Pahang · 8 December 2025

15th Assembly, 4th session, 3rd meeting · 396 turns · 46,252 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari : Isnin, 8 Disember 2025

bersamaan 17 Jamadilakhir 1447H

Masa : 9.30 pagi

DOA

Perkara Pertama: Doa

Speaker

[Ayat al-Quran]. Kita mulakan mesyuarat kita dengan membaca Ummul Kitab Al-Fatihah [Bacaan ayat al-Quran]. Alhamdulillah [bacaan dalam Bahasa Arab] Segala puji bagi Allah SWT, dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini.

Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian. Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan taufik-Mu, diampunkan, dipohon menyuluh memandukan ketika kami berunding menimbang, bertukar fikiran kepada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenankan. Amin, Ya Rabbal ‘Alamin.

Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua: Pertanyaan-pertanyaan Kepada Menteri Besar

Speaker

Assalammualaikum WBT. Salam sejahtera, selamat pagi. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, dengan... marilah kita sama-sama bersyukur kepada Allah SWT dengan izin-Nya kita semua dapat menghadiri Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang pada Ke-15 pada pagi yang berbahagia ini. Saya lihat Ahli-ahli Yang Berhormat setelah mendapat dua hari cuti minggu… hujung minggu semuanya ceria-ceria belaka. Kita mengucapkan selamat datang kepada Yang Berhormat daripada Tahan yang baru saja kehilangan ibu yang tercinta. Jadi saya ingat eloklah juga kita sedekahkan Al-Fatihah sekali lagi. [Bacaan dalam Bahasa Arab]

Kita semua tahu pada hari Jumaat yang lalu adalah merupakan pembentangan Belanjawan 2026 Negeri Pahang yang telah pun disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya pada hari Sabtu tersebut, saya pun bangun pagi-pagi macam biasa saya akan tengok buka akhbar dan kemudian saya pun akan melihat WhatsApp ataupun mesej-mesej daripada kawan-kawan. Saya pun terkejut satu liputan luar biasa yang diberikan oleh akhbar-akhbar tempatan kepada belanjawan kita. [Ahli Dewan menepuk meja] Jadi hari ini saya nak kongsi er… berkongsi sedikitlah er… selain pada agaknya nak mempromosi sedikit surat khabar tersebutlah. Ini semua tajuk-tajuk yang dikeluarkan di muka hadapan akhbar-akhbar er… akhbar-akhbar rasmi iaitu akhbar-akhbar ini er… ini media cetak di Malaysia ini akhbar-akhbar utama. Straits Time ya disebut Pahang Tables First Class Budget. [Ahli Dewan menepuk meja]

Gambar MB senyum sahaja. [ketawa] Kemudian dia ada Sinar Harian, saya tak jumpa cari surat khabar yang er… yang original itu tapi saya print sahajalah Sinar Harian ‘Pahang 1st Belanjawan Pahang 2026 Hasil Meningkat Semakin Ramai Terima Manfaat.’ [Ahli Dewan menepuk meja] Eh… tak pernah berlaku tahu selama saya menjadi Wakil Rakyat sejak tahun 1999 sama dengan Yang Berhormat daripada Benta dan juga Yang Berhormat daripada Cheka. Tak pernah berlaku mana-mana negeri yang mendapat liputan seperti ini, bukanlah sebab tak ada bonus daripada kami tak ada bukan sebab itu Yang Amat Berhormat. [ketawa] Maknanya Speaker dan Wakil-wakil Rakyat tak ada bonus kan… yang ada er… ini penjawat awam. Itu bukan sebab itu, sebab kita tak ada bonus itu agak-agak dipertimbangkan bonus bukan tetapi ini realitinya. Ini Utusan er… Sinar Harian, kemudian Berita Harian ‘Pahang 1st Belanjawan Pahang 2026, Pahang Juara Kebajikan Rakyat RM84.59 juta Peruntukan Keseluruhan Insentif er… Inisiatif Makmur Pahang.’ Wah, MB er… gambar MB.

Ini er… kemudiannya dia ada lagi China Press er… Pahang 1st [Bacaan dalam Bahasa Cina] betul? Yang Berhormat er… Yang Berhormat Timbalan Speaker betul? [Bacaan dalam Bahasa Cina] Tapi saya dah belajar dengan dia dah. [ketawa] Pagi tadi training tiga kali, dia cakap idgham itu kena okay sedikit dia bagitahu kembalikan kepada rakyat er… ini daripada China Press betul? Wakil daripada Mentakab. [Ahli Dewan menepuk meja] Ini Utusan Malaysia er… ini ‘Pahang 1st, Pahang Fokus Dahulukan Rakyat Pertahankan Kemakmuran’ yang ini yang paling baik sekali pasal apa tahu, pasal ada gambar Speaker. [Ahli Dewan ketawa] Yang tadi ada gambar MB sahaja [Ahli Dewan ketawa] er… tapi er… tapi semua gambar kita ada tak sama ada Wakil Rakyat daripada Kerajaan dan juga Wakil Rakyat daripada pembangkang yang paling banyak senyum sekali saya tengok ADUN daripada Beserah. [ketawa]

Jadi ini adalah merupakan satu penghormatan kepada negeri Pahang dan apabila saya check balik saya tengok bahawa empat tahun berturut-turut ya, empat tahun berturut-turut bajet kita, pendapatan kita meningkat daripada RM800 juta kepada RM1.036 bilion kepada RM1.083 bilion kemudian RM1.134 bilion tahun 2024 dan tahun 2025 insya-Allah RM1.194 bilion mana meningkat tiap-tiap tahun dan keseluruhannya pendapatan negeri Pahang daripada tahun 2021 hingga 2025 sebanyak RM5.2354 bilion. [Ahli Dewan menepuk meja]

Ini satu angka itu yang buat paip, repair paip, repair macam-macam, repair jalan sebagai inisiatif RM84.7 bilion er… juta dan sebagainya. Jadi itulah komentar saya pada pagi ini dan insya-Allah ya kita semua-semua pada hari ini adalah merupakan hari perbahasan dan insya-Allah kita gunakanlah medan ini kerana saya yakin dan percaya bahawa setiap apa yang Yang Berhormat semua keluarkan, luahkan sebenarnya mendapat perhatian daripada kerajaan terutama sekali Yang Amat

Berhormat Menteri Besar supaya dia dapat mengolah kembali komen-komen ataupun kritikan-kritikan ataupun cadangan-cadangan yang bernas. Baiklah, untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat yang seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat sekalian dari kawasan Ketari mengemukakan pertanyaan.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Terima kasih Dato’ Sri Speaker, soalan saya nombor 1.

[Kerajaan Negeri Pahang telah mensasarkan pengurangan "Non-Revenue Water" (NRW) dari pada 47.5% kepada 39.5% menjelang tahun 2028. Sila nyatakan secara terperinci strategi dan/atau pelan reduksi NRW komprehensif untuk mencapai sasaran 39.5% NRW tersebut, iaitu dalam tempoh 3 tahun akan datang.]

Assalamualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera, salam Pahang 1ST. Terima kasih Yang Berhormat Dato Sri Speaker. Terima Kasih ADUN Ketari yang bertanyakan soalan mengenai bagaimana Kerajaan Negeri Pahang untuk mensasarkan pengurangan dan Revenue Water dengan izin, NRW yang sekarang ini berada pada paras 47.5%. Memanglah kawasan bandar dan luar bandar ada perbezaannya sedikit tetapi kita ambil secara purata kepada 39.5 %. Untuk makluman, Yang Berhormat daripada Ketari dan juga rakan-rakan Ahli Dewan, Kerajaan Negeri Pahang sangat komited dalam urusan air di negeri Pahang. Oleh sebab itulah melalui Pengurusan Air Pahang Berhad ataupun PAIP, kita sentiasa menitikberatkan usaha dan fokus bagi tujuan meningkatkan mutu perkhidmatan air di negeri Pahang ini. Fokus semasa sekarang ini yang dilaksanakan oleh PAIP ialah untuk menambah baik kualiti perkhidmatan di kawasan-kawasan kritikal yang kita kenali sebagai blackspot dan kita dapati usaha-usaha ini telah pun menampakkan hasil... telah pun membuahkan hasilnya dan rata-rata rakyat mula menerima bekalan air yang lebih stabil dan bertekanan tinggi dan ini juga adalah komitmen kerajaan negeri iaitu 90% masalah air di negeri Pahang ini kita akan cuba selesaikan dan Alhamdulillah setakat ini untuk makluman Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan rakan-rakan Ahli Dewan, melebihi 90% masalah air di Bentong telah pun kita dapat selesaikan. Di daerah Bentong, daerah yang pertama. Daerah yang akan menyusul ialah daerah Raub kerana setakat ini 85% masalah bekalan air telah kita selesaikan dan akan diikuti oleh daerah-daerah lain cuma yang agak tertinggal sedikit ialah di daerah Lipis, kawasan sahabat saya ADUN Benta baharu lebih kurang 70% dan insya-Allah sebelum akhir tahun depan kita akan dapat mengurangkan lagi masalah bekalan air di daerah Lipis.

Berbalik kepada soalan yang dikemukakan oleh ADUN Ketari tadi, usaha-usaha untuk menurunkan kadar NRW ini memerlukan peruntukan yang sangat besar. Jadi PAIP telah pun merancang dan melaksanakan ia secara berperingkat dengan menggunakan peruntukan daripada kerajaan persekutuan, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan juga peruntukan dalaman PAIP. Selain daripada itu dan juga strategi-strategi lain ialah kita akan meneruskan penukaran paip-paip usang iaitu dengan membina dengan izin, District Metering Area ataupun (DMA) dan Pressure Management Area (PMA) di mana DMA dan PMA ini turut boleh membantu mengesan kebocoran air dengan lebih efisien. Maknanya ada 1 paip lebih kurang dalam 200 meter ke 300 meter er... paip ini dipasang dan akan dapat mengesan sepanjang 200

meter tersebut dimana paip sekiranya ada berlaku kebocoran dan tindakan pembaikan akan dapat diambil dengan serta merta.

Selain daripada apa yang saya nyatakan tadi, PAIP juga telah berusaha menukar paip-paip usang yang telah dirancang sepanjang 574 km dengan jumlah kos, dianggarkan sebanyak RM450 juta dan ianya akan dilaksanakan secara berfasa sehingga tahun 2030. Jadual panjang paip mengikut daerah, Kuantan 95 km, Pekan 34 km, Rompin 46 km, Bera 23 km, Temerloh 30 km, Maran 42 km, Jerantut 73 km, Bentong 31 km, Lipis 131 km, Raub 65.7 km manakala Cameron Highlands 0.7 km dan ianya insya-Allah Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, akan selesai menjelang tahun 2030. Selain daripada itu, bagi tujuan pemasangan District Metering Area (DMA) ataupun dan Pressure Management Area (PMA) iaitu di Kuantan memerlukan kos sebanyak RM22 juta naik taraf manakala Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut, Bera, Bentong dan Raub, ianya adalah paip baharu. Lipis naik taraf dan Cameron Highlands paip baharu dan ini semua adalah usaha-usaha yang akan kita buat daripada semasa ke semasa cuma ianya tidak dapat dibuatkan secara serentak tetapi usaha-usaha ke arah itu telah dilaksanakan sepertimana kita menyelesaikan masalah air di Pahang bermula daripada tahun 2018 komitmen kita dan sekarang ini telah pun menampakkan hasilnya dan fasa berikutnya ialah untuk kita mengurangkan NRW water. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.

Speaker

Sila, wakil daripada Ketari. Soalan tambahan.

Tan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang atas usaha dan pendekatan untuk cuba menyelesaikan masalah NRW yang amat tinggi ini. Jadi, susulan daripada usaha dan pendekatan yang telah diambil oleh PAIP dalam menurunkan kadar NRW, apakah bentuk pembiayaan bagi melaksanakan perancangan tersebut? Dan soalan yang kedua saya ada, saya nak mohon nyatakan jumlah peruntukan yang telah diterima daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air iaitu PETRA bagi program NRW Kebangsaan. Terima Kasih.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada ADUN Ketari yang begitu bersungguh-sungguh mengambil berat tentang masalah air di negeri kita ini. Selain daripada pembiayaan dalaman yang saya nyatakan...

Speaker

Yang Amat Berhormat, dia ambil berat tu pasal tempat dia dah selesai, yang lain belum lagi.

Dah selesai ke belum?

Tan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Dah nak siap.

Masih dalam proses, akan selesailah. Jadi, selain daripada masalah pembiayaan dalaman Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, PAIP juga melalui program NRW Kebangsaan juga turut membuat pembiayaan secara sewa pajakan daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) serta pembiayaan secara geran daripada PETRA ataupun Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dan saya yakin program ini akan dilaksanakan secara berperingkat yang melibatkan seluruh daerah di Pahang. Manakala peruntukan untuk tujuan tersebut yang telah kita terima daripada PETRA ialah sebanyak RM313 juta dalam bentuk geran. Terima kasih Yang di-Pertua, yang telah pun diluluskan, telah pun diluluskan tapi duit tak sampai lagilah. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.

Speaker

Sila wakil daripada Cheka, bekas menteri.

Terima kasih. Sasaran 3 tahun untuk capai 8% ini sangat besar sebenarnya sebab dia purata kalau kebangsaan 1% untuk... ialah kosnya RM1 billion di peringkat nasional. Kita letak Pahang ini 8% dalam tempoh 3 tahun. Saya rasa ini sangat besar sebab kita ada 3 pendekatan. Geran kerajaan dapat RM313 juta. Pendekatan 2 dan 3, Pahang tak termasuk sebab masih tak dapat sebab untuk capai sasaran tersebut sangat sukar. Persoalan saya ialah apakah faktor utama berlakunya peningkatan ataupun berlakunya NRW ini sama ada kebocoran ataupun kecurian dan sebagainya yang sebahagian tu projek-projek yang dibuat sambungan yang tidak teratur sebagainya. Mungkin saya dapat ingin maklumat apakah punca utama berlakunya NRW di negeri Pahang dan mekanisma untuk mencapai pendekatan 2 dan 3 dalam pengurangan dalam NRW Kebangsaan. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, angka yang kita buat ini macam angka bajet yang Dato' Sri di-Pertua bagitahu tadilah ya.

Speaker

Yang saya baca tadi.

Yang dapat liputan yang meluas. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Cheka, bajet itu 5 bulan. Penjawat awam ni, kita adakan bengkel dan bajet tersebut adalah yang dikemukakan kepada mereka kepada kerajaan dan kita bincang kita tapis, baharu jadi bajet. Maknanya, tidaklah bermakna kemungkinan tahun depan ini pilihan

raya ini, jadi kita buat bajet pilihan raya. Dia tidak begitu. Kerajaan yang ada pada hari ini yang dipilih oleh rakyat pada hari ini adalah kerajaan yang berorientasikan rakyat dan kita kembalikan apa yang kita dapat kepada rakyat. Tak ada kena mengena dengan pilihan raya. [Ahli Dewan menepuk meja]

Speaker

[Bacaan dalam bahasa Cina].

Yes, dengan izin.

Speaker

Kembalikan kepada rakyat.

Berbalik kepada soalan Yang Berhormat daripada Cheka tadi, peruntukan kita dapat daripada geran PETRA yang telah pun diluluskan dan penyebab kepada berlakunya kehilangan air ini ialah yang pertama sekali paip kita usang. Paip yang ada di negeri Pahang ini usang, lama jadi kita kena bantu tukar paip tersebut dengan cara mendapatkan peruntukan dan untuk kita buat sekaligus tak mampu, sebab panjang sangat. Saya dah sebut tadi, lebih daripada 10,000 km dan memerlukan kos yang sangat tinggi dan itu pun untuk tukar paip-paip usang ini yang akan kita buat yang akan selesai pada tahun 2030 melibatkan 574 kilometer. Kita akan buat secara berperingkat-peringkat dan selain daripada itu, kecurian air pun berlaku juga. Sebab itulah kita tubuhkan Pahang Water Resources. Contohnya, ada air-air yang dicuri, yang tak dibayar apa semua ini yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat daripada Benta dan Alhamdulillah banyak yang telah kita dapat selesaikan. Selain daripada itu, Yang Berhormat Dato' Sri Yang Dipertua, kita untuk mengesan air hilang ni, susah juga. Sebab kilometer kita panjang. Kadang-kadang bocor entah dalam hutan mana tengah jalan mana, kita tak tahu. Jadi sebab itulah kita mengambil tindakan proaktif, kita nak pasang (DMA) District Metering Area dan juga Pressure Management Area. Di mana saya katakan tadi contohnya Yang Berhormat Cheka, ini lebih kurang Yang Berhormat ADUN Cheka ni saya nak bagi tahu ni. Contohnya sepanjang jalan tu 200... 200 kilometer, kita akan pasang (DMA) di sini. Jadi kalau sekiranya berlaku kebocoran antara 200 kilometer 300 kilometer, kita dapat detect awal. Bila kita dapat detect awal, kita boleh ambil tindakan awal. Itu antara yang kita nak buatlah. Tu pressure tekanan air, kita pun nak... nak pastikan juga supaya tekanan air, kalau tekanan air tinggi sangat, dia boleh bocor juga Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua bukan je yang lain.

Speaker

Macam darah tinggilah. Kalau tinggi sangat pressure

Darah tinggi, dia boleh burst. Jadi kita ada meter. Kira macam ada alat pengesan apa ni, untuk memastikan apa ni, pressure air tu seimbang tidak berlaku kebocoran. Itu adalah usaha-usaha yang kita buat dan saya sangat yakin sangat optimis dan PAIP yang telah pun terbukti berjaya menyelesaikan beberapa masalah air di negeri kita ini, akan pastinya berjaya juga dapat mengurangkan masalah NRW water di negeri Pahang ini. Insya-Allah Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Cuma bagi masa sikit la dengan apa Yang Berhormat ADUN Cheka tahun depan selesai, tak bolehlah ye saya dah bagi tahu tadi ianya akan dibuat secara peringkat-peringkat dan akan selesai pada tahun 2030, seperti juga seperti mana masalah air di negeri Pahang, yang kita jangka akan selesaikan 90% masalah air di Pahang ni menjelang akhir tahun 2026. Terima kasih Yang di-Pertua.

Speaker

Okay soalan terakhir. Untuk soalan, soalan pertama.

Terima kasih Dato' Sri Speaker Yang di-Pertua, terima kasih sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat, di atas penjelasan diberikan. Memang perkara air ini menjadi isu yang besar. Cuma soalan saya adalah er... ada tak sebab 2030 daripada sekarang ni lebih kurang 4 tahun 5, 4 tahun lagi. Jangka masa dia panjang. Di, di masa yang sama banyak projek-projek pembangunan naik. Contoh contohnya di kawasan saya, maka ni akan memburukkan lagi kesan perbekalan air kepada penduduk. Ada tak langkah jangka masa pertengahan atau jangka masa pendek ni. Contohnya memasang PMA tu tadi, di kawasan-kawasan yang... yang giat pembangunan ini, kerana bila kita tapping paip lama ni, kepada projek pembangunan baharu, dia akan mengurangkan lagi tekanan kepada penduduk yang sedia ada. Dia akan memburukkan lagi keadaan nak tunggu 4 tahun ni, eh... payah kita kalau tunggu 4 tahun ni orang menjerit YB-YB ni. Ada tak langkah jangka masa pendek ataupun sementara, supaya masalah ini dapat dikurang diminimakan selain daripada kebocoran-kebocoran yang kerap berlaku.Terima kasih.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya daripada ADUN Beserah. Yang itu sebenarnya andaian je. Sebabnya setiap permohonan pembangunan kita ada kebenaran merancang. Ada permohonan, dan di situ ada PAIP yang akan bagitahu. Sebagai contohnya sekarang ini di Gebeng, kita dah ada air daripada Terengganu. Cuma sebab Terengganu sekarang ni dalam proses perbincangan harga, mengenakan harga yang agak tidak berpatutan, jadi kita... kita hold dulu. Tetapi pembangunan diteruskan dan kebenaran merancang ni akan bagi cadangan kepada kita, kepada kerajaan negeri. Dan insya-Allah kita akan lihat perkara tersebut dan setakat hari ini yang saya dapat tahulah dah dengan takdir Allah hampir lapan tahun saya jadi MB ni, keadaan bekalan air semakin baik. Tak menjadi semakin teruk. Jadi jangan... jangan bimbang sangat. Jadi, andaian saya harap Yang Berhormat dari Beserah... nanti dulu nanti dulu.

Saya rasa saya kena betulkan ini bukan andaian, Yang Amat Berhormat, ini real case.

Dak. macam mana realiti benda tak jadi lagi.

Projek ni sedang berlaku Yang Berhormat.

Yang Berhormat cuma menjangkakan bahawa empat tahun akan datang ni keadaan menjadi lebih teruk, itu andaian. Empat tahun akan datang, belum terjadi lagi. Cuma kebimbangan Yang Berhormat tu. Kebimbangan, dan juga andaian. Jadi dalam masa yang sama, saya nak bagitahu setiap projek pembangunan ni kita bukan boleh buat sewenang-wenangnya. Ada proses-proses tertentu. Ada part-part tertentu yang bagi cadangan. Terutamanya daripada PlanMalaysia, Pejabat Daerah, Majlis Daerah, semua itu akan beri cadangan. Malahan ada projek perumahan yang kita tidak lulus pun, oleh sebab tidak... tidak mungkin mendapat bekalan air. Kita tangguhkan projek tersebut.

Jadi, Yang Berhormat... Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya minta ADUN Beserah er... kena tentang andaian tersebut. Sebabnya negara kita negeri kita ni ada proses-proses tertentu. Jangan-jangan bimbang sangat. Jangan ada bila buat... bila macam ni, bila buat bangunan timbul masalah tu. Tak boleh. Dia... dia semuanya ada tata... tatakelola yang tertentu yang boleh kita membuatkan projek pembangunan Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.

Saya nak... nak... nak mencelah sedikit Yang Amat Berhormat. Ini bukan andaian, andaian saya empat tahun akan datang projek akan makin bertambah. Tapi semasa ini pun, projek sedang naik, keadaan berlaku, real case. Bukan andaian. Jadi kalau Yang Amat Berhormat kata ini andaian seolah-olah cuba mengelak daripada nak melihat real case yang sedang berlaku ramai di kalangan rakyat hari ini, mengadu kurang tekanan air dan dalam masa yang sama kerana projek-projek baharu naik sedang naik ni sekarang. Ni real case, dan empat tahun akan datang bayangkan kalau kita ambil nak selesaikan empat tahun akan datang, apa lagi kalau sekiranya yang bakal dihadapi oleh rakyat keseluruhannya kalau kita tidak ada langkah sementara. Ini soalan saya, langkah yang boleh mem membantu minimakan kesan itu. Er... bukan andaian, saya bukan nak bersangka buruk Yang Berhormat.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Kita ada satu badan yang, diketuai oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri. Yang turun ke padang tanpa Wakil Rakyat. Dah banyak tempat pergi dah. Apabila Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan pergi dengan ketua-ketua jabatan. Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri akan lapor pada saya. Tidak ada tempat pun

yang mengatakan masalah air makin teruk. Tak ada. Ini saya bercakap di Dewan yang mulia ni. Saksi hidup ada ni. Belakang saya ni. Tak ada tempat pun yang mengatakan bahawa, contohnya di Lipis ke di Kuantan ke yang SS pergi yang mengatakan masalah air semakin teruk. Tak ada. Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Maknanya masalah air semakin baik negeri Pahang ni. [Ahli Dewan Tepuk Meja].

Saya sengaja meminta Yang Amat Setiausaha Kerajaan Negeri pergi, ke mana-mana tempat bersama dengan teamnya, tanya rakyat, tanpa Wakil Rakyat. Kita nak dapat feedback, tak ada. Malahan Yang Amat Setiausaha Kerajaan Negeri kena provoke. Kena kena tanya orang. Macam mana masalah air di sini. Semuanya mengatakan bertambah baik. Jadi yang... yang dibimbangkan oleh Yang Berhormat ADUN Berserah tu, saya fikir tidak akan, tidak akan menjadi masalah besar kepada kerajaan negerilah. Sebab usaha-usaha by, by 2026, 90% masalah air akan kita selesaikan. Termasuk semua tempat. Mana keadaan akan menjadi bertambah baik. Dan sekiranya ada berlaku masalah tekanan air dan sebagainya, pihak PAIP akan mengambil tindakan pantas. Mereka ini bekerja 24 jam. Tinggal lagi, kadang-kadang mereka viral dan tak viral sahaja kerja-kerja paip ni. Kita boleh tengok. Jadi kita bagi satu tepukan kepada CEO PAIP yang ada pada hari ini. [Ahli Dewan Tepuk Meja].

Jadi, ADUN Beserah sahabat saya, jangan bimbang, kalau sekiranya berlaku juga kita akan ambil tindakan pantas. Tetapi saya bagi jaminanlah keadaan akan bertambah baik daripada semasa ke semasa. Kalau keadaan air bertambah buruk daripada 2018, sekarang ni masalah air, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri pergi jumpa rakyat tanpa Wakil Rakyat, semua mengatakan bahawa masalah air di negeri Pahang ni makin teruk, saya terima, statement daripada Yang Berhormat daripada ADUN Beserah. Tetapi kalau mengatakan bahawa menjangkakan keadaan menjadi lebih teruk dan sebagainya, saya nafikan Dewan yang mulia ini kerana kerajaan negeri sangat prihatin dan sangat mesra pelabur dan memastikan bekalan air yang sewajarnya dapat diterima rakyat negeri Pahang. [Ahli Dewan Tepuk Meja]. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.

Speaker

Soalan seterusnya.

Yang... jap... jap, ha ni, saya baharu dapat er... jawapan tambahan. Loji Rawatan Air, LRA berkapasiti 400 juta liter di daerah Kuantan. Ia bernilai kos sili... kos siling 6, RM662 juta, ianya telah diluluskan dan ianya dalam proses reka bentuk Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. RM662 juta telah pun diluluskan. Jadi ini boleh ya bukit, di Bukit Puling. Jadi, Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat rakan-rakan Yang Berhormat, maknanya kita mendapat kelulusan duit RM662 juta untuk menambahkan lagi bekalan air dengan pembinaan loji rawatan air. [Ahli Dewan Tepuk Meja]. Jadi, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Beserah tadi, selesai. Dah dan ada peruntukan dah pun. Betul tak YB daripada, daripada mana? Kuala Sentul. Kuala Sentul beria mengangguk dengan saya ni. Macam nak pergi belah sini je. [Ahli Dewan Ketawa]. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.

Speaker

Dia, dia tengah milih mana satu yang nak dipilihnya. Kita jemput soalan nombor 2 Wakil daripada Tanah Rata.

Tuan Ho Chi YangDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Dato' Sri Speaker. Soalan saya nombor 2.

[a) Jelaskan usaha kerajaan dalam meningkatkan penyertaan dan memartabatkan pendidikan TVET di negeri Pahang.

b) Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk membina Kolej Vokasional di Daerah Cameron Highlands dan menawarkan kursus tentang pertanian, memandangkan kawasan Cameron Highlands merupakan pusat pertanian tanah tinggi?].

Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera, salam Pahang 1st.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, soalan er... daripada sahabat saya daripada Tanah Rata berkaitan dengan TVET diajukan dan untuk makluman ramai juga sahabat-sahabat daripada err… dalam Dewan yang mulia ini yang mengutarakan soalan yang berkaitan dengan TVET. Sahabat saya daripada Tioman, sahabat saya daripada Padang Tengku dan ramai lagi yang bertanyakan tentang TVET. Saya kira insya-Allah mudah-mudahan dapat juga sedikit sebanyak menjawab soalan-soalan yang tidak dapat dijawab secara lisan, tapi ada kaitannya dengan jawapan yang akan saya beritahu pada hari ni.

Soalan daripada Tanah Rata menyatakan err… usaha kerajaan. Apakah usaha kerajaan dalam meningkatkan penyertaan dan memartabatkan pendidikan TVET di negeri Pahang.

Yang hormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Kerajaan sentiasa komited dalam usaha memperkukuh dan memartabatkan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional ataupun dalam bahasa ringkas sinonimnya TVET di negeri Pahang sebagai salah satu agenda utama Pembangunan Modal Insan Negara. Kerajaan Negeri Pahang sentiasa menunjukkan kepemimpinan yang konsisten dan berpandangan jauh dalam memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional TVET sebagai tunjang utama Pembangunan Modal Insan Negeri. Di bawah dasar negeri yang memberi penekanan kepada kemahiran, produktiviti dan kebolehpasaran, Kerajaan Negeri Pahang telah mengambil pelbagai langkah strategik untuk mempastikan menjadi laluan perdana mainstream pathway, dengan izin untuk generasi muda pahang selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pelbagai inisiatif telah dan sedang dilaksanakan bagi meningkatkan penyertaan pelajar dalam bidang TVET termasuk memperluaskan akses memperkukuhkan kerjasama strategik dengan industri serta mempertingkatkan kualiti penyampaian program latihan yang relevan dengan keperluan pasaran kerja semasa. Usaha ini

bukan sekadar selaras dengan dasar nasional tetapi digerakkan secara lebih agresif di peringkat negeri melalui pendekatan whole of government dengan izin, yang melibatkan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Institusi TVET, pihak industri dan komuniti setempat.

Pendekatan ini mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri untuk menghasil, memastikan Pahang menjadi antara negeri peneraju TVET di Malaysia. Pendedahan awal TVET di sekolah menengah. Sekolah-sekolah menengah yang menawarkan mata pelajaran atau program TVET di sekolah seperti mata pelajaran vokasional, MPV dan Program Vokasional Menengah Atasan PVMA dimohon untuk melaksanakan program TVET Outreach School dengan izin, bertujuan memupuk minat serta memberi peluang pelajar mengenal pasti minat dan bakat mereka melalui pameran demonstrasi, sesi Perkongsian Success Story iaitu cerita kejayaan ya dengan izin, serta sesi bimbingan kerjaya oleh guru-guru penyelaras alumni dan juga rakan industri.

Sekolah dimohon untuk turut melibatkan sekolah-sekolah rendah di sekitar yang menjadi feeder kepada sekolah menengah berkenaan khususnya murid tahun enam yang bakal menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah. Sekolah juga digalakkan untuk mengadakan Wall of Fame dengan izin bagi memaparkan kejayaan pelatih-pelatih lepasan program TVET di sekolah yang memaparkan maklumat seperti tahap pencapaian kemahiran, pekerjaan dan pendapatan terkini.

Keduanya, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) turut dilatih untuk membantu pelajar mengenali kekuatan diri mereka melalui ujian kecenderungan dan minat kerjaya. Peranan GBKSM turut digembeling bagi membendung keciciran dan lambakan pengangguran berlaku di kalangan lepasan SPM melalui pendedahan kepada Sistem UP_TVET untuk tujuan berkenaan. Unit TVET, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang telah mengadakan kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran JPK Wilayah Timur untuk menyebarkan maklumat berkaitan Sistem UP_TVET iaitu satu sistem permohonan kursus TVET berpusat secara online yang dibangunkan bagi memudahkan proses permohonan untuk memilih program TVET yang ditawarkan oleh penyedia latihan TVET di Malaysia.

Sistem ini bolehlah dibandingkan dengan sistem UPU yang lebih dikenali tetapi berbeza dari segi fokusnya yang menyediakan pilihan bagi murid menyambung pengajian dalam bidang kemahiran sahaja. Satu lagi perbezaan dengan sistem UPU ialah murid boleh mengakses sistem UP_TVET, di mana sahaja mereka berada tanpa perlu membeli nombor pin. Oleh itu, bagi menjayakan matlamat, mempromosi dan menyebar luas maklumat berkaitan sistem baru ini, maka telah diadakan program Ziarah Jerayawara UP_TVET. Sesi bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa Kementerian Pendidikan Malaysia Negeri Pahang dan program ini diadakan bukan sahaja dalam tahun 2024 tetapi juga diadakan dalam tahun 2025 bersama-sama dengan kerjasama Pahang Skill ataupun PSDC, Pahang Skills Development Centre dan melibatkan daerah Maran, Pekan, Kuantan, Temerloh dan juga penglibatan daripada 50 Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah-Sekolah Menengah di daerah Kuantan.

Kerjasama erat… yang ketiga kerjasama erat, ini pendekatan bagaimana kita nak promosikan TVET ini sendiri, Program TVET. Ketiga, kerjasama erat dengan industri tempatan. Unit TVET aktif menjalin hubungan dengan sektor pengurusan negeri iaitu termasuk katering dan penyajian automotif dan dan pertanian moden. Ini bagi membolehkan pelajar menjalani latihan industri dan seterusnya diserap ke dalam pasaran kerja. Jalinan kerjasama strategik antara institusi pendidikan vokasional dengan pihak swasta amat penting untuk mempastikan program latihan yang

ditawarkan sentiasa selari dengan kehendak industri dan mengikuti perkembangan semasa melalui khidmat nasihat dan perkongsian kepakaran yang ditawarkan serta latihan industri di premis rakan-rakan strategik. Ianya boleh melahirkan pelatih yang berkemahiran berdaya saing dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.

Oleh yang demikian, di atas kesedaran ini juga, maka Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dengan kerjasama Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPT) telah mewajibkan kepada semua 8 buah Kolej Vokasional serta 19 buah Pusat Bertauliah Cawangan (PBC) di negeri Pahang untuk menubuhkan Technical Advisory Committee ataupun (TAC) yang dianggotai oleh pihak industri yang berkaitan dan kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan di institusi masing-masing.

Ini juga pendekatan yang ketiga dan rakan saya daripada Tanah Rata juga bertanyakan sama ada, ada perancangan untuk membina Kolej Vokasional di daerah Cameron Highlands. Setakat ini sebenarnya belum ada, tapi dalam masa…. jangka masa sebenarnya dari segi perancangan, memang…memang kita mengambil maklum bahawa Cameron Highlands merupakan satu Pusat Pertanian Tanah Tinggi yang di antara… yang terulung di negara kita dan Kolej Vokasional sebenarnya dalam seluruh negara ada 5 Kolej Vokasional dan di Pahang ada 1 Kolej Vokasional yang berasaskan pertanian iaitu di Chenor.

Di Cameron Highlands ni perancangannya ada iaitu pihak JPNP atau Jabatan Pendidikan Negeri Pahang sedang mengenal pasti tapak yang bersesuaian dan mengemukakan permohonan dalam RMK13 untuk perolehan bagi tapak tersebut dan merancang untuk memohon mewujudkan Kolej Vokasional berteraskan pertanian moden di Cameron Highlands tetapi setakat ini Pahang ada, di Kolej Vokasional di Chenor yang menyediakan ini kursus yang meliputi Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan Poultry, Agroindustri Ternakan Ruminan, Aquaculture Biotechnology, Horticulture, Pemprosesan Hasil Pertanian, Seni Bina Landskap dan Teknologi Mekanisasi Agro di…di…di Chenor dan manakala di Cameron Highlands.

Yang Berhormat Datuk Sri Yang di-Pertua,

Ada Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Rata telah melaksanakan program Vokasional Menengah Atas (PVMA) iaitu berkaitan dengan Operasi Pengeluaran Tanaman yang memberi peluang kepada pelajar tempatan memperolehi kemahiran asas pertanian secara berstruktur di peringkat sekolah menengah ya ini kita…kita sediakan dan untuk itu juga kita ada program ataupun tidak jauh daripada Cameron Highlands di Lipis. Ada institut pertanian di bawah kendalian Jabatan Pertanian yang menawarkan kursus-kursus yang berbentuk er… Sijil Kemahiran SKM peringkat III kepada pelajar-pelajar atau mereka-mereka yang berminat untuk mengikuti program kemahiran di Institut Pertanian Lipis. Jadi, peluang untuk anak-anak pelajar khususnya di Cameron Highlands yang berminat untuk mengikuti program pertanian ini boleh juga membuat pilihan untuk mengikuti program di Institut Pertanian Lipis. Terima kasih.

Speaker

Sila Yang Berhormat.

Tuan Ho Chi YangDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Saya ucapkan syabas kepada kerajaan atas usaha meningkatkan penyertaan dan juga meningkatkan mutu dan tahap pendidikan TVET. Soalan tambahan saya, berkenaan dengan institut TVET khususnya di negeri Pahang yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Pahang seperti Pahang Skills Development Centre, Kolej Yayasan Pahang dan sebagainya. Adakah sistem kemasukan untuk institut ini telah dimasukkan dalam UP_TVET ataupun sekurang-kurangnya boleh dipaparkan dalam satu laman web yang bersepadu. Contohnya di portal rasmi Kerajaan Negeri Pahang supaya kita memudahkan pelajar dan ibu bapa untuk memohon. Terima kasih.

Terima kasih kepada soalan tambahan daripada sahabat saya. Ini satu soalan yang baik. Sebenarnya kita ada institusi TVET seperti PSDC, kita ada YP Pahang Skills. Malahan dengan kerjasama dengan UCYP, kita mewujudkan juga Akademi Rel Pahang yang berkolaborasi dengan Universiti Liuzhou di China yang memberi penekanan pada aspek er… ini kejuruteraan rel dan soalannya ialah menjawab soalan tadi, memang ada kita kaitkan. Malahan alhamdulillah PSDC Pahang Skills atau Pahang Skills Development Centre ini merupakan satu institusi TVET yang menjadi pilihan ramai yang apa nama yang mengikuti program Diploma Kemahiran Malaysia yang mendapat penganjuran dari pihak SEDA iaitu Sustainable er… Sustainable Energy Development Authority (SEDA) dalam bidang ini solar ya… kita ada kursus yang melibatkan program-program installation program-program design solar designing.

Speaker

Pemasangan installation, pemasangan… belum lagi.

Belum lagi. Yang Berhormat Dato’ Sri, minta maaf, makna ada tiga program. Pertama sekali design reka bentuk, kemudian keduanya installation iaitu pemasangan, dengan izin. Yang ketiganya ialah maintenance. So, tiga program ni kita mendapat penajaan bukan sahaja daripada pihak SEDA tetapi juga daripada institusi-institusi lain yang menghantar pelajar ke PSDC dan ianya merupakan satu program yang cukup popular kerana kebolehpasaran, kebolehpasaran graduan-graduan ini sendiri. Jadi, alhamdulillah kita juga ada YP Advanced Skill, YP Advanced Skill menganjurkan program TVET juga dan membuat kolaborasi dengan industri.

Malahan baru-baru ni kita lihat apabila ada program apresiasi yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang iaitu hasrat Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang untuk meletakkan TVET ini sebagai satu pilihan utama, bukan lagi pilihan yang terakhir dan utama kepada anak-anak pelajar. Bila kita minta YP Advanced Skills mengadakan kolaborasi dengan industri dan industri-industri ini bukan industri di peringkat, di peringkat tempatan sahaja tetapi peringkat antarabangsa dan mereka memperolehi pendapatan antara lima hingga kadang RM20,000.00, RM30,000.00 satu bulan hasil daripada program yang kita

anjurkan dan alhamdulillah, saya lihat pilihan ataupun institusi latihan TVET yang ada kaitan dengan kerajaan negeri ini menjadi pilihan yang utama.

Sekarang ini kita telah menghantar 30 orang pelajar UCYP ke China, ke China untuk mendalami bidang rel di sana. Begitu juga dengan PSDC, graduan dari PSDC juga lebih kurang hampir sama telah dihantar ke China untuk dilatih dalam pelbagai disiplin, pelbagai kursus disiplin dan ini insya-Allah membuktikan bahawasanya TVET bukanlah suatu pilihan yang terakhir dan juga menyangkal dakwaan mengatakan bahawa TVET ini adalah satu program yang tidak mempunyai masa depan yang cerah kerana graduan-graduan kononnya graduan-graduan TVET ini tidak mendapat apa-apa, ini tidak mendapat tempat dalam industri, industri yang ada di negara kita tetapi sebenarnya sebaliknya ia menjadi pilihan yang utama dan insya-Allah hasrat Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang untuk menjadikan pendidikan sebagai teras pengukuhan dan kualiti penghasilan modal insan kita ini yang akan dijayakan di antaranya melalui program TVET. Terima kasih.

Speaker

Sebelum saya meneruskan soalan ketiga, saya juga nak mengalu-alukan kehadiran pelajar- pelajar STPM bersama guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan. Seramai 12 orang ini pelajar-pelajar ini mungkin ada soalan spot untuk STPM. Apakah. apakah keistimewaan ini pembelajaran TVET. Mungkin soalan itu akan keluar nanti. Wakil daripada DUN Semambu tujuh orang, wakil daripada DUN Teruntum dua orang dan wakil daripada DUN Pelangai dua orang. Kita ucapkan selamat datang kepada mereka. Soalan seterusnya ADUN Chini.

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya kemukakan pertanyaan yang ke-3.

[Apakah status semasa berkaitan pewartaan perkampungan masyarakat Orang Asli (OA) khususnya di DUN Chini?]

Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua dan saya juga menghargai sahabat saya daripada Chini yang mengemukakan persoalan yang berkaitan dengan status permohonan perizaban kampung- kampung Orang Asli di kawasan Chini, DUN Chini. Perkara ini sering kita dengar di dalam Dewan ini dan dibincangkan secara apa, setiap kali kita bersidang tentang status permohonan atau perizaban kampung-kampung Orang Asli.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya di antara agenda utama kerajaan negeri kalau kita dengar pembentangan bajet yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar betapa masyarakat Orang Asli ini menjadi perhatian utama dan juga antara perkara yang menjadi kepentingan untuk dilaksanakan tentang kebajikan masyarakat Orang Asli itu sendiri tetapi bila kita berbincang tentang soal tanah, bukan permohonan tanah, soal perizaban tanah. Ia ini adalah berkaitan, berkait juga dengan kuasa kerajaan persekutuan; sebab yang bertanggungjawab untuk memohon tanah-tanah bagi dirizabkan kepada masyarakat Orang Asli adalah pihak JAKOA, Persekutuan itu sendiri federal dan mereka akan

meminta JAKOA negeri mengemukakan permohonan-permohonan di kawasan-kawasan yang mereka perlu untuk rizabkan tanah itu sendiri.

Kerajaan negeri memang menyediakan enakmen-enakmen ataupun perundangan bagi memberi ruang supaya mereka boleh memohon dan merizabkan tanah di kampung-kampung mereka dan kita memang mengalu-alukan supaya ada perizaban tanah-tanah bagi masyarakat Orang Asli ini bertujuan untuk memudahkan dan mengetahui di mana kampung dia yang sebenarnya, tidak jadi huru-hara sekali di sana, sekali di sini tetapi kita tak boleh memohon, yang boleh memohon JAKOA. Kita boleh meluluskan atau menolak permohonan mereka itu melalui pihak berkuasa tanah negeri.

Jadi, merujuk kepada persoalan yang dikemukakan mengenai kawasan Chini. Memanglah di Chini ada 10 buah kampung Orang Asli dan juga daripada 10 buah kampung ini, 9 buah kampung telah membuat permohonan kepada pihak berkuasa tanah negeri dan 9 buah kampung ini, Dato' Sri Yang di-Pertua er… ada telah dibuat apa permohon dan telah dibuat err...ukur oleh pihak apa yang dikenal pasti oleh JAKOA. JAKOA akan memilih juruukur berlesen dan dia akan kemukakan ukuran itu kepada pihak Pejabat Tanah Daerah. Pihak Pejabat Tanah Daerah telah mengenal pasti permohonan itu melalui bidang kuasa yang ada pada pihak pejabat tanah daerah. Contohnya, Kampung err...Dusun, Kampung Dusun ini telah mendapat apa perakuan oleh pihak berkuasa tanah daerah dan telah sampai kepada pihak PTG dan insya-Allah telah apa er... setelah dibawa kepada pihak berkuasa tanah negeri. Syor yang dibuat oleh pihak berkuasa tanah negeri akan kita pertimbangkan melalui mesyuarat MMK.

Ada beberapa kampung yang lain lagi er...contohnya, Tasik Mentiga juga akan...akan dikemukan kepada pihak kuasa tanah negeri kerana permohonan mereka telah selesai er...telah sempurna mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Ada pun Kampung Batu Gong, Batu Gong sedang di dalam semakan pihak JAKOA untuk dibuatkan permohonan juga untuk er..sebagaimana saya sebutkan di awal tadi. Mengikut peraturan-peraturan yang di telah ditetapkan. Kalau kita tengok di Tanah Merah, Tanah Merah ni masih dalam proses kerana ada berlaku pertindihan dengan rizab-rizab yang telah kita ke tetapkan sebelum ini. Kalau kita pergi ke Kampung Agung, Kampung Agung juga masih didalam proses pihak tanah...tanah daerah dan juga Kampung er...apa Air Hitam serta Gumuk terlalu apa berlaku pertindihan.

Maka pihak berkuasa tanah daerah terpaksa apa membuat keputusan supaya permohonan ini diperhati semula dan tak dapat untuk dipertimbangkan er... di peringkat awal. Begitu juga di kampung apa er…Tanjung Keruing dan Bendaling. Tanjung Kruing ini belum dimohon oleh pihak JAKOA. Adapun Bendaling JAKOA masih lagi didalam semakan untuk membuat permohonan. Itulah 10 buah kampung yang berada di DUN Chini. Mudah-mudahan dengan penjelasan ini dapat membantu sahabat saya yang sentiasa turun padang Dato' Sri Yang di-Pertua mengambil berat tentang Orang Asli dan memerhati tentang kebajikan mereka serta menyampaikan suara mereka bukan sahaja melalui pejabat JAKOA ataupun ORACO ataupun pejabat daerah. Bahkan kadang-kadang beliau datang sendiri berjumpa dengan saya, bahkan ada masa saya nampak dia bertemu dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya ucapkan terima kasih kepada sahabat saya daripada Chini.

Speaker

Dengan saya pun boleh datang juga kadang-kadang. Seterusnya soalan, seterusnya soalan nombor 4 Wakil dari Chenor.

Assalamualaikum WBT. Terima kasih tuan Dato' Sri Speaker. Soalan saya nombor 4.

[1. Apakah status terkini projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Chenor yang telah terbengkalai sejak sekian lama, dan sejauh manakah usaha kerajaan negeri dalam memastikan projek tersebut dapat disiapkan sepenuhnya?

2. Bilakah dijangka rumah-rumah PAKR Chenor tersebut dapat diduduki oleh penduduk yang layak?

3. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membuka semula permohonan baharu bagi penduduk setempat yang masih belum memiliki rumah, memandangkan tempoh terbengkalai yang begitu lama?]

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada sahabat saya daripada Chenor yang mengemukakan soalan nombor 4. Pertamanya, apakah status terkini Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Chenor yang telah terbengkalai sejak sekian lama dan sejauh manakah usaha kerajaan negeri dalam memastikan projek tersebut telah... tersebut dapat disiapkan sepenuhnya.

Dan bilakah dijangka rumah Pr... PKR... PAKR Chenor tersebut dapat diduduki oleh penduduk yang layak. Untuk makluman er... YB Chenor, Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Chenor ini telah lama siap. Dan telah diduduki daripada tahun 1984 dan di mana 118 unit rumah telah diduduki dan satu rumah yang masih kosong. Dan ataupun mungkin er...YB Chenor ini dia maksud rumah PAKR yang lain. Silakan.

Er... saya maksudkan ialah Perumahan Awam Kos Rendah. Saya dah bangkitkan sebelum daripada ini. Er... di mana dia telah terlalu lama terbengkalai mungkin sejak 18 tahun adalah lebih kurang dan sebelum daripada ini kita dah bangkitkan masalah ini dan pihak kerajaan ada usaha untuk memajukan. Kemudian dia menjadi slow dan kemudian sekarang ini saya nampak tidak berapa berjalanlah di Chenor PAKR itu.

Tak YB. Kadang-kadang soalan dia mengelirukan. Jadi mungkin yang YB Chenor maksudkan ini adalah Skim Perumahan Kos Rendah di Taman Jaya Diri, Mukim Chenor dan daerah Maran yang melibatkan sebanyak 186 unit berkembar ya dan saya tak tahulah YB dapat maklumat daripada mana rumah projek tak jalan ini. Tapi yang sebenarnya kerajaan er...yang kerajaan negeri telah er...mengambil alih dan diselaraskan bersama oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang bersama-sama dengan pihak PKNP ini kita selaras semula.

Dan kita telah ambil alih dan telah melalui proses-proses yang telah ditetapkan oleh Akta Perancangan Bandar dan Desalah ya melalui kelulusan merancang, kelulusan infrastruktur, kelulusan pelan bangunan, semua telah siap. Dan projek ini dulu dilaksanakan oleh pemaju swasta. Tapi akhirnya dia telah tak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Akhirnya tidak dapat diteruskan. Sejak daripada 2012, 2012. Dan akhirnya kita kerajaan negeri di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang bersama PKNP telah mengambil alih projek... projek ini berjalan dengan baik.

Speaker

Ini projek Yang Amat, Yang Berhormat, ini projek sakitlah ya.

Projek sakit dan kita bukan di Maran sahaja. Semua tempat ya di Pahang ini sebab kita nak memastikan semua projek-projek dapat disiapkan untuk demi kesejahteraan rakyatlah. Sebagaimana yang telah diarahkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kita. Dan projek ini telah mencapai 60% dan dijangka akan siap pada 2026. Saya nak maklum pada YBlah ya. Jadi dia tak ada dalam istilah tadi tak jalanlah, apalah? Tapi baharu ini pun kita pergi ke Maran juga. Kita lihat dan tinjau projek-projek yang dilaksanakan.

Speaker

Yang Berhormat, lain kali kalau pergi ke Maran itu telefonkanlah Wakil Rakyat setempat itu.

Tak kita baharu ini kita pun pergi.

Speaker

Bagi maklum pada dia.

Speaker

Lepas melawatlah jangan sebelum melawat.

Dah, kita pun rasmi, kita buat perasmian contohnya rumah Projek Residensi Rakyat di Luit di Sungai Kemak. Pejabat Daerah, saya tanya Pejabat Daerah mana YB-YB yang belah Luit, Maran? Dia jemput tapi tak datang. Jadi, macam itu kalau kita datang, senang kita beri penjelasan. Jadi, kita kalau dah ada program boleh datang bersama.

Speaker

Sila wakil Chenor.

Terima kasih atas jawapan, jawapan daripada pihak kerajaan. Cuma saya soalan saya apakah jaminan kerajaan untuk menyiapkan sebab saya melihat kawasan saya? Saya juga biasa juga lalu situ tengok banyak lagi asas-asas yang perlu mungkin saya mengharapkan dapatlah jaminan yang dapat diberikan, satu. Yang kedua, er... adakah kerajaan dapat memberi jaminan bahawa harga jualan unit tersebut dapat memenuhi standard B40lah? Insya-Allah. Jadi, itu sahaja soalan saya. Terima kasih

Terima kasih YB daripada Chenor ini. Memang kita sentiasa memantau setiap projek-projek yang dilaksanakan di seluruh negeri Pahang ini dan kerajaan negeri tak pernah main-mainlah. Maknanya tak nak menyiapkan projek itu, kita cuba sedaya upaya untuk memastikan setiap daripada projek-projek ini dapat kita laksanakan dengan baik. Tapi biasalah YB, Ya Allah merancang, kita merancang Allah juga merancang. Tapi sebaik-baik merancang Allah jugalah tetapi yang maksud saya sekarang ini YB dan rumah-rumah yang kita bina ini semua rumah yang rumah mampu milik dan rumah yang seperti Rumah Rakyat Pahang yang kita bina dikawasan di Maran pun kita dah bina rumah sebanyak 142 unit Rumah Rakyat Pahang untuk orang Maran.

Jadi, semuanya diberikan secara percuma dan err...untuk makluman YB Chenor juga. Dan kita sentiasa memantau, LPHP sentiasa turun memantau bersama dengan pihak PKNP dan... dan... dan sebagaimana saya nyatakan tadi, 60% telah ya apa telah disiapkan dan dijangkakan pada tahun 2026 nanti ya akan dapat disiapkan. Dan ya maklumat untuk tanya YBlah daripada soalan nombor tiga ini untuk membuka semula permohonan baharu. Untuk makluman YB sehingga kini, jumlah permohonan yang kita terima adalah sebanyak 7,500 jumlah rumah yang diperlukan oleh orang-orang daripada Maran ini nak saya nyatakan sini. Contohnya Rumah PR1MA yang nakkan Rumah PR1MA Pahang ini 1900 yang mendaftarkan diri, Rumah Makmur 600, Rumah Pahang 514, Rumah Penjawat Awam Pahang 18. Program Residensi, Projek Residensi Rakyat, Program Residensi Rakyat 550. Rumah Rakyat Pahang tak ada yang mohon. Kosong dalam e-Perumahan dan kita boleh tengok untuk mendaftarkan keperluan rumah ini kita boleh daftar dalam [email protected], boleh daftarkan minta dia orang daftar dalam tu dan kita boleh tahu lah rumah rakyat Sultan Abdullah kita dah tak ada juga mohon dan yang kita dah siap di... dan jumlah semua 7,504 manakala bilangan unit rumah yang dah siap dan dah lulus kelulusan merancang 3,100 yang akan dibinakan di Maran ni. Sekian.

Speaker

Sila... terakhir...

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Terima kasih YB Speaker Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Soalan tambahan la, bukan soalan kita pagi ni, soalan tambahan terakhir.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Okay. Saya nak betulkan sikit la, YB Exco datang ke Maran tak pernah jemput pun kami pembangkang. Saya nak betulkan sikit yang PAKR ni, dulu projek lama dah ditukarkan nama kepada Projek Perumahan Kos Rendah Sederhana yang, yang dah terbengkalai hampir 20 tahun. Jadi tahun, tahun ni saya rasa YB Exco pergi ke Maran kan melawat projek ni di Chenor sebab saya dapat tahu dari Facebook dan TikTok. Dalam TikTok tu ada penyelaras di sana er... mengatakan projek ini akan siap dalam bulan Oktober 2026 spesifik. Boleh ke YB Exco Perumahan confirmkan. Terima kasih.

Sebagaimana itulah saya kata Dato’ Sri Speaker, baru-baru ni saya dah er... kita datang ke Maran, kita lancar penyerahan kunci, tawaran kunci kepada rumah Projek Residensi Rakyat. Sebanyak 54 penerima yang diserahkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri dan bila kita tanya Pegawai Daerah jemput ke kita YB-YB kawasan ni? Jemput dia kata, tapi tak datang sorang pun tapi bila dalam Dewan dia nak tanya pula kita tak datang? Lepas tu dia tanya soalan saya lagi boleh ke siap bulan 8? Ttu saya kata, kita merancang sebaik-baiknya ikut tetapan tapi kalau ada gempa bumi, dah ada banjir dan ada segala macam mana kita nak siapkan. Tetapi kerajaan ni dia merancang bukan main-main dan kita bila kita cakap dalam Dewan ni, maknanya kalau boleh kita akan siapkan dalam bulan 8, bulan 10 tahun 2026. Itu sebagaimana yang tu.

Ada lagi soalan? Sekali dia tengok saya memang dia macam tak puas hati.

Speaker

Takpe nanti kita bagi...

Tapi soalan dan terakhir dah ni.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Tapi memang tak puas hati YB Dato’ Sri Speaker, sebab memang kita tak dijemput.

Speaker

Tak apa nanti kita minta Dato’ DO bagikan salinan jemputan tu.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Sekarang ni mesyuarat JKTD pun tak dijemput dah.

Speaker

Tak kita...

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya pun pelik ni pasal jemputan ni yang pembangkang buat tak pernah jemput kita pun. Tak payah bangkit di sini, ada pernah jemput kita? Tak pernah. Jadi kita ni sekarang ni masalahnya sentiasa nampak kita bila kita buat tak jemput. Jadi sekarang yang buat misal contoh Jengka ke jemputlah kita. Hah, jadi maknanya barulah steady sikit tengok macam mana.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Kita tak kisah tak ada jemput tapi jangan cakap kita dijemput. Itu je.

Saya setuju sahabat saya daripada Benta ni. Betul saya tak pernah lagi YB jemput saya datang ke Maran, tak ada. Saya pula datang ke Maran jemput YB datang tempat saya, saya tak jemput tapi kita serahkan kepada atur cara. Bila kalau benda rasmi ni kita jemput secara rasmi bukan main-main. Kalau bukan YB nak jumpa saya nak masuk belah sini boleh la. Tapi kalau setakat...

Hari tu saya tengok sahabat saya daripada Beserah. Dia... saya ingat ada serah ni rumah kan? Ada kan? Jemputlah Exco Perumahan dia tak... ada maknanya saya... saya tahu maknanya macam ni apa nama YB-YB pembangkang dia ada juga kadang-kadang tu dia ada buat program perumahan kemudian serah kepada penerima kan? Saya tengok saya tak ada baca teliti sangat tapi saya tengok situ ada YB daripada Beserah menyerahkan apa nama rumah. Apa salahnya kalau sekiranya macam tu ajak Exco Perumahan, jadi kita boleh berucap juga bagi tahu. Jadi harmoni... mengapa kita je kena menjemput? Yang sahabat-sahabat daripada seberang sana tak pernah jemput pun kita, kita tak ada dalam bising? Ada bangkit-bangkit dalam ni? Kita tak bangkit pun. This is the game. Play the game by its rules.

Sikit. Insya-Allah kita program kita ada Program Hogoh, Hogoh Benta nanti kita akan jemput. Insya-Allah. Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Sri YB Benta tadi memberikan er... pencerahan. Saya nak beritahu sikit tadilah rakan saya daripada Kuala Sentul ni. Dia baik dengan saya juga

sebenarnya tapi dalam Dewan ni dia pandang tu semacam, dia macam geram betul kat perumahan ni, sebab dia pakar perumahan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita ni bila kita buat projek, kita macam Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar kata tadi, kita perlu masuk pelan merancang. Semua agensi-agensi teknikal ni dia berikan ulasan dan ulasan tu bila lulus, PAIP bagi ulasan, JPS bagi ulasan dan bila lulus baru kita laksanakan. Dan bila dah lulus bila nak jual, kita kena masuk daftar dengan KPKT... Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebab kalau tak dilaksanakan nanti kita macam PKNP ni, bila kita buat ni kalau dia tak siapkan projek tu, dia akan jadi masalah tu boleh blacklist sebab tu kerajaan sendiri ambil alih. Lembaga Perumahan dan PKNP ambil alih projek ni nak siapkan kerana kita berani taruk tengkuk kita. Kalau projek swasta tadi mungkin dah blacklist tak boleh buatlah projek tu sebab dia dah blacklist oleh Kerajaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana lesen dan permit dah dikeluarkan, jadi dia kena siapkan dalam masa jangka masa tertentu. Terima kasih.

Speaker

Saya pergi soalan seterusnya, soalan nombor 5, Wakil daripada Padang Tengku.

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Assalamualaikum WBT Dato’ Sri Speaker. Soalan saya soalan nombor 5.

[Status perkembangan mutakhir projek naik taraf stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan Depoh KTM di negeri Pahang. Mohon penjelasan status terkini projek naik taraf beberapa stesen KTMB di beberapa lokasi di negeri Pahang khususnya pembinaan Stesen Penumpang dan Depoh DMU Class 61 di Padang Tengku yang sepatutnya telah siap pada September 2019 seperti tercatat di papan iklan projek tersebut.]

Dato’ Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada sahabat saya yang bertanyakan berkenaan dengan status terkini menaik taraf stesen dan depoh Keretapi Tanah Melayu di negeri Pahang. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Pada masa ini, pihak Kementerian Pengangkutan melalui agensi pelaksananya iaitu Perbadanan Aset Keretapi sedang melaksanakan beberapa projek membina baharu dan menaik taraf kemudahan stesen kereta api dan hentian kereta api di negeri Pahang.

Bagi penyiapan bagi kerja untuk Stesen Keretapi Padang Tengku dan Depoh Penyelenggaraan Keretapi Padang Tengku, pihak Perbadanan Aset Keretapi sedang meneliti baki skop kerja yang masih belum disempurnakan dan akan melaksanakan proses tatacara perolehan selanjutnya setelah reka bentuk selesai dimuktamadkan. Dijangkakan kedua-dua projek ini akan dimulakan pada suku kedua 2026 sebagai pemilik dan pengurus aset kereta api, Perbadanan Aset Keretapi telah merancang pelaksanaan menaik taraf stesen dan depoh kereta api secara berperingkat di semua stesen yang masih belum dilengkapi kemudahan tersebut.

Selain daripada itu, terdapat dua stesen kereta api yang dalam proses menaik taraf iaitu pertama Stesen Keretapi Kemayan. Status pembinaannya er... daripada Mac bermula Mac 2025 hingga dijangka siap pada April 2026 dan yang keduanya, Stesen Keretapi Lipis statusnya dalam pembinaan dan dijangka siap pada April 2026.

Bagi stesen Keretapi Chegar Perah, projek ini telah selesai dilaksanakan namun begitu, proses pengalihan sistem semboyan er... dari stesen lama ke stesen baru masih belum dilaksanakan dan berada dalam peringkat akhir. Setakat ini, stesen kereta api er... stesen baru sentiasa dipantau oleh kakitangan Keretapi Tanah Melayu bagi mengelak kes-kes kecurian dan vandalisme. Stesen Keretapi Mentakab dan Triang juga telah siap pada tahun 2024 dan selain daripada itu, bagi projek yang melibatkan pembinaan baru, kemudahan platform untuk tren-tren Diesel Multiple Unit ataupun DMU sebanyak 4 hentian dan 1 stesen kereta api. Satu projek tersebut ialah satu di hentian Sungai Temau telah siap pada tahun 2023. Kemudian hentian, er... Bukit Betong pun telah siap pada November 2024. Hentian Mentara Baru juga telah siap pada Julai 2025 dan Stesen Keretapi Merapoh pun telah siap pada Oktober 2025. Hentian Teluk Gunung, yang ini masih dalam pelaksanaan dan dijangka siap pada Julai 2026.

Penyiapan pembinaan platform Diesel Multiple Unit ini akan memberi kemudahan kepada pengguna kereta api dan juga penduduk setempat untuk menaiki tren tersebut dengan lebih selamat dan lebih juga lebih selesa. Jadi, Perbadanan Aset Keretapi akan terus melaksanakan inisiatif secara berterusan bagi memastikan hasrat Kementerian Pengangkutan untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam khususnya kereta api dapat direalisasikan. Sekian terima kasih.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Dato' Sri Speaker, sebelum tu, saya nak tanya pada Exco. Tahun bila Padang Tengku itu akan dimulakan ya? Bulan bila sebut tadi? Akan bermula... Tak apalah, kalau lambat carilah dahulu, saya buang masa sikit. Er... sebenarnya saya pelik juga dengan perkataan akan bermula tu. Sebenarnya, Stesen Keretapi Padang Tengku dan Depoh di Padang Tengku sudah pun bermula dan dijangka siap asalnya pada 2019. Apa yang kita nak persoalkan projek ni macam projek terbengkalai dan sekarang ni memang menjadi tempat yang er... agak menyedihkanlah. Jadi, saya mungkin bahas perkara ini lebih lanjut lagi. Soalan saya ialah pada hari ini. Kita ada beberapa stesen lah. Stesen Lipis umpamanya, Stesen Lipis dah digunakan tapi CCC tak dapat sampai sekarang. Kemudian Stesen Chegar Perah tadi pun dah sebutlah kan. Dah 2022 siap tapi tak dapat digunakan jugak, pakai stesen lama lagi. Padang Tengku pula, berhenti-berhenti betul berhenti, platform ada, tapi dia berhenti jauh ke depan menyebabkan orang-orang gagah perkasa je yang boleh naik kereta api itu. Orang-orang OKU, orang-orang cacat, orang-orang kanak-kanak memang tak berupaya naik di situ. Jadi, soalan pertama saya nak tanya apa masalah sebenarnya? Kenapa 2019 sepatutnya siap, patutnya selesai tetapi tak dapat diselesaikan sampai sekarang? Itu soalan yang pertama.

Yang keduanya saya sebenarnya ada pengalaman sikit naik kereta api ini. Daripada Lipis ke Johor Baharu. Daripada pukul 3.00 pagi sampai pukul 1.00 petang. Jadi saya ingat perjalanan tu begitu lama dan ini berkaitan dengan landasan yang saya kira tak sesuai lagi dengan keadaan sekarang dan saya baca Kementerian Pengangkutan seolah-olah tidak berminat untuk membesarkan ataupun memperbaikinya dan atau mencadangkan untuk line berkembar.

Jadi saya nak cadangkan supaya kerajaan negeri kalau boleh fight sikit supaya, sebabnya laluan utama sebenarnya, kita ada, sekarang ini ada kereta api mewah tiap-tiap bulan. Hari Sabtu memang lalu pergi ke Merapoh dan pelancong-pelancong ini mengeluh. Orang kampung pun mengeluh kerana terlalu jauh, terlalu lama perjalanan itu. Kalau boleh kita buat laluan berkembar untuk membolehkan kita menggunakan sistem perkhidmatan tren elektrik ataupun apa nama ETS sebagaimana yang berlaku di jalan-jalan di Pantai Barat juga daripada Gemas ke, ke Singapura. Terima kasih.

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, sebenarnya projek ini bermula pada tahun 2016 lagi ya tetapi dan sepatutnya siap pada tahun 2022 tapi oleh kerana kegagalan pihak kontraktor menyebabkan er... kontrak tersebut ditamatkan oleh Kementerian Pengangkutan pada tahun 2023. Dan er... untuk itu, er... kerja-kerja er... tersebut telah dibuat pelantikan baru dan ada pekerja-pekerja yang dalam proses er... pembinaan dan er... ada cadangan daripada Yang Berhormat daripada Padang Tengku berkenaan dengan masa perjalanan yang mengambil masa yang panjang dari tempat ke tempat. Yang ini pihak kerajaan negeri ambil perhatian dan akan mengemukakan cadangan yang baik daripada Padang Tengku kepada pihak kementerian. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, kita pergi kepada soalan nombor 6. Wakil daripada Batu Talam, sila.

Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato' Sri Yang, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, pertanyaan saya, pertanyaan nombor 6.

[Berapakah kadar peratusan eksport negeri Pahang ke US daripada jumlah eksport keseluruhan negara ke US? Nyatakan jumlah peratusan eksport keseluruhan negeri Pahang ke luar negara?]

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Terima kasih YB Dato' Sri Speaker dan terima kasih kepada sahabat saya dari kawasan Batu Talam yang bertanyakan soalan seperti berikut. Soalan pertama berapakah kadar peratusan eksport negeri Pahang ke Amerika Syarikat daripada jumlah eksport keseluruhan negara ke Amerika Syarikat? Kedua, nyatakan jumlah peratusan eksport keseluruhan negeri Pahang ke luar negara.

Untuk soalan pertama pada tahun 2024, jumlah eksport Malaysia ke US bernilai RM198.9 bilion. Dari jumlah ini, nilai eksport Pahang ke US adalah sebanyak RM690.9 juta ataupun bersamaan dengan 0.3% daripada jumlah peratusan eksport ke US. Untuk tempoh Januari hingga September 2025, Malaysia mencatat jumlah eksport yang bernilai RM166.3 bilion. Dalam tempoh 9 bulan yang sama, jumlah eksport Pahang ke US adalah sebanyak RM775 juta ataupun 0.5% daripada jumlah eksport negara ke US.

Untuk soalan kedua, pada tahun 2024, jumlah eksport perdagangan Malaysia adalah bernilai RM1.5 trilion, manakala eksport antarabangsa Pahang berjumlah RM29.9 bilion iaitu sebanyak 2% daripada jumlah negara. Untuk tempoh 9 bulan dari Januari hingga September 2025, nilai eksport antarabangsa Pahang ialah sebanyak RM17.8 bilion atau 1.5% daripada jumlah eksport Malaysia yang berjumlah RM1.17 trilion untuk tempoh tersebut. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Soalan tambahan.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, terima kasihlah atas jawapan pihak kerajaan mengenai eksport ke Amerika Syarikat ini. Dalam pembentangan Bajet baru-baru ini oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada Jumaat yang lalu, sebanyak RM18 bilion pelabur yang melabur di negeri Pahang. Jadi oleh kerana tadi Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, media cetak pun macam-macam dah jadi, orang kampung pun nak menanya, RM18 bilion ini, apakah jenis ataupun aktiviti pelaburan dan di mana melabur ini? di apa Cameron Highlands ke, di Pekan ke, di Raub ke, ini orang kampung menanya. Terima kasih.

Terima kasih sahabat saya daripada Batu Talam yang bertanyakan soalan mengenai komposisi pelaburan yang berkaitan dengan jumlah pelaburan komited yang berjaya diraih oleh kerajaan negeri untuk tahun ini. Er... untuk makluman er... rakan-rakan ADUN semua, er... dia punya senarai pelbagai ada 100 line item. Jadi saya akan petik contoh-contoh pelaburan dari daerah tertentu atau daerah pelbagai.

Sebagai contoh, ada company yang akan membuat mini hidro sebanyak 5 megawatt. Projek ini bernilai lebih kurang RM402 juta dan akan bertempat di Bentong dan syarikat multinasional elektrisola juga di Bentong akan membuat line pemasangan baru ataupun dengan izin assembly line baru untuk membuat litz wire dan jumlah pelaburannya RM195 juta juga di Bentong. Syarikat Berkaitan Kerajaan YP Hevea Sdn. Bhd., ada perancangan untuk membangunkan Agro Park di Jerantut dan jumlah pelaburan adalah sebanyak RM91 juta. Manakala di, di Gebeng, Kuantan ada company antarabangsa Sinolion Group er... company tak... dia ni tak sabar-sabar nak mula untuk kejar kami di pejabat. Dia bercadang untuk membuat apa ni, sport apa ni rim kereta EV kenderaan elektronik dan jumlah pelaburan dijangka sebanyak RM800 juta dan satu lagi contoh saya boleh berikan adalah company Gentle Ivory yang akan membuat tanaman jaboticaba tanaman daripada Brazil. Saya pun nak sebut payah dan nilai pelaburannya adalah sebanyak RM175 juta dan bertempat di Rompin, insya-Allah, terima kasih.

YB Dato' Sri Speaker, saya nak menambah sikit.

Speaker

Bagi Yang Amat Berhormat tambah sikit.

Yang Amat Berhormat daripada Batu Talam ada mengatakan orang kampung bertanya pelaburan ini. Saya ingin mencadangkan untuk mudah Yang Berhormat daripada Batu Talam bagi tahu kepada orang kampung apabila pelaburan masuk ke negeri kita, KDNK kita meningkat. Sebagai contohnya pada tahun 2024, khabar begini je KDNK ini Keluaran Dalam Negara Kasar kita 5.7% lebih daripada nasional. Nasional 5.1%. Jadi bila KDNK kita meningkat apa benda yang kita dapat, pelaburan 17 bilion, bila pelaburan datang Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, kita mampu mengurangkan pengangguran, bagi tahu kepada orang kampung.

Anak-anak kita di Pahang ni, sebagai contohnya pada tahun 2024, 2.2% pengangguran di negeri Pahang ini. Pada tahun ini sehingga bulan 9 daripada 2.2% lebih kurang 16,800 orang, pada tahun ini turun kepada 1.7%. Maknanya daripada 16,700 turun kepada 14,000. Makna kadar pengangguran itu berkurang. Jadi bila kita bagi tahu kepada orang kampung, dia mudah faham. Kalau yang Dato' Nizar cakap tadi tu detail, jadi kabo begitu lah, ini lah… orang kampung payah nak ingat. Jadi, Dato' Aziz khabar begitu je. Bila pelaburan masuk banyak, kadar pengangguran kurang, peluang pekerjaan bertambah. Inilah cadangan saya Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Saya pun bagi tahu orang kampung cakap begitu je sebab orang kampung ada tanya Tok Wan benda KDNK tu? saya explainkan dengan yang lebih mudah la ekonomi duit masuk, pengangguran kurang dan sebagainya. Terima kasih Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Ataupun dia cakap KDNK komer dah nak ke Kemaman.

Speaker

Wakil Beserah. Soalan tambahan.

Terima Kasih, Dato' Sri Speaker. Terima kasih kepada wakil kerajaan di atas perkongsian angka-angka yang diunjurkan ditunjukkan di sini. Soalan tambahan saya adalah dengan wujudnya Agreement of Reciprocal Trade ini. Perjanjian Timbal Balas Perdagangan Timbal Balas dengan Amerika ni sebab kita tengok daripada angka yang

diberikan tadi hampir 20% hingga 30% berbanding 2024, 2025 eksport kita ke Amerika. Sebab 775 juta daripada 17.8 bilion pada tahun 2025 kita eksport ke Amerika. Jadi dengan adanya perjanjian itu, adakah ia akan memberi impak atau kesan kepada masa depan kita berdagang dengan Amerika ini atau apakah langkah yang kita ambil untuk nak menilai semula perdagangan kita dengan pihak Amerika. Terima kasih.

Terima kasih sahabat saya daripada Beserah yang bertanyakan soalan tersebut. Pada hemat saya, jumlah eksport kita ke Amerika Syarikat tidak begitu tinggi, kalau nak banding dengan negeri seperti Pulau Pinang. Saya ambil contoh Pulau Pinang. Pada Januari - September 2025 eksportnya 91 bilion. Jadi pendedahannya tidak terlalu besarlah untuk eksport ke Amerika Syarikat sedangkan jumlah eksport kita pada tempoh yang tersebut 17.8 bilion ataupun 1.5% daripada nilai eksport total. Walau bagaimanapun, apa yang kita lihat di media massa, kerajaan persekutuan telah mengambil langkah awal untuk berunding dengan Amerika Syarikat dan seperti kita maklum, bukan mudahlah untuk berunding dengan kuasa besar.

Kalau kita silap langkah, maka pekerjaan di industri semikonduktor akan terjejas dan apa yang kami tahu di media massa, reciprocal tariff telah diturunkan ke kadar 19% daripada kadar yang lebih tinggi sebelumnya dan lebih kurang 1,700 item eksport daripada Malaysia akan dikenakan reciprocal tariff sebanyak 90% ataupun yang rendah. Dan apa yang kita dimaklumkan ini adalah apa ini perjanjian yang terbaik yang mereka dapat berunding dengan Amerika Syarikat ketika ini tapi saya tidak fikir secara peribadi mereka akan menggadaikan apa ni kedaulatan negara begitu sahaja sebab tanggungjawabnya mereka tahu akibatnya sekiranya mereka cuai ataupun gagal berunding dengan baik.

Walau bagaimanapun, perkara ini harus dipantau dari semasa ke semasa untuk memastikan kita ada orang kata ni, apa ni kita dapat perjanjian yang sebaik mungkin daripada kuasa-kuasa besar. Malaysia dari dulu mengamalkan dasar neutral ataupun tidak berpihak ke mana-mana kuasa besar, kami berdagang dengan semua orang. Untuk jangka masa yang panjang, mungkin kita boleh perhebatkan perdagangan dengan negara-negara lain seperti contoh dalam rantau ASEAN.

Perdagangan antara negara-negara ASEAN hanya di peringkat 23% dan boleh dipertingkatkan. Ini disebabkan negara ASEAN lebih cenderung berniaga dengan negara-negara dan di luar rantau. Untuk jangka masa yang panjang, kita perlu memperluaskan rakan dagangan kita supaya kita tidak bergantung harap kepada mana-mana kuasa besar. Insya-Allah, terima kasih.

Speaker

Soalan terakhir.

Terima kasih. Er... pertama saya ucap tahniah apa yang telah disampaikan. Kita Malaysia khususnya Lynas ialah antara pengurusan RE yang terbesar selain daripada China, di luar China ialah di Malaysia dan kebetulan di Kuantan di Gebeng. Soalan saya ialah sebagai negara pengeluar juga Pahang direserve RE agak baik, bagaimana

perjanjian ini mendatangkan kesan secara langsung kepada kepada Lynas khususnya, sebab Lynas ni bukan milik China dan ada perjanjian kita kena bekalkan kepada US RE kita. Sejauh mana perjanjian ini ada kesan secara langsung kepada syarikat Lynas dan pengeluar RE di Pahang. Terima kasih.

Terima kasih sahabat saya daripada Cheka. Kita sedia maklum, bahawasanya nadir bumi ini merupakan satu topik hangatlah ya. Nadir bumi ini permintaannya sangat tinggi terutamanya untuk digunakan untuk super magnet di industri hijau seperti tebing angin dan kenderaan elektronik waima Fighter jet F-35 sekalipun. Berkenaan dengan perjanjian tersebut, kami berpendapat ia tidak akan menjejaskan hubungan kita dengan mana-mana kuasa besar tapi ia perlu dirunding dengan baik.

Sudah tentu negara-negara besar inginkan hasil nadir bumi kita. Walau bagaimanapun, di peringkat kerajaan persekutuan, mereka berpendapat kita perlu letakkan syarat. Kita tidak boleh eksport secara mentah ataupun raw kerana ini tidak akan memberi tambah nilai yang begitu banyak untuk Malaysia. Oleh itu, negara perlu eksport produk hiliran ataupun downstream. Barang-barang yang telah diproses seperti di Lynas tiada dengan izin, cracking dengan leaching plant yang memisahkan nadir bumi daripada bahan mineral yang mentah dan cabaran di Malaysia juga kebanyakan nadir bumi yang rizab yang kita ada, sebagai contoh di Pahang, rizab kita 1.4 bilion tan.

Ia berada di kawasan hutan simpanan dan perkara ini perlu diuruskan dengan baik. Sekiranya kita tidak lombong dengan kaedah yang mesra alam sekitar, maka kebimbangannya nadir bumi, apa ni kaedah melombong itu akan menjejaskan hutan simpanan dan juga simpanan apa ni pembekalan air di bawah tersebut. Tapi secara dasarnya ia tidak terlalu mengikat, malah kita perlu mempelbagaikan sumber teknologi nadir bumi ini supaya kita tidak bergantung harap pada satu negara. Ia sebagai contoh, negara China dia menguasai 90% daripada teknologi pemprosesan nadir bumi.

Kita ada kelebihan di Pahang ini ya, dengan apa ni kilang Lynas, maka kita perlu pertahankan kilang tersebut sebab ia memberikan pemindahan teknologi dan kemahiran kepada pekerja-pekerja Lynas. Malah pekerja-pekerja Lynas orang-orang Bumiputera Melayu kita dieksport ke US untuk mengajar tenaga pekerja di sana. Bagaimana untuk memproses bahan nadir bumi? Begitu juga dengan Australia, begitu hebatnya tenaga kerja kita di tempatan. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Soalan seterusnya. Soalan nombor 7 ADUN Kemayan.

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.

Speaker

Kita dah pukul 11 dah ni. Kita nak berehat untuk minum pagi. Sila.

Soalan saya soalan nombor 7.

[Kenapa penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang pindah menetap di Daerah atau Negeri lain akan diberhentikan bantuan dan perlu memohon semula di Daerah mereka menetap?]

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan sahabat yang bertanya yang mana soalannya adalah kenapa penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang pindah menetap di daerah atau negeri lain akan diberhentikan bantuan dan perlu memohon semula di daerah mereka menetap? Garis panduan ya Pengurusan Bantuan Kewangan untuk bulanan 2025 dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mengenai penamatan skim bantuan bagi penerima yang berpindah tempat tinggal ke daerah ataupun negeri lain. Bertujuan untuk memastikan proses pemantauan dan semakan bantuan berjalan dengan lebih lancar dan juga efektif. Selain itu, sistem pemantuan... pemantauan dan semakan adalah penting bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Apabila penerima bantuan berpindah ke kawasan luar pentadbiran daerah, ia menjadi cabaran untuk JKM melaksana... melakukan semakan dan menilai semula status kelayakan mereka dan dengan cara ini, JKM dapat mengurangkan risiko penyalahgunaan bantuan dan memastikan bahawa penerima yang layak menerima bantuan yang berterusan. Dan walau bagaimanapun, permohonan baharu dari penerima yang telah berpindah ke daerah atau negeri lain akan dipertimbangkan sebaik mungkin dan kebarangkalian untuk lulus adalah tinggi. Sekian terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya kita pergi ke...

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Soalan tambahan boleh tak Dato' Sri Speaker?

Speaker

Sila... sila.

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Terima kasih Dato' Sri Speakar. Berkaitan dengan bantuan kepada OKU ini, saya ingin menanyakan berkaitan dengan elaun murid berkeperluan Pendidikan Khas yang dibayar kepada pelajar-pelajar di Sekolah Harian Kerajaan, tetapi apabila mereka memasuki Sekolah Menengah Agama Negeri, elaun tersebut dihentikan. Apakah kerajaan negeri mempunyai hasrat untuk membayar elaun tersebut kepada pelajar-pelajar OKU di Sekolah Menengah Agama Negeri? Terima kasih Dato' Sri Speaker. Terima kasih.

Terima kasih di atas pertanyaan tambahan dan insya-Allah bila kita mendengar pembentangan Belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja semalam di mana err... pada Jumaat baharu ini di mana rakyat di dahulukan. Insya-Allah mungkin akan ada pertimbangan untuk segi bantuan itu. Sekian terima kasih.

Speaker

Kita terus pergi ke soalan seterusnya. Wakil daripada Tioman.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang Di-pertua, Speaker, saya ingin mengajukan soalan nombor 8. Terima kasih. [Baik pulih gelanggang futsal Kampung Desa Selesa Perpat, Rompin telah diluluskan. Bilakah cadangan bagi pelaksanaan baik pulih gelanggang futsal tersebut?]

Speaker

Yang Berhormat Doktor.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, terima kasih Wakil daripada Tioman atas soalan berkenaan dengan baik pulih Gelanggang Futsal Kampung Desa Perpat, Rompin. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Berdasarkan maklumat daripada Pejabat Pembangunan Negeri Pahang, pelaksanaan baik pulih Gelanggang Futsal Kampung Desa Selesa Perpat Rompin ini diluluskan di bawah peruntukan Projek Mesra Rakyat Tahun 2024 dan agensi pelaksananya adalah Pejabat Pembangunan Negeri Pahang dan projek ini sedang dilaksanakan oleh KMRL LC Enterprise sebagai kontraktor pelaksana dan skop-skop kerja yang terlibat adalah baik pulih gelanggang futsal dan baik pulih pagar gelanggang dengan kos keseluruhan sebanyak RM70,000.00 dan kerja-kerja pembaikan ini telah dimulakan pada 6 Oktober lalu dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 29 Disember ini. Dan kerja-kerja yang masih berbaki adalah berkait kerja pemasangan getah dan sehingga kini status semasa projek adalah 80%. Insya-Allah Kerajaan Negeri Pahang akan sentiasa memberi kerjasama dan memantau setiap kerja berkait dengan infrastruktur sukan di negeri ini yang dilaksanakan oleh agensi-agensi melibatkan kemudahan sukan di peringkat komuniti di kawasan setempat insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Yang Berhormat Dato' Speaker, saya ada soalan tambahan sikit. Yang pertama saya ucap tahniah dululah. Terima kasih kepada wakil kerajaan kerana telah berusaha untuk satu jumlah lebih kurang RM70,000.00 untuk penambahbaikan pada gelanggang tersebut dan terima kasih juga kepada Wakil Kerajaan kerana di Tekek, Kampung Tekek, Pulau Tioman juga RM500,000.00 dan Selendang RM180,000.00 telah dibuat penyerahan baharu-bahari ini.

Soalan saya, gelanggang yang lebih besar sedikit iaitu Stadium Minii. Apakah status pada masa ini di bandar Kuala Rompin? Adakah akan dilaksanakan pada tahun ini juga atau bagaimana? Dan yang keduanya status litar lumba ini gelanggang lebih besar sikit yang mana pernah diluluskan pada suatu ketika dahulu RM40 juta. Adakah hasrat rancangan ini akan diteruskan dan Rompin ataupun daerah Rompin bersedia untuk menyediakan lokasi tapak litar permotoran tersebut? Terima kasih.

Terima kasih. Wakil dari Tioman. Yang Berhormat Speaker, berkenaan dengan Kompleks Sukan Mini di Rompin, saya difahamkan bahawa pihak JKR ibu pejabat sedang dalam proses penyediaan drawing dan juga BQ dan insya-Allah kalau daripada maklumat yang diterima, akan ditender projek ini pada Mac atau April pada tahun hadapan.

Berkenaan dengan cadangan untuk penyediaan litar permotoran. Sememangnya ini dinanti-nantikan sangat oleh anak muda di seluruh negeri Pahang ini kerana sehingga kini kita masih belum memiliki litar permotoran ini. Dan sekarang insya-Allah, alhamdulillah dah masuk tahun kedua penganjuran RXZ Fighter. Saya ingat yang baharu-baharu ini pun menghimpunkan lebih 70,000 orang di Teluk Chempedak yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pahang dan kita memang dapat maklum balas yang banyak daripada anak muda untuk penyediaan litar lumba permotoran ini dan untuk makluman Yang Berhormat, ada dua cadangan untuk litar lumba ini er... litar permotoran minta maaf yang pertamanya litar drag.

Litar drag ini sekarang kita cadangkan di Pekan sebab infrastrukturnya dah ada dan saya sendiri telah melawat litar tersebut buat lawatan rasmi bersama dengan MAM, Motorsport Association of Malaysia bersama dengan Timbalan Presidennya, Dato’ Rhiza dan kita telah bersetuju dan pihak kerajaan negeri telah mengemukakan peruntukan permohonan peruntukan kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk kita bina balik litar drag di Pekan dan yang litar permotoran yang Berhormat Tioman kata tadi saya rasa cadangannya di Temerloh kalau tak silap saya iaitu ketika Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohamad Najib Tun Razak.

Walau bagaimanapun pada 2018, saya difahamkan cadangan itu dibatalkan oleh kerajaan yang baharu mengambil alih pada ketika itu, litar lebih kurang RM40 juta. Jadi sejak dibatalkan, tiada cadangan baharu daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan dan litar kedua yang kita cadang selepas litar drag di Pekan adalah litar untuk motorsport yang kita cadang untuk dibina di sebelah daerah-daerah di Pahang Barat. Insya-Allah kita tengah sikit lagi kita perincikan dan kita akan maklum kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan dan dah memang ada understanding atau persetujuan bersama dengan pihak Kementerian Belia dan Sukan ini untuk Pahang kemukakan

satu cadangan litar motorsport ini dan insya-Allah melibatkan satu kawasan di daerah Pahang Barat, Yang Berhormat. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya soalan nombor 9, ADUN Lantikan.

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Dato’ Sri Speaker, soalan saya soalan nombor 9.

[Jualan Rahmah di semua DUN di seluruh negara memberi banyak kebaikan kepada rakyat walaupun harga barangan tidaklah seteruk sekitar akhir tahun 2020 dan 2021. Di samping Jualan Rahmah yang sedia ada, adakah kerajaan negeri bersedia untuk menambah jumlah Jualan Rahmah supaya ianya lebih kerap atau tidak hanya bersifat mobile sebaliknya secara tetap di sesebuah pasar raya setempat?]

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Dato’ Sri Tuan Speaker, untuk menjawab soalan nombor 9. Program Jualan Rahmah merupakan program jualan barangan keperluan harian yang terdiri daripada barangan makanan. Program ini dilaksanakan dengan penglibatan peruncit hypermarket, pasar raya besar, pasar raya, pasar raya mini dan kedai runcit serta operator program Jualan Rahmah yang bergerak yang terpilih.

Premis dan operator ini juga merupakan rakan-rakan strategik kepada program Jualan Rahmah yang digalakkan untuk memberi pengurangan harga barangan semasa program jualan berlangsung antara 10 hingga ke 30% berbanding harga pasaran semasa. Berdasarkan lokasi pelaksanaan program Jualan Rahmah untuk dinikmati oleh rakyat Pahang dengan tujuan utama mengurangkan kos sara hidup.

Terdapat tiga kaedah pelaksanaan Jualan Rahmah di negeri Pahang tersebut. Jenis pelaksanaan di dalam premis pasar raya, jenis pelaksanaan di luar di kawasan terbuka luar atau berdasar keperluan ditentukan khas, jenis pelaksanaan secara bergerak di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan premis peruncitan terutamanya di luar kawasan bandar. Program ini disasarkan untuk dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali sebulan di setiap 42 DUN di negeri Pahang, dengan kerjasama premis-premis peniaga serta operator yang terpilih berdasarkan garis panduan pelaksanaan Program Jualan Rahmah ini telah yang ditetapkan sehingga 30 hari bulan November 2025.

Program Jualan Rahmah yang telah dilaksanakan adalah sebanyak 1,345 kali berbanding 1,008 yang disasarkan setahun. Pelaksanaan yang lebih kerap ini telah memberi peluang kepada seluruh rakyat Pahang untuk menikmati harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran. Program Jualan Rahmah ini juga turut dilaksanakan secara berhemah, berhemah bagi mengurangkan kos sara hidup pada tempoh tertentu.

Sebagai contoh, mulai 18 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026, Program Jualan Rahmah yang tema Kembali ke Sekolah dengan izin, ‘Back to School’ akan dilaksanakan di premis-premis terpilih di seluruh negeri Pahang bagi memastikan ibu

bapa dapat membeli kelengkapan sekolah anak-anak dengan harga yang jauh lebih murah. Di samping itu, dalam minggu yang sama iaitu 18 hingga 27 Disember 2025, Program Jualan Rahmah yang bertemakan Hari Krismas juga akan dilangsungkan di beberapa premis terpilih bagi memberikan peluang rakyat Pahang membuat persediaan membeli barang keperluan untuk menyambut Hari Krismas.

Selain dari Jualan Rahmah, Kerajaan Negeri Pahang turut melaksanakan Program Jualan Makmur Kluster Perayaan sebagai satu-satu strategi penting dalam membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat menjelang musim perayaan utama.

Program Jualan Makmur juga dijalankan secara jualan, jualan dalam premis yang juga secara bergerak bergantung kepada kesesuaian lokasi dan keperluan masyarakat setempat. Usaha ini bertujuan memastikan lebih ramai rakyat dapat menikmati harga barangan yang lebih rendah serta akses yang lebih mudah kepada keperluan harian. Melihatkan sambutan yang amat menggalakkan, kerajaan negeri akan meneruskan kesinambungan program ini bagi memastikan rakyat Pahang terus menikmati penjimatan yang besar melalui usaha mengurangkan kos dan penyelesaian harga mampu milik yang berkesan.

Dato’ Sri Speaker, soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Exco di atas jawapan dan juga saya mengucapkan setinggi terima kasih kepada kerajaan negeri yang telah meneruskan kesinambungan untuk mengadakan Jualan-Jualan Rahmah yang saya kira sangat memberikan faedah kepada rakyat di negeri Pahang dan di dalam negara kita pada hari ini.

Soalan saya, soalan tambahan saya, kalau kita lihat er… saya ada kebetulan yang terbaca dalam media ini pada tahun 2022, 2021 ya… harga telur mencapai sehingga RM18.00 sepapan pada waktu itu dan harga minyak masak pada tahun 2021, 2022 dalam Sinar Harian 1 hari bulan Jun 2022 sampai 5 kilo minyak tu sampai RM43.00 sekilo er… satu, satu botol 5 kilo.

Cuma pada hari ini kalau kita lihat, telur sehingga harganya boleh mencapai sehingga RM8.00 ke RM10.00 saja sepapan dan harga minyak masak tu kalau kita, kita tengok di pasar raya- pasar raya atau di kedai seperti Speedmart, nilai bagi sebotol minyak tu hanyalah RM30.00 ataupun mungkin RM29.00, RM27.00 sahaja. Jadi, soalan saya berdasarkan kepada trend penurunan harga keperluan rakyat ini seolah-olah semakin menurun. Kalau kita tengok beras tempatan pun telah ada di pasaran.

Jadi, soalan saya masih adakah lagi rakyat yang memberikan sokongan kepada Jualan Rahmah ni di saat barang-barang keperluan mereka telah pun mengalami penurunan harga di pasaran biasa pada hari ini. Itu sahaja, Exco.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih kepada ADUN Lantikan, terima kasih bangkit isu telur. Telur ni masa saya ambil alih semasa saya sebagai Exco, kiri, kiri kanan kita kena cari telur, tak tahu mana itu telur pergi. Saya kena cari telurlah Tuan Speaker. Itu sebablah lepas kita tu kita cuba import, pernah import.

Speaker

YB, telur tu pergi mana?

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Tak tahulah mungkin ayam tak nak bertelur ke? Kita terpaksa import dari India dan masa itu kita cuba kawal dan masa itu harga bawah kawalan tetapi sekarang kita telur tiada kawalan tapi telur tiba-tiba muncul pula. Tak tau mana penuh sesak sekarang. Dulu nak cari sepapan pun susah. Juga antara minyak, dulu memang betul. Bukan 40 lebih, sampai 50 lebih pun ada tapi sekarang dengan kawalan yang ada yang kita kawal dengan pemerintahan kerajaan yang betul-betul menjaga rakyat. Harga diturunkan kepada 30 lebih. Kalau ada tambah lagi Jualan Rahmah atau Jualan Makmur itu lagi murah, mungkin dalam RM30.00 saja. So, pandai-pandailah pilih kerajaan. Haa tulah, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, soalan nombor 10.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Tunggu sampai berpeluh, soalan saya nombor 10. [Apakah dasar dan pelan strategik kerajaan negeri dalam menjadikan tapak warisan UNESCO seperti Tasik Chini dan kawasan Orang Asli di Rompin sebagai pelancongan lestari berpaksikan komuniti (community-based tourism).]

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan Yang Berhormat Luit. Bagi menjadikan Tasik Chini Tapak Rizab Biosfera UNESCO sebagai destinasi lestari berpaksikan komuniti atau dengan izin, community-based tourism, kerajaan negeri merangka dasar dan pelan strategik berdasarkan tiga teras utama iaitu pemuliharaan alam sekitar, pemberdayaan komuniti dan pembangunan pelancongan berimpak rendah.

Pertama, dari segi pemeliharaan aktiviti perlombongan di Tasik Chini telah dihentikan dan tiada lesen baru dikeluarkan sejak tahun 2019. Kawasan ini kekal sebagai Hutan Simpanan Kekal dan Zon Sensitif Ekologi di bawah status UNESCO. Selain itu, kerajaan negeri juga memperuntukkan 2.7 juta melalui PTNP, Perbadanan Taman Negeri Pahang untuk memperkasakan warisan budaya dan semula jadi untuk pelancongan. Kedua, melalui PTNP, kerajaan negeri melaksanakan Pelan Pengurusan Tasik Chini Bersepadu ini melibatkan 18 agensi dan 4 perkampungan Orang Asli. Ketiga, pemuliharaan ekosistem, program restorasi hutan dan tasik dilaksanakan bersama Jabatan Perhutanan Negeri, Jabatan Perhutanan Negeri, Malaysian Nature Society (MNS), program CSR korporat dan usaha ini telah menunjukkan hasil positif bagi pemulihan habitat akuatik. Kita dapat menyaksikan bahawa spesies-spesies ikan telah muncul semula yang sebelum ini tidak… kita susah nak kesan. Tapi sekarang mereka sudah muncul semula iaitu ikan lampam, ikan kelah,

ikan toman bunga dan petunjuk ini sangat penting untuk menunjukkan bahawa kualiti ekosistem Tasik Chini semakin baik.

Keempat, dari sudut pelancongan lestari berpaksikan komuniti, komuniti Jakun terlibat secara langsung dalam aktiviti interpretasi budaya, jelajah hutan, demonstrasi amalan tradisi dan program konservasi.

Kelima melalui model perkongsian pengurusan dengan izin co- management, komuniti Jakun bersama dengan PTNP juga menyertai dalam penyelidikan pengurusan kawasan secara serta pembangunan produk pelancongan dan Jawatankuasa Pengurusan Bersama sedang dimuktamadkan untuk memastikan suara komuniti tempatan menjadi sebahagian daripada keputusan rasmi kerajaan. Dan untuk kawasan Rompin, pendekatan Corp CBT turut diperkukuh di kawasan Kampung Sungai Mok, Air terjun Jaang dan Padang Batu. Komuniti dilatih sebagai pemandu arah, penggiat budaya, penghasil kraf dan pengendali pengalaman tradisional untuk membangunkan produk eko-pelancongan yang autentik dan berasaskan komuniti. Terima kasih.

Yang Berhomat Speaker. Soalan tambahan.

Speaker

Sila.

Bukan soalan… ucap terima kasih je.

Speaker

Wakil… wakil… Terima kasih je?

Terima kasih je.

Speaker

Ingat nak tanya soalan. Kita bagilah yang bertanya soalan dulu. Okay, sila wakil daripada Chini.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri. Er… Soalan saya, adakah pihak kerajaan berhasrat untuk membuka semula kawasan resort di Tasik Chini tersebut?

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat Chini. Memang ini satu soalan yang dijangka… sangat hot di sidang Dewan. Jadi untuk setakat ini, resort Tasik Chini masih dalam tindakan PSK untuk mendapatkan pelabur untuk buka semula. Walau bagaimanapun, pelancongan di Tasik Chini tidak terjejas walaupun resort belum dibuka lagi. Sebab kita masih ada kemudahan Pusat Penyelidikan Tasik Chini.

Untuk maklumat Yang Berhormat-Yang Berhormat er... Pusat Penyelidikan Tasik Chini, dia menawarkan fasiliti tempat penginapan, tapak perkhemahan… perkhemahan ada bot, ada kayak, ada denai, ada surau, ada bilik mesyuarat dan dia memang mendapat sambutan yang baik. Saya difahamkan bahawa hampir setiap hujung minggu tempahan untuk pusat penyelidikan di Tasik Chini memang penuh dan mereka juga menawarkan pakej-pakej eksplorasi. Ada pakej eksplorasi Orang Asli, ada pakej eksplorasi Tasik Chini, ada pakej eksplorasi hutan juga dan ini menunjukkan bahawa pelancongan di Tasik Chini masih relevan. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Seterusnya soalan terakhir, soalan nombor 11 wakil daripada Kuala Sentul.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Pilihan raya tahun depan nampak jelas. Soalan saya No. 11. Terima kasih.

[Berapa banyak program STRFP yang terlibat khusus di DUN Kuala Sentul dan Adakah permohonan semakan pelan dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Maran?]

Speaker

Yang pasti di Melaka.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua, terima kasih pada sahabat saya, Kuala Sentul. Pilihan raya bukan kita punya rancangan, orang lain punya rancangan, insya-Allah.

Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Pertamanya, saya ingin menyatakan soalan pertanyaan yang telah pun diberikan iaitu soalan 11. Dua soalan yang telahpun diutarakan iaitu berapa banyak program STRFP yang terlibat khusus di DUN Kuala Sentul dan adakah permohonan semakan pelan dikemukakan kepada Pejabat Daerah dan juga Tanah Maran.

Pertama kali Yang… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua, saya ingin merakamkan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’

Sri Diraja Menteri Besar Negeri Pahang yang prihatin dan peneroka ini kena wajib beritahu sebab apa… atas daya usaha dan idea yang juga untuk melaksanakan pelbagai program-program inisiatif kepada peneroka. Dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita terdapat 63 buah rancangan Felda di negeri Pahang yang terlibat dalam pelaksanaan Skim Tanah Rancangan FELDA Pahang ataupun STRFP.

Mengikut wilayah seperti berikut, dalam Pahang ni kita ada tiga wilayah iaitu pertamanya FELDA Wilayah Mempaga sebanyak 26 bilangan rancangan, keduanya Wilayah Jengka kita punya 20 dan juga Wilayah Kuantan punya 17 menjadikan 63. 63 pelaksanaan bilangan rancangan yang sedang dijalankan. Bagi tujuan semakan pelan dan juga pengesahan teknikal, Sesi Libat Urus bersama Pejabat Daerah dan juga Tanah telah pun dilaksanakan seperti berikut.

Antaranya sesi roadshow berada di Lipis pada 26 Jun 2025 yang lalu dan juga PDT Bera pada 8 Julai yang lalu dan juga Bentong dan juga Raub dilaksanakan pada 9 Julai yang lalu dan juga Muadzam Shah dan Rompin dilaksanakan pada 17 September yang lalu dan juga Kuantan yang insya-Allah akan dilaksanakan selewat-lewatnya penghujung Disember ini, insya-Allah. Kesemua sesi tersebut ini dilaksanakan bagi tujuan semakan dan juga pengesahan pelan oleh pihak pejabat daerah dan juga tanah ataupun PDT sebelum tindakan selanjutnya, pelaksanaan STRF di… diteruskan di peringkat yang seterusnya.

Selain daripada itu, sesi bersama Pengurus Rancangan FELDA Wilayah Kuantan bawah daerah Rompin dan juga Muadzam Shah juga telah dilaksanakan pada 1 Oktober yang lalu sebagai sebahagian proses pelaksanaan dan juga pengakhiran akhir. Ini antara satu perkara yang telah diselesaikan dan juga Yang Berhormat Kuala Sentul bertanyakan soalan yang kedua iaitu apakah persoalan yang diberikan kepada pihak kami iaitu adakah permohonan semakan dikemukakan kepada pihak Pejabat Daerah dan Tanah Maran iaitu sebanyak enam rancangan FELDA di bawah DUN Kuala Sentul terlibat dalam pelaksanaan Skim Tanah Rancangan FELDA iaitu semuanya terletak dalam daerah Maran di bawah Zon Sentul seperti berikut, iaitu pertamanya Jengka 1 dan atau kita jangkakan Jengka 1, Jengka 3, Jengka 5, Jengka 6 Jengka 7 dan termasuk Bukit Tajau sebanyak 1,793 lot dianggarkan yang telah pun kita rangkakan mengikut kesesuaian.

Menjawab persoalan semakan pelan di peringkat daerah dan juga Pejabat Tanah Maran. Untuk makluman pihak Dewan, pihak PDT Maran telah menerima sebanyak 17 permohonan semakan pelan STRF daripada pihak FELDA. Daripada jumlah tersebut, 16 permohonan melibatkan kawasan di bawah penyeliaan FELDA Wilayah Jengka manakala 1 permohonan lagi berada di bawah penyeliaan FELDA Wilayah Kuantan. Daripada 16 permohonan di bawah FELDA Wilayah Jengka tersebut, sebanyak 3 kawasan terletak di dalam kawasan Kuala Sentul iaitu Jengka 1, Jengka 3 dan juga Jengka 5.

Kesemua permohonan ini telah melalui proses semakan pentadbiran dan juga teknikal oleh pihak PDT Maran dan beberapa ulasan serta syor penambahbaikan telah dikemukakan termasuk pengeluaran kawasan berisiko iaitu penambaikan jajaran jalan serta penyelarasan keluasan lot selaras dengan dasar semasa kerajaan negeri. Pihak PDT Maran telah mengemukakan beberapa ulasan dan juga syor pentadbiran serta teknikal untuk penambahbaikan pelan. Antaranya mengeluarkan bangunan kediaman, kedai, kuarters guru dan juga bangunan awam seperti balai raya dan juga pelan STRF. Keduanya mengeluarkan kawasan berbukit tinggi, rendah, lembah dan juga kawasan-kawasan yang berisiko banjir.

Seterusnya menyemak jajaran jalan agar tidak bersimpang empat bagi mengurangkan… mengurangkan risiko-risiko kemalangan dan juga menyemak semula lot supaya lebih sesuai iaitu setiap 3,000 kaki persegi yang telah pun kita lancarkan bahawa sebelum ini. Pihak FELDA sedang menambah baik pelan berdasarkan komen dan juga syor daripada pihak PDT Maran sebelum pelan muktamad dikemukakan semula untuk pengesahan rasmi.

Sebagai kesimpulannya Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, kerajaan negeri melalui kerjasama erat bersama pihak FELDA, Pejabat Daerah dan juga Tanah serta agensi teknikal berkaitan untuk memastikan pelaksanaan Skim Tanah Rakyat FELDA Pahang ini dilaksanakan secara berfasa, berhemah dan juga berteraskan pematuhan sepenuhnya kepada keperluan teknikal, keselamatan dan juga perundangan. Itu antaranya yang telah diberikan Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kita… ada juga soalan tambahan. Kita… tak apalah. Alang- alang kita dah lambat, biar lambatlah terus. Siapa nak dulu?

Speaker

Kita bagi yang bertanya dulu. Bagi… lepas tu kita bagi Chini. Lepas tu saya buka lagi kalau ada.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan tahniahlah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebab melancarkan STRF ini bagus untuk generasi kedua peneroka FELDA. Cuma ada satu isu yang saya ada di kawasan saya ini, FELDA Jengka 2 er… seperti Yang… Yang Berhormat Exco maklum tadi tak termasuk dalam STRF… Projek STRF yang disebutkan tadi. FELDA Jengka 2 ni tanah-tanah lot itu dah dipecahkan... er… dan geran pun dah diberi jadi itu masalah yang sebenar yang saya akan bangkitkan. Sepatutnya bila ada perancangan contoh tadi perancangan perumahanlah YB Bebar bagitahu mesti ada planning, mesti ada kelulusan daripada agensi-agensi sekurang-kurangnya 17 agensi atau 20 untuk pembangunan kawasan. Jadi di Jengka 2 ini kita ada lebih kurang 63 lot tanah dan dah dibagi geran er… dah diberi geran oleh er… Pejabat Daerah tapi tak ada perancangan infrastruktur er… infrastruktur, tiada perancangan apa ini perparitan dan rumah-rumah ini, tanah lot ini diberi lebih kurang 3,000 kaki persegi hingga 4,000 kaki persegi. Jadi macam mana anak-anak peneroka ini nak buat rumah kalau infranya tak ada, er… eletriknya tak ada, apinya tak ada macam mana nak buat rumah. Jadi saya bimbang YB Dato’ Sri Speaker kawasan er… kawasan tersebut akan menjadi kawasan setinggan dalam FELDA. Jadi saya harap pihak terutama sekali YB Exco FELDA ambil berat perkara ini dan juga YB Bebar lah yang er… sorry ya [ketawa] yang juga merupakan Exco PBT yang meluluskan er…

Speaker

Yang Berhormat, boleh cepat sedikit tak bercakap?

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

… yang meluluskan er…

Speaker

Sebab semuanya dah lapar belaka dah ini. [ketawa]

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Sebab isu ini panjang sebab bila er… bila…

Speaker

Tak apa, saya bagi lima minit lagi. [Ahli Dewan ketawa]

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Okay, sebab saya tengok isu ini dia jadi satu projek yang tak termasuk dalam program kerajaan yang dilakukan oleh segelintir kumpulan penduduk di situ. Jadi itu er… isu… isu sebenar sebab bila saya check er… dengan…

Mencelah sedikit boleh? Tadi nak tanya ini kawasan FELDA ke kawasan er… kawasan kerajaan negeri?

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Kawasan FELDA.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Tak er… tak… nak bagitahu sedikit tadi pasal… boleh mencelah? Terus jawab sahajalah nanti karang lupa boleh? Bolehlah…

Speaker

Bagi er… bagi dia habis tanya soalan dahulu lepas itu jangan bangun dah… kita bagi pula yang itu er… lepas itu kita nak keluar minum kalau ada lah wakil daripada Chini. Haa… tak apa boleh tiga soalan lagi, sila. [Ahli Dewan ketawa]

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Dah lupa dah soalan tadi er… ini PBT. PBT, macam mana PBT boleh meluluskan perancangan ini er… terhadap projek ini dan tanpa geran sedangkan tak termasuk dalam STRF. Projek ini kalau mengikut jawapan Yang Berhormat er… Pelangai cuma satu sahaja STRF yang telah… telah siap iaitu di Keratong 5 yang menghadapi masalah sekiranya projek di Jengka 2 ini diteruskan. Terima kasih.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih banyak Yang Berhormat er… Kuala Sentul dengan soalannya. Saya yakin dan percaya ramai lagi di belakang sini sahabat-sahabat saya ini anak peneroka FELDA termasuk saya jugalah er… termasuk ramai dalam ini memang ini antara salah satu perjuangan Kerajaan Negeri termasuklah Barisan Nasional ini. Memang kita utamakan anak-anak peneroka ini ya untuk mendapatkan satu perumahan. Apa yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Kuala Sentul itu pihak kami kerajaan negeri telah pun sedang menyelaraskan er… bersama dengan LPHP untuk menyelaraskan semula jika berlaku… jika berlaku… jika berlaku problem yang ataupun masalah dengan izin, yang berlaku di dalam kawasan Yang Berhormat.

Sebab itu antara yang kita telah letakkan di sini dan di Jengka 1 hingga begitu jauh 1,700 itu kita pantau dan itu selain daripada pergi rumah itu, beri tanah kita ada satu program-program khusus untuk anak-anak peneroka ini untuk mendapatkan peluang perumahan. Sebab itu di antara yang kita kerjasama kali ini kita melihat infrastruktur ini paling penting sebab itu apabila memberikan tanah tanpa satu program yang khusus, dia akan mengakibatkan tanah setinggan tadi berlaku. Sebab itu pihak kerajaan negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja kita memikirkan kaedah yang lebih sesuai untuk menjadikan semua kawasan-kawasan ini dapat didapat er… dapat diduduki dengan lebih sempurna kepada terutama sekali untuk rakyat Pahang dan juga warga generasi peneroka FELDA. Terima kasih banyak Yang Berhormat. Terima kasih banyak Dato’ Sri.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya nak sentuh sedikit sebab dia mesti nak itu kat saya juga. [Ahli Dewan ketawa] Tak tahu kenapa ada benda tak puas hati ini berkenaan dengan pentadbiran FELDA ini Yang di-Pertua, dengan PBT ini dia perkara yang berbeza dan sampai sekarang pun masih peringkat perbincangan lagi antara pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan juga KPKT kerana kita melihat bahawa sekarang kita apa yang kita nak supaya pada masa akan datang ada sebahagiannya pentadbiran di bawah PBT itu boleh di er… kita uruskan untuk FELDA tapi masih tak boleh berjalan dengan baik kerana kadang-kadang perancangan di FELDA ini berlaku kita memerlukan juga kebenaran merancang sepatutnya tak boleh kita pakai buat sahaja.

Tapi masih boleh tak boleh dilaksanakan jadi kita harap pihak kerajaan esok, akan datang dapat merealisasikan supaya seluruh pembangunan kawasan dalam negeri Pahang ini contohnya termasuklah kawasan FELDA ini bila nak buat bangunan-bangunan, perumahan-perumahan mesti mendapat kelulusan kebenaran merancang daripada pihak kerajaan negeri ini supaya dapat teratur, parit itu teratur, airnya teratur.

Kalau tak ada kebenaran tak boleh buat macam tadi rakan saya daripada Beserah pertikaikan Yang Amat Berhormat Menteri Besar beritahu kebenaran merancang ada macam lembaga perumahan kita ada tak luluskan projek, kebenaran merancang tak diluluskan kerana tak ada bekalan air itu tak boleh buat dan kebenaran merancang itu tak boleh diberikan makna projek itu tak boleh jalan sekiranya tak ada kebenaran merancang jadi kalau boleh la er… FELDA, PBT ini esok boleh bersama, kita boleh menguatkuasakan akta perancangan ini dalam kawasan FELDA masih tak boleh dilaksanakan lagi. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker yang handsome lagi baik hati. Er… saya pertama saya nak ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan dan juga FELDA yang berjaya membangun dan juga menyediakan 16,000 lot Skim Tanah Rakyat FELDA Pahang. Apa yang saya lihat satu perkara yang akan berlaku akan datang adalah apabila kita memberi peluang kepada anak-anak peneroka di kawasan FELDA ini mereka bekerja sendiri dan juga er… sukar untuk membayar premium. Apakah kerajaan negeri yang prihatin ini dapat membantu mengurangkan kadar premium lot tapak rumah tersebut. Terima kasih.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih kepada Yang Berhormat Chini di atas persoalan sebagai salah satu anak er… salah seorang anak peneroka yang perjuangkan peneroka dulu, kini dan selamanya insya-Allah dan apa yang persoalkan tadi Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker bahawasanya premium tanah ini di atas pihak kerajaan negeri insya-Allah Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Negeri Pahang sangat prihatin kepada peneroka termasuk anak-anak peneroka. Insya-Allah Yang Berhormat Chini, kita akan syorkan kepada pihak kerajaan negeri agar premium dapat dikurangkan sebaik yang mungkin. Insya-Allah ini kita akan perjuangkan habis-habisan. Insya-Allah. Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Yang Berhormat Chini, soalan macam itu masa minum boleh tanya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita selesai membincangkan 11 pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan pagi ini untuk minum pagi dan persidangan disambung semula pada pukul 12.05 tengah hari. Persidangan ditempoh.

[Persidangan ditempohkan pada pukul 12.05 tengah hari]

Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2026Bill

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga: Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2026.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis sekarang ialah suatu Enakmen untuk bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2026 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu dan satu Usul yang berbunyi bahawa Dewan ini mengikut peraturan mengikut peruntukan Seksyen 9 Akta Wang, Akta Kumpulan Wang Pembangunan dan mengikut ketetapan yang menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Perbekalan Air, dengan ini bersetuju meluluskan perbelanjaan bagi tahun 2026.

Daripada kumpulan wang tersebut sebagaimana yang ditetapkan di dalam Rang Undang-undang, Rang Perbelanjaan Bahagian I, II dan III Tahun 2026 yang dibentangkan dalam persidangan ini sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan DN 29/2025. Rang Undang-undang dan Usul ini telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada Jumaat, 5 Disember 2025 dan telah pun mendapat sokongan. Rang Undang-undang dan Usul ini akan dibuka untuk dibahas. Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa ruang perbahasan yang diberikan perlulah digunakan dengan sebaiknya. Ahli-ahli Yang Berhormat perlulah berbahas dengan berhemah menyampaikan hujah-hujah dengan bernas dan tidak terlalu panjang. Setiap Ahli Yang Berhormat diberi masa 15 minit sahaja bagi perbahasan. Seperti yang dimaklumkan, saya telah mengatur jadual perbahasan yang melibatkan 15 orang Ahli Yang Berhormat berbahas pada hari ini.

Saya juga memaklumkan bahawa kertas-kertas Mesyuarat Dewan Negeri yang telah diedarkan di dalam fail persidangan adalah bersifat EMBARGO dan tidak dibenarkan untuk diulas dan dibahas sebelum tarikh pembentangan. Saya ingin merujuk kepada Peraturan Mesyuarat Dewan Negeri Pahang, Perkara 19 (4). Semua kertas mesyuarat, Rang Undang-undang atau risalah mesyuarat yang akan diembargo hingga suatu tarikh yang dinyatakan hendaklah dilekatkan slip pada maksud itu dan mana-mana orang yang mengeluarkan kertas-kertas mesyuarat, rang undang-undang atau risalah mesyuarat tersebut atau sebahagian daripadanya sebelum tarikh yang dinyatakan hendaklah disifatkan telah melakukan satu perbuatan menghina Majlis. Baiklah, Ahli Yang Berhormat sekalian saya ingin menjemput Ahli Dewan Negeri dari kawasan Padang Tengku untuk berucap. Silakan.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera. Salam Pahang 1st.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Terima kasih kerana memberi ruang dan peluang untuk saya membahaskan Belanjawan Negeri Pahang 2026 yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar pada 5 Disember hari Jumaat yang lalu. Saya nak mulakan dengan pantun,

Bunga tanjung mekar berseri, Harum semerbak di hujung dahan, Belanjawan Pahang sarat berisi, Semua peringkat mendapat sentuhan.

Pahang 1st gagasan rakyat, Rakyat didahulukan, kemakmuran dipertahankan, Pahang juara kebajikan rakyat, Semoga diberkati rahmat berpanjangan.

Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Tok Wan yang telah berjaya membawa Kerajaan Negeri Pahang ke tahap yang begitu cemerlang. Sehingga hari ini kita semua gembira. Hari ini kita semua dah tak malu-malu lagi untuk mengaku kita sebagai anak Pahang dan bersedia untuk di mana-mana sahaja mengaku kita adalah anak Pahang. Kejayaan ini...

Speaker

Yang Berhormat makan gula-gula ke tu? Kalau makan gula-gula tu, dia bunyi tu dia... kita recording susah sikit. Jadi elok dibuang gula-gula tu dan kita macam biasa, cakap macam biasa, sebab dia bunyi cak... cak... cak.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Kejayaan ini dapat kita tandai, ditandai oleh pencapaian kutipan hasil yang melebihi RM1 bilion sejak tiga tahun, empat tahun berturut-turut, peningkatan KDNK dan juga pertumbuhan yang melebihi kadar pencapaian paras nasional juga kemasukan pelaburan yang melebihi sasaran. Peningkatan jumlah pekerjaan, pengurangan kadar pengangguran dan juga kerajaan Pahang telah menerima Sijil Ketua Audit Negara Tanpa Teguran bagi Penyata 2024. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pahang telah ditadbir dengan baik, bersih, jujur, berintegriti dan cekap melalui komitmen dan iltizam raja pemerintah, para pemimpinnya, pentadbir dan penjawat awam serta kestabilan politik yang sedia wujud di negeri ini.

Maka justeru itu, kemakmuran dan kebahagiaan yang sedang dinikmati ini perlulah dipertahankan dan diteruskan tanpa perlu digoyang dan dihogah-hogah lagi, takut-takut nanti “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”, “mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan”, “burung terbang dipipiskan lada”, “seperti anjing mengejar bayang bayang”. Jangan jadi seperti cerita klasik lebai Pak Malang. Lebai Malang dan juga Pak Kaduk yang ayamnya menang tetapi kampungnya tergadai.

Dato' Sri Yang... Dato' Sri Speaker, saya ingin menyentuh dalam perbahasan ini ialah berkaitan dengan teras yang pertama iaitu mempertabatkan Islam dan memelihara institusi raja-raja dan mengangkat warisan budaya.

Teras ini merupakan satu teras yang amat penting dan ia sebenarnya menjadi asas kepada kewujudan negara Malaysia yang termaktub seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara. Islam sebagai agama rasmi. Raja sebagai ketua negeri masing-masing, raja juga sebagai ketua agama Islam dan di dalam negeri Pahang ini di bawah Fasal Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang Perkara 24 (1) menegaskan bahawa raja sultan adalah ketua bagi agama Islam dan juga takrifan bagi menentukan Melayu dengan menentukan Islam dengan bukan Islam juga ada

dimaktubkan dalam Perlembagaan iaitu Perkara 160 (2) iaitu Melayu ialah beragama Islam, berbahasa er... Islam itu ialah beragama Islam. Melayu itu beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Dan inilah di antara apa yang cuba digarapkan oleh Pahang 1st melalui sasaran ataupun teras iaitu memartabatkan agama Islam dan memelihara er... institusi raja-raja dan mengangkat martabat warisan budaya. Dan ini terbukti dengan kesungguhan kerajaan, kita melaksanakan atau membina mewujudkan Akademi Pahang 1st sebagai usaha untuk meningkatkan jati diri dan juga kefahaman tentang kenegaraan.

Dalam hal ini, saya amat berbesar hati menerima atau gembira dengan peranan yang diberikan kepada Perbadanan Muzium Negeri Pahang dengan peruntukan sebanyak RM18.52 juta iaitu bagi manfaatkan usaha-usaha untuk memartabatkan hal-hal berkaitan dengan warisan budaya. Di sini saya ingin bertanya sedikit tentang kewujudan rancangan mewujudkan Galeri Diraja yang dicadangkan dibina atau diwujudkan di bangunan Pahang Club di Kuala Lipis yang hari ini usang dan uzur. Dan saya ingin mendapat kepastian apakah status dan berapakah peruntukan yang diperuntukkan bagi menyedia dan memperbaiki bangunan dan bilakah ianya akan dimulakan?

Dato' Sri Speaker, kerajaan juga di antara lain telah mengiktiraf atau mengangkat beberapa masjid sebagai masjid warisan. Ini merupakan satu langkah yang terpuji. Merujuk kepada Masjid Lama Lipis, yang juga dikenali sebagai Masjid 188 yang merupakan satu ikon sejarah yang... yang utama di daerah Lipis. Saya mengucapkan terima kasih di atas pengiktirafan itu. Dan saya juga dimaklumkan oleh Jabatan Agama Islam atau Pejabat Agama Islam Daerah Lipis bahawa, masjid itu pun telah diberikan kebenaran untuk mengerjakan solat Jumaat, tetapi malangnya ia tidak dilapat dapat dilaksanakan berikutan dengan isu er... keselamatan yang berkaitan dengan struktur bangunan yang di... dilihat tidak begitu selamat.

Namun begitu, er... masjid itu masih menjalankan kegiatan-kegiatan biasa, cuma dia tak laksanakan solat Jumaat sahaja. Dia jalankan aktiviti-aktiviti solat waktu seperti biasa. Dia melaksanakan aktiviti keagamaan seperti sembahyang terawih dan lain-lain aktiviti. Maknanya di sini, saya nampak macam ada satu kompromi yang berkaitan dengan isu keselamatan itu. Jadi saya nak minta daripada kerajaan negeri melihat perkara ini supaya, er... ada peruntukan... diperuntukkan untuk membaiki masjid warisan Lipis itu, masjid lama Lipis itu, untuk ia dapat digunakan. Sedangkan er... untuk makluman er... Dato' Sri Speaker, Imam, Bilal semua telah pun dilantik dan mereka masih ditugaskan di sana.

Selain daripada itu, saya juga telah mengenal pasti er... bahawa, di... di daerah Lipis ini, banyak masjid-masjid lama yang mempunyai nilai-nilai sejarah, khususnya berkaitan dengan kedatangan Islam di negeri ini dan juga tempat di mana ulama-ulama islam mengajar dan membuat pengajian.

Tetapi kebanyakan masjid-masjid ini, telah pun er... terbiar begitu sahaja. Jadi saya telah kenal pasti beberapa buah masjid diantaranya ialah Masjid Kampung Pagar di Mukim Penjom, yang berumur lebih daripada 200 tahun dan ada kehendak ataupun perancangan dibuat oleh masyarakat di situ untuk mengangkat semula masjid ini. Walaupun saya faham masjid ini mungkin berada di kawasan dulunya banjir, tetapi apa kata dan eloknya kita baiki masjid itu dan dibawa satu tempat yang lebih... lebih selamat sebagaimana dibuat kepada Masjid Kampung Laut di... di... di Kelantan yang dipindahkan ke Nilam Puri dan masjid itu besar maknanya kepada penduduk Lipis kerana di situlah tempat lahirnya tempat wujudnya kadi besar er... yang ke-2 bagi

negeri Pahang iaitu Tuan Guru er... Haji Ibrahim er... Haji Ibrahim, Tuan Guru Haji Ibrahim Abu Hurairah. Ini nama cukup besar yang dibanggakan di daerah Lipis khususnya. Dan juga masjid-masjid di kampung... di Kampung Masjid Lama, Kampung Sungai Damak, Masjid Lama, Kampung Tanjung Besar, masjid Lama Kampung Jerangsang. Semuanya ini, merupakan masjid-masjid yang mempunyai nilai sejarah yang begitu elok dan baik untuk kita angkat dia sebagai masjid-masjid yang mempunyai kaitan sejarah dan khazanah negeri Pahang.

Boleh mencelah. Saya nak tanya Padang Tengku setuju tak kalau kita dapatkan masjid lama tu, tapi dalam tu ada mimbar dan saya pasti mimbar pun mimbar yang lama. Jadi kita, mimbar ni saya kira dan boleh jadi barang artifak lah. Dia ada nilai piece of art boleh kumpul balik sama dengan masjid tadi. Terima kasih.

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Saya amat setuju, sebab memang di mimbar-mimbar tu dia mempunyai nilai-nilai kesenian yang amat tinggi menunjukkan kebesaran er... apa ni kerja tangan oleh apa nama er... masyarakat-masyarakat atau generasi-generasi yang lalu.

Yang seterusnya, saya nak sebut juga dengan pembinaan masjid baru di di Masjid Daerah bagi Lipis. Hari ini, masjid kita ialah Masjid Sultan Mahmud, yang telah er... berusia lebih daripada 55 tahun di daerah-daerah lain saya difahamkan semua dah ada masjid baru. Tapi kami di Lipis masih lagi menggunakan masjid lama yang mungkin perlu dan merupakan satu kehendak dan cita-cita bagi penduduk di Lipis ini supaya masjid ini dapat di laksanakan dan soalannya bilakah Masjid Lipis ini akan mendapat er... menjadi kenyataan dan bagi kita... kita apa nama memanfaatkan tapak yang telah pun sedia ada.

Dalam sidang yang lalu, saya telah mengemukakan beberapa permintaan berkaitan dengan pembinaan masjid yang telah usang dan lebih daripada 50 tahun di DUN Padang Tengku. Masjid yang berkenaan er... ialah Masjid Kampung Chegar Perah, Masjid Kampung Merchang, Masjid er... FELDA, FELCRA Sungai Temau, Masjid Kampung Relong. Saya merayu sekali lagi. Masjid, Masjid berkenaan dengan Masjid FELCRA Sungai Temau ni, Sebenarnya saya dah menja... mendapat jawapan daripada, apa namanya ICU tapi jawapannya amat mendukacitakan. Dia jawab dia kata tidak dapat dipertimbangkan. Maknanya seolah-olahnya, er... tolak ringkas. Ini satu benda yang amat malang tanpa menyebut dan tanpa menyarankan apakah keperluan yang harus disediakan oleh pihak masjid berkenaan.

Berkaitan dengan Masjid Kampung Relong, yang hari ini er... telah pun dapat mengadakan er... sejumlah wang iaitu RM300,000.00 sebagaimana syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan iaitu pembinaan masjid baharu 5% adalah hasil dana daripada kariah masjid berkenaan. Jadi Masjid Kampung Relong, telah pun menyediakan duit berkenaan, tetapi masalahnya sekarang dah dah hantar surat ke Pejabat Kadi, kita dah hantar surat ke Pejabat Pembangunan Negeri, tak ada jawapan pun ke mana duitnya nak dihalakan. Jadi, saya minta supaya perkara ini juga apa nama dapat ditangani dengan, dengan kadar segera, supaya hasrat dan apa nama cita-cita penduduk Kampung Relong yang inginkan masjid yang berlumba-lumba menginfakkan sumbangan untuk pembinaan masjid ini menjadi kenyataan.

Dato' Sri Speaker,

Berkaitan dengan mengangkat warisan budaya. Pahang sepatut... sebenarnya sepatutnya menjadi sebuah negeri yang punyai identiti mempunyai budayanya tersendiri, negeri yang berwatak. Kalau kita sebut, Kelantan, terus orang sebut Dikir Barat. Terengganu, ada Rodat, ada apa nama ni Ulek Mayang. Melaka, Dondang Sayang. Johor, Zapin Ghazal. Pulau Pinang, Boria. Tapi sebut Pahang? Jadi kita masih lagi tak dapat menjawab satu jawapan yang pasti. Mungkin Gendang Pahang, Tarian Piring, Tarian Pelanduk, Tarian Labi-labi, Gamelan mungkin juga sewang. Oleh itu, saya nak menanyakan kepada pihak yang berkaitan.

Apakah yang kita mahu mashyurkan negeri kita ini sebagai wataknya sama ada er... tarian-tarian yang... yang telah saya sebutkan tadi ataupun kita, saya suka mencadangkan mungkin er... seni budaya yang berkaitan dengan gendang merupakan satu yang perlu dipertonjolkan. Saya tertarik dengan er... apa yang telah dilakukan oleh yang Yang Dihormati Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato' Sri Haji Wan Wahid sebagai Pengerusi Persatuan Sejarah Negeri Pahang. Beliau telah mengutarakan iaitu berkenaan dengan Dikir Rebana Pahang yang muka yang hari ini dihapuskan. Jadi saya nak mencadangkan supaya kita, mencari jabatan-jabatan tertentu membuat kajian tentang apakah cadangan ikon bagi budaya negeri kita yang berkaitan gendang, mungkin kita boleh kait boleh-boleh apa angkat Gendang Pahang, gendang Rebana, Tabuh, Tarian Piring atau Silat-silat Seni yang berkaitan dengan Silat Bunga, Silat Pulut dan sebagainya sebagai satu ikon dan termasuk jugak lagu-lagu rakyat Pahang untuk er... wajar kita pertengahkan.

Per... peruntukan yang diberikan sebanyak RM5.49 juta untuk program-program kesenian, kebudayaan dan warisan, wajarlah di manafaatkan untuk kita melahirkan mercu tanda seni budaya warisan. Persatuan-persatuan yang berkaitan dengan persatuan er... membina budaya bangsa dan mencungkil apa nama, khazanah-khazanah warisan ini perlu kita perkasakan. Persatuan Sejarah er... Badan Persuratan Melayu Pahang dan NGO-NGO yang berasaskan budaya perlu disuburkan. Kita jugak perlu meningkatkan atau memperbanyakkan lagi kelahiran tokoh-tokoh budayawan seperti er... Dato' Aripin Said, Roslan Madun, Man Kaian dan sebagainya dan mungkin penglibatan serius daripada pihak-pihak sekolah dan jugak belia-belia dan mungkin juga PBT boleh menggerakkan ke arah pelaksanaan untuk melahirkan satu ikon kesenian budaya yang boleh menonjolkan identiti dan watak di negeri Pahang.

Dato' er... Sri Speaker,

Berkaitan dengan er.. taraf pendidikan menaik taraf pendidikan TVET benar banyak dah tentang perkara ini, dan saya juga di dalam soalan er... baru-baru ni pun saya ada kemukakan ye di mana kita nak menonjolkan TVET sebagai satu er... apa nama ni... satu pilihan utama bukan sekadar pilihan kedua sebagainya. Dalam usaha kita untuk meningkatkan keperluan utama pada pasaran-pasaran di pasaran kerja di masa akan dating. Sebagaimana yang telah saya sebutkan sebelum ini, kita melihat bahawa penyertaan dan minat pelajar-pelajar kita anak-anak muda kita terhadap TVET ini masih berkurangan. Di GiatMARA Lipis, umpamanya daripada apa yang saya dapat hanya ada 7 orang pelatih pada masa ini yang sepatutnya ada 25 orang boleh diisi. Begitu juga dengan apa nama ni err… Kolej Komuniti, Kolej Komuniti hari ini dah tak ada lagi kursus jangka panjang, jangka… ataupun kursus sepenuh masa. Sebaliknya, dia sekadar menjadi dan melaksanakan kursus-kursus hari, 2 hari dan sebagainya. Dan berkaitan dengan ini, mungkin salah…

Tuan Sim Chong SiangPKR · PHTeruntum

Minta celah.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

… satu sebabnya kursus yang ditawarkan tidak begitu menarik.

Speaker

Ya.

Tuan Sim Chong SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih kepada Tuan Speaker dan Padang Tengku. Kalau nak budak belajar dekat TVET, tolong menggalakkan mereka. Kadang-kadang mereka tak nak pergi kita tak boleh buat apa pun. Terima kasih.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Hah, itulah yang kita cadangkan supaya kita nak galakkan mereka. Mungkin dengan… bukan setakat kita memberikan insentif-insentif tetapi kursus yang ditawarkan di situ juga mesti menarik. Mesti ada nilai pasaran. Saya nak sebut, tadi ada rakan saya daripada apa nama Tanah Rata sebut berkaitan dengan TVET Pertanian. Di Lipis ini kita ada Institut Pertanian, Exco Pertanian tadi dah jawab, kononnya boleh menawarkan di situ tapi saya nak maklumkan apa yang ada di Institut Pertanian Lipis. Institut Pertanian Lipis sebenarnya… hanya… hari ini hanya ada 52 orang pelatih sahaja sedangkan ia boleh menempatkan sebanyak 100 orang pelatih dan kerana satu kursus sahaja yang ditawarkan iaitu Sijil Kemahiran berkaitan dengan Pengeluaran Makanan. Itu aje.

Sedangkan kawasannya begitu luas. Kawasannya kalau err… yang maklumat… yang ada pada saya 6 hektar untuk kampus dan ada 329 hektar bagi kawasan ladang, tetapi hanya sekitar 30% sahaja digunakan untuk latihan, untuk ladang-ladang yang sedia ada, sekarang ni. Buah-buahan apa nama durian, cempedak dan sebagainya ditanamkan. 70% lagi masih hutan belantara.

Speaker

Boleh gulunglah.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Ya.

Speaker

Gulung, gulung.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Nak gulung dah? [Ahli Dewan ketawa]

Speaker

Banyak dah sampai. Gulung.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Takpe saya. Saya nak habiskan yang… yang berkaitan dengan pertanian dulu ya. Jadi, saya nak cadangkan bahawa kalau boleh Institut Pertanian Lipis itu yang usianya sekarang ni telah melebihi apa nama 54 tahun, tapi kita belum nampak begitu hasilnya. Jadi saya nak mencadangkan supaya Institut Pertanian Lipis ini menganjurkan kursus-kursus di peringkat diploma. Cari kursus-kursus yang yang lebih menarik seperti memproses makanan, produk-produk hiliran, pembungkusan, pemasaran, pengurusan akaun, pengiklanan, penjualan secara digital, aplikasi dron dan AI, pencarian dana, persijilan-persijilan halal dan juga SIRIM dan lain-lain program yang ada kaitan dengan membina petani-petani moden. Itulah di antara perkara yang saya nak sebutkan mengenai pertanian dan mungkin boleh juga Institut Pertanian Lipis ini diangkat sebagai satu cawangan universiti pertanian.

Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya sebenarnya ada dua perkara yang saya nak sebutkan lagi. Boleh ya? Boleh? Ketua Backbencher, boleh? Kononnya Pengerusi Backbencher bagilah peluang sikit. Saya nak sebut pertama tadi…

Speaker

Berapa lagi?

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Saya ada sebut pasal kertas…

Speaker

Berapa lagi?

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Hah?

Speaker

Berapa lagi point?

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Ada 2 point lagi.

Speaker

Hah… bagi 3.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Hah, bagi 3, alhamdulillah. [Ahli Dewan ketawa]

Speaker

Pasal Pengerusi Backbenchers sebutlah.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Pengerusi Backbencers. Itulah kelebihan dia dak. Baik saya nak juga sentuh tentang fokus…

Speaker

Tapi janganlah lama sangat. Janganlah ambil kesempatan.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Takde, takde. Okay, ni menyentuh tentang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat. Teras yang ketujuh, saya nak sebut pasal Padang Tengku ya. Dulu Padang Tengku ni meriah, tapi sekarang sunyi sepi. Tak begitu lagi, menggambarkan Padang Tengku yang dulu. Dulu Padang Tengku ni pusat untuk kegiatan bagi penduduk-penduduk kami di kawasan hulu Pahang ni. Mukim Gua, Mukim Telang, Mukim Kechau, Mukim Batu Yon, Mukim sampai ke… ke Jelai mendapatkan perkhidmatan dan pergi ke Pekan Padang Tengku. Masuk je ke Pekan Padang Tengku, kita akan disajikan dengan bangunan kedai yang saya kira tidak teratur dan tidak terurus dan antara tanah yang paling banyak, aset kereta api. Tadi saya sebut dah pasal aset kereta api ni. Pegawai ROC dari… daripada RSC daripada Gua Musang, terus tag pada saya, nak datang. Dia minta esok nak jumpa di Pekan Padang Tengku dan terima kasih jugalah tapi saya nak sebutkan aset yang banyak sangat tanahnya luas tapi penuh dengan semak samun, kotor. Boleh menyebarkan penyakit dan sebagainya.

Saya dah hantar gambar ni kepada Exco JKR. Dia kata juga nak buat lawatan, kena buat lawatan dia kata. Benda… benda yang serius bagi saya iaitu kedai-kedai dah jadi macam kedai setinggan dan sebagainya. Jadi saya nak minta supaya stesen ini sebagaimana yang disebutkan tadi diberikanlah tumpuan dan sebagainya. Dulu kita ada padang stesen. Padang stesen dulu, Dato’ Sri Speaker tempat yang menarik. Tempat kegiatannya. Rafeah Buang turun dekat situ Jeffrydin turun kat situ, P. Ramlee turun dekat situ dan menunjukkan situ merupakan satu pusat apa nama aktiviti yang cukup baik bagi masyarakat Lipis.

Speaker

Dulu tak ada Central Spine.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Itulah.

Speaker

Sekarang dah ada Central Spine.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Betullah tapi sekarang ni dah jadi… jadi tempat yang sakit sangat, yang menyakitkan mata lah. Duduk pula dekat sekolah agama, sebelah tu sekolah agama. Dekat dengan asrama perempuan tu. Jadi ini perkara yang sangat perlu kita pertingkatkan. Justeru itu, saya nak minta teguran, adakah teguran, adakah jabatan yang boleh menegur sedikit RSC ni supaya tempat-tempat di sini dapat dibersihkan. Itu belum cerita lagi pasal yang… yang projek-projek yang tergendala sebagaimana yang telah saya soalkan pagi tadi.

Seterusnya ialah Padang Tengku ni takde dewan lah. Kita minta dewan, sama juga surat dijawab oleh apa ni ICU. Dia kata tidak dapat dipertimbangkan dan jadi tolak ringkas sekali lagi. Jadi kita nak merayu sangat. Ada satu dewan kalau boleh main futsal di dalamnya dan sebagainya. Tuan-tuan, ada kita ada dewan. Dewan apa nama majlis daerah di Kampung Batu Nering, tapi dewan tu agak rosak dan begitu tidak sempurna lagi. Jadi kita mohonkan satu, dipertimbangkan membina sebuah dewan atau gelanggang serba guna bagi DUN Padang Tengku.

Dato’ Sri Pengerusi, ada beberapa pertanyaan lagi iaitu kilang ASPA…

Speaker

Bukan Pengerusi. Speaker.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Speaker. Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Kita belum bersidang dalam Jawatankuasa lagi.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Ya, faham-faham. Dato’ Sri Speaker iaitu berkaitan dengan kilang ASPA. Kilang papan, kilang perkayuan.

Speaker

Ini yang terakhir ya.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Ya, yang ada di Pekan Padang Tengku tu. Err… kita nak tanyalah err… dah tutup lama dah tapi nampak gaya macam nak… nak dibuka semula. Bila agaknya? Err… kesian pekerja tu menunggu-nunggu apakah nasib mereka seterusnya. Dan juga saya nak sebut juga dengan Pusat Perhentian Sungai Yu yang berada di kawasan Central Forest Spine yang di bawah jabatan… Jabatan Perhutanan. Di situ, Pejabat Daerah dah lengkapkan dengan err… tandasnya dengan apa nama ni tempat persinggahannya, dengan bilik airnya dan beberapa kelengkapan tapi begitu terbiar. Jadi saya nak tanya jabatan mana yang harus mengendalikan atau menguruskan sama ada jabatan hutan ataupun jabatan… J… Jabatan Saliran… Parit dan Saliran ni ada di belakang saya ni. Jadi kalau boleh cuba tengok. Kalau tidak, kita pernah mencadangkan supaya kawasan itu, pusat hentian itu dijadikan pusat latihan ataupun penyelidikan bagi perhutanan. Kalau boleh dapat dipertimbangkan.

Dan sebagai akhirnya Dato’ Sri, saya sebagai Pengerusi PIBG. Hari ni, semalam dia tag pada saya dia kata ucapan terima kasih banyak-banyak pada kerajaan negeri telah mengurangkan apa nama ni yuran… yuran kemasukan ke sekolah menengah agama ni sebanyak dekat dengan 24.5%. Ini satu pengurangan yang sangat-sangat menggembirakan daripada RM200.00, daripada RM490.00 jadi RM370.00. Begitu juga dengan yuran asrama juga telah dikurangkan. Ini merupakan saja usul yang pernah dibuat oleh PIBG Sekolah Menengah Agama Padang Tengku untuk yuran ini dipertimbangkan atau dikurangkan dan hari ini menjadi kenyataan.

Akhirnya saya tutup dengan beberapa kenyataan yang hendak saya sebutkan bahawa kita sekarang berada di penghujung tahun 2025. Tahun yang cemerlang bagi negeri Pahang. Tapi dengan kehadiran tahun baru 2026 ini kita doakan ianya akan menjadi tahun yang lebih cemerlang dan gemilang. Syukur kepada Allah SWT atas rahmat-Nya dan nikmat-Nya yang dikurniakan-Nya. Engkaulah yang kami sembah engkaulah yang aku sembah dan kepada engkaulah aku mohon meminta pertolongan.

Mewakili seluruh warga Padang Tengku, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan setinggi-tingginya kepada kerajaan pimpinan Tok Wan. Sahabat-sahabat ahli majlis.

Speaker

Yang Berhormat kalau boleh jangan sebut nama… Yang Berhormat Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

.... Tok Wan pun tak boleh.

Speaker

Tak boleh.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Okay, okay, okay, okay. Yang Amat Berhormat Menteri Besar okay.

Speaker

Ini.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Sahabat-sahabat Ahli Majlis Mesyuarat, penjawat awam…

Speaker

Yang Berhormat ini bukan dalam dewan kat Padang Tengku, ini Dewan yang mulia.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Okay la. Kita ingat nak manja-manja sikit. Biarlah. Tak apa, tak apa, tak apa. Saya akur.

Dato’ Sri Speaker, saya difahamkan ADUN Padang Tengku ni ia adalah merupakan senior kepada YB Dato' Sri Speaker masa di TI hari tu.

Speaker

Pasal masa dia senior banyak buli saya la. [Ahli Dewan ketawa] Ini masa balas dendam.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Tapi kalau maklum ni apa nama ni kat TI tu memang kita jenis seorang pelajar yang nakal. Kami panggil dia landak. Haa ni nama. [Ahli Dewan ketawa]

Mungkin Dato' Sri Speaker ingat kot ADUN Padang Tengku dulu kuat ragging kot.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Tak ada, tak ada, saya ade antara yang baik dan insya-Allah itu boleh disahkan oleh sahabat.

Speaker

Dia antara orang yang suruh sembahyang Subuh tiap-tiap pagi.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Ha ha.

Speaker

Pagi-pagi kejut orang ajak pegi sembahyang Subuh. Kita pun.

Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Kita pun turun katil belah kanan, lepas tu dia paling, kita naik katil belah kiri.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Ini hasil TVET juga ni, hasil TVET jugak. Ada sorang lagi daripada Tras ni juga daripada sekolah yang sama ni. Jadi, saya ucap terima kasih kepada Dato' Sri Menteri Besar, sahabat-sahabat Ahli Majlis Mesyuarat, pegawai-pegawai, penjawat-penjawat awam yang telah memungkinkan bajet yang sebegini baik dapat diterjemahkan.

Seluruh lapisan masyarakat merasai seawal-awal kanak-kanak yang baru lahir hinggalah kepada warga emas yang sedang menghitung hari. Padang Tengku percaya ini bukanlah gula-gula pilihan raya. Malah, ia juga bukanlah merupakan natijah daripada angkara hogah, hogoh sebagaimana yang diuar-uarkan oleh sesetengah pihak, hanya tetapi ianya hasil daripada istiqamah dan iltizam pimpinan yang bertindak dengan niat yang ikhlas untuk berbakti demi melaksanakan tugas amanah yang dipikulkan kepada diri masing-masing. Semoga Allah memberkati kita semua.

Saya akhiri kalau tadi saya mulakan dengan pantun. Saya akhiri dengan pantun juga.

Kalau terpijak paku berkarat Jangan dibiar segera ubatkan Pahang juara kebajikan rakyat Rakyat didahulukan, kemakmuran dipertahankan.

Kalau tuan turun ke bendang Tumbuk padi biarlah lumat Bersyukur menjadi rakyat Pahang Insya-Allah Tuhan tambahkan nikmat.

Bila ada kita memberi Bila tiada kita mencari Pahang 1st Gagasan Murni Maju Terus Pahang kita ungguli.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Padang Tengku menyokong.

Speaker

Seterusnya Wakil daripada Cheka. 15 minit.

[Ayat al-Quran] [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Terima kasih Dato' Sri Speaker. Saya mulakan perbahasan pada pagi ini dengan memetik firman Allah Taala dalam Surah al-Israa’. Untuk peringatan kita bersama firman Allah Taala. [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Maksudnya bila kami ingin binasakan sebuah negeri, kami perintahkan orang yang kaya di kalangan mereka untuk mentaati perintah Allah. Sayangnya, mereka melakukan kefasikan dan kedurhakaan. Lalu sampailah amaran kami, kami hancurkan negara tersebut. Negeri tersebut sehancur-hancurnya. [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Mudah-mudahan ini peringatan kita bersama. Kita baru menyaksikan betapa bencana alam yang telah merosakkan negara jiran kita. Aceh yang begitu makmur subur tiba-tiba dilanda banjir yang sangat kritikal. Demikian juga di wilayah Sumatera Utara dan wilayah-wilayah lain. Mudah-mudahan Allah SWT selamatkan negeri kita, negara kita insya-Allah.

Tan Sri Speaker, Dato' Sri Speaker saya lihat bahawa

Speaker

Belum lagi.

Speaker

Kalau bolehlah.

Itu doa, itu sebahagian doa, insya-Allah. Dato' Sri Speaker, saya terima kasih kerana bagi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini.

Speaker

Yang Berhormat ini bukan Parlimen ya yang Speaker dia Tan Sri. Ini hanya baru Dato' Sri.

Itulah saya kata doa tu. Doa untuk kawan-kawan lama.

Speaker

Amin.

Er... saya ucap tahniahlah pada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam pembentangan Belanjawan pada kali ini yang kita lihat mencapai satu jumlah yang lebih pada pendapatan daripada RM1 bilion ni sebenarnya dah empat tahun berturut-turut. Dan ini satu pencapaian yang sangat baik. Cuma selama ini kita tak dapat sebagaimana kali ini penjawat awam dapat RM500.00 sebelum ini. Kali ni dapat dua bulan gaji, tu baru sekali hogoh baru. Tuan-tuan bayangkan kalau dua kali hogoh dapat empat bulan, insya-Allah.

Tak Dato' Sri Speaker. Ini yang susah kalau orang syok sendiri. Maknanya semua benda ke arah itu. Masya-Allah.

Terima kasihlah sebab, sebab saya sebut begitu sebab dah kita kita pendapatan RM1 bilion dah lama bukan baru. Tapi kali nampak lebih lebih cemerlang dan banyak pihak yang syukur di atas kurniaan terima kasih banyaklah. Saya bukan nak nak bantah, saya ucap terima kasih di atas ini.

Kalau kita lihat dari segi pembentangan belanjawan yang dibuat, tahun ini kerajaan mengunjurkan belanjawan lebihan atau surplus sebanyak RM5 juta tetapi kalau kita lihat perbelanjaan sebenar kerajaan berapa? Sebab biasanya unjuran ni dah 2 tahun, dah 2, 3 tahun berturut-turut digambarkan kita ada lebihan. Tapi bila kita tengok perbelanjaan sebenar, sebenarnya kita masih lagi surplus, kita masih lagi tertunggak. Sebagai contoh tahun 2024 tahun lalu kalau kita lihat menunjukkan hakikat tahun lepas sebenarnya berakhir dengan defisit sebanyak RM120 juta. Walaupun hasil pada waktu itu dianggarkan sekitar RM1.22 bilion tetapi perbelanjaan mencecah RM1.35 bilion. Maknanya belanjawan kita Dewan ini dalam bentuk ada lebihan tapi yang realiti sebenar kita defisit dan jumlah defisit tu sangat besar, bukan sikit ya.

Tahun 2026 kita unjurkan lebihan sebanyak RM5 juta ringgit. Saya lihat tentang dua perkara. Pertama, unjuran pendapatan negeri. Kalau kita lihat empat tahun berturut-turut, dia berlegar di sekitar 1.03, 1.08, 1.13, 1.19. Maknanya dia dah stagnant. Kecuali kerajaan ada sumber baru yang boleh merancakkan pertumbuhan. Kalau berdasarkan kepada andaian unjuran kepada hasil cukai saja, kita punya perbelanjaan sekitar 1.1 ke 1.2 bilion.

Ya, saya bimbang sebab bila kita tengok unjuran kepada belanja Mengurus, ia terus meningkat dan terus berkembang. Bermakna kalau kita lihat keadaan ini, kalau tidak dibuat sesuatu, kita akan berkurangan ataupun belanjawan, kita akan berada pada belanjawan defisit yang agak kritikal. Kalau dulu kita, kita unjurkan dengan, dengan lebihan 12 bilion, tapi hakikat sebenar kita menanggung kerugian sebanyak 17.874 juta pada 256.23 juta pada tahun sebelumnya seperti ini dah penurunan pendapatan lebih kurang 33%. Dan dan kalau ini tak dibendung, kita bimbang kedudukan dana wang simpanan tunai kita juga dalam keadaan kritikal.

Itu perkara pertama yang saya nak bangkitkan. Ada sumber baru yang sangat bagus untuk dalam konteks negeri, sumber mineral. Sebagai contoh, kita Pahang ni.

Sebagaimana dalam kenyataan tadi, kita ada sumber REE yang menjadi boleh menjana sumber pendapatan bagi negeri tapi sayangnya setakat ni mungkin saya ingin dapat penjelasan daripada pihak kerajaan sejauh mana sumber ini menjadi hasil bagi negeri.

Kalau kita tengok Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga menyentuh soal ini dalam ucapan tentang kelestarian alam. Projek Perintis Perlombongan NR-REE seluas 220 hektar di Sungai Wang, mukim Hulu Jelai, Lipis diluluskan pada 3 April 2024. Saya nak dapat penjelasan tentang sejauh mana hasil kajian potensi dan deposit mineral negeri Pahang dilaksanakan. Bilakah ianya dapat menjana sumber bagi negeri? Ya sebab kita telah belanja lebih kurang RM1.6 juta untuk peruntukan kerajaan dalam Bajet 2025 bagi memastikan hasil mineral ini menjadi sumber pendapatan bagi negeri. Ya, kalau ini dapat diusahakan, Insya-Allah Pahang pendapatan dia tidak hanya berlegar dalam RM1.1 atau RM1.2 bilion sebab urusan masalah kita ialah masalah pengurusan kita, kos yang makin meningkat.

Selain itu, Dato' Sri Speaker, saya juga ingin bangkitkan soal berhubung dengan er... kebimbangan berkenaan kedudukan wang tunai negeri. Sebenarnya laporan-laporan audit ini telah dibahas di peringkat Parlimen. Sebab di peringkat Parlimen, dia bukan saja letak dibahas pun dibentang kepada semua Ahli-ahli Parlimen dan data-data, negeri-negeri ini semua ada di situ.

Walaupun kita ada embargo di peringkat negeri, saya tak... saya tidak akan sentuh soal-soal embargo ini. Tapi saya nak dalam konteks data yang kita dapati dan sekarang ini dalam dalam media sosial pun banyak kita dapat data-data ini sebab bila dibentang oleh Ketua Audit Negara, dia menjadi satu data maklumat umum. Sebagai contoh, kebimbangan berkenaan kedudukan wang negeri. Kalau kita buat bandingan pada tahun 2023 ini 2023 dan 2024. Kedudukan wang negeri Pahang pada 2024 berkurangan sebanyak RM100,27.84 juta kepada RM256.23 juta daripada tahun sebelumnya iaitu penurunan sebanyak 33% sebagaimana saya sebut tadi.

Malah, jika dilihat kepada laporan penyata kewangan. Ini laporan penyata kewangan kedudukan wang pada tahun 2024 lebih rendah berbanding tahun 2021 waktu COVID dulu ya. Dan penurunan ini, kita bimbang trend penurunan ini terus jatuh pada tahun-tahun 2025 atau tahun 2026 akan datang. Kerajaan tidak menyatakan langkah proaktif bagaimana untuk kita membiayai ataupun memastikan wang tunai yang kukuh bagi mengelak keadaan ini berterusan supaya perbelanjaan negeri tidak akan terhalang terutama projek-projek yang telah kita umum, kita isytihar. Tapi kalau kita tidak ada dana yang cukup, dia akan berdepan dengan masalah waktu pelaksanaan nanti. Saya hanya ingin dapat penjelasan tentang mekanisme untuk kita berdepan dengan situasi di luar jangka dengan dana-dana yang kita semakin berkurangan kerana kos pengurusan yang makin meningkat sebagainya.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, boleh minta laluan sikit saja . Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya yang pertama sekali saya nak tahulah Yang Berhormat DUN Cheka ini merujuk kepada ataupun dapat sumber dari mana yang mengatakan bahawa kedudukan kewangan negeri ini membimbangkan dan sebagainya. Cuma saya nak saya akan jawab secara detail. Dalam ucapan penggulungan atau penangguhan. Cuma saya nak bagitahu bahawa setiap RM0.01 sen perbelanjaan yang kita buat ini telah pun diiktiraf dan diluluskan oleh pegawai, Bahagian Kewangan

dan Perbendaharaan Negeri dan dipersetujui oleh Akauntan Negara dan err...kita ada reserve ya.

Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Cheka. Kita difahamkan ada RM500 juta reserve bermula pada tahun 2018 . [Ahli Dewan tepuk meja] Jadi, kalau boleh saya nak tahu sumber mana yang Yang Berhormat ADUN Cheka cakap ini yang bimbang, itulah, semakin berkurangan. Duit tak ada dan sebagainya. Setakat setelah 8 tahun, Setakat saya menjadi Menteri Besar. Setakat ni kita tak pernah tak pernah nak bayar gaji pun tak boleh. Tak pernah? Semuanya kita berjalan dengan lancar. Apa yang kita buat yang kita bentangkan semuanya kita buat. Tak ada, boleh tunjuk tak kepada saya.

Ada tak yang kita kata er... pemberian kepada anak-anak kita yang belajar di IPTA sebanyak RM400.00 secara one off, kita tak bayar sebab kita tak ada duit. Tak pernah berlaku pun. Jadi tiba-tiba pada kali ini pula dibangkitkan kebimbangan dan sebagainya.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, negeri Pahang ini mendapat teguran audit tanpa teguran. [Ahli Dewan tepuk meja] Jadi bermakna semua yang kita buat itu berjalan dengan baik. Bahasa mudahnya setiap sen in and out, debit kredit, prabayar, terakru. Semuanya berjalan dengan baik dan tidak ada satu benda pun yang nampak kita menyorok sesuatu. Jadi kalau dah Ketua Audit negara. Kalau kita nak lebih dari Ketua Audit Negara tak tahu la pula. Tetapi saya ingat lebih baik Yang Berhormat Cheka melihat dululah ya. Jangan jadi macam hari itu, Sidang yang lepas mencadangkan kepada kerajaan negeri bagi RM2 juta untuk tabung bencana. Padahal kerajaan negeri dah bagi RM10 juta. Maknanya Yang Berhormat ADUN Cheka peka terhadap itu membuat bacaan rujukan dan sebagainya. Saya fikir Yang Berhormat ADUN Cheka tak akan mengeluarkan cadangan untuk bagi RM2 juta kepada tabung bencana negeri. Sedangkan kita dah lulus RM10 juta ya. Itulah Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, terima kasih.

Saya dah nyatakan tadi ya sumber sebab laporan ni telah dibentang untuk bentang laporan seluruh Malaysia di Parlimen dan dalam dokumen itu ada pecahan pada semua negeri dan detail semua negeri itulah yang dipecah yang kemudiannya dari segi kita untuk makluman Dewan. Di Parlimen ini, laporan audit itu dibentang dibahas bukan hanya letak atas meja. Jadi oleh kerana itu, bila kita... saya bukan mengatakan bahawa kita kerajaan tak membayar saya menggambarkan melahirkan kebimbangan.

Kalau trend...trend kos mengurus makin meningkat, sumber pendapatan baru tidak dijana dan reserve wang tunai kita.Ini...ini laporan audit negara yang dibentang di peringkat Parlimen memang faktanya jelas. Bukan-bukan nak mengeliru, saya bukan melahirkan kerajaan tak betul dan sebagainya. Bukan saya nak katakan kebimbangan terhadap unjuran tersebut. Ini satu pandangan untuk perhatian kerajaan. Saya fikir ini positif tak perlu dilihat dalam kerangka negatif sebab kita bukan blame kerajaan yang ada. Tapi kita bersama menjaga negeri supaya kita dapat melihat sumber-sumber ini. Lebih-lebih sebab kos mengurus confirm makin hari, makin tahun ,makin meningkat sebab rakyat kita makin banyak pembangunan makin besar dan sebagainya. Jadi itu punca-punca dia.

Saya ingin lahirkan tentang isu soal er... dasar mineral dan kelestarian alam. Dalam ucapan bajet Yang amat Menteri Besar telah pun menyentuh soal ini dan saya ucap tahniah kerana usaha untuk kita pertahankan er... tentang isu kelestarian alam di

negeri Pahang. Baharu-baharu ini negara kita dikejutkan dengan insiden di Perak, di mana air Sungai Perak bertukar jadi biru ya dan beberapa kawasan bertukar warna airnya menyebabkan pihak jabatan mineral telah pun menghentikan Projek Rintis NR-REE di Perak dan saya baru minggu lepas kita panggil jabatan daripada kerajaan negeri Perak untuk bentang pada kita. JMG membentang kenapa mereka tak gantung? Puncanya ialah berlakunya pencemaran daripada sumber ini.

Saya ingin melihat bahawa soal yang penting ialah perlu ada satu dasar mineral dan kelestarian alam bagi negeri Pahang. Kalau sekiranya kita belum ada, mungkin saya fikir ke arah itu Mungkin saya yakin kerajaan dalam perancangan ke arah itu iaitu wujudkan satu dasar mineral dan kelestarian alam yang sekurang-kurangnya mengandungi tiga perkara utama. Pertama, moratorium bersyarat terhadap kelulusan baharu di kawasan sensitif sehingga dasar air dan pelan pemulihan dipersetujui. Ini mandatori tak boleh elak.

Yang kedua ialah penubuhan Dana Amanah Pahang yang mengunci sebahagian kecil untuk pemulihan hutan, bekalan air dan pembangunan komuniti.

Yang ketiga kewajipan laporan tahunan kepada Dewan yang mulia ini. Untuk makluman kita semua Ahli Dewan terutama kesan-kesan impak kepada kelulusan atau pengeluaran NR-REE di negeri Pahang.

Selain daripada itu, Dato' Sri Speaker saya juga ingin bangkitkan tentang keperluan dalam err...yang dalam perbahasan dalam ucapan Yang Berhormat Menteri Besar ialah soal memperkasakan agama Islam dan memartabatkan agama. Tahniahlah, dengan peruntukan RM100 juta diperuntukkan. Insya-Allah cuma ada satu perkara yang saya ingin bangkitkan ialah soal er... di peringkat struktur perundangan, kita berdepan dengan satu cabaran yang jauh lebih penting iaitu isu pertindihan bidang kuasa antara mahkamah sivil dengan mahkamah syariah.

Kita pernah dengar bagaimana mahkamah syariah di Kelantan dicabar yang menyebab akhirnya 16 Enakmen Mahkamah Syariah terpaksa di batalkan dan perkara yang sama. Kita bimbang kalau-kalau ianya berlaku dalam konteks negeri Pahang ya. Kita tak nak perkara ini berlaku, maka Mahkamah Syariah Pahang boleh menjadi institusi yang kaya untuk kita perkukuhkan dan kita perteguhkan. Saya melihat menjadi keperluan kepada kerajaan negeri untuk menambah baik atau meminda Enakmen Syariah di Pahang bagi memperkukuhkan bidang kuasa mahkamah syariah dan memastikan peruntukan undang-undang negeri tidak mudah dicabar. Takut berlaku juga sebagaimana ada cabaran-cabaran di Selangor, berlaku cabaran juga di Kelantan baharu-baharu ini dan tempat-tempat lain. Sebab kita ada banyak undang-undang kita, maka masalah ni kadang kadang redundant dengan mahkamah sivil. Dari segi peruntukan Perlembagaan, mana-mana peruntukan perlembagaan yang bercanggah dengan Persekutuan, maka mahkamah sivil itu lebih lebih atasi mengatasi mahkamah Syariah. Ia selaras dengan titah Kebawah Duli Tuanku, supaya semua enakmen masalah negeri dikaji semula agar selari dengan dengan realiti semasa dan prinsip Maqasid Syariah.

Akhir sekali er... Dato’ Speaker, saya ingin bangkitkan dua, tiga isu tempatan. Satu lagi isu, isu er... penyelenggaraan jalan. Kalau kita lihat unjuran kita di pantai timur di negeri negeri pantai timur ini mendapat kadar penyelenggaraan jalan yang sangat rendah berbanding negeri-negeri pantai Barat. Di Pahang, kita ada lebih kurang 43,000 kilometer jalan raya, namun dari segi pemberian MARRIS bagi peruntukan penyelenggaraan Jalan Persekutuan kilometer, Pahang antara negeri yang terendah. Nombor satu paling rendah di Kelantan, nombor dua, Pahang, nombor tiga,

Terengganu berbanding negeri-negeri di pantai di pantai Barat. Sebagai contoh ya, kalau kita lihat dengan jumlah 43,000 kilometer ya, Pahang hanya mendapat lebih kurang dalam 10,000, 1 kilometer untuk pengurusan penyelenggaraan jalan ya berbanding Pulau Pinang 30,000, 1 kilometer. Kita 10,000 sahaja bagaimana mungkin kerajaan mampu menyenggara jalan dengan kos yang sangat rendah ya dan kalau saya ada jadual yang telah pun dibekalkan di peringkat Parlimen.

Bila kita, walaupun kita terpaksa mengkaji, meneliti satu persatu jalan-jalan tersebut. Jadual telah dibekalkan oleh dalam Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya. Jadi kita tengok dalam pembentangan MARRIS ini, Pahang kita purata 10,227 per kilometer ini tahun 2024. Tahun 2023, RM10,080 1 kilometer. Selangor, 1 kilometer RM22,025.00 tahun 2024 ya. Pahang er... tahun 2023 Selangor dapat RM23,420.00 1 kilometer. Kalau Pulau Pinang, 1 kilometer Pulau Pinang ada lebih kurang dalam 1 kilometer purata dia ialah RM33,922.00 maknanya kita hanya dapat RM10,000.00.

Saya fikir ini perlu mekanisme untuk kita perkukuhkan supaya Pahang juga mendapat dana sebagaimana negeri-negeri lain. Kalau dengan 10,000 dengan keluasan kita yang luas dengan monsun kita setiap tahun kerosakan jalan, saya fikir beban kepada kerajaan terpaksa dana negeri terpaksa biaya untuk kos pemulihan ini. Jadi, saya harapkan perkara ini dapat kita beri perhatian dan saya yakin kerajaan akan berusaha ke arah supaya dapat sekurang-kurangnya kita dapat jumlah lebih adil bagi negeri di seluruh di negeri Pahang ini.

Akhir sekali, saya nak bangkitkan isu satu tentang berbangkit daripada Padang Tengku tadi soal masjid. Saya sokong penuh lah perlunya satu masjid baharu di Lipis. Tapi di kawasan bandar baharu Lipis ni, mereka mengadu tentang payahnya mereka nak gi solat Jumaat sebab terpaksa cross jalan yang jem dan sebagainya. Sebenarnya keperluan ialah untuk naik taraf surau yang sedia ada untuk kebenaran Jumaat di kawasan Bandar Baru di bandar Lipis. Saya fikir ini kalau boleh dipertimbangkan oleh pihak Exco, ia akan memudahkan kita [Bacaan dalam Bahasa Arab] kita permudahkan sebab mereka terpaksa berkerah pergi solat Jumaat dengan jalan yang jem tu rasa kekosongan dan sebagainya iaitu menyebabkan menyusahkan merekalah nak ulang alik sedangkan kita ada... ada jalan untuk kita mudahkan.

Yang kedua, tentang banjir saya baru ni melawat beberapa kawasan banjir di kawasan Cheka. Ada beberapa tempat saya fikir kerajaan mungkin boleh cadangkan, boleh pertimbangkan untuk kita wujudkan semula perumahan banjir khususnya bagi kawasan-kawasan yang memang setiap kali banjir rumah mereka akan tenggelam, setiap kali banjir tu mereka tenggelam ya terutamanya kawasan Perumahan Dallsing dan di belakang Balai Polis Lipis. Kemudian demikian juga di di Falcon Perumahan Fah Choon tu pun saya pergi tengok sangat kesian semua barang-barang mereka rosak setiap kali banjir rosak jadi kawasan ini sangat tidak selamat sebab tepi sungai. Kalau boleh diusahakan satu tapak perumahan baru kepada mereka ini untuk mereka berpindah ke kawasan lebih selamat sebagaimana kita pernah buat di peringkat negeri Pahang sebelum ini. Dato’ Sri Speaker, saya fikir saya fikir itu saja perbahasan saya pada kali ini, mudah-mudahan kita diberkati Allah Ta'ala negeri Pahang terus makmur dan sejahtera. Assalamualaikum WBT. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih wakil daripada Cheka. Seterusnya wakil daripada Tras.

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT dan Salam Kerajaan Perpaduan, Salam Malaysia Madani dan Salam Pahang 1st. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker kerana membenarkan saya turut bersama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Pahang untuk tahun 2026. Terlebih dahulu saya panjangkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT dengan rahmat-Nya dapat saya mengambil bahagian di dalam perbahasan Belanjawan Negeri Pahang untuk kali ini tahun 2026.

Pada umumnya, saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Perpaduan Negeri Pahang kerana dapat mencapai prestasi pendapatan melebihi RM1 bilion selama 4 tahun berturut-turut setanding dengan negeri maju yang lain. Dato’ Sri Speaker, saya tak... bukan nak... nak bodek tapi kenyataan okay. saya bagi tabik.

Dato’ Sri Speaker,

Saya just nak beritahu sikit dan mungkin pendapat saya berbeza dengan Cheka tadi. Saya ada rujukan, saya pun buat rujukan juga sini boleh rujuk. Di sini adalah pernyataan kewangan negeri Pahang 2023, 2024. Sebenarnya bermula daripada 2020, lebihan dah ada RM164.95 juta dan terus sampai 2024 dan keseluruhannya adalah RM359.57 juta. Itu berbeza saya pendapat itu tak apa lah itu pendapat masing-masing. Ya saya tak...

Speaker

Yang penting Yang Berhormat pendapatan.

Ha pendapatan ini maksudnya dalam dalam tempoh 4 tahun ni, maknanya kerajaan Pahang telah ada surplus 350 juta. Kalau saya salah kena betulkan.

Yang Berhormat Speaker, saya nak sahkan rujukan daripada ADUN Tras yang betul dan sama dengan apa yang kerajaan negeri buat sebab itu saya ingin mendapatkan rujukan daripada ADUN Cheka jika dirujuk daripada mana tu? itu saya nak tahu. Terima kasih Speaker.

Speaker

Sila sambung.

Bajet tahun 2026 mensasarkan hasil pendapatan sebanyak RM1.279 bilion. Dengan peningkatan sasaran 7.76% berbanding dengan fizikal pendapatan tahun 2025. Bermula dari tahun 2020 hingga 2024 ini, saya repeat tadi saya ulangkan balik tadi maknanya dan nilai 4 tahun ni surplus adalah 350.57 juta. Saya ulang semula lah,

saya penuh yakin dengan mengamalkan urus tadbir yang baik, dinamik dan berintegriti ianya dapat mengawal ketirisan bagi melonjak ekonomi negeri dan menambah baik kutipan hasil negeri.

Tambahan lagi, dengan membudayakan prinsip maqasid syariah, menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta dalam pentadbiran negeri. Ini untuk semua bukan islam sahaja untuk bukan islam sekali.

Dato’ Sri Speaker, di sini saya ingin memberi cadangan serta pandangan bagi meningkatkan lagi pendapatan negeri Pahang serta teguran membina bagi menambah baik lagi perkhidmatan kepada rakyat selain daripada persediaan inisiatif-inisiatif yang dapat membantu rakyat. Saya mulakan dahulu dengan teras kedua melonjak ekonomi negeri. Mengukuh agenda keterjaminan makanan negeri. Sektor pertanian diperuntukkan RM40.63 juta untuk Jabatan Pertanian Negeri Pahang di dalam pengurusan dan pembangunan serta 2 juta untuk Program MAHA Pahang.

Di kesempatan ini juga, saya mencadangkan kerajaan negeri membina gedung makanan bagi persediaan mengatasi situasi kecemasan di luar jangka dan bencana. Saya juga ingin menyentuh teras keenam menjamin kelestarian alam. Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan RM128.3 juta untuk kelestarian biodiversiti dan pengurusan hutan manakala kerajaan pusat telah memperuntukkan 80 juta untuk melindungi hutan serta melindungi habitat yang terancang. Tanah adalah kuasa kerajaan negeri dan perhilitan pula di bawah kerajaan Pusat. Konflik hidupan liar seperti gajah dan harimau dengan manusia ia adalah isu serius dapat dikurangkan jika kedua-dua pihak, maksud saya di sini negeri yang terlibat dan kerajaan pusat dapat duduk bersama-sama dan berbincang. Kerajaan Negeri Pahang boleh menambah pendapatan negeri dengan bekerjasama dengan negeri Kelantan dan Perak bagi mewujudkan satu kawasan terbuka luas ataupun zon Taman Negara yang besar, yang boleh diwujudkan dengan kerjasama pusat melalui PERHILITAN. Jika ada perancangan dan strategi kerjasama, ianya akan memanfaatkan peruntukan ini ke arah yang lebih efisien.

Dato' Sri Speaker,

Bagi peningkatan kualiti bekalan air untuk rakyat, tahniah atas peruntukan keseluruhan di bawah pera... Rancangan Negeri Pahang 2026-2030 berjumlah RM716.05 juta bagi projek-projek bekalan air bersih termasuk Pembinaan Infrastruktur Baru dan Menaik Taraf Sistem Sedia Ada Bekalan di Seluruh Negeri.

Sehubungan dengan itu, masih ada aduan rakyat bagi kawasan DUN Tras, Raub, permasalahan air tetap berterusan. Dengan perkhidmatan yang kurang memuaskan di mana saya menerima aduan walaupun telah dimaklumkan secara bersurat atas aduan kawasan tersebut yakni Kampung SC Ulu Gali masih sering berlaku ketiadaan air.

Oleh itu, diharapkan perkara ini dapat diatasi secara efisien serta pusat khidmat pelanggan PAIP Raub dapat ditambah baik dengan mengangkat dan menjawab panggilan semua telefon. Kalau tidak kerja saya banyaklah. Maknanya jika tidak semua panggilan akan pergi ke Pejabat Pusat Khidmat DUN Tras. Apa pun, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri MB sekali lagi, tabik, di dalam penjelasan pagi tadi, permasalahan ini telah, ya, telah dikurangkan, maknanya tinggal lagi 15%, dari pagi tadi sebut.

Speaker

Banyak kali tabik.

Terima kasih, terima. Ini bukan bodek ya, ini adalah kenyataan.

Speaker

Bukan bodek, jek je.

Jek ya. [Ahli Dewan ketawa]. Di bawah inisiatif, di bawah Inisiatif Makmur Pahang melalui portfolio kluster agama Islam, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM200.00 untuk khairat kematian kepada waris dan juga memperuntukkan RM300.00 untuk pengantin baharu yang berkahwin kali pertama bukan yang kedua ya. Walau, walaupun ada yang memfitnah, hari ini saya nak sokong lah Yang Amat Berhormat cakap, ya, berkata kerajaan negeri tidak Islamik, ya.

Ini adalah satu inisiatif keprihatinan kerajaan kerana umat Islam kepada umat Islam di negeri Pahang ini. Di atas sifat manusiawi ini, perkara seperti ini saya berpendapat, dipanjangkan kepada semua rakyat Pahang bukan Islam yang berstatus B40 di bawah Kluster B40. Di bawah inisiatif Makmur Pahang, di bawah Kluster Umum, JPKK, JPKKOA, Tok Batin, Timbalan Pengerusi JKKR, Setiausaha JPKOA, Pengerusi GDW FELDA dan us... dan Setiausaha JPKKK telah diperuntukkan sebanyak RM1.2 juta. Saya mencadangkan ia juga ditambah, ataupun diberi kepada JKKB.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, mohon mencelah. Sebab kita ada duit lulus serta- merta. RM52,000.00 je. Saya dah check dah implikasi kewangan. Yang itu tertinggal [Ahli Dewan menepuk meja] dulu.

Terima kasih, terima kasih. Sekali saya tabik sekali lagi.

Speaker

Yang Berhormat orang selalu 3, 2 kali je ni dah 3 kali dah [Ahli Dewan ketawa].

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker semasa…

Dato' Sri Speaker.

Merangka draf ucapan ini.

Speaker

Sila.

Kita kalau tayar pancit tu memang kena jek sikit untuk keluar tayar. Tapi janganlah jek sampai terbalik kereta, ya, terima kasih.

Speaker

Jek tu tak sampai sampai terbalik pasal dia pendek je, jek itu, dia tak panjang.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Semasa merangka mendraf ucapan ini, saya mengulangi balik video ucapan MB semasa pembentangan Belanjawan 2026. Ini bukan salah MB lah ya. Mungkin ralat cetak di dalam infografik daripada FB er... Yang Berhormat MB yang menyatakan program pembangunan sukan, NGO dan Belia seluruh Pahang sebanyak RM18.89 juta. Tolong betulkan hari ini kalau dalam ucapan RM18.98 juta. Ini ada saya boleh tunjuklah ya, ada sini sebab mungkin, ada kat sini, dia tersilap, ini silap. Jadi, saya harap bukan ini sebab benda yang baik, er... benda baik, nak bergambar. Ini yang baik kita kena bagi tahulah sebabnya beza dia banyak itu RM90 juta, beza dia banyak ya. Benjalawan, Belanjawan 2026 berpotensi menjadi dokumen reformasi yang akan membawa Pahang ke hadapan. Namun kejayaan tersebut bergantung kepada perancangan yang baik dan seiring dengan pelaksanaannya yang konsisten, telus, berintegriti dan berimpak tinggi.

Penutup, saya berharap kerajaan negeri meneliti semula cadangan dan pandangan saya kemukakan demi kesejahteraan rakyat Pahang. Tras menyokong. Terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya nak bagi satu lagi peluang kepada wakil daripada Lepar. Jadi kita ada BN, kita ada PAS, kita ada DAP, kita ada BERSATU. Jadi bagi dia lengkap sebelum kita makan tengah hari.

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih juga er... kepada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker kerana memberi giliran kepada saya selepas Tras membahas Bajet yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada Jumaat yang lepas.

Untuk pengetahuan Ahli-ahli Dewan yang mulia, apa-apa sahaja perbelanjaan yang dibentangkan keutamaannya adalah kepada rakyat negeri Pahang dan juga kepada mereka yang bekerja ataupun telah bermastautin secara tetap di negeri Pahang. Keperluan rakyat, bolehlah kita bahagikan kepada dua kategori khusus.

Kategori pertama, makanan. Ramai rakyat kita berada dalam golongan B40. Oleh itu, harga barangan terutama barangan dapur jika sentiasa melonjak naik, sudah tentu akan membebankan mereka.

Kedua, tempat tinggal. Rakyat ingin inginkan harga rumah yang mampu milik seperti rumah-rumah flat kos rendah yang serba moden. Jika rumah flat ini dibina, ianya bersesuaian dengan kemampuan mereka. Pembinaan rumah teres setingkat atau dua tingkat akan melibatkan pengambilan tanah yang luas serta pembinaan infrastruktur yang banyak dan akhirnya akan membebankan pihak kerajaan membuat kerja-kerja selenggara dan baik pulih selepas 2 atau 3 tahun serta projek perumahan itu telah siap dihuni, kerana sudah tentu akan berlaku kerosakan pada longkang, jalan raya dan infrastruktur yang lain.

Ketiga, pendidikan. Rakyat perlukan pendidikan yang benar-benar percuma yang langsung tidak membebankan terutamanya golongan B40.

Kategori kedua pula ialah pekerjaan. Rakyat juga memerlukan pekerjaan yang meluas dari semua sektor dan yang bersesuaian dengan kemahiran individu tersebut.

Kedua, kemudahan awam seperti bas percuma yang laluannya menyeluruh ke seluruh kawasan dan ianya juga boleh diguna pakai oleh anak-anak kita untuk ke sekolah. Kemudahan bas percuma ini juga akan membantu mengelakkan kesesakan lalu lintas seperti yang berlaku di daerah Kuantan khususnya.

Ketiga, kesihatan. Menaikkan taraf hospital dan klinik kesihatan yang sedia ada bagi mengelakkan masa menunggu yang lama.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Pada Oktober yang lepas, kerajaan pusat telah pun membentang bajet pada tahun, untuk tahun 2026. Kementerian Pendidikan akan menerima peruntukan sebanyak RM66.2 bilion, meningkat RM200.0 juta dari tahun yang sebelumnya. Bajet kesihatan pula menerima peruntukan sebanyak RM46.5 bilion, meningkat sebanyak RM100.0 juta dari tahun sebelumnya.

Negeri Pahang adalah negeri terbesar di Semenanjung Malaysia, penuh dengan sumber alam dan hutan simpan yang memberi nikmat kepada semua negeri-negeri yang bersempadanan dengan negeri Pahang. Seharusnya kerajaan pusat perlu memberi banyak keistimewaan kepada negeri Pahang dengan menyalar, menyalurkan peruntukan yang lebih dalam sektor. Saya tidak pasti dari tahun 2023 hingga pada hari ini, berapa peruntukan kesihatan yang telah disalurkan kepada

kerajaan negeri sama ada membina klinik kesihatan yang baharu atau menaik taraf klinik kesihatan yang sedia ada.

Jika kita tidak mampu membina hospital yang baharu, seharusnya kita menaik taraf klinik-klinik kesihatan yang sedia ada kepada mini hospital yang kemudahannya setaraf dengan hospital-hospital kerajaan. Saya bagi contoh di Klinik Kesihatan Gambang pada waktu ini, kerja-kerja baik pulih sedang dilakukan yang sepatutnya klinik kesihatan ini perlu dinaik tarafkan dengan menambah bangunan-bangunan yang baharu. Penambahan doktor yang bersesuaian serta penambahan peralatan perubatan yang canggih dan terkini.

Adakah perancangan daripada Kerajaan Negeri Pahang bagi menaik taraf Klinik Kesihatan Gambang yang telah berumur 50 tahun ini, untuk memastikan kualiti perkhidmatan kerajaan di pinggir bandar seperti kawasan Gambang berada di tahap yang baik walaupun berdepan dengan pelbagai isu termasuk fasiliti kesihatan yang sangat uzur. Mungkin YB Exco kesihatan boleh membantu memberi penjelasan untuk menghilangkan keluh resah pesakit mahupun pegawai-pegawai perubatan yang bertugas di KK Gambang.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Kita sedia maklum banyak sekolah-sekolah yang daif infrastrukturnya di negeri Pahang yang perlu dibaik pulih dan dinaik tarafkan. Sekolah Kebangsaan Paya Bungor sehingga sekarang masih belum memiliki padang permainan untuk aktiviti sukan dan sebagainya. Mungkin ini adalah satu-satunya sekolah di negeri Pahang yang tidak memiliki padang permainannya sendiri. Bajet berbilion yang telah diluluskan oleh kerajaan pusat, bolehlah diminta untuk disalurkan kepada sekolah-sekolah daif di negeri Pahang. Pembangunan Belia dan Sukan adalah bermula daripada peringkat sekolah lagi.

Oleh itu, aktiviti sukan perlulah dilakukan sepanjang tahun agar ianya dapat mengelakkan gejala-gejala yang tidak sihat di kalangan anak muda seperti melepak, merempit dan penggunaan gajet seperti handphone yang tidak terkawal sehingga ramai pelajar menjadi tidak cergas, tidak fokus kepada pelajaran, tidak berdisiplin, mudah dihinggapi penyakit-penyakit yang tidak dijangka. Sekarang macam-macam penyakit untuk anak-anak muda ini. Umur 12 tahun pun ada yang kena kencing manis. Namun, jika anak-anak kita sentiasa melibatkan diri dalam semua aktiviti sekolah sepanjang tahun, sudah tentu ianya juga akan meringankan beban ibu bapa yang bekerja dalam semua perkara. Termasuk mereka tidak perlu lagi menghantar anak-anak mereka ke pengasuh.

Kita telah menghabiskan berbilion-bilion duit rakyat yang membayar cukai. Namun, taraf sukan di Malaysia masih juga tidak meningkat berbanding negara-negara dunia ketiga yang lain kerana semuanya bermula di sekolah. Kita tidak akan dapat berada di tangga pertama Sukan Malaysia jika kita tidak perbetulkan masalah ini dari akarnya lagi. Exco Belia dan Sukan dan Exco Pendidikan perlu bekerjasama mencari formula untuk memastikan kualiti sukan di negeri Pahang melonjak terus mengatasi negeri-negeri yang lain.

Kita ada empat buah sekolah sukan Malaysia di Malaysia termasuk satu di Gambang. Kita juga ada Akademi Sukan Khas untuk bola sepak iaitu Akademi Mokhtar Dahari juga di Gambang. Namun, kita masih terpaksa mengambil Pemain Naturalisasi dan Pemain Warisan untuk mewakili Malaysia dan akhirnya menjadi masalah kepada

negara dan telah memalukan rakyat Malaysia apabila sering diejek oleh negara-negara jiran disebabkan isu ini.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Untuk mengakhiri perbahasan saya pada hari ini. Saya ingin bertanyakan beberapa perkara kepada Exco-Exco yang berkenaan. Yang pertama, iaitu berkaitan dengan status Eastern International TVET di Gambang yang telah dirasmikan pada Februari 2025 kalau tak silap saya, tengok dalam Google seolah-olah sudah tidak beroperasi sejak Oktober 2025. Apakah masa depan pelajar-pelajar dan tenaga pelajar yang telah menyertai kolej tersebut. Banyak persoalan dan soalan yang diberikan kepada saya oleh ibu bapa, pelajar-pelajar dan tenaga pelajar. Bolehlah nanti YB Exco berkenaan membantu menyelesaikan pertanyaan dan soalan mereka.

Yang kedua, pencerahan kedua yang terakhir saya pada hari ini. Pencerahan yang terakhir ingin saya bertanyakan berkaitan dengan KOMBES (Kompleks Belia dan Sukan) yang dahulunya zaman saya budak-budak dikenali sebagai Tepian Gelanggang. Saya pernah pergi bersama Yang Berhormat, Yang Berhormat Tioman tiada di sini ya. Semasa beliau menjadi Exco Sukan dulu bertemu dengan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan masa itu, Yang Berhormat Syed Saddiq untuk membincangkan tentang pembinaan gelanggang ini. Kos sebanyak RM24.7 juta telah diluluskan. Projek ini asyik tertangguh sejak Mac 2021 yang sepatutnya siap dalam tempoh 18 bulan seharusnya siap pada hujung tahun 2022. Apakah punca sebenar kelewatan projek naik taraf KOMBES Pahang sehingga kini, hampir empat tahun masih belum siap sepenuhnya.

Yang Berhormat Speaker, insya-Allah saya menyokong bajet yang telah dibentangkan dengan beberapa penambahbaikan yang perlu bagi kepentingan rakyat Negeri Pahang. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Wakil daripada Lepar. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di sebelah pagi ini, seramai empat orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam persidangan kita ini. Saya cadangkan akan disambung pada sebelah petang dengan 11 orang lagi Yang Berhormat akan berucap. Jadi, saya akan menempoh persidangan disebelah pagi ini dan akan bersambung semula pada pukul 2.45 petang. Persidangan ditempoh.

[Persidangan ditempohkan pada pukul 1.30 petang]

[Persidangan Dewan Negeri bersambung]

Speaker

Assalamualaikum WBT. Persidangan kita disambung semula. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian. Kita masih lagi dalam Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul yang telah dikemukakan dan pada petang ini kita akan menyambung Perbahasan atas Rang Undang undang dan Usul tersebut. Saya jemput Ahli Yang Berhormat Semambu, sila.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Pahang 1st. Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan Negeri Pahang bagi tahun 2026.

Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat... Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan yang bertemakan Pahang 1st, Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan. Sebuah Belanjawan yang menyeluruh, realistik dan menekankan keseimbangan antara pembangunan fizikal, sosial dan kelestarian alam. Namun, sebagai Wakil Rakyat di barisan hadapan menjadi tanggungjawab saya untuk membawa suara rakyat Semambu dan seluruh warga Kuantan agar Belanjawan ini benar-benar menyentuh denyut nadi rakyat di peringkat akar umbi.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Bulan lepas kerajaan persekutuan telah membentangkan Belanjawan 2026 dengan pelbagai projek yang memberi manfaat kepada negeri Pahang. Antaranya ialah pertama, menaik taraf Lebuhraya Kuantan - Segamat. Kedua, menaik taraf Jalan Sungai Lembing ke LPT 1. Ketiga, peruntukan yang lebih besar untuk tebatan banjir dan lain-lain. Kita amat mengalu-alukan projek ini tetapi saya ingin menegaskan pentingnya penyelarasan kerajaan negeri dan persekutuan supaya projek yang diumumkan tidak tinggal di atas kertas atau tertangguh bertahun-tahun.

Kami tidak mahu projek diumumkan dalam Dewan tetapi tertangguh di lapangan. Kami tidak mahu tender siap tetapi pelaksanaan perlahan. Kami mahu rakyat melihat hasilnya bukan sekadar mendengar janji. Untuk itu, saya mencadangkan Unit Penyelaras Projek Pahang dan Persekutuan diwujudkan bagi mengurangkan birokrasi dan mempercepatkan pelaksanaan di peringkat negeri.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Semambu ialah kawasan bandar yang pesat membangun walaupun pembangunan luar bandar penting, kita tidak boleh mengabaikan infrastruktur bandar yang semakin tertekan. Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada beberapa isu untuk naik taraf jalan dan keselamatan. Pertama, Jalan Semambu yang telah dipasang lampu trafik baru telah dilanggar oleh treler pada bulan lepas dan baru pagi tadi di Jalan Semambu juga berlaku kebocoran paip yang menyebabkan satu sink-hole termuncul, termuncul di atas jalan raya yang menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya. Dengan itu,

saya memohon agar jalan tersebut yang begitu sibuk perlu dibuat penaiktarafan yang lebih menyeluruh.

Kedua Jalan Bukit Setongkol dan Jalan Haji Ahmad yang semakin sibuk serta kes kemalangan yang banyak berlaku. Penaiktarafan di kedua-dua laluan tersebut juga amat diperlukan. Isu trafik bukan sekadar kesesakan yang melibatkan keselamatan nyawa dan produktiviti ekonomi.

Kawasan Semambu merupakan salah satu nadi perindustrian Kuantan terutamanya untuk perindustrian kecil dan sederhana SME dan tempat ribuan pekerja keluar masuk setiap hari. Kita perlukan pendekatan yang serius untuk infrastruktur bandar dan keselamatan jalan raya yang lebih baik dan moden. Saya memohon agar kerajaan negeri dapat memberi perhatian yang serius kepada pembangunan sistem trafik bandar yang lebih terancang dan selamat.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pembentangan Bajet baru-baru ni yang pihak kerajaan negeri akan memperuntukkan RM52.23 juta untuk projek tebatan banjir. Saya memohon sebahagian peruntukan ini disalurkan secara khususnya kepada bandar Kuantan yang termasuk dengan kawasan-kawasan Seri Setali, kawasan Semambu dan juga kawasan perumahan sepanjang Sungai Galing. Apabila Sungai Galing kembali melimpah, ribuan isi rumah terjejas. Banjir bandar memerlukan pakej tebatan tersendiri.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Saya juga menyokong penuh peruntukan RM64.54 juta kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) tetapi rakyat bandar Kuantan inginkan empat perkara. Pertama, paip lama diganti di kawasan saya contohnya Bukit Setongkol, Taman Impian dan juga Cenderawasih masih menggunakan paip berusia lebih daripada 30 tahun. Pembekalan air terjejas setiap kali paip bocor menyebabkan aktiviti perniagaan dan aktiviti rutin harian terjejas.

Kedua, rakyat perlukan tekanan air yang lebih konsisten. Kawasan saya, kawasan Kampung Padang dan Bukit Setongkol sering mengadu tekanan rendah ketika waktu puncak. Ketiga, kita perlu audit NRW (Non-Revenue Water). Kita kehilangan lebih daripada 40% air. Ini seperti membina lombong emas tapi membiarkan emas yang bocor keluar. Keempat, penyelesaian aduan yang lebih efisien terutamanya untuk penurapan balik jalan yang telah dikorek selepas pembaikan paip. Kadang-kadang ia ambil masa lebih dari setengah tahun. Rakyat di Kuantan menuntut bekalan air yang stabil dan tidak terganggu. Air bukan sahaja isu pengguna tetapi isu yang akan menjejaskan pelaburan.

Belanjawan negeri mensasarkan mendapat pelaburan sebanyak RM18 bilion. Kuantan tidak boleh terus bergantung kepada industri berat di Gebeng semata-mata. Kita perlukan model ekonomi bandar yang baharu yang berasaskan inovasi, berasaskan digital dan berasaskan perusahaan kecil dan sederhana (SME). Saya mencadangkan penubuhan Zon Inovasi Semambu atau dikenali sebagai Semambu Innovation Zone yang boleh merangkumi, pertama, kluster PKS teknologi, kedua, hab digital, ketiga, ruang kerja bersama untuk mereka entrepreneur ataupun usahawan-usahawan yang baru, keempat, bengkel mereka dan industri ringan, kelima, mempunyai start up training centre untuk usahawan-usahawan yang baru. Saya juga menyokong pihak kerajaan negeri dengan memperuntukkan RM5 juta kepada Program Usahawan Makmur. Namun, saya mencadangkan tambahan berikut, pertama penubuhan satu cawangan inkubator usahawan di Semambu. Kedua,

mewujudkan geran automasi berskala kecil untuk PKS di negeri Pahang. Ketiga, mewujudkan akses latihan industrial TVET bersama kilang-kilang di Semambu, Indera Mahkota 14, Indera Mahkota 3 dan juga Gebeng.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Saya menyokong penuh pengukuhan peruntukan Inisiatif Makmur Pahang IM Pahang yang meningkat sebanyak 67% berbanding tahun lepas. Namun, untuk memastikan manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat, saya juga cadangkan, pertama kad kesihatan warga emas ataupun Kad Pride Kasih diperluaskan meliputi pemeriksaan mata, tulang dan kanser asas. Kedua, mewujudkan bantuan sewa rumah kepada golongan B40 di kawasan bandar bagi meringankan kos beban hidup berikutan dengan peningkatan kos sara hidup. Golongan B40 bandar memerlukan perhatian khusus agar mereka tidak terus terpinggir.

Saya mengucapkan tahniah atas usaha kerajaan negeri meneruskan projek rumah mampu milik seperti Rumah PR1MA Pahang, Rumah Makmur Pahang, Rumah Rakyat Pahang dan juga Pangsapuri Pahang. Namun, saya ingin menarik perhatian Dewan terhadap kelewatan Projek Rumah Makmur Pahang di Kampung Tiram. Projek ini dijadualkan siap pada tahun ini namun kini ditangguhkan sehingga tahun depan. Lawatan saya pada bulan lepas mendapati bahawa kerja-kerja berjalan pada tahap yang amat minimum dan saya tidak yakin ia akan siap menjelang Jun tahun depan seperti yang dimaklumkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP). Kelewatan seperti ini akan memberi beban berganda kepada pembeli. Mereka perlu membayar ansuran bank dan pada masa yang sama perlu membayar sewa rumah sementara menunggu projek disiapkan. Saya memohon kerajaan negeri membantu pemaju dari segi penyelesaian teknikal serta membantu pembeli yang terkesan melalui bantuan kewangan.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Menurut jawapan lisan yang diberikan oleh Exco pada Jumaat lepas, terdapat lebih 500 unit kuarters penjawat awam khususnya PDRM Polis Diraja Malaysia di Kuantan yang tidak boleh diduduki kerana pelbagai masalah. Saya sendiri telah melawat Kuarters PDRM di Bukit Pelindung dan keadaan di sana amat membimbangkan. Atap rosak, dinding dan lantai berlumut dan persekitaran yang tidak diselenggara dengan baik. Pihak polis melaksanakan tugas yang mencabar setiap hari dan mereka berhak mendapat kediaman yang selamat dan bermaruah. Dengan itu saya mencadangkan kerajaan negeri menyediakan geran khas pengurusan untuk penyelenggaraan kuarters yang kritikal ataupun melantik kontraktor di bahagian negeri untuk program pembersihan dan menceriakan kawasan.

Jaminan kesejahteraan perumahan penjawat awam merupakan pelaburan strategik yang secara langsung akan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat kerana kesejahteraan mereka yang terjamin akan mengukuhkan komitmen tumpuan dan daya tahan dalam menjalankan amanah mereka.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Sekolah Kebangsaan SJKC dan SJKT terus memainkan peranan yang besar dalam membangunkan generasi muda negeri. Saya memohon agar kerajaan negeri dapat mempertimbangkan untuk mewujudkan geran tetap pengurusan tahunan yang boleh dipohon oleh pihak sekolah mengikut keutamaan, untuk membantu sekolah-sekolah ini dalam pertama penyelenggaraan asas, kedua pembelian peralatan sekolah, ketiga

isu-isu yang melibatkan keselamatan dan kebersihan. Ini adalah pelaburan yang sangat penting untuk masa depan negeri. Di sini, saya juga ingin memohon agar kerajaan negeri untuk mewujudkan geran rumah ibadat bukan Islam yang juga boleh dipohon oleh pusat ibadat bukan Islam yang diperlukan khususnya yang untuk penyelenggaraan dan pembelian peralatan. Program sebegini wujud di beberapa negeri lain dan berjaya memupuk keharmonian serta menyokong peranan sosial komuniti setempat.

Dato' Sri Speaker minta laluan. Terima kasih ADUN Semambu. Berkenaan dengan rumah ibadat bukan Islam ini. Untuk makluman Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan semasa saya menjadi Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan dulu, Pengerusi Rumah Ibadat Bukan Islam ini terletak pada Exco dan juga Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, pengerusi bersama. Maknanya bila ada kita nak bincang rumah ibadat bukan Islam ni Exco dan SS. Tapi yang saya bawa perkara ni ke dalam Exco Yang Berhormat... Yang amat bahagialah sekarang ni Tan Sri Long Nan. Saya mencadangkan supaya pengerusi rumah ibadat ni diletakkan terus di bawah Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa Exco Kerajaan Tempatan dan mesyuarat bersetuju. Jadi sekarang ni kalau ada apa-apa berhubung dengan rumah ibadat bukan Islam ini, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh terus berhubung dengan Yang Berhormat Dato' Sri SS.

Jadi kita nak supaya birokrasi tu cepat kadang-kadang nak buat mesyuarat, saya ada SS tak ada SS ada saya pula tak ada. Jadi kita serahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk buat keputusan. Tapi bawa jugalah kepada Exco. Jadi kalau ada apa-apa boleh terus berhubung dengan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri. Terima kasih Yang dipertua.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Terima kasih atas jawapan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar saya. Izinkan saya teruskan er.. Yang Berhormat tuan Speaker. Belanjawan ini sangat komprehensif dan mengharap juga cadangan saya dapat dipertimbangkan untuk memastikan pembangunan negeri berimpak kepada rakyat di kawasan Kuantan. Saya yakin dengan penyelarasan yang lebih baik, keberanian memperkenalkan model ekonomi baharu dan perhatian kepada isu rakyat di peringkat akar umbi, kita mampu membawa Pahang ke tahap yang lebih tinggi dengan itu saya menyokong belanjawan ini. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Semambu. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari Damak.Sila

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh yang hadir pada hari ini. Alhamdulillah, dipanjatkan syukur kepada Allah SWT kerana saya diberi peluang untuk sama-sama berbahas pada petang ini. Lebih dahulu, saya merakamkan penghargaan kepada Yang Amat

Berhormat Menteri Besar Pahang atas pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2026. Dokumen yang menjadi panduan hala tuju pembangunan negeri dan sudah pasti Insya-Allah dia akan membawa kepada kesejahteraan rakyat. Dalam menilai bajet ini, saya mulakan dengan firman Allah SWT. [Bacaan dalam Bahasa Arab] yang yang bermaksud dan orang-orang yang apabila membelanjakan harta mereka tidak boros dan tidak pula kedekut dan adalah perbelanjaan mereka di tengah-tengah antara yang demikian itu. Surah Al-Furqan ayat 67.

Semoga setiap peruntukan dan projek yang diluluskan memberikan manfaat sebenar kepada seluruh rakyat negeri Pahang. Sejajar dengan sabda Nabi [Bacaan dalam Bahasa Arab] yang bermaksud sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan penghargaan tahniah kepada khususnya Majlis Daerah Jerantut dan seluruh warga Jerantut kerana sekali lagi Jerantut telah tersenarai sebagai Bandar Paling Bahagia 2025 dan Bandar Paling Mampan 2025. Semoga ianya membawa barakah dan kebaikan kepada semua.

Yang Berhormat Speaker,

Dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu. Disiplin fiskal adalah kunci kepada pembangunan yang berterusan. Saya menyokong penuh usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri dalam mempelbagaikan sumber hasil negeri, perbelanjaan berasaskan keutamaan dan kesejahteraan serta keberkesanan dan pemantauan projek pembangunan melalui sistem penilaian prestasi. Namun begitu, belanjawan bukanlah sekadar angka di atas kertas. Ia perlu disusuli dengan pelaksanaan yang telus dan bertanggungjawab. Justeru, saya mencadangkan yang pertama agar diperkasakan laporan kemajuan suku tahunan bagi semua projek untuk memastikan ketelusan dan keberkesanan.

Dan yang kedua, penilaian dan tindakan terhadap kontraktor yang gagal menepati jadual agar rakyat tidak terus menunggu tanpa kepastian. Dan yang ketiga, pengagihan dan pelaksanaan projek dilaksanakan secara telus dan adil.

Tuan Speaker,

DUN Damak mempunyai pelbagai potensi besar Ia khususnya dalam bidang ekonomi tetapi masih menghadapi beberapa isu-isu kritikal yang akan saya bangkitkan pada hari ini. Antaranya ialah berkaitan dengan infrastruktur jalan dan pengangkutan. Beberapa jalan utama masih rosak dan terdedah kepada bahaya bahaya seperti jalan Jerantut ke Kampung Sempadan. Justeru, saya menyarankan agar diadakan penyelenggaraan berkala dapat dilaksanakan seterusnya pemantauan lori-lori bijih dan juga sawit serta lori balak agar tidak membawa lebih muatan yang menjadi punca kerosakan jalan ini.

Saya juga ingin menyebut di sini yang berkaitan dengan cadangan agar dilebarkan jalan utama masuk ke kampung seperti jalan utama Kampung Bukit Ketupat yang sekarang kelebarannya hanya 10 kaki yang mempunyai jaraknya sepanjang tiga kilometer. Dan apabila berselisih, maka dia akan menyebabkan keadaan yang berbahaya. Saya merakamkan juga penghargaan kepada pihak JKR khususnya YB. Exco dan juga jentera yang melaksanakan tugas dan telah banyak membaiki dan membaik pulih jalan-jalan khususnya yang saya sebut di sini ialah jalan Kampung Pisang. Alhamdulillah, ia dalam proses baik pulih Jalan Kampung Sungai Telang dan

juga jalan Sungai Manik di Kampung Sempadan yang sudah siap. Jadi, saya harap ia usaha usaha ini dapat memberikan kebaikan kepada rakyat.

YB Speaker saya ingin bangkitkan kembali isu yang berkaitan dengan air. Tekanan air rendah dan gangguan bekalan air yang masih lagi membelenggu beberapa buah kampung. Jadi, justeru itu, saya ingin mencadangkan. Yang pertama memastikan projek naik taraf LRA Batu Balai dilaksanakan mengikut jadual. Ia kerana sekiranya siap, insya-Allah isu yang berkaitan dengan air di mukim Ulu Cheka akan dapat ditangani. Yang kedua membaik pulih sistem telaga tiub yang berada di Kampung Baru dan Kampung Belukar.

Telaga tiub ini dia ada tetapi telah tidak dapat berfungsi. Justeru itu, saya harap dapat diberikan peruntukan agar dapat dimanfaatkan oleh penduduk. Yang ketiga merangka kaedah penyelesaian bagi menangani isu tekanan air rendah di kawasan bandar yang berpunca dari bertambahnya taman taman perumahan, pusat perniagaan dan industri. Sebagai contoh, di Taman LKNP yang sentiasa berdepan dengan gangguan bekalan air akibat berlakunya kebocoran.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Jerantut yang telah dinobatkan juga sebagai Daerah Terbaik SPM 2024 dalam negeri Pahang. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah khususnya kepada Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut, para guru, para pelajar, pentadbir sekolah, ibu bapa dan semua yang terlibat menunjukkan prestasi yang amat membanggakan.

Terima kasih diucapkan juga kepada kerajaan negeri yang telah memberikan pelbagai insentif kepada pelajar-pelajar yang cemerlang. Di sini saya ingin mencadangkan beberapa perkara. Yang pertama penggunaan teknologi pendidikan di era digital kerajaan telah bergerak ke arah pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital ataupun DPD. Semua sekolah di negeri Pahang juga tidak terkecuali dalam pelaksanaan dasar ini. Saya mencadangkan kerjasama kerajaan negeri bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dipertingkatkan untuk memastikan pelaksanaan dasar ini dapat dilaksanakan dengan baik di semua sekolah di negeri Pahang khususnya di luar bandar seperti memastikan capaian internet stabil, peranti digital yang mencukupi, memperkukuhkan program latihan dan sokongan kepada guru agar mahir dalam menggunakan teknologi digital dan menyediakan program khusus untuk menggalakkan bakat murid dalam bidang digital seperti coding, AI, robotik dan teknologi hijau bagi melahirkan generasi celik digital.

Yang kedua, berkaitan dengan pendidikan ini ialah kolaborasi pintar dengan industri dan universiti. Saya mencadangkan agar… agar sekolah-sekolah di daerah ini khususnya negeri Pahang ini menjalinkan kerjasama dengan universiti seperti UMPSA, UIA, UnIPSAS dan sekarang akan dinobat ataupun ditukar nama menjadi Universiti Al-Quran, UCYP, ADTEC, Kolej Komuniti, Politeknik serta industri tempatan untuk menganjurkan Bengkel STEM, Program Kerjaya dan Bimbingan Akademik. Kecemerlangan SPM bukan sahaja membina masa depan pelajar tetapi menentukan kualiti modal insan negeri di dalam jangka panjang. Justeru, saya mengharapkan agar pihak kerajaan memberikan perhatian kepada cadangan ini.

Seterusnya, Yang Berhormat Speaker,

Saya ingin menyebut kembali berkaitan isu jambatan di Sekolah Kebangsaan Damak yang masih belum siap sehingga hari ini. Jambatan ini mulai rosak pada… pada Disember 2021. Tarikh yang dipaparkan di papan tanda projek ialah tarikh mula projek

membuat jambatan baru ialah 7.4.2025 dan tarikh siap yang dipaparkan itu ialah pada 7.12.2025 iaitu hari… hari kelmarin… hari… hari semalamlah… hari semalam. Namun belum siap sehingga ke hari ini. Laluan ini adalah nadi keselamatan pelajar. Jadi kelewatan ini menyebabkan pelajar menggunakan laluan yang kurang selamat. Risiko kecelakaan semasa musim hujan dan banjir dan kesulitan ibu bapa menghantar anak sekolah. Justeru, saya mencadangkan yang pertama tarikh siap baharu yang realistik dan dipantau, yang kedua laporan kemajuan projek secara berkala dan yang ketiga tindakan tegas terhadap kontraktor yang gagal yang melaksanakan seperti dalam jadual.

YB Speaker,

Penduduk dalam kawasan DUN Damak turut bergantung kepada aktiviti ekonomi seperti pertanian yang berkaitan dengan tanaman getah, sawit, sayur-sayuran, padi dan juga ternakan haiwan. Terdapat 20 peserta yang terdiri daripada warga Kampung Gintong yang mengusahakan kira-kira 50 ekar sawah padi bagi meningkatkan produktiviti dan menjamin kualiti beras yang dihasilkan. Saya mengharapkan agar pihak kerajaan menaik taraf sistem bekalan air dan elektrik untuk pam air ke kawasan sawah padi ini serta membina pagar sawah yang lebih baik.

Di samping itu, saya ingin membangkitkan juga isu yang berkaitan dengan gangguan makhluk perosak pertanian khususnya siput gondang emas dan belalang yang semakin menjejaskan hasil… hasil padi penduduk. Serangan siput gondang emas ini yang memusnahkan anak padi di peringkat awal penanaman serta serangan belalang yang merosakkan daun padi telah menyebabkan kerugian kepada pesawah.

YB Speaker,

Berkenaan dengan pelancongan. Ada masa lagi tak? Alhamdulillah. Berkenaan dengan aktiviti pelancongan. Saya ingin mencadangkan beberapa perkara iaitu memohon agar pihak kerajaan melakukan baik pulih kemudahan asas ia khususnya tempat-tempat pelancongan dalam DUN Damak seperti baik pulih jalan masuk iaitu Jalan Ulu Teh sepanjang lebih kurang 2 km ke kawasan Campsite Wong Gan Teng dan Mokcik Rich Village di Kampung Baru, jalan ke SomSet Wild… Wild… Wildlife, Kampung Som dan juga jalan ke Sungai Rengat Campsite membaik pulih dan menyeragamkan semua papan tanda lokasi eko-pelancongan serta menaik taraf bangunan dan fasiliti pelancongan yang diuruskan oleh Persatuan Pemandu Pelancong Mukim Ulu Cheka ataupun PAMUC di Dusun Kalong Ulu Cheka.

Yang seterusnya, bagi menyemarakkan industri ini, saya juga memohon agar diperketatkan kawalan terhadap aktiviti pembalakan di hutan-hutan simpan kekal. Kelestarian alam sekitar perlu dijaga bagi mengekalkan keseimbangan antara pembangunan dan pemuliharaan alam.

Contohnya, melalui zon konservasi flora dan fauna. Mengadakan Kempen Go Green Damak dengan menggalakkan aktiviti gotong-royong, penanaman pokok dan menguruskan sisa lestari di kawasan pelancongan. Saya juga berharap diwujudkan Pusat Informasi Eko-Pelancongan DUN Damak bagi menyelaraskan promosi dan aktiviti pelancongan setempat dan dikelolai oleh satu badan dan syarikat yang berlesen berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

YB Speaker,

Patik menjunjung Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum… Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Shah supaya semua pihak khususnya di negeri Pahang mengambil peranan menangani isu dadah. Seperti yang kita maklum, isu penagihan dadah masih menular di kalangan masyarakat kita. Justeru itu, saya mencadangkan tiga langkah. Antaranya yang pertama, program pendidikan keibubapaan secara berterusan yakni kerajaan negeri boleh memperluaskan program ini di sekolah, masjid, pejabat daerah dan PBT agar ibu bapa dibimbing dengan ilmu pengetahuan moden yang lebih berkesan untuk menjauhi bahana dadah ini.

Yang kedua, program intervensi awal di peringkat sekolah dan kampung dengan menerapkan modul pembentukan jati diri melibatkan ibu bapa, guru-guru, penghulu, imam, ketua kampung dan rakan muda sebagai rangkaian sokongan untuk mengesan remaja berisiko. Kerjasama antara Jabatan Agama Islam, Jabatan Pendidikan, NGO Belia dan pihak komuniti untuk membangunkan modul… modul yang menyentuh aspek rohani, akhlak, disiplin serta integriti diri dan yang ketiga, kempen kesedaran dadah yang lebih… yang lebih menyeluruh dan menyentuh hati yang melihatkan semua komuniti termasuk masjid dan surau. YB Speaker,

Di hujung ini… di hujung perbahasan saya, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT dan juga tahniah kepada kerajaan negeri di atas pelbagai program pemerkasaan Islam terutamanya daripada aspek akidah, pembangunan institusi pendidikan dan peruntukan khas untuk aktiviti-aktiviti agama. Saya yakin jika usaha ini dilaksanakan dengan sepenuh ikhlas, insya-Allah Pahang akan diberkati oleh Allah SWT. Allah SWT berfirman [Ayat al-Quran]. Yang bermaksud, kamu wahai umat Muhammad, adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk menjadi manusia kerana kamu menyuruh berbuat baik dan melarang daripada kejahatan serta kamu beriman kepada Allah SWT. Surah Ali Imran, ayat 110.

Di hujung ini, saya ingin mencadangkan perkara yang berkaitan dengan pemerkasaan Islam ini iaitu yang pertama, cuti hari Jumaat dikaji semula dan dipertimbangkan. Apakah ia sesuai dilaksanakan supaya dapat dijadikan hari ilmu mempermudahkan urusan ibadat penjawat awam… penjawat awam dan anak-anak sekolah. Yang kedua, saya menyarankan agar ditutup atau dikurangkan pusat-pusat judi yang mana sebahagian besarnya membawa masalah kepada masyarakat.

Untuk perkongsian bersama, saya dihubungi bukan oleh orang Islam tetapi bukan Islam, kaum Tionghua beberapa kali khususnya daerah Jerantut supaya menangani isu ini. Justeru itu, saya bawa ke dalam Dewan, pada hari ini agar kita dapat sama-sama fikirkan. Yang ketiga, memperkenalkan pakaian menutup aurat bagi atlet-atlet wanita muslimah seperti aktiviti bola sepak takraw kerana baru ni saya lihat dalam televisyen bola sepak takraw yang di… turut disertai oleh wanita tapi sekejap je lah. Cuma saya rasa lebih manis, ia kalau menggunakan pakaian yang menutup aurat, begitu juga aktiviti renang dan lain-lain. Saya yakin YB Exco Agama bersetuju dengan pandangan saya. Kalau kita laksanakan, insya-Allah... insya-Allah Pahang akan menjadi Pahang 1st , insya-Allah dalam melaksanakannya.

Speaker

Sila.

Oh, rupanya ada takraw wanita ya. YB tengok ya. (Ahli Dewan ketawa)

YB, saya memang… memang pemain bola sepak takraw dulu. Pemain takraw di Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar tapi er… bukan lipatlah, lipat net sahaja masa itu. [ketawa]

Tapi… tapi memang ramai budak-budak sekolah agama pandai takraw sebab nak main bola apa namanya… tak er… tak... sebab lemah er… main takraw, main ping pong champion semua.

Terima kasih YB dan yang keempat, mewujudkan kelas taklim khas yang berkala dan bermodul kepada penjawat-penjawat awam bagi mengingatkan mereka tentang bahaya rasuah, penagihan dadah dan aktiviti yang tidak bermoral seperti LGBT dan akhirnya saya merakamkan juga ucapan terima kasih ia kerana alhamdulillah dalam DUN Damak ini terdapat banyak masjid-masjid baru yang mungkin tak seperti di… yang disebut oleh wakil Padang Tengku tadilah di Jerantut ini alhamdulillah dan yang terbaru Masjid Simpang Tebing Tinggi. Saya rasa dah 100% dapat disiapkan jadi terima kasih Kerajaan Negeri dan juga YB Exco yang mengambil berat isu ini dan saya memohon YB Exco untuk mempertimbangkan pula permohonan masjid di Kampung Lata Kasah dan juga Kampung Damak, insya-Allah.

Tuan Speaker,

Belanjawan 2026 memberi peluang untuk membina Pahang yang lebih adil, seimbang dan mampan dengan cadangan yang telah saya kemukakan saya menyokong Belanjawan Negeri Pahang 2026 demi kesejahteraan rakyat seluruhnya. [Ahli Dewan menepuk meja] Assalamualaikum WBT.

Speaker

Terima kasih Ahli daripada Damak. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Dilantik, sila.

Tuan Rizal bin JaminAhli Yang Dilantik

[Ayat al-Quran] Assalammualaikum WBT. Salam Malaysia Madani dan salam Pahang 1st. Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Ahli-ahli

Exco, Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan dan sidang hadirin yang dihormati di dalam Dewan yang mulia ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana memberikan ruang kepada saya untuk turut sama membahaskan Belanjawan Negeri Pahang bagi tahun 2026 yang bertemakan Pahang 1ST, Rakyat Didahulukan Kemakmuran Dipertahankan. Setinggi-tinggi ucapan tahniah saya ingin kalungkan kepada pasukan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat ADUN Jelai atas pencapaian yang membanggakan pada tahun ini dan juga pada pada… pada tahun-tahun yang lampau.

Pada saya selain daripada angka-angka yang berorientasikan kewangan ringgit dan sen seperti pendapatan kerajaan negeri, keluaran dalam negeri kasar dan sebagainya saya ingin menarik perhatian Ahli Dewan yang mulia ini kepada statistik kadar guna tenaga sumber manusia di negeri Pahang yang dilaporkan telah meningkat sebanyak 20,200 kepada 788,800 guna tenaga tahun ini di negeri Pahang berbanding dengan tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 2.6%.

Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan buat kita rakyat Pahang di mana kita telah hampir mencapai tahap guna tenaga penuh bagi negeri Pahang dan selain daripada itu, kita juga menerima laporan bahawa kadar pengangguran di negeri Pahang ini pada suku ketiga tahun ini pada tahap 1.7% berbanding dengan 3% kadar pengangguran di peringkat nasional dan ini satu lagi petanda yang menunjukkan pencapaian Kerajaan Negeri Pahang ini berada pada tahap yang sangat membanggakan.

Saya juga ingin membandingkan data pengangguran negeri Pahang berbanding dengan negeri-negeri jiran kita. Berdasarkan data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan kadar pengangguran yang tinggi iaitu 4.4% di negeri Kelantan dan 3% di negeri Terengganu. Perangkaan ini jelas menunjukkan prestasi kerajaan perpaduan di Pahang ini jauh mengatasi kerajaan-kerajaan di negeri yang berjiran dengan kita.

Yang Berhormat Speaker,

Saya yakin pencapaian yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri Pahang ini tidaklah datang dengan sendirinya melainkan hasil daripada usaha keras dari peringkat pelaksanaan strategi malah pembentukan polisi oleh pelbagai pihak agensi kerajaan negeri. Berbekalkan pendapatan negeri yang diunjurkan pada jumlah RM1.279 bilion, saya percaya negeri Pahang berupaya untuk berbelanja seperti yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan oleh yang demikian, saya sangat menyokong Belanjawan 2026 ini.

Saya teliti dan apa yang menarik perhatian saya adalah fokus yang berterusan daripada kerajaan negeri terhadap pembangunan modal insan di negeri Pahang meliputi pelbagai lapangan. Kalau kita semak belanjawan yang berasaskan kepada 7 teras utama ini, kita akan dapati terdapat strategi yang sangat jelas untuk membangunkan modal insan di setiap teras yang dicadangkan.

Sebagai contoh, usaha memartabatkan agama Islam dengan pelbagai program. Sebuah universiti al-Quran diwujudkan untuk pembangunan ummah ketika mana warisan budaya dan pelancongan ingin diperkasakan latihan dan pensijilan diberi kepada individu yang terlibat di dalam bidang tersebut. Bila bercakap tentang inisiatif melonjak ekonomi negeri, Program Usahawan Makmur menjadi tonggak penting di dalam teras tersebut.

Jadi pada pandangan saya, tidak hairanlah kalau kadar pengganguran di negeri kita ini berada pada paras yang sangat rendah berbanding dengan negeri-negeri jiran.

Cuma Yang Berhormat Speaker, dalam pada kita mencapai pencapaian yang bagus dan juga mempunyai perancangan yang rapi di dalam mentadbir negeri ini saya agak hairan masih ada pihak terutamanya pihak pembangkang yang seolah-olah tidak menyedari perkara ini dan melabel kerajaan negeri ini sebagai kerajaan yang tidak membuat kerja, malah turut mengatakan bahawa belanjawan yang dibentangkan adalah belanjawan gula-gula pilihan raya. Saya tertanya-tanya apakah sebenarnya definisi buat kerja pada pandangan ataupun pada hemat Ahli-ahli Yang Berhormat pembangkang terutamanya dalam kamus mereka apakah definisi ataupun takrifan. Kalau sekadar kita berswafoto pada mana terdapat masalah-masalah seperti banjir ataupun longkang tersumbat ataupun kita memuat naik video di media sosial dengan rakan-rakan ataupun agensi-agensi buat kerja menurap jalan dan sebagainya saya rasa apa yang dilakukan oleh wakil-wakil rakyat ataupun agensi Kerajaan Negeri Pahang itu jauh lebih daripada itu.

Jadi, itu saya tertanya-tanya jadi kepada rakyat di luar sana pun saya ingin mereka juga membuat penilaian yang serupa sekiranya mereka manalah tahu bertimbang-timbang untuk menyokong kelompok-kelompok ataupun pihak yang berpandangan begini daripada segi buat kerja bak kata Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada…

Nak minta laluan sedikit. Saya nak tanya ya faham tak tekan kerajaan dengan pembangkang. Konsep kerajaan yang melaksanakan kerja dengan projek dengan dana rakyat itu perkara biasalah dan kita ucap tahniah dan terima kasih. Jangan nak lihat bahawa pembangkang harus buat kerja macam kerajaan dengan peruntukkan tak ada sebagainya. Saya fikir apa yang perlu difahami bahawa setiap kita ada peranan. Kita ada pembangkang yang konstruktif dalam Dewan yang kita bangkit, yang kita sokong bukan semua kita bangkang, yang baik kita sokong dan kita kemukakan saranan-saranan cadangan. Saya fikir tak perlu kita sama kita duduk er… kritik sesama sendiri dalam Dewan Yang Mulia lebih baik kita fokus kepada apa yang di er… nak cakap apa terpulang pada masing-masing tapi tak perlulah kita berpolitik dalam Dewan ini. Terima kasih.

Tuan Rizal bin JaminAhli Yang Dilantik

Terima kasih, saya sambung cumanya pada pandangan saya adalah ungkapan yang mengatakan kerajaan tidak buat kerja itu adalah sesuatu yang agak serius. Saya er… mengambil kesempatan untuk memberi penjelasan terhadap perkara tersebut. Seperti mana kata Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada pembentangan bajet yang lalu fakta dan angka tidak pernah berbohong. Malah yang auta itu sudah pastilah sesuatu yang tidak benar. Pada pandangan saya, janganlah kerana kita ingin merebut kuasa semua tindakan Kerajaan Negeri dipandang negatif. Saya ingin ungkap er… serangkap pantun Melayu lama berkenaan dengan perkara tersebut.

Menjual lidi ke Batu Bara, Menjual lokan ke Batu Pahat, Kerana dengki punya angkara, Orang baik dituduh jahat.

Yang Berhormat Speaker,

Di dalam usaha kita untuk membina dan memperkasa modal insan rakyat negeri Pahang ini, suka saya ingin cadangkan supaya kita turut memberi pendedahan dan latihan berkaitan dengan penggunaan teknologi digital di dalam apa juga bidang yang diceburi oleh rakyat negeri Pahang ini. Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Persatuan Industri Komputer Malaysia (PIKOM), pendapatan individu yang terlibat di dalam industri pemasaran digital dijangka akan meningkat melebihi 7% pada tahun 2026. Oleh yang demikian, disebabkan terdapat pelbagai program berkaitan latihan yang dicadangkan di dalam Bajet 2026 yang dibentangkan, saya ingin mencadangkan supaya setiap program latihan tidak sama, tidak kira sama ada program latihan di dalam hal keagamaan, pelancongan, keusahawanan dan sebagainya, ia dilengkapi dengan elemen pemasaran digital supaya rakyat Pahang yang dilatih itu mampu mencapai tahap pempengaruh influencer, dengan izin.

Manakala di setiap daerah ataupun mukim yang terpilih, kita juga boleh mengwujudkan studio digital mini yang membolehkan mereka yang terlibat untuk membangun dan menerbitkan konten secara lebih profesional. Ini boleh dilakukan secara projek rintis di kawasan-kawasan yang terpilih dengan kumpulan sasarnya adalah mereka yang mengikuti latihan-latihan yang disediakan oleh kerajaan negeri melalui program di dalam 7 teras belanjawan yang telah dibentangkan.

Yang Berhormat Speaker,

Saya rasa kita semua maklum betapa prihatin pihak kerajaan negeri di dalam usaha membina dan membangunkan generasi muda belia melalui program-program latihan. Bermula dari generasi yang berakar kepada wahyu melalui al-Quran, kepada penggiat pelancongan, latihan TVET, STEM melalui Pahang Skills, Akademi Pahang 1st, Akademi Rel Pahang dan sebagainya.

Sudah tentu program berbentuk latihan memerlukan satu koordinasi dan pemantauan yang menyeluruh daripada Kerajaan Negeri Pahang. Saya suka mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa pemandu untuk tujuan tersebut supaya hasil daripada usaha yang dilaksanakan dapat dipantau dan ditambah baik daripada semasa ke semasa. Saya juga suka mencadangkan supaya anak muda kita dilibatkan di dalam latihan-latihan yang berkaitan seawal usia mereka lepas SPM untuk program-program yang sesuai supaya mereka dapat mengisi masa mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dalam masa menunggu keputusan SPM ataupun kemasukan ke IPT.

Yang Berhormat Speaker,

Izinkan pula saya ingin menyentuh berkenaan dengan ledakan kecerdasan buatan. Saya ingin memetik kenyataan Jensen Huang, CEO kepada syarikat NVIDIA yang merupakan syarikat AI yang pertama mencatat modal USD5 trillion di pasaran Amerika Syarikat. Beliau mengatakan bahawa AI bukanlah sekadar alat untuk membantu kita membuat kerja, malah AI merupakan pemacu utama kepada kerja dan hasil daripada kerja tersebut. Ia membawa kepada maksud pulangan kepada sesuatu kerja yang kita lakukan bergantung kepada sejauh mana kita menggunakan teknologi AI dalam masa sekarang.

Sebagai contoh, ramai di antara rakyat di Pahang ini bekerja ataupun mencari pendapatan mereka sebagai petani dengan menanam pelbagai jenis tanaman. Katakan mereka terlibat dengan pertanian fertigasi. Sekiranya mereka menggunakan

AI di dalam usaha mereka itu seperti mereka mengumpul maklumat-maklumat mengenai imej tanaman di setiap plot dan direkodkan pada satu-satu masa manakala keadaan suhu, air, baja dan kelembapan direkodkan menggunakan peralatan IoT, Internet of Things. Data-data ini boleh digunakan untuk membangunkan model penghasilan yang optimum melalui kaedah machine learning atau deep learning, dengan izin. Kemudian model-model yang telah dilatih atau train model ini boleh digunakan pula oleh petani-petani yang lain bagi meningkatkan hasil tanaman mereka dengan menggunakan kaedah pertanian secara AI ataupun biasanya dikatakan sebagai precision farming atau precision agriculture.

Sekiranya ini berjaya kita laksanakan, tidak mustahil Pahang boleh menjadi pusat utama bagi AI berkaitan dengan pertanian di sebelah sini, manakala lebih ramai pula anak-anak muda yang terdiri daripada Gen Z yang celik IT akan berminat untuk menceburi bidang pertanian yang dipacu oleh AI.

Yang Berhormat Speaker,

Tadi saya telah membahaskan mengenai penglibatan individu sama ada usahawan petani atau nelayan untuk turut sama menjadikan digitalisasi dan AI sebagai satu amalan di dalam menjalankan sesuatu kerja. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana turut memberi perhatian terhadap peningkatan urus tadbir supaya menjadi lebih dinamik dan berprestasi tinggi di peringkat kakitangan awam Kerajaan Negeri Pahang. Ini tidak dapat tidak, mesti di kaitan, dikaitkan dengan digitalisasi dan AI. Untuk tujuan ini, saya mencadangkan sebagai salah satu item di dalam Program Transformasi IT Kerajaan Negeri Pahang, satu inisiatif untuk membangunkan pusat data milik kerajaan negeri di mana data-data penting dikumpulkan di pusat data tersebut dan ia dapat digunakan dan dikongsi secara selamat dan sistematik oleh pihak-pihak yang berkepentingan seperti agensi kerajaan negeri, persekutuan.

Inisiatif yang sebegini sebenarnya telah dilaksanakan oleh negeri Selangor melalui program Selangor Data Exchange dan ia dapat membantu kerajaan mereka untuk menjalankan pentadbiran kerajaan negeri dengan lebih efisien. Jadi saya rasa Kerajaan Negeri Pahang kita boleh mengadaptasi kaedah yang sama juga. Pelbagai jenis aplikasi boleh digunakan dengan adanya pusat data negeri Pahang ini. Contohnya tadi kita telah dengar bagaimana di negeri pihak er... di negeri Perak, keadaan air yang berubah dan memerlukan tindakan daripada kerajaan negeri dan sama juga sekiranya kita mempunyai satu pusat data yang dapat mengumpul data mengenai aliran sungai, keadaan sungai, kekeruhan dan sebagainya dan data itu disimpan di pusat data Kerajaan Negeri Pahang, ia boleh membantu kita untuk mengesan sebarang perubahan terhadap kondisi ataupun keadaan sungai daripada semasa ke semasa.

Saya menerima satu laporan ataupun aduan daripada rakyat yang menetap di Lipis bahawa mereka mengatakan ada ketikanya di Sungai Lipis ini terutamanya keadaan selepas hujan seolah-olah terdapat satu aktiviti pelepasan air yang menyebabkan air di Sungai Lipis itu menjadi keruh, tapi bukan sepanjang masa, pada ketika-ketika tertentu. Jadi, saya berasakan sekiranya kita mempunyai pusat data dengan aplikasi yang sesuai, kita dapat menangani masalah-masalah yang sebegini. Dato' Sri Speaker, maaf...

Yang Berhormat Speaker,

Bercakap mengenai pusat data seperti mana yang kita maklum, Malaysia kini menjadi tumpuan syarikat-syarikat utama dunia membangunkan ekosistem tersebut. Daripada Amerika Syarikat kita ada syarikat seperti Microsoft dan Google, daripada negara China kita ada gergasi seperti Alibaba dan juga Tencent yang sedang giat melabur bagi pembinaan pusat data. Namun setakat ini saya mendapati tumpuan lokasi pembangunan pusat data adalah di Lembah Klang dan negeri Johor sahaja, manakala aplikasi yang menjana pembangunan pusat data tersebut adalah berkitar kepada aplikasi pengkomputeran awan ataupun cloud computing. Untuk makluman Ahli Dewan, terdapat satu lagi teknik ataupun jenis pengkomputeran yang juga memerlukan pusat data iaitu pengkomputeran pinggiran atau dikenali juga sebagai edge computing, dengan izin yang memerlukan pusat data walaupun pada skala yang lebih kecil.

Oleh yang demikian, saya berpandangan bahawa negeri Pahang mempunyai potensi untuk membangunkan pusat data berkonsepkan edge computing ini yang sesuai untuk industri seperti pemprosesan bahan-bahan hiliran petroleum, kilang-kilang komoditi sawit, pemuliharaan ekosistem hutan dan sebagainya. Saya suka mencadangkan supaya kerajaan negeri melalui pelbagai agensi yang berkaitan meneroka potensi bagi menarik pemain-pemain di dalam teknologi edge computing ini untuk membangunkan pusat data mereka di negeri Pahang. Ini akan membantu Pahang untuk turut serta di dalam pembangunan ekonomi digital Malaysia.

Yang Berhormat Speaker,

Pada hemat saya, kesimpulan yang boleh kita buat mengenai belanjawan negeri Pahang bagi tahun 2026 ini adalah satu perancangan yang menyeluruh mencakupi semua aspek melalui tujuh teras yang telah diperincikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Apa yang penting adalah matlamat utama untuk membangunkan segenap lapisan masyarakat sama ada daripada segi rohani dan jasmani, ekonomi dan sosial, muda dan juga tua bakal mendapat manfaat dari belanjawan yang dibentangkan. Saya ingin menyeru semua Ahli Dewan sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang untuk turut sama memainkan peranan di kedudukan masing-masing bagi memastikan setiap sen yang dibelanjakan memberi manfaat kepada rakyat negeri Pahang. Dengan ini, saya mohon menyokong usul Belanjawan Negeri Pahang Bagi Tahun 2026. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih Ahli Yang Dilantik. Seterusnya, saya menjemput Ahli Kawasan Luit, sila.

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Dalam perbahasan pada petang ini. Pertamanya, saya ingin mengucap syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya kita dapat terus bersama hadir ke Sidang Dewan kali ini. Juga saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja, Menteri Besar yang telah membentangkan Belanjawan Negeri untuk tahun 2026.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Untuk makluman, Dewan yang mulia ini, kami di Maran, telah menerima seorang Pegawai Daerah yang baharu dan saudara Encik Wan Salleh Al Koris bin Encik Wan Jaafar @ Wan Adnan. Jadi kami nak ucapkan selamat datang ke daerah Maran dengan diiringi doa semoga Allah mempermudahkan segala urusan sepanjang beliau bertugas di Maran nanti.

Speaker, saya tak nak tanya ade ke sini. Ada Encik Wan? Yep... kami bertiga daripada daerah Maran ni, YB Chenor, Kuala Sentul, belum jumpa lagi ya... tak apa. Oh... ada je orang jengka. Muka tak gaya muka orang Maran.

Tuan Yang di-Pertua,

Merujuk kepada DUN Luit, saya juga rasa gembira dan terima kasih. Eh... lupa nak ucap DO lama yep... er... juga tidak lupa untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Hormat Dato' Khairun Nissa binti Aris atas sumbangan bakti beliau dan sumbangan tenaga dan buah fikiran selama bertugas di Maran. Dan kami berdoa agar Yang Hormat Dato' terus cemerlang di tempat baharu dan kali terakhir jumpa beliau masa banjir, di Kampung Taman Sri Chedung.

Merujuk kepada kawasan saya DUN Luit, saya juga rasa gembira dan berterima kasih kepada kakitangan kerajaan yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato' Pegawai Daerah dan kakitangan kerajaan, para kontraktor pekerja swasta, pekerja kebersihan, keselamatan dan lain-lainlah yang gigih melaksanakan kerja di kawasan saya. Semoga khidmat bakti mereka semua menjadi ibadat dan di sisi Allah SWT. Pada perbahasan saya petang ni, saya mohon perhatian dan pertimbangan dan tindakan daripada pihak kerajaan mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan kepentingan orang ramai di kawasan saya.

Yang pertamanya, tajuk kesihatan di bandar Maran. Kita ucap terima kasih kerajaan membina sebuah pusat hemodialisis di Maran, RM4 juta lebihlah. Bermula kerja pada 8 Disember 2021 dan siap pada April 2024. Ia pada asasnya memang dah siap dah, namun masih belum dapat digunakan kerana terdapat kerja-kerja berkaitan dengan keselamatan yang perlu disiapkan. Ye... keselamatan berkait dengan apa aspek-aspek kebakaran, jadi kita mohon agar pihak berkenaan dapat menyiapkan dengan kadar segera agar pesakit yang memerlukan dapat menggunakan kemudahan ini dan tidak perlu lagi mendapatkan rawatan di luar daerah seperti di Hospital Temerloh.

Terima kasih juga kepada, Jabatan Kesihatan yang telah menyempurnakan beberapa projek di kawasan saya seperti menaik taraf Klinik Desa, di Kampung New Zealand, serta naik taraf Kuarters Klinik Kesihatan Maran. Ni dah lama dah siap dah, cuma nak rakamkan ucapan gembira dan terima kasih.

Yang kedua projek jalan, projek yang pertama menaik taraf dan meninggikan aras jalan Bak Bak... Kampung Bak Bak, ke Serengkam RM30 juta lebih tu. Dijangka siap pada 21 Mac 2025. Jadi projek ini menjadi rungutan masyarakat setempatlah kerana terdapat beberapa bahagian jalan yang masih belum disiapkan dan beberapa jalan putus akibat banjir baharu-baharu ni, dan ketika hujan lebat. Malah, er... Tuan Yang di-Pertua, terdapat bahagian jalan yang telah ditinggikan dan diturap dan masih di tenggelami air dan menyebabkan perhubungan di antara mereka Kampung Bak Bak, Kampung Merbau, Kampung Serkam terputus ye. Tak dapat mengguna jalan yang telah dinaik taraf tu. Begitu juga, ada jalan satu lagi ia membina baru jalan dari Lubok Paku Mentagan Pejing, ye... yang itu itu besar sikit belanjanya. Ingat RM70 juta lebih

kot. Yang dijadualkan siap pada 6 Oktober 2025. Jadi, kami dapati projek ini seperti terhenti kerana banyak kesan-kesan er... kesan kerja er... menjadi tempat-tempat tinggalan ye... rumput-rumput dah tinggi dan sebagainya. Jadi, saya ingin bertanyalah sama ada kedua-dua projek ini projek yang mengikut jadual ataupun projek sakit, dan jadi kita memohon penjelasan.

Kemudian dalam tajuk air seperti kawan-kawan sahabat-sahabat yang lain pun kita bercerita tentang air. Cuma kali ini agak berbeza sikit lah saya, nak ucap syukur kepada Allah SWT, terima kasih kepada pasukan PAIP Maran, yang diketuai oleh Pengurus apa Encik Azrul ye... dengan team dia, kerana walaupun dalam keadaan bertungkus-lumus menyiapkan projek-projek bekalan air di kawasan kami, kami dapati aduan-aduan mengenai air pun dah berkurangan, complain-complain berkaitan pun dah berkurangan. Jadi, saya kira ini satu er… kejayaan juga kepada jabatan ini dan saya, Speaker, kadang- kadang kita duduk menyebelahi agensi kerajaan juga. Kita tahu dari segi teknikal mereka bekerja er... siang malam, kadang-kadang kita orang kampung ni merungut je. Jadi, kita bersama agensi jugalah kerana kita tahu mereka, memang sedang bertungkus-lumus untuk er... menyempurnakan kerja-kerjanya. Dan kebanyakan kerja-kerja di Jabatan Bekalan Air di Maran pun banyak yang dah siap ye.

Cuma ada beberapa perkara yang nak sebut juga, iaitu projek-projek berkaitan dengan air yang kita nantikan yang pertamanya, projek tangki air di Kampung Pejing untuk bekalan sehingga ke Kampung Kuala Wau. Pejing tu dalam DUN Chenor. Tapi airnya akan dibekalkan ke Kampung Kuala Wau dalam DUN Luit. Jadi kita menantilah projek itu yang dikatakan masuk dalam RMK-13. Juga pembinaan sebuah tangki air jenis reinforced concrete reservoir berkapasiti 2272 Meter padu. Pekan Seri er... Pekan Sri Jaya. Jadi dikatakan projek ini masih dalam design Stage. Saya harap bolehlah kalau di dipercepatkan lagi.

Dan yang ketiganya, kerja-kerja penggantian paip dari Simpang Singgora ke Kampung Lubuk Paku. Ni WIP ye... Work, Work In Progress. Yang lain-lainnya yang saya nak bawa juga ke Dewan pada hari ini, er... projek di Kampung Ulu Luit. Kita mohonlah status tanah masjid di Kampung Ulu Luit. Mohon disegerakan bagi membolehkan penduduk membuat pagar dan sebagainya. Yang memudahkan pengurusan pihak masjid. Untuk makluman Dewan, masjid ini didirikan oleh orang kampung sendiri, sumbangan orang kampung dan dalam tahun yang lepas memang ada agensi kerajaan turun bersama-sama berbincangkan untuk membangunkan masjid ini. Er... seterusnya dalam, er... menaik taraf persimpangan jalan, er... ini pun penting juga dan saya dah rasa dah sebut beberapa kali dan dewan. Kita ada dua persimpangan dalam DUN Luit ini yang perlu di, ditambah baik.

Pertamanya, Persimpangan Kampung Sentosa, yang mempunyai sejarah kemalangan maut sejak sekian lama dan yang terbaharu pun minggu lepas ye... ada kakitangan FELDA Bukit Tajau juga terlibat kemalangan maut di situ. Jadi mintak perhatian kerajaanlah er… membesarkan. Kemudian persimpangan Taman Sri Jaya Makmur juga sama ya er... kita mintak penambahbaikan sebab persimpangan ini perlu dilebarkan dengan lorong khas keluar masuk. Kemudian lampu jalan ya... bagi memudahkan pengguna, terutamanya masuk simpang, keluar simpang di waktu malam. Seperkara lagi, di DUN saya, mohon pihak kerajaan memberi perhatian, kepada lebih 20 ribu keluarga yang tinggal menetap di kawasan yang dikenali rumah kilang Kampung Bintang. Ini pun dah pernah sebut dalam Dewan dan mereka ini, tinggal di atas tanah berstatus tanah kerajaan. Sehingga kini, kami belum mendapat maklum balas daripada pihak kerajaan mengenai perancangan masa depan penduduk di situ.

Seterusnya saya nak sebut juga tentang nak sentuh tentang belanjawan ya… menyentuh tentang belanjawan negeri, itu memang setiap tahun dibentangkan oleh pihak kerajaan sama ada negeri atau negara. Bagaimana kerajaan mendapat wang dan membelanjakannya. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan pihak Kerajaan Negeri yang memilih Maran untuk dibina sebuah maahad tahfiz yang bernilai RM15 juta. Saya percaya ya bandar Maran masih mempunyai banyak kawasan yang bersesuaian untuk tujuan itu. Makna dengan ayat lainnya, bawa kepada Maranlah. Maran ni luas juga. Jadi semoga usaha ini dipermudahkan dan Maran, insya-Allah akan menjadi Pusat Perkembangan Islam yang penting suatu hari nanti.

Seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja juga, dia akan menjemput saya ke majlis pecah tanah. Jadi terima kasihlah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri atas ingatan dan jemputan itu dan saya kalau ada duit nak beli baju baru, nak datang, rai jemputan dia. Jadi kita duduk bawah khemah, baru lawa sikit duduk sebelah MB ya tapi peruntukan takde beli baju, tak cukup (ketawa). Jadi saya menaruh harapan tinggilah agar belanjawan ni, yang ni projek maahad tahfiz ini dapat dilaksanakan. Kemudian, kita juga ucap tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja dalam membentang belanjawan berasaskan kepada tujuh teras memartabatkan Islam memelihara Institusi Diraja dan mengangkat warisan budaya.

Saya suka nak sebut budaya ni sebab budaya ni maknanya Tuan Yang Dipertua, budaya maknanya cara hidup ya. Macam mana kita hidup itulah yang kita nak perkasakan, yang kerajaan nak perkasakan. Cuma kadang kita tengok perkara paling asas dalam budaya kita dan budaya yang menjadi pokok di negeri Pahang ni ialah budaya orang Melayulah ya. Orang Melayu ni satu perangai yang bagusnya. Dia suka berdoa kepada orang-orang yang dia jumpa. Kalau jumpa tu nak, eh selamat datang. Selamat datang itu doa tu, selamat awak datang selamat balik. Berhati-hati di jalan raya. Nampak perkara ni macam remeh, tapi ini penting.

Bolehlah kerajaan kalau ada dana dalam bajet belanjawan, cuba cari jalan macam mana menjadikan benda ini satu amalan yang besar. Amalan seluruh rakyat. Ini memang amalan yang bagus. Kemudian err… macam pakaian orang Melayu Pahang ni, orang Islam kebanyakkannya menutup aurat. Jadi kempen besar-besaran sebab menutup aurat ini dia, satu cantik. Yang keduanya nampak sopan santun sikit dan kadang-kadang orang pelancong pun dia suka tengok ni. Jika boleh izin minum air sikit. Suara dah macam Ramli Sarip. (YB duduk dan minum air botol) Terima kasih Yang di-Pertua. Hah, baru laju sikit.

Kemudian yang kedua melonjakkan ekonomi negeri, yang ni teras ya teras yang kedua. Saya secara peribadilah ya ingin melahirkan apa ni nak melihat kerajaan dapat membina usahawan-usahawan. Melahirkan usahawan-usahawan ya usahawan-usahawan dalam negeri Pahang ni kerana kita orang Pahang ni lama sangat menjadi golongan pengguna. Kita tak pernah usaha untuk jadi golongan pengeluar. Kita beli barang semua dari negeri-negeri lain. Beli daripada Selangor, daripada Johor, pada mana manalah ya, daripada Shopee pun ada banyak ya. Jadi kita nak melihatlah dalam tajuk lonjak ekonomi negeri ni.

Saya sarankan kerajaan untuk usahalah melahirkan usahawan terutama usahawan-usahawan berasaskan plastik ke, usahawan berasaskan besi ke, ni cetong, cetong, cetong besi. Takde orang Pahang boleh buat cetong kot. Buat selipar pun takde. Jadi itulah maksud lain dalam bentuk ni, dan kita membina ekonomi kita sendiri. Yang ada

baguslah, yang buat-buat kerepek ubi dan sebagainya ya, tapi minta luaskan lagi skop melahirkan usahawan ni.

Yang ketiga meningkatkan taraf pendidikan. Untuk makluman Yang di-Pertua, pendidikan ni sebenarnya dia antara kekangan kita nak bina tamadun kita ni sebab kalau tak kena gaya pendidikan beri pada rakyat ni ia akan menjadi payah nak maju ya dan kita sebagai orang Islam kita taulah dan kalau boleh kita buat dasar pendidikan yang mendekatkan apa anak-anak belajar ni dengan kebesaran Allah SWT. Kita pergi sekolah pun kita tak jumpa juga benda tu. Belajar sains pun, setakat belajar sainslah, kita tak dapat menghayati tentang kejadian kebesaran Allah dalam…dalam sekolah kita.

Yang keempatnya, membentuk rakyat berjati diri dan melahirkan pemimpin masa depan. Hah, ini pun interesting juga ni. Bagus juga usaha kerajaan ni ya. Elok juga usaha ke arah ini, cuma jangan ada pelapis-pelapis… pelapis ni orang mudalah. Kita kalau tengok dalam Tik Tok dan sebagai. Orang muda ni kadang terlajak juga, kerja Tuhan pun dia buat. Hukum orang sana, hukum orang sini ya. Ada satu lagi tengok Tik Tok tu, kerja istana pun dia buat. Dia boleh kata orang ni derhaka, orang ni derhaka, puak ni derhaka. Tak boleh, ya tak boleh. Dia kena didik orang muda kita ni jadikan orang Pahang ni orang yang apa ni bertatasusilalah ya.

Speaker

Yang Berhormat…Yang Berhormat.

Speaker

Panjang lagi ke? Minta gulung ya.

Memang panjang lagi ni.

Speaker

Masa dah sampai.

Okay, okay. Saya ringkas, ringkas je. [Ketawa] Nombor lima. Okay. Nombor… memastikan tadbir urus yang baik. Nombor 6, menjamin kelestarian alam, okay, dan 7 kesejahteraan kehidupan rakyat. Boleh, terakhir dah ni. Akhir ni saya nak... tak boleh tinggal ni. Ucapan saya mewakili penduduk dalam DUN Luit, khususnya penduduk daerah Maran amnya merakamkan setinggi- tinggi ucapan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri kerana mendapatkan peruntukan untuk membina sebuah jambatan menyeberangi Sungai Pahang di tempat saya. Yang baru-baru ini Yang Berhormat Exco ada melawat tapak di Kampung Serkam tu, tapi tak ajak saya. Saya, ikan patin ada? Kalau tidak, boleh makan tengah hari, hari tu. Semula ya (ketawa). Ikan patin

Sungai Pahang tu bukan patin sangkar tu. Jadi saya akhirilah dengan ucapan err… perbahasan saya dengan serangkap pantun.

Roh jasad mesti bersatu Baru teguh sampai ke tua Melihat kepada negara maju Sampai masa bertukar juga

Bukan untuk sinis, semua oranglah, semua negerilah ya. Jadi saya akhiri dengan wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Mohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Ahli dari Luit. Seterusnya saya minta… saya jemput Ahli daripada Batu Talam. Sila.

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Syukur ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmat dan nikmatNya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Terima kasih YB Speaker yang memberi ruang kepada saya untuk bersama membahaskan Belanjawan Pahang bagi tahun 2025/26 dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ke-4 Dewan Undangan Negeri yang Ke-15.

Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang serta barisan kakitangan Kerajaan Negeri atas pencapaian kutipan hasil negeri sebanyak lebih daripada RM1 bilion untuk tahun yang ke-4. Atas kebijaksanaan dan kecekapan urus tadbir di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar bermula daripada tahun 2022. Kutipan hasil negeri kita terus meningkat dan ini juga dibuktikan dengan KDNK Pahang yang mana nilainya telah dikutip, dikira sebanyak RM68.7 bilion KDNK di negeri Pahang.

Jadi inilah merupakan kutipan kalau kita tengok daripada negeri-negeri Pantai Timur yang tertinggilah di Pahang ni dan segala kutipan yang di buat ianya nampak dikembalikan kepada rakyat dengan pelbagai inisiatif yang sangat banyak dan saya mewakili rakyat di kawasan saya iaitu Batu Talam mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kita.

Yang Berhormat Speaker,

Dalam perbahasan bajet ini, Saya ada beberapa perkara yang nak dicadangkan. Pertamanya dalam tujuh teras ni teras yang kedua iaitu teras ekonomi dalam kluster ini pertanian. Saya mengucapkan berbanyak terima kasihlah kepada kerajaan yang telah pun memperuntukkan sebahagian besar kepada Jabatan Pertanian Negeri untuk nak membangunkan pertanian. Cuma saya nak menambah sikit apa yang saya nampak di kampung-kampung ni pokok-pokok kita ni dia dah beransur lama ataupun tua kan. Kalau kita tengok saya nengok pun pokok tunggu buah tak buah kan? Sekejap dia berbuah. Kadang-kadang lama-lama sekali dia buah.

Saya pun tak faham tu saya nak tanya kerajaan Exco pertanian ni dia di pokok ini dengan manusia ni macam mana kalau manusia ni dia lama ke tua dia tak produktif dah. Tapi pokok ni kalau dia tua dia produktif ke ataupun dia macam mana. Adakah

sama tu ataupun kita nak biar dia sampai ke tua ni tunggu buah tak buah. Jadi itu apakah bezanya pokok ni dengan dengan manusia ni dari segi produktif atau tidak nanti? Sama je. Jadi saya, saya nampak. Jadi sebab itulah bagi saya, saya rasa memang perlu pihak kerajaan memikirkan supaya dapat memulihkan semula pokok-pokok khususnya pokok buah di kampung-kampung ni yang mana yang tak berbuah tu fikir sama ada nak diganti dengan ataupun nak di... di apa dicantumkan dengan pokok-pokok yang lain, ditut ke.

Tapi ini kita dah dah lama dah saya tengok pokok-pokok tu, kadang kadang kita menunggu buah tahun ini. Tak buah tak buah juga. Bila nak buahnya. Jadi kalau boleh kalau letak buah tu kita gantilah dengan pokok-pokok lain. Sebab kalau, kalau di Siam ataupun Thailand, dia ada pokok hybrid dipanggil petai tiga tahun dia buah dah banyak pokok-pokok di Siam ni dia cukup cepat berbuah. Ini YB Exco pertanian. Dia tak tahulah maknanya sama ada kita nak menggantikan pokok-pokok ni dan saya ingin mencadangkan supaya pokok-pokok ini termasuklah ini.

Ini pokok kelapa sekarang kelapa memang ada bukanlah ada harga mana mahal. Jadi kita nampak kadang-kadang pokok kelapa itu cukup tinggi tapi tinggi juga apa maknanya orang boleh panjat lagi. Ada lagi maknanya monyet itu boleh panjat. Tapi monyet pun tak mampu dah nak panjat pokok jenis pokok tinggi ini. Dia dibalik balik semula mana dia condong main semula oo… itu. Monyet memang takut nak panjat pokok tu. Jadi punyalah apa pokok ini dah lama hingga ianya tidak produktif kepada kita. Jadi kita tengok kepada pokok-pokok dan sebahagian besar yang kita tengok ada potensi supaya kita minta kepada Jabatan Pertanian ataupun kerajaan untuk membuat pemulihan.

Kalau boleh kita minta belah ini Pahang Barat dulu kalau nak dipulih ke mungkin pihak kerajaan kata banyak sangat mana sampai maknanya sebelah pantai timur ataupun dekat laut. Dia biar dia tangkap ikan sebelah pantai barat ni kita beri peruntukan untuk nak memulihkan pokok-pokok khususnya pokok-pokok buah-buahan di, di kampung ni. Jadi, saya mencadangkan supaya kerajaan negeri dapat membuat satu perancangan untuk memulihkan pokok-pokok yang dah ada ni cakap dah lamalah di, di kampung-kampung ni. Tapi saya juga nak menyarankan kepada kerajaan supaya menilai pokok-pokok ni. Kadang kadang ada pokok tu yang tak perlulah kita, kita teruskan. Contohnya langsat, dokong. Yang ini kalau makan dia sakit urat ini dulu banyak buah ni tapi tak berapa laku. Jadi kena kaji semula. Jangan esok saya mencadangkan dia menanam semula pokok-pokok yang tidak ada potensi ataupun market untuk masa depan. Jadi, kita kena tengok kesesuaian supaya pihak kerajaan memikirkan dapat memulihkan supaya kemeriahan buah-buahan di kampung itu. Kita akan menunggu semasa musim buah buah itu. Itu yang pertama.

Yang keduanya, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya dapat...

Sebentar sebelum beralih saya, saya minta celah sikit. Terima kasih saya tertarik dengan apa yang dibangkitkan ialah soal pokok-pokok lama. Cuma mungkin Exco Pertanian boleh beri sedikit perhatian. Pemantauan kita sekarang ini kepada sawitnya. Jadi semacam satu wabak baru sekarang ini di mana daun-daun sawit jadi merah. Pada mulanya saya jangka kerana faktor tepi tepi jalan. Tapi mutakhir ni dia dah merebak hampir sebahagian besar. Kalau kita tolak daripada sini di kawasan Maran pun dah ada kawasan sempadan Kuantan pun dah ada. Dan sebahagian Jengka pun dah ada dia warna daun dia merah bahagian bawahnya. Bukan faktor tua. Tapi saya

rasa wabak penyakit dan kalau boleh beri respon kepada permasalahan kalau dia jadi buah jadi wabak negara kita berdepan dengan risiko ekonomi yang besar. Takut jadi kesan pada hasil pengeluaran. Terima kasih

Terima kasih itu buah sawit bukan buah makan tu. Saya bercakap ni buah buah-buahan yang nak makan. Yang keduanya Yang Berhormat Speaker ialah mengenai mengujudkan ini Lembaga Durian yang kita nampak sekarang ni dalam keadaan walaupun harga dia tinggi, tapi pasaran dia tidak menentu dan ianya tidak menyeluruh kepada pengusaha-pengusaha khususnya di kampung-kampung. Jadi dengan adanya lembaga durian ini, kita harap ianya dapat menyelaraskan rantaian durian daripada benih dia, baja dia khidmat teknikal ataupun pusat pengumpulan memproses hinggalah pemasaran dan dan eksportnya. Jadi itu dia antara tujuannya. Dan ianya juga menjadikan badan ini juga diharap akan menjadikan menstabilkan harga dan memberi lesen pasaran yang adil. Maknanya mengurangkan ke tergantungan kepada peraih dan orang tengah. Hari ini sayalah minggu lepas saya berjumpa dengan penjual dengan peraih pemborong ni Durian Musang King ni dia ada tujuh gred dan sekarang a, a, a, b, a, b, b, a sampai la ni dipanggil chai. Jadi kalau tidak pun kita dah siapa yang apa yang boleh dikawal kawal. Kalau tidak durian Musang King yang begitu ada nilai, ianya akan habis begitu sahaja dan tidak dapat dihidu. Ini yang saya nampak akan dimonopoli oleh kumpulan-kumpulan tertentu. Jadi dengan adanya apa lembaga ni, ianya sedikit sebanyak dapat membantu petani atau pekebun pekebun penanam durian. Bukan sahaja Musang King.

Ketiganya, ianya dapat menyediakan sokongan RnD untuk klon klon-klon ataupun kawalan penyakit dan juga teknologi apa ladang pintar. Jadi kalau adanya lembaga ni sedikit sebanyak ianya dapat mendorong membantu pengusaha-pengusaha ini dalam bidang RnD dan juga kawalan penyakit dan juga teknologinya.

Keempatnya, dapat juga menyusun polisi memperdayakan, memperdayakan banyak memperkasakan pekebun-pekebun kecil ini. Jadi ini dalam bentuk mungkin ada subsidi modal kerja ataupun latihan-latihan yang perlu kepada pekebun-pekebun. Dan akhirnya ianya dapat juga kita menghidupkan produk-produk hiliran ini dan pada peringkat awal ini kita tahu bagaimana durian-durian dieksport dan sejak-sejak akhir ini bukan hanya PACE. Tetapi negara negara yang mengimport durian ini. Dia lebih berminat kepada pada ulas sahaja. Dia tak nak durian sebiji-sebiji. Maknanya mungkin juga dari segi rasanya banyak yang yang lari.

Jadi mungkin dengan cara memasuk ke dalam 1 kotak kecil tupperware dan sebagainya. Kita eksport apa ulas dan ianya dimaklumkan lebih bertahan lama. Jadi itu sebabnya saya mencadangkan supaya pihak kerajaan dapat menyegerakan menubuhkan lembaga. Dan saya baru-baru ini pun ada berjalan di kawasan Sungai Ruan dengan Klau, saya tengok ada pihak swasta pula, dia menubuhkan kolej pula. Dah ada 1 kolej durian. Jadi kita di pihak kerajaan ni nampak dah ni ke belakang sikit ni. Jadi saya haraplah pihak kerajaan dapat menyegerakan menubuhkan ini.

Lembaga ini durian ini dan yang akhirnya adalah, baru-baru ini kita masih lagi berada di monsun ataupun musim tengkujuh. Bagi kawasan saya, bulan November dan Disember ni dah tiga kali dah dilanda banjir. Ia apabila saya tengok kita ini bukan hanya menengok keadaan, tetapi kita memikirkan apakah diantara sebab-sebab yang boleh dibantu yang boleh mengurangkan masalah banjir apa ini. Jadi, sebab itu saya mencadangkan kepada pihak kerajaan agar dapat menambah atau menyediakan satu

peruntukan supaya sungai-sungai ini dapat kita, kita cuci kita jaga. Sekarang ini kita apa tidak menjaga sungai itu membiarkan saja keadaan itu. Jadi, sebab itulah ini yang kita lihat sampah-sampah itu yang selain daripada sampah sedia ada ataupun batu-batu, pasir, tanah dan sebagainya akan semuanya masuk apa didalam sungai.

Jadi sungai pun yang dipanggil apa mendapan. Manakala dulu sungai-sungai ini dia cukup banyak air ataupun dalam, tetapi hari ini dia lama ke tinggi air itu. Jadi, saya percaya ianya adalah kerana sampah-sampah ataupun tanah, pasir dan sebagainya telah keluar dan berada di sungai. Jadi, sebab itu ianya menambah tinggi ataupun menjadikan ia mendapan dan begitu juga yang yang saya nampak. Walaupun ada di antara kita mungkin tak setuju kerana di kawasan saya itu lebih daripada 30 tahun. Tidak ada lesen pembalakan yang dikeluarkan di kawasan saya. Tapi banjir tetap banjir juga.

Jadi sebabnya saya tengok pokok-pokok ini yang di tepi sungai tu bukan hanya kita tebang. Kalau kita kalau kita tak tebang pun dia akan tumbang sendiri. Jadi banyak saya ini rajin juga naik bot mencari ikan dan sebagainya. Bila dia jatuh dalam sungai itu bina masalahlah. Jadi orang dihilirlah bila tengok kayu atau balak yang besar, boleh pengaruh hutan. Ini cerita betul ni maknanya kayu ataupun pokok yang besar yang hidup di tepi sungai itu akhirnya akan er...besar ataupun tua dia akan tumbang juga di dalam sungai dan akhirnya dia masuk dalam sungai. Tengoklah setakat mana sungai itu boleh membawa pokok tu dan akhirnya ia akan menjadi penghalang kepada sungai.

Jadi sebab itulah saya percaya banjir ini mungkin ada atas dua faktor tadi iaitu mendapan dan halangan. Jadi, kita berharaplah kepada apa kerajaan negeri supaya dapat menyediakan, menambah peruntukan ke, menyediakan menambah pula supaya dapat kita...kita bersihkan kita cuci sungai-sungai ini dan sungai ini juga akan menjadi aset khususnya dari segi aktiviti apa pelancongan berakit, berkayak, bercanoe dan sebagainya. Jadi saya nampak ianya boleh dikembang dan kita haraplah kepada pihak sungai ataupun JPS Jabatan apa Pengairan JPS pengaliran Sungai Pahang akan dapat bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan dengan khususnya kumpulan-kumpulan yang mencintai sungai ataupun pelancongan.

Untuk kita menjaga dan menjadi ianya sebagai orang kata khazanah juga kepada kita rakyat di kampung-kampung tadi. Jadi itulah maksud saya supaya kalau kita begitu kita tunggu sahaja banjir. Keadaan ini tak tahulah jadi macam mana sebenarnya ianya boleh dipulih dan akan menjadi faedah dan manafaat kepada kita sungai tadi. Jadi inilah yang saya ingin cadangkan supaya kerajaan nampak menengok agar sungai-sungai ini dapat kita guna sama- samalah kalau tempat saya itu kalau ada Ahli-ahli Dewan pun nak datang pun memang seronok. Tapi bukan sekarangkan? Musim panas-panas besok kan kita bersama sama boleh berakit boleh mencari ikan dan sebagainya. Kawasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun begitu, di Jelai, sungai yang cukup besar, banyak ikan-ikan.

Sekarang ini dia tengah mencari ikan baung ekor merah. Jadi yang baung bukan ikan merah pun banyak dalam sungai itu juga. Jadi sungai ini kita seronok ya betul saya orang sungai. Jadi inilah kalau kita dapat majukan jaga sungai ini kita harap ianya dapat memberi faedah dan manafaat kepada kita. Jadi itulah sedikit sebanyak pandangan saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan negeri dan barisan telah pun berjaya dalam menjaga, membangunkan dengan sebagaimana yang saya sebutkan tadi dengan hasil dan pengurusan kebajikan ini, Insya -Allah kita sama-sama mendoakan supaya kerajaan negeri Pahang ni terus dia Yang Amat Berhormat sebut to look forward akan terus maju ke hadapan.Sekian Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamualaikum WBT. [Ahli Dewan tepuk meja]

Speaker

Terima Kasih Wakil Batu Talam. Seterusnya saya menjemput wakil dari Kuala Semantan. Sila.

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

[Bacaan dalam Bahasa Arab] Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah Subhanawataala. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberi ruang untuk saya membahaskan ucapan belanjawan pada sidang kali ini. Sekali lagi, syukur ke hadrat Allah Subhana wa Ta'ala dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan Kerajaan negeri kerana negeri Pahang terus mencatatkan kutipan hasil melebihi RM1 bilion pada tahun ini. Belanjawan 2026 yang dibentangkan. Kalau kita tengok masih menunjukkan ketergantungan utama hasil negeri masih lagi kepada kutipan hasil cukai tanah, cukai perniagaan dan royalti daripada sumber semula jadi seperti hasil perlombongan dan hasil hutan yakni balak.

Kerajaan negeri terus berbangga dengan pendapatan negeri yang terus bertahan. Tetapi dengan hanya bersandarkan kepada hasil tradisi seperti sekarang, tiada jaminan akan berlaku peningkatan yang ketara kepada hasil negeri tanpa meneroka peluang peluang baru dengan usaha mempelbagaikan sumber pendapatan melalui pelaburan, sektor pelancongan, perindustrian, hasil bumi, teknologi dan inovasi ekonomi digital. Jika diteliti, negeri Pahang mula mencatat hasil melebihi 1 bilion ini bila mana kerajaan negeri di bawah Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekarang mula memperkenalkan kenaikan cukai dan bayaran-bayaran seperti cukai tanah, bayaran premium tanah, bayaran-bayaran berkaitan pembangunan hasil tanah dan juga premium pembalakan, perlombongan dan hal-hal yang berkaitan dengan tanah dan pembangunan tanah pada tahun 2020.

Sebagai contoh, kenaikan pada masa itu adalah antaranya cukai tanah industri yang dinaikkan daripada RM0.25 sen permeter persegi kepada RM5.00 per meter persegi kenaikan sehingga 2000% pada masa itu. Tetapi kemudiannya pihak kerajaan negeri memberikan remission sehingga 80% bagi meringankan beban mereka yang terkesan pada masa itu. Contoh juga adalah kenaikan fi carian rasmi yang sebelum tahun 2020 hanya RM50.00 untuk satu carian rasmi telah dinaikkan kepada RM100.00 dan begitulah juga banyak kenaikan dalam urusan tanah seperti tukar syarat, tukar hak milik, pembangunan serta premium tanah, perlombongan dan pembalakan. Siri-siri kenaikan ini diteruskan mungkin kerana pihak kerajaan belum begitu berjaya dalam meneroka bidang bidang baru dalam usaha meningkatkan pendapatan negeri.

Pada tahun lepas yang ini tahun 2024, tarif air telah pun dinaikkan dan siri kenaikan cukai dan bayaran-bayaran yang dikenakan oleh pihak berkuasa terus berlaku. Bermula September 2024 baru-baru ini telah diperkenalkan pula caj pemajuan oleh pihak berkuasa tempatan kepada pihak pemilik tanah atau pemaju. Saya difahamkan caj pemajuan ini adalah dari 10%, 15% dan 20% daripada perbezaan nilai tanah dari sebelum pemajuan dan selepas cadangan pemajuan. Bergantung kepada dimana tanah yang hendak dimajukan tersebut berada sama ada di kawasan majlis daerah, majlis perbandaran atau majlis bandaraya.

Contohnya dari tanah pertanian ke perumahan. Perbezaan nilai tersebut akan dikenakan caj pemajuan dan kadar caj pemajuan adalah seperti yang saya sebutkan tadi. Bukan sahaja pihak pemilik tanah atau pemaju perlu membayar caj pemajuan dalam masa yang sama perlu pula melantik penilai berdaftar yang juga melibatkan kos

untuk membuat penilaian. Seperkara lagi adalah kenaikan wang caruman saliran bagi pemajuan perumahan yang dinaikkan daripada RM2 ribu, ke RM4 ribu rimbit, RM4 ribu per ekar di kawasan majlis daerah dan RM 3 ribu ke RM6 Ribu, 100% kenaikan di kawasan perbandaran. Perkara-perkara yang saya sebut di atas semuanya akan melibatkan kenaikan kos hidup kepada rakyat sama ada secara langsung atau tidak kerana pihak pemaju pastinya tidak akan menanggung kos-kos terbabit melainkan akan dipindahkan kepada pembeli atau pengguna ataupun rakyat. Justeru, pihak kerajaan negeri dicadangkan mestilah lebih gigih berusaha untuk meneroka bidang-bidang baru dalam usaha meningkatkan hasil negeri untuk mengelakkan ketergantungan daripada cukai, premium dan bayaran-bayaran yang akhirnya akan ditanggung oleh pengguna atau rakyat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Yang Berhormat Tuan Speaker, berkaitan dengan pemajuan perumahan ini juga saya ingin membawa perhatian Dewan Yang Mulia ini kepada masalah pembangunan di kawasan cerun dan melibatkan tambakan ataupun penimbunan tanah. Tambahan pula, di musim tengkujuh seperti sekarang ini. Perhatian serius mesti diberikan oleh pihak PBT terhadap pemaju, perunding dan kontraktor untuk pembangunan di kawasan seperti ini yang boleh menyebabkan pergerakan-pergerakan tanah dan runtuhan. Dalam kes ini, saya menerima 2 aduan secara langsung berkaitan isu ini di dalam kawasan saya.

Yang pertama berkaitan Cadangan Pembangunan Perumahan di atas Lot 109876 GM 4310 di Kampung Bukit Tingkat, Mukim Sanggang. Isunya adalah penduduk kampung sekitar membuat aduan mengenai binaan tembok penghadang RC Wall dengan izin yang tidak kukuh dan condong ke arah tanah penduduk. Bukan itu sahaja, aduan tersebut juga menyatakan terdapat pergerakan tanah yang menyebabkan kelompongan pada lantai beberapa buah rumah yang dibina oleh pihak pemaju tersebut. Jika kawasan perumahan ini diberikan sijil menduduki tanpa pemeriksaan rapi daripada pihak PBT, dibimbangi akan menganiayai pembeli yang akan menerima rumah yang cacat dan memerlukan tempoh masa tertentu untuk membuat aduan dan mendapatkan pembaikan kepada rumah yang telah mereka beli. Di kawasan projek pembangunan ini juga berlaku masalah saliran keluar air daripada kawasan pembangunan atau pun disebut drainage outlet dengan izin yang tidak disalurkan keluar dengan sempurna yang menyebabkan limpahan kepada lot sebelah yang merupakan tanah milik.

Yang Berhormat Tuan Speaker, yang kedua, aduan kedua... aduan kedua adalah berikutan aduan kedua berkaitan isu yang sama ini juga adalah berkaitan runtuhan tembok penahan yang berlaku di taman seberang taman ini kes ke-2 yang diadukan ke pejabat saya di Taman Seberang Damai, Seberang Temerloh yang telah berlaku pada Januari 2024 dan dibaiki atau pun di dirikan semula pada Disember 2024 melalui peruntukan daripada KPKT. Aduan yang diterima adalah berkaitan dipercayai berlakunya pergerakan pergerakan tanah akibat daripada runtuhan tembok penahan tersebut yang menyebabkan 3 buah rumah mengalami kerosakan dengan lantai mendap dan retakan pada bangunan rumah iaitu rumah nombor 7, nombor 9 dan Nombor 11 di Lorong Seberang Damai 1 di mana 2 orang daripada pemilik rumah ini terpaksa berpindah keluar dan menyewa rumah lain untuk didiami dan dalam masa yang sama mereka terpaksa membayar ansuran rumah mereka yang rosak tetapi tidak dapat diduduki tersebut.

Ada di antara mereka yang membuat aduan kepada pihak PBT dan juga kepada KPKT secara langsung tetapi sehingga ke hari ini tiada tindakan yang dibuat oleh mana-mana pihak yang berkenaan. Tiada respon. Saya mengharapkan akan ada respon

daripada pihak PBT atau yang berkenaan dalam isu ini sama ada bersedia mengeluarkan bajet untuk pembaikan rumah-rumah tersebut atau sebaliknya tiada peruntukan dan bantuan untuk kerosakan tersebut. Ini akan memudahkan pihak pemilik rumah untuk membuat keputusan-keputusan seterusnya apa yang mereka perlu lakukan.

Selanjutnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan melalui JKR yang telah membina lampu isyarat di persimpangan Paya Pulai di laluan Jalan Persekutuan 2 FT2 yang menghubungkan Temerloh ke Maran dan juga di Persimpangan Lubuk Kawah di Songsang. Di laluan Federal Road 98 yang menghubungkan Temerloh dan Jerantut. Pembinaan kedua-dua lampu isyarat di persimpangan-persimpangan ini telah membantu menambah jaminan keselamatan kepada pengguna di kedua-dua persimpangan ini tetapi menimbulkan masalah baru iaitu lah kesesakan lalu lintas di waktu-waktu puncak dan waktu cuti umum.

Yang Berhormat Tuan Speaker, justeru itu, saya melihat telah sampai masanya pihak kerajaan memberikan keutamaan untuk membesarkan kedua-dua laluan ini iaitu Jalan Persekutuan 2 FT2 yang menghubungkan Temerloh ke Kuantan. Setidak tidaknya daripada Bandar Temerloh ke persimpangan Chenor, begitu juga Jalan Temerloh-Jerantut Federal Route 98 setidak-tidaknya daripada persimpangan Seri Semantan ke Pekan Kuala Krau. Saya percaya sahabat saya daripada Kerdau setuju kalau ini berlaku dapat dibesarkan kepada 2 lane sehala kerana pembangunan pesat yang berlaku di kedua-dua kawasan ini akan menambahkan lagi kesesakan lalu lintas di kawasan ini yang sedia sesak pada masa sekarang dan senantiasa menjadi rungutan kepada pengguna-pengguna yang menggunakan laluan ini terutamanya kepada mereka yang pulang balik untuk pergi bekerja.

Di laluan yang saya sebutkan ini juga saya sering mendapat aduan berkaitan masalah tiadanya lampu jalan atau lampu jalan yang tidak diselenggara secara berkala yang menyebabkan laluan tersebut sangat gelap dan tidak selamat dilalui terutamanya pada waktu malam. Yang Berhormat Tuan Speaker, di kesempatan ini juga saya ingin menyampaikan aduan dari sahabat-sahabat penjawat awam dalam sektor agama di pejabat-pejabat agama dan pegawai pendidikan di sekolah-sekolah menengah agama negeri yang dikatakan terlalu lambat pergerakan kenaikan skim penggajian mereka bahkan ada yang dah hampir nak pencen baru diserapkan ke perkhidmatan, ke perkhidmatan tetap atau mendapat kenaikan dalam skim perkhidmatan mereka. Sementara itu, kebanyakan imam-imam masjid daerah masih berstatus kontrak.

Terima kasihlah kepada kerajaan negeri sebab mewujudkan Contract of Service tetapi mereka masih mengadu bahawa mereka lambat diserapkan ke jawatan tetap. Kadang-kadang dah nak pencen baru dapat. Mereka mengharapkan dalam keadaan kerajaan negeri memperolehi hasil yang membanggakan sejak 4 tahun berturut- turut, dapatlah kiranya limpahan tersebut disalurkan ke arah memperbaikan.. memperbaikan.. memperbaiki dan menaik taraf Skim Perkhidmatan Sektor Agama kepada pegawai-pegawai di pejabat agama termasuk di masjid-masjid daerah dan juga para pegawai pendidikan di sekolah- sekolah agama kerajaan negeri.

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Terima kasih.

Speaker

Sila.

Err Tuan Speaker, sebenarnya Yang Berhormat Speaker, perjawatan ini kalau tidak tak ada langsung kalau tak kerajaan negeri mengambil inisiatif menyediakan Contract of Service. Apa jawatan ini adalah bergantung kepada JPA, Jabatan Perkhidmatan Awam Negara. Seandainya dia memberikan ruang, maka kita sangat mengalu-alukan untuk melantik dan apa menyerahkan kepada kerajaan tapi saya boleh jawab itu gulung cuma biar meriah sikit.

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Terima kasih sebab membantu memeriahkan. Alhamdulillah, saya pun memang rasa begitu dah maknanya sahabat saya Yang Berhormat Exco daripada Kerdau ini dia, ini isu-isu yang berkaitan dengan portfolio dia dan alhamdulillah dia memberikan jawapan positif cuma pada saya, kita mohon juga kerajaan negeri supaya memperjuangkan isu ini dengan lebih er.. serius lagi moga moga rakan-rakan kita dalam perkhidmatan yang saya sebutkan tadi mendapat apa yang mereka tuntut, insya-Allah. Saya juga ingin menyentuh berkaitan penggantian paip usang.

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Terima kasih sekali lagi.

Saja nak...sorry lah saja nak meriah sikit..

Speaker

Sila..sila.

...Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Er... sebenarnya kerajaan negeri sangat memperjuangkan, untuk, pasal pengwujudan perjawatan, kenaikan pangkat. Sebab saya sebutkan begitu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang sering kali, apabila ada anjakan apa, perjawatan, pelantikan pegawai baru. Kalau ikut JPA, dia ada cita rasa dia. Dia ada kehendak dia, dan dia ada apa, er...angka-angka dia. Tapi Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak, dia pergi sendiri, dia rayukan perjawatan, dia rayukan jawatan-jawatan itu di, diatur sebagaimana sesuai dengan cita rasa kerajaan negeri. Tidak Dato' Sri SS ini, tak jadi SS lagi, SFinO ini belum lagi SFinO mungkin SDO lagi tapi di atas perjuangan Yang Amat Berhormat Dato' Sri, Pengarah Jabatan Agama dah boleh jadi Pengarah Jabatan Agama. Jadi yang di bawah dia naik mengikut lah, sebab ruang tu ada, dia mengikut ruang, rongga-rongga yang ada. Terima kasih.

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Terima kasih sekali lagi kepada Dato' Sri Exco. Er... alhamdulillah, kita tengok, kita lihat sesuatu yang positif. Namun begitu, dengan pendapatan kerajaan negeri yang sentiasa memberangsang, saya rasa ruang itu masih banyak untuk kita perjuangkan. Dan saya juga ingin juga menyentuh...

Speaker

Yang...yang.

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Berkaitan dengan..

Speaker

Yang Berhormat, minta gulunglah.

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Oke Insya-Allah terima kasih ya. Saya juga ingin menyentuh ini sikit lagi benda-benda penting belaka ini. Saya juga ingin juga menyentuh berkaitan penggantian paip usang seperti yang pagi ini dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Besar, di awal sidang hari ini. Saya ingin menarik perhatian kepada masalah tersebut di kawasan loji Lubuk kawah. Bagi jajaran paip dari loji tersebut melalui Kampung Bukit Tingkat, Kampung Lubuk Kawah ke Kampung Bangau dan juga dari Lubuk Kawah, Paya Banir, Paya Jejawi, Tebing Tinggi, Kuala Sanggang, Sanggang hinggalah ke kampung saya di Kampung Loyang, supaya penjajaran semula dan penggantian paip usang di jajaran ini didahulukan dan disegerakan.

Perkara ini perlu disegerakan terutamanya di jajaran Kampung Bukit Tingkat, Kampung Lubok Kawah ke Kampung Bangau kerana kerapnya berlaku paip pecah akibat kedudukan paip yang berada di bawah permukaan jalan, dan jalan tersebut digunakan secara intensif oleh lori-lori berat yang mengangkut pasir sungai dari

perusahaan pasir di laluan ini. Penggantian dan penjajaran semula paip usang di laluan ini sangat perlu disegerakan.

Sebagai akhirnya, sebagaimana sahabat saya daripada Damak, saya juga ingin menggesa pihak berkuasa memberi perhatian kepada masalah judi atas talian yang menyamar sebagai kedai handphone yang semakin menjadi-jadi di bandar Temerloh pada masa ini. Banyak aduan yang disampaikan ke pejabat saya, dan ada yang menyatakan telah membuat laporan polis dan laporan kepada pihak PBT untuk mengambil tindakan terhadap premis-premis yang disebutkan, tetapi tiada tindakan yang diambil.

Premis ini dibuka hampir 24 jam, melibatkan sebahagian besar remaja bahkan remaja tua, yang menjadi pelanggan dan sentiasa meriah sehingga ke awal pagi. Mohon tindakan tegas dan segera daripada pihak berkuasa. Kegiatan judi atas talian sedikit mencacatkan usaha berterusan tanpa mengenal penat lelah oleh Dato' Pegawai Daerah dan YDP, dan Tuan YDP Majlis Perbandaran Temerloh yang agak baharu menerajui Majlis Perbandaran Temerloh.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada keduanya bersama para pegawai dan staf di Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran Temerloh, juga semua penjawat awam di daerah Temerloh yang telah bersama bertungkus lumus memastikan Temerloh sentiasa ceria dengan kegiatan ekonomi dan sosial yang sentiasa meriah dan berkembang maju daripada semasa ke semasa. Semoga semangat seperti ini diteruskan bagi memastikan bandar Temerloh sentiasa meriah, hebat dan ceria dari semua sudut ekonomi, sosial dan kehidupan harmoni bermasyarakat di kalangan semua warga di Temerloh ini. Sekian perbahasan saya dan saya menyokong belanjawan yang telah dibentangkan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Semantan. Seterusnya saya menjemput ahli dari Mentakab. Sila.

Tuan Woo Chee WanDAP · PHMentakab

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Salam sejahtera, salam perpaduan, salam Malaysia Madani, salam Pahang 1st. Saya mengucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan di dalam Dewan Yang Mulia ini.

Saya mulakan dengan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di atas pembentangan Belanjawan Negeri Pahang yang saya sifatkan sebagai komprehensif dan mampu membina daya saing serta ketahanan ekonomi negeri. Tahniah juga diucapkan kepada Kerajaan Negeri Pahang, kutipan hasil melebihi RM1 bilion, empat tahun berturut-turut.

Yang Berhormat Speaker, saya percaya semua boleh bersetuju bahawa aset penting untuk negeri Pahang dan negara ialah sumber manusia. Sumber manusia yang paling mustahak tentunya golongan muda atau belia. Menurut statistik, belia yakni berumur 15 sehingga 24 tahun berdasarkan anggaran tahun 2020 adalah 14.9 juta orang, iaitu 44.2% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Saya menjangka jumlah belia sudah menghampiri angka 50% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia yang sebenar menjelang tahun 2026. Menurut data, jumlah belia di Pahang

berjumlah 467,000 orang iaitu bawah 30 tahun, manakala jumlah penduduk keseluruhan pada tahun 2024 berjumlah 1.67 juta orang. Ini bermakna jumlah belia adalah 32% daripada keseluruhan penduduk negeri Pahang.

Yang Berhormat Speaker, golongan belia merupakan harapan negara yang tercinta ini. Oleh itu, mereka patutlah disantuni dengan baik. Akan tetapi terdapat sedikit kekurangan. Di Temerloh misalnya, iaitu daerah ke-2 teramai selepas Kuantan, tidak mempunyai kompleks belia dan sukan dan kompleks rakan muda berbanding dengan daerah-daerah lain. Saya menerima banyak keluhan daripada golongan belia dan orang ramai kerana kemudahan yang tidak mencukupi bagi menyantuni golongan ini. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan ruang dan peluang kepada anak-anak muda untuk mereka dapat membina jati diri dan disiplin dan salah satu caranya ialah menyediakan infrastruktur yang sebaiknya untuk mereka.

Sehubungan itu, kami di Temerloh memerlukan sebuah kompleks belia dan sukan. Bakat-bakat sukan dapat dicungkilkan, sebenarnya, ramai yang mempunyai talent atau bakat antara lain di mana perenang, perenang dari Temerloh mewakili negeri Pahang dan mendapat keputusan cemerlang walaupun tanpa fasiliti kolam renang. Ibu bapa terpaksa hantar anak mereka ke Kuantan atau Kuala Lumpur untuk menjalin, menjalani latihan. Di samping itu, kami di Temerloh memerlukan sebuah universiti sama ada berbentuk kampus induk ataupun cawangan universiti yang besar bagi menyediakan peluang pendidikan tinggi khususnya untuk anak-anak Pahang. Kewujudan universiti secara tidak langsung akan menyemarakkan sektor ekonomi di daerah Temerloh. Saya memohon pertimbangan Kerajaan Negeri Pahang untuk meneliti dengan saksama bagi segera memberikan tumpuan untuk membina kompleks belia dan sukan di samping mengam, mengambil inisiatif bagi mewujudkan sebuah universiti di Temerloh. Saya percaya tentunya Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat MB kita peka terhadap keperluan ini.

Yang Berhormat Speaker,

Difahamkan terdapat perancangan untuk membina sebuah smart city di kawasan berhampiran stesen ECRL Mentakab. Saya difahamkan juga ada satu Interchange ECRL dan KTM bertempat di Mentakab yang saya menyeru perlu dimanafaat, dimanfaat, dimanfaatkan sepenuhnya bagi merancakkan ekonomi pelancongan. Apatah lagi kerajaan negeri menggalakkan atau mempromosikan Pahang Rail Tourism.

Oleh itu, saya mohon stesen KTM yang hampir 100 tahun itu dinaik taraf supaya menjadi tempat tarikan pelancong. Sementara itu, saya meminta satu perancangan yang mampan mengambil kira keperluan merancakkan ekonomi dan keselesaan rakyat diberi penekanan serius di kawasan DUN Mentakab khususnya.

Yang Berhormat... Yang Berhormat Speaker, saya bagi pihak penduduk Mentakab khususnya mengucapkan penghargaan yang setingginya dan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana setakat hari ini telah berjaya menunaikan janji menyelesaikan isu bekalan air. Terdapat perubahan yang nyata, aliran bekalan air yang lebih stabil, kekerapan gangguan yang sangat sedikit berbanding tahun-tahun sebelum ini. Dan kalau ada gangguan pun hanyalah gangguan yang tidak berjadual seperti paip bocor atau pecah. Saya berpendapat gangguan tidak berjadual ini masih boleh diminimumkan dengan kerja-kerja maintanance yang bagus dan sempurna.

Di mana saya menerima aduan ada kala pembaikan dibuat, tetapi agak tidak sempurna. Sebagai contoh, tempat yang sama paip pecah 3 kali. Ini tentu

mengganggu kelangsungan hidup warga setempat. Walau bagaimanapun, saya menerima rungutan yang sangat minima berkaitan dengan isu bekalan air. Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang prihatin dan menunaikan janji.

Yang Berhormat Speaker,

Sebagai wakil rakyat, Dewan ini adalah tempat yang terbaik untuk membawa keluhan rakyat. Saya menerima banyak keluhan dan rungutan daripada rakyat berkenaan dengan saman yang dikeluarkan oleh Penguatkuasa Kementerian Kesihatan (KKM). Disebabkan kegagalan mempamerkan papan tanda atau signage Larangan Merokok. Yang mengelirukan ialah premis-premis seperti kedai jahit, kedai jam tangan, kedai jual surat khabar, kedai tayar dan kedai spare part dikenakan saman kerana tidak mempamerkan papan tanda tersebut.

Saya memahami terdapat peruntukan setiap premis berhawa dingin wajib ada signage tersebut dan saya memohon pertimbangan kerana saya percaya Jabatan Kesihatan Negeri Pahang juga ada untuk meninjau kembali SOP penguatkuasaan signage ini. Di mana saya mencadangkan supaya teguran atau amaran diberikan terlebih dahulu dan tidak terus mengeluarkan saman. Kena ada sedikit kelonggaran di dalam timeframes yang munasabah serta publisiti yang meluas wajar dibuat. Jika tidak, kesannya adalah rungutan daripada para peniaga yang tentunya akan memberi kesan kepada kerajaan yang dilihat sangat drastik.

Yang Berhormat Speaker,

Izinkan saya melahirkan kebimbangan di atas merebaknya gejala buli di sekolah. Sementara kita menyokong sepenuhnya usaha yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Pendidikan. Namun begitu, saya berpendapat kita di peringkat negeri juga mempunyai tanggungjawab untuk menyelesaikan isu buli ini. Saya memohon Kerajaan Negeri untuk mengambil inisiatif yang perlu untuk segera mengatasi kemelut ini. Yang Berhormat Speaker,

Saya mengakhiri mengakhiri perbahasan saya dengan menyeru semua pihak mengetepikan sentimen kepartian yang tebal dan sama-sama bukan sahaja bersikap professional tetapi juga berlapang dada dan gentleman menyumbang untuk memajukan lagi Negeri Pahang yang kita kasihi. Marilah kita sama-sama mengelakkan diri dari memainkan sentimen yang bersifat perkauman yang sempit atau menormalisasikan fitnah bagi menjaga kerukunan di dalam masyarakat.

Yang Berhormat Speaker,

Mentakab mohon menyokong, terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Mentakab. Seterusnya saya menjemput wakil dari Bukit Ibam. Sila.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, [ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, para pentadbir daerah dan para pemerhati sekalian. Saya mulakan ucapan dengan firman Allah SWT [bacaan dalam Bahasa Arab]. Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu. Pada hari kiamat tentang kenikmatan yang kamu megah-megahkan di dunia dahulu. Surah At-Takathur ayat 8.

Yang Berhormat Speaker,

Menyentuh teras pertama daripada 7 teras utama Belanjawan Negeri Pahang 2026 iaitu memartabatkan agama Islam memelihara institusi diraja dan mengangkat warisan budaya. Bukit Ibam ingin menarik perhatian dewan kepada satu berita, Buletin TV 3 bertarikh 8 November 2025 yang memaparkan hasil operasi yang dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) mendapati hanya 22 daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam di Pahang memiliki sijil halal. Terdiri daripada 15 pengusaha muslim dan 7 pengusaha bukan muslim dan sebanyak 128 pusat penyembelihan beroperasi tanpa lesen daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pahang. Sedangkan lesen JPV adalah pra syarat wajib sebelum permohonan sijil halal boleh diproses oleh JAIP.

Justeru, Bukit Ibam ingin memohon penjelasan sejauh manakah pemantauan terhadap pematuhan Enakmen Perladangan Unggas dan Kaedah Loji Penyembelihan Unggas 2017 terhadap pusat-pusat penyembelihan ini mematuhi enakmen tersebut. Isu halal adalah persoalan besar bagi orang Islam. Sesungguhnya mencari yang halal itu wajib. Firman Allah SWT [bacaan dalam Bahasa Arab]

Minta mencelah sikit. Bagus apa namanya Ibam bawa cerita halal ini. Halal ini adalah satu inisiatif Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Negara-negara lain kurang apa namanya mempunyai pendekatan dalam soal nak menetapkan sijil halal ini. Timur Tengah sendiri pun sangat apa namanya, tertarik dengan usaha kita di Malaysia ini dalam memperkenalkan sijil halal. Saya baru ini pun, dengan keizinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan juga limpah perkenan Kebawah Duli Tuanku pergi ke Mesir. Di antara perkara yang ditanya oleh pihak Universiti Azhar, cara kita perkenalkan dan menyediakan pensijilan halal kepada premis-premis yang ada di negara kita.

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri baru ini pergi ke New Zealand dan saya dibenarkan juga oleh Amat Berhormat Menteri Besar untuk mengikut, juga pengusaha-pengusaha penternakan di sana minta pengalaman kita bagaimana kita menyediakan sijil halal. Maknanya tempat lain tidak ada. Yang ada di negara kita dan di negeri kita, Pahang Darul Makmur dalam mengusahakan dan memperkenalkan sijil halal. Kalau kita pergi ke tanah Arab, tidak ada namanya apa sijil halal, sijil tak halal ini.

Kita di negara kita Malaysia ini yang memperkenalkan. Kita buat benda ini sebenarnya satu inisiatif. Bukan kita nak mengatakan benda yang dikeluarkan oleh contohnya

pasar di Temerloh tu majoritinya yang menyediakan penyembelihan ayam itu orang Melayu Islam. Kita yakin dia tak ada sijil halal. Kita dah beberapa kali pujuk.

Yang Berhormat Speaker,

Minta ambil sijil halal tapi masih lagi dia orang dalam proses. Apa namanya pendekatan kita buat pada mereka supaya menerima sijil halal. Tapi kita yakin siapa yang meniaga tu orang kampung kita, orang yang dekat dengan kita dan kita boleh beli benda dia itu insya-Allah halalnya. Begitu juga di Pasar Kuantan ini ramai orang melayu kita. Yang jadi menariknya, Yang Berhormat Speaker, di Jerantut tu 4, 5 buah kedai bukan orang Islam. Cina. Dia sanggup untuk mengambil sijil halal dan dia berniaga dengan baik. Orang Melayu pun boleh beli daripada dia. Ayam-ayam yang dijual di kedai-kedai mereka di pasar besar mereka.

Jadi sebenarnya apa namanya tentang kedai-kedai ini yang jual yang jual sembelihan unggas ni tidak menjadi masalah sangat. Tapi kita tetap juga berusaha sekeras mungkin untuk memastikan mereka mendapat sijil halal. Mana yang di bawah bidang kuasa kita. Contoh asrama Sekolah-sekolah Agama di negeri Pahang semua dah dapat sijil halal. Kita arahkan untuk menjadi pembekal asrama, mesti ada sijil halal dia ambik. RnR daripada Jabor sampai ke Genting, semua dah memiliki sijil halal sama ada kedai Melayu atau pun kedai Cina. Hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil halal, kerajaan negeri dah bersetuju untuk diberikan keutamaan dan tidak digalakkan kepada hotel yang tidak mempunyai sijil halal, agensi-agensi kerajaan dan jabatan jabatan...

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Boleh sambung dalam penggulungan.

Mengadakan, maksudnya saya nak cerita, jangan takut bab halal ni jangan takut. Insya-Allah kita bekerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Yang Berhormat Speaker, sesungguhnya mencari yang halal itu wajib. Allah Ta'ala berfirman [Ayat al-Quran]. Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di mukabumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu Surah al-Baqarah ayat 168. Apa pun, saya ucapkan [Ayat al-Quran] kepada inisiatif yang diambil oleh kerajaan. Yang Berhormat Speaker...

Yang Berhormat Speaker, boleh saya sikit je saya bercakap.

Speaker

Sila.

Dia sebenar begini. Saya nak perjelas sikit sebab dia ada kaitan dengan isu halal yang ada kaitan dengan Jabatan Veterinar. Saya nak maklumkan di bawah enakmen kita, dia pusat sembelihan ni pusat sembelihan, istilah pusat sembelihan kalau mengikut Veterinar ni waima walaupun misal contoh di pasar kita sembelih 5 ekor ayam dalam kategori pusat sembelihan loji penyembelihan, dia masih lagi dianggap sebagai loji penyembelihan. Kita dalam fikiran kita, loji penyembelihan ni adalah satu sebuah tempat premis yang besar. Sebab itu, apabila dimaklumkan ada terdapat 166 loji penyembelihan di negeri Pahang, maknanya 166 banyak betul tapi di mana tu? Kalau ada kedai misalan contohnya ada pasar, di situ ada lima orang tukang meniaga ayam yang kita pergi ke pasar dan di situ dia sembelih ayam tu kerana penyembelih tu ada tauliah ya tauliah daripada jabatan agama. Dia ada tauliah dia penyembelih yang memang bertauliah oleh Jabatan Agama Islam so dia sembelih ayam, tetapi premis itu adalah merupakan premis yang dikategorikan sebagai loji penyembelihan ayam. Jadi persoalan dia adakah pusat sembelihan itu ada sijil halal JAKIM? Jawapannya tidak kerana JAKIM punya sijil halal penyembelihan ni adalah yang terhebat di dunia.

Saya dah pergi dengan Dato' Sri Syed Ibra malahan tanpa Dato' Sri Syed Ibra. Saya dah pergi ke Australia, saya pergi ke New Zealand, pergi ke Jepun baru-baru ni pergi ke Perancis, pergi ke UK negara Eropah. Sijil halal JAKIM ni adalah satu sijil halal yang memang susah dapat. Sebab dia cukup ketat. Jadi apabila kita dengar begitu, 166 pusat ataupun loji penyembelihan ayam yang terdapat di negeri Pahang, 22 buah je yang ada sijil halal JAKIM. Itupun gempar. Yang lain tu tak halal. Maksudnya tidak ada dapat yang sijil halal JAKIM ni tadi. Daripada 22 ni tadi, terdapat 17 sorry 15 yang dipunyai oleh orang Islam dan 7 yang bukan dipunyai oleh orang Islam, bukan Islam. Jadi kita tengok eh orang bukan Islam boleh menyembelih ya? Tidak, makna premis tu tadi dipunyai oleh bukan Islam tetapi dia mendapat sijil halal JAKIM ni seperti mana sahabat saya daripada Kerdau maklumkan tadi kerana dia mematuhi prosedur tu. Jadi saya nak perjelaskan tu. Sebab tu kita nak minta sekarang ni kerajaan negeri maklumkan kepada Jabatan Veterinar, kita kategorikan kalau dia buat sembelihan misal contohnya banyak misalnya jumlah, baru kita panggil loji.

Kalau setakat yang pusat premis sembelihan yang kecik-kecik kat pasar tu, dia tidak kita kategorikan sebagai premis dan tidak masuk dalam data yang boleh membimbangkan orang ramai tetapi maknanya akhir sekali saya nak rumuskan, dia tidak ada paksaan. Kalau misal contohnya kita rasa was-was, eh ini tak ada sijil halal. Cari yang ada sijil halalnya ustaz janganlah pergi tak tahu misalnya, kita ada was-was kan. Kita rasa was-was tak payah beli sebab ada yang tempat yang ada sijil halal. Ayam-ayam ini dapat dibekalkan misal contoh di pasaraya yang ada sijil halal JAKIM itu sendiri beli yang tu misal contohnya. Bukan ada paksaan kena beli, tidak. Kita ada pilihan. Sebab tu saya nak betul ni supaya tidak ada tanggapan, kebimbangan, keraguan, kerisauan di kalangan umat Islam iaitu membeli ayam yang dikatakan daripada premis yang tidak halal tadi adalah membeli ayam yang haram tak sah dari segi sembelihan. Terima kasih.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Okay Yang Berhormat Speaker, saya pun tak habis lagi ni nak nak.. nak yang saya nak sebut. Tidak semua pengusaha penyembelihan halal ini mampu dari segi mengubah suai infrastruktur untuk mendapat kelulusan. Soalan saya, adakah kerajaan negeri bercadang memperkenalkan Skim Bantuan Naiktaraf Pusat Sembelihan Kecil? Supaya sekurang-kurangnya membantu dan memudah cara pengusaha-pengusaha

kampung dapat memenuhi keperluan lesen JPV dan Sijil Halal. Yang Berhormat Speaker.

Minta maaf, Yang Berhormat Speaker, boleh sikit? Sebenarnya saya patut tunggu masa penggulungan. Tapi saya terus nak jawab. Saya dah jawab, saya dah maklum dalam Dewan yang mulia ni kerajaan negeri bagi inisiatif yang dicadang sendiri oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang, menyediakan RM15 juta. Dana RM15 juta yang kita kerjasama dengan pihak Agrobank. Apa dia dana tu? Keperluanya ialah membantu para-para usahawan untuk mendapatkan Sijil Halal JAKIM [Ahli Dewan menepuk meja] yang merangkumi 3 aspek pertanian, ternakan dan perikanan. Jadi, kita ada dana RM15 juta, macam geran tu tadi kita mintak pergi kursus tu kalau misal contoh pusat sembelihan pergi ke bank, kita minta berapa. Dia nak kan begini, pengasingan misal contohnya mesti ada saliran, cara penyembelihan dan sebagainya. Yang ini dana ni yang kita dah ada kita sediakan sejak 2 tahun yang lalu. Sebab tu minta maaflah maknanya memang dah ada. Sepatutnya saya tunggu untuk jawab. Tapi saya kira Ibam punya dia punya penangan tu sebab cara jawab dia. Dengan cara penyampaian tu, saya bimbang nanti dia akan menusuk dalam jiwa hingga menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam khususnya di negeri Pahang. Terima kasih.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Cuma kena tambah masa ni dua orang Exco ni. Baik masih menyentuh berkaitan teras pertama iaitu memartabatkan agama Islam atau lebih khusus lagi undang-undang Islam. Saya ingin menyambung apa yang telah disebut oleh Cheka tadi, apabila terdapat pertindihan undang-undang sivil dan syariah, individu yang dituduh boleh mencabar secara perundangan bahawa undang-undang syariah negeri tidak sah untuk dibawa ke mahkamah jika undang-undang sama sudah wujud di peringkat persekutuan. Contoh paling signifikan apa yang berlaku di negeri Selangor dan juga di Kelantan. Kesan domino kepada persoalan ini apabila satu peruntukan undang-undang syariah dibatalkan, ia membuka ruang lebih banyak undang-undang syariah negeri akan dicabar. Ini berpotensi pelaksanaan undang-undang syariah dihalang atau dibatalkan pada masa akan datang. Berikutan beberapa keputusan mahkamah serta cabaran terhadap undang-undang syariah sedia ada. Kedudukan Mahkamah Syariah dilihat semakin kecil, fungsi dan peranan..

Saya minta sebab tadi Cheka dah sebut, Bukit Ibam pun sebut. Saya rasa perlu saya patutnya waktu menggulung saya...

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Saya nak cadang nak... nak sebut dua tiga perkara dulu.

Minta maaf, minta maaf YB. Sila, sila.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Insya-Allah nanti boleh. Takut tak sampai matlamat. Baru-baru ini Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang bertitah supaya enakmen syariah di negeri ini perlu dikaji bagi memastikan peruntukan undang-undang syariah relevan dengan realiti semasa serta selari dengan Prinsip Maqasid Syariah. Penekanan diberikan tidak hanya pada nilai peruntukan tetapi keperluan kepada mekanisme penguatkuasaan yang kemas supaya undang- undang syariah bukan sekadar diwartakan tetapi benar-benar berfungsi secara sah dan efektif. Justeru itu, Bukit Ibam ingin membangkitkan beberapa persoalan berhubung isu ini.

Yang pertama, adakah kerajaan negeri melihat satu keperluan untuk menambah baik atau meminda Enakmen Syariah di Pahang bagi memperkukuhkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan memastikan undang-undang syariah negeri tidak mudah dicabar atau diganggu gugat melalui Mmahkamah Sivil.

Yang kedua apakah status kajian menyeluruh terhadap semua Enakmen Syariah Negeri sebagai mana dititahkan oleh Baginda Tuanku Sultan dan adakah laporan kajian tersebut akan dibentangkan di Dewan yang mulia ini untuk penelitian. Yang ketiga adakah kerajaan negeri bercadang untuk mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan semakan terhadap Perkara 76A atau Senarai 1 dan 11 jadual ke-9 bagi memperjelas sempadan kuasa demi mengelakkan keputusan mahkamah yang merugikan Mahkamah Syariah.

Yang Berhormat Speaker tentang enakmen dan undang-undang ini kita memang hanya ada kuasa untuk membentang di dalam Dewan kita dan kita tidak ada kuasa untuk menentukan apa yang ada di dalam Dewan Parlimen sebab kita tak bermesyuarat di dalam Dewan Parlimen serta tidak menjadi wakil Parlimen. Kita bukan ahli Parlimen kita ahli Dewan, jadi kita hanya ada kuasa untuk membentangkan apa Rang Undang-Undang yang kita sediakan dan lengkapkan di dalam Dewan negeri kita.

Apabila kita dah siapkan kertas tu kertas tu, kita bukan bukan buat macam apa kertas nak buat bengkel sembelih ayam. Kita ada Jawatankuasa Syariah. Kita ada pakar undang- undang Pejabat LA akan pengerusikan Mesyuarat Mufti akan apa sediakan kertas kemudian itu majlis agama akan bermesyuarat. Tuanku yang akan pengerusikan mesyuarat itu dan ahlinya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Penasihat Undang-undang Setiausaha Kerajaan Negeri dah siap sempurna kertas itu dan dikaji dengan teliti baru kita bentangkan di dalam MMK. Kemudian MMK dah teliti dengan sebaik baiknya, dah lulus baru kita bentangkan di dalam dewan supaya benda itu dapat dijadikan enakmen. Dan Alhamdulillah, setakat ini kita telah berjaya membentang sebanyak 14 RUU dan menjadi enakmen di dalam Dewan Negeri ini selama pentadbiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

Kemudian itu Yang Berhormat Speaker, apa namanya benda ini berlaku bukan sekelip mata tahun 65 dulu benda ni tak ada jabatan agama tu dulu pejabat mufti tu unit saja di bawah jabatan agama. Apa namanya majlis agama unit saja di bawah majlis agama. Begitu juga pendakwa syarie tetapi apabila membentang di Mahkamah Syariah Ya. Kemudian bila kita ada membentangkan Enakmen Pentadbiran Syariah, maka kita boleh adakan Jabatan Pendakwa Syarie, Jabatan Mahkamah Syariah, Jabatan Mufti yang berasingan.

Benda ini berlaku sebab kita usahakan kita bentangkan. Ada sikit sikit lagi. Jadi apa namanya Yang Berhormat Speaker. Alhamdulillah, hasil daripada ini dalam jangka masa tiga tahun kebelakangan ini kita telah berjaya membawa 5000 kes di dalam Mahkamah Syariah dan kita dapat rungkaikan di Mahkamah Syariah kita sendiri dengan Hakim Mahkamah Syariah yang kita ada. Alhamdulillah, kita tidak mendabik dada tengok Mahkamah Sivil kita orang berjaya. Kita bukan nak berlawan. Kita nak siapkan masalah demi rakyat di negeri Pahang. Saya rasa 14 enakmen tu apa namanya ADUN Bukit Ibam tahu tak? Yang telah kita luluskan dalam dewan ni

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Saya ada dalam Dewan ni. Terima kasih yang Berhormat Exco atas penjelasan. Saya nak sambung untuk ringkaskan masa

Speaker

Yang Berhormat, sila mempercepatkan.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Mohon Exco tak... tak bangunlah sekarang ni sebab banyak lagi. Yang Berhormat Speaker dalam teras ke 7 di bawah tajuk Kesejahteraan komuniti Orang Asli. Bukit Ibam ingin menarik perhatian bahawa masih ada penempatan Orang Asli yang tiada bekalan asas air dan elektrik. Iaitu Kampung Lama Bukit Serok. Semoga ada sinar buat mereka dalam belanjawan kali ini. Insya Allah. Yang Berhormat Speaker dalam teras ke 7 juga disebut tentang pelbagai projek perumahan yang disediakan oleh kerajaan untuk rakyat Pahang. Tahniah. Namun, selain itu, Bukit Ibam mengharapkan kerajaan juga dapat melihat kampung-kampung tradisional yang belum mendapat geran agar kerajaan dapat menganugerahkan geran tapak rumah dan mengurangkan birokrasi terhadap permohonan yang diangkat. Masih banyak kampung-kampung tradisional yang telah didiami penduduk puluhan tahun seperti Kampung Rekoh, Bandar Bukit Ibam, Kampung Aur dan banyak lagi. Namun, isu geran ini masih belum selesai.

Yang Berhormat Speaker. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya JKR atas usaha berterusan menurap dan menaiktaraf jalan raya bagi keselesaan pengguna. Tahniah kepada sahabat saya, Yang Berhormat Muadzam Shah. Namun, satu persoalan ingin dibangkitkan iaitu tentang skop kerja yang dibuat berdasarkan aduan pengguna. Kerja-kerja kerap kali dilakukan pada hari Jumaat sedangkan laluan seperti Muadzam Shah, Segamat biasanya akan sibuk dengan kenderaan yang bertambah di jalan raya pada hari Jumaat sehingga Ahad. Macam-macam aktiviti. Ada yang ambil anak, ada yang hantar anak di asrama, Ada yang nak

balik kampung, ada yang nak pergi bercuti, ada yang nak pergi meminang kenduri kahwin dan macam macam lagi tujuan yang menyebabkan bertambahnya.

Dato' Ir.Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Untuk makluman, Bukit Ibam, saya juga telah mengeluarkan arahan kepada jurutera daerah supaya tidak menjalankan kerja pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Terima kasih.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Muadzam Shah kerana banyak aduan sehingga ada rakan-rakan yang bertugas di Muadzam Shah, Bukit Ibam, Keratong dan selancar. Mereka beberapa kali terlepas solat Jumaat semata-mata kerana kesesakan ini. Terima kasih Yang Berhormat Speaker masih berkaitan dengan jalan raya iaitu aduan tentang permukaan jalan licin dan berminyak di Jalan Bandar Melati ke Kota Bahagia. Kesan sisa minyak dari lori tangki yang keluar masuk dari kilang bersebelahan jalan tersebut.

Mohon tindakan segera pihak yang terlibat. Apatah lagi musim hujan sekarang ni menyebabkan jalan licin dan baru ni pun ada kemalangan. Selain itu, beberapa tebing di kiri dan kanan jalan tersebut juga telah runtuh dan membahayakan pengguna jalan raya. Yang Berhormat Speaker, Isu kesihatan adalah isu asas yang perlu menjadi keutamaan dalam pembangunan masyarakat. Justeru, Bukit Ibam ingin mengutarakan rungutan daripada pesakit-pesakit yang menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bandar Tun Abdul Razak. Mereka mempersoalkan kenapa berpindah ke tempat sementara terlalu awal sedangkan kerja-kerja mengubah suai bangunan lama lewat dimulakan. Walaupun sudah beberapa bulan berlalu menyebabkan para pesakit yang rata-rata di kalangan warga emas terpaksa menunggu giliran rawatan di bawah kanopi dan garaj kereta. Orang sakit terpaksa berpanas berhujan di tempat yang tidak selesa. Saya difahamkan kerja menaiktaraf sedang berjalan. Namun, mohon jasa baik sahabat saya yang dikasihi. Yang Berhormat Muadzam Shah merangkap Exco Kesihatan untuk memantau isu ini agar dapat disiapkan mengikut jadual. Yang Berhormat Speaker. Semoga belanjawan yang dibentang dan dibahaskan dalam persidangan kali ini lebih holistik dan benar-benar memberi manafaat kepada semua.

Bulan berseri di balik awan dan bintang Berkedip. Menabur erti hasil negeri biar bercukupan. Holistik sifatnya adil diberi. Dengan ini, Bukit Ibam menyokong.

Terima kasih.

Speaker

Terima kasih wakil dari Bukit Ibam. Seterusnya, saya menjemput wakil dari Kemayan.Sila

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam sejahtera. Salam Pahang 1st. Terima kasih. Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Dato' Sri Diraja. Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, Ahli-ahli Yang Berhormat Pegawai Kerajaan. Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat bersama-sama dalam sesi perbahasan pada hari ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Speaker kerana memberi ruang kepada saya bagi menyampaikan sesi perbahasan pada hari ini.

Pertama saya ingin ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar kerana telah berjaya membentangkan Belanjawan 2026 yang cukup komprehensif yang meliputi pelbagai aspek untuk kesejahteraan dan juga kemakmuran negeri Pahang. Tahniah juga diucapkan kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana telah berjaya mengutip hasil melebihi RM1 bilion selama empat tahun berturut-turut. Perkara ini kita tak boleh nafikan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Kerajaan Negeri Pahang.

Kejayaan-kejayaan ini seperti KDNK melebihi prestasi… er… Persekutuan, pengurangan kadar-kadar pengangguran. Ini satu perkara yang tidak akan berlaku secara tiba-tiba. Perkara ini berlaku disebabkan oleh komitmen daripada Kerajaan Negeri yang sentiasa mengambil berat terhadap fundamental. Bila sebut pasal fundamental ni, saya teringat satu ulasan daripada pihak-pihak tertentu berkaitan dengan Bajet 2026 ni. Mungkin mereka tak faham apa itu fundamental, apa itu teras, apa itu asas, apa itu intipati dalam sesebuah bajet yang dibentangkan.

Kalau kita tengok dari segi teras yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, meliputi tujuh aspek. Tujuh perkara teras utama, tujuh fundamental ini yang memberi penekanan ke dalam Bajet 2026 bagi merealisasikan pelan jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang. Sebab bajet ni… bukan nak sekolah berkaitan bajet ni, tapi saya tengok bila dengar ulasan-ulasan pihak-pihak tertentu, dia macam tak faham walaupun telah berada di dalam Dewan Negeri… telah berada di dalam Dewan Rakyat yang bajet ni adalah perancangan tahunan untuk kita capai perancangan jangka panjang. Kalau dalam skop persekutuan tu dalam Rancangan Malaysia Ke-13 ni, bajet selama 5 tahun tu… bajet… bajet itulah yang akan dibentangkan bagi merealisasikan Rancangan Malaysia Yang Ke-13. Sama juga dalam Dewan Negeri.

Bajet negeri hari ini adalah untuk mencapai pelan jangka panjang yang telah digariskan oleh kerajaan negeri. Sebab itu, bila ada pihak yang mengatakan bajet kali ini tidak menekankan kepada fundamental adalah satu perkara yang saya tak faham sebenarnya. Adakah mereka tak faham apa itu maksud fundamental? Kalau kita lihat maksud fundamental atau teras itu adalah benda yang lebih kurang sama dan dalam aspek ini, teras yang digariskan oleh Kerajaan Negeri Pahang hari ini adalah fundamental dari segi agama Islam, dari segi lonjakan ekonomi, kesejahteraan rakyat, kelestarian dan sebagainya. Ini adalah fundamental ataupun penekanan yang diberikan oleh kerajaan negeri terhadap bajet hari ini.

Ada juga di kalangan er… kita yang merasakan bajet ini adalah bajet pilihan raya. Pilihan raya pun kita tak tahu bila. Saya tak puas lagi ni jadi duduk di kerusi ni, sebelum nak pilihan raya kan, jadi bajet… bila bajet itu baik di… dilabelkan sebagai bajet pilihan raya. Kalau kita tengok, saya ni baru. Bila saya tengok dari tahun pertama, tahun kedua dan ini tahun yang ketiga. Bila kita tengok pembentangan bajet ni sentiasa ada

penambahbaikan. Inilah kerajaan yang saya rasa cukup baik, sentiasa memikirkan jika ada pendapatan yang lebih tinggi, berikan kepada rakyat lebih dan jika kurang, kuranglah belanjanya sebab dalam bajet ni kita ada tiga bajet, bajet surplus, bajet seimbang dan juga bajet defisit.

Ada yang cuba bandingkan yang saya rasa cukup kelakar. Bandingkan bajet Kerajaan Negeri Pahang yang surplus dengan bajet sebuah negeri, bajet defisit yang income nya tak sampai RM1 bilion pun. Kalau betul nak bandingkan, cuba bandingkan dengan Pulau Pinang. Bajetnya lebih daripada RM1 bilion, walaupun Bajet 2026 negeri Pulau Pinang ini adalah defisit tapi kenapa sebab dibentangkan bajet defisit, di mana untuk pembiayaan defisit tersebut. Itu yang sepatutnya kita tengok, supaya kita faham, sebab di dalam Dewan yang mulia ini kita yang menggubal dasar tersebut dan kita perlu tahu dan faham sebenarnya. Bukan bila kita keluar Dewan, kita cakap Bajet 2026 negeri Pahang ni tidak menekankan fundamental sebenar. Bila dia ulas apa itu fundamental sebenar, dia kata kenapa tak menitikberatkan peluang pekerjaan dan sebagainya.

Di awal pembentangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dah sebut Kerajaan Negeri Pahang telah berjaya mengurangkan pengangguran dibawah 2%. Kita kena faham ni. Dalam Malaysia ni yang bawah 2% ni, Wilayah Persekutuan dan juga negeri Pahang. [Ahli Dewan menepuk]. So, patut kita… kita merasakan yang negeri Pahang ni cukup baik, Wilayah Persekutuan yang kecil. Mungkin dia capai 1.4%. Tapi di negeri Pahang untuk suku yang ketiga, kita capai 1.7%. Kalau dalam ekonomi, 2% ni dia merupakan mungkin yang tak bekerja ni dia tengah mencari peluang kerja baru dan sebagainya. Mungkin baru habis belajar dan sebagainya untuk… untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan ini adalah indikator dalam ekonomi yang menunjukkan bila pengurangan… er… pengangguran… kadar pengangguran sesebuah negeri ataupun negara iaitu di bawah 2% ni adalah suatu yang baik.

Jadi bila menekankan pasal fundamental tidak ditekankan dari segi peluang pekerjaan dan sebagainya, kerajaan negeri dah tunjukkan. Ini adalah ukuran kejayaan yang telah dicapai oleh Kerajaan Negeri Pahang yang berjaya mengurangkan er… pengangguran di dalam negeri. Pelbagai usaha pelaburan meningkat dan sebagainya itu adalah indikator yang menyebabkan peluang pekerjaan bertambah di negeri Pahang. Kalau disebabkan ada satu dua kilang yang ditutup menyebabkan peluang pekerjaan er… tiada di tempat tersebut, mungkin ada indikator-indikator lain kenapa kilang itu tutup operasi tersebut… di sesebuah tempat? So ini perkara jangan kita main pukul rata je. Sebab saya rasa sedih tu bila saya dengar daripada orang yang cukup berpengalaman bercakap pasal bajet ni, dalam Dewan Rakyat dia ada, di dalam Dewan Negeri dia ada, pernah jadi menteri dan sebagainya. Apakah perkara ini bila bercakap pasal oh… kita tidak menekankan fundamental… fundamental sebenar, apa yang perlu kita buat dan sebagainya.

Itu dah digariskan dalam… sebab tu saya tak nak ulas apa yang digariskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, cukup jelas kalau kita betul baca kita betul-betul dengar, kita betul-betul faham insya-Allah, kita tahu bukan hanya pemberian-pemberian insentif yang diberikan tapi kerangka yang besar itu yang kita perlu lihat bagaimana Kerajaan Negeri Pahang menyusun dan bajet ini saya yakin Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebut pagi tadi, yang libat urus ini dibuat 5, 6 bulan sebelum ini, semua terlibat pegawai-pegawai kakitangan kerajaan. Nak sentuh pasal oh… betul ke boleh dapat income banyak ni. Eh… Ini telah digariskan. Maknanya setiap hasil tu dia dah fikirkan. Pegawai-pegawai kerajaan ni dah fikirkan yang boleh capai hasil tersebut dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang.

Maknanya kita ada reserve yang cukup banyak. Kalau pun kita belanja buat bajet defisit, saya rasa takde masalah kalau untuk merancakkan ekonomi. Kita buat bajet defisit untuk rancakkan ekonomi. Kita buat bajet surplus ini kita menunjukkan ekonomi kita kukuh. Bila hari ini semua media menayangkan er… bajet negeri Pahang ini adalah bajet first class akan menarik pelabur-pelabur luar ke negeri Pahang. Itu adalah impak yang kita akan dapat selepas ini.

Saya ni kalau nak sebut banyak perkara, tapi sesetengah pihak cuba juga. Kaki claim ni memang ada ni, kaki claim. Dia suka bila orang buat jalan, dia pun ambil gambar. Dialah yang menyebabkan benda tu buat. Padahal tak terima kasih kepada kerajaan pun. Bila ada benda berlaku bantuan dan sebagainya, dia pula yang pergi ni. Ada tu, kita buat majlis berkhatan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pahang, dia pergi melawat orang tu kononnya macam dia pulak yang bagi apa… apa sunat percuma itu. Jadi… cukuplah kaki claim ni. Jangan pulak malam ni, YB Sharim menang boling malam ni, dia kata dia… sebab dia… YB Sharim menang boling malam ini. [Ahli Dewan ketawa]. Eh sorry, Chini. Ini Kerajaan Negeri Pahang buat bajet ni sebab hogoh. Eh, takat 1,300 orang datang Jelai tu, Yang Amat Berhormat Menteri besar ni senyum je. Dia harapkan 30 ribu supaya orang-orang Jelai dapat limpahan ekonomi bila pergi dekat situ 30,000 orang er… seronok berniaga itu er… tapi dia boleh nak claim ini er… yang kaki claim ini memang ramai ini kaki claim, dia suka claim. Orang lain yang buat er… dia yang claim er… dia rasa…

Yang Berhormat Speaker,

Saya tertarik ini sebab yang Hogoh Jelai itu saya faham Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar seorang yang cukup prihatin. Kita beritahu la semua, kawan-kawan semua pergi la ke Jelai buat kuih banyak-banyak tempat saya pun ramai juga yang buat kuih, buat lemang semua sekali bawa ke Jelai.. tak laku sebab kita ingat 30,000 rupanya 1,200… 1,300. Balik itu kita jamu sahaja bagi ke orang, masya-Allah jadi aniaya… aniaya itu sebab promosi itu terlebih sangat. 30,000 itu yang buat merata. Saya rasa saya bersimpati la dengan er… dengan sahabat saya daripada Kemayan itu yang bercerita memang betul la kadang-kadang itu bila dia er… orang kata macam jual ubat la, dia terlampau banyak sangat promosi. Akhir sekali bila sampai sebenarnya dia tidak seperti yang di er… yang di… apa itu yang diharap-harapkan jadi ini apa nama… teruskanlah… [ketawa]

Terima kasih er… Benta. Selepas ini mungkin Hogoh Benta nak buat tapi saya rasa saya cadangkan sebelum buat Hogoh Benta datang dulu Hogoh Kemayan la saya rasa. Saya pun memerlukan juga limpahan ekonomi daripada 30,000 itu kan mungkin ramai yang boleh meniaga dan sebagainya. Bagi saya bila kita lihat tanya hati sendirilah bajet ini baik atau tidak. Kalau rasa baik kita katakan baik mungkin ada kekurangan kita perlu buat penambahbaikan dan saya yakin kerajaan negeri melalui kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar setiap tahun ada penambahbaikan.

Dia tak boleh kita terus jadi er… minta maaflah pernah isu judi dan sebagainya er… kononnyalah nak hapuskan judi dan sebagainya da sesetengah pihak nak hapuskan

judi dan sebagainya tapi masa dia jadi kerajaan persekutuan beberapa kali bawa dalam Kabinet er… menterinya adalah Menteri Agama, timbalan menterinya adalah Timbalan Menteri Agama beberapa kali bawa dalam Kabinet supaya tutup judi di Genting itu. Kalau boleh jawab, jawablah nanti berapa kali buat dalam Kabinet sebab saya pun berada di Pejabat Perdana Menteri masa itu kita tahulah prestasi sesetengah pihak ini er… jadi kita tengok sendiri, jangan kita gadaikan apa yang telah baik oleh Kerajaan Negeri Pahang hari ini jangan sebab kata-kata yang rasa mereka hebat, mereka cukup berpengalaman, hasilnya kalau betul-betul rasa bagus, saya rasa SG4 er… SG4 itu tunjukkan bukti dululah.

Kerajaan Negeri Pahang dah tunjukkan bukti yang Bajet 2026 Kerajaan Negeri Pahang Bajet First Class. Sepatutnya bagi saya kita perlu bersama-sama berganding bahu er… bagaimana kita nak menjadikan Pahang ini lebih Makmur. Pegawai kerajaan, pihak Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat tak kiralah daripada pembangkang ataupun kerajaan sepatutnya kita lengkap-melengkapi supaya yang paling utama tugas kita di sini adalah untuk memastikan kesejahteraan rakyat negeri Pahang.

Saya juga ingin menyentuh beberapa perkara dan ingin memohon di sini beberapa perkara untuk tindakan daripada kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan. Yang pertama adalah saya takkan lari daripada menyentuh berkaitan dengan FELDA. FELDA ini banyak benda dah buat bagus dah ini. Saya yakin banyak benda dah buat bagus dah tapi ada perkara yang saya rasa FELDA perlu kurangkan birokrasi terutama dalam tatacara penggunaan wang JKKR sebab dalam JKKR ada er… pengerusinya adalah daripada Pengurus FELDA, naib timbalan pengerusi adalah ketua peneroka dan ada bendahari, ada jawatankuasa dan sebagainya cukup lengkap. Dia macam er… JPKK dia tak ada Pengurus FELDA dalam itu dan wang ini adalah wang kutipan tak kiralah untuk bangunan jalan ladang ataupun untuk aktiviti JKKR. Malangnya, apabila setiap penggunaan ini perlu mendapat kelulusan daripada Pengurus Besar Wilayah. Ini adalah birokrasi yang ada dalam FELDA yang menyebabkan sesuatu perkara ataupun projek yang ingin dijalankan oleh JKKR jadi tergendala. Sebagai contoh Projek Sejati Madani. Duit Sejati Madani dimasukkan dalam JKKR supaya mudah dibelanjakan tapi untuk JKKR tidak mudah seperti JPKK terpaksa mendapatkan kebenaran bila guna dulu dah kena surat tunjuk sebab daripada FELDA kenapa guna tanpa kebenaran daripada Pengurus Wilayah. Jadi saya rasa pihak FELDA perlu melihat semula tatacara ini supaya lebih memudahkan pihak JKKR bagi penggunaan wang JKKR.

Seterusnya adalah berkaitan dengan TABIKA KEMAS. Kawasan saya ini banyak TABIKA KEMAS. Saya faham ada setengah itu kita bagi peruntukan dia cuma bagi peruntukan kepada TABIKA PASTI saja kan yang private ini TABIKA KEMAS ini adalah kerajaan punya yang diuruskan oleh KEMAS di bawah KKDW. Malangnya, TADIKA-TADIKA KEMAS ini telah berusia sehingga kita terpaksa minta bantuan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, banyak bantuan yang telah diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi penyelenggaraan TABIKA KEMAS tapi yang sepatutnya mengambil tanggungjawab ini adalah pihak KEMAS itu sendiri. Kalau di kawasan saya itu, ada cikgu terpaksa guna duit sendiri untuk buat wiring dan sebagainya cukup malang. Padahal ramai yang kita di sini lahirnya daripada TABIKA KEMAS tak kiralah daripada belah sana ataupun sebelah sini kan er… masa itu dulu tak ada lagi PASTI… PASTI ini kan tapi hari ini kita ada di sini sebab pendidikan awal daripada TABIKA KEMAS. Jadi saya mohon supaya pihak KEMAS mengambil serius terhadap penyenggaraan TADIKA-TADIKA KEMAS di seluruh negeri Pahang.

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Ada sedikit sahaja lagi.

Speaker

Okay.

Ada beberapa perkara sahaja lagi yang saya ingin sampaikan er…

Yang Berhormat, nak mencelah sedikitlah. Saya dengar dengan teliti tapi bila ADUN Kemayan sebut kaki claim ini tadi, saya confuse sedikit. Claim ini biasanya kalau kita buat tuntutan perjalanan kan? Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri ya? Dah claim ke belum… maksud Yang Berhormat kaki claim tadi apa sebenarnya. Saya nak mendapat penjelasan sedikit. Terima kasih Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Untuk pengetahuan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat sekalian kaki claim ini orang lain yang buat kerja tapi claim konon dia punya. Secara jelasnya, macam itu er…

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Siapa? Siapa itu?

Perkara ini er… dibuat, disediakan oleh kerajaan negeri melalui kerajaan negeri dan di… diuruskan oleh jabatan kerajaan tapi dia pergi kat sana claim konon inilah usaha aku ini menyebabkan jalan ini dibaiki er… itu antara contoh Yang Amat Berhormat…

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Dato’ Sri Speaker,

Boleh bagi contoh tak?

Er… tadi saya dah bagi contoh jalan er… sebagai contoh jalan. Saya tak ingin mention siapa-siapa er…

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Maksudnya er… maksudnya yang kaki claim itu contoh jalan, siapa yang kaki claim itu.

Tak, saya tak ingin mention kan siapa-siapa…

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Jangan er… jangan general. Jangan generalize.

Speaker

Okay, sila. Sila, Yang Berhormat Benta.

Kita bagi contoh la bila bentang bajet Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar bentang bajet negeri Pahang ada yang claim kata nasib baik kita buat Hogoh Jelai sebab itu bajet itu jadi bajet yang dibentang oleh Dato’ Sri Yang Amat Berhormat Dato’ Sri MB, itu nama claim. Contohlah, contoh er… contoh. [ketawa] [Ahli Dewan menepuk meja] Contoh claim itu maknanya, tak ada pasal.

Saya rasa er… makna Benta memahamilah maksud claim itu er… dia jelas la dekat situ…

Mencelah sedikit.

Dia jelas la dekat situ kaki claim ini…

Mencelah sedikit, Kemayan.

Okay, saya ada dua, tiga perkara berkaitan dengan er… okay, okay silakan.

Speaker

Saya minta er… Yang Berhormat duduk er… saya minta Kemayan teruskan kerana masa dah suntuk. Tak apa, tak apa kerana nanti masa tak cukup lagi.

Selain itu, saya memikirkan yang er… kakitangan kerajaan adalah penting untuk menjalankan sistem penyampaian kerajaan. Kalau kita lihat di sesetengah daerah hari ini yang kakitangan berlaku banyak kekosongan kakitangan kerajaan. Saya mohon supaya pihak kerajaan kalau boleh kakitangan kekosongan-kekosongan itu dapat diisikan dengan segera sebagai contoh di daerah Bera ini lebih kurang 6 hingga 7 orang pegawai yang kosong, bila tukar tak ada. Jadi bila untuk urusan rasmi kerajaan menjadi beban kepada mereka walaupun mereka… walaupun dengan kekurangan itu, mereka dapat jalankan dengan baik tapi lebih baik kalau kita isi kekosongan tersebut supaya melicinkan perjalanan penyampaian kerajaan.

Yang kedua terakhir, er… Projek Air Luar Bandar di Kampung Lubuk Tambangan, Bera telah diluluskan oleh KKDW. Walau bagaimanapun, projek ini tidak dapat dijalankan kerana masih tidak cukup wang untuk er… naik taraf loji dan juga sistem perpaipan bagi membekal air di kawasan tersebut. Kalau buat juga projek itu akan memberi kesan kepada kawasan yang lain. Jadi, saya mohon kerajaan negeri untuk pertimbangkan supaya membantu bahagian supaya Loji Air Sungai Bera itu dan juga sistem perpaipan itu dapat dilaksanakan dan projek ini dapat dilaksanakan. Selain itu, bagi saya, kalau kita tengok adalah mungkin Inisiatif Makmur ini tak ada daripada kepada satu golongan yang saya rasa di tempat saya ini ramai pekerja-pekerja ladang yang gaji harian dan mereka ini hanya dapat gaji bila mereka keluar bekerja. Jadi mungkin kerajaan negeri boleh fikirkanlah untuk akan datang supaya memberi inisiatif kepada pekerja ladang dan juga estet yang mempunyai gaji harian seperti ini.

Yang terakhir saya mohon untuk pertimbangan daripada kerajaan negeri untuk menyegerakan Skim Tanah Rakyat Bandar 35 untuk peserta-peserta FELCRA di Tembangau. Sebab, dulu 2018 telah diluluskan projek perumahan untuk peserta FELCRA. Tapi malangnya bila kerajaan Barisan Nasional tumbang, projek itu di dibatalkan. Jadi atas inisiatif kami semua yang mencadangkan supaya diberikan tanah sebab mereka bila dah pencen, mereka ada wang KWSP, boleh buat rumah di tanah tersebut. Dan kebanyakan mereka dah pencen ini dan terpaksa keluar dari rumah ladang. Jadi kalau STR ini lambat lagi dilaksanakan, makin masalahlah dari segi perumahan bagi pekerja-pekerja ladang. Saya rasa itu saja yang ingin saya sampaikan.

Saya berdoa agar apa yang telah dirancangkan oleh Kerajaan Negeri Pahang pada hari ini akan dipermudahkan oleh Allah SWT dengan bantuan kita semua. Saya rasa itu saja daripada saya. Kemayan mohon menyokong. Sekian, Assalamualaikum WBT. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih wakil daripada Kemayan. Seterusnya saya menjemput Sungai Lembing. Sila.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Salam hormat kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker, barisan er... Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, rakan-rakan Ahli Dewan Negeri Pahang dan semua yang berada dalam Dewan yang mulia ini. Pertama kali saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat berhimpun pada hari ini bagi melaksanakan tanggungjawab besar bagi membahas belanjawan negeri Pahang 2026. Kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang di atas kejayaan mencapai kutipan hasil melebihi RM1 bilion bagi empat tahun berturut-turut. Walau bagaimanapun, ianya bukanlah tiket untuk kita mendabik dada dan memperkecilkan pihak lain kerana yang akhirnya limpahan rezeki ini semuanya adalah kurniaan daripada Allah SWT.

Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pihak kerajaan negeri atas pembentangan Belanjawan 2026 yang telah memberikan gambaran hala tuju pembangunan negeri pada tahun hadapan. Sebagai wakil rakyat daripada pihak pembangkang, adalah menjadi amanah dan tanggungjawab saya untuk meneliti, menimbang serta menilai segala cadangan belanjawan ini dengan penuh tertib dan objektif. Bukan untuk menafikan usaha kerajaan tetapi untuk memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan benar-benar memberi manfaat maksimum kepada rakyat Pahang seluruhnya.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, memulakan perbahasan saya, saya ingin menyentuh tentang Teras ke-2, Melonjak Ekonomi Negeri. Saya amat menyokong baik atas usaha kerajaan dalam menyediakan peruntukan untuk meningkatkan keusahawanan, usahawan-usahawan di negeri Pahang. Namun, beberapa isu penting wajar diteliti agar objektif sebenar dapat dicapai. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM5 juta melalui Program Usahawan Makmur dan RM3 juta lagi untuk pemberian lesen percuma kepada penjaja serta peniaga kecil daripada golongan B40. Ini jelas untuk memacu pertumbuhan perniagaan mikro. Namun, jika dibandingkan dengan skala ekonomi negeri, jumlah RM8 juta ini terlalu kecil untuk benar-benar memberi kesan signifikan terhadap pemerkasaan keusahawanan.

Saya ingin menanyakan kepada kerajaan, siapakah golongan yang terlibat dalam kategori usahawan makmur ini? Dan berapakah yang telah berdaftar dan layak sehingga setakat ini? Di pihak pembangkang, saya mencadangkan kerajaan negeri menambah peruntukan keusahawanan supaya impak lebih signifikan. Menyediakan instrumen sokongan seperti dana permulaan, latihan, pemasaran dan perniagaan serta program inkubator bagi usahawan. Menerapkan... menetapkan indikator kejayaan yang jelas seperti pertumbuhan perniagaan, penciptaan pekerjaan dan bilangan usahawan mikro yang berjaya naik ke peringkat seterusnya. Kesimpulannya,

niat kerajaan untuk memperkasakan keusahawanan amat kami sokong. Namun, peruntukan kecil dan fokus terhad berisiko membataskan manfaat sebenar kepada rakyat. Bagi menyeru kerajaan, kami menyeru kerajaan menilai semula belanjawan ini supaya janji kemakmuran untuk memperkasakan usahawan benar-benar tercapai.

Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Dadah adalah musuh negara. Ianya bukan sahaja boleh menghancurkan masa depan yang terjebak malah boleh meruntuhkan sesebuah institusi negara. Tidak hairan juga jika kadar perceraian yang tinggi berlaku dalam negara ini berpunca daripada dadah. Di Pahang, kita melihat semakin banyak komuniti termasuk FELDA, kampung tradisi dan kawasan perindustrian mula terdedah dengan dadah sintetik dan bahan-bahan terlarang baharu. Sungai Lembing menyambut baik usaha kerajaan bagi menangani isu dadah dalam masyarakat dengan memberi peruntukan sebanyak RM1.418 juta. Jumlah keseluruhan meliputi tujuan pemulihan, pencegahan dan aktiviti kesedaran.

Saya berasa sedih apabila melihat keadaan keluarga mereka yang terlibat dengan dadah ini dan keluarga kita juga tidak terkecuali menjadi mangsa jika tidak ditangani dengan sebaik mungkin. Namun, di sini saya berpendapat bahawa dasar pencegahan kita masih belum cukup berkesan. Isu dadah tidak akan selesai jika tindakan kita hanya tertumpu kepada penagih kecil. Sungai Lembing menegaskan bahawa kerajaan negeri perlu memperkukuh kerjasama risikan dengan PDRM dan AADK bagi menumpaskan pengedar besar dan sindiket, bukan hanya mereka yang terperangkap sebagai pengguna.

Kawasan panas di daerah tertentu harus dipantau secara lebih serius terutama lokasi transit yang mudah dieksploitasi oleh sindiket. Bayangkan dulu untuk melihat individu yang mengambil dadah pun sukar. Namun, hari ini dadah dijual di tepi jalan seolah-olah menjual goreng pisang panas oleh para pengedar atau lebih dikenali sebagai pusher. Situasi ini amat membimbangkan kita. Kita mahu memastikan penagih yang ditangkap dan dimasukkan ke pusat pemulihan benar-benar pulih dan insaf daripada terlibat dengan najis dadah. Kita tidak mahu pusat pemulihan itu menjadi seolah-olah tempat check-in hotel semata-mata di mana mereka keluar masuk tanpa perubahan.

Malangnya, ramai kembali terjebak selepas keluar dari pusat pemulihan kerana punca utama masalah ini iaitu kegiatan pengedaran dadah masih berleluasa dan terus mempengaruhi mereka. Selagi rangkaian pengedaran ini tidak ditangani secara tuntas, usaha memulihkan penagih ini tidak akan mencapai hasil yang kita harapkan. Justeru, segala langkah yang diambil mesti benar benar berkesan. Marilah kita pastikan Pahang bukan sahaja maju tetapi selamat dan bebas daripada ancaman dadah.

Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Kerajaan telah merangka program dan inisiatif baik pulih rumah Orang Asli dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.

Sungai Lembing menyambut baik usaha ini dan amat bersetuju dengan langkah kerajaan kerana di kawasan saya sendiri terdapat dua perkampungan Orang Asli iaitu di Bukit Bakau dan Sungai Mas. Banyak rumah-rumah dikenalpasti yang layak untuk dibaik pulih bagi mensejahterakan kehidupan mereka.

Namun begitu, saya ingin mencadangkan agar program baik pulih ini diperluaskan kepada golongan miskin dan B40 termasuk ibu-ibu tunggal yang turut memerlukan bantuan tersebut. Sebagai contoh, di pekan Sungai Lembing khususnya di Kampung Jalehang, Kampung Melayu dan Kampung Seberang. Terdapat terdapat banyak rumah uzur yang memerlukan perhatian segera. Ada rumah yang atapnya bocor, dindingnya reput dan lantainya sudah roboh.

Walaupun sebahagian rumah-rumah ini merupakan tinggalan syarikat perlombongan bijih timah pada zaman dahulu, namun itulah satu-satunya tempat berteduh dan meneruskan kehidupan bagi penduduk berkenaan. Tambahan pula, keadaan rumah-rumah yang uzur ini turut mencacatkan imej Sungai Lembing sebagai sebuah destinasi pelancongan. Sehubungan itu, saya memohon agar kerajaan mempertimbangkan perluasan skop program baik pulih rumah ini supaya lebih ramai rakyat yang benar-benar memerlukan dapat dibantu dan pada masa yang sama memperelokkan wajah serta daya tarikan Sungai Lembing.

Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Isu keselamatan dan bencana alam. Dalam pembentangan Belanjawan 2026 Jumaat yang lepas, kerajaan negeri ada menyentuh berkenaan isu banjir dan rancangan tebatan banjir. Sungai Lembing tidak asing lagi dengan insiden seperti banjir dan tanah runtuh terutamanya ketika Monsun Timur laut.

Musibah sebegini bukan sahaja mengancam keselamatan nyawa malah boleh menyebabkan kerosakan harta benda. Oleh itu, beberapa langkah kawalan dan pencegahan perlu dipertimbangkan. Antaranya ialah penilaian risiko bencana secara berkala termasuk kajian terhadap struktur tebing sungai dan kawasan cerun. Jalan masuk ke pekan Sungai Lembing melalui beberapa cerun dan bukit yang berisiko tinggi seringkali berlaku tanah runtuh, pokok tumbang dan kerosakan pada tiang elektrik ketika musim tengkujuh dan angin kuat. Oleh itu, saya ingin menyeru pihak berwajib agar sentiasa melakukan penilaian risiko secara kerap bagi memastikan keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya.

Pokok-pokok yang reput atau berisiko tumbang harus diambil tindakan segera untuk mengurangkan kemungkinan kejadian tidak diingini. Selain itu, terdapat aduan khusus daripada penduduk Pekan Sungai Lembing, mengenai kewujudan pokok-pokok yang tumbuh di cerun bukit, bermula daripas daripada, kawasan pintu masuk Bukit Panorama, sehingga ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Lembing. Laluan ini merupakan jalan utama yang digunakan oleh ibu bapa, untuk menghantar anak ke sekolah, serta para pelajar yang menunggang motosikal. Penduduk khuatir pokok-pokok yang tumbuh di cerun tersebut, berisiko tumbang, akibat hujan dan angin kencang. Sekali gus membahayakan keselamatan pengguna pengguna jalan raya, termasuk ibu bapa dan para pelajar. Sehubungan itu, mereka memohon agar pihak berkenaan segera mengambil tindakan, menebang atau membersihkan pokok-pokok berisiko bagi memastikan keselamatan semua, pihak terjamin.

Menyentuh isu tempatan banjir. Saya ingin membawa perhatian Dewan kepada pelaksanaan projek tebatan banjir di Sungai Kenau, Sungai Lembing. Satu inisiatif penting yang diumumkan bagi menangani isu banjir berulang, di pekan tersebut. Projek ini, me... menurut... menurut maklumat rasmi melibatkan kerja-kerja mendalamkan sungai, pembinaan benteng kiri dan kanan sepanjang 7 KM dengan anggaran kos litar 100 RM100 juta dan dijangka siap pada November 2026.

Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Sebagai wakil rakyat dan suara penduduk setempat. Saya menyokong inisiatif ini secara prinsip tetapi saya ingin menegaskan bahawa kerjasama ketelusan dan pemantauan yang berterusan adalah penting agar projek ini benar-benar memberi manfaat seperti yang dijanjikan. Hari ini saya menerima aduan tentang kegusaran penduduk anta... terhadap status pelaksanaan kerja-kerja pembinaan RTB Sungai Kenau ini. Antara dakwaan mereka, terutama tebing runtuh dan hakisan yang semakin serius. Selepas banjir, tebing sungai di Sungai Rimau terus runtuh dan terhakis. Batu Kuari yang dipasang kelihatan tidak stabil dan sebahagiannya tercabut daripada tempat asal. Ini menunjukkan kerja perlindungan tebing tidak berfungsi atau tidak mencukupi.

Peralatan projek hanyut. Beberapa peralatan kerja seperti pam dan mesin pengerukan dilaporkan hanyut ditolak arus dan selebihnya berselerak di tebing. Jika peralatan sebesar itu tidak dapat dilindungi, bagaimana kita mahu yakinkan mereka bahawa rumah, nyawa dan harta benda mereka dilindungi. Ketiga, risiko penduduk meningkat selepas kerja RTB bermula. Sebelum projek dimulakan, risiko banjir di kawasan tertentu adalah rendah atau sederhana. Tetapi selepas kerja-kerja penggalian, pengerukan dan pendedahan tebing, risikonya menjadi semakin meningkat. Ini ditegaskan sendiri oleh penduduk berdasarkan kejadian dan keadaan tebing selepas banjir baru-baru ini.

Sehubungan itu, saya ingin mengemukakan beberapa soalan dan cadangan kepada kerajaan negeri. Pertama, bolehkah kerajaan negeri berkongsi jadual pelaksanaan terkini projek RTB Sungai Kenau? Bilakah kerja-kerja utama seperti pedalaman sungai, pembinaan benten benteng dan sistem saliran dijangka siap? Kedua, apakah langkah pemantauan yang diambil untuk memastikan projek ini mengambil kira kaedah terbaik termasuk kajian impak alam sekitar, aliran air semasa hujan lebat serta konsultasi bersama penduduk dan orang kampung? Bagaimana, ketiga, bagaimana kerajaan memastikan bahawa projek ini tidak hanya menyelesaikan banjir akibat sungai melimpah tetapi juga mengambil kira aliran air dari bukit saliran kampung, dan sistem longkang, air hujan di kawasan perumahan dan perniagaan supaya risiko banjir tidak berpindah ke kawasan lain? Keempat, adakah kerajaan negeri merancang untuk mengadakan libat urus bersama penduduk Sungai Kenau, Sungai Lembing secara berkala agar masyarakat dapat mengikuti perkembangan-perkembangan projek, memberi maklum balas dan dipastikan projek tidak menyebabkan masalah baru seperti hakisan tebing, pencemaran atau gangguan aliran semula jadi? Terakhir saya, menggesa agar kerajaan menyediakan saluran maklumat rasmi dan telus. Laporan berkala, buku panduan sesi bersama wakil rakyat dan penduduk, supaya rakyat dapat memerhati sebenar, memerhati hasil sebenar projek dan memberi input sewajarnya.

Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Projek tebatan banjir ini, berpotensi menyelamatkan ramai nyawa. Rumah dan masa depan penduduk Sungai Lembing. Tetapi kejayaan projek bukan hanya pada pembinaan, ia terletak pada pelaksanaan penyelenggaraan dan komitmen berterusan kerajaan, serta masyarakat. Saya menyeru agar kerajaan mengambil serius aspek ini dan memastikan projek ini menjadi contoh teladan terhadap RM11.6 juta bagi projek RTB lain di seluruh Pahang, Pahang yang telah diumumkan.

Yang Berhormat Timbalan Speak... Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Penyelenggaraan jalan dan infrastruktur negeri. Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada isu kerosakan jalan raya di DUN Sungai Lembing. Satu perkara yang sering menjadi rungutan dan kebimbangan pengguna jalan raya. Pelbagai aduan dan kecaman telah saya terima dan keadaan ini memerlukan tindakan segera daripada pihak kerajaan. Terdapat 2 jalan yang saya lihat kritikal untuk diselesaikan segera. Walaupun jalan-jalan lain perlu dinaik taraf.

Pertama, saya ingin memberi fokus kepada Jalan FT 1581 Kuantan-Cerul, khususnya berhampiran Jambatan Sungai Riau. Jalan ini, merupakan jalan utama penduduk Gugusan FELDA Bukit Sagu, untuk ke untuk ke tempat kerja dan urusan-urusan lain di bandar Kuantan. Keadaan jalan tersebut bukan sekadar berlubang, malah berlekuk dan mendap yang agak kritikal sehingga menimbulkan risiko tinggi kepada pengguna, terutamanya apabila 2 kenderaan berselisih.

Keadaan permukaan yang tidak stabil ini, boleh mengakibatkan kemalangan dan kerosak kenderaan kerosakan kenderaan pengguna pada bila-bila masa. Saya memohon agar kerajaan menyediakan peruntukan segera untuk kerja pembaikan menyeluruh dan bukan sekadar tampalan segera. Kedua saya ingin menyentuh mengenai Jalan Sungai Lembing FT 231, iaitu jalan berhampiran Jambatan Kampung Bayas, berdekatan dengan Balai Bomba yang kini sedang dalam pembinaan. Untuk rekod, pihak Roadcare telah melakukan pembaikan jangka pendek sebelum ini. Namun, malangnya kerosakan kembali berlaku, malah lebih teruk. Ini berpunca daripada hakisan tanah pada abedment, jambatan, yang telah menyebabkan berlakunya lubang benang, lubang benam.

Keadaan ini membimbangkan penduduk kerana ia melibatkan struktur asas jambatan dan keselamatan pengguna. Oleh itu, saya mewakili penduduk Sungai Lembing memohon, agar kerajaan, pertama menilai semula kerosakan secara menyeluruh secara menyeluruh. Kedua, mengambil tindakan pembaikan drastik dan berkekalan. Dan yang ketiga memastikan langkah keselamatan segera dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini. Tindakan segera ini amat penting untuk mengembalikan ketenangan hati penduduk dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya melalui kawasan tersebut setiap hari.

Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Sedikit mengenai isu di kawasan saya. Saya juga, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membawa perhatian Dewan kepada satu insiden yang berlaku baru-baru ini di Rancangan Tanah Kelompok (RTK) Sungai Padi, Sungai Lembing. Pada 15 Julai 2025, telah berlaku satu kekecohan di kawasan tersebut. Namun, sehingga kini saya masih belum mendapat maklumat yang jelas berhubung punca sebenar ketegangan yang berlaku. Bagi mendapatkan penjelasan rasmi, saya cuba mengambil puang... peluang di atas satu sesi temujanji yang telah saya dapat lebih awal dengan Pegawai Daerah yang ditetapkan pada 17, 17 Julai 2025. Walau bagaimanapun, pertemuan tersebut telah dibatalkan sehari sebelum ia berlangsung atas sebab yang tak dapat dielakkan. Sehingga hari ini, saya masih belum menerima tarikh baru untuk sesi perjumpaan, mahupun sebarang penjelasan rasmi mengenai insiden yang berlaku.

Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Dalam hal ini, saya ingin mendapatkan pencerahan daripada pihak kerajaan, negeri berhubung 2 perkara penting. Pertama apakah prosedur sebenar, dalam pembukaan dan pengurusan sesebuah Rancangan Tanah Kelompok (RTK), khususnya di bawah Pentadbiran Negeri Pahang. Saya percaya rakyat berhak mengetahui proses yang telus, serta peraturan yang menjadi asas kepada kewujudan (RTK). Kedua, apakah fakta sebenar yang membawa kepada kekecohan di (RTK) Sungai Padi pada tarikh tersebut. Sebagai wakil rakyat, saya bertanggungjawab membawa suara dan kebajikan penduduk setempat dan adalah amat penting agar Dewan ini dimaklumkan tentang keadaan sebenar serta langkah-langkah yang telah atau akan diambil oleh pihak berkuasa.

Saya berharap pihak kerajaan negeri dapat memberikan penjelasan yang menyeluruh dan tepat agar tidak timbul kekeliruan atau kegusaran berpanjangan dalam kalangan penduduk yang terlibat.

Speaker

Yang Berhormat panjang lagi?

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Penutup dah.

Speaker

Okay... sila.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Sebagai penutup, saya ingin menegaskan bahawa belanjawan bukan sekadar angka yang dibentang, tetapi amanah besar yang mesti menepati janji kepada rakyat. Kini tibalah masa untuk kita melaksanakan apa yang telah kita rancang dan ucapkan. Harapan kami sebagai wakil rakyat pembangkang tidak besar. Walaupun tidak ada sebarang peruntukan diumumkan untuk kami membantu rakyat secara terus, tetapi kami berharap inisiatif-inisiatif ini dapat digerakkan bersama bagi mewakili rakyat di kawasan kami. Selari dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan... Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah yang mahu pihak kerajaan dan pembangkang, perlu duduk bersama dari masa ke semasa atau seeloknya sebulan sekali lakukan sesi libat urus sesama sendiri. Ingatlah, walaupun kita mempunyai tanah untuk berjalan. Ada ke…ada ketikanya kita perlukan cahaya bulan untuk menyuluh perjalanan kita. Semoga… boleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sebab Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebut bulan dalam ucapan tu. Saya…

Dak saya tak berapa fokus tadi, cuma saya nak bagitahu minta Yang Berhormat... tak pernah dapat peruntukan? Tak ada peruntukan? Yang Berhormat menyatakan tadi tak

ada peruntukan. Saya ingat Yang Berhormat kena tarik balik tu. Kita bagi RM70 ribu setahun tu.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Okay, saya sebut tadi peruntukan untuk kami membantu rakyat secara terus.

Tak ada, tak sebut yang itu. Yang Berhormat sebut tak ada peruntukan je.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Tidak, kita ….

Yang Berhormat yang cakap, Yang Berhormat lagi tahulah. Apa tanya pula.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Peruntukan…peruntukan yang saya maksudkan peruntukan secara terus.

Yang saya maksudkan Yang Berhormat kata tak ada peruntukan. Apa yang tersirat, saya tak tahulah.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Sebelum ni, kita pun sudah maklum dalam media sosial. Kita menerima…

Tapi peruntukan ada ke tidak? Ada terima dak?

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Kita terima RM 5,000.00 setahun pada bulan Ramadan.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Yang saya sebut itu tadi peruntukan secara terus untuk kita membantu rakyat.

RM5,000.00 ribu setahun?

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Bukan kecil… bukan kecil untuk Pembangunan…

Tak betul tu.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Ini maksud saya tadi.

Peruntukan yang kerajaan negeri bagi RM70,000.00 setahun. Ada terima tak?

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

RM70,000.00 setahun?

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Yang dimasukkan ke Akaun Pusat Khidmat Masyarakat?

Hah, yang itulah.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Tidak, tidak, tidak terima.

Hah. Melalui Pejabat Daerah. Itu peruntukan kepada Yang Berhormatlah.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Tapi yang ini saya maksudkan peruntukan secara terus untuk kita membantu rakyat secara terus yang datang kepada kita. Spek… spek mata anak patah tak mampu nak beli. Ini yang kita minta, ini yang kita bantu, kita nak minta untuk bantu rakyat yang sakit teruk, perlukan susu dan…

Kalau ada yang sakit, datanglah tapi kita bagi melalui pejabat daerahlah.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Tapi peruntukan yang di pejabat daerah itu untuk pembangunan.

Takkan nak sama dengan kerajaan pula.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Tak, yang diperuntukan itu, apa ni… yang RM60 ribu itu untuk pembangunan kecil. Bukan untuk…untuk membantu rakyat secara terus. Yang saya maksudkan ni secara terus.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya ingat nanti jumpa Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negerilah. Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri explain sikit kepada Yang Berhormat ya.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Okay, terima kasih.

Terima kasih YB.

Speaker

Sila.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Okay, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Diharapkan benarlah apa yang dimaksudkan tadi. Kalau dapat RM70 ribu sebulan untuk Pusat Khidmat Masyarakat. [Ahli Dewan ketawa] Alhamdulillah. Okay. Semoga segala inisiatif yang diumumkan tersebut benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan dan tiada seorang pun yang akan tertinggal daripada mendapat manfaatnya. Saya dengan ini menyokong. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Wakil dari Sungai Lembing. Seterusnya saya ingin menjemput pembahasan yang terakhir, Ahli yang terakhir. Ahli yang dilantik. Sila.

Dato' Wong Tat CheeAhli Yang Dilantik

Salam Sejahtera dan Salam Pahang 1st. Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan Belanjawan Negeri Pahang bagi tahun 2026. Dalam pembentangan teks Belanjawan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita semua boleh mengesahkan pentadbiran kewangan semakin mantap dan berdaya saing untuk membangunkan ekonomi negeri dengan pendapatan melepasi tanda aras RM1 billion dan pertumbuhan KDNK mengatasi purata kebangsaan. Pahang kini mendahului negeri-negeri pantai timur yang lain dalam usaha merapatkan jurang ekonomi pantai timur. Pantai barat melawan pantai timur. Untuk sekian lama sejak merdeka, pembangunan pantai timur sentiasa ketinggalan berbanding dengan pantai barat, tetapi Pahang boleh mencipta sejarah bersaing dan bertanding dengan negeri-negeri pantai barat sehingga boleh mengatasi prestasi ekonomi negeri pantai barat.

Harapan ini boleh menjadi kenyataan kerana pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang cekap, fokus, bervisi serta berpandangan jauh. [Ahli Dewan menepuk meja] Yang Amat Berhormat Menteri Besar sentiasa memfokuskan kepada inisiatif pembangunan. Tidak sekali sekali berteriak dan berslogan untuk menarik perhatian. Inilah pemimpin yang betul-betul berwibawa, ikhlas dan jujur. Sentiasa mengutamakan agenda rakyat berbanding dengan sepak terajang politik [Ahli Dewan menepuk meja].

Yang Berhormat Tuan Speaker.

Sejak hari Merdeka, buku-buku [tak jelas] sentiasa mendendangkan bahawa negeri Pahang kaya raya dengan sumber kayu-kayan dan hutan. Sebelum dan selepas merdeka, Pahang banyak bergantung kepada pendapatan kayu-kayan untuk menyokong pembangunan dan kemajuan secara sederhana. Mengikut perangkaan

Jabatan Perhutanan Negeri, Pahang memiliki kira-kira 3.8 juta ekar hutan simpan kekal. Meliputi hampir separuh keluasan bumi Pahang dengan pengwartaan hutan simpan yang begitu besar. Kerajaan dan rakyat Pahang telah banyak berkorban demi menyokong agenda pemeliharaan alam sekitar. Negeri Pahang merupakan Green Lung dengan izin, atau paru-paru hijau Semenanjung. Membawa fungsi-fungsi mengekalkan keseimbangan ekosistem. Melawan climate changes dengan izin dan juga memelihara sumber air, fauna dan flora hutan tropika ataupun berbagai spesis tumbuhan dan binatang liar. Kesemua sumbangan dan pengorbanan telah berlaku secara senyap-senyap tanpa disedari oleh kebanyakan Warga Semenanjung, termasuk juga NGO-NGO yang memperjuangkan tema perlindungan alam sekitar.

Yang Berhormat Tuan Speaker

Pengwartaan hutan simpan untuk pemeliharaan alam sekitar telah membekukan nilai ekonomi sumber tanah dan hutang sepanjang zaman. Persoalannya, apakah negeri dan rakyat Pahang mendapat ganti rugi yang setimpal? Apakah formula pengiraan yang boleh diguna pakai untuk menentukan kuantum ganti rugi yang munasaba?. Untuk menyemak beberapa soalan ini, saya telah mengajukan siri pertanyaan kepada ChatGPT dan DeepSeek. Kedua dua portal ini menyatakan dengan jelas, gas oksigen mentah yang dijanakan oleh hutan simpan kekal tidak mempunyai nilai komersial tetapi perkiraan nilai komersial hutan simpan, boleh menggunakan kaedah karbon kredit. Yakin ukuran…yakni ukuran…ukuran kemampuan hutan simpan kekal mengurangkan atau melupuskan 1 tan metrik gas karbon dioksida daripada atmosfera dalam tempoh setahun. Untuk menjelaskan konsep karbon kredit, kita boleh mengambil contoh dasar pampasan caj karbon kredit yang akan dilaksanakan oleh syarikat penerbangan mengikut ketetapan ICAO atau International Civil Aviation Organization. Sebagai contoh yang paling mudah, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bandaraya Shenzhen, negeri China sejauh 4,400 km pergi balik. Setiap penumpang akan dikenakan caj tambahan karbon kredit. Di antara RM12 sampai RM40 bergantung kepada kelas dan syarikat penerbangan.

Yang Berhormat Tuan Speaker

Negeri Pahang meliputi 3.8 juta ekar hutan simpan kekal dengan spesis kayu, usia serta rupa bentuk dan saiz yang berbeza-beza. Kesemua faktor-faktor ini boleh mempengaruhi penghasilan karbon kredit. Walau bagaimanapun, mengikut angka-angka paling konservatif yang boleh dipetik daripada ChatGPT, satu ekar hutan simpan kekal boleh menghasil lima karbon kredit dalam satu tahun.

Dengan tanda harga 5.00 US Dollar perkarbon kredit mengguna pakai angka-angka konservatif ini. Jumlah karbon kredit yang dihasilkan oleh hutan simpan dalam mengambil kira 20% daripada anggaran ini. Negeri Pahang sepatutnya mendapat pampasan 77 juta ringgit setiap tahun. Saya bukan pakar alam sekitar atau karbon kredit. Saya melontarkan idea ini semata-mata untuk dijadikan asas rangka kerja bagi pasukan pakar kerajaan negeri. Mungkin boleh dijemput bersama pakar-pakar dari Universiti Malaysia Pahang membuat kajian teliti dan mengemukakan permintaan secara rasmi kepada kerajaan Persekutuan. Saya juga ingin mengesyorkan sekiranya permintaan ini berjaya pampasan ini hendaklah disenarai sebagai item kekal dalam struktur kewangan persekutuan dan boleh dikaji semula setiap lima tahun mengikut harga pasaran karbon kredit antarabangsa.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Saya mendapat banyak aduan daripada pengguna jalan raya sekitar bandar Mentakab kerana tiada traffic Interchange dengan izin yang berdekatan di bandar Mentakab. Untuk gerak ke Kuala Lumpur dengan Lebuh Raya Pantai Timur, mereka terpaksa menghabisan 30 minit ke tol Lanchang, 20 minit ke tol Temerloh, kalau nak ke Kuala Lumpur. Kedudukan tol plaza yang sedia ada telah melambatkan perjalanan ke Kuala Lumpur. Oleh itu, saya ingin membawa dan mengangkat cadangan supaya satu lagi traffic Interchange dibina berhampiran dengan bandar Mentakab untuk kaedah untuk faedah para pengguna jalan raya.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Taman Perindustrian Temerloh yang berada di kawasan Mentakab ditubuhkan pada tahun 1993. Kawasan perindustrian ini meliputi 600 ekar tanah. Selama 30 tahun ini Penggunaan tanah dalam Kawasan Perindustrian Temerloh telah mencapai tahap tepu. Pemain-pemain industri di sekitar daerah Temerloh terpaksa berhijrah ke tempat lain untuk memulakan projek pelaburan baru. Pengusaha yang sedia ada juga disekat dari menambah pelaburan. Seiring dengan pembukaan rel kereta api Pantai Timur tidak lama lagi, saya ingin mencadangkan sebuah lagi taman perindustrian dibuka berdekatan dengan bandar Mentakab dengan keluasan minimum 1000 ribu ekar. Saya berpendapat taman perindustrian ini boleh membantu para pelabur pengusaha mikro kecil dan sederhana. Saya juga ingin mencadangkan taman industri ini menfokuskan tema kepada rawatan mesin dan kenderaan di samping menjadi pusat pemasaran atau trading hub spare part atau alat ganti kenderaan dan mesin-mesin lain. Yang Berhormat Tuan Speaker, dengan kata-kata di atas saya bersama-sama menyokong Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih ahli yang dilantik. Ahli Yang Berhormat Sekalian, untuk hari ini, saya perhatikan bahawa seramai 15 orang Ahli telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan saya mengucap ribuan terima kasih.

Ahli-ahli Yang Berhormat sebagaimana kelaziman persidangan kita, pihak Dewan Negeri akan mengadakan acara sukan boling berpasangan yang akan diadakan pada malam ini di Playground 6, Semambu pada jam 8.00 malam. Pihak Dewan Negeri telah mengedarkan t-shirt sukan untuk dipakai semasa acara tersebut berlangsung. Diharapkan ahli yang telah mengesahkan kehadiran dapat hadir mengikut masa yang ditetapkan.

Baiklah. Persidangan kita akan disambung pada hari esok, Selasa, 9 hari bulan Disember 2025 bermula jam 9.30 pagi. Persidangan di tempohkan, Insya-Allah.

[Persidangan Dewan Negeri ditangguhkan]