Pahang · 14 August 2025
15th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 325 turns · 21,658 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari : Khamis 14 Ogos 2025
bersamaan 20 Safar 1447 Hijrah
Masa : 9.30 pagi
DOA
Perkara Pertama: Doa.
Assalamualaikum WBT. Bagi memulakan mesyuarat kita pada hari ini, marilah kita sama-sama membaca ummul kitab… ummul kitab al-Fatihah. [Bacaan ayat al-Quran].
Bismillahirrahmanirrahim. [Bacaan ayat al-Quran]. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani. KepadaNya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat maha hikmah limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat, pergaulan. Mudah-mudahan sentosa, aman makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian. Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan taufikMu dipohonkan menyuluh, memandu kami ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, makmur dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduk sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan, Amin Ya Rabbal Alamin.
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat EXCO Kanan dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, alhamdulillah marilah kita sama-sama syukur pada Allah SWT dengan izinNya, kita semua dapat menghadiri Mesyuarat Penggal Ke-2… Mesyuarat Kali Ke-2 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada pagi yang berbahagia ini.
Umum mengetahui bahawa Dewan Negeri bersidang sebanyak 3 kali setahun. Jadi, persidangan ini perlu diadakan seperti biasa mengambil kira ketetapan yang telah ditetapkan dan tentunya akan ada perkara-perkara penting dibawa pada persidangan kali ini. Di kesempatan ini, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pahang atas pencapaian luar biasa dalam memperkukuhkan kedudukan ekonomi serta menarik pelaburan strategik yang berimpak tinggi.
Sehingga Jun 2025, Pahang telah mencatatkan jumlah pelaburan direalisasikan tertinggi di Pantai Timur dengan nilai keseluruhan RM4 bilion. Prestasi ini bukan sahaja mengatasi negeri-negeri jiran seperti Terengganu RM1.3 bilion dan Kelantan RM1.1 bilion, malah membuktikan keupayaan Pahang sebagai destinasi pelaburan utama yang progresif dan komprehensif. Kejayaan ini hasil kerjasama antara usaha bersepadu pelbagai pihak termasuk agensi-agensi kerajaan negeri, syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC), Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), para pemain industri serta komuniti pelabur yang sentiasa menyokong aspirasi pembangunan negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pelaburan yang diterima telah memperkukuhkan sektor-sektor strategik seperti pembuatan, minyak dan gas serta pelancongan yang terus menjadi pemacu utama pembangunan pertumbuhan ekonomi negeri. Malah, bagi kategori pelaburan komited, Pahang merekodkan, maksudnya pelaburan komited ini… komited tetapi belum mulakan lagi ya... merekodkan nilai RM3.5 bilion, satu indikator jelas terhadap keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik dan iklim pelaburan yang kondusif di negeri ini.
Lebih membanggakan, jangkaan nilai pelaburan baru berimpak tinggi yang direkodkan mencecah RM38.4 bilion, menandakan bahawa Pahang kini berada di landasan kukuh sebagai negeri yang mesra pelabur, berdaya saing dan berwawasan. Dari sudut prestasi ekonomi keluaran negara kasar ataupun keluaran luar negeri kasar (KDNK) Pahang bagi tahun 2024 mencatatkan pertumbuhan 5.7% mengatasi purata nasional sebanyak 5.1% dengan nilai keseluruhan RM68.7 bilion, terbaik di Pantai Timur.
Sejak tahun 2028, KDNK negeri ini telah meningkat sebanyak 23% bersamaan kira-kira RM13 bilion, satu refleksi kepada pelaksanaan dasar pembangunan yang strategik, mampan dan menyeluruh. Kestabilan politik, dasar yang konsisten, pembangunan infrastruktur moden serta ekosistem pelaburan yang mesra dan efisien terus menjadi pemangkin utama kemajuan negeri. Kerajaan Negeri Pahang kekal komited memperkasakan inisiatif pemudah cara pelaburan, mempercepatkan pelaksanaan projek strategik serta memperkukuhkan jaringan infrastruktur sokongan di seluruh negeri.
Segala pencapaian ini adalah cerminan keyakinan Aspirasi Pahang 1st yang telah menekankan pertumbuhan ekonomi seimbang, peluang pekerjaan untuk rakyat serta agihan kemakmuran secara adil dan menyeluruh. Tahniah juga diucapkan kepada Kerajaan Negeri Pahang di atas kejayaan mencatatkan pungutan hasil melebihi RM700... RM700 bilion setakat ini. Ha….
RM774 juta, minta maaf, ini bukan salah saya, salah orang yang taip... ini tak patut betul dia buat Speaker macam ni… [Ahli Dewan ketawa]. Pagi-pagi Speaker dah, Speaker ni dia kadang-kadang Speaker ni dia suka je menegur orang salah kan. Ha, kali ini Speaker pulak salah [Ahli Dewan menepuk meja]. RM700 juta setakat bulan Julai 2025 serta pelaksanaan pelbagai program berorientasikan rakyat seperti Program Air Percuma Pahang 1st seperti negeri
Selangor, banyak negeri yang telah laksanakan… Pulau Pinang yang jelas menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam mempastikan kesejahteraan dan manfaat langsung kepada seluruh rakyat Pahang.
Sesungguhnya di bawah kepimpinan yang berwibawa dan berwawasan, Pahang terus melakar kejayaan demi kejayaan. Semoga negeri ini akan terus makmur, maju dan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain dalam menjayakan pembangunan yang inklusif dan lestari. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ini juga ingin menjunjung kasih setinggi-tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas titah penuh hikmah dan keprihatinan Baginda terhadap kesejahteraan rakyat.
Titah Baginda agar semua wakil rakyat tidak terlalu sibuk dengan urusan politik sepanjang masa, sebaliknya lebih rajin turun padang menjenguk rakyat yang memilih kita adalah satu peringatan yang amat bermakna dan tepat pada waktunya. Sebagai wakil rakyat, kita bukan sekadar pemimpin politik tetapi juga pemegang amanah rakyat yang mengharapkan pembelaan, perhatian dan tindakan yang nyata. Saya menyeru kepada semua Yang Berhormat agar bersama-sama menjunjung Titah Tuanku dengan semangat tanggungjawab dan keikhlasan. Turunlah ke lapangan, dengarlah suara rakyat dan bawa isu-isu mereka ke dalam Dewan ini dengan penuh integriti dan komitmen. Marilah kita jadikan Dewan ini bukan sekadar medan perbahasan tetapi medan penyelesaian.
Semoga dengan usaha bersama, negeri Pahang akan terus maju, makmur, sejahtera di bawah naungan Tuanku Sultan yang kita junjung tinggi. Baiklah, sebelum kita meneruskan dengan aturan urusan selanjutnya, saya ingin memaklumkan beberapa perkara bahawa persidangan kita pada kali ini akan berterusan hingga selesai. Walau bagaimanapun, pihak Dewan Negeri ada menyediakan jamuan pagi di bilik rehat ADUN. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dijemput menikmati jamuan secara bergilir-gilir semasa persidangan berlangsung. Makluman seterusnya adalah jemputan Program MAHA… Mini MAHA Pahang 2025. Satu program di bawah inisiatif kerajaan negeri melalui kerjasama jabatan dan agensi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, KPKM Negeri Pahang di Dataran Temerloh, Pahang iaitu Program MAHA… Mini MAHA Pahang 2025.
Program yang buat julung kalinya diadakan ini bermula pada hari ini 14 Ogos hari Khamis hingga 17 Ogos 2025 hari Ahad pada jam 10 pagi hingga 10 malam. Pelbagai pengisian program yang menarik melalui… sesuai… menarik, sesuai untuk seisi keluarga. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh merujuk kepada risalah yang telah diedarkan dalam paperbag untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Program MAHA… Mini MAHA Pahang 2025. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara.
Seterusnya, bagi pihak Dewan Negeri ada menyediakan Borang Kajian Kepuasan Pelanggan yang diletakkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya memohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengisi
borang kajian tersebut bagi tujuan pembaikan pentadbiran Dewan Negeri. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita teruskan dengan aturan selanjutnya.
Mengesahkan Peringatan Mesyuarat
Perkara kedua: Mengesahkan Peringatan Mesyuarat.
Mengesahkan Peringatan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada 18, 21, 22, 23, 24 April 2025 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Assalamualaikum WBT. Selamat Pagi, Selamat Sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon dengan izin untuk kita yang beragama Islam membacakan sebelum kita mulakan sidang Dewan yang lebih lanjut untuk kita yang beragama Islam membacakan Al-Fatihah kepada mangsa buli di Sabah iaitu Allahyarhamah Zara Qairina binti Mahathir. Ini berlaku di Sekolah Menengah Agama Tun Datu Mustapha, Limauan, Sabah dan juga kepada arwah abang Yang Berhormat Dato’ Fakharuddin, EXCO Kerajaan Negeri iaitu Allahyarham Abdullah bin Mohd Arif atau dikenali dengan Cikgu Dollah dan bagi yang beragama Islam, saya minta kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada yang bukan beragama Islam kita bertafakur. Al-Fatihah [Bacaan doa].
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin membawa cadangan bahawa Peringatan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Ke-15 pada 18, 21, 22, 23 dan 24 April 2025 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan disahkan.
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Soalannya ialah satu cadangan bagi mengesahkan Peringatan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang yang Ke-15 pada 18 21, 22, 23 dan 24 April 2025 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan telah pun mendapat sokongan.
Sekiranya tiada apa-apa pindaan, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila nyatakan “setuju”. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju… tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”. Tiada. Peringatan Mesyuarat tersebut disahkan dengan tiada pindaan.
Peringatan mesyuarat disahkan dengan tiada pindaan dan dibawa untuk pengesahan Yang Berhormat Speaker Dewan Negeri.
[Setiausaha Dewan membawa Peringatan Mesyuarat untuk ditandatangani oleh YB Speaker Dewan Negeri]
Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri BesarQuestions
Perkara ketiga. Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada hari ini sebanyak 10 pertanyaan akan dikemukakan oleh Ahli Dewan Negeri kepada kerajaan. Ini kerana Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau tidak dapat bersama kita bagi mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mengiringi kedua-duanya untuk Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya mengiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan berangkat menghadiri program di Tioman manakala Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau baru sahaja kehilangan abangnya. Yang tadi kita sama-sama membaca Al-Fatihah dan tidak dapat hadir bersama dengan kita. Baiklah, saya menjemput Ahli Berhormat dari kawasan… Soalan pertama, Ahli Yang Berhormat daripada yang dilantik. Silakan.
Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Assalamualaikum WBT, Salam Pahang 1st. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli EXCO dan Ahli-ahli Dewan sekalian. Sedikit pantun.
Tok Wan teraju Pahang maju, Soalan saya pertanyaan satu.
[Apakah perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan pusat/taman industri sepanjang jajaran ECRL dan apakah jenis industri yang telah dikenalpasti berpotensi untuk dibangunkan?]
Suka betul pakai perkataan teraju… teraju. [Ahli Dewan ketawa]
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanyakan soalan sebentar tadi iaitu berkenaan dengan perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan pusat ataupun taman industri sepanjang jajaran ECRL dan apakah jenis industri yang telah dikenalpasti berpotensi untuk dibangunkan.
Untuk makluman rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, jajaran kita negeri Pahang ini daripada sempadan sampailah ke sempadan Selangor jajarannya 224 km dan melibatkan tujuh buah stesen dan kerajaan negeri menyambut baik pelaksanaan projek laluan Rel Pantai Timur. Ini kerana ia merupakan pemangkin utama pembangunan ekonomi wilayah khususnya di negeri Pahang.
Sebanyak tujuh buah stesen ECRL yang dibangunkan di negeri Pahang dan ianya mampu menampung keperluan industri berdasarkan Pembangunan Berorientasikan Transit ataupun TOD singkatannya dalam bahasa Inggeris Transit Oriented Development iaitu Stesen ECRL, Bentong, Temerloh, Maran, Paya Besar, KotaSAS, Kuantan Port City dan Cherating. Potensi pembangunan industri untuk setiap stesen adalah seperti berikut.
Yang pertama sekali stesen ECRL Bentong ianya menghubungkan kawasan perindustrian Bentong yang dibangunkan secara berfasa. Keluasan dia 438 ekar. Pembangunan di kawasan stesen ini akan memfokuskan kepada industri berat dan sederhana yang berpotensi memberi manfaat kemudahan logistik ECRL untuk pengangkutan dan akses pasaran.
Manakala stesen yang kedua iaitu di Temerloh dibangunkan berhampiran dengan beberapa kawasan perindustrian sedia ada seperti kawasan perindustrian Temerloh, Songsang dan Kampung Sempadan. Kampung Songsang ni kawasan YB Speaker?
Tak ada dalam DUN, DUN er... apa namanya DUN Semantan. Tapi nama tu Songsang.
Itu yang saya nak tanya tu.
Kampung je, orangnya semua baik.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, kawasan ini dikenal pasti untuk pembangunan pelbagai jenis industri termasuk industri perabot dan pemprosesan dengan potensi sebagai nod logistik Wilayah Tengah. Yang ketiga, stesen ECRL Maran dilihat berpotensi dibangunkan sebagai pusat pengumpulan mineral seperti bauksit, emas, silika dan bijih besi. Selain itu, stesen ini akan diketengahkan dalam kluster industri pemprosesan dan pembungkusan minyak sawit memandangkan lokasinya yang strategik iaitu di kawasan pengeluaran sawit. Yang keempat ialah stesen ECRL Paya Besar akan menjadi tumpuan pembangunan industri berimpak tinggi menerusi tiga kawasan utama iaitu Pahang Technology Park, Gambang Halal Park dan Kompleks Makanan Halal ataupun bengkel IKS, Industri Kecil dan Sederhana.
Pembangunan di kawasan ini mensasarkan industri ringan, sederhana dan berat serta telahpun dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur asas. Stesen yang kelima iaitu KotaSAS yang mana ianya akan menyokong perancangan pembangunan di KotaSAS meliputi pusat pertumbuhan perbandaran baru, perumahan bersepadu dan mampu milik serta pusat komersial dan perniagaan moden. Stesen ini terletak berhampiran dengan Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah. Ianya jaraknya lebih kurang 500 meter Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan ianya akan menjadi nadi pentadbiran baru negeri Pahang. Stesen yang keenam ialah Kuantan City Port akan menjadi hab logistik utama yang menghubungkan ECRL ke Pelabuhan Kuantan.
Melalui laluan tambahan, stesen ini akan menyokong pembangunan kawasan perindustrian seperti Gebeng, MCKIP dan MCKILP yang memberi fokus industri berat termasuk petrokimia, oil and gas dan pembuatan berskala besar. Yang akhir sekali ialah stesen ECRL Cherating dilihat mampu menyokong pembangunan pelaburan dalam sektor pelancongan pesisir pantai, hospitaliti dan ekopelancongan. Stesen ini berpotensi menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi tempatan melalui pelancongan di kawasan Cherating.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, kerajaan negeri yakin bahawa ECRL akan menjadikan Pahang sebagai hab pelaburan perindustrian dan logistik utama di Pantai Timur. Perancangan pembangunan secara tersusun di setiap stesen serta kerjasama erat dengan kerajaan persekutuan dan pihak berkepentingan
akan memastikan inisiatif ini membawa manfaat besar kepada rakyat dan negeri secara menyeluruh. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Boleh soalan tambahan Dato' Sri Speaker? Terima kasih. Sedikit soalan tambahan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima kasih atas jawapan tadi. Kalau dulu kala mana, apa itu mod pengangkutan utama adalah sungai. Kita dapati terdapat banyak pusat-pusat penempatan ataupun rumah-rumah di sekitar sungai itu. Soalan saya adalah dalam konteks ECRL ini, apakah perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan projek-projek ataupun pusat-pusat perumahan ataupun penempatan di sepanjang stesen-stesen Yang Amat Berhormat sebutkan tadi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, kerajaan negeri yang pertama sekali telahpun mengambil tindakan iaitu dengan mengisytiharkan ataupun kita gazetkan kesemua kawasan di di tujuh-tujuh stesen ini iaitu 16 kilometer radiusnya akan dibangunkan. Maknanya tujuh stesen ini, setiap stesen radius 16 kilometer, kerajaan negeri akan bangunkan. Yang pertama sekali kita telah melancarkan tapak Pangsapuri Pahangku pada 11 Ogos yang lalu iaitu di Bentong dan ianya akan menyusul di stesen-stesen yang lain yang mana apabila kita mendapati stesen-stesen yang lain yang mana yang ada potensi, boleh dibangunkan. Sekarang ini yang... yang laporan ataupun yang diberikan oleh saya... yang diberikan oleh pihak BPEN ialah sama ada Temerloh ataupun Paya Besar untuk kita bangunkan sebagai pangsapuri ataupun projek-projek perumahan dan ini semua memberi manfaat. Di pangsapuri, keluasan tanahnya lebih kurang 6 ekar, ada empat blok dan kita mampu menyediakan 1000 unit kepada pembeli-pembeli daripada negeri
Mana duduk di Bentong, kerja di Kuala Lumpur.
Ya, kerja di Kuala Lumpur ataupun kerja di Kuantan. Pendek sangat masa untuk pergi ke Kuantan dan juga ke Bentong. Tapi kita bagi keutamaan kepada B40 lah Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Selain daripada perumahan, kita juga akan bangunkan ruang-ruang perniagaan, rumah-rumah landed selain daripada pangsapuri dan ianya akan banyak jugalah dan ini akan beri limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan dan juga kepada rakyat negeri Pahang di kawasan yang berhampiran. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Speaker
Bagi Cheka sebab Cheka tadi bangun dulu ya, minta maaf tapi Dato’ Yang-Yang Berhormat berdua tu pakatlah elok-elok. Siapa. Mana satu nak tanya ni.
Terima kasih. Saya pun merasa Dato’ Sri Speaker pagi ni ceria lebih daripada biasa. Tahniahlah. InsyaAllah. Terima kasih, saya ucapkan tahniah kepada perancangan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri, cuma saya ingin dapat tahu dua perkara, yang pertama kita ada pelan pembangunan industri di setiap daerah. Ada yang potensi dan ada yang tidak begitu berdaya saing. Apakah kerajaan negeri berhasrat untuk membuat satu allocation baru dengan adanya ECRL maka perlu satu perancangan baru bagi menukar ataupun mengganti tempat-tempat yang tidak berpotensi kepada tempat yang baru. Dan yang kedua saya tengok dalam hari ini ada tiga soalan ECRL daripada 10.
Ini agak-agaknya sangat-sangat ramai ambil perhatianlah tapi saya fikir tiga daripada 10 ini, sedangkan banyak soalan-soalan lain yang boleh dirangkum oleh jawapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi sebahagian telah dijawab sebenarnya pada soalan yang telah pun akan ditanya. Jadi soalan kedua saya ialah tentang apakah kerajaan negeri berhasrat untuk membentang kepada Dewan Yang Mulia ini satu pelan pembangunan baru bagi menyusun
perancangan yang telah dibuat hasil daripada wujudnya ECRL. Mungkin itu juga sebab saya fikir dia keluarkan kos yang sangat besar, bilion bagi membangunkan perancangan tersebut. Ini persoalan saya, terima kasih.
Terima kasih sahabat saya daripada Cheka. Soalannya berfokus dan sebenarnya Kerajaan Negeri Pahang lagi fokus Yang Berhormat Speaker. [Ahli Dewan menepuk meja] Soalan pertama bersabit dengan potensi. Stesen ini memang ada potensi sebab itulah ianya dikenal pasti di tujuh lokasi. Dan kalau Yang Berhormat daripada Cheka masih ingat, selepas 2018 ketika persekutuan, kerajaan persekutuan, kerajaan Barisan Nasional kalah ketika itu. Cubaan untuk membatalkan stesen ini ada tetapi Kerajaan Negeri Pahang, Speaker pun ada, EXCO kanan pun ada, rakan-rakan EXCO ramai ada. Kita lawan habis-habisan supaya keretapi laju ECRL ini diteruskan demi rakyat negeri Pahang dan juga rakyat Pantai Timur. Dan Alhamdulillah mungkin Cheka pun membantu ketika itulah sedikit sebanyak ya.
Yang Amat Berhormat, itu lepas kerajaan kedua tu lah. Dia tukar tiga kali ya. Perdana Menteri tukar dua kali ke tiga kali. Saya pun lupa.
Masa kerajaan kedua tu lah yang dapat.
Dan lebih banyak lagi membantu apabila ini... YB ini... Bera jadi Perdana Menteri.
Terima kasih Speaker. Memang betullah kata Yang Berhormat Cheka tadi Speaker nampak ceria sikit. Terlalu excited sampai hasil kerajaan negeri RM700 bilion. Hehehehe. Sebenarnya itu typo. Saya pun terkejut tadi. Di mana kata orang Sabah. Terkejut aku. Terkejut aku.
Bukan macam tu yang Berhormat, “takajut aku”.
Soalan yang kedua, yang mengatakan tidak berdaya saing. Adakah kerajaan negeri akan mengubah tempatnya? Setakat hari ni tidak ada perancangan Yang Berhormat daripada Cheka kerana apa yang telah kita buat ini kita telah membuat satu kajian yang mendalam yang dikemukakan kepada kerajaan negeri. Dia bukan macam mimpi ya. Bangun pagi ni kerajaan negeri kata kita buat satu di Paya Besar. Kita buat satu di Temerloh, tidak. Ia adalah meliputi kajian yang akan mendatangkan faedah kepada rakyat di negeri Pahang. Yang kedua, soalan perancangan ekonomi, lebih kurang macam tu, yang ketiga ya. Saya fikir Yang Berhormat Cheka mungkin terlepas pandang pelancaran Pelan Ekonomi Induk Negeri Pahang bermula daripada tahun 2025 sehingga 2030 di mana kita telah membuat satu perancangan yang rapi dan Yang Berhormat daripada er… daripada Dato’ Nizar apa… Peramu Jaya, Peramu Jaya telah membentangkan beberapa kali dalam EXCO potensi-potensinya termasuklah peluang pekerjaan, peningkatan dan insya-Allah sekiranya ianya berjalan dengan elok hasil kerajaan negeri bukan sahaja setakat RM1.1 ataupun RM1.2 billion akan mendapat lebih daripada itu tanpa membebankan rakyat. Jadi er… kita akan tengok dulu Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang ini dan sampai masa kita akan buat kajian untuk kita tambah baik lagi. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Yang terakhir untuk er… untuk soalan er… wakil daripada ini, wakil daripada ini er… Beserah sebab dia bangun dahulu.
Terima kasih er… Dato’ Sri Speaker.
Saya ingin minta sedikit penjelasan daripada pihak kerajaan terutama sekali bila Yang Amat Berhormat er… membentangkan tentang stesen-stesen di Cherating terutama sekali yang memfokuskan kepada industri pelancongan, ekopelancongan pesisir pantai. Adakah ianya mengambil kira juga perancangan untuk membina lapangan terbang yang baharu di Kuantan di bahagian yang sama berhampiran kawasan itu di dalam membangunkan
stesen di Cherating ini kerana ia akan memberikan impak yang… yang berbeza dengan adanya pembangunan lapangan terbang baru di kawasan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Beserah. Jawapannya, ya memang kita mengambil kira dan sebab itulah lapangan terbang tersebut dibina berhampiran dengan stesen Cherating kerana untuk makluman Yang Berhormat Speaker dan Ahli-ahli Dewan kereta api laju kita ini ECRL ini bukan sahaja untuk membawa penumpang malahan kita 60% ke 70% kereta api tersebut untuk tujuan membawa barangan ataupun kargo daripada er… stesen ke stesen dan ini menjimatkan kos pengangkutan mereka yang menghantar barangan melalui kereta api dan dalam masa yang sama menjimatkan juga ataupun meminimakan congested traffic jam di terutamanya di Karak Highway jadi er… soalan Yang Berhormat tadi jawapannya ya mengambil kira. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Soalan seterusnya, wakil daripada Tahan.
Assalammualaikum WBT Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 2.
[Ancaman Ikan Asing (Alien Species) di Sungai Pahang
Apakah langkah jangka panjang kerajaan negeri dan Jabatan Perikanan bagi menangani kehadiran spesies ikan asing yang invasif, yang berpotensi mengancam ekosistem dan populasi ikan tempatan di sungai-sungai negeri Pahang?]
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
ADUN Tahan menanyakan berkenaan dengan ancaman ikan asing di Sungai Pahang dan er… apakah langkah-langkah yang diambil pihak kerajaan bagi menangani isu ini. Kerajaan negeri komited dalam usaha membanteras kewujudan spesies ikan asing di perairan Sungai Pahang ini. Malahan kalau kita lihat, er… ia ada dua kategori yang kita namakan satu dipanggil ikan asli dalam bahasa Inggerisnya native fish dengan izin, satu lagi er… ikan asing ataupun dalam bahasa Inggerisnya dengan izin invasive fish, maknanya ikan yang dibawa dari luar malahan kalau kita melihat daripada data statistik daripada Jabatan Perikanan kita ada banyak ikan asing ini berbagai banyak
dan er… antara yang paling banyak sekali sekarang ini ialah dipanggil baung ekor merah atau dipanggil baung amazon, ia memang baung amazon.
Sekarang ini, (BEM) lah baung ikan merah yang menjadi ikan asing yang paling banyak sekali terdapat di sungai-sungai kita dan ini memberi satu ancaman kepada kewujudan dan er… kemampanan ikan asli di sungai-sungai di negeri Pahang. Malahan untuk perkongsian kita Sungai Pahang ini ada er… banyak sungai-sungai tapi Sungai Pahang kita ini sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia semua orang tahu 459KM panjangnya dan kalau kita lihat misal contohnya bagi er… Sungai Pahang ini sebagai perkongsian sahajalah, menyumbang 73% kepada pengeluaran akuakultur air tawar di peringkat negeri Pahang… 73% dan menyumbang 50% kepada pengeluaran akuakultur ikan sangkar negara… 50% Pahang punya ini dan er… menyumbang 47% daripada jumlah pengeluaran ikan patin dalam negara maknanya daripada Pahang ini er… ini Sungai Pahang sahaja er… 47% sebab itu kita lihat bahawasanya kewujudan ikan asing ini tadi menjadi satu ancaman yang mesti kita lihat secara serius.
Sebab itu Yang Berhormat Dato Sri Yang di-Pertua dalam Dewan Yang Mulia ini, saya menyeru kepada semualah rakan-rakan, Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini untuk bersama-sama dengan pihak kerajaan negeri dan usaha yang dibuat melalui Jabatan Perikanan Negeri Pahang untuk kita tangani isu ini dan ianya tidak mungkin dapat ditangani kalau sekiranya kita tidak memberikan er… berkongsi maklumat tentang ancaman ikan asing ini sendiri. Sebab itu dalam usaha yang dibuat ini, kita melihat bahawasanya pertama sekali kita buat advokasi… advokasi ini kita pergi jumpa buat penerangan sebab baung ekor merah ada masalah er… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, Dato’ Sri Yang di-Pertua tahu baung ekor merah ini?
Tahu Yang Berhormat, saya rumah dekat dengan sungai. [ketawa]
[Ahli Dewan ketawa] Garangnya, makan ubat dah?
Yang Berhormat er… Yang Berhormat jawab soalan. [Ahli Dewan ketawa]
Dia baung ekor merah ini masalahnya ialah kerana baung ini bila ditangkap ataupun kita lebih kurang er… saya tak nak baca ini panjang dia baung ekor merah ini ia adalah satu spesies yang dibawa daripada luar kalau mengikut cerita ia, baung ekor merah ini ataupun baung amazon dipanggil, ia punya ekor itu ia warna merah, cantik. Ia bermula dengan ornamental fish dengan izin, iaitu
ikan hiasan ini berpunca macam itu, bila bawa ikan itu yang pencinta-pencinta ikan ini tadi bawa kadang dia benih dia kecil sahaja ikan itu bila dibawa itu lawa er… lepas itu bagi makan.
Masalahnya baung ekor merah ini ialah baung adalah ikan yang cukup kuat makan, dia makan… makan… makan… makan jadi ia growth la dengan izin, ketumbuhan ini dipanggil tumbuhan besar iaitu ia membesar dengan cepat. Akhirnya macam mana mungkin dia pelihara secara mula-mula dengan hiasan tetapi oleh kerana ada perkara-perkara yang tidak dapat kita kawal masa ketika itu ikan ini telah masuk ke dalam perairan pada er… mungkin longkang, longkang pergi ke longkang besar pergi ke parit kemudian ia pergi ke sungai kecil, dia pergi ke sungai besar dan di situ dia membesar dan populasinya bertambah dan masalahnya baung ekor merah ini ialah ia makan semua. Spesis ataupun kehidupan yang ada dalam sungai, ia tidak kira misal contohnya ikan apa, bila dia makan dia makan semua jadi dia membesar dengan begitu cepat. Kalau kita kata bukan misal contoh ikan pemangsa yang asli. Ikan pemangsa ini termasuk ikan tapah… ikan tapah ini pun ikan pemangsa, ia makan juga… ikan gohok.
Dato’ Sri Speaker,
Ikan gohok tahu?
Tahu Yang Berhormat. Yang Berhormat teruslah jawab. [Ahli Dewan ketawa]
Sebab saya bertanya itu er…
Saya tengah ChatGPT ini. [ketawa]
Dato’ Sri Speaker,
Ikan tapah ini adalah ikan yang besar sampai orang kata dia boleh makan ikan-ikan ataupun er… kadang-kadang dia kata sampai haruan pun ia makan tetapi tapah ini dia tidak makan semua ikan dalam sungai itu sebab tapah dah wujud sekian lama, walaupun tapah ada di Sungai Pahang tetapi ikan di Sungai Pahang… ikan-ikan asli kita jelawat, kelah, tamalian er… ini apa nama kerai dan lain-lainlah dia tidak pupus sebab tapah ini tidak makan begitu juga ikan gohok ini dia ada er… yang dimakan tapi dia tidak makan semua tetapi baung ekor merah ini ataupun baung amazon ini dia makan semua… haa ini bahayanya dia makan dia tak peduli lalu depan dia… sebab itu dia jadi satu
spesies yang cukup bahaya. Kalau kita biarkan dia punya pertumbuhan tu membesar dengan cepat dan dia akan makan. Akhirnya besok. Apa yang akan jadi, ikan asli kita akan pupus. Amat mendukacitakan antara ikan asli kita yang masuk dalam kelompok kepupusan ialah ikan patin muncung. Sekarang ni kita puas cari ikan patin muncung yang lain lain tu masih ada. Ikan patin muncung amat sukar sekali untuk kita temui, dia dah jadi extension. Sebab tu saya menyeru Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ni khususnya Ahli Dewan daripada Kuala Tahan yang memang banyak ikan asli di Sungai Tembeling, Sungai Pahang kita kalau ada ikan patin muncung ni yang hidup mintak supaya kita dapat usahakan serahkan kepada Jabatan Perikanan Negeri Pahang. Kita akan bayar ganjarannya kerana kita nakkan supaya induk ni tadi dapat kita gunakan untuk menghasilkan telur-telur.
Makna ikan hiduplah. Ikan hidup.
Ikan hidup Dato' Sri.
Saya ingat gulai patin muncung.
Dah ikan mati ke dalam periuk perginya ikan hidup. Sebab apa kita nakkan telur tu. Kita ada pendekatan kita cara bagaimana kita nak menghasilkan benih, tapi kita mesti ada induk. Ini gambarannya. Sebab itu dalam konteks seumpama ini masalah yang kita hadapi ialah ikan baung ekor merah ni bila ditangkap, bila dibuat gulai, orang kata orang tempat saya kata bapak sedapnya. Haaa itu masalah ini masalah dia Speaker.
Yang Berhormat jangan sebut je bawa datang ke mari kita nak rasa.
Insya-Allah tapi kita tak boleh. Kita ada mini MAHA ni sekarang sedang berlangsung, sila ke ke Temerloh.
Saya nak tanya orang yang memang pakar la YB kita ni nak tanya mana sedap ikan baung merah betina atau yang jantan sebab kita kadang beli ikan jantan betina pun tak kenal.
Baung betina dengan baung jantan. Sedap jawapan tu?
Yang itulah kita ni kadang-kadang tu dia tengok atas orang. Ada setengah orang dia sedapkan baung jantan tu ada setengah sedap ke baung betina. Saya ingat orang perempuan dia sedap baung jantan. Tak saya yang itu tak boleh nak jawab sebab apa yang ini berseloroh aje. Ya Ya. Dengan izin mintak maaf.
Ini ada hansard direkod Yang Berhormat… rekod.
Saya… saya minta tarik saya… saya tarik kenyataan sebab saya tak tahu sama ada baung betina ini sedap atau pun baung jantan sedap sebab dia baung dia ini baung ikan merah ni dekat Benta harga dia RM25 1 kilo. Saya difahamkan di Temerloh, RM35 1 kilo. Dan bila orang dapat dijual orang beli. Tapi saya ucap terima kasih juga kerana orang menangkap tu membantu kita untuk mengurangkan populasi dalam sungai. Sebab itu dalam konteks seumpama ni apa yang di laksanakan oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Perikanan… Jabatan Perikanan. Pertama sekali memberi maklum. Tolong jangan kita biakkan ikan baung merah ni. Jangan kita biakkan, contoh kita ambil. Kita buat dalam satu takungan buat kolam pula. Kita biakkan. Yang ini akan mengancam populasi ikan asli kita. Kalau dia masuk dalam perairan sungai dengan jumlah yang banyak. Maknanya kita akan menghadapi masalah yang paling besar. Sebab itu apa yang kita buat, pertama sekali kita bagi penjelasan kepada pihak nelayan, masyarakat. Yang keduanya kita menjalankan kempen Moh Tangkap Baung Ekor Merah, kita mengaillah, sebab itu kalau kita lihat misal contoh. Kita banyak buat di Pekan, di Temerloh, di Jerantut, di Lipis waima kawasan Yang Berhormat Dato' Sri Diraja sendiri di Kampung Tanjung Gahai. Pernah kita dapat tangkap ikan baung ekor merah ni pergi 25 kilo, ada 25 kilo, ada berapa kilo. Pada kali tu kebetulan rakan saya daripada Batu Talam ada hadir, kami pergi ke situ dalam kempen dipanggil, Moh Kita Mengail Ikan Baung ekor Merah. Ada pengail yang dapat tu serah pada Jabatan Perikanan dan jabatan
berkenaan nak lupuskanlah, dia baguslah tangkap tu kita keluarkan daripada sungai. Jadi lepas tu saya ini Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja minta kata bawak baliklah ikan ni bagi saya. Saya kata saya ingat sahabat saya Batu Talamlah Dato’ Aziz, dia bawa balik 25 kilo betul tak. Ini sahabat saya.
28 Dato' Sri, 28 kilo.
28 kilo… 28 kilo. 3 kilo lebih. Jadi saya hari tu saya bawak ke nuh, saya bawak ke Benta dan tu saya suruh dia orang masak saya bawak ke satu program di Kampung Tanjung Besar, malam tu dia orang semua berebut sedap ikan benda ni ha kus semangat. Ini ikan baung ekor merah. Tetapi kita tidak boleh benarkan ikan ini berada dalam sungai kita. Sebab itu kaedah akan diperkenalkan oleh kerajaan negeri peraturan dan kaedah baung ikan merah atau pun ikan asing ini kalau kita pelihara, tindakan akan diambil. Kita terpaksa buat macam tu tetapi kalau sekiranya usaha dibuat melalui pihak kerajaan, pihak Jabatan Perikanan. Macam contoh kempen menangkap baung ikan merah ini adalah satu program yang dilaksanakan secara teratur, terancang kerana kita nak kurangkan populasi baung ikan merah. Sebab tu dalam Mini MAHA yang kita adakan di Temerloh nanti dia akan ada pertandingan menangkap baung ekor merah dan mereka yang menangkap ikan yang besar itu akan diberikan hadiah. Jadi jemputlah sekali sekali Ahli Dewan Yang Mulia ini, ada yang pemancing-pemancing yang berminat sila ke Dataran Temerloh atau pun di Esplanade Temerloh. Yang Berhormat Dato’ Sri akan menyampaikan hadiah pada hari Sabtu ni. Insya-Allah ya.
Jadi kalau mereka berjaya. Jadi ini antara perkara yang kita buat untuk mengurangkan ancaman daripada ini spesies asing ikan ni. Malahan apakah perancangan jangka masa panjang. Antara perancangan jangka masa panjang pihak kerajaan melalui Jabatan Perikanan mewujudkan santuari Ikan santuari ikan ni kita ada enam sebenarnya seluruh negeri Pahang iaitu santuari ikan di Tanjung Gahai, di Kuala Serau, di Lubuk Kulit, di Aur Gading ini semua di Lipis. Kemudian kita ada Kuala Sat di Jerantut, kemudian Kampung Pagi di Jerantut. Bila ada santuari ni, ini yang tak termasuk santuari yang di Taman Negara. Taman Negara macam di Merapoh, di Kuala Tahan tidak ini yang di bawah Jabatan Perikanan. Ada enam santuari ni, so enam santuari ni dalam kawasan tu kita tidak boleh menangkap, tak benarkan penangkapan ikan atau aktiviti penangkapan. Kita biarkan, tujuannya mengapa supaya ikan yang biak di dalam ni tadi yang tidak terusik ni tadi dia akan berenang atau pun bergerak di sepanjang sungai tadi. Dialah maknanya santuari ni akan jadi pembekal kepada sungai-sungai tadi dan di situ kita ada ikan asli, makna kita tak boleh tangkap, jadi dia berenang sendiri, di situ dia akan mengayakan, nourishment lah dengan izin, pengayaan. Itu yang kita buat.
Di samping itu juga, kita ada dua pusat pembangunan akuakultur satu di Perlok di Jerantut di satu lagi di Bukit Tinggi dan di situ kita ada benih-benih ikan-ikan termasuk ikan asli yang kita bekalkan. Pertama sekali pelepasan kepada kawasan awam. Maksudnya sungai kita bagi pelepasan awam, ada kolam, kadang-kadang maknanya ada. Dia orang ada macam nama gedunglah dipanggil gedung-gedung. Maknanya tempat ni kolam, tasik dia lepaskan di situ ikan-ikan ni supaya populasi, population dengan izin populasi ikan-ikan asli ni dapat kita kembangkan dan kita juga memberi kepada penternak-penternak bekalan daripada Perlok, daripada Bukit Tinggi ni tadi dan usaha juga dibuat untuk misal contohnya menetapkan larangan tangkapan ikan temoleh atau ikan tamalian daripada bulan Februari hingga bulan April. Bulan ni tak boleh. Kalau ada penangkapan, kalau penguatkuasa Jabatan Perikanan, dia dapat dalam tempoh bulan ni tadi sebab masa bulan ni dia… bulan ni dia… dia menetas dia ada… dia ada juga spesies ikan yang masa dia mengeram kan, misal contohnya so masa tu kita tak kacau. So kalau adanya mereka yang menangkap tu, dia kena lepaskan. Kita faham tapi kus semangat, masyaAllah bila dapat ikan temoleh takkan kita nak buat pelaporan.
Tapi maksudnya kita sendiri kena orang kata beretika, kalau jumpa ikan ni kita lepaskan demi untuk masa depan kita. Sebab tu dalam konteks seumpama ini tak ramai yang tahu. Misal contohnya betapa sedap ikan Jelawat, betapa sedapnya ikan kelah, betapa sedapnya ikan misal contohnya patin, patin buah, patin muncung, betapa sedapnya ikan kerai itu. Sebab kadang-kadang kita makan patin... patin tu ... patin hitam. Itu belum lagi patin buah... kita makan. Sedap patin buah. Belum lagi patin muncung. Contohnya, Dato’ Sri Yang Dipertua... Speaker.
Sebab itu kita serius dan dalam konteks seumpama ini marilah sama-sama kita berganding bahu untuk kita perkasakan ikan asli ini. Insya-Allah hasrat Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja melalui Aspirasi Pahang 1st, kita akan mengeluarkan benih-benih authentic daripada Pahang. Ikan ini tadi. Ini untuk makluman Dewan Yang Mulia ini. Kita akan keluarkan Patin Pahang. Insya-Allah, kita akan berusaha untuk keluarkan Kelah Pahang.
Kelah Pahang, anak ikan takde...
Macam mana?
Anak ikan, tak ada?
Anak ikanlah ni.
Okay.
Dak maknanya benih. Benih...benih. Kita ambil yang ikan yang induk ni tadi kita keluarkan telur-telur dia… benih dia ni tadi, kita akan daftarkan sebagai ini Patin Pahang. Kita tak nak misal contoh bukan apa orang semua berkejar ke Temerloh, ini Patin Temerloh. Kita tak nak patin tu datang dari luar dan di jenamakan Patin Temerloh. Kita nak supaya tu dan… dan sebenarnya Patin Temerloh telah pun di my IPO kan, telah dipatenkan dengan izin. Jadi sekarang ni hasrat Yang Amat Berhormat Dato' Sri, bila sebut Pahang 1st tu maknanya kita utamakan produk-produk berkualiti. InsyaAllah. Dan ini telah pun kita usaha. Kalau kita boleh buat wagyu, ni saya malas nak cerita pasal wagyu ini. Maknanya kalau kita boleh....
Cerita sikit Yang Berhormat, saya benarkan untuk cerita sikit pasal wagyu ni.
(DUN BENTA - N.05)
Wagyu ni...
Insya-Allah di Mesyuarat akan datang kita boleh merasa sikit sorang wagyu ni..
(DUN BENTA - N.05)
InsyaAllah. MasyaAllah. InsyaAllah. Jadi apa yang diilhamkan oleh Yang Berhormat Dato' Sri sebagai satu ini hasrat telah kita realisasikan. Maknanya Pahang boleh insya-Allah. Sebab itu dalam konteks seumpama ini penekanan kita sekarang ni macam contohnya wagyu ni kita dah ada. Yang kita ada tu dah ada 328 ekor. Yang Berhormat ADUN Cheka pernah bangkit masa kita bentangkan bajet tambahan lebih kurang RM4.5 juta. Cheka bertanya mengapa perlunya ada peningkatannya. Saya telah jelaskan dalam Dewan yang mulia ni sebab kita nak transformasikan industri ternakan. Dan alhamdulillah kerana Dewan telah meluluskan peruntukan tu. Kita ada sekarang ni 238 ekor wagyu dan 169 ekor yang beranak yang ID dia... IC dia
06. Lembu ni 06 [Ahli Dewan menepuk meja]. Betul. Yang beranak di Pahang Yang Amat Berhormat Dato' Sri kata nak bagi yang beranak di Pahang. Saya kata ini wagyu sebab dia… dia punya anu tu 06. Dah ada. Saya jemput semua. Maknanya Ahli Dewan yang mulia ni daripada seberang sini ke seberang sana datanglah melawat. Ini Cheka, mungkin boleh bawak ni, tak payah hogoh-hogoh ni, ni tak payah hogoh dah datang je. Tak payah teraju, kita yang teraju.
Terima kasih... terima kasih.
InsyaAllah.
Banyak kali sebut nama Cheka ni. Saya nak tanya ada soalan tambahan ke tak de soalan ni. [Ahli Dewan ketawa]
Boleh, sila buat soalan tambahan
Terus soalan tambahan je la ye. Dah panjang sangat dah.
Sila...
Saya ada dua soalan. Yang pertama kerajaan dulu ada cadang untuk buat sturgeon, pada 16hb Julai tahun 2014. Saya nak tahu status jela, status projek ikan sturgeon ni. Ikan pemangsa juga ni. Dan waktu itu ada bantahan depan orang ramai kerana kebimbangan kalau ikan ni keluar ke apa ke sungai kita dia akan jadi ancaman. Tapi saya difahamkan projek itu dibatal. Tapi saya nak... yang keduanya saya yakin bahawa ikan merah ni tak boleh dihapuskan. Dia terlalu banyak dan dah sampai ke sungai-sungai kecil sekarang ni. Apa perancangan seterusnya. Kalau ikan ni harganya marketnya bagus. Kalau kita komersialkan sebab confirm nak hapus tak boleh. Tapi kita komersialkan betul
supaya ada penternak yang ternak betul ikan baung merah ni untuk market pasaran yang lebih besar daripada baung yang sedia ada sebenarnya. Dan kos dia, saya fikir pembesaran cepat dan ini di antara potensi yang boleh difikir oleh pihak kerajaan Terima kasih.
Alhamdulillah, Dato’ Sri Yang Dipertua. Terima kasih kepada. ADUN Cheka saya kena tabik kepada ADUN Cheka kerana dalam Dewan Yang Mulia ini, dia mengemukakan pandangan. Ini venue dia. Pandangan. Pandangan daripada ADUN Cheka mengatakan bahawasanya baung ekor merah ni tadi adalah spesies yang tak boleh lagi kita kawal. Sedangkan dia punya daging dia atau rasa dia sedap. Dan mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya kita menghalalkan. Maknanya kita buat secara komersial. Cara besar-besaran, jadi dapat mengusahakan. Satu pandangan yang baik tetapi pandangan pihak kerajaan saya ingat lagi baik kerana apa baung ekor merah kalau banding dengan ikan kelah mana mungkin baung ekor merah lebih sedap daripada kelah. Mana mungkin baung ekor merah lagi sedap pada jelawat. Mana mungkin baung ekor merah lagi sedap pada ikan kerai, ikan temoleh. Sebab ikan asli ni lebih sedap. Macam mana kita memilih satu perkara yang tak sedap berbanding dengan yang sedap...
Ori.... Ori...
Tak sebab apa saya nak katakan...
(DUN CHEKA - N.04)
Minta maaf... Minta maaf. Kalau nak banding, banding baung dengan baung, jangan banding baung dengan jelawat. Baung dengan... tak kena bandingkan baung yang sungai yang proses pembesarannya, ambil masa panjang. Saya rasa isunya dua. Bukan saya nak pertikai ye, isunya ialah ikan jelawat ni ambil masa yang sangat panjang untuk proses pembesaran kalau kita ternak, Berbanding... saya hanya sekadar lontar idea. Terpulang kepada kerajaan untuk fikir tapi eloknya banding baung dengan baunglah.
(DUN BENTA - N.05)
Terima kasih Dato Sri Speaker.... Yang Dipertua, dia ada istilah bahasa Inggeris mengatakan, what is a leader, dengan izin apakah… apa yang dimaksudkan sebagai pemimpin? Istilah itu mengatakan a leader is a problem
solver... Pemimpin itu adalah penyelesai kepada masalah. Masalah kita di depan kita sekarang ialah baung ekor merah menjadi ancaman kepada ikan-ikan asli kita. Sedangkan ikan asli kita jauh lebih baik. Mengapa saya membandingkan dengan kelah dan jelawat kerana saya menyatakan bahawa saya baung ekor merah ini adalah ikan asing pemangsa yang akan makan ikan-ikan asli kita. Dia akan hapus, dia akan makan ikan jelawat, ikan kelah, kelah putih, kelah merah, ikan kerai dan ikan-ikan asli yang jauh lebih istimewa empurau di Sarawak yang sama dengan kelah di Pahang. Harga empurau, RM500.00 satu kilo. Baung ekor merah RM25.00 paling tinggi, RM35.00 atau RM50.00 satu kilo. Jelawat berapa ratus ringgit... hampir RM1,000.00 satu kilo.
Jadi kita tidak boleh mengalah. Never give up dan pemimpin tidak boleh mengalah. Sebab itu dalam Dewan Yang Mulia ini, kita nyatakan Pahang ini mesti diterajui oleh pemimpin yang sanggup berdepan dengan cabaran dan menyelesaikan masalah [Ahli Dewan menepuk meja] dan bukan kita give up. Insya-Allah. Saya tahu, kita tahu baung ekor merah ini adalah satu ancaman dan pembiakan dia cukup rapid tetapi kita tidak akan mengalah. Hei Baung ekor merah, jaga kau. Kita akan cari kamu, anak kamu, cucu cicit kamu. kerana kita nak pertahankan warisan Pahang iaitu Jelawat Pahang, Kelah Pahang, Temoleh Pahang, Tenggalan Pahang, Kerai Pahang, Patin-patin Pahang dan juga Baung- baung Pahang. insya-Allah apa yang kita buatkan..
Ikan lampam tak sebut Yang Berhormat?
Tak, ikan lampam tu kira. Saya bukan menidakkan. Macam main bola la, kira English League. Kita bercakap pasal Liverpool, Manchester United, Manchester City, Chelsea. Kita tak tak ada lah cakap pasal Bolton ke apa-apa. Ini liga lain yang patin tadi ikan lampam ni liga lain. Saya ingatkan Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker faham pasal ikan tadi. Lampam ni kiranya dia bawah, liga yang bawah ni tadi. Jadi apa yang kita buat sekarang ni, insya-Allah kita bekerjasama dengan pihak institusi pendidikan UIA. Bagaimana kita nak menangani supaya baung ekor merah tadi dapat kita tangani secara mampan.
Panjang lagi Yang Berhormat?
Bukan sebab saya nak perjelaskan tadi. Minta maaf ini Cheka. Memang itu pun yang dikatakan. Yang itu yang kita maklum kata dipanggil evokasi. Evokasi ni kita nak bagitau kita tak nak kita meraih laba yang jangka pendek tanpa kita ambil baung ekor merah tetapi kita akan hapuskan. Kita akan memangsakan,
kita akan menjadikan ikan asli kita ni pupus. Malahan minta minta maaf, Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang sedang mengusahakan satu projek jelawat. Insya-Allah di kawasan Chekalah, ADUN Cheka. Saya ingat ADUN Cheka tahu tak kan dia nak sembah maklum Tuanku, Minta ampun Tuanku patik rasa lebih baik kita buat Projek baung ekor merah. Saya tak sanggup, tapi Cheka sanggup Sila mengadap. [Ahli Dewan ketawa]
Terima kasih. Terima kasih lah Tapi saya semua. Sembah Maklum Tuanku projek tu kita akan teruskan cuma saya bangkitkan sebelum ni berapa lama kerajaan negeri. Saya nak ambik kita letak sebagai satu cabaran untuk hapuskan aung ekor merah di Pahang dalam tempoh 10 tahun akan . boleh? Insya-Allah.
Insya- Allah, insya-Allah tapi orang kata saya mungkin gila. Di antara pendekatan kita buat Cheka, thinking a lot. Salah satu daripada usaha yang dibuat di zaman dahulu semasa Nenda Ke Bawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan. Ada aktiviti yang dipanggil menuba. Dulu-dulu kita ada menuba, ini saya sarankan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Mungkin kita kena tengok langkah yang yang di luar kotak Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar selalu kata kita mesti fikir di luar kotak. Macam mana kita nak terangkan apa nama ini kaki gajah. Akhir sekali ya,. Ini cerita ni nak dengar ke cerita gajah ni [Ahli Dewan ketawa].
Yang Berhormat..
Sebab kita bawak gajah ni mini Mini MAHA di Temerloh.
Yang Berhormat lagi daripada gajah lagi daripada baung ekor merah, cerita wagyu , gajah. Lepas ni mana lagi. (ketawa)
Tak Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Dipertua maksud saya, saya nak penjelasan sini ancaman ni real. Mengapa pada ketika itu saya rasa ADUN Cheka sebagai Ahli Kabinet bertanggungjawab semasa COVID 19. Kita
bercakap pasal MCO (Movement Control Ordinance) pergerakan orang marah tetapi langkah yang kita ambil pihak kerajaan. Macam kita nak baikkan penyakit kita makan ubat ubatan yang kadang- kadang cukup pahit tetapi ianya memberi kebaikan kepada kita. Langkah tu kalau kita boleh buat misal contohnya begitu, mengapa tidak. Misal contohnya Sungai Pahang ni tadi kita tahu baung ikan merah banyak. Kita ambil semua spesies ikan asli ni tadi kita kumpulkan satu tempat. Kita selamatkan dia. Lepas tu kita tuba bagi mampus semua sekali. Bagi mati ikan dalam tu. Semua sekali mati tetapi kemudian tu bila dah bersih dah semua daripada ancaman ni tadi kita kembalikan semula ikan ni ke dalam sungai. Betul tak ni Kuala Sentul? But it’s very drastic. Tetapi maksudnya itu maksudnya kita kena tangani perkara ni kalau tidak anak cucu-cicit kita nanti akan bertanya apa yang kita buat. Peraturan, akta ni boleh kita laksanakan dan kita menyeru pada pencinta alam.
Jangan dia kata yang ini adalah satu tindakan yang drastik. Saya rasa mungkin ini ini ADUN Semantan setuju kalau misal contohnya sepanjang Sungai Pahang tu kita tangkap mungkin kita tak tuba, kita jaringkan then naik ke atas baung ekor merah kita keluarkan yang lain tu. Tapi yang lain macam mana kalau kita tangkap tetiba kita tertangkap ikan jelawat. Takkan nak lepaskan? Maknanya kita naikkan juga. Ikan lampam mungkin kita boleh buang semula dalam sungai. Ikan... ikan apa baung ekor merah kita hapuskan juga. Tapi ikan lain ni tadi bila kita dah hapuskan begitu kita buat, Insya-Allah sebab saya difahamkan sekarang ni dia... ini saiz ikan ni dah mula berkurangan yang 20, 30 kilo sebab dia jangkakan spesies ni tadi dia mula menapak di Pahang ni tahun 2018, dah tujuh tahun dia dah pergi ke belah hulu. Sungai Pahang berasal daripada Sungai Tembeling dan Sungai Jelai.
Sungai Jelai anak dia Sungai Lipis. Sungai Lipis ni ada anak dia Sungai Teka. Sungai Teka ni dia ada mengalir di kampung namanya Kampung Budu yang mana ada menda ni berasal daripada situ. Jadi dah sampai ke hulu. Bermula daripada Pekan sampai sekarang ni di bukan sahaja Kuala Teka di Ulu Teka di Kampung Budu dah ada dah baung ekor merah. Kalau kita misal contoh apologetik spesis ini akan membiak. Akhir sekali sungai kita bukan sahaja ikan patin muncung, ikan- ikan lain tak ada.
Masya-Allah betapa siksanya orang dah biasa makan ikan kelah semua sebagai Dato’ Sri maknanya kalau kita belah hulu ni tiba tiba kita terpaksa makan baung ekor merah. MasyaAllah ini satu disaster dan saya menyeru supaya perkara ni boleh diambil. Saya minta Ahli Dewan yang mulia ini tadi memberi sokongan walaupun kita berbeza pandangan. Tak kiralah hogoh ke teraju ke? Tetapi demi untuk Pahang demi untuk..kita kena Pahang 1st, Pahang 1st, Cheka? Pahang 1st. Dah macam mana Cheka? Tolonglah, saya baru ada sebut boleh ke kalau kita sebut Pahang sebut buat first. Boleh begitu. Pahang, 1st! Pahang 1st.
Tak, Pahang 1st dia tak kira dia Pahang 1st tak kira kita ni bila sebut Pahang kita utamakan Pahang tu, yang penting di sini Pahang. Negeri kita dan rakyatnya terbela. Tak ada hina pun kalau kita sebut Pahang 1st Insya-Allah. Jadi, saya rasa Dato’ Sri Speaker saya dah..
Saya pun ingat nak... nak pergi ke soalan seterusnyalah. Panjang betul. Ini Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita tahu kedua-dua ini berada dalam Dewan ni tahun 1999 macam ni la bertekak ni. Ini belum lagi kalau dia dulu lagi hebat.(ketawa). Okay, saya juga nak maklumkan bahawa kita sekarang ni sedang apa namanya sedang bersiar secara langsung iaitu di Facebook (FB), di TikTok dan juga YouTube. Jadi kita maklum lah kepada rakan-rakan kita ataupun semua ini pengundi- pengundi kita bahawa nak tengok persidangan kita. Kita kongsilah sama-sama link yang telah kita sediakan untuk mereka tengok secara live. Jadi sebab tu saya tengok kehadiran mantap pasal semua takut kerusi yang ada tu kosong. Ini satu... satu apa namanya satu tindakan yang bijak juga lah mengadakan live ni. Kita pergi soalan seterusnya. Soalan nombor 3.
Bismaillahirrahmanirrahim, Assakamualaikum WBT Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Soalan saya di pertanyaan nombor 3.
[Selaras dengan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkasa pendidikan al-Quran dan institusi tahfiz di Pahang, bolehkah kerajaan negeri menyatakan jumlah terkini institusi tahfiz yang berdaftar khususnya di daerah Jerantut dan di Negeri Pahang serta usaha-usaha yang telah dan sedang dilaksanakan untuk membantu memperkasakan prasarana, kebajikan pelajar dan pengurusan institusi-intitusi ini? Selain itu, apakah pendekatan kerajaan negeri dalam menyantuni institusi tahfiz yang masih belum berdaftar, agar mereka dapat didaftarkan secara sah serta memenuhi piawaian keselamatan, kebajikan dan kualiti pendidikan selaras dengan dasar negeri?]
Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Tahan... Yang Berhormat ADUN Lantikan bertanyakan tentang Maahad Tahfiz di negeri Pahang ataupun Sekolah-sekolah Tahfiz di negeri Pahang. Ada berapakah jumlahnya yang sudah berdaftar dan yang tidak berdaftar khususnya di daerah Jerantut. Serta apakah usaha kerajaan di dalam memperkasakan Maahad Tahfiz di negeri Pahang ini?
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya mohon izin membaca sebuah hadis junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW yang dibawa oleh Abu Musa, Sayyidina 'Abu Musa al-'Ash'ari radiallahuanhu. Beliau menyatakan Rasulullah SAW bersabda [bacaan Bahasa Arab] dan juga yang ketiganya Ikraqi Muzi sultan Al Mukhsin. Tiga perkara yang menjadi perkara itu kalau kita buat dia termasuk kita mengagungkan Allah S.W.T. Yang pertama, kita memuliakan orang yang dah berusia, orang berumur. Yang kedua kita memuliakan orang yang menghafal Al-Quran. Seandainya penghafal itu dikatakan oleh sabda
Rasulullah [Bahasa Arab] tidak ekstremis dan juga tidak [Bahasa Arab], dia tidak gersang dengan hafalan dia. Kemudian yang ketiganya kita diminta untuk memuliakan juga para pemimpin yang bersederhana di dalam kepimpinannya. Hadis ini ada menyebut tentang kita memuliakan para huffaz.
Sehubungan dengan itu, kita bersyukur di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan naungan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah yang sangat menitikberat tentang Institusi Tahfiz di negeri Pahang. Cuma saya ingin memaklumkan kepada Dewan Yang Mulia di negeri Pahang ini ada dua bentuk atau pun kategori tahfiz yang sedang berlegar di negeri Pahang Darul Makmur...
sedang berkembang.
Ya sedang berkembang. Yang pertama sekali tahfiz di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Pahang yang diusahakan sendiri oleh Yayasan Pahang. Ini terdapat sebanyak 37 buah cawangan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di dalam Bajet yang lalu untuk mengadakan di setiap DUN supaya terdapat Tadika Tahfiz. Alhamdulillah, hanya ada beberapa lokasi sahaja lagi yang belum dapat dilaksanakan. Majoritinya telah terbina dengan menampung sebanyak 1,180 orang pelajar tahfiz. Kemudian itu kita mempunyai keupayaan sebanyak 157 orang guru. Bagi menggerakkan institusi tahfiz ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebagaimana di umum sebanyak RM7.4 juta duitnya dan juga memberi bantuan kepada anak-anak B40. Maknanya kalau pelajar tu dia susah, dia akan dapat bantuan daripada kerajaan negeri bagi membayar yuran sebanyak RM250.00 pada setiap individu.
Bagi merealisasikan ini, kerajaan negeri telah mengumumkan sebanyak RM2.52 juta. Ini kategori pertama. Kategori kedua iaitu persendirian Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Ini susah sikit sebab persendirian ini dia teringin nak bina dia bina tanpa perancangan. Hanya perancangan sendiri, yang kerajaan tadi dia ada perancangan melalui pihak Bomba, kerajaan tempatan dan sebagai pihak yang berwajib bagi membantu supaya premis itu sesuai untuk menjadi tempat pembelajaran. Jadi apabila menjadi kesukaran kerana dia apa namanya bersendiri, inilah timbul isu pendaftaran.
Walaupun demikian, sebanyak 136 premis telah berjaya didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam Pahang di seluruh negeri Pahang. Hanya tinggal lagi sebanyak 56 buah premis yang masih dalam proses untuk didaftarkan. Ini kita akan mendapat kelulusan pendaftaran seandainya premis-premis itu melalui proses-proses yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Pahang. Merujuk kepada persoalan yang menjurus kepada daerah Jerantut, Jerantut ini ada 16 buah tahfiz yang telah didaftar, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Hanya 2 buah sahaja lagi masih di dalam proses pendaftaran. Seandainya mereka
menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang tidak ada salahnya tahfiz berkenaan untuk didaftarkan.
Walaupun apa namanya tahfiz ini persendirian, kerajaan negeri bersama dengan kerajaan persekutuan telah bekerjasama membantu juga tahfiz-tahfiz ataupun madrasah-madrasah ini. Sebanyak 31 buah tahun lepas sahaja telah diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan melalui JAKIM sebanyak RM3.5 juta bagi memastikan infra itu dapat dibantu dan dibangunkan dengan sebaik mungkin. Dalam waktu yang sama, kerajaan negeri juga melalui I.M Pahang iaitu inisiatif... Inisiatif Pahang… Makmur Pahang. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah membantu setiap Maahad Tahfiz yang berdaftar ini iaitu 136 buah ini dengan memberi RM2,000.00 pada setiap Maahad Tahfiz dan benda ini pun telah berlalu, berlangsung 3 tahun berturut-turut sampailah ke hari tahun ini, yang Berhormat Dato Sri Speaker. Dan apa namanya pelajar-pelajar juga, setiap pelajar diberikan bantuan kewangan iaitu kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM758,000.00. Ini maknanya usaha berterusan yang gigih bagi memastikan apa yang disabdakan oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad bagi memuliakan para huffaz ini telah kita upayakan dengan sedaya upaya yang ada pada kita. Terima kasih Dato' Sri Speaker.
Soalan seterusnya kita pergi ke soalan nombor 5.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu'alaikum WBT. Terima kasih Dato' Sri Speaker. Soalan Saya soalan Nombor 5.
[Dunia memaparkan dengan kemajuan terkini, dengan membuat perbandingan teknologi enjin EV, Teknologi enjin Hidrogen jika dibandingkan dengan teknologi konvensional seperti enjin yang menggunakan bahan yang berasaskan karbon seperti Petroleum. Soalannya: Sejauh mana keterlibatan kerajaan negeri di dalam pelaburan industri automotif ini yang berasaskan kemajuan teknologi ini?]
Terima kasih Dato' Sri Speaker. Terima kasih kepada rakan ADUN dari Tras yang bertanyakan soalan yang seperti berikut.
[Dunia memaparkan dengan kemajuan terkini, dengan membuat perbandingan teknologi enjin EV, Teknologi enjin Hidrogen jika
dibandingkan dengan teknologi konvensional seperti enjin yang menggunakan bahan yang berasaskan karbon seperti Petroleum. Soalannya: Sejauh mana keterlibatan kerajaan negeri di dalam pelaburan industri automotif ini yang berasaskan kemajuan teknologi ini?] Baiklah, jawapan saya teknologi enjin EV dan hidrogen merupakan dua pendekatan utama dalam usaha mengurangkan pencemaran karbon. Dalam konteks Malaysia secara keseluruhan dan Pahang khususnya. Potensi pelaburan dalam sektor automotif berteknologi tinggi amat strategik, menyokong aspirasi ekonomi hijau dan juga neutral karbon menjelang 2050. Seiring dengan pelan peralihan Tenaga Nasional ataupun dengan izin National Energy Transition Roadmap and NETR tahun 2030 yang menyasarkan penggunaan EV sebanyak 38% menjelang 2040 dan juga 80% menjelang 2050. Kerajaan Negeri Pahang melalui Invest Pahang dengan kerjasama agensi persekutuan seperti MIDA, MITI dan MOSTI memainkan peranan penting dalam usaha menarik pelaburan dan membangunkan ekosistem automotif hijau. Antara inisiatif utama yang digerakkan ialah pengeluaran dan pemasangan EV. Kerajaan negeri menyokong pelaksanaan pemasangan kenderaan tempatan yang berasaskan elektrik seperti Mercedes-Benz model EQS 500 automatik di Pekan.
Kedua pembangunan stesen pengecasan EV di seluruh negeri melalui kerjasama strategik yang difasilitasi oleh kerajaan negeri. Syarikat Volt Industries telah mengumumkan bahawasanya mereka bersedia melabur sehingga RM250 juta untuk membina 50 stesen pengecas EV di seluruh negeri Pahang dalam tempoh dua tiga tahun. Bentong akan menjadi lokasi perintis dengan 12 port pengecas dengan majlis pecah tanah telah diadakan pada 18 November 2024. Ketiga - TVET dan juga latihan EV, kerajaan negeri bekerjasama dengan pusat pengajian tinggi dan juga institusi TVET terutamanya Pahang Skills yang menawarkan kursus berfokuskan tenaga mampan seperti Sistem Grid-Connected Photovoltaic, dengan izin (GCPV) untuk wireman dan juga chargeman dan ini berkait rapat dengan teknologi EV bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam teknologi automotif hijau.
Selain itu, keempat pembangunan green hydrogen di peringkat nasional Malaysia telah menyasarkan pengeluaran 2 juta tan hidrogen setahun menjelang 2030 dan ia berpotensi meningkat pada 16 juta tan menjelang 2050 melalui Pelan Ekonomi dan juga Teknologi Hidrogen (HETR). Kerajaan negeri menyokong pelaburan berkaitan di Pahang melalui penyediaan tanah fasilitasi dan juga insentif pelaburan dan akhir sekali kelima menjadikan Pahang hab pemasangan dan juga pengeluaran di Pantai Timur. Kerajaan Negeri Pahang juga menyasarkan untuk menjadi hab pemasangan dan pembuatan EV di Pantai Timur dengan memanfaatkan laluan logistik East Coast Railway Link (ECRL) yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Kuantan.
Inisiatif ini dijangka meningkatkan daya tarikan pelaburan asing dan juga tempatan. Beberapa cadangan pelaburan terutamanya dari China telah diterima dan sedang dinilai dari segi kebolehlaksanaan termasuk ketersediaan tapak, kemudahan utiliti serta insentif yang boleh ditawarkan kepada pelabur.
Kalau kita nak bandingkan kenderaan EV dengan kenderaan hidrogen, kalau dalam konteks Malaysia yang mendahului yang menguasai pasaran dari segi kenderaan hijau adalah EV, YB dan juga YB Speaker di mana di Malaysia sehingga Jun tahun ini, 52,000 kenderaan EV telah didaftarkan dan sehingga Jun juga ada lebih kurang 4,166 stesen caj EV di seluruh Malaysia. Jauh, masih jauh daripada sasaran 10,000 yang disasarkan untuk dibangunkan pada akhir tahun ini.
Bercakap mengenai hidrogen pula, sehingga kini kita tidak ada stesen caj hidrogen melainkan satu projek perintis oleh pihak MOSTI yang telah umumkan mereka ada mobile hydrogen charging station yang bernilai RM15 juta dan… dan sehingga kini hanya Sime UMW yang ada kenderaan hidrogen jenama torota… torota pula… Toyota Mirai, hanya tiga unit di Malaysia setahu saya, sedangkan kita ada 50,000 apa ni kenderaan EV di Malaysia. Dalam konteks dunia pada 2024. 70… 17 juta kenderaan elektrik telah dijualkan di seluruh dunia.
Kalau nak bandingkan dengan kereta hidrogen, angkanya sangat jauh dan sangat rendah iaitu hanya 13,000 unit di seluruh dunia. Lebih separuh di negara China. Antara cabaran-cabaran kereta hidrogen adalah kos untuk menghasilkan hidrogen hijau masih tinggi tiga kali berbanding dengan penghasilan hidrogen biru dan juga tiga hingga enam kali lebih tinggi daripada, daripada fossil fuel dengan izin, ataupun minyak berasaskan industri oil and gas dan… dan industri hidrogen ada banyak cabaran lagilah umpamanya kos untuk stok hidrogen tersebut dan kereta hidrogen pun masih mahal. Ya, kalau Toyota Mirai ini harga retailnya dengan izin, 300… RM300,000.00 nak berbanding dengan kereta EV model paling murah pun RM100,000.00. Tesla model 3, RM218,000.00, BYD Seal baru RM148,000.00 dan itu antara cabarannyalah ya dan saya sebut tadi stesen hidrogen pun tak lengkap berbanding dengan stesen TV yang jauh lebih banyak dan sehingga ini dunia mencari kaedah macam mana untuk mengurangkan kos untuk menghasilkan hidrogen hijau dan juga mencari kaedah untuk kurangkan kos electrolyzer yang digunakan untuk menghasilkan teknologi hidrogen hijau tersebut.
Maka… maka apa ni? kurang sambutanlah yang kita dapati daripada pihak pelabur untuk membina infrastruktur dan juga kilang penghasilan hidrogen hijau tapi ini senario ini mungkin berubah menjelang 2030 sekiranya pihak saintis company syarikat besar dapat mencari kaedah untuk mengurangkan kos penghasilan hidrogen hijau dan juga kos electrolyzer yang boleh digunakan untuk menyebarkan teknologi ini. Kalau kos itu makin lama makin rendah. Jauh lagi rendah daripada kos minyak dan gas dan saya yakin pelabur-pelabur akan beralih semula kepada teknologi hidrogen. Buat masa ni tak berapa memberangsangkan dari segi teknologi hidrogen. Terima kasih.
Sebelum saya, saya juga nak maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin menikmati minum pagi yang telah disediakan, bolehlah kita keluar bergilir-gilir. Seperti saya maklumkan bahawa kita tidak bercadang untuk menempohkan. Saya juga ingin mengucapkan selamat datang kepada
pemerhati-pemerhati yang mereka telah pun menulis surat kepada Pejabat Dewan Negeri untuk hadir. Pertamanya daripada Majlis Mahasiswa Anak Pahang, daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia, daripada pejabat ini daripada Parti Amanah Malaysia dan daripada Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Semambu. Soalan seterusnya soalan nombor 6.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Dato’ Sri Speaker, soalan saya nombor 6.
[Skim bantuan
a) Adakah Kerajaan Negeri Pahang menyediakan sebarang bentuk bantuan kewangan atau sokongan kebajikan kepada waris yang kehilangan ahli keluarga, terutamanya melibatkan golongan B40 atau kematian mengejut?
b) Jika ada, apakah bentuk bantuan tersebut, saluran permohonan, dan statistik penerima setakat ini?]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam Pahang 1st Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan semua.
Pertamanya sebelum saya menjawab soalan yang diajukan oleh sahabat saya, terima kasih. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja kerana telah melepaskan ataupun melancarkan Kembara MAKPEN pagi tadi dan dalam misi menghantar bantuan kepada enam daerah di negeri Pahang dan untuk makluman semua, MAKPEN adalah Majlis Kebajikan Negeri dan ahlinya adalah terdiri daripada NGO yang berorientasikan kebajikan dan kepada luar sana yang mahu menyertai MAKPEN boleh berhubung dengan Sekretariat MAKPEN dan terima kasih kepada soalan daripada sahabat daripada kawasan Lanchang yang soalannya berbunyi. Adakah Kerajaan Negeri Pahang menyediakan sebarang bentuk bantuan kewangan atau sokongan kebajikan kepada waris yang kehilangan ahli keluarga terutamanya melibatkan golongan B40 atau kematian mengejut dan seterusnya jika ada, apakah bentuk bantuan tersebut, saluran permohonannya dan juga statistik penerima setakat ini? Jawapannya tentulah ya.
Kerajaan Negeri Pahang di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang ada menyediakan skim bantuan bulanan kepada mereka yang berkelayakan di bawah pendapatan garis kemiskinan. Bantuan ini bertujuan untuk membantu individu ataupun keluarga pemohon yang berkeperluan agar dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik dan berkualiti.
Pemberian bantuan ini berdasarkan prinsip kerja sosial untuk meningkatkan kefungsian sosial mereka. Waris boleh membuat permohonan perkhidmatan jabatan dan permohonan akan disiasat serta dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat kelayakan bantuan kewangan. Selain dari itu, JKM juga menyediakan perkhidmatan intervensi kaunseling kepada waris yang mengalami trauma akibat kehilangan secara tiba-tiba termasuk kes bunuh diri, kemalangan dan juga tragedi bencana. JKM menyediakan perkhidmatan bantuan kewangan persekutuan juga negeri kepada golongan berkeperluan bagi maksud pencegahan, pemulihan, perlindungan, pembangunan dan pengintegrasian kumpulan sasar jabatan ke dalam masyarakat yang dilaksanakan melalui praktis kerja sosial.
Pelaksanaan bantuan kewangan adalah selaras dengan senarai bersama di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri yang termaktub dalam Peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 Jadual Ke-9 Senarai Perundangan dan Perkhidmatan Bantuan Kewangan Persekutuan dilaksanakan di peringkat negeri dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, jajahan, bahagian, cawangan di seluruh negara. Setiap permohonan yang diterima dan dirujuk akan disiasat terlebih dahulu di peringkat negeri dan juga daerah. Berikut adalah statistik penerima Skim Bantuan Bulanan Jabatan untuk Negeri Pahang sehingga bulan Jun 2025. Kita ada enam ya.
Yang pertamanya, bantuan kanak-kanak di mana 2,885 orang penerima bantuan warga emas, ini ada 6,129 orang. Elaun pekerja kurang upaya 6,032 orang, bantuan OKU tidak berupaya bekerja 7,232 orang, bantuan penjagaan pesakit kronik yang terlantar 2,599 orang dan bantuan am sebanyak 2,614 orang dan jumlah keseluruhan bagi keenam-enam penerima Skim Bantuan Bulanan Jabatan untuk Negeri Pahang sehingga bulan Jun 2025 adalah sebanyak 30,491 orang dan selain daripada itu, di bawah Kerajaan Negeri Pahang melalui Skim Bantuan bawah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) turut menyediakan sumbangan bagi pengurusan jenazah dalam kalangan penerima bantuan bulanan MUIP. Jenazah yang tiada ahli waris atau tidak dituntut yang beragama Islam serta golongan mualaf yang memerlukan sumbangan bagi pengurusan jenazah tersebut akan disalurkan kepada masjid yang menguruskan jenazah berkenaan dengan kadar tidak melebihi RM2,000. Sekian terima kasih.
Soalan seterusnya. Kita pergi ke soalan nombor 7.
Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Saya mewakili Tanah rata menanya soalan nombor 7.
[ Peruntukan Kepada Atlet Dalam Kalangan Murid Sekolah
a) Sila nyatakan jumlah peruntukan atau bantuan kewangan yang tersedia untuk dimohon oleh atlet murid apabila mereka dipilih menyertai pertandingan sukan di peringkat Daerah, Negeri, dan Kebangsaan, khusus bagi menampung kos seperti penginapan, pengangkutan dan makanan.
b) Adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk menambah peruntukan atau bantuan kewangan sedia ada, bagi menyokong usaha mencungkil bakat dalam kalangan atlet murid serta merancakkan pembangunan sukan akar umbi di peringkat sekolah?]
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang ditanya berkenaan dengan peruntukan kepada atlet dalam kalangan murid sekolah. Panjang soalan ini ada dua pecahan. Jadi saya memetik sumber daripada Majlis Sukan Pahang dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Untuk pecahan soalan yang pertama Yang Berhormat Speaker, ditanya berkenaan jumlah peruntukan atau bantuan kewangan yang tersedia untuk dimohon oleh atlet murid apabila mereka dipilih menyertai pertandingan sukan di peringkat daerah, negeri dan juga kebangsaan khusus bagi menampung kos seperti penginapan, pengangkutan dan makanan.
Yang Berhormat Speaker untuk makluman Ahli Yang Berhormat. Pada tahun ini, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang telah menerima peruntukan sebanyak RM1,373,599.00 daripada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pertandingan sukan di peringkat daerah negeri dan juga kebangsaan. Daripada jumlah ini, sebanyak RM347,687.00 diagihkan kepada 11 daerah di seluruh negeri Pahang melibatkan pelbagai aspek pengurusan sukan di peringkat zon, Majlis Sukan Sekolah Daerah atau MSSD dan penyertaan ke peringkat Majlis Sukan Sekolah Pahang atau MSSP.
Kos ini adalah bagi menampung pengelolaan 15 jenis sukan yang dipertandingkan di peringkat daerah terdiri daripada enam kategori peringkat umur iaitu 12 tahun lelaki dan perempuan, 15 tahun lelaki dan perempuan dan juga 18 tahun lelaki dan perempuan melibatkan 740 buah sekolah di seluruh Pahang. Terdapat juga daerah menganjurkan pertandingan lebih daripada 15 sukan yang telah ditetapkan bergantung kepada permintaan daripada sekolah-sekolah dalam daerah tersebut.
Peruntukan selebihnya iaitu RM1.02 juta diagihkan untuk pengurusan Pengelolaan sukan peringkat Negeri Majlis Sukan Sekolah Pahang iaitu RM240,000.00, sirkit sukan melibatkan sembilan sukan yang tidak dikelolakan oleh daerah RM32,000.00, Latihan Pusat Sukan Negeri RM182,000.00, penghantaran kontinjen ke peringkat MSSM RM179,000.00, pembelian medal RM49,000.00, pembelian baju kontinjen RM212,000.00, pembelian tiket kapal
terbang RM11,000.00 perbelanjaan kontigensi pelbagai program penggalakan sukan dan program pembangunan sukan. Bagi persediaan atlet murid yang mewakili Pahang ke Kejohanan MSSM, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang juga menyediakan elaun makan berdasarkan kadar yang telah ditetapkan iaitu sebanyak RM16 sehari dan menanggung penginapan pengangkutan serta latihan pusat sepanjang kejohanan MSSM dilaksanakan. Perbelanjaan atlet murid dari daerah yang menyertai pertandingan peringkat negeri adalah bergantung kepada perancangan pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah atau PPD berkenaan.
Manakala bagi atlet di bawah Majlis Sukan Pahang termasuk atlet pelajar yang terpilih untuk mewakili negeri Pahang bagi menyertai kejohanan di bawah takwim Persatuan Sukan Negeri, Persatuan Sukan Kebangsaan serta Karnival Bakat Kebangsaan anjuran Majlis Sukan Negara layak menerima elaun makan RM30 sehari, elaun penginapan serta kos pengangkutan mengikut kadar tiket bas atau kos perjalanan ke lokasi kejohanan. Majlis Sukan Pahang menanggung sepenuhnya kos berkaitan makan, penginapan, pengangkutan, yuran kejohanan dan insurans bagi penyertaan sepanjang tempoh bertanding termasuk sehari sebelum kejohanan bermula bagi atlet-atlet ini. Melalui inisiatif ini, Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan sebanyak RM639,000.00 kepada Majlis Sukan Pahang di bawah program pembangunan sukan yang melibatkan atlet di bawah 21 tahun.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, bagi pecahan soalan yang kedua. Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menambah peruntukan atau bantuan kewangan sedia ada bagi menyokong usaha mencungkil bakat dalam kalangan atlet murid serta merancakkan pembangunan sukan akar umbi di peringkat sekolah? Ya, Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Sukan Pahang sentiasa komited dalam menambah peruntukan dan bantuan kewangan dalam usaha mencungkil bakat-bakat baru di peringkat akar umbi khususnya dalam kalangan atlet pelajar. Bagi tahun ini, bajet yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi pembangunan bakat adalah sebanyak RM830,000.00 iaitu peningkatan sebanyak 38.3% berbanding dengan peruntukan pada tahun lalu.
Peningkatan jumlah peruntukan ini membolehkan program pencarian bakat atlet berjalan dengan lebih rancak di seluruh negeri Pahang. Sehingga Julai tahun ini sebanyak 15 program pencarian bakat telah dilaksanakan dengan penyertaan seramai 3,389 orang dan seramai 271 atlet baru ditawarkan mengikuti latihan di bawah jurulatih Majlis Sukan Pahang dan bagi tahun ini, bermula tahun ini, insya-Allah pada bulan hadapan akan dilancarkan satu inisiatif baru iaitu pengambilan jurulatih di kalangan guru yang kita kenali sebagai jurulatih sambilan. Guru-guru daripada setiap daerah di negeri Pahang sekurang-kurangnya 2 orang guru daripada setiap daerah akan menerima elaun sekurang-kurangnya RM500.00 sebulan berdasarkan sijil dan kelayakan dan guru-guru sambilan ini akan dipertanggungjawabkan untuk mencungkil, mencari bakat-bakat baru di kalangan pelajar dan pakej ini akan dilancarkan di Sekolah Sukan Seberang Temerloh pada bulan hadapan di mana manfaatnya akan lebih besar di mana guru-guru sambilan ini selain daripada menerima elaun sekurang-kurangnya RM500.00 sebulan akan juga menerima pakej-pakej bantuan termasuk peralatan, pakaian dan peralatan sukan yang lain.
Bagi menjenamakan semula pakej jurulatih sambilan di kalangan guru yang dilihat amat berkesan untuk mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar di seluruh negeri Pahang. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Soalan tambahan.
Sila wakil daripada ADUN Lantikan. Kemudian wakil daripada Semambu.
Terima kasih Dato' Sri Speaker dan terima kasih Yang Berhormat EXCO. Jadi bila kita lihat jawapan yang diberikan oleh rakan saya bahawa banyak inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk meningkatkan mutu sukan di Pahang pada hari ini dan dalam sesi lepas pun saya ada tanya Yang Berhormat EXCO berhubung dengan apa nama insentif yang telah diberikan kepada tokoh-tokoh ataupun mereka yang mendatangkan kejayaan kepada negeri Pahang. Cuma kalau boleh saya nak tarik perhatian Dewan Yang Mulia ini, kalau kita lihat perkembangan sukan di peringkat akar umbi ini kelihatannya sangat baik.
Usaha yang dibuat oleh yang dibuat oleh kerajaan negeri ini. Cuma bila kita lihat mutu sukan ini bila sampai ke satu tahap yang lebih tinggi, kita kelihatannya di Pahang ini seolah-olah sedikit ke belakang. Kalau satu ketika dahulu Pahang ini cukup gah dengan sukan angkat berat, badminton dan sepak takraw. Begitu juga dengan sukan bola sepak, pasukan Sri Pahang. Jadi kelihatannya pada hari ini dengan walaupun dengan insentif-insentif yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini seolah-olah menunjuk er... seolah-olah kita lihat bila mereka dah sampai tahap untuk diangkat sebagai professional ataupun yang lebih jauh, ada negeri lain pula yang ambil mereka ni untuk bermain di tempat mereka. Jadi apakah usaha kerajaan negeri untuk memastikan bahawa selaras dengan usaha yang kita buat di peringkat akar umbi ini akan menampakkan kejayaan di peringkat sukan yang perdana pada hari ini. Itu saja Dato' Sri.
Terima kasih Yang Berhormat ADUN Lantikan. Dari segi data dan statistik mungkin saya tak boleh kongsikan. Cuma dari segi inisiatif dan pendekatan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang, kita mengakui bahawa ada kelompongan kecemerlangan kadang-kadang di peringkat sehingga ke MSSM tetapi kadang-kadang pencapaian itu tidak dapat diteruskan ke peringkat misalnya indikator yang paling tepat SUKMA atau Sukan Malaysia. Ada
nampak kelompongan dari sudut itu. Sebab itulah kerajaan negeri tidak er... sentiasa berusaha untuk memperbaiki prestasi atau pencapaian sukan ini.
Pertamanya, bidang sukan ini memerlukan satu peruntukan yang besar. Sebab itulah kita sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk menambah baik kualiti dan kemudahan serta infrastruktur sukan di negeri ini. Dan proses ini berlangsung, misalnya saya kalau saya boleh berkongsi sikit dengan Yang Berhormat. Dalam kita nak menambah baik infrastruktur atau fasiliti sukan di Stadium Darul Makmur misalnya, saya terpaksa berjumpa dengan Menteri Belia dan Sukan sendiri, keluarkan surat minta tolong. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang sampaikan kepada hingga kepada Perdana Menteri. Proses itu memakan masa dan selepas dua tahun nak memohon peruntukan tambahan untuk Stadium Darul Makmur misalnya, kita nak untuk ganti lampu limpah yang dah ketinggalan, apa bumbung stadium yang bocor, tempat duduk kita nak tambah. Selepas dua tahun baru ada jawapan peruntukan itu diluluskan. Itupun tidak seperti yang kita mohon. Jadi dari segi fasiliti sukan kita kena tambah baik. Itu yang pertama. Yang kedua, pendekatan-pendekatan baru itu yang saya kongsikan sebentar tadi. Pencarian bakat di kalangan murid ini perlu diperkasakan. Sebab itulah kita jalinkan hubungan yang rapat antara Majlis Sukan Pahang dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
Sekarang sudah ada kerjasama strategik antara MSP dan juga JPN Negeri Pahang untuk cungkil lebih ramai bakat-bakat di kalangan murid. Dan sekarang inisiatif yang ketiga kita laksanakan adalah kita bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang berasaskan sukan ini. Yang terbaru dengan Decathlon, ada lagi syarikat yang saya dah jumpa dan Majlis Sukan Pahang jumpa untuk mereka ini sebenarnya boleh bantu pelajar-pelajar kita dari segi kemudahan sukan sepertinya spike, kasut lari dan sebagainya. Jadi inisiati-inisiatif sebegini perlu diperkasakan lagi supaya pencapaian kita di... di peringkat yang lebih tinggi ini konsisten dan berkesinambungan. Dan kita juga dah wujudkan Tabung Pembangunan Amanah Sukan Pahang untuk kita galak lebih ramai pihak-pihak syarikat berkaitan kerajaan atau state GLC dan syarikat-syarikat luar untuk menyumbang kepada program pembangunan sukan di negeri Pahang.
Selain itu tadi, Yang Berhormat juga sebut sukan tertentu misalnya. Saya setuju bahawa satu ketika Pahang berbangga melahirkan badang-badang yang hebat dalam sukan angkat berat khususnya di Rompin. Tapi keadaan dia dah jauh berubah sekarang. Jadi kita tengok kita tak nak fokus di Rompin je. Selama ni kita fokus di Rompin. Sekarang kita akan buka satu Pusat Latihan Angkat Berat di Kuantan pula. Kita nak cari talent-talent atau bakat-bakat baru di luar Rompin sebab nampak dah macam dah tepu. Semangatnya tak macam dulu lagi. Dan untuk sukan-sukan tertentu macam kita kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang ini. Kita nak bina mini pusat latihan untuk sukan-sukan tertentu di setiap daerah mengikut kelebihan atau kepakaran di daerah-daerah tersebut. Misalnya Bentong fokus pada renang selepas ini. Kita tengok, kita tengah berbincang lanjut dengan Jabatan Pendidikan Negeri sebab mereka ada kepakaran juga dari segi jurulatih sambilan ini untuk kita lebih fokus dan saya rasa dengan cara begini. Dan selain daripada itu, kita juga bekerjasama rapat dengan Sekolah Sukan Malaysia di Gambang dan juga Sekolah Sukan
Pahang di Seberang Temerloh supaya di Gambang itu misalnya lebih ramai atlet-atlet Pahang diberi tempat untuk belajar atau mengikuti latihan di Sekolah Sukan Gambang dan bulan depan kita akan lancarkan satu pakej baru untuk menarik lebih ramai bakat di kalangan pelajar ini di Sekolah Sukan Seberang Temerloh agar pembangunan sukan dan atlet di Pahang ini lebih menyeluruh dan diberi nafas baru Yang Berhormat.
Soalan tambahan Dato' Sri.
Soalan akhir, sila.
Terima kasih Dato' Sri.
Soalan tambahan terakhir.
Terima kasih atas inisiatif Kerajaan Negeri Pahang untuk membantu bakat-bakat anak-anak Pahang. Cuma persoalan saya, selain daripada bantuan yang diberikan kepada atlet sama ada di daerah, kebangsaan dan negeri. Macam mana pula dengan mereka anak-anak Pahang yang mewakili negara ke pentas antarabangsa. Saya bagi contoh baru-baru ini, adik Shahan daripada Persatuan Skuasy Pahang dari Kuantan telah memenangi International Asia Squash Championship dan beliau memenangi pentas kelima dan baru-baru ini di Hong Kong Asia Squash International er… beliau memenangi tahap tempat ketiga dan saya kongsikan lagi juga saudara Daniel daripada SMK Panglima Perang dari Kuantan mewakili Malaysia bermain di Liga Sweden untuk bola sepak so persoalan saya adakah pihak kerajaan negeri pertimbangkan untuk mewujudkan tabung untuk membantu mereka yang membawa nama negara di pentas antarabangsa. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Semambu untuk soalan tersebut er… sememangnya ada bantuan atau kewangan khusus atau peruntukan khusus untuk atlet-atlet Pahang sama ada mewakili negeri Pahang apatah lagi mewakili negara dan untuk spesifik saya tak dapat nak semak sekarang tapi
saya memberi jaminan bahawa jika persatuan ada memaklumkan kepada Majlis Sukan Pahang sudah pasti Majlis Sukan Pahang menyalurkan peruntukan tersebut kepada atlet Pahang yang terlibat apatah mewakili negara. Cuma untuk kejohanan di luar negara ini, kita pula kena ada pertimbangan dia er… tatacara pengurusan kewangan ada kejohanan-kejohanan tertentu yang tidak diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara er… yang itu kita ada pertimbangan lain tetapi selagi mana kejohanan-kejohanan tertentu walaupun bertaraf antarabangsa dan diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara kebiasaannya akan ada bantuan kewangan daripada Majlis Sukan Pahang sekurang-kurangnya wang saku untuk mereka bertanding ke luar negara dan untuk kes-kes yang lebih spesifik sebab di bawah Majlis Sukan Pahang ini dia fokus kepada sukan berprestasi tinggi sahaja khususnya yang dipertandingkan di SUKMA. Ada sukan yang tidak di bawah Majlis Sukan Pahang, jadi untuk sukan-sukan yang dalam kategori itu boleh berurusan terus dengan saya. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan seterusnya kita pergi kepada soalan nombor 8.
Assalammualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker yang memberi laluan kepada saya.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Soalan saya nombor 8 jadi saya bercadang sahajalah untuk nak baca sebab kita bimbang er… apa yang melihat secara langsung ini tak tahu nombor 8 itu apa. Jadi soalan saya nombor 8 ini berbunyi berapakah jumlah peluang pekerjaan baru yang dijangka akan diwujudkan untuk rakyat negeri Pahang selepas siapnya projek ECRL sepenuhnya. Sekian, Yang Berhormat Dato’ Sri.
Salam sejahtera, terima kasih Tuan Speaker er… terima kasih juga kepada rakan saya. Untuk menjawab soalan ini, adalah diunjurkan seramai 1,800 orang tenaga kerja yang diperlukan bagi menyokong fasa pengoperasian dan penyelenggaraan projek ECRL ini dan dijangka bermula pada Januari 2027. Daripada jumlah tersebut, dianggarkan lebih kurang 600 peluang pekerjaan baharu akan diwujudkan khususnya di negeri Pahang.
Jawatan ditawarkan adalah seperti juruteknik dan jurutera sistem, pegawai tiket, krew kereta api, pengurusan stesen, pegawai bertugas stesen, petugas isyarat, polis bantuan, pengurusan kargo dan sebagainya. Penempatan tenaga kerja ini akan melibatkan stesen-stesen ECRL yang terletak di negeri Pahang iaitu di Cherating, Kuantan Port City, KotaSAS, Paya Besar, Maran, Temerloh dan Bentong er… untuk makluman juga penempatan juga akan dibuat di Pusat
Kawalan Operasi di Kuantan Port City serta juga yang er… untuk pangkalan penyelenggaraan atau dikenalkan maintenance base yang berkaitan adalah di Kuantan Port City juga. Untuk yang lebih detail, er… kerajaan telah menghantar 66 pelajar telah ke Liuzhou pada bulan Mei 2025 dan pada awal September ini akan hantar lagi seramai 140 orang ke Liuzhou, Guangxi di China untuk belajar di sana dan er… untuk belajar macam mana bawa kereta api… bawa kereta api ini bukan bawa kereta Yang Berhormat Tuan Speaker, so dia kena dia kena belajar dekat satu tahun dekat sana dan er… inilah saya er… boleh bagi jawapan seperti ini. Terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan, sila.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Kita dijangkakan ECRL ini akan siap pada tahun 2027 maknanya kita boleh naiklah kereta api ini. Soalan saya soalan tambahan ini, saya nak tanya pihak kerajaan apakah ini er... ada kerajaan mencadangkan jajaran baru ini. Sekarang dah ada daripada Kota Bharu ke Kuala Lumpur tetapi jajaran baru sebabnya saya telah pun mencadangkan di dalam Sidang Dewan er… Sidang Dewan yang lepas memohon supaya kerajaan memikirkan mewujudkan satu jajaran baru daripada Bentong ke Kuala Lipis. Jadi saya nak tanyalah pihak kerajaan sejauh mana perkembangan cadangan daripada Batu Talam ini. Sekian, terima kasih.
Er… terima kasih. Saya ingat cadangan kita ini perlu ambil ke peringkat nasional dan er… kita akan maklum kemudian. Terima kasih.
Terima kasih, kita pergi ke soalan seterusnya wakil daripada Kuala Semantan soalan nombor 9.
Assalammualaikum WBT Dato’ Sri Speaker.
Berpagian daripada Temerloh ke Kuantan, Soalan saya nombor 9.
Terima kasih.
[Temerloh merupakan titik tengah semenanjung dan mempunyai daya tarikan pelancongan tersendiri untuk menarik kehadiran pelancong, apakah usaha-usaha yang dilakukan untuk memastikan pelancong tinggal lebih lama dan berbelanja di Temerloh?
Berapakah jumlah pelancong tempatan dan antarabangsa yang datang ke Temerloh pada tahun 2023 dan 2024 dan apakah tarikan utama yang yang menjadi tumpuan pelancong tersebut?]
(DUN TRIANG – N.38)
Terima kasih Yang Berhormat er… Speaker dan juga Yang Berhormat Kuala Semantan yang bertanyakan pelancongan di Temerloh. Untuk makluman Yang Berhormat, menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 pelbagai inisiatif dirancang dan dilaksanakan kerajaan untuk daerah Temerloh antaranya pertama, pembangunan produk dan penganjuran acara pelancongan di daerah Temerloh. Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan dan menyokong pelbagai produk dan aktiviti pelancongan antaranya Festival Kesenian Pribumi Malaysia, Pahang Ultra, Program Senam Seni Peringkat Negeri Pahang, Malaysia Year End Sale di Pekan Sehari Temerloh dan Majlis Perbandaran Temerloh juga telah memperuntukkan sebanyak RM191,000.00 untuk menyokong penganjuran enam program pelancongan antaranya Pertandingan Memanah 3D, Karnival Masakan Ikan Patin, Pameran Kereta Dan Motor Klasik dan sebagainya dan kedua er… usaha kedua adalah melatih sumber manusia dalam bidang pelancongan.
Pelbagai bengkel kursus dijalankan dan melibatkan pengusaha pelancongan. Jadi, antaranya Bengkel Asas Canva kepada pengusaha homestay, Kursus CTRT yang bertajuk Patin Tempoyak Warisan Tradisi, Bengkel Pembangunan Pakej Pelancongan di Temerloh dan sebagainya. Ketiga, penambahbaikan infrastruktur pelancongan, lokasi pelancongan utama di Temerloh iaitu bandar Temerloh er… Titik Tengah Semenanjung Malaysia, esplanade dan sebagainya juga telah dijalankan pelbagai projek penambahbaikan dan kemudahan. Keempat, pameran pelancongan dalam dan luar negara. Tourism Pahang telah menjalankan pameran pelancongan dalam dan luar negara untuk memperkenalkan keunikan dan daya tarikan pelancongan termasuk di daerah Temerloh.
Kelima, promosi pelancongan melalui lawatan suai kenal dengan ejen fam trip. Sebelum ini kita telah menganjurkan fam trip dan menjemput pengusaha-pengusaha pelancongan yang telah melawat daerah Temerloh termasuk dari negara Indonesia, Singapore, China, Thailand dan seterusnya kerajaan negeri juga akan terus mengadakan fam trip dari Philippines, India dan China pada tahun ini. Keenam, Tourism Pahang juga memperkasakan pelancongan kereta api iaitu Pahang Rail Tourism yang ini melibatkan stesen KTM Mentakab untuk mempromosikan kepada agensi pelancongan, media dan influencer. Jadi soalan kedua daripada Yang Berhormat Kuala Semantan mengikut statistik pelancong ke daerah Temerloh pada tahun 2023 merekodkan seramai 300,250
orang manakala untuk tahun lepas 2024 merekodkan 286,038 orang. Untuk tarikan utama di Temerloh sebenarnya banyak selain apa yang kita biasa, ada juga usaha-usaha sebagai contoh ada Carboot Sale, Pasar Karat, Pekan Sehari Temerloh, Jambatan Gantung Temerloh, aktiviti menaiki perahu menyusuri Sungai Pahang dan banyak lagi. Jadi untuk pelancongan… sektor perlancongan di Temerloh selain daripada usaha kerajaan negeri dan persekutuan. Dengan ini, saya rasa saya perlu beri kredit kepada Pejabat Daerah Temerloh dan Majlis Perbandaran Temerloh yang begitu agresif aktif untuk bersama-sama menjayakan pelancongan di Temerloh. Dan juga saya ingin mengucapkan tahniah, syabas kepada Yang Berhormat Mentakab sebab baru-baru ini kita juga nampak ada bas-bas pelancongan sampai ke Mentakab untuk melawat produk-produk pelancongan yang baru. Terima kasih.
Sila soalan tambahan.
(DUN KUALA SEMATAN – N.32)
Soalan tambahan. Terima kasih kepada EXCO yang telah menjawab soalan tadi. Dato' Sri Speaker, soalan tambahan saya adalah berapakah jumlah peruntukan khusus yang telah disalurkan oleh kerajaan negeri dan agensi-agensi berkaitan bagi tujuan promosi pelancongan di Temerloh bagi tahun 2023 dan 2024. Bagaimana ia dibelanjakan dan bagaimana dia memberi impak kepada pelancong untuk stay atau pun untuk bermalam di Temerloh dengan jumlah yang lebih lamalah dengan hari yang lebih lama. Terima kasih Dato' Sri Speaker.
(DUN TRIANG – N.38)
Terima Kasih Yang Berhormat Kuala Semantan. Memang setiap tahun kerajaan negeri memperuntukkan jumlah yang besar untuk tujuan promosi pelancongan negeri Pahang. Tetapi kita tidak boleh nampak bajet ini khususnya pecah kepada daerah Temerloh sahaja, sebab apabila kita membuat promosi, kita mempromosikan setiap tempat pelancongan di setiap daerah di negeri Pahang. Sebagai contoh, apabila kita mengadakan fam trip atau pun kita publishkan leaflet atau pun mengadakan… mengambil bahagian dalam pameran pelancongan. Kita bukan sahaja mempromosikan Temerloh tetapi setiap daerah ada keunikan masing-masing. Jadi susah kita untuk pecahkan bajet ini. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana kerajaan negeri selama ini memang komited untuk membangunkan sektor pelancongan di Pahang. Sekian
Kita pergi soalan seterusnya soalan terakhir untuk hari ini. Soalan nombor 10 dari ADUN lantikan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, soalan saya nombor pertanyaan yang ke-10.
Cadangan Pindaan Akta Penempatan Berkelompok 1960.
1) Setakat mana proses yang telah dilakukan yang melibatkan sesi libat urus (SLU) dengan pihak kerajaan negeri terutama melibatkan perkara berkaitan bidangkuasa dan kepentingan negeri?
2) Berapa banyak peneroka-peneroka dan kawasan-kawasan FELDA telah diberikan geran hakmilik oleh kerajaan negeri?
Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Yang Berhormat Ahli-ahli Sidang Dewan yang dihormati sekalian. Terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Lantikan dengan soalan mengenai dua soalan yang telah pun diutarakan di sini iaitu setakat mana proses yang telah dilakukan yang melibatkan Sesi Libat Urus (SLU) dengan pihak kerajaan negeri terutama melibatkan perkara berkaitan bidang kuasa dan juga kepentingan negeri dan keduanya berapa banyak peneroka-peneroka dan kawasan-kawasan FELDA yang telah diberikan geran hak milik kepada kerajaan negeri.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Akta GSA berkaitan perkara ini sedang dalam proses penambahbaikan dan juga beberapa pindaan-pindaan. FELDA sebagai salah sebagai sebuah badan berkanun di bawah Jabatan Perdana Menteri telah pun membangkitkan perkara ini untuk semakan pindaan atau penambahbaikan perundangan tanah yang berkaitan. JPM telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Penyelarasan Pindaan Akta Tanah Kawasan Penempatan Berkelompok 1960, Akta 530. Ahli jawatankuasa ini terdiri daripada JPM, JKPTG, Badan Kawal Selia FELDA, BKSF JPM, FELDA, FELCRA serta ahli jemputan daripada pihak berkepentingan termasuklah pihak berkuasa negeri. Dua jawatankuasa ini di bawah jawatankuasa khas ini diwujudkan seperti berikut. Iaitu pertamanya, Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM dan yang keduanya adalah Jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan oleh Pengarah Besar FELDA sendiri.
Gerak kerja jawatankuasa ini telah dimulakan melalui Mesyuarat Penyelarasan Pindaan Akta 530 pada 21 September 2022 yang lalu. Majlis ini membincangkan kaedah penyelesaian isu-isu berkaitan GSA dan juga Akta 530 ini. Memantau dan juga menyelaras gerak kerja pindaan akta yang telah disebutkan sebentar tadi. Ini disusuli dengan beberapa siri-siri mesyuarat dan juga sesi libat urus, antaranya mengumpulkan isu-isu GSA dan juga bengkel Akta 530 yang diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2023 yang lalu. Dan juga
bagi Badan Kawal Selia FELDA BKSF di Jabatan Perdana Menteri mengetuai pindaan ini bersama Bahagian Hal Ehwal Undang-undang iaitu jabatan bersama juga Jabatan Ketua Pengarah Tanah Galian, Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Daerah Tanah, Pejabat… Jabatan Pengurusan Tanah FELDA dan juga beberapa agensi-agensi yang lain. Sesi libat urus bersama pemegang taruh dan juga pihak berkuasa negeri serta pihak berkuasa tempatan yang terlibat telah dilaksanakan pada beberapa zon yang telah pun dipecahkan. Zon yang pertama mengikut dalam FELDA ini iaitu Wilayah FELDA Alor Star dan juga Trolak pada 3 hingga 5 September 2024 yang lalu. Zon yang kedua wilayah FELDA Raja Alias iaitu Mempaga, Johor Bahru, Segamat pada 23 hingga 25 September 24, yang lalu dan zon yang ketiga adalah wilayah… wilayah Terengganu, Gua Musang, Kuantan, Jengka pada 20 dan juga 22 Oktober yang lalu.
Proses ini pada akhir pindaan dan akan memerlukan kelulusan menteri yang bertanggungjawab pada FELDA iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seterusnya perlu dibentangkan kepada Parlimen. Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal akan berusaha untuk membantu wakil kerajaan negeri supaya proses ini berjalan lancar dan juga mendapat input sebaiknya. Sebanyak dan ini antara yang sedang pun dibahaskan di dalam Parlimen. Insya-Allah ahli Parlimen yang sedang pun pembahas ini mendapatkan input-input dan selain daripada apa yang telah pun di sesi libat urus yang telah dilaksanakan oleh pihak FELDA. Malah pihak selain daripada pemegang taruh ini, pihak NGO-NGO seperti Persatuan Kami Anak FELDA seperti Majlis Belia FELDA Malaysia juga mendapatkan input-input untuk kita letakkan dalam pindaan Akta Akta GSA ini.
Seterusnya, Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Soalan yang kedua menyatakan bahawasanya geran sebanyak 41,830 orang peneroka daripada 43,126 jumlah keseluruhan peneroka FELDA di Pahang telah pun diberi geran hak milik oleh Kerajaan Negeri Pahang. Yang ini saya nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih mewakili warga peneroka dan juga anak peneroka mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar kerana begitu menekankan perkara ini meletakkan tanggungjawab ini sepenuhnya untuk memastikan geran-geran peneroka ini dapat diberikan kepada peneroka dengan kadar segera.
Baki terkini yang direkodkan adalah seramai 1,296 peneroka sahaja iaitu 3% sahaja daripada jumlah peneroka negeri Pahang yang masih belum menerima geran. Pihak berkuasa negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian serta Pejabat Daerah dan Tanah Daerah serta FELDA menyangkakan perkara ini dapat diselesaikan sekurang kurangnya penghujung pada tahun 2025 iaitu jika teknikal itu dapat diselesaikan. Ada beberapa perkara itu dapat diselesaikan dengan kadar segera. Dimaklumkan bagi peneroka ini berdaftar dalam buku ROH iaitu Register of Holding semasa awal kemasukan mereka sebagai peneroka dalam rancangan yang dahulu dan buku ROH ini juga dikaitkan dengan Seksyen 12 iaitu Akta Tanah Kawasan Penempatan Berkelompok 1960, yang terlibat juga iaitu Akta 530 yang mana peneroka berdaftar ROH akan dikurniakan geran hak milik akhirnya. Justeru, berhubung perkara ini
dimaklumkan untuk tindakan-tindakan pentadbiran yang seterusnya oleh pihak Pejabat Tanah dan juga Galian iaitu PTG Pahang dan juga pejabat Daerah dan Tanah serta FELDA bagi menyelesaikan baki ini dan juga Insya-Allah yang belum menerima geran ini sebanyak 1,296 Ini termasuklah kalau wilayah FELDA ni kita ada tiga wilayah. Wilayah Kuantan sebanyak 1,061 lagi jumlah peneroka yang belum menerima dan Wilayah Mempaga ada 184 lagi ketua peneroka tidak menerima. Dan Jengka 51 orang peneroka yang masih belum menerima geran yang membawa maksud 1,296 peneroka yang belum lagi menerima ni dan sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang telah pun memberikan termasuklah pihak PTG yang memberikan keutamaan untuk memberikan geran-geran kepada peneroka-peneroka ini dan terbaru FELDA Lepar. Terima kasih sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Dato Sri Diraja hadir sendiri untuk melihat dan juga memberikan geran-geran ini kepada peneroka-peneroka. Saya nak maklumlah kita ni anak peneroka melihat apabila ayah kita menerima geran ni ada yang telah terhibur, menangis mengucapkan banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri Diraja, Menteri Besar dan juga kerajaan negeri Pahang. Insya-Allah.
Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Sikit soalan tambahan.
Sila.
Pertamanya saya nak ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Pahang kerana bila statistik dikemukakan tadi kelihatannya puluhan ribu geran diberikan kepada peneroka. Dan bagi saya ini adalah bukti kesungguhan kerajaan negeri bagi memastikan peneroka-peneroka diberikan pembelaan yang sewajarnya di negeri Pahang ini. [Ahli Dewan tepuk meja].
Baik, Yang Berhormat EXCO, kita membincangkan soal pindaan Akta GSA, Government Settlement Act. Akta ni dah lama sebenarnya tahun 1960 dan pindaan yang terakhir dibuat adalah pada tahun 2002, di mana pindaan terakhir itu adalah untuk memasukkan nama tak lebih dua orang bagi satu-satu geran itu. Jadi cadangan pindaan yang dicadangkan oleh Kerajaan MADANI yang dijangka akan dibentangkan pada akhir tahun ini adalah antaranya untuk memasukkan lebih nama dua orang, lebih daripada dua orang nama dalam satu satu geran. Dan bagi saya ini membuktikan kesungguhan kerajaan sama ada di peringkat negeri ataupun kerajaan pusat untuk memastikan kelangsungan bukan sahaja kepada peneroka asal tetapi juga kepada generasi
kedua dan generasi ketiga. Cuma bagi saya, saya nak… nak mencadangkan pada hari ini bahawa kalau peneroka itu yang dapat geran, kalau dilihat kepada geran itu kebanyakannya paling awal pun saya percaya peneroka yang dapat geran ini pada tahun 1985.
Jadi kalau kira pajakan itu lebih kurang 99 tahun dan masih ada lebih kurang dalam 50... 60 tahun lagi yang masih berbaki. Jadi cadangan saya, adakah kerajaan negeri bercadang... berhasrat untuk memberikan status geran kekal kepada peneroka-peneroka ni supaya generasi kedua, ketiga dan seterusnya ini terjamin hak mereka walaupun selepas tamat tempoh pajakan tadi. Jadi, saya rasa ini boleh diusahakan oleh kerajaan negeri supaya mencapai matlamat pindaan Akta GSA tersebut. Dan soalan saya yang kedua, kalau di Pahang ini sebenarnya apa manfaat yang paling besar memandangkan di Pahang ni adalah antara FELDA yang paling banyak yang boleh diperolehi oleh peneroka kesan daripada Akta Pindaan Akta GSA ini terima kasih.
Terima kasih banyak Yang Berhormat ADUN Lantikan, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker inilah antaranya negeri Pahang ni punya 115 rancangan FELDA, antara yang paling banyak. Sebab itu ramai yang bercita-cita menjadi pejuang FELDA. Sebenarnya Barisan Nasional, UMNO dan saya sebagai anak FELDA ini lahir di FELDA... besar di FELDA yang biasa makan biji kelapa sawit ni dah biasa… dah makin ramai dalam kalangan kita ni YB Kemayan anak FELDA, YB Chini anak FELDA, Jenderak anak FELDA. Sebutlah... nak sebut anak FELDA ni, ramai. Inilah perjuangan dia. Sebab itu kalau kita lihat daripada pindaan seperti Yang Berhormat cakap tadi, pindaan Akta GSA ini yang sedang dibahaskan di Parlimen, dia masih mengambil kira dan juga masih mengekalkan kepada dua nama lagi dalam ROH ini. Sebab itu masih dibentangkan dan masih dibahaskan supaya penambahan, penambahbaikan lagi Akta GSA ini untuk menguraikan meleraikan kepada generasi.
Buat masa ni melalui pentadbiran ni ialah pentadbir sahaja. Maksudnya dua suami dan juga isteri. Dan akhirnya ada seorang pentadbir. Kalau anak dia tujuh kan, maksudnya salah seorang tu sebagai pentadbir rancangan tersebut. Namun bagi pihak kerajaan negeri ni kita tiada halangan untuk melaksanakan namun tertakluk kepada beberapa perundangan-perundangan terkini. Antara dasar yang telah pun dilaksanakan oleh kerajaan negeri ialah pajakan, masih dalam kluster pajakan iaitu pajakan mukim tempohnya mungkin 60 ke 99 tahun yang masih lagi sedang giat dijalankan pada masa ini dan ini mengikut Akta ini selepas sahaja digubal Akta GSA, Insya-Allah pihak kerajaan negeri akan menilai semula kebarangkalian untuk kita. Kebersamaan kita di dalam Akta GSA dengan Akta Kanun Tanah Negara Negeri Pahang ini, kita akan cuba selaraskan mengikut Akta yang telah pun diberikan dalam… diluluskan masa GSA nanti. Dan satu persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat tadi, saya tertarik dengan apakah yang impak yang sangat besar kepada peneroka apabila hurai Akta GSA ini? Seperti yang kita maklum, kita dapat maklum balas ramai di sebelah sini ataupun di sebelah sana. Salah satu contoh yang saya
nak ambil, mengapa Akta GSA ini perlu digubal. Kenapa anak-anak peneroka bagitahu akta ni perlu dihurai.
Antaranya salah satu rungutan kita sampai ke hari ni, satu lot rumah, contoh rumah itu 287 contohnya FELDA Chemomoi. Buat masa ni satu rumah satu je. Nak buat satu rumah lagi nak sambung elektrik dah tak boleh. So dengan akta ini, kita boleh menggubal akta ni supaya kebarangkalian untuk memudahkan atau untuk meluluskan. Mungkin rumah lot kedua dibina dan juga untuk diberikan juga kelonggaran untuk utilities atau dengan izin untuk elektriknya, airnya, segalanya boleh dipasang. Ini antara kelebihan yang kita perjuangkan sekian lama supaya akta ini dahulu zaman ayahanda kita umurnya kita kecil. Hari ini, apabila kita besar ramai anak-anak kecil balik ke FELDA buat rumah kedua. Nak sambung letrik nak buat sambung air. Itulah kelebihan kelebihan Akta GSA ini salah satu yang paling besar impak kepada generasi anak-anak peneroka ini, yang ini yang kami sedang perjuangkan agar dapat diperkemaskan agar dapat diluluskan supaya memberi manfaat kepada anak-anak peneroka di luar sana. Terima kasih banyak Dato' Sri Speaker.
Terima Kasih.
Soalan tambahan satu...
Saya rasa dah cukuplah, sekarang dah 11.48 jadi...
(DUN CHEKA – N.04)
Perabiskanlah pukul 12.00.
Ok, soalan yang terakhir.
Soalan terakhir. Terima kasih. Pertama sekali saya tengok ada beberapa masalah yang kita hadapi, yang pertama tentang status tanah di mana peneroka yang meninggal dunia dan tidak ada waris. Apa status tanah tersebut? Apakah ditadbir oleh FELDA terus ataupun di… mekanisme lain. Yang kedua tentang kita tahu di FELDA ini ada tanah yang sangat strategik. Tapi oleh kerana akta yang ada menyebabkan tanah itu tidak boleh
dibangunkan, contoh tanah pinggir bandar, tanah di laluan utama jalan. Tanah ni sangat… sangat strategik. Kalau dibangunkan dengan pelbagai projek-projek. Isu saya, isu yang saya inginkan penjelasan, apakah pindaan ini juga termasuk membangunkan… usaha membangunkan tanah-tanah strategik di FELDA bagi meningkatkan ekonomi peneroka. Terima kasih.
Terima kasih banyak Yang Berhormat ADUN Cheka, terima kasih banyak YB Tuan Speaker. Soalannya apabila mengenai peneroka-peneroka yang tiada waris. Ini dalam kebanyakan peneroka ini insya-Allah setakat ini kajian-kajian yang kita telah laksanakan, kebarangkalian untuk peneroka itu tidak ada waris itu, kebarangkalian sangat nipis... sangat kecil bilangannya. Dan Alhamdulillah pihak FELDA pun telah mengambil alih untuk kita menggubal semula apabila ibu bapanya tiada anaknya dan FELDA akan menguruskan semula untuk menimbal kembali agar memberikan peluang-peluang kepada pihak yang lain.
Buat masa ini, FELDA akan ambil alih kuasa Akta yang tersebut. Kemudiannya mengikut apa Yang Berhormat Cheka tadi maklum bahawasanya tanah-tanah yang strategik. Kalau di Pahang ni Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Sidang Dewan bahawasanya banyak sebenarnya kawasan-kawasan strategik FELDA. Namun kekangan kita ini, kekangan GSA ini yang sedang dibahas di Parlimen ini mengekang kita untuk membawa perkara ini supaya dapat dibangunkan. Insya-Allah, kalau perkara ini dapat diperhalusi dapat diluluskan di Parlimen dan akta ini dapat kita bersama rungkaikan, Insya-Allah. Ini adalah peluang yang terbaik untuk kita bangunkan terutama sekali di negeri Pahang ini, banyak kawasan-kawasan yang strategik, sangat strategik. Nak cakap sampai di Bentong tu pun banyak juga.
Yang Berhormat... Yang Berhormat Speaker, saya tertarik bila ADUN Cheka bangkitkan soal GSA ini, yang akta ni sedang dibahaskan di Parlimen. Mungkin ADUN Cheka boleh bangkit di Parlimen. Saya ingat itu forum yang lebih baik untuk diadakan...
Sebenarnya akta ini belum dibahas di peringkat Parlimen, baru di peringkat rumusan sebagaimana dimaklum tadi. Belum diangkat kepada perbahasan Parlimen. Terima kasih.
Ok, terima kasih banyak Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli Ahli Berhormat Sekalian, kita selesai membincangkan 10 pertanyaan dan jawapan. Baiklah, sekarang kita teruskan dengan aturan selanjutnya.
Rang Undang-UndangBill
Perkara keempat: Rang Undang-undang Perbekalan tambahan (2/2025) DN 22/2025. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2/2025)2025.
Yang Berhormat Speaker, Saya menyokong usul itu.
Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu.
Yang Berhormat Speaker, Saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.
Yang Berhormat Speaker, Saya mohon izin menyokong usul itu.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (2/2025) 2025, dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan, Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Perkara 44 Bahagian Dua Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang menyatakan bahawa jika wang diperuntukkan oleh Undang-undang Perbekalan tidak mencukupi atau terdapat lebih perbelanjaan bagi apa-apa maksud di mana-mana tahun kewangan, ianya hendaklah dibentangkan di dalam Dewan Negeri dan kepala-kepala perbelanjaan tersebut hendaklah dimasukkan dalam Rang Undang-undang Perbekalan.
Di samping itu, Seksyen 11(3) Akta Prosedur Kewangan membolehkan Menteri Besar membuat pendahuluan dari Kumpulan Wang Disatukan untuk menampung keperluan tersebut.
Ringkasan jumlah perbelanjaan tambahan tahun 2025 adalah seperti berikut:
a) Tanggungan (T) - RM 10,225,760.00. (Ringgit Malaysia: Sepuluh Juta Dua Ratus Dua Puluh Lima Ribu Tujuh Ratus Enam Puluh sahaja)
b) Bekalan (B) - RM 131,417,810. (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Tiga Puluh Satu Juta Empat Ratus Tujuh Belas Ribu Lapan Ratus Sepuluh sahaja)
Jumlah
RM 141,643,570.00. (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Empat Puluh Satu Juta Enam Ratus Empat Puluh Tiga Ribu Lima Ratus Tujuh Puluh Sahaja).
Yang Berhormat Tuan Speaker, Maklumat penuh bagi tujuan tambahan ini adalah dinyalakan di dalam Memorandum Perbendaharaan yang dibentangkan di dalam Persidangan Dewan ini sebagai kertas DN 23/2025.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Sekian sahaja penerangan ringkas saya berhubung Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2/2025) 2025 ini dan berharap Rang Undang-undang yang saya bentangkan ini mendapat sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan seterusnya diluluskan. Saya mohon mencadang. Terima kasih.
Yang Berhormat Speaker, Saya mohon izin menyokong usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Masalah di hadapan Majlis ialah “Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu”, dibaca kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas.
Tiada
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”, dan yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”.
Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua sekarang.
Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu.
Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.
[Cokmar diturunkan]
Jadual B.01 Majlis Kesultanan Pahang
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.01 – Majlis Kesultanan Pahang dibuka untuk dibahas
Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM405,160.00 (Ringgit Malaysia: Empat Ratus Lima Ribu Satu Ratus Enam Puluh Sahaja) untuk Kepala B.01 – Majlis Kesultanan Pahang jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju”.
Setuju
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “tidak”.
Kepala B.01 – Majlis Kesultanan Pahang jadi sebahagian daripada Jadual.
JADUAL B.02
Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.02 – Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri dibuka untuk dibahas.
Err...Speaker saya ingin membangkitkan dalam Jadual B.02.
Sila..
Kod 240000 bawah pengurusan dibawah kepala objek 48000 peruntukan asal diperuntukan RM3.72 juta dan peruntukan tambahan sebanyak RM2.5 juta. Saya dapat penjelasan tentang penggunaan kewangan ini sebanyak jumlahnya agak besar RM3 juta peruntukkan asal dan tambahan RM2.5 juta. Mohon Penjelasan. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Cheka yang bertanyakan soalan di Bawah Kepala B.02, Jabatan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Sukacita saya memaklumkan disini bahawa terdapat tambahan peruntukan antaranya ialah bayaran perubatan lebih kurang RM1 juta. Kedua pertambahan peruntukan bagi pelarasan gaji dibawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam. Yang ini pun banyak, melebihi RM20 juta dan juga peruntukan bagi caruman Kumpulan Wang Pembangunan. Jadi dia berkaitlah bila ada kenaikan pelarasan gaji perkara lain pun akan dikaitkan bersama sebab itulah kita nampak jumlahnya sangat besar Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM 4,211,010.00 (Ringgit Malaysia: Empat Juta Dua Ratus Sebelas Ribu Sepuluh Sahaja) untuk Kepala B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”.
- Tiada.
Kepala B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
JADUAL B.03
Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri
Sekali lagi saya membangkit untuk perkara B.03. Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri terdapat sedikit penjelasan
Yang Berhormat, belum buka perbahasan lagi..
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.03 – Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri dibuka untuk dibahas. Sila Yang Berhormat.
Terima kasih saya balik pada apa yang saya bangkitkan tadi dibawah tanggungan sebenarnya untuk kepala 670000 dibawah objek 44000 dimana peruntukan asal sebanyak RM1,680,000.00 dan peruntukan tambahan sebanyak RM9,250,000.00 saya fikir ini satu jumlah yang terlalu besar berbanding peruntukan asal hanya RM1.6 juta tambahan RM9.6 dapat mohon penjelasan daripada pihak kerajaan. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, ianya saya tidak fikir satu jumlah yang besar. Kalau mengikut angka yang ada pada saya pada tahun 2022, kita membuat peruntukan RM198 juta... 198,661,248.86, Tahun 2023, RM190,835,992.76. Tahun lepas 2024, RM172,393,579 juta manakala bagi tahun ini RM141 juta sebelum itu kita dah ada buat peruntukan tambahan yang pertama RM20 juta dan jumlahnya RM161 juta dan antara yang terkecil dan ini adalah satu fenomena ataupun perkara biasa yang sememang tidak dapat dielakkan. Mana-mana negeri sekalipun peruntukan tambahan ini diadakan. Jadi berbalik kepada soalan yang dikemukakan tadi, ada tambahan. Saya ingin menyentuh antaranya ialah Tambahan Peruntukan bagi inisiatif di bawah Ucapan Belanjawan untuk tahun ini iaitu RM60 juta. Di situ sahaja yang kita buat tambahan dan lain-lain pelarasan Bantuan Khas Kewangan untuk Aidilfitri dan lain-lain seperti Pembayaran Gantian Cuti Rehat untuk mereka yang bersara sebanyak RM2.5 juta. Itulah antara perkara-perkara yang kita buat dan melihat kepada angka yang saya bacakan tadi daripada tahun 2022. Peruntukan tambahan ini semakin berkurangan daripada setahun ke setahun. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Terima Kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM 83,590,180.00 (Ringgit Malaysia: Lapan Puluh Tiga Juta Lima Ratus Sembilan Puluh Ribu Satu Ratus Lapan Puluh Sahaja) untuk Kepala B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.04 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.04 – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri dibuka untuk dibahas.
Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM 49,600.00 (Ringgit Malaysia: Empat Puluh Sembilan Ribu Enam Ratus Sahaja) untuk Kepala B.04 – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.04 – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.06 – Jabatan Kerja Raya Negeri dibuka untuk dibahas.
Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM 1,626,660.00 (Ringgit Malaysia: Satu Juta Enam Ratus Dua Puluh Enam Ribu Enam Ratus Enam Puluh Sahaja) untuk Kepala B.06 – Jabatan Kerja Raya Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.06 – Jabatan Kerja Raya Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.07 – Jabatan Perhutanan Negeri dibuka untuk dibahas.
Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM 3,199,310.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Juta Satu Ratus Sembilan Puluh Sembilan Ribu Tiga Ratus Sepuluh Sahaja) untuk Kepala B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”. Tiada.
Kepala B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.08 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri dibuka untuk dibahas.
Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM 298,370.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sembilan Puluh Lapan Ribu Tiga Ratus Tujuh Puluh Sahaja) untuk Kepala B.08 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.09 - Jabatan Pertanian Negeri
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.09 – Jabatan Pertanian Negeri dibuka untuk dibahas.
Tiada Perbahasan.
Masalahnya wang sejumlah RM 1,927,480.00 (Ringgit Malaysia: Satu Juta Sembilan Ratus Dua Puluh Tujuh Ribu Empat Ratus Lapan Puluh Sahaja) untuk Kepala B.09 – Jabatan Pertanian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.09 - Jabatan Pertanian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.10 - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.10 – Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri dibuka untuk dibahas.
Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM 1,605,950.00 (Ringgit Malaysia: Satu Juta Enam Ratus Lima Ribu Sembilan Ratus Lima Puluh Sahaja) untuk Kepala B.10 – Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.10 – Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.11 - Pejabat Daerah dan Tanah Bentong
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.11 – Pejabat Daerah dan Tanah Bentong dibuka untuk dibahas.
Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM676,800.00 (Ringgit Malaysia: Enam Ratus Tujuh Puluh Enam Ribu Lapan Ratus Sahaja) untuk Kepala B.11 – Pejabat Daerah dan Tanah Bentong menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.11 – Pejabat Daerah dan Tanah Bentong menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.12 Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.12 – Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands dibuka untuk dibahas.
Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM 297,130.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sembilan Puluh Tujuh Ribu Satu Ratus Tiga Puluh Sahaja) untuk Kepala B.12 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.12 – Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.13 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.13 – Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut dibuka untuk dibahas. Tiada Perbahasan. RM557,650.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Lima Puluh Tujuh Ribu Enam Ratus Lima Puluh Sahaja) untuk Kepala B.13 – Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.13 – Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.14 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.14 – Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan dibuka untuk dibahas.
Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM 373,710.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Tujuh Puluh Tiga Ribu Tujuh Ratus Sepuluh Sahaja) untuk Kepala B.14 – Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.14 – Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.15 – Pejabat Daerah dan Tanah Lipis dibuka untuk dibahas.
Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM284,690.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Lapan Puluh Empat Ribu Enam Ratus Sembilan Puluh Sahaja) untuk Kepala B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.16 - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.16 – Pejabat Daerah dan Tanah Pekan dibuka untuk dibahas.
Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM 701,700.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Ratus Satu Ribu Tujuh Ratus Sahaja) untuk Kepala B.16 – Pejabat Daerah dan Tanah Pekan menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.16 – Pejabat Daerah dan Tanah Pekan menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.17 - Pejabat Daerah dan Tanah Raub.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.17 – Pejabat Daerah dan Tanah Raub dibuka untuk dibahas.
Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM 312,180.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Dua Belas Ribu Satu Ratus Lapan Puluh Sahaja) untuk Kepala B.17 – Pejabat Daerah dan Tanah Raub menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.17 - Pejabat Daerah dan Tanah Raub menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.18 - Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.18 - Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh dibuka untuk dibahas.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM583,930.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Lapan Puluh Tiga Ribu Sembilan Ratus Tiga Puluh Sahaja) untuk Kepala B.18 - Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.18 - Pejabat Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin dibuka untuk dibahas.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM132,090.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Tiga Puluh Dua Ribu Sembilan Puluh Sahaja) untuk kepala B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran dibuka untuk dibahas.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM464,590.00 (Ringgit Malaysia: Empat Ratus Enam Puluh Empat Ribu Lima Ratus Sembilan Puluh Sahaja) untuk Kepala B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kepala Bekalan B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera dibuka untuk dibahas.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa sejumlah wang RM123,650.000 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Dua Puluh Tiga Ribu Enam Ratus Sembilan Puluh Sahaja) untuk Kepala B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.22 - Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.22 - Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri dibuka untuk dibahas.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM58,060.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Lapan Ribu Enam Puluh Sahaja) untuk kepala B.22 - Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.22 - Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri.
Ahli-ahli, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri dibuka untuk dibahas.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM2,930.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu Sembilan Ratus Tiga Puluh Sahaja) untuk kepala B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri dibuka untuk dibahas.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM3,812,820.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Juta Lapan Ratus Dua Belas Ribu Lapan Ratus Dua Belas Ribu Lapan Ratus Dua Puluh Sahaja) untuk Kepala B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri dibuka untuk dibahas.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM243,170.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Empat Puluh Tiga Ribu Satu Ratus Tujuh Puluh Sahaja) sahaja untuk kepala B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dibuka untuk dibahas.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM210,300.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sepuluh Ribu Tiga Ratus Sahaja) sahaja untuk Kepala B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.28 - Jabatan Mufti Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.28 - Jabatan Mufti Negeri Negeri dibuka untuk dibahas.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM158,530.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh Lapan Ribu Lima Ratus Tiga Puluh Sahaja) untuk Kepala B.28 - Jabatan Mufti Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.28 - Jabatan Mufti Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dibuka untuk dibahas.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM407,510.00 (Ringgit Malaysia: Empat Ratus Tujuh Ribu Lima Ratus Sepuluh Sahaja) untuk kepala B29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada
kepala B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri dibuka untuk dibahas.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM21,650.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Satu Ribu Enam Ratus Lima Puluh Sahaja) untuk kepala B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.32 - Kumpulan Wang Terkanun.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.32 - Kumpulan Wang Terkanun dibuka untuk dibahas.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM25,081,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Lima Juta Lapan Puluh Satu Ribu Sahaja) untuk Kepala B.32 - Kumpulan Wang Terkanun menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada kepala B.32 - Kumpulan Wang Terkanun menjadi sebahagian daripada Jadual.
Fasal 1 dan Fasal 2.
Fasal 1 dan Fasal 2 menjadi sebahagian daripada undang-undang. Dengan ini, saya mohon Ahli Yang Berhormat membuat cadangan.
Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Yang Berhormat Speaker, saya mohon menyokong Usul itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2/2025) 2025 dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[ Cokmar dinaikkan]
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (2/2025) 2025 dibaca bagi kali yang ketiga.
Yang Berhormat Tuan Speaker.
Saya mohon memaklumkan bahawa Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu telah ditimbangkan dalam jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Speaker, saya mohon menyokong usul itu.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2/2025) 2025 dibaca kali yang ketiga dan dilulus… diluluskan sekarang.
Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “setuju.”
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”.
Tiada.
Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (2/2025) 2025 bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.
Perkara kelima (1): Usul
Usul Tambahan Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air tahun 2025. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Saya mohon izin untuk membawa satu usul di Dewan yang mulia ini yang berbunyi: "Bahawa Dewan ini, mengikut syarat-syarat ketetapan yang menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Perbekalan Air, dengan ini bersetuju meluluskan Perbelanjaan Tambahan (2/2025) 2025 daripada Kumpulan Wang tersebut sebagaimana yang ditetapkan di dalam Memorandum Perbelanjaan Tambahan 2025 yang dibentangkan di dalam Persidangan ini sebagai Kertas Mesyuarat DN 24/2025.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Jumlah perbelanjaan tambahan bagi Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2025 adalah menunjukkan tambahan seperti berikut:
Maksud Pembangunan P.03 – Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri. Peruntukan tambahan sebanyak RM25,081,000.00 dimohon bagi tujuan menampung keperluan perbelanjaan serta memastikan pelaksanaan projek-projek yang akan memberi kesan secara langsung kepada rakyat dapat diteruskan.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Sekian sahaja penerangan ringkas saya berhubung Usul Tambahan Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air Tahun 2025.
Saya berharap Usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan yang mulia ini. Saya mohon mencadang.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ada ahli yang menyokong.
Yang Berhormat Speaker, saya mohon menyokong usul ini.
Usul ini dibuka untuk perbahasan.
Tiada perbahasan.
Masalahnya ialah usul ini telah dicadangkan dan disokong. Soalannya sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapat kelulusan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan usul ini, sila nyatakan “setuju.”,
Setuju.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”.
Tiada.
Usul tersebut diluluskan.
Perkara Kelima (2): Usul
Usul Cadangan Mewujudkan Kumpulan Wang Amanah Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Pahang. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya mohon izin untuk membawa satu usul di Dewan yang mulia ini yang berbunyi:
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] dan tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling yang berkaitan bagi menubuhkan Kumpulan Wang Amanah dengan ini bersetuju meluluskan: “Cadangan Mewujudkan Kumpulan Wang Amanah Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Pahang.”
Yang Berhormat Yang Di-pertua.
Mesyuarat Majlis… Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke-13/2025 pada 26 Mac 2025 telah bersetuju meluluskan cadangan mewujudkan Kumpulan Wang Amanah Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Pahang dan bersetuju dengan cadangan penyelaran…penyaluran peruntukan bayaran elaun Pengerusi JPKK bergantung kepada bilangan Pengerusi JPKK yang dilantik. Kumpulan Wang Amanah ini perlu diwujudkan bagi memastikan penyaluran peruntukan dapat dibuat mengikut tatacara kewangan yang telah ditetapkan. Ini akan membantu melancarkan proses pembayaran elaun kepada Pengerusi JPKK seluruh negeri Pahang. Inisiatif yang dibuat untuk menjadi pembakar semangat pengurusan JPKK untuk terus mencurahkan bakti dan khidmat kepada masyarakat dan memastikan tiada rakyat yang tercicir serta terlepas pandang dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat. Selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk menumpukan usaha pemantapan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di seluruh negeri, maka pengwujudan kumpulan wang amanah ini sangat bertepatan dengan hala tuju yang dibuat.
Yang Berhormat Speaker,
Sekian sahaja penerangan yang… yang… penerangan saya berhubung usul ini. Saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan Akta 61 dan tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling yang berkaitan bagi menubuhkan kumpulan… Kumpulan Wang… Wang Amanah dengan ini bersetuju meluluskan cadangan mewujudkan Kumpulan Wang Amanah Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Pahang. Saya berharap usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan yang mulia ini. Saya mohon mencadang.
Terima kasih Yang Berhormat. Ada ahli yang menyokong.
Yang Berhormat Speaker, saya mohon menyokong usul itu.
Usul ini dibuka untuk perbahasan.
Bismillahirahmanirrahim. [bacaan doa]. Speaker saya mengambil bahagian untuk menyokong usul ini yang sebagaimana disebut oleh EXCO Kerajaan Negeri bahawa Kumpulan Wang Amanah ini perlu bagi menyalurkan peruntukan yang disalurkan dapat diagihkan kepada JPKK seluruh negeri Pahang. Ada beberapa perkara yang saya ingin dapat penjelasan dan saya yakin Ahli-ahli Dewan juga dapat penjelasan tentang penyaluran peruntukan ini.
Berapakah penyaluran peruntukan daripada kerajaan persekutuan kepada Wang Amanah ini dan peruntukan daripada kerajaan negeri bagi menampung pembangunan di peringkat JPKK seluruh negeri Pahang?
Terima kasih Cheka. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Kita di negeri Pahang sebenarnya memiliki sebanyak 603 buah JPKK. Kerajaan persekutuan telah bersetuju membantu untuk menyalurkan peruntukan bagi elaun kepada Ketua-ketua Kampung ini sebanyak RM3,954,000.00 setahun. Terima kasih Dato’ Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Tuan Speaker.
Sila.
Sedikit tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Cheka, kita memberi elaun kepada Pengerusi JPKK ni, federal pun bagi sepertimana yang dikatakan oleh rakan saya dalam kerajaan dan kerajaan negeri pun bagi. Jadi untuk tujuan kita selaraskan, kita tubuhkan akaun terkanun ini supaya dimasukkan dalam satu akaun dan boleh disalurkan kepada Pengerusi JPKK. Itulah antara tujuan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima Kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Masalahnya ialah usul ini telah dicadangkan dan disokong. So… soalannya sekarang ialah Usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapat kelulusan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan usul ini, sila nyatakan “setuju.”,
Setuju.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”.
Tiada.
Usul tersebut diluluskan.
Urusan-urusan am
Perkara keenam. Urusan-urusan am. Kertas-kertas Mesyuarat Memorandum Perbendaharaan Tambahan Perbelanjaan Mengurus Tahun 2025, DN 23/2025. Memorandum Perbendaharaan Tambahan Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Akhir Tahun 2025, DN 24/2025. Penyata Kewangan Beraudit dan Laporan Tahunan Lembaga Pembangunan Tioman berakhir 31 Disember 2023, DN 25/2025. Laporan dan Penyata Kewangan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang berakhir 31 Disember 2024, DN 26/2025. Penyata Kewangan Kira-kira Wang Negeri Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2022, Aktiviti Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang, DN 27/2025.
Perkara ketujuh, penangguhan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya mohon membawa cadangan bahawa Dewan ini ditangguhkan. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, alhamdulillah, syukur pada Allah, kita sudah sampai ke penghujung persidangan dan saya sangat bersyukur kerana perjalanan persidangan kita pada kali ini berjalan dengan lancar dan teratur sepertimana persidangan yang lepas-lepas. Jadi sudah pastilah pujian harus diberikan kepada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan juga Yang Berhormat Timbalan Speaker [Ahli Dewan menepuk meja] kerana dapat mengendalikan aturan persidangan kali ini dengan begitu baik sekali.
Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Takkan terima kasih je.
Insya-Allah luar Dewan.
Kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian daripada seberang sana, sini dan rakan- rakan kerajaan termasuk ketua jabatan saya ucapkan syabas, tahniah dan terima kasih di atas penglibatan Ahli Yang Berhormat pada persidangan kali ini. Walaupun persidangan kita berlangsung dalam masa setengah hari tetapi kita telah berjaya menyelesaikan beberapa perkara penting yang menyentuh isu negeri dan rakyat menerusi sesi pertanyaan dan jawapan serta membentangkan bajet tambahan untuk kesejahteraan rakyat. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, pada 10 Julai yang lalu, saya telah melancarkan Aspirasi Pahang 1st, satu gagasan bersama seluruh rakyat dan jentera Kerajaan Negeri Pahang yang dibina dengan tekad, disulam dengan visi dan digerakkan oleh keazaman untuk membantu negeri ini ke tahap yang lebih tinggi bukan sahaja sebagai negeri maju tetapi negeri yang terpimpin dan terpelihara.
Aspirasi Pahang 1st digerakkan melalui tujuh teras utama yang menjadi panduan langkah kita bersama. Pertama, melonjakkan ekonomi negeri berteraskan nilai tambah tinggi dan teknologi agar Pahang menjadi hab pertumbuhan baru, memacu peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Kedua, melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing melalui pendidikan berkualiti setelah TVET yang memenuhi tuntutan industri masa kini dan masa depan. Ketiga, memastikan tadbir urus yang dinamik berteraskan prestasi, integriti dan akauntabiliti supaya setiap ringgit, setiap tenaga, setiap usaha kerajaan memberi pulangan terbaik kepada rakyat. Keempat, menjamin kelestarian alam sekitar melalui pemeliharaan hutan, pengurusan sumber yang bijaksana dan pembangunan hijau yang seimbang.
Kelima, membangunkan negeri ini di atas landasan keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat supaya kemakmuran dapat dirasai bersama tanpa ada yang tercicir. Keenam, memartabatkan agama, memelihara institusi diraja dan mengangkat warisan budaya sebagai tiang seri yang memperkukuhkan jati diri rakyat Pahang. Dan yang terakhir, membentuk rakyat berjati diri dan melahirkan pemimpin masa depan melalui Akademi Pahang 1st dalam memastikan kesinambungan kepimpinan yang berwibawa untuk mengemudi
negeri ini di masa hadapan. Aspirasi Pahang 1st adalah hala tuju baru. Ia adalah janji kita kepada rakyat. Ia adalah tekad kita untuk melangkah ke hadapan dengan keberanian berpaksikan nilai serta berlandaskan visi yang jelas.
Kita tidak akan biarkan Pahang ketinggalan dalam arus kemajuan. Kita akan mara bersama-sama, sehati sejiwa demi memastikan Pahang bukan sekadar sebuah negeri di peta Malaysia, tetapi sebuah negeri yang menjadi kebanggaan rakyatnya dan contoh kepada negeri-negeri lain [Ahli Dewan menepuk meja]. Ingatlah masa depan tidak akan menunggu kita. Kita yang harus mengejarnya. Dengan aspirasi Pahang 1st sebagai panduan, insya-Allah kita akan mencapai sebuah negeri yang maju, makmur dan bermaruah.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, kita kini melangkah ke bulan Ogos. Bulan yang penuh makna buat seluruh rakyat Malaysia. Inilah bulan di mana kita melihat Jalur Gemilang berkibar megah di setiap penjuru. Bulan di mana er... bulan di mana hati kita kembali diisi dengan rasa syukur atas nikmat kemerdekaan yang diwariskan oleh pejuang-pejuang bangsa. Tahun ini kita menyambut Hari Kebangsaan dengan tema “Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni”. Satu seruan yang mengingatkan kita bahawa kekuatan sesebuah negara bukan hanya terletak pada kemajuan ekonominya, tetapi pada kasih sayang, rasa hormat dan peduli terhadap rakyatnya.
Semangat kebangsaan ini menuntut kita untuk terus mempertahankan keharmonian kaum yang telah kita bina selama ini. Hubungan erat antara masyarakat berbilang bangsa dan agama merupakan aset yang tidak ternilai harganya. Ia bukan sekadar simbol kemerdekaan tetapi lambang keamanan dan kesejahteraan negara. Oleh itu, elakkanlah perpecahan yang hanya akan merugikan rakyat. Jangan biarkan perbezaan pandangan memutuskan silaturahim apatah lagi mencetuskan permusuhan. Kita perlu menolak sekeras-kerasnya permainan persepsi, fitnah dan tohmahan yang sengaja ditiupkan untuk memecahbelahkan rakyat. Perkara ini bukan sahaja menghakiskan kepercayaan sesama kita malah akan menyebabkan rakyat tidak bersatu, menimbulkan permusuhan dan menggugat kestabilan negeri serta negara.
Sebagai contohnya, permainan persepsi yang ditimbulkan baru-baru ini kononnya pentadbiran negeri ini perlu dikembalikan kepada orang Melayu dan Islam. Saya nak tanya adakah tawaran hari ini dilaksanakan oleh orang bukan Melayu dan bukan Islam? Adakah saya ini bukan Melayu dan bukan Islam? Yang Berhormat Speaker, nama saya Wan Rosdy bin Wan Ismail. Bangsa Melayu beragama Islam. Adakah Setiausaha Kerajaan Pahang bukan Melayu dan bukan Islam? SS tak boleh cakap. Adakah Pahang ni negeri sekular dan menolak Islam? Permainan persepsi ini bukan... cukup bahaya kerana ia bukan sahaja menghakis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan tetapi juga meniup sentimen agama dan perkauman yang akan menjurus kepada perpecahan perpaduan rakyat yang kita telah pertahankan sejak sekian lama.
Begitu juga dengan persepsi kononnya kerajaan negeri tidak fokus terhadap pentadbiran negeri. Tak apalah, itu mungkin sekadar pandangan yang mungkin nak dilihat kita beri fokus seperti mana fokusnya keadaan Kelantan dan Terengganu. Saya nak bagi tahu kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat,
dalam keadaan kita tidak berfokus ini, kita berjaya mengutip hasil melebihi RM1.0 bilion tiga tahun berturut turut. Yang Berhormat EXCO Kanan, kalau fokus agaknya macamana? Itu dalam tidak berfokus.
Bagus Yang Amat Berhormat ya, maknanya tak fokus pun RM1.2 bilion.
Kalau tak fokus 1.1... 1.2, kalau berfokus...
RM700 bilion. [Ahli Dewan ketawa]
Itu Speaker cakap ye. Dalam dikatakan kita tak berfokus, kita berjaya menarik pelaburan yang direalisasikan bernilai RM4 bilion ringgit dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini yang terbaik di Pantai Timur. Kelantan 1.3, eh bukan... Terengganu. Kelantan 1.1. Campur dua-dua tu pun baru 2.4. Pahang RM4 bilion rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian. Dalam dikatakan kita tidak berfokus, kita terus mengukuhkan syiar Islam di bumi Pahang, insya-Allah Universiti al-Quran akan kita tubuhkan tidak lama lagi. Dalam dikatakan tak berfokus, kita terus berupaya menyalurkan peruntukan, sumbangan dan bantuan kepada segenap lapisan rakyat menerusi Inisiatif Makmur Pahang, Rumah Percuma Rakyat Pahang, meningkatkan perkhidmatan bekalan air, meneruskan pemberian Juadah Makmur dan banyak lagi Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Sebab itulah kita lancarkan Gagasan Aspirasi Pahang 1st , kita tubuhkan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang 2025 hingga 2030 agar negeri ini terus dipacu dengan lebih tersusun, lebih terarah, lebih maju dan lebih baik.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Sempena Hari Kebangsaan ini, saya mengajak semua Ahli-ahli Yang Berhormat serta rakyat di seluruh Pahang untuk kita bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal tetapi juga bebas dari belenggu kebencian, syak wasangka dan perpecahan. Justeru itu, marilah kita mengisi kemerdekaan ini dengan semangat toleransi, sikap saling memahami dan keinginan untuk membina masa depan bersama yang lebih gemilang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya fikir setakat itu sajalah ucapan penangguhan saya pada persidangan kali ini. Saya lagi sekali merakamkan penghargaan dan tahniah pada Yang
Berhormat Dato’ Sri Speaker, dan Yang Berhormat Timbalan Speaker atas kecemerlangan mengendalikan perjalanan mesyuarat kita pada kali ini… syabas, tahniah. [Ahli Dewan menepuk meja] Saya lagi sekali mengucapkan terima kasih juga kepada rakan-rakan, semua Ahli-ahli Yang Berhormat atas keterlibatan dalam persidangan pada kali ini. Begitu juga terima kasih kepada Setiausaha Dewan serta kakitangan di bawahnya serta kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang atas komitmen tinggi dan usaha gigih bagi memastikan kelancaran persidangan ini. [Ahli Dewan menepuk meja]
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta agensi-agensi kerajaan yang telah menyediakan butiran yang diperlukan kepada pihak kerajaan negeri untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dibangkitkan. Saya juga berterima kasih kepada anggota Polis Diraja Malaysia, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia, petugas Jabatan Kesihatan dan petugas Jabatan Kerja Raya serta semua pihak yang telah membantu melancarkan persidangan ini. [Ahli Dewan menepuk meja]
Tidak dilupakan, terima kasih juga kepada petugas-petugas media yang memberikan liputan persidangan kita ini. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi pada persidangan yang akan datang di mana Belanjawan Negeri Pahang tahun 2026 akan saya bentangkan. Saya berdoa agar Ahli-ahli Yang Berhormat selamat pulang ke kawasan masing-masing dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati usaha kita dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya mahu membawa cadangan bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya mohon menyokong er… ini cadangan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang sebentar tadi.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO Kanan.
Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat er… Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Alhamdulillah, kita telah pun sampai ke penghujung Persidangan Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya menangguhkan persidangan ini saya juga ingin memaklumkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung status enam ahli parlimen daripada Pribumi Bersatu
yang kekal memegang kerusi masing-masing tanpa perlu melalui proses pilihan raya kecil. Keputusan ini menegaskan bahawa kuasa penentuan kekosongan kerusi terletak kepada Speaker selaras dengan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan. Peranan Speaker dalam sistem demokrasi. Perkara ini turut mencerminkan prinsip dalam sistem demokrasi berperlembagaan iaitu kuasa Speaker adalah muktamad dalam menentukan sama ada berlaku kekosongan di luar jangka berdasarkan tafsiran undang-undang tertinggi negara.
Kedua, pemisahan kuasa antara negeri dan persekutuan membolehkan Speaker Dewan Negeri dan Dewan Rakyat membuat keputusan secara bebas seperti yang terbukti di dalam kes er… DUN… DUN Kelantan baru-baru ini. Dalam kes DUN Nenggiri, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan telah mengisytiharkan kekosongan berdasarkan kepada notis bertulis mengenai kehilangan keahlian ahli er… keahlian ahli parti daripada parti tersebut. Walaupun keputusan itu dipertikaikan oleh setengah-setengah pihak sebagai berunsur politik, ianya tetap sah dari segi perundangan negeri dan menunjukkan bahawa tafsiran serta tindakan Speaker adalah kuasa penuh dalam kerangka negeri. Pendekatan dalam DUN Pahang, Dewan Undangan Negeri Pahang akan er… akan terus menjunjung keluhuran perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri. Bertindak secara bebas dan berintegrasi dalam menilai sebarang isu berkaitan status wakil rakyat. Mengelakkan sebarang manipulasi politik yang boleh menjejaskan kestabilan pentadbiran. Saya menyeru agar semua pihak menghormati peranan institusi legislatif dan keputusan Speaker adalah muktamad. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan menjamin ketelusan, kestabilan dan keutuhan demokrasi di negeri Pahang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Akhir kalam, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Dewan yang telah memberikan kerjasama yang amat baik dalam tempoh persidangan yang berlangsung. Saya juga berharap Ahli-ahli Dewan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dapat kembali ke kawasan masing-masing dengan selamat dan dapat melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sepenuh hati. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama sekali ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan dan pihak-pihak yang terlibat memberikan kerjasama yang tinggi dalam menjayakan persidangan negeri Pahang. Semoga kerjasama semua pihak akan terus berkekalan pada masa-masa yang akan datang dan insya-Allah kita akan bertemu kembali di dalam pembentangan belanjawan yang akan dibentangkan oleh Yang Berhormat… Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang bagi Belanjawan 2026. Saya juga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan Ke-68 2025.
Persidangan ditangguhkan.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
[Persidangan Dewan Negeri ditangguhkan]