pahang tahun 2025 yang telah saya bentangkan pada hari Jumaat yang lalu. Sudah pastinya Belanjawan yang kita bahas dan persetujui sepanjang Persidangan ini merupakan manifestasi komitmen kita bersama untuk memastikan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
Sokongan daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat juga mencerminkan kematangan dan keprihatinan dalam mengangkat amanah rakyat serta menyokong dasar yang dirancang untuk menjamin kemakmuran negeri Pahang Darul Makmur.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, negeri Pahang pada masa kini sedang dilanda Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh yang kelazimannya berlaku bencana banjir seperti yang telah berlaku baru-baru ini. Untuk itu, saya meminta semua Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian terus peka terhadap sebarang amaran dan hebahan mengenai situasi-situasi yang boleh menyebabkan berlakunya bencana banjir. Ini kerana Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran bahawa luruan monsun dijangka akan berlaku di negeri-negeri Pantai Timur pada 8 hingga 14 Disember ini yang berpotensi menyebabkan berlakunya hujan lebat secara berterusan.
Dalam pada itu, kerajaan negeri serta agensi-agensi bertanggungjawab telah dari awal melakukan pelbagai persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir termasuklah dengan menghantar barangan keperluan ke pangkalan hadapan serta menyenggara pusat-pusat pemindahan sementara. Di samping itu juga, saya meminta agar Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada daripada blok kerajaan mahupun pembangkang dapat bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menasihati orang
ramai yang tinggal di kawasan berisiko agar segera berpindah ke pusat pemindahan sementara apabila diarahkan berbuat demikian.
Ini kerana kita tidak mahu berlakunya kejadian yang tidak diingini akibat kedegilan untuk berpindah sehingga mengancam nyawa. Di kesempatan ini juga, saya turut melahirkan rasa simpati terhadap nasib penduduk di negeri-negeri yang terjejas banjir terutamanya di negeri Kelantan dan Terenganu sehingga mengakibatkan lebih 80,000 orang penduduk terpaksa dipindahkan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, insya-Allah Kerajaan Negeri Pahang akan menggerakkan program Pasca Bencana ke negeri Kelantan pada 11 dan 12 Disember ini iaitu [Ahli Dewan menepuk meja] pada minggu hadapan bagi membantu penduduk terjejas di negeri tersebut. Inisiatif ini merangkumi pemberian bantuan asas serta pelaksanaan aktiviti pencucian dan pembersihan di kawasan terjejas yang akan dilaksanakan oleh sukarelawan Pahang dan Majlis Tindakan Sosial Pahang untuk memulihkan keadaan kehidupan penduduk yang terkesan. Cuma saya ingin bertanya kepada ADUN Cheka di kawasan Yang Berhormat terjejas dak?
Di Kubang Kerian ada 17 PPS yang melibatkan 1,200 keluarga yang berpindah, tapi sebahagian besar dah pulang. Saya pun mengalu-alukan, terima kasih banyak Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas keputusan untuk bantu Kelantan, terima kasih.
Yang Berhormat perlu bantuan daripada negeri Pahang. Sukarelawan untuk pergi ke kawasan Kubang Kerian?
Saya akan maklum semula. Saya akan… saya akan tengok di lokasi sama ada sejauh mana keperluan semasa yang ada. Insya-Allah apa pun saya ucap terima kasih.
Jika perlu bagi tahu ya. Yang Berhormat SETIAUSAHA DEWAN Kerajaan pun ada. Khamis depan, kami akan pergi.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya rasa setakat ini sajalah ucapan penangguhan saya pada kali ini. Saya sekali lagi ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Sentiasa senyum, ceria, riang dan tidak pernah lupa makan ubat [Ahli Dewan ketawa]
Yang Amat Berhormat, saya cuti dua hari tu baru-baru ni sebab demam.
Tahu, tahu, saya tahu dan juga kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker atas kecemerlangan mengendalikan persidangan kita pada kali ini. [Ahli Dewan menepuk meja]
Begitu juga terima kasih sekali lagi atas keterlibatan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dalam Persidangan pada kali ini. Terima kasih kepada SETIAUSAHA DEWAN Dewan serta kakitangan di bawahnya serta kakitangan Pejabat SETIAUSAHA DEWAN Kerajaan Pahang atas komitmen tinggi dan usaha gigih bagi memastikan kelancaran persidangan ini. Ucapan terima kasih juga kepada ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan serta agensi-agensi kerajaan yang telah menyediakan butiran yang diperlukan kepada pihak kerajaan negeri untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dibangkitkan.
Saya juga bagi pihak rakan-rakan mengucapkan terima kasih kepada anggota Polis Diraja Malaysia, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia, petugas-petugas Jabatan Kesihatan dan petugas Jabatan Kerja Raya serta semua pihak yang telah membantu melancarkan persidangan ini. Tidak dilupakan, terima kasih juga kepada petugas media yang memberikan liputan sepanjang persidangan kita ini berlangsung. Insya-Allah kita akan bertemu lagi pada persidangan yang akan datang. Saya berdoa semoga Ahli-ahli Yang Berhormat selamat pulang ke kawasan masing-masing dan bagi Yang Berhormat ADUN Lantikan carilah kawasan yang perlu dilawati untuk membantu rakyat.
Jangan kacau kawasan [Ahli Dewan ketawa] Jangan langgar sempadan ya. Saya berharap semua Ahli-ahli Yang Berhormat dapat melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaik-baiknya. Dari segi peruntukan, saya dah katakan tadi ADUN Cheka dah jolok saya tadi. Persidangan-persidangan… perbincangan awalan saya telah bincang dengan Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri dan setakat hari ini saya confirm ada penambahan untuk semua peruntukan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. [Ahli Dewan menepuk meja]
Saya juga berdoa semoga Allah SWT merahmati dan memberkati setiap usaha kita dalam memberi khidmat bakti terbaik kepada rakyat serta melindungi negeri ini daripada sebarang musibah dan mala petaka.
Bunga Melur harum baunya
Tumbuh mekar di tepi paya
Sidang berakhir tugas bermula
Harapan rakyat tetap diutama.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon membawa cadangan bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya menyokong Usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar sebentar tadi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, kita telah selesai ke penghujung Persidangan Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Ke-15. Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat dan Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah memberikan kerjasama, sokongan, komitmen yang amat baik kepada saya dan Timbalan.
Lebih penting lagi dan lebih mustahak lagi menghormati, menghargai, memahami dan meletakkan Dewan yang mulia ini di landasan yang betul dan penuh integriti. Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana membentangkan Belanjawan Pahang 2025 yang merupakan belanjawan lebihan atau surplus budget sejumlah RM12 juta. Belanjawan bertemakan Prestasi di Peringkat Dipertingkatkan, Kemakmuran Dipertahan ini mensasarkan kutipan hasil mencecah RM1.19 bilion, meningkat 5% berbanding tahun lalu.
Sesungguhnya Belanjawan Negeri Pahang 2025 merupakan ikhtiar yang cukup bermakna dan menyeluruh untuk meletakkan Pahang ke tahap lebih baik serta menjadikan rakyat sebagai keutamaan dalam agenda pembangunan negeri. Apa diharapkan segala peruntukan dan perbelanjaan ini dapat disalurkan dengan baik dan telus kepada semua pihak tanpa mengira ideologi politik dan bangsa. Tadi pun Yang Amat Berhormat telah umumkan bahawa ada penambahan kepada semua peruntukan kecuali Speaker. (Ahli Dewan ketawa).
Semoga Belanjawan Pahang 2025 dapat mensejahterakan seluruh rakyat negeri ini daripada sudut jasmani dan rohani, pendidikan dan ekonomi.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Sebagai pemimpin yang diamanahkan, tugas kita bukan sekadar mendengar, tetapi memahami. Bukan sekadar berkata-kata, tetapi melaksana, bukan sekadar memimpin, tetapi bersama-sama merasai denyut nadi rakyat. Hanya dengan keikhlasan, kesungguhan dan usaha berterusan, kita mampu menjayakan impian rakyat menjadi suatu kenyataan.
Wakil rakyat dan pemimpin seharusnya peka dengan suara masyarakat semasa. Peranan kita bukan sahaja dapat dilihat oleh rakyat Malaysia, tetapi memberi gambaran imej yang akan diperhatikan oleh seluruh dunia. Jika kita berkhidmat dengan baik, rakyat juga akan senang hati dan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan kita. Mandat yang diberikan oleh masyarakat bukan untuk kepentingan diri sendiri, tetapi untuk menyumbang dan berbakti demi masa depan masyarakat dan negeri dan negara yang tercinta.
Saya mendoakan selepas ini, semua Ahli-ahli Yang Berhormat akan pulang ke kawasan masing-masing agar dapat menunaikan tanggungjawab, bukan sekadar sebagai Ahli Yang Berhormat, bahkan lebih jauh daripada itu. Sebagai Ahli Yang Berhormat adalah wakil yang dipilih oleh rakyat bagi menggalas tugas berat dan jika diberi kepada sekalian gunung-ganang pun, sudah barang pasti tidak sanggup untuk memikul bebanan amanahnya.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Saya juga seperti Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar ingin juga berpesan bahwa kita mengambil kira Monsun Timur Laut telah pun bermula, saya memohon Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di kawasan, berdamping dengan rakyat dan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi tempatan er… agensi kerajaan tempatan bagi menyelaraskan usaha menyelamatkan mangsa-mangsa banjir dan penyaluran bantuan di Pusat Pemindahan Banjir atau PPS jika berlaku banjir.
Kita sebagai Ahli Yang Berhormat sewajarnya menjunjung titah dan mencontohi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang sentiasa turun padang bersama-sama dengan rakyat di kala susah dan senang.
Akhir kalam, selamat berkhidmat saya ucapkan kepada Yang Berhormat semua. Bukan sekadar menjadi Yang Berhormat, tetapi menjadi Yang Berkhidmat untuk negeri dan rakyat. Yang elok jadikan ikutan, yang buruk dijadikan sempadan dan teladan.
Sekian.
Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Persidangan ditangguhkan]