Pahang · 21 April 2025

15th Assembly, 4th session, 1st meeting · 358 turns · 42,308 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari

: Isnin, 21 April 2025

bersamaan 22 Syawal 1446H

Masa : 9.30 pagi

DOA

Perkara Pertama: Doa.

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Marilah kita sama-sama memulakan persidangan kita dengan membaca Ummul kitab, Al-Fatihah [Ayat al-Quran]. Segala pujian bagi Allah, dibuka Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani kepadaNya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, melimpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman makmur limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkat-Mu ke atas kami berhimpun, dipohon anugerahkan Taufik-Mu, dipohonkan menyuluh, memandukan ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri serta penduduk- penduduknya sekalian. Ya Allah dipohon doa kami diperkenankan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri BesarQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera dan Salam Pahang 1st. Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama bersyukur pada Allah SWT kerana dapat meneruskan persidangan kita pada pagi ini. Saya lihat hari ini Ahli-ahli Yang Berhormat kelihatan ceria, bergembira, mungkin pada hari minggu ni, pada hari Sabtu dan Ahad ni banyak rumah-rumah terbuka, jadi makan lebih sikit agaknya lah.

Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama merakamkan rasa menjunjung kasih ke atas limpah perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berangkat menyempurnakan Perasmian Istiadat Pembukaan Dewan Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada hari Jumaat yang lalu, iaitu 18 April 2025 dan seterusnya menyempurnakan Titah Diraja. Patik serta sekalian pacal menjunjung segala Titah nasihat Kebawah Duli Paduka Tuanku yang jelas dan tegas semasa istiadat pembukaan tersebut, Titah nasihat Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku akan

dihayati, diteliti dan dibahaskan dengan penuh tanggungjawab oleh Ahli-ahli Dewan Negeri.

Hari ini kita bersidang dengan semangat baru. Saya perhatikan bahawa semua er… Ahli-ahli Yang Berhormat seperti yang saya nyatakan tadi, penuh semangat ke dalam Dewan Yang Mulia ini menandakan kesiapsiagaan kita untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan dalam mesyuarat kali ini. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kete… kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Sekali lagi, dalam kesempatan ini dalam Dewan Yang Mulia ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Perdana Menteri yang kelima, Tun... Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah kembali ke rahmatullah pada Isnin lalu di Institut Jantung Negara. Allahyarham mengemudi perubahan kepada Malaysia, menyaksi peralihan pucuk kepimpinan setelah sekian lama. Pentadbiran yang diterajui oleh Tun Abdullah menyaksikan pelaksanaan pelbagai inisiatif penting termasuklah konsep Islam Hadhari dan penu…penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan lain-lain lagi. Jasa dan bakti Allahyarham Tun akan sentiasa dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang mahupun fahaman politik.

Seterusnya, Dewan Yang Mulia ini juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang yang baru, Dato' Indera Nazri Abu Bakar, [Ahli Dewan menepuk meja] menggantikan Dato' Sri Haji Zulkifli bin Yaacob yang telah bersara wajib selepas 36 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dato' Sri Haji Zulkifli atas segala jasa dan sumbangan beliau.

Ucapan tun... tahniah juga dirakamkan kepada Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri yang baru, Tuan Muhammad Saifuddin bin Hashim Musaimi menggantikan Dato' Sri Saifuddin Edris bin Zainuddin... Dato'... Dato' Mohd Saifuddin bin Haji... Hashim Musaimi ya? Menggantikan Dato' Saiful. Maknanya kalau nak jadi LA ni kena ada Saiful depan. Turut dirakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri yang baru iaitu Dato' Haji Fadzilla bin Haji Salleh. Boleh bangun ketiga-tiga ni, orang nak kenal. Boleh, boleh, boleh bangun, sila bangun. [Ahli Dewan menepuk meja] Sebab Ahli-ahli Yang Berhormat er… apa nama ex-officio dia jarang bangun, hari ni kita bagi dia chance bangun.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di atas kejayaan meningkatkan hasil negeri secara signifikan [Ahli Dewan menepuk meja] berdasarkan unjuran prestasi hasil negeri bagi tempoh 2018 hingga 2025, Pahang mencatatkan Peningkatan sebanyak 174.9% iaitu dari RM443.3 juta kepada… pada tahun 2018 kepada sasaran RM1.194 bilion pada tahun 2025. Tahniah kita ucapkan. Peningkatan ini adalah bukti bahawa strategi yang dilaksanakan termasuk dalam sektor ekonomi, pengurusan sumber dan pembangunan berteraskan kemampanan memberikan hasil yang signifikan.

Ia juga mencerminkan komitmen semua pihak daripada kepimpinan negeri, penjawat awam, sektor swasta hingga rakyat Pahang dalam mempastikan negeri ini terus berkembang maju dan sejahtera. Diharap usaha ini dapat diteruskan dengan penuh iltizam agar Pahang akan terus menjadi negeri yang makmur, stabil dan berdaya saing selaras dengan cogan kata Pahang Makmur dan Pahang 1st.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan Yang Mulia ini juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar di atas pelantikan beliau sebagai Penasihat Khas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang bertanggungjawab kepada Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) Kebangsaan. Pelantikan ini bertujuan untuk membantu memperkasakan usahawan bumiputera di seluruh negara. Kita yakin dan percaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar mampu menggalas amanah ini dengan penuh tanggungjawab bagi menyantuni serta memartabatkan usahawan bumiputera di seluruh tanah air.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Sejak akhir-akhir ini selepas kemenangan Presiden baru Amerika, dunia berada dalam keadaan tidak menentu. Landskap ekonomi dunia berubah begitu drastik. Dasar-dasar baru yang dilaksanakan oleh pentadbiran baru Amerika, dipercayai akan memberikan kesan kepada penduduk dunia. Bagi menghadapi cabaran baru ini, yang sedang melanda kita berharap dan percaya bahawa kerajaan akan terus merangka dan melaksanakan langkah-langkah strategik bagi mempastikan kepentingan nasional serta serantau sentiasa terpelihara. Sebagai rakyat yang cintakan tanah air menjadi tanggungjawab kita… semua tanpa mengira kaum, agama dan kefaham kefahaman politik untuk bersatu padu dan bekerjasama dalam usaha memperkukuhkan ekonomi negara dan kestabilan politik.

Dalam situasi perubahan, landskap politik dan ekonomi global yang tidak stabil ini, tumpuan negara seharusnya ke arah berus… usaha. Terarah kepada usaha memulihkan ekonomi, bukannya untuk kita terus bertelagah di dalam perbalahan politik yang tidak berkesudahan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, akhirnya bagi menghormati dan meraikan semangat demokrasi yang kita amalkan, saya ingin memaklumkan bahawa Dewan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15 akan ditamatkan lebih awal iaitu pada hari Khamis, 24 April 2025. Keputusan ini diambil kira bagi memberi ruang kepada semua parti-parti politik untuk menjalankan kempen terakhir sempena Pilihan Raya Kecil Ayer Kuning yang akan mengundi dan akan berlangsung pada hari Sabtu, 26 April 2025.

Saya berharap agar semua Ahli-ahli Yang Berhormat dapat manfaatkan masa yang berada… yang ada ini untuk menyelesaikan urusan Dewan dengan sebaiknya sebelum tamat tarikh tersebut. Terdapat er... kerusi-kerusi kosong er... di dalam er... Dewan ini, er... ada di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang ini hadir ke daerah masing-masing bagi meraikan Keberangkatan Ke Bawah Duli Tuanku di dalam Lawatan er... ke daerah masing-masing dan insya-Allah akan kembali pada petang Ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, Sebelum saya meneruskan kepada sesi pertanyaan. Saya ingin memaklumkan bahawa, saya akan menghadkan pertanyaan lisan kepada beberapa soalan sahaja. Pertanyaan sahaja. Pertanyaan tersebut mestilah ringkas dan padat supaya kita dapat bersidang dalam masa yang ditetapkan. Baiklah, sekarang saya ingin menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Ketari untuk soalan nombor 1 dan mengemukakan pertanyaanya.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Terima kasih Dato' Sri Speaker. Soalan saya nombor 1.

[Berapakah bilangan dan peratusan warga Pahang yang miskin dan miskin tegar mengikut pecahan DUN dan bangsa. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk menoktahkan bilangan kemiskinan tegar di Negeri Pahang?]

Assalamualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Alhamdulillah, Speaker pun nampak ceria pada pagi ini. Terima kasih kepada ADUN kawasan Ketari yang bertanyakan soalan, berapakah bilangan peratusan warga Pahang yang miskin dan miskin tegar, mengikut pecahan Dewan Undangan Negeri dan bangsa. Yang ke-2, Apakah perancangan kerajaan negeri, untuk menoktahkan bilangan kemiskinan tegar di Negeri Pahang.

Untuk makluman Yang Berhormat daripada Ketari, sehingga 18 April 2025, di Negeri Pahang terdapat 13,483 Ketua Isi Rumah yang dikategorikan sebagai miskin dan 40 Ketua Isi Rumah yang dikategorikan sebagai Miskin Tegar. Statistik ataupun angka menunjukkan bahawa Ketua Isi Rumah dalam kategori miskin mengikut pecahan bangsa adalah seperti berikut. Melayu 11,906 Ketua Isi Rumah. Cina 590, India 914 lain-lain 73. Bagi Miskin Tegar pula, statistik Ketua Isi Rumah mengikut pecahan bangsa iaitu Melayu 36, Cina 1, India 3 lain-lain tak ada. Manakala mengikut Dewan Undangan Negeri, terdapat 20 yang Dewan Undangan Negeri yang dikategorikan sebagai Miskin Tegar. Antaranya saya sebut yang tinggi je lah ye, antaranya Tanjung Lumpur, Beserah, Padang Tengku, ada 4 masing-masing ada 4, manakala Benta, Kuala Semantan 3,3 Triang 2 Inderapura 2, Cheka 2, Tahan 2, Pulau Manis 2, Muadzam Shah 2, Batu Talam 2, yang lain-lain 1, iaitu Guai, Teruntum, Lepar, Panching, Bebar, Bukit Ibam, Tioman dan Mentakab.

Untuk makluman Yang Berhormat juga dalam usaha kita menoktahkan miskin tegar pemantauan dan penyaluran bantuan dilaksanakan melalui platform Mesyuarat Jawatankuasa Focus Group Kesejahteraan Rakyat di peringkat negeri dan daerah. Jawatankuasa Focus Group ini akan mengenal pasti dan mengesahkan Ketua Isi Rumah yang tergolong dalam kategori miskin tegar, jawatankuasa Focus Group ini akan memastikan tiada pertindihan penyaluran bantuan berlaku dan seterusnya memastikan setiap Ketua Isi Rumah dalam kategori miskin tegar menerima bantuan yang bersesuaian bagi membolehkan mereka dikeluarkan dari kategori miskin tegar ini.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Wilayah dan Desa juga menjalankan Program Perumahan Rakyat Sejahtera yang menyediakan bantuan bina baru dan ataupun pembaikan rumah kepada golongan miskin dan miskin tegar untuk memiliki kediaman yang selamat dan selesa. Selain daripada itu juga, kerajaan negeri turut membantu mereka yang berada dalam kategori miskin tegar seumpamanya seperti pembinaan Rumah Rakyat Pahang yang diberikan secara percuma kepada mereka yang benar-benar memerlukan rumah dan banyak lagi bantuan-bantuan lain iaitu seperti er... anak-anak yang memasuki persekolahan darjah 1 dan juga yang darjah 2 dalam kategori B40, di mana Kerajaan negeri memperuntukkan RM50.54 juta untuk membantu rakyat di negeri Pahang. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.

Speaker

Soalan tambahan sila.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Terima kasih Dato' Sri Speaker. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas usaha yang telah dijalankan untuk memastikan er... warga negeri Pahang er... terkeluar daripada golongan terutamanya miskin tegar ni. Jadi er... soalan tambahan saya adalah

[Apakah perancangan untuk memastikan er... kita menoktahkan semuanya. Saya faham tadi Jawatankuasa Focus Group memang memainkan peranan, tapi memandangkan sepertimana yang mengatakan, keadaan ekonomi yang tidak tertentu sekarang, ia akan memberatkan lagi tanggungjawab ini. Jadi apakah perancangan untuk memastikan kita akan menoktahkan semua miskin tegar?]

Terima kasih Yang Berhormat daripada Ketari. Usaha kerajaan negeri terutamanya Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, tidak henti-henti untuk menoktahkan kemiskinan tegar ni. Tetapi miskin, miskin tegar ni Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, ianya adalah sesuatu yg subjektif. Jadi apa yang harus kita buat. Ialah kita meminta er... jabatan, terutamanya jabatan daripada Pembangunan Negeri, BPEN, Pejabat SS, Kewangan dan sebagainya. Kita kenal pasti, pada tahun ini berapa orang ada miskin tegar? Contohnya, katalah pada tahun 2025 sehingga hari ni ada berapa orang miskin tegar ye. Contoh contohnya, sehingga 13 haribulan 3 ada 646 orang miskin tegar. Kita kenal pasti yang 646 orang ni dulu dan kita bantu 646 orang ni dan kita noktahkan, kita selesaikan masalah 646 orang ni dan selepas pada itu dia akan ada lagi, sebab miskin ni dia satu benda yg tidak akan selesai di mana-mana negara pun, negeri pun tetap ada orang miskin. Tapi kita go dengan izin Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, kita go case by case ye 646 kita bagi tumpuan, kita pergi tengok, kita daftarkan mereka dalam e-Kasih kemudian kita bagi bantuan pada mereka. Kiranya dalam 646 orang tu ada yang memerlukan rumah contohnya, yang benar-benar memerlukan rumah kita akan bagi keutamaan kepada mereka melalui Rumah Rakyat Pahang dan sebagainya. Itu cara kita menoktahkan, tetapi untuk menoktahkan secara… secara tetap tidak mungkin berlaku sebab ia akan sentiasa ada orang miskin dan akan ada, dah selesai yang ini akan ada yang baru pulak. Contoh dia, tapi kerajaan negeri Alhamdulillah, setakat hari ni kita berjaya. Contohnya, kalau yang saya katakan tadi sehingga 13hb 5 ada 646 orang. Kita akan fokus, kita akan noktahkan mereka. Kita berjaya menyelesaikan itu daripada dulu. Sebab itu lah berapa kali dah kita berjaya menoktahkan miskin tegar di negeri kita ini. Terima kasih Dato' Sri Yang diPertua.

Speaker

Sila. kita bagi. Sila-sila wakil daripada Beserah.

Terima kasih. Dato' Sri Speaker. Er... saya ucap tahniahlah kepada Kerajaan negeri di atas iltizam yang tinggi untuk membantu rakyat yang miskin tegar. Cuma saya ingin bertanya sedikit soalan. Er... data yang dikemukakan oleh YAB sebentar tadi, sebut

Beserah antara yang tertinggi er... 4 orang 4 orang. Saya nak tanya data daripada mana yang digunakan yang menunjukkan ianya hanya 4 ketua isi rumah yang berada dalam kategori miskin tegar ini. Adakah daripada data DOSM atau e-Kasih atau mana-mana data yang diambil kerana realitinya kita lihat suasana yang ada. Ianya tidak menunjukkan angka yang sebenar er... miskin tegar ini. Di kawasan saya terutama sekali er... kerana sentiasa orang kata apa banyak aduan kita terima. Miskin tegar ini paras garis kemiskinan Pahang RM1,200.00 lebih kurang pendapatan perkapita RM1,900.00… RM1,100.00 lebih. Jadi bagaimana kaedah dia, kita gunakan data yang kita dapat itu dapat mewakili realiti sebenar. Sebab kita, kita faham ianya sentiasa berubah subjektif tapi bagaimana kita mendapatkan data itu supaya dia refleks realiti di tempat dia itu. terima kasih.

Terima kasih YAB Dato' Sri Speaker, kita terdapat 3 jabatan yang memastikan untuk memantau dan memastikan adanya miskin tegar di kawasan Dewan Undangan Negeri. Sumber yang pertama ialah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pahang. Sumber yang kedua adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang dan sumber yang ketiga adalah Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Pahang. Ini 3 sumber yang kita dapat yang dikemukakan kepada kita dan miskin ni Yang Berhormat daripada Beserah, dia adalah seperti mana yang saya katakan tadi ia sangat subjektif. Kadang-kadang yang pendapatannya RM2,500.00, contohnya kalau yang anak seorang tak ada masalah. Tapi kalau anak sampai 10 orang, dia jadi miskinlah pulak. Contohnyalah.

Speaker

Itu belum isteri lagi la.

Itu la, tapi kalau dia pandai cari isteri yang yang berkerja ataupun pendapatan tinggi yang meniaga dia akan terkeluar daripada miskin tegar. YB Dato’ Sri Speaker boleh seru Ahli-ahli Dewan sekiranya berani la.

Speaker

Kurang keberanian.

Jadi dia sangat relatif yang miskin ini dia takkan… kita tidak akan dapat noktahkan. So cara yang terbaik di Pahang ini ialah kita kenal pasti dulu sehingga 13 haribulan 5 ini kita ada 646 orang miskin tegar. Ada lagi selepas 13 haribulan 5 ini ada, tetapi keutamaan kita untuk selesaikan yang 646 orang ni, kita keluarkan mereka dulu. Kalau dah ada angka lain, kita kenal pasti kita noktahkan pulak dan setakat hari ini apa yang telah kita rancang, apa yang kita buat telah berjaya dan kita ucapkan syabas dan tahniah kepada agensi kerajaan yang berkaitan [Ahli Dewan menepuk meja] kerana berjaya menoktahkan miskin tegar yang telah kita kenal pasti. Untuk makluman YB daripada Beserah juga, pendapatan yang kita kategorikan sebagai miskin tegar ialah RM1,250.00 kalau tak silap saya. Saya nak confirmkan. Ya, dia terbahagi kepada dua.

Di bandar RM1,250.00 di luar bandar RM1,145.00. Ini yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Terima kasih Dato' Sri Yang Dipertua.

Speaker

Ye, Yang Amat Berhormat. Kadang-kadang ada dia orang ni dipanggil miskin migrasi, dia daripada negeri lain, dia datang ke tempat kita. Dia memang miskin, tetapi mereka belum lagi termasuk di dalam senarai ataupun didaftarkan. Jadi ini memang realiti. Sila soalan terakhir.

YB Dato' Sri Speaker, saya mohon YAB Menteri Besar menjelaskan berkaitan dengan Program Sentuhan Rakyat Makmur. Kalau dilihat Program Sentuhan Rakyat Makmur ini banyak menyentuh ataupun, golongan-golongan miskin tegar dan juga miskin, boleh jelaskan dari segi impak dan juga mekanisme yang digunakan untuk program tersebut.

YB Dato' Sri Speaker, terima kasih kepada ADUN Kemayan. Bukan sahaja Program Sentuhan Makmur, kita buat Jualan Makmur pun kita buat, Baucar Makmur. Yang terkini ialah Baucar Makmur yang kita bagi kepada rakyat yang memerlukan. Dan sentuhan ini Sentuhan Rakyat Makmur ini adalah bertujuan untuk mendekatkan penjawat awam terutamanya daripada Setiausaha Kerajaan negeri bersama dengan rakyat. Setakat hari ini, kita dah buat dua tempat iaitu di dalam Parlimen Cameron Highlands dan juga di dalam Parlimen Rompin di mana dalam program ini semua penjawat awam, ketua-ketua jabatan yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan negeri akan pergi ke kawasan yang telah dikenalpasti dan berjumpa dengan masyarakat. Di situ ada sesi townhall di mana boleh ada two way communication dengan izin dan dalam masa yang sama saya dapat maklum balas ada masa dan ketikanya masalah-masalah di kawasan tersebut dapat diselesaikan pada ketika itu juga. Oleh sebab SS akan bawa rombongan dia dan ketika itu ada penduduk yang mengemukakan permasalahan mereka, longkang, parit dan sebagainya. Ada yang dapat diselesaikan dan ada juga yang dibawa ke pengetahuan kerajaan negeri. Ini adalah salah satu daripada usaha kerajaan negeri untuk mendekatkan diri selain daripada kita sebagai Wakil Rakyat untuk berdampingan dengan rakyat, bermakna mereka ada saluran lain. Mana semua pihak dan wakil rakyat ketika itu tidak dijemput. Yang ini memang kita terus libat supaya rakyat boleh tanya dia tak ada segan silu nak tanya apa-apa pun. Ataupun untuk mengemukakan cadangan dan sebagainya. Dan orang ramai dijemput Ahli-ahli Majlis dijemput dan selepas tu kita akan dapat tahu laporan apakah permasalahan dia dan kita cuba selesaikan di mana yg perlu. Jadi dengan kata lain, ringkasnya adalah inisiatif kerajaan yang membolehkan penjawat-penjawat awam bersemuka dengan rakyat dan ada two way communication. Dan dalam masa yang sama ada townhall dan boleh menyelesaikan masalah yang difikirkan boleh selesai ketika itu dengan arahan Setiausaha Kerajaan negeri melaporkan kepada kerajaan. Dan ini sangat berkesan dan Insya-Allah kita akan pergi, bukan kita lah. Maknanya Kerajaan negeri mengarahkan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan akan pergi ke semua kawasan Parlimen untuk berjumpa dengan rakyat. Terima kasih YB daripada Kemayan, terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.

Speaker

Soalan seterusnya soalan No. 2

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Yang Berhormat Speaker, soalan Nombor 2.

Assalamualaikum WBT, YB Dato' Sri Speaker soalan nombor 2 ini soalan daripada ADUN kawasan Kuala Semantan ya. Dibaca oleh ADUN Ibam bagi pihak, ia berkaitan dengan projek ataupun berkaitan dengan isu yang berkaitan dengan penternak ikan sangkar di Sungai Pahang dan Sungai Semantan iaitu berkaitan dengan apakah inisiatif langkah-langkah kerajaan untuk membantu penternak khususnya yang terlibat dengan aktiviti penternakan ini apabila harga makanan ikan ini meningkat dan keduanya, langkah yang diambil untuk menangani ekosistem iaitu kualiti Sungai Pahang itu sendiri. Jadi YB Dato' Sri Speaker, kerajaan negeri menyedari kepentingan keterjaminan makanan bagi rakyat Negeri Pahang. Jaminan makanan maksudnya ialah ketersediaan mampu dimiliki, berkhasiat dan selamat serta stabil bekalan. Bagi Negeri Pahang, kecukupan bekalan sumber ikan diperolehi… diperolehi daripada dua sumber iaitu ikan laut marin yang didaratkan di Jeti Kompleks LKIM Kuantan, Pekan dan Rompin manakala bagi ikan air tawar, pengeluaran terutamanya melalui ternakan ikan sangkar di daerah-daerah Temerloh, Maran, Lipis, Jerantut, Bera dan Bentong. Di samping sumber ikan asli daripada sungai-sungai yang sedia di negeri Pahang Darul Makmur ini. Pengeluaran ikan air tawar telah membuka peluang perniagaan seperti gerai-gerai jualan ikan, kedai makan atau restoran yang menjadi tempat tumpuan kehadiran kumpulan-kumpulan pelancong baik daripada dalam negeri Pahang mahupun di luar negeri Pahang. Ia menyumbang kepada penjanaan ekonomi negeri Pahang dan kita tahu bahawasanya err...aktiviti penternakan ikan ini dia akhir sekali dalam setiap projek yang dilaksanakan, dia akan melibatkan kos operasi. Saya nak maklumkan bahawasanya kos operasi ini bukan semata-mata bergantung kepada ini makanan ikan. Ianya juga melibatkan peralatan melibatkan benih dan lain-lain. Jadi dalam konteks seumpama ini seperti mana yang kita sedia maklum, makanan ikan ini komponen dia sebahagian besarnya bahan mentah terdiri daripada kandungan jagung. Dan jagung ini terpaksa diimport daripada luar negara.

Speaker

Ini bagi makan anak ikanlah.

Ini makanan ikan, makanan. Jadi sebab tu komponen dia jagung, tepung, bijiran yang lain. Dan apabila bahan-bahan mentah ini terpaksa diimport daripada luar, kita tidak dapat kawal harga ini kecuali kita mengeluarkan bahan-bahan mentah ini. Usaha telah dibuat oleh pihak kerajaan ke arah perkara tersebut. Oleh kerana kita tidak ada misal contohnya kawalan terhadap harga bahan-bahan mentah ini. Maka kerajaan memberi insentif yang lain. Apakah insentif dia ini yang saya nak maklumkan, kerajaan memberi insentif galakan kepada pengusaha penerokaan ikan sangkar di Sungai Pahang termasuklah juga Sungai Semantan ini melalui langkah-langkah yang dilaksana pada

setiap tahun iaitu dan tahun 2024 contohnya, inisiatif kerajaan telah disalurkan kepada penternak aquaculture negeri Pahang seperti berikut. Pertama sekali dipanggil Bantuan Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan Akuakultur ataupun SPEKS, SPEKS. Berjumlah RM489,700.00 telah dibelanjakan kepada 35 orang penternak dan SPEKS ini dia akan melibatkan bantuan dalam bentuk makanan, benih dan peralatan.

Yang keduanya bantuan projek Pembangunan Integrasi Akuakultur (PPIA) dinamakan sejumlah RM6.893 juta telah diberikan kepada 48 orang penternak melalui klas...11 kluster yang ini seluruh negeri Pahang. Dan ia melibatkan maknanya sangkar, rumah operasi atas rakit itu, misal contohnya ada rakit-rakit itu dia ada sangkar, dia ada rumah operasi dan juga lain-lain. Dia integrasi termasuklah benih dan err...makanan. Yang ketiganya Bantuan Peruntukan Pembangunan Semula Projek Agro....Agromakanan (PPSPA) kepada 67 orang pengusaha akuakultur yang terjejas banjir dan kemarau. Kalau banjir itu La Nina, kalau kemarau itu El Nino negeri Pahang.

Sejumlah RM589,010.00 yang diberikan dalam tahun 2024 ini yang terlibat dengan banjirlah manakala dalam tahun 2025 kerajaan meneruskan bantuan kepada penternak agriculture yang melibatkan implikasi kewangan keseluruhannya sebanyak RM5.601 juta di bawah program-program yang dinamakan sepertimana yang saya sebutkan tadilah dibawah Program SPEKS PPIA dan juga bantuan di bawah Tabung Bencana Pertanian kepada 45 orang penternak yang terjejas banjir sepanjang November tahun 2024 hingga Januari tahun 2025 dengan jumlah bantuan sebanyak RM540,000 dan usaha ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. Tapi untuk makluman antara err... selain daripada apa yang dizahirkan, ADUN Semantan ada bangkitkan apakah langkah-langkah yang kita ambil untuk err...menangani pencemaran sungai-sungai Pahang?

Misal contohnya dalam ekosistem ini, aktiviti penternakan ikan. Saya nak maklumkan bahawasanya setiap satu keadaan itu dia ada dia punya piawai atau standard dengan izin kita nampak air keruh misal contohnya, pada pandangan mata kita nampak keruh tetapi sebenarnya kekeruhan itu juga sebenarnya dalam ling... ruang lingkup atau standard yang dibenarkan. Tak mungkin kita ada sungai. Misal contohnya, mungkin kita ideally, maknanya secara idealnya kita nak kalau boleh itu sungai Pahang itu jernih tengok dia nampak dah ke...ke dasar. Dalam keadaan situasi yang realitinya tidak mungkin nampak daripada mata kaca, kaca mata kita nampak keruh seolah-olah ia akan mengganggu keadaan err... termasuk aktiviti penternakan ikan, tetapi sebenarnya err. Pihak ini…pihak ini Jabatan Alam Sekitar membuat pemantauan kepada kualiti air sungai. Begitu juga Jabatan Perikanan dia buat pemantauan dia ambil apa nama ini err... ujian dan kiranya ujian itu dibuat sedemikian rupa mengikut standard yang dibenarkan. Tetapi yang paling utama sekali ialah sekiranya kekeruhan itu melebihi daripada apa yang dibenarkan. Ikan tu akan mati, insang-insang dia itu… dia apa nama… yang ini apa nama… akan dia tersekat lebih block dengan izin. Jadi akhirnya ikan mati itu yang sebenarnya waima apa sekali kaedah yang kita buat paling mudahnya, indi...indikator atau petunjuk yang menunjukkan kualiti air itu tercemar dari segi kekeruhan adalah apabila ikan itu banyak yang mati.

Tapi setakat yang dimaklumkan oleh Jabatan Perikanan, kejadian yang mungkin berlaku ini ialah apabila ada banjir tahun-tahun 2022 masa itu banjir besar. Jadi air keruh dari masa ke semasa kekeruhan itu ada juga gangguan sedikit sebanyak kepada penternakan ikan err... sangkar khususnya tetapi selepas itu bila kita tidak ada lagi banjir itu air itu sedikit demi sedikit air sungai itu bertambah baik kualitinya dan setakat ini, Alhamdulillah aktiviti penternakan ikan dalam sangkar ni diteruskan dengan mampan. Terima kasih.

Speaker

Sila.

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Saya ada satu soalan yang err... agak spesifik iaitu berhubung baru-baru ni ada satu kejadian kira-kira pada bulan 4 tahun ini dimana berpuluh-puluh sangkar telah dihanyutkan oleh… akibat daripada dilanggar oleh satu kayu...kayu hanyut dan melanggar err... sangkar -sangkar penduduk di ataupun penternak ikan di Sungai Pahang, khususnya di kawasan Sungai Semantan di daerah Temerloh ini. Jadi saya nak…nak tahu adakah kerajaan negeri ada menyediakan sebarang bantuan ataupun inisiatiflah terhadap hampir 7 pengusaha yang terlibat dalam kejadian tersebut? Itu sahaja.

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, lazimnya err... penternak-penternak ikan sangkar ini sentiasa diberikan perhatian oleh pihak kerajaan khususnya Jabatan Perikanan dan bantuan dalam bentuk pelbagai sebenarnya disalurkan. Mana yang saya telah sebutkan tadi angka-angka bantuan yang telah diberikan. Jadi dalam kes yang seumpama ini err... ianya luar biasa sikit iaitu macam boyalah, tak macam mana lah, pungkolah, kata saya selalu sahabat saya daripada err... Kerdau. Menyebut pasal pungko lah, tak, pungko. Maknanya kayu yang… yang hanyut di dalam sungai itu dia menyebabkan banyak kerosakan dan perkara ini berlaku dalam bulan 4 baru ini. Jadi saya… saya mohon izin yang Yang Berhormat Dato' Sri Speaker untuk ini apa nama membuat rujukan kepada… kepada jabatan yang berkaitan. Terima kasih kepada ini ADUN lantikan daripada err... Rompin yang bangkitkan perkara ini dan insya-Allah. Saya rasa saya tak nak memberikan jawapan tanpa mendapat input khusus ya. Tapi terima kasih kerana membangkit perkara seumpama ini dan insya-Allah. Maknanya saya yakin err...kerajaan termasuk kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar sentiasa mendendangkan ataupun memberi pengiktirafan kepada pejuang-pejuang barisan hadapan yang tidak didendangkan. The unsung heroes. Antara the unsung heroes dengan izin ya. Wira- wira yang tidak didendang kan ialah mereka yang mengusahakan termasuk penternak, nelayan, petani dan sebagainya yang menyumbang kepada agenda keterjaminan makanan dan mereka juga adalah penyumbang utama yang menyebabkan ramai pelancong daripada luar kalau kita pergi ke macam missal contohnya ke Temerloh, ke Kampung Bangau… Bangau Tanjung dan sebagainya kita lihat penuh kereta dan kita dapat menyediakan satu hidangan yang hebat, makanan Pahang berasaskan ikan patin tempoyak yang cukup enak dan mereka ni apabila ditimpa musibah insya-Allah kita akan bagi bantuan. Insya-Allah yg perkara tu saya akan maklumkan semula dalam Dewan Yang Mulia ni bila saya dapatkan maklumat. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya. Soalan Nombor 3. Wakil daripada Semambu.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Terima Kasih Dato' Speaker. Soalan saya soalan 3.

Kenyataan media daripada Persatuan-persatuan dan jaringan Orang Asli yang membantah tentang tindakan Syarikat ORACO di Pahang. a) Apakah penjelasan kerajaan negeri berkenaan dengan tuduhan persatuan tersebut tentang pengambilan tanah-tanah yang diusaha atau digunakan oleh Orang Asli? b) Bagaimana ORACO menjaga hak, kepentingan dan kebajikan Orang Asli di Pahang?

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan daripada Semambu yang mengemukakan soalan tentang kenyataan media daripada persatuan-persatuan dan jaringan masyarakat Orang Asli yang membantah tentang tindakan syarikat ORACO di Pahang. Jadi persoalannya, “Apakah penjelasan kerajaan negeri berkenaan dengan tuduhan persatuan tersebut tentang pengambilan tanah-tanah yang diusaha atau digunakan oleh Orang Asli dan juga bagaimanakah ORACO menjaga hak kepentingan dan kebajikan masyarakat Orang Asli?

Yang Berhormat Dato Seri Yang di-Pertua, Yang pertama mengenai ORACO. ORACO ini adalah salah satu agensi yang hasil daripada cetusan idea Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, selaku Menteri Besar Pahang. Sebab apa beliau telah mencetuskan idea ini sebelum beliau menjadi Menteri Besar, dahulunya beliau pernah duduk sebagai EXCO yang menjaga kepentingan hal ehwal Orang Asli. Banyak perkara dia tengok tentang Orang Asli ini perlu dibantu secara lebih agresif dan berkesan kerana apa Masyarakat Orang Asli terlalu tertinggal jika dibandingkan dengan masyarakat-masyarakat orang lain. Kita ada JAKOA, Jabatan Kebajikan Hal Ehwal Orang Asli yang bertanggungjawab sepenuhnya tetapi JAKOA ini mempunyai kepentingan yang terlalu banyak melibatkan serata negeri di negara kita Malaysia.

Jadi ditambahkan pula Orang Asli di negeri Pahang ini kampung sahaja ada 263 buah kampung yang melibatkan lebih 90 ribu orang individu Orang Asli yang perlu kita bantu. Jadi dahulunya Orang Asli ni nak dibantukan ekonominya. Kerajaan negeri minta jasa baik JAKOA, minta tolong daripada RISDA kita tunjuk itu tanah, tolong majukan tanah. RISDA pun bersetuju sekian lama RISDA telah berusaha dengan gigih membantu masyarakat Orang Asli. Maka pada tahun 2024, awal 2024, pihak RISDA menarik diri untuk membantu membangunkan tanah-tanah masyarakat Orang Asli untuk membangkitkan dan membangunkan ekonomi Orang Asli.

Kebetulan bila dia tarik diri, maka terbiarlah tanah tu tadi, tak ada sapa nak menjaga sebab tanah yang dibangunkan kalau setelah dibangunkan, ada pokok sawit ke ada pokok getah ke senang, bila nak berlaku tanam semula, bila nak berlaku penjualan perlu kepada kelulusan, perlu kepada pengurusan. Maka hal ini kita nampak masyarakat Orang Asli terpaksa dibantu. RISDA dah surrender maka kita minta jasa baik ORACO, Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri telah meneliti di dalam mesyuaratnya membuat keputusan secara bersama supaya kita minta ORACO bantu JAKOA supaya masyarakat Orang Asli ni tanah- tanah dia tak terbiar begitu sahaja.

Maka hasil daripada itu, ORACO terpaksalah mengambil tanggungjawab. ORACO ni asalnya Yang Amat Berhormat nak suruh bantu kalau ada rumah bocor tolong baiki, kalau ada yang nak sekolah, tak ada baju sekolah tolong belikan baju sekolah, Kalau

anak- anak nak masuk universiti susah sangat Orang Asli tu tolong dia masuk universiti tetapi akhirnya hasil daripada…

Speaker

Lebih, lebih fokuslah.

Lebih fokus. Kita minta dia bertanggungjawab kepada masyarakat Orang Asli ni tolong dia orang supaya bangunkan tanah-tanah. Alhamdulillah, hasil daripada idea yang begitu cerna daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dengan persetujuan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, ORACO telah berupaya untuk membantu satu demi satu. Contohnya, di Kampung Paya Sendayan dan Gapoi. Sendayan di Temerloh, Gapoi di Bentong, kita berjaya menyelesaikan 606 orang untuk memiliki tanah dan geran pun telah diberi. Kerjasama di antara ORACO dengan pihak JAKOA. Begitu juga di Kampung Terisu, Terisu ni dekat Cameron Highlands. Seramai 323 orang masyarakat Orang Asli yang melibatkan empat buah kampong. Tanah mereka ini telah diuruskan oleh pihak ORACO dan mereka mendapat pendapatan bulanan yang agak selesa, tidak kurang daripada RM800.00 sebulan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Begitu juga kalau kita pergi kepada kampung- kampung yang lain sebab lokasi yang kita nak kenal pasti lebih daripada 70 buah ladang, bukan kecil tapi kerajaan negeri berikan peluang kepada ORACO selama dua tahun untuk memastikan dia orang boleh buat dan dia orang boleh berbakti kepada masyarakat Orang Asli.

Mengenai soal kebajikan saya dah sebut di awal tadi. Sekarang ini hampir 300 buah rumah telah dibina oleh ORACO, rumah secara percuma. Ada rumah yang dah nak runtuh, rumah yang dah rebeh, rumah yang tak sesuai, bahaya duduk. Bina baru secara percuma oleh ORACO. Anak-anak yang nak masuk universiti susah tak ada laptop, lebih 100 orang mahasiswa-mahasiswi Orang Asli yang masuk universiti telah diberikan komputer secara percuma untuk membantu mereka belajar. Banyak lagilah…

Speaker

Yang Berhormat, ramai orang tak tahu perkara ni sebenarnya. Kena bagitahu Yang Berhormat. Saya pun ini baru tahu.

Ini bagitahu ni.

Speaker

Ha bagus.

Ini bagitahu dan orang.

Speaker

Tahniahlah Yang Berhormat.

Banyak. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar bercakap merata dah benda ini dan saya pun bercakap rata dah tapi yang ini orang tak nak court. Yang… Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberikan kenyataan yang agak memenangkan dia ramai orang ambik court supaya digemparkan kononnya yang Menteri Besar ni tak senonohlah, begitulah, beginilah. Ini masalah manu bin sia. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Terima kasih banyak.

Speaker

Ada soalan tambahan?

Minta izin mencelah lagi.

Speaker

Yang Amat Berhormat.

Saya nak bagitahu semenjak pengambilan alih kebun-kebun daripada RISDA ni, dulu pekebun-pekebun ni dapat RM33.00 je sebulan. Mesyuarat terkini RM33.00 je sebulan. Pekebun-pekebun masyarakat Orang Asli ni tapi bila ORACO ambil alih. Untuk makluman Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Dewan telah mencecah RM800.00 lebih sebulan. [Ahli Dewan menepuk meja] dan ini menunjukkan bahawa tindakan kita itu betul walaupun di sebalik tuduhan, tohmahan dan sebagainya tetapi tujuan kita, niat kita, niat Kerajaan negeri tidak lain dan tidak lain tidak bukan ialah untuk memastikan peningkatan pendapatan masyarakat Orang Asli di negeri Pahang. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Speaker

Kita, kita bagi ni wakil daripada Cheka, kesian daripada tadi…

(ADUN CHEKA – N-04)

Terima kasih, daripada tadi… Terima kasih Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Minta maaf Yang Berhormat.

(ADUN CHEKA – N-04)

Terima kasih pada penjelasan yang telah diberi. Saya ingin dapat penjelasan sebab timbul polemik sikit ORACO ni di kalangan jaringan Orang Asli. Mereka buat bantahan, demonstrasi dan tak setuju. Antara isu dibangkitkan ialah isu mereka tidak dirundingkan terlebih dahulu Persatuan Penduduk Orang Asli ni waktu penubuhan ORACO.

Yang keduanya, saya dapat penjelasan beberapa Orang Asli dalam lembaga pengarah ORACO ni? Berapa ramai Orang Asli yang dimasukkan? Saya difahamkan Pengarah JAKOA pun letak jawatan kerana isu ini dan saya difahamkan mereka bantah kerana jumlah pengambilan pembayaran dibuat 20% saja pada Orang Asli 70% pada ORACO dan saya juga dapat pesan hingga setakat hari ni berapa banyak keluasan tanah yang telah diambil oleh ORACO dan perancangan. Berapa banyak lagi akan diambil alih. Terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada Cheka yang membuat soalan tambahan bagi memberi ruang lagi kepada saya menjelaskan apa sebenarnya. Contohnya, persoalan mengenai er… Pengarah tu letak jawatan, dia pun bukan letak jawatan, dia dah pindah dah ke Kuala Lumpur. Entah jadi pegawai menda pun kita pun dah tak tahu. Tak ada Orang Asli, ketua pengarah apa namanya? JAKOA tu sendiri Orang Asli dan dia adalah Ahli Lembaga ORACO tu sendiri.

Speaker

ORACO pun pengarah dia Orang Asli.

Pengarah dia Orang Asli. Kemudian itu sebenarnya tidak penting apa namanya Orang Asli tak Orang Asli jadi ahli lembaga pengarah, yang pentingnya Orang Asli tu dijaga tak kebajikannya. [Ahli Dewan menepuk meja]

Kalau pun Orang Asli yang menjadi ahli lembaga tu tak jaga, budak nak sekolah tak dibantu, nak ke universiti tidak dibantu, rumah rebeh tidak diganti, bocor tidak dibaiki. Ini ratusan rumah dah kita bina ni untuk Orang Asli di negeri Pahang. Ha, itu contoh. Kemudian tentang tanah ORACO tak ambil alih.

Untuk makluman Dato’ Sri Speaker, ORACO membantu sebagaimana RISDA kelmarin bantu. Dia dah surrender. Jadi, kerajaan negeri arah awak buat kerja RISDA tu sebagaimana dia bantu dulu. Alhamdulillah, bukan saja dia buat, dia telah berjaya. Kita dengar tadi ini ada kenyataan, angka tu ada, kelmarin dia dapat hanya puluhan ringgit, ratusan ringgit. Sekarang dia dah dapat RM800.00 ke RM1,000.00 sebulan. [Ahli Dewan menepuk meja]

Kemudian itu ada lebihan pendapatan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang suruh masukkan dalam tabung bantu Orang Asli, tu tadi boleh buat rumah tu. Itu tadi kita boleh belikan baju sekolah Orang Asli tu. Itu tadi kita boleh bela baiki rumah Orang

Asli tu tadi daripada pengurusan ORACO tu sendiri dan CEO ORACO tu sendiri Dato' Olian namanya hamba Allah tu Orang Asli, Dato’ Sri Speaker. Terima kasih banyak.

Saya dapat penjelasan tadi soalan yang belum dijawab hingga setakat ini, berapakah keluasan berapa ekar yang telah diambil… diambil dan berapa lagi akan diambil.

Saya dah kabor tak ambil alih. Angka, angka tu ada banyak keluasan tu... Sekejap, saya dah tulis dah…

Speaker

Dia tolong urus jelah.

Kita tolong urus. Jadi, walaupun 10 ekar kalau kita tolong urus, bukan ambil alih. Jadi, tanah tu ada 74 ladang seluas 10,759.89 hektar, Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih banyak.

Speaker

Soalan seterusnya, okay terakhir.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Terima kasih Dato’ Sri Speaker atas usaha kerajaan negeri untuk membantu warga-warga Orang Asli melalui ORACO. Cuma pertanyaan saya ada beberapa. Pertama ialah saya ingin tahu, ingin jawapan dari kerajaan negeri, berapakah bilangan isi keluarga untuk golongan Orang Asli yang terima amaun sebanyak RM800.00 setiap bulan? Dan kedua tadi pihak wakil kerajaan negeri menjelaskan bahawa Orang Asli telah diberikan geran tanah untuk membantu merekalah. Cuma berapa bilangan yang terima geran tanah ini daripada 9,000 Orang Asli seluruh Pahang? Terima kasih Dato’ Sri Speaker.

Ya, kita akan memberi geran tanah ini yang pertama geran tanah, yang kedua tadi soal yang mendapat hasil dividen. Yang geran tanah kita akan beri mengikut jumlah pemohon. Kalau pemohon tu 10 orang, kita akan proses yang 10 orang tu dan kita akan beri kelulusan. Jadi, yang saya sebut tadi yang telah mendapat geran tanah tadi seramai er… seramai 158 orang di Sendayan, 37 orang di Gapoi kerana mereka ini telah memohon. Ada lagi permohonan-permohonan yang lain masih di dalam proses di pangkat… di peringkat PTD dan juga PTG.

Insya-Allah benda ni kita akan buat secara proaktif dan kita akan usahakan dapat diselesaikan. Adapun jumlah dividen kalau di Kampung Terisu, seramai 323 individu. Kalau di kampung apa namanya Arong dan juga Kampung Terisu… Kampung Terisu seramai sebanyak empat, empat buah kampung yang menerimanya. Allah… bila angka ni ya… yang menerimanya lebih 300… 300 keluarga. Begitu juga di Kampung Arong, Kampung Arong ini di Pekan. Insya-Allah kita akan beri angka secara bertulis dan lebih tepat lagi kepada Ahli Dewan untuk menatapinya supaya kita tahu siapa-siapa yang telah mendapat dan bagaimana kita usahakan bantuan kepada mereka dan benda ini akan dilakukan dan dilaksanakan secara berterusan serta telus, insya-Allah Dato’ Sri Speaker. Terima kasih banyak.

Speaker

Seterusnya soalan, seterusnya soalan nombor 4, Wakil daripada Mentakab.

Tuan Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, soalan saya nombor 4.

[Apakah langkah yang akan diambil oleh Pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyelesaikan Kiosk Penjaja yang begitu banyak tidak disewa dan terbiar di kawasan lapang?]

[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Woo Chee Wan, ADUN Kawasan Mentakab kerana telah mengemukakan soalan apakah langkah yang diambil oleh Pihak berkuasa tempatan untuk menyelesaikan kiosk penjaja yang begitu banyak tidak disewa dan terbiar di kawasan lapang?

Jadi, Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat, soalan ni bukanlah yang tak berapa tepat ya. Kadang-kadang mungkin mengelirukan Dewan dan mengelirukan rakyat. Bukan tidak disewa dan kerajaan negeri bersama KPKT dan Bahagian Kerajaan Tempatan. Kita telah meminta setiap PBT-PBT untuk menghantar permohonan ya. Saya ingin menjelaskanlah ye kepada Dewan menghantar permohonan-pemohonan di setiap PBT-PBT tentang keperluan jumlah kiosk yang diperlukan di setiap PBT-PBT untuk diberikan kepada penyewa-penyewa ataupun yang diperlukan oleh setiap kawasan-kawasan di setiap daerah ni melalui PBT-PBT. Sebab tu berbeza-beza di Temerloh sahaja, permohonan yang telah dimohon oleh pihak PBT ialah sebanyak 113 kiosk dimohon di mana daripada 113 ini, 93 telah pun diserahkan kepada penyewa-penyewa ataupun peserta-peserta di mana 20 lagi, kita akan muktamadkan dan akhirnya keseluruhan yang perlu dimuktamadkan dalam negeri Pahang ini adalah berjumlah 276. 20nya di Temerloh, 276 ini akan dimuktamadkan pada bulan Mei 2025 tahun ini, insya-Allah, Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Sila Yang Berhormat, Wakil daripada Tanjung Lumpur.

Dato’ Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Terima kasih Yang di-Pertua, jadi, saya nak bertanya sikit berapakah kadar sewa kiosk tersebut?

Terima kasih, soalan daripada Tanjung Lumpur. Antara tujuan utama kita mewujudkan kiosk ini adalah untuk memberikan, menggantikan kiosk-kiosk contohnya kadang-kadang kiosk-kiosk yang lama-lama, kiosk kayu yang dibina menggunakan atap yang tak tentu dindingnya. Jadi, dengan mewujudkan kiosk-kiosk yang baru ni lebih memberikan satu nafas baru dan satu keindahan kepada setiap PBT-PBT dengan adanya kiosk yang lebih tahan lama dan juga kiosk yang cantik untuk dipandang dan dari segi sewa tu, kita menggantikan kiosk yang ada contohnya tempat sewa tu lama tu RM200.00 contohnya. Bila kita berikan kiosk yang baru tu kita tak ada peningkatan dari segi sewa dan bergantung kepada PBT, mana untuk merendahkan atau tapi tidak lebih daripada apa yang sedia ada dan sewa ini yang telah kita tetapkan di seluruh negeri Pahang, maksimum setiap kiosk ni ada RM300.00 maksimum tak lebih daripada RM300.00.

Terima kasih soalan daripada Tanjung Lumpur dan saya juga nak, tadi, Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya nak berterima kasih juga kepada rakan saya daripada EXCO Kerajaan bahagian luar bandar ni kerana dalam di kawasan saya dah di Arong tu dah kawasan Arong tadi daripada RM300.00 sampai RM1,000.00 dah sebulan. Jadi, dia orang sangat berterima kasihlah kepada kerajaan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Besar kita. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya ialah, sila Wakil daripada Tioman.

Terima kasih.

Speaker

Sihat ya Wakil Tioman?

Alhamdulillah sihat. Syukur alhamdulillah.

Yang Berhormat Speaker, Saya nak tanya kepada pihak kerajaan, adakah tempoh-tempoh tertentu diberikan kepada penyewa-penyewa ini untuk melunaskan bayaran sewa ataupun dibuat pengambilan balik ataupun diberi peluang kepada mereka yang baru untuk meniaga. Satu, yang kedua adakah pihak kerajaan atau PBT ini melihat, membuat kajian tentang kadar sewa ini dalam beberapa tahun tertentu ataupun dari semasa ke semasa kerana ada luahan dan aduan daripada peniaga-peniaga ini kadangkala sewaan terlalu tinggi. Terima kasih.

Terima kasihlah kepada sahabat saya daripada Rompin tadi. Berkenaan soalan tadi, mana... banyak ke soalan?

Speaker, saya ulang balik soalan saya. Pertama, satu je. Sewaan kiosk-kiosk ini ada tempoh tertentu tak? Apabila kosong ataupun terbiar diambil balik atau diberi kepada penyewa baru. Yang keduanya, kita menerima aduan banyak gerai-gerai oleh kerana mungkin gerai baru, sewaan terlalu tinggi sedangkan kita nak beri peluang para penyewa ini untuk meniaga. Terima kasih.

Untuk makluman Sidang Dewan, terima kasih kepada rakan saya daripada Rompin, daripada Tioman. Kiosk yang kita tawarkan ini, contohnya bila kita beri untuk yang baru kita beri secara percuma selama enam bulan. Tak perlu bayar sewa selama enam bulan dan sekiranya ada didapati yang tidak digunakan dengan baik ataupun tidak berniaga contohnya dan selalunya pihak PBT akan memberikan notislah ya. Kita kerajaan negeri tidaklah dengan sewenang-wenangnya menamatkan terus sekiranya tak meniaga tu terus kita tarik balik, bukan. Kita memberi, kita mencari sebab dan menuntut tunjuk sebablah kenapa peniaga-peniaga ini tidak dapat berniaga dan mengambil tindakan-tindakan yang tertentu yang mengikut aturan-aturannya supaya tindakan yang sesuai dapat diambil kepada peniaga-peniaga yang tidak menjalankan perniagaan apabila telah ditawarkan dengan kiosk yang terbabit ini.

Jadi menjawab soalan yang kedua berkenaan sewa ini, pihak Yang Berhormat bolehlah mengadakan apa ini, merujukkan tentang bantahan ini ataupun aduan ini kepada pihak Kerajaan Tempatan supaya diambil tindakan yang sempurna dan sebelum ini pun kita tidak menerima sebarang aduan mengenai kadar sewa ini dan kita tertakluk kepada bidang kuasa di pihak PBT yang sentiasa menjalankan kajian dan juga maklum balas daripada peniaga-peniaga di setiap kawasan-kawasan PBT masing-masing. Dan walau bagaimanapun, Yang Berhormat daripada Tioman bolehlah membincangkan perkara ini di pihak PBT dan di pihak PBT juga kita ada Ahli-ahli Majlis yang telah kita lantik supaya dapat meneliti dan menilai setiap keperluan ataupun masalah-masalah dengan Kerajaan Tempatan di kawasan masing-masing dan akan dibawa dalam mesyuarat penuh PBT yang akan diadakan setiap bulan dan tindakan sesuai bolehlah diambil mengikut kesesuaian. Terima kasih Yang Berhormat.

Soalan tambahan. Boleh Yang Berhormat Speaker?

Speaker

Sila-sila, terakhir.

Okay, terima kasih pihak kerajaan. Saya cuma nak menyentuh sedikit tentang kiosk ini. Ada tak kajian dibuat tentang kesesuaian design atau reka bentuk kiosk itu dengan jenis perniagaan sebab kiosk yang direka ataupun yang diberikan ini... dibekalkan ini memang sesuai untuk perniagaan yang berbentuk take away inilah, burger dan sebagainya. Tapi bagaimana dengan mereka yang berniaga perlu masak? Bekalan air tak ada, elektrik tak ada. Dia perlu masak macam Beserah ada mi calong nak buat, kiosk itu tidak sesuai untuk perniagaan jenis itu. Jadi, hasrat PBT untuk nak mengindahkan atau mencantikkan suasana itu, dia jadi terbantut kerana peniaga-peniaga yang sepatutnya berniaga tidak dapat berniaga kerana tidak sesuai. Reka bentuk kiosk itu dengan jenis perniagaan mereka. Ada tak kajian dibuat untuk reka bentuk kiosk yang lebih sesuai untuk perniagaan ini, terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat, itu sebab dia panggil kiosk. Kalau panggil untuk mi calong, dia panggil gerai.

Yang Berhormat, sebab semua peniaga lain tu tak boleh meniaga dah lepas ni sebab bila ada kiosk ini, semua kena pergi kiosk. Hah, itu yang isu dia.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua tolong menjawab untuk sayalah. Tepatlah jawapan tu. Maknanya kalau kita ni sebuah restoran untuk masak semua ni, semua restoran tetapi kumpulan kiosk ni adalah untuk peniaga-peniaga yang pertengahan itu, yang berniaga contoh macam goreng pisang... contohnya.

Speaker

Souvenir.

Kuih-kuih muih, souvenir dan berbagai-bagai lagilah. Tapi kalau nak besarkan lagi kenalah ambil restoran. Nak masak proper, nak masak yang lebih sempurna, menyediakan makanan yang lebih banyak, kena ada restoran. Dan kita memberi peluang ini, setakat ini tak ada lagi kita mendengar aduan-aduan berkaitan dengan tempat yang contohnya yang mempunyai masalahlah. Dan setakat ini kita pihak Kerajaan Tempatan akan sentiasa memantau. Sebab tu daripada tadi kita beritahu, daripada 740 tu sampai sekarang, 270 tu akan dimuktamadkan dan adanya grace period ataupun tempoh enam bulan itu diberikan secara percuma dan dalam tempoh enam bulan tu ada pulak peniaga-peniaga kita, dia tak berniaga kerana mungkin dia merasa enam bulan itu dia banyak duit. Bila dah duit nak habis esok baru dia meniaga. Bila masuk waktu percuma ini dia tak nak meniaga. Ah! itu pelik orang kita ini. Rakyat Malaysia ini dia lain sikit kerana tempoh percuma dia tak menjalankan perniagaan.

Tapi bila dah nak habis besok baru dia akan mulakan perniagaan. Mungkin tempoh untuk dia orang ini apa... merancanglah perniagaan masing-masing. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya wakil ADUN Dilantik.

Dato' Wong Tat CheeAhli Yang Dilantik

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, soalan saya nombor 5.

Apakah jumlah kemalangan dan angka kematian yang telah direkodkan sejak pembukaan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sepanjang laluan dalam negeri Pahang? Di manakah lokasi-lokasi atau hotspot yang paling kerap berlaku kemalangan?

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Ahli Yang Dilantik. Soalan yang dikemukakan kepada er... soalan yang dikemukakan adalah perkataan dengan jumlah kemalangan dan angka kematian yang telah rekodkan semenjak pembukaan LPT sepanjang laluan di dalam negeri Pahang dan di manakah lokaliti hotspot yang kerap berlaku kemalangan?

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, lebuh raya bertol di bawah seliaan Lembaga Lebuhraya Malaysia ataupun ringkasnya LLM di dalam negeri Pahang bermula dari sempadan negeri Selangor dan Pahang iaitu di KM 37.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak iaitu di Terowong Genting Sempah sehingga ke KM 247.2 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 iaitu sepanjang 209.7 kilometer. Pengoperasian dan penyelenggaraan lebuh raya ini adalah di bawah tanggungjawab syarikat konsesi AFA Prime Berhad dahulunya dikenali sebagai ANIH Berhad. Aspek keselamatan adalah merupakan perkara yang diberikan keutamaan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia dan syarikat konsesi dalam pelaksanaan operasi lebuh raya bagi memastikan pengguna lebuh raya selamat dan selesa apabila menggunakan lebuh raya tersebut. Pihak LLM menerusi sistem aplikasi Malaysia, Highway Road, Accident Analysis and Database System atau nama ringkasnya (MHROADS) yang dibangunkan pada tahun 2016 telah merekodkan data-data kemalangan di sepanjang jajaran lebuh raya.

Analisa kemalangan akan dilaksanakan setiap tahun bagi memastikan sekiranya terdapat lokasi-lokasi yang kerap berlaku kemalangan ataupun dengan istilahnya blackspot supaya tindakan mitigasi sewajarnya dapat diambil bagi mengurangkan risiko kemalangan di lokasi berkenaan pada tahun-tahun berikutnya. Keberkesanan tindakan mitigasi yang dilaksanakan akan dipantau untuk memastikan kadar kemalangan dapat dikurangkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lebuhraya LPT1 telah mula beroperasi pada tahun lepas dan berdasarkan daripada, berdasarkan data yang diperolehi daripada pihak PDRM, jumlah kemalangan direkodkan sehingga Disember 2024 adalah sebanyak 35,551 kes dan jumlah kematian sebanyak 730. Tiada lokasi dikatakan sebagai blackspot di Lebuhraya LPT1 tetapi lebih kepada lokasi yang sering berlaku kemalangan. Tindakan pembaikan telah diambil untuk mengurangkan risiko kemalangan dan lokasi berkenaan adalah lokasi KM 238.7 arah

Barat & KM 87 arah Barat. Jadi, antara langkah-langkah yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak AFA Prime Berhad bagi tujuan meningkatkan aspek keselamatan di Lebuhraya LPT1 adalah seperti berikut. Pertamanya, Audit Keselamatan Jalan Raya peringkat 5 itu… jalan er… jalan yang telah beroperasi telah dilaksanakan di Lebuhraya LPT1 dan LLM telah mengarahkan pihak AFA Prime Berhad untuk mengambil tindakan pembaikan berdasarkan penemuan audit bagi mengurangkan risiko kemalangan di Lebuhraya LPT1. Selain daripada itu, kerjasama daripada pihak penguatkuasaan seperti PDRM dan JPJ bagi memastikan kenderaan berat yang menggunakan lebuh raya mematuhi undang-undang yang ditetapkan terutamanya kesalahan lebihan muatan. Selain daripada itu, memastikan info dan hebahan awam dibuat dengan cepat dan jelas kepada pengguna berkenaan sebarang kejadian luar hal… hal luar jangka yang berlaku bagi memudahkan pengguna lebuh raya memanjangkan perjalanan dan melakukan kempen keselamatan dan sesi advokasi bersama pengguna jalan raya bagi meningkatkan kesedaran berkenaan aspek keselamatan dan kepentingan mematuhi peraturan lalu lintas. Sekian, terima kasih.

Dato' Wong Tat CheeAhli Yang Dilantik

Soalan tambahan.

Speaker

Sila.

Dato' Wong Tat CheeAhli Yang Dilantik

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Bolehkah kerajaan negeri mencadang kepada pihak Lembaga Lebuhraya supaya membina divider yang lebih tinggi atau kukuh untuk mengurangkan kemalangan. Sebagai contohnya, yang baru-baru ini, mengikut er… video social media, terdapat satu kemalangan yang berlaku di kawasan Lipur Lentang menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri di mana ada satu kenderaan telah cross over dan menyebabkan kemalangan mengakibatkan tiga kematian. Saya cadangkan kerajaan negeri boleh cadang kepada pihak LLM membina divider yang lebih tinggi, yang lebih kukuh untuk keselamatan di sebelah hala. Terima kasih.

Dato’ Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat.

Kalau kita lihat sekarang ini pun, sudah ada kawasan-kawasan tertentu yang di mana dividernya telah dibina dengan lebih tinggi dan perkara ini akan diambil perhatian dan akan… kita akan minta pihak LLM untuk mengkaji tempat-tempat yang dimaksudkan itu dan sekiranya perlu kita akan minta pihak LLM untuk… ataupun pihak konsesi untuk membina divider yang lebih tinggi. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, Wakil daripada Batu Talam.

Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera dan Salam Pahang 1st. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, pertanyaan saya nombor 6.

[Inisiatif Subsidi Pembedahan Katarak Mata mula dilaksanakan pada tahun 2024 dan diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2025.

a. Berapakah bilangan rakyat yang mendapat manfaat daripada program ini pada tahun 2024?

b. Apakah perancangan bagi pelaksanaan program ini pada tahun 2025?]

Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan juga sahabat yang bertanya er… mengenai soalan katarak mata ya dan dua soalan yang telah dikemukakan oleh sahabat daripada kawasan Batu Talam yang pertamanya adalah berapakah bilangan rakyat yang mendapat manfaat daripada program ini pada tahun 2024 dan apakah perancangan bagi pelaksanaan program ini pada tahun 2025.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Pelaksanaan Inisiatif Bantuan Pembedahan Katarak Mata Rakyat Pahang Darul Makmur adalah sebahagian agenda kebajikan rakyat Pahang yang bermula pada tahun 2024 menerusi Bantuan Prihatin Pahang yang diumumkan dalam Belanjawan Tahun 2024. Sasaran awal Bantuan Subsidi Pembedahan Katarak Mata ini adalah diperuntukkan kepada warga emas dengan nilai RM3,000.00 kepada er… RM3,000.00 kepada 500 orang penerima dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.5 juta yang merangkumi segenap lapisan masyarakat di negeri Pahang tanpa mengambil kira kaum, agama dan fahaman politik yang memohon daripada Jabatan Kebajikan er… Jabatan Kesihatan Negeri.

Inisiatif ini bertujuan untuk memberi peluang kepada warga emas yang menghadapi masalah penglihatan akibat katarak mata dan tidak berkemampuan untuk mendapat rawatan melalui pembedahan mata. Melalui pembedahan mata ini, warga emas dapat meningkatkan keupayaan mereka untuk hidup berdikari dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan hidup mereka. Inisiatif ini telah dipertanggungjawabkan ke bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri sebagai agensi pelaksana. Bagi merealisasikan inisiatif ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah bekerjasama dengan Bahagian Oftalmologi, Jabatan Kesihatan Negeri yang mempunyai kepakaran berkaitan pembedahan mata ini. Program bantuan pembedahan katarak mata ini dilaksanakan secara harian dan secara karnival di negeri er… di Hospital Rompin, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Hospital Lipis dan juga Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Melalui subsidi pembedahan katarak mata yang telah dilaksanakan pada tahun 2024 dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta ini telah berjaya memberi manfaat kepada 854 penerima di kalangan warga emas yang memenuhi kriteria berbanding sasaran awal er… sasaran asal yang ditetapkan iaitu 500 orang sahaja dan untuk jawapan bagi soalan yang kedua adalah pada tahun 2025, inisiatif ini diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM1 juta seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri

Besar Pahang dalam Belanjawan tahun 2025 melalui Inisiatif Pahang… Inisiatif Makmur Pahang dengan peruntukan sebanyak RM1 juta ini diunjurkan seramai 665 orang penerima di kalangan warga emas yang er… yang memenuhi kriteria dan outcome yang disasarkan dengan pelaksanaan program ini adalah peningkatan bilangan warga emas di negeri Pahang yang lebih sihat dari aspek penglihatan dan kesejahteraan dalam hidup.

Berdasarkan perancangan, terdapat cadangan dari pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pahang untuk memohon kuota sebanyak 10% dari jumlah penerima setiap tahun diberi kepada er… untuk diberikan kepada kanak-kanak, Orang Kurang Upaya (OKU) dan penerima subsidi bagi kali pertama. Berdasarkan data pada tahun 2024, didapati tiga golongan ini yang meliputi 10% dari jumlah penerima atau kes terpencil ini tidak berkemampuan untuk mendapat rawatan kerana subsidi yang diberikan hanya kepada warga emas sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Soalan seterusnya, wakil Ahli Yang Dilantik.

[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT. Dato’ Sri Speaker, soalan saya nombor 7.

[Apakah langkah-langkah yang diambil dan insentif-insentif yang diberikan oleh kerajaan negeri bagi menjaga kebajikan atlet-atlet dan bekas-bekas atlet Pahang?]

Assalamualaikum WBT dan selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan terima kasih juga Yang Berhormat Tuan Fadzli er… Mohd Fadzli Mohd Ramly, Ahli Yang Dilantik bertanya soalan mengenai inisiatif serta insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi menjaga kebajikan atlet-atlet dan juga bekas atlet negeri Pahang.

Dato’ Sri Yang di-Pertua er… Dato’ Sri Speaker,

Sesungguhnya Kerajaan Negeri Pahang cukup mengambil berat soal kebajikan atlet dan juga bekas atlet di negeri ini kerana sesungguhnya mereka telah berjuang habis-habisan, berkorban jiwa dan raga, berusaha gigih bukan sahaja memastikan nama Pahang diangkat dan dimartabat di persada dunia tetapi juga memastikan pembangunan dan kemajuan sukan di negeri Pahang ini berada pada tahap yang terbaik. Pelbagai inisiatif telah diambil oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk atlet-atlet ini antara inisiatifnya ialah Atlet Makmur. Inisiatif ini dimulakan pada tahun 2022 sebagai usaha sama antara Kerajaan Negeri Pahang dan juga Majlis Sukan Pahang dengan peruntukan sebanyak RM300,000.00 untuk 1,000 atlet dan pada tahun 2023 er… peruntukan ini terus disalurkan dengan jumlah yang sama iaitu RM300,000.00 untuk 1,000 atlet di mana melalui inisiatif ini, atlet-atlet di Pahang termasuk juga atlet-atlet di kalangan Orang Kurang Upaya menerima bantuan one-off berjumlah RM300.00 setiap seorang dan inisiatif ini diteruskan pada tahun 2024 dan ketika itulah ditukar namanya kepada Inisiatif Atlet Makmur dengan penambahan pemberian

kepada atlet Pahang yang turut memenangi pingat di peringkat Majlis Sukan… Majlis Sukan Sekolah Malaysia atau MSSM.

Dan kedua adalah insentif kepada atlet cemerlang dalam pelajaran. Di mana melalui inisiatif ini, Kerajaan Negeri Pahang memberi ganjaran kepada atlet-atlet Pahang yang mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dan melalui inisiatif ini, pelajar-pelajar yang memperolehi Gred A ini memperolehi sekurang-kurangnya RM200.00 dan setiap tambahan A atau gred A ni ada tambahan RM100.00 setiap penambahan.

Dan inisiatif ini telah dimulakan pada tahun 2023. Tahun lalu, kita teruskan dan insya-Allah, pada tahun ini juga, kerajaan negeri akan teruskan pemberian insentif ini. Dan inisiatif ini dilihat sangat berkesan di mana makin ramai atlet-atlet Pahang yang mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM ini.

Yang ke-3 Dato' Sri Speaker adalah Elaun Khas Latihan Atlet. Di mana bermula pada tahun lalu, iaitu tahun 2024, allowance atlet ini telah dinaikkan. Kadar sebelumnya adalah, tahun-tahun sebelumnya adalah RM100.00 sebulan yang ini ikut pakej-pakej dia. Yang ada menang pingat di SUKMA, pakej dia lain, tapi secara atlet-atlet baru yang mewakili Pahang di SUKMA sebelum ini, allowance latihannya adalah RM100.00 sebulan tapi bermula pada tahun 2024 iaitu Januari telah dinaikkan kepada sekurang-kurangnya RM250.00 sebulan iaitu satu peningkatan yang cukup besar bagi memastikan kebajikan atlet ini terus terpelihara.

Dan selain daripada bantuan tunai ini, banyak lagi bantuan makanan tambahan misalnya, peralatan yang terus diberi kepada atlet.

Keempat adalah peralatan dan perkakasan sukan. Ini juga termasuk kepada atlet-atlet Pahang yang berlatih di Majlis Sukan Negara untuk mewakili Malaysia dan untuk SUKMA Sarawak pada tahun lalu, perbelanjaan untuk persiapan peralatan atlet ini adalah berjumlah hampir RM3 juta.

Dan selain daripada insentif atau inisiatif kebajikan untuk atlet-atlet ini, kita juga melaksanakan pelbagai bantuan dan sokongan kepada bekas-bekas atlet Pahang itu sendiri.

Pertamanya adalah penawaran sebagai jurulatih di Majlis Sukan Pahang dan data terkini menunjukkan seramai 23 orang daripada 33 orang atau bersamaan 70% kakitangan di Majlis Sukan Pahang adalah dari kalangan bekas-bekas atlet yang kini menyumbang tenaga sebagai jurulatih sepenuh masa di Majlis Sukan Pahang.

Manakala 18 orang daripada 48 orang jurulatih sambilan atau bersamaan 37% merupakan bekas atlet-atlet muda yang kini dilantik sebagai jurulatih sambilan di Majlis Sukan Pahang. Dan yang menariknya adalah gaji minimum jurulatih sukan sepenuh masa di Majlis Sukan Pahang ini telah dinaikkan kepada sekurang-kurangnya RM2,000.00 bermula pada Mac tahun 2023.

Jadi, kita nampak di sini bahawa kebajikan bekas-bekas atlet yang kemudiannya menjadi jurulatih sepenuh masa di Majlis Sukan Pahang ini menerima gaji minimum sekurang-kurangnya RM2,000.00 dan kita kalau kita bandingkan dengan Majlis Sukan Negara, kadar gaji minimum jurulatih di Majlis Sukan Negara RM2,100.00 kita kurang sedikit je.

Kadar ini juga antara Pahang dan negeri-negeri lain, antara yang tertinggi. Jadi, saya ucap syabas dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri DiRaja, Menteri Besar Pahang kerana sudi meluluskan peruntukan ini sekali gus meletakkan kedudukan martabat jurulatih sepenuh masa di Majlis Sukan Pahang ini berada lebih baik berbanding dengan negeri-negeri lain.

Keduanya adalah penubuhan Tabung Sukan Pahang. Di mana antara tujuan penubuhannya adalah bagi melaksanakan program-program pembangunan sukan berprestasi tinggi dan melalui tabung ini, penyumbang mendapat pelepasan cukai selain boleh terlibat untuk pelaksanaan program-program Pembangunan Sukan Berprestasi Tinggi ini. Ini juga langkah ke hadapan kerajaan negeri untuk membela kebajikan atlet.

Dan selain daripada usaha-usaha ini, banyak lagi insentif dan sokongan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Sukan Pahang kepada atlet dan juga bekas atlet termasuklah sumbangan ketika mereka ditimpa musibah atau ada di kalangan atlet yang kemalangan sehingga meninggal dunia. Banyak pakej-pakej dan sokongan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang.

Dan selanjutnya adalah peluang melanjutkan pengajian atau pendidikan. Majlis Sukan Pahang di bawah inisiatif ini telah menandatangani… menandatangani beberapa perjanjian pemuafakatan bagi jalinan kerjasama penyediaan latihan kemahiran dan pendidikan kepada bekas atlet untuk membantu mereka beralih ke bidang pekerjaan lain selepas bersara dari dunia sukan.

Sektor yang boleh diterokai termasuklah kejurulatihan, keusahawanan dan pengurusan sukan. Saya ucapkan terima kasih bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang kepada agensi yang telah memberikan sokongan dan kerjasama termasuklah Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, UiTM Cawangan Jengka dan juga Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) atas usaha dan kerjasama bagi membela nasib para atlet atau bekas atlet melalui pelanjutan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Dan inisiatif seterusnya adalah peluang kerjaya di sektor awam dan juga swasta. Majlis Sukan Pahang telah mengadakan perbincangan bersama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pahang atau SPA bagi menyokong bekas atlet mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan di negeri ini.

Syarikat swasta juga digalakkan untuk mengambil bekas atlet bekerja sebagai penghargaan terhadap segala jasa, pengorbanan serta sumbangan yang telah dicurahkan oleh para atlet ini.

Dan suka saya berkongsi sedikit data bahawa seramai 44% kakitangan Majlis Sukan Pahang adalah terdiri daripada 18 orang bekas-bekas atlet negeri Pahang sama ada yang telah bertanding di peringkat Sukan Malaysia, di peringkat kebangsaan, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Dan saya nak mengambil kesempatan ini untuk ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada agensi yang telah menawarkan peluang pekerjaan kepada para atlet Pahang khususnya ialah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. 20 orang atlet atau bekas atlet telah bekerja, diambil bekerja di sini. Majlis Bandaraya Kuantan 27 orang bekas atlet, Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang atau PKPP 4 orang atlet. Jadi, Kerajaan Negeri Pahang amat mengalu-alukan sokongan daripada semua pihak sama ada agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan mahupun pihak swasta untuk sama-sama memberikan sokongan kepada bekas atlet ini. Dan kita lihat bila mana ada

sokongan sebegini, lebih menarik penyertaan anak muda dan belia untuk menjadi atlet di negeri Pahang. Terima kasih Dato' Sri Speaker.

Soalan tambahan.

Speaker

Satu soalan tambahan.

Terima kasih er... Yang Berhormat EXCO dan saya begitu berbangga dan mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat EXCO dan kerajaan negeri atas inisiatif yang telah dilakukan yang saya percaya banyak memberikan faedah kepada atlet-atlet negeri Pahang.

Yang kedua juga saya nak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat EXCO kerana insya-Allah pada 26 April ini, Pahang telah melangkah ke final Piala Malaysia dan saya jangka Pahang akan menang 2 - 0 insya-Allah. [Ahli Dewan menepuk meja]

Er... Soalan tambahan saya. Jadi kalau disebutkan tadi, insya-Allah. Er... jumlah tadi diberikan satu angka bahawa terdapat agensi kerajaan dan juga yang berkaitan dengan kerajaan yang telah menyerap masuk atlet-atlet negeri Pahang. Cuma jumlah yang saya dapat lihat tadi agak masih kecil kerana kalau kita dapat lihat di luar sana baru-baru ni kita tengok ada bekas pemain Pahang Gopinathan tu dia jual air balang je. Jadi, begitu juga saya dapat maklum bahawa terdapat juga atlet-atlet Pahang ni, bekas pemain-pemain bola sepak yang terpaksa bersaing dengan pemohon-pemohon untuk masuk interview untuk menyertai majlis-majlis daerah di kawasan-kawasan mereka.

Jadi saya nak... nak... nak mintak pandangan ataupun apa nama ni adakah kerajaan negeri akan memberikan keutamaan kepada atlet-atlet Pahang ini tak kira apa bidang, apa sukan sekalipun untuk kita serap masuk mereka ni kerana saya percaya kalau kita berjaya serap masuk mereka ni sudah tentu karier mereka akan berpanjangan dan yang kedua kita dapat membantu kelangsungan hidup mereka. Itu sahaja Dato' Sri Speaker. Terima Kasih.

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Dato' Sri Speaker. Saya sangat-sangat setuju dengan saranan dan pandangan daripada Ahli Yang Berhormat dan sebetulnya usaha telah digerakkan. Misalnya tadi daripada angka yang saya sebut SUK dah ambil 30 orang bekas atlet, Majlis Bandaraya Kuantan 25 orang bekas atlet dan usaha tegar… sedang digerakkan dengan kerjasama State GLC yang lain dan saya sangat-sangat mengalu-alukan daripada Pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah di seluruh negeri Pahang ini untuk bagi keutamaan kepada bekas-bekas atlet ini yang kebanyakannya memang ada disiplin dan semangat berpasukan yang cukup baik dan saya percaya daripada rekod yang ditunjukkan misalnya di Majlis Sukan Pahang sendiri, bekas-bekas atlet ini memang telah terlatih dan layak untuk

memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan, dalam PBT mahupun Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Jadi, saya harap sangat para pentadbir pun ada di sini untuk bagi sokongan kepada bekas-bekas atlet ini. Terima kasih Dato' Sri Speaker.

Soalan tambahan satu.

Speaker

Baik Wakil Cheka.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya ingin bangkitkan isu stadium yang terbiar khususnya Stadium Jengka. Stadium Jengka ni tak banyak game yang diadakan dan sangat kurang. Saya mohon supaya satu mekanisme dapat dibuat supaya stadium-stadium yang telah kita bina dengan bilion ringgit yang dapat kita manfaatkan terutama bila FELDA, pasukan FELDA dah tidak masuk liga dan akhirnya kita tengok dia sangat terbiar. Apa perancangan kerajaan untuk memaparkan stadium-stadium. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Cheka. Untuk makluman Yang Berhormat kalau sebut pasal stadium ini di bawah kawal selia kerajaan negeri hanya satu iaitu Stadium Darul Makmur. Dan Stadium Darul Makmur kalau kita tengok sekarang sedang melalui transformasi yang cukup baik. Kalau saya boleh kongsikan, kalau dulu pendapatan Stadium Darul Makmur ini sekitar RM1 juta setahun, tapi sekarang sudah melebihi RM2 juta setahun dan transformasi ni kalau kita tengok siapnya padang… padang kita nanti akan lebih bernilai tinggi. Cuma untuk stadium di Jengka ni bukan di bawah kawal selia dan tanggungjawab Kerajaan Negeri Pahang. Namun, saya sentiasa berhubung dengan Yang Berhormat dari Pelangai yang bertanggungjawab untuk juga atas portfolio FELDA ini melihat kerangka-kerangka dari segi program dan sebagainya untuk stadium di Jengka ni dan mungkin FELDA ada punya perancangan. Saya mungkin boleh mintak nanti Yang Berhormat untuk kongsikan dalam Dewan Yang Mulia ni. Terima kasih Dato' Sri Speaker.

Speaker

Soalan seterusnya kita jemput Wakil daripada Beserah.

Terima kasih Dato' Sri Speaker, saya kemukakan soalan 8.

[Isu bekalan beras tempatan;

a) Berapakah jumlah agihan yang diterima oleh Pahang untuk bekalan beras tempatan pada tahun 2024?

b) Bagaimanakah agihan beras tempatan tersebut dibuat di negeri Pahang?

c) Apakah langkah kerajaan untuk memulihkan semula bekalan beras tempatan di pasaran?]

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih. Salam sejahtera, Selamat Hari Raya semua. Untuk menjawab soalan dari Beserah bermula untuk soalan A ya. Bermula September 2023 sehingga kini, pihak FAMA telah melaksanakan Pelan Intervensi BPT atau Beras Putih Tempatan di seluruh negara. Sehingga kini sebanyak 248,841 kampit beras telah diedarkan oleh FAMA Negeri Pahang. Daripada jumlah itu, 89,192 kampit telah diedarkan pada tahun 2023, manakala 145,649 kampit pada tahun 2024 dan 14,000 kampit pada tahun 2025 sehingga 10 April 2025.

Untuk menjawab soalan B. Pengagihan beras oleh FAMA Negeri Pahang adalah melalui empat buah Pusat Operasi iaitu di Jerantut, Lanchang, Kuantan dan Cameron Highlands serta diedarkan melalui 46 buah Kedai Agrobazaar FAMA di seluruh negeri-negeri serta melalui program-program anjuran FAMA. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah agihan yang diterima oleh negeri Pahang untuk bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) pada tahun 2024 adalah sebanyak 206,388 kampit 10 kg di seluruh negeri Pahang.

Beras Putih Tempatan diagihkan di outlet pemasaran FAMA dan LPP seperti Agrobazaar, pasar tani kekal dan pasar tani. Selain agihan ke outlet pemasaran, FAMA dan LPP turut mengadakan jualan terus kepada pengguna melalui jualan Agro Madani yang dianjur di lokasi terpilih seluruh negeri Pahang. Selain FAMA dan LPP syarikat pemborong beras yang besar di negeri Pahang seperti Jasmine, OEL dan Serba Wangi PH turut mengagihkan BPT ke pasar raya yang terpilih di negeri Pahang. Tetapi agihan ini mengikut stok bekalan BPT yang terhad dan tidak dapat memenuhi permintaan pengguna.

Untuk menjawab soalan C. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat mengenai pengumuman Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Dewan Rakyat pada 13 Februari 2025. Harga Beras Putih Tempatan dikekalkan pada RM2.60 per kilo melalui penyerapan sebahagian kos pengeluaran oleh kerajaan sebanyak RM150 juta bagi mengeluarkan kira-kira 24 juta kampit BPT untuk tempoh enam bulan secara berperingkat di pasaran. KPKM juga sedang dalam peringkat akhir untuk melaksanakan sistem trust and tracking semua kampit BPT di pasaran. Keluasan penanaman padi di negeri Pahang adalah sebanyak 13,356 hektar dan jumlah pengeluaran padi sebanyak 40,443 metrik tan. Dari jumlah tersebut, sebanyak 33,211 metrik tan beras dihasilkan. Hasil pemeriksaan padi kepada beras kebiasaannya mencapai kadar antara 55 hingga 65% bergantung kepada teknologi pemprosesan yang digunakan. Bagi meningkatkan pengeluaran beras tempatan, kerajaan menggalakkan penggunaan teknologi moden dan amalan pertanian pintar seperti penggunaan drone untuk pembajaan. Kerajaan juga menyediakan program latihan dan pemindahan teknologi kepada petani yang mengenai teknikal penanaman, pengurusan tanaman serta penggunaan racun perosak dan baja yang selamat dan berkesan.

Selain itu, kerajaan negeri turut memperkukuhkan dana bagi membangunkan kawasan paya yang terbiar sebagai salah satu langkah untuk menambah keluasan dan meningkatkan produktiviti tanaman padi di negeri Pahang. Usaha ini diharap dapat

memastikan bekalan beras tempatan yang berkualiti, selamat dan mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat. Untuk juga maklumat semua, tender untuk semua sekolah, tentera, hospital, penjara juga tidak membenarkan pengguna beras tempatan mulai hujung tahun 2023. Sekian terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Sila, wakil daripada...

Terima kasih wakil kerajaan di atas jawapan yang diberikan. Saya buat sedikit perkiraan kasar bila disebutkan angka-angka tadi. Jumlah agihan beras tempatan negeri Pahang untuk tahun 2023-2024 lebih kurang 200,000 kampit lebih kurang 2,000 metrik tan sedangkan mengikut anggaran BERNAS, keperluan negeri Pahang ini kita ada 1.7 juta rakyat anggaran. Satu orang perlu 80 kilo setahun. Maknanya negeri Pahang perlu 136,000 metrik tan setahun dan kita dapat hanya 2,000 tan je. Makna kita kurang 130,000 tan. Sebab itu kita berdepan dengan masalah ini setahun. Jadi, saya rasa apa yang perlu kita buat adalah bagaimana kita nak merangka satu, supaya besar ni... kita perlu 130,000 dapat 2,000 tan je. 130,000 dapat 2,000.

Maknanya satu angka yang besar kalau kita tak ambil langkah yang betul, yang tepat, kita akan berdepan dengan masalah ini lebih panjang. Jadi bagaimana kerajaan dengan belanjawan yang dibentangkan baru ini oleh Yang Amat Berhormat Menteri mengurangkan bajet pertanian daripada RM58 juta pada tahun 2024 kepada RM36 juta pada tahun 2025 nak mengatasi langkah ini. Jadi ini langkah yang saya lihat perlu dinilai semula.

Pihak-pihak kerajaan boleh nilai semula untuk kita bangun sebagai sara diri beras ni kita, sebab banyak ni kita sekarang ni production Pahang hanya 11,000 tan setahun. Kita keluarkan, kita perlu 136,000 tan setahun. Jadi, langkah yang perlu lebih... lebih holistik lebih tersusun perlu kita ambil untuk selesai atau atasi masalah ini lebih banyak. Terima kasih.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih soalan tambahan dari Beserah. Terima kasih sebab jumlah penduduk di Pahang ni 1.6 juta. Tapi bukan semua orang guna beras tempatan. Yang guna beras tempatan ini orang...

Sekejap... Kalau kita ambil 60% sahaja yang guna beras tempatan, kita perlu lebih kurang 81,000 tan, juga jauh…

Speaker

Tak apa Yang Berhormat ... Bagi kerajaan jawab dulu.

Saya nak… nak… nak betul.

Speaker

Ha .. tak apa...

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Yang guna beras tempatan ini biasa orang restoran okey dan juga orang yang miskin tegar. Orang kaya-kaya ni tak makan beras tempatan untuk Ahli Yang Berhormat. Saya ingat Ahli Yang Berhormat tidak makan beras tempatan, betul tak. So apa yang kita dapat, kita dari pusat. Apa yang... kita bagi kita cuba agihkan. Bukan semua orang nak makan beras tempatan. Kalau nak ikut kebetulan, memang tak cukup. Semua nak untung besar, restoran. Itu sebab kita kawal. Bila dia pergi beli tu, kita bagi satu kampit atau dua kampit. Itu paling maksimum. Katakan kita hantar ke pasar raya 200 kampit tak sampai satu jam habis. Kalau kita bagi 2,000 kalau tak silap sayalah satu hari pun habis dan mereka simpan, bukan makan, simpan untuk berniaga. Keluar masuk, keluar masuk, beli.

Itu sebab kita kena kawal untuk Ahli Yang Berhormat. Okey saya ingatlah kalau kita nak puaskan semua keperluan pada rakyat kemungkinan tidak terjadilah. Itu sebab kita tadi yang saya bangkitkan, memang kita apa tu sekejap ye. Yang tadi saya cakaplah. Memang kita tidak dapat memenuhi permintaan pengguna. Sekian, terima kasih.

Speaker

Sila Yang Amat Berhormat nak tambah sikit.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, angka yang diberi oleh ADUN Beserah tadi masih boleh dipertikaikan. Kurang tepat tapi hampir tepatlah. Cuma saya nak bagitahu di Dewan Yang Mulia ni, Yang Berhormat Dato' Speaker. Apa yang kerajaan negeri kita buat memang tidak mencukupi. Kita tidak nafikan tetapi setakat hari ni saya nak bagitahu kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua, apakah yang Kerajaan Negeri Pahang telah buat. Yang pertama sekali kita cuba melibatkan state GLC dan sekarang ni tiga state GLC yang telah pun melibatkan diri dalam penanaman padi. Kalau tak silap saya iaitu PSK di Merchong, 1,300 ekar, PKPP di Rompin sebanyak 3,000 ekar. Ini yang dah, dah dibuat ni bukan baru nak buat bukan. Bukan makna YB cakap baru kerajaan negeri nak buat. Tidak, yang telah pun dibuat. Makna kalau boleh YB keluar, kalau buat kenyataan... statement, kata saya bercakap supaya penambahan beras tempatan di negeri Pahang ini dipertingkatkan.

Tetapi sebenarnya kerajaan negeri dah buat dah melalui state GLC iaitu di… di PKPP Rompin 3,000 ekar. Manakala di yang terkini ialah di Yayasan Pahang di Ganchong, sebanyak 500 ekar. Ini sedikit sebanyak akan menambah bekalan beras tempatan di negeri kita. Dan saya juga ingin nyatakan di sini bahawa di seluruh negara keluaran beras tempatan ialah sebanyak 60%. Daripada dulu lagi, sebab tu kita perlu import. Memang kita tak cukup. Yang menyebabkan ketidakcukupan ni antara negeri yang paling banyak kawasan sawah padi yang mengecut di sini ialah di negeri Kedah sebab dia buat projek perumahan.

Jadi, kawasan tanaman padi semakin berkurang dan kita terpaksa import lebih banyak. Itu sajalah maklumat tambahan Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.

Speaker

Terima kasih. Itu sebabnya kenapa saya nak tambah sikit Yang Amat Berhormat kita terlalu cepat memodenisasi ataupun memindah daripada pertanian kepada teknologi kepada negeri industri satu ketika dululah pada Perdana Menteri keempat. Kalau kita modenisasikan…modenisasikan agriculture ataupun pertanian, mungkin kita tak jadi seperti apa kita hadapi sekarang ni. Soalan seterusnya soalan nombor sembilan. Wakil daripada Tanah Rata.

Tuan Ho Chi YangDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Dato’ Sri Speaker, soalan saya nombor 9.

[Sektor Ekopelancongan di Cameron Highlands]

a) Apakah langkah atau inisiatif kerajaan untuk mempertingkatkan sektor ekopelancongan di Cameron Highlands?

b) Bagaimanakah kerajaan menjalin kerjasama dengan pemain industri, serta apakah bantuan atau insentif yang disalurkan bagi merancakkan sektor ekopelancongan di Cameron Highlands?

c) Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk membuka permohonan malim gunung bagi memperkasa aktiviti mendaki gunung?]

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Dato’ Sri Speaker dan Yang Berhormat Tanah Rata. Untuk soalan (a), Langkah kerajaan untuk mementingkan mempertingkatkan sektor ekopelancongan di Cameron Highlands.

Jawapan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, kategori infrastruktur pelancongan dan kategori promosi. Di bawah kategori infra, kerajaan negeri pada tahun 2024 telah meluluskan sejumlah RM650,000.00 untuk pelbagai projek yang merangkumi pencahayaan dan juga menaik taraf mercu tanda di Cameron Highlands. Dua, Kementerian Pelancongan Kesenian dan Budaya juga telah meluluskan RM865,000.00 untuk projek menaik taraf. Sebagai contoh, menaik taraf kemudahan pelancongan di Taman Agroteknologi MARDI, menaik taraf laluan trail dan penunjuk arah di hutan simpan untuk tujuan keselamatan pelancong. Ketiga, Majlis Daerah Cameron Highlands juga telah memperkenalkan Kebenaran Merancang Tempoh

Terhad (KMTT) bagi tapak aktiviti sementara sebagai contoh chalet, perkhemahan glamping, campervan dan motorhome untuk menyokong sektor pelancongan. Empat, Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands PKCH telah juga mempunyai perancangan untuk membina satu unit Tourism… tourist information center di Tanah Rata sebagai pusat rujukan kepada pelancong untuk produk dan pakej pelancongan di Cameron Highlands. Untuk kategori promosi, seperti biasa kerajaan negeri telah banyak menjalankan promosi sebagai contoh fam trip eksposisi pelancongan, B2B acara pelancongan. Tambahan untuk tahun ini, PKCH juga akan bekerjasama dengan Tourism Pahang untuk menyusun semula dan menyelaraskan semula bahan promosi dan juga tahun ini juga akan ada penganjuran acara sebagai contoh hiking day dan Pesta Bunga.

Bagi Tourism Malaysia, penganjuran Program Glamping Hopping telah dianjurkan untuk mempromosikan aktiviti glamping di Cameron Highlands dan juga menggalakkan penganjuran sukan pelancongan dan pada tahun lepas kelulusan untuk GSSP - Geran Sokongan Sektor Pelancongan juga telah diluluskan untuk penganjuran program pelancongan di Cameron Highlands.

Soalan B: Bagaimanakah kerajaan menjalin kerjasama dengan pemain industri dan apakah bantuan yang telah disalurkan? Untuk soalan B, kerajaan negeri telah menyediakan insurans kelompok kepada pengusaha pelancongan di seluruh negeri Pahang yang merangkumi pemandu pelancongan, pemandu bot pelancongan, Malim Gunung Pahang dan pengusaha homestay. Jabatan Perhutanan Negeri melalui Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands juga telah melaksanakan sesi libat urus bersama pemandu pelancong dan malim gunung untuk membincangkan isu semasa aktiviti ekopelancongan dalam Hutan Simpan Kekal Daerah Cameron Highlands. PKCH juga akan mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri bagi penyediaan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan pihak MOTAC juga telah mengadakan kursus dan latihan. Sebagai contoh, kursus bagi pengusaha homestay dan Kursus Mesra Malaysia di kalangan staf-staf hotel di Cameron Highlands dan kursus CTRE untuk pemandu pelancong.

Untuk soalan C: Apa adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk membuka permohonan malim gunung bagi memperkasa aktiviti mendaki gunung. Jawapannya ya? Untuk maklumat Yang Berhormat Tanah Rata jumlah malim gunung perhutanan yang berdaftar di negeri Pahang adalah seramai 227 orang. Tetapi pada tahun lepas setelah tapisan dibuat, yang aktif menjalankan tugas di lapangan adalah 64 orang. Jadi dengan itu, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia pada tahun ini telah membuka permohonan untuk pencalonan peserta dan kursus telah dijalankan, telah selesai seramai 20 orang peserta telah melepasi kursus dan seterusnya akan menjalani kursus lanjutan dan penilaian prestasi. Terima kasih.

Speaker

Soalan terakhir untuk sesi soal jawab pada pagi ini, Wakil daripada Kemayan.

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, soalan saya soalan nombor 10.

[Kerajaan telah mengumumkan pembinaan pusat dialisis di setiap Wilayah FELDA. Apakah status projek pembinaan pusat dialisis tersebut?]

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima Kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan juga terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat ADUN Kawasan Kemayan di atas persoalan yang dikemukakan dan iaitu mempersoalkan mengenai pembinaan pusat dialisis di setiap luar FELDA dan juga apakah status projek pembinaan pusat dialisis tersebut.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan di atas persoalan yang telah diutamakan pada hari ini untuk menyentuh soal kesejahteraan dan juga akses kesihatan kepada warga peneroka FELDA khususnya yang menghidap penyakit buah pinggang yang kronik. Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun menerima 12 permohonan pusat hemodialisis daripada FELDA sepanjang tahun 2023 yang lalu untuk seluruh Malaysia. Sehubungan itu, pihak FELDA dengan kerjasama Yayasan FELDA kini dalam usaha membangunkan tiga buah pusat rawatan hemodialisis di negeri Pahang. Ketiga-tiga pusat ini melibatkan tiga wilayah iaitu Pusat Hemodialisis FELDA Tapak Hostel, Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, PPPTR Jerantut, Wilayah Jengka dengan kapasiti enam kerusi dialisis dan hepatitis dengan izin.

Yang keduanya Pusat hemodialisis FELDA Keratong 4, Bandar Tun Razak iaitu Wilayah Kuantan dengan kapasiti enam kerusi juga yang telah pun dibuat dan juga yang ketiganya adalah Pusat Hemodialisis FELDA Kolej Yayasan FELDA, FELDA Jaya Timur Mempaga iaitu Wilayah Mempaga dengan kapisiti enam kerusi untuk diutamakan.

Untuk makluman, ketiga-tiga pusat ini dibangunkan di bangunan sedia ada dan juga dalam proses menaik taraf yang akan dijadualkan siap pada Julai tahun ini. Peralatan dan mesin dialisis telah pun tersedia dan pusat ini akan boleh operasi sebaik sahaja menerima daripada keputusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga ada beberapa tambahan-tambahan yang dipohon juga oleh pihak swasta untuk bersama dalam program-program dalam hemodialisis untuk FELDA ini. Di antaranya telah diutarakan kepada Pusat Latihan Chini juga tambahan daripada pihak ini dengan kerjasama FELCRA dikendalikan oleh Foresight Dialisis Sdn. Bhd. untuk pihak swasta untuk bersama dengan FELDA untuk memberikan bantuan-bantuan kesihatan yang kita dapat lihat FELDA ini adalah kawasan yang dia ke dalam sedikit daripada kawasan-kawasan pembangunan yang pesat di negeri Pahang ini. Namun, apabila menyediakan pusat-pusat dialisis ini, dapatlah membantu meringankan sekurang-kurangnya warga-warga peneroka. Warga-warga FELDA termasuk mungkin yang baru mengidap penyakit ini dapat diadaptasikan dapat dipulihkan dan dapat diberikan bantuan kesihatan dengan baik.

Untuk maklumat Yang Berhormat Speaker Kerajaan Negeri Pahang juga menyambut baik usaha FELDA ini dan juga usaha daripada kerajaan pusat ini dan juga kerajaan negeri berikan sokongan serta kerjasama dengan agensi untuk memastikan pusat pusat ini dapat beroperasi secepat yang mungkin demi kesejahteraan peneroka yang memerlukan rawatan dialisis yang telah sekian lama telah kita usahakan. Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.

Soalan tambahan. Adakah terdapat insentif daripada pihak FELDA kepada warga atau peneroka FELDA yang menjalani sedang menjalani rawatan dialisis. Kalau kita lihat hari ini, ramai warga FELDA yang mengalami masalah buah pinggang yang kronik. Terima kasih.

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih banyak sahabat saya dan ADUN kawasan Kemayan, Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker DUN dan FELDA… FELDA. Pihak FELDA telah pun menyediakan beberapa pakej-pakej untuk bantuan kesihatan yang telah diutarakan sebelum ini dan pihak-pihak yang melibatkan diri di dalam masalah-masalah kronik termasuklah antaranya berlaku kematian, berlakunya penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang, jantung dan sebagai ini adalah ada beberapa bantuan-bantuan yang khusus diberikan telah diutarakan oleh pihak FELDA khusus kepada penerima-penerima terutama sekali KIR iaitu ketua isi peneroka tersebut. Sebagai contoh, kita boleh ambil sebagai kematian insurans telah diberikan kepada peneroka dan mungkin perkara ini boleh dilibatkan mengikut pendaftaran-pendaftaran di setiap rancangan masing masing. Dan kini pihak FELDA telah menyediakan beberapa fasiliti untuk bantuan kepada penyakit atau pesakit-pesakit kronik untuk dibantu oleh pihak FELDA. Sekian Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kita selesai membincangkan 10 pertanyaan dan jawapan yang mengambil masa dua jam. Saya tidak bercadang untuk menempuhkan persidangan ini. Walau bagaimanapun, pihak Dewan Negeri ada menyediakan jamuan pagi di bilik rehat ADUN dan bagi ahli-ahli Dewan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri dan itu untuk bagi ahli ahli dewan negeri dan kanopi bagi ketua ketua jabatan, minta maaf. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dijemput untuk menikmati jamuan secara bergilir-gilir dan kembali semula ke dewan ini. Ini kerana persidangan Dewan Negeri diadakan secara langsung dan disiarkan melalui media sosial Facebook Dewan Negeri Pahang. Jadi kita tak mahu ada terlalu banyak kerusi-kerusi kosong kerana sekarang kita sedang diperhatikan oleh pengundi-pengundi kita. Baiklah, kita akan meneruskan dengan aturan mesyuarat seterusnya.

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Saya mohon izin untuk membawa satu usul di Dewan Yang Mulia ini yang berbunyi bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Saya berharap usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan yang mulia ini...

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Saya mohon menyokong Usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di hadapan Majlis ialah satu Usul yang berbunyi bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini, bersetuju Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.”

Usul ini telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan telah pun mendapat sokongan. Sekarang, kita meneruskan dengan Aturan selanjutnya.

Setiausaha Dewan

Perkara Keempat, Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan Majlis ialah satu Usul yang berbunyi bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju Menjunjung Kasih atas Titah Diraja ke bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Usul ini telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebentar tadi dan telah pun mendapat sokongan. Usul ini akan dibuka untuk dibahas.

Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa ruang perbahasan yang diberikan perlulah menggunakan… digunakan dengan baik. Ahli-ahli Yang Berhormat yang perlukan… perlulah berbahas dengan hemah menyampaikan hujah dengan bernas dan tidak terlalu panjang. Setiap Ahli Yang Berhormat diberi masa 15 minit sahaja untuk perbahasan. Untuk makluman, saya telah mengatur jadual susunan perbahasan pada 21, 22 dan 23 April 2025 seperti mana jadual yang diedarkan sebelum ini. Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat mematuhi jadual dan masa yang ditetapkan. Sekarang saya mengemukakan semula Usul tersebut kepada perbahasan. Dengan ini, saya menjemput Ahli dari Kawasan Padang Tengku untuk membahaskan Usul, silakan.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Bismillahirrahmanirrahim. [Ayat al-Quran]. Terima kasih Dato' Sri Speaker kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan menjunjung kasih ke atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang yang telah dilafazkan pada 18 April yang lalu dan er... saya nak mulakan dengan pantun:

Bunga melur, bunga kemboja, Buat hiasan sanggul sang puteri, Mari kita hadamkan Titah Diraja, Buat pedoman memerintah negeri.

Titah Diraja mengandungi 43 halaman muka surat yang meliputi sebelas tajuk iaitu prestasi ekonomi negeri, menoktahkan kemiskinan tegar, Tanah Rizab Melayu, infrastruktur, jalan raya, alam sekitar, dakwah Islamiah, pengukuhan Sistem Syariah Islam, inisiatif Rakyat Negeri yang prihatin, keselamatan negeri tanggungjawab bersama, pencerobohan tanah haram dan ketirisan hasil negeri.

Titah ini merupakan satu dokumen yang cukup syarat dan lengkap bukan sekadar sebagai satu pengiktirafan kepada kejayaan negeri Pahang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar kita tetapi ia merupakan satu garis panduan kepada seluruh kita dan juga jentera kerajaan bagi melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi dan menentukan negeri Pahang akan terus berjaya dan terus maju sebagaimana yang telah kita hasratkan bersama. Titah Diraja mengandungi... turut mengandungi cadangan, teguran, amaran dan juga harapan yang dikemukakan oleh Tuanku Sultan bagi kita melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dengan menjunjung tinggi semangat Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menghayati, melindungi, memelihara dan mempertahankan demi kedaulatan undang-undang dan keutuhan tatakelola pemerintahan.

Dato' Sri Speaker, Saya mendapati ada beberapa isu yang saya ingin sama-sama bahaskan. Pertama ialah pengiktirafan atau penghargaan yang dikemukakan oleh Titah Diraja mengenai prestasi ekonomi kerajaan negeri yang baik dan memberangsangkan. Pencapaian negeri ini memang kita tidak boleh sangkalkan lagi malah kejayaan kita jauh meninggalkan negeri-negeri jiran kita di pantai timur ini. Sebagai contohnya daripada data yang telah dikemukakan, dilaporkan oleh MIDA umpamanya pelaburan swasta yang diluluskan pada tahun 2024 menunjukkan bahawa negeri Pahang telah mencatatkan angka sebanyak RM3.9 bilion meninggalkan negeri Kelantan sebanyak RM2.1 bilion dan jauh negeri Terengganu iaitu hanya sekadar RM0.17 bilion.

Dan yang terbaru baru-baru ini Kementerian Persekutuan dan Kerajaan Tempatan telah mengumumkan daripada 20 bandar yang paling bahagia di Malaysia daripada ratusan bandar-bandar yang ada 4 daripadanya Dato' Sri Yang di-Pertua berada di negeri Pahang [Ahli Dewan mengetuk meja]… Pertama Bandar Lipis, bandar saya, kampung saya. Kemudian bandar Cameron Highlands yang menduduki tempat yang ke-2, tempat yang ke-6 bandar Jerantut, tempat yang ke-10 bandar Temerloh...

Speaker

Ha... itu, itu bandar saya.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Ha... jadi kitalah. Jadi kita tuan-tuan, Dato' Sri Speaker telah menunjukkan bahawa prestasi yang cukup baik. Kita berjaya mewujudkan sebuah negeri sebuah penempatan yang memberikan kebahagiaan. Sebab daripada indikator-indikator yang ditunjuk... ditunjukkan bahawa untuk mencapai tahap itu dia ada beberapa ciri umpamanya tahap keselamatan, pengangkutan, penginapan, kemudahan ini diambil kira dan ini merupakan satu kejayaan yang saya kira amat besar dan saya nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga kepada DO Lipis selaku Yang Dipertua Majlis Daerah Lipis yang meletakkan Lipis nombor satu. Ini bukan satu usaha atau pun calang-calang kepada kita.

Dato' Sri Speaker, Dalam Titah Diraja Tuanku ada menyinggung berkenaan dengan infrastruktur jalan raya khususnya mengenai kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di sepanjang Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang menjalar di kawasan Pahang Barat khususnya iaitu meliputi daerah Bentong, Raub dan Lipis. Saya nak ucapkan terima kasih bagi pihak rakyat jelata di kawasan saya khususnya atas tindakan proaktif Kerajaan Negeri Pahang khususnya Yang Berhormat Menteri Besar kita yang telah membina empat kawasan rehat dan rawat secara sementara di lingkaran yang saya sebutkan tadi ni apa ni... LTU termasuk R&R di kawasan saya iaitu di Kechau Tui. Namun begitu, kita dapati aktiviti-aktiviti pembuangan sampah di sepanjang lebuh raya khususnya di kawasan saya itu bermula daripada Kechau Tui sampailah ke sempadan Kelantan itu masih lagi berterusan. Pantun untuk ini.

Perantau pulang berhari raya Sampah dibuang merata-rata, Memang dema tak reti Bahasa, Kampung kita jadi tong sampah mereka.

Persoalannya, apakah lagi tindakan yang perlu kita lakukan bagi memastikan pengguna-pengguna lebuh raya ini mempunyai disiplin yang baik dan memberhentikan tabiat buruk yang diistilahkan oleh Baginda Tuanku sebagai menggelapkan wajah negeri kita yang indah ini.

Saya nak ucapkan terima kasih kepada team-team yang ada di Lipis khususnya team Alam Flora, Majlis Daerah Lipis, JKR Lipis, NGO-NGO yang sebenarnya telah letih saban tahun membersihkan sisa-sisa buangan sampah, malah najis-najis akibat daripada sifat pengotor yang dilakukan oleh pengguna-pengguna jalan tersebut. Malah, saya dan isteri pun pernah bersama-sama menyertai kumpulan-kumpulan ini melakukan kerja-kerja mengutip-ngutip sampah semata-mata nak lihat kampung kita, daerah kita ni bersih dan cantik.

Dato' Sri Speaker,

Speaker

Diorang balik ke mana tu?

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Ya?

Speaker

Diorang Balik ke mana tu? Diorang balik.

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Negeri jiran. Haa, saya ada sebutkan tadi kan.

Speaker

Negeri jiran.

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Sempadan... Sempadan Gua Musang. Cuba tengok lah di mana. Tafsirkan sendiri. Selain daripada Titah yang dilafazkan oleh Tuanku di Dewan Yang Mulia ini, Ke Bawah Duli Paduka Tuanku juga dan termasuk Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah membangkitkan juga supaya Kerajaan persekutuan meneruskan cadangan membina RNR yang secara kekal termasuklah dicadangannya di kawasan berhampiran dengan Gua… Gua Bama di… di Relong.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato' Sri Ahmad Maslan juga telah membayangkan keputusan Kerajaan persekutuan untuk meneruskan pembinaan RNR di Kampung Relong itu tetapi sehingga hari ini semacam tidak ada satu ketentuan yang muktamad.

Speaker

Patut Yang Berhormat apa namanya… berpantun banyak pasal berkawan dengan Dato' Ahmad Maslan ya.

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Ya… ya tu kawan saya dulu tu sama-sama kerja satu pejabat. Jadi warga Padang Tengku ni Dato' Sri dia tertanya-tanyalah apa statusnya kedudukan keadaan ini? Main dingdong dingdong dingdong dan saya percaya perkara ini kalau dia masih… masih lambatlah dapat dilaksanakan kerana kalau kita ikut pakej sebab dia perlu berdasar kepada pakej siap tak siap.

Kalau pakej Ladang Selborne ke Relong daripada… ke Relong tu dijangka lambat siap lah sebab ini projek… projek sakit. Jadi, saya fikir bahawa isu pembuangan sampah ni tak dapat dimuktamadkan atau diselesaikan dalam tempoh tiga atau empat tahun lagi. Maka saya sebenarnya menyokong penuh saranan,

Minta laluan sikit.

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Ya.

Speaker

Terima kasih. Saya tengok ada… saya setuju. Sepatutnya pelan asas lebuh raya ni mesti ada RNR, macam mana pelan asas tu daripada mula tiba-tiba tidak ada perancangan untuk bina RNR. Pengguna terpaksa tak ada tempat rehat dalam keadaan jammed yang teruk dan saya akui bahawa kawasan ini perlu disegerakan.

Saya sokong cadangan supaya projek RNR ini dapat disegerakan selain daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyediakan sementara tapi sangat tak logik satu lebuh raya tak ada RNR.

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Dato' Sri, logik tak logik kita kena atasi perkara ini. Sebab itulah kita amat menyokong bahawa saranan Tuanku supaya kerajaan persekutuan menyediakan peruntukan yang mencukupi dan untuk itu saya nak sarankan dan saya nak cadangkan supaya Kerajaan persekutuan menyediakan peruntukan tu dan bagi kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan sebab ini ternyata bahawa dengan usaha kita membina RNR sementara ini telah memberikan impak yang cukup baik.

Walaupun dia usaha ataupun perkara pembuangan sampah tu masih berterusan tetapi dia sekurang-kurangnya ada meredakan sedikit keadaanlah. Jadi justeru itu saya nak mencadang supaya RNR sementara yang ada ni jadikan kekal terutama di Kechau Tui tu yang dicadangan di Gua Bama tu saya ingat dah tak tahu ketentuan, duit tu kita bangunkan sebagai bangunkan RNR sementara ni kekal bagi pada Majlis Daerah Lipis untuk laksanakan dan kawasan di Gua Bama tu kita tukar ataupun kita jadikan sebagai penempatan umpamanya untuk kita bina kompleks… dipersiapkan kompleks pengurusan bagi geotapak… geotapak ni… geotapak bagi Geopark… Lipis Geopark yang ke arah usaha untuk er... dipersiapkan ke arah Geopark UNESCO. Di samping itu, saya juga nak… nak… nak ambil kesempatan ni nak tanya apakah status cadangan pembinaan RNR Kampung Kubang Rusa yang saya difahamkan akan diusahakan oleh pihak swasta dan juga sejauh mana pembinaan RNR swasta ini akan memberikan manfaat kepada peniaga-peniaga kecil tempatan khususnya daripada kampung-kampung berdekatan.

Dato' Sri Yang di-Pertua, saya ingat di antara isu lain yang dibangkitkan oleh.

Speaker

Ya. Selalunya lebuh raya ni dia pakai konsesi, dia ada pendapatan. Cuma lebuh raya yang ini dia tidak ada tol. Jadi tidak ada penempatan. Jadi mungkin tu antara sebab kenapa tak dibina RNR kerana ia akan menambahkan lagi harga lebuh raya tersebutlah sebab kalau konsesi, pihak konsesi akan membinanya. Itu saja. Terima kasih. Saya bukan nak jawab, cuma saya nak berkongsi.

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Dato' Sri Yang di-Pertua, saya nak mengalihkan perbahasan saya kepada penekanan Titah Diraja iaitu berkenaan dengan berkaitan dengan keperluan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan penginapan ataupun perumahan yang disebut oleh Titah Diraja.

Speaker

Baik Yang Berhormat, ada lima minit lagi.

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Ya. Takpelah.

Speaker

Tujuh minitlah saya bagi.

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Saya nak… nak… nak sebut ni berkaitan dengan isu Skim Tanah Rakyat yang sedang dirancangkan oleh pihak… pihak kerajaan. Ini merupakan satu usaha yang baik, tapi kita di Padang Tengku ni kita ada dua FELDA. Saya dapat aduan daripada penduduk di situ iaitu kita nak mintak tambahlah kita mintak tambah. Sekarang ni di FELDA Chegar Perah tu dia hanya lulus 52 unit. Saya ingat bilangan ni terlalu… terlalu kecil. Dan kita nak mintak tambah sekurangnya cukup dengan bilangan keluarga peneroka yang ada situ, 124. Jadi kita nak tambah 72 unit je lagi.

Begitu juga dengan STR di Kechau 1 ni. Diluluskan 102 unit. Kita nak tambah supaya menjadi 126 unit. Tambah 24 unit je lagi. Sebab hari ni timbul satu isu di sana. Borang pun tak diedarkan umpama di Kechau… Kechau 1 tak diedarkan. Dia takut. Sebab kalau diedarkan dia akan jadi isu lain. Jadi kita nak mintak kerajaan mungkin adalah cadangan supaya nak dibuat cara tambahan dan apa nama… berfasa dan sebagainya. Tapi saya ingat tak payahlah, kita buat sekali, sebab tak banyak. Bukan banyak pun. Kawasan masih ada.

Jadi saya dimaklum oleh pihak pengurusan bahawa kita ada kawasan, jadi mintak sangat kerajaan negeri supaya mempertimbangkan ini permintaan khusus daripada DUN Padang Tengku. Begitu juga satu lagi isu yang berkaitan dengan kes ladang yang berpaya. Saya ingat isu ni dalam pengetahuan EXCO FELDA. Dah tiga EXCO dah yang… yang… yang melibatkan diri dalam usaha ini, tetapi sampai sekarang tidak ada penyelesaian. Jadi saya nak minta supaya isu ladang FELDA di er… Chegar Perah yang tidak mendatangkan hasil ini dimuktamadkan.

Mungkin dan saya difahamkan pihak FELDA dah ada… dah ada… dah ada formula, tapi formula itu tak dilaksanakan sampai sekarang. Laksanakan jelah. Kalau tidak dia akan dingdong dingdong dingdong dan akan terus menjadi isu. Muktamadkan supaya ianya dapat menjadikan sesuatu yang tidak akan dijadikan isu lagi. Dato' Sri Speaker, saya juga nak menyentuh tentang isu pencerobohan tanah haram dan ketirisan hasil kerajaan. Pantun,

Titah Tuanku jelas dan mudah, Semua faham semuanya mengerti, Pencerobohan harta negeri amaran dinoktah, Tiada maaf tiada kompromi.

Sebagai rakyat yang cintakan negeri ini. Saya menyokong penuh dan kuat hasrat kerajaan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku bagi menoktahkan dan memberhentikan segala kegiatan pencerobohan dan rompakan harta kerajaan negeri yang disifatkan sebagai musuh nombor satu kerajaan negeri kita sekarang ini. Bukan setakat kebanggaan yang dilafazkan oleh Tuanku, kita juga sebagai rakyat jelata amat bangga dan menyanjung tinggi keberanian luar biasa Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kita, Dato' Sri Wan yang telah bertindak tegas dan meluaskan usaha-usaha untuk mengatasi masalah ini. Bukan sekadar apa yang berlaku di Raub itu tetapi juga hampir ke seluruh negeri usaha-usaha ini sedang dilakukan. Ini merupakan satu tindakan yang cukup baik dan merupakan satu keutamaan kepada Dato' Sri. Kalau kita tengok Dato' Sri MB kita, dia jadi Menteri Besar pada bulan Mei 2017.

Speaker

18.

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

2018, 2000...

Speaker

Jadi… jadi Menteri Besar 2018.

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Ha... 2018. 15 Mei 2018, jadi Menteri Besar. Pada 15 Oktober 2019 ditubuhkan Unit Penguatkuasa Kerajaan Negeri Pahang. Maknanya ini merupakan satu usaha yang menjadi keutamaan sejak Menteri Besar jadi MB, jadi Menteri Besar. Sejak Jelai jadi Menteri Besar. Jadi kita memang menyanjungi usaha ini dan kita nampak usaha-usaha ini menyamai ataupun menyambut Titah Perintah Tuanku.

Jadi saya percaya selepas ini, kita tidak akan ke belakang lagi. Kita tidak akan memandang ke belakang lagi untuk tindakan pengurusan seperti ini diteruskan secara konsisten dengan pendekatan-pendekatan yang telus berlandaskan undang-undang dan kita tak kira siapa sahaja yang melakukan. Besar, kecil, kaya, miskin. Tindakan ini mesti dinoktahkan. Jadi dalam konteks ini...

Speaker

Boleh... Boleh gulung Yang Berhormat.

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Saya nak gulung dah ni, memang pun. Sebagai Ahli Dewan, menjadi tanggungjawab kita sebagai pengamal undang-undang, Wakil Rakyat dan setiap Ahli Dewan harus memikul amanah besar ini mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Negara. Bukan sekadar tanggungjawab moral, malah merupakan tunjang kepada kestabilan negara. Sebagai kesimpulannya, marilah kita bersatu hati mempertahankan kedaulatan negeri. Berikan kefahaman yang jelas akan tindakan ini. Jangan jadikan isu bahawa tindakan-tindakan ini satu kezaliman dan sebagainya. Kita dukung usaha Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kerajaan negeri bagi menjayakan pembangunan yang telah diusahakan. Pemulihan hasil negeri dan sebagainya demi untuk memastikan kerajaan kita kukuh. Kita bukan sekadar pemimpin tetapi juga penjaga kepada amanah rakyat dan kedaulatan negeri. Saya tutup ucapan saya dengan pantun.

Speaker

Empat kali dah Yang Berhormat.

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Insya-Allah. Ulam… ulam pegaga dicicah peda, Dato' Sri tahu peda apa?

Speaker

Tahu... Budu.

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Budu ya.

Ulam pegaga dicicah peda, Rebung dimasak ikan tenggiri, Hentikan sengketa sesama kita, Junjung titah makmur negeri

Padang Tengku di hujung negeri, Di Sungai Jelai menangkap patin, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Ampun maaf zahir dan batin

Saya mohon menyokong. (Ahli Dewan menepuk meja).

Speaker

Terima kasih wakil daripada Padang Tengku. Sebelum saya meneruskan wakil daripada Cheka, saya nak maklumkan bahawa Peraturan Mesyuarat, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat iaitu Perkara 36(2) ya tidak boleh disebut apa-apa perkara yang sedang dalam pertimbangan mahkamah. Sekiranya pada pertimbangan pengerusi harus merosakkan kepentingan-kepentingan pihak yang berbicara. Yang Amat Berhormat sekalian… Yang Berhormat sekalian boleh bahaskan soal penerokaan haram. Cuma kita tak tidak spesifikkan kes yang sedang dibawa di mahkamah iaitu sekarang ini iaitu kes Musang King kerana dia masih di peringkat Mahkamah Rayuan dan tarikh perbicaraan pada Januari 2026. Saya jemput wakil daripada Cheka.

[Ayat al-Quran]. Firman Allah Ta'ala [Ayat al-Quran]. Maksudnya, sesungguhnya kami letakkan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang. Lalu semuanya tidak mampu memikulnya dan tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawabnya. Lalu manusia menerima amanah tersebut. Kerana sesungguhnya manusia ini suka melakukan kezaliman dan dalam keadaan dia jahil tidak mengetahui [Ayat al-Quran].

Pertama saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker yang beri ruang kepada saya untuk membahas Usul Titah Diraja sempena pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang. Kesempatan ini juga saya ingin rakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Yang Kelima dan kita doakan mudah-mudahan Allah Ta'ala cucuri rahmat ke atas roh almarhum.

Tuan Speaker, Daripada Titah Ucapan Tuanku, Baginda melahirkan kalau kita perhati ada tiga suasana. Suasana pertama, Baginda menyatakan kegembiraan terhadap prestasi pencapaian kerajaan negeri. Saya ucap tahniah terhadap pencapaian yang telah dibuat. Yang kedua, Baginda juga melahirkan kebimbangan terhadap beberapa perkara yang menjadi kebimbangan Baginda terutama ketirisan hasil negeri, kelewatan projek-projek tebatan banjir dan sebagainya yang juga perlu diberi perhatian. Dan yang akhir, Baginda meluahkan kekecewaan khususnya terhadap pencerobohan Hutan Simpan Kekal dan tanah kerajaan skala besar yang berlaku di negeri Pahang dan beberapa pengarahan yang telah dibuat oleh Baginda.

Baginda jelas melahirkan rasa kebimbangan dan menyerahkan mandat kepada pihak berkuasa seperti SPRM, PDRM dan Unit Penguatkuasa Negeri Pahang bertindak dengan serta-merta dan amaran Baginda supaya tidak berkompromi dengan sebarang bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Saya melihat ada keperluan untuk kerajaan negeri menambahkan kemudahan kepada anggota penguatkuasaan kita sama ada teknologi moden, drone dan sebagainya bagi memantau pencerobohan ini. Tanpa peralatan dan sokongan teknologi yang lebih canggih, agak sukar bagi pihak penguat kuasa untuk bertindak. Saya juga menyokong penuh Titah Tuanku dan tindakan yang telah diambil.

Kita harus memandang serius terhadap perkara ini demi memajukan negeri Pahang dan saya ingin menyatakan rasa dukacita dan terkilan kerana dalam kes ini ada pihak-pihak yang membela mereka yang melanggar undang-undang dan peraturan. Sepatutnya kita sebagai Ahli Dewan Negeri atau Ahli Parlimen merupakan penggubal undang-undang. Kita bertanggungjawab mempertahankan undang-undang. Bukan menyokong mereka yang langgar undang-undang. Lebih malang lagi, kalau sekiranya kita libatkan di atas nama konon membela mereka yang langgar peraturan dan ini tak sepatutnya berlaku dan saya harapkan semua anggota-anggota khususnya Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri daripada DAP khususnya untuk menyatakan sikap sama ada menyokong mereka yang langgar undang-undang atau menyokong Titah Tuanku Sultan. Dalam kes ini, kita sepatutnya tidak kompromi membela mereka yang langgar peraturan dan undang-undang dan rakyat masih menanti apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak kerajaan kepada mereka yang melanggar undang-undang dan mereka membela kumpulan yang langgar undang-undang ini.

Tuan Speaker, Saya lihat pencerobohan ini tidak hanya berlaku di daerah Raub, mungkin seluruh negeri Pahang. Untuk itu, saya melihat perlunya ada suatu audit forensik terhadap kesemua keseluruhan negeri, Hutan-hutan Simpan Kekal Kerajaan negeri di seluruh negeri Pahang dapat dilakukan. Kerajaan perlu menyatakan sebenarnya berapa keluasan tanah Hutan Simpan Kekal yang telah diceroboh dan kalau boleh dapat detail dalam Sidang Dewan kali ini tentang jumlah kawasan dan daerah-daerah yang telah dikenal pasti dapat diceroboh. Untuk itu, jalan ke arah lebih baik. Saya mencadangkan suatu Suruhanjaya Diraja atau IRCI...RCI ni dapat ditubuhkan oleh pihak kerajaan bagi memastikan supaya semua penyiasatan dapat dibuat secara menyeluruh. Ya sebagaimana Tuanku, kita bukan nak tengok ke belakang tapi nak tengok ke depan kita. Bagaimana dapat kita selamatkan seluruh hutan simpan kekal kita dapat dijaga dan hasil negeri tidak tidak berlaku ketirisan dan kebocoran.

Yang di-Pertua, apa yang penting setelah tindakan kerajaan dibuat, tanah-tanahnya telah pun dirampas walaupun sebahagian masih ada di peringkat mahkamah. Penebangan telah pun dibuat. Isunya ialah apa hala tuju tanah tersebut. Kalau sekiranya kita pergi

tebang, kemudian kita tinggal, saya yakin tanah ini akan diteroka semula, akan ditanam semula. Kerajaan mesti ada plan perancangan bagaimana untuk membangunkan tanah yang telah dirampas, diambil balik ini. Saya mencadangkan sebab Pahang ni kita ada projek yang pernah kita buat dulu RTP, Rancangan Tanah Pemuda di beberapa daerah yang kita buat projek ni sangat baik dilakukan kerajaan terdahulu tapi dia satu tindakan yang sangat baik di mana kita memberikan kawasan-kawasan yang kita ambil ini yang telah diteroka secara haram ni.

Kerajaan dah tebang tanah tu dah dah diambil balik. Tapi kalau dibiar, dia akan ulang balik perkara tersebut. Saya mencadangkan Rancangan Tanah Pemuda dapat dibangunkan di kawasan tersebut atau kita laksanakan program memberikan tanah-tanah ini kepada pihak pengurusan FELDA yang diberi kepada anggota bekas-bekas anggota tentera sebagaimana yang kita buat di Koyan satu masa dahulu. Ini antara mekanisme dan saya fikir kita di Pahang ini kita pernah lakukan benda yang sama. Di daerah Triang satu masa dahulu di mana kita bangunkan kawasan tu dengan FELDA-FELDA dan ini di antara mekanisme yang baik kalau untuk pencerobohan pada masa hadapan. Yang di-Pertua selain daripada itu, saya juga melihat tentang isu yang dibangkitkan oleh Tuanku tentang Tanah Rizab Melayu. Tuanku mengucap tahniah kepada kerajaan negeri kerana berjaya menambahkan bilangan Tanah Rizab Melayu. Cuma apa yang penting ialah kita juga perlu meneliti ada kes-kes yang bersifat ali baba di mana orang Melayu sanggup guna nama dia tapi pengusaha, pemilik sebenarnya bukan dia dan ini berlaku sama ada kalangan ada individu tertentu atau mungkin ada kumpulan yang mengahwini anak-anak Orang Asli untuk semata-mata mendapatkan tanah tersebut sedangkan kebajikan masyarakat Orang Asli tidak dipelihara pun dan ini perlu dikaji teliti berapa sebenarnya Tanah Rizab Melayu.

Yang di-Pertua, bukan tak dipelihara pun. Pelihara… kita pelihara Orang Asli.

Boleh, boleh Yang Berhormat boleh teruskan kita dengar tapi tak dipelihara pun masyarakat Orang Asli tu tak betul la. Kita dah jelas tadi. Nanti orang di luar sana ingat kita tak buat apa-apa masyarakat Asli. Dato’ Sri Speaker tegur lagi saya karang.

Speaker

Ya betul. Gunakan perkataan yang sesuai.

Saya bukan maksud kerajaan negeri tak jaga. Penama tersebut. Penama itu mereka kahwin dengan anak Orang Asli dan mereka dapat tanah. Sepatutnya dia dapat kemudahan dia membantu masyarakat Orang Asli bukan kerajaan negeri tak… tak

jaga Orang Asli. Saya sebut dalam kes ini, kes ada berlaku perkahwinan tetapi mengambil kesempatan untuk memiliki tanah. Tapi dia yg kaya-raya ni dia.

Speaker

Yang Berhormat boleh bagitau tak. Di mana tu?

Ya saya tahu, sebab tu saya kata kerajaan perlu melakukan pelbagai kajian daripada kawasan-kawasan tersebut supaya ia tidak berlaku. Kita tak nak data yang ada. Tanah Rizab Melayu nampak banyak tapi sebenar siapa yang usahakan belakang tu? Itu saya mintak supaya perkara ini diteliti dan dibuat kajian oleh pihak kerajaan. Tuan Speaker, saya menyentuh soal isu alam sekitar yang juga dibangkitkan oleh Tuanku. Pada pertengahan tahun 2023, Pemangku Raja Pahang pada waktu itu telah pun mengumumkan Pelan Hala Tuju Pahang, Greening Education Partnership bagi tahun 2023 hingga tahun 2030 yang mensasarkan empat agenda antaranya mencapai sekurang-kurangnya 50% institusi pendidikan di Pahang diberi pengiktirafan sebagai sekolah atau institusi hijau setelah menamatkan program Eco Schools dan Eco Campus. Saya yakin program ni sangat baik bagi pemantauan yang lebih telus dan mendidik masyarakat kita supaya lebih prihatin terhadap isu alam sekitar. Saya ingin bertanya apakah pencapaian sasaran dan impaknya terhadap kesedaran alam sekitar dalam kalangan pelajar selepas ianya dilancarkan. Sehingga kini, berapakah sekolah yang telah terlibat dalam projek program ini kerana pada waktu dilancarkan, kerajaan meletakkan 100 buah sekolah yang terpilih sebagai perintis kepada program ini dan saya yakin program ini merupakan salah satu program yang impaknya sangat besar.

Sekurang kurangnya Pahang menjadi negeri yang pertama dapat mencapai net zero emission, pelepasan karbon sifar. Tuan Speaker, saya juga ingin bangkitkan tentang isu ketirisan yang juga dibangkit oleh Tuanku Sultan. Di antara isu besar ketirisan dibangkitkan ialah isu NRW. Ya Kadar Non-Revenue Water di mana Pahang ni kalau kita tengok data pada tahun 2023 kita di antara negeri yang agak tinggi. Dan saya juga telah pun melihat perkara ini secara lebih detail sebanyak 47.7% dan kerugian dianggarkan antara RM200 ke RM300 juta dan kerajaan persekutuan telahpun meluluskan satu peruntukan yang sangat besar sebanyak RM2.525 bilion bagi mengatasi NRW Nasional. Saya harapkan insya-Allah. Semoga Pahang juga mendapat limpahan daripada peruntukan besar ini untuk kita mengurangi NRW negeri yang agak tinggi. Sebab isu kita paip-paip lama ni perlu ditukar dan kosnya sangat besar. Ya, tanpa bantuan persekutuan tidak mungkin negeri dapat dapat membantu menyelesaikan isu NRW. Jadi oleh kerana itu daripada RM2.525 billion, peruntukan yang diuruskan oleh kerajaan persekutuan. Saya harapkan bawa Pahang juga dapat sejumlah daripada dana tersebut dan sehingga dapat penjelasan berapakah peruntukan yang diperoleh kerajaan negeri bagi mengurangkan kadar NRW kebangsaan yang telah diusulkan oleh kerajaan persekutuan tersebut.

Selain pada itu, isu ketirisan juga berlaku dalam beberapa sumber hasil bumi. Saya ingin dapat penjelasan daripada kerajaan negeri. Apakah mekanisme kawalan sumber hasil negeri? Contoh lombong emas bijih besi bijih timah, bijih timah takde, bijih besi dan termasuk bauksit. Dan terbaru REE. Apakah mekanisme kerajaan negeri bagi memastikan pelaporan yang dibuat kepada kerajaan itu tepat dan betul. Katakanlah emas dilapor pada kita 10 kilo apa mekanisme kita nak pastikan betul tak 10 kilo. Sebab bayangkan kalau dua, tiga kilo sahaja mereka kelong mereka tak… laporan tak betul kerajaan negeri kurang hasil. Dan saya ingin dapat penjelasan mekanisme

tersebut supaya ketirisan dapat kita bendung di peringkat awal. Saya pernah cadangkan Dewan Negeri Yang Mulia ini. PBT mendapat hasil daripada cukai dan setengah setengah PBT hasil pendapatan sangat-sangat rendah, kita… saya teliti laporan daripada audit terhadap pendapatan PBT-PBT. Saya pernah mencadangkan ada PBT yang penduduknya ramai, bandarnya besar dan hasilnya banyak. Tapi ada PBT-PBT yang kawasannya luas tapi penduduknya tidak ramai, namun hasil kawasan di daerah dia sangat besar. Tapi sayang daerah tak dapat manfaat daripada hasil tersebut. Sebagai contoh kawasan pembalakan daerah Jerantut, Lipis dan sebagainya. Hasil banyak, tapi hasil itu tidak dapat manfaat kepada daerah.

Saya mencadangkan supaya satu mekanisme dapat diwujudkan supaya pemantauan daerah di beri kuasa kepada PBT, pihak berkuasa tempatan di daerah untuk memantau semua hasil hasil dikeluarkan daerah dia dan sekurang kurangnya 10% hasil daerah dia di beri kepada PBT tempatan. Dengan ini dia boleh membangunkan kawasan tersebut. Boleh macam plan perancangan pembangunan dapat dibuat tapi kalau tanpa hasil bergantung pada cukai sahaja, saya pikir banyak PBT yang tidak punya kemampuan kewangan terpaksa bergantung pada sumber kerajaan negeri. Bayangkan lombong-lombong yang ada di Lipis. Kalau 10% hasil masuk PBT di Lipis, Bayangkan hasil-hasil pembalakan di Jerantut. Kalau sekiranya 10% hasil pembalakan itu disalurkan pada PBT daerah Jerantut. Kaedah ini akan boleh melaksanakan pelan pembangunan yang lebih tersusun dan lebih memajukan kawasan-kawasan khusus di kawasan Pahang Barat. Berhubung dengan isu REE, saya ingin dapat penjelasan apakah perancangan kerajaan. Kita Pahang ni ada rizab REE lebih kurang 1.4 juta metrik tan ataupun dalam pasaran lebih kurang 80 bilion rizab kita di Pahang dan kebetulan pula Pahang ni kita ada Lynas, satu kilang yang telah pun proseskan REE daripada Australia dan Lynas sekarang telah membangunkan pelan kedua khusus untuk memproses REE daripada Malaysia yg tidak ada radioaktif.

Kita menyambut baik hasrat Lynas. Apa yg penting ialah hala tuju pembangunan REE di peringkat negeri Pahang. Kelewatan kita membangunkan sumber ini, kita bimbang akan berlaku perlombongan haram dan sebagainyalah. Dan ini juga dibangkit oleh Tuanku supaya ketirisan ataupun sumber hasil negeri dapat kita…kita lihat secara lebih menyeluruh ya.

Dato’ Sri Speaker, Di samping itu, saya juga ingin…

Speaker

Boleh…boleh gulung, ada dua minit lagi.

Dua minit lagi. Ada dua isu. Satu lagi, satu isu tentang apa dibangkit oleh Kebawah Duli Tuanku. Saya ucap terima kasih tentang… Kita ada dua projek besar, Pahang. Satu ECRL dan satu lagi Lingkaran Tengah…Lingkaran Tengah Utama. Saya bimbang tentang lebuh raya ini sejauh mana daerah kita dapat manfaat. Kadang-kadang kalau tidak dirancang betul akan jadi macam LPT. Bila siap saja LPT, beberapa bandar akan lebih malap. Gerai-gerai terpaksa ditutup. Kedai-kedai sepanjang jalan ditutup. Bererti kita hanya beri laluan orang ramai lalu tapi daerah tidak manfaat. Satu pelan pembangunan perlu dibuat…dibuat supaya kita dapat manfaat daripada lebuh raya tersebut. Dan akhir sekali tentang Lipis. Saya nak

bangkitkan. Berhubung dengan…Lipis ni bandar bersejarah, ibu negeri pertama di Pahang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, err… beri laluan. Saya tadi sebab bila Dato’ Sri Speaker kata ada ruang bagi sedikit kepada Cheka dan err… saya sebenarnya nak mencelah tapi saya biarkan Cheka tadi bercakap, tapi oleh kerana masa yang diperuntukkan dah agak singkat, saya nak tanya Cheka. Cheka ada bangkitkan sebagai perkongsianlah, perkongsian sesama kita. Kita, Lipis ni ya ni kebetulan ADUN Cheka merupakan mantan Menteri NRE hari tu, pada tahun 2001 sampai 2022. Tadi dalam awal ucapan ada Cheka bangkitkan tentang pencerobohan hutan yang ada di negeri Pahang termasuk hutan ini… Hutan Simpan Kekal (HSK).

Saya difahamkan kalau ikut dari segi hutan. Kita ada Akta, Akta Perhutanan. Akta Perhutanan adalah satu akta yang digubal di peringkat Kerajaan Pusat di bawah bidang kuasa kementerian dan tak silap saya pada ketika itu Jabatan Perhutanan adalah di bawah NRE ni bawah ni…ni dan juga merupakan Ahli Kabinetlah sebagai ni apa nama Ahli Kabinet yang bertanggungjawab kepada mendukung akta yang digubal di Parlimen untuk dijadikan sebagai undang-undang. Saya rasa seharusnya Kerajaan Pusat juga memainkan peranan. Semasa Yang Berhormat selaku Ahli Kabinet di peringkat pusat tu. Saya nak…nak tahu ya semasa itu apakah langkah-langkah yang dibuat kerana apa pencerobohan ini mungkin ada berlaku pada ketika tahun-tahun yang berikut termasuk masa tahun Yang Berhormat menjadi Ahli Kabinet Kerajaan Pusat.

Jadi apakah di antara sumbangan yang diberikan dalam mengekang berlakunya penularan dan tidak semata-mata atas batu jemala kerajaan negeri semata-mata untuk mengekang penularan atau pun pencerobohan hutan yang haram ni.

Pertama saya nak betulkan fakta skit. Dia, saya dulu Menteri KASA. Kementerian Alam Sekitar dan Air. Err… tanah ni bawah Kementerian Sumber Asli.

Speaker

Yang Berhormat. KASA ni cakap Melayu, tu cakap omputih.

No, no err… Sumber Asli, Hutan Sumber Asli bawah kementerian lain. Kementerian Sumber Asli bukan bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air. Itu saya nak betulkan sikit je.

Dato’ Sri, Dato’ Sri Speaker sekejap. Dato’ Sri Speaker, bukankah kalau soal air di antara sumber atau pun punca untuk menjadikan sumber air ini mampan ialah hutan. Catchment area maknanya kawasan dengan izin, kawasan tadahan. Kalau kira

kawasan tadahan ni kalau kita tebang, ia akan menyebabkan satu ancaman kepada sumber air. Jadi di bawah kementerian Yang Berhormat pada ketika itu. Bukan begitu?

Sumber air bawah kerajaan negeri, tanah bawah kerajaan negeri. Akta Kerajaan Persekutuan tidak melibatkan soal pengurusan tanah tu bawah kerajaan negeri. Kita semua tahu tanah, air ni bawah kerajaan negeri. Sumber air bawah kerajaan negeri tetapi bila masuk kepada sistem pembentungan itu bawah kerajaan persekutuan err... bawah dia ada beberapa perkara. Sumber, sebab tu sumber ni geran persekutuan kepada kerajaan negeri. Contohnya saya…saya tak pelah. Saya...saya ingat kita tidak perlu panjangkan isu tersebut supaya saya nak jawab…

Yang Berhormat, maksud saya tu begini sebab bekalan air. Maknanya bila sebut perkhidmatan air misal contoh Perkhidmatan Air Negara. Kita ada SPAN, kita ada ni apa nama operator bekalan air di peringkat negeri tetapi bekalan air di peringkat negeri ini ada berkait dengan sumber. Saya yakin Yang Berhormat sebagai Ahli Kabinet. Takkanlah kita sebagai Ahli Kabinet kita hanya menyentuh tentang wujudnya satu kerangka pemikiran secara dichotomy, maknanya dengan izin ya. Maknanya kita hanya bertindak sebagai pemikiran secara silo [kurang pasti] tidak begitu. Tetapi bila kita sebagai kaitan antara sumber dengan bekalan air, perkhidmatan air, bagaimana kita nak menyelesaikan tentulah ia memerlukan satu ini…ni… kedudukan, status di mana sumber air itu mampan. So maksud saya di sini, tidak ke ada Yang Berhormat membangkitkan tentang soal pencerobohan hutan yang boleh menyebabkan kekangan dan juga ancaman kepada sistem bekalan air di negara...

Terima kasih. Err…Dato’ Speaker, saya tidak cadang untuk panjangkan isu ini sebab supaya kalau kita lihat secara detail pengagihan bidang kuasa ya, sumber bawah kerajaan negeri, masuk sistem bekalan bawah kerajaan persekutuan sampai pembetungan. Lepas pembetungan bawah IWK dia masuk bawah kerajaan negeri semula. Jadi kita, sumber memang bawah kerajaan negeri ya sebab tu kerajaan persekutuan… kerajaan negeri boleh mohon peruntukan sumber, geran persekutuan. Geran persekutuan contohnya dam. Empangan tu bawah kerajaan persekutuan, tetapi bila masuk sistem pengagihan bawah loji sebagainya, itu dia kalau negeri yang buat melakukan mitigasi dengan kerajaan persekutuan. Kerajaan persekutuan akan…akan manfaatkan.

Saya fikir tu tak perlu panjanglah. Isu kita ialah isu saya nak… last sekali isu tentang bandar Lipis tadi. Bandar Lipis ni bandar yang bersejarah, ibu negeri pertama dan banyak benda-benda bersejarah. Saya fikir perlu satu mekanisme dapat kita wujudkan untuk kita bangunkan sejarah yang sangat berharga ni yang ada di Bandar Lipis. Saya fikir ADUN Padang Tengku, ADUN Benta kita sama-sama sebab satu daerah dan Lipis ini perlu kita jaga sumber-sumber, hasil-hasil yang sangat lalu, sebagai hasil yang bersejarah.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Celah, celah sikit.

…berteraskan warisan err… termasuk juga laluan-laluan warisan ini dapat kita bangunkan lebih baiklah. Terima kasih.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Celah-celah sikit. Saya nak…nak dapat kepastianlah. Tadi Cheka sebut Lipis ibu negeri yang pertama, tapi dari segi fakta sejarahnya, saya nak sebutkan bahawa ibu negeri Pahang yang pertama ialah Pura, Pekan. Tapi kalau kita pandang dari sejarah penjajah, memanglah Lipis ibu negeri yang pertama. Jadi maknanya cuba kita betulkan fakta sejarah. Lipis adalah ibu negeri yang kedua selepas Pekan. Kalau tidak, kita akan membawa cerita dan mendendangkan sejarah yang ditulis oleh pihak penjajah.

Speaker

Takpe, takpe. Itu kita semua baca buku sejarah masing-masing. [Ketawa] Sila gulung.

Yang Berhormat Dato’ Sri…

Saya fikir apa yang penting ialah saya nak sebut point saya ialah banyak kesan sejarah yang ada di bandar Lipis dan kalau kita tidak usahakan sesuatu ya, mungkin peninggalan sejarah ini akan hilang dan terus satu pelan pembangunan

Dato’ Sri Speaker….

Untuk kita membangunkan harapan sejarah yang dapat kita wujudkan bagi manfaatkan kawasan bandar Lipis khususnya sebagai satu tarikan pelancong untuk turun selain pada geopark yang sedia ada di kawasan Lipis.

Dato’ Sri Speaker, rakan saya daripada Cheka.

Speaker

Ini ada…adalah perbahasan Lipis. [Ketawa]

Saya nak betulkan.

Speaker

Padang Tengku Lipis, Benta Lipis dan Cheka pun Lipis.

Pertama sekali, sebenarnya apabila kerajaan mewujudkan ECERDC maknanya di bawah sepertimana yang dizahirkan oleh Dato’ Sri Speaker, iaitu Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pak Lah mewujudkan, ini apa nama agensi ataupun termasuk ECERDC yang merangkumi kawasan di Pahang.

Yang keduanya Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja sendiri, inisiatif mewujudkan Pahang Barat Plus di antara lainnya adalah memberi tumpuan kepada daerah-daerah di Pahang Barat termasuk di Lipis. Jadi di situ kita wujudkan pelbagai. Antara inisiatif yang dirujuk ialah termasuk tadi tempat-tempat yang bersejarah. Malahan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar sendiri, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar mewujudkan mencadangkan dan mewujudkan Akademi Mineral Pahang yang berpusat di Lipis. Saya ingat mungkin rakan saya daripada Cheka. Saya nak beritahu mungkin kita kena duduk, kita akan perjelaskan inisiatif yang diambil… kita nak wujudkan… kita nak wujudkan hub benih dicadangkan di Lipis. Malahan ada usaha yang telah dicadangkan untuk memperkasakan lagi spesies ikan asli termasuk Jelawat yang dicadangkan di kawasan Yang Berhormat Dato’ Sri sendiri di Cheka, di Putu… Kampung Putu dan kita mengambil pendekatan, malahan beberapa kawasan telah dikenal pasti di bawah inisiatif ECERDC khususnya berkaitan dengan projek-projek pertanian dan tidak kecuali maknanya apa nama tempat-tempat bersejarah. Jadi sebenarnya apa yang dicadangkan oleh atau yang disentuh oleh Yang Berhormat ADUN Cheka ni sebenarnya telahpun dirangka dan insya-Allah akan dilaksana. Ada setengah dilaksanakan di Kampung Budu misalnya kita wujudkan Galeri Tok Gajah. Mungkin kalau boleh singgah sekali, dah siap dah dan kita lengkapkan daripada peringkat apa nama fakta sejarah dan sebagainya.

Okay. Terima kasih. Terima kasih banyak. Saya menyokong penuh. Bahkan kalau semua pembangunan di Pahang ni dibuat di Lipis pun lagi bagus, ya. Kita bukan tak menyokong. Saya isu ialah saya mintak supaya …

… bahan-bahan bersejarah tu…

Speaker

Lipis Yang Berhormat… Yang Amat Berhormat Lipis juga. Insya-Allah.

Mintak laluan Yang Berhormat. Insya-Allah pakat-pakat sokong…

Speaker

Memang eloklah menyokong.

… memang pakat-pakat sokong, tapi tak menyebut. Sebutlah Akademi Mineral Pahang, Geopark, apa ni Pahang Barat Plus, berlambak dah yang kita buat, tapi tak menyebut.

Ya, terima kasih.

Yang… yang di cakap dalam Dewan Yang Mulia seolah tak buat benda-benda di Lipis ni. Tapi itu yang… yang… Dato’ Sri Soffi ADUN Benta tadi… macam naik sikitlah… naik minyak sikitlah. Terima kasih Yang di-Pertua.

Speaker

Sila.

Saya sebenarnya Yang Berhormat, saya dah sebut peringkat awal tadi waktu Yang Berhormat tak ada dalam Dewan, saya dah puji tindakan tindakan-tindakan yang dibuat sebenarnya. Cuma saya nak sebut last sekali ialah isu bukan nak konflik. Isunya ialah si… bahan-bahan sejarah ini yang ada di Lipis tu perlu dibangun sebagai eko

pelancongan. Saya fikir semua orang sepatut setuju, ya. Tak peliklah kalau ada yang tak setuju ya, sebab kita bukan untuk melupuskan, kita untuk memelihara termasuk benda-benda sejarah ini. Dan dibuat dengan… dengan berbagai projek tu saya ucap tahniah, terima kasih banyak-banyak di atas membangunkan Lipis sebagai salah satu pelan tentang pembangunan besar di Pahang Barat. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar…

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan.

Cuma saya bila antara puji ni, kata Saidina Ali bin Abi Talib. Aku bimbang orang terlalu memuji ku, takut aku timbul riak. Sebab tu saya tak banyak sangat puji. Cuma saya… saya tahulah Yang Amat Berhormat Menteri Besar dah banyak buat projek, terima kasih banyak. Ada lagi…

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat Cheka. Dato’ Sri Speaker, walaupun saya tidak berasal dari Lipis, tapi saya rasa isu ini telah berkali-kali dibangkitkan Yang Berhormat Cheka dan kita telah buat pernyataan dalam sesi penggulungan untuk Sidang Dewan yang lepas, di mana kita semua dimaklum bahawa selepas pengiktirafan Lipis Geopark, kerajaan negeri sedang dalam usaha untuk mengangkat Lipis Geopark ke peringkat UNESCO dan ini telah berkali-kali dinyatakan di secara terbuka ataupun di Sidang Dewan dan juga er… untuk Sidang Dewan lepas kita sudah berkali-kali menjawab soalan ini, saya rasa tiada isu di mana kerajaan negeri tidak membuat… tak buat something terhadap Lipis dan untuk perwartaan tapak-tapak bersejarah di Lipis telah dilaksanakan dan proses ini masih diteruskan. Saya berharap Yang Berhormat boleh… Cheka boleh er… ingat atau faham fakta-fakta ini. Sebab saya… saya pun terus rasa kerajaan tidak buat sesuatu terhadap Lipis, ini adalah satu tuduhan yang tidak berasas. Terima kasih.

Okay, terima kasih banyak. Er… Boleh saya tahu berapa peruntukan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi memelihara bangunan-bangunan bersejarah di Lipis ini?

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Untuk maklumat Yang Berhormat Cheka, angka ini saya tiada dalam tangan, tapi saya boleh bagi jawapan secara lisan ataupun bertulis. Tapi untuk maklumat Yang Berhormat Cheka, bukan sahaja Kerajaan Negeri Pahang, MOTAC juga telus telah memberikan peruntukan sebagai contoh untuk tahun ini bawah RMK, salah satu projek untuk Pahang adalah RM1.2 juta untuk Gua Bama di Lipis Geopark dan banyak lagi kerajaan negeri, Fi Lestari, MOTAC dan EFT. Banyak peruntukan yang kita telah dapat

daripada pelbagai sumber untuk membantu ekopelancongan di Lipis juga. Terima kasih.

Okay, terima kasih er… Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya fikir saya ucap terima kasih banyak kepada pelan pembangunan. Cuma kita bukan nak bantah ya, Geopark satu bahagian, yang saya bangkit ni bangunan bersejarah yang ada tu bukan Geopark, Geoparklah. Takpelah, dah… dah ada pelan pembangunan…

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Geopark termasuk tapak warisan.

Terima kasih. Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya fikir itu ulasan saya dan saya menyokong penuh Titah Tuanku, terima kasih. Assalamualaikum WBT dan selamat pagi.

Speaker

Dijemput wakil daripada Tras.

Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera, Salam Kerajaan Perpaduan, Salam Malaysia Madani, Salam Pahang 1st kepada semua ahli mesyuarat dan para hadiran sekian. Terima kasih Dato’ Sri Tuan Speaker kerana memberi laluan saya pada tengah hari ini untuk saya bersama-sama membahaskan ucapan Titah Diraja Ke Bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Sebelum itu, saya ingin merafak sembah serta menjunjung kasih ke atas Duli Paduka Baginda Sultan Pahang di atas perkenan baginda Tuanku merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang ke-15. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Pahang di atas lantikan sebagai Penasihat kepada Perdana Menteri Malaysia untuk Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana. [Ahli Dewan menepuk] Tahniah juga kepada tiga pelantikan baru peringkat tertinggi negeri, Setiausaha Kerajaan Pahang, Penasihat Undang-undang Negeri, Pegawai Kerajaan negeri dan tidak terlewat saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. [Ahli Dewan menepuk]

Dato’ Sri Speaker, saya tak akan menyentuh berkenaan dengan kes mahkamah. Saya akan terus kepada tanah haram. Insya-Allah, saya akan bagi pandangan yang baik ya, yang konstruktif untuk dinilai bersama-sama. Tidak boleh dinafikan Musang King adalah merupakan produk sektor agrotourism yang mana produk hilirannya seperti biskut durian, kuih durian, lempuk, aiskrim durian, coklat durian, serta juga kuih bulan, sekarang dah ada

kuih bulan musang king adalah satu produk tarikan agrotourism. Ia adalah sebagai pemangkin utama kepada hub sektor agrotourism. Dari segi alam sekitar pula, ia dapat mengekalkan suasana kehijauan dan dapat menjaga ekosistem alam sekeliling.

Dato’ Sri Tuan Speaker, pencerobohan tanah haram perlu pengkajian mendalam. Bagi mengatasi dan mencegah daripada berlaku, dicadangkan satu committee atau jawatankuasa khas dibentuk bagi meneliti masalah ini. Komuniti ini akan mencadangkan kaedah penyelarasan yang adil menang-menang. Bagi kes pencerobohan yang telah berlaku terlalu lama yang mengakibatkan rakyat tempatan ataupun luar Pahang, committee ini boleh dilantik daripada bekas-bekas pegawai PTG, pakar-pakar tanah di IPT atau Institut Tanah Negara, Ulama, PDRM, Peguam Negara dan sebagainya.

Committee diberi tiga bulan untuk mengemukakan cadangan pelan tindakan kepada kerajaan negeri untuk dilaksanakan. Pencerobohan perlu dinoktahkan dan tanah-tanah yang diceroboh tidak boleh terlalu lama dibiarkan. Ia berlaku kecurian terhadap tanaman yang boleh dikutip dan untuk dijual. Adalah mustahil untuk memusnahkan semua tanaman ini. Lebih baik dimanfaatkan. Jadi, tindakan awal yang boleh dilaksanakan, cadangan saya adalah melalui tapping right. Dengan rasa rendah hati dan penuh tanggungjawab sebagai wakil rakyat DUN Tras dan sebahagian daripada ADUN Kerajaan ingin berkongsi pandangan serta pendapat berkenaan kesan alam sekitar dan ekosistem.

Sekiranya pihak kerajaan secara drastik dan konsisten ingin memotong atau menebang pokok-pokok durian yang telah matang ini. Apa-apa cadangan ini, jika tidak dipersetujui atau tidak disukai itu tidak semestinya tidak baik dan yang dipersetujui atau disukai itu tidak semestinya baik, sebagaimana pendapat orang-orang bijak pandai. Mungkin pihak kerajaan boleh memikirkan cara lain atau pendekatan lain bagi mengatasi masalah ini. Mengapa saya kata begitu? Pokok Durian merupakan salah satu daripada 33 spesies pokok hutan yang boleh hidup beratus tahun. Boleh ya... Tuan... Dato' Sri Tuan Speaker boleh rujuk dekat FRIM punya flyer ya, ataupun makalah.

Nama saintifiknya ialah Durio sp. Jika dibandingkan dengan pokok kelapa sawit, pokok durian ini boleh mencegah hakisan tanah daripada berlaku. Dari segi kajian ilmiah, saintifik biologinya pula, satu pokok durian yang matang yang mempunyai ukur lilit diameter ya, serat... er… 30 inci ini dapat menyimpan air sebanyak 100 hingga 150 liter sehari sekiranya hujan turun di luar jangkaan berlaku, dan air ini pula dilepaskan kembali ke udara semasa proses fotosintesis berlaku. Penguapan ini berlaku melalui daunnya. Di dalam erti kata lain, ianya dapat berfungsi sebagai agen pemampan terjadinya risiko banjir, banjir kilat, kepala air yang boleh berlaku di kawasan tersebut khasnya di kawasan tadahan air.

Di dalam konteks biologi ini, baya... bayangkanlah Ahli Mesyuarat yang dikasihi sekalian, sekiranya pokok-pokok yang matang ini ditebang seluas 200 ekar, 500 ekar ataupun 1,000 ekar atau sebagainya, ia juga secara langsung akan mengganggu rangkaian ekosistem biodiversiti flora dan fauna itu sendiri. Sedikit sebanyak ianya akan mengganggu perubahan alam sekitar. Mengikut kajian meteorologi, dalam kitaran cuaca biasa, cuaca panas menghasilkan lembapan dan wap air di udara yang akan bertukar menjadi titisan air untuk menghasilkan hujan.

Apabila hujan menjadi semakin panas... apabila cuaca menjadi semakin panas, lebih banyak wap yang akan terhasil di er... atmosfera. Akibatnya, lebih banyak titisan air terbentuk dan hujan yang lebat akan berlaku. Apabila hujan ini berlaku di dalam

kawasan yang lebih kecil dan dalam masa yang singkat, banjir akan berlaku. Mengikut formula kajian meteorologi, perubahan kenaikan suhu sebanyak 1 darjah celcius. Ia akan mempengaruhi tujuh bahagian kelembapan di udara. Sebagai contoh, jika kenaikan suhu…

Mohon mencelah sikit boleh tak Tras? Yang Berhormat Tras.

Saya rasa tak perlulah. Saya ni, saya... saya nanti...

Sekejap je, sekejap je.

Saya... saya nanti... Boleh tambah masa?

Speaker

Sila, sila.

Seminit je. Daripada apa er... saya meneliti sedikit ucapan daripada Tras tadi. Ada... cuma saya nak tanya, adakah Tras menyatakan bahawa tindakan kerajaan tak betul? Atau tak bersetuju dengan tindakan kerajaan yang dibuat pada hari ini atas alasan alam sekitar, ekonomi dan sebagainya? Adakah Tras tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan pada hari ini atau Tras bersetuju dengan tindakan kerajaan ambil hari ni? Terima kasih.

Saya harap boleh dengar ucapan saya sampai habis. Saya sambung semula ya Dato' Sri. Saya pun tak ingat kat mana saya berhenti tadi. Sebab kalau gangguan ni...

Speaker

Tras macam bagi kuliah.

Okay, saya... saya ulang semula ya yang berkenaan dengan ini... ini mungkin ilmu boleh kongsi bersama-sama. Saya pun nak mendapatkan bukan senang. Mengikut

formula kajian meteorologi, perubahan kenaikan suhu sebanyak 1 darjah celcius, ianya akan mempengaruhi tujuh bahagian kelembapan. Kalau meningkat lagi, contohnya 1.5 darjah celcius, maka ia akan mempengaruhi 10 bahagian kelembapan udara. Mungkin itu jugalah semenjak kebelakangan ini, kongsi bersama ya, taburan hujan di kawasan Parlimen Raub melebihi 100mm dan banjir kilat kerap berlaku. Mungkin itu satu kebetulan.

Ada masa lagi. Er... saya pergi kepada… kesempatan ini juga saya menyentuh berkenaan dengan kebajikan rakyat berkenaan perumahan terbengkalai. RUU Pembaharuan Semula Bandar (URA) telah diluluskan. Diharap pihak kerajaan negeri mahupun pusat supaya dapat menyelesaikan perumahan...

Saya, saya minta laluan sikit.

Perumahan terbengkalai ini yang terdapat di negeri Pahang.

Pembetulan, pembetulan. Tras minta pembetulan ya is… RUU URA ini belum dibawa ke Parlimen, belum lulus lagi ya, ditangguhkan.

Tak apa saya tarik balik yang tu. Saya masuk berkenaan dengan ketirisan kerugian NRW.

Speaker

Sebab dia jadi menteri sekerat je [ketawa] dia tak sampai abis. Jadi dia tak tahu... dia tak faham, dia tak sedar.

Yang ini baru ni dia ada masuk mungkin tidak dibincangkan. Saya rasa macam tulah. Saya pun mengikuti perkembangan tapi akhir tu mungkin tak, tak lihat agaknya. Berkenaan ketirisan dan kerugian NRW ini, saya cadangkan kerajaan ataupun PAIP memberi ganjaran setimpal kepada mereka yg buat aduan segera terhadap kebocoran paip ini. Ada inisiatif la. Kalau tak ada inisiatif so dia orang buat tak tahu ya, dan juga kerajaan perlu... ini, ini adalah aduan rakyat, jadi saya masukkan sini juga. Kerajaan perlu juga mengambil kira kerugian rakyat jika sesuatu permohonan seperti permohonan pemilikan tanah mengambil masa terlalu lama untuk diluluskan. Semasa diluluskan akan mengambil kira situasi ekonomi semasa dan melibatkan kenaikan harga semasa, kaitan nilai premium dan sebagainya.

Saya pergi kepada infrus... infrastruktur jalan raya ya. Diharap pihak kerajaan dapat menilai balik jalan Spine Road dari bulatan Mempaga ke UiTM dan sebagainya. Mencadangkan kepada pihak pengurusan Lebuh Raya Spine Road, satu papan tanda Raub Bandar Pelancongan daripada 1km simpang masuk melalui UiTM dan simpang Batu Tiga masuk ke bandar Raub. Dan juga ada aduan daripada rak… daripada rakyat baru ini, ada beberapa motosikal rim dia bengkok ya, mungkin jalan tak berapa bagus jadi harap ambil perhatian. Dan di sini saya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Pahang kerana menyediakan er... RR... R&R sementara dari bulatan Mempaga ke Simpang Batu Tiga, Raub.

Dan akhirnya sedikit ya, banyak gangguan tadi, masalah setempat. Di kesempatan ini juga saya ingin mengambil kesempatan mencadangkan, ini baik ini sebenarnya, terima kasih kepada Menteri Besar ya, itu... pemegang kad kesihatan. Maknanya mereka belanja RM500.00 sebulan. Saya cadangkan supaya ditambahkan nilai RM10.00 insurans kad Agro Bank. Mungkin ini boleh dibincangkan dengan bank er... supaya... supaya pemegang kad sama ada berlaku kematian atau kemalangan, boleh... boleh claim antara RM5,000.00 hingga RM10,000.00 bergantung kepada polisi bank. Seterusnya bagi kampung Orang Asli pula...

Speaker, mohon mencelah sikit. kad kesihatan tu bukan RM500.00 sebulan, RM500.00 setahun.

Maaf, minta maaf. Banyak sangat gangguan, dia tak berapa ingat. Bagi kampung Orang Asli pula perlu di... dicantikkan dan ditanam dengan pokok-pokok yang boleh mendatangkan hasil pendapatan yang baik. Contohnya seperti pokok buah-buahan, koko, kopi dan di samping tanaman sayur-sayuran kaedah fertigasi dengan kerja... kerjasama ORACO, Jabatan Pertanian dan juga JAKOA.

Dan ini ada persoalan ingin saya bawa daripada penduduk masyarakat Orang Asli di penempatan baru Sungai Sempalit. Mereka bertanyakan berkenaan geran ladang dusun yang sudah dua tahun masih menunggu er... kelulusan daripada kerajaan. Er... dan juga mencadangkan kepada kerajaan supaya ada satu inisiatif untuk kawasan taman yang besar ya sebab kerajaan negeri, saya... saya yakin pendapatan akan bertambah. Mana kawasan taman yang besar yang melebihi 2,000 penduduk, jawatankuasa penduduk eloklah dibagi... beri elaun tambahan. Seterusnyanya kepada Pejabat Agama Negeri. Semua urusan surau-surau yang berdaftar dan kawasan tanah perkuburan hendaklah dipagar bagi mengelakkan pencerobohan berlaku dan akhirnya sekali, ini permintaan jugak daripada JPKK, JPKKB kalau boleh kerajaan negeri dengan sumbangan yang ada mungkin boleh naikkan juga elaun mereka dan juga mungkin boleh dipertimbangkan untuk er... KRT elaun ehsan juga mungkin boleh diberi. Saya rasa itu sahaja daripada saya. Dengan ini saya menyokong Titah Diraja. Terima kasih.

Speaker

Silakan wakil daripada Lepar.

Terima kasih er... Dato' Yang Berhormat Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. [Bacaan dalam Bahasa Arab] Assalamualaikum WBT. Pada kali ini, saya memulakan ucapan saya dengan sat… sebuah mutiara kata dari Nelson Mandela. Saya selalu memikirkan dua perkara di fikiran saya, iaitu diam dan senyum. Senyuman adalah untuk menyelesaikan masalah dan berdiam diri untuk mengelakkan masalah. Setiap orang yang berjaya mempunyai pengalaman yang memeritkan. Pengalaman yang memeritkan akan berakhir dengan suasana yang indah. Dengan kita menerima keperitan, ianya akan berakhir dengan kejayaan.

Speaker

Yang Berhormat, tie tu keluar.

Oh terkeluar. [ketawa] Pemain hoki jarang pakai tie.

Speaker

Pasal kita live ni, biar nampak segak sikit.

Allright. Terima kasih. [ketawa].

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Kawasan DUN Lepar adalah kawasan pinggir bandar, namun agak sibuk jugak dengan lalu lintas yang amat panjang yang berpunca dari Trafffic Light Jaya Gading. Traffic jammed tersebut sering berlaku pada setiap hari pada waktu pagi dan petang serta semasa waktu hujung minggu dan pada musim perayaan atau cuti sekolah. Masalah traffic jammed berlaku lebih serius dan tak kira masa. Keluhan ini sering dilontarkan kepada saya oleh penduduk di sekitar Lepar termasuk pelancong-pelancong yang berkenderaan dari luar daerah Kuantan untuk ke arah bandar Kuantan. Masalah ini perlu diambil lebih serius kerana kesesakan lalu lintas ini telah berlaku sekian lama. Ia boleh menyebabkan pelancong-pelancong dari luar daerah mungkin akan hilang minat untuk bersantai hujung minggu daerah Kuantan pada masa-masa yang akan datang.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Pelancong-pelancong yang suka bercuti di hujung minggu sama ada dari dalam negara atau luar negara, sebenarnya makin kurang berminat bercuti ke Pulau Pinang, Melaka, Johor ataupun Lembah Klang. Oleh kerana faktor kesesakan lalu lintas di sana, namun mereka tiada pilihan, tiada destinasi alternatif lain yang mencipta syurga percutian dan tempat rehat yang tenang dan dengan lalu lintas yang lancar.

Bandar Kuantan seharusnya mengambil kesempatan kepada peluang ini. Jadikan Kuantan syurga makanan kepada pelancong. Syurga musim buah-buahan dan penginapan murah, menarik dan nyaman. Laksa Penang ada di Kuantan. Nak makan Nasi Kerabu, Nasi Kerabu Kemira sedap. Keropok Lekor tak perlu pergi ke Losong, ada makna di apa… di Mokna Tanjung Lumpur. Orang Mokna ye betul… ye. Er...

orang kata Ikan Bakar di Kedah sedap, tapi restoran Ikan Bakar di Tanjung Lumpur penuh dengan pengunjung pada hujung minggu. Nak makan Nasi Dagang ada di jalan Anak Air, nak makan Mi Kari tak perlu ke Ipoh, Mi kari Teluk Cempedak sedap dihirup. Ingat Dato' Sri pernah makan.

Speaker

Mi...mi…Mi Kari Planet satu lagi.

O... planet masih ada lagi ya. Kubang Buaya masih ada lagi, yang tu pun sedap. Asam Pedas pun ada di Kuantan. Bagi… bagi saya sedap lagi Sate Zul dari Sate Kajang. Ni promosi la ni kot. Nasi Lemak Simple, Nasi lemak Zaman, Restoran Zaman, kalau nak pergi makan beratur-ratur dan Nasi Padang Tanamo di Gambang, tu jangan lupa tu Nasi Padang sedap tu kalau biasa pergi ke Gambang. Kita juga ada masakan istimewa iaitu masakan ikan sungai kitalah. Ikan patin dan ikan-ikan lain. Di Kuantan kita tak heran dengan, dengan apa ni Durian Musang King kerana kita ada Durian Kunyit di Gambang. Kalau Dato' Sri pernah pergilah makan ada satu nyonya selalu jual dengan motor kat tepi stesen bas dekat Gambang tu. Lepas tu, kita ada Durian Hijau tak tau ada orang biasa ke tak biasa di Beserah. Orang Beserah tahulah Durian Hijau tu. Memang sedaplah rasa, rasa apa ni rasa sesedaplah Musang King tu. Memang air terjun kita tak berapa nak memukau kemudahannya, tapi kita ada kemudahan pantai dengan air yang jernih seperti di Teluk Cempedak.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Bak kata orang Lepar, Kuantan is truly Malaysia. Sepatutnyalah. Sebenarnya apa sahaja di dalam Malaysia ni ada di Kuantan. Terpulanglah kepada kita bagaimana nak jadikan daerah Kuantan sebagai pilihan utama pelancong. Ia sekarang ramai, memang ramai macam ramai pelancong hadir di hujung minggu, nambung… namun, Gambang Waterpark makin lesu, Kuantan Prade lesu, Kompleks Teruntum pun lesu, Megamall terpaksa buat Wedding Hall, Kuantan Plaza tinggal kenangan, dan banyak yang dah lenyap, yang boleh bertahan mereka masih bertahan.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Kemajuan sukan seharusnya adalah seiring dengan pendidikan. Namun, ramai ibu bapa lebih mementingkan pendidikan daripada membiarkan anak-anak mereka mencebur diri dalam bidang sukan. Pada masa ini ada universiti-universiti yang menyediakan kemudahan sukan yang terbaik dengan tidak menapat… menepikan pendidikan akademik. Kita memiliki banyak sekolah-sekolah sukan negeri termasuk di negeri Pahang seperti Sekolah Sukan Seberang Temerloh. Tetapi, Sekolah Sukan Seberang Temerloh tidak mencapai tahap yang diinginkan oleh ibu bapa. Keadaan asrama, bilik air dan makanan yang tidak bersesuaian dengan kedudukan seorang atlet bertaraf negeri atau kebangsaan. Saya alami sendiri dan saya pernah lihat sendiri keadaan ini semasa saya pernah menjadi jurulatih hoki dulu.

Kejayaan akademik juga tidak membanggakan kerana itulah ibu bapa dari bangsa-bangsa lain selain daripada bangsa Melayu, tidak mahu menghantar anak-anak belajar di Sekolah Seberang Temerloh. Tidak seperti di Sekolah Sukan Gambang, Malaysia Gambang. Ianya lebih berkualiti dan memiliki tahap kemudahan berstatus tinggi. Sekolah Sukan Malaysia Gambang patut dicontohi dan ramai ibu bapa yang berlumba-lumba untuk menghantar anak mereka ke sekolah ini, ada juga yang pakai kabel untuk nak masuk, Sekolah Sukan Gambang juga, meng… mengutamakan

akademik dengan menerapkan nilai-nilai murni serta ramai juga pelajar berbilang bangsa yang belajar di sekolah ini. Namun, di Sekolah Sukan Gambang tidak dimonopoli oleh anak Pahang. Walhal di Sekolah Sukan Malaysia Johor, Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil, mereka mengutamakan anak-anak Johor dan orang-orang Lembah Klang. Kadang-kadang kita juga perlu mementingkan diri sendiri dalam aspek ini kerana ramai atlet-atlet Pahang yang berkebolehan dan layak memasuki sekolah tersebut. Namun terdapat kerumitan yang tidak diketahui dalam sistem pemilihan kemasukan atlet di sekolah tersebut. Sekolah Sukan Malaysia Gambang juga menyediakan kemudahan menyambung pelajaran ke Pra Diploma yang dikenali sebagai Pra-U. Selepas Pra-U pelajar-pelajar tersebut akan menyambung pelajaran di universiti-universiti tempatan termasuk universiti yang tidak mempunyai kemudahan sukan yang bersesuaian dengan atlet tersebut.

Apabila mereka berada di universiti yang tidak sesuai dalam bidang sukan mereka, bakat-bakat mereka akan hilang, tenggelam dan akhirnya merugikan masa atlet dan duit kerajaan semasa mereka berada di sekolah sukan dahulu. Hanya terdapat beberapa universiti yang memberi kemudahan sukan yang terbaik seperti Universiti Putra Malaysia, UPSI, Universiti Malaya dan segelintir universiti lagi. Berhampiran Sekolah Sukan Gambang, terdapat Universiti Malaysia Pahang. Namun UMP tidak menyediakan kursus-kursus yang berkaitan dalam bidang sukan. Oleh kerana itu, kita tidak dapat mengumpul atlet-atlet berbakat di negeri Pahang untuk meneruskan pelajaran beliau di UMP. Walhal, UMP boleh menumpang kemudahan sedia ada dan jurulatih yang berada dalam Sukan Gambang kerana perkara ini telah berlaku apabila Universiti (UIA) di Kuantan mengguna kemudahan jurulatih di Sekolah Sukan Gambang. UMP hanya perlu menyediakan kursus dalam bidang sukan-sukan contohnya seperti yang ditawarkan oleh Universiti Putra Malaysia. Universiti Putra Malaysia menghimpunkan kebanyakkan atlet kebangsaan di universiti tersebut dengan memberi insentif-insentif tambahan seperti kemudahan gelanggang sukan bertaraf antarabangsa, jurulatih berkelayakan tinggi dan yang paling utama adalah mereka menawarkan biasiswa sukan secara percuma… percuma maksudnya datang situ tak perlu pinjam PTPTN tak perlu pinjam, serta peralatan dan pakaian sukan juga secara percuma. Insentif-insentif ini menyebabkan ramai atlet-atlet berbakat belajar di Universiti Putra Malaysia, namun tidak ramai atlet-atlet dari Negeri Pahang yang belajar, ada tapi tak ramai kerana sistem pengambilan pelajar yang ketat dan terperinci. Sudah masanya Universiti Malaysia Pahang mengambil peluang yang sama dengan menumpukan atlet-atlet berbakat dari Negeri Pahang. Hari ini pendek sikit er… Dato' Sri Speaker sebab tak berapa sihat. So, saya nak akhiri, saya ingin akhiri ucapan saya dengan membaca satu teks yang saya lihat yang saya lihat di posting media massa. Posting tersebut berkata seperti berikut. “Amaran Tanah ini milik penceroboh. Pemilik asal perlu bayar pampasan jika mahu kami keluar”. Itu saya tengoklah posting tu. Inilah dia masalahnya bila kita terlampau memberi muka kepada penceroboh yang tidak ada budi pekerti dan tidak ada rasa bersalah kepada tuan tanah.

Dengan ini, saya menyokong dan menjunjung kasih.

Dato' Sri Yang Di-petua, saya sokong apa yang Dato' Sri Yang di-Pertua cadangkan tadi. Benda-benda ni kita tak payah bangkit sebab benda ini dalam urusan mahkamah, kemudian itu belum dihukum lagi. Jadi itu, media ini kalau kita ambil semua orang ni cakap kita ambil jadikan hujah orang itu bercakap jadikan hujah. Akhirnya mana nabi kita yang sebenar, mana pegangan kita yang sebenarnya. Mana tempat yang kita nak

benteras. Jadi kita Ahli Dewan, kita Ahli Dewan kita bukan caca merba. Jadi, saya terima kasih juga atas pandangan-pandangan yang baik, yang positif. Tapi kalau kita pergi ambil kutip merata celah tong sampah kita kutip bawa dalam Dewan. Atas dahan pokok kita kutip bawa dalam Dewan. Akhirnya kita tak syok bersidang. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.

Dato' Sri Speaker. Nasib baik.

Speaker

Boleh gulung.

Nasib baik yang terakhir tu kan, bukan kutip-kutip memang benda ini betul kot. Dengan ini, saya menyokong dan menjunjung kasih.

Tak… tak. Kita sekarang ini benda ini tengah dibicarakan dan YAB Menteri Besar telah ambil tindakan kepada, telah minta pihak berwajib mengambil tindakan sesuai dengan keupayaan dan bidang kuasa yang ada. Tuanku pun dah bertitah, kerajaan pun dah. YAB Menteri Besar dah berikan cadangan tadi menyokong Titah Tuanku. Jadi itu, kita punya, kita punya pendirian istiqamah kita foundation kita. YAB Menteri Besar dah kemukakan tadi. Hak orang lain itu (Bacaan dalam Bahasa Arab) nabi dah pesan yang kita tinggal. Kalau begini, kalau begitu tak sudah kita.

Speaker

Sila.

Okay nak gulunglah ni. Tapi kita dekat sini memang berbahas dengan Dato' Sri Speaker. Jadi saya bahaskan apa yang benar.

Speaker

Boleh. Boleh teruskan.

Dengan ini saya menyokong dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum WBT.

Speaker

Saya bagi satu je lagi. Wakil daripada Semambu, sila.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Terima kasih Dato' Sri Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang pada kali ini. Izinkan saya terlebih dahulu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Dato' Indera Nazri, Tuan Mohd Saifuddin dan Dato' Haji Fadzilla atas pelantikan masing-masing sebagai Setiausaha Kerajaan negeri, Penasihat Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri yang baharu. Kami semua menaruh harapan tinggi agar pentadbiran negeri akan terus diperkasa, lebih cekap dan berdaya saing melalui usaha serta idea-idea baharu yang bakal dilaksanakan.

Dato' Sri Speaker, saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini, dalam isu ekonomi yang turut disentuh dalam Titah Diraja pada Jumaat lepas. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan Kerajaan Negeri Pahang yang telah mencatat hasil sebanyak RM1.22 bilion serta memperolehi komitmen pelaburan berjumlah RM7.4 bilion pada tahun lepas. Ini adalah bukti bahawa Pahang terus menjadi destinasi pelaburan utama di Pantai Timur. Dengan kemajuan projek mega seperti ECRL, East Coast Rail Link, Pelabuhan Kuantan yang mempunyai fasiliti lengkap serta pembangunan taman-taman industri di sekitarnya. Kita bakal menyaksikan lonjakan transformasi ekonomi negeri. Namun begitu, terdapat satu aspek yang perlu diberi perhatian segera iaitu kekerapan penerbangan ke Kuantan yang masih sangat terhad.

Oleh itu, saya mencadangkan. Pertama meningkatkan kekerapan penerbangan Kuantan-Kuala Lumpur dan juga Kuantan-Singapura. Kedua, saya juga ingin mencadangkan untuk mewujudkan penerbangan terus dari negara-negara pelabur utama seperti China. Bayangkan jika pelabur boleh sampai terus ke Kuantan tanpa transit. Ini akan mempercepatkan urusan pelaburan, membina kepercayaan dan seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi negeri kita.

Dato' Sri Speaker, saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan negeri memperkenalkan satu dasar menarik pelaburan yang melibatkan penyertaan sumber individu dan organisasi yang berminat atau dalam Bahasa Cina dengan izin dikenali sebagai [Bacaan dalam Bahasa Cina]. Terdapat beberapa negara yang telah melaksanakan dasar seumpama ini di mana individu atau organisasi yang berjaya menarik pelaburan ke negara mereka diberikan insentif seperti ganjaran wang tunai, pemotongan cukai pendapatan atau pemberian anugerah penghormatan. Sebagai contoh, saya mengambil contoh di China. Berapa wilayah menawarkan ganjaran wang tunai antara 0.5% hingga 2% daripada jumlah pelaburan kepada individu atau organisasi yang berjaya membawa pelaburan masuk. Malah, Kerajaan Wilayah seperti Sichuan Province menawarkan ganjaran lebih tinggi iaitu antara 1% hingga 3% daripada jumlah nilai pelaburan. Dasar yang sama turut diamalkan di Vietnam, di mana individu yang berjaya menarik pelaburan akan menerima ganjaran antara 0.1% hingga 0.5% daripada jumlah nilai pelaburan yang dibawa masuk.

Dengan ketegangan perang dagangan yang semakin memuncak di peringkat global, saya percaya ini adalah peluang yang sangat baik. Peluang emas untuk negeri Pahang melibatkan individu dan organisasi yang mempunyai rangkaian perhubungan yang luas bagi menarik lebih ramai pelabur asing mahupun domestik terutamanya ke kawasan-kawasan perindustrian seperti MCKIP, MCKIOP, Gambang Halal Park dan lain-lain.

Dato' Sri Speaker, saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini terhadap isu penipuan atas talian yang semakin membimbangkan. Menurut kenyataan PDRM Pahang bertarikh 19 April, seorang pensyarah dan seorang pesara telah mengalami kerugian berjumlah RM551,000.00… RM551,000.00 akibat terpedaya dengan pelaburan tidak wujud. Selain itu, laporan Malay News pada 6 April 2025 turut mendedahkan bahawa seorang pengurus syarikat kehilangan RM700,000.00 selepas diperdaya dengan pelaburan tidak wujud atas talian. Malah dalam kenyataan kenyataan Ketua Polis Pahang pada November 2024 dinyatakan bahawa jumlah kerugian akibat jenayah komersial termasuk penipuan atas talian telah meningkat kepada RM81 juta bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Oktober 2004 berbanding dengan RM53 juta bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.

Sebagai pembuat dasar di peringkat negeri, saya mencadangkan kerajaan negeri mempertimbangkan penggubalan satu enakmen khusus bagi melindungi rakyat Pahang daripada jenayah penipuan atas talian. Sebagai rujukan, United Kingdom, England dengan izin Contingen Reimbursement Module (CRM Code) telah diperkenalkan bagi melindungi pengguna daripada menjadi mangsa penipuan atas talian. Dibawah CRM Code ini institusi kewangan dan bank wajib untuk memberikan ganti rugi penuh kepada pengguna sekiranya mereka menjadi mangsa penipuan yang berlaku dengan syarat tiada kecuaian daripada pihak pengguna. Negeri Pahang harus tampil ke hadapan dalam melindungi rakyat Pahang daripada ancaman digital ini. Isu ketiga yang saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini adalah berkenaan dengan pembayaran tanpa tunai atau dengan izin cashless payment yang berlaku di kaunter melibatkan perkhidmatan awam.

Dato’ Sri Speaker, mengikut kajian yang dijalankan oleh IPSOS Malaysia, lebih daripada separuh rakyat Malaysia kini menggunakan kae…kaedah pembayaran tanpa tunai. Tidak dapat dinafikan pembayaran tanpa tunai telah memudahkan urusan harian dan membawa banyak manfaat kepada pengguna. Namun begitu, menurut anggaran industri, kira-kira 15% daripada 23 juta orang dewasa di Malaysia tidak mempunyai akaun bank. Manakala 40% lagi dianggap kurang mendapat perkhidmatan bank. Baru-baru ini pusat khidmat saya telah menjalankan tinjauan ke UTC Pahang yang melibatkan beberapa agensi seperti Klinik Kesihatan UTC Kuantan, Jabatan Pendaftaran Negara, Pengurusan Air Pahang Berhad, Majlis Bandaraya Kuantan dan Pusat Kutip... Kutipan Zakat Pahang.

Hasil tinjauan mendapati bahawa daripada lima agensi tersebut, tiga agensi iaitu PAIP, MBK dan Pusat Kutipan Zakat Pahang masih menerima pembayaran tunai manakala dua agensi Klinik Kesihatan UTC dan Jabatan Pendaftaran Negara tidak lagi menerima bayaran tunai. Akibatnya, pelanggan yang punyai... mempunyai tunai hanya mempunyai tunai terpaksa mendapatkan bantuan daripada waris atau orang awam lain untuk menyelesaikan pembayaran. Malah, ada yang terpaksa menangguhkan urusan mereka. Adakah ini adil untuk mereka? Saya menyeru agar semua kaunter perkhidmatan awam di Pahang terus mengekalkan pilihan pembayaran tunai. Kita

perlu pastikan tiada rakyat terutama yang kurang berke... berkemampuan terpinggir daripada akses perkhidmatan kerajaan.

Dato' Sri Speaker, izinkan saya membawa beberapa isu setem... setempat. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang di bawah Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato' Sri Diraja Wan Rosdy dan juga agensi terbabit kerana meletakkan keutamaan untuk menaik taraf Jalan Sungai Lembing dari simpang... dari simpang lampu trafik yang berdekatan dengan Kampung Paya Pinang sehingga ke simpang lampu trafik Tol Kuantan. Penduduk-penduduk Kampung Padang, Taman Impianku dan kawasan- kawasan yang sekitar telah lama mengharapkan laluan tersebut dapat dinaik taraf bagi mengatasi masalah isu keselamatan dan kesesakan pada waktu puncak. Saya amat berharap projek tersebut dapat bermula secepat mungkin untuk kesejahteraan penduduk setempat dan pengguna-pengguna jalan raya.

Kedua saya juga ingin menarik perhatian Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang, Majlis Bandaraya Kuantan dan agensi yang terbabit untuk melihat keadaan jalan di kawasan perindustrian terutamanya di Jalan Industri Semambu, Jalan Industri Semambu 5 dan Jalan Perindustrian Semambu 11. Keadaan jalan yang teruk perlu dinaik taraf dengan segera untuk pengguna-pengguna jalan raya dan saya pohon ia dapat disegerakan. Ketiga saya ingin menarik Dewan Yang Mulia ini berkenaan dengan isu tekanan air yang dihadapi oleh penduduk di Taman Fairmount khususnya di Lorong Bukit Setongkol Baru 1 sehingga ke 7. Perjumpaan berapa kali telah diadakan dengan pihak PAIP Daerah Kuantan berkenaan dengan isu tekanan air yang dihadapi oleh penduduk kawasan tersebut sejak 1, 2 tahun ini. Saya memohon pihak PAIP untuk segera penaiktarafan paip air demi keselesaan rakyat.

Keempat saya melihat masalah yang sering berlaku di kawasan seki…sekitar Kuantan adalah berkenaan dengan penurapan jalan selepas pembaikan paip yang mengambil masa terlalu lama. Isu tersebut berulang terutamanya melibatkan paip bocor di jalan utama dan jalan di taman perumahan. Saya tidak faham kenapa isu penurapan jalan selepas pembaikan paip sering berlaku dan mengambil masa yang sangat lama. Adakah ia masalah kontraktor ataupun isu birokrasi yang menyebabkan kelewatan tersebut? Saya memohon Pengurusan PAIP untuk mengatasi isu ini agar keselamatan pengguna-pengguna jalan raya dapat dijamin.

Dato' Sri Speaker, sebagai penutup saya ingin menegaskan bahawa pembangunan negeri bukan sahaja soal projek besar dan angka pelaburan, ia juga soal memastikan tiada rakyat tercicir, tiada rakyat yang menjadi mangsa dan semua rakyat negeri Pahang dapat merasai keadilan serta kemajuan. Dengan itu, saya mengakhiri perbahasan saya dengan menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih wakil dari Semambu, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan di sebelah pagi ini dan kita akan menyambung semula persidangan pada pukul 2.30 petang.

[Persidangan Ditempohkan]

Sambungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah DiRaja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan PahangMotion

Setiausaha Dewan

Perkara keempat. Sambungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah DiRaja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Speaker

Selamat Sejahtera dan Salam Petang, persidangan kita disambung semula. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, rakan-rakan yang Ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi di atas usul yang berbunyi “Bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju Menjunjung Kasih atas Titah DiRaja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Pada petang ini, kita menyambung semula perbahasan atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan saya akan memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul ini dan saya ingin memberi peringatan kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa masa yang diperuntuk untuk setiap Ahli Dewan adalah 15 minit sahaja. Jadi, saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pulau Tawar. Sila Yang Berhormat.

Tuan Yohanis bin AhmadPAS · PNPulau Tawar

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT dan selamat petang. Yang Dihormati Yang Berhormat Speaker dan terima kasih di atas ruang yang diberikan kepada saya untuk membahas Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Yang Berhormat Speaker, saya ingin menyentuh berkaitan Titah Diraja pada muka surat 41 iaitu setiap Ahli Dewan terus menjunjung tinggi semangat Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri. Menghayati, melindungi dan memelihara dan mempertahankannya demi kedaulatan undang undang dan keutuhan tatakelola pemerintahan.

Yang Berhormat Speaker, Keluhuran Perlembagaan adalah prinsip ke-3 dalam Rukun Negara. Keluhuran didefinasikan sebagai keagungan, kemuliaan manakala perlembagaan pula merujuk kepada undang-undang atau peraturan negeri, dasar pemerintahan negeri. Antara perkara yang digariskan dalam perlembagaan adalah berkaitan tatacara pembentukan kerajaan persekutuan dan bidang kuasa di peringkat negeri-negeri. Kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan, keistimewaan orang-orang Melayu dan anak negeri Sabah, Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai. Justeru, prinsip keluhuran Perlembagaan bukan sekadar… bukan sahaja sekadar ungkapan di bibir, tapi sepatutnya difahami dan dihormati supaya keharmonian dan kestabilan negeri dan negara ini terus tercapai.

Tuan Yang di-Pertua, natijahnya, semangat cintakan negara penting dalam memastikan kedaulatan negeri dan negara terus dipupuk, disemai dan dipertahankan. Merujuk kepada dokumen Dasar Keselamatan Negara 2021, 2025 telah menggariskan 9 teras keselamatan

negara. Pada teras ke-3, disebut tentang Kesepaduan Nasional iaitu menyentuh tentang kesatuan rakyat pelbagai kaum dan etnik untuk hidup saling faham-memahami, terima kepelbagaian dan memahami kontrak sosial yang menjadi tunjang kesepaduan rakyat Malaysia. Sebagai rakyat yang cintakan negeri dan negara ini, saya melahirkan rasa kecewa yang mendalam terhadap sebarang insiden yang cuba merosakkan imej tanah air kita ini. Contohnya, paparan pada sebuah akhbar tempatan iaitu imej Jalur Gemilang tanpa simbol bulan sabit. Perbuatan menyiarkan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit adalah satu perlanggaran serius kepada Akta 414, Akta Lambang Dan Nama Mencegah Penggunaan Tidak Wajar 1963.

Menyebut tentang bendera ini dalam Islam sendiri, terdapat peristiwa yang direkodkan menunjukkan tentang kepentingan bendera dalam perjuangan. Mereka yang memegang bendera adalah kalangan yang bukan calang-calang orangnya. Bendera Islam ketika Badar dipegang oleh Mus'ab bin Umair sehinggalah beliau syahid dalam peperangan. Begitu juga dalam peristiwa Fathul Mekah, apabila Nabi… Baginda Nabi SAW berjaya pulang balik ke Kota Mekah dalam peristiwa Fathul Mekah, baginda turut mengibarkan bendera putih ketika itu.

Tuan Yang di-Pertua, bukan sekadar bendera negara yang kita sayangi, negara kita juga ada Akta 808 iaitu Akta Lagu Kebangsaan 1968 yang terpakai seluruh Malaysia. Seksyen 838(3), tanda hormat menyebut. Mana-mana orang yang dengan disedarinya menunjukkan sikap tidak hormat terhadap lagu kebangsaan di mana-mana tempat awam boleh apabila disabitkan didenda tidak lebih RM100.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan dan Akta ini mengatur tentang Lagu Kebangsaan.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu contoh bagaimana kita tertakluk kepada akta-akta ini walaupun mungkin tidak ada lagi mereka didakwa di bawah akta ini. Akta Lagu Kebangsaan dan sebagainya tetapi ini menunjukkan bahawasanya undang-undang tersebut ada. Maka sewajarnya setiap warganegara Malaysia sangat menghargai, menyayangi, menghormati bendera negara kita termasuk lagu kebangsaan. Maka bila sebut warganegara mereka yang duduk di dalam Malaysia, lahir di Malaysia ataupun bersekolah rendah di Malaysia, sekolah menengah dalam negara kita tidak timbul lagi soalan mereka tak faham tentang apa yang disebut dalam bendera. Ada bulan sabit, ada bintang, ada berapa belas jalur dan sebagainya.

Maka ini perkara yang perlu kita ambil ambil serius tentang bagaimana kesilapan… disebut kesilapan ini supaya tidak berulang di masa yang akan datang. Baik, antara cara kita memupuk semangat cintakan negara dan negeri Pahang ini tuan-tuan. Salah satu perkara yang telah dirangka oleh pimpinan kita masa dahulu, Almarhum Tun Abdul Razak selepas daripada Peristiwa 13 Mei. Maka pada tahun… pada 31 Ogos 1970. Pada Hari Kemerdekaan yang ke-13. Yang di-Pertuan Agong ketika itu telah mengisytiharkan Rukun Negara. Rukun Negara ini adalah tujuannya untuk membentuk masyarakat yang harmoni. Maka prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian kaum demi kestabilan Malaysia dan Rukun Negara ini mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati secara adil dan saksama.

Maka itu adalah salah satu contoh bagaimana bijaknya pimpinan waktu itu. Mereka nampak bagaimana kesemua kaum dalam Malaysia ini perlu hidup secara harmoni. Maka mereka memperkenalkan prinsip Rukun Negara yang sama-sama kita sanjungi pada hari ini. Baik, antara cara lagi untuk memupuk semangat cintakan negara adalah kita perlu mempelajari sejarah negara kita. Sejarah negara kita ini menyebut tentang

nama-nama tokoh sama ada bekas Perdana Menteri, bekas para pejuang termasuk Sabah, Sarawak dan juga menyebut nama-nama mereka yang orang biasa tapi memperjuangkan kemerdekaan. Itu yang kita belajar dalam sejarah tanah air kita.

Yang Berhormat, mencelah sikit boleh?

Tuan Yohanis bin AhmadPAS · PNPulau Tawar

Sikit… sikit boleh.

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih YB Speaker. Saya tertarik tadi dengan hujah daripada rakan saya daripada Pulau Tawar ini mengatakan bahawa mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan ataupun kesilapan bendera tadi perlu didakwa ataupun sekurang-kurangnya dihukum mengikut akta dan juga undang-undang telah dinyatakan. Sedarkah Yang Berhormat bahawa Ketua Editor dan Pereka Grafik Sin Chew Daily telah ditahan untuk siasatan empat hari yang lalu. Terima kasih.

Tuan Yohanis bin AhmadPAS · PNPulau Tawar

Terima kasih Yang Berhormat, itu salah satu contoh ketegasan daripada pihak berkuasa untuk memastikan supaya ia tidak berulang pada masa mendatang. Kita tak sebut tentang Akta Hasutan. Saya tak nak sebut tentang Akta Hasutan, cukup sekadar akta yang saya sebutkan tadi. Maka ketegasan ini kita perlukan. Di masa mendatang, ketegasan inilah yang kita perlukan kepada siapa sahaja yang cuba mengubah perkara ini.

Baik, jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menyebut kembali kepada semangat cintakan negara ini. Antara perkara yang kita pupuk kepada warganegara kita adalah mendidik generasi muda sejak kecil daripada peringkat sekolah pra, masuk sekolah rendah, pergi sekolah menengah. Mereka ini kita pupuk supaya mereka menjadi orang yang berkualiti, warganegara yang berkualiti dengan imannya, dengan adabnya, dengan akhlaknya dan jati diri. Jati diri mereka cintakan tanah air, sebut cinta tanah air ini Yang di-Pertua, kalau kita pergi ke luar negara, kita pergi ke luar negara, kita belajar ke luar negara… lama tak balik, tiba-tiba kita terpandang di pasar raya, buah rambutan je dia tulis daripada Malaysia, kita terus teringat negara kita. Padahal negara lain pun ada juga buah rambutan… kan. Jadi, itu tanda kita rindu pada tanah air kita. Maka jati diri ini kita perlu tanamkan kepada setiap warganegara daripada peringkat kanak-kanak lagi sampailah kepada dewasa.

Tuan Yang di-Pertua, antara cara untuk memupuk semangat cintakan negara ini adalah menghargai jasa pahlawan dan anggota keselamatan yang telah berkorban nyawa, harta benda dan sebagainya. Memastikan negara kita ini bebas daripada penjajah waktu dulu dan juga antara cara kita memupuk semangat cintakan negara ini adalah kita sentiasa berdoa untuk kesejahteraan negeri dan negara.

Awal kita mesyuarat pagi tadi, Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker telah berdoa untuk kemakmuran negeri Pahang. Itu adalah salah satu contoh kita sentiasa berdoa, bukan sekadar untuk diri kita, malah kita berdoa juga untuk supaya negeri yang kita sayangi ini terus makmur dengan izin Allah insya-Allah.

Yang di-Pertua, antara cara lagi untuk kita memupuk semangat cintakan negara ini adalah kita mengamalkan seni budaya. Setiap kaum ada budaya dia dan kita meraikan semua budaya. Bagi orang Melayu, dia ada seni budayanya. Dia ada kompang dan saya nak sebut di sini. Salah satu contoh seni budaya Melayu yang ada dalam kalangan orang Melayu adalah permainan gasing pangkah tradisional. Dulu kalau kita sebut gasing ini permainan orang kampung tapi saya nak sebut hari ni di salah satu FELDA dalam DUN yang saya wakili iaitu FELDA Kota Gelanggi 1. Ada anak muda lebih kurang dalam 50 orang muda belia. Mereka menubuhkan Persatuan Gasing Pangkah Tradisi yang mana mereka bermain gasing ini lepas Isyak… dia sembahyang Maghrib dulu, lepas tu sembahyang Isyak, baru main gasing di padang permainan dan padang yang disediakan tiap-tiap malam… masuk TikTok lagi.

Dia gasing pangkah dan yang menariknya mereka ini dijemput juga pergi ke pertandingan yang di dalam Pahang dan di luar Pahang. Bulan 6 nanti ada satu pertandingan peringkat negeri Pahang di situ. Kesemua penyertaan ini orang muda yang diketuai oleh saudara Amir Khalid bin Ahmad. Mereka ini berusaha untuk menaikkan balik seni budaya yang telah diwarisi daripada orang-orang tua kita yang lama. Ini contoh, maknanya kalau belia, anak belia muda kita sayangkan negara ini termasuk seni budaya yang kita perlu wariskan kepada generasi akan datang. Ini adalah salah satu contoh seni budaya yang berjaya diwarisi kepada anak muda dan telah dianggotai oleh ramai anak muda dan berjaya dan mereka menyertai banyak pertandingan selepas pada itu. Ini contoh yang saya bawa pada mesyuarat pada hari ini untuk melihat kepada bahawasanya seni budaya ini adalah salah satu contoh boleh kita terapkan untuk rasa cintakan kepada negeri dan negara ini.

Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong. Saya, dengan ini saya menyokong Titah Diraja yang telah disampaikan. Sekian, assalamualaikum WBT.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Pulau Tawar. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Dilantik kedua untuk mengambil bahagian, sila.

Dato' Wong Tat CheeAhli Yang Dilantik

Salam sejahtera dan selamat petang kepada semua yang hadir dalam Dewan Yang Mulia ini. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk sama-sama menyertai Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Baginda… Baginda Tuanku Sultan Pahang. Dalam Titah Ucapan Baginda, rakyat boleh memperlihatkan isi dan misi seorang raja berjiwa rakyat, sentiasa berikhtiar mengangkat martabat negeri Pahang dengan fokus khusus kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Pahang terus maju dan kemajuan disokong oleh dasar pemerintahan yang boleh melonjak prestasi ekonomi, disokong oleh tindak-tanduk pentadbiran yang kompeten dan berintegriti, sentiasa dibantu oleh penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan berdaulat.

Yang Berhormat Tuan Speaker, daripada pengalaman saya berniaga dan melancong di negeri China, boleh dikatakan semua pakej promosi pelancongan mereka menuju ke Semenanjung Malaysia tidak boleh melupakan jenama Genting Highlands. Soalnya, apakah titik pendaratan yang mereka pilih? Buat masa ini, mereka berebut-rebut mendarat di Lapangan Terbang Changi, Singapura atau KLIA.

Oleh yang demikian, saya percaya dengan adanya sokongan perkhidmatan ECRL, pelancong-pelancong negara China mungkin tertarik dengan laluan alternatif iaitu penerbangan daripada Bandaraya Nanning ke Kuantan untuk sampai ke Genting Highlands, satu-satu destinasi yang sangat-sangat diminati oleh mereka.

Untuk mendapat maklumat lebih lanjut dan membiasakan diri dengan aplikasi AI, saya telah mengemukakan pertanyaan kepada ChatGPT dan DeepSeek. Kedua-dua AI assistant dengan izin, menjawab laluan ini boleh diterokai dan mempunyai potensi komersial yang baik dengan syarikat dengan syarat mendapat sokongan dasar dari Kerajaan Malaysia dan Kerajaan China. AI assistant juga menambah untuk menguji sambutan pasaran syarikat penerbangan boleh memulakan inisiatif penerbangan sewa khas atau chartered flight, dengan izin.

Oleh yang demikian dan seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2026, saya ingin mencadangkan Kerajaan negeri memulakan inisiatif membuka laluan penerbangan Kuantan-Nanning dalam masa terdekat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Rel Kereta Api Pantai Timur atau ECRL akan beroperasi menjelang tahun depan atau awal tahun 2027. Semua rakyat Pantai Timur menanti-nanti titik bersejarah ini. Walau bagaimanapun, tanda soal mengenai struktur harga tiket penumpang masih tidak dijelaskan. Saya melihat kesemua video-video online yang mempromosikan ECRL memfokuskan kepada kecantikan kabin dan keselesaan perjalanan tetapi tidak menyentuh harga tiket penumpang.

Untuk mendekati isu ini, saya sekali lagi memohon ChatGPT membuat simulasi struktur harga tiket penumpang berdasarkan pada sosial ekonomi dan pendapatan rakyat Pantai Timur. ChatGPT mencadangkan perjalanan Kelas Ekonomi satu hala dari Kuantan ke Kuala Lumpur sebanyak RM35.00. Kota Bharu ke Kuala Lumpur sebanyak RM60.00. Kuantan ke Kota Bharu sebanyak RM45.00. Dengan kata lain, simulasi AI telah menetapkan harga tiket per kilometer lebih kurang RM0.10 sen sahaja. Di samping itu, ChatGPT juga mencadangkan pakej tawaran potongan harga kepada warga emas, orang kurang upaya, pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi serta pemegang pas bulanan. Saya amat tertarik dan menyokong simulasi AI serta berharap kerajaan negeri boleh mengangkat cadangan ini kepada Kementerian Pengangkutan dan syarikat konsesi secepat mungkin.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Negeri Pahang terkenal dengan kawasan geografi yang cukup luas tetapi rangkaian jalan raya yang masih belum dimajukan sepenuhnya. Saya telah berjumpa dan berinteraksi dengan para pemimpin pertubuhan yang daftar dalam sesi sembang santai dengan mereka. Mereka kerap kali mengadu kenapa pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau ROS hanya dibuka di ibu kota Kuantan sahaja. Semua urusan kaunter dan bersemuka hendaklah diselesaikan di Kuantan. Untuk faedah para pemimpin dan pentadbir pertubuhan dari daerah Raub, Lipis, Jerantut dan seumpamanya, saya ingin mencadangkan pejabat ROS membuka cawangan tambahan di Temerloh.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Saya mendapat aduan daripada para pesakit di sekitar daerah Temerloh mengenai kekurangan katil rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Pesakit-pesakit emergency terpaksa menunggu giliran masuk wad kadangkala sehingga melebihi 12 jam. Saya juga mendapat tahu hospital ini hanya mempunyai enam unit rawatan ICU sahaja, tidak cukup untuk menampung keperluan semasa. Di samping itu, pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan ventilator kerap kali diminta menunggu agak lama. Saya berpendapat isu-isu ini perlu mendapat perhatian EXCO Kesihatan untuk dipanjangkan kepada Kementerian Kesihatan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Penipuan atas talian atau online scamming, dengan izin, semakin menular dan mengancam komunikasi utama, semua mengancam er... semua pengguna telefon pintar. Telefon pintar adalah alat komunikasi utama dalam hidup manusia moden, tetapi ia boleh mendedahkan para pengguna kepada 1,001 jenis penipuan atas talian. Pada masa yang sama, saya melihat setiap hari pihak polis mendedahkan selok belok kes kepada pengetahuan umum dengan harapan ianya tidak berulang kembali. Yang menjadi persoalan kenapa pihak Bank Negara atau Suruhanjaya Multimedia tidak bertindak awal menurunkan atau menanggalkan iklan-iklan pelaburan palsu dan tipu sebelum berlaku apa-apa insiden buruk.

Saya berpendapat pihak Bank Negara atau MCMC perlu memantau rapi dan bertindak secara preventif sebelum para pengguna terdedah dan termakan perangkap sindiket penipu online. Saya rasa cukup sedih melihat satu demi satu mangsa ditipu berpuluh ribu atau beratus ribu. Kebanyakan tidak mendapat apa-apa pembelaan semata-mata kerana iklan-iklan scamming ini dibiarkan berleluasa dalam dunia maya ini. Tidak berfaedah kita menumpukan perhatian kepada isu siasatan atau menghebatkan selok-belok kes selepas berlaku scamming. Apa yang penting ialah pencegahan dan tindakan preventive, dengan izin, menyekat pergerakkan scamming.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Baru-baru ini saya terbaca laporan akhbar tempatan memetik sumber dari Pejabat Pelancongan Negeri. Apa yang menarik perhatian ialah negeri Pahang telah merekodkan kadar penginapan hotel yang paling tinggi berbanding seluruh negara. Pahang juga dikatakan berjaya menarik pendapatan berjumlah RM12.3 bilion dari sektor pelancongan. Saya ingin mendapat penjelasan dalam Dewan ini. Apakah peranan dan sumbangan Genting Highlands dalam pakej statistik ini? Mengikut laporan tahunan Genting Highlands, kenapa tidak boleh er... mengikut er... fahaman saya sebahagian besar statistik ini memang terdapat dalam Laporan Tahunan Genting Highlands. Mengapa, kenapa tidak boleh berterus-terang diumumkan kepada orang ramai?

Saya juga mendapat er... saya juga ingin mendapat penjelasan apakah jumlah hasil kutipan cukai pintu, cukai hiburan, cukai tanah, bayaran pengiklanan dan fi-fi yang lain dari Genting Highlands? Apakah peratusan hasil pelancongan dari daerah-daerah lain dalam negeri Pahang berbanding dengan hasil yang diperolehi daripada Genting Highlands.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Dalam hubungan ini, saya sekali lagi ingin mengulangi cadangan saya pada Sidang Dewan yang lepas iaitu mencadangkan kerajaan negeri supaya menarik pelaburan asing untuk menubuhkan satu safari park yang terbesar di Asia Tenggara diletakkan di daerah Temerloh bagi menarik pelancong asing dari Genting Highlands untuk memajukan ekonomi di sebelah Pahang Tengah. Untuk maklumat, Yang Hormat Dato'

Pegawai Daerah Temerloh telah mengadakan satu sesi perbincangan bagi cadangan mewujudkan Safari Park di kawasan berhampiran-berhampiran Hutan Simpan Kemasul pada awal tahun ini. Hampir semua pendapat dan cadangan memihak kepada konsep perhilitan binatang berbentuk di Afrika atau South America. Malah konsep safari park yang saya cadangkan itu berbentuk safari park di Pattaya, Thailand atau safari park di Guangzhou, negara China. Untuk menaik taraf dan mengangkat sektor pelancongan, saya berpendapat kami perlu menyediakan pakej tourism yang pelbagai dan menarik.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Dengan kata-kata di atas...

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Minta mencelah sikit.

Speaker

Dato... Yang Berhormat, minta mencelah sikit.

Dato' Wong Tat CheeAhli Yang Dilantik

Saya menjunjung kasih dan menyokong Titah Ucapan Diraja...

Speaker

Yang Berhormat...

Dato' Wong Tat CheeAhli Yang Dilantik

Sudah mahu siap. Disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Sekian, terima kasih. Silakan.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih ADUN Lantikan. Yang tadi dia bangkit safari park yang besar. Saya nak tahu dalam besar itu, berapa besar? Seluas berapa? Boleh bagitahu tak? Terima kasih.

Dato' Wong Tat CheeAhli Yang Dilantik

Yang Berhormat EXCO Kerajaan. Luas kawasan itu tidak kurang daripada 1,000 ekar. Pelaburan itu di antara RM1 billion dengan RM2 billion. Saiz itu kena cukup besar, saiz dalam safari park itu dipenuhi dengan berbagai persembahan. Misalnya, London Circus, pawagam James Bond, pawagam kebudayaan di mana pelancong asing ini memasuki lawatan cukup untuk satu hari baru mereka nak bermalam di Temerloh. Barulah hotel-hotel empat bintang, lima bintang boleh didirikan. Barulah ekonomi Pahang Tengah boleh dimajukan, saya yang maksud pelancong-pelancong yang datang dari luar negeri yang melawati Genting Highlands satu malam atau dua malam

selepas itu, mereka pergi mana…. pulang ke Kuala Lumpur, mengapa kami negeri Pahang tidak boleh menarik semua pelancong asing yang Genting Highlands itu datang ke Temerloh duduk satu malam. Itulah sedikit sebanyak cadangan saya. Silakan.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

ADUN Yang Dilantik, boleh saya meminta penjelasan? Apa yang er… YB mengatakan nampaknya bukan safari park, adakah maksud taman tema sebab kalau safari park kita expect untuk tengok haiwan-haiwan yang berkeliaran in the wild. So, macam mana kita boleh ada safari park when we don’t have a natural habitat for it. Adakah maksud anda itu taman tema seperti Genting. Kalau itu boleh, itu tak ada masalah tetapi untuk safari park, memang kita nak pergi tengok haiwan bukan untuk apa-apa ride er… apa-apa maksud anda.

Dato' Wong Tat CheeAhli Yang Dilantik

Terima kasih Yang Berhormat Ketari. Nama itu safari park ke, Zoo Negara ke atau macam-macam punya nama seolah-olah yang sama, yang penting ialah penarikan. Adakah Zoo Negara Malaysia yang letak di Kuala Lumpur itu dapat menarik pelancong asing yang ramai. Itulah sebab saya konsep itu mesti untuk… sesuai untuk pelancong asing yang akan datang ke kawasan Pahang Tengah. Misalannya er… misalannya yang saya kata Pusat Gajah Kuala Gandah atau akan datang atau pusat harimau ke bermacam-macam, adakah ini berjaya menarik pelancong asing. Itulah apa cadangan-cadangan saya. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih ADUN Yang Dilantik. Seterusnya, saya menjemput wakil dari Jengka. Sila.

[Ayat al-Quran] Assalammualaikum WBT dan… dan Selamat petang. Alhamdulillah [Ayat al-Quran]. Terima kasih kepada YB Speaker kerana memberikan ruang kepada saya untuk turut sama membahaskan Titah Diraja Jumaat yang lalu. Terlebih dahulu, saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri serta seluruh jentera kerajaan yang telah berjaya mencapai kutipan hasil tahun 2024 sebanyak RM1.22 bilion [Ahli Dewan menepuk meja] Banyak itu, RM1.22 bilion jadi saya haraplah, ini harapan sahaja, kalau dapat Alhamdulillah kalau tak dapat terus berkhidmat, insya-Allah. Jadi saya harap dapatlah peruntukan kebajikan dinaikkan daripada RM5,000.00 setahun kepada RM5,000.00 sebulan sebagaimana kerajaan Perak mula-mula dia bagi RM7,000.00 sebulan… setiap bulan kepada YB-YB pembangkang dan bila…

Yang Berhormat er… Tuan Speaker, saya nak tanya ini, saya ingat ini kali ke berapa dah saya dengar ini… Kerajaan Perak, Kerajaan Perak. Saya nak tanya ini, ADUN

Jengka ini asal daripada mana? Boleh jawab tak? Boleh jawab er… asal mana? Keluarga ke… apa ke…

Baik, lahir Perak.

Saya ingat er… Yang Berhormat Tuan Speaker saya cadangkan YB Jengka ini bertanding di Perak. [Ahli Dewan ketawa] Dia anak Perak kan…. saya cadang begitu.

Baik, lahir Perak tahun 72 duduk Jengka 3 sebagai anak penerokalah. Baik er… saya sebut tadi saya mengharapkan sahaja. Kalau dapat Alhamdulillah, kalau tak dapat tak apalah iaitu daripada RM5,000.00 setahun kami dapat kepada RM5,000.00 sebulan. Perak bagi sekarang er… Perak bagi RM10,000.00 setiap bulan untuk…

Tuan er… betul…

Saya ingat saya tak bagi la, saya nak perhabis la.

Speaker

Sila.

Tuan Speaker er…. Yang Berhormat Speaker, Cuma saya rasa kena betulkan adakah RM5,000.00 setahun atau ada lagi peruntukan lain yang diberikan kepada ADUN pembangkang.

Saya sebut bantuan kebajikan bukan Projek PLB eh… Bantuan Kebajikan Khas RM5,000.00 setahun er…

Sebab itu saya tanya ada lagi tak peruntukan lain, saya taklah fokus kepada bantuan kebajikan itu, adakah… ada tak peruntukan lain yang diberikan kepada Ahli Dewan pembangkang.

Baik, saya cakap bantuan kebajikan kena dengar itu ya. Jadi er… Kedah bagi RM50,000.00…

Tak jawab itu tadi. Saya minta jawab sahaja er… jawab ada tak ada?

Ada er…

Ada sebutkan. Kalau RM30,000.00, RM30,000.00 untuk projek dan sebagainya. Biar jelas, jangan cerita kita separuh-separuh.

Saya bukan er… saya bukan nak bercakap tentang bantuan PLB ini, bantuan projek saya nak bercakap tentang bantuan kebajikan. Fokus yang itu ya. Baik, Kedah memberi RM50,000.00 setahun kepada ADUN pembangkang masuk ke akaun Pusat Khidmat dan RM2,000.00 setiap bulan. Ini dipanggil bantuan kebajikan bukan projek. Jadi walaupun Kedah mendapat kutipan hasil RM700 juta… ini harapan sahaja.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada Dato’ Indera Nazri bin Abu Bakar, Tuan Muhammad Saifuddin bin Hashim Musaimi dan Dato’ Haji Fadzilla bin Haji Salleh yang telah dilantik ke jawatan yang sangat penting dalam kerajaan negeri. Saya doakan semoga dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah, cekap dan cemerlang. Titah Kebawah Duli Tuanku kali ini penuh dengan fakta dan data serta nasihat dan arahan-arahan penting bagi menuju ke arah transformasi negeri yang lebih baik dan mampan termasuk nasihat dan arahan kepada Pegawai-pegawai Daerah. Perbahasan saya kali ini akan menyentuh beberapa perkara penting yang telah disebut oleh Kebawah Duli Tuanku di dalam Titahnya dan beberapa isu di kawasan saya. Ada tiga ya, er… tak banyak tapi panjang sikitlah ya.

Pertama, point yang ke-10 yang disentuh oleh Kebawah Duli Tuanku iaitu pencerobohan tanah haram. Pahang bumi bertuah, Pahang kaya dengan sumber alam yang tidak ternilai seperti bijih besi, timah, bauksit, emas, balak, nadir bumi, air sungai yang banyak dan lain-lain lagi. Kedudukannya yang strategik di Pantai Timur Semenanjung Malaysia menjadikan negeri ini antara yang terkaya dari segi hasil bumi

dan kepelbagaian sumber asli. Namun di sebalik kekayaan ini, kita bertanggungjawab memastikan hasil bumi ini diuruskan dengan baik dan bijaksana supaya dinikmati bukan hanya oleh generasi sekarang tetapi juga anak cucu kita kelak. Itulah tanggungjawab sebuah kerajaan yang adil dan berjiwa rakyat. Jika tidak diurus dengan baik dan penguatkuasaan yang longgar akan mengakibatkan berlakunya ketirisan dan penyelewengan. Ketirisan hasil negeri banyak berlaku pada sumber alam, antaranya kecurian hasil bumi dan pencerobohan tanah kerajaan secara besar-besaran sehingga ribuan hektar sebagaimana yang disebut oleh Kebawah Duli Tuanku di dalam Titahnya saya baca, yang lebih tragis, menyakitkan sebanyak 14,000 hektar lebih tanah kerajaan telah diceroboh dan diusahakan secara haram dengan tanaman sawit, getah, durian dan pelbagai hasil bumi. Lebih malang lagi, hampir 6,000 hektar Hutan Simpan Kekal juga telah diceroboh kononnya atas nama pertanian, tetapi hakikatnya perompakan terbuka terhadap harta negeri.

Masalah ini bukan bermula semalam, ia telah berakar sejak lebih 4 dekad yang lalu, yakni 40 tahun lebih. Ianya berlaku tanpa pengetahuan Beta, itu Titah Kebawah Duli Tuanku. Saya dengar satu klip video Kebawah Duli Tuanku sebut dalam satu majlis, saya pun naik darah juga, banyak orang ceroboh tanah di Pahang ini. Ini Kebawah Duli Tuanku sebut ya. Jadi, pencerobohan ini dibiarkan begitu lama, tanpa sebarang tindakan. Apabila dibiarkan lama maka ia menjadi masalah yang sangat complicated, sukar untuk diselesaikan. Kenapa ia menjadi rumit?

Saya melihat, apa yang berlaku ini mencerminkan ketegangan antara keperluan untuk menegakkan undang-undang dan keprihatinan terhadap nasib pekebun yang telah lama mengusahakan tanah tersebut yang bergantung hidup dengan hasil durian. Pencerobohan yang berlaku berlarutan selama 40 tahun tanpa tindakan tegas, maka isu ini tidak boleh dilihat secara hitam putih ke atas pekebun haram sahaja. Terdapat kecuaian kelemahan, bersikap biar dulu, dan tiada penguatkuasaan tegas dari awal oleh kerajaan negeri...

Dato' Sri Yang Dipertua,

Jengka, Jengka

Pejabat Tanah

dan Jabatan Perhutanan.

Speaker

Sila.

Tuanku dah Bertitah, kerajaan negeri dah ambil tindakan. Contoh di Jerantut kita ada ambil tindakan. Mungkin Jengka pun tak tahu, di Raub berapa kali kita ambil tindakan. Dan juga ada beberapa tempat yang lain. Kita buat benda ini dengan cara yang terurus.

Almarhum Tun Abdul Razak sendiri telah mengambil beberapa inisiatif bagaimana nak menyelesaikan perkara-perkara ini khususnya di negeri Pahang. Sebab itu kita buat FELDA. Cheka pun dah sebut tadi. Sebab itu kita buat RISDA. Sebab itu kita buat FELCRA untuk mengekang supaya benda ini jangan lebih berlarutan.

Benda ini berlaku, kesan daripada apa sebab? Kerana kita dulu dijajah. Apa sebab orang itu datang menjajah kita? Kerana dia nak ambil segala kekayaan daripada tanah dan harta-harta pada kita. Selepas berlaku penjajahan benda ini berlarutan. Bukan kita dapat selesaikan dengan [Ayat al-Quran]. Perlu kepada usaha-usaha yang berterusan, konsisten, sebagaimana yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Kita bersyukur apabila Tuanku telah Bertitah di atas singgahsana kepada kerajaan negeri sebagai tanda, sebagai tanda apa? Sokongan Kebawah Duli Tuanku usaha-usaha yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang bersama barisan EXCO dan juga penguat kuasa-penguat kuasa sehingga ditubuhkan satu kumpulan elit untuk bertindak, kat… kepada perkara-perkara ini.

Tetapi dalam waktu yang sama YB Jengka manusia, ADUN Tras manusia, ADUN daripada Mentakab manusia, kemanusiaan kita kena jaga juga. Benda ini semua juga akan ditanya oleh Allah SWT bukan sekadar pencerobohan haram. Cara kita bertindak juga akan ditanya oleh Allah SWT. [Ayat al-Quran]. Semua benda ini akan ditanya. Bukan dilepas begitu saja. Kita tidak… tidak diberi mengkhianati juga. Kena buat benda dengan cara teratur, dengan cara yang rapi dan berterusan. Bukan kita palau aje benda ini. Kita tak palau. Tidak.

Ini sebenarnya sebab kami orang Pahang… kami orang Pahang ni tak ada… tak… tak… tak bohonglah. Pantun kata,

Air Pahang… Air Pahang sungainya… airnya… Sungai Pahang airnya deras, Sudahlah deras berliku-liku, Orang Pahang memanglah baik, Sudahlah baik kena tipu.

Orang datang daripada luar ini kerja nipu orang Pahang ni. Inilah masalahnya kita kena macam ni. Kalau tidak kita tak jadi begini. Kita sedang usahakan. Bukan orang Melayu je, bukan orang Cina je, bukan Orang Asli je, bukan orang India je. Siapa juga

yang buka tanah haram dalam, kita di dalam MMK akan suruh kuat kuasa, cari sampai ke mana kampung sekali pun.

Insya-Allah. Tapi sesuai [Ayat al-Quran] Allah SWT tidak membebankan sesuai dengan keupayaan kita. Kita akan buat. Kita akan gerakkan jentera kita. Siapa juga duduk di depan kepala kita? Kita syukur Kebawah Duli Tuanku dah ada. Jadi Jengka, pindahlah tajuk lain. Tuanku dah bertitah, MB dah sokong, amenda lagi, nak JJ [kurang jelas] nya?

Dato' Sri, Yang Berhormat Speaker sekejap. Sikit je.

Speaker

Sila.

Ambil, ambil

Masa saya ni.

Tuanku Bertitah, kita kena kekang penularan pencerobohan haram ini. Pencerobohan haram ini sebenarnya antara lainnya ialah ekoran daripada dasar yang berlaku di tempat lain. Setengah negeri dia tak bagi tanah kepada rakyat jelata dia.

Sebab tu kita tengok, terima kasih saya tanya tadi ADUN Jengka asal mana? Lahir di Perak. Kemudian saya tak tanya, Jengka sendiri mengumumkan, ayah jadi peneroka. Ayah dah tentu bukan orang Pahang. Dah tentu orang Perak. Kita terima orang Perak, terima orang Perak, orang Selangor, orang Kelantan, orang Terengganu, orang Johor, duduk merata tempat. Kalau Pahang ini tak ada semangat macam itu, agaknya tak mungkin ADUN Jengka dia boleh jadi ataupun ADUN Jengka jadi wakil rakyat 2 penggal dah di Jengka. Tuanku Titah, kita buat penalaran [kurang jelas]. Saya mohon sahabat-sahabat lain termasuklah ADUN Cheka. ADUN Cheka nak bangun tadi.

Nasihatkan saudara-saudara tak payahlah berhijrah ke Pahang ini, pening kepala kita. Bila berhijrah, maknanya buka tanah, itu haram. Kalau kita nak buat kuat kuasa, hari ini saya mintak kerajaan, Cheka beritahu sekarang ini, maknanya adakah wakil pembangkang termasuk Cheka, Jengka dan sebagainya minta kerajaan kuat kuasakan serta merta tak kira, siapa yang menceroboh. Waima yang datang daripada negara, negeri-negeri luar.

Yang ini saya nak kata, dan juga dari segi ketirisan nak bagitahu. Yang Amat Berhormat Dato' Sri pertama sekali nak menunjukkan komitmen, menubuhkan unit tadi, Unit Penguatkuasaan Kerajaan Negeri yang terdiri daripada golongan mereka yang elit. Maknanya dilengkapi kerana kita tahu dah, nak menentang ni bukan satu kerja yang mudah. Kena ada komitmen, perancangan dan kita perbaiki dari semasa ke semasa. Kita buat, tetapi kalau sekiranya pihak-pihak ini bawa ke mahkamah, kita kena respect ini kena, kena hormat kedaulatan undang-undang, sebab itu tindakan diambil. Misal contoh tahun 2020, tahun 2025 masih kita menunggu keputusan yang akan diputuskan oleh pihak mahkamah. Itu satu.

Keduanya dari segi ketirisan. PMC, Pahang Mining Corporation. Dia buat bahasa Inggeris tapi urusan dia, segala aktiviti perlombongan mestilah melalui daripada agensi sehenti ini dan agensi ini, anak syarikat kerajaan negeri telah berjaya untuk meningkatkan hasil dan menyumbang kepada hasil negeri.

Kita buat, bukan kita tak buat. Kita buat Akademi Mineral Pahang berpusat di Lipis, macam tadi yang ini ADUN Cheka sebutkan. Agaknya mungkin kita nak cari salah sangat, asyik kepala cari salah. Tak nampak yang baik di depan mata kita. Jalan kita nak pertingkat, susah sebab apa ADUN Cheka dia terpaksa pergi ke Ketereh, ulang-alik, ulang-alik, ulang-alik. Jadi jalan kita baiki supaya mudah dia pergi sekejap… sekejap di Cheka sekejap lagi di Kelantan sekejap lagi misal contoh. Dak maksudnya kita teruskan berjuang, jalan mesti baik, ekonomi mesti dijaga. Kemiskinan hampir kepada kekufuran, tetapi janganlah asyik lutu kita, lepas tu bersandarkan kepada, betul, Titah Kebawah Duli Tuanku, Titah Tuanku supaya kita melaksanakan cara berhemah, kita buat ini. Tunggulah, maknanya insya-Allah.

Tapi nasihatkan juga pada rakan-rakan daripada Perak, jangan… jangan berhijrah ke Pahang dah. Daripada Kelantan, jangan, daripada Terengganu, daripada Selangor, beritahu, duduk di negeri masing-masing. Biar selesaikan, kerajaan negeri selesaikan. Kalau tidak dia jadi masalah kita. Di Koyan, di Jengka, Jengka patutnya Jengka ini Wakil Kerajaan, sebab dia datang tahun 72 kan? Lahir tahun 72? Duduk di sana. Makna kita bela… ternak dia betul. Tapi maklum sajalah

Speaker

Sila Yang Berhormat

Tuan Speaker, kita sedang Membahas Titah Diraja. Terpulang pada ADUNlah nak bahas apa. Kenapa kita sekat yang dibahas? Soal kerajaan, kerajaan ada peluang untuk jawab, jawab kemudianlah. Isu yang dibahas oleh ADUN Cheka, ADUN Jengka ini

ialah isu, tak, saya tak bagi laluan.

sebab itulah peraturan

Speaker, saya… saya mintak laluan saya. Nanti jawab kemudian…

...ini atas Speaker selalu buat... buat... buat rolling. Dah tak perlu lagi bangun tunggu sekejap. Maksud saya, saya bukan maksud saya tidak hilang hormat kepada mantan menteri tapi duduk dalam Parlimen dan masih lagi duduk dalam Parlimen. Kita tahu, kita boleh mencelah atas kebenaran Speaker, Speaker yang benarkan. Sejak bila nak jadi Speaker pulak ni.

Laluan ini laluan Jengka bukan saya. Speaker bagi laluan pada saya. Saya tak? Laluan sekarang laluan saya. Jadi kalau saya tak benar tak boleh peraturan. Walau pun nak mencelah, mencelah pada Jengka, boleh. Tapi pada saya tak boleh sebab saya pun dah dapat pencelahan.

Speaker

Yang Berhormat.

Yang...yang ni tak payahlah. Ini...ini.

Ini... this is my floor.

Speaker

Yang Berhormat... Yang Berhormat

Dengan izin sebut macam tu, dengan izin. Okay masuk dalam ucapan saya. Jadi saya punya.

Speaker

Sila sila.

Kita boleh belajar dengan apa yang berlaku di Thailand. Mahkamah Agung Thailand pada tahun 2022 telah memutuskan bahawa Ahli Parlimennya, Pareena Kraikupt telah melakukan salah laku serius. Kesalahannya ialah menceroboh tanah milik kerajaan yang telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal untuk projek penternakan ayam. Beliau dilarang bergiat dalam politik seumur hidup, tidak boleh dilantik ke jawatan kerajaan dan dilarang mengundi selama 10 tahun. Ini ketegasan Mahkamah Agung di Thailand. Sebagai rakyat, kita mesti patuh kepada Titah Kebawah Duli Tuanku yang mengatakan saya petik lagi. Beta ingin...

Minta maaf Yang Berhormat Speaker.

Saya tak bagi.

Tapi saya tak bagi. Dah banyak kali.

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat saya mintak penjelasan tu.

Saya tak bagi. Saya nak baca ni.

Tak, masalah yang dok sebut Siam ni kita ni Yang Berhormat. Yang saya nak bagitahu kita ni ada 3 ini... ini apa nama cabang kerajaan. Kita ada apa nama... apa tu... legislation... legislator. Maknanya penggubal undang-undang. Kemudian kita ada eksekutif dan kita ada ciri-ciri kehakiman. Kalau dah hakim memutuskan hamba Allah ni tidak boleh kita ada misal contoh kalau dikenakan denda lebih pada RM2,000.00. Misal contoh, kita ada perundangan tu. Jadi selagi mahkamah tidak memutuskan jangan pandai-pandai kita nak buat keputusan sendiri. Lagi pun ini bagi rujuk ke Siam. YB kerap ke Siam ke pulak ni.

Okay. Saya teruskan ya, Titah Baginda Beta ingin menegaskan pentadbir tanah di semua peringkat wajib menjadi benteng hadapan bukan, boneka yang diperalatkan. Jangan sekali-kali berkompromi dalam hal yang melibatkan kedaulatan undang-undang negeri. Jangan terpedaya dengan naratif kononnya pencerobohan itu atas nama kebajikan atau perjuangan rakyat. Justeru, ha ini sampai dia punya penutup ni. Tapi dia orang bangun awal sangat. Justeru, saya menyokong tindakan tegas kerajaan negeri.

Sokong, bukan tak sokong [Ahli Dewan menepuk meja]. Dalam menangani pencerobohan tanah di Raub atau di mana sahaja dalam negeri Pahang dengan menguatkuasakan undang-undang mengheret penceroboh ke mahkamah dan tidak lagi mengenakan kompaun sejak 2019. Tahniah Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi tak sampai situ dia dah bangun. Saya... Saya juga menyakini bahawa amat sukar operasi pencerobohan haram Hutan Simpan Kekal secara besar-besaran dan berlarutan selama puluhan tahun tanpa ada orang dalam termasuk dalam agensi penguatkuasaan dan jabatan berkaitan. Justeru, saya cadangkan tiga kaedah siasatan.

Tadi dah sebut oleh ketua pembangkang. Pertama di peringkat negeri. Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Undangan Negeri. Dengan izin Special Select

Committee terdiri daripada wakil semua parti bagi memanggil pihak berkaitan untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya menyiasat kelemahan dasar, pelaksanaan dan penguatkuasaan jika ada.

Kedua penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja, RCI yang lebih besar bidang kuasanya dan laporan suruhanjaya tersebut dibentang kepada Dewan Negeri dan boleh dibahaskan di Dewan Negeri.

Ketiga, Audit Forensik, Audit Forensik Tanah oleh SPRM atau Jabatan Audit Negara bagi menilai semula pemberian lesen pajakan, penyalahgunaan tanah dan aliran hasil negeri tanpa kata laluan.

Yang Berhormat minta laluan.

Speaker

Sila Yang Amat Berhormat.

Yang Amat Berhormat Dato' Sri Speaker, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat daripada Jengka. Cadangan daripada Jengka tu baik tetapi sebenarnya. Untuk makluman, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, Kerajaan negeri buat lebih daripada itu dah. Yang terkini tak sampai dua bulan saya sendiri pergi round Pahang ni. Pergi round dan saya tengok di Bentong, di kawasan Bentong. Di tengah-tengah hutan tu saya tak berapa kenal pokok durian dan pokok hutan kayu balak semua ni. Tetapi bila saya dapati daun di satu kawasan tu sangat luas, daun dia lain dari daun lain. Saya mintak kapten helikopter tu turun. Maknanya daripada ketiga-tiga tadi tu saya nak cerita ni saya pergi sendiri. Yang pergi saya, SS, PTG, Pengarah Hutan. Kami pergi empat orang. Masa terbang tu bila saya minta kapten turunkan helikopter, saya tanya Kapten Meor yang bawak tu. Dia kata Dato', ini daun benda ni. Dia kata daun durian. Atas kapal terbang tu juga saya bagi arahan supaya kuat kuasakan di Hutan Simpan Perdah, Perdah [kurang pasti]. Kuat kuasakan serta merta. Tak ada RCI, tiada suruhanjaya, tak ada benda. Dan sekarang ni saya akan mengambil ketetapan sebulan sekali atau dua kali saya akan pergi tengok.

Jadi, maknanya ketiga-tiga cadangan tadi tu bagus tetapi kerajaan negeri telah mengambil tindakan yang lebih lagi daripada itu. Itu yang saya nak bagitau dalam Dewan Yang Mulia ini. Terima kasih. Akhirnya 1,000... 1,000 ekar telah pun dikuatkuasakan. Kita ambil balik tanah tersebut dan saya tak tengok siapa di belakang dia. Walaupun selepas... semasa penerbangan tu, baharu saya tahu siapa di belakang dia. Saya tak payah cerita Dewan ni. Saya kata go head, yang... yang penting dia telah melakukan kerja yang tidak sihat di tanah, di bumi negeri Pahang. Terima kasih Dato' Sri Yang diPertua.

Minta laluan, Jengka.Sikit je.

Saya yang tak bagi laluan dah. Tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat. Saya doa semoga panjang umur dan sihat sokmo. Isu yg kedua isu FELDA. EXCO FELDA ye. Peneroka dan anak FELDA telah sekian lama menyumbang peluh dan keringat demi menjayakan dasar pembangunan tanah negara khususnya negeri Pahang yang menjadi nadi kekuatan FELDA iaitu institusi terbesar di dunia dalam pembukaan tanah dan penempatan rakyat secara sistematik. Ada beberapa isu yang saya nak sebut berkaitan FELDA.

Yang pertama isu geran hak milik. Setakat maklumat yang saya terima, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar ada menyatakan bahawa 96% daripada 43,126 peneroka FELDA di Pahang telah mendapat geran tanah. Bakinya 4% yakni 1,840 masih belum menerimanya. Jadi, saya mohon kerajaan negeri menyatakan secara telus. Apakah halangan sebenar dan bilakah mereka akan mendapat hak itu. Saya ingat Dato' Sri boleh... Dato' Sri Diraja boleh sebut dalam penggulungan.

Yang kedua isu KPF Malaysia Berhad. Saya juga ingin membangkitkan satu isu kelewatan bayaran penebusan saham oleh Koperasi Permodalan FELDA, KPF yang telah memberi kesan kepada ribuan ahli termasuk daripada Pahang. Ramai ahli KPF yang telah memohon menjual atau tebus saham mereka sejak awal 2023. Malah, ada dari tahun-tahun sebelumnya masih belum menerima bayaran sehingga ke hari ini. Saya difahamkan bahawa ada ahli yang menunggu lebih 12 bulan, 18 bulan sepatut 6 bulan sahaja tanpa bayaran. Ada yang terpaksa meminjam wang untuk keperluan harian.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat EXCO Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan. Pertama apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri dalam membantu pencarum KPF di Pahang yang terkesan dengan kelewatan bayaran ini.

Kedua adakah kerajaan negeri memantau secara langsung status permohonan yang tertunggak di peringkat negeri. Ketiga apakah bentuk sokongan sama ada moral pentadbiran atau kewangan sementara yang boleh disalurkan kepada peneroka yang sakit warga emas atau yang terdesak. Kerajaan Negeri Pahang tidak boleh memandang ringan isu ini. Kita adalah negeri FELDA, negeri peneroka. Kita perlu bersuara untuk membela nasib mereka. Saya mencadangkan agar jawatankuasa khas jika belum ada. Jawatankuasa Khas Negeri Pahang ditubuhkan untuk memantau dan menyokong ahli KPF yang sedang menunggu bayaran. EXCO FELDA negeri menjadi penghubung langsung kepada KPF Pusat dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Satu taklimat khas KPF kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang diadakan agar semua wakil rakyat... agar semua wakil rakyat tahu status sebenar. Isu ini bukan sekadar teknikal atau pentadbiran. Ini isu kepercayaan, keadilan dan tanggungjawab terhadap rakyat. Kita perlu bantu, bukan sekadar janji.

Speaker

Yang Berhormat minta gulung ya… Yang Berhormat...

Tadi masa saya kena ambik banyak tadi.

Speaker

Sekarang dah 28 minit dah 15 minit lebih… lebih pun.

Ada lima point lagi ni. Isu pelupusan hutang peneroka. Isu tempatan saya pergi ke isu tempatanlah terus. Isu tempatan. Saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini terhadap keperluan mendesak untuk menaik taraf dan membesarkan jalan dari Bandar Pusat Jengka ke Jengka 13 terus ke Rumpun Makmur. Laluan ini bukan sekadar perhubungan biasa. Ia adalah… ia adalah nadi perhubungan utama bagi ribuan penduduk FELDA dan kawasan sekitarnya. Namun begitu, jalan ini sempit dan tidak mampu menampung aliran trafik yang semakin meningkat telah menimbulkan risiko keselamatan. Saya dimaklumkan Ahli Parlimen Kuala Krau, Ustaz Kamal Ashaari telah membangkitkan isu ini beberapa kali dalam Dewan Rakyat. Jadi, saya harap kerajaan negeri jika belum dimasukkan.

Saya harap Kerajaan Negeri Pahang mengambil langkah proaktif untuk memastikan isu ini dijadikan agenda utama dalam Rancangan Malaysia Ke-13 yang akan bermula tahun 2026. Yang akhir saya ingin menarik perhatian Dewan sekali lagi kepada Projek Perumahan Generasi Kedua FELDA di Jengka 11 yang pada asalnya dimulakan pada tahun 2013, sudah masuk ke tahun tahun ke 12 masih belum dapat diduduki. Ini adalah satu tempoh yang sangat lama.

Projek ini telah disambung semula dan dijangka siap pada hujung 2025, tahun ini. Justeru, saya ingin menegaskan di sini rakyat telah cukup lama menunggu. Jangan kali ini berlaku sebarang kelewatan atau kegagalan. Akhirnya saya menyokong Titah Kebawah Duli Tuanku. Sekian wassalam.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Jengka. Seterusnya, saya menjemput Ahli Batu Talam Sila.

[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Pahang 1st. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker yang turut sama memberi laluan kepada saya untuk membahaskan Titah Diraja pada petang ini. Saya memulakan ucapan ini dengan Menjunjung Kasih atas Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Undangan Negeri Pahang Yang Ke-15. Sebanyak lebih kurang 11 perkara yang telah Dititahkan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku dan kesimpulannya mengingatkan kepada Sidang Dewan dapat kita bersama berpegang kepada nilai kejujuran, amanah, saling menghormati dan bersikap terbuka dalam menyelesaikan sebarang isu selaras dengan semangat perpaduan dan keharmonian. Jadi sehubungan itu, saya tak payahlah lepas sampai ke Siam tu mengambil apa cerita tu. Jadi kita sesama kita pakat dapat memberikan kefahaman yang betul dan jelas pada rakyat jelata tadi. Jadi mari kita bersama-samalah bersatu hati mempertahankan kedaulatan negeri kita. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah pada pihak kerajaan di atas kejayaan meningkatkan keluasan Tanah Rizab Melayu di negeri ini

kepada 444 hektar bersamaan dengan 12% yang mana ia merupakan peningkatan sekali ganda.

Pada tahun 1955, kita hanya ada 218,000 hektar iaitu 6%. Sekarang ni kita dah ada 12% lebih. Jadi usaha ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam memelihara hak dan kepentingan masyarakat Melayu. Saya nak memetik usaha kerajaan yang kedua iaitu merancang mewujudkan kemudahan rumah kepada rakyat negeri Pahang... pelbagai jenis sehingga pun kita nak mengingat pun payah. Dengan RRPnya, PR1MA Pahang, Rumah Makmur, Rumah Mesra Pahang, Pangsapuri, Ru' RASA, hadiah daripada Tuanku dan juga Kerajaan Arab Saudi. Dan ini sedikit sebanyak bagi kawasan saya dapat mensifarkan sebahagian daripada rumah-rumah yang terlibat dengan banjir.

Ada dua tiga kampung yang telah pun selesai kita sifarkan rumah mereka tidak berada di dalam kawasan banjir. Insya-Allah kita akan cuba mensifarkan pulak rumah-rumah yang perlu, permintaan daripada rakyat di kampung ni juga. Cuma saya juga mendapat pandangan daripada generasi kedua supaya rumah pada kumpulan generasi kedua ni dapat disegerakanlah. Tumpuan kita kepada rumah ni banyak kepada kumpulan-kumpulan yang memerlukan. Nak kata miskin tu kita guna ayat yang memerlukan, tetapi ramai daripada generasi kedua ni yang meminta supaya mereka ini dapat diberi perhatian dan dapat disegerakan.

Ini dua perkara yang saya nampak yang perlu saya beri pandangan. Dan seterusnya, saya juga ingin membawa pandangan daripada Raub yang mencadangkan supaya menubuhkan Pusat Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional iaitu TVET yang berasaskan kepada pertanian dan ternakan di daerah Raub. Ini sebagai satu langkah strategik untuk memajukan sektor pertanian di Pahang Barat. Jadi kita nampak pihak kerajaan negeri sebenarnya banyak dah sekolah-sekolah ini. Institusi... akademi. Baru-baru ni sebelum pada itu telah pergi ke negara Arab, Mesir, Jordan, Arab Saudi untuk kerjasama dari segi bidang agama. Selepas tu pergi ke negeri China pulak buat keretapi, sekolah keretapi. Sekolah ECRL, saya di kampung saya panggil Sekolah keretapi je mudah... ECRL. Dan dengan adanya penubuhan ini sedikit sebanyak ia menggambarkan Pahang ni sebagai sebagai pusat pendidikan. Jadi kita nampak negeri-negeri lain. Dia tidak menumpukan, jadi kita mencadangkan supaya mewujudkan lagi TVET ni yang berasaskan pertanian dan ternakan. Jadi, sebab itulah Raub mencadangkan kerana Raub memiliki tanah pertanian yang subur dan sesuai untuk dimajukan dalam sektor pertanian bagi pelbagai jenis.

Selain itu, industri ternakan dan tenusu juga telah berkembang di daerah ini. Ini menunjukkan potensi besar Raub sebagai hub ternakan yang boleh dimanfaat sepenuhnya melalui penubuhan Pusat TVET yang berasaskan ternakan. Penubuhan Pusat TVET pertanian di Raub akan menyediakan latihan kemahiran. Cadangan kita kepada golongan belia dalam bidang pertanian moden. Ia termasuklah penggunaan teknologi seperti AI, IOT, drone ataupun sistem pertanian pintar dan teknik pertanian lestari dan selaras dengan usaha kerajaan untuk mentransformasikan sektor pertanian ke arah yang lebih moden, dinamik dan kompetitif. Saya hendak memberi contoh lain dengan adanya pusat TVET ni, Pertanian Raub juga akan menyokong projek-projek sedia ada seperti projek prospek di bawah KPLB yang memfokuskan kepada aktiviti pertanian Durian Klon Musang King. Jadi ini juga akan membuka kepada produk-produk hiliran Musang King dan juga akan dapat mengumpulkan aktiviti-aktiviti durian bagi meningkatkan pendapatan dan mewujudkan ini… peluang-peluang pekerjaan. Jadi, sebab itulah saya fokus kepada TVET ni berasaskan pada daerah berkenaan. Saya nak bagi contoh ketiga seperti ini ternakan, saya pun berkesempatan dengan EXCO Pertanian ke europe di Norway dan Jerman. Mencari benih wagyu ni benih ke…

daging wagyu ni lembu wagyu. Seminggu 10 hari kita ada di Eropah. Tapi akhirnya kita terpaksa ambil benih dia Australia. “Bengkak tempat lain, menanah tempat lain”. Lebih kurang begitulah. Jadi inilah dengan adanya teknologi-teknologi ni, jadi kita dapat meningkatkan lagi usaha-usaha kita… apa bagi bidang pertanian, jadi sebab itulah saya mengharapkan mana fokus bagi mewujudkan TVET ni di daerah lain.

Yang akhirnya ialah meminta supaya kerajaan mengkaji mengenai teknologi moden mengenai meteorologi cuaca. Sebab sekarang ni kita tengok pada petani-petani kejap hujan kejap panas. Jadi mereka tidak dapat menyusun jadual pertanian mereka dengan apa… sebaik mungkin. Jadi, dengan adanya teknologi, kita perkasakan dari segi meteorologi, kita tahu bila cuaca-cuaca nak banjir atau bila cuaca ni nak… nak… nak kemarau. Jadi orang kampong ni tanam begitu je. Sampai saya tengok yang menanam jagung tu kali ni sampai kali ketiga dah, tiga kali tanam tiga kali disapu banjir. Jadi kita tak tahu bila banjir bila hujan bila panas. Jadi ini pun penting kepada pihak kerajaan untuk mengkaji meteorologi ni. Bagi kita bersama-sama dengan petani dapat kita menjadualkan kerja-kerja petani ni dengan sebaik mungkin. Jadi dengan adanya pusat TVET pertanian khususnya kawasan Pahang Baratlah kita ataupun Raub kita dapat melahirkan generasi petani moden yang berkemahiran tinggi seterusnya dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan industri pertanian dan ternakan di Pahang. Ini juga akan menyumbang kepada keterjaminan agromakanan negara secara keseluruhan.

Akhirnya saya nak menambah apa… satu cadangan lagi iaitu mewujudkan Pusat Convention & Exhibition Center. Tak kiralah untuk pertanian ataupun yang lain kerana Raub ini cukup strategik. Kita berpengalaman pergi ke luar negara. Banyak Convention dan Exhibition Center ni dalam dalam dua jam. Jauh daripada ibu negara ataupun Kuala Lumpur. Jadi di Raub ni hanya satu jam setengah dari Raub ke Kuala Lumpur. Kalau rakan saya ni dari Tioman, dia bawa kereta laju sikit mungkin sejam je dah sampai ke Kuala Lumpur ni. Jadi dengan kemudahan yang strategik tadi, jadi kita dapat bersama mengadakan aktiviti-aktiviti khususnyalah bagi produk-produk pertanian dan juga lain-lain.

Saya nak maklumkan juga bahawa kita… kita di Raub pun ada hubungan dengan beberapa negara dengan persatuan-persatuan yang ada. Contohnya, di Fraser Hill kita ada 15 negara yang bergabung dalam persatuan burung di dunia ni. Jadi, kadang-kadang 15 negara pun bila datang pun tak pula… tak boleh buat apa kerana kita tidak dapat menyediakan kemudahan-kemudahan. Begitu juga kita ada satu pusat pemulihan ungka yang dipanggil rehab, Rehab Gibbon ni pemulihan ke. Kita ada 50 negara dalam dunia ni. Baru baru ni ada 30 negara yang datang ke Fraser Hill kan… jadi cukup kecik ruang lingkup kita nak menjalankan aktiviti-aktiviti. Jadi sebab itulah saya mencadangkan satu pusat perhimpunan dipanggil konvensyen lepas konvensyen tu exhibition. Kadang-kadang ada nak dipamerkan produk-produk pertanian tu pun boleh kerana kita ni dekat dengan ibu kota tadi. Jadi inilah dia antara menambah baik usaha-usaha kerajaan tadi yang memperkemaskan lagi, dah banyak benda yang kita dengar daripada kerajaan untuk menjayakan bagi memajukan dan Kebawah Duli Tuanku pun gembira dengan pencapaian dan prestasi. Dan saya nak… sebagai yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar tu look forward, kita taknak dah ceritakan hal durian ni dah. Raub ingin memandang ke hadapan supaya banyak lagi produk-produk ataupun aktiviti-aktiviti yang kita nak buat untuk membangun atau memajukan di daerah itu.

Jadi saya berharaplah cadangan ini mendapat pertimbangan serius daripada pihak kerajaan negeri dan semua pihak berkepentingan. Marilah kita bersama merealisasikan hasrat ini demi kemajuan sektor pertanian dan kesejahteraan rakyat.

Dengan ini, saya menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekian terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Batu Talam. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tahan untuk mengambil bahagian, sila.

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Alhamdulillahi [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Terima kasih Yang Berhormat Speaker di atas ruang yang diberikan kepada saya pada petang ini untuk sama-sama membahaskan Titah Diraja Sempena Pembukaan Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15. Yang saya hormati, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, barisan EXCO, rakan-rakan Ahli Dewan Negeri yang dipilih dan dilantik, Ketua-ketua Jabatan seterusnya sidang pemerhati yang saya muliakan.

Terlebih dahulu saya ingin Menjunjung Kasih Ke Sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj bersama ke Bawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah berangkat bercemar duli… bercemar duli ke Kampung Bantal Ulu Tembeling pada 13, 14 dan 15 April baru-baru ini bagi menyantuni, beramah mesra serta meninjau keperluan bagi penduduk di Mukim Ulu Tembeling.

Sesungguhnya patik serta pacal-pacal rakyat di dalam DUN Tahan khususnya di Mukim Hulu Tembeling sangat teruja dengan kecaknaan dan sikap mesra Tuanku dalam melayani rakyat Tuanku. Patik mendoakan agar pemerintahan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Daulat Tuanku.

Yang Behormat Speaker, Titah Diraja yang telah dilafazkan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku penuh dengan semangat kenegaraan, keprihatinan terhadap nasib rakyat dan ketegasan dalam soal kedaulatan undang-undang. Titah ini bukan hanya sekadar menjadi rutin tahunan, tetapi yang lebih penting ialah isinya mestilah dijadikan pedoman dalam menggubal dasar dan menyemak hala tuju pentadbiran negeri agar selari dengan aspirasi Tuanku serta keperluan sebenar rakyat jelata. Izinkan saya memulakan perbahasan saya pada petang ini dengan sepotong ayat al-Quran dari Surah al-Nisa ayat 59 [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Yang bermaksud, wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri, orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah iaitu al-Quran dan Sunnah RasulNya. Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya. Dalam konteks Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan, Ulil Amri yang disebutkan di dalam ayat ini adalah merujuk kepada pemimpin yang berkuasa seperti Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan kerajaan yang memerintah. Namun ketaatan kepada Ulil Amri ini tidaklah bersifat mutlak tetapi ianya harus selari dengan prinsip Islam dan keadilannya

sebagaimana yang digagaskan oleh al-Quran. Maka situasinya apa sahaja Titah Diraja itu mestilah dituruti sama ada yang dilafazkan di luar Dewan apatah lagi yang dilafazkan di dalam Dewan Yang Mulia ini. Dalam kesempatan ini ada lapan perkara yang ingin saya ketengahkan, semoga ianya mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak kerajaan. Yang pertama,

Gunung Tahan teguh berdiri, Hutan menghijau sejuk di mata, Titah Tuanku kami junjungi, Tanda setia rakyat jelata.

Rakan-rakan saya banyak telah menyentuh berkenaan dengan isu pencerobohan tanah secara tidak sah. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak kerajaan negeri di atas tindakan proaktif dan tegas bagi… bagi menoktahkan masalah ini daripada terus berlaku dan tindakan dan juga usaha ini seharusnya didukung oleh semua pihak tanpa sebarang keraguan.

Yang kedua saya turut menyambut baik Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku bahawa kemiskinan tegar telah berjaya ditamatkan pada pada 29 Mei 2024 melibatkan 1,946 ketua isi rumah. Ini satu pencapaian yang besar. Namun demikian, saya ingin bertanya kepada kerajaan. Yang pertama apakah pemantauan telah dilakukan bagi memastikan mereka benar-benar kekal bebas dari kemiskinan? Yang kedua apakah wujudnya mekanisme pemantauan jangka panjang atau sekadar pendekatan sekali beri kemudiannya ditinggalkan.

Program Inisiatif Makmur Pahang telah diwujudkan dengan peruntukan sebanyak RM50.54 juta. Maka saya ingin bertanya berapa peratuskah daripada jumlah ini sampai ke kawasan luar bandar seperti lima kampung di pedalaman Ulu Tembeling termasuk Kampung Pasir Durian, Kampung Pasir Sia, Kampung Kuala Retang, Kampung Ulu Retang, Kampung Air Hitam dan sebagainya iaitu kawasan yang masih bergelut dengan infrastruktur asas terutamanya liputan telekomunikasi.

Jadi saya mengharapkan perhatian daripada pihak kerajaan berkenan… berkenaan liputan telekomunikasi dan internet antaranya di Kampung Jerantut Feri dan Kampung… Kampung Air Hitam yang tidak memuaskan pada ketika ini mesti segera dipertingkatkan khidmat dan liputannya. Dalam keadaan negara kita berlumba-lumba ke arah liputan 5G dan dalam keadaan negara kita menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2025. Di kampung yang saya sebutkan tadi, nak buka gambar atau dokumen yang dihantar melalui WhatsApp dan lainnya punyalah sukar. Sudah terlalu lama ianya berlarutan khususnya di Kampung Air Hitam. Mohon sangat adanya intervensi dari pihak kepada pihak kerajaan terhadap perkara ini termasuklah menyelesaikan masalah line telefon yang sering terputus di Mukim Ulu Tembeling terutamanya di Kampung Gusai yang sehinggakan 3,4 kali setiap bulan akan menghadapi masalah ini.

Yang ketiga, Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku turut menyentuh berkaitan projek naik taraf Jalan FT 012 Kuantan-Segamat. Namun, saya sekali lagi ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini dengan... kepada keadaan jalan yang menjadi laluan utama ke Taman Negara Kuala Tahan yang digunakan oleh penduduk tempatan dan pelancong antarabangsa yang tidak sekata, beralun dan mendap di sesetengah tempat. Saya juga ingin mendapatkan maklum balas daripada pihak kerajaan berkaitan perkembangan projek jalan yang menghubungkan kampung-kampung di Mukim Hulu Tembeling. Pembinaan jalan bagi jajaran 2A, jajaran 2B, jajaran 2C dan jajaran 2D yang sepatutnya siap pada tahun 2024 tidak berjalan sebagaimana yang

sepatutnya bahkan kini ianya telah dilanjutkan tempoh penyiapannya sehingga tahun 2027. Soalnya, apakah punca utama kepada kelewatan ini? Dan kenapakah sehingga kini isu pampasan kepada pemilik tanah masih belum diselesaikan. Mohon agar tindakan segera daripada pihak kerajaan dapat diusahakan bagi menjamin keselesaan penduduk di Mukim Ulu Tembeling.

Yang keempat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang juga telah Menitahkan agar negeri Pahang menumpukan kepada pemeliharaan khazanah alam sebagai Wakil Rakyat kepada kawasan yang menjadi antara benteng terakhir Hutan Simpan Kekal di negeri ini. Saya ingin mengambil peluang untuk mencadangkan selari dengan hasrat Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku tetapi juga mampu memberikan pulangan ekonomi kepada negeri iaitu penjualan carbon credit melalui pasaran karbon sukarela ataupun BCM. Pahang memiliki lebih 1.5 juta hektar Hutan Simpan Kekal menjadikannya antara negeri terkaya dalam dengan sumber hutan di Malaysia. Dalam suasana dunia kini yang memberi nilai tinggi kepada pengurangan pelepasan karbon, potensi negeri Pahang untuk menjana hasil melalui carbon credit amat besar. Negara jiran seperti Indonesia telah berjaya meraih jutaan dolar melalui perdagangan karbon tanpa perlu menebang walau sebatang pokok. Lebih penting lagi, langkah ini menyokong Titah Tuanku yang telah tidak memperkenankan sambungan kontrak-kontrak pembalakan yang baru. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk mencari alternatif yang beretika, mampan dan menjana hasil berterusan dan carbon credit adalah peluang tersebut.

Saya difahamkan bahawa kerajaan negeri telah memeterai MoU dengan beberapa pihak untuk meneroka potensi pasaran karbon. Namun sehingga kini masih tiada pengumuman mengenai pelaksanaan rasmi di lapangan. Maka saya ingin mencadangkan, yang pertama Kerajaan negeri mesti menyegerakan pelaksanaan Projek Perintis Carbon Credit di kawasan Hutan Simpan Kekal terpilih dengan keutamaan kepada kawasan yang telah dikenal pasti berpotensi tinggi dari aspek penyerapan karbon. Yang kedua satu dasar negeri yang jelas dan telus berkaitan pasaran karbon dibangunkan termasuk garis panduan untuk penyertaan komuniti Orang Asli dan pemilik Tanah Rizab Melayu agar mereka tidak terpinggir dan boleh terus menikmati manfaat ekonomi hijau ini. Yang ketiga hasil dari carbon credit dimasuk ke dalam dana pemuliharaan alam semula jadi negeri supaya ia digunakan kembali untuk pengurusan hutan, pelancongan eko dan pendidikan alam sekitar bukan sekadar sebagai pendapatan am kerajaan semata-mata. Kita tidak boleh terus bergantung kepada hasil hutan melalui pembalakan, dunia telah berubah. Alam bukan lagi dilihat sebagai sumber untuk dieksploitasi tetapi sebagai aset yang boleh menghasilkan pendapatan jika dipelihara. Dan kita semua sedia maklum berkenaan sudah ada 300,000 tan carbon credit melalui loji janakuasa biogas 5.5 megawatt di Kilang Sawit FELCRA Jayaputra, Jerantut.

Ini adalah berita yang sangat baik tetapi bertambah lagi sekiranya hutan... Hutan Simpan kekal kita dimanfaatkan juga untuk carbon credit. Saya yakin dengan visi Tuanku dan komitmen Kerajaan Negeri Pahang boleh menjadi negeri terawal di Semenanjung yang bukan sahaja menghentikan pembalakan tetapi menjana hasil lebih tinggi melalui carbon credit sambil mengekalkan kelestarian alam untuk generasi yang akan datang. Yang kelima sebagai Wakil Rakyat yang menjadi pintu masuk ke salah satu khazanah semula jadi negara. Taman Negara Kuala Tahan, izinkan saya membawa suara rakyat khususnya pengusaha pelancongan, pemandu bot, penjaja kecil dan komuniti Orang Asli yang sangat bergantung kepada industri pelancongan ekologi. Dalam jawapan bertulis yang diberikan oleh pihak Menteri Pelancongan kepada Ahli Parlimen Jerantut di Dewan Rakyat baru-baru ini, telah dimaklumkan bahawa Projek Pembangunan Semula Canopy Walkway Taman Negara telah siap

sepenuhnya pada 24 Jun 2024 dan telah diserahkan secara rasmi kepada Perhilitan Negeri Pahang pada 15 Julai 2024. Kos keseluruhan projek ini mencecah RM4.438 juta, satu pelaburan yang signifikan atas nama pemulihan pelancongan pasca pandemik. Namun, persoalan yang masih belum dijawab secara tuntas. Yang pertama, mengapa canopy walkway ini masih belum dibuka kepada umum? Yang kedua, adakah sistem penyelenggaraannya sudah lengkap? Yang ketiga, bagaimana agensi pemilik seperti PERHILITAN menyusun pelan operasi dan keselamatan? Dan yang keempat, yang paling penting bilakah rakyat setempat akan kembali menikmati limpahan ekonomi hasil kemasukan pelancong.

Kita tidak mahu melihat satu lagi projek siap di atas kertas, namun kosong di lapangan. Dalam konteks pembangunan luar bandar, Taman Negara adalah nadi ekonomi bagi penduduk Kuala Tahan dan sekitarnya. Bila pelancong tidak datang, perahu tidak berisi, homestay tidak didiami dan dapur rakyat kecil pasti tidak berasap. Maka saya menggesa agar kerajaan negeri dan pihak PERHILITAN menetapkan tarikh pembukaan canopy walkway selewat-lewatnya pertengahan 2025 selaras dengan kesiapan infrastrukturnya.

Saya juga ingin mencadangkan, yang pertama, penubuhan Unit Penyelaras Pelancongan Taman Negara Pahang melibatkan kerjasama antara PERHILITAN, MOTAC, Majlis Daerah Jerantut dan komuniti setempat. Yang kedua, pelaksanaan pelan promosi pelancongan berskala besar sempena pembukaan semula canopy walkway termasuk penglibatan sekolah, universiti dan operator pelancongan antarabangsa. Yang ketiga, penilaian berskala… penilaian berkala ke aras… ke atas struktur dan keselamatan canopy walkway secara telus dan berkala bagi mengelakkan tragedi.

Dan yang keempat memberikan peluang kepada pengusaha setempat yang berkemampuan untuk mengendalikan penyelenggaraan kepada komponen-komponen di dalam Taman Negara agar ianya memupuk rasa sense of belonging dengan izin kepada taman ikonik negara ini. Saya percaya hasrat Kebawah Duli Tuanku untuk... Saya percaya hasrat Kebawah Duli… Ke Bawah Duli Tuanku untuk melihat negeri ini maju dengan acuan sendiri akan tercapai apabila kita memberikan perhatian kepada pembangunan yang menyentuh rakyat marhaen bukan sekadar projek mega di bandar besar. Yang keenam bagi mempergiatkan usaha dakwah...

Speaker

Yang Berhormat, gulung... Okay.

Sikit lagi. Bagi mempergiatkan usaha dakwah memperkukuhkan institusi islam serta menyekat er... penularan ajaran sesat, kekeliruan akidah dan kecelaruan sumber dan rujukan. Maka saya mencadangkan agar Kerajaan negeri melalui JAIP, MUIP dan agensi berkaitan agar dapat memperhebatkan lagi program dakwah berasaskan komuniti menyantuni masyarakat luar bandar dan kawasan pedalaman termasuk komuniti Orang Asli. Kerjasama pintar juga boleh dilakukan bersama pengelola madrasah yang ada bagi menyusun strategi dalam menyampaikan dakwah kepada komuniti di pedalaman seperti Ulu Tembeling dan lainnya. Ia mesti, ianya mesti disusun atur dengan rapi dan teliti agar ianya... agar ianya menjadi program berkala bukannya program sekali-sekala.

Er... YB Speaker, di dalam DUN Tahan, terdapat sekurang-kurangnya 15 pangkalan hadapan yang dikhususkan sebagai tempat penghantaran dan pengumpulan barangan keperluan seperti makanan dan lainnya sebagai persediaan menghadapi bencana banjir.

Namun, adakah kita tidak sedar bahawa perkara berbangkit yang tidak berkesudahan sehingga kini iaitu isu kerosakan pada beras… kepada beras sebelum ianya diagihkan. Sebagaimana yang kita maklumi, barangan di pangkalan hadapan ini jika tidak berlaku banjir, ia tidak boleh diagihkan kecuali setelah mendapat kelulusan negeri ataupun fasa Monsun Timur Laut (MTL) telah berakhir. Justeru, bagi mengelakkan perkara ini daripada terus berulang setiap tahun dan membawa kepada pembaziran wang rakyat, saya ingin mengemukakan dua cadangan.

Yang pertama, beras yang hendak dihantar ke pangkalan hadapan ini dibungkus dengan kaedah vacuum packaging. Melalui pembacaan saya, kaedah pembungkusan secara vacuum ini dapat memanjangkan jangka hayat beras melebihi melebihi lima tahun dan ke atas, di samping bergantung kepada suhu dan lokasi penyimpanannya. Dan yang kedua, Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah diberikan kuasa untuk membuat penilaian segera tanpa perlu menunggu kelulusan negeri bagi membuat agihan ataupun pelupusan kepada barangan cepat rosak seperti beras.

Untuk akhirnya langkah kerajaan negeri bagi memastikan rakyat negeri ini mempunyai tanah sendiri untuk tujuan pembinaan tempat tinggal atau pembangunan ekonomi keluarga melalui agihan Skim Tanah Rakyat (STR) amatlah dialu-alukan. Namun, saya ingin bertanya setakat ini berapakah keluasan STR yang telah diagihkan di dalam DUN Tahan dan berapa orang yang telah menerima manfaatnya.

Saya juga inginkan kepastian berkenaan dengan STR Ladang Tembeling Jaya 2 yang telah dilancarkan oleh… yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 2 November 2021 dan juga STR Kampung Pasir Sia. Bilakah ianya akan diagihkan kepada penerima yang layak. Untuk akhirnya, marilah kita sama-sama memastikan negeri kita ini tidak lagi dibelenggu oleh bayang-bayang silam, oleh kerakusan dan juga ketirisan. Kita mesti bangkit dengan penuh integriti dan keberanian. Marilah kita bersama-sama merasai sendiri denyut nadi rakyat. Sebagai ADUN yang diberikan mandat oleh rakyat. Saya berdiri di sini. Saya berdiri di sini dan juga berdiri di sisi rakyat bukan untuk populariti, tetapi untuk keadilan dan juga amanah. Negeri ini bukan milik mana-mana parti tetapi milik rakyat yang meletakkan kita di sini. Marilah kita Menjunjung Titah Tuanku dengan tindakan bukan sekadar ucapan. Jangan khianati harapan rakyat yang saban hari menanti perubahan.

Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang Pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.

Dengan ini, saya menyokong penuh Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Sekian, Assalamualaikum WBT.

Speaker

Terima kasih wakil Tahan. Seterusnya saya menjemput wakil dari Mentakab.

Tuan Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Yang Berhormat Speaker, dengan izin saya memulakan ucapan saya dengan Merafak Sembah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah di atas titah yang penuh hikmat lagi bijaksana tatkala di atas titah… tatkala Perasmian Sidang DUN untuk kali ini. Saya menyeru kepada semua rakan-rakan ADUN untuk mengambil teladan dan akur kepada titah nasihat yang penuh hikmah daripada Ke Bawah Duli Tuanku demi kemajuan negeri Pahang yang tercinta ini. Sesungguhnya, Tuankulah adalah payung kepada negeri Pahang Darul Makmur yang tercinta, di mana Tuankulah menjadi tempat rakyat bergantung.

Yang Berhormat Speaker, Kitalah… kita telah menikmati kemerdekaan hampir 68 tahun dan sepanjang kemerdekaan ini pengisian bagi menjaga kepentingan rakyat dan kemakmuran negeri Pahang tentulah tidak pernah diabaikan. Ini termasuklah kepada golongan peniaga-peniaga kecil. Mengikut data DOSM pada tahun 2020, terdapat lebih daripada 15,200 peniaga kecil di negeri Pahang ini. Dan saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana keprihatinan membantu peniaga-peniaga kecil termasuk penjaja harian dengan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) selain Geran iTEKAD. Ini membuktikan semua lapisan masyarakat termasuk peniaga dan penjaja kecil tidak pernah diabaikan oleh Kerajaan Perpaduan Negeri Pahang.

Saya ingin menarik perhatian dewan kepada kiosk penjaja oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang terdapat di seluruh negeri Pahang. Tidak ada siapa yang boleh menafikan penyediaan… penyediaan gerai-gerai yang cantik dan teratur ini sangat memberikan manfaat kepada penjaja-penjaja. Namun begitu, saya melihat bahawa kiosk-kiosk penjaja ini yang diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan tidak digunakan sepenuhnya dengan izin not fully utilize. Masih banyak terdapat kiosk-kiosk yang kosong dan tidak disewakan kepada penjaja yang saya bimbang jika tidak ditangani dengan baik dan sistematik, kiosk-kiosk ini akan rosak akibat cuaca.

Yang Berhormat Speaker, Suatu formula dan pendekatan perlu dilakukan segera oleh pihak berkuasa tempatan bagi kiosk-kiosk ini dimanfaatkan oleh penjaja-penjaja kecil. Saya mencadangkan supaya syarat-syarat dikaji semula agar memudahkan penjaja-penjaja di samping faktor yang paling penting juga adalah lokasi yang bersesuaian khususnya di tempat ramai orang. Re-lokasi ini sangat penting bagi memudahkan pelanggan datang di samping tempat yang mempunyai parkir kereta yang mudah. Sekiranya lokasi kiosk-kiosk di tempat yang tidak strategik inilah yang menjadi penyebab utama penjaja-penjaja kecil tidak berminat. Pada masa yang sama, keutamaan harus diberikan kepada belia atau orang muda yang ingin belajar berniaga. Saya percaya dengan inisiatif sedia ada yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Pahang dan penyediaan kiosk ini, kita akan mampu membantu penjaja-penjaja kecil dan sekaligus akan menyemarakkan ekonomi negeri Pahang serta membantu mengurangkan pengangguran.

Yang Berhormat Speaker, Hal ingin saya bangkitkan ini walaupun lebih berkaitan dengan Agensi Persekutuan iaitu TNB. Tetapi saya percaya ianya penting untuk dibangkitkan juga di dalam Dewan Yang Mulia ini. Saya percaya semua rakan-rakan Yang Berhormat di dalam Dewan

Yang Mulia ini pernah menghadapi pengalaman yang sama iaitu seiring... sering menerima permintaan dan juga rungutan daripada rakyat tentang bil elektrik mereka yang tinggi dan bekalan elektrik mereka sama ada telah dipotong atau hendak dipotong. Sementara kita sedaya upaya bersedia membantu meringankan beban rakyat dengan sedaya upaya, saya juga meminta TNB dan juga PAIP misalnya untuk proaktif di dalam hal ini. Saya tidak meminta TNB jangan menguatkuasakan peraturan sedia ada mereka, akan tetapi saya menggesa TNB selain menggunakan budi bicara mereka untuk tidak terlalu agresif memotong bekalan elektrik dan berbincang untuk memberi peluang kepada pengguna. Adalah lebih baik untuk TNB dapat mengesan awal mereka yang tidak membawa... membayar bil atau bil elektrik mereka yang melonjak lebih daripada deposit. Ertinya, TNB boleh memberi peringatan awal secara sistematik dan apabila tidak dihiraukan, barulah tindakan pemotongan misalnya dilakukan. Apa yang berlaku pada hari ini apabila bil sudah tunggak dengan banyak yang pada kebiasaannya melampau, barulah TNB mengambil tindakan yang saya sarankan ialah dengan izin trouble shoot dari awal, berdasarkan trend penggunaan elektrik perlu dibuat dan tidak setelah bil menjadi puluhan ribu, malah ada yang mencecah ratusan ribu.

Yang Berhormat Speaker, Saya bersyukur kerana sejak lahir saya duduk dan tinggal di daerah Temerloh yang indah dan makmur. Temerloh sangat terkenal di seluruh dunia sebagai Bandar Ikan Patin dan ini menyumbang kepada pendapatan dan ekonomi Temerloh khususnya dan Pahang amnya.

Bagi menampung permintaan terhadap Ikan Patin, memang banyak sangkar-sangkar ternakan Ikan Patin yang wujud di sepanjang Sungai Pahang dan juga Sungai Semantan. Marilah kita bersyukur di atas anugerah tuhan ini. Baru-baru ini peruntukan sejumlah RM1 juta sepertimana diputuskan di dalam Bajet 2024 telah diberikan untuk kerja-kerja pembersihan Sungai Chengal di Temerloh sebagai usaha mitigasi banjir. Saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan kerajaan negeri. Akan tetapi saya juga memohon pertimbangan Dewan Yang Mulia ini untuk kerja-kerja mitigasi banjir juga dibuat di Sungai Semantan.

Dalam pemerhatian saya serta rungutan daripada pengundi-pengundi adalah dianggarkan terdapat kira-kira 50 buah sangkar Ikan Patin yang tidak digunakan, terbiar, usang dan buruk. Jumlah ini adalah jajaran daripada Kampung Raja Songsang hingga ke Kampung Chengal. Rungutan daripada pengundi-pengundi Kampung Paya Kecil ialah risiko yang dihadapi oleh penternak-penternak Ikan Patin sangkar yang masih aktif di mana sangkar-sangkar yang rosak dan usang akan berkemungkinan besar terputus dan kemudian akan hanyut khususnya pada musim tengkujuh yang akan boleh menyebabkan sangkar-sangkar yang masih aktif akan rosak dan tentunya menyebabkan kerugian yang besar kepada penternak. Di samping itu juga, sangkar-sangkar yang usang dan tidak lagi digunakan itu mencacatkan pemandangan dan menjadi sebahagian daripada... daripada faktor air senak iaitu aliran air tersekat dan menyebabkan banjir.

Saya memohon pertimbangan Dewan Yang Mulia ini demi kemaslahatan penternak-penternak Ikan Patin sangkar yang masih aktif dan sebagai mitigasi banjir. Peruntukan khas diberikan bagi membersihkan Sungai Semantan daripada sangkar-sangkar tidak digunakan ini yang berjumlah 50 buah. Saya meyakini akan dapat membantu penternak-penternak aktif dan dapat mengurangkan fenomena air senak yang menyebabkan banjir.

Yang Behormat Speaker,

26 haribulan April ini iaitu hari Sabtu para wira negeri Pahang akan berentap di final Piala Malaysia melawan pasukan JDT atau Harimau Selatan dengan slogan “Amuk Tok Gajah” dan “Hogoh Pahang Hogoh”. Marilah kita menyokong pasukan negeri kita ini agar dapat menjulang piala kebanggaan bola sepak negara. Pahang mempunyai sejarah gemilang di dalam sukan bola sepak di mana dalam tahun 80an dan 90an yg menjadi pasukan yang sangat digeruni oleh lawan.

Di atas semangat ini dan bagi kemudahan anak-anak muda, saya mohon... memohon kepada Dewan Yang Mulia khususnya kepada pihak berkenaan untuk mengadakan satu pelan pembangunan bola sepak yang unggul bagi negeri Pahang dan memperbanyakkan padang-padang bola awam dan infrastruktur yang terkini di kampung-kampung dan taman perumahan. Di atas semangat “Hogoh Pahang Hogoh”, mari kita bersatu hati menyokong dan mendoakan kemenangan pasukan bola bola sepak kita. Dengan itu, saya mohon menyokong. Sekian terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja].

Speaker

Terima Kasih Wakil Mentakab. Seterusnya, saya menjemput wakil dari Kemayan.

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT, selamat petang. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, Pegawai-pegawai Kerajaan seterusnya pemerhati yang saya kasihi sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat diberikan peluang untuk membahaskan Titah Diraja oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang pada sesi perasmian Jumaat yang lepas. Banyak perkara yg telah Tuanku sentuh dalam Titah Diraja tersebut berkaitan lebih kurang 11 perkara yang menjadi panduan kepada kita semua pada hari ini.

Banyak perkara yang telah disentuh. Ada juga yang sahabat-sahabat Ahli-ahli Yang Berhormat telah sentuh, telah bahaskan pada hari ini dan ada yang saya lihat ada yang ambil separuh dan ada yang tak nampak apa usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Apa yang berlaku dan juga apa yang telah Dititahkan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang adalah apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri pada hari ini. Kalau kita lihat dari segi prestasi ekonomi, ini tidak boleh dinafikan dan diakui oleh semua Ahli dalam Dewan yang kerajaan negeri pada hari ini telah berjaya mengekalkan pendapatan melebihi RM1 bilion dan mungkin pada tahun-tahun mendatang mungkin lebih daripada RM1.2 bilion boleh mencapai sehingga RM2 bilion. Inilah hasrat kerajaan yang ada pada hari ini dan saya cukup yakin dengan kepimpinan yang ada pada hari ini boleh mencapai target-target yang telah… telah… yang yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri kita. Kita tengok lihat setiap tahun pelbagai program ataupun agenda yang dilaksanakan adalah untuk meningkatkan prestasi pendapatan kerajaan negeri tanpa membebankan rakyat. Kalau kita tengok hasil kerajaan negeri ini adalah kebanyakkannya daripada hasil cukai. Dan biasanya hasil cukai ini meningkat akan membebankan rakyat. Tapi ada unit yang di negeri Pahang ini, hasil meningkat tapi tidak membebankan rakyat golongan bawahan iaitu hasil cukai tanah dan sebagainya tu tidak meningkat melainkan kepada peniaga ataupun golongan usahawan yang besar, ini hebatnya Kerajaan Negeri Pahang pada hari ini dan ini perlu kita akui dan saya tengok setiap kali Ahli Dewan berucap akan cakap tahniah pada yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana berjaya mengekalkan pendapatan melebihi RM1

bilion selama tiga tahun berturut-turut. Ini perlu kita bagitahu dan bila hasil meningkat, banyak inisiatif-inisiatif yang telah diberikan oleh kerajaan negeri kepada rakyat negeri Pahang demi kemakmuran rakyat negeri Pahang. Itu pun kita tidak boleh nafikan, banyak perkara. Kalau kita nak sentuh di sini, mungkin tak cukup 15 minit yang diperuntukkan kepada saya. Tapi itulah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri pada hari ini sehingga boleh menoktahkan kemiskinan tegar. Bukannya senang untuk kita menoktahkan kemiskinan tegar ni sebab kemiskinan ni seperti Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebutkan tadi adalah subjektif. Mungkin hari ni kita selesaikan 2,000 orang, esok akan bertambah lagi dan bertambah kita selesai, bertambah kita selesai.

Tapi atas program-program yang telah dilaksanakan atas inisiatif yang telah diberikan, rakyat yang dalam golongan miskin tegar dapat keluar daripada kemiskinan tegar tersebut. Kalau kita lihat pada tahun 2024, hampir 3,000 miskin tegar dapat dikeluarkan. Ini satu kejayaan yang cukup baik dan apa inisiatif yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang hari ni menunjukkan keberkesanan tersebut dan kita yakin dengan peruntukan yang lebih dan mungkin program-program lain yang boleh memastikan kemiskinan tegar ini sentiasa dapat dikeluarkan. Cuma pada pandangan saya, mungkin pengiraan kemiskinan tegar itu perlu dilihat. Kalau dulu kita tengok mungkin dalam satu rumah ada dua KIR, Ketua Isi Rumah dikira pendapatan satu rumah. Dia tak kira pendapatan Ketua Isi Rumah.

Kalau kita nak isi eKasih dan sebagainya, pihak ICU datang untuk buat menilai dan sebagainya. Kita tengok dia melihat kalau ada dua keluarga dalam satu rumah, dia kira sekali pendapatan tersebut. Jadi saya rasa mungkin kalau belum dikeluarkan, patut dikeluarkan makna mengikut Ketua Isi Rumah, bukan ikut rumah tersebut sebab mereka tidak berkemampuanlah yang duduk menumpang dengan mak ayah dan sebagainya. Dan inilah kita boleh perbaiki dari semasa ke semasa supaya golongan miskin tegar ni akan sentiasa menjadi perhatian kepada pihak kerajaan bagi pihak kita semua sebagai Wakil-wakil Rakyat. Jika ada pengadu yang mengatakan saya miskin dan sebagainya. Kita dorong mereka untuk daftar dengan eKasih dan sebagainya supaya pihak bertanggungjawab ini boleh menilai adakah benar dia miskin. Adakah… adakah anda miskin? Adakah dia miskin tegar dan sebagainya. Kadang-kadang kita cakap, ohh saya miskin ramai datang jumpa saya sebab saya miskin dan sebagainya. Sebab orang saya miskin dan sebagainya. Tapi kita tak tahu sebenar berapa dia dapat, dia ada kereta tak ada kereta. Kalau miskin, ada kereta Toyota Vios dan sebagainya. Takkan miskin rumah pun aircond sampai dua tiga biji, takkan miskin. Contoh, mungkin indikator yang ditetapkan oleh kerajaan adalah ditentukan. Jadi kita patut bersama-sama untuk pastikan yang mereka belum daftar, daftarkanlah. Pergilah kepada agensi-agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat mungkin di bawah ICU, eKasih dan sebagainya untuk memastikan mereka ini tersenarai dalam golongan yang perlu kita bantu.

Dari segi syiar Islam di negeri Pahang ini. Kalau kita tengok kerajaan negeri pada 2025 memperuntukkan hampir RM200 juta untuk syiar Islam di negeri Pahang ini. Jadi tak ada isulah yg kata kita ni sekular dan sebagainya. Hanya mereka yang memimpin hanya boleh menjadikan negeri Pahang ni adalah sebuah negeri Islam dan sebagainya. Sebab saya dulu ingat kalau penggal lepas pemerintahan kerajaan persekutuan. Menteri Agama dan Timbalan Menteri Agama ni daripada parti sebelah. Tapi kita pun tak tahu apa yang mereka buat untuk menyebarkan syiar Islam sebab Perdana Menteri masa itu terpaksa melantik penasihat agama kepada Perdana Menteri sebab saya berada dalam kerajaan pada hari tu. Jadi nak kata mereka ni kalau mereka memerintah, mereka boleh menunjukkan lebih Islam dan sebagainya. Saya tak yakin sebab saya berada semasa mereka menjadi Menteri Agama. RUU 355 pun

tak bawak, nak tutup Kasino Genting pun tak bawak dalam kabinet dan sebagainya. So, janganlah sekarang ni bila dah tak jadi nak uar-uarkan macam-macam yang dia boleh buat, dia boleh buat dan dia boleh buat.

Yang seterusnya berkaitan dengan pencerobohan tanah kerajaan dan juga hutan simpan. Kita menjunjung Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku dan apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan hari ni bukannya hari ini sahaja. Kalau kita tengok balik rentetan daripada 2018 sehingga hari ni hampir setiap tahun ada isu pemusnahan kebun-kebun ataupun tanah-tanah yang telah diceroboh. Kalau tengok 2019 di Cameron, 2020 ada di Raub dan sebagainya. Saya rasa dalam tempoh ini mungkin lebih dari 20 operasi membenteras apa… pencerobohan haram ni bukannya hari ni saja. Tak adillah ada setengah yang cakap konon macam Kerajaan Negeri Pahang hari ni baru ni nak buat. Dia lupa ke. Dia tak tengok ke siapa yang menubuhkan Unit Penguatkuasaan, siapa yang melaksanakan tinjauan dan sebagainya. Jadi kita berlaku adil kepada semua pihak. Jangan nak menjadikan ini modal politik, laba politik kepada mereka. Mereka kata yg kerajaan hari ni baru hari ni nak buat, tak betul. Sebab daripada mula Yang Amat Berhormat Menteri Besar menjadi Menteri Besar pada 2018 agenda untuk memastikan tanah-tanah yg diceroboh ini dapat diambil tindakan telah dilaksanakan seawal 2019 dan masa tu yang duduk sebelah sana itupun menyokong kerajaan pada hari tu. Jadi kena berlaku adil. Jangan disebabkan apa yang penguatkuasaan oleh kerajaan buat hari ni kononnya kerajaan hari ni je buat. Bukan, kena bagitahu rakyat secara terus. Yang penguatkuasaan ini Yang Berhormat Menteri Besar dah buat daripada mula dia jadi Menteri Besar. Penubuhan Unit Penguatkuasaan ini daripada mula Yang Amat Berhormat jadi Menteri Besar, kena jelaskan. Oh ini dalam Dewan cakap, oh followlah saya punya FB tengok macam mana. Bila sampai sekarang ni follow daripada lepas saya follow tak ada satu pun ucap terima kasih pada apa usaha yang telah kerajaan buat. Dalam Dewan dia punya sembang tu macam dia jelah yang betul. Tapi hari ni yang kalau kita tengok.

mencelah boleh sikit, boleh.

Haa Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat dan Terima kasih Tuan Speaker. Baik Yang Berhormat saya nak bawak beberapa fakta ni yang diputuskan di mahkamah pada 9.8.2023, seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM200,000.00 oleh Mahkamah Sesyen Raub atas tuduhan atas tuduhan menceroboh tanah milik kerajaan negeri. 22.2.2024 pengarah syarikat, Chong Chin Chong didakwa ceroboh tanah kerajaan negeri, 4.2.2025 Mahkamah Sesyen Kuantan jatuh hukuman denda RM200,000.00 terhadap seorang penyelia syarikat perlombongan haram tanah kerajaan. 16.4.2025 Mahkamah Sesyen Raub jatuh hukuman RM200,000.00 kepada dua orang lelaki Cina yang hanya bersih tanah belum tanam lagi. 28.2025 Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah. Yang Berhormat setuju tak dengan saya bahawa ini antara

tindakan-tindakan yang dijatuhi hukuman di mahkamah di Pahang kerana kesalahan menceroboh tanah menunjukkan bahawa penguatkuasaan di negeri Pahang ini sangat serius memandang terhadap penceroboh tanah di Pahang.

Terima kasih YB, saya cukup bersetuju sebab dah terbukti banyak kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dah banyak kali tegaskan bukan takat kompaun. Hari ini terus dakwa ke mahkamah dan menunjukkan begitu serius kerajaan hari ini untuk mengatasi isu ini. Jadi, saya rasa kita tak perlu nak panjangkan perkara ni. Siapa sahaja perlu mematuhi undang-undang dan juga mengikut Perlembagaan Negara dan juga Undang Tubuh Negeri Pahang. Tak kiralah dia Ahli Dewan ke ahli err… ahli politik ke, NGO ke dan sebagainya, perlu akur dan ikut peraturan-peraturan seperti yang telah digariskan dan kita perlu bersama-sama mempertahankan kedaulatan tanah kita pada hari ini.

So insya-Allah saya yakin semua hari ni bercakap kita setuju dengan kerajaan. Tindakan kerajaan hari ini, setuju dengan kerajaan ni. So bagitahu yang kerajaan hari ni telah buat. Bukannya baru nak buat, telah buat. Jadi err… saya pun tak nak sentuh sangat perkara tersebut dan bagi yang err… cuba untuk mengambil laba daripada isu ni saya rasa cukuplah. Yang penting Kita Junjung Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan untuk kita pastikan yang amanah yang diberikan ini dan kita sama-sama pelihara kedaulatan negeri Pahang ini.

Seterusnya saya ingin menyentuh berkaitan dengan pembangunan Warga FELDA. Kalau kita tengok, kalau dulu Sekolah Agama Rakyat di FELDA ni ditubuhkan oleh FELDA. Sekarang ni dah di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan FELDA dah tak tengok dah peruntukan dan sebagainya. Bagaimana kemudahan dan sebagainya? Saya cadangkan supaya EXCO FELDA boleh bawa isu ini kepada pihak pengurusan FELDA supaya memberi perhatian kepada Sekolah Agama Rakyat di FELDA-FELDA. Kalau kita tengok hari ni kita terpaksa dan juga terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana selalu bantu untuk keselesaan anak-anak yang belajar di Sekolah Agama Rakyat di FELDA-FELDA ni. Jadi perkara ni bagi saya serius sebab dulu boleh, kenapa hari ni kita tengok FELDA dah meninggalkan peranan Sekolah Agama Rakyat dia… di dalam FELDA ini. Walaupun JAKIM telah melaksanakan banyak perkara juga tapi sebagai anak kepada FELDA daripada awalnya perlulah kita… FELDA melihat peranan untuk membantu Sekolah-sekolah Agama Rakyat di dalam FELDA.

Selain itu, saya mohon supaya pihak FELDA… FELDA… Warga FELDA ni mudah je. Sekarang ni harga sawit tinggi. Alhamdulillah, dengan usaha yang dibuat oleh kerajaan dan sebagainya, harga sawit stabil dan tinggi. Jadi yang menjadi isu ni adalah pengeluaran hasil tersebut. Bagaimana kita nak meyakinkan peneroka yang FPM, FELDA Plantation Management dengan izin, berjaya menguruskan ladang-ladang peneroka ni dan mengeluarkan hasil yang baik. Kita takkan nak bagi alasan setiap tahun sampai dua tiga kali musim melawas. Jadi, saya mohon supaya pihak FELDA, yang lepas pun saya sentuh perkara ni, tapi kali ini saya sentuh lagi sekali. Takkanlah sampai bulan 7 baru satu pusingan nak membaja. Memanglah melawas. Jadi isu baja, isu menuai, isu pengeluaran hasil, kos hasil yang rendah err… perlu pihak FELDA lihat semula.

Selain itu, isu antara isu pendidikan adalah penguasaan bahasa Melayu di kalangan bukan pelajar Melayu. Kalau kita lihat, banyak penguasaan daripada terutama

daripada kaum Cina dan India terhadap bahasa Melayu agak kurang menyebabkan kalau di tempat saya tu kelas peralihan terpaksa diwujudkan lagi untuk memastikan yang pelajar daripada sekolah SJKC atau SJKT terpaksa masuk kelas peralihan di tingkatan satu untuk meneruskan pengajian dan ini menjadi isu. Apabila tingkatan lima masih tidak boleh menguasai Bahasa Melayu dengan baik menyebabkan SPM mereka akan gagal dan prestasi sekolah, prestasi daerah akan jadi masalah. Jadi, saya rasa pihak kerajaan melalui Jabatan Pendidikan Negeri perlu melihat bagaimana cara supaya kita memastikan yang anak-anak boleh menguasai bahasa Melayu dengan… dengan baik.

Seterusnya, hari ini banyak orang menyentuh pasal kiosk daripada KPKT ni. So saya pagi tadi ingat nak tanya soalan tambahan. Tapi disebabkan ramai yang bertanya soalan tambahan terpaksa saya sentuh disinilah. Kiosk ini diberikan oleh KPKT untuk merancakkan ekonomi, menjadikan tempat itu lebih cantik dan sebagainya. Saya kata cukup baikkan, kiosk tu pun cantik. Tapi apabila dilaksanakan kita tengok banyak yg tidak dibuka. Satu, kadar sewa. Sewa kedai saya ambik contoh kawasan saya sajalah. Satu kedai disewa dengan harga RM200.00. Kedai majlis disewa dengan harga RM250.00. Kiosk disewa dengan harga RM250.00 juga. Sama. Kiosk tu besar tak sampai 10X10 pun. RM250.00 kedai. Satu kedai ada tandas apa semua RM250.00.

Saya tak tahu macam mana kaedah pengiraan penetapan sewa. Orang meniaga goreng pisang, dulu dia cuma bayar permit penjaja je. Bagi khemah. Saya kata tak apa, lepas ni kalau tak meniaga dekat kiosk tu saya bagi khemah free lepas ni. Jangan risau saya bagi khemah free, meniaga situ tak payah bayar RM250.00. Kita kena faham wujudnya kiosk tu untuk bantu usahawan-usahawan kecil ni. Peniaga berniaga untuk menambah pendapatan. Saya mohon kepada pihak Majlis-majlis Daerah ni, jangan jadikan itu adalah income utama kepada Majlis-majlis Daerah. Kita kena ada agenda.

Saya tengok kerajaan negeri, dia meningkatkan pendapatan tapi tanpa menyusahkan rakyat. Sepatutnya kita kena ikut cara Yang…Yang Amat Berhormat Menteri Besar laksanakan. Tambah pendapatan tapi tidak membebankan rakyat. Terus terang, yang menjadi masalah adalah kerana sewa yang mahal. Satu, yang kedua nak masuk bayar deposit RM1,200.00. At least tiga bulan deposit, bayar air, bayar api, bayar ini, bayar permit ni, RM1,200.00. Orang meniaga goreng pisang ni, nak dapat RM1,200.00 tu berapa kali nak meniaga tu? So kena… saya rasa kita kena tengok baliklah kan. Sebelum ni saya cuma dah berbincang, dah hantar surat banyak kali. Jadi, saya rasa agak mengecewakan.

Jadi hari ni bila rakan-rakan Ahli-ahli Dewan pun banyak menyentuh berkaitan dengan kiosk ni. Yang penting kita bagi ruang kepada rakyat kita untuk meniaga. Dia ambik lesen, dia ambik permit dan sebagainya. Berapa banyak yang nak disewa tu tengoklah kesesuaian. Kalau saya di Bandar 32 Bera tu nak dapatkan RM200.00 punya sale tu bukannya senang. Jadi saya minta tolong kepada pihak kerajaan untuk menilai balik semua Majlis-majlis Daerah ni bukan hanya di Bera lah walau saya hanya fokus di Bera kan. Menilai balik kesesuaian kadar sewa tersebut tanpa membebankan rakyat.

Speaker

Yang Berhormat err…Yang Berhormat.

Hah, sikit lagi. Yang seterusnya adalah Projek Bekalan Air Luar Bandar terutamanya di Kampung Orang Asli Lubuk Tambangan yang telah diluluskan tetapi masih belum dilaksanakan. Saya mohon perkara ini dapat dilaksanakan dengan segera dan juga satu lagilah. Setiap tahun saya akan… setiap kali persidangan saya akan cakap perkara ni sebab ini kampung saya dan melibatkan lebih kurang 3,000 akaun yang penukaran paip yang masih belum dilakukan. Yang apabila pecah paip tu melibatkan hampir 3,000 akaun terganggu.

Jadi saya rasa perkara ni perlu mendapat perhatian daripada kerajaan negeri di bawah PAIP supaya penukaran paip di FELDA Tementi ni dapat laksanakan dengan segera supaya memberi keselesaan kepada pengguna. Seterusnya, yang terakhirlah berkaitan dengan Skim Tanah Rakyat yang berada dalam DUN saya. Saya mohon supaya perkara ini menjadi… disegerakan terutama STR Bandar 35, STR Tebing Tinggi, STRF Tembangau dan juga STRF Tembangau 1. Saya harap perkara ini dapat diselesaikan, disusun dengan baik supaya pelaksanaan STR-STR ini memberi err… berguna kepada masyarakat. Insya-Allah, saya rasa perkara ini berjalan, cuma diharapkan perjalanan ini dapat mengikut jadual yang telah dibincangkan supaya perkara ini kita tak jadi lambat dan manusia ni kadang-kadang bila terlambat, dia akan kata kita macam-macam kan.

Jadi, saya mintak perkara ni menjadi penekanan sebab inilah, hanya di Pahang nilah yang bagi STR-STR ni kepada rakyat dan STR ni ditukar kepada Rizab Melayu dan sebagainya. Satu perkara yg cukup baik yang perlu diteruskan dan perlu diperluaskan dan saya amat menyokong program STR ni. Oleh itu, saya mohon pada semua, berpolitiklah secara matang. Bagi saya senang je. Benda yang baik kerajaan hari ni buat kita kata baik, benda tak betul kita boleh tegur. Jangan kita kata terima kasih, lepas tu kita kata orang tu tak buat. Tak boleh macam tu. Benda yg baik kita kata baik, benda tak betul kita tak betul. Kalau langgar peraturan kita kata langgar peraturan. Jangan untuk politik diri sendiri, oh ini tak betul. Tak boleh. Sebab kerajaan hari ni saya tengok berusaha sehabis baik dan banyak inisiatif-inisiatif yang bagus telah dilaksanakan.

Jadi benda yang bagus tu kita terima kasihlah kepada kerajaan, bukannya hanya memuji ni jadi masalah, tak menjadi masalah untuk memuji ni. Kita berterima kasih, saya berterima kasih bila jalan-jalan di kawasan saya dapat diperbaiki. Setiap tahun ada saja, mungkin tak semua tapi ada untuk diperbaiki dan sebagainya. Kita terima kasih sebab kita faham hidup kita ni kita tak ada sumber yang unlimited, sumber kita ini terhad. Mungkin hari ini kita ada RM100… kita ada RM100. Kerajaan terpaksa belanja RM100.00. Mungkin hari ni kita tak dapat, tapi mungkin tahun depan, kita dapat. So, jadi kita kena bersama-samalah.

Janganlah kerana politik kepartian kita ni kita menidakkan apa yang baik yang telah dibuatkan oleh kerajaan. Esok, kita tak tahu ni politik ni cukup dinamik. Hari tu kata kita macam-macam, lepas tu kita dia kata nak… nak mewujudkan perpaduan ummah dan sebagainya. Tak payah cerita la penyatuan ummah-penyatuan ummah ni. Dulu kan, malas nak cerita la kan. Yang kata nak penyatuan ummah-penyatuan ummah sangat ni tak payah ceritalah. Tak apalah sebab saya dah sign OSA masa itu. Tak boleh cerita la eh. So, jangan jadi kan. So, jangan kelentonglah cerita dia. Jangan nak kelentonglah untuk laba politik masing-masing. Masing-masing ada kita punya agenda. Orang kita Barisan Nasional UMNO, tetap kita dengar dengan agenda kita.

Kita tengok hari ni Yang Amat Berhormat Menteri Besar tak ada telunjuk dengan siapa-siapa. So lepas ni… lepas ni jangan nak kata UMNO ni ikut telunjuk siapa-siapa. Faham tak? UMNO hari ni tak ikut telunjuk siapa-siapa. Siapa-siapa saja langgar peraturan kita amik tindakan. Esok kalau kita jumpa YB-YB yang ceroboh tanah pun kita ambik tindakan. Jangan risau. Jadi jangan kata kita ni telunjuk mana-mana pihak. Kena faham benda itu. Kita bukan telunjuk mana-mana pihak. Yang Amat Berhormat Menteri Besar daripada awal konsisten perkara ini. Perkara ni diambil dengan tegas. Semua perkara saya tengok, jangan kata kita jurucakap mana-mana pihak. Tak betul. Kalau itulah daripada awal hingga akhirnya politik pihak sebelah sana, teruskan. Rakyat boleh menilai, adakah kita bertopengkan agama tapi kita menyebar fitnah dan juga propaganda. Teruskan, tak ada masalah. Kalau itu rasanya baik untuk ahli-ahli, teruskan. Tapi kita mengharapkan yang ada setengah yang bagi teguran dan sebagainya saya rasa cukup baik. Tak ada isu pun, tapi janganlah cerita separuh kata orang ni tak buat ni, ini baru nak buat dan sebagainya. Cukup, kita amalkan politik matang.

Sebab saya ni baru lagi berpolitik. Ramai lagi kawan-kawan saya di belah sana pun baru lagi berpolitik. Kita nak keharmonian dalam politik ni. Orang zaman sekarang ni bukan cerita macam orang zaman dulu.

Speaker

Yang Berhormat. Dah. Masa dah sampai.

Saya rasa nak sekejap je tapi geram pulak hari ni. So er… apa yang kita harapkan adalah untuk memastikan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat negeri Pahang. Dengan itu, Kemayan menyokong Usul Titah Diraja. Sekian. Assalamualaikum WBT dan terima kasih.

Speaker

Terima kasih kasih wakil Kemayan. Seterusnya saya menjemput wakil dari Pulau Manis. Sila.

[Bacaan doa]. Assalamualaikum WBT. YB Speaker, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana limpah dan kurniaNya, kita semua dapat lagi bersama-sama dalam Dewan Yang Mulia ini. Tidak lain dan tidak bukan bagi menjalankan tanggungjawab kita sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat di kawasan kita untuk membawa suara-suara sekalian rakyat yang kita kasihi. Tidak lupa juga memanjatkan syukur dan selawat pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana di atas usaha dan kesungguhan baginda serta sahabat-sahabat dalam memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah SWT bagi menyampaikan dakwah sehingga ke hari ini, kita dapat mengecapi nikmat iman Islam.

Pulau Manis Menjunjung Titah Ucapan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, sempena Istiadat Pembukaan Dewan… Pembukaan Dewan Penggal

Yang Ke-4 pada hari Jumaat yang lalu. Segala Titah Tuanku sedia patik junjungi dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai seorang wakil dari rakyat Tuanku. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker dan semua Ahli Yang Berhormat kerana memberi ruang kepada Pulau Manis pada petang ini untuk membahas ucapan Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dato’ Indera Nazri bin Abu Bakar yang telah dilantik sebagai Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, juga kepada Tuan Mohd Saifuddin bin Hashim sebagai Yang Berhormat Penasihat Undang-undang dan Dato’ Haji Fadzilla bin Haji Salleh selaku Yang Berhormat Pegawai… Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Pahang yang baharu. Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih saya mewakili seluruh rakyat Pulau Manis kepada semua dan seluruh kakitangan kerajaan dan agensi-agensi di bawah kerajaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan seluruh kawasan di dalam DUN Pulau Manis ini terbela kebajikannya.

YB Speaker, dalam Titah Tuanku, Baginda ada menyebut beberapa perkara berkenaan agama Islam iaitu pertama Dakwah Islamiah dan Pengukuhan Sistem Syariat Islam. Kita semua sebagai rakyat Tuanku yang beragama Islam seharusnya berbangga kerana mempunyai ketua agama yang sangat cakna perihal Islam. Suka saya berkongsi dengan Sidang Dewan sekalian berkaitan sebuah hadis mafhumnya, tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan selain naunganNya ialah antaranya lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Zaman Rasulllah SAW, masjid ini bukan setakat dijadikan sebagai tempat solat berjemaah, malah tempat bermusyawarah, pusat pendidikan dan ilmu, tempat pengurusan zakat, kebajikan dan sebagainya.

Ini menunjukkan bahawa masjid atau surau ini adalah tempat yang sangat penting dan wajib didirikan di sebuah komuniti. Firman Allah di dalam al-Quran berbunyi [Bacaan doa] hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Apa yang cuba saya sampaikan ini ialah berkenaan proses permohonan kebenaran pembinaan surau di dalam taman-taman perumahan. Apa yang berlaku sekarang, proses pembinaan surau ini agak rumit. Banyak terjadi di dalam kawasan saya, tapak untuk didirikan surau itu ada disediakan. Akan tetapi proses permohonan kebenaran membina ini sangat-sangat rumit melibatkan pelbagai institusi dan jabatan sehinggakan usaha sesebuah jawatankuasa setempat berputus asa dalam usaha mendirikan surau.

Sehubungan dengan itu, saya sangat berharap kerajaan negeri dapat membuat satu Standard Operating Procedure (SOP) dengan izin, yang mudah bagi memudahkan urusan permohonan pembinaan ini diluluskan. Kita faham sekiranya permohonan ini bersifat individu, akan tetapi seperti yang saya maklumkan, kita ingin membina surau, tempat orang Muslim beribadat secara berjemaah dan dimiliki orang ramai. Ianya patut dipermudahkan dan tanpa melalui proses yang rumit. Saya rasa bukan saya sahaja yang berpendapat… berpendapat begini, malah semua di antara kita yang beragama Islam yang ada di dalam dewan ini bersama-sama saya dalam hal ini.

YB Speaker, sedikit berita kesihatan yang dialami oleh legenda bolasepak Pahang, Encik Azizul Kamaluddin telah membuka mata saya bersama-sama sahabat terhadap keperluan sistem sokongan yang lebih mantap bagi atlet dan bekas atlet negeri. Atlet merupakan seorang wira yang telah mengharumkan nama Pahang di peringkat nasional dan

antarabangsa, namun ramai antara mereka menghadapi cabaran selepas bersara terutama dari segi kesihatan dan kewangan.

Kita juga telah dimaklumkan oleh Wakil Kerajaan, Alhamdulillah pelbagai inisiatif yang telah ditawarkan dan telah disediakan oleh kerajaan akan tetapi beberapa orang kemungkinan tercicir antaranya individu yang saya sebutkan tadi, Azizul Kamaluddin. Dia meng... diserang sakit jantung baru-baru ini dan kami tanya ada apa-apa inisiatif yang diterima er… atas khidmat yang telah diberikan? Dia maklumkan dia tidak terima apa-apa. Mungkin terlepas pandang, saya tidak pasti, mungkin wakil kerajaan boleh follow up dengan er... legend bola sepak Pahang itu.

Di sini ada juga beberapa objektif dan juga cadangan yang dapat dikongsikan. Antara cadangan jangka masa pendek adalah dana kecemasan atlet dan penubuhan dana khas di bawah kelolaan kerajaan negeri atau Majlis Sukan Pahang untuk bantuan kesihatan kecemasan. Usaha ini boleh menjalinkan kerjasama dengan hospital kerajaan atau klinik swasta untuk memberi rawatan atau pemeriksaan kesihatan berkala secara percuma atau bersubsidi. Dana boleh didapati melalui kempen kutipan awam, CSR korporat di mana mewujudkan inisiatif bersama syarikat-syarikat di Pahang untuk membantu melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat.

Cadangan slot jangka… jangka panjang pula dengan penubuhan Yayasan Atlet Pahang iaitu sebuah entiti yang menguruskan dana kebajikan pembangunan kerjaya selepas bersara serta pengiktirafan atlet. Melalui Yayasan ini juga, Skim Perlindungan Insurans atau Takaful menyeluruh serta sumbangan pencen dapat diberikan kepada atlet yang telah berkhidmat mewakili negeri dalam tempoh tertentu. Dengan pelaksanaan cadangan ini, kita bukan sahaja menjaga kebajikan wira sukan Pahang, malah menunjukkan komitmen jangka panjang terhadap pembangunan sukan yang holistik dan berterusan. Diharap cadangan ini dapat perhatian dan sokongan penuh pihak kerajaan.

Saya juga ingin menyentuh beberapa... beberapa perkara berkenaan perumahan Rumah Mesra Rakyat SPNB. Apa yang ingin saya bangkitkan adalah saya difahamkan sebelum ini di atas satu geran tanah boleh dibina lebih satu buah rumah. Kebelakangan ini tidak lagi diber... dibenarkan bina lebih satu buah rumah atas satu geran tanah. Hal ini telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kuantan di dalam Sidang Dewan Rakyat. Jawapan yang diberikan oleh Menteri adalah, hal ini bergantung di bawah kuasa kanun kerajaan. Mungkin kerajaan boleh respond pada waktu penggulungan yang ditetapkan. Ini amat penting kerana ramai di kalangan penduduk-penduduk kampung terutama golongan muda tidak memiliki tanah dan dalam masa yang sama tidak mampu untuk membeli rumah dengan keadaan ekonomi yang mencabar sekarang.

Sebuah rumah yang dibangunkan oleh pemaju lingkungan serendah RM100,000.00 hingga RM400,000.00. Bagi golongan muda yang berpendapatan rendah, sudah semestinya mereka tergolong di dalam golongan tilik sahaja, bukan mampu milik. Harapan saya kepada kerajaan negeri supaya dapat memudahkan urusan rakyat kita terutama golongan muda untuk memiliki rumah sendiri hasil dari Skim Rumah Mesra Rakyat SPNB.

YB Speaker, Pada 18 November 2024 yang lepas, Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku ada Bertitah berkenaan penggunaan rokok elektronik atau vape dengan izin, perlu diharamkan secara total di negeri Pahang. Baginda menzahirkan kebimbangan

terhadap peningkatan penyalahgunaan dadah terutama dalam kalangan belia. Sta… statistik data Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan Pahang berada dalam lima negeri teratas dengan jumlah penagih iaitu seramai 11,750 orang di mana 57 dari... 57% daripadanya berusia di antara 15 hingga 30 tahun.

Hal ini perlu dija... dijadikan antara agenda utama kerajaan bagi mengekang angka-angka ini terus meningkat, sekaligus memberi gambaran kepada kita bahawa kita berada dalam keadaan yang membimbangkan di mana masa depan golongan belia terdedah kepada ancaman dadah yang kritikal. Berbeza dengan keadaan dahulu, dadah sukar diper… diperolehi dan aktivitinya sukar untuk dijalankan kerana kegiatan menghisap dadah ini perlu dilakukan secara tersorok bagi mengelak kegiatan ini diketahui ramai.

Akan tetapi pada hari ini, kegiatan ini boleh dilakukan di khalayak ramai dengan menggunakan rokok elektronik. Orang sekeliling beranggapan pelaku hanya menghisap rokok elektronik biasa sedangkan dia menghisap kandungan yang terlarang. Jadi amat wajarlah penggunaan rokok elektronik ini diharamkan secara total seiring dengan apa yang Dititahkan oleh Tuanku.

Yang Berhormat Speaker, Sedikit saya ingin membangkitkan isu di kawasan saya sendiri. Berkenaan isu anjing liar yang kerap saya bangkitkan setiap kali dalam Sidang Dewan, akan tetapi isu ini masih tidak dapat diselesaikan. Kita semua maklum bahawa memang sukar untuk menangkap anjing-anjing liar ini. Pernah ada satu pengalaman masa ada program di Cameron, kita semua dijemput, Cameron. Pernah saya tengok secara live Majlis nak cuba tangkap anjing ni, masa tu penuh anjing ni. Bila pihak Majlis datang, hilang semua anjing. Saya dimaklumkan anjing ni dapat sense orang nak tangkap dia. Ha itu kita faham apa kekangan, apa masalah, apa cabaran yang dihadapi oleh Majlis. Akan tetapi, kita tetap perlu mencari satu solusi bagaimana kita ingin menyelesaikan isu anjing liar ini kerana ada yang telah cedera akibat...

Yang Berhormat Speaker, saya mahu bertanya sikit. Anjing di kawasan YB macam anjing Cameron Highlands jugak? Bila nak tangkap dia hilang, ke lain sikit?

Dia rasanya sama spesies ni sebab dia anjing Malaysia kan. Anjing Pahang ni rasa gitulah. Saya difahamkan gitulah, bila lori mari je terabur hilang belaka, tak dok, tak jumpa sekor pun. Tapi bila tak dok elok depan, tonggeng-tonggeng depan muka kita. Tak tahulah dia ada... macam mana eh anjing ni hebat eh.

Jadi saya sambung lagi. Seterusnya, berkenaan longkang tadahan hujan atau monsoon drain di sekitar Indera Sempurna hingga ke simpang UniPSAS. Longkang ini saya difahamkan ada yang tidak bertuan. Akibatnya, ia tidak diselenggara mengikut waktu yang sepatutnya. Implikasi dari itu adalah kawasan ini terdedah dengan risiko banjir kerana ia tidak dapat mengalir ke sungai dengan baik disebabkan rumput-rumput yang banyak dan air melimpah ke jalan raya.

Oleh itu, isu longkang tidak bertuan ini dapatlah diselesaikan dengan segera dengan kerja-kerja penyelenggaraan yang dapat dibuat mengikut jadual yang sepatutnya. Isu tanah juga tidak ketinggalan bagi penduduk DUN Pulau Manis. Saya berharap semakan permohonan tanah bagi tujuan pertanian khususnya bagi anak-anak muda yang tertangguh terlalu lama ini patut diberi perhatian yang sewajarnya. Mereka bukan memohon berekar-ekar tanah. Mereka hanya mohon tanah untuk mereka usaha… usahakan bagi menampung pendapatan keluarga sahaja. Sehingga ke hari ini, permohonan mereka masih tidak diketahui statusnya. Kampung yang saya maksudkan ialah sekitar Kampung Teluk Pulau Rusa dan juga Ganchong.

YB Speaker, Tuanku juga ada Bertitah berkenaan infra... infrastruktur jalan dalam perkara yang keempat. Saya juga ingin mengutarakan masalah jalan kecil di Jalan Sipi-Sipi [Kurang pasti] iaitu jalan dari Kampung Sri Makmur menuju ke Simpang Pelak. Jalan ini agak sempit. Keadaan ini merisaukan apabila kereta berselisih dengan lori. Situasi ini saya pernah alami sendiri. Bila saya lalu menggunakan jalan tu, bila saya selisih dengan lori, saya terpaksa turun ke bahu jalan, bukan bahu jalan dah, tu jalan ke tanah dah terus sebab tak muat bila nak berselisih. Benda ni agak merisaukanlah sekiranya orang tu baru pertama kali lalu di situ akan menyebabkan perkara yang tidak diingini.

Saya berharap jabatan yang terlibat seperti Jabatan Kerja Raya dapat mengambil tindakan dan peruntukan... ada peruntukan bagi membesarkan jalan ini memandangkan jalan ini sudah agak sibuk di mana penggunanya sendiri... penggunanya terdiri dari kenderaan ringan dan juga kenderaan berat. Isu di Kampung Sri Damai ini berkaitan longkang juga. Di hadapan sekolah me... Sekolah Kebangsaan Jaya Gading, kawasan ini adalah kawasan kerap dinaiki air. Puncanya adalah sistem perparitan yang tidak betul alirannya.

Sekiranya hujan lebat sikit... sikit sahaja, sudah mula... air sudah mula melimpah. Tak banjir pun lagi, hujan lebat beria sikit je habis dia dah melimpah dan masuk ke dalam kawasan sekolah sehingga menjadikan kawasan sekolah... sepatutnya kawasan sekolah adalah kawasan yg paling selamat dari bencana banjir tetapi situasi berbeza di Sekolah Kebangsaan Jaya Gading. Diharap jabatan yang terlibat dengan… terlibat dengan isu ini dapat mengambil maklum dan tindakan menyelesaikan masalah ini dapat dilakukan dengan segera.

Berkenaan isu Rumah Generasi Kedua FELCRA Sri Makmur. Hampir 50 buah rumah terbiar kosong. Kesan dari generasi kedua tidak mampu membuat pinjaman bank bagi memiliki rumah tersebut. Diharap ada penyelesaian dalam isu ini. Mungkin ada pihak bank sudi memudahkan... memudahkan cara untuk menawarkan kepada golongan generasi kedua FELCRA Sri Makmur ini bagi membantu mereka mengecapi impian menduduki rumah yang mereka impikan setelah sekian lama tidak dapat dimiliki akibat tidak mampu membuat pinjaman perumahan.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih. Saya kala... mewakili seluruh rakyat DUN Pulau Manis kepada kakitangan kerajaan dan pegawai-pegawai kerajaan di mana telah memberikan perkhidmatan yang demi memastikan keselesaan rakyat terjaga. Saya akhiri ucapan saya dengan dua rangkap pantun.

Rumah usang menanti roboh, Terasa rindu singgah pulang, Celakalah Sang penceroboh, Memalukan seluruh rakyat Pahang.

Rakyat… rehat sebentar di hujung anjung, Tak sedar tengah mengelamun. Titah Tuanku patik menjunjung, Semua penceroboh adalah penyamun.

Sekian dari Pulau Manis, Yang Berhormat Speaker Pulau Mahin… Pulau Manis mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih. Ahli dari Pulau Manis. Saya menjemput wakil yang terakhir bagi sesi petang ini iaitu Ahli yang Dilantik ke 3, sila.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam Pahang 1st dan Salam Jerantut Bandar Bahagia. Terima kasih YB Timbalan Speaker kerana memberi ruang kepada saya dalam membahas Titah Tuanku Sultan Pahang. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker terlebih dahulu saya ingin merakamkan junjungan kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang atas Titah Diraja bersempena pembukaan Dewan Negeri Pahang bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Kali Ke-15. Sesungguhnya, Titah Baginda menjadi pedoman yang amat berharga dan menjamin kelas kelestarian dan kemakmuran… kemakmuran negeri Pahang, agar terus berada di landasan yang tepat demi kesejahteraan sekalian rakyat, insya-Allah.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang, dalam mempastikan tanah Rezab Orang Asli diberi perhatian sepenuhnya. Di Jerantut sahaja pada tahun 2019, Kerajaan Negeri Pahang telah mewartakan 8,571 hektar sebagai Tanah Rezab Orang Asli tambahan kepada 7,156 hektar yang diwartakan sebelum itu. Namun, isu pencerobohan dan ketidakpastian hak milik masih berterusan. Justeru, saya mencadangkan satu penubuhan Unit Khas Pemantauan Tanah Orang Asli yang bertanggungjawab mengawasi pencerobohan, mengendalikan aduan serta menguruskan pemetaan kawasan Orang Asli dapat diadakan dengan lebih cekap. Menggunakan teknologi blockchain dalam pendaftaran hak milik tanah bagi mempastikan tiada manipulasi atau perubahan data yang tidak sah oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Seterusnya meningkatkan penguatkuasaan dengan penubuhan pasukan khas yang bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli dan mem… dan pihak berkuasa tempatan bagi menangani masalah pencerobohan dan pelanggaran hak Orang Asli dengan lebih pantas.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, Sabah Credit Corporation, telah berjaya menyediakan pinjaman mikro kepada lebih 50,000 usahawan kecil di Sabah. Dari segi sumbangan kepada kerajaan negeri, pada tahun 2023, (SCC) ini iaitu Sabah Credit Corporation telah membayar dividen interim sebanyak RM10 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah. Kerajaan Negeri Sabah. Ini menunjukkan komitmen (SCC) dalam menyokong kewangan negeri dan peranannya dalam pembangunan ekonomi Sabah. Oleh itu, saya mencadangkan agar Pahang menubuhkan enditi… entiti yang serupa dengan beberapa ciri utama.

Pertamanya berkaitan dengan Dana Pembiayaan Mikro Pahang dengan kadar faedah rendah bagi membantu usahawan kecil melalui er... entiti seperti Sabah Credit

Corporation ini. Keduanya, geran pemodalan atau modal permulaan. Dengan adanya entiti seperti Pahang Credit Corporation, er... kalau kita ingin tubuhkan seperti dengan entiti Sabah Credit Corporation, kita boleh memperkenalkan geran modal… geral… geran modal permulaan bagi golongan muda yang ingin menceburi bidang perniagaan digital dan keusahawan sosial. Seterusnya, insentif kewangan hijau untuk menggalakkan pelaburan dalam sektor tenaga lestari dan perniagaan mesra alam.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, Dalam kesempatan ini, saya juga ingin membangkitkan beberapa isu di Jerantut. Iaitu isu pertama bakat… berkaitan dengan pembangunan semula laluan air Kuala Tembeling ke Hulu Tembeling. Laluan air dari Kuala Tembeling ke Hulu Tembeling pernah menjadi nadi pengangkutan utama bagi masyarakat setempat dan kini mempunyai potensi besar untuk dimanfaatkan semula bagi sektor pelancongan… pelancongan dan ekonomi tempatan. Oleh itu, saya mencadangkan satu transformasi Sungai Pahang sebagai koridor pelancongan dan ekonomi dengan memperkenalkan perkhidmatan river cruise, sukan air dan pelancongan agro di sepanjang laluan ini. Keduanya pembangunan jeti pintar yang dilengkapi dengan kemudahan moden seperti terminal bot automatik. Sistem tem… tempahan tiket dalam talian dan integrasi dengan aplikasi pelancongan digital. Ketiganya kerjasama awam swasta bagi menarik pelaburan dalam membangunkan pengangkutan sungai yang lebih efisien dan lestari.

Apabila Laluan Air Kuala Tembeling ke Hulu Tembeling dipertingkatkan, saya percaya industri-industri dan juga penduduk-penduduk di hiliran dapat manfaat yang sama di mana orang kampung boleh meniaga, orang kampung boleh merasai nikmat dengan er... apa nama kehadiran pelancong-pelancong yang hadir melalui jalan… jalan er... air tersebut. Ini juga memberi kesan kepada pemilik-pemilik bot. Selama ini, pemilik-pemilik bot di kawasan tersebut, itu adalah sumber kewangan atau sumber ekonomi, apabila kurangnya pelancong menggunakan jalan da… jalan air maka, ada sesetengah pemilik bot menjual enjin dan bot mereka kerana mereka tidak boleh lagi bergantung harap kepada er... apa nama pekerjaan membawa bot dan pelancong ke belah hulu.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada EXCO Kerajaan Negeri, YB Triang kerana acap kali hadir ke Kuala Tahan dan juga ke Taman Negara. Laporan daripada Utusan Malaysia bertarikh 20 Januari 2025 menyatakan bahawa Bandar Jerantut yang dahulunya dikenali sebagai Bandar Taman Negara mengalami kemerosotan pelancong asing ke Bandar Jerantut akibat ketiadaan pengangkutan awam seperti bas dari Bandar Jerantut ke Taman Negara Kuala Tahan. Sejarah membuktikan bahawa perkhidmatan bas seperti Bas Latif dan Pahang Ling Siong pernah memainkan peranan penting dalam menghubungkan pelancong dari bandar ke destinasi pelancongan utama.

Oleh itu, saya juga ingin mencadangkan pemulihan laluan bas awam Jerantut-Kuala Tahan melalui insentif kepada syarikat pengangkutan tempatan untuk menghidupkan kembali perkhid… perkhidmatan ini. Subsidi kerajaan negeri kepada pengendalian bas bagi mempastikan harga tiket kekal berpatutan dan menarik lebih ramai pelancong. Integrasi laluan ekopelancongan digital melalui aplikasi pintar yang membolehkan pelancong menempah tiket bas, bot dan penginapan dalam satu platform. Seterusnya kerjasama dengan syarikat pelancongan antarabangsa untuk memasukkan Jerantut kepa… sebagai destinasi utama dalam pakej pelancongan ke Malaysia. Kita dapati akhir-akhir ini ada sesetengah syarikat yang memonopoli keadaan er... memunggah pelancong daripada KLIA terus kepada ke Kuala Tahan juga ke Taman Negara tanpa

melalui Bandar Jerantut. Ini sedikit sebanyak boleh mengganggu er... boleh mengganggu keadaan er... dan juga kita tidak boleh bawa pelancong datang ke Jerantut sedangkan di Jerantut banyak lagi tempat-tempat lain pelancongan yang lebih indah yang lagi boleh kita ketengahkan seperti di hulu juga dan sebagainya.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, Di Jerantut juga terdapat masalah gangguan talian Internet di pedalaman. Saya menjunjung kasih atas Titah Diraja yang menyentuh kepentingan pembangunan infrastruktur dan kesejahteraan rakyat. Saya ingin mengangkat satu isu yang semakin meruncing iaitu gangguan talian internet di kawasan pedalaman Jerantut khususnya di Hulu Tembeling, FELDA Lepar, Ulu Cheka, Kuala Sat, Kampung Pagi dan beberapa kawasan lain. Dalam… dalam era serba digital ini, akses kepada internet bukan sekadar kemudahan, tetapi satu keperluan asas dalam pendidikan… dalam pendidikan, ekonomi serta komunikasi harian rakyat. Namun, sehingga kini penduduk di kawasan tersebut masih mengalami gangguan capaian internet yang kerap dipercayai berpunca daripada penyelenggaraan yang tidak konsisten. Bilangan menara telekomunikasi yang tidak mencukupi, serta kelewatan menaik taraf rangkaian sedia ada. Ada beberapa isu yang mana saya menghubungi er... syarikat penyelenggaraan. Mereka memaklumkan bahawa kenapa tidak beroperasi kerana sukar untuk menghantar minyak ke tempat er... pencawang.

Jadi, saya ingat keadaan ini tidak boleh berlaku dalam keadaan kita sekarang ini. Keadaan ini memberi kesan kepada besar… yang sangat besar kepada pelajar yang bergantung kepada pembelajaran secara dalam talian. Peniaga kecil yang menjalankan perniagaan digital serta penduduk yang memerlukan akses kepada perkhidmatan kerajaan secara atas talian. Kelemahan infrastruktur telekomunikasi ini juga menghambat pembangunan ekonomi luar bandar serta berpotensi mengurangkan daya saing sektor pelancongan dan kawasan seperti Taman Negara Kuala Tahan. Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasi permasalahan ini.

Pertamanya mempercepatkan penambahan menara telekomunikasi di kawasan-kawasan yang dikenal pasti mengalami liputan lemah. Selain mempastikan penyelenggaraan berkala dilakukan dengan lebih sistematik. Kedua memanfaatkan teknologi internet satelit secara sebagai penyelesaian alternatif bagi kawasan yang sukar dicapai seperti yang telah dilaksanakan di beberapa negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak. Ketiga menubuhkan Unit Pemantauan Gangguan Internet Negeri bagi mempastikan syarikat penyedia perkhidmatan bertanggungjawab terhadap mutu capaian internet serta menangani aduan pengguna dengan lebih cekap dan pantas. Keempat mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G dan dan gentian optik di kawasan luar bandar agar rakyat Pahang khususnya di kawasan pedalaman tidak terus terpinggir dalam arus pemodenan digital.

Justeru itu, saya mencadangkan agar kerajaan negeri dapat memberikan perhatian terhadap isu ini agar rakyat di kawasan luar bandar dapat menikmati akses internet yang stabil, cekap dan setanding dengan kawasan luar bandar. Yang Berhormat Timbalan Speaker, Saya juga ingin menyentuh berkaitan penubuhan pusat pelancongan Penerangan Harimau Belang di Kuala Tahan. Baru-baru ini di Ulu Tembeling, kita didatangi oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan bagi melihat sendiri keadaan di mana reserve harimau di sana. Kami Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan yang menzahirkan keprihatinan baginda terhadap pemeliharaan alam

semulajadi dan kelestarian biodiversiti di negeri ini. Bersempena dengan Titah tersebut, saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan negeri melalui kerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia khususnya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara mempertimbangkan untuk mewujudkan sebuah Pusat Pelancongan Penerangan Harimau Belang di Kuala Tahan sebagai satu produk pelancongan baharu yang berimpak tinggi.

Penubuhan pusat ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelancong tempatan dan antarabangsa tentang kepentingan pemuliharaan populasi harimau belang yang semakin terancam. Juga menjadikan Kuala Tahan sebagai tumpuan pelancongan berasaskan pemeliharaan spesis ikonik negara iaitu Harimau Malaya seterusnya menjadi pusat penyelidikan utama dan satu-satunya di negara ini berkaitan spesis harimau belang. Walau bagaimanapun, setiap keadaan yang kita perkenalkan, kita mesti memberi penerangan kepada orang-orang kampung. Kita bimbang orang-orang kampung takut dan sebagainya. Jadi saya percaya dengan teknologi dan research yang kita ada, kita mampu untuk mempastikan bahawa usaha dan juga kehendak daripada Kebawah Duli Paduka Tuanku Sultan ini dapat direalisasikan. Ini semua adalah untuk anak cucu kita juga.

Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan sendiri telah mendahului langkah pemeliharaan ini dengan mewujudkan Al-Sultan Abdullah Royal Tiger Reserve di Taman Negara. Justeru itu, penubuhan Pusat Pelancongan Penerangan Harimau Belang ini akan menjadi kesinambungan dan sokongan penuh Kerajaan negeri terhadap aspirasi dan Titah Tuanku.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, Ucapan penghargaan juga ada komitmen Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dalam menangani isu bekalan air di daerah Jerantut. Izinkan saya mengambil ruang ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja yang telah menunjukkan komitmen luar biasa dalam menangani isu bekalan air di negeri ini khususnya di daerah Jerantut. Isu bekalan air di Jerantut bukanlah perkara baharu.

Ini telah sekian lama menjadi kerisauan rakyat di kawasan-kawasan seperti di Kampung Batu Balai, Mukim Ulu, Kampung Bukit Nikmat, Kampung Bukit Rang, FELDA Kota Gelanggi, FELDA Padang Piol dan beberapa kawasan lain. Masalah tekanan rendah paip lama yang kerap bocor dan agihan air bersih adalah realiti yang dihadapi oleh rakyat saban hari. Baru-baru ini saya telah ditaklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif PAIP dan melalui taklimat yang diberikan, saya telah dimaklumkan bahawa sebanyak RM162,986,386.00 telah diperuntukkan bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air di lima kawasan black spot di Jerantut.

Pertamanya di Batu di Loji Rawatan Air Batu Balai. Kedua di Loji Rawatan Air Batu Embun. Ketiga di Loji Rawatan Air Kuala Tahan. Keempat di Loji Rawatan Air Seberang Tembeling. Kelima di Loji Rawatan Air Pulau Tawar. Peruntukan yang disediakan ini bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan air merangkumi kerja naik taraf loji rawatan air sedia ada, penggantian paip-paip lama yang berisiko tinggi dan pembinaan sistem agihan air baharu yang lebih efisien dan menyeluruh.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada pelan menyeluruh yang digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang telah menetapkan sasaran untuk menyelesaikan 90% isu bekalan air di seluruh negeri Pahang menjelang tahun 2026.

Ini bukan retorik, tetapi disusuli dengan tindakan yang terancang, berfasa dan berpaksikan kepada keutamaan rakyat. Maka saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang, Pegawai Daerah Jerantut serta seluruh jentera kerajaan negeri dan paip atas usaha ini, Insya-Allah.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, Titah Tuanku menggariskan banyak pedoman tentang hala tuju kerajaan negeri, hala tuju negeri khususnya keutamaan rakyat dan maruah undang-undang. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menterjemahkan di dalam tindakan yang berani dan berprinsip termasuklah mempertahankan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Sebagai Ahli Dewan, kita bukan sahaja sekadar pembuat dasar tetapi penjaga kepada perlembagaan, undang-undang dan amanah rakyat. Kita terikat dengan sumpah untuk menjunjung keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Saya juga ingin mengucapkan penghargaan atas usaha kerajaan negeri dalam menjana pemulihan hasil. Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak hanya bercakap tetapi telah bertindak. Penubuhan Unit Penguatkuasa Khas Negeri Pahang pada tahun 2019 membuktikan komitmen untuk menangani ketirisan hasil negeri secara serius dan sistematik. Dalam keadaan itu, pencerobohan tanah secara haram telah menyebabkan kehilangan hasil mencecah mencecah RM30 juta dalam satu dekad ini. Ini bukan angka yang kecil. Ini adalah wang yang sepatutnya digunakan untuk pendidikan, kesihatan dan pembangunan luar bandar.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, Saya menyeru semua Ahli Dewan untuk bersatu hati mengenepikan kepentingan politik kepartian apabila berhadapan dengan soal kedaulatan negeri dan integriti pentadbiran. Mari kita berdiri teguh di belakang pimpinan negeri yang berani menegakkan undang-undang. Mari kita perjelaskan kepada rakyat bahawa perjuangan ini bukan tentang popularity, tetapi tentang maruah, tanggungjawab dan masa depan negeri Pahang yang kita cintai kerana kita bukan sekadar wakil kepada suara rakyat.

Kita adalah benteng mempertahankan kebenaran dan keadilan. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mempastikan setiap persoalan ini mendapat jawapan yang konkrit serta perhatian yang wajar. Tahniah Kerajaan Negeri Pahang dapat memberikan komitmen penuh dalam memperjuangkan kepentingan rakyat Pahang.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, akhir kalam, saya menyokong Titah Diraja, Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum WBT.

Speaker

Terima kasih Ahli Yang Dilantik.

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk hari ini, saya perhatikan seramai 14 orang ahli telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan dan saya mengucapkan ribuan terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, sebagai tanda ukhwah, agenda kita pada malam ini ialah sukan mesra ADUN iaitu sukan boling yang akan diadakan pada pukul 8.00 malam bertempat di Playground Nombor 6 Sports Center, Semambu. Pihak Dewan Negeri telah mengedarkan t-shirt yang diletakkan di dalam

beg Ahli-ahli Yang Berhormat. Adalah diharapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengesahkan kehadiran untuk bersama-sama pada malam ini bagi menjayakan acara tersebut. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian persidangan kita akan disambung semula pada hari Selasa, 22 April 2025 bersamaan 23 Syawal 1446 bermula pada pukul 9.30 pagi. Sekian, terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan]