Pahang · 5 December 2025
15th Assembly, 4th session, 3rd meeting · 104 turns · 17,720 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari Pertama (Jumaat) : 5 Disember 2025 (Jumaat) Bersamaan 14 Jamadilakhir 1447 Hijrah
Masa : 9.10 pagi
DOA
Perkara Pertama: Doa.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera. Marilah kita sama-sama memulakan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri kita dengan membaca surah Al-Fatihah dan saya mohon supaya kita sedekahkan juga al-Fatihah ini kepada yang... Allahyarham Yang Berhormat Datuk Bung Mokhtar Radin dan juga ibu kepada YB Zakhwan yang kedua-duanya telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi ini.
Al-Fatihah [bacaan al-Quran]. Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah, dibuka Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah Keadilan yang menanggung kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyat sekaliannya.
Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan taufik-Mu, dipohon menyuluh memandukan ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenankan. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Mengesahkan Peringatan Mesyuarat
Perkara Kedua: Mengesahkan Peringatan Mesyuarat.
Mengesahkan Peringatan Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada 14 Ogos 2025 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Assalamualaikum WBT. Selamat pagi salam sejahtera, salam Pahang 1st.
Yang Berhormat Speaker,
Saya mohon izin membawa cadangan bahawa Peringatan Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada 14 Ogos 2025 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan disahkan.
Yang Berhormat Dato Sri Speaker, saya mohon izin menyokong cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Dato’ Sri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Soalannya ialah satu cadangan bagi mengesahkan Peringatan Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada 14 Ogos 2025 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan telah pun mendapat sokongan. Sekiranya tiada apa-apa pindaan, Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila katakan “setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”. Tiada. Peringatan Mesyuarat tersebut disahkan dengan tiada pindaan.
Peringatan Mesyuarat disahkan dengan tiada pindaan dan dibawa untuk pengesahan Yang Berhormat Speaker.
Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri BesarQuestions
Perkara Ketiga: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan syukur kepada Allah SWT dengan izin-Nya, kita semua dapat menghadiri Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-4 di Dewan Negeri Pahang yang Ke-15 pada pagi yang berbahagia ini.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli Dewan yang dapat hadir pada hari ini. Walaupun masing-masing sarat dengan tanggungjawab dan tugas penting, kehadiran Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian membuktikan komitmen kita dalam menjunjung amanah rakyat serta memperkukuhkan institusi demokrasi negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Umum mengetahui bahawa Dewan Negeri Pahang bersidang sebanyak tiga kali setahun sebagaimana yang telah menjadi tradisi sejak tahun 1959. Justeru,
persidangan sehari penuh ataupun lebih daripada itu ataupun hanya sehari bukanlah suatu yang luar biasa bagi Dewan Yang Mulia ini. Apa yang lebih penting ialah fungsi serta keberkesanan perjalanan persidangan bukan tempoh masanya.
Di peringkat Parlimen, terdapat pelbagai kementerian yang perlu dibahaskan. Maka sudah tentulah masa yang panjang diperlukan untuk memberi ruang kepada setiap kementerian. Namun di peringkat Dewan Negeri, ianya ibarat sebuah kementerian sahaja. Oleh itu, saya ingin menegaskan bahawa nilai persidangan kita tidak diukur pada panjang masa atau berada di dalam Dewan ini, tetapi kekuatan berhujah ketetapan dasar dan keberanian membuat keputusan demi kepentingan rakyat. Sejarah lebih enam dekad Dewan Negeri Pahang telah membuktikan bahawa meski pun persidangan berlangsung dalam waktu yang singkat, keputusan yang dicapai tetap membawa kesan signifikan kepada pembangunan negeri.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan khususnya YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas pembentangan Bajet 2026 yang memperuntukkan sebanyak RM470 bilion, iaitu jumlah terbesar dalam sejarah negara. Belanjawan ini bukan sahaja menjadi rekod dari segi angka, tetapi juga disusun secara holistik di bawah kerangka Ekonomi MADANI dengan tujuan untuk menarik lebih banyak pelabur, dengan tujuan untuk menarik dan menawarkan pekerjaan berkemahiran, memacu peluang perniagaan perusahaan kecil, sederhana dan besar. Melaksanakan projek-projek pembangunan yang meningkatkan kesejahteraan rakyat, serta mempastikan rakyat tidak terbeban dengan kos sara hidup. Belanjawan ini merupakan bukti iltizam kerajaan untuk mempastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif, berdaya tahan dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat.
Pada masa yang sama, saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Pahang, Dato‘ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail yang berjaya mencapai kutipan hasil negeri sejumlah lebih RM1 bilion pada tahun 2025. Ini merupakan tahun keempat berturut-turut pencapaian tersebut dapat dikekalkan. Kejayaan ini adalah gambaran jelas bahawa pentadbiran negeri yang berlandaskan kepada prinsip tadbir urus yang baik, tulus, berdisiplin serta mempunyai wawasan yang jelas telah membuahkan hasil yang amat membanggakan. Ia memberi keyakinan kepada... bahawa Pahang akan terus melangkah sebagai sebuah negara maju, negeri maju, makmur dan berdaya saing serta mempastikan manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh rakyat Pahang.
Ahli-ahli yang berhormat sekalian,
Kita juga baharu sahaja menyaksikan Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 yang berlangsung pada Sabtu lalu. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada rakyat Sabah atas komitmen tinggi mereka dalam proses demokrasi dengan mencatatkan kadar keluar mengundi melebihi 64% bersamaan 1,148,476 pengundi.
Pola politik Sabah sememangnya unik dan berbeza daripada negeri-negeri lain. Sejarah panjang politik Sabah memperlihatkan kepelbagaian parti dan gabungan serta kecenderungan rakyat untuk memberi peluang kepada pelbagai suara. PRN Sabah Ke-17 kali ini sekali lagi menegaskan bahawa Sabah mempunyai corak politik tersendiri yang sukar dijangka tetapi kaya dengan dinamik… demokrasi. Keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya bagi 73 kerusi dipertandingkan menyaksikan Gabungan Rakyat… Gabungan Rakyat Sabah memenangi 29 kerusi daripada 55 kerusi yang dipertandingkan, diikuti dengan Parti Warisan 25 kerusi daripada 73 kerusi dipertandingkan, Barisan Nasional memenangi 6 kerusi daripada 45 kerusi
dipertandingkan, Bebas berjaya di 5 kawasan UPKO dengan 3 kerusi daripada 25 kerusi dipertandingkan, STAR memenangi 2 kerusi daripada 46 kerusi dipertandingkan, masing-masing memenangi 1 kerusi yang dimenangi ialah parti KDM er… daripada 40 kerusi dipertandingkan, Pakatan Perikatan Nasional er… 1 kerusi daripada 42 kerusi yang dipertandingkan dan Pakatan Harapan dua… 1 kerusi daripada 22 kerusi yang dipertandingkan. Tahniah kita ucapkan kepada Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor atas pelantikan sebagai Ketua Menteri pada penggal yang kedua.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, hari ini juga kita berada di ambang detik yang paling penting bagi negeri Pahang apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan membentangkan Belanjawan Pahang 2026. Belanjawan ini bukan sekadar komit… dokumen perangkaan kewangan tetapi ia mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam merencana pembangunan memacu ekonomi, memperkukuhkan daya saing serta mempastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan. Seluruh rakyat negeri Pahang meletakkan harapan tinggi agar Belanjawan yang akan dibentangkan nanti membawa manfaat yang jelas kepada mereka sama ada dalam soal pembangunan luar bandar, pendidikan, kesihatan mahupun penyediaan peluang pekerjaan kepada generasi muda.
Justeru itu, saya menyeru kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk memberikan perhatian, pandangan yang konstruktif serta sokongan bagi dan mempastikan Belanjawan yang diluluskan benar-benar menjadi wadah kesejahteraan rakyat. Saya juga ingin memaklumkan bahawa persidangan Dewan Negeri pada kali ini disiarkan secara langsung melalui Pahang Media iaitu er… di atas talian Facebook Dewan Negeri Pahang, TikTok Dewan Negeri Pahang dan juga… bagi mempastikan rakyat bukan sahaja dapat mengikuti perjalanan persidangan secara telus tetapi juga dapat menilai kesungguhan kita dalam mempastikan tanggungjawab.
Oleh itu, saya ingin mengingatkan supaya Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian agar sentiasa menjaga adab dan tatasusila sepanjang persidangan. Mengawal bahasa tuturan agar kekal sopan, berhemah serta mengutamakan perbahasan yang berfokus kepada kepentingan rakyat dan negeri. Ingatlah bahawa setiap… dan tindakan kita diperhatikan oleh rakyat secara langsung. Marilah kita sama-sama bersidang pada hari ini dengan penuh disiplin dan tanggungjawab... kejujuran dan integriti, dan mempastikan Dewan Negeri Pahang terus menjadi platform tertinggi dalam membuat keputusan yang membawa manfaat besar kepada rakyat dan negeri ini seluruhnya. Moga-moga Allah Taala akan memberikan kekuatan dan bimbingan.
Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya akan meneruskan aturan dan saya ingin memaklumkan bahawa saya akan menghadkan kepada er… soalan tambahan sebanyak dua atau tiga sahaja. Ianya member… memberikan… ianya mestilah ringkas dan padat supaya kita dapat bersidang dalam masa yang telah ditetapkan dan memberi ruang untuk Yang Amat Berhormat Menteri Besar membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2026 sebentar lagi.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga ingin maklumkan bahawa Kertas-kertas Mesyuarat Negeri yang telah diedarkan di dalam fail persidangan adalah bersifat embargo sehingga 12 Disember 2025. Oleh yang demikian, kertas-kertas tersebut tidak dibenarkan untuk diulas dan dibahaskan sebelum tarikh tersebut. Satu lagi saya nak bagi sedikit teguran bahawa di negeri Pahang ini ada dua warna yang menjadi warna diraja iaitu warna kuning dan warna putih. Kalau warna putih ni selalunya kalau kita berkabung ya, kalau Kebawah Duli Tuanku er… tahlil ataupun ada kemangkatan,
itu kita… semua keluarga diraja akan pakai warna putih. Ini untuk maklumanlah. Jadi, saya harap rakan-rakan kita ni tak berkabunglah.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Padang Tengku untuk mengemukakan pertanyaan.
Assalamualaikum WBT. Soalan saya ialah soalan nombor 1.
[Kerajaan Negeri Pahang telah menggagaskan Aspirasi Pahang 1st sebagai hala tuju pentadbiran negeri.
i) Sejauh mana gagasan itu mampu untuk melahirkan warga negeri ini sebagai insan yang terbaik dan mempunyai jati diri yang kukuh.
ii) Apakah aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan bagi merealisasikan matlamat Aspirasi Pahang 1st.]
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Pada kesempatan ini, izinkan saya bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang dan Ahli-ahli Dewan Negeri Pahang untuk menyampaikan ucapan takziah kepada Yang Berhormat ADUN Tahan atas pemergian Allahyarhamah bonda beliau, Puan Safinah binti Lebai Mahmud, pagi tadi. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag yang baru menang yang telah meninggalkan kita pada awal pagi tadi. Semoga Allah merahmati roh kedua-dua Allahyarham.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Padang Tengku yang telah bertanyakan soalan Aspirasi Pahang 1st. Saya ingin menegaskan di sini bahawa Aspirasi Pahang 1st ini bukanlah satu slogan tetapi ia adalah merupakan satu gagasan, satu gagasan besar yang telus, teliti, holistik melalui tujuh tonggak utama. Antaranya ialah memelihara agama Islam, Institusi Raja, warisan budaya kemudian er… lonjakan ekonomi, pendidikan dan TVET, pembangunan lestari, tadbir urus yang dinamik dan kita memastikan lahirnya kepimpinan masa depan yang penuh integriti.
Dan kita bukan cakap setakat itu sahaja, untuk merealisasikan perkara ini, kita telah menubuhkan Akademi Pahang 1st yang telah pun kita lancarkan, yang bertujuan untuk memastikan, melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkualiti, berilmu dan ada semangat patriotik. Dan mereka juga bijak dalam men… meneliti, menganalisa dan melihat perkembangan-perkembangan negeri kita. Dan er… mereka ini akan kita latih, akan kita didik ialah daripada penjawat awam daripada State GLC, golongan belia siswa siswi supaya mereka dapat menilai fakta-fakta yang dibuat oleh kerajaan negeri ataupun keputusan-keputusan oleh kerajaan negeri supaya mereka ini tidak
diputarbelitkan oleh auta. Sebabnya kadang-kadang fakta ini dipusingkan dengan auta. Jadi kalau mereka ada semangat, ada pendidikan yang tinggi, kita melatih mereka dengan benar untuk menilai. Jadi, mereka tidak akan terpesong dan terpengaruh dengan auta kerana fakta itu lebih tepat daripada sepatutnya.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Selaras dengan Aspirasi Pahang 1st ini, kerajaan negeri telah pun merangka dan melaksanakan pelbagai strategi, gerak kerja terancang melalui Akademi Pahang 1st sejak penubuhannya pada Julai tahun ini. Antara program utama yang kita laksanakan melalui Aspirasi Pahang 1st ialah untuk melahirkan pemimpin masa depan kerana kita tahu Akademi ini boleh memainkan peranan penting dalam membina barisan pemimpin muda yang berilmu, bersemangat patriotik. Itu yang penting tu, patriotik dan bersedia menyumbang kepada pembangunan negeri secara menyeluruh dan kita juga akan melaksanakan pendidikan kenegaraan yang sistematik iaitu di mana kita akan memberikan latihan dan pendidikan kenegaraan secara terancang kepada semua lapisan masyarakat termasuklah daripada yang saya katakan tadi penjawat awam, pemimpin masyarakat State GLC, NGO sehinggalah kepada golongan belia dan mahasiswa. Jadi kita hendak golongan belia dan mahasiswa ini kita didikkan mereka dengan cara yang betul dengan fakta dan sebagainya supaya mereka tidak terpesong daripada er… perkara-perkara yang tidak benar.
Yang ketiga, kita juga akan mengadakan pengukuhan melalui penye… penyelidikan di mana kita akan menubuhkan unit penyelidikan dan penerbitan di bawah Akademi yang berfungsi sebagai think tank untuk mengkaji isu kenegaraan dan patriotisme. Untuk makluman Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua juga dan juga seluruh Ahli-ahli Dewan, momentum pelaksanaan Aspirasi Pahang 1st ini, kita telah juga merangka satu pelan program yang komprehensif bagi tahun hadapan di mana perancangan ini dilaksanakan melalui tiga unit utama masing-masing dengan fokus dan sasaran capaian yang jelas iaitu antaranya ialah unit Pahang Patriot di mana kita akan adakan 36 siri kursus kemudian kita akan adakan 20 sesi Seminar Kesedaran dan 60 siri Program Komuniti Ngeteh Demi Negeriku dan satu Seminar Perdana sebagai acara kemuncak perhimpunan masyarakat ini. Yang kedua ialah Unit Pahang Lead di mana kita akan mengadakan dua perjumpaan alumni Akademi Pahang 1st. Satu Sesi Libat Urus bersama Pemimpin negeri Pahang. Penerusan penganjuran Seminar Tingkatan Enam, 2 siri Kursus Kepimpinan Lanjutan serta penubuhan rasmi Persatuan Alumni Pahang 1st sebagai platform jaringan kepimpinan negeri. Yang ketiga ialah Unit Penyelidikan dan Penerbitan. 2 kajian Tematik Strategik, 6 penerbitan berkala dan pembangunan sebuah Pangkalan Data Digital Akademi Pahang 1st bagi pengumpulan maklumat rujukan dan penjejakan kesan program.
Untuk makluman semua, sehingga hari ini, kita telah pun memberi latihan. Ramai juga lah ya, angka tepat saya tidak dapat, tapi lebih kurang 5,000, 6,000 lah yang kita akan beri latihan kepada mereka. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan Dato' Yang di-Pertua. Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri Pahang yang telah menggagahkan satu... satu macam fenomena barulah. Kalau kita pergi mana-mana pun orang sebut Pahang 1st, Pahang 1st merata-rata. Ini satu permulaan yang cukup baik. Cumanya saya nak tanya berkaitan salah satu teras iaitu pendidikan dan TVET yang menjadi keutamaan juga
kepada program ini. Tapi apa yang saya lihat TVET ini sebenarnya masih belum dapat sambutan yang begitu baik daripada pemuda-pemuda ataupun generasi muda kita.
Tinjauan saya di Lipis umpamanya di GIATMARA hanya ada 7 orang pelatih sahaja semasa. Di Pertanian, Institut Pertanian ada 40 orang je. Kolej Komuniti, sekarang ni tiada kegiatan ataupun dihentikan kursus er... sepenuh masa. Jadi, persoalan yang saya nak wujudkan di sini ialah apakah langkah dan inisiatif kerajaan bagi menggalakkan anak-anak muda ini menceburi bidang TVET sebagai satu usaha kerjaya di masa akan datang. Itu soalan yang pertama.
Soalan yang kedua, kita juga punyai agensi-agensi pendidikan di negeri Pahang ni seperti UCYP, Pahang Skills dan juga Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah. Yang saya pasti merupakan agensi yang perlu kita gembleng untuk menjayakan aktiviti pendidikan dan TVET ini.
Soalan saya ialah apakah kursus-kursus dan juga program-program latihan yang diwujudkan di institusi-institusi ini bagi melahirkan tenaga kerja yang boleh yang mempunyai pasaran yang tinggi dan berdaya saing. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Padang Tengku. Saya Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Pahang 1st ini kita lancarkan secara rasmi pada bulan Julai baharu jugalah. Julai, Ogos, September, Oktober, November, baharu 5 bulan. Dan dalam masa tempoh 5 bulan tersebut, kita telah pun menubuhkan Majlis TVET Pahang iaitu sebuah badan khusus untuk menyelaras ekosistem TVET negeri. Maknanya kita cuba nak mewujudkan satu ekosistem berkenaan dengan pendidikan dan TVET ini kerana ia merupakan gagasan atau teras nombor 2 gagasan Pahang 1st. Jadi itu yang kita buat penubuhan Majlis TVET Pahang.
Yang kedua juga, kita akan beri tumpuan kepada generasi FELDA di negeri Pahang ini. Yang ini kita akan beri keutamaan kepada generasi kedua dan generasi ketiga FELDA supaya mereka tidak hanya bergantung kepada hasil komoditi seperti getah dan sawit. Kita nak...nak kembangkan lagi. Itu tujuan kita nak bagi perhatian kepada generasi kedua dan ketiga FELDA. Dan juga supaya mereka boleh membina kemahiran ataupun keupayaan sendiri. Yang ketiga, kita juga melaksanakan Program Jaminan Kerjaya. Sebagai contohnya, penubuhan Akademi Rel Pahang. Kita sangat menyedari bahawa ECRL ini memerlukan lebih kurang 50,000 orang tenaga kerja apabila siap sepenuhnya nanti dan apabila beroperasi pada awal tahun 2027. Insya-Allah.
Jadi, kita telah menubuhkan Akademi Rel Pahang ini dan setakat pada hari ini untuk makluman Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua dan juga ADUN Padang Tengku, kita telah berjaya melatih sebanyak 6,000 lebih belia-belia [Ahli Dewan menepuk meja] di bawah Program Jaminan Kerjaya dan Tahfiz Mahir ini yang telah kita buat. Dan di samping itu juga untuk daripada segi pendidikan, kita ada Pahang Skills Development Centre ataupun Pahang Skills, kita ada KYP Advance Skills, kita ada Kolej Yayasan Pahang, Politeknik, Kolej Komuniti, Universiti Malaysia Pahang dan Akademi Rel yang saya sebutkan tadi. Maknanya usaha-usaha ke arah itu telah dibuat. Jadi, saya sangat yakin dan optimis dalam masa setahun, dua tahun ni kita akan nampak hasil dia. Sekarang pun kita dah nampak hasil dia walaupun tidak mencapai tahap yang kita kehendaki. Jadi bagilah ruang ya, Yang Berhormat Padang Tengku pada kerajaan supaya kita dapat meneruskan TVET ini dan dalam masa yang sama juga kita cuba
ubah sikap lepasan SPM supaya mereka tidak menganggap bahawa memasuki pendidikan kemahiran ini sebagai laluan kedua dan kita telah lihat baharu-baharu ni saya ada hadir bersama dengan Exco Kanan Pendidikan di mana yang ada kemahiran ini ada yang mendapat gaji sehingga lebih dari RM15,000.00.
Jadi, kita nak pastikan supaya jangan mereka menganggap bahawa kemahiran ini adalah laluan kedua. Kerana untuk makluman tuan-tuan dan... untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat di mana kita dapati mereka yang ada kemahiran ini peluang mereka untuk survive sangat tinggi sebab mereka ada kemahiran. Contohnya tukang gunting rambut, dia tak kisah sebab dia boleh buat sendiri. Tetapi kalau kita ada... katalah kita sebagai akauntan contohnya atau sebagai Pegawai Tadbir, kalau takdirnya syarikat yang kita bekerja tersebut mengalami masalah kewangan dan sebagainya kita dibuang kerja sangat sukar untuk kita membentuk untuk mendapatkan kerja yang baharu sebab kita tidak ada kemahiran berbanding yang sebagai barber ataupun yang boleh repair motor kereta dan sebagainya. Jadi kita cuba indah er... cuba pindahkan pemikiran generasi ini bahawa latihan kemahiran dan teknikal itu sangat penting. Insya-Allah, kita akan kembangkan lagi. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Soalan saya kepada kerajaan negeri, Akademi Pahang 1st ini er... Pahang 1st ini strength atau kekuatan dia tu berapa ramai? kemudian pemusatan ataupun di bawah SUK ataupun direct di bawah pejabat Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar kita sendiri dan seterusnya Anugerah Pahang 1st apa perkaitan dengan Aspirasi Pahang 1st tersebut? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Tioman. Sebelum itu, izinkan saya untuk mengucapkan tahniah di atas pencapaian beliau baharu sahaja mendapat PhD baharu ini yang bawa gelaran doktor. [Ahli Dewan menepuk meja].
Yang Berhormat Doktor... Dato' Sri Doktor Johari.
Ya. Tapi dalam Dewan ni kena panggil Yang Berhormat Tioman la [Ahli Dewan ketawa]. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, cadangan yang dikemukakan oleh ADUN Tioman tadi memang sangat baik dan ianya memang dalam kerangka kerajaan sekarang ni. Sebab dalam bajet saya, Insya-Allah kita akan peruntukan untuk Akademi Pahang 1st ini dan kita akan pastikan ia menjadi satu ekosistem untuk kita menjayakan Pahang 1st ini melalui tujuh teras utama yang saya sebutkan tadi. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Sila, Wakil daripada Ketari dulu.
Terima kasih Dato' Sri Speaker. Pertamanya, saya menyokong penuh Aspirasi Pahang 1st yang mana salah satu tonggak sepertimana dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat adalah Pemerkasaan TVET. Dalam pembentangan Belanjawan 2026 yang baharu diluluskan, kerajaan persekutuan telah meluluskan 2... RM650 juta untuk pemerkasaan program TVET ini. Soalan saya, adakah, bagaimana kita boleh mengambil kesempatan ini di mana kerajaan negeri dapat mengambil peluang daripada peruntukan ini untuk memberi manfaat kepada rakyat Pahang terutamanya golongan B40 untuk mereka boleh mengikuti kursus-kursus TVET yang memang potensinya sangat-sangat tinggi. Apakah langkah-langkah kita boleh ambil?
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada ADUN Ketari yang menyokong usaha TVET ini. Malahan saya nak bagitahu kepada Yang Berhormat ADUN Ketari sebelum kerajaan persekutuan luluskan bajet lagi, kita telah pun mendapat peruntukan daripada kerajaan persekutuan dan juga daripada syarikat yang membuat keretapi laju ni ECRL. Sebab itulah kita boleh menghantar pelajar-pelajar kita untuk buat kursus teknikal sebelum kereta api laju ni siap. Ini saya mendapat pengajaran ya, pengajaran daripada kereta api kita di KLIA lah ya, yang kita semua sedia maklum bahawa tidak dapat digunakan sepenuhnya kerosakan dan sebagainya atas sebab-sebab yang saya sendiri pun tak tahu. Jadi atas dasar ini, saya telah berbincang dengan Datuk Seri Darwis, CEO MRL yang saya katakan kita kena bagi latihan kepada technician-technician sekiranya berlaku kerosakan sepanjang trek tersebut, kita boleh perbaiki dengan segera.
Dan atas dasar itulah kita menubuhkan Akademi Pahang Rel yang mana kita telah pun melatih 6,000 orang dan mereka ni diberi jaminan kerjaya. Apabila mereka tamat kursus nanti, mereka akan terus diambil kerja untuk memastikan supaya kereta api laju kita nanti kalau sekiranya didapati ada mengalami kerosakan untuk buat servis, maintenance dan sebagainya akan dapat diselenggarakan dengan segera Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Maknanya langkah-langkah proaktif telah diambil dan sudah tentulah 650 bajet ni di bawah Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, kita telah pun berbincang dan mengadakan sesi untuk mendapatkan peruntukan yang sewajarnya untuk negeri Pahang dan saya telah pun berbincang secara lisan dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan insya-Allah ada peruntukan untuk negeri Pahang untuk kita kembangkan lebih lanjut dan memberi peluang kepada B40 untuk mendapat latihan dan kemahiran.
Terima kasih Dato’ Sri.
Soalan seterusnya. Soalan 2. Saya juga nak maklumkan bahawa ADUN Ketari dia pakai cermin mata hitam itu, dia mendapat kebenaran daripada saya.
Baik, salam sejahtera, selamat pagi, Salam Pahang 1st. Dato’ Sri Speaker, soalan saya nombor dua.
[Banyak sekolah yang menghadapi isu kerosakan dan perlu dibaik pulih demi keselamatan para pelajar. Sering kedengaran luahan daripada pihak sekolah yang telah membuat aduan, tetapi tidak mendapat dana untuk kerja-kerja baik pulih yang dipohon.
Apakah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang tidak menerima peruntukan yang secukupnya untuk mengatasi isu-isu kerosakan sekolah berkenaan?]
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Terima kasih kepada ADUN Yang Berhormat ADUN Sabai yang menanyakan soalan berkaitan dengan sektor Pendidikan dan sebagai bekas pendidik, tentunya beliau amat prihatin mengenai sektor pendidikan ini. Terima kasih.
Bagi menjawab soalan ADUN Sabai, berkaitan dengan dana ataupun peruntukan yang disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan sekolah dan sama ada dana ini mencukupi.
Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan Ahli Dewan yang mulia, kita di Pahang ini kita keseluruhan jumlah sekolah yang kita ada ialah 739 buah. Satu jumlah yang besar dan ianya terdiri daripada sekolah-sekolah yang bukan sahaja sekolah kebangsaan, dia sekolah jenis kebangsaan sama ada Cina atau Tamil, sekolah mubaligh, sekolah agama dan sekolah-sekolah ini usianya berbeza-beza. Malahan ada yang sekolah ini usianya melebihi 40 tahun dan bangunan dan binaannya sudah tentu merupakan binaan-binaan yang memerlukan penyelenggaraan yang berskala dari masa ke semasa.
Susulan daripada itulah maknanya jawapannya kalau sekiranya ditanyakan oleh ADUN Sabai sama ada peruntukan atau dana yang disalurkan oleh pihak kerajaan khususnya kerajaan pusat kepada sekolah-sekolah ini mencukupi, sudah tentu ianya tidak mencukupi. Kalau dilihat dari segi permohonan yang dikemukakan oleh pihak sekolah oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sendiri.
Namun, sepertimana yang kita sedia maklum, keprihatinan pihak jabatan pendidikan dari aspek bukan sahaja keselesaan dan kebajikan warga pendidik tetapi aspek keselamatan itu hendaklah diambil kira dan persekitaran yang baik dan selamat dan kondusif untuk menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran PdP yang berkualiti.
Secara prinsipnya, kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih bangunan sekolah dilaksanakan berasaskan dasar penyelenggaraan aset kerajaan yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui sektor infrastruktur dan perolehan. Kementerian memperuntukkan dana tahunan di bawah peruntukan penyelenggaraan
institusi Pendidikan, PIP dan disalurkan melalui JPNP ataupun melalui jabatan pendidikan negeri dan juga pejabat pendidikan daerah.
Bagi tahun 2025, sebagai contohnya JPNP Pahang telah menerima jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM86,194,400.84 bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf institusi pendidikan di seluruh negeri ini dan peruntukan ini meliputi kategori, dia ada kategori dia dan kategori tersebut, antara lainnya penyelenggaraan sekolah... penyelenggaraan sekolah sebanyak RM26.2 juta, penyelenggaraan sekolah (lawatan turun padang). Ini maknanya bila ada pegawai pelawat dan lihat ada keperluan ialah RM400,000.00.
Yang ketiganya, penyelenggaraan sekolah akibat bencana sebanyak RM2.7 juta penyelenggaraan sekolah bagi kerja kecemasan. Ini kerja-kerja kecemasan ini termasuklah keperluan yang mendesak.
Kebakaran dan sebagainya.
Kebakaran di bawah bencana tapi er… makna yang mana emergency. Tak, tak Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Speaker, termasuk juga kecemasan dengan bencana kadang berkait ya, iaitu sebanyak RM5.5 juta.
Penyelenggaraan lif dan penyaman udara, sebab kita di Pahang ni ada sebuah sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Air Putih. Dia ada enam tingkat. Jadi, ada penyelenggaraan lif yang diperuntukkan iaitu sebanyak satu bulan RM1 juta.
Penyelenggaraan kuarters guru RM39 juta dan ubah suai dan naik taraf kantin serta musolla sekolah sebanyak RM6.1 juta. Sekolah ini sebab berkantin, kita dapati ada setengah-setengah sekolah tu pelajar dia terlalu ramai. Kantin tak muat walaupun sekolah, pihak sekolah menyediakan sesi rehatnya sampai dua kali, tiga kali, tiga peringkat kadang-kadang tapi ada keperluan juga pihak sekolah untuk membina musolla. Maknanya wakaf-wakaf supaya anak-anak pelajar ni dapat mengikuti menikmati makanan masa waktu rehat di musolla ini. Ini pun diberikan peruntukan untuk binaan bagi membantu keselesaan murid khususnya dan....
Dan kategori tambahan perniagaan sekolah bantuan kerajaan termasuk sepertimana yang saya nyatakan tadi, SJKC, SJKT dan sekolah-sekolah mubaligh dan sebagainya dan di samping itu juga pihak kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar ada menyalurkan melalui dana khas sebenarnya yang disalurkan melalui Wakil-wakil Rakyat melalui permohonan daripada PIBG dan ini adalah juga dapat membantulah pihak sekolah dalam menyelenggara kemudahan dan aset-aset yang ada di sekolah-sekolah di negeri Pahang, insya-Allah.
Dan lazimnya peruntukan ini disalurkan oleh KPM melalui tiga peringkat. Biasanya bulan Mac, kemudian bulan Julai dan juga bulan September. Namun, bila ada berbaki, bila ada berbaki pihak Kementerian akan menyalurkan juga kepada jabatan pendidikan negeri untuk dilaksanakan dalam tahun semasa. Sebab tu kadang hujung-hujung tahun misal contoh kita dapati ada dalam bulan hujung bulan November, awal bulan Disember, ada peruntukan ini berbaki ini kira bonuslah, sebab itu pihak sekolah diminta untuk bersedia untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan seumpama
ini demi untuk menambah baik setiap kemudahan yang ada dan… dan ini sudah tentunya membantulah.
Di samping itu juga, PI dipanggil, ada satu ini istilah yang kita namakan sebagai penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta yakni PIBKS. Ini juga dapat membantu, maknanya kalau dulu kita ada PIBG, tapi sekarang ini ada penglibatan ibu bapa dan komuniti serta pihak swasta juga turut menyumbang dalam menambah baik kemudahan dan aset-aset yang ada di sekolah demi untuk kesejahteraan dan juga keselesaan warga sekolah itu sendiri, insya-Allah.
Dan dalam kes yang melibatkan bencana alam, kebakaran, kerosakan dan sebagainya. Pihak Jabatan Kerja Raya membantu membuat penilaian dan menyediakan laporan segera agar dapat dipohon permohonan ini kepada pihak Kementerian, yang kita tidak jangka di luar, banjir, kebakaran, tanah runtuh dan sebagainya. Dan insya-Allah er… sepertimana yang saya zahirkan di sini iaitu yang pentingnya ialah kita mengambil langkah kalau bolehnya dalam aspek penyelenggaraan ini melalui pelaksanaan amalan penyelenggaraan pencegahan preventive, dengan izin, preventive maintenance. Ini yang terbaik sekali yang paling ideal sebelum kejadian apa-apa yang tidak diingini, kita baiki dulu. Tapi lazimnya oleh kerana kekangan dari segi peruntukan, sebahagian besar daripada pelaksanaan ini dibuat secara reaktif iaitu setelah berlaku ataupun keperluan yang mendesak terpaksa kita buat secara reaktif untuk menambah baik dan alhamdulillah ada juga pendekatan yang dibuat oleh pihak sekolah itu sendiri dengan mengadakan gotong-royong.
Ini yang saya sebutkan PIBKS tadi ya. Penglibatan komuniti, penglibatan ibu bapa dan pihak… penglibatan daripada pihak swasta. Dan insya-Allah dengan kerjasama daripada semua pihak, saya yakin bahawasanya walaupun ada terdapat kekangan dan juga kekurangan dari segi dana yang diperlukan oleh sekolah-sekolah ini, tapi pendekatan-pendekatan yang telah kita ambil dengan kerjasama daripada kerajaan negeri sendiri ya di bawah kepimpinan Yang Amat Berhomat Dato’ Sri Diraja menyalurkan peruntukan er… negeri dalam mempastikan ekosistem pendidikan di sekolah-sekolah ini dapat ditambah baik, insya-Allah ianya akan dapat terus… sekolah-sekolah akan dapat terus berfungsi dengan baik demi untuk kepentingan anak-anak pelajar serta warga sekolah dalam mem… pembangunan modal insan demi negeri dan negara, insya-Allah. Terima kasih.
Sila.
[Ayat a-Quran]. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada arwah Bung Moktar dan ibu kepada saudara Zakhwan untuk rekod Dewan bagi pihak pembangkang.
Soalan saya ialah ada berapa buah sekolah ini dia terpaksa pelajar menggunakan bot untuk ke sekolah setiap pagi. Sebagai contoh, sekolah daripada Kampung Kuala Kenong ke Sekolah Kebangsaan Kuala Kenong dan ini menyebabkan para pelajar pada musim tengkujuh khususnya musim hujan ini sangat berisiko untuk pergi ke sekolah.
Soalan saya, apakah pihak kerajaan tidak berhasrat untuk membina asrama sebagaimana di Ulu Tembeling, ada beberapa buah sekolah kebangsaan yang disediakan asrama bagi kemudahan pelajar supaya mereka tidak terpaksa berulang-alik pada waktu pagi subuh dalam keadaan cuaca dan air yang sangat-sangat mengan… membahayalah bagi… bagi mereka? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Sebenarnya, pihak kementerian dan juga pihak Jabatan Pendidikan di peringkat negeri amat maklum mengenai perkara ini. Dari segi logistik infrastruktur yang ada, kita tahu misal contohnya, ada sesetengah tempat di kawasan pedalaman yang tidak dapat di er… akses dengan melalui jalan darat. Misal contohnya memerlukan perhubungan pengangkutan melalui jalan-jalan air lah, laut, ni sungai mahupun laut. Malahan di Tioman itu sendiri pun ada kedapatan misal contohnya, keperluan untuk para pelajar ini mobilitinya menggunakan kemudahan pengangkutan selain daripada darat. Dan dalam konteks seumpama ini, pihak JPNP ataupun pihak Jabatan Pendidikan sentiasa mengambil maklum dan membuat perancangan dari semasa ke semasa.
Pertama sekali mencadangkan sudah tentu yang paling ideal sekali ialah untuk menyediakan kemudahan seperti asrama berpusat supaya dapat ditempatkan pelajar-pelajar itu di asrama dan ini akan dapat mengurangkan pergerakan pelajar daripada tempat kediaman ke sekolah. Ini memang paling ideal dan telah sebenarnya diambil kira dan diberi pertimbangan oleh pihak Jabatan Pendidikan khususnya dalam mengemukakan cadangan kepada pihak kementerian, insya-Allah.
Yang keduanya ialah untuk menyediakan kemudahan-kemudahan mobiliti tersebut iaitu penyediaan bot. Pernah maknanya kita zahirkan, Pahang menzahirkan kepada pihak kementerian supaya menyediakan bot-bot bukan saja untuk pelajar malahan juga untuk pendidik itu sendiri. Ada setengah-setengah tu guru-guru terpaksa berulang alik daripada satu kawasan ke satu kawasan lain oleh kerana kekangan dari segi tempat kediaman jauh itu, dia terpaksa menaiki bot menyusuri sungai dan ada terpaksa menggunakan bot melintasi lautan misal contohnya di… Tioman itu sendiri.
Jadi ini beberapa langkah-langkah yang diambil untuk mempastikan tidak ada anak-anak pelajar yang tidak ke sekolah kerana kekangan dari segi mobiliti iaitu kemudahan untuk bergerak daripada tempat kediaman ke sekolah-sekolah dan perkara ini sebenarnya memang dalam perhatian pihak kementerian dan pihak ini Jabatan Pendidikan itu sendiri. Terima kasih.
Soalan seterusnya. Soalan nombor 3.
Assalamualaikum WBT. Saya mewakili sahabat saya Yang Berhormat ADUN Tahan mengemukakan soalan nombor 3.
[Apakah nisbah antara perkahwinan dan perceraian di seluruh negeri Pahang dari tahun 2020 - 2025? Apakah faktor utama kepada perkara ini dan julat umur kepada kes perceraian ini?]
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Persoalan yang dikemukakan oleh rakan daripada Tanjung Lumpur mewakili ADUN Tahan yang juga kita doakan ibundanya semoga dicucuri dengan keampunan dan juga kerahmatan oleh Allah, amin.
Beliau mengemukakan tentang er… berkaitan dengan perkahwinan dan pece… penceraian. Apakah angkanya bermula daripada 2020 sehingga 2025 iaitu selama lima tahun dan apa namanya jika ada berlaku perceraian, kenapakah ataupun apakah punca boleh berlaku perceraian itu dan apakah julat ataupun tempoh umur kebanyakan yang berlakunya perceraian ini?
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Bagi tahun 2020, jumlah rakyat Pahang yang telah memohon untuk berkahwin dan telah didaftarkan perkahwinan mereka seramai 11,585 orang dan manakala yang memohon perceraian ialah 2,947 orang. Pada tahun 2021, mereka yang telah memohon untuk berkahwin dan juga telah didaftarkan perkahwinan mereka di Jabatan Agama Islam Pahang seramai 12,163 orang. Manakala yang memohon untuk bercerai adalah seramai 2,185 orang.
Pada tahun 2022, mereka yang memohon untuk berkahwin dan didaftarkan perkahwinan mereka seramai 13,811 orang, manakala yang memohon untuk bercerai seramai 3,513 orang. Pada tahun 2023, yang memohon untuk berkahwin dan telah didaftarkan perkahwinan mereka adalah 11,672 orang dan yang memohon untuk bercerai adalah seramai 3,135 orang.
Pada tahun 2024, yang memohon untuk berkahwin adalah seramai 10,329 orang, manakala yang memohon untuk bercerai adalah 3,484 orang Dato’ Sri Yang di-Pertua. Dan pada tahun 2025, kita masih lagi berada di dalamnya. Maknanya angka setakat ini yang telah memohon untuk berkahwin adalah 8,611 orang dan yang memohon untuk bercerai adalah 2,630 orang.
Apakah julat ataupun tempoh umur yang biasanya memohon untuk bercerai? Sekitar 30 ke 40 tahun yang kita tengok angkanya bukanlah tak ada orang yang berumur tetapi agak minimal. Tapi yang biasanya 30 ke 40 tahun. Dan apakah puncanya? Punca banyak, tak sama. Si fulan bercerai kerana tak sesuai, satu si fulan pula bercerai kerana masalah ekonomi, berbeza di antara satu sama lain, dan kita berdoalah dan juga berusaha untuk mereka ini sentiasa dididik, ditarbiahkan supaya menjaga hubungan kekeluargaan kerana apa namanya er… tidak sewajarlah setelah mereka membina rumah tangga yang tadinya mereka sendiri mohon, tetapi disudahi dengan perceraian. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Sila. ADUN lantikan.
[Ayat Al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Saya ada dua soalan tambahan er… kepada Yang Berhormat Exco.
Pertamanya, er… baru-baru ini dalam Dewan Negara ada Menteri Agama kita menjawab soalan dan antara lain dalam soalan tersebut berhubung dengan isu suami yang tidak membayar nafkah kepada isteri dan antara er… di dalam jawapan Yang Berhormat Menteri itu pertamanya dia kata suami ini boleh dipenjarakan mengikut undang-undang yang telah ada di negeri-negeri dan yang keduanya, Majlis Agama Islam negeri-negeri er… boleh dipohon mana-mana apa nama ini… isteri yang menghadapi masalah tidak dibayar nafkah ini boleh memohon kepada majlis agama islam negeri-negeri untuk didahulukan pembayaran nafkah sekiranya perlu.
Jadi, soalan saya adakah Majlis Agama Islam di Pahang ini mempunyai tabung ataupun peruntukan untuk membiayai pendahuluan nafkah kepada isteri-isteri yang tidak dibayar… apa nama ini nafkah oleh… oleh suami. Itu yang pertama, Dato’ Sri Speaker.
Yang keduanya adalah berhubung dengan bila kita sebut tentang isu perkahwinan ini er… selaku seorang peguam syarie di Mahkamah Syariah di Pahang ini saya dapati er… isu poligami juga mempunyai masalah yang signifikan di… di Pahang ini kerana antara lain di Pahang ini antara negeri yang agak sukar untuk permohonan poligami ini dibuat memandangkan kita kena mensapina ataupun menamakan isteri pertama itu sebagai pihak dalam kes di mahkamah menyebabkan kita dah sediakala penakut jadi dua kali takutlah nak bawa ke mahkamah itu er…
Yang Berhormat, kalau takut jangan kahwin satu lagi. [ketawa]
Cuma soalan saya er… adakah kerajaan negeri ataupun melalui Mahkamah Syariah di Pahang ini bersedia untuk membuat kajian semula kepada proses kebenaran poligami ini memandangkan kalau kita lihat pada hari ini kesan daripada kesukaran untuk berpoligami ini menyebabkan ramai yang terpaksa ke luar negara dan yang paling malang lagi mereka memilih untuk kahwin secara sindiket yang tidak sah mengikut undang-undang pentadbiran Islam dan juga undang-undang syarak. Itulah soalan saya, terima kasih Dato’ Sri.
Terima kasih rakan ADUN Lantikan yang bertanya soalan yang agak apa er… menarik kepada Dewan kita pagi ini Dato’ Sri er… Yang di-Pertua, terutama mengenai er… apa nama ini…
Yang er… Yang Berhormat Exco ini ada pengalaman? Tak ada ya? [ketawa]
Er… itu masalah susah sedikit nak menjawabnya. [Ahli Dewan ketawa]
Dato’ Sri Speaker,
Walau bagaimanapun, merujuk kepada persoalan tentang er… bantuan kepada mereka yang tidak mendapat tanggungan daripada suaminya yang tidak bertanggungjawab. Sebenarnya memang isteri ini dan keluarga adalah tanggungjawab sepenuhnya duduk di atas bahu suami kepada isterinya, kepada rumah tangga dan anak pinaknya sebab itulah sebelum mereka kahwin kita di Jabatan Agama Islam Pahang mengadakan kursus-kursus kepada bakal-bakal suami dan isteri ini supaya mereka memahami tanggungjawab mereka kepada rumah tangga mereka… suami apa patut dia buat. Kalau kita kembali kepada didikan agama Rasulullah itu sampai basuh pinggan mangkuk sendiri untuk menjaga rumah tangga dia dan bertanggungjawab kepada keluarga dan anak pinak Baginda.
Benda ini kita sampaikan cuma maklumlah bukan senang untuk kita memberikan keyakinan kepada bakal-bakal pengantin ini kerana waktu dia mohon kahwin itu dan mereka mengikuti kursus hanya er… sebahagian daripada kecil mereka itu untuk mendapat kebenaran dan dia tak fokus kepada tarbiyah yang disampaikan, itulah kesannya. Walaupun begitu, kita melalui Majlis Agama Islam Pahang ada bantuan-bantuan, juga melalui JKM ada bantuan-bantuan yang kita beri seandainya mereka perlukan dan mereka memohon dan seandainya mereka layak, tak pernah dari mana-mana sumber yang ada oleh kerajaan negeri, kita terlewat membantu orang yang susah ini, tidak kiralah iaitu apa namanya kerana bercerai ke, kerana suami tak bertanggungjawab, kita akan usaha sedaya mungkin untuk membantu mereka ini.
Adapun tentang soal berpoligami, ini bukan soal undang-undang. Soal individu yang nak kahwin, nak tambah itu sendiri sebenarnya dia sahaja tak cekap. Kalau dia cekap, tak ada langsung masalah undang-undangnya sebenarnya, silakan… [bacaan dalam Bahasa Arab]. Jangan bercerai-berai, agama ajar kalau awak didiklah isteri awak yang pertama itu tadi supaya memahami soal benda-benda yang macam ini. Jangan kita salahkan kepada peraturan disebabkan kita penakut, tak boleh… tak boleh Dato’ er… Dato’ Sri Speaker.
Sebab itu macam kita ini satu sahaja. [ketawa]
Er… silakan [bacaan dalam Bahasa Arab] Jalan… layarkan kehidupan kamu di atas muka bumi. Itu kalau bagi yang teringin, kalau tak teringin kenapa nak buat kan. Jadi kita tak boleh salahkan kepada peraturan disebabkan kerana kelemahan kita. Akhirnya bila kita nak selesai berhidup asyik nak bercara sahaja. Jadi benda-benda macam ini saya rasa walaupun begitu tak ada salahnya kita membuat percambahan ilmu pengetahuan, kita adakan perbincangan, kita adakan seminar, bengkel itu tidak ada masalah kerana perbincangan nilai-nilai untuk menambah pengetahuan itu sangatlah baik.
Kita boleh bincangkan bagaimana untuk kita er… apa memberikan kefahaman kepada masyarakat bagaimana untuk kita berpoligami tapi sebelum kita nak memahamkan orang kepada wanita keperluan berpoligami, kita juga sebagai lelaki kena juga faham bagaimana untuk berpoligami. Adakah semata-mata untuk berseronok, untuk bersuka-ria, untuk menunjuk yang kita ini pandai kahwin apa dua ataupun tiga ataupun ada nilai-nilai tarbiyah daripada pengkhususan yang telah diharuskan oleh syarak sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT [bacaan dalam Bahasa Arab]. Bagaimana kita nak mengambil proses pemahaman daripada firman Allah SWT di dalam ayat Quran ini, di dalam sahsiah ini kita sendiri yang gagal sebenarnya bukan undang-undang yang gagal. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Soalan seterusnya er… ada?
Ada Dato’ Sri er… Dato’ Sri Speaker,
Saya tertarik dengan angka, dengan data yang telah dibentangkan berkaitan dengan perkahwinan dan perceraian. Soalan saya, dalam penjelasan tadi disebut yang melibatkan rakyat negeri Pahang. Apakah yang dimaksudkan itu termasuk yang bukan Islam kalau ada dapat berikan data ataupun angka berkaitan dengan perkahwinan dan perceraian yang melibatkan bukan Islam. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Kita ini hari Jumaat saya bukan nak melengah-lengahkan tetapi bagi menjawab persoalan daripada ADUN Sabai, angka itu kita boleh dapatkan daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Saya sampaikan tadi angka yang di bawah Jabatan Agama Islam Pahang khusus kepada er… apa umat Islam. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Soalan seterusnya. Ahli-ahli Berhormat sekalian, kalau sekiranya kita tidak sempat er… tidak sempat untuk habis apa namanya maknanya kita tinggal satu jam lagi atau 45 minit lagi, nanti saya akan tempohkan dan Bajet kita terpaksa buat petang, itu saya nak bagi tahu. Kalau sekiranya kita dapat er… apa nama selesaikan sebelum pukul 10.30 pagi, kita akan pembentangan bajet akan dibuat pada waktu pagi tapi kalau sekiranya tak dapat er… saya akan kita terpaksa tangguhkan dan kita akan terpaksa Bajet… pembentangan Bajet oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar terpaksa dibuat pada waktu petang. Terima kasih, sila soalan seterusnya.
Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Soalan saya nombor ke-4.
[Kuarters Penjawat Awam di negeri Pahang:
i) Apakah bilangan kuarters penjawat awam di negeri Pahang?
ii) Di antaranya, beberapa bilangan yang boleh dihuni dan tidak boleh dihuni?
iii) Adakah kerajaan negeri mempertimbangkan untuk membantu penaiktarafan kuarters penjawat awam terutamanya bagi Polis Diraja Malaysia?]
[Ayat al-Quran] Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Terima kasih kepada rakan saya daripada Semambu mengemukakan soalan nombor empat. Untuk makluman sidang Dewan, bilangan kuarters untuk penjawat awam yang disediakan oleh kerajaan persekutuan adalah sebanyak 13,782 unit manakala kuarters yang disediakan oleh kerajaan negeri adalah sebanyak 1,685 unit. Jadi jumlahnya adalah 15,467 unit kuarters yang ada dalam negeri Pahang er… kuarters penjawat awam di negeri Pahang.
Menjawab soalan yang kedua, bagi kuarters yang diselenggara kerajaan negeri, 1,700 er… 1,071 unit boleh dihuni… diduduki manakala 614 unit masih dalam proses pembaikan, manakala bagi kuarters kerajaan persekutuan sebanyak 9,935 unit kuarters ini boleh diduduki, manakala 3,404 er… 3,840 unit masih dalam proses pembaikan. Berkaitan dengan soalan yang ke-3, berkaitan isu kuarters PDRM, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa menyalurkan peruntukan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang atau JKR untuk tujuan penyelenggaraan kuarters PDRM yang memerlukan pembaikan dan berdasarkan statistik terkini terdapat 564 unit kuarters PDRM yang dalam proses pembaikan dan ini akan dilaksanakan apabila mendapat peruntukan daripada KDN setiap tahun. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri.
Soalan seterusnya.
Dato' Sri Speaker, saya kemukakan pertanyaan nombor 5.
[Projek jalan alternatif dari Kampung Som ke Kampung Berau telah bermula;
1. Apakah status situasi terkini dan bilakah anggaran dijangka siap?
2. Berapakah jumlah penduduk kampung yang terkesan dengan projek ini dan apakah bentuk pampasan yang mereka terima?
3. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk menyambung projek ini bagi menjadikannya sebagai jalan alternatif daripada Jerantut ke Lebuhraya Pantai Timur?]
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada soalan daripada Damak yang kemukakan berkaitan dengan jalan alternatif daripada Kampung Som ke Kampung Berau. Ada 3 sub-sub soalan. Sub soalan pertama berkenaan dengan status situasi terkini dan bila anggaran dijangka siap.
Tuan Yang di-Pertua, bagi projek jalan alternatif dari Kampung Som ke Kampung Berau ini, kemajuan fizikal sehingga 30 November 2025, kemajuan kerja sebenar di tapak 28.23% berbanding kemajuan jadual 29.96% iaitu varian 1.73% ataupun bersamaan dengan lewat 39 hari dan tarikh siap asal projek ini pada 10 Mac 2027. Berkenaan dengan sub soalan ke-2, berapakah jumlah penduduk yang terkesan dengan projek ini dan apakah bentuk pampasan yang mereka terima.
Yang di-Pertua,
Urusan pengambilan balik tanah telah selesai dibayar bagi 45 lot yang terlibat pada tahun 2024 dengan jumlah pampasan sebanyak RM3,914,269.45. Manakala terdapat 6 lagi lot tambahan. Ini lot-lot baharu ini yang masih dalam tindakan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah atau KKDW dan status terkini lot-lot terlibat telah selesai di lawatan... buat lawatan tapak dan juga proses penandaan pada 13 November 2025 dan ketika ini masih menunggu tarikh bicara oleh pihak jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG). Manakala sub soalan ketiganya berkenaan dengan apakah pihak kerajaan bercadang untuk menyambung projek ini bagi menjadikannya sebagai jalan alternatif daripada Jerantut ke Lebuhraya Pantai Timur.
Yang di-Pertua,
Jalan ini sebenarnya dibina oleh di bawah program jalan luar bandar oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah selaku kementerian yang bertanggungjawab terhadap kemajuan luar bandar. Dan objektif pembinaan Jalan Kampung Som ke Kampung Berau, Jerantut ini adalah sebagai jalan perhubungan baharu dan juga untuk pengeluar hasil pertanian di samping penduduk meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk setempat itu.
Walau bagaimanapun, tiada lagi rancangan penyambungan jalan Kampung Som-Berau ke LPT atau Lebuhraya Pantai Timur ni memandangkan akses jalan raya sedia ada boleh diakses terus ke Lebuhraya LPT ini melalui jalan FT.04. 04 ini ialah daripada Benta, Jengka, Jerantut, Jengka, Maran ya dan daripada situ kita ada jalan-jalan yang menyambungkan LPT ke LPT lah, sebagai contohnya Jerantut ke Temerloh tu, FT.98, kemudian daripada Jengka ke Kampung Awah tu FT.83, itu antara jalan-jalan yang kita boleh akses ke LPT. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan seterusnya. Soalan nombor 6.
Assalamualaikum WBT dan salam Sejahtera. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya kemukakan soalan nombor 6.
[Insentif pengecualian cukai kepada pelabur;
a) Berapakah nilai keseluruhan insentif cukai/tanah yang telah diberikan kepada pelabur asing sejak 2023,
b) Adakah wujud “sunset clause” untuk mengelakkan kebergantungan jangka panjang kepada subsidi negeri?]
[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato’ Sri Speaker dan terima kasih kepada rakan ADUN daripada Beserah yang bertanyakan 2 soalan. Pertamanya, berapakah nilai keseluruhan insentif cukai tanah yang diberikan kepada pelabur asing sejak 2023? Untuk jawapan ini secara keseluruhannya, jumlah pemberian insentif cukai tanah oleh kerajaan negeri bagi tanah industri melibatkan 9,116 hak milik adalah sebanyak lebih kurang, saya bundarkan jawapan dia RM307 juta setahun. Kalau untuk 3 tahun, lebih kurang RM920 juta bersamaan dengan 83% daripada amaun cukai sebenar.
Walau bagaimanapun, jumlah yang disebut di sini, apa yang dibekalkan oleh Pejabat Tanah dan Galian juga termasuk pelabur domestik ataupun domestik direct investment dengan izin. Oleh itu, jumlah sebenar untuk pelabur asing adalah rendah sebenarnya dan pecahannya akan diperincikan dalam sistem soal jawab ADUN selepas ini, saya akan minta PTG untuk sediakan.
Kedua (b), adakah wujud sunset clause untuk mengelakkan kebergantungan jangka panjang kepada subsidi negeri? Dasar cukai tanah buat segmen industri akan disemak dari masa ke semasa. Kerajaan perlu imbangi keperluan untuk menarik pelaburan industri ke negeri Pahang dan pada masa yang sama memastikan kadar kutipan cukai tanah industri dapat dipungut sebanyak mungkin secara optimal agar dapat diagihkan semula kepada rakyat. Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Wakil Kerajaan di atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan saya adalah apakah syarat spesifik atau syarat khusus untuk nak mendapatkan pengecualian cukai tanah ini sama ada kepada daripada FDI ataupun DDI, kedua-duanya. Apakah syarat spesifik khusus selain daripada berada di kawasan industri yang telah diwartakan?
Soalan yang ke-2 adalah, adakah industri hiliran yang berada di luar daripada kawasan yang ditetapkan itu juga boleh memohon untuk mendapatkan pengecualian dan insentif ini kerana pelabur domestik ataupun industri hiliran daripada penubuhan industri ini juga memberikan impak yang besar dan mereka juga memerlukan insentif-
insentif seperti ini untuk menambahkan lagi daya saing mereka di dalam pelaburan dan juga industri. Terima kasih.
Terima kasih rakan ADUN. Sebenarnya dia tidak ada syarat spesifik. Kadar yang diumumkan oleh kerajaan mengambil kira keperluan industri secara total sebab industri secara kolektif apabila mereka mengadakan sesi libat urus dengan pihak kerajaan, menyatakan rayuan yang mereka perlukan secara kolektif dan kerajaan negeri tentukan jumlah yang sewajarnya untuk diberikan remisyen, dan remisyen yang kita berikan ini mengambil kira satu antaranya kita sedia maklum, syarikat-syarikat pelaburan ini sedang dipulihkan selepas zaman COVID, di mana kita sedia maklum begitu banyak syarikat yang yang telah tutup ataupun rugi dengan begitu mengalami kerugian yang begitu besar.
Keduanya ialah untuk memastikan negeri Pahang ini adalah kompetitif. Sekiranya kadar cukai kita terlalu tinggi, maka mereka ada pilihan untuk pergi ke negeri lain ataupun waima negara lain sekalipun seperti Vietnam dan Indonesia, dan itulah asas penentuan kadar cukai yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri. Terima kasih Dato' Sri.
Soalan seterusnya, nombor 7.
Terima kasih Dato' Sri Speaker, soalan saya nombor 7.
[Apakah usaha kerajaan negeri membantu golongan OKU khususnya dalam beberapa bidang strategik seperti ekonomi, kecerdasan buatan (AI), sastera dan budaya serta lain-lain?]
Assalamualaikum WBT dan juga salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan juga sahabat yang bertanya di mana soalannya adalah berbunyi,
[Apakah usaha kerajaan negeri, membantu golongan OKU khususnya dalam beberapa bidang strategik seperti ekonomi, kecerdasan buatan (AI), sastera dan budaya serta lain-lain?]
Kerajaan Negeri Pahang komited ya untuk memperkasakan ekonomi golongan orang-orang kurang upaya ini melalui pelbagai inisiatif bantuan kewangan dan sokongan pemulihan. Pada tahun 2025, beberapa langkah penting telah diambil bagi meringankan beban golongan OKU dan memastikan mereka mendapat peluang untuk terus aktif dalam komuniti serta memperoleh manfaat daripada bantuan kerajaan.
Pelbagai bantuan telah diberikan bagi membantu golongan OKU ini di antaranya adalah, bantuan am kepada penerima OKU, pemberian one-off kepada OKU untuk pemulihan, pemberian one-off kepada penyelia dan petugas Pertubuhan Pemulihan
dalam Komuniti serta pelaksanaan Program Melalui Khidmat Bantu di Rumah serta pemberian kad kesihatan kepada warga emas dan juga orang kurang upaya menerusi Program Kasih Makmur.
Di samping itu juga, melalui Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang er... di mana, Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang ini juga memainkan peranan yang penting bagi membantu golongan OKU ini melalui beberapa kluster, yang pentingnya adalah tiga kluster iaitu Kluster Keusahawanan, Kluster Seni Budaya dan Warisan serta Kluster Teknologi. Di mana melalui Kluster Teknologi, program seperti Techno Queen, Suri-Tekno dan Modul Keusahawanan AI memberi pendedahan kepada teknologi digital, automasi dan kecerdasan buatan bagi membolehkan peserta menjana pendapatan melalui platform digital… digital, e-Dagang, pemasaran media sosial serta menggunakan alat AI bagi memudahkan kerja harian. Modul mesra OKU dan sokongan fasilitator disediakan bagi memastikan OKU dapat menyertai latihan ini dengan lebih berkesan. Dan bagi Kluster Keusahawanan, menyediakan latihan kemahiran, bimbingan, geran permulaan dan bantuan pemasaran untuk membantu er... golongan OKU memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.
Seterusnya melalui Kluster Seni Budaya dan juga Warisan, menawarkan platform untuk peserta OKU menonjolkan bakat melalui bengkel seni dan persembahan budaya yang juga berpotensi menjana pendapatan serta meningkatkan keyakinan diri. Di samping itu juga, melalui JKM telah mengadakan program bagi mencungkil bakat golongan OKU dalam semua bidang khasnya sukan, bagi persediaan untuk sukan Para SUKMA bagi tahun 2026. Dan secara keseluruhannya dasar kerajaan negeri berteraskan prinsip inclusivity dan pemerkasaan, memastikan golongan OKU menerima latihan yang relevan, peluang yang adil dan sokongan yang berterusan. Fokus kepada penjanaan ekonomi, program berasaskan AI, sastera dan budaya keusahawanan digital serta pembangunan bakat seni akan terus diperkukuh supaya lebih ramai OKU dapat menikmati manfaat per… pembangunan negeri kita. Sekian, terima kasih.
Saya... nak pergi ke. Sila-sila.
Er... saya ingin dapat mendapat penjelasan tentang sasaran. Kalau kita tengok sasaran di peringkat kebangsaan, OKU dalam perkhidmatan awam sebanyak 1% tapi sebahagian besar negeri-negeri ini gagal mencapai penempatan OKU di dalam sektor awam, termasuklah beberapa negeri lain. Cuma saya ingin dapat penjelasan sama ada kalau tak boleh lisan pun mungkin bertulis, berapakah jumlah OKU yang berkhidmat dalam sektor awam di negeri Pahang?]
Terima kasih dengan... soalan tambahan, insya-Allah saya akan dapatkan jawapan bertulis untuk YB. Terima kasih.
Soalan seterusnya, soalan nombor 8.
Salam sejahtera Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya mengemukakan soalan nombor 8.
[Dalam tempoh masa tiga tahun terakhir (2022 - 2024), berapa ramai rakyat Pahang yang telah memfailkan aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna? Apakah jenis perkhidmatan atau barangan yang paling banyak menarik aduan pengguna tempatan?]
Terima kasih, er... salam sejahtera semua. Er... terima kasih sahabat saya yang menanyakan soalan er... tentang Tribunal Tuntutan. Untuk Tahun 2022, sejumlah 230… 231 kes difailkan dan 69 kes telah diselesaikan dan er… tarik atau batal, tarik balik ya, maknanya mereka dengan budi bicara adalah 162 kes. Untuk 2023, jumlah tuntutan tribunal dituntut adalah 178 dan er… telah diselesaikan adalah 55, dan tarik balik adalah 123. Untuk 2024, kes dituntut adalah 232, telah diselesaikan adalah 71, dan tarik balik adalah 161. So jumlah untuk tiga tahun ni jumlah sekali adalah 641 kes, telah diselesaikan adalah 195 kes dan tarik balik adalah 446 kes.
Untuk kes yang paling banyak dituntut adalah er... untuk tahun 2002, adalah kes pertama adalah umrah er... sebanyak 43 kes, untuk 2023, 31 kes, untuk 2024 adalah 57 kes. Jumlah sekali untuk tiga tahun adalah 131 kes. Untuk paling kedua tinggi adalah pengusaha er... pengusaha bahagian rumah maknanya renovation, 2022 adalah 29 kes, 2023 adalah 25 kes dan 2024 adalah 24 kes. Jumlah sekali 78 kes.
Untuk kes ketiga tinggi adalah bengkel kereta. 2022 adalah 20 kes, untuk 2023 adalah 26 kes, untuk 2024 adalah 14 kes. Jumlah sekali 60 kes untuk tiga tahun. Untuk keempat paling tinggi adalah er... online, online complaint. Maknanya 2022 adalah 24, 2023 hanya 5, 2024, 22 kes. So jumlah sekali untuk tiga tahun 51 kes. Sekian, terima kasih.
Soalan seterusnya soalan nombor 9.
Yang Berhormat lupa soalan… Yang Berhormat tanya soalan. Mengelamun.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya… Dato' Sri Speaker, saya kemukakan soalan nombor 9.
[Apakah bentuk kerjasama yang boleh dibentuk bagi mengangkat industri pelancongan negeri menerusi agensi dan pemegang taruh berkaitan komunikasi dan multimedia?]
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan juga Yang Berhormat Panching. Kerajaan mengiktiraf peranan sektor komunikasi dan multimedia dalam industri pelancongan. Dengan ini, kerjasama yang dibentuk dan inisiatif kerajaan adalah satu, kerjasama promosi dan publisiti dengan media arus perdana serta platform digital termasuk pempengaruh, penulis blog pelancongan, pencipta kandungan. Kedua, kerjasama dengan MCMC dan syarikat telekomunikasi bagi memperkukuh liputan internet di kawasan pelancongan. Tiga, penghasilan kandungan kreatif bersama industri media dan pempengaruh. Empat, program latihan dan kesedaran bersama industri pengajian tinggi. Lima, penganjuran bengkel digital… digital… digitalisasi pelancongan kepada pemain industri, termasuk hotel-hotel, agensi pelancongan dan produk operator.
Dan negeri Pahang juga antara negeri pertama yang memperkenalkan AI dalam sektor pelancongan melalui aplikasi Pahang Destina, ini adalah kerjasama antara kerajaan negeri melalui Tourism Pahang dengan Telekom Malaysia untuk mempertingkatkan pengalaman pelancong yang datang ke negeri Pahang. Terima kasih.
Soalan tambahan sikit.
Okay satu soalan saya bagi.
Okay er... terima kasih er… jawapan er… Exco. Saya cuma ingin bertanya. Yang pertama, adakah kerjasama pelancongan ni dia juga mengambil kira manfaat kepada pemain industri tempatan contohnya pengusaha homestay, pemandu pelancong dan juga usahawan kecil? Yang pertama.
Yang keduanya, adakah yang Yang Berhormat sebut tadi Pahang des… Destina, adakah merupakan satu portal dipanggil One Stop Tourism Portal maknanya yang pelancong boleh dapat melihat er… tempat-tempat menarik dalam negeri Pahang ataupun kita boleh sebut sebagai peta digital dan juga boleh diadakan tempahan juga di portal tersebut? Dan yang terakhirnya, adakah kerjasama multimedia ini juga mengambil kira kawasan-kawasan pelancong di luar bandar. Kalau kita lihat lebih kepada kawasan pelancongan yang popular seperti di Cameron Highlands dan Kuantan. Bagaimana di Jerantut, di Rompin, di Bera dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih. Pertama, ya kita melibatkan pemain industri tempatan dalam segala usaha kita termasuk bengkel-bengkel seperti yang dinyatakan tadi.
Kedua untuk Pahang Destina, ini adalah kerjasama antara Tourism Pahang dengan Telekom (TM) Telekom Malaysia. Jadi, setakat ini video itu ditempatkan di website
Tourism Pahang di mana ia juga merupakan satu One Stop Centre untuk pelancong mendapatkan maklumat. Sebagai contoh, tempat tarikan, makanan err… apa, perkenalan err… makanan-makanan dan apakah perbezaan Pahang Destina dengan through AI yang lain adalah, ini juga mengambil kira event-event pelancongan di mana kalau kita berbanding dengan err…err… dengan err… dengan through AI ataupun online err… platform lain yang di mana event-event pelancongan ini tidak terdapat di sana, tetapi buat setakat ini kita belum ada perkhidmatan untuk buat tempahan. Mungkin ini kita boleh mengkaji untuk masa akan datang.
Yang soalan ketiga untuk promosi di luar bandar. Memang selama ini kita memasukkan semua tarikan dalam negeri Pahang sebagai contoh Rompin, Jerantut, Bera. Ini dimasukkan dalam segala usaha promosi untuk B2B, untuk penganjuran, untuk penyertaan dalam err… eksposisi pelancongan di luar negara apabila kita bertemu dengan pempengaruh media di luar negara, memang kita masukkan produk-produk kita. Bukan sahaja kita… bukan sahaja kita memfokuskan Kuantan, Cameron Highlands, Bukit Fraser, Cherating, Tioman, Taman Negara, Bera, Rompin. Kita sama-sama masukkan dan kita juga berharapkan bahawa kita ada signature event di setiap daerah dalam kalendar pelancongan kita masih. Terima kasih.
Soalan seterusnya. Soalan terakhir, nombor 10.
Dato’ Sri YB Speaker. Saya kemukakan soalan nombor 10.
[Apakah implikasi jangka panjang perjanjian pajakan tanah FELDA terhadap hak waris, agihan hasil, dan kelangsungan ekonomi generasi baharu peneroka?]
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan terima kasih kepada sahabat saya, ADUN Jengka. Soalan implikasi jangka panjang perjanjian pajakan tanah FELDA terhadap hak waris, agihan hasil dan juga kelangsungan ekonomi generasi baharu peneroka.
Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga Ahli Majlis Sidang Dewan, ingin menjelaskan bahawa tanah yang dimajukan oleh FGV menerusi Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan FELDA adalah tidak membabitkan tanah yang diuruskan oleh tanah peneroka, itu asasnya. Dan kedua LLA ini yang ditandatangani pada 1 November 2011 telah menetapkan bahawa aset-aset yang terbabit adalah ladang-ladang yang tidak termasuk tanah yang diusahakan oleh peneroka FELDA sedia ada dan juga tidak termasuk kilang-kilang kelapa sawit milik FGV.
Pada masa ini, keluasan tanah FELDA berjumlah lebih kurang 850,000 hektar di mana tanah yang dimiliki oleh peneroka FELDA berjumlah lebih kurang 450,632 hektar dan tanah milik FELDA yang dipajakkan kepada FGV pula berjumlah lebih kurang 350,733 hektar dan ini negeri Pahang lebih kurang 138,866 hektar. Ini asas perkaranya, mengenai Perjanjian Pajakan FELDA.
Dan juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat mewakili peneroka FELDA Negeri Pahang di atas keprihatinan Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja iaitu sehingga kini sebanyak 41,830 peneroka FELDA Pahang telah menerima geran hak milik dan berbaki lebih kurang 1,296 peneroka. Lebih kurang 3% sahaja iaitu daripada jumlah keseluruhan FELDA Pahang yang berjumlah 43,126 peneroka. Insya-Allah sekiranya tiada apa-apa halangan, dipermudahkan urusan baki ini dapat selesai. Ada beberapa isu teknikal-teknikal diantaranya ialah masalah pewarisan yang berlaku di dalam FELDA ini, insya-Allah.
Berbalik pada persoalan Yang Berhormat ADUN Jengka iaitu Kerajaan Negeri turut mendapatkan penjelasan iaitu berkaitan hala tuju seterusnya. Antaranya selepas penyenaraian daripada Bursa Malaysia iaitu Ogos lalu supaya kepentingan dan kebajikan juga peneroka sentiasa terjaga dan terjamin. Daripada penjelasan ini akan pihak FGV akan menstrukturkan semula… semula operasi dan juga organisasi syarikat agar lebih cekap, berdaya saing serta mampan dalam jangka masa yang panjang iaitu antara beberapa fokus strategik yang telah digariskan antaranya adalah pemulangan pendapatan konsisten kepada FELDA sebagai pemegang saham terbesar. FELDA akan memastikan FGV komited dalam menjana aliran tunai yang mampan dan juga pulangan yang konsisten. Keuntungan ini akan disalurkan semula untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan FELDA serta menjamin kebajikan warga peneroka di seluruh Malaysia.
Skala ekonomi pula dengan penyatuan operasi FGV ini dengan FELDA membolehkan pelaksanaan ekonomi berskala dan khususnya dalam perolehan input ladang seperti baja, racun dan juga peralatan, sekaligus memberi penjimatan kos yang besar yang akhirnya mengurangkan beban kos ladang FELDA dan juga lot kepada peneroka.
Pemerkasaan Aktiviti Huluan dengan tumpuan utama ialah meningkatkan produktiviti ladang melalui program penanaman semula kepelbagaian sawit berproduktiviti tinggi. Penerapan teknologi moden, mekanisasi serta digitalisasi ladang. Langkah ini dijangka mengoptimumkan hasil per hektar dan juga mengurangkan kos operasi ladang kepada peneroka dan juga FGV.
Sinergi dengan kumpulan FELDA melalui Strategi Integrasi FGV bersama kumpulan FELDA akan mewujudkan sinergi merentasi rantaian nilai sawit. Sinergi ini bukan sahaja mengurangkan ketirisan kos, malah ia memperkukuhkan daya saing global sektor perladangan FELDA dan juga antara perniagaan hiliran dengan FGV memberikan tumpuan untuk memperluaskan perniagaan hiliran bernilai tambah seperti produk-produk makanan berasaskan sawit, biodiesel serta tenaga boleh diperbaharui. Langkah ini akan memacu pertumbuhan ekonomi baharu dan meningkatkan nilai tambah kepada ekonomi negara.
Insya-Allah, dengan adanya penyusunan semula dan juga perancangan jangka panjang FELDA dan juga FGV ini akan mengukuhkan lagi nama FELDA di pasaran negara dan juga antarabangsa. Dengan tidak secara langsung dapat terus meningkatkan ekonomi dan juga kepentingan warga peneroka. Seterusnya di antara beberapa jangka panjang yang telah diberikan oleh komitmen FELDA kepada peneroka dan juga yang berkaitan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Ahli-ahli yang buat sekalian, kita selesai membincangkan 10 pertanyaan kepada Menteri Besar. Sekarang kita beralih ke peraturan seterusnya.
Rang Undang-UndangBill
Perkara keempat : Rang Undang-Undang. Rang Undang undang Perbekalan 2026 - DN 28/2025. Belanjawan Negeri Pahang 2026 - DN 29/2025.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Speaker. Saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Perbekalan 2026.
Sila Penyokong.
Yang Berhormat Speaker, saya mohon izin untuk menyokong cadangan tersebut.
Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2026 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi maksud tertentu.
Saya mohon Rang Undang-undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan 2026 dibaca bagi kali yang kedua.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, dengan ini sukacita saya menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyampaikan ucapan Belanjawan Negeri Pahang 2026.
[Ahli Dewan menepuk meja]
Yang Berhormat Speaker,
Saya mohon mencadangkan suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan tahun 2026 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah segala puji dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat-Nya serta izin-Nya kita sekali lagi diberi kesempatan dalam Dewan yang mulia ini untuk saya membentangkan Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2026. Mudah-mudahan Allah SWT terus memelihara negeri Pahang Darul Makmur dan mengurniakan kesejahteraan yang berpanjangan kepada seluruh rakyatnya. Marilah kita sama-sama perbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SWT agar kita berada dalam kalangan umat yang dikasihi baginda.
Di kesempatan ini, patik merafak sembah dan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj serta Kebawah Duli Paduka Baginda Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas segala nasihat, bimbingan serta tunjuk ajar sepanjang patik melaksanakan amanah mentadbir negeri Pahang Darul Makmur.
Saya juga turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang turut hadir dan mengambil bahagian mendengar pembentangan belanjawan yang amat penting untuk masa depan negeri kita.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Negeri Pahang kini berada pada landasan kukuh sebagai sebuah negeri makmur, progresif dan berdaya saing serta didorong pertumbuhan ekonomi yang stabil, peningkatan hasil serta pelaksanaan projek berimpak tinggi. Kejayaan ini meletakkan negeri Pahang dalam laluan untuk mencapai status berpendapatan tinggi hasil daripada kestabilan politik dan perpaduan rakyat yang menjadi asas utama kepada perancangan pembangunan yang berkesan. Dalam melaksanakan amanah mengurus tadbir negeri, kerajaan negeri sentiasa membudayakan prinsip maqasid syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta sebagai panduan utama dalam setiap keputusan demi kesejahteraan rakyat.
Alhamdulillah, saya amat bersyukur apabila kutipan hasil kerajaan negeri berada pada tahap membanggakan dengan terus melepasi angka satu bilion ringgit untuk empat tahun berturut-turut sejak tahun 2022 disebabkan tadbir urus dinamik, pengukuhan kutipan hasil keberkesanan usaha mengawal ketirisan serta lonjakan ekonomi. [Ahli Dewan menepuk meja]. Kejayaan ini turut selari dengan rekod Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK Pahang yang meningkat 23% dalam tempoh 2019 hingga 2024. Hasil daripada dasar pembangunan negeri yang strategik dan mampan.
Pada tahun lalu, negeri Pahang mencatatkan pertumbuhan KDNK 5.7% melepasi paras nasional 5.1% dengan nilai 68.7 bilion ringgit yang dipacu oleh sektor perkhidmatan, pembuatan, perlombongan dan pengkuarian serta pertanian. Dalam pada itu, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri turut memainkan peranan penting dengan menyumbang 3.16 bilion ringgit atau 4.6% kepada KDNK Pahang tahun lalu melalui sembilan syarikat induk dan badan berkanun negeri serta 49 anak syarikat yang berperanan sebagai pemacu ekonomi strategik negeri termasuk sebahagian yang ditubuhkan sejak tahun 2018. Kenaikan KDNK ini didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang kukuh, kemasukan pelabur yang konsisten serta peningkatan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.
Dalam aspek pelaburan negeri Pahang terus menjadi destinasi pilihan di mana sehingga November tahun ini, jumlah pelaburan komited yang masuk adalah sebanyak 18.04 bilion ringgit melebihi sasaran 14.09 bilion ringgit membuktikan keyakinan pelabur terhadap keupayaan negeri, mengurus kestabilan politik dan iklim perniagaan yang kondusif. [Ahli Dewan menepuk meja]. Dalam aspek tenaga buruh, jumlah guna tenaga di Pahang meningkat kepada 788,800 orang pada suku ketiga tahun ini berbanding 768,600 orang pada tahun 2024. Kadar pengangguran pula menurun daripada 16,700 orang atau 2.2% pada tahun 2024 kepada 13,800 orang atau 1.7% pada suku ketiga tahun 2025. Hasil limpahan peluang pekerjaan melalui pelaburan yang rancak serta pembangunan ekonomi yang berterusan.
Selain itu, kerajaan negeri sekali lagi menerima pengiktirafan melalui penganugerahan Sijil Ketua Audit Negara bagi pendapat tanpa teguran untuk Penyata Kewangan tahun 2004 yang merupakan bukti jelas bahawa kerajaan negeri mengamalkan tadbir urus kewangan yang cekap, telus dan berintegriti. [Ahli Dewan menepuk meja]. Segala pencapaian ini bukanlah usaha kerajaan negeri semata-mata tetapi digarap melalui pendekatan kerjasama seluruh jentera pentadbiran. Sokongan padu rakyat, komitmen sektor swasta, kekuatan institusi negeri serta kestabilan politik yang kita pertahankan bersama.
Yang Berhormat Dato Sri Speaker,
Seterusnya saya akan membentangkan anggaran hasil perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan negeri Pahang untuk tahun 2026. Bagi tahun 2026 kerajaan negeri menyasarkan kutipan hasil mencecah 1.279 bilion ringgit. Unjuran kutipan hasil ini meningkat lebih kurang 7% berbanding belanjawan tahun 2025. Daripada jumlah ini, 1.274 bilion ringgit diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus merangkumi perbelanjaan emolumen, perkhidmatan dan bekalan, pemberian dan kenaan bayaran tetap serta perbelanjaan lain dan aset dengan peningkatan sebanyak 91.83 juta ringgit atau 7.76% berbanding tahun 2025 dengan lebihan atau surplus sebanyak 5 juta ringgit .
Bagi menampung perbelanjaan pembangunan negeri dan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan projek, peruntukan sebanyak 446.26 juta ringgit disediakan iaitu kenaikan sebanyak 11.67% daripada peruntukan pembangunan tahun 2025. Di kesempatan ini saya merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan persekutuan atas kelulusan 15 buah projek dan inisiatif untuk negeri Pahang menerusi Belanjawan 2026 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2025.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Selaras dengan aspirasi Pahang 1st belanjawan ini adalah kesinambungan kepada visi besar negeri iaitu sebuah pelan tindakan yang dirancang bersifat menyeluruh serta bersandarkan kepada tujuh teras utama yang menjadi nadi pembangunan negeri. Melalui pendekatan yang ikhlas dan berteraskan tadbir urus yang baik kerajaan negeri beriltizam membawa Pahang ke mercu kemajuan yang mampan dengan rakyat sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap perancangan. Bersandarkan kepada perspektif ini, maka tema Pahang 1st, Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan telah dipilih menjadi inti pati keseluruhan Belanjawan Negeri Pahang untuk tahun 2026.
Tujuh teras utama Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2026 ialah, yang pertama, memartabatkan agama Islam, memelihara institusi raja dan mengangkat warisan budaya. Kedua, melonjak ekonomi negeri. Ketiga, meningkatkan taraf pendidikan dan TVET, keempat membentuk rakyat berjati diri dan melahirkan pemimpin masa depan. Kelima, memastikan tadbir urus dinamik berprestasi tinggi dan berintegriti. Keenam, menjamin kelestarian alam. Ketujuh, menyah...menyejahterakan kehidupan rakyat.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Teras pertama iaitu memartabatkan agama Islam memelihara institusi raja dan mengangkat warisan budaya merupakan jiwa dan semangat Pahang. Nadi keperibadian rakyatnya serta akar yang membentuk jati diri negeri ini sejak turun temurun. Agama hidup dalam jiwa rakyat membimbing cara berfikir, memandu, keutamaan dasar serta memastikan pembangunan yang dijalankan sentiasa di berkati. Di sisi agama berdirinya Institusi Diraja Pahang dan daulah Islam yang tetap utuh sejak 555 tahun lalu. Institusi Diraja ini bukan sekadar simbol tetapi payung yang menaungi perpaduan, menjamin kestabilan, mengangkat maruah negeri serta menjadi lambang keluruhan tamadun negeri Pahang. Warisan budaya pula adalah akar yang menyuburkan tamadun dan membina jati diri kita. Adat resam, bahasa, seni dan sejarah perjuangan nenek moyang kita menjadi tali pengikat masyarakat agar tidak hanyut oleh arus perubahan tanpa berpaut pada nilai yang memberi pedoman. Atas kesedaran ini, kerajaan negeri memilih teras ini sebagai teras pertama Belanjawan Negeri Pahang tahun 2026 kerana asas sesebuah negeri bukan terletak pada kemajuan fizikal semata-mata tetapi kepada kekuatan akidah, keluhuran institusi Diraja dan kesuburan budaya. Inilah tiang seri yang memastikan negeri Pahang terus megah, berdaulat, utuh untuk menghadapi masa depan. Bagi memperkukuhkan kedudukan Islam sebagai paksi kehidupan dalam pentadbiran negeri, kerajaan negeri menyediakan peruntukan berjumlah RM235.95 juta untuk tahun 2026 iaitu peningkatan sebanyak RM39.89 juta atau 20.35% berbanding tahun 2025.
Peningkatan ini adalah bukti jelas bahawa kerajaan negeri bukan sahaja mengekalkan komitmen memperteguhkan syiar Islam tetapi meningkatkannya dengan lebih agresif dan berstrategi, sekali gus menepis dakwaan yang menuduh Kerajaan Negeri Pahang kononnya tidak Islamik dan sekular. Kerajaan negeri tetap memilih jalan istiqomah dengan melangkah tenang dan tertib dalam memastikan syiar Islam terus ditegakkan di bumi bertuah ini tanpa goyah oleh celaan yang tidak membawa apa-apa makna. Selain dari itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM116.58 juta bagi operasi semua sekolah agama di seluruh negeri Pahang. [Ahli Dewan menepuk meja]
Sebanyak RM17.4 juta lagi disediakan bagi pembinaan dan penyelenggaraan sekolah- sekolah agama demi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan berkualiti tinggi. Dalam memastikan keselesaan ibadah umat Islam, kerajaan
negeri memperuntukkan RM7.28 juta untuk projek sambungan pembinaan Masjid Al-Fattah Batu 3 dan Masjid Indera Sempurna, Kuantan termasuk kerja-kerja penyelenggaraan yang lain. Dalam pada itu, sebanyak RM5.65 juta di sediakan bagi pembinaan baru Kompleks Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan di Indera Mahkota serta penyelenggaraan bangunan Jabatan Agama Islam Pahang bagi mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan agama di negeri Pahang.
Sebagai tanda keprihatinan terhadap perkembangan pendidikan Islam, bayaran elaun tambahan dinaikkan sebanyak RM100.00 kepada setiap guru al-Quran dan fardhu ain asrama menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM1,000.00 setiap seorang untuk 350 orang guru. Dalam pada itu, bayaran tambahan elaun sebanyak RM100.00 juga diberikan kepada setiap guru KAFA seluruh negeri Pahang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM3.66 juta.
Kerajaan negeri juga telah meluluskan penubuhan Sekolah Rendah Agama Islam Negeri Pahang di Cameron Highlands melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM3.23 juta bagi pembayaran emolumen, pegawai dan kakitangan serta pengubahsuaian bangunan.
Dalam pada itu, kerajaan negeri bersetuju mengurangkan yuran persekolahan agama daripada RM490.00 kepada RM370.00 iaitu penurunan sebanyak RM120.00 atau 24.5% serta pengurangan yuran asrama bagi sekolah menengah agama daripada RM670.00 kepada RM560.00 iaitu pengurangan sebanyak RM110.00 atau 16.4%.
Bagi menjunjung titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan aspirasi menjadikan negeri Pahang sebagai pusat kecemerlangan ilmu Islam, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah ataupun UniPSAS yang merupakan institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri akan diberi wajah serta visi baharu sebagai Universiti Al-Quran bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja berilmu tetapi berakar kepada wahyu sebagai panduan utama kehidupan.
Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM20 juta sebagai geran mengurus dan pembangunan bagi memastikan agenda transformasi Universiti al-Quran ini dapat direalisasikan dengan lebih tersusun dan berkesan. Peruntukan tahun ini melibatkan kenaikan sebanyak 66.7% peratus berbanding peruntukan pada tahun 2025 iaitu sebanyak RM12 juta.
Dalam usaha menyuburkan kefahaman fiqh, jati diri kenegaraan dan semangat hubbul watan, kerajaan negeri memperuntukkan satu pelan RM5 juta bagi menjayakan Program Pemerkasaan Fiqh Al-Watan. Program ini menjadi wadah pendidikan rakyat agar selari dengan kedudukan negeri Pahang sebagai sebuah daulah Islam yang berdaulat dan negeri yang berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Waljamaah berdasarkan aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah. Sehubungan dengan itu, saya menyeru seluruh umat Islam di negeri Pahang agar berpegang teguh kepada ajaran yang sohih ataupun sahih menolak sebarang kefahaman songsang, ajaran menyesatkan atau gerakan ekstrem yang boleh menggugat akidah, memecah belahkan ummah serta merosakkan keharmonian masyarakat. Pegangan Ahli Sunnah Waljamaah mesti terus dipertahankan sebagai benteng akidah, asas perpaduan dan teras kekuatan negeri ini.
Memasuki tahun 2026, kerajaan negeri akan terus memperkasakan sektor pelancongan dengan pendekatan lebih strategik, inklusif dan berimpak tinggi selaras dengan Visit Malaysia 2026. Sehingga suku ketiga tahun 2025, jumlah kehadiran pelancong ke negeri Pahang meningkat kepada 11. 47 juta pelawat berbanding 10.02
juta pelawat dalam tempoh yang sama pada tahun 2024. Hasil pelaksanaan kempen promosi pelancongan yang agresif serta peningkatan kualiti produk dan destinasi pelancongan yang menarik. Untuk itu, pelbagai perancangan perlu dilaksanakan melibatkan kerjasama pelbagai pihak bagi mewujudkan ekosistem pelancongan lebih mesra dan menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.
Bagi tujuan itu, sebanyak RM34.65 juta diperuntukkan untuk program pembangunan dan geran mengurus agensi pelancongan negeri. Satu jumlah yang menggambarkan tekad kerajaan negeri menjadikan pelancongan sebagai pemangkin ekonomi negeri.
Perbadanan Muzium Negeri Pahang akan menerima RM18.52 juta bagi memastikan warisan budaya negeri terus dipelihara, dimodenkan dan dipamerkan dengan cara yang lebih menarik kepada rakyat dan pelancong. Tourism Pahang pula diberi peruntukan sebanyak RM8.39 juta termasuk RM1 juta khusus bagi latihan dan pensijilan penggiat industri pelancongan.
Langkah ini akan meningkatkan profesionalism menarik pelaburan dan mengukuh kapasiti tenaga kerja dan sektor pelancongan. Perbadanan Taman Negeri Pahang akan menerima RM27 juta termasuk RM700 ribu untuk pembangunan Lipis Geopark yang berpotensi... Ada apa Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker?
Tertekan...
Ada apa YB Dato’ Sri Speaker? Tertekan. Tak apa tidak sengaja. [Ahli Dewan ketawa]
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Perbadanan Taman Negeri Pahang akan menerima 2.. saya ulang sebab tertekan tadi mungkin ada, ada yang tak dapat apa yang saya nyatakan. Perbadanan Taman Negeri Pahang akan menerima RM2.7 juta termasuk RM700 ribu untuk Pembangunan Lipis Geopark yang yang berpotensi menjadi destinasi geo pelancongan bertaraf antarabangsa. Majlis Biodiversiti Pahang turut diberi peruntukan RM2 juta bagi melaksanakan Program Konservasi Pendidikan dan aktiviti pelancongan berasaskan alam semula jadi. Di Pulau Tioman, sebanyak RM5.12 juta diperuntukkan sebagai Geran Mengurus dan Pembangunan kepada Lembaga Pembangunan Tioman, termasuk RM580 ribu diperuntukkan bagi program promosi penganjuran acara dan infrastruktur pelancongan di pulau tersebut. Langkah ini memastikan Pulau Tioman terus menjadi permata pelancongan negeri Pahang yang dikenali dunia.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Teras kedua iaitu melonjak ekonomi negeri memberi fokus kepada pemacuan ekonomi negeri Pahang secara agresif, tersusun dan mampan dengan mewujudkan ekosistem ekonomi yang lebih kompetitif melalui peruntukan melalui pengukuhan industri dan pelaburan.
Pemodenan sektor tradisional serta pembangunan infrastruktur sebagai pemangkin peluang pekerjaan dan peningkatan taraf hidup. Keusahawanan kekal sebagai pemacu penting pembangunan ekonomi rakyat. Untuk itu, program Usahawan
Makmur diteruskan pada tahun 2026 dengan peruntukan RM5 juta bagi membantu usahawan menembusi pasaran baru, meningkatkan jualan serta memperkukuhkan daya saing produk tempatan. Bagi membantu penjaja dan peniaga kecil berlesen di seluruh negeri, kerajaan negeri melalui Inisiatif Makmur Pahang memperuntukkan RM3 juta ringgit bagi pemberian lesen percuma kepada penjaja B40 yang sedia ada di seluruh negeri Pahang [Ahli Dewan menepuk meja].
Seterusnya, kerajaan negeri memperuntukkan RM300,000.00 bagi memastikan memahami, bagi memastikan rakyat memahami hala tuju ekonomi negeri melalui Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang atau PET30. Bagi memastikan agenda keterjaminan makanan negeri terus diperkukuhkan secara strategik dan bersepadu, kerajaan negeri memberi tumpuan kepada pemerkasaan tiga sektor utama iaitu penternakan, pertanian dan perikanan melalui pembangunan teknologi moden serta penglibatan aktif rakyat dalam ekosistem agro negeri dengan peruntukan sebanyak RM68.63 juta untuk tahun 2026 [Ahli Dewan menepuk meja].
Bagi merancakkan sektor penternakan, kerajaan negeri memperuntukkan RM24.7 juta merangkumi yang pertama, RM23.55 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang bagi pengurusan dan pembangunan. Kedua, RM650,000.00 bagi Projek Peningkatan Genetik Ternakan dan peluasan Projek Wagyu Pahang. Ketiga, RM500,000.00 melalui Skim Makmur Ternak untuk membantu penternak kecil dan sederhana meningkatkan kapasiti pengeluaran.
Bagi sektor pertanian pula, kerajaan negeri memperuntukkan RM42.63 juta merangkumi yang pertama RM40.63 juta kepada Jabatan Pertanian Negeri Pahang bagi pengurusan dan pembangunan. Kedua, RM2 juta untuk menganjurkan program MAHA Pahang sebagai platform pemerkasaan agroekonomi dan agropelancongan.
Saya ucapkan tahniah kepada Exco Kanan, ADUN Benta kerana telah berjaya mengadakan program MAHA baru-baru ini di Temerloh dan kita akan teruskan. Kehadiran yang… yang begitu menggalakkan Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Tahun depan kita buat lagi. Mungkin kita buat di Cheka ke, di Lipis ataupun di Beserah ke, ataupun di Tanjung Lumpur ke. Saya harap Yang Berhormat mengalu-alukan kehadiran, apa kita buat MAHA ya, ya. Kita… kita, kita tak Hogoh Cheka. Kita panggil, kita panggil Kasih Cheka. Sebab kita tengok Hogoh Jelai, daripada 30,000 cuma 1,300 je yang hadir. Jadi kalau kita buat kasih tu mungkin ramai lagi yang hadir.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
[ketawa] bagi sektor perikanan pula, kerajaan negeri memperuntukkan RM1.3 juta. Yang pertamanya, RM600,000.00 bagi Program Pembangunan Kualiti Perikanan Darat, Konservasi Baka Ikan Asli dan Pengembangan Akuakultur di bawah Rancangan Perikanan Negeri Pahang. Kedua, RM250,000.00 bagi Kempen Penghapusan Ikan Asing termasuk mengekang ancaman ikan baung ekor merah dan bukannya untuk dikomersialkan. Saya minta maaf kepada Yang Berhormat ADUN Cheka kerana kerajaan negeri memikirkan cadangan untuk komersialkan ikan baung, ikan merah ini adalah tidak boleh menyelesaikan masalahnya. Jadi yang pentingnya ialah kita kena hapuskan ikan asing ini, ikan asing ikan baung ekor merah ini. Jadi kita peruntukkan RM250,000.00 Dato' Sri Speaker.
Ketiga, RM250,000.00 bagi Program Pelepasan Benih Ikan Asli ke Perairan Umum Seluruh Negeri. Keempat, RM200,000.00 bagi menganjurkan Karnival Nelayan Darat 2026 untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap konservasi dan industri perikanan air tawar.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Teras ketiga iaitu meningkatkan taraf pendidikan dan TVET atau pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional, merupakan tunjang kemajuan dalam mana-mana masyarakat yang ingin melonjak ke tahap yang lebih tinggi. Sesebuah negeri boleh membina bangunan yang megah, jalan raya yang luas dan projek yang gah. Namun, tanpa rakyat yang berpengetahuan, celik teknologi, berkemahiran dan berdaya saing, pembangunan itu tidak akan mampu dipertahankan dalam jangka masa yang panjang.
Modal insan yang berkualiti bukan sekadar lambang kebijaksanaan sesebuah kejayaan, tetapi merupakan jaminan utama untuk masa depan negeri Pahang. Pendidikan yang kukuh adalah permulaan kepada setiap kejayaan. Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang memperuntukkan RM75 juta secara menyeluruh bagi ekosistem pendidikan negeri merangkumi sekolah, institusi pengajian tinggi, tahfiz dan pembangunan masyarakat.
Daripada jumlah itu, RM24 juta disediakan sebagai biasiswa kepada 50,000 pelajar sekolah rendah dan menengah sebagai usaha memberi ruang yang lebih luas kepada anak-anak Pahang untuk mencapai kecemerlangan. Kerajaan negeri melalui Yayasan Pahang memperuntukkan RM8 juta kepada pembangunan komuniti belia dan graduan. Ini mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri untuk memperkukuh jaringan sosial dan modal insan kepada semua peringkat. Langkah ini menunjukkan negeri Pahang tidak berkompromi apabila menyentuh soal pendidikan anak bangsa.
Setiap wang yang dibelanjakan adalah pelaburan untuk menjadikan generasi akan datang lebih berdaya saing, lebih kreatif dan lebih bersedia mengemudikan masa depan negeri. Industri masa depan menuntut kemahiran teknikal yang tinggi khususnya dalam bidang TVET pada hari ini, bukan lagi dianggap sebagai pilihan kelas kedua, sebaliknya menjadi keutamaan pihak industri yang memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan lebih relevan, selari dengan permintaan pasaran kerja moden.
Bagi memastikan anak Pahang memiliki kemahiran TVET, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM3.5 juta kepada Pahang Skills untuk menyediakan infrastruktur, penyelenggaraan dan naik taraf kemudahan Latihan [Ahli Dewan menepuk meja]. Sebanyak RM1 juta lagi diperuntukkan kepada Pahang Skills bagi Program Padanan Industri melalui TVET Pahang Talent Development bertujuan memastikan graduan dan pekerja yang tiada sijil kemahiran dapat meningkatkan kebolehpasaran mereka, sekali gus mengisi peluang pekerjaan berkualiti.
Selaras dengan perkembangan sektor pengangkutan rel di Malaysia, kerajaan negeri menyediakan RM1 juta Geran Padanan kepada Yayasan Pahang untuk Akademi Rel Pahang UCYP University, dengan kos keseluruhannya sebanyak RM2 juta [Ahli Dewan menepuk meja]. Inisiatif ini memberi anak-anak Pahang peluang memasuki industri rel dengan latihan soft skill terutamanya dalam menyediakan pasaran kerja apabila Laluan Rel Pantai Timur yang dijangka akan beroperasi pada Januari 2027.
Kerajaan negeri memandang pendidikan Islam sebagai asas pembinaan akhlak dan jati diri. Bagi memperkukuh pendidikan tahfiz serta memastikan anak-anak daripada keluarga B40 tidak tercicir, kerajaan negeri memperuntukkan RM1.8 juta sebagai subsidi tadika tahfiz di negeri Pahang di semua 42 DUN Ahli Dewan menepuk meja]. Melalui inisiatif ini, kanak-kanak seawal usia empat tahun akan mendapat pendedahan kepada asas al-Quran, nilai murni dan akhlak Islam seterusnya melahirkan generasi huffaz dan masyarakat berakhlak mulia.
Kerajaan negeri juga bersetuju memberi Geran Padanan sebanyak RM7.5 juta kepada Yayasan Pahang bagi membina Maahad Tahfiz Negeri Pahang ketiga di negeri ini yang akan dibina di daerah Maran dengan kos kelulusan sebanyak RM15 juta pada tahun 2026. Jadi bila pecah tanah ini, tanah nanti kita jemput YB Maran hadir sama lah, ya.
Bagi menggalakkan inovasi dan kreativiti, kerajaan negeri memperuntukkan RM500,000.00 bagi Pahang STEM Competition yang membuka peluang kepada murid sekolah dan pelajar IPT menunjukkan idea, inovasi serta ciptaan mereka di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Teras keempat iaitu Membentuk Rakyat Berjati Diri dan Melahirkan Pemimpin Masa Hadapan. Menegaskan komitmen Kerajaan Negeri Pahang untuk membina generasi Pahang yang kuat jati dirinya, celik ilmu, teguh semangat kebangsaan serta bersedia memimpin negeri ini ke arah masa depan yang lebih makmur. Kita mahu rakyat Pahang bukan sekadar menjadi pemerhati pembangunan, tetapi menjadi penggerak pelaksana dan pemimpin kepada masa depan negeri.
Akademi Pahang 1st ditubuhkan sebagai platform strategik dalam membentuk kefahaman rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan negeri memperkukuhkan pendidikan kenegaraan, membina sahsiah dan jati diri serta sebagai pusat pembinaan minda rakyat Pahang. Selaras dengan fungsi tersebut, kerajaan negeri memperuntukkan RM4 juta bagi penganjuran program ilmiah dan strategik. Antaranya Wacana Intelektual Pahang, Konvensyen Pemikiran dan Dasar serta Inisiatif Penyelidikan Dasar Strategik Pahang.
Menyedari pentingnya mencari pelapis kepimpinan negeri, Program Pahang Lead diteruskan dengan peruntukan RM2 juta. Program ini melatih pelajar sekolah dengan asas kepimpinan, pemikiran strategik dan nilai integriti. Anugerah Kecemerlangan Sekolah Pahang 1st pula diperuntukkan RM220,000.00 untuk menghargai sekolah terbaik setiap daerah yang menunjukkan pencapaian luar biasa dalam pengurusan dan pembangunan pelajar.
Belia adalah tenaga penggerak serta pewaris masa depan negeri ini. Justeru, bagi tahun 2026, kerajaan negeri melaksanakan pelbagai program strategik dengan peruntukan khusus bagi memastikan belia Pahang terus berdaya saing, berwibawa dan mampu memimpin negeri ke hadapan.
Program-program tersebut adalah yang pertama sebanyak RM700,000.00 melalui Majlis Tindakan Sosial Pahang bagi program anak-anak muda seperti Moh Santai Orang Muda, Fun Run & Ride, Kelab Motor Tok Wan Pahang 1st dan Karnival Sukan MTSP Piala Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.
Kedua, sebanyak RM150,000.00 untuk Retreat Pemimpin Muda Pahang 2026 bagi membina kepimpinan belia yang responsif dan inovatif. Ketiga, sebanyak RM330,000.00 bagi Youth Volunteer@Community Pahang untuk menggalakkan pelaksanaan projek komuniti dan kemudahan asas oleh belia. Keempat, sebanyak RM1 juta kepada Majlis Belia Negeri Pahang sebagai geran pengurusan untuk kelangsungan operasi dan program tahunan. Kelima, sebanyak RM475,000.00 bagi Youth Empowerment Society sebagai persiapan kepimpinan belia dari daerah hingga negeri.
Keenam, sebanyak RM300,000.00 untuk Program Pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 bagi melahirkan pelapis belia profesional dan bertauliah. Ketujuh, sebanyak RM1.04 juta melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang bagi program Festival Belia Pahang, Anugerah Perdana Belia Negara, Hari Sukan Negara dan Program Sukarelawan Anak Muda In Action.
Di bawah Majlis Sukan Pahang, Kerajaan negeri memperuntukkan RM21.04 juta untuk pembangunan sukan termasuk pembangunan atlet negeri dalam pelbagai acara. Bagi memberi pengiktirafan kepada atlet muda yang membawa nama negeri Pahang ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa, Kerajaan negeri menyediakan RM450,000.00 melalui inisiatif Atlet Makmur Pahang.
Bagi menggalakkan penciptaan karya kreatif digital serta penglibatan anak muda dalam industri media sosial dan kreatif, kerajaan negeri meneruskan program Karya Anak Pahang dan Dana Media Kreatif dengan peruntukan RM300,000.00.
Bagi memperkukuh kesejahteraan warga FELDA, kerajaan negeri melalui Sekretariat Muafakat FELDA Pahang memperuntukkan RM5 juta untuk pelaksanaan program seperti Jelajah Klinik Tok Wan, Kembara Muafakat FELDA Pahang, Sumbangan Makmur serta Program Pembangunan Pendidikan FELDA. Program-program ini berperanan sebagai jambatan antara warga FELDA dan Kerajaan Negeri bagi memastikan kemakmuran komuniti FELDA terus berkekalan.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Teras kelima iaitu Memastikan Tadbir Urus Dinamik, Berprestasi Tinggi dan Berintegriti dirangka untuk memastikan jentera pentadbiran negeri kekal tangkas dan responsif bagi memastikan segala dasar dan inisiatif pembangunan ini memberi impak maksimum kepada rakyat.
Meneliti keperluan perancangan yang tepat dan berasaskan data, kerajaan negeri memperuntukkan RM9.89 juta bagi melaksanakan pelbagai kajian oleh jabatan dan agensi. Antara kajian adalah Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040, Kajian dan Pembangunan Artifak, Kajian Biodiversiti dan Alam Sekitar.
Dalam usaha memperluas transformasi digital kerajaan, sebanyak RM6.12 juta diperuntukkan bagi program transformasi teknologi maklumat dan komunikasi penjawat awam serta penyediaan komputer riba kepada para pelajar termasuk pelajar Orang Asli.
Bagi menjamin keterhubungan digital seluruh negeri, kerajaan negeri memperuntukkan RM3 juta kepada Pahang Go bagi melaksanakan PRISMA 5.0 untuk menyediakan capaian internet yang lebih meluas khususnya kepada komuniti luar bandar dan pedalaman.
Anugerah Pahang 1st merupakan platform pengiktirafan rasmi kerajaan negeri untuk memupuk budaya kerja berprestasi tinggi dalam perkhidmatan awam. Untuk itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM750,000.00 untuk melaksanakan inisiatif ini termasuk mendorong inovasi, pengurusan berasaskan prestasi dan peningkatan nilai perkhidmatan. Di samping itu, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM300,000.00 bagi melaksanakan Sesi Libat Urus e-Rakyat, sebuah pangkalan data komprehensif untuk memastikan maklumat bantuan rakyat secara lebih tersusun, telus dan berkesan.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Segala kejayaan negeri ini tidak akan tercapai tanpa peranan penting penjawat awam yang menjadi tulang belakang pentadbiran. Komitmen dan kesetiaan mereka adalah nadi yang menggerakkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Sehubungan dengan itu, sebagai penghargaan di atas segala pengorbanan, kesetiaan, keikhlasan serta khidmat bakti sepanjang tahun, kerajaan negeri dengan sukacitanya mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam [Ahli Dewan menepuk meja] di bawah pentadbiran kerajaan negeri melibatkan peruntukan keseluruhan RM48 juta yang akan dikreditkan sebanyak dua kali pada tahun 2026.
Senyum je yang di atas tu. Sebagai tanda terima kasih atas komitmen dalam memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan awam, kerajaan negeri memperuntukkan RM3.75 juta kepada Insentif Khas Pahang 1st sebanyak RM200.00 [Ahli Dewan menepuk meja] kepada 18,743 kakitangan awam persekutuan yang berpendapatan bawah RM3,000.00 pada 31 Disember nanti. Ini pertama kali Yang Berhormat Dato' Speaker, kita bagi kepada penjawat awam…
Terima kasih Yang Amat Berhormat, bagi pihak mereka.
Tapi Speaker tak dapat ya.
Tak ada. Setakat ni belum lagi.
Oleh itu, saya amat berharap seluruh penjawat awam negeri dan persekutuan terus berdiri teguh bersama kerajaan negeri untuk memperkasakan iltizam memantapkan integriti dan memelihara semangat berpasukan agar segala agenda pembangunan yang direncanakan dapat direalisasikan demi kemakmuran negeri serta kesejahteraan rakyat. [Ahli Dewan menepuk meja]
Dalam masa yang sama, saya menyeru agar penjawat awam kekal menjadi benteng pelindung yang mempertahankan kerajaan negeri apabila wujud suara-suara yang cuba memesongkan fakta, mengeruhkan persepsi dan menggugat keyakinan rakyat terhadap usaha yang telah dilaksanakan selama ini.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Teras keenam iaitu Menjamin Kelestarian Alam memberi penekanan kepada komitmen kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan negeri bergerak seiring dengan pemuliharaan alam sekitar. Kelestarian bukan lagi pilihan tetapi tuntutan masa hadapan bagi menjamin ekosistem yang sihat, sumber yang berkekalan dan kualiti hidup yang lebih baik untuk seluruh rakyat Pahang.
Pahang merupakan negeri yang kaya dengan khazanah alam semula jadi dengan 2.06 juta hektar atau 57.07 peratus merupakan kawasan berhutan daripada 3.59 juta hektar keseluruhan keluasan negeri Pahang.
Justeru, kerajaan negeri sentiasa berpendirian bahawa hutan bukan sekadar aset ekonomi tetapi nadi ekologi dan warisan generasi masa depan. Bagi memperkukuhkan agenda pemeliharaan hutan dan biodiversiti, kerajaan negeri memperuntukkan RM102.83 juta kepada agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Majlis Biodiversiti Pahang, Perbadanan Taman Negeri Pahang serta Unit Penguatkuasa Negeri Pahang. Daripada jumlah itu, sebanyak RM65.08 juta disediakan khusus bagi pengurusan, pembangunan program dan projek pemuliharaan sumber ekologi melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pahang termasuk pengurusan kawasan sensitif, aktiviti restorasi serta inisiatif meningkatkan daya tahan ekosistem negeri.
Seterusnya, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM780,000.00 di bawah peruntukan pembangunan bagi melaksanakan projek-projek pengurusan sumber hutan serta program perlindungan hutan. Langkah ini adalah manifestasi kesungguhan berterusan kerajaan negeri dalam mempertahankan kelestarian biodiversiti Pahang. Sumber mineral merupakan antara penyumbang penting kepada hasil negeri, namun pengurusannya mesti selaras dengan prinsip kelestarian. Atas dasar itu, kerajaan negeri mensasarkan kutipan hasil sebanyak RM150 juta pada tahun 2026 melalui pengurusan mineral secara teratur dan telus.
Bagi menyokong pembangunan industri mineral, kerajaan negeri melalui Pahang Mining Corporation memperuntukkan RM4.5 juta untuk rancangan pembangunan industri mineral.
Seiring dengan itu, sebanyak RM1.65 juta diperuntukkan kepada Projek Pengembangan Industri Mineral meliputi projek pengurusan sisa lombong, kajian pra-kebolehlaksanaan kaedah pengangkutan mineral baharu dan kajian potensi serta deposit mineral negeri Pahang. Usaha ini penting bagi memastikan sektor mineral terus berkembang tanpa menjejaskan alam sekitar.
Akses kepada air bersih adalah hak asas rakyat. Kerajaan negeri memperuntukkan siling peruntukan keseluruhan di bawah Rancangan Negeri Pahang 2026-2030 berjumlah RM716.05 juta bagi projek-projek bekalan air termasuk pembinaan infrastruktur dan juga menaik taraf sistem sedia ada bekalan air di seluruh negeri.
Pada tahun 2026, kerajaan negeri memperuntukkan RM64.54 juta melalui Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan, mengurangkan kehilangan air tidak terhasil serta memastikan bekalan lebih stabil dan berkualiti. Dalam pada itu, kerajaan negeri melalui PAIP telah menyediakan Program Air Percuma Pahang 1st bagi setiap 20 kubik meter pertama bagi membantu golongan B40 menikmati air terawat percuma serta mengurangkan bil isi rumah bulanan. Pada tahun 2025 sebanyak RM4.6 juta telah disediakan. Manakala bagi tahun 2026 pula sebanyak RM7.3 juta atau kenaikan 58.7% akan disediakan yang memberi manfaat kepada 38,000 pengguna. Di samping itu, RM1.44 juta turut diagihkan kepada Badan Kawal Selia Air untuk kerja-kerja pembinaan struktur log boom iaitu benteng memerangkap halangan di Empangan Chereh, Sungai Lembing. Pemasangan sistem pemantauan kualiti air atas talian serta penyelenggaraan kemudahan sedia ada.
Kerajaan negeri terus memberi keutamaan kepada usaha mengurangkan risiko bencana banjir melalui pendekatan menyeluruh yang melibatkan kerja-kerja mitigasi,
pemuliharaan serta pembangunan infrastruktur saliran. Bagi tujuan tersebut, sebanyak RM52.23 juta diperuntukkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang bagi melaksanakan projek-projek berkaitan pengurangan risiko banjir, hakisan pantai dan pemulihan muara sungai.
Usaha kerajaan negeri ini turut diperkukuh dengan sokongan kerajaan persekutuan melalui peruntukan RM188 juta yang disalurkan untuk projek tebatan banjir berskala besar, rancangan pemuliharaan koridor sungai, kerja-kerja menstabilkan hakisan pantai, naik taraf infrastruktur pengairan serta kajian dan pembangunan sistem saliran mesra alam.
Kerajaan negeri pula memperuntukkan sebanyak RM11.16 juta untuk pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir Daerah dan Projek Pengurusan Lembangan Sungai sebagai langkah meningkatkan keselamatan, ketahanan dan kesejahteraan komuniti. Kerajaan negeri juga menyediakan RM5.3 juta bagi projek pembangunan saliran bandar, memastikan infrastruktur saliran lebih tersusun, moden dan mampu menyokong pembangunan bandar yang lestari serta mesra alam.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Teras ketujuh iaitu Menyejahterakan Rakyat menegaskan pendirian kerajaan negeri bahawa pembangunan yang pesat tidak akan membawa makna sekiranya tidak diterjemahkan dalam bentuk kesejahteraan kepada rakyat. Oleh itu, pendekatan kerajaan negeri adalah memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat secara langsung daripada hasil negeri seterusnya menikmati kehidupan yang lebih makmur.
Bagi memperkukuh kesejahteraan rakyat, kerajaan negeri komited meneruskan Program Sentuhan Rakyat Makmur pada tahun 2026. Untuk itu, Kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta bagi menjayakan program turun padang yang membolehkan rakyat menyuarakan isu, cadangan dan keperluan mereka secara langsung kepada kerajaan negeri. Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM860 ribu kepada Sekretariat Perantau Anak Pahang bagi penganjuran pelbagai program bersama anak-anak Pahang di perantauan bertujuan mempererat hubungan dengan mereka. Antara program yang akan diteruskan termasuk Jamuan Mega Raya, Karnival Sukan Perantau Anak Pahang, Program Larian Tok Gajah serta Baucar Petrol Moh Balik Beraya Pahang.
Selain itu, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM5 juta bagi meneruskan Karnival Aspirasi Pahang 1st yang menjadi platform interaksi rakyat dan kerajaan termasuk penganjuran Karnival Tanah Pahang dan Karnival Usahawan Makmur. Kerajaan negeri juga akan meneruskan Jelajah Aspirasi Pahang 1st dengan peruntukan RM3 juta bagi menangani isu-isu asas rakyat seperti air, elektrik, infrastruktur kecil serta kerosakan kemudahan awam di peringkat komuniti.
Kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada kerajaan persekutuan atas peruntukan yang disalurkan bagi pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur jalan di seluruh negeri. Pada tahun 2026, kerja-kerja penyelenggaraan jalan negeri, jalan perbandaran, jalan pertanian dan jalan kampung akan dilaksanakan dengan nilai keseluruhan RM455 juta. Sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti infrastruktur negeri, Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang diperuntukkan sebanyak RM134.34 juta untuk Bajet mengurus dan pembangunan. Daripada jumlah ini, RM54.95 juta disediakan khusus bagi menaik taraf jalan serta membaik pulih dan
menaik taraf kompleks pejabat kerajaan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.
Kerajaan negeri juga meneruskan subsidi Kad Pengangkutan Feri Tioman bagi memudahkan mobiliti penduduk Pulau Tioman. Bagi pelaksanaan program ini, sebanyak RM500,000 diperuntukkan kepada Lembaga Pembangunan Tioman.
Untuk menyediakan kediaman selesa, berkualiti dan mampu milik kepada rakyat terutama golongan muda sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri. Melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) pelbagai inisiatif telah digerakkan bagi memastikan setiap keluarga menikmati tempat tinggal yang selamat dan sejahtera. Komitmen ini dilaksanakan melalui projek-projek perumahan seperti Rumah PR1MA Pahang, Rumah Makmur Pahang, Rumah Rakyat Pahang dan Pangsapuri Pahangku yang bukan sahaja menangani keperluan semasa tetapi turut membawa impak jangka panjang kepada kualiti hidup rakyat Pahang.
Sejak mula dilancarkan pada tahun 2020 sehingga November 2025, sebanyak 1,110 unit Rumah Rakyat Pahang telah siap dibina [Ahli Dewan menepuk meja] dan diserahkan kepada penerima dengan nilaian sebanyak RM83.25 juta. Bagi tahun 2026, kerajaan negeri memberikan peruntukan mengurus dan pembangunan sebanyak RM8.55 juta kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP). Bagi meneruskan pelaksanaan pembinaan Rumah Rakyat Pahang Fasa 6, sebanyak RM28.7 juta diperuntukkan dengan subsidi daripada kerajaan negeri sebanyak RM9.45 juta dan RM19.25 juta daripada LPHP, bertujuan membantu golongan miskin dan miskin tegar memiliki rumah yang selesa secara percuma dengan nilai RM80 ribu seunit berserta kelengkapan rumah.
Kerajaan negeri akan meneruskan pelaksanaan program Rumah Rakyat Pahang kuota Orang Asli fasa tujuh pada tahun 2026 bagi memastikan masyarakat Orang Asli mendapat akses kepada kediaman yang selesa, selamat dan berdaya huni. Projek ini merupakan kesinambungan daripada inisiatif yang telah bermula sejak tahun 2023 dan pada tahun 2026 sebanyak RM10.29 juta telah diperuntukkan bagi tujuan ini. Projek Skim Tanah Warisan Fasa 3 diteruskan di DUN Cheka, Lipis selepas dilaksanakan di DUN Jelai, Lipis dan DUN Bebar, Pekan dengan peruntukan sebanyak RM15 juta.
Seterusnya, patik merafak sembah dan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang atas keprihatinan serta kecaknaan dalam membantu rakyat jelata memiliki rumah secara percuma dengan mengilhamkan Program Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah ataupun RU’RASA. Sebanyak RM26.86 juta telah diperuntukkan oleh LPHP bagi pembinaan RU’RASA fasa tiga. Sehingga November 2025, sebanyak 384 unit rumah telah siap dibina dalam fasa satu dan fasa dua dengan nilai RM32.45 juta.
Dalam memastikan kelompok rentan sentiasa mendapat perlindungan, sokongan serta kebajikan yang berkesan, kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terus memainkan peranan penting sebagai agensi pelaksana dasar sosial negara. Bagi memperkukuh usaha tersebut, Kerajaan negeri memperuntukkan RM19.14 juta kepada JKM, selain RM10 juta lagi melalui Tabung Bencana Negeri Pahang.
Menyedari kepentingan kebajikan warga emas dan orang kurang upaya (OKU), kerajaan negeri meneruskan Program Khidmat Bantu di Rumah (KBDR) dengan peruntukan RM1 juta. Kerajaan negeri turut menyalurkan pemberian one-off sebanyak
RM300 kepada pelatih pemulihan dalam komuniti sebagai galakan untuk terus mengikuti program di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK). Inisiatif ini melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM468,000.00. Pada masa yang sama, kerajaan negeri meneruskan sumbangan one-off sebanyak RM500,000.00 kepada setiap penyelia dan petugas PPDK melibatkan peruntukan RM150,000.00.
Bagi memperkukuh usaha pencegahan penyalahgunaan dadah, kerajaan negeri bersetuju memperuntukkan RM75,000.00 kepada PEMADAM, RM75,000.00 lagi kepada PENGASIH dan RM150,000.00 pula kepada Drugs Intervention Community (DIC) untuk menggerakkan aktiviti kesedaran serta pendidikan antidadah di seluruh negeri. Sebagai komitmen berterusan untuk membangunkan kemudahan sosial yang lebih inklusif, kerajaan negeri juga bersetuju untuk membina sebuah Kompleks Komuniti di daerah Lipis dengan peruntukan RM10 juta bagi manfaat masyarakat setempat.
Kerajaan negeri terus menghargai sumbangan wanita dalam pembangunan keluarga dan negeri dengan meneruskan program khusus di bawah Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Negeri Pahang dengan peruntukan sebanyak RM1 juta. Selain dari itu, sebanyak RM1 juta juga diperuntukkan di bawah program Anggun Suri untuk membantu pasangan muda terutama golongan kurang berkemampuan termasuk B40 untuk melangsungkan perkahwinan. Program Anggun Maju diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM1 juta yang memberikan manfaat kepada 1,000 usahawan wanita di negeri Pahang.
Kesejahteraan komuniti Orang Asli sentiasa menjadi agenda penting dalam belanjawan negeri dengan setiap penekanan difokuskan kepada peluang pendidikan, ekonomi dan infrastruktur untuk mereka dalam memastikan suara dan kepentingan masyarakat Orang Asli terus diberi perhatian dalam arus pembangunan negeri.
Untuk itu, pelbagai program dan inisiatif akan terus dilaksanakan pada tahun 2026. Pertama, Projek Baik Pulih Rumah dengan peruntukan RM1.5 juta. Kedua, Projek Pembekalan Air ke Kampung Orang Asli dengan peruntukan RM500 ribu. Ketiga, Program Penyerahan Bakul Makanan untuk masyarakat Orang Asli dengan peruntukan RM2.63 juta. Keempat, Program Sambutan Hari Orang Asli Sedunia Peringkat Negeri Pahang dengan peruntukan RM400,000.00.
Kelima, pelaksanaan program seperti e-DOA (Education Demi Orang Asli) dan Program Insentif Kecemerlangan Pelajar Orang Asli dengan peruntukan RM300 ribu. Kerajaan negeri komited untuk meneruskan inisiatif Juadah Makmur pada tahun 2026 dengan peruntukan RM8.5 juta. Walaupun terdapat suara-suara yang mengkritik dan mempersoalkan pelaksanaan ini. Inisiatif ini menjadi wadah mempererat silaturahim serta memupuk budaya berkongsi rezeki yang telah mendapat sambutan sangat baik dalam kalangan masyarakat. Sebagai tanda keprihatinan, kerajaan negeri meluluskan inisiatif ini kepada pelajar... bukan meluluskan, meluaskan. Kerajaan meluaskan inisiatif ini kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan peruntukan RM1.2 juta.
Bagi mengekang kenaikan harga barang serta memastikan bekalan makanan asas mudah diperoleh rakyat, kerajaan negeri meneruskan program Jualan Makmur untuk membantu orang ramai mendapatkan barangan asas pada harga berpatutan dengan peruntukan RM7.56 juta.
Sebagai tanda komitmen berterusan kerajaan negeri untuk memastikan kebajikan rakyat terus diperkasa. Inisiatif Makmur Pahang diteruskan bagi tahun 2026 dengan
jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM84.59 juta kenaikan sebanyak 67.37 peratus berbanding tahun 2025. Peruntukan kepada empat kluster penerima ini membuktikan iltizam kerajaan negeri bahawa pembangunan negeri Pahang mesti bergerak seiring dengan jaminan kebajikan rakyat supaya manfaat pembangunan dirasai secara inklusif oleh semua lapisan masyarakat.
Bagi kluster pelajar, kerajaan negeri menyediakan tujuh inisiatif. Pertama, pemberian peralatan persekolahan kepada semua pelajar tahun 1 dan pelajar miskin tegar tahun 2 hingga tingkatan 5 bernilai RM100.00, serta pemberian baucar Jom Sekolah bernilai RM100.00 bagi pakaian dan kelengkapan sekolah melalui Program Tunas Makmur dengan peruntukan RM14.8 juta. Meneruskan pemberian kad diskaun 30% kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak dari tadika sehingga tingkatan 6, mahasiswa IPT anak Pahang dan bukan anak Pahang yang sedang belajar di negeri Pahang, semua guru termasuk guru tadika dan semua pensyarah di IPT dalam negeri Pahang.
Kedua, pemberian bantuan buku rujukan dan latihan kepada pelajar SPM, STPM dan STAM dengan peruntukan RM3.64 juta.
Ketiga, Inisiatif Pemberian Bantuan Makanan kepada pelajar sekolah menengah miskin tegar dengan peruntukan RM4 juta.
Keempat, Pemberian bantuan RM100.00 kepada pelajar tahfiz dengan peruntukan RM800,000.00.
Kelima, pemberian Insentif Kecemerlangan Pendidikan Negeri Pahang bagi pelajar SPM, STPM dan STAM berjumlah RM1.5 juta sebagai penghargaan kepada pelajar cemerlang anak Pahang yang mengharumkan nama negeri.
Keenam, pemberian sumbangan RM400.00 kepada pelajar Pahang di IPTA seluruh negara dan pelajar Pahang di IPTS yang berdaftar dengan kerajaan negeri melibatkan peruntukan keseluruhan RM9 juta.
Ketujuh, pemberian sumbangan RM1,000.00 kepada setiap pelajar yang melanjutkan pengajian ke luar negara dengan peruntukan RM300,000.00.
Oleh itu, Yang Berhormat sekalian janganlah pertikaikan bila anak-anak murid kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri ini. Ini ada yang pertikaikan pula Yang Berhormat Dato’ Sri. Kenapa ucap terima kasih?
Ada macam tu ye?
Ada... ada. Dan diviralkan Yang Berhormat. Tapi Alhamdulillah nak balas balik. Takkanlah nak ucap terima kasih tak boleh orang yang beri kan? Seterusnya, mohon izin untuk meneruskan Speaker, kita hari ini hari Jumaat.
Sila Yang Amat Berhormat.
Bagi kluster agama pula, kerajaan negeri menyediakan sembilan inisiatif iaitu pertama, pemberian sumbangan RM10,000.00 kepada masjid dan RM4,000.00 kepada surau kebenaran solat Jumaat dengan peruntukan RM7.95 juta.
Kedua, pemberian sumbangan khairat kematian RM200.00 kepada waris dengan peruntukan RM3 juta.
Ketiga, pemberian wang saku RM750.00 dan bekalan makanan retort di bawah Juadah Makmur kepada jemaah haji Pahang dengan peruntukan RM2.5 juta menerusi Program Barakah Haji Pahang. Yang ni Pahang je buat Dato’ Speaker. Kalau Dato’ Speaker pergi haji tahun depan bolehlah dapat.
Insya-Allah.
Yang Berhormat kawan-kawan daripada belah sana, pergi haji pun dapat juga.
Keempat, pemberian insentif RM200.00 kepada setiap mualaf dengan peruntukan RM1 juta.
Kelima, pemerkasaan koperasi masjid dengan peruntukan RM600,000.00.
Keenam, pemberian bantuan RM2,000.00 kepada setiap Maahad Tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) dengan peruntukan RM500,000.00.
Ketujuh, pemberian insentif RM300.00 kepada pengantin baharu yang berkahwin kali pertama dengan peruntukan RM1.4 juta.
Kelapan, Pemberian Bantuan Khas Aidilfitri kepada Imam, Bilal, Siak, Wali Hakim, Guru Takmir, Guru KAFA dan Pengurus Jenazah dengan peruntukan RM1.28 juta.
Kesembilan, Program Berkhatan Anak Pahang diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM1.3 juta yang memberi manfaat kepada kanak-kanak, golongan mualaf dan Orang Asli.
Bagi Kluster B40, kerajaan negeri menyediakan tiga inisiatif termasuk pemberian lesen percuma kepada penjaja B40 sedia ada seluruh Pahang yang telah disebut di awal tadi. Dua lagi inisiatif ialah pertama, pemberian bantuan RM200.00 kepada setiap golongan petani dengan peruntukan RM1.07 juta. Kedua, pemberian bantuan RM200.00 kepada setiap golongan nelayan dengan peruntukan RM650,000.00.
Bagi Kluster Umum pula, kerajaan negeri menyediakan lima inisiatif iaitu pertama, pemberian kad kesihatan untuk warga emas dan OKU, diperluas kepada pesara ATM dan PDRM dengan peruntukan RM16 juta menerusi Program Kasih Makmur.
Kedua, pemberian sumbangan kepada setiap kelahiran baharu di Pahang dengan peruntukan RM6.5 juta menerusi Program Permata Makmur.
Ketiga, pemberian insentif one-off kepada Pengerusi JPKK, JPKKOA, Tok Batin, Timbalan Pengerusi JKKR, Setiausaha JPKKOA, Pengerusi GPW FELDA dan Setiausaha JPKK dengan peruntukan RM1.2 juta.
Keempat, pemberian subsidi pembedahan katarak mata dengan peruntukan RM1.5 juta.
Kelima, pemberian 10,000 topi keledar percuma kepada B40, belia, pelajar dan penduduk luar bandar dengan peruntukan RM1.1 juta.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Di sebalik kejayaan yang tercipta daripada ekonomi yang terus berkembang, hasil negeri yang kukuh, tadbir urus yang berintegriti dan perpaduan rakyat yang tidak pernah luntur, tersimpan denyut nadi sokongan rakyat Pahang yang menjadi sumber kekuatan kerajaan negeri. Segala pencapaian ini bukan hanya hasil usaha pentadbiran semata-mata tetapi terbit daripada kepercayaan serta dukungan rakyat yang sentiasa berdiri bersama.
Atas semangat kebersamaan inilah, kerajaan negeri bersetuju menambah inisiatif sedia ada dengan memperkenalkan satu program khas iaitu Program Apresiasi Pahang 1st sebagai satu wadah tanda terima kasih, satu jambangan penghargaan yang mengalir kembali kepada rakyat dalam bentuk manfaat yang boleh dirasa, disentuh dan dinikmati semua lapisan masyarakat.
Bagi menjayakan Program Apresiasi Pahang 1st ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM100 juta melalui pelbagai jabatan negeri seperti Majlis Sukan Pahang (MSP), Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Jabatan Pertanian Negeri Pahang, Jabatan Perikanan Negeri Pahang serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) utama negeri seperti Sekretariat Apresiasi Pahang 1st, Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP), Majlis Pembangunan Wanita Pahang (MPWP), Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN), Majlis Kebudayaan Negeri Pahang (MKNP), Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti dan Swasta (KPBIKS), Sekretariat Perantau Anak Pahang dan Sekretariat Muafakat FELDA Pahang.
Pelaksanaan program-program ini merangkumi manfaat menyeluruh kepada setiap segmen masyarakat melalui lapan komponen utama iaitu pertama, Program Pembangunan Sukan, NGO Dan Belia seluruh negeri Pahang sebanyak RM18.98 juta. Antaranya seperti Program Soccer Kids dan Liga Bola Sepak sebanyak RM4 juta.
Kedua, Program Muhibah Dan Perpaduan seluruh negeri Pahang sebanyak RM32.9 juta. Antaranya adalah Baucar Hari Perayaan sebanyak RM7.4 juta.
Ketiga, Program Bantuan Kebajikan kepada ibu tunggal, warga emas, anak yatim, pesakit kronik dan OKU sebanyak RM11 juta. Antaranya programnya ialah Program Ibu Tunggal Pahang 1st sebanyak RM6 juta.
Keempat, Program Pemantapan Sektor Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan sebanyak RM7 juta. Salah satu program adalah Pahang Apprentice Nelayan bersama Yayasan Pahang sebanyak RM1 juta bagi melahirkan nelayan moden dan berdaya saing.
Kelima, Program Pemerkasaan Pendidikan Dan Syiar Islam sebanyak RM16.63 juta. Antaranya Jejak Aspirasi Pahang 1st Mahasiswa Luar Negara sebanyak RM2 juta dan RM2 juta juga diperuntukkan kepada Yayasan Pelajaran MARA (YPM) bagi pelaksanaan program-program kepimpinan dan kenegaraan dalam kalangan pelajar tingkatan 5.
Keenam, Program Kesenian, Kebudayaan Dan Warisan sebanyak RM5.49 juta. Salah satu program adalah Ikon Aspirasi Pahang 1st sebanyak RM1 juta.
Ketujuh, Program Pahang 1st Job Fair di setiap zon dalam negeri Pahang sebanyak RM1 juta untuk mengurangkan kadar pengangguran serta menyediakan peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Pahang.
Kelapan, peruntukan bantuan pengurangan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau… ataupun PTPTN, ijazah pertama anak Pahang yang baru bekerja bermula pada tahun 2025 dengan peruntukan sebanyak RM7 juta.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Naskhah Belanjawan 2026 dianyam sebegini rupa untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri. Denyut nadi rakyat dizahirkan agar didengar kisahnya dan dilunakkan keluhnya untuk meringankan bebanan mereka yang memerlukan. Kita seharusnya bersyukur dengan kemakmuran negeri yang telah kita kecapi. Bersyukur itu manis bunyinya. Kata yang keluar ibarat benih, kalau baik tumbuhnya harum, kalau kasar tumbuhnya duri. Hindarilah diri dengan maki-makian, mencela dan mengeji untuk menidakkan gema kebenaran serta kebaikan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan.
Jangan terlalu ghairah mengejar bulan kerana tanah yang dipijak belum… kerana tanah yang dipijak pun menyimpan rahsia rezeki. Saya ulang Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, jangan… jangan terlalu ghairah mengejar bulan, kerana tanah yang dipijak pun menyimpan rahsia rezeki. Banyak manusia silau pada cahaya bulan, hingga lupa tanah yang menumbuhkan kehidupan yang melata. Masih ada pihak yang ghairah mengusik dacing kestabilan dengan hanya kerana kompas politik yang berbeza. Menunggang agama demi agenda politik, mengasah tajam belati perkauman hingga mencarikkan ancaman anyaman, kemakmuran negeri yang tenang lagi damai seluas segala yang telah kita usahakan sekian lama.
Negeri ini kita wariskanlah kepada generasi yang akan datang. Yang kukuh jati diri rakyatnya, terpasak di setiap lubuk hati, visi dan Aspirasi Pahang 1st. Melalui Belanjawan yang dibentangkan ini, rakyat akan dapat melihat kesungguhan Kerajaan Negeri merealisasikan Aspirasi Pahang 1st, dasar negeri yang menjadi tunjang kepada hala tuju pembangunan dan pentadbiran negeri bergerak ke hadapan hanya dengan menemukan titik persamaan dalam perbezaan segala yang kita impikan melalui Belanjawan ini dapat direalisasikan.
Air sama air menjadi satu, sampah akan ke tepi jua. Timbanglah kata dengan akal bukan dengan emosi yang dibayangi persepsi. Jangan hanya pandai bergendang di pentas tetapi tidak mampu menabuh di gelanggang. Hanya bijak berkata-kata tapi hakikatnya tidak mampu melaksanakannya.
Padi menguning tunduk berisi, Ladang tegak tiada berbudi, Yang tiada usaha kuat berbunyi, Kerja tak nampak bising setiap hari.
Diakhirnya, marilah setiap daripada kita memainkan peranan masing-masing. Yang bisu menyimpan rahsia, yang pekak menembak meriam, yang buta meniup lesung, yang kurus menjaga lauk, yang gemuk mengimbang perahu… untuk membuka lembaran perjuangan masa depan negeri ini, dengan penuh iltizam, menjulang martabat agama, bangsa dan negeri demi negeriku Darul Makmur.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Demikianlah perancangan pembangunan dan perbelanjaan Kerajaan Negeri Pahang untuk tahun 2026. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam memberikan yang terbaik kepada negeri Pahang. Penjawat awam, kerajaan negeri dan persekutuan, sektor swasta, gerakan belia dan orang muda, para profesional, ahli agama, penggiat seni dan aktivis alam sekitar, pengamal media, pakar ekonomi dan warga pendidik, golongan wanita dan pelajar, mereka yang di bada… yang di bandar, di desa serta seluruh rakyat negeri Pahang.
Kemuncaknya, sudah pastinya persembahan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kerana telah memberi kepercayaan kepada patik untuk menggalas tugas mengurus tadbir negeri Pahang Darul Makmur ini.
Bunga tanjung mekar berseri, Harum semerbak sepanjang masa, Rakyat sejahtera negeri diberkati, Aspirasi Pahang 1st tekad bersama.
Bumi Pahang negeri bertuah, Belanjawan dibentang penguat watan, Negeri dipacu teguh dan megah, Rakyat diutama makmur berkekalan.
[Ahli Dewan menepuk meja]
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Saya dengan ini mohon mencadangkan Belanjawan Negeri Pahang bagi Tahun 2026 dan saya mohon mendapat sokongan semua. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Ahli Dewan menepuk]
Yang Berhormat Dato Sri’ Speaker, saya mohon izin menyokong cadangan itu.
Rang Undang-undang ini telah dicadang dan disokong untuk dibaca bagi kali yang kedua.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum perkara ini dibuka bagi perbahasan, sukacita saya menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kepada Peraturan 66 (2), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Negeri Pahang bahawa perbahasan mengenai Rang Undang-undang ini mestilah ditangguhkan sekurang-kurangnya satu jam.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada hari esok ialah hari Sabtu, 6 Disember 2025 dan hari Ahad, 7 Disember 2025 merupakan hari cuti rehat mingguan. Oleh itu, perbahasan Rang Undang-undang ini akan dimulakan pada hari Isnin, 8 Disember 2025 dan akan dibahaskan bersekali dengan Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2026 yang akan dibentangkan sebentar lagi. Sekarang mesyuarat beralih kepada aturan urusan mesyuarat selanjutnya.
Usul Anggaran Pembangunan Dan Perbekalan Air 2026Motion
Perkara kelima:
Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2026.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya mohon izin untuk membawa satu Usul di Dewan yang mulia ini yang berbunyi:
“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan Seksyen 9, Akta Kumpulan Wang Pembangunan dan mengikut ketetapan yang menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Perbekalan Air, dengan ini bersetuju meluluskan Perbelanjaan bagi tahun 2026 daripada Kumpulan Wang tersebut sebagaimana yang ditetapkan di dalam Rang Perbelanjaan Bahagian I, II dan III tahun 2026 yang dibentangkan dalam Persidangan ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan DN 29/2025.”
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya berharap agar Usul yang saya bentangkan ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon menyokong Usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Saya akan menempohkan perbahasan Usul ini untuk dibahaskan bersama-sama Rang Undang-undang Perbekalan 2026, pada hari Isnin, 8 Disember 2025. Oleh itu, penempohan yang diberikan ini akan dapat memberi ruang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat meneliti kandungan ucapan Pembentangan Bajet 2026.
Untuk makluman, saya telah mengatur jadual susunan perbahasan 8, 9 dan 10 Disember 2025 melibatkan 35 Ahli seperti mana jadual yang diedarkan. Saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat mematuhi jadual yang disediakan.
Baiklah, saya akan menempohkan persidangan pada hari ini dan kita akan bersambung semula pada hari Isnin, 8 Disember 2025 pada pukul 9.30 pagi. Sebelum itu, saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran pemerhati daripada Pertubuhan Perkumpulan Wanita Pekan [Ahli Dewan menepuk meja], pemerhati dari Majlis Belia Negeri Pahang [Ahli Dewan menepuk meja], pemerhati Wakil dari DUN Chini [Ahli Dewan menepuk meja] dan juga jemputan-jemputan daripada Pejabat Speaker Dewan Negeri.
Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Persidangan ditempohkan.