Pahang · 23 April 2025

15th Assembly, 4th session, 1st meeting · 384 turns · 47,570 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari : Rabu, 23 April 2025 bersamaan 24 Syawal 1446 Hijrah.

DOA

Perkara Pertama: Bacaan doa.

Speaker

Assalamualaikum WBT. Marilah kita sama-sama memulakan mesyuarat kita pada pagi ini dengan membaca Ummul Kitab Al-Fatihah. Segala puji bagi Allah, dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Mengasihani kepadaNya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat maha hikmah limpah keadilan yang menanggung kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan. Mudah-mudahan sentosa aman makmur limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi negeri ini serta rakyat sekalian. Ya Allah berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan taufikMu dipohonkan menyuluh memandu ketika kami berunding menimbang bertukar-tukar fikiran pada segala perkara dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah dipohon doa kami diperkenan Amin Ya Rabbal Alamin.

Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.

Speaker

(Ayat al-Quran) Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam selamat pagi, salam perpaduan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama merafak... merafakkan syukur pada Allah Ta'ala kerana kita dapat meneruskan persidangan kita pada pagi ini. Saya lihat Ahli-ahli Yang Berhormat ceria-ceria belaka. Semalam, malam Selasa dan er... semuanya bujang duduk di sini yang tidak… yang tidak ada rumah di sinilah.

Walau bagaimanapun, saya nak mengingatkan bahawa nanti apabila kita tepat pada jam 11.00 pagi, sesiapa saja yang berucap ataupun yang menjawab soalan ataupun yang bertanyakan soalan ataupun Wakil Kerajaan memberikan jawapan, kita berhenti sementara untuk kita memberikan laluan kepada ‘Program Jom Baca Bersama untuk 10 minit’. Er... jadi saya akan ingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian apabila tepat pada pukul 11.00 sesiapa sahaja yang sedang berucap jadi silakan duduk. Ianya hanya 10 minit sahaja, insya-Allah. Er… untuk meneruskan aturan

mesyuarat er... pada pagi ini, saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada ADUN Lantikan untuk mengemukakan soalan pertama.

(Ayat al-Quran) Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar, Ahli EXCO Kerajaan dan Ahli Dewan sekalian. Er... soalan saya pertanyaan nombor 1.

[Boleh nyatakan jumlah hak milik tanah yang telah dirampas seluruh Pahang dan tidak dikembalikan kerana kegagalan membayar cukai tanah dan berapakah jumlah keseluruhan tunggakan cukai tanah yang telah dikutip melalui proses di bawah Seksyen 130 Kanun Tanah Negara beserta jumlah penalti yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri Pahang?]

(Ayat al-Quran) Assalamualaikum WBT, selamat pagi, salam sejahtera, salam Pahang 1st. Terima Kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, terima kasih kepada ADUN Kawasan… Ahli Lantikan daripada Rompin. Saya mengucapkan terima kasih di atas soalan yang dikemukakan dan ini beri peluang kepada saya dan kerajaan untuk menjelaskan berapakah jumlah hak milik tanah yang telah dirampas oleh seluruh… di seluruh negeri Pahang dan tidak dikembalikan kerana gagal membayar cukai tanah dan juga Yang Berhormat bertanyakan berapakah jumlah keseluruhan tunggakan cukai tanah yang telah dikutip melalui proses di bawah Seksyen 130 Kanun Tanah negara berserta jumlah penalti yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri? Untuk makluman Yang Berhormat daripada Rompin, sehingga kini terdapat 1,082 hak milik tanah telah dirampas atau bahasa bakunya disebut sebagai dilucut hak oleh pentadbir tanah di seluruh negeri Pahang. Maknanya Yang di-Pertua, bukan sahaja mengerjakan tanah secara tidak sah, tanah pun kalau dia tak bayar cukai tanah pun kita rampas. Maknanya kerajaan kita…

Speaker

Tapi kita bagi notis dululah, kan?

Ada prosedur dia adalah notis sebagai contohnya, kita bagi notis 8(a) lebih kurang 8 bulan ya? 6 a)… 8(a), adalah. 6(a) tu apa ni...

Speaker

Bukan six point one ya?

Untuk dia bayar tunggakan.

Speaker

Bukan… bukan six point one ya, bukan?

Six point one tu dalam kamarlah. Yang Berhormat Speaker dah makan ubat dah? [Ahli Dewan ketawa].

Speaker

Hari ni saya nak raya. [Ketawa]

6(a), contohnya tunggakan. Kita kumpulkan notis untuk bayar tunggakan lepas tukar dia tak bayar tunggakan baru kita keluarkan 8(a). Maknanya… [batuk] maknanya Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, prosedur kita patuhi, peraturan-peraturan yang telah ditetapkan kita patuhi. Tetapi kalau sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat peraturan tidak bayar cukai, kita akan rampas kembali. Jadi, saya nak bagi tahu kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Yang Mulia ini bahawa bukan sahaja setakat mengerjakan tanah secara tidak sah ataupun aktiviti-aktiviti, perlombongan-perlombongan balak secara tidak sah, tanah pun kalau tidak dibayar cukai Kerajaan Negeri akan lucutkan haknya.

Jadi er... daripada jumlah tersebut, sejumlah 838 hak milik tanah tidak dikembalikan kepada pemilik tanah kerana tidak mengemukakan permohonan pembatalan pelucutan hak. Maknanya selepas kita bagi notis, dia tak buat… dia buat dek je, dia buat tak tahu je er… yang itu kita rampaslah. Kemudian kita keluarkan 8(a) itu proses biasalah dan er... melihat kepada rekod terkini yang ada pada saya, jumlah kutipan hasil penalti yang berjaya dikutip melalui proses di bawah Seksyen 130 Kanun Tanah Negara oleh Kerajaan Negeri Pahang adalah sebanyak RM1,437,142.90. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.

Dato’ Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Pertanyaan.

Speaker

Sila, bagi… saya bagi pada ini yang bertanya dulu. Yang Berhormat yang bertanya kemudian... er... kemudian ADUN Tanjung Lumpur.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar dan Yang Berhormat Speaker. Baik soalan saya, saya ada beberapa soalan tambahan daripada jawapan Yang Berhormat tadi. Soalan saya bagi pemilik tanah yang telah dilucut hak oleh pentadbir tanah ini, saya percaya mereka ada satu er... peruntukan undang-undang di bawah Kanun Tanah Negara yang membolehkan mereka untuk membuat satu

permohonan yang dinamakan kalau tidak silap saya adalah permohonan rujukan tanah melalui mahkamah. Di mana seseorang pemohon itu mesti membuat afidavit dan permohonan dan kemudian er... perbicaraan ditetapkan dan pihak daripada Penasihat Undang-Undang akan menghantar peguam mereka dan kes tersebut akan didengar di hadapan hakim.

Dan biasanya mahkamah akan menetapkan pembayaran sepertimana dalam peruntukan undang-undang iaitu lebih kurang 6 kali ganda daripada jumlah tunggakan cukai yang dikenakan. Jadi soalan saya Yang Amat Berhormat sudah tentu melalui permohonan mahkamah ini akan menelan belanja yang agak tinggi. Maksudnya mereka terpaksa engage lawyer dan kemudian membayar pula penalti kepada Kerajaan Negeri. So, dua apa nama ni? Dua, kos yang terpaksa ditanggung oleh… oleh mereka yang telah kehilangan tanah kerana tak bayar cukai tadi. Baik, soalan saya, adakah pemilik tanah yang telah dilucut hak oleh pentadbir tanah Kerajaan Negeri ni masih boleh mengemukakan rayuan kepada pihak Kerajaan Negeri dan hanya let say melalui surat sahaja ataupun melalui rayuan biasa sahaja kepada Kerajaan Negeri dan kalau dalam keadaan begitu kebiasaannya 6 kali ganda itu adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk menimbangkan satu jumlah yang lebih rendah daripada itu bagi membolehkan mereka dapat kembali hak tanah mereka? Terima kasih Dato’ Sri.

Terima kasih Yang Berhormat. Yang pertama tadi saya nak jelaskan yang bawa ke mahkamah itu dia ada dua, ada dua cara. Dia boleh bawa ke mahkamah dan boleh terus kepada pentadbir tanah. Tiga bulan tempoh dia ya 8A, selepas 8A. Ini tujuan untuk memudahkan tetapi bagi sayalah kalau kita dah ada tanah, kita dah mohon tanah dapat tanah kita bayarlah. Jangan… jangan tunggu saat-saat akhir kerana untuk mendapat tanah ini bukannya mudah prosesnya pun agak panjang.

Jadi, saya menyeru kepada mereka yang memiliki tanah ini supaya menjelaskan cukai tanah mereka kerana kita bagi tempoh sehingga 31 bulan Mei. Kemudian sebelum kita keluarkan Notis 6A dan 8A. Bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi, pemilik tanah yang telah diwartakan Borang A dan tanah yang dilucutkan hak boleh membuat rayuan kepada Kerajaan Negeri iaitu Permohonan Pembatalan Pelucutan Hak di bawah Subseksyen 133(1) Kanun Tanah Negara (Akta 828) kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui pentadbir tanah. Maknanya dia boleh buat rayuan. Memang benarlah maksimum yang kita kenakan adalah 6 kali ganda tetapi lazimnya kita akan melihat juga berapa pendapatan dia dan sebagainya.

Dan kita akan bagi pertimbangan. Menurut rekod yang ada pada saya ini belum ada lagi yg kita caj sampai 6 bulan. Ada yang kita bagi 5 bulan, 4 bulan. Bukan… bukan… bukan 6 bulan… 6 kali. Ada yang 5 kali, 4 kali, 5 kali tu jarang-jarang. Sepertimana kata P. Ramlee lah, apa?

Speaker

4 kali kadang-kadang.

Eh… bukan. 4 Kadang-kadang, 3 jarang- jarang, 2 apa dia? [Ahli Dewan ketawa] Biasa.

Speaker

Selalu.

Eh… 1 biasa jadi yang 6 kali ni bukan jarang-jarang. Tak ada. Jadi kita akan bagi pertimbangan. Biasanya mereka datang mereka kemukakan masalah mereka dan sebagainya. COVIDlah dan sebagainya kita akan bagi pertimbangan tetapi kita tidak boleh berkompromi daripada segi denda sebab itu memang telah ditetapkan di dalam Kanun Tanah Negara. Jadi maknanya Kerajaan Negeri Pahang akan mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan oleh pemilik tanah. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Speaker

Sila kita panggil wakil daripada Tanjung Lumpur, tadi dia bangun. Kemudian wakil daripada Ketari.

Dato’ Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Assalamualaikum WBT, jadi Yang Berhormat Pengerusi Yang di-Pertua. Puasa hari ini?

Speaker

Pengerusi pun boleh kalau dalam jawatankuasa pengerusi.

Dato’ Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Tak tanya dulu. Puasa ke tak, raya ni?

Speaker

Raya hari ini.

Dato’ Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Raya, alhamdulillah. Jadi kadangkala dia berlaku kes yang mana pemilik tanahlah sekitar 70an, 80an yang pemilik dia tu meninggal. Meninggal dalam keadaan anak kecil-kecil lagi yang tak tahu apa-apa dan satu ketika dulu mungkin dari sudut alamat apa semua tu dia tak sempurna. Jadi menyebabkan bila pejabat tanah hantar notis dan sebagainya. Tak tahulah sebab anak tu kecil-kecil lagi dan bila dia dah besar, barulah orang pejabat tanah tu kenal dia jumpa beritahu ni. Isu yang berlakulah

beritahu bahawa ayah awak dulu, 30 tahun dulu, 40 tahun dulu ada tanah dan kemudian dapat Borang 8A. Jadi bagaimana budi bicara daripada pihak kerajaan supaya pewaris ini dapat memiliki tanah almarhum ayah dia dan sebagainya?

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, ini kali pertama saya dengar ni Yang Berhormat daripada Beserah, itu tujuannya ada Wakil Rakyat. Bila dapat tau berita macam itu, YB teruslah pergi ke pentadbir tanah dan… dan kita akan selesaikan dan kita tidak sezalim untuk terus apa ni membatalkan hak milik tanah tersebut. Lagipun, tanah tersebut kalau tanah dia… dia bergantung kepada pusaka pula kan? Jadi proses-proses tu ada maknanya tidak sewenang-wenangnya Kerajaan Negeri membatalkan hak milik, merampas kembali ataupun menyerahkan kepada orang lain, proses-proses dia ada.

Jadi kalau ada kes macam ini kita kata case by case lah. Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan pertimbangkan dan lebih-lebih pula kalau Yang Berhormat daripada ADUN Beserah bawa kepada saya ke… daripada Tanjung Lumpur bawa kepada sebab hari ni saya tengok orang Tanjung Lumpur lain macam, luar biasa daripada biasa. Dengan lenggang-lenggok, dengan kelakarnya kemudian dengan semalam berucap mengatakan perubahan kerajaan dan sebagainya, bergilir-gilir. Jadi kita harap Tanjung Lumpur pun bersetujulah untuk bergilir-gilir jugalah, di Tanjung Lumpurlah. [Ahli Dewan ketawa].

Dato’ Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Insya-Allah, insya-Allah bergilir-gilir. Lepas daripada ini kami pula. [Ahli Dewan ketawa].

Tapi kalau Tanjung Lumpur digilirkan macam mana Yang Berhormat nak menjadi wakil pula? [Ahli Dewan ketawa]

Dato’ Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Insya-Allah. Tak ada masalah. Janji PAS menang. [Ahli Dewan ketawa].

Tak apalah Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Apa-apahal kita lawan dululah. [Ahli Dewan ketawa].

Speaker

Sila… sila wakil Ketari. Terakhir.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Sebenarnya soalan tambahan saya ada sedikit persamaan dengan Tanjung Lumpur. Persoalan saya adakah Kerajaan Negeri mempunyai asas pertimbangan untuk mengambil keputusan ini? Apakah asas pertimbangan pentadbir tanah untuk mengambil keputusan sama ada nak melucutkan hak milik itu atas kegagalan tidak membayar cukai tanah? Adakah isu-isu, faktor-faktor luaran dipertimbangkan seperti masalah kewangan ataupun sepertimana pasca pandemik mereka ada… ada masalah untuk membayar. Kita tak nak sepertimana Yang Amat Berhormat katakan kezaliman berlaku, memang ada sebab dia. Itu yg saya nak tahu apakah asas kita untuk mengambil keputusan tu?

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan apabila pemilik tanah tersebut mengemukakan rayuan. Sebabnya notis yang diberikan adalah cukup iaitu Notis 6A bagi bayaran tunggakan. Selepas itu, jika tidak bayar baru kita keluarkan Notis 8A untuk dirampas tanah tersebut. Jadi semasa mengemukakan rayuan dia sebab itulah maksimum 6 kali daripada jumlah hasil yang dikenakan semasa beliau mengemukakan rayuan masa itu kita akan pertimbangkan alasan-alasan yang dikemukakan.

Sebab itulah sepertimana yang saya katakan tadi 6 kali denda, bukan jarang-jarang tidak pernah dikenakan. Setahu sayalah seingat saya. Tetapi sekali, dua kali, tiga, empat memang ada. Jadi bergantung kepada keadaan dan biasanya pentadbir tanah akan mengadakan rundingan dengan… dengan rayuan yang dikemukakan. Kita akan melihat latar belakang dan sebagainya. Dan kadang-kadang kita tanya dia berapa yang dia mampu. Jadi, jumlah tunggakan dan tempoh tunggakan juga kerajaan akan ambil kira. Setakat hari ni, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua apabila mereka diminta untuk membayar tunggakan, kebanyakannya bersetujulah dengan apa yang kita syorkan. Tak adalah kita terus bagi 6 kali, 5 kali dan sebagainya.

Sentiasa ada rundingan kedua-dua pihak kerana bagi kita yang penting mereka membayar hasil mereka kerana itu adalah tanah yang kerajaan bagi kepada mereka dan tidak ada siapa pun dikecualikan daripada tidak membayar cukai tanah. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Speaker, saya minta satu soalan bertulis ini sikit. Er...

Speaker

Boleh tanyakan soalan tetapi Yang Amat Berhormat menjawab secara bertulis.

Jawapannya secara bertulis sebab ini…

Speaker

Sebab kita benarkan tiga...

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Soalan bertulis ini kalau… jawapan bertulis ni kalau sekiranya kita tak jawab. Kalau kita jawab dalam Dewan Yang Mulia ni apa… apa perlunya lagi?

Sebab apa yang kita cakap ni hansard pun ada, direkod ada.

Okey, terima kasih.

Speaker

Okey, kita bagi...

Jadi kita tak nak jadi double standard ada benda baru dalam Dewan ni. Dah jawab secara bersemuka, kena pula bertulis rugi kertas lagi, rugi masa lagi.

Okey boleh, tapi saya ingat sebab ni data. Saya mohon ni data. Soalan saya ialah…

Yalah saya dah saya cakap 6A, 8A boleh kemukakan rayuan.

Okey, dengar soalan dulu. Kalau tak boleh jawab, saya alu-alukan, terima kasih. Soalan saya ialah berapakah jumlah kutipan cukai tanah yang dibayar oleh agensi FELDA, FELCRA dan RISDA dalam tempoh 10 tahun terakhir?

Kalau macam tu mungkin la boleh jawab secara bertulis. Saya ingat [Ahli Dewan ketawa] kalau sebab… sebab… sebab… sebab angka tersebut. Saya secara kasar saya ingat Yang Berhormat daripada Cheka. Berpuluh juta jugalah tapi lebih daripada RM70 juta dan ini pun ada juga yang tunggakan tapi kalau… kalau Yang Berhormat nak bertulis, kita boleh bagi secara bertulis.

Jadi, maknanya Yang Berhormat dia tak… dia tak tanya soalan, patut dia tanya soalan dulu saya bolehlah bangun. Oleh sebab saya tidak ada angka tersebut, jadi saya perlu menjawab secara bertulis, yang ini dia Yang Berhormat Cheka pun bangun, yang boleh dijawab secara bertulis. Jarang orang buat macam tu. [Ahli Dewan ketawa]

Sebab tahu dah memang data ni biasa data memang kena bertulislah sebab tak mungkin kita boleh ingat dalam tempoh 10 tahun. Sebab tu saya kemukakan pandangan saya begitu. Terima kasih Dato’ Sri.

Tapi Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker belum tentu, itu andaian. Kita kena tentang andaian. Dalam buku… [ketawa]… dalam buku pemikiran kritis, Edward de Bono kalau tak silap saya. Syarat utama kita kena tentang andaian. Jadi, bila Yang Berhormat daripada Cheka tidak menentang andaian tetapi bukanlah sangkaan buruk tetapi prasangka. Ha… yang ni mesti MB tak boleh jawab ni sebab angka tapi belum tentu… ha… belum tentu.

Speaker

Berniat jahat… [Ahli Dewan ketawa]

Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Speaker.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, dia sebenarnya kita kena bersangka baik.

Speaker

Sila.

Kalau kita ada negativiti dalam pemikiran dia itu yang masalahnya sebab tu kadang-kadang ada orang kata... orang kampung kata setengah orang dia tengok dia ni kalau main setakat main badminton, dia boleh kalahkan… kan. Dia kira orang yang jaguh ni dia kata ke yang melawan tu, yang melawan tu main-main sekali dia menang. Kebetulan lak yang main tu dia main tangan kiri. Dia kata bila dia menang… saya, dia kata baru main tangan kiri belum lagi main tangan kanan. Padahal dia kidal. So, maknanya kena… kena bagi benefit of the doubtlah. [Ahli Dewan ketawa]

Speaker

Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.

Dato’ Sri.

Yang ni… yang ni ceritalah, cerita ya. Sangkaan ataupun jangkaan orang terhadap satu pertandingan gajah. Ha… Dato’ Sri Speaker nak dengar tak? Satu pertandingan gajah Yang Berhormat, Cheka belum dengar lagi kan? Pertandingan gajah diadakan di Stadium Merdeka, dibuka kepada seluruh dunia. Yang masuk pertandingan, pertandingan dia buat, macam mana nak buat kaki gajah terangkat. Jadi, peserta daripada Amerika, Jepun, Korea semua hantar yang badan besar-besar, sado-sado semua ni. Yang Malaysia ni hantar badan macam ADUN Tanah Rata je… kurus tapi sebab penonton bersangka tidak baik, bila peserta daripada Malaysia ni masuk, kena boo… satu stadium boo... sebab negara-negara lain hantar yang badan-badan besar macam badan daripada ADUN Damak ni tapi dia ada muscle tu semualah… daripada Ketari. [ketawa]

Bila masuk bertanding, semua orang tepuk tangan sebab melihat kepada fizikal dia. Macam tadilah main tangan kiri, itu baru bermain tangan kiri kan, belum tangan kanan lagi. Jadi, di akhir pertandingan, nak ringkaskan cerita Yang Berhormat Speaker, yang besar DUN Tanah Rata daripada Malaysia menang. Lepas tu baru orang tepuk tangan kepada dia sebab dia… dia… dia study bahagian mana yang paling sensitif dengan gajah ni. Jadi, yang lain-lain tu pergi ke kaki gajah… angkat, tak terangkat.

Gajah daripada Jenderak pulak tu… daripada apa? Apa nama tu?

Speaker

Kuala Gandah.

Kuala Gandah… ha… Kuala Gandah tapi yang daripada Malaysia ni dia buat study. Dia tahu, dia pergi je, dia tak pergi ke kaki gajah, dia pergi ke tempat lain, dia pusing tiga kali, dia pergi belakang gajah. Dia tunjuk pada penonton satu stadium itu, dia tunjuk macam ni, dia telek bawah, dia jentik telur gajah, terangkat kaki gajah tu… orang tepuk tangan kat dia [ketawa]. Jadi, maknanya Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita kaedah dia kita jangan ingat orang yang badan besar tu sangkaan kita apa semua dia boleh menang, tidak. Yang kurus kering, mamat yang sebesar ADUN Tanah Rata ni boleh menang dalam pertandingan tersebut. Terima kasih Dato’ Sri [ketawa].

Speaker

Terima kasih.

Dato Sri Speaker.

Speaker

Ya.

Soalan tambahan Dato’ Sri.

Speaker

Ini, ini soalan tambahan ke apa? Saya dah tutup dah untuk soalan tambahan. Nanti, nanti boleh...

Ataupun boleh yang terakhir? Boleh yang terakhir?

Speaker

Eh… takde Yang Berhormat. Saya dah tetapkan bahawa tiga tapi cuma tadi Yang Berhormat daripada Cheka bagi tahu dia nak jawapan bertulis, itu saya benarkan dan sekarang ni oleh kerana Kebawah Duli Tuanku akan er… akan berangkat dan akan… kembara akan sampai ke Pekan, jadi untuk itu, wakil kita daripada Peramu akan insya-Allah akan meraikan keberangkatan Kebawah Duli Tuanku dan juga wakil daripada wakil daripada Bebar ya? Bebar dan Peramu, wakil Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga mana? Dong dan Peramu. Jadi untuk itu, saya bagi soalan untuk… untuk Peramu dulu iaitu soalan nombor 6, wakil daripada Beserah.

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Speaker. Saya kemukakan soalan yang ke-6.

[Teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligent) menjadi aliran utama kepada aktiviti ekonomi dunia sekarang;

a) Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk beralih kepada teknologi ini?

b) Agensi kerajaan manakah yang menjadi keutamaan untuk beralih kepada teknologi ini?

c) Adakah kajian atau laporan terkini dibuat terhadap kesan peralihan kepada teknologi AI ini kepada keperluan sumber manusia di Pahang?]

(Ayat al-Quran). Assalamualaikum WBT. Terima kasih banyak-banyak Dato’ Sri Speaker kerana memberi laluan awal kepada saya pagi ini dan terima kasih juga kepada rakan ADUN daripada Beserah. Beliau bertanyakan mengenai soalan berkenaan kecerdasan buatan ataupun dengan izin, Artificial Intelligence. Soalannya adalah seperti berikut:

Kecerdasan buatan Artificial Intelligence telah menjadi aliran utama kepada aktiviti ekonomi dunia sekarang dan soalannya berpecah kepada tiga bahagian. (a) - Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk beralih kepada teknologi ini? (b) - Agensi kerajaan manakah yang menjadi keutamaan untuk beralih kepada teknologi ini? dan (c) - Adakah kajian atau laporan terkini dibuat terhadap kesan peralihan kepada teknologi AI ini kepada keperluan sumber manusia di Pahang?

Jawapan untuk (a): Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk beralih kepada teknologi ini? Kerajaan Negeri Pahang sentiasa merancang untuk memperkasakan penggunaan teknologi AI dalam pelbagai sektor termasuk pentadbiran awam, pendidikan, pertanian dan pelancongan. Antara langkah awal yang diambil adalah untuk menjalankan program kesedaran dan latihan kompentensi AI dalam di kalangan penjawat awam dan usahawan tempatan serta menyokong pembangunan ekosistem teknologi melalui kerjasama dengan universiti, agensi penyelidikan, sektor industri.

Perancangan ini juga selaras dengan Dasar AI Nasional dan Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia – MyDIGITAL. Pada Julai hingga Ogos 2024, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang telah melaksanakan kursus pendigitalan kakitangan awam Kerajaan Negeri dan turut memberi pendedahan terhadap aplikasi AI seperti ChatGPT yang disampaikan melalui Pahang Go. Di samping memberi latihan aplikasi-aplikasi lain yang mampu memberi manfaat kepada peserta. Dari sektor pendidikan, UCYP University di bawah Centre of Digital Excellence, dengan izin, telah menjalankan pelbagai program kesedaran dan juga latihan kompetensi dalam bidang AI untuk pelbagai kategori seperti berikut:

Pertama, Program Suri-Tekno ke arah suri rumah Celik Digital dan AI bagi golongan suri rumah dan program ini telah dijalankan di daerah Temerloh, Cameron Highlands dan Bera; 2 - Program Strategic Decision Making via AI, dengan izin, kepada pemimpin wanita negeri Pahang; 3 - Program AI for Goods kepada pelajar LPT dan kakitangan dengan kerjasama AI Singapore; 4 - Program Meningkatkan Literasi Teknologi AI dan Digital kepada sekolah. Selain itu, UCYP juga dalam proses membangunkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang AI dengan kerjasama Malaysia Board of Technologist (MBOT) dan dijangka akan dijalankan pada tahun ini.

Kerajaan Negeri juga pada Februari 2025 melalui PKNP telah menandatangani satu perjanjian dengan syarikat daripada China, Wuhan Fire Phoenix Cloud Computing Holding Co. Ltd., dengan pelaburan bernilai RM100 juta USD bagi tujuan pembangunan pusat data berasaskan kepintaran buatan AI yang akan beroperasi seawal 2027 di Gambang. Pusat data ini akan menjadi peneraju hab utama di negeri Pahang dan satu-satunya di Pantai Timur.

Hab ini akan sediakan platform-platform digital berasaskan AI yang memfokuskan kepada rantaian agrikultur negeri dan permulaan ini akan beri ruang dan lembaran baru kepada rakyat bagi menggunakan perkhidmatan ini. Selain itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri juga akan mengadaptasi elemen AI dalam pelaksanaan data raya atau big data khususnya dalam kajian bencana dan juga perkahwinan.

(b): Soalan (b) - Agensi kerajaan manakah yang akan menjadi keutamaan untuk beralih kepada teknologi ini? Kerajaan Negeri Pahang menerusi Pahang Go anak syarikat milik Kerajaan Negeri bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang melalui Bahagian Teknologi Maklumat sedang giat menjalankan kajian dan potensi jalinan usaha sama dengan rakan-rakan strategik bagi melihat peluang adaptasi teknologi AI dalam sektor awam. Agensi yang diberi keutamaan termasuk Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta agensi-agensi yang terlibat secara langsung dalam pembangunan sosioekonomi serta pihak berkuasa tempatan, PBT dan juga pejabat daerah dan tanah. Antara yang akan dibangunkan tahun ini adalah chatbot dan pengurusan aduan berasaskan AI yang akan meningkatkan kecekapan, ketelusan dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manusia.

Dan akhir sekali (c) Adakah kajian ataupun laporan terkini dibuat terhadap kesan peralihan teknologi AI ini kepada keperluan sumber manusia di Pahang? Setakat ini, tiada kajian ataupun laporan khusus yang meneliti impak peralihan kepada teknologi kecerdasan buatan AI terhadap keperluan sumber manusia di negeri Pahang. Namun begitu, terdapat beberapa inisiatif dan kajian di peringkat nasional yang relevan dan boleh dijadikan rujukan. Misalannya Kajian Talent Corp. Mengenai impak AI, digitalisasi dan ekonomi hijau terhadap tenaga kerja Malaysia yang dilancarkan pada November 2024. Kajian ini meneliti bagaimana AI dan digitalisasi mempengaruhi tenaga-tenaga kerja di Malaysia dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Laporan ini mengunjurkan bahawa 620,000 pekerjaan di Malaysia dijangka terkesan secara langsung akibat automasi, pendigitalan dan juga keperluan kelestarian baru. Berdasarkan penglibatan aktif dalam sektor seperti tenaga makanan, kimia, peruncitan dan ICT di negeri Pahang, ia turut berpotensi mengalami kesan signifikan terhadap tenaga kerjaya. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri akan memberikan sokongan kepada latihan semula dan peningkatan kemahiran pekerja dalam sektor berisiko tinggi bagi menangani masalah ini. Terima kasih.

Dato’ Sri Speaker, soalan tambahan.

Speaker

Sila wakil dari Beserah. Kemudian wakil dari ADUN Lantikan.

Terima kasih Dato' Sri Speaker. Terima Kasih kepada kerajaan di atas jawapan diberikan. Saya ucap tahniahlah sebab ada perancangan kerana kita kena prepare perkara yang akan ke hadapan ini. Teknologi AI ini akan jadi satu perkara yang, yang utama dalam kehidupan kita semua. Namun soalan saya adalah bagaimana kita melihat keperluan sumber manusia ini dilengkapkan di dalam menguruskan urusan harian dan rutin mereka bekerja dan perlu berubah kepada teknologi. Tadi dah jawab ada latihan semula dan sebagainya dibuat. Cuma bagaimana mereka ini diuruskan supaya tekanan pekerjaan terhadap sesuatu perkara baru itu tidak terbeban kepada mereka terutamanya mereka yang telah berusia. Kemudian yang kedua, bagaimana kita melindungi data privasi dan... dan risiko etika di dalam menguruskan big data menggunakan teknologi AI? Keberkesanan kita, security dari sudut maklumat itu sendiri. Terima kasih.

Terima kasih rakan ADUN dari Beserah di atas soalan tersebut. Jawapan saya mengenai perancangan AI. Saya berpendapat kita perlu lihat solusi AI yang menjurus kepada meningkatkan produktiviti penjawat awam itu. Sebagai contoh, kita boleh menggunakan chatbot untuk menjawab soalan-soalan yang kerap ditanya ataupun FAQ. Dengan cara itu, para penjawat awam tidak perlu meluangkan masa untuk menjadi... menjadi penjawab di telefon ataupun di call center, dengan izin dan kita juga akan memberi latihan kepada penjawat-penjawat awam yang lebih senior dalam aplikasi AI ini. Dan sekiranya mereka apa ini ada cabaran dan mungkin tugas-tugas yang melibatkan teknologi ini akan diutamakan kepada penjawat-penjawat awam yang lebih muda ataupun lebih celik digital.

Dari segi keselamatan data, saya berpendapat kita perlu ada elemen-elemen cyber security jugalah dalam perancangan kita untuk menggunakan teknologi terkini kerana maklumlah ya dari segi ini ancaman cyber ini pelbagai. Kita dikejutkan dengan pelbagai berita mengenai data telah diceroboh oleh apa ni penggodam ataupun hackers, dengan izin dan juga mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab yang cuba apa ni mengganggu gugat sistem IT ataupun sistem digital Kerajaan Negeri dan pemantauan dan kecekapan dari segi perlindungan, sekuriti siber amat perlu dari semasa ke semasa untuk tangani masalah ini. Terima kasih.

Speaker

Sila, wakil daripada ADUN Lantikan.

Tuan Rizal bin JaminAhli Yang Dilantik

Terima kasih Dato' Sri Speaker. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat EXCO adalah memandangkan dalam suasana perang perdagangan sekarang, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mempelbagai ataupun menambah rakan strategik berbanding dengan hanya Syarikat Phoenix daripada China kepada syarikat daripada Amerika ataupun daripada Eropah ataupun negara-negara lain yang mempunyai kepakaran di dalam bidang AI? Terima kasih.

Terima kasih rakan ADUN Lantikan. Bagi saya kita Malaysia sebuah negara yang neutral. Negara yang berdagang dengan mana-mana, mana-mana negara yang apa, yang friendly, dengan izin dan ingin berdagang dengan kita. Pada zaman 1970an, saya ingat lagi kita telah tubuhkan konsep ZOPFAN, Zone of Peace, Freedom and Neutrality di mana kita akan mengalu-alukan mana-mana negara di dunia ini yang ingin berdagang secara aman, selagi mana kedaulatan negara tidak terjejas dan benar, kami juga mengalu-alukan apa ni, tawaran kepakaran daripada mana-mana negara daripada Eropah, daripada US waima daripada Estonia pun yang saya difahamkan mempunyai sistem digital yang tercanggih untuk pengurusan kerajaan. Saya dimaklumkan semua perkhidmatan kerajaan di Estonia ini disampaikan secara digital. Hanya... hanya apa ni... hanya sekali atau dua anda perlu pergi kepada pejabat kerajaan Estonia. Bila nak kahwin, bila nak cerai rasanya. Selain daripada itu, tak perlu, semua online. Malah mengundi pun secara online di Estonia. Terima kasih.

Speaker

Seorang lagi rakan kita yang akan terlibat dengan keberangkatan Kebawah Duli Tuanku adalah wakil daripada EXCO... wakil daripada kerajaan iaitu wakil daripada Dong. Jadi, saya menjemput soalan nombor 8, sila dan kemudian selepas ini kita akan kembali kepada soalan nombor 2.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Terima kasih Dato' Sri Speaker, soalan saya nombor 8.

[Kewujudan iklan kasino atas talian semakin berleluasa. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan dalam menangani isu ini?]

Assalamualaikum WBT dan selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker kerana memberi laluan awal kepada saya kerana saya terlibat di akhir Majlis Penutup Kembara Pahang. Sebentar lagi kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang akan menyempurnakan pelepasan peserta-peserta Ekspedisi Jati Diri ke Kinabalu yang melibatkan pegawai-pegawai dan kakitangan agensi-agensi di seluruh negeri Pahang. Terima kasih Yang Berhormat dari Semambu yang bertanyakan mengenai tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan dalam menangani kewujudan iklan kasino atau judi dalam talian.

Berhubung soalan ini, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya akan kongsikan tindakan serta inisiatif yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau MCMC bagi menangani isu judi atau perjudian dalam talian ini. Antara inisiatif tersebut pertama, mengadakan kerjasama erat antara MCMC dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM). Melalui inisiatif ini, MCMC di bawah bidang kuasa Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 komited bekerjasama dengan PDRM dari segi penurunan kandungan media sosial, sekatan laman sesawang dan bantuan teknikal seperti penyaluran maklumat dan analisis forensik digital bagi membantu siasatan yang berkaitan dengan kesalahan perjudian dalam talian.

Dalam hal ini, pihak MCMC sentiasa melaksanakan pemantauan proaktif bagi memastikan persekitaran internet di negara ini bebas daripada kandungan dalam talian yang melanggar undang-undang termasuk perjudian dalam talian. Berdasarkan data dari tahun 2022 hingga 1 April 2025 sebanyak 5,367 laman sesawang judi telah disekat manakala 261,124 kandungan perjudian di platform media sosial telah diturunkan di Malaysia. Kandungan perjudian yang paling banyak diturunkan adalah di platform Facebook iaitu sebanyak 89.96% diikuti oleh Youtube iaitu 7.05% dan Instagram iaitu 2.15%.

Kedua, memperkenalkan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi atau ASPC kepada pemberi perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan Internet. Bagi memastikan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan lestari kepada semua pengguna, MCMC telah melaksanakan kerangka pelesenan yang memerlukan penyedia-penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial untuk memohon dan mendapatkan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bermula Januari er… 1 Januari tahun ini. Setakat 8 April tahun ini, 3 pemberi perkhidmatan telah didaftarkan sebagai pemegang lesen di bawah Lesen ASPC ini bagi perkhidmatan pesanan internet dan media sosial iaitu WeChat, TikTok dan juga Telegram.

Melalui langkah ini kita mahu memastikan setiap penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial mematuhi obligasi-obligasi di bawah Akta 588 yang saya sebutkan tadi malah bagi menyokong kerangka pelesenan ini MCMC telah menerbitkan Kod Tatalaku yang menggariskan amalan terbaik untuk diterima pakai oleh penyedia perkhidmatan pesanan internet dan penyedia perkhidmatan media sosial bagi menangani kandungan dalam talian yang memudaratkan. Sejak penguatkuasaan pelesenan dilaksanakan pada 1 Januari sehingga 1 April tahun ini sebanyak 52,824 kandungan media sosial berunsur perjudian telah diturunkan oleh penyedia perkhidmatan.

Ketiga, mengadakan sesi libat urus dengan penyedia platform media sosial. Melalui inisiatif ini MCMC melaksanakan sesi libat urus secara berterusan dengan penyedia platform media sosial bagi membuka peluang kerjasama khususnya dari segi penguatkuasaan. Dalam sesi ini, penyedia platform er… penyedia platform media sosial diberi kefahaman berhubung nilai, norma masyarakat dan undang-undang yang mungkin tidak selaras dengan standard komuniti serta terma dan syarat di platform media sosial mereka. Usaha ini menyumbang kepada penambahbaikan kerja-kerja simplifikasi kandungan di mana kandungan dihasilkan dengan lebih mudah untuk difahami dan berkesan.

Keempat, mempergiatkan inisiatif-inisiatif kesedaran. Melalui inisiatif ini MCMC telah mempergiatkan pelaksanaan program-program kesedaran di pelbagai peringkat bagi mendidik masyarakat dalam aspek kawalan kendiri dan seterusnya menerapkan kemahiran bagi melindungi diri daripada ancaman kemudaratan dalam talian. MCMC

sedang mempergiatkan program kesedaran pengguna melalui Kempen Internet Selamat dan jelajah kempen ini bakal er… bakal diadakan di seluruh negara dengan pengisian pelbagai program yang menyasarkan seluruh lapisan masyarakat dengan memanfaatkan kesemua platform media social… kesemua platform media termasuk media sosial, media penyiaran dan juga media luaran.

Jelajah kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran segenap lapisan masyarakat mengenai keselamatan internet dan akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara. Kempen ini memfokuskan larangan kanak-kanak di bawah usia 13 tahun daripada memiliki akaun media sosial serta memastikan penggunaan internet sentiasa berada di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga. Selain itu kempen ini akan meningkatkan kesedaran sekali gus mencegah masyarakat daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian, judi dalam talian, buli cyber dan jenayah pedofilia. Melalui jelajah kempen ini, ia bakal menggalakkan pengguna internet secara selamat dan beretika dalam kalangan masyarakat.

Kelima atau yang terakhir adalah memperkasa peranan anggota masyarakat itu sendiri. Melalui inisiatif ini, orang awam digesa untuk sama memainkan peranan untuk menyekat aktiviti pengiklanan dan promosi judi dalam talian antaranya dengan melaporkan kepada MCMC sebarang promosi atau iklan-iklan judi yang diterima melalui SMS, WhatsApp dan media sosial lain termasuk Facebook, TikTok dan sebagainya supaya sekatan dan pembatalan laman sesawang mahupun talian telefon dapat dilakukan dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi atau penyedia platform yang berkenaan. Aduan boleh dilakukan di portal aduan MCMC di alamat https://aduan.mcmc.gov.my. Terima kasih Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Sila, wakil daripada Cheka.

Terima kasih. Saya ucap tahniah kepada pihak kerajaan di atas perancangan yang sangat teliti dan beberapa tindakan cuma saya ingin dapatkan maklumat. Hingga setakat ini berapa ramai yang telah pun ditahan atau didakwa di mahkamah di atas kesalahan judi atas talian di negeri Pahang? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Cheka er… angka atau data tersebut tak ada bersama saya sekarang nanti insya-Allah saya akan sertakan dalam jawapan bertulis. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya kita bagi kepada er… pergi ke kembali kepada soalan nombor 2. Sila, wakil daripada Cheka.

Dato’ Sri Timbalan Speaker er… Dato’ Sri Speaker,

Saya kemukakan soalan nombor 2. Terima kasih.

[Adakah kerajaan bercadang untuk menyediakan tabung bencana pertanian sendiri seperti negeri jiran, Terengganu sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada sektor pertanian.]

Assalammualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, ADUN er… Cheka mengemukakan soalan iaitu soalan yang er… berbunyi sama ada kerajaan bercadang untuk menyediakan tabung bencana pertanian sendiri maknanya tabung bencana pertanian negeri Pahang seperti negeri jiran Terengganu sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada sektor pertanian. Pertama sekali, saya nak maklumkan bahawasanya Terengganu menyediakan satu tabung yang dinamakan sebagai tabung bencana banjir dan er… juga musnah er… kemusnahan akibat daripada serangan haiwan liar dan tabung di Terengganu ini jumlahnya RM115,000.00 lebih kurang dan ianya memperuntukkan iaitu bantuan sebagai er… bantuan kepada petani yang terlibat dengan bencana ini 1 hektar RM1,000.00 dan maksimumnya RM2,000.00 iaitu 2 hektar sahaja semata- mata.

Jadi er… sebenarnya jawapannya tidak. Pahang tidak akan mengikut cara yang Terengganu sebab kalau kita nak buat ini kita nak buat lebih baik. Jadi kalau kita nampak perkara ini jauh lebih kurang ataupun daripada apa yang telah kita sediakan tentu kita tidak akan mengadakan atau mewujudkan dan meniru apa yang telah dibuat misal contohnya di Terengganu. Contoh Terengganu, misal contohnya saya tak tahu sebab apa ADUN Cheka bangkitkan soal ini? Di Terengganu, bonus untuk penjawat awam ialah RM500.00. Bonus untuk penjawat awam di Pahang ialah 1.5 ataupun sebulan setengah. Sagu hati untuk hari raya di Terengganu ialah RM500.00. Di Pahang, kita bagi RM1,000.00.

Minta laluan sikit. Nak betulkan sikit fakta. Tabung… Tabung Bencana di Terengganu tahun 2024 diperuntukkan sebanyak RM1 juta. Tahun ini diperuntukkan sebanyak RM2 juta. Penerima yang dah terima sebanyak RM588,000.00 daripada 679 penerima. Jadi supaya kita fokus kepada tabung bencana, apakah kita nak buat atau tidak itu sahaja soalan saya. Tak perlu… tak perlu meleret kepada menda lain.

Terima kasih ADUN Cheka. Saya nak maklumkan Pahang wujudkan Tabung Bencana. Hanya tahun… Tabung Bencana Pahang ialah dalam tahun 2023 hanya RM7.6 juta. Tahun 2024 tak banyak RM10 juta, dan tahun 2025 kita cadangkan RM10 juta. Hanya… hanya RM10 juta dan kita dapat hasil tanpa bantuan daripada Kerajaan Pusat misal contohnya, bukan maksud saya, hasil tanpa bantuan seperti wang ehsan.

Jadi kita mencecah lebih daripada RM1,000 juta, RM1.1 bilion misalnya dan perkara ini kita dapat 3 tahun berturut-turut berbanding dengan Terengganu misal contohnya. Terengganu, kalau tanpa daripada bantuan daripada Kerajaan Pusat, kutipan hasilnya kurang daripada RM300 juta pun. Tapi kalau dengan bantuan Kerajaan Pusat dah tentulah dia pergi capai lebih daripada RM1,000 juta, RM1 billion.

Dan kita sebenarnya selain daripada Tabung Bencana ini, pemerkasaan sektor pertanian untuk makluman, bercakap benar walaupun kebenaran itu menyakitkan, contohnya. Bagi tahu dengan orang ramai. Betapa kita memberi pembelaan kepada sektor pertanian. Iaitu Kerajaan Negeri telah menyediakan apa yang dipanggil sebagai Bantuan Prihatin Pahang. Diwujudkan bermula daripada tahun 2020 di bawah inisiatif Yang Amat Berhormat Dato’ Sri DiRaja Menteri Besar. Dato' Sri DiRaja Menteri Besar turun padang berjumpa sebab orang cakap Dato' Sri MB kita ini tak ada protokol. Duduk rilek, borak-borak sambil minum-minum teh, sambil makan roti canai. Sambil borak-borak itu dapat idea. Cetusan idea terus daripada akar umbi.

Maka diwujudkan Bantuan Prihatin Pahang. Bantuan Prihatin Pahang menyediakan, maknanya daripada tahun 2020 hingga tahun 2024 misal contohnya. Jumlah yang telah disediakan ialah RM141 juta… RM141 juta. RM1.1… RM141.78 juta. Tahun 2020 campur 2021, RM31.30… RM31.3 juta. Tahun 2022, RM30 juta. Tahun 2023 RM42.4 juta. Tahun 2024 RM38.048 juta. Dan tahun ini, BPP ini ditukar nama IMP, Inisiatif Makmur Pahang. Dan di bawah inisiatif ini, di bawah Bantuan Prihatin ini, sektor pertanian tidak terkecuali. Malahan kalau kita lihat misal contohnya kluster pertanian. Dalam tahun 2024, peruntukan yang disediakan ialah RM1.1 juta. Jumlah penerimaan, penerimanya ialah 4,126 penerima. Dalam tahun 2025 di bawah Inisiatif Makmur Pahang, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.075 juta dan sasarannya ialah kepada 5,375 penerima. Ini yang petani.

Kalau dilihat dari segi perikanan, kluster nelayan, kita memperuntukkan dalam tahun 2024 RM900,000.00. Sasarannya 2,372. ADUN Tanjung Lumpur. Nelayan. Dalam tahun 2025 sasaran kita atau peruntukan yang disediakan ialah RM610,000.00. Sasarannya 3,055 nelayan. Ini belum lagi inisiatif yang hendak saya maklumkan. Misal contohnya saya bagi contoh. Sebab ini boleh nanti kita maklum. Saya minta Pejabat Kewangan bagi kepada ADUN Cheka, ini secara bertulis ini, bertulis boleh baca dalam ini.

Iaitu pertama sekali mengembangkan lagi sektor Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri RM36.78 juta, yang belanjawan tahun 2025. Makna pemerkasaan. Jadi, di bawah inisiatif banyak kalau saya bacakan. Mini MAHA, Pusat Perintis Vanilla Negeri Pahang menyediakan anak pokok terpilih, Inisiatif Dusun Rakyat Pahang, Bantuan Tanaman Makanan Ternakan, Kawalan Penggunaan Racun Perosak dan sebagai-sebagainya. Nanti kita bagikan satu Salinan, ya.

Maknanya saya nak rumuskan, bahawasanya Kerajaan Negeri menyediakan inisiatif ini. Malahan dengan kerjasama daripada Kerajaan Pusat ya, dengan kerjasama daripada Kerajaan Pusat, bantuan dapat juga disalurkan kepada mangsa-mangsa bencana termasuk banjir dan lain-lain. Dan dalam konteks ini, bukan sahaja Kerajaan Negeri menyalurkan, Kerajaan Pusat juga, Kerajaan Madani. Malaysia Madani atau Kerajaan Perpaduan. Di peringkat pusat juga menyediakan Tabung Bencana yang terdiri daripada 2 tabung.

Pertama, tabung yang khusus untuk petani, penanam padi dan yang keduanya Tabung Bencana Pertanian. Dan ianya telah dapat dimanfaatkan oleh mereka yang terkesan. Malahan di negeri Pahang Darul Makmur, dalam tahun 2024 telah menerima RM2.03 juta di bawah Tabung Bencana Pertanian dan insya-Allah melalui inisiatif yang telah dibuat oleh Kerajaan Pusat dengan mewujudkan Skim Takaful bermula daripada 13 September 2024. Maka, penanam padi juga boleh untuk membuat pilihan bagi melindungi diri mereka dengan melalui Skim Takaful.

Dan Pahang sebenarnya insya-Allah untuk makluman Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan Ahli Dewan Yang Mulia ini, Pahang sentiasa menganjurkan supaya Kerajaan Pusat mengembangkan lagi Skim Perlindungan Jaringan Keselamatan, Safety Net dengan izin, supaya wujudkan Skim Takaful bagi Bukan Padi, kita bukan semata-mata tumpukan pada negeri Pahang sahaja, kita memperjuangkan, termasuk petani-petani yang berada di luar negeri Pahang, waima Terengganu, Kelantan, Kedah dan sebagainya.

Sentiasa dalam mesyuarat antara wakil Pahang, Mesyuarat EXCO dengan Menteri-menteri, Menteri Pertanian dan Kementerian Pertanian dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Pahang mengesyorkan supaya Kerajaan Pusat mengembangkan lagi Skim Takaful ini bukan semata-mata hanya terhad kepada padi tetapi lain-lain tanaman. Jadi terima kasih. Insya-Allah Pahang akan buat lebih baik daripada yang kita ada sekarang ini dan yakinnya seperti mana yang saya katakan, kalau dibanding dengan Terengganu, kita jauh lebih baik daripada Terengganu. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Baik kita terus pada soalan nombor 3, ADUN Lantikan.

Terima kasih Dato' Sri Speaker, soalan saya soalan nombor 3.

[Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan pengrizaban tanah untuk masyarakat Orang Asli di negeri ini, khususnya Daerah Jerantut?

Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan tindakan khusus atau garis masa untuk memastikan tanah-tanah ini diiktiraf dan dilindungi sebagai tanah rizab?

Apakah langkah yang sedang diambil bagi mempercepatkan proses pengesahan hak milik tanah ini untuk menjamin kesejahteraan masyarakat Orang Asli?]

Dato' Sri Yang di-Pertua,

ADUN Lantikan bertanya kepada dewan, apakah tindakan Kerajaan Negeri kepada tanah-tanah masyarakat Orang Asli di negeri Pahang di dalam isu perizaban dan khususnya di daerah Jerantut dan apakah pelan khusus serta tindakan yang boleh diambil untuk menetapkan garis semasa yang tertentu bagi urusan perizaban itu dapat

dilaksanakan. Kemudian... kemudiannya, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mempercepatkan proses perizaban tanah masyarakat Orang Asli.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Bagi menjelaskan perkara ini sebagaimana yang saya sebut di dalam kenyataan dewan dua hari lepas, Perkampungan Orang Asli di negeri Pahang ini bukanlah sedikit. Dia mempunyai 263 buah kampung dan kadang-kadang kampung dia boleh jadi bertambah Dato' Sri. Dalam 263 ada masa-masa tertentu boleh jadi 270 kerana mereka ini berpindah-randah dan juga membina kampung-kampung yang baharu. Tetapi Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif yang awal. Contohnya di daerah Jerantut ini, kita melalui mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada tahun 2017 telah menetapkan Kampung Orang Asli di daerah Jerantut itu digazetkan kepada 12 buah kampung iaitu Kampung Paya Lintah, Kampung Paya Petai, Kampung Sungai Bakung, Kampung Sungai Kiol, Kampung Sungai Tiang, Kampung Sungai Tekal, Kampung Sungai Pejuang dan Kampung Sungai Kuching serta Kampung Sungai Mai.

Jadi 12 buah kampung ini hanya tinggal lagi isunya bagaimana nak disempadankan dan dirizabkan mengikut keluasan-keluasan yang diukurkan. Kerajaan Negeri telah meminta pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli JAKOA dengan kerjasama Pejabat Tanah untuk membantu urusan perizaban ini. Pihak JAKOA adalah jabatan yang bertanggungjawab untuk memohon serta mengukur tanah-tanah yang dipohon itu kepada Pejabat Tanah. Kesemua kampung-kampung berkenaan sebenarnya telah diukur dan juga telah diusahakan oleh JAKOA untuk di kemukakan permohonannya kepada Pejabat Tanah Daerah. Dan Pejabat Tanah Daerah akan memproseskan permohonan mereka ini supaya mengikuti tatacara tanah sebagaimana yang sewajarnya dan sewajibnya.

Alhamdulillah, dalam... dalam jangka masa setelah bermula daripada 2017 sehingga hari ini. Hampir semua kampung itu telah diusahakan untuk diukur dan pihak JAKOA telah mengeluarkan sejumlah peruntukan. Kalau boleh saya sebutkan hampir RM28,703,980.00 untuk dibayarkan kepada juruukur berlesen bagi mengukur tanah-tanah berkenaan. Dan apabila selesai ukuran itu dan submit dibuat oleh er... pihak JAKOA, pihak Pejabat Tanah Daerah akan meneliti sebaik-baiknya untuk dipertimbangkan bagi diangkat kepada pihak Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pahang untuk dipertimbangkan kepada MMK. Terima kasih Dato' Sri Yang Dipertua.

Dato' Sri, soalan tambahan. Soalan saya, saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana cakna dan juga ambil tahu ambil kisah dan fokus kepada isu Orang Asli. Jadi soalan tambahan saya sebagaimana Dato' Sri sebut tadi kerjasama di antara JAKOA dan Kerajaan Negeri bagi menyelaras proses pengiktirafan tanah Orang Asli selain daripada ukur dan sebagainya. Apakah bentuk kerjasama lain di antara Kerajaan Negeri dengan JAKOA dalam menangani dan juga membantu masyarakat Orang Asli dalam isu tanah? Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua. Alhamdulillah, kita telah mewujudkan satu taskforce jawatankuasa khas yang dipengerusikan kebetulan oleh saya sendiri dan dianggotai oleh PTG dan juga kita akan memanggil pejabat... Pejabat Tanah-Pejabat

Tanah yang berkenaan seandainya melibatkan daerah- daerah yang berkenaan untuk meneliti setiap permohonan itu supaya dapat diberikan perhatian yang serius dan yang er... diberikan tindakan yang lebih rapi bagi merungkaikan permohonan ini. InsyaAllah, Dato' Sri.

Soalan tambahan, boleh Dato' Sri?

Speaker

Satu, boleh. Sila soalan terakhir.

Terima kasih YB EXCO. Soalan saya agak lebih... lebih spesifik bila kita sebut tentang tanah-tanah Orang Asli ni. Er... tahun lepas, ada satu kes di mahkamah yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan berhubung dengan satu permohonan yang dibuat oleh penduduk Rancangan Tanah Kelompok di Muadzam iaitu di mana tanah mereka dikatakan telah pun dimasuki... diceroboh oleh Orang-orang Asli ni dan kes tersebut dibawa ke mahkamah dan mahkamah telah memutuskan bahawa all the, dengan izin, kesemua apa nama er... Orang Asli itu telah menduduki secara haram tanah tersebut dan mengarahkan supaya semua Orang Asli tersebut keluar daripada tanah yang mereka sedang diami er... sedang mereka diami iaitu di Kampung Patah Pisau di Muadzam Shah.

Jadi soalan saya, er... adakah memandangkan mereka ini tidak ada tanah tempat lain untuk pergi berbeza dengan penceroboh-penceroboh tanah haram untuk tanaman pertanian ni. Jadi adakah Kerajaan Negeri bercadang disebabkan dengan perintah mahkamah tersebut Kerajaan Negeri bercadang untuk menempatkan mereka di satu tempat atau di satu kawasan penempatan baharu Orang Asli ni. Er... supaya ialah kita nak letak di mana mereka ni sebab hampir satu kampung ni dikeluarkan daripada tanah tersebut. Itu sahaja soalan saya, Dato' Sri.

Terima kasih rakan ADUN Lantikan yang mengemukakan soalan tambahan tentang permasalahan berlakunya pertindihan ini. Ini memanglah bukan di Muadzam sahaja benda yang seumpama ini berlaku dan kerajaan memang sangat peka kepada permasalahan yang seumpama ini. Contoh di Kampung Gumum, di Pekan. Kita ada berlaku pertindihan dengan alam sekitar yang membuat er... beberapa program di sana. Jadi, kita telah atasi dengan menyediakan contohnya bantuan kewangan dan sebagainya.

Begitu juga seperti contoh di Cameron Highland, ada beberapa buah kampung Orang Asli yang terlibat dengan pembangunan pendawaian elektrik yang dilakukan oleh pihak TNB. TNB juga telah membina tempat pemindahan kepada mereka dan juga sejumlah peruntukan bagi membantu kewangan dan pendapatan mereka. Dan juga di kampung er... di Jerantut ini sendiri pernah berlaku juga masalah er... apa nama kampungnya er... kampung ... kampung bukan Sungai Kucing, Kampung Kuala Atok, Kuala Atok di... di Jerantut ini berlakunya serangan gajah. Kerajaan pun dah bantu

buatkan satu perumahan dan penempatan. Cuma masalah saudara-mara kita Orang Asli ni, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, walau bagaimana kita bantu pun Kuala Atok ni buat rumah cantik rumah batu, tapi dia tak nak juga duduk di situ.

Di Muadzam ni kita dah sediakan penempatan baharu ada lokasinya. Dia tak nak juga, dia tetap dengan cinta yang pertama dia tu. Jadi apa namanya... walau bagaimanapun, kerajaan tetap serius. Sebab itu kita tubuhkan ORACO dan pegawai-pegawainya di kalangan mereka untuk mendekati dan menjiwai denyut-denyut saudara-mara kita Orang Asli ini supaya kita dapat bantu mereka dengan cara yang terbaik, insya-Allah. Masalah tetap ada, kalau tak ada masalah itu, maka ADUN Dilantik pun tak wujud di sini. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.

Speaker

Kita pergi pada soalan seterusnya. Soalan nombor 5. Eh... soalan no 4 dah dijawab, soalan nombor 5. Oh... nombor 4, sorry. Soalan nombor 4.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Terima kasih Dato' Sri Speaker, soalan saya nombor 4.

[Bilakah pelantikan Ahli-Ahli Majlis di semua daerah di negeri Pahang akan dapat selesaikan? Apakah sebab kelewatan pelantikan Ahli-Ahli Majlis tersebut?]

Speaker

Silap nombor je. [Ahli Dewan ketawa]

Terima kasih. Terima kasih kepada sahabat saya daripada Ketari yang bertanyakan berkenaan dengan pelantikan Ahli-ahli Majlis. Tapi sebelum saya nak jawab ni saya nak tanya Dato' Sri Yang diPertua, mungkin kesan ubat la ya.

Speaker

Okey, saya sihat. Alhamdulillah.

Yang Berhormat Tuan Yang diPertua,

Pelantikan Ahli Majlis sebelum ini telah kita melantik seramai 194 Ahli Majlis bagi fasa pertama dan pelantikan yang melibatkan 109 orang lagi Ahli Majlis telah kita muktamadkan pada awal April 2025 ini dan proses ini kita perlu mengambil kira dan perlu melalui beberapa proses seperti tapisan keselamatan, calon yang terbabit sama ada mempunyai rekod jenayah atau pelbagai dan juga dengan perundingan semua pemegang taruh supaya bagi memastikan Ahli-ahli Majlis yang kita lantik ini dapatlah berfungsi dengan baik dan menyokong segala fungsi-fungsi utama di kesemua 11 PBT di seluruh negeri Pahang.

Dan sebelum Ahli- ahli Majlis ini, kita berkhidmat di PBT-PBT, kita mengadakan kursus. Kursus-kursus yang dilaksanakan untuk memperkasakan lagi peranan-peranan Ahli-ahli Majlis apabila berkhidmat di setiap PBT di seluruh negeri Pahang dan alhamdulillah jugalah di dalam Dewan Yang Mulia ni saya nak berkongsilah sedikit dengan Ahli Dewan bahawa di negeri Pahang ni kita berasa amat berbangga dengan pencapaian PBT-PBT... 11 PBT dalam negeri Pahang kerana dalam 2023... di antara 155 bandar di dalam Malaysia ini, tiga daripada bandar tersebut adalah Bandar Paling Bahagia… antara 10 Bandar Paling Bahagia tahun 2023. Makna 10 Bandar Paling Bahagia di antara 150 bandar di Malaysia yang teratas sekali adalah tiga bandarnya daripada negeri Pahang, 2023 [Ahli Dewan menepuk meja] tapi alhamdulillah 2024, peningkatan satu lagi bandar.

Maknanya daripada 3, tahun 2023 hingga 4 tahun 2024. Peningkatan satu bandar, 3 kepada 4. Dan saya nak ucapkan tahniahlah kepada sahabat saya Wakil Kerajaan daripada Lipis juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana tahun ini Kuala Lipis telah dinobatkan antara Bandar Yang Paling Bahagia [Ahli Dewan tepuk meja], dalam negeri Pahang. Selain daripada Bandar Paling Bahagia, Temerloh, Cameron Highlands dan Jerantut. Ini adalah Bandar Paling Bahagia antara 155 bandar di dalam negara kita. Jadi kita nakkan peranan Ahli-ahli Majlis ini akan diteruskan lagi supaya dengan pelantikan fasa kedua, 109 lagi bandar.... antara bila lantikan 109 Ahli- ahli Majlis ini dapat berfungsi untuk memperkasakan dan kalau boleh kita nakkan bandar-bandar kita menjadi Bandar Yang Paling Bahagia di negeri Pahang, yang 4 yang paling bahagia tadi, 7... bahagia sahaja. Dia ada sederhana bahagia. Tapi negeri Pahang tak ada sederhana bahagia. Dan negeri Pahang juga Yang Berhormat Dato' Sri, bandar negeri Pahang ni... negeri Pahang tempat kedua Negeri Yang Paling Bahagia dalam Malaysia, 2024 dan 2025. [Ahli Dewan tepuk meja]. Tapi kita rasa tak perlu tukarlah. Takyah gilir-gilirlah. Kita terus jelah.

Speaker

Yang pertama negeri apa?

Yang pertama Negeri Sembilan.

Speaker

Dia ada sembilan negeri. Banyok.

Sebab Negeri Sembilan ni dia kecik. Dia kecik... kecik.

Speaker

Kita Pahang ada satu Negeri... dia ada sembilan.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar ni dia kena mentadbir negeri yang sangat luas. Dan untuk memastikan semua orang bahagia. Tetapi kita yakin kerana dengan apa saja bentuk inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan.

Yang Berhormat Dato' Speaker, mohon mencelah. Saya ingat elok sahabat saya daripada Bebar ni cerita sikit apa yang dimaksudkan dengan bahagia tu? Sebab bahagia ni very subjective. Boleh Yang Berhormat cerita sikit.

Speaker

Hospital Bahagia pun ada. [Ahli Dewan ketawa]

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan untuk menjadi bahagia ni banyaklah kriteria-kriteria ya, bukan kahwin dua, tiga, empat ye. Tapi yang itu pun antara-antara faktor-faktor yang antara yang kita kajilah. Kualiti perkhidmatan yang di setiap PBT-PBT kemudahan infrastruktur diambil kira, kesejahteraan mental dan juga fizikal diambil kira juga dan hubungan kekeluargaan. Jadi dalam faktor tadi tu ada yang menyentuh hubungan kekeluargaan dan kejiranan dan komuniti dan keseimbangan dalam hidup dan juga dalam kerja kita. Dan kajian-kajian ni kita laksanakan. Kita berikan secara rambang di setiap kawasan-kawasan PBT ni, kaji selidik tu.

Maknanya hasil kajian, persepsi masyarakat... perasaan penduduk. Maknanya penduduk negeri Pahang ni boleh dikatakan bahagia dan paling bahagia. Makna negeri kita telah antara nombor 2 yang terbaik dalam Malaysia ni. Sebab tu ramai orang nak datang ke sini. Jadi banyaklah pencapaian-pencapaian. Selain daripada bandar paling bahagia, pencapaian-pencapaian dicapai oleh setiap PBT-PBT. Antara Star Rating lah yang terbaik, Bandaraya Kuantan... Star Rating. Yang pertama dalam Malaysia. Kedudukan yang pertama dalam Malaysia Bandaraya adalah Bandaraya Kuantan memperolehi Star Rating… Five Star Rating, yang terbaik Dato' Sri Yang di-Pertua. Selain daripada bandar-bandar raya lain di seluruh Malaysia ni. Dan kita berharap dengan pelantikan-pelantikan Ahli-ahli Majlis ini dengan kaedah kursus-kursus yang kita laksanakan lagi dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan peranan PBT-PBT untuk memastikan negeri Pahang akan terus cemerlang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan, sila.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Tahniah dan syabas ucapkan atas tindakan Kerajaan Negeri untuk memuktamadkan pelantikan Ahli-ahli Majlis ini dan usaha-usaha yang dijalankan untuk memastikan mereka Ahli- ahli Majlis yang dilantik

akan menjalankan tugas dengan baiknya. Soalan tambahan saya, adakah Kerajaan Negeri mempunyai apa-apa perancangan untuk katakan mewujudkan KPI untuk Ahli-ahli Majlis yang dilantik ini agar mereka dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan amanah. Di mana rakyat di luar warga Pahang kita tahu sama ada Ahli-ahli Majlis ini perform atau tidak dengan izin, soalan saya.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Semua yang kita laksanakan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri ni sudah tentu kita meletakkan benchmarklah untuk setiap daripada kriteria-kriteria yang kita tetapkan untuk memastikan KPI-KPI ini dicapai bagi memastikan dapat memberikan pencapaian yang terbaik untuk negeri Pahang. Sebagai contohnya, dari segi kewangan dari segi perkhidmatan dan kita meletakkan KPI-KPI di setiap PBT-PBT dan bergantung… secara bertulis... secara bertulis tu saya tak dapat nak beri… saya akan memberikan jawapan secara bertulislah KPI-KPI terbabit tak ingat kita. Jadi saya harapkan dengan apa yang kita laksanakan dengan mewujudkan KPI-KPI ini ada di setiap PBT-PBT sudah tentu akan meningkatkan lagi pencapaian-pencapaian di setiap PBT-PBT di seluruh negeri Pahang.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Tambahan satu.

Speaker

Ye sila... wakil daripada…

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Mudah je…

Speaker

Lipis... eh wakil daripada Padang Tengku, minta maaf.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Soalan saya mudah aje. 2023 tu ada Rompin sebagai salah satu Bandar Bahagia... Paling Bahagia ni. Tapi sekarang dah hilang daripada radarlah. Jadi saya nak tanya adakah pemilihan ni bergilir-gilir jugak ataupun memang Rompin dah tak bahagia?

Tarik balik Yang Berhormat. [Ahli Dewan ketawa]

Yang Berhormat Dato' Sri Yang diPertua,

Ini nak memberikan satu benda... imej yang tak baiklah. Suasana yang kurang bahagialah pada kita. Saya minta tu ADUN Padang Tengku tarik baliklah.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Saya pun mintak tarik balik. Bukit Ibam… Bukit Ibam mintak tarik balik.

Dak Rompin sebelah saya ni, sahabat saya senyap je. [Ahli Dewan ketawa]

Tioman bahagia tu. [Ketawa]

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Yang sebenarnya sebagaimana yang saya katakan tadi pencapaian yang paling bahagia ni dia 90 ke atas, A+ lah. Tapi yang 80 hingga 90 ni dia bahagia Rompin ni dia turun sikit je dia tak lepas tu. Mungkin sebab kejiranan, kekeluargaan, dia kena tingkatkan supaya dia… dia menjadikan orang tu lebih bahagia. Ada sahabat saya dari Rompin ni kena memberikan dengan daripada Tioman ni kena meningkatkan hubungan kekeluargaan supaya dia menjadi lebih ceria. Lebih menjadikan orang tu lebih hubungan kekeluargaan tu lebih rapatlah. Rompin tu bukanlah jatuh tu ke sederhana bahagia tak, Rompin tu jatuh sikit je. Tapi disebabkan 4 yang lain ni lebih hebat jadi Rompin tu terpaksa undur diri sikit.

Speaker

Maknanya 4 ni dia punya ukhwah dia lebih baik lagi, ya.

4 ini dan satu lagi saya nak beritahu ni Kuala Lipis, Jerantut, Temerloh yang tempat Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri Cameron Highlands. Maknanya Dato’ Sri sahabat saya daripada Benta daripada Cameron Highlands. Memang orang di sana bahagia.

Speaker

Saya tengok Yang Amat… Amat Berhormat dengan Tanah Rata pun nampak macam bahagia juga. [Ahli Dewan ketawa]

Bahagia. Kita pun dalam kerajaan pun bahagia... bahagia. Sebab tu negeri dua paling bahagia. Ha… bila kedua… Benta dengan Cheka pun bahagia. Semalam makan semeja dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, cium mulut lagi [Ahli Dewan ketawa]. Lepas tu ada satu rahsia dia bagi tahu. Kalau… kalau Tanjung Lumpur nak jawatan dia, dia beri je. Dia tak leh lawan-lawan… tak perlu lawan… dia bahagia. Makna tak ada perebutan jawatan. Di sana tak ada perebutan jawatan. Tapi saya nak beri tahu bahawa dengan pelantikan Ahli Majlis ni kita nak memperkasakan lagi PBT negeri Pahang supaya negeri kita ni kalau boleh semua bandar tu jadi bandar paling bahagia. Bukan senang nak jadi bandar paling bahagia ni 155 yang dibuat daripada seluruh bandar Malaysia. 4 ni lah paling bahagia antara 20 dan teratas. Menunjuk ke Pahang… tu benda ni tak boleh bohong. Angka ni sebagaimana Yang Amat Berhormat Menteri Besar kata angka tak pernah berbohong. Jadi kita nak berkerja dengan keras sekali daripada semua Ahli-ahli Dewan kita supaya memastikan Pahang akan terus maju dan makmur. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Saya… saya, sebelum ni saya nak bagi… sebelum saya bagi laluan kepada soalan tambahan yang terakhir. Kita dah 10.59. Jadi kita nak memberikan laluan kepada program ‘Jom Baca Bersama untuk 10 minit’ yang yang bertemakan “Nikmati Saat Ini” anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Program ini ditetapkan oleh Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Seluruh Malaysia yang diadakan serentak di seluruh Malaysia serta melibatkan setiap segenap lapisan masyarakat. Jadi jam menandakan 10.59, kita boleh bersedia dengan apa namanya buku ataupun markalah yang nak kita baca. Kita mula pada pukul 11. Kita mula pada pukul 11. Maknanya kita ada beberapa… beberapa saat lagi. Lagi 4… 3… 2… 1… mula.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita ucap tahniah kepada pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang yang pengerusinya ialah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar sendiri. Sila, soalan terakhir untuk soalan…

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Soalan tambahan saya berkaitan dengan pelantikan er... Yang Di-Pertua PBT-PBT yang masih kosong seperti Daerah Bera, Temerloh dan mungkin er... Datuk Bandar Kuantan.

Terima kasih kepada sahabat saya daripada Kemayan. Dato' Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Sidang Dewan er... prosesnya kita... kita akan melantik Yang di-Pertua-Yang di-Pertua terbabit termasuklah Datuk Bandaraya Kuantan ini. Dan ini memerlukan er... apa ni... kelulusan daripada pihak SPA kerana kelewatan ini kerana

kita nak pilih yang terbaiklah supaya YDP-YDP ini dapat memberikan er... perkhidmatan di kalangan PTD-PTD ini yang kita pinjamkan kepada PBT supaya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih baik dan berkesanlah untuk masa depan PBT-PBT seperti Bera, Temerloh dan juga bandar raya. Sekian terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya wakil daripada Kuala Semantan.

Tuan Hassnuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 5.

[Berapakah jumlah kes demam denggi yang telah dikesan dan direkodkan di seluruh negeri Pahang pada tahun 2024 yang lalu mengikut daerah dan berapa jumlah kematian akibat demam denggi di negeri Pahang dalam tahun 2024 tersebut?

Apakah berlaku peningkatan berbanding tahun sebelumnya?

Apakah langkah-langkah yangh telah diambil untuk mengawal penularan penyakit demam denggi ini di negeri Pahang?]

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

(Ayat al-Quran). Assalamualaikum WBT. dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada er... Kuala Semantan yang mengemukakan soalan berkenaan dengan kes er... demam denggi yang telah dikesan dan direkodkan di negeri Pahang pada tahun 2024 dan atau jumlah mengikut daerah termasuklah jumlah kematian akibat demam denggi dan juga er... Kuala Semantan juga bertanya berkenaan langkah-langkah yang telah diambil untuk mengawal penularan er... penyakit demam denggi.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Pada tahun 2024 sebanyak 1,958 kes demam denggi telah dilaporkan di negeri Pahang berbanding 1,609 kes demam denggi bagi tempoh sama pada tahun 2023 iaitu peningkatan sebanyak 349 kes ataupun 22%. Daerah Kuantan melaporkan kes demam denggi tertinggi iaitu sebanyak 723 kes (36.9%), Temerloh 404 kes (20.6%), Pekan 145 kes (7.4%), Raub 138 kes (7.0%), Bera 134 kes (6.8%), Maran 129 kes (6.6%), Rompin 125 kes (6.4%), Bentong 83 kes (4.2%), Lipis 41 kes (2.1%), Jerantut 27 kes (1.4%) dan Cameron Highlands 9 kes (0.5%). Sebanyak 5 kes kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan bagi tahun 2024 berbanding 2 kes kematian pada tahun 2023 iaitu peningkatan 150% atau 3 kes kematian. Daerah yang melaporkan kes kematian adalah daerah Kuantan (1 kes), Bentong (1 kes), Rompin (1 kes), Raub (1 kes) dan Bera (1 kes).

Peningkatan bilangan kes demam denggi di negeri Pahang pada tahun 2024 adalah selari dengan gelombang epidemiologi penyakit deman denggi yang memuncak setiap 4 ke 5 tahun. Peningkatan kes yang dilaporkan ini berpunca daripada beberapa faktor termasuklah perubahan cuaca (monsun), pertukaran serotaip virus denggi dan

peningkatan pergerakan masyarakat apabila semua sektor ekonomi dan pelancongan telah dibenarkan untuk beroperasi. Trend peningkatan kes pada tahun 2024 ini juga turut dilaporkan sebenarnya di seluruh Malaysia. Di negeri Pahang selain daripada faktor-faktor di atas penemuan tempat pembiakan er... nyamuk Aedes di persekitaran... persekitaran dan dalam rumah turut menyumbang kepada penularan demam denggi.

Sepanjang tahun 2024, daripada 680,491 jumlah premis diperiksa, 6,579 premis (1.1%) daripada jumlah tadi tu ditemui tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tiga penyumbang tertinggi tempat pembiakan nyamuk Aedes yang ditemui adalah di rumah kediaman dan kedai dengan bilangan 5,596 (85.1%) er... pembiakan nyamuk ini berpunca daripada rumah dan kedai itu diikuti dengan tanah atau lot kosong sebanyak 547 ataupun 8.9% dan di sekolah ataupun insititusi pendidikan sebanyak 170 (2.6%). Selain itu, penularan jangkitan demam denggi di dalam komuniti berlaku disebabkan oleh penduduk yang tidak cakna dengan kebersihan di samping mempunyai tabiat menyimpan barang termasuk di lorong belakang, kebun haram yang tidak terurus di kawasan perumahan dan kegagalan... kegagalan menyelenggara rumah kosong yang tidak... dan tiada kerjasama penduduk semasa aktiviti pemeriksaan dan semburan dilakukan.

Bagi mengurang serta mengawal penularan penyakit demam denggi di negeri Pahang, antara tindakan yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut. Pertamanya, agensi-agensi di jabatan kerajaan di negeri Pahang melaksanakan Program One Hour Clean Up Negeri Pahang. Program ini adalah untuk memastikan sekolah, institusi, tempat bekerja bebas denggi. Dengan pelaksanaan aktiviti memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes dan program ini telah diadakan secara serentak di seluruh negeri Pahang pada 19 Julai 2024 dan diteruskan dengan kekerapan sekali sebulan di fasiliti masing-masing.

Maknanya kita kempen berterusan sekurang-kurang sebulan sekali di semua tempat-tempat yang saya nyatakan tadi dan sepanjang tahun 2024 ini sebanyak… sepanjang tahun 2024 sebanyak 427 aktiviti telah dijalankan membabitkan kawasan pejabat, kuarters, institut pendidikan, asrama dan juga masjid dan keduanya, aktiviti kawalan dan pencegahan bersama komuniti di lokaliti wabak denggi dan lokaliti berisiko tinggi seperti penglibatan dalam aktiviti gotong-royong dan Operasi Ketuk-ketuk juga telah dilaksanakan.

Operasi Ketuk-ketuk ini adalah pelaksanaan aktiviti pendidikan kesihatan dari rumah ke rumah dan aktiviti pemusnahan tempat pembiakan nyamuk ini. Jadi, yang ketiga menggerakkan penglibatan persatuan atau kumpulan komoditi seperti COMBI, KOSPEN, Badan pengurusan Bersama di bangunan berstrata Join… Joint Management Body ataupun JMB, Rukun Tetangga, Jawatankuasa Penduduk dan lain-lain untuk menggalakkan masyarakat melaksanakan aktiviti pembersihan persekitaran, memeriksa dan memusnahkan tempat berpotensi pembiakan nyamuk Aedes melalui gotong-royong beramai-ramai atau gotong-royong kendiri mencegah demam denggi ni.

Yang keempatnya, memastikan sekolah bebas tempat pembiakan nyamuk Aedes melalui program bebas denggi sekolah dan perkongsian maklumat berkaitan dengan pencegahan dan kawalan denggi di antara Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pendidikan. Yang kelimanya, pelaksanaan kempen “Cari dan Musnah 10 Minit Seminggu Sekali”. Mesej ini ingin disampaikan kepada masyarakat perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk melaksanakan aktiviti pembersihan persekitaran dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes setiap minggu. Ini

kita kempen kalau boleh penghuni-penghuni rumah supaya melaksanakan, mencari, spend masa 10 minit untuk kita cari tempat-tempat yang boleh pembiakan nyamuk Aedes ni berlaku.

Yang keenamnya, pelaksanaan projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di lokaliti berisiko tinggi. Program ni telah dimulakan di 2 lokaliti di negeri Pahang iaitu PPRS Pinggir Putra, Kuantan dan Taman Impianku, Kuantan sejak tahun 2022. Manakala pada tahun 2024, program diperluaskan lagi di lokaliti ketiga iaitu Taman Pasdec Makmur 2. Taman Pasdec Mahmud IM 2, Kuantan bermula pada 3 Oktober tahun 2024.

Dan jujurnya, sepanjang tahun 2024 ni sebanyak 6,579 premis positif pembiakan nyamuk Aedes ditemui dan sebanyak 4 ribu… 4,036 ataupun 61% premis telah dikeluarkan cadangan kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 Pindaan 2000 dengan nilaian kompaun ditawarkan sebanyak RM2,018,000.00 sebanyak 1,161 notis di bawah Seksyen 8 akta yang sama juga telah dikeluarkan kepada penduduk yang mempunyai tempat-tempat yang berpotensi untuk pembiakan jentik-jentik Aedes dan kesemuanya telah dijalankan tindakan susulan.

Seterusnya bagi memastikan tindakan ini berjalan dengan baik, jawatankuasa di peringkat daerah dan negeri ditubuhkan. Jawatankuasa Wabak Peringkat Daerah telah diaktifkan sekiranya terdapat wabak denggi dilaporkan… wabak demam denggi dilaporkan. Perbincangan bersama semua agensi berkepentingan dalam mencari penyelesaian bersama menangani wabak. Menyelaras mengoptimakan penggunaan sumber di dalam aktiviti kawalan dan pencegahan demam denggi mengikut peranan masing-masing dilakukan semasa mesyuarat ini.

Manakala di peringkat negeri pula, Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Denggi Negeri Pahang yang melibatkan agensi dan jabatan kerajaan negeri Pahang akan dilaksanakan 2 kali setahun. Mesyuarat ini bertujuan untuk menggerakkan pelbagai jabatan dan agensi di peringkat negeri dalam aktiviti pencegahan dan kawalan denggi di samping memastikan setiap jabatan dan agensi melaksanakan aktiviti pencegahan dan kawalan denggi mengikut peranan masing-masing.

Tindakan Kerajaan Negeri dalam memastikan penularan demam denggi ini dapat dicegahkan tidaklah hanya… hanyalah seperti yang disebutkan di atas tadi. Asas kepada tindakan adalah untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes dengan melaksanakan aktiviti mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Semua individu dan masyarakat setempat perlu bersama-sama melaksanakan aktiviti cari dan musnah 10 minit seminggu sekali. Ini kempen yang berterusan kita mintak bagi memutuskan kitaran kejadian nyamuk Aedes dan mendapatkan rawatan segera jika demam. Semoga usaha yang kita mulakan pada hari ini dapat dijalankan secara berterusan dan bersungguh-sungguh agar kejadian dan wabak demam denggi dapat dikurangkan dan tidak menjadi beban kesihatan awam di negeri Pahang. Sekian, terima kasih.

Speaker

Saya terus ke soalan berikutnya. Soalan nombor 7. Kita di belakang masa sedikit.

(Ayat al-Quran) Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato' Sri Speaker, soalan saya soalan nombor 7.

[Menurut Pengarah AADK Ruslin Jusuh sehingga Januari 2025, jumlah penagih dadah naik 31% akibat dadah sintetik di peringkat nasional. Soalan saya, sila nyatakan status klien (penagih) yang terlibat dengan dadah di Negeri Pahang yang terkini? apakah usaha kerajaan negeri untuk memberi kesedaran dan rancangan program kepada golongan remaja yang berbilang kaum di Negeri ini supaya tidak terjebak dalam penyalahan penggunaan dadah ini?]

Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker seterusnya kepada sahabat yang bertanyakan soalan mengenai status klien ataupun penagih yang terlibat dengan dadah di negeri Pahang yang terkini dan apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memberi kesedaran dan rancangan program kepada golongan remaja yang berbilang kaum di negeri ini supaya tidak terjebak dalam penyalahgunaan dadah ini.

Berdasarkan kepada data terkini yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan sehingga Januari 2025, negeri Pahang mencatatkan sejumlah 3,986 klien yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan sedang menjalani program rawatan dan pemulihan dalam komuniti yang melibatkan intervensi berasaskan sokongan masyarakat dan pemulihan sosial. Seiring dengan peningkatan 31% kadar penagihan dadah di peringkat nasional, negeri Pahang turut er... negeri Pahang turut menunjukkan trend yang membimbangkan terutamanya dalam kalangan belia dan golongan bekerja.

Dadah yang paling banyak digunakan ialah Syabu yang mencatatkan kadar penggunaan sebanyak 62.90% iaitu seramai 2,507 klien dari… dari jumlah keseluruhan yang disebutkan tadi. Trend ini memberi gambaran jelas bahawa langkah pencegahan dan pemulihan perlu terus diperkasakan bagi mengekang peningkatan penagihan dadah di negeri ini. Program Pencegahan Dadah dilaksanakan secara berkala di sekolah, institusi pengajian tinggi dan pusat latihan kemahiran tanpa mengira kaum dan juga agama.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran awal dalam kalangan pelajar serta membentuk jati diri yang kukuh bagi menolak pengaruh dadah. Antara program utama yang dijalankan termasuklah program PINTAR. Fokus kepada anak murid sekolah rendah memberi pendedahan awal mengenai bahaya dadah serta melalui pendekatan interaktif dan juga pendidikan nilai murni.

Program SHIELDS. Sasaran kepada pelajar sekolah menengah meningkatkan ketahanan diri remaja dan dengan elemen... elemen motivasi, kemahiran membuat keputusan dan strategi, menolak pengaruh negatif.

Program Tomorrow's Leader ini melibatkan pelajar IPTA dan juga IPTS membantu membentuk pemimpin muda yang berwibawa serta memperkukuh kesedaran mengenai gaya hidup bebas dadah dalam kalangan mahasiswa. Pendekatan holistik ini diharapkan dapat membina generasi muda yang lebih berdaya tahan,

bertanggungjawab dan mampu menjauhkan diri daripada penyalahgunaan dadah. Agensi Antidadah Kebangsaan AADK telah memperkukuhkan usaha pencegahan penyalahgunaan dadah dengan menggerakkan Skuad Anti Dadah sebagai jentera utama dalam menyampaikan kesedaran kepada masyarakat.

Inisiatif ini turut menekankan penglibatan aktif golongan belia sebagai agen perubahan dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah. Melalui Skuad Anti Dadah, golongan belia diberi peranan sebagai sukarelawan dan pemimpin komuniti yang menyebarkan maklumat berkaitan bahaya dadah serta melaksanakan aktiviti intervensi awal. Ini termasuk program kesedaran di sekolah, institusi pengajian tinggi, pusat latihan kemahiran serta kawasan komuniti yang berisiko tinggi. Selain itu, Skuad Anti Dadah juga berfungsi sebagai rangkaian sokongan bagi membantu rakan sebaya dan masyarakat memahami kesan buruk penyalahgunaan dadah serta menggalakkan gaya hidup sihat dan positif. Dengan penglibatan belia secara aktif, kerajaan negeri yakin usaha pencegahan ini dapat mencapai keberkesanan yang lebih tinggi dan memberi impak jangka panjang kepada generasi muda. Sekian, terima kasih.

Speaker

Sila. Saya bagi satu soalan je.

Soalan tambahan ya. Pada satu ketika dahulu semasa Perang Dunia Ke-2, tentera Nazi pernah menggunakan dadah jenis Pervitin ini sebagai perangsang dalam peperangan. Tapi kini dadah adalah sebahagian daripada instrumen hiburan yang banyak digunakan di dalam pesta-pesta, pusat-pusat hiburan di seluruh dunia. PBT ataupun Pihak Berkuasa Tempatan adalah agensi kerajaan yang meluluskan lesen pusat hiburan setempat. Soalan saya, apakah rancangan pelan kerajaan bagi mengurangkan penyalahan penggunaan dadah ini di tempat-tempat pusat hiburan? Terima kasih.

Terima kasih kepada soalan daripada sahabat saya. Selain daripada program-program yang telah saya sebutkan tadi, insya-Allah di negeri Pahang, kita akan mengadakan satu program bersepadu di mana seluruh daerah akan mengadakan program bagi kita menceritakan tentang keburukan dadah ini dan insya-Allah mungkin dengan kelulusan pihak Kerajaan Negeri perbincangan di antara kami dan juga AADK telah berlangsung dan tempat untuk kita mengadakan program tersebut juga telah dipilih di atas kelulusan Kerajaan Negeri. Jadi insya-Allah saya akan memberikan informasi yang lebih lanjut selepas ini. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya. Soalan nombor 9.

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Soalan saya soalan nombor 9.

[Pelaksaan gaji minimum RM1,700.00 bermula Februari ini bagaimana ia dapat membantu rakyat kerana setiap kenaikan akan memberikan impak terhadap harga barangan dan kos sara hidup rakyat?]

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Tuan Speaker. Untuk menjawab soalan dari Kuala Sentul yang pertama, saya mungkin nak semua Ahli Dewan Yang Berhormat, kenapa kerajaan nak melaksanakan gaji minimum RM1,700.00? Punca kuasa menetapkan gaji minimum di negara ini diberikan melalui perintah gaji minimum 2024 di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, Akta 732. Di mana akta ini ditadbir oleh Majlis Perundingan Gaji Negara di bawah Kementerian Sumber Manusia. Manakala Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia adalah agensi yang menguatkuasakan akta ini. Akta ini diwujudkan bertujuan untuk membantu menampung keperluan minimum keperluan pekerja dan keluarganya berasaskan keadaan sosioekonomi negara ini. Definisi gaji minimum di bawah Akta Seksyen 2, Akta 732 adalah gaji pokok yang diterima. Ia tidak termasuk elaun, inisiatif atau apa-apa bayaran tambahan yang dibuat kepada pekerja selepas tamat tempoh penangguhan enam bulan. Bermula dari 1 Februari 2025 hingga 1 Ogos 2025, semua majikan di dalam negara ini diwajibkan mematuhi perintah gaji minimum 2024 tanpa gagal.

Dengan kata lain, kaum pekerja membawa balik gaji sekurang-kurangnya pada kadar RM1,700.00 sebulan. Kerajaan melalui Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pahang sentiasa melaksanakan aktiviti pengkuatkuasaan secara berkesan bagi memastikan pematuhan oleh majikan terhadap perintah gaji minimum di negeri ini. Berdasarkan rekod jabatan dari tempoh 1 Februari 2025 hingga 31 Mac 2025, sebanyak 14 aduan telah diterima berkaitan pelaksanaan perintah gaji minimum. Kesemuanya aduan ini masih dalam tindakan. Tindakan sama ada membuka kertas siasatan atau pekerja diberi nasihat untuk mengambil tindakan di Mahkamah Buruh di mana-mana pejabat cawangan jabatan. Jabatan tidak teragak-agak akan membuka kertas siasatan jika mendapati berlaku pelanggaran pematuhan perintah gaji minimum ini. Jika disabit kesalahan, semua majikan kena dengar ya majikan berkenaan boleh didenda sebanyak RM10,000.00 bagi setiap kesalahan terhadap setiap pekerja.

Dan soalan untuk mengurangkan kos sara hidup dari gaji ini, sebab dua-dua bawah portfolio saya. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kos Sara Hidup Pahang akan terus meningkatkan usaha membantu mengurangkan beban rakyat dan akan mengambil tindakan bagi memerangi kenaikan harga barang. Antara tindakan dan usaha telah dilaksanakan oleh kementerian adalah seperti berikut, Program Jualan Rahmah Madani merupakan program Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup KPDN di bawah Inisiatif Payung Rahmah yang bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat. Program menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian terpilih di antara 10% hingga 30% lebih murah daripada harga pasaran tempatan.

Pada 2025, pelaksanaan jualan Rahmah ni ada ditetapkan sebanyak 84 kali setiap bulan di seluruh negeri Pahang. Bersempena dengan persediaan sesi persekolahan baru 2025 ni, KPDN telah memperluaskan pelaksanaan Jualan Rahmah melalui penganjuran PJRM Back to School 2025. Program ini telah bermula sejak 18 Januari 2025 dan dijadualkan berlangsung sehingga 16 Februari 2025 iaitu sepanjang tempoh cuti persekolahan. Para pengguna boleh mendapatkan barangan kelengkapan persekolahan pada kadar diskaun antara 10% hingga 30% lebih murah berbanding dengan harga pasaran semasa. Untuk program Jualan Makmur ini hanya di Pahang

baru-baru Khamis ini, saya jumpa dengan Menteri KPDN, dia puji sebab tidak banyak negeri yang menjalankan program ini. Hanya di Pahang, Pahang 1st. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar [Ahli Dewan menepuk meja] yang berpandangan jauh yang menjalankan… mengurangkan apa tu beban rakyat. Maknanya Kerajaan Negeri Pahang di bawah Program Jualan Makmur Kluster Perayaan, Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan keseluruhan sebanyak RM2.52 juta sebagai langkah dalam membantu mengurangkan masalah kos sara hidup, meningkatkan keutamaan semasa sambut hari perayaan utama dan juga kita adakan Jualan Rahmah setiap dua kali di satu DUN sebulan.

Pelaksanaan program Penyeragaman Harga melibatkan daerah Jerantut, Rompin dan Raub. Melalui program ini, harga barangan keperluan asas utama iaitu gula, minyak, tepung dan lain-lain dijual pada harga yang sama seperti rakyat tinggal di kawasan bandar dengan tujuan untuk mengawal inflasi yang mengurangkan kos sara hidup. Pelaksanaan skim harga maksimum musim perayaan. Tadi saya sudah baca dan kita mengawal harga barang keperluan musim perayaan utama di negeri... negara yang melibatkan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa, Deepavali dan Krismas. Pelaksanaan program… Program Advokasi Kepenggunaan bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat berkaitan hak-hak sebagai pengguna. Selain itu, para pengguna digalakkan untuk menggunakan aplikasi PriceCatcher dan MySales Tracker yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan App… Apple App Store untuk membandingkan harga barangan sebelum membuat pembelian dan mengetahui premis yang mengadakan promosi jualan murah. Penguat kuasa akta-akta seperti Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 Akta Perlindungan Pengguna, 1999 dan lain-lain untuk melindungi rakyat dari dan mengurangkan impak kenaikan barang harga. Sekian, terima kasih.

Speaker

Kita pergi… soalan… ada?

Boleh satu soalan?

Speaker

Satu saja soalan.

Satu je soalan.

Speaker

Tambahan.

Di Pahang ini. Gaji Imam, Bilal dan Siak tidak mematuhi had gaji minima. Ada yang RM800.00, ada RM600.00. Jadi, saya minta apakah tindakan untuk semua masjid-

masjid dalam di Pahang dan di tempat lain dapat mematuhi hak gaji minima? Terima kasih.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih dari soalan tambahan dari Cheka tadi saya sudah bagi tahu untuk semua majikan kena ambil perhatian. Kalau tidak JTK, maknanya kita akan ambil tindakan dan akan disaman atau di lebih kurang RM10,000.00. So, kalau ada pengadu-pengadu yang tidak gaji minimum RM1,700.00, so sila ke pejabat apa tu pejabat kita dan buat aduan dan kita akan ambil tindakan.

Speaker

Dia sebenarnya dia tak termasuk elaun. Kalau imam semua tu dipanggil elaun. Elaun ni tidak terikat dengan Akta Gaji. Saya bukan nak menjawab tapi nak bagi clear supaya kita dapat bezakan antara gaji dan elaun. Soalan seterusnya? Ada? Bagi peluang yang bertanya.

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Saya bertanya. Pelaksanaan gaji minima ni juga akan meningkatkan kos operasi kepada majikan dan peniaga-peniaga dan mungkin akan memberi tekanan kepada tenaga kerja. Ataupun akan membuang pekerja. Adakah kerajaan mempunyai mekanisme memantau pemantauan kepada majikan-majikan ni supaya perkara-perkara ini tidak berlaku? Terima kasih.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Kuala Sentul, memang kita memantau tadi dari semasa ke semasa okey. Kalau majikan senang-senang membuangkan pekerja, kalau pekerja itu tidak puas hati. Marilah jabatan, biar kita ambil tindakan atas sebab apa kenapa dia dibuang kerja. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya kita pergi kepada nombor 10 ADUN Lanchang.

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Assalamualaikum Warahmatullah. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker soalan saya nombor 10.

[Adakah Kerajaan berhasrat untuk membina Pusat Sehenti Pelancongan di Lanchang bagi menarik ramai pelancong datang serta sebagai Pusat Informasi Pelancongan di sekitar Daerah Temerloh amnya?]

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat Dato Sri Speaker dan Yang Berhormat Lanchang. Buat setakat ini, Kerajaan Negeri belum ada perancangan untuk membina Pusat Sehenti pelancongan di kawasan Lanchang. Cadangan Yang Berhormat untuk membina satu pusat sehenti pelancongan di kawasan adalah sesuatu yang baik dan berpotensi untuk menambah nilai kepada tarikan pelancongan di Lanchang. Walau bagaimanapun, kita juga perlu mengkaji dulu sebelum ada pelaksanaan. Dan selain itu, pendekatan… penekanan kepada kaedah digital untuk menyampaikan maklumat terkini juga perlu dititikberatkan. Walau bagaimanapun, Pusat Informasi Pelancongan Temerloh telah pun disediakan di Bandar Temerloh iaitu Galeri Tokoh di Majlis Perbandaran Temerloh dan galeri ini juga merupakan salah satu tempat pelancongan yang sering dikunjungi oleh pelawat. Kerajaan Negeri juga akan bekerjasama dengan premis sedia ada. Sebagai contoh, Titik Tengah, Kuala Gandah untuk meletakkan brosur-brosur Tourism untuk menambah memberikan maklumat tentang pelancongan di Lanchang. Terima kasih.

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Soalan tambahan Dato' Sri Speaker. Menurut taklimat daripada Ketua Pusat Konservensi Gajah pada tahun 2023, pengunjung yang turun yang melawat ke Pusat Gajah ni seramai 192,193 orang. Kemudian daripada jumlah tersebut, pelancong luar sebanyak 9,199 bermakna hampir 5% sahaja. Jadi adakah pihak kerajaan mengkaji kenapa pengunjung luar ni terlalu kurang berbanding dengan pelancong tempatan yang 100,000 lebih ni. Yang saya kira purata lebih kurang 16,000 lebih yang pergi. Terima kasih kepada kerajaan ini dan menurut beliau bahawa kebanyakan pelancong yang datang tempatan dan pelancong yang berulang maknanya dia mungkin datang awal tahun kemudian hujung tahun datang lagi atau selepasnya itu satu. Yang keduanya juga, bagaimana insentif kerajaan untuk melibatkan penduduk tempatan yang sepanjang daripada bandar Lanchang sampai Kuala Gandah ni sepanjang 14 km melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi dalam sektor pelancongan tempatan ni? Terima kasih.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih tapi sebelum menjawab boleh saya semak dengan Yang Berhormat, yang 5% pengunjung luar itu maksudnya luar negara ataupun luar negeri… luar kawasan?

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Luar… luar negara.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Luar negara. Okey faham. Okey untuk soalan tambahan pertama. Memang Kuala Gandah adalah salah satu produk yang sering kita masukkan dalam promosi kita termasuk sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Pahang kita telah berjaya

disenaraikan 6... 14 produk pelancongan untuk dimasukkan dalam video promosi sempena Tahun Melawat Malaysia di peringkat kebangsaan dan Kuala Gandah merupakan salah satu produk dan usaha ini kita akan teruskan tapi tidak dapat dinafikan bahawa kalau mengikut statistik pelawat di Pahang memang pelancongan domestik memainkan peranan yang sangat penting di mana majoriti peratusnya adalah daripada pelancong domestik. Tapi kita tidak lupa juga bahawa pelancong luar negara, pelancong asing juga dapat membawa impak ekonomi khususnya kepada komuniti-komuniti tempatan.

Jadi untuk soalan kedua bagaimana kita melibatkan komuniti setempat. Kita memang mengalu-alukan sekiranya ada penduduk-penduduk setempat di Lanchang sudi mengambil bahagian dalam program Homestay Bawah Tourism Malaysia sebab kita difahamkan bahawa memang ada pengusaha-pengusaha homestay, tapi yang homestay itu adalah konsep rumah tamu di mana dia tidak didaftarkan bawah MOTAC ataupun PBT. Tapi sekiranya penduduk setempat ada niat kita memang membuka pintu supaya mereka boleh bekerjasama dalam satu kelompok untuk kita adakan satu kluster homestay baru di Lanchang. Buat setakat ini, kita tiada di Lanchang dan pada masa sama kita juga faham bahawa ada satu suku kaum Orang Asli yang… yang special hanya didapati di Lanchang dan mereka mempunyai…

Speaker

Kaum… kaum Cek Wong.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Ya betul. Minta maaf dan mereka mempunyai kraf dan kebudayaan yang unik. Jadi sekarang ini kerajaan dan juga dalam tindakan untuk membantu supaya produk-produk mereka juga dapat dipaparkan bukan sahaja di Lanchang, tetapi mungkin sebagai contoh di Pasar Sehari Temerloh dan tempat-tempat lain, terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Saya nak pergi ke soalan terakhir wakil daripada Sungai Lembing.Sila.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya nombor 11.

[Berapakah jumlah peserta dan peratus peserta terlibat di bawah program latihan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri atau agensi di bawah kerajaan negeri memperoleh pekerjaan/menjadi usahawan dengan pendapatan sara hidup yang mencukupi dalam tempoh 2023 hingga kini dan bagaimanakah kerajaan berusaha memastikan mereka kekal bekerja/menjadi usahawan setelah tamat latihan?]

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan terima kasih kepada sahabat Sungai Lembing di atas. Persoalannya, berapakah jumlah peserta dan peratus peserta terlibat di bawah program latihan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri atau agensi di

bawah Kerajaan Negeri memperoleh pekerjaan atau menjadi usahawan dengan pendapatan sara hidup yang mencukupi dalam tempoh 2023 hingga kini. Dan bagaimanakah kerajaan berusaha memastikan mereka kekal bekerja menjadi usahawan setelah tamat latihan.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, pelaksanaan program latihan keusahawanan dilaksanakan oleh agensi-agensi pembangunan seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Pertanian, MARA, RISDA, FAMA, TEKUN dan juga lain-lain agensi yang berkaitan. Di peringkat Kerajaan Negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang, PKNP dan juga Pahang Skills Development Center PSDC juga memainkan peranan yang penting dalam menyediakan latihan serta bimbingan kepada usahawan. Bagi menjawab soalan mengenai jumlah peserta yang terlibat dalam program latihan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dan juga agensi di bawah Kerajaan Negeri, izinkan saya berkongsi data yang diperolehi daripada beberapa agensi utama serta bagaimana kerajaan berusaha memastikan sokongan serta bimbingan yang berterusan dilaksanakan bagi memastikan usahawan kekal berdaya saing.

Pada tahun 2023, sebanyak 21 program telah dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang dengan penyertaan 1,412 peserta melepasi sasaran 1,252 orang peserta iaitu 112.78%. Bagi tahun 2024 pula, sejumlah 15 program melibatkan 1,208 peserta berbanding sasaran 1,120 orang peserta dengan nilai 107.86%. Manakala pula bagi tahun 2025 sehingga pertengahan bulan Mac ini, program telah dianjurkan dengan 494 penglibatan peserta melebihi sasaran daripada 443 peserta bersamaan dengan 111.51 percent atau peratusan, dengan izin. Latihan yang disediakan merangkumi kursus kemahiran di pusat latihan dan juga ladang jabatan termasuk sesi teori dan juga bagi memastikan usahawan terus kekal aktif dan berdaya saing. Setelah tamat latihan, usahawan akan terus dibantu melalui perkhidmatan rawatan dan juga khidmat nasihat yang teknikal serta khidmat nasihat yang berterusan serta insentif berdasarkan kelayakan seperti Skim Makmur Ternak dan juga Program Mekar.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan juga Ahli Yang Berhormat,

Bagi Jabatan Pertanian Negeri Pahang pula sepanjang tahun 2023 dan juga 2024, sebanyak 760 program latihan telah pun dijalankan dengan penyertaan 12,505 peserta dan juga disasarkan. Namun angka sebenar mencecah 17,216 orang peserta bersamaan melebihi 137.67% dan secara khususnya pada tahun 2023, 363 program dianjurkan dengan 8,679 orang peserta melepasi sasaran iaitu 6,275 orang peserta dan pada tahun 2024 menyaksikan 397 program disertai 8,637 orang peserta melepasi sasaran 6,230 peserta. Antara program ditawarkan termasuklah Farmers Field Schools (FFS), Agropreneur Muda, Kursus Teknologi Pertanian berasaskan IOT serta Pengurusan Ladang Moden. Khidmat nasihat turut disediakan bagi pegawai pengembangan tanaman dengan penekanan terhadap amalan pertanian baik MyGAP dan juga pengurusan ladang sistematik bagi meningkatkan produktiviti dan juga kualiti hasil-hasil pertanian.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Selain itu Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) melalui Bahagian Pembangunan Keusahawanan dan juga Komoditi telah melaksanakan 12 program keusahawanan pada tahun 2023, dengan penyertaan penuh seramai 395 peserta bersamaan dengan 100% orang penyertaan. Tahun 2024 pula mencatatkan

peningkatan sebanyak 946 peserta berbanding sasaran 905 orang peserta iaitu 104.53%. Secara keseluruhannya dalam tempoh dua tahun ini, sebanyak 1,341 peserta telah melibatkan diri untuk menunjukkan pencapaian dan sekali gus mencerminkan keberkesanan dan juga daya tarikan program keusahawanan yang dilaksanakan. Selain penganjuran program utama, PKNP turut melaksanakan sesi bimbingan susulan bagi memastikan kesinambungan dan juga keberkesanan seperti latihan dengan izin, Master Your Own Bisnes (MyOB), Business Clinic serta Pocket Talk, dengan izin.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Secara keseluruhan, jumlah peserta yang terlibat dalam program-program keusahawanan dan kerjaya anjuran Kerajaan Negeri dan juga agensi-agensi berkaitan dari tahun 2023 sehingga kini adalah seramai 21,607 orang peserta. Perlu diperjelaskan bahawa angka ini merangkumi peserta dari tiga agensi utama. Namun tidak termasuk data dari agensi seperti MARA dan juga RISDA dan juga FAMA dan ada juga yang berkaitan dan yang turut melaksanakan program ini. Ramai lagi agensi-agensi yang melibatkan untuk melahirkan usahawan-usahawan terutama sekali usahawan negeri Pahang.

Untuk makluman Ahli Dewan Yang Mulia, Kerajaan Negeri sentiasa komited dengan melaksanakan kelangsungan kerajaan seperti program-program melalui beberapa inisiatif susulan di antaranya Sesi Bimbingan Susulan. Bahawasanya berbagai agensi-agensi yg terlibat yang telah saya nyatakan tadi. Selepas sahaja kursus, bimbingan dan kita memantau secara induksi secara muka ke face… dengan izin, face to face ataupun secara bersemuka ataupun melalui talian dan ini memberikan bimbingan yang berterusan kepada pihak usahawan. Sesi klinik usahawan juga telah pun dibuat di setiap agensi dan juga khidmat nasihat bagi persiapan secara teknikal ataupun soft skill dan juga hard skill dengan izin, dibantu kepada usahawan-usahawan yang memerlukan. Juga program perbadanan perniagaan, peluang pembiayaan dan juga digitalisasi kerjaya serta keusahawanan melalui kerjasama dengan agensi-agensi iaitu seperti Perkeso, Bank Negara, Maxis dan juga MDec. Peranan pemantauan Standard Kualiti MyGAP juga serta penggunaan teknologi terkini dalam sektor pertanian dan juga penternakan juga diperkasakan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri akan terus memperkasakan ekosistem latihan dan juga bimbingan keusahawanan bagi memastikan peserta bukan sahaja memulakan kerjaya, malah kekal berkembang secara mampan serta berdaya saing dalam bidang yang diceburi. Saya mengharapkan agar apa latihan dan juga sumbangan daripada Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan dan juga secara individu dan juga agensi-agensi yang terlibat memberikan makna kepada usahawan-usahawan negeri Pahang ini dan untuk pengetahuan dan juga untuk makluman kepada Ahli Dewan. Bahawasanya Kerajaan Negeri tidak putus-putus membantu usaha untuk mempromosikan usahawan-usahawan, produk-produk usahawan ini.

Terutama kalau saya ini orang Bentong. Tidak kering gusi, saya nak cakapkan Lemang To'ki. Saya kena percaya di dalam dewan ni sudah pun makan Lemang To'ki. Walaupun bukan bulan Ramadan. Bukan bulan… bulan… bulan hari raya, nama Lemang To'ki tu sentiasa di bibir-bibir kita bersama bukan sahaja orang Bentong dan juga halia Bentong. Inilah antara-antara produk yang kita bangunkan supaya usahawan-usahawan ini sentiasa di bibir-bibir masyarakat dan juga bukan sahaja di

dalam negara. Malah Kerajaan Negeri juga mempromosikan pula sampai keluar negara dan hari ini kita bawa sampai ke Dubai.

Ini antara bimbingan-bimbingan yang tidak putus-putus, untuk memastikan usahawan negeri Pahang ini dapat kita naikkan ke martabat yang lebih baik. Bak kata saya meminjam ayat daripada Yang Berhormat Benta bahawa kita nak meletakkan produk negeri Pahang. Inilah produk premium yang bukan sahaja dapat biasa-biasa. Namun produk ini adalah yang berkualiti yang bertahan baik dengan packaging dan juga pembungkusan yang baik supaya usahawan negeri Pahang akan dipandang lebih baik. Sekian, Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Ada soalan lagi? Soalan tambahan? Satu ya.

Tuan Mohamed Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Yang Berhormat Dato’ EXCO di atas jawapan yang berikan. Tahniahlah kepada Kerajaan Negeri di atas program-program yang telah dianjurkan untuk usahawan ini. Jadi daripada jumlah keseluruhan yang disebut berkaitan dengan program dan peserta tadi saya er… tak dapat jawapan mengenai berapakah usahawan yang… adakah… contoh tadi 1,200 yang menyertai program ini adalah usahawan ataupun baru nak belajar menjadi usahawan. Jadi daripada hasil daripada program tersebut, kalau 1,200 tu adalah usahawan dan apakah produk mereka ini ada dieksport terutamanya ke… sekarang ni kita… apabila menjelang kenaikan tarif Amerika… AS, Amerika Syarikat terhadap produk Malaysia. Apakah langkah strategi Kerajaan Negeri untuk melindungi usahawan tempatan terutamanya PKS-PKS ini yang memasarkan produk mereka ke luar negara. Jadi apakah langkah untuk er… kerajaan diversifikasi pasaran eksport untuk kurangkan kebergantungan kepada Amerika Syarikat dan menyokong usahawan err… dengan pembiayaan dan teknologi dan bagaimana kerajaan kembangkan industri hiliran untuk tambah nilai produk tersebut. Sekian, terima kasih.

Dato’Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Soalan itu saya tak tahulah berapa banyak saya nak jawab. Satu, saya kena masuk ingatan saya tadi. 1, 2, 3, 4, 5, 6. Yang Berhormat Cheka pun pandang saya. Enam dah ni nak jawab. Saya nak beri tahu dalam konteks Kerajaan Negeri ni dan juga dibantu oleh pihak agensi ya. Usahawan ni, kita pecahkan kepada tiga dengan izin Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Tier One, Tier Two, Tier Three, yang baru nak start-up ni, baru start-up ni ada agensi yang akan membimbing mereka ni bermula daripada zero to hero. Daripada kosong, kita akan jadi dia hero iaitu melalui pakej-pakej dialah. Pakej tu pihak agensi telah tetapkan. Insya-Allah.

Keduanya ni ialah Tier Two. Tier Two ni yang produk dah ada. Produk yang dah sedia ada ni, nak perlu kita memperkasakan lagi dari segi pembungkusan, penjenamaan mereka ni dan itu dibantu oleh agensi terutama yang saya dah cakap semalam iaitu SIRIM. SIRIM boleh membantu, pihak FAMA boleh bantu dari segi marketing. Pihak dan juga Tier Three ni adalah yang export ready yang baru-baru ni kita bawa sampai ke Dubai. Kambing perap Sungai Lembing ni nak beritahu tu saya nak beritahu Sungai

Lembing. Kita bawa produk Sungai Lembing tu sampai ke Dubai. Kena ucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri bahawa kita bawa nama Sungai Lembing.

Saya nak bagi tahu tu Sungai Lembing supaya kita tidak diskriminasi parti apa pun. Kita bawa Sungai Lembing sampai ke Dubai tapi nanti kejap Sungai Lembing, saya bawa jugak Pelangai. Saya daripada Pelangai, saya bawa jugak Pelangai ke Dubai. Ini bermaksud apa? Kita pecahkan dan juga kita bersama agensi menggemblengkan seluruh agensi dia. Tier One, Tier Two, Tier Three ni kita akan naikkan, yang penting kita naikkan jenama Pahang dan pentingnya sebenarnya Yang Berhormat Sungai Lembing, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar ni senantiasa... dan baru-baru ni pun beliau dilantik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri… Penasihat pada Majlis Pembangunan Usahawan Bumiputera Kebangsaan kerana apa? Kerana beliau telah memberikan banyak panduan juga idea untuk meletakkan usahawan-usahawan negeri Pahang ni sampai ke peringkat antarabangsa. Namun, saya nak menjawab keenam-enam tadi potensi peratusan itu mungkin, insya-Allah lepas ni kita bolehlah berbincang selepas ni. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Saya nak… tadi Yang Berhormat kata terima kasih, saya dah ucap terima kasih kepada kerajaan tadi, okey.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih Yang Berhormat. Kita rakamkanlah perkara itu, terima kasih.

Speaker

Ada… ada? Saya nak mulakan ini. Silalah terakhir.

Terima kasih.

Speaker

Tiba-tiba dia termenung, keluar soalan. [Ahli Dewan ketawa] Kacau betul Luit ni.

Terima kasih Dato’. Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita menerima peserta kursus, Kemudian dia berkursus. Jangka pendek, sederhana dan jangka panjang. Kemudian peserta kursus keluar ke pasaran dan kerajaan terus follow up membim… bimbing usahawan ini. Cuma soalan saya di mana dia punya titik akhir kerajaan bimbing dia, maksud dia ada exit policy ke, dengan izin atau ada graduation ke. Sebab kadang-kadang usahawan ni pun dia pandai juga, lepas bergantung-bergantung… bergantung-bergantung dah jadi millionaire pun masih mintak bantuan kerajaan lagi. Jadi soalan saya itulah, kat mana dia punya titik akhir perhatian kerajaan kepada usahawan. Terima kasih.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih kepada Yang Berhormat… Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, memberikan laluan lagi. Dalam nanti pendek kata mungkin ramai usahawan yang ada dalam ni Yang Berhormat–Yang Berhormat dipanggil usahawan. Sebenarnya usahawan ini tiada titik noktah untuk meletakkan dia ijazah kehormat ke waima pada pandangan saya. Sebab usahawan tu sentiasa menimba ilmu mungkin hari ni dia meniaga goreng pisang esok mungkin dia meniaga nasi lemak. Sebab tu dalam konteks keusahawanan ni bimbingan kepada Kerajaan Negeri tidak akan putus selagi mereka berminat menjadi usahawan selagi mereka ingin keluar daripada kepompong, mungkin kemiskinan atau mungkin daripada belia untuk menjadikan sebagai usahawan, insya-Allah Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah selesai membincangkan 11 pertanyaan dan jawapan sebab tu lama sikit 11 dan ramai yang mencelah dan sebagainya. Saya tidak bercadang untuk menempohkan persidangan ini. Walau bagaimanapun, pihak Dewan Negeri ada menyediakan jamuan pagi di Bilik Jamuan ADUN bagi Ahli-ahli Dewan Negeri dan kanopi bagi Ketua-ketua Jabatan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan secara bergilir-gilir dan kembali semula ke dalam dewan.

Baiklah, kita akan meneruskan peraturan-peraturan selanjutnya. Sebelum itu, saya nak… saya ingin nak mengucapkan selamat datang kepada seramai 4 orang pemerhati daripada Majlis Belia Malaysia, [Ahli Dewan menepuk meja] 3 orang pemerhati dari Majlis Belia FELDA [Ahli Dewan menepuk] dan 6 orang pemerhati dari UMNO Bahagian Indera Mahkota. [Ahli Dewan menepuk meja]

Sambungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Ke Bawah Duli Paduka Baginda Sultan PahangMotion

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga: Sambungan perbahasan usul menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di hadapan majlis ialah satu usul yang berbunyi:

“Bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju menjunjung kasih atas Titah Diraja Ke Bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang”.

Usul ini telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan telah pun mendapat sokongan. Sekarang saya kemukakan semula usul tersebut kepada perbahasan. Dengan ini, saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat dari kawasan… tidak ada kawasan. Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik, kawasan belum jumpa lagi. Sila.

(Ayat al-Quran). Assalamualaikum WBT. (Ayat al-Quran) Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Boleh… boleh terus je. Boleh terus je.

Terlebih dahulu patik pacal yang hina menjunjung kasih setinggi-tingginya kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. Atas Titah Diraja yang amat berjiwa rakyat dan penuh kebijaksanaan, hikmah dan berpandangan jauh sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang ke-15 pada 18 April 2025 bersamaan 19 Syawal 1446 Hijrah. Saya berdiri hari ini atas semangat menjunjung institusi Raja Berperlembagaan. Menyambut Titah Kebawah Duli Paduka Tuanku dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai ADUN Lantikan yang mendukung amanat yang dititahkan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Hormat Dato’ Sri - Dato’ Sri … Dato’-Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian.

Speaker

Yang Berhormat. Kita bukan ceramah ni. Ini mesyuarat dalam Dewan. Tak payah tuan-tuan dan puan-puan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Macam tu.

Terbawa-bawa. [Ketawa]

Speaker

Takpe. Baru lagi. [Ahli Dewan ketawa]

Kali kedua. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail di atas pelantikan beliau sebagai NPUPK, Penasihat Khas kepada Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana Kebangsaan. [Ahli Dewan menepuk meja]. Sesungguhnya pelantikan ini membuktikan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Pahang telah diiktiraf oleh kerajaan pusat kebijaksanaan, kegigihan, integriti dan keberkesanan tadbir urus negeri Pahang ini sehingga dapat mengekalkan kutipan

hasil negeri tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2022 mencatatkan kutipan melebihi RM1 bilion dan pada tahun yang lalu telah mencatatkan RM1.22 bilion.

Saya mendoakan semoga setiap tahun angka itu akan bertambah dan kerajaan yang sedia ada dipelihara Allah terus memerintah di masa akan datang. Kalau tak ada, mana mungkin angka bertambah, jadi kena kekal jugalah memerintahnya. Bahkan, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar bakal menerima Ijazah Kehormat Bidang Islamic Economic Banking, Pengkhususan Islamic Economy Faculty Syariah dari Universiti Yarmouk, Jordan pada waktu terdekat ini. [Ahli Dewan menepuk] Anugerah ini telah membuktikan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja bukan sahaja diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan semata-mata, bahkan diiktiraf oleh universiti luar negara jadi sebagai warga rakyat negeri Pahang, sepatutnya kita berbangga mempunyai seorang MB yang bijak urus tadbir negeri.

Juga tidak lupa saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Indera Nazri bin Abu Bakar yang telah dilantik sebagai YB… Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang, juga sebagai… juga tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Muhammad Saifuddin bin Hashim Musaimi ini sebagai Penasihat Undang-undang Negeri dan Yang Berhormat Dato’ Haji Fadzilla bin Salleh yang telah dilantik selaku Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Pahang yang baharu.

Dalam kesempatan ini, saya juga merakamkan ucapan takziah atas pemergian seorang negarawan ulung dan juga Bapa Pembangunan Modal Insan. Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, seorang tokoh yang dikenang bukan hanya kerana jasanya kepada negara tetapi juga kerana kelembutan budi dan ketinggian pekertinya.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Titah ucapan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku terbahagi kepada 11 tajuk. Jika kita menyelami ucapan Titah Kebawah Duli Paduka Tuanku, dengan teliti dan penuh makna tersurat dan tersirat. Nescaya kita dapati Titah Kebawah Duli Paduka Tuanku adalah lambang kepedulian seorang raja berjiwa rakyat yang bukan sahaja memayungi negeri ini, malah turut memberi panduan, strategik untuk kemajuan negeri menurut acuan Islam dan menepati tuntutan Maqasid Syariah.

Jadi, Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker tahu tak apa itu Maqasid Syariah?

Speaker

Maqasid Syariah ni, ini soalan cepumas. Tapi tak apa. Maqasid Syariah ini matlamat, tujuan-tujuan melaksanakan syariat.

Betul, 100% markah dia. Sebagaimana diketahui umum, Maqasid Syariah terbahagi kepada 3 tingkat kepentingan dan semuanya bertujuan melindungi 5 perkara utama iaitu Al-Dharuriyyat Al-Khams iaitu yang pertama Al-Dharuriyyat yakni keperluan asas. Ini adalah perkara asas yang sangat penting untuk kelangsungan hidup manusia dan agama. Ia terdiri daripada 5 perkara iaitu Menjaga Agama, rujuk titah ucapan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku, tajuk yang keenam dan ketujuh. Yang kedua, Menjaga Nyawa, rujuk titah ucapan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku tajuk dua, lapan dan sembilan.

Yang ketiga, Menjaga Akal, rujuk titah ucapan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku, enam, tujuh, sembilan. Yang keempat, Menjaga Keturunan dan Maruah, rujuk titah ucapan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan. Yang kelima, meme… Menjaga Harta, rujuk titah ucapan Tuanku Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku, satu, dua, tiga, lima, sepuluh, sebelas.

Tingkat yang kedua tu adalah Hajiyyat, yakni keperluan pelengkap bertujuan mengelakkan kesukaran dan menyempurnakan hidup. Jika tidak ada, manusia masih boleh hidup tetapi dalam keadaan sukar. Yang ketiga, perlu saya buatkan contoh Yang Berhormat Dato' Sri Speaker?

Speaker

Sila buat contoh.

Baik, supaya lebih faham.

Speaker

Lebih jelas.

Contohnya, dalam muamalat segi ekonomi dibenarkan akad jual beli salam atau Istishna' iaitu tempahan untuk memudahkan urusan perdagangan meskipun tidak sempurna akadnya… meskipun tidak sempurna akadnya. Dari segi syarak ataupun dari segi syarat biasa jual beli. Contoh petani jual hasil tanaman yang belum dituai atas dasar keperluan modal. Itu contoh dari segi ekonomi. Baik, contoh dalam ibadah, rukhsah, iaitu kelonggaran untuk solat jamak dan qasar ketika musafir. Contoh orang yang musafir dibenarkan solat jamak Zohor dan Asar kerana ingin mengelakkan kesukaran.

Makanan... manakala dalam jenayah, hukum ta’zir boleh diguna pakai jika qisas atau hudud tidak sesuai dilaksanakan atas faktor tertentu. Contoh, pengawasan dan denda kepada penagih dadah yang dalam pemulihan bukan terus dikenakan hukuman berat. Sebab itu hari ini Yang Berhormat Dato' Speaker, kita sudah tidak dengar bab hudud. Sebab apa? Sebab tidak dapat dilaksanakan, maka kita guna pakai hukum ta’zir.

Yang ketiga Tahsiniyat, keperluan kesempurnaan bertujuan mencantikkan kehidupan dari segi aspek akhlak dan keselesaan hidup. Contoh, etika berpakaian, adab makan, seni bina yang indah. Contoh dalam ibadah, memakai pakaian yang indah dan bersih ketika solat walaupun pakaian biasa jugak sah. Firman Allah SWT (Ayat al-Quran), wahai... er… ambillah perhiasan kamu, yakni pakai pakaian terbaik setiap kali ke... ke masjid. Man... manakala dalam muamalat...

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat kena tafsirkan hukum ta’zir tu apa, hukum yang ditetapkan oleh pemerintah. Dia bukannya hukum qath'i yang ditetapkan dalam al-Quran.

Sebab YB Speaker dah faham, dah jelas. [Ahli Dewan ketawa]

Speaker

Sebab tu kena tafsir, bagitahu.

Jadi hukum hudud, hukum qath'i yang terdapat dalam al-Quran. Dalam surah Al-Maidah kalau kita nak rujuk perkara ni banyak sangat ayat-ayat hukum hudud ini, tentang hudud. (Ayat al-Quran), “orang yang merosakkan mata orang, ganti dia rosakkan mata dia balik”, orang yang… (Ayat al-Quran), “orang yang mencuri dipotong tangannya”. Ada syarat-syarat tertentu. Tetapi disebabkan perkara-perkara ini tidak dapat dilaksanakan, maka hukum ta’zir diguna pakai.

Hukum ta’zir ditentukan oleh pihak pemerintah tetapi bukan pihak memerintah yang menjatuhkan hukum. Siapa dia? Hakim. Jadi apa-apa kes pun bukan kerajaan memerintah yang menjatuhkan hukum. Yang menjatuhkan hukum itu ialah pihak mahkamah dan hakim yang membicarakan sesuatu kes itu. Betul ke? Lawyer dua-dua tak ada. Baik, contoh lagi satu dalam... dalam sosial er... pergaulan hidup kita seharian ni, memberi salam, senyum, menjaga kebersihan jalan, menghias masjid, semua ini tidak wajib tetapi menyempurnakan akhlak Islam.

Saya tertarik dengan akhlak yang ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, setiap kali dia buka saja pintu kereta dia, apa yang dia cakapkan YB Speaker, "Assalamualaikum". Belum sempat kita nak bagi salam, dia dah bagi salam terlebih dahulu. Inilah akhlak Islam. Akhlak seorang pemimpin, jadi contoh kepada kita semua. Baik, kesimpulan Maqasid Syariah menjadikan Islam sebagai agama rahmah, bukan semata-mata menghukum. Ia memberi keutamaan kepada keadilan, kesejahteraan dan kemanusiaan.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Ramai di kalangan kita hanya memetik sebahagian titah ucapan Kebawah Duli... Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku, tajuk yang kesepuluh tetapi tidak membaca dan menyelami habis titah ucapan tajuk yang kesepuluh dengan keseluruhannya. Namun terlepas pandang titah Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku muka surat 32, 33 yang berbunyi "Bukan niat Beta untuk mengungkit kisah lama atau menambahkan kekusutan. Kita tidak mahu terus dibelenggu oleh bayang-bayangan masa silam. Sebaliknya, kita berhasrat untuk menoktahkan kemelut pencerobohan tanah secara haram ini. Biarlah kisah lalu itu menjadi pengajaran. Jika ada unsur rasuah, salah guna kuasa atau pengkhianatan terhadap amanah, biarlah Yang Maha Adil menentukan dan menjatuhkan hukumnya. Walau bagaimanapun, adalah menjadi hasrat dan pendirian kita bersama sebagaimana yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Negeri untuk membuka lembaran baharu dengan pendekatan yang lebih mampan, adil dan menyeluruh. Pendekatan yang tidak sekadar menghukum tetapi juga membina, yang tidak hanya menamatkan penceroboh tetapi memulihkan semula maruah undang-undang serta menjana hasil kepada tanah negeri ini".

Kita tidak boleh lepas pandang nasihat dari Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku yang menitahkan supaya jangan ungkit kisah silam dan biarkan Yang Maha Adil yang mengadili dan memberi hukum terhadap pengkhianatan mereka dan juga Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku menitah supaya kita buka lembaran baharu. Tidak adil YB... Dato' Sri Speaker, tidak adil bagi kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri DiRaja...

Speaker

Saya pun tak adil tak tengok Yang Berhormat [ketawa].

Kita mengungkit kisah lama dan segala kesalahan yang terdahulu diletakkan di bawah kerajaan di bawah kepimpin... kepimpinan beliau. Sedangkan Yang Amat Berhormat Dato' Sri DiRaja telah pun mengambil tindakan yang tegas untuk membanteras pencerobohan. Bahkan di antara mereka telah dijatuhkan hukuman dengan denda tidak kurang RM200K dan ada yang RM100K. Begitu juga pelbagai perancangan peruntukan sepanjang...

Speaker

Panjang lagi Yang Berhormat?

Speaker

Panjang lagi?

Speaker

Ha sikit lagi ya.

Cukup 15 minit...

Speaker

Sebab kita nak bagi peluang yang lain-lain pulak. Kalau boleh, boleh bagi satu kuliah tentang Maqasid Syariah ni bagus supaya orang fahamlah.

Insya-Allah lepas ni...

Speaker

Sama ada Menteri Besar kita negeri Pahang ni buat tak buat Islam ni dia Maqasid Syariah tu dia benchmark apa yang telah dibuat apa yang telah dibuat yang bersesuaian dengan Maqasid Syariah. Ha… itu dia, Speaker hari ni bagi tahu sikit.

Di antaranya pelbagai bantuan membantu rakyat miskin, bantuan pelajaran, menubuhkan ORACO, memperkasakan Mahkamah Syariah, pertingkatkan pendidikan agama khususnya Maahad Tahfiz Negeri sehingga mengharumkan nama negeri Pahang di persada dunia sehingga menjadi rebut… rebutan para ibu bapa untuk memasukkan anak mereka ke Maahad Tahfiz Negeri. Begitu juga insentif anjuran kahwin secara beramai-ramai. Eh betul tak sebut? Betul dah? Berkahwin ramai-ramai ke?

Yang Berhormat, saya dengar Yang Berhormat sebut, marilah kahwin beramai-ramai. [Ahli Dewan ketawa].

Er… betulkan… betulkan berkahwin secara beramai-ramai. Er... Rumah percuma, bantuan untuk bayi kelahiran Pahang yang bernilai RM300.00, RM50.00 dalam bentuk barangan bayi, dan RM250.00 dalam bentuk simpanan bank. Cuba bayangkan walaupun hanya RM250.00 sejak dia dilahirkan, bila umur dia sudah mencecah 20 tahun, agak-agak simpanan tu dah berapa. Inilah Maqasid Syariah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pahang kita, di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja. [Ahli Dewan tepuk tangan]. Apa yang tak kena lagi dengan Maqasid Syariah yang buat… Yang Berhormat Dato' Speaker itu. Marilah...

Speaker

Itu saya tak leh jawab [ketawa].

Jadi banyak lagilah kebaikan ataupun perancangan kebajikan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pahang yang ada pada hari ini.

Speaker

2 minit lagi.

Marilah kita menjadi umpama lebah yang sentiasa mencari kebaikan. Jangan menjadi lalat yang sentiasa mencari keburukan. Cari madu tapi bukan madu 3. Maksudnya cari kebaikan. Firman Allah SWT dalam Al-Hujurat ayat 12. Kerana masa singkat saya hanya baca terjemahan. “Wahai orang-orang yang beriman…

Speaker

Boleh baca… boleh baca… baca ayat. Saya benarkan baca.

(Ayat al-Quran)

Speaker

Jangan panjang sangat.

(Ayat al-Quran). “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari sangkaan, yakni supaya kamu tidak menyangka sangkaan-sangkaan yang dilarang. Kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Akhir kalam, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, titah Kebawah Duli Paduka Tuanku adalah peta haluan dan suara kebijaksanaan yang harus dijadikan pedoman oleh seluruh pentadbir negeri ini. Saya selaku ADUN Lantikan kerajaan menyatakan komitmen sepenuhnya dalam menjunjung titah ini, melalui tindakan dasar dan pelaksanaan, perancangan atau program yang bersifat menyeluruh, berimpak tinggi dan berasaskan nilai keadilan serta keberkatan menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Tuanku dan menyokong titah ucapan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku. Akhir sekali, “Tiada Janji, Lihat Bukti”. [Ahli Dewan menepuk meja] Iya memang… sememangnya merupakan slogan yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja.

Speaker

Ada lagi [ketawa].

Slogan ini mencerminkan, ni penutup. Slogan ini mencerminkan pendekatan beliau yang menekankan pencapaian dan hasil kerja nyata berbanding janji-janji kosong, dan ia amat menepati firman Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 2 dan 3. (Ayat al-Quran). Mafhumnya, “Wahai orang-orang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan. Amat besar kebencian di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”. (Ayat al-Quran). Sekian, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]

Speaker

Terima kasih, wakil ADUN Lantikan. Kita jemput wakil daripada Beserah.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada er... dan juga salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, di atas kesempatan yang diberikan kepada saya sama-sama mengambil bahagian membahaskan usul menjunjung kasih diatas titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, ketika Istiadat Pembukaan Penggal Ke-4 Dewan ini pada hari Jumaat yang lepas. Sesungguhnya titah Kebawah er... Paduka Baginda memberikan atau menjuruskan kepada perkara-perkara yang perlu kita renungi bersama. Yang seterusnya kita sebagai Ahli Dewan, supaya kita menjunjung dan juga mendokong titah Kebawah er… Duli Tuanku tersebut.

Kita harap dengan titah Kebawah Duli Paduka Baginda ini, akan membuka jalan kepada kita semua untuk melihat dan menilai supaya kita dapat membina negeri Pahang ini, kepada kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Kita dah ada dalam trek yang sangat bagus, sepertimana yang telah dibuat dan dititahkan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda. Kita berada dalam track yang bagus. Cuma kita nak pacu supaya kita dapat lebih cepat, lebih tepat dan juga lebih efisien di dalam kita maju. Itulah tujuan kita berbahas di dalam Dewan Yang Mulia ini. Dan titah baginda itu perlu kita junjung, bersama. Saya terguris sedikit dan terkilan apabila berlaku peristiwa atau kes berlaku, ada pihak-pihak yang cuba untuk tidak menghormati titah Paduka Baginda ini. Menyembunyikan titah Paduka Baginda adalah satu tindakan yang kita harap orang Pahang ni rasa terkilan, dan kita harap tidak berulang selepas ini, perkara-perkara sebegini kerana kita menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda.

Dato' Sri Speaker, saya ingin meneruskan dalam hujahan ini dalam…

Jap yang Berhormat... ni... Dato' Sri Speaker…

Speaker

Boleh, bagi laluan Yang Berhormat.

Okey.

Kalau boleh er... ADUN Beserah maklumkan kalau sekiranya er... pihak yang terbabit tu di kalangan Ahli Dewan. Saya ingat perkara ni mesti diberi penjelasan, kalau tidak dia akan disalah anggap seolah-olah macam kita er... Ahli Dewan tidak menjunjung titah Kebawah Duli Tuanku. Saya harap tidak.

Baik-baik, saya kata setengah pihak. Saya tak sebut spesifik kepada Ahli Dewan dan sebagainya. Maknanya di pihak luar. Yang Berhormat ya. Di pihak luar.

Speaker

Maknanya yang tidak menjunjung titah Tuanku tu orang di luar dewan ini. Bukan di dalam dewan. Begitu Yang Berhormat?

Ya betul.

Speaker

Okey. Teruskan.

Okey ya. Dato' Sri, baik. Saya ingin menjurus kepada beberapa perkara yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli er... Tuanku. Pertama, saya ucap tahniah dan dan juga terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah memberikan er... tumpuan kepada membasmi kemiskinan tegar. Menoktahkan kemiskinan tegar. Angka yang diberikan sebanyak 1,946 miskin tegar telah dinoktahkan pada tahun lepas bulan Mei 2024. Satu tindakan yang terpuji, yang kita rasa bukan satu… satu tindakan yang mudah untuk kita menoktahkan miskin dan miskin tegar ini. Er... namun, usaha ini bukan merupakan usaha one off, dia adalah usaha berterusan diakui oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ianya angka ini akan sentiasa berubah. Kerana miskin dan miskin tegar ini flat dia punya subjektif. Angka, pendapatan hari ini mungkin kita dianggap bukan miskin. Bila pendapatan yang sama pada tahun depan, mungkin dia telah jadi jatuh miskin, kerana perubahan ekonomi berlaku dan kita maklum perkara tersebut. Cuma, cadangan saya, pandangan saya supaya untuk menambah baik dari daripada kita menguruskan maklumat dan data ini, supaya agensi- agensi yang terbabit yang terlibat dengan angka atau senarai miskin-miskin tegar ini, dapat memberikan maklum balas ataupun memberikan maklumat tersebut membekalkan maklumat tersebut kepada pihak kami Ahli-ahli Dewan.

Dari masa ke semasa secara berkala 3 bulan sekali ke setahun 2 kali ke. Kami nak… nak dapat jugak maklumat mereka di kawasan saya. Contoh Beserah Yang Amat Berhormat sebut ada 4 er… (KIR) yang berada dalam senarai miskin tegar sekarang. Realitinya di kawasan saya itu, lebih daripada angka tersebut. Kerana kita melihat dan kita melalui bersama dengan rakyat dan masyarakat menilai, kelompok-kelompok ini yang boleh kita kata supaya tak cukup makan, miskin tegar, tapi bukan 4 keluarga sahaja. Jadi, maknanya data ataupun maklumat tersebut perlu dikemas kini dan perlu di… di… diberikan reflect the real situation, dengan izin. Perlu menggambarkan situasi sebenar, baru kita rasa kita berada dalam track yang betul dan lebih cepat lebih efisien. Maknanya kalau kami contohnya…

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Saya ingin menjelaskan sedikit saya rasa ada kekeliruan di sini.

Speaker

Yang Berhormat minta duduk.

Contohnya untuk kita menoktahkan miskin tegar ni, kita ambik tarikh sehingga 30 Mei contohnya. Di negeri Pahang ada 1,000 miskin tegar. Sehingga 30 Mei dan kebetulan sehingga 30 Mei tu didapati daripada 3 sumber er... Jabatan er... Kebajikan Masyarakat, SDO dan sebagainya, ada 4 daripada Beserah sehingga 30 Mei, tetapi pada 1 Jun sehingga bulan seterusnya mungkin ada lagi. Jadi kita lock dulu, kita selesaikan yang tu dulu bukan bermaknanya setakat 4 orang je tidak. Selepas 30 Mei tu ada lagi. Sebab tu yang kita katakan dalam istilah untuk menoktahkan miskin tegar, dia panggil dia gunakan bahasa lock. Kita kunci dulu 4 orang ni yang mesti kita settlekan dulu. Tetapi selepas 30 Mei, pastinya ada lagi yang miskin tegar ni. Mungkin 4, mungkin 10, mungkin 2 dan sebagainya. Makna dia berterusan sepertimana kata Yang Berhormat tadilah dia sangat objektif dan miskin tegar ni tidak akan dapat kita hapuskan secara kosong. Terima kasih, Dato' Sri Speaker.

Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Speaker

Teruskan Yang Berhormat, ya.

Sebab itu cadangan saya tadi supaya kami ada rujukan siapa yang telah ada dalam senarai tersebut. Sekiranya orang yang datang jumpa kami, mengadu pada mana-mana pihak. Kami rujuk senarai, nama dia dah ada dalam senarai yang akan diusahakan oleh Kerajaan Negeri untuk keluarkan dia daripada miskin tegar. Jadi kita boleh maklum kepada dia. Jangan bimbang, Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk bantu. Jadi, kita harap gitu. Kalau tak ada…

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, mintak pencerahan sikit.

Kena tambah masa Yang Berhormat.

Contohnya, kerajaan dalam data kerajaan ada 4 di Beserah ini yang miskin tegar. Mengikut catatan daripada ADUN Beserah, ada berapa ramai? Nak tahu.

Mengikut daripada angka yang saya terima aduan, saya tak tahu daftar di JKKK dan sebagainya saya tidak ada, tapi yang menerima saya ada lebih kurang 50 nama. Miskin tegar ini, 50 nama yang sentiasa berulang datang untuk mintak bantuan. Yang mengadu, bila kata mengadu beras tak ada, tak dapat makan, susu anak tak beli. Ini mereka yang tidak boleh memenuhi keperluan harian dan jatuh dalam kategori miskin tegar. Kami senaraikan itu mungkin kriteria pihak kerajaan lain. Saya tak pasti.

Mohon celahan Yang Berhormat Speaker. Saya cadangkan Yang Berhormat daripada Beserah untuk bagi borang e-Kasih dan sebagainya. Biar pihak yang bertanggungjawab boleh menilai adakah mereka benar-benar miskin tegar ataupun dikategorikan sebagai miskin dan sebagainya. Kalau…

Okey boleh… boleh.

Tak… tak pandu mereka untuk mendaftar dan sebagainya…

Speaker

Sorang je yang bercakap. Kita bagi laluan pada Kemayan dan selepas itu Beserah boleh teruskan.

Sebab kalau dok ulang… ulang… ulang benda yang sama kita tak ambil, kita sendiri tak ada inisiatif untuk mendaftarkan masyarakat kita ini di dalam kategori miskin tegar ataupun miskin dan sebagainya. Saya rasa lepas ni mungkin Beserah boleh merujuk dengan pihak ICU dan sebagainya untuk mendaftarkan. Jangan kita hanya bercakap tapi kita tak buat tindakan yang sepatutnya kita buat.

Terima kasih Kemayan, itulah yang kita buat. Tapi kami tidak ada rujukan mereka yang dah ada dalam senarai. Jadi kalau dia dah ada dalam senarai kami kata tak apa dah ada. Kalau tak ada tu yg kita nak bawa kita bantu dia.

Saya rasa tak perlu ada tak ada senarai. Macam ini yang saya amalkan.

Yang Berhormat Speaker saya rasa… saya rasa mesej saya sampai.

Speaker

Yang Berhormat… Yang Berhormat Kemayan.

Mesej saya sampai dan kita faham apa yang kerajaan sedang buat dan laksanakan. Cuma kita nak tambah baik supaya kami boleh berkhidmat kepada rakyat dengan lebih baik dengan lebih berkesan. Tidak ada redundancy, dengan izin, pertindihan. Kami ambil maklumat hantar. JKM dapat borang yang sama 3, 4 orang datang hantar yang sama. So bila kita ada rujukan mudah untuk kita. Yang ini belum ada dalam senarai. Kita bagi dia borang MUIP ke borang JKM ke borang apa ke. Kalau dah ada kita biarkanlah. Kita bagi tahu, itu maksud saya, saya nak beralih kepada tajuk lain.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Kebawah Duli Paduka Baginda juga telah melahirkan kegembiraan baginda apabila Kerajaan Negeri berjaya menarik pelaburan sebanyak RM7.5 billion pada tahun lepas 2024. Saya ucap tahniah jugak kepada usaha berat, usaha keras daripada pihak kerajaan, agensi terbabit penjawat-penjawat awam yang berusaha untuk nak menarik pelabur supaya datang ke negeri Pahang melabur kerana akan buka ruang ekonomi yang lebih besar kepada kita. Namun, apa yang kita sedang lalui pada hari ini, kesan daripada Perang Dagangan Dunia hari ini trade war yang sedang berlaku, kita perlu jangkakan sesuatu yang yang luar biasa bakal berlaku dalam tempoh yang panjang ni. Selagi pemain ekonomi utama dunia ini tidak berubah pengurusan dia dari sudut polisi pedagang… dagangan antarabangsa mereka, kita akan berdepan dengan ancaman dagangan ini sebab mereka adalah merupakan pemain utama di dalam dagangan ini dan juga rakan dagang kita termasuk negeri Pahang di kawasan saya. Kawasan perindustrian Gebeng ini banyak syarikat-syarikat industri-industri yang berurusan dengan USA dalam urusan perniagaan mereka.

Maka tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat kepada seluruh negara hampir seluruh negara memberi kesan dan impak besar kepada dagangan dan juga iklim ekonomi dunia secara menyeluruh dan kita jangka 4 tahun lagi ni. Selagi presiden tu tak tukar. Selagi tulah kita akan berdepan dengan suasana ekonomi yang yang begini tegang dan tidak menentu. Tapi kita perlu lihat ini sebagai satu peluang untuk Pahang kerana apabila dagangan ini ataupun perdagangan antarabangsa ini bergolak, sekatan-sekatan dagangan ini berlaku akan ada ruang untuk kita mengisi kekosongan tersebut. Contohnya, kalau negara China dengan Amerika dari sudut dagangan mereka bergolak, Amerika tak nak beli barang daripada China, maka kita ada ruang untuk mengisi kekosongan barangan tersebut. Maka kita perlu lihat apakah jenis barangan dagangan yang boleh kita ambil dengan ada kekuatan kita di sumber-sumber yang ada sekarang supaya kita boleh isi kekosongan tersebut. Maka saya

ingin mencadangkan supaya Pahang mengambil peluang ini dengan mengambil beberapa langkah.

Yang pertama, kita perlu menerokai rakan dagang baru. Terutamanya di kawasan ataupun di negara-negara yang kita dulu mungkin negara ketiga Afrika, Asia Barat, Amerika Selatan contohnya. Ataupun negara-negara yang kita lihat ada potensi untuk kita terokai pasaran mereka. Sebab bila tarif ini dikenakan kepada kita barang-barang kita, minyak sawit, bakalan elektronik, semua itu akan jadi tidak tidak kompetitif. Harga dia akan jadi lebih mahal di negara tersebut. Maka kita kena orang sana tak nak beli dah. Bila orang sana tak nak beli demand akan jadi kurang. Maka bila demand kurang kilang-kilang akan mengurangkan pengeluaran. Bila kilang-kilang kurangkan pengeluaran, pekerja-pekerja akan diberhentikan ramai. Yang ini kesan dia, maka kita perlu cari alternatif ini, explore… teroka pasaran baru.

Yang kedua, kita kena tambah baik infrastruktur dan juga jalinan logistik kita supaya kita jadi lebih efisien dan kos efektif supaya orang gunakan logistik dan infrastruktur yang kita ada ini. Contoh, kita ada Pelabuhan Kuantan. Makna dia akan mengeksport barangan melalui kawasan ataupun pelabuhan yang kos efektif. Jadi, kita boleh berdaya saing dengan bila kita menghantar barangan, kos pengangkutan akan jadi lebih rendah. Maka barangan yang kita keluarkan juga kos kepada negara lain juga akan lebih rendah.

Yang ketiga, kita kena saya, saya setuju apa yang di dimaklumkan oleh EXCO tadi tentang usahawan-usahawan kecil dan sederhana ini, maka kita perlu push mereka perlu… perlu tolak dan bantu mereka lebih… lebih besar selepas ini kerana produk-produk PKS inilah yang akan menjadi barangan utama untuk kita pasarkan ke pasaran dan menerokai pasaran-pasaran baru.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Di kawasan saya juga sedang rancak pembinaan ECRL di kawasan Perindustrian Gebeng, di Cherating dan sebagainya. Saya ucap tahniah dan terima kasih kerajaan negeri beri tumpuan dan fokus dan saya dapati ECRL ini berada dalam track yang yang bagus. Maknanya on track lah untuk siap pada hujung tahun ini dan beroperasi tahun depan. Cuma saya, saya ucap tahniah jugak dengan penubuhan Akademi Rel Pahang itu, pelancaran. Saya harap supaya ada MoU dengan ECRL dengan Akademi Rel Pahang ini. Saya harap dan saya yakin akan ada jadikan ECRL sebagai sumber… punca pendapatan dan pekerjaan rakyat tempatan yang berkualiti sebab masa fasa pembinaan ini kita faham dia nak cepat dan dia nak kos murah dan sebagainya. Ramai tenaga-tenaga luar… tenaga-tenaga asing digunakan. Tapi bila dah beroperasi dengan adanya Akademi Rel Pahang ini, kita mampu membekalkan keperluan mereka dan mereka perlu jadikan ini sebagai pilihan utama produk daripada Akademi Rel Pahang jadi pilihan utama untuk bekerja dengan mereka… operasi harian akan menghasilkan peluang pekerjaan yang berkualiti kepada rakyat negeri Pahang. Insya-Allah, dengan adanya ECRL

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Celah sikit, celah sikit.

Kena tambah masa ni Yang Berhormat Sri Speaker.

Speaker

Tambah tu kita tambahlah macam main bola kan? Tambah dia berapa injury time.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Beserah bangkit isu yang pekerjaan untuk ECRL. Memang kita ambil budak kita hantar ke training. Sekarang kita kerja dengan Pahang Skill ECRL tengah cari budak okey. So kalau kita buat iklan, tak ramai yang mari interview. So, tolonglah kalau Berserah boleh tolong cari budak-budak pergi interview dekat Pahang Skill. Terima kasih.

Speaker

Kita… kita tambah 15 saat. Tanya 15 saat. [Ahli Dewan ketawa]

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Boleh… boleh maknanya kami... kami offer. Kami buka pintu saya sendiri terutama sekali buka pintu sebarang bentuk perkara promosi yang apa yang perlu dibantu oleh daripada pihak kerajaan. Sila, kami alu-alukan sangat. Kami memang nak berkhidmat dalam apa sahaja. Kalau kata ada masalah, apa minta bantuan kita akan bantu. Insya-Allah kita boleh buat terima kasih

Speaker

Yang Berhormat Teruntum. Sila sambung.

Saya... saya lihat yang ini wakil yang ini Beserah ini. Dia macam Wakil Kerajaan pulak [Ahli Dewan ketawa]. Tapi sebenarnya ini, saya tertarik tadi saya dengar ini ucapan daripada Berserah, Beserah nampak gaya beliau bagi ucapan tu dia bagi cadangan-cadangan. Saya dengar tadi bagus cadangan dia. Mana satu, dua, tiga very objective. Hanya saya masih menunggu itu dia dah beralih ke ECRL. Maknanya bagaimana nak bantu supaya kita ambil kesempatan untuk merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi. Dan er... saya mohon apa kiranya pandangan daripada Beserah. Kalau saya masukkan cadangan nombor 4 iaitu kestabilan politik, penting dalam mana-mana pelabur dia akan lihat bagaimana keadaan politik di negara yang nak dia melabur. Jadi oleh kerana kita ini, orang kata dalam suasana yang dihimpit oleh era ini apa Trump 2.0, maka kita kena lebih objektif, janganlah ada di kalangan kita. Misal contohnya di kalangan ahli-ahli politik yang run down the government, dengan izin dengan meletakkan rejim zalim ha... rejim zalim. Saya ingat yang ini tidak membantu. Jadi pandangan saya mana mungkin boleh juga mendapat sedikit input daripada Beserah.

Saya rasa er... tindakan yang sebegini tidak membantu dalam usaha untuk menarik pelabur.

Kalau kita… kita memberikan perspektif yang negatif seolah-olah kerajaan ini tidak mesra kerajaan yang ada pada hari ini tidak mesra pelabur. Dengan tohmahan-tohmahan, label-label seperti mana yang saya nyatakan rejim zalim er... Kerajaan Pahang. Jadi apa pandangan apa nama Beserah?

Saya setuju. Macam kerajaan, apa Wakil Kerajaan kata kerajaan sekarang ini tak stabil ke apa? Kerajaan stabil, jangan bimbang. Kestabilan kerajaan adalah perkara yang utama untuk menarik pelabur. Itu memang betul, jadi kerajaan kita ada hari ni stabil dah. Jangan bimbang kerajaan apa ini.

Maksudnya tolong bantu. Jadi kalau sekiranya kita dalam politik memang kita berpolitik, tapi jangan run down ini kerajaan dengan negeri yang kita cintai ini dan kesannya kepada kepada rakyat jelata. Ekoran daripada missinformation dipanggil dengan izin, disinformation ataupun missinformation jadi.

Speaker

Disinformation.

Disinformation, jadi kalau boleh itu minta er... apa nama rakan... ADUN Beserah beritahu dengan rakan-rakan pembangkang supaya tidak menakut-nakutkan ini apa nama pelabur dan dengan ini kecaman dan tohmahan.

Speaker

Sila teruskan Beserah. Jadi saya nak minta Beserah teruskan hingga habis.

Terima kasih, terima kasih tak apa. kita terima, kami taklah berguling-guling sampai berguling dan sebagainya. Kami rasa itu perkara biasa bila kita ber... berpolitik [Ahli Dewan ketawa]. Saya cuma nak… nak... nak... nak tambah satu lagi untuk... untuk kawasan saya yang... yang penting jugak untuk menarik pelabur dan infrastruktur dan juga logistik ini. Kuantan Airport yang diumumkan baru-baru ini. Kami juga nak... nak dapatkan maklumat, apakah status pembinaan Kuantan Airport yang baru di dalam kawasan itu? Sebab setakat hariini kita tak nampak lagi apa yang sedang berlaku di lapangan sana.

Yang seterusnya, Yang Berhormat Kebawah Duli juga menyentuh tentang infrastruktur dan jalan raya. Saya ucap terima kasih kepada pihak kerajaan. Jalan di kawasan saya itu daripada sempadan sampai ke Sungai Ular itu nampak baru. Alhamdulillah, line

pun baru daripada bandar ke Beserah - Pelindung itu baru tapi setengah-tengah itu lama lagi daripada Sungai karang sampai Balok tu dia tak buat jadi peliklah sikit er... tapi…

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, kalau dah siap semua sekali mungkin tak perlu dah YB Beserah. [Ahli Dewan ketawa]

Tak de masalah lagi benda ini sebab ini untuk rakyat. Maknanya bila kita kata, bila kita kata sekarang ni dia buat daripada sempadan sampai separuh jalan daripada bandar sampai ke Batu Hitam ialah sebab itu kita tahu itu orang PMX datang nak buat jamuan raya. Jadi siang malam ini orang kerja siapkan tapi daripada Batu Hitam sampai ke Balok ke Pelabuhan itu lama lagi masih bermasalah tidak selesai. Jadi, saya harap perkara ini boleh di... diberikan perhatian terutama sekali yang kritikal. Aduan yang kita terima daripada pegawai TLDM di Tanjung Gelang, laluan anggota dan juga pegawai-pegawai TLDM ini bukan sahaja rosak, gelap dan sering mendatangkan kemalangan kepada anggota. Jadi anggota TLDM kita ini bukan cedera sebab perang, cedera sebab kemalangan jalan raya. Yang ini kita tak nak, jadi kalau boleh jalan di kawasan itu diberikan perhatian dan juga dapat diperbaiki.

Kemudian dalam masa yang sama, kita jenguk tengok-tengok dari sudut pokok-pokok lama kawasan-kawasan saya ini banyak orang tanam pokok dulu tepi jalan besar, lama dan... dan dah reput banyak. Diharap ianya dapat diberikan perhatian dan tindakan supaya tidak menimbulkan kemalangan ataupun kesan yang boleh mengancam nyawa. Sepanjang jalan daripada Beserah, Pelindung itu sampai ke sempadan Chendor itu, banyak pokok-pokok tua dan lama yang perlu kita berikan perhatian. Banyak kemalangan berlaku disebabkan oleh pokok tumbang dan sebagainya.

Seterusnya, saya juga ingin mengangkat satu isu ancaman anjing liar juga sepertimana rakan Pulau Manis saya dulu er... semalam juga semakin terkesan di Beserah. Bulan lepas kita ada tiga kes serangan anjing liar di kawasan saya yang melibatkan dua kanak-kanak cedera parah masuk hospital dan kita dapati bahawa anjing-anjing liar ini bukan sahaja di kawasan perumahan tapi dah sampai ke kawasan pantai dan mengganggu mereka yang beriadah, berekreasi keluarga, anak-anak kecil dan sebagainya. Maka saya harap ada... ada tindakan drastik diambil oleh pihak berwajib.

Speaker

Boleh 2 minit lagi untuk gulung.

Pihak berwajib untuk membantu mencegah dan mem... membanteras ancaman anjing liar. Maka saya cadangkan gini pihak berwajib mungkin pihak berkuasa tempatan libatkan NGO-NGO ini. Saya faham dilema mereka bila nak bertindak. Ada… ada NGO pencinta alam, pencinta alam… pencinta haiwan ini yang menghalang. Tapi kita harap

kita libatkan mereka di dalam membanteras ancaman anjing liar ini supaya mereka sama-sama membantu kita. Bagaimana nak banteras? Supaya kita tangkap, kita sterilizekan dia, neutering kan dia, apa ini mandulkan dia. Lepas tu kita tanda marking dia. Kita tahu dekat mana kita lepas. Kita tahu anjing yang kita dah tangkap ini dia berada di mana.

Boleh mencelah?

Yang Berhormat tambah seminit lagi.

Tak saya… saya cuma nak… nak bagi tahulah kalau dimandulkan saya rasa pencinta haiwan… pencinta-pencinta haiwan akan keluar.

Tak apa kita libatkan mereka. Biar dia, biar dia jaga anjing ini. Kalau dia tak nak mandulkan nak bertambah membiak bagi mereka. Sebab kita ada Shelter Homes ke, untuk binatang ke kita sediakan. Mana pihak PBT sediakan rumah atau tempat perlindungan haiwan-haiwan ini bila ditangkap. Lepas tu planlah apa nak buat, plan supaya dia tidak mengganggu orang awam tidak mengganggu ketenteraman dan juga keselamatan orang awam dan ini akan jadi semakin serius. Kalau kita tidak ambil tindakan yang segera dan drastik.

Akhir sekali… akhir sekali saya juga ingin bertanya tentang status. Saya difahamkan bajet telah diluluskan pada tahun 2014, 10 tahun lepas. Pembinaan Sekolah Kebangsaan, Jenis Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jeram di kawasan saya sampai hari ini kita tak nampak lagi apa ini perkembangan status tanah pun masih lagi berada dalam pertikaian, katanya. Jadi, saya harap ada jawapan daripada pihak kerajaan. Bagaimana kita nak er... mengatasi isu dan juga perkara berkaitan dengan Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil ini di kawasan saya, memang anak murid dia tak ramai tapi mereka duduk dalam… belajar dalam keadaan yang tidak selesa, tidak kondusif. Dalam kontena, mereka terpaksa belajar dalam keadaan itu, maka kita perlu melihat dan menilai sebagai kerajaan yang prihatin. Bagaimana kita boleh…

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, celah sikit, satu saje nak tanya ADUN Beserah. Populasi penduduk India kat situ berapa ramai Beserah tu? Terima kasih.

Dia tak ramai. Saya pun tak pasti berapa angka dialah, tak ramai tapi mereka ada. Tak ramai tapi mereka ada. Jadi kita… kita harap ada… ada sedikitlah. Bagaimana kita nak… nak… nak orang kata selesai dan bantu menyelesaikan masalah ini.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya rasa sekali lagi sebagai menggulung perkara ini, pihak saya Beserah ucap terima kasih dan tahniah kepada kerajaan di atas segala usaha dan ambil pandangan saya ini sekiranya bersesuaian dan bertepatan untuk dipertimbangkan. Dan jika sekiranya perlukan sebarang perkara yang berkaitan dengan isu berkaitan dengan perkhidmatan kepada rakyat, kami semua bersedia untuk membantu. Jadi itu sahaja daripada saya, saya dengan ini menyokong usul menjunjung titah kepada Kebawah Duli Paduka Baginda. Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]

Speaker

Terima kasih wakil Beserah. Sekarang kita jemput wakil daripada Tanah Rata.

Tuan Ho Chi YangDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan, salam sejahtera. Saya merakamkan ucapan menjunjung kasih ke atas titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Pertama sekali, izinkan saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar kerana telah mencatat pencapaian yang sangat membanggakan dengan memperoleh kutipan hasil negeri sebanyak lebih daripada RM1 bilion untuk 3 tahun berturut-turut iaitu hattrick. [Ahli Dewan menepuk meja]

Pencapaian ini membuktikan komitmen yang sangat tinggi, dedikasi dan keberkesanan tadbir urus kerajaan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Maka dengan adanya hasil negeri yang kian meningkat, pelbagai inisiatif yang membantu rakyat negeri Pahang dari bayi, pelajar, anak muda, wanita hingga ke warga emas semua menikmati manfaat daripada Kerajaan Negeri Pahang.

Dato’ Sri Speaker,

Kita sedia maklum bahawa sektor pertanian merupakan salah satu sektor terpenting dan tumpuan pembangunan utama di negeri Pahang. Berdasarkan statistik tanaman, negeri Pahang mencatatkan jumlah pengeluaran sayur-sayuran yang tertinggi antara semua negeri pada tahun 2024 iaitu kira-kira 474,000 metrik tan ataupun 37.8% daripada jumlah pengeluaran sayur dalam seluruh negara.

Pada masa yang sama, daerah Cameron Highlands merupakan antara kawasan pertanian terbesar yang membekalkan sayur-sayuran ke seluruh negara untuk… dan untuk tujuan eksport. Walau bagaimanapun, terdapat keluhan daripada para pekebun bahawa harga sayur adalah tidak stabil dan selalu rendah dalam beberapa tahun ini dan ia meningkatkan faktor ketidaktentuan dan risiko kepada sektor penanaman sayur-sayuran khususnya kepada pekebun yang kecil dan sederhana. Meskipun pasaran sayur-sayuran secara amnya adalah berdasarkan kepada pasaran bebas.

Salah satu faktor yang mungkin juga menyebabkan harga sayur kekal rendah adalah jumlah sayur import yang tinggi. Sekiranya kuantiti sayur tempatan di pasaran adalah mencukupi atau hampir mencukupi, jumlah sayur import yang terlalu tinggi dan selalu ditetapkan pada harga yang amat rendah akan membawa gangguan kepada pasaran.

Walaupun pada jangka masa pendek, pengimportan sayur akan membantu mengawal harga sayur tetapi pada jangka masa yang panjang akan mewujudkan saingan yang tidak sihat dan tidak seimbang terhadap penghasil sayur tempatan. Justeru, saya menyeru Kerajaan Negeri bersama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta agensi berkenaan untuk mengkaji secara teliti dan menyeluruh sejauh mana kesan sayur import mendatangkan impak terhadap harga sayur tempatan. Saya turut menyeru kerajaan untuk mengkaji mekanisme agar pengimportan sayur boleh dibuat secara sistematik, terkawal dan berdasarkan data pasaran dan tidak mengundang kepada saingan yang terlalu ekstrim sehingga memudaratkan sektor pertanian tempatan.

Dato’ Sri Speaker,

Keduanya, saya menyambut baik dan menyokong sepenuhnya perancangan Kerajaan Negeri yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar untuk membangunkan Artificial Intelligence Data Center (AIDC) khususnya sebagai platform baharu perniagaan secara atas talian berasaskan produk pertanian. Saya berharap bahawa maklumat lanjut akan diumumkan pada masa yang akan datang dan saya amat berharap bahawa dengan membangunkan pusat data Artificial Intelligence yang memberi fokus kepada sektor pertanian ia akan menjadi pemangkin kepada transformasi sektor pertanian ke arah pertanian pintar dan membantu merancakkan penggunaan teknologi pertanian digital (DAT) yang mampu meningkatkan produktiviti pertanian, efisiensi, daya saing dan juga kemampanan sektor pertanian.

Demi memastikan pembangunan pusat data dapat memberi impak besar dan membantu mentransformasikan sektor pertanian, infrastruktur asas digital amat diperlukan demi mempertingkat keterhubungan luar bandar atau rural connectivity termasuk kawasan pertanian yang biasanya terletak jauh dari kawasan pekan dan bandar.

Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana telah menambah dan mempertingkat infrastruktur seperti menambah dan membina menara telekomunikasi, memperkenalkan perkhidmatan internet satelit di kawasan pedalaman seperti kawasan pertanian Cameron Highlands. Saya juga berharap agar usaha ini akan terus dipertingkatkan dan saya ingin menarik perhatian agensi kerajaan seperti MCMC dan agensi kerajaan berkenaan terhadap isu perkhidmatan talian dan internet yang sering terputus dalam beberapa bulan ini di kawasan pertanian seperti di kawasan Lembah Bertam, Kawasan Batu 49 Kuala Terla, Cameron Highlands.

Dato’ Sri Speaker,

Selain daripada pusat data yang berorientasikan sektor pertanian, saya juga amat menyokong perancangan Kerajaan Negeri Pahang untuk menarik minat pelabur untuk membangunkan pusat data berskala besar yang mungkin boleh dijadikan sebagai teras utama bagi merancakkan pembangunan teknologi kecerdasan buatan AI.

Memandangkan negara Malaysia telah kian muncul sebagai hab pusat data terbesar di Asia Tenggara, negeri Pahang saya percaya juga boleh merebut peluang keemasan ini dengan menunjukkan komitmen negeri terhadap inovasi teknologi. Semestinya,

langkah ini akan membantu merancakkan pertumbuhan dalam ekonomi digital yang juga boleh membawa impak limpahan dan mewujudkan peluang pekerjaan yang bernilai dan berimpak tinggi demi golongan anak muda.

Antaranya sektor seperti kejuruteraan rangkaian dan system, keselamatan siber, pengurusan data dan analitik besar, big data, kecerdasan buatan AI dan automasi, penyelenggaraan teknikal dan kejuruteraan elektrik atau mekanik dan sebagainya. Semua berpotensi untuk turut berkembang dan melahirkan peluang pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan.

Dato’ Sri Speaker,

Isu ketiga yang ingin saya bangkitkan dalam Dewan Yang Mulia ini adalah cadangan untuk meningkatkan sektor ekopelancongan di Cameron Highlands yang kini menjadi tarikan bukan sahaja kepada pelancong tempatan tetapi juga kepada pelancong luar negara termasuk pelancong Eropah.

Antaranya Gunung Irau, Gunung Siku dan sebagainya menjadi pilihan yang semakin popular. Demi memudahkan pelancong luar negara untuk mengakses dan memohon permit mendaki gunung, saya mencadangkan agar laman web Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan terutamanya bahagian sistem e-Ecopark dipaparkan juga dalam pelbagai bahasa terutamanya Bahasa Inggeris. Selain itu, kaedah bayaran juga perlu ditambah agar pelancong luar negara ini boleh membuat bayaran fee dengan menggunakan pilihan seperti Visa, MasterCard, American Express dan sebagainya.

Hal ini demikian kerana pelancong luar negara sekarang tidak boleh membuat permohonan secara atas talian dan perlu hadir ke pejabat hutan sama ada sendiri atau melalui pemandu pelancong dan sebagainya. Di samping itu, Mossy Forest juga merupakan salah satu tarikan ekopelancongan kerana mempunyai panorama yang hijau, kawasan berlumut, berkabus, suhu yang lebih rendah. Walaupun ia adalah satu tarikan yang kian mendapat perhatian daripada pelancong dalam dan luar negara, saya dimaklumkan bahawa pejabat hutan akan menutup Mossy Forest pada tempoh tertentu seperti musim perayaan hari raya. Walaupun ia adalah munasabah kerana pegawai juga perlu bercuti pada hari raya. Pada masa yang sama, ramai pelancong juga memilih tempoh tersebut untuk mengunjungi Cameron Highlands dan khususnya Mossy Forest.

Maka saya cadangkan supaya beberapa hari ini boleh diumumkan sebagai hari percuma atau rumah terbuka Mossy Forest agar pelancong boleh meneruskan perancangan mereka dan tidaklah kecewa apabila mendapati Mossy Forest ditutup ataupun kerjasama dengan pemain industri tempat juga boleh dipertingkatkan agar Mossy Forest kekal dibuka pada tempoh tersebut.

Yang Berhormat Speaker,

Susulan daripada lawatan Presiden China ke Malaysia, pelbagai MoU telah ditandatangani dan negara Malaysia dengan China bersetuju melanjutkan program pengecualian visa bagi tempoh 90 hari secara bersama untuk tempoh 5 tahun lagi. Program pengecualian visa ini dijangka akan meningkatkan jumlah pelancong China ke Malaysia termasuk negeri Pahang.

Oleh itu, saya menyeru Kerajaan Pahang untuk merebut peluang keemasan ini dengan mewujudkan persekitaran pelancongan yang lebih mesra pengguna selain daripada infrastruktur iaitu contohnya menawarkan pelbagai pilihan bahasa dalam

laman web pelancongan termasuk bahasa Mandarin untuk menarik minat lebih ramai pelancong China untuk mengunjungi laman web dan berminat untuk melawat ke pelbagai destinasi pelancong di negeri Pahang.

Yang Berhormat Speaker,

Isu keempat adalah cadangan untuk membina sebuah balai bomba di kawasan Kampung Raja, Cameron Highlands. Kini Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Cameron Highlands adalah terletak di Brinchang iaitu dengan jarak kira-kira 16 kilometer daripada kawasan Kampung Raja. Jaraknya terlalu jauh untuk mengambil tindakan kecemasan sekiranya berlaku kebakaran atau sebarang kejadian yang tidak diingini dan kesesakan lalu-lintas mungkin juga menambah lagi kesukaran bagi pihak bomba.

Maka saya berharap agar pihak kerajaan akan mempertimbangkan cadangan ini dengan mengkaji lokasi yang sesuai termasuk tanah lapang berhampiran Taman Desa Corina, Kampung Raja yang mungkin sesuai untuk dijadikan sebagai tapak balai bomba yang baharu.

Yang Berhormat Speaker,

Keharmonian masyarakat dan perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia dan khususnya di negeri Pahang menjadikan negeri Pahang sebagai negeri yang kian maju, kian progresif dan menjadi kebanggaan kita semua. Dalam apabila kita berdepan dengan persekitaran luaran dan geopolitik yang semakin mencabar, kita tidak boleh lagi terperangkap dalam retorik perkauman dan politik sempit yang hanya merosakkan perpaduan dan memudaratkan keharmonian rakyat seterusnya membawa impak yang besar, negatif terhadap pembangunan sosial dan ekonomi negeri Pahang.

Saya berbangga bahawa perbahasan dalam Sidang DUN Negeri Pahang selama ini secara generalnya adalah profesional dan matang. Rata-ratanya Ahli-ahli Yang Berhormat berbicara berdasarkan fakta, data dan hujah yang bernas. Janganlah kita sesekali mencontohi sifat seorang ketua pembangkang yang baru-baru ini digantung oleh dewan dalam sesebuah negeri kerana asyik menabur fitnah dan memainkan sentimen perkauman tanpa rasa segan dan malu sama ada dalam dewan atau di luar, beliau telah membuat pelbagai tuduhan liar, contohnya menuduh Menteri KPKT hadir satu program di mana bendera China dikibarkan.

Pada hakikatnya yang mengibarkan bendera China adalah warganegara China. Apabila disaman, beliau mohon maaf. Nanti selepas itu, beliau pula menuduh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh kerana surname dia adalah Yeoh, maka dia adalah anak kepada seorang pemilik syarikat di mana ia juga ada surname Yeoh. Ini juga fitnah. Apabila nak disaman, surat saman dihantar, beliau mohon maaf lagi. Itu sebab beliau digantung oleh dewan.

Sebagai Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat, kita perlu memikul amanah dan tanggungjawab untuk memberi cadangan penambahbaikan, mempersoal, malahan boleh mempertikai dan membahas sesuatu polisi melalui perspektif yang konstruktif demi manfaat seluruh rakyat tetapi tuduhan liar terutamanya yang berunsur perkauman hanya akan mengeruhkan keadaan, mewujudkan ketidakpercayaan dan prasangka buruk yang melampau, akhirnya merosakkan keharmonian dan perpaduan masyarakat. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Saya harap agar negeri Pahang akan terus kekal menjadi teladan kepada semua negeri dengan kita meningkatkan

tahap diskusi politik, menolak politik fitnah dan pembohongan dan kebencian demi mempertahankan keharmonian, perpaduan dan pembangunan negeri.

Dengan ini, saya menyokong Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Sekian, terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]

Speaker

Terima kasih. Yang Berhormat Tanah Rata ni menjadi ADUN pada umur 26 tahun ya? 27 tahun. Seterusnya kita pergi kepada wakil daripada Damak.

(Ayat al-Quran). Assalamualaikum WBT (Bacaan dalam Bahasa Arab). Terima kasih YB Speaker kerana memberikan ruang untuk saya untuk sama-sama berbahas Titah Diraja di dalam ketika merasmikan Sidang DUN Pahang kali ini. Saya tak pasti apakah ini kebetulan berkaitan dengan cerita yang telah disampaikan oleh MB tadi berkaitan dengan gajah tadi. Jadi, mula-mula sebut Tanah Rata kemudian Damak tadi dia sebut. Jadi, yang satu…

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

The moral of the storynya ialah cerita tersebut untuk kita kaitkan dengan pemikiran luar kotak. Maksudnya walaupun pertandingan tersebut dikatakan mengangkat kaki gajah tetapi sebenarnya untuk membuat kaki gajah tersebut terangkat, kita kena pergi cara lain. Kalau pergi ngangkat kaki gajah tu tak terangkat. So, mamat yang besar ADUN Tanah Rata tadi dia membuat pemikiran luar kotak. Dia buat study yang boleh membuat kaki gajah terangkat hanyalah dengan menjentik telur dia, ha… itu membuat kaki gajah terangkat dan… dan yang kedua ada dia ada episod kedua pulak. Episod kedua tersebut sebab di Stadium Merdeka tu ramai dan ada protes daripada orang lain daripada Korea, Jepun dan sebagainya mengatakan dia cuba nak sabitkan teknikal sebab dia tak menang dan mamat daripada Malaysia ni dia setuju dan dia kata buat pertandingan lain. So, penganjur mengatakan kita buat pertandingan nak buat kepala gajah. Macam mana nak buat kepala gajah berpusing? Kan? Semua setuju. Di akhir cerita, semua gagal tapi sebab mamat ni jadi cerdik, orang Malaysia ni cerdik, dia mudah je. Dia pergi dia pusing-pusing, dia pergi kat telinga gajah dan dia kata, “Jah… Jah engkau nak kena jentik telur lagi tak?” “Tak nak dah, dia kata”. [Ahli Dewan ketawa]

YB Speaker, saya harap boleh tambah dua minit ni sebab… [Ahli Dewan ketawa]

Speaker

Dua minit.

Kerana ada mungkin part 3 cerita tadi tu. Cuma mungkin yang saya nak kaitkan kaitan Tanah Rata dengan Damak ni walaupun mungkin orang kata kurus tu penyakit, badan besar pun penyakit tapi yang penting Tanah Rata daripada Cameron Highlands, Damak daripada Jerantut. Dua-duanya adalah Bandar Paling Bahagia di negeri Pahang.

YB Speaker,

Saya mengambil kesempatan ini menjunjung kasih di atas Titah Diraja yang telah disampaikan pada hari Jumaat yang lalu, yang mana bagi saya ialah mencerminkan satu sikap prihatin, bijaksana dan tegasnya seorang raja yang sudah pasti seluruh rakyat di negeri Pahang ini mengasihi dan menyayangi Raja kita. Malah, apa yang membanggakan kita sebenarnya bukan di Pahang sahaja tetapi berdasarkan kepada Tuanku yang sering bersama-sama dengan rakyat dan sikap Tuanku yang sangat tegas dalam isu yang berkaitan dengan pencerobohan tanah. Dia telah menjadi bualan di seluruh negara kita. Jadi, ini merupakan satu yang sangat membanggakan kita sebagai rakyat negeri Pahang.

YB Speaker,

Saya sebenarnya ingin mengambil kesempatan juga untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Sri DiRaja dan juga Kerajaan Negeri Pahang yang di atas pencapaian ekonomi yang cukup baik dan sudah pasti ia dapat menyalurkan manfaat dengan pelbagai insentif kepada rakyat negeri Pahang dan antara yang boleh kita sebut ialah berkaitan dengan Projek Perumahan Negeri Pahang yang telah dibahaskan dengan pelbagai projek yang memberikan manfaat kepada rakyat yang berkelayakan.

Jadi, saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana menunjukkan ketegasan dalam isu-isu yang berkaitan dengan pencerobohan tanah, sebagai contoh sepertimana yang berlaku di daerah Raub. Damak juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih, ia secara khusus kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ia kerana memberikan sumbangan Ramadan kepada kami sebanyak RM5,000.00 dan kenaikan peruntukan pembangunan projek kecil daripada RM30,000.00 kepada RM60,000.00 seperti yang telah dijanjikan [Ahli Dewan menepuk meja]. Insya-Allah, saya berdoa agar Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja dibukakan hati. Kalau tak boleh pergi berdepan macam gajah dia mungkin kena bisik ke telinga MB agaknya pergi berjumpa dengan dia supaya peruntukan ini dinaikkan, insya-Allah. [Ahli Dewan ketawa]

YB Speaker,

Saya terus kepada perkara yang telah disentuh oleh Tuanku. Ada 11 perkara, cuma saya nak sentuh 3 je kerana kita dah hampir masuk waktu Zohor. Jadi yang pertama, Tuanku ada menyentuh tentang isu infrastruktur. Jadi saya ingin menyentuh tentang isu jalanlah.

Pertamanya ialah berkaitan dengan jalan dari Jerantut ke Batu Balai yang mana walaupun pihak JKR memang bertindak dengan pantas untuk baiki jalan ni tapi dalam tempoh masa yang singkat, jalan antara Jerantut dan Batu Balai ini sering rosak. Ia kerana berdasarkan kepada aduan penduduk dan juga pemerhatian saya banyak lori-

lori bijih dan juga lori sawit serta lori balak yang melalui jalan ini. Jadi diharap mungkin boleh dapat satu pemantauan ya terhadap lori-lori ini, bimbang nanti mungkin ada lori-lori yang lebih muatan. Dan lori-lori besar ni jugak yang menjadi kebimbangan saya. Saya tak pasti apakah dia ada jadual pergerakan dia kerana setengah-setengah waktu puncak sepertimana waktu pagi, ketika ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah, saya terserempak dengan lori-lori trailer yang besar yang turut berada di tengah jalan dan di bandar. Jadi bagi saya, ini boleh merbahaya kepada pengguna jalan raya. Bahkan telah banyak berlaku insiden kemalangan yang melibatkan lori-lori ni dan terbaru pada minggu lepas, 2 orang remaja menaiki motosikal telah berlanggar dengan lori sawit dan telah meninggal dunia. (Ayat al-Quran). Jadi harapannya supaya dapat dipantau situasi ini.

Yang seterusnya, saya ingin menyebut tentang isu jalan juga yang melibatkan Kampung Sungai Lekok ke perkampungan Orang Asal Sungai Kiol. Jadi jalan ini adalah jalan utama bagi penduduk dan merupakan jalan utama untuk ke Pusat Rekreasi Lata Meraung yang terkenal di Jerantut. Jadi jalan ini sudah lama tidak dibaik pulih dan banyak kerosakan berlaku juga. Saya harap ia dapat diberikan perhatian. Seterusnya, Jalan Kampung Sungai Terlang ke Batu Balai yang juga perlu dinaik taraf kerana terlalu banyak kerosakan yang berlaku. Cuma saya ingin merakamkan ucapan tahniah, terima kasih kepada YB EXCO Kerja Raya dan juga pihak JKR ya kerana jalan daripada Sungai Terlang menuju ke Sungai Berjuang yang saya sebut dalam sidang lalu dah dinaik taraf dan alhamdulillah, saya ucapkan terima kasih kepada YB EXCO dan Tok Batin menyampaikan salam kepada YB EXCO. Tok Batin orang Islam, Tok Batin Sudin.

Jadi saya harap mungkin nanti boleh YB EXCO turunlah ke sana. Ia kerana mereka begitu suka kerana jalan yang begitu lama, yang rosaknya. Di Dewan Yang Mulia ini YB Speaker, saya juga ingin membangkitkan isu infrastruktur berkaitan dengan bekalan elektrik TNB di Kampung Sungai Balang, Damak yang mana ada 70 buah rumah di sini dan ada rumah-rumah baru, tetapi bekalan elektrik terlalu rendah dan tidak mencukupi dan ada ketikanya berlaku kerosakan aircond, kipas angin dan malah ada berlaku litar pintas di kawasan ini. Jadi diharap juga dapat pihak kerajaan memberikan perhatian untuk diambil tindakan.

YB Speaker,

Perkara kedua saya menyentuh ialah tentang isu tanah rizab Melayu. Jadi saya ucapkan sekali lagi tahniah kepada Kerajaan Negeri. Jadi ada juga orang dia complain saya, dia kata YB Damak ni banyak sangat ucapan terima kasih kepada MB kepada Kerajaan Negeri. Bagi saya tidak mengapa yang baik kita ucap terima kasih [Ahli Dewan menepuk meja]. Yang lemah, kita tegur dan insya-Allah peruntukan akan diberikan, insya-Allah. [Ahli Dewan ketawa]

Speaker

Yang baik kita ucap terima kasih. Yang lemah kita tegur, barulah peruntukan menyalur.

Alhamdulillah, jadi kerana... kita ucap tahniah kerana tanah rizab Melayu telah meningkat daripada 218,000 hektar daripada tahun 1995 kepada 4440.74 hektar. Jadi ini suatu yang membanggakan kita di negeri Pahang. Bagi saya, bila kita menjadi ADUN Pahang, YB di Pahang, berkhidmat di negeri Pahang, saya rasa kita tak

payahlah kita menceritakan negeri-negeri lain, Dewan Negeri lain kerana apa? Kami, walaupun pembangkang kita akan bekerjasama memberikan komitmen 100% untuk sama-sama membangunkan negeri Pahang ini, insya-Allah [Ahli Dewan menepuk meja]. Jadi berdasarkan isu tanah rizab Melayu ini, saya ingin bangkitkan isu yang saya diadukan oleh penduduk kampung bahawa ada tanah rizab Melayu ni disewa kepada yang bukan Melayu ataupun dijual dengan menggunakan proksi, ini yang merisaukan saya. Jadi perkara ini baru dapat dan biasanya saya akan terus berjumpa dengan pihak berkuasa tempatan atau baru dapat saya suarakan dalam Dewan ni menyuarakan kebimbangan kerana tanah ini ataupun kawasan ini dibuat kebun dan juga ada dijadikan stor jentera berat di kawasan tersebut, jadi... dan juga tujuan komersial.

Jadi, saya berharap yang perkara ini dapat dipantau dan disiasat, insya-Allah. Apakah benar perkara itu berlaku dan sekiranya berlaku, kita kena ambil tindakan segeralah supaya tanah Rizab Melayu ini tidak digadaikan dan kerana apa? Kerana tawaran sewa ataupun bayarannya telah begitu tinggi sudah pasti.

Saya juga ingin membangkitkan isu tanah dalam kawasan bandar, jadi saya dimaklumkan ada tanah-tanah yang kita katakan mempunyai lokasi yang begitu strategik telah dipindahkan hak milik kepada syarikat dan individu untuk tujuan pembangunan pusat aktiviti komersial. Tapi sehingga ke hari ini, kawasan-kawasan berkenaan itu tidak dibangunkan. Telah berpuluh tahun sedangkan peniaga-peniaga kecil yang telah terpaksa berpindah kerana kedai diorang dirobohkan dan sudah pasti bila berpindah sedangkan diorang dah berpuluh tahun di kawasan itu dan mempunyai kita kata... pelanggan tetap dalam kawasan yang strategik. Jadi bila pindah ini sudah pasti dia akan menjejaskan perniagaan mereka ini dan ini melibatkan peniaga-peniaga kecil, peniaga sate dan seumpamanya dan perkara ini diadukan direct kepada kami.

Jadi, kita harap jugak pihak berkuasa tempatan memberikan perhatian dan begitu juga peniaga-peniaga sate. Ada yang berniaga ni dulu dengan diorang menyewa daripada pihak kerajaan RM70.00, sekarang ini terpaksa menyewa sampai RM500.00 sewanya. Jadi perkara ini, insya-Allah saya sangat berharap ia dapat diberikan perhatian ya, supaya diteliti dan jika ada perjanjian dinilai kembali dan tanah-tanah yang ada tu digazetkan terus ke bawah majlis daerah.

Dan yang perkara ketiga yang terakhir sepertimana yang saya sebut ialah berkenaan dakwah Islamiah, sepertimana dititahkan oleh Tuanku. Saya merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih khususnya kepada pihak Majlis Ugama Islam Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang, Jabatan Mufti dan institusi agama yang mana alhamdulillah di negeri Pahang ini penularan ajaran sesat dapat disekat daripada menular. Jadi dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan dan turut sama Majlis Ugama Islam mengadakan interview kepada penceramah-penceramah yang ingin menyampaikan kuliah di seluruh negeri Pahang ini.

Bagi saya, ini satu usaha yang baik supaya ceramah-ceramah yang disampaikan itu benar-benar mengikut disiplin dari sudut akidah Ahli Sunnah Wal Jamaahnya dan juga fekah berdasarkan mazhab Imam As-Syafie. Jadi ini satu perkara yang kita harus puji dan harapan kami perkara ini diperkemaskan lagi dan dipertingkatkan supaya ajaran-ajaran sesat ini dapat dihindarkan. Ini sesuai dengan firman Allah SWT dalam Surah Fussilat, ayat 33, (Ayat al-Quran) yang bermaksud, “dan barang siapakah... siapakah yang lebih baik kata-katanya, daripada orang yang berdakwah yang menyeru kepada Allah SWT dan berbuat baik dan berkata aku adalah kalangan orang-orang Islam”.

Berapa minit lagi YB Speaker?

Speaker

Habis dah tapi bolehlah bagi seminit.

Jadi akhirnya dalam point yang ketiga dakwah ini, saya mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri khususnya di bawah EXCO Agama. Mungkin kita cadangkan supaya diadakan aktiviti ilmu dan kerohanian khusus kepada penjawat awam yang bertugas di pejabat tanah dan majlis daerah secara bermodul, berkurikulum dan juga berkala supaya apa? Di samping kita mengenakan undang-undang yang ketat, SPRM dan seumpamanya, saya rasa program ilmu dan kesedaran ini patut diberikan supaya mengelakkan terdedah kepada perkara-perkara yang bersifat contohnya pecah amanah dan rasuah ini.

Jadi ini yang disebutkan oleh Tuanku betapa Tuanku amat mengharapkan penjawat-penjawat awam khususnya di Pejabat Tanah dan di PBT ini supaya mempunyai satu jati diri yang tinggi agar kita dapat sama-sama memelihara kebaikan di negeri Pahang Darul Makmur ini. Jadi itu saja ucapan saya Dato' Sri Speaker. Maka Damak menyokong usul menjunjung kasih Titah Diraja. Assalamualaikum WBT. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Damak menyokong. [Ahli Dewan menepuk meja]

Speaker

Sila Yang Berhormat ataupun wakil yang terakhir untuk perbahasan kita iaitu wakil daripada Sabai.

Salam sejahtera, selamat pagi, salam Pahang 1st. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang, barisan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Pertama sekali patik menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang yang Ke-15. Sesungguhnya Baginda Sultan dan seluruh kerabat diraja negeri Pahang membawa naratif baru kepada konsep raja dan rakyat berpisah tiada. Dengan kewibawaan, kebijaksanaan dan keprihatinan yang amat tinggi dan mulia ianya jelas terserlah melalui titah Baginda pada Jumaat lepas.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar dan Ahli-ahli Dewan sekalian, Tuanku Baginda telah memberi kredit dan pujian terhadap prestasi ekonomi dan pembangunan negeri yang begitu memberangsangkan di mana negeri Pahang telah mencatatkan hasil kutipan RM1.22 bilion bagi tahun 2024, mengekalkan momentum kutipan negeri melebihi RM1 bilion bagi 3 tahun berturut-turut sejak tahun 2022. Kejayaan berterusan mengatasi rekod dan sasaran kutipan hasil ini kalau dalam dunia pendidikan kita bagi A+. Tahniah dan syabas buat Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan seluruh jentera Kerajaan Negeri atas pencapaian cemerlang ini [Ahli Dewan menepuk meja]. Tahniah dan syabas juga Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Sri Raja atas kejayaan terus mentranformasikan negeri kita sebagai negeri yang berdaya maju dengan pelbagai inisiatif ekonomi mampan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan negeri. Hasil negeri dikembalikan semula

kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif berfokuskan kesejahteraan rakyat seperti Inisiatif Makmur Pahang, RRP, kad kesihatan, bantuan ibu tunggal dan banyak lagi.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Tuanku Baginda turut menzahirkan aspirasi bahawa sebagai negeri yang maju, negeri Pahang perlu dilengkapi jalinan jalan raya yang sistematik lagi teratur dengan fasiliti yang berpihak kepada rakyat. Menyentuh bab jalan ini saya ingin merakamkan penghargaan warga DN Sabai dan DN Pelangai dengan izin, Yang Berhormat EXCO ADUN Pelangai Dato’ Amizar er… kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri atas kelulusan projek Jalan Raya Karak-Simpang Pelangai di bawah Pakej 6 Lingkaran Tengah Utama Central Spine Road dengan izin. Projek ini bukan sahaja akan memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya malah berpotensi memacu ekonomi kawasan terbabit.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Baginda Tuanku ketika menyentuh mengenai pengurusan sistem ekologi telah menyarankan Kerajaan Negeri agar memberi keutamaan kepada pelaksanaan projek-projek tebatan banjir yang telah diluluskan mengikut jadual bagi mengelakkan sebarang musibah dan impaknya yang memberi kesan kepada rakyat. Di kesempatan ini saya menjunjung kasih ke atas keberangkatan Tuanku Sultan Pahang menyantuni mangsa-mangsa banjir di Kampung Karak Setia pada bulan lepas. Tuanku turut bertitah mengutarakan cadangan untuk mengatasi isu banjir di kawasan tersebut dan cadangan Tuanku kini dalam tindakan pelaksanaan er… Jabatan Pengairan dan Saliran JPS. Pengiktirafan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang terhadap ketegasan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang dalam melaksanakan usaha menjaga hasil bumi negeri amat signifikan di mana ianya boleh berjaya mengatasi ketirisan hasil negeri yang berpunca daripada kegiatan kecurian hasil bumi dan pencerobohan tanah kerajaan di samping memastikan kelestarian sumber alam negeri Pahang. Saya secara umum sahaja Dato Sri, ya.

Janganlah kerana kepentingan politik sempit hukum diketepikan dan perbuatan salah dimuliakan. Demikian titah Tuanku yang menyuarakan rasa kekecewaan Baginda terhadap sikap segelintir pihak yang sepatutnya menghormati dan mematuhi undang-undang. Saya berharap dan memohon kita semua di Dewan Yang Mulia ini sebagai Wakil Rakyat yang memikul amanah dan tanggungjawab terus bersama Kerajaan Negeri Pahang dalam membanteras isu pencerobohan tanah dan ketirisan hasil negeri.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon izin bagi mengutarakan beberapa isu berkaitan dengan kepentingan rakyat di kawasan DN Sabai. Pertama sekali, berhubung dengan fasiliti dewan serba guna di kawasan DN Sabai ini yang pernah saya utarakan banyak kali dalam Dewan Yang Mulia ini. Saya mewakili penduduk kawasan Sabai bersyukur kerana tapak strategik bagi pembinaan dewan tersebut telah pun er… dikenal pasti dan dimuktamadkan. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato Sri Diraja Menteri Besar Pahang dan juga kepada Yang Hormat Dato’ DO Bentong yang menampakkan keprihatinan yang tertinggi dalam isu ini. Tinggal lagi… [Ahli Dewan menepuk meja] tinggal lagi yang penting iaitu kelulusan dana bagi pembinaan dewan berkenaan. Maka saya ingin mohon tindakan Kerajaan Negeri bagi membantu kelulusan dana berkenaan dari Kerajaan Persekutuan yang mana permohonan telah pun dipanjangkan oleh Majlis Perbandaran Bentong ke Kementerian KPKT.

Seterusnya adalah Projek Rumah Mampu Milik bagi golongan B40 yang mana saya pernah suarakan sebelum ini juga dalam Dewan Yang Mulia ini. Isu ini terus menjadi rintihan golongan B40 dan saya bangkitkan di persidangan dewan sebelum ini. Projek-projek perumahan baru bukan sahaja di kawasan Sabai malah saya percaya di seluruh negeri menawarkan rumah kos sederhana dan tinggi di mana ianya di luar kemampuan rakyat golongan berpendapatan rendah, warga kampung, pekerja estate, pekerja kilang. Golongan sedemikian memang kurang mampu malah permohonan pembiayaan pinjaman mereka tidak berjaya. Maka perlu ada projek baru dengan tawaran mampu milik dengan skim pembiayaan mampu bayar. Saya mohon Kerajaan Negeri agar mewajibkan pemaju perumahan swasta…. saya ulang ya mewajibkan pemaju perumahan swasta memperuntukkan kuantiti rumah mampu milik ataupun rumah kos sederhana yang sewajarnya dalam projek-projek perumahan baru yang mereka bangunkan.

Kuota rumah kos sederhana rendah perlu dipatuhi dan tidak harus mereka mengambil jalan mudah dengan membayar pampasan atau ganti rugi. Isunya sekarang ialah bila ada syarat yang membolehkan mereka membayar ganti rugi ataupun pampasan untuk mengelakkan mereka daripada membina rumah kos sederhana rendah ini mereka membayar pampasan. Bila mereka membayar pampasan ganti rugi, kebanyakan pemaju swasta ini mendirikan rumah yang harganya tak mampu dibeli oleh golongan yang berpendapatan rendah. Saya harap di kawasan-kawasan luar bandar kalau di Genting Highland itu memang bolehlah mereka bayar pampasan atau ganti rugi tapi di kawasan luar bandar ini syarat ini perlu dipatuhi. Biasanya pemaju perumahan swasta ini memanipulasikan sistem syarat yang kita ada sekarang ini untuk kepentingan mereka dan mereka tidak membina rumah kos sederhana rendah. Saya harap dikaji semula, maka perlu ada projek baru dengan tawaran mampu milik dengan skim pembiayaan mampu bayar. Saya mohon Kerajaan Negeri agar mewajibkan pemaju-pemaju perumahan swasta memperuntukkan kuantiti-kuantiti rumah mampu milik yang sewajarnya dalam projek-projek perumahan baru.

Seterusnya, isu pewartaan tanah simpanan Orang Asli. Di kawasan saya ada tiga perkampungan Orang Asli er… Kampung Asli Orang Ulu Parit, Kampung Asli Aji Kubur dan Kampung Orang Asli Cinta Manis. Ketiga-tiga dalam kawasan DN saya ini saya rasa isu ini sudah dikemukakan oleh sahabat saya ADUN Lantikan dari Jerantut yang hanya fokus pada Jerantut sahajalah. Tapi untuk kawasan saya ini mereka masih sejak saya menjadi ADUN kawasan Sabai ini mereka mengutarakan isu ini masih belum ada pewartaan tanah Orang Asli ini. Saya difahamkan masih belum ada penyelesaian bagi isu berkenaan dan mohon pencerahan Kerajaan Negeri berkenaan perkembangan dan status terkini berhubung isu ini.

Dato' Sri Yang di-Pertua,

Akhir sekali, ingin saya bangkitkan isu sebuah sekolah Tamil yang mendapat perhatian seluruh negara. Sahabat saya dari Beserah ada menyentuh tentang isu sekolah ini, Sekolah Tamil Ladang Jeram. Saya ucapkan terima kasih kepada Beserah yang telah menyuarakan isu sekolah ini. Masih belum ada penyelesaian. Sekolah kontena dan harapkan Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri dapat membantu menoktahkan permasalahan yang wujud sekian lama berhubung dengan SJKT Jeram ini.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Minta… minta…

Dato’ Sri Yang di-Pertua…

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Celah sikit.

Saya mohon…

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Minta celah sikit. Minta celah. Terima kasih Tuan Speaker. Tadi saya ingat nak celah Beserah tapi takut dia tak ada masa. Dan sekarang ini bangkit, saya terpaksa celah.

Speaker

Ini pun tak ada masa juga. Mencelahlah. [Ahli Dewan ketawa]

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Tuan Speaker. Untuk maklumat semua ya, SetPol Menteri Pendidikan sudah datang pada 16 Februari 2025, 1.30 petang, saya pergi dengan dia ke sekolah SJK apa? SJTK Ladang Jeram… SJKT Ladang Jeram, dan kita telah pusing dekat sekolah itu dan mereka dah… dia dah bawa apa dia, info ini ke balik kepada menteri. Untuk maklumat sekarang, sekolah ini sekarang mempunyai 39 murid sekolah, 20 orang lelaki, 19 perempuan dan 9 orang guru. Okey, so perkara ini dalam tindakan pendidikan, Menteri Pendidikan. So, saya haraplah nanti kita ada jawapan dari Menteri Pendidikan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih kepada Teruntum yang menjadi orang perantaraan antara Kementerian Pendidikan dengan Kerajaan Negeri berhubung isu ini ya. Saya tak ada isu lain untuk dibangkitkan. Dato' Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Titah Diraja. Maju Terus Pahang. Sekian, terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]

Speaker

Baiklah. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Untuk hari ini, saya perhatikan seramai 5 orang ahli telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan saya ucapkan ribuan terima kasih. Insya-Allah, persidangan kita akan disambung semula pada sebelah petang ini bagi memberi peluang kepada pihak kerajaan membuat penggulungan. Persidangan ini kita, persidangan kita bersambung pada pukul 2.45 petang. Assalamualaikum WBT. Persidangan ditempohkan.

[Persidangan ditempohkan]

[Persidangan disambung semula]

Menimbang Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan PahangMotion

Setiausaha Dewan

Perkara Keempat : Menimbang Usul menjunjung kasih atas titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat di hadapan majlis ialah satu Usul yang berbunyi:

“bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju menjunjung kasih atas titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang”.

Usul tersebut telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada 18 haribulan April 2025 dan telah pun disokong dan dibahas pada 21, 22 dan juga pada sebelah pagi tadi. Seramai 34 orang Ahli telah mengambil bahagian membahaskan Usul tersebut.

Ahli-ahli Yang Berhormat, pada sebelah petang ini pihak kerajaan akan menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan yang lepas. Saya ingin memaklumkan bahawa tempoh masa penggulungan adalah selama 30 minit. Saya juga ingin menasihatkan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian agar tidak kerap mencelah ketika sesi... sesi penggulungan bagi memberi ruang dan masa yang mencukupi kepada pihak kerajaan untuk menjawab.

Untuk itu, dengan sukacitanya saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang untuk memberikan jawapan. Dipersilakan Dato'.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

(Ayat al-Quran). Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar Pahang Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdi bin Ismail, Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat... Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pahang, Ketua-ketua Jabatan dan juga sekalian yang hadir.

Lebat buah pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa, Sepuluh jari kita menadah, Mohon berkat Yang Maha Esa.

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera, salam Pahang 1st.

Yang Berhormat Speaker,

Izinkan saya memulakan ucapan penggulungan ini dengan patik kasih dan setinggi-tinggi penghormatan kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah

yang telah sudi mencemar duli berangkat ke Majlis Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang yang ke-15 yang berlangsung pada 18 April 2025 yg lalu. Kehadiran jua Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj turut menyerikan istiadat tersebut.

Ini mencerminkan keprihatinan dan komitmen Institusi Diraja terhadap kemajuan negeri serta kesejahteraan rakyat di negeri Pahang. Titah Diraja yang telah disampaikan menjadi lambang keutuhan semangat kepimpinan raja berperlembagaan yang sentiasa mendahulukan rakyat. Titah Tuanku yang menyentuh pelbagai aspek daripada pembangunan negeri, permas... pemerkasaan ekonomi sehingga kebajikan masyarakat memberi hala tuju yang jelas dan menjadi panduan yang penting dalam merangka dasar serta tindakan Kerajaan Negeri ke hadapan.

Mengunjungi kasih di atas Titah Diraja tersebut, patik mengambil iktibar dan juga iltizam untuk terus memperkasa agenda pembangunan luar bandar khususnya dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan, memperluaskan akses kepada peluang ekonomi serta memastikan kebajikan warga peneroka FELDA terus terbela. Titah Tuanku akan dijadikan panduan utama dalam merencana dasar dan juga pelaksanaan program di bawah Portfolio Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan. Sejajar... sejajar dengan aspirasi negeri untuk menjadi sebuah negeri yang progresif dan juga inklusif.

Ikan darat daun pegaga, Pisang sira manis berseri, Sultan dan rakyat berpisah tiada, Negeri sejahtera dirahmati Ilahi.

Di Dewan Yang Mulia ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas juga kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang atas kejayaan cemerlang, gemilang dan juga terbilang dalam memimpin pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang dalam pencapaian hatrik hasil kutipan negeri melebihi RM1 bilion secara 3 tahun berturut-turut.

Tahniah juga diucapkan atas pelantikan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebagai Penasihat Khas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Majlis Pembangunan Usahawan dan juga Perusahaan Mikro Kecil dan juga sederhana. Ucapan tahniah juga turut kita ucapkan di atas penganugerahan ijazah kehormat dalam bidang ekonomi Islam dan juga perbankan dari Universiti Yarmouk, Jordan. Ini bukan satu pencapaian yang mudah dan bukanlah satu perkara yang boleh dilindungkan lagi bahawasanya inilah dia kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar dapat menerajui Kerajaan Negeri Pahang dengan baiknya pada kali ini.

Selanjutnya, saya juga merakamkan ucapan tahniah atas kepimpinan cemerlang Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan juga Timbalan Speaker dalam mengemudi perjalanan Persidangan Dewan Negeri Pahang pada kali ini. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Dato' Indera Nazri bin Abu Bakar atas pelantikan beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang baharu dan juga tidak ketinggalan ucapan terima kasih turut diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato' Sri Haji Zulkifli bin Haji Yaacob atas khidmat bakti beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang terdahulu. Sekalung tahniah juga saya zahirkan kepada Tuan Muhammad Saifuddin bin Hashim Musaimi yang telah dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang serta Yang Berhormat Dato' Haji Fadzilla

bin Haji Salleh atas pelantikan beliau sebagai Pegawai Kewangan Negeri Pahang yang baharu.

Saya turut memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurniaNya saya dapat menggulung perbahasan pada persidangan kali ini. Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh Portfolio Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA Koperasi dan Keusahawan Negeri Pahang.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Merujuk pertanyaan daripada Yang Berhormat ADUN kawasan Cheka, berhubung perancangan Kerajaan Negeri terhadap penggunaan Stadium Tun Abdul Razak di Jengka. Sukacita dimaklumkan bahawa stadium ini kekal berperanan sebagai antara kemudahan strategik milik FELDA yang dimanfaatkan secara optimum oleh pelbagai pihak. Sejak awal lagi stadium ini bukan sahaja menjadi pusat kepada acara rasmi FELDA seperti Karnival Segalanya FELDA 2024, Kejohanan Piala Pengerusi FELDA dan juga Piala Pengarah Besar FELDA 2025. Malah turut disewakan kepada pengunjung luar untuk pelbagai program seperti kejohanan bola sepak, pameran keusahawanan serta acara-acara komuniti yang terlibat.

Untuk makluman Ahli Sidang Dewan Yang Mulia, kemudahan sedia ada termasuk padang bola sepak, ruang jualan, galeri, kafe dan juga bilik mesyuarat terus menjadi pilihan untuk aktiviti sosial dan juga pembangunan komuniti setempat. Pengurusan stadium juga telah diatur secara sistematik dengan petugas khas bagi memastikan setiap penggunaan berjalan lancar secara profesional.

Kerajaan Negeri melalui pengurusan FELDA juga menekankan aspek penyelenggaraan berkala bagi memastikan fasiliti kekal dalam keadaan terbaik. Bukan hanya dari sudut fizikal tetapi juga dari segi aspek keselesaan dan juga keselamatan pengguna. Dalam masa yang sama, pihak pengurusan stadium komited memberi kerjasama penuh terhadap sebarang program anjuran daripada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri akan terus memastikan bahawa aset seperti stadium ini bukan sahaja berfungsi sebagai ruang aktiviti, malah menjadi sebahagian daripada ekosistem pembangunan FELDA yang inklusif dari aspek sukan, sosial, kerohanian dan juga ekonomi.

Yang Berhormat Speaker,

Menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Tengku, Yang Berhormat Kemayan dan Yang Berhormat Chini berkaitan pelaksanaan Skim Tanah Rakyat (STR) FELDA. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memperluaskan akses kepada pemilikan tanah dalam kalangan rakyat khususnya generasi-generasi baharu FELDA. Berhubung dengan cadangan penambahan STR sebanyak 24 unit di FELDA Kechau 1 dan 72 unit di FELDA Chegar Perah. Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Tengku, Kerajaan Negeri telah pun mengenal pasti tapak yang sesuai bagi tujuan pembangunan tambahan tersebut. Ketika ini, pihak FELDA iaitu Wilayah Mempaga sedang dalam proses menyediakan permohonan rasmi kepada Ibu Pejabat FELDA untuk menjalankan kerja-kerja pengukuran tapak. Tindakan ini merupakan langkah awal ke arah merealisasikan cadangan tersebut dan selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri dalam menyediakan lebih banyak peluang penempatan kepada rakyat yang layak.

Seterusnya bagi pelaksanaan STR FELDA di Bandar 35 Tebing Tinggi, Tembangau dan juga Tembangau 1 yang ditekankan oleh Yang Berhormat Kemayan. Untuk pengetahuan Ahli Mesyuarat sekalian, Yang Berhormat Kemayan ni anak FELDA sebab itu setiap masa setiap hari WhatsApp ke saya melihatkan bagaimana keseriusannya, seriusnya untuk membantu FELDA dan hari ini untuk mereka menggerakkan sukacita saya maklumkan bahawanya pihak FELDA telah mengambil tindakan yang proaktif bagi projek itu berjalan mengikut jadual yang telah disediakan. Untuk makluman, Sidang Dewan Yang Mulia, antara langkah yang telah diambil termasuklah pelantikan juruukur pelan bertauliah bagi menjalankan kerja-kerja pengukuran tapak serta menyediakan pelan perhitungan atau dengan izin, precomp plan.

Kesemua kerja pengukuran lapangan telah disempurnakan dan proses penyediaan pelan precomp, dengan izin kini sedang berjalan. Pelan ini akan menentukan jumlah sebenar lot yang boleh diwujudkan. Mengambil kira keluasan minimum 3,000 kaki persegi 40 kaki x 75 kaki seperti yang disyorkan oleh Kerajaan Neger. Ini nak mengambil maklum bahawa setiap keluasan tanah rancangan FELDA ini mempunyai ada yang paya bakau. Ada yang mempunyai kawasan-kawasan yang tidak sesuai untuk dijadikan perumahan. Sebab itu pihak FELDA dengan kerjasama juruukur memastikan tanah-tanah yang betul-betul sesuai untuk didirikan perumahan perumahan untuk generasi baru FELDA ini.

Sebagai tambahan, satu libat urus bersama Pejabat Tanah dan Galian telah pun diadakan bagi memperincikan terma pelaksanaan STR, merangkumi penambahbaikan dari aspek teknikal, prosedur dan juga pelaksanaan agar lebih sistematik dan juga berkesan. Selanjutnya, projek STRFP Chini Timur 1 dan juga Chini Timur 3 yang dibangkitkan oleh… yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Chini kini berada dalam fasa kedua pelaksanaan. Bagi kedua-dua kawasan ini, lantikan juruukur yang bertauliah adalah di bawah proses lantikan peringkat ibu pejabat FELDA. Bagi Fasa 1, perbincangan dengan Pejabat Tanah dan Galian PTG Pahang masih diteruskan bagi merumuskan cadangan penambahbaikan teknikal dan juga tatacara pelaksanaan yang lebih efisien dan juga teratur.

Selaras dengan keperluan semasa, pihak FELDA memberikan perhatian yang serius terhadap perkara ini bagi memastikan setiap langkah dilaksanakan dengan penuh teliti dan juga berkesan. Manakala bagi fasa kedua, pihak FELDA akan segera mengemukakan kertas cadangan untuk pengukuran dan perancangan diperlukan di bawah fasa ini. Tindakan susulan akan dilaksanakan dengan segera. Dan saya juga dimaklumkan bahawanya pihak FELDA amat komited untuk mempercepatkan setiap langkah dalam pelaksanaan projek ini iaitu demi memanfaatkan kesejahteraan peneroka dan juga generasi peneroka serta penduduk setempat. Kerajaan Negeri dengan kerjasama erat FELDA dan juga agensi-agensi berkaitan akan terus memastikan projek-projek STR ini dilaksanakan dengan teratur mengikut jadual dan juga memberi manfaat kepada golongan-golongan sasar terutamanya generasi muda FELDA yang amat memerlukan lot penempatan untuk membina kehidupan yang stabil dan juga sejahtera.

Yang Berhormat Speaker,

Saya teruskan penggulungan ucapan saya pada hari ini dengan cadangan Yang Berhormat Chini berkaitan Projek Perumahan Generasi Baru FELDA PGBF yang terbengkalai di FELDA Chini, 3. Untuk makluman, Yang Berhormat Chini, FELDA mengambil maklum berkenaan status Projek Perumahan Generasi Baru FELDA

PGBF di FELDA Chini 3 dan sebanyak 30 unit telah terbengkalai meskipun hanya berbaki 10% untuk disiapkan.

Untuk makluman Ahli Dewan juga, Yang Berhormat Chini ni adalah anak peneroka jugak. Setiap masa jugak WhatsApp ke saya, tanyakan bagaimana status. Ini namanya anak FELDA akan perjuangkan FELDA secara habis-habisan. Maksudnya kalau kita dalam dewan hari ini memperjuangkan FELDA... ada langkah kami ni, saya jugak anak FELDA, YB Chini anak FELDA. Apa nama, YB Kemayan anak FELDA, YB er… Jengka. Ha… baru saya nak sebut tadi, baru sampai. FELDA… anak FELDA. Ramai, bukan sahaja di sebelah sana, malah di sebelah sini ni lagilah pulaknya. Tanggungjawab untuk memastikan perkara ini baik tapi bagitahulah juga rakan-rakan yang lain bahawasanya jangan kata kami tak buat kerja. Perkara itu mengikut tatakelola yang telah disediakan sebab itu phak FELDA juga telah pun menerima permohonan mutual termination, dengan izin dengan pihak kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut.

Dan sehubungan itu, satu mesyuarat khas akan diadakan pada 25 April ini bagi membincangkan tindakan susulan dan juga hala tuju baharu projek berkenaan. Walau bagaimanapun, projek ini juga tidak dapat diteruskan atas beberapa sebab ini dan mesyuarat tersebut akan memutuskan bagaimanakah hala tuju selepas ini selepas sahaja perbincangan ataupun lantikan-lantikan terbaharu dapat dikuatkuasakan.

Untuk makluman Ahli Sidang Dewan Yang Mulia, FELDA bekerjasama rapat dengan semua pihak yang terlibat bagi menyelesaikan isu ini dengan kadar segera. Komitmen perlu dan juga penuh diberikan agar projek PGBF Chini 3 yang melibatkan pembinaan 30 unit rumah dapat diteruskan demi manfaat dan juga keperluan generasi baharu peneroka di kawasan tersebut.

Yang Berhormat Speaker,

Dia dah waktu-waktu petang ni selepas makan tengah hari ni tak tahulah tengok ada mata tu, mata kuyu. Tak tahulah duduk ni tawaduk ke khusyuk ke ataupun menyampah nak dengar tu, terpulanglah. Tapi namun saya lihat hari ini ramai yang khusyuk dan terduduk. Kalau saya sambung lagi tu, insya-Allahlah. Saya rasa... boleh sambung ya? [Ahli Dewan ketawa]. Saya tengok tadi alhamdulillah berzikir... sambil berzikir tu, insya-Allah, sambil-sambil zikir tu dengarlah... penggulungan yang… yang akan diberikan pada hari ni, insya-Allah. Terima kasih Speaker.

Saya teruskan lagi penggulungan sesi saya ni berkenaan soal Yang Berhormat Jengka. Jengka ni wartawan dengar cerita tu. Dia ke hulu ke hilir bawak kamera ni... wartawan. [Ketawa] Yang Berhormat memberikan maklumat-maklumat terkini mengenai Jengka iaitu kelewatan pembayaran penebusan saham KPF Malaysia Berhad yang memberi kesan kepada ribuan ahli KPF. Ni perkara yang berlegar-legar bermain di telinga kita semua kan. Saya bagai mungkin... Yang Berhormat ada carum dalam KPF? Tak ada? Kesian Yang Berhormat, insya-Allah mungkin untung kata… untung ya.

Jadi untuk makluman Ahli Dewan Yang Mulia ini, jumlah keseluruhan permohonan pengeluaran syer bagi tahun 2022 hingga 2024 adalah sebanyak RM624.55 juta melibatkan lebih kurang 27,823 permohonan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM303.45 juta telah pun diproses dan dibayar melibatkan 17,802 permohonan termasuk kes-kes kritikal seperti keperluan haji, umrah, perubatan, kes mahkamah, pendidikan dan lain-lain kes atas pertimbangan lembaga yang telah pun dilantik.

Baki sebanyak RM321.1 juta dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut... mengikut kecukupan aliran tunai. Saya ulang, akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut kecukupan aliran tunai. Lembaga KPF telah merangka pelan jangka pendek dan juga sederhana yang sedang dilaksanakan untuk tempoh 6 bulan hingga 12 bulan sebagai objektif utama untuk menyelesaikan permohonan penebusan syer anggota atau bayaran kembali syer anggota meninggal atau khairat kematian yang tertunggak.

Dan juga strategi pendapatan mampan jangka panjang. Pelan tersebut adalah melalui pertamanya pelupusan aset-aset pelaburan yang tidak mendatangkan pendapatan yang baik kepada KPF. Kemudian, perkara kedua penstrukturan semula pelaburan milik KPF dalam syarikat-syarikat bersekutu meliputi eksais pelupusan, penjualan ekuiti untuk pilihan tunai dan menyusun semula pegangan ekuiti untuk pendapatan mampan jangka panjang.

Perolehan tunai daripada eksais tersebut adalah secara berperingkat dan dicadang digunakan untuk penyelesaian permohonan penebusan syer anggota mengikut jadual pengumpulan dan juga penyediaan tunai bagi bayaran dividen tahun kewangan 2024 selepas Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan pada Jun 2025 nanti. Semoga usaha dan juga perancangan Lembaga KPF ini dapat mencapai usaha untuk memenuhi tuntutan penebusan syer anggota bayaran dividen pada 2024 dan juga kelangsungan operasinya. Saya terlibat jugak secara langsung dalam KPF ni walaupun share saya KPF 2. Mengetahui daripada KPF ni, aset dia agak tinggi Yang Berhormat Dato', agak memang tinggi. Ada tanah di Semarang dan RM1 perpuluhan… billion asetnya. Tapi untuk mencairkan tu adalah satu perkara yang… bukanlah satu perkara yg mudah kerana mengikut tatakelola-tatakelola yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan agar memberikan kepuasan atau mengikut standard piawaian yang telah disahkan. Insya-Allah, jika ekuiti ini akan dapat dicairkan kepada ahli-ahli KPF di luar sana, insya-Allah perkara ini dapat diselesaikan. Kita doakan yg terbaik untuk KPF ini dapat diselesaikan dengan baik.

Selain pada itu, Kerajaan Negeri turut menyambut baik cadangan Yang Berhormat Jengka supaya satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk memantau situasi semasa dan juga pelan tindakan yang boleh diatur bersama dengan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan permasalahan berbangkit. Untuk pengetahuan Ahli Dewan, saya jugalah Pengerusi KAF, KAF ni dipanggil Kami Anak FELDA. Rakan saya pun rakan saya YB Kemayan pun Kami Anak FELDA. Tapi tak tahulah Yang Berhormat Beserah Dia anak FELDA Chemomoi. Tapi dia duduk kat Beserah. Dia dah lupa jalan Chemomoi. Dia pun anak FELDA tapi tak tahu tak pernah mengaku lagi dia anak FELDA ni. Risau jugak tapi Jengka dah mengaku dia anak FELDA. Namun dalam anak FELDA ni, kami juga bersama dengan jawatankuasa FELDA Pusat kita bersama dengan jawatankuasa bersama dengan ketua peneroka setiap wilayah, ketua peneroka setiap GPW bersama dengan MBFM iaitu Majlis Belia FELDA Malaysia dan juga Kami Anak FELDA Malaysia turut bersama dan perkara ini setiap masa kami utarakan supaya untuk menyelesaikan masalah ini, namun perkara itu dapat perlu mereka bincang dan keberhasilannya pada hari ini bolehlah kita jangkakan supaya kita memantau insya-Allah, kita akan memberikan laporan dari masa ke semasa dan mungkin pihak FELDA sendiri akan menyatakan statement mereka mengenai saham-saham KPF ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Yang Berhormat Jengka juga turut membangkitkan mengenai baki 4% peneroka 1,800 yang masih belum menerima geran hak milik sepertimana maklumat Yang Berhormat Jengka peneroka FELDA Pahang adalah seramai 43,126 peneroka di mana daripada jumlah ini seramai 41,286 peneroka telah pun menerima geran hak milik. Manakala baki 1,840 peneroka dalam proses akhir iaitu peringkat Pejabat Daerah Tanah dan insya-Allah kelewatan ini ialah pemeriksaan iaitu dari segi sempadan… sempadan ni pun ada satu isu… isu perwarisan ini pernah berlaku. Saya nak maklumkan kepada Yang Berhormat, Ahli Majlis semua beritahu pada rakan- rakan kita yang di luar sana kan ada isu perwarisan. Kalau ibu bapanya sudah meninggal pewarisan kepada anak-anak peneroka ni perlulah dibuat dengan teliti dengan lebih baik. Jangan ada pergaduhan di antara ahli keluarga. Perkara ini melibatkan kelewatan untuk kita melaksanakan geran-geran kepada peneroka-peneroka tersebut. Dan juga ukuran lot dan juga penyediaan pelan dan juga isu teknikal lain antara sebab kelewatan ini berlaku.

Namun ianya telah berjaya diatasi bersama pihak FELDA, JUPEM dan juga Pejabat Daerah Tanah. Saya nak beritahu juga satu sejarah saya bersama dengan Doktor Saiful ni pergi satu lokasi ni nak datang jumpa ni semata-mata nak menyain supaya dia setuju. Ada satu peneroka cakap dia tak nak sain untuk dapatkan geran. Sampai tahap begitu. Lama kami memujuk kenapa tak nak sain geran? Risau anak dia kan anak-beranak dia bergaduh pasal dapatkan geran peneroka tersebut. Sebab tu namun kita terangkan dia kita ada hukum kita ada tatakelola yang sesuai untuk tanah. Alhamdulillah, beliau pun sain dan masuk daripada mungkin daripada 1,840 mungkin dah kurangkan lagi jumlah-jumlah tersebut.

Berikut pecahan mengikut wilayah FELDA antara Wilayah Kuantan berbaki… Kuantan paling banyak. Wilayah Kuantan berbaki 1,408 peneroka. Wilayah Mempaga berbaki 380 peneroka dan Wilayah Jengka yang hebatnya berbaki hanya 52 orang peneroka yang belum ada geran. Ha… ini kita kena bersama untuk selesaikan. Antaranya iaitu Wilayah Kuantan yang agak kita kena pastikan agar peneroka-peneroka dapat memberikan kerjasama dan pastikan perkara ini dapat diselesaikan. Kerajaan Negeri komited, saya memberikan keyakinan kepada Yang Berbahagia Dato’-Dato’ DO kita ni dan juga Dato-Dato untuk menjaga PTG ni kan mereka menunggu sahaja, setelah hantar ke pejabat mereka. Insya-Allah, mereka akan menjalankan tugas dengan baik dan juga dapat diselesaikan. Saya jangkakan dan kami jangkakan, insya-Allah kita doakan yang terbaik urusan ini dapat diselesaikan pada tahun 2025 ini agar kita senang tidak dipersoalkan di masa akan datang.

Yang Berhormat Speaker,

Seterusnya berkenaan cadangan Yang Berhormat Kemayan berkaitan penubuhan Pahang Credit Corporation bagi penyediaan Dana Mikro Pahang dengan kadar faedah rendah bagi membantu usahawan kecil sebagai modal permulaan bagi golongan muda yang ingin menceburi bidang keusahawanan terutama dalam bidang perniagaan lestari dan juga mesra alam. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah pun melaksanakan Inisiatif Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang atau lebih dikenali sebagai I-Push yang mula diperkenalkan pada tahun 2022 yang lalu. Sebagai usaha Kerajaan Negeri menyokong usahawan mikro untuk mengembangkan perusahaan dan juga mendapatkan peluang-peluang perniagaan di pasaran yang lebih baik.

Melalui inisiatif ini, sebanyak 3,366 usahawan telah pun menikmati kemudahan pembayaran tanpa faedah dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM30.56 juta yang disalurkan dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad. Berdasarkan pemantauan status semasa pelaksanaan I-Push. Cabaran utama kerajaan pada masa ini adalah untuk mengurangkan kadar pinjaman tidak berbayar NPL di kalangan peminjam. Ingin saya berkongsi sedikit mengenai I-Push. I-Push nilah, satu program yang sangat baik yang diilhamkan oleh Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar bahawa Skim I-Push ni memberi pinjaman tanpa interest… tanpa interest dan claim period, dengan izin. Tidak perlu bayar setahun diberikan kepada usahawan-usahawan ni. Ini satu perkara yang agak unik dan diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia bahawanya modul ini adalah modul yang terbaik.

Namun hari ini kita ingin memperkasakan sedikit lagi. Sebab itu kajian sedang dibuat iaitu bagaimana apabila kita dah memberikan pinjaman yang ini dan kita nak mengurangkan? Bagaimana kadar pinjaman tidak berbayar NPL di kalangan peminjam-peminjam ini? Dan pada hari ini cadangan-cadangan ini perlulah kita usahakan iaitu cadangan penubuhan Pahang Credit Corporation ini memerlukan penelitian khusus memandangkan ianya memerlukan pematuhan kepada pelbagai undang-undang, peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa berkaitan seperti Bank Negara Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan juga Kos Sara Hidup serta pelbagai agensi dan jabatan di peringkat negeri dan juga peringkat persekutuan.

Antaranya termasuklah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 20… 2002, Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Pencegahan Penggubalan Wang Haram dan juga Pembiayaan Keganasan 21 ataupu AMLA. Namun, tidak menolak cadangan yang telah pun dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat.

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, Kerajaan Negeri pada hari ini telah pun mewujudkan komitmen yang berterusan dalam agenda memperkasakan bidang keusahawanan dengan menawarkan pelbagai inisiatif dan juga insentif. Antaranya seperti geran permulaan perniagaan yang disediakan untuk kemudahan usahawan khususnya belia termasuklah yang telah seperti saya bentangkan sebelum ini iaitu antara yang program projek popular di kalangan belia iaitu Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera.

Untuk makluman Dato’ Speaker, saya pernah melalui program bukan sayalah yang jadi peserta, namun menguruskan antara program Tunas Usahawan Belia Bumiputera ini adalah satu program yang sangat menarik. 7 hari 6 malam duduk di kampung… duduk di satu tempat diberikan latihan bukan sahaja latihan secara teori, malah praktikal dari segi kewangan, kanvas perniagaannya. 7 hari 7 malam tersebut diberikan dengan pendedahan yang cukup luas kepada usahawan-usahawan belia yang berumur yang muda lagi. Ada yang baru keluar SPM, baru keluar daripada IPTA masuk dalam program Tunas Usahawan Belia ini dan salah satu contohnya, kita boleh lihat kalau di Bentong tu ada 2 usahawan patin ni iaitu asalnya hasilnya daripada Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera yang mendapat selepas sahaja habis, dia mendapat geran lebih kurang RM15,000.00 ke RM30,000.00. Geran daripada pihak SME Corp.

Ini menandakan bahawasanya pembangunan usahawan tu bermula… bermula daripada umurnya, kalau ikut saya dahulu, saya minta maaf sikit Speaker kita gali sikit. Saya dahulu kecil-kecil di FELDA Chemomoi ni saya diasuh oleh ayah saya jual petola tanam di belakang rumah yang rumah peneroka ni kita ada suku ekar belakang rumah. Ada YB Beserah tau la rumah saya dekat mana saya pun tahu rumah dia kat mana. Belakang tu tanam mungkin Beserah ingat lagi ayah dia pun saya ingat lagi saya

punya cikgu sebab saya ingat diasuh berumur bermula dengan umur 5 tahun, 6 tahun. Bawa petola keliling kampong. Boleh sahkan… YB Beserah boleh sahkan bermaksud kalau kita boleh terapkan nilai-nilai keusahawanan ini bermula umurnya dipanggil sekarang TVET bermula. Dulu zaman kita, gitu je lah. Tapi zaman hari ini dah ada zaman TVET bermula 6 tahun, bermula 10 tahun konteks keusahawanan boleh kita terapkan di dalam anak-anak kita, insya-Allah perkara itu akan berlarutan sampai ke besar.

Banyak lagilah er... program-program yang diutarakan oleh er... contohnya SME Corp dan juga TEKUN Nasional, kita ada Bank Rakyat, Amanah Ikhtiar. Amanah Ikhtiar ini satu lagi program yang sangat baik di antara mengumpulkan usahawan-usahawan terutama sekali wanita. 10 orang wanita dikumpulkan dan antara pembayar yang terbaik ini Amanah Ikhtiar ini adalah wanita. Sebab itu saya cukup kita ni sebagai lelaki memanglah pencinta wanita bahawasanya wanita dalam Amanah Ikhtiar ini bayar cukup baik tapi dia masuk tempat lain, saya tak nak sebut agensi yang mana, ada pembayar-pembayar yang paling liat minta maaflah golongan lelaki ini agak pembayar yang agak liat. Kita kena respect sikitlah wanita-wanita yang meminjam di Amanah Ikhtiar ini boleh disahkan oleh Yang Berhormat er... Sabariah yang mengatakan bahawa Amanah Ikhtiar ini sangat baik formula-formulanya.

Kemudiannya Kementerian Pertanian dan juga Industri dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang ini antara geran yang popular iaitu geran untuk usahawan belia, Geran Agropreneur Muda iaitu bermula dengan ada yang RM10,000.00, RM20,000.00 dan maksimum sampai RM30,000.00. Ini dapat diadaptasikan kalau kita boleh maklumkan kepada usahawan belia di luar sana yang terlibat dalam sektor pertanian, bukan sahaja apa nama tu... membela ikan di sangkar namun kita banyak lagi produk-produk atau boleh dibangunkan antaranya yang kita tekankan pada hari ini iaitu pembungkusan dan juga pelabelan usahawan-usahawan kita untuk peringkat yang lebih baik.

Dan seterusnya Yang Berhormat Speaker...

Speaker

Yang Berhormat...

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Ya.

Speaker

Panjang lagi?

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Sikit je lagi... sikit tapi sikit ada dua belas. Ini okey saya short short kan sikit lagi Yang Berhormat, minta maaf...

Er... sekejap.

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih Dato' Sri...

Er… supaya tidak nampak sehala sangat saya nak... nak timbul sikit soalan masa pun tak panjang ialah tentang isu tanah peneroka FELDA yang tidak ada waris er... tidak ada waris langsung dan bila dia meninggal dunia, apa mekanisme yang dibuat oleh FELDA untuk pemilikan tanah ini. Satu lagi saya mencadangkan kalau boleh dipertimbang tanah-tanah FELDA ini kadang-kadang dia dipajak. Pihak pengurusan FELDA kadang tak ada maklumat sebab mereka direct, adakah pajakan itu 20 tahun, 25 tahun. Jadi saya cadangkan satu... satu mekanisme dibentuk supaya sebarang elemen penjualan tanah FELDA atau pajakan mesti melalui pihak pengurusan FELDA. Sekurang-kurangnya FELDA ada maklumat, ada data berhubung dengan perkara ini. Terima kasih.

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih banyak Speaker dan juga terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Cheka dan saya mengambil maklum mengenai pajakan. Bolehlah saya nak er... maklum sikit dia sebenar pajak ini dia orang ini di belakang tabir dia panggil sebab er... banyak yang tak nak duduk FELDA. Dia pajak, dia keluar daripada FELDA, mungkin pajakan ini memang rugi sebenarnya memang siapa yang memajak er... tanah rancangan ni 10 ekar ni memang sebenarnya rugi. Mungkin dengan RM5,000.00, RM10,000.00 untuk 10 ekar tapi namun memang ini perkara ini dilakukan memang mengikutnya FELDA memang salah. Maksudnya siapa peneroka-peneroka yang memajakkan tanahnya kepada orang ketiga dipanggil ya orang ketiga mengikut perundangan adalah salah. Namun FELDA ini masih lagi memberikan ruang kepada mereka untuk berubah, sebab itu kita panggil konsep baru-baru ini kita ada buat er... dipanggil terma supaya FELDA kembali kepada asal supaya peneroka-peneroka ini dapat diletakkan.

Insya-Allah, Yang Berhormat Cheka kita pun dah memang ada agenda tersebut untuk kita nak memperkasakan sedikit bagaimana modul itu untuk pastikan peneroka-peneroka ini kembali kepada peneroka FELDA dan juga mengenai tadi dalam geran itu, dalam geran peneroka tetap ROH dia tetap nama peneroka asal. Ha... yang ini yang jadi ke... sekarang melalui pewarisnya tiada maksudnya dia berdua je lah, dia laki bini lepas laki tak ada isterinya pula tak ada. So mungkin yang ini pada itu telah diangkat, ada satu modul khusus yang tidak bolehlah saya bentangkan pada hari ini. Ada modul khusus pada pewaris-pewaris yang tidak ada lagi di dalam nama ROH pendaftaran dalam FELDA, insya-Allah. So saya terima kasih banyak Yang Berhormat Cheka. Dan seterusnya, saya nak mencadangkan sedikit lagilah untuk conclusion ataupun penutup... penutup pada hari ini. Tapi penutup pun ada lebih kurang dalam tujuh helai lagi, insya-Allah minta maaf. [Ahli Dewan ketawa]

Untuk makluman, sebab saya tunggu ada ramai kat luar, kita baru nak masuk hari ni ya. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, saya nak ucapkan banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar kerana memperuntukkan sejumlah RM5.5 juta untuk peruntukan bagi merancakkan pembangunan sektor-sektor usahawan negeri Pahang di mana RM5 juta peruntukan tersebut menerusi Program Usahawan Makmur, satu inisiatif utama Kerajaan Negeri dalam memperkukuhkan ekosistem usahawan setempat. Program ini merangkumi beberapa komponen penting. Pertamanya, sebanyak RM500,000.00 ha... ini orang FELDA belum dengar lagi, untungnya duduk FELDA Pahang ini kan sebab itu kena bersyukurlah kita duduk di FELDA Pahang ni diperuntukkan RM500,000.00 untuk pembangunan usahawan FELDA dan khususnya dalam menyediakan sokongan untuk ke arah pembinaan komoditi FELDA yang lebih mampan dan juga er... berdikari.

Kedua, sebanyak RM500,000.00 diperuntukkan kepada pembangunan industri halal termasuklah pensijilan halal dan juga hari ini kita nak menuju kepada halal toyyiban bukan sahaja halal malah proses halal itu pun kita nak lihat. Ketiganya, dalam aspek penjenamaan, ini antara aspek yang kita tekankan iaitu aspek penjenamaan dan juga promosi Kerajaan Negeri yang turut menyediakan RM1 juta untuk tujuan advertising dan promotion, dengan izin untuk membantu usahawan tempatan meningkatkan kehadiran jenama mereka melalui media sosial, platform digital dan juga pameran-pameran niaga. Dan kelima sebanyak RM1 juta lagi disediakan untuk dana simpanan untuk promosi atau peruntukan bersifat fleksibel bagi menyokong keperluan tidak jangka atau perkembangan program-program tambahan yang berkaitan.

Yang Berhormat Speaker,

Selain itu, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 bagi penganjuran Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2025 yang dijadualkan berlangsung pada November ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, sila letakkan dalam kalendar masing-masing, ini adalah salah satu ekspo terbesar yang akan dilaksanakan iaitu Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2025 yang dijadualkan pada bulan November nanti. Dan dengan itu bersempena jugak dengan Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil yang juga kita akan buat bersama pada November tersebut. Program ini akan menghimpunkan pelbagai segmen usahawan bukan sahaja di Pahang, malah dari seluruh Pantai Timur dan juga dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat serta memperluas jaringan niaga usahawan ke peringkat nasional dan juga peringkat antara... peringkat nasional dan peringkat nasional dan juga serantau ini. Inisiatif-inisiatif ini mencerminkan iltizam Kerajaan Negeri untuk memastikan golongan usahawan terus dibantu dan juga mampu bersaing dalam peringkat antarabangsa.

Yang Berhormat Speaker,

Kerajaan Negeri turut menyokong... menggalak dan menyokong pertubuhan sektor koperasi yang merupakan penyumbang ketiga pertumbuhan ekonomi negara. Sehingga 31 Disember 2024, sebanyak 16,284 koperasi berdaftar di seluruh negara dengan jumlah melebihi 7.2 juta orang. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, setakat 31 Disember 2024 sebanyak 1,173 koperasi berdaftar di negeri Pahang dengan jumlah aset yang direkodkan sebanyak RM1.7 bilion dengan jumlah perolehan sebanyak RM979 juta. Kerajaan Negeri melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia terus berusaha memperkasakan pertubuhan koperasi dengan menyediakan pelbagai inisiatif dan juga malah kerjasama dari semua pihak terlibat mendatangkan hasil yang sangat memberangsangkan. Untuk makluman, sebanyak RM1.058 juta dalam bentuk geran bantuan telah luluskan kepada beberapa koperasi di negeri Pahang. Pada tahun

2024, sejumlah RM7.463 juta pula diluluskan dalam bentuk pembiayaan atau pinjaman sepanjang tahun 2024 untuk koperasi-koperasi di negeri Pahang.

Suka untuk saya kongsikan di sini, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang bakal menganjurkan Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Kebangsaan di negeri Pahang yang dijangka berlangsung pada bulan September 2025. Satu lagi tarikh yang... Yang Ahli-ahli Yang Berhormat sila simpan tarikh tadi. Program ini dijangka memberi manfaat kepada 50 buah koperasi masjid di negeri Pahang dengan keanggotaan lebih kurang 6,066 anggota koperasi kariah masjid melalui kerjasama dengan koperasi-koperasi masjid di seluruh negara.

Yang Berhormat Speaker,

Izinkan saya berkongsi gerak kerja program di bawah portfolio setakat ini. Untuk makluman ahli yang bersidang Dewan Yang Mulia ini, Sekretariat Muafakat FELDA Pahang telah pun dilancar pada 13 Februari yang lalu di Auditorium RTM dan saya menyampaikan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang kerana dapat merasmikan majlis tersebut dan dihadiri lebih daripada 1,000 wakil perwakilan syarikat di peringkat negeri Pahang dan Negeri Pahang merupakan negeri yang pertama yang melancarkan Sekretariat Muafakat FELDA dan diikuti oleh negeri-negeri yang lain. Seterusnya selain daripada itu suka juga saya kongsikan bahawasanya 16,035 lot Skim Tanah Rakyat FELDA telah pun diracik demi memenuhi keperluan generasi baru FELDA yang layak. Juga Majlis Perundingan Koperasi peringkat negeri Pahang juga telah pun bersidang pada 18 Februari, antaranya membincangkan hala tuju koperasi yang lebih proaktif di negeri Pahang.

Yang Berhormat Speaker,

Sebelum saya mengakhiri penggulungan saya, saya mohon ampun dan juga maaf jika terdapat soalan-soalan tambahan yang tidak dijawab hari ini dan akan saya jawab secara bertulis. Ahli sidang Dewan Yang Mulia, saya selaku Ahli Kawasan Pelangai ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga. Kalau boleh saya nak bagi tabik spring kepada Yang Amat Berhormat er... Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy di atas sokongan dan juga dokongan terhadap keputusan dasar kelulusan bagi kerja awalan Pakej 6 Centre Spine Road antara Karak ke Simpang Pelangai.

Terima kasih banyak yang er... Dato' Sri kerana kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah pun meluluskan perkara ini yang tertangguh dan juga saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai dan juga kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan Persidangan Dewan Undangan Negeri pada kali ini. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga turut diberikan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat atas pandangan dan juga input-input yang dikongsikan sepanjang persidangan pada hari ini.

Terima kasih juga kepada semua Pegawai-pegawai Daerah, YDP-YDP, Ketua-ketua jabatan terutama sekali Yang Hormat Dato' Pegawai Daerah Bentong yang banyak membantu melaksanakan perkara-perkara dan juga Yang Hormat Dato’ YDP Majlis Perbandaran Bentong, Pengarah FELDA Pahang dan juga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Negeri Pahang di atas kerjasama dan juga komitmen yang diberikan kepada saya selama ini.

Saya turut merakamkan penghargaan kepada Koperasi Perkasa Ummah Berhad yang menjalankan perniagaan pengedaran produk kopi campuran yang berbesar hati yang

dapat hari ini yang yang er... berbeg warna biru tu adalah hasil yang mulia iaitu Encik Mohd Shamsuri bin Husein dan juga Encik Mohd Noor bin Muhammad yang ada di belakang tu. Berikan tepukan, terima kasih kepada Koperasi Ummah.

Tadi Yang Berhormat Datuk DO Dato' Aida tanya biasanya setiap kali sidang, EXCO Usahawan ni ada bawa barang. Saya kata sabar, lepas ini. Akhirnya saya menjalankan amanah untuk membawa juga produk-produk usahawan, produk-produk koperasi untuk dia. Saya mohon juga Ahli-ahli Majlis untuk uar-uarkan. Inilah produk koperasi. Inilah produk usahawan Pahang yang perlu kita uar-uarkan melalui media-media yang telah pun diberikan oleh pihak tuan-tuan dan juga puan-puan. Dan…

Dari Bentong ke pekan sehari, Jalan tenang di Bukit Tinggi, Selesai sudah mandat diberi, Di lain sidang bersua kembali.

Dengan ini saya memohon menyokong. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]

Speaker

Terima kasih, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang. Seterusnya, saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang. Sila, Yang Berhormat.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Salam sejahtera, salam perpaduan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi penggulungan ini. Terlebih dahulu, saya ingin menjunjung kasih kesisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang yang berkenan er... yang berkenan berangkat bercemar duli menyempurnakan perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang. Dan saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang atas pencapaian negeri Pahang mencatat kutipan RM1 billion selama tiga tahun berturut-turut.

Yang Berhormat Speaker,

Saya akan membahagikan ucapan saya kepada tiga sektor iaitu pelancongan, kebudayaan dan perpaduan. Untuk pelancongan, Yang Berhormat Speaker, bagi memperkasakan industri pelancongan pada tahun ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM3 juta untuk menaik taraf dan membaik pulih infrastruktur dan kemudahan pelancongan di negeri Pahang. Jadi tahun ini sebanyak 13 projek telah diluluskan er... di seluruh negeri Pahang. Selain itu, Kerajaan Negeri Pahang juga memulangkan kembali hasil yang dikutip melalui Fi Lestari untuk membangunkan sektor pelancongan. Pada tahun lepas 2024, sebanyak 45 projek telah diluluskan dengan jumlah RM6.24 juta.

Yang Berhormat Speaker,

Statistik ketibaan pelancong ke negeri Pahang pada tahun lepas 2024 telah menerima seramai 13.74 juta orang pelancong dan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 3.81% berbanding dengan tahun lepas dengan anggaran perbelanjaan pelancong mencecah RM11.88 bilion. Prestasi ini telah menjangkau sasaran yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Yang Hormat Dato' Sri Speaker. Minta maaf, Yang Berhormat Speaker,

Untuk pelancong antarabangsa, selain daripada pasaran Asia iaitu China, India dan pasaran Asia Tenggara iaitu Singapore, Indonesia dan Thailand, pasaran Eropah juga penting untuk menyumbang kepada statistik ini kerana Pahang kaya dengan tarikan pelancongan yang berasaskan alam semula jadi. Mengikut data Tourism Malaysia, Negeri Pahang telah mencatatkan kadar purata tempoh penginapan tertinggi di Malaysia iaitu AOR, dengan izin. Pada tahun lepas AOR di negeri Pahang mencatatkan 75.6% dan menunjukkan peningkatan positif sebanyak 1.5%.

Yang Berhormat Speaker,

Untuk penganjuran acara pelancongan, setiap tahun Kerajaan Negeri Pahang menerusi Tourism Pahang berusaha untuk memperkayakan acara-acara yang ada di negeri Pahang. Selain daripada acara-acara tradisional, inisiatif baru juga dilaksanakan. Pada Februari tahun ini, Kuantan 188 Base Jump Extreme Challenge berjaya diadakan untuk mempromosikan Menara Kuantan 188.

Ia menarik peserta-peserta profesional dari 13 negara. Dan akhirnya Guinness World Record berjaya dicapai dan secara terus, dia mengangkat nama Kuantan ke peringkat antarabangsa. Selain itu, Festival Selam Skuba Antrabangsa Tioman dengan izin, Tioman Scuba Divers Festival akan bakal berlangsung pada September tahun ini di Pulau Tioman. Dan acara ini dijangka akan menghimpunkan 1,500 orang penyelam skuba dari dalam dan luar negara. Menjadikannya antara festival selaman skuba yang terbesar di Malaysia. Festival ini juga penting untuk memperkenalkan Pulau Tioman sebagai lokasi selaman skuba bertaraf antarabangsa yang kaya dengan biodiversiti marin. Kita yakin melalui festival ini ianya dapat memberi limpahan manfaat ekonomi kepada komuniti setempat.

Tidak lupa juga pada bulan Ramadan yang lepas, Tourism Pahang juga menganjurkan Pesta Pelita Raya Pahang 2025 di kesemua daerah di negeri Pahang dengan objektif untuk memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri serta mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat. Pesta ini turut menampilkan pelbagai pengisian menarik seperti pertandingan pelita, persembahan kebudayaan, jualan makanan dan produk tempatan yang mampu menarik minat pelancong ke negeri ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua agensi kerana telah bersama untuk menjayakan pesta pelita ini dan ramai yang tertanya-tanya sebab kita ada pertandingan pelita dan saya nampak hari ini kita ada Yang Amat Berhormat di sini, rakan-rakan Yang Berhormat di sini, Dato'-Dato' DO pun ada di sini, Pengurus Besar Tourism Pahang pun ada sini, Ketua-ketua jabatan pun ada di sini. Dengan ini saya mohon izin Yang Berhormat Speaker untuk saya mengumumkan keputusan yang dinanti-nantikan. Jadi dengan ini saya mohon Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh tepuk meja sekiranya untuk meraikan kemenangan sekiranya pemenang dari daerah Yang Berhormat, tepuklah lagi kuat.

Tapi sebelum mengumumkan keputusan, saya juga mengucapkan terima kasih kepada para juri yang terdiri daripada 5 agensi iaitu MOTAC Pahang, JKKN Pahang, Jabatan Perpaduan, Jabatan Bomba dan juga UCYP. Dengan ini, 5 kriteria juga diambil kira iaitu kriteria pencahayaan dan keseluruhan tema, kriteria kreativiti, inovasi dan penggunaan bahan, kriteria estetika, keindahan visual dan keaslian, kriteria keselamatan, kebersihan dan kekemasan, kriteria er... keterlibatan dan semangat komuniti. Dengan ini, keputusan adalah, tempat ke-5 yang akan ambil yang akan membawa balik hadiah tunai RM3,000.00 adalah daerah Rompin [Ahli Dewan menepuk meja]. Tempat ke-4, dengan hadiah tunai RM5,000.00, daerah Temerloh, tahniah [Ahli Dewan menepuk meja]. Tempat ke-3, dengan hadiah tunai RM10... RM10,000.00, [Ahli Dewan ketawa] mintak maaf, dari daerah Bandar Lestari daerah Kuantan [Ahli Dewan menepuk meja] dan tempat kedua hadiah tunai RM15,000.00 Daerah Bentong [Ahli Dewan menepuk meja] dan akhirnya johan tempat pertama dengan hadiah tunai RM20,000.00 di Daerah Jerantut [Ahli Dewan menepuk meja] dan kita juga ada satu kategori undian awam di mana video yang paling banyak yang dapat paling banyak likes di TikTok Tourism Pahang adalah Daerah Jerantut [Ahli Dewan menepuk meja]. Tahniah, syabas… syabas saya ucapkan kepada Tourism Pahang dan diharap acara ini akan diadakan… dijadikan acara tahunan untuk bersama-sama kita masyarakat pelbagai kaum kita bersama-sama meraikan perayaan ini.

Yang Berhormat Speaker,

Untuk menyalurkan maklumat pelancongan kepada agensi pelancongan, pelabur dan pengusaha dan juga membina hubungan strategik, Kerajaan Negeri perlu aktif untuk mengambil bahagian dalam eksposisi pelancongan luar dan dalam negara. Jadi selain daripada eksposisi yang kita biasa mengambil bahagian di Eropah ataupun di UAE, tahun ini kita juga akan menerokai pasaran Jepun dan India.

Yang Berhormat Speaker,

Pahang merupakan negeri pertama yang menyediakan Perlindungan Insurans Kelompok kepada Pengusaha Pelancongan. Untuk fasa pertama melebihi 800 orang Pengusaha Pelancongan telah dapat manfaat untuk Perlindungan Insurans Kelompok yang merangkumi Pemandu Pelancongan, Pemandu Bot Pelancongan, Malim Gunung. Jadi tahun ini untuk fasa kedua, kita berterima kasih kerana Kerajaan Negeri Pahang telah memperluaskan lagi perlindungan ini kepada golongan pengusaha Homestay Negeri Pahang dengan jumlah peruntukan RM300.00 dan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang prihatin dengan kebajikan penggiat industri pelancongan di Pahang.

Yang Berhormat Speaker,

Saya juga berterima kasih kepada Jabatan MOTAC Pahang yang turut komited untuk meningkatkan sektor pelancongan di negeri Pahang. Bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan produk, pelbagai program dan libat urus dianjur bersama pemain industri termasuk Pengusaha Homestay, Program Pelancongan Pelajar (K3P), Kursus... Kursus Mesra Malaysia di bawah ASEAN Community Based Tourism Standard. Tiga produk di grade peringkat ASEAN iaitu Homestay Desa Murni, Sahabat Alam Tampik Janda Baik dan Kuala Sat Community Based Ecotourism. Selain itu…

Homestay Desa Murni itu bukan di Kerdau?

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Tahniah kepada Yang Berhormat Kerdau. Betul, ini memang pemenang anugerah di peringkat ASEAN. Yang Berhormat Dato' er... Yang Berhormat Speaker, kita juga turut berterima kasih kerana Kerajaan Negeri Pahang bersama MOTAC Pahang kita terus bersama untuk dapatkan peruntukan infra daripada MOTAC yang semakin bertambah tahun demi tahun. Tahun 2022 kita dapat RM693,000.00. Tahun 2023, kita dapat RM2.43 juta. Tahun lepas RM3.48 juta dan tahun ini kita mencecah RM7.77 juta iaitu peningkatan berkali ganda sebanyak 120%. Usaha-usaha ini merupakan sebahagian daripada persediaan menyeluruh untuk melonjakkan lagi industri pelancongan negeri, memperkukuh ekosistem sedia ada dan memberikan impak ekonomi yang mampan kepada rakyat negeri Pahang.

Yang Berhormat Speaker,

Untuk Tourism Malaysia Wilayah Timur juga turut memberi sokongan kepada negeri Pahang. Pada tahun ini, mereka merangka strategi untuk mempertingkatkan kadar penginapan pelancong sedia ada dengan memberi sasaran kepada pelawat harian dengan izin, day tripper untuk bermalam di Pahang dan juga mempertingkatkan sesi libat urus dengan pemain industri pelancongan bagi mengemas kini serta mendapat maklum balas berhubung strategi promosi dan pemasaran dan berkongsi maklumat berhubung bantuan dan insentif yang ada yang ditawarkan oleh kerajaan.

Yang Berhormat Speaker,

Bagi Perbadanan Taman Negeri Pahang, tahun ini mereka giat untuk ke arah mendapatkan pengiktirafan UNESCO Global Geopark di Lipis. Selain itu, sebuah Galeri Lipis Geopark juga dalam proses untuk disiapkan berhampiran Stesen Keretapi Bandar Kuala Lipis. Galeri ini akan memapar... memaparkan keunikan tapak geologi, tapak biologi dan budaya yang ada di Lipis Geopark.

Yang Berhormat Speaker,

Untuk sektor kebudayaan. Seni budaya merupakan teras identiti dan jati diri kepada masyarakat Malaysia dalam mengukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara kita. Secara lazimnya, program dan aktiviti yang dirancang adalah selaras dengan dasar kebudayaan negara yang berteraskan budaya nilai tinggi, pembangunan dan pengembangan, pemerkasaan dan kecemerlangan budaya. Untuk tahun ini, Program Seni Budaya yang akan dilaksanakan adalah Festival Kesenian Pribumi Antarabangsa 2025, Perantisan Gamelan, Penyelidikan Wau Pungguk, Bimbingan Seni, Tarian Teater, Majlis Apresiasi Bimbingan Seni, Anugerah Seni Negeri, Senam Seni 2.0, Colours of Malaysia, Satelit Seni Budaya, Budaya @komuniti dan sebagainya. Adalah diharapkan bahawa program seni budaya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan memberi impak yang menyeluruh kepada masyarakat di negeri Pahang.

Yang Berhormat Speaker,

Kraf merupakan agenda pembangunan sosial dan ekonomi rakyat yang berupaya untuk meningkatkan kualiti hidup. Mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana ekonomi rakyat. Antara inisiatif yang dirancang adalah, pertama Inisiatif Pendigitalan Kraf. Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh download apps daripada Google Store atau daripada Google Store ataupun iPhone iaitu Craft on The Go 2.0 sebab apps ini adalah satu apps yang mengandungi komponen seperti profil usahawan kraf, keterangan & imej produk kraf dan maklumat media sosial serta lokasi premis usahawan kraf.

Yang kedua adalah MyCraftShoppe ini menawarkan perkhidmatan jual beli secara online dan merupakan satu hab informasi berkaitan industri kraf negara. Yang ketiga E-Kraf Bazar, ini adalah inisiatif untuk pemasaran dalam talian untuk mempromosi dan memasarkan produk kraf tempatan. Dan keempat mycraftmuseum.com, ini adalah maklumat berkaitan seni kraf negara dengan lebih meluas. Setakat Mac 2025, jumlah usahawan kraf yang berdaftar dengan kraftangan Malaysia di Pahang adalah 225 orang. Jumlah pekerja dalam bidang kraf adalah 625 orang. Untuk apps Craft on The Go, seramai 174 orang. Untuk E-Kraf Bazar, kita ada 300 er... 305 orang dan MyCraftShoppe adalah 78 orang. Jadi dengan ini saya mohon jasa baik Yang Berhormat-Yang Berhormat sekiranya di kawasan masing-masing ada usahawan-usahawan kraf yang berminat berdaftar dengan Kraftangan Malaysia sila hubungi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Ada cawangan di Pahang di Kuantan.

Yang Berhormat Speaker,

Jabatan Warisan Negara bawah MOTAC berperanan untuk penetapan dan pendaftaran tapak object dan underwater heritage sebagai warisan. Mana-mana butiran yang mempunyai nilai warisan yang sangat tinggi akan dicadangkan untuk diwartakan sebagai warisan kebangsaan. Jadi dengan pencapaian dalam dan pengiktirafan butiran warisan ini boleh dinilai sebagai sumbangan kepada pembangunan ekonomi negeri dan membantu dalam pembangunan produk pelancongan berasaskan warisan sejarah budaya bagi negeri Pahang. Jadi di negeri Pahang, terdapat 9 tapak telah diwartakan. Di Lipis ada empat, Kuantan tiga, Pekan satu, Jerantut satu.

Manakala untuk butiran warisan kebudayaan tidak ketara di negeri Pahang, terdapat 19 produk yang dapat pengiktirafan warisan kebangsaan. Jadi, selain daripada usaha pewartaan ini, Jabatan Warisan Negara juga mengadakan Program-program Semarak Warisan dan Pelestarian Warisan seperti Program Semarak Warisan Tunas Asuhan Warisan di SK Nenasi, Pekan. Penyelidikan dan dokumentasi butiran warisan seperti Pekan Sehari Temerloh, Rumah Melayu Pahang, Makanan Warisan Negeri Pahang dan kajian… dan kajian dilapidasi Bangunan Warisan Pahang.

Yang Berhormat Speaker,

Untuk perpaduan, perpaduan bermaksud kesatuan, keharmonian dan kerjasama antara individu dan kumpulan dalam satu masyarakat tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, budaya dan latar belakang. Jadi dengan erti kata lain, perpaduan adalah hidup bersama dengan aman. Kita saling menghormati, bertolak ansur dan bekerjasama untuk kebaikan bersama. Pada kesempatan ini, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah atas kesudian untuk menghadiri Program Gerak Rahmah 2025 Jom Masak bumbuk… Bubur Lambuk Perpaduan Negeri Pahang pada Mac yang lalu. Program ini berjaya

mendapat sambutan yang amat membanggakan di kalangan komuniti setempat dan kawasan Rukun Tetangga KRT yang berbilang bangsa. Selain itu, ia menggambarkan semangat muhibah yang jelas di masyarakat negeri Pahang.

Seterusnya, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan menganjurkan sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Pahang pada 9 hingga 11 Mei bertempat di Dataran Bentong. Program ini penting untuk menggalakkan perkongsian silang budaya di kalangan masyarakat. Jadi dengan ini semua Yang Berhormat-Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dijemput untuk hadir bersama. Selain itu, sekitar bulan Jun, sambutan Jubli Emas 50 Tahun Rukun Tetangga Peringkat Negeri Pahang juga akan dilaksanakan untuk meraikan detik bersejarah ini. Lima dekad kewujudan Rukun Tetangga adalah bukti nyata bahawa pendekatan komuniti berasaskan nilai kebersamaan saling menghormati dan hidup secara muafakat masih relevan dan terus menjadi teras keharmonian sosial di negeri ini.

Yang Berhormat Speaker,

Kita dapat lihat bahawa iklim perpaduan kini sangat mencabar. Pada ruang dan kesempatan ini saya mohon agar setiap warga Pahang kita membudayakan konsep faham, hormat dan terima, meraikan kepelbagaian sehingga akhirnya iklim keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan dinikmati bersama.

Yang Berhormat Speaker,

Bagi Perbadanan Muzium Negeri Pahang, perancangan tahun ini adalah pameran Wind Craft Become Attitude Wayang Dunia di Muzium Seni Kontemporari, Kuantan. Kolokium Sejarah Maritim Alam Melayu dalam peta dunia dan juga pelbagai projek pembangunan pembinaan sedang dilaksanakan iaitu Projek pembangunan Pulau Beram, Pekan. Projek Pembangunan Perkampungan Al-Asar (Pekan Circle), Pekan lama. Kerja-kerja konservasi dan menaik taraf Istana Leban Tunggal, Pekan dan juga menaikkan pameran bagi Muzium Tenun Pahang Diraja dan Pusat Repositori Kuantan yang dijenamakan semula sebagai MOCA Plus dan Muzium Tunku Azizah.

Yang Berhormat Speaker,

Untuk memupuk semangat patriotik serta jati diri, Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang juga melaksanakan pelbagai program antaranya Program Citra Merdeka dan Kelestarian Makanan tradisi Negeri Pahang sempena Eksplorasi Rukun Negara. Melaksanakan sembilan pameran melibatkan agensi kerajaan, IPTA, IPTS serta sekolah-sekolah. Contohnya, pameran bersempena bulan… Bulan Kemerdekaan, Hari Malaysia, pameran di Program Kembara Ini Warisan Kita, pameran sempena sambutan Minggu Perpaduan dan sebagainya. Jadi, diharap Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang dapat terus memelihara dan memulihara bahan arkib yang bernilai kekal untuk sebagai rujukan dan kelestarian warisan negara.

Yang Berhormat Speaker,

Untuk menggalakkan budaya membaca, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah melaksanakan pelbagai program. Jadi mengikut statistik tahun 2024, untuk seluruh Perpustakaan Awam Pahang bawah PPAP, keahliannya ada 10,825 orang pengunjung. Ada 497,143 orang, pinjaman buku 330… 352,920 naskhah dan sebanyak 5,182 aktiviti dirancang dan dilaksanakan untuk menggalakkan pembaca. Perpustakaan selalu dikaitkan dengan buku dan bahan bacaan bercetak. Namun, seiring dengan perkembangan teknologi, fungsinya telah berkembang jauh selebih itu.

Kini, perpustakaan juga menyediakan pelbagai perkhidmatan digital seperti akses kepada pangkalan data atas talian u-Pustaka yang membolehkan pengguna mengakses maklumat dari pelbagai sumber dan pelbagai kemudahan seperti sudut e-sport. Bilik aspirasi remaja VR telah berjaya menarik minat golongan kanak-kanak dan belia untuk datang ke perpustakaan.

Bagi tahun ini, Pahang Book Run dan Pesta Buku Pahang telah dirangka dan akan dijalankan pada bulan Oktober. Dengan ini, diharap Yang Berhormat dapat turun kita menyokong usaha ini menjadikan Pahang sebagai negeri contoh dalam aspek literasi dan kecemerlangan ilmu.

Yang Berhormat Speaker,

Kali ini teks penggulungan saya agak panjang sebab dia dapat input daripada 12 agensi bawah portfolio saya di mana saya nampak ada agensi-agensi yang mungkin rakan-rakan Yang Berhormat tidak familiar tapi saya rasa ini adalah peluang baik untuk usaha-usaha mereka dilihat dan dihargai. Dengan ini, saya mohon maaf bahawa disebabkan kesuntukan masa, mungkin saya tidak sempat untuk menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan Yang Berhormat masa perbahasan. Tapi soalan ini akan dijawab secara bertulis. Jadi sebagai penutup saya mohon jasa baik semua pihak, kita terus bekerjasama, bersatu tenaga, hidup harmoni dengan pelbagai usaha yang telah dilaksanakan dan dirancang. Saya yakin negeri Pahang akan terus menjadi penyumbang utama kepada kejayaan sektor pelancongan, kebudayaan dan perpaduan negara.

Jadi dengan ini saya akhiri ucapan saya dengan 3 buah pantun. Terima kasih kepada agensi yang menyediakan pantun ini. Saya harap saya boleh lakukan.

Tumbuh rendang masak berbuah, Sambil makan menjamu selera, Selamat bersidang, selamat berhujah, Demi Pahang makmur sejahtera.

Dibelek-belek sirih junjung, Kapur pun ada bersama pinang. Seni dikolek budaya dijunjung, Warisan negeri sama dijulang.

Sinar cahaya menyuluh desa, Terik mentari memberi sinar, Seni budaya identiti bangsa, Jati diri terus menyinar.

Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang. Seterusnya, saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang. Sila, Yang Berhormat.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat… Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail. Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang, Ketua-ketua jabatan, rakan-rakan Media serta tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Salam sejahtera semua.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Saya mengambil kesempatan ini menjunjung kasih seterusnya kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang atas limpah perkenan Baginda mencemar Duli berangkat ke Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15 Tahun 2025 pada 18 April 2025 bersama 20 Syawal 1446 Hijrah diiringi oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang. Sesungguhnya titah ucapan serta saranan baginda Tuanku bukan sahaja meliputi segenap aspek pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat, malah turut menggambarkan keprihatinan dan hikmah ke… pemerintahan baginda. Kebijaksanaan dan kewibawaan baginda dalam memimpin negeri wajar dijadikan teladan dan pedoman oleh semua pihak. Menjunjung titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang semasa merasmikan Persidangan Dewan pada 18 April 2025 yang lalu, Baginda menzahirkan penghargaan terhadap pencapaian ekonomi negeri yang memberangsangkan serta penekanan kepada keperluan memperkukuhkan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Titah Baginda turut memberi pengenalan penekanan kepada usaha menoktahkan kemiskinan tegar, meningkatkan peluang pekerjaan dan memperkasakan pergerakan social. Sekarang amanat ini amat selari dengan tekad Portfolio Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia untuk memastikan kebajikan rakyat meningkat peningkatan taraf hidup serta hak-hak pengguna terus dilindungi. Justeru, pihak kami akan terus memperhebatkan inisiatif bersasar, memperkukuhkan kerjasama antara agensi dan mendekati rakyat selalu. Pendekatan yang menyeluruh dan berimpak tinggi agar tidak warga Pahang yang terpinggir daripada arus pembangunan negeri. Sebagai pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh portfolio saya. Setiap pandangan, teguran dan cadangan yang dikemukakan amat dihargai dan akan diberikan perhatian yang sewajar demi kebaikan bersama.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Untuk Portfolio Hal Ehwal Pengguna, Kerajaan Negeri sentiasa memberikan perhatian serius dalam menumpukan usaha-usaha bagi mengawalkan harga bekalan barangan keperluan harian di negeri Pahang sentiasa mencukupi di pasaran untuk kegunaan rakyat di Pahang. Pelbagai perancangan dan program yang menyeluruh dirangka untuk memastikan keperluan harian adalah mencukupi.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup lebih dikenali KPDN Negeri Pahang sentiasa menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan seperti pemeriksaan dan pemantauan ke atas premis-premis perniagaan bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan

seterusnya menangani hak-hak pengguna. Sehingga 21 April 2025, sejumlah 30,539 premis perniagaan setakat ini telah diperiksa. Di mana sejumlah 438 kes setakat ini telah dihasilkan dengan nilai rampasan berjumlah RM397,822.11 dan kutipan kompaun berjumlah RM70,600.00. Selain itu KPDN melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan bagi mengawal harga barangan keperluan semasa musim perayaan. KPDN Negeri Pahang juga giat melaksanakan pemeriksaan Kempen Kita Gempur secara gerakan massa sebagai usaha strategik, mencegah ketirisan barangan kawalan dan subsidi.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Untuk Program Jualan Makmur Negeri Pahang yang semua telah ketahui. Di bawah Program Jualan Makmur Kluster Perayaan, Kerajaan Negeri Pahang setakat ini telah memperuntukkan sejumlah RM2.52 juta sebagai langkah proaktif untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat khususnya… khususnya menjelang musim perayaan. Inisiatif ini memberi peluang kepada rakyat negeri Pahang untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga yang lebih rendah berbanding dengan harga pasaran. Hasil subsidi yang didagangkan ditanggungkan oleh Kerajaan Negeri. Pada 17 April 2025, saya telah berjumpa dengan Menteri KPDN di Putrajaya, Datuk Amizan Mohd Ali. Dia telah menyokong dan memuji inisiatif Kerajaan Negeri Pahang dalam menjalankan Program Jualan Makmur.

Untuk makluman Ahli Dewan, jualan seperti ini hanya di Malaysia ya, hanya tiga negeri sahaja iaitu Pahang, Johor dan juga Selangor yang melaksanakan Program Jualan jenama ini er… Makmur ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dalam menyokong program seperti ini. Inisiatif selari dengan pengumuman Menteri Besar Pahang dalam pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2025. Di mana Jualan Makmur Kluster Perayaan ini dikenal pasti sebagai antara strategi penting dalam memperkukuhkan jaringan keselamatan kos sara hidup rakyat. Melihatkan sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Pahang, Kerajaan Negeri akan meneruskan program ini bagi sambutan perayaan utama yang akan datang seperti Deepavali dan Krismas.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

KPDN Pahang melaksanakan Program Jualan Rahmah yang di bawah inisiatif Payung Rahmah bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat. Program ini bekerjasama dengan pemain industri sektor peruncitan seperti pasar raya dan hypermarket yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian antara 10 hingga 30% lebih murah daripada harga pasaran tempatan. Untuk tahun ni, setakat 22 hari bulan April 2025, bilangan pelaksanaan Jualan Rahmah di negeri Pahang adalah sejumlah 431 program dengan pecahan mengikut model-model pelaksanaan dalam premis. Sejumlah 130 lokasi di luar premis. Sejumlah dua lokasi dan secara bergerak sebanyak 246 lokasi. Bagi memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat pelaksanaan program ini, lokasi masing-masing. Mereka boleh melayari Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kos Sara Hidup Negeri Pahang.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia merupakan alternatif kepada mahkamah sivil untuk pengguna membuat tuntutan tebus rugi berkenaan dengan barangan atau perkhidmatan secara murah, mudah dan cepat. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia berfungsi untuk mendengar atau mengadili tuntutan dengan bebas, adil, saksama

serta pada masa yang sama membangunkan undang-undang berhubung perlindungan pengguna. Dalam hal ini, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia mempunyai bidang kuasa mendengar tuntutan tebus rugi bagi pembelian barangan dan perkhidmatan yang dibenarkan di bawah bidang kuasa seperti diperuntukkan di bawah Akta 599 yang jumlah tidak melebihi RM50,000.00 dan tuntutan yang berbangkit dalam masa tiga tahun dari tarikh kejadian. Orang ramai boleh dapat… mendapatkan maklumat sekiranya ingin membuat tuntutan secara terus dengan adil di kaunter Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia di negeri Pahang di Pejabat KPDN Negeri Pahang.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Untuk Portfolio Sumber Manusia. Pihak Kerajaan Negeri sentiasa memberikan perhatian kepada keperluan tenaga buruh dan pasaran pekerjaan rakyat di negara ini. Berdasarkan statistik yang telah direkodkan oleh PERKESO Negeri Pahang, sepanjang tahun 2024 sebanyak 8,356 pekerjaan atau 3... 32.8% dari 25,475 pencari kerja yang berjaya mendapat… mendapatkan pekerjaan telah direkodkan di negeri Pahang melalui portal pencarian pekerja nasional iaitu portal MyFutureJobs. Jumlah ini meningkatkan berbanding pencapaian tahun sebelum ini sebanyak 604… 6,450 pekerjaan iaitu 21.8% daripada 30,012 pekerja…pencari kerja aktif yang direkodkan. Keberhasilan ini di sumbangan melalui lebih 200 aktiviti temuduga telah diusahakan sepanjang tahun 2024. Bagi meneruskan usaha tersebut, sebanyak 1,610 peluang pekerjaan aktif di negeri Pahang yang juga telah tersedia buat masa ini untuk dimohon oleh semua pekerja, pencari kerja terlibat. Selain peluang pemadanan pekerja ini melalui MySTEP atau MyMidCareer40.

Selain itu, Perkeso juga aktif membantu pekerja dan majikan yang terkesan dengan risiko pembuangan kerja. Sekiranya ada pekerja-pekerja yang terlibat dengan risiko berhenti ini, boleh dibantu oleh di bawah Sistem Insurans Pekerja Perkeso. Terdapat bantuan kewangan iaitu elaun mencari pekerjaan yang tersedia buat pekerja yang layak dengan kelayakan maksimum selama enam bulan tertakluk kepada syarat caruman sedia ada. Dengan syarat pekerja terlibat, bersedia dan aktif melakukan aktiviti pencarian pekerjaan yang diperlukan untuk mencari pekerjaan yang baru. Bagi membantu memperluaskan perlindungan keselamatan sosial kepada semua golongan pekerja termasuk golongan pekerja sendiri.

Perkeso Negeri Pahang dengan kerjasama pelbagai agensi dan persatuan juga sedang giat mempromosikan inisiatif Kerajaan Persekutuan iaitu Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Belanjawan 2025. Inisiatif ini menyasarkan golongan pekerjaan sendiri untuk mendapatkan geran di bawah SPS padanan caruman 3.0 iaitu subsidi sebanyak 70%... 70%... 70%, betul bagi caruman di bawah SK… SPS & juga SPS Madani 3.0. Untuk geran Perlindungan 100% bagi kumpulan pekerjaan sendiri yang disasarkan seperti anggota sukarelawan, badan beruniform, perkhidmatan rumah ibadat, dan penyelidik petugas pemulihan komuniti. Inisiatif ini telah bermula pada 9 haribulan April 2025 dan boleh diperolehi melalui mana-mana pejabat Perkeso berhampiran.

Yang Berhormat Tuan Speaker…

Mohon pencelahan sikit boleh tak, Yang Berhormat? Celah sikit. Yang tadi okey, satu usaha yang baik untuk mem… memberikan perlindungan kepada khidmat

sukarelawan termasuk er… rumah ibadat. Adakah ianya juga ter… terpakai kepada imam, bilal di masjid-masjid yang boleh di… dimasukkan dicarumkan dalam perlindungan takaful itu? Terima kasih.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Beserah. Memang boleh.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, izinkan saya sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan, teguran dan cadangan sepanjang sesi perbahasan yang menyentuhkan portfolio saya. Pandangan-pandangan tersebut amatlah bernilai dan akan diberi perhatian serius demi memperkasakan usaha kita dalam menjaga kebajikan rakyat dan memperkukuhkan ekonomi negeri khususnya dalam aspek kepenggunaan dan pembangunan sumber manusia.

Sesungguhnya portfolio ini menyentuh secara langsung aspek kesejahteraan rakyat daripada kawalan harga barangan keperluan harian, perlindungan hak pengguna sehinggalah kepada penyedia peluang pekerjaan dan keselamatan sosial golongan pekerja. Maka menjadi tanggungjawab kami untuk terus mempergiatkan usaha dengan penuh integriti dan tangkas menghadapi cabaran semasa khususnya dalam era digital dan serba mencabar ini.

Saya bersama seluruh pasukan serta agensi-agensi pelaksana di bawah bidang kuasa portfolio ini akan terus komited melaksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin. Kami amat mengalu-alukan kerjasama berterusan daripada semua pihak termasuk Wakil Rakyat, agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan seluruh warga Pahang dalam menjayakan matlamat bersama membina masyarakat yang makmur, sejahtera dan berdaya tahan. Sebagai tanda penutup, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun. Ini first time eh.

Rakyat dijaga siang dan malam, Amanah dipikul dengan berani, Negeri dibina dengan azam, Demi masa depan saya harmoni.

Dengan penuh takzim, saya menyokong usul menjunjung kasih titah sultan tuanku… tuanku sultan. Sekian, terima kasih. [Ahli Dewan menepuk]

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang. Seterusnya, saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang. Sila, Yang Berhormat.

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan

Negeri. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin… keizinanNya dapat kita bersama-sama dalam dewan yang mulia pada hari ini. Ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh portfolio saya, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang.

Di kesempatan ini, patik ingin menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kesisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah yang telah menyempurnakan Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang ke-15 yang… yang pada hemat patik, titah yang penuh wibawa ini bukan sahaja mencerminkan keperihatinan baginda terhadap kemajuan negeri bahkan turut mengangkat nilai-nilai integriti, tanggungjawab sosial dan keadilan untuk semua rakyat.

Tuan… Yang Berhormat Tuan Speaker,

Kerajaan Negeri memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat sepertimana yang dizahirkan dalam Belanjawan Negeri Pahang 2025. Usaha menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat menjadi fokus utama Kerajaan Negeri bagi membela nasib mereka yang terkesan dari segi pendapatan dan juga kualiti hidup. Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang akan meneruskan usaha dalam menangani isu-isu semasa bagi memastikan kesejahteraan rakyat diutamakan.

Pada tahun 2025, Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang telah menyediakan inisiatif dan bantuan yang memberi manfaat kepada rakyat khususnya kumpulan sasar JKM untuk dilaksanakan pada tahun 2025 seperti berikut.

Yang pertama adalah menjamin kebajikan masyarakat. Kerajaan Negeri memberi fokus kepada kesejahteraan rakyat di mana penekanan kepada aspek kebajikan dan keperluan rakyat termasuk kebajikan warga emas dan orang kurang upaya. Di antara program-program yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut. Yang pertama bagi memastikan golongan warga emas dan OKU mendapat sokongan sosial yang sewajarnya dalam komuniti, Program Khidmat Bantu Di Rumah yang dikenali sebagai (KBDR) diteruskan lagi pada tahun 2025 dengan peruntukan berjumlah RM1.9 juta yang akan memberi manfaat kepada seramai 4,632 orang penerima bantuan dari kalangan warga emas dan OKU dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wanita Pahang dan juga gabungan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan.

Program KBDR merupakan satu program yang memberi khidmat sokongan sosial kepada warga emas dan OKU terutama bagi mereka yang tinggal bersendirian atau bersama ahli keluarga yang memerlukan bantuan dan sokongan sosial. Ianya merupakan program yang memastikan golongan warga emas dan OKU yang memerlukan dapat disantuni demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka. Seterusnya, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) adalah rakan strategik Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberikan perkhidmatan berbentuk pembangunan, pemulihan dan pengintegrasian kepada OKU.

Justeru, bagi meningkatkan penglibatan dan penghargaan kepada PPDK, Kerajaan Negeri meneruskan pemberian secara one-off pada tahun 2025 kepada penyelia, petugas dan pelatih di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti dengan jumlah sebanyak RM595,000.00 kepada seramai 1,925 orang penyelia, petugas dan pelatih.

Peruntukan RM170,000.00 diberi kepada penyelia dan pelatih seramai 293 orang. Manakala peruntukan sebanyak RM425,000.00 diberikan kepada pelatih seramai 1,632 orang. Pemberian one-off kepada penyelia dan petugas PPDK adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada mereka. Selain itu, pemberian ini juga adalah untuk meningkatkan motivasi petugas supaya terus bekerja di PPDK dan aktif dalam melaksanakan program untuk pembangunan terhadap pelatih OKU manakala pemberian one-off kepada PPDK bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para pelatih yang telah mengikuti program di PPDK sepanjang tahun.

Pemberian tunai oleh Kerajaan Negeri Pahang sebanyak RM200.00 seorang juga adalah dapat meningkatkan motivasi pelatih untuk terus hadir dan aktif dalam setiap program yang diadakan oleh PPDK dan seterusnya Inisiatif Pahang Makmur. Inisiatif Pahang Makmur… Inisiatif Makmur Pahang… terbalik pula. Inisiatif Makmur Pahang 2025 dilaksanakan secara bersasar dan melibatkan penerima yang lebih ramai iaitu yang pertama penerima Inisiatif Makmur Pahang Kluster B40. Kerajaan Negeri sangat prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan anak-anak yatim.

Sehubungan itu, anak-anak yatim di pusat jagaan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang akan menerima bantuan sebanyak RM250.00 seorang melibatkan 400 penerima dengan jumlah peruntukan sebanyak RM100,000.00. Bantuan bertujuan untuk menjaga kebajikan anak-anak yatim di pusat jagaan yang berdaftar dengan JKM. Inisiatif juga... ini juga adalah untuk menggalakkan pertubuhan sukarela kebajikan untuk menubuhkan pusat jagaan anak-anak yatim dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Akta Pusat Jagaan 1993.

Penerima Inisiatif Pahang Makmur Kluster Umum, berdasarkan unjuran yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysia dijangka akan mencapai status negara menua pada tahun 2030 iaitu 15% penduduk adalah terdiri daripada warga emas yang berumur 60 tahun ke atas. Sehubungan dengan itu, sebagai salah satu persediaan kepada situasi ini, Kerajaan Negeri Pahang telah memperkenalkan inisiatif pemberian subsidi untuk pembedahan katarak mata kepada warga emas pada tahun 2024 dan inisiatif ini diteruskan lagi pada tahun 2025 kepada warga emas, yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1 juta dan mensasarkan seramai 655 pene... penerima yang akan menerima manfaat.

Inisiatif ini bertujuan untuk memberi peluang kepada warga emas yang menghadapi masalah penglihatan akibat katarak mata dan tidak berkemampuan mendapatkan rawatan melalui pembedahan mata. Melalui pembedahan mata ini, warga emas dapat meningkatkan keupayaan untuk hidup berdikari dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan hidup mereka.

Pada tahun 2025, Kerajaan Negeri juga telah meneruskan inisiatif pemberian kad kesihatan yang kita namakan kad kesi… Kad Kesihatan Kasih Makmur kepada warga emas dan juga orang kurang upaya. Bagi pelaksanaan inisiatif ini, peruntukan fasa pertama berjumlah RM5 juta telah disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Program Kasih Makmur ini. Seramai 36,693 orang warga emas dan OKU yang berkelayakan akan menerima manfaat daripada inisiatif ini.

Inisiatif Kad kesihatan Kasih Makmur adalah bertujuan untuk meningkatkan akses warga emas kepada perkhidmatan kesihatan swasta. Inisiatif ini berupaya memudahkan urusan warga emas dan OKU untuk mendapatkan rawatan awal dan asas di 150 buah klinik panel swasta yang telah dilantik di seluruh negeri Pahang, di samping dapat mengurangkan kesesakan di klinik kesihatan kerajaan. Program ini berupaya meningkatkan kualiti kesihatan dan tahap kesejahteraan warga emas di

negeri Pahang dan dengan itu juga Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan perkhidmatan bantuan kewangan kepada golongan berkeperluan yang bersifat sementara. Bantuan ini bagi membantu individu atau keluarga pemohon yang berkeperluan agar dapat meneruskan kehidupan yang ba… yang lebih baik dan berkualiti.

Kadar bantuan kewangan JKM pada tahun 2025 telah dinaikkan berbanding kadar bantuan kewangan 2024. Kenaikan kadar bantuan ini adalah mengikut Belanjawan Tahun 2025. Antara skim bantuan kewangan dan kadar bantuan yang disediakan oleh JKM adalah seperti berikut. Yang pertama Bantuan Kanak kanak, kadar bantuan minimum RM100.00 sebulan telah dinaikkan kepada minimum RM200.00 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1,000.00 sebulan.

Yang kedua, Bantuan Warga Emas. Kadar bantuan RM500.00 sebulan telah dinaikkan kepada RM600.00 sebulan, dan seterusnya Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak... Tidak Berupaya Bekerja, kadar bantuan RM300.00 sebulan. Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya, kadar bantuan RM450.00 sebulan. Bantuan Penjagaan Orang Kurang... Kurang Upaya, Terlantar ataupun Sakit Kronik dan Pesakit Kronik... Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar, kadar bantuan RM5,000.00 sebulan dan Bantuan Am Negeri, kadar bantuan RM350.00 sebulan.

Keseluruhan penerima bantuan kewangan JKM sehingga bulan Mac 2025 adalah sebanyak 30,456 orang penerima dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM14,118,800.00 sebulan. Berikut adalah pecahan bantuan kewangan mengikut daerah di mana Kuantan, penerima adalah 7,756, Pekan 3,358, Rompin 1,680, Maran 1,841, Temerloh 4,153, Bera 2,070, Jerantut 2,253, Lipis 2,893, Bentong 2,095 orang, Raub 1,875 dan Cameron Highlands 480 orang sahaja.

JKM komited dalam memberi perkhidmatan tanpa mengira masa, 24 jam sehari, 7 hari seminggu dalam menjalankan tugas seperti bantuan bencana, perlindungan kanak-kanak, keganasan rumah tangga, kewaji... kebajikan warga emas dan OKU serta bermacam-macam lagi demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan kumpulan sasar.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih dan syabas kepada... kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, mereka ini adalah hero yang tidak didendangkan. Sebagaimana ditegaskan oleh baginda, kemajuan sesebuah negeri tidak diukur semata-mata pada pencapaian angka tetapi juga pada kemampuan menjaga kemuliaan insan, menjamin keadil... keadilan sosial, memperkasa yang lemah dan melindungi yang tertindas.

Dalam semangat itulah saya ingin memaklumkan kepada Dewan Yang Mulia ini bahawa dalam usaha menjayakan aspirasi kerajaan yang berpaksikan prinsip negeri yang makmur, rakyat sejahtera, Kerajaan Negeri melalui Belanjawan Tahun 2025 telah memperuntukkan sebanyak RM10.9 juta khusus untuk program dan inisiatif yang menyasarkan pembangunan wanita dan keluarga.

Peruntukan ini dipecahkan seperti berikut. Yang pertamanya ialah Permata Makmur. Program Permata Makmur 2025 diperuntuk... diperuntukkan Permata Makmur merupakan sebuah inisiatif istimewa Kerajaan Negeri Pahang yang berteraskan semangat penghargaan dan galakan terhadap kelahiran anak-anak sebagai aset masa depan negeri. Program ini bukan sekadar simbolik tetapi sebuah langkah konkrit dalam menyemai budaya menabung dan menyediakan jaringan sokongan awal kepada keluarga muda di Pahang.

Melalui program ini, setiap anak kelahiran Pahang akan menerima sumbangan bernilai RM300.00 yang dipecahkan kepada dua komponen utama iaitu di mana RM250.00 berbentuk simpanan SSPN iaitu Skim Simpanan Pendidikan Nasional bertujuan untuk menggalakkan tabungan pendidikan sejak dari awal kelahiran serta mendidik ibu bapa untuk merancang masa depan akademik anak-anak, dan RM50.00 lagi adalah berbentuk barangan jagaan bayi.

Inisiatif ini selari dengan iltizam Kerajaan Negeri untuk menggaris... mengarusperdanakan kebajikan rakyat dari peringkat paling asas iaitu sejak lahir. Ia juga merupakan satu bentuk penghormatan terhadap peranan wanita sebagai ibu dan pencorak generasi sekali gus mengiktiraf sokongan institusi keluarga sebagai tonggak pembangunan negeri. Lebih penting, Permata Makmur adalah cerminan keprihatinan Kerajaan Negeri… Kerajaan Negeri terhadap kelestarian demografi, kebajikan anak-anak serta sokongan langsung terhadap institusi keluarga khususnya dalam kalangan B40.

Melalui program ini, kerajaan tidak hanya menyambut kelahiran dengan kata-kata tahniah, tetapi dengan tindakan yang nyata dan berimpak diteruskan bagi menghargai... bagi menghargai anak kelahiran parang... kelahiran Pahang yang lahir pada tahun 2025 sepertimana yang telah diumumkan dalam Belanjawan Pahang pada tahun 2025 ini. Permohonan untuk inisiatif ini telah mula dibuka pada 1 Mac 2025. Ini bermakna sekiranya ada kelahiran di negeri Pahang boleh mendaftar ya dengan portal e-rakyat yang telah dibuka pada 1 Mac 2025. Dan pelak… pelaksanaan program-program kesejahteraan keluarga dan sosioekonomi wanita akar umbi. Salah satunya adalah Program Anggun Suri.

Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM1.3 juta bagi Program Anggun Suri untuk 2025. Anggun Suri merupakan program yang amat bermakna dan dinanti-nantikan oleh rakyat khususnya golongan muda dan pasangan yang berpendapatan rendah. Program ini adalah inisiatif anjuran Kerajaan Negeri Pahang yang menawarkan peluang kepada pasangan untuk mendirikan rumah tangga melalui majlis perkahwinan beramai-ramai yang dianjurkan secara rasmi, berhemah dan juga penuh keberkatan, insya-Allah. Tujuan utama program ini adalah untuk mengurangkan beban kos perkahwinan terutamanya bagi mereka yang kurang berkemampuan, mengangkat martabat institusi perkahwinan melalui pengurusan teratur, sah dari sudut undang-undang dan selaras dengan tuntutan agama. Mempromosi nilai-nilai kekeluargaan dan pemuafakatan dalam kalangan masyarakat.

Melalui program Anggun Suri, kerajaan bukan sahaja membantu dari sudut kewangan, tetapi juga menyediakan sokongan, bimbingan, pra-perkahwinan, kemudahan perundangan dan suasana majlis yang indah, dan penuh makna. Ia juga memperlihatkan wajah kerajaan yang cakna terhadap generasi muda dan memberi ruang kepada mereka untuk memulakan kehidupan rumah tangga dengan restu, masyarakat dan pentadbiran negeri. Bertujuan untuk memperkasa imej dan jati diri wanita serta membina jaringan komuniti yang sejahtera.

Dan satu lagi adalah Anggun Maju, ok tadi Anggun Suri ini Anggun Maju. Sebanyak RM700,000.00 diperuntukkan untuk Program Pembangunan Usahawan Wanita. Anggun Maju merupakan satu inisiatif keusahawanan yang khusus dirangka untuk memperkasa wanita negeri Pahang agar lebih berdaya saing dalam bidang ekonomi dan juga perniagaan.

Program ini digerakkan dengan matlamat memperluas penglibatan wanita dalam sektor keusahawanan moden mahupun tradisional. Sekaligus menyumbang kepada peningkatan taraf hidup dan ekonomi keluarga. Melalui Anggun Maju, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di peringkat daerah dan mukim termasuk latihan asas dan lanjutan dalam bidang perniagaan kecil dan sederhana (PKS). Kursus digitalisasi bisnes termasuk penggunaan e-dagang, media sosial dan sistem pembayaran tanpa tunai. Bimbingan pembangunan produk termasuk pembungkusan, penjenamaan dan pensijilan halal. Jaringan pasaran dan pameran produk wanita melalui kerjasama dengan agensi kerajaan dan juga swasta.

Anggun Maju turut memberi keutamaan kepada golongan wanita luar bandar dan ibu tunggal agar mereka tidak tercicir dalam perubahan ekonomi semasa. Ia bukan sekadar program bantuan tetapi platform membina keyakinan, kebolehan dan keberanian wanita untuk berdikari serta menyumbang kepada ekonomi negeri. Inisiatif ini juga seiring dengan dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang yang menekankan keusahawanan sebagai salah satu pemangkin utama kepada pemberdayaan wanita secara menyeluruh.

Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang 2022-2026, merupakan dokumen hala tuju strategik kat negeri Pahang yang menyeluruh. Bersifat progresif dan berteraskan prinsip kesaksamaan gender dalam pembangunan negeri. Dasar ini menjadi panduan utama dalam merangka melaksana dan memantau pelbagai program pembangunan wanita di seluruh negeri secara lebih tersusun dan berimpak tinggi. Sejak pelancarannya pada tahun 2022, DPTWP telah mendorong pelaksanaan ratusan program di seluruh pelosok negeri meliputi 4 bidang tumpuan utama.

Yang pertamanya ialah Keusahawanan dan Ekonomi, Program Latihan, Pembiayaan Mikro dan Pendedahan Pasaran, telah dilaksanakan secara meluas untuk wanita termasuk di luar bandar. Dan keduanya adalah Kesihatan dan Kesejahteraan. Kempen Kesihatan Wanita, pemeriksaan saringan kesedaran kanser dan intervensi sokongan kesihatan mental telah menjangkau ribuan peserta. Teknologi dan juga pendigitalan, inisiatif seperti bimbingan asas teknologi, pendigitalan business wanita serta penggunaan media sosial yang selamat dan beretika telah diperluaskan. Pendidikan dan juga pembangunan diri, bengkel pembangunan sahsiah, kepimpinan wanita, motivasi ibu tunggal dan pendidikan. Literasi kewangan disampaikan secara inklusif dan terbuka.

DPTWP juga berfungsi sebagai mekanisme pemantauan kemajuan pembangunan wanita di peringkat negeri melalui Majlis Pembangunan Wanita Pahang. Dan serta kerjasama pelbagai jabatan, agensi dan juga pertubuhan bukan kerajaan. Melalui peruntukan RM1 juta tahun ini, pelaksanaan dasar ini akan terus diperkasakan bagi memastikan tiada wanita yang tinggal dalam arus pembangunan. Tidak kira di bandar mahupun desa, tidak kira status mahupun latar belakang.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian,

Portfolio wanita terus memberi fokus kepada perkara berikut. Latihan kemahiran dan keusahawanan wanita supaya mereka tidak lagi bergantung kepada bantuan tetapi menjadi penjana pendapatan dan pemimpin ekonomi keluarga. Keselamatan dan kesejahteraan Wanita, termasuk isu… isu keganasan rumah tangga, kesihatan mental dan pendidikan sosial. Pembangunan komuniti wanita luar bandar melalui pendekatan bersasar seperti Anggun Maju dan juga Permata Makmur. Kerjasama erat dengan

MTSP dan MPWP dalam memperkukuhkan jaringan sosial dalam sistem sokongan untuk wanita dan di… dan keadilan untuk semua rakyat termasuklah kaum wanita.

Di samping itu juga, Kerajaan Negeri sentiasa memberikan penekanan kepada kepentingan kesejahteraan sosial melalui pemerkasaan institusi keluarga. Justeru itu, dalam memperkukuhkan institusi keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat yang harmoni dan sejahtera, pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan oleh LPPKN bagi memperkasakan institusi keluarga rakyat negeri ini. Usaha-usaha untuk menyediakan persekitaran yang menyokong kesejahteraan keluarga, membina ketahanan keluarga dalam menghadapi cabaran sosial dan ekonomi serta menggalakkan pembangunan potensi setiap anggota keluarga dilaksanakan melalui program-program seperti berikut.

Yang pertamanya adalah Program Memperkukuhkan Nilai Teras Keluarga. Program ini diberi… ini memberi penekanan kepada nilai teras keluarga KASIH iaitu (K), Kasih Sayang, Akhlak, Sihat dan Selamat. Ilmu dan harmoni yang harus dihayati serta diterapkan dalam keluarga di Malaysia, penghayatan dan pengkayaan nilai KASIH ini, dibawakan melalui program Sambutan Hari Ibu yang biasa ni diraikan pada bulan Mei. Sambutan Hari Bapa (bulan Jun), Sambutan Hari Penduduk (bulan Julai) dan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan (bulan November) dan serta program pendidikan kekeluargaan dan kaunseling yang dilaksanakan sepanjang tahun.

Program seterusnya adalah program Pendidikan Kemahiran Keibubapaan. Program ini memberi penekanan kepentingan ilmu serta kemahiran keibubapaan kepada golongan ibu bapa dalam mendepani cabaran membentuk ahli keluarga, mempunyai daya ketahanan tinggi serta menjadi insan yang upaya membangunkan negeri serta negara secara progresif. Program-program yang dijalankan adalah Kursus Ilmu Keluarga, Kursus PEKA (Pendidikan, Keselamatan Keluarga dan Anak), Kursus KASIH Keibubapaan Digital, Kem Naungan Kasih dan Kursus Parenting @ Work dan juga yang ketiga ialah Kursus Pengukuhan Perkahwinan.

Cabaran pasangan baru berkahwin serta isu-isu perceraian di kalangan pasangan muda yang semakin meningkat boleh menjejaskan pembentukan institusi keluarga yang sejahtera. Justeru itu, Kursus SMARTSTART 2.0 akan dilaksanakan untuk memberi panduan kepada pasangan dalam membuat persediaan rumah tangga yang harmoni dan sejahtera. Dan seterusnya ialah Program Kesejahteraan Wanita dan lelaki. Dalam agenda pemerkasaan wanita, LPPKN turut berperanan untuk memastikan kesihatan terutamanya kesihatan reproductive wanita diberi tumpuan. Inisiatif secara berterusan dilaksanakan menerusi kempen Women Cancer Reproductive (WCaRe) kepada golongan wanita untuk melakukan pemeriksaan awal bagi mengesan kanser payu dara dan pangkal rahim. Kesejahteraan lelaki juga di… tidak ketinggalan melalui pembangunan dan pelaksanaan modul kebapaan dan juga program kesejahteraan lelaki.

Program yang seterusnya yang telah diadakan oleh LPPKN adalah Program Bantuan Rawatan Kesuburan. Penurunan kadar kesuburan yang pantas menjadikan negara menua lebih cepat dari jangkean… jangkaan. Isu pasangan suami isteri yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan zuriat serta kos rawatan kesuburan yang mahal turut menjadi perhatian kerajaan. Justeru itu, program Bantuan Rawatan Kesuburan telah dilaksanakan pada tahun ini. Program ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam meringankan beban pasangan suami isteri yang berdepan cabaran mendapatkan zuriat di samping memberi peluang kepada mereka menjalani rawatan kesuburan peringkat awal dengan kos yang lebih mampu milik di Klinik Nur

Sejahtera LPPKN. Program ini bukan sahaja meringankan beban kewangan pasangan malah memberikan mereka harapan untuk memiliki zuriat sendiri. Ia sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuh institusi keluarga sebagai asas pembinaan masyarakat yang harmoni dan program yang keenam adalah Program PEKERTI iaitu Pendidikan, Kesihatan, Reproduktif dan Sosial (SRH) Negara.

Peningkatan salah laku seksual dalam kalangan remaja terutama prevalens remaja melakukan hubungan seks semakin membimbangkan. Justeru itu, Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial mensasarkan kepada golongan remaja dengan memberikan pengetahuan langkah-langkah pencegahan salah laku seksual ini. Segala inisiatif ini membuktikan keprihatinan berterusan Kerajaan Negeri melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara memastikan setiap keluarga tanpa mengira latar belakang sosial mempunyai akses kepada pendidikan, sokongan, rawatan dan bimbingan demi kesejahteraan hidup. Semoga segala program dan dasar yang dirancangkan ini akan terus memberikan manfaat kepada masyarakat dan menjadi tunjang dalam melahirkan generasi Pahang yang lebih sihat, sejahtera dan harmoni.

Yang Berhormat Tuan Speaker…

Speaker

Panjang lagi?

Dah sikit lagi. Last. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu berkaitan dengan portfolio saya. EXCO Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Pahang akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas perkara-perkara dibangkitkan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai serta kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan persidangan Dewan Undangan kali ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian,

Sesungguhnya segala dasar, inisiatif dan peruntukan yang telah dirangka dan dilaksanakan ini bukan sekadar usaha pentadbiran tetapi lambang kasih sayang dan tanggungjawab yang mendalam terhadap rakyat yang kita wakili. Setiap sen yang diperuntukkan, setiap program yang dilaksanakan dan setiap dasar yang digubal adalah amanah yang dipikul di bahu kita. Rasa bangga sebagai rakyat Pahang ini sewajarnyalah kita terapkan dijiwa dan sematkan di hati setiap warga di negeri bertuah ini. Pelbagai inisiatif untuk rakyat yang telah dicetuskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah manifestasi kerajaan negeri agar setiap golongan lapisan masyarakat di negeri Pahang berbangga sebagai anak Pahang. Negeri yang makmur bermula dengan keluarga yang sejahtera, wanita yang diberdayakan dan masyarakat yang dihargai.

Maka marilah kita terus melangkah ke hadapan dengan semangat kebersamaan menjadikan pentadbiran ini bukan sahaja cekap tetapi juga penuh jiwa. Kita bukan hanya membina dasar tetapi menyalakan harapan. Kita bukan sekadar melaksanakan program tetapi mencipta ruang perubahan dan kita bukan hanya mengurus rakyat

tetapi berbakti dengan penuh kasih dan ehsan. Biarlah khidmat kita ini menjadi bukti cinta kepada negeri dan rakyatnya. Biarlah tangan tangan kita menjadi pemudah jalan dan suara kita menjadi pembela yang jujur. Akhir kalam, saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak, jabatan, agensi, NGO, pemimpin masyarakat semua dan serta semua rakyat Pahang yang telah bersama menjayakan agenda Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat. Dengan penuh rendah hati saya berdoa agar segala usaha yang… yang kita usahakan diberkati segala amanah keturunan dengan jujur dan segala bakti kita dikenang sebagai warisan yang bermakna kerana bila kita bekerja dengan hati, berkhidmat dengan ikhlas dan berbakti tanpa mengira bangsa, di situlah terletaknya nilai sebenar seorang pemimpin. Dengan ini, Guai mohon menyokong. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]

Speaker

Terima kasih, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang. Seterusnya, saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan. Sila, Yang Berhormat.

Dato’ Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

(Ayat al-Quran). Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua kerana telah beri peluang pada saya untuk bahas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas sokongan dan dorongan yang tiada berbelah bagi buat Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Bak kata pepatah, raja dan rakyat berpisah tiada.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Pertama sekali saya ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada kepimpinan yang dikasihi, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail bagi meneruskan kesinambungan untuk membawa lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan negeri Pahang yang tercinta ini. Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah berjaya membawa perubahan yang ketara dalam… kepada pentadbiran dan pengukuran yang nyata bila mana hasil pendapatan meningkat bagi 3 tahun berturut-turut dengan memperolehi hasil pendapatan melebihi RM1 bilion. Dengan kestabilan politik yang pelbagai usaha yang lain telah memberi kesan kepada kebajikan rakyat di mana ianya sentiasa dipertingkatkan dan diperluaskan secara bersasar.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan ucapan tahniah kepada Dato' Indera Nazri bin Abu Bakar yang telah dilantik sebagai Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri. Tahniah diucapkan kepada Tuan Muhammad Saifuddin bin Hashim Musaimi yang telah dilantik sebagai Yang Berhormat Penasihat Undang-

undang Negeri. Dato' Haji Fadzilla bin Haji Salleh selaku Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Pahang yang baru.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya dengan penuh rasa dukacita menzahirkan ucapan takziah atas pemergian mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-5, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi. Seorang tokoh yang dikenang bukan hanya kerana jasanya kepada negara tetapi juga kerana kelembutan budi dan ketinggian pekertinya.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tindakan Kerajaan di Pahang dalam usaha menangani isu pencerobohan tanah haram bukan perkara baru dalam masa dekat. Sebenarnya, Yang Berhormat Jelai dilantik menjadi Menteri Besar pada pertengahan Mei 2018. Malah, salah satu usaha beliau adalah untuk menangani pencerobohan haram termasuklah perlombongan, pembalakan, pencerobohan tanah kerajaan, hutan simpan dan sebagainya.

Selepas dihalusi, akhirnya kerajaan telah menubuhkan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) pada 15 Oktober 2019. Ini jelas membuktikan kesungguhan usaha penambahbaikan penguatkuasaan negeri Pahang ini bukan hanya bermula dalam masa singkat atau masa sebulan dua ini tetapi ia sudah bermula bukan 5, 6 tahun yang lalu dan banyak tindakan telah diambil sama ada dikompaun ataupun dibawa ke mahkamah serta rampasan alatan pencerobohan telah disita.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Langkah tegas yang diambil ini selari dengan titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang malah membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam memelihara kedaulatan tanah dan hasil bumi negeri ini. UPNP melaksanakan tindakan penguatkuasaan yang berkesan dan mencegah ketirisan hasil negeri Pahang. Terima kasih kita ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. This is Pahang. Pahang 1st. ‘Tiada janji, lihat bukti’.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Menyentuh sektor Kerja Raya bagi tahun 2025 peruntukan RM2.8 bilion yang diumumkan oleh Kerajaan Pesekutuan untuk senggaraan jalan dan Jambatan Persekutuan. JKR Negeri Pahang sehingga 31 Mac 2025 telah menerima agihan bagi kerja pembaikan jalan, jambatan, kerja rutin dan lain-lain berjumlah RM285 juta. Daripada peruntukan tersebut, sebanyak 107 kerja senggaraan telah dilaksanakan di seluruh negeri Pahang manakala peruntukan untuk kerja-kerja penyelenggaraan Jalan Negeri dan Jalan Kampung (MARRIS) sehingga 31 Mac 2005 berjumlah RM268.266 juta.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Dalam memastikan jaringan jalan yang baik untuk memudahkan pergerakan rakyat di samping melancarkan aktiviti para pedagang dan menjana ekonomi negeri setempat, di bawah Rolling Plan 5 RMKe-12, Kerajaan Negeri berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan 2 projek di bawah Kementerian Kerja Raya dan 5 projek di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan kos sebanyak

RM858.74 juta. 2 projek diluluskan di bawah Kementerian Kerja Raya ialah menaik taraf struktur turapan jalan Sungai Koyan (FT1503) dari Seksyen 0.00 hingga Seksyen 29.3 Raub dan Lipis, Pahang berjumlah RM100 juta. Menaik aras Jalan Jerantut - Kuala Lipis (FT234) dari Seksyen 42.00 hingga Seksyen 48.00 dan dari Seksyen 55.00 hingga 57.00. Jerantut sebanyak RM124.82 juta manakala projek diluluskan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah adalah menaik taraf Jalan Pos Sinderut, Lipis sebanyak RM320 juta, membina jambatan konkrit baru di Kampung Ulu Milut, RPS Betau dan Lipis sebanyak RM9 juta, membina jambatan konkrit di Kampung Berkat, Maran sebanyak RM7 juta, menaik taraf Jalan Kampung Terisu, Cameron Highlands sebanyak RM90 juta, menaik taraf Jambatan Kampung Kuala Dong laluan C158, Seksyen 12.40, Jalan Cheroh ke Gesing, Raub sebanyak RM14 juta di bawah Rolling Plan Ke-5 RMKe-12. Kesemua projek ini sedang di peringkat reka bentuk oleh JKR Malaysia.

Yang Berhormat di-Pertua,

Satu Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Pahang antara Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Persekutuan telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim di Wisma Sri Pahang pada 11 April baru-baru ini. Dalam masa tersebut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju dengan cadangan untuk memulakan kerja-kerja awalan bagi projek-projek keutamaan di negeri Pahang. Antaranya pembinaan Persimpangan Bertingkat Bukit Rangin, Jalan Kuantan-Chukai(FT03). Keduanya menaik taraf Jalan Kuantan-Segamat (FT12) sepanjang 51 km, ketiga pelaksanaan Pakej 6 bagi Central Spine Road antara Karak-Simpang Pelangai, Keempat menaik taraf jalan dari Kampung Padang ke Persimpangan Lampu Isyarat LPT 1 (Fasa 2).

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya sedang menjalankan kerja awalan menaik taraf Jalan (FT02) (FT12), Jalan Kuantan-Segamat daerah Rompin (Fasa 2). Skop kerja awalan ini termasuklah reka bentuk, kerja ukur, kajian impak trafik, kajian impak alam sekitar dan siasatan tanah. Penyediaan reka bentuk konsep telah siap sepenuhnya. Proses seterusnya adalah penyediaan reka bentuk awalan, penyediaan reka bentuk terperinci, penyediaan Pelan Pengambilan Tanah Seksyen 4 dan 8, Value Engineering dan penyediaan dokumen-dokumen tender muktamad. Semua proses ini dijangka dapat disiapkan pada Disember tahun ini.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Jabatan Kerja… Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang telah menerima 33 projek bangunan yang melibatkan 7 agensi pelanggan dengan jumlah keseluruhan kos projek adalah RM152,535,871.00 juta untuk dilaksanakan bagi RP5 RMKe-12 iaitu 16 projek di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dengan jumlah kos RM14,750,000.00, 3 projek di bawah Kementerian Dalam Negeri dengan jumlah kos RM29,267,018.00, satu projek di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan jumlah kos RM2 juta. Satu projek di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan jumlah kos RM22 juta. Dua projek di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dengan kos RM60,043,403.00 juta. Satu projek di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan jumlah kos RM1,755,450.00 juta. Sembilan projek di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dengan jumlah kos RM42,52,000.00 juta. Semua projek ini dalam peringkat perancangan, reka bentuk dan perolehan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Menjawab soalan tambahan daripada Yang Berhormat ADUN Lepar berkenaan dengan kesesakan lalu lintas di bandar Kuantan ketika waktu pagi dan petang hujung minggu dan cuti sekolah yang boleh mengurangkan jumlah pelancong ke Kuantan. JKR Pahang melalui JKR Daerah Kuantan telah mengemukakan beberapa-beberapa cadangan bagi mengurangkan kesesakan lintas di daerah ini. Di bawah RMKe-13 Rolling Plan pertama, RP1 di bawah Kementerian Kerja Raya. Antaranya adalah mengemukakan cadangan bagi pembinaan persimpangan bertingkat menaik taraf dan menaik taraf jalan di beberapa lokasi yang dikenal pasti seperti pembinaan Persimpangan Bertingkat Panching, Jalan Kuala Lumpur–Kuantan (FT02) yang ini telah diluluskan pada tahun 2023. SST dijangka pada bulan September 2025.

Kemudian cadangan bertingkat Bukit Rangin, Jalan Kuantan- Chukai (FT03) ini telah dilulus untuk kajian dan ketiga menaik taraf jalan dari Kampung Padang ke persimpangan lampu isyarat 1 Sungai Lembing. Er… ini juga telah lulus untuk kajian. Keempat cadangan membina pusingan bertingkat Permatang Badak Jalan Kuala Lumpur - Kuantan (FT02) ini masih belum diluluskan. Kemudian cadangan pembinaan bertingkat Kemunting, Kuala Lumpur - Kuantan (FT02) ini pun masih belum diluluskan. Pelan Cadangan pembinaan bertingkat… Pusingan Bertingkat Teluk Sisek, Kuantan ini pun masih belum diluluskan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Selain itu, sistem lampu isyarat di daerah Kuantan juga telah dinaik taraf dan dipantau oleh Cawangan… Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Negeri Pahang yang telah memasang lampu isyarat pintar Smart Traffic Light di beberapa lokasi di mana lampu isyarat tersebut mempunyai linking system, dengan izin di antara dua lampu isyarat dan ianya dipercayai dapat memberikan kelancaran kepada lalu lintas. Yang pertamanya di persimpangan lampu isyarat er… di Pasar Raya Giant dan persimpangan lampu isyarat Kemunting dekat Lembaga… LHDN dan kedua lampu isyarat Permatang Badak, Paya Besar dan persimpangan Sungai Isap.

Yang Berhormat di-Pertua,

Menjawab soalan tambahan daripada Jengka berkenaan keperluan menaik taraf dan membesarkan jalan daripada Bandar Pusat Jengka 13 dan Rumpun Makmur, projek menaik taraf Jalan Persekutuan (FT1533) dari Persimpangan Jengka 12 hingga ke Jengka 24. Jalan utama Jengka Utara Barat yang menghubungkan Bandar Jengka dan Kuala Krau. Wang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan melalui RP4 Rancangan Malaysia Ke-12. Projek dijangka bermula pada September 2025 dan dijangka siap pada Oktober 2028.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Menjawab kepada soalan tambahan daripada Yang Berhormat ADUN Tahan berkenaan keadaan laluan jalan utama ke Taman Negara Kuala Tahan. Dimaklumkan projek ini dalam proses pengambilan balik tanah yang masih belum selesai sepenuhnya. Bagi projek… Projek Pakej 2A dan 2C proses bicara pengambilan balik tanah bagi penentuan pampasan akan dijalankan bermula pada 13 Mei 2025 dan status semasa masih menunggu penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Sementara itu, bagi pakej 2B dan 2D… 2D, Ketua Jabatan Pengarah Tanah dan Galian Kesatuan… Persekutuan (JKPTG) dalam

tindakan untuk menyediakan kertas pertimbangan kepada MMK. Walau bagaimanapun, terdapat pindaan pelan dari juruukur dan pelan baru masih belum diterima oleh pihak JKPTG. Namun JKR Pahang telah menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan bagi memastikan jalan-jalan tersebut berada dalam keadaan baik. Antara kerja-kerja pembaikan tahun ini ialah pertamanya membaik pulih dan menaik taraf longkang rosak dan lain lain kerja berkaitan di Padang Piol, Jerantut.

Kemudian kerja-kerja baik pulih jalan dengan kaedah Partial Reconstruction dan lain-lain kerja berkaitan di Sungai Rentang, Seksyen 2 hingga 3. Kemudian kerja yang sama di Seksyen 5 dan 6 dan juga di Seksyen 39 hingga 42 Jerantut. Dan tarikh pelaksanaan semua kerja-kerja pembaikan pada 14 Februari 2025 dan dijangka siap pada 28 Mei 2025.

Yang Berhormat di-Pertua,

Menyentuh tentang sektor pengangkutan. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengangkutan Awam Negeri Pahang merancang membangun dan memantau pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dalam aspek pembangunan dan pengurusan aktiviti pengangkutan. Jawatankuasa ini mengukuhkan pengangkutan awam dan memastikan agar negeri Pahang memiliki perkhidmatan dan rangkaian pengangkutan serta jaringan yang saling berhubung agar tidak membebankan rakyat. Jawatankuasa ini juga berperanan untuk memantau dan memastikan kelancaran aktiviti pengangkutan jalan raya dengan lebih efektif dan efisien bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan mengurangkan risiko kemalangan di kawasan hotspot di negeri Pahang.

Kerja-kerja pembinaan lebuh raya, kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah melibatkan beberapa buah daerah di Negeri Pahang iaitu Daerah Kuantan, Maran, Temerloh dan Bentong dan ianya juga sedang rancak dilaksanakan. Kemajuan kerja projek ECRL di Negeri Pahang sehingga 31 Mac 2025 telah mencapai sebanyak 83.38% menepati jadual pelaksanaan. Dengan kedudukan geografi negeri yang strategik, dilengkapi pula dengan kemudahan Pelabuhan Kuantan, dan jaringan Laluan ECRL yang bakal beroperasi pada tahun 2027 ini, Kerajaan Negeri Pahang akan terus muncul di antara sebagai destinasi pelaburan paling dinamik di rantau ini.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Dipertua,

Menjawab kepada soalan tambahan daripada Yang Berhormat ADUN Bukit Ibam berkenaan Isu pengangkutan awam yang masih belum selesai. Satu Mesyuarat Perbincangan Isu Perkhidmatan Bas Ekspres Jalan Keratong-Kuala Lumpur telah diadakan pada 27 Mac 2025 yang dipengerusikan sendiri oleh saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan bersama dengan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Wilayah Timur, pihak syarikat Sanwa Tours (M) Sdn Bhd, Maraliner dan Transnasional.

Mesyuarat memutuskan agar syarikat perkhidmatan bas sedia ada untuk masuk ke Terminal Bas Bandar Tun Razak bagi memberikan perkhidmatan bas sekiranya ada pembelian tiket oleh penumpang sama ada melalui online dan sebagainya. Mesyuarat juga memutuskan agar pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat Wilayah Timur memberi permit tambahan kepada Syarikat Transnasional untuk masuk ke Terminal Bas Tun Razak bagi memberi perkhidmatan bas sekiranya ada pembelian tiket oleh penumpang.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Menyentuh sektor kesihatan sehingga 31 Mac 2005, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah menerima peruntukan mengurus sebanyak RM1.674 bilion dan peruntukan pembangunan sebanyak RM111.84 juta. Daripada peruntukan pembangunan tersebut sebanyak RM6.88 juta telah dibelanjakan iaitu bersamaan dengan 6.27%. Peruntukan yang diterima adalah merangkumi butiran projek latihan dalam perkhidmatan, pembaikan dan menaik taraf bangunan, Sistem Kejuruteraan dan Infra. Projek Bekalan Air, menaik taraf kemudahan Hemodialysis, menaik taraf ubah suai dan pembaikan di fasiliti kesihatan, penyelenggaraan kuarters, klinik dan hospital, menaik taraf peralatan perubatan dan bukan perubatan serta kenderaan, perkhidmatan sokongan hospital dan perkhidmatan- perkhidmatan sokongan klinik.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Di bawah Rolling Plan Ke-5 Rancangan Malaysia Ke-12 Tahun 2025. Sebanyak 20 projek yang dan dengan siling peruntukan sebanyak RM838.069 juta telah diluluskan. Ini termasuklah 3 projek baru fizikal dengan siling peruntukan sebanyak RM16.489 juta. Kelulusan adalah bagi kerja menaik taraf dan menggantikan sistem chiller dan ASU bagi dewan bedah Hospital Pekan, menaik taraf dan ubah suai Unit Rawatan Rapi, Pediatrik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dan menaik taraf Dewan Bedah Hospital Kuala Lipis. Satu projek telah siap sepenuhnya iaitu Klinik Kesihatan Jenis 7 di Kuala Triang.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Selain itu juga Kementerian Kesihatan Malaysia sangat menitik berat tentang pembangunan infrastruktur bagi keselesaan kepada pelanggan. Sejumlah RM28.98 juta telah diperuntukkan bagi keseluruhan 40 projek klinik daif di negeri Pahang. Sebanyak 12 projek roboh dan bina baru dan akan dilaksanakan manakala 28 lagi adalah kerja pembaikan dan naik taraf. Projek klinik daif akan dilaksanakan oleh agensi pelaksana seperti JKR Negeri Pahang. Sektor implementasi Projek Pembahagian dan Perkhidmatan, Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Semua projek klinik daif masih dalam pesanan dijangka siap pada November 2025. Ini menunjukkan komitmen yang tidak berbagi dalam memastikan rakyat menimba kematangan kesihatan dalam suasana yang selesa dan selamat.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Menjawab soalan… menjawab kepada soalan tambahan daripada YB ADUN Yang Dilantik 2, berkenaan aduan kekurangan katil di HOSHAS dan 6 unit katil ICU tidak cukup untuk menampung pesakit. Jabatan Kesihatan Negeri Pahang ingin memberi penjelasan bahawa Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh atau HoSHAS merupakan hospital berpakar major yang mempunyai 22 kepakaran. Perkhidmatan kepakaran merangkumi 17 kepakaran dan 5 sub kepakaran. HoSHAS mula beroperasi pada tahun 2006 dengan jumlah katil sebanyak 500 ratus katil sahaja dan telah dinaikkan secara peringkat apabila penggunaan katil telah melebihi 80 peratus. Kali terakhir peningkatan jumlah katil yang telah diwartakan adalah pada tahun 2016 iaitu sebanyak 650 katil yang mana jumlah ini kekal sehingga kini.

Ada yang menyatakan HoSHAS hanya mempunyai 6 unit katil adalah tidak berasas kerana hospital ini memberi perkhidmatan perawatan kritikal. Dengan 18 katil unit

rawatan rapi bagi pesakit dewasa dan 31 katil untuk rawatan kritikal bayi. Perkhidmatan bagi pesakit kritikal jantung juga akan diberikan di hospital ini dengan jumlah sebanyak 6 katil. Jumlah katil di unit rawatan rapi adalah mencukupi buat masa ini bagi keperluan populasi di Hospital Kluster Pahang Tengah.

Pada tahun ini, HoSHAS juga telah mendapat kelulusan bagi projek… bagi Projek RMK-12 (RP5) iaitu mewujudkan Wad Pediatrik Insentif Care Unit baru berkapasiti 5 katil yang akan dilaksanakan pada tahun 2025. Ini adalah kerana sebelum ini di HoSHAS mengalami masalah tiada katil bagi rawatan rapi kanak kanak. Sehingga kini, jumlah penggunaan katil bagi HoSHAS adalah antara 65% hingga 73% yang mana keperluan katil bagi setiap hari adalah antara 420 katil hingga 475 katil bagi pesakit merawat rawatan dalam… yang memerlukan rawatan dalam.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang akan sentiasa mengambil tindakan yang proaktif dalam mewujudkan dasar dan program-program yang akan memberi manfaat yang menyeluruh kepada rakyat negeri Pahang. Saya mengambil kesempatan untuk sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada Ahli Berhormat yang telah mengemukakan 27 soalan tambahan. Di antaranya ADUN Padang Tengku, Lepar, Semambu, Cheka, Pulau Manis, Bukit Ibam, Chenor, Sungai Lembing, Semantan, Lanchang, Ketari, Sabai, Sungai Lembing, Beserah, ADUN Dilantik. Ada lagi tambahan pada hari ini seperti Tanjung Lumpur, Damak dan lain-lain.

Namun disebabkan masa saya akan kemukakan jawapan soalan-soalan tambahan ini secara bertulis. Dengan secara… dengan segala peruntukan-peruntukan dan perancangan-perancangan yang… yang telah disediakan dan akan dilaksanakan nanti sudah tentu akan lebih maju, mensejahterakan dan memakmurkan lagi negeri Pahang, insya-Allah.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Dengan ini saya mohon menyokong. (Ayat al-Quran) Assalamualaikum WBT. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang. Seterusnya, saya menjemput Wakil Kerajaan yang terakhir pada sesi petang ini iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang. Sila, Yang Berhormat.

Terima Kasih Tuan Yang di-Pertua, (Ayat al-Quran). Assalamualaikum WBT. Selamat petang dan salam sejahtera.

Er… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Pertamanya, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurniaNya, dapatlah saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan

Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang untuk mengambil kesempatan menggulung perbahasan titah Diraja pada persidangan kali ini sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ke-4 Dewan Undangan Negeri Pahang yang Ke-15.

Saya ingin juga mengambil kesempatan dalam Dewan Yang Mulia ini untuk menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Kebawah Duli Paduka Baginda Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di atas segala dorongan-dorongan dan inspirasi-inspirasi kepada Kerajaan Negeri pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Adil bijaksana raja bersemayam, Rakyat setia menjunjung titah, Berpadu teguh dalam pegangan, Raja dan rakyat takkan berpisah.

Dengan penuh rasa hormat dan rasa syukur di dalam Dewan Yang Mulia pada hari ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di atas kepimpinan yang penuh berwibawa yang telah membawa negeri Pahang ke tahap pencapaian yang sangat cemerlang dan amat membanggakan kita semua. Syabas dan tahniah diucapkan di atas pencapaian prestasi yang amat cemerlang Kerajaan Negeri Pahang yang mana telah mencatatkan hattrick dalam kutipan hasil Kerajaan Negeri melebihi RM1 bilion 3 tahun berturut-turut iaitu daripada tahun 2022, 2023 dan 2024.

Selain itu juga, negeri Pahang juga telah berjaya mencatat pertumbuhan keluaran dalam negara kasar 10.8% berbanding purata nasional iaitu 48.7% pada 2022 dan 5.2% berbanding 3.6% purata nasional pada 2023 yang telah meletakkan negeri kita di kalangan 4 negeri yang melebihi purata KDNK Nasional termasuk Selangor, Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Prestasi yang cemerlang yang ditunjukkan ini sesungguhnya merupakan cerminan kepada titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang tentang perlunya segala dasar pembangunan negeri terus digerakkan dengan penuh iltizam dan keikhlasan. Produktiviti mestilah diperkasakan, daya saing perlulah dipertingkatkan dan budaya kerja cemerlang hendaklah sentiasa menjadi amalan kepada kita semua di peringkat… di pihak… di peringkat pihak kerajaan tempatan. Alhamdulillah sepanjang tahun 2024, seluruh PBT-PBT di Pahang telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan berdedikasi dan komited.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada PBT-PBT yang telah melakarkan kejayaan dalam pelbagai penarafan dan anugerah yang diterima sama ada di dalam dan luar negara. Sebagai contohnya, pertama ialah seperti Majlis Bandaraya Kuantan yang telah menerima penganugerahan tempat pertama Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2024 bagi kategori PBT yang bertaraf bandar raya. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang keduanya, Majlis Daerah Jerantut yang telah menerima penganugerahan tempat ketiga Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2024 kategori PBT bertaraf daerah. [Ahli Dewan menepuk meja]

Ketiga adalah Majlis Daerah Lipis, Majlis Daerah Cameron Highlands, Majlis Daerah Jerantut dan Majlis Perbandaran Temerloh yang telah menerima Anugerah 20 Bandar Paling Bahagia Malaysia 2025 daripada seluruh 156 PBT-PBT di seluruh Malaysia. Tahniah kepada Kerajaan Negeri. [Ahli Dewan menepuk meja]

Dan dengan adanya empat PBT-PBT yang dianugerahkan ini, Tuan Yang di-Pertua, adalah PBT-PBT yang paling banyak sekali yang telah dalam negeri ini yang telah dianugerahkan bandar paling bahagia. Pahang paling tinggi sekalilah yang mempunyai PBT-PBT yang paling bahagia dan dengan kejayaan ini, negeri Pahang telah mengekalkan kedudukannya sebagai negeri kedua paling bahagia 2025 selepas Negeri Sembilan sekali gus mengulangi kejayaan pada tahun 2024. Dua tahun berturut-turut negeri yang paling bahagia, tempat kedua selepas Negeri Sembilan.

Walau bagaimanapun, negeri Pahang ni dia mempunyai bilangan bandar paling bahagia paling banyak iaitu empat berbanding dengan tiga sahaja di Negeri Sembilan. Pencapaian ini bukan sahaja membuktikan kebijaksanaan dan kecekapan pentadbiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang tetapi juga telah mencerminkan dedikasi dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak yang terdiri daripada kakitangan-kakitangan awam, badan-badan berkanun negeri Pahang, syarikat-syarikat yang berkaitan negeri Pahang demi untuk menjamin kemajuan, kesejahteraan dan kelestarian rakyat negeri Pahang.

Saya bagi pihak Kerajaan Negeri amat berterima kasih kepada semua pihak ini yang telah berusaha bersungguh-sungguh dan memberikan sumbangan atas kejayaan kita semua ini. Semoga kejayaan ini akan terus berkekalan pada tahun akan datang dan menjadikan Pahang negeri yang cemerlang di antara negeri-negeri di seluruh Malaysia kita.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Menyentuh tentang portfolio perumahan, ingin saya memaklumkan bahawa dalam Dewan Yang Mulia ini, sebanyak 139 Projek PR1MA Pahang telah diluluskan yang melibatkan pembinaan 42,061 unit rumah bernilai hampir RM6.1 bilion.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 8,194 unit dengan nilai RM1.2 bilion telah berjaya disiapkan dan telah memperolehi perakuan siap dan pematuhan (CCC), dengan izin, Yang di-Pertua. Sebanyak 1,769 unit dalam pembinaan bernilai RM265 juta dan 32,098 unit dengan nilai RM4.7 bilion masih dalam peringkat perancangan merangkumi fasa awal seperti permohonan kelulusan, perancangan pelan pembangunan serta proses untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada seluruh Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini agar dapat sama-sama memastikan pendaftaran permohonan perumahan melalui portal eperumahan.pahang.gov.my dapat dipertingkat dan dipergiatkan lagi dan diuar-uarkan kepada seluruh rakyat di semua kawasan berkenaan dengan skim-skim perumahan negeri yang ditawarkan supaya Kerajaan Negeri dapatlah merancang dan meneliti permintaan rakyat ini dan mengikut lokasi-lokasi tapak yang dibangunkan.

Untuk makluman Sidang Dewan, pendaftaran yang diterima setakat ini adalah sebanyak 108,907 permohonan dan akan kita teliti dengan sebaik-baik yang mungkin dan ini adalah merangkumi seluruh daerah-daerah dalam negeri Pahang kita.

Daripada daerah Maran pun ada, daerah Jerantut pun ada dan setiap DUN-DUN dalam kawasan daerah yang terbabit, DUN Beserah pun ada, DUN Kuala Sentul pun ada, DUN Chenor pun ada, semua ada, DUN Luit pun ada tapi demografinya kita adalah bergantung kepada permohonan-pemohonan terbabit. Ada yang nak Rumah RRP, ada nak Rumah Ru’RASA, ada nak Rumah Makmur, ada nak Rumah PR1MA Pahang, ada nak rumah macam-macam jenis rumah yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan setiap rakyat, lapisan rakyat dapat memiliki rumah yang sempurna untuk menjamin kesejahteraan dalam kehidupan masing-masing.

Bagi menjawab soalan Kuala Sentul, Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan sebanyak…

Minta mencelah sikit boleh Yang Berhormat? Tanya sikit, pencerahan er… 108,000 permohonan yang ada dalam sistem itu, adakah ianya merangkumi semua kategori rumah yang ditawarkan ataupun hanya satu kategori rumah yang… yang ditawarkan? Terima kasih.

Terima kasih soalan daripada rakan saya daripada Beserah ni. Dia tak mencelah, tak sah. Dia pernah masuk ePerumahan? Dalam ePerumahan ni dia ada kategori-kategori rumah dia dengan gambar rumahnya, jadi kadang-kadang bila dah daftar tu kita boleh tick yang mana satu kita nak tapi saya tak dapat nak perincikan lagi permohonan-permohonan tersebut dan kita pihak Lembaga Perumahan Hartanah Negeri Pahang akan meneliti permohonan-permohonan ini dan akan merancang dengan sebaik-baiknya keperluan-keperluan perumahan dalam seluruh negeri Pahang kita termasuklah di Beserah nanti. Kalau nak… nak bincang tu bolehlah Beserah.

Bagi menjawab soalan Kuala Sentul daripada tadi dah pandang saya. Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan sebanyak 11 projek Perumahan Rakyat 1Malaysia Pahang di daerah Maran yang berjumlah 2,006 unit dengan nilai keseluruhan hampir RM300 juta sebagai sebahagian daripada usaha-usaha untuk menyediakan kediaman-kediaman mampu milik kepada rakyat negeri Pahang khususnya kepada daerah Maran dan projek-projek ini dirancang dengan mengambil kira keperluan penduduk setempat, memastikan kemudahan-kemudahan yang lengkap serta persekitaran yang kondusif untuk didiami.

Daripada jumlah keseluruhan projek yang diluluskan, dua daripadanya telah berjaya memperolehi perakuan siap dan pematuhan CCC iaitu projek PR1MA Pahang di Simpang Tajau melibatkan 124 unit dengan nilai RM18.6 juta dan PR1MA Pahang di Bandar Jengka Pusat… Bandar Pusat Jengka melibatkan 58 unit dengan nilai RM8.7 juta pada tahun 2024… hingga 2024 dan kedua-dua projek ini telah selesai kita buat majlis penyerahan kunci dan… oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan telah pun diduduki dan baki sembilan projek yang lain berjumlah 1,634 unit, proses permohonan kebenaran merancang masih dilaksanakan, masih berjalan sebelum pembangunan dapat dimulakan dan Kerajaan Negeri Pahang melalui LPHP juga akan terus pada masa yang sama memantau pembangunan projek seperti Rumah Pahang sebelum ini yang kita kenali sebagai PGBF.

Bagi memastikan segala proses-proses pembangunan dilaksanakan mengikut peraturan, prosedur dan juga lunas undang-undang, LPHP mengadakan mesyuarat secara berkala bersama dengan semua jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang berkaitan serta pemaju yang terbabit bagi memastikan projek-projek ini mematuhi segala keperluan proses pembangunan dan ianya mestilah dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Saya amat berharap dengan penjelasan di atas sedikit sebanyak dapatlah menjawab soalan-soalan Yang Berhormat ADUN Kawasan Kuala Sentul berkaitan dengan pelaksanaannya di 10 kawasan FELDA, di empat daerah dan kalau ada yang banyak lagi Yang Berhormat Kuala Sentul boleh datang pejabatlah, kita bincang baik-baik macam mana nak selesai masalah ini ya.

Bagi menjawab soalan Yang Berhormat ADUN Kawasan Ketari berhubung rumah Pahangku di daerah Bentong, setakat tahun 2024, Kerajaan Negeri telah meluluskan Skim Rumah Pahangku pada Julai 2024. Pada 2024, kita telah meluluskan satu lagi skim. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah meluluskan satu lagi skim yang kita namakan Rumah Pahangku. Banyak skim-skim ini sebab tu ADUN Beserah tadi soalan yang bagus.

Dan bertujuan bagi memudah cara pembangunan perumahan swasta di atas tanah persendirian yang berkeluasan melebihi 10 ekar di mana pemaju-pemaju perlu menyediakan 30% rumah kos sederhana rendah dan dengan dasar Skim Rumah Pahangku, pemaju hanya menyediakan hanya 10% sahaja rumah kos sederhana rendah dan dengan harga yang telah dikawal dan ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Memandangkan kelulusan ini baru dilaksanakan, tahun lepas hanya satu sahaja kelulusan projek Rumah Pahangku di Jalan Kuantan-Pekan seluas 500 ekar yang melibatkan 5,100 unit rumah teres satu tingkat dengan nilai pembangunan kasar RM1.14 bilion akan dibangunkan oleh Lagenda Properties Berhad dan pembangunan ini melibatkan rumah teres satu tingkat dengan harga jualan di bawah RM220,000.00 seunit. Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan pihak-pihak pemaju swasta untuk melaksanakan skim perumahan ini di seluruh negeri Pahang termasuk DN Ketari bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untuk sama-sama menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat negeri Pahang dan khususnya rakyat setempat.

Bagi menjawab soalan ADUN Kawasan Chini, sejak tahun 2019 hinggalah tahun 2024, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan Rumah Rakyat Pahang berjumlah 929 unit dengan nilai RM94 juta. Sehingga penghujung Februari 2025, sebanyak 768 unit telah siap dibina manakala 191 unit masih dalam proses pembinaan dan bagi pembinaan Rumah Rakyat Pahang bagi masyarakat Orang Asli di bawah Pahang Orang Asli Corporation (ORACO), dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah 220 unit dengan nilai 19... RM16.9 juta dan sebanyak 166 unit telah siap dibina manakala 54 unit masih dalam proses pembinaan.

Dan proses pembinaan bagi kedua-kedua ini dijangka siap sepenuhnya pada penghujung bulan Jun 2025. Untuk makluman Dewan, rumah RRP ini diberikan secara percuma kepada rakyat yang betul-betul layak dipertimbangkan untuk diberikan Rumah Rakyat Pahang ini, RRP ini. Kerajaan Negeri bagi percuma dan hampir... hampir RM120 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri dan diberikan kepada rakyat Pahang secara percuma yang betul-betul layak. Ini satu angka yang sangat besar, RM120 juta. Alhamdulillah juga, Kerajaan Negeri kekal meneruskan program ini ke Fasa 6 melalui pembentangan Belanjawan Negeri Pahang pada tahun 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Pahang dengan

memperuntukkan sejumlah 470 unit dengan nilai RM36 juta termasuk kepada masyarakat Orang Asli.

Terima kasih kita ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang [Ahli Dewan menepuk meja] yang telah begitu prihatin terhadap keperluan rumah di negeri Pahang. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri amat prihatin kepada keperluan asas rakyat yang sangat memerlukan tempat tinggal yang selesa dengan menyediakan kediaman secara percuma kepada rakyat miskin tegar seperti Program Rumah Rakyat Pahang yang telah diluluskan berjumlah 1,618 unit. Dengan data diperolehi, jika kita bandingkan dengan negeri-negeri lain seperti Kerajaan Johor melalui Rumah Kasih Johor, hanya menyediakan 335 unit manakala Kerajaan Negeri Melaka melalui program Melaka Rumahku hanya menyediakan 60 unit sahaja. Berbanding dengan Kerajaan Negeri Pahang 1,619 unit, inilah Kerajaan Pahang kita, tahniah [Ahli Dewan menepuk meja].

Dan Kerajaan Negeri Pahang kini juga akan memperkenalkan Skim Rumah Pangsapuri Pahangku untuk membantu golongan-golongan muda untuk yang berkahwin untuk memulakan kehidupan baru. Berpendapatan rendah untuk memiliki rumah dan membina kehidupan baru, dibina berhampiran dengan stesen laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Majlis Pecah Tanah ini akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dijangka pada bulan Mei tahun ini 2025.

Dan kita berharap Pangsapuri Pahangku ini akan diperluaskan lagi bukan sahaja di Bentong, bahkan di Temerloh, di Maran, di Kuantan, di Cherating dan setiap jajaran-jajaran stesen ECRL supaya dengan adanya pangsapuri yang berhampiran dengan stesen-stesen ini bagi memudahkan untuk penduduk-penduduk berkomunikasi sama ada pergi ke Kuala Lumpur, sama ada pergi ke Kuantan kerana kita difahamkan apabila projek ECRL ini siap pada tahun 2027, masa untuk berulang-alik antara Kuantan dan Kuala Lumpur itu hanya mengambil masa 1 jam 45 minit.

Mohon mencelah sikit ya, Speaker. Boleh tak Kerajaan Pahang pertimbangkan jugalah pangsapuri ini tidak semestinya di stesen-stesen LRT tapi di pinggir-pinggir bandar macam di Maran. Contohnya di pinggir bandar Maran juga saya rasa situ pun ada keperluan jugalah. Terima kasih.

Tak, kita bergantung pada... contohnya, macam bergantung kepada pendaftaran, permohonan contohnya dan LPHP akan sentiasa, dia mengkaji tentang keperluan-keperluan dan juga lokasi-lokasi yang strategik untuk dibangunkan dengan pangsapuri ini. Kadang-kadang bergantung kepada pembeli dan berbagai-bagai lagi dan kita mengambil kira segala pandangan-pandangan yang baik dan akan diteliti dengan sebaik-baiknya supaya pelaksanaan perumahan ini akan memberikan manfaat bukan sahaja kepada pemaju-pemaju tetapi juga memberi manfaat kepada seluruh rakyat dalam negeri Pahang. Kita memandangkan apabila duduk di setiap hampir dengan Stesen ECRL ini mudahlah kalau kita menjimatkan kos untuk mengurangkan minyak kereta dan hanya berkomunikasi naik ECRL nak pergi Kuala Lumpur pun cepat, nak pergi Kuantan pun cepat. Jadi akan memudahkan, menjimatkan lagi dan ini sudah tentu akan mempunyai satu tarikan baru kepada orang-orang untuk memulakan

kehidupan dengan harga rumah yang berpatutan dan mempunyai fasiliti-fasiliti secara lengkap untuk kita berikan kepada rakyat negeri Pahang kita khususnya kepada orang-orang muda.

Yang Berhormat Dato' Sri... Tuan Yang di-Pertua,

Menyentuh soalan YB Lanchang ini, saya nak masuk dalam berkaitan dengan apa... pusat konservasi. Bersentuh dengan YB Lanchang, Kerajaan Negeri... untuk makluman semua, melalui Jabatan Perhilitan berhasrat untuk membina Pusat Konservasi Seladang sebagai tambahan kepada Pusat Konservasi Seladang sedia ada seperti di Pusat Konservasi Hidupan Liar, Jenderak Selatan dan juga Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak. Sekarang ini ada Jenderak Selatan dan Sungkai, Perak. Dan jabatan ini tidak berhasrat untuk memindahkan Pusat Konservasi Seladang sedia ada, tetapi untuk menambahkan lagi satu pusat tersebut di Jalan Bukit Rengit di Lanchang, Pahang. Tahniahlah Lanchang kerana membuat... ada Pusat Konservasi Seladang.

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Terima kasih. Cuma satu persoalan, kenapa alasan tidak dipindahkan bersama ke satu tempat? Maknanya di kawasan Bukit Rengit itu kita satukan saja seladang di situ. Terima kasih.

Cepat sangat tanyanya. Tak habis. Nantilah saya baca dulu. Saya teruskan apa ni kita punya er... penggulungan saya ni. Pada er... untuk makluman dewan, pada ketika ini, kawasan sekitar Bukit Rengit dan Kuala Gandah telah mempunyai 2 pusat konservasi iaitu Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah dan Pusat Konservasi Harimau Malaya, Jalan Bukit Rengit, Lanchang, Pahang. Justeru itu, Jabatan Perhilitan sedang proses untuk mengemukakan permohonan peruntukan RMK-13 bagi projek tersebut. Jika permohonan ini berjaya, terdapat 2 Pusat Konservasi Seladang di negeri Pahang. Bukit Rengit dan juga Kuala Gandah eh… dia tak kenapa tak disatukan eh? Lagi banyak lagi meriah dan seterusnya dapat memperkasakan lagi usaha konservasi seladang secara exsitu yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui Jabatan Perhilitan dan bagi menjawab soalan pertanyaan YB ADUN kawasan Tras berhubung dengan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk mengurangi konflik manusia dan hidupan liar yang mana haiwan-haiwan liar seperti gajah yang tidak cukup makanan kerap merosakkan tanaman penduduk masyarakat Orang Asli di kawasan kebun-kebun mereka. YB tahu tak pasal apa gajah ini ia lalu kawasan yang sama sahaja er…?

Biasanya gajah ini ia ada habitat ia. [ketawa] Habitat ia er… ia akan ikut jalan yang sama so kalau jalan itu dah kata balak ditebang ke apa ia er… jalan ia ada kacau, ia akan pergi kawasan yang berhampiran kalau ada rumah Orang Asli ataupun orang kampung habislah.

Makna memang hampir-hampir tepat la. Tak, saya tengok dia macam mengantuk sedikit tadi… jadi saya tanya la dia… dia pandang saya itu… saya tanya dia balik, gajah ini dia…

Tuan Speaker, itu sebab er… sebab itu ada Alor Gajah itu cuma saya tak tahu Batu Gajah itu datang mana. Alor Gajah itu kita boleh agak dah sebab ia lalu sekali kan. [ketawa]

Tak er… Batu Gajah itu macam cerita Yang Amat Berhormat Menteri Besar la [Ahli Dewan ketawa] Jentik sekali ia bangun la. [ketawa] Jadi…

Yang Berhormat Speaker, yang saya tahu Batu Gajah tak ada, yang ada telur gajah. [Ahli Dewan ketawa]

Terima kasih la YB daripada Luit kerana soalan er… soalan eh. Ramai nampak mengantuk ini, cerita-cerita begini memang mengantuk jadi saya balik kepada tadi cerita Tras tadi kerana gajah ini ia memang dah turun-temurun jalan itu, ia highway er… highway ia tak berubah itulah daripada orang tua ia dulu, nenek-nenek moyang ia… ia turun-temurun itulah jalan ia lalui. Apabila kita lalu jalan itu dah kita block, kita rosakkan apa er… itu ia macam hilang punca itulah jalan itu er… ia dah tak tahu ke mana, langgarlah mana-mana YB tapi betullah jawapan daripada YB Tras itu tadi. Terima kasih.

Dan er… untuk ini jaringan kerjasama yang erat antara Jabatan Perhilitan dan agensi-agensi di peringkat Kerajaan Negeri telah wujud dalam usaha-usaha kita untuk konservasi hidupan liar dan antaranya diterjemahkan dalam bentuk er… pembentukan kawasan perlindungan baharu seperti juga Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah dan inisiatif ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan habitat hidupan liar terpelihara dan ancaman kepupusan spesies seperti harimau belang dapat dikurangkan serta melindungi habitat untuk pengurusan dan pengekalan khazanah dalam negara kita. Jadi YB Tras ini memang pakar dalam hidupan liar tapi saya…

Boleh er… boleh saya tambah sedikit? Ia… harimau pun sama juga ia lebih kurang kalau harimau ini Harimau Malaya 20 km ia boleh jalan satu hari ia sama ia punya er… habitat ia. Sekiranya kawasan ia di… er… apa dikacau ia akan pergi kawasan yang berhampiran sebab itu ada yang kena makan oleh harimau. Terima kasih.

Er… minta maaf Tuan Yang di-Pertua, kita dalam petang-petang ini kita itu sedikit la. YB ini memang orang yang… dia mengkaji hidupan liar? Saya nak tanya sedikit satu lagi soalan boleh eh Luit eh? Satu ekor harimau ini berapa ia punya luas kawasan ia punya apa… territory rayau ia itu? Kalau jawab ini dia memang kena masuk PERHILITAN la dia.

20… er… 20 km radius. Sebenarnya PERHILITAN ini pada zaman saya dahulu di bawah er… apa Sumber er… Air, Tanah dan Sumber Asli, PERHILITAN. Itu saya pun dapat daripada sanalah ilmu itu.

Tapi YB yang er… untuk makluman Sidang Dewan la Yang di-Pertua, saya dimaklumkan semasa lawatan saya bersama-sama PERHILITAN, bersama-sama dengan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang eh… kawasan rayau harimau ini untuk makluman Sidang Dewan ia 100 km… 100 km/persegi er… contohnya macam di Gunung Aais kita ada 134,000 hektar jadi kalau 134,000 hektar ini YB berapa ekor harimau boleh muat sebenarnya? Boleh tak tanya?

Saya rasa harimau kita setakat ini ada lebih kurang 200 ekor sahaja. Jadi saya rasa mungkin kawasan itu jadi kecillah. Itu yang saya boleh jawab.

YB, saya nak mencelah sedikit. Kalau saya dapat jawab… 9 ekor. [ketawa]

[Ketawa] Yang Amat Berhormat er… Dato’ Sri Menteri Besar, benda ini… dia tak aci ini sebab waktu dia di Jerantut hari itu saya yang tanya dia soalan ini. [Ahli Dewan ketawa] Hari ini dia pula pecah ini tak adil macam ini. Saya nak tanya Tras ini, saya pada masa yang sama saya nak maklum Sidang Dewan supaya ini adalah satu er…

apa ilmu yang baru kerana kita kena tahu dalam negeri Pahang esok kalau ada 200 ekor ini dengan kita-kita jalan.

Yang Berhormat Speaker,

Saya nak tanya Wakil Kerajaan daripada Tras daripada Jerantut, pernah jumpa harimau ke diaorang ini? [Ahli Dewan ketawa]

YB, saya ada pernah jumpa harimau di rumah [Ahli Dewan ketawa].

Itu orang rumah. [Ahli Dewan ketawa] Bukan er… nanti kena jawab balik ini. Jantan ke betina ini harimau kat rumah? Jantan ke betina? [Ahli Dewan ketawa]

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

YB… saya tambah sedikit?

Hal rumah ke hal harimau er… hal harimau ke bukan? [Ahli Dewan ketawa]

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Bukan hal rumah. Sebab petang-petang, petang ini kita mengantuk kena cerita harimau la. Harimau jantan kawasan rayau ia lebih kurang 60 km hingga 100 km. Harimau betina kecil sedikit 20 km hingga 40 km kawasan rayau. Itu sahajalah.

Cuma saya er… saya nak tambah sedikit yang er… yang Yang Berhormat Timbalan Speaker er… saya nak tambah sedikit…

Eh… ada juga? [Ahli Dewan ketawa]

Saya nak tambah sedikit er… isu yang kita bangkitkan ialah isu keselamatan hidupan liar dan gangguan pada orang ramai. Di kawasan saya Cheka pun baru ini sampai masuk dalam rumah pun gajah. Gajah itu bersama dengan anak dia… anak tak boleh masuklah sebab rumah tu dua tingkat tapi ibunya… anaknya masuk sampai pecahkan katil kebetulan dia duduk seorang dia terpaksa lari keluar dan kita dah maklum pada PERHILITAN… dah datang buat tinjauan cuma masalahnya ialah usaha untuk menangkap gajah ini bukan mudahlah. Satu, kosnya lebih kurang RM50,000.00 seekor.

Yang kedua, dia perlukan kawasan yang selamat untuk rantai dan sebagainya. Cuma saya nak bangkitkan isu kes kita berlaku di Pahang ialah beberapa kejadian mutakhir ini kemalangan kepada harimau kita. Berlaku di kawasan Berkelah… kawasan Berkelah, kawasan Lentang satu masa dulu. Saya pernah cadangkan kalau boleh dipertimbangkan kawasan-kawasan yang memang ada habitat harimau khususnya digazetkan sebagai kawasan rayau dialah sebab kita bimbang sebab kita tak banyak harimau ada di er… di negara kita ini khususnya Harimau Malaya. Jadi keprihatinan beberapa agensi kita jadi terima kasih banyaklah kerana segera datang kemudian segera buat pemantauan dan sebagainya. Jadi itulah hasrat kita supaya zon keselamatan binatang hidupan liar ini dapat kita… kita tingkatkan. Terima kasih.

Terima kasihlah daripada er… ADUN Cheka sangat baik dan memang Kerajaan Negeri memang sentiasa kita proaktif. Kita buat Taman Negeri Pahang, kita tubuh Taman Perbadanan Taman Negeri Pahang dan kita berusaha agar untuk konservasi untuk conserve kan apa aset-aset khazanah kita dalam negeri Pahang ini kerana tak ada lagi dah. Contohnya dalam dunia hari ini ada dua sahaja tempat yang ada konservasi ini. Satu di India dan satu lagi di Malaysia dua sahaja tempat ini dalam dunia ini. Makna kita nak menjaga supaya benda ini tidak pupus sama sekali kerana konservasi ini memerlukan satu kerja-kerja yang berterusan untuk memastikan habitat haiwan tidak musnah sama sekali dan yang masuk gajah dalam rumah ini rumah batu ke rumah kayu?

Rumah kayu. Rumah kayu kebetulan rumah dia dalam ladang er… ladang sawit dia dan saya pun dah turun ke rumah dia dan saya dapati sebenarnya ancam er… beberapa kali dah ada er… ada gangguan gajah liar ini tetapi mutakhir ini bila kita maklum kepada PERHILITAN ada seekor yang dah ditangkaplah, dah dibawa ke konservasi. Cuma isu saya ialah isu kita ada satu Pusat Konservasi Seladang di Kuala Krau. Ada seekor seladang yang saya selalu pergi tengok… nama Isnin. Isnin ini ialah seekor seladang yang memang habitat liar yang dibela di situ tapi dia mati dan kita pun tak tahu. Saya pun tak dapat maklumat kenapa dia mati cuma saya terfikir ada satu cadangan supaya lesen-lesen diberi kepada penternakan hidupan ini supaya 10% setiap tahun mesti dilepaskan balik kepada hutan. Contoh lesen ternakan pelanduk, kancil, er... beberapa binatang, kalau sekiranya 10% setiap tahun mesti dilepaskan balik, saya fikir ini dia akan membantu pembiakan mereka balik kepada habitat asal dia, terima kasih.

Panjang juga itu, itu 2 minit dah. Tambah sikit la.

Speaker

Yalah.

Cadangan yang baik la ya, ADUN Cheka. Dan saya nak sambunglah. Pengurusan… pengurusan kawasan perlindungan dan populasi hidupan liar adalah satu proses yang sangat dinamik dan memerlukan komitmen kita semua. Sekiranya habitat hidupan liar yang kita telah sedia ini adalah selamat dan juga berkualiti, maka populasi hidupan liar ini akan terus terjaga dan akan terus terpelihara dan juga meningkat.

Namun begitu, diakui, perlu diakui bahawa sifat semula jadi seperti hidupan liar seperti gajah yang sentiasa bergerak dalam kawasan jelajahnya akan menyebabkan kejadian di mana, di mana gajah memasuki rumah atau gajah melalui kawasan penempatan masyarakat yang tinggal berhampiran dan juga dalam kawasan yang terbabit. Oleh itu, pengurusan konflik manusia dan hidupan liar perlu kita jalankan secara yang holistik dan juga komitmen yang berterusan dari semua pihak khususnya Pejabat Perhilitan, Kerajaan Negeri dan orang yang… orang yang pemegang taruh, mereka yang pegang taruh.

Dalam konteks mengurangkan… dalam konteks mengurangkan konflik manusia dan hidupan liar, khususnya yang melibatkan ini, gajah liar, yang merosakkan tanaman masyarakat Orang Asli, Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perhilitan dalam usaha mitigasi yang berterusan.

Beberapa pendekatan yang sedang dan akan dilaksanakan termasuklah pemantauan dan pengurusan habitat yang mana pemulihan dan penyambungan koridor hidupan liar bagi membolehkan hidupan liar seperti gajah, bergerak dengan mengurangkan risiko melalui kawasan pertanian dan penempatan Orang Asli. Mengenai Koridor Hidupan Liar dan penempatan bagi setiap aktiviti yang melibatkan pembukaan kawasan habitat hidupan liar. Menyediakan pelan pengurusan hidupan liar bagi memastikan konflik hidupan liar dapat ditangani dengan lebih berkesan dan langkah mitigasi konflik, Jabatan Perhilitan mewujudkan kawasan selamat di kawasan penempatan masyarakat Orang Asli melalui juga kaedah pemasangan Sistem Pagar Elektrik Gajah Mudah Alih, program tangkap dan pindah gajah dari kawasan konflik yang kritikal ke habitat yang lebih sesuai dan juga pemasangan kolar gajah sebagai sistem pemantauan pergerakan gajah dan sistem amaran awal.

Berkenaan dengan penglibatan masyarakat dan pendidikan kesedaran. Jabatan Perhilitan turut mengadakan latihan-latihan dan bimbingan-bimbingan khususnya kepada komuniti masyarakat Orang Asli mengenai langkah-langkah keselamatan, penyelenggaraan Sistem Pagar Eletrik Gajah dan juga teknik-teknik mitigasi.

Program-program pendidikan ini dan kesedaran ini kepada masyarakat mengenai kepentingan pemeliharaan hidupan liar dan bagaimana untuk mengurangkan konflik

secara harmoni serta kerjasama dengan NGO dan pihak akademik dalam kajian penyelesaian jangka panjang berkaitan dengan konflik manusia-gajah.

Tadi saya lupa tadi bila nak tanya pasal harimau tadi. Bila Cheka, bila ADUN Cheka mencelah tu dah lupa. Maknanya tadi, jawapan tadi 9 ekor je. Kalau dalam Malaysia ini lebih kurang dalam 200 ekor je. Maknanya YB Lantikan jawab tepat. Tapi tak boleh pakai sebab saya dah bagitahu jawapan dulu tadi. Tak, kita nak kena tahu. Maknanya kalau itu 9 ekor. Harimau ini, bila dia dalam 1 kilometer radius, dia berkahwin, dapat anak. Bila anak itu dah besar, anak itu sorang ya. Tapi anak itu 2, 3 ekorlah. Kahwin. Kena kahwin. Tak kahwin tak lepas... Dato' Sri tadi dia kata ada jugak yang hari-hari mau dia kata. Harimau. Tidak, dia 100 km persegi bila anak itu dah besar, harimau ini dia dalam kawasan 100 km itu dia sekor je. Dia tak boleh ramai-ramai. Kalau dia ramai-ramai dia gaduh. Sebab itu kadang-kadang bila dah melebihi 2, 3 ekor dalam kawasan, dia terpaksa keluar. Yang itu yang accident di Cameron Highlands, dia terpaksa lari keluar.

Dan usaha ini sentiasa dipantau dan kita mengambil satu pendekatan mencari jalan-jalan supaya menda ini dapat dikawal. Dengan pemantauan sistem elektronik dan pelbagai-bagai lagi sensor satelit dan berbagai-bagai cara untuk kita memastikan supaya populasi ini tidak boleh menjejaskan, antara hubungan antara manusia dan juga haiwan hidupan liar ini. Itu harimaulah.

Boleh mencelah? Bebar ya. Saya ada masalah sebenarnya dekat Kuala Gandah itu. Masalah dan dilema. Iaitu bila saya pergi sana ada satu gajah daripada Burma, ya. Nama dia Pian. Jadi saya masalah saya itulah bila saya pergi sana bawa anak saya cucu saya ketawakan saya. Pasal nama gajah itu pian guna mikrofon pula cakap itu. Jadi saya cadanglah, tukar namalah nak jadi piano ke apa kan? [Ahli Dewan ketawa] Tahanlah sikit saya rasa. Terima kasih Dato' Sri. [Ketawa]

Saya simpatilah sahabat saya ini daripada Luit ini. Bukan saja masalah rakyat, masalah nama pun kena selesai pasal gajah ini. Tapi tak apalah kita ambil perhatian. Saya nak tanya jugalah ya pasal Pusat Konservasi ini, boleh tak kita tukar nama dulu? Tukar nama Ketari ke, tukar nama Tras ke. Nama… nama kawasan la senang ya. Nama ini kang, kita cuit nama kita terasa juga.

Jadi er... harimau ini, maknanya kita kena pantau la makna kalau lebih daripada 9 ekor dan membabitkan sampai Tras kata dalam 200 ekor tadi. Bukan… bukan… bukan sahaja haiwan ternakan yang bahaya tetapi juga kita manusia pun bahaya. Sebab itulah Jabatan Perhilitan dan juga pemegang-pemegang taruh sentiasa dari semasa ke semasa, menambah baik cara-cara untuk mengawal populasi harimau ini supaya tidak menjejaskan kehidupan antara kita sesama manusia dan juga hidupan liar.

Speaker

Yang Berhormat panjang lagi?

Speaker

Yalah [Ketawa]

Speaker

Mengantuklah nampaknya. [Ketawa]

Nak, nak tutup dah ini. Yang di-Pertua nak balik ke?

Speaker

[Ketawa] Kita… kita… saya haraplah boleh tamat pukul 6, boleh?

Pukul 6… pukul 6… bolehlah.

Speaker

Okey, baiklah.

Insya-Allah. Jadi Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua dah sembahyang Asar ke? [Ahli Dewan ketawa]. Nak kejar.

Yang Berhormat Tuan, er..., Tuan Yang Dipertua,

Saya nak maklumlah kita dalam Dewan ini tentang apa yang telah kita laksanakan ya, untuk pastikan segala khazanah-khazanah yang ada dalam negeri Pahang ini yang sangat… sangat apa bernilai yang tak perlu kita buatkan conservation. Tak ada dalam negeri-negeri lain. Inilah negeri Pahang kita, yang perlu kita pastikan akan terus dapat dinikmati oleh generasi-generasi kita pada masa akan datang.

Sebagai contohnya, Kerajaan Negeri Pahang, kita menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang yang terus memainkan peranan penting dalam memastikan

pengurusan kawasan konservasi di negeri ini berteraskan konsep Environmental Social & Governance (ESG) dengan izin yang… Yang di-Pertua, yang diuruskan secara lestari, mampan dan selaras dengan dasar pembangunan hijau serta pemeliharaan biodiversiti.

Usaha untuk memperkukuhkan fungsi Taman Negeri ini bukan sahaja penting untuk keseimbangan ekosistem tetapi menjadi sebahagian daripada strategik pelancongan yang berasaskan alam semula jadi yang semakin mendapat tempat di hati… di hati pelancong-pelancong sama ada dalam domestik ataupun antarabangsa.

Dan Pahang adalah sebuah wilayah yang istimewa yang mengandungi warisan alami khususnya kepelbagaian biodiversiti dan geodiversiti berkepentingan antarabangsa yang perlu kita uruskan secara holistik berasaskan pemeliharaan, pendidikan dan juga pembangunan yang lestari. Gagasan pemuliharaan warisan berintegrasi yang dilaksanakan melalui pendekatan pengiktirafan sejagat iaitu Tapak Warisan Dunia UNESCO, Program Manusia dan Biosfera, UNESCO Global Geopark serta Perlindungan Warisan Unggul dengan pewartaan di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri 2021 dan Akta Warisan Negara.

Sehingga kini, Kerajaan Negeri Pahang telah berjaya mewartakan 2 Taman Negeri di bawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Pahang iaitu Taman Negeri Rompin dan juga Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah. Dan Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah telah diwartakan pada 31 Ogos 2023 merangkumi kawasan seluas 134,000 hektar yang meliputi Kawasan Hutan Simpan Gunung Aais. YB tau Tras... Gunung Aais kat mana? Boleh tanya YB Lantikan, Ice Mountain di Jerantut, ya. Hutan Simpan Kekal Gunung Aais tambahan dan sebahagian Hutan Simpan Kekal Tekai, Tembeling adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia ini. Tak ada tempat lain dah.

Dan saya ingin juga menzahirkan junjung kasih atas keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama-sama dengan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang dan bersama dengan Puan Yang Terutama Razan Khalifa Al-Mubarak daripada UAE ke kawasan Tembeling baru-baru ini. Dan dari segi peruntukan dana Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan pada tahun 2025 telah menyalurkan dana melalui EFT dengan izin, Yang di-Pertua Ecological Fiscal Transfer untuk Biodiversiti Conservation sebanyak RM1.7 juta bagi menyokong operasi penguatkuasaan dan pembangunan infrastruktur di kawasan rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah serta bakal menerima 30 orang renjer komuniti khas untuk rizab harimau.

Untuk makluman Yang di-Pertualah dengan adanya Pusat Konservasi ni, untuk makluman Dewan, dulu kita sentiasa mendengar pemburu-pemburu haram daripada Kemboja daripada Vietnam masuk dengan berleluasa ke negeri Pahang ni bukan sahaja memburu harimau dan hidupan liar tetapi juga mengambil hasil khazanah daripada negeri Pahang berupa kayu gaharu yang bernilai tinggi tetapi dengan sebab kita wujudnya kawalan melalui taman... Perbadanan Taman Negeri Pahang ini sehinggan ini tak ada lagi aduan kerana banyak tangkapan yang telah dibuat kerana Tuan Yang di-Pertua tahu tak seekor harimau ni berapa harga dia? Yang di-Pertua? Dia dah nak sembahyang asar rasanya. Tuan Yang di-Pertua [Ahli Dewan ketawa]? Tuan Yang di-Pertua tahu seekor harimau tu berapa harga dia?

Speaker

Saya tak pernah belilah jadi saya tak tau harganya. [Ahli Dewan ketawa]

Tapi Yang di-Pertua, jawapan tu memang tepat [Ahli Dewan ketawa]. Patutlah Tuan Yang di-Pertua ni Pengerusi DAP negeri Pahang [Ahli Dewan ketawa]. Seekor rimau tu untuk makluman Dewan, dia pergi masuk dia duduk dalam tu. Duduk dan berkhemah dalam hutan Gunung Aais tu, dia pasang perangkap seekor rimau tu RM100,000.00. Tapi mutakhir ni kita berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana dengan wujudnya Perbadanan Taman Negeri ni dengan bangganya, dia mengatakan bahawa tiada lagi aktiviti-aktiviti.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Nak tanya ni Wakil Kerajaan daripada Bebar ni. Dia kalau lembu jantan dengan lembu betina, lembu jantan tu lebih mahal daripada lembu betina. Jadi kalau harimau ni saya nampak ni Wakil Kerajaan, dia memang nampak pakar dari segi rimau. Jadi kalau rimau jantan dengan betina yang mana lebih mahal? Kemudian kalau rimau belang dengan rimau bintang, yang mana lagi premium?

Rimau belang lebih premiumlah dan harimau jantan lebih mahal. Kalau tak ada jantan takde betina [ketawa]. Tak boleh juga. Tak, saya pun saya rasa jantanlah. Saya tak kaji lagi bab value lagi. Jadi saya balik saya kaji lebihlah saya bagi jawapan secara bertulislah [ketawa]. Saya nak beritahu Sidang Dewan sikit lagi Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri melalui Private Partnership Project yang telah berjaya mendapatkan peruntukan antarabangsa yang berjumlah 1 juta Euro daripada Euro Fund untuk tahun 2024-2025. Yang terbaharu sebanyak 22 juta USD daripada Mohamed bin Zayed Species Conservation Fund untuk tempoh 5 tahun bagi membiayai usaha-usaha konservasi dan pengoperasian Rizab Harimau Al-Sultan Abdullah yang kita laksanakan ini oleh Perbadanan Taman Negeri.

Dan untuk makluman sidang Dewan, PTMP dan PERHILITAN juga yang saya kata tadi telah berjaya menahan empat warga asing ni yang dulu yang merayau dalam hutan Pahang ni warga Kemboja, Vietnam dan tahniahlah saya ucapkan kepada Pembangunan Taman Negeri yang telah menjalankan kerjanya dengan penuh jujur dan berdedikasi. Kerajaan Negeri Pahang juga melalui Perbadanan Taman Negeri Pahang untuk melengkapkan perwartaan Tasik Chini Rizab Biosfera menjadikan ia sebagai salah satu Taman Negeri dalam negeri Pahang dan saya hal yang saya nyatakan tadi...

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Er... mintak... mintak jelas sikit. Di tempat saya Padang Tengku ada Central Forest Spine iaitu di Sungai Yu. Di situ ada gambar rimau dia punya lambang tu dan kawasan tu memang terletak di tengah-tengah kampung. Memang tengah-tengah kampung Sungai Yu di Merapoh tu sampai ke Felda Sungai Temau dan juga Felcra Sungai Temau dan Felda Sungai Perah. Soalan ni dia banyak lagi gangguan-gangguan gajah, harimau berlaku di kampung di sekitar. Jadi ada kaedah Kerajaan Negeri dak supaya dia menetap di kawasan dia saja tak merayau-merayau di tempat yang lain. Sebab memang banyak gangguanlah. Jadi kena cari jalan jugalah untuk pastikan sebab, gangguan memang... memang bertambah. Saya dapat laporan daripada pihak PERHILITAN gangguan kacau ganggu oleh gajah. Rimau kurang sikit gajah ni. Itu saya nak tanya tu macam mana, satu kawasan di Padang Tengku.

Tuan Yang di-Pertua,

Tadi Tasik Chini ni Padang Tengku lak. Jadi apa ni sebab tu saya kata konservasi ni akan melakukan secara berterusan. Untuk melibatkan kawasan yang kita akan wartakan, contohnya di Gunung Aais, penempatan seperti Seladang, gajah Kuala Gandah dan perlu dilaksanakan secara holistik dan oleh kerajaan dan juga pihak-pihak yang pemegang taruh ni. Dan kadang kadang daripada kita ada Central Forest Spine kita katakan. Central Forest Spine di tengah-tengah jajaran tu YB Tanah Rata tahu kan Central Forest Spine tu. Jadi contohnya macam dulu di Johor, dia ada harimau juga, Dato’ Sri... Tuan Yang di-Pertua. Dia ada rimau, tapi rimau... rimau saja dah hampir-hampir cacat sebab dia duduk sama-sama dia. Dia ada hubungan yang hubungan kahwin yang tak sah. Dia kahwin dengan adik-beradik, dia buat incest kerana tidak ada sambungan daripada antara hutan-hutan ni. Dia tak boleh rayau. Jadi dia duduk satu tempat je. Dia duduk kawasan tu bersama anak beranak dia je. Jadi bila dah pening kepala tu yang jadi hubungan haram antara anak beranak tu dah tak ada pilihanlah.

Tetapi bila ada Central Forest Spine, pergerakan harimau ni, jadi dia boleh jalanlah. Dia boleh ada melibatkan hubungan yang lebih sihat. Jumpa daripada harimau negeri Pahang, rimau Terengganu, rimau Perak. Dia tak berhubunglah sesama harimau Johor je. Jadi sebab tu ada Central Forest Spine. Macam tadi semua usaha-usaha yang berterusan oleh pihak Kerajaan Negeri dan juga Jabatan Perhilitan dengan kerjasama Perbadanan Taman Negeri yang kita tubuhkan ini akan mengadakan kajian-kajian yang lebih lanjut supaya dapat mewujudkan kawasan-kawasan yang di wartakan sesuai untuk seladang, sesuai untuk gajah sesuai untuk harimau supaya ia dapat diconservekan, dapat dikekalkan dan dikawal secara yang sistematik dan juga holistik lagi. Ini yang kita harapkan daripada Kerajaan Negeri. Banyak lagilah yang saya tak cadang jangka panjanglah. Speaker pun dah lain macam [ketawa]. Speaker kadang kadang kena bagi lebih.

Speaker

Ya, saya hal kecil kerana rakan-rakan kita nak menunaikan solat Maghrib kemudian. Jadi saya mintaklah. [Ketawa]

Steady Tuan Speaker [Ahli Dewan ketawa]. Bagus makna sekarang dah nampak dia act like every end of the tunnel makna concern tentang apa waktu Maghrib. Jadi saya banyak lagi saya. Tapi apa yang penting-penting telah saya nyatakan. Dan saya nak mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, ADUN Padang Tengku, ADUN Cheka, ADUN Lanchang, ADUN Kuala Semantan, ADUN Beserah, ADUN Kuala Sentul, Chini, Tras, Mentakab, Ketari, Kemayan, Tanah Rata yang telah menyatakan pertanyaan-pertanyaan dan membangkitkan soalan-soalan yang berkaitan dengan portfolio saya Kerajaan Tempatan, Perumahan Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.

Mana-mana soalan yang tidak dapat saya jawab sepenuhnya atau tidak secara langsung dan langsung akan dijawab secara bertulis. Minta maaflah kalau jawab saya jawab... kalau saya jawab semua ni besok siap. Dan setinggi-tinggi penghargaan juga, terima kasih juga saya ucapkan kepada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pahang, Bahagian Kerajaan Tempatan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang, Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang. Pegawai-pegawai Negeri mahu... Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan dan pihak-pihak yang berkaitan atas kerjasama yang erat dan komitmen yang padu diberikan kepada saya sepanjang saya memegang portfolio ini.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menjujung kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah dan Ke Bawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di atas segala sokongan dan dorongan yang tanpa berbelah bagi… bagi buat Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Bak kata pepatah, raja dan rakyat berpisah tiada.

Dan saya sekali lagilah, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang setelah berjaya mengemudi Kerajaan Negeri ini dengan sebaik-baik yang mungkin dan menjadi antara negeri yang terbaik dalam negara kita ini. Dengan segala yang dilaksanakan ini telah meletakkan negeri Pahang kita sebagai negeri yang kedua paling bahagia 2023 dan 2024.

Dan banyak sebab itulah saya rasa banyak yang telah dilaksanakan daripada inisiatif Makmur Pahang dengan segala bantuan bantuan seperti perumahan dan segala perancangan-perancangan yang proaktif dan dapat memberikan kebahagiaan kepada seluruh rakyat dalam negeri Pahang. Jadi dengan segala perancangan-perancangan yang telah disediakan dan akan dilaksanakan nanti sudah tentu akan lebih memaju dan mensejahterakan dan memakmurkan lagi negeri Pahang kita Negeri Pahang Darul Makmur kita, insya-Allah.

Kapal belayar menuju ke seberang, Dilambung ombak menongkah tujuan, Budi dan jasa akan tetap dikenang, Demi negeri, teruslah kita perjuangkan.

Mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas segala jasa dan usaha dalam menerajui kepemimpinan pentadbiran negeri Pahang ke arah transformasi yang lebih hebat, dinamik, progresif di samping sentiasa memberikan keutamaan kepada kebajikan rakyat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Tak perlulah gilir-gilirlah kerajaan. Kalau boleh kerajaan yang ada ni kita kekalkan dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun kita kekalkan untuk terus menerajui Kerajaan Negeri Pahang ini. [Ahli Dewan tepuk meja]. Dengan ini, saya menyokong wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang. Baiklah, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan terima kasih kepada 6 Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada pihak kerajaan yang telah memberikan jawapan-jawapan dan penjelasan-penjelasan atas permasalahan yang telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Seterusnya, saya akan menempohkan persidangan pada hari ini dan persidangan kita akan disambung semula pada hari Khamis, 24 April 2025 bersamaan 25 Syawal 1446H bermula pukul 9.30 pagi. Terima kasih. Persidangan ditempohkan, insya-Allah.

[Persidangan ditempohkan]