Pahang · 24 April 2025

15th Assembly, 4th session, 1st meeting · 379 turns · 37,515 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari

: Khamis, 24 April 2025 bersamaan 25 Syawal 1446 Hijrah

DOA Perkara Pertama: Doa.

Pertanyaan pertanyaan kepada Menteri BesarQuestions

Setiausaha Dewan

[Bacaan dalam Bahasa Arab]. [Ayat al-Quran]. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Mengasihi kepadaNya terpulang segala puji pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah limpah keadilan yang mengandungkan kewajipan ke atas raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan. Mudah-mudahan sentosa aman makmur limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkat-Mu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan Taufik-Mu dipohonkan menyuluh, memandu ketika kami berunding menimbang bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah dipohon doa kami diperkenan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Perkara kedua. Pertanyaan pertanyaan kepada Menteri Besar.

Speaker

Salam Sejahtera dan Selamat pagi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli- ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan , Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian. Marilah kita Bersama-sama memanjatkan syukur kerana dapat meneruskan persidangan pada pagi ini. Saya ingin memaklumkan bahawa urus setia Dewan Negeri adalah ada mengedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan Ketua-ketua Jabatan cenderahati daripada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang yang merupakan yang pertama. ada beberapa cenderahati hari ini. Nanas ditanam di Ladang Gambang, keluasannya Ladang 3 13….130…130 ekar dan jenisnya MD2. Yang kedua Rock Mainland ditanam di Kuala Medang dan Marang, Terengganu. Menggunakan sistem fertigasi 10 Greenhouse di Kuala Medang dan 2 Greenhouse di Marang. Kapasiti buah 4000 pokok, per Greenhouse Marang dan 450 pokok per Greenhouse di Kuala Medang. Yang ketiga, dihasilkan di kilang Resort Jerantut. Ada 3 pilihan utama iaitu nasi minyak ayam merah, nasi putih daging kerutub dan nasi putih daging Opor. Yang keempat ada bawang. Jumlah keluasannya penanaman bawang di Pahang adalah 4.93 hektar dan tahun 2024. Produktiviti pengeluaran-pengeluaran tanaman bawang sebanyak 20.2 tan bernilai RM80,800. Lokasi projek di Pahang telah terdapat dua lokasi iaitu pertama Daerah Kuantan dilaksanakan oleh LYC Sdn Bhd seluas dua hektar. Dan kedua daerah Jerantut oleh usahawan Encik Azhar bin Haji Arshad seluas 2.93 hektar. Jenis benihnya menggunakan benih bawang variety BAW2 BW 2 yang dikeluarkan oleh MARDI. Nikmatilah cenderahati dan terima kasih kepada Yang Berhormat…

Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana usaha beliau telah pun begitu besar dan juga tidak lupa jugalah Yang Berhormat Ahli Majlis dari Benta juga.

Seterusnya, saya juga ingin memaklumkan bahawa pihak Dewan Negeri telah mengedarkan borang kajian keputusan pelanggan untuk dinilai oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian. Mohon kerjasama ahli-ahli untuk melengkapkan borang tersebut bagi tujuan penambahbaikan Persidangan Dewan Negeri Pahang. Saya ingin memberi peringatan kepada Ahli- ahli Dewan. Oleh kerana lepas soalan dan jawapan, kita ada empat lagi ahli EXCO untuk penggulungan. Jadi, saya harap rakan-rakan boleh memendekkan ataupun Jika boleh kita bagi soalan yang ringkas. Baiklah, untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat pada kali ini, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari ahli yang dilantik 4 untuk mengemukakan pertanyaan, sila Yang Berhormat.

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Behormat Dato’ Sri Menteri Besar, Ahli EXCO dan sidang dewan yang dikasihi yang dikasihi sekalian. Soalan saya pada pagi ni nombor 1.

[Pembangunan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) banyak tertangguh disebabkan kerajaan negerimengenakan jumlah premium (Borang 5A) kepada Kerajaan Persekutuan.

Adakah kerajaan negeribercadang untuk mengurangkan kadar premium yang sangat tinggi sehingga ratusan juta kepada jumlah kadar yang nominal bagi membolehkan pembangunan HTAA dapat disegerakan memandangkan pembanguna HTAA merupakan satu keperluan utama rakyat Pahang dan tidak bersifat keuntungan?]

Assalamualaikum WBT Selamat Pagi Salam Sejahtera. Salam Pahang 1st. Saya juga mengucapkan sebelum saya jawab soalan saya nak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO kanan ADUN Benta kerana telah memberi kita cenderahati pada pagi ini dan saya sempat berbisik kepada beliau. Sekarang ni di Perlis musim Harum Manis dan beliau telah mengambil tindakan proaktif dan bagitahu kepada saya 60…60… 60, akan dapat diedarkan. Setakat itu je yang kita dapat. Maknanya Ahli-ahli Yang Berhormat akan dapat 42 + 7 + 5, 47 ikut seniority lah. Jadi mana-mana yang tak dapat tu kena jumpa kemudianlah sebab kita dapat 60. Setakat ni saya tak.

Dapat pun mungkin bawa ke Perlis lah.

Boleh. Boleh. Yang tak dapat tu kita kita bincang dalam kamar. Yang Berhormat Dato' Sri Yang Dipertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Daerah Rompin, ADUN Lantikan kerana bertanyakan kenaan dengan Hospital Tengku

Ampuan Afzan yang tertangguh. Sukacita saya maklumkan beberapa siri perbincangan telah diadakan dan proses berkaitan dengan tanah ini adalah satu perkara biasa di mana apabila ada permohonan untuk tujuan projek pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan negeriakan mengenakan kadar premium yang sewajarnya dan selepas itu kerajaan p[ersekutuan boleh mengemukakan rayuan dan saya nak bagitahu kepada Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa kerajaan negeritidak pernah tidak mempertimbangkan rayuan daripada Kerajaan Persekutuan, lebih-lebih lagi projek yang melibatkan orang ramai seperti mana pembinaan hospital dan sebagainya [Ahli Dewan menepuk meja] ataupun pembinaan sekolah dan sebagainya. Itu adalah proses biasa dan kalau sekiranya lambat dikemukakan rayuan, maka lambat lah Kerajaan negeribertindak. Jadi untuk tujuan ini baru-baru ini kita telah adakan mesyuarat sama-sama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ke-10 di mana dibangkitkan isu ini untuk makluman Yang Berhormat. Dan er... di mana Kerajaan negeritelah meminta supaya mereka mengemukakan rayuan kepada Kerajaan negeridengan secepat mungkin dan bila sampai rayuan tersebut, saya tak tahu dah sampai ke belum rayuan. PTG, ha... dah dapat rayuan? maknanya dah dapat rayuan kita akan pertimbangkan. PTG akan buat kertas bawa ke EXCO dan saya bagi jaminan di sini kita Kerajaan negeriakan bagi pengurangan kadar premium yang sewajarnya bagi tujuan pembinaan pembangunan Hospital Tengku Ampuan. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.

Er... soalan tambahan.

Speaker

Sila.

Terima kasih er... Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar dan er... Kerajaan negeri. Jadi, saya melihat bahawa ini adalah er... satu usaha yang sangat serius di peringkat Kerajaan negeriuntuk memastikan rakyat di negeri Pahang ini diberikan satu kemudahan yang er... lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Er... soalan tambahan saya, kita dapat lihat bahawa isu di Hospital Kuantan ini saya rasa dalam sidang lepas pun ada dibangkitkan oleh Inderapura yang berhubung dengan kesesakan-kesesakan yang berlaku di hospital ini. Dan kita dapat lihat bahawa Hospital Kuantan ini seolah-olah dah... dah tepu dah... dah terlalu padat. Soalan saya apakah er... yang boleh dilakukan dan ataupun yang sedang dilakukan oleh Kerajaan negeridan juga Kerajaan Persekutuan untuk er... memastikan bahawa kesesakan ini dapat sedikit sebanyak ditangani sama ada kita ada membina fasiliti-fasiliti baru ataupun kemudahan-kemudahan tambahan kepada hospital yang sedia ada. Terima kasih Tuan Speaker.

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Sukacita saya menyatakan bahawa er... pembinaan pembangunan Hospital Tengku Ampuan Afzan ini adalah dalam senarai ke-4 keutamaan, wishlist. Dan ini dibincangkan semasa lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di mana Kerajaan Persekutuan er... memperuntukkan

RM500,000.00 untuk membina 446 katil. Jadi sekarang ini Kerajaan Persekutuan hanya tunggu... kita tunggu surat rayuan, pasal premium kita dah dapat dan kita akan jawab. Dan saya difahamkan oleh… apabila mendapat jawapan daripada kerajaan negeri, mereka akan er... mengambil tindakan yang segera, insya-Allah er... 446 katil yang akan dibuat di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Dan er... kita minta supaya ianya dapat dipercepatkanlah ya. Dan maknanya projek ini dah dipersetujui oleh kerajaan persekutuan cuma sekarang ni dari segi teknikal, proses dan sebagainya. Terima kasih saya ingat saya terkejut tadi bila yang pertama bacaan doa, saya ingat Speaker nak baca doa. Terima kasih Dato' Sri Speaker.

Speaker

Terima kasih. Sila er... Tioman.

Yang Berhormat er... Speaker. Saya ada satu soalan tambahan. Terima kasih kepada ADUN Lantikan membangkitkan isu nominal bayaran kadar premium. Jadi atas jawapan Yang Amat Berhormat tadi, saya rasa agak melegakanlah kepada pihak KBS dan juga JPS yang mana soalan saya er... adakah Kerajaan negeriakan menimbangkan juga er... pembinaan stadium mini di Kuala Rompin er... di mana charge telah dikenakan oleh pihak PTG kepada pihak majlis er... hampir RM40,000. Jadi saya telah mengatakan kepada ataupun memberitahu kepada pihak JPS untuk kemukakan surat kepada pihak PTG dan juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang agar dapat wave ataupun nominal bayaran tersebut ataupun G2G punya isu. Jadi adakah er... Yang Amat Berhormat ataupun Kerajaan negeridapat mempertimbangkan perkara tersebut. Terima kasih kerana ini adalah satu projek yang telah di bawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kita semasa PRK yang lalu. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Tioman. Seperti mana yang saya katakan tadi, er... apa jua kalau daripada G2G lah kerajaan ke kerajaan, Kerajaan negeri akan mempertimbangkan dan setakat hari ini kita tidak pernah tidak memberi pertimbangan permohonan daripada mana-mana pihak daripada agensi kerajaan untuk er... dipertimbangkan bayaran premium. Malahan kadang-kadang mereka yang mendapat tanah pun bila ada permohonan rayuan pun kita akan pertimbangkan tetapi tidaklah banyak tetapi kita akan pertimbangkan. Kita lihat latar belakang, kita lihat pendapatan dia berapa dan sebagainya dan kerajaan negeri akan bagi sedikit pengurangan. Terima kasih. Dato' Sri di-Pertua.

Speaker

Terima kasih. Sila Cheka.

Er... satu soalan saya dapat... pertama sekali ucap tahniah lah kepada kerajaan yang telah bercadang untuk pengurangan tersebut. Cuma saya ingin dapat penjelasan berapakah kadar premium asal yang Kerajaan negeriletakkan sebab ikut soalan ini

ratus juta dan saya ingin dapatkan penjelasan berapa jumlah asal dan berapa pengurangan yang dicadangkan sekurang-kurangnya Dewan kita mengetahui berapa jumlah tersebut, terima kasih.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Juta juga lah juta... ha... RM123 juta yang dikena itu... itu perkiraan biasa dan er... pengurangannya sebab ini projek kerajaan untuk masyarakat kemudian yang dapat faedahnya rakyat. Kerajaan negeri saya dah bagitahu kepada PTG, kita akan pertimbangkan sehabis minima sebab kita akan mendapat pelaburan RM500,000 dan dengan pemberian er... pengurangan premium tersebut kerajaan negeri masih tidak rugi sebab kita boleh kenakan cukai tanah. Cukai tanah tak boleh nak elaklah sebab er... seperti mana yang dibangkitkan semalam cukai tanah kita dah rampas apa semua tetapi ada fake account pula keluar mengatakan Kerajaan negeriyang di Raub tak rampas dan ini jelas menunjukkan mereka ini tidak faham yang di Raub itu tanah kerajaan, kita tidak boleh rampas bukan di bawah Kanun Tanah Negara.

Jadi kita keluarkan mereka daripada tanah kerajaan tersebut, bila dalam mahkamah buat keputusan. Yang semalam yang dibangkitkan oleh ADUN Lantikan semalam adalah bersabit dengan tanah kita sendiri yang kita tidak membayar cukai tanah dan ini selaras dengan Kanun Tanah Negara, beza dua benda itu tapi keluar dalam Facebook kata ha... yang ini tak rampas tapi tanah hak milik ini rampas, padahal benda itu adalah dua benda yang berbeza.

Ha... yang tu kita kena faham. Tapi bila kita jawab dan dalam itu ada, saya pun tidak kenal jawab saya tak jawab sebab saya tahu benda itu fakta tidak betul. Bila kata nak saman dan nak buat report polis semua dia pun senyap terus. Semua itu fake account, tak ada pun yang... yang gentleman lah guna nama samaran dan sebagainya. Cuma saya nak menyeru kepada rakan-rakan Ahli-ahli yang Berhormat bagitau lah kepada kawasan masing-masing supaya jangan terpengaruh dan terpedaya dengan apa yang di upload kan di dalam media sosial kerana kebanyakannya itu untuk menimbulkan persepsi dan benih kebencian sesama kita dan ini menimbulkan keadaan yang tidak harmoni. Terima kasih Dato' Sri di-Pertua.

Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Seterusnya saya menjemput ADUN Kawasan Ketari.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya nombor 2. Sila nyatakan perkembangan terkini berkenaan isu kekurangan kelapa tua di Negeri Pahang. Apakah perancangan dan/atau usaha Kerajaan negeriuntuk pembangunan industri penanaman ladang pokok kelapa di Negeri Pahang?

Assalamualaikum WBT., salam sejahtera, selamat pagi. Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih kepada sahabat saya daripada Ketari yang menanyakan

tentang er... isu bekalan kelapa yang er... mana atas permintaan yang meningkat kerana permintaan yang meningkat maka ada wujud er... masalah dari segi bekalan... bekalan. Dan er... apakah perancangan kerajaan untuk menangani masalah ini?

Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam tahun 2024 keluasan tanaman kelapa di negeri Pahang sebenarnya merekodkan seluas 3,672 hektar dengan jumlah pengeluaran sebanyak 27,287 metrik tan setahun. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran ini masih belum mencukupi bagi menampung permintaan semasa terutama bagi bekalan kelapa tua yang diperlukan sebanyak 350,000 biji atau 350 metrik tan sebulan. Faktor kekurangan bekalan kelapa adalah peningkatan permintaan tinggi melebihi bekalan. Permintaan tinggi terhadap kelapa disebabkan oleh penggunaan dalam pelbagai sektor seperti industri makanan dan minuman, produk hiliran seperti santan, minyak kelapa dara dan air kelapa merupakan pilihan pengguna dan juga peningkatan sektor agropelancongan dan penghasilan makanan tempatan juga antara faktor utama kekurangan bekalan kelapa. Ketidakseimbangan antara pengeluaran domestik permintaan menyebabkan Malaysia bergantung kepada import kelapa tua dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan ada juga yang datang daripada Sri Lanka.

Malahan dalam tahun 2024 sebanyak 640 metrik tan kelapa tua diimport ke Malaysia termasuk 30 metrik tan bagi keperluan negeri Pahang. Kebergantungan terhadap import ini menyebabkan harga kelapa tidak stabil dan memberi kesan kepada kos pengeluaran industri hiliran. Inisiatif Kerajaan negeriPahang bagi memperkukuhkan bekalan kelapa domestik, Kerajaan negeriPahang telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk merancakkan lagi pembangunan industri penanaman kelapa.

Antaranya ialah program tanaman semula dan tanaman baru iaitu menggalakkan penanaman variety kelapa produktif seperti Kelapa Mataq dan keduanya permohonan daripada pengusaha usahawan-usahawan atau syarikat-syarikat tempatan untuk memajak tanah PSK dan dalam tahun 2024 sahaja terdapat 5,978 hektar tanah PSK sebenarnya yang sedang di beri pertimbangan untuk diberikan kelulusan bagi projek tanaman kelapa.

Inisiatif disediakan kepada pengusaha bagi penanaman baru dan pemulihan dusun kelapa. Bantuan merangkumi penyediaan input pertanian seperti benih berkualiti, baja, mesin dan pembangunan infrastruktur ladang. Dalam tahun 2024, sebanyak RM207,240 telah diperuntukkan kepada 34 orang pengusaha kelapa di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Pahang.

Dan Kerajaan negerimemang komited untuk menggalakkan petani dan usahawan bagi menceburkan diri dalam projek penanaman kelapa ini sendiri. Malahan FAMA Negeri Pahang telah melaksanakan pelan intervensi dengan membekalkan kelapa tua ke pasaran. Bermula Januari hingga Februari tahun 2025, sebanyak 63 metrik tan kelapa tua telah dibawa masuk untuk pasaran di negeri Pahang melalui 4 pusat operasi FAMA iaitu di Pusat Operasi FAMA Kuantan, Pusat Operasi FAMA Jerantut, Pusat Operasi FAMA Lanchang dan Pusat Operasi er... FAMA Cameron Highland.

Pembekalan kelapa adalah daripada maknanya er... yang untuk ini ialah daripada Sabah, Sarawak dan Indonesia yang dibawa masuk oleh ibu pejabat FAMA Malaysia dan diagihkan kepada seluruh negara. Terima kasih.

Speaker

Sila, Ketari.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Memang daripada jawapan wakil kerajaan er... kita nampak terdapat inisiatif dan perancangan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini dan yang pentingnya seperti mana yang telah dinyatakan, terdapat inisiatif pajakan kecil daripada PSK.

Soalan tambahan saya, apakah kriteria yang digunakan untuk permohonan tanah pajakan PSK ini? Siapa yang layak siapa yang tak layak. Dan yang kedua apakah langkah-langkah pemantauan untuk memastikan tanah yang dipajak ini betul-betul menghasilkan apa tu result keputusan yang diingini oleh pihak Kerajaan negeri.

Yang Berhormat Tuan Speaker, antara kriteria yang diguna oleh pihak kerajaan termasuk penerimaan dan pertimbangan daripada pihak PSK lah, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Pertama sekali apabila syarikat atau usahawan itu mohon untuk menjayakan atau melaksanakan projek, kita menelitilah syarikat tu er... kemampuan mereka dari segi kewangan er... kewangan dan juga melihat faktor lain iaitu kawasan tanah yang dipohon tu sesuai untuk tanaman kelapa dan ianya mesti memenuhi zoning Rancangan Tempatan Daerah. Dia ada zoning kan, local plan dengan izin pertanian ataupun zon-zon, kita lihat.

Dan kawasan tu mesti bersesuaian sebab dia mesti ada juga komen daripada Jabatan Teknikal. Jabatan Teknikal akan memberi komen semua sekalilah. Pertanian beri komen kesesuaian tanah tu sendiri bukan semua tempat sesuai untuk tanam kelapa. Kemudian input-input daripada Jabatan Teknikal termasuk Jabatan Perhutanan, Alam Sekitar, PLAN Malaysia dan lain-lain lah. Dan juga melihat kepada perancangan tempatan.

Sebab kita kena bawak ke jawatankuasa pembangunan er... Jawatankuasa Penyelesaian Tanah Daerah. Sebab daerah kadang ada dia punya perancangan untuk kawasan tersebut. Dan juga kita juga bertanyakan tentang kemampuan membekalkan benih itu, mendapatkan benih.

Sebab menjadi masalahnya apabila benih dia memang perancangan atas kertas tu hebat. Tapi bila tanya benih dapat dari mana? Ini masalah. Pergantungan kepada benih yang dibekalkan daripada Jabatan Pertanian di Bagan Datuk misal contohnya. Dia punya jumlah tu agak terhad sebab permintaan banyak bukan sahaja daripada Pahang, daripada seluruh negara.

Sebab tu bila kita lihat kita pastikan ianya ada possibility dengan izin ada kemungkinan kejayaan. Maka dipertimbangkan untuk ditawarkan kepada syarikat atau pun pihak yang ingin mengusahakan. Jadi maknanya ada proses dia lah dia akan bawa ke Jawatankuasa Teknikal Pertanian dan setelah diteliti dan diamati maka urusetia pihak PSK akan membuat kertas EXCO dan diangkat untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Jadi ada proses-proses yang perlu dipatuhi dan antaranya ialah memang kita lihat kesungguhan. Ada setengah tu dia just shopping around dia buat semua tu tentang

presentation semua dengan izin dia buat persembahan memang dia hebat. Tapi bila diberikan kelulusan, dia tidak mampu untuk melaksanakan.

Jadi kita ada tempoh masa lah. Sebab tu dalam konteks seumpama ni, bila diberi kelulusan, kita akan mintak dia bagi earnest money iaitu wang taruhan. Earnest money, wang taruhan? Earnest money maknanya 10%. Er... wang cagaran. Jadi 10% daripada nilai ataupun keluasan nilai kawasan yang dipohon sebagai menunjukkan komitmen. Jadi selepas tempoh yang diberikan, dia tidak melaksanakan, maka pihak kerajaan melalui PSK akan mengambil tindakan untuk mengambil balik semulalah tanah itu. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Boleh, boleh tambah sikit tak?

Speaker

Sila.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Tuan Speaker. Untuk isu ini, yang untuk apa tu ADUN Benta dia jaga kelapa tua, tapi saya jaga harga kelapa tua. Saya nak bangkit sikit. Kementerian KPDN telah mengawal harga santan pekat pada harga pada hari raya ini dengan harga RM17.50 sekilo dan sebelum hari raya ini, harga dalam pasaran adalah RM20 dan sekarang harga santan pekat ini adalah RM24 dan santan biasa dah ada RM14 per kilo.

Kenapa boleh jadi macam tu? Okey, pembekal dari Indonesia sebelum bulan Ramadan dia cuti satu minggu dulu pekerja. Itu lagi meningkatkan kekurangan kelapa tua di Malaysia. Lepas tu hari raya cuti lagi satu minggu. Itu lagi mengurangkan hasil kelapa apa tu import ke Malaysia ni kekurangan stok. Inilah masalah dia yang utama. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih wakil kerajaan . Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Dilantik Ke-4. Sila.

[Ayat al-Quran] Soalan saya nombor 3.

[Adakah Kerajaan negeribercadang untuk memudahkan penerimaan masuk pelajar yang telah menamatkan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Syariah, Diploma Kehakiman Syariah, Diploma Amalan Guaman Syariah atau kelulusan yang diiktiraf

dari mana-mana univeristi sebagai Peguam Syarie Negeri Pahang tanpa perlu melalui Proses temuduga seperti peguam sivil?]

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan. Sahabat saya, ADUN Lantikan bertanya tentang tidakkah Kerajaan negeriberhasrat untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar yang lepasan ijazah guaman ataupun undang-undang syarie di universiti-universiti untuk diterima sebagai peguam syarie secara tanpa temuduga, diterima langsung.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, sebenarnya Mahkamah Syariah di negeri Pahang ini telah melalui satu perkembangan yang sangat pesat dan baik. Dulunya dia hanya adalah satu unit di bawah Jabatan Agama Islam Pahang dan dia berjalan secara terikat kepada Jabatan Agama. Tetapi di atas kesungguhan kerajaan setelah terbinanya satu Enakmen Pentadbiran Islam, maka kita berjaya menubuhkan Jabatan Mahkamah Syariah secara bersendiri dan ini adalah satu perkembangan yang sangat baik dan membanggakan kepada Kerajaan negeriPahang. Jadi, maknanya kita telah berusaha mengembangkan mahkamah syariah ini dari semasa ke semasa. Walaupun demikian, merujuk kepada persoalan yang dikemukakan oleh rakan saya, ADUN untuk melantik peguam syarie secara terus tanpa temuduga adalah mustahil. Kerana apa? Kerana kita perlu meneliti dulu keupayaan Peguam-peguam Syarie walaupun mereka telah mendapat pendidikan, mendapat ijazah daripada universiti-universiti yang kerajaan sendiri mengiktiraf kerana kita nak pastikan lawyer syarie yang kita lantik itu lawyer yang benar-benar berwibawa dan berupaya untuk membantu Mahkamah Syariah merungkaikan perbicaraan dan membantu anak guam dia di dalam isu yang mereka minta bantuan. Apatah lagi di dalam pelantikan Peguam Syarie ini, kita adakan temuduga dia duduk di bawah peraturan yang telah ditetapkan di bawah Enakmen Pentadbiran Guaman Syarie itu sendiri di bawah Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Peguam Syarie 1995. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Speaker

Sila.

Sikit sahaja. Saya bukan soalan la. Cuma saya nak ucapkan tahniah kepada kerajaan negeriyang telahpun berjaya melantik dan juga Ketua Pendakwa Syariah Negeri yang baru. Jadi itu, satu kejayaan besar kepada kerajaan negeriuntuk menyelesaikan is-isu berkaitan dengan kes-kes syariah, jenayah syariah yang tertunggak. Terima kasih. Itu sahaja.

Speaker

Terima kasih ADUN yang dilantik. Seterusnya saya menjemput ADUN kawasan Mentakab. Sila.

Tuan Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Yang Berhormat Speaker, soalan saya No. 4. Adakah Kerajaan akan bina sebuah jambatan baru di Kampung Tanjong Kerayong yang dimana telah rosak semasa banjir Tahun 2022?

Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima Kasih juga kepada Mentakab yang bertanyakan tentang berkenaan dengan pembinaan jambatan baru di Kampung Tanjung Kerayong yang telah rosak akibat banjir tahun 2022. Yang Berhormat Yang di-Pertua, jambatan ini telah mengalami kerosakan yang teruk apabila dua batang pier telah patah akibat dari hentaman oleh kayu yang besar semasa kenaikan paras air sungai pada 18 Mac 2022 dan kejadian ini menyebabkan sebahagian daripada deck slats tu dia punya laluan telah turun dari paras asal dan penduduk tidak dibenarkan melalui atas faktor keselamatan. Ini menyebabkan penduduk sekitar telah terputus hubungan dan laluan ni sangat penting kerana ia merupakan pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi di kawasan-kawasan tersebut dan mengeluarkan hasil-hasil pertanian dan sebagainya. Jadi akibat daripada itu, penduduk terpaksa menggunakan jalan alternatif sejauh lebih kurang enam kilometer melalui jalan Kampung Gantok iaitu jalan negeri dan juga Jalan Gantok Hulu jalan kampung dan penduduk terpaksa melalui jalan lebih jauh sikitlah.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, projek pembangunan telah… sebenarnya telah diluluskan melalui RP4 RMK12 dan tender telah dikeluarkan pada bulan November tahun lepas dan kontraktor pembinaan telah dilantik, telah lantik dan tarikh milik tapak pada 10 April dah berpalang lebih kurang dua minggu lepas dan tarikh siap tempoh siap kerja ni mengikut kontrak adalah 10 Februari 2027 dengan harga kos kontraknya RM12 juta... RM12.932 juta dan Agensi Pelaksananya ialah Jabatan Kerja Raya. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih Wakil Kerajaan. Seterusnya saya menjemput ADUN kawasan Semambu. Sila.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya ingin kemukakan pertanyaan ke 5. Terima kasih. [Pahang dan Sabah disenaraikan sebagai cadangan tapak pelancaran roket. Apakah status terkini untuk projek tersebut?]

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada rakan ADUN saya daripada Semambu. Baiklah, jawapan maaf soalan yang ditanyakan adalah Pahang dan Sabah disenaraikan sebagai cadangan tapak pelancaran roket. Apakah status terkini untuk projek tersebut dan jawapannya kerajaan negeritelah memberikan kelulusan dasar bagi kajian kebolehlaksanaan

Projek Pembangunan Pahang International Space Port. Kalau jadi ni singkatannya PINTAS selama setahun kepada pemaju projek di atas tapak cadangan tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang PKNP di Pekan.

Cadangan projek ini adalah tertakluk kepada kelulusan di bawah Jawatankuasa Angkasa Negara MOSTI dan juga Majlis Pembangunan Fizikal Negara. Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang PKNP telah menandatangani satu Letter of Intent dengan izin bersama dengan China Great Wall Industry Corporation dan juga pihak pemaju iaitu Lestari Angkasa Sendirian Berhad bagi menjalin kerjasama strategik dalam pembangunan sektor teknologi angkasa di Malaysia pada 15 April 2025 yang disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail yang juga merangkap Pengerusi PKNP. PKNP dan juga Lestari Angkasa Sendirian Berhad juga akan mengadakan lawatan kerja ke Wenchang Space City, Hainan, China pada bulan Mei 2025 sebagai sebahagian daripada kajian kebolehlaksanaan dan juga kerja-kerja merancang pembangunan projek Pahang International Space Port yang dimaksudkan.

Dan YB, cadangan ini adalah proposal ini adalah satu dalam sejuta, one in a million dengan izin. Biasanya Invest Pahang terima proposal untuk buat kilang, nak buat ladang sawit dan sebagainya. Jarang-jarang dapat cadangan untuk buat Pahang International Spaceport. Sekiranya jadi dan diluluskan, Pahang dan Malaysia akan menjadi satu-satunya International Space Port yang boleh melancar roket untuk penggunaan satelit dan payload yang pelbagai yang pertama di rantau Asia Tenggara. YB kalau nak naik roket boleh PM tepi la ya. Terima kasih.

Speaker

Sila. Semambu.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih jawapan daripada wakil kerajaan negeri. Dan saya rasa rakyat Pahang memang menantikan untuk tengok roket dapat dilancarkan di tanah Pahang ni. Cuma persoalan saya ialah, apakah jangkaan masa untuk kita merealisasikan pelaburan ini untuk kita lihat kita ada tapak pelancaran projek spaceship ataupun roket di Pahang? Soalan kedua ialah berapakah peluang pekerjaan yang bakal dijanakan dengan adanya tapak pelancaran roket di Pahang? Dan soalan ketiga ialah saya ingin tujukan sebenarnya berkenaan dengan Aerospace City yang pernah dikemukakan oleh Kerajaan negeriPahang dan saya ingin tahu... ingin tahu berkenaan dengan status Project Aerospace ini yang saya nampak juga merupakan satu peluang yang baik untuk pelabur-pelabur kerana saya lihat ia melibatkan pelancaran seperti... dan juga Lapangan Antarabangsa. Terima kasih.

Terima kasih rakan ADUN saya di atas soalan tersebut. Berkenaan dengan Space City, kita ada dua cadangan tapak satu mungkin di Gebeng di atas tapak lapangan terbang yang dicadangkan baru-baru ini dan kedua adalah satu tapak yang masih dalam kajian, kemungkinan dalam daerah Pekan. Sekiranya sesuai dan juga tidak jauh daripada... daripada tapak tanah PKNP yang ingin dijadikan untuk tapak roket tersebut. Dari segi peluang pekerjaan, syarikat dan pemaju menganggarkan sebanyak

2,350 peluang pekerjaan bakal bakal diwujudkan daripada pekerja di site roket. Apa ni, Ini belum masuk limpahan ekonomi dari segi pelancongan. Ya, dengan apa ni pemaju hotel, homestay dan sebagainya dan juga peluang untuk penyelidikan. Soalan pertama yang tak pulak banyak sangat soalan. Eh eh

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Saya tanya berkaitan dengan jangkamasa...

Jangkamasa dalam masa jangkaannyalah paling awal pun 3 tahun paling awal 3 hingga 5 tahun lah.

Speaker

Terima kasih.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Soalan tambahan boleh?

Speaker

Ya, sila... Ketari

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Speaker, roket kita dah ada. Kita sudah ada roket. Yang Berhormat, memandangkan terdapat persaingan dari negeri Sabah untuk menjadi tapak pelancaran roket, Apakah kelebihan negeri Pahang kita boleh tawarkan kepada pengusaha-pengusaha ini dan apakah peluang untuk menjadikan ia satu realisasi

Terima kasih sahabat saya daripada Ketari setahu saya rakyat apa ni kerajaan negeriSabah belum memulakan kerja-kerja untuk membangunkan Space Sport Sabah secara serius berbanding dengan pemaju yang kita ada di Pahang ni. Sebab pemaju ni dia dah apa ni dia dah menganjurkan banyak bengkel teknikal di Malaysia dan juga di China. Dah berjumpa dengan pelbagai agensi kerajaan di Pahang mahupun di Persekutuan. Malah, hari ini pihak pemaju akan bertemu dan akan membentangkan cadangan ini di Majlis Perancangan Fizikal Negara MPFN. Maka yang cadangan lain tu dia. Setahu kami belum buat apa-apa lagi. Kami jauh lebih ke hadapan dalam hal ini. Dari segi insentif. Yang tu kita perlu runding dengan MOSTI lah ataupun apa-apa insentif dalam kemampuan kerajaan negeriyang kita boleh apa ni kita boleh tawarkan pada pihak syarikat. Buat masa ni, kajian kerajaan negerimemberi sokongan penuh kepada cadangan ni dan kami menunggu kelulusan daripada pihak Federal. Sokongan daripada pihak Federal untuk realisasikan cadangan Project ni.

Speaker

Terima kasih. Jemput...

YB. Speaker, Soalan tambahan. Seingat saya masa saya di EXCO dulu pernah juga dengar tentang roket ni, tapi bukan roket yang macam Ketari sebut tu. Gurau Ketari ya. Ok soalan saya boleh tak spesifik daerah cadangan yang terlibat ya daerah mana. Kedua. Adakah kelebihan-kelebihan tertentu selain Sabah, Pahang menjadi satu lokasi yang strategik untuk cadangan pusat pelancaran roket tersebut. Sebab saya takdelah pengalaman besar pernah pergi ke Baikonur, Kazakhstan. Masa pelancaran Dr Sheikh Muzaffar. Radius tempat saya baca doa untuk sempena pelancaran roket tersebut 8 km daripada dia punya base roket dilancarkan tu, tempat kami menunggu dan bacaan doa ketika itu di sisi dia baca doa oleh Dato' Dr… Dato' Firdaus. Jadi soalan saya tadi tu pertama spesifik cadangan daerah yang terlibat sebab saya dengar macam Pekan ke Rompin macam mana yang kedua tadi. Kelebihan memilih Pahang tu terima kasih.

Terima kasih sahabat saya dari Tioman, untuk… untuk jawapan tapak spesifik dia memang di Pekan, bukan di Rompin ya. Dalam DUN Bebar, DUN Bebar Kawasan Nenasi, tanah PKNP, sempadanlah mungkin. Apa tu mungkin apa ni space city tu bolehlah. Boleh tempah sikit tanah ni Rompin, Dari segi kelebihan, saya dimaklumkan untuk pelancaran roket. Antara kawasan yang paling optimal dan efisien adalah di garisan khatulistiwa. Maksudnya tapak yang paling optimal adalah sekitar pantai timur di Pahang dan juga di Sabah. Yang itu itu paling paling efisien. Dan sekarang ni dengan kemajuan elektronik dengan kemajuan sistem komputer. Kos untuk membina roket tu semakin lama semakin murah. Ya, semua orang teruja dengan kejayaan SpaceX pada 2008. Sebelum 2008, hanya negara-negara besar je yang mampu buat roket besar ini seperti China, USSR, Rusia dan USA. Kini selepas kejayaan syarikat swasta seperti SpaceX. Kos untuk membuat roket tu semakin lama semakin rendah dan kos untuk melancar roket tu makin lama pun semakin rendah. Kalau dulu nak buat pelancaran roket kosnya adalah US60 juta US300 juta. Tapi kini kosnya boleh serendah USD7 juta dan mungkin kalau buat di Pahang boleh rendah lagi. InsyaAllah. Itu kelebihannya. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Wakil kerajaan seterusnya. Saya menjemput ADUN Kawasan Kemayan.

Terima kasih Rabbi. Speaker Soalan saya soalan Nombor 6.

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh. Terima kasih YB. Speaker dan juga sahabat yang bertanya. Nampaknya program Anggun Suri mendapat perhatian

daripada semua pihak ya. ADUN Kemayan. Tapi walau macam mana pun ada kematian dah tak ada peluanglah. Mengenai apakah impak yang telah dicapai oleh program Anggun Suri terhadap masyarakat sesungguhnya program Anggun Suri ni memanglah memberikan impak yang positif kepada masyarakat. Ini adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeriPahang dan khususnya golongan yang mendapat impak ini adalah golongan B40 di mana program ini menawarkan pakej perkahwinan beramai-ramai dan bukan sahaja saya rasa bukan mengenakan kos rendah tapi sebenarnya tak ada kos yang dikeluarkan oleh pihak peserta di mana cuma kita mengenakan sedikit yuran komitmen. Contohnya, di Bera pada tahun 2024, 9 pasangan telah menyertai program ini dan yuran komitmen yang dikenakan adalah sebanyak RM 500. kemudian dapat lagi inisiatif perkahwinan kali pertama. RM 300, jadi yuran komitmen RM 200 je lah ni memanglah sesuatu yang sangat membantu. Ya, golongan golongan yang ingin mendirikan rumahtangga tetapi mempunyai kekangan kewangan. Jadinya, selain daripada itu juga, program ini turut memperkukuhkan semangat masyarakat madani dalam kehidupan seharian dengan menekankan nilai nilai kemasyarakatan berkerjasama. Secara keseluruhannya, program Anggun Suri telah membantu meringankan beban kewangan pasangan B40 yang ingin mendirikan rumahtangga sambil memperkukuhkan nilai-nilai kemasyarakatan dalam rakyat negeri Pahang. Dan untuk tahun ini, penyertaan telah dibuka dan kepada yang berminat untuk menyertai program ini boleh terus berhubung dengan Unit Wanita Negeri Pahang di talian 09-5124039. InsyaAllah pada tahun ini kita membuka program kepada 8 daerah. Daerah tersebut adalah Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Bentong, Lipis, Raub dan Jerantut. Kami amat mengalu-alukan penyertaan. Jadi siapa cepat kita akan proses dulu. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima Kasih wakil. Sila Kemayan.

Soalan Tambahan. Berapa ramai jemputan yang dibenarkan bagi setiap pasangan yang terlibat dalam program tersebut.

Okey terima kasih kepada soalan tambahan mengikut yang lepas-lepas yang tahun lepas, setiap pasangan dihadkan kepada 150 orang. Ramai tu ya sebab 75 lelaki dan 75 perempuan. InsyaAllah pada tahun ini kita akan teruskan lagilah dengan cara sedemikian.

Speaker

Terima kasih wakil kerajaan. Seterusnya err…soalan yang seterusnya, saya menjemput ADUN Chini. Sila.

Yang Berhormat Speaker. Saya kemukakan soalan yang ke 7.

[Apakah program-program khusus yang dilaksanakan di negeri Pahang untuk memastikan belia dan anak muda di negeri ini mampu mendepani pelbagai cabaran yang menghantui mereka, misalnya yang terbaru iaitu pelaksanaan program fizikal seperti Cabaran Mara Lasak Pahang 2025?]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih sahabat saya dari Chini yang bertanya soalan berkenaan dengan program-program khusus dilaksanakan untuk memastikan belia dan anak muda di negeri ini mampu mendepani pelbagai cabaran yang getir pada masa depan. Yang Berhormat Speaker, sesungguhnya terdapat pelbagai program dilaksanakan oleh Kerajaan negeriPahang dan agensi-agensinya bagi memastikan anak belia, anak muda dan belia di negeri ini mempunyai ketahanan diri yang kuat untuk mendepani pelbagai cabaran getir dalam kehidupan hari ini.

Pertamanya adalah pelaksanaan Program Cabaran MARA Lasak Pahang 2025 yang dilaksanakan secara bersama oleh Majlis Rekreasi Pahang, Majlis Sukan Pahang dan juga PDRM bertujuan menguji ketahanan fizikal serta mental para peserta yang terlibat. Program seperti ini bukan sahaja menekankan pentingnya aspek kecergasan tubuh badan tetapi juga bagi membentuk karektor, ketahanan dan semangat juang tinggi dalam kalangan anak muda. Program Cabaran MARA Lasak Pahang ini telah dianjurkan pada Februari lalu di Ulu Dong, Raub yang turut diserikan dengan penyertaan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang yang sudi berkenan mencemar duli berlari sejauh lebih 10 km sambil menempuhi pelbagai cabaran termasuk menyeberangi sungai berjeram dan berbatu, mendaki bukit melalui denai hutan dan macam-macam lagi rintangan.

Insya-Allah, Cabaran MARA Lasak Pahang ini akan dianjurkan di setiap daerah di negeri ini seperti mana yang dititahkan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Program ini merupakan program pertama anjuran Majlis Rekreasi Pahang yang ditubuhkan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti rekreasi dan sukan lasak di negeri ini. Antara program yang dirancang di bawah Majlis Rekreasi Pahang ini adalah pendakian ke Gunung Kinabalu pada 24 dan 20… hingga 29 April ini. Eksplorasi Gunung Tahan pada bulan Jun. Misi menawan Gunung Kilimanjaro, Tanzania pada bulan September. Program CSR di Gunung Semukut dan macam-macam lagi program. Majlis Rekreasi Pahang ini dinaungi oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang manakala Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan negeriPahang adalah penasihat kepada majlis ini.

Selain daripada Cabaran MARA Lasak yang dianjurkan iaitu program-program berbentuk fizikal. Banyak lagi program lain yang dilaksanakan di Pahang untuk pembangunan belia dan anak muda. Antaranya adalah Program Jati Diri Atlet Pahang, melalui program ini Majlis Sukan Pahang akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia 4 Briged Mekanize Kuantan bagi membentuk ketahanan karekter dan jati diri di kalangan atlet-atlet Pahang.

Program ini menyasarkan penyertaan sekurang-kurangnya 600 orang atlet Pahang daripada pelbagai lapisan umur yang majoritinya akan bertanding dalam temasya SUKMA di Selangor pada tahun hadapan. Keduanya adalah Program Retreat Belia Pahang 2025. Retreat ini merupakan sebuah inisiatif strategik yang dirangka bukan sekadar sebagai latihan kepimpinan tetapi sebagai pemangkin bagi melahirkan

pemimpin belia yang berdaya tahan dan berkarisma. Program ini akan memberi fokus kepada pengukuhan fizikal, pemikiran strategik, semangat patriotisme dan kecintaan kepada negeri serta nilai kerjasama dan kerja berpasukan dalam kalangan pemimpin belia. Retreat ini bakal berlangsung selama tiga hari dan akan mengumpulkan lebih 100 anak muda dan belia di seluruh negeri Pahang.

Selain daripada program-program yang saya sebutkan ini, banyak lagi program yang direncana bagi membentuk ketahanan dan jati diri anak muda dan belia. Antaranya adalah Program Pemerkasaan Persatuan Belia Negeri Pahang atau lebih dikenali sebagai Youth Empowerment Society atau YES Pahang. Ini pun telah dilaksanakan bermula tahun lalu dan akan diteruskan pada tahun ini. Program lain adalah Hari Belia Negeri Pahang yang di dalamnya kita sertakan banyak program-program yang berbentuk ketahanan dan sukan lasak antaranya sukan paintball, gelblaster, sukan ekstrem seperti basikal BMX, papan selaju dan macam-macam lagi program. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Terima kasih wakil kerajaan. Seterusnya, sila Tioman.

Yang Berhormat Speaker saya ingin mengucapkan syabas dan tahniahlah kepada Wakil Kerajaan negerierr… terutama Kembara Pahang, satu produk yang baru err… yang diperkenalkan dan juga err… RXZ Fighter juga satu program yang sangat membanggakan jugalah penglibatan anak muda yang ramai. Soalan saya nak tanya, apa tu adakah pihak Kerajaan negerimasih bercadang untuk mewujudkan ataupun mengadakan kerjasama ataupun program antara belia Malaysia dengan belia luar negara. Terima kasih.

[Berdehem] Terima kasih Yang Berhormat Tioman berkenaan dengan RXZ Fighter. InsyaAllah akan berlangsung pada 2 dan 3 Mei ini di Teluk Cempedak. Alhamdulillah, kita sudah dapat kebenaran. Ini adalah program kedua bermula pada tahun lepas yang dapat penyertaan yang cukup ramai daripada anak-anak muda dan belia dari seluruh negara. Tahun lepas kita rekodkan penyertaan lebih 50 ribu orang. Dan diharapkan tahun ini lebih ramai yang hadir. Berkenaan dengan kerjasama belia Pahang dengan belia luar. Mengikut perancangannya, ketika ini kita sedang memuktamadkan satu kerjasama antara belia Pahang dan juga belia Sarawak yang sebenarnya telah dirintis tahun lalu ketika saya hadir di Sarawak untuk temasya SUKMA di Sarawak. Telah ada perbincangan dengan Menteri Belia dan Sukan Sarawak dan kita tengah muktamadkan kerjasama ini dan merancang untuk permulaannya, kita ke Sarawak membawa pemimpin-pemimpin belia terpilih untuk kita mempelajari amalan terbaik persatuan belia di Sarawak yang kita lihat agak terkehadapan dari segi pengurusan belia, penjanaan ekonomi dan usahawan belia. Sebab sana persatuan belia di Sarawak ni ada ladang misalnya, ada lot kedai. Ada pendapatan bulanan… bulanan yang…tahunan yang cukup besar yang mungkin kita belia dari Pahang ini boleh mempelajari amalan terbaik daripada persatuan belia di sana dan selain daripada belia Sarawak.

Insya-Allah belia Pahang akan aturkan satu lagi kerjasama dengan Persatuan Belia Selangor yang kini dalam perancangan. Gerak kerja yang… tengah disusun dan saya akan juga bertemu dengan Menteri EXCO Belia dan Sukan Selangor dalam masa terdekat untuk merealisasikan hasrat ini. InsyaAllah. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih wakil kerajaan. Seterusnya saya menjemput ADUN Inderapura.

Yang Berhormat Speaker, saya mohon kemukan soalan nombor 8.

[Berapakah jumlah kes tuntutan pengguna melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia yang telah diselesaikan di Negeri Pahang untuk tahun 2024 dan apakah kategori kes tuntutan yang tinggi?]

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Salam sejahtera semua. Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk menjawab soalan nombor 8. Berapakah jumlah kes tuntutan pengguna melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia di Pahang. Untuk maklumat semua, jumlah kes untuk… tuntutan adalah 203…232 dan kes berjaya diselesaikan adalah 227 dan tinggal 5 kes sedang dalam pendengaran. Untuk kes yang paling tinggi untuk 2024 adalah pakej umrah 43 kes dan untuk lain-lain perkhidmatan maknanya seperti masalah fon, talian apa kes adalah 28 pengubahsuaian rumah adalah 26 kes, bengkel kereta ada 15 kes. Ini yang 4 tertinggi. Untuk maklumat semua, setiap tuntutan akan dicaj hanya RM5.00 sahaja. So, kalau sesiapa rakyat ada masalah dengan tidak… harga tidak melebihi RM50,000.00 bolehlah pergi. Kalau tidak, nanti semua lawyer takut tak ada kerja ni… kalua cari lawyer, mahal sangatkan? So, kita charge RM5 sahaja. Itu sahaja. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih wakil kerajaan.

Soalan tambahan, boleh?

Speaker

Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya. Dalam… dalam kes-kes di Tribunal Tuntutan Pengguna ni, ada kes yang mana keputusan dia telah dibuat dan keingkaran berlaku. Maksudnya pihak yang mahkamah arahkan untuk bayar tu tak bayar. Jadi menyebabkan mereka ni terpaksa pergi… pergi ke Mahkamah Tinggi untuk

membuat semakan kehakiman semula keputusan tersebut. Jadi, soalan saya, Yang Berhormat ada tak statistik berapa banyak kes yang terpaksa dirujuk ke Mahkamah Tinggi dan dalam keadaan Yang Berhormat sebut tadi RM5 sahaja untuk satu-satu kes untuk didaftarkan. Jadi kalau terpaksa pergi ke Mahkamah Tinggi, di mana mereka terpaksa boleh engage lawyer untuk buat kes-kes sebegini, ada tak mekanisme yang… yang boleh diambil oleh oleh… oleh… oleh kerajaan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan? Itu sahaja Speaker.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih soalan tambahan tadi ADUN Lantikan. Er… Saya tak ada data yang berapa kes telah dibawa ke Mahkamah Sivil atau Mahkamah Tinggi. Dan jikalau mereka tidak puas untuk apa keputusan hari tribunal tuntutan, mereka boleh fail juga di Mahkamah Tinggi. Itu dia nak ambik lawyer itu dia bincang dengan lawyerlah. Kita tak campur pun. Okay. Kerajaan takkan tolong sebab itu bukan bawah hak kerajaan. Terima kasih.

Speaker

Tima kasih Wakil Kerajaan. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Dilantik ketiga. Sila.

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya soalan No. 9

[Apakah langkah kerajaan negeriuntuk mengatasi kemerosotan pelancong asing di Jerantut terutama akibat ketiadaan pengangkutan awam ke Taman Negara Kuala Tahan?]

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat ADUN Lantikan. Jika rujuk statistik ketibaan pelancong ke Jerantut, dalam… sebenarnya ia dalam pemulihan secara berperingkat dari tahun 2022 hingga 2024. Jadi, setiap tahun merekodkan pertumbuhan yang konsisten. Manakala untuk jumlah pelawat ke Taman Negara untuk 3 tahun ini pada tahun 2022, kita merekodkan 68,840 orang dan tahun seterusnya 2023 ianya melonjak kepada 128,592 orang dan merekodkan penambahan sebanyak 86%. Dan tahun lepas 2024, jumlah ini naik lagi kepada 135,435 orang. Jadi ia menunjukkan bahawa Taman Negara memang satu destinasi yang kaya dengan alam sekitar yang dapat menarik pelancong-pelancong antarabangsa dan domestik dan data ini disokong dengan kutipan fi lestari di mana untuk daerah Jerantut, ia meningkat… menunjukkan trend meningkat untuk ketiga-tiga tahun ini.

Buat masa ini, terdapat 2 mod pengangkutan untuk masuk Taman Negara iaitu laluan darat dan air. Bagi pelancong asing, kebanyakan mereka telah engage dengan travel agent yang mempunyai pengangkutan sendiri ataupun sesiapa yang sampai ke Jerantut boleh menaiki van persiaran yang dikendali… yang dikendalikan oleh pihak swasta atau menaiki teksi. Bagi pelancong yang ingin masuk Taman Negara melalui laluan air, terdapat perkhidmatan bot dari Jeti Kuala Tembeling ke Taman Negara.

Walau bagaimanapun, isu pengangkutan awam masuk ke Taman Negara yang dibangkitkan Yang Berhormat, kita akan meneliti semula perkara ini sebab kita faham bahawa ianya bukan sahaja untuk pelancong tetapi untuk kebaikan penduduk kampung. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Sila.

Kita sedar, pergerakan pelancong daripada KLIA hingga ke Taman Negara dimonopoli oleh syarikat swasta tertentu di mana mereka ambil daripada KLIA mereka, apa… mereka bawa transit di hotel ataupun penginapan milik syarikat swasta berkenaan dan juga oleh yang demikian, pelancong-pelancong ini terhad pergerakannya hanya transit sekejap di bandar Jerantut dan terus ke Taman Negara tanpa pelancong pergi ke tempat-tempat menarik lain di Jerantut.

Jadi apakah perancangan Kerajaan negeribagi menyekat ataupun apa melihat sendiri tindakan monopoli daripada syarikat-syarikat swasta ini?

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Boleh saya minta Yang Berhormat sebutkan syarikat yang monopoli.

Antara syarikatnya Vans Travel dan ada satu lagi saya tak ingat apa nama syarikat ini.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Kalau mengikut pemerhatian saya sendiri dalam 2 3 tahun ini, saya masuk Taman Negara sendiri dan saya bertemu dengan pelancong-pelancong asing yang tidak pakai pakej-pakej daripada travel agent. Sebenarnya mereka ada banyak pilihan. Saya nampak ada yang free and easy. Apabila mereka sampai airport, mereka sewa kereta sendiri dan masuk Taman Negara sendiri. Tapi perkhidmatan daripada pihak swasta, memang kita sama menghargai dan usaha sebenarnya kita meneruskan usaha untuk memperkenalkan supaya travel agent-travel agent dia bukan sahaja membawa pelancong sampai Taman Negara tetapi memasukkan bandar Jerantut dalam pakej-pakej mereka untuk menunjukkan bahawa tentang ada aktiviti makanan yang juga menarik yang terdapat di bandar-bandar Jerantut. Jadi dengan ini usaha ini kita akan teruskan untuk mempromosikan secara keseluruhan. Tapi isu pengangkutan ini kita juga akan terus ambil perhatian. Terima kasih.

Speaker

Saya… Cheka.

Terima kasih. Er… Saya ada dua perkara. Pertama sekali, saya setuju apa dibangkitkan oleh ADUN Lantikan. Er… saya orang Jerantut dan saya dapati memang sebahagian pelancong datang menginap di hotel, daripada hotel terus ke Taman Negara. Balik Taman Negara terus ke hotel, hotel terus ke Kuala Lumpur. Mereka jarang sangat dilihat berada di kawasan-kawasan destinasi lain. Er… kita Jerantut ni banyak kawasan pelancongan termasuk Gua Kota Gelangi… Gua Kota Gelangi kawasan yang sangat menarik, makam Mat Kilau dan sebagainya. Saya ada dua soalan.

Jadi kalau boleh di… dilebarkan supaya pakej ini juga termasuk kawasan-kawasan menarik lain. Yang keduanya, data statistik yang kita lihat kebanyakan pelancong yang datang ke Taman Negara datang daripada negara Eropah, Perancis, Jerman, Itali, Denmark dan selain daripada China, seolah macam tak ada promosi di Asia Barat, Asia Tengah, Jepun, Korea. Mereka ni ramai pelancong termasuk Singapore. Pelancong Singapore datang ke Pahang, dia pergi ke genting kemudian balik semula dan kedatangan pelancong ke Tioman juga saya fikir perlu dilebarkan kepada negara-negara lain. Mungkin faktor promosi negara tersebut yang kurang atau ejen pelancongan yang tidak beri fokus kepada negara-negara tersebut. Terima kasih.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat Cheka. Dengan ini saya ingin menafikan bahawa sebenarnya promosi untuk Taman Negara sentiasa dilakukan bukan sahaja untuk pasaran Eropah, tapi kita tidak menafikan bahawa untuk pelancong yang gemar ke tempat-tempat pelancongan yang berasaskan alam sekitar, memang pasaran Eropah dia memang sangat minat dengan Taman Negara. Tapi tidak dinafikan Taman Negara dimasukkan setiap kali promosi dijalankan bukan sahaja di Eropah tetapi di Asia Tenggara, di Asia Barat sebagai contoh untuk minggu depan, kita ada Arabian Travel Mart yang berlangsung di Dubai dan Tourism Pahang kita akan mengambil bahagian dalam ATM ini dan produk-produk yang akan diperkenalkan dalam eksposisi pelancong ini merangkumi semua kategori di negeri Pahang termasuk Bukit Tinggi, termasuk Taman Negara termasuk pantai dan laut. Terima kasih.

Speaker

Tahan. Sila.

Soalan tambahan. Terima kasih Yang di-Pertua. Daripada jawapan YB EXCO tadi berkenaan dengan kemasukan pelancong daripada tahun 2022 hingga 2024 dilihat berlakunya peningkatan yang yang banyaklah. Cumanya sebagaimana yang ditanya oleh sahabat saya daripada ADUN Lantikan berkenaan dengan monopoli, adakah daripada angka kemasukan ini di pihak Tourism boleh… ada tak pecahan berapa

ramai yang datang melalui pakej Agent Travel ataupun yang melalui persendirian. Terima kasih.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat Tahan sebab angka-angka ini kita kutip melalui dua kaedah. Yang pertama melalui hotel-hotel, resort-resort yang berdaftar dengan kerajaan iaitu pelancong yang er... bermalam. Yang keduanya, kita juga faham bahawa untuk masuk Taman Negara kita perlu bayar kepada PERHILITAN. Jadi PERHILITAN juga merupakan salah satu sumber. Cumanya, kita tiada er... data bahawa adakah pelancongan ini... pelancong ini dia sampai melalui pakej ataupun free and easy.

Speaker

Terima kasih Wakil Kerajaan. Soalan yang terakhir soalan yang kesepuluh. Saya jem… saya menjemput ADUN Kawasan Kuala Sentul, sila.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Terima kasih YB Tuan Speaker. Pertanyaan saya pertanyaan nombor sepuluh. Terima kasih.

[Apakah status terkini kesemua 10 Project Rumah Pahang@PGBF. Sila nyatakan status mengikut setiap kawasan yang sedang dibangunkan?]

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT juga salam sejahtera, salam madani. Terima kasih banyak kepada sahabat saya Kuala Sentul, terpinga-pinga lak mencari jawapan. Insya-Allah mewakili EXCO ada program hari ini, insya-Allah.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Sentul bertanyakan mengenai projek er... soalannya, apakah status terkini kesemua sepuluh Projek Rumah Pahang, PGBF dan saya nyatakan status mengikut setiap kawasan yang sedang dibangunkan. Untuk makluman Yang Berhormat Speaker dan juga Ahli Mesyuarat, Projek Generasi Baharu FELDA (PGBF) yang kini dikenali sebagai Rumah Pahang merupakan inisiatif dalam menyediakan perumahan mampu milik kepada generasi baharu FELDA dan untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, saya nak maklumkan sekali lagi bahawasanya Pahang, negeri Pahang merupakan satu-satunya negeri yang tampil mengambil alih projek-projek PGBF yang terbengkalai dan er... Warga FELDA mengucapkan banyak terima kasih, jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Negeri Pahang kerana mengambil inisiatif yang sangat membantu kepada generasi-generasi FELDA masa ini. Dan dia... sebelum ini kita jenamakan iaitu Rumah Pahang dan sedang menyambung pelaksanaannya.

Tindakan ini diambil biarpun projek asal bukanlah inisiatif kerajaan negeri namun atas keprihatinan terhadap nasib-nasib generasi baharu FELDA yang telah menanti sekian lama, Kerajaan Negeri Pahang tampil mengambil tanggungjawab tersebut dan sebanyak sepuluh projek PGBF telah pun diserahkan Kerajaan negeri… kepada

kerajaan negeri melalui syarikat yang telah pun dilantik dan kini semua pelaporan rasmi diserahkan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP). FELDA dan juga LPHP bekerjasama rapat bagi memastikan kemajuan projek dipantau secara berkala di semua tapak. Mulai hari ni kita dah setiap bulan dah ada progress-progress dialah ya.

Berikut adalah status terkini projek mengikut lokasi, projek yang sedang dalam pembinaan dan menunjukkan kemajuan positif. Pertamanya adalah FELDA Sungai Retang, Jerantut, kemajuannya 69% dan jangka siap pada tahun 2025 ini dan bagi FELDA Jengka 11, Maran, kemajuannya sudah mencapai 72% dan kini berada di fasa terakhir untuk pembinaan dan juga FELDA Jengka 1, kemajuannya lebih kurang 53%. Usaha sedang dipergiatkan bagi mempercepatkan penyudahan projek ini.

Dan projek dalam semakan atau tindakan awal. Projek di lokasi berikut masih berada di peringkat, pelbagai peringkat sama ada dalam semakan agensi teknikal dan proses dokumentasi ataupun belum mengumpulkan beberapa pemohonan-permohonan lengkap, di antaranya ialah FELDA Keratong 7, Kampung Awah, FELDA Bukit Sagu, Kota Gelanggi 2 dan juga FELDA Jengka 12, FELDA Jengka 6 dan juga FELDA Bukit Tajau. Namun, kerajaan negeri melalui LPHP akan terus memantau kemajuan kesemua projek ini secara berkala dan akan memastikan setiap tapak yang terlibat mendapat perhatian sewajarnya agar pelaksanaan berjalan mengikut jadual dan juga piawaian yang telah ditetapkan.

Sebagai bukti komitmen, pada 29 Ogos 2024, LPHP telah pun menganjurkan Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Cabutan Undi Lot Rumah bagi dua projek iaitu di FELDA Sungai Retang dan juga FELDA Jengka 11. Ini membuktikan usaha serius Kerajaan negeridalam memastikan rakyat khususnya generasi baru FELDA dan juga memiliki rumah yang berkualiti dan juga mampu milik.

Yang Berhormat Speaker,

Kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek ini secara berperingkat dan komited untuk memastikan kesemua sepuluh projek ini berjaya disi... disiapkan sepenuhnya dalam tempoh yang munasabah demi kebajikan rakyat dan demi... demi kebaikan generasi baru peneroka. Sekian Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Okay terima kasih. Sila Kuala Sentul.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Soalan tambahan. Er... projek ni sebenarnya dari tahun lepas lagi telah berada dalam tindakan undang-undang. Er... kontraktor menyaman pemaju, pemaju menyaman kontraktor, kontraktor pun menyaman kerajaan. Ada hantar saman kepada kerajaan dan pemaju sendiri buat report polis untuk menyaman saya. Jadi saya nak tahu apakah status terkini dan tindakan pihak kerajaan er… apabila perkara ni berlaku? Dan yang terbaru, kontraktor sendiri telah mengambil injunc… injunction, dengan izin, injunksi ke atas tapak-tapak tertentu projek tersebut.

Jadi saya mintak jawapan yang er... definite sikit la sebab dah dua, tiga tahun duk bercakap pasal ni, supaya saya balik ke kawasan kali ni ada jawapan yang er... er... definite. Terima kasih.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih banyak soalan tambahan Kuala Sentul. Terima kasih banyak Yang Berhormat Speaker. Bahawasanya apabila kes-kes yang telah pun dimasukkan ke mahkamah, sepatutnya kita tidaklah nak boleh huraikan di kawasan ataupun di dalam Sidang Dewan ini dan ini… perkara ini perlulah dibawa ke muka pengadilan dan beberapa perkara-perkara tambahan pun telah pihak kerajaan negeri utarakan dan insya-Allah tindakan kepada sesuatu perkara itu kami juga memandang serius untuk menegakkan keadilan kepada bakal-bakal pembeli ataupun generasi-generasi FELDA ini untuk mendapatkan rumah tersebut. Ini komitmen kami.

Sebab itu, bagi mereka yang melanggar undang-undang tetap kami akan, tetap mengambil tindakan. Insya-Allah Yang Berhormat Kuala Sentul, perkara yang baik ini kita akan usahakan bersama. Apabila ada kes er... mahkah... kes mahkamah kita tidak perlulah utarakan di dalam Sidang Dewan ini. Insya-Allah, berjumpalah dengan saya dengan Yang Berhormat er... Bebar untuk berbincang, apabila kes mahkamah ini di luar Dewan. Insya-Allah Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Terima kasih wakil kerajaan. Ya sila.

Soalan tambahan, er... saya ada sedikit er… soalan tambahan tapi bukan berkaitan rumah PGBF tetapi rumah er… peneroka FELDA kerana ini pun saya nak sikit er... penjelasan. Berkaitan tentang rumah peneroka yang terlibat dengan kebakaran kerana kawasan saya ada sebuah rumah er... pada bulan Februari yang lalu, seorang ibu tunggal di Felda Chini 5 terlibat dengan kebakaran. Saya nak tanya, adakah er… melalui FELDA ada bantuan-bantuan yang dapat dibantu untuk er... untuk kurang-kurang boleh membina balik er… rumah yang terbakar ni. Terima kasih.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih kepada sahabat saya daripada Chini dan terima kasih kerana mengambil berat terutama sekali ibu-ibu tunggal di FELDA-FELDA ini. Insya-Allah saya nak beritahu bahawasanya kita, kewajipan kita untuk membantu golongan-golongan tertentu ini. Dan juga terima kasih atas soalan yang diberikan. Dan untuk makluman Sidang Dewan bahawasanya pihak FELDA telah pun menyediakan satu... dipanggil satu formula Tabung Kecemasan.

Tabung Kecemasan ni terutama sekali untuk fokuskan kepada kebakaran rumah dan maksimum, maksimumnya ialah RM40,000.00. Namun, ada beberapa perkara-perkara yang perlu.... kadang-kadang kita sebut maksimum RM40,000.00 ni, maklumlah, kadang-kadang bab terbakarnya tangga, dia nak claim jugak RM40,000.00. Sebab itu dalam kita pergi maksimum RM40,000.00 itu ada kajian dia mengikut pengurus ataupun jawatankuasa teknikal yang akan melawat rumah tu. Kalau rumah tu sebiji habis semua, maksimum RM40,000.00. Tapi kalau sekadar suku ataupun separuh itu mengikut kelulusan teknikal yang diberikan.

Namun beberapa kajian sedang dilaksanakan semula untuk mengemaskinikan balik semula fail-fail berlaku Tabung Kecemasan ini. Insya-Allah perkara ini akan diangkat dengan lebih baik untuk memberikan keselesaan dan juga kesempurnaan kepada peneroka-peneroka FELDA di luar sana, insya-Allah. Terima kasih banyak Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Terima kasih.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Yang Berhormat Speaker, sikit je.

Speaker

Ya, yang terakhir ya soalan tambahan.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Saya nak tanya kalau boleh Yang Berhormat, berapa lama jangka masa untuk penyelesaian kes-kes mahkamah ni supaya perumahan ni dapat disiapkan? Jadi saya dapatlah jawapan untuk balik bagitahu penduduk.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih banyak Yang Berhormat Speaker. Dia asyik tanya pasal mahkamah ni, saya ni bukan lawyer. Kalau kes mahkamah ni, kalau saya boleh menentukan, saya nak selesaikan semalam, tapi sebab bukan bidang kuasa kita. Bidang kuasa mahkamah kita serah kepada pihak yang berwajib, pihak mahkamah, pihak hakim dan juga lawyer ataupun peguam yang berkaitan. Kalau saya nak bagitahu tu, saya bagitahu dengan Kuala Sentul lah, kalau boleh nak semalam. Tapi ini hakikat bahawa apabila mahkamah kita serahkan pada pihak yang berwajib insya-Allah Yang Berhormat.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Itu maksud saya er... hal mahkamah kita serah pada mahkamah. Tapi tindakan kerajaan kepada pemaju ni, untuk meneruskan projek ni. Supaya projek ni boleh diteruskanlah tanpa gangguan daripada kes mahkamah ni

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Dah. Baik terima kasih banyak Kuala Sentul. Kita dah bagitau bahawasanya progress-progress sedang dijalankan. Pemantauan pun sedang dijalankan insya-Allah akan ada progress-progress tertentu, dan saya dah bentangkan tadi 3 yang sedang dijalankan dan mungkin 2025 ni, akan dapat disiapkan dan akan ikut turutan-turutan mengikut fasa-fasa yang telah ditentukan, dan Lembaga Perumahan Negeri Pahang ni (HPHP) akan memantau secara rapat. Memantau secara rapat dan progres-progress tersebut

insya-Allah kita doakan bersama. Doa bersama agar perkara ini dapat diselesaikan bukan sahaja untuk kita, malah sahaja untuk anak-anak generasi peneroka FELDA insya-Allah terima kasih banyak Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Terima kasih ahli wakil kerajaan. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita selesai membincangkan 10 pertanyaan dan jawapan. Saya tidak bercadang untuk menempohkan persidangan ini. Pihak Dewan Negeri ada menyediakan jamuan pagi di bilik jamuan ADUN bagi Ahli-ahli Dewan Negeri akan dan di kanopi bagi Ketua-ketua jabatan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan secara bergilir-gilir dan kembali semula ke dalam dewan. Baiklah, kita akan meneruskan dengan aturcara mesyuarat seterusnya.

Sambungan Menimbang Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan PahangMotion

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga: Sambungan Menimbang Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di hadapan majlis ialah satu Usul yang berbunyi bahawa Dewan Negeri Pahang yang sidang yang bersidang pada hari ini, bersetuju Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Usul tersebut telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada 18 April 2025 dan telahpun disokong dan dibahas pada 21, 22 dan 23 April 2025.

Seramai 34 orang ahli telah mengambil bahagian membahaskan usul tersebut. Ahli-ahli Yang Berhormat. Pada hari ini, pihak kerajaan akan menyambung menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan yang lepas. Saya ingin mengemukakan. Saya ingin memaklumkan bahawa tempoh masa penggulungan adalah selama 30 minit dan saya juga ingin menasihatkan Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, agar tidak kerap mencelah ketika sesi penggulungan bagi memberi ruang dan masa yang mencukupi kepada pihak kerajaan . Untuk itu, dengan sukacitanya, saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan negeriPahang untuk memberikan jawapan. Sila Yang Berhormat.

Bismillahirrahmanirrahim [Bacaan dalam bahasa Arab] Assalamualaikum WBT dan selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah izin dan kurnia-Nya, kita memperoleh kesempatan untuk sama-sama berhimpun di dewan yang mulia ini bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang dipikulkan di atas bahu kita semua demi kepentingan rakyat dan negeri tercinta ini.

Selanjutnya, patik merafak sembah dan menjunjung kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah atas perkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada 18 April yang lalu.

Patik menjunjung tinggi titah Diraja yang dilafazkan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku, merangkumi pelbagai perkara bermula dari peningkatan prestasi ekonomi negeri, usaha menoktahkan kemiskinan tegar, komitmen membanteras pencerobohan tanah hinggalah kepada usaha gigih menambah baik kebajikan rakyat di negeri ini. Segala titah dan nasihat Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku ini, patik ambil sebagai pedoman dan iktibar untuk terus berjuang serta melaksanakan amanah dengan penuh iltizam demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negeri Pahang yang tercinta ini.

Yang Berhormat Speaker, Kerajaan Negeri Pahang yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, sentiasa komited dan bersungguh-sungguh dalam meningkatkan prestasi kerajaan negeri dalam pelbagai bidang, sebagaimana yang dihasratkan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku. Malah, komitmen ini telah pun dibuktikan dengan pencapaian hatrick iaitu 3 tahun berturut-turut dalam perolehan hasil dan pendapatan negeri melebihi RM1 bilion setahun.

Selain itu, data daripada Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau ECRDC melaporkan bahawa setingga sehingga September tahun lalu, Pahang telah menjadi penyumbang tertinggi bagi negeri di pantai timur dengan nilai pelaburan masuk berjumlah RM10.1 billion berbanding Terengganu, sekitar RM3.1 billion dan Kelantan sekitar RM100,000,000.00 juta sahaja. Ini adalah pencapaian hebat dan luar biasa daripada usaha gigih dan bersungguh-sungguh yang telah dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. [Ahli Dewan tepuk meja].

Manakala berhubung isu pencerobohan tanah haram di negeri ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang sekali lagi membuktikan komitmen dan kesungguhan tidak berbelah bahagi dalam menguatkuasakan undang-undang dengan penuh keberanian dan ketegasan. Bermula dengan inisiatif strategik menubuh menubuhkan pasukan elit Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang pada 10 Oktober 2019. Yang Amat Berhormat Menteri Besar terus mengorak langkah dengan tindakan penguatkuasaan ke atas kebun-kebun haram di Cameron Highlands pada 2019. Penguasaan ke atas lombong haram di Lipis pada 2021. Penguatsaan keatas cubaan penerokaan tanah haram di Raub pada 2023. Penguatkuasaan terhadap kebun haram di Bentong pada 2023 dan sekali lagi penguatkuasaan ke atas penerokaan tanah haram di Raub, baru-baru ini. Malah, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah mengambil tindakan lebih drastik di mana bermula pada tahun 2023, kerajaan negeritidak lagi sekadar mengeluarkan kompaun seperti sebelumnya, sebaliknya terus mendakwa penceroboh ke mahkamah.

Ini adalah langkah berani yang perlu disokong dan didokong oleh semua pihak. Walaupun beliau dicemuh tindakannya diperlekeh, kenyataannya diputar belit, kesungguhannya dipertikai, namun, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang terus tegak berdiri melangkah dengan penuh yakin dan berani melakukan perkara yang betul dan tepat demi kepentingan rakyat dan negeri Pahang tercinta ini. [Ahli Dewan tepuk meja]. Syabas dan tahniah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja. Insya-Allah majoriti rakyat di luar sana bijak menilai, segala usaha dan komitmen yang telah dilakukan oleh kerajaan negeridi bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja.

Yang Berhormat Speaker, Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Dato' Indra Nazri bin Abu Bakar atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan negeriPahang, yang baharu. Begitu juga kepada Dato' Haji Fadzilah Haji Salleh,

sebagai Pegawai Kewangan Negeri dan Tuan Muhammad Saifuddin Hashim Hussaini selaku Penasihat Undang-undang kerajaan negeri.

Yang Berhormat Speaker, Selanjutnya saya ingin menarik perhatian dewan dalam sesi penggulungan ini dengan menyentuh beberapa perkara, berkaitan portfolio yang diamanahkan kepada saya iaitu Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan negeriPahang. Saya mulakan dengan menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat ADUN Tahan dan juga ADUN Lantikan. Tuan Haris Salleh, berkenaan isu capaian internet serta liputan rangkaian telefon di kawasan luar bandar khususnya di Jerantut dan Dewan Negeri Tahan.

Di bawah pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara atau Jendela yang sedang digerakkan oleh Kementerian Komunikasi bersama dengan kerajaan negeridan juga Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC). Pelbagai inisiatif telah dan sedang dilaksanakan bagi meningkatkan infrastruktur komunikasi di kawasan Parlimen Jerantut dan Dewan Negeri Tahan. Pertama pembinaan 36 menara komunikasi baharu dengan liputan 4G. Bagi Parlimen Jerantut 34 menara komunikasi telah siap dan beroperasi sepenuhnya manakala baki 2 menara lagi iaitu di jeti Sungai Tabong dan Kampung Temin masih dalam pelaksanaan dan dijangka siap secara berperingkat sehingga Disember tahun ini. Bagi DUN Tahan 9 menara baharu telah siap dan beroperasi iaitu di Kampung Pulau Mansok, Kampung Pasir Durian, Kampung Orang Asli Sungai Tekal, Kampung Orang Asli Batu 10 Sungai Retang, Stesen MPOB Kuala Tahan, Kampung Orang Asli Sungai Kucing, Kampung Beriut, Kampung Semena dan Kampung Berembang. Manakala satu menara komunikasi baharu di jeti Sungai Tabong telah siap, namun masih belum beroperasi kerana kerja membaiki jalan yang rosak ke menara ini sedang di jalankan. Menara ini disasarkan untuk beroperasi sepenuhnya pada bulan Jun ini. Kedua menaik taraf 105 stesen pemancar 3G sedia ada dari liputan 3G kepada 4G.

Kesemua stesen pemancar ini telah siap dibina pada pertengahan 2022 bagi Parlimen Jerantut, di mana 62 stesen pemancar sedia ada itu adalah di bawah kawasan DUN Tahan iaitu kawasan di luar bandar. Ketiga memperluaskan rangkaian gentian optik di 14,328 premis dalam Parlimen Jerantut. Melalui inisiatif ini, sebanyak 11,678 telah siap manakala baki 2,560 premis akan disiapkan sepenuhnya menjelang penghujung tahun ini. Bagi perkhidmatan internet, talian tetap sebanyak 1,317, premis daripada 2,545 premis di Dewan Negeri Tahan telah pun mempunyai akses kepada rangkaian gentian optik di bawah inisiatif fibre to the premise manakala baki 1,228 premis akan disiapkan menjelang penghujung tahun ini. Justeru, kadar liputan 4G di kawasan berpenduduk dalam Parlimen Jerantut telah meningkat daripada 79.8% pada suku keempat tahun 2022 naik kepada 90.58% pada suku keempat 2023 dan kepada 99.69% pada suku keempat 2024. Namun begitu, kerajaan negeriPahang menyedari bahawa masih banyak lagi isu kualiti liputan di kawasan penempatan luar bandar di Jerantut seperti di mukim Hulu Tembeling, Mukim Tembeling Tengah, Mukim Ulu Cheka dan sekitar gagasan serta sekitar gugusan Felda Lepar Utara, Kampung Jerantut Feri dan Kampung Air Itam.

Oleh yang demikian, saya telah meminta pihak MCMC bersama dengan pihak penyedia perkhidmatan untuk turun ke lapangan bagi mengadakan pengujian ukuran kualiti perkhidmatan di samping bertemu dengan pengadu di lokasi aduan. Hasil keputusan ujian akan menentukan tindakan susulan yang perlu diambil oleh pihak penyedia perkhidmatan seperti melaksanakan optimalisasi di stesen pemancar sedia ada bagi penambahan kapasiti liputan atau keperluan pembinaan menara baru di lokasi-lokasi aduan. Manakala bagi isu di mukim Hulu Tembeling khususnya Kampung

Gusai dan Kampung Bantal. Punca utama sering berlakunya gangguan perkhidmatan adalah disebabkan oleh kerosakan pada rangkaian kabel gentian optik yang berpunca dari gangguan haiwan liar, kabel yang putus dan tiang kabel yang tumbang akibat ditimpa dahan pokok hutan. Saya akan turun sendiri ke mukim Hulu Tembeling bagi meninjau status kerja pembaikan dan menaik taraf infrastruktur komunikasi ini. Justeru, sebagai langkah penyelesaian jangka panjang, pihak Telco sedang giat menjalankan kerja kerja penggantian kabel gentian optik yang rosak dengan penggantian kepada kabel fibre reinforced plastic yang lebih berkualiti. Kerja-kerja penggantian kabel di lokasi yang berlakunya kerosakan sudah pun bermula dan dijangka siap menjelang suku ketiga tahun ini. Di sepanjang jarak laluan kabel sejauh hampir 60 km.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa pada 20 Mac tahun ini baru-baru ini saya telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Komunikasi Yang Berhormat Datuk Fahmi Fadzil di Putrajaya bagi membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan keperluan pembangunan infrastruktur komunikasi di negeri ini. Antara intipati perbincangan yang telah dipersetujui oleh Yang Berhormat Menteri adalah. Pertama penambahan pembinaan stesen pemancar 5G di fasa pelaksanaan akan datang khususnya di 6 daerah iaitu Lipis, Jerantut, Raub, Bera dan juga Rompin. Kedua penambahan pembinaan menara komunikasi baharu dengan liputan 4G. Di bawah inisiatif Jendela di kawasan penempatan penduduk luar bandar dan pedalaman. Termasuklah keperluan menara baharu, menara telekomunikasi baharu di Jerantut. Ketiga penambahan Pusat Sebaran Maklumat Nasional atau kini dikenali sebagai NADI. Di penempatan luar bandar khususnya di kawasan yang mempunyai akses internet yang terhad dan kurang berkemampuan untuk melanggan pakej internet komersial. Keempat kerjasama strategik kerajaan negeridan Kementerian Komunikasi untuk meningkatkan program advokasi dan kesedaran pengguna melalui kempen Internet Selamat bagi membendung isu penyalahgunaan internet dan media sosial. Kes penipuan dan jenayah dalam talian, Program Anti Scam dan lain-lain lagi. Dalam pada itu, saya mohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat untuk turut sama membantu dengan berkongsi dengan saya serta MCMC.

Senarai lokasi kawasan penempatan penduduk yang masih mempunyai isu capaian liputan yang tidak menyeluruh berkaitan dengan capaian internet di kawasan pedalaman. Saya juga ingin memaklumkan bahawa pada masa ini pihak penyedia perkhidmatan turut menggunakan teknologi satelit bagi penyediaan liputan selular 4G di menara-menara baharu sebagai alternatif penyediaan rangkaian komunikasi sementara menunggu kerja-kerja penyambungan kabel gentian optik dapat disiapkan. Berkenaan dengan cadangan penubuhan Unit Pemantauan Gangguan Internet Negeri Pahang seperti mana yang dibangkitkan oleh YB Lantikan YB Haris. Kerajaan negeriPahang berpendapat kaedah dan saluran untuk rakyat mengemukakan aduan sudah pun ada dan telah terlaksana dengan baik. Di samping itu, pihak MCMC juga menyediakan saluran yang boleh digunakan iaitu melalui Emel [email protected] aduan rasmi Aduan MCMC, talian bebas tol atau datang sendiri ke pejabat MCMC negeri Pahang di Bandar Indera Mahkota. Berhubung dengan kemudahan internet satellite. Kerajaan negeriPahang telah melaksanakan inisiatif langganan Jalur Lebar Satellite di kawasan yang mempunyai masalah pencapaian internet yang dinamakan sebagai Pahang Rural Internet Services & Multimedia Access (PRISMA). Pada tahun lalu, sebanyak 46 kampung telah disediakan perkhidmatan Prisma dan pada tahun ini pelaksanaan PRISMA akan diteruskan.

Cuma bilangannya akan ditentukan pada bulan depan. Insya-Allah. Yang Berhormat Speaker berkaitan isu yang dibangkitkan oleh ADUN lantikan Dato' Wong Tat Chee

berkenaan iklan penipuan atas talian dan jenayah siber. Kerajaan negeriakan terus bekerjasama erat dengan MCMC dan kerajaan negeriserta menggesa penguatkuasaan lebih tegas dalam iklan scam di platform digital. Berdasarkan rekod MCMC dari tahun 2018 hingga 1 Oktober tahun lalu, penyedia perkhidmatan internet telah melakukan sekatan terhadap 25,120 laman sesawang melibatkan pelbagai kesalahan seperti 9,847 bagi kesalahan judi dalam talian 7,846 bagi laman lucah dan jelik. 3,476 bagi pelanggaran hak cipta, 563 bagi pelacuran, 544 bagi penipuan atau pelaburan yang menyalahi undang-undang dan 2,844 bagi lain-lain laman sesawang yang memudaratkan dan didapati berbahaya. Kaedah sedia ada yang digunakan adalah melalui sekatan Domain Name System (DNS) atau DNS Blocking di peringkat penyedia perkhidmatan internet didalam negara. Kaedah ini akan berfungsi sekiranya pengguna menggunakan konfigurasi automatik yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan internet.

Selain itu, keperluan pelesain… pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan internet dan penyedia perkhidmatan media sosial yang telah diwartakan pada 1 Ogos tahun lalu dan telah berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun ini. Akan memastikan penyedia perkhidmatan bertanggungjawab dan memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan ekosistem dalam talian yang lebih selamat didalam negara ini. Yang Berhormat Speaker, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada rakan saya dari Lepar berhubung hal-hal yang dibangkitkan berkait dengan sukan di negeri. Saya setuju bahawa sokongan ibu bapa dan anggota masyarakat amat penting dalam melahirkan generasi atlet yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang sukan, malah seimbang dari segi akademik, sahsiah dan juga fizikal. Penglibatan dalam sukan tidak harus dilihat sebagai penghalang kepada kecemerlangan pelajaran, bahkan merupakan pelengkap dalam pembentukan diri yang lebih holistik.

Sehubungan itu, pelbagai inisiatif dan program telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan pe... dan pihak Kerajaan negeridan Persekutuan bagi membuka ruang lebih luas kepada anak-anak kita untuk menceburi bidang sukan secara serius. Berhubung isu kekurangan fasiliti sukan di Sekolah Menengah Seberang Temerloh. Saya ingin memaklumkan Yang Berhormat bahawa sekolah tersebut tidak diwartakan secara rasmi sebagai sekolah sukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru, agihan peruntukan yang diberikan kepada sekolah ini adalah sama saja dengan sekolah-sekolah yang lain di negeri Pahang ini. Saya sendiri telah bangkitkan berkali-kali kepada pengarah pendidikan sebelum ini dan beliau telah mengesyorkan dan membawa isu ini ke pengetahuan Kementerian Pendidikan itu sendiri. Pada masa ini, seramai 287 orang atlet di tempatkan di Sekolah Menengah Seberang Temerloh melibatkan lima jenis sukan iaitu olahraga, hoki, sepak takraw, bola jaring dan bola... bola sepak. Di Pahang ini yang Berhormat, hanya terdapat sebuah sekolah sukan iaitu Sekolah Sukan Malaysia di Gambang yang ditadbir urus sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kita akui bahawa prosedur kemasukan ke sekolah ini amat ketat dan bilangan sukan yang terhad menyebabkan tidak ramai anak-anak Pahang boleh er... di tempatkan di sekolah ini. Walau bagaimanapun, kita sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan juga Kementerian Pendidikan untuk mencadangkan nama-nama pelajar atlet kita yang kita kenal pasti berpotensi untuk ditempatkan di sekolah ini.

Malah apabila Lepar sendiri ada mencadangkan beberapa nama kepada saya cuma untuk kemasukan ke sekolah ini, ia tertakluk kepada syarat-syarat yang perlu kita patuhi. Namun, saya sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak sekolah dan telah memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan ada agar diberi sedikit kelonggaran kepada pelajar-pelajar dari negeri Pahang itu sendiri untuk di tempatkan di sekolah ini dan mereka sedang memperhalusi secara serius cadangan dan permintaan saya ini.

Dan menyedari kekangan ini, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Majlis Sukan Pahang mengambil inisiatif menempatkan pelajar-pelajar yang berpotensi dalam sukan di Sekolah Seberang Temerloh. Status sekolah ini sebagai sekolah harian dan bukannya sekolah negeri. Sedikit sebanyak saya setuju jejaskan jumlah peruntukan yang diterima sekaligus memberi kesan kepada kemudahan asas dan kemudahan pengurusan atlet di sana. Walau bagaimanapun, Majlis Sukan Pahang terus memberikan sokongan berterusan dari segi pelantikan jurulatih, penyediaan peralatan dan bantuan penyertaan kejohanan kepada atlet-atlet di sekolah ini. Bagi tahun lalu sahaja misalnya, sejumlah lebih RM116 ribu diperuntukkan bagi kerja baik pulih padang hoki, pembelian tiang gol hoki, peralatan latihan gim, pembelian gimnasium, pembelian peralatan latihan sukan, sepak takraw dan bola jaring telah disalurkan oleh Majlis Sukan Pahang.

Sementara itu, saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri kerana bekerjasama dengan Majlis Sukan Pahang dalam melantik jurulatih sambilan di kalangan guru. Setakat ini, seramai 14 orang jurulatih sambilan di kalangan guru telah dilantik yang menerima allowance daripada Majlis Sukan Pahang. Allowance secara bulanan untuk melahirkan atlet-atlet er... pelajar di kalangan pelajar di peringkat sekolah dan juga daerah. Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Lepar supaya Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah menawarkan kursus-kursus berkaitan sains sukan. Perkara ini tidak dapat dilaksanakan memandangkan UMPSA lebih memfokuskan kepada bidang teknikal dan tidak menawarkan kursus sukan seperti institusi lain.

Namun begitu, hasil kerjasama dengan UMPSA mereka menawarkan yang pertamanya kemasukan melalui saluran sukan bagi calon lepasan pra universiti ke program sarjana muda mengikut kelayakan yang ditetapkan. Kedua kemasukan melalui saluran sukan bagi calon pelajar lepasan SPM dari Sekolah Sukan Malaysia Pahang yang tidak berpeluang ke program pra universiti, program asasi atau diploma. Ketiga penawaran Program-Program Eksekutif… Eksekutif...Eksekutif dan Program Separuh Masa yang dijalankan oleh UMP Advanced kepada staf atau atlet. Selain itu, jalinan kerjasama strategik dengan pihak yang UMPSA turut melibatkan aspek penggunaan fasiliti sukan di universiti tersebut.

Pelaksanaan ujian biomekanik dan pelantikan jurulatih sambilan dari kalangan pegawai UMPSA. Di samping itu, usaha memperkukuh ekosistem sukan turut dilaksanakan bersama institusi lain seperti UITM Jengka, Politeknik Muadzam Shah dan KPTM Kuantan bagi memastikan pembangunan sukan ini terus bergerak maju dan mampan. Majlis Sukan Pahang sedang mempersiapkan atlet-atlet yang berkualiti untuk membawa cabaran negeri ini ke pentas SUKMA Selangor pada tahun hadapan. Kerjasama strategik seumpama ini bersama dengan pemegang taruh adalah harapan dan batu loncatan menyemarakkan lagi semangat serta kecemerlangan kontinjen Pahang.

Kesemua perkara yang dinyatakan adalah selari dengan hala tuju Majlis Sukan Pahang agar sukan di negeri ini dapat dipertingkatkan menjadi antara yang terunggul di Malaysia. Banyak program yang telah dirangka Majlis Sukan Pahang, antaranya memperkasakan kua... kualiti kejurulatihan dan kepegawaian melalui penganjuran Kem Bina Insan dan Jati Diri Pegawai yang akan berlangsung pada Julai ini bertempat di Campsite Survival Village, Batalion Ke-12, RMD Mezzanine, Kuantan. Usaha ini bagi memastikan selain atlet yang akan menyertai kem motivasi secara berkala pihak pengurusan terutama pentadbir, penyelaras sukan dan semua jurulatih juga akan turut diberikan penekanan bagi meningkatkan kualiti pengurusan Majlis Sukan Pahang.

Pada masa ini seramai 54 orang atlet di negeri ini sedang mengikuti program sepenuh masa kebangsaan di bawah kendalian Majlis Sukan Negara mahupun Persatuan Sukan Kebangsaan sebagai persediaan menyertai temasa...temasya Sukan SEA Thailand pada tahun ini yang akan berlangsung pada 7 Disember ini. ini membuktikan dan memperlihatkan bahawa Pahang tidak ketandusan atlet yang berkualiti untuk mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa. Usaha sokongan dan dokongan semua pihak yang terlibat amat diharapkan agar pembangunan sukan yang diharapkan ini tidak hanya menjadi agenda kerajaan negeri, malah ianya menjadi tanggungjawab bersama. Bagi menjawab cadangan Yang Berhormat Mentakab berkenaan dengan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negeri Pahang, Kerajaan negerimelalui Majlis Sukan Pahang telah bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara Malaysia melalui Program Pembangunan Bola Sepak Negara atau lebih dikenali sebagai NFDP sejak tahun 2016. NFDP Pahang diketuai oleh Juzaili Samion yang merupakan bekas pemain kebangsaan dari negeri Pahang.

Beliau merupakan ketua jurulatih negeri Pahang yang bertanggungjawab memantau perkembangan program di setiap pusat latihan seperti berikut. Yang pertama, Akademi Tunas yang melibatkan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Program ini dilaksanakan di Padang SK Teruntum, Kuantan, Padang SK Tanjung Lalang Temerloh, SK Kampung Kolam Rompin dan Kompleks Rakan Muda Dong di Raub. Kedua, Pusat Latihan Daerah yang disertai pelajar berumur 13 hingga 17 tahun. Program ini dilaksanakan di SMK Pelindung atau Padang Taman Gelora Kuantan, Padang SMK Abu Bakar di Temerloh, SMK Seri Rompin atau Padang JKR Rompin dan di SMK Clifford, Lipis. Ketiga, Akademi Tunas Wanita yang disertai oleh kanak-kanak perempuan berusia 10 hingga 12 tahun di SK Kampung Kolam, Rompin.

Pemain-pemain terbaik daripada Pusat Latihan Akademi Tunas atau Pusat Latihan Daerah ini yang telah melepasi ujian pemilihan yang ketat kemudiannya berpeluang meneruskan latihan secara sepenuh masa di 3 pusat latihan iaitu Akademi Mokhtar Dahari, Sekolah Sukan Malaysia Pahang di Gambang, Sekolah Sukan Negeri Pahang di Seberang, Temerloh. Ketiga- tiga pusat latihan ini membolehkan pemain kita mengembangkan potensi ke peringkat yang lebih tinggi. Pada masa ini terdapat seramai 650 orang pelajar sedang giat berlatih di Akademi Tunas seramai 480 orang, Pusat Latihan Daerah seramai 70 orang, Akademi Tunas Wanita seramai 30 orang, Akademi Mokhtar Dahari 18 orang, Sekolah Sukan Negeri Pahang, Seberang Temerloh 42 orang dan Sekolah Sukan Malaysia Pahang 10 orang.

Namun, setiap program ini perlu ada kesinambungan di peringkat lebih tinggi bagi memastikan pemain-pemain yang berumur melepasi 17 tahun akan dapat meneruskan karier sebagai pemain profesional setelah tamat sesi persekolahan atau akademi yang disertai. Pemain perlu didedahkan dengan saingan yang lebih kompetitif untuk mewakili negeri mahupun negara. Persatuan Sukan Negeri perlu memainkan peranan dengan menyediakan platform terbaik agar mereka dapat mencurah bakti buat negeri tercinta menerusi pasukan Liga Piala Belia, Liga Piala Presiden SUKMA mahu pun Liga Super.

Selain itu, Kerajaan negeriturut…

Speaker

Yang Berhormat, panjang lagi?

Sikit lagi.

Speaker

Okay, baik.

Sikit lagi. Ada berapa minit lagi ya Yang Berhormat Speaker?

Speaker

Sebenarnya masa dah tamat. Tapi tak apa, sila minta gulung Yang Berhormat.

Saya jawab sikit daripada… Okey, saya jawab sikit daripada Yang Berhormat Dato’ berkenaan dengan cadangan Pembukaan Cawangan Pejabat Jabatan Pertubuhan Negeri atau (ROS) di Temerloh. Saya ingin jelaskan bahawa pihak Kerajaan negerimenyambut baik cadangan tersebut dan Kerajaan negerimelalui pihak ROS akan mengajukan cadangan ini kepada kepimpinan atasan di peringkat kementerian Dalam Negeri. insya-Allah.

Semoga cadangan ini mendapat perhatian sewajarnya dan dapat direalisasikan demi kemudahan serta kebajikan pertubuhan yang berdaftar di kawasan Pahang Tengah. Sebagai kesimpulannya, Yang Berhormat Speaker, patik menjunjung tinggi segala titah nasihat yang telah disampaikan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Assalamualaikum WBT.

Speaker

Terima kasih Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan badan badan Bukan Kerajaan negeriPahang. Seterusnya, saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang. Sila Yang Berhormat.

Terima kasih YB Speaker. [Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, [Ayat al-Quran]. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merafakkan setinggi- tinggi kesyukuran kepada ilahi kerana dengan keizinan-Nya, kita Ahli- ahli Dewan diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik dalam menyampaikan mandat yang diamanahkan serta dapat berkumpul bersama sama dalam menyempurnakan persidangan kita pada kali ini di Dewan yang mulia ini. Pada kesempatan ini juga, saya ucapkan terima kasih kepada YB Speaker kerana telah memberi peluang pada saya dalam sesi penggulungan kita pada hari ini.

Begitu juga kepada rakan-rakan Ahli Dewan Negeri yang telah mengemukakan soalan tambahan mahu pun ketika perbahasan usul ucapan menjunjung kasih Kebawah Duli

Paduka Baginda Sultan Pahang yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail pada hari Pembukaan Sidang Dewan yang lalu. Terima kasih kepada Yang Berhormat Semambu, Beserah, Tanah Rata, Ahli Yang Lantik nombor 4, Ahli Yang Dilantik nombor 5. Insya-Allah, saya akan menjawab secara bertulis kepada semua pertanyaan yang dibangkitkan.

YB Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah atas teguran, nasihat, pandangan dan idea bagi kita semua mentadbir Kerajaan negeriPahang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Diraja Menteri Besar Pahang, seorang pemimpin yang kita amat sayangi. Keprihatinan baginda amat kita sanjungi dan memartabatkan usaha kerajaan Baginda untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat jelata di negeri ini.

YB Speaker, Pemerkasaan STEM ataupun Sains, Teknologi, Kejuruteraan mahupun matematik amat penting dalam membekalkan bakat ke pasaran kerja yang boleh meningkatkan daya saing di negeri Pahang dalam menghadapi ledakan teknologi dengan izin Artificial Intelligence Internet of Things dan Ekonomi Digital. Pembangunan bakat di peringkat sekolah perlu diberikan perhatian. Kerajaan negerisentiasa berusaha untuk meningkatkan bilangan pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik atau STEM. Berdasarkan sumber statistik semasa daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, sebanyak 41% pelajar Tingkatan Empat dan lima mengikuti aliran STEM yang merangkumi 8,888 orang.

Saya difahamkan yang mengikuti mata pelajaran sains tulen jauh lebih rendah mungkin dalam belasan peratusannya. Oleh itu, antara inisiatif yang telah kita jalankan adalah dengan mewujudkan kumpulan pemikir atau think tank dengan izin bagi menjalin menjalankan bagi menjalankan inisiatif inisiatif oleh Kerajaan Pahang mendapat tiga kumpulan pemikir yang telah ditubuhkan iaitu Kumpulan Robotik, Matematik dan Pusat Kecemerlangan STEM ataupun dengan erti kata Center of Excellence dengan izin.

Kumpulan pemikir ini merupakan kerjasama strategik kerajaan negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Persatuan Universiti dan pemain industri di bidang STEM. Kumpulan pemikir robotik merupakan mereka yang terdiri daripada mentor mentor Universiti Malaysia Pahang, Al-Sultan Abdullah dan guru- guru yang aktif dalam bidang robotik. Antaranya guru SK Permatang Keledang dan SMK Pandan yang telah secara sukarela meluangkan masa bagi memperkasa bidang robotik. Syabas dan tahniah kepada guru-guru berjiwa besar ini yang mengorbankan masa dan tenaga dalam mencurahkan bakti tanpa mengharapkan balasan. Sehubungan dengan itu, dasarkan rekod kejayaan cemerlang yang telah dicapai oleh beberapa sekolah negeri Pahang di peringkat antarabangsa.

Kerajaan Negeri Pahang merancang untuk mengadakan pertandingan robotik peringkat antarabangsa. Diharap agar program ini dapat direalisasikan bagi membolehkan anak-anak Pahang dapat menyertai pertandingan sebegini yang pastinya merupakan satu pendedahan baik buat mereka semua.

UMPSA sangat aktif dalam memupuk budaya reka cipta melalui penganjuran program dan karnival STEM yang melibatkan pertandingan reka cipta dan inovasi bagi pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri Pahang. Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan minat dan bakat dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan

matematik serta memperkasakan daya saing pelajar melalui program interaktif dan kreatif.

Kerajaan negeri juga bercadang untuk mewujudkan sekurang-kurangnya satu pusat kecemerlangan STEM (Centre of Excellence) di setiap daerah. Sehingga kini terdapat dua Pusat Kecemerlangan STEM yang telah diwujudkan dalam negeri Pahang iaitu di Temerloh dan di Bera hasil kerjasama dengan pihak Yayasan Inovasi Malaysia. Pusat Kecemerlangan STEM ini merupakan inisiatif yang strategik dan mempunyai impak besar dengan mentransformasikan pusat kegiatan guru kepada Pusat Kecemerlangan STEM. Pusat ini berfungsi sebagai tempat berkumpul bagi perbincangan idea inovasi dan tempat membuat eksperimen trial and error, dengan izin. Ia juga dilengkapi dengan alat-alat pencetak tiga dimensi 3D printing dengan izin, set robot, dron, komputer yang mengandungi perisian pengaturcaraan ataupun programming.

Selain itu, kerajaan negeri melalui Yayasan Pahang telah melaksanakan program yang dikenali sebagai Pahang Innovative Talent Accelerator (PITA). Program ini merupakan kerjasama strategik bersama dengan syarikat swasta Beyond4 yang berbentuk latihan penajaan penuh kepada graduan-graduan baru berkonsepkan train and place dengan jaminan pendapatan minima sebanyak RM3,000.00.

Bermula dari tahun 2021, seramai 118 graduan yang telah dilatih dan berjaya ditempatkan ke dalam syarikat multinasional syarikat berkaitan kerajaan atau pun GLC dan juga syarikat global yang lain. Terkini, Yayasan Pahang telah menandatangani perjanjian usaha sama bersama dengan TalentCorp Malaysia, agensi kerajaan persekutuan untuk melatih graduan dalam bidang analitik AI dan juga data pengkomputeran awam, pengurusan projek dan Pembangunan Tumpukan Penuh ataupun Full Stack Development.

YB Speaker, syarikat pemula atau dikenali sebagai startup merupakan aktiviti ekonomi baru penting yang menyumbang dalam banyak cara. Antaranya ialah penciptaan pekerjaan baru, berkemahiran tinggi, memacu inovasi dan kemajuan teknologi yang boleh membawa kepada pertumbuhan KDNK yang lebih baik. Syarikat pemula juga boleh menjadi ejen dalam mempercepatkan pembangunan ekonomi dengan memperkenalkan produk perkhidmatan dan model perniagaan baru.

Exploria merupakan salah satu syarikat pemula yang menyertai program The Pahang Innovative Startup Accelerator ataupun PISA dan telah menunjukkan kejayaan syarikat ini semakin berkembang dan telah diberi kepercayaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjalankan program Jelajah Sains dan Digital di negeri Pahang.

Program ini akan dijalankan di 11 daerah negeri Pahang bermula di daerah Kuantan dan Pekan bertujuan untuk menarik minat pelajar ke aliran STEM. Diharapkan di akhir pelaksanaan program ini, objektif meningkatkan pelajar ke bidang STEM dapat dicapai. Melihat kepada potensi yang ada, Kerajaan negeriPahang sedang di peringkat akhir bagi penyediaan Pelan Hala Tuju Ekosistem Syarikat Pemula (Startup) 2026 - 2030 Negeri Pahang.

Melalui pelan ini, negeri Pahang berhasrat untuk melahirkan lebih banyak syarikat pemula startup yang berdaya saing dan bernilai tinggi serta menjadi pelopor bagi pembangunan ekosistem startup di Malaysia khususnya di luar Lembah Klang dan menyokong pertumbuhan ekonomi negeri melalui inovasi penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi dan pembangunan bakat tempatan.

Program Pahang Innovative Startup Accelerator (PISA) kini memasuki kohort atau kumpulan ke-5 di negeri Pahang dan terus berperanan membina ekosistem untuk mengenal pasti serta membimbing syarikat pemula berpotensi tinggi melalui latihan pementoran bantuan dana dan sokongan. Seramai 20 syarikat peserta kini dalam fasa latihan kohort ini dengan sasaran melahirkan 79 syarikat pemula menjelang pertengahan 2025.

Kerajaan negeriPahang akan melaksanakan program-program bagi memperkasa rakyat Pahang dalam bidang STEM dengan matlamat menjadikan negeri ini sebagai pembekal bakat bernilai tinggi dan mencapai status negeri berpendapatan tinggi dalam tempoh lima tahun akan datang.

AI untuk rakyat adalah sebuah pembelajaran kendiri secara dalam talian yang dibangunkan bagi memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai teknologi Artificial Intelligence di Malaysia. Program ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan persekutuan dengan kerjasama Intel Malaysia telah dilancarkan secara rasmi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 16 Januari 2024.

Sebagai usaha untuk memastikan kejayaan pelaksanaan inisiatif ini, penyertaan dalam program tersebut telah diwajibkan kepada semua penjawat awam termasuk di negeri Pahang. Langkah ini diambil bagi memastikan tiada yang terkecuali dalam memperkukuh pemahaman terhadap teknologi digital semasa khususnya berkaitan dengan perkembangan pesat dalam bidang AI.

Pejabat Setiausaha Kerajaan negeriPahang melalui Bahagian Teknologi Maklumat sedang melaksanakan pelbagai inisiatif berteraskan teknologi Artificial Intelligence dalam usaha memperkukuh kecekapan perkhidmatan awam negeri. Antara tumpuan utama adalah pelaksanaan-pelaksanaan projek Big Data yang menyokong pengurusan bencana secara lebih efektif. Pemerkasaan institusi kekeluargaan Islam melalui analisis data yang lebih holistik serta pembangunan aplikasi chatbot bagi meningkatkan kecekapan penyampaian maklumat dan interaksi digital dengan rakyat.

YB Speaker, buat portfolio pelaburan dan perindustrian, jumlah pencapaian pelaburan komited keseluruhan pada 2024 adalah sebanyak 7.54 bilion melalui 56 projek. Antara pelaburan yang telah dimuktamadkan pada tahun 2024 adalah Petroluxe Refinery (M) Sdn. Bhd., iaitu projek loji penapisan minyak di Kawasan Perindustrian Harbour Park dengan nilai pelaburan sebanyak RM3 bilion.

Syarikat Wilhelmina Energy Malaysia iaitu projek-projek kilang pembuatan palet di Kawasan Perindustrian Gebeng dengan nilai pelaburan sebanyak RM200 juta, pelaburan petrol kimia oleh Petronas Chemical MTBE Sdn. Bhd. dengan jumlah RM667 juta dan kilang Taiyo Koko daripada Jepun yang akan mengitarkan, mengitarkan semula bahan kimia berjumlah RM329 juta.

Kerajaan negeriPahang komited meningkatkan prestasi pelaburan melalui pelbagai inisiatif bagi menghadapi cabaran ekonomi dan memastikan pertumbuhan ekonomi negeri Pahang setanding dengan negeri maju. Usaha dipergiat dengan perancangan garis panduan pelaburan untuk memudahkan pelabur. Seiring itu, bengkel Pelaburan Pahang Ease of Doing Business Workshop 2025 telah dianjurkan pada 28, maaf 27 dan 28 Februari 2025 dengan penyertaan daripada 80 wakil syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pihak berkuasa tempatan, jabatan-jabatan kerajaan serta agensi yang berkaitan dengan pelaburan di negeri Pahang.

Antara hasil pelaksanaan daripada bengkel tersebut ialah Pemerkasaan Invest Pahang sebagai One Stop Agency yang berperanan menguruskan hal-hal berkaitan pelaburan negeri Pahang. Bermula dari fasa pra pelaburan, fasa kelulusan dan pelesenan dan seterusnya fasa pasca pelaburan. Mewujudkan garis panduan untuk memudahkan urusan pelabur bagi mewujudkan proses pelaburan yang seragam, cepat, mudah, telus dan cekap dalam pengurusan pelaburan.

Ketiga, mempercepatkan kelulusan pajakan atau hak milik tanah untuk pelabur. Keempat, menyelaras saluran maklumat pelaburan bagi menyeragamkan garis panduan antara pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi dan syarikat berkaitan kerajaan untuk mengurangkan pertindihan fungsi dalam menguruskan pelaburan. Kelima, meningkatkan koordinasi antara sektor awam, swasta dan pelabur untuk mewujudkan platform komunikasi tetap yang akan menyelesaikan isu-isu dengan lebih pantas dan akhir sekali, keenam, penambahbaikan infrastruktur, fasiliti dan utiliti dan mengutamakan penyediaan prasarana yang kondusif dan berkualiti tinggi untuk menarik lebih ramai pelabur ke Pahang. Negeri Pahang masih merupakan destinasi pelaburan tumpuan kepada para pelabur antarabangsa di mana terdapat beberapa cadangan menarik untuk penilaian Invest Pahang. Antaranya adalah pembinaan kilang bateri litium dan sodium ion di Taman Perindustrian Gebeng oleh Konsortium Hunan Battery Association dari China melalui rakan niaga mereka di Malaysia. Pelaburan ini adalah sangat penting bagi ekosistem rantaian pembekalan bateri EV yang semakin berkembang selaras dengan hasrat Kerajaan Pusat untuk mencapai karbon sifar ataupun zero carbon, dengan izin menjelang 2050.

Pelancar roket antarabangsa di Pekan, Pahang. Projek ini ialah, adalah selaras dengan matlamat Pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030. Sekiranya pelaburan ini dapat direalisasikan, maka ia merupakan tapak pelancar pertama negara dan di Asia Tenggara. Dengan adanya kemudahan tapak pelancaran di negeri, di negara ini, ia mampu menyumbang impak besar kepada pembangunan negara, berupaya memperkasa industri serta membina kepakaran tempatan dalam aspek berkaitan operasi teknologi angkasa lepas dan juga satelit. Selain itu, pembinaan pelancar roket ini merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri Pahang dengan membuka 2,350 peluang pekerjaan. Cadangan pelaburan industri Nano Tech Fertilizer oleh San Yi Green Tech (Malaysia) SIRIM Berhad di Taman Perindustrian Gebeng yang akan mengeluarkan baja karbon nano organik yang berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan nutrien tanaman dan dapat menjamin sekuriti makanan.

Selain dari itu, syarikat ini akan menggunakan sumber tempatan dari negeri Pahang sekaligus akan meningkatkan impak ekonomi dari aspek pelaburan, penawaran pekerjaan dan juga aktiviti perdagangan melalui Pelabuhan Kuantan. Sekali lagi, saya ingin menekankan kepada semua jabatan dan agensi untuk menjadikan agenda Ease of Doing Business sebagai keutamaan dalam menguruskan permohonan-permohonan yang melibatkan pelaburan. Saya berharap semua pihak yang terlibat dapat bekerja sebagai satu pasukan. Sekiranya agenda ini tidak dapat dilaksanakan, maka usaha-usaha untuk menarik para pelabur ke Pahang akan menjadi sia-sia, ibarat melempar pancing tiada berumpan.

Pahang juga tidak mahu melepaskan peluang menadi sebahagian daripada pasaran halal dunia dengan menawarkan pelbagai inisiatif dan lokasi strategik untuk pembangunan industri halal negeri. Mengambil peluang pasaran halal global yang melibatkan 2 bilion pengguna Islam kini bernilai USD3.0 trilion ataupun RM13.5 trilion untuk sektor makanan dan industri berkaitan. Ini adalah sumber daripada Halal Development Corporation dan angka ini dijangka meningkat kepada USD5.0 trilion ataupun RM22.5 trilion menjelang 2030.

Selari dengan hasrat Kerajaan Pusat untuk memperkasakan industri halal negara dan mengambil peluang kemudahan infrastruktur pengangkutan seperti ECRL yang menghubungkan Pantai Timur dan Pantai Barat, Lebuh Raya Pantai Timur, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan dan juga Pelabuhan Kuantan, Kerajaan negeritelah menawarkan beberapa kawasan industri yang sedia untuk dibangunkan oleh pelabur-pelabur yang berminat iaitu Gebeng Halal Hub seluas 730 ekar, Gambang Halal Hub seluas 199 ekar, Bentong Halal Hub seluas 36.2 ekar dan juga MCKIP Halal Hub seluas 25 ekar.

Untuk meningkatkan rangsangan ekonomi negeri Pahang, Perkhidmatan Konsortium Perkapalan Timur perlu diwujudkan. Selain daripada jaringan kemudahan perhubungan yang sedia ada seperti KTMB, ECRL, Lebuhraya LPT, perkhidmatan konsortium ini akan menggunakan Pelabuhan Kuantan untuk penghantaran barang dari Pantai Timur khususnya dari Pahang ke Sabah, Sarawak dan negara luar. Pada ketika ini tiada perkhidmatan khusus untuk membuat penghantaran barangan kontena ke sana. Malah, pemain industri menggunakan Pelabuhan Klang dan pelabuhan lain untuk memasarkan barangan mereka.

Seterusnya bagi merangsang pelaburan dalam dengan pembangunan kilang-kilang di Pahang, perkhidmatan kapal yang kerap sangat diperlukan bagi memastikan penghantaran lebih efisien, kos penghantaran yang lebih rendah dan menarik minat para pemain industri untuk menggunakan Pelabuhan Kuantan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana kedudukan Pelabuhan Kuantan adalah jauh lebih strategik iaitu jarak antara Pelabuhan Kuantan dengan Sabah, Sarawak dan Malaysia Timur seperti China, Taiwan dan Jepun adalah lebih dekat berbanding dengan Pelabuhan Klang. Kesannya, masa penghantaran lebih pantas dan kos logistik lebih rendah. Masa pelayaran ke Sabah, Sarawak hanya 2 hari daripada Pelabuhan Kuantan manakala dari Port Klang 4 hari.

Tambahan lagi, ia dapat memanfaatkan pemain industri termasuk industri kecil dan sederhana untuk meningkatkan pemasaran produk mereka pada masa akan datang. Malah mampu membantu meningkatkan ekonomi negeri Pahang dengan menyokong pembangunan Economic Acceleration Project (EAP) dan pembangunan berorientasikan transit di sekitar ECRL dan zon industri di setiap daerah. Oleh itu, bagi menghubungkan kegiatan ekonomi kawasan tersebut, perkhidmatan konsortium perkapalan ini menerusi Pelabuhan Kuantan amat diperlukan. YB Speaker, negeri Pahang mempunyai tapak perindustrian yang telah menarik perhatian pelabur untuk melabur, namun terdapat beberapa tapak perindustrian yang memerlukan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur asas. Kerajaan negeribersama agensi seperti MIDA, JKR dan JPS telah melakukan pra audit projek naik taraf kemudahan asas tapak perindustrian di 14 tapak perindustrian. Tujuan pra audit ini dilaksanakan untuk meneliti keperluan asas setiap, setiap tapak perindustrian di Pahang. Hasil daripada pra audit mendapati terdapat keperluan untuk menaik taraf jalan raya, saliran dan lampu jalan di tapak perindustrian tersebut. Kerajaan negeritelah memohon peruntukan bagi tujuan menaik taraf infrastruktur asas tapak industri negeri Pahang dan saya berharap agar agensi Persekutuan seperti MIDA dan MITI dapat memberi keutamaan kepada tapak perindustrian di negeri Pahang yang menjadi sumber ekonomi kepada rakyat tempatan.

Data memainkan peranan penting dalam membantu membuat keputusan yang tepat terutama dalam pembangunan industri. Salah satu sistem data yang penting ialah Sistem Maklumat Geografi (GIS). Kerajaan negeritelah bekerjasama dengan agensi-agensi di bawah Kerajaan negeribagi pelaksanaan Projek Perintis Data Perindustrian Negeri Pahang. Projek ini akan diperluaskan lagi ke seluruh negeri Pahang. Data ini

dapat digunakan untuk menarik minat pelabur dengan memberikan data special yang tepat, visualisasi interaktif dan analisis komprehensif bagi membantu pelabur membuat keputusan. GIS juga menyediakan peta interaktif yang menunjukkan potensi industri keperluan asas infrastruktur seperti elektrik, air dan gas, rangkaian pengangkutan dan maklumat syarikat yang telah bertapak di negeri Pahang.

Dengan menggunakan GIS, Kerajaan negeriboleh merancang pembangunan industri dengan lebih efisien, mengurangkan risiko alam sekitar dan menarik pelaburan yang bertambah. GIS juga membantu dalam mengoptimum, mengoptimumkan rantai bekalan, pengurusan tanah dan pembangunan mampan, menjadikannya alat penting untuk transformasi ekonomi negeri Pahang. Sebagai contoh sistem, dengan izin System On Track oleh MIDA telah berjaya membantu para pelabur untuk memudahkan urusan permohonan dan melihat kemajuan projek mereka. Dengan ada satu sistem yang bersepadu maka dapat kita memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi negeri terutama negeri Pahang yang kaya dengan pelbagai sumber.

Saya berharap GIS dapat diperkasakan dan diperluaskan kepada semua sektor bagi membantu meningkatkan ekonomi negeri Pahang. YB Speaker, aakhir sekali, saya menyeru kepada semua rakan-rakan Ahli Dewan yang ada di Dewan Yang Mulia ini agar dapat memberikan sepenuh komitmen dalam menjadikan negeri Pahang sebagai salah satu destinasi pelaburan utama di negara ini. Negeri Pahang perlu kekal kondusif, kompetitif, mesra pelabur dalam meningkatkan keyakinan para pelabur asing mahupun domestik. Kejayaan yang bakal kita kecapi hasil daripada usaha yang digerakkan oleh YB Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang, insya-Allah akan memberikan manfaat yang besar khususnya kepada rakyat negeri Pahang dalam usaha menjadikan negeri Pahang yang tercinta ini terus memahatkan sejarah gemilang dalam mencapai tahap pelaburan yang tinggi yang juga tidak akan melupakan kecaknaan terhadap kelestarian alam sekitar dan biodiversiti yang kekal kukuh untuk generasi yang akan datang. Semoga aspirasi Kerajaan negeriuntuk melonjakkan nilai KDNK Negeri Pahang dari RM65 bilion pada tahun 2023 ke RM100 bilion menjelang tahun 2030 menjadi kenyataan.

Bagi portfolio Sains, Teknologi dan Inovasi, Kerajaan negeriakan terus komited dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar dalam bidang STEM. Perkara ini dapat memastikan negeri Pahang berdaya saing dalam industri berteknologi tinggi mahupun ekonomi digital. Pembangunan syarikat-syarikat pemula ataupun startups akan membolehkan Kerajaan negerimeneroka industri baharu yang akan mempelbagaikan sumber pertumbuhan ekonomi negeri.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada jabatan-jabatan, agensi-agensi Kerajaan negeridan Persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan serta penggiat- penggiat dalam bidang STEM yang selama ini dapat membantu sepanjang saya memegang portfolio ini. Dengan adanya budaya kerja berpasukan yang jitu saya dapat melaksanakan pelbagai perancangan projek dan aktiviti yang akhirnya akan memberi manfaat kepada rakyat negeri Pahang insya-Allah. Sekian, saya sudahi dengan salam serta doa. Semoga kita sentiasa diberi petunjuk yang benar dalam apa jua pun yang kita laksanakan demi kemakmuran negeri Pahang. Saya mohon menyokong, Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]

Speaker

Terima kasih Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang. Seterusnya, saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. Sila Dato’ Sri.

[Ayat al-Quran] Assalammualaikum WBT dan salam sejahtera, Alhamdulillah [Ayat al-Quran] Terima kasih er… Tuan Yang di-Pertua di atas ruang yang diberikan kepada saya untuk sama-sama berkongsi dengan rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeribagi membahaskan usul Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika Tuanku berkenan berangkat bagi merasmikan Persidangan Dewan pada kali ini. Saya juga mengambil kesempatan di Dewan Yang Mulia ini untuk menyembah setinggi-tinggi menjunjung kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku di atas kesudian berangkat seterusnya bertitah dan merasmikan Persidangan Dewan Negeri Pahang. Dengan keberangkatan Kebawah Duli Tuanku sudah tentu bukan sahaja memberi komitmen keyakinan kepada Kerajaan negeridan Ahli-ahli Dewan negeri bagaimana untuk berbakti dan terus memastikan negeri Pahang Darul Makmur sentiasa dijaga dan dilaksanakan kemakmurannya dengan sebaik mungkin, menjunjung kasih Tuanku.

Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail yang telah berjaya mengemudi Kerajaan negerisesuai dengan landas yang telah diterakan oleh firman Allah SWT [Ayat al-Quran] mengemudi dengan cara menyeru ummah dengan nilai-nilai ilmu, akademik, pengetahuan, akhlak, berhemah, berhikmah dan seandainya ada berlaku pertikaian dirungkaikan dengan cara yang terbaik kerana itu adalah tarbiah dan didikan daripada ajaran agama kita Islam, Alhamdulillah.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya dikemukakan hampir 15 soalan tetapi 6 daripada soalan tambahan itu telah saya jawabkan di dalam sesi perbahasan sebelum ini. Saya cuba untuk menjawab beberapa persoalan yang masih lagi tertunggak di dalam Dewan Yang Mulia ini. Seumpama kata rakan saya daripada Pulau Manis yang bersoal er… mempersoalkan tentang pembinaan surau yang tertangguh akibat permohonan yang dibuatkan dan dikemukakan belum lagi mendapat kelulusan. Saya telah menyemak perkara ini sememangnya untuk pengurusan membina masjid dan surau menjadi agensi utama Kerajaan negerisebab itu di negeri Pahang ini kita memiliki masjid dan surau lebih daripada 1,000 buah masjid dan surau. Ini adalah bukti kesungguhan Kerajaan negeridi dalam membina masjid dan surau di negeri Pahang Darul Makmur.

Semalam er… kelmarin saya Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada menyebutkan kita telah berjaya membina 37 buah masjid di negeri Pahang dengan kos sebanyak RM117 juta [Ahli Dewan menepuk meja] namun setiap masjid dan surau hendak dibina di negeri Pahang ini mestilah mempunyai syarat-syarat dan juga peraturan supaya apabila selesai dibina masjid dan tidak tertimbul sebarang pertikaian sama ada dalam masalah pelan atau pun juga tanah , pemilikan tanah dan pewakafannya serta juga pengurusan masjid itu sendiri ataupun surau itu sendiri begitu juga dalam sudut arah kiblat yang telah ditentukan oleh pihak Jabatan Mufti dengan kombinasi pejabat

agama, pejabat tanah, Pejabat Mufti, Majlis Agama Islam Pahang. Seandainya kita sudah mempunyai kelengkapan yang sesempurna itu insya-Allah tidak ada masalah kerana kita telah buktikan kejayaan kita membina masjid dan surau di negeri Pahang Darul Makmur.

Saya juga dikemukakan soalan oleh rakan daripada Tras yang bertanya tentang cadangan supaya pembinaan pagar dan surau di negeri Pahang ini supaya masjid itu tidak berlaku pencerobohan. Saya faham maksud soalan daripada rakan Tras ini. Kita nak menjaga keselamatan masjid itu sama ada dari segi er… namanya tidak ada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini dan sebagainya. Alhamdulillah, di negeri Pahang ini kita telah berjaya walaupun memiliki masjid dan surau sebanyak yang saya sebutkan tadi kita telah berjaya mendaftarkan masjid-masjid ini di bawah merizabkan tanah-tanah masjid ini di bawah er… pengurusan Penguasa Tanah Daerah dan Negeri sebanyak 600 er… 2026 hektar tanah di negeri Pahang ini termasuklah tanah kuburnya, tanah suraunya dan tanah masjidnya ini saya yakin walau er…

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Minta laluan boleh? Sedikit berkaitan dengan pembinaan surau masjid. Saya er… baru saya terima er… daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU) yang telah menolak secara total lah tak ada apa-apa cuma disebut kat situ permohonan Masjid Felcra Sungai Temau yang dimohon oleh pihak Padang Tengku la… pihak masjid ditolak… dia sebut kat situ tidak dapat dipertimbangkan itu saja ayat dia. Jadi saya nak minta bantu pertama, bantu macam mana… kedua, dan saya nak tahu juga apa kriteria yang boleh kita dapat masjid-masjid yang baru itu dua perkara yang begitu er… syarat itu sebab tak jawab dalam Sidang yang lepas. Saya ada kemukakan syarat yang dikemukakan bahawa nak buat masjid baru ini dia ada pembahagian-pembahagian er… 30 kariah kena cari 5 er… 5% daripada yang ini Kerajaan negeri30% kalau tak silap saya dan yang selebih itu daripada Persekutuan. Jadi saya nak juga dapat penjelasan tentang perkara itu. Terima kasih.

Terima kasih rakan daripada Padang Tengku… betul kita sentiasa memohon masjid-masjid baru di beberapa buah kariah dan juga tempat termasuklah persoalan yang dikemukakan oleh rakan daripada Tioman masjid er… di Tioman. Kita juga memohon masjid di Batu 8 Lepar kerana terbakar. Kita juga memohon Masjid Kampung Serambi kerana dia dah rosak akibat daripada seringnya berlaku banjir. Kita juga memohon Masjid Seberang Temerloh kerana masjid itu dah tak relevan ahli kariahnya semakin bertambah ramai dan juga apa namanya dia dah lepas bawah jambatan kerana jambatan baru dibina di masjid itu. Kita juga memohon Masjid Kampung Bukit Lada, Kuala Krau dan banyak lagi masjid-masjid berbelas-belas yang kita sedang memohon. Saya yakin termasuklah juga masjid er… yang dimaksudkan oleh rakan saya di Padang Tengku. Namun apa namanya, kita sering juga mendapat jawapan yang hampir sama daripada Padang Tengku kerana mungkin pihak Kerajaan Persekutuan ada pertimbangan-pertimbangan yang wajar kita perlu bertanya dan usaha secara berterusan. Semua masjid yang saya sebut tadi 37…er 7 buah kita bukan juga dapat dengan apa, serta-merta. Kita perlu berusaha dan bertungkus-lumus dan memohon dari semasa ke semasa. Betul, sahabat saya daripada Padang Tengku, yang terbaru ini, pihak Kerajaan Persekutuan hendak juga komitmen daripada ahli kariah sebanyak 10%, daripada Kerajaan negerisebanyak 30% dan selebihnya akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan, peruntukan itu, insya-Allah Kerajaan negeripada bulan lepas

telah er... menyatakan persetujuan ketetapan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan untuk agihan-agihan yang seumpama itu supaya kita dapat membina lagi di kariah-kariah yang benar-benar memerlukan pembinaan masjid sebagaimana yang disebutkan oleh rakan saya daripada er... Padang Tengku. Insya-Allah kita usaha, kita faham ada kampung yang memang, memang perlu, memang sangat wajar kita dapatkan peruntukan.

Walau bagaimanapun, kita juga tertakluk kepada keupayaan peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan melalui SDO, Pembangunan Luar Bandar. Kita boleh nanti minta dengan SDO berapa banyak masjid yang kita sedang mohon, banyak betul, bukan belas, bahkan puluhan masjid yang sedang dalam proses permohonan untuk mendapatkan kelulusan. Saya yakin dengan suara-suara yang dikemukakan oleh Tioman, Padang Tengku, oleh Tras dan rakan-rakan Ahli Dewan di dalam Dewan ini menjadi keupayaan kepada Kerajaan negeriuntuk mendapat sokongan daripada kerajaan persekutuan insya-Allah. Terima kasih er... Padang Tengku.

Soalan daripada ADUN Tahan. Tidak adakah usaha Kerajaan negeriuntuk memperkasakan Pendidikan Islam?

Membina kerjasama di antara JAIP dan MUIP, bagi pendidikan pintar kepada masyarakat Orang-orang Asli di luar bandar sana. Orang Asli memang tinggal di luar bandar. Alhamdulillah, kita er... telah mengadakan secara consistent dengan izin ataupun istiqamah bagi memastikan pendidikan Orang Asli, Pendidikan Islam Orang Asli di luar bandar ini dapat dibina. Sebab itulah kita telah berjaya membuat penempatan Guru Agama kepada masyarakat Orang Asli bagi Pendidikan KAFA iaitu kelas al-Quran dan Fardu Ain seramai 23 orang dan juga untuk kanak-kanak, 21 orang Guru Takmir untuk orang-orang tua, 55 orang penggerak masyarakat. Ini membolehkan dan mengupayakan kita menggerakkan kelas-kelas KAFA di Cameron Highlands, di Kuala Lipis, di Muadzam dan di seluruh daerah termasuklah Kuantan Barat, Temerloh, Pekan dan sebagainya.

Dengan ini, kita mempunyai murid daripada kalangan Orang Asli yang belajar kelas al-Quran dan Fardu Ain ini seramai 536 orang, dengan keupayaan guru seramai er... 23 orang itu tadi. Program-program Pemantapan Akidah, ziarah dari semasa ke semasa terus kita perkasakan.

Hasil daripada itu, kita telah berjaya menggerakkan 160 orang Briged Dakwah dan 80 orang pendakwah-pendakwah daripada kalangan Orang Asli sendiri, untuk membantu bagi memastikan pendidikan yang diperlukan oleh masyarakat Orang Asli itu dapat diperkasakan.

Dalam waktu yang sama, kita menaja 106 orang anak-anak Orang Asli, untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu, tingkatan 4 dan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri, yang er... pada masa kini termasuklah di Sekolah Agama dekat Benta. Sekolah Agama dekat Benta, er... Tanjung Besar, dan juga Sekolah Agama di Batu Talam, Raub sehingga ada beberapa pelajar Asli sekarang telah berjaya menghafal berjuzuk-juzuk. Ada yang 5 juzuk, ada yang 6 juzuk daripada ayat-ayat suci al-Quran, yang telah kita didik kepada anak-anak kita.

Hasil daripada itu, dengan sekian lama tempoh masa kita buat kerja bukan baru hari ini, sekian tahun bermula daripada dahulu lagi, kita telah berjaya membina 127 buah surau, di seluruh kampung Orang Asli, dan 40 buah surau dibina er… dan 13 buah

surau telah kita iktirafkan sebagai surau yang boleh sembahyang Jumaat yang diimamkan sendiri oleh Orang Asli di kampung Orang Asli itu sendiri.

Ini adalah bukti salah satu usaha yang berterusan oleh kerajaan negeri bagi memastikan pendidikan masyarakat, pendidikan agama masyarakat Orang Asli itu dapat kita perkasakan dari satu masa ke satu masa. Saya tidak er... nafikan sudah tentu ada perkara-perkara yang masih lagi perlu diperkasakan.

Insya-Allah, berkat kerjasama semua pihak, kombinasi di antara jabatan-jabatan termasuklah Yayasan Pahang, yang juga membantu pengajian-pengajian daripada Permatanya dan sebagainya akan memberikan keupayaan kepada pendidikan agama di Negeri Pahang kepada masyarakat Orang Asli.

Merujuk kepada ADUN Luit, yang mohon perhatian tentang proses Masjid Serkam yang terletak di kawasan sekolah. Status tanahnya. Sebenarnya, pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan telah bersetuju untuk menyerahkan tanah itu dan memohon kepada pihak Pengarah er… JKPTG supaya tanah itu dikeluarkan dan diwakafkan kepada pihak Majlis Agama Islam bagi er… membolehkan masjid itu berdikari di bawah tanah wakaf yang sebagaimana dipersetujui.

Dan alhamdulillah, hasil daripada persetujuan pengarah JKPTG itu, permohonan untuk diwakafkan juga telah dimasukkan ke Pejabat Agam, er... Pejabat Tanah Daerah Maran pada er..Disember 2024, kita yakin dengan kesungguhan apa, Pegawai Daerah, Pejabat Tanah Maran, perkara ini akan diangkat kepada pihak PTG dan MMK untuk mendapat kelulusan dalam masa yang terdekat.

Walau bagaimanapun, masjid berkenaan bolehlah beroperasi dan dibina dengan baik dan diimarahkan dengan sebaiknya. ADUN Luit juga meminta supaya Kerajaan negerimengimarahkan negeri Pahang ini dengan apa program-program keagamaan.

Sebenarnya, benda ini umum sangat. Kita di negeri Pahang ini sebagaimana saya sebutkan daripada firman Allah SWT di awal tadi, konsep yang dibawakan [ayat al-Quran]. Kita tak nak bawa agama ini hanya dengan slogan dan gambar rupa paras, sebab dikatakan oleh ulama [ayat al-Quran]. Neraca keilmuan itu bukan duduk pada lebatnya janggut, itu adalah sunnah yang mulia, juga bukan duduk pada besarnya serban dan labuhnya jubah. Bahkan Saidina Ali ibni Abi Talib menyatakan di dalam pepatah beliau. [ayat al-Quran]. Bukan orang yang tandus, keperibadian dan ilmu itu kerana matinya mak bapa dia, tidak dianggapkan dia sebagai anak yatim, tapi apabila hilangnya sopan dan santunnya, dan tandusnya ilmu di dalam dada serta benak pemikirannya.

Jadi sebab itu, di dalam memperkasakan dakwah Islamiah di negeri Pahang ini, kita membawa konsep yang telah difirmankan oleh Allah. [ayat al-Quran]. Serulah manusia ini, siapa sahaja kepada jalan Allah SWT. [ayat al-Quran]. Dengan hikmah iaitu bijaksana. [ayat al-Quran]. Suri tauladan. Kita toksah tunjuk akhlak, tingkah laku yang tak senonoh, yang menyebabkan orang rasa tidak sopan dan tidak respect kepada ajaran agama Islam kita kerana tingkah laku kita. Dan inilah cara junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW di dalam membawa agama Islam.

Sehubungan itu, kerajaan negeri telah menggerakkan segala agensinya bagi memastikan dakwah Islam ini dapat diselaraskan serta pendidikan agama ini dibuatkan dengan sebaik-baiknya. Hasil daripada itu, sebab itulah kita tengok Jabatan Agama Islam Pahang. Bagaimana. Kita mengadakan berpuluh-puluh program keagamaan melalui Unit Dakwah, melalui Bahagian Pendidikan, melalui Bahagian

Penguatkuasa, melalui bahagian apa namanya Undang-undang Syariah dan sebagainya untuk memastikan benda ini diselaraskan dengan sebaik-baiknya.

Saya yakin, apa yang saya nyatakan ini sudah dapat memberi kenyataan kepada rakan saya daripada Luit dan Luit sendiri sebenarnya nampak dengan mata cerna nilai keimanan, apa yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan negeriPahang di dalam merealisasikan dakwah. Apa yang lebih menarik, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua? Usaha yang dibawa di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di Dalam Dakwah Islamiah di negeri Pahang ini telah mendapat perhatian daripada Timur Tengah. Apa buktinya? Seorang demi seorang setiap bulan, akan datang kunjungan daripada Universiti Al-Azhar, untuk menengok apa Kerajaan negeriPahang buat melalui Maahad Tahfiz ini. Apa Kerajaan negeriPahang buat daripada UNIPSAS? Apa kerajaan buat? Kerajaan Negeri Pahang buat daripada apa namanya, Jabatan Agama Islam Pahang. Datangnya daripada Jordan, bulan lepas sahaja 2 bulan lepas, datang daripada Emirate dan Jordan serentak sehingga kita tidak menang tangan untuk melayan University Jordan dan juga University daripada Sheikh Muhammad bin Zayed daripada Abu Dhabi. Ini maknanya apa? Apabila intaian demi intaian daripada Timur Tengah, tempat turunnya al-Quran firmannya Allah SWT. Tak lain tak bukan untuk membuktikan usaha Kerajaan negeridi dalam memperkasakan dakwah Islam dan syiar Islam di negeri Pahang mendapat perhatian daripada dunia luar.

Insya-Allah, Insya-Allah Universiti Yarmouk sebagaimana disebutkan oleh rakan saya, ADUN Lantikan semalam, Universiti Yarmouk telah memberi pengiktirafan kepada UCYP, universiti er... UCYP, Kolej Yayasan Pahang. Apa bila... apabila usaha demi usaha Kerajaan negerimengantarkan anak-anak kita di dalam pendidikan er... Perbankan Islam dah bertahun kita buat ni. Ramai dah anak kita keluar. Dia tengok begitu teratur dan tersusun sehingga dia nak tengok dia intai apa ketua Kerajaan negerini buat iaitu Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Dari segi ekonominya, segi pendidikannya dari segi sosialnya, dia berpuas hati sehingga dia menghantar surat undangan melalui Yayasan Pahang kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang untuk menganugerahkan Doktor Kehormat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

Ini bukan perkara boleh dilakon-lakon di main-main dan disorak-sorak, tetapi ini adalah satu fakta yang membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri Pahang. ADUN saya dari rakan saya...

Ingin mencelah sikit.

Terima kasih er... Wakil kerajaan . Saya ucap terima kasih tahniah kepada pihak kerajaan dan kita tak nafikan lah usaha yang dijalankan ni. Cuma mesej saya dan dalam perbahasan saya, saya merujuk pada Mei 1924 dan kejatuhan Kerajaan

Uthmaniyah kalau tak silap saya. Dan sekarang tahun lepas Mei 2024 dah cukup 100 tahun. Saya difahamkan dalam 100 tahun putaran masa tu ada kebangkitan Islam akan berlaku. Jadi, saya bayangkan Pahang bersedialah untuk menjadi pusat kebangkitan Islam di belah sini yang usaha dijalankan kita. Kita memang kita puji dan tahniah lah dan dengan apa pelantikan Yang Amat Berhormat ya. Tu sebab sebut kalau pihak sana boleh bina Pahang sebuah negeri Islam kita sokong aja. Jadi kalau macam UMNO nak buat tu kita kena berdoa sikit lah tak panjang umur.

Terima kasih Luit atas apa... apa satu lagi tambahan dan sokongan yang diberikan. Kejatuhan umat Islam bila sebut pasal kejatuhan Uthmaniyah, kejatuhan Kerajaan Bani [tak jelas], kejatuhan Kerajaan Bani Abbasiyah, kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah, kejatuhan Khalifah Islam, Khulafa Ar-Rasyidin. Apa sebab sebenarnya? Sebab kalau kita ungkit sebab sebenarnya kerana ada duri dalam daging. Jatuhnya Saiyidina Ali bin Abi Talib kerana adanya khawarij yang mengapir korang ni, yang mengapirkan Saidina Ali yang mengapit orang ini. Akhirnya Saiyidina Ali bin Abi Talib jatuh sedangkan Saidina Ali sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan kerajaan yang telah dibina oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad. Bagaimana Kerajaan Madinah yang sanggup menerima perbezaan kaum Ta'adud perbezaan agama yang telah dibina oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW akhirnya dinodai oleh beberapa tokoh Khawarij sehingga jatuhnya Saiyidina... Saidina Osman Ibni Affan dan tumbangnya Saiyidina Ali Ibni Abi Talib kerana adanya duri-duri dalam daging yang mempertikaikan pentadbiran Sayidina Ali Ibni Abi Talib, begitu juga Umayyah, begitu juga Abasiah. Jangan diungkit. Jadi kalau kita nak memastikan Pahang Darul Makmur terus dapat memakmurkan syiar agama di negeri Pahang. Mari kita sama-sama di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dengan naungan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang yang sangat bersungguh-sungguh untuk memperkasakan agama Islam Pahang ini di negeri Pahang ni kita sama-sama berganding bahu supaya benda ni dapat kita perkasakan tanpa ada soalan yang negatif yang boleh menyebabkan kita gagal untuk memperkasakan. Sebaliknya, apa yang diratapi oleh datuk nenek kita dan pejuang-pejuang salafus soleh kita dulu dapat kita tumpang ratapi sama sebagaimana yang mereka rasai.

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, saya juga dikemukakan oleh rakan saya daripada Damak yang mencadangkan aktiviti ulama ugama kerohanian khusus kepada penjawat-penjawat awam. Sebenarnya benda ini kita buat, tapi jabatan kerajaan kita, kalau di daerah kita bukan ada pejabat daerah aje, kita ada hampir 70 jabatan di daerah sama ada Kerajaan Persekutuan ataupun Kerajaan negeri. Jabatan-jabatan tu sendiri pun ada. Kadang-kadang hari Jumaat kuliah-kuliah di jemput ustaz-ustaz atau tokoh-tokoh motivasi. Bahkan di peringkat negeri pun kita ada.

Bila datang tokoh-tokoh ulama daripada luar negara tu kita kadang-kadang ambil kesempatan. Yang Amat Berhormat tak berlengah lalu Yang Amat Berhormat Dato' Sri ada Rektor Al-Azhar nak datang ni Dato' Sri, saya nak duit sikit nak buat program dekat UnipSAS. Tak bermalam, Dato' Sri terus berikan peruntukan. Kita adakan fikrah intelektual, kita adakan fikrah dakwah,bicara ilmu bersama dengan pegawai Kumpulan A, pegawai Kumpulan B, pegawai Kumpulan C dari semasa ke semasa. Tapi benda ini dia apa... ilmu ni dia makan tak pernah kenyang. Kita memang sentiasa bagi dan orang mesti akan tidak pernah puas. Sebab kita... benda ini kena sentiasa berterusan. Insya-Allah. Walau bagaimana pun, saya menghargai dan menghormati cadangan

daripada rakan saya daripada Damak. Insya-Allah, kita akan usahakan sebaik mungkin.

Rakan saya daripada Semambu. Berapakah bilangan Orang Asli yang menerima bantuan bulanan daripada Projek Tanaman Semula Komersial Orang Asli. Benda ni saya dah jawab sebenarnya. Tapi kita sebut lagi. Terdapat 10 projek telah selesai diambil alih sepenuhnya oleh pihak ORACO melibatkan jumlah Keluasan 4278.764 hektar melibatkan seramai 750 orang peserta.

Dato' Sri Yang di-Pertua. Saya rasa itu persoalan yang telah dikemukakan. Kalau diizinkan sedikit lagi saya nak menceritakan tentang hal... Hal-hal Luar Bandar, Agama dan Orang Asli yang mungkin perlu dan wajar saya sebut. Saya nak mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekali lagi kerana di dalam bajet yang lalu, agensi agama termasuklah Jabatan Agama, Pendakwa Syarie, Mahkamah Syariah, Pejabat Mufti telah diumumkan peruntukannya 196.06 juta Ringgit Malaysia. Ini menjadikan antara peruntukan jabatan kerajaan yang terbesar di negeri Pahang yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Apa maknanya ni? Apa maknanya ni? Maknanya nak memberikan keupayaan dan kesungguhan agensi-agensi berkenaan supaya bergerak dengan lebih agresif untuk memastikan syiar Islam di negeri Pahang ini dapat dimakmurkan. Itu tidak termasuk lagi dengan Inisiatif Makmur Pahang, kluster agama yang diberikan kepada masjid-masjid. Setiap masjid yang saya sebutkan tadi akan menerima 10 ribu ringgit. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri. Setiap Maahad Tahfiz akan menerima RM2000 yang memperuntukkan sebanyak 400 ribu Ringgit Malaysia. Setiap apa namanya... pelajar-pelajar tahfiz seramai 8 ribu orang akan menerima 100 ringgit seorang. Dan ini memperuntukkan sebanyak 8 ribu ringgit. Begitu juga kepada kluster agama ini kepada saudara-saudara baharu kita apa yang kita sebutkan [sebutkan quran] mereka ini menerima 200 ringgit setiap seorang. Baru-baru ini juga Kerajaan negeritelah memperuntukkan sebanyak 1.66 juta ringgit kepada bakal-bakal haji. Senyum belaka dekat Masjid Pekan kemarin. Akaknya, makciknya, toknya bila tengok MB sampai, sebab setiap orang menerima 750 ringgit dengan makanan dan diiringkan dengan buku doa Arafah.

Semua Ahli-ahli Dewan kelmarin diagih oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Buku doa itu, dengan berkat doa itulah maka bakul ini sampai daripada Dato' Sri Soffi, alhamdulillah.

Tuan Yang di-Pertua... Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan kita telah berjaya membantu Imam-imam, guru-guru KAFA dan juga er... bilal Siak di seluruh Pahang seramai 6,569 orang pada Hari Raya Aidil Fitri baru ni. Dekat nak raya. Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun umum semua 6,500 orang ni dapat inisiatif bantuan Aidilfitri. Ini nak memastikan benda ni dapat dilaksanakan kerajaan negeri... Yang Amat Berhormat Menteri Besar terpaksa mengumumkan sebanyak RM1.761 juta untuk diagihkan kepada mereka.

Selain daripada itu, ada anak-anak kita yang bahasa kampungnya, jaras. Jaras tu yang kecik lagi sekolah tadika darjah 1 sampailah dah darjah 6, merengek dengan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar nak berkhatan. Orang dulu-dulu panggil nak bersunat, maka Yang Amat Berhormat buat kali ketiganya telah mengumumkan sebanyak satu RM1.6 juta bagi memastikan anak-anak yang berkhatan. (Ali Dewan tepuk meja). Saya tengok Yang Amat Berhormat Dato' Sri yang berkhatan tu bukan

orang Melayu je India pun ada, Orang Asli pun ada Cina pun bersunat. Rupanya dia tahu kaedah bersunat ni sangat besar kepada orang jantan. Yang Berhormat

Yang di-Pertua saya ingin juga menyentuh perkara berkaitan dengan dakwah. Pelbagai program dilaksanakan Majlis Tilawah al-Quran. Hari ni sahaja saya hajat nak bawa jumpa Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kontinjen. Kontinjen Quran iaitu qari, qariah, huffaz yang akan pergi ke Perlis. Tetapi saya tengok Yang Amat Berhormat Menteri Besar malam tadi mesyuarat sampai pukul 12.00 malam, habis Dewan dia chair lagi meeting. Lepas tu dia nak menggulung, kemudian tu ada RUU, saya kata tak apalah tu Dato' Zaki... Dato' Zaliza... kita ye lah lepaskan budak-budak ni. Alhamdulillah, kita berjaya menghantar seramai 8 orang wakil negeri Pahang bagi peringkat Kebangsaan, berkat Dewan ini... (Ahli Dewan tepuk meja). Dia orang akan mewakili di peringkat antarabangsa insya-Allah di majlis hafazan al-Quran.

Selain daripada itu, kita juga mengadakan program sambutan Israk Mikraj di peringkat negeri dan daerah. Kita mengadakan fikrah dakwah. Kita mengadakan program sambutan Maulidur Rasul. Pendek kata Alhamdulillah, bukan sekadar itu orang kata ala sudahlah Kerajaan negeriPahang itu amal maaruf nahi mungkarnya sebab Allah SWT kata, (Ayat al-Quran). Mana nahi mungkar amal maaruf, kami orang salute... nahi mungkar tak ada langsung. Alhamdulillah.

Sebenarnya kita malas nak menceritakan yang kita ni buat sangat tentang nahi mungkar ni. Tetapi kita telah berjaya merealisasikan Enakmen Jenayah Syariah ini apabila pada tahun ini sahaja 2025 kita telah berjaya menguatkuasakan sebanyak 603 kes jenayah syariah yang pelbagai termasuklah orang tak puasa, orang berjudi, orang minum arak bagi orang Islam di negeri Pahang Darul Makmur. Kita harap bantuan dan kerjasama daripada Ahli Dewan supaya usaha Kerajaan negeridapat kita perkasakan dari satu masa ke satu masa.

Pendidikan. Yang Amat Berhormat dalam dalam apa namanya, bajet yang lalu mengumumkan sebanyak RM44 juta kepada Jabatan Agama Islam Pahang termasuk peruntukkan yang tadi. Tujuannya apa untuk pembinaan asrama Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan. Alhamdulillah sekarang asrama tu tengah dibina bagi memastikan keselesaan anak-anak kita yang belajar di Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan. Begitu juga asrama sekolah menengah agama... asrama lelaki, Sekolah Menengah Agama Chenor ini selalu rakan saya daripada Chenor, tanya bila lagi... Bila lagi. Sebenarnya kerajaan telah meluluskan sebanyak RM11 juta dan asrama tu sedang dibina insya-Allah akan memberi keselesaan kepada anak-anak kita di Sekolah Menengah Agama Chenor.

Begitu juga Sekolah Menengah Agama Al-Ittifaqiyyah Guai, kita membina dewan makan sebanyak RM3.0 juta. Begitu juga kelas SMKA Al-Maidah Addiniah Padang Tengku, Yang Dipertua PIBG nya rakan kita daripada… daripada Padang Tengku Yang Berhormat, Dato' Mustapa bin Long yang sentiasa mengecek Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang sehingga berjayalah dibina kelas dengan kos RM6.0 juta (Ahli Dewan tepuk meja).

Begitu juga pembinaan Dewan SMKA Al-Maidah Addiniah Padang Tengku juga Sekolah Dato' Mus dengan RM3.0 juta dan pembinaan asrama Pulau Tawar insya-Allah akan dibina dengan kos RM8.0 juta. Semua ini kalau saya nak bacakan, banyak lagi nak membuktikan apa kesungguhan Kerajaan negeribagi memastikan pendidikan dan hal ehwal agama Islam diperkasakan di negeri Pahang dengan sebaik-baik...

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Pencelahan Speaker...

Speaker

Sila.

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Ye alhamdulillah. Terima kasih apa namanya gulungan yang bersemangat daripada Datuk Sri EXCO Pendidikan. Cuma saya di sini saya dapat... saya mendapat suatu maklumat dengan pertanyaan berkaitan dengan pendidikan di Sekolah Menengah Agama Negeri di SMATAF, Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah. Sekolah Agama Pendidikan dan Orang Aslilah. Pertanyaannya adalah penutupan kelas aliran sains di SMATAF yang beberapa ibu bapa menghubungi saya minta di tanyakanlah. Mohon penjelasan... sebab katanya penutupan itu berlaku secara yang agak mengejut dalam keadaan ada beberapa orang pelajar yang sedang mengikuti pengajian dalam aliran sains di sekolah tersebut. Itulah. Mohon penjelasan. Terima Kasih Speaker.

Terima kasih rakan saya di Semantan yang juga merangkap Yang Dipertua PIBG, Sekolah Menengah Agama Al Khairiah. Jadi dia banyak dapat laporan ni hal-hal Sekolah Agama sebab dia YDP. Tambah pulak orang rumah, dia jugak mengajar di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah. Jadi Tuan Yang di-Pertua, betul apa yang dikemukakan oleh rakan saya daripada Semantan ni, bahagian Sains di Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah itu diberitakan pada awal tahun ni telah dihentikan. Ini faktornya hanya ada 2…3 orang je pelajar, jadi cikgu tu... Pengetua tu cuba untuk membawa pelajar tu ke Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan supaya penempatan itu dapat disatukan. Walau bagaimana saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam meneliti semula bagaimana caranya kalau dapat benda ini dipertimbangkan balik. Sebab Jabatan Agama dia mempunyai komitmen yang banyak. Kalau dia hanya nak menguruskan dua tiga orang pelajar di kelas sains itu tadi, sedangkan ada lagi subjectsubject yang lain dan pelajar yang lebih ramai yang perlu diberi tumpuan, maka itu...

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Sikit... sikit penjelasan boleh. Saya dimaklumkan juga bahawa ada sekitar 15 orang pelajar. Daripada maklumat yang dimaklumkan kepada saya...

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Ibu bapa sendirilah.

Betul 15 itu bukan pada satu kelas. Kelas-kelas yang berbeza. Sebab itu Jabatan Agama dia dengan jumlah yang sedikit, dia mikir gitu. Tapi saya dah mintak diorang teliti semula. Tengok bagaimana caranya boleh dipertimbangkan tidak. Sebabnya diorang tutup tu. Tu yang saya cerita tu. Saya bukan nak mempertahankan diorang tutup tu. Saya cerita sebab-sebab tu yang kita kena respect Jabatan Agama Islam Pahang supaya beri ruang kepada dia. Seandainya kita mempunyai keupayaan boleh kita bantu. Kita mintak dia beri laporan kepada kerajaan supaya kerajaan usaha bantu. Seandainya benda itu boleh kita rundingkan supaya kita satukan di Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan.

Apa salahnya kita rundingkan. Tengok keupayaan apa nama sekolah. Sebenarnya yang meminta tutup tu bukanJabatan Agama sangat, PIBG. PIBG yang meminta… mendesak tutup. Saya pun tak faham apa pasal PIBG yang meminta... minta benda tu ditutup. Jadi insya-Allah kita sedang meneliti. Terima kasih rakan saya daripada Semantan.

Speaker

Yang berhormat.

Speaker

Yang Berhormat mintak gulung ye.

Kalau mintak gulung lagi baik. Yang Berhormat Yang di-Pertua banyak lagi hal luar bandar saya tak cerita, hal Orang Asli tapi banyak. Banyak usaha kerajaan begitu banyak. Luar bandar ni kerajaan persekutuan. Dia menghantarkan pelbagai peruntukan baik pulih rumah, membina rumah untuk rakyat negeri Pahang dan juga membina jalan luar bandar, pemasangan air di luar bandar dan juga peruntukan api untuk masyarakat luar bandar. Begitu juga masyarakat Orang Asli.

Walau bagaimanapun, kita dah apa nama sampai penghujung, saya dah makan masa Yang Berhormat rakan saya daripada Benta... tak patut. Saya ucapkan terima kasih kepada ruang yang diberikan kepada saya. Saya mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan setinggi -tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang telah mengemudikan negeri ini dengan begitu baik dan kejayaan demi kejayaan (Ahli Dewan tepuk meja) dan juga saya mengambil kesempatan mengucapkan setinggi tinggi menjunjung kasih kepada kebawah Duli Tuanku. Terima kasih kepada rakan-rakan pentadbiran Kerajaan negeriyang diketuai oleh sama ada Setiausaha Kerajaan yang baru ataupun Setiausaha Kerajaan yang lalu dan juga ketua-ketua jabatan yang telah memberi komitmen bagi melaksanakan dasar-dasar kerajaan dengan sebaik mungkin dan sedaya mungkin sesuai dengan firman Allah

[Ayat al-Quran]. Jadi dengan kata-kata itu saya bagi pihak Dewan Negeri Kerdau mohon menyokong di atas usul Kebawah Duli titah Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku. Sekian wassalamualaikum WBT.

Speaker

Terima kasih Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. Seterusnya, saya ingin menjemput Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang dan saya ingin mengingatkan kepada Yang Berhormat bahawa 30 minit yang diperuntukkan untuk Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat.

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, Selamat Tengah Hari. [Ayat al-Quran]. [Ayat al-Quran]. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Pertama sekali saya. Ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana memberi izin kepada saya untuk terlibat sama dalam usul menjunjung kasih titah Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang dalam pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri ke 15 pada 18 April, Isnin yang lalu. Dan saya juga berterima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana mengingatkan saya supaya membuat penggulungan bagi pihak kerajaan dalam tempoh masa yang diberikan. Jadi, ekoran daripada itu, saya minta pertama sekali mohon maaf di atas kalau sekiranya saya tidak dapat menjawab semua-semua soalan tu. Sebab ini kita kena patuh kepada arahan daripada Yang Berhormat Speaker. Jikalau ikut tu memang banyak ni saya buat ni saya buat ni berapa jilid ini, boleh buat buku [Ahli Dewan ketawa].

Jadi masing-masing Ketari dah menggeleng melambai tangan, maknanya point taken Bahasa Inggeris. Jadi saya akan sentuh perkara yang pokok yang mana boleh saya sentuh yang lain tu macam biasalah saya akan buat secara bertulis. Tapi pertama sekali saya nak mengambil kesempatan ini untuk juga merakamkan setinggi-tinggi junjung kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah. Juga Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah atas segala titah nasihat yang diberikan kepada seluruh jentera tadbir urus Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato Sri Diraja Haji Wan Rosdi bin Wan Ismail dan Titah Nasihat dan juga bimbingan dan tunjuk ajar diberikan bukan sahaja dititahkan bukan sahaja dalam majlis pembukaan Sidang Dewan, tapi seperti mana yang untuk makluman Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini sebelum Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri pada tiap-tiap minggu. Lazimnya sehari sebelum Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang akan menitahkan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri diRaja Menteri Besar untuk mengadap dan di situ, Kebawah Tuanku akan bertitah dari masa ke semasa, Insya-Allah.

Jadi, jesteru itu sebenarnya titah nasihat, bimbingan, tunjuk ajar dan juga titah arahan dan perintah ini sebenarnya di titahkan, boleh kata sepanjang masa. Dan Alhamdulillah inilah keistimewaan yang ada kepada Tuanku Sultan yang dikasihi semua rakyat jelata, Insya-Allah. Sesungguhnya seluruh parcal rakyat di negeri Pahang amat bertuah dan beruntung sekali kerana dikurniakan seorang raja

pemerintah yang berjiwa rakyat. Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku serta Keluarga Diraja sentiasa cakna dan prihatin terhadap kebajikan serta keperluan parcal-parcal rakyat jelata di negeri ini tanpa mengira latar belakang, baik agama, bangsa mahupun kebudayaan, keprihatinan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku yang sentiasa berkenan mencemar duli berangkat bagi menyantuni serta menghulurkan bantuan kepada rakyat jelata yang dilanda musibah. Meskipun dalam keadaan yang tidak dirancang seperti banjir, kebakaran, kemalangan jalan raya dan termasuklah terlibat secara langsung dalam operasi mencari dan menyelamat ACAR Search and Rescue dengan izin mangsa lemas adalah satu perkara mangsa lemas, mangsa hilang adalah satu perkara yang amat mengkagumkan dan membanggakan seluruh pacar-pacar Rakyat di negeri Pahang Darul Makmur ini. Benarlah ungkapan raja dan rakyat berpisah tiada. Dirgahayu Tuanku.

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang atas kejayaan demi kejayaan yang cemerlang dalam memimpin pentadbiran Kerajaan negeriPahang dan yang merangkumi termasuk pencapaian khas hatrik hasil kutipan negeri melebihi RM1 bilion iaitu tiga tahun berturut turut.[Ahli Dewan menepuk meja] Tahniah juga diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar yang sentiasa memperkenalkan idea-idea dan pendekatan- pendekatan baru dalam mempastikan bahawa sernya kesejahteraan rakyat jelata di negeri Pahang terus terbela. Dan sebenarnya seperti mana yang titah Kebawah Duli Tuanku. Dua aspek penting yang diutamakan dalam pentadbiran Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang iaitu pertama jaga negeri dan juga jaga dan mensejahterakan rakyat jelata Insya-Allah. Inilah sebenarnya pendekatan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Dikesempatan ini juga seperti rakan-rakan yang lain mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar yang telah dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Yang Berhormat Perdana Menteri dalam Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana PMKS Kebangsaan, tahniah. Ini adalah kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri kepada Yang Berhormat Dato Sri Menteri Besar Pahang.

Juga tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar di atas penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah daripada Universiti Yarmouk, Jordan yang Insya-Allahnya akan di sempurnakan pada 28 April 2025 di Irbid, Jordan nanti. Insya-Allah. Tahniah Yang Berhormat Dato’ Sri. Kita rakan-rakan dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli Dewan Yang Mulia. Ini termasuk daripada barisan kerajaan mahupun pembangkang sudah tentunya rasa bangga kerana Yang Amat Berhormat Dato’ Sri telah diberikan pengiktirafan dan ini sebenarnya juga melambangkan pengiktirafan kepada er...bukan sahaja kepemimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar tetapi juga kepada negeri Pahang Darul Makmur yang bertuah ini, tahniah sekali lagi kepada Yang Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang. Saya juga nak merakamkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato' Indera Nazri bin Abu Bakar atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dan er... juga merakamkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada mantan er... Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri yang lalu iaitu Dato' Sri Zulkifli Yaacob atas jasa baik ataupun jasa dan sumbangan yang telah diberikan dalam membangun... membantu membangun dan memajukan Negeri Pahang Darul Makmur dan memberikan pandangan, nasihat dan juga er... input kepada Yang Berhormat Dato' Sri Menteri Besar dan juga er... Ahli-ahli er... barisan EXCO Kerajaan negeri.

Sekalung tahniah juga turut saya zahirkan kepada Tuan Muhammad Saifuddin bin Hashim Musaimi yang telah dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang yang baru jadi tahniah er... YB. LA dan juga mengambil kesempatan di sini untuk merakam setinggi penghargaan kepada Yang Berhormat bekas LA iaitu Dato' Sri Saiful er... Edris er... yang telah berpindah, naik pangkat ke Pejabat Peguam Negara er... di Putrajaya. Juga tahniah kepada Yang Berhormat Dato' Haji Fadzilla bin Haji Salleh atas pelantikan sebagai Pegawai Kewangan Negeri yang baru. Dan juga penghargaan saya nak sebutkan ini kepada er... semua Ketua-ketua Jabatan yang telah...

Yang Berhormat Speaker, mencelah sikit. Saya ingat kita terlupa seorang lagi lah dalam kita mengucapkan tahniah iaitu bekas PTG, Dato' Hamdan Husin yang telah dinaikkan pangkat kepada [Ahli Dewan menepuk meja] Pengarah Pembangunan SDO. Kita terlupa sebab dia... dia macam terkeluar sikit dari state lah tapi sebenarnya kita masih memerlukan er... Pengarah Pembangunan Negeri, terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar di atas er... ingatan itu dan juga penghormatan. Saya... itu sebab Yang Amat Berhormat Dato' Sri sentiasa sahaja, bila kita kadang-kadang itu terlepas pandang Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja er... akan sentiasa mengingati bahawasanya jasa seseorang itu tidak mudah dilupa, jauh di mata tapi dekat di hati. Satu... saya ingat kita beri satu tepukanlah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja dan juga Dato'... er... bekas Dato' PTG yang baru yang sekarang ini jadi er... Pengarah Pembangunan atau Pegawai Pembangunan SDO, tahniah.

Jadi ini... Yang Berhormat Speaker, masa dah habis? [Ahli Dewan ketawa]

Speaker

Masih ada lagi. Sila sila.

Saya... saya memang saja leretkan tu. Jadi nanti senang saya er... maknanya saya bagi jawapan bertulis ini... tapi saya nak ambil kesempatan di sini. Pertama sekali nak merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan er... Yang Berhormat Timbalan Speaker yang telah mengendalikan er... persidangan kita dengan begitu baik sekali, satu tepukan [Ahli Dewan menepuk tangan]. Walaupun Sidang Dewan kita ada masa panas tetapi semangat dan kebijaksanaan ni... Tuan Speaker, Dato' Sri Speaker dan Timbalan Speaker keadaan terus jadi reda.

Dan saya ucap tahniah juga pada rakan-rakan er... daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato' Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail atas tunjuk, panduan, nasihat

dan juga rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeriyang er... turut serta dalam keterlibatan dalam er... persidangan ini dan juga er... barisan ADUN sama ada daripada kerajaan mahupun pihak pembangkang yang bila berbincang itu sebenarnya menekankan aspek kepentingan rakyat yang saya lihat. Sebab itu di sini saya nak merakam setinggi penghargaan pada rakan-rakan ADUN yang ada menyentuh tentang portfolio saya. Boleh kata semualah tapi saya sebutkan juga Padang Tengku yang mana... sahabat daripada Padang Tengku, Kemayan, Sabai, Batu Talam, Tanah Rata, Semambu. Cheka, Beserah, Lanchang, Kuala Semantan, Bukit Ibam, ADUN Dilantik daripada Rompin, ADUN Dilantik daripada Temerloh, Sungai Lembing, Ketari, Jenderak, Tanjung Lumpur, Lepar dan lain-lain saya ingat, Pulau Tawar bagi saya. Yang... dan mungkin ada yang saya tak sebut tapi semuanya lah saya ucap terima kasih. Yang bangkit tentang yang ada kaitan dengan portfolio saya. Jadi justeru itu, saya nak mula jawab sikitlah. Ada masa lagi?

Speaker

Sila tapi dah 15 minit baru nak jawab. Okay, sila sila.

Jadi saya ada 15 minit lagi jadi kalau yang sempat itu er... saya cuba. Tapi yang lain itu saya minta maaf lah ya. Saya nak maklumkan iaitu er... ADUN er... Batu Talam dengan ADUN Lanchang ada bangkit tentang TVET, iaitu cadangan menubuhkan Pusat Pembelajaran TVET berasaskan pertanian dan ternakan. Ini cadangan daripada ADUN Batu Talam. Untuk makluman Yang Berhormat Speaker, Program TVET dalam bidang pertanian sememangnya telah dilaksanakan di negeri Pahang melalui Institut Pertanian Kuala Lipis. Ini YB... di Lipis itu dah ada dah Institut Pertanian yang er... dibawah seliaan Kementerian Pertanian, Keterjaminan Makanan dan institut ini menawarkan latihan kemahiran Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 melalui 9 Modul Kompetensi Unit. Dengan izin dan 14 modul core abilities dalam pelbagai aspek pertanian termasuk amalan pertanian lestari dan usahawan. Walau bagaimanapun, modul berkaitan teknologi moden seperti penggunaan drone, automasi dan konsep pertanian pintar masih belum lagi dilaksanakan tetapi sebenarnya bukan secara er... bentuk modul tetapi pendedahan kepada pelajar-pelajar ini telahpun dibuat dan insya-Allah ianya akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Saya juga nak ni... er... maklumkan iaitu... er... di bawah judul Kolej Vokasional Pertanian di Chenor ya. Kita dah ada program saya ingat ianya telah bermula sejak dari tahun er... awal sebelum er... tahun 90-an lagi sebenarnya kolej vokasional ini telah pun ada di Chenor yang memberi latihan kepada anak-anak pelajar dalam sektor atau bidang pertanian. Dan er... di Kolej er... Vokasional Pertanian di Chenor ini diwujudkan er..pengajian di peringkat Diploma Agroindustri Ternakan Ruminan dan Diploma Agroindustri Ternakan Poultri yang telah mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan kolej ini turut menawarkan kursus latihan kemahiran berkaitan ternakan di peringkat Sijil Vokasional Malaysia dan Sijil Kemahiran Malaysia.

Bukit Ibam ada membangkitkan berkaitan dengan er... ternakan yang berkeliaran. Nak maklumkan bahawasanya Kerajaan negerisentiasa mengambil berat berkenaan isu ternakan berkeliaran yang menyebabkan kacau ganggu kepada orang awam di bawah Enakmen Kawalan Kerbau-Lembu 2001 Seksyen 9 (1), mana-mana orang yang bertanggungjawab ke atas kerbau lembu yang didapati berada dalam kawasan larangan adalah melakukan satu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan

hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali sekiranya membiarkan ternakan berkeliaran di kawasan larangan. Kawasan larangan yang dinyatakan di bawah Enakmen Kawalan Kerbau Lembu adalah permukaan jalan kawasan dalam lingkungan 20meter dari bahu jalan dan semua tempat awam. Manakala kawasan persendirian tidak termasuk dalam takrifan kawasan larangan di dalam enakmen ini.

Bagi tahun 2024, sebanyak 22 operasi penguatkuasaan Enakmen Kawalan Kerbau Lembu 2001 telah dilaksanakan melibatkan tangkapan sebanyak 52 ekor ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing. Untuk tahun 2025, pihak JP Jabatan Veterinar akan meneruskan operasi ini bersama-sama dengan pihak berkuasa tempatan, PBT, PDRM polis dan Unit er... Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPMP) bagi mengawal masalah ini dan memberi kesedaran kepada pemilik ternakan yang bermasalah.

Khusus di daerah Rompin, sebanyak 2 operasi ini telah dilaksanakan tetapi tiada tangkapan dapat dibuat pada tahun 2024 manakala untuk tahun 2025, sebanyak 8 rondaan dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Rompin dimana rondaan terakhir dibuat pada 17 April 2025 yang lalu.

Bagi cadangan untuk pelaksanaan program kempen kesedaran berkaitan isu kacau ganggu ini, pihak jabatan telah menjalankan penerangan melalui sesi sidang penternak yang diadakan secara berkala sepanjang tahun di beberapa daerah tumpuan. Pada tahun 2024 sebanyak 7 sesi sidang penternak telah diadakan oleh JPV.

Pada masa yang sama, pihak jabatan amat mengalu-alukan kempen penerangan dan peringatan berkaitan perkara ini diselitkan dalam teks-teks khutbah Jumaat di seluruh negeri Pahang bagi meningkatkan jumlah capaian sebaran maklumat kepada orang awam berkaitan isu kacau ganggu ternakan ini. Jadi ini usaha yang telah kita buat.

Manakala ADUN Tanah Rata ada membangkitkan tentang peningkatan tahap daya tahan sektor pertanian di negeri Pahang iaitu antara usaha kerajaan untuk meningkatkan daya tahan sektor pertanian negeri Pahang khususnya Cameron Highland adalah menekankan konsep amalan pertanian baik melalui pensijilan MyangAP. Pensijilan ini merangkumi aspek keselamatan pengguna, kebajikan petani dan pekerja serta pemuliharaan alam sekitar secara menyeluruh.

Selain itu, kerajaan juga memberi penekanan kepada latihan dan bimbingan teknikal kepada petani mengenai teknik pengurusan tanah bercerun yang betul. Latihan ini penting bagi membantu petani menguruskan ladang secara lebih mampan seterusnya mengurangkan risiko hakisan tanah dan bencana alam seperti tanah runtuh.

Bagi memperkukuhkan lagi usaha ini, kerajaan digalakkan untuk memperhebatkan kerjasama strategik dengan agensi pengurusan bencana bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta mempercepatkan proses pemulihan dan penyediaan bantuan selepas bencana. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan produktiviti sektor pertanian, malah mempastikan aktiviti pertanian dijalankan secara lestari dan mesra alam demi keseimbangan ekosistem jangka panjang.

Menjawab soalan daripada ADUN Tanah Rata mengenai bantuan kepada mangsa yang terlibat dengan bencana alam iaitu daripada 12 permohonan yang diterima pada September tahun 2024, sebanyak 3 permohonan telah diluluskan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 12,500 dan sedang dalam proses penyaluran bantuan. Selebihnya masih dalam proses pertimbangan oleh Jawatankuasa Teknikal Bencana

di peringkat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Perkara ini sebenarnya dalam perhatian pihak jabatan dan diteruskan.

Semambu ada bercerita pasal geran-geran yang dipohon oleh usahawan sama ada dalam sektor pertanian, perniagaan dan teknologi baru. Dan perkara ini saya ingat telah disentuh oleh rakan saya daripada Pelangai. Jadi, ianya memberi penekanan kepada aspek untuk memperkasakan usahawan muda berumur antara 18 hingga 43 tahun yang telah menjalankan projek dalam khususnya dalam sektor pertanian.

Kita ada agropreneur muda setaraf, permohonan baru dengan kadar maksimum RM30,000.00 dalam bentuk input pertanian, Agropreneur Muda Skill Up. Permohonan bagi usahawan sedia ada dengan kadar maksimum sehingga RM50,000.00 dalam bentuk input pertanian. Geran Pemadanan Change Upgrade Product terbuka kepada usahawan industri makanan dan asas tani dalam kategori mikro yang mempunyai nilai jualan kasar tahunan di bawah RM300,000.00.

Nilai maksimum geran adalah 60 ribu di mana kerajaan menanggung 70% kos manakala usahawan menanggung 30%. Geran pemadanan high impact product, permohonan bagi usahawan industri makanan dan asas tani dengan nilai jualan kasar tahunan antara RM300,000.00 hingga RM5 juta. Nilai maksimum geran adalah RM200,000.00 dengan pembahagian kos 50% oleh kerajaan dan 50% oleh usahawan.

Insentif pembangunan tanaman, Jabatan Pertanian turut menyediakan insentif bagi pembangunan tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman kontan, cendawan, kelulut, tanaman makanan ternakan, industri asas tani dan sebagainya. Geran dan insentif ini bertujuan membantu usahawan meningkatkan pengeluaran, produktiviti, kualiti produk serta memperkasa sektor pertanian negara.

ADUN Sungai Lembing ada menyentuh tentang berapakah jumlah peserta dan peratus peserta terlibat dalam program latihan yang dianjur oleh Kerajaan negeriatau agensi di bawah Kerajaan negerimemperolehi pekerjaan dan usahawan dengan pendapatan sara hidup yang mencukupi dalam tempoh 2023 hingga... hingga kini.

Sebenarnya Program Latihan Pertanian Jabatan Pertanian Pahang telah diadakan pada 2024. Sepanjang tahun 2024, Jabatan Pertanian Negeri Pahang telah menganjurkan pelbagai program latihan intensif bagi melahirkan usahawan tani muda yang berdaya saing dan berpengetahuan.

Antara program yang ditawarkan ialah latihan Farmers Field School dengan izin Program Agropreneur Muda. Kursus Teknologi Pertanian berasaskan Internet of Things dengan izin serta pakej Kursus Teknologi Pertanian Dan Pengurusan Ladang. Seramai 8,637 orang peserta telah menyertai latihan dan kursus yang dianjurkan sepanjang tahun.

Jabatan juga melalui agen-agen pengembangan tanaman di setiap daerah sentiasa memberikan khidmat nasihat secara berterusan kepada para petani. Aspek amalan pertanian baik MyangAP dan pengurusan ladang yang sistematik ditekankan bagi mempastikan petani mematuhi standard kualiti serta meningkatkan produktiviti.

ADUN dilantik 4 ada bangkitkan tentang kejadian ikan sangkar yang musnah pada bulan April tahun 2025 disebabkan oleh kayu hanyut di Sungai Pahang di Sungai Semantan, Temerloh. Pejabat Perikanan Pahang melalui Pejabat Perikanan Daerah Temerloh telah menjalankan siasatan berkenaan penternak yang terjejas.

Didapati hanya 4 orang sahaja yang terlibat semasa kejadian sangkar hanyut. Dua laporan polis telah dibuat pada 10 April tahun 2025. Sehubungan dengan itu, baki pengusaha yang belum membuat laporan boleh ke Pejabat Perikanan Daerah Temerloh untuk menyelesaikan urusan laporan dengan segera.

Kejadian ini berlaku di lokasi Kampung Lompat melibatkan Mohd Rosadi bin Abdullah, Kampung Lompat mengalami kerugian akibat dirempuh oleh sebatang pokok hanyut sebesar pemeluk dan kerugian dianggarkan 77,008 unit sangkar hanyut.

Keduanya, Encik Mohd Razuan bin Jaafar, Kampung Lompat juga mengalami kerugian akibat dirempuh oleh sebatang oleh kayu hanyut tersebut. Kerugian dianggarkan 100,008 unit sangkar hanyut. 6 unit sangkar masih berisi ikan berumur 3 hingga 6 bulan.

Dua lagi penternak yang terjejas telah dikenal pasti dan Pejabat Perikanan Daerah Temerloh telah meminta mereka membuat laporan polis. Dari segi bantuan insentif yang boleh dipohon oleh penternak tersebut melalui Tabung Bencana Pertanian, Kementerian Pertanian dan Jaminan Makanan, kadar bantuan yang layak diberikan tidak melebihi 50% dari nilai kerugian.

Ianya juga tertakluk kepada pengiraan kadar bantuan pengusaha akuakultur yang telah digariskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Bantuan yang layak diterima adalah berbentuk makanan, ternakan, peralatan dan benih. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua...

Speaker

Sila, sila.

Nampak gaya macam boring ye. Saya tak boleh la. Saya taknak er... bertindak di luar daripada apa yang telah digariskan oleh er... Tuan Speaker. Saya nak juga maklumkan di sini iaitu yang jawapan-jawapan lain yang berkaitan dengan saya, saya terpaksa juga bagi secara bertulis. Boleh, Cheka?

Bolehlah, terima kasih banyak dan saya rasa hari ini Benta sangat-sangat tenang, harmoni sangat tenang. Mungkin makan ubat sikit hari ini.

Cheka nak saya bergelora ke? Boleh, saya boleh taruk sini je. Er… dengan izin. Tak saya sebenarnya dengan Cheka tu dia... kita ni orang kata dia bukan tahap dia tahap sahabat dia tahap sahabat ni bila dia bergurau tu orang lain semua tak tengok, takut. Tapi sebenarnya tak ada benda dia kata bak kata orang tua-tua bila tegang tu dia berlepa-lepa. Tapi bila dia kendur tu berdenting-denting ha kaedahnya tu.

Speaker

Lambat lagi ke? Lama lagi?

Allahuakbar. (Ahli Dewan ketawa). Masa bila pulak. Saya terkejut tu. Tak tau di mana entah ilmu Dato' Sri Speaker tetiba dia muncul gitu je, macam halimunan.

Speaker

Dia main bola je yang dia kena... kena apa? kena ada dimaklumkan. Speaker nak tukar dalam waktu dalam persidangan tak perlu dimaklumkan.

Itulah kelebihan Speaker. Ikut suka dia je. (Ahli Dewan ketawa).

Speaker

Itu yang saya tanya, lama lagi ke?

Tak, sebenarnya saya baru mula.

Speaker

Teruskan Yang Berhormat.

Dato' Sri Speaker, saya ucap banyak terima kasih. Sebenarnya kita nak maklumkan baru-baru ini Kebawah Duli Tuanku... Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku ada bertitah dalam keberangkatan Kebawah Duli Tuanku ke daerah Temerloh berkenaan dengan Patin. Tuanku menzahirkan, mentitah kebimbangan tentang adanya patin-patin klon yang menggunakan nama Patin Temerloh dijual oleh pengusaha-pengusaha, penjual-penjual semua. Jadi perkara ini diambil serius oleh pihak kerajaan negeri.

Dalam usaha yang telah di sarankan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar, target kita dengan izin sasaran kita ialah untuk mewujudkan produk-produk sektor pertanian berkualiti yang boleh dijenamakan sebagai Product Pahang Best. Ini yang telah disarankan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar kepada saya dan kita sedang mengusahakan ke arah itu. Contohnya kalau patin Temerloh kita tak nak patin daripada luar datang kemudian dia bin ke Temerloh. Bila orang beli datang ke Temerloh, dia kata ini patin yang ori ni dia kata atau daripada Temerloh. Tapi ada segelintir pengusaha yang tidak bertanggung jawab kerana permintaan patin ini tinggi. Jadi bila tak cukup bekalan dia ambil patin daripada luar. Tapi sebenarnya

kadang kala tu patin dia ambil tu di luar daripada daerah Temerloh. Ambik daripada Maran, Bera, Jerantut kadang dia tengok sebab pengusaha tu terpaksa juga memenuhi permintaan daripada pembeli. Dato' Sri Speaker.

Speaker

Yang Berhormat, saya maklum sebab banyak juga patin-patin ni dia ada beza daging patin Temerloh dengan daging patin ini ikanlah daging ikan tu Temerloh dan tempat-tempat yang lain.

Terima kasih Dato' Sri Speaker. Dan patin Temerloh ni menjadi satu produk eco-tourism yang hebat. Lantaran itu, sebenarnya pihak Jabatan Perikanan melalui Jabatan Perikanan Temerloh telah mematernkan macam mana mempaternkan.

Speaker

Paten.

Speaker

Hak-hak cipta.

Ha... Hak cipta. Mendaftar dengan MyIPO. Ikan Patin Temerloh dah ada dah jenama tu dan pihak Jabatan Perikanan berhak untuk membuat penguatkuasaan bersama dengan PBT lah dan unit penguatkuasaan yang lain. Di bawah kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan sepatutnya pengusaha patin di Temerloh ni dia mesti mengamalkan kod etika yang tinggi iaitu dia ambil benih dan diternakan patin Temerloh dan kalau boleh tu dia jangan ambik patin dari sumber yang lain dan menamakan sebagai patin Temerloh. Dia kena beritahu, yang ni minta maaf ini patin daripada ha dia kena sebut begitu sebab pembeli tu dia ingat Patin Temerloh. So yang ini yang sedang kita laksanakan supaya pengusaha yang ada di pemain-pemain industri ternakan Patin Sangkar ini sendiri akan membuatkan pendeklarasian ini bukan patin ni, ni patin luar. Tengok begitu insya-Allah dan pada masa yang sama Yang Berhormat Dato' Sri Speaker Jabatan Perikanan akan memperkasakan kerajaan negeridi bawah dengan melalui Jabatan Perikanan akan memperkasakan sebenarnya industri ternakan ikan ni tadi dengan kita akan wujudkan benih-benih patin yang asli. Di Pahang ni nanti melalui Pusat Pembangunan Perikanan khususnya di Perluk di Jerantut dan juga di Bukit Tinggi yang benihnya tadi kita akan bekalkan. Insya-Allah, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja telah maklumkan.

Di antara langkah yang kita buat, misal contohnya kita tahu ikan Patin Muncung ya patin ni banyak Patin Muncung, Patin Buah, Patin Juara waima Patin Ikan Lawang. Lawang ni jenis patin juga. So kalau sekiranya ada Patin Muncung, mintak mereka

yang dapat menangkap ikan ni tadi jual ke Jabatan Perikanan. Insya-Allah insentif yang akan diberi kita akan meningkatkan kalau dalam pasaran contohnya patin ni harga dia katalah RM500 insya-Allah kita akan beli dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran supaya kita dapat ambil ini jadikan benih. Ini usaha kita, minta jasa baik pada semua Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ni maklumkan pada anak buah dapat tu bawa ke Jabatan Perikanan sebab kita nak ambil benih ni tadi kita akan lebarkan.

Dalam satu lawatan di Australia baru ni, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar Dato' Sri Diraja Menteri Besar mengetuai lawatan kerja ke Australia. Kita lihat bagaimana Ikan Siakap Barramundi dibuatkan pusat pembangunan dia tu. Dia boleh keluarkan telur-telur ikan, benih-benih ikan yang teknologi tu boleh dia aplikasikan insya-Allah mudah-mudahan kita akan perkasakan. Orang kata ini industri ternakan ikan ni tadi.

Dan ini sebagai contohlah ya, yang bahawasanya usaha sedang dibuat. Insya-Allah yang terima kasih Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar kerana telah meluluskan peruntukan dalam Belanjawan 2025 sejumlah RM2 juta untuk melaksanakan apa yang dipanggil sebagai Mini Maha. Insya-Allah lokasinya akan diputuskan oleh pihak kerajaan negeridan dalam konsep yang akan dilaksanakan nanti, kita akan wujudkan kluster-kluster, Kluster Perikanan, Ternakan Pertanian Industri Asas Tani dan di situ nanti insya-Allah kita akan keluarkan juga produk-produk Pahang Best. Maknanya Pahang Best yang berkualiti dan ianya akan menjadi jenama yang dibanggakan seperti mana yang disebut oleh rakan-rakan yang lain misal contohnya di Tanjung Lumpur kita lihat misal contohnya ada seafood ataupun ikan bakar, banyak tu. Tapi sebahagian besarnya semua menghadap ke... Ke... ke darat. Ada juga yang menghadap ke sungai atau botol body. Kalau ada lukis suasana santai, Mail Ikan Bakar, Ana Ikan Bakar semua mengadap ke... Ke darat tapi dia seafood kecuali ada setengah tempat mungkin Tanjung, Tanjung tidak tapi hujung-hujung ni. Tapi insya-Allah kita akan jadikan dia keropok misal contohnya Kopok Gonde kita er... Kopok Lekor lah Kopok Gonde pulak. Ada setengah sebut keropok lekor ada setengah Gonde. Ha?

Dato' Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Kopok Gete.

Kopok Gete. Ha ada juga, Kopok Gete ya. Tapi maknanya kita nak supaya kualiti dia boleh makan tu oh sedap. Dan ini yang kita sedang usahakan, kita ada misal contoh makanan-makanan Pahang yang hebat yang akan insya-Allah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar nanti akan umumkan dan kita akan bagi pengiktirafan pada produk-produk Pahang ni kalau boleh. Macam contoh yang kita lihat ikan, kalau ikut ikan belah-belah Tembeling ni ikan dia tapi yang menjadi masalahnya Yang Berhormat Dato' Sri, sungai-sungai kita ni telah dicemari dengan spesies baung ekor merah yang menular hingga sampai ke belah Hulu di Tembeling, Kampung Bantal dan sebagainya. Bukan kata belah hulu dia belah Lepeh, belah hilir pun belah Kuala-kuala Sungai Pahang ni sedang diancam dengan spesies Ikan Predator ni pemangsa ni iaitu Baung Ekor Merah. Jadi, kita minta usaha dibuat supaya ditangani dengan sebaik mungkin. Sebab tu kita nak benih ni di simpan mungkin terpaksa diternak dalam satu kawasan yang dikawal. Kemudian akhirnya esok baru kita lepas ke sungai. InsyaAllah ini yang

saya nak nyatakan jadi tu memandai setakat ini dalam sektor pertanian yang aku nak work lagi saya boleh work sampai ke petang. Tapi saya kena bagi hormat bagi laluan kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Diraja, Menteri Besar untuk membuat penggulungan dan saya hanya nak sentuh sikit pasal soal pendidikan. Saya nak mengambil kesempatan ini bagi pihak Yang Berhormat Dato' Sri Menteri Besar, Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang. Ucapan tahniah kepada warga pendidik kerana pada hari ini pengumuman keputusan SPM telah dibuat dan Pahang masih kekal di tangga ke 3 di seluruh Malaysia. Alhamdulillah dan InsyaAllah walaupun tahapnya kedudukan kedudukan tangga ketiga, tetapi peningkatan dari segi pencapaian dalam serba aspek telah meningkat. Perlu diingat bahawasanya kita di Pahang ni kita mempunyai ramai anak-anak pelajar. Ada golongan saudara kita, saudara saudara masyarakat orang orang asal, jadi. Namun begitu, kita mampu juga untuk pertahan untuk dikedudukan nombor 3. Dan InsyaAllah usahanya sedang dibuat digiat dan bantuan demi bantuan. Terima kasih. Yang Berhormat Dato' Sri Menteri besar makna saya sebenarnya bila bawak lah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, tunjuk je untuk bantuan untuk perkasakan sektor ataupun agenda pendidikan. Tak pernah yang Amat Berhormat Dato' Sri menolak bila tengok ni kerana kita tahu kita di sini berdiri di sini kerana Pendidikan. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri bagi pihak warga pendidik yang hadir, Timbalan Pengarah yang turut ada dalam dewan yang mulia ni. Terima kasih semua. Thank You Teacher dengan izin dan sebelum saya duduk. Saya nak sentuh sikit pasal SJ.

Speaker

Ada lagi dah tak ada. Ada sikit je lagi sikit boleh. Sila sila tutup.

Saya nak sentuh pasal Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jeram ni. Saya nak membetulkan ni sahabat saya daripada Sabai dah bangkit banyak kali dalam sesi dewan yang dia buat. Makna maksudnya commitment. Ni sahabat saya dari Sabai ni membela pendidikan ni di SJKT ni memang daripada very consistent dengan izin dan baru-baru ni pun ada dua soalan dibangkitkan. Namun dalam perbahasan ADUN Beserah ada bangkitkan tentang SJKT ni sebab duduk dalam kawasan Beserah ye. Tapi sebenarnya ini perkara SJKT Jeram ni telah lama dan dibangkitkan oleh rakan saya daripada sahabat bukan sahaja dalam dewan di luar dewan mengata pergi tengok ya. Tolong tolong tolong sampai saya pergi dia. Kata rimas tapi macam terpanggil untuk memberi penjelasan dalam dewan yang mulia ini. Saya nak maklumkan bahawasanya SJKT Jeram ni telahpun diwujudkan dalam tahun 1952 lagi dah masa itu dipanggil Jeram Estate. Ladang jeram diwujudkan sekolah ni. Inilah kerajaan. Walaupun kerajaan yang ada dia benarkan wujudnya sekolah jenis kebangsaan ni masuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil tetapi di atas tanah estet…atas tanah estet. Apabila pihak syarikat lain, PASDEC mengambil alih estet ni. Jadi Sebenarnya pendudukan sekolah tu bukan di tanah milik sendiri tanah milik pihak lain tetapi PASDEC memberi izin atas ehsan teruskan. Sebab itu kerajaan tidak boleh bina binaan kekal di situ. Saya nak maklumkan komitmen kerajaan, waima sorang pun pelajar yang belajar di sekolah Jenis Kebangsaan. Kerajaan tidak akan menutup sekolah. Ini terbukti di Fraser's Hill di Fraser's Hill, murid hanya sorang je. YB Teras boleh peraku kan tapi guru ada 4 orang. Mengajar tu tak boleh tutup.

Speaker

Yang Berhormat. Kalau semua cikgu nak cuti senang lah. Dia cakap murid tu awak jangan datang semua cuti.

Boleh mencelah

Speaker

Alang alang kita dah telajak. Terlajak lah terus.

Sekejap. Sikit je. Jadi murid ni dia best Student. Kadang kedatangan terbaik dan semua dia sebab dia sorang je.

Saya difahamkan 100% kehadiran. Jadi jeram yang jadi PASDEC membenarkan mengizinkan. Dan masalahnya ialah dasar kerajaan, Sekolah Jenis Kebangsaan. Pihak kerajaan tidak boleh menyalurkan sepenuhnya dana untuk infrastruktur.

Speaker

Dan tak boleh menutup.

Apa apa jadi ada LPS, Lembaga Pengelola Sekolah dan Lembaga Pengelola Sekolah bertanggungjawab untuk mengenalpasti tapak untuk sekolah ni. Apabila dah ada tapak tu, dia kena cari jalan untuk pendanaan. Haa ni yang kita nak. Saya nak jalan ni supaya jangan ada pihak keliru seolah-olah macam pihak kerajaan membiarkan sebab tu usaha telah dibuat. Usaha telah dibuat untuk membolehkan LPS ni tadi mencari tapak dan pihak kementerian sebenarnya mengenal pasti tapak sebab pihak PASDEC nak bangunkan kawasan tu. Sebab itu pihak kementerian dia bina kontainer kontainer tu sebab apa dia mudah alih. Kalau kerja kita buat bangunan kekal dia pelanggaran. Sediakan kontena. Tapi kontena ni dia ada aircornd adalah acorn Dia duk dalam nama kontena kan sebab kita anak anak-anak muda. Sekarang ni dia makan dia tak ni pendekatan baru banyak yang duduk makan dalam kontena. Kontena tu ada situ dan pihak kerajaan bagi bantuan penyaluran untuk penyelenggaraan binaan tu 70 ribu dan tahun 2024 dan juga disalurkan 66 ribu kepada sekolah tu untuk baiki tandas ada bagi kemudahan seumpama tu. Akhir sekali, mana pihak kementerian mengenal pasti ada satu tapak dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Kalsom kan tapak lebih kurang dalam hampir empat lima ekar dicadangkan di situ, tetapi pihak LPS ni mesti mengusahakannya. Lembaga pengelola Sekolah dan Lembaga Pengelola sekolah baru. Dia dapat pendaftaran daripada ROS ini ada minta maaf, lah internal dia. ni Dato' Sri selalu sebut kalau internal problem ni kita tak boleh bantu. So maknanya dia ada masalah di situ dia baru dapat pendaftaran daripada Pendaftar Pertubuhan. Dan peringkat keduanya nak pastikan supaya tanah itu dapat diperolehilah. Jadi bila dah diperolehi, barulah pihak kerajaan usahakan sebahagianlah. So yang ini yang saya nak perjelaskan bahawasanya bagi pihak kerajaan bukan kerajaan tidak usahakan tapi ini atas ehsan. Kecuali misal contohnya, dah ada tapak dan pihak pengelola sekolah ni tadi bersedia untuk menjalankan usaha mendapatkan dana dan sebagainyalah. So InsyaAllah maknanya perkara ni sebenarnya dalam pengetahuan pihak kementerian dan akan mengikhtiarkan dari masa ke semasa. Jadi pihak mintak YB sahabat saya daripada Sabai juga membantu supaya dapat lembaga pengelola sekolah ni tadi

berpakat cari macammana pendekatan yang sebaik dan sudah tentunya kementerian akan memberikan pertimbangan. Jadi akhir kata saya tadi Dato' Sri Speaker. Saya kena bagi laluan hormat kepada Yang Berhormat Dato Sri Diraja, Menteri Besar untuk membuat penggulungan bagi pihak kerajaan dan saya sekali lagi menyatakan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam perbahasan yang menyentuh tentang portfolio saya dan InsyaAllah kalau ada mana-mana yang soalan yang isu yang berbangkit yang belum saya jawab tu.

Insya-Allah, saya akan bagi jawapan bertulis. Dan tahniah sekali lagi dan InsyaAllah mudahan kita akan bertemu lagi dalam sidang Dewan. Dengan itu saya mohon menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Dato' Sri Raja Menteri Besar iaitu junjung kasih kepada titah ucapan Kebawah Duli Tuanku pada persidangan pada 18hb yang lalu. Terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya mengucapkan terima kasih kepada 10 ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak kerajaan yang telah memberikan jawapan-jawapan dan memperjelaskan ke atas permasalahan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Seterusnya saya tidak bercadang untuk menempohkan persidangan. Sekarang saya menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato' Sri DiRaja untuk menjawab pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan tersebut. Silakan.

Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Selamat Tengah Hari. Salam Sejahtera. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Ini first time dak kita tak berhenti ya.

Speaker

Kita tak berhenti, tak berhenti lunch.

Speaker

Terus.

Pertama sekali syukur kepada Allah, Yang Berhormat Dato' Speaker kerana dengan limpah rahmat serta keizinannya, saya diberi kesempatan lagi sekali di Dewan yang mulia ini untuk menggulung Usul Perbahasan Titah Diraja pada hari terakhir persidangan kita. Terlebih dahulu, patik merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah serta Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj atas perkenan

berangkat mencemar duli menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang Ke 15 pada Jumaat yang lalu.

Yang Berhormat Speaker, cepat betul masa berlalu ya, Penggal Keempat ya.

Speaker

Dah Penggal Keempat dah.

Keempat ni. Maknanya kita mula bersidang dari 2022.

Speaker

23, 24 dan 25, tahun keempatlah penggal ni macam tahun...

Tahun Keempat ya.

Speaker

Tahun Keempat.

15 tu pilihan raya yang ke 15.

Speaker

Pilihan raya yang ke 15. Pertama tu sidang pertama untuk tahun ini.

Hah sebab ramai tak tahu ni. Ada yang tanya saya pasal apa empat. Kita ni baru 2 tahun lebih, ni maknanya yang tak tahu tu, taulah ya. Dato' Sri Speaker, sesungguhnya keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku ke Dewan yang mulia ini dan seterusnya melafazkan Titah Diraja mencerminkan kecaknaan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku terhadap pembangunan negeri serta kesejahteraan rakyat jelata. Titah Diraja yang dizahirkan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku merupakan satu amanat yang menyentuh pelbagai aspek pembangunan negeri, perpaduan rakyat, kelestarian alam serta nilai-nilai keadilan dan kesejahteraan.

Sesungguhnya Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku akan menjadi panduan dan rujukan utama kepada pentadbiran Kerajaan negeridalam merancang dan melaksanakan dasar-dasar yang mendatang. Semoga Kebawah Duli Paduka…Paduka Baginda Tuanku dikurniakan Allah Subhanahu Wata'ala dengan

rahmat dan keberkatan, diberikan kesihatan dan kebijaksanaan dalam memerintah negeri Pahang Darul Makmur. Amiin.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Lagi sekali saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dato' Indera Nazri bin Abu Bakar, Tuan Mohd Saifuddin bin Hashim Muzaimi, Dato' Haji Fadzilla bin Haji Salleh serta Dato' Hamdan bin Hussin diatas pelantikan sebagai Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang, Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Pahang dan Pengarah Pembangunan Negeri Pahang yang baru. Saya sangat percaya pelantikan empat individu ini akan meneruskan kecekapan pentadbiran negeri Pahang. Insya Allah. [Ahli dewan menepuk meja]

Selanjutnya saya bagi pihak Kerajaan negeriPahang serta seluruh rakyat negeri Pahang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri kelima yang telah meninggal dunia pada 14 April yang lalu di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Untuk makluman, Ahli-ahli Yang Berhormat Allahyarham ni seminggu tiga kali akan berulang ke IJN untuk buat fisio. Jadi saya banyak kali juga berkesempatan jumpa dengan Allahyarham tetapi tidak dapat berbual dengan beliau kerana Allahyarham ni sekadar bila saya jumpa saya tegur, sekadar dia menengok je memerhatikan kita. Tidak ada respons dengan kerusi dan sebagainya.

Kita tahu sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Perdana Menteri, Allahyarham telah banyak menyumbangkan jasa terhadap pembangunan negara dengan membawa pendekatan yang menekankan integriti pembangunan modal insan, pemerkasaan ekonomi wilayah termasuk Wilayah Ekonomi Pantai Timur serta penerapan nilai Islam dalam pentadbiran melalui Gagasan Islam Hadhari. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Saya bersama dengan beberapa orang rakan sempat menziarahi Allahyarham di kediaman beliau di Kuala Lumpur. Turut hadir bersama saya ketika itu, Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker sendiri ada. Hadir. Yang Berhormat rakan saya daripada Benta, Yang Berhormat daripada Pelangai dan beberapa orang lagi menziarahi Allahyarham di rumahnya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham diampunkan segala dosanya serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kepada yang beragama Islam. Eloklah kita hadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Tun Abdullah Badawi dan bagi rakan-rakan yang bukan beragama Islam bolehlah bertafakur. Al-Fatihah. [Bacaan Doa]. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.

Terima kasih kerana mengizinkan saya untuk turut serta menggulung perbahasan bagi pihak Kerajaan negeriserta jawatankuasa-jawatankuasa di bawah portfolio saya. Pada hari Isnin hingga semalam, kita telah menyaksikan seramai 35 Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan kali ini. Terima kasih dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas serta berhemah untuk menyatakan pandangan serta berusaha mendapatkan maklum balas daripada kerajaan negeri.

Saya dapati perbahasan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, ada dua atau tiga orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang nampaknya berubah daripada biasa penyampaian ucapannya, yang pertama sekali rakan saya daripada Tanjung Lumpur. Saya bersama dengan EXCO Kanan, Luit, kita rasa nampak ada keajaiban semasa beliau menyampaikan ucapannya dengan kelakarnya, dengan seronoknya dan berhasrat

untuk bergilir gilir. Kita minta Tanjung Lumpur bagi laluan dulu, baru kita fikir kepada yang lain dan juga….

Mohon mencelah Yang Berhormat.

Dia biasa main ragbi, dia tak nak main ragbi dah, dia main dam je. Dam haji.

Dan saya terfikir sebab apa dan sebab apa bila style tu berubah daripada biasa, dan begitu juga rakan di sebelah saya ni. Saya ni dah penggal yang kelima. Saya ingat Hari Ini Dalam Sejarah, paling ringkas. [Ahli dewan menepuk meja dan ketawa] Apa pun, saya ucapkan syabas dan tahniah dan ini semua jelas menunjukkan kematangan kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Pada 11 April yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Pahang di antara Kerajaan negeriPahang dan kerajaan persekutuan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam mesyuarat tersebut, kerajaan negeri telah mengemukakan 11 cadangan projek berimpak tinggi atau pun wishlist untuk dipertimbangkan dalam Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke 13 Tahun 2026. Lazimnya, kita kemukakan sepuluh sahaja Yang Berhormat Dato’ Speaker, tapi kita request kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pahang ni negeri besar, luas dan keperluannya sebelas projek yang wajib dan harus dipertimbangkan oleh kerajaan persekutuan.

Yang pertama sekali ialah yang ini saya maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya boleh cerita di kawasan masing-masing bahawa Kerajaan negeriyang ada pada hari ini telah meminta dengan kerajaan persekutuan. Sebelas projek pertama yang sewajarnya harus dipertimbangkan oleh kerajaan persekutuan sebab ada kadang-kadang, ada yang antara kita ni kadang-kadang ada yang jadi pembaca TV ataupun jadi wartawan, pergi berjalan… jalan… jalan… bila ada projek siap, dia pun katalah tuan-tuan dan puan-puan, inilah projek yang… yang dibawa di kawasan saya. Jadi tuan-tuan semua boleh guna dan tidak menyebut pula projek tu Kerajaan negeriyang mintak. Jadi hari ni saya nak bagitahu 11 projek ni. Ini adalah usaha Kerajaan negeridan dalam perbincangan tersebut dihadiri oleh beberapa rakan Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan. Kita mengemukakan pandangan kita dan kita desak kerajaan persekutuan supaya memberi pertimbangan yang serius. Jadi hasil daripada mesyuarat tersebut dan saya mendapat mengambil minit mesyuarat tersebut dan saya nak bagitau dalam Dewan Yang Mulia ini.

Yang pertama sekali ialah Cadangan Pembinaan Persimpangan Bertingkat Bukit Rangin Jalan Kuantan ke Chukai, Kuantan bernilai RM181 juta. Apa keputusan

mesyuarat tersebut? Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersetuju agar kerja-kerja awalan dilaksanakan terlebih dahulu dan projek ini dilaksanakan dengan segera seawal Januari 2026 [Ahli Dewan menepuk].

Yang ke-2, Cadangan Menaik Taraf Jalan FT 012, Jalan Kuantan - Segamat, Rompin Fasa 2, RM1.331 bilion. Apa keputusan mesyuarat tersebut? Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersetuju dengan pelaksanaan projek ini dibuat secara berfasa dan fasa pertama projek bermula pada tahun 2026. [Ahli Dewan menepuk]. Ini keputusan mesyuarat ni Ahli-Ahli Yang Berhormat. Keputusan mesyuarat dalam mesyuarat tersebut. Kuala Sentul tolong catit sikit, saya bimbang nanti Kuala Sentul terlupa asyik tanya pasal rumah je, rumah terbengkalai tak siap. Maran saya tak tahu ada ke tak ada ni.

Yang ke-3, Pembinaan Ban Banjir di Kampung Tanjung Gahai, Lipis menilai RM14.6 juta. Keputusan mesyuarat, Kementerian Ekonomi bersetuju untuk menyediakan peruntukan kerja-kerja awalan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berdasarkan kepada baki semasa peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 Kementerian (PETRA).

Yang ke-4, ha… ni YB daripada Rompin. YB Lantikan tanya ni. Membina Baru Blok Tambahan 446 katil Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang bernilai RM500 juta. Senarai keempat terpenting Yang Berhormat. Jadi apa keputusan kerajaan? Kementerian Kesihatan Malaysia bersetuju untuk meletakkan keutamaan projek di bawah Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 sekiranya Kerajaan negerimengekalkan kadar bayaran premium tanah nominal. Satu surat akan dikeluarkan kepada Kerajaan negeriPahang berkenaan perkara ini. Surat pun dah… dah terima dan Kerajaan negeriinsya-Allah saya akan bincang dengan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang, PTG dan SFINO. Kita akan pertimbangkan kerana kita akan mendapat projek RM500 juta. Maknanya sebelum Yang Berhormat bawa ke Dewan ni, kerajaan negeri dah fikir dah pasal perkara ni. Haa… tepuklah sikit Yang Berhormat. [Ahli Dewan menepuk].

Yang ke-5, Cadangan Membina Jambatan Konkrit di Laluan C108 Jalan Serengkam ke Laluan C21, Jalan Kuala Wau di daerah Maran. Ada ni YB Kuala Sentul… Maran. Sebab YB je ni kita bawak ni. Sebab… sebab rakyat ya.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Terima kasihlah…

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Yang Amat Berhormat.

Sama-sama Yang Berhormat. Bernilai RM80 juta. Apa keputusan kerajaan Yang Berhormat Kuala Sentul? Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menyokong penuh permohonan ini manakala Kementerian Ekonomi akan menyemak keperluan peruntukan Kementerian mengikut keutamaan kerajaan negeri.

Yang ke-6, Central Spine Road Pakej 6 dari Karak Simpang Pelangai, Bentong, Pahang bernilai RM750 juta. Apa keputusan mesyuarat? Kementerian Kerja Raya sedang membuat… dalam mesyuarat tersebut, saya bagitahu Yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri ada KSU… ada KSU Kementerian Ekonomi yang terus menjawab bila PM tanya, Kementerian tanya KE, Kementerian Ekonomi tanya kerajaan negeri. Kita berbincang pada masa itu dan pada masa itu juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuat keputusan setelah mendengar pandangan dan nasihat daripada pelbagai pihak. Jadi yang Central Spine… Central Spine Road Pakej 6 ni dari Karak Simpang Pelangai, keputusan kerajaan ialah Kementerian Kerja Raya sedang membuat kajian berkenaan keperluan pelaksanaan jajaran ini dan dijangka selesai pada bulan Ogos 2025. Sekiranya dipersetujui, Kementerian Kerja Raya akan mendapatkan peruntukan daripada Kementerian Ekonomi untuk kerja-kerja awalan. Kementerian Ekonomi tiada halangan untuk meluluskan permohonan ini sekiranya hasil kajian tersebut menunjukkan alternatif kepada Terowong Bentong dapat mengurangkan kesesakan terutamanya pada waktu puncak.

Yang ke-7, Pembinaan Lingkaran Tengah Utara, Raub Slim River RM3.936 bilion berdasarkan Highway Network Development Plan (HNDP). Projek ini dicadangkan untuk dilaksanakan selepas tahun 2030. Yang ni lambat sikitlah. Yang ke-8, Penyediaan Infrastruktur Asas Cadangan Tapak Taman Industri Halal Seksyen 3, Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan bernilai RM100 juta. Kementerian Ekonomi akan meneliti bersama MITI berhubung Pembangunan Taman Industri ini termasuk penentuan NICHE yang sesuai bagi taman industri tersebut. NICHE ni maksudnya lebih fokus dan ada keperluan untuk dibuat.

Yang ke-9, Projek Pemajuan Kawasan Kampung Bongsu Mukim Semantan 2, Lanchang Daerah Temerloh RM35.114 juta. Apa keputusan Kementerian? Kerajaan … Kementerian Ekonomi akan membuat semakan bersama pihak KKDW berhubung perincian projek dan kos yang terlibat. Yang ni kalau tak silap saya, Speaker minta ni kan?

Speaker

Ya.

Betul… Dato’ Speaker?

Speaker

Ini… projek apa ya Yang Amat Berhormat? [Ahli Dewan ketawa]

Projek Pemajuan Kawasan Kampung Bongsu Mukim Semantan 2, Lanchang Daerah Temerloh. Masa Yang Berhormat jadi…

Speaker

Tak dan juga kita dah bina 350 biji rumah mampu milik di situ.

Masa Yang Berhormat jadi ADUN.

Speaker

Ha… Masa tu. Masa tu saya jadi ADUN dan…

Speaker

Yang Berhormat ketika itu, Yang Amat Berhormat adalah merupakan EXCO Perumahan. Terima kasihlah Yang Amat Berhormat tolong mintak juga.

Saya pun terima kasih kepada Speaker kerana menjadi ADUN Lanchang dan meninggalkan satu benda yang bagus untuk ADUN Lanchang. Yang ni… Yang Berhormat kena bagitahu ni rakyat di Lanchang.

Speaker

Insya-Allah. Kita minta Yang Berhormat Lanchang bagitahulah. Jangan cakap ini…kalau takde saya…

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, terima kasih banyak. Insya-Allah kita akan bagitahulah.

Speaker

Macam itulah bagus.

Nanti dulu. Yang Berhormat ADUN Lanchang nak bagitahu macam mana tu? [Ahli Dewan ketawa]

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Seperti mana yang diumumkan ni, Insya-Allah saya akan umum.

Kalau boleh Yang Berhormat bagitahu, ni diusahakan oleh Speaker masa dia jadi ADUN dulu. Boleh ya. Lepas tu hantar la dalam Facebook ke apa… kita nak tengok. Yang seterusnya yang ke-10, Cadangan Menaik Taraf Jalan Dari Kampung Padang ke Persimpangan Lampu Isyarat LPT1 Fasa 2, Jalan Sungai Lembing, Kuantan bernilai RM185 juta. Kementerian Kerja Raya telah meneliti pembangunan projek ini dan akan meletakkannya dalam Senarai Keutamaan Kementerian untuk dilaksanakan di bawah Rancangan… di bawah Rolling Plan Rancangan Malaysia Ke-13.

Yang ke-11. Yang ini kita mintak juga dalam perbincangan tersebut dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri setuju iaitu Membina Baharu Klinik Kesihatan Jenis 7 di Kawasan Pedalaman Orang Asli dengan komponen pergigian berserta 10 unit kuarters kelas F, Pos Lenjang Lipis bernilai RM23.8 juta. Keputusan mesyuarat, Kementerian Kesihatan Malaysia akan memasukkan projek ini sebagai Senarai Keutamaan bagi pelaksanaan projek pada Rolling Plan Pertama tahun 2026, Rancangan Malaysia Ke-13 untuk diangkat bagi pertimbangan lanjut Kementerian Ekonomi.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.

Saya berharap supaya pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi ini bukan sahaja akan memperkukuhkan infrastruktur asas di negeri Pahang, malah mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat, peningkatan kesihatan dan kesejahteraan rakyat serta mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar. Kerajaan negeriamat menghargai sokongan padu kerajaan persekutuan dalam merealisasikan agenda pembangunan yang inklusif dan mampan untuk seluruh rakyat Pahang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Sepertimana biasa yang telah saya ucapkan sebelum ini, bahawa Kerajaan negeriterus komited menyelesaikan 90% isu bekalan air menjelang akhir tahun 2026 dengan fokus utama menangani kawasan black spot yang selama ini sering terjejas. Beberapa kawasan yang dahulunya menjadi lokasi panas gangguan bekalan air seperti di Keratong, Chanis, Selancar di Rompin, sekitar kawasan Temerloh termasuk Mentakab dan Lanchang serta kawasan Tanjung Lumpur, Pak Mahat dan Sungai Soi di daerah Kuantan serta di Kampung Cendera, Kampung Rokam, Sungai Calit dan Ulu Atok di daerah Raub kini telah menunjukkan peningkatan positif yang amat ketara hasil projek yang telah disiapkan.

Sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini, prestasi bekalan air menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Berdasarkan tinjauan saya sendiri serta maklum balas daripada pemimpin-pemimpin tempatan, prestasi perkhidmatan bekalan air sepanjang Aidilfitri ini adalah antara yang terbaik setakat ini [Ahli Dewan menepuk meja]. Gangguan berjaya diminimumkan dan bekalan dapat dikekalkan sepanjang tempoh kritikal itu.

Namun begitu, kejayaan ini bukan datang dengan mudah. Ia adalah hasil daripada perancangan rapi dan pelaksanaan konsisten. Pelbagai inisiatif yang telah dirancang, baik secara jangka pendek mahupun jangka panjang. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Pengurusan Air Pahang Berhad atas komitmen dan kesiapsiagaan tinggi mereka yang dipimpin oleh CEO Dato' Saiful [Ahli Dewan menepuk meja], ada situ tu. Teruskan ya, dengan izin, keep it up. Sebab er... selagi belum berakhir tahun 2026 tu yang... yang kita harapkan supaya 90% dapat diselesaikan.

Yang Berhormat Dato' Speaker. Mohon mencelah.

Speaker

Sila Yang Berhormat.

Yang Berhormat Speaker, saya er... rasalah sepanjang saya bertugas, berkhidmat ni, saya ingat raya kali inilah agak tidur lena sikit. Terima kasih kerana tak ada lagi er... ketika ini atau masa raya lepas, aduan tentang masalah air. Terima kasih dan tahniah kepada kerajaan negeri.

Speaker

Makna semua berair la ya?

Oh alhamdulillah setakat ni berair belaka.

Speaker

Alhamdulillah.

Lain macam ayat Speaker ni. Speaker makan ubat dua kali dok? [ketawa].

Speaker

Yang Amat Berhormat saya cakap yang betul. Berair tu makna ada air la semua bekalan air cukup [ketawa] Yang Amat Berhormat.

Betullah tu. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, sebenarnya dalam kita semua bergembira menyambut kemeriahan Aidilfitri, kakitangan daripada PAIP, Pengurusan Air Pahang Berhad ini terpaksa berkorban masa, tenaga serta waktu bersama keluarga bagi memastikan kita mendapat bekalan air yang secukupnya. Syabas, tahniah lagi sekali. Saya secara peribadi amat tersentuh dan sangat berterima kasih dengan pengorbanan warga PAIP ini [Ahli Dewan menepuk meja].

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Dalam pada itu suka saya nyatakan bahawa sehingga suku kedua 2025, sebanyak sepuluh projek penting telah siap dilaksanakan. Antaranya ialah yang pertama sekali, Kerja-kerja Penukaran Pam Air Mentah dan Pam Air Bersih di Loji Lubuk Kawah, Daerah Temerloh iaitu loji kedua terbesar di Pahang, dengan peningkatan kapasiti sebanyak 500 meter padu sejam.

Yang kedua, Merekabentuk, Membina, Menyiap... dan Mentauliah Pemasangan Paip Air dengan Kaedah Horizontal Directional Drilling dari Kampung Tanjung Api ke kawasan hujung Tanjung, Tanjung Lumpur, daerah Kuantan. Di kawasan Yang Berhormat. Oh... tak apalah Yang Berhormat senyum tu kira okaylah. Nanti Yang Berhormat belanjalah CEO belakang tu. CEO PAIP ada kat belakang tu.

Dato’ Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

insya-Allah... insya-Allah. Kalau tak ada istilah sebagai rasuah, insya-Allah [Ahli Dewan ketawa].

Yang ketiga, Pemasangan Paip Bersaiz 300mm di FELDA Selancar 3 dan Tangki Chanis, Daerah Rompin. Yang keempat, Kerja-kerja Pemasangan Paip dari Tanjung Agas ke Kampung Sekukuh serta Kerja-kerja Berkaitan Daerah Pekan. Kelima, Mereka bentuk, Membina, Menyiap dan Mentauliah Sebuah Tangki Sedutan dan Rumah Pam Penggalak Lengkap dengan Sistem Pengepaman di Tangki Kampung Temai, Daerah Pekan. Yang Berhormat ADUN Bebar tak ada hari ni sebab beliau mewakili saya, mesyuarat bersama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Secara keseluruhannya bagi fasa satu pembangunan bekalan air negeri Pahang, daripada 217 projek yang telah diumumkan sebelum ini membabitkan peruntukan RM2.6 bilion, status pelaksanaan projek pada masa kini ialah 114 projek telah siap dilaksanakan, 32 projek sedang dalam pembinaan manakala 71 projek sedang di peringkat pra-pembinaan. Semua projek ini dipantau rapi dan ada masa saya sendiri turun padang ke setiap daerah untuk melihat kemajuan dan perubahan yang berlaku khususnya di kawasan yang pernah mengalami masalah.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Sebaik isu bekalan di peringkat sumber diatasi, tumpuan kini beralih kepada satu lagi cabaran besar iaitu dengan izin, Non-Revenue Water ataupun NRW. Kita tahu bahawa paip-paip lama...

Dato' Sri… Dato’ Sri Menteri Besar, mohon satu sebelum beralih kepada NRW. Er... ini bu... ini masalah yang dialami bukan peringkat PAIP. Saya ucap tahniah pada PAIP yang telah banyak selesai masalah sepanjang tempoh tersebut. Di luar daripada bidang kuasa PAIP ialah isu kadar kekeruhan yang sangat tinggi… turbidity yang sangat tinggi yang menyebabkan sebahagian loji kita tak boleh proses. Ini termasuklah yang berlaku di... bangkitkan di Loji Air Sungai Tras er... di Raub, sebahagian besar kawasan bandar sering kali terganggu, bila hujan lebat je loji tak leh proses. Kadar turbidity dia sampai 3,000 NTU.

Jadi apakah mekanisme yang kita boleh bantulah untuk mengurangkan kadar kekeruhan? Peliknya, waktu hujan turun, loji tak boleh fungsi. Setiap kali hujan lebat, loji tak boleh fungsi. Puncanya kerana kadar kekeruhan yang tinggi. Mungkin Dato' Sri Yang Berhormat Menteri Besar boleh maklum sikit.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Cheka. Antara tindakan yang telah, sedang dan akan diambil, yang pertama sekali kita menyediakan pre-sed tank ha itu, takungan dan er... yang lain-lain kita akan tengok case by case lah. Tumpuan yang kedua sekarang ini ialah untuk melihat NRW ni, yang kita kira agak tinggi. Jadi untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, walaupun PAIP telah menerima peruntukan RM75 juta daripada kerajaan persekutuan, pakej ini tidak melibatkan penggantian paip usang. Justeru, impaknya kepada pengurangan NRW masih terhad. Untuk makluman rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, kita di Pahang ini mempunyai 7,238 kilometer paip air yang berusia lebih 35 tahun, 7,238 kilometer... lebih kurang Kuala Lumpur ke London dak? Speaker dak?

Speaker

Berapa ribu Yang Amat Berhormat?

Speaker

Ke Dubai.

Speaker

Pada ke London, 14,000.

14,000? Ha ke Dubai.

Speaker

Saya dah kira dah.

Speaker

Yang Amat Berhormat kan kita dulu pergi, kita buat apa namanya, ini. Ekspedisi Kuantan - London kan? Pada Tahun Melawat Pahang, tahun 2016.

Speaker

Jadi semuanya 14... 14,000.

Ke Dubai ya? Kalau daripada Kuala Lumpur, tempat yang Speaker belajar di Amerika tu berapa?

Speaker

Itu bergantung Yang Amat… Yang Amat Berhormat, itu 29 jam naik kapal terbang.

Dak kilometer, kilometer.

Speaker

Mungkin tambah lagi empat... mungkin tambah lagi dalam 14,000, 10,000 lagi. 24,000 kilometer.

Kira jauh betul Speaker belajar ya?

Speaker

Jauh, jauh. Di Indianaz, Indiana.

Tahniahlah anak Lanchang sampai ke Indiana.

Speaker

Indiana State University.

Jadi untuk makluman Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, kos untuk menggantikan keseluruhan jaringan ni hampir mencecah RM3 bilion tapi ini bukan alasan untuk kita berhenti berusaha. 35 tahun ni kira teruk sangat la paip ni. Setakat ini dengan peruntukan yang ada, kita menggunakan peruntukan dalaman setakat 154 kilometer paip usang telah berjaya digantikan.

Mulai tahun ini, PAIP akan melaksanakan kerja-kerja penggantian paip sepanjang 713.2 kilometer melalui peruntukan sebanyak RM205 juta menerusi peruntukan kerajaan persekutuan dan RM134.6 juta menerusi pinjaman Pengurusan Aset Air Berhad. Berhubung dengan penjelasan saya mengenai NRW, diharap saya juga telah menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kuala Semantan, Cheka, Bukit Ibam dan juga Ketari.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Saya sedar bahawa setiap kali Sidang berlangsung, pasti ada soalan atau cadangan berkenaan isu bekalan air, dan saya juga tahu rakyat masih menaruh harapan yang besar kepada kerajaan negeriuntuk menangani isu air ini. Masalahnya masih ada dan tetap ada. Tetapi jangan kita nafikan bahawa keadaannya semakin baik. Berilah peluang kepada PAIP, kepada Kerajaan negeridan kepada kami semua di barisan kerajaan, masa agar usaha yang sedang giat dilaksanakan ini terus membawa hasil. Sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang, saya menyeru, agar kita bersama bersatu hati dan mendoakan setiap perancangan ini dipermudahkan dan membuahkan hasil. Insya-Allah dengan kerjasama dan komitmen berterusan hasrat kerajaan untuk menyelesaikan 90% isu bekalan air negeri Pahang menjelang akhir tahun 2026 akan menjadi kenyataan.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Isu pencerobohan tanah secara haram bukanlah satu perkara baru. Ia merupakan cabaran berterusan yang memberi kesan langsung terhadap sumber hasil negeri, kelestarian alam sekitar serta keadilan sosial. Justeru, Kerajaan Negeri Pahang memandang serius perkara ini. Dan mengakam dan terus mengambil tindakan tegas serta bersepadu dalam menangani isu tersebut dari pelbagai sudut. Antara langkah tegas yang diambil oleh kerajaan negeri adalah dengan menubuhkan Unit Penguatkuasa Negeri Pahang, pada 15 Oktober 2019 iaitu lebih kurang setahun, takdir

Allahnya saya menjadi Menteri Besar, bagi memastikan penguatkuasaan ini dilaksanakan secara berterusan dan terancang. Sejak penubuhannya, sebanyak 23 operasi pemusnahan telah dijalankan melibatkan seluas 3,366 ekar dan 5 lagi operasi tambahan telah dirancang untuk dilaksanakan dalam tahun ini. [Ahli Dewan menepuk meja]. Kawasan yang telah dikuatkuasakan ini senarai ada dengan saya. Di Raub ada, Cameron Highlands ada, Rompin ada, Bentong ada, mana lagi di Bera ada, Temerloh, di Pekan. Banyak, yang telah kita kuat kuasakan dan 5 lagi kita akan kuat kuasakan pada tahun ini.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Kerajaan negeritidak berhenti setakat itu sahaja, malah akan mempertingkatkan usaha membenteras pencerobohan dengan pendekatan lebih tegas. Pada mula pada tahun 2023 tindakan telah diambil untuk mendakwa penceroboh ke muka pengadilan tidak lagi hanya mengenakan kompaun seperti sebelumnya. Ketika mesyuarat EXCO apabila kita dapati bahawa, saya tanya er... PTG ketika itu, kompaun ni berapa je yang kena. sekiranya didapati bersalah. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, RM20,000.00, RM30,000.00. Dia buat hari Isnin, hari Rabu dia buat balik, ari Jumaat dia buat balik. Jadi bila kita nak selesaikan masalah ini. Saya tanya Penasihat Undang-undang ketika itu, boleh atau tidak kita bawa terus ke mahkamah. Penasihat Undang-undang kata boleh. Dan akhirnya Kerajaan negeribuat keputusan, bahawasanya tidak ada lagi tindakan kompaun dan kita akan bawa terus ke muka pengadilan. Bukan niat untuk mengaibkan tetapi sebenarnya untuk mengajar mereka supaya dan juga kepada orang ramai supaya tidak membuat tindakan pencerobohan haram ke atas tanah-tanah kerajaan negeri.

Sebagaimana yang disebut oleh ADUN Lantikan Yang Berhormat Tuan Fadhli, pada hari Selasa lalu, terdapat kes pencerobohan. Di mana masing-masing individu telah di denda sebanyak RM100,000.00. Kalau kompaun tak sampai RM100,000.00 Dato' Speaker, paling-paling kuat RM20,000.00 atau RM30,000.00. Jadi kalau bawak ke mahkamah untuk tujuan menakut-nakutkan supaya ianya tidak berulang lagilah ye.

Speaker

Menjadi pengajaran kepada semua.

Ya... betul Dato' Speaker. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Dalam masa yang sama, kita juga akan terus menangani isu pencerobohan secara holistik. Kerajaan negeriturut menubuhkan beberapa state GLC khusus bagi pengurusan dan pemantauan tanah seperti Perbadanan Setiausaha Kerajaan, Pahang Corporation, Pahang Mining Corporation, Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang dan yang terbaru ialah Pahang Gold.

Er… Dato’ Sri mohon soalan mencelah sikit. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Er... jadi [batuk] saya dapat satu kepastian pada hari ini bahawa kerajaan negeri memang sangat serious terhadap penceroboh-ceroboh tanah kerajaan di Pahang ini. Dan soalan saya,

[Adakah er... kerajaan negeri selepas daripada ini, akan lebih menguatkuasakan er… tindakan terhadap penceroboh ini terutama selepas kes Mahkamah Tinggi nanti dapat diselesaikan? Itu yang pertama. Yang kedua hari ni kita dapat er… makluman melalui media-media bahawa SPRM juga telah membuka kertas siasatan terhadap pencerobohan di di Raub ini. Jadi apa pandangan Yang Amat Berhormat?].

Terima kasih Yang Berhormat. Pandangan saya baik sangatlah SPRM buka kertas siasatan dan tindakan er... pencerobohan ni bagi saya, kita dah sampai ke maksimum dah sebenarnya. Dah dah habis pikir dah. Dan er...kita dapati keberkesanan dia ialah semakin hari semakin berkuranganlah kes ni dan kita harap kita dapat minimakan ataupun kita sifarkan pencerobohan tanah haram.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Selain daripada kita menubuhkan State GLC tadi, kerajaan negeriPahang juga menubuhkan Akademi Menara Pahang dan Skim Pelombong Kecil adalah untuk membantu pemilik tanah mendapatkan lesen melombong secara sah. Ini adalah antara usaha berterusan dan menyeluruh yang dilaksanakan oleh kerajaan negeridalam memastikan pembendaharaan tanah, pemerkasaan undang-undang dan kelastrian negeri sentiasa terpelihara. Saya ingin tegaskan di sini, kerajaan negeriPahang tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menceroboh tanah milikan kerajaan secara haram. Tindakan sedemikian bukan sahaja melanggar undang-undang, malah mencabuli kedaulatan dan maruah pentadbiran negeri ini. Pencerobohan tanah kerajaan adalah satu jenayah dan kerajaan negeriakan menggunakan segala peruntukan undang-undang yang ada, bagi memastikan setiap inci tanah yang diceroboh secara haram akan diambil kembali dan dipulihkan semula. Kita tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan, ugutan atau helah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab sama ada individu mahupun kumpulan.

Saya ingin memberi amaran keras. Jangan cabar ketegasan kerajaan negeri. Kerajaan negeribersama agensi-agensi penguat kuasa akan terus memperhebat operasi pemantauan penguat kuasaan dan tindakan undang-undang. Kita akan pastikan bahawa tanah kerajaan di manafaatkan untuk pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat secara menyeluruh, bukan untuk kepentingan segelintir yang tamak dan tidak bertanggung jawab.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Menjawab soalan tambahan dikemukakan oleh Yang Berhormat Tahan. Mengenai mengenai berapa keluasan tanah Skim Rakyat Kawasan DUN Tahan dan beberapa dan berapa peserta yang menerima manafaat serta apakah status STR Ladang Tembeling Jaya 2 dan STR Kampung Paya Sia. Untuk makluman Yang Berhormat Tahan, jumlah keluasan Skim Tanah Rakyat yang telah diagihkan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Tahan daerah Jerantut, setelah mendapat kelulusan daripada kerajaan negeridan selesai penamaan peserta adalah seperti berikut. STR Teluk Manis 120 ekar, peserta 30 orang. STR Kampung Pagi Murni melibatkan keluasan 18.407 ekar. Peserta seramai 69 orang. STR Kampung Pagi Murni 2 Keluasan 22 ekar melibatkan 79 peserta. STR Kampung Labu ataupun Jong berlabuh melibatkan keluasan 11.2 ekar dengan 67 orang peserta. STR Pulau Mansok. Nama pelik-pelik juga ye Tahan ni. Pulau Mansok, Jong berlabuh.

Pulau mansok 37 ekar 31 serta. Kampung Pagi Bakti 406 ekar 103 130 orang peserta. Secara keseluruhannya untuk makluman Yang Berhormat dari Tahan keluasan Skim Tanah Rakyat yang telah diagihkan di DUN Tahan adalah seluas 615 ekar melibatkan seramai 409 orang peserta. Bagi status STR Ladang Tembeling Jaya 2, berkeluasan 1,036 ekar melibatkan 497 peserta adalah untuk mendapatkan keputusan kerajaan negeribagi cadangan senarai nama peserta gantian serta memuktamadkan pelantikan pemaju bagi projek ini. Minta maaf Yang Berhormat Speaker [batuk]. Makan pedas sikit hari ni sebab itu batuk.

Speaker

Tak apa. Yang Amat Berhormat boleh minum air sikit, dia mungkin boleh mengurangkan sedikit batuk.

Speaker

Saya benarkan.

Mohon izin Yang Berhormat.

Speaker

Saya benarkan.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Speaker tak minum ke?

Speaker

Saya masih tak dahaga lagi.

Speaker

Saya masih tak dahaga lagi.

Speaker

Dah tak puasa. dah raya.

Raya dah. Yang Berhormat Dato' Speaker, manakala bagi STR Kampung Pasir Sia, Mukim Tembeling Jerantut adalah selesai penyediaan pelan racikan serta untuk tujuan pertanian dengan keluasan keseluruhan 332 ekar dan tindakan seterusnya adalah untuk mendapatkan senarai nama cadangan peserta yang layak untuk mendapatkan keputusan kerajaan negeri. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker menjawab kerana Yang Berhormat Kuala Semantan. Agar kerajaan negerimeneroka sumber hasil baru kerajaan negerimelalui Invest Pahang. Kerajaan negerimelalui Invest Pahang akan terus meneroka bentuk pelaburan baru selaras dengan pelan pembangunan Nasional seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara. Antara sektor berpotensi yang sedang diterokai termasuk tenaga boleh baru, teknologi tenaga daripada sisa ataupun ways to energy, teknologi angkasa dan aeroangkasa. Yang selalu disebut oleh Yang Berhormat daripada Pekan. Bebar. Eh, eh, bukan Bebar, Peramu, Peramu Jaya. Speaker Kata Peramu Jaya Ini roket roket. Ya.

Speaker

Ya dua pihak yang beruntung. Yang roket ni satu DAP satu lagi roket nak naik ke bulan. Satu lagi pihak PAS kita kurang untung sikit Yang Berhormat. Yang Berhormat kita kurang untung sikit.

Ingat kita kena ubahlah Dato' Speaker, cari jalan. [Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketawa]. Kebetulan Speaker ye.

Speaker

Ini secara kebetulan. DAP dengan PAS nampak gayanya mereka gembira Yang Amat Berhormat sebab untung sebab itu je.

Jadi, Yang Berhormat daripada Peramu Jaya kurang sikit sebut roket dengan [Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketawa]

Speaker

dengan bulan.

[Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketawa]. Dan seterusnya ialah Yang Berhormat Dato' Speaker, Kerajaan negerikomited dalam membangunkan ekosistem teknologi dan inovasi melalui pelaburan berimpak tinggi. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, sebagai pemimpin saya dan kita semua yang diberi amanah, kita harus tenang menghadapi ujian cabaran dan debaran kerana akhirnya rakyat akan menilai dan mencari yang tulen serta memiliki jati diri. Kita telah diasuh untuk bersuara dalam adab dan sopan, tegas, menyanggah musuh dan telus dalam menambah kawan pengalaman sebagai kerajaan yang telah lama mentadbir negeri ini mengajar kita untuk mengenal siapa rakan perjuangan yang benar-benar ikhlas berjalan di atas landasan agama, bangsa dan negeri tercinta. Rakyat tidak memerlukan teraju baharu kerana teraju yang sedia ada telah membuktikan keupayaannya teguh di landasan yang betul. Cekal mendepani cabaran dan konsisten membawa negeri ini terbang tinggi di angkasa. Seiring dengan cita-cita yang menggunung dan usaha yang tidak pernah kendur. Kerajaan negeribukan sahaja giat memacu kemajuan fizikal dan ekonomi bahkan terus memperteguhkan syiar Islam di bumi Pahang ini. Tohmahan yang melabelkan negeri ini sebagai negeri sekular sama sekali tidak berasas.

Sebaliknya pelbagai inisiatif telah digerakkan termasuk pemerkasaan institusi masjid dan surau, pembangunan pendidikan Islam pelaksanaan dasar berteraskan Maqasid Syariah serta menguatkan peranan agensi agama yang jelas membuktikan komitmen kerajaan negeridalam menjulang Islam sebagai teras pentadbiran dan cara hidup. Tidak salah untuk kita bercita-cita menjadi salah sebuah negeri maju seperti yang disebut oleh pujangga gantungkan cita-cita setinggi langit, Bermimpilah setinggi langit, Jika engkau jatuh, engkau akan jatuh di antara bintang-bintang. Bukan Kampung Bintang di Temerloh tu.

Speaker

Maknanya jatuh. Jatuh tu ke bintang je. Dia tak jatuh ke bulan tak jatuh ke roket.

[Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketawa] Yang Berhormat Dato Speaker Kerajaan negeriakan terus berpegang teguh kepada prinsip keluhuran perlembagaan dan mempertahankan kedaulatan undang-undang. Kemakmuran yang kita kecapi hari ini bukan datang bergolek tetapi hasil kerja keras semua pihak. Bukan hasil menunggu bulan jatuh ke riba. Rakyat perlu teguh. Rakyat perlu terus teguh dalam saf perjuangan. Seia sekata sehati sejiwa. Serumpun bak serai seikat bak sirih. Bersama mengharungi cabaran mendatang.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon mencelah sikit.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya tengok pada perbahasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar macam dah nak landing. Semalam saya ada bangkitkan beberapa persoalan. Saya menunggu tidak ada penuh jawapan yang di beri secara lisan daripada Yang Amat Berhormat. Jadi tak apa kalau Yang Amat Berhormat tak dapat nak memberi jawapan lisan. Saya mohon dapatlah jawapan secara bertulis pun takpe.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, sepatutnya Ahli-ahli Yang Berhormat faham. Bila tak dijawab secara lisan tu akan menyusul tulis lah. Dia automatik macam tu.

Speaker

Yang Amat Berhormat. Yang Berhormat ini Sungai Lembing ini dia baru.

Oh! Ya saya lupa.

Speaker

Ya dia baru lagi.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Yang Amat Berhormat sebab persoalan tu saya dah mintak pada sidang DUN yang lepas.

Takpe Yang Berhormat Sungai Lembing jangan bimbang. Tadi pun ada projek Sungai Lembing tu. Jadi lepas ni kuranglah sikit soalan ye. [Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketawa]. Takpe, Insya-Allah Yang Berhormat Dato' Sri Speaker saya akan bagi perhatian supaya dapat diberi jawapan secara bertulis. Insya-Allah. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, perbezaan ideologi dan sudut pandangan politik adalah perkara yang tidak akan berpenghujung. Namun, berpada-padalah jangan sampai bertingkah. Tidak kira masa. Jangan hanya kerana kuasa sesama kita bermusuh kerana dalam siasah, ianya perlu dilihat sebagai saingan politik bukan musuh politik. Hidup yang berguna adalah hidup yang sentiasa bersiap siaga menyediakan pelita di waktu petang dan bukan hanya berharap cahaya bulan yang tak kunjung tiba. Bila malam menjelma lantas meraba-raba. Yang Berhormat Dato' Speaker, saya rasa setakat ini sahaja penggulungan saya pada kali ini. Semoga saya telah menjawab sebahagian besar persoalan yang ditujukan kepada saya sebagai Menteri Besar yang turut mengetui Jawatankuasa-jawatankuasa yang bertanggung jawab ke atas saya. Jika ada soalan-soalan yang tidak berjawab, Insya-Allah jawapan secara bertulis akan saya berikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kelak. Semoga Allah SWT mengurniakan rahmat dan keberkatan kepada kita semua dalam melaksanakan tanggungjawab yang

diamanahkan demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negeri Pahang Darul Makmur.

Sekian, terima kasih. Terima kasih Dato' Sri Speaker.

Speaker

Terima Kasih, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian usul ini telah dicadang dan disokong. Soalannya sekarang ialah usul ini hendaklah dikemukakan ke dewan ini untuk mendapat kelulusan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang yang bersetuju. Sila nyatakan Ya. Yang Ahli- ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila nyatakan tidak. Usul tersebut diluluskan.

Setiausaha Dewan

Perkara keempat (1) - Rang Undang-undang. Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2025) 2025 DN 1/2025. Memorandum Perbendaharaan Tambahan Bagi Perbelanjaan Mengurus Tahun 2025 DN 5/2024. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2025) 2025.

Tuan Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker saya mohon menyokong usul itu.

Setiausaha Dewan

Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang dari Kumpulan Wang disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.

Tuan Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya mohon izin menyokong usul itu.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (2025) 2025 dibaca bagi kali yang kedua.

[BACAAN KALI KEDUA]

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Saya mohon mencadangkan

" Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2025 dagi... dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu."

Yang Berhormat Dato Speaker,

Perkara 44 Bahagian Dua Undang undang Tubuh Negeri Pahang menyatakan bahawa jika wang diperuntukkan oleh undang-undang perbekalan tidak mencukupi atau terdapat lebihan perbelanjaan bagi apa-apa maksud di mana-mana tahun kewangan, ianya hendaklah dibentangkan di dalam Dewan Negeri dan kepala-kepala perbelanjaan tersebut hendaklah dimasukkan dalam Rang Undang-undang Perbekalan.

Di samping itu, Seksyen 11(3) Akta Prosedur Kewangan membolehkan Menteri Besar membuat pendahuluan dari Kumpulan Wang Disatukan untuk menampung keperluan tersebut.

Jumlah perbelanjaan tambahan bagi perbelanjaan mengurus tahun 2025 adalah melibatkan objek sebagai 4200...RM42 ribu (Pembelian Dalam Negeri) dibawah Objek Am 400000 iaitu (Pemberian dan Bekalan Tetap) berjumlah RM20 juta bagi tujuan menampung keperluan peruntukan tambahan VOT B.32 (Kumpulan Wang Terkanun) yang akan dicarumkan ke... ke Kumpulan Wang Pembangunan untuk Perbelanjaan Pembangunan.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Perincian maklumat bagi tujuan tambahan ini ada dinyatakan didalam Memorandum Perbendaharaan Tambahan Bagi Perbelanjaan Mengurus Tahun 2025 Negeri Pahang yang dibentangkan di dalam Persidangan Dewan Negeri ini sebagai kertas DN 3/2025.

Yang Berhormat Dato Speaker. Sekian sahaja penerangan ringkas saya berhubung Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2025) 2025 ini dan berharap Rang Undang-undang yang saya bentangkan ini mendapat sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan seterusnya diluluskan.

Saya mohon mencadang. Terima kasih.

Tuan Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Yang Berhormat Speaker. Saya mohon izin menyokong usul itu.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalah di hadapan Majlis ialah “Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu”, dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas.

Sekejap Yang Berhormat Speaker, boleh saya Cuma.

Speaker

boleh, boleh.

Minta penjelasan sedikit dan kefahaman sama ada betul atau tidak. Kefahaman saya Rang Undang- undang ini adalah untuk tujuan kita keluarkan jumlah RM20 juta daripada Akaun Yang Disatukan dan dimasukkan ke dalam Akaun Pembangunan RM20 juta tersebut. Kefahaman saya macam itu betul ya. Terima kasih.

Yang Berhormat Speaker, untuk penjelasan lebih lanjut. Bajet yang kita buat ialah sebanyak RM14 juta, bajet yang dibuat pada tahun 2025 tetapi kita ada projek sambungan, projek sambungan yang mana projek yang tidak siap sebelum itu iaitu sebanyak RM10 juta dan er... bakinya ada tinggal RM3 juta. Maknanya RM14 juta yang kita buat bajet itu tetapi ada projek sambungan yang RM10 juta jadi ada baki RM3 juta. Jadi untuk projek yang diluluskan pada tahun ini, ada lebih kurang RM2 juta. Jadi itu yang kita keluarkan RM2 juta untuk kita teruskan projek yang kita nak buat pada tahun ni. Ya. Dato' Sri Speaker yang dimasukkan dalam pembangunan betulah. Masuk dalam pembangunan kemudian itu kita keluarkan.

Speaker

Maksudnya Yang Amat Berhormat, keluar poket kanan masuk poket kirilah, makna poket itu poket yang satu sama jugalah. Cuma dia ianya mesti dibuat mengikut tatakelola yang telah ditetapkan. Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Yang Berhormat Speaker, untuk detailnya boleh ada dengan saya. Sekiranya Yang Berhormat daripada apa ini Beserah berminat untuk mendapat detail boleh dapat dekat saya. Terima kasih Dato' Sri Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”,

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Speaker

dan yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”. Tiada.

Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu.

Speaker

Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.

[DALAM JAWATANKUASA]

[ Cokmar diturunkan ]

Setiausaha Dewan

JADUAL B.32 Kumpulan Wang Terkanun

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,Maksud Bekalan B.32 – Kumpulan Wang Terkanun dibuka untuk dibahas.[Apabila tamat perbahasan dan setelah YAB Menteri Besar / Ahli MMK yang berkenaan menjawab]- Tiada Perbahasan

Masalahnya bahawa wang sejumlah RM20 jutaUntuk Maksud Bekalan B.32 – Kumpulan Wang Terkanun jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Ahli-Ahli Dewan Negeri

Setuju.

Speaker

Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan ”setuju.”Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan ”tidak”. Tiada.

Maksud Bekalan B.32 – Kumpulan Wang Terkanun menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Fasal 1 dan Fasal 2.

Speaker

Fasal 1 dan Fasal 2; menjadi sebahagian daripada Undang-undang. Dengan ini saya mohon Ahli Yang Berhormat untuk membuat cadangan.

Yang Berhormat Pengerusi,

Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Tuan Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Yang Berhormat Pengerusi, saya mohon izin menyokong usul itu.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Masalahnya ialah bahawa wang... Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2025) 2025 dimaksudkan... dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Speaker

Ahli–ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak.”Tiada.

Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Cokmar dinaikkan]

Speaker

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (2025) 2025, dibaca bagi kali yang ketiga.

[ BACAAN KALI KETIGA]

Yang Berhormat Speaker,Saya mohon memaklumkan bahawa

“Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu”,

telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.

Tuan Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.

Saya mohon izin menyokong usul itu.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2025) 2025 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Speaker

”Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak.”Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (2025) 2025, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.

Perkara Keempat (2) - Rang Undang-undang Mahkamah Syariah Pahang 2025.DN 2/2025

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang akan membawa cadangan.,

Speaker

Sila Yang Berhormat, Yang Berhormat

Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua, Saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah Pahang 2025.

Yang Berhormat Dato‘ Sri Speaker, Saya mohon izin menyokong usul tersebut.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Mahkamah Syariah Pahang 2025, dibaca bagi kali yang kedua.

[BACAAN KALI KEDUA]

Yang Berhormat Dato‘ Sri Yang di-Pertua,

Saya mohon mencadangkan:

“Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai pentadbiran kehakiman syariah dan perkara-perkara berkaitan dengannya.”

Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Pahang 2025 digubal bagi menjunjung titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang (ketika itu merangkap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong) dalam persidangan Majlis Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-negeri Kali ke-4 dibawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertempat di Istana Negara pada 9 November 2021 yang telah menitahkan supaya kedudukan Mahkamah Syariah diperkasakan dengan menubuhkan Mahkamah Syariah empat (4) peringkat.

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk mewujudkan satu Enakmen khusus sebagai enakmen induk yang mengandungi semua perkara mengenai dengan pentadbiran kehakiman syariah dan perkara-perkara berkaitan dengannya meliputi penubuhan Mahkamah Syariah, Pelantikan Hakim Syarie, Bidang Kuasa dan Penjalanan Mahkamah Syariah.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Pada masa ini hanya terdapat tiga peringkat mahkamah dalam struktur bidang kuasa Mahkamah Syariah di seluruh negeri Pahang iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Demi kepentingan keadilan ummah dan bersesuaian dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah terhadap perundangan Islam, undang-undang baharu yang bakal diperkenalkan telah

diperkemaskan dengan menambah satu lagi peringkat mahkamah yang lebih tinggi untuk memberi ruang dan peluang yang lebih luas kepada pihak-pihak untuk menyemak dan merayu iaitu Mahkamah Utama Syariah.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Pada masa ini hanya Perak, Kedah, Terengganu, Sabah dan Negeri Sembilan sahaja yang mempunyai undang-undang khusus berkaitan dengan Mahkamah Syariah. Justeru, dengan penggubalan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Pahang 2025 ini ia:

i. selari dengan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa dan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terletak di bawah bidang kuasa eksklusif negeri sepertimana yang disenaraikan dalam Butiran 1, Senarai 2, Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan;

ii. Dalam melaksanakan doktrin pengasingan kuasa antara hal ehwal pentadbiran agama Islam dengan pentadbiran keadilan dan semua peruntukan Bahagian III Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 [Enakmen No.3 tahun 1991] iaitu berkaitan dengan Mahkamah Syariah akan dimansuhkan;

iii. Dalam meningkatkan martabat, kredibiliti, kedudukan dan imej Mahkamah Syariah dan menjadikannya tidak jauh berbeza berbanding dengan kedudukan Mahkamah Sivil yang mempunyai lima (5) peringkat mahkamah dan struktur baharu Mahkamah Syariah yang dicadangkan adalah Mahkamah Utama Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah;

iv. Pewujudan Mahkamah Utama Syariah akan dapat memberi keadilan dan satu lagi peluang kepada pihak-pihak yang terkilan (aggrieved parties) untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Pahang; dan

v. Menyediakan hakim-hakim syarie yang berpengalaman, berkemahiran dan berpengetahuan tinggi pada masa hadapan serta menambah baik dan memperluas skim perjawatan Pegawai Syariah sedia ada menerusi pewujudan Mahkamah Utama Syariah.

Sekian penjelasan saya berkenaan rang undang-undang yang dibentangkan. Saya mohon mencadang. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato‘ Sri Speaker, Saya mohon izin menyokong usul itu.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Masalah di hadapan Majlis ialah “Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai pentadbiran kehakiman syariah dan perkara-perkara berkaitan dengannya”, dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahaskan. Sila.

Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Saya mengambil bahagian pertama sekali saya nak menyokong penuh rang undang-undang ini bagi meningkatkan peranan Mahkamah Syariah di negeri Pahang Daripada Mahkamah Rendah Syariah, kita ada Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan, sekarang kita naik ke mahkamah Utama Syariah. Kewujudan Mahkamah Utama Syariah atau Mahkamah Rayuan Tinggi Syariah merupakan kedudukan yang dalam sistem perundangan yang selaras dengan sivil sebagaiman dibentang tadi.

Cuma bila saya tengok balik kepada bidang kuasa pada muka surat 13, Mahkamah Utama Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa keputusan Mahkamah Rayuan Syariah dan bidang kuasa rayuannya. Bererti dia spesifik mahkamah ini spesifik kepada rayuan kalau yang tak puas hati di peringkat Mahkamah Rayuan. Bermakna bila saya teliti tentang berapa banyak kes rayuan mahkamah syariah selama ini saya tengok kalau pada tahun 2000. rekod pada saya tahun 2018, kita ada 34 kes sahaja direkodkan dan daripada 38 kes itu 16 kes yang daftar, 8 kes diselesaikan dan 8 kes lagi ditangguh. Dan semua kes-kes itu melibatkan kes yang bersifat mal (harta). Ya, tidak ada kes-kes jenayah dan sebagainya.

Tahun 2019, ada 12 kes didaftarkan. 12 kes diselesaikan, 10 kes ditangguh. 2020 ada 6 kes didaftarkan dan semua kes itu ditangguh. Dan saya tiada data yang terkini sampai tahun 2025. Jadi, saya lihat bahawa perlunya kalau boleh supaya bidang kuasa mahkamah utama tu dia ada, dia ada peruntukan khas ataupun bidang kuasa yang dia sendiri untuk diselesaikan. Tidak hanya mendengar rayuan sebab kes rayuan sikit sangat takut mahkamah tu tidak banyak fungsi. Dalam setahun, kalau kita lihat mungkin hanya dalam 10 ke 20 kes sahaja. Dan sebahagian diselesaikan.

Saya lihat kalau boleh sebagaimana Mahkamah Tinggi, dia ada beberapa bidang kuasa khusus yang dia boleh menjadi…menjadi bidang kuasa dia. Saya ini sekadar cadangan untuk dipertimbang oleh pihak kerajaan . Kalau boleh kita lihat ada beberapa kes yang sepatutnya boleh diputuskan di peringkat majlis Mahkamah Utama Syariah ini. Sebagai contoh ialah pertembungan ataupun masalah yang melibatkan perbezaan-perbezaan mazhab dalam masalah fekah yang mungkin boleh kita angkat kepada bidang kuasa termasuk juga tentang perkara yang membuatkan undang-undang tubuh negeri dan dalam khusus dan bidang.. bidang-bidang agama.

Penetapan sesuatu ajaran sesak atau tak sesak masalah tarikat sebagai contoh ini, kalau boleh kita letakkan ada bidang kuasa khusus dia tidak hanya kepada rayuan kes sahaja. Sebab rayuan tu sikit sangat. Ya, takut nanti dia tidak banyak bersidang. Kalau ada bidang kuasa khas mungkin boleh dipertimbangkan supaya perkara-perkara yang lebih spesifik ini diangkat terus kepada mahkamah utama. Contohnya, pertembungan mazhab. Kadang-kadang kita tak boleh nak menyalahkan mazhab itu Mazhab Zahiri sebagai contoh.

Walaupun tidak mazhab popular, tapi dari segi syarak, syarat minima dia sebagai mazhab. Takut ada nanti di kalangan rakyat kita yang berpegang akhirnya bergaduh kerana masalah khilafiah dalam masalah mazhab yang tidak utama tapi dia diterima dalam sistem syarak. Juga termasuklah isu Syiah, Sunni. Sebagai contoh yang perlu diangkat ke majlis ini. Ini pandangan sayalah. Yang keduanya, saya tengok negara kita mengamalkan sistem pengasingan kuasa-kuasa di antara legislatif iaitu Pembuat undang- undang, Eksekutif, Pelaksaaan Dasar dan undang undang dan jadi seri

mahkamah. Pada pandangan saya, ada beberapa buah negeri yang masuk ke rang undang ni di bawah Undang Tubuh Negeri. Kalau boleh dia masukkan di bawah Undang Tubuh Negeri, saya fikir kita telah menghantar satu isyarat yang cukup jelas bahawa wujudnya pengasingan yang, yang clear. Contoh macam Kedah, Kedah dimasukkan Undang-Undang Tubuh di bawah Undang Tubuh Negeri. Dia tidak hanya sekadar satu rang undang-undang yang berasingan. Bermakna kita clear tentang wujudnya pengasingan kuasa tersebut. Ini pandangan saya, dua perkara yang saya kemukakan untuk dilihat oleh pihak kerajaan, terima kasih.

Dato’ Sri Yang di-Pertua, dan terima kasih juga rakan daripada Cheka yang memberi sokongan kepada usul yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah Utama yang ingin kita bawa kepada Dewan Yang Mulia ini dan kita juga mengucapkan terima kasih di atas beberapa pandangan. Kita tidak sebenarnya kita tidak mengatakan kes-kes jenayah itu terlalu sedikit dan bahkan memang ada juga kes-kes jenayah yang apa di peringkat Mahkamah Rendah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah di negeri Pahang ni yang telah kita bawa. Tidak, tidak, tidak kurang memang tapi kes yang nak bawa kepada peringkat rayuan, setakat ini tidaklah terlalu apa banyak. Cuma takkanlah kita nak menunggu benda tu banyak baru kita buat.

Saya yakin dengan sokongan daripada sahabat daripada Cheka ini ada langkah ini adalah langkah pertama Kerajaan negerimemperkasakan Mahkamah Syariah. Saya yakin kita dah buat berkala bagi memperkasakan Mahkamah Syariah daripada dia ini satu unit saja di bawah Jabatan Agama, kita dah asingkan jadi dia Jabatan Mahkamah Syariah dan hari ini kita nak perkasakan lagi, tak mustahil kita di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di bawah naungan Kebawah Duli Tuanku di dalam dewan ini menjadi saksi dan mencatatkan satu sejarah lembaran yang indah kepada agama Islam di negeri Pahang Darul Makmur. Kita menaik taraf dan esok mungkin kita dapat buat lagi satu pemerkasaan yang lebih baik sebagaimana yang disebutkan sebentar tadi. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Speaker

Terima kasih, sila.

Saya nak berbahas sikit Dato’ Sri.

Speaker

Boleh, boleh.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato’ Sri Speaker, pegawai-pegawai kerajaan, Ahli Dewan yang saya kasihi sekalian. Saya nak mulakan sikit perbahasan ini dengan ringkas sahaja. Memetik Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah dalam Majlis Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang pada 12 hari bulan 11 2024 yang lalu di mana Kebawah Duli

Paduka Baginda Tuanku telah memohon supaya Kerajaan negerimemperkasakan sistem perundangan syariah di Pahang.

Jadi, bila kita rujuk kepada Rang Undang-undang yang telah pun dibentangkan pada hari ini, suka saya untuk memberikan sedikit penjelasan kepada Ahli Dewan sekalian bahawa Rang Undang-undang ini adalah bukan satu perkara yang baru. Ia hanyalah satu undang-undang yang telah dibuat untuk dan bagi memansuhkan Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Tahun 1991 dengan memasukkan tiga perkara penting yang saya kira akan melicinkan perjalanan Mahkamah Syariah di Pahang.

Jadi, sebelum saya pergi kepada perbahasan saya, saya nak jawab Yang Berhormat Cheka tadi berhubung dengan yang dibangkitkan tentang adakah Mahkamah-mahkamah Syariah Utama ini perlu ada bidang kuasa khas mereka. Jadi, saya pohon untuk menyebutkan di sini bahawa bagi Mahkamah Syariah ini di peringkat Mahkamah Tinggi adalah biasanya merujuk kepada mahkamah perbicaraan, mahkamah yang akan membicarakan soal pertikaian yang berlaku.

Jadi, kalau saya boleh rujuk kepada Seksyen 33 dan 32 dalam Rang Undang-undang ini adalah jelas menyebutkan bahawa Mahkamah Tinggi akan mempunyai bidang kuasa membicarakan persoalan sehingga apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Cheka tadi kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeridan juga bidang kuasa jenayahnya juga boleh sehingga kita membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan perbezaan mazhab dan juga ajaran sesat.

Jadi, sekiranya perbicaraan tersebut diselesaikan di Mahkamah Tinggi, maka akan pergi ke Mahkamah Rayuan dan sekiranya tidak berpuas hati, barulah Mahkamah Tinggi Syariah akan membuat keputusan dalam kes-kes sebegitu. Jadi, bagi saya tidak perlu di peringkat ini untuk kita mengadakan satu bidang kuasa khas kecuali cadangan untuk kita menimbangkan perlunya kewujudan bidang kuasa berkaitan dengan semakan kehakiman.

Yang kedua, menjawab juga Yang Berhormat Cheka tadi, kenapa kes-kes syariah ini kes-kes rayuan tak banyak? Saya nak sebut sebagai Peguam Syarie di Pahang ini dan saya juga nak mengalukan rakan-rakan saya. Apa nama Persatuan Peguam Syariah Negeri Pahang yang hadir pada hari ini yang mewakili seluruh peserta.

Speaker

Kita bagi satu penghormatan kepada mereka yang ada. [Ahli Dewan menepuk meja] Yang Berhormat lantikan ni bawa bawa supporter rupanya.

Saya tak ada kawasan. Jadi gitulah gayanya. Dah tak ingat dah mana tadi.

Dato’ Sri Speaker, er… apa yang saya nak sebutkan tadi adalah berhubung dengan apa nama ni syariah ini. Kenapa tak banyak kes-kes dirujuk ke Mahkamah Rayuan. Kerana satunya kita memang tidak ada mahkamah tertinggi dalam di negeri Pahang ini iaitu Mahkamah Syariah Utama menyebabkan kes-kes rayuan tu kadang-kadang kami peguam ni tak semangat nak... kita dah tahu dah bila kita kalah di Mahkamah Rayuan er… di Mahkamah Tinggi dan mungkin kita menang ataupun menang di Mahkamah Tinggi, kita akan pergi kepada Mahkamah Rayuan dan selepas tu biasanya kita dah dah tak ada mood la ataupun kurang berminat untuk merayu atau

kita mungkin tidak menggunakan Mahkamah Rayuan. Sebaliknya, kita akan pergi ke Mahkamah Sivil untuk membuat semakan kehakiman dan itulah yang berlaku kepada kes-kes mencabar… bukan mencabar… membawa, menyemak kes-kes di Mahkamah Syariah yang dibawa ke Mahkamah Tinggi sehingga ke Mahkamah Persekutuan di peringkat Mahkamah Sivil untuk melihat sama ada undang-undang di Mahkamah Syariah itu terpakai ataupun tidak untuk dilaksanakan seperti kes ada permohonan untuk menyemak sama ada Seksyen 66 dalam Enakmen Syariah di negeri Selangor mengikut Perlembagaan ataupun tidak ataupun kes yang tuan-tuan semua tahu ni di Kelantan dan juga mencabar tentang undang-undang liwat di negeri Selangor.

Jadi, saya kira dengan tertubuhnya Mahkamah Syariah Utama ini akan memberikan ruang yang sangat kuat kepada kami sebagai peguam syarie untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Syariah Utama, itu yang pertama. Yang kedua, saya nak sebut kepada Sidang Dewan yang dikasihi sekalian. Terdapat kalau kita lihat dalam dalam rang undang-undang ini, ada tiga perkara penting.

Pertama, adalah berhubung dengan penubuhan Mahkamah Syariah. Sidang Dewan yang lalu, saya telah membangkitkan dalam perbahasan belanjawan bahawa di Malaysia hari ini hanya Perak, Sabah, Kedah, Negeri Sembilan sahaja yang mempunyai Mahkamah Utama Syariah ini. Kelantan dan Terengganu pun belum ada peringkat Mahkamah Syariah ini. Jadi, antara empat negeri yang telah melaksana ataupun menubuhkan Mahkamah Syariah ini hanya Perak sahaja yang telah melaksanakan Mahkamah Syariah Utama ini dan saya difahamkan oleh Ketua Hakim Syarie sekiranya rang undang-undang ini diluluskan, Pahang akan menjadi negeri yang kedua melaksanakan Mahkamah Syariah Utama ini di Malaysia. [Ahli Dewan menepuk meja]

Sidang Dewan yang saya hormati, Mahkamah Syariah Utama ini akan berfungsi seperti Mahkamah Persekutuan dalam perundangan sivil yang mana mempunyai bidang kuasa mendengar rayuan dari Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan Syariah.

Ertinya jika kes di Mahkamah Rendah boleh merayu dua kali ke Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dan kalau kes di Mahkamah Tinggi, kita boleh merayu ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Syariah Utama dan sudah tentulah saya yakin dengan adanya Mahkamah Syariah Utama ini akan menghasilkan satu penghakiman yang lebih apa yang disebut dengan izin, rajih ataupun mengambil pandangan ulama dan dalil yang pelbagai sama ada yang menyokong ataupun yang menentangnya dan dalam masa yang sama juga Dato’ Sri Speaker, saya yakin bahawa kualiti peguam syarie juga akan lebih meningkat dan akan meyakinkan dua peringkat mahkamah dengan setiap peringkat itu ada dua ke tiga orang hakim berdasarkan mungkin kepada kitab-kitab yang yang, yang muktabar sama ada kitab dulu ataupun sekarang seperti yang, yang kitab ulama terkini seperti Mughni, Muhtaj dan sebagainya dan kitab ulama terdahulu seperti Fiqh al-Manhaji, Imam Syafie dan sebagainya.

Situasi hari ini Mahkamah Syariah akan berakhir di Mahkamah Rayuan. Malah, ada kes yang difailkan ke Mahkamah Sivil untuk menyemak keputusan hakim di Mahkamah Syariah. Maka dengan adanya Mahkamah Syariah Utama ini, keputusan hakim di Mahkamah Rayuan Syariah boleh dirayu sehingga ke Mahkamah Syariah Utama dengan panel hakim lain. Saya yakin sekiranya rang undang-undang ini diluluskan akan dapat dilaksanakan segera.

Ahli-ahli Yang Berhormat dikasihi sekalian. Yang kedua, rang undang-undang ini juga akan membentuk satu Jawatankuasa Kehakiman Syariah. Sebelum ini, pelantikan

hakim terpaksa melalui beberapa proses iaitu bagi Hakim Mahkamah Rendah Syariah, cadangan akan dikemukakan oleh Ketua Hakim Syarie, akan dibawa ke Majlis Ugama Islam Pahang. Seterusnya, barulah memohon perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku untuk pelantikan Hakim Mahkamah Rendah.

Manakala Calon Ketua Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Tinggi. Nama yang dicalonkan adalah dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang seterusnya ke Majlis Agama Islam Pahang, barulah diangkat untuk perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan. Tetapi dengan adanya Rang Undang-undang Majlis Mahkamah Syariah 2025 ini, satu jawatankuasa baru akan diwujudkan yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Kehakiman Syarie akan menjadi korum mencadangkan terus nama-nama hakim untuk menghakimi kes kes di Mahkamah Syariah di Pahang. Pelantikan hakim akan menjadi lebih cepat untuk membicarakan kes-kes di mana hari ini ada beberapa hakim yang terpaksa menangguh kes secara litar di beberapa daerah berkongsi hakim atau hakim-hakim yang sama akan mendengar kes-kes Mal dan juga kes Jenayah. Dengan adanya jawatankuasa ini, diharapkan lebih ramai hakim akan dapat dilantik.

Yang ketiga dalam RUU ini adalah penggunaan teknologi terkini dalam prosiding mahkamah. Dalam Sidang dewan pada kali ini, Kebawah Duli Paduka Baginda telah mencadangkan supaya mahkamah syariah ini kita dapat lengkapkan dengan penggunaan teknologi yang terkini. Kalau dulu penyediaan wakalah, wakalah ni adalah akad di antara peguam dengan anak guam ataupun penyediaan afidavit merekodkan perbicaraan, nak serah saman daripada isteri nak berpisah kepada suami terpaksa hantar by hand ataupun kita kena tampal di alamat terakhir ataupun mungkin hakim akan memberi pandangan supaya tampal di masjid yang berhampiran.

Tetapi dengan RUU ini akan membenarkan perbicaraan dikendalikan melalui jarak jauh termasuklah melalui komunikasi siber. Manakala Seksyen 43 pula membenarkan pemfailan penyampaian dokumen aku terima, mengemukakan dokumen pembayaran, nak simpan dokumen dilakukan di atas talian dengan penggunaan perkhidmatan elektronik. Antaranya saman juga boleh diserahkan melalui WhatsApp, TikTok, WeChat dan sebagainya. Ini telah menyahut titah Kebawah Duli Paduka Baginda.

Baginda Sultan Pahang baru-baru ini untuk mencanggihkan pelaksanaan undang syariah di Pahang dengan teknologi semasa. Ahli Dewan yang saya kasihi sekalian, saya yakin kita telah bergerak selangkah di hadapan dalam perjalanan undang-undang syariah di Pahang. Peruntukan sebanyak RM196.06 juta dalam Belanjawan 2025 untuk memperkasakan syariah Islam khususnya undang-undang syariah di negeri ini akan mencapai matlamatnya. Inilah apabila sumber negeri dibelanjakan ke jalan Allah demi meningkatkan syariah Allah, saya yakin tanpa slogan-slogan yang hebat, Kerajaan negerisaya doakan akan berupaya melaksanakan syariah Allah sebaiknya. Saya yakin negeri ini di landasan yang betul dan insya-Allah dipimpin oleh pemimpin yang takutkan Allah untuk memakmurkan bumi Pahang ini. Benarlah firman Allah [Ayat al-Quran] dan sabda Nabi SAW [Ayat al-Quran].

Ketahuilah setiap kalian adalah pemimpin. Dan semuanya bertanggung jawab terhadap apa yang dipimpinnya. Imam adalah pemimpin ke atas orang ramai. Dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Ahli Dewan sekalian, akhirnya saya pohon marilah kita pahatkan nama kita sebagai penyokong RUU ini. Semoga nama kita juga dipahatkan di hadapan Allah sebagai pejuang agamanya yang menjadi saksi bahawa sebagai ADUN-ADUN di negeri Pahang termasuk daripada pembangkang sidang kali ini, kita sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang

Mahkamah Syariah Tahun 2025 ini. Sekian Assalamualaikum WBT [Ahli Dewan menepuk meja].

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang dibaca untuk kali kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan setuju.

Ahli-Ahli Dewan Negeri

Setuju.

Speaker

Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan tidak. Tiada.

Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai pentadbiran kehakiman syariah dan perkara-perkara berkaitan dengannya.

[DALAM JAWATANKUASA]

Speaker

Dewan Negeri bersidang dalam Jawatankuasa.

[Cokmar diturunkan]

Setiausaha Dewan

Fasal 1 hingga Fasal 54.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

FasaL 1 hingga Fasal 54 dibuka untuk perbahasan sekarang. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa Fasal 1 hingga Fasal 54 menjadi sebahagian daripada Undang-undang hendaklah dipersetujukan. Ahli ahli yang bersetuju, sila nyatakan setuju.

Ahli-Ahli Dewan Negeri

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan tidak. Tiada. Fasal 1 dan hingga Fasal 54 menjadi sebahagian daripada Undang-undang.

Yang Berhormat Pengerusi, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon menyokong Usul itu.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Mahkamah Syariah Pahang 2025 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan setuju.

Ahli-Ahli Dewan Negeri

Setuju.

Pengerusi (Jawatankuasa Seluruh Dewan)

Ahli ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan tidak. Tiada. Majlis bersidang semula dalam Majlis Jawatankuasa, Majlis Mesyuarat. Minta maaf.

[Cokmar dinaikkan]

[BACAAN KALI KETIGA]

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Mahkamah Syariah Pahang 2025 dibaca bagi kali ketiga.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan mengenai pentadbiran kehakiman syariah dan perkara-perkara berkaitan dengannya telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon menyokong usul itu.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Mahkamah Syariah Pahang 2025 dibaca kali ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan setuju.

Ahli-Ahli Dewan Negeri

Setuju.

Speaker

Ahli ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan tidak. Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca untuk kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Mahkamah Syariah Pahang 2025. Bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.

Perkara Kelima (1): Usul Usul Tambahan Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air Tahun 2025.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon izin untuk membawa satu usul di Dewan Yang Mulia ini yang berbunyi:

“Bahawa Dewan ini mengikut syarat-syarat ketetapan yang menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Perbekalan Air. Dengan ini bersetuju meluluskan Perbelanjaan Tambahan 2025 daripada Kumpulan Wang tersebut itu sebagaimana yang ditetapkan di dalam Perbelanjaan Tambahan 2025 yang dibentangkan di persidangan ini sebagai Kertas Mesyuarat DN 4/2025”.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, peruntukan tambahan ini diperlukan bagi menampung perbelanjaan bagi tujuan melaksanakan projek dan program EFT di negeri Pahang untuk tahun 2025. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, sekian sahaja penerangan ringkas saya berhubung Usul Tambahan Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air Tahun 2005. Saya berharap Usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan Yang Mulia ini. Saya mohon mencadang. Terima kasih.

Speaker

Ada ahli yang menyokong?

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon menyokong Usul itu.

Speaker

Usul ini dibuka untuk perbahasan. Tiada. Yang Amat Berhormat sila, kerana tiada perbahasan. Yang Amat Berhormat nak bagi pandangan? Tiada. Tiada perbahasan. Masalahnya ialah Usul ini telah dicadangkan dan disokong. Sekiranya sekarang ini Usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapat kelulusan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila nyatakan setuju.

Ahli-Ahli Dewan Negeri

Setuju.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyatakan tidak bersetuju, sila nyatakan tidak. Tiada. Usul tersebut diluluskan.

Setiausaha Dewan

Perkara Kelima (2): Usul Pelantikan Ahli Dewan Negara.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon izin untuk membawa satu Usul di Dewan Yang Mulia ini yang berbunyi bahawa negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju melantik Puan Norhasmimi binti Abdul Ghani dan Encik Shahrol Wizan bin Sulong menjadi Ahli Dewan Negara menurut kehendak Perkara 45(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Yang Berhormat Speaker, Izinkan saya menyentuh serba sedikit latar belakang 2 Ahli Dewan Negara yang dicadangkan. Yang pertama, Puan Norhasmimi binti Abdul Ghani berasal dari Jerantut, Pahang. Latar belakang akademik Ijazah Undang-Undang (Syariah) dari UIA dan Ijazah Undang-Undang (LLB) dari UIA. Dari segi pengalaman kerja beliau merupakan Pensyarah Undang-Undang di UiTM Pahang daripada tahun 2001 hingga 2008, Pegawai Seranta FELDA Jabatan Perdana Menteri 2008 hingga 2018, Penolong Pengarah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada tahun 2019, Ketua Unit Wanita dan Sosial, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang memegang pelbagai jabatan er… jawatan di dalam NGO dan sekarang beliau menjalankan perniagaan sendiri.

Manakala yang kedua Encik Shahrol Wizan bin Sulong berasal dari Temerloh, Pahang merupakan Ketua Umum Penyelaras Pembangunan Masyarakat Asli Pahang. Latar belakang akademik memiliki Sijil Tinggi Pengajian Sains Dakwah Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi pada tahun 2009, Sijil Pengajian Islam dan Dakwah Institut Dakwah Islam (PERKIM), Sijil Asas Pengajian Islam Persediaan dan Lanjutan PP Tamadun Masyarakat Asli (PETAMA), Pahang 1999 hingga 2000, Sijil Perkhidmatan Masyarakat Orang Asli di Tamadun Masyarakat Orang Asli (PETAMA). Dari segi pengalaman kerja, beliau sekarang sedang berkhidmat sebagai Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli Pahang di bawah Majlis Ugama Islam Pahang dan Yayasan Pahang, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli Penderas, Temerloh, Pengerusi Persatuan Pendakwah Orang Asli Islam Malaysia, Pengerusi Persatuan Qiadah PETAMA Pahang (batuk) beberapa lagi jawatan di dalam agensi negeri Pahang berkaitan masyarakat Orang Asli.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Pemilihan Ahli-ahli Dewan Negara telah mengambil kira latar belakang keluarga, pendidikan, pengalaman, pencapaian kerjaya dan komitmen dalam khidmat bakti

kepada masyarakat. Aspek interpersonal juga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan bagi memastikan hubungan dalam masyarakat. Saya percaya dengan cadangan pelantikan ini, Ahli-ahli Dewan Negara akan dapat membantu dalam mencapai visi dan misi Kerajaan negeridalam memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan kepada rakyat negeri Pahang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Sekian sahaja perhubungan er… sekian sahaja pandangan saya berhubung Usul ini. Saya berharap Usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan Yang Mulia ini. Saya mohon mencadang. Terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membawa Usul Ahli Dewan Negara yang merujuk kepada Perkara 45(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, saya mohon sokongan daripada Yang Berhormat Ahli Dewan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya mohon menyokong Usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Usul ini telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan telah pun mendapat sokongan. Sekarang Usul ini dibuka untuk dibahas. Tiada perbahasan. Masalahnya ialah Usul ini telah dicadangkan dan disokong. Soalannya sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapat kelulusan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan usul ini, sila nyatakan “Setuju”.

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Usul tersebut diluluskan.

Urusan-Urusan Am Kertas-kertas Mesyuarat

Setiausaha Dewan

Perkara Keenam: Urusan-Urusan Am Kertas-kertas Mesyuarat.

Penyata Kewangan Yayasan Pahang Berakhir 31 Disember 2023 DN 5/2025

Penyata Kewangan Yayasan Pahang Berakhir 31 Disember 2023 DN 5/2025

Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Berakhir 31 Disember DN 6/2025

Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands Berakhir 31 Disember 2023 DN 7/2025

Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) Berakhir 31 Disember 2023 DN 8/2025

Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Berakhir 31 Disember 2023 DN 9/2025

Penyata Kewangan Perbadanan Muzium Negeri Pahang Berakhir 31 Disember 2023 DN 10/2025

Penyata Kewangan Majlis Bandaraya Kuantan Berakhir 31 Disember 2023

DN 11/2025

Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Temerloh Berakhir 31 Disember 2023

DN 12/2025

Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Bentong Berakhir 31 Disember 2023 DN 13/2025

Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Pekan Berakhir 31 Disember 2023 DN 14/2025

Penyata Kewangan Majlis Daerah Lipis Berakhir 31 Disember 2023 DN 15/2025

Penyata Kewangan Majlis Daerah Jerantut Berakhir 31 Disember 2023 DN 16/2025

Penyata Kewangan Majlis Daerah Cameron Highlands Berakhir 31 Disember 2023 DN 17/2025

Penyata Kewangan Majlis Daerah Maran Berakhir 31 Disember 2023 DN 18/2025

Penyata Kewangan Majlis Daerah Rompin Berakhir 31 Disember 2023 DN 19/2025

Penyata Kewangan Majlis Daerah Bera Berakhir 31 Disember 2023 DN 20/2025

Penyata Kewangan Majlis Daerah Raub Berakhir 31 Disember 2023 DN 21/2025

Dato’ Sri Speaker, Saya musykil ini teknikal sahaja ia melibatkan cuma di belakang undang-undang sebab ia Kertas Dewan. Kertas semua er… kertas yang dibekalkan ini embargo sampai hari esok kerana jadual awallah. Tapi ikut kata kita jadual kita sepatut hari ini. Oleh kerana dibentang hari ini, saya mohon pengisytiharan supaya embargo ini berakhir pada hari ini bukan pada tarikh Jumaat 25 sebab kalau tidak nanti segi perundangan kita ada masalah.

Speaker

Teknikal.

Speaker

Kita er… kita setuju bahawa kertas tersebut di embargo nya dibuka di er… apa nak mohon… mohon apa namanya er… ianya di er… berakhir pada hari ini. Setuju?

Ahli-Ahli Dewan

Setuju.

Speaker

Sila, sebab kita ada… kita percepatkan Mesyuarat Dewan itu soalnya. Minta maaf itu kesilapan teknikal. Terima kasih Yang Berhormat Cheka.

PenangguhanAdjournment

Setiausaha Dewan

Perkara Ketujuh: Penangguhan

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya mohon membawa cadangan bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kita telah pun sampai ke penghujung Mesyuarat Dewan Negeri Pahang bagi penggal ini. Di kesempatan ini lagi sekali, patik merafak

sembah menjunjung serta tinggi kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj atas perkenan berangkat mencemar duli bagi menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada Jumaat lalu. Sesungguhnya keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku berdua ke Dewan Negeri ini mencerminkan kecaknaan serta keprihatinan terhadap kemakmuran serta kesejahteraan rakyat dan negeri Pahang Darul Makmur ini.

Selanjutnya saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana perjalanan persidangan ini telah berlangsung dengan lancar, teratur serta penuh disiplin dan rasa tanggungjawab. Terima kasih kepada semua rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat. Sehubungan dengan itu, pujian dan penghargaan setulusnya saya tujukan kepada Yang Berhormat Dato Sri Speaker [Ahli Dewan menepuk meja] dan Yang Berhormat Timbalan Speaker [Ahli Dewan menepuk meja] atas kecekapan dan ketegasan dalam mengendalikan aturan serta persidangan Dewan Yang Mulia ini dengan begitu baik sekali. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ucapkan lagi sekali syabas dan setinggi-tinggi terima kasih atas penglibatan aktif, komitmen yang tinggi serta sumbangan pandangan yang bernas sepanjang tempoh persidangan ini berlangsung. Sepanjang persidangan kali ini, kita telah berjaya membincangkan serta menyelesaikan pelbagai perkara penting yang menyentuh kepentingan rakyat dan pembangunan negeri. Perkara-perkara yang dibangkitkan telah diperhalusi secara bersama mencerminkan semangat demokrasi dengan tanggungjawab kolektif yang amat kita hargai. Dalam hal ini amat penting untuk rakyat terus memberikan kepercayaan kepada Kerajaan negeriyang dipilih secara sah dan demokratik. Kepercayaan inilah yang menjadi asas kestabilan pentadbiran dan kelangsungan dasar-dasar pembangunan negeri yang menyeluruh dan berterusan. Amanah rakyat adalah satu tanggungjawab besar yang harus kita pikul dengan penuh keinsafan dan insya Allah akan terus ditunaikan sebaik-baiknya demi kesejahteraan bersama.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Pada hari ini, anak-anak kita di seluruh negara termasuk di negeri Pahang telah menerima keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2024. Alhamdulillah, tadi EXCO Kanan EXCO Pendidikan telah pun memaklumkan bahawa negeri Pahang menduduki tempat ke-3 negeri terbaik seluruh Malaysia dengan pencapaian Gred Purata Negeri 4.23 berbanding 4.36 pada tahun 2023. Seramai 16,942 calon telah menduduki peperiksaan SPM tahun 2024 dan seramai 595 calon telah memperolehi keputusan semua A dengan jumlah peratusan layak sijil 95.99%.

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada daerah Bentong, Pekan, Jerantut, Lipis dan Kuantan kerana menduduki 5 tangga teratas terbaik SPM 2024 negeri Pahang.

Temerloh Tak ada. [ketawa]. Bandar Bahagia ada kan? Temerloh ada Bandar Bahagia tak? [ketawa]. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua calon khususnya anak-anak Pahang atas segala usaha ketekunan dan pengorbanan sepanjang tempoh pembelajaran mereka. Kejayaan hari ini adalah hasil titik peluh, doa ibu bapa, bimbingan guru-guru serta kesungguhan diri sendiri.

Bagi yang berjaya, teruskan langkah dengan penuh iltizam dan jangan leka dengan pencapaian itu sahaja. Gunakan keputusan ini sebagai batu loncatan untuk melakar masa depan yang lebih cemerlang.

Kepada yang mungkin tidak mencapai keputusan seperti yang diharapkan, jangan berputus asa. Setiap perjalanan hidup ada hikmahnya. Teruskan berusaha dan yakinlah bahawa kejayaan datang dalam pelbagai bentuk dan peluang sentiasa terbuka bagi mereka yang tidak mudah mengalah. Kerajaan negeriPahang akan terus komited dalam menyediakan ekosistem pendidikan yang inklusif dan menyeluruh demi masa depan generasi muda negeri ini.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Pada hari Ahad yang lalu, saya telah merasmikan Kursus Perdana Haji [batuk] dan Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang Program Barakah Haji Pahang tahun 1446 Hijrah bersamaan dengan 2025 Masihi serta melancarkan buku Himpunan Doa Arafah di Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj, Pekan.

Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada EXCO Agama Yang Berhormat Dato' Sri Syed Ibra kerana telah berjaya membuat ataupun melaksanakan buku Himpunan Doa Arafah ini bersama-sama dengan pengarah JAIP dan yang lain-lain.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Pada tahun ini, seramai 1,725 jemaah haji Pahang akan turut serta bersamaan, bersama 31,600 jemaah haji Malaysia menunaikan rukun Islam yang kelima. Bagi meraikan jemaah haji ini, Kerajaan negerimenerusi program Barakah Haji Pahang telah menyalurkan wang saku berjumlah RM750.00 setiap seorang dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.66 juta sebagai tambahan perbelanjaan ketika berada di Tanah Suci.

Selain dari itu, Kerajaan negerijuga turut membekalkan pek makanan retort 'Juadah Makmur' untuk mereka melepaskan rindu dengan masakan Malaysia serta buku Himpunan Doa Arafah yang saya nyatakan tadi. Semua ini merupakan usaha Kerajaan negeridalam meraikan jemaah-jemaah haji yang akan ke Tanah Suci nanti.

Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua bakal-bakal jemaah haji dari negeri Pahang yang telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah SWT pada tahun ini. Perjalanan suci ini adalah satu anugerah besar kepada Allah SWT, daripada Allah SWT dan saya mendoakan agar segala urusan para jemaah dipermudahkan dan ibadah haji diterima sebagai haji yang mabrur.

Insya-Allah, Yang Berhormat Dato' Sri Yang Dipertua, saya bersama keluarga akan turut serta suci bagi mengerjakan ibadah haji pada kali ini.

Speaker

Alhamdulillah.

Di kesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat sekiranya terdapat keterlanjuran dalam tutur bicara atau terkhilaf dalam perbuatan yang menyinggung perasaan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang turut sama ke Tanah Suci, saya berharap kita akan dapat bertemu disana nanti, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Setakat ini sajalah ucapan penangguhan saya pada persidangan kali ini. Saya lagi sekali merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker serta Yang Berhormat Timbalan Speaker atas kepemimpinan cemerlang sepanjang perjalanan mesyuarat kita pada kali ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat atas keterlibatan aktif dan perbahasan yang konstruktif yang telah memberikan nilai tambah kepada setiap perbincangan dalam dewan ini. Penghargaan saya turut tujukan kepada Setiausaha Dewan Negeri serta seluruh kakitangan di bawah pentadbiran beliau. Begitu juga kepada pegawai dan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang yang telah berusaha memastikan kelancaran perjalanan persidangan ini.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua-ketua Jabatan Kerajaan negeridan Persekutuan serta Agensi-agensi Kerajaan yang telah menyediakan segala butiran dan data yang diperlukan bagi membantu Kerajaan negerimenjawab segala pertanyaan-pertanyan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Ucapan terima kasih juga saya panjangkan, panjangkan kepada anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Petugas Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Kerja Raya, Majlis Bandaraya Kuantan serta semua pihak yang telah menyumbang kepada kelancaran dan keselamatan sepanjang persidangan ini berlangsung.

Tidak. Tidak dilupakan juga penghargaan kepada petugas media yang telah memberikan liputan menyeluruh dan berterusan sepanjang persidangan ini yang menjadi jambatan komunikasi antara Dewan dengan rakyat jelata.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang Dipertua, Insya-Allah kita akan bertemu kembali dalam persidangan yang akan datang dengan semangat yang sama dan iltizam yang lebih teguh untuk terus membela kepentingan diri, kepentingan rakyat dan memacu kemajuan negeri tercinta ini. Saya mendoakan agar semua Ahli-ahli Yang Berhormat selamat kembali ke kawasan masing-masing dan meneruskan amanah serta tanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat dengan penuh keikhlasan, integriti dan dedikasi.

Memandangkan kita masih lagi dalam bulan Syawal, saya mengambil kesempatan lagi sekali mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati, mempermudah dan memberkati segala usaha kita dalam memberikan khidmat bakti terbaik kepada rakyat dan negeri Pahang yang tercinta ini.

Pucuk pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan, Sidang ditangguh penuh restu, Amanah rakyat terus dilaksanakan.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya mohon menyokong cadangan yang di anjurkan oleh Yang Amat Berhormat Dato Sri, terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Alhamdulillah, kita dah sampai ke penghujung persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Ke-15. Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri DiRaja Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat, Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan kerjasama, sokongan, komitmen yang amat tinggi kepada saya dan Timbalan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Adat perbahasan dalam Dewan, adakalanya naik, adakalanya turun. Terutamanya apabila isu-isu hangat dan sensitif dibangkitkan. Tetapi, ada juga suasana yang lebih tenang, teratur, fokus pada sesuatu persoalan yang dibawa. Ianya tidak bukan melainkan demi rakyat, kepentingan rakyat dan negeri Pahang. Apa yang lebih penting dan lebih mustahak ialah sikap saling hormat menghormati, menghargai, memahami dan meletakkan Dewan Yang Mulia ini di landasan yang betul dan penuh integriti. Syabas saya ucapkan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dua hari lagi, Pilihan Raya Kecil Ayer Kuning akan berlangsung. Saya menyeru kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan turut sama-sama berkempen kepada calon-calon untuk menja, untuk menjaga tatasusila dan bertindak lebih tenang. Marilah kita sama-sama menjaga, membawa imej negeri Pahang yang baik kerana banyak mata-mata yang memandang dari segi pelbagai sudut. Marilah kita sama-sama mengangkat martabat demokrasi dan meraikan dengan mengamalkan kempen yang sihat, beretika dan berasaskan fakta.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya juga ingin memaklumkan kepada semua bahawa pada tahun ini, Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah kepada kemuncak Persidangan Asian dan negeri Pahang telah terpilih dan akan menjadi penganjur bersama Parlimen sempena The Meeting of Asian Inter Parliamentary Assembly (AIPA) pada 9 hingga 12 Jun 2025 bertempat di The Zenith Hotel, Kuantan. Pelaksanaan program selaras dengan ke pengerusian Asian oleh Malaysia dan penggiliran Parlimen Malaysia sebagai Presiden AIPA pada tahun 2025. Selain negeri Pahang, dua negeri yang telah terpilih ialah Sarawak, 21 hingga 24 April 2025, Meeting of Women Parliamentarians (WAIPA) dan Selangor, 26, hingga 29 Mei 2025 Meeting of Young Parliamentarians (WPA). Bagi negeri Pahang persidangan berfokuskan kepada Majlis Penasihat Bahaya Dadah, Advisory Council on Drugs Dangerous Drugs (AIPACODD). Persidangan ini akan disertai delegasi daripada 10 negara anggota ASEAN iaitu Brunei, Cambodia, Indonesia, Loas Demokratik People Republik, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Selain daripada penganjuran persidangan tersebut, ianya juga akan memberi ruang dan peluang untuk mempromosikan keunikan serta kelebihan negeri Pahang melalui program-program yang telah dianjurkan sepanjang tempoh persidangan berlangsung seperti majlis makan malam melibatkan keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Promosi menu masakan kuih tradisional Pahang dan persembahan kebudayaan. Lawatan ke Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan dan

Perkampungan Kraf Diraja, Tunku Azizah Pulau Keladi, Pekan. InsyaAllah saya akan memanjangkan jemputan kepada yang Ahli-ahli Yang Berhormat semua untuk turut serta dalam persidangan tersebut terutama semasa majlis makan malam.

Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dapat kembali ke kawasan masing-masing dengan selamat dan dapat melaksanakan amanah yang telah ditetapkan dan dipertanggungjawabkan sepenuh hati. Kita sebagai Ahli Yang Berhormat sewajarnya menjunjung titah dan mencontohi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang sentiasa turun ke padang bersama-sama dengan rakyat di kala susah dan senang. Sebagai pemimpin yang diamanahkan, tugas kita bukan sekadar mendengar tetapi memahami, bahkan bukan sekadar berkata tetapi melaksanakan. Bukan sekadar memimpin tetapi bersama-sama merasai denyut nadi rakyat. Hanya dengan keikhlasan, kesungguhan dan usaha kita mampu menjayakan impian rakyat menjadi satu kenyataan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tak lupa juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan dan semua pihak yang terlibat yang memberikan kerjasama yang tinggi di dalam menjayakan persidangan kali ini. Akhir Kalam, selamat berkhidmat saya ucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, bukan sekadar Yang Berhormat tetapi yang berkhidmat untuk negeri dan rakyat. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf, zahir dan batin. Persidangan Dewan Negeri ditangguhkan pada jam 3.21 petang. Assalamualaikum WBT. Persidangan negeri ditangguhkan.

[Persidangan ditangguhkan]