Pahang · 9 December 2025
15th Assembly, 4th session, 3rd meeting · 378 turns · 39,303 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari : Selasa 9 Disember 2025 bersamaan 18 Jamadilakhir 1447 Hijrah
Masa : 9.30 pagi
DOA
Perkara Pertama: Doa.
Assalamualaikum WBT. Marilah kita sama-sama mulakan mesyuarat kita pada pagi yang mulia ini dengan membaca ummul kitab al-Fatihah. [Bacaan ayat al-Quran].
[Bacaan ayat al-Quran]. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani. Kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat maha hikmah limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat, pergaulan. Mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkat-Mu ke atas kami berhimpun, dipohon anugerahkan taufik-Mu, dipohonkan menyuluh, memandukan ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah dipohon doa kami diperkenan, Amin Ya Rabbal Alamin.
Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri BesarQuestions
Perkara kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.
(Ayat Al-Quran) Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera, selamat pagi, salam Pahang 1st, salam perpaduan. Yang Amat Berhormat Dato Sri Diraja Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah dan marilah kita bersama-sama bersyukur ke hadrat Allah SWT, dengan izin-Nya kita semua dapat menghadiri Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada pagi yang berbahagia ini.
Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Dewan Negeri yang sama-sama dapat menyertai Pertandingan Mesra Boling di kalangan Ahli-ahli Dewan Negeri dan pasangan-pasangan yang hadir. Pasangan-pasangan yang tidak hadir, dia main single. Jadi kita kategorikan dua iaitu single dan juga double. Double ini berpasangan. Dia tak boleh pasangan lelaki dengan lelaki, tak boleh. Dia lelaki dengan wanita dan hanya isterinya sahaja yang sah ya.
Er... saya nak bacalah keputusan dia. Bagi pasangan ini... ini… bagi pertandingan berpasangan ya, tempat ketiga jatuh kepada wakil kita daripada Chini. Tak ada hadiah pasal hadiah Yang Amat Berhormat dah bagi semalam. Tempat kedua jatuh kepada... kepada wakil kita daripada er... ini… saya lupa pula dah, Peramu Jaya, dan johan maknanya dia ini main… main… main curi-curilah. Makna tak cakap ke mursyidul am, tak cakap… wakil daripada Beserah, johan [Ahli Dewan menepuk meja]. Tapi saya tengok, isteri dia lebih banyak skor daripada dia [Ahli Dewan ketawa]. Maknanya dia sebenarnya dibantu oleh isteri dia untuk menang. Bukanlah maknanya dia tak bagus, bagus juga tapi isteri dia lebih bagus.
Er... bagi perseorangan, yang ketiga jatuh kepada Speaker Dewan Negeri [Ahli Dewan menepuk meja]. Yang… yang kita sebut itu pasal kita ada nomborlah. Kalau tak ada nombor tadi kita lupakan saja Yang Amat Berhormat. Yang kedua, wakil daripada er... ini Dong... Dong, wakil daripada Dong, dan johan perseorangan semalam jatuh kepada wakil daripada Kemayan [Ahli Dewan menepuk meja]. Bangunlah sikit.
Jadi itu adalah keputusan dan kita dah tengok… tengok… tengok er... pertandingan boling inilah yang kita rasakan bahawa pertandingan yang paling sesuai untuk berpasangan kerana kalau main golf itu mungkin isteri tak main golf. Kalau sekiranya kita buat paintball ini main tengah panas, ya tak? Ada yang tak boleh kena panas ya tak? Jadi kita dah tengok dah main ping pong, main badminton, main pickleball ya. Ada juga cadangan nak buat pickleball tapi tak boleh, tengok permainan boling ini yang paling sesuai sekali.
Jadi kita nak buat juga pertandingan karaoke, tapi bimbang pula ada yang cakap syarie ni tak syarie. Jadi susah nak… nak… nak nyanyi lagu nasyid semua, semua tak berapa pandai. Jadi kita ambillah pertandingan boling yang terbaik. Pertandingan mengaji kang er… siapa nak jadi? Jadi, lama pula ya tak? Lama. Maknanya kita kena buat awal… jadi kalau tilawah. Kalau yang terbaik pertandingan boling.
Saya juga nak maklumkan bahawa semalam cuaca ataupun suhu di dalam dewan ini agak panas. Saya difahamkan bahawa pihak JKR Mekanikal sampai pukul 5:00 pagi telah memperbetulkan. Jadi ini kita bagi ucapan terima kasih kepada JKR nak mempastikan Ahli-ahli Dewan Negeri dapat keselesaan berucap, ya tak? Dengan baik, keselesaan untuk para pemerhati dapat duduk dengan selesa. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian…
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, elok dewan panas ke dewan sejuk?
Cuaca elok sejuk. Tapi Dewan itu, perbahasan elok panas [ketawa].
[Ketawa]Tak maksudnya bila tadi Dato' Sri Speaker sebab Dewan semalam suasana agak panas, saya mikirkan ini apa nama, makna lain. Rupanya berkenaan dengan aircond ya.
Pasal Dato' tak datang main boling semalam [ketawa]. Baiklah, untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat yang seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Sungai Lembing. Ahli Yang Berhormat dari Sungai Lembing, wakil kita tak dapat hadir pada hari ini, kita minta wakil untuk bertanyakan bagi pihak Sungai Lembing.
(Ayat Al-Quran). Dato' Sri Speaker, saya ajukan pertanyaan yang pertama.
[Apakah status projek tebatan banjir di Sg Kenau, Sg lembing? Berapa peratuskah pelaksanaan projek telah dijalankan?]
Assalamualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera, salam Pahang 1st. ADUN Kawasan Sungai Lembing bertanyakan soalan status Projek Tebatan Banjir di Sungai Kenau. Berapakah peratus pelaksanaan projek ini telah dijalankan? Untuk makluman Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Yang Berhormat ADUN Sungai Lembing dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat di Dewan Yang Mulia ini, Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kenau ini telah dilaksanakan secara kontrak iaitu reka dan bina dan telah pun bermula pada 28 November 2023 dan insya-Allah ianya dijangka siap pada 27 November 2026.
Status kemajuan terkini projek ini adalah 16.84% berbanding jadual 16.33% iaitu awal empat hari Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Setakat ni baguslah kontraktor ini. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri di-Pertua, saya nak berkongsi sikit.
Yang Berhormat nombor berapa semalam?
Nombor tiga tapi saya nak ada soalan tambahan ini. Nombor main boling?
Main boling.
Minta maaflah Sidang Dewan, nombor corot sekali, nombor 21. Yang Berhormat Dato' Sri di-Pertua, insya-Allah tahun depan saya buat peningkatan yang baru, insya-Allah. Saya… soalan saya, tambahan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja. Saya tertarik dengan soalan bab-bab tebatan ni sebab di sebelah Rompin pun banyak melibatkan perkara seumpama ini. Jadi kebetulan saya ada juga kadang-kadang pergi ke Sungai Lembing ni, jadi kalau nampak jalan berlubang, saya akan telefon ke JD, nampak air apa ni pecah, saya akan telefon juga, maknanya prihatin.
Jadi er... kebetulan pergi ke Sungai Lembing ni adalah dapat maklumat dari rakan-rakan di Sungai Lembing ni bertanyakan bila er... dijangka siap er... tebatan. Difahamkan, yang Sungai Lembing ni pada bulan November dan apakah langkah awal ataupun jangka pendek untuk sementara waktu ini bagi menangani masalah ataupun krisis banjir tebatan ni? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya baru nampak ADUN Sungai Lembing baru masuk. Jadi saya nak bagi tahu lagi sekalilah mungkin Yang Berhormat tak dengar tadi, kemajuan kerjanya sangat memberangsangkan awal empat hari daripada jadual iaitu sebanyak apa ni 16.84%, dijangka siap 27 November 2026. Berbalik kepada soalan tambahan Yang Berhormat ADUN Tioman tadi, beliau dapat nombor satu juga boling Yang di-Pertua, tapi nombor satu daripada bawah [ketawa].
Dia... dia kalau baca Quran tu kita baca hak nombor satu daripada ke bawah, Al-Fatihah kan? Dia begini apa namanya (Ayat Al-Quran), dia last sekali tapi yang itu yang kita selalu baca.
Betul ADUN Tioman?
Kalau kita sembahyang macam tu [ketawa].
Er... Yang Berhormat daripada Tioman bertanyakan langkah-langkah yang diambil sementara nak tunggu apa ni, empangan ni siap ataupun tebatan banjir ni siap pada November 2026. Setakat hari ini, saya dimaklumkan bahawa kerja-kerja mendalam telah pun dilaksanakan di samping mendalam, mengorek dan juga mengepam.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya cakap ikhlas, air Sungai Kenau tu, mula-mula kita korek setakat hari ni la langkah-langkah awal. Lepas kita korek, kita mendalam, lepas tu kita mengepam.
Korek, dalam, pam.
Saya tak ada niat lain ya, saya tak ada niat lain. ADUN Cheka pun senyum sinis kat saya [ketawa].
Teringat masa... apa? Musim kemarau kita cari ikan. Kita pam dulu lepas tu baru kita cari... pakat cari ikan. Teringat.
Samalah juga [Ahli Dewan ketawa] tapi yang ini untuk Sungai Kenau ya. Jadi tujuan dia ialah supaya air dapat lalu dengan dengan... dengan pantas dan tidak berlaku banjir. Itu adalah langkah-langkah awal yang kita buat setakat ini dan juga kerja-kerja pemuliharaan sungai dilaksanakan dan struktur tebing sungai juga di alur sungai tersebut kita ambil tindakan pembersihan. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua. Kenapa Dato’ Sri Yang di-Pertua tengok saya lain macam?
Ada tadi Ahli Yang Berhormat dia cakap tie Dato’ Sri ini Yang Amat Berhormat itu lawa dia kata, cantik.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, tie ini adalah made in Malaysia.
Makna promosi sikitlah.
Made in Malaysia. Hadiah daripada kalau tak silap dia buat daripada kulit nanas... daripada kulit nanas. Saya dapat hadiah tapi tak ingat. Tapi yang saya tahu daripada kulit nanas. Jadi sebab saya ada satu je saya tak dapat nak bagi kepada Yang di-Pertua la [Ahli Dewan ketawa]. Tapi... tapi kalau Yang di-Pertua nak juga, lepas... lepas Sidang Dewan ni saya bagi [Ahli Dewan ketawa].
Ada orang tanya Yang Amat Berhormat.
Er... Dato’ Sri Speaker, boleh saya tanya? Okey terima kasih Dato’ Sri Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat di atas jawapan yang telah diberikan. Cuma berkenaan isu tebatan banjir ini saya menerima banyaklah er... apa ni aduan dan kegusaran daripada penduduk termasuk semalam pun ada daripada komen daripada penduduk berkenaan projek tersebut.
Jadi sehingga setakat ini saya er... apa ni sebagai Wakil Rakyatlah di kawasan tersebut er... belum pernah dijemput secara rasmilah untuk er... diberikan penerangan secara rasmilah berkaitan dengan projek itu. Jadi, saya harapkan sebab ada permintaan minta penduduk minta saya turun ke sana untuk mereka mengadu masalah-masalah yang timbul.
Jadi, setakat ini saya tak sempat lagi turun dan persoalan-persoalan ini perlu saya jawab dengan info-info yang mesti saya dapat daripada sumber primer iaitu daripada pihak JPS dan sebagainya supaya mereka dapat er... apa ni menenangkan hati dan perasaan mereka berkaitan masalah yang timbul dan tentang keselamatan nyawa dan harta benda mereka, insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya ucapkan terima kasih... terima kasihlah kepada ADUN daripada Sungai Lembing dan itu adalah sebaik-baiknya kena bagi tahu kepada masyarakat di sekitarnya. Yang penting setakat hari ini Yang Berhormat boleh bagi tahu bahawa kerja-kerja sedang dijalankan dan telah mendahului daripada jadual dan tarikh siapnya ialah pada November 2026. Setakat hari ini ikut jadual.
Jadi, Yang Berhormat kena follow secara rapatlah dengan JPS dan sebagainya supaya ada maklumat. Tugas kerajaan mendapatkan peruntukan dan peruntukan telah pun dapat, projek telah pun dibuat. Maknanya orang kampung fahamlah. Kita tidaklah tidak mengambil tindakan. Masalah banjir, tebatan banjir, berlaku limpahan air sungai dan sebagainya tetapi cuma masa sahaja yang akan menentukan iaitu pada tahun 2026. Tak lama dah, tahun depan je. Berapa hari lagi ya.
Cuma saya berharap supaya kontraktor ini dapat menyiapkan kerja-kerja tersebut mengikut jadual. Sebab, banyak Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker kerja-kerja di Pahang ni yang terbengkalai adalah disebabkan oleh kontraktor ya, yang tu Yang Berhormat kena pantau betul-betul, kena buat engagement la dengan kontraktor supaya ianya mengikut jadual. Kita doakan supaya ianya siap ikut jadual dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Terima Kasih Dato’ Sri Speaker.
Terima kasih. Kita pergi soalan seterusnya.
Last, satu lagi. Saya er... sebagai orang kata pernah duduk di... apa di di kawasan ni dah empat penggal. Saya ingat saya boleh berkongsi dengan ADUN Sungai Lembing ni. Maknanya baru-baru ni sebagai contohlah, saya tengah ada satu program yang penting tapi bila Ir. Razali ataupun ADUN Muadzam bagi tahu saya ada jeti runtuh. Jadi saya bersegera dengan beliau YB dan terus contact dengan JD JPS dapat penerangan lanjut di lokasi. Saya ingat ini satu perkara yang kita Wakil Rakyat sama-sama tahu. Jadi er...
Yang Berhormat pergi sekali dengan Exco?
Pergi sekali dengan Exco.
Alhamdulillah, baguslah.
Nak menunjuknya keprihatinan bersama dan tak tinggal JD JPS. Kerana apa? Kita perlu ada jabatan-jabatan yang berkaitan untuk menerang dan beri taklimat kepada kita. Jadi saya ingat itu benda yang simple sangat, tak jadi masalah yang besar.
Soalan tambahan saya, susulan daripada pembentangan Bajet 2026, kerajaan persekutuan telah meluluskan banyak peruntukan-peruntukan tebatan banjir kepada negeri Pahang. Jadi boleh saya tahu daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja, apakah kelulusan-kelulusan telah diperolehi daripada bajet persekutuan tersebut? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Pertama sekali saya sangat setuju dengan ADUN Tioman bahawa ketua-ketua Jabatan, agensi-agensi Kerajaan Negeri Pahang ini sangat memberi kerjasama kepada kerajaan negeri. Saya ucapkan syabas dan tahniah [Ahli Dewan menepuk meja] kepada semua pengarah-pengarah dan ketua-ketua Jabatan. Sebagai contohnyalah, sebagai contoh yang terdekat semasa kita buat sesi town hall, Yang Berhormat Speaker pun ada kan?
Ada... ada. Saya ada.
Di mana ada dibangkitkan berkenaan dengan satu sungai. Yang Berhormat SS ya? Apa nama sungai tu? Di Sungai Lembing baru ni, yang SS turun padang tu? Sungai Belat, Sungai Deraka. Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri pada keesokan harinya turun terus ke kawasan tersebut, Sungai Belat, bersama dengan pengarah, ketua-ketua jabatan dan akhirnya telah dapat diselesaikan serta-merta pada hari itu juga. Ini kerjasama yang sangat baik [Ahli Dewan menepuk meja], contohnyalah ya.
Dan berbalik kepada soalan tambahan projek tadi ialah 14 projek yang telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan kepada JPS Negeri Pahang melalui kerajaan negeri dalam Rancangan Malaysia Ke-13 dan yang terkini, tambahan satu lagi projek yang dapat semasa saya bermesyuarat dengan TPM, saya bangkit lagi satu keperluan iaitu di daerah Lipis, menjadikan kesemua sekali 15 projek Dato’ Sri Yang di-Pertua. Terima kasih.
Terima kasih. Kita pergi kepada soalan seterusnya. Kita jemput wakil daripada Cheka.
(Ayat Al-Quran). Pertama, saya sambut baik kenyataan yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi bahawa kerjasama pada semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri sama ada kerajaan atau pembangkang bagi memajukan lagi kita dan saya rasa ini satu kenyataan yang perlu diberi perhatian oleh semua pihaklah termasuk agensi kerajaan. Er... Dato' Sri Speaker, saya kemukakan soalan nombor 2.
[Sejauh mana kejayaan program mekanisasi dan automasi pertanian di Pahang seperti dron dan IoT dalam meningkatkan produktiviti petani, nelayan dan penternak negeri Pahang serta apakah sokongan tambahan yang dirancang?]
Ini, Dewan dah sejuk dah ini [ketawa].
Assalamualaikum WBT Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Terima kasih kepada rakan saya sejak tahun 1999, Dato' Sri Speaker.
1999. Er... dia duduk belakang kita. Belakang... saya... tak silap saya tempat saya, er... wakil daripada inilah Wakil Cheka duduk. Dato' Soffi er... ini wakil daripada Benta situ, saya di... ini... sebelah itu sebelah apa namanya... tanjung... Tanjung Lumpur dan tak silap saya di belakang itu, ini... pulau... Pulau Tawar tak silap, ini... ini wakil daripada Cheka dulu duduk ya? Betul?
Yang di belakang itu ADUN Tahan, arwah... arwah ADUN Tahan.
Ha... ADUN Tahan, bukan?
Bukan Dato’ Soffi, arwah ADUN Tahan.
Wakil Cheka masa tahun 1999.
Saya di belakang tu, saya di belakang itu. Ya.
YB Malik ya? Tapi kita duduk depanlah. Masa itu [ketawa] duduk di atas. Sila.
Ya Yang Berhormat Dato' Sri Speaker itu nostalgia, zaman... zaman muda dulu dan...
Kita main bola di stadium.
Kita main bola stadium... Stadium er... Darul Makmur.
Kalah YB Cheka, kalah.
YB Jengka masa tu kira winger, ini kira ligat. Saya nampak dia memang kalau sekiranya boleh dibuat sebagai, ini, dia dipilih sebagai pasukan Pahang Dato' Sri. Hebat... hebat.
Sila [ketawa].
Jadi, maknanya er... hubungan antara saya er… dengan YB Jengka pada ketika itu, bukan Jengka sekaranglah. [Ahli Dewan ketawa] Jengka masa itu dan sekarang ini YB Cheka, dia ada ke juga tu. Cheka, lepas tu Jengka ka, ka tu jadi. Tapi...
Tapi Nilampuri dia tak de ke, ri pulak dah.
Jadi terima kasih kerana mengemukakan satu soalan yang berkaitan dengan sektor agromakanan, iaitu relevannya er... IoT dan juga program automasi dalam menjayakan agro ini, Sektor Agromakanan ini, terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua Speaker,
Pelaksanaan Program Mekanisasi dan Automasi dalam sektor er... pertanian ini dengan penggunaan dron, peralatan berteknologi tinggi dan aplikasi Internet of Things dengan izin, IoT telah banyak menunjukkan pencapaian yang amat memberangsangkan dalam mempertingkatkan produktiviti bukan sahaja petani, malahan nelayan dan penternak.
Dan sehingga kini, kejayaan program ini dapat dilihat melalui beberapa impak utama. Penggunaan dron dapat digunakan bagi semburan baja dan kawalan perosak yang telah berjaya mempertingkatkan kecekapan aplikasi input sehingga 20% ke 30% di samping mengurangkan kos buruh dan masa depan, masa kerja di lapangan. Perkara ini dapat juga dilihat melalui produktiviti hasil padi.
Contohnya di IADA, Rompin yang menunjukkan pengeluaran padi sebanyak 11,071 metrik tan bagi musim 2024 dan 2025 iaitu peningkatan sebanyak 40% berbanding musim sebelum ini dengan penggunaan mekanisasi dron dalam aktiviti penanaman padi. Dan ia juga dapat menjimatkan kos operasi. Mekanisasi dalam kerja-kerja penyediaan tanah misal contohnya, penanaman dan penuaian telah membantu petani mengurangkan kos buruh antara 15% hingga 25% khususnya di kawasan tanaman padi, sayur-sayuran dan dusun buah-buahan.
Melalui mekanisasi jentera bajak pertanian, kerja-kerja penyediaan kawasan penanaman tanaman pertanian melalui penggunaan jentera bajak di lapangan memberi impak besar kepada gerak kerja operasi di ladang.
Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, sebanyak 53 unit traktor termasuk 22 unit traktor kerajaan negeri yang baharu yang diperuntukkan kepada 10 daerah pada tahun 2022, hasil daripada er... cadangan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar sendiri untuk memperkasakan, kekuatan dari segi er... mekanisasi ini telah dapat membantu pelaksanaan kerja-kerja penyediaan kawasan pertanian di lapangan secara lebih efisien.
Manakala dari segi peningkatan keselamatan dan ketepatan operasi dron dan IoT membantu mengurangkan risiko kesilapan menua... manual dan meningkatkan ketepatan dalam pengurusan ladang yang akhirnya memberi nilai tambah kepada hasil pengeluaran. Secara keseluruhannya, Program Mekanisasi dan Automasi ini telah berjaya meningkatkan tahap kecekapan operasi dan daya saing petani khususnya di kalangan petani-petani muda serta usahawan agropreneur... agropreneur muda di negeri ini.
Dan sejajar dengan itu, kerajaan negeri sedang merancang beberapa sokongan tambahan dalam mempertingkatkan lagi keupayaan dari segi teknologi iaitu meluaskan penggunaan dron dan IoT melalui program latihan bersijil kepada petani iaitu Kursus IoT dalam Pertanian anjuran Jabatan Pertanian Negeri Pahang yang mana dilaksanakan kepada tiga peringkat zon yang menyasarkan seramai 65 orang petani melibatkan peruntukan sebanyak RM250,000.00.
Meningkatkan peruntukan teknologi moden di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 melalui cadangan inisiatif baru dipanggil Geran Skim Pemodenan Pertanian yang mana merangkumi skop Geran Padanan mekanisasi dan pemasangan sistem IoT.
Yang ketiganya, menggalakkan penglibatan belia dalam projek pertanian. Kerajaan komited menggalakkan penglibatan belia dalam sektor pertanian melalui perkembangan teknologi pertanian moden termasuk IoT dan mekanisasi. Kerajaan turut memperluaskan penggunaan sensor tanaman, sensor tanaman, sistem fertigasi automatik, dron semburan baja dan racun, rumah hijau pintar untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kebergantungan tenaga kerja.
Antara perkara yang boleh dilihat atas kejayaan pengusaha belia tani ialah di Paya Pesagi di Maran, yang diusahakan oleh usahawan muda petani bernama Nur Syaza binti Ismail berusia 26 tahun, mengusahakan paya terbiar seluas 60 ekar bermula tahun 2021 dan mencapai purata hasil 6 metrik tan perhektar. Ini satu kejayaan yang baik dan menggalakkan kerjasama strategik bersama institusi pengajian tinggi dan syarikat teknologi bagi memperkenalkan inovasi baharu secara berterusan. Contohnya seperti usahasama dengan UCYP, PSDC dan UniPSAS. Kerajaan negeri akan terus komited dalam usaha memodenkan sektor pertanian melalui adaptasi teknologi pintar agar Pahang kekal sebagai antara negeri peneraju dalam pertanian moden dan berdaya saing tinggi.
Dan, dalam sektor perikanan sebenarnya, untuk makluman ya, kita tengok industri perikanan kita menggunakan drone dan IoT ini kepada bukan sahaja projek-projek akuakultur ya. Contohnya Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, kita menggunakan dron untuk memantau er... sangkar-sangkar, misal contohnya sangkar-sangkar ikan yang ada di sepanjang sungai. Kalau dulunya kita lihat misal contohnya kita lihat er... sangkar ini secara manual. Tapi sekarang ini dengan menggunakan dron, kita tak payah pergi ke lapangan, daripada situ sendiri pun kita dah dapat tengok. Dan ini yang akan dapat membantu, melihat, kalau ada sangkar-sangkar yang rosak yang dicerobohi dan sebagainya. Malahan ada juga er... diperkenalkan sensor untuk mempastikan keselamatan sangkar tersebut iaitu waktu... waktu malam. Kalau ada sensor itu maknanya kalau sekiranya ada pencerobohan, dia akan menyala lampu dekat dengan kawasan projek itu. Jadi ini dapat menghindar daripada orang mencurilah, orang menceroboh dan mengambil apa nama hasil dengan cara.
Mahal tak dron tu? Harga?
Tak, dia tak mahal.
Okay.
Alhamdulillah dan dari segi aspek yang lain pula, kita lihat dalam projek akuakultur ya, er... Jabatan Perikanan dia ada tangki macam tu dalam kepungan tu. Kita ada sensor yang boleh membaca melalui, dia boleh baca daripada telefon daripada tablet. Iaitu keadaan kualiti air. Dia boleh periksa dia punya PH value. Nilai PH dia boleh tengok, lihat dan juga ada setengah tempat tu kita boleh laksanakan, kita boleh aplikasikan satu sistem secara sekular iaitu kesan PH value, dengan izin. Maknanya nilai PH air itu sendiri terutama sekali melihat dari segi bacaan ammonia dan di situ kita boleh menangani atau mengambil langkah-langkah awalan untuk mencegah daripada berlakunya kematian kepada ternakan tersebut.
So, yang itu kita boleh tengok direct real time dan di situ juga kita lihat bahawasanya ada setengah tempat tu dia boleh menggunakan gajet tu untuk dia beri makan, makanan kepada ternakan aquaculture tu sendiri tanpa perlu secara manual pergi ke lapangan. Itu antara aplikasi IoT dan sistem teknologi yang digunakan di peringkat aquaculture. Manakala di peringkat lapangan misal contohnya bot-bot nelayan yang sekarang ini yang ada peningkatan dari segi pemantauan, pendaftaran dan sebagainya. Kalau dulu tu untuk kita memohon lesen nelayan laut ni tadi kita kena buat secara manual.
Tapi sekarang ni dia boleh buat pakai menggunakan eDaftar. So eDaftar dia secara elektronik, dia boleh mohon mendaftar dan juga bot-bot ni, dia kena ditarukkan dengan QR... QR Code. So kalau sekiranya ada pemantauan, misal contohnya tengok je scan je dia tahu bot ni lesen kelas apa, siapa tuan punya dan sebagainya. So ini di antara pendekatan yang dibuat oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Perikanan dalam mempastikan insya-Allah mudah-mudahan ianya dapat terus memperkasakan industri perikanan ini sendiri. Malahan kerana kita tahu bot-bot nelayan ini ada dilengkapi dengan pelbagai ada sonar, ekosistem.
Malahan ada yang melengkapkan bot-bot mereka dengan radar. Saya ingat di Rompin, nelayan-nelayan yang kelas C2 ini dia ada radar sendiri. Dalam bot-bot ini yang boleh memantau yang digunakan untuk pastikan supaya usaha untuk menangkap ikan di laut-laut dalam dapat dilaksanakan lebih dengan cara lebih sistematik dan juga mencegah dari segi pencerobohan ataupun kehilangan tersasarnya nelayan-nelayan di lapangan khususnya di laut.
Manakala di... er... dalam er... segi aspek ternakan pula, ini banyak kalau kita lihat, misal contohnya kalau dari segi ternakan tenusu lembu, misal contohnya ada sistem yang boleh ataupun lembu tidak kira tenusu ataupun daging. Dia ada tagging dekat dengan telinga dia yang boleh dipantau melalui gajet untuk melihat di mana dia merayau supaya dia tidak pergi...
Tracking... tracking dia panggil.
Dia macam tracer la. Maknanya dia scan dan dia boleh trace ke mana dia pergi dan sebagainya. Dan usaha ini sebenarnya amat baik dan kita lihat bahawasanya bukan sahaja setakat itu, malahan ada diletakkan juga collar pada... pada leher lembu. Kita nak menggunakan pendekatan, pembakaan melalui konsep AI ataupun bukan artificial intelligence, tapi artificial insemination iaitu permanian beradas. Jadi kita nak buat permanian beradas ni tadi kita kena tahu masa bila lembu betina tu dia nak, apa nama dia nak membirah, macam mana membiang.
Mengawan.
Dia... dia...
Mengawan.
Dia tidak mengawan, dia biang yang mengawan ini lembu jantan. Jadi maknanya dia tengah birah tu. Jadi masa itu baru kita boleh buat AI, sebab kita tak boleh buat macam lembu tu dia tak ready. Lembu betina tadi kalau kita buat AI makna kejayaan itu ataupun boleh dikatakan tidak akan berjaya. Jadi kita kena tahu masa bila waktu dia membirah. So di situ diletakkan juga tagging supaya dia dapat baca suhu. Rupanya lembu betina ini dia keadaan normal suhu dia ialah 37.9. Lebih kurang begitu kalau dia naik lebih kurang 38 lebih tu 39 maknanya kenaikan suhu badan ini dia ada indicator menunjukkan dia bersedia untuk apa nama bersatulah.
Ya, dia bersedia untuk AI la.
Ya, dia bersedia untuk apa nama...
Main la.
[Ketawa] Dato' Sri, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar kata dia ready untuk main la ya. Ready.
Saya benarkan makna perkataan tu supaya dia sesuai supaya semua orang paham.
Ready to play. Jadi maknanya, so ini di antara pendekatan-pendekatan yang kita buat. Kemudian, kita juga ada kaedah di mana lembu-lembu ini bila dia nak pergi er... lembu tenusu khususnya. Dia ada sensor yang mana membolehkan dia bila masuk ke tempat perahan susu tu, milking parlor dengan izin, jadi dia ada sensor yang akan membaca bahawasanya lembu ni sudah bersedia untuk... untuk diperah susunya dimasuk dan kita boleh tahu berapa banyak volume ataupun isi padu susu yang diperah. Jadi kaedahnya banyaklah maknanya. Kita lihat misal contohnya insya-Allah mudah-mudahan kita juga boleh mengesan dengan penggunaan IoT ni atau sistem teknologi yang terkini. Kita boleh mengesan baka-baka lembu yang hendak kita, apa nama lahirkan.
Contohnya macam projek lembu wagyu. Kita tahu lembu wagyu ni adalah baka ini berasal daripada daripada Jepun dan kita nak tahu di mana dia punya lineage dia baka tu. Maknanya dia punya susur galur. Ada sistem yang boleh kita laksanakan di mana kita boleh rekodkan dan kita boleh pastikan yang ini lembu wagyu ni berasal daripada Miyazaki, berasal daripada Kobe, berasal daripada tempat asal dia maknanya direkodkan. Insya-Allah mudah-mudahan kita akan lihat, kita akan dapat lahirkan baka lembu Wagyu Pahang di satu masa nanti insya-Allah. Jadi antara lainlah maknanya saya nak lahirkan bahawasanya IoT ini ada bukan sahaja dalam pertanian tetapi juga ternakan dan perikanan. Terima kasih.
Ada satu soalan tambahan sikit je. Selain pada... saya ada dua soalan. Yang pertama, selain pada IADA Rompin, apakah di kawasan-kawasan lain juga yang... yang telah digunakan... yang telah digunakan teknologi dron dan sebagainya?
Yang kedua, oleh kerana kos dia ini kos dron ni kalau kita lihat untuk 16 liter ataupun 20 ke 30 liter, kos lebih kurang dalam RM30,000.00 ke RM50,000.00. Manakala untuk agriculture spraying drone ni untuk pembacaan dan... dan peracunan, dia sangat besar sampai RM54,000.00 ke atas. Soalan kedua saya adalah apakah pihak kerajaan berhasrat untuk menyediakan satu bantuan bagi meringankan petani bagi sama ada untuk subsidi kepada mereka untuk pembelian dron tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Cheka. Pertama sekali, selain daripada IADA Rompin, kita ada juga IADA Pekan. Pekan pun kita er... mengaplikasikan. Malahan trend ini sebenarnya boleh dilaksanakan bukan sahaja di kawasan pertanian yang besar.
Pertanian yang kecil-kecilan pun kita lihat bahawasanya telah terbukti bahawasanya penggunaan dron dan juga mekanisasi atau IoT. Ini adalah satu trend yang memberikan keuntungan ataupun memperkasakan lagi bukan sahaja dari segi produktiviti tetapi pada masa yang sama mengurangkan kos. Jadi memang ada. Malahan kalau kita lihat misal contohnya di Cameron Highlands banyak digunakan teknologi seumpama ini.
Baru-baru ini Yayasan Pahang dengan kerjasama dengan SMACHlah satu entiti iaitu dipanggil Smart Modern Agriculture er... farming di Cameron Highlands yang mana Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan sendiri telah merasmikan projek itu dan dilaksana dan di situ kita dapati bahawasanya Yayasan Pahang telah membina green house yang modenlah dengan menggunakan aplikasi yang boleh dia apa nama dengan izin, dia regulate suhu, keadaan suhu dan penggunaan teknologi untuk bukan sahaja membaja tetapi mempastikan iaitu kawalan kepada serangga perosak ini dapat dilaksanakan. Dan di situ kita tempatkan 10 orang anak-anak muda diberi pendedahan dan insya-Allah selepas ini bantuan akan disalurkan.
Jadi memang betul sesuatu peralatan atau teknologi baharu, apabila nak diperkenalkan, dia akan memakan dia ada kos dia agak tinggi, tetapi difahamkan sekarang ni terlalu banyak syarikat-syarikat yang mengeluarkan dron-dron yang bersaiz berbagai saiz yang mengemukakan beberapa skim penggunaan ataupun skim bayaran balik tu. Jadi, insya-Allah dalam konteks seumpama ni sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk terus mengusahakan memperkasakan lagi dan menuju ke arah pertanian moden ni, sudah tentunya dengan kerjasama daripada kerajaan pusat. Skim-skim bantuan ya, misal contohnya bantuan ataupun geran untuk agropreneur muda dalam anggaran lebih kurang dalam maksimumnya RM20,000.00 ni diberi secara percuma. Dan ini sudah tentu dapat membantu jugalah agropreneur-agropreneur yang berminat menceburkan diri dalam sektor pertanian dan insya-Allah perkara ni memang dalam ni apa pertimbangan daripada pihak kerajaan negeri sendiri. Terima kasih.
Okey, kita pergi kepada soalan nombor 3, wakil daripada Tioman. Sebelum tu, saya nak mengucapkan selamat datang kepada pemerhati yang hadir pada hari ini. Wakil daripada DUN Tanjung Lumpur, seramai enam orang, wakil daripada Parti Amanah, empat orang, wakil daripada DUN Teruntum, dua orang. Teruntum ni tiap-tiap hari ada sebab dia dekat. Wakil daripada DUN Pelangai, dua orang dan wakil daripada DUN Panching, satu orang [Ahli Dewan menepuk meja]. Kita ucapkan selamat datang lepas ni semasa rehat bolehlah bersama-sama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menikmati jamuan. Terima kasih. Silakan.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya mohon memajukan pertanyaan nombor 3. Terima kasih. [Melalui JKR Negeri Pahang telah dimaklumkan bahawa PPN Pahang telah mengangkat permohonan peruntukan tambahan bagi meneruskan pelaksanaan projek membina Masjid di Kampung Desa Selesa Perpat, Rompin kepada pihak Ibu Pejabat ICU JPM berjumlah RM1.62 juta pada 25 Ogos 2023 mengambil kira kos baharu berdasarkan Preliminary Detailed Abstract berjumlah RM3 juta.Apakah status terkini permohonan tersebut?]
Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua. Persoalan yang dikemukakan oleh rakan daripada Tioman mengenai status pembinaan masjid di Kampung Perpat, Desa Perpat. Sebenarnya, kalau dahulu pembinaan masjid ini ditanggung sepenuhnya kos oleh kerajaan persekutuan 100%. Adalah beberapa buah masjid yang kerajaan negeri berdikari secara bersendiri, tetapi kita telah ada kesefahaman yang baharu di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan, setiap pembinaan masjid kalau di lokasi bandar ini, 30% dibayar oleh kerajaan negeri selebihnya akan ditanggung oleh kerajaan persekutuan mengikut kelulusan. Kalau kerajaan persekutuan lulus, kita kena tambah 30%.
Kalau masjid di desa, kita kena tambah 25% macam di Perpat ni. Kos di masjid Perpat ini memerlukan sebanyak RM2.6 juta siling Yang Berhormat Dato' Sri. Kita dah mohon. Kita ini di Jabatan Agama Islam Pahang, kita ada modal memohon je bukan modal menduit. Jadi kita buat permohonan kita dapat RM2.6 juta kerajaan negeri Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun telah bersetuju dengan kos RM750,000.00 dan kerajaan persekutuan menanggung sebanyak RM1.8 juta Dato' Sri Yang di-Pertua untuk mencukupkan RM2.6 juta. Jadi dalam proses pembinaan itu tiba-tiba tak cukup lagi RM500,000.00.
Jadi dia... dia minta juga lagi tambahan oleh JKR. Jabatan Agama ni mencarilah lagi, alhamdulillah, kita dapatlah sedikit tambahan. Insya-Allah kita dah minta penjelasan daripada pihak SDO dan juga JKR. Masjid ini akan diteruskan usaha di atas siling RM2.6 juta dengan tambahan RM100,000.00 insya-Allah Dato' Sri Yang di-Pertua. Sebenarnya jawapan ini sama jugalah kalau nak balik kepada soalan Padang Tengku. Begitu jugalah jawab kalau kerajaan persekutuan meluluskan apa sebab...
Kalau kerajaan persekutuan luluskan RM1 juta?
Kita, tambah.
Kita, tambah RM250,000.00.
Ya, terima kasih Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Mohon soalan tambahan. Sebelum itu, saya ingin ucap terima kasih kepada pihak kerajaan dan juga Wakil Kerajaan di mana beberapa buah masjid telah diluluskan dan ada pun yang dah siap di DUN Tioman ni. Antaranya masjid FELDA Selendang 2 dan masjid di Sungai Puteri. Dan soalan tambahan saya, adakah perancangan untuk pembinaan masjid di Pulau Tioman terangkum dalam apa yang dikhabarkan tadi oleh wakil pihak kerajaan iaitu persefahaman itu akan berjalan dengan percentage yang diluluskan tambahan daripada kerajaan negeri dan status terkini bagaimana masjid di Pulau Tioman? Kalau ada maklum balas daripada pihak kerajaan negeri terima kasih.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Macam saya sebut tadilah seandainya kerajaan persekutuan memberi kelulusan atas permohonan kita... kita banyak mohon masjid ni. Masjid Batu 8 Lepar, masjid apa Serambi ya Serambi, Masjid Seberang Temerloh. Jadi, apa banyak masjid yang kita sedang mohon termasuk jugalah Masjid Pulau Tioman ini di dalam senarai permohonan kita dan memang kerajaan negeri sangat agresif sebenarnya. Jika ada peruntukan, kita tidak akan berpeluk tubuh terus kita akan usaha. Sebab itu kelmarin Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengumumkan dua buah masjid dalam bajet iaitu Masjid Inderapura... Indera Sempurna dan Masjid Al-Fatah Batu 4. Bukan batu... Batu 3 apa namanya Kuantan. Insya-Allah kita bekerja bertungkus lumus untuk mendapatkan peruntukan ini. Tapi maklumlah kita ini negeri Pahang luas, kampung banyak. Semuanya perlu kepada masjid. Kalau kita dengar hak yang apa Padang Tengku saya tak dan nak catat. Senarai masjid yang dia nak tu hah. Jadi apa namanya dalam pada itu, ada juga kawan-kawan mencelah nak masjid juga. Jadi kita berikhtiar, insya-Allah bersungguh-sungguh terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Makna masjid lain dia tak berani, masjid ini je dia berani buat. Hah, Padang Tengku ada nak tambah?
Kena sebutlah sebab dia sebut Padang Tengku tadi. Soalan yang saya nak kemukakan begini, saya sebut Masjid Relong, Kampung Relong. Kampung Relong dijawab dah. Maknanya daripada enam, RM6 juta peruntukan yang dicadangkan, 5% daripada kariah masjid dan kita dah dapat cari lebih daripada 5% tu. Duit tu sekarang berada di di tabung di akaun masjid. Tapi tak tahu ke mana nak hala duit tu sekarang. Itu persoalannya. Nak hantar ke mana duit tu sekarang? Sebab dia kata dia akan bagi 5% dia dapat tambahan daripada negeri. Kemudian baharu akan dikeluarkan peruntukan daripada pusat. Jadi sekarang tergantunglah itu. Itu isu yang saya nak kemukakan.
Duit yang duit tu maknanya simpanlah dalam bank elok-elok jangan letak merata bawah tikar apa semua takut terbakar Dato' Sri. Ataupun kalau pihak masjid perlu bantuan daripada kerajaan, kerajaan negeri ada Tabung Amanah Masjid, Tabung Amanah apa... apa kerajaan negeri. Macam kita belikan bas Kuliah Sultan Abu Bakar.
Begitu juga orang ramai beri sumbangan dia letak di dalam Tabung Amanah Kerajaan Negeri. Kemudian kerajaan negeri tokok lagi kerana nak mencukupkan pembelian bas itu dan sekarang Kuliah Sultan Abu Bakar telah memiliki sebuah bas hasil daripada kombinasi rakyat dan kerajaan negeri. Insya-Allah, kita usahakan Dato' Sri Yang di-Pertua.
Saya ingat zaman saya jadi Exco dulu masa zaman ini Bossku jadi Perdana Menteri dia tak ada sumbang-sumbang makna kerajaan pusat semua bagi.
Betul sangat Dato' Sri Speaker.
Okey soalan seterusnya kita pergi ke soalan nombor 4, wakil daripada Ketari.
Dato' Sri Speaker, soalan saya nombor 4.
[Kerajaan Negeri Pahang telah menjalankan inisiatif 'Skim Pahangku atau Rumah Pahangku" yang telah mendapatkan sambutan yang amat baik di kalangan warga anak Pahang. Apakah perancangan jangka masa panjang dan hasrat kerajaan negeri untuk memperluaskan skim / inisiatif ini untuk memanfaatkan lebih ramai anak Pahang.]
Mata dah okey dah?
Okey dah.
Nampak terang eh. Semalam main boling antara yang gelap dengan yang terang mana yang paling banyak score?
Semalam tak pergi.
Oh… tak pergi.
Tak sihat tu.
Dia cedera. (Ayat Al-Quran) Terima kasih kepada Ketari kerana telah mengemukakan soalan berkaitan dengan Skim Pahangku atau Rumah Pahangku. Untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua Dewan, ingin saya jelaskanlah bahawa tiada yang kita namakan Skim Pahangku, yang apa yang wujud sebenarnya adalah Rumah Pahangku dan… dan Pangsapuri Pahangku yang kita lancarkan dulu di Bentong dan sebenarnya negeri Pahang, kita melaksanakan skim dengan kita namakan Skim Perumahan Negeri Pahang. Bukan… bukan Skim Pahangku ya, maknanya tadi Skim… Skim Perumahan Pahangku ni Skim Perumahan Negeri Pahang ni dalam tu ada Rumah Pahangku dan skim di bawah Skim Perumahan Pahangku Negeri Pahang ni kita ada PR1MA Pahang, kita ada PR1MA Makmur, Rumah Pahang, Rumah Mesra Pahang, Rumah Penjawat Awam Pahang serta Program Residensi Rakyat (PRR) dan ini semua kerajaan negeri kita laksanakan adalah untuk kita memberi akses kepada masyarakat ataupun rakyat negeri Pahang kepada kediaman yang baik, selesa, berkualiti dan juga untuk mampu dimilikilah yang pentingnya.
Dan untuk makluman sebab bertanyakan Rumah Pahangku, Rumah Pahangku ni adalah merupakan satu inisiatif baharu daripada kerajaan negeri di bawah idea dan inisiatif Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja sendiri Menteri Besar dan telah luluskan pada tahun 2023 dan skim ini kita wujudkan adalah untuk memberi keutamaan kepada golongan-golongan muda, pasangan-pasangan yang baru berkahwin serta pekerja-pekerja yang berpendapatan sederhana.
Dan selain kita menyediakan kediaman mampu dimiliki ini, skim ini turut juga untuk merancakkan industri-industri perumahan dengan memberi insentif khas kepada pemaju swasta yang menyertai pembangunan di atas tanah persendirian. Rumah Pahangku kita buat atas tanah persendirian, bukan tanah kerajaan yang tidak kurang dari 10 ekar boleh memohon untuk melaksanakan Skim Perumahan Rumah Pahangku ini di mana pemaju hanya membina 10% rumah kos sederhana rendah dan membuat gantian 10% daripada keseluruhan pembangunan dan setiap pemajuan juga memperuntukkan sekurang-kurangnya 30% kuota bumiputera dan harga jualan telah ditetapkan oleh kerajaan tidak melebihi RM220,000.00 untuk dimiliki ini Rumah Pahangku.
Kalau… kalau tanah persendirian, mungkin harga lebih tinggi tapi bila menyertai kita inilah syarat-syarat dia tadi dan bagi Pangsapuri Pahangku yang kita laksanakan… kita lancarkan di Bentong pada tahun ini oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar, dibangunkan atas konsep Transit-Oriented Development bertujuan untuk kita mewujudkan ekosistem kediaman moden yang berdaya huni menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan merangsang aktiviti ekonomi setempat serta memberikan pulangan ROV kepada rakyat dan pulangan pelaburan ROI kepada negeri dalam jangka masa panjang.
Macam Skim Rumah Pahangku tadi, sebagai contoh, hari ini kita telah melaksanakan seluas 500 ekar di Penor yang akan menyediakan rumah sebanyak 5,000 unit teres satu tingkat yang bernilai RM200… tidak lebih daripada RM220,000.00 telah berjalanlah di Penor tu kan dan di mana di antara lain yang Skim Pangsapuri
Pahangku tadi. Kita juga merancang untuk di bawah TOD, Transit-Oriented Development di tujuh lokasi stesen ECRL di negeri Pahang termasuklah yang pertamanya di Bentong yang telah dilaksanakan majlis pecah tanah pada Ogos 2025 tahun ini dan juga selepas itu kepada Temerloh, Maran, Paya Besar, KotaSAS, Kuantan Port City dan juga Cerating yang akan kita laksanakan Pangsapuri Pahangku ni.
Dan kerajaan negeri kita juga amat komited untuk memperkukuh dan memperluaskan lagi manfaat Skim Rumah Pahangku dan Pangsapuri Pahangku dan memberi fokus kepada pelaksanaan skim di seluruh negeri Pahang dan memberikan tumpuan kepada kawasan-kawasan yang berpotensi tinggi dan strategik. Yang keduanya, kita dapat mengoptimakan penggunaan tanah kerajaan dan tanah agensi secara berperingkat bagi mengekalkan harga rumah… rumah mampu milik ini. Yang ketiganya, mengintegrasikan sistem eperumahan.pahang.gov.my ni sebagai platform tunggal pemilihan pembeli memastikan proses lebih telus, saksama dan berasaskan data.
Dan keempatnya, menjamin pemaju mendapat return of investment, dengan izin Yang di-Pertua, yang munasabah, manakala rakyat dan negeri Pahang menerima ROV melalui penyediaan kediaman yang berkualiti, tersusun dan inklusif. Dan setakat 31 Oktober 2025, untuk maklumat Sidang Dewan, portal rasmi eperumahan.pahang.gov.my ini telah menerima 112,391 permohonan daripada rakyat negeri ini termasuk 1,197 untuk Skim Rumah Pahangku. Jadi kita buat yang 5,000 di Penor tadi tu untuk Kuantan sahaja, daerah Kuantan.
Jadi ini menunjukkan minat yang positif terhadap inisiatif-inisiatif perumahan yang mampu dimiliki yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Permohonan ini masih dibuka dan orang ramai yang berminat bolehlah memohon melalui portal eperumahan.pahang.gov.my. Kalau YB nak beli daripada Tanah Rata nak beli, boleh daftar kalau layaklah.
Dan inisiatif ini mencerminkan kesungguhan berterusan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memastikan setiap rakyat khususnya anak-anak muda Pahang berpeluang untuk memiliki kediaman yang selesa, moden, berdaya huni dan juga sejahtera dan Skim Rumah Pahangku dan Pangsapuri Pahangku ini berpotensi menjadi pemangkin pembangunan negeri, keseimbangan wilayah serta peningkatan taraf hidup rakyat negeri Pahang. Itulah sahaja Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Ada soalan tambahan? Sila.
Terima kasih Dato' Sri Speaker. Memang skim inisiatif Rumah Pahangku ni satu inisiatif yang amat baik dan disambut dengan begitu baik sekali oleh warga Pahang. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk memberi apa-apa insentif ataupun menggalakkan pemaju-pemaju lebih banyak pemaju-pemaju untuk menjalankan skim ini? Sebab memang kita lihat daripada apa yang telah kita jalankan. Ia adalah satu kejayaan yang amat membanggakan kerajaan negeri kita di mana anak-anak muda dapat membeli rumah pada harga yang amat-amat rendah sekali. Jadi, perancangan dia untuk meluaskan kepada pemaju-pemaju yang apa
insentif. Adakah kita bagi kepada mereka untuk menggalakkan mereka mengambil er…
Itu yang saya beritahu dari Dato' Sri Yang di-Pertua. Untuk melaksanakan tanah milik persendirian dan kita dalam memberikan skim ini, kita telah menetapkan bahawa antara lain tadi yang seperti saya nyatakan bahawa dia tak perlu membina rumah kos rendah tak perlu dan hanya perlu membina sebanyak 10% daripada biasa daripada 30% kepada 10% dan setiap pemajuan harga jualannya ditetapkan tidak melebihi RM220,000.00 manakala Rumah PR1MA Pahang tadi RM150,000.00. Jadi kita pergi kepada RM220,000.00. Jadi, yang antara lainnya kita akan membantulah proses dari segi pelaksanaan kebenaran merancang dan lain-lain oleh Kerajaan Negeri Pahang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Soalan daripada Wakil Kerajaan, adakah pihak perumahan mengenakan caj pemajuan kepada projek-projek perumahan PR1MA ini? Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Hari ini saya dapat lihat bahawa YB Tioman ini mengemukakan soalan-soalan yang sangat baik. Jadi mungkin lepas dia menerima ijazah doktor kehormat ni dan ini saya… [Ahli Dewan menepuk meja]
Doktor kehormat ke doktor betul?
Doktor falsafah er…
Doktor falsafah.
Doktor kehormat. Minta maaf… minta maaf. Minta maaf YB Tioman saya. Saya ingat doktor kehormat.
Tak tidur malam dia buat paper.
Saya… saya di… di Rompin baru ni, saya nak kongsi duduk semeja dengan dia dan dia bercerita bagaimana sulitnya dia nak mendapatkan ijazah kedoktoran tu. Dia kata dia kena bentangkan di hadapan bukan orang Malaysia sahaja, di hadapan orang yang daripada luar-luar negara.
Cakap Bahasa Arab ya?
English ke Bahasa Arab YB?
English dan Bahasa Arab, Arabic…
… kalam Arabia…
Kalam Arabia.
Tak saya… Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ambil kesempatanlah minta maaflah. Er… saya berasa amat kagumlah dengan YB Tioman ni kerana UnIPSAS ni adalah satu universiti yang Islam yang terulung di negeri Pahang ni [Ahli Dewan menepuk meja] dan kemudian, dia diiktiraf oleh Al-Azhar dan menjadi Universiti Al-Quran pulak lepas ni. Dan ini antara seorang graduate yang telah diiktiraf oleh Universiti Islam di negeri Pahang kita. Jadi dia… saya berharap YB Tioman teruskanlah kecemerlangan, tanya soalan-soalan yang bernas macam ni saya… saya terlupa nak jawab tadi tapi bila dia beritahu tu, eh… baru saya teringat.
Yang sebenarnya menjawab Ketari tadi, antara insentif-insentif yang kerajaan bagi adalah mengecualikan caj pemajuan yang dikenakan kepada pemaju-pemaju di bawah Skim Perumahan Negeri Pahang ni dan kita terima kasihlah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja dan kerajaan negeri kerana telah meluluskan pengecualian ini dulu dah sebelum nilah kita luluskan. Jadi ini adalah untuk memastikan bahawa tiada kenaikan ataupun caj ekstra yang dikenakan kepada pemaju-pemaju dalam satu insentif baru iaitu projek… projek kerajaan. Skim Perumahan Negeri Pahang tidak dikenakan caj pemajuan termasuk Rumah Pahangku [Ahli Dewan menepuk meja]. Jadi semalam ada juga yang Kuala Semantan semalam sebut caj pemajuan ni. Caj pemajuan ni bukan negeri Pahang je yang buat ya.
Mohon mencelah ya. Kebetulan dah sebut Kuala Semantan tadi, dia sebut tentang caj pemajuan. Bagaimana pula dengan kenaan caruman saliran? Adakah dia turut dikenakan kepada projek-projek perumahan kerajaan? Terima kasih.
Tak, yang itu JPS… tanggungjawab JPSlah. Ni saya nak jawab bahagian saya je. Maknanya kalau setahu saya benda itu semua dikenakanlah sebab dia memastikan sistem saluran yang apa… komprehensif ataupun penyenggaraan saliran ataupun longkang dapat dilaksanakan dengan baik. Caj pemajuan ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita negeri Pahang ni antara yang terakhirlah melaksanakan caj pemajuan. Seluruh negara buat caj pemajuan ni termasuklah di Pantai Barat, termasuk Kelantan, termasuk Terengganu, termasuk Kedah dan kita yang paling akhir sekali. Patutnya kita dah laksanakan 2024 tapi sebab kita mikirkan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri… bila kita bincang dalam Exco, kalau kita caj karang… caj lagi.
Mahal tak caj tu?
Tak mahal sangat.
Tak. Ada yang tak berapa paham caj pemajuan ni.
Kalau satu rumah tu naik RM100.00 je.
Ha. Duit… duit jugalah.
Tak mahal.
Duit… duit jugalah.
Duit… duit jugalah tapi duit tu pergi kepada PBT. Bukan pergi masuk terus kantung kerajaan 100%. Sebab untuk memastikan kelestarian, penyenggaraan di kawasan PBT untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Itu pun kita laksanakan kerana memikirkan masalah rakyat. Jadi, kita mula lewat. Kita terakhir sekali. Jadi kalau kita tak laksanakan, orang kata kita negeri Pahang ni tak laksana langsung. Kita kufur nikmat.
Kadang-kadang orang cakap kita tak nak bersama dengan suara majoriti, susah juga.
Dak, betul YB Tioman? Orang kata kufur nikmat kalau kita tak laksanakan. Orang suruh kita laksana, kita tak nak buat, jadi kita laksanakan apa yang disuruh oleh pihak kerajaan. Walau bagaimanapun, kita memberi pertimbangan khas kerana setelah kita meneliti, memperhalusi dan akhirnya kita bersetuju melaksanakan caj pemajuan ni, telah meyakinkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, akhirnya bersetuju caj pemajuan ini dikenakan dan tidak membebankan dan tadi contoh Skim Perumahan Kerajaan Pahang, kita tak kenakan caj pemajuan. Tiada kenaikan. Kalau kita nak kenakan kepada Kerajaan Negeri Pahang, dulu dah kita boleh tambahkan hasil pendapatan negeri. Jadi Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, itulah jawapan saya. Terima kasih. YB Tioman terima kasih soalan tadi.
Okey. Soalan seterusnya kita jemput wakil daripada Tahan.
[Ayat al-Quran] Dato’ Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 5.
[Bangunan Klinik Kesihatan Kuala Tahan telah ditutup operasinya setelah disahkan oleh pihak JKR bahawa ianya tidak selamat digunakan kerana terdapat beberapa retakan dan rekahan pada struktur bangunannya, justeru operasinya sekarang berjalan di Dewan Penghulu Raja, Kuala Tahan bermula 26 September;
a) Sejak bila kesan retakan dan rekahan pada struktur bangunan tersebut disedari?
b) Bilakah cadangan pembinaan bangunan baharu bagi klinik kesihatan ini akan dibuat?]
Yang Berhomat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Terima kasih kepada sahabat saya daripada Tahan yang mengemukakan soalan yang berkaitan dengan bangunan klinik kesihatan di Kuala Tahan. Er… dan soalannya ada dua soalanlah. Yang soalan… sub… sub soalan pertamanya dia bertanyakan tentang… Tahan bertanyakan berkenaan dengan bila kesan keretakan berlaku di bangunan tersebut dan sub soalan kedua berkaitan dengan cadangan, bila cadangan pembinaan bangunan baru?
Dato’ Sri… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Klinik Kesihatan Kuala Tahan Jerantut ni terletak di Mukim Tembeling Tengah iaitu di laluan menghubungkan bandar Jerantut ke Ulu Tembeling yang mula beroperasi pada 1 Jun 1977. Bermakna dah 48 tahun dan klinik ini memberi perkhidmatan kesihatan kepada 6,000 penduduk setempat dengan kedatangan harian pesakit sekitar 50 hingga 60 orang dan dengan kekuatan petugas seramai 24 orang.
Pada tahun 2020, pihak klinik dan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut, mendapati berlaku kerosakan pada apron bangunan dan perimeter longkang keliling bangunan… bangunan klinik tersebut dan surat permohonan bagi mendapatkan er… laporan siasatan kerosakan bangunan telah dihantar kepada JKR Daerah Jerantut pada 4 November 2020 dan surat maklum balas JKR berserta laporan siasatan telah diterima pada 20 November 2020. Ulasan laporan siasatan bangunan daripada pihak JKR pada ketika itu pada tahun 2020 menyatakan bangunan klinik masih boleh digunakan dengan pemantauan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut dan kerosakan pada ketika itu tidak melibatkan struktur utama.
Dan pihak kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut telah menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa dan pada awal Ogos 2025, pihak pejabat… Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut telah mendapati berlaku kerosakan bangunan klinik yang melibatkan struktur utama. Jadi lanjutan daripada perkara tersebut, er… Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut telah mengemukakan permohonan sekali lagi kepada pihak JKR pada 11 Ogos 2025 dan surat maklum balas daripada JKR berserta dengan laporan siasatan telah diterima pada 25 Ogos 2025.
Jadi berdasarkan pada laporan siasatan, pihak JKR Daerah telah mendapati kerosakan melibatkan bahagian struktur utama bangunan klinik dan telah mengeluarkan arahan bangunan tidak selamat untuk digunakan kerana terdapat risiko kegagalan struktur. Dan hasil daripada tersebut… keputusan tersebut, satu perbincangan telah dibuat oleh Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut bersama dengan er… bersama dengan Pejabat Daerah Jerantut diketuai oleh pegawai… tuan Pegawai Daerah Jerantut dan akhirnya bersetuju untuk membenarkan penggunaan Dewan Penghulu Raja bersebelah dengan PASDEC Kampung Padang Kuala Tahan bagi dijadikan bangunan sementara Klinik Kesihatan Kuala Tahan dan operasi klinik mula dipindahkan pada 24 September 2025 bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan kepada pelanggan. Itu er…. dia punya kronologilah. Menjawab sub soalan yang pertama.
Manakala sub soalan kedua bertanyakan bila cadangannya nak dibina yang baru ni. Jadi, permohonan telah dibuat sebenarnya bagi projek penggantian klinik kesihatan jenis 5 ni di tapak baru yang telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Pahang seluas 5.9… 5.9 ekar dan pihak Kementerian Kesihatan telah menyenarai pendek projek tersebut dan telah diluluskan sebenarnya di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan Ke-4. Jadi, status semasa projek ini dalam peringkat reka bentuk dan penyediaan dokumen tender dan dijangka kerja-kerja fizikal bermula pada akhir er… 2026. Sekian, terima kasih.
Okey. Kita pergi… ada soalan tambahan?
Soalan tambahan.
Okay.
Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Saya er… pertamanya nak dapatkan penjelasan di… tadi disebut oleh Wakil Kerajaan bahawa pembinaan dijangka akan berlaku pada hujung 2026. Biasanya projek ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga atau er… ataupun empat tahun. Maka dalam tempoh bermula projek hingga selesai adakah Dewan Penghulu Raja itu akan digunakan sepanjang tempoh itu ataupun ada cadangan daripada pihak kerajaan untuk membuat klinik modular er… dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih er… Tahan yang mengemukakan soalan tambahan berkenaan dengan isu klinik ini dan keprihatinan Yang Berhormat Tahan er… jadi untuk makluman Yang Berhormat Tahan dan juga Ahli Dewan ini, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pahang sebenarnya mengambil maklum tentang isu keselesaan er… anggota petugas dan juga pelanggan yang mendapat er… apa ini er… yang mendapatkan perkhidmatan di dewan tersebut dan saya sendiri dah melawat kawasan ini, tempat lokasi ini pada 26 November yang lalu dan er… sebenarnya pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah membuat permohonan perolehan secara darurat dan peruntukan kecemasan bagi menyediakan sebuah klinik modular yang lebih kondusif dan telah diangkat ke Kementerian Kesihatan pada 22 Oktober er… baru-baru ini 22 Oktober 2025 untuk tindakan lanjut dan sekiranya diluluskan pembinaan klinik modular ini ia akan mengambil masa lebih kurang dalam 16 minggu untuk disiapkan.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Satu lagi soalan tambahan er… dalam jangka masa sehingga projek er… apa itu klinik modular itu diluluskan saya mengharapkan kalau boleh pihak kerajaan boleh er… menambahkan sedikit lagi peruntukan segera bagi menambah baik keselesaan di Dewan Penghulu Raja di antaranya yang saya dapat makluman keperluan er… penambahan kipas-kipas dinding dan juga mungkin boleh dibekalkan juga penghawa dingin mudah alih. Terima kasih.
Terima kasih Tahan atas keprihatinan kepada petugas dan juga pesakit yang menerima rawatan dan saya percaya bahawa kita Kerajaan Negeri Pahang ini sentiasa mengambil berat tentang isu-isu terutama sekali berkaitan dengan rakyat. Insya-Allah saya rasa dengan kemurahan hati Yang Amat Berhormat Menteri Besar saya rasa setakat kipas dinding ini insya-Allahlah saya rasa tak ada masalah kita. Terima kasih.
Dato’ Sri Speaker…
Ada?
Sedikit soalan tambahan er… terima kasih Dato’ Sri Speaker. Untuk pusat kesihatan di Lanchang, saya dapati bahawa er… sejak akhir ini keadaan agak terdesak dengan kehadiran ramailah pesakit dan sebagainya terutamanya di bahagian er… kawasan ibu-ibu yang dan juga kanak-kanak terlalu ramai dan menyebabkan bahagian menunggu telah pun er… untuk melindungi daripada hujan dan panas, khemah-khemah terpaksa dipasang di bahagian luar. Jadi soalan saya adakah pihak kerajaan bercadang untuk menaik taraf Klinik Kesihatan Lanchang ini ataupun mengubah tapak baharu untuk masa akan datang. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Terima kasih atas pertanyaan tambahan daripada Lanchang. Saya akan bagi jawapan ini dalam bertulis ataupun penggulungan nanti sebab saya tiada maklumat berkaitan dengan masalah di Klinik Kesihatan Lanchang.
Okey kita pergi kepada soalan seterusnya. Saya bercadang untuk er… untuk kita menangguhkan er… untuk minum pagi ya sekarang dah pukul 10.46 pagi er… kita semua fahamlah ya lagi banyak kita bertanya lagi lama. Saya pun tak nak sekat-sekat pasal bila saya sekat-sekat nanti ada pula di luar sana suara-suara bagitahu kebebasan tidak diberikan sebagainya jadi kita biar sahaja maknanya kita pandai-pandai sendiri, faham-faham sendiri. Kalau kita nak cepat kita buat dengan secara cepat, kalau kita nak lambat buat cara lambat. Speaker hari ini alhamdulillah sebab dah breakfast [ketawa]. Soalan seterusnya soalan nombor 6, ADUN Lantikan.
Terima kasih er… Dato’ Sri Speaker. Assalammualaikum WBT er… saya mohon jawapan bagi persoalan nombor 6. Terima kasih.
[Negara Malaysia memberikan tumpuan khusus di dalam pembangunan Pusat Data (Data Center) dan Kecerdasan Buatan (AI) bagi tahun-tahun mendatang. Apakah usaha kerajaan negeri untuk turut sama menarik pelaburan dalam bidang tersebut dan apakah bentuk industri yang telah dikenal pasti untuk menggunakan aplikasi berasaskan AI?]
(Ayat Al-Quran) Assalamualaikum WBT.
YB Dato’ Sri Speaker,
Terima kasih sahabat saya ADUN Lantikan Yang Ke-5, beliau bertanyakan soalan berkenaan data center dan juga kecerdasan buatan er… soalannya adalah seperti berikut. Negara Malaysia memberikan tumpuan khusus di dalam pembangunan pusat data ataupun dengan izin, data center dengan kecerdasan buatan ataupun AI bagi tahun-tahun mendatang. Apakah usaha kerajaan negeri untuk turut sama menarik pelaburan dalam bidang tersebut dan apakah bentuk industri yang telah dikenal pasti untuk menggunakan aplikasi berdasarkan AI.
Pelan Tindakan MyDIGITAL merupakan rangka tindakan yang menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi yang berpacukan pendigitalan dan juga peneraju serantau dalam ekonomi digital. Sejak 2021 kerajaan persekutuan telah umum akan bina 143 pusat data dan kebanyakannya akan dibangunkan di Lembah Klang dan juga di negeri Johor. Seiring dengan agenda nasional ini, Kerajaan Negeri Pahang turut melaksanakan pelbagai usaha bagi menarik pelaburan dalam bidang pusat data ataupun data center dan juga kecerdasan buatan, AI. Antara langkah utama ialah penyediaan zon berpotensi tinggi yang dikenal pasti berdasarkan kesediaan infrastruktur asas seperti bekalan tenaga elektrik dan keperluan penggunaan air yang tinggi oleh pusat data.
Selain itu, kerajaan negeri sentiasa bekerjasama rapat dengan syarikat er… syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri ataupun S-GLC serta agensi persekutuan seperti MITI dan MIDA untuk mempromosikan Pahang sebagai destinasi pelaburan digital yang strategik di Pantai Timur. Pada masa yang sama, kerajaan negeri sedang berada dalam proses semakan semula Pelan Digital Pahang 2026-2030 bagi memperkukuhkan ekosistem digital negeri serta menarik pelaburan berasaskan teknologi masa hadapan. Untuk makluman data center dan kecerdasan buatan ataupun dengan izin, artificial intelligence merupakan dua komponen berbeza tapi saling melengkapi dalam ekosistem ekonomi digital negara.
Pertamanya, pusat data berfungsi sebagai infrastruktur fizikal untuk menyimpan dan proses data berskala besar bagi pelbagai industri manakala kecerdasan buatan AI pula menggunakan data tersebut untuk membolehkan sistem komputer belajar, menganalisis dan membuat keputusan secara automatik untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti er… siapa yang biasa guna ChatGPT dan DeepSeek tahulah berkenaan perkara ini ya, macam-macam boleh tanya.
AI bukan satu industri tersendiri seperti pembuatan atau pertanian tapi merupakan alat sokongan ataupun dengan izin, enabler yang digunakan oleh pelbagai sektor untuk meningkatkan daya saing dan juga keberkesanan operasi. Antara industri yang menggunakan aplikasi AI adalah sebagai contoh, pertanian dan perladangan di mana ia digunakan untuk mengenal pasti er… mengenal pasti penyakit tanaman menggunakan imej dron meramalkan hasil keluaran buah sawit ataupun tanaman kontan dan juga untuk perancangan proses membaja dan racun perosak secara automatik. Dalam sektor pembuatan ataupun manufacturing, ia digunakan untuk ramalan penyelenggaraan ataupun dengan izin, predictive maintenance. AI akan buat ramalan bila mesin atau peralatan memerlukan penyelenggaraan ataupun perlu dibaiki. Selain itu, ia digunakan untuk simulasi kilang baru ataupun dengan izin, digital twin dan juga penjimatan elektronik dan mereka design produk baharu. Terima kasih.
Sedikit sahaja Yang di-Pertua, boleh?
Sila.
Terima kasih er… sedikit sahaja tambahan. YB Exco er… YB sebut tadi berkenaan dengan zon berpotensi er… adakah kita dah kenal pasti di manakah kawasan ataupun daerah yang sesuai untuk dibangunkan aktiviti ataupun industri ini? Terima kasih.
Terima kasih di atas soalan sahabat saya er… YB Dilantik Ke-5. Kita sudah kenal pasti dua kawasan yang dianggap sebagai dengan izin, data centre ready bersedia untuk menerima pelaburan pusat data iaitu Gebeng dan Gambang er… dan kedua-dua kawasan ini telah dikenal pasti sebagai kawasan yang mempunyai bekalan air yang cukup, satu, bekalan elektrik yang cukup dan juga laluan genting... laluan gentian fiber optic yang memadai. Terima kasih.
Sila wakil daripada Cheka. Soalan tambahan.
Soalan tambahan saya ialah daripada 143 pusat data yang dicadangkan, baru-baru ini Kerajaan Johor telah pun menarik diri daripada penyertaan pusat data terutama tiers... Tier 1 dan Tier 2 kerana dia melibatkan kos penggunaan air sampai 50 juta liter sehari.
Persoalan saya ialah apa yang kita planning di peringkat negeri Pahang dan di tempat tadi, apakah di peringkat Tier 1, Tier 2 ataupun Tier 3 dan 4 yang penggunaan air dia tidak sangat besar sebab isu kita ialah bekalan air. Banyak negeri tak sanggup, tak terima data centre ini kerana keperluan air yang terlalu besar yang perlu dan air itu
mesti air terawat, dia tak boleh air biasa. Jadi membuatkan kos bekalan air itu sangat tinggi. Johor sendiri pun tak sanggup. Jadi, saya fikir perancangan untuk, cuma Johor sanggup Tier 3 dan 4 sahaja yang tidak banyak pun penggunaan air cuma dalam konteks Pahang, kita guna tu untuk untuk peringkat mana? Terima kasih.
Terima kasih rakan ADUN daripada Cheka. Ya, memang benar pembangunan data centre ni memakan sumber elektrik dan air yang begitu besar. Di kerajaan er... di peringkat negeri Pahang, saya tak jangka kita akan mengikuti jejak negeri Johor dari segi pembangunan jumlah pusat data dan pembangunan pusat data di negeri Pahang ini, kita akan pantau supaya pembangunannya seiring dengan keupayaan infrastruktur untuk menyokong pembangunan tersebut.
Sekiranya infrastruktur kita telah mencapai had maksima, sekiranya apa ni syarikat PAIP kata kita dah berada di limit ke atas. Dia dah sumber air sudah terhad, maka kita tidak akan luluskan sebarang pusat data tambahan. Yang kita tak naknya, kalau kita buat data centre tiba-tiba ada blackout di taman berhampiran, tak ke mengkarak kitalah, bahasa Pekan ya. Oleh itu, kita akan pantau sebaik-baiknya. Saya tak... saya sekali lagi saya tak jangkalah kita akan bangunkan begitu banyak data centre, mungkin hanya beberapa taman je. Sekiranya ada keperluan, kita akan lihat semula kekuatan infrastruktur, boleh atau tidak kita sokong pembangunan tersebut.
Pada masa yang sama, kita juga akan memantau perkembangan industri, apa ini pusat data. Sebab ada pakar-pakar ekonomi yang mengatakan sekarang ini pelaburan AI berada di tahap yang tidak boleh orang kata, tidak boleh sustain jangka masa yang panjang. Ada yang guna istilah bubble dan istilah bubble ini dengan izin, menyatakan terlalu banyak pelaburan telah dilaburkan dalam industri AI. Sebagai contoh, 9 bulan pertama tahun ni USD200 bilion telah dilaburkan oleh pelabur Venture Capital untuk syarikat pemula AI dan sedangkan tidak ada syarikat AI yang dapat menunjukkan business model yang memberi keuntungan.
Saya bagi contoh syarikat Open AI, ChatGPT ya, pelopor ChatGPT, dia ada menurut akhbar Financial Times, dia ada 800 juta pengguna tetapi hanya 5% sahaja merupakan pelanggan berbayar sedangkan Open AI dia telah commit untuk melabur USD1 trilion data centre hingga 2030 menggunakan cip NVIDIA, Broadcom dan Oracle. Apa ni analisa ekonomi tertanya-tanya, apakah pelaburan RM1 juta ni boleh dibayar semula untuk jangka masa yang panjang? Perkara-perkara ini kita perlu ambil kira apabila melihat pembangunan data centre di Pahang secara lestari, insya-Allah.
Okey, kita pergi satu jawapan. Maknanya detaillah. Seterusnya kita pergi kepada soalan nombor 7, wakil daripada Jenderak.
Terima kasih Dato' Sri Speaker. Soalan saya nombor 7.
[Sila jelaskan bentuk bantuan yang disediakan di bawah Anggun Maju seperti latihan teknikal, kemahiran digital dan sokongan produk perniagaan?]
(Ayat al-Quran). Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam Pahang 1st. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Speaker. Seterusnya terima kasih juga kepada sahabat yang bertanyakan soalan. Soalannya adalah berbunyi, sila jelaskan bentuk bantuan yang disediakan di bawah Anggun Maju seperti latihan teknikal, kemahiran digital dan sokongan produk perniagaan. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja kerana telah mengumumkan satu peruntukan yang besar untuk kita meneruskan program Anggun Maju bagi tahun 2026 dan berbalik kepada soalan yang ditanyakan.
Program Anggun Maju merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri Pahang yang bertujuan memperkasa ekonomi wanita melalui latihan, sokongan teknikal dan juga bantuan peralatan perniagaan. Sehingga kini, seramai 900 usahawan wanita di seluruh negeri Pahang telah terlibat dan menerima manfaat daripada program ini. Program ini dilaksanakan melalui tiga komponen utama iaitu yang pertamanya, Suri Tekno. Komponen ini memberi penekanan kepada latihan teknikal dan penguasaan teknologi. Antara bentuk latihan yang ditawarkan termasuklah penggunaan ICT dalam pengurusan perniagaan, fotografi produk, penggunaan sistem jualan digital. Latihan ini membantu meningkatkan kecekapan operasi perniagaan serta memodenkan cara usahawan wanita mengurus dan mempromosi produk mereka.
Di samping itu, satu lagi produk Anggun Maju adalah WANDA iaitu Wanita Anggun Digital. Melalui program ini, peserta diberi pendedahan kepada latihan pemasaran digital, penghasilan kandungan kreatif, penjenamaan perniagaan, keselamatan digital, bimbingan berkaitan platform e-dagang. Pendekatan ini membolehkan usahawan wanita lebih kompetitif dalam pasaran atas talian yang semakin berkembang. Dan yang ketiga adalah bantuan peralatan perniagaan. Kerajaan turut menyediakan bantuan berbentuk peralatan dan barangan perniagaan mengikut kesesuaian sektor yang diusahakan oleh peserta. Antara peralatan disalurkan termasuklah mesin jahit, peralatan bakeri, peralatan memasak, peralatan digital asas dan bantuan ini dapat mengurangkan beban modal permulaan dan menyokong pengembangan perniagaan peserta melalui gabungan latihan, sokongan teknikal dan bantuan peralatan. Kerajaan komited memperkukuhkan kedudukan ekonomi wanita serta memastikan usahawan di bawah program Anggun Maju dapat berkembang secara mampan, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi semasa. Sekian, terima kasih.
Kita pergi soalan seterusnya. Soalan nombor 8, wakil daripada Kemayan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Soalan saya, soalan nombor 8.
[Apakah perancangan kerajaan negeri bagi mencungkil bakat baru dalam bidang sukan supaya Pahang boleh melahirkan lebih ramai atlet sukan bertaraf antarabangsa?]
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Terima kasih juga sahabat saya daripada Kemayan atas soalan berkenaan dengan perancangan Kerajaan Negeri Pahang bagi mencungkil bakat baru dalam bidang sukan supaya Pahang boleh melahirkan lebih ramai atlet sukan bertaraf antarabangsa.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Sukan Pahang telah merangka dan melaksana pelbagai program dan berusaha sehabis baik bagi melaksanakan program-program pembangunan sukan yang menyeluruh dan berterusan di peringkat akar umbi demi melahirkan lebih ramai atlet berbakat serta bertaraf antarabangsa.
Melalui Unit Pelapis Bakat, Majlis Sukan Pahang, pelbagai pelaksanaan program pencarian bakat telah dilaksanakan sepanjang tahun ini. Antara program tersebut adalah program Talent Identification (TID). Program ini melibatkan sukan menembak, judo, karate-do, boling padang, angkat berat dan tinju. Sepanjang tahun ini, sebanyak 10 siri program Talent Identification (TID) telah berjaya dilaksanakan. Daripada 1,727 peserta yang terlibat dalam program ini, seramai 312 atlet berpotensi telah dikenal pasti dan dibawa ke pusat latihan untuk menerima bimbingan daripada jurulatih yang berkelayakan. Melalui bimbingan jurulatih ini, kita percaya potensi dan bakat atlet akar umbi ini mampu digilap untuk diketengahkan ke kejohanan sukan bertaraf tinggi.
Yang kedua adalah program Revos and Young... Young Elephant Warrior. Sepanjang tahun ini, sebanyak 13 program ini dilaksanakan merangkumi sukan memanah, renang, ping pong, sepak takraw, silat, hoki dan tenpin bowling serta olahraga. Melalui program ini, sebanyak 3,059 penyertaan telah direkodkan dan 183 atlet telah terpilih untuk mendapat bimbingan selanjutnya di bawah kelolaan jurulatih di peringkat negeri dan juga daerah.
Program tambahan di bawah inisiatif ini dijadualkan sehingga hujung bulan ini, dengan penyertaan lebih 1,300 lagi orang peserta melibatkan sukan bola jaring, memanah, ping pong dan sepak takraw. Manakala program ke-3 adalah Kem Future Elephant Warrior 2025. Program ini diadakan untuk atlet bakat dan pelapis muda, di bawah usia 17 tahun dan inisiatif ini melibatkan penyertaan 150 orang atlet daripada 20 jenis sukan, yang menekankan pembangunan disiplin, ketahanan mental, kepimpinan dan semangat berpasukan menerusi aktiviti ketahanan seperti kembara berhalangan, wall climbing, kayak dan pelbagai lagi. Dan melalui kem ini, atlet muda tidak hanya meningkatkan kemahiran teknikal semata-mata, tetapi juga membina ketahanan dan karakter diri serta fokus yang kukuh sebagai persiapan untuk menghadapi cabaran dan persaingan yang lebih sengit di peringkat sukan berprestasi tinggi pada masa depan.
Setelah mengikuti program-program bakat yang saya sebutkan tadi, atlet-atlet akar umbi ini kemudiannya berpeluang untuk mengikuti pelbagai lagi kejohanan di peringkat dalam dan luar negara bagi membolehkan mereka menimba pengalaman baru membentuk jati diri dan ketahanan membentuk semangat perjuangan yang tinggi untuk boleh bersaing dengan sesiapa saja dan memperkasa prestasi serta semangat juang yang lebih hebat. Dalam perkembangan yang berkaitan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, turut melaksanakan program khas yang dikenali sebagai Program i-Talent iaitu program pencarian bakat dalam kalangan orang kurang upaya.
Program ini jelas memberi impak yang sangat baik kepada negeri, dengan pelbagai kejayaan sekali gus mampu melahirkan atlet-atlet berprestasi tinggi. Melibatkan atlet orang kurang upaya, contohnya saudari Loh Chee Hooi, Atlet Memanah, yang berjaya merangkul gelaran atlet wanita terbaik pada SUKMA pada Para SUKMA 2024.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Secara keseluruhannya, Kerajaan Negeri Pahang sentiasa komited dalam memastikan program pembangunan bakat sukan dapat dilaksanakan secara tersusun dan berterusan. Melalui program pencarian bakat ini, pembangunan pelapis, sokongan kewangan dan penyertaan kejohanan, saya yakin, Pahang mampu melahirkan lebih ramai atlet yang mampu membawa nama negeri ini ke pentas antarabangsa. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Sila.
Terima kasih, er... Dato Sri Speaker, Terima kasih er... Yang Berhormat Exco. Er... saya tertarik dengan er... jawapan yang diberikan oleh er... Yang Berhormat Exco berhubung dengan, langkah oleh kerajaan negeri untuk melahirkan lebih ramai atlet antarabangsa. Cuma saya ada... ada juga melihat Facebook Yang Berhormat, tentang er... apa nama ni... program Sukan e-Sport yang saya lihat, Yang Berhormat er... antara yang saya kira sangat aktif dan juga er... begitu meminati dan juga mengambil berat tentang sukan e-Sport ni. Cuma, saya nak tanya adakah kerajaan negeri berhasrat untuk memberikan satu galakan berbentuk inisiatif er... bagi membolehkan sukan sebegini ada tempatnya ataupun sekurang-kurangnya kita mengambil langkah sepertimana negeri Selangor, mereka ada satu team yang dipanggil sebagai Selangor Red Giant yang er... mempunyai pencapaian di peringkat antarabangsa. Jadi, soalan saya tadi saya ulang balik, adakah kita bersedia untuk mengorak langkah menghasilkan atlet-atlet e-Sports bertaraf antarabangsa? Terima kasih.
Terima kasih er... Yang Berhormat ADUN Lantikan atas soalan tersebut. Er... sebenarnya, Pahang memang dah ada Akademi e-Sport di bawah Majlis Sukan Pahang. Yang... akademi tersebut letaknya berhampiran dengan bangunan er... Majlis Sukan Pahang, kalau saya ingat ada padang hoki tu ada gym... Gimnasium Majlis Sukan Pahang letaknya di situ. Dan kita memang sentiasa er... berusaha untuk melahirkan pemain-pemain e-Sport er... yang bertaraf antarabangsa. Sebenarnya ramai pemain-pemain e-Sport Pahang yang telah menyertai kejohanan er... di peringkat er... luar negara dan mencapai kejayaan. Namun, saya setuju dengan Ahli Yang Berhormat, bahawa pencapaian er... peserta e-Sport di Selangor ini, er... lebih menonjol, dan kita cuba untuk catch up, ada perancangan-perancangan kita, dan kita sentiasa berjumpa dengan atlet-atlet e-Sport ini, mungkin er... satu masa nanti, dalam 2, 3 bulan lagi kita akan bentangkan cadangan-cadangan kita untuk melonjakkan er... sukan e-Sport yang semakin diiktiraf dalam kejohanan-kejohanan besar di peringkat antarabangsa. Mungkin kita boleh tengok balik perancangan strategi kita untuk Akademi e-Sport di negeri Pahang. Terima kasih, Yang Berhormat.
Speaker... terima kasih Speaker. Saya ada 2 soalan kepada rakan saya daripada Dong, Wakil kerajaan. Er... pertama sekali berkaitan dengan masa depan sukan bola sepak negeri Pahang. Saya, kalau tak silap sayalah saya dapati, Pasukan Sri Pahang, tidak terlibat dengan er... sebarang liga pada musim ini. Satu.
Yang kedua, daerah Jerantut antara daerah yang sangat meminati dan menggemari sukan bola sepak sehingga setiap tahun akan dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak di daerah Jerantut, Liga Emas dan sekarang ini pun sedang berlangsung dan Final Liga Emas akan berakhir pada hari Sabtu ini, insya-Allah di antara pasukan Purpura AZ FC dan juga PAIP Jerantut Rovers FC. Soalan saya, er... apa ni, penganjuran kejohanan ini sebelum ini dilangsungkan di Padang FA Jerantut. Namun selepas daripada penganjuran Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2025, di atas Padang FA tersebut menyebabkan berlaku kerosakan sehingga baki perlawanan sehingga final akan terpaksa dialihkan ke Stadium Tun Abdul Razak, Jengka. Soalan saya, er...bilakah kerosakan padang FA ini akan dibaik pulih dan berapakah anggaran kos untuk er... baik pulih ini? Terima kasih.
Terima kasih er... sahabat saya dari Tahan atas soalan tersebut. Dan saya mengakui bahawa FA Jerantut ni Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, antara yang paling aktif terutama dengan kepimpinan baharu FA sekarang ini dan Liga FA Jerantut yang sekarang sedang berlangsung mendapat sambutan yang cukup hebat er... saya ingat saya sembang dengan Setiausaha FA Jerantut, Cikgu Faiz, belanjanya cecah untuk Liga Jerantut ini lebih er... RM100,000.00. Ni satu usaha yang sangat baik untuk menyemarakkan minat terhadap sukan bola sepak di Jerantut ni.
Dan orang Jerantut ni bila main bola dia main sungguh-sungguh, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Masa zaman Ketua Pemuda dulu, kalau pertandingan di peringkat negeri ni mesti nak bergaduh. Itu memang dia dah trend dia dulu. Tapi sekarang ni tidaklah agaknya ya, YB Tahan dia main bermati-matian, memang betul. Dan, berkait dengan perkara ini sebenarnya untuk menyemarakkan sukan bola sepak di negeri Pahang ini, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang kerana bermula pada tahun hadapan akan ada liga bola sepak di peringkat daerah dan negeri [Ahli Dewan menepuk meja]. Dalam Belanjawan ini, insya-Allah Yang Amat Berhormat Menteri Besar dah luluskan peruntukan kalau tak silap saya RM2 juta untuk menyemarakkan sukan bola sepak di negeri Pahang ini. Jadi selepas ini akan ada liga di setiap daerah dan juga negeri.
Berkait dengan Padang FA Jerantut ini. Sebenarnya saya dah buat lawatan. Saya tak ingat awal tahun ini atau penghujung tahun lepas. Sebenarnya memang dalam keadaan yang tak berapa sesuai dah er… nak main. Bukan sebab program itu semata-mata Yang Berhormat. Dan untuk proses baik pulih ini Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, memang Kerajaan Negeri er… tengah memperincikan belanja yang kita nak pohon daripada Kementerian Belia dan Sukan sebab memang belanjanya besar dan sebelum ini kalau tak silap saya untuk penyelenggaraan Padang FA Jerantut ini kita dah serah kepada majlis daerah. Nanti kalau salah saya mohon betulkan, cuma kita
akan bincang dari sudut itu bila dah ada perincian belanja ini, akan kita angkat kepada Kementerian Belia dan Sukan.
Maksudnya berkenaan dengan Padang FA Jerantut ini memang dalam radar kita dan kita memang tahu di Jerantut ini memang sangat meminati sukan bola sepak ni. Dia memang luar biasa. Jerantut ni ada dua sukan yang dia memang er… memang sangat popular. Ragbi, macam-macam kejayaan di peringkat negeri ni. Dia orang antara jaguh besar sekarang, ragbi di Pahang. Yang kedua bola er… Dato’ Sri Speaker. Jadi saya kira begitulah Yang Berhormat DUN Tahan nanti apa-apa perkembangan berkenaan dengan Padang FA Jerantut ini sendiri, saya akan maklumkan dan saya tahu memang dapat perhatian yang cukup hebat berkenaan dengan Padang FA Jerantut ni. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan seterusnya wakil daripada Inderapura.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon mengemukakan soalan nombor 9.
[Keadaan ekonomi global yang tidak menentu telah menyebabkan kenaikan kos sara hidup rakyat. Justeru apakah langkah-langkah kawalan kenaikan harga atau tindakan pemantauan yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam menangani perkara ini?]
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih kepada rakan saya dari Inderapura menanyakan soalan ini. Kerajaan akan terus mempergiatkan penguatkuasaan bagi memastikan bekalan bahan ini tidak terjejas di pasaran dan harganya berada di paras yang munasabah. Pada masa yang sama, harga barangan di pasaran ditentukan oleh faktor permintaan dan penawaran. Dengan izin demand and supply, faktor cuaca, ekonomi global, persaingan, kadar tukaran wang asing, kadar upah dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sentiasa menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan yang rapi sepanjang masa dalam memastikan kestabilan harga di pasaran.
Antara-antara tindakan yang telah diambil adalah; Nombor satu, mengadakan sesi libat urus bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sebagai kementerian yang memantau bekalan keperluan pengguna di peringkat huluan supaya sentiasa mencukupi untuk pasaran tempatan.
Nombor dua, melaksanakan skim harga maksimum musim perayaan. Nombor tiga, menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 bagi mengawal pengambilan untung secara tidak munasabah oleh peniaga. Nombor empat, menguatkuasakan Perintah Tanda Harga bagi Barangan dan Caj bagi Perkhidmatan 2022 bagi memastikan peniaga meletakkan tanda harga. Nombor lima, menguatkuasakan Akta Kawalan Bekalan 161 bagi memastikan keberadaan bekalan di pasaran.
Nombor enam, melaksanakan Ops Kesan bagi memastikan tiada berlaku elemen pencatutan terhadap harga barangan dan perkhidmatan susulan pelaksanaan penyelarasan subsidi diesel. Nombor tujuh, melaksanakan Ops Samar melalui penyamaran yang dilakukan oleh pegawai-pegawai penguat kuasa. Nombor lapan, menjalankan siasatan aduan susulan aduan yang diterima dari peniaga. Nombor sembilan, mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri bagi membincangkan kestabilan harga dan keberadaan bekalan di pasaran. Pada masa yang sama, pihak industri tidak menaikkan harga tanpa memaklumkan kepada pihak kementerian supaya tidak membebankan pengguna. Sekian, terima kasih.
Kita juga nak mengalu-alukan kehadiran wakil daripada Parti PKR ya yang bersama-sama dengan kita pada hari ini. Soalan seterusnya soalan nombor 10, wakil daripada Kuala Sentul.
Terima kasih YB Dato’ Sri Speaker. Soalan saya nombor 10.
[Sila senaraikan perancangan program bagi menggalakkan ekopelancongan di DUN Kuala Sentul di mana terdapat banyak air terjun untuk menambah potensi kegiatan ekonomi tempatan.]
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan Yang Berhormat Kuala Sentul. Untuk DUN Kuala Sentul memang mempunyai keunikan alam er… keunikan alam semula jadi dengan air terjun, hutan dan biodiversiti yang mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai tempat ekopelancongan dan turut… yang boleh membawa impak ekonomi kepada komuniti setempat. Jadi perancangan kerajaan adalah supaya kawasan ini menjadi tarikan kepada pelancong yang minat aktiviti separa lasak dan riadah.
Untuk perancangan program di DUN Kuala Sentul, program dan aktiviti sedia ada. Pertama, kita ada Lubuk Yu Hammock Fest Festival yang telah masuk penganjuran kali ke-10 dan juga masukkan dalam takwim pelancongan MOTAC. Keduanya, projek Sejati Madani, glamping dan ATV di Taman Rekreasi Che Minah Sayang. Ketiga, kita juga ada pasar malam mingguan yang diadakan di Taman Rekreasi Che Minah Sayang dan sambutan Hari Sukan Negara peringkat mukim yang melibatkan campsite di Bentara Campsite Kuala Sentul di kawasan Mukim Chenor, Jengka, Kuala Sentul dan juga hiking ke Air Terjun Jeram Pelangi.
Untuk perancangan pada tahun depan 2026, kita ada beberapa perancangan. Pertama, Pesta Che Minah Sayang. Keduanya, Lubuk Yu Rainforest Festival dan di Taman Negeri Lubuk Yu, ada beberapa perancangan pada tahun depan iaitu Music Festival, Hammock Fest, Bird Camp dan juga program Bird Watching di Lubuk Yu Ecopark.
Selain itu, kerajaan juga mengambil inisiatif untuk menyokong melalui Program Local Agenda 21 dan Program Kemampanan Komuniti Bandar untuk pembangunan
infrastruktur, laluan trekking, papan tanda ekopelancongan dan kemudahan-kemudahan asas. Terima kasih.
Soalan tambahan, Dato’ Sri.
Sila YB.
Soalan saya, adakah terdapat identiti atau jenama khusus yang ingin dibangunkan untuk ekopelancongan Kuala Sentul dan juga sudah adakah hubungan dengan operator pelancongan, agensi pelancongan negeri atau influencer pelancongan untuk menjayakan promosi di Kuala Sentul, dan juga apakah sumber pembiayaan atau peruntukan untuk menjayakan program- program ini? Terima kasih.
Yang Berhormat boleh jadi influencer.
Okey, terima kasih. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Sentul sebab memang saya nampak beliau berusaha untuk membangunkan kawasan bawah DUN Kuala Sentul sebagai satu tarikan khususnya untuk ekopelancongan yang memang untuk kita nak…
Terima kasih YB Dato’ Sri Speaker.
Memang kalau untuk kita nak branding ataupun marketing secara general daerah Maran. Tarikan air terjun adalah salah satu hala tuju kita. Jadi kita boleh nampak bahawa untuk material promosi Tourism Pahang er… untuk daerah Maran, biasanya kita mengetengahkan air terjun… air terjun… air terjun di Maran sebagai tarikan. Jadi sebelum kita membang… untuk kita membangunkan satu kawasan ekopelancongan, kita perlu mengambil kira beberapa faktor. 5A dengan izin, adalah accommodation, accessibility, attractions, amenities dan activities.
Jadi sebelum satu tempat pelancongan boleh berjaya, kita perlu ada persediaan. Jadi sebagai contoh, untuk infrastruktur beberapa tahun ini memang bawah kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Kita mengadakan… kita menyalurkan peruntukan untuk menambah baik infrastruktur pelancongan bukan sahaja di DUN… di DUN Kuala Sentul tetapi juga di DUN Luit dan Chenor, secara keseluruhan untuk daerah Maran.
Pada masa yang sama, kita juga perlu mengambil kira tenaga kerja yang diperlukan sebagai contoh, kalau untuk hiking ke Jeram Pelangi yang selalu yang selalu diperkenalkan... diketengahkan oleh Yang Berhormat Kuala Sentul mereka perlukan malim gunung. Jadi dengan ini, kerajaan juga perlu mengambil kira tenaga kerja yang diperlukan dan untuk beberapa jeram yang selalu disebut Yang Berhormat Kuala Sentul memang cantik, Jeram Pelangi, Gawa, Tebing Tinggi, cumanya, dia perlu masa mengambil masa hiking sekurang-kurangnya dua jam.
Jadi, kita juga perlu mengambil faktor sedangkan dalam daerah Maran, kita juga ada air terjun lain yang lebih senang dicapai. Sebagai contoh, Che Minah Sayang, Air Terjun Teladas. Jadi dengan ini, walau bagaimanapun, kita tidak mengetepikan air terjun di DUN Kuala Sentul. Kita tetap memasukkan gambar-gambar air terjun di dalam DUN Kuala Sentul dalam promosi Tourism Pahang. Saya rasa ini perkongsian kita dan kalau untuk influencer memang kita er... bila kita berjumpa dengan promosi di luar negara. Mungkin kita juga boleh merancang untuk mengadakan FAM trip ataupun B to B untuk membawa lebih ramai influencer atau media untuk mempromosikan tempat-tempat pelancongan di bawah DUN Kuala Sentul.
Okay kita ada lagi?
Sikit je, boleh?
Saya bagi banyak.
Cuma... cuma kalau boleh bagi jenama atau identiti khusus, contohnya ‘Kuala Sentul destinasi pelancongan anda’, kalau bolehlah. So that orang boleh kenal Kuala Sentul ni. Terima kasih.
Terima kasih. Mungkin Yang Berhormat juga boleh mencadangkan. Tapi setakat ini mungkin kita tidak ada slogan spesifik. Tapi secara general untuk Maran tarikan pelancongan di Maran, salah satu adalah air terjun.
Kita pergi soalan terakhir pada pagi ini. Wakil daripada Sabai,
Dato' Sri Speaker, soalan saya nombor 11.
[Apakah jumlah syarikat perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS) yang beroperasi dalam negeri Pahang? Apakah jenis kegiatan perniagaan yang menjadi fokus pilihan mereka ?]
(Ayat Al-Quran) Assalamualaikum SWT dan salam Pahang 1st. Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, terima kasih kepada sahabat saya, ADUN Sabai dengan persoalannya berapakah jumlah PMKS yang aktif beroperasi di negeri Pahang dan apakah kategori aktiviti perniagaan yang menjadi tumpuan utama dalam kalangan syarikat-syarikat ini.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan Ahli Dewan sekalian. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat, izinkan saya mengemukakan beberapa penjelasan iaitu berdasarkan data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia, DOSM serta profil PMKS tahun 2024 negeri Pahang mencatatkan sebanyak 38,577 buah PMKS bersamaan 3.6% daripada keseluruhan 1.08 juta PMKS yang berdaftar di seluruh negara. Dan ini angka ini mengesahkan kedudukan Pahang sebagai antara negeri yang memiliki ekosistem PMKS yang berkembang secara progresif khususnya dalam menyokong pemerkasaan ekonomi negeri dan peningkatan peluang pekerjaan.
Dan dalam kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan juga penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas lantikan Yang Amat Berhormat sebagai Penasihat Khas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana Kebangsaan [Ahli Dewan menepuk meja]. Pelantikan ini diyakini akan memperkukuhkan dan juga penjajaran dasar antara kerajaan persekutuan dan juga negeri dalam memperkasa agenda pengguna usahawan khususnya PMKS di negeri Pahang.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Dari segi pemilihan sektor perniagaan pula, PMKS di negeri Pahang tertumpu kepada beberapa kluster utama yang mencerminkan kekuatan tras ekonomi negeri. Antaranya sektor perkhidmatan memberikan jumlah lebih kurang 85.6% iaitu sektor ini merupakan pilihan utama PMKS. Antara aktiviti utama termasuklah perdagangan borong dan runcit, makanan dan juga minuman. Perkhidmatan dobi, bengkel, bakeri dan juga penyelenggaraan logistik dan juga perkhidmatan komoditi, agensi pelancongan serta hospitaliti. Dan juga pertubuhan sektor perkhidmatan dipacukan oleh pembangunan pesat pusat komersial baharu, digitalisasi usahawan serta lonjakkan industri pelancongan domestik. Sektor pembinaan pula juga di dalam PMKS ini memainkan peranan penting dalam ekosistem pembinaan melalui kerja-kerja kontraktor kecil, pembekalan bahan binaan dan juga perkhidmatan teknikal.
Maka sehingga pelan 9 sektor pembuatan. Fokus ini meliputi pembuatan makanan, produk kayu, pemprosesan asas serta produk berasaskan sumber tempatan yang semakin diterima dalam pasaran domestik dan juga eksport. Dan juga sektor pertanian ini terus menjadi penyumbang strategik melalui pengeluaran sayur-sayuran, contohnya di Cameron Highlands dan juga beberapa tempat-tempat lokasi yang strategik. Hasil tani dan juga tanaman kontan juga pemprosesan makanan berasaskan agro dan juga aktiviti agropelancongan dan dapat lihat pada hari ini pembentangan bajet yang telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa sektor pertanian kita difokuskan oleh kerajaan negeri untuk kita memperkasakan
mempertingkatkan lagi untuk menjadi salah satu sektor yang difikirkan menjadi pemangkin kepada kerajaan negeri, insyaAllah dan saya ucapkan tahniah kepada daerah Kuantan yang merekodkan lebih kurang 369 PMKS pertanian iaitu menyumbang 2.5% daripada jumlah kerajaan ataupun jumlah nasional. Inilah satu pendekatan yang terbaik di daerah Kuantan. Dan seterusnya antara sektor perlombongan, perlombongan dan pengkuarian iaitu melibatkan aktiviti bijih besi, bauksit, pasir silika dan granite iaitu selaras dengan kekayaan sumber mineral negeri Pahang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Ini adalah antara-antara PMKS negeri Pahang yang boleh kita ketengahkan melalui apa yang kita gambarkan supaya hala tuju kerajaan negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Dato Sri Diraja Menteri Besar menjadi pemangkin kepada ekonomi negeri dan juga Malaysia, insya-Allah Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Dato’ Sri, soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih atas penjelasan tadi berkaitan dengan soalan saya. Saya mohon pencerahan berkaitan dengan bentuk bantuan dan galakan yang disediakan oleh kerajaan negeri kepada golongan yang terlibat dalam perusahaan mikro kecil dan sederhana dan yang kedua, apakah langkah yang diambil untuk bantu pemasaran produk mereka sama ada di pasaran tempatan ataupun di pasaran global? Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya daripada ADUN Sabai dan persoalannya ini insentif-insentif atau bentuk bantuan atau galakan yang disediakan. Untuk maklumat Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, bantuan-bantuan inisiatif antaranya pihak kerajaan negeri dengan bersama dengan agensi-agensi sama ada di kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri telah pun melaksanakan pelbagai inisiatif-inisiatif.
Antaranya inisiatif yang kita laksanakan ialah program 4P iaitu P yang pertama ialah pelabelan produk-produk kita perlu dilabelkan dengan lebih sempurna dan P yang kedua ialah pembungkusan yang kita buatkan bagi pembungkusan produk-produk usahawan ini dapat memberikan piawaian-piawaian yang telah ditetapkan. Dan juga P yang ketiga adalah penjenamaan kita nak jenamakan mereka ni kita registerkan, dengan izin untuk di MyIPO. Dan juga P yang keempat adalah promosi dan saya boleh gabungkan di antara inisiatif- inisiatif ini, kita memanggilkan dalam biasa kursus-kursus keusahawanan ni iaitu kita letakkan strategi 4P Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker iaitu dengan izin.
Yang pertama adalah produk kita mencari produk-produk yang boleh dijual dengan baik dan juga diminati oleh peminat-peminat ataupun pembeli-pembelinya. P yang pertama ialah produk dengan izin. Keduanya ialah price, harga yang dipanggil kalau kita panggil singkatan SPM... SPM minta Yang Berhormat Tuan Speaker itu simple, practical dengan marketable bahasa dengan izin, price.
Ketiganya ialah place, tempat mana yang kita nak letakkan produk-produk usahawan kita ni dan juga yang P yang keempat adalah promotion. So 4P dan juga strategi program 4P dan strategi promosi 4P. Saya yakin dan percaya langkah-langkah ini kita ambil untuk membantu usahawan-usahawan kita. Antaranya kita bawa dalam Karnival Aspirasi Pahang 1st yang telah diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar... Dato’ Sri Diraja Menteri Besar yang telah pun membawa... mengumpulkan usahawan-usahawan ini untuk bersama di setiap Karnival Aspirasi Pahang 1st dan malah Yang Berhormat Dato Sri Speaker kita membawa usahawan-usahawan kita ke peringkat nasional dan juga peringkat luar negara. Ini satu perkara yang membanggakan saya ingin nanti saya akan gulungkan beberapa produk-produk yang kita dah bawa ke peringkat terutama sekali di Shanghai, baru-baru ni sebelum itu di Dubai. Kemudiannya di Shanghai dan insya-Allah pada tahun hadapan.
Pada tahun 2026, produk-produk usahawan kita pula akan dibawa ke Frankfurt untuk membesarkan lagi ruang dan juga peluang usahawan-usahawan di Pahang untuk kita buka mereka-mereka ini peluang untuk ke peringkat yang lebih tinggi, insya-Allah. Ini antara strategi-strategi yang telah pun ilhamkan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar dan juga beberapa agensi-agensi kerajaan negeri untuk memberikan ruang yang luas kepada usahawan-usahawan. Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Dia ada satu lagi P tu. Price, people, place, product satu lagi politik. Kalau takde kestabilan tu semua tak boleh jual.
Saya setuju Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kita telah selesai bincangkan... memperbincangkan 11 pertanyaan kepada Menteri Besar. Ianya mengambil masa lebih kurang 2 jam. Ya kita mula 9.30 tadi sekarang 11.30. Saya bercadang untuk menempoh persidangan pagi ini untuk minum pagi dan persidangan akan disambung semula pada pukul 12:00 tengah hari. Persidangan ditempoh.
[Persidangan Dewan Negeri ditempohkan]
[Persidangan Dewan Negeri disambung semula]
Sambungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 Dan Usul Anggaran Pembangunan Dan Perbekalan Air 2026Bill
Perkara ketiga: Sambungan Perbahasan Rang Undang-undang.
Sambungan Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2026Bill
Perkara ketiga: Sambungan Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2026.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Speaker ni… Setiausaha Dewan pun dia nak ambil alih [ketawa]. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita masih lagi dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2026. Rang Undang-undang dan Usul ini telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada hari Jumaat, 5 Disember 2025 dan akan dibahaskan pada hari semalam, Isnin, 8 Disember 2025 dan hari ini kita akan menyambung semula perbahasan Rang Undang-undang dan Usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagaimana jadual perbahasan yang diedarkan, seramai 15 orang Ahli Dewan akan berucap pada majlis. Sukacita saya ingin maklumkan bahawa ruang perbahasan yang diberikan perlulah digunakan dengan sebaiknya. Setiap Ahli-ahli Yang Berhormat diberi masa 15 minit sahaja bagi perbahasan. Bagi memulakan perbahasan, saya menjemput Ahli Dewan Negeri kawasan Tanjung Lumpur untuk berucap.
Assalamualaikum WBT. (Bacaan dalam Bahasa Arab). Terima kasih kepada Dato' Sri Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan bajet pada kali ini. Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerja Pejabat Kewangan dan juga Perbendaharaan Negeri yang telah bertungkus lumus menyiapkan dokumen Anggaran Perbelanjaan 2026 dan tahniah juga kepada semua penjawat awam kerajaan negeri yang telah menunjukkan dedikasi yang begitu tinggi di dalam menjayakan agenda yang telah dirancang. Dan pada pagi ini, saya ingin membawakan beberapa isu…. isu negeri Pahang secara umum dan juga insya-Allah sedikit isu tempatan.
Yang pertamanya, suka saya untuk mengajak Dewan kita merujuk kepada sumber Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2025 iaitu berkaitan dengan bilangan projek perumahan swasta di negeri Pahang kerana alhamdulillah projek perumahan swasta di negeri Pahang sebagaimana yang tercatat jumlah keseluruhannya sebanyak 2,333 yang mana di sana ada yang belum bermula, ada juga yang lancar perjalanan projek tersebut, ada lewat, sakit, ada yang telah siap, ada yang permitnya telah dibatalkan. Cuma saya nak merujuk kepada projek perumahan yang lewat… lewat iaitu sebanyak 24, sakit sebanyak 44 dan juga permit yang telah dibatalkan sebanyak 42.
Kuantan mencatat er… projek yang paling banyaklah dilaksanakan dan sekali gus juga mencatat projek yang paling banyak dalam kategori lewat, sakit dan juga permit yang dibatalkan. Mungkin Kuantan ini sebab dia ibu negeri dan banyak er… perumahan-perumahan yang dibangunkan. Kuantan mencatatkan projek yang lewat sebanyak 7, yang sakit 21 dan permit yang telah dibatalkan sebanyak 14. Jadi di sana ingin saya bertanya kepada pihak kerajaan. Apakah strategi kerajaan negeri untuk melindungi dan membela nasib pembeli rumah yang terlibat dalam projek yang sakit ini? Dan yang kedua, adakah moratorium ataupun pengetatan tapisan pemaju akan dilaksanakan sebelum daripada… sebelum meluluskan projek yang baharu? Dan yang ketiga, apa pula tindakan yang telah diambil terhadap pemaju yang gagal dengan tanpa sebab? Dan insya-Allah Exco mungkin boleh jawab waktu penggulungan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Insya-Allah saya akan jawab masa waktu penggulungan. Tapi untuk waktu ini memang kerajaan hanya terlibat dalam urusan kebenaran merancang. Maknanya setelah projek itu diluluskan, bolehlah pihak pemaju yang kita pun tidak ada apa ni kuasa dalam melantik sebab dia pemaju swasta dan er... dan mereka telah er... melaksanakan pembangunan tersebut dan apabila pelan pembangunan semua dah dihantar, barulah memohon permit untuk jualan. Apabila jualan ini tapi bila dah dilaksana dah problem YB, dan bila ada masa itu menghadapi masalah dan barulah tindakan itu diambil oleh pihak kementerianlah. Jadi buat masa ni belum ada lagilah. Tapi insya-Allah saya akan jawab lebih lanjut dalam penggulungan nanti.
Terima kasih pada pihak Wakil Kerajaan sebab kita pun faham dan kita maklumkan kesian pada pembeli. Kalau macam di Sepat tu, 16 tahun… 16 tahun baru... baru siap. Maknanya bayangkanlah 16 tahun yang beli itu dah mati dah. Ada yang dah mati, yang tua tak sempat nak duduk rumah pun ada. Tapi alhamdulillah dapat juga walaupun selepas daripada 16 tahun. Jadi dengan tindakan kerajaan tu mungkin masa akan datang cara tindakan itu lebih baik dan lebih cepat. Insya-Allah kita mengharapkan sedemikian.
Dan yang keduanya saya nak bawa isu pendidikan, yang mana institusi pondok dan tahfiz swasta di negeri Pahang ni dia ada dalam sekitar 130 buah secara keseluruhannya dan 60 buah adalah yang berdaftar dengan kerajaan. Jadi apa yang saya nak cadangkan ialah pihak kerajaan ini menyediakan satu program intensif untuk pelajar-pelajar pondok dan tahfiz ini, dia menduduki peperiksaan SPM, yang mana sebelum ini, masa ini memang ada di antaranya Smart Tahfiz, Smart Tahfiz di bawah Yayasan Pahang. Yang mana er... pengambilan pelajarnya begitu terhad untuk 30 orang saja, 30 orang. Sedangkan yang nak ambil SPM seluruh negeri Pahang ini daripada apa Pondok dan tahfiz swasta ini ramai.
Di samping itu, yuran juga di Smart Tahfiz ini sebanyak RM1,000.00 sebulan dan untuk golongan asnaf tu dia dalam RM300.00 ke ataslah. Jadi dah tentulah bagi ibu bapa yang tidak berkemampuan, tak boleh nak hantar anak untuk ambil SPM. Manakala walaupun di sekolah-sekolah kerajaan ada, di sekolah SMAN dan sebagainya tetapi kebanyakan pelajar-pelajar pondok ini bila dia keluar itu dah umur 22, 23. Jadi dia mesti nak masuk kena ambil SMA dulu. Jadi tak munasabah, dia nak pergi umur dia
23, nak duduk sekelas dengan budak umur 16. Jadi er... fast track SPM ini satu program yang sangat baik sekiranya pihak kerajaan dapat mewujudkan… mewujudkan mungkin sebuah atau dua buah lagi di di negeri Pahang bagi tujuan supaya pelajar-pelajar lepasan pondok dan tahfiz ini dapat… dapat mengambil peperiksaan SPM.
Sebab kita lihat banyak pelajar-pelajar lepasan tahfiz dan pondok negeri Pahang ini mereka terpaksa pergi ambil ke negeri lain, dia ambil negeri lain. Walaupun ada pelajar-pelajar yang berpotensi. Saya ambil contoh tahun 2024 hari itu, pelajar terbaik SPM (TATIUC) adalah daripada… pelajar daripada negeri Pahang. Tapi disebabkan kerana negeri lain, negeri lain… di antaranya Terengganulah, Terengganu ini sebelum daripada kerajaan PAS hari itu pun masa kerajaan UMNO memerintah pun perkara ini dah ada yang mana mereka ni mengambil yuran berdasarkan kepada tempat kelahiran bukan berdasarkan kepada jumlah gaji ibu bapa. Jadi bila dia... pelajar-pelajar tu daripada Terengganu seperti TATIUC, dia akan bagi percuma.. dia akan bagi.. bagi percuma dan pelajar yang er... bukan dari Terengganu contohnya kalau dia menghafal al-Quran 30 juzuk dengan ujian maka diberikan juga percuma. Di antaranya juga ialah Yayasan Terengganu, jadi yuran dia untuk anak negeri tu bawah daripada RM100.00 dan begitu juga yang daripada luar negeri seperti anak sayalah contohnya ada 2, 3 orang di sana bila dia melepasi ujian 30 juzuk tu maka tak dikenakan yuran.
Jadi, keutamaan bagi negeri-negeri lain ialah mereka melihat tempat kelahiran. Jadi, kalau kita lihat di negeri kita ni berdasarkan kepada tangga gaji ibu bapakan jadi minta pihak kerajaan ambil perhatian sebab kita sayang sebenarnya sebab ramai pelajar-pelajar cemerlang di negeri Pahang ni dia ambil SPM di negeri-negeri lain kerana kita tidak dapat menyediakan program-program tersebut.
Yang kedua, saya juga nak membicarakan berkaitan dengan isu pembatalan program tingkatan 4 di Kuliah Abu Bakar, Pekan yang mana semenjak pada tahun 2015 er... pada 2015, tingkatan 4 di Kuliah Abu Bakar ini diadakan jadi bolehlah pelajar-pelajar daripada pondok dan sebagainya untuk masuk ke Kuliah Abu Bakar ni tingkatan 4 ambil SMA dan seterusnya ambillah SPM. Tetapi bermula daripada tahun hadapan, tak ada lagi dah Kuliah Abu Bakar ni tidak lagi menyediakan itu pengambilan khas untuk tingkatan 4 termasuklah dipanggil Tahfiz Bestari, tidak ada lagi di Kuliah Abu Bakar pada tahun yang akan... akan datang.
Jadi, Kuliah Abu Bakar ni semua kita faham bahawa institusi pengajian agama yang lama di negeri Pahang yang ditubuhkan pada 1941. Intitusi pengajian yang sangat banyak berjasalah melahirkan para ilmuan Islam di... di negeri Pahang. Jadi, oleh kerana itu, saya mengharapkan supaya kalau dapatlah institusi Kuliah Agama Sultan Abu Bakar ni dinaikkan taraf sesuai dengan jasa Kuliah Abu Bakar ni telah melahirkan ramai para ilmuan di negeri Pahang dan sekali gus Kuliah Abu Bakar ni dia membawa nama Almarhum Sultan Abu Bakar. Jadi, saya mencadangkan agar pengambilan khas ataupun kelas khas tingkatan 4 di Kuliah Abu Bakar ni dapat diadakan semula di adakan semula, insya-Allah mudah-mudahan.
Dan seterusnya saya nak bawa isu tempatan... ke isu tempatan, jika isu tempatan ialah berkaitan dengan dewan orang ramai di Sungai Isap. Sungai Isap ni dia ada Sungai Isap Damai dia ada lebih kurang 3,200 orang penduduk di sana dan kemudian... dah pastilah dengan jumlah yang begitu ramai ni memerlukan satu dewan yang selesa. Tapi Dewan Sungai Isap ni saya rasa pihak Exco pun pernah dah pernah pergi dah pernah tengok dah Dewan Sungai Isap ni boleh dikatakan antara dewan yang sangat uzur, ia sangat uzur dengan panas sedangkan apa majlis-majlis event yang diadakan di dewan tu banyak bersesuaian dengan jumlah... jumlah penduduk di situ. Macam-
macam ada kelas taekwandolha, ada kelas Quran, majlis kahwin apatah lagi. Bila saya pergi majlis kahwin dekat situ dengan pengantin-pengantin berpeluh habis pengantin peluh, kesian pengantin. Pengantin berpeluh kerana semua dinding zink, atap pun zink buruk pula tu dengan tak ada kipas, tak ada apa dan sebagainya.
Jadi dah lama dah penduduk tu dia... dia bersungut dan memang pihak kerajaan dah tahu cuma sebab bila dah lama sangat bersungut terpaksa juga cakap dekat Dewan. Pada saya, saya tak minat sangat nak cakap bab ni kat Dewan sebab perkara tu boleh rujuk di luar tapi sebab dah dah lama sangat mereka mengharapkan dah puluhan tahun dah dewan tu kesian masuk putih keluar hitam, panas tuan-tuan sekalian. Jadi kita mengharapkan supaya pihak Majlis Perbandaran, pihak kerajaanlah dapat supaya buat dewan yang baru ataupun baik pulih dengan lebih... lebih baik. Kalau dulu banyak sekarang ni lebih kurang dalam 5 program je setahun dimaklumkan oleh pihak KRT dalam 5 program je sebab masyarakat pun bila nak kahwin dia pergi sewa dewan yang lebih... lebih jauh dewan tu tak boleh nak buat apa.
Yang Berhormat Dato’ Sri,
Pertama sekali saya bersimpati dengan YB daripada Tanjung Lumpur menyebut pasal bila ada pasal dewan... dewan uzur lepas tu kemudian bila nak mengadakan majlis sambutan atau resepsi perkahwinan tu jadi bila pakai dewan tu dia sampai pengantin dan pasangan pengantin berpeluh punya panas. Tapi saya ingat mungkin YB Tanjung Lumpur boleh berhubung dengan rakan saya Wakil Kerajaan yang bertanggungjawab mengenai portfolio Kebajikan Wanita. Kita ada Program Anggun Seri... Anggun Suri yang kita adakan resepsi untuk apa nama pasangan ya pasangan B40 yang yang tak mampu untuk mengadakan majlis perkahwinan resepsi so kita ada maknanya boleh buat secara berkelompok. Jadi lebih selesa ya satu usaha yang kita buat.
Yang keduanya, memang pihak kerajaan ada... ada cadangan melalui Yayasan Pahang untuk membina satu kompleks di kawasan er... di kawasan mungkin kawasan Tanjung Lumpur inilah yang telah pun dikenal pasti tapaknya insya-Allah kalau sekiranya dapat kita sediakan peruntukan, dia akan jadi satu kompleks yang melibatkan dewan yang besar boleh memuatkan kapasiti yang ramai dan boleh dilaksanakan untuk semua aktiviti kepelbagaian conference, konvensyen, seminar dan juga termasuk penggunaan untuk urusan jamuan dan sebagainya. Untuk makluman.
Terima kasih. Mudah-mudahan apa yang dicadangkan itu dapat berjalan dengan baik dengan lancar insya-Allah. Kami di Tanjung Lumpur ni menunggulah [ketawa] menunggu je lah projek tu nanti balik ni pun nanti orang Sungai Isap akan tanya saya.
Tak... tak saya nak maklumkan ni takut nanti bila kita buat tu jadi yang tadi saya teringat yang ni kes sahabat saya dari Kemayan. Dia cerita tu bila kita dah buat tu ada orang claim jadi nak betulkan lepas tu kemudian Kuala Sentul ni Kuala Sentul tanya bagi contoh macam mana ni apa nama keadaan di mana bila... bila kerajaan buat ada orang claim. Jadi saya sekarang ni nak perjelaskan bagi pihak kerajaan memang kita
ada perancangan, takut nanti orang terkeliru dia kata nasib baik ADUN Tanjung Lumpur bangkitkan perkara ni, baru la ada dalam Dewan. Sebenarnya kita dah ada dah perancangan tu dan insya-Allah kita akan laksanakan. Terima kasih.
Mencelah sikit YB Dato’ Sri, betullah keadaan tu kadang-kadang keadaan tu bila kita... bila kerajaan ada perancangan pelaksanaan tapi mungkin tak sampai masa lagi untuk dibuat. Jadi kita bagi teguran, bagi teguran tu kerajaan mula buat itu bukan maknanya claim kita memberi teguran check and balance la supaya projek itu berjalan seperti apa yang dirancangkan. Itu je. Terima kasih.
Eloklah tu maknanya sebab tu tema selalunya Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar selaku Menteri Besar selalu disebut ‘tiada janji, lihat bukti’. Maknanya kita ni tak uar-uarkan dulu kita kena buat tengok maknanya yang apa yang kita rancang tu dia buat secara teliti. Jadi kadang-kadang tu kita tak gembar-gemburkan awal tapi ini yang bila situasi yang berlaku sebenarnya perancangan yang kita adakan ini kita ada jangka masa pendek, pertengahan dan jangka masa panjanglah. Jadi, hanya jangan claimlah, itu je. Makna maksud saya itu er... kalau sekiranya betul dia katakan memang syor itu datang daripada pihak kerajaan. Kalau… kalau er... dalam konteks seumpama inilah yang saya baru ni kan? Yang kita bercerita pasal bajet. Pasal bajet je. Bajet itu tak ada kena mengena dengan itu, memang kita buat tiap-tiap tahun memang bajet itu begitu… begitu. Memang ada tambah baik dari masa ke semasa. Tapi bila ayat yang mula-mula, minta maaf cakap, sahabat saya daripada ini Cheka kata “nasib baik ada (tidak jelas), jadi ada bajet yang macam ini”. Yang tu yang kita tak nak itu, maknanya ada juga claim itu, er... itu… itu… itu… itu yang saya nak perjelaskan sini.
Itu Yang… Yang Berhormat er... Wakil Kerajaan. Yang Berhormat apa Benta dia panggil itu buah hujung [ketawa], buah hujung. Dia ada buah hujung dia itu. Buah hujung ini okey, kadang-kadang manis, kadang-kadang masam. Itulah buah hujung. Sila teruskan. Ada seminit lagi, dua minit lagi.
Hai ganti balik [Ahli Dewan ketawa]. Pandai ambil pandai ganti [ketawa]. Baik, saya ucap terima kasihlah.
Itu buah hujunglah itu [ketawa].
Buah hujung [ketawa]. Jadi saya ucap terima kasihlah di atas penjelasan pihak kerajaan itu. Jadi mudah-mudahan er... doa daripada apa penduduk Sungai Isap itu termakbul la. Dapatlah er… insya-Allah kalau dah siap baru, kita buat Walimah
Perdana. Kalau kerajaan buat Suri Anggun, kami buat Walimah Perdana ini kami jemputlah ya, insya-Allah datang. Dan kemudian insya-Allah er... isu tempatan juga ada dua lagi. Sekejap, sikit je Dato' Sri Pengerusi. Er... saya nak merujuk kepada…
Speaker.
Dato' Sri Speaker… Speaker.
Speaker, Pengerusi belum lagi.
Pengerusi.
Belum Mesyuarat.
Ya.
Dalam Jawatankuasa.
Belum turunkan cokmar apa [ketawa]. Baik, berkaitan dengan apa warga asinglah terutama sekali bangsa Rohingya yang ramai sangat di Medan Warisan, Tanah Putih itu, yang mana banyak sangat aduan, sungutan er... mereka ini memanglah saya pun rajin jumpa, bawa motor kadang tak pakai topi keledar, dengan anak-anak dia. Dia buat macam kat Rohingya itulah, dia buat macam kat kampung dia itulah kan. Kadang selalu jumpa di jalan besar dan sebagainya.
Tetapi di Medan Warisan ini dia ramai sangat, dia ramai, dia mendiami di situ dan ada banyak bangunan-bangunan kosong bertingkat atas itu, banyak dia duduk di atas itu. Memanglah mereka ada apa? Kad apa? UNHCR kan? Tetapi, apa yang mereka lakukan ini, sangat tidak menyenangkan penduduk ya.
Mereka suka hantar budak-budak rumah ke rumah untuk minta sedekah. Kalau pintu pagar tak kunci memang boleh masuk. Ramai ni. Di Medan Warisan terutama sekalilah sebab saya merujuk pada tempat saya, dia ada di Bukit Setongkol, Bukit Sekilau itu ada tetapi yang ramai kalau di kawasan saya, di Medan Warisanlah dia duduk di
sebelah, sebelah belakang itu, ramai ya. Puak-puak dia ramai dan saya masih ingat lagi pun waktu COVID pada hari itu pun memang ratusan bungkus juga sekali kita hantar untuk makanan dia orang itu, kalau tak hantar kang mati pula kan? Jadi nak tak nak [ketawa] kena hantar juga, tapi ramai. Jadi masalahnya ialah sikap, er... sikap… sikap mereka ini, sikap mereka yang suka pergi rumah ke rumah, minta dan sebagainya. Dah minta duit, tak bagi duit pula ada sejenis itu dia mengamuk, macam-macam er... itu perangai er... sikap orang Rohingya.
Yang keduanya ialah berkaitan dengan isu banjir. Alhamdulillah, pada tahun ini kita melihat er... banjir itu tidaklah berlaku dengan begitu besar melainkan air bertakung dan dalam keadaan terkawal. Terima kasihlah kepada pihak kerajaan, JPS dan sebagainya yang telah er... membuat sedikit sebanyak persiapan dan projek-projek yang bertujuan untuk apa? Apa… mengawal banjir ini berlaku.
Namun begitu, ada tempat-tempat tradisional yang daripada dulu di antaranya Pintasan Teruntum juga di belakang Medan Warisan yang bersambung dengan Cenderawasih, yang bila setiap kali air pasang memang naik, longkang situ besar tapi tak mampu untuk menampung air… air pasang. Ada juga minta supaya pihak er... kerajaan untuk ambil perhatian terhadap er... perkara tersebut. Dan kemudian yang terakhir, sebab ada satu minit, saya pun yang terakhir. Itu satu minit itu pada lapan minit yang lalu [ketawa].
Jadi saya, mengucapkan terima kasih pada pihak JKR, pada pihak kerajaan yang telah membuat turapan baru di Jalan Tanjung Lumpur er... ke Sungai Soilah er... sampai Kuantan Puteri dan sebagainya yang saya kira memakan masa yang agak panjanglah, panjang. Makna puas dahlah YB itu kena maki hamun. Jadi dapat juga terima kasih, alhamdulillah. Dia bukan YB je kena, dia termasuklah JKR dan sebagainya semua pakat kena belaka. Kita main dengan rakyat ini memang kita kena terima hakikat yang, yang begitu kita terpaksa berhadapan. Jadi, terima kasih.
Namun begitu, ada lagi kawasan-kawasan yang… jalan-jalan yang tidak rata, yang agak rosak terutama sekali di er... kawasan yang masih dalam pembinaan, pembetungan kan? Masih lagi jadi yang ini pun kami pun tak tahan telinga panas [ketawa]. Tak tahan telinga, sabarlah. Nak buat macam mana kan? Nak sangat jadi YB. Em… [ketawa]. Kena sabarlah, sebab dan saya pun tak tahu soalan itu pun dulu pun kita pernah kemukakan dalam Dewan, di pihak kerajaan pun tak dapat juga menjawab dengan baik sebab dia melibatkan apa… projek kementerian… projek kementerian dan sebagainya.
Tapi itu adalah di antara er... kawasan ataupun jalan yang… yang… yang sangat teruklah pada ketika ini er... yang perlu juga diambil perhatian. Jadi, saya ucapkan terima kasihlah pada pihak kerajaan yang [batuk] beri izin untuk er... saya berucap pada pagi ini. Hari ini tak berapa panas sangat [batuk]. Sebab semalam kalah, nombor 16, boling, sebab…
Yang Berhormat.
Ya.
Nombor 16 tu tak kalah. Dia top 20. [Ahli Dewan ketawa]
Dia sebab semalam tu sebab saya bawa isteri saya. Kalau tak ada dia tu, menang. [Ahli Dewan ketawa]. Er... tak ada dia itu boleh menang, cuma…
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker…
Cuma…
Ini… ini namanya claim sekali lagi. [Ahli Dewan ketawa].
Itu bukan claim, kambing hitam. Cuma dia tanya saya lepas dia lempar jatuh longkang, dia tanya bang, apa, kontraktor mana buat longkang ni? Dia kata sepatutnya tak ada longkang kat sini, barulah tak masuk longkang, ya. Jadi saya ucap terima kasihlah, dapatlah hadiah hari semalam walaupun nombor 16 ya.
Top 20. Bagus tu [ketawa].
Tapi saya bangga sikit sebab saya dapat mengalahkan hok muda-muda ni. Ha… tu je lah. Patut saya berseorangan semalam berhajat nak kalahkan Kemayan. Tapi tak ada arahlah. Er… tahniahlah Kemayan. Sebab er... kalau isteri saya tak ikut, saya itu. [Ahli Dewan ketawa]. Baik cukup sekadar itulah, gurau sikit pada pagi ini dan insya-Allah mudah-mudahan apa yang kita rancangkan er... di… er... dipermudahkan oleh Allah SWT. Saya mohon menyokong Bajet Belanjawan…
Dato' Sri Speaker…
Negeri Pahang 2026.
Dato' Sri Speaker, kita tahu dah kelemahan Tanjung Lumpur. Dah nampak dah.
Apa dia Yang Berhormat?
Melalui isterinya. [Ahli Dewan ketawa].
Tak, insya-Allah. [Ahli Dewan ketawa]. Dia… dia bukan…
Dia kata, ini pertandingan ke permainan? Permainan boling berpasangan. Jadi itu yang saya tak berapa nak pergi itu. [Ahli Dewan ketawa].
Semalam itu kalah itu sebab dua, sebab dia ada dua, satu kategori cerah, satu kategori gelap. Jadi kelemahan saya ini cerah, gelap okey. [Ahli Dewan ketawa]. Dah… dah. Okey cukup sekadar tu terima kasih semua. Assalamualaikum WBT. [Ahli Dewan menepuk meja]
NEGERI
Terima kasih wakil daripada Tanjung Lumpur. Kita pergi ke selanjutnya wakil daripada Jenderak, sila.
(Ayat al-Quran). Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker atas peluang untuk perbahasan pada kali ini. Pertamanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana terus cemerlang dalam menguruskan negeri ini sehingga berjaya mencapai hattrick RM1 bilion kutipan hasil selama 4 tahun berturut-turut [Ahli Dewan menepuk meja]. Tahniah Yang Berhormat Menteri Besar Pahang atas pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2026 yang mengutamakan kepentingan rakyat bertemakan Pahang 1st Rakyat
Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan dengan melalui tujuh teras utama Belanjawan Negeri Pahang tahun 2026.
Saya amat bersyukur menjadi anak Pahang apabila kutipan hasil kerajaan negeri berada pada tahap yang membanggakan dengan terus melepasi angka RM1 bilion sejak tahun 2022. Ini kerana tadbir urus dinamik, pengukuhan kutipan hasil ini memberi kekesanan usaha mengawal ketirisan serta lonjakan ekonomi. Ini membuktikan dengan rekod Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Pahang yang meningkat dalam tempoh 2019 sehingga 2024. Hasil daripada dasar pembangunan yang strategik, mampan, telus dan kepimpinan yang berwibawa. Tambahan pula dipacu oleh sektor perkhidmatan, pembuatan, perlombongan dan pengkuarian serta pertanian.
Pencapaian dan pengiktirafan kerajaan ini adalah usaha gigih kepimpinan kerajaan negeri yang disokong oleh rakyat. Yang paling utama, adalah kestabilan politik seperti mana Dato' Sri Speaker maklum tadi. Tahniah juga pada kerajaan negeri kerana menerima pengiktirafan melalui penganugerahan Sijil Ketua Audit Negara bagi pendapat tanpa teguran untuk Penyata Kewangan Tahun 2024 yang merupakan bukti jelas bahawa kerajaan negeri mengamalkan tadbir urus kewangan yang cekap, telus dan berintegriti. Saya yakin dan percaya kerajaan negeri tidak membuat andaian dan tidak bimbang dalam urus tadbir kerajaan negeri.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Berkenaan dengan pendidikan yang menjadi keutamaan, apatah lagi di dalam kawasan Jenderak. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang selalu cakna terhadap pendidikan. Tambahan pula dengan mewujudkan Akademi Pahang 1st, Akademi Rel Pahang, Universiti Pahang, Universiti al-Quran dan TVET. Dengan adanya pendidikan seumpama ini akan melahirkan belia yang berwawasan dan kepimpinan masa hadapan dan akhirnya boleh mengubah corak kehidupan dan masyarakat seterusnya melonjakkan ekonomi. Saya berharap peluang ini di beri manfaat kepada anak-anak kampung, anak-anak masyarakat Orang Asli dan anak-anak FELDA.
Tak lupa juga dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan juga Exco Pendidikan, Exco Hal Ehwal Orang Asli kerana telah berusaha dan mendapat kelulusan Sekolah Kebangsaan Penderas sebagai K9 dan sekarang dah mendapat K11 untuk kepentingan anak-anak masyarakat Orang Asli Kuala Krau.
Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pentadbiran FELDA yang berusaha menyusun atur semula sistem pentadbiran dan tadbir urus yang lebih baik dan bersistem untuk memastikan kecemerlangan, keharmonian dan kesejahteraan masyarakat FELDA. Bagi menambah baik kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas di dalam kawasan FELDA seperti pejabat, rumah kedai, dewan orang ramai, sekolah-sekolah ugama, masjid yang berada di dalam komuniti FELDA.
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Pelangai yang telah dilantik selaku Ahli Lembaga Pengarah FELDA [Ahli Dewan menepuk meja], tahniah. Dan tidak lupa juga kepada kerajaan negeri yang banyak membantu di kawasan dan juga masyarakat FELDA. Di kesempatan ini juga, saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan negeri khususnya Pejabat Daerah yang diketuai oleh Dato' DO, JKR, PAIP, Majlis Perbandaran
Temerloh, JPS yang sentiasa prihatin memastikan kemudahan dan prasarana berada dalam keadaan terbaik seperti penambahbaikan baik pulih jalan kampung, jalan negeri, dewan, pekan sehari dan kemudahan asas yang lain termasuk yang terbaru tebatan banjir bernilai RM74 juta.
Terima kasih Kerajaan negeri kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang telah mewujudkan tabung bencana sebanyak RM10 juta. Ianya memberi manfaat kepada mangsa ribut, mangsa banjir dalam negeri Pahang yang mendahului negeri jiran. Khususnya bantuan ribut dan banjir daerah Temerloh sebanyak RM1.3 juta dan melibatkan 791 orang. Ianya dapat meringan banyak kerugian kepada mangsa. Ini adalah yang dikatakan rakyat didahulukan kemakmuran dipertahankan. Akhirnya, izinkan saya membaca serangkap pantun.
Pahang terpelihara aman sentosa, Khazanahnya wajib kita kekalkan, Dengan rendah hati menutup bicara, Agar Pahang terus dipertahankan. [Ahli Dewan menepuk meja]
Jenderak menyokong sepenuhnya Belanjawan 2026, belanjawan terbaik Pahang. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh [Ahli Dewan menepuk meja].
Terima Kasih wakil daripada Jenderak. Seterusnya wakil daripada Pulau Tawar.
[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT dan selamat tengah hari. [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Terlebih dahulu terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker kerana memberi kebenaran kepada saya untuk berbahas pada tengah hari ini. Pertama, alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita semua dapat hadir ke sesi sidang DUN pada kali ini. Pertamanya, tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang di atas pembentangan Belanjawan 2026 pada hari Jumaat yang lalu.
Semoga bajet ini akan dinikmati oleh segenap lapisan rakyat negeri Pahang. Insya-Allah, perbahasan saya pada tengah hari ini akan akan menyebut beberapa perkara. Pertama, saya akan sentuh berkenaan dengan kebersamaan. Yang kedua, saya akan menyentuh tentang cadangan. Yang ketiga, saya akan menyentuh tentang persoalan. Yang terakhir, saya akan menyentuh tentang puji atau tahniah.
Yang pertama, Yang Berhormat Speaker, saya menyentuh tentang dalam buku bajet baru ini disebut tentang perkara teras yang kedua iaitu melonjak ekonomi negeri. Dalam pembentangan ini, pada muka surat yang ke 13 ada disebut tentang melonjak ekonomi negeri pada perkara nombor 66... nombor 60 iaitu kerajaan negeri memperuntukkan RM300,000.00 bagi memastikan rakyat memahami hala tuju ekonomi negeri melalui Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang. Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang, PET30. Pada 24 Jun baru ni, Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Pahang, MPEN telah membentangkan Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang 2025 - 2030 kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan Exco di Geo Hotel and Resort Genting. Dalam pembentangan tersebut, ada tiga paksi utama yang disentuh
iaitu pertama sekali kesejahteraan rakyat. Yang kedua bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Yang ketiga pertumbuhan ekonomi dipacu oleh sektor swasta.
Disebut dalam program tersebut adalah komitmen bersama rakyat Pahang untuk merealisasikan Pelan ini secara menyeluruh. Jadi, saya mencadangkan agar taklimat ini sangat baik, bagus. Tahniah saya ucapkan. Jadi, saya minta agar taklimat Pelan ini turut ditaklimatkan kepada semua Yang Berhormat yang hadir dalam sidang DUN pada kali ini termasuk kami daripada barisan Pembangkang supaya Pelan Ekonomi ini jika kami tahu bagaimanakah bentuknya dan insya-Allah kami boleh ceritakan pada rakyat, apabila pulang ke DUN masing-masing nanti, insya-Allah.
Yang kedua, mengukuh agenda Keterjaminan Makanan Negeri. Pada muka surat 14, point yang ke 62 Perkara 3 iaitu peruntukan RM500,000.00 melalui Skim Makmur Ternak untuk membantu penternak kecil dan sederhana meningkatkan kapasiti pengeluaran. Jadi sepertimana kita maklum, kerajaan negeri ada menyediakan skim makmur ternak ini untuk membantu penternak kecil dan sederhana meningkatkan pengeluaran daging ruminan. Ruminan ini adalah daging kambing, lembu, kerbau, biri-biri dan lain lain. Baik apa yang dikatakan sebagai ruminan ni adalah berasal daripada bahasa Latin 'ruminare' iaitu mengunyah lagi. Jadi binatang ternakan tadi yang saya sebutkan tadi seperti kambing, lembu, kerbau ni sifat dia, dia akan menyimpan makanan yang diragut di bahagian rumen dan akan mengeluarkan semula makanan tersebut ke mulut untuk dikunyah ketika berehat. Jadi binatang ni bila dia rehat dia makan lagi seolah kita tak kot...
Orang Jerantut panggil pawah.
Betul Yang Berhormat. Jadi apabila Skim ini ada baik dan ada dua geran pada skim ini pertama, geran pemadanan iaitu sehingga RM10,000.00 untuk kos 10% nilai baka induk ternakan. Yang kedua, geran penuh sehingga RM5,000.00 untuk input ladang, bahan pembinaan, pembaikan ladang, infrastruktur ladang. Baik, cuma apabila saya turun ke lapangan berjumpa dengan anak-anak muda yang menternak lembu, kerbau secara kecil-kecilan ini isunya adalah mereka mencari peruntukan untuk memperbaiki infra ladang mereka sama ada pagar dan sebagainya. Jadi saya tengok dalam ini dalam bajet ini ada disebut tentang peruntukan RM500,000.00 untuk Skim Makmur Ternak ini iaitu jenis bantuan Geran Pemadanan dan Geran Penuh. Jadi saya tengok RM500,000.00 ini mungkin tak cukup Yang Berhormat... Yang Amat Berhormat. Jadi, saya mencadangkan supaya RM500,000.00 ini ditambah kepada RM1 juta. Mudah-mudahan cadangan ini akan diambil kira oleh pihak Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Yang ketiga isu setempat iaitu persoalan yang saya nak sebut di sini adalah ada berapa kes di Tanah Rancangan FELDA yang saya wakili iaitu berkenaan dengan kutipan sisa domestik sampah asalnya mengikut jadual, syarikat yang menguruskan kutipan... kutipan sisa ini adalah sebanyak dua kali seminggu menjadi rungutan sejak akhir-akhir ni ada beberapa Tanah Rancangan FELDA yang mereka mengadu bahawasanya kutipan sisa domestik ini tidak mengikut jadual.
Mungkin pihak kontraktor ada masalah tentang kerosakan lori dan sebagainya. Namun, persoalan ini mungkin boleh dijawab oleh pihak Yang Berhormat Exco pada penggulungan nanti. Apakah masalah sebenar yang berlaku menyebabkan sampah-sampah ini kadang-kadang berlonggok di hadapan rumah peneroka?
Yang keempat. Yang ini berbentuk tahniah dan saya sebut kepada kerajaan negeri tahniah dan terima kasih banyak-banyak di atas satu program... satu projek penggantian paip lama. Ataupun disebut sebagai menaik taraf jajaran paip sedia ada dari Kampung Pulau Tawar ke Kampung Bukit Nikmat dan kawasan sekitar yang mana projek penggantian paip lama ini telah lama kita sebut. Yang Berhormat sebelum ini pun dah sebut tentang keperluan penggantian paip-paip lama ini. Alhamdulillah, baru-baru ni saya tengok pihak er... apa...
Mohon mencelah. Saya Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya nak tanya lagi daripada Pulau Tawar ini dia menyentuh pasal kutipan sampah. Jadi saya nak tanya kawasan sampah dua kali itu dia ini kawasan siapa? Kawasan Yang Berhormat ke kawasan Dato' Wakil Kerajaan?
Saya terima aduan tentang sisa domestik tadi dia tidak diurus mengikut jadual. Kawasan yang saya wakililah. Tak banyak Yang Berhormat tapi dia ada kawasan-kawasan tertentulah.
Untuk kutipan sisa-sisa pepejal ni, kalau Yang Berhormat ada masalah dengan kontraktor tersebut boleh berhubunglah dengan pihak FELDA kawasan terbabitlah ya kawasan ADUN untuk diuruskan dengan baik.
Baik. Insya-Allah saya akan berjumpa dengan pihak pengurusan FELDA terbabit untuk diselesaikan perkara tu.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Untuk maklumanlah ya, untuk masa akan datang untuk ke arah kita mewujudkan waste to energy ni tidak ada lagi kita akan usaha untuk supaya pihak FELDA, FELCRA dapat bersama melupuskan sampah atau sampah di kawasan-kawasan FELDA terbabit ni supaya dapat di hantar kepada waste to energy nanti. Tapi untuk sementara ni kita mintak pihak FELDA, FELCRA menguruskan kawasan masing-masing kerana melantik kontraktor-kontraktor yang telah didaftarkan bersama SWCorp. Hari ni dia
menuntut... patut melantik kontraktor-kontraktor yang berdaftar bersama dengan SWCorp supaya dapat melupuskan sisa pepejal dengan teratur ya Yang Berhormat.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Exco. Yang terakhir tadi saya sebut tentang apa ni projek penggantian paip-paip lama. Alhamdulillah, kita lihat baru ni signboard telah dinaikkan oleh pihak Perbadanan Aset Air Berhad, PAAB dan disebut di situ, bahawasanya saya mengucapkan tahniah, terima kasih kepada Perbadanan Aset Air Berhad, PAAB dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang dan juga Perbadanan er... PAIP pihak air Pahang di atas kejayaan menyelesaikan masalah penggantian paip lama di sekitar kawasan kampung terbabit dan mudah-mudahan menaik taraf jajaran paip ini yang disebut bermula pada tahun ini dan akan disiapkan pada 16 haribulan tiga 2027. Mudah-mudahan penduduk di sana akan menikmati dengan baik air yang lebih baik pada masa mendatang. Dan inilah kami pihak pembangkang sangat menghargai setiap usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan dalam memastikan supaya rakyat terus menikmati kemudahan kesenangan dalam apa jua kehidupan mereka dan insya-Allah kami di pihak barisan pembangkang akan sentiasa memberi sokongan dan dokongan kepada pihak kerajaan memastikan supaya negeri Pahang ini yang kita dokong ini terus maju pada masa-masa mendatang. Di akhirnya saya dengan ini menyokong bajet ini. Sekian, terima kasih.
Seterusnya kita jemput wakil daripada Chenor.
Assalamualaikum WBT (Ayat Al-Quran). Terima kasih kepada Dato' Sri Yang Berhormat Speaker. Yang saya hormati, Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, pentadbir-pentadbir daerah dan semua yang hadir dan yang menyaksikan persidangan kita pada tengah hari ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker yang memberi ruang dan peluang untuk saya berbicara dan membahaskan Belanjawan Negeri Pahang 2026.
Saya mulakan perbahasan saya dengan memetik firman Allah SWT untuk renung… renungan bersama dalam Surah Al-Anfal ayat yang ke-63, Allah SWT berfirman, (Ayat Al-Quran) yang bermaksud, “dan Dialah Allah yang menjinakkan hati-hati mereka walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menjinakkan hati mereka. Akan tetapi Allah SWT yang telah menjinakkan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana”.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Saya ucapkan tahniah di atas pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2026 oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang pada hari Jumaat, 5 Disember lalu yang menyasarkan RM1.279 bilion kutipan hasil dan RM1.274 bilion diperuntukkan perbelanjaan mengurus serta mengandungi tujuh teras. Di antara teras-teras tersebut, antaranya Memartabatkan Agama Islam, Memelihara Institusi Diraja dan Mengangkat Warisan Budaya.
Peruntukan sejumlah RM235.95 juta untuk memperkukuhkan Islam sebagai paksi kehidupan. Di antaranya asasnya adalah pendidikan. Melalui pendidikan yang berterusan dan berkualiti, umat Islam dapat membina generasi yang memahami agama dengan betul, mengamalkan dengan ikhlas serta mempertahankan nilai-nilai Islam dengan kehidupan seharian.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas pembinaan Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang ketiga di daerah Maran dengan kos keseluruhan RM15 juta. Semoga pembinaan maahad ini dapat meluaskan akses kepada pendidikan tahfiz yang berkualiti dan menjadi platform melahirkan lebih ramai huffaz dan ilmuan muda yang berakhlak mulia, berdisiplin serta berdaya saing bagi memimpin masyarakat dan negeri ke arah kejayaan dunia dan duniawi dan ukhrawi.
Saya juga mengucapkan tahniah di atas penjenamaan UniPSAS sebagai Univesiti Al-Quran dengan peruntukan sebanyak RM20 juta yang bakal menjadi Universiti Al-Quran pertama bukan sahaja di Malaysia mungkin di Asia. Diharapkan penjenamaan ini bukan sekadar berubah nama tetapi satu langkah strategik dan penuh visi untuk menjadikan UnIPSAS sebagai institusi unggul dalam memartabatkan ilmu al-Quran, penyelidikan berteraskan wahyu dan Pendidikan Islam yang menyeluruh.
Sesuai dengan nama dan identiti barunya sebagai Universiti Al-Quran, maka dicadangkan universiti ini dapat membuka fakulti yang khusus dalam bidang i’jaz ilmi ataupun mukjizat saintifik yang dapat meningkatkan keyakinan serta menghubungkan ilmu wahyu dengan sains moden.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Izinkan saya membawa beberapa isu di kawasan saya. Di antaranya, keperluan melihat semula dan menaik taraf jambatan Sungai Nerek di mana jambatan Sungai Nerek ini merupakan laluan penting yang menghubungkan Chenor ke Bandar Jengka dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan menjadi nadi penggerak utama penduduk setempat. Namun, jambatan ini telah terbukti tidak relevan di segi untuk menampung keadaan semasa dan juga banjir. Sejarah banjir membuktikan bahawa jambatan ini sering dinaiki air antaranya pada tahun 2014, 2015, 2017 dan 2021. Setiap kali banjir besar berlaku, penduduk setempat yang berurusan di Bandar Jengka atau pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) akan terputus hubungan dan menyukarkan urusan mereka. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan keselamatan malah melemahkan kesiapsiagaan bencana negeri. Rentetan itu, saya mengharapkan agar jambatan Sungai Nerek dibina semula dengan reka bentuk baru lebih tinggi dan mematuhi standard pengurusan risiko banjir semasa. Saya juga mengharapkan supaya dapat dipantau jambatan-jambatan yang bila hujan lebat, air tidak dapat mengalir dengan lancar lalu bertakung di atasnya. Mungkin kerana saluran tersumbat, ia membahayakan pengguna jalan raya seperti di jambatan Sungai Jengka, Batu 13.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Isu yang kedua adalah berkenaan jalan raya khususnya di kawasan saya. Antaranya kawasan Kampung Baru Pertanian, Kampung Paya Pasir, Kampung Jengka Batu 13, Kampung Embun. Jajaran-jajaran ini berada pada aras rendah dan kerap tenggelam ketika banjir menyebabkan gangguan teruk terhadap aktiviti harian penduduk. Keperluan menaikkan taraf jalan ini semakin penting apabila Stesen ECRL di Kampung Sungai Ling dijangka siap pada tahun 2027. Laluan ke stesen strategi ini pasti akan meningkatkan pergerakan ekonomi dan logistik. Namun, jika jalan raya
masih berada pada aras rendah, ia akan terus menjadi titik lemah yang menjejaskan pembangunan dan operasi kelancaran.
Setiap kali banjir berlaku… berlaku, penduduk akan terputus hubungan dan terganggu urusan harian termasuklah keadaan jalan raya di kawasan Bukit Genting, Paya Pasir yang sedang mendap, berkemungkinan ada pergerakan di bawah tanah. Harap dapatlah dipantau oleh agensi yang berkaitan.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Keperluan kemudahan sukan di kampung tradisional di kawasan Chenor ni seperti Kampung Sekara, Kampung Bukit Kening, Kampung Huma Luas, Kampung Dalam, Kampung Jalan Panjang, Kampung Kabut dan Kampung Awah masih kurang kemudahan sukan termasuklah padang bola sepak dan fasiliti riadah lain untuk komuniti. Sekarang komuniti terpaksa berkongsi kemudahan dengan sekolah yang tidak ideal untuk aktiviti riadah harian mereka.
Saya ingin mencadangkan agar kerajaan menimbang agar kemudahan sukan di kawasan-kawasan kampung seperti padang bola, padang futsal, badminton atau takraw dapat dibina atau diselenggara mana yang terbiar seperti di padang di Kampung Sekara supaya komuniti dapat beriadah dengan selamat, sihat dan menjauhi aktiviti negatif.
Dato' Sri Speaker,
Saya juga mengambil kesempatan dalam Dewan Yang Mulia ini untuk mengangkat beberapa isu berkaitan masjid dalam kawasan Chenor yang perlukan perhatian serta tindakan. Yang pertama Masjid An-Nur Bukit Lada. Masjid Bukit Lada ini telah melalui proses cadangan pembesaran pada 9 Mac 2024. Melalui titah perkenan daripada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan, yang berkenan berangkat merasmikan masjid ini. Namun, sehingga hari ini, urusan pembesaran masjid tersebut belum dimulakan lagi. Saya mohon agar kerajaan negeri dapat menyemak semula peruntukan projek ini, sekali gus memastikan titah Tuanku yang dilaksana… dapat dilaksanakan. Kelewatan ini dapat menjejaskan keselesaan jemaah khususnya pada hari Jumaat dan juga hari raya.
Yang kedua Masjid Kampung Nyak dan juga Kampung Sekara. Bukan dua kara, sekara. Saya juga ingin minta pihak kerajaan mengambil perhatian kepada Masjid Kampung Nyak dan Masjid Sekara. Dua buah masjid yang selalu terjejas teruk setiap kali banjir yang berskala besar. Kemungkinan dengan banjir tersebut permaidani rosak, pendawaian elektrik terjejas dan juga banyak aset-aset yang lain. Jadi saya mengharapkan supaya kerajaan dapat mempertimbangkan secara khusus penyediaan tapak baru yang lebih tinggi dan selamat ataupun menaik taraf masjid dengan meninggikan struktur masjid tersebut.
Akhir sekali, saya suka untuk ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan dan agensi-agensi yang telah menangani permasalahan-permasalahan demi memberi keselesaan kepada rakyat Chenor dan juga mudah-mudahan bajet kita dapat laksanakan dengan lancar. Jadi Chenor mohon menyokong Bajet Belanjawan 2026 ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum WBT. [Ahli Dewan menepuk meja]
Saya akan memberikan peluang… terima kasih wakil daripada Chenor. Kita akan memberikan peluang satu lagi iaitu wakil daripada Kuala Sentul. Sahabat dengan Chenor ya untuk bagi er… apa namanya? Menggulung atau membahas dan merupakan pembahas kita terakhirlah untuk pagi ini sebelum kita berehat untuk makan tengah hari dan juga untuk kita solat Zohor. Sila.
(Ayat Al-Quran). Assalamualaikum WBT. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan, para pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berjaya membentangkan Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2026. Satu belanjawan yang cuba… satu belanjawan yang cuba menyeimbangkan antara pembangunan fizikal dan sosial dengan penekanan kepada kesejahteraan-kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya. Tahniah juga kepada pegawai dan penjawat awam yang telah bertungkus-lumus menyiapkan belanjawan ini sejak dari bulan lima lagi. Alhamdulillah, dapat dua bulan. Kalau boleh tambah setengah bulan lagi pun cantic [ketawa].
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya ingin fokuskan isu… kepada isu perumahan. YB Exco dah tak da… Saya tak ada apa isu dengan dia, cuma saya…
Tak apa… tak apa… tak apa Yang Berhormat. Dia ada dua orang… dua orang bekas Exco Perumahan ni. [Ahli Dewan ketawa] Dah ada dah. Ini dia favourite dia punya ni, spar… sparring partner dia. [Ahli Dewan ketawa] Sila Yang Berhormat Exco Wakil Kerajaan bersedia untuk menjawab.
Saya ingin mempromo… saya tiada isu…
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Bila tadi saya nak keluar nak pergi kencing, lepas tu bila saya tengok… tengok dia bangun, terus tak jadi.
Pergi ke sungai kecik…
… terus tak jadi
bukannya…
… pergi ke sungai…
… sungai kecik…
Terus tutup balik. Masuk semula. Lepas ni lah, lepas siap. [Ahli Dewan ketawa]
Saya ingin memfokuskan kepada isu perumahan ni sebab isu utama di Pahang ni kekurangan rumah mampu milik yang banyak rakyat Pahang menghadapi kesulitan untuk memiliki terutama golongan mudalah dan pembangunan yang tidak seimbang tertumpu kepada bandar dan di luar bandar itu kurang sikit. Jadi, saya ada membuat sedikit analisis er… merujuk kepada permohonan menerusi portal e-rumah Pahang yang… Yang Berhormat sebut pagi tadilah. Jadi analisisnya secara menyeluruh menunjukkan Pahang berada dalam pasaran hartanah secara mikro kelihatan sihat tetapi di lapangan wujud krisis keterjangkauan dan missmatch yang besar.
Antara produk-produk yang rakyat benar-benar memerlukan dengan projek yang sedang dibina dan dipasarkan oleh kerajaan negeri serta pemaju. Permintaan rakyat sehingga 31 Oktober 2025 terdapat 112,391 permohonan dalam portal e-Pahang Yang… Yang Berhormat sebut tadi kan. Dengan 66,000 permohonan untuk PAKR, 32,496 untuk PR1MA, 6,408 untuk Rumah Makmur dan 5,218 untuk PRR. Lebih 98,000 permohonan tertumpu kepada produk di bawah sekitar RM100,000.00 menunjukkan permintaan paling mendesak ialah rumah benar-benar kos rendah dan mampu milik.
Skim lain merekodkan permohonan jauh lebih kecil. Rumah Pahangku 100… 1,197 permohonan, Rumah Pahang 955, Rumah Mesra Pahang hanya 68 permohonan dan RPAP ini Rumah Penjawat Awam hanya 49 permohonan. Jadi, harga pasaran dan trend nasional 2024, quarter 1 2025 secara nasional harga rumah purata Malaysia sekitar RM483,879.00 pada quarter 4 2024. Naik 1.4% setahun tetapi turun sedikit 2% suku tahun, mencerminkan pasaran sederhana dan sedikit menyejuk. Di Pahang, harga purata sekitar RM272,756.00 hingga dua… RM290,000.00 pada tahun 2024 lebih rendah daripada negeri maju tetapi masih tiga kali ganda harga produk paling popular di bawah Skim LPHP.
Transaksi kediaman Malaysia mencapai 260,516 unit pada tahun 2024 tertinggi dalam dekad ini dengan nilai RM106.9 bilion. Pahang sendiri mencatatkan pertumbuhan transaksi sekitar 10.74% menunjukkan pasaran aktif terutamanya dalam segmen rumah di bawah RM300,000.00. Dalam masa sama, struktur pinjaman perumahan menunjukkan pertumbuhan lebih pantas dalam pinjaman untuk rumah RM250,000.00 hingga ke RM1 juta berbanding rumah di bawah RM250,000.00. Ini menandakan fokus sistem kredit ke arah segmen lebih mahal… ke arah segmen lebih mahal.
Bekalan tidak… tidak terjual… overhang dan kadar huni occupancy Pahang 2024. Pada tahun 2024, Pahang mencatat 5,037 unit mula dibina dan 3,786 unit siap. Peningkatan 14% untuk projek mula bina tetapi sedikit menurun 0.4% untuk projek siap berbanding tahun 2023. Laporan Wilayah Pantai Timur menunjukkan bagi kategori rumah kerajaan yang mampu milik, hanya sekitar 262 unit mula dibina dan 141 unit siap yang dikategorikan overhang dengan pelan bekalan baharu sekitar 349 unit 2024, berbanding 118 unit pada tahun 2023.
Di peringkat Malaysia, overhang turun kepada 23,149 unit. Pada tahun 2024, dengan majoriti kondominium apartment dan rumah teres di negeri maju. Pahang hanya menyumbang sebahagian kecil overhang menunjukkan occupacy rate. Projek siap di Pahang agak tinggi, namun jika dibandingkan dengan backlog permohonan yang sebanyak 112,000 tadi, kapasiti pembinaan tahunan apatah lagi untuk segmen LPHP jelas tidak seimbang. Backlog boleh berlarutan bertahun walaupun semua unit baharu disalurkan kepada pemohon sedia ada. Simulasi…
Er… minta mencelah YB. Pasal yang pemohon sedia ada tu yang kat mana tu… yang rumah berlebih ke? Rumah yang berlebih ke apa ni? Rumah yang tak dijual ni kat mana tu? Nanti bagi saya tu…
Ni analisis, dia tak kira mana-mana seluruh Pahang.
Mencelah dulu. Maknanya nak mencelah je. Ala… mencelah pun tak boleh. [Ahli Dewan ketawa] Jawab je lah dah mencelah. Mencelah Yang Berhormat Yang di-Pertua, sebelum dia melanjut yang tak tentu arah ni [Ahli Dewan ketawa], saya… saya tak faham bila saya buat rumah PR1MA…
YB Dato’ Sri, saya nak… ini analisis. Situasi rumah…
Tak. Nanti dulu…
… perumahan di Pahang, bagi saya habiskan dulu.
Saya mencelah.
Ini bukan tak tentu arah. Ini fakta ini… ini daripada…
Tak. Ini fakta ni… ini fakta…
… laporan negeri Pahang…
Yang Berhormat. Saya tak boleh benarkan dua orang…
kerajaan…
… bagi kerajaan berucap dulu, lepas tu Yang Berhormat boleh…
Besok-besok dah jadi kerajaan, boleh macam tu [Ahli Dewan ketawa] Tidak, kita Yang Berhormat, saya bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita buat program semua rumah-rumah ni memang tak cukup, tak ada yang tak terbeli tak terjual, tak ada. Rumah-rumah… Rumah Makmur, Rumah Rakyat Pahang, Rumah Pahangku, Rumah Mesra Pahang, YB tau tak Rumah Mesra Pahang tu macam mana? Cuba YB beritahu Rumah Mesra Pahang tu jenis yang macam mana?
YB. Rumah yang saya… saya cakap ni rumah ini peringkat nasional yang tak terjual ni, dekat Pahang saya bagi tahu tadi sedikit je… bukan masalah. Sebab tak cukup… saya tak habis lagi…
Pasal tadi Yang Berhormat…
Saya…
Yang Berhormat, sebab tu Yang Berhormat jangan sebut tadi… Yang Berhormat tadi nak pergi ke tempat lain… jadi tak jadi tempat itu yang… [Ahli Dewan ketawa]
Saya… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua… Tuan Yang di-Pertua, saya bukan apa… cerita hal Pahang lah... cerita hal Pahang. Saya nak tanya, Yang Berhormat Yang di-Pertua, tadi dia dah buat kajian, Rumah Mesra Pahang tu rumah yang macam mana, yang kita nak berikan kepada rakyat ni yang kerajaan nak subsidize ni, Rumah Mesra Pahang ni rumah macam mana?
Tapi Dato’ Sri, saya faham. Kerajaan Pahang bagus dalam rumah rakyat Pahang yang bagi percuma tu. Terima kasih. Alhamdulillah. Itu untuk rakyat miskin dan miskin tegar. Ini rumah pertengahan ni sederhana rendah…
Ini… ini Yang di-Pertua, bukan rumah percuma. Rumah Mesra Pahang ni…
Tak. Yang Berhormat ni Yang Berhormat Kuala Sentul. Wakil Kerajaan tanya, Rumah Mesra Pahang ni macam mana? Kalau tak tahu cakap je tak tahu. Saya tak tahu. Ha… Speaker memang tak tahu. Kalau tak diterangkan.
Ada… ada, tapi saya tak sampai lagi Yang Berhormat. [Ahli Dewan ketawa]. Rumah Mesra Pahang, rumah di tanah sendiri. Harga sekitar RM75,000.00 dengan subsidi RM15,000.00. Baguslah ada subsidi. Tapi sabar dulu bagi saya cakap habiskan permohonan kecil…
Yang Berhormat, sila…
Tak… bukan tak boleh sabar yang itu er… dia er… dia boleh bercakap tapi dia jangan pandang saya, pandang Yang di-Pertua. [Ahli Dewan ketawa] Ini masalah dia ini. [Ahli Dewan ketawa] Itu sebab saya kena er… saya pusing balik tadi. [Ahli Dewan ketawa] Dia memang nak cari pasal dengan saya, tapi saya cukup er… saya banyak kali dia cakap itu dia pandang saya tapi pandang la Yang di-Pertua. Yang Berhormat Yang di-Pertua er… macam itu Rumah Mesra Pahang ini harga dia RM75,000.00, RM15,000.00 ini subsidies oleh kerajaan negeri… subsidi oleh kerajaan negeri itu er… subsidi itu kuat sedikit bunyi. [ketawa]
Betul, subsidi daripada kerajaan negeri RM15,000.00 tapi permohonan dia kecil sebab er… syarat dia kena milik tanah sendiri betul er… saya paksa er… saya terpaksa…
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya ini bukan rumah sahaja er…
Yang Berhormat, kalau seorang bercakap mesti seorang duduk.
Tak er… itulah seni dia. [ketawa] Tak er… maknanya kita mengimbangi, kita er… kita dengar maknanya rumah SPNB tak mencukupi, banyak orang minta tak dapat, daerah ini mintak tak dapat, daerah ini tak dapat tapi negeri Pahang kita buatlah inisiatif macam SPNB. Kita bagi er… benda yang sama sahaja dan mohonlah dengan er… mana Skim Perumahan Pahang kita. YB tolonglah bagitahu.
Betul YB Dato’ Sri Speaker, saya tak ada isu dengan Rumah Mesra Pahang ini… saya tak cakap pun er… cuma saya nak bagitahu…
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Saya tak pernah dengarlah, saya tak pernah dengar dalam YB daripada mana er… Kuala Sentul ini dalam TikTok ke mana ke puji er… Perumahan Pahang. Tolong beli kalau nak rumah ini tak ada, saya tak pernah dengar. Promosikan Kerajaan Pahang buat rumah.
Itu tunggulah saya pergi belah sana. [ketawa] Offer pun tak ada er… macam mana [Ahli Dewan ketawa] Bagi black and white.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Saya dengan ADUN Kuala Sentul ini banyak kali jumpa tapi minum-minum kopi sahajalah. Kadang-kadang dia nampak nak sangat ke sebelah sini tapi saya tak tahu dia nak offer itu macam mana. [Ahli Dewan ketawa] Masalahnya tak berterus-terang jadi YB lepas ini boleh jumpa saya ataupun jumpa ADUN Bebar untuk kita bincang lebih lanjutlah ya selain daripada kita bincang masalah perumahan dan sebagainya kita bincang masalah tawar-menawar ini. [Ahli Dewan ketawa] Terima kasih.
Tak apa er… tak apa kita er…
So, er… YB ini wakil daripada er… daripada Kuala Sentul apa macam? [Ketawa]
Tak apa saya atur semula minum kopi dengan Yang Amat Berhormat tapi Yang Amat Berhormat buat kenduri dulu kan minggu lepas tak ajak. [ketawa] Okey, ini er… ini nak sambung er… YB Bebar saya bukan er… saya nak bagi analisis er… situasi perumahan di Pahang merujuk kepada permohonan daripada rakyat Pahang er… backlog berpotensi berlarutan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 tahun jika tiada lonjakan besar kapasiti. Cara pengiraan ringkas contoh er… permohonan terkumpul sebanyak 112,391 unit setakat 31 Oktober. Kapasiti binaan semasa di Pahang semua jenis rumah 3,786 unit siap pada tahun 2024 sebab komitmen kerajaan nak bina rumah ini tapi tak disebut dalam belanjawan berapa unit untuk tahun depan.
Jadi jika kita optimistik sekali pun, andaian 70% dari unit siap setiap tahun ialah rumah yang benar-benar menepati profil pemohon e-Perumahan ini er… itu bersamaan lebih kurang 2,650 unit setahun. Jadi 112,391 ini kita bahagikan kepada 2,650 dia bersamaan lebih kurang 40 er… 42 tahun kadar menunggu itu. Jadi jika andaian kerajaan berjaya mengadakan er… menggandakan kapasiti LPHP sehingga 5,000 unit setahun yang relevan kepada pemohon portal ini… melalui portal ini, tempoh masih sekitar 22 hingga 23 tahun dengan sasaran 7,000 unit setahun backlog hanya boleh dikurangkan ke dalam lingkungan 15 hingga 16 tahun. Jadi tanpa perubahan dasar yang agresif untuk menggandakan atau melipatgandakan pembinaan rumah mampu milik. Senarai menunggu 112,391 pemohon berisiko mengambil masa antara 15 hingga 20 tahun.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya er… saya bukanlah nak potong stim ini er… ADUN ini er… ini Kuala Sentul ini. Dia banyak yang tergencat, ada yang nak pergi kencing, ada tengah nak pergi makan semua time makan ini tapi kalau kita tengok misal contoh di sini Yang Amat Berhormat Dato’ Sri mengetuai kerajaan negeri kemudian ada 10 portfolio ini, 10 ini er… 10 ini, tiap-tiap Exco ini ada portfolio masing-masing. Daripada situ kalau hukum akal boleh memikirkan kalau kita hanya tumpu pada perumahan segala hasil yang kita ada sekarang ini peruntukan kita tumpu pada perumahan dah tentulah makna fungsi-fungsi lain ini tak dapat dilaksanakan.
Dia kalau boleh memang banyaklah kalau sekiranya ada peruntukan yang memang er… makna tak boleh nak er… tak berani nak sebutlah kita buat semua. Sebenarnya Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Dato’ Sri Diraja Menteri Besar semua sekali kalau boleh rumah nak bagi free, kalau bolehlah. Tak boleh nak bagi free, kita subsidies kan kemudian apa lagi kalau boleh itu 10,000 km, 10,000 km paip-paip yang kita bekalkan maknanya main pipe itu seluruh negeri Pahang ini semua sekali nak gantikan er… semua ganti semua sekali er… itu kalau boleh itu jalan itu kalau nak turap sampai sana sampai ke rumah, sampai ke jamban, sampai ke apa nama kebun semua sekali kita nak turapkan kalau boleh er… kalau boleh maknanya kalau boleh er… kalau boleh. Tetapi yang logik akal tak mungkin ianya akan dapat satu keadaan yang cukup ideal dan soal perumahan ini di mana-mana negara pun waima negara paling hebat kira Amerika. Amerika pun ramai lagi homeless jadi saya tahu Yang Berhormat… Yang Berhormat er… ini er… MBA daripada Derby kan? UK? Dekat UK pun, dekat United Kingdom tempat Yang Berhormat belajar itu er… Derby itu… Derby er… nak panggil Darby ke, Derby ke kan… tapi maknanya memang ada masalah itu er…
Jangan er… jangan debik sudah er… jangan debik sudah. Darby boleh, Derby boleh. [ketawa]
Tak maksudnya, merumuskan mukadimah tadi panjang sangat. Jadi maknanya be reasonable. Semua orang nak pergi ke Mekah tapi senarai menunggu itu memang er… memang ramai juga jadi dalam hidup ini you know yet to have a balance dengan izinlah. Sorry brother.
Terima kasih.
Mohon er… mohon sedikit. Boleh? Tak saya tolong jawab er… jawab terus. Tak apalah ya, tadi saya dah cerita Yang Berhormat Yang di-Pertua dekat luar tadi makna di
Maran ini kita nak buat pangsapuri Pahangku supaya boleh beri rumah kepada orang-orang ini. YB kena participatelah sedikit kita throw dia itu maknanya sambutlah er… jadi tentang pendaftaran e-Perumahan ini yang sebenarnyalah sebelum LPHP ini kita buat secara pendaftaran di Bahagian Perumahan, kemudian Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita mencadangkan kita membuat LPHP menubuhkan LPHP. Bila tertubuh LPHP kita nak satu mekanisme baru macam mana nak mendapat permohonan yang jelas daripada setiap daerah.
Jadi, kita melantik PahangGo er… melantik dan membuat satu sistem supaya kita dapat membenarkan rakyat mendaftar supaya kita dapat tahu di setiap daerah berapa sebenarnya keperluan perumahan. Jadi kita buat itu er… sebelum ini kita tak tahu terperinci lebih kurang 45,000 sahaja Dato’ Sri daripada Benta 45,000. Lepas itu bila kita buat dia itu satu lonjakan yang sangat drastik terus pergi sampai hari ini 112,000 daripada 45,000 itu. Dulu kita tak tahu pasal apa orang tak daftar ini sedangkan kita tengok rumah ramai orang perlukan rumah. Jadi kita nak satu mekanisme kerajaan buat satu portal baharu dan itulah tubuhnya e-Perumahan. Jadi di situ kita nak tengok daripada apa yang cuba kita rancang sebab itu saya sebut dalam ucapan tadi dalam er… dalam menjawab soalan kita buat di Penor 5,000 unit rumah Pahangku baru buat er… baru sahaja kita er... buatkan. 5,000 unit, 500 ekar, bersama-sama syarikat swasta dan tanah persendirian. Jadi, itu langkah-langkah yang perlu kita ambil. Di Pahang ini rumah less than RM300,000.00 memang menjadi satu keutamaan.
Terima kasih YB... YB Benta ya. Saya menjaga portfolio perumahan je sebab kawan-kawan saya menjaga portfolio lain. Saya bukan Menteri Besar lagi, nak... nak cakap pasal semua, tak boleh.
Oh... ada keinginan [ketawa]. Ada keinginan.
Semua orang ada keinginan Dato' Sri, manusia.
Bincanglah cepat [ketawa].
Okey er... mana dah tadi? Yang ajak saya bincang bersama sekali untuk... memang... memang saya buat ini, analisis ini untuk membantu Kerajaan Negeri Pahang mengenal pasti apa masalah dan apa keperluan yang kita perlu...
Tak, Yang Berhormat dulu, saya nak tanya tadi, saya tanya, saya tahu pasal belajar di UK Derby ya? Dalam kursus apa? Dalam lawyer MBA ke ataupun engineering?
Dato' Sri Speaker bagi tahu tadi. Sebab tu saya selalu pandang YB, sebab tak... jarang mendengar. Jadi saya kena fokus. Dah hilang dah saya punya er... rumah ini, tolong perumahan di Pahang. Ini masalah utama yang rakyat mengadu pada kitalah sebagai Wakil Rakyat. Bukan sahaja pada pihak pembangkang, kepada YB kerajaan juga. Sebab kadang-kadang sedara mara kita sendiri pun tak ada rumah. Yang muda-muda ini, yang kahwin, dapat anak tapi rumah tak ada. Nak tunggu rumah mohon dari kerajaan 10, 15 tahun baru dapat jadi anak tu dah besar. Bagi saya habislah, kita nak pergi lunch ini. Okey YB, saya teruskanlah perumahan ini, untuk Pahang ini saya selesaikanlah kat sini. Tapi di di kawasan saya pun ada juga perumahan yang... tak selesai analisis saya dan masalah dah dibagi tahu...
Yang Berhormat Speaker,
Saya nak tolong kawan saya inilah. Etika kita bercakap ini, kita mengadap Speaker, memang begitulah, Parlimen pun begitu juga. Kalau segan pandang Speaker, pandang saya pun tak apa [Ahli Dewan ketawa]. Ya, tak... bukan, kesian. Tak usah pandang sebelah sana, sebelah sana beria pandang, dia bagi borang letih pulak kita. Muka YB Bebar yang saya nampak jadi saya terpaksa pandang sanalah sebab dia akan menjawab apa-apa yang saya....
Bayangkan saya ni YB Fakha [ketawa] Wakil Bebar.
Baik. Perumahan di Kuala Sentul. Ada satu projek PR1MA di Kuala Sentul ni yang telah diberi award pada tahun 2017. Cadangan pembangunan Perumahan Rakyat 1Malaysia di atas tanah kerajaan seluas 50 ekar Kuala Sentul, mukim Chenor, daerah Maran dari 2017 sebab di Kuala Sentul ini perumahan memang takde langsung melainkan perumahan PGBF. PGBF pun masih... masih dalam tindakan YB. Betul tak? Dah terminate ke belum kontraktor tu, pemaju tu? Ni YB kena jawab ni.
Tuan Yang di-Pertua,
Bila saya duduk diam, dia suruh saya bangun. Cuba bayangkan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua di tempat saya ini. Betul, saya setuju dengan Luit ini. Dia kalau bercakap jangan pandang ke sini, bila dia pandang sini seolah-olah dia macam menganjing kita [Ahli Dewan ketawa]. Jawablah. Mohon minta izin Dato’.
Ada tak perkataan lain selain daripada menganjing?
Ada, macam...
Mengejek.
Mengejek, mencabar, gitulah. Hah, okey. Bangunlah kalau berani, dia kata... ibarat macam itulah. Tapi saya nak beritahulah maknanya KMDI ini setakat ini kita telah mengambil tindakan yang sepatutnyalah, tapi mana yang tiga lagi tu termasuk kawasan YB Kuala Sentul, kita telah meneliti dan masih lagi dalam perjanjian dan kita akan mengambil tindakan-tindakan yang sesuai tanpa mengira siapa pun. Yang penting kita perlu memastikan projek itu berjalan dengan baik. Tiada kompromilah.
Okey, terima kasih Dato' Sri Speaker. Sebab isu PGBF ini saya diajukan report polis mengatakan fitnah. Jadi kalau jawapan daripada YB Exco mengesahkan yang mengambil tindakan kepada pemaju tersebut, jadi selamatlah saya. Sebab dia kata nak saman saya tapi sampai hari ni tak saman er... bila ada hansard daripada Dewan ini, saya boleh gunakan untuk claim balik, saman fitnah balik. Terima kasih YB.
Yang Berhormat, benda yang dalam mahkamah ini, dalam Dewan tak boleh bawa ke mahkamah sebenarnya. Dia ada dipanggil, dipanggil sebagai private... absolute privilege, so tak boleh bawa apa-apa dalam Dewan ini, pandang je boleh.
Tak apalah, isu itu bukan isu perumahan er... sambung balik ya yang Kuala Sentul tadi. Isu PR1MA Kuala Sentul ini saya harap pihak kerajaan dapat meneruskan projek ini sebab di Kuala Sentul memang tiada perumahan. Memang orang Kuala Sentul mengharapkan perumahan daripada dulu dan tiada projek pembangunan pun di Kuala Sentul ini melainkan projek er... apa ni? Pandang Speaker, banyak betul gangguan. Itulah saya minta Yang Berhormat Dato’ Exco dan satu lagi yang projek yang STRF yang saya bangkitkan semalam. Kedua ya yang...
Lama lagi Yang Berhormat?
Lot... sikit je, nak habiskan. Lot yang dipecah, tanah lot di Jengka 2 dipecahkan dibahagi kepada satu grouplah. Saya cakap satu group, penduduk di Jengka 2 yang pembahagian pun tidak ikut peraturan ini. Ini projek pun saya tak tahu macam mana sebab saya, sebab itu saya minta penjelasan daripada pejabat daerah dan pihak kerajaan. Sebab ada lot-lot ini, satu orang dapat dua lot dan ada lot yang satu keluarga pun dapat. Jadi sepatutnya lot-lot yang diberi kepada generasi kedua ini, satu keluarga satu, satu lotlah. Sebab itu saya cakap semalam STRF Jengka 2 ini tak termasuk dalam dalam projek STRF yang disebut oleh YB Exco FELDA.
Jadi, saya minta tolong ambil tindakan sebab perkara ini menjadi satu isu di Jengka 2 yang sebelum ini kawasan itu ditanam kelapa sawit oleh orang lain tapi yang dapat lot itu orang lain. Jadi, menimbulkan pergaduhan dan apabila er... saya melihat kepada projek ini, geran telah diberi, geran telah diberi tanpa perancangan, tanpa infrastruktur, kebenaran merancang daripada PBT, daripada Majlis Daerah Maran. Saya harap perkara ini ambil tindakan segeralah dan satu lagi di Jengka 2 juga ada satu kawasan, bekas kuarters JKR, lebih kurang 30 ekar dan dah ada rumah, dah ada infra semua, air, elektrik dan orang dah duduk lebih 20 tahun tapi geran tak dikeluarkan. Yang ini dalam masa tak sampai 5 tahun geran dikeluarkan. Jadi, itulah permasalahan yang saya bangkitkan dalam Dewan buat kali ini. Jadi saya rasa itu aje lah. Ada lagi, tapi nanti banyak... banyak pula persoalan daripada YB Bebar. Terima kasih, saya menyokong belanjawan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya mencelah sekejap, saya rasa sedih pula dengar daripada penggulungan daripada apa, YB Sentul tetapi kita boleh bincanglah nanti pasal yang PR1MA Pahang tu ya. Bolehlah minum kopi sambil-sambil bincang. Macam Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi tahu tadi. Dia wakilkan saya dululah. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, jangan lupa tawaran, dalam perbincangan. [Ahli Dewan ketawa] Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Dia... orang ngamuk ni ada dua sebab, sama ada marah atau lapar ni. Ni, lapar dah ni. [Ahli Dewan ketawa]
Tak, ni mengamuk kerana nak kencing tak lepas, dia bentan. [Ahli Dewan ketawa]
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Di sebelah pagi ini, seramai 6 orang Ahli Yang Berhormat telah pun mengambil bahagian dan persidangan kita akan disambung sebelah petang. Oleh itu, saya akan menempohkan persidangan sebelah pagi ini dan bersambung semula pada pukul 3.00 petang. Assalamualaikum WBT. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan Dewan Negeri ditempohkan]
[Persidangan Dewan Negeri disambung semula]
Sambungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 Dan Usul Anggaran Pembangunan Dan Perbekalan Air 2026Bill
Perkara Ketiga: Sambungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2026.
Assalamualaikum WBT dan selamat petang. Persidangan kita disambung semula. Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli Yang Berhormat sekalian. Kita masih lagi dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul yang telah dikemukakan, dan pada petang ini, kita akan menyambung perbahasan Rang Undang-undang dan Usul Perbekalan Air ini. Saya jemput Ahli Yang Berhormat Inderapura, sila.
(Ayat Al-Quran). Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Salam 1 Pahang, juga salam MADANI. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker yang mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Pembentangan Bajet oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang pada hari Jumaat yang lalu. Er... terima kasih banyak beri ruang. Saya... berhajat sebenarnya tak nak cakap banyak. Tambah-tambah saya pengucap yang pertama pada tengah hari ini tapi izinkan saya untuk sedikit sebanyak menyokong Usul Pembentangan Bajet Negeri Pahang 2026 dan saya menyokong penuh bajet ini dan saya ingin bernostalgia sedikit. Er... mengimbau sejarah sikit. Sahabat-sahabat saya di hadapan saya, rakan-rakan, penyokong kerajaan pun ada, barisan kerajaan pun ada. Saya telah mengambil bahagian dalam ucapan bajet ini, er... sejak 2004 dan ini merupakan kali yang ke-21.
Rasa saya, banyak dah kita dengar daripada sahabat-sahabat semuanya untuk rakyat. Dan apa yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun juga untuk rakyat. Dan sepertimana komen saya dalam siaran media sosial yang baru ini. The gist, ringkasan daripada bajet ini ialah semua peringkat lapisan rakyat merasa, semua lapisan rakyat merasa apa yang dibuat oleh kerajaan negeri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Bak kata pepatah, ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah’. Jadi maksud saya nak bernostalgia itu ialah er... mengenai dinamika politik.
Siapa sangka Barisan Nasional kalah dalam PRU yang Ke-13…13… 14… yang Ke-14 dan bermula perubahan-perubahan dalam politik dan siapa sangka kita Barisan Nasional bersama dengan DAP. Tiada sangka dan, kalau kita tengok DAP dulu satu ketika sebab saya dah lama dalam Dewan ini. DAP pada ketika itu tidak mengikut peraturan, minta maaf. Semasa Perasmian Dewan, mereka semacam memboikot tapi saya tak kata semacam. Mereka tidak pakai pada ketika itu tidak pakai No. 1 Dress. Tak pakai. Ini hakikat mungkin Yang Berhormat er... Timbalan Speaker tak sempat masa tu. Mungkin, ada sorang je. Memang dia orang tak pakai nama No. 1 Dress. Tetapi selepas peredaran dah jadi kerajaan, pernah jadi kerajaan bermula perubahan-perubahan itu. Dah pakai No. 1 Dress. Dulu DAP dan masih sekarang, Malaysian
Malaysian slogannya. Masih berjalan. Manakala Barisan Nasional UMNO dikenali sebagai nasionalis menjuangkan Melayu. Ni saya nak bernostalgia.
Dan untuk makluman rakan-rakan Dewan, saya terlibat langsung dalam politik di universiti. Saya Universiti Kebangsaan Malaysia. Masa di Universiti Kebangsaan Malaysia dia ada dua. Islam Penyelamat Ummah dan Tindakan Siswa Bersatu. Saya… dan sahabat saya, bekas Speaker Dewan, dia bersama dengan Islam Penyelamat Ummah tapi bila dah berkerjaya dia pilih UMNO sebagai wadah perjuangannya dan saya terus mantap dengan UMNO, mantap dengan Barisan Nasional.
Sebab apa? Sebab, tanda syukur kepada Allah SWT. Itu saya punya pegangan. Dan semasa dulu tu pulak, kita selalu dilabel sebagai nasionalis, tidak bawa Islam, tidak Islamik dan semasa saya masih di peringkat budak sekolah di peringkat universiti, selalu kedengaran ceramah-ceramah. Saya baca sikit hadis Rasulullah SAW. Saya nak cakap masa yang dulu tapi tak sempat. Ni kira baca tak, tak hafal, tak ingat. Hadis ye. [Bacaan dalam Bahasa Arab] ini hadis. Satu lagi hadis yang lain yang diriwayatkan oleh riwayat Abu Daud [Bacaan dalam Bahasa Arab] ini label yang dikenakan kepada parti UMNO.
Tapi hari ini tidak ada kedengaran perkataan-perkataan hadis ini di mana-mana di ucapan awam, di masjid, di surau. Begitu juga dalam soal hudud, tidak kedengaran lagi. Kita bercerita tentang kebajikan dan kerajaan negeri pun buat kebajikan untuk rakyat. Yang Amat Berhormat, ini transport… transit… transformational leader. Dia ada 2 leader ni. Transnational dengan transformational leader. Dalam soal kewangan, mana kita mimpikan RM1 bilion lebih 4 tahun berturut-turut, ini kejayaan kerajaan. [Ahli Dewan menepuk meja]
Saya tak tahu. Saya bukan nak menyindir mana-mana pihak tapi cukup sekadar kita ini menginsafi diri kita. Sebab saya dah umur 40 tahun… umur 60. Ya umur 60 dan apa Yang Amat Berhormat Menteri Besar buat berlandaskan Maqasid Syariah. Ha... ni nak masuk tajuk lainlah sikit. Maqasid Syariah, sebab saya background… legal background. Saya masuk ke UKM. Saya lulusan Kolej Islam Klang. Pada ketika itu lulusan Kolej Islam Klang, hanya di Malaysia ini boarding school. Ada satu saja Kolej Islam Klang dan pada ketika yang sama baru wujud Sekolah Menengah Kebangsaan Wilayah Persekutuan.
Dan Fakulti Undang-undang yang bawa syariah ada 2 sahaja. UKM, juga UIA. Saya boleh praktis sivil, saya juga boleh praktis syariah. Itu untuk bukanlah untuk kesombongan tapi bercakap sikit. Dan harapan saya, ni harapan. Insan semacam… mungkin yang mana praktis syariah, dia kenal Tan Sri Syeikh Ghazali yang bertanggungjawab menubuhkan jawatan er… jabatan apa tu JKSM, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, satu agensi dan hari ini saya turut bangga. Tadi baru bersama dengan Jabatan Pendakwaan Negeri Pahang, satu jabatan yang berasingan. Itu menjadi tanda aras, kita dah berubah daripada satu dan saya pernah masuk Mahkamah Syariah di Kuala Lumpur, di Selangor. Tidak ada peraturan tidak ada acara mal. Hari ini kita telah beredar pada satu tahap, pada satu tahap yang lain. Itu bukankah tanda perjuangan kita. Jangan kita mendabik dada kita seorang sahaja yang bawa agama. Saya bukan agamawan, tapi saya nak mati dalam syahadah saya. Pada hari ini kita sama-sama di pihak pembangkang beria…beria cakap, tak ramai yang dengarkan.
Cukup sekadar ini saya bawa cerita kawasan pulak. Saya ucap terima kasih kepada JPS yang membantu petani-petani di kawasan saya yang mengepam keluar air di
sawah dan saya percaya memang ada, kali pertama buat setelah ada pembangunan semula di kawasan itu dan saya merasakan perlu dibuat sedikit. Ada flaw. Ada sedikit kecacatan dalam design mana bila air hujan teruk, jadi memenuhi bendang. Kalau lama bendang ni dia tak boleh hidup ataupun dia hidup dan dia punya hasil kurang.
Jadi, saya minta kajian ataupun penambahbaikan daripada JPS untuk Skim Padi Paya Sepat di kawasan. Kemudian sebelum saya menutup mata di kawasan saya, menutup mata tu maknanya saya tidak menjadi calon ADUN Inderapura lagi sebab PRU 16 saya merela hati tidak akan bertanding. Bukan tak menang…
Boleh mencelah?
Dari mana? Mana... mana? Oh... ada. Sila... sila.
Terima kasih Inderapura. Yang Berhormat Speaker, tapi gaya Inderapura berkata-kata tadi mungkin tak di DUN Inderapura. Mungkin nak ke P.083 Kuantan agaknya gaya tu?
Eh... awak ingat kawan tak berhajat ke. Hah... sorrylah minta ahli... bahasa tu silap. Maknanya kena belajar ni sebab saya cuba cakap dalam bentuk federal la pulak. Hah... ini latihan saya [Ahli Dewan ketawa]. Saya cuba cakap dalam bentuk federal, persekutuan sebab saya percaya saya boleh menyumbang kepada penduduk-penduduk Kuantan. Masa mencelah tu, saya nak mencadang kepada JPS. Dalam Kuantan ni tidak ada garbage collector. Tak ada satu pun garbage collector dalam Kuantan. Kalau di Wilayah Persekutuan di Kampung Pandan saya tengok ada garbage... mechanical garbage collector itu istilahnya. Betul ke? Mechanical garbage collector. Betul? Hah... betullah. Mechanical garbage collector ni diletakkan di monsoon drain, diletakkan di parit-parit besar supaya sampah sarap tak masuk dalam sungai. Dan saya berharap Majlis Bandaraya Kuantan fikirkan bersama dengan jabatan... JPS... letak. Antaranya contoh di Sungai Belat sebab dia akan menyusul semua tu. Sungai Belat terlalu kotor dengan botol-botol plastiknya. Ya, saya cuba nak mencadangkan kepada di penduduk-penduduk kawasan nak buat Renjer Sungai maknanya ini alam sekitar, ada dalam ni Renjer Sungai itu.
Itu, kemudian dah habis dah. Sikit je. Saya nak buat sedikit bukan pengumuman. Saya mohon kerajaan negeri memberi sedikit ganjaran kepada seorang pemain golf. Seorang pemain golf yang baru 2, 3 hari lepas memenangi 53th Thailand Open… 53th Thailand Open dengan kesudahan 20 under bermain selama 4 hari. Orang itu bernama Edwin Yoong... Edven Ying. Jadi kot… kot kerajaan boleh beri sikit insentif. Mana tahu negeri Pahang, rakyat Pahang boleh mengharumkan nama di serantau, negara serantau. Dia dah profesional bermain di ASEAN lepas ASEAN Tour, dah menang banyak-banyak ni. Dia boleh main di DP World di peringkat dunia, DPP World.
Untuk maklumanlah, dia memenangi Thailand Open tu dapat bawa balik satu perpuluhan... berapa... 1.050,000.00 juta... satu... 1.5 milion Baht. Dalam RM100,000.00 lebihlah. It’s about RM134,000.00, it's about thatlah hah... ya tapi ini galakan kita sebagai kerajaan yang prihatin. Acara sukan kita ada orang hebat, alam sekitar kita jaga baik-baik. Itu sajalah saya nak cakap.
Buat akhirnya er… saya teringat nak baca Surah Maryam… Surah Maryam [Ayat Al-Quran]. Selagi mana kita hidup, [Ayat Al-Quran], kita buat solat, kita buat zakat dan kerajaan... usaha kerajaan perekonomian yang baik. Sembahyang apatah lagi, ya. [Ayat Al-Quran]. Ayat seterusnya tu [Ayat Al-Quran]. Surah Maryam ayat 3... 30 dan 31 kurang lebih. Terima kasihlah beri saya ruang untuk kesekian kalinya. Terima kasih. Saya mohon menyokong. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih wakil dari Inderapura. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Dilantik, sila.
(Ayat Al-Quran). Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, Salam Pahang 1st, ‘Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan’. Terima kasih YB Speaker. Saya memetik kata-kata falsafah Ibnu Khaldun dalam karyanya yang menekankan bahawa kemakmuran sejati sebuah negeri tidak diukur pada emas di perbendaharaannya, tetapi pada kearifan kepimpinan yang memastikan kemakmuran itu mengalir sehingga ke lapisan akar umbi masyarakatnya. Maka perbahasan saya pada hari ini bukanlah semata-mata meneliti kepada angka-angka dan juga kepada jumlah-jumlah yang kita sajikan, tetapi ia adalah usaha bersama kita untuk menilai hikmah, perancangan, kearifan, pengurusan dan juga kebertanggungjawapan pelaksanaan yang terkandung dalam Belanjawan 2026 ini.
Kita semua diuji dengan kebijaksanaan. Kita juga diuji dengan ketanggungjawaban dan juga kebersamaan dan ketanggungjawaban ini apabila dirangkumkan bersama-sama akan membentuk satu gerak kerja yang baik. Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk rakyat negeri Pahang. Teras pertama dalam belanjawan diumumkan adalah berkaitan dengan kematangan fiskal dan juga disiplin kearifan.
YB Speaker,
Saya ingin memulakan ucapan dengan mengucapkan ribuan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan seluruh pentadbiran kerajaan negeri atas pencapaian bersejarah ini. Capaian hasil yang melebihi RM1 bilion selama 4 tahun berturut-turut ini bukanlah satu bentuk kebetulan, tapi ini adalah rekod yang membanggakan yang menunjukkan kematangan tadbir urus yang baik, tatakelola yang baik yang merangkumi... melangkaui politik harian kita. Kita telah mendengar pandangan dari luar yang meragui kemampuan fiskal Pahang. Pada mereka yang masih menyimpan perasaan yang tidak elok, saya tegaskan di sini pencapaian RM1 bilion berulang kali ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri tidak hanya pandai berjanji tetapi berupaya mengurus hasil dengan cekap tanpa perlu menuding jari atau mencari alasan. Kita tidak hanya berdebat tentang ekonomi, kita mengukuhkannya dengan tindakan dan juga dengan apa yang diberikan kepada rakyat. Kejayaan fiskal ini dibina atas tiga prinsip kearifan yg jelas. Kearifan pertama iaitu keberanian membuat
keputusan strategik. Kerajaan negeri telah memilih kestabilan jangka panjang berbanding populariti semata-mata. Kita memandang jauh apa dikehendaki oleh rakyat, apa keperluan rakyat dan juga apa sebenarnya permasalahan rakyat.
Kearifan kedua, disiplin dan konsistensi. Kejayaan fizikal memerlukan konsistensi. Ibarat membina sebuah rumah, ia tidak akan siap dalam masa sehari. Ia memerlukan ketekunan dan kemahiran dalam menyusun batu bata sehinggalah ke atap, alang dan sebagainya. Satu demi satu sehingga menjadi sebuah rumah yang kukuh.
Kearifan yang ketiga, pengurusan kewangan yang bijak. Lebihan lima juta… RM5 juta sambil meningkatkan perbelanjaan pembangunan sebanyak 11.67% kepada 446 juta… RM446.26 juta. Ini adalah tindakan yang matang dan berilmu. Bukan tindakan semborono atau beremosi.
Teras yang kedua, kebijaksanaa dalam pengutamaan. Ini adalah jiwa belanjawan kita. Kalau kita perhalusi dan tengok, apabila kita baca satu persatu ayat demi ayat, jiwa belanjawan ini sebenarnya yang perlu menjadi fokus dan juga perhatian kita.
YB Speaker,
Jiwa belanjawan ini terserlah pada pengutamaan yang mendahului keghairahan. Semua kita memerlukan satu tindakan yang populis tetapi berkaitan dengan belanjawan apabila kita bercerita kaitan dengan isu permasalahan rakyat bukanlah sesuatu benda yang populis yang kita perlu utamakan. Saya melihat tiga bentuk kebijaksanaan yang menunjukkan prioriti kerajaan negeri adalah rakyat.
Pertamanya mengutamakan modal insan daripada modal fizikal. Peruntukan RM75 juta untuk Yayasan Pahang dan RM235.95 juta untuk pendidikan agama adalah pelaburan yang paling arif. Kita faham bangunan yang boleh rosak tetapi insan yang berilmu akan memakmurkan negeri selamanya. Dengan kita menumpukan kepada pendidikan, ini sebenarnya adalah pelaburan bagi kerajaan negeri yang sangat besar kerana insan-insan atau anak-anak yang menerima pendidikan yang baik ini merupakan aset kita pada masa akan datang.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut, khususnya pada tuan-tuan pengetua dan guru-guru besar dan juga guru-guru, pendidik-pendidik serta para pelajar yang telah mencatatkan keputusan cemerlang dalam SPM dan STPM tahun 2024. Capaian ini meletakkan Jerantut sebagai antara daerah pendidikan terbaik di Malaysia. Kejayaan ini adalah bukti pulangan strategik pelaburan pendidikan negeri dan ia mesti dipertahankan.
Keduanya, dalam mengutamakan pencegahan daripada rawatan. Peruntukan RM52.23 juta untuk tebatan banjir iaitu RM102.83 juta untuk pemuliharaan alam sekitar ini adalah tindakan bijak membina benteng bagi mengelakkan kerugian dan kerosakan harta rakyat yang tidak ternilai. Ketiga, mengutamakan keadilan sosial daripada pertumbuhan semata-mata. Peruntukan RM84.59 juta untuk inisiatif Makmur Pahang dengan peningkatan 67% menunjukkan komitmen, keprihatinan dan kepedulian kerajaan negeri terhadap keadilan sosial yang menyeluruh. Ini adalah tanggungjawab sosial kita bagi pemimpin dan juga Kerajaan Negeri Pahang. Makna tanggungjawab ini kita serahkan semula kepada rakyat.
Teras Ketiga, kearifan khusus untuk khususnya di Jerantut. Jerantut bukan sekadar sebuah daerah, ia jantung Central Forest Spine. Benteng terakhir biodiversiti
semenanjung. Di sinilah terletaknya pintu gerbang Taman Negara, khazanah alam bertaraf dunia yang menjadi nadi ekopelancongan Pahang. Kearifan kita dipuji pada cara kita mengurus amanah ini kerana aset-aset alam sekitar ini adalah satu benda yang perlu kita pertahankan kerana ia bukan sahaja untuk kita nikmati sekarang, tapi sebenarnya untuk anak-anak kita, anak cucu kita pada masa akan datang. Kita adalah penjaga alam semula jadi. Rafflesia dan biodiversiti Ulu Cheka. Jerantut adalah rumah kepada Rafflesia Cantleyi. Saya mencadangkan agar Pusat Interpretasi Rafflesia Pahang ditubuhkan sebagai Pusat Pendidikan Biodiversiti Negeri.
Penubuhan Dana Amanah Central Forest Spine Pahang juga perlu dinilai dan dipertimbangkan untuk pembiayaan pemulihan jangka Panjang, mengurangkan penggantungan kepada belanjawan tahunan. Kearifan komuniti masyarakat Orang Asli sebagai rakan kongsi. Komuniti Orang Asli adalah penjaga pengetahuan alam semula jadi. Saya menggesa agar kita melatih pemuda-pemuda Orang Asli sebagai eco-guide profesional bertauliah agar pemulihan menjadi sumber pendapatan, bukan suatu beban kepada kita.
YB Speaker,
Fokus kepada pembangunan belia mesti disertakan dengan penyediaan prasarana sukan yang selamat. Saya menarik perhatian Dewan kepada keadaan kritikal Padang Bola Sepak FA di Jerantut. Padang sintetik tersebut telah berusia lebih 15 tahun, permukaannya rosak teruk dan tidak selamat untuk digunakan. Apatah lagi untuk pemain-pemain kita bermain di atas padang tersebut. Ia bukan sahaja menjejaskan kualiti latihan, malah ia juga boleh mengganggu gugat bakat-bakat muda kita. Di Jerantut, kita ada 12 Akademi Bola Sepak yang mana ini semuanya adalah pembangunan sukan dan pembangunan bakat-bakat muda.
Saya merayu agar Kerajaan Negeri Pahang dapat memainkan peranan yang proaktif terutamanya untuk membantu menyokong dan membantu proses kelulusan projek baik pulih ini sepertimana yang telah dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan telah dipanjangkan permohonan ini kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk pertimbangan. Keduanya untuk menyalurkan bantuan awal yang perlu bagi memastikan projek-projek kritikal berkaitan dengan sukan ini dapat dimulakan segera demi kesejahteraan dan pembangunan bakat belia di Jerantut.
YB Speaker,
Kita mesti mengangkat ekonomi daerah khususnya Jerantut. Saya menggesa pembentukan program berskala daerah berpaksikan tiga teras transformasi ekonomi hijau. Mengubah aktiviti rawan alam kepada ekopelancongan komuniti. Pemberdayaan FELDA dan luar bandar, menubuhkan Akademi Generasi FELDA Jerantut untuk TVET pertanian moden. Kesinambungan pelancongan bertaraf dunia dengan menaik taraf jeti Kuala Tembeling untuk mewujudkan laluan pelancongan premium Pahang. Laluan air yang penuh bersejarah ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh pelancong tetapi dengan menaik taraf laluan ini, kita boleh menaik taraf ekonomi, ekonomi hiliran dan juga penduduk-penduduk yang berada di pesisir sungai tersebut. YB Speaker,
Izinkan saya mengambil sedikit ruang untuk merakam… merakamkan penghargaan yang tulus dan juga setinggi-tingginya kepada kejayaan serta kemakmuran daerah saya di Jerantut. Meski… meskipun sering berdepan pelbagai cabaran, namun ini adalah hasil kesungguhan yang tidak pernah luntur dan juga kerja kuat daripada
semua yang ada. Justeru, saya merakamkan ucapan syabas dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Sulaiman Husin, Pegawai Daerah Jerantut serta mantan-mantan Pegawai Daerah Jerantut, Yang Hormat Dato' Sharuddin Jali dan Yang Hormat Dato' Khairun Nisa binti Aris yang masing-masing telah meninggalkan legasi kepimpinan yang tersendiri.
Walaupun baru sekejap, 3 tahun saya berada… saya telah bersama-sama dengan tiga orang pentadbir daerah di Jerantut ini. Tahniah saya ucapkan kerana mereka sangat komited dan sangat memberi kerjasama sepenuhnya. Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat. Tidak juga dilupakan kepada seluruh ketua-ketua jabatan dan semua kakitangan awam di peringkat daerah. Dedikasi, profesionalisme dan kecekapan tuan-tuan dan puan-puan inilah yang memastikan Jerantut kekal berfungsi dengan baik, terurus, selamat dan sentiasa bersemangat sehingga membawa kepada pengiktirafan Jerantut sebagai bandar paling bahagia dan daerah paling mampan. Tahniah dan terima kasih.
YB Tuan Speaker,
Saya juga ingin meraikan kehadiran pada semua 9 orang Penghulu dalam kesemua mukim di daerah Jerantut di dalam Dewan yang berbahagia ini. Tuan-tuan, Tok-tok Penghulu yang ada adalah nadi pentadbiran akar umbi yang sentiasa di hadapan mendengar suara rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat tanpa henti. Mereka inilah yang berada di lapangan yang sentiasa bersama dengan rakyat, mereka juga adalah benteng paling hadapan bagi memastikan maslahah dan juga keperluan rakyat itu dipenuhi. Atas segala sumbangan komitmen ini dan kerja kuat Tok-tok Penghulu selama ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih. Jerantut bahagia sebenarnya kerana Penghulu-penghulunya berbahagia berada di Jerantut, insyah-Allah.
Tuan YB Speaker,
Saya mengakhiri perbahasan ini dengan pesanan seorang petani tua yang mengatakan bahawa pokok yang kita tanam pada hari ini mungkin bukan kita yang akan memetik buahnya tetapi untuk anak-anak cucu kita berteduh. Ini adalah inti pati Belanjawan 2026. Ia bukan untuk kita hari ini tapi untuk legasi kemakmuran yang akan diwarisi generasi akan datang. Dengan penuh kesedaran, penuh insaf dan rasa tanggungjawab, saya menyokong Belanjawan Negeri Tahun 2026.
Sekian terima kasih, Pahang 1st, ‘Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan’. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Wakil Yang Dilantik. Sebelum saya menerus mesyuarat, saya ingin mengalu-alukan kedatang… kedatangan pemerhati yang hadir pada hari ini, sesi petang iaitu Majlis Pembangunan Wanita, 5 orang dan juga wakil daripada Ahli yang dilantik YB Tuan Harris Salleh, 9 orang [Ahli Dewan menepuk meja]. Seterusnya saya menjemput wakil dari Lanchang. Sila.
Terima Kasih kepada Tuan Speaker. Assalamualaikum WBT. [Ayat al-Quran]. Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah memberi Lanchang untuk berbahas, mengambil peluang dalam laporan belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar.
Yang Berhormat Dato' Speaker,
Pertamanya saya ucapkan tahniah kerana telah pun berjaya membentangkan Belanjawan untuk 2026 dan kita juga ucap tahniah dan terima kasih kepada pihak kakitangan kerajaan dan team Yang Amat Berhormat… Yang Amat Berhormat Menteri... Menteri Besar yang telah bertungkus-lumus dalam tempoh lebih kurang 5 bulan yang dalam tempoh tersebut untuk menyesuaikan dengan keadaan masa akan datang dalam tempoh setahun, bagi membelanjakan apa yang telah pun dirancang. Maka insya-Allah kita harapkan apa yang telah pun dirancang ini mendapat sebaik-baiknya seperti apa yang telah apa dicadangkan.
Yang Berhormat Speaker,
Kalau kita lihat kepada unjuran yang telah diberikan kepada kita pada tempoh hari, antara yang paling besar untuk dalam tempoh er… inilah melebihi RM1 bilion dan saya ucap tahniah kerana dapat melaksanakan apa yang telah pun dibentang itu. Dan sudah tentulah kita mengharapkan apa yang nanti yang telah pun dikeluarkan belanja itu mendapat pulangan yang sebaik-baiknya seperti yang telah dirancang.
Kalau kita lihat dalam beberapa er... item-item perbelanjaan, banyak perkara-perkara yang telah pun diberi keutamaan. Antara… antaranya ialah tentang ketajamin.... keterjaminan makanan sektor pertanian ataupun industri asas tani yang telah diberi peruntukan yang lebih daripada tahun yang lepas. Jadi dengan peruntukan yang lebih kurang berjumlah RM68.63 juta untuk pertanian, penternak dan nelayan, saya rasa ini satu bajet yang cukup besar dan saya nak ucap tahniah kepada Exco Pertanianlah kerana beliau boleh bernafas lega selepas pada ini. Kemungkinan banyak perkara yang telah dibincang… yang telah dirancangkan untuk projek yang akan datang.
Dato' Sri Speaker,
Bukan saya nak anu… ini sahabat saya daripada Lanchang. Sebenarnya tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar. Sebenarnya saya hanya menjalankan ini peranan ini yang diamanahkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar. Akhir sekali yang buat keputusan itu ialah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar. Jadi, saya rasa ini penghargaan tu wajar diberikan kepada Dato' Sri Menteri Besar.
Terima kasih. Cuma saya harapkan ialah peruntukan ini insya-Allah sampai sebaik-baiknya di peringkat bawahan dan er... apa yang telah disebut oleh rakan-rakan kita semalam bahawa isu tanah ini memainkan peranan yang penting di mana er... beberapa industri-industri pertanian yang telah dijalankan di bawah sekarang meningkat naik, maka sudah tentulah dia tidak terlepas daripada beberapa cukai yang kemungkinan kan kita akan apa? Peringkat kerajaan kena memikirkan bahawa ada beberapa pengecualian nanti yang kalau difikirkan perlu dikenakan, dikurangkan dan sebagainya kerana kita melihat bahawa pertanian ini merupakan satu perkara yang penting untuk masa depan negeri Pahang khususnya dan negara kita.
Maka, kita untuk menggalakkan kerja-kerja industri makanan ini berlaku dengan begitu cepat dan berkembang dengan baik, maka sudah tentulah bayaran-bayaran yang perlu kita apa… letakkan pada satu masa dikenakan kepada industri tersebut mungkin boleh dikurangkan.
Tuan Speaker,
Seterusnya saya juga ingin melihat bahawa dalam bajet tersebut, kerajaan telah mengunjurkan bahawa dari sudut mineral sebanyak RM150 juta. Daripada industri mineral yang kita ada dan RM150 juta ini saya kira cukup besar dan saya nak sebutnya di Lanchang juga kita ada beberapa mineral yang walaupun tidak banyak... banyak sepertimana emas, bijih besi dan sebagainya.
Dan di samping itu juga, kita mempunyai sumber-sumber yang bukan mineral sepertimana kuari, pasir dan sebagainya. Dan itu merupakan hasil daripada bahan galian yang boleh kita sumbang kepada tabung hasil negeri. Walau bagaimanapun, kita baru-baru ini dikejutkan oleh er… tindakan segera daripada pihak berkuasa yang telah pun menahan beberapa pengusaha yang telah menjalankan industri ini secara tidak sah, yang tidak mempunyai permit dan...dan apa… tidak halal dan kebetulan yang berlaku kesemuanya ialah di tempat saya di Lanchang. Tangkapan kenderaan apatah lagi kenderaan berat yang telah pun membawa bahan-bahan tersebut. Kemudian seminggu selepas itu, seminggu atau 2 minggu berlaku juga serbuan ke tempat di mana berlakunya yang dikatakan mempunyai unsur-unsur mineral tersebut dan telah pun mengambil tindakan yang cepat untuk menyita dan sebagainya.
Saya ucap tahniah kepada pihak berkuasa kerana inilah satu perkara yang kita perlu lihat bahawa jika aktiviti ini berleluasa, kerajaan yang rugi kerana ia tidak masuk dalam tabung hasil negeri. RM150 juta yang kita sasarkan tidak akan… apa… tidak akan sampai ke mana yang kita unjurkan nanti.
Seterusnya Tuan Speaker, saya ingin sebut beberapa perkara tentang permasalahan yang berlaku di tempat saya di Lanchang. Pertamanya ialah mengenai er... jalan raya. Saya ingin mengucap, mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan melalui agensinya seperti JKR yang telah pun berjaya menyiapkan sebahagian besar jalan yang menghubungkan Lanchang ke FELDA Mempaga melalui FELDA Bukit Damar dan FELDA Lakum yang telah pun siap sebahagian besarnya diguna pakai pada hari inilah.
Dan er... oleh kerana tersebut, jalan-jalan ter… tersebut telah diguna pakai oleh sebahagian besar pengguna sama ada daripada Pantai Timur, Gua Musang untuk pergi ke Temerloh dan sebagainya dan begitulah juga sebaliknya. Dan ini menyebabkan kesibukan berlaku di persimpangan Jalan Mem... Lanchang dan juga Mempateh iaitu di tengah bandar Lanchang itu.
Saya berca... saya mengesyorkan kepada pihak kerajaan supaya persimpangan tersebut dilebarkan supaya lebih memudahkan kenderaan untuk keluar masuk terutama kenderaan-kenderaan berat dan juga panjang yang berselisih di persimpangan tersebut. Ini juga bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kemalangan dan sebagainya. Dan untuk makluman er... kalau daripada er... hala dari Kuala Lumpur ke Lanchang kita terdapat satu lagi persimpangan iaitu di persimpangan jalan Sekolah Datuk Bahaman melalui laluan ke Mempateh tetapi oleh kerana di jalan tersebut mempunyai 3 sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Lanchang, Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang dan Sekolah Datuk Bahaman sendiri yang mengalami kesesakan di waktu puncak pagi, tengah hari
dan juga 2 hari dalam masa seminggu, pasar malam dan juga pekan sari. Dan ini agak merbahaya jika laluan tersebut digunakan sebagai laluan utama. Maka sebab itulah saya mencadangkan supaya laluan yang lama di persimpangan Lanchang dan Mempateh ini di.. di... diperbesarkan iaitu di bandar Lanchang.
Seterusnya ialah mengenai kebersihan dan kelestarian alam sekitar. Memiliki alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Saya ingin merujuk kepada perbelanjaan menggunakan untuk pihak kerajaan kepada agensi-agensi yang menguruskan alam sekitar khususnya sampah. Saya ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai penyediaan tong sampah besar iaitu yang secara pukal di tempat-tempat tertentu yang sebelum ini diadakan sepertimana di tapak Pasar Lanchang di Kampung Mempateh yang berhampiran dengan Tol Lanchang dan mungkin ada beberapa bahagian lagi yang saya tidak ingat yang sebelum ini diadakan kemudian ditarik balik mana selepas itu untuk perumahan tidak masalah kerana disediakan tong-tong sendiri mengikut rumah dan ini menyebabkan kesukaran kepada penduduk-penduduk sekitar untuk membuang sampah.
Apa yang membimbangkan ialah apabila perkara ini berlaku, kemungkinan berlakunya pembuangan sampah di merata-rata tempat sama ada di parit,di longkang-longkang, di gaung, hatta di sungai. Apabila benar perkara-perkara tersebut, benda-benda yang kotor di buang pada tempat tersebut, maka akan berlaku masalah yang lain pula. Terutama di sungai-sungai kita yang menjadi sumber pencarian rezeki bagi nelayan-nelayan sungai. Maka saya... soalan saya ialah siapakah yang bertanggungjawab menyediakan tong-tong sampah itu untuk diedarkan semula sama ada PBT ataupun pejabat daerah?
Dan kalau ia menjadi kos menjadi kepada satu masalah kos. Saya kira pihak kerajaan patut menambahkan kos tersebut untuk mengadakan semula tong itu kerana ia menjadi rungutan kepada penduduk-penduduk yang sentiasa mendapat apa sebelum ini mendapat kemudahan tiba-tiba tidak ada dan dalam masa yang sama, kita memang nak mendidik rakyat kita supaya apa nama sentiasa menjaga kebersihan sama ada di rumah ataupun di luar rumah ataupun sentiasa semasa berada di bandar ataupun di mana saja kerana itulah didikan itu perlu bermula dari rumah dan sebagainya.
Yang seterusnya ialah tidak dapat lari juga ialah mengenai bekalan air paip. Keseluruhannya saya ucap tahniah. Keseluruhannya telah baik untuk di Lanchang terutamanya semenjak loji daripada Karak kita guna pakai sebahagiannya untuk bahagian jalan ke Karak. Tetapi masalahnya yang berlaku ialah di bahagian pedalaman yang menggunakan Loji Air Mempateh. Loji rawatan air terawat... air terawat di Kampung Mempateh. Loji-loji ini ialah digunakan hasilnya ialah untuk membekalkan air-air yang bersih tadi kepada beberapa kampung pedalaman seperti mana di Sokmek, di Bolok Hulu dan Bolok Hilir, di Kampung Teris, Kampung Cempaka termasuk juga di Taman Lanchang Permai yang menghala ke Jalan Bukit Damar. Untuk makluman, pihak PAIP ada membina satu pam... pam penggalak di Kampung Sokmek dengan tujuan akhir dengan menyelesaikan masalah tersebut supaya pam penggalak ini dapat menolak air sampai ke penghujung tetapi malangnya bekalan air tersebut tidak cukup, pam penggalak itu seolahnya apabila air tak ada tidak dapat disedut maknanya fungsi sebagai penggalak tak adalah. Tak ada galak maknanya dan apa yang berlaku ialah er... bekalan untuk pam penggalak itu diguna daripada air lori tangki terpaksa menambah atau top up pada pam penggalak tersebut. Jadi, maknanya masalah tersebut tidak selesai lagi. Dan baru-baru ini juga saya semasa kita bersidang hari Jumaat, saya mendapat mesej daripada penduduk-penduduk Lanchang Permai dan sebagainya 4 hari bekalan air terputus.
Dan alhamdulillah saya pun terus berhubung dengan pihak PAIP daripada Temerloh dan mereka juga saya ucap tahniah mengambil tindakan segera pada malam tersebut juga untuk uruskan itu dan air dapat didapati pada malam tersebut walaupun pukul 12.00 malam. Menunjukkan bahawa kakitangan kita ini sebenarnya berusaha untuk mengadakan sebaik mungkin bekalan air tetapi oleh kerana bekalan yang tidak cukup menyebabkan ia agak terganggu. Maka saya mencadangkan bahawa untuk mengatasi masalah tersebut, kita mohon supaya loji yang telah dicadangkan dulu di Kampung Mempateh supaya diangkat semula. Sekurang-kurangnya sama ada loji baharu ataupun dinaiktarafkan menjadi satu apa kerja-kerja rawatan yang lebih baik dan lebih efisien. Maka dengan itulah dapat dilaksanakan. Oleh kerana saya kira di tempat-tempat lain walaupun sedikit ada gangguan tetapi dia lebih baik daripada dahulu cuma gangguannya mengenai daripada kerosakan paip-paip pecah dan sebagainya. Tidak seperti sebelum ini yang tidak cukup air dan sebagainya daripada Loji Lubuk Kawah.
Seterusnya Yang di-Pertua, mengenai banjir. 2 minggu lepas, Lanchang telah mengalami banjir di Kampung Batu Kapur. Biasalah, Batu Kapur merupakan tempat yang paling rendah sekali di Lanchang dan akan mengalami banjir. Sebanyak 61 keluarga telah pun dipindahkan di PPS, Sekolah Seri Semantan dan 2 minggu selepas itu, ada juga banjir kilat di Taman Mentakab Indah dan sebelum ini di Taman Mentakab Indah kerap mengalami banjir kilat apabila hujan yang lebat turun dalam tempoh 2, 3 jam. Tetapi selepas er... kita selepas pihak berkuasa mengadakan parit besar di bahagian belakang, sudah agak lama tidak berlaku banjir besar, banjir kilat tetapi yang baru-baru ini ialah ia berpunca daripada satu culvert yang saya pernah sebut mesyuarat sebelum ini iaitu 2 buah culvert yang terpasang di hadapan surau, Masjid Mentakab Indah tersebut perlu diubah suai kerana tidak mampu menampung apabila hujan lebat menyebabkan air telah melimpah ke tepi dan sebagainya.
Dan saya harapkan pihak yang berkenaan boleh melihat perkara tersebut sebagai satu tindakan segera yang saya kira apabila tindakan tersebut dapat diatasi, maka masalah banjir di Mentakab Indah ini tidak... banjir kilat tidak berulang lagi kerana peringkat pertama kita dah selesai dengan parit besar dan insya-Allah yang kedua ini dengan culvert yang kita ubah suai itu mungkin dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang terdekatlah.
Yang Berhormat, panjang lagi?
Ada satu lagi er... sikit lagi. Saya sebut tadi bahawa kerajaan juga telah memberi perhatian tentang er.. syiar islam menambah bajet yang agak tinggi RM235.95 juta. Jadi ucap tahniah kerana mengambil kira itu adalah merupakan inti pati bagi kita sebagai sebuah negeri Pahang yang Islam ini perlu dijunjung dan dalam masa itu juga kita perlu melihat bahawa pendidikan Islam kepada rakyat kita keseluruhannya mendapat diterima dengan dengan keseluruhannya dan terima baik dan sebagainya. Dan dalam pada itu juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada apa nama Exco Agama dan juga kerajaan dan juga Menteri Besar. Keseluruhan masjid-masjid di Lanchang sekarang ini kebanyakannya telah pun dinaiktarafkan sama ada dibaiki ataupun dibina baharu.
Yang terakhirnya ialah Masjid Kampung Sempadan yang telah pun dibina baharu di tapak yang baru dan telah pun diguna pakai pada bulan Ramadan yang lalu. Cuma di sebelahan dengan Kampung Sempadan masjid baru tersebut, terdapat satu kampung iaitu Kampung Kuala Kaung terletak di jalan besar main road hala ke Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan kepada musafir ataupun orang luar untuk singgah sembahyang. Masjid ni masih masjid yang lama, jadi dapatlah kiranya kerajaan memasukkan senarai Masjid Kuala Kaung ini dan kemungkinan sudah ada supaya dipercepatkan untuk proses naik taraf Masjid Kuala Kaung.
Dan akhirnya Tuan Speaker... Yang Berhormat Tuan Speaker, tentang masalah tadi ialah tentang satu lagi ialah masalah jalan pertanian. Terdapat beberapa kampung dan kebun-kebun dan peranan yang menjadi hubungan penting kepada penduduk kampung yang menjadikan er... kebun sebagai punca penca… apa nama pencarian hasil mereka. Ia perlu dinaik taraf beberapa tempat antaranya di Kampung Meh di… di Lanchang. Dia bersempadan dengan ladang apa, Sime Darby kalau tak silap saya. Kemudian di jalan, Jalan Pertanian Lakum ke Paya Pelantar, juga merupakan satu laluan utama untuk penduduk-penduduk kampung, dan satu lagi ialah di Kampung Bukit Ngeri. Bukit Ngeri ini kalau tuan-tuan pergi memang ngeri, jalan jauh ke dalam dan di situ juga dia ada satu pejabat pertanian, ke dalam lagi tempat Orang Asli, jalannya memang berlubanglah.
Kalau kita nak… kalau siapa yang pernah main… main ombak bot laju ini saya rasa tak payah pergi Teluk Cempedak. Di situ pun memang… memang boleh pergilah, memang jalan ini memang agak teruk kerana dia digunakan oleh lori-lori besar yang di dalamnya ada kebun-kebun sayur dan sebagainya. Dan saya kira er... di situ mungkin sudah pun apa ada baik… pembaikan dan sebagainya tetapi supaya diberi perhatian untuk jalan yang lebih baik. Yang sebelum ini hanya jalan seperti jalan red track, tanah merah yang digunakan.
Insya-Allah, saya harapkan dengan… dengan perbelanjaan… unjuran perbelanjaan yang, yang lebih baru ini dapat diberikan keutamaan kepada er... pembinaan atau membaiki jalan-jalan pertanian supaya ia menjadi satu kemudahan kepada penduduk-penduduk kampung dan mengurangkan kos pengeluaran hasil daripada er... kebun-kebun mereka apabila jalan telah dibaiki.
Akhirnya saya ucapkan tahniah kepada keseluruhan er... jentera kerajaan dan juga pihak apa Menteri Besar yang telah pun membentangkan belanjawan kita pada… untuk tahun 2026. Cuma saya nak sebutnya ialah semalam banyak teguran bahawa er... di pihak kami seolah-olah tidak menyokong. Dia bukan tidak menyokong, itu pandangan. Kita, sudah tentu dalam mesyuarat ini, nama pun mesyuarat ya, kita ada dua pihaklah maknanya satu mengesyorkan satu mencadangkan. Dan kita ada 2 sisi sudut pandang sisi atas pandangan masing-masing. Semuanya untuk kebaikan, dan akhirnya kita akan ambil satu keputusan yang tepat untuk dilaksanakan, diturunkan kepada rakyat di bawah. Itulah tujuan kami sebenarnya. Dan tidaklah bukan orang kata menentang segala-galanya kerana er... kita ini dalam mesyuarat mestilah berbeza. Lain kalau kita dalam taklimat, kita datang dengar, kan… catit-catit minum teh lepas itu kita balik. Tapi oleh kerana kita dalam mesyuarat, sudah tentulah dia ada pro and cons itu biasa dalam… dalam mesyuarat.
Akhirnya sekali saya dengan ini menyokong perbelanjaan yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat… Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar, Bajet 2026. Dengan ini, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih wakil dari Lanchang. Seterusnya saya menjemput wakil dari Chini.
[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam Pahang 1st. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker yang memberi ruang untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan pada petang ini.
Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, negeri dan daerah, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Izinkan saya memulakan dengan pantun.
Gunung Tahan berbalut kabus, Pagi tenang bumi pertiwi, Amanah rakyat bukan sekadar tugas, Hari ini suara Chini saya bawa di sini.
[Ahli Dewan menepuk meja]
Gunung Senyum teguh berdiri, Sungai Pahang beralun tenang, Negeri berjaya hasil dihargai, Rakyat sejahtera Pahang gemilang.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang di atas pembentangan Belanjawan Negeri Pahang tahun 2026 yang begitu menyeluruh, progresif dan berpaksikan kepentingan rakyat. Belanjawan Tahun 2026 ini telah menggariskan tujuh teras utama dan ia bukan sekadar mencerminkan kematangan pengurusan kewangan negeri, tetapi juga kejayaan besar pentadbiran kerajaan negeri apabila Pahang berjaya mengutip hasil melebihi RM1 bilion, 4 tahun berturut-turut, sepertimana Ahli-ahli Dewan juga sebut [Ahli Dewan menepuk meja]. Serta satu pencapaian bersejarah yang membuktikan kepimpinan yang berwibawa, kecekapan pentadbiran, berintegriti, keberkesanan strategi ekonomi serta keyakinan pelabur terhadap Pahang.
Ini meletakkan Pahang pada landasan kukuh sebagai negeri maju, makmur, berdaya saing. Selain itu, kutipan hasil negeri pada tahun ini sebanyak 40% dipulangkan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada pentadbiran kerajaan persekutuan, negeri, daerah yang turut menyumbang kepada kejayaan kutipan hasil negeri ini. Pencapaian ini menjadi bukti bahawa kerajaan negeri bukan sahaja pandai merancang tetapi berjaya melaksanakan dasar-dasar yang memberi hasil nyata kepada rakyat.
Yang Berhormat Speaker,
Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Pelangai atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah FELDA. Ini adalah pengiktirafan yang mewakili kerajaan negeri, mewakili suara warga FELDA Pahang dan seluruh warga FELDA
amnya. Pelantikan ini amat penting kerana ia memberi ruang suara rakyat FELDA Pahang dibawa terus ke meja pembuat keputusan tertinggi FELDA.
Yang Berhormat Speaker,
Boleh mencelah sikit? YB Chini, sebenarnya pelantikan Ahli Lembaga Pengarah FELDA ini dicadangkan dan diusulkan dan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar sendiri pada saya. Saya ucapkan tahniah sepatutnya kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar sendiri. Terima kasih banyak… terima kasih banyak Speaker.
Jadi saya zahirkan juga ucapan terima kasih er... kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang.
Yang Berhormat Speaker,
FELDA berada 69 tahun usia kewujudan yang menjadi tunjang pembangunan sosioekonomi kepada 112,635 peneroka di Malaysia serta di negeri Pahang, seramai 43,126 peneroka. FELDA bukan sekadar nama dalam sejarah, ia adalah simbol perjuangan rakyat luar bandar menebus kemiskinan dan membina kehidupan dengan titik peluh dan keringat sendiri.
Di DUN Chini, nadi ekonominya, 80% adalah daripada penduduk Gugusan Chini. Namun, saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini bahawa komuniti FELDA kini berdepan cabaran baharu. Antaranya, isu penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam, peluang pekerjaan generasi muda, permasalahan sosial berkaitan dadah dan keperluan memperkenalkan teknologi pertanian moden. Sehubungan itu, saya amat berharap kerajaan negeri tekun… terus memperkukuhkan kerjasama dengan FELDA melalui program digitalisasi pertanian FELDA termasuk penggunaan dron dan sistem pengurusan ladang moden. Geran usahawan belia untuk melahirkan generasi muda yang berdikari dan penambahbaikan prasarana asas FELDA. Saya juga ingin menyentuh berkaitan aset FELDA di DUN Chini. Yang pertama, 10 unit lot kedai industri yang dibina oleh FELDA sekitar tahun 2010, bersebelahan Pusat Latihan Chini. Sehingga kini, lot kedai tersebut terbengkalai begitu sahaja serta tidak memberi manfaat kepada warga FELDA Chini. Jika tidak, kedai ini boleh memberi peluang kepada anak FELDA menjalankan pelbagai bentuk perniagaan seperti bengkel kereta, mengecat dan juga kimpalan.
Yang kedua, bangunan kilang pemprosesan makanan di FELDA Chini 3 yang dulunya beroperasi sebagai pengeluaran produk gedung makanan negara daripada hiliran pisang berangan dan kini sudah tidak lagi beroperasi hampir lebih 10 tahun. Saya cadangkan bangunan ini boleh dijadikan hub pengumpulan produk usahawan Chini. Antaranya kuih bahulu, biskut mazola, kerepek, mi lidi, tempe, karipap frozen yang diusahakan oleh anak-anak muda Chini.
Seterusnya, 30 unit rumah Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) yang berbaki kerja 10% untuk disiapkan, juga berada dalam situasi terbengkalai semula. Yang keempat, pengukuran lot tapak rumah STRSP bagi FELDA Chini Timur 1, FELDA
Timur 3 dan juga Taman Sentuhan Kasih FELDA Timur 2. Saya sangat berharap perhatian dan serius tindakan sewajarnya pihak kerajaan dan FELDA membantu menyelesaikan perkara tersebut.
Terima kasih, kepada pihak kerajaan dan FELDA dapat menyiapkan kolam takungan air ORS di loji Chini. Kolam takungan seluas 30 ekar ini dengan perbelanjaan hampir RM33 juta akan dapat membantu menyalurkan air bersih sewaktu krisis kemarau yang berpanjangan di DUN Chini.
Yang Berhormat Speaker,
Kampung tradisi atau warisan negeri. Negeri Pahang bukan hanya kaya dengan hasil bumi tetapi kaya juga dengan warisan kampung tradisi yang membentuk identiti dan budaya negeri. Kampung tradisi adalah tempat terbitnya nilai gotong-royong, semangat kejiranan dan jati diri rakyat Pahang. Namun, penduduk kampung masih berhadapan cabaran kemudahan asas peluang ekonomi yang terhad. Terima kasih, kepada pihak kerajaan negeri berjaya menyediakan Rumah Rakyat Pahang secara percuma. Sebanyak 8 buah rumah setiap tahun. Terima kasih, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.
Saya menyokong usaha kerajaan negeri yang sentiasa memberi tumpuan kepada pembangunan luar bandar. Namun, saya ingin mencadangkan agar kerajaan negeri memberi perhatian khusus kepada 3 perkara yang berkaitan. Yang pertama, peningkatan capaian internet dan juga liputan telekomunikasi di kawasan kampung tradisi bagi memacu ekonomi digital luar bandar.
Yang kedua, program baik pulih rumah uzur khususnya untuk warga emas dan ibu tunggal dan yang ketiga, geran mikro Usahawan Desa bagi membantu pengusaha kecil memasarkan produk kampung ke pasaran digital. Dan yang keempat, Program Digitalisasi Usahawan Desa, Ekonomi Digital Desa dan juga platform jualan digital untuk produk kampung. Ini membuka peluang pendapatan baharu kepada penduduk kampung. Kampung bukan sekadar sejarah, kampung ialah akar kekuatan negeri. Jika akar dijaga dan disuburkan pohon negeri ini akan terus rendang dan berbuah kejayaan.
Yang Berhormat Speaker,
Tasik Chini merupakan khazanah alam semula jadi serta menjadi tempat pelancongan berasaskan alam. Tasik Chini adalah permata negeri dan antara 3 kawasan rizab Biosfera UNESCO di Malaysia. Melalui usaha Perbadanan Taman Negeri dan Tourism Pahang dapat membantu mengembalikan tarikan kepada para pelancong luar dan dalam negara untuk datang ke Tasik Chini. Saya cadangkan Menara Tinjau Tasik Chini, laluan pejalan kaki ataupun jungle tracking, Galeri Warisan Tasik Chini, Pusat Interpretasi Alam dan Eko Resort bertaraf antarabangsa.
Yang Berhormat Speaker,
Masyarakat Orang Asli rakan pembangunan negeri. Saya juga ingin membawa perhatian Dewan ini kepada masyarakat Orang Asli khususnya di kawasan DUN Chini. Terima kasih kepada pihak kerajaan yang berjaya menyediakan 2 buah rumah rakyat Pahang bagi masyarakat Orang Asli di DUN Chini setiap tahun. Masyarakat Orang Asli bukan hanya sebahagian daripada warisan negeri tetapi juga penjaga alam semula jadi yang memainkan peranan penting dalam kelestarian hutan Pahang.
Namun begitu, masih ada antara mereka yang berdepan kekurangan dari segi kemudahan asas, pendidikan dan juga peluang ekonomi.
Saya menyokong penuh langkah kerajaan negeri menerusi kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dalam melaksanakan program sosioekonomi Orang Asli termasuk latihan kemahiran dan keusahawanan komuniti. Saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan negeri menambah baik dasar sedia ada dengan memperkenalkan program Pendidikan Literasi Digital untuk generasi muda supaya mereka dapat bersaing dalam ekonomi moden. Insentif khas untuk usahawan Orang Asli melalui koperasi dan juga perusahaan kecil berasaskan sumber tempatan. Masyarakat Orang Asli bukan sahaja antara penerima bantuan Pahang tetapi rakan pembangunan negeri yang perlu dirangkul dalam agenda kemajuan bersama.
Yang Berhormat Speaker,
Belanjawan 2026 ini adalah belanjawan rakyat yang mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap semua lapisan masyarakat dari bandar hingga ke pedalaman. Saya yakin kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang akan terus melaksanakan dasar yang seimbang, mampan dan berpandangan jauh. Negeri Pahang kini berada di landasan kukuh untuk melangkah ke fasa pembangunan baharu, berdaya saing dan makmur untuk semua rakyat.
Justeru, saya berdiri teguh menyatakan sokongan penuh kepada Belanjawan Negeri Pahang 2026 kerana ia menzahirkan semangat Pahang 1st, ‘Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan’.
Burung tempua terbang melayang, Hinggap sebentar di dahan jati, Pahang gemilang hasil cemerlang, Rakyat senang negeri diberkati.
Maka Chini mohon menyokong. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih, wakil dari Chini. Seterusnya saya menjemput wakil dari Tahan. Sila.
(Ayat Al-Quran). Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. (Bacaan dalam Bahasa Arab). Yang dihormati Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan ADUN, ketua-ketua jabatan dan sidang pemerhati yang dirahmati oleh Allah SWT.
YB Speaker,
Pertamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Speaker kerana memberikan ruang dan juga peluang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang pada hari Jumaat yang lalu.
Tahniah, saya ucapkan kepada kerajaan negeri yang telah berjaya mengutip hasil negeri dengan jumlah melebihi RM1 bilion buat kali ke-4 secara berturut-turut. Semoga ianya akan terus memberi manfaat dan faedah kepada seluruh rakyat negeri Pahang termasuklah kami Ahli Dewan Negeri bukan kerajaan.
YB Speaker,
Pembangunan negeri bukan hanya terletak pada megahnya bangunan di bandar tetapi pada terangkatnya martabat kampung pedalaman. Komuniti Orang Asli dan kawasan luar bandar yang juga menjadi asas kepada ekonomi negeri. Apatah lagi bagi kami di DUN Tahan, Taman Negara Kuala Tahan adalah permata ekopelancongan negara yang bakal menyambut kedatangan pelancong seluruh dunia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Qasas ayat 77 (bacaan ayat Al-Quran) yang bermaksud, “dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah, sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan”.
Ayat ini mengingatkan kita bahawa pembangunan tidak boleh meminggirkan manusia dan alam yang menjadi amanah kepada kita.
Gunung Tahan teguh berdiri, Hutan hijau tempat berteduh, Rakyat luar bandar jangan dibiari, Pembangunan mesti sampai menyeluruh.
Dengan semangat itu, saya ingin mengangkat 2 perkara utama yang menjadi denyut nadi rakyat Kuala Tahan, iaitulah kemudahan asas luar bandar dan kesiapsiagaan pelancongan Taman Negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
YB Speaker,
Saya mulakan dengan isu mendesak melibatkan kemudahan kesihatan di Kuala Tahan. Fakta telah direkodkan di Kamar Khas Dewan Rakyat menunjukkan dua perkara kritikal. Yang pertama, Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa pembinaan klinik kesihatan yang baharu jenis 5 hanya akan bermula pada Ogos 2026 mengambil masa 36 bulan dan dijangka siap pada tahun 2029. Rakyat terpaksa menunggu 4 tahun lagi walhal klinik lama telah mengalami keretakan sejak tahun 2020 dan tiada pembaikan dilakukan sejak itu hinggalah keadaan menjadi semakin kritikal dan tidak selamat digunakan bermula tahun ini. Kini, klinik sementara beroperasi dengan menggunakan Dewan Penghulu Raja dengan hanya RM19,000.00 diperuntukkan untuk kerja pendawaian partition dan pembaikan asas. Kementerian sendiri mengaku jumlah ini tidak mencukupi.
Maka saya ingin mencadangkan sekali lagi kepada kerajaan negeri, yang pertama, satu peruntukan kewangan mesti disalurkan dengan segera bagi meningkatkan keselesaan Dewan Penghulu Raja bagi tujuan seperti menambah bilangan kipas dinding, membekalkan penghawa dingin mudah alih dan lain-lain keperluan yang difikirkan. Yang kedua, membuat penilaian antara kekal pengoperasian klinik sementara ini di Dewan Penghulu Raja dengan menambah baik keselesaannya hingga klinik kesihatan yang baharu siap dibina. Berbanding dengan membina klinik
modular yang mungkin menelan belanja lebih RM600,000.00 sebagaimana yang telah disebut oleh Exco berkaitan pada sesi pagi tadi. Yang ketiga, koordinasi negeri bersama KKDW bagi penyediaan utiliti dan juga infrastruktur asas.
YB Speaker,
Kuala Tahan adalah pintu utama Taman Negara. Tidak munasabah apabila destinasi pelancongan utama negara mempunyai klinik sementara yang daif ketika menuju Tahun Melawat Malaysia 2026. Justeru, saya mohon agar pihak kerajaan negeri menjadikan isu klinik sementara sebagai keutamaan dan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan selesa.
YB Speaker,
Canopy Walk merupakan tarikan utama Taman Negara telah siap sepenuhnya pada 24 Jun 2024. Diserahkan kepada PERHILITAN pada 15 Julai 2024, tetapi masih belum dibuka akibat kerosakan dilanda ribut pada 30 September 2024 dan 5 Februari 2025. Jawapan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam di dalam Dewan Rakyat, 2 isu besar timbul. Pertama, kesan ekonomi langsung kepada pengusaha pelancongan Kuala Tahan. Yang kedua, kelemahan mitigasi risiko sedangkan ribut dan pokok tumbang adalah risiko lumrah hutan hujan tropika.
Kerajaan negeri perlu berada dalam koordinasi… dalam koordinasi bersama PERHILITAN dan JKR bagi penyelesaian jangka panjang. Kerja baik pulih disasar siap 2 Mac 2026 dengan tambahan 2 minggu proses keselamatan. Namun, kita kini berada di musim tengkujuh dan bakal memasuki Tahun Melawat Malaysia 2026. Maka kemungkinan besar berlaku kelewatan tambahan.
YB Speaker,
Canopy Walk adalah tarikan utama yang menjadi punca rezeki kepada banyak keluarga. Sebarang kelewatan akan menjejaskan nama baik... nama baik Taman Negara dan peluang ekonomi Tahun Melawat Malaysia 2026. Justeru, saya memohon agar kerajaan negeri memantau rapat jadual pemulihan. Yang kedua, menyemak semula analisis risiko jangka panjang dan yang ketiga memastikan Canopy Walk ini dibuka segera demi ekonomi penduduk Kuala Tahan dan sekitarnya. Rakyat sudah menunggu terlalu lama. Taman Negara adalah permata negara dan juga negeri. Jangan kita biarkan ia terus tertutup tanpa tindakan proaktif.
YB Speaker,
Ketika kita membahaskan Belanjawan 2026 dengan tema Pahang 1st, ‘Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan’. Saya ingin menekankan satu perkara penting iaitu pembangunan negeri hanya benar-benar tersaksama apabila Kampung Kuala Tembeling, Kampung Kuala Tahan, Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Mat Daling, Kampung Gusai serta kampung-kampung lain turut merasai nikmatnya. Saya menyambut baik peruntukan di bawah Kluster Orang Asli. Baik pulih rumah, pembaikan perbekalan air, bakul makanan, e-DOA dan insentif pendidikan. Saya ingin mengangkat beberapa perkara yang menjadi realiti harian penduduk pedalaman.
Yang pertama, banyak lagi kampung Orang Asli di Tahan, ia bergantung kepada sumber air graviti yang tidak stabil. Bekalan elektrik pula masih tidak konsisten bagi beberapa penempatan kecil. Justeru, saya minta kerajaan negeri memastikan
peruntukan pembekalan air sebanyak RM500,000.00 benar-benar sampai kepada kampung-kampung pedalaman yang dan tidak tertumpu kepada lokasi mudah dicapai sahaja.
Untuk elektrik pula, saya mencadangkan pelan elektrifikasi pedalaman Pahang yang melibatkan hibrid solar dan mini hidro khusus bagi penempatan Orang Asli yang jauh dari grid. Bantuan Bakul Makanan yang turut diperuntukkan sebanyak RM2.63 juta itu sangat baik. Tetapi apakah strategi dan rangka yang telah disusun agar mereka juga akan terkeluar daripada kelompok kemiskinan.
Saya mencadangkan pengukuhan community based enterprise seperti penternakan madu kelulut, pertanian dusun hutan, ekopelancongan komuniti dan produk kraftangan khas etnik. Program seperti ini berpotensi menjana pendapatan lebih stabil dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan kerajaan semata-mata.
YB Speaker,
Satu lagi isu yang ingin saya bangkitkan dalam Dewan Yang Mulia ini ialah berkaitan dengan keadaan jalan Simpang Paya Garok, jalan utama yang menghubungkan Jerantut dengan kawasan-kawasan penting seperti Kuala Tahan, pedalaman Ulu Tembeling dan pusat-pusat komuniti di sepanjang Sungai Tembeling. Setiap kali musim tengkujuh atau hujan berterusan, jalan ini akan ditenggelami air sehingga melebihi paras dada menyebabkan ribuan penduduk terkandas, kenderaan tidak dapat melalui, pelancong terpaksa diiring keluar lebih awal dan bekalan makanan serta keperluan asas terhenti.
Bagi penduduk DUN Tahan, perkara ini bukan perkara baru, malah telah berlarutan lebih daripada 40 tahun. Keadaan ini bukan sahaja menyekat urusan harian rakyat tetapi menjejaskan ekonomi tempatan dan merencatkan usaha kita memantapkan imej Jerantut sebagai daerah ekopelancongan utama menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan. Yang pertama, apakah status Pelan Mitigasi Banjir bagi laluan Simpang Paya Garok yang telah berulang kali dibangkitkan oleh masyarakat, agensi keselamatan dan juga pengusaha pelancongan. Laluan ini telah pun… laluan ini telah pun dikunjungi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang sendiri, Exco Kerajaan Negeri dan saya difahamkan bahawa ianya sudah diluluskan di dalam Rolling Plan Ke-3 RMKe-12 dan bakal mula dinaik taraf bermula tahun ini. Cumanya sekarang dah bulan Disember 2025 dan masih belum dilihat apa-apa kerja yang terlaksana.
Yang kedua, adakah kerajaan negeri telah mempertimbangkan peninggian jalan, pembinaan tembok penahan air atau lencongan laluan alternatif untuk memastikan hubungan jarak tidak terputus setiap kali banjir berlaku. Dan ketiga apakah bentuk kerjasama kerajaan negeri dengan JKR dan NADMA untuk menjadikan laluan Simpang Paya Garok sebagai projek naik taraf berkeupayaan tinggi memandangkan ia adalah nadi perhubungan kepada Taman Negara Kuala Tahan.
YB Speaker,
Dalam masa yang sama, saya juga ingin mendapatkan perkembangan terkini dan pelan mitigasi bagi laluan-laluan kritikal lain di dalam DUN Tahan yang turut sering ditenggelami air ketika musim banjir iaitu di kawasan jambatan Teh, jambatan Sungai Kerak dan juga di Simpang Kampung Sepian. Lokasi-lokasi ini adalah laluan
keselamatan, logistik dan perkhidmatan asas kepada ribuan penduduk dan gangguan kerap pada laluan-laluan... laluan ini memberi kesan langsung kepada sektor pelancongan, pergerakan barangan dan perkhidmatan termasuk urusan kecemasan, maka saya ingin mengetahui apakah status kajian tender atau fasa perancangan bagi menyelesaikan isu-isu ini secara segera.
YB Speaker,
Buat kesekian kalinya, saya mohon perhatian dan penjelasan daripada pihak kerajaan berkaitan proses pembinaan jalan yang menghubungkan kampung-kampung di pedalaman Ulu Tembeling yang sepatutnya siap pada tahun ini. Mengikut perancangan awal, namun ianya telah diberikan tempoh lanjutan sehingga 10 April 2027.
Projek yang melibatkan 4 jajaran iaitu yang pertama, Jajaran 2A Kampung Kuala Sat yang progressnya ketika ini lebih kurang 10%. Yang kedua jajaran 2B dari Kampung Bantal Seberang ke Kampung Tanah Pindah. Yang progressnya ketika ini lebih kurang 10% yang ketiga, jajaran 2C dari jalan besar simpang Kampung Bantal ke Kampung Semena yang progressnya ketika ini lebih kurang 45%. Dan yang keempat jajaran 2D dari Bantal Seberang ke Kampung Gusai yang progressnya ketika ini lebih kurang 5%.
Saya difahamkan kelewatan ini berpunca daripada proses pengambilan tanah dan pembayaran pampasan kepada mereka yang terlibat. Soalan saya yang pertama, apakah status terkini proses ini? Yang kedua, jangkaannya bilakah proses pengambilan tanah dan pembayaran... pembayaran pampasan ini akan dimuktamadkan? Dan yang ketiga, apakah punca-punca lain yang menyumbang kepada kelewatan projek ini?
YB Speaker,
Akhirnya, saya mohon perhatian daripada pihak kerajaan berkaitan laluan utama yang digunakan oleh penduduk Ulu Tembeling iaitu di antara Ladang Yayasan Pahang ke Kampung Kuala Sat di satu kawasan yang dikenali sebagai Bukit Batu Balai telah berlaku runtuhan tanah berserta sisa kayu pada bulan Disember 2024 yang lalu. Ianya telah dibersihkan namun sangat berpotensi untuk runtuh sekali lagi terutama bila hujan turun berterusan dalam tempoh monsun timur laut yang belum berakhir ini. Justeru, saya mohon jasa baik daripada pihak kerajaan dan agensi yang berkaitan untuk terus memantau dan melakukan sesuatu demi keselamatan dan juga keselesaan penduduk kampung.
YB Speaker,
Sebagai Wakil Rakyat, saya bukan membawa suara jauh tetapi suara yang paling dekat dengan denyut pembangunan negeri, pembangunan luar bandar, martabat komuniti Orang Asli dan masa depan sektor pelancongan di dalam DUN Tahan. Bukan hanya isu lokal tapi ianya adalah isu strategik bagi negeri Pahang Darul Makmur. Setakat itu dahulu ucapan saya. Tahan mohon menyokong Belanjawan 2026. Sekian, assalamualaikum WBT.
Terima kasih, Ahli Tahan. Seterusnya saya ingin menjemput wakil dari Sabai. Tumpang tanya sikitlah, YB Sabai masih kekal di tempat ini ke nak pindah ke sebelah sana? [Ahli Dewan ketawa]
[Ketawa]. Bagus juga tanya tapi Speaker tak tanya pada ADUN Lantikan dari MCA semalam [Ahli Dewan ketawa]. Tapi saya dah maklum terima kasihlah atas soalan tadi tu sebenarnya jawapannya telah saya berikan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar selaku Pengerusi Barisan Nasional, pengerusi parti yang saya wakili. Dan untuk makluman yang semua... yang ada sini memang ada... ada orang di sebelah sana pun, dari sini pun sindir saya. Sindiran tajam juga sebab sebelah Cheka tu ada satu kerusi kosong. [Ahli Dewan ketawa] Tak apalah itu sajalah.
Baik, ya, salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua yang ada dalam Dewan Yang Mulia pada petang ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas peluang kepada saya untuk berbahas dalam Persidangan Dewan Negeri Pahang kali ini berkenaan Bajet Negeri bagi tahun 2026. Bajet ini selaras dengan Aspirasi Pahang 1st menekankan visi besar negeri melalui pelan tindakan yang dirancang dan menyeluruh. Ia menitikberatkan penyelenggaraan infrastruktur, pembangunan ekonomi dan bantuan rakyat dengan tema yang menekankan keutamaan rakyat dan pemeliharaan kemakmuran.
Sasaran pendapatan negeri Pahang bagi tahun 2026 adalah RM1.279 bilion, meningkat 7% berbanding bajet tahun 2025. Ini melebihi RM1 bilion selaras dengan pencapaian Pahang yang telah mencatat kutipan hasil melebihi RM1 bilion untuk 4 tahun berturut-turut. Pendapatan ini disokong oleh peningkatan kutipan hasil daripada cukai tanah, hasil hutan, pelaburan dengan lebihan RM600 juta daripada tahun semasa untuk disalurkan semula kepada rakyat. Setinggi-tinggi syabas saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja atas kejayaan terus mentransformasikan negeri kita sebagai negeri yang berdaya maju dengan pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Tuan Speaker,
Bajet dengan 7 teras utama yang dibentangkan ini sesungguhnya inklusif, menyantuni, keperluan dan aspirasi seluruh rakyat negeri Pahang. Bajet Negeri Pahang 2026 mencerminkan komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan mampan, tadbir urus cekap dan kebajikan rakyat dengan hasil melebihi RM1 bilion dan peruntukan pembangunan dan pengurusan yang signifikan bersama inisiatif pemulangan manfaat kepada rakyat. Bajet 2026 adalah antara yang paling progresif dalam sejarah moden negeri Pahang [Ahli Dewan menepuk meja]. Saya ingin mengambil kesempatan merujuk kepada beberapa inisiatif di bawah bajet yang selari dengan keperluan dan aspirasi warga DUN Sabai.
Di kawasan DUN Sabai ini ada 3 buah kampung Orang Asli iaitu Kampung Ulu Parit, Kampung Ahli Kubur dan Kampung Cinta Manis. Terdapat 12 keluarga di Kampung Ulu Parit... Kampung Asli Ulu Parit yang yang tiada kemudahan bekalan air ke kediaman mereka bergantung kepada air dari kawasan bukit. Semasa Program Aspirasi Pahang 1st di daerah Bentong baru-baru ini, rakan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli telah turut berkunjung ke Kampung Ulu Parit dan saya percaya beliau telah dimaklumkan mengenai isu bekalan air ke 12 rumah berkenaan. Kunjungan ini turut disertai oleh kontinjen PAIP untuk meninjau isu bekalan air di kampung tersebut.
Maka dengan adanya peruntukan di bawah Bajet 2026 bagi kerja-kerja bekalan air ke kawasan Orang Asli, saya harap masalah bekalan air di Kampung Ulu Parit dapat diselesaikan. Masih juga dengan aspirasi masyarakat Orang Asli, saya mengambil kesempatan ini untuk mohon pencerahan kerajaan negeri mengenai perkembangan terkini isu pewartaan tanah rizab Orang Asli di kawasan DUN Sabai yang pernah saya bangkitkan sebelum ini. Isu pewartaan tanah berkenaan sering dibangkitkan apabila saya berkunjung ke… ketiga-tiga buah kampung Orang Asli di kawasan DUN Sabai. Tindakan dan keprihatinan kerajaan negeri di dalam isu ini amatlah saya hargai.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Bajet Negeri Pahang juga memberi fokus kepada usaha-usaha merancakkan sektor pelancongan dengan kerjasama pihak-pihak berkepentingan bagi membantu pembangunan infrastruktur dan aktiviti promosi pelancongan yang terus… seterusnya akan meningkatkan kehadiran pelancong ke negeri Pahang terutamanya dalam persediaan sempena Program Tahun Melawat Malaysia 2026. Semasa perbahasan Bajet 2025 tahun lepas, saya telah mohon Kerajaan Negeri Pahang bagi mempertimbangkan cadangan menaik taraf kawasan Gua Chinta Manis dan Gunung Halia dalam kawasan DUN Sabai yang berpotensi berkembang sebagai tarikan pelancongan.
Terima kasih kerajaan Pahang. Kerja-kerja menaik taraf fasiliti di kawasan Gua Chinta Manis telah menerima peruntukan RM1.2 juta yang pasti dapat meningkatkan kemudahan dan keselesaan pengunjung ke kawasan tersebut. Selesai kerja nanti, saya percaya potensi Gua Chinta Manis sebagai destinasi pelancongan akan terus berkembang.
Saya ingin mohon pertimbangan Kerajaan Negeri Pahang bagi mengkaji potensi Gunung Halia, satu lagi lokasi yang penting di kawasan DUN Sabai di Pekan Karak yang selepas ini mempunyai formasi indah semula jadi sesuai bagi aktiviti riadah dan rekreasi khasnya aktiviti hiking. Saya faham memandangkan ianya satu khazanah semula jadi, sebarang pembangunan perlulah memastikan kelestarian kawasan tersebut. Saya harap kerajaan negeri dapat membuat kajian yang telus bagi membangunkan Gunung Halia sebagai produk pelancongan negeri Pahang.
Bercakap mengenai industri pelancongan di negeri Pahang, saya mohon pencerahan kerajaan negeri mengenai perancangan dan tindakan bagi merancakkan potensi Lapangan Terbang Kuantan sebagai hab penerbangan utama ke Pantai Timur. Ketika ini hanya terdapat penerbangan langsung setiap hari dari KLIA serta penerbangan 3 kali seminggu dari Singapura serta penerbangan charter. Penerbangan domestik langsung dari Lapangan Terbang Subang, Pulau Pinang dan Malaysia Barat dari Kota Kinabalu atau Kuching pasti akan menyediakan jaringan penerbangan yang kompetitif selain dari destinasi negara-negara ASEAN yang lain. Maka saya cadangkan kerajaan negeri dan Tourism Pahang khususnya mengadakan sesi libat urus dengan syarikat-syarikat penerbangan seperti Malaysian Airlines, Batik Air, Air Asia dan sebagainya bagi merealisasikan potensi sebenar Lapangan Terbang Kuantan.
Saya nak kongsi pengalaman saya ni berhubung dengan isu pelancongan. Sebenarnya pelancong yang hadir ke negeri Pahang ini kebanyakannya er… tumpu dekat Genting Highlands. Ramai pelancong yang hadir ke Genting Highlands, tidak ada yang tidak mengenal Genting Highlandslah. Para pelancong secara keseluruhannya yang hadir ke Malaysia ni memang er… pilih er… Genting Highlands sebagai destinasi utama. Tapi mereka tak teroka dalam Pahang sehingga ke Pahang Barat, Pahang Tengah sampai ke sebelah Kuantan, Cerating, Tioman. Memang
kunjungan pelancong dari luar adalah agak kuranglah banding dengan Genting Highlands ataupun Cameron Highlands.
Untuk mengatasi isu ini, saya mohonlah Tourism Pahang dapat mengadakan sesi libat urus dengan pengusaha-pengusaha pelancongan di Kuala Lumpur yang biasanya apabila mereka menerima pelancong, mereka bawa pelancong ini ke tempat-tempat lain, tidak memilih untuk masuk teroka Pahang yang kaya dengan alam semula jadi. Maka kita perlulah, selain itu yang saya sebut tadi ialah pasal penerbangan. Penerbangan terus dari Kuching, Kota Kinabalu ataupun dari Penang dapat membawa pelancong terus ke kawasan ke Kuantan dan seterusnya mereka dapat menikmati keindahan alam semula jadi Pulau Tioman, Cerating, misalnya.
Dan er… YB… Yang Berhormat Tuan Speaker,
Kerajaan negeri juga memberi keutamaan kepada pelaksanaan projek-projek tebatan banjir dalam bajet tahun-tahun lepas dan juga pada Bajet 2026 bagi mengelakkan sebarang musibah banjir dan impaknya yang beri kesan kepada rakyat. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Kerajaan Pahang atas pembinaan ban sungai di kawasan Kampung Karak Setia yang telah mencegah isu banjir di kawasan tersebut baru-baru ini.
Saya juga telah menerima khabar baik dari JPS Daerah Bentong bahawa projek Rancangan Tebatan Banjir Bentong baru sahaja pihak kontraktor terima SST bertarikh 27 Oktober 2025. Kos projek RTB Bentong, Rancangan Tebatan Banjir Bentong berjumlah RM227 juta. Skop yang terlibat merangkumi mendalamkan dan melebarkan Sungai Bentong sepanjang 33 km, menaik taraf empangan, pembinaan ban 10km kiri dan kanan sepanjang sungai, pembinaan kolam takungan, pengukuhan tebing, pemasangan flap gate dan pembinaan rumah pam.
Projek Rancangan Tebatan Banjir Bentong ini akan mengambil masa 48 bulan bermula dari 21 November 2025 dan dijangka siap pada 20 November 2029. Semestinya perkembangan ini melega… melegakan rakyat daerah Bentong khasnya selepas mengharungi trauma musibah banjir Disember 2021. Terima kasih kepada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan atas komitmen pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Bentong.
Tuan Speaker,
Kerajaan Negeri Pahang sentiasa menitikberatkan aspek pembangunan sukan dan keperluan kemudahan sukan di negeri ini dan di bawah Belanjawan 2025 yang dibentangkan tahun lepas, terdapat projek pembinaan Kompleks Sukan Benta yang diumumkan. Adalah menjadi harapan dan penantian anak-anak muda di kawasan DUN Sabai bagi satu pusat aktiviti bersukan di kawasan Sabai, tidak perlu bersaiz mega yang memenuhi keperluan aktiviti sukan, memadai. Ini pasti menjana golongan anak muda yang cergas dan produktif. Harap aspirasi anak muda Sabai dapat pertimbangan kerajaan negeri.
Merujuk kepada aspek kecergasan masyarakat, terdapat fasiliti rekreasi dan riadah di kawasan Taman Karak Indah DUN Sabai yang telah dibuka kepada orang ramai. Projek di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Majlis Perbandaran Bentong menjadi tumpuan orang ramai setiap petang bagi aktiviti riadah dan rekreasi keluarga melebihi kapasiti dikunjungi oleh orang awam, tak dapat menampung keperluan. Maka saya ingin mencadangkan kepada kerajaan dan KPKT agar taman rekreasi baharu sedemikian dibangunkan di kawasan DUN Sabai. Saya
ingin syorkan kawasan Tasik Prima Karak Setia sebagai usaha menjana masyarakat yang cergas dan cerdas.
Seterusnya, saya juga ambil kesempatan di sini untuk ucapkan penghargaan kepada ECRL dan Pejabat Daerah dan Tanah Bentong yang telah memulakan kerja membina jambatan besi… jambatan besi untuk mengatasi masalah ratusan pekebun yang menghadapi kesukaran mengutip hasil berikutan jambatan gantung yang telah uzur dan rosak.
Yang Berhormat Speaker,
Belanjawan Persekutuan 2026 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim merangkumi 15 projek dan inisiatif penting diumumkan secara khusus untuk Pahang. Peruntukan disalurkan kepada Pahang melalui pelbagai kementerian dan agensi persekutuan membuktikan komitmen kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dalam memastikan pembangunan inklusif dan seimbang. Salah satu daripada 15 projek yang diumumkan adalah projek pembinaan bangunan baru SJKT Ladang Jeram. Isu Sekolah Tamil Ladang Jeram ini saya pernah bangkitkan dalam Sidang Dewan Negeri Pahang termasuk sahabat saya dari er… Beserah. Terdapat beberapa bilik darjah di sekolah ini yang beroperasi dalam kontena yang diubah suai sehingga mendapat jolokan sebagai sekolah kontena…
Yang Berhormat Speaker…
Saya belum habis er… bagi ruang untuk saya… [ketawa]
Tak er… tak saya tertarik bila sebut sahabat saya daripada er… Beserah.
Sila… sila… sila Yang Berhormat.
Bila sebut sahabat saya daripada er… Beserah. [ketawa] Tak er… itu yang sebenarnya er… tak maknanya maksud tadi kita er… saya mengusik ini er… ADUN Sabai ini. Dia bertanya ke dia tadi kemudian dia kata sahabat saya daripada Beserah. Tiba-tiba saya terkejutlah tadi, tiba-tiba sahabat daripada Beserah pula. Sebenarnya kita yang championkan untuk SJKT Jeram ini sebenarnya hingga mendapat kelulusan daripada pihak er… pihak Kementerian Pendidikan untuk membina sekolah baru SJKT er… Jeram. Jadi bukan sahaja sebenarnya ADUN Sabai tapi pihak kerajaan juga begitu bersungguh-sungguh untuk pastikan pembelaan dari segi pendidikan bukan sahaja kepada kaum Melayu, bukan sahaja kepada kaum Cina tetapi kaum India juga tidak ketinggalan. Ini sebenarnya janji dan komitmen kita. Terima kasih.
Ya, sekarang ramai sahabat dari er… oleh apa itu Yang Berhormat Sabai.
[Ketawa] Maksud lain itu Tuan Speaker. [Ahli Dewan ketawa] Saya er… saya belum habis kenyataan tentang sekolah kontena itu saya habiskan. Pengumuman projek pembinaan bangunan baru sekolah berkenaan di bawah Belanjawan Persekutuan 2026 membuktikan komitmen dan keprihatinan kedua-dua kerajaan persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang. [Ahli Dewan menepuk meja] Sebab itu bila kita buat kenyataan orang, kita kena baca keseluruhan teks sebelum kita membuat rumusan er… sebahagian sahaja kita buat rumusan itu tak berapa betul. [Ahli Dewan ketawa]
Tak Yang Berhormat er… tak er… tahu…
Sila Yang Berhormat.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Dia sebenarnya kenyataan orang politik ini nak kena baca bukan selapis sahaja kalau dahulunya tak ada sahabat sekarang ini tiba sahabat jadi kita pun lain macam sahaja. [Ahli Dewan ketawa] Belum apa-apa. [ketawa] Itu terkejut saya er… kata orang Sabah ‘terkajut aku’. [ketawa] Terima kasih.
Membuktikan komitmen kerajaan dan keprihatinan kedua-dua kerajaan persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang, saya ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar yang terus bantu dan menyantuni er… keperluan masyarakat India Pahang khususnya dalam isu ini dan juga bantuan yang diberikan kepada masyarakat India dari semasa ke semasa termasuk juga bantuan kepada sekolah-sekolah Tamil dan kuil di negeri Pahang.
Akhir kata, tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dan kerajaan negeri atas segala usaha memacu pembangunan, kemakmuran dan kesejahteraan negeri Pahang dan rakyatnya. Semoga segala teras dan inisiatif Bajet Negeri Pahang 2026 dicapai dengan jayanya. Saya mohon menyokong Bajet Negeri Pahang 2026. ‘Maju Terus Pahang’. Sekian, terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Sabai. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat Pulau Manis.
(Ayat Al-Quran) (Bacaan dalam Bahasa Arab) Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan semua Ahli Yang Berhormat kerana memberi ruang kepada Pulau Manis berucap pada hari ini. Pertama sekali, saya mewakili seluruh rakyat Pulau Manis ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh kakitangan kerajaan dan agensi-agensi di bawah kerajaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan seluruh permasalahan di dalam kawasan DUN Pulau Manis ini dapat diatasi.
Tahniah juga diucapkan kepada pihak kerajaan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah membentangkan belanjawan untuk tahun 2026 dan tahniah juga diucapkan kerana telah berjaya mendapat… mendapatkan kutipan hasil melebihi RM1 bilion untuk tahun yang keempat dan kita semua yakin jumlah ini akan diturunkan kepada rakyat melalui inisiatif-inisiatif yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada Jumaat yang lalu. Saya selaku barisan Ahli Dewan Negeri bukan kerajaan teguh berpendirian iaitu menjadi pembangkang yang konstruktif, menyokong perkara yang baik dan akan memberi pandangan dan buah fikiran untuk sama-sama memajukan negeri Pahang yang tercinta ini.
Yang Berhormat Speaker,
Saya ingin menyentuh sedikit tentang peruntukan penyelenggaraan jalan dan infrastruktur dalam Belanjawan Negeri Pahang 2026. Kerajaan telah memperuntukkan jumlah yang besar iaitu sekitar RM455 juta untuk tujuan ini. Saya menghargai usaha kerajaan yang memastikan rangkaian jalan di negeri ini terus diberi perhatian. Namun begitu, saya percaya masih ada ruang untuk kita memperkemaskan lagi pelaksanaan di lapangan agar peruntukan besar ini memberi hasil yang lebih berkesan kepada rakyat. Walaupun peruntukan meningkat dari tahun ke tahun, realiti di beberapa kawasan menunjukkan masih banyak lagi jalan yang dalam keadaan kurang memuaskan termasuk jalan kampung dan laluan luar bandar yang sering digunakan oleh rakyat secara harian. Ada kerja tampalan yang tidak bertahan lama, ada bahagian bahu jalan yang tidak diselenggara dengan baik dan ada masalah er… saliran yang menyebabkan air bertakung apabila hujan. Keadaan ini bukan sahaja mengganggu kelancaran perjalanan tetapi juga memberi risiko kepada keselamatan pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal.
Yang Berhormat Speaker,
Saya tidak mengatakan usaha kerajaan tidak ada cuma ingin mencadangkan supaya pemantauan kerja kontraktor dapat dipertingkatkan dalam proses pelantikan kontraktor dibuat dengan lebih telus serta berdasarkan merit dan prestasi. Kita mahu setiap projek yang dijalankan benar-benar memberi peluang kepada rakyat melalui kualiti kerja yang baik dan tahan lama. Saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan beberapa penambahbaikan iaitu menetapkan KPI yang lebih jelas untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan termasuk masa, tindakan terhadap kerosakan dan standard kualiti kerja.
Kemudian, lapor er… laporan penyelenggaraan dibuat secara berkala supaya dapat… keadaan jalan dapat dinilai secara lebih menyeluruh, menggunakan teknologi pemantauan moden supaya kerosakan dapat dikesan lebih awal dan dirancang dengan lebih sistematik. Rakyat hanya berharap supaya perjalanan mereka lebih selesa dan selamat. Dengan peruntukan sebesar ini, saya yakin kerajaan juga mempunyai hasrat yang sama maka saya berharap agar pelaksanaan dapat dipertingkatkan, pemantauan diperketatkan dan diperkukuhkan. Saya percaya dengan kerjasama semua pihak kerajaan dan pembangkang kita dapat memastikan setiap ringgit yang diluluskan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
Yang Berhormat Speaker…
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya nak minta laluanlah. Saya nak… ingin memberikan penjelasan sedikit kepada Dewan er… jalan dalam negeri Pahang ini dia terbahagi kepada 2. Satu er… jalan yang melibatkan jalan persekutuan ya er… YB daripada Pulau Manis yang keduanya jalan yang melibatkan jalan statelah, jalan negeri dan selaku saya dulu bekas Exco kerajaan er… Exco Jabatan er… apa ini Kerja Raya dan bajet-bajet tahunan yang selalu kita mohon itu masa saya dulu pernah mohon RM800 juta tetapi lulus RM400 juta sahaja. Tahun ini lulus mungkin lulus dalam Pengarah JKR atau belakang ini er… RM800 juta kita mohon… kita mohon 700, lulus 400 je dan untuk pengetahuan Sidang Dewan, masa saya Exco Kerja Raya, jalan ini dia ada life span dia, dengan izin.
Yang Berhormat di-Pertua,
Life span dia 7 tahun je. Jadi dah lama dah kita tak dapat peruntukan yang berterusan, yang mencukupi. Apabila JKR ini hantar peruntukan diperlukan, termasuk sampai umur 7 tahun tu, jadi peruntukan itu tak dapat pun lagi. Tak dapat, akhirnya jalan itu tak dapat disenggara dengan baik. Jalan itu bukan bawah tanggungjawab kerajaan negeri, jalan itu disenggara oleh konsesi yang dilantik pihak kerajaan persekutuan, Roadcare, dilantik. Bila musim hujan, jalan itu dia dah sampai umur, ADUN daripada Ahli Dilantik tengok saya macam tak puas hati je.
Bila sampai 7 tahun, dia... air itu dia masuk bawah dia punya lapisan. So kalau ada waktu tu jalan berlubang, Roadcare pergi tampal, contohnya. Bila lepas tampal tu, esok lalu lori berat pulak dalam musim hujan tu, dia cabut pulak tempat lain sebab dia dah sampai masa. Dia tak boleh nak er... walaupun tampal, dia cabut. Sebab apa? Sebab patut er... diselenggara tapi tak boleh. Sebab apa? Bajet itu tak dapat. Jadi jangan cakap bajet itu kita terima itu tapi kita tak buat dengan betul ke, yang sebenarnya bajet itu tak mencukupi. Bukan negeri Pahang sahaja tapi negeri lain juga dan ini melibatkan peruntukan daripada kerajaan persekutuan. Itu untuk makluman YB Pulau Manis.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Kerajaan atas pencerahan. Saya teruskan. Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin menyentuh isu yang sedang menjadi kebimbangan rakyat Pahang iaitu cadangan penggunaan caj kenderaan vehicle charge, dengan izin di jalan Genting Highlands. Pertama sekali kita semua maklum
bahawa jalan ini adalah jalan persendirian milik pihak Genting dan bukan jalan persekutuan. Namun, ia digunakan secara meluas oleh rakyat Pahang termasuk pemandu harian dan pekerja perkhidmatan, pelancong tempatan dan luar negeri, perniagaan dan sektor pelancongan di kawasan Genting.
Cadangan mengenakan caj ini menimbulkan kebimbangan yang wajar di kalangan rakyat khususnya bagi mereka yang menggunakan jalan ini secara kerap. Beban kos tambahan ini berpotensi memberi kesan langsung kepada kos sara hidup rakyat serta mungkin menjejaskan aktiviti pelancongan dan ekonomi negeri. Kita semua akui bahawa penyelenggaraan jalan di kawasan berbukit dan cerun seperti ini memerlukan kos tinggi. Keselamatan pengguna jalan raya juga mesti diutamakan. Saya juga yakin bahawa kerajaan negeri telah ada perancangan bagi mengekang masalah-masalah dan implikasi yang bakal berlaku sekiranya hal ini tidak diuruskan segera.
Yang Berhormat Speaker,
Saya juga ingin menyentuh isu berkenaan teras keenam di dalam belanjawan yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada Jumaat yang lalu berkenaan pengurusan sungai dan kawalan banjir. Berkenaan penggunaan kutipan caruman saliran (KCS), dengan izin. Pada masa ini kita semua maklum bahawa KCS ini tidak boleh digunakan untuk tujuan penyelenggaraan tetapi hanya untuk pembangunan baharu. Kita sedia maklum bahawa saliran yang baik bukan hanya bergantung kepada binaan sahaja tetapi juga kepada penyelenggaraannya. Kita boleh bina longkang yang paling sempurna sekalipun, akan tetapi ia tidak dibersihkan, tidak diselenggara dalam tempoh yang diperlukan, ianya juga boleh menyumbang kepada berlakunya banjir.
Yang Berhormat Speaker,
Kebiasaan hal ini bukan sengaja dibiarkan tetapi akibat kekangan peruntukan sering menjadi penyebab kerja-kerja ini tidak dapat dijalankan. Tambahan pula, kos penyelenggaraan semakin meningkat sedangkan kita ada dana KCS boleh membantu meringankan beban tersebut tetapi ia tidak dapat digunakan kerana kekangan tafsiran dasar sedia ada. Justeru, saya ingin mencadangkan supaya dasar ini disemak semula. Antara cadangan saya ialah kerajaan negeri mengkaji semula garis panduan penggunaan KCS ini. Kita perlu memastikan tiada tafsiran yang menyekat er... menggunakan KCS untuk menyelenggara saliran. Dalam masa yang sama, kebenaran ini perlu digunakan secara terhad dan terkawal. Ia bukan penyalahgunaan dana tetapi pematuhan kepada matlamat asal iaitu memastikan sistem saliran berfungsi secara langsung, berfungsi secara baik dan secara langsung menghilangkan kegusaran kita semua berkenaan isu banjir ini.
Selain itu, garis panduan dan penerangan yang selaras itu sangat perlu supaya semua urus setia dan pelaksana mempunyai kefahaman yang seragam, jelas dan tidak ragu-ragu dalam melaksanakan tugas. Cadangan ini bukan sekadar teknikal. Ia berkait rapat dengan kesejahteraan rakyat. Jika longkang tidak diselenggara, banjir akan terus berlaku. Bila banjir berlaku, kita semua akan menanggung kerugian, tidak kira dari pihak rakyat mahupun kerajaan.
Yang Berhormat Speaker,
Tidak patut sekiranya dalam ucapan saya tidak menyentuh berkenaan isu tempat saya sendiri. Antara perkara yang saya ingin mengetengahkan adalah berkenaan Kampung Belimbing iaitu Latar Mentagan, sebuah lokasi air terjun bertingkat yang mempunyai
potensi besar untuk dimajukan sebagai destinasi rekreasi dan ekopelancongan negeri. Dahulunya keindahan Latar Mentagan sering menjadi bualan penduduk sekitar dan juga pencinta keindahan alam semula jadi. Ia bukan sahaja memiliki air terjun bertingkat yang memukau, malah suasana hutan semula jadinya masih terpelihara.
Jernihnya air dan jalur sungai yang mampu menjadikan tarikan... menjadi tarikan pelancong kepada lokasi-lokasi... sebagai lokasi-lokasi lain di negeri Pahang. Namun pada hari ini, bualan berkenaan keindahan ini tidak lagi kedengaran. Tempat ini terbiar tanpa ada kerja-kerja pemulihan yang dijalankan. Ada sisa kayu-kayan yang menjadi halangan air untuk terus mengalir dengan baik, mengalami hakisan tebing yang membahayakan pengunjung yang ingin membuat aktiviti hiking, dengan izin. Kemudian asas... kemudahan asas seperti tandas, surau dan juga pondok-pondok kecil juga sudah terbiar rosak.
Sekiranya dimajukan secara terancang, ia berpontensi untuk menarik pelancong tempatan dan luar, mewujudkan peluang pekerjaan melalui aktiviti pemandu pelancong, gerai makanan, perkhidmatan homestay, menjana pendapatan sampingan untuk belia dan penduduk kampung, menyokong er... dan juga menyokong agenda negeri dalam mempromosikan pelancongan alam semula jadi Pahang. Jika diteliti, ini bukanlah projek mega atau pembangunan besar-besaran. Hanya sedikit perhatian dan peruntukan. Sedikit fasiliti, fasilitas asas juga sedikit usaha promosi yang membolehkan membuka ruang ekonomi baru untuk penduduk setempat.
Yang Berhormat Speaker,
Isu perkampungan di pesisir sungai antara perkara yang ingin saya bicarakan. Rakyat yang tinggal di kampung tepi sungai ini hidup dalam kebimbangan setiap kali hujan di hulu lebat. Banjir bukan sahaja merosakkan harta benda, malah mengancam keselamatan mereka. Mungkin ada perancangan dari pihak kerajaan yang sedang dirangka bagi mengatasi masalah ini. Kerap kali limpahan air sungai yang mengalir dari hulu akan menyebabkan banjir di kawasan ini. Keadaan memang dipandang pelik. Cuaca semasa panas, tidak hujan tetapi jalan utama dinaiki air kerana kesan limpahan air sungai sehingga menyebabkan terputus hubungan jalan darat. Hal ini terjadi di penduduk Kampung Belimbing dan juga sepanjang tebat menuju ke Kampung Teluk.
Yang Berhormat Speaker,
Ramai juga yang menyuarakan rasa bimbang dan er... kebimbangan mereka mengenai permohonan tanah yang telah dibuat sejak sekian lama. Pertama, mereka memohon yang sudah... permohonan yang sudah bertahun-tahun mohon geran. Namun sehingga hari ini mereka masih belum menerima keputusan muktamad. Mereka mengusahakan tanah-tanah tersebut. Mereka menjaga kawasan itu tetapi dokumen hak milik masih belum mereka perolehi.
Yang kedua, ada juga permohonan yang telah lama diserah tetapi tidak menerima apa-apa maklum balas. Rakyat hanya mahu tahu kedudukan permohonan mereka sama ada diterima, ditolak atau memerlukan dokumen tambahan. Namun, apabila tiada maklum balas, mereka berada dalam keadaan serba tidak pasti.
Ketiga, terdapat juga permohonan yang dimaklumkan kepada mereka sebagai masih dalam proses, dalam... selama bertahun-tahun. Saya percaya semua proses pentadbiran memerlukan masa tetapi apabila proses itu berlaku lama tanpa perkembangan, rakyat mula merasa bimbang dan tertanya-tanya. Saya yakin pihak kerajaan dan jabatan berkaitan sentiasa berusaha memberi perkhidmatan yang
terbaik kepada rakyat. Cuma apakah mekanisme yang pihak kerajaan cuba sediakan bagi mengatasi masalah ini?
Yang Berhormat Speaker,
Yang terakhir. Antara isu yang sering saya sebut di dalam perbahasan saya tidak putus iaitu isu anjing liar. Kesekian kalinya saya berbunyi lagi, beberapa er... berapa lama lagi rakyat kita mahu hidup dalam ketakutan. Anjing liar masih berkeliaran di kawasan perumahan dan juga kampung. Hal ini menjadikan kebimbangan dan menakutkan seluruh lapisan masyarakat tidak kira kanak-kanak, warga emas, wanita mahupun lelaki. Masalah ini telah berlarutan terlalu lama. Laporan telah tidak henti dibuat, dengan harapan ada tindakan yang baik dilakukan agar mengatasi masalah anjing liar ini.
Saya sangat-sangat berharap agar pihak kerajaan mengambil tindakan drastik dan bersepadu bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera. Tambahan pula, sekarang saya mendapat laporan daripada penduduk kampung, berkenaan timbul pula masalah monyet yang juga menjadi ancaman ketenteraman kepada mereka. Besar harapan kami agar pihak kerajaan dapat memberi solusi untuk kami keluar dari masalah haiwan liar ini, yang menjadi ancaman keselamatan dan ketenteraman kepada kami.
Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua agensi-agensi yang terlibat membantu memudahkan urusan rakyat dan menjalankan tanggungjawab yang amanah. Dan tahniah kepada agensi-agensi yang terlibat dalam menyediakan belanjawan yang dikira baik untuk dinikmati untuk seluruh rakyat Pahang.
Kain batik disiat-siat, Dibuat jemuran di bawah kolong, Belanjawan khas untuk rakyat, Pulau Manis mohon menyokong.
Wallahualam. Assalamualaikum WBT.
Terima kasih wakil dari Pulau Manis. Seterusnya saya menjemput ahli yang terakhir bagi sesi petang ini iaitu Ahli Yang Dilantik, sila.
Terima kasih er... Yang Berhormat er... Tuan Speaker, Timbalan Speaker. Assalamualaikum WBT. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atas ruangan membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 atau yang lebih dikenali sebagai Belanjawan 2026, sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang pada 5 Disember yang lalu.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang, yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar Pahang, yang mencatatkan belanjawan lebihan pada tahun 2026 iaitu sebanyak RM5 juta. Pencapaian
membanggakan ini telah diperolehi pada tahun 2024 dan 2025 iaitu lebihan sebanyak RM12 juta.
Ahli-ahli Dewan yang saya kasihi sekalian, saya nak mulakan perbahasan saya dengan memetik falsafah pemikiran Ibnu Khaldun, yang membicarakan apa yang disebut sebagai Maqasid Umran. Iaitu salah satu dari cabang penting dalam kerangka Maqasid Syar'iyyah iaitu membangunkan tamadun manusia dan masyarakat yang sejahtera. Maqasid Umran bererti pembinaan masyarakat yang berperadaban, maju, bukan sekadar kemajuan fizikal, tetapi juga menjamin kesejahteraan hubungan di antara manusia dengan tuhan, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam ini [Ayat Al-Quran]. Mereka ditimpakan kehinaan dari segala urusan, di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.
Yang Berhormat Speaker yang dikasihi,
Mentadbir alam ini berdasarkan Maqasid Umran, adalah satu pemerintahan yang menekankan kestabilan politik dan keadilan sosial. Pemimpin pula adalah pemimpin yang adil, amanah dan tidak menzalimi rakyat. Saya percaya prinsip inilah yang cuba digarap oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar Pahang dalam pembentangan Belanjawan 2026 kali ini.
Ahli-ahli Dewan yang dikasihi sekalian, seperti yang banyak disebut oleh rakan-rakan Ahli Dewan. Belanjawan 2026 adalah belanjawan tanpa defisit. Saya nak ajak seluruh rakyat Pahang membuat beberapa analisa belanjawan negeri-negeri, sebagai perbandingan kekuatan kewangan Pahang.
Pertama, mari kita lihat belanjawan di negeri Selangor. Belanjawan Selangor 2026, pendapatan mereka berjumlah RM2.8 bilion dan anggaran perbelanjaan sebanyak RM3.23 bilion. Maka perbelanjaan atau Belanjawan Selangor 2026 adalah belanjawan defisit sebanyak RM430 juta. Inilah keberanian Selangor, membentangkan belanjawan defisit untuk merancakkan ekonomi mereka. Mereka berani kerana mereka ada rizab yang kukuh. Sehingga 31 Disember 2024, rizab mereka telah merekodkan angka RM4.13 bilion. Bagi tahun 2025, sehingga 12 November lalu sahaja, kedudukan kewangan mereka terus meningkat sebanyak RM706.23 juta menjadikan rizab semasa mereka, sebanyak RM4.83 bilion. Maka belanjawan defisit sebanyak RM430 juta itu apalah sangat.
Manakala Pahang telah mencatatkan bajet surplus atau lebihan menunjukkan kekuatan ekonomi Pahang. Walaupun tidak sebesar pendapatan negeri Selangor yang mempunyai skala ekonomi yang lebih besar dan beragam, perbelanjaan mengurus telah menunjukkan bahawa kewangan Pahang diurus dengan penuh hemah. Malah, rizab negeri Pahang pada hari ini, seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam, berjumlah RM500 juta. [Ahli Dewan menepuk meja]. Sudah tentu sidang er... Yang Berhormat sekalian, bukanlah kayu pengukur dengan Kerajaan Negeri Selangor, tetapi tidak salah untuk kita melihat pencapaian mereka, sebagai penanda aras untuk Pahang melangkah ke negeri maju.
Yang kedua, mari kita lihat pula belanjawan negeri jiran kita iaitu Kelantan dan Terengganu. Kelantan membentangkan belanjawan defisit pada tahun 2026 sebanyak RM86.2 juta dan pada tahun 2025 defisit RM93.02 juta. Kelantan gagal keluar daripada perbelanjaan defisit dan disebutkan oleh Urus Setia Penerangan Komunikasi Negeri Kelantan pada 11 November lalu, bahawa hanya defisit mereka sahaja yang
menurun. Mereka gagal untuk keluar daripada perbelanjaan defisit tahun-tahun sebelum ini.
Terengganu pula, mereka telah membentangkan belanjawan surplus, ya belanjawan surplus. Namun, kalau kita lihat pendapatan mereka, hampir 85% pendapatan hasil negeri dan terimaan bukan hasil cukai, mereka terima daripada Dana Khas Petroleum yang telah diberikan oleh Kerajaan Pusat, berjumlah RM1.709 bilion berbanding hasil cukai dan bukan cukai yang hanya 28… RM288.6 juta, menyebabkan ekonomi Terengganu ini rapuh dan mudah terdedah kepada ketidaktentuan pasaran.
Berbeza di Pahang, kekuatan pendapatan negeri tidak bergantung kepada kerajaan persekutuan semata-mata. Ini terbukti Kerajaan Pahang berupaya memberikan sejumlah 2 bulan gaji kepada kakitangan Kerajaan Negeri Pahang [Ahli Dewan menepuk meja] berbanding kerajaan Kelantan dan Terengganu yang hanya memberikan RM500.00 saja kepada kakitangan mereka. Pencapaian membanggakan ini telah melonjakkan Pahang mencatatkan pertumbuhan keluaran negara kasar 5.7% melepasi paras nasional 5.1 dengan nilai RM68.7 billon berbanding pertama negeri Kedah hanya 4.2%, Terengganu 4.5%, Kelantan 3.6% dan Perlis 3.3%. Nah! Sekarang hidangan di hadapan kita. Tepuk dada, tanya iman dan selera kita. Kita nak ikut, kita nak Pahang ikut style Terengganu dan Kelantan, ataupun kita nak ikut cara dan peradaban kita sendiri dalam mensejahterakan rakyat di negeri Pahang. Sidang Dewan yang saya kasihi sekalian, atau kita mahu teladani 6 negeri yang menjadi penyumbang tertinggi kepada KDNK Nasional, iaitu sebanyak 73.4% seperti Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak, Pulau Pinang dan Perak. Semua ini diperintah oleh parti komponen Kerajaan Perpaduan.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang dikasihi sekalian, saya sangat tertarik, dengan pembentangan belanjawan yang memperuntukkan sebanyak RM235.95 juta secara tunggal, untuk perbelanjaan memperteguhkan syariah Islam, Syiar Islam di negeri Pahang. Sekali lagi, mari kita bandingkan dengan negeri rakan kita iaitu Kelantan dan Terengganu. Kelantan, membelanjakan RM150.77 juta. Manakala Terengganu tidak dinyatakan secara spesifik dalam Belanjawan 2026 mereka, tetapi hanya menyatakan perbelanjaan sosial mereka sahaja sebanyak RM323 juta. Tidak dinyatakan secara spesifik berbanding dengan Pahang, yang menyebutkan peruntukan secara tunggal untuk Islam sebanyak RM235.95 juta. [Ahli Dewan Tepuk Meja].
Sidang Dewan yang saya kasihi sekalian, perjalanan perkembangan Islam di Pahang sangat subur. Dewan kita ini telah menyaksikan sejarah meluluskan penubuhan mahkamah utama Syariah dan untuk rekod Sidang Dewan sekalian, hanya Pah… hanya Perak, Sabah, Kedah dan Negeri Sembilan sahaja yang mempunyai mahkamah utama syariah ini. Kelantan dan Terengganu pun tidak ada lagi mahkamah utama syariah ini.
Kedua, pemberian sumbangan khas sebanyak RM10,000.00 setiap masjid di Pahang. Saya tidak kedengaran bantuan dan masjid isu untuk masjid dan surau di Terengganu dan Kelantan. Di Pahang, sebanyak 265 buah masjid mendapat bajet keseluruhan sebanyak RM2.65 juta. Ke-3, kita ada institusi pendidikan yang sistematik bermula dari Sekolah Rendah Agama, Sekolah Menengah Agama Bantuan Penuh Kerajaan Negeri dan Sekolah Tinggi Agama. Ramai Yang Berhormat adalah merupakan keluaran Sekolah Agama... Sekolah Agama Negeri Pahang seperti Yang Berhormat Exco Agama, YB Cheka…
Ada soalan sikit, Speaker?
Sila.
Jadi saya nak bagi satu cadanganlah kepada Yang Berhormat Lantikan, dia banyak menyebut tentang Kelantan, Terengganu. Jadi saya nak ajak Yang Berhormat Lantikan ini satu hari kita berjumpa dengan Kerajaan Terengganu untuk kita... kita... diperhidangkan pada kita, apakah betul kenyataan yang disebutkan tadi? Ada masa Yang Berhormat?
Boleh... boleh... boleh.
Ha... boleh.
Terima kasih Yang Berhormat Pulau Tawar. Yang Berhormat Pulau Tawar juga adalah Sekolah Agama Negeri Pahang. Produk Negeri Pahang, sama-sama dengan saya.
Speaker...
Ada lagi?
Sekolah Menengah Agama Abu Bakar dan Kuliah Sultan Abu Bakar, sekali dengan dia.
Ya. Sekolah Tinggi Sultan Abu Bakar tapi saya sekejap jelah 6 bulan lepas tu dapat masuk UIA. Baik, saya nak sebut kepada Sidang Dewan yang saya kasihi sekalian. Pahang juga mempunyai Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Sekolah terbaik di negeri Pahang dan sehingga kini, (Ahli Dewan menepuk dewan) pencapaian SPM 2023 di Pahang adalah pencapaian yang… pencapaian terbaik sehingga beberapa tahun. Malah di peringkat kebangsaan Maahad Tahfiz Negeri Pahang ini berada dalam kelompok 5 yang teratas dalam ranking kebangsaan sehingga kini. Kita telah ada juga Tadika Hafiz MTNP Negeri Pahang. Alhamdulillah, saya ada anak seorang di Maahad Tahfiz Negeri Pahang ni dan yang terakhir yang baru kita isytiharkan baru-baru ini dalam Belanjawan 2026 ialah penubuhan Universiti Al-Quran yang pertama di Malaysia.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian. Usaha berterusan Kerajaan Pahang ini membuktikan kesungguhan kerajaan sebagai satu usaha besar memartabatkan Islam sebagaimana juga kerajaan persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM2.6 bilion perbelanjaan untuk Syiar Islam di Malaysia dalam Belanjawan 2026 yang telah dibentangkan baru-baru ini. Islam di Pahang diterap dan dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab tanpa kita perlu ada slogan-slogan yang sedap didengar di halwa telinga kita.
Walau bagaimanapun, saya percaya usaha ini ditohmah dengan pelbagai kempen dan gambaran dusta terutama dalam siri-siri pilihan raya untuk mendapatkan kuasa. Apakan tidak dalam pilihan raya umum yang lalu, negara kita digambarkan berlakunya proses kristianisasi di Malaysia. Sekiranya Perikatan Nasional kalah seperti dalam ucapan Tan Sri Muhyiddin pada tahun 2022, aset Tabung Haji kononnya telah dijual kepada bukan Islam, Melayu terancam, tanah rizab Melayu di Pahang semakin berkurangan. Saya nak tanya Sidang Dewan sekalian, masjid mana yang kita bakar, sekolah mana yang kita tutup? Di mana kita halau orang Melayu di Pahang yang menduduki tanah mereka yang sah?
Ahli-ahli Yang Berhormat yang dikasihi sekalian, saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang yang lebih berfokus pada kali ini dengan memperuntukkan sebanyak RM68.63 juta sebagai memperkasakan agenda keterjaminan makanan di Pahang. Saya ingin menjemput Ahli Dewan sekalian supaya sama-sama kita melihat di dalam bajet yang telah dibentangkan bahawa kepentingan keterjaminan makanan di Pahang adalah sebagai food security seperti pengeluaran padi dan beras. Saya melihat kali ini isu padi dan beras perlu disentuh dengan lebih jelas.
Yang Berhormat Speaker,
Kita baru sahaja pulih dari krisis beras yang sedang melanda negara ini. Ketika itu, ada yang memainkan sentimen, mana beras tempatan tetapi alhamdulillah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di bawah kepimpinan presiden saya, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang. Kerajaan kita berjaya menyelesaikan keperluan pembekalan beras tempatan di Pahang ini. Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri Pahang yang telah mengorak langkah proaktif dengan mengeluarkan beras Pahang yang dilancarkan pada 16 haribulan 8 2025 ketika Mini MAHA Pahang lalu di Temerloh.
Pengeluaran beras Pahang yang ditanam di kawasan Jelapang Padi Ganchong dengan keluasan 161 hektar menggunakan benih variati EMR 269 dan boleh dituai setiap 2 kali setahun. Manakala kilang menghasilkan beras Pahang ini pula terletak di Rompin, Pahang. Saya ingin bertanya kepada kerajaan negeri, adakah kerajaan negeri berhasrat untuk menjadikan beras Pahang ini sebagai satu bentuk komoditi dan produk Pahang yang akan dipasarkan dengan harga yang lebih rendah dari beras tempatan atau sekurang-kurangnya harga beras import di pasaran?
Yang Berhormat Speaker,
Selain daripada itu, saya ada 2 isu penting berkaitan dengan food security ini. Pertama, adalah pengeluaran benih padi. Kita terpaksa mengimport benih padi dari negeri lain sama ada dari Loji Haji Mat Noh, Sekinchan, Selangor atau dari kawasan tanaman padi di Sungai Burung atau juga mungkin kita terpaksa mengimport benih padi daripada di negeri-negeri utara seperti Kilang Sri Merbok, Kilang 88 di Kedah. Dulunya pesawah di Pahang ini kita akan ambil benih daripada Ajil, Terengganu tetapi pusat pembenihan tersebut telah ditutup. Pesawah kita sangat bermasalah apabila pembekal benih padi di Selangor dan Kedah ini kurang melayani pesawah Pahang dan hanya akan mengutamakan kawasan Selangor, Seberang Perak negeri utara yang lebih hampir dengan mereka. Kesan besar pesawah Pahang menghadapi masalah bekalan benih. Tambahan pula, kos pengangkutan dari Selangor dan Kedah. Selain itu juga terdapat masalah pengeluaran borang SAP 10 iaitu Surat Akuan Pengesanan Benih Padi bagi tujuan membawa benih padi ke Pahang. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina satu nurseri benih padi di Pahang sebagai pusat pengeluaran benih padi.
Kedua, pesawah berhadapan dengan kadar pemotongan peratusan yang tinggi untuk setiap beras yang dijual. Padi yang dengan kualiti yang elok biasanya akan ditolak sekitar 19% dan paling tinggi 25%. Namun hari ini padi yang dijual termasuk kepada pihak BERNAS dikenakan potongan sehingga 30 hingga 40% pada musim ini. Keadaan ini telah menyebabkan pesawah kita mengalami kerugian terutama sepanjang tempoh tanaman sehinggalah kepada proses tuaian melibatkan kos baja, racun dan juga kos tenaga buruh. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri walaupun terletak dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan. Adakah kerajaan negeri dapat menjadi mediator antara Kerajaan Persekutuan dengan para pesawah bagi membolehkan para pesawah Pahang menikmati kadar potongan yang lebih sesuai atau satu inisiatif khusus diberikan kepada pesawah sebagai satu mitigasi terhadap isu ini?
Ketiga, Pahang mempunyai 2 kawasan jelapang padi iaitu di Pekan dan di Rompin di mana saya difahamkan telah mengimport budi daya dan cara menanam padi. Apa yang dipanggil sebagai smart sawah berskala besar. Smart SBB ala Sekinchan bagi meningkatkan hasil padi sehingga 7 ke 10 tan satu hektar. Namun, di kedua-dua kawasan ini masih terbanyak… masih banyak kawasan terbiar yang boleh kita bangunkan secara strategik sebagai kawasan sawah padi terutama di kawasan berpaya. Soalan saya, adakah kerajaan negeri bercadang untuk membuka kawasan-kawasan terbiar ini sama ada secara sendiri atau pajakan dengan pihak tertentu bagi tujuan penanaman padi ini?
Ahli-ahli Dewan Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian. Saya melihat belanjawan kali ini memperuntukkan sejumlah besar sebanyak RM716.05 juta bagi projek pembekalan air di Pahang. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana isu gangguan bekalan air ini di Pahang semakin pulih dan banyak penambahan... penambahbaikan
berupa loji, penggantian paip-paip baru yang telah dilakukan hampir di seluruh negeri Pahang. Saya... sidang hadirin sekalian hampir menitiskan air mata apabila saya berada di DUN Sulabayan, Sabah baharu-baharu ini. Ketika bekalan air sangat menyedihkan di Pulau Bum-Bum terutama apabila berada di masjid di sana. Ada kawasan terpaksa menggali kawasan secara boring bagi mendapatkan air bersih. Itu pun masih terasa payau kerana dikelilingi laut yang sangat luas.
Saya sebenarnya er… Yang Amat Berhormat Speaker pada hari ini bercadang untuk mengangkat satu masalah di tempat lahir saya di Kuala Rompin iaitu berhubung dengan isu gangguan bekalan air yang kerap berlaku. Bukan di daerah Rompin tapi hanya di kawasan Sekolah Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah, Rompin. Ia tidak disebabkan oleh bekalan air, ketiadaan air secara berpusat tetapi lebih kepada masalah yang berlaku dalam KVSAS tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, pihak kerajaan telah menggantikan… menggantikan pam utama yang membekalkan air ke seluruh kawasan tersebut. Alhamdulillah, namun timbul masalah baharu iaitu paip yang menghubungkan pam utama kepada pengguna-pengguna di sekitar kawasan sekolah tersebut mengalami kebocoran demi kebocoran. Ini adalah kerana keadaan paip asbestos yang telah uzur yang dipasang sejak sekolah ini dibina pada tahun 1980an. Mungkin juga kerana tekanan air yang telah terlalu kuat akibat dari penukaran pam baru di sekolah tersebut.
Saya juga baru-baru ini terpaksa menghantar air mineral dan membayar sejumlah air untuk disewa, dibeli daripada pihak PAIP kepada pihak sekolah tersebut. Soalan saya kepada kerajaan negeri, adakah kerajaan negeri bercadang untuk memasang paip-paip baharu di kawasan KVSAS tersebut. Walaupun saya faham bahawa bidang kuasa tersebut adalah terletak di bawah Kementerian Pendidikan.
Ahli-ahli Dewan yang saya kasihi sekalian, sepanjang saya mengikuti perbahasan dalam Dewan pada kali ini. Saya dapat lihat bahawa banyak isu-isu tempatan dibawa oleh kawasan masing- masing. Pagi tadi Tahan minta aircond di Dewan Penghulu Raja dalam DUN Tahan ni Jengka ni dia cadang nak buat jalan dalam dia… apa dia buat TikTok dia kata di tepi jalan tu? Ini kawasan alhamdulillah, terima kasih kepada majlis sebab buat jalan dalam kawasan dia, tapi saya tak kadang-kadang Jengka ni saya tak faham juga. 2 kali dah saya tengok setiap kali saya berbahas dia tak ada dekat… dekat… dekat sini. Saya percaya semua soalan-soalan yang telah dikemukakan tersebut adalah soalan yang baik untuk kepentingan rakyat. Tadi pun saya dengar ada isu tentang anjing liar, isu monyet dan sebagainya.
Sidang Dewan yang saya kasihi sekalian. Saya faham itu adalah antara soalan-soalan baik untuk kita angkat isu rakyat di kawasan kita. Namun, saya percaya sudah sampai masa untuk kita bergerak seiring dengan perkembangan transformasi Parlimen yang telah dilaksanakan. Saya mencadangkan agar DUN Pahang mengadakan kamar khas yang akan membincangkan aduan rakyat secara spesifik seperti fungsi Kamar Khas di Parlimen. Ia adalah forum mengumpulkan aduan-aduan agensi dan agensi berkaitan akan hadir menjawab terus aduan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Tak perlulah kita ambil masa yang lama dalam Dewan ini yang sepatutnya menumpukan kepada prinsip dasar dan juga undang-undang di dalam Dewan Yang Mulia ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang dikasihi sekalian, rakyat menilai kejujuran dan membezakan antara ahli politik yang sentiasa bermain politik dan mereka yang
bersusah payah memikirkan rakyat dan negeri ini. Belanjawan 2026 bukan hanya idea seorang Menteri Besar sahaja tetapi ia kerja kuat semua pihak. Semua melaksanakan tanggungjawab berharap di dunia ini, mereka menjadi pentadbir dan di akhirat nanti mereka akan mendapat syurga Allah SWT (Bacaan dalam Bahasa Arab), “Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya bagi melaksanakan pentadbiranNya. Ia menurunkan segala sebab dan peraturan dari langit ke bumi, kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya. Segala yang berlaku dari pelaksanaan pentadbiranNya itu untuk dihakimi pada suatu masa yang dirasai oleh orang-orang yang bersalah. Banyak bilangan tahunnya menurut hitungan yang kamu telah biasa”.
Yang Berhormat Speaker,
Saya sangat yakin pada hari ini rakyat sudah mula menilai. Jika dulu sentimen kaum memanaskan isu-isu agama dengan ancaman tertentu, Islam terancam, nak azan tak boleh. Hari ini sudah berbeza. Saya tidak anggap Belanjawan 2026 ini sebagai kitab suci ataupun terlalu lengkap dan sempurna. Ia adalah man-made law tetapi menganggap belanjawan ini sebagai bajet pilihan raya yang menggula-gulakan golongan yang mendapat manfaat sangat melukakan hari mereka. Kita tahu kakitangan kerajaan yang duduk di atas sana. Saya lihat ada yang tersengguk-sengguk kepenatan di wajah mereka. Mereka ada anak buah yang nak dijaga. Jumlah 2 bulan gaji bukanlah sebesar mana nak dibandingkan dengan pengorbanan mereka. Ia tidaklah seberapa tetapi sekurang-kurangnya ada buah tangan yang nak dibawa balik kepada anak-anak dan isteri mereka yang berkorban, berkongsi suami dan ayah mereka dengan negeri kita ini. Begitu juga peniaga-peniaga kecil yang mendapat manfaat yang dapat Rumah Rakyat Pahang percuma, yang dapat peralatan sekolah percuma sehinggalah yang dapat makan percuma Juadah Makmur, semuanya mendapat manfaat dengan usaha dan Belanjawan Negeri Pahang pada hari ini. [Ahli Dewan menepuk meja]. Benarlah kata-kata Allah SWT (bacaan dalam Bahasa Arab), “negeri yang baik, negeri yang aman dan makmur mendapat pengampunan daripada Allah SWT”.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, sikit lagi. Saya ingin mengajak semua Ahli Yang Berhormat semua agar kita jujur demi negeri yang kita sayangi ini. Sudah lama politik menjadikan kita buta. Jangan hanya kerana kebaikan dilakukan oleh musuh politik kita, maka kita mencari-cari di mana salahnya supaya kita akan ada modal untuk terus bermusuhan. Kenapa kena ada dual standard dalam kita menangani isu-isu? Kita pilih isu yang menguntungkan kita. Isu yang sedap kita nak tunggang dan akan kita gunakan untuk rosakkan usaha kerajaan negeri dan kerajaan pusat membangunkan negeri ini. Sebagai contoh, saya beri sedikit pada petang ini ada yang membangkitkan kononnya kerajaan hari ini menjual MAHB kepada Black Rock yang kononnya pada hari ni dibeli oleh Israel syarikat Israel. Tapi kita lupa pada tahun 2021, kerajaan ketika itu Kerajaan Perikatan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah melabur dalam Black Rock sebagai salah satu pengurus dana akaun terurus berasingan, pelaburan langsung dan pelaburan bersama ekuiti persendirian patuh syariah yang pertama dan terbesar di dunia dengan peruntukan 600 juta iaitu RM2.5 bilion, AS600 juta bersamaan dengan RM2.5 bilion dalam Black Rock. Dia lupa keputusan penting yang dibuat oleh kerajaan ketika itu yang diberi peranan kepada Black Rock. Ada pula di kalangan pembangkang yang tunggang isu Kampung Baru, tapi mereka lupa Warta Kerajaan bertarikh 21 Jun 2021. Siapa yang sign pada tahun 2021 tersebut tetapi mereka menyalahkan kerajaan pada hari ini.
Ahli-ahli Dewan, Yang Berhormat Speaker, akhirnya marilah kita berpolitik secara matang dan sejahtera. Bajet yang baik dan memberi faedah kepada rakyat. Kita kata bajet pilihan raya dan gula-gulakan rakyat untuk mengekalkan kuasa. Tapi bila bajet ada cukai-cukai kita kata ia zalimi rakyat. Akhirnya, marilah kita berganding tangan bersama-sama memajukan negara dan negeri kita ini. Ayuh rakyat Pahang. Inilah semangat kita. Semangat Pahang juara rakyat dan Malaysia hebat. Negeri yang bukan hanya sedang maju tetapi memimpin dengan makna, mencipta dengan hikmah dan bangkit dengan maruah. Sekian, assalamualaikum WBT. Saya mohon menyokong. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Ahli daripada ADUN Yang Dilantik. Ahli Yang Berhormat sekalian, untuk hari ini, saya perhatikan bahawa seramai 13 orang ahli telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan saya mengucapkan ribuan terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, baiklah persidangan kita akan disambung pada hari esok, Rabu, 10 Disember 2025 bermula pukul 9.30 pagi, insya-Allah. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan Dewan Negeri ditempohkan]