Pahang · 10 December 2025

15th Assembly, 4th session, 3rd meeting · 301 turns · 31,205 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari Ketiga

: Rabu 10 Disember 2025

bersamaan 19 Jamadilakhir 1447 Hijrah

Masa

: 9.30 pagi

DOA

Perkara Pertama: Doa.

Bacaan doa. Al-Fatihah. (Ayat Al-Quran). (Bacaan dalam Bahasa Arab). Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani. Kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan. Mudah-mudahan sentosa aman makmur limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkat-Mu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan Taufik-Mu dipohonkan menyuluh memandu ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk penduduknya sekalian. Ya Allah dipohon doa kami diperkenankan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.

Speaker

Salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Marilah kita bersama-sama bersyukur kerana kita dapat menghadiri Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada pagi yang berbahagia ini. Seterusnya dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang melaksanakan Program Kempen Internet Selamat (KIS) yang sedang giat dijalankan di seluruh negara. Kempen Internet Selamat (KIS) ini adalah inisiatif... inisiatif nasional bagi meningkatkan tahap kesedaran keselamatan digital dan kalangan rakyat Malaysia. Seterusnya membentuk persekitaran digital yang selamat, beretika dan bertanggungjawab.

Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mengimbas kod QR sebagaimana pemberitahu yang telah diedarkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bagi mendapatkan info yang lebih terperinci. Untuk maklumat kaunter reruai ini dibuka selama satu hari sahaja pada hari ini bertempat di ruang lobi Blok A, Wisma Sri Pahang bermula 10.00 pagi hingga 4.00 petang. Saya menyeru kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk melawat kaunter berkenaan bagi mengutarakan sebarang masalah dan cadangan

penambahbaikan berkenaan isu capaian internet dan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan masing-masing.

Baiklah, untuk meneruskan aturcara urusan mesyuarat yang seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Beserah mengemukakan pertanyaan.

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya kemukakan soalan saya yang nombor 1. Terima kasih.

[Bagi tahun 2022 hingga 2025, apakah lima sumber hasil terbesar Negeri Pahang?

Untuk setiap tahun, nyatakan:

a) Jumlah kutipan dan peratus sumbangan kepada hasil keseluruhan;

b) Jumlah tunggakan pada hujung tahun bagi setiap sumber.

c) Berapa jumlah hasil tidak berulang (contoh: premium tanah sekali sahaja, pelupusan aset, bayaran penyelesaian) dalam tempoh tersebut?]

(Ayat Al-Quran). Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, selamat pagi, salam Pahang 1st. Terima Kasih Yang Berhormat Speaker, terima Kasih pada ADUN Beserah yang bertanyakan soalan er... berkenaan dengan 5 sumber hasil terbesar negeri Pahang bermula pada tahun 2022 hingga 2025. Ada 3 pecahan soalan yang pertama, jumlah kutipan dan peratus sumbangan kepada keseluruhan. Yang kedua, jumlah tunggakan pada hujung tahun bagi setiap sumber. Yang ketiga, berapakah jumlah hasil tidak berulang seperti premium tanah sekali sahaja pelupusan aset bayaran penyelesaian dalam tempoh tersebut?

Untuk makluman Yang Berhormat daripada Beserah dan juga rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang lain. Kita ada 5 hasil terbesar bagi negeri Pahang untuk tahun 2022 hingga 2025... 2025 sehingga November ya Yang Berhormat er... adalah seperti berikut. Yang pertama ialah cukai tanah yang meliputi cukai tanah semasa, berulang, cukai tanah tahun pertama, cukai tanah pinggiran, cukai petak semasa, tunggakan cukai petak, tunggakan cukai tanah serta cukai tanah yang lain.

Yang kedua ialah royalti yang mana ianya meliputi royalti kayu-kayan, royalti perlombongan, royalti pengeluaran bahan batuan, royalti air, royalti air mentah serta royalti yang lain. Yang ketiga ialah lesen bayaran pendaftaran dan permit yang merekodkan semua terimaan berkenaan lesen-lesen pendaftaran dan permit-permit pelbagai.

Yang keempat, perolehan jualan barang-barang iaitu premium air mentah dan lain lain yang mana ianya meliputi jualan barang-barang cetak dan stor, premium tanah

premium perhutanan, jualan barangan pertanian dan ternakan serta jualan air mentah. Dan yang akhir ialah geran daripada kerajaan persekutuan.

Untuk makluman Yang Berhormat daripada Beserah, jumlah kutipan dan peratus sumbangan kepada hasil keseluruhan mengikut tahun bagi tahun 2022 hingga 2025 untuk 5 hasil terbesar tersebut adalah seperti berikut. Bagi cukai tanah tahun 2022, RM383,893,899.27 menyumbang sebanyak 29.85% daripada jumlah keseluruhan kutipan. Bagi tahun 2023, RM381,855,757.39 menyumbang sebanyak 29.23%. Manakala bagi tahun 2024, RM396,632,390.47 menyumbang sebanyak 32.49%. Manakala bagi tahun ini 2025 sehingga er... sehingga 7 haribulan 11, kalau tak silap saya. Iaitu sebanyak RM403,704,458.59 menyumbang sebanyak 38%... 38.15% daripada jumlah kutipan.

Manakala royalti pula untuk tahun 2022, RM70,816,034.67 menyumbang 5.51%. 2023, RM81,759.880.32 menyumbang sebanyak 6.26%. 2024, RM79,001,152.81 menyumbang sebanyak 6.47%. Tahun 2025, RM81,111,443.58 menyumbang sebanyak 7.66%. Manakala lesen bayaran pendaftaran dan permit tahun 2022, RM62,412,737.60 menyumbang sebanyak 4.85%. 2023, RM74,784,086.95 menyumbang sebanyak 5.72%. 2024, RM76,214,489.29 menyumbang sebanyak 6.24%. Manakala November, RM66,561,454.24,6.29%.

Yang keempat, perolehan jualan barang. Tahun 2022, RM284,853,321.88 menyumbang sebanyak 22.15%. 2023 RM311,799,940.03 menyumbang sebanyak 23.87%. 2024, RM262,861,590.49 menyumbang sebanyak 21.53%. Bagi tahun ini, RM130,379,234.36 menyumbang sebanyak 12.32%, manakala yang akhir geran daripada kerajaan persekutuan tahun 2022, RM89,030,018.68 menyumbang sebanyak 6.92%. 2023, RM85,717,203.81, 6.56%. Tahun 2024, RM117,906,997.70 menyumbang sebanyak 9.66% manakala tahun ini sebanyak RM81,137,491.50 menyumbang 7.66%.

Jadi secara keseluruhannya Yang Berhormat daripada Beserah untuk makluman tahun 2022, RM891,006,012.10, tahun 2023 RM935,916,868.50, tahun 2024 RM932,616,620.76 dan tahun ini setakat er... bulan 11 belum habis... setakat bulan 11, RM762,894,078.27. Itu soalan yang pertama.

Yang kedua, untuk kelima-lima hasil ini hanya cukai tanah sahaja yang mempunyai tunggakan pada penghujung tahun. Jumlah tunggakan cukai tanah mengikut tahun daripada tahun 2022 hingga 2025 adalah seperti berikut tapi walau bagaimanapun, saya nak bagi tahu kepada Yang Berhormat pada 2021 tunggakan kita adalah sebanyak RM1.1 bilion tetapi selepas tahun 2021, pada tahun 2022 tunggakan kita RM483 juta, tahun 2023 RM525 juta, 2024 RM635 juta dan pada tahun ini sehingga bulan 10, RM376 juta. Dan insya-Allah pada tahun hadapan kita akan fokus kepada usaha untuk mengutipkan tunggakan dan saya er... percaya usaha-usaha akan lebih kita giatkan untuk tahun akan datang dan usaha untuk mengutip tunggakan ini bukanlah satu perkara yang mudah. Tetapi walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah juga kepada pihak PTG kerana mampu mengurangkan daripada RM1.1 bilion kepada lebih kurang 50% tunggakan dan usaha-usaha ini akan diteruskan lagi untuk masa-masa yang akan datang. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang ketiga, berapakah jumlah hasil tidak berulang? Secara umumnya, hasil tidak berulang meliputi transaksi khusus seperti pelupusan aset kerajaan, penjualan tanah, penyelesaian tuntutan atau litigasi, penerimaan pampasan projek pembangunan, keuntungan, pelupusan, pelaburan serta apa apa penerimaan khas yang berlaku

disebabkan keadaan tertentu pada tahun berkenaan. Dalam hal ini, bagi tahun 2022 hingga 2024, hasil tidak berulang adalah kutipan premium, denda premium, fi pengurangan premium yang telah dibayar secara one-off seperti berikut. Tahun 2022, RM101,605,727.84, tahun 2023, RM164,894,135.17, tahun 2024 RM117,285,066.78. Hasil sebegini digolongkan sebagai hasil yang tidak berulang kerana ia tidak mempunyai corak penerimaan yang tetap dan tidak dapat dijangka jumlahnya pada tahun-tahun kewangan berikutnya.

Bagi tahun 2025 ini pertama kalinya dalam tempoh 4 tahun, kita tiada hasil one-off tetapi kita masih mampu mendapat kutipan melebihi RM1 bilion [Ahli Dewan menepuk meja] dan ini jelas menunjukkan bahawa hasil kutipan kita semakin hari semakin stabil Yang di-Pertua. Terima kasih.

Speaker

Sila Beserah.

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas jawapan yang sangat terperinci yang diberikan pada soalan ini. Soalan tambahan saya adalah apakah langkah-langkah yang kita telah dan akan ambil untuk mempastikan bahawa 2 sumber utama yang besar kalau kita tengok daripada apa yang dibentangkan sebentar tadi daripada tanah dan juga daripada jualan barang-barang yang menyumbang hampir 60% daripada pendapatan... hasil pendapatan negeri. Apakah langkah-langkah yang kita boleh ambil untuk yang 3 yang lain?

Royalti, lesen dan juga geran yang boleh membantu meningkatkan lagi pencapaian hasil kepada negeri Pahang. Itu yang pertama. Yang kedua, saya ucap tahniah juga kepada kerajaan negeri sebab berjaya mengurangkan tunggakan daripada 1... dalam tempoh 5 tahun RM1.1 bilion sehingga menjadi RM376 juta pada tahun ini dan er... siapakah sebenarnya yang menjadi antara punca utama tunggakan cukai tanah ini? Adakah milik persendirian ataupun syarikat ataupun datang daripada korporat ataupun koperasi dan sebagainya yang sentiasa memberikan masalah untuk nak membayar cukai tanah ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Beserah. Saya jawab soalan nombor 2 dulu Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Sila.

Jawapannya pelbagai. Individu pun ada, korporat pun ada, syarikat pun ada, agensi kerajaan, federal pun ada. Contohnya apa ni FELDA, RISDA, FGV tetapi semuanya telah kita dalam peringkat ada yang telah bayar dan ada juga yang dalam peringkat perbincangan. Manakala peringkat individu kita sedang mengemaskinikan Borang 6A

kita sebab bila kita keluar Borang 6A ni untuk tujuan perampasan, kita tak boleh nak tarik balik. Jadi PTG, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, PTG sedang berusaha supaya sebelum kita mengeluarkan Borang 6A ni, kita akan mengambil langkah-langkah satu sepertimana kita buat engagement kepada mereka sebab ramai yang bila kita dah keluar Borang 6A ni baru dia nak bayar. Saya tak tahu sama ada ni tabiat kita ke ataupun memang kita suka mendapat Borang 6A ataupun dia rasa kerajaan ni tidak serius. Jadi, kita sedang perkemaskan Borang 6A dan lain-lain. Kita usaha yang terakhir ialah perampasan tapi kita tak nak pergi sampai ke tahap itulah kita negotiate dan sebagainya tetapi kalau sekiranya tidak dibayar, cukai tidak dibayar, tunggakan tidak dibayar, akhirnya kita akan ambil tindakan dan telah pun kita ambil tindakan.

Walau bagaimanapun, sekiranya tindakan diambil mereka masih nak tanah tersebut, dia boleh buat permohonan tapi dikenakan denda. Lazimnya kita bagi baliklah kecuali dia tidak mohon. Kemudian yang langkah-langkah yang diambil ini, banyak ya untuk makluman Yang Berhormat, banyak. Antaranya ialah kita memanggil kembali pegawai-pegawai yang telah bersara di pejabat tanah dan sebagainya supaya duduk sekali dengan kita kerana mereka mempunyai pengalaman. Kita bayar gaji kontrak dan merekalah yang antaranya yang membantu. Selain daripada itu, saya ucapkan syabas dan tahniah juga kepada semua pegawai dan kakitangan pejabat tanah termasuklah pegawai-pegawai daerah [Ahli Dewan menepuk meja] yang bertungkus-lumus berusaha untuk memastikan perundangan ini dapat dijayakan dan ini bukan satu usaha yang mudah, sebab itulah saya tidak teragak-agak bersama-sama dengan rakan Exco dan malahan rakan-rakan daripada Pakatan Harapan pun ada menyatakan kepada saya, Dato’ Sri Pengerusi MB sebulan setengah ni saya ingat sudah sampai masanya dinaikkan kepada 2 bulan.

Sebenarnya saya memang dah bincang dengan Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri nak bagi 2 bulan, jadi ingatan tersebut telah mempercepatkan lagi kita buat keputusan supaya bantuan khas kewangan ini diberikan kepada penjawat awam selama 2 bulan. [Ahli Dewan menepuk meja] Ini sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka dan kita tidak ada cara lain untuk membalasnya melainkan dengan cara membagi penghargaan dalam bentuk wang ringgit.

Speaker

Yang Amat Berhormat, jika boleh tahun depan 2 bulan setengahlah. Alhamdulillah. [Ahli Dewan ketawa].

Saya dan rakan-rakan ni bukan setakat 2 bulan setengah, lebih daripada itu kita boleh bagi tetapi tergantung ya tergantung juga bergantung... Exco Kanan [ketawa]... tergantung kepada kedudukan kewangan sebab komitmen kita banyak ya. Kalau setakat nak bagi bantuan khas kewangan kepada penjawat awam je boleh tetapi kita nak jaga juga ibu tunggal, kita nak jaga juga belia, kita nak jaga juga orang sakit, kita nak repair juga surau, kita nak er... bagi juga sedikit peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam, jadi komitmen kita banyak. Jadi kita bagi seadanya dan insya-Allah Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, er... Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kedudukan kewangan kita bertambah baik, sepertimana janji kerajaan negeri, janji kerajaan yang ada pada hari ini, kita kembalikan semula kepada rakyat negeri Pahang. Terima kasih Yang Berhormat. [Ahli Dewan menepuk meja]

Speaker

Terima kasih. Sila, Cheka.

Terima kasih. Er... pertama saya ucap tahniah pada kerajaan negeri kerana pencapaian yang agak memberangsangkan. Soalan saya ialah er... berapakah hasil jualan air mentah Pahang ke Selangor? Er... apakah dia stagnant dia tetap ataupun jumlah itu dapat ditingkatkan? Yang keduanya, er... TNB banyak menggunakan sumber air daripada Pahang bagi menjana elektrik melalui hidro dan sebagainya. Apakah kerajaan negeri juga mengenakan caj kepada TNB yang mengambil manfaat dengan er… hidro kita?

Dan akhir sikit lagi soalan saya ialah tentang kalau di antara mereka yang lambat bayar cukai ini, kita kenakan denda, kalau sekira mereka bayar lebih awal? Contohnya dua tahun lebih awal pada cukai-cukai tanah supaya kita, apakah pihak kerajaan boleh dapatkan diskaun insentif kepada pembayar yang bayar lebih awal daripada tarikh? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Cheka. Sementara saya ingat ini saya nak buat pembetulan Yang Berhormat Speaker boleh tak?

Speaker

Sila… sila.

Sebab er... Yang Berhormat Cheka mengatakan bahawa bonus penjawat awam tahun sebelum ini RM500.00. Sebenarnya 1 bulan setengah bonus penjawat awam yang kerajaan negeri bagi untuk tahun 2023. Bukan RM500.00 ya. Yang itu sebab semasa Yang Berhormat berucap itu mungkin Yang Berhormat teringat Ahli Parlimen kot?

Eh dok, teringat ke Terengganu dengan Kelantan.

Teringat ke Terengganu dengan Kelantan agaknya [ketawa]. Sebenar… sebenarnya bukan RM500.00, 1 bulan setengah tahun 20… 20… 2024. Yalah. Sebelum nilah, sebelum ni. Sekarang ni 2 bulan, sebelum itu 1 bulan setengah. Bukan RM500.00 ya. Jadi, saya diminta oleh penjawat awam juga membuat pembetulan. Sebabnya tak adil bagi kerajaan negeri, kerajaan negeri bagi sebulan setengah tapi Yang Berhormat kata RM500.00. Takut orang terke… keliru ya. Tak tahulah kot Yang Berhormat sengaja nak bagi rakyat keliru ke? [Ketawa].

Tidak, saya sebut sebelum-sebelum itu, bukan merujuk pada mana-mana tahun. Saya tidak… tidak spesifik tahun dalam ucapan saya… saya tak sebut tahun. Saya kata sebelum-sebelum itu.

Takpe Yang Berhormat rujuk balik er... apa ini ucapan Yang Berhormat. Hansard. Saya, apa dia soalan tadi apa dia? Ha… yang air. Sebelum ni RM0.10 perkiub kita jual kepada Selangor, tetapi hasil perbincangan dengan Kerajaan Negeri Selangor, kita dah naik ke tiga… RM0.13. Bermaknanya berlaku peningkatan 30% dan dijangka hasil kita akan meningkat ya er... kepada RM39 juta. Dengan peningkatan, apa ini penjualan air dan Kerajaan Negeri Selangor telah pun setuju.

Yang kedua tadi apa dia Yang Berhormat? Lupa saya, yang kedua dan yang ketiga?

Kedua tentang er... kita ada caj tak kepada TNB? Yang…

TNB, Tenaga Nasional yang menggunakan hidro kita.

Jawapannya ada Yang Berhormat, bukan sahaja air ini, air yang di sungai itu kita tubuh Pahang Water Energy Resources ini pun, siapa yang ambil air sungai pun kita caj. Ini dia fungsinya. Yang Berhormat ADUN Benta. Yang ketiga tadi apa dia?

Insentif cukai, kalau sekiranya ada di antara rakyat yang bayar.

Oh… itu cadangan yang baik. Kita akan pertimbangkan. Kalau sekiranya kita kaji dan teliti, sekiranya mendatangkan faedah kebaikan untuk semua pihak termasuk kerajaan negeri dan juga yang membayar, kita laksanakan. Cadangan yang baik kita terima Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih er....

Soalan tambahan.

Speaker

Okey, sila.

Terima kasih er... YB Speaker. Er... sebelum saya tanya soalan tambahan itu saya rasa statement daripada Cheka itu patut dia minta maaf dan tarik baliklah sebab dia sebut dalam Dewan ini. Minta dia minta maaf dan tarik baliklah. Sepatutnya, sebab saya tengok 3 tahun kebelakangan ni RM1,200.00 er... bonus kepada kera… pegawai kerajaan. Lepas tu 1 bulan setengah gaji dan tak ada lagi RM500.00 ini sepanjang er... Sidang Ke-15 inilah.

Okey soalan tambahan saya, mohon nyatakan hasil-hasil baharu yang sedang dilaksanakan dan dalam perancangan kerajaan negeri serta apakah impak hasil tersebut terhadap hasil negeri Pahang?

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Sudah tentulah er... peningkatan kita mendapat RM1 bilion 4 tahun berturut-turut ini, ada perkara-perkara baharu yang boleh mendatangkan hasil kepada kerajaan negeri. Yang pentingnya kita tidak membebankan rakyat. Sebagai contohnya, kalau kita naik cukai tanah tempoh hari, yang 10 ekar tak terlibat, 10 ekar ke bawah, dan juga yang ladang 40 ekar ke bawah tak terlibat. Jadi dalam perkara ini er... tidak ada isulah ya.

Dan hasil-hasil baharu yang pertama sekali ialah dengan kita menu… menubuhkan State GLC yang baharu dan sumbangan daripada State GLC ini, er… plus minus average RM100 jutalah kepada kerajaan negeri. Antara yang kita tubuhkan ialah Pahang Mining Corporation, PahangGO, Pahang… Pahang Corporation, PKCH, er... PPPB (Pengurusan Pasir Pahang Berhad) dan mereka ini menyumbang kepada hasil er... negeri.

Seterusnya, kita juga akan mengenakan cukai kelestarian alam pada kadar RM500.00 iaitu di mana hutan-hutan simpan yang kita batalkan statusnya sebagai hutan simpan kerana kelulusan pemberimilikan tanah, kita akan caj mereka sebanyak RM500.00 dan yang… yang seterusnya ialah er... inilah 2 perkara sahaja yang… yang kita fikirkanlah. Selain daripada kita, kecekapan untuk mengurus ketirisan dan kebocoran, sumbangan State GLC, kelestarian dan yang dicadangkan oleh ADUN Cheka tadi mungkin kita boleh pertimbangkan untuk akan datang. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Yang Berhormat Speaker, satu soalan tambahan.

Speaker

Er... saya rasa cukuplah 3 soalan.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Satu, berkait dengan tanah, cukai tanah. Mungkin...

Speaker

Okey.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Mohon Yang Amat Berhormat...

Speaker

Er... sila.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Er... berkenaan dengan er... cukai tanah iaitu status maahad tahfiz ataupun madrasah yang berdaftar dengan pihak Majlis Agama Islam Negeri Pahang berstatus wakaf. Cuma, er... apa yang menjadi dilema kepada pengusaha maahad tahfiz yang nak membina bangunan perlu menukar status tanah tersebut dan er... ini melibatkan cukai atau kos yang agak tinggi. Jadi soalan saya, adakah kerajaan berhasrat untuk er... mengecualikan cukai ini sebagai satu sokongan kepada pembangunan Islam di negeri kitalah? Terima kasih.

Dato’ Sri Speaker, kita akan pertimbangkanlah.

Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Dilantik Ketiga.

Assalamualaikum WBT dan selamat pagi. Terima kasih YB Timbalan Speaker. Soalan saya di pertanyaan nombor 2.

[Apakah langkah strategik dan mekanisme penguatkuasaan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan selaras dengan usaha kerajaan negeri dalam usaha membanteras kegiatan menuba ikan di sungai-sungai kecil, yang boleh menjejaskan ekosistem akuatik serta sumber rezeki nelayan darat? Selain itu, apakah inisiatif pemulihan dan pendidikan komuniti yang sedang dirangka bagi memperkukuhkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan sumber perikanan darat kekal lestari untuk manfaat rakyat pada jangka panjang?]

Yang Berhormat er... Yang Berhormat er... Tuan Speaker,

Terima kasih kepada sahabat saya iaitu ADUN Yang Dilantik yang telah menanyakan tentang apakah langkah strategik dan mekanisme penguatkuasaan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk membanteras kegiatan menuba ikan dan juga kegiatan-kegiatan yang boleh menjejaskan ekosistem dan sumber rezeki nelayan darat? Dan juga menanyakan inisiatif pemulihan dan pendidikan komuniti yang sedang dirangka bagi memperkukuhkan lagi komitmen kerajaan negeri dalam pastikan sumber perikanan darat kita ini lestari dan untuk manfaat rakyat.

Yang Berhormat er... Tuan Speaker,

Untuk makluman ya, kita Pahang ini pendaratan ikan darat ini kiranya nombor dua, yang terbanyak ya. Nombor satu, Perak. Iaitu dalam tahun 2024 sahaja melebihi 2,200 metrik tan yang kita daratkan, yang kita tangkaplah, tetapi nilaian, nilai ikan yang didaratkan di Pahang ini jauh lebih tinggi nilainya berbanding dengan negeri Perak. Sebab apa? Sebab ikan jenis spesies ikan yang didaratkan ini adalah jenis ikan yang nilai dia tinggi. Jelawat, kelah, kerai, patin, tamalian dan lain-lain. Maknanya dalam tahun 2024 nilainya RM64 juta lebih, ni perbandingan. Dan itu sebabnya apabila sahabat saya daripada yang dilantik bertanya apakah langkah-langkah untuk kita pastikan sumber protein daripada ikan darat ini tadi, dapat kita terus kekal lestarikan? Itu satu soalan yang baik. Sebab kita bimbang ada tanggapan di kalangan umum yang tidak faham dan tidak mengerti bahawasanya sumber ikan darat ini adalah sumber yang penting dan kita menjuarainya.

Negeri Pahang, panjangnya sungai negeri Pahang ni 459 km. Sungai Pahang. Itu tak masuk lagi Sungai Jelai. Lebih kurang hampir 100 km. Tak masuk lagi Sungai Tembeling yang hampir 110 km. Negeri Perak kita ada 400 km, Sungai Kelantan 200 lebih km. Sungai Terengganu tak panjang, lebih kurang dalam 18 km. Jadi, di sepanjang kita ambil Sungai Pahang saja. Sumber-sumber ikan darat ini cukup istimewa dan mempunyai nilai yang tinggi. Sebab itu, kita memandang serius sebarang usaha untuk mengancam sumber penting ini. Antaranya menuba, menyemai, meracun dan lain-lainlah.

Jadi ekoran daripada itu, di bawah Jabatan Perikanan Negeri, kita melaksanakan pemantauan. Kuatkuasakan tengok, lihat. Kalau sekiranya ada yang menuba siap kamu. Sebab kerjasama Jabatan Perikanan dengan Unit Penguatkuasaan Negeri dilaksanakan pemantauan. Pergi tengok, check semua sekali dan ini usaha yang kita buat. Di samping itu juga, kita nak pastikan ini antara yang mengancam bukan saja tuba, racun dan sebagainya.

Pengimportan ikan spesies asing yang boleh mengancam dan kalau kita lihat misal contohnya, ikan-ikan ini kalau kita tengok dari segi Akta Perikanan tahun 2024 yang dibuat pindaan. Dia ada larangan pengimportan jenis ikan. Kalau ikut dari segi famili ikan yang dilarang ada 2, kalau ikut genus ikan yang dilarang ada 16 kategori dan kalau spesies ikan ada 6 spesies termasuklah ikan yang dinamakan sebagai hemibagrus wyckioides. Lebih kurang gitulah. Yang bahasa mudahnya baung ekor merah. Jenis ikan ni kalau masuk ada yang menceroboh siap, ranap kita. Maknanya ikan-ikan asli yang kita ada yang bernilai tinggi ini tadi akan terancam. Sebab itu, dalam konteks seumpama ini, YB Dilantik tanya apa langkah-langkah penguatkuasaan kita laksanakan?

Jabatan Perikanan, Unit Penguatkuasaan dia kita semak, kita buat pantau dan kita periksa. Di mana tempatnya? Premis akuarium kedai yang jual ikan di akuarium kita check. Baru-baru ini di Kuantan, kita telah membuat satu penguatkuasaan dan menyita premis yang ada di Kuantan. Indera Mahkota di Kampung Tengah dan disitanya ikan. Dia namanya ikan peacock bass, piranha, pictus catfish, family carangidae dan tiger shovelnose catfish. Ikan ini tak reti saya nak terjemah dalam Bahasa Malaysia sebab pakai nama. Kita tangkaplah sitakan dan kita akan kuat kuasa pendakwaan.

Jadi, kita nak ingatkan kepada semua pengusaha, jangan kita hanya mementingkan nilai komersial semata-mata. Tanpa memikirkan masa depan ikan ataupun khazanah warisan kita. Yang ini yang kita nak titik beratkan. Sebab tu saya harap dalam Dewan Yang Mulia ini tidak ada Ahli Dewan yang terkeliru ataupun tak faham bahawasanya ikan asli kita ni penting. Jangan kita lihat jalan potong saja.

Kita nak pastikan Pahang negeri yang makmur ni, sejahtera ni di bawah pemerintahan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang dan kerajaan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar akan terus sejahtera dan terus memperkasakan khazanah warisan bangsa yang tidak ternilai untuk generasi kita akan datang. Sebab itu dalam konteks seumpama ini, kita mengusahakan apakah langkah kerajaan untuk mempastikan supaya kelestarian sumber ikan ini. Kita ada 2 pusat, bukan pusat anu tu, pusat PPA dipanggil.

Yang Berhormat Speaker,

Pusat Pengembangan Akuakultur, satu di Bukit Tinggi, satu lagi di Perlok di kawasan ini, apa nama YB Dilantik di kampung YB ni di Perlok ni, P.E.R.L.O.K, tapi Pelok je la. Kita bahasa kita Pahang kita panggil Pelok. Maknanya ini bahasa Pahang dia ada gitu. Macam contoh, dia kabo hogoh kita faham. Apa nama, kocok bukan bahasa Pahang tu kocok... kocok... bukan bahasa Pahang tu. Perlok... Perlok ni kita ada spesies ikan kelah, ikan jelawat...

Yang Berhormat ADUN Benta, saya tak sempat nak buka Kamus Dewan. Mungkin Yang Berhormat sempat. Apa beza kocok dengan hogoh?

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja, saya ni bukan pakar bahasa. Ni yang Yang Amat Berhormat Dato' Sri, tapi seingat saya masa di kampung, dia kalau dia hogoh ni, dia hogoh dia pegang ni. Kira dia hogoh macam nak rembas. Kocok ni bahaya sikit [Ahli Dewan ketawa] sebab saya kadang tak berani nak menunjuk. Maknanya kalau air tu ya Dato’ Sri, ada botol air.

Jangan sampai keluar air.

Jangan keluar air. Jadi kocok ni, dia kalau kocok ni gini. Dia tak gini, dia tak kabo kocok gini tak ada. Dia hogoh tu. Tapi kalau kocok ni atas ke bawah atas ke bawah gini, depan ke belakang. Ha... Ni kocok faham tak. Jadi, minta maaflah. Bukan saya... saya bukan pakar bahasa tapi kira yang saya fahamkan begitu. Tak ada apa-apa la. Tapi kiranya, minta maaf.

Jadi, balik kepada tadi kita ada Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA). Di Perlok tu menghasilkan benih-benih ikan. Benih ikan kelah, ada jelawat, ada patin, ada kerai, ada tamalian, jadi makna di situ akan dibekalkan tadi benih-benih ini untuk dilepaskan kepada pengairan awam.

Pengairan awam ni macam... macam apa nama gedung la. Kalau bahasa, macam bahasa canggihnya macam dia kata tasik. Tapi kita orang Pahang panggil gedung je la. Maknanya, air yang tempat bertakung besar sikit tu, dia lepaskan di situ ikan-ikan termasuk la ikan ni apa nama lampam dan sebagainya. Tapi kita lepaskan juga ikan di sungai-sungai Pahang di merata-rata tempat dan yang ini dalam tahun... sejak tahun 2010 lah kita buat ni. Kita buat lama dah ni usaha ni sejak daripada tahun 2010 sehingga sini kita dah lepas 20.8 juta ekor ikan, benih ikan di perairan umum di seluruh negeri Pahang dan dalam tahun 2025 ni sehingga bulan September, jumlah benih ikan yang telah dilepaskan ke perairan umum adalah sebanyak 2.48 juta ekor. Ini termasuk semua ni yang saya sebut tu kelah, kerai, temalian, patin buah, tenggalan, sebarau, baung sungai, lampam sungai, terbul dan udang galah. Tak ada baung ekor merah. Ini ikan kita, ikan asli. Kemudian, yang ini kita buat juga. Dan di samping tu juga kita wujudkan santuari Yang Berhormat Speaker. Santuari… santuari ni Bahasa Inggeris sanctuary. Tapi dia telah dibahasamalaysiakan iaitu tempat yang dilindungi.

Kalau kita kata kita nak pergi mana? Santuari maknanya kita buat tempat perlindungan. Tempat perlindungan, maknanya ikan tu kita lindung. Kita ada 6, di mana tempat tu? Tempat Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar sendiri, Kampung Tanjung Gahai, Kuala Serau ni kawasan ini Yang Amat Berhormat Dato' Sri. Di Lubuk Kulit ha itu tiga tempat dia jalan. Kemudian kita ada di Aur Gading. Ini tempat kawasan sahabat saya Padang Tengku. Kemudian kita ada di Tembeling. Ini tempat ini yang ini ADUN Tahan iaitu di Kampung Pagi dan di Kampung Sat ada 6 di bawah Jabatan Perikanan.

Tapi pada masa yang sama dia ada dua di bawah Jabatan PERHILITAN. Satu di Kuala Tahan ini Santuari Kelah. Satu lagi di Relau. Relau ini di belah kawasan Merapoh, kawasan Padang Tengku. Yang ini kita jaga. Maknanya ini usaha kita nampak, usaha kita ni kita buat secara bersungguh-sungguh bukan main-main dan kita usahakan ini sebab kita tahu ini penting. Tidak ada orang lain yang akan bicara atau ambil mudah

untuk kita jaga khazanah penting negeri kita ini selain daripada kita. Sebab itu saya menyeru kepada Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini, tolonglah kesian kepada Jabatan Perikanan. Siang, malam nak pastikan khazanah penting kita ini dapat terus dipertahan diperkasakan. Usaha-usaha yang dibuat. Kesian tengok muka-muka nelayan-nelayan darat kita, tengok muka dia ha depan tu. Deme ni sebenarnya memerlukan usaha kita untuk pastikan sumber yang penting ini dapat terus dipertahankan dan insya-Allah saya yakin usaha yang baik ini akan kita lihat hasilnya di tahun-tahun yang akan datang. Jadi saya rasa saya dah menyentuh mengenai perkara tu. Terima kasih Dato' Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat pihak kerajaan. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Dilantik Ke-4 untuk mengemukakan soalan yang ke-3.

(Ayat Al-Quran). Assalamualaikum WBT. Di depan saya ADUN Jengka, soalan saya nombor 3.

[Apakah perkembangan cadangan penubuhan Universiti al-Quran Pahang dan adakah ianya hanyalah penjenamaan semula UnIPSAS atau ianya satu langkah mengubah landskap dan hala tuju pendidikan al-Quran negara ke peringkat tertinggi?]

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, ADUN Lantikan Tioman bertanyakan kepada saya tentang Universiti Islam Sultan Haji Ahmad Shah yang bakal dimasyhurkan sebagai Universiti Al-Quran. Apakah perkembangan dan adakah ia hanya sekadar penjenamaan semula dan adakah ia itu sebagai langkah mengubah landskap semata-mata ataupun ada usaha-usaha untuk menambah baik dari sudut pendidikan dan begitu juga ditanyakan bilakah akan dilaksanakan? Terima kasih saya ucapkan kepada rakan saya, ADUN Lantikan.

Kita bersyukur kepada Allah SWT, satu lagi usaha kerajaan negeri di dalam memperkasakan pendidikan Islam di negeri Pahang ini dapat kita laksanakan dengan sebaik-baiknya. Ini sebenarnya adalah ekoran daripada Majlis Tilawah al-Quran yang dianjurkan oleh kerajaan negeri di Dewan Jubli Perak pada 7 Mac 2024 dengan keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merasmikan majlis berkenaan. Dan Kebawah Duli Paduka Baginda berkenan bertitah memberi cadangan kerana hasil daripada Program Hafazan dan Tilawah al-Quran yang dianjurkan oleh kerajaan negeri, nampak benar Maahad Tahfiz, Maahad Tahfiz sama ada yang telah diusahakan oleh kerajaan negeri, Maahad Tahfiz Profesional, Maahad Tahfiz Turath dan Maahad Tahfiz TVET di bawah Yayasan Pahang dan juga Maahad Tahfiz persendirian, menonjolkan keupayaan anak-anak kita dengan juga keberhasilan Universiti Islam Pahang menghasilkan anak-anak didiknya.

Ditambahkan pula Kebawah Duli Tuanku tengok sendiri bagaimana usaha Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dalam rangka lawatan beliau ke Universiti Yarmouk, Jordan dan juga Universiti Al-Qarawiyyin di Morocco serta Universiti Al-Azhar di Mesir.

Hubungan ini telah menampakkan keupayaan UnIPSAS dan tahfiz-tahfiz ini untuk dinaiktarafkan. Maka sebab itulah Kebawah Duli Tuanku berkenan untuk bertitah maka universiti Islam ini dinamakan dengan Universiti Al-Quran dan usaha ini dengan titah ini, kerajaan negeri telah meminta Universiti Islam Pahang mengadakan beberapa sidang bengkel sama ada di peringkat negeri oleh unip... unip… UnIPSAS sendiri bersama dengan jenteranya dan juga bengkel bersama dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi serta juga dengan universiti-universiti yang ada melibatkan pengajian Islam seumpama UM, UKM dan juga Universiti Sains Malaysia.

Begitu juga dengan pihak JAKIM yang memiliki Darul Quran. Hasil daripada bengkel itu, kita telah berjaya merumuskan satu penjenamaan yang membolehkan UnIPSAS ini mengubah kepada anjakan yang baru kepada Universiti Al-Quran. Dia bukan sekadar penjenamaan semata-mata, bahkan ada satu pengisian-pengisian baru yang bakal cambah di universiti ini sekali gus dapat menyentuh apa yang disebut oleh rakan saya daripada Chenor semalam, bahawasanya percambahan ilmu dari sudut [bahasa Arab] bukan saja [bahasa Arab] yang tercambah daripada Al-Quran itu.

Apa maksud (Bacaan dalam Bahasa Arab) ni dari sudut TVET? Sebab itu universiti ini kita telah mendekati Persatuan Maahad Tahfiz-Maahad Tahfiz Negeri Pahang apabila dia dapat dilaksanakan sahaja, kita akan menawarkan seramai 250 orang pelajar-pelajar tahfiz di negeri Pahang ini di bawah tajaan kerajaan negeri untuk diserapkan di Universiti Islam di bawah naungan APEL untuk mereka mendapatkan pendidikan di situ.

Apa maksudnya TVET ni dia tidak sebab hanya sekadar apa namanya pengetahuan di sudut apa namanya elektrikal dan sebagainya bahkan dia lebih jauh seumpama kata, kalau kita tengok Ibnu Sina, keupayaan beliau menghasilkan ilmu kedoktoran dan perubatan itu hasil daripada renungan beliau di dalam firman Al-Quran itu sendiri. Apabila Allah menyatakan (Ayat Al-Quran) di dalam tubuh kamu, tidakkah kamu teliti? Dari situlah ilmu pembedahan telah dizahirkan oleh Ibnu Sina. Begitu juga kaedah bagaimana untuk mengenal cop jari ini daripada firman Allah SWT (Ayat Al-Quran). Jadi ayat ini menyatakan Allah SWT mampu untuk menyusun semula larik-larik ibu jari. Dari sinilah manusia dapat hasilkan (Bacaan dalam Bahasa Arab) penghasilan ilmu. Bahawasanya ibu jari manusia ini rupanya tak sama. Inilah usaha yang nak dibawa oleh kerajaan negeri sesuai dengan Titah Kebawah Duli Tuanku untuk kita hasilkan daripada Universiti Al-Quran ini nanti, insya-Allah. Maknanya dia bukan sekadar nama, kemudian dia... dia bukan sekadar ubah cat, tukar cat. Tadi cat warna putih, ini nak tukar cat warna hitam. Tidak. Tetapi dia akan ada pengisian baru. Dan insya-Allah benda ini merujuk kepada persoalan yang bilakah dapat dilaksanakan? Kita dengar sendiri Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah mengumumkan Bajet di dalam pembentangan hari Jumaat yang lalu.

Kalau sebelum ini, kita peruntukkan Universiti Islam Pahang ini sebanyak RM12 juta setahun, insya-Allah, dengan kesungguhan kerajaan negeri untuk memastikan titah cadangan Kebawah Duli Tuanku serta usaha murni jentera kita di Universiti Islam Pahang ini, Yang Amat Berhormat telah mengumumkan penambahan bajet kepada RM20 juta [Ahli Dewan menepuk meja] bagi memastikan usaha universiti Quran ini dapat dilaksanakan pada awal Januari ini, insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Soalan tambahan.

Speaker

Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Exco di atas jawapan yang saya nampak satu er… sinar barulah di negeri Pahang pada hari ini dan saya sebenarnya pada pagi ini, bila lihat Yang Berhormat, Exco bentangkan jawapan berhubung dengan Universiti Al-Quran itu di hadapan seorang Speaker daripada DAP. Jadi itu sejarah baru bagi saya dalam negeri Pahang pada hari ini.

Jadi kalau kita tengok banyak hari ini dalam media sosial, saya tengok dalam TikTok ADUN Jengka ini pun, saya tengok digambarkan seolah-olah bahawa Islam terancang bukan terancang, terancam di Pahang er… dengan adanya DAP, dengan adanya parti-parti dalam kerajaan komponen er… kerajaan perpaduan pada hari ini. Jadi soalan saya, saya nak tanya, ada tak halangan dalam Kerajaan Negeri Pahang ini, saya tengok beri bantuan kepada masjid, laksanakan pula Universiti Al-Quran ini dan banyak usaha-usaha untuk memartabatkan Islam di negeri Pahang?

Jadi ada tak halangan-halangan disebabkan adanya faktor-faktor yang disebutkan saya tadi yang menghalang kerajaan negeri untuk melaksanakan syiar Islam di Pahang ini? Itu sahaja.

Yang Berhormat Speaker,

Merujuk kepada soalan tambahan yang menarik daripada ADUN Lantikan Tioman ini er… bukan Tioman sorry. Astaghfirullahalazim. ,

Dimaafkan [Ahli Dewan ketawa].

Terima kasih ADUN Lantikan daripada Rompin. Tentang adakah usaha cadangan kerajaan negeri untuk memperkasakan agama Islam sama ada er… membina enakmen-enakmen yang berkaitan dengan syariah, begitu juga memperkasakan sekolah-sekolah agama, maahad-maahad tahfiz termasuklah juga kita nak memperkasakan Universiti Islam Pahang. Kita di negeri Pahang ini, kita bersyukur kepada Allah SWT. Kita hidupkan konsep apa yang difirmankan oleh Allah SWT itu [Bacaan dalam Bahasa Arab) secara realistik.

Kita tidak jadikan perbezaan bangsa, perbezaan agama, perbezaan kumpulan untuk kita jurangkan. Memanglah berbeza. Mustahil tidak berbeza. Yang ini Melayu, yang itu Cina, yang di sana India. Takkan kita nak kata serupa, tetap berbeza. Itu realiti. Tetapi perbezaan itu kita tak jadikan sebagai teras untuk kita gagal membina negeri Pahang Darul Makmur [Ahli Dewan menepuk meja].

Alhamdulillah, dengan kesaksamaan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan kita dan dengan kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita serta sokongan barisan-barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri setiap kali apa yang kita bentangkan sama ada dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, yang berada di dalamnya. Yang Berhormat dari Triang dan Yang Berhormat dari Kuantan, kita mendapat persetujuan sebulat suara tanpa ada sebarang bantahan kerana kita memberi rasional yang terbaik untuk rakyat [Ahli Dewan menepuk meja] negeri Pahang melalui ajaran agama kita, Islam. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Speaker

Terima kasih.

Boleh celah sikit? Satu soalan tambahan sikit.

Speaker

Sila.

Saya… tak… tak nak sangat polemik soal parti dalam Dewan ni. Kita di Pahang ni kita banyak maahad tahfiz sama ada swasta ataupun agensi kerajaan. Tapi kita tak ada pusat pengajian hadis. Saya fikir sama ada agensi swasta atau kerajaan, kita tidak fokus soal membangunkan pusat-pusat pengajian hadis ini. Bukan sahaja kerajaan bahkan swasta pun. Persoalan saya ialah apakah inisiatif kerajaan kalau boleh kita wujudkan juga pusat pengajian hadis supaya dia mengimbangi sumber… 2 sumber utama dalam Islam? Terima kasih.

Terima kasih rakan daripada Cheka. Kita memang memahami apa yang disabdakan oleh Rasulullah [Bacaan dalam Bahasa Arab), Kami tinggalkan kepada kamu wahai umatku, kata Nabi Muhammad, dua perkara. Al-Quran dan sunnah Nabi. Seandainya kamu berpegang kepada 2 perkara itu, kamu tidak akan sesat.

Untuk makluman rakan saya daripada Cheka, cadangan yang sangat baik ini, kita di UnIPSAS, benar kita namakan Universiti Al-Quran tetapi kita ada jurusan hadis. Bahkan Jabatan Mufti Negeri Pahang sentiasa mengadakan kerjasama, Majlis Sama’ dan Khatam Hadis daripada Bukhari. Sekarang ini, insya-Allah kita akan berpindah kepada Sunan Sittah yang lain.

Selain daripada itu, hari kelmarin dengan apanya persetujuan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, kita telah mengadakan pertemuan dengan salah seorang tokoh yang telah mengadakan Majlis Sama’ Al-Hadis di apa namanya? Putrajaya baru-baru ini. Perbincangan bagaimana Maahad Tahfiz yang akan diwujudkan di Padang Tengku, Kuala Lipis, kita jadikan Darul Hadis kepada negeri Pahang [Ahli Dewan

menepuk meja]. Seandainya MMK bersetuju, benda ini akan menjadi satu realiti baru kepada Kerajaan Negeri Pahang. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Terima kasih.

Boleh celah sikit? Sikit… terima kasih kepada Yang… YB Speaker. 2 kali nama saya disebut oleh ADUN Lantikan. Semalam pun dia sebut, saya tak ada, pergi keluar sembahyang.

2 kali dah Yang Berhormat, bukan sekali.

Jadi, saya nak tanyalah. Boleh tak dia buktikan ke saya, video saya yang kata Islam terancam di Pahang?

Terima kasih Jengka yang mohon daripada saya, boleh dok ADUN apa namanya? [Ahli Dewan ketawa] Daripada… untuk membuktikan itu, maknanya…. maknanya kalaulah ADUN daripada Jengka tidak mengeluarkan kenyataan itu, bererti ADUN Jengka menafikan. Ertinya kerajaan kita di dalam keadaan stabil dan elok [Ahli Dewan menepuk meja]. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Boleh celah sikit.

Speaker

Sila… sila Yang Berhormat Teruntum.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Tuan Speaker. Saya nak tambah sikit apa yang disuarakan er… dibangkitkan oleh ADUN Lantikan. Dekat buat dasar, masa buat dasar kerajaan dalam MMK, kita 2 ni bukan Islam, tapi kita sokong. Kalau itu baik untuk rakyat Pahang yang beragama Islam, kenapa kita tak sokong? Sokong sajalah. Kita tak pernah bantah pun, kita tak pernah ancam pun. So haraplah jangan bangkit ini, kita sokong semua, betul. Tak pernah bantah. 3 tahun, tak pernah bantah satu kali pun. Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]

Terima kasih rakan daripada kerajaan. Saya… betul, apa yang saya kata dan terima kasih kerana mengiakan apa saya cakap, bahkan saya nak sebut pernah dia tegur saya, kenapa sikit sangat elaun Tok Imam dinaikkan?

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Ahli… ADUN Kemayan. Sila.

Terima kasih YB Speaker. Soalan saya soalan nombor 4.

[Pada tahun 2022 telah dilancarkan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bandar 34 Bera berjumlah 1,000 unit. Apakah status terkini projek tersebut?]

(Ayat Al-Quran). Terima kasih kepada ADUN Kemayan mengemukakan soalan nombor 4.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, projek ini dulu dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan hari ini dijenamakan semula kepada kita namakan Program Residensi Rakyat (PRR) dan projek ini telah dipersetujui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 3 September 2024. Dan projek ini diluluskan… yang diluluskan pada Oktober 2022 ini merupakan inisiatif KPKT dan dipantau oleh Jabatan Perumahan Negara dan kerajaan negeri… negeri sendiri juga bertanggungjawab dalam proses pengisian kediaman dan diserahkan kepada LPHP untuk diuruskan selanjutnya.

Untuk makluman ADUN Kemayan, di daerah Bera ini secara keseluruhannya sebanyak 1,643 unit rumah dirancang, dibangunkan termasuklah 5 unit khusus di bawah Skim PRR… Program Residensi Rakyat. Selaras dengan penyelarasan pembangunan yang terkini penyesuaian, komponen PRR ini telah dipinda daripada 1,000 unit kepada 500 unit rumah teres setingkat yang dilengkapi kemudahan asas seperti surau dan juga balai raya dan penyesuaian ini dibuat bagi memastikan pembangunan yang lebih terancang, tersusun dan menepati keperluan setempat.

Projek PRR Bera akan dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik yang bertanggungjawab sepenuhnya daripada aspek reka bentuk, pembinaan sehinggalah memperolehi Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan CCC sebelum diserahkan untuk proses pengisian oleh LPHP. Pada masa ini, projek pembinaan PRR ini dalam fasa terakhir proses tender yang melibatkan penilaian teknikal dan kewangan sebelum surat setuju terima atau letter of award, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, sebelum letter of award dikeluarkan dan kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada April 2026 tertakluk kepada pemuktamadan tender dan pelantikan kontraktor.

Untuk makluman Dewan juga, sehingga kini sebanyak 4,168 unit PRR telah berjaya disiapkan di seluruh negeri Pahang yang melibatkan nilai pembangunan sebanyak RM148 juta dan KPKT juga telah menyerahkan beberapa projek termasuk PRR Luit dan PRR Pulau Manis dan lebih banyak lagi projek PRR lain dijangka siap untuk diserahkan dalam tempoh yang terdekat.

Setakat 31 Oktober 2025, melalui e-Perumahan Pahang sebanyak 112,391 permohonan telah kita terima daripada seluruh negeri termasuklah 4,337 permohonan daripada daerah Bera dan dari jumlah itu, 650 permohonan adalah untuk Skim PRR, sekali gus menunjukkan minat yang tinggi terhadap perumahan mampu milik ini dan diharapkan projek PRR Bera yang akan dilaksanakan nanti dapat memenuhi keperluan perumahan PRR di daerah Bera. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Kemayan.

Soalan tambahan. Er… semalam apa Kuala Sentul ada menyatakan yang ada lebihan rumah daripada analisa dialah. Saya pun pelik juga bila orang engineering buat analisa ini, analisa dia tidak lengkap sebab dalam kenyataan dia dalam MalaysiaKini, semalam dia kata pemohon Skim Rumah Pahang perlu tunggu 42 tahun. Itu analisa orang engineering tau… kan. Sebab er… kalau kita tengok daripada 100,000 lebih pemohon itu, adakah semuanya layak ataupun adakah semuanya dipertimbangkan? Sebab ini relate dengan soalan saya. Sebab tu saya kata kalau tak tahu, tanya pada yang tahu. Lepas ni saya rasalahkan kalau kita belajar engineering, dia kalau struktur tu 100 meter… 100 meter, dia tak kira. Kalau orang ekonomi, dia lain. Dia akan tengok semua pemboleh ubah yang ada. Okey.

Soalan saya, selain daripada… er… apakah kelayakan ataupun kriteria bagi pembeli rumah PPR tersebut? Kelayakan ataupun kriteria untuk pemohon Perumahan Residensi tersebut.

Terima kasih ADUN Kemayan. Untuk makluman sidang Dewan dan Tuan Yang di-Pertua. Antara syarat-syarat kelayakan untuk memiliki rumah ini dia berbeza antara Rumah PR1MA Pahang. Rumah PR1MA Pahang ini dia RM10,000.00 pendapatan isi rumah ke bawah dan untuk PRR ini, antara syarat-syarat kelayakan ialah mesti jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan. Dan yang keduanya, mestilah keutamaan kepada rakyat negeri Pahang dan juga yang telah menetap secara terus-menerus di negeri Pahang tidak lebih daripada 5 tahun dan berkahwin dan 18 tahun ke atas dan yang masih yang kepada belum berkahwin, berumur 35 tahun ke atas. Dan yang antara lain, tidak memiliki tanah atau rumah atau kedua-duanya sekali didaftarkan atas nama pemohon dan tidak memiliki rumah di atas nama… nama sendiri… antara syarat-syarat kelayakan. YB nak mohon ke?

Er… tak layak. Saya rasa tak layak.

Speaker

Okey. Terima kasih Yang Berhormat pihak kerajaan. Seterusnya saya minta…

Yang Berhormat Tuan Speaker. Satu lagi dah. Nak bangun juga? Nanti kejap tak habis tu.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Sebab dia dah sebut nama saya tadi.

Duduklah. Saya… saya…

Speaker

Okey. Saya minta pihak kerajaan buat penjelasan dahulu.

Ni saya tadi saya dengar YB Kemayan sentuh pasal untuk pelaksanaan perumahan ni. Saya Yang Berhormat, saya nak kongsilah satu perkara. Saya amat rasa terharu dan juga rasa berterima kasih yang tak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang kerana dalam Skim Perumahan Pahang ni diwujudkan yang kita namakan Rumah Rakyat Pahang yang diberikan secara percuma kepada mereka yang betul-betul tiada memiliki rumah dan betul-betul dalam miskin tegarlah kita katakan.

Saya nak bagi contoh satu perkara. Baru-baru ni saya bagi kepada satu keluarga di mana dia ni adalah keluarga yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Suami dia kena kanser dan isteri dia tak bekerja. Anak 4 orang. Tiba-tiba suami dia meninggal dan isteri tak bekerja. Akhirnya saya dengan kuasa yang kita ada ni melalui Rumah Rakyat Pahang ni, saya telah berikan kepada dia Rumah Rakyat Pahang tahun lepas dan telah boleh diduduki dan telah siap diduduki. Antara contoh-contoh Rumah Rakyat Pahang yang kita berikan kepada rakyat Pahang. Ini kita beri dalam masa setahun je YB, kita tengok yang mana-mana layak betul-betul, kita beri terus setahun rumah tu Rumah Rakyat Pahang ni mesti disiapkan dalam masa setahun dan untuk negeri Pahang ni setiap DUN kita berikan 8 biji Rumah Rakyat Pahang untuk dibina, secara percuma diberikan. [Ahli Dewan menepuk meja]

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dan sehingga kini hampir 1,900 unit rumah termasuklah untuk masyarakat Orang Asli telah dibina dan diberikan percuma oleh Kerajaan Negeri Pahang. [Ahli Dewan menepuk meja]. Tak ada negeri lain yang buat macam mana kita buat ni. Inilah negeri Pahang kita. Inilah patutnya yang diviralkan oleh pihak-pihak sebelah sana tu, cakaplah maknanya negeri Pahang ni macam ni daripada Sentul, katalah dalam tu jangan cakap 42 tahun. Katalah Pahang antara negeri yang terulung yang membuat rumah diberikan secara percuma.

Sehingga kini telah 2,000 hampir 2,000 unit rumah telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada rakyat yang betul-betul memerlukan.

Inilah negeri yang berkebajikan, negeri yang kita disarankan oleh Islam untuk kita bantu orang-orang yang kesusahan. Kenapa kita tak viralkan? Kenapa kita tak puji? Terima kasih kerajaan negeri. Terima kasih je? Cakaplah lebih sikit. Ini yang cakapnya 42 tahun tak siap rumah, 42 tahun. Rumah Ru'RASA pun sama. Dah berapa banyak kita bina rumah Ru'RASA, diberikan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang. Banyak rumah diberikan secara percuma juga. Inilah antara perkara-perkara, saya berharaplah antara kita semua untuk demi kesejahteraan negeri Pahang, demi kesejahteraan rakyat negeri Pahang, saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat cerita benda-benda yang baik ni. Jangan cerita 42 tahun rumah tak siap.

Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Sila.

Sahabat saya. Saya nak mencelah. Dia tagline tu. ‘This is Pahang’, itu yang ‘This Is Pahang’. Dia tak ada di negeri lain, tak ada di Terengganu, tak ada di… di… di Kelantan. Saya ingat Terengganu pun ikut kalau nak ikut. ‘This is Pahang’, Pahang 1st, ‘This is Pahang’.

Dato’ Sri, er… Tuan Yang di-Pertua,

Saya baru-baru ni, saya… saya terkejut tu sebabnya antara pemaju-pemaju datang berjumpa saya. Dia kata, ada negeri datang YB, jumpa saya panggil saya ajak pergi ke negeri dia, buat program perumahan macam kita buat ni. Eh… dia tak nak pulak kunjungan hormat kat kita tanya macam mana kita buat. Tak, dia tangkap senyap-senyap je. Dia pergi buat ikut apa… ikut jalan bawah ni. Nak tiru macam mana kita buat Rumah PR1MA Pahang, nak tiru macam mana kita buat rumah ni semua, macam mana kita buat ni… macam mana kita melaksanakan. Banyak dah rumah yang telah kita completekan, Rumah Rakyat Pahang, Rumah… Rumah PR1MA Pahang yang RM150,000.00 je yang bernilai hampir…

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Dato’ Sri Speaker…

Nanti sekejap… sekejap, tak habis lagi. Sekejap… nanti saya bagi ni.

Speaker

Nanti… nanti… nanti saya bagi peluang.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Tunggulah penggulungan.

Speaker

Yang Berhormat… Yang Berhormat Kuala Sentul…

Tak… tak… saya nak bagi tahu ni…

Speaker

… duduk dulu, nanti saya bagi peluang.

Sebab ni 42 tahun tu, saya duduk dalam… duduk tengok dalam media tu saya baca 42 tahun. Saya dengar sahabat saya daripada Benta semalam cakap, dia kata ini proses daftaran ni biasa, tetapi kita akan kaji semuanya. Kita akan kaji. Saya nak bagi tahu satu lagi saya nak kongsi dalam kita nak merealisasikan rumah impian rakyat ini pada masa... pada sama er… pada masa [ketawa] saya nak pandang sana juga saya geram er… kadang. [Ahli Dewan ketawa] Masuk dalam hati dan fikiran itu jangan er… masuk keluar er… masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Masuk dalam jiwa kita, hati dan nurani kita itu.

Tuan Yang di-Pertua,

Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri Pahang telah mengumumkan…

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Speaker,

Pagi-pagi ini kita er… kita breakfast dulu… [ketawa]

Speaker

Nanti, nanti saya bagi peluang kemudian. Sabar... sabar... sabar. Yang Berhormat Kuala Sentul, sabar. Biar kita dengar er… dengar dengan penjelasan dulu.

Saya nak bagi fakta supaya Dewan ini jelas er…jelas peranan kerajaan negeri. Saya nak bagitahu Yang Amat Berhormat Menteri Besar dia cakap dalam itu nilai pelaburan kita yang masuk RM18 juta er… RM18 bilion dan memberi peluang pekerjaan sebanyak 12,000 tahun ini telah direalisasikan betul ini rakan saya daripada er… komited, bukan reka-reka, sain-sain itu bukan. Ini komited RM18 bilion akan dilaksanakan ada yang melibatkan GLC-GLC yang akan menambahkan hasil pendapatan kepada negeri Pahang dan menyediakan peluang pekerjaan. Dan di sini kita akan tengok balik kemampuan untuk memiliki rumah.

Sekarang ini mungkin rakyat kita rasa susah sedikit tetapi bila peluang pekerjaan dah banyak esok orang dah kerja hebat-hebat belaka contoh macam ECRL, keluar gaji belas-belas ribu. Sekarang ini masih tiada kerja lagi tapi inilah antara punca-punca buying power Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, yang ada pada rakyat negeri Pahang untuk membeli rumah masa akan datang. Ini untuk kita mengatasi masalah yang perlu kita hadapi. Jadi dalam proses saya setuju dengan Benta semalam cakap benda er… proses. Jangan daftar 60,000 kunfayakun siap 60,000 er… mana ada macam itu. Kita ini dah manusia kena ada proses untuk melaksanakan sesuatu keputusan itu.

Speaker

Terima kasih ya. Saya jemput Kuala Sentul.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

YB Timbalan Speaker,

Saya nak tanya respond pada Kemayan apa hearing dengan analisis saya semalam. Saya er… saya syorkan er…

Nak er… nak minta saya respond, saya akan respondlah.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Saya syorkan er… nanti, nanti bagi la saya cakap dahulu.

Speaker

Nanti, nanti er… Yang Berhormat Kemayan. Kemudian ya.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Saya syorkan er…

Tak, kalau minta saya respond saya boleh respond sebab engineering ini dia er… direct secara terus. Kalau orang ekonomi dia akan fikirkan berapa banyak pemboleh ubah yang boleh untuk analisis perkara itu sebab itu saya kata kalau tak tahu jangan analisis. Walaupun analisis orang lain buat er… study betul-betul kenapa 100,000 berapa ramai, di mana tempat dia pemohon 100,000 berapa ramai yang layak dan sebagainya. Jangan keluar statement yang Pahang ini nak tunggu 42 tahun baru dapat rumah. Itu satu statement untuk er… jahat terhadap negeri Pahang. Saya faham. Masa kita jumpa pun, YB cakap tak akan kita nak cakap benda baik pada kerajaan. Itu ayat daripada mulut YB er… ini er… ini... ini kita kalau benda yang er…

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Ini sangkaan jahat ini Dato’ Sri Speaker.

Ini kalau kita er… benda yang tak bagus…

Speaker

Yang Berhormat…

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Ini dah sangkaan jahat, ini dah sangkaan jahat.

Ini er… kalau benda yang tak bagus, patutnya kita kongsi perkara yang baik seperti Wakil Kerajaan sebut tadi dan sebab itu selepas ini belajar analisis er… analisis data sebelum kita nak keluarkan sebarang analisis.

Speaker

Okey, terima kasih. Terus Yang Berhormat Kuala Sentul.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Tak apalah, saya tak nak argue sangatlah pasal mengatakan engineering takda kena-mengena dengan analisis semua ini. Cuma baca er… tengok balik hansard saya yang semalam er… Timbalan Speaker, saya pun ada mention pasal er… subsidi kerajaan bagi pada Rumah Mesra Rakyat selepas itu rumah percuma pun saya ada mention semalam saya cakap baguskan tapi biasalah media dia tak pick up yang itu, dia pick up perkara-perkara yang mungkin menjadi berita kepada rakyat. Jadi pagi-pagi ini kita tak payahlah nak mengulang balik apa yang dia cakap semalam. Jadi kita tunggu masa penggulungan nanti. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Jadi, tak ada soalan ya? Okey, jika tiada soalan nanti kita er… saya er… kita teruskan, kita teruskan. [Ahli Dewan ketawa]

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Soalan er… memang tak ada soalan sebab tadi bukan soalan, ini penggulungan dah tadi. Macam penggulungan. [Ketawa]

Speaker

Tadi itu, jawapan daripada pihak kerajaan jadi tak ada soalan. Kita teruskan kepada soalan yang kelima ADUN Tanah Rata, sila.

Tuan Ho Chi YangDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya soalan 5.

[Pembinaan Jalan Pintasan Cameron Highlands Fasa 1B

a) Sila jelaskan butiran bagi cadangan pembinaan Jalan Pintasan Cameron Highlands Fasa 1B: Membina Jalan Pintasan Tanah Rata, Menaik Taraf Jalan Persekutuan FT59 Dari Tanah Rata ke Kea Farm Serta Menaik Taraf Jalan Persekutuan FT434 (Jalan Griddle).

b) Sesetengah penduduk Cameron Highlands berpendapat bahawa cadangan menjadikan Jalan Persekutuan FT434 (Jalan Griddle) sebagai jalan sehala mungkin kurang sesuai, memandangkan jalan tersebut sering digunakan oleh ramai penduduk untuk tujuan riadah. Adakah Kerajaan akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan, khususnya penduduk tempatan, bagi memastikan keputusan yang diambil merupakan situasi menang-menang untuk semua pihak?]

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih er… Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada sahabat saya Tanah Rata yang bertanyakan soalan berkenaan dengan pembinaan Jalan Pintasan Cameron Highlands Fasa 1B. Yang pertamanya, Tanah Rata bertanya er… bertanyakan tentang memohon penjelasan tentang butiran cadangan pembinaan jalan tersebut.

Yang Berhormat er… Yang Berhormat Speaker,

Menjawab soalan pertama projek ini telah diluluskan di bawah Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12 oleh Kementerian Kerja Raya dengan kos keseluruhan berjumlah RM480 juta dan mengikut perancangan semasa surat setuju terima (SST) kepada pihak kontraktor dijangka akan dikeluarkan seawal Januari 2026 dan kaedah

pelaksanaan projek ini adalah secara reka dan bina dan jangka masa tempoh pembinaan lebih kurang dalam 42 bulan. Dan antara skop utama kerja tersebut adalah pertamanya, membina jalan baharu 2 lane single carriageway dari Royal Lily ke Padang Golf sepanjang 3.3 km termasuk dedicated ramp dengan piawaian R5.

Yang keduanya, menaik taraf jalan FT59 sepanjang 1.2 km dan jalan FT434 iaitu Jalan Griddle sepanjang 1.5 km kepada one way loop di Padang Golf dengan piawaian R5. Yang ketiganya, menaik taraf Jalan FT59 daripada 2 lane single carriageway kepada 4 lane dual carriageway sepanjang 0.5 km dari one way loop di Padang Golf ke one way loop di Brinchang dengan piawaian R5.

Yang keempat, menaik taraf jalan er… menaik taraf dua jambatan di Jalan FT59 dan menaik taraf dua jambatan di Jalan FT434 iaitu Jalan Griddle dengan piawaian R5. Yang kelimanya, menaik taraf Jalan FT59 daripada 2 lane single carriageway kepada 4 lane dual carriageway sepanjang 2 km dari Time Tunnel ke Kea Farm dengan piawaian R5. Dan keenam, menaik taraf Jalan FT59 dari 2 lane single carriageway kepada 4 lane dual carriageway sepanjang 1 km bermula dari one way loop Kea Farm ke Seksyen 70.8 dengan piawaian R5 dan selain daripada itu, pembinaan 1 jejantas pejalan kaki, er… pemasangan lampu jalan, er… sistem perparitan, pemasangan perabot jalan, kerja geoteknik, pengalihan utiliti, pengambilan balik tanah, perlindungan alam sekitar dan juga kerja-kerja ukur.

Untuk makluman er… Yang Berhormat, objektif utama projek ini adalah untuk mengurangkan masalah kesesakan trafik dan meningkatkan level of service daripada kelas F kepada C di Jalan FT59 di kawasan tertentu dengan menyediakan sistem penyuraian trafik ataupun laluan alternatif yang lebih er… yang lebih efisien.

Pihak JKR maklum bahawa Jalan FT434 merupakan jalan er… merupakan laluan penduduk untuk tujuan riadah namun dalam keadaan tentu jalan ini turut menjadi laluan alternatif kepada pengguna jalan raya yang lain apabila berhadapan dengan kesesakan trafik yang luar biasa.

Dan er… merujuk kepada Makmal Pengurusan Nilai Peringkat Kajian Nilai ataupun value assessment yang dilaksanakan pada 25 hingga 27 Julai 2023, analisa matriks penilaian menunjukkan bahawa jajaran jalan yang dicadangkan merupakan opsyen terbaik berdasarkan kepada justifikasi berikut. Pertama, tentang kos pelaksanaan projek. Keduanya, kebolehbinaan dan juga kefungsian. Yang ketiganya, gradient reka bentuk yang minimum. Keempatnya, penggunaan di kawasan sensitif alam sekitar pada kadar yang minimum dan terkawal dan kelimanya, kesinambungan kepada projek pembinaan jalan pintasan Cameron Highlands iaitu menaik taraf dari bulatan McDonalds ke persimpangan Brinchang ataupun ke Time Tunnel dan membina one way loop dari di Kea Farm, Cameron Highlands dalam Fasa 1A yang kini dalam peringkat pembinaan dan cadangan konsep jajaran projek ini telah dibentang dan disetujui oleh pihak berkuasa tempatan Cameron Highlands serta mendapat persetujuan daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa negeri, jabatan teknikal dan syarikat-syarikat aktiviti yang berkaitan dan menjawab soalan kedua berkaitan dengan adakah pihak kerajaan akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan?

Menjawab soalan kedua ini, untuk makluman, Kementerian Kerja Raya dan juga pihak JKR telah mengadakan beberapa sisi... sesi libat urus dan mesyuarat penyelarasan bersama dengan pihak berkuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan ataupun NGO, jawatankuasa penduduk dan pengusaha hotel, resort yang terlibat iaitu pada 7 Februari 2025. Kemudian pada 25 April 2025, dan yang ketiganya pada 17 Julai 2025

dan hasil daripada sesi libat urus tersebut, pihak Kementerian Kerja Raya dan juga... ataupun pihak JKR bersetuju dengan beberapa perkara seperti berikut. Hasil daripada perjumpaan tersebut, pertamanya walkway sedia ada di Jalan FT434 iaitu di Jalan Griddle ini atau di sekeling padang golf dikekalkan, dibina... ataupun dibina semula, dibaik pulih, dinaik taraf untuk tujuan riadah.

Yang keduanya, mereka bentuk konsep lebaran Jalan FT434 yang optimum bagi mengurangkan kerja tanah, kacau ganggu cerun sedia ada serta mengelakkan pengambilan balik tanah milik persendirian di kawasan padang golf dan juga bangunan kediaman yang terlibat. Dan ketiganya, hasil daripada sesi libat urus juga, pihak er... dalam pembinaan ini juga akan menyediakan noise barrier atau penghadang bunyi terutamanya di hadapan padang golf villa, di hadapan Golf Villa Townhouse dan sesi libat urus ini juga akan diadakan dari semasa ke semasa mengikut peringkat pelaksanaan projek bagi meningkatkan lagi keberkesanan dan ketelusan penyampaian maklumat projek di samping memastikan situasi menang-menang kepada semua pihak yang terlibat. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Sila, Yang Berhormat.

Tuan Ho Chi YangDAP · PHTanah Rata

Terima kasih er... Yang Berhormat Speaker. Terima kasih kepada Wakil Kerajaan atas jawapan tadi. Soalan saya er... sebab tadi Exco mengatakan bahawa jejan... jejantas adalah sebahagian daripada cadangan pembinaan Jalan Pintasan Fasa 1B. Soalan saya, sebab projek tersebut akan mengambil masa yang sangat lama untuk dibina. Jadi pada masa sekarang ada tak sebarang langkah penyelesaian jangka masa pendek atau sederhana yang boleh diambil? Contohnya seperti pembinaan lampu isyarat untuk kita mengurangkan kesesakan terutamanya di Medan Agro Kea Farm yang memang merupakan tarikan pelancong yang terkenal. Terima kasih.

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih Tanah Rata. Cadangan untuk membina lampu isyarat ini sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat Tanah Rata, ianya agak kurang sesuai kerana ia juga akan mengganggu lagi aliran trafik dan akan menyebabkan lagi jalan makin tambah sesak ataupun jammed. Jadi sebab itulah dalam er... pembinaan untuk Fasa 1B ini telah dimasukkan er... apa ni? Jejantas yang panjang 24 meter sepanjang merentasi jalan er... tersebut dan SST untuk projek ini sudah diterima, dijangka akan di... dikeluarkan pada awal tahun depan dan saya rasa ini er... pelaksanaan kerja-kerja ini, jejantas ni mungkin kita boleh tengok nanti semasa kerja pembinaan. Mungkin kalau boleh diawalkan, mana yang boleh diawalkan, untuk kemudahan masyarakat, kita boleh minta pihak kontraktor untuk awalkan kerja-kerja pembinaan.

Speaker

Terima kasih. Sebelum saya meneruskan, saya ingin mengalu-alukan pemerhati yang hadir pada hari ini iaitu tetamu dari DUN Tioman, 6 orang, tetamu dari DUN Jengka, 2 orang, tetamu dari DUN Bilut, 3 orang dan juga peserta program Youth Empowerment Society (YES), 8 orang. Selamat datang ke Dewan Negeri Pahang [Ahli Dewan menepuk meja]. Seterusnya saya menjemput ADUN Cheka.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 6.

[Adakah kerajaan negeri bercadang menubuhkan satu ‘Pahang REE Processing Hub’ yang benar-benar dikawal dan dimiliki oleh anak negeri, atau adakah ia akan diserahkan sepenuhnya kepada syarikat luar seperti Lynas Malaysia?]

(Ayat Al-Quran). Assalamualaikum WBT. Terima kasih YB Speaker dan terima kasih ADUN kawasan Cheka yang mengemukakan soalan seperti berikut. Adakah kerajaan negeri bercadang menubuhkan satu Pahang REE Processing Hub ataupun Processing Hub untuk nadir bumi yang benar-benar dikawal dan dimiliki oleh anak negeri? Atau adakah ia akan diserahkan sepenuhnya kepada syarikat luar seperti Lynas Malaysia?

Jawapan... jawapan saya berdasarkan laporan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Negeri Pahang, anggaran rizab mineral rare earth elements di negeri Pahang adalah berjumlah sekitar 1.4 juta tan. Hasil daripada kajian yang dijalankan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 iaitu dari tahun 2016 hingga 2020. Daripada jumlah tersebut, dianggarkan sebanyak 70% kawasan berpotensi mengandungi REE, rare earth elements ataupun nadir bumi berada di dalam kawasan hutan simpanan, manakala baki 30% berada di kawasan berstatus tanah milik dan tanah kerajaan.

Hasil semakan pada 28 November 2025, harga semasa bagi RE karbonat adalah sebanyak USD6,456.47 satu metrik tan dan berdasarkan kadar pengurangan pertukaran wang asing USD1 bersamaan dengan RM4.13, nilai tersebut dianggarkan berjumlah kira-kira RM37.4 bilion. Ini merupakan anggaran konservatif. Nilainya mungkin jauh lebih tinggi.

Pada masa ini, kerajaan negeri melalui Pahang Mining Corporation sedang melaksanakan kajian potensi rizab mineral yang terperinci khususnya bagi mineral REE tersebut bagi mengenal pasti potensi serta jumlah rizab sebenar yang terdapat di negeri Pahang. Saya difahamkan kajian pun belum menyeluruh lagi. Mungkin rizab kita jauh lebih besar.

Kerajaan negeri telah meluluskan Prosedur Operasi Standard ataupun Standard Operating Procedure, dengan izin, perlombongan REE di negeri Pahang di dalam mesyuarat majlis... maaf di dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang pada 18 Jun 2025. Selain itu, kerajaan negeri juga sedang fokuskan kepada aspek memulakan pengoperasian perlombongan, peringkat huluan ataupun upstream, dengan izin, bagi memastikan pelaksanaan perlombongan terutama sekali melibatkan REE dapat dijalankan secara mampan dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Justeru itu, pengoperasian perlombongan peringkat huluan, upstream adalah penting bagi meyakinkan pelabur untuk melabur dalam pembangunan hub pemprosesan REE bagi peringkat pertengahan (midstream) ataupun hiliran (downstream), dengan izin. Kerajaan negeri juga terbuka dan bersedia mempertimbangkan cadangan penubuhan hub pemprosesan REE di negeri Pahang sama ada daripada syarikat yang dilantik oleh kerajaan negeri ataupun syarikat luar.

Setakat ini, Jawatankuasa Pelaburan Negeri telah mendengar beberapa pembentangan cadangan daripada syarikat tempatan dan antarabangsa dan perkara tersebut masih dalam proses penilaian serta pertimbangan wajar oleh kerajaan negeri. Terima kasih.

Speaker

Sila.

Soalan tambahan saya, pertama sekali saya ucap tahniahlah atas inisiatif untuk kita Pahang sendiri untuk kita menubuhkan satu hub untuk proses negeri. Ada dua perkara. Yang pertama sekali beberapa buah negeri termasuk Perak, Negeri Sembilan, dia ini telah memulakan, dapat kebenaran pilot project. Di Perak 200 hektar peringkat awal dan ada tambahan 200 hektar yang kedua. Demikian juga beberapa buah negeri lain. Soalan saya ialah apakah Pahang juga telah mohon untuk kita mulakan proses untuk pilot project bagi projek, bagi Program REE Pahang?

Yang kedua, saya difahamkan, ingin dapat pengesahan, ada sedikit masalah negeri-negeri untuk menjual kepada Syarikat Lynas kerana pertama, masalah harga yang ditawar agak rendah berbanding dengan syarikat daripada China. Yang kedua, Lynas meletakkan syarat supaya dia juga turut terlibat di peringkat upstream perlombongan sampai ke peringkat hiliran. Jadi proses ni. Jadi, oleh kerana itu, kita gagal mendapat peluang tersebut dan Kerajaan Pahang saya difahamkan tidak memiliki sebarang syer dalam Lynas Malaysia. Apakah ini betul ataupun masih ada ruang untuk kita ada syer sama dalam Lynas di Gebeng? Terima kasih.

Untuk terima kasih er... rakan DUN daripada Cheka. Setahu saya, hanya Perak yang ada kemajuan dari segi perlombongan REE. Itu pun, apa yang saya dimaklumkan ada cabaran teknikal er... di mana, mereka perlu keluarkan atau extract REE tu tanpa menjejaskan apa ni, alam sekitar dan juga bekalan air di dalam tanah. Berkenaan dengan Lynas, setahu saya tidak ada kekangan untuk apa ini, untuk pelombong-pelombong jual kepada Lynas, ia atas prinsip willing buyer willing seller, dengan izin ataupun bergantung kepada harga pasaran dan juga rundingan antara dua pihak yang ingin jual beli.

Di negeri Pahang, kita ada kelulusan untuk perlombongan er... apa ini, nadir bumi yang telah diluluskan di kawasan Sungai Wang, Mukim... Mukim di Jelai. Cuma cabarannya ialah untuk menyahwartakan kawasan hutan simpanan itu dan menggantikan dengan kawasan hutan simpanan. Ini, akan memakan masa. Setakat ini, aktiviti di rantaian bekalan atau supply chain nadi bumi berpaksikan kepada industri mid stream ataupun pertengahan rantaian bekalan tersebut ataupun supply chain. Kita belum ada lagi er... industri huluan di peringkat perlombongan. Itu bergantung kepada proses penyahwartaan kawasan nadir bumi tersebut dan digantikan dengan hutan simpanan yang telah dikenal pasti. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Sila.

Soalan tambahan. Terima kasih er... Yang Berhormat Speaker. Sikit je soalan tambahan. Dari apa yang dijelaskan oleh Wakil Kerajaan tadi, kita ada tak roadmap, untuk proses er... dalam mengeluarkan REE ini. Bila jangkaan kita dapat betul-betul beroperasi dalam roadmap kita itu er... jangkaan kita betul-betul dapat beraksi dan mengeluarkan hasil ini dan memulangkan hasil tersebut kepada... kepada negeri. Terima kasih.

Kita dah ada, Standard Operating Procedure, untuk apa ni, untuk perlombongan dan pengeluaran nadir bumi. Dari segi roadmap, kita memakai roadmap industry yang telah digariskan oleh kerajaan persekutuan. Saya jangkakan dalam masa 2, 3 tahun, kita berharap kita akan dapat satu kilang er... operasi er... hiliran. Sepertimana semua apa ni sedia maklum er... di media massa, ada pengumuman di mana syarikat Korea berminat untuk JV dengan Lynas mengeluarkan kilang apa ni, super magnet. Bagaimanapun... walau bagaimanapun, ia di peringkat orang kata er... MOU. Saya berharap ia dapat direalisasikan dalam masa terdekat ni dalam 2, 3 tahun untuk manfaat negeri Pahang. Insya-Allah, lebih banyak pertambahan peluang pekerjaan. Terima kasih.

Speaker

Terima Kasih. Seterusnya saya menjemput ADUN Sungai Lembing.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya nombor 7.

[Apakah usaha kerajaan dalam memastikan kadar kemiskinan relatif di Pahang dapat dikurangkan dan nyatakan pelan jangka panjang yang dirangka bagi meningkatkan peluang pekerjaan di Negeri Pahang].

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker dan terima kasih kepada sahabat yang bertanya. Er... soalan yang ditanyakan terbahagi kepada 2 ya. Yang pertama, apakah usaha kerajaan dalam memastikan kadar kemiskinan tegar di Pahang dapat dikurangkan. Dan yang kedua adalah, apakah pelan jangka panjang bagi meningkatkan peluang pekerjaan di negeri Pahang?

Bagi jawapan yang pertama, kerajaan negeri telah melakukan beberapa usaha bagi kita mengurangkan kemiskinan di negeri Pahang ini terutamanya miskin tegar. Er... dan di antaranya adalah pelaksanaan program bantuan sosial dan kebajikan. Kerajaan negeri memperkasakan penyelarasan bantuan melalui Focus Group Kesejahteraan Rakyat untuk mengenal pasti keluarga miskin ataupun miskin tegar agar bantuan yang

disalurkan er... dapat disalurkan dengan lebih tepat di mana tidak bertindih dengan bantuan-bantuan yang diterima oleh rakyat.

Seterusnya program perumahan untuk golongan miskin dan juga miskin tegar. Melalui pembinaan Rumah Rakyat Pahang, membantu membina rumah baru atau membaik pulih kediaman bagi mereka yang memerlukan, supaya golongan miskin dapat kediaman yang selesa dan juga selamat.

Seterusnya, program Keusahawanan Mikro dan Bantuan Pemulaan Perniagaan. Misalnya skim pembiayaan mikro seperti i-PUSH yang memberi peluang kepada golongan miskin untuk memulakan perniagaan sendiri. Dan juga fokus kepada pendidikan dan sokongan pelajar kurang bernasib baik, termasuk bantuan ke pelajar... bantuan kepada pelajar dari keluarga B40 atau masyarakat Orang Asli.

Pendidikan dianggap kunci supaya anak generasi seterusnya dapat keluar dari kitaran kemiskinan ini. Dan, hasil daripada usaha ini, kerajaan negeri melaporkan bahawa bilangan miskin tegar di negeri Pahang telah menurun dengan ketara.

Bagi untuk menjawab soalan kedua iaitu pelan jangka panjang pula, di antaranya adalah menarik pelaburan strategik dan pembangunan dan pembangunan industri. Pahang memfokuskan pelaburan dalam sektor pembuatan berteknologi... berteknologi tinggi, minyak dan gas, perkhidmatan dan industri sokongan lain. Pelaburan ini diharap me dapat memberi pekerjaan berkualiti serta menyediakan peluang untuk jangka panjang. Dan juga er... melalui Latihan Teknikal, Politeknik, Pusat Latihan Kemahiran dan Program Latihan yang relevan dengan keperluan pelabur di Pahang. Contohnya, pusat latihan di kawasan industri seperti di Gebeng.

Kerajaan juga menggalakkan pertanian moden dan agrobusiness di kawasan luar bandar, melalui inisiatif pendapatan rakyat yang menyediakan ladang bercucuk tanam secara moden. contohnya, fertigasi, menyasarkan golongan B40 dan masyarakat di kawasan luar bandar, sebagai alternatif sumber pendapatan selain daripada pekerjaan tradisional.

Seterusnya er... bagi menjana keusahawanan dan sokongan peniaga kecil dan juga sederhana. Melalui program pembangunan usahawan di mana membantu usahawan kecil atau PKS dalam pemasaran, bimbingan, pembiayaan mikro dan juga sokongan pengembangan business. Dan melalui program ini di bawah dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang juga banyak memberikan bantuan dan juga seperti semalam, kita ada Anggun Maju dan sebagainya.

Seterusnya, fokus kepada golongan terpinggir atau rentai, belia, orang asli B40, asnaf, masyarakat luar bandar. Melalui program jaminan pekerjaan seperti Pahang Job Guarantee Programme, yang memberi peluang pekerjaan, latihan kemahiran, dan sokongan pekerjaan kepada belia dan golongan kurang berkemampuan, dengan hasil menunjukkan ratusan hingga ribuan alumni mendapat pendapatan tetap.

Seterusnya, pembangunan sektor pelancongan juga ekopelancongan serta sektor perkhidmatan. Untuk mewujudkan pekerjaan dalam sektor pelancongan, perhotelan, perkhidmatan dan sektor berkaitan lain sebagaimana pelaburan dalam bidang pelancongan dan kelestarian alam sekitar. Dan dalam erti kata lain, Pahang tidak hanya bergantung kepada bantuan terus, tetapi berusaha membina asas ekonomi mampan, membuka peluang pekerjaan, memperkasa modal insan dan menarik pelaburan supaya rakyat negeri ini, boleh keluar daripada kemiskinan secara kekal, dapat hidup dengan lebih baik dan berdaya saing. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Sikit.

Speaker

Sila, Sungai Lembing.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Terima kasih Yang Berhormat Exco, Terima kasih Yang Berhormat er... apa ni Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat er… Exco menjawab soalan saya. Saya ada 2 soalan tambahan, er... bolehkah Yang Berhormat Exco menjelaskan indikator utama ataupun KPI yang digunakan untuk menilai kebes... kebes... keberke... keberkesanan program, pengurangan kemiskinan yang sedang berjalan. Maksudnya bagaimana daripada status kemiskinan relatif tadi, yang menyebabkan mereka menurun apa ni peratus tadi menurun. Adakah dari segi er... gaji dan sebagainyalah.

Dan kedua, bagaimana kerajaan negeri menyelaras er... usaha pengurangan kemiskinan ini dengan agensi persekutuan? Sekian, terima kasih.

Okey. Terima kasih kepada, sahabat yang bertanya. Kita mengukur keberjayaan bantuan yang kita berikan ini melalui kejayaan peserta-peserta contohnya yang lebih mudahnya saya er… contohkan kita ada memberi bantuan kepada er… wanita B40lah. Contoh di Raub ya, di mana beliau mengusahakan program sejuk beku ya di mana dengan adanya bantuan daripada kita er… kita memberikan beliau mesin pengadun, dan sebelum ini kalau pasarannya hanya di sekitar kawasan kampung dan dengan adanya bantuan tersebut beliau dapat memasarkan ke seluruh negeri Pahang dan sekali sekala ada mendapat tempahan makanan sejuk beku daripada luar negeri. Itu adalah antara indikator yang kita ukurlah untuk melihat keberjayaan bantuan yang telah kita berikan.

Dan untuk soalan kedua, lagi sekali tuan. Lupa. YB sorry, maaf saya.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Bagaimana kerajaan negeri menyelaras usaha pengurangan kemiskinan ini dengan bantuan daripada agensi persekutuan juga supaya tidak...

Ya, kita menyelaras bantuan ini, contohnya bersama dengan JKM, dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mana kita ada menambah bantuan-bantuan diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat contohnya kepada ibu tunggal, kepada OKU bagi memastikan mereka boleh meneruskan kelangsungan hidup. Contohnya, kita ada buat penambahan kepada pelajar-pelajar di PPDK juga dengan jumlah-jumlah yang tertentu. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Seterusnya saya menjemput ADUN Damak.

Assalamualaikum WBT. YB Speaker, soalan saya nombor 8.

[Apakah kaedah dan insentif yang diberikan oleh pihak kerajaan bagi menarik minat para belia untuk menyertai badan-badan sukarelawan di negeri Pahang]

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih juga Wakil dari Damak yang bertanya soal sukarelawan di negeri Pahang ini. Sesungguhnya Kerajaan Negeri Pahang sangat komited dan bersungguh-sungguh untuk membudayakan sukarelawan atau semangat sukarela di kalangan belia di negeri ini. Ini kerana kesukarelawanan ini bukan sekadar aktiviti sosial atau tugasan sementara. Namun ia adalah wadah penting untuk membentuk jati diri, ketahanan serta tanggungjawab dan amanah untuk membantu masyarakat, negeri dan negara ini.

Dan bagi menarik lebih ramai anak muda untuk menyertai aktiviti-aktiviti sukarela Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dan juga Majlis Belia Negeri Pahang telah melaksanakan pelbagai program di peringkat akar umbi, daerah dan juga negeri. Antara program tersebut adalah Kursus Asas dan Kursus Lanjutan Sukarelawan Anak Muda Pahang. Kursus Asas Sukarelawan Anak Muda Pahang ini memberi fokus kepada perkara asas dalam melaksanakan aktiviti kesukarelawanan. Manakala bagi Kursus Lanjutan Sukarelawan Anak Muda Pahang ini pula adalah lebih terperinci dan melibatkan modul yang lebih mendalam berkaitan pengurusan pasca bencana.

Kedua adalah program mobilisasi sosial dan pasca bencana. Program ini melibatkan gerak sukarelawan sama ada di kalangan mereka yang telah mengikuti program sukarelawan anak muda mahupun yang belum terlatih untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dan misi kesukarelawanan.

Ketiga, Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Program ini merupakan antara platform berkesan dalam menyemai budaya sukarelawan secara sistematik dalam kalangan belia. Melibatkan 4 komponen utama iaitu khidmat masyarakat, kemahiran, rekreasi fizikal dan juga penjelajahan... penjelajahan lasak.

Dan yang keempat adalah Program Pemerkasaan Persatuan Belia Pahang atau lebih dikenali sebagai Youth Empowerment Society atau YES Pahang. Melalui program ini, penyertaan seramai 330 pemimpin muda baharu dari seluruh negeri Pahang dan modul program ini dirangka dengan begitu teliti dan rapi mencakupi kemahiran kepimpinan dan komunikasi, pembentukan daya saing dan ketahanan diri, kecekapan pengurusan pertubuhan belia serta pendedahan tentang cabaran belia masa kini. Melalui latihan yang diberikan peserta YES ini memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang seterusnya membolehkan mereka menyumbang secara sukarela kepada masyarakat… kepada masyarakat melalui pertubuhan-pertubuhan belia yang ada di peringkat daerah dan juga negeri.

Dan yang kelima adalah melalui program atau sukarelawan di bawah inisiatif kerajaan negeri sendiri iaitu Majlis Tindakan Sosial Pahang yang telah ditubuhkan lebih 5 tahun dulu. Di mana di bawah Majlis Tindakan Sosial Pahang atau MTSP ini, anak-anak muda dilatih untuk melaksanakan program-program sukarela dan membantu masyarakat. Antaranya pasca banjir, bencana dan ketika COVID dulu, mereka ke hadapan dalam membantu masyarakat.

Dan sesungguhnya pelbagai manfaat serta kelebihan diperolehi melalui penyertaan belia dalam aktiviti-aktiviti sukarela ini. Ini termasuklah yang pertamanya, insentif kewangan dan material di mana sukarela... sukarelawan ini turut menerima elaun atau sagu hati termasuk pakaian rasmi bagi program yang disertai oleh mereka dan badan-badan sukarela serta NGO-NGO yang terlibat secara… melaksanakan aktiviti-aktiviti sukarela ini juga berpeluang menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri atas aktiviti-aktiviti atau program sukarela yang mereka laksanakan.

Yang kedua adalah peluang pembangunan diri mereka sendiri. Melalui inisiatif ini, pemberian sijil penyertaan atau sijil perkhidmatan kepada penggerak sukarela yang boleh digunakan sebagai rujukan untuk permohonan kerja atau pengajian. Selain itu, penggerak sukarela juga boleh menyertai latihan dan bengkel kemahiran seperti kepimpinan, pengurusan acara dan komunikasi serta mengikuti pelbagai program peringkat kebangsaan seperti pertukaran belia, Hari Belia Negara dan Hari Sukan Negara.

Ketiga, pengiktirafan dan peluang kepimpinan di mana di bawah inisiatif ini, penggerak sukarela belia ini berpeluang dilantik sebagai pemimpin pasukan dalam kelab belia, Kelab Rakan Muda atau pelbagai pertubuhan belia di peringkat daerah dan negeri. Dan keempat adalah peluang kerjaya dan jaringan di mana penggerak sukarela belia menikmati akses kepada jaringan profesional dan komuniti yang membuka peluang kerjaya kepada mereka pada masa hadapan.

Dan bagi merancakkan lagi penglibatan belia dalam aktiviti kesukarelawanan ini, Kerajaan Negeri Pahang turut menganjurkan program Hari Kesukarelawanan… Kesukarelawanan Belia Malaysia peringkat negeri Pahang pada setiap tahun, baru-baru ini 6 Disember lalu. Penganjuran program ini bertujuan untuk menghargai jasa dan sumbangan sukarelawan ini dan mereka ini diberikan sijil pengiktirafan atas khidmat bakti, sumbangan serta pengorbanan mereka. Dan hari ini, saya turut mengalu-alukan penggerak-penggerak sukarela yang turut hadir hari ini khususnya di kalangan peserta Youth Empowerment Society atau YES yang turut berada dalam Dewan Yang Mulia ini [Ahli Dewan menepuk meja]. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Terima kasih. Seterusnya saya menjemput ADUN Batu Talam.

Yang Berhormat Tuan Speaker. Pertanyaan saya nombor 9.

[Dengan penjenamaan semula Skim Perlindungan PERKESO kepada konsep ‘LINDUNG’ yang merangkumi LINDUNG Pekerja, LINDUNG Kerjaya, LINDUNG Kendiri dan LINDUNG Kasih, apakah strategi utama yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui agensi berkaitan, bagi memastikan peningkatan kesedaran dan pemahaman yang menyeluruh di kalangan masyarakat, terutamanya golongan pekerja, tentang manfaat dan capaian perlindungan di bawah setiap komponen LINDUNG tersebut?

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih kepada rakan saya dari Batu Talam menanyakan soalan PERKESO. PERKESO merupakan agensi yang memainkan peranan utama dalam perlindungan sosial pekerja di Malaysia. Dalam usaha memperkukuhkan imej korporat dan meningkatkan kesedaran awam terhadap corak serta perkhidmatan PERKESO. Inisiatif penjenamaan semula di bawah konsep LINDUNG PERKESO diperkenalkan. LINDUNG adalah identiti penjenamaan semula produk PERKESO yang menyatukan satu jenis perlindungan di bawah satu jenama utama. Ia melambangkan komitmen PERKESO untuk menawarkan perlindungan sosial yang lebih menyeluruh, mudah difahami dan dekat dengan masyarakat.

Nombor satu, LINDUNG Pekerja - Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 Akta 4. Nombor 2, LINDUNG Kerjaya - Akta Sistem Insurans Pekerja 2017 Akta 800. Nombor 3, LINDUNG Kendiri - Akta Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri 2017, Akta 789. Nombor 4, LINDUNG Kasih - Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 Akta 838. Bagi memastikan peningkatan kesedaran dan kefahaman yang menyeluruh, kerajaan negeri akan mengambil langkah-langkah bekerjasama dengan PERKESO antaranya adalah kempen penerangan bersepadu. Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan PERKESO untuk melancarkan kempen kesedaran secara berterusan menggunakan pelbagai medium komunikasi termasuk media digital, media cetak dan platform komuniti. Fokus kempen adalah untuk menjelaskan secara ringkas dan padat, perbezaan serta manfaat spesifik di bawah LINDUNG Pekerja, LINDUNG Kerjaya, LINDUNG Kendiri dan LINDUNG Kasih.

Penglibatan pihak berkepentingan kami akan mengadakan sesi libat urus secara berkala bersama pihak kepentingan utama seperti kesatuan sekerja, persatuan majikan dan badan bukan kerajaan NGO. Penglibatan ini bertujuan menjadikan mereka duta maklumat yang dapat menyebarkan penerangan yang tepat kepada ahli dan komuniti masing masing.

Program Outreach dan Interaksi Komuniti. Selain komunikasi massa, kita akan mempergiatkan program turun padang dan sudut info di kawasan-kawasan tumpuan umum dan pusat-pusat komuniti. Pendekatan ini membolehkan orang ramai bertanya soalan secara langsung dan mendapatkan bahan penerangan yang mudah difahami

sekali gus meningkatkan capaian maklumat kepada golongan yang kurang terdedah kepada media konvensional.

Penjenamaan nama program dan aktiviti PERKESO. Semua program-program anjuran PERKESO mahupun kerjasama dengan kerajaan negeri akan diselaraskan menggunakan perkataan LINDUNG dalam masa program mengikut fokus dan tujuan program dilaksanakan. Sebagai contoh, penganjuran karnival kerjaya akan dinamakan sebagai Karnival LINDUNG Kerajaan. Sesi libat urus suri rumah akan dinamakan sebagai Sesi Libat Urus LINDUNG Kasih. Menerusi kempen dan strategi ini mampu untuk menjadikan LINDUNG bukan sekadar jenama tetapi juga satu jaringan perlindungan sosial yang mudah diingati, mudah difahami dan mudah diakses oleh setiap lapisan masyarakat yang layak. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Sila

Soalan tambahan Yang Berhormat Speaker... Yang Berhormat Speaker. Saya nak tanya pada kerajaan sejauh mana penerangan perlindungan PERKESO ini khususnya kepada majikan dan pekerja kerana ini yang difaham mungkin setengah pihaklah. Perlindungan ini hanya untuk satu jenis iaitu macam kematian sahaja macam insurans dan dia tak faham sebenarnya banyak jenis.

Ini ada satu kes yang saya alami di mana pekerja ini tidak dapat perlindungan daripada PERKESO kerana apa? Kerana yang dibiayai ini yang dicarum ini hanya untuk er... yang saya sebut kematian sahaja. Maknanya dilindung hanya bekerja. Maksudnya dari rumah pergi bekerja. Kalau tak kerja tak lindung ni maksudnya, tak mati tak lindung. Jadi kes ini seorang pekerja ni dia memang bercuti sebab terbukti bercuti kerana dia bersalin. Bersalin dia beranak, memanglah dia dia tak kerja. Jadi PERKESO tidak dapat membiayai pekerja ni. Hari ni dia... dia tidak dapat perlindungan. Jadi mungkin kes ini bagi pihak PERKESO ataupun kerajaan tidak dapat memberi penerangan khususnya kepada majikan dan juga pekerja. Jadi kita dengar tadi banyak LINDUNG... LINDUNG Kendiri, LINDUNG Kerjaya, LINDUNG... LINDUNG. Tetapi kita tidak faham. Yang kita tahu lindung kematian sahaja. Mati ada insurans. Tak mati takde insurans.

Jadi saya nak tanya pihak kerajaan, sejauh mana penerangan ini kepada kerajaan, kepada majikan dan juga pekerja. Sejauh mana? Yang keduanya, adakah perlindungan ini dikuat kuasa yang mana setiap pekerja ataupun majikan wajib mencarum dengan PERKESO, wajib? Mana penguat kuasa? Adakah sesetengah sebab ada kes juga, kadang-kadang majikan ni dia tengok pekerja dia muda. Oleh kerana muda, dia tak ambil PERKESO kerana mungkin muda tak mati. Alih-alih yang pekerjanya muda pun ada yang mati. Jadi tidak dapat ini perlindungan. Jadi sejauh mana penguatkuasaan kepada pekerja dan juga majikan. Dan satu lagi pihak kerajaan sejauh mana sambutan dia? Kalau boleh percentage dan sambutan daripada majikan dan juga pekerja. Sekarang ni kalau boleh berapa peratus. Saya tengok banyak kurang dari segi pekerja dan juga majikan untuk mencarum dengan PERKESO. 3 soalan Yang Berhormat Speaker.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih, terima kasih kawan saya daripada Batu Talam. Mengikut Akta Keselamatan Pekerja 1699 Akta 4 sebelum ini, hanya kita lindung masa kerja. Baru-baru ni menteri, baru bangkit isu penambahan akta dalam Parlimen. Menjadikan akta ini menjadi 24/7. Maknanya kita jaga pekerja ini dalam 24 jam. So mungkin yang jadi mangsa itu tak bawah akta ni. Sebab akta ni masih setakat bahas dalam Parlimen. Saya baru habis, okey. So mungkin kita akta akan menjadi satu akta. Tapi maaflah sebab akta ni baharu diluluskan dalam Parlimen.

Untuk menjawab soalan nombor 2. Jikalau seorang majikan tidak mendaftarkan pekerja sebagai di dalam perlindungan PERKESO, tolong maklum pada kita, kita akan ambil tindakan terhadap majikan.

Soalan nombor 3, apa ya? Lupa. Maaf.

Peratusan. Tapi sebelum tadi saya nak menambah sikit soalan tadi. Maksud saya penerangan, jadi majikan dengan pekerja ini dia mencarum tapi dia tak tahu yang dia hanya dilindungi semasa bekerja. Dia bekerja tetapi dia bersalin. Macam mana dia nak bekerja? Dia beranak, masa tu dia DI rumah, semasa itu dia kena strok. Sekarang pun masih ada di hospital. Kena perkhidmatan sebanyak lebih kurang RM40,000.00. Jadi dia bekerja. Jadi penerangan yang maksudnya. You punya apa perlindungan ini hanya bekerja. Jadi sebab itu saya tengok ada pelbagai LINDUNGAN tadi. LINDUNGAN Kendiri. Adakah ia termasuk akan dia mencarum tadi? Dia termasuk bukan hanya bekerja. Dia mencarum itu macam insuranslah. Jadi, itu maksud saya.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih, saya ingat kalau boleh dapat bagi soalan kes ini pada saya. Dan kita minta pegawai akan turun dan kita tengok dari apa yang kita boleh bantu. Sebab mungkin kita ada pencen ilat ke apa. Kita boleh bantu kita bantu. Okey apa yang... kalau dia sudah meninggal, dia, takpe, kita akan tolong secara daya upaya kita akan bantu sebanyak yang mungkin kita boleh. Okey.

Untuk penerangan kepada semua. Saya harap semua majikan patut sudah tahu budak... pekerja ni semua kena perlu masuk dalam PERKESO juga dengan S.I.P. Maknanya kalau dihentikan kerja kita pun ada bayar pampasan selama 6 bulan. So, untuk yang suri rumah yang kalau dia suri rumah, dia tak ada kerja. Kita pun terima juga hanya RM10.00 sebulan sahaja. Maknanya untuk suri rumah, kita bayar RM120.00 untuk setahun dan untuk lindungan keselamatan mereka. So saya haraplah Batu Talam boleh bagi saya maklumat dan kita akan jalankan tugas. Terima kasih.

Speaker

Sila Ketari.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Secara purata lebih kurang 20% peratus majikan tak bayar caruman PERKESO secara purata. Jadi soalan saya, di negeri Pahang ini, sektor manakah yang paling tinggi majikan tak patuh PERKESO? Maknanya tak bayar PERKESO ini agar kita boleh fokus dan tumpu untuk memastikan pembayaran PERKESO ini dapat dilakukan, agar semua pekerja dilindungi terutamanya. Maafkan saya YB Exco, memang kerajaan telah luluskan perlindungan 24/7 di Dewan Rakyat baru-baru ini dan sedang akan dipertimbangkan di dalam negara… Dewan Negara. Jadi harap ia akan jadi undang-undang yang akan melindungi pekerja tak kira masa. Twenty four seven maknanya 24 jam, 7 hari seminggu. Kes yang seperti itu mungkin er... akan terlindung di bawah akta yang pindaan yang baru ini.

Jadi, maknanya soalan saya tambahan kepada YB Exco. Sektor mana yang… yang.. yang paling tinggi, majikan tak bayar PERKESO ini di negeri Pahang?

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih wakil dari Ketari. Saya tak ada data. Nanti masa gulung saya bagi jawapan. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Seterusnya saya menjemput ADUN Ketari. Sila.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Terima kasih YB Speaker. Soalan saya nombor 10.

[Pahang akan menyertai kempen Kebangsaan "Tahun Melawat Malaysia 2026" yang bertujuan mempromosikan tarikan pelancongan di seluruh negara, termasuk negeri Pahang. Apakah perancangan, program khusus dan berapakah peruntukan yang disediakan untuk mengambil peluang untuk mempromosikan negeri Pahang sebagai satu destinasi tarikan pelancongan?]

Puan Leong Man YuDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat Ketari yang bertanyakan tentang Tahun Melawat Malaysia. Jadi untuk maklumat Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Pahang, kita menyambut baik untuk Kempen Melawat Malaysia. Jadi pada bulan lepas, kita melalui Tourism Pahang telah mengadakan Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia Pahang 1st, dengan tema “Pahang 1st: Where Malaysia Begins”. Sebab kita nak memposisikan Pahang sebagai titik permulaan apabila pelancong sampai di Malaysia.

Jadi dari segi persediaan, pertama, dengan peruntukan saya bersyukur kerana Yang Amat Berhormat telah menyediakan bajet RM34.65 juta untuk pembangunan pelancongan dan geran pengurusan yang merangkumi RM18.52 juta kepada Perbadanan Muzium Negeri Pahang, RM8.39 juta kepada Tourism Pahang termasuk

RM1 juta untuk latihan dan pensijilan industri, RM5.12 juta untuk Lembaga Pembangunan Tioman. Selain itu, pembangunan Lipis Geopark melalui PTNP dan Program Konservasi melalui Majlis Biodiversiti Pahang juga disediakan.

Keduanya, dari segi perancangan. Fokus kita untuk Tahun Melawat Malaysia adalah kita nak meningkatkan kedatangan pelawat iaitu sesiapa yang datang ke Pahang day trip, kita nak… nak menggalakkan mereka bermalam. Dan juga kedua adalah kita nak melanjutkan tempoh penginapan. Sesiapa yang melancong ke Pahang mungkin bermalam satu malam, kita nak menggalakkan mereka bermalam lebih banyak hari.

Jadi rancangan kita ada beberapa melalui Tourism Pahang. Satu, adalah tentang acara pelancongan. Ia setakat ini untuk kalendar pelancongan bagi tahun 2026, kita telah merekodkan melebihi 50 acara untuk peringkat domestik, kebangsaan dan antarabangsa. Dan kalendar ini akan ditambah dari semasa ke semasa. Sebab dengan adanya acara, kita memperbanyakkan aktiviti dan juga dapat membawa impak ekonomi kepada pengusaha tempatan.

Kedua adalah tentang latihan dan peningkatan sumber manusia di mana kita juga akan mengadakan kursus untuk pemandu pelancongan alam semula jadi, pengurusan pelancongan dan program peningkatan kemahiran pengusaha tempatan. Ketiga, infrastruktur. Kita juga setiap tahun Kerajaan Negeri Pahang dan bersama kerajaan persekutuan, kita menyediakan bajet dan kita bersyukur juga tahun ini, selain daripada Bajet Kerajaan Negeri Pahang, MOTAC juga turut menyokong negeri Pahang iaitu menyalurkan lebih RM9.9 juta untuk infrastruktur pelancongan dan ini merekodkan angka yang paling tinggi untuk tahun-tahun sebelum ini.

Dan kita berharap tahun depan kita akan terus berusaha bersama dengan MOTAC Pahang untuk memperjuangkan lebih banyak bajet ke negeri Pahang. Dan ketiga adalah tentang promosi. Jadi tahun… tahun depan kita akan lebih agresif dari segi promosi, bukan sahaja kita akan terus mengambil bahagian dalam eksposisi pelancongan tapi kita sendiri juga akan mengadakan roadshow ke tempat-tempat yang mempunyai potensi tinggi untuk kita membawa masuk pelancong. Dan dari segi promosi juga, kita juga akan bekerjasama erat dengan Tourism Malaysia dan Tourism Pahang sendiri.

Kita akan lebih banyak engagement dengan pemain industri dan juga mengadakan FAM Trip, promosi digital dan juga kita menggalakkan supaya pemain industri dalam Pahang untuk memohon dana yang disediakan. Sebagai contoh GSSP, GAMELAN dan lain-lain. Jadi dengan ini, kita berharap bahawa dengan inisiatif-inisiatif ini, Pahang boleh dijadikan destinasi utama sempena Tahun Melawat Malaysia. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Yang Berhormat Ketari.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih ke atas jawapan yang agak terperinci oleh Wakil Kerajaan. Memang selain daripada Genting Highlands, negeri Pahang ini mempunyai pelbagai tarikan pelancongan yang telah pun dinyatakan. Jadi usaha-usaha begitu, kita perlu untuk bekerjasama dengan se... seluruh peringkat agar benar-benar menjadikan Tahun Melawat Malaysia Tahun 2026 dan Pahang harap muncul sebagai destinasi yang unggul.

Jadi er... kepada… soalan saya adalah, selain daripada apa itu yang telah dipromosikan, adakah rancangan-rancangan yang lain agar bukan sahaja di negeri er… Malaysia… antarabangsa, di peringkat antarabangsa juga?

Puan Leong Man YuDAP · PHTriang

Terima kasih er… kita akan tengok kekuatan kita. Jadi kekuatan kita ekopelancongan dan kita juga ada statistik tentang negara mana yang banyak sokong kepada statistik pelawat kita. Jadi sebagai contoh yang top five, kita ada dari Singapore, Indonesia, China, Eropah dan India. Jadi sebagai contoh, kita bukan sahaja, dulu kita biasanya mengikut Tourism Malaysia untuk mengadakan misi ke luar negara. Tetapi tahun ini kita juga ada inisiatif baru di mana Tourism Pahang sendiri, kita mengadakan roadshow ke negara India dan kita nampak memang ada impak positif selepas roadshow kita di Chennai dan Delhi.

Sekarang kita telah banyak menerima pertanyaan daripada agensi-agensi di sana untuk mereka nak explore perjalanan baru, untuk nak explore pakej baru di Malaysia. Kita nampak ini adalah satu impak positif dan untuk tahun depan kita akan melebihkan roadshow ke tempat yang berpotensi.

Speaker

Sila Tioman.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan kerana saban penggal peruntukan semakin bertambah dan kita di negeri Pahang ini kaya dengan banjaran, pantai, hutan, fauna dan flora. Soalan saya, adakah dalam perancangan Tahun Melawat Pahang 2026 ini akan ada perancangan ataupun cadangan program yang baru di Pulau Tioman? Dan saya mengambil kesempatan juga untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada TDA kerana dapat peruntukan yang agak banyak daripada kerajaan negeri dan juga pelancongan.

Dan satu perkara lagi. Soalan tambahan saya ialah memandangkan Pulau Tioman ni dia dikaitkan dengan monsun timur laut. Jadi saya mohon kalau boleh sekali lagi untuk mengingatkan supaya dalam kalendar Pelancongan Negeri Pahang nanti dihilangkan bahawa monsun timur laut ini, pelancong tidak boleh hadir ke Pulau Tioman. Kalau boleh freekan perkara itu kerana dia akan memberi impak yang negatif dan seterusnya jiran negara-negara jiran akan mendapat impak kedatangan pelancong dari luar negara ke negara seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan sebagainya.

Jadi apabila kita lihat pada hari ini melalui Jabatan Meteorologi, yang mana alhamdulillah Rompin hari ini ada satu pusat meteorologi yang boleh meramalkan ramalan cuaca dari semasa ke semasa kerana kita lihat cuaca pada hari ni tidak menentu ya. Kita tengok pada hari ini, contoh bulan 11, bulan 12 keadaan masih panas er… di perairan Rompin dan juga Pulau Tioman. Maka saya kira kalau dapat perkara ini di er... terjemahkan dalam bentuk dan jenama yang baru bahawa monsun timur laut, Pulau Tioman masih lagi boleh dikunjungi. Terima kasih.

Puan Leong Man YuDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat Tioman. Betul, kalau ikut kale… kalendar acara pelancongan, biasanya untuk Tioman setiap tahun kita ada start di Tioman di mana kita memposisikan Tioman sebagai satu tempat yang sangat sesuai untuk divers dan inisiatif baru yang kita adakan adalah kita akan mengadakan festival untuk divers, di mana kita ingin mengumpulkan dan menggalakkan mengalu-alukan divers dari seluruh dunia ataupun di seluruh Malaysia melebihi sero... 1,000 orang untuk memenuhi Pulau Tioman. Dan betul sebab Pulau Tioman walaupun dia dikenali dengan er... aktiviti diving tapi pada masa yang sama, dia juga ada banyak aktiviti darat. Sebagai contoh hiking dan juga via ferrata.

Dia cuma satu produk pelancongan baru dan juga masa monsun, Tioman juga dia satu tempat yang sesuai untuk peminat surfing dan kita berharap bahawa untuk bila monsun timur laut itu dikira musim low peak season di mana kita boleh mengadakan acara untuk menggalakkan peminat-peminat tertentu niche market untuk juga melawat untuk melancong ke Pulau Tioman, di mana promosi untuk Pulau Tioman kita selalu diadakan dan kita terima kasih atas ingatan Yang Berhormat Dato' Sri mungkin dari segi promosi, kita juga akan membantu untuk clearkan salah faham di mana bila monsun tidak boleh masuk pulau. Okey.

Speaker

Terima kasih Wakil Kerajaan. Seterusnya soalan yang terakhir bagi sesi pagi ini, saya menjemput ADUN Jenderak.

Dato’ Rodzuan bin ZaabaUMNO · BNJenderak

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, pertanyaan saya nombor 11.

[Apakah langkah kerajaan negeri dalam memperkasa program keusahawanan belia Pahang bagi melahirkan lebih ramai usahawan muda yang berdaya saing dan berpendapatan tinggi?]

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

(Ayat Al-Quran) Assalamualaikum WBT, terima kasih banyak Tuan Speaker dan terima kasih banyak kepada sahabat kepada Jenderak mempersoalkan soalan apakah inisiatif Kerajaan Negeri Pahang untuk memperkukuhkan Program Keusahawanan Belia Pahang bagi melahirkan usahawan muda yang lebih berdaya saing dan kepadatan tinggi.

Maklumlah, muka hari ini masih muda lagi insya-Allah. Tahniah Yang Berhormat Jenderak. Yang Berhormat Dato’ Sri... Yang Berhormat Tuan Speaker menjawab pertanyaan Yang Berhormat Jenderak mengenai langkah kerajaan negeri untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda yang berdaya saing dan berpendapatan tinggi. Saya jelaskan bahawa pendekatan kerajaan negeri adalah bersifat menyeluruh merentas semua kluster perniagaan termasuklah perdagangan, perkhidmatan, pembuatan, digital dan juga industri kreatif dan juga dengan sokongan tambahan turut diberikan kepada sektor pertanian moden. Bagi tujuan ini, kerajaan negeri bersama dengan agensi-agensi berkaitan seperti PKNP, SME Corp, SIRIM, MARA dan juga

MATRADE melaksanakan kepelbagaian inisiatif secara bersepadu yang memfokuskan kepada pembangunan, kemahiran, penguasaan pasaran serta sokongan pembiayaan. Kepelbagaian kursus-kursus keusahawanan dijalankan sepanjang tahun bersama dengan kerajaan negeri dan juga agensi-agensi yang berkaitan iaitu kursus keusahawanan ini merangkumi kepada seluruh portfolio-portfolio yang memberikan kursus lebih baik memfokuskan kepada bidang-bidang yang boleh diceburi oleh belia-belia dan juga usahawan-usahawan di luar sana.

Dari segi permohonan kemahiran, Program Technopreneurship ataupun SteP bersama dengan SIRIM juga membantu usahawan muda, meningkatkan kualiti produk, pembungkusan dan juga pensijilan. PKNP pula melaksanakan Program Master Your Own Business (MYOB) iaitu bagi memperkukuhkan pengurusan perniagaan, strategi, pemasaran dan juga penjenamaan. Mana pula, manakala Pahang Skills Development Centre (PSDC) turut menyediakan kursus asas keusahawanan serta sesi siri perkongsian ilmu di pelbagai daerah bagi membina asas khusus untuk dalam kalangan usahawan-usahawan muda di luar sana. Dari sudut pemerkasaan pasaran, kerajaan negeri memberi penekanan kepada program-program e-dagang dan juga pemasaran digital melalui Program Outreach dan juga latihan e-dagang dengan kerjasama MATRADE yang melibatkan seramai 128 orang peserta.

Program Jelajah Keusahawanan Bersasar (JKEB) bersama KUSKOP pula membantu usahawan belia meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan dan juga pemasaran digital. Di samping itu, penyertaan di dalam karnival, pameran dan juga ekspo seperti Karnival Usahawan atau Karnival Aspirasi Pahang 1ST dan juga Pahang Showcase terus menjadi platform yang penting untuk meluaskan jaringan pasaran serta peluang dan juga jualan-jualan yang berada dalam sektor ini.

Dari aspek pembayaran pula Yang Berhormat Tuan Speaker, kerajaan negeri telah pun menyalurkan Geran Usahawan Makmur Pahang sehingga bernilai RM10,000.00 dan yang ini pihak usahawan walaupun ada yang menyatakan dan juga memberikan satu feedback yang amat baik dan ucapan terima kasih dan salurkan saya zahirkan kepada Yang Amat Berhormat Dato Sri Diraja Menteri Besar Pahang kerana memberikan peluang-peluang dan juga inisiatif ini dan beri idea ini kepada geran usahawan makmur dan dapat membantu usahawan-usahawan menyediakan semula ataupun bangkit semula apabila selepas negara melanda ataupun COVID melanda negara pada tahun-tahun yang lalu.

Dengan adanya usahawan geran atau Geran Usahawan Makmur Pahang ini dapat menyediakan bantuan kepada usahawan baharu ataupun yang sedia ada termasuk usahawan muda bagi tujuan pembelian peralatan, peningkatan kapasiti, naik taraf premis dan juga pemasaran mahupun membantu kecelaruan modal pusingan mereka masing-masing. Di samping itu, usahawan belia turut boleh memanfaatkan Skim Pembiayaan Persekutuan dan pihak kerajaan negeri bersama dengan agensi-agensi persekutuan antaranya Skim AET ataupun aktiviti Ekonomi Tambahan Belia RISDA lebih kurang anggarannya sehingga pembiayaan RM20,000.00 dan seperti dimaklumkan oleh Yang Berhormat Benta iaitu Geran Agropreneur Muda dari FAMA bernilai RM20,000.00 ke RM30,000.00 dan juga Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera TUBE oleh SME Corp yang turut menyedia geran permulaan sehingga RM20,000.00 kepada peserta yang layak.

Skim Pembiayaan Perniagaan Belia oleh MARA ada sehingga disediakan sebanyak RM10,000.00. Sebagai sokongan tambahan kepada sektor pertanian, kerajaan negeri turut melaksanakan program permohonan ini dan merangkumi latihan asas dan

lanjutan bimbingan teknikal serta pemadanan pasaran selain menyediakan bantuan teknologi seperti sistem fertigasi IoT dan juga penggunaan dron bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi. Selain itu, kerjasama daripada institusi pendidikan, pemain industri dan juga agensi pembangunan bagi menyediakan laluan dan juga pemindahan teknologi, latihan industri serta peluang pasaran bernilai tinggi juga kepada untuk golongan usahawan muda. Dengan latihan pelaksanaan yang berterusan, sokongan pasaran yang meluas dan pembiayaan yang mencukupi yakin kerajaan negeri yakin bahawa ramai anak muda mampu membangunkan perniagaan yang mampan berkembang ke peringkat lebih tinggi.

Kalau kita dapat lihat Yang di-Pertua, kita bersama di Dubai dan juga Shanghai insya-Allah di MIHAS, Kuala Lumpur. Er... di MIHAS insya-Allah pada tahun 2026 tahun hadapan berada di Jerman melihatkan bahawa anak-anak muda kita pada kali ini dia orang Pahang ramai usahawan muda negeri Pahang yang memang sudah berkecimpung dan ini memastikan bahawa apa yang telah kita laksanakan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar bahawanya niat kami di kerajaan negeri ingin membantu sebaik mungkin sehingga banyak dipanggilkan MoU dan juga MoA ataupun dilock, dengan izin pasarannya oleh pembekal-pembekal daripada luar negara memohon dan juga meminta produk-produk daripada negeri Pahang berada di pasaran antarabangsa. Inilah antara inisiatif-inisiatif untuk kita membangunkan usahawan untuk kita mengekalkan usahawan-usahawan negeri Pahang kita untuk berdaya saing lebih masa di luar sana, insya-Allah. Terima kasih banyak Yang di-Pertua.

Speaker

Terima kasih. Sila.

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Er.. jika kita lihat hari ini terutama golongan belia hari ini sangat berminat berniaga di apa di media sosial terutama di TikTok. Jadi soalan saya, apakah kerajaan ada cadangan untuk memperkenalkan Geran Pendigitalan Belia Pahang?

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih banyak Yang Berhormat Tuan di-Pertua. Terima kasih banyak sahabat saya Chini insya-Allah jadi influencer selepas ini Tiktoker kita. Hari tu saya dah berentap dengan dia lawan bola sepak dalam TikTok Yang di-Pertua. Insya-Allah Chini kalah kita YB Exco menang 1-0. Lepas ni kita nak bertanding lagi selepas ni. Selepas itu kita ke Raub, insya-Allah.

Untuk Pengetahuan dalam Dewan dan juga untuk pengetahuan Yang Berhormat Chini bahawanya kita dalam kluster usahawan ni memang dah ada dah pun dalam kalau kita lihat di dalam Karnival Aspirasi Pahang 1st, setiap daerah yang kita telah jelajah kita membawa influencer-influencer untuk melatih usahawan tersebut dan ini kita terbuka kepada seluruh rakyat di luar sana. Baik walaupun yang muda yang tidak berapa muda datanglah ke Karnival Aspirasi Pahang 1st di setiap daerah. Kita nak melatihkan kita bawa influencer-influencer bukan sahaja dalam negeri Pahang, malah kita bawa juga yang mungkin yang popular-popular di luar sana. Kita bawa untuk kita beritahu bagaimana formula-formula yang boleh mendekati dengan tapi influencer ni

adalah niat yang baik. Tidak ada mala fide dengan izin tidak ada niat jahat dan kita bawa untuk pembangunan ataupun bagaimana nak melaksanakan. TikTok-TikTok kita ni dan influencer-influencer ni membantu kepada usahawan-usahawan negeri Pahang. Terima kasih banyak Yang di-Pertua.

Speaker

Terima kasih. Soalan tambahan terakhir. Sila.

Terima kasih Yang Hormat Speaker. Saya tertarik dengan soalan daripada sahabat saya Jenderak ni saya nampak dia punya keyword ataupun kata kunci dia perkataan memperkasa... memperkasakan program. Jadi, saya rasa yang pihak kerajaan terangkan tadi tu kemudahan fasiliti memang cantiklah memang lengkap fasiliti yang disediakan untuk pembangunan usahawan ni. Cuma saya rasa perkataan memperkasa ini dia perkataan yang perkataan yang gagah kuat beranikan. Jadi macam mana program itu er... di... digagahkan, dikuatkan? Jadi saya rasa faktor yang kita kena tengok ini antaranya faktor pemilihan peserta, program. Kadang-kadang kita nakkan kua... kuantiti tapi tak ada kualiti, pun program tak akan berjaya juga.

Dan keduanya, exit policy, yang dulu pun saya sebut juga exit policy ini. Makna lepas program itu macam mana pihak kerajaan tengok balik peserta-peserta tadi, ya. Sebab kita tengok, ada juga peserta yang gagal, berjalan Program Usahawan ada dua, tiga bulan, enam bulan, tutup sebagainya. Jadi itu nak tengok juga exit policy.

Kemudian pengendali, pengendali program ini pun kita, kita kena tengok juga, kadang-kadang dia tak kompeten, ya, service provider ini. Ya, mungkin atas faktor bisnes sebagainya kita tak tahulah. Dan juga kesesuaian program khususnya untuk belia-belia. Saya rasa itulah nak minta pandangan ke, pihak kerajaan. Terima kasih.

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih sahabat saya di atas pandangan tersebut. Namun, saya nak tambah nilai sikit mengenai usahawan ini. Kita tidak boleh menilai dia hari ini atau mungkin di masa akan datang, sebab usahawan ini kita akan latih dia bermula pada zero to hero. Ada yang dapat, ada yang kita latih hari ini, dia berjaya. Tapi untuk kita nak meletakkan macam contohlah kita dengan kawan-kawan kita pun tak semestinya semua berjaya, er... dalam kelas kita dulu, er... masa kita belajar tak semua kita, cikgu yang sama, tapi ada yang berjaya, er... ada yang dapat nombor satu, ada yang dapat nombor yang tercorot yang terbelakang.

Sebab tu dalam konteks keusahawanan ini kita konsisten. Kerajaan negeri bersama dengan pihak agensi kita konsisten, kita latih sebaik yang mungkin, walaupun mereka nampak gagal kita latih lagi supaya mereka ini kalau niat dia dah melibatkan untuk keusahawanan. Banyak yang golongan belia ni memilih bidang keusahawanan. Kalau kerjaya yang tiada, dia akan memilih keusahawanan, maka adalah tanggungjawab kita untuk melatih mereka ini sebagai keusahawanan, insya-Allah, itu antara memperkasa yang selain itu yang saya cakap tadi Yang Berhormat bahawasanya memang ini antara objektif kita, kita nak naikkan peringkat demi peringkat. Kita ada tier one dengan izin tier two, tier three yang mana usahawan yang baharu ini kita akan naikkan tahap

yang kedua, yang mana usahawan yang boleh pergi ke export ready dengan izin kita bawa ke peringkat ketiga, kita bawa ke luar negara.

Yang ini antara program-program memperkasakan sistem ini supaya usahawan ini kita dapat nilai dia satu persatu. Dan selain daripada itu er..., beberapa polisi sedang juga digubal er... dan er... untuk makluman pihak Dewan juga apabila lantikan Yang Berhormat Dato' Sri Diraja sebagai penasihat Perdana Menteri itu adalah satu suntikan yang baharu ya kepada Malaysia, kepada negara kita dan itu antara polisi-polisi yang baharu. Insya-Allah akan di... di... dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Seterusnya adalah pengendali ini, pengendali ini kebanyakan kerajaan negeri kita dah komited dengan agensi, dan agensi ini kita tidak boleh er... menidakkan keupayaan mereka kerana mereka mempunyai kepakaran-kepakaran tertentu, di bidang perakaunan, pemasarannya, pembungkusannya. Kalau kita lihat hari ini, kerajaan negeri dah komited dengan pihak SIRIM untuk melaksanakan pembangunan produk er... 4P yang saya sebutkan di dalam Dewan semalam, bahawanya inilah antara agensi-agensi yang kita boleh kerjasama untuk memberikan peluang dan juga usahawan-usahawan ini dapat berdaya saing. InsyaAllah. Terima kasih banyak Tuan Yang di-Pertua.

Speaker

Terima kasih Wakil Kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita selesai membincangkan 11 pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar. Saya bercadang untuk menempohkan persidangan pagi ini untuk minum pagi dan persidangan disambung semula pada pukul 12.20 minit pagi. Saya ingin mengingatkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa hari, hari ini hanya ada sesi pagi sahaja. Jadi, saya minta Ahli-ahli Yang... Ahli-ahli Yang Berhormat masuk ke Dewan dengan tepat masa kerana 6 lagi, ada 6 Ahli-ahli Yang Berhormat lagi er... akan mengambil bahagian pada sesi pagi kemudian. Jadi persiba... persidangan ditempohkan.

[Persidangan Dewan Negeri ditempohkan pada pukul 11.59 pagi]

[Persidangan Dewan Negeri disambung semula]

Sambungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 Dan Usul Anggaran Pembangunan Dan Perbekalan Air 2026Bill

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga: Sambungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2026.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat,

Kita masih lagi dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2026. Rang Undang-undang dan Usul ini telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada hari Jumaat, 5 Disember 2025 dan telah dibahas pada hari Isnin, 8 Disember dan Selasa 10 Disember 2025. Hari ini kita akan menyambung semula perbahasan Rang Undang-undang dan Usul tersebut.

Ahli-ahli Yang Berhormat,

Sebahagian jadual perbahasan yang diedarkan pada hari ini, seramai 6 orang Ahli Dewan akan berucap kepada majlis. Sukacita saya ingin maklumkan bahawa ruang perbahasan yang diberikan perlulah digunakan dengan sebaiknya. Setiap Ahli Yang Berhormat diberi masa 15 minit sahaja bagi perbahasan. Bagi mengemukakan perbahasan, saya menjemput Ahli Yang Berhormat Yang Dilantik untuk mengambil bahagian, sila.

(Ayat Al-Quran). Assalamualaikum WBT. (Bacaan dalam Bahasa Arab).

Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas mengizinkan saya berbahas pada tengah hari ini.

Timbalan Yang di-Pertua… Timbalan… Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang atas pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2026. Sebuah belanjawan yang saya sifatkan sebagai realistik, berani, berstrategi dan berpaksikan kesejahteraan rakyat. Belanjawan ini bukan sekadar dokumen kewangan tetapi cerminan kematangan tadbir urus kerajaan negeri. 4 tahun berturut-turut Pahang merekodkan pendapatan melebihi RM1 bilion, menandakan bahawa dasar dan keperluan fiskal kerajaan negeri adalah tepat, berdisiplin dan berpandangan jauh. Ia menepati firman Allah SWT sebagaimana kisah Nabi Musa dengan anak perempuan Nabi Syuaib. Firman Allah SWT, [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Sebaik-baik pemimpin ialah yang kuat dan amanah dan inilah disarankan oleh anak perempuan kepada Nabi Syuaib supaya melantik Nabi Musa AS upah dia buat kerja.

Dan inilah sifat yang ada pada kepimpinan kita. Bekerja kuat dan bersifat amanah dalam menguruskan kewangan negeri. Firman Allah SWT dalam Surah Al-A'raaf, (Bacaan dalam Bahasa Arab). Mafhumnya, sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertakwa percaya nescaya kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Ayat ini bukan ditujukan kepada mana-mana negeri secara khusus. Namun, prinsipnya jelas, keberkatan hadir apabila dasar yang digubal menepati nilai amanah, ketaqwaan dan tanggungjawab. Inilah landasan yang dipegang oleh Kerajaan Negeri Pahang hari ini.

Timbalan… Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Antara kekuatan terbesar pentadbiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar ialah ketegasan dalam memartabatkan pendidikan Islam khususnya pembangunan maahad tahfiz, sekolah agama rakyat, guru takmir, guru KAFA dan institusi masjid. Pelaburan besar kerajaan negeri dalam sektor agama bukanlah perbelanjaan yang hilang tetapi pelaburan modal insan yang membina generasi berakhlak, berilmu dan beradab. Nabi SWT bersabda [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia. Belanjawan 2026 membuktikan bahawa kerajaan negeri memilih dasar yang bermanfaat kepada rakyat bukan sekadar popular atau bersifat sementara semata-mata untuk meraih simpati politik.

Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Dalam kerangka demokrasi, pembangkang memainkan peranan penting. Namun, izinkan saya menyatakan dengan tegas bahawa kerajaan yang kuat memerlukan pembangkang yang berwibawa. Pembangkang yang membina, yang memberi cadangan, yang meneliti angka dan yang memahami urusan fiskal. Bukan pembangkang yang hanya mencipta persepsi, mengherotkan fakta, menafikan kebaikan yang jelas dan menabur keraguan demi kepentingan politik sempit.

Suka saya menyatakan di sini pada pagi tadi saya telah menonton sebuah video klip yang mana menyatakan rakyat negeri Pahang ini. Kalau nak beli rumah kena menunggu giliran selama 42 tahun dan kita lihat begitulah Tabung Haji, yang daftar seramai 300, lebih kurang yang berdaftar untuk menunaikan haji 3.8 juta pendeposit. Bererti mereka kena tunggu giliran selama 140 tahun dan kita telah diperjelaskan oleh Exco Perumahan, bahawasanya bukan semua yang daftar itu layak. Jadi sepatutnya, bila kita keluar daripada Dewan, kita memberitahu perkara yang sebenarnya.

Ingatlah wahai Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada kerajaan mahupun pembangkang. Allah SWT berfirman, [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Tidak ada seseorang yang melafazkan perkataan daripada lisannya semua akan dicatatkan oleh para malaikat. Jadi, dalam Dewan Yang Mulia ini, marilah kita berpandu dengan nas Al-Quran sebagaimana firman Allah. [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Katakanlah, datangkanlah bukti fakta yang nyata jika benar kamu orang-orang yang benar. Inilah standard perbahasan yang wajar ditegakkan di Dewan ini.

Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Saya menyatakan sokongan penuh kepada Belanjawan 2026 kerana ia berteraskan kepentingan rakyat, mengutamakan pendidikan, kebajikan, infrastruktur, belia, ekonomi digital, keagamaan dan kelestarian. Yang kedua, berasaskan data dan analisis fiskal yang teliti. Belanjawan ini bukan retorik tetapi dibina di atas angka keupayaan hasil dan realiti ekonomi.

Yang ketiga, selari dengan prinsip syariah, mengutamakan amanah, keadilan, kesejahteraan dan keseimbangan. Allah SWT berfirman, (Bacaan dalam Bahasa Arab). Dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan. Belanjawan ini adalah usaha kolektif untuk membina negeri yang lebih baik. Jadi untuk menyokong apa yang saya utarakan sebenarnya, saya tidak ingin hanya saya seorang yang menyokong Belanjawan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita dan saya telah buat research lebih kurang 10 orang yang mana 10 orang ini di kalangan dia ada pendidik, ada penternak lembu, ada pertanian sayur-sayuran, ada juga yang jadi imam, ada juga yang kadi kesemuanya boleh katakan menyokong apa yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Perlukan... Perlukah saya baca satu-satu?

Speaker

Tak perlu.

Jadi dengan ini saya memohon menyokong belanjawan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk 2026. Sekian wabillahi taufik wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Ahli Yang Dilantik dengan ringkas dan padu. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat Beserah.

(Ayat Al-Quran). Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Selamat tengah hari, terima kasih Yang Berhormat Speaker di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian di dalam kita membahaskan dan menyokong Usul Belanjawan dan juga Perbekalan serta Bekalan Air untuk tahun 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita pada Jumaat yang lalu dan sudah semestinyalah apabila kita meneliti belanjawan yang telah dibentangkan ini, sekalung tahniah kita ucapkan kepada kerajaan khasnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah menyediakan satu belanjawan yang realistik dan juga mampu untuk membawa kepada lonjakan yang lebih baik kepada negeri Pahang ini dan menjamin kesejahteraan rakyatnya secara keseluruhan.

Di dalam pembentangan belanjawan tempoh hari, saya ingin memetik beberapa perkara. Yang pertama, berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi. Kita melihat kedudukan ekonomi, perkembangan ekonomi negeri Pahang berasaskan unjuran KDNK yang telah dicapai pada tahun lalu, kita telah mencatatkan KDNK sebanyak 5.7% antara 4... 4 buah negeri yang mengatasi KDNK peringkat kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada seluruh jentera Kerajaan Negeri Pahang yang telah berusaha keras di dalam mencapai pencapaian ini. Sesungguhnya ini bukan satu pencapaian yang mudah kerana untuk nak meningkatkan ekonomi adalah merupakan satu gembleng tenaga, usaha dan juga idea di samping kesungguhan yang besar perlu disatukan supaya mencapai unjuran tersebut.

Seterusnya apabila kita melihat perkembangan dan perkembangan dan juga pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.7% ini, kita juga perlu melihat bagaimana ianya memberi kesan secara langsung kepada kehidupan rakyat. Sebab kita orang kebanyakan yang bukan ahli ekonomi ni, kita akan bertanya apa kena mengena KDNK dengan hidup kita? Apa kena mengena pencapaian ini dengan kehidupan aktiviti harian kita? Maka kita perlu beri faham bahawa apa yang telah kita capai sebanyak 5.7% KDNK ini seharusnya memberikan kesan langsung kepada kehidupan rakyat dan juga memberikan satu limpahan kesejahteraan kepada rakyat yang boleh dirasai.

Justeru itu, saya ingin memberikan cadangan kepada pihak kerajaan supaya mengambil satu lagi indikator KPI selain daripada mengukur pertumbuhan dan perkembangan ekonomi melalui nilai KDNK, kita juga perlu mengukur kesejahteraan rakyat melalui pendapatan isi rumah rakyat. Kerana bila KDNK berkembang, seharusnya pendapatan rakyat juga terus meningkat dan berkembang kerana ia unjuran selari kedua-duanya sekali. Namun, apa yang berlaku apabila kita melihat kepada angka yang ada pertumbuhan KDNK kita sebanyak 5.7% ini untuk tempoh 5 tahun kebelakangan ini, kita berada dalam momentum dan track yang betul berkembang dengan baik 5% ke atas. Namun pendapatan rakyat masih kekal di dalam kelompok yang sama.

Jadi bagaimana kita nak memberikan kesan langsung dengan perkembangan ekonomi yang baik kepada pendapatan isi rumah rakyat. Mengikut Jabatan Perangkaan, pendapatan isi rumah rakyat penengah negeri Pahang berada pada angka RM4,753.00. Manakala pendapatan isi rumah penengah peringkat kebangsaan nasional berada pada angka RM6,338.00. Bermakna pendapatan isi rumah negeri Pahang separuh daripada rakyat negeri Pahang, dikata penengah ini median ini separuh daripada rakyat negeri Pahang berpendapatan lebih rendah daripada pendapatan penengah nasional dan ianya sewajar dilihat dengan apa keperluan asas rakyat negeri Pahang.

Contoh yang diberikan di sini perbelanjaan asas kehidupan wajar bandar Kuantan. Bagi mereka yang bujang perlu ada RM1,959.00 sebulan. Ini, Jabatan Perangkaan mengeluarkan dipanggil PAKW, Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar. Hidup yang wajar orang bujang di bandar Kuantan, perlu ada RM1,959.00 sebulan. Basic dia, asas dia. Ada tak belia kita yang bujang pendapatan mereka RM1,959.00? Berapa ramai? Berdasarkan angka ini, separuh daripada belia di bandar Kuantan ini tidak mampu untuk nak berada pada paras ini. Median, penengah ini, bermakna kita bergelut di dalam nak mengisi dan meneruskan kehidupan. Walaupun KDNK kita mencatat pertumbuhan yang baik.

Manakala untuk mereka yang berkahwin, anak seorang perlu ada RM4,334.00 sebulan. Sedangkan separuh daripada pendapatan kita hanya RM4,300.00 berada pada peringkat median ini. Separuh daripada rakyat di Kuantan ini yang anak sorang, kalau anak dua perlu lagi perbelanjaan lebih. Maknanya bergelut struggle untuk nak meneruskan kehidupan mereka kerana tahap pendapatan isi rumah tidak meningkat sepertimana peningkatan KDNK kita. Yang ini yang saya nak sarankan supaya kalau boleh pemikir-pemikir ekonomi negeri Pahang ini supaya melihat dua KPI utama selain daripada perkembangan pertumbuhan KDNK, perlu juga melihat dan mengunjurkan peningkatan taraf pendapatan isi rumah rakyat. Kita berharap ada sasaran diletakkan sekurang-kurangnya tempoh 3, 4 tahun. Memang kita akui tidak boleh capai dalam tempoh yang singkat. Pendapatan isi rumah rakyat negeri Pahang perlu bergerak mensasarkan sama taraf dengan pendapatan isi rumah peringkat nasional. Dan kerja ini ataupun usaha ini perlu digarap dan digemblengkan supaya ia mendapat sasaran seiring dengan perkembangan ekonomi negeri Pahang.

Yang Berhormat Speaker,

Dalam masa yang sama, Pahang dengan KDNK dan nilai ekonomi yang besar ini, kita anggap sebagai sizeable economic measure. Dia ada ukuran ekonomi yang yang tepat yang besar. Dalam masa yang sama, kita juga melihat kemampanan pertumbuhan ekonomi ini. Maka perlu ada satu lonjakan yang perlu kita ambil supaya meningkatkan lagi KDNK ini melalui proses menarik pelaburan berteknologi dan berkualiti tinggi dan ianya akan seiring dengan peningkatan dan juga pendapatan isi rumah. Kerana apabila kita menarik pelaburan yang berteknologi dan berkualiti tinggi. Dia juga akan memberikan pulangan ataupun ganjaran dan gaji yang lebih wajar dan berkualiti kepada rakyat negeri Pahang dan seharusnya juga kita mensasarkan supaya Pahang ini dengan saiz negeri yang besar, sumber daya yang banyak dan juga mempunyai kualiti bina modal insan yang baik.

Kita perlu berada di dalam liga bersama dengan liga negeri-negeri yang maju. Kita kena ada sasaran dalam tempoh 5 tahun yang akan datang, kita duduk dalam liga yang sama dengan negeri-negeri yang telah maju dan pertumbuhan ini juga perlu kita lihat dan perlu dipertingkat. Kita dah ada asas yang kukuh. Saya ucap tahniah sebab dalam pembentangan belanjawan baru ini diletakkan TVET sebagai antara perkara penting dan ini adalah asas yang baik kerana untuk nak meningkatkan pendapatan mengembangkan ekonomi, kita perlukan modal insan yang berkemahiran tinggi dan TVET akan membantu meletakkan kita mensasarkan mencapai sasaran kepada negeri yang lebih maju dan berkemahiran tinggi.

Minta laluan sikit

Speaker

Sila.

Saya nak balik pada apa yang disebut tentang kita kalau kita analisa balik kepada kos sebuah hutang isi rumah kepada KDNK negara kita berada pada 84.4%... 4.4%. Dan bila analisa dibuat, kita dapati besar, beban besar terletak pada kos sewa rumah tu sendiri yang menyebabkan hampir 60 ke 61 % pendapatan kita habis kepada kos sewa rumah ataupun pinjaman perumahan dan tambahan pinjaman dengan bank dan sebagainya. Saya dapati kalau ini berlaku, trend ini berlaku. Dia bukan hanya melihat pada pendapatan tetapi pada perbelanjaan isi rumah tersebut. Dan saya minta komen daripada ADUN Beserah, sama ada ada mekanisme yang kita boleh fokus supaya pendapatan itu seimbang dengan kos yang terpaksa dihadapi oleh rakyat kita di Pahang. Terima kasih.

Ya memang tepat apa yang dinyatakan tadi oleh Yang Berhormat Cheka bahawa keseimbangan dari sudut pendapatan dan perbelanjaan perlu dilihat daripada dua sudut yang pertama adalah berkaitan dengan corak dan gaya hidup semasa macam

sekarang ini, kebanyakan daripada kita banyak menyewa rumah kerana ketiadaan penawaran rumah yang mampu kita miliki.

Yang keduanya disebabkan oleh interest ataupun caj-caj kewangan yang dikenakan oleh institusi-institusi yang berkaitan menyebabkan kos untuk menyewa tinggi. Kos nak beli kenderaan pun tinggi. Semua ini adalah penyumbang kepada pendapatan boleh guna seseorang individu atau dalam satu isi rumah. Dan ini akan mendorong kepada banyak perkara-perkara yang perlu dilihat dan dinilai supaya untuk meneruskan kehidupan dengan kehidupan yang baik, selesa dan wajar. Ianya adalah merupakan gabungan antara pendapatan yang tinggi dan baik serta kos hidup yang... yang sederhana ataupun yang lebih rendah.

Seterusnya Yang Berhormat Speaker saya nak ucap terima kasih kepada seluruh kakitangan awam. Jabatan yang ada berkhidmat dalam negeri Pahang ini dan tahniah serta terima kasih kepada kerajaan kerana telah memberikan bantuan kewangan kepada mereka untuk tempoh 2 bulan bagi kakitangan awam. Cuma saya nak pengesahan daripada pihak kerajaan, saya mendapat mendengar ada GLC syarikat GLC Pahang yang beri bonus 6 hingga 8 bulan. Jadi kita nak tahu pengesahan betul ke tidak ada GLC yang memberikan bonus kepada kakitangan GLC ni sehingga 6 bulan atau 8 bulan dan apa kewajarannya berbandingkan dengan 2 bulan gaji yang kita berikan kepada kakitangan awam kita yang lain.

Yang keduanya, saya juga ingin menyarankan dan mohon pertimbangan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar sebab dinyatakan dalam belanjawan er... penjawat awam persekutuan juga diberikan sebanyak RM200.00 kepada 18,743 orang penjawat yang berpendapatan RM3,000.00 ke bawah. Ini satu tanda keprihatinan Menteri Besar kepada semua penjawat awam yang berkhidmat yang persekutuan yang berkhidmat dan memberikan sumbangan dalam negeri ini. Namun bila saya lihat angka jumlah penjawat awam persekutuan negeri Pahang ada lebih kurang 64,000, guru, polis, bomba, semua ni lebih kurang 64,000. Maka saya ingin mohon pertimbangan saya nak menyuarakan di sini supaya ditingkatkan sedikit ganjaran yang diberikan ataupun perbelanjaan yang diperuntukkan sebanyak RM3.75 juta melibatkan 18,000. Ini hanya 29% daripada jumlah kakitangan penjawat awam persekutuan yang... yang terkesan. Kalau kita boleh lonjakkan sikit, saya cadangkan mohon pertimbangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya naik sikit jadi RM5 juta, tambah RM1.25 juta. Kita akan mampu memberikan RM200.00 ini kepada penjawat awam persekutuan seramai 25,000 orang. Jadi 25,000 orang bersamaan dengan hampir 40%, jadi jumlah dia lebih significant dan kita rasa penjawat awam persekutuan akan jadi lebih bersemangat kerana dihargai sebegini.

Yang Berhormat Speaker,

Saya mintak izin pada sahabat saya daripada Beserah. Saya teliti tadi sahabat saya dari Beserah ni dia semangat dan banyak cadangan yang dikemukakan dan saya hanya nak mencelah sedikit untuk bagi pencerahan. Pertama sekali berkenaan dengan pemberian imbuhan kepada kakitangan persekutuan ni. Sebagai sedia maklum kakitangan persekutuan ni ada lebih 60,000 guru sahaja berapa dekat ni... ini. Dalam hal ini, apa kesihatan misal contohnya berapa ramai tentera, polis banyak ramai 160 lebih. Sebab itu, pada ketika pihak kerajaan menggubal bajet ni. Kalau boleh kita nak bagi semua. Tetapi setelah diteliti, kita terpaksa realistik iaitu mensasarkan

threshold, dengan izin iaitu RM3,000.00... yang bergaji RM3,000.00 ke bawah. Dan itu juga menelan belanja sejumlah RM3.75 juta.

Kalau boleh memang kita nak naikkan bukan RM200.00 tu tinggi lagi. Tapi apakan daya, setidak-tidaknya sebagai tanda ingat. Jadi maknanya, insya-Allah kalau sekiranya hasil negeri dapat meningkat, kita akan timbangkan. Ini sebelum ni tak pernah kita cadangkan untuk memberi imbuhan kepada mereka yang bergaji RM3,000.00 ke bawah dan dia merangkumi 18,000 ini, apa nama kakitangan.

Dan berkenaan dengan tadi saya kebetulan saya teliti. Saya nak sentuh kedua-dua sahabat daripada Beserah dan juga sahabat karib saya daripada Cheka yang mengatakan bahawasanya kos sara hidup ini mesti diambil kira. Dan di antaranya ialah perumahan. Sebab kos sewa rumah dan sebagainya. Sebab itu kita di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang, kita memberi penekanan kepada aspek menyediakan perumahan yang mampu milik. Sebab itu kita ada program misal contohnya, kita ada projek dipanggil PR1MA Pahang. PR1MA Pahang ni rumah yang berkembar tu RM150,000.00 sahaja. Sedangkan di luar sana harganya melebihi jauh merangkumi lebih daripada 300 dan hampir RM400,000.00. Misal contoh kalau di Bentong misal contoh kalau RM400,000.00 lebih rumah yang berkembar sahaja RM400,000.00 ke RM500,000.00. Tapi kita hanya jual RM150,000.00 dan RM150,000.00 bagi kakitangan kerajaan ada lagi diskaun sebanyak 10%. Jadi RM135,000.00. Ada di kalangan yang tidak mampu. Jadi, pihak kerajaan di bawah kepimpinan Dato' Sri Diraja Menteri Besar... Yang Amat Berhormat menyediakan Rumah Makmur. Rumah Makmur ini RM80,000.00 dan sekarang ini kita membantu bila ada Program Rumah Mesra Rakyat. Rumah Mesra Rakyat yang dianjurkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Tapi kita buat Rumah Mesra Rakyat Pahang yang konsep yang sama dan ada diskaun sebanyak RM15,000.00. Kita bina juga rumah yang sekarang ni rumah ini rumah flat tu rumah. Pangsapuri Pahang 1st dia dekat dekat dengan stesen dan ni ECRL. So itu diantara kita nak sediakan kemudahan perumahan. Kita tahu tu. Kemudian kita bina juga rumah... Rumah rakyat Pahang, Rumah Rakyat Pahang, rumah free. Walaupun kosnya RM80,000.00 kita bagi dengan percuma dan disamping tu juga kita galakkan juga untuk pihak pemaju membina rumah-rumah di bawah program yang dinamakan sebagai er... maknanya pemaju yang ada 10 lebih kurang tanah yang kurang 10 ekar. Misal contohnya untuk bangun datang kemukakan cadangan. Jadi maknanya untuk makluman pencerahan tadi dari segi aspek perumahan, memang kita berikan penekanan dan ini di antara mengapa yang matan ni bajet dan juga Inisiatif Makmur Pahang ni adalah untuk mengurangkan kos sara hidup itu tadi. Itu kita bagi kepada pelajar miskin kita bagi kepada pelajar nak masuk kita bagi kemudahan kelengkapan persekolahan. Banyak aspek petani, nelayan, penternak, ibu tunggal, Tok Imam. Banyak. Jadi maknanya... maksudnya... tentunya kerajaan negeri memberi penekanan untuk meringankan bebanan penduduk khususnya yang terlibat mengenai dengan kos sara hidup… kos pada masa ini. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Wakil Kerajaan. Memang kita hargai dan kita akui usaha-usaha sedang giat dijalankan oleh pihak kerajaan untuk membantu rakyat. Itu memang tidak dinafikan dan kita hargai. Cuma cadangan dan pandangan yang kita beri ini untuk tambah baik yang mana kurang dan mana yang perlu kita berikan tumpuan. Sebab itu saya kata, walaupun angka penjawat awam tadi, kenapa saya cadangkan supaya naik… naik RM1.2 juta… RM1.25 juta jadi kalau RM5 juta, dia

boleh beri 25,000 orang penjawat awam. Maknanya 40% penjawat awam itu dapat inisiatif… insentif daripada… daripada kerajaan, daripada 29%. Ini cadangan pandangan saya. Sebab kita ada kemampuan. Kerajaan negeri, saya yakin ada kemampuan setakat 1.2…

Yang Berhormat Speaker, sorry. Kalau nak… dia sebenar gini. Kalau kita bagi RM200.00 sebagai imbuhan, ada 18,000. Jadi kalau sahabat saya daripada Beserah kata nak ramai, kita bagi RM100.00 je. Ramai la lagi dapatnya. [Ahli Dewan ketawa] Ini maknanya kalau kita nak bilangan, kita bagi kurang, lagilah banyak, kalau itu indikator yang diperlukan oleh apa nama? Ini ADUN Beserah.

Yang kita ni ada threshold. Makna maksudnya RM3,000.00 ke bawah. Kebetulan RM3,000.00 ke bawah, kita ada 18,000. Kalau kita nak naik pergi 25, kita kena naikkan pulak dia punya threshold dengan izin… maknanya gaji tu. Jadi bila naikkan, dia akan melibatkan lebih ramai. Mungkin bukan 25,000, mungkin pergi lebih daripada itu dan ia akan meningkatkan lagi apa nama… ini… tanggungan kerajaan negeri untuk menyumbang sebagai imbuhan kepada kakitangan kerajaan persekutuan. Ini sebagai permulaan, sebelum ni tak pernah buat. Kita buat kali ini. Itu bagusnya.

Terima kasih. Saya… saya, sebab apa saya pilih angka tu? Sebab bagi saya 40%, angk… 25,000, RM5 juta threshold dia terpulanglah angka RM5 juta ni sebagai fix dia. Carilah threshold. Mungkin RM3,000.00 - RM100.00, RM3,000.00 - RM50.00, gitulah. Maknanya supaya 25,000 orang ataupun 40% daripada penjawat awam persekutuan ni menikmati satu… sesuatu dengan hanya peningkatan RM1.25 juta sahaja, tambahan daripada RM3.75 juta. Ini pandangan dan cadangan, sebab ramai juga kakitangan kawan-kawan kita daripada polis, daripada cikgu… tanya eh… kalau saya RM3,000.00 - RM100.00, tak dapat ni. Eh… sayang. Itu yang saya suarakan ya dan untuk dipertimbangkan kalau… kalau… kalau boleh, kalau tidak… ya, kita kena terima hakikat inilah yang kita… kita bincangkan di sini.

[ketawa] Tak YB. Lebih baik kira bagi semua pada kakitangan kerajaan persekutuan. Lagi senang…

Kalau mampu, alhamdulillah…

60,000 lebih. Jadi sekurang-kurangnya, terima kasih ADUN Beserah kerana ADUN Berserah bercakap ni, maknanya semua kita dapat. Maknanya contoh gitulah. Jadi maksudnya, it got to be realistic, dengan izin. [Ahli Dewan ketawa]

Ya. Saya rasa angka yang saya bagi ni realistik, bagi semua tu lagi tak realistik. Lebih realistik, sebab saya mengikut signifikan angka… angka ni.

YB Speaker,

Bagus ADUN Beserah ni. Dia teratur. Cadangan dia pun baik, positif. Tapi kita kena apa namanya? Bak kata pepatah Arab tu [Bacaan dalam Bahasa Arab], makna yang… yang seadanya, yang itu kita buat. Jadi jangan kita tipu diri kita dan paksa diri kita. Bak kata orang Temerloh ni akhirnya le’e’ gitu kita. Maknanya kita buat benda yang luar daripada jangkaan (bacaan dalam Bahasa Arab), Allah tidak mentaklifkan sesuatu benda luar daripada keupayaan kita. Berbincang tu boleh, tetapi maknanya kita tebeng lagi… tebeng lagi… nak tekan lagi sampai… sampai sontok ke dinding [Ahli Dewan ketawa]. Jadi jangan begitu. Kita pakat molek-molek, (bacaan dalam Bahasa Arab), Allah mengajar kita begitu. Yang… takkan rugi kalau kita berunding dan tak akan gagal kalau kita beristikharah. Itu YB Speaker. Pindah hal lain pulalah.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

YB Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Er… Yang Berhormat-Yang Berhormat, sekarang dah ambil masa 23 minit. Jadi saya minta gulunglah. Jangan, nanti Kuala Sentul boleh… boleh… boleh berucap kemudian. Besoklah kerana ramai… ramai kakitangan kita [Ahli Dewan ketawa] kita hargai juga kakitangan nanti mereka nak rehat, solat nanti. [Ahli Dewan ketawa]

Exco-Exco…

Speaker

Sorry… Zohor… Zohor. Sorry… sorry… sorry.

Tak apa Yang Berhormat Speaker, tak apa. Kita serahkan kepada kebijaksanaan pihak kerajaan. Ini pandangan dan cadangan serta permintaan, serahkan kepada kebijaksanaan dan juga pertimbangan sewajarnya daripada pihak kerajaan. Seterusnya saya nak bawak kepada perkara utama di kawasan saya.

Yang pertama, kawasan saya ni kawasan yang… yang bercampur nelayan ada, pertanian ada, industri dan juga industri besar berat semua duduk di kawasan Gebeng. Dan ini memberikan tekanan kepada… kepada pengguna dan juga rakyat sekitarnya

di dalam soal er… perjalanan dan lalu lintas. Lori kargo besar duduk di situ, kren jentera berat semua berada sentiasa ber… bercampur dengan kenderaan awam yang biasa, yang juga boleh memberikan kesan sama ada keselamatan ataupun dari sudut kesesakan.

Maka sudah sampai masanya bagi saya untuk kita melihat. Saya yakin adalah dalam perancangan pihak kerajaan cuma tak tahu duduk dalam RMK berapalah. Tak… tak sebut lagi RMK-13 pun tak sebut… daripada RMK... sudah sampai masanya jalan antara Beserah sampai ke sempadan, sampai ke kawasan industri Gebeng itu dinaik taraf kepada 4 lorong kerana terlalu… terlalu sesak. Ditambah pula apabila cuti hujung minggu, kawasan Beserah, kawasan pantai ini menjadi tumpuan pelancong. Ini akan menambahkan lagi kesulitan dan kesesakan dan merbahaya di jalan-jalan.

Jadi, saya migak… minta pihak kerajaan mengangkat perkara ini sebagai keutamaan kerana ia soal keselamatan. Mungkin RMK yang akan datang, tidak masuk dalam RMK-13… mungkin dalam tempoh 3 tahun tapi jadikan ia satu keutamaan kerana ia memberikan keselesaan kepada penduduk setempat.

Yang kedua, kehadiran lori-lori kargo dan kontena ini juga memberi… memberi kesan kepada penduduk setempat kerana ketiadaan tempat untuk diletakkan kenderaan mereka. Mereka akan letak depan rumah, kawasan perumahan, tepi jalan besar di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan rumah sewa mereka dan sebagainya dan ini mengganggu keselesaan dan juga keselamatan orang ramai.

Maka saya ingin mencadangkan supaya dirangka satu perancangan. Bina satu terminal sepertimana terminal bersepadu yang kita ada di Kuantan ni. Tapi ni untuk lori-lori dan juga kenderaan berat di kawasan industri Gebeng ini, kerana lori-lori ini bila mereka pulang daripada kerja, dia boleh simpan di situ. Tidak bawa balik ke tempat rumah dia dan boleh mengganggukan… mengganggu er… ketenteraman dan keselesaan awam. Buat satu terminal bersepadu, di situlah lori-lori ini ditempatkan, di situ juga boleh diadakan perniagaan-perniagaan hiliran untuk mereka berehat, di situ juga boleh dijadikan kawasan rawat untuk lori- lori dan juga jentera-jentera yang perlu di… dibaiki.

Jadi workshop dia centralized. Terminal bersepadu untuk er… kenderaan awam… kenderaan industri ini. Lori ke kren ke dan sebagainya. Ada satu tempat bersepadu untuk disimpan, diletak dengan selamat dan sebagainya. Itu yang kedua.

Dalam masa yang sama juga, saya juga ingin mengangkat soal banjir di kawasan saya. Baru ni, minggu lepas… dua minggu lepas, 28 November, kawasan saya dilanda banjir dan saya dapati bahawa ianya semakin… makin lebar atau makin besar kawasan banjir ni. Dulu satu tempat je, sekarang ni dah menjadi… dulu satu kampung dah jadi dua kampung, satu taman dah jadi dua taman yang kena banjir. Semua ini bila kita lihat, berpunca daripada saliran dan semua orang tahu saliran sama ada saliran itu tak cukup besar dengan menampung aliran air yang semakin banyak, saliran yang tidak diselenggara atau yang tersumbat. Dua benda ni je.

Jadi saya ingin mencadangkan yang pertama, sebarang projek baharu pembangunan perlu ada… ada sepertimana Kuala Semantan sebut, perlu ada sampai dalam pelan dia tu mesti sampai kepada final discharge, sampai sungai. Kalau sekiranya setakat… setakat kawasan dia sahaja, kita hold dulu kelulusan dia. Mesti selesai sampai kepada aliran itu pergi sungai tanpa sangkut.

Kalau perlu, laluan itu kena tanah milik… kena ambil tanah tersebut. Pemaju kena bantu dan kawasan saya itu, ada tuan tanah yang sanggup beri laluan. Lalulah longkang parit tapi buat proper, buat longkang konkrit. Maknanya pemaju kena berbincang dengan tuan tanah supaya bina longkang yang… yang betul-betul sesuai. Jadi tuan tanah rasa selesa, tak adalah guna laluan guna tanah dia tapi tak buat longkang yang selesa. Saya cadangkan sebelum kelulusan diberikan pada mana-mana projek…

Yang Berhormat Speaker,

Sikit je. Boleh saya mencelah? Sekejap, sikit je. Dia sebenarnya mungkin er… Yang Berhormat rakan saya Exco Infra mungkin boleh menyentuh dalam penggulungan. Biasa begini, saliran ini kalau kita buat reka bentuk… dia ada tahun-tahun berulang dia panggil return period dengan izin er… jadi kalau kita buat ini reka bentuk untuk ini er… menangani masalah banjir saliran ini dia ada tahunnya. Dia ada 5 tahun, dia ada 10 tahun, dia ada 20 tahun, dia ada 30 tahun, ada 50 tahun, ada 100 tahun. Banjir ini akan berlaku tak semestinya misal contohnya banjir yang berlaku pada masa sekarang ini dia… dia apa nama er… kadar ini er… kesan dia itu sebegini. Dia menengok pada ulangan itu frequency jadi sebab itu dalam konteks seumpama ini saya yakin JPSlah Jabatan Pengairan dan Saliran memang mempunyai pakar dia itu. Dia mengambil kira ini reka bentuk ini sebab itu kita lihat misal contohnya berlaku di Kuala Lumpur kalau tengok macam di Kuala Lumpur ada masa er… macam mana boleh banjir itu kira kalau ikut semua sistem saliran semua ada hebat tapi dia ada keadaan-keadaan tertentu di mana ada perubahan ini er… apa nama dipanggil cuaca yang menyebabkan ada cyclonelah, senyar cyclone yang tak pernah kita dengar er… itu yang pertama.

Yang keduanya, berkenaan dengan sistem saliran ini untuk pemajuan. Sebab itu kita ada kebenaran merancang, kita mengemukakan pandangan dan biasa lazimnya mengikut pengalaman yang saya ada, dia memang kita nak meluluskan projek ini mestilah dia mengambil kira sistem saliran hingga ke outlet dia iaitu ke sungai ataupun ke tempat yang er… jarang kita buat sekali terputus supaya dia keadaan dia konsep dia er… pemajuan ini tidak akan menjadikan kawasan yang sebelah itu lebih teruk daripada keadaan yang sedia ada dan atas kerana itulah kerajaan mengenakan caj pemajuan dan juga caj saliran sepertimana yang er… ini ADUN Kuala Semantan tanya mengapa ada caj…caj… er…caj... caj begini. Caj inilah yang untuk digunakan dalam mempastikan sistem saliran itu dapat di er… bukan sahaja dibina dapat diselenggara dengan baik. Itu untuk makluman seolah-olah saya nak menggambarkan pihak kerajaan makna tak ada perancangan, tidak ada langsung prosedur dan teknikaliti yang diambil dalam meluluskan sebarang pemajuan tanah. Terima kasih.

Betul saya er… saya akui ada kebenaran merancang yang diluluskan dan sebagainya cuma saya kena caveat sedikit. Saya kena er… apa itu kata dispute sedikit pandangan Yang Berhormat Benta ini. Apa yang berlaku memang ada kelulusan kebenaran merancang tapi setakat kawasan itu sahaja tak pergi final discharge. Sebab itu yang berlaku banjir di kawasan PR1MA Sungai Karang. Bila dia buat kawasan itu sampai habis final itu masuk tanah orang, tak boleh buat longkang dah dia tak akan buat. Jadi air itu tak boleh apa ini er… volume air yang ada itu tak boleh ditampung oleh tanah orang sebelah ini. Ini sedang berlaku tapi lulus kebenaran merancang kawasan

perumahan lain air dia pergi tumpang longkang rumah perumahan lama ke er… kecik... yang ini sedang berlaku.

Saya er… saya bukan nak pertikaikan kebenaran merancang kelulusan ada pemaju kata kami lulus, kami ikut ini. Jadi yang ini yang sedang dihadapi di kawasan saya Yang Berhormat er… jadi bukan er… bukan kata tak ada bukan tidak. Saya tidak menafikan ada kebenaran merancang, lulus dan telah ambil kira semua tapi realiti dia inilah yang sedang berlaku.

Yang kedua, saya minta supaya sebelum kebenaran merancang ini diluluskan libatkan pemimpin setempat ketua kampung terutama sekali. Tok Empat ini kadang-kadang dia tahu macam er… ada buat rumah kawasan ini dia pun tidak dirujuk jadi dia boleh bagi pandangan sebab mengambil kira orang di situ, dia boleh memberi pandangan dan pendapat kesan daripada pembangunan satu-satu projek. Itu saya mohon pertimbangan.

Speaker

Yang Berhormat…

Yang Berhormat er… Yang Berhormat, begini…

Yang Berhormat, nak gulung dah ini. Yang Berhormat.

Yang Berhormat, minta maaf sekejap sahaja dia sebenar begini, bila kita ada er… kita ada rancangan tempatan, local plan dengan izin. Memang local plan atau rancangan tempatan ini dia sebenarnya dah ada perancangan di pihak PBT untuk merangka ini dia perancangan di kawasan tersebut ada kawasan zon perumahan, ada kawasan-kawasan industri dan kawasan-kawasan sebagainya dan dia memang ada dia buatkan macam dipamerkan untuk mendapat pandangan daripada pihak-pihak tertentu. Jadi kalau sekiranya ada perancangan menjadi kewajipan pemilik-pemilik tanah untuk meneliti dan membuat bantahan ataupun cadangan balas supaya dapat diambil kira oleh pihak berkuasa tempatan dalam mengemukakan rancangan tempatan er… ini ataupun local plan ini, dengan izin, untuk diperakukan kepada pihak berkuasa jadi maknanya bukan tak ada engagement dengan er… apa nama pemimpin setempat itu tapi bila dah benda itu diluluskan baharu nak dibangkitkan, saya ingat itu mungkin tak berapa sesuailah. Terima kasih.

Okey, ini nak gulung dah ini Yang Berhormat Speaker. Satu lagi perkara keutamaan yang saya mohon pihak kerajaan kawasan banjir saya ini ada er… ada satu culvert yang telah lama 30, 40 tahun dah kecil er… di depan Pasar Sejahtera Beserah itu jadi bottleneck menjadi punca air tak dapat mengalir dengan er… dengan lancar yang

terpaksa… yang akan berpatah balik yang ini jadi banjir termenung dan sebagainya. Saya harap perkara ini diangkat sebagai keutamaan kerana dia memberi kesan yang besar kepada penduduk di kawasan setempat ini di culvert itu perlu tukar jambatan er… itu sahaja dah lulus dah daripada RMK10 lagi lulusnya dah nak masuk RMK13 tak buat-buat tak ada bajet lagi ini. Saya tak pastilah bila pula boleh masuk dah 15 tahun dah benda ini saya difahamkan diluluskan dah tapi bajet tak datang-datang dah 15 tahun. Jadi kalau boleh kita nak supaya disegerakan er… pembinaan menggantikan pembetung culvert ini kepada jambatan di kawasan Beserah ini.

Akhir sekali, er… saya juga mohon supaya tapak pelupusan sampah Jerangau - Jabor ini dilihat dan diberikan sedikit pilihan untuk dipindahkan kerana pencemaran bau yang semakin kita menerima rungutan daripada penduduk setempat. Selain daripada itu, dia menjadi punca kawasan air termenung di kawasan kejiranan kerana aliran air bila hujan lebat, air tidak dapat mengalir baik kerana disebabkan oleh tapak pelupusan sampah yang er… yang ada di sini.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Sedikit sahaja sahabat. Saya nampak begini bila sahabat saya daripada Beserah ini dia menceritakan masalah di kawasan dia banyak betul. Saya tengok sampai culvert detail la maknanya jadi saya teringat saya kata, saya nak cadangan saya ini…cadangan kan er… cadangan tadi buat cadangan. Saya buat cadangan. Saya ingat daripada pergi merayau ke kawasan lain, kawasan-kawasan yang di luar daripada kawasan kita. Saya cadang kat YB Berserah, duduk kat Beserah itu cari satu-satu selesaikan satu ini daripada nak pergi ke kawasan lain, pergi ke Jelai, pergi ke hala, nak pergi be Benta, nak pergi er… pergi duduk kawasan masing-masing fikir selesaikan masalah ini er… rakyat sebelah Beserah memilih ini YB yang pergi ke luar buat apa duduk rumah sendiri tak selesai ini er… baru sekarang ini dalam Dewan boleh cakap…

Ya, Yang Berhormat er… ya, Yang Berhormat…

Sebenarnya boleh selesaikan? Jadi saya rasa saya cadangkan nasihat saya makna sebagai sahabat ini, nasihat duduk di Beserah itu tengok betul-betul jalannya, rumahnya, longkangnya, banjirnya, masalah orang, kebajikan orang sebagai er… saya ingat situ kalau duduk situ 365 hari saya ingat tak er… mungkin maknanya ini saya er… saya rasa itu lebih baik daripada merayau pergi masuk macam polong tak bertuan misal contohnya. [Ahli Dewan ketawa] Terima kasih.

Yang Berhormat,

Dia ada satu istilah dalam pengurusan dipanggil benchmarking er… dipanggil apa penanda aras benchmarking jadi kita pergi tempat orang ini tengok keadaan tempat orang itu yang mana baik kita ambil. Jadi, bolehlah sama tempat kita.

Speaker

Yang Berhormat, tak apa. Tak apa, kita balik dari er… ke sini er…ya.

[Ketawa] Tak, saya jawab apa yang er… saya terima cadangan itu supaya tengok beri tumpuan tapi saya ada satu istilah benchmarking proses ini kita nak tengok. Kadang-kadang kita perasan kita buat baik dah.

Yang Berhormat, saya nak tanya ADUN Beserah ini.

Yang Berhormat pergi ke Jelai tak hari itu? Hogoh Jelai.

Pergi. Saya pergi 3, 4 kali. [Ahli Dewan ketawa]

Jadi apa er… apa yang Yang Berhormat nampak di Jelai itu?

Dia baik. Bertambah baik, ada benda baik.

Baik, terima kasih. [Ahli Dewan ketawa]

Ada benda baik. [Ahli Dewan menepuk meja] Ada benda yang er… yang boleh kita apply ini benchmarking sama juga kerajaan, Wakil-wakil Kerajaan pergi melawat luar negara. Benchmarking buat tengok apa yang baik di sana dan dibandingkan apa yang baik di tempat kita er… itu sahaja proses dia Yang Berhormat Speaker. Ini sebab nak jawab cadangan sahabat saya Yang Berhormat Benta ini [Ahli Dewan ketawa]. Jadi kalau [ketawa] jangan…

Benta pun banjir juga, elok juga Benta duduk jaga Benta dulu. Jangan tengok tempat lain. [ketawa] Terima kasih.

Bagaimana menguruskan banjir dan sebagainya ini proses dia jadi itu bergurau, bahagian yang serious is serious… benda yang serius adalah bila kita kata ada masalah, kita perlu selesai dan ada masanya kita tak boleh selesai diri kita sendiri kena minta bantuan daripada pihak yang berautoriti inilah proses yang kita guna.

Yang Berhormat Speaker,

Tadi saya er… last saya di mana tapak pelupusan sampah ini er… ini [ketawa] Speaker dah bagi warning ke saya.

Sekali sahaja.

Speaker

Ya... ya.

Sekali, one time. [Ahli Dewan ketawa] Tak, sahabat saya daripada Beserah. Saya tadi dengar pasal apa pelupusan sampah jadi saya takut bukan apa er… takut esok ada claim… [ketawa] claim... claim jadi yang kita tengok pengurusan pelupusan sampah Jabor - Jerangau ini TP apa... TPJJ. Jadi yang sebenarnya kerajaan sentiasa kita meneliti perkara tersebut dan kita dapat, kita tahu benda itu sudah sampai ke tahap yang ke maksimum dah. Yang tak mungkin tak dapat ditampung lagi oleh TPJJ ni. Dan pada masa yang sama kita baru-baru ini, kerajaan negeri kita telah meluluskan tapak pelupusan sementara di Gebeng. Tempat yang untuk kita sama buat WtE. Tempat yang sama WtE tu seluas 80 ekar, 20 ekar kita akan reservekan untuk tapak pelupusan sementara kerana kita pada masa akan datang, bawah 672 ini, kita tidak lagi membuka tapak pelupusan baru. Dan ini yang kita luluskan ini adalah untuk sementara sahaja. Kita takut nanti tempat TPJJ tu penuh. Leachate itu keluar banyak sangat, mencemari sungai-sungai. Jadi, kerajaan mengambil tindakan bersetuju meluluskan tapak

pelupusan sementara di Gebeng dan tapak yang sama juga seluas lagi 60 ekar itu adalah direservekan untuk membina WtE, Waste-to-Energy untuk masa akan datang. Jadi saya tak nak nanti sebab baru cakap ini, baru kita nak buat, tak... kita buat dah buat dulu, perancangan ini kita nak laksanakan secara teratur oleh kerajaan negeri. Jadi YB Beserah jangan risau sangat ye. Terima kasih atas itu.

Terima kasih... terima kasih. Kita tak nak claim. Itu saya ucap terima kasih di atas segala apa yang telah diusahakan dan menerima pandangan kita ini. Ya itu je. Terima kasih. Kita give the credit due to the people yang buat kerja ini. [Ahli Dewan menepuk meja]

Terima kasih banyak. Ini first time saya dengar ini. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang Berhormat Speaker,

Saya rasa itulah Yang Berhormat. Dah lama sangat ini ya. Saya rasa itulah yang dapat saya sama sekali lagi saya ucap terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam proses menyiapkan belanjawan ini dan sama semua penjawat-penjawat awam yang telah berkhidmat dengan baik, dedikasi dan bertanggungjawab. Kita harapkan semoga ianya dapat diteruskan di masa yang akan datang. Saya dengan ini menyokong, terima kasih.

Speaker

Terima kasih wakil dari Beserah. Seterusnya, saya menjemput Ahli dari Tanah Rata.

Tuan Ho Chi YangDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam Pahang 1st. Pertama sekali saya merakamkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2026 yang seimbang, komprehensif, inklusif dan bermisi menjana pembangunan negeri dan juga meningkatkan kesejahteraan rakyat. Negeri Pahang juga telah berjaya mencatat pungutan hasil melebihi RM1 bilion, bukan untuk 1 tahun, bukan untuk 2 tahun tetapi 4 tahun berturut-turut [Ahli Dewan menepuk meja]. Kita juga lihat semua lapisan masyarakat termasuk warga emas, OKU, anak muda, murid, pelajar, mahasiswa... semua menerima manfaat di bawah belanjawan ini. Maka sudah terang lagi bersuluh bahawa belanjawan ini bukan belanjawan pilihan raya tetapi belanjawan pilihan semua.

Yang Berhormat Speaker,

Seterusnya izinkan saya bincangkan dalam Dewan Yang Mulia ini Teras Belanjawan yang berbunyi "Melonjak Ekonomi Negeri" dan salah satu usaha adalah mengukuh agenda keterjaminan makanan negeri dan dengan langkah meningkatkan penglibatan anak muda dalam sektor pertanian. Berdasarkan Banci Pertanian 2024, sektor pertanian di Malaysia amat bergantung kepada guna tenaga yang berusia tinggi iaitu 45.4% yang berusia 6 tahun... 60 tahun ke atas berbanding dengan hanya 22.2% daripada guna tenaga yang berusia 15 hingga 45 tahun.

Maka apabila semakin ramai petani berusia tinggi dan terpaksa bersara, kekurangan tenaga kerja dalam sektor pertanian akan menjadi semakin ketara. Antara sebab golongan belia tidak berminat dalam sektor pertanian termasuk kos permulaan ataupun upfront cost yang tinggi, kos input yang semakin meningkat, kekurangan pekerja serta keberangkalian kerugian yang tinggi dan kadangkala sukar dijangka. Sebagai contoh, kita lihat harga sayur di kebun di daerah Cameron Highlands adalah amat rendah hampir setahun ini menyebabkan ramai pekebun terutamanya yang kecil terpaksa menanggung kerugian. Hanya dalam seminggu atau dua ini bahawa harga sayur meningkat secara mendadak. Kebetulan hari ini ada New Straits Times pada hari ini memaparkan bahawa veggie be soared, dengan izin bermaksud harga sayur meningkat secara mendadak.

Ada orang persoalkan bahawa mungkin ini adalah satu fenomena yang baik yang menguntungkan kepada para pekebun. Sebenarnya tidak. Sebab kita lihat kalau harga sayur meningkat secara mendadak, maksudnya dalam New Straits Time pun ada mengatakan bahawa para pengguna sebenarnya akan mengurangkan pembelian sayur dan pada masa yang sama kenapa harga sayur meningkat adalah kerana musim monsun kerana banyak tempat dilanda banjir termasuk negara jiran, negara Thailand. Jadi pada masa yang sama, bekalan sayur sebenarnya menurun.

Maksudnya, kalau pekebun yang mungkin bernasib baik, yang boleh menuai sayur pada masa yang tepat, ya mungkin boleh mendapat keuntungan pada masa ini tetapi kebanyakannya terutamanya yang pekebun kecil akan menanggung kerugian juga, ataupun tiada sayur untuk hantar ke pasaran. Jadi fenomena sebegini sebenarnya adalah tidak stabil, tidak konsisten dan juga tidak lestari ataupun not consistent not sustainable. Oleh itu, saya percaya bahawa kerajaan boleh menyediakan perancangan strategik bagi menggalakkan golongan belia untuk menceburi bidang pertanian terutamanya melalui sokongan institusi kepada para pekebun bagi mewujudkan persekitaran pertanian yang mendukung dan inklusif.

Dalam pada itu, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah memperuntukkan RM58.63 juta untuk tahun 2026 bagi memastikan agenda keterjaminan makanan negeri diperkukuh. Saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan mempertimbangkan untuk membantu mengurangkan kos pertanian pekebun yang semakin meningkat. Contoh, melalui pemberian subsidi kepada pekebun bagi kos input pertanian seperti baja dan racun perosak. Saya lihat bahawa langkah ini sebenarnya merupakan serampang dua mata kerana selain daripada meringankan beban pekebun, kerajaan menerusi Jabatan Pertanian juga boleh contoh, menetapkan bahawa penggunaan sesetengah baja dan juga racun perosak yang diiktiraf yang selamat boleh dibeli dengan diskaun, sebagai contoh dan ini juga boleh membantu kita menuju ke arah pertanian lestari.

Saya juga sekali lagi memohon pertimbangan kerajaan negeri untuk membantu mengurangkan kos pertanian yang ditanggung oleh para pekebun dengan memberi pengurangan sewaan tanah yang ditawarkan oleh Pahang Corporation kepada pekebun kecil Cameron Highlands serta menawarkan tempoh sewaan tanah yang lebih panjang kepada pekebun bagi meningkatkan tahap keselamatan pegangan tanah ataupun land security yang juga boleh menjadi pemangkin kepada pekebun untuk melabur dalam teknologi moden. Mempertingkatkan tahap pertanian ke arah pertanian lestari dan juga menarik minat golongan belia untuk menceburi bidang pertanian.

Yang Berhormat Speaker,

Isu kedua yang ingin saya bincangkan dalam Dewan Yang Mulia ini adalah rancangan tebatan banjir (RTB) atau projek berkaitan demi mengurangkan risiko banjir secara sistematik. Di sini saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana memperuntukkan RM52.3 juta kepada JPS bagi projek pengurangan banjir dan juga RM11.6 juta untuk perlaksanaan RTB daerah. Usaha kerajaan negeri bertambah kukuh dengan sinergi dan sokongan yang padu daripada kerajaan persekutuan melalui peruntukan RM188 juta, sangat "ong" angka ini, bagi tujuan projek tebatan banjir berskala besar serta kajian dan pembangunan sistem saliran mesra alam.

Bagi daerah Cameron Highlands, banjir kilat juga berlaku apabila hujan turun dengan lebat dan kawasan tertentu terutamanya kawasan Tringkap sering kali dilanda banjir kilat. Pada tahun lepas, dua kali dilanda banjir kilat. Pada tahun ini, awal bulan Mei, banjir kilat juga berlaku dan menyebabkan 14 keluarga terpaksa berpindah ke PPS. Satu Kajian Pelan Induk Saliran (PISMA) bandar Cameron Highlands telah dijalankan pada tahun 2018 bagi mengenal pasti punca kejadian banjir dan juga merancang infrastruktur saliran. Justeru, saya mohon agar kerajaan persekutuan, kerajaan negeri boleh pertimbangkan untuk meluluskan peruntukan bagi memulakan projek saliran mesra Cameron Highlands.

Dato' Sri Speaker... Yang Berhormat Speaker,

Ketiga, saya ingin menarik perhatian dewan ini terhadap usaha meningkatkan keselamatan cerun. Tanah runtuh berlaku di puncak Arabella, Tanah Rata pada 28 November menyebabkan jalan akses ke puncak Arabella terputus. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tuan Yang di-Pertua, er... Majlis Daerah Cameron Highlands dan juga semua agensi kerajaan yang terlibat dalam usaha memindahkan mangsa, membersihkan runtuhan tanah, menjalankan siasatan keselamatan cerun dan sebagainya.

Di samping itu, insiden tanah runtuh juga berlaku di Pangsapuri Aster Ringlet pada 24 November. Insiden sebegini, merupakan peringatan bahawa keselamatan cerun terutamanya di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands, perlu diberi perhatian yang serius. Di sini saya ucapkan ribuan terima kasih kepada er... Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga er... Sfino, kerana telah luluskan peruntukan kecemasan untuk membaiki cerun di puncak Arabella Tanah rata. Saya juga difahamkan bahawa semua penghuni di Blok C, Puncak Arabella untuk masa sekarang tidak dapat pulang ke rumah disebabkan cerun tidak selamat. Dan er... berdasarkan data yang saya ada 9 keluarga atau 83 orang mangsa, masih duduk di PPS untuk masa sekarang. Jadi, saya memohon agar satu bantuan sewa rumah boleh diberikan kepada mangsa yang er... berkaitan sementara menunggu cerun dibaiki.

Pada masa yang sama, insiden tanah runtuh seperti ini juga menjadi peringatan bahawa adalah penting untuk kita mempertingkatkan penambahan sistem amaran awal pergerakan tanah. Terutamanya di kawasan perumahan di daerah Cameron Highlands. Saya difahamkan bahawa, pihak JKR sedang giat memasang er... sistem tersebut, dan mengenal pasti lokasi cerun yang berisiko di jalan persekutuan, jalan negeri dan sebagainya. Cuma bagi cerun di kawasan perumahan pula, saya menyeru agar sejumlah peruntukan boleh disediakan oleh kerajaan persekutuan atau negeri khas kepada PBT untuk memasang sistem amaran awal pergerakan tanah terutamanya di kawasan perumahan yang mempunyai cerun dan berisiko.

Yang Berhormat Speaker,

Keempat, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri, atas usaha meningkatkan tahap dan mutu pengangkutan awam di negeri Pahang. Dengan adanya sokongan yang padu daripada kerajaan persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan. Selain daripada ECRL yang bakal menjadi pemangkin kemajuan ekonomi negeri Pahang. Kita lihat juga mode pengangkutan awam lain yang baru dan bakal bermula, iaitu BAS.MY yang akan mula beroperasi di Kuantan pada 15 Disember ini. Semua warganegara Malaysia, boleh menikmati manfaat ini, dengan membeli pas perjalanan bernilai RM30.00 untuk penggunaan perkhidmatan BAS.MY tanpa had, tanpa syarat tambahan selama 30 hari.

Bagi pelajar berusia 17 tahun ke bawah, OKU, pelajar IPT dan warga emas, mereka boleh membuat pendaftaran kad konsesi dengan hanya bayaran minima RM10.00. Saya percaya bahawa perkhidmatan yang lebih dinamik dan cekap dan murah ini, akan membantu memperkasa, menambah baik dan mentransformasikan perkhidmatan awam terutamanya perkhidmatan bas dari aspek kemampanan dan juga meningkatkan penggunaan pengangkutan awam. Diharapkan juga perkhidmatan BAS.MY ini juga boleh diperluas ke daerah lain pada masa yang akan datang.

Yang Berhormat Speaker,

Isu keempat yang ingin saya bincangkan adalah fenomena keganasan sekolah dan bagaimana kita nak memperkasa anak muda kita. Rakyat dikejutkan dengan berita baru-baru ini, bahawa pelbagai insiden buli mahupun pembunuhan berlaku dalam kawasan sekolah. Kita lihat statistik buli di Malaysia, menunjukkan peningkatan kes, dengan KPM merekodkan 7,681 kes pada 2024. Berbanding 6,528 kes pada tahun 2023. Membuktikan bahawa keperluan untuk kita memperkenalkan intervensi semakin mendesak. Fenomena keganasan ini, merupakan satu masalah multifaktorial disebabkan oleh pelbagai faktor. Maka sinergi dan kerjasama semua pihak, termasuk KPM, Kerajaan negeri, Ibu bapa, NGO, Komuniti setempat, sekolah adalah mustahak.

Pengenalan pendidikan literasi digital, juga sangat penting. Untuk memberi pendedahan kepada anak muda kita, tentang cara menggunakan teknologi secara berhemah. Walau bagaimanapun, saya ingin menarik perhatian Dewan ini, terhadap perancangan untuk mengehadkan umur minimum. Penggunaan media sosial kepada 16 tahun.

Yang Berhormat Speaker,

Kita sedia maklum, bahawa perkembangan teknologi pada zaman ini walaupun ada keburukan, ada kebaikan, tetapi tidak dapat dinafikan telah membawa lonjakan perubahan besar terhadap cara hidup kita khususnya dari segi pembelajaran dan pendedahan kepada ilmu. Dalam sebuah artikel dipaparkan di economist pada 6

Disember, ia juga membincangkan penggunaan AI dalam pembelajaran dan bagaimana ia akan mentransformasikan kehidupan anak kita. Pada masa yang sama, KPM juga akan memperkenalkan asas kecerdasan buatan AI dan robotik dalam kurikulum baharu persekolahan tahun 2027.

Walaupun penggunaan AI dan sosial media, nampak mungkin berlainan, tetapi kedua-dua jenis teknologi ini sebenarnya purata dalam ekosistem teknologi yang sama. Di mana penggunaan yang tepat dan betul boleh mentransformasikan kehidupan dan merancakkan kadar pembelajaran. Tambahan pula, anak muda yang berusia 18 tahun kini, sudah diberi kuasa sudah diperkasa untuk mengundi bagi memilih pemimpin dan kerajaan pada hari ini. Jadi sekiranya penggunaan media sosial, dihadkan kepada 16 tahun, saya risau bahawa kita tidak sempat untuk melengkapi anak muda dengan ilmu dan pendedahan yang mencukupi, contohnya terhadap sistem demokrasi, tadbir urus dan yang paling penting, peristiwa dan isu semasa yang berlaku dan mampu mengubah landskap politik dan sosioekonomi negeri dan negara kita.

Maka saya menyeru, agar satu perbincangan agar lebih banyak perbincangan dan libat urus perlu dijalankan dengan semua pihak. Terutamanya ibu bapa dan para pelajar, kerana pengalaman anak muda dan pendapat mereka juga sangat penting dalam kita usaha untuk melakar perubahan yang sebenar. Langkah ini juga adalah selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memperkasa anak muda agar membina golongan belia, yang bersedia untuk memimpin dan menentukan hala tuju negeri dan negara.

Yang Berhormat Speaker,

Kelima, saya ingin menyeru rakan-rakan semua, sama ada di kerajaan atau di pembangkang, untuk kita bersama-sama mengangkat Institusi Dewan Pahang, sebagai institusi yang membincangkan isu dan dasar negeri secara profesional, menukar pendapat dan menggubal undang-undang demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi serta kemajuan negeri. Janganlah kita sesekali terjerumus dalam budaya fitnah yang akhirnya merosakkan keharmonian masyarakat, perpaduan rakyat dan menjahanamkan, kemajuan negeri kita. Saya sebelum ini telah menyuarakan bahawa ADUN-ADUN negeri Pahang, secara amnya berucap dan berdebat dengan profesional dan berdasarkan fakta. Namun ada ADUN-ADUN negeri lain, ataupun er... Ahli Parlimen, yang memang selalu sinonim dengan budaya fitnah. Baru-baru ini, seorang ADUN dari negeri Selangor, dia fitnah Ahli Parlimen dari parti DAP dan selepas itu apabila kes dibawa ke mahkamah, beliau memohon maaf.

Lebih teruk lagi rekod parti tersebut ada seorang ketua pembangkang negeri, yang berkali-kali menabur fitnah, lepas tu memohon maaf apabila kes dibawa ke mahkamah. Dan yang baru, beliau juga telah digantung oleh Dewan kerana telah menabur fitnah yang berbaur perkauman dan hasutan juga. Mungkin sebab itulah, tokoh tersebut telah direhatkan daripada jawatan Pesuruhjaya negeri tersebut.

Jadi, harapan saya adalah kita semua terutamanya negeri Pahang. Kita perlu menjauhi budaya fitnah dan bohong ini. Jangan biarkan ia berakar dan merebak di negeri kita dan akhirnya menjejaskan keharmonian dan perpaduan rakyat dan bersama-samalah kita memperkukuh institusi demokrasi demi manfaat seluruh rakyat Pahang. Sekian, saja daripada saya dan saya mohon menyokong usul belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang. Sekian, terima kasih. [Ahli Dewan Tepuk Meja].

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat, Tanah Rata. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Jengka. Sila.

(Ayat Al-Quran). Assalamualaikum WBT dan selamat petang. Alhamdulillah (Bacaan Al-Quran). Terima kasih kepada YB Speaker kerana memberikan ruang kepada saya untuk turut sama membahaskan Belanjawan Pahang 2026 yang bertemakan ‘Pahang 1st: Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan’ dengan sasaran kutipan hasil sebanyak RM1.279 bilion, meningkat kira-kira 7% berbanding 2025.

Tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar serta seluruh pasukan Kerajaan Negeri Pahang yang telah bekerja keras menyediakan bajet kira-kira 5 bulan yang lalu. Sesungguhnya penyediaan belanjawan bukanlah suatu tugas yang mudah, lebih-lebih lagi ketika negara berdepan dengan tekanan kos sara hidup, kenaikan harga barang dan minyak, penarikan sebahagian subsidi, pelaksanaan cukai baharu serta pelbagai cabaran luar jangka seperti banjir dan bencana alam.

Dalam suasana yang mencabar ini, usaha kerajaan negeri untuk merangka belanjawan yang berorientasikan kebajikan rakyat adalah sangat wajar. Saya sokong. [Ahli Dewan menepuk meja]. Ha… yang ni, cuma kekgi point yang bawah-bawah ni jangan bangunlah ya [Ahli Dewan ketawa]. Namun ketika… namun kita juga berharap setiap perancangan yang dibentangkan benar-benar diterjemahkan kepada kelegaan kepada rakyat di lapangan, insya-Allah.

YB Speaker,

Pertama saya nak sentuh isu prestasi kewangan negeri 2024. Saya cakap dengan lembut sikit supaya depan ni tak bangunlah. Peranan kami sebagai pembangkang di Dewan Yang Mulia ini adalah untuk melaksanakan tanggungjawab semak dan imbang. Apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar membentangkan satu bajet yang besar tahun 2026, maka sudah tentu ia datang bersama tanggungjawab yang besar, juga dalam aspek pengurusan kewangan. Pendapatan yang besar menuntut perbelanjaan yang lebih teliti. Justeru, tugas kami bukan semata-mata untuk membangkang setiap perkara tetapi untuk memastikan setiap sen yang dibelanjakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Yang baik kami sokong, yang lemah kami tegur, yang merugikan kami bangkang.

Wang yang dibelanjakan ini bukan wang peribadi sesiapa tetapi wang rakyat yang perlu diurus dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Oleh itu, apabila Ketua Pembangkang daripada Cheka menimbulkan isu defisit kewangan negeri tahun 2024 sebanyak RM128.17 juta, ia berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara. Ia bukan bertujuan untuk membangkang secara membuta tuli, sebaliknya ia adalah satu bentuk check and balance agar pengurusan kewangan negeri sentiasa berada pada landasan yang betul, telus dan berhemah.

Kedua, hutang awam kerajaan negeri. YB Speaker, saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini terhadap isu hutang Kerajaan Negeri Pahang yang direkodkan secara rasmi dalam Laporan Ketua Audit Negara. Untuk rekod, pada tahun 2022, kerajaan persekutuan telah meluluskan penghapusan hutang negeri Pahang

sebanyak RM2.074 bilion. Selepas hapus kira, hutang sebenar kerajaan negeri direkodkan pada tahun 2022 ialah RM908.99 juta. Jadi tak sampai RM1 bilion dah tu.

Namun, angka dalam laporan audit menunjukkan tahun 2023, hutang meningkat daripada RM908.99 juta meningkat kepada RM967.33 juta. Tahun 2024, hutang terus meningkat kepada RM1.013 bilion. Ini bermakna tempoh hanya dua tahun selepas hapus kira, jumlah hutang negeri telah bertambah sebanyak RM104.31 juta.

Fakta ini membawa maksud jelas. Kerajaan negeri telah mengambil pinjaman baharu yang melebihi bayaran balik hutang sedia ada. Lebih membimbangkan Dewan ini, Jumaat yang lalu telah dibentangkan dengan Belanjawan Negeri 2026 yang pada hemat saya menunjukkan corak perbelanjaan yang masih agresif sedangkan kedudukan kewangan… kewangan negeri masih dibebani defisit tahun sebelumnya dan hutang yang semakin meningkat. Keadaan ini memberikan isyarat awal bahawa tanpa kawalan fiskal yang ketat, hutang berpotensi terus meningkat dan risiko belanjawan defisit akan berulang. Sehubungan itu, saya mohon penjelasan yang jelas daripada pihak kerajaan.

Yang pertama, berapakah jumlah bayaran balik hutang yang dibuat pada tahun 2023 dan 2024? Kedua, berapakah jumlah pinjaman baharu yang telah diambil dalam tempoh yang sama? Ketiga, dalam konteks Belanjawan 2026, adakah kerajaan negeri memberi jaminan bahawa lebihan RM5 juta yang disebut oleh Yang Amat Berhormat pada Jumaat yang lalu boleh direalisasikan dan tidak lagi ditampung dengan hutang?

Tujuan saya bangkitkan perkara ini bukan untuk menafikan pembangunan negeri tetapi untuk memastikan ketelusan pertanggungjawaban dan pengurusan hutang yang berhemah. Rakyat bukan menolak pembangunan tetapi rakyat berhak tahu sama ada hutang diambil untuk keperluan pembangunan sebenar atau sekadar untuk menampung kelemahan hasil akibat perbelanjaan yang tidak seimbang.

YB Speaker,

Yang ketiga, lancar saya ni, alhamdulillah. Agensi… saya sentuh agensi kerajaan negeri berbelanja melebihi peruntukan. Saya ingin menarik perhatian Dewan…

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya bukan tak nak bangun, tapi saya ada ruang untuk menggulung dan dalam penggulungan tersebut saya akan jawablah. Cuma saya nak bagi tahu kepada Yang Berhormat, apa Yang Berhormat cakap ini, mungkin Yang Berhormat tak baca habis agaknya Laporan Ketua Audit Negara. Yang Berhormat kelulusan mana? Minta maaf Speaker, tanya. Graduate daripada mana?

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat, yang panggil… simpan dulu jawapan, nak gulung hari Jumaat, insya-Allah. Saya ni macam nilah. Ada orang kelulusan sastera tapi boleh jadi Menteri Kewangan. Jadi saya kelulusan agama, bolehlah kot. Insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ er… Tuan Speaker,

Kita bercakap bab kewangan ni, lazimnya bab kewangan ni orang yang ada kelulusan akauntan dan dia ada pengiktirafan. Dan buku yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara adalah buku yang data-data semuanya telah disahkan. Dan mana mungkin di Dewan Yang Mulia ini, saya mengatakan bajet itu surplus, apa ni? Hutang itu berkurang ataupun meningkat. Semuanya berasaskan kepada fakta dan angka-angka.

Saya nak bagi tahu kepada Yang Berhormat, angka yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara yang inputnya daripada negeri adalah satu angka yang… yang tepat. Angka tidak pernah berbohong kecuali kita auta jelah ya, sebab tu ada orang kata, angka ni tepat tetapi diautakan. Hah… itu kemungkinan juga, ataupun baca tak habis. Semalam semasa Anugerah Pahang 1st, saya dah memberi sedikit bayangan jawapan saya mengatakan mengapa bajet kita ini sebenarnya surplus tidak defisit. Sebab apa? Ada sebab-sebab tertentu dan saya akan jawab dalam masa penggulungan. Tapi kalau Yang Berhormat tak sabar, saya boleh cerita sikit. Boleh cerita sikit sebab saya masih belum mendapat input yang lebih baik, tapi masa menggulung ya. Okey terima kasih Dato' Speaker.

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya sebut angkalah apa yang disebut oleh Laporan Ketua Audit Negara. Jadi, sebab itu kita perlu penjelasan yang tuntas daripada Yang Amat Berhormat, insya-Allah hari Jumaat, saya tak tidur saya mari insya-Allah.

Saya ingin menarik perhatian Dewan terhadap keadaan perbelanjaan agensi kerajaan negeri tahun 2024 yang menunjukkan kelemahan kawalan kewangan. Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara, bukan saya… Peramu ya. Berdasarkan Ketua Laporan Ketua Audit Negara, terdapat 9 agensi kerajaan negeri yang merekodkan perbelanjaan melebihi peruntukan yang telah diluluskan, 9... saya baca 4 yang ketara.

Pertama, Jabatan Kerja Raya Pahang peruntukan RM88.19 juta tapi dia belanja RM90.54 juta. Jadi lebihan belanja RM2.35 juta, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan (Bekalan Air) peruntukan RM73.25 juta. Dia belanja RM83.14 juta. Jadi lebihan belanja RM9.89 juta. Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan, peruntukan, peruntukan yang diluluskan RM43.94 juta perbelanjaan RM45.34 juta jadi lebihan belanja RM1.40 juta. Pejabat Menteri Besar kena sebut jugalah ni. Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan, peruntukan RM32.36 juta. Perbelanjaan RM33.42 juta. Jadi lebihan belanja ialah RM1.06 juta. Apabila…

Yang Berhormat Speaker,

Saya pelik juga Yang Berhormat Jengka ni dia punya sebutan tu… biasa orang sebut RM90.36 juta. Jadi kalau disebut 90.36, 36 juta, jadi maknanya dia kadang-kadang tu

terkejut kita, tengok tu dia kalau biasa dibuatnya. 80.36 juta tu dia kabor gitu, bukan 36.

Terima kasih, tersasul kot. Sorry la about that. Baik, apabila agensi kerajaan berbelanja melebihi kelulusan Dewan, ini menunjukkan kelemahan dalam pertama, perancangan belanjawan; kedua kawalan fiskal, ketiga tatakelola kewangan, keempat pengawasan pelaksanaan program. Keadaan ini tidak wajar dianggap sebagai isu teknikal semata-mata kerana ia melibatkan amanah wang rakyat. Maka saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan negeri, yang ini boleh Dato' Sri Diraja jawab esok. Jangan bangun sekarang.

Apakah punca sebenar perbelanjaan melebihi bajet ini berlaku? Kedua, apakah bentuk tindakan pembetulan yang telah diambil terhadap agensi-agensi yang terlibat. Ada 9 agensi, yang ketiga, apakah mekanisme kawalan baharu yang akan dilaksanakan bagi memastikan kejadian-kejadian yang sama tidak berulang pada masa hadapan. Dengan fakta ini jelas bahawa walaupun kerajaan negeri menyatakan komitmen untuk mengurangkan beban hutang, perkara asas seperti disiplin, perbelanjaan agensi masih memerlukan kepada perhatian serius.

Yang keempat, saya nak sentuh tentang infrastruktur dan penyelenggaraan prasarana awam. Selain daripada membincangkan soal dasar dan angka bajet, saya ingin menarik perhatian Dewan terhadap isu-isu rakyat yang bersifat harian tetapi memberi kesan besar kepada kehidupan seharian mereka. Isu seperti longkang tersumbat, pecah, jalan berlopak, paip bocor serta pokok yang terlalu tinggi dan membahayakan keselamatan awam bukanlah perkara kecil. Ini adalah isu infrastruktur.

Speaker

Yang Berhormat panjang lagi?

Sikit lagi.

Speaker

Okey.

Tengah ada 4 point lagi. Tapi saya potong 4 tu, tinggal satu.

Speaker

Ringkaskan.

Malangnya aduan-aduan ini sering berlarutan tanpa tindakan segera walaupun ia melibatkan risiko kemalangan banjir kilat dan pembaziran air akibat kebocoran. Saya ucap terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan yang sebahagiannya prihatin dan terus ambil tindakan yang kadang-kadang menunggu peruntukan dan sebagainya. Terutama saya terima kasih kepada agensi PAIP la, air. Air nampak dah kurang bersungut dah ni. Saya tengok dalam perbahasan pun nampak tak ramai bangkit bab air dah ni. Ingat boleh bagi hadiah ke dia lepas ni. Masya-Allah. [Ahli Dewan menepuk meja]

Oleh kerana apa ni Speaker dah bunyi saya pergi point yang terakhirlah. Peranan Wakil Rakyat, sebab ada sentuh semalam, peranan Wakil Rakyat pembangkanglah. Saya terpanggil untuk menjawab beberapa kenyataan yang dibuat Isnin yang lalu yang seolah-olah mempersenda YB Pembangkang dengan tuduhan suka claim, ni bukan hogoh ya, suka claim. Kerja agensi kerajaan tapi dia claim…

Yang Berhormat Speaker, ADUN Jengka terasa ke? [Ahli Dewan ketawa]

Saya tak terasa cuma dok cakap bab hogoh macam teruja je semua. Baik hakikatnya, YB Pembangkang ni dia tak ada kuasa eksekutif, tak ada. Kami tidak mempunyai kuasa untuk mengarah mana-mana agensi kerajaan. Minta tolong ada, mengarah tak boleh. Kita minta tolong adalah ADUN, kalau Exco turun, dia boleh hello je agensi ni. Saya nak turun ke lokasi ada, kata ada aduan longkang pecah ni, awak turun sekali dengan saya, dia boleh. Kami tak boleh, terhad. Jadi untuk turut… kami tidak terlibat dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah, tak dipanggil dah, saya tahun ni tak ada. Jadi kita tak tahu apa perancangan daerah kita tak tahu. Kami juga bukan ahli majlis, bukan Pihak Berkuasa Tempatan, tak masuk pun dalam mesyuarat tu, maka persoalannya.

Yang Berhormat Speaker,

Kaki claim ni yang kita cakap semalam tu yang saya fahamlah. Sebab saya pun dengar di percakapan kawan-kawan je. Saya tanya la. Yang kita kata kaki claim ni, saya tanya sahabat saya rakan-rakan ADUN boleh elaborate sikit tak kepada saya apa maksud kaki claim ni? Biasanya kita pegawai kerajaan pergi ke mana-mana, kita claim kan. Dia kata gini, contohnya kaki claim ni, contoh ya Yang Berhormat, bila kita bagi bonus 2 bulan ni kawan-kawan belah sana, kata, oh… sebab kami hogoh Jelai dapat dapat 2 bulan. Memang betul. Dia kata kalau sekali hogoh 2 bulan, kalau 2 kali hogoh 4 bulan, satu.

Yang kedua, contoh yang kedua apa dia? Saya tanya sahabat saya. Contoh yang kedua, dia kata bajet ni bagus ni banyak bagi kepada rakyat sebab pembangkang kuat. Itu maksud claim tu. Claim tu maknanya apa yang kita buat kononnya disebabkan oleh pihak belah sana, itulah Yang di-Pertua. Itu yang saya fahamlah dan rata-rata

kawan-kawan saya di sini, di atas pun semua setuju. Setuju tak? Kalau setuju, bagilah satu tepukan. [Ahli Dewan menepuk meja] Terima kasih Speaker.

Saya nak sentuh yang Kemayan sentuh. [Ahli Dewan ketawa]

Dak, Jengka nak sentuh Kemayan, apa pasal kelambu bakar? [Ahli Dewan ketawa]

Baik Yang Dato' Sri Diraja sebut tu…

Boleh… boleh mencelah?

Tak sebut pun lagi Kemayan tunggu dulu. [Ahli Dewan ketawa]

Tak, sebab dia dah sebut. [Ahli Dewan ketawa]

Tak boleh... tak boleh... saya tak bagi. Saya nak hurai dia yang semalam.

YB Speaker.

Saya semalam dia cakap, saya bangun. Speaker tak bagi. Jadi saya pun tak bagi.

Saya minta kebenaran Speaker

Speaker

Ya, sila... sila.

Speaker

30 saat.

Ini peluang saya Speaker, saya tak bagi.

Speaker

Tapi hak saya.

Sebab dia sebut Kemayan tadi. Sebab seperti Yang Amat Berhormat bagi tahu tadi, contoh itu claim dan juga ada juga contoh perkara lain yang dibuat oleh kerajaan yang bukan bajet dan sebagainya yang telah dirancang oleh kerajaan. Tapi tiba-tiba ada yang pergi ambil gambar konon dia yang buat. Itu... itu maksud saya yang satu lagilah dan saya tak mention. Walaupun Kuala Sentul sebut suruh petik siapa-siapa itu, saya tak sentuh siapa-siapa pun. Saya cuma menggambarkan ada mungkin siapa makan cili, dia terasa pedaslah. Terima kasih.

Speaker

Okey, terima kasih. Sila... sila Yang Berhormat.

Okey, saya sambung yang tadi ya. Setelah kita pun tak dipanggil dalam JKTD, sekolah tak boleh masuk, mesyuarat tak dilibatkan, penyerahan kunci RRP belakang rumah saya pun tak panggil saya. Maka persoalannya apakah peranan sebenar kami sebagai Wakil Rakyat pembangkang apabila menerima aduan daripada rakyat? Rakyat datang mengadu. YB, ayah saya jatuh motor langgar lopak masuk hospital. Jalan berlopak, aduan itu. Ada longkang pecah dan sebagainya.

Jadi, dia datang sebab kita Wakil Rakyat dia datang mengeluh. Kita pun tanya dah buat aduan ke PBT ke? Ke pihak berkuasa? Dia kata dah buat dah YB berkali-kali tetapi belum diambil tindakan. Jadi bila suasana macam itu, apa peranan YB? Kita tak boleh arah agensi ini. Kita not have the power, tak ada. Jadi, apa yang mampu kami sebagai YB pembangkang lakukan. Pertama.

Er... Yang Berhormat Tuan Speaker,

Saya nak betulkan ini... ini satu sangkaan. Er... maaf cakap, sangkaan jahat sajalah. Sebab apa, bila sebut, kami tidak ada kuasa untuk mengarah seolah-olah menggambarkan bahawa kami dalam er... Wakil Rakyat kerajaan ada kuasa untuk mengarah, tak ada. Kita tidak mengarah. Kita hanya maklumkan kepada pihak agensi yang berkaitan, kita tidak mengarah. Kita tidak mengarah. Ini... ini... ini saya nak betulkan. Inilah maknanya satu persepsi yang ada dalam benak dan pemikiran rakan-rakan daripada pembangkang.

Seolah-olah bila kita jadi kerajaan, kita boleh arah begitu sahaja. Tidak. Kita hanya maklumkan, kita hanya memudah cara. Sebab tu Wakil Rakyat, Wakil Kerajaan. Hanya kita maklumkan tak ada kita kabor mintak pada SS tolong buat ini. Tak ada, Yang Berhormat pun tak sebut macam itu. Hanya Dato' Sri SS tolong ambil tindakan, tengok, teliti, perkara macam itu. Betul, nak betulkan itu. Jangan kata... kami tak ada kuasa untuk mengarah tidak seolah-olah kami ada kuasa untuk mengarah. Tidak kita tidak ada kuasa untuk mengarah. Kita hanya fasiliti.

Terima kasih Benta. Itu tafsiran Bentalah, saya tak kata. Saya tak kata.

Tak, Jengka. Jengka nak jadi Menteri Kewangan [Ahli Dewan ketawa]. Dia menyebut angka tadi, saya bimbang jadi orang kata macam mana Menteri Kewangan sebut RM90.90 juta. Saya maklumkan biasa orang sebut RM90.9 juta, contoh. Tadi Jengka yang cakap kami tidak ada kuasa untuk mengarahkan, kami pembangkang. Jadi, itu dah terang lagi bersuluh seolah-olahnya kami ini ada kuasa untuk mengarah. Jadi, kita mengaji tak tahu, bacaan itu.

Saya nak tenangkan keadaan dia. Kita pun dah pukul 2.00 dah. Er... tentulah beza kalau kami pembangkang dengan kerajaan tambah pulak Exco bercakap dengan pegawai. Saya benda itu kita semua maklumlah. Berbeza kalau saya telefon kepada pegawai, dia nak turun serba salah. Kalau turun nanti dianggap menyokong pembangkang, tak turun nanti aduan rakyat. Tapi kalau Exco telefon. Jadi saya fikir ini standardlah sebenarnya bukanlah dalam konteks mengarah. Maksudnya kita arah-arah. Bukan begitu. Tapi kenyataan pembangkang dengan kenyataan Wakil Kerajaan tambah pula daripada Exco. Tentulah berbeza pada tindakan pihak pegawai. Saya

rasa itu maksud ADUN Jengka. Saya fikir, Tuan Speaker kita masa tak panjang. Dan saya rasa tak perlu polemiklah perkara ini. Terima kasih.

Sejak bila pula Cheka ini jadi lawyer kepada Jengka [Ahli dewan ketawa] yang saya tahu Jengka ini dia memang bertindak sebagai peguam sendiri. Sebab maksudnya sekarang ini kita jangan saya... sebab Jengka kata dia. Saya rasa Jengka bermaksud begitu, tidak. Maksudnya sekarang ini kita tengok perkataan yang diungkapkan. Kami tidak ada kuasa mengarah. Jadi apa tafsiran dia, seolah-olah kami ini dari barisan kerajaan ada kuasa untuk mengarah. Itu sahaja yang saya sebutkan. Dia jangan, maknanya kita jangan kelirukan dia punya situasi itu. Itu sahaja.

Speaker

Yang Berhormat... Yang Berhormat.

Saya pun dah habis dah..

Saya nak mencelah.

Speaker

Sila... sila. Teruskan.

Saya tak bagi terus.

Saya nak mencelah boleh?

Speaker

Sila... sila terus... teruskan... teruskan.

Okey, apa yang mampu kami lakukan hanyalah pertama turun ke lokasi aduan. Kedua, melihat sendiri permasalahan. Ketiga, mengambil gambar dan maklumat. Keempat, mengangkat aduan tersebut kepada pihak berwajib. Kita pergi bergambar kita hantar

kepada Setiausaha Majlis ke, Yang di-Pertua Majlis supaya diambil tindakan. Itu yang kita boleh buat. Jadi itu bukan claim.

Itu adalah menyampaikan suara rakyat. Apabila agensi berkaitan akhirnya mengambil tindakan, YB pembangkang turun sekali lagi ke lapangan. Bukan untuk mendakwa kerja itu kami yang buat, tak. Turun semula ke lokasi merakam keadaan terkini dan mengucap terima kasih kepada agensi yang bertindak. Ini bukan mengambil kredit tetapi memberi penghargaan kepada agensi yang ambil tindakan tersebut. Maka tidak adil untuk mengatakan YB pembangkang claim kerja sedangkan kami sendiri tidak pernah. Kami tak pernah mendakwa kami yang baiki longkang, kami yang menurap jalan, kami yang membaiki paip, tak ada. Jadi harap fahamlah, insya-Allah. Saya ucap terima kasih kepada Tuan DO Daerah Maran. Kata nak pindah dah, nak mari yang baharu. Saya ingat 4 orang dah DO sejak saya duduk di DUN Jengka dan daerah Maran ini. Saya...

Sebab dia tak tahan dengan ini ADUN Jengka, [Ahli Dewan ketawa] tak ada orang tahan dengan ADUN Jengka ini.

Saya ucap terima kasih kepada DO Maran, pihak majlis serta semua agensi kerajaan yang terlibat atas kerjasama yang sangat baik bersama saya selaku Wakil Rakyat DUN Jengka, insya-Allah. YB Speaker saya ada 4, 5 point lagi isu FELDA dan sebagainya. Tapi kalau masa tidak mengizinkan dah pukul 2.00. Perut pun dah lapar. Jadi sebagai penutup, saya menyokong Belanjawan 2026 yang telah dibentangkan. [Ahli Dewan menepuk meja]

Speaker

Terima Kasih Yang Berhormat Jengka. Saya kongsikan sikit jika untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, jika ada sebarang aduan boleh buat aduan melalui SISPA online. Tidak perlu susah-susah pergi ke majlis, boleh melalui online SISPA. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat Tioman.

(Ayat Al-Quran) Alhamdulillah (Bacaan dalam Bahasa Arab). Terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya pada hari ini diberi peluang untuk membahaskan Belanjawan Negeri Pahang 2026 yang mana umumnya sedia maklum bukan sahaja kita di kalangan Ahli Dewan, bahkan rakyat di luar sana menyatakan bahawa ini antara belanjawan yg terbaik pernah dipersembahkan dalam negeri Pahang [Ahli Dewan menepuk meja]. Tahniah dan syabas.

Jadi, saya ingin mengambil kesempatan bersama rakan-rakan yang mana juga turut mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang kita kerana pertama saya sebut di sini. Dalam melaksanakan amanah mengurus tadbir negeri, kerajaan negeri sentiasa membudayakan prinsip maqasid syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta sebagai panduan utama dalam setiap keputusan demi kesejahteraan rakyat.

Bagi saya, muqaddimah ini penting kerana kita menghubungkan keperibadian dalam pentadbiran pengurusan dengan spiritual kita kepada Allah SWT.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Tahniah juga rakan-rakan lain pun turut memberi tahniah iaitu pencapaian selama 4 tahun berturut-turut angka RM1 bilion telah diperolehi secara berturut-turut oleh Kerajaan Negeri Pahang dan dalam masa yang sama juga saya ingin mengucapkan tahniah kejayaan ini turut selari dengan rekod Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Pahang yang meningkat 23% dalam tempoh 2019 hingga 2024 hasil daripada dasar pembangunan negeri yang strategik dan mampan. Walaupun rakan saya dari Beserah ada menyatakan tadi, sepatutnya pendapatan di kalangan rakyat di negeri Pahang ni selari dengan KDNK. Saya ingin nyatakan juga bahawa pelarasan gaji di peringkat persekutuan dan juga negeri saya kira insya-Allah perkara ini akan berlaku secara berperingkat dan yang paling penting kita nak sebutkan bahawa ini satu pencapaian oleh kerajaan negeri yang telah meningkat dari semasa ke semasa.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Juga saya ingin ucapkan syabas dan tahniah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri S-GLC turut memainkan peranan penting dengan menyumbang RM3.16 bilion atau 4.6% kepada KDNK Pahang tahun lalu melalui 9 syarikat induk dan badan berkanun negeri serta 49 anak syarikat yang berperanan sebagai pemacu ekonomi strategik negeri termasuklah sebahagiannya ditubuhkan sejak tahun 2018.

Ahli Dewan, rakan-rakan Yang Berhormat sekalian, begitu juga dalam aspek pelaburan, negeri Pahang terus menjadi destinasi pilihan di mana sehingga November tahun ini, jumlah pelaburan komited yang masuk adalah sebanyak RM18.04 bilion melebihi sasaran RM14.09 bilion membuktikan keyakinan pelabur terhadap keupayaan negeri mengurus kestabilan politik dan iklim perniagaan kondusif; dan dalam masa yang sama juga aspek tenaga buruh, jumlah guna tenaga di Pahang meningkat kepada 788,800 orang pada suku ketiga tahun ini berbanding 768,600 orang pada tahun 2024. Jadi, saya ingin merangkumkan semua ini ucapan syabas dan tahniah sekali lagi kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana inilah pencapaian yang julung-julung kali semenjak hampir 20 tahun saya Wakil Rakyat mendapat pencapaian seumpama ini. Tahniah dan syabas.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Terima kasih... kuat sikit... [Ahli Dewan menepuk meja] terima kasih sahabat-sahabat. Inilah tunjang yang dikatakan yang dibawa oleh kepimpinan kerajaan negeri diketuai oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja bersama kepimpinan pentadbiran dan pengurusan. Saya boleh sebutkan juga sebagaimana diterjemahkan total quality management, total quality organisation dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri dibantu oleh semua pegawai kanan dan para pegawai di semua peringkat sehingga kita membolehkan pencapaian ini dapat diperolehi.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Negeri Pahang menyasarkan kutipan hasil sebanyak RM1.279 bilion untuk tahun 2026 meningkat kira-kira 7.8% berbanding sebelumnya. Daripada jumlah itu, RM1.274 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus merangkumi emolumen, perkhidmatan bekalan, pemberian bayaran tetap serta aset operasi. Bagi perbelanjaan pembangunan sebagaimana yang kita maklum dalam perbelanjaan ini, belanjawan ini

pembangunan negeri dan projek kerajaan negeri memperuntukkan RM446.26 juta naik iaitu 11.7% berbanding tahun sebelumnya.

Belanjawan dibingkai di atas nama Pahang 1st, “Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan”. Dengan 7 teras utama; Memartabatkan Agama Islam dan Institusi Diraja, Melonjak Ekonomi Negeri, Meningkatkan Taraf Pendidikan dan TVET, Membentuk Rakyat Berjati Diri dan Memimpin... Pemimpin Masa Hadapan, Tadbir Urus Berprestasi dan Integriti, Kelestarian Alam dan Kesejahteraan Hidup Rakyat di negeri ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,

Penekanan kepada kebajikan dan asas rakyat, implikasi kepada belanjawan pada kali ini. Fokus besar pada aspek sosial pendidikan agama, kebajikan air, sokongan kepada golongan B40 dan insentif rakyat menggambarkan orientasi belanjawan ke arah rakyat didahulukan. Ini boleh bantu meringankan beban kos sara hidup terutamanya bagi keluarga berpendapatan rendah atau sederhana.

Pembangunan menyeluruh dengan pelbagai sektor pembahagian bajet kepada pembangunan infrastruktur asas seperti air, sektor keagamaan, pelancongan dan pendidikan menunjukkan pendekatan secara holistik. Strategi ini jika diurus dengan baik boleh menyumbang kepada pertumbuhan jangka masa panjang dan peluang pekerjaan di negeri ini. Cabaran pelaksanaan dan kecekapan tadbir urus walaupun jumlah besar diperuntukkan keberkesanan sebenarnya banyak bergantung kepada pelaksanaan projek tadbir urus, integriti dan ketelusan. Risiko jika pelaksanaan lambat atau tidak menyeluruh, manfaat kepada rakyat mungkin tidak konsisten. Seterusnya, keseimbangan antara belanja mengurus dan pembangunan.

Peruntukan pembangunan sebanyak RM446.26 juta walaupun meningkat masih jauh lebih kecil berbanding perbelanjaan mengurus RM1.274 bilion. Ini menunjukkan beban operasi kerajaan negeri masih besar. Idealnya pembangunan berterusan memerlukan aliran dana pembangunan yang lebih besar. Dalam belanjawan ini juga kita disaji dengan politik dan persepsi walaupun kerajaan negeri menegaskan belanjawan ikhlas dan bukan persediaan pilihan raya, namun kritikan dari pembangkang tetap ada. Kita usah peduli perkara ini, kita teruskan dengan wacana dan juga prinsip serta gagasan kita untuk terus mensejahterakan rakyat demi kesinambungan masa hidup pada masa akan datang.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Negeri Pahang menyasarkan... minta maaf Yang di-Pertua. Secara keseluruhan belanjawan terbaru menunjukkan komitmen kerajaan negeri untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan pelbagai sektor dengan penekanan kuat pada aspek kebajikan, agama, asas hidup pembangunan. Namun, keberkesanan belanjawan sangat bergantung kepada pelaksanaan tadbir urus dan pemantauan.

Sidang Dewan yang dimuliakan,

Dalam jangka masa pendek bagi masa tempoh enam hingga dua tahun ke hadapan, melihat kepada belanjawan ini, fokus kepada rakyat, kos sara hidup dan kebajikan, pengurangan yuran sekolah agama dan asrama bantu ringankan beban keluarga B40 dan M40. Program air percuma 20 meter padu kubik pertama memberi kelegaan kos utiliti terutamanya di kawasan bandar. Banyak peruntukan kembali kepada rakyat. Lebih kurang 40% bajet beri kesan segera kepada kebajikan sosial.

Belanjawan ini bersifat populis prorakyat memberi kelegaan kos sara hidup kepada penduduk di negeri ini bahkan juga memberi kesan segera kepada negeri... ekonomi negeri ini. Sebagai contoh juga, pelancongan terima peruntukan besar, peningkatan event, promosi dan pemulihan sektor hospitaliti turut dapat dijana. Begitu juga dengan program pembangunan kecil dan sederhana memberi peluang kepada kontraktor tempatan untuk kerja-kerja dalam negeri kita ini.

Seterusnya, pelaburan infrastruktur air meningkatkan kepercayaan pelabur industri. Ekonomi tempatan terus bergerak tetapi kesan pertumbuhan besar masih perlahan. Begitu juga dengan tadbir urus dan operasi kerajaan, perbelanjaan yang mengurus... perbelanjaan mengurus yang sangat besar RM1.2 bilion menunjukkan beban operasi juga turut tinggi. Risikonya ruang fiskal negeri sempit kurang fleksibiliti sekiranya berlaku kejutan ekonomi. Namun begitu, dengan reserve yang kerajaan negeri ada, insya-Allah sedikit sebanyak dapat menstabilkan keadaan ini. Dalam jangka masa pendek seterusnya, kerajaan yang stabil tetapi ruang belanja pembangunan agak terhad.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Untuk jangka masa panjang pula, pelaburan pada modal insan, itulah antara kekuatan kita. TVET, pendidikan agama dan juga melahirkan kepimpinan... kepimpinan pemimpin muda. Pembangunan manusia adalah pelaburan jangka panjang, boleh lahirkan tenaga kerja berkemahiran serta pendakwah pendidik yang lebih berkualiti.

Seterusnya, perkara yang melibatkan pembangunan air dan infrastruktur asas. Air adalah isu kritikal Pahang. Pelaburan berterusan, kurangkan NRW, elak krisis bekalan, tingkatkan kapasiti industri. Ini meningkatkan daya saing negeri untuk menarik industri berat, logistik dan pelancongan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Saya bersetuju dengan ADUN Jengka sebentar tadi berkaitan, dan juga ramai rakan-rakan kita yang lain tentang permasalahan air di negeri Pahang ini. Saya nak sebut sikitlah sebelum saya teruskan sedikit lagi ucapan saya ini. Di tempat saya bagaimana ADUN Lantikan juga menyebut bahawa satu ketika, kita hampir menitis air mata, bila berjumpa dengan pakcik, makcik, kita angkat tong hantar depan rumah. Beliau menyebutkan apa, saya kongsi dengan Sidang Dewan hari ini. YB... YB kita ucapkan terima kasih YB angkat tong air sampai depan rumah kita. Tapi kita hampir dah 29 tahun menghadapi suasana sebegini. Maknanya bukan tiap-tiap hari tetapi ada.

Dan alhamdulillah, dari semasa ke semasa, penambahbaikan dan juga perolehan bajet oleh PAIP dan juga telah diurus dengan baik, peringkat negeri Pahang sehingga ke daerah-daerah dan hari ini alhamdulillah, walaupun kita ada sedikit lagi masalah, namun, kita juga telah mendapat er... perhatian daripada pihak PAIP ini terutama sekali di Kampung Sarang Tiong, Kampung Pianggu, Kampung Kasing, Kampung Kurnia, kampung er... Mentara, er... kampung er... Denai, ini semua hari ini, alhamdulillah, dengan adanya perolehan oleh PAIP yang membekalkan er... pam dan juga tangki baharu, insya-Allah, saya yakin dan percaya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik pada masa akan datang.

Er... Yang Berhormat boleh tumpang lalu sikit.

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Tioman. Saya nak nak sebut ginilah kebetulan er... tempat YB ini adalah YB saya ya, di kampung saya. Cuma saya nak sebut di Rompin pada hari ini, melalui pertemuan yang saya ada buat dengan pihak PAIP. Mereka maklumkan bahawa hanya satu tempat sahaja lagi yang belum touch, er... yang, yang belum diselesaikan sepenuhnyalah iaitu di kawasan Tanjung Gemok. Di kawasan er... yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu di Sarang Tiong dan Gugusan Paya Setajam ini saya difahamkan hampir siap sepenuhnya.

Cuma, baru ini ada isu di mana paip besar tersebut telah dilanggar oleh bot ya, menyebabkan pihak PAIP terpaksa buat semula, er... paip saluran tersebut. Jadi saya nak sebut kepada Dewan ini, saya mengesahkan bahawa, er... di DUN Tioman yang diwakili oleh Yang Berhormat ADUN Tioman... ADUN Tioman pada hari ini. Alhamdulillah, er... sepanjang tempoh beliau menjadi Wakil Rakyat di sana telah menunjukkan satu perubahan besar terhadap perkhidmatan air di... di sana. Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih er... sahabat saya, ADUN Lantikan. Dan saya bekerjasama dengan beliau dari semasa ke semasa. Dan Yang Berhormat er... Speaker, bahawa bukan sahaja di Tanjung er... Gemok ataupun nama sekarang Teluk Gading, bahkan di Pulau Tioman juga kita telah mendapat satu bajet dan sedang er... dilakukan pemasangan paip-paip. Tuan-tuan bayangkan sejak ratusan tahun penduduk Pulau Tioman ini er... mendapat bekalan air bukit ya, dan hari ini insya-Allah, sedikit masa lagi, akan dapat bekalan air terawat, dan ini baik untuk penduduk setempat dan juga er... pelan... pelancong-pelancong sama ada domestik mahupun er... dari luar negara.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya sambung sikit sahaja lagi.

ADUN Tioman, er...

Sikit lagi nak bagi laluan pada sahabat saya selepas ini.

ADUN Tioman sikit.

Speaker

Yang Berhormat, silakan.

Nak.. nak... nak... nak suasana sikit. Terima kasihlah baik. Cuma saya ingatkan ADUN Lantikan itu baik itu ada makna itu. Terima kasih. [Ahli Dewan ketawa]

Eh lain macam bunyinya itu.

Dia... dia macam ini itu, apa nama ADUN Cheka ya. Kami ini tiga pupu, Yang Berhormat, kami tiga pupu dua orang ini. Jadi, dengan Ahli Parlimen pun saudara, dengan ADUN-ADUN sebelum tu pun bersaudara. Jadi kami ini, setakat ini bersaudara belaka. Cuma lagi, apa nama, orang kata, masa begitu pantas, ya. Dan alhamdulillah saya ingat makna itu ada jugalah sikit-sikit. [Ahli Dewan ketawa]. Tapi takpe, demi kepimpinan dan kelestarian negeri Pahang, kita tetap akan bersama. [Ahli Dewan menepuk meja]. Terima kasih er... ADUN Cheka dan juga ADUN Lantikan.

Seterusnya, er... Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya ingin sebutkanlah, belanjawan ini prorakyat dan ke arah kebajikan. Dan fokus memulihkan asas hidup rakyat menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk memajukan pendidikan agama, air dan pelancongan serta perkara-perkara yang disebut dalam belanjawan ini, kalau saya tengok, nak muntah, maknanya semua berkait dengan sumbangan dan kebajikan kepada rakyat. Tetapi dalam jangka masa panjang, keberkesanan belanjawan bergantung penuh pada tadbir urus, kecekapan, pelaksanaan dan diversifikasi hasil negeri. Ringkasnya, belanjawan yang baik di atas kertas, tetapi kejayaan bergantung kepada kerja di lapangan.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua,

Sebelum saya mengakhiri perbahasan pada petang ini, saya ingin sampaikan sedikit sahaja er... perkara yang bagi saya penting, sebelum kami hadir ke perbahasan ini, 2, 3 hari yang lepas, kami telah di er... kampung kamilah dilanda ombak yang kuat dan saya memohon dalam Dewan Yang Mulia ini. Ya, gambar pun ada dengan saya ini. Kalau dapat dilihat ya, di sini ya. Kalau kamera boleh zoom sini sikit ya. Okey, ini semua tak nampak ya. Okey, nak ceritanya bahawa saya bersama dengan Wakil Kerajaan negeri telah pergi ke tempat ini dan sekiranya tempat ini tidak dapat dipulihkan dalam masa terdekat ini ataupun diambil tindakan untuk membantu er… kawasan Kampung Pontian atau Kuala Pontian ini, saya kira 10 chalet dan juga mungkin 2 buah rumah, satu restoran akan dihanyutkan ataupun ditelan oleh sungai.

Jadi, saya sangat berharap dan ADUN Lantikan pun ada pergi, ambil laporan. Er... kalau boleh dapat er... dipanjangkan dalam Dewan ini.

Untuk pengetahuan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja, er.. dapat peruntukan dalam RM500,000.00 ke RM1 juta untuk er... meletakkan er... wave breaker atau apa

yang sebaiknya dalam er... cadangan oleh JPS untuk membantu supaya rumah-rumah, chalet-chalet ini dan restoran tidak tenggelam ataupun ditelan oleh sungai. Bahkan untuk makluman sidang Dewan juga, hampir 1 km telah dimamah oleh laut di mana balai polis, er... klinik, sekolah semua dalam laut dah, tak ada. Bahkan geran orang lama-lama pun dah tak ada. Sebab itu, saya sangat er... memohon pada hari ini bersama ADUN Lantikan dan juga Wakil Kerajaan. Sekiranya dapat pihak JPS membantu segera bagi menangani masalah ini.

Dan untuk akhirnya, saya ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja, er... di mana pangkalan hadapan di Pulau Tioman telah pun selesai. Dan banyak lagi perkara-perkara kalau saya nak sebut ini, saya ingat dekat, dekat 20 benda ini, ya. Tapi, saya mungkin bagi secara bertulislah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja, er... memandangkan banyak perkara telah selesai di Pulau Tioman, baik mahupun di darat. Cuma tinggal lagi beberapa perkara aduan yang mungkin seperti tadi untuk diambil tindakan segera.

Jadi saya membaca... apa, mengucapkan terima kasih er... kepada semua ketua-ketua jabatan er... yang telah banyak membantu terutama sekali di Pulau Tioman melibatkan TDA ya iaitu GM er... apa Jumshoiry Novdany dan juga kita punya Pegawai Daerah, Tuan Hatta di daerah Rompin dan semua pegawai-pegawai yang terlibat, persekutuan dan juga negeri agar dengannya, mudah-mudahan kita terus maju jaya dan memberi sokongan kepada kerajaan negeri yang sedia ada pada hari ini dengan sokongan.

Yang Berhormat, sebelum Yang Berhormat er... apa tu? Saya ada sedikit permintaan la sebagai pengundi di DUN Tioman ni, er... boleh tak agaknya kita minta supaya JKR segerakan pembinaan mini stadium di DUN Tioman tersebut. Terima kasih, Yang Berhormat.

ADUN mana tu ya. ADUN mana, terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua ya. Untuk sahabat saya er... rakan ADUN Lantikan kita pun dah bertanya khabar dengan Exco atau Wakil Kerajaan negeri, ADUN Dong di mana pada peringkat ini JKR sedang buat drawing dan insya-Allah pada awal tahun depan Mac ya, lebih kurang. Mungkin boleh bantu saya nak sebut, nak buka tender bila. Silakan, okey.

Er… untuk makluman, Yang Berhormat ADUN Lantikan,

Yang Berhormat Speaker,

Sebenarnya JKR sekarang dalam proses buat drawing dan BQ. Insya-Allah pada bulan Mac akan mula tender untuk projek ini.

Jelasnya ya, ADUN Lantikan ya. Insya-Allah lepas ini kita ada stadium mini tersendiri di Rompin, insya-Allah. Jadi dengan serangkap pantun:

Dari KotaSAS pergi Maran, Singgah Luit beli buah dokong, Belanjawan Pahang RM1 billion sampai sasaran, Dengan ini Tioman berdiri mohon menyokong.

Terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Tioman. Seterusnya saya menjemput pembahasan yang terakhir bagi petang ini iaitu wakil dari Panching. Sila.

Assalamualaikum WBT. (Ayat Al-Quran) dan juga selamat petang. Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar dan juga Ahli Jawatankuasa dan Exco Negeri Pahang khususnya sahabat-sahabat er... Ahli Dewan sekalian.

Pertamanya, saya mengucapkan terima kasih kepada Speaker kerana beri ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam berbahas. Yang sepatut jadual saya pada hari semalam, tapi kerana ada masalah kesihatan sikit. Saya sempat juga untuk, masih lagi diberi peluang untuk sama-sama ambil bahagian pada hari ini, insya-Allah.

Dan pada petang ini, Tuan Speaker, saya cuma lebih suka untuk menyentuh isu local di kawasan saya sahaja dan saya juga kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas kejayaan er... menemui sasaran tahun yang keempat iaitu RM1 bilion pendapatan kerajaan negeri dan saya yakin pendapatan yang banyak ini memberi kelebihan kebaikan kepada rakyat dalam negeri Pahang, insya-Allah.

Tuan Speaker... Yang Berhormat Speaker,

Isu pertama yang saya ingin bangkitkan ialah yang pertama berkenaan dengan bantuan kesihatan dan juga facilities kepada pesakit-pesakit kritikal. Saya lihat dalam bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ada juga bajet OKU, warga emas dan sebagainya. Cumanya mutakhir ini kita lihat sebahagian daripada pesakit-pesakit yang keluar daripada hospital dan sebahagiannya tidak, ada yang tak dibenarkan keluar sehinggalah mereka memiliki katil pesakit, mesin oksigen dan sebagainya dan menyebabkan sebahagian besarnya terpaksa meminta dan sebahagian lagi menyewa daripada farmasi-farmasi yang dalam kadar yang agak tinggilah terutamanya bagi keluarga yang susah.

So, saya suka mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk ditubuhkan Pusat Bantuan Peralatan Kesihatan er... kepada rakyat. Yang mungkin boleh melalui fast track ataupun boleh mendapatkan bantuan segera. Er... terutamanya kepada mereka yang kita kira dalam golongan B40, mungkin boleh diadakan kerjasama yang melibatkan JKM, NGO dan juga pejabat ADUN. Saya sendiri di pejabat terlalu banyak

menerima permohonan sebegini. Er... pesakit-pesakit masih lagi di hospital tetapi mereka sebahagian hospital ini tidak... meletakkan syarat boleh discaj sekiranya telah pun ada katil pesakit di rumah.

Yang keduanya, saya juga mohon kepada kerajaan untuk mempertimbangkan bantuan terutamanya kepada anak-anak yatim piatu. Baharu ini berlaku di tempat saya ada keluarga yatim piatu, anak yatim piatu. Keadaan rumahnya sangat susah, atap bocor dan berlakunya blackout yang agak teruklah kerana apa itu, litar pintas. Jadi saya mohon supaya kerajaan juga mempertimbangkan bantuan-bantuan segera juga untuk skim baik pulih rumah rakyat miskin tegar. Saya kira dulu dah ada, iaitu mungkin pelaksanaan yang lebih tuntas melalui sistem aduan dan juga tindakan yang lebih baik. Jadi, saya suka juga mencadangkan supaya diwujudkan juga data raya untuk kelompok rentan di setiap daerah.

Yang Berhormat Speaker,

Saya juga ingin menyentuh tentang sistem perparitan di beberapa kampung dan taman yang biasanya berlaku banjir kilat. Contoh, kalau di tempat saya ialah seperti di Permatang Badak, di Taman Tas, di Pandan. So, saya suka mencadangkan supaya diadakan juga audit menyeluruh perparitan. Contohnya, saiz longkang masih lagi sesuai atau tidak sesuai dengan saiz pembangunan di satu tempat dan juga diadakan juga projek tebatan banjir berskala kecil dan juga pembersihan berskala dengan KPI yang tersusun.

Seterusnya, Tuan speaker, saya juga membangkitkan soal keselamatan jalan raya. Antaranya ialah, berlaku kes di mana lori-lori besar memakirkan kenderaan mereka di bahu jalan. Baru-baru ini berlaku satu kes kemalangan yang melibatkan kematian seorang kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan di Pandan Damai 1. Puncanya ialah pandangan terhalang oleh lori yang diparkir tidak kena pada tempatnya. So, saya suka mencadangkan supaya diadakan juga zon parkir khas untuk lori dan kita lihat lori ini sebahagiannya berusaha untuk mencari parkir yang sesuai, tapi kerana tidak ada parkir yang boleh so mereka sebahagiannya memakirkan kenderaan mereka di tepi jalan. Juga diwujudkan Audit Keselamatan, Traffic Road Safety Audit di simpang-simpang yang berisiko yang boleh membawa kemalangan terutamanya kepada pemandu-pemandu di jalan raya.

Yang Berhormat Speaker,

Saya juga ingin membawa isu jalan rosak yang tidak berkesudahan di Jalan Permatang Badak Bypass, Permatang Badak. Kalau kita lihat walaupun dibina dilakukan penurapan jalan yang baharu, tetapi tidak berapa lama akan berlaku lagi jalan yang berlubang dan sebagainya. Kalau kita lihat di antara punca utamanya ialah paip lama di bawah jalan yang sering pecah walaupun jalan baharu dibina, tetapi tidak lama kemudian akan muncul lubang-lubang ataupun air yang keluar daripada jalan yang menyebabkan jalan yang dibina tadi rosak kembali dan baru-baru ini er... kemalangan berlaku di jalan tersebut dan bukan sekali sebenarnya banyak.

Cuma baru-baru ini berlaku melibatkan seorang perempuan yang terbabas kerana keadaan jalan yang sangat teruk. Saya suka mencadangkan supaya kerja naik taraf paip lama dilakukan secara menyeluruh, bukan secara tampalan sementara kalau tidak ia akan melibatkan kos yang sangat besar iaitu kos tampalan paip serta kos penurapan jalan yang sentiasa berlaku. Dan juga saya suka mencadangkan supaya diadakan juga saliran baharu dan dan rekaan jalan yang lebih selamat serta diwujudkan juga laluan alternatif ataupun penyuraian trafik untuk mengurangkan risiko

kesesakan jalan dan juga mengurangkan bebanan jalan yang mana di bawahnya terdapat paip yang selalu rosak dan tidak diganti.

Yang Berhormat Speaker,

Saya juga ingin bawa satu isu iaitu lampu isyarat di sepanjang Taman Tas dan kalau kita lihat di Taman Tas ini, pembangunan yang sangat pesat banyak muncul perumahan-perumahan yang baharu. Jadi antara, masalah yang berlaku di tempat itu ialah kesesakan lampu isyarat di Taman Tas. Suka saya mencadangkan supaya diadakan penilaian tentang trafik yang berlaku di er... traffic light Taman Tas dan cadangan saya juga supaya dilihat dan dilakukan pembesaran jalan dan juga susur keluar kepada 2 lorong sama ada ke Gambang mahupun ke Taman Tas.

Yang Berhormat Speaker,

Saya juga ingin bawa isu ban pecah di Bukit Rangin Perdana 2. Sehingga kini, saya kira ban itu masih lagi belum dibaiki dengan sempurna dan saya harap ban ini dapat dibaiki dan saya ingin mohon daripada Exco bilakah tarikh mula kerja secara terbuka? Supaya rakyat mengetahui perkembangannya dan apatah lagi perkara ini sangat membimbangkan penduduk setempat kerana kita masih lagi berada dalam musim-musim banjir.

Seterusnya, saya juga ingin membangkitkan isu jalan rosak yang lambat dibaiki walaupun dibuat aduan berkali-kali tetapi kita lihat sebahagian jalan makan masa berbulan-bulan dan sebahagian jalan yang rosak ini hanya diletakkan kon sahaja. Dan bila mana kon hilang, maka jalan yang rosak tadi sangat memberi keadaan yang bahaya kepada pemandu. Boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan juga kerosakan kepada kenderaan. So, cadangan saya diadakan, ditetapkan SLA, Service Level Agreement oleh pihak yang berwajib. Contohnya 72 jam aduan jalan dibaiki dan gunakan kaedah pembaikan yang lebih baik serta dicadangkan juga supaya mewujudkan sistem aduan digital untuk rakyat memantau juga status kerja daripada aduan yang dilakukan serta juga memantau kerja-kerja, kualiti kerja kontraktor secara telus.

Akhir sekali Yang Berhormat Speaker, saya lihat di jalan-jalan utama ada pokok-pokok yang condong yang hampir tumbang ke jalan utama. Tetapi pernah kita bangkitkan dalam Mesyuarat JKTD dahulu tapi sebahagian agensi menyebut selagi pokok ini tidak tumbang, kita tak boleh ambil tindakan. Kita tunggu pokok tumbang baru kita ada hak untuk memotong pokok yang telah tumbang. Jadi saya kira perkara ni...

Yang Berhormat… Yang Berhormat, nak mencelah sikit boleh? Sikit je. Tadi Yang Berhormat sebut er… apa nama ni? Mesyuarat… mesyuarat yang apa yang boleh masuk mesyuarat tu tadi. Jadi saya nak sahkan sekali lagi Yang Berhormat memang dapat boleh masuk dalam mesyuarat tersebut ya?

Terima kasihlah ADUN Lantikan ni. Saya tengok dia bersemangat untuk soalan-soalan berkaitan dengan er… berkaitan dengan kami nilah. Dulu kita dibenarkan masuk. Tapi setahu saya ada daerah yang tahun ni tak dibenarkan masuk dan ada daerah yang

boleh masuk. Contoh macam tahun ni di Kuantan, kita baru dibenarkan masuk bulan… bulan ni ya? Bulan ni rasanya baru sekali masuk. Okey, jadi saya harap jangan tunggu pokok tumbang dulu baru kita ambil tindakan potonglah. Kena ada kerjasama daripada PBT, TNB, JKR untuk memastikan pohon-pohon ini dipotong lebih awal dan tidak membahayakan kepada pemandu-pemandu er… jalan raya.

Tuan Speaker,

Saya sekali lagi nak bangkitkan isu PAKR Bukit Rangin, bukan PAKR Pandan. Dulu saya pernah bangkitkan isu ini. Tapi Yang Berhormat Exco menjawab tu bagi er… PAKR Pandan. Di Bukit Rangin ni ada satu PAKR di mana ada 128 unit kalau tidak silap saya yang masih lagi di bawah penguasaan pemaju kalau tak silap sayalah ya. Yang sedia maklum pemaju ini katanya bermasalah. Jadi, saya harap sebab perumahan ini saya lihat dah siap dah… dah siap. Cuma bila mana dah ditinggalkan, adalah apa? Jadi tempat sarang dadah, ada orang curi wayar dan sebagainya.

Jadi, saya harap supaya perumahan ini dapat diambil tindakan oleh kerajaan dan dapat dimanfaatkan oleh… oleh rakyat. So, saya rasa itu saja perbahasan saya pada petang ni Yang Berhormat Speaker. Saya dengan ini menyokong bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekian. [Ahli Dewan menepuk meja]

Speaker

Terima kasih Ahli daripada kawasan Panching. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk hari ini, saya perhatikan bahawa seramai 6 orang Ahli telah pun mengambil bahagian dalam Perbahasan pada pagi ini dan secara keseluruhannya seramai 34 orang Ahli telah mengambil bahagian. Saya mengucapkan ribuan terima kasih. Pada hari esok, pihak kerajaan akan menimbang Rang Undang-undang Perbekalan 2026. Ahli-ahli Yang Berhormat, baiklah, persidangan kita akan disambung pada hari Khamis, 11 Disember 2025, bermula pukul 9.30 pagi, insya-Allah.

Persidangan ditempohkan.

[Persidangan Dewan Negeri ditempohkan]