Pahang · 22 April 2025
15th Assembly, 4th session, 1st meeting · 421 turns · 39,564 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang ke 15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang. Kuantan
Hari
: Selasa, 22 April 2025 bersamaan 23 Syawal 1440 Hijrah. B
DOA
Assalamualaikum WBT. Marilah kita sama-sama mulakanlah mesyuarat kita, persidangan kita pada pagi ini kita membaca Ummul kitab al-Fatihah. [ayat al-Quran] segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian Ya Allah yang bersifat hikmah limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan. Mudah mudahan sentosa aman makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkat-Mu ke atas kami berhimpun, dipohon anugerahkan Taufik-Mu dipohonkan menyuluh, memandukan ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah dipohon doa kami diperkenan Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Perkara kedua pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.
[ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera, salam perpaduan, salam Pahang 1st. Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama lafaz syukur pada Allah Ta'ala kerana dengan limpah pekenan-Nya, kita dapat meneruskan persidangan kita pada hari ini. Semalam, kita telah mengadakan pertandingan boling err... boling ini. Boling apa nama mesra antara semua ADUN-ADUN. Jadi kita pun tak sangka yang menang dan saya top twenty five. Itu baguslah Yang Amat Berhormat Dato' Sri top twenty five. Pasal yang bertanding itu ada twenty eight dan baiklah untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat kita pada kali ini. Saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Cheka untuk mengemukakan pertanyaan.
[ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato' Sri Speaker. Saya kemukakan soalan nombor satu. Terima kasih.
Assalamu'alaikum WBT. Selamat Pagi. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Terima kasih kepada ADUN Kawasan Cheka. Tapi Speaker semalam dia cerita main bolingnya. Dia tak cerita yang saya final dengan dia pickleball itu.
Ya. Itu saya memang bagi laluan kepada Yang Berhormat. Yang Amat Berhormat cerita.
Pandai tapi sebenarnya err... perlawanan itu sengitlah sehingga err... tersadung kat net lah [Ahli Dewan ketawa].
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Soalan Yang Berhormat daripada Cheka adalah berkaitan untuk mendapatkan penjelasan berkenaan dengan kedudukan anak-anak syarikat ataupun syarikat yang berkaitan dengan kerajaan ataupun state GLC dengan izin dan bertanyakan berapakah err... syarikat yang menjana keuntungan dan syarikat yang bermasalah dan apa perancangan kerajaan negeri untuk menghadapi masalah tersebut?
Untuk makluman, Ahli-ahli Dewan sukacita saya maklumkan bahawa prinsip State GLC dan hala tujunya sangat baik dan err... state GLC ini. Kita akan pantau dari semasa ke semasa dan dalam masa yang sama juga banyak perubahan dasar dan urus tadbir yang lebih cekap yang telah kita laksanakan supaya memastikan di sini akan terus menjadi tulang belakang pembangunan dan ianya menyumbang kepada hasil serta pembangunan ekonomi negeri. Saya nak bagitau kepada Ahli-ahli Yang Berhormat hasil kita yang melebihi RM1 bilion tiga tahun berturut-turut. Salah satu penyumbangnya ialah state GLC di negeri Pahang [Ahli Dewan menepuk meja]. Ini kita mengambil pendekatan setelah berbincang dengan CFO GLC, mereka mengatakan bahawa bila mereka mencipta keuntungan keuntungan tersebut selain diberi kepada pegawai dan kakitangan dalam bentuk bonus cukai kepada Kerajaan Persekutuan, err... diberi sikit kepada Kerajaan Negeri kerana asal-usulnya Kerajaan Negeri yang memberi tanah contohnya kepada mereka.
Sehingga tahun 2024, state GLC Negeri Pahang diterajui oleh sembilan syarikat induk ataupun perbadanan yang menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan. Antaranya ialah Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang ataupun kita kenali sebagai PKPP. Seterusnya kumpulan Yayasan Pahang, Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang, Kumpulan Pahang Corp, Kumpulan Amanah Saham Pahang Berhad ataupun ASPA, Kumpulan Per... Perbadanan Setiausaha Kerajaan, Pengurusan Pasir Pahang Berhad, Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands dan Perbadanan Taman Negeri Pahang.
Berdasarkan prestasi kewangan yang telah diaudit bagi tahun 2023. 2024 belum diaudit lagi. Belum diaudit sepenuhnya lagi. Tujuh syarikat kumpulan mencatat keuntungan iaitu kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP), Kumpulan Yayasan Pahang, Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang, Kumpulan Pahang Corporation ataupun Pahang Corp, Kumpulan Perbadanan
Setiausaha Kerajaan, Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands dan Perbadanan Taman Negeri. Manakala dua syarikat Kumpulan yang mencatatkan kerugian ialah Kumpulan Amanah Saham Pahang RM20.5 juta rugi dan Pengurusan Pasir Pahang RM2.3 juta. Kerugian Amanah Saham Pahang sendiri adalah disebabkan oleh anak syarikat utama iaitu Mentiga Corporation dengan jumlah kerugian sebanyak RM13.6 juta. Kalau ASPA itself, dia menang, dia dah untung. Manakala Pengurusan Air Pahang Berhad mencatat kerugian akibat pembekuan lesen eksport oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang seterusnya menyekat kemampuan syarikat untuk beroperasi dan membuat jualan. Namun begitu, Kerajaan Negeri dan juga Pengurusan Pasir sedang membuat rayuan kepada Kerajaan Persekutuan supaya pembekuan eksport atau lesen eksport dapat dicairkan semula bagi membolehkan Pengurusan Pasir Pahang menjalankan aktiviti mereka. Err... namun begitu, Kerajaan Negeri akan sentiasa memantau prestasi anak-anak syarikat bagi syarikat yang mencatatkan kerugian seperti Mentiga Corporation. Kita telah minta supaya cekap menyediakan pelan-pelan pemulihan bagi unjuran lima tahun untuk mereka bentuk semula dan merancang pemutihan perniagaan. Manakala bagi Pengurusan Pasir Pahang Berhad, rayuan untuk mendapatkan lesen AP akan terus, akan terus dimajukan kepada Kerajaan Persekutuan. Dan Kerajaan Negeri pada masa yang sama akan menimbang pilihan-pilihan lain untuk memastikan kelangsungan operasi syarikat. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Dato' Sri Speaker tolong bagi laluan.
Soalan tambahan. Sila, sila saya bagi ini dulu. Lepas itu Jengka, lepas itu Cheka.
Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Saya ingin bertanyakan berkenaan dengan berkaitan kerajaan dalam GLC di Pahang yang terlibat di dalam aktiviti sosial yang melibatkan rakyat secara langsung dan juga apakah sumbangan GLC kepada Kerajaan Negeri? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, terima kasih kepada Adun Jenderak. Memang kita meminta supaya syarikat GLC ini memainkan peranannya untuk tanggungjawab sosial. Ianya bermula pada tahun 2022. Antaranya ialah kita meminta mana-mana syarikat state GLC mengadakan program seperti Program Transformasi Desa Pahang (TERAS) dimana kalau Ahli-ahli Yang Berhormat tengok ada state GLC mengadakan program di mana kita dah bahagi-bahagikan. Anak- anak syarikat ni pergi ke kampung ini, pergi Kampung A, pergi ke kampung B dan Kampung C untuk berjumpa dengan penduduk dan rakyat setempat dan di mana mereka akan membuat program antaranya gotong royong, memberi ceramah dan yang lebih penting ialah mereka menyampaikan maklumat yang tepat berhubung dengan apa yang aktiviti Kerajaan Negeri telah buat.
Sebagai contohnya, bila kita ada mendapat tohmahan mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Pahang ni sekular, tidak Islamik. Jadi anak-anak syarikat ni mainkan peranan untuk memberi penjelasan. Sebagai contohnya selama tujuh tahun, keluarga saya jadi sebanyak 37 buah masjid yang telah dan sedang dibina di negeri Pahang. [Ahli Dewan tepuk meja]. Jadi dalam ceramah, oh! kami tak tahu pun. Orang kampung kan? Jadi anak-anak syarikat ni mainkan peranan selain kita sendirilah sebagai wakil rakyat mainkan peranan.
Sebagai contohnya yang kedua, bila dia kata tidak Islamik baru-baru ni saya telah berjumpa dengan bakal-bakal jemaah haji 1,700 orang di masjid di Pekan dan saya menceritakan bahawasanya terdapat hanya dua negeri sahaja di semenanjung ni yg memberi duit poket kepada jemaah haji. Kalau tak silap saya Selangor dan Pahang dan mereka dan saya mengatakan adakah Kerajaan Negeri Pahang tidak islamik? makna kita mengambil berat mereka yang pergi haji pun kita bagi duit poket sebanyak RM750 dan ini telah...
Yang Berhormat nak pergi haji ke tahun ni kan?
Ya.
Yang Amat Berhormat.
Ya.
Yang Amat Berhormat difahamkan akan menunaikan fardhu haji tahun ini?
Insya-Allah. Doa-doalah Yang Berhormat Speaker ya. Speaker bila nak pergi?
Saya dah pergi tahun lepas jadi saya insya-Allah tahun tahun-tahun tahun mendatang. insya-Allah.
Jadi inilah penjelasan yang dapat diberikan melalui program yang dibuat oleh State GLC selain daripada Program Sentuhan Rakyat Makmur yang diketuai oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan. Sebabnya kita nak rakyat mendapat input yang betul,
input yang tidak dikelirukan dan mendapat penjelasan dan insya-Allah kita akan buat banyak lagi program yang terus kepada rakyat supaya mereka mendapat sentuhan.
Antaranya dengan pelajar-pelajar, siswa-siswi, kalau sekiranya saya pergi kemana-mana, ada peluang dan kesempatan, saya akan berjumpa dengan siswa-siswi dan kita bagi penerangan dan ada siswa-siswi yang bangkit. Dia kata teman sebilik dia daripada negeri lain bukan daripada Pahang berasa jealous dengan siswa-siswi daripada Pahang. Sebabnya mereka mendapat bantuan one off sebanyak RM400 setahun [Ahli Dewan tepuk meja] dan mereka berasa begitu seronok dan bila kita ceritakan dasar kerajaan dan sebagainya, oh barulah kami tahu sebenarnya kami ni kekadang ikut Facebook je, ikut orang ni bercakap, ikut orang itu bercakap rupanya maklumat tidak betul. Malahan saya nak bagitahu kepada Yang Berhormat Speaker selepas sahaja program, ada yang menyuruh saya untuk masuk menjadi ahli parti UMNO. Bila dia tahu dulu Universiti Malaya ni ada satu universiti sekarang ni dah ada berbelas universiti, itu adalah dasar perjuangan UMNO Barisan Nasional.
Dah ini program yang kita buat ni adalah tidak lain tidak bukan supaya rakyat mendapat maklumat yang jelas, tidak dikelirukan, tidak dipesongkan dan sekiranya ada apa-apa tuduhan, tohmahan, mereka mendapat penjelasan yang jelas. Itu kita buat antaranya program TERAS yang dianjurkan oleh state GLC dan insya-Allah kita akan lebih aktif lagi. Selain daripada itu, sudah tentulah untuk meningkatkan silaturrahim antara kerajaan negeri melalui anak syarikat dengan masyarakat di kampung dan Alhamdulillah saya mendapat maklum balas sehingga hari ini sangat baik Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan kita akan teruskan lagi program sebegini.
Terima kasih daripada Adun Jenderak yang bertanyakan soalan ini dan ini membolehkan saya beri penjelasan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung dengan apa yang kita buat, yang dilaksanakan untuk program sosial oleh anak-anak syarikat. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Sila wakil Cheka.
Terima kasih. Pertama sekali saya ucap tahniah pada beberapa syarikat yang telah mencatatkan keuntungan dan menyumbang pada hasil negeri. Daripada 9 syarikat induk, ada 50 anak syarikat yang ada berada di bawah GLC. Cuma saya ingin dapat penjelasan 2 perkara.
Pertama, Pada tahun 2023 kerajaan telah pun mengarahkan satu audit forensik dibuat ke atas sebuah syarikat dan saya difahamkan ada tindakan yang diambil kepada syarikat tersebut. Saya dapat penjelasan, mohon penjelasan. Syarikat apakah yang dilakukan audit forensik?
Yang kedua, berapakah syarikat GLC yang disenaraikan di BSKL? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Adun Cheka. Dua soalan ketika saya mengambil alih. Yang pertama sekali, saya akan tengok cash flow
kedudukan syarikat dari segi penghutang pemiutang. Duit yang terakru, pra bayar dan sebagainyalah dan ini apabila saya melihat ada satu syarikat. Sebenarnya ada lagi satu syarikat iaitu anak syarikat kepada PKPP. Saya cerita ya yang syarikat yang saya arahkan forensik audit. Syarikat ini saya mendapat maklumat ada membuat ternakan udang dan ada udang dan apabila udang tersebut dipasarkan, sepatutnya anak syarikat tersebut mendapat keuntungan tetapi bila saya tengok akaun dia tak pernah untung. Udang ada jual tapi tak pernah untung. Ini satu yang pelik.
Ini udang sebalik batu lah ni. [Ahli Dewan ketawa].
Apa dia? Udang disebalik batu? [Ahli Dewan ketawa].
Sebalik batu.
Yang saya tau udang sebalik maggi? [Ahli Dewan ketawa].
Tu pun boleh juga Yang Amat Berhormat.
Jadi Yang Berhormat daripada Cheka, saya semasa dalam mesyuarat lembaga pengarah tersebut, saya kata tak ada audit luar tak ada audit dalam. Saya terus minta supaya forensik audit diadakan dan bila forensik audit diadakan, tiga orang meletak jawatan serta merta dan selepas daripada itu, syarikat tersebut mencatat keuntunganlah. Ini anak syarikat LKPP. Yang kedua, Adun Jenderak sebagai pengerusi sebelum tu lah sekarang sebelum tu bukan dia. Anak syarikat ni saya tengok rekod dia tak pernah untung. Dia adalah anak syarikat kepada PKPP, Balqis yang ternak ayam. Ayam ada PKNP. Sorry PKNP (Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang) PKPP, PKPP.
Dia ternak ayam macam syarikat yang ternak udang tadi. Dia tak pernah untung juga Yang Berhormat daripada Cheka. kita pun peliklah. Dia tak untung tapi meniaga ada. Macam mana akal saya ni? Saya tahu dalam hati saya, saya kata ternak ayam mesti untung punya orang makan Kentucky, Marrybrown lah kita sendiri demand tak cukup supply and demand. Maknanya demand terlalu tinggi supply tak cukup. Mana boleh rugi. Dalam satu mesyuarat saya arahkan supaya jangan renew lesen ni. Dia ada permohonan lesen dengan pejabat daerah. Saya terus bagi arahan jangan renew lesen dia. Lepas tu dia mintak tempoh tahun berikutnya untunglah RM6 juta. RM6 juta untung syarikat tersebut. Betul tak Yang Berhormat sebagai pengerusi yang barulah.
Betul Dato’ Sri. Kita 25 tahun rugi.
25 tahun. Jadi ini adalah usaha-usaha yg yg kita buat. Terima kasih kepada Adun Jengka tanya soalan ni. Saya nak cakap nanti orang kata masuk dalam lif tekan sendiri pulak kan? ataupun masuk dalam bakul angkat sendiri. Jadi ni takdir Allah semualah yang membolehkan kita sebab ini untuk rakyat Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua dan bila syarikat mencatat keuntungan, bukan saja Kerajaan Negeri yang untung, malahan pegawai dan kakitangan yg bekerja di anak syarikat tersebut pun untung. Mereka mendapat bonus atau bantuan khas kewangan melebihi daripada pegawai kerajaan. Ada yg mendapat bonus melebihi daripada empat bulan, lima bulan malahan ada enam bulan anak-anak syarikat, anak-anak syarikat milik Kerajaan Negeri Pahang ni sebab duit ada dan saya dah janjikan apa yang mereka dapat hasil usaha mereka kita kembalikan kepada rakyat jadi itulah. Yang kedua tadi yang di BSKL ni antaranya Mentiga Dato’ Sri Yang di-Pertua ya, yang disenaraikan banyaklah. Kalau Far East kemudian…
PASDEC…
PASDEC, ini yang disenaraikan di BSKL. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Sila, soalan terakhir…
Soalan tambahan…
Untuk sesi ni. Untuk soalan ni.
Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Soalan saya agak spesifik sikit kepada Perbadanan Pasir Pahang Berhad yang dikatakan rugi RM2.3 juta tu atas sebab pembekuan lesen eksport. Jadi, minta penjelasan apakah sebab lesen eksport ini dibekukan dan sampai bila ianya akan dibuka semula. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya sendiri semasa mengetuai rombongan bersama dengan beberapa rakan daripada EXCO dan juga Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan telah berjumpa sendiri dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sebabnya sebelum itu Pengurusan Pasir Berhad ni lesen APnya tidak dibekukan. Dia boleh menjalankan perniagaan tetapi selepas setahun ianya dibekukan atas alasan mengatakan bahawa apa perlunya pasir daripada Pahang ini dieksport ke negara lain? Apa perlunya? Sedangkan tidak ada keperluan dan pasir ini masih diperlukan di dalam negara, atas alasan tersebutlah.
Jadi, kita telah kemukakan bagitahu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa negeri-negeri lain pun ada supply pasir juga dan kita juga harus mendalami sungai-sungai di Pahang ni. Harus mendalami dan mengorek pasir tersebut bagi tujuan untuk mengelakkan banjir; dan saya bagitahu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, banjir di Pahang tahun ini tidak seteruk Kelantan dan Terengganu. Salah satu sebabnya ialah sebab kita mengorek air pasir dalam sungai tersebut. Mendalami sungai tersebut dan air boleh mengalir dengan, dengan elok sebab tu lebih kurang ada 3,000 lebih je ketua isi rumah yang terlibat dengan banjir di negeri Pahang. Itu salah satulah.
Saya tak buat kajian, tak buat research tetapi dimaklumkan bahawa salah satu sebab banjir di negeri kita ni tak teruk sebab kita mendalami sungai. Jadi, buat pada masa ni rayuan diteruskan dan saya difahamkan, difahamkan bahawa pihak kementerian dan juga pihak pejabat mengkaji dan kalau sekiranya tidak ada apa-apa masalah, ianya diluluskan. Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat daripada Beserah, sekiranya perkara ni tidak dapat diteruskan, kita akan cari alternatif lain untuk pengurusan pasir dalam bentuk perniagaan lain. Yang ini pun saya dah suruh mereka pergi ke Plan B untuk supaya kelangsungan syarikat ini dapat diteruskan.
Ini kita tidak, saya tidak bercadang untuk menutup syarikat ini kerana mereka tidak boleh meneruskan perniagaan kerana mereka tidak mendapat AP daripada Kerajaan Persekutuan. Kita akan terus usahakan, insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Soalan seterusnya soalan nombor 2, wakil daripada Padang Tengku.
Assalamualaikum WBT. Soalan saya soalan nombor 2.
[Perlaksanaan Pendidikan Digital Sekolah di negeri Pahang.
i) Mohon senaraikan sekolah dan bilangan kelas yang terlibat sebagai perintis pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital di seluruh negeri Pahang.
ii) Nyatakan sumber dana bagi membantu sekolah-sekolah di luar bandar bagi mengadakan persiapan dan kelengkapan bagi menjayakan Dasar Pendidikan Digital ini.]
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, sahabat saya, Pengerusi Backbencher daripada Padang Tengku bertanyakan tentang pelaksanaan pendidikan digital sekolah di negeri Pahang dan sumber pendanaan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Imam Syafie nyatakan bahawasanya untuk berjaya di dunia... ilmu, untuk berjaya di akhirat… ilmu dan untuk berjaya di dunia dan akhirat ilmu jugalah. Lepas tu berasaskan kepada…
Yang Berhormat berfalsafah ini baguslah, betul. Okey, okey. Puasa hari ni Yang Berhormat? Saya tanya Yang Berhormat puasa ke?
Okay alhamdulillah ya. [Ahli Dewan ketawa] Puasa… batal semalam.
Dato’ Sri Speaker,
Tuan Yang di-Pertua, semalam masa ada perdebatan tu dah hampir-hampir batal dah tu puasa semalam tu.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya borak dengan Timbalan Presiden PAS yang juga ADUN Cheka, dia bisik saya, dia kata batal puasa Dato’ Soffi tu. [Ahli Dewan ketawa]
Sebenarnya Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, uniknya kadang-kadang kita tengok permainan ragbi. Permainan ragbi ni kasar, nampak secara kasar. Kita yang duduk di luar ni rasa macam diorang ni nak akan bertumbuk di dalam tetapi sebenarnya apabila habis perlawanan walaupun telinga luka, bibir pecah misal contohnya, berpeluk-peluk tu… Ukhwah tu, semangat tu… masya-Allah... sepatutnya perlawanan yang akan datang ni dia lebih, lebih ganas tapi tidak. Rupanya itu bentuk pendekatan yang pada luarannya begitu sebenarnya nampak macam kasar tetapi tidak.
Saya dengan Yang Berhormat Dato’ Sri ADUN Cheka ni sebenarnya…
Kita way back…
Way… way back, dengan izin maknanya imbauan kembali masa itu kami ada dalam Dewan ni. Dato’ Sri Speaker, saya dan Yang Berhormat ADUN Cheka ni kita sebenarnya macam permainan bola sepaklah, Pasukan Cheka bertemu dengan pasukan Benta. Kita dalam gelanggang tu kita main bersungguh-sungguh sebab kita mewakili pasukan kita, kita pertahankan sebab tu kita bersungguh-sungguh untuk orang kata mengatasi pasukan lawan. Itu semangat kita, begitu juga Cheka tapi sebenarnya bila kita di luar kita bincang pokoknya adalah untuk menyelesaikan permasalahan dan isu yang bersabit dengan rakyat. Kalau hal kita berdua ni kita takkan jadi gini, boleh kira peluk-peluk. Orang kata kalau sekarang ni boleh cium mulutlah maknanya contohnya gitu, bukan gitu tapi kalau hal…
Peluk, peluk Yang Berhormat, peluk jangan lama sangat ya.
Masya-Allah. Jadi, maknanya saya nak maklumkan kepada…
Saya pun faham kita selama dalam Dewan. Apa yang kita bahas, bahaslah tapi hubungan ukhuwah tu tidak menyebabkan kita bergaduh. Jadi, kira puasa semalam tak batal lagilah. [Ahli Dewan ketawa]
Terima kasih. Masya-Allah.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Cheka, saya dulu belajar juga Fiqah ni. Usul ni akan batal jika memasukkan sesuatu di dalam rongga.
Dia Yang Berhormat, bukan, bukan batal puasa, batal pahala puasa, pahala je. Terima kasih.
Masya-Allah.
Terima kasih, teruskan.
Terima kasih. Jadi, sebenarnya setiap satu kejadian ada rahmatnya, semalam pun ada rahmatnya sebenarnya. Kita rahmat kita dari segi pendidikan ialah apabila berlaku Covid, kita kena ada penjarakan… pengajaran, pembelajaran dan pengajaran tidak boleh dibuat secara fizikal. Murid-murid kena pergi ke sekolah ataupun belajar bukan cara macam dulu. Mereka terpaksa menggunakan internet untuk belajar dan di situlah kita dapati bahawasanya keperluan untuk kita perkasakan pendidikan digital ini timbul kerana ada di kawasan-kawasan luar bandar dan sebagainya yang tidak dapat hadir dan menggunakan apa nama internet.
Seperti ketika Covid ya.
Pada ketika Covid pada ketika itu. Hasil daripada situ, kita memantau, melihat bagaimana berjayanya dasar pendidikan negara untuk menjadikan warga setanding di peringkat global. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Saya rasa Dato’ Sri Speaker daripada Kampung Bintang ya.
Ya, Yang Berhormat.
Kampung Bintang ni saya dah pernah pergi dah, Dato’ Sri Speaker.
Merasmikan mesyuarat cawangan.
Merasmikan mesyuarat cawangan. Sampai-sampai kat situ, dia kiranya saya lihat masya-Allah ukhwah dia hebat tempatnya tapi kampung… biasa kampung-kampung tradisional tapi salah seorang daripada anak Kampung Bintang ni belajar kat Amerika dan bila dia bercakap mengalahkan orang Amerika, Donald Trump pun saya ingat kalau taruk situ Donald Trump pun terpaksa mengangguk begitu.
Saya bersedia untuk bertanding dengan Donald Trump.
Ini Kampung Bintang. Malahan di kampung-kampung lain begitu juga. Rata-rata kita lihat di kampung tradisi,di kampung-kampung baru, di estet-estet mana anak-anak Melayu, Cina, India. Ada yang menjadi profesor di Cambridge. Ada menjadi profesor di Oxford, merata ni. Anak Bentong mengajar di Oxford University. Dato' Sri Speaker pun tahu.
Saya jumpa seorang anak berasal daripada Bentong. Sekarang Ini dia lecturer ataupun doctorate dan lecturer di Universiti Oxford. Saya berjumpa dengan dia. Alhamdulillah.
Seorang anak watan Benta belajar di sekolah Cina, SJKC Benta. Sekarang ini menjadi tenaga pengajar di Cambridge. Dulu, dia pergi bawa tong gas je. Bila orang order gas, dia bawa tarik tong gas hantar ke rumah-rumah. Sekarang ni jadi pensyarah di Cambridge. Jadi makna dasar kita, pendidikan kita ini melahirkan pelajar-pelajar yang boleh bersaing di peringkat global. Hantar ke Scotland, hantar ke UK, hantar ke Jepun, hantar ke Amerika, hantar ke Australia. Merata tempat, ke Perancis waima ke Poland. Anak Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar sendiri belajar di Poland, belajar di Warsaw. Maknanya kalau ikut dia asal tu kiranya Dato' Sri daripada Tanjung Gahai, Jelai.
Yang Amat Berhormat Dato' Sri, Yang Berhormat EXCO ini EXCO Pertanian, Wakil Benta dia belajar di Scotland, di Glasgow. Saya ada sekali tu kita pergi COP26. Yang Berhormat Cheka pun datang lewat sikit ya, COP26 di Glasgow. Saya pergi, Yang Amat Berhormat, dia sampai-sampai situ tengok dia punya sekolah dia, dia menangis tersedak-sedak, sedih. Maknanya 20 tahun ya? 30? 30 tahun baru dia kembali.
Ya, 30 tahun. Tak sangka ya anak Budu, dia biasa makan minum air sungai Teka, makan [tidak jelas], makan [tidak jelas], makan buah asam kurang kan? Maknanya kita duduk itu kita makan buah [tidak jelas] boleh lepas ke Glasgow University dan kemudian saya dapat melanjutkan ke University of Loughborough di England. Tak, maksudnya dasar pendidikan kita ini kukuh tetapi ianya mesti selari dengan standard global. Sebab itu apabila melihat keadaan sekarang ini iaitu pembelajaran atau pendidikan digital ini penting sebab kita nak hasil, keluarkan, wujudkan anak-anak Malaysia yang hebat, yang boleh setanding, boleh mencipta pengisian di peringkat antarabangsa. Maka kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggariskan Dasar Pendidikan Digital. Dan Alhamdulillah, Pahang tidak terkecuali daripada mendapat limpahan rahmat dan juga manafaat daripada pelaksanaan dasar ini. Jadi Dasar Pendidikan Digital merupakan pernyataan komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memacu perubahan landskap pendidikan untuk melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing dan bagi mencapai tujuan tersebut, penekanan diberikan kepada pemerkasaan ekosistem pendidikan digital yang meliputi 6 teras strategik iaitu murid fasih digital, pendidik kompeten digital, budaya kepimpinan
digital berwawasan, pengupayaan infrastruktur dan infostruktur, kandungan digital yang berkualiti dan rakan strategik yang komited.
Dasar ini turut menggariskan 18 strategi dan 41 inisiatif di bawah pelan tindakan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Ini bertujuan untuk mempastikan ekosistem pendidikan digital kekal relevan dengan keperluan dan perkembangan teknologi semasa. Bagi tempoh pelaksanaan bermula dari tahun 2023 hingga 2030, Kerajaan Negeri Pahang melaksanakan Dasar Pendidikan Digital ini dengan projek perintis di Sekolah Hybrid yang melibatkan 6 sekolah iaitu pertama 6 sekolah & 1 sekolah angkat MADANI Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam projek ini, setiap sekolah yang terlibat diperuntukkan 5 kelas menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 30 kelas. Semua sekolah yang terlibat dalam projek perintis inilah Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajah Kalsom, Kuantan. Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Jengka, Maran. Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Saujana, Jerantut. SMK Sulaiman, Bentong dan SMK Agama Kuala Lipis. Selain daripada itu, Sekolah Angkat MADANI Kementerian Pendidikan Malaysia ialah SMK RPS Betau, Lipis yang turut terlibat dalam projek ini dengan peruntukan sebanyak 2 kelas iaitu jumlah keseluruhan semuanya ialah 32 kelas. Pelaksanaan kelas digital ini membuktikan bahawa KPM komited untuk melaksanakan kualiti penyampaian perkhidmatan pendidikan berteraskan teknologi digital seiring dengan perkembangan pesat teknologi global dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang berilmu, beretika dan berdaya saing.
Saya terlupa Yang Amat Berhormat Dato' Sri Speaker iaitu anak Yang Berhormat ADUN Jengka ada belajar di Jordan, tak balik lagi tak? Insya-Allah final year. Di Yarmouk Universiti ke, Irbid? Al-Bayt.. Al al-Bayt. Insya-Allah, Yang Amat Berhormat Dato' Sri akan mengetuailah rombongan kerja ke Jordan dan saya nak maklum kat sini, tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar kerana Universiti Yarmouk telah menganugerahkan Doktor Kehormat kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar [Ahli Dewan menepuk meja] dan insya-Allah Yang Amat Berhormat akan menerimanya pada 28 haribulan April ini nanti. Jadi insya-Allah kita akan bertemu lagi dengan anakanda kepada Yang Berhormat ADUN Jengka. Ini kali ke-3 ni kalau jumpa tu. Yang Berhormat ada pergi ke Jordan dah? Belum ya. Soal dia tanya anak saya, dia kata ayah sibuk, dia jawab. Ingat kalau ada masa Yang Berhormat, pergilah tengok, jengoklah anak-anak ya, insya-Allah. Jadi buktinya bahawasanya dasar pendidikan kita ini berjaya. Kita kembangkan bukan sahaja di Eropah, tapi di Timur Tengah, terima kasih.
Dan soalan kedua di segi pendanaan. Saya nak maklumkan dari segi pendanaan, sumber pendanaan ini iaitu sumber dana merupakan aspek penting dalam membantu sekolah-sekolah di luar bandar khususnya dalam konteks pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital.
Justeru, sumber dana yang melibatkan kerjasama antara Kerajaan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia, Yayasan Pendidikan serta pihak swasta telah disalurkan bagi membantu sekolah-sekolah di luar bandar mengadakan kesiapan dan kelengkapan dalam pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital iaitu seperti berikut. Kerajaan Negeri Pahang menyediakan pemasangan 2 unit talian Internet Starlink berserta langganan untuk tempoh 24 bulan dengan peruntukan sejumlah RM91,400.00 bagi memastikan akses internet berkelajuan tinggi di kawasan luar bandar khususnya di daerah Lipis. Dan saya nak maklumkan juga, selain pada yang khusus untuk ini, kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan melalui pihak Wakil-wakil Rakyat dan juga PIBG iaitu dalam tahun 2022 RM599,024.00. Tahun 2023 RM825,736.00. Tahun 2024 Yang Berhormat Dato' Sri Speaker RM786,429.00 dan
tahun 2025 kerajaan negeri melalui peruntukan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar telah meluluskan 300... setakat inilah RM325,448.00. Keseluruhannya, jumlahnya ialah RM2.596 juta telah disalurkan untuk pemerkasaan pendidikan digital di negeri Pahang ini insya-Allah. Dan Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian menyediakan peralatan digital bagi 30 buah kelas di 6 sekolah rintis dalam Projek Sekolah Hybrid selain membekalkan 17 unit smart TV untuk kegunaan di Sekolah Menengah Kebangsaan RPS Betau di Lipis.
Yayasan Didik Negara menyumbang sebanyak 300 unit tablet kepada murid-murid di SMK RPS Betau, Lipis bagi menyokong pembelajaran digital dan meningkatkan kemahiran teknologi dalam kalangan pelajar di luar bandar. SNS Network (M) Sdn. Bhd. dan juga Koperasi Kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia Berhad membekalkan 2 unit Smart Board untuk keperluan 2 buah kelas di SMK RPS Betau. Yang Berhormat Dato' Sri, ini saya difahamkan penyokong pasukan Liverpool kan? … begitu?
Insya-Allah er… kita er…
Atau er… ataupun dah beralih?
Er…
Ataupun dah beralih?
Eh… tak… Liverpool.
Jadi kalau sekira kita lihat misal contohnya, smartboard ini kalau kita tengok selalunya manager bila nak tunjuk atau apa er… ini apa nama commentator dia er… dia tekan sahaja smartboard itu. Jadi dia nampak dari interaksi yang… yang entah apa nama ini er… ini orang kata ini spesifik kan…
Tukar channel?
Ya er… bermakna dia boleh tekan tekan sahaja. So maknanya ORACO Pahang er… ORACO Pahang menyediakan 2 unit smartboard untuk 2 buah kelas di Sekolah Kebangsaan SK Lanai sebagai sebahagian daripada komitmen pihak swasta dalam memperkasa infrastruktur digital er…pendidikan digital ini…ini GLC kita ini ORACO dan kerajaan akan terus komited menggalakkan kerjasama pintar antara sektor awam dan swasta dalam memastikan sekolah-sekolah di luar bandar menerima akses saksama terhadap kemudahan digital selaras dengan aspirasi Dasar Pendidikan Digital yang inklusif dan holistik. Terima kasih Dato’ Sri.
Soalan seterusnya, kita pergi ke er…soalan nombor 3 wakil daripada Tras.
[Ayat al-Quran] Terima kasih Dato’ Sri Speaker, soalan saya soalan nombor 3.
[Sekiranya GLC ORACO ini dapat dilaksanakan dan memainkan peranan yang baik kepada masyarakat Orang Asli. Soalan saya, apakah peluang dan berapakah anggaran cukai yang dapat dikutip oleh kerajaan negeri? Apakah pendapatan ini juga akan diagihkan kembali kepada masyarakat Orang Asli?]
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya ditanyakan tentang soal seandainya benar tanah-tanah yang diusahakan oleh masyarakat Orang Asli itu diminta oleh pihak kerajaan agar ORACO melaksanakannya. Jadi apakah kutipan hasil yang boleh diperolehi oleh kerajaan dan bagaimanakah pengagihannya dapat dimanfaatkan kepada masyarakat Orang Asli. Pihak penguasa tanah dan telah membuat ukuran dan juga laporan. Kerajaan negeri akan memperolehi sebanyak RM5 juta setahun dianggarkan insya-Allah daripada hasil tapping rights yang diusahakan oleh ORACO terhadap tanah-tanah masyarakat Orang Asli itu tadi. Selain daripada pendapatan itu diagihkan kepada masyarakat Orang Asli sebagaimana yang kita sebutkan pada persidangan semalam.
Dalam waktu yang sama ini akan diagihkan juga semula hasil ini kepada mereka sebagai mana personal er…persoalan yang dikemukakan seumpama kata sebagaimana yang disebutkan semalam pertamanya, kita membina rumah baru RRP kepada masyarakat Orang Asli dengan kos sebanyak lebih RM9 juta… RM9,240,000.00 untuk membina rumah baru pada setiap tahun sebanyak 120 unit dan juga kita menyediakan kos sebanyak RM…RM1,500,000.00 bagi kos baik pulih sebanyak 100 unit rumah Orang Asli. Kemudian itu inisiatif bagi mereka yang berkahwin baru kepada masyarakat Orang Asli dengan kos sebanyak RM300,000.00 dan juga kita menyediakan laptop dengan kos RM750,000.00 kepada setiap mahasiswa-mahasiswi yang er…masuk ke pusat pengajian tinggi di negara kita dan juga kita mengadakan program kemasyarakatan sempena Hari Orang Asli dengan kos sebanyak RM300,000.00 bagi menyelaraskan program-program kepada masyarakat Orang Asli begitu juga aktiviti melibatkan sukan dan perniagaan serta ICT dengan kos sebanyak RM200,000.00. Inilah agihan-agihan antaranya yang Kerajaan Negeri aturkan sebagaimana yang juga telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di dalam pembentangan bajet yang lalu. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan.
Sila.
Ramai masyarakat Orang Asli yang berpendapat dengan adanya ORACO ini semua segala urusan mesti melalui ORACO dahulu kemudian baru melalui JAKOA di mana sebelum ini semua urusan Orang Asli terus melalui JAKOA. Soalan saya, adakah benar semua urusan Orang Asli ini mesti melalui urusan tidak kira la er…urusan rasmi dan juga kehidupan mesti melalui ORACO dahulu baru JAKOA. Terima kasih.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Merujuk kepada soalan tambahan ini, apakah jenis urusan itu seandainya urusan yang berkaitan dengan nak membina rumah RRP mestilah melalui ORACO sebab kerajaan menyalurkan peruntukan itu melalui ORACO tetapi seandainya nak membina rumah baru yang di bawah peruntukan JAKOA ada juga tetapi ini tak banyak jumlahnya sebab JAKOA terpaksa agih seluruh negara. Hanya beberapa biji rumah yang mampu disediakan oleh JAKOA maka urusan ini mestilah melalui JAKOA seperti asal tidak berubah kalau nak baik pulih. JAKOA juga menyediakan peruntukan tetapi jumlah baik pulih yang disediakan oleh pihak JAKOA juga agak terhad kerana dia terpaksa mengagih seluruh negara. Maka urusan ini perlu diuruskan melalui JAKOA sebagaimana biasa tidak ada perubahan jadi maknanya pengurusan itu hanya bertambah tujuannya untuk membantu dan melegakan masyarakat Orang Asli itu dengan bertambahnya bentuk-bentuk bantuan kepada masyarakat Orang Asli. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Makna nak complement each other lah dengan izin maknanya.
Satu soalan tambahan Dato’ Sri Speaker. Boleh tambah satu soalan?
Sila.
Baik er… saya ingin dapat penjelasan sebab saya tengok ORACO ini dapat special… sangat special berbanding beberapa GLC lain. Kenapakah ORACO dikecualikan daripada sebarang fi bayaran yang sepatut dikenakan kepada anak syarikat termasuk fi pengeluar hasil hutan, fi permohonan tanah semua dikecualikan dan atas alasan apa mereka dikecualikan berbanding GLC lain yang terpaksa bayar termasuk rakyat yang pun kena bayar tapi ORACO mendapat pengecualian yang special. Terima kasih.
Saya er…saya tak faham soalan daripada Cheka sebab saya tadi menjawabkan tentang cukai yang ORACO terpaksa bayar daripada urusan-urusan tanah yang kita suruh dia laksanakan. Jadi tidak ada pengecualian kepada ORACO seandainya dia diarahkan untuk menguruskan tanah. Jadi yang manakah maksudnya pengecualian yang dikemukakan oleh rakan saya daripada Cheka.
Tapping rights telah dibatalkan betul?
Saya sebut jumlah yang kita akan dapat setiap tahun sebanyak RM5 juta daripada bayaran tapping rights yang ditetapkan kepada ladang-ladang yang diusahakan oleh ORACO itu anggaran. Kalau kita darabkan daripada apa namanya rate yang ditetapkan oleh pihak penguasa tanah negeri. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Kita pergi ke soalan nombor 4 wakil daripada Lanchang.
Assalamualaikum WBT Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker er… soalan saya nombor empat.
[Terdapat satu projek rumah PR1MA di Kampung Sempadan Lanchang masih belum dilaksanakan walaupun papan tanda sudah lama dinaikkan. Apakah masalah dan status terkini projek tersebut?]
Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada ADUN Lanchang yang telah mengemukakan tentang projek Rumah Prima di Kampung Sempadan yang masih belum dilaksanakan. Projek ini belum laksanakan dan akan dilaksanakan dan Kerajaan Negeri untuk makluman ADUN Lanchang, kita telah meluluskan cadangan pembangunan Perumahan Rakyat 1 Malaysia Pahang di atas tanah kerajaan seluas
35 ekar di Kampung Sempadan, Mukim Semantan, Temerloh, Pahang pada 26 Januari 2022 dan er…untuk makluman, Sidang Dewan juga, kebenaran merancang ini telah pun diluluskan pada 25 Oktober 2024 yang melibatkan 78 unit Rumah PR1MA Pahang, 144 unit rumah teres satu tingkat, 33 unit rumah teres dua tingkat dan tujuh unit kedai dan Pelan Pra-Perhitungan telah pun diluluskan pada 27 Februari 2025 dan kelewatan ini adalah disebabkan sebelum ini projek pembangunan yang dicadangkan adalah untuk rumah awam kos rendah, kos sederhana rendah dan kos sederhana dan ini telah memerlukan supaya projek ini melalui proses menyerah balik tanah tersebut er…amalgamated dengan izin Tuan Yang di-Pertua dan dipecahkan semula untuk bagi pembinaan Rumah PR1MA Pahang dan pembangunan projek ini akan dilaksanakan pada pertengahan tahun ini, akan mula dilaksanakan, untuk makluman ADUN Lanchang.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Saya juga nak memaklumkanlah pada Sidang Dewan, iaitu tentang Projek PR1MA ini, yang dilaksanakan di Temerloh ini. Untuk makluman, hampir setengah billion, projek perumahan akan dilaksanakan di daerah Temerloh sahaja. Kalau saya di Pekan hampir RM631 juta projek perumahan akan dilaksanakan di daerah pekan sahaja. Di Temerloh, hampir setengah bilion merupakan Rumah Prima sebanyak lebih kurang 2,200.
RM500 jutalah setengah
RM500 juta
Bilion. Dan kadang-kadang setengah tu macam sikit sangat. Kalau RM500 juta tu bunyi besar.
Nampak punya besar. Dato' Sri Speaker ini dia puasa semalam. Jadi hari ni dah tak puasa ya?
Saya raya besok.
Hah. Makna cakap itu ilham itu bernas. Jadi,
Terima kasih.
Saya nak maklumkan Sidang Dewan tu.
Dato' Sri, Yang Berhormat Bebar, dia belajar di Florida, di tempat Donald Trump ni.
Ya, tempat.
Dia, dia,
Sebelah rumah Donald Trump dulu dia belajar.
Tapi masa itu dia, dia ahli perniagaan, dia jarang dia apa, berpolitik. Dan, er,,,tidak, saya nak mengambil kesempatanlah dalam Sidang Dewan ini saya nak, selama saya memangku jawatan EXCO Perumahan ini, dan sebelum ini saya EXCO Jabatan Kerja Raya dan pengangkutan dan saya dapati bahawa saya amat terharulah dengan pencapaian pelaksanaan perumahan negeri Pahang.
Contohnya, di bawah yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri DiRaja. Dan di atas segala usaha dan jasa-jasa kerana telah memastikan satu transformasi yang sangat hebat dalam pembinaan rumah. Saya, saya kadang-kadang apabila saya duduk dalam mesyuarat ma…Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri, saya mendapati kadang-kadang Yang Amat Berhormat dia bercerita. Ini, ini bukan nak puji ya. Bukan nak suruh Yang Amat Berhormat ini riak, tak. Tapi saya nak menceritakan kebaikan.
Kaji ke halnya.
Nak cerita ke hal sikit supaya Sidang Dewan, maknanya kebaikan yang telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, kepada kerajaan negeri dan kepada seluruh rakyat negeri Pahang. Kadang-kadang dia bercerita untuk melaksanakan rumah percuma. Saya ingat lagi, masa dia Yang Amat Berhormat Menteri Besar dulu dia EXCO perumahan. Dia nak laksanakan rumah percuma Ini memang tak dapat nak buat, dia kata.
Tetapi bila saya Menteri Besar, saya akan buat apa yang saya rasa nak buat. Jadi dilaksanakan Rumah Rakyat Pahang. Daripada 2, 4, hari ini, 8 buah rumah habis hampir 855 unit Rumah Rakyat Pahang yang diberikan percuma yang bernilai RM80,000.00 kepada rakyat negeri Pahang, yang betul-betul memerlukan.
Salah satu pencapaian yang sangat hebatlah saya rasakan negeri Pahang. Negeri lain tak ada buat, Rumah PR1MA pun tak ada buat. Melaka pun 100 je, Johor pun 100 je. Tapi Rumah PR1MA di Pahang, 8,000 unit dah siap kita bina. Dah siap kita bina. Dan 1,700 tahun ini sahaja 1,200 unit akan siap, untuk diberikan CCC dah boleh diduduki.
Dan saya juga nak ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana, untuk makluman Sidang Dewan, banyak skim-skim perumahan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.
Pertamanya, Rumah PR1MA Pahang. Kedua Rumah Makmur. Ketiganya, Rumah Penjawat Awam Pahang yang akan dilaksanakan. Rumah Mesra Pahang, Rumah Pahangku, Rumah Pahang di bawah generasi PGBF. Rumah yang baru sekali, kita selaku Timbalan Pengerusi LPHP, diarahkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang supaya membina pangsapuri di stesen ECRL yang akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pecah tanah nanti pada bulan 5 tahun 2025 ini. Pangsapuri Pahangku.
Dan visi Yang Amat Berhormat Menteri Besar, supaya memastikan setiap stesen-stesen ECRL ini, akan dibina rumah Pangsapuri Pahangku ini kerana besok bila siap ECRL ini, jarak masa perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur ni, daripada Cherating sampai ke Kuala Lumpur tahun 2027 nanti naik kereta api hanya 1 jam 45 minit je.
Jadi dia nak mintak rumah PR1MA ini, Pangsapuri Pahang ini, diberikan kepada generasi-generasi anak muda yang di bawah umur 40 tahun. Bawah 40 tahun untuk dimiliki orang-orang muda yang memulakan kehidupan baru. Dan boleh dibeli secara sewa beli. Itulah antara perkara-perkara yang sangat baiklah, ilham yang dicetuskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita kepada negeri Pahang. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Dan tahniahlah Pahang. Sekian, saya menjawab ini. Sorrylah ada terlebih had sikit sebab saya tak puasa.
Errr... Terima kasih kepada pihak kerajaan. Pertamanya, saya ucapkan terima kasihlah di atas keprihatinan yang telah pun diberikan, penyediaan untuk rumah rakyat ini. Cuma satu soalan saya ialah, saya dapati di kawasan tersebut yang kawasan 35 ekar itu, dia bersebelahan dengan pencawang elektrik yang besarlah. Kemudian kawasan voltan tinggi. Jadi adakah faktor keselamatan akan datang diambil kira kerana kita tidak mahu berlaku kerana kawasan itu kawasan penempatan tadi. Terima kasih Dato' Sri.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, sebelum sebarang projek-projek perumahan yang dilaksanakan ini, setiap daripada projek tersebut perlu melalui proses-proses. Contohnya, proses Kebenaran Merancang. Apabila proses Kebenaran Merancang ini
kita nak laksanakan, setiap daripada agensi-agensi kerajaan perlu diperolehi, untuk memastikan projek-projek yang kita buat ini memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh setiap daripada agensi-agensi seperti PAIP, TNB dan pelbagai lagi.
Jadi bila Kebenaran Merancang telah diluluskan, maka kita kira projek tersebut boleh dilaksanakan. Makna boleh dilaksanakan telah mendapati, kelulusan daripada agensi-agensi terbabit. Tapi kita ambil kira sikit lah, daripada pandangan Lanchang ini, kita akan teliti dan semak. Tapi selalunya Kebenaran Merancang telah kita lulus ini tak ada masalah untuk dilaksanakan.
Sila.
Soalan tambahan. Saya ingin tanya kepada Wakil Kerajaan. Adakah hasrat Wakil Kerajaan mendirikan siap terus apa surau di setiap projek Perumahan PR1MA ini? Sebab kalau yang kita tahu, Projek PR1MA ini tak sediakan lagi surau, makna penduduk itu kena dirikan sendiri dalam komuniti dia itu. Kalau sekiranya perumahan ini disediakan terus surau makna memudahkan terus penduduk-penduduk situ menikmatilah fasiliti yang sedia ada. Wallahualam, terima kasih.
Tuan Yang Dipertua, Projek PR1MA ini kadang-kadang kita dah dalam projek perancangan tu kita menyediakan kawasan. Kawasan tapak untuk dibinakan surau. Tapi ada juga kawasan-kawasan yang, kawasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kawasan-kawasan saya, kadang-kadang kita memberikan peruntukan untuk membinakan surau-surau tersebut. Kita boleh mohonlah untuk membina surau-surau ini.
Kadang-kadang, kita perlu meneliti secara terperinci ya, dari segi pelaksanaan, kos dan pelaksanaannya. Dan kita mengambil kiralah apa sahaja pandangan-pandangan yang baik untuk masa akan datang, sama ada ini akan memberikan apa, keselesaan kepada penduduk, dan kita akan mengira baliklah, apa, projek-projek yang akan dilaksanakan sama ada kita akan membina surau-surau yang terbabit dengan kawasan-kawasan tersebut. Tapi saya nak tanya juga YB ini, Projek Perumahan Rakyat di…di mana dilaksanakan di Pulau Manis ya?
Projek PR1MA Penor Utara Jaya.
Projek Perumahan Rakyat (PPR)?
PPR? Setakat ini yang PPR yang ada di Sri Damai PR1MA yang itu kalau yang maksud saya tadi projek Perumahan PR1MA. Yang surau itu, contoh yang ada di projek Penor Utara Jaya memang ada tapak tapi tak ada surau dan projek di Sri Damai Jaya, ada tapak tapi surau tak disediakan. Maknanya penduduk kena mohon sendiri dan melalui proses yang agak panjanglah untuk menyediakan surau itu. Tapi ... saya katalah tapak dah ada tapi kalau alangkah eloknya kerajaan terus buat surau, membina surau itu untuk terus mudahkan penduduk situ terus dapat fasiliti yang rakyat sediakan, kerajaan sediakan.
Projek Perumahan Rakyat di Penor dan juga di Sri Damai ya, bukan Sri Damai, Jaya Gading lah, projek di Jaya Gading itu telah diduduki ke belum diduduki?
Projek Prima Projek PR1MA di Seri Damai.
Projek Perumahan Rakyat yang dilaksanakan oleh Kerajaan Tempatan. Belum ke dah?
Belum ada, belum penuh lagi lah.
Projek tu belum diduduki. Tapi bila diduduki dan ada fasiliti untuk surau. Jadi kita memastikan er...YB kena pastikan bahawa kawasan tersebut, projek tersebut perlu disiapkan untuk memberikan peluang kepada rakyat untuk memiliki rumah. Saya nak maklum kepada YB sebab... sebab...
Sebab dia ada projek yang dibina oleh Kerajaan Negeri. Ada projek yang dibina oleh Kerajaan Pusat.
Ya. Ada projek yang dibina oleh Kerajaan Negeri. Ada yang projek yang dibina oleh Kerajaan Pusat. Mana projek tersebut akan siap tahun ni dan akan diserahkan kepada penduduk-penduduk dan pembeli-pembeli yang layak. Projek tersebut dilaksanakan
oleh kerajaan yang bernilai RM300 ribu tetapi hanya diberikan kepada rakyat dengan nilai RM60 ribu sahaja.
Ini Kerajaan Pusat lah.
Kita, rumah kita pun samalah. Makna Rumah PR1MA Pahang Semi-D RM150,000.00 je tak ada rumah RM150,000.00 sekarang Semi-D. Ini lah makna kata kebaikan kerajaan pada hari ni untuk memastikan keselesaan kehidupan kepada rakyat Malaysia.
Soalan seterusnya.
Saya mencelah sikit.
Okay Yang Amat Berhormat.
Yang ni bila dah bangkit pasal surau ni saya nak cerita lah sebab bukan... bukan riak dan sebagainya. Cerita benar ni kebetulan saya bersama dengan Exco kanan dan beberapa pegawai pergi ke Program Melbourne, Cobram untuk tujuan sebab kita masih mengimport daging dan ada anak jati Pahang yang menternak lembu di sana dan juga lembu Wagyu. Di kawasan Cobram tu, ada komuniti Islam orang Malaysia lah dan mereka. Er... saya dimaklumkan oleh ADUN Benta. Mereka bersembahyang menggunakan garaj dan berpindah sana, berpindah sini dan tak menentu lah maknanya. Masjid of course tak ada lah. Dan akhirnya mereka berpakat. Ada surau yang ada lebih duit membeli sebuah bangunan bukan untuk mendirikan masjid tapi dipanggil Islamic Center. Dibenarkan oleh Kerajaan Australia. Dan apabila perkara ini diajukan kepada kami ketika itu. Untuk maklumanlah ya. Bukanlah ni... ni kita terus menyumbang 100,000.00 AUD kepada penduduk di situ untuk membeli bangunan tersebut.
Jadi maknanya kalau betul-betul perlu surau dan sebagainya. Insya-Allah kita akan buat. Tapi kalau masjid ada dekat situ berdekatan, kita tidak mahu wujud pembaziran pula. Jadi maknanya kalau sampai di Melbourne, Cobram tu kita boleh bantu untuk membeli bangunan bagi tujuan untuk orang kita bersembahyang. Kalau di negeri kita banyak dah yang kita buat. Macam saya kata tadi tujuh tahun 37 buah masjid yang telah dan sedang dibina. Ini angka Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Takkan saya cakap benda yang tak betul di Dewan Yang Mulia pulak. Jadi kalau rakan-rakan Ahli Yang Berhormat agak ragu-ragu, bolehlah jumpa dengan Exco Agama ataupun dengan Jabatan Agama Islam Pahang untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Jadi
benda- benda macam ni kalau boleh kita bagitahulah kepada rakyat negeri Pahang apa itu kerajaan lagi faham pergi ke Melbourne bagi sumbangan 100,000.00 AUD duit Malaysia berapa ye. Kalau Malaysia.
300.
300 ribu. Kalau kita tak ada duit macam mana kita boleh bagi Adun daripada Kuala Sentul senyum. Senyum penyokong bukan tak penyokong. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Okey kita pergi... Ada.
Terima kasih Dato' Sri Speaker, soalan saya soalan nombor 5.
Sikit aja Dato' Sri.
Kita pergi lepas... lepas ni. Lepas ni Yang Berhormat belum cakap lagi nanti Yang Berhormat boleh masukkan dalam masa mesyuarat.
YAB MB dah tegur saya cakap sikit je.
Peluang, sila.
Sebab YB EXCO kata tadi Projek Perumahan PR1MA ni besar, setengah billion kan. Saya pun nak puji. Tapi soalan saya dalam sistem soalan Dewan tak dijawab lagi. Dari bulan 2 tu. Jadi saya mahulah jawab saya pun nak puji jugak. Terima kasih.
Baca soalan. Cuba... cuba baca soalan.
Yang...yang saya ingatlah YB saya kena buka balik. Tapi saya ingat satu di Maran, kita ada 11 Projek PR1MA 1 dah siap, 1 dalam pembinaan 9 lagi tu saya nak tau apa yang berlaku. Terima kasih. Contoh 1 ada lagi soalan tu dalam sistem Dewan.
Tadi kata 1 aja.
Nanti saya tengok baliklah. Jawapan yang tu dululah.
Boleh Yang di-Pertua?
Sila, sila.
Dah ceria sikit lepas puasa. Ni. Saya tu bila saya tengok hansard tu bila saya rasa saya dah jawab semua. Tapi er...sila ambil perhatian. Dah maklum pada saya. Saya dah semak semua sekali tu. Semua soalan-soalan dikemukakan telah dijawab secara bertulis... secara bertulis. Jadi tadi saya nak cakap apa tadi. Saya lupalah.
Takpelah kita pergi soalan nombor 5 lah. Itu kita cakap masa minum-minum kopi lah.
Terima kasih lah Dato' Sri Speaker. Soalan saya soalan nombor 5.
[Apakah perancangan dan insiatif Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan keperluan menaik taraf Hospital Bentong bagi menampung lebih ramai pesakit, khususnya rawatan pakar dan dialisis di Daerah Bentong?]
Wakil Ketari sila. Er...Wakil Kerajaan.
[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, terima kasih juga kepada Ketari yang mengemukakan pertanyaan berkenaan dengan perancangan dan inisiatif Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan keperluan menaik taraf Hospital Bentong. Er...dan juga berkaitan dengan khususnya rawatan pakar dan dialisis di daerah Bentong.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, seperti yang semua sedia maklum bahawa negeri Pahang terdapat hanya 12 buah hospital yang terdiri daripada Hospital Negeri sebuah hospital negeri iaitu Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Sebuah Hospital Pakar Major iaitu Hospital Haji Ahmad Shah, Temerloh. Kemudian kita ada 3 buah Hospital Pakar Minor iaitu Hospital Lipis, Bentong dan juga Hospital Pekan dan ada hospital daerah tanpa pakar. Pakar ni termasuklah daerah Raub, Jengka, Jerantut, Bera, Rompin, Muadzam Shah dan juga Cameron Highlands.
Hospital Bentong telah mula operasi sejak tahun 1920-an lagi dengan perkhidmatan hospital daerah tanpa pakar dan telah dinaik taraf kepada Hospital Pakar Minor pada tahun 2010 dengan menempatkan pakar secara tetap di Hospital Bentong. Perkhidmatan kepakaran telah bermula dengan 3 jenis kepakaran iaitu Pakar Psikiatri pada tahun 2010. Pakar Perubatan Am 2010 dan 2013 tambah lagi sorang pakar... pakar kecemasan.
Manakala perkhidmatan kepakaran bagi pembedahan yang merangkumi kepakaran ortopedik dan pembedahan am telah dimulakan dengan pembukaan 1 unit Dewan Bedah secara Modular OT pada tahun 2014 dan memulakan kes-kes pembedahan oleh pakar pembedahan dan bius secara lawatan daripada Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Pakar datang daripada Hospital Temerloh.
Dan pada tahun 2022 selepas pandemik Covid-19, perkhidmatan pembedahan ini telah diperkukuhkan dengan menempatkan seorang pakar bius. Pakar Pembedahan Am dan Pakar Ortopedik secara tetap dengan penjawatan di hospital ini untuk memastikan lebih banyak kes pembedahan yang memerlukan pakar dapat dijalankan tanpa perlu dirujuk ke hospital lain.
Dan seiring dengan perkembangan tersebut, Pakar Pediatrik, Pakar Radiologi dan Pakar Patologi telah ditempatkan juga. Er...menjadikan jumlah kepakaran yang ada kini adalah sebanyak sembilan kepakaran dan jumlah keseluruhannya adalah sebanyak 13 pakar yang ada. Dan hala tuju Hospital Bentong adalah dengan melengkapkan perkhidmatan kepakaran Hospital Minor dengan 10 kepakaran lengkap dengan menempatkan pakar obstetrik dan ginekologi sahaja lagi yang memastikan kes-kes ini dapat dirawat dengan baik dengan perancangan perkembangan fasiliti dari segi jumlah katil, dewan bedah dan rawatan kritikal.
Tuan Yang di-Pertua, melalui Pelan Induk Pembangunan Fasiliti Hospital Negeri Pahang oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang yang telah dibentangkan kepada Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia, satu cadangan untuk membina hospital gantian bagi Hospital Bentong di tapak baru yang lain telah
dibincangkan dan dipersetujui untuk dilaksanakan pada masa akan datang mengikut keutamaan yang telah ditetapkan.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Berkenaan dengan dialisis. Dialisis Hospital Bentong juga memberi perkhidmatan dialisis kepada masyarakat di sekitar Bentong yang merangkumi pusat dialisis kerajaan dan juga swasta. Jumlah pesakit yang menerima perkhidmatan ini bagi daerah Bentong adalah seramai 50 orang fasiliti dialisis ye, kerajaan dan 69 orang fasiliti swasta. Seramai 312 orang pesakit yang sedang mendapat rawatan di Klinik Pakar Nefrologi yang dilaksanakan oleh pakar Nefrologi di Hospital Bentong bagi mendapatkan rawatan yang masih dalam pemantauan dan belum menerima rawatan dialisis. Untuk makluman, Pusat Hemodialisis Klinik Kesihatan Chemomoi sedang dalam pembinaan dan maklumat terkini progress kemajuan kerja sehingga 21.4... semalam 21.4 kan.
Kerja adalah 87% dan projek ini ada sedikit kelewatan dan pihak kaunter telah dah memohon EOT 3 bulan lagi dan dalam proses memohon peruntukan tambahan bagi keperluan alat kelengkapan perubatan dan juga bukan perubatan. Dan perkhidmatan hemodialisis di KK Chemomoi ini merupakan salah satu inisiatif baru yang akan menempatkan sebanyak 10 kerusi dialisis yang boleh menempatkan sehingga 40 pesakit secara maksimum. Permintaan dialisis yang diberikan ini adalah di bawah seliaan Hospital Bentong dan diharapkan dapat menampung keperluan pertambahan pesakit, sekian.
Sila soalan tambahan.
Terima kasih Datuk Sri Speaker...
Nanti selepas ni kita bagi Sabai
Terima kasih atas jawapan oleh EXCO Kerajaan Negeri. Memang dapat kenaikan taraf daripada hospital daerah sehingga hospital minor di Hospital Bentong ini dengan harapan daripada 9 kepakaran kita akan jadi 10 kepakaran. Tapi keperluan untuk Hospital Bentong menjadi hospital berpakar sepenuhnya memang telah pun dibangkit lebih dari 10 tahun yang lalu. Jadi saya nak tahu apakah peluang ataupun perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan satu hospital kepakaran sepenuhnya di Hospital Bentong dapat dijadikan. Jadi tadi juga jawapan dia...
Yang Berhormat...Yang Berhormat boleh pandang saya...
Maaf Yang Berhormat.
Makna masa kita bercakap, kita mesti pandang kepada Speaker.
Maaf...
Tak apa... tak apa.
Jadi tadi juga daripada jawapan terdapat satu rancangan untuk menjadikan... mengadakan satu hospital gantian di hospital. Adakah itu hospital gantian termasuk menjadi hospital berpakar sepenuhnya ataupun yang sama sahaja, soalan saya.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, seperti yang saya maklumkan bahawa bawa hala tuju Hospital Bentong ni adalah kita melengkapkan kepakaran. Yang tak lengkap lagi cuma yang belum ada lagi yang akan ditempatkan nanti ialah pakar obstetrik dan ginekologi. Ini berkenaan sakit puanlah. Jadi bila ada pakar ni maknanya kita lengkap untuk semua kepakaran yang perlu ada di Hospital Bentong, insya-Allah.
Sila wakil Sabai.
Dato' Sri Speaker, soalan tambahan saya apakah kerajaan mempunyai sebarang perancangan untuk pembinaan sebuah hospital baru di Bentong memandangkan peningkatan jumlah penduduk di kawasan Bentong adalah suatu keperluan untuk kita di Bentong ni mempunyai sebuah hospital baru. Kalau kita lihat sejarah dia semasa mantan Menteri Kesihatan yang juga mantan Ahli Parlimen Bentong, sebuah tapak baru telahpun disediakan di Kampung Chinta Manis, tapi projek itu tak jalan harap hospital baru ni dapat didirikan walaupun ada dalam perancangan pada masa akan datang seperti mana yang telah dijawab oleh Exco Kesihatan tapi mohon harap disegerakan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih pada Ketari... Sabai... Sabai, Dato' Sri Yang di-Pertua, memang ini memang kita sentiasa mengambil perhatian Kerajaan Negeri sentiasa mengambil perhatian tentang keperluan masyarakat terutamanya di kawasan Bentong. Dan perkara ini seperti yang dimaklumkan tadi bahawa Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan juga telah menerima cadangan ini dan cuma pembinaannya mengikut keperluanlah. Jadi memang dalam perhatian pihak Kerajaan Negeri, terima kasih.
Soalan seterusnya wakil dilantik. Soalan nombor 6.
Terima kasih Dato' Speaker, (Ayat al-Quran) Assalamualaikum WBT, saya pohon bertanyakan soalan nombor 6.
[Inisiatif Subsidi Pembedahan Katarak Mata mula dilaksanakan pada tahun 2024 dan diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2025.
a) Berapakah bilangan rakyat yang mendapat manfaat daripada program ini pada tahun 2024?
b) Apakah perancangan bagi pelaksanaan program ini pada tahun 2025?]
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada sahabat saya Yang Berhormat Ahli Yang Dilantik. Beliau bertanyakan mengenai status dan perkembangan terkini pembangunan Caravan Park yang dibangunkan oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri bersama Syarikat Helmut Knaus KG Camping Park. Untuk makluman Yang Berhormat, Pembangunan Projek Caravan Park yang dibangunkan oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang bersama dengan Helmut Knaus KG Camping Park turut melibatkan kerjasama dan kolaborasi bersama ECERDC, Agensi Pembangunan Wilayah Pantai Timur. Cadangan pembangunan tambahan RV dengan izin recreational vehicle tersebut yang dikenal pasti di Pantai Hiburan Rompin masih dalam fasa perbincangan.
Pembangunan ini akan diterajui oleh konsortium tempatan iaitu Recreation Industry Development Consortium yang melibatkan beberapa pelabur swasta termasuk syarikat Helmut Knaus KG Camping Park. Pada masa yang sama, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM500,000.00 atau setengah juta kepada Majlis Daerah Rompin untuk membina 10 plot tapak RV di sebahagian tapak cadangan tersebut.
Selain itu, ECERDC akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur sokongan seperti jalan keluar masuk ke tapak bagi melengkapkan kebolehsampaian sistem jalan raya mahupun sambungan utiliti. Kerja-kerja ini akan bermula pada bulan
ini, April 2025 dan dijangka siap pada tahun seterusnya iaitu pada April 2026, terima kasih.
Sedikit soalan tambahan Dato' Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Exco dan saya ucapkan tahniah di atas projek yang saya kira adalah antara yang pertama di negara ini dan saya bersyukur kerana Park Rompin dipilih sebagai tapak untuk melaksanakan apa yang disebut sebagai Caravan Park ini. Cuma saya nak nak tarik perhatian Ahli Yang Berhormat Exco dan Kerajaan Negeri bahawa Helmut Knaus KG Camping Park ini telah tandatangan pada April 2023 dan antara pada ketika itu term dan juga condition, tandatangan yang menyebut bahawa Helmut Knaus ini akan memperuntukkan sebanyak RM500 juta bagi pembangunan Caravan Park di Malaysia di Rompin dan akan dapat dibangunkan dalam tempoh setahun.
Jadi adakah mereka terikat dengan perjanjian tersebut ataupun sebab disebutkan tadi isu apa nama ini konsortium tempatan akan dilantik. Jadi soalan saya, adakah mereka terikat dengan terma perjanjian ini ataupun telah ada apa yang disebut sebagai perubahan pindaan kepada perjanjian tersebut. Terima kasih Dato' Sri Speaker...
Terima kasih di atas soalan sahabat saya, Yang Berhormat ahli yang dilantik, saya perlu semak semula tapi apa yang saya tahu mereka tidak terikat sepenuhnya dengan syarat tersebut. Sebab itulah ada konsortium tempatan yang telah bersetuju untuk membangunkan camping park sini bersama. Tetapi keadaan iklim pelaburan semasa juga menjadi kebimbangan buat kami semua. Apabila kita semua maklum, ada perang perdagangan yang sedang berlaku di seluruh dunia. Dan saya juga dimaklumkan ada syarikat-syarikat asing yang terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk meneruskan pelaburan disebabkan mereka perlu memberi tumpuan kepada pelaburan- pelaburan mereka di negara asal seperti di Kanada dan seterusnya yang terkesan dengan begitu teruk dengan perang tarif yang berlaku baru-baru ini. Terima kasih.
Soalan seterusnya kita pergi kepada soalan nombor 7. Wakil daripada Kemayan.
Dato’ Sri Speaker, soalan saya soalan nombor 7.
[Apakah status terkini Program Pemodenan Stadium Darul Makmur khususnya usaha menaiktaraf padang dan rumput?]
Assalamualaikum WBT dan Selamat Pagi. Terima kasih Yang Berhormat Dato Sri Speaker. Soalan yang ditanya oleh ADUN Kemayan ini adalah berkenaan dengan program pemodenan Stadium Darul Makmur termasuklah usaha menaik taraf padang dan rumput di stadium. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker Perbadanan Stadium Darul
Makmur ketika ini sedang giat melaksanakan pembaharuan dan pemodenan kemudahan serta fasiliti di Stadium Darul Makmur bagi memastikan stadium ini terus relevan dan berevolusi selepas lima dekad penubuhannya. Antara inisiatif tersebut adalah pertama penghasilan Pelan Strategik Stadium Darul Makmur 2025-2030. Melalui inisiatif ini, Stadium Darul Makmur telah bekerjasama dengan Yayasan Pahang bagi merangka Pelan Strategik 2025-2030 yang kini telah menjadi panduan utama dalam menentukan hala tuju Perbadanan Stadium Darul Makmur untuk tempoh lima tahun akan datang. Dan pelan strategik ini telah dibentangkan pada Februari lalu untuk memperkukuh peranan Stadium Darul Makmur selaku pusat sukan rekreasi dan ekonomi yang dinamik dengan fokus kepada pembangunan, kemudahan, peningkatan kecekapan pengurusan serta penciptaan peluang kerjaya bagi komuniti tempatan dan pihak berkepentingan.
Kedua, penaiktarafan tandas dan stadium di dan surau di Stadium Darul Makmur dan pada tahun 2023, kesemua tandas dan juga surau di Stadium Darul Makmur telah di naik taraf. Selain itu, kerja-kerja mengecat bangunan di sebelah luar telah juga dilaksanakan.
Ketiga, adalah usaha menaik taraf padang dan rumput di Stadium Darul Makmur. Projek ini telah bermula pada September tahun lalu dan ketika ini usaha menaiktaraf padang dan rumput telah pun siap dan sedang dijaga rapi bagi mendapat sijil penarafan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa ataupun FIFA. Rumput yang digantikan ini adalah jenis Bermuda Tifgrand. Rumput ini telah dibangunkan oleh University of Georgia, Amerika Syarikat, manakala lesen atau hak penjualannya diberikan kepada Jepun. Rumput jenis ini diyakini lebih tahan lasak, cepat pulih selepas digunakan serta bersifat padat, tumbuh merapat dan lebih menghijau. Melalui usaha naik taraf ini, sistem saliran padang juga telah diperbaharui. Sistem yang digunakan sekarang menggunakan tiga lapisan pasir iaitu yang paling bawah adalah batuan halus, lapisan kedua ialah pasir kasar dan lapisan paling atas merupakan pasir halus. Bagi membolehkan rumput tumbuh dengan baik. Penggunaan pasir mengikut turutan saiz ini adalah kunci kepada kadar penyerapan air yang baik. Sistem saliran automatik jenis kompak juga telah siap dipasang lengkap dengan 30 unit sprinkler dan berfungsi dengan baik menggunakan air kitaran semula jadi dari air hujan yang disimpan di dalam tangki simpanan yang mampu menyimpan sebanyak 1000…150 ribu liter air pada satu-satu masa.
Keempat, inovasi ruang Stadium Darul Makmur. Bermula tahun lalu, pihak Perbadanan Stadium Darul Makmur telah mengadakan kerjasama dengan Majlis Sukan Pahang bagi menggunakan sepenuhnya ruang-ruang dan dewan yang sebelum ini kurang digunapakai di Stadium Darul Makmur dan melalui usaha dan inisiatif ini, kesemua dewan tersebut telah dijadikan satu pusat sukan kecemerlangan sukan tempur, Majlis Sukan Pahang. Khusus untuk aktiviti seni bela diri, judo, taekwondo dan juga karate. Malah, melalui inisiatif bersama dengan Majlis Sukan Pahang ini juga Stadium Darul Makmur. Insya-Allah selepas ini akan ada satu Rehab Center yang akan dibina dalam masa terdekat.
Kelima, pembinaan bilik eksekutif melalui…maaf bilik eksklusif. Melalui inisiatif ini, Perbadanan Stadium Darul Makmur telah mengubah suai satu ruang khas menjadi bilik eksklusif bagi memberi keselesaan optimum kepada mereka yang bercita rasa tinggi untuk menonton sesuatu perlawanan bola sepak atau pun sukan olahraga. Bilik eksklusif ini telah pun siap dan dilengkapi dengan penghawa dingin, ruang makan yang selesa, smart TV serta ruang mesyuarat kecil. Penyediaan bilik eksklusif ini bakal menjadi salah satu punca pendapatan baru kepada pihak Stadium Darul Makmur.
Selain itu, kita juga telah menaik taraf kemudahan kafe di tingkat 1 Stadium Darul Makmur.
Keenam, penaiktarafan landskap stadium. Kerja-kerja naik taraf landskap ini telah pun dan sedang dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran stadium yang lebih indah dan mesra komuniti dengan elemen-elemen baru seperti tanaman hiasan, susun atur ruang hijau yang lebih terancang serta laluan pejalan kaki yang lebih selesa.
Ketujuh, penggunaan pusat perniagaan berbumbung bagi peniaga kecil dan sederhana. Pusat perniagaan ini yang dikenali sebagai Arena Makmur sedang dibina dan dijangka siap sepenuhnya pada Jun ini yang diharap akan menjadi tarikan baru di bandar Kuantan dengan berkonsepkan pelbagai jenis jualan. Pusat perniagaan ini akan menggantikan deretan kanopi yang menempatkan peniaga-peniaga kecil sebelum ini.
Kelapan, sebuah ruang niaga khas akan dibina yang dikenali sebagai Coffee by The Field” dirancang untuk dibina di perkarangan Stadium Darul Makmur dalam masa terdekat bagi memenuhi gaya hidup aktif khususnya yang menjadi trend pada anak muda ketika ini.
Kesembilan, pembaharuan sistem siaraya. Melalui inisiatif ini, Perbadanan Stadium Darul Makmur akan memasang peralatan sistem siaraya-siaraya baharu dalam masa terdekat untuk memberi keselesaan kepada pengguna yang mengguna atau melakukan aktiviti di dalam stadium. Kali terakhir sistem siaraya ini ditukar adalah pada tahun 2012 iaitu kira-kira 13 tahun lalu ketika Pahang menjadi tuan rumah untuk SUKMA.
Sesungguhnya kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak amatlah diperlukan bagi memastikan perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan jayanya. Insya-Allah kita akan berusaha sehabis baik bagi memastikan salah satu mercu tanda utama negeri Pahang iaitu Stadium Darul Makmur akan terus terpelihara, kelihatan cantik dimanfaatkan sepenuhnya dan mengikut arus pemodenan terkini. Saya menyedari bahawa usaha memodenkan Stadium Darul Makmur ini bukanlah suatu yang mudah, sebaliknya memerlukan peruntukan yang besar serta sokongan daripada pelbagai pihak. Malah ketika saat ini pun kita sedang berusaha gigih untuk mendapatkan peruntukan daripada Kementerian Belia dan Sukan untuk pembinaan atau penukaran serta naik taraf lampu limpah yang baru serta tempat duduk yang lebih menyeluruh di stadium ini. Dan kita amat berharap pihak Kementerian Belia dan Sukan dapat mengambil tindakan segera bagi meluluskan peruntukan ini, terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Soalan seterusnya, soalan No. 8 oleh ADUN Lantikan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Soalan saya Nombor 8.
[Dalam tempoh masa tiga tahun yang terakhir, berapa ramai rakyat Pahang yang tertipu dengan penipuan atas talian (online scamming). Apa jumlah kerugian yang direkodkan? Berapakah jumlah pesara kerajaan yang telah dimangsakan oleh penipuan atas talian?]
Terima kasih er...Dato' Speaker. Dato' Speaker untuk pengetahuan Speaker, saya takpe. Saya tidak berpuasa.
Saya tak tanya [Ahli Dewan ketawa].
Saya bagitahu sebab mungkin suara hari ini kuat sikit. Untuk menjawab soalan er.... dari ADUN Lantikan. Untuk tahun 2022, mangsa yang terlibat adalah 1,816 orang dan mengakibatkan jumlah kerugian RM35,049,055.29. Dan er... mangsa lelaki er...nanti ya, ini untuk 2023 mangsa ada... jumlah mangsa ya adalah 1,994 jumlah kerugian adalah RM46,123,363.50. Dan untuk tahun 2024, bilangan mangsa adalah 1,845 dan jumlah kerugian adalah RM39,366,139.08. Untuk mangsa pesara kerajaan, untuk tahun 2022, 85 orang, lelaki 50, perempuan 35. Jumlah kerugian adalah RM8,923,707.59. Untuk tahun 2023, pesara kerajaan adalah 102, lelaki 61, perempuan 41. Jumlah kerugian adalah RM3,740,096.82. Untuk tahun 2024, pesara kerajaan yang terlibat adalah 115, lelaki 75, perempuan 40. Kerugian adalah RM8,923,707.59. Itu sahaja terima kasih.
Soalan...soalan tambahan Dato' Sri?
Bagi Sabai.
Er....kita cukup bimbang dengan angka yang telah dibentangkan sebentar tadi. Daripada kita bincang dengan angka mangsa scammer ini apakah langkah-langkah yang diambil untuk memberi pendedahan kepada masyarakat kita bagi membendung er... supaya bilangan ini dapat dikurangkan. Mangsa ini memang tidak dapat dikurangkan secara total tapi sekurang-kurangnya langkah perlu diambil untuk memastikan er... kita dapat mengurangkan bilangan mangsa siber ini. Saya dapati er... sistem yang sedia ada er... juga perlu ditambah baik khususnya dalam pembentangan tadi. Jawapan tadi kalau dapat dikategorikan er... mangsa daripada sektor kerajaan, sektor pesara dan sektor-sektor lain dan kita dapat memberi tumpuan khusus untuk er... membantu golongan yang menjadi sasaran dalam scammer ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih er...untuk menjawab soalan Sabai. Kerajaan telah er... membuat ceramah dan pameran juga melalui siar media dan pergi ke sekolah dan universiti juga dan dekat masjid. Banyak-banyak programlah telah kita lakukan dan saya mintaklah rakyat perlu caknalah dan berhati-hati sebab dengan keadaan tamak dan janganlah mengejar kekayaan dengan jalan yang mudah, bukan begitu mudah. Itu wang sahaja, ini pun belum kena tipu ke Myanmar lagi, Kemboja lagi. So... so rakyat perlulah cakna. Itu sahajalah er...Tuan Speaker, terima kasih.
Soalan? Boleh tambah satu soalan? Yang Berhormat Dato' Sri Speaker... soalan lanjut saya telah dibentangkan oleh YB. Sabai tadi.
Okey Yang Berhormat, sila.
(ADUN – N.04)
Saya boleh penjelasan tak daripada jumlah kerugian ini, ada tak yang mendapat pampasan daripada pihak bank kerana kecuaian daripada pihak bank?
Saya er...tidak ada data dekat sini. Tapi apa yang er...saya dapat adalah nanti sekejap, apa yang telah dilakukan oleh SPRM okey. Dan kita telah buat tangkapan dan dakwaan. Untuk tahun 2022, 838 tangkapan telah dibuat dan didakwa ke mahkamah telah adalah 816. Untuk tahun 2023, tangkapan adalah 986 dan di mahkamah adalah 807. Untuk 2024, er...tangkapan adalah 1,271 dan dituduh di mahkamah adalah 985. Kalau saya cakap macam ini mungkin panjang sikit. So saya pendekkan keseluruhan dalam 3 tahun, tangkapan adalah 3,095 dan kes dituduh di mahkamah adalah 2,608. Sekian terima kasih.
Okey kita pergi soalan seterusnya. Soalan No. 9. Wakil daripada Mentakab.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Soalan saya No. 9.
[Menjelang Tahun Melawat 2026, apakah pendekatan atau langkah-langkah Kerajaan Negeri akan atau sedang buat untuk menarik pelancong sama ada dalam negara mahu pun luar negara?]
Terima kasih Dato' Sri Speaker dan Yang Berhormat Mentakab. Menjelang Tahun Melawat 2026, bagi memastikan sektor pelancongan negeri Pahang terus kekal relevan dalam peta pelancongan negara dan antarabangsa, pelbagai strategi, inisiatif telah dan sedang giat dilaksanakan oleh kerajaan. Jadi pertama dari segi peruntukan melalui Belanjawan Negeri Pahang tahun 2025, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan jumlah peruntukan yang besar untuk pembangunan pelancongan di negeri Pahang. Manakala di peringkat persekutuan untuk tahun ini 2025, Kerajaan Negeri bersama dengan MOTAC Pahang, kita telah berusaha dan berjaya dapat kelulusan peruntukan infra dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk Fasa 1 kita dapat kelulusan RM7.77 juta dan angka ini merekodkan peningkatan sebanyak 120% iaitu ataupun RM4.2 juta kalau berbanding dengan tahun lepas. Dan untuk Fasa 2, kita akan terus berusaha untuk dapat kelulusan peruntukan dan juga projek-projek bawah RMK-13.
Yang kedua dari segi acara untuk penganjuran acara pelancongan negeri Pahang. Setakat ini Kerajaan Negeri melalui Tourism Pahang, kita telah senaraikan 36 acara yang bertaraf antarabangsa dan kebangsaan dan jumlah ini akan ditambah dari semasa ke semasa. Pada tahun ini ada 2 acara baru setakat ini iaitu Kuantan 188 Base Jump Extreme Challenge yang telah berlangsung Februari lepas dan akan datang Tioman National Scuba Divers Festival yang akan dijalankan pada bulan 9 dan Tourism Malaysia juga telah merancang untuk mengadakan Program Eastern Region Geopark Odyssey 2025 yang akan bertempat di Lipis, Geopark. Jadi program ini bertepatan dengan aspek tumpuan Tahun Melawat Malaysia iaitu pembangunan pakej tematik. Jadi dengan program ini, lebih banyak pakej pelancongan berasaskan geologi akan dibangunkan.
Yang keempat, sorry... minta maaf. Yang ketiga, pembangunan sumber manusia. Kerajaan Negeri mengambil inisiatif dan langkah proaktif untuk meningkatkan sektor pelancongan menerusi pelaksanaan kursus-kursus pemandu pelancong alam semula jadi, kursus pengurusan pelancongan serta program peningkatan kemahiran bagi pengusaha pelancong tempatan... pelancongan tempatan. Dan inisiatif bertujuan untuk memenuhi keperluan pasaran iaitu eko-pelancongan yang semakin mengembang di kawasan yang kaya dengan alam sekitar seperti Taman Negara, Kuala Tahan, Cameron Highlands, Pulau Tioman. Di antara latihan yang dijalankan adalah Adventure Park Instructor Course. Ini akan memberi peluang kepada peserta-peserta untuk menawar. Ini menawarkan latihan teknikal penuh dengan mematuhi piawaian antarabangsa dan dapat menyediakan dan melengkapi pemandu kita supaya menjadi pengendali yang lebih cekap dan profesional dan sijil akan dikeluarkan oleh Malaysia Challenge Course Associate…Association. Pada masa yang sama, kita juga melibatkan komuniti dalam sektor pelancongan. Ini contoh komuniti Lipis telah berjaya dapat Lesen Geoguide untuk di Lipis Geopark. Dari semasa ke semasa, perbincangan antara pemain industri dan komuniti setempat juga dijalankan tentang isu-isu pelancongan di kawasan masing-masing.
Yang keempat, tidak lupa juga usaha-usaha promosi yang selalu dijalankan sebagai contoh, Pameran Pelancongan, Fam Trip, Pahang Rail Tourism, Kempen Jualan Mega Malaysia.
Yang kelima, untuk keselamatan pelancong, kerajaan negeri telah meluluskan pemasangan AED di kawasan pelancongan. Jadi untuk tahun ini kita memasang 2
AED di Kuantan dan Lipis dan kita berharap bahawa kita akan dapat lebih banyak peruntukan untuk pemasangan AED ini untuk menjamin keselamatan pelancong khususnya apabila emergency berlaku supaya kita sempat memberikan pertolongan cemas kepada pelancong.
Yang keenam, Tourism Pahang akan memperkenalkan tagline khas sebagai inisiatif promosi strategi menjelang Tahun Melawat Malaysia dan usaha ini adalah untuk meningkatkan pengenalan Pahang sebagai negeri pelancongan utama di Malaysia dan tagline ini akan diperkenalkan pada masa yang sesuai. Jadi dengan pelbagai inisiatif tersebut, kita berharap bahawa kita dapat berusaha untuk memastikan Pahang kekal sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Terima kasih.
Terima kasih. Sila wakil daripada...
Soalan...
Daripada daripada ADUN Lantikan dulu kemudian Luit.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Soalan tambahan saya adalah berkenaan dengan platform bersepadu untuk menguar-uarkan ataupun untuk mempromosi tempat-tempat yang menarik ataupun kalendar acara ataupun kulinari terutamanya di daerah-daerah di Pahang. Sebagai contoh, semalam baru berbual dengan ADUN Tahan. Dia kata kulinari yang paling menarik dekat Tahan adalah pekasam ikan kelah. Jadi ini adalah satu perkara yang baru. Jadi saya rasa tak ramai yang tahu. Jadi kalau kita boleh ada usaha untuk mengadakan platform bersepadu untuk 3 perkara yang saya sebutkan tadi sangat-sangat kita harapkan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN lantikan. Jadi untuk peringkat daerah, kita ada Jawatankuasa Tindakan Pelancongan Peringkat Daerah yang diketuai Pegawai Daerah. Jadi dalam jawatankuasa ini bukan sahaja melibatkan agensi-agensi kerajaan tetapi juga pemain-pemain industri di mana menerusi mesyuarat jawatankuasa ini, mereka akan bincang tentang perkembangan pelancongan di daerah masing-masing. Perancangan untuk promosi termasuk tempat-tempat pelancongan, kulinari-kulinari dan mereka perlu lapor kepada Jawatankuasa Tindakan Pelancongan Negeri Pahang di mana untuk mengurus untuk mematuhi dan juga kita bersama-sama dengan satu hala tuju yang sama dan untuk Tourism Pahang untuk kita menyusun semula produk-produk pelancongan di peringkat daerah, er… setiap daerah kita juga akan dapat info daripada jawatan…Jawatankuasa Tindakan Pelancongan di peringkat daerah juga. Jadi dengan ini, kita mengalu-alukan input-input daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat untuk kita bersama-sama
memperkayakan pengisian promosi pelancongan negeri masing masing. Terima kasih.
Sila wakil daripada Luit.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Tuan Yang di-Pertua. Kita dimaklumkan Tourism Malaysia menyasarkan 20... 45 juta pelancong tahun 2026. Saya nak tanya daripada negeri mana yang paling ramai datang dan berapa peratus agaknya yang datang ke Pahang pada tahun 26. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Luit. Untuk maklumat Yang Berhormat, kaedah untuk kaedah untuk merekodkan jumlah statistik pelancong ada beberapa kaedah tapi kalau ikut definisi antarabangsa adalah pelancong yang bermalam dan sekurang-kurangnya satu malam daripada tempat yang pelancong yang travel sekurang kurangnya 24 jam daripada kawasan asal beliau mereka. Jadi dengan ini kita mengambil statistik daripada hotel-hotel ataupun tempat penginapan yang berdaftar. Dengan ini, kita berbangga kerana kalau berbanding dengan negeri-negeri lain, Pahang memang mematuhi definisi ini. Jadi, selalunya statistik yang kita umumkan sebagai contoh tahun lepas 13.7 juta inilah adalah angka pelancong yang bermalam di negeri Pahang. Dan kita juga dapat AOR iaitu kadar purata kadar perkhidmatan penginapan yang paling tinggi di Malaysia secara berturut-turut untuk tahun 2023 dan 2024. Tahun lepas kita mencecah 75%. Memang betul seperti apa yang dinyatakan di yang dinyatakan Yang Berhormat Lantikan semalam, Genting Highlands merupakan salah satu tempat pelancongan yang merupakan main contributor. Tapi kita tidak boleh menafikan sumbangan daripada tempat-tempat pelancongan lain. Sebagai contoh, di Kuantan setiap tahun melebihi 2 juta, di Cameron Highlands setiap tahun melebihi 1 juta dan sebenarnya angka ini tidak menggambarkan keadaan sebenar sebab kita juga ada ramai day trippers seperti contoh Genting Highlands, 1 tahun melebihi 20 juta day trippers ataupun ada pelancong-pelancong yang bermalam di homestay-homestay di tempat-tempat yang tidak berdaftar dengan kerajaan.
Jadi, dengan ini, kerajaan negeri berbesar hati dan ingin bekerjasama dengan semua pengusaha homestay supaya kita boleh dapat angka yang lebih tepat untuk menggambarkan er…sektor pelancongan di negeri Pahang. Terima kasih.
Yang terakhir.
Ya, terima kasih Dato' Sri Speaker. Soalan tambahan saya, saya nampak laman web Tourism Pahang ada dipaparkan dalam bahasa Inggeris. Tujuannya adalah untuk memudahkan pelancong terutamanya dari Eropah dan sebagainya. Tapi saya lihat laman web Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, setahu saya hanya dipaparkan dalam
bahasa melayu dan tiada bahasa lain seperti bahasa Inggeris. Sama ada ia boleh dipertimbangkan untuk menambah pilihan bahasa tersebut untuk memudahkan pelancong luar negara. Terima kasih.
Terima kasih wakil daripada Tanah Rata.
Terima kasih kepada daripada cadangan daripada Yang Berhormat Tanah Rata. Memang sebab Cameron Highlands, kita ada hutan-hutan simpan yang selalunya menjadi kegemaran untuk pelancong yang gemar alam semula jadi dari luar negara. Jadi dengan ini, cadangan daripada Yang Berhormat Tanah Rata akan dipertimbangkan dan kita akan sampaikan kepada Jabatan Perhutanan. Terima kasih.
Soalan terakhir, wakil daripada Semambu.
Terima kasih Dato' Sri Speaker. Saya ingin kemukakan soalan nombor 10.
[Mohon senaraikan geran-geran yang boleh dimohon oleh usahawan-usahawan sama ada dalam sektor pertanian, perniagaan dan teknologi baru.]
[Ayat al-Quran] Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, terima kasih sahabat saya daripada Semambu. Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih Yang Berhormat kemukakan soalan berhubung geran yang boleh dimanfaatkan kepada usahawan khususnya dalam sektor pertanian, perniagaan serta teknologi baru. Untuk makluman, Ahli Dewan yang mulia, kerajaan sentiasa komited untuk memperkasakan pembangunan usahawan kerana ianya merupakan tunjang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara termasuklah di peringkat negeri dalam landskap ekonomi semasa yang semakin dinamik ini. Kita dapat lihat bahawa golongan usahawan memainkan peranan yang sangat penting terutama sekali dalam sektor ekonomi kita terutama sekali dalam negeri Pahang tetapi ia juga merupakan antara rantaian nilai yang perlu kita terjemahkan untuk menyesuaikan dalam keadaan teknologi yang semakin canggih.
Selaras dengan ekspresi Rancangan Malaysia Ke-12, RMK-12 dan juga Dasar Wawasan Nasional 2030, kerajaan telah pun mengambil er...pendekatan yang lebih inklusif untuk melibatkan dan juga membangunkan usahawan di semua lapisan masyarakat termasuklah golongan belia, wanita, komuniti FELDA dan juga penduduk luar bandar dan juga di peringkat kerajaan negeri pula langkah proaktif bagi memperluaskan akses kepada pelbagai geran dan insentif, keusahawanan juga diambil supaya bantuan yang ditawarkan benar-benar bersesuaian dengan keperluan semasa serta tahap perkembangan perniagaan para usahawan.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, kalau nak sebutkan geran ni, sebanyak kita dah senaraikan lebih kurang yang mengikut kajian yang telah dibuat di pangkalan pihak Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri, hampir 76 insentif ataupun geran yang telah pun telah dikeluarkan oleh pihak agensi-agensi terutama sekali daripada kerajaan persekutuan. Sehubungan dengan itu, izinkan saya menyenaraikan beberapa geran utama yang ditawarkan oleh kerajaan persekutuan serta agensi-agensi pelaksana yang bertujuan untuk menyokong pembangunan dan juga pertemuan usahawan tempatan merentasi pelbagai sektor terutama sektor pertanian, perniagaan dan juga teknologi baru. Antara yang kita rasa banyak yang diutarakan iaitu antaranya geran daripada RISDA seperti Aktiviti Ekonomi Tambahan AET, Start-up dan juga PRO-TANI dan juga untuk Aktiviti Ekonomi Tambahan untuk belia daripada ini, geran ini menyasarkan pekebun kecil dan juga usahawan muda untuk memulakan atau perluaskan projek dalam sektor pertanian. Itu RISDA, dan bagi geran keduanya daripada Kementerian Pertanian dan juga Keterjaminan Makanan KPKM iaitu pihak Kementerian Pertanian dan juga Keterjaminan Makanan KPKM antaranya ialah Geran Pemadanan High Impact Product HIP nilai sehingga RM200,000.00 iaitu kerjasama di antara fifty-fifty 50% daripada usahawan, 50% daripada pihak kementerian yang bernilai lebih kurang RM200,000.00. Kemudiannya adalah Geran Pemadanan Change Upgrade Product, CUP dengan izin. Nilainya sehingga lebih kurang RM60,000.00 dan 70:30 dan kita dapat lihat bahawanya Geran geran ini bukanlah semudah yang kita cakap pada hari ini.
Namun kerana usahawan tersebut yang terlalu berminat dan juga usahawan itu melibatkan diri dengan sektor tertentu, insya-Allah, mereka akan mendapatkan geran-geran tersebut. Antaranya yang agak popular pada hari ini ialah Geran Agropreneur Muda start-up sehingga RM30,000.00 bagi permulaan projek. Kemudiannya, Geran Agropreneur Muda Scale-Up sehingga RM50,000.00 bagi usahawan sedia ada dan juga Geran Agro Pelancongan seperti Yang Berhormat sudahpun bentangkan tadi untuk projek pelancongan berasaskan pertanian dan ada lagi daripada pihak FAMA. Kalau kita lihat seterusnya, usahawan juga boleh memohon geran melalui FAMA, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan termasuk juga Geran Agropreneur Muda GAM dalam RM20,000.00 ke RM30,000.00 untuk belia yang berumur 18 hingga 45 tahun. Ini antara program yang kita nak garapkan supaya usahawan-usahawan belia ini dapat berkecimpung dan bersama dengan agensi iaitu terutama sekali daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan FAMA bolehlah memohon Geran Agropreneur Muda ataupun GAM bernilai RM20,000.00 ke RM30,000.00. Kemudiannya untuk Geran CUP iaitu meliputi skop peningkatan kapasiti pengeluaran produk industri asas tani iaitu dalam sektor pembaikan premis dan juga aras persijilan dalam jumlah pembiayaan sehingga RM60,000.00. Ini antara-antara geran yang telah pun diwartakan di dalam pihak FAMA.
Yang selainnya juga kita ambil seringkasnya iaitu yang keempat daripada pihak SME Corporation Malaysia. Baru-baru ini, program-program ini akan dilaksanakan. Contohnya program...Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera, TUBE yang mengumpulkan banyaknya adalah untuk usahawan-usahawan belia yang berumur 40 tahun ke bawah dan banyak perkara-perkara ini, program ini diberikan latihan, bimbingan dan banyak perkara-perkara itu selama lebih kurang ada yang sampai 7 hari sampai 10 hari. Program-program ni dibangunkan bukan sahaja daripada soft skill dengan izin tapi diberikan juga hard skill dengan izin supaya usahawan-usahawan ini dapat dibimbing dengan baik. Seterusnya, pihak SME Bank akan memberikan geran berpandukan kepada perniagaan-perniagaan yang dimohon oleh pihak usahawan-usahawan tersebut. Kemudiannya, FELDA juga FELDA juga turut menawarkan geran iaitu Tabung Usahawan Belia. Kalau kita dapat lihat hari ni kebanyakannya geran-geran ini memfokuskan kepada pembangunan belia. Kerana apa kerana belia-belia ini
perlulah kita naikkan lagi setara lagi dengan usahawan-usahawan yang sedia ada. Usahawan-usahawan dipanggil usahawan-usahawan yang sudah bukanlah kata berumur yang telah pun matang dalam perniagaan boleh membimbing lagi usahawan-usahawan belia ini. Namun, usahawan belia ni perlu dibimbing bukan sahaja dari segi latihan asas, namun berbentuk geran-geran ataupun berbentuk pinjaman-pinjaman yang boleh diberikan kepada usahawan belia.
Yang keenam, mungkin kita ada lagi Perbadanan... Perbadanan Usahawan Nasional Berhad iaitu PUNB menawarkan geran seperti Pembiayaan PROSPER, fokus kepada perniagaan runcit dan perkhidmatan. Ni juga antara geran yang popular yang boleh diadaptasikan kepada golongan-golongan yang memerlukan. Kalau saya lihat waktu perniagaan runcit ini di kawasan luar bandar dan juga program yang dilaksanakan oleh PROSPER ni bukan sahaja berbentuk geran, dia berbentuk juga berbentuk latihan dan juga bimbingan kepada usahawan-usahawan ini supaya mereka dapat menjalankan perniagaan mereka mengikut standard atau mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
Kemudiannya program jumPER bimbingan dan juga pembiayaan kepada usahawan-usahawan baru dan selain itu, saya menyentuh sedikit daripada Jabatan Perikanan Malaysia yang telah dibentangkan oleh pihak Yang Berhormat Dato' Benta tadi iaitu Jabatan Perikanan turut menyediakan geran perusahaan melalui Geran Pemadanan Program Pembangunan Integrasi Akuakultur dan juga ini antara geran-geran yang boleh dipohon iaitu program myAP untuk usahawan dalam bidang penternakan dan juga pertanian.
So, sebab itu kalau saya nak sebut lagi yang kelapan, Jabatan Pertanian Negeri Pahang juga menyediakan insentif dan pembangunan tanaman iaitu boleh dihuraikan oleh iaitu Yang Berhormat Benta yang akan menghuraikan beberapa perkara lagi geran-geran dalam pertanian yang telahpun kita utarakan di dalam kerajaan negeri dan yang akhir iaitu SIRIM Berhad yang merupakan agensi pelaksana dan tidak juga di SIRIM ini pula dia tidak memberi geran tapi namun bimbingan yang perlu. Sepatutnya kita nak melatih ataupun kita nak buat packaging dengan izin pembungkusan SIRIM ini boleh membantu pihak usahawan-usahawan yang ingin menaikkan produk mereka. Contoh daripada plastik yang trans er...dengan izin transparent jernih boleh menjadikan stand porch ataupun produk berdiri. Yang ini kita boleh bertemu dengan pihak SIRIM untuk kita membangunkan produk-produk tersebut dari segi penjenamaan-penjenamaan yang akan dinasihati oleh pihak SIRIM. Dari segi pembangunan produk, pembangunan produk mereka untuk pergi yang lebih lagi insya-Allah.
So, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, selain daripada itu, kerajaan negeri juga kita memfokuskan antara yang kita lancarkan iaitu geran untuk pemadanan untuk produk-produk kita di eksport. Dan baru-baru ini, pihak kerajaan negeri membawa produk-produk usahawan-usahawan negeri Pahang ini ke berbagai karnival-karnival bersama dengan er... pihak Pembangunan Ekonomi Negeri. Kita membawa produk-produk usahawan ini bukan sahaja di dalam Pahang. Hari ini kita nak bawa mereka di luar negeri Pahang dan selepas ini alhamdulillah, kita pun telah pergi berada di Dubai untuk produk-produk negeri Pahang. Sebab itu hari ini bukan sahaja kita nak menjadi jaguh kampung kita nak bawalah produk-produk kita, produk-produk Usahawan Negeri Pahang ini untuk bawa ke peringkat global dan juga peringkat international. Sebab itu kita mengharapkan supaya apa yang kita buat laksanakan pada hari ini untuk kita laksanakan supaya dapatlah kita adaptasikan dengan produk-produk tersebut kepada Kerajaan Negeri Pahang dan juga pada usahawan-usahawan Negeri Pahang. Sekian Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Terima Kasih. Saya ingin menamatkan sesi soal jawab. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita selesai membincangkan 10 pertanyaan dan jawapan sebagaimana praktis aturan hari semalam, saya tidak bercadang untuk menempuh persidangan ini. Pihak Dewan Negeri ada menyediakan jamuan pagi di bilik jamuan ADUN bagi ADUN-ADUN negeri dan di kanopi bagi Ketua-ketua Jabatan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan secara bergilir-gilir dan kembali semula ke dalam Dewan. Seperti yang saya nyatakan bahawa kita ini berada di dalam siaran langsung iaitu FB Live. Jadi, kita tidak mahu ada kerusi-kerusi kosong kecuali mereka yang telah pun mendapat kebenaran daripada Speaker atau memaklumkan kepada Speaker tentang ketidakhadiran mereka. Baiklah, marilah kita meneruskan dengan aturan mesyuarat seterusnya.
Sambungan perbahasan usul menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan PahangMotion
Perkara ketiga. Sambungan perbahasan usul menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di hadapan majlis ialah satu usul yang berbunyi bahawa dengan Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Usul ini tersebut telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan telahpun mendapat sokongan. Sekarang saya mengemukakan semula usul tersebut kepada perbahasan. Dengan ini, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Luit untuk membahaskan usul ini.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Tuan Yang di-Pertua. [Ayat al-Quran]. Pertamanya saya...Namun ucapkan menjunjung kasih atas atas Titah Diraja pada hari Jumaat yang lepas, titah daripada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah. Juga saya nak mengucapkan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke atas Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda juga bersama dengan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Juga Kebawah…kepada Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Almarhum Ibni Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan saya juga mengambil kesempatan ucap terima kasih kepada kakitangan kerajaan di Maran, swasta, orang perseorangan dan badan-badan seperti JPKK dan sebagainya yang saya fikir bertungkus lumuslah menghias bandar Maran membersih bandar Maran untuk meraikan keberangkatan kebawah duli pada hari semalam dan terutamanya di bawah. Pentadbiran Yang Berhormat…Yang Berbahagia Dato' Khairun Nisa binti Aris dan saya ambil kesempatan juga nak ucapkan sekalung tahniah kepada tiga orang pegawai tinggi kerajaan yang baru dilantik yang pertama. Yang Berhormat Dato’ Indera Nazri Abu Bakar yang menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang baru. Yang keduanya, Yang Berhormat Dato' Haji Fadzilla Salleh, Pegawai Kewangan Negeri.
Juga kepada Yang Berhormat Mohd Saifuddin Hashim Musaimi. Penasihat Undang-undang dan tidak ketinggalan juga ada dua orang pengarah iaitu Yang Berbahagia Dato' Hamdan Hussin dia ke Pejabat Pembangunan Negeri dan juga Dato' Razihan Adzharuddin jadi Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Tempat sayalah, saya terus kepada tempat saya ini sebab semalam tak datang. Jadi hari ni ringkas sikitlah cakap. Ada banyak projek di Maran untuk RMK 12. Saya nak sebut satu-satu dalam Dewan ini. Yang pertamanya naiktaraf jalan tol di Maran, naiktaraf simpang jalan di Perumahan PR1MA di Maran dan dua-dua ni sudah telah pun dilaksanakan dan yang lain akan akan dijalankan seperti naik taraf simpang Kampung Sentosa, simpang ni dulu memang kerap berlaku kemalanganlah. Berapa tahun yang dulu. Alhamdulillah, sekarang ni, takdelah kemalangan-kemalangan maut di jalan di simpang Kampung Sentosa, Jambatan Jeti Kampung Kuala Wau, Kuarters Kesihatan Sri Jaya, Klinik Kesihatan Sri Jaya, Tebatan banjir Sungai Luit dan Sungai Kertam ni kalau dah siap akan mengatasilah masalah banjir di Kampung Sri Jaya, Luit dan sebagainya. Klinik Kesihatan Bandar Maran.
Pembangunan Taman Tasik di Bandar Maran dan bangunan baru Majlis Daerah Maran. Saya ambil kesempatan ni nak ucap selamat datang dan selamat bertugas kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Maran yang baharu, Saudara Muhamad Anuaruddin Mohd Yusoff@Ahmat dengan doa semoga dipermudahkanlah sepanjang tugas di Maran. Insya-Allah, saya nak ambil kesempatan juga nak menyebut sekali lagi Jambatan Lubuk Paku yang kita sebut-sebut setiap kali dalam Sidang Dewan tu memang dimasukkan dalam RMK-12. Cuma nak mintak perhatian lebihlah daripada pihak kerajaan kalau boleh disegerakan untuk membina jambatan tu. Dan kita pun dah memberi beberapa alasan dah betapa pentingnya jambatan tu. Dan terima kasih juga kepada pihak kerajaan kerana Masjid Lubuk Paku telahpun dibina. Dan…dah siap masuk pilling tu, Insya-Allah akan jalan lancar seperti yang dijadualkan.
Beberapa perkara yang perlu perhatian pihak kerajaan yang lain ialah masalah tanah Masjid Kampung Serengkam yang duduk di dalam kawasan sekolah. Sekarang ni proses pertukaran tanah sedang sedang dijalankan. Cuma mohon dipercepatkanlah pengeluaran geran kepada pihak-pihak berkenaan tu untuk kita dapat meneruskan agenda untuk pembinaan Masjid Kampung Serkam. Kemudahan bekalan air juga kita dapat maklum daripada orang ramai bahawa projek itu berjalan agak ketinggalan daripada jadualnya. Kalau dalam Bahasa Inggeris, kena panggil delay project, delay itu juga satu…satu projek penting kepada masyarakat di DUN Luit.Seterusnya, mohon perhatian dan percepatkan lagi kerja-kerja pembinaan Jalan Maran-Serengkam.
Yang kedua, Jalan Lubuk Paku-Pejing memang sedang…sedang berjalan tapi agak nampak agak slow sikit. Saya mintak perhatian kerajaan untuk mempastikan projek ini berjalan dengan lancar. Juga satu isu lagi ialah di…ada 25 keluarga dipanggil rumah kilang di Kampung Bintang. Kita nak mintak pihak kerajaan bagi penjelasanlah atau jaminan bagaimana masa depan mereka yang tinggal di kawasan itu kerana duduk di atas satu tanah yang tak tahu statusnya dan ini kita telah maklum kepada Pejabat Tanah dan Daerah sejak 2 tahun lepas. Juga kita nak tahu juga status rumah PR1MA di Kampung Sungai Kemak yang masih belum dihuni, masih belum dimasuki oleh oleh pemohon-pemohon, pemilik-pemilik rumah berkenaan. Itulah perkara-perkara yang saya sebut untuk DUN Luit dalam sidang kali ni. Dan saya nak menarik perhatian Dewan juga tentang fenomena dunia sekarang ni dimana kaitannya dengan negeri Pahang ini iaitu satu fenomena dimana ramai orang di dunia sekarang ni mendekati dan mengenali Islam. Malah, dia ada… ada yang mengangkat syahadah.
Dah saya ingat 100 ribu mungkin dah cecah jutaan orang dah. Ini satu fenomena besar dan apa kaitan kita dengan negeri Pahang ni. Saya membayangkan begini mereka ini mualaf, orang baru baru nak belajar Islam baru nak memahami Islam. Kita di Pahang ni orang Islam baka keturunan kita. Nenek moyang kita memang dah Islam lama, mungkin abad ke-7 awal lagi abad ke-8 dan sebagainya. Jadi apa yang saya nak sebut di sini. Saya nak saran kepada kerajaan Pahang lah. Kalau boleh kita tingkatkan kefahaman Islam orang Pahang ni dan terus menjadikan Islam ni satu cara hidup sampai ke peringkat Islam sebagai mentadbir negeri ni maknanya negeri Islam Pahang. Sebab-sebab begini bila orang muallaf ni ramai seluruh dunia dia mereka akan mencari di mana negeri yang boleh dibuat contoh permintaan Islam yang yang betul di atas dunia ni. Jadi ni peluang kepada kita. Kita tak kata kita nak buat Islam tak. Kalau UMNO boleh buat, tak ada masalah, kita akan sokong sahaja. Dan elok sangatlah kerajaan mudah mendekati pelajar-pelajar Islam di Timur Tengah. Semua bagi duit belanja sebagainya, bagi duit poket.
Bukan… jangan bagi duit sajalah. Bagitau jugak. Belajar ni balik kampung pergilalah masjid, kerajaan bina banyak masjid, beratus-ratus. Tapi nampak tak berapa ramai 2, 3 baris je. Jadi kita tak boleh belajar balik. Pergi masjid duit dah bagi. Jadi nak bagitahu bahawa kita bersama-samalah meningkatkan kualiti hidup kita org Islam. Orang Islam yang berkualiti. Orang Islam yang yang tinggi takwanya. Yang amal ma'ruf nahi munkar ni kuat. Jadi mudah untuk bina satu negeri di mana bukan sahaja individunya hidup cara Islam. Keluarganya hidup cara Islam, masyarakatnya dan akhirnya pentadbiran kerajaan pun. Memerintah mengikut agenda Islam. Dan akhirnya akan menjadi tumpuan kepada dunia sebagai negeri rujukan. Jadi, tempat mereka melawat ke sini. Mereka belajar di sini dan sebagainya. Dan kita dari segi pembinaan negeri Islam Pahang ni kita terbuka pada siapa yang boleh. Pasukan mana yang boleh bawa agenda ni silakan dan kita akan terus menyokong hasrat tu. Sebab nak bina ni ialah dari segi bahasa cakap mudah je sebenarnya macam masak nasi lemak. Nasi ni kita ada 4 M nak kena buat perabot 4 M dan kita nak bina Islam 4 M jugak.
Kalau masak nasi tu memang tahu material kena ada beras dengan air. Kena ada mesin dia, periuk belanga, dapur gas, mancis api. Lepas tu ada apa kena ada manpower dia orang masak kena ada bahan keempat ni, method kaedah nak masak nasi kena betul, baru jadi nasi. Begitu juga kita nak bina negeri Islam ni, material kita ni quran dan hadis dah memang dah ada bawak keluar, gunapakai jelah. Ramai orang alim, orang pandai, cerdik pandai. Yang keduanya lepas tu mesin jentera. Kita pun ada jentera, sama jentera kerajaan ke jentera-jentera yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan manusia, NGO dan sebagainya. Ini semua jentera. Kemudian lepas jentera, kita ada apa? Err… Mesin? Man, man? Oranglah, kitalah…kita kena ambil tanggungjawablah sebagai Islam. Memang kita kena bawa Islam itu dalam kehidupan ini. Ini kewajipan kita. Dan yang keempatnya, follow method kaedah. Kaedah ni kita tak yah ceritalah macam-macam. Macam-macam kaedah ada untuk kita melaksanakan matlamat untuk kita menjadikan Islam… err… Pahang sebagai sebuah negeri Islam ya. Err…
Boleh gulung, ada dua minit lagi.
Dua minit lagi? Er…Memang…memang nak abis dah pun, tak ada dah kertas. Ni pun dah tak ada idea. Jadi akhir sekali err… saya ada buat pantun tadi, mana duduknya.
Ada satu ya. Ingat saya nak berdoa sikitlah, pantun nombor dualah, ya. Pantun kejap Speaker, pantun hilang pulok. Hah, ada.
Anak-anak sama bersilat Buka langkah hias berbunga Tanah ini tanah berdaulat Jaga agama jaga istana
Ya, akhir sekali saya berdoa sikitlah. Dato’ Speaker kena amin tu sebab doa ni doa baik ni. Bismillahirahmannirrahim Ya Allah Ya Tuhan kami, kami mohon pada mu ya Allah curahkanlah, limpahkanlah, kurniakanlah kepada kami perasaan kasih dan sayang agar hubungan persahabatan kami. Hubungan silaturrahim kami dan hubungan persaudaraan kami terus kukuh dan kuat untuk kami terus menjaga, membina di Pahang yang sejahtera ini. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. Jadi sekian saya dengan ini memohon mohon menyokong Titah Diraja. Terima kasih.
Terima kasih, Wakil daripada Luit. Sebelum saya meneruskan untuk apa namanya Ahli Yang Berhormat yang kedua untuk membahaskan. Saya ingin mengalu-alukan kehadiran anak-anak kita daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Astana, Kuantan. Pelajar-pelajar tingkatan 6 yang berada di atas tu. Mereka sedang meneliti kalau-kalau ada soalan-soalan di sini yang akan keluar dalam peperiksaan STPM nanti. Agaknyalah. spot questions. Itu zaman saya dululah. Seterusnya saya jemput wakil daripada Jenderak untuk membahaskan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera. Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker memberi laluan dalam perbahasan Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Permaisuri Tunku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
Merafak sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih dan penghargaan kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Semoga Allah Subhana Wata'ala melimpahkan rahmat dan keberkatan yang berkekalan kepada Baginda Tuanku dan seluruh kerabat serta sentiasa diberikan perlindungan sepanjang baginda mentadbir negeri Pahang ini, demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Pahang tercinta ini.
Menjunjung kasih di atas Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang sentiasa mementingkan kesejahteraan dan keharmonian rakyat jelata. Sebelas perkara yang digariskan cukup padu dan mantap. Ianya juga memberikan semangat untuk kita sama-sama kepimpinan negeri, daerah dan juga DUN untuk memastikan negeri Pahang duduk di landasan yang benar dan ditadbir urus dengan baik seperti mana kerajaan yang ada pada hari ini. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail dan saya percaya ke hadapan ini dengan perancangan yang telah disusun atur dengan baik dan diperakui oleh Ahli Dewan Negeri akan memperolehi kejayaan yang cemerlang dan hasil pendapatan yang lebih baik. Mungkin 2 bilion selepas ini insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Syukur Alhamdulillah kita dapat melihat berbagai program serta inisiatif yang telah berjaya dilaksanakan dan banyak memberi manfaat serta faedah kepada semua lapisan masyarakat yang ada di negeri Pahang ini. Tidak ketinggalan di DUN Jenderak.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Di kesempatan ini juga ingin saya merakamkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang dan juga Jabatan Parit dan Saliran (JPS) kerana meluluskan pembinaan Projek Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM98.5 juta, syiling di jajaran Sungai Pahang ke Sungai Krau bagi mengurangkan masalah banjir. Seterusnya juga terima kasih kepada Kementerian Kesihatan dan juga JKR meluluskan pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 3 Kuala Krau di DUN Jenderak. Harga kontrak RM39,903,347.00. Di mana tarikh milik tapak pada 8.4.2025 dan tarikh siap, insya-Allah 10.4.2028. Seterusnya juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak PDRM kerana dapat membina Balai Polis Kuala Krau yang baru yang sudah siap pun dibina. Alhamdulillah. Ini semua untuk kepentingan dan kemudahan semua masyarakat di DUN Jenderak & sekitarnya.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Berkenaan dengan kuarters guru yang tidak ada penghuni. Sudah sekian lamanya dan tidak diselenggara atau diuruskan dengan baik. Ianya mendapat keluhan negatif daripada masyarakat setempat & dibimbangi ada penghuni lain yang menumpang. Di sini saya ingin bertanya apakah hala tuju Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri dalam menangani permasalahan ini. Contoh di DUN Jenderak, kuarters guru SK Felda Jenderak Utara dan kuarters guru Kuala Krau termasuk juga kuarters guru Kerdau. Saya berpandangan sekiranya kuarters ini tidak digunakan lagi, maka perlulah diserahkan kepada jabatan atau pihak sekolah untuk diguna bagi menambah infrastruktur sekolah yang sedia ada untuk dijadikan dewan kuliah, bilik seminar, studio komputer, bilik muzik dan lain-lain kerana kos pembinaannya dahulu jutaan ringgit akhirnya dibiarkan begitu sahaja.
Akhirnya masalah kekurangan guru di daerah Temerloh. Lebih kurang dalam enam puluh guru diperlukan. Saya harap Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan dapat menyelesaikan perkara ini dan mengkaji semula pengambilan serta penempatan guru-guru di setiap sekolah bagi menampung aktiviti pembelajaran di sekolah. Akhirnya, saya sekali lagi merakamkan penghargaan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Pahang serta Kerajaan Negeri Pahang, Pegawai Penasihat Undang-undang Negeri Pahang, Pegawai Kewangan Negeri Pahang.
Semoga negeri Pahang menjadi negeri yang sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T. serta mencapai kemajuan yang lebih baik di masa akan datang. Insya-Allah dengan prestasi yang ditunjukkan, kita dapat melihat bahawa Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dapat mentadbir dengan… negeri ini dengan adil tanpa mengenepikan semua lapisan masyarakat. Terima kasih Dato’ Sri Speaker, Jenderak penyokong. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih, Wakil daripada Jenderak. Kita jemput Wakil daripada Tanjung Lumpur.
Assalamualaikum WBT. [Ayat al-Quran]. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakan-rakan Ahli EXCO, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat,
Pengarah-pengarah Jabatan dan semualah, muslimin muslimat yang berada dalam Dewan Yang Mulia ini. Namun, kita bersyukur dengan nikmat iman dan Islam dan seterusnya kita juga bersyukur kerana dengan hidayah dan taufik daripada Allah SWT, kita sama-sama dapat dihimpunkan dalam dewan ini untuk kita bersidang, untuk kita membincangkan perkara-perkara yang berkaitan khususnya untuk negeri Pahang dan saya mengucapkan terima kasih kerana telah diberikan kesempatan untuk turut serta dalam ucapan perbahasan Titah Diraja pada… pada pagi ini dan saya melihat bagaimana titah ucapan Diraja ini banyak menyentuh beberapa perkara dan pastilah perkara-perkara yang disentuh itu adalah perkara yang penuh dengan harapan untuk kebaikan negeri Pahang dan juga supaya negeri Pahang ini dapat terus maju ke hadapan Insya-Allah, dan kita juga melihat beberapa pujian-pujian daripada Yang Mulia Tuanku terhadap Kerajaan Negeri Pahang atas capaian-capaian pencapaian yang hebat di antaranya hasil kutipan hasil tahun lalu yang mencecah sehingga RM1.22 bilion.
Jadi, saya ucap tahniah jugalah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Kerajaan Negeri Pahang. Juga kita…saya mengambil juga kesempatan untuk mengucapkan tahniah di atas ketegasan Kerajaan Negeri Pahang terhadap beberapa isu penting. Di antaranya ialah isu pencerobohan tanah. Jadi, kerajaan telah mengambil tindakan yang sebelum daripada ini dan termasuklah dalam isu yang terbaru. Jadi, kita mengharapkan bahawa ketegasan-ketegasan ini dapat dilaksanakan sehinggalah sampai bila-bila bagi menjaminkan Kerajaan Negeri Pahang ni berada dalam keadaan yang baik. Insya-Allah.
Mungkinlah dan kita mengharapkan supaya kebaikan dan ketegasan ini dapat diteruskan sampai bila-bila sehinggalah kepada legasi yang akan datang, pengganti Menteri Besar yang…yang akan datang. Sebab mungkin yang ada dalam Dewan ni mungkin akan datang akan ganti Menteri Besar yang ada sekarang pada ketika ini mungkin daripada pihak parti kerajaan dan mungkin juga tidak mustahil lah daripada pihak kami pula akan jadi Menteri Besarnya pada pilihan raya akan datang. Sebab Allah SWT [Ayat al-Quran] dan masa menang dan kalah tu kami gilirkan di antara sesama manusia. Sebutlah hebat setara mana sekalipun bila dah sampai giliran dia, yang dia telah ditentukan oleh Allah, maka akan berlakulah penggiliran.
Sebab tu kalau kita melihat Kerajaan Othmaniah ni bukan sekejap dia memerintah, 600 tahun. Tapi pada tahun 1924, akhirnya jatuh jugak. Selama 600 tahun, sebab [Ayat al-Quran]. Allah Ta'ala sebut, dia gilir. Menang kalah ni adalah giliran macam peperangan Badar dan peperangan Uhud. Ayat ni turun berkaitan dengan peperangan Uhud. Bila peperangan Badar, Islam menang tapi dalam peperangan Uhud Islam ramai luka. Maka Allah Ta'ala pun turun ayat ni. Menang dan kalah ni adalah Allah SWT tentukan digilirkan kepada kepada…kepada manusia. Jadi sebab itulah mungkin kali ini UMNO memerintah, akan datang mungkin PAS pula yang memerintah. Dia boleh berlaku kan, maknanya begitu. Cuma yang kita harapkan ialah prestasi ketegasan yang ada pada Kerajaan Negeri Pahang pada ketika ini, dalam isu ini dapat diteruskan sampai bila-bila pada masa yang yang akan datang. Jadi tak pelik dok Muammar al-Ghaddafi, dia memerintah pada tahun 1969, lepas dia gulingkan Kerajaan Monarki bawah pemerintahan Sultan Idris pada masa tu. Dia pun memerintah, lama dia jadi Perdana Menteri 42 tahun bukan sekejap, 42 tahun tapi sampai masa jatuh tu jatuh jugak. Dah sampai masa. Begitu juga dengan Iraq yang terbaru dengan Bashar Assad di Syria dan sebahagiannya.
Maknanya Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, maknanya Kelantan boleh jatuhlah.
Ha…boleh [Ahli Dewan ketawa]. Kelantan boleh jatuh dan Kelantan pernah menjatuhkan UMNO. Dia begitulah keadaan dia [Ayat al-Quran], itu. Hak Allah Ta’ala sebut dah. Baik. Kemudian saya nak pergi kepada isu. Nak pergi kepada isu yang tempatan. Dia sebenarnya Tanjung Lumpur ini tak banyak isu. Bab tu kita ucap terima kasih juga kepada kerajaan sebab ambil perhatian sikit pada Tanjung Lumpur sebab Tanjung Lumpur ni duduk di kawasan bandar. Jadi tak banyak isu sangat dan ada isu-isu ini pun saya rasa tak sesuai pun kita nak cakap dalam dewan dan saya… saya tengok pun…
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, terima kasih kepada ADUN Tanjung Lumpur. Maknanya Kerajaan buat baiklah sampai takde isu. Maknanya banyak masalah diselesaikan dan kita tangani sebelum ada masalah. Jadi, maknanya terima kasih kepada ADUN Tanjung Lumpur menyebut bahawasanya membukti…
Tiada isu kerajaan.
Kerajaan…
Tapi kadang-kadang memang tiada isu, tapi dorang buat-buat isu.
Jangan banyak sangat mencelah, kang lupa. Bukanlah tak ada isu, kalau setakat perkara-perkara biasa tu, kita dah buat aduan kepada Jabatan Kerajaan…
Lo…lo… longkang tersumbat, tak payah bawak dewanlah.
Tak payah bawak Dewan. Kalau nak sebut yang tu jugak, kita kena bersidang 40 hari 40 malam. Memang tak habislah. Jadi kita cakap benda-benda yang penting, benda yang kita lihat setelah berulang kali kan…
Nak tanya sedikit Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, ada masalah isu… ada isu tak Juadah Makmur di Tanjung Lumpur, ada masalah tak?
Setakat ni, Juadah…saya karanglah jawab boleh? Takut lupa nak sebut. Juadah Makmur ni kita dah bincang dah pada sidang yang lepas kan. Dia isu dia ialah kitalah. Sebab kita merasakan ada satu benda yang lebih penting yang lebih besar daripada tu. Dan di antara yang disebut tadi, isu kemiskinan dan sebagainya. Tapi saya nak pergi kepada isu itu untuk Tanjung Lumpur…Tanjung Lumpur dulu kan. Ini cuma saya sebutlah tadi. Terima kasih kerana beberapa prasarana yang Kerajaan apa telah uruskan, selesaikan di…di Tanjung Lumpur yang kita buat aduan, report dan sebagainya dan alhamdulillah lah makna walaupun Kerajaan tolong selesaikan, maka yang menang tu PAS lah jugak. Dia jadi ni…
Ni saja bergurau je. Maknanya Tanjung Lumpur ni boleh bergilirlah semula, ya. Bergilirlah kita lah pulak.
Kena lawan dulu. [Ahli Dewan ketawa]. Dia tak leh gilir gitu je. [Ahli Dewan ketawa]. Jadi bila kerajaan buat keadaan yang menang tu PAS, apabila dapat jabatan yang kedua tu, orang kata ustaz Rosli jugak buat, hak tu yang hebat tu. Hak tu bergurau, kekanda EXCO. Baik, saya nak pergi kepada isu di Tanjung Lumpur. Tak banyaklah, ada dua tiga je. Pertama berkaitan dengan jeti Kampung Peramu, baik. Jeti Kampung Peramu ni, saya ada jumpa satu gambar Tanjung Lumpur yang lama dia tarikh dia tahun 1937. Makna lamalah Tanjung Lumpur ni dan pesisiran dia termasuklah Peramu dan jeti di Kampung Peramu, yang mana ada sedikit isu dengan Yayasan Pahang bila Yayasan Pahang beli tanah tu jadi berlaku hakisan yang kalau tengok pada pelan tu bukannya tanah itu je milik Yayasan Pahang, dengan laut-laut tu jadi dengan sungai tu jadi Yayasan Pahang jugak menyebabkan jeti yang…yang dah sedia ada di Kampung Peramu ni, yang mana jeti ni dia apa dia dah berusia kalau ikut orang-orang tua yang ada di situ, dia kata ada Tanjung Lumpur adalah peramu tu, maka lamalah… lama dah jeti tu sehingga ada yang menyebut mungkin dalam tahun 1930 lah itu orang tua-tua yang… yang sebutlah. Tapi jeti tu memang lamalah jeti di Peramu. Jadi bila mereka ni dapat notis pada baru-baru ni supaya er…dihentikan…supaya dihentikan apa aktiviti penempatan bot, pendaratan bot di…di situ, jadi para nelayan kita dah buat
pertemuan dan sebagainya. Apa yang mereka mintak ialah yang pertama supaya ditangguhkan dulu sebab kerana mereka ni cuba juga cari tempat dan mereka mintak supaya kalau boleh kerajaan cadangkan mana tempat untuk mereka labuhkan. Perahu mereka besar, bot mereka besar 30 lebih ada er... 30 lebih bot yang er... ditambat di situ. Bot-bot yang besar er… dan termasuklah ada juga bot persiaran. Saya pun baru tahu bila rupanya daripada Tanjung Lumpur ni boleh pergi ke Pulau Tioman, menaiki bot daripada Tanjung Lumpur. Harga dari RM1,800.00 je dengan perjalanan dua jam setengah pergi, dua jam setengah balik.
Saya kira murahlah sebab bila saya naik di Tanjung Gemok, dia nak RM1,500.00 juga satu bot. Tapi di sini dia nak RM1,800.00, dua jam setengah pergi dua jam setengah balik. Manakala Ahli daripada Tioman dan sebagainya, er... dia boleh terus naik bot je daripada sana terus untuk Sidang Dewan di...di sini. Jadi, makna di...di Tanjung Lumpur tu ada perkhidmatan tu dan di jeti itulah, dan di jeti itulah. Jadi kita semua tahu bahawa nelayan ni dia adalah tulang belakang kepada apa? Sumber keterjaminan makanan Malaysia termasuklah kita di...di negeri Pahang.
Jadi pertama, permintaan nelayan-nelayan, pemilik-pemilik bot di situ sebab dia ada er... ahli yang di Peramu saja, ahli nelayan yang ada di Peramu sahaja ada 200 orang lebih. Separuh undi UMNO tu, separuh undi PAS [ketawa]. Bukan semua undi PAS, ada jugak undi, undi UMNO, kan? Kita fahamlah hok tu. Jadi [batuk], jadi... kalau tak bagi tak bagi esok, bimbang yang…apa? yang UMNO tu dia gi undi PAS [Ahli Dewan ketawa]. Lepas tu kalau bagi pulak yang UMNO tu dia terima kasih, dia undi PAS juga [Ahli Dewan ketawa].
Nampak Yang Amat Berhormat nak celah tadi?
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, hari ni lain macam ucapan Pengerusi Perhubungan PAS Pahang ni. Nampak ada gaya kadang-kadang macam nak pergi ke sebelah sini [Ahli Dewan ketawa]. Jadi, kalau kita bagi, dia dapat maklumat kalau bagi tu yang PAS tu nak pergi ke UMNO. Boleh ke?
Sampai tertutup ha [ketawa]. Er...insya-Allah kita lembut dengan UMNO pada hari ni sebab nak pujuk UMNO masuk PAS [ketawa]. Baik tak apalah kita…hak tu bahagian bergurau tu tak apa. Baik er...pertama yang mereka mintak tangguhkan dulu, mintak budi ba...er...apa? Budi bicara supaya tangguhkan dulu? Yang kedua, kalau nak dipindahkan juga mereka mintak kerajaan carikan satu kawasan persisiran sungai yang mereka boleh labuhkan bot sebab kos dia pun tinggi. Dia nak buat batu ceracak untuk tambatan bot tu sahaja, kalau satu batang tiang tu makan... menelan RM30 ribu. Banyak er...
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Minta maaf sahabat saya daripada Tanjung Lumpur. Sebelum saya terlupa, di Tanjung Lumpur ni dia ada satu nama Kampung Derhaka ingat? Sungai Derhaka, Kampung Derhaka.
Sungai Derhaka.
Derhaka ha tulah. Dia macam ni juga Me'nate. Sama ada Me'nate atau Menate. Macam kita makan steak kan di restoran Me'nate. Macam mana nak menyebutnya? Me'nate ke? Ke men ate ke atau nate kan? Contoh. Tapi maknanya, maksudnya Sungai Deraka, Kampung Derhaka. Mungkin tadi sebab ini Yang Berhormat ADUN er...Tanjung Lumpur ada sebut pasal sejarah, jeti dan sebagainya. Mungkin kalau boleh dapat tahu cerita mengapa nama tu begitu kan, pertama.
Tapi yang keduanya saya nak maklumkan gini Dato' Sri Speaker, saja nak mencelah. Er...para nelayan ni dah bangkit dah perkara ni kepada pihak kerajaan dan er... perkara ni telah pun dalam makluman. Insya-Allah kita er…sedang meneliti kaedah yang terbaik untuk menangani perkara ni. Tujuan saya bangkit ni, saya tak nak nanti nelayan tu kata nasib baik...maknanya orang lain tak mahu dengar, maknanya pergi kepada ADUN er...Tanjung…Tanjung Lumpur. Dok maksudnya dia ada 50/50. Nelayan tu ada yang menyokong pihak kerajaan, ada yang menyokong ni...pihak pembangkang. Tapi sepertimana yang kita nyatakan, sebenarnya kita bagi pengiktirafan. Mereka ni adalah merupakan wira-wira yang kadang kala tidak didendang, the unsung heroes.
Jadi dalam konteks seumpama ni, kerajaan sebenarnya memberi perhatian pada nelayan ni waima bagaimanapun pendirian dari segi apa nama? Pegangan politiknya kerana kita nak dan sentiasa menyanjungi sumbangan dan pengorbanan mereka kepada agenda keterjaminan makanan. Jadi untuk maklumanlah, tapi tak apalah, sa... kita benarkan er... ADUN Tanjung Lumpur, dia kata tak ada isu tadi, dia bangkitkan yang tu. Baik, tapi sebenarnya kerajaan dah sedia maklum mengenai perkara ni. Terima kasih.
Terima kasih. Jadi tak perlu lagi dah lah. Habislah sebab kerajaan pun dah tahu. Saya pun tahu kerajaan tahu. Tapi...tapi saya kena beritahu juga supaya kerajaan lebih tahu dan supaya dia tahu bahawa saya dah beritahu kerajaan supaya tahu [ketawa]. Baik, er...saya kira cadangan-cadangan mereka tu kerajaan dah tahu, insya-Allah mudah-mudahan kerajaan akan dapat ambil tindakan.
Yang kedua, saya sentiasa membawa isu Flat Pak Mahat, PPRS Pinggiran Putra Tiga. Baik, isu yang pada hari inilah saya nak bawa ialah masalah isu pemutihan penduduk di Flat Pak Mahat. Sebab matlamat kepada pembinaan PPRS tu pasti kita nak tolong orang susah, orang miskin yang tak ada rumah tu. Matlamat kita memang begitu kan? Tapi, kita tengok dah ramai er...dan kita pun mendapat aduan yang miskin tu barangkali dia jadi kaya dah agak er... agaknya lah kan? Lepas tu dia sewakan rumah tu kepada orang lain. Jadi dia mendapat pulak keuntungan daripada rumah yang
sepatutnya disediakan kepada orang-orang miskin, orang susah. Dia nak isu ni dah, dah, dah pernah dibawa dan kita minta perhatianlah supaya kalau boleh dibuatkan pemutihan er...terhadap penduduk tu, dan kemudian ni aduan yang terkinilah er... lif rosak ni dah sebulan dah ni, kat…kat Blok B tu, jadi kita minta perhatianlah. di Blok B tu lif rosak berbulan, ni aduan daripada penduduk. Itu sikitlah berkaitan dengan Flat Pak Mahat.
Dan kemudian saya nak ambil sedikit isu dadahlah. Dadah ni bila sebut Tanjung Lumpur ni sinonim dengan dadah daripada dulu, dan dari sudut statistiknya bahawa Tanjung Lumpur ni pernah... top five lah seluruh Malaysia. Er... apa? Tanjung Lumpur dan Tanah Putih...Tanah Putih Baru er...yang memang menjadi kawasan penagih dadah daripada er...daripada dulu. Dan er...kalau kita mengikut sumber daripada AADK bahawa negeri Pahang ni dia ada 11,750 penagih... penagih dadah ya, penagih dadah dan mendapat tempat yang kelima. Tempat yang kelima di seluruh negara.
Saya main boling semalam pun nombor 13 tau, nombor 13. Dia peserta ada 33 dok? Er...saya jangka sayalah nombor 33 itu, tetapi rupanya nombor 13. Boleh mengalahkan beberapa orang Exco dan Timbalan Presiden saya pun saya kalahkan dia semalam [Ahli Dewan ketawa]. Sampai panjang... panjang, panjang umur dia. Er...
Beri... bagi laluan sikitlah. Kadang-kadang kita dengan kawan-kawan ni kita kena beri laluan supaya jangan nampak sangat kita mengecewakan dia.
Dia begini tu, dia kabo Timbalan Presiden pun dikalahkan. Jadi maknanya.... sekarang ni musim pemilihan, jadi kita rasa... [ketawa].
Dia tak apa, dalam PAS ni Pesuruhjaya tidak ada pemilihan. Er…dia tidak, dia melalui lantikan, baik. Jadi sebab tu jawatan pesuruhjaya ni tak pernah berbalah sebab dia bukan pemilihan. Baik kemudian saya nak sambung dalam isu AADK tadi, jadi Tanjung Lumpur ni semua kita tahu dan saya nak ambil perhatian sedikit, bagaimana di depan Swiss-Bel, di hujung tanjung ni kawasan semak... kawasan semak tu kita tahu tu tanah orang, dan untuk maklumanlah bahawa dalam tu banyak lagi rumah-rumah usang yang di...didiami. Er…didiami oleh ada nelayan dan sebagainya dan itulah di antara kawasan yang paling aktiflah dalam aktiviti mendadah ni. Setiap kali bila kita datang ziarah dan sebagainya, mereka ha...itu bahasa Tanjung Lumpur [ketawa] er...aktiviti mendadah, bahasa orang kampung kan. Maknanya mereka ni ramai, ramai lagi er... mereka ni ramai dan saya merasakan bahawa kawasan hutan semak samun ni mesti kerajaan ambik er...perhatian supaya kawasan tu dia tidak menjadi sarang lah. Er... sebab sekarang ni pulak dadah ni diperkenalkan pula sistem apa bekalan dadah mesra pelanggan makna sekarang ni dah ada COD dan sebagainya. Ini memang ini memang tercatat, makna orang nak beli dadah anak-anak kita nak beli dadah sebagainya sekarang ni, er...bukan lagi nak kena menyorok sana menyorok sini sekadar dengan telefon sahaja maka dia akan dia akan sampai. Maka ini adalah satu keadaan yang saya kira sangat berbahaya. Jadi saya sebut ni untuk perhatianlah daripada pihak kerajaan, er...dengan peruntukan yang kita ada, mungkin kita boleh
fikirkan untuk, supaya kita dapat buat program-program pemulihan dan juga untuk membenteras er...membenteras penagih-penagih dadah ni er...sebab ni 11,750 ni angka terkini ni sehingga September. Maka ramailah er...jadi er...saya rasa itu sahajalah dah lebih dah tu tapi sebab, Dato' Speaker dia baik ari ni dia puasa. Dia takut batal puasa dia, dia tak sekat saya. Jadi terlebih masa, tadi saya dengan ini mohon er... menyokong titah ucapan Diraja. Assalamualaikum WBT.
Dalam jangka, dalam waktu jangkaan saya. Sebab tu saya tak tegur. Seterusnya, er... kita teruskan dengan wakil daripada Ketari.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Saya mengucapkan terima kasih dan atas kebenaran dan peluang yang diberikan kepada Ketari untuk membahas titah ucapan Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang bersempena dengan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada 18 Mei tahun 2025. Dengan rendah diri, saya merafak sembah dan menjunjung kasih atas titah ucapan Diraja Duli Paduka Baginda Sultan Raja Pahang yang telah menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-4 15. Saya mengalu-alukan er... titah Duli Paduka Baginda Sultan yang menyeru semua Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Pahang…yang negeri…Pahang yang mulia ini, terus melaksanakan tugas dengan penuh amanah, dedikasi agar kita sama-sama berjaya membawa negeri Pahang ke tahap yang cemerlang dan berdaya saing.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar atas kejayaan dan usaha gigih kesemua penjawat awam yang telah membawa pembangunan dan prestasi ekonomi yang stabil dan membanggakan ke negeri Pahang.
Yang Berhormat Dato Sri Speaker, Izinkan saya mengambil peluang perbahasan ini untuk membangkitkan isu berkenaan dengan Perang Tarif yang sedang berlangsung atau dengan lebih tepat konflik perdagangan di antara Amerika Syarikat dengan China yang pasti akan memberi impak cabaran dan juga peluang kepada negeri Pahang. Saya yakin negeri Pahang boleh menimit meminimakan impak dan berpotensi mendapat manfaat daripada perang tarif tersebut sekiranya kita bersatu-padu dan memposisikan negeri Pahang sebagai alternatif dalam peralihan perdagangan yang bakal berlaku akibat impak perang tarif tersebut, terutamanya dari segi pembuatan, eksport komoditi, seperti sawit dan mineral dan juga sektor pelancongan.
Dari sektor pembuatan. Kita harus memberi fokus kepada industri bernilai tinggi seperti pengeluaran bateri EV yang menggunakan nadir bumi dan pembuatan kereta EV yang automasi untuk mengurangkan kebergantungan tenaga kerja. Negeri Pahang yang kaya dengan mineral bauksit dan nadir bumi boleh menjadi satu tarikan. Pengalihan pelaburan daripada negara China dan Amerika Syarikat oleh syarikat yang terjejas oleh tarif. Sebagai contohnya, pengeluar yang berpindah dari negeri China mungkin melihat Pahang sebagai hab pengeluaran alternatif dan mengalihkan pengeluaran ke negara-negara ASEAN. Taman Perindustrian Kuantan, Malaysia-China di Pahang boleh menjadi penerima utama. Menempatkan syarikat China yang mengeksport ke ASEAN mengelakkan tarif Amerika Syarikat. Selanjutnya dari sektor elektronik dan
industri berat, zon Perindustrian Gebeng yang boleh menarik pengeluar semi-konduktor dan panel solar dan lain-lain industri perak.
Selanjutnya, East Coast Rail Way Link iaitu (ECRL) yang akan disiapkan pada awal tahun 2027, projek bernilai RM50 bilion ini akan menghubungkan Pahang ke Pelabuhan Klang dan Melaka Gateway, mengurangkan kos logistik untuk pengeluar dan faktor ini adalah kelebihan untuk menarik pengeluar dari negara asing untuk mengalihkan pengeluaran mereka ke Pahang. Mudah-mudahan dengan penyempurnaan dan pelaksanaan ECRL sepanjang 665 kilometer pada tahun 2027, ia akan memacu aktiviti komersial menarik pelaburan, meningkatkan peluang pekerjaan dan juga merangsang sektor ataupun aktiviti pelancongan di negeri Pahang.
Oleh itu, kita perlu mengambil langkah proaktif dan agresif untuk mempromosikan Pahang sebagai hak pengeluaran alternatif dalam pengalihan pelaburan pembuatan. Dengan usaha penempatan semula rantaian bekalan global ke Pahang. Peningkatan pelaburan langsung asing ataupun dengan izin FGI juga akan meningkat. Ia akan mendapat ia akan dapat memanfaatkan ekonomi negeri Pahang dalam jangka masa panjang. Dari sektor pelancongan negeri Pahang mempunyai kelebihan dari sektor pelancongan. Namun, kita perlu meningkatkan ketahanan pelancongan domestik dan daya tarikan eko-pelancongan yang kian popular. Kita telah lihat peningkatan permintaan tarikan ekonomi, eko-pelancongan antara pelancong domestik pasca pandemik untuk perjalanan berasaskan alam semula jadi selaras dengan Taman Negara di Pahang yang merupakan hutan hujan tertua Tapak Warisan Geologi Lipis Geopark dan juga ke 6, Rimba Park yang memerlukan impak…input, input er...import yang minima dan kesan impak perantara yang begitu ketara.
Oleh itu, kita perlu tingkatkan usaha gigih untuk mempromosikan pelancongan domestik untuk menjadikan Pahang sebagai tarikan unggul dan utama dalam sektor pelancongan dalam Malaysia. Selanjutnya, kesusutan nilai ringgit Malaysia yang berkaitan dengan ketidakpastian perdagangan global ini, akan menjadikan pelancongan di Pahang lebih murah dan menarik kepada pelancong asing. Contohnya Cameron Highlands, Genting Highlands, Taman Negara, Bukit Fraser, Cherating dan lain-lain tempat boleh menjadi Tarik…tempat tarikan pelancong asing ini. Jadi, saya amat berharap kerajaan negeri Pahang mengambil langkah yang perlu untuk memastikan kita di negeri Pahang terlindung daripada impak negatif perang, Perang Tarif yang nyata tidak akan ada penyelesaian dalam masa yang terdekat.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Dalam titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan telah membangkitkan rasa kebimbangan berkenaan ketiadaan kemudahan rehat dan rawat iaitu (RNR) yang mencukupi di ruang utama dan juga pengguna jalan raya tersebut yang membuang sampah merata-rata. Dalam ucapan Yang Berhormat Padang Tengku, beliau juga telah membangkitkan kekesalan tentang pembuangan sampah yang memburukkan wajah negeri kita yang indah. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menambah bahawa perkara ini juga telah berlaku di kawasan (RNR) Lebu baru-baru ini. Di mana bukan sahaja sampah dibuang merata-rata tapi segala kemudahan seperti tandas dirosakkan oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, saya berharap langkah pencegahan dan tindakan tegas diambil terhadap pengguna yang tidak bertanggungjawab ini.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Izinkan saya membangkitkan satu isu kawasan saya iaitu berkenaan dengan ketiadaan kemudahan bekalan air bersih ke Kampung Orang Asli di Kampung Sungai Dua Hulu. Untuk pengetahuan umum, kedudukan Kampung Asli Sungai Dua Hulu ini,
ia terletak tidak begitu jauh daripada Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Bentong. Iaitu hanya lebih kurang 1 atau 2 km daripada sekolah tersebut. Saya amat berharap pihak PAIP dengan kerjasama mungkin dengan ORACO dapat menjalankan projek untuk menyambung kampung Orang Asli ni dengan kemudahan air bersih. Saya berharap satu perancangan penyelesaian diadakan dengan secepat mungkin untuk menyambung kemudahan air bersih dengan kadar secepat mungkin kerana akses kepada air bersih yang selamat diminum dan sanitasi kebersihan merupakan satu hak setiap insan di dunia ini yang perlu dipenuhi.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Berkenaan isu pewartaan Tanah Rizab Orang Asli di negeri Pahang. Langkah ataupun aktiviti pengukuran dan permintaan hak tanah adat akan membolehkan tanah adat dibangunkan dengan lebih teratur. Ini adalah satu langkah yang positif dan akan menjamin masa depan masyarakat Orang Asal. Dalam isu ini, pelaksanaan pengukuran dan permintaan adalah penting untuk memberi pengiktirafan kepada hak dan kepentingan Orang Asli di negeri Pahang. Sememangnya pengiktirafan hak adat Orang Asli di pedalaman melalui pengukuran dan permintaan tanah adat akan menentukan mana sempadannya dan kita mesti wartakan sempadan itu dengan jelas. Jadi, saya nak tanya, saya mengambil kesempatan ini untuk tanya apakah status terkini er…inisiatif kerajaan dalam perizaban tanah adat di negeri Pahang. Marilah kita sama-sama pastikan semua lapisan masyarakat adalah terlindung dari segi hak dan kepentingan di Malaysia yang tercinta ini. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Isu berkenaan ketirisan hasil negeri. Dalam titah ucapan diraja, Duli Paduka Sultan juga telah menzahirkan rasa kebimbangan berkenaan dengan kehilangan air tidak berhasil atau dengan izin Non-Revenue Water (NRW) di Pahang yang menyebabkan ketirisan hasil negeri yang serius. Setiap tahun negeri Pahang mengalami kerugian jutaan ringgit akibat ketirisan yang masih berterusan dan tiada penghujung. Saya telah dalam persidangan yang lalu membangkitkan isu kehilangan hasil negeri akibat kehilangan air tidak berhasil di negeri Pahang. Ia adalah pengetahuan umum bahawa isu kebocoran paip adalah satu masalah yang berlaku hampir di setiap kawasan dan di seluruh negeri Pahang. Kebocoran paip air yang serius dan sering berlaku telah menyebabkan kerugian dari segi kewangan di mana NRW dengan izin yakni air tidak berhasil menjadi satu isu ketirisan yang serius seperti mana yang dititahkan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan.
Adalah amat membimbangkan Yang Berhormat Dato' Sri Speaker apabila kita melihat statistik tahunan berkenaan dengan air tidak berhasil di Pahang. Yang menunjukkan Pahang berada di tempat yang keempat tinggi dengan kadar 47% di seluruh Malaysia adalah pengetahuan umum bahawa kerajaan telah membelanjakan wang berjumlah RM75 juta sejak tahun 2020 untuk menangani masalah NRW ini. Ia juga adalah sasaran negeri kita untuk mengurangkan kehilangan air tidak berhasil ini kepada 39.5% pada tahun 2028. Iaitu dalam tempoh lebih kurang tiga tahun dari sekarang. Di sini dengan peruntukan RM75 juta tersebut, saya ingin tahu keberkesanan pelaksanaan dan usaha PAIP untuk mengurangkan NRW ini agar negeri Pahang mencapai sasaran 39.5% menjelang tahun 2028. Adakah kita on track dengan izin untuk mencapai sasaran tersebut. Saya berharap pihak berkuasa yang berkenaan mempunyai tekad dan usaha untuk mengurangkan kerugian air tidak berhasil akibat kerugian air yang dirawat. Dato' Sri Speaker, isu keterjaminan makanan, isu keterjaminan makanan kini menjadi kebimbangan di peringkat nasional dan juga global. Lebih-lebih lagi dengan Perang Tarif yang sedang berlaku di antara Amerika Syarikat dengan negara China yang mungkin memberi impak kenaikan harga barangan makanan. Oleh itu, ia menjadi imperatif dengan izin kita mengurangkan kebergantungan kepada tahap import dan eksport makanan.
Kita perlu meningkatkan pertanian domestik dan meningkatkan pengeluaran komoditi. Dalam isu ini, saya bercadang agar agensi-agensi kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang, PKPP dan agensi-agensi lain yang berkaitan mengambil langkah dan melakar perancangan jangka masa pendek dan juga panjang untuk meningkatkan produktiviti pertanian di negeri Pahang. Sebagai misalan, sebagai satu suggestion dengan izin, kita boleh mempertimbangkan untuk membenarkan ataupun memberikan pajakan kecil tanah untuk satu tempoh tertentu. Katakan 20 tahun atau 30 tahun yang akan memberi peluang kepada petani terutamanya generasi muda yang ingin bergiat dalam bidang pertanian ini. Dengan adanya perancangan yang holistik berdasarkan sektor pertanian yang moden dan berteknologi tinggi, ia akan menjadi inspirasi dan menarik minat generasi muda supaya mereka bekerja bersama dan mengenali potensi sektor pertanian. Apabila lebih ramai petani dapat menjana keuntungan daripada kegiatan pertanian di samping meningkatkan sosioekonomi masing-masing, mereka akan meningkatkan produktiviti pertanian dan seterusnya menangani keterjaminan makanan dan juga akan mengurangkan kos import makanan yang kian meningkat. Akhir kata Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya dengan rendah diri memohon menjunjung kasih dan menyokong Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Sultan Pahang. Sekian, terima kasih.
Tepat pada waktunya, sekarang ini saya menjemput wakil daripada Bukit Ibam untuk membahaskan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, [Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera, [Ayat al-Quran]. Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, para pentadbir daerah dan para pemerhati sekalian. Pertamanya, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Mohon maaf, zahir dan batin andai ada salah dan silap. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri dan Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri yang baharu. Semoga dengan pelantikan ini dapat memacu negeri Pahang ke arah yang lebih makmur dan sejahtera, Insya-Allah. Yang Berhormat Speaker, Titah Diraja ke bawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan ketika Majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ke-4 Jumaat lalu sarat dengan panduan, nasihat dan teguran demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri Pahang yang tercinta ini. Bukit Ibam menjunjung kasih atas keprihatinan, kecaknaan dan ketegasan ke bawah Duli Paduka Baginda Tuanku.
Permata intan kalung berseri, Pengikat kata tunang berjodoh, Tuanku Sultan Payung Negeri, Rakyat jelata tumpang berteduh.
Yang Berhormat Speaker, ketegasan Titah Diraja Baginda Tuanku terutama isu pencerobohan tanah diharapkan dapat dilaksanakan secara total dan menyeluruh oleh kerajaan negeri dan para penguat kuasa undang-undang tanpa mengira sesiapa pun termasuklah kalau ia melibatkan orang-orang besar supaya tidak timbul persepsi tindakan dan pendakwaan yang diambil adalah bersifat terpilih. Justeru, dengan mengakui ketegasan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar dalam
menangani isu pencerobohan ini. Semoga Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja terus diberikan kekuatan oleh Allah dalam menangani isu ini, Insya-Allah. Bukit Ibam juga menyokong cadangan Yang Berhormat Cheka agar kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja, RCI bagi siasatan menyeluruh dan lebih diyakini terhadap isu pencerobohan tanah ini dapat dibuat. Yang Berhormat Speaker, Bukit Ibam menjunjung kasih Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku agar Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kerja Raya menaik taraf Jalan Kuantan - Segamat memandangkan laluan ini antara laluan utama dan menjadi antara pintu masuk ke negeri Pahang dari negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Menaik taraf Jalan Kuantan - Segamat ini dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di musim perayaan dan usaha menaik taraf ini secara tidak langsung akan membantu peningkatan ekonomi negeri ini.
Selain itu, jalan-jalan kampung juga masih banyak yang perlu dibaiki dan dinaik taraf seperti beberapa cerun yang runtuh dan sudah hampir dengan jalan raya seperti jalan masuk ke Felda Keratong 3, ke Felda Keratong 2 serta keadaan gelap di simpang masuk ke Kampung Melati. Pada bulan Mac baru-baru ini, sebuah kenderaan telah terbabas dan jatuh ke gaung di simpang tersebut. Yang Berhormat Speaker, peranan pengangkutan awam sangat besar dalam kehidupan masyarakat. Sebab itulah walaupun isu bas Ekspres Keratong - Kuala Lumpur telah saya bangkitkan dalam persidangan yang lalu. Namun apabila masalah ini masih berlanjutan dan belum selesai, terpaksa saya bangkitkan sekali lagi. Semoga ada penyelesaian yang akan diambil secara lebih serius. Saya difahamkan penyelesaian yang telah diambil ialah memberikan permit laluan bas ekspres ini kepada syarikat Sanwa Ekspres menggantikan syarikat MARA Liner atas alasan kedua-dua syarikat ini akan mengalami kerugian apabila kedua-duanya beroperasi di laluan yang sama. Persoalannya ialah masalah tidak juga selesai apabila pengguna di FELDA Keratong terpaksa ke Muadzam Shah terlebih dahulu untuk menaiki bas sedangkan bas tersebut melintasi Terminal Bas Bandar Tun Abdul Razak. Ramai ibu bapa yang terbeban ketika hendak menghantar atau menjemput anak-anak yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres ini. Bahkan ada keluarga yang terpaksa menyewa kenderaan lain hanya untuk menghantar anak-anak ke terminal bas.
Justeru, Bukit Ibam mencadangkan tiga solusi. Yang pertama diserahkan kembali perkhidmatan bas ekpress ini kepada Syarikat MARA Liner yang telah beroperasi puluhan tahun. Sesuai dengan MARA itu sendiri, singkatan daripada perkataan Majlis Amanah Rakyat, sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang bukan semata-mata berorientasikan keuntungan tetapi juga sebuah agensi yang menjaga kebajikan penduduk di luar bandar atau yang kedua. Bas Sani Express Muadzam Shah, Kuala Lumpur perlu singgah mengambil penumpang di Terminal Bas Bandar Tun Abdul Razak atau yang ketiganya tidak dapat beroperasi setiap hari sekurang-kurangnya beroperasi tiga kali seminggu. Tolonglah simpati terhadap kesusahan para pengguna perkhidmatan awam ini yang kebanyakannya adalah B40.
Yang Berhormat Speaker, kalau dalam persidangan lalu saya bangkitkan isu haiwan liar dalam perbahasan kali ini, saya ingin ketengahkan pula isu haiwan jinak iaitu haiwan ternakan seperti lembu, kambing yang berkeliaran di kawasan kampung dan jalan raya. Dalam bulan Januari baru-baru ini sahaja, ada dua kemalangan jalan raya disebabkan oleh lembu yang berkeliaran. Dan baru-baru ini juga dalam tempoh seminggu sahaja, ada dua kes lembu terjatuh ke dalam kolam tapisan di Loji Rawatan Air Kampung Rekoh. Isu ini masih tiada kesudahan. Justeru, selain usaha penguatkuasaan yang cuba dilaksanakan Bukit Ibam ingin mencadangkan agar usaha memupuk kesedaran dalam masyarakat perlu dilakukan seperti memasukkan isu ini ke dalam teks khutbah Jumaat. Memberi kesedaran kepada masyarakat, bagaimana
soal keharusan dan keberkatan rezeki yang terhasil dari sumber ternakan yang dibiar berkeliaran memakan dan merosakkan tanaman orang lain bahkan membahayakan nyawa orang lain. Kajian fatwa juga mungkin perlu dilakukan. Bincangkan tentang adakah pihak berkuasa tempatan diharuskan pada syarak menangkap dan merampas ternakan yang berkeliaran ini? Semoga usaha-usaha ini dapat membantu meminimakan masalah berkait haiwan ternakan yang berkeliaran ini. Yang Berhormat Speaker, terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) atas peningkatan mutu perkhidmatan bekalan air terutama ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Alhamdulillah, namun, gangguan bekalan air masih berlaku di beberapa kawasan kampung. Semoga mutu perkhidmatan ini dapat terus dipertingkatkan dari masa ke masa Insya-Allah. Yang Berhormat Speaker, isu penggunaan premis awam seperti dewan orang ramai. Saya ingin memberi sedikit nasihat kepada kerajaan. Kalau pimpinan kerajaan hari ini ingin kekal menjadi kerajaan pada penggal akan datang. Pemimpin kerajaan perlu dilihat oleh para pengundi sebagai kerajaan yang adil dan berjiwa besar tidak memilih warna dan insya-Allah rakyat pun akan sayang. Sebaliknya, jika pemimpin kerajaan dilihat tidak berjiwa besar, tidak demokratik dan pilih kasih. Orang ini boleh guna orang ini tidak boleh guna dan rakyat memerhatikan semua ini.
Maka selepas ini jika tiada apa-apa perubahan, tidak mustahil di era politik hari ini, rakyat yang akan melakukan perubahan dalam PRU yang akan datang. Yang Berhormat Speaker yang terakhirnya, saya jugi...juga ingin menyentuh isu peruntukan. Cuma jangan bimbanglah, bukan nak mendesak apa-apa cuma sekadar mengajukan soalan. Terlebih dahulu, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar di atas peruntukan projek kecil yang disalurkan melalui pejabat daerah yang ditambah daripada RM30,000.00 hingga ke RM60,000.00 terima kasih.
Soalan saya ialah berapakah jumlah peruntukan yang diterima oleh wakil rakyat kerajaan termasuk peruntukan yang diberikan kepada ADUN-ADUN Lantikan? Jawapan kepada soalan ini sangat perlu kerana rakyat di luar sana perlu mengetahui peruntukan yang akan disalurkan kepada mereka melalui wakil-wakil rakyat ini. Adakah wang itu benar-benar sampai kepada mereka atau tidak? Yang Berhormat Speaker, dengan ini, Bukit Ibam mohon menyokong usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku. Terima kasih.
Terima kasih Bukit Ibam. Kita jemput Wakil yang terakhir untuk sesi pagi ini. Wakil daripada Kuala Sentul.
[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera dan salam Pahang Berdaulat. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja, Ahli - ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan yang saya muliakan sekalian. Dengan penuh takzim, saya berdiri pada hari ini bagi menyatakan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih yang tidak terhingga ke atas Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ke-4 Dewan Undangan Negeri Ke-15. Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku bukan sekadar simbolik tetapi merupakan seruan yang sarat dengan hikmah serta peringatan
tegas kepada seluruh kepimpinan negeri ini supaya kembali kepada asas pemerintahan berteraskan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, keadilan sosial dan kesetiaan yang mutlak kepada Raja pemerintah.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Pada ruang ini, saya ingin menzahirkan kegusaran rakyat berhubung isu pencerobohan tanah kerajaan negeri secara besar-besaran di kawasan Hutan Simpan Batu Talam dan Lesung khususnya yang membabitkan penanaman durian Musang King. Pencerobohan tanah secara haram ini bukan lagi rahsia. Ia telah menjadi skandal terbuka yang memperlihatkan bagaimana undang-undang negeri, integriti pentadbiran dan kedaulatan Tuanku sedang diperlekeh. Siasatan awal oleh pihak Jabatan Perhutanan Pahang mendedahkan bahawa hampir 1200 hektar kawasan hutan simpan kekal telah diteroka secara haram.
Tanaman bernilai tinggi didalangi oleh sindiket dan individu yang berpengaruh. Lebih mendukacitakan, penguatkuasaan dilihat terencat seolah-olah wujud campur tangan atau kebimbangan politik untuk bertindak terhadap mereka yang terlibat. Apakah keistimewaan mereka ini hingga tidak dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang. Merujuk kepada Seksyen 32 Enakmen Perhutanan Negeri, pemakaian 1985 Enakmen 1/1986, mana-mana individu atau entiti menceroboh hutan simpan kekal tanpa kebenaran adalah melakukan kesalahan berat dan boleh dikena denda sehingga RM500,000.00 atau hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Mohon mencelah peraturan mesyuarat 36 (2) tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah. Sekiranya pada timbangan pengerusi harus merosakkan kepentingan-kepentingan pihak yang berbicara itu. Tadi Yang Berhormat sebut er... isu Musang King di Raub di mana ia masih dalam proses mahkamah untuk makluman Ahli Berhormat.
Yang Berhormat saya dah sebutkan perkara tersebut pada hari yang pertama semalam bahawa perkara yang dalam mahkamah iaitu kalau mengikut peraturan mesyuarat kita 36 (3), perkara 36 (2), ia tidak boleh disebut apa-apa perkara di dalam pertimbangan mahkamah. Sekiranya pada pertimbangan pengerusi harus merosakkan kepentingan-kepentingan yang berbicara. Jadi kita tak nak Yang Berhormat seorang peguam dan tahu apa namanya perkara- perkara yang boleh dan perkara yang tidak boleh contempt of court dan sebagainya kerana dia mungkin boleh mengubah. Pada saya, perkara ini kita kena hormatlah ya kerana kita ada peraturan dan saya harus bertindak adil juga ya sebab perkara ini telah menjadi isu besar di luar sana. Jadi, kita tak perlu tafsirkan di sini dan kita harap supaya Yang Berhormat boleh teruskan ucapan perkara yang lain.
YB Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya minta petua sikit. Yang dibicara di mahkamah sekarang ialah soalan rayuan berhubung bukan dengan pencerobohan rayuan terhadap pengeluaran hasil. Yang dibincangkan ialah titah Tuanku berhubung dengan pencerobohan, saya fikir dua benda yang berbeza supaya kalau kita tak bincang seolahnya titah Tuanku tak dibahas dalam Dewan tentang pencerobohan. Saya setuju dengan pandangan Dato’ Sri Speaker ialah yang dirayu sekali ialah bukan soal
pencerobohan yang dibangkitkan oleh ADUN itu ialah soal pencerobohan kalau boleh mintak diperjelaskan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya nak nak perjelaskan Cheka ni sebut tentang rayuan adalah berhubung dengan pengeluaran hasil saya tu tak betul. Sebab keputusan Mahkamah Tinggi adalah berkait dengan satu notis pengusiran tanah di Sungai Chalet, Sungai Klau, Sungai Ruan dan Teranum di mungkin Gali. So saya rasa isu yang berkaitan dengan pencerobohan berkait dengan tanah-tanah yang saya sebutkan tadi adalah tak boleh sebut. Very clear dalam…dalam rayu dalam keputusan hakim di Mahkamah Tinggi dan sekarang sedang dirayu di Mahkamah Rayuan.
Saya lagi semalam pun ada dibincangkan soal pencerobohan. Pencerobohan secara umum kita tidak pernah saya tidak pernah melarang. Tapi kalau ianya dilihat ada kecenderungan untuk mempengaruhi keputusan mahkamah yang sedang berlangsung sekarang itu sahaja. Yang Berhormat boleh bercerita pasal pencerobohan, kita ambil tindakan dan sebagainya tetapi kita tidak mahu dilihat sebagai spesifik kepada perkara tersebut. Cuma saya nak saya nak komen ni kerana ada wakil daripada pihak kerajaan yang bangun yang tadi telah baca wakil daripada Tanah Rata. Jadi saya nak respon kepada itu.
Yang Berhormat nak bincang soal-soal pencerobohan secara umum tak ada masalah dan sememangnya itu pun yang sedang dibuat oleh kerajaan Kebawah Duli Tuanku iaitu sedang membanteras pencerobohan-pencerobohan cuma kita tak mahu ianya nanti akan mempengaruhi keputusan. Jadi sila teruskan kepada perkara lain saya.
Saya membincangkan pencerobohan yang berlaku sekarang yang dititahkan oleh Tuanku semasa pembukaan Dewan. Ya, saya tak tahu ada isu mahkamah di kawasan lain yang terlibat. Jadi, saya tak menuju kepada perkara yang terlibat dengan mahkamah yang dinyatakan. Saya pun tak pasti.
Ya, saya faham tadi ADUN daripada Kuala Sentul ada sebutkan tadi. Hutan Simpan Tersang tu termasuk dalam kes mahkamah sebab tu tadi bila sebut tu ada melibatkan tu. Jadi ini yang dibangkitkan oleh ADUN Tanah Rata. Jadi perkara yang ada kaitan dengan mahkamah tu tak sepatutnya dibangkitkan.
Tak sepatutnya disebut.
Sebab ada kaitan Tersang tadi.
Kerana kita ada Peraturan Mesyuarat.
Mungkin kesilapan di situ. Saya mohon maaf.
Sila mintak tarik balik lah Tersang tadi.
Di Hutan Simpan Tersang. Rakyat mempersoalkan jika rakyat biasa membuka satu ekar tanah secara haram ini secara general.
Saya tak larang. Dari semalam perbahasan tak ada satu larangan pun yang saya buat. Cuma bila disebut spesifik kepada perkara yang dibincangkan dalam mahkamah dan juga tadi apa yang disebut oleh wakil Cheka sebenarnya tidak menepati apa yang dituntut oleh pihak…pihak…pihak…apa namanya pihak pekebun. Mereka sebenarnya mempertikaikan mengapa mereka diusir? Bukannya soal bayar bayaran. Sebenarnya itu itu itu kena clear tu. Terima kasih.
Rakyat mempersoalkan jika rakyat biasa membuka satu ekar tanah secara haram mereka disita dan didakwa. Tetapi apabila ada pihak tertentu yang rakus mencabuli undang-undang malah mengaut keuntungan berjuta ringgit setahun mereka seolah-olah dilindungi.
Racun di galas bercampur cuka, Tidak disedari terhidang di meja, Kalau sudah terang durhaka, Mengapa masih dipeluk dipuja.
Yang Berhormat…
Er…Yang Berhormat Speaker, saya rasa saya nak buat satu peraturan Dewan ni berhubung dengan sangkaan jahat ni. Sebut tadi tentang satu ekar tanah rakyat yang disita, saya kalau boleh kita rujuk what…what case apa contoh kerajaan telah menyita satu ekar tanah rakyat ceroboh dan ada penyitaan so kita sebut kalau tak ada tak payah sebut tu sangkaan jahat kepada Dewan.
Saya dah cakap tadi tu secara general.
Mana boleh general. Kita sebut dengan sangkaan jahat. General.
Elok sangatlah. Lawyer sama lawyer. Biar dia bertaki.
Pembetulan saya bukan lawyer, saya engineer. [Ahli Dewan ketawa]
Patut salah. [Ahli Dewan ketawa].
Dato’ Sri Speaker, kalau nak sebut general saya nak tanya Ahli Yang Berhormat isu Kampung Bharu ni secara general “Adakah pentadbiran PM masa tu bertanggungjawab dan perlu tampil untuk memberi jawapan kepada rakyat kerana pada masa itu PM dari pentadbiran PN yang menjadi Perdana Menteri dan kerajaan dan pengambilan tanah berlaku pada tahun 2021 dan kita masih menunggu sama ada Bersatu, PAS memberi jawapan sama ada pengambilan tanah berlaku apabila mereka jadi kerajaan? Ini secara generallah. Nak jawab ke nak move on? Terima kasih.
Saya move on tapi saya tak tahu kenapa Ahli Yang Berhormat daripada kerajaan ni sangat terasa sebab saya baru nak bercakap. Bertitah..
Bertitah Tuanku ya. [Ahli Dewan ketawa].
Minta maaf saya baru nak mula. Ucapan saya menjunjung titah Tuanku. Saya nak move on. Saya akan sambung bagi saya…
Bagi saya sikit laluan. Saya nak jelaskan tentang kekeliruan tentang isu rayuan tadi. Saya baca kronologi. Ogos 2020 permohonan semakan permohonan semakan kehakiman oleh pekebun. Seramai 131 pekebun Musang King memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar perintah kerajaan negeri supaya mereka mengosongkan ladang seluas 2160 hektar meliputi kawasan…kawasan Sungai Chalit sebagainya.
Disember 2020 Mahkamah Tinggi Kuantan tolak permohonan. Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan semakan kehakiman tersebut menyatakan bahawa para pekebun tiada hak undang-undang. Kemudian 2021, Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan sementara notis itu ialah melewatkan pengosongan ladang, pengosongan ladang.
Pengosongan ladang tu pengusiran la maksud dia. Yang bermaksud Yang Berhormat sebut awal tadi seperti yang disebut oleh Wakil Lantikan adalah soal hasil itu… itu… itu… Itu khilaf dia. Itu khilaf dia Yang Berhormat tapi memang pengusiran itu betul. Itu tepat. Itu sebenarnya…
Jadi isu yang dibangkitkan ialah yang tak boleh disentuh ialah soal yang yang dirayu di peringkat mahkamah bukan selain daripada ini. Betul kan apa yang kita.
Perkara yang yang disebut dalam mahkamah tadi, tadi. Tadi sebenarnya tadi wakil dari lantikan tadi yang saya fahamkan. Saya minta Wakil Lantikan clearkan balik, maknanya Yang Berhormat menyebut soal bahawa mereka tindakan mahkamah itu adalah soal harga tak silap saya. Tapi sebenarnya disebut bukannya soal harga tindakan mahkamah tersebut adalah soal mereka mencabar pengusiran maksudnya mengosongkan tanah itu. Maknanya mengapa mereka perlu kosongkan tanah itu? Sebenarnya itu itu khilaf dia. Itu sahaja.
Boleh saya mencelah sikit. Tapi kalau kita lihat tadi ya, bila kita sebut kronologi secara tak langsung kita dah masukkan kes mahkamah sebab kita sebut balik sepatutnya tak payah tak payah sebut apa pun. Terima kasih.
Okay, kita teruskan lah.
Saya ucapan saya untuk menjunjung titah Tuanku. Saya sambung eh. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, lebih mendalam lagi persoalan moral dan maruah negeri
turut timbul apabila ada wakil rakyat baik ADUN mahupun Ahli Parlimen yang tergamak mempertahankan pihak yang menceroboh malah dalam membenarkan penderhakaan kepada Tuanku Sultan berlaku di bawah pengawasan mereka. Saya ingin menyoal dengan jujur dan tegas kepada saf kepimpinan kerajaan hari ini khususnya rakan-rakan daripada UMNO. Bukankah kalian telah mengangkat sumpah jawatan untuk menjunjung perlembagaan negeri serta mentaati dan memelihara…
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Kuala Sentul ADUN dan Parlimen…Parlimen tu kita jelas tahu siapa. ADUN tu boleh spesifik tak? Siapa? Yang mengatakan mempertahankan tu…
Yang Berhormat Kuala Sentul sila duduk bila. Bila ada seorang bercakap, sorang kena duduk.
Yang Berhormat ada mengatakan ADUN tadi. Parlimen saya tidak persoalkan, memang jelas ADUN tu…Ada tak kenyataan-kenyataan ADUN yang menyebelahi pihak pekebun haram Musang King yang, yang sedang diperkatakan ni. Sila, sila nyatakan siapa dia ADUN tu?
Sekejap tadi baru ada contoh Yang Berhormat Dato’ Sri. Sekejap tadi ada contoh di sini. Baru bercakap sikit dah nak...
Ini sangkaan jahat ni…
Dato’ Sri Speaker, saya rasa Yang Berhormat Kuala Sentul memberi…mengeluarkan sangkaan jahat ke atas saya. Walaupun dia tak sebut nama...
Dak Yang Berhormat, Yang Berhormat Kuala Sentul…perkara ni serius. Kita dalam Dewan, kita jangan permain-mainkan soal Dewan. Saya boleh ambil tindakan yang lebih keras lagi kalau saya nak lakukan. Jadi, saya harap supaya kita tidak panjangkan lagi soal pertikaian ini. Jadi, kita teruskan kepada perkara-perkara lain. Kalau Yang Berhormat masih nak berucap, kalau tidak saya boleh tempohkan Dewan ini.
Yang Berhormat, saya mintak dia tarik balik tadi isu apa…ADUN yang menentang apa nama tindakan kerajaan negeri ni.
Kita main buat sangkaan-sangkaan dalam Dewan yang mulia ini. Ya kita ada peraturan mesyuarat ya, kita tau kita ada peraturan mesyuarat ini yang mesti kita hormati.
Yang Berhormat Pengerusi, saya meneliti di mana Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar sebut kata tuduhan daripada ADUN Kuala Sentul itu satu tuduhan yang cukup serius. Nyatakan seolah-olah kita mengambil ini khususnya daripada barisan ini Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja dan barisan EXCO mengangkat sumpah taat setia. Makna kita derhaka kepada Kebawah Duli Tuanku. Tuduhan tu serius bukan main-main. Jangan buat tuduhan begitu. Cuba lihat betapa tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan dan jangan bersangka buruk. Sebab itu, dalam konteks seumpama ini, dalam kita berbahas, dalam kita nak menekankan aspek, jangan kita buat tuduhan.
Saya ingat yang tu saya minta Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker minta rakan ataupun ADUN Kuala Sentul tarik balik semula yang kenyataan awal tadi seolah-olah mengatakan yang kita ingkar dengan sumpah yang telah kita buat untuk taat setia kepada Kebawah Duli Tuanku. Itu satu dakwaan yang kalau tidak makna kita akan dirujuk kepada jawatankuasa pilihan untuk mengenakan tindakan disiplin.
Tadi saya bertanya soalan, itu soalan.
Saya minta tarik balik, tarik balik, tarik balik, tarik baliklah.
Okay, saya tak nak panjang-panjangkan. Saya tarik balik.
Teruskan perkara lain. Perkara ni dah…dah ibarat kata orang tu dah, dah masak dah. Kita pergi kepada perkara-perkara lain.
Dato’ Sri Speaker, kesan ekonomi kepada negeri sangat besar dan berpanjangan, hasil kerajaan negeri dan dianggarkan rugi kurang RM30 juta. Saya tak sentuh yang
tadilah, ini masuk dalam bab ekonomi. Hasil kerajaan negeri dianggarkan rugi tidak kurang RM30 juta setahun akibat kehilangan premium tanah, royalti hasil pertanian dan kutipan cukai yang tidak dilapor tetapi lebih daripada sekadar angka. Kesan ini membawa implikasi amat dalam terhadap kestabilan fiskal negeri, keyakinan pelabur dan kemampuan kita menyampaikan perkhidmatan asas yang diperlukan oleh rakyat.
Bagaimana kita mahu bercakap tentang menarik pelaburan berkualiti dan melonjak daya saing negeri jika kita sendiri gagal menegakkan undang-undang dan menjamin tadbir urus yang bersih. Penyelewengan hasil bumi negeri dan segelintir individu atau korporat yang rakus bukan sahaja melemahkan institusi negeri tetapi turut memusnahkan asas keadilan dan ekonomi yang berpanjangan yang kita perjuangkan. Tatkala negeri ini memerlukan suntikan kewangan bagi pembaikan sistem pendidikan, meningkatkan tahap kesihatan awam, membangunkan infrastruktur desa dan memperluaskan peluang ekonomi luar bandar. Kita biarkan penyangak yang rakus dan tidak beretika mengaut untung jutaan ringgit hasil pencerobohan tanah kerajaan. Ini bukan sahaja jenayah terhadap negeri tetapi satu siri pengkhianatan…
Dato’ Sri Yang di-Pertua, kenapa, kenapa apa namanya wakil daripada...
Kuala Sentul.
Kuala Sentul… sebut kita biarkan. Adakah benar kita biarkan benda ni?
Sila, sila… Yang Berhormat...
Perkara ni dah berlaku empat dekad, saya mengambil…
Saya, I’m to be fair, ya. Kita biarkan. Sekarang ni kerajaan dalam mahkamah. Kalau sekiranya kerajaan tak saman, tak dakwa pekebun-pekebun tu, perkara tersebut tak dalam mahkamah. Kita kata kena ingat je keadaan dah bertindak.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar menjadi Menteri Besar pada tahun tahun 2018. Saya nak clearkan ni supaya di dalam Dewan ini tidak ada sangkaan-sangkaan buruk dan saya nak kawal Dewan ni supaya kita bercakap yang benar tetapi jangan kita buat sangkaan-sangkaan buruk yang mana kita ada peraturan mesyuarat yang mesti kita patuh. Kita Ahli-ahli Dewan sebab itu disebut Dewan yang mulia. Silakan. Saya tidak pernah menyekat mana-mana Ahli Dewan untuk, untuk Menjunjung Titah Kebawah Duli Tuanku untuk, untuk berbahas, tak ada. Tapi kalau sekiranya ianya melibatkan
perkara-perkara yang berniat buruk, yang ada di dalam mahkamah iaitu yang tidak mengikut peraturan, yang itu saya tegur…yang lainnya, silakan.
Tadi berpanjangan tu sebab dah…Kita bercakap Titah Tuanku yang mengatakan sudah empat dekad. Itu maksud saya.
Betul Dato’ Sri Yang di-Pertua, empat dekad…benda ini kita buat satu persatu yang sikit, yang banyak kita dah sebut kelmarin. Cheka pun sebut bermula daripada Allahyarham Tun Abdul Razak, kerjanya kita dah buat tetapi kita menghadapi benda ini adalah kesan daripada kita dijajah dulu. Waktu penjajahan dulu macam-macam orang buat dalam hutan tu, macam-macam angkara orang Melayu cara Melayu, Orang Asli cara Asli, orang Cina cara Cina. Masing-masing berebut sebab waktu itu kita cacamarba tak ada undang-undang, tak ada peraturan. Penjajah yang menguasai kita, benda itu berekoran sampai hari ni. Kesian ke DO tu tengok…merah muka tu buat kerja bagai lintang ke dak nak menyelesaikan masalah tanah. Jadi, kalau kita buat macam ni nanti esok DO semua letak jawatan, letih kita. Jadi, terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Kita tu, bila kita cakap gitu… yang kecil hati DO sebenarnya sebab dia orang, Pengarah PTG, dia orang buat kerja ni bagai nak rak tak, tak berhenti mesyuarat tiap-tiap minggu, tiap-tiap bulan turun padang, pergi sana, pergi kemari. Kita jadi ADUN je, sampai masa Sidang Dewan, kita melalak… marah sana, marah sini.
Bukan senang. Percayalah, benda ni kita berusaha sedaya mungkin. Saya tengok sendiri Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang bagaimana tiap-tiap minggu kita ikut team kita. Saya daripada tak reti pasal tanah, dah reti dah sikit sebanyak. Saya ni ustaz, baca Quran pandai, tak reti baca kanun-kanun tanah tu tapi dah reti dah. Ada namanya apa? 204D lah, macam-macam Akta Tanah. Bukan senang tapi bukan Mercedes.
Restu itu.
Itu 240.
Dato’ Sri Speaker, boleh saya mencelah sikit.
Okay daripada Ketari.
Ya, semalam Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun menjelaskan apa tindakan yang beliau ambil untuk berhenti membanteras semua ini. Beliau sendiri naik helikopter dengan Pengarah Perhutanan, PTG. Beliau dah janji setiap bulan beliau akan buat tu dan bagaimana mereka telah merampas tanah 1,000 hektar dekat Bentong. Jadi, ucapan seolah-olah kerajaan tidak buat apa apa ini tidak betul. [Ahli Dewan menepuk meja]
Ini tidak betul. Saya pohon dia berhenti memberi sangkaan buruk, jahat kepada bahawa penjawat awam, kerajaan negeri tak buat apa-apa pun walaupun ni dah 40 tahun. Semua ni kita nak menoktahkan. Memang usaha kerajaan telah pun dijalankan. [Ahli Dewan menepuk meja]
Jadi mungkin, mungkin semalam beliau tak ada. Mungkin beliau tak faham.
Ha, betul. Satu hari dia tak ada.
Saya Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya menyampaikan dari pihak belah pembangkang. Saya...apa perkara yang baik dibuat oleh kerajaan saya tak, saya tidak apa ni merendahkan pegawai kerajaan. Apa perkara yang baik dibuat oleh kerajaan, saya menyokong. Saya menyokong apa Yang Berhormat Dato' Sri...
Saya...saya...benda ni pada pembangkang dia macam pisang diwap.
Yang Berhormat, duduk.
Dato' Sri Speaker, orang tua-tua dulu kata dia dapat, dia dapat isu ni macam pisang kena wap. Dia kembangkan pisang, gembira betul. Jadi dapat isu, er... ini boleh kita jaja, padan muka kerajaan. Tak boleh gitu, tak boleh, kesian ke DO-DO tu, kesian kepada kerajaan.
Yang Berhormat Speaker, saya kira ini juga satu sangkaan jahat.
Tak, sebab apa...
Kita bercakap, kita ni sebagai pembangkang. Semak dan imbang Yang Berhormat Speaker. Kerajaan perlu mendengar teliti yang mana boleh dinilai dilaksana, laksana. Kalau nak tolak, terpulang.
Tak, bukan...
Tapi jangan bersangka jahat. Bila kita tegur bermakna kita ni sentiasa jahat.
Dato' Sri Speaker, apa sebab... kita cakap...
Yang ini salah ni. Saya harap Yang Berhormat Speaker, dia kena tarik balik.
Tadi Kuala Sentul cakap bagaikan dibela, dijaga kepada...
Seorang bercakap, seorang bercakap.
Kemudian tadi cakap lagi sebab ada beberapa kenyataan.
Ini flow Kuala Sentul, jadi bila Kuala Sentul bagi laluan...
Saya bagitahu. Sebab tu saya harap...
Jadi saya rasa ini juga sangkaan jahat pihak kerajaan kepada kami pembangkang, tak adil.
Adakah apa sahaja teguran kami buat....
Tetapi... Beserah, Beserah.
Dianggap sebagai bersangka jahat.
Beserah, saya suka kalau kita memberikan sokongan apa yang telah dititahkan oleh Tuanku yang disokongkan oleh MB untuk kita membanteraskan pencerobohan ini. Tetapi saya tak setuju seandainya kita menyatakan seolah-olah kita mempertahankan. Ini ayat yang keluar.
Itu betul.
Apa sebab kita bercakap mempertahankan? Seolah-olah kita nak memburukkan kerajaan. Maknanya [Ayat al-Quran] ini bukan syak ni ya. [Ayat al-Quran] kata pepatah Arab, Orang yang bijak hanya dengan isyarat kita dah faham apa body language dia. Dia nak bawa kita ke mana. Bukan susah. Tetapi kalau kita yang mengatakan..."
Saya rasa apa yang dimaksudkan bila kita sentuh kerajaan, apa yang disebutkan tadi, bila dapat isu je inilah masanya. Inilah ketikanya kita nak kenakan kerajaan. Yang ini bersangka jahat.
Okay macam ni.
Yang ini yang saya mintak supaya kita betulkan.
Yang Berhormat.
Kita bukan nak orang kata er...benda gini.
Yang Berhormat, saya setuju maknanya apa yang pesanan Yang Berhormat kita ambik kira. Kuala Sentul, kalau nak berucap lagi, jangan ada perkataan-perkataan begitu. Kalau tidak saya tempohkan ucapan. Saya bagi dalam masa 3 minit lagi untuk habiskan.
Saya pun tak fahamlah perkataan mana yang sangat...
Saya dah beritahu. Jangan kita panjangkan.
Saya dah sebut apa perkataan yang disebutkan oleh Kuala Sentul.
Okey. Tolong teruskan Kuala Sentul. Kalau nak terus, kalau tidak saya tempohkan mesyuarat kita.
Okay baik, saya pergi ke isu-isu kawasan sayalah perumahan ya di kawasan saya Kuala Sentul [ketawa]. Nak cakap tadi sebenarnya Dato' Sri Speaker tapi nampak Dewan makin panas dan Dato' Sri Speaker pun mintak nak menempohkan ucapan saya. Jadi saya maklum dan saya akurlah. Saya akan terus ke isu perumahanlah. Sebab yang saya nak cakap tadi dalam kerajaan ini ada 2...
Yang Berhormat, cakaplah isu Yang Berhormat tu. Saya bagi peluang ni.
Jadi, isu di Kuala Sentul dan juga beberapa kawasan lain. Isu perumahan generasi baru FELDA masih tidak bergerak dan saya dapati difahamkan makin parah sebab ada kontraktor yang mengambil [tidak jelas] pada kawasan-kawasan tertentu. Jadi selagi ada isu mahkamah, rumah ini takkan dapat disiapkan dan perumahan ni melibatkan lebih kurang 1850 buah rumah yang mana kalau kita ambil purata 5 orang satu keluarga, ia melibatkan lebih kurang, lebih kurang 10,000 peneroka yang menunggu perumahan generasi baru ini bagai buah yang tak gugur. Itulah saya rasa banyak gangguan hari ini jadi saya tak boleh nak teruskan. Terima kasih. Assalamualaikum WBT. [Ahli Dewan ketawa].
Yang sebenarnya Dato' Sri Speaker, saya rasa Kuala Sentul tak ada benda nak cakap sebenarnya. Jadi dari padan begitu sajalah. Saya tengok daripada tadi. Lepas tu Dato' Soffi, rakan saya daripada Benta. Lepas itu daripada Kerdau. Padan begitu, lepas itu gulung, saya menyokong Titah Diraja.
Yang sebenar Dato' Sri Speaker. Kalau tadi kita dibagi tempoh 15 minit.
Tak, nantilah sekejap.
Jadi saya nak menghabiskan.
Hah, tengok tu.
Tapi kalau banyak sangat gangguan macam mana saya nak menyampaikan teks ucapan saya yang penuh yang merujuk kepada konteks yang sebenar.
Bagilah saya cakap juga.
Jadi kalau diganggu, tak bolehlah.
Bagilah saya cakap juga.
Seorang bercakap.
Seorang saja.
Peraturan Mesyuarat. Hanya seorang sahaja berdiri.
Saya tengok je dia Dato' Sri Speaker. Yang sebenarnya tak ada benda pun, er... isinya tak ada apa. Lepas itu...
Wakil daripada Jengka...Wakil daripada Kuala Sentul, dia tak ada semalam. Dia seharian dia di kawasan memuliakan keberangkatan Kebawah Duli Tuanku. Itu kita faham tugas rasmi dan kerana tak ada semalam, jadi dia tak... dia tak dapat mengikuti perbahasan kita yang... yang sangat hebat sebenarnya, tetapi tak adalah sampai saya menegur supaya tarik balik dan sebagainya. Semalam, Ahli Yang Berhormat daripada Cheka, dia berbahas dengan baik dengan Dato', dengan wakil kerajaan bukan main lagi tapi masih lagi tidak ada yang merasakan bahawa bersangka baik, semuanya bersangka baik. Cara perbahasan itu sebenarnya. Cara perbahasan kita, cara penyampaian kita, cara percakapan kita. Itu sebenarnya dalam Dewan ni. Kita boleh kritik apa saja, kita boleh buat apa sahaja. Kita boleh keluarkan apa perkataan kita ada imuniti tetapi kaedah cara kita berucap itu ianya tidak dilihat ya, tidak dilihat ianya tidak mengikuti apanya peraturan Dewan. Sila Wakil Kerajaan.
Dato' Sri Speaker. Kuala Sentul Syawal ini puasa enam tak?
Dato' Sri Speaker, jawab soalanlah [ketawa].
Tak [ketawa]. Saya tanya, tanya. Kalau puasa enam tu mungkin lebih ber...apa, ada sikit, ada hidayah sikit, ibarat macam tu. Macam Dato' Sri Speaker dengan sahabat
saya daripada Benta. Ni, saya tadi saya kat luar, kat luar sana. Kita ajak lah borak-borak sikit kan. Dia lari je terus masuk bilik air. Jadi saya nak menjelaskan keadaan tu supaya benda yang kecik ni kita tak payah besar-besarkan sangat kecuali benda yang penting melibatkan dasar kerajaan yang perlu kita bahaskan. Contoh macam rumah. Soalan kat Maran tadi. Dia... kadang kadang dia mengelirukan soalan dia tu. Dia memberikan persepsi bahawa kerajaan ini memang tak buat kerja, er...macam tu. Soalan Dewan tak jawab. Soalan Dewan tak jawab? Maknanya benda yang dah jawab dan di itu...saya diberitahu semua urus setia, semua dah dijawab. Jadi kita tak bolehlah beritahu dalam...pada rakyat dalam Dewan yang mulia ni seolah-olah macam EXCO Perumahan ni tak buat kerja, tak jawab soalan. Cakap bilion-bilion. Contoh di Maran, memang kita buat hampir RM500 juta. Dah disuruh minta maaf di Temerloh. RM500 juta dan RM123 juta telah siap rumah, telah siap. Yang lain telah dalam proses. Begitu juga di Maran. Semua melalui proses Yang Berhormat Kuala Sentul dan biasa ke MDL ini memang kita telah adakan mesyuarat dan kita mengambil tindakan-tindakan yang sesuai dan memerlukan sedikit masa untuk kita menyelesaikan kemelut yang dihadapi dan kita berjanji akan menyiapkan rumah tersebut. Itu komitmen kerajaan negeri untuk memastikan projek PGBF ini dapat disiapkan.
Terima kasih. Terima kasih wakil daripada kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Di sebelah pagi, seramai 6 orang ahli telah pun mengambil bahagian. Jadi, saya akan menempohkan persidangan ini pada sebelah pagi ini dan persidangan ini akan disambung semula pada pukul 2.30 petang. Persidangan ditempohkan. Assalamualaikum WBT.
[Persidangan ditempohkan]
Sambungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan PahangMotion
Perkara Ketiga: Sambungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Salam sejahtera dan selamat petang, persidangan kita disambung semula. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian kita masih lagi di atas Usul yang berbunyi bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Pada sebelah petang ini kita akan menyambung semula perbahasan atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan saya akan memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul ini. Baiklah, saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Chenor. Sila.
[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Alhamdulillah [Ayat al-Quran] Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Daerah dan yang hadir dan yang menyaksikan Persidangan kita pada petang yang mulia ini. Mengambil peluang di dalam Dewan Yang Mulia ini, Chenor Menjunjung Kasih Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka er… Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang bersama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang atas limpah perkenan berangkat mencemar duli ke daerah Maran dan DUN Chenor sempena Kembara Pahang 1.0 pada hari semalam. “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada”.
Masalah rakyat sama dikongsi, Raja dan rakyat tiadalah sangsi, Ikatan terus jadi serasi, Tercipta nostalgia untuk generasi.
Daulat Tuanku. Chenor ingin Menjunjung Kasih Kebawah Titah er… Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Dewan Negeri Pahang pada Jumaat yang lalu. Dapat disimpulkan melalui titah tersebut, Baginda menyeru agar kita semua dapat menoktahkan kemiskinan tegar er… menoktahkan er… menoktahkan pencerobohan, menoktahkan ketirisan serta tidak lupa mengukuhkan dakwah dan juga syariah Islamiah.
Yang Berhormat Speaker, Dalam Titah Tuanku, Baginda ada menyentuh mengenai alam sekitar khususnya musibah banjir. Izinkan saya mengutarakan beberapa cadangan berhubung isu infrastruktur dan pengurusan air yang sering menjejaskan kesejahteraan rakyat khususnya di kawasan luar bandar yang berisiko tinggi dilanda banjir semasa musim hujan yang lebat. Saya ingin mencadangkan agar kerajaan negeri memberi perhatian terhadap keperluan menaik taraf dan meninggikan aras jalan di beberapa lokasi penting yang sering dinaiki air dan menyebabkan gangguan kepada pergerakan penduduk. Antaranya lokasi tersebut adalah Jalan Kampung Kuala Wau ke Kertau melalui Kampung Belawan dan juga Kampung Machang Gelap, jalan ke Paya Ladang, Jalan Kampung Nyok berhampiran dengan Padang Ular Berjanggut, jalan ke Pekan
Sehari Kampung Awah sampai ke Simpang Lanting. Saya mencadangkan agar jalan-jalan ini dinaik taraf dengan mengambil kira faktor utama bagi mengelakkan daripada ditenggelami air ketika musim hujan lebat di hulu sungai. Dengan penambahan er… dengan penambahbaikan ini kita dapat mengelakkan kejadian jalan terputus hubungan sekali gus membantu penduduk kampung di hilir sungai meneruskan kehidupan harian dengan lebih lancar.
Yang Berhormat Speaker, Untuk makluman tahun lepas sahaja, laluan ini terpaksa ditutup sebanyak 3 kali akibat dinaiki air. Kita faham jika berlaku banjir besar keadaan memang sukar dikawal dan banyak kawasan akan tenggelam. Namun untuk banjir yang berskala sederhana dan biasa, usaha pencegahan seperti ini boleh memberi kesan yang besar dalam mengurangkan impak kepada penduduk.
Yang Berhormat Speaker, Masih lagi berkisar tentang banjir, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri Pahang menjalankan kajian teknikal dan reka bentuk bagi pembinaan dua buah pintu air di anak-anak sungai kecil atau saliran yang bersesuaian seperti di Kampung Belawan dan juga Kampung Sawah. Cadangan ini bertujuan untuk mengawal kelajuan dan kadar pengaliran air ke kawasan projek tanam padi di kampung-kampung tersebut. Apabila berlaku hujan lebat dan paras air sungai naik secara mendadak daripada hulu, pintu air ini akan berfungsi untuk menahan aliran air sementara waktu sekaligus mengurangkan risiko banjir mengejut yang boleh merosakkan tanaman dan menjejaskan penduduk setempat.
Yang Berhormat Speaker, Kalau di tempat lain ada bah besar, ada banjir kilat. Kalau kami di Chenor istimewa sedikit ada bah ECRL. Dengan keperluan mendesak saya mohon agar pihak kerajaan negeri segera menyelesaikan isu air termenung yang berlaku akibat pelaksanaan projek ECRL yang masih belum selesai. Saya menerima aduan daripada penduduk Kampung Jengka Batu 13 mengenai masalah ini. Kawasan yang terjejas terletak berhampiran dengan Empangan Kerut dan Sungai Jengka yang menghala ke Batu Gajah. Masalah ini telah menjejaskan sistem aliran air semula jadi dan memberikan kesan langsung kepada penduduk setempat khususnya dalam aspek pertanian serta kebersihan persekitaran.
Selain itu Yang Berhormat Speaker, kajian er… kejadian bah banjir er… kejadian bah ECRL ini juga sering berlaku di Kampung Kabut dan Kampung Belimbing Awah. Keadaan ini berpunca daripada sistem saliran yang tidak efisien termasuk culvert dan longkang yang terlalu kecil serta kedudukan yang tidak sesuai menyebabkan aliran air tersekat dan tidak dapat mengalir keluar dengan lancer. Akibatnya saliran tidak mampu menampung kapasiti air ketika hujan lebat lalu menyebabkan banjir. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan laluan keluar masuk penduduk, malah turut mengundang risiko kerosakan harta benda serta mengancam keselamatan penduduk. Justeru, saya memohon agar pihak berwajib dapat membuat penilaian semula terhadap sistem saliran sedia ada dan melaksanakan kerja-kerja pembesaran struktur saliran di kawasan-kawasan yang terlibat dengan kadar segera.
Yang Berhormat Speaker, Saya ingin mengambil kesempatan untuk menyentuh berkenaan dengan tempat menunggu bas di sekitar Chenor ini di mana tempat menunggu bas ini masih digunakan oleh penduduk setempat khususnya yang menikmati kemudahan Bas Green Transit Liner yang ini laluan Maran dan Temerloh. Namun keadaan perhentian bas yang terlalu uzur sebahagiannya membahayakan pengguna, sangatlah
mencacatkan pemandangan dan membahayakan keselamatan sebagai contohnya seperti di Kampung Semat, Batu 13. Jika perhentian bas ini dapat dibaik pulih, dicat, dicantikkan pasti ia dapat memberi manfaat kepada pengguna serta secara tidak langsung memberi ruang penunggang motosikal berteduh di saat hujan lebat dan juga mungkin boleh dijadikan ruang untuk orang kampung menjaja secara bermusim.
Saya juga ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini terhadap keperluan menaik taraf beberapa jambatan utama di kawasan Maran er… Jalan Maran khususnya jambatan di Sungai Bedung, Jambatan Sungai Jengka dan juga Jambatan Sungai Sering. Hal ini pernah saya bawakan dalam sidang sebelum ini. Keadaan jambatan-jambatan ini terlalu sempit dan tidak lagi sesuai untuk menampung peningkatan jumlah kenderaan yang melalui laluan tersebut setiap hari. Selain menyebabkan kesesakan, keadaan ini turut meningkatkan risiko kemalangan terutamanya melibatkan pengguna motosikal dan kenderaan berat.
Justeru saya mohon agar pihak kerajaan negeri melalui agensi yang berkaitan dapat melaksanakan kajian dan tindakan segera untuk menaik taraf jambatan-jambatan ini demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya serta melancarkan pergerakan trafik di kawasan tersebut. Saya juga mendapat aduan penduduk bahawa longkang dan sistem perparitan di dalam kawasan kampung khususnya di FELDA Jengka 6 kebanyakannya telah rosak dan tidak lagi berfungsi dengan baik. Keadaan ini bukan sahaja menimbulkan ketidakselesaan serta bau busuk, malah berpotensi menyebabkan masalah limpahan air serta banjir kilat sekiranya hujan lebat berlaku. Oleh itu, saya mohon agar kerja-kerja pembaikan dan naik taraf sistem saliran di kawasan ini dapat diberikan perhatian oleh pihak berkuasa tempatan dan agensi teknikal dan untuk akhirnya…
Wakil rakyat diberi mandat, Jangan dihina kuasa rakyat, Chenor mohon beri pendapat, Menjunjung Titah Raja berdaulat.
Akhir kata saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang membawa projek-projek ke kawasan Chenor dan insya-Allah, mudah-mudahan Allah SWT memberikan keselesaan kepada penduduk dan masalah air umpamanya, yang di Kampung Awah yang sekarang ni masih dalam pembinaan. Satu poster, insya-Allah dapat memanfaatkan penduduk sekitar Kampung Awah dan… dan… dan berkenaan. Jadi, terima kasih dan saya menyokong Titah Baginda. Assalamualaikum WBT.
Terima kasih wakil daripada Chenor. Seterusnya, saya menjemput wakil dari Chini untuk mengambil bahagian, sila.
[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam Pahang 1st.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker memberi keizinan dan ruang untuk saya bersama mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15.
Alhamdulillah, sama-sama kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana berpeluang pada tahun ini menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan dan kita dapat menyambut Syawal dengan penuh rasa kesyukuran. Seterusnya semoga kita semua dapat dipertemukan lagi pada tahun hadapan, insya-Allah.
Yang Berhormat Speaker, Patik merafak sembah Menjunjung Kasih atas Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15.
Ucapan Titah Tuanku Sultan yang sarat dengan hikmah dan penuh kebijaksanaan telah menggariskan panduan yang jelas serta menekankan kepentingan perpaduan, pembangunan yang seimbang, tanggungjawab kita dalam menjaga kesejahteraan rakyat dan kelestarian negeri Pahang yang tercinta. Dan seharusnya kita mengambil serius setiap butir Titah tersebut sebagai amanah untuk digalas dengan penuh integriti dan kesungguhan khususnya dalam membela nasib rakyat negeri Pahang.
Yang Berhormat Speaker, Seterusnya, saya merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Negeri, Daerah dan Persekutuan di atas kejayaan cemerlang mengekalkan prestasi hasil negeri melebihi RM1 bilion hattrick 3 tahun berturut-turut sebagaimana Titah Pujian oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang.
Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja yang memilih DUN Chini sebagai Rumah Terbuka Aidilfitri Yang Amat...Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang 2025 pada 2 Syawal yang lalu. Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja.
Yang Berhormat Speaker, Prestasi Ekonomi Negeri yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang menggambarkan pentadbiran yang efisien dan mampan serta lambang kegigihan integriti dan keberkesanan tadbir urus kerajaan dalam menguruskan khazanah negeri.
Saya juga merasa bangga dan teruja berkaitan dengan keprihatinan Kebawah Duli Paduka Tuanku terhadap kejayaan kerajaan negeri dalam membasmi kemiskinan tegar. Ini membuktikan bahawa inisiatif dan ju, dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri berjaya mencapai matlamat demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
Saya percaya ketegasan Kerajaan Negeri Pahang sentiasa komited dan tegas dalam memastikan Tanah Rizab Melayu di negeri Pahang ini semakin bertambah saban tahun. Ini dapat dibuktikan melalui keluasan kini sebanyak 444,074 hektar berbanding 218,326 hektar pada tahun 1955.
Memetik Titah ucapan Tuanku, pencapaian ini merupakan bukti nyata komitmen dan iltizam kerajaan negeri dalam memelihara warisan milik bangsa. Satu pegangan yang bukan sahaja bernilai ekonomi tetapi juga mempunyai erti yang mendalam dan sudut jati diri dan maruah orang Melayu.
Yang Berhormat Speaker, Penjenamaan semula “Bantuan Prihatin Pahang” kepada “Inisiatif Makmur Pahang” yang melibatkan setiap lapisan masyarakat bermula daripada bayi yang baru lahir sehingga warga yang meniti usia senja membuktikan keprihatinan dan juga kecaknaan kerajaan negeri terhadap rakyat di negeri ini. Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan sebanyak RM50.54 juta yang merangkumi 4 kluster iaitu Kluster Pelajar, Kluster Agama, Kluster Umum dan Kluster B40.
Yang Berhormat Speaker, Penularan penagihan dan pengedaran dadah yang masih berakar umbi di negeri ini terus menjadi isu yang membimbangkan. Sebanyak 13,800 tangkapan pada tahun 2024 meningkat lebih pada 8% berbanding tahun 2023. Rekod AADK, kadar umur yang dicatatkan antara umur 20 tahun hingga umur 50 tahun penyumbang besar kepada isu kesalahan ini.
Generasi muda adalah aset masa depan negeri dan juga negara. Pihak berwajib perlu memastikan isu ini dapat dibendung bersama. Antara cadangan boleh dilaksanakan adalah mewujudkan kolaborasi strategik antara AADK, belia dan komuniti setempat melalui cadangan program "Masih Ada Yang Sayang" untuk mendekati golongan sasaran.
Selain itu, menguatkuasakan rondaan dan juga pengawasan bersepadu serta memperkasa pendidikan benci dadah di peringkat bangku sekolah. Sesungguhnya, generasi muda bukan hanya pewaris warisan, bahkan tiang negara masa hadapan. Jika kita gagal mendidik mereka hari ini, maka kita akan mewariskan tanah tanpa tuan, ladang tanpa harapan.
Yang Berhormat Speaker, Berkaitan pencerobohan tanah haram yang mencabar kedaulatan kerajaan negeri. Saya menyokong ketegasan Kerajaan Negeri Pahang dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap pencerobohan ini. Menyokong penuh dengan tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi membenteras pencerobohan haram. Diharap Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) menjalankan tugas tanpa kompromi. Saya juga amat berharap kepimpinan masyarakat menjadi mata dan telinga bagi membenteras pencerobohan ini.
Yang Berhormat Speaker, Saya juga ingin menyentuh isu berkaitan di kawasan DUN Chini. Projek Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF), 30 unit di kawasan FELDA Chini 3 yang telah FELDA jalankan kerja pembinaan pada 20 September 2021 dan akan siap mengikut jadual pada 19 Jun 2022.
Daripada laporan pihak FELDA, kerja pembinaan rumah telah siap 100% dan kerja-kerja infrastruktur 90%. Kini, baki kerja sebanyak 10% telah terbengkalai semula. Bermaksud kontraktor telah ditamatkan kerja dan saya mohon pihak FELDA dapat menyelesaikan segera agar impian anak peneroka terutama di kawasan Chini dapat membeli rumah tersebut.
Selain itu, saya mohon pihak FELDA untuk pengukuran lot tapak Rumah Sentuhan Kasih FELDA Timur 2 bagi 100 buah rumah sebelum ini. Dan juga pengukuran Skim Tanah Rakyat FELDA Pahang STRFP bagi kawasan FELDA Chini Timur 1 dan juga kawasan FELDA Timur 3 dapat disegerakan pengukuran bagi memberi peluang kepada generasi dapat memiliki lot tapak rumah tersebut.
Yang Berhormat Speaker. Justeru itu, marilah kita berganding bahu mencari kebersamaan demi negeri Pahang tercinta ini. Sebanyak mana pun kebaikan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pahang demi agama, bangsa dan juga rakyat negeri ini, akan tetapi ada suara-suara yang sentiasa menyanggah kebenaran dan kebaikan yang kerajaan negeri usahakan. Semoga segala perancangan Kerajaan Negeri Pahang berada di landasan yang kukuh.
Pohon Kemboja tumbuh di darat, Akar bersirat di Pohon Sena, Tuanku Sultan sanjungan rakyat, Kekal berdaulat di singgahsana.
Kalau menyalin dengan sempurna, Suratnya bersih halamannya terang, Tok Wan memimpin dengan bijaksana, Rakyat kasih tuhan pun sayang.
Pohon senduduk dahan berpintal, Patah ditimpa dahan berangan, Bersatu padu semangat yang kental, Barulah negeri Pahang maju ke depan.
Akhir kalam, Chini menyokong Usul menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Daulat Tuanku. Sekian Wabillahi taufiq wal hidayah. Assalamualaikum WBT.
Terima kasih Wakil daripada Chini. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Dilantik ke 5 untuk mengambil bahagian, sila.
Terima kasih. Yang Berhormat Speaker. Assalamualaikum WBT. Selamat Sejahtera. Salam Malaysia MADANI dan Salam Pahang 1st kepada semua yang hadir di dalam Dewan Yang Mulia ini. Terima kasih kepada YB Speaker kerana memberi ruang untuk saya turut sama menyampaikan perbahasan Usul menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Paduka Al-Sultan Abdullah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Negeri Pahang yang kita semua kasihi selaku payung bagi negeri Pahang tempat patik pacal bernaung.
Sebagai pembuka kata saya ingin mengambil kesempatan ini menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang kita kasihi di atas pelantikan beliau selaku Penasihat Khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia bagi Majlis Pembangunan Usahawan Bumiputera Malaysia. Juga pelantikan pegawai-pegawai tertinggi bagi Kerajaan Negeri Pahang iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri Pahang dan juga Pegawai Kewangan Negeri Pahang yang baharu. Semoga semua pelantikan ini akan terus menjulang nama Pahang di pelbagai peringkat sama ada di peringkat nasional ataupun di peringkat antarabangsa. Saya juga ingin turut merakamkan rasa dukacita dan takziah atas pemergian tokoh negarawan kita, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga kepada mangsa-mangsa insiden yang terlibat di kebocoran paip yang berlaku di
awal Syawal yang lepas, yang mana ia turut melibatkan rakyat negeri Pahang yang bermastautin di tempat yang berkenaan.
Namun begitu, saya berasa cukup terharu dan terkesan atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar di mana setiap kali musibah melanda tak kira ia berlaku di negeri Pahang, di luar Pahang ataupun di luar negara, apabila ia melibatkan rakyat negeri Pahang, Yang Amat Berhormat dengan segera akan menghulurkan bantuan kepada mereka. Ini menunjukkan satu contoh kepimpinan yang amat-amat unggul dari Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang prihatin terhadap apa juga nasib rakyat negeri Pahang. Syabas saya ucapkan.
Dato' Yang Berhormat Speaker. Menyentuh berkenaan Titah Kebawah Duli Paduka Sultan Pahang, Baginda ada menyentuh berkenaan dengan kepentingan menjaga dan memulihara alam sekitar di bumi Pahang ini. Segala khazanah alam ini baik di daratan yang berupa hutan dan hasil mahsulnya, begitu jugak khazanah marin, sungai dan tasik merupakan satu kumpulan aset yang berharga buat negeri ini. Oleh yang sedemikian, langkah kerajaan persekutuan untuk memberikan geran ecological fiscal transfer (eft) dengan izin bagi usaha penjagaan dan pemuliharaan khazanah alam negeri Pahang merupakan satu sinergi yang sangat sangat baik di antara kerajaan persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang. Syabas dan tahniah sekali lagi saya ucapkan.
Sepertimana cadangan saya semasa sesi persidangan yang lalu, kala mana kita membincangkan berkenaan Bajet Negeri Pahang. Saya ada mencadangkan supaya kerajaan negeri memberi perhatian khas di dalam pembangunan solusi berasaskan alam semula jadi ataupun Nature Based Solution, dengan izin yang boleh menjadi punca pendapatan Kerajaan Negeri Pahang dan sekaligus ia dapat menangani isu opportunity cost, dengan izin melalui program-program konservasi dan juga pemuliharaan alam sekitar di negeri Pahang.
Ada disebut oleh Ahli Yang Berhormat dari Tahan semalam berkenaan dengan produk carbon credit, dengan izin yang mana ia merupakan satu instrument yang boleh mendatangkan hasil kepada kerajaan negeri bagi memanfaatkan khazanah alam. Saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk memberi sedikit penjelasan dan pembetulan bahawa bukan semua jenis hutan berpotensi untuk kita bangunkan produk carbon credit ini. Sebagai contoh, sekiranya kita ada 1,000 ekar Hutan Simpan Kekal yang telah matang nilainya tidaklah setinggi dengan 1,000 ekar hutan yang kita bangunkan ataupun yang kita pulihara setelah dicemari ataupun setelah diterokai secara tidak sah.
Begitu juga jenis-jenis hutan seperti hutan bakau ataupun hutan paya gambut. Ia mempunyai nilai carbon credit yang berbeza. Ini disebabkan oleh kadar penyerapan gas-gas hijau berbeza di antara hutan-hutan yang berlainan jenis dan juga tahap kematangan hutan tersebut. Memandangkan ini satu topik yang besar, ia memerlukan kajian yang mendalam, juga sepertimana di dalam ucapan saya yang lepas, saya sekali lagi ingin mencadangkan supaya kerajaan negeri mengambil langkah dengan menubuhkan jawatankuasa terpilih bagi mengkaji potensi Nature based solution dengan izin.
Semua program besar ini boleh dijadikan asas yang penting bagi ekonomi yang lebih lestari di negeri Pahang termasuklah ekopelancongan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri melalui EXCO Pelancongan yang memberikan tumpuan khusus di dalam melatih sumber manusia di dalam bidang pelancongan seperti malim gunung, pemandu pelancong dan
sebagainya seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat EXCO semasa sesi soal jawab semalam.
Ahli Yang Berhormat Sekalian. Sepertimana inisiatif daripada EXCO Pertanian yang memberikan tumpuan khusus kepada produk pertanian premium seperti Musang King dan wagyu. Saya berpandangan bidang ekopelancongan juga boleh dijadikan asas untuk membangunkan produk pelancongan premium yang berasaskan kepada alam semula jadi. Antara produk pelancongan premium yang mula mendapat sambutan dari golongan berpendapatan tinggi terutamanya pelancong asing adalah aktiviti yang dinamakan Bird's Watching ataupun Avitourism, dengan izin. Ia adalah satu aktiviti melibatkan pemerhatian burung di kalangan peminat-peminat. Antara lain, aktiviti rekreasi ini melibatkan inventori burung-burung di satu kawasan habitat dan ia melakukan kiraan penemuan spesies-spesies burung terutamanya yang sukar ditemui di sesuatu tempat. Dari segi keperluan aktiviti ini, ia melibatkan teropong moden yang berharga ribuan ringgit, kamera digital dan aplikasi mobil bagi pengenalan spesies burung dan ia juga dibantu oleh jurupandu Avitourism yang merupakan individu yang mempunyai pengalaman dan pensijilan di dalam bidang Ecotourism.
Yang Berhormat Speaker. Menurut sebuah syarikat penyelidik Grand View Research yang berpangkalan di Amerika Syarikat, saiz pasaran Avitourism ini adalah berjumlah hampir USD63 billion ataupun sekitar RM283 bilion pada tahun 2023 sahaja dan ia bakal meningkat lagi bagi tahun-tahun yang mendatang disebabkan bertambahnya permintaan pelancong terhadap aktiviti ekopelancongan. Ini sekali gus membuka peluang pasaran baru bagi kita di negeri Pahang ini. Saya berpeluang mengikuti aktiviti Bird Watching ini sekitar bulan Mac yang lalu di mana saya dibawa oleh sekumpulan jurupandu pelancong untuk menaiki bot daripada Tanjung Lipis di Kuala Lipis ke Kuala Kechau juga di daerah Lipis.
Semasa aktiviti tersebut, mereka dapat mengenal pasti dan membuat inventori sebanyak 42 jenis burung yang ditemui termasuklah spesies yang sukar ditemui ataupun spesies yang rare seperti burung Belatuk Besar, Gred Salty, Woodpecker, Enggang Hitam, Black Hornbill dan beberapa spesies yang lain yang menjadi tumpuan peminat aktiviti ini terutamanya pelancong daripada luar negara. Dan juga apa yang paling menarik sekali menurut jurupandu yg terlibat dengan aktiviti ini.
Kadar upah untuk aktiviti avitourism adalah sekitar RM500.00 ke RM550.00 sehari. Bagi saya, ini merupakan satu pulangan yang sangat besar kepada masyarakat yang tinggal di luar bandar. Sehubungan dengan itu, saya suka mencadangkan supaya aktiviti avitourism ini dijadikan salah satu produk pelancongan untuk dibangunkan di negeri Pahang.
Mungkin boleh dimulakan dengan melatih jurupandu-jurupandu yang bertauliah untuk mengendalikan aktiviti avitourism ini dengan memanfaatkan prasarana-prasarana ataupun pusat-pusat pengajian ataupun pendidikan yg terdapat di negeri Pahang ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Saya juga turut berasa tersentuh atas keprihatinan Kebawah Duli Paduka Baginda Bertitah mengenai peningkatan kes-kes jenayah di negeri Pahang. Saya berasakan kita perlu membuat kajian berkenaan dengan trend peningkatan kadar jenayah ini. Adakah ia melibatkan kadar jenayah tradisi seperti kecurian, penyalahgunaan dadah atau ia melibatkan jenayah yang lebih advance ataupun yang lebih tertumpu kepada jenayah siber. Manakala sebahagian daripada Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini sudah
pun menyentuh berkenaan dengan jenayah siber terutamanya scammer dengan izin. Pada pandangan saya, langkah penjenayah siber menghubungi mangsa untuk membuat penipuan merupakan langkah terakhir dalam usaha mereka untuk meraup keuntungan dari hasil jenayah mereka. Sebelum daripada itu, mereka perlu memiliki data-data peribadi mangsa-mangsa ataupun bakal-bakal mangsa mereka seperti nama, nombor telefon, kad pengenalan dan sebagainya.
Kebanyakan daripada penjenayah ini memperolehi data tersebut secara pukal melalui pelbagai titik sentuh ataupun touch point, dengan izin di mana mangsa-mangsa pernah berinteraksi seperti transaksi perbankan, telekomunikasi dan juga termasuklah interaksi mangsa dengan agensi kerajaan semasa mereka membayar cukai, memperbaharui lesen dan sebagainya.
Oleh yang demikian, saya berpandangan di peringkat kerajaan negeri, kita perlu memastikan keselamatan sistem maklumat dan data yang disimpan oleh agensi-agensi kerajaan negeri perlulah sentiasa di dalam keadaan selamat. Melalui pengalaman saya di bidang perbankan terdapat pelbagai kaedah yang boleh pihak kerajaan negeri guna pakai untuk memastikan keselamatan siber sistem komputer milik Kerajaan Negeri Pahang. Antara yang boleh dipertimbangkan adalah untuk melaksanakan apa yang dikatakan sebagai ujian penetrasi ataupun penetration test dan juga penilaian pendedahan ataupun dikenali sebagai vulnerebility assessment kepada sistem komputer yang kritikal milik kerajaan negeri yang menyimpan data-data rakyat negeri Pahang yang berinteraksi dengan Kerajaan Negeri Pahang.
Perkara ini kebiasaannya dilakukan secara berkala setiap 12 bulan atau 18 bulan untuk memastikan sistem komputer kerajaan negeri tidak terdedah kepada pencerobohan oleh penjenayah siber yang bertujuan untuk mencuri data-data penting ataupun menghalang penyampaian perkhidmatan kepada rakyat iaitu dikenali dengan serangan DDoS. Oleh itu, saya memohon supaya kerajaan negeri memberi pertimbangan untuk memperuntukkan sedikit sumber supaya langkah-langkah keselamatan seperti yang saya cadangkan sebentar tadi dapat dilaksanakan. Ini akan dapat mengurangkan risiko keselamatan terhadap sistem komputer dan juga data-data rakyat negeri Pahang yang disimpan di sistem tersebut.
Sebagai kesimpulan kepada ucapan saya, Titah Kebawah Duli Paduka Sultan Pahang yang kita kasihi merupakan titah yang amat bermakna dan komprehensif untuk kita sama sama dukung tanpa mengira pegangan politik mahupun perbezaan warna kulit antara kita. Saya dengan ini dengan sepenuh jiwa raga menyokong Usul yang dibawakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, sekian terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Dilantik Kelima. Seterusnya saya menjemput Ahli dari Sungai Lembing.
(Ayat al-Quran), Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah dan (ayat al-Quran) terima kasih saya ucapkan kepada Dato' Yang Berhormat Speaker kerana memberi laluan kepada saya untuk sama-sama membahaskan Titah Ucapan Diraja pada petang ini. Sungai Lembing menjunjung kasih Ke Bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang atas Titah Diraja yang menzahirkan keprihatinan terhadap kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta pembangunan di negeri ini. Patik juga
merafak sembah junjung kasih atas Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku ke Majlis Berbuka Puasa di Masjid Jamek Kampung Melayu Sungai Lembing pada bulan Ramadan yang lalu.
Yang Berhomat Speaker, Saya ingin menyentuh berkaitan Titah Kebawah Duli Paduka Baginda, Tuanku ada menyentuh tentang isu alam sekitar. Umum mengetahui Sungai Lembing tidak lepas daripada isu banjir, isu alam sekitar setiap tahun. Maka sebab itu, Tuanku ada menyebut secara langsung berkenaan projek Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Kenau untuk diberi keutamaan bagi pelaksanaan projek ini. Saya melihat belum ada sebarang kerja fizikal yang telah dilakukan untuk melaksanakan projek ini dan berharap ia dapat disegerakan kerana saban tahun dalam musim tengkujuh, rakyat berada dalam ketakutan.
Yang Berhormat Speaker, Apabila kita menyebut tentang alam sekitar, kita tidak dapat lari dengan hutan dan sungai. Apabila hutan ditebang, maka sungai akan menjadi cetek, keruh dan berisiko untuk banjir. Pada Sidang DUN yang lepas, saya ada membangkitkan tentang penghapusan hutan yang berlaku di Sungai Lembing dan saya ada mengutarakan sembilan persoalan utama untuk dijawab oleh Menteri Besar dan kerajaan negeri. Tetapi sehingga kini saya masih belum menerima jawapan secara lisan terhadap persoalan yang saya timbulkan tersebut. Jadi saya ingat Yang Amat Berhormat ada petang ni. Pasal pada Sidang yang lepas apabila saya bangkitkan soalan ni Yang Amat Berhormat tidak ada dalam Dewan.
Jadi saya nak membangkitkan semula agar mungkin pegawai-pegawai dapat memberikan jawapan yang dapat memuaskan hati saya dan rakyat Sungai Lembing terhadap isu yang saya bangkitkan. Isu ini dibangkitkan sendiri oleh PGA. Jadi antara sembilan yang soalan tersebut, apakah status tanah tersebut? Adakah telah diwartakan sebagai tanah pertanian dan bilakah ianya diwartakan kepada kontraktor? Pemaju manakah ianya dianugerahkan? Berapakah keluasan kawasan yang terlibat dengan aktiviti tersebut? Tanah tersebut dijual dipajak atau bagaimana? Jika dijual berapakah nilai yg dijual? Adakah dibawah harga pasaran atau atas harga pasaran? Jika dipajak berapa tahunkah tempoh pajakan dan apa hasil yang kerajaan bakal perolehi? Berapa lama tempoh perolehan hasil jika ada bagi kerajaan negeri? Apakah telah dibuat penilaian terhadap jenis kayu dan berapakah penilaiannya? Dan terakhir sembilan ini yang paling penting adalah apakah ada dibuat laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling EIA sebelum projek dimulakan atau dianugerahkan.
Jika ada mohon dikeluarkan untuk tatapan awam segera, jadi saya mohon kerajaan dapat memberikan jawapan lisan kepada persoalan yang saya timbulkan ini untuk kita sama-sama mendapat maklumatlah daripada persoalan yang dibangkitkan. Saya juga ingin menyentuh sedikit isu berkenaan pemilikan tanah di Sungai Lembing. Baru-baru ini penduduk Sungai Lembing dikejutkan dengan satu perjanjian sewaan yang telah dikenakan kepada mereka terutama di Kampung Jelihan dan Kampung Melayu dan juga Pekan Sungai Lembing.
Terlebih dahulu saya izinkan saya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepemimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah menunjukkan komitmen berterusan dalam usaha membangunkan negeri dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Usaha berterusan kerajaan negeri dalam menarik pelaburan dan memperkenalkan pelbagai inisiatif pembangunan ekonomi harus dipuji dan dihargai oleh semua pihak. Begitu juga dengan pengurusan tanah negeri yang telah dilaksanakan dengan bersistematik selama ini.
Namun, isu yang timbul di Pekan Sungai Lembing ini harus saya bawakan di sini kerana ini adalah suara dan harapan rakyat kepada saya. Mereka secara keseluruhannya memang tidak berpuas hati dan tidak menolak perjanjian yang dibuat oleh PSK ni kepada mereka. Jadi, mereka mengharapkan rayuan kerajaan untuk mempertimbangkan semula pemilikan tanah oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (PSK) di Sungai Lembing dan memperakui hak milik penduduk tempatan berasaskan sejarah penempatan dan sumbangan turun-menurun. Antara isu yang berbangkit yang yang dinyatakan oleh mereka ialah dalam perjanjian tersebut, perjanjian tersebut dibuat secara tergesa-gesa. Maknanya, mereka menerima perjanjian itu pada hari Jumaat dan diminta untuk menandatangani perjanjian itu pada hari Isnin tanpa mereka dapat memahami secara lunak ataupun secara lumat tentang perjanjian tersebut.
Begitu juga tempoh kejanggalan dalam dokumen perjanjian sewaan yang mana ada terma-terma yang tersalah dalam perjanjian tersebut yang telah dicomplaint oleh rakyat, tetapi pihak PSK mengatakan tak apa itu kita boleh betulkan kemudian. Dan ada dalam perjanjian sewaan itu mereka diminta untuk membayar sewa bermula tahun 2022, sedangkan surat perjanjian itu diserahkan pada Februari 2025. Seterusnya terma… terma sewaan yang membebankan dan tidak adil. Kadar sewa dicadangkan bermula pada RM0.10 sen per meter… meter persegi sebulan dan tempoh sewaan adalah selama 21 tahun dengan semakan kadar sewa setiap 10 tahun. Jadi, bagi mereka ini adalah tidak adil mereka. Penduduk di Sungai Lembing ini adalah bekas pekerja-pekerja lombong. Bekas pekerja syarikat perlombongan PCCL yang telah bertapak lama di Sungai Lembing. Mereka walaupun mereka menduduki tanah tersebut tanpa geran, tetapi mereka bukanlah boleh dikategorikan sebagai penceroboh kerana selama empat dekad mereka duduk di situ, sudah tentu ada sejarah yang boleh diceritakan… yang mereka ceritakan sepanjang mereka duduk di situ. Jadi, apabila berlalunya masa, mereka terus duduk membina kehidupan di situ apabila ada sebahagiannya mereka memohon geran tanah daripada Pejabat Daerah Tanah & Kuantan tetapi sehingga ke hari ini tidak ada sebarang kelulusan. Jadi apabila mereka terus menetap,
Speaker boleh… boleh saya nak mencelah.
Sila
Saya ada sedikit Soalan kepada YB Sungai Lembing. Sebab sepanjang perbahasan ni saya tengok kita bercerita pencerobohan. Satu aspek saya tengok belah pembangkang mengatakan bersetuju dengan pencerobohan atas apa-apa sebab, sekarang kelihatannya ADUN Sungai Lembing mengambil posisi menyokong pula pencerobohan. Bagi saya, kalau dia duduk atas satu tanah orang lain tanpa geran itu adalah pencerobohan. Kita kena konsisten di dalam stand kita.
Saya faham dah soalan dia
Jangan orang buat kata ceroboh. Orang buat kata ceroboh.
Saya rasa YB Ahli Yang Dilantik mempunyai tafsiran yang salah terhadap penduduk di Sungai Lembing. Kalaulah mereka ini penceroboh, takkanlah Sungai Lembing kerajaan boleh membina sekolah, kerajaan boleh membina masjid kerajaan boleh membina balai polis. Sudah tentu mereka ini adalah bukan penceroboh sebagaimana penceroboh di tanah-tanah kerajaan yang lainlah jadi seperti mana yang disebut tadi. Mereka ini telah tinggal di situ sejak syarikat perlombongan masuk ke Sungai Lembing lagi. Apabila syarikat perlombongan… perlombongan ini telah tamat operasi, mereka tetap tinggal di situ. Jadi ada sejarah saya tak pasti saya boleh buat.
Saya nak sikit boleh nak tanya sikit je. Yang Berhormat tadi kita dah tahu bahawa mereka yang menceroboh tanah untuk tanaman apa nama durian itu adalah penceroboh. Soalan saya adakah adakah mereka yang duduk atas tanah kerajaan bina rumah seekar atau kurang daripada satu ekar. Mereka ini yang tak ada geran. Definisinya mereka ini penceroboh ataupun tidak.
Saya tak pasti definisi tersebut. Jadi apa yang saya sebut situasi mereka ni tak sama dengan pencerobohan-pencerobohan hutan di dalam negeri Pahang ini. Mereka ini adalah.
Terima kasih Sungai Lembing. Saya lihat bahawa Lombong Sungai Lembing ini bermula tahun 1886 dan merekalah pekerja yang banyak menyumbang pada negara. Kita dapati ada beberapa kawasan yang telah digazet bawah UNESCO termasuklah Kampung-kampung Baru. Saya mohon kalau boleh dipertimbangkan kawasan ini sebagai kawasan yang bersejarah yang perlu digazetkan di bawah UNESCO. Sekurang kurangnya kita boleh ada satu penghargaan kepada penyumbang ekonomi negara yang sangat lama, 1886 sebelum kita… jauh sebelum kita merdeka. Terima kasih.
Yang Berhormat Speaker, boleh saya mencelah sikitlah. Memang Sungai Lembing tu dia ada sejarah dia dan saya percaya kerajaan negeri sudah buat yang terbaik. Ia telah dikategorikan sebagai Tanah Warisan. Jadi kita kalau nak bagi individu tak fair dia warisan. Kalau individu dapat seorang keluarga dia je dan dia akan menjual, jadi tidak boleh nak pertahankan dengan UNESCO. Sebab itu PSK masuk. Jadi mungkin dalam keadaan ini penduduk-penduduk itu tidak setuju dengan kadar. Jadi kita tak boleh. Ini ada kategori warisan. Kita tak boleh simply nak bagi tanah kepada orang lain sebab kategori warisan di bawah kita ke arah UNESCO. Insya-Allah terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Jadi memang itu antara yang persoalan yang dibangkitkan oleh penduduk di Sungai Lembing ini. Antaranya ialah kerajaan perlu mengkaji semula kadar yang dikenakan sewa tersebut dan ada permohonan-permohonan sebelum ini. Permohonan tanah ke pejabat daerah yang tergantung. Jadi saya mohon jasa baik kerajaan untuk melihat semula jika ada permohonan-permohonan mereka ini yang layak diberi geran dan sebagainya. Kita patut beri kepada mereka sebab selama mereka duduk di sana, bila mereka dah kita kata dah nekad untuk tinggal di sana. Ada yang telah membuat pinjaman bank beratus ribu untuk membaik pulih rumah mereka. Bayangkan tiba-tiba rumah yang mereka duduk tu dikatakan sebagai sewa. Apakah perasaan mereka ataupun perasaan kita jika kita berada di tempat mereka? Itulah saya mintak perhatian oleh pihak kerajaan. Jadi Sungai Lembing kita tahu adalah salah satu juga pusat.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Sila.
Orang tua-tua ada berkata “cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar”. Jadi kadang-kadang tu ada masa kita bila kita buat peluru penabur tembak semua sekali dia kena semua orang. Sebab tu kadang-kadang kita nanti sewaktu Yang Berhormat rakan saya wakil kerajaan daripada Kerdau maklumkan sejarah-sejarah penjajah tu dan kerajaan negeri mengambil kira ni secara teliti umpama bak kata orang tua-tua. Dia kata menarik rambut dalam tepung, jangan sesat barat, 10 kali ukur, 10 kali ukur, sekali kerat dan kita mesti berlandaskan kepada lunas-lunas undang-undang. Jadi dalam pendekatan semalam, sahabat saya daripada Kerdau dah maklumkan ada pendekatan yang perlu kita… kita ambil, itu yang dibuat oleh kerajaan. Sebab tu jangan cepat sangat yang ni daripada barisan pembangkang membuat berbagai-bagai tuduhan dan kecaman. Sekarang welcome to the club, maknanya bila kita tengok tu ini keadaan itu macam ni. Tapi sahabat saya er... ni Yang Berhormat ADUN Dilantik memang benar dia katakan kalau sekiranya contohnya tanah siapa
punya, kalau bukan kita pemiliknya kita masuk tu kita boleh namakan dengan istilah apa, menumpang ke, menceroboh ke dan sebagainya. Tapi itulah maknanya. Maksud saya itu berhati-hatilah dalam kita membuat ni komen. Tindakan pada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Berhormat Dato' Sri Menteri Besar er... Dato' Sri Diraja memang kita berhemah. Kalau kita kata kita berkompromi, tak pernah wujud Unit Penguatkuasaan Negeri, wujud UE di bawah ini... er... apa nama... semasa di bawah kepimpinan Yang Berhormat Dato' Sri Diraja dan ianya merupakan satu unit elit yang buat penguatkuasaan. Tetapi bila perkara ini dirujuk ke mahkamah, kita kena hormat. Sebab apa kita ini ada tiga cabang pentadbiran. Satu legislator... legislation iaitu perundangan. Satu lagi apa nama... nama executive dan satu lagi judiciary, kehakiman. Jadi yang ini kita kena hormat, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, saya er... telah pun menyampaikan er... hasrat rakyat yang memilih saya di Sungai Lembing untuk dibawa di dalam er... apa ni... Dewan ini. Jadi er... seterusnya kita maklumlah Sungai Lembing ini adalah salah satu destinasi pelancongan yang... yang er... ada menyediakan aktiviti-aktiviti er... lasak dan sebagainya. Jadi er... dalam Titah er... Tuanku pada pembukaan sidang yang lepas, Baginda ada menyentuh tentang infrastruktur jalan raya yang mana Titah Tuanku infra... infrastruktur jalan raya yang menjadi tunjang perhubungan dan urat nadi pertumbuhan ekonomi.
Beta mengharapkan agar Kerajaan persekutuan khususnya Kementerian Kerja Raya dapat memberi pertimbangan serius untuk menyiapkan segala projek naik taraf jalanlah yang disebut sini, Jalan Segamat dan saya nak er... membangkitkan supaya kerajaan er... memerhatikan juga melihat juga jalan masuk ke Sungai Lembing yang mana jalan tersebut sempit dan er... bertampal-tampallah yang memberikan imej yang tidak baiklah, kita kata pusat pelancongan er... apa ni... first impression pun jalan pun dah menunjukkan tak menariklah, maksud saya disitulah. Jadi diharapkan ini juga adalah complaint yang disuarakan oleh rakyat kepada sayalah dan saya bawa ke pengetahuan kerajaan, insya-Allah. Jadi sedikit juga saya nak menyentuh berkenaan isu yang minta saya dibangkitkan dalam Dewan ini...
Yang Berhormat, panjang lagi?
Er... ada 2 point lagi, insya-Allah.
Okay, mempercepatkan sikit.
Okay, okay. Isu er... peneroka FELDA Bukit Sagu 1, Peringkat 3, Blok 3 yang mana ini untuk pengetahuan... pengetahuan EXCO FELDA... Yang Berhormat EXCO
FELDA yang mengalami kerugian hasil disebabkan pokok sawit mereka diserang oleh gajah liar. Jadi ada tiga... tiga lot yang mengalami serangan serius ini. Akibat serangan tersebut menyebabkan hasil mereka berkurangan. Apa yang menjadi masalah ialah mereka ini masih mengamalkan sistem blok yang mana hasil mereka ini dicampur semua dan dibahagi sama-rata. Maka apabila tiga lot ini tidak dapat mengeluarkan hasil er... yang baik, memuaskan maka ia akan memberi kesan kepada er... ahli-ahli blok yang lain. Permohonan telah dihantar, mereka mendakwa permohonan untuk menukar tiga lot yang terjejas ini kepada lot lain telah diangkat ke Ibu Pejabat FELDA HQ selama hampir 2 tahun tetapi sehingga sekarang masih belum ada kelulusan. Jadi, saya mohon... mohon pihak perhatian Yang Berhormat EXCO untuk melihat masalah ini untuk membantu er... peneroka FELDA Bukit Sagu 1 Peringkat 3 Blok 3 ini. Dan sedikit jugalah saya sebagaimana dengan er.... Yang Berhormat Ibam, saya ingin melahirkan jugalah rasa terkilan di dalam Dewan ini yang mana permohonan saya untuk er... mengadakan Jamuan Hari Raya di Dewan Semai Bakti FELDA Bukit Sagu 1 ditolak permohonannya. Jadi er... saya rasa perkara ini perlulah dihentikanlah kerana saya Wakil Rakyat yang dipilih secara sah untuk rakyat...
Yang Berhormat, saya nak sikit je menyampuk...
Saya rasa... Yang Berhormat saya rasa...
Tak... tak sikit je.
Saya rasa lebih baik yang EXCO yang bertanggungjawab yang jawab...
Saya bagi laluan kepada Yang Berhormat EXCO.
Sebenarnya begini, saya rasa kita ni Ahli Dewan Yang Mulia, Ahli-ahli yang menggubal undang-undang, jadi kita mesti perakui hak pemilik itu. Contohnya dia ada dewan, dewan dia nak bagi siapa, dia nak sewa ke siapa sebenarnya pihak kerajaan... semuanya menuding jari kepada pihak kerajaan. Bila ada dewan tak boleh di apa nama... diizinkan untuk diguna oleh mana-mana pihak. Saya tak kata siapa-siapa, dia yang jadi tuan... tuan punya, jadi ikut dialah nak bagi. Kalau saya misal contohnya dia kata pada hari itu dia tak boleh, jawabnya tak boleh. Banyak kali kita nak buat program sebenarnya daripada pihak kita sendiri pun kerajaan buat program nak pergi masuk. Dia kata tak boleh sebab benda dah ada... ada dah orang dah booking kat situ. Kalau kita ikut kita EXCO, takkanlah awak tak bagi, kita kena hormat.
Maknanya pihak yang berhak atau punya hak atas premis dia, aset dia, dia yang berkuasa. Jadi tak payahlah saya tengok tadi Ibam dah bangkitkan pasal soal itu. Panching bangkit soal itu macam seolah-olah macam... esok kalau orang buat parking misal contohnya tanah dia, parking misalnya RM5.00. Lepas tu sepatutnya RM5.00, dia buat RM20.00 kita complain. Pihak kerajaan bagitahu dengan tuan punya tanah itu parking sepatutnya RM20.00, lah kita parking RM20.00 jangan parking situ. Pergilah tempat lain dah tak boleh buat di situ buatlah. Saya minta maaf cakaplah, saya buat majlis kadang-kadang saya ini ya lah Wakil Rakyat kampong, tempat saya tepi jalan je tapi namanya R&R tapi tepi jalanlah, tak ada buat kat dewan pun tak ada hal orang datang semua sekali kita buatlah kanopi. Jadi saya rasa minta maaflah, jadi seolah-olah semua benda tu mesti disalahkan pada kerajaan, saya cara... saya ingat yang tu kita kena hormat.
Saya... Yang Berhormat Speaker, saya bukan nak menyalahkan kerajaan jadi saya mahu... saya mohon perkara ini er... dilihat semulalah. Keadilan kepada kita sama ada yang memerintah ataupun yang membangkang iaitu Pembangkang sebabnya kalaulah pihak kita macam seperti Yang Berhormat EXCO sebut tadi tuan dewan itu... tuan dewan tu ialah sebenarnya rakyat... rakyat...
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah?
Sila sila.
Saya sebenarnya malas nak menjawab, tapi saya nak sambung balik daripada Yang Berhormat Benta cakap tadi. Empunya dewan itu ialah FELDA, kita kerajaan negeri ini pun kena mohon kepada FELDA nak meminjamnya, nak masuk tu sebab itu keadilan ini adil macam kita makan durianlah. Yang Berhormat makan durian, rasa durian Yang Berhormat? Ada Yang Berhormat makan durian? Kami makan durian, cara kami makan durian, tak sama. Sebab itu menuntut keadilan ini bukan berdasarkan A dan B. Dengan epal hijau dengan epal hijau dan epal hijau dengan epal merah, itu menandakan keadilan. Setiap kali dirunding, saya dah bagitahu dengan YB Bukit Ibam. Ini hak orang, nak masuk rumah orang mintalah dengan baik, cara baik, pengalaman pun orang dah ada ikut insya-Allah. Kalau betul jangan diungkitkan dalam Dewan mentang-mentang ada live nak bagitahu tak boleh, rakyat tengoklah buruknya kerajaan tak bagi kita pakai dewan, tak. Saya pun buat kat padang, saya tak buat kat dewan. Ramai rakan-rakan kita pun buat kat dekat padang, kat jalan raya pun buat sebab apa, nak bagi terbuka sebab kalau dewan itu tertutup. Bagilah kepada Wakil Rakyat tengok ini kita buat di kawasan terbuka lebih baik daripada kita nak guna setiap kali persidangan beritahu bahawanya dewan tidak boleh digunakan. Insya-Allah terima kasih banyak Yang Berhormat.
Sikit je. Okay Yang Berhormat Tuan Speaker, saya baru ini buat jamuan raya. Anak-anak buah ni nak nak bakar bunga api, bila nak bakar bunga api, saya kata kena minta kebenaran pada Polis, buat kebenaran pada Polis. Pihak PDRM mengambil semua aspek keselamatan, tak lulus. Muka buruk ini Ahli EXCO Kerajaan Negeri permohonan tak lulus, kerana apa? Sebab keselamatan. Jadi saya bagitahu dengan anak buah, jangan, kalau dah polis tak bagi kita jangan buat. Maksudnya saya nak bagitahu rakan-rakan dalam Dewan Yang Mulia ini kita patuh pada undang-undang, kalau sekiranya misal contohnya dia bercanggah dengan undang-undang, jangan kita buat. Kita kena jadi contoh kepada ini pengikut-pengikut kita. Jadi dewan ni... bab dewan ni, kalau bawa cerita macam tadi dia kata, kalau dewan kita nak sewa. Kalau dewan tu dah ada ada tempahan ataupun dia sendiri tak nak bagi macam mana kita nak buat? Takkan kita arahkan FELDA? FELDA itu ada entiti dia, mintak maaf cakaplah. Itu je saya nak kongsi.
Okay, terima kasih Yang Berhormat Speaker... Kalau nak panjangkan boleh panjang lagi. Tapi masa pun dah hujung. Jadi Sungai Lembing ini dengan ini menyokong Ucapan Titah Diraja. Terima kasih.
Terima kasih wakil dari Sungai Lembing. Seterusnya saya menjemput wakil dari Inderapura. Sila.
[Ayat alQuran] Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Pahang 1st, juga Salam Madani. Dalam... Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker dapat saya mengambil bahagian dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang tempoh hari.
Di penghujung kerjaya saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Inderapura, saya dapat bercakap satu dua perkara pun, Alhamdulillah. Saya, kawasan saya ini banyak di luar bandar dan juga pinggir bandar, bukan di bandar. Namun dalam keadaan ini masih ada beberapa perkara yang belum kita dapat selesaikan. Tetapi Alhamdulillah, berkat doa ramai, kerjasama daripada kerajaan negeri juga pegawai-pegawai kerajaan dan juga Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan, Alhamdulillah, kawasan amur…aman makmur, aman bahagia.
Dan di kesempatan ini, saya ingin menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Tuanku sendiri dan saya amat-amat terharu dan rasa sedih dalam ucapan Kebawah Duli Tuanku. Dia… Kebawah Duli teringat pesanan bonda beliau bonda Paduka Tuanku Almarhumah Tengku Ampuan Tengku Hajah Afzan. Tapi saya tengok dalam teks ucapan yang diberikan ini tidak ada dicatat pesanan bonda. MMungkin saya ingat pihak Dewan boleh masukkan semula perkara itu.
Saya terharu sebab kita sebagai manusia mesti teringat kat mak kita. Jadi pesanan apa bonda Kebawah Duli Tuanku, jaga kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan
di mana Tuanku Bertitah, Kebawah Duli Tuanku Al-Marhum Sultan telah selamat dimakamkan dan beliau Tuanku bawah Kebawah Duli Tuanku hanya ada dua perkara sahaja iaitu menjaga negeri dan juga menjaga rakyat.
Dalam hal ini, memang benarlah apa yang Tuanku buat. Tuanku er... turun mencemar duli di kawasan saya pada hari raya ke berapa, tak ingat dah saya. Tanpa pengetahuan, tanpa diiringi oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tanpa dimaklumkan kepada Wakil Rakyat tempatan, setempat mahupun pun kepada Penghulu. Tuanku menziarah kepada satu mangsa kemalangan jalan raya akibat ada lopak jalan sepertimana kalau kita tengok viral di Johor, kematian dua orang, jadi tempat saya pada hari raya keempat, kelima.
Jadi hari raya pada hari yang keenam, Tuanku turun bercemar duli dan rakyat dapat faedah juga apabila menziarahi keluarga arwah tersebut, Tuanku telah mengurniakan dua buah rumah sama ada dibaiki, kalau tak dapat dibaiki juga diberikan. Jadi tanpa Tuanku ada inisiatif Tuanku. Alhamdulillah, itulah kehebatan Kebawah Duli Paduka Tuanku Sultan Pahang dan kawasan saya yang belum selesai, ada juga.
Kalau nak tengok tebatan banjir, Alhamdulillah, kurang dah banjir. Cuma macam mana kita nak berlawan dengan laut pulak tu. Susahlah pulak, air pasang, hakisan pantai yang sepanjang Pantai Sepat kalau dimulai dengan Pantai Gelora tu sampai ke Sepat, sampai ke Pekan, sampai ke Rompin memang ada hakisan yang teruk.
Sebab itu saya mohon untuk kerajaan negeri supaya mengambil inisiatif-inisiatif tertentu untuk membawa rayuan ke, permohonan ke, ke peringkat kerajaan persekutuan. Itu sahaja di kawasan sayalah. Nak cerita banyak kawasan malaslah.
Tapi ada satu lagi belum selesai tentang tanah. Ini ceroboh tanah. Kalau tanah kerajaan dia dua. Bila ada geran, orang… orang kita panggil geran. Orang Melayu panggil tittle. Orang Melayu panggil tittle. Kalau tidak, kalau tak cakap cara gitu orang tak faham ye. Bila tidak ada geran, itu tanah kerajaan, apa kita nak namakan orang tu pun, tanah tu pun, kerajaan akan mengambilkan itu ceroboh. Puluh tahun pun nak sedih macam mana. Dah itu dah suratan takdir National Land Code dengan izin, Kanun Tanah Negara 1965. Kita nak hujah, hujah undang-undang. Kanun Tanah Negara, siapa tak ada geran, tak ada tittle, itu tanah kerajaan. Kalau tanah kerajaan, kerajaan punyalah. Kalau tak ada geran awak dikategorikan sebagai apa nak nama dot dot dot... nak jadi ceroboh.
Kalau kita sebagai Wakil Rakyat, konon nak tu. Saya ada kawasan saya kerana ungkapan daripada Sungai Lembing tadi. Apa perasaan, dah macam mana kita nak berperasaan macam mana. Dia kabor dia dah tebang tebas 20 tahun, 50 tahun dulu tapi rakyat tempatan di sana.
Yang Berhormat Speaker, celah sikit. Dalam Titah Tuanku, Tuanku spesifik pada pencerobohan kepada 14,494,908 hektar. So kita fokus kat situlah bukan kita fokus ke tempat lain.
Tak, saya fokus kawasan saya. Saya fokus kawasan saya. Saya nak kena selesaikan masalah di kawasan saya. Yang Berhormat, saya Yang Berhormat kawasan. Saya kena selesaikan lah.
Tadi sebut Sungai Lembing.
Saya ada kata kawasan saya yang belum selesai ialah satu kawasan. Saya ambil contoh Sungai Lembing. Emosinya Sungai Lembing kabor apa perasaan. Di tempat saya pun rakyat pun cakap begitu juga. Apa perasaan saya dah tebang tebas 20 tahun dulu.
Polemiknya ialah rakyat tempatan yang duduk awal kat situ, orang yang mendatang saya tak nak. Saya tak sebut kawasan. Orang yang mendatang tu apa perasaan. Macam mana kita nak kata perasaan? Sampai sekarang saya tak dapat nak selesaikan. Tapi insya-Allah, Dato' DO ada. Saya berazam untuk selesaikan.
Itu sahaja satu kawasan yang saya tak dapat selesaikan kerana polemik tempatan dengan orang luar. Bila kita kata nak pecah lot, dia nak juga seekar satu, macam mana. Dia ada aturan dan peraturan. Kalau kita sembahyang tak mula dengan Fatihah, boleh? Ustaz daripada Damak? Ahli Damak. Tak bolehkan? Tak sah sembahyang. Baca Fatihah. Itu umpamanya, ada aturan dan peraturan. Negara kita ada Kanun Tanah Negara 1965. Ikutlah. Kalau kita nak mintak tolong dengan kerajaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, bisiklah elok-elok, slowtalk. Tapi dia pun tertakluk juga kepada perancangan-perancangan kerajaan negeri.
Ada masa lagi saya? Aduh. Saya ingat saya nak cakap sikit je. Okaylah, saya nak selesaikan. Tapi saya nak buat sikit sebagai akhirnya sebab saya dah penghujung karier saya. Penghujung karier. Tapi saya nak ucap terima kasihlah daripada pihak pembangkang yang sering kali pergi ke tempat saya. Wah best, bagus. Tapi sampaikanlah salam... salam saya ucapan Assalamualaikum WBT. Mintak lepas pada ni, ahli-ahli daripada pembangkang nak turun kawasan saya, turunlah. Tapi sampaikanlah ucapan salam saya dengan ucapan Assalamualaikum WBT daripada Shafik Fauzan Sharif tak sebut YB tak sebut Dato' Sri pun tak apa, sebut Shafik Fauzan bin Sharif. Alhamdulillah, saya lebih selesa dengan ucapan itu. Sebab itu saya menang 5 penggal. [Ahli Dewan menepuk meja]. Kemudian saya suka.
Boleh sambung lagilah Yang Berhormat satu penggal lagi.
Eh cukuplah. Saya takut juga pasal pembangkang ni nampak kuat je. Nampak kuat. Tapi saya nak wujudkan senario-senario politik. Ini seingat saya, seingat saya dan sesempat umur saya sebagai menghampiri angka enam, belum lagi. sebagai menghampiri angka enam haa politiknya. Sebab saya ikut serta ibu saya dalam politik, berceramah di banyak tempatlah sebagai penceramah politik di padang, dulu boleh menang di padang. Sekarang tak boleh di padang. Secara umum, saya tak sempat dengan Parti Perikatan. Saya tak tahu yang Dewan ni sempat ke tidak dengan Parti Perikatan. Ahli Kanan Kerajaan, saya tak tahulah. Umur masa umur Parti Perikatan berapa umur ingatnya?
Saya tak ingat umur (ketawa). Tapi tahun 63 arwah ayahanda… allahyarham ayahanda saya bertanding di Parlimen Lipis. Dari kecik saya naik Land Rover. Maknanya pakai... pakai yang lambang kapal layar… kapal layar Parti Perikatan di mana kempen tiga bulan masa tu. Tapi...
Parti Perikatan ditubuhkan 30.10.57 selepas perundingan MCA, MIC bercerita dengan orang putih. Masa tu PAS tak wujud lagi. Belum wujud lagi. Jadi dengan Sabah, Sarawak adalah parti-partinya. Tapi selepas berlakunya tragedi 13 Mei, yang ini jadi… jadi kita punya di negara kita. Cina, India, Melayu yang menghantui kita.
Nak betulkan fakta sikit. PAS dah wujud masa tu. PAS bertanding Pilihanraya pertama 1955 sebelum merdeka. Kali pertama, kemudian kita mula merdeka dan PAS join Perikatan Nasional balik... apa kapal layar masa tu saya sempat lagi sebab saya lahir awal sikit.
Minta maaflah, bukan seingat saya sebab tu saya cakap tadi ungkapan tu seingat saya. Sesempat saya, sebab saya tak ambil sejarah tu detail. Okay kemudian dah berpecah, wujudnya Barisan Nasional. Adalah semua Barisan Nasional dia punya anggota-anggota, anggota ni, nak ngalahkan Barisan Nasional pulak ni. Bila Kerajaan Barisan Nasional kalah? 2018, PRU yang ke berapa? 14.
14.
14. Untuk mengalahkan BN ni perlu berbagai-bagai gabungan daripada BA… Barisan Alternatif. Siapa dalam Barisan Alternatif? Checklah sendiri, malas aku. Contohlah. "Aku" saja lah cakap ikut yang ikut. Minta maaf Yang Berhormat Speaker. Dah ada semua. Siapa yang menganggotai BA? Daripada Parti Keadilan Rakyat, tonggaknya. Sekarang ni Parti Keadilan Nasional ya, saya tak ingat la pasal tapi kita bergabung je okay. Kemudian ada BA, lepas BA ada lagi satu tak boleh pakai. Pasal BA dah wujud tahun 1998, bubar. Bubar 2004. Haa 2004 saya mula bertanding yang mana di terajui oleh Almarhum Tun Abdullah Badawi. Landslide, menang besar pada ketika itu tak silap saya… betulkanlah.
Mana-mana yang ada ke wakil PAS masa tu tak? Ada tak? 2004 tak ada ya. Sorang je, DAP. Betul, PRU 15 banyak wakil PAS ni. Banyak wakil PAS ni. Banyak, banyak, dengan harapan nak menguasai Pahang. PRU 16 [Ayat al-Quran]. Tak naklah saya. Saya ingat semua depan saya ni dah tahu. Tapi Allah kurniakan daripada apa Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja. Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob menang. Kemudian beralih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail. Menang jugak tapi takdirnya pada PRU 15 kita 17:17. Tapi kerana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada tika itu mengambil keprihatinan kepada rakyat. Gusar tentang apa jadi kepada rakyat meminta supaya Menteri Besar mempertimbangkan gabungan-gabungan ini. Ni bukan kita nak suka-suka buat tetapi ditakdirkan Allah… ditakdirkan Allah dan hari ni orang cakap UMDAP, UMDAP, UMDAP di bawah sana. Ya, sebab kita politik dia polemik ialah Cina begini, Melayu begini.
UMNO ikut telunjuk DAP. Macam mana kita nak majukan negara kita, negeri kita. Bagi saya, kita perlu lupakan perkara ini. Kita kena look forward untuk hal ni. Saya cukup yakin sebab saya pegang kepada doa. Doa 1 [Ayat al-Quran]. Orang kerajaan ni pun mengucap, saya penyokong kerajaan ni pun mengucap. Barisan Pembangkang pun mengucap, berdoa. Ni semua ada dosa. Saya ada dosa. Nabi je tak ada dosa. Berdoa. Tapi saya kedengaranlah dalam ucapan satu masjid, kedengaran dalam ucapan 1 Masjid 1 Rejab. Kebetulan saya tuang minyak. Dalam ceramah di masjid cerita Ferdinand Marcos. Apa pasal cerita Ferdinand Marcos. Boleh meningkatkan iman ke? No way man. Tak boleh meningkatkan iman cerita Ferdinand Marcos ni. Tidak lain tidak bukan untuk menunjukkan orang lain jahat kita baik, orang suka kita. Tapi bagi saya untuk menjadi Islam yg baik, kita kena amalan. [Ayat al-Quran]. Surah kahfi ayat akhir.
Siapa nak jumpa Tuhan, jangan kita syirik. Ahli kerajaan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Wan Rosdy buatlah dulu. Dengan Bantuan Prihatin Pahang dijenamakan semula sebagai Inisiatif Makmur Pahang. Terbaik. Buat dah terbaik untuk rakyat. Rakyat nilailah dan kita wakil kerajaan sama-sama menyokong kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. [Ahli Dewan menepuk meja]. Saya doakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sihat sejahtera terus memimpin negeri ini dan dapat memenangkan kerajaan yang ada… sedia ada untuk PRU 16. [Ayat al-Quran]. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih wakil Inderapura. Seterusnya saya menjemput ahli daripada Kuala Semantan, sila.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. [Ayat al-Quran]. Alhamdulillah, pertamanya saya merafak sembah dan menjunjung kasih. Membahaskan Titah Diraja. Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah. Juga Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Juga Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Rasa canggung pula berbahas selepas seorang YB yang lama di dewan tadi tu. Banyak yang diperkatakan. Jadi rasa kita orang yang YB baru ni rasa banyak benda yang ketinggalanlah. InsyaAllah.
Pertamanya. Alhamdulillah, kita mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT di atas prestasi ekonomi negeri Pahang yang secara tiga tahun berturut-turut dapat mengutip hasil melebihi RM1 billion. Cuma sebagaimana saya bahaskan sebelum-sebelum daripada sidang pada kali ini, saya ada mengatakan bahawa hasil Kerajaan Negeri Pahang ini banyaknya datang daripada hasil-hasil tradisi iaitu cukai tanah lombong, balak dan cukai-cukai ataupun bayaran-bayaran yang berasaskan kepada perkara yang berkaitan dengan tanah dan hasil-hasil tanah. Jadi bagi mengekalkan prestasi kerajaan negeri untuk terus mengutip hasil yang tinggi seperti ini.
Semoga kerajaan negeri dapat terus meneroka bidang-bidang baru dan juga industri-industri baru seperti contohnya industri hiliran daripada hasil-hasil perlombongan dan mineral yang banyak di negeri Pahang. Begitu juga produk-produk teknologi pelaburan yang seharusnya ditingkatkan oleh kerajaan negeri bagi memastikan bahawa hasil negeri terus mampan dan berjaya dikekalkan dengan hasil yang baik pada setiap penggal. InsyaAllah.
Yang kedua saya ingin masuk kepada tajuk… tajuk Tanah Rizab Melayu. Alhamdulillah, tahniah juga kepada kerajaan negeri kerana telah mencapai peningkatan sebanyak daripada 6% jumlah Tanah Rizab Melayu di Negeri Pahang kepada 12% iaitu kenaikan sekali ganda. Cumanya, kalau kita meneliti daripada Wasiat, Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu. Saya bacakan. Kami isytiharkan Dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytiharkan dan simpan untuk anak cucu kamu selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan. Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50%. Selebihnya kamu rebutlah bersama-sama dengan kaum yang lain ini. Mudah-mudahan kerajaan negeri terus menggandakan lagi jumlah Tanah Rizab Melayu ini daripada semasa ke semasa bersesuaian dengan tujuh perkara.
Kedua daripada Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu. Kemudian berkaitan dengan pemilikan tanah oleh orang Melayu ni. Saya suka juga untuk membawa dewan ini untuk kita melihat kepada pemilikan tanah oleh orang-orang Melayu di luar bandar yang walaupun kerajaan negeri telahpun berjaya mengadakan… memberikan rumah-rumah seperti Rumah Ru’ RASA, Rumah Rakyat Pahang, Rumah PR1MA dan banyaklah program-program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri kepada rakyat negeri Pahang. Terima kasih. Tetapi kita juga perlu melihat kepada penduduk-penduduk di kampung-kampung terutamanya di Kampung-kampung Tradisi Melayu yang kadangkala hanya ada tanah sekangkang kera, tetapi nama yang tercatat sebagai pemilik di atas tanah tersebut sampai ke peringkat 20-30 orang anak cucu dan kadangkala ada pula yang tidakpun diwariskan secara betul. Masih lagi nama atuk dan nenek, cumanya diduduki oleh anak cucu yang berterusan tanpa ada satu penyelesaian.
Jadi perkara ini mohon juga kerajaan negeri dapat beri perhatian bersama-sama dengan pentadbir tanah untuk melihat perkara ini supaya masyarakat kita di luar bandar ataupun di Kampung-kampung Melayu ini dapat meneruskan pemilikan tanah dia dalam keadaan yang sistematik dan boleh dibangunkan. Kemudian juga, suka saya menyebut bahawa kalau kita lihat secara perbandingan Kampung-kampung Melayu ni kebanyakannya berada di luar-luar bandar dan kalau adapun Kampung-kampung Melayu yang ada di dalam kawasan bandar, biasanya dia akan hilang ditelan arus pembangunan. Ini saya sebut ada contoh dia. Kalau di Temerloh tu kalau tuan-tuan biasa pergi di sekitar Pasar Temerloh. Dulu ada satu kampung namanya Kampung Haji Salleh. Kampung Haji Salleh ni duduknya betul-betul di pusat bandar, tetapi hari ini telah hilang ditelan arus pembangunan. Begitu juga ada Kampung-kampung Melayu yang masih lagi berada di tengah bandar, contohnya, Kampung Paya Dalam. Contohnya, Kampung Batu Satu tetapi oleh kerana berlaku pembangunan di sekeliling kawasan tersebut, kawasan perkampungan itu semakin hari semakin kesesuaian dia untuk didudukinya makin lama makin tidak sesuai kerana sistem salirannya, kerana sistem pengutipan sampahnya, kerana pembangunan rumah-rumahnya diakibatkan oleh masalah tadilah.
Masalah pemilikan tanah yang tidak selesai kepada waris-waris di Kampung-kampung Melayu tersebut berbanding dengan Kampung Baru Cina. Ini, saya sebut ini bukan rasis. Berbanding dengan Kampung Baru Cina ni kalau di Temerloh tu kita nampak di tengah-tengah bandar tu ada kampung Baru kan. Di kampung Baru ni saya sebenarnya benda ni baru saya perasan je semenjak saya jadi YB ni bila saya naik kereta lalu di Kampung Baru Cina, saya nampak satu kelebihan yang ada pada dia. Ini pulak kita dengar cerita akan dibangun apa ni… akan didaftarkan di bawah UNESCO dan sebagainya sebagai Kampung Warisan. Lagilah. Dia akan memiliki kelebihan berbanding dengan kampung- kampung kita. Kampung-kampung Melayu ni yang terus ketinggalan.
Jadi mohon kerajaan negeri boleh melihat perkara ini untuk membantu kampung-kampung ini. Kalau di kampung Cina ni kita tengok dia mendapat kelebihan sistem kutipan sampah yang teratur daripada pihak PBT. Sistem saliran yang teratur yang diuruskan juga oleh pihak PBT. Berbanding dengan Kampung-kampung melayu. Sebab tulah akhirnya Kampung-kampung Melayu yang ada di tengah tengah bandar. Sikit-sikit dia hilang ditelan arus pembangunan. Ini perkara yang saya kira boleh diberi perhatian oleh kerajaan negeri. Bagaimana caranya untuk memastikan kampung-kampung tradisi Melayu kita ini dapat dikekalkan dari segi pemilikan tanahnya dan dari segi keupayaan untuk dibangunkan secara sistematik bagi manfaat kita bersama.
Yang ketiga, saya ingin menyentuh juga apa yang disentuh oleh Tuanku berkaitan dengan infrastruktur jalan raya. Pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan, JKR dan JKR yang telah pun membina lampu isyarat di persimpangan di Paya Pulai berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Paya Pulai. Alhamdulillah, perkara tersebut telahpun berjalan. Cuma di peringkat awal pelaksanaan dulu, dia ada masalah sikit. Keadaan jammed yang teruk tetapi saya kira masalah ini, jalanraya di Temerloh ini terutamanya dia daripada Temerloh ke Maran ataupun ke Kuantan. Lebuhraya Persekutuan Dua ini saya kira telah sampai masa dan ketikanya kerajaan negeri mungkin dengan apa namanya… meminta atau memohon daripada Kerajaan persekutuan supaya pembesaran jalan ini dapat disegerakan kerana walaupun kita bina traffic light, kita bina apa-apapun keadaan jalan tersebut masih lagi berlaku kesesakan di waktu-waktu puncak dan juga di waktu-waktu perayaan. Saya kira telah sampai masanya Lebuhraya Persekutuan 2 ini daripada Temerloh mungkin daripada Bandar Temerloh paling tidak sehingga ke Bandar Maran ataupun dipersimpangan
Chenor itu telahpun sampai ketikanya untuk diluaskan kepada jalan dua lorong sehala. Sebab kalau sampai kalau kena musim raya, kita tengok baru ni pun bila kita buat traffic light di Paya Pulai tu kita dapat tengok kesan dia. Jalan tu dah kecik buat pula traffic light. Terima kasih buat traffic light ni bukan marah, bagus sangat. Cumanya bila ada traffic light tu kadangkala dia mengganggu juga aliran trafik tersebut.
Jadi oleh kerana itu sudah sampai masanya jalan tersebut dibesarkan demi untuk melancarkan aliran trafik dan juga demi untuk keselamatan penduduk yang berada di kiri kanan jalan tersebut. Begitu juga dengan jalan raya, di antara Temerloh dan Jerantut. Dia sebut sebagai Lebuhraya Persekutuan 98, bermula daripada Taman Seri Semantan sehinggalah ke Jerantut. Jalannya juga telah berlaku kesesakan di waktu-waktu puncak dan juga pada waktu-waktu musim perayaan. Dekat simpang tol ataupun simpang highway tu memang senantiasa berlaku kesesakan. Tambahan pula, sekarang ni berlaku pembangunan yang pesat. Perumahan-perumahan di sekitar kawasan Paya Keladan, di sekitar kawasan Kampung Raja berdekatan dengan Jambatan Songsang, Kampung Raja tersebut. Jadi jalan tersebut sentiasa sesak. Jadi sudah… memang sudah sampai ketikanya Jalan 98 ini juga, Lebuhraya Persekutuan 98 ini dibesarkan kepada jalan dua lorong sehala. Kemudian yang keempat, saya ingin juga menyentuh berkaitan dengan alam sekitar.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, Kebawah Duli Paduka Baginda menyentuh tentang alam sekitar ni. Antaranya disebutkan tentang utamakan projek tebatan banjir. Saya kira projek tebatan banjir di DUN Kuala Semantan dan di Bandar Temerloh ini sedang berlaku di Sungai Semantan. Masalah besar. Antara masalah besar yang berlaku di sini adalah runtuhan cerun yang berlaku di sepanjang aliran Sungai Semantan daripada Kampung Gantok sehinggalah ke Kuala Sungai Semantan di Kampung Bangau Tanjung tu, banyak runtuhan-runtuhan cerun yang berlaku di sepanjang aliran tersebut. Kalau di Bangau Tanjung ni dah dua kali penduduk di situ melaporkan ada satu jalan pertanian yang mereka gunakan untuk masuk ke kebun-kebun mereka runtuh sepenuhnya akibat daripada runtuhan cerun Sungai Semantan.
Saya dah laporkan perkara ini kepada pihak JPS Daerah dan mereka pun telah tengok, pantau dan sebagainya. Cuma sehingga ke hari ni masih belum ada kerja-kerja yang dilakukan untuk membaiki jalan tersebut. Begitu juga dengan Sungai Pahang, daripada Bangau Tanjung sehinggalah ke kampung-kampung di sepanjang jajaran tersebut. Kampung Lubuk Kawah, Kampung Paya Banir, Paya Jejawi, Sanggang, Kuala Sanggang sehinggalah ke kampung saya di Kampung Loyang. Di sepanjang jajaran tersebut, kalau di seberang sana daripada Bangau Parit hinggalah ke Sanggang Seberang, banyak runtuhan-runtuhan cerun yang berlaku. Ini mengancam keselamatan penduduk sebahagiannya dan juga mengancam apa nama… pengusaha-pengusaha ikan sangkar yang mengusahakan ikan sangkar di sepanjang jajaran tersebut. Jadi ini perlu pada perhatian daripada kerajaan negeri dengan projek tebatan banjir ataupun projek-projek khusus yang mungkin memerlukan input daripada persekutuan untuk menyelesaikan masalah runtuhan cerun tersebut.
Yang seterusnya saya ingin menyentuh tentang ketirisan hasil negeri. Ini Kebawah Duli Paduka Baginda menyebut secara khusus. Kadar air tidak berhasil dengan izin Non Revenue Water yang membimbangkan. Di Temerloh, saya pernah... kita pernah disebutkan dalam Dewan ini bahawa kadar kehilangan air terawat ini di daerah Temerloh adalah antara yang tertinggi.
Saya ingin membawa perhatian dewan ini khusus kepada jajaran yang saya sebut tadilah. Daripada Bangau Tanjung teruslah kepada Kampung Lubuk Kawah, Kampung
Paya Banir, Kampung apa namanya… Bukit Tingkat, Kampung Paya Jejawi, Sanggang, Kuala Sanggang teruslah ke kampung saya di Kampung Loyang. Sering kali sangat berlaku terputusnya bekalan air akibat daripada paip pecah. Kalau saya tak salah, paip yang berada di jajaran tersebut usianya telahpun melebihi 30 tahun. Jadi memang sudah ketikanya untuk paip-paip tersebut digantikan dan kalau tidak dia akan menyumbang kepada ketirisan Non Revenue Water ini yang tinggi di kawasan tersebut. Bukan itu sahaja, keadaan ini juga menyebabkan permukaan jalan di jajaran tersebut. Saya sering sebut benda ni kalau di Kampung Bangau Tanjung tu daripada Hotel Seri Malaysia, bawalah ke Kampung Bangau Tanjung hingga ke Kampung Bukit Tingkat, Lubok Kawah tu jalannya tu kalau orang kampung kabor gelegot, Dato’ Sri. Hah, gelegot permukaannya makna gelegot ni dia tak ratalah. Jadi saya dah banyak kali sebut dah isu ini tetapi sehingga ke hari ni dia tidak mampu diselesaikan dengan baik dan betullah sehingga ke hari ni. Antara sebab jawapan yg saya dengar sebelum-sebelum ini.
Katanya, kedudukan paip di jajaran tersebut agak tohor, jadi tak tinggi sangat. Jadi bila pecah, repair walaupun repair tersebut telah dibuat dengan baik tetapi oleh kerana kedudukan paip itu, dia tidak dalam sangat menyebabkan pembaikan tersebut tidak dapat menyelesaikan keadaan itu dengan baik. Dia akan balik semula jadi berlekuk-lekir.
Jadi inilah yang berlaku di jajaran tersebut yang tak pernah selesai daripada sebelum saya jadi YB sehinggalah hari ini saya dipilih oleh rakyat untuk mewakili kawasan tersebut. Jadi mudah-mudahan ada tindakan daripada pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut seterusnya Yang Berhormat Timbalan Speaker.
Banyak lagi?
Hujung dah ni sikit lagi. Saya nak sebut sikit lagi iaitulah masalah banjir kilat. Ni mungkin musim dia jugalah ni sebab sekarang ni kerap kali berlaku hujan lebat yang tidak dijangka. Begitu juga dengan angin dan ribut yang melanda kampung-kampung di sekitar kawasan saya. Jadi, saya pernah berbincang isu ini dengan apa namanya pihak JPS, juga kawasan seperti di Kampung Paya Luas yang meliputi kawasan Taman Jaya 6, Taman Jaya 8 dan juga Taman Jaya 3 ni. Bila berlaku hujan lebat dalam kadar beberapa jam yang berterusan menyebabkan air bertakung dan berlaku banjir kilat di kawasan tersebut.
Ini diakibatkan kalau dekat dengan Hospital Temerloh dekat Kampung Paya Luas tu dia ada satu kawasan takungan air. Tapi kawasan takungan tersebut tidak diselenggara dengan baik. Saya difahamkan paya tu ada pemilik dia. Jadi, saya pernah bincang dengan pihak JPS. Dia kata paya tu ada pemilik. Kalau kerajaan betul-betul nak jadikan paya tu sebagai kolam takungan, kena dibuat pengambilan tanah dan boleh dijadikan satu takungan yang proper untuk menampung air daripada kawasan-kawasan perumahan tersebut termasuklah daripada Hospital Temerloh. Bagi mengelakkan daripada mudahnya berlaku banjir kilat di kawasan kawasan tersebut. Saya. Itulah yang saya dapat utarakan dalam perbahasan titah Diraja pada petang ini. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Titah Diraja. Terima kasih.
Terima kasih Wakil dari Kuala Semantan. Seterusnya saya minta Wakil dari Tioman, sila.
[Ayat Al-Quran]. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Assalamualaikum WBT. Pertamanya saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana beri laluan kepada saya untuk berucap menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku dan pada kesempatan ini juga saya mengambil inisiatif untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang yang sentiasa prihatin dengan semangat yang kental terus amanah menerajui negeri ini. Dan tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Dato Sri Diraja atas lantikan sebagai Penasihat Kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita pada hari ini.
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada rakan kita. Yang Berhormat Dato’ Nazri bin Abu Bakar yang telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri. Begitu juga, Yang Berhormat Mohd Saifuddin bin Hashim sebagai Pegawai atau Penasihat Undang-Undang Negeri dan seterusnya Yang Berhormat Dato’ Haji Fadzilla bin Haji Salleh selaku Pegawai Kewangan Negeri. Tahniah dan Syabas sekali lagi kepada pegawai-pegawai kanan negeri Pahang.
Alhamdulillah, [Ayat Al-Quran]. Sempena Majlis Perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 DUN Pahang ke-15 pada 18 April 2025, Jumaat bersamaan 19 Syawal 1446 Hijrah, yang mana telah disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya juga sekali lagi mengambil kesempatan menjunjung kasih setinggi-tinggi junjungan kasih atas Titah Ucapan Tuanku yang menyentuh banyak aspek dan kecaknaan Baginda terhadap pentadbiran dan pengurusan serta hal ehwal rakyat Baginda Tuanku di negeri Pahang ini. Syukur kita semua di negeri Pahang Darul Makmur ini mempunyai Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan yang cakna rakyat dan turut sama memantau negeri ini setiap masa agar terus lancar, makmur, maju senantiasa kerajaan naungan Tuanku. Daulat Tuanku.
Titah ucapan tuanku turut dizahirkan betapa kerajaan negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang bersama seluruh jentera kerajaan negeri memperkasakan ekonomi khususnya agar berada di atas landasan yang baik dan membanggakan Baginda seterusnya menekankan supaya berusaha untuk terus tingkatkan kecemerlangan ekonomi di tahun semasa ini dan juga pada masa akan datang secara konsisten.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya sentuh dua perkara berkaitan dengan ekonomi sedikit dan juga tentang pencerobohan tanah haram. Tahniah juga diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang kerana berjaya mencapai hasil kutipan kerajaan negeri RM1 bilion tiga tahun berturut-turut sebagaimana rakan-rakan kita dalam dewan ini menyatakan sangat membanggakan rakyat di negeri ini. Saya juga ingin menyeru dan mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya dapat melihat lagi dari
semasa ke semasa sumber atau produk baru yang dapat menjana pendapatan termasuklah ditekankan kepada unit utiliti untuk dilihat sumber-sumber bagaimana yang kerajaan negeri dapat daripada TNB pada satu ketika yang lalu. Kali ini mungkin laluan pipeline Petronas, TM, Taman Laut, laluan gentian optik dan lain-lainnya sekiranya terangkum dalam kos melepas dilihat semula dan dikaji kembali.
Dan isu kedua yang saya sebutkan tadi tentang pencerobohan haram. Semua pihak perlu akur dalam hal ini, Titah Ucapan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku adalah ucapan yang tertinggi dalam negeri ini apatah lagi dalam Dewan Yang Mulia ini. Mana-mana pihak yang mempertikaikan dan tidak mengiktiraf akan perkara ini, adalah satu penghinaan terhadap Raja Berdaulat dan rakyat serta kedaulatan negeri.
Yang Berhormat Speaker, Elok kiranya kita lihat apa yang diadakan oleh kerajaan negeri, salah satunya Karnival Tanah. Kalau boleh dicadangkan supaya Karnival Tanah ini juga didedahkan satu masa untuk Kursus Sivik tentang perihal tanah kerajaan negeri di sekolah-sekolah sama ada sekolah menengah mahupun sekolah-sekolah rendah mahupun sekolah menengah sebagai permulaan kepada anak-anak muda untuk tahu hal ehwal tentang tanah di negeri ini.
Yang Berhormat Speaker. Saya juga ingin menyatakan tahniah dan syabas atas tindakan segera dan jujur oleh kerajaan negeri dari semasa ke semasa dengan penubuhan UE untuk membantu dengan kerjasama agensi lain di negeri ini. kerajaan negeri dicadang supaya lebih serius membuat masterplan dan pusat data tanah yang lebih sistematik dengan penggunaan unit pengimbasan satelit dengan kerjasama MYSA dan agensi swasta dengan lebih berkesan dan tepat serta diskusi khas sepanjang tahun untuk menangani isu pencerobohan dan kenal pasti kawasan terlibat ataupun trigger area.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Sebelum saya akhiri ucapan ini yang ringkas, saya ingin menyatakan secara peribadi, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja kerana di kawasan saya pada masa PRK yang lalu, warga di Pulau Tioman telah mendapat tiga dewan kegunaan ramai iaitu di Kampung Perpat dan Kampung Janglau serta Kampung Pontian. Tiga dewan istiadat bagi masyarakat OA di Sungai Muk, Batu 8 dan juga tak silap saya di Bukit Lepas.
Begitu juga sebuah bot jenazah di Pulau Tioman. Satu cadangan Rest House atau Rumah Negeri di Pulau Tioman dan kalau boleh saya nak sebutkan di sini juga. Dengan izin Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja, Jalan Kuantan-Segamat. Saya difahamkan boleh sebut Yang Amat Berhormat Dato’ Sri? Secara dasarnya mendapat kelulusan RM1 bilion lebih. Tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Pahang. [Ahli Dewan menepuk] Saya sangat bangga walaupun jalan ini tidak dalam kawasan saya tetapi mudah-mudahan akan menyelamatkan ramai lagi warga pengguna jalan raya yang saban tahun tak putus-putus akan berlaku kemalangan maut dan sebagainya. Insya-Allah dengan projek ini mudah-mudahan akan terus memberi keselesaan dan juga keselamatan pengguna jalan raya sepanjang masa.
Seterusnya juga permohonan masjid di Pulau Tioman, Hospital Mini, Jalan Ring Road Pulau Tioman. Mudah-mudahan dapat dipertimbangkan. Saya pun sama macam ADUN Inderapura. Mungkin ini penggal terakhir nak minta jasa baik kerana dengan banyaknya apa yang disalurkan oleh kerajaan negeri di DUN Tioman ini, saya mengharapkan mudah-mudahan ini akan memperkasakan lagi masyarakat di DUN
Tioman. Termasuklah juga Masjid Sungai Puteri, Masjid Kampung Perpat, Masjid Rendang II dan Masjid Bandar Lama. Alhamdulillah, telah diluluskan dan ada pun… ada juga yang telah digunakan.
Terima kasih juga kepada mantan YB SS dan juga mantan Dato’ Sri LA dan semua Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Daerah termasuklah Pegawai Daerah Baru, Tuan Hatta ke daerah Rompin yang banyak membantu tentang hal ehwal pentadbiran serta pengurusan di daerah Rompin. Dan sebelum saya akhiri juga, saya ucap terima kasih secara peribadi kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang, mudah-mudahan dapat dilihat lagi keadaan yang ada di Pulau Tioman dan juga di daratan Rompin itu termasuklah menyelesaikan masalah-masalah yang sukar untuk saya selesaikan dan saya telah dapat hint, mudah-mudahan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan mudah-mudahan warga dan rakyat di Pulau Tioman serta daratan Rompin DUN Tioman ini akan terus mengecapi nikmat kemakmuran negeri Pahang ini. Saya dengan ini mohon menyokong titah menjunjung kasih Titah Diraja. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Tioman. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Lanchang. Sila.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah. [Ayat al-quran] Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana telah memberi ruang kepada saya mewakili rakyat Lanchang untuk turut sama menyampaikan ucapan dalam sesi Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Yang Berhormat Speaker, Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi tahniah dan penghargaan kepada kerajaan kerana dapat mengadakan persidangan kali ini dengan baik sekali dan lancar, dan junjungan kasih juga Kebawah Duli Tuanku kerana telah menyentuh pelbagai perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh kita selaku Wakil Rakyat di kawasan masing-masing, selaku pembuat dasar dan untuk menjaga maslahah rakyat kita semua.
Yang Berhormat Speaker, Er… di permulaan ucapan saya ini, saya ingin menyentuh beberapa perkara terutamanya mengenai Titah Tuanku yang menyebut tentang infrastruktur kepada rakyat negeri Pahang. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah pun er... menaik taraf jalan di DUN Lanchang yang saya kira bermula daripada Lanchang Timur di kawasan Jalan Triang dan seterusnya daripada Bandar Lanchang sehinggalah ke Kampung Bolok dan sekarang er... pihak agensi kerajaan juga iaitu jabatan kerajaan... jabat... Jabatan Kerja Raya sedang menaik taraf semula jalan daripada Simpang Bolok sehinggalah ke FELDA Lakum.
Dan insya-Allah dalam sedikit masa lagi, saya kira jalan yang begitu hangat sekali diperkatakan dari masa ke semasa, saya kira hampir 10 tahun, yang menjadi bualan hangat pengguna-pengguna jalan raya bukan sahaja di Lanchang, malah ia merupakan pengguna-pengguna jalan raya sebagai satu laluan alternatif sama ada
daripada Kuala Lumpur atau Pantai Timur untuk masuk ke Temerloh seterusnya ke kawasan- kawasan kita di Pahang. Alhamdulillah, terima kasih banyak.
Walau bagaimanapun, saya ingin menyeru sekali lagi bahawa mana-mana jalan yang rosak perlulah dibaiki segera seperti jalan berlubang dan sebagainya termasuklah juga menjaga apa nama… Sepertimana tanda-tanda lalu lintas ataupun er... garisan-garisan putih yang telah mula tidak menampakkan dirinya apabila berlaku hujan di waktu malam kerana ia akan mengganggu perjalanan pemandu-pemandu di jalan raya lah.
Yang Berhormat Speaker, Selain daripada jalan ini adalah saya juga ucap terima kasih kerana banyak perkara yang telah pun dilaksanakan di peringkat kampung-kampung, kemudahan-kemudahan yang telah pun diadakan. Tetapi ada beberapa perkara sudah tentulah apabila kita membina sesuatu er... bangunan dan sebagainya, dia sudah tentulah memerlukan penyelenggaraan supaya kita menang memakai daripada kita senang... menang membina. Saya nak bagi contoh. Contohnya, kita bina ladang, apa? Padang permainan futsal di kampung-kampung, ada tempatnya ialah tidak digunakan dengan sepenuhnya dan ada setengah jugak mengalami kerosakan sepertimana lantai simen yang sudah pecah, pagar yang robek dan sebagainya, lampu limpah yang terpadam. Maka menyebabkan ia tidak dapat digunakan.
Saya nak ambil contoh satunya ialah di Kampung Rantau Panjang di mana telah lama dia dah rosak. Maka saya ingin mencadangkan supaya ianya dibaiki segera dan ada... ada juga di tempat-tempat perkampungan lain yang saya rasa perlu dinaiktarafkan lagi. Suka saya mencadangkan bahawa untuk naik taraf ini elok diadakan bumbung kerana saya lihat er… sejak akhir ini apabila kita membina bangunan, kawasan padang futsal ini ada bumbung. Dan bagi orang kampung, tempat untuk mereka melaksanakan dan mengadakan kegiatan sosial, contohnya seperti kenduri kendara, maka dapat digunakan di padang-padang beginilah. Tidak ki... tidak sahaja er… kita menunggu supaya padang itu digunakan pada musim-musim permainan yang tidak berlaku pada setiap minggu, setiap bulan. Jadi itulah saya sebut bahawa bila kita ubah suai sedikit, ia boleh digunakan oleh berbagai komunitilah. Menang memakai daripada kita menang membina.
Yang Berhormat Speaker, Selain daripada itu ialah tentang er... parit dan longkang. Walaupun saya... saya kira ada yang mengatakan bahawa tempat ini tidak... mungkin tidak sesuai. Tapi saya nak sebut bahawa di Lanchang ni kita ada dua tempat yang menjadi satu apa, tajuk utama setiap kali hujan lebat iaitu Kampung Batu Kapur, Mentakab dan juga Taman Mentakab Indah. Kawasan ni ialah kawasan dalam Mukim Mentakab tetapi dalam DUN Lanchang.
Setiap kali hujan lebat akan berlaku banjir kilat. Walaupun hujan yang saya kira tempat lain tidak banjir tetapi sering berlaku apabila hujan lebat dalam tiga, empat jam, dia akan berlaku banjir. Untuk tahun ni sahaja dari bulan Januari sampai sekarang bulan empat, sudah tiga kali berlaku banjir kilat. Malah, ada tempat sudah empat kali di dua-dua tempat ini, dan saya melihat antara isunya ialah perparitan dan saliran yang tidak sempurna pada dua tempat ini yang menyebabkan berlakunya aliran air yang tidak apa nama… tidak laju ataupun tidak lancar ke dalam Sungai Semantan.
Memang kawasan ini kawasan banjir, kawasan yang agak rendah tetapi dengan mengadakan er... perparitan yang baik, maka ia mengurangkan banjir termenung yang
berlaku begitu lama, memakan masa sehari dan sebagainya, yang merosakkan harta benda penduduk-penduduk kam... penduduk-penduduk kampung dan juga di taman-taman ini. Maka saya suka menyebut bahawa er... agensi-agensi berkenaan perlulah mengadakan penyelenggaraan secara berkala dengan lebih kerap supaya er... masalah-masalah tersebut dapat di... dapat diatasi. Kita nak menunggu proses pemindahan yang telah dijanjikan, kita belum tentu bila kerana projek persekutuan. Jadi sebagai menunggu langkah tersebut perlulah ada er... proses apa nama… pembaikan tersebut terlebih dahulu.
Seterusnya ialah er... sedikit tentang masalahnya ialah tentang... er... semalam kita sebut tentang kiosk PBT ya. Di Lanchang sa… saya dapat lihat ada beberapa kiosk yang masih lagi, bukan masih lagi, yang belum digunakan, belum. Saya tak pasti sama ada ia sudah pun disewa ataupun tidak. Tetapi saya kira bentuk kiosk ini adalah sama, sama ada di Lanchang atau di mana, ataupun di daerah-daerah lain, dan juga bukan sahaja di Pahang tetapi juga di negeri- negeri lain. Cuma pada saya, saya rasa er... ia kurang mendapat sambutan daripada peniaga-peniaga. Adakah mereka ini kiosk tersebut, reka bentuknya adalah tidak sesuai dengan jenis perniagaan atau adakah tempat letaknya kiosk tersebut tidak sesuai juga dengan benda yang mereka nak meniaga.
Jadi sudah pastilah ia er… bukan sahaja tidak, sudah tentu kita nak membina satu perkara tu perlu mendapat kajianlah dengan orang-orang yang berniaga kerana mereka yang nak meniaga dan kita, tapi kita juga yang nak… nak mengadakan infrastruktur tersebut. Kita faham bahawa kenapa kita bina benda tu ialah kita nak menyeragamkan. Tetapi kadang-kadang keseragaman itu menyebabkan aktiviti perniagaan yang tidak sesuai menyebabkan terencatlah. Maka sudah tentu er... apabila tidak disewa menyebabkan pembaziran berlaku. Dan saya sebut tadi bahawa dia bukan sahaja berlaku di tempat kita, malah di mana-mana negeri saya pergi di mana-mana negeri ada benda ni tidak disewa. Malah ada tempat tu sudah rumput panjang. Tempat diletakkan kiosk tersebut. Jadi saya rasa itu adalah antara benda yang… yang apa? Yang perlu kita lihat dalam kita mengadakan infrastruktur kepada rakyat kita.
Seterusnya Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin menyentuh iaitu tentang er... sektor ekonomi, pertanian yang disebut oleh Kebawah Duli Tuanku. Pertamanya, saya merakamkan tahniah kepada kerajaan negeri di atas kejayaan mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.2% pada tahun lepas dan menempatkan negeri Pahang didudukan... yang kedudukan yang kedua dalam negara.
Tahniah diucapkan kepada kerajaan yang dipimpin oleh Dato' Sri Diraja [Ahli Dewan menepuk meja]. Namun begitu er... saya juga ingin er… menyebut bahawa daripada aktiviti tersebut, kita lihat er... kerancakan ekonomi atau aktiviti itu kita lebih kepada pembinaan ataupun sektor-sektor lain tetapi ekonomi pertanian masih lagi rendah, masih lagi rendah. Jadi saya nak sebutnya ialah bagaimana kita perlu melihat er... negeri kita ini negeri… negeri pertanian yang sesuai dan dia menjadi antara penyumbang yang… yang apa yang terbaiklah dalam sektor ekonomi di negeri Pahang ni, dan kalau boleh, saya mencadangkan bahawa disebut banyak tanah-tanah yang telahpun diteroka secara haram er... selepas pada ini dimiliki oleh kerajaan dan dijadikan sebagai satu ladang pertanian. Mungkin selepas ini kita boleh er... mencadangkan supaya ladang-ladang pertanian menghasilkan makanan yang lebih pintar, ladang pintar dan sebagainya, supaya kos-kos ini boleh direndahkan dan juga dalam masa yang sama er... tenaga buruh asing boleh dikurangkan.
Saya juga tertarik dengan langkah kerajaan yang telah pun memperbanyakkan latihan kemahiran TVET. Tetapi TVET tentang kemahiran pertanian kurang. Perkara ini saya rasa perlu di diperbanyak diperluaskan supaya kita melihat er... di kalangan orang muda dan remaja kita, ada yang berkemahiran dan kreatif dalam membina, membuat sesuatu apa nama… alat- alat mesin dan, yang saya kira kalau kita boleh sambungkan mereka di Pusat-pusat Latihan TVET Pertanian. Mereka boleh mereka cipta satu alat mesin dan sebagainya untuk kegunaan sendiri apabila mereka menjadi seorang usahawan, kerana er... dengan teknologi moden yang ada sekarang ni saya kira tidak mustahillah kita boleh majukan pertanian di negeri Pahang ni.
Jadi harapan saya itulah, supaya er... perhatian yang lebih besar er... dapat diberikan kepada sektor pertanian ni. Saya kira itulah antara benda yang saya nak sebutnya dalam ucapan yang er... singkat ni, dan akhir kata saya menyokong penuh Titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan berharap segala saranan yang dibangkitkan dalam persidangan ini diberi perhatian sewajarnya demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih wakil dari Lanchang. Seterusnya saya ingin menjemput pembahasan yang terakhir pada sesi petang ini iaitu Ahli Yang Dilantik nombor 4. Sila Yang Berhormat.
[Ayat al-Quran]. Yang Berhormat er... Tuan Speaker, Ketua-ketua Jabatan, Ahli-ahli Dewan sekalian Assalamualaikum WBT. Salam Malaysia Madani, Salam Pahang First untuk semua [batuk]. Izinkan saya Merafak Sembah dan Menjunjung Kasih Diatas Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang pada pembukaan sidang DUN Pahang yang lalu yang penuh dengan hikmah, kebijaksanaan dan kedamaian. Saya juga ingin merakamkan er... pada perbahasan ini ucap tahniah. Ucapan tahniah saya kepada pelantikan… di atas pelantikan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, Pegawai Kewangan Negeri yang baru dan juga Penasihat Undang-undang Negeri Pahang yang baru.
Yang Berhormat er... Tuan Speaker, Saya ingin memulakan perbahasan ini dengan saya ingin memetik kata-kata ulama besar, Allahyarham Dr. Yusof Al-Qardawi dalam kitabnya Fiqhul Daulah dari perspektif Islam, di muka surat 222 yang menyatakan, berbilang parti politik adalah diharuskan dalam Islam. Tiada halangan untuk parti yang banyak berkerja di medan dakwah. Mereka hendaklah berbaik sangka antara satu sama lain. Maka marilah kita menjadikan dewan ini sebagai medan untuk kita menjalankan kerja dakwah untuk rakyat dan saling bersangka baik sesama kita.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, Saya mengambil kesempatan ini untuk bercakap dua perkara yang dibangkitkan dalam Titah Kebawah Duli Tuanku baru-baru ini. Pertama berhubung dengan pencerobohan tanah haram dari perspektif perundangan dan yang kedua, tajuk yang saya lihat sangat jarang disentuh oleh Ahli-ahli Dewan iaitu pemerkasaan Undang-undang Syariah di negeri Pahang.
Ahli-ahli Yang Berhormat Yang dikasihi sekalian, Pertama. Apakah isu di hadapan kita? Isu di hadapan kita adalah Tanah Kerajaan Negeri diceroboh dan kerajaan menggunakan saluran di bawah Seksyen 425 & Seksyen 426A Kanun Tanah Negara untuk bertindak menghentikan pencerobohan. Adakah tindakan kerajaan ini lambat? Apa yang berlaku di Pahang ini sangat sama dengan 1 kes pencerobohan tanah yang berlaku di Mukim Bandar, Teluk Anson atau Teluk Intan, Perak yang diceroboh untuk tanaman padi. Tanah ini pula diceroboh pada tahun 1950 iaitu kira-kira 70 tahun yang lalu apabila ramai orang dari luar Perak yang datang untuk tanam padi di situ. Mereka datang semakin ramai dan pada tahun 1977 iaitu 22 tahun kemudian, barulah kerajaan negeri mula mengadakan perbincangan dengan penanam padi tersebut. Ini pun setelah kerajaan negeri memberikan ruang kepada mereka untuk membuat permohonan secara rasmi.
Rundingan gagal diselesaikan, penanam padi menyaman kerajaan hingga ke Mahkamah Persekutuan pada tahun 1982 memohon agar tanah tersebut diberikan diserah milik kepada penanam padi ini.
Apa keputusan Mahkamah Persekutuan? Mahkamah menyatakan bahawa penanam padi ini tidak ada hak. Mereka tidak diberikan kerana mereka tidak diberikan oleh kerajaan negeri. Maka mahkamah telah memutuskan bahawa dengan izin quarter has now right in law and equity… and equity. Penceroboh tidak ada hak di sisi undang-undang dan ekuiti. Mahkamah juga telah menyatakan bahawa dalam kes tersebut, kerajaan negeri boleh bertindak sendiri tanpa perlu mendapatkan permohonan daripada mahkamah dan boleh menggunakan kekerasan yang munasabah untuk mendapatkan balik tanah kerajaan yang diceroboh. Pencerobohan tanah di Perak ini memakan masa hampir 40 tahun untuk diselesaikan sehingga kes mahkamah diputuskan pada tahun 1982. Maka saya ingin tegaskan bahawa tindakan Kerajaan Pahang pada hari ini adalah betul dan tempoh masa yang lama tidak menghalang kerajaan negeri untuk bertindak.
Ahli-ahli Dewan yang saya kasihi sekalian, Di kesempatan ini, saya ingin membetulkan beberapa persepsi dan fitnah terhadap kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang kononnya penceroboh dibiarkan berleluasa tanpa sebarang tindakan. Pertama, saya nak sebutkan bahawa kerajaan persekutuan telah bertindak sangat tegas dengan menaikkan jumlah denda maksimum sehingga ke RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali kerana kesalahan menceroboh tanah kerajaan. Tetapi di luar sana, fitnah yang disebarkan bahawa kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat hari ini tidak menghukum penceroboh tanah. Fitnah kononnya, penceroboh tanah Pahang dibiarkan. Kerajaan hanya berani tangkap lelaki Melayu yang bernama A. Rahman Hashim yang menceroboh tanah Hutan Simpan Pondok Tanjung dekat Gunung Semanggol, Kerian yang kononnya kemudian dihukum RM50,000.00 manakala penceroboh di Raub dibiarkan.
Saya nak membawa fakta di hadapan kita bahawa di Mahkamah di negeri Pahang, banyak kes-kes pendakwaan terhadap penceroboh-penceroboh yang berlaku di negeri Pahang. Pada tahun pada 09.08.2023, seorang lelaki dijatuhi hukuman denda sebanyak RM200,000.00 oleh Mahkamah Sesyen Raub di atas pertuduhan menceroboh tanah milik kerajaan. 20.02.2024 Pengarah Syarikat, Tiong Chin Chong didakwa menceroboh tanah kerajaan negeri. 04.02.2025, Mahkamah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM200,000.00 terhadap seorang penyelia syarikat perlombongan haram tanah kerajaan. 16.04.2025 Mahkamah Sesyen Raub menjatuhkan hukuman RM200,000.00 kepada 2 orang lelaki Cina yang baru nak
bersih… nak bersihkan tanah belum lagi tanam. 28.02.2025, Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan kerana menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah. 5 pekebun Durian Raub didakwa di Mahkamah Raub kerana menceroboh hutan simpan di Batu Talam. Mereka didakwa di bawah Akta Hutan… Perhutanan Negara. Saya menggunakan ruang pada hari ini untuk mengucapkan setinggi tahniah kepada Penasihat Undang-undang Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang yang berani bertindak sedemikian.
Ahli-ahli Dewan yang saya kasihi sekalian, Ini semua menunjukkan kepada kita bahawa kerajaan negeri khususnya tidak campur tangan dan menyerahkan kepada kebijaksanaan penguatkuasaan serta proses undang-undang untuk menyelesaikan masalah ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang dikasihi sekalian, Kedua. Terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab memainkan sentimen perkauman, fitnah menunggang isu pencerobohan ini. Terbaru, satu rakaman TikTok terdapat kononnya terdapat satu lombong emas haram di tengah-tengah pokok durian di Raub. Ia sebenarnya adalah satu video milik Encik Mohamad Jekri bin Mohamad Hassan yang sebenarnya sedang menjalankan ujian ke atas mesin baru di sebuah lombong besi, bijih… bijih besi di Sungai Petani, Kedah. Ini diakui sendiri oleh Sinar Harian pada 19.04.2025 yang lalu. Malangnya, video fitnah ini disebar dan dikongsikan oleh ribuan rakyat. Allah melarang keras perbuatan tidak adil ini hanya kerana benci kepada sesuatu kaum tersebut. [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Jangan kerana kebencian kita kepada sesuatu kaum, maka kita tidak adil kepada mereka. Sidang Dewan yang saya kasihi sekalian. Marilah kita menghayati Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah dalam Program Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat di majlis… di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, 28.2.2025 lalu yang memperingatkan kita semua, supaya semua pihak mesti meninggalkan sifat suka memfitnah, menabur kebencian dan menyebarkan berita tidak benar. Baginda bertitah agar kita tidak membesarkan sesuatu isu yang boleh menggugat keharmonian kaum. Mesej damai Tuanku ini membuktikan peranan Umarak Tuanku dalam memastikan institusi diraja kekal utuh terpelihara dan dihormati dari pihak yang tidak bertanggungjawab yang mencuba menunggang demi suara politik terdesak mereka.
Ahli Dewan yang saya kasihi sekalian, Adakah negeri lain tidak berlaku pencerobohan? Saya nak sebutkan beberapa fakta di sini. Pertama, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah mengenal pasti kira-kira 3,500 hektar tanah kawasan hutan simpan di seluruh negeri Kedah yang diteroka secara haram sejak tahun 2011 untuk tanaman durian, getah dan pembinaan kawasan penempatan bukan tanah kerajaan biasa. Kedua pada 28.11.2022 selepas sidang DUN, EXCO Terengganu, Dr Azman Hashim mendedahkan 6,000 hektar tanah diceroboh hanya di daerah Setiu dan Dungun sahaja.
Apa tindakan kerajaan Terengganu? Kerajaan Negeri Terengganu menyatakan tidak bijak sekiranya musnahkan kebun atau ladang yang sedang diusahakan oleh rakyat. Ini sangat berbeza dengan kerajaan negeri Pahang. Saya nak sebutkan kepada Sidang Dewan. Kesimpulannya apa, kesimpulannya adalah tindakan penguatkuasaan Kerajaan Negeri Pahang sangat terkedepan mendahului negeri-negeri lain dalam penguatkuasaan pencerobohan tanah sehingga sanggup menebang pokok durian dan ladang sawit. Ahli Yang Berhormat yang dikasihi sekalian, Justeru, apakah tindakan penyelesaian terhadap tanaman yang diceroboh. Saya amat bersetuju sekiranya persetujuan menang-menang dapat dicapai di antara kerajaan
negeri dan juga penanam durian, kelapa sawit dan padi. Sepertimana penanam padi di Paya Setajam di Rompin yang juga berhadapan dengan isu pencerobohan tanah kerajaan ini. Atau kita boleh melihat bagaimana kaedah di Kelantan. Di Kelantan, sebuah syarikat yang bernama Sindiyan Plantation Sdn Bhd memiliki tanah di Gua Musang yang ditanam durian dengan keluasan hampir 9,588 hektar. Ladang ini diiktiraf oleh Malaysian Books of Record sebagai Ladang Musang King yang terbesar di negara ini dengan lebih 300,000 pokok durian dengan hasilnya 10,800 metrik tan setahun dan dengan revenue dengan izin setahun hampir mencapai RM1.5 billion.
Malah dalam laman web Sindiyan ini menyebutkan bahawa mereka memiliki tanah Musang King ini berstatus private land seluas itu di Kelantan. Ertinya kerajaan negeri memberikan tanah seluas itu kepada syarikat durian tersebut. Tak kisah atas apa nama sekali pun. Saya nak tanya Yang Berhormat. Saya nak tanya kerajaan negeri. Adakah kerajaan negeri bersedia untuk mengikuti jejak langkah Kelantan memberikan status private land yang besar yang kemungkinan bermaksud geran hak milik diberikan kepada pengusaha durian supaya menjadikan Pahang sebagai hub utama durian seperti Kelantan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Isu penerokaan tanah haram ini sebenarnya telah diungkapkan oleh beberapa Ahli Dewan tadi membawa kita melihat kepada satu isu lain iaitu permohonan tanah kediaman 1, 2 ekar yang belum diluluskan oleh pihak berkuasa. Saya ingin merujuk kepada Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 1/2013 iaitu Panduan Memproses permohonan Pemberi Milikan tanah telah mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya tempoh masa untuk memproses pemberi milikan dipendekkan daripada 15 bulan ke 4 bulan. Saya berdiri pada hari ini menjunjung Titah Kebawah Duli Tuanku untuk membenteras tanah haram. Namun, saya merayu kerajaan negeri agar tidak bertindak terhadap tanah-tanah kediaman rakyat yang masih belum diberikan geran, sebaliknya menyegerakan pemberian hak milik bagi mereka kerana ada kawasan seperti di beberapa kawasan pertanian padi.
Mereka memerlukan geran hak milik atau sekurang-kurangnya Lesen Pendudukan Sementara untuk mendapatkan subsidi baja dan juga subsidi jualan padi. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan tahniah terhadap keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan kerajaan negeri yang telah meluluskan geran hak milik yang banyak untuk tanah-tanah FELDA, kampung tradisional dan kawasan-kawasan yang dipohon oleh rakyat. Tradisi ini mestilah kita teruskan.
Ahli-ahli Dewan yang saya kasihi sekalian, Perkara kedua yang saya nak sebutkan pada hari ini ialah pemerkasaan undang-undang syariah. Saya sangat bersyukur Tuan Speaker kerana buat pertama kali saya melangkah ke Dewan Yang Mulia ini, Cadangan saya untuk menyegerakan penubuhan Mahkamah Utama Syariah sebagai mahkamah yang tertinggi di negeri ini telah diangkat oleh kerajaan negeri. Alhamdulillah, pada sidang kali ini jika kita lihat senarai kertas kausa ataupun kertas dasar yang dibekalkan pada hari ini, ada satu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah Utama tahun 2025 akan dibentangkan pada sidang kali ini. Rang Undang-undang ini akan memansuhkan Enakmen Pentadbiran Islam Tahun 1991 yang hampir 34 tahun telah digunapakai di Mahkamah Syariah di negeri kita ini. Ahli-ahli Dewan yang saya kasihi sekalian. Perkara ini adalah merupakan catatan sejarah terhadap pelaksanaan syariah di Pahang apabila DUN Pahang pada sidang kali ini dijangka akan membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah 2025.
Dan saya nak sebut kepada Sidang Dewan bahawa Pahang adalah antara negeri-negeri yang awal menubuhkan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Syariah Utama ini seiring seperti negeri-negeri di Perak, Kedah, Sabah dan Negeri Sembilan. Tetapi saya ada membuat satu kunjungan hormat kepada Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang dan saya mohon kepada beliau agar sebaik saja Enakmen Mahkamah Syariah utama ini diluluskan oleh Dewan ini, ianya dapat dilaksanakan sebaik sahaja diluluskan, Insya-Allah saya akan berucap lanjut ketika pembentangan Rang Undang-undang tersebut sama ada esok pun ataupun hari Khamis ini. Ahli-ahli Dewan yang saya kasihi sekalian, saya pohon marilah kita pahatkan nama kita semua sebagai ADUN-ADUN Negeri Pahang bahawa pada sidang kali ini kita secara sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah tahun 2025 ini. Moga nama kita akan dipahatkan di hadapan Allah Rabbul Jalal suatu hari nanti. Akhir sekali, saya ingin memetik Titah Tuanku bahawa sidang kali ini membuka lembaran baharu negeri Pahang setelah kita berjaya mencatatkan perkembangan ekonomi yang sangat baik, kita bertambah baik sistem pentadbiran dan kita mudahkan sistem penyampaian kepada rakyat. Terima kasih Tuan Speaker. Saya akhiri ucapan saya pada harini dengan satu madah. “Berbuat baik kepada rakyat ada yang meluat, Tapi ramai yang gembira, Yakinlah wahai sahabat, Jika manusia tidak melihat, Pasti Allah ada bersama”.
Kepada kerajaan negeri saya ucapkan [Bacaan dalam Bahasa Arab] teruskan perjuangan, saya Menjunjung Titah Kebawah Duli Paduka Tuanku Sultan dan menyokong sepenuh hati dan jiwa saya. Assalamualaikum WBT.
Terima kasih ADUN yang dilantik. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk hari ini saya perhatikan seramai 16 orang ahli telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan saya mengucapkan ribuan terima kasih. Sebelum saya menempohkan persidangan pada hari ini, saya ingin memaklumkan bahawa pada hari esok Rabu, 23 April 2025, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang akan melaksanakan Program Jom Baca Bersama untuk 10 minit. Program ini ditetapkan oleh Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia. Program ini akan diadakan serentak di seluruh Malaysia dan akan melibatkan segenap lapisan masyarakat. Ianya bertemakan Nikmati Saat Ini. Masa program adalah bermula pada pukul 11.00 hingga 11.10 pagi. Justeru itu, Dewan akan berhenti sebentar untuk kita turut serta menjayakan program tersebut dan saya menyeru ahli-ahli Yang Berhormat dan Ketua-ketua Jabatan untuk membawa naskhah yang bersesuaian atau membawa apa-apa buku atau risalah ilmiah semasa program tersebut dilaksanakan dalam Dewan Negeri Yang Mulia ini. Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Persidangan kita akan disambung semula pada hari Rabu, 23 April 2025 bersamaan 24 Syawal 1446 Hijrah bermula pukul 9.30 pagi, Insya-Allah.Terima kasih.
[Persidangan ditempohkan]