Pahang · 11 December 2025

15th Assembly, 4th session, 3rd meeting · 363 turns · 52,335 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Hari Ketiga

: Khamis 11 Disember 2025

bersamaan 20 Jamadilakhir 1447 Hijrah

Masa

: 9.30 pagi

DOA

Perkara Pertama: Doa.

Speaker

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Mari sa… marilah kita sama-sama membaca Ummul Kitab untuk memulakan mesyuarat kita pada pagi ini. Al-Fatihah. [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Segala puji… segala puji bagi Allah dibuka Dewan Mesyuarat, Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman makmur limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi negeri ini serta rakyat-rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun, dipohon anugerahkan taufik-Mu, dipohonkan menyuluh, memandu ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenankan. Amin Ya Rabbal A’lamin.

Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri BesarQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.

Speaker

Salam sejahtera, selamat pagi, salam Pahang 1st, salam perpaduan. Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan syukur kepada Allah SWT kerana dapat meneruskan persidangan kita pada hari ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum memulakan aturan mesyuarat, saya ingin maklumkan bahawa pihak Dewan Negeri ada mengedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat cenderahati daripada Tourism Pahang. Cenderahati tersebut adalah sebagai tanda penghargaan kepada Ahli-ahli Dewan Negeri dan Ketua-ketua Jabatan terhadap usaha-usaha memperkasakan sektor pelancongan yang khususnya dalam agenda Visit Malaysia Year 2026, Pahang 1st. Semoga kita akan terus bersama-sama menyokong dan menaikkan nama industri pelancongan di negeri Pahang.

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya lihat hari… hari ini Ahli-ahli Yang Berhormat telah bersedia untuk mendengar ya, untuk mendengar jawapan daripada kerajaan. Penggulungan. Walau bagaimanapun, kita akan teruskan atur cara kita sebelum dan sebelum ini saya ingin mengemukakan bahawa pada hari ini pihak kerajaan akan membuat penggulungan, melibatkan 10 orang Pengerusi Jawatankuasa.

Pertanyaan-pertanyaan tambahan yang dikemukakan mestilah ringkas dan padat supaya dapat ditetapkan masa depan er... supaya kita dapat bersidang di masa yang ditetapkan. Sekarang saya menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat dari… Ahli Yang Berhormat dari Tanah Rata untuk mengemukakan pertanyaan.

Tuan Ho Chi YangDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Dato' Sri Speaker. Soalan saya nombor 1.

[Projek Menaik taraf Infrastruktur Air

a) Jelaskan usaha kerajaan untuk menaik taraf infrastruktur air di semua daerah di negeri Pahang dan kemajuan projek-projek berkenaan.

b) Nyatakan butiran projek penaiktarafan infrastruktur air di daerah Cameron Highlands yang telah siap, sedang dijalankan dan dalam perancangan demi menampung permintaan bekalan air yang semakin meningkat, terutamanya musim cuti.]

Assalamualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera, salam Pahang 1st. Terima Kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat ADUN Tanah Rata yang bertanyakan soalan, apakah usaha-usaha kerajaan untuk menaik taraf infrastruktur air di semua daerah negeri Pahang dan kemajuan projek-projek berkenaan? Untuk makluman Yang Berhormat daripada Tanah Rata, kerajaan negeri sangat komited dan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan inisiatif bagi menambah baik mutu perkhidmatan perbekalan air di negeri Pahang menerusi Pelan Projek Pembangunan Bekalan Air Negeri Pahang Fasa 1 iaitu yang telah bermula daripada tahun 2021 sehingga tahun 2026.

Untuk makluman Yang Berhormat daripada Tanah Rata, sekarang ini kita ada 217 projek yang telah kita buat, akan buat dan yang telah pun siap. Senarai projeknya ada dengan saya. Tapi tidak mungkin saya membacakannya satu persatu, tetapi cu… memadai untuk saya memberitahu di kawasan Tanah Rata jelah ya. Setakat hari ini, sebanyak… daripada 217 projek tersebut, status kemajuannya ialah pra-pembinaan iaitu sebanyak 65 projek, projek dalam pembinaan, 26, manakala projek yang telah siap ialah 126 projek.

Speaker

Makna lebih daripada separuh ya dah siap?

Lebih, lebih. Lebih daripada separuh dan lebih daripada sukunya.

Speaker

Lebih daripada sukulah? Okay.

[ketawa] Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Speaker

Yang Berhormat… Yang Amat Berhormat ni pagi-pagi ni bergurau pula ya.

Speaker

Tak salah Yang Amat Berhormat.

Berbalik kepada soalan nombor dua, butiran projek penaiktarafan infrastruktur air di Cameron Highlands yang telah siap, sedang dilaksanakan, dalam perancangan demi menampung permintaan bekalan air yang semakin meningkat terutamanya di musim cuti. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Tanah Rata, Cameron Highlands menjadi antara fokus utama kerajaan negeri melalui PAIP untuk meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air melalui pelaksanaan projek.

Status pelaksanaan projek-projek bekalan air di daerah Cameron Highlands adalah seperti berikut. Projek… lapan projek telah siap Yang Berhormat di Cameron Highlands. Yang pertama sekali ialah Kerja-kerja Pembaikan Rawatan Air Jenis Sistem DynaSand dan Membaiki Jalan ke Muka Sauk Loji Rawatan Air Habu, Cameron Highlands yang melibatkan kos RM500,000.00. Yang kedua, Kerja Menaik Taraf Sistem Paip Agihan di Desa Kayangan RM300,000.00.

Yang ketiga, Kerja Menaik Taraf Laluan Aliran Air dan Membina Kolam Takungan serta Pemasangan Longkang Konkrit Jenis U-Drain Bersaiz 1,200 mm x 1,000 mm di Sungai Icat untuk Menambah Kuantiti Air di Muka Sauk Loji Rawatan Air Terla serta Kerja Berkaitan, RM160,000.00. Yang keempat, Kerja-kerja Membekal dan Memasang Pagar Jenis Anti-Climb and Cutting di Kawasan Tadahan Air Hutan Simpan Sungai Icat, Kuala Terla, RM160,000.00.

Yang kelima, Kerja-Kerja Menaik Taraf Aliran Muka Sauk bagi Menambah Kuantiti Air Mentah serta Kerja-kerja Berkaitan di Loji Air Brinchang, RM280,000.00. Yang keenam, Penyambungan Paip Outlet Tangki Tringkap Puncak ke Paip Jajaran

Tringkap Jenis MSCL 150 mm Sepanjang 100 Meter, RM85,000.00. Yang ketujuh, Penggantian Paip di Lokasi Jenis AC 100 Meter… 100 Milimeter kepada Jenis MSCL 200 mm sepanjang 500 meter, RM300,000.00.

Yang akhir sekali, Penggantian Paip di Lokasi Jenis AC 100 mm kepada Jenis MSCL 100 mm sepanjang 300 meter di Lembah Jasar, RM130,000.00, yang ni dah siap. Yang Berhormat bolehlah pergi melawat ya balik kawasan. Manakala dua projek yang dalam pembinaan. Yang pertama, Kerja-kerja Menaik Taraf Sistem Loji Rawatan Air Brinchang dan Pemindahan Komponen Rawatan Jenis Kompak dari LRA Benta Ke LRI Brinchang dan Kerja-kerja Berkaitan Cameron Highlands, RM2.13 juta.

Yang kedua, Kerja-kerja Membekal dan Memasang Paip Baharu Jenis MSCL Bersaiz 150 Diameter serta Kerja-kerja Berkaitan di Jalan Tengkolok RM280,000.00 yang ini dalam pembinaan. Setakat hari ini Yang Berhormat, masih mengikut jadual, ini Yang Berhormat boleh tengok jelah… buat pemantauan. Kalau ada delay bagi tahu terus kepada PAIP. Jangan tunggu Sidang Dewan Yang Berhormat ya.

Yang ketiga, Projek Pra-pembinaan. Yang pertama, Mereka Bentuk, Memasang, Menyiapkan dan Menauliah Paip Jenis Keluli Lembut Saiz 450mm Diameter Sepanjang 7km Dari Tangki Brinchang Ke Tangki Royal Lily Serta Kerja-Kerja Berkaitan. Ini dalam pra-pembinaan, kosnya kita belum dapat lagilah… belum muktamad lagi kosnya bukan belum dapat… belum muktamad.

Yang kedua ialah Mereka Bentuk, Membina, Menyiapkan dan Menaik Taraf Sistem Loji Rawatan Air Terla Serta Pemindahan Komponen Loji Rawatan Air Jenis Compact… Compact Dari Daerah Lain Ke LRA Terla Serta Kerja-Kerja Berkaitan. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Speaker

Sila, soalan tambahan.

Tuan Ho Chi YangDAP · PHTanah Rata

Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat atas jawapan yang sangat terperinci. Soalan tambahan saya, berapakah peratus isu bekalan air yang telah diselesaikan oleh kerajaan negeri bagi semua daerah? Dan soalan yang kedua susulan jangkaan berlaku Monsun Timur Laut, apakah langkah yang dapat diambil untuk memastikan bahawa bekalan air bersih tidak terjejas? Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,

Saya dimaklumkan oleh pihak PAIP sehingga November tahun ini sebanyak 82% isu blackspot bekalan air telah diselesaikan di negeri Pahang melalui PAIP. Ini adalah komitmen kita, janji kita untuk memastikan 90% masalah air di Pahang ni akan dapat kita selesaikan menjelang akhir tahun depan. Kalau mengikut daerah di mana yang saya katakan sebelum ini, Bentong telah kita selesaikan melebihi 90% dan begitu juga di Kuantan telah pun lebih daripada 90%. Er… seterusnya Raub, Dato’ Sri Yang di-Pertua, dah lebih dari 90%. Bermakna 3 daerah dah dapat lebih daripada 90% dan

yang menghampiri untuk kita selesaikan 90% ialah Jerantut, insya-Allah dan juga Jerantut lagi 1% nak dapat 90%. PAIP pun 1% pun berkira juga.

Speaker

Yang paling keterkebelakang sekali boleh ke Yang Berhormat?

Yang paling terkebelakang sekali…

Speaker

Ini… ini… ini Speaker nak tanya pula, boleh? [Ahli Dewan ketawa] Nak tanya je, nak tanya untuk makluman.

Eh… Speaker boleh tanya ke?

Speaker

Eh… Speaker… Yang Amat Berhormat, Speaker boleh suruh orang duduk dan suruh orang berdiri. [Ahli Dewan ketawa]

Dan boleh suruh keluar. [Ahli Dewan ketawa]

Speaker

Boleh suruh keluar. [Ahli Dewan ketawa] Itu kuasa Speaker. Tapi takkan saya nak buat macam tu. Saya sayang semua.

Tengok keadaanlah kan.

Speaker

Tengok keadaan. Saja nak tanya… saya nak bertanya.

Yang Berhormat, yang paling terkebelakang sikitlah Lipis 60% lebih. Jadi, saya pun tak faham kenapa CEO PAIP ni, patut Lipis lah nombor satukan? [Ahli Dewan ketawa] Sebab ada dua orang… ada dua orang daripada Lipis ni.

Speaker

Dua orang… dua orang daripada Lipis. Maknanya tiga… empat [Ahli Dewan ketawa]

Tapi… saya dah bagi tahu kepada CEO PAIP, utamakan daerah-daerah lain dulu. [Ahli Dewan menepuk meja] Jadi, insya-Allah Yang Berhormat er… er… semuanya berjalan dengan baik dan saya sangat optimis dan yakin, insya-Allah sekiranya tidak ada apa-apa perkara kita akan mendapat sasaran kita menjelang akhir tahun ni 90%. Dan semalam pun saya ucapkan terima kasih kepada salah seorang Ahli Dewan daripada pembangkang yang mengatakan bahawa dia kurang betul masalah air dibangkit dalam Dewan ni. Dan ini saya menghargai penghargaan tersebut dan insya-Allah kalau boleh penghargaan-penghargaan yang lain bukanlah kita minta kan, tetapi bagi tahulah juga… jangan apa… jadi saya tak nak ulanglah pagi-pagi ni malas menghangatkan Dewan Yang di-Pertua. [Ahli Dewan ketawa] Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Sila. Ramai tu nak tanya. Silalah… bagilah Lanchang... lepas Lanchang, kita bagi pada Tahan.

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Terima kasih kepada Dato’ Sri Speaker. Er… saya sebenarnya dua tiga hari lepas tentang dalam jawapan perbahasan saya, saya ada bangkitkan tentang bekalan air di beberapa penempatan di bahagian pedalaman yang menggunakan Loji Rawatan Kampung Mempateh. Jadi selepas daripada ucapan dan perbahasan tersebut, saya telah pun berjumpa terus dengan Dato’ CEO lah. Dan alhamdulillah, sehari kemudian dia telahpun bagi jaminan bahawa kes tersebut akan diselesaikan tempoh terdekat. Jadi saya, oleh kerana tindak balas yang segera itu, saya nak ucap terima kasihlah kepada pihak kerajaan dan insya-Allah katanya, mungkin awal tahun depan dah… dah nak buat. Mengenai bentuk teknikalnya, saya pun tak tahulah benda apa kan. Janjinya… maknanya benda tu selesai. Jadi saya nak sebutnya “Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa”.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Sama-sama Yang Berhormat. Alhamdulillah…

Speaker

Sila.

Syukur kepada Allah.

Speaker

Wakil daripada Tahan.

Macam nilah. [Ahli Dewan menepuk meja] Kalau Yang Berhormat ada masa, kita… kita jumpa lagi, kita borak lagi ya. [Ahli Dewan ketawa]

Speaker

Tapi… tapi… Yang Amat Berhormat, masa saya… masa saya Exco… masa saya jadi ADUN, itu masalah saya pun. [Ahli Dewan ketawa]

Saya terlupa nak menjawab soalan kedua. Takpe… takpe… kita… kita jangan potong stim. Teruskan.

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Tapi saya kira, saya menyelesaikan masalah Dato’ Sri semasa di sanalah yang saya rasa selesailah tu Speaker. [Ahli Dewan ketawa]

Speaker

Apa dia… dia cakap…

Dia cakap menyelesaikan masalah Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Itu… itu dipanggil kesinambungan [Ahli Dewan ketawa]

Speaker

Usaha telah dibuat. Penyelesaiannya kadang-kadang kita ni buat jasa kita, bukan kita yang dapat manfaat perjuangan kita ni, orang akan datang yang dapat manfaat. Itu lebih besar daripada yang menang hanya menunggu kedatangan kejayaan, kita tu. Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Sri.

Tapi saya nak ucapkan terima kasih. Tak nampak gaya kaki claim, ikhlas daripada ADUN Lanchang ni. [Ahli Dewan menepuk meja]

Speaker

Yang Amat Berhormat, orang Lanchang memang macam tu. [Ahli Dewan ketawa]

Ya… Yang Berhormat Speaker, saya terlupa nak menjawab soalan nombor dua tadi berhubung dengan apa ni… Monsun Timur Laut ye. Untuk makluman Yang Berhormat, kita ada Pusat Kawalan Operasi Bencana dan pusat ini akan sentiasa siap siaga dan sekiranya ada masalah er… bekalan air bersih, pihak PAIP akan bekerjasama dengan PKOB untuk menyalurkan er… bekalan air dan juga pihak PAIP akan menggunakan pam pontoon. Pam pontoon ni ya… dia… dia… dia bersabit juga dengan mendalam, mengorek dan mengepam. Tapi yang ni, pam pontoon saja bagi tujuan untuk digunakan….

Dia macam rakit yang terapung

Dia macam rakit yang terapunglah. Saya ingat rakan Ahli-ahli Dewan tahu semua rakitkan, kami di Lipis tahulah sebab masa kecik-kecik dulu dah ada rumah rakit Lipis tu.

Speaker

Temerloh ada.

Temerloh ada. Sekarang ada lagi?

Speaker

Commercial… commercialized…

Salah satu… salah satu Speaker punya kan?

Speaker

Salah satu.

Jadi untuk makluman Yang Berhormat daripada Tanah Rata, kita akan gunakan pam pontoon ni yang macam rakit di loji rawatan air di mana pam ini akan kekal beroperasi walaupun muka… muka sauk tu tenggelam, tapi dia akan tetap timbul dan ini boleh membantu untuk kita menyalurkan bekalan air. Usaha-usaha lain adalah untuk memastikan bekalan bahan kimia mencukupi. Pelantikan kontraktor yang sedia ada yang memang kita standby sekiranya berlaku kerja-kerja kecemasan dan juga kita akan melaksanakan penjadualan operasi semasa Monsun Timur laut.

Jadi ya… namun begitu, Yang… Yang… Yang Berhormat Speaker, saya ingin menyatakan dalam Dewan yang mulia ini, andainya ada perkara-perkara tidak diingini berlaku, bekalan air bersih ini akan terjejas. Sebagai contohnya tanah runtuh, tiba-tiba ada berlaku tanah runtuh sudah pastinya terjejas seketikalah, mungkin beberapa jam dan sebagainya ataupun pokok tumbang dan ini mungkin akan menjejaskan bekalan air yang luar jangkalah Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.

Dato’ Sri Speaker. Soalan tambahan. Saya pertamanya, saya mengucapkan penghargaan dan juga terima kasih kepada komitmen kerajaan negeri dan juga PAIP lah di atas usaha-usaha untuk menyelesaikan isu-isu bekalan air terutama di DUN Tahan. Saya akui dalam tempoh tiga… empat tahun ini telah banyak isu-isu air itu diselesaikan daripada kawasan-kawasan yang kritikal akhirnya menjadi kawasan yang tenang bagi petugas-petugas PAIP terutama ketika menjelang musim perayaan. Cuma ada satu kawasan lagi iaitu di… di Kuala Tahan terutama di kawasan FELCRA Tembeling Tengah yang melibatkan kawasan Jalan Kelah. Dia… isu bekalan air ini selalu terputus. Yang terbaru dua minggu… baru… baru dua minggu, bila terputus itu makan masa seminggu ke dua minggu dan pihak PAIP alhamdulillah membekalkan air walaupun penduduk kampung kata tak cukuplah. Cumanya baru er… saya dimaklumkan baru semalam jumpa punca ataupun kawasan pecah itu cumanya saya nak tanya sebab saya dimaklumkan bahawa ada usaha dan ada perancangan daripada pihak PAIP untuk menukar paip-paip baharu menggantikan paip lama daripada SK Kuala Tahan hingga ke simpang Kampung Gol. Soalnya, er… saya nak tahu bilakah orang panggil er… projek itu akan dilaksanakan. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Bila dah ada perancangan tersebut maknanya akan dilaksanakan bila semua er… cukup maknanya teknikal selesai, tender selesai, duit pun ada insya-Allah kita akan buat ya, kita akan bagi perhatianlah tetapi alhamdulillah setakat ini Jerantut er… 89% saya ingat yang 1% itu yang inilah agaknya er… agaknyalah [ketawa] dah 89% seluruh er… di daerah Jerantut. Jadi insya-Allah er… perkara ini kita akan bagi perhatian. Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Speaker

Pasal ini kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar soalan kita boleh bagi last.

Okay, terima kasih.

Speaker

Terakhir.

Terima kasih er… Dato’ Sri Speaker…

Kalau Speaker nak bagi semua Ahli Dewan pun tak ada hal. [ketawa] [Ahli Dewan ketawa]

Speaker

[ketawa]

Pertama, saya ucap tahniah pada er… pada kerajaan negeri dan er… dan syarikat PAIP. Ini satu isu besar yang juga isu masalah air ialah masalah kadar turbidity ataupun kadar kekeruhan yang tinggi. Kalau ikut rekod ya kita ada tiga LRA yang berdepan dengan masalah kekeruhan yang er… yang lebih tinggilah lebih daripada 1000 NTU contohnya, Sungai Birut… Sungai er… Sungai Bilut di Raub ini antara yang paling kerap ditutup puncanya kerana turbidity yang terlalu tinggi, Sungai Semantan dan Sungai Klau. Saya ucap tahniah pada PAIP ada peruntukan [tak jelas] juta untuk mengatasi masalah NTU ini, masalah turbidity yang tinggi ini tapi isunya ialah sebab ini di luar daripada bidang kuasa. Punca kekeruhan ialah disebabkan ladang-ladang yang dibuka, ladang-ladang pertanian dan sebagainya menyebabkan bila hujan sahaja Loji Sungai Bilut di Raub confirm kena tutup dan kerana kadar kekeruhan yang tak boleh diproses oleh loji. Jadi persoalan saya ialah apakah langkah-langkah segera sebab waktu hujung-hujung, musim-musim ini bulan 11, 12, 1 ini kebanyakan loji di er… di Sungai Bilut terpaksa tutup kerana kadar kekeruhan yang terlalu tinggi loji tak boleh proses er… jadi apakah langkah-langkah bagi mengatasi masalah ini waktu-waktu kritikal tersebut. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Cheka. Kita memang ada mendengar aduan pasal kekeruhan di Bilut ini tetapi saya ingin nyatakan Dewan yang mulia ini bahawa masalah kekeruhan air di Bilut ini kita telah selesaikan. Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri sendiri telah diminta oleh Exco untuk turun ke padang untuk melihat isu ini dan er… memang tidak dapat dinafikan apabila berlaku kekeruhan ini, pihak PAIP akan tutup kerananya airnya tidak selamat untuk diminum dan sebagainya tetapi tindakan-tindakan awalan kita buat dan bila kembali kepada asal kita buka baliklah ya. Jadi untuk menjamin, sebab itulah saya mengatakan 90% walaupun di er… di Bentong ini sebenarnya 100% masalah air ini selesai tetapi saya masih mengekalkan angka 90% kerana kita bimbang ada perkara-perkara yang di luar jangkaan dan er… sebenarnya dalam dunia ini agak sukar untuk kita mendapat 100% Yang Berhormat. Apa bendalah ya kalau kita exam pun paling-paling tinggi pun 98% lecturer bagi.

Speaker

90% er… 90% dah A dah itu.

Er… iyalah A lah er…

Speaker

90% er… dapat 90%, dapat 98% A juga.

A juga tapi A+ lah. [ketawa] Jadi, maknanya er… kita ambil perhatian apa yang dibangkitkan oleh ADUN Cheka. Saya tidak menafikan isu kekeruhan ini adalah satu isu yang kita boleh selesaikan secara total ianya adalah kita boleh katakan masalah berulanglah ya, kadang-kadang luar jangka sepertimana yang Tanah Rata tadi saya bagitahu walaupun kita berusaha mengambil tindakan yang sebaiknya untuk Monsun Timur Laut ini tetapi kadang-kala kita bimbang ada perkara-perkara yang di luar jangka seperti tanah runtuh di Cameron Highlands er… jadi kita tidak mahu kita bagi tahu kepada rakyat bahawa er… walaupun Monsun Timur Laut masalah air ini 100% terjamin tidak, kita bimbang ada perkara-perkara yang di luar jangka sepertimana kekeruhan dan sebagainya.

Tetapi saya nak bagitahu ya, kerajaan walaupun pihak pembangkang selalu er… menghargai, mengucapkan terima kasih kepada agensi kerajaan tetapi saya ingin nyatakan di sini bahawasanya pihak kerajaanlah yang bersama-sama dengan agensi-agensi berkaitan termasuk PAIP untuk memastikan semua kerja-kerja tersebut dapat dilaksanakan. Kalau setakat agensi tanpa bantuan, sokongan, idea, kewangan daripada kerajaan tidak mungkin ianya berlaku ya. Jadi punca itu kadang-kadang kita kena tahu sebab saya er… saya puas hati ya, saya puas hati pihak-pihak pembangkang ini mengucapkan terima kasih kepada pihak agensi kerajaan.

Saya sangat menghargai juga er… pihak agensi kerajaan tetapi sebenarnya punca tersebut adalah daripada kerajaan ya dan 90% er… 90% ini juga adalah dasar

kerajaan yang meminta PAIP selesaikan masalah air 90% menjelang akhir tahun 2025 adalah dasar kerajaan. [Ahli Dewan menepuk meja] Bukan PAIP bagitau er… kata nak selesaikan 90% tidak. Kita bagitahu pada PAIP, kita nak er… PAIP selesaikan masalah ini bagi tahu kepada kerajaan berapa peruntukan dan sebagainya kita usahakan bersama. Maknanya bukan agensi sahaja ya sebab ini er… sebab hari ini dan yang sebelum-sebelum ini saya nampak terima kasih kepada JKR, terima kasih kepada PAIP seolah-olah macam tak wujud kerajaan Yang Berhormat Speaker. Jadi saya ingin membuat er… nak bagi tahu pandangan bahawa walaupun agensi kerajaan yang melaksanakannya tetapi punca kuasanya adalah daripada Kerajaan Barisan Nasional, perpaduan yang ada pada hari ini Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]

Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat er… kita empat ya maknanya hari ini special sedikit, empat soalan tambahan saya bagi. Okay, kita pergi kepada soalan kedua ADUN Beserah, Wakil daripada Beserah.

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera er… Dato’ Sri Speaker. Terima kasih, saya kemukakan soalan nombor 2. Terima kasih.

[Pendidikan berteraskan STEM;

a. Mohon nyatakan langkah konkrit yang telah serta akan diambil bagi melahirkan lebih ramai modal insan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Negeri Pahang, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

b. Apakah mekanisme pemantauan yang dilaksanakan bagi memastikan usaha tersebut memberi kesan langsung terhadap peningkatan prestasi pelajar dan kebolehpasaran graduan negeri?]

Assalammualaikum WBT, salam sejahtera, selamat pagi, salam Pahang 1st.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

ADUN er… Beserah bertanyakan soalan berkaitan dengan STEM itu er… bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik atau kalau dia er… dia ataupun dia er… apa nama dia er… diterjemahkan secara terus science, technology, engineering and mathematics STEM dan er… apakah langkah-langkah konkrit yang diambil oleh pihak kerajaan bagi melahirkan lebih ramai modal insan dalam STEM ini tadi khususnya kawasan luar bandar dan pedalaman dan er… apakah mechanism pemantauan yang dilaksanakan untuk mem er… pastikan peningkatan prestasi pelajar dan kebolehpasaran graduan negeri. Ini satu soalan yang cukup relevan. Mengapa saya sebutkan ini cukup relevan dan penting.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Contohnya, kalau kita pergi ke hospital. Kalau kita pergi ke hospital, kita dapati makna kita er… bila sakit kita nak dapat rawatan kita pergi ke hospital. Kita akan er… memilih hospital atau pusat kesihatan yang mempunyai kredibiliti yang hebat maknanya kita tahu ada doktor pakar dia malahan kita telah ditakrifkan misal contoh diberi penarafan dari segi er… dari segi er… hospital ini kita tahu HTAA, Hospital Tengku Ampuan Afzan kira nombor satu di er… Pahang, nombor dua HOSHAS di Temerloh, nombor tiga di Lipis.

Mengapa dikatakan begitu, sebab bidang disiplin kepakaran ini ada semua sekali di HTAA dan juga di HOSHAS kemudiannya di mana… di Lipis misal contohnya dan ada hospital-hospital lain. So bila kita lihat kewujudan ataupun kehadiran doktor ini tadi ialah hasil daripada mereka mendalami dan mengikuti kursus dalam bidang STEM. Begitu juga misal contoh kita lihat ramai di kalangan Ahli-ahli Dewan berbangkit... membangkitkan soal bekalan air tadi Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar telah pun menjawab soalan berkaitan bekalan air. Bagaimana kita nak menangani masalah bekalan air yang memerlukan kepakaran dalam bidang kejuruteraan hidraulik dan juga mekanisme er… mekanikal, guna pam dan sebagainya yang ini memerlukan mereka yang daripada lulusan kejuruteraan. Jadi kita lihat penyelesai kepada masalah ini sebahagian besarnya terdiri daripada kalangan graduan dalam STEM. Kita nak bina bangunan misal contohnya 188 terserlah di itu, 118 yang diilhamkan oleh Bossku tersergam indah sebagai menara yang tertinggi di dunia.

Speaker

Di er… dipanggil menara handphone. [ketawa] Menara telefon bimbit dia macam ini er… apa namanya ini... microTAC dulu.

Okay, terima kasih Dato' Sri Speaker. Kita pergi ke Dubai, Burj Khalifa, tinggi je. Dia tidak terbina begitu sahaja. Ianya terbina dengan kepakaran daripada mereka-mereka yang hebat dari segi kejuruteraan. Bagaimana kita nak menilai bagaimana? Apakah kos yang perlu disediakan untuk membina binaan tersebut? Kita kena dapatkan juruukur bahan untuk mengira setiap komponen-komponen dan meletakkan apa nama... kadar, harga di situ. Jadi maknanya, dia lihat dari segi itu sudah tentulah kita perlukan pakar-pakar ini dilahirkan di kalangan anak-anak tempatan. Bagaimana persenjataan, pertahanan misal contohnya. Kita lihat, kita lalui bila sambutan hari kemerdekaan. Persenjataan, dari segi pertahanan, kereta kebalnya, kapal terbangnya yang er... ini semua memerlukan mereka yang menguasai bidang STEM ini tadi.

Sebab itu, melihat kepada apa yang diperlukan ini, maka pihak kerajaan melalui jabatan atau Kementerian Pendidikan Malaysia telah melakarkan falsafah pendidikan untuk menangani cabaran-cabaran di masa hadapan. Sebab itu, dalam konteks yang dibangkitkan oleh ADUN Beserah ini, ini cukup relevan dan kita mesti mengusahakan supaya sebahagian besar daripada anak-anak kita generasi pewaris akan datang ini akan berminat untuk mengikuti dalam bidang STEM ini dan usaha ini mesti dibuat, pendedahan mesti diberikan. Kita tengok misal contohnya, baru-baru ini di antara usaha yang kita buat, misal contohnya kita dapatkan ikon. Kita panggil Dr. Muszaphar, Angkasawan Malaysia yang pertama pergi. Bagi motivasi untuk membuka minda, bukan sahaja ibu bapa tetapi anak-anak supaya dia nak jadi ikon macam Dr.

Muszaphar ini sendiri. Jadi ini pendedahan yang kita buat, banyak. Maknanya, saya kalau nak baca, maknanya satu persatu... ini er... usaha tapi gambaran umumnya. Dan bagaimana kita er... misal contohnya usaha yang dia buat ini juga dengan komitmen guru-guru yang dalam bidang STEM ini tadi. Memberikan pendedahan dan kita lihat kejayaan-kejayaan mereka.

Saya bagi contoh, misal contohnya. Dalam satu ketika, peperangan yang berlaku di Falklands ya, tahun 1900... tak silap saya 1982 di mana sebenarnya. Ini negara Argentina, Presiden Argentina pada ketika itu, Jeneral Galtieri, dipanggil, telah menceroboh masuk ke Pulau Falklands. Ini dia kata dia claim maknanya dia mengatakan, dia menuntut ini pulau ini dulu ialah kepunyaan Argentina dinamakan Malvinas. Dia tak panggil Falklands Island atau Pulau Falklands, dia bawah ini kerajaan British, di bawah pemerintahan British.

Dia serang masuk dalam. Bagaimana dia buat begitu? Kerana dia menggunakan missile Exocet. missile Exocet ini er... dikeluarkan oleh pakar-pakar pertahanan, jurutera yang hebat, saintis yang hebat mengeluarkan missile, peluru berpandu Exocet dengan kerjasama Britain dan juga Perancis. Lepas itu dia buat tu, dia juallah, jadi Argentina beli, beli yang Exocet missile ini dan bila dia nak menyerang, dia guna Exocet missile, dia serang tu...

Speaker

Lama lagi ke? Baru cerita ni. Kita ni baru cerita missile ni. [ketawa]

Tak, saya nak bagi contoh.

Speaker

Minta maaf Yang Berhormat, teruskan.

Apabila dia buat serangan, masa itu pulau telah ditawan oleh Argentina dan dia menembak kapal terbang-kapal terbang Britain ini tadi dengan menggunakan Exocet missile ini. Banyak kapal terbang Britain jatuh, tumpas... kerana apa? Dia gunakan satu pengesan dipanggil heat seeking, dengan izin. Haba dia guna, jadi serombong tu nozel belakang, peluru berpandu tu dia akan ikut tu, dia tembak. Banyak kapal terbang ini apa nama Britain yang er... terkenalah. Tetapi kelebihannya, setelah dibuat kajian, maknanya tentera dan pihak kerajaan Britain telah mengumpulkan semula saintis ya, ini saya nak beritahu penyelesaian.

Saintis, bagaimana nak menangani perkara ini? Maka mereka telah mencipta pula dipanggil ini apa nama ini decoy. Maknanya bila ini tentera Argentina tembak ini peluru berpandu missile Exocet itu, dia pula ada satu kaedah decoykan, dia tembak pula. Maknanya dia macam bunga api gitu. Jadi missilenya tadi melencong dan tersasar, tidak terkena pada kapal terbang. Siapa yang menyelesaikan? Maknanya warga Britain juga maksud saya bila kita dalam keadaan tertekan termasuk dalam pertahanan, kita perlukan orang kita. Kita tidak boleh mengharapkan dari pihak luar. Sebab itu, dalam konteks seumpama ini, jangka masa panjangnya penting, cukup

strategik. Kita mesti membuat kempen dan usahakan supaya anak-anak pelajar kita yang duduk di sekolah rendah dan sekolah menengah ini akan ada kecenderungan untuk memilih subjek STEM ini tadi sebagai pilihan mereka.

Ini yang saya nak nyatakan. Dan apakah bukti kejayaan ini? Buktinya saya nak maklumkan, antaranya ialah kejayaan anak-anak pelajar kita yang telah merangkumi atau merangkum anugerah yang hebat ya. Sekolah Menengah Agama Al-Maarif, sekolah pertama Pahang yang mewakili Malaysia dalam First Global Challengers 2025 di Panama City. Sekolah ni sekolah menengah agama bantuan kerajaan di Bukit Goh dan di kalangan 190 buah negara ini tadi, sekolah menengah agama ini Johan Video Storytelling Award ya [Ahli Dewan menepuk meja] dan ini telah meletakkan Malaysia dalam kalangan 190 tu tadi 86, tangga ke 86. Hebat jugalah maknanya Pahang kita ni. Ini saya nak bagi tahu ini, maknanya apakah...

Speaker

Maknanya Yang Berhormat, itu baru orang Bukit Goh pergi ya? Belum orang Benta lagi.

Hehe, takpe. Tapi orang Lanchang apa kurangnya? Tapi orang Jelai lagi...

Speaker

Boleh bagi 3 minit lagi tambahan.

Orang Jelai lagi hebat.

Speaker

3 minit lagi tambahan.

Okay... okay. Ini macam hogoh sekali dua bulan, hogoh dua kali empat bulan, eh nak hogohlah ni. Senang ceritanya, hogoh je lah kan? Banyak senang kerja. Dua bulan bonus alahai. Dan saya nak bagi tahu tiga pelajar Orang Asli. Sekolah Kebangsaan Permatang Keledang, Pekan ini daripada kalangan suku kaum Jakun telah masuk pertandingan International Robot Olympiad Ke-26 di Korea di Busan, Busan ni. Train to Busan. Dan mereka telah mendapat pingat emas dalam Junior Creative Category (Technic) di International Robotic ini apa nama, competition tersebut dan juga kita lihat SJKT Ringlet, Cameron Highlands. Ini ADUN Sabai yang angkat tangan. Sebenarnya kawasan ADUN Tanah Rata. Tapi maknanya dua-dua ya. SJKT Ringlet. Pasukan Robotic STEM dalam menyertai WINSTEM 2025 peringkat antarabangsa di Pusat Sains Negara pada 22 November baru ini, dapat empat anugerah emas dan satu anugerah gangsa. Hebat SJKT Ringlet dan keberhasilan ini dia banyak lagi ya. Saya nak maklumkan, banyak lagi. Ini hasil daripada dedikasi para-para guru, jurulatih dan pelajar itu sendiri.

Yang Berhormat Dato' di-Pertua, mencelah kejap. Saya nak tanya Wakil Kerajaan dan mungkin nak share juga dengan Wakil Kerajaan. Ada seorang pelajar di Sekolah Menengah Tinggi Tanjung Gemok di kalangan pelajar Asli telah ditawarkan ke Universiti United Kingdom baru-baru ini. Untuk makluman, terima kasih.

Alhamdulillah, mari kita lihat bahawasanya apabila anak-anak pelajar kita melihat rakan-rakan sebaya mereka, peer group dia, dengan izin berjaya dapat mewakili negeri dan negara dan bersaing dengan mereka-mereka daripada negeri, negara maju dan kita berjaya meraih kejayaan sebagai johan, meraih kejayaan dapat anugerah pingat emas dan sebagainya. Ini adalah di antara pendekatan yang paling realistik untuk menggalakkan anak-anak kita, untuk memilih bidang STEM ni dan bidang STEM ni adalah bidang yang cukup strategik untuk negara dan juga er... masyarakat. Jadi insya-Allah, saya rasa ni ADUN Beserah, itu di antara langkah-langkah yang kita ambil, insya-Allah.

Speaker

Sila. Okay kita bagi ADUN Beserah, lepas tu ADUN Luit ya.

Soalan tambahan Dato’ Sri Speaker. Saya sebenarnya ragu-ragu nak tanya ni sebab takut pukul 1.00 kita tak berhenti rehat ni kang. Tapi sebab ini penting macam mana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, adalah untuk bagaimana kaedah yang terbaik, yang kita… soalan saya sebenarnya nak menjurus kepada, bagaimana kita nak ambil langkah yang boleh menarik minat anak-anak kita ni supaya menceburkan atau mengambil bahagian di dalam STEM ini? Kerana banyak institusi yang kita bina, er... terutama sekali yang berkaitan dengan, dengan STEM ini, kurang mendapat tarikan dan minat sehingga sampai kepada kurangnya murid atau pelajar pelatih yang… yang menyertainya sehingga menyebabkan perkara ini menjadi satu masalah. Kita dah bina banyak kemudahan infrastruktur tapi pelajar tak ada, tak berminat.

Jadi ini yang sebenarnya kita nak tekankan supaya er... kerajaan negeri membantu Kementerian Pendidikan untuk menyalurkan pelajar-pelajar kita ini sama-sama terlibat di dalam STEM. Ini soalan yang sebenarnya saya nak tengok, langkah yang kita ambil. Tadi dah sebut dah satu, kebetulan panggil ikon. Satu langkah yang baik untuk nak cetus minat mereka. Langkah-langkah lain yang boleh membantu, untuk menarik minat ni. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Saya tadi nak bagi gambaran. Langkah-langkah yang diambil oleh ataupun membayangkan apakah sebenarnya matlamat kita. Mengapa perlunya dan relevannya kepada mata pelajaran STEM ini. Ini bukan semata-mata er... baru ni

terletak di Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan atau pihak kerajaan semata-mata, tapi kita rasa, penting demi masa depan negara, negeri dan er... masyarakat kita.

Langkah-langkah dia memang banyak sebenarnya. Saya kalau boleh inisiatif peringkat sekolah rendah, seawal peringkat sekolah rendah murid di seluruh negeri Pahang sama ada di luar bandar mahupun luar bandar dan pedalaman telah didedahkan kepada pelaksanaan Fahaman melalui Rekabentuk (KmR). Ia dipanggil Kefahaman melalui Rekabentuk, dipanggil KmR, Modul 6.1 TS25. Modul… modul ini mengintegrasikan empat komponen utama STEM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Melalui pendekatan pembelajaran berbentuk inkuiri, berbentuk projek dan aktiviti hands-on. Ini tadi yang saya katakan.

Pendekatan KmL… KmR ini bertujuan membina asas pengetahuan, nilai dan kemahiran modal insan STEM secara terancang. Setiap tahun karnival KmR turut dianjurkan di semua sekolah sebagai platform untuk murid mempamerkan inovasi serta mempersembahkan hasil projek mereka kepada masyarakat dan pihak berkepentingan. Inisiatif di peringkat sekolah menengah, bagi murid sekolah menengah semua di negeri Pahang tanpa mengira lokasi melaksanakan Program Junior STEM A ataupun JuSA A bagi murid tingkatan 1, 2 dan 3.

Program ini dirangka khusus untuk membangunkan potensi murid ke arah STEM A sebagai persediaan untuk peningkatan enrolmen tingkatan 4 dan tingkatan 5. Usaha ini bertujuan memastikan peningkatan enrolmen STEM sebanyak tiga hingga 5% setiap tahun sekali gus menyediakan anak-anak Pahang untuk memasuki pasaran pekerjaan dalam bidang teknikal, sains, teknologi, kejuruteraan, matematik dan sektor tenaga mahir yang berkaitan. Untuk tahun 2026, negeri Pahang telah menetapkan sasaran enrolmen STEM seramai 3,419 murid dengan keseluruhan sasaran dan enrolmen STEM negeri sebanyak 56%.

Rancangan tahun 2026. Fokus kepada luar bandar dan pedalaman. Beberapa inisiatif baharu turut dirangka khusus untuk memperkukuhkan penglibatan murid terutamanya dari kawasan luar bandar dan pedalaman. Program Mini Teater STEM misal contohnya. Program ini akan melaksa… dilaksanakan melalui kolaborasi bersama Persatuan STEM Kebangsaan dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di bawah pimpinan Professor Emeritus Dato' Dr. Rohani binti Idris. Program ini bertujuan membangunkan kemahiran berfikir secara saintifik, analitik dan kritikal, seterusnya melahirkan inovasi dalam projek serta produk. Sebanyak 38 buah sekolah di negeri Pahang akan terlibat dalam program ini.

Kemudian kita ada Program Pertandingan IMPBPro Peringkat Negeri Pahang. Program ini melibatkan murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 bagi memupuk kemahiran berfikir kreatif, kritis dan inovatif melalui penghasilan projek atau produk. Pertandingan ini dijadualkan berlangsung pada 14 April 2026. Program School Tour Skor A+ SPM Pahang 2026. Program ini merupakan usaha kolaboratif antara Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Yayasan Abdullah dan PTTI dan memberi tumpuan kepada Mata pelajaran Matematik dan Sains. Program ini melibatkan semua murid tingkatan 5 di 198 buah sekolah menengah seluruh Pahang dan pelaksanaannya akan bermula pada 19 Januari 2026.

Program KmR, PBL Junior STEM A (JuSA) Pahang. Program ini melibatkan rintis 20% murid tahun 4 sekolah rendah di Pahang yang mempunyai pencapaian yang baik dalam matematik dan sains untuk menarik minat murid-murid memilih STEM A semasa di sekolah menengah melalui pertandingan penghasilan produk atau bahan

daripada bahan-bahan semula jadi atau bahan terbuang yang dikitar semula. Sebagai… jadi ini, ini di antara beberapa pendekatan yang kita buat. Itu, itu maksud saya tadi. Ya, yang… yang kita buat maknanya kita seriously. Bukan saja kita er... melengkapkan program.

Tapi sebenarnya ini Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, er... sahabat saya Yang Berhormat ini ADUN Beserah, ini pendedahan. Sebab itu kita buat placement. Mengapa kita ada placement? Bila kita buat Kursus Vokasional misal contohnya TVET, mengapa kita letakkan dia bagi pendedahan industri supaya dia lihat. Saya rasa YB, YB er… Beserah ini dulu merupakan seorang yang er... ni, ini diberi tanggungjawab dari segi human resource ya, saya difahamkan begitu.

So modal insan merupakan satu subjek yang rapat dengan hati dia, sanubari dan kita tahu kadang-kadang disclosure misal contoh. Mengapa kita hantar pelajar-pelajar kita ke China? Untuk belajar mengikuti apa nama? Dalam bidang Kejuruteraan Rel. Sebab kita ada ECRL kan kita ada ECRL, so kita pergi, 30 pelajar kita hantar ke er... China. Daripada UCYP dan 30 orang pelajar pulak daripada PSDC, kita pergi tengok. Bidang dia apa? Elektronik, bidang kejuruteraan, bidang ini landasan kereta api dan sebagai-sebagainya. Dia bagi pendedahan. Begitu juga anak-anak kita.

Saya yakin misal contohnya kita ada loji-loji air yang berterabur kalau ikutkan. Mana loji-loji yang ada, yang ada di seluruh negeri. Kalau kita bawa anak-anak pelajar ini melihat ini loji air. Ini cara kita proses air, ambil daripada sungai, masuk ke sini, kita masuk, tengok proses tu. Dia akan timbul minat dan di situ akan tengok “Oh, begini caranya”. Kemudian kita tengok bangunan. Macam mana terserlah bangunan? Tengok ada foundation dia, dia ada asas dia. Kita tengok bagaimana dia er... kita ada kerja-kerja cerucuk. Kita ada ni apa kerja-kerja piling, er... cerucuk la. Maknanya kita tengok, lihat, tengok. Pakai yang topi keras tu, tengok. Masya-Allah ini, “Oh, I wan’t to become an engineer one day”.

Kita bawak ke… ke… ke hospital, tengok doktor merawat. Oh dia nak jadi doktor satu hari. Pendedahan ni. That's why enquiry. Dia minat. Sebab tu dalam pendekatan seumpama ni tadi kita masuk pertandingan, kita bagi pendedahan insya-Allah dah tu kita lihat ikon-ikon yang hebat ni tadi. Lihat bagaimananya kita membina jambatan misal contohnya. Bagaimana kita membina kapal, misal contoh, bagaimana kita melihat pendedahan anak-anak terhadap Kejuruteraan Aeronautical misal contohnya, dengan izin. Yang ini yang bagi pendedahan.

So sebab itu dalam konteks seumpama ni… ni Yang Berhormat Beserah, kita pelbagaikan. Dan saya tahu rakan-rakan daripada er... Ahli-ahli Dewan, banyak yang bila dia mohon sekolah buat lawatan teknikal ke situ ke sini, pertanian robotik, kita banyak. Saya rasa rakan… rakan-rakan yang ada dalam barisan kerajaan berbuat demikian. Apatah lagi sahabat saya yang bertanggungjawab ni tentang sains teknologi ini, ADUN Peramu Jaya, sentiasa memberi penekanan.

Petrosains misal contohnya. Petronas yang yang er... menaja Sekolah Kebangsaan ini… Keledang er... di kalangan orang asli. Bukanlah saya ya… Permatang Keledang. Permatang Keledang. YB Dato' Sri SS mentang-mentang dia orang Pekan, dia terus betul ke saya. Tapi terima kasihlah.

Speaker

Eloklah dia tolong betul, supaya tak salah.

Speaker

Eloklah dia tolong betulkan…

Speaker

Supaya tak salah.

Ya betul. Sebenarnya kita ni tidak. Ego kita. Kadang-kadang ego kita ni kalau kira orang nak betulkan, jadi kita rasa eh... terancam… tidak. Sebenarnya usaha yang baik, terima kasih Dato’ Sri Setiausaha Kerajaan Negeri yang membetulkan. Maknanya Permatang Keledang ya. Jadi saya rasa itu di antara jawapan saya. Kalau boleh, boleh teruskan lagi tak de hal.

Speaker

Saya…

Saya kira dua jam boleh lagi.

Speaker

Saya ingat kita pergi soalan seterusnya.

Bukan apa kalau saya cakap Dato’ Sri? Kalau cakap pasal ni i’m so passionate dengan izin, mana cerita pasal kita kena lahirkan doktor, jurutera. Bukan sahaja jurutera, jurutera dan semua disiplin. Satu hari kita nak tengok pelancaran roket kita. Kita ada pelancaran, dekat Pekan ni tempat pelancaran roket ni. Bukan main-main, tak main makna kira-kira cerita ni. Banjir-banjir jugalah, sikit ni. Kita selesaikan dak bagaimana nak selesai masalah banjir. Kita perlukan jurutera, jurutera civil…

Speaker

Jangan, Yang Berhormat. Janganlah lancar roket masa banjir. [Ketawa]

Eh tak dah hal, tak ada pasai pulak sebab apa roket tu ke atas.

Speaker

Tak... tak.

Kita nak tembak bulan tu hah [Ketawa] Hah itu.

[Ahli Dewan ketawa]

Speaker

Masa…

Tembak ke atas bukan ke bawah [Ketawa]

Speaker

Masa banjir…

Speaker

Tak bolehlah, nak lancar…lancar masa tak banjir. Boleh?

Eh… boleh. Dia memang sesuai. Dia sebenarnya, dia kita… kita tengok gini masa musim tengkujuh. Ada dia kata apa… apa nama slide the wave adakan…

Speaker

Yang Berhormat, seminit lagi Yang Berhormat. Seminit lagi.

Okay. Tak maksudnya bila ada… bila ada suasana, dia sebenarnya ada ramai kegilaan. Dalam keadaan cuaca, misal contoh yang mencabar, kita tengok ombak yang tinggi. Ada yang nak main ni surfing tu sebab dia perlukan ombak yang besar.

Bagi orang yang tak biasa, dia takut. Begitu juga mangsa banjir. Sebenarnya kita akan menguji… menguji bot-bot amfibia, menengok bagaimana kesediaan kita. Dan sebenarnya tadi nak betulkan masa banjirlah kita kena tengok ini apa nama... masa banjir kita kena tengok di mana ada tersumbatnya air. Masa tulah baharu kita tahu sistem saliran ni perlu ditambah baik. Macam kita buat atapkan, oh… tengok, kita… kita ganti atap. Masa bila kita nak tengok ni efficiency dia, masa hujan lebatlah baharu bocor.

Speaker

Ni Yang Berhormat. Boleh?

Okay. Terima kasih. [Ahli Dewan ketawa] Jadi saya rasa, insya-Allah. Terima kasih banyak Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Yang Berhormat ni tak boleh sentuh sikit, bila ada tajuk baharu dia ulas, bila ada tajuk baharu dia ulas. Lain kali saya tak nak sentuh dah. Kita pergi kepada soalan seterusnya. Soalan nombor 3, Wakil daripada Padang Tengku.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Soalan saya nombor 3.

[Kerajaan Persekutuan telah mewujudkan Kampung MADANI dan Sejati MADANI sebagai mekanisme pembangunan kawasan luar bandar.

Nyatakan komuniti atau kampung-kampung MADANI yang telah menerima manfaat dari program ini di setiap daerah seluruh negeri Pahang dan implikasi kewangan yang dibelanjakan oleh kerajaan bagi melaksanakan program tersebut.

Sejauh mana program ini berjaya meningkatkan taraf ekonomi penduduk kampung atau komuniti berkaitan.]

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua dan penghargaan juga kepada Yang Berhormat Padang Tengku yang mengemukakan soalan nombor tiga berkait dengan Program SejaTi MADANI dan juga Kampung Angkat MADANI. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, kedua-dua program ini adalah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan ekoran daripada pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 2024 yang dibentangkan pada 13 Oktober 2023.

Syukur juga kita kepada Allah SWT, program ini telah melibatkan juga negeri kita Pahang Darul Makmur apabila Jabatan Perdana Menteri telah melantik Pejabat Pembangunan Luar Bandar sebagai urus setianya dan juga agensi-agensi kerajaan persekutuan telah dilantik sebagai er… boleh kita katakan jabatan yang menjadi ayah

angkat kepada program berkenaan. Kalau dirujuk kepada Program SejaTi MADANI. Program SejaTi MADANI ini yang telah diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk er... sehingga 20 November 2025, dia telah melibatkan boleh kata seluruh daerah di negeri Pahang Darul Makmur ini. Yang melibatkan kos sebanyak RM39,312,359 juta. Jadi diagihkan kepada Kuantan sebanyak 75 kelulusan, di Raub sebanyak 65 kelulusan, di Jerantut sebanyak 47 kelulusan, di Maran sebanyak 48 kelulusan, di Rompin sebanyak 46 kelulusan, di apa namanya… Temerloh sebanyak 35 kelulusan, di Pekan sebanyak 31 kelulusan, di Lipis sebanyak 27 kelulusan, di Bentong sebanyak 24 kelulusan, di Cameron er..., di Bera sebanyak 11 kelulusan, manakala di Cameron Highlands sebanyak dua kelulusan. Ia membawa jumlah kepada 411 kelulusan.

Manakala berkait dengan Kampung MADANI... Kampung Angkat MADANI. Kampung Angkat MADANI ini juga sebagaimana yang saya sebutkan tadi adalah diuruskan… diurussetiakan oleh kerajaan persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang disalurkan urus setianya Pejabat Pembangunan Luar Bandar dan kampung-kampung yang telah dikenal pasti diagih kepada jabatan… Jabatan Kerajaan Persekutuan untuk menjadi apa… jabatan angkat kepada kampung berkenaan.

Pada 2024, dia telah melibatkan kos sebanyak RM2,500,000.00 ataupun RM2.5 juta kepada Kampung RPS Betau, Lipis dan Kampung Batu Balak, Jerantut, Kampung Chengal... Chengal Lempong, Kuantan dan Kampung Orang Asli Relai, Pekan. Manakala pada tahun 2025, 13 buah kampung yang terlibat di negeri Pahang Darul Makmur yang melibatkan kos sebanyak RM1 juta. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Dato' Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Soalan tambahan Dato’ Sri Speaker. Er… saya… apa yang saya dapatilah ya tumpuan kepada komuniti. Banyak yang komuniti JPKK. Saya nak tahu kuota ataupun penglibatan yang boleh diberikan supaya dapat penglibatan yang lebih menyeluruh. Umpamanya kumpulan komuniti belia, kumpulan-kumpulan wanita. Kalau boleh dapat dimaklumkan, ditentukan berapakah kumpulan-kumpulan ini yang mendapat faedah daripada Skim SejaTi MADANI. Begitu juga dengan selain daripada SejaTi MADANI berkaitan dengan pertanian dan sebagainya. Ekonomi, tapi ada juga satu lagi iaitu sekolah… Sekolah Angkat MADANI. Kalau boleh dimaklumkan juga apakah kriteria pemilihan yang dibuat kepada Sekolah Angkat MADANI dan juga Kampung MADANI ni. Terima kasih.

Seperti yang saya sebutkan di awal tadi. Program ni sebenarnya di bawah Jabatan Perdana Menteri yang disalurkan melalui Pejabat Pembangunan Luar Bandar ataupun SDO yang mereka ini akan berurusan dengan apa namanya pejabat daerah dan lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti. Adapun berkaitan dengan soalan tambahan? Kumpulan sasar, belia ataupun wanita. Saya juga telah menyemak Pejabat Pembangunan Luar Bandar. Mereka ini boleh untuk menyertai ataupun memohon Program SejaTi MADANI sebagaimana JPKK yang mohon. Cuma setakat ini sebahagian besarnya Program SejaTi MADANI ini dipohon oleh JPKK, amat minima persatuan-persatuan belia ataupun persatuan-persatuan wanita yang mengemukakan permohonan kerana mungkin syarat-syarat ataupun apa namanya er... ketetapan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Jabatan Perdana Menteri itu yang

menyebabkan mereka agak apa rasa er… jauh untuk mendapatkan... untuk memohon Program SejaTi MADANI itu daripada pihak kementerian. Ada pun Program Sekolah MADANI, saya mohon untuk jawab secara bertulis kerana dia berkaitan dengan Kementerian Pendidikan dan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Dato’ Sri, soalan tambahan.

Speaker

Sila.

Err… terima kasih.

Speaker

Satu soalan tambahan saya bagi.

Terima kasih Dato’ Sri Speaker, terima kasih Yang Berhormat Exco. Jadi dalam kita membincangkan SejaTi MADANI ini, Program SejaTi MADANI ini kita lihat bahawa inisiatif yang dibuat oleh kerajaan pada hari ini adalah untuk membantu komuniti setempat untuk mencari keuntungan dan juga memastikan kelangsungan ekonomi di setempat. Cuma soalan saya ada keadaan-keadaan tertentu di mana Projek SejaTi MADANI ini mengalami kerugian ataupun tak menjadi. Bela lembu, lembu mati err… tanam kacang, kacang tak hidup ataupun baharu ni saya ada dimaklumkan ada yang buat frozen tapi gagallah. Maknanya terpaksa jual peti, jual barang-barang jualan tersebut kerana gagal untuk berjaya dalam Projek SejaTi MADANI ini. Jadi soalan saya apa tindakan kerajaan terhadap mereka yang tidak berjaya ni. Adakah mereka akan dikenakan bayaran balik. Dan juga mungkin dikenakan tindakan seperti auditing kita audit kerugian mereka atau bagaimana? Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih. ADUN lantikan yang mengemukakan soalan tambahan. Sebenarnya memang saya sendiri menengok pejabat daerah dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Luar Bandar mengadakan auditing ke lokasi yang terlibat dan memang ada betul mereka yang gagal. Sebab... sebab itulah kalau kita rujuk kepada soalan Padang Tengku tadi yang menjadikan kumpulan sasar belia dan juga wanita agak silu untuk memohon kerana setiap benda yang dia belanjakan itu dan dia usahakan itu akan disemak kembali oleh Jabatan Perdana Menteri melalui pejabat... jabatan-jabatan kerajaan yang menjadi keluarga angkat dia itu tadi. Kalau PLB, PLBlah, kalau Pejabat Daerah... Pejabat Daerah lah, kalau Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan lah. Jadi berbalik kepada mereka yang gagal tu tadi.

Saya yakin pihak kementerian khususnya Jabatan Perdana Menteri akan memberikan penelitian melalui Pejabat Pembangunan Luar Bandar supaya benda ini diberikan apa, er... apa namanya satu pertanggungjawaban. Adakah nak diberi sekali lagi ataupun itu penyudahnya. Dia tak dapat nak beri diberi... diberi peruntukan tambahan, tetapi sebaliknya mereka yang berjaya akan diberi anugerah. Contohnya Kampung Desa Murni Sanggang, Dato' DO ya Desa Murni Sanggang. Dia berjaya Desa Murni Sanggang ni. Sebab itu kita tengok Yang Berhormat Semantan senyum sebab berjaya.

Apa namanya Desa Murni Sanggang ni dia daripada program SejaTi MADANI dan Kampung MADANI ini tadi dan mereka berusaha sedaya mungkin dan mereka diberi perhatian diberi motivasi untuk meneruskan usaha-usaha murni ini. Jadi, saya mengambil kesempatan terutamanya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan yang memperkenalkan dasar SejaTi MADANI dan Kampung Angkat MADANI ini.

Dan juga saya nak maklum kepada Dewan sebelum 2023 ni 2022, Kerajaan Negeri Pahang juga telah memperkenalkan Program TRUST. Program TRUST ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri yang telah mengemukakan idea supaya agensi-agensi kerajaan PKNP, LKPP, Yayasan Pahang, YP Nivea, ASPA dan sebagainya. Jadi apa namanya agensi angkat kepada kampung-kampung di dalam negeri Pahang ni. Tujuan yang sama untuk membantu apa namanya kampung-kampung di luar bandar sana. Bagi mengangkat taraf ekonomi mereka, pendidikan mereka dan juga usaha-usaha mereka di dalam membangunkan kampung dan individu masyarakat yang ada di setempat. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.

Speaker

Okay, kita pergi kepada soalan seterusnya. Soalan nombor 4. Wakil daripada Cheka.

Terima kasih Speaker saya kemukakan soalan nombor 4.

[Apakah dasar kerajaan negeri dalam membangunkan loji waste-to-energy di Pahang sebagai sebahagian agenda tenaga boleh diperbaharui, serta bagaimana projek ini menyumbang kepada sasaran pengurangan karbon, keselamatan tenaga, dan manfaat jangka panjang kepada rakyat negeri?]

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam Pahang 1st, salam maju terus Pahang. Terima kasih kepada Cheka kerana telah mengemukakan soalan yang sangat baik. Untuk makluman Sidang Dewan, kerajaan negeri mengadakan kerjasama bersama dengan kerajaan persekutuan dalam menguruskan hal sisa... pelupusan sisa pepejal dalam negeri Pahang. Dan kita telah mengguna pakai Akta 672, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Kerajaan Negeri Pahang kita telah bersama-sama dengan kerajaan persekutuan dengan tidak lagi untuk menambah ataupun membuka tapak pelupusan yang baharu selepas ini dan menjelang tahun 2040.

Dan kita juga, kerajaan negeri juga telah mengambil tindakan telah merancang dan telah mengambil tindakan membangunkan untuk membangunkan fasiliti pengurusan sisa pepejal kepada tenaga atau kita namakan bahasa orang putihnya waste-to-energy dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Yang pertama kita adakan di Gebeng, Kuantan yang kita jangkakan berkapasiti 1,000 tan sehari. Pelupusan sampah dan lokasi kedua fasa dua, yang kita cadangkan adalah di Temerloh, Pahang. Bagi merealisasikan hasrat-hasrat ini, kita kerajaan negeri juga telah meluluskan tapak seluas 35 hektar bagi pembinaan fasiliti dan juga sebahagian lagi untuk digunakan sebagai tapak pelupusan sementara.

Dan selain daripada itu juga, selain daripada dua fasiliti yang kita cadangkan ini, kita juga akan melaksanakan pembinaan transfer station di setiap daerah-daerah seperti daerah Rompin, Pekan, Maran, Jerantut, Bentong, Raub dan Lipis, sebab Temerloh Kita akan bina untuk fasa kedua. Dan kerana setakat ini kapasiti sampah di daerah Kuantan, kita bina dulu di Kuantan ini kapasiti sampah yang ke hari-hari kita buang ni 600 tan perday untuk makluman Cheka. Dan keperluan WtE adalah 1,000 tan sehari. Maknanya transfer session kita akan bina di Maran. Kita akan bina di Pekan dan Rompin untuk memastikan sampah yang dihantar ke loji WtE nanti 1,000 tan sehari.

Dan susulan dengan itu saya nak berkongsi sikitlah Tuan Yang di-Pertua, saya telah mengadakan lawatan ke negeri China kerana kita ingin belajar daripada orang-orang yang dah berjaya ni kerana sebab apa kita pergi ke China dan ke sebelah kita menilai kerana kita dapati bahawa sampah yang dilupuskan di negeri China ni lebih kurang macam kita juga. Dia berair rumah tu dia dan dilupuskan. Dan sampah yang dilupuskan di negeri China ni di Zhuhai yang kita lawat ni dia mengeluarkan lebih kurang 3,000 hingga 4,000 tan sehari sampah dilupuskan. Kita ni baharu 600 je. Tapi di China ni dengan penduduk yang ramai, dia 6,000, 4,000 tan.

Kalau 4,000 tan tu, dia adalah kawasan pelupusan sampah secara terbuka. Saya ingat berapa hari berapa tahun je dah penuh dah negeri China, tetapi dengan teknologi yang ada tu, saya pergi ke sana dengan delegasi daripada Kerajaan Negeri Pahang dan dia sangat impressive sangat mengkagumkan kita. Sebabnya untuk makluman ADUN Cheka kita pergi ke sana, kita tengok kapasiti keluasan dia 3,000 tan sehari dan dia juga dapat menjana tenaga elektrik dan hasil-hasil sampingan seperti pasir, biofuel dan juga bata binaan. Dan yang paling saya kagum lagi air yang dikeluarkan tu air yang jernih. Dia dah ada terus dalam tu, dalam sistem tu supaya air dilepaskan keluar tu air bukan leached lagi air jernih dan dilepaskan kepada alam sekitar dia. Dan di samping itu juga kawasan tu dia loji tu dia takde bau langsung. Bila kita masuk je takde bau, macam bau kat Gebeng tu takde la kita masuk nanti ada masalah boleh ikut saya pergi lawat sekali ni. Kita masuk tu dia takde.

Dan di negara China ni ada loji-loji yang memenangi arquitectura award. Dia menang award kerana pembinaannya sangat cantik, bukan macam di Tioman. Bukan macam yang loji insinerator tu bukan je satu loji yang sangat cantik dan berteknologi tinggi dan yang paling impressive lagi ada lawatan-lawatan daripada sekolah-sekolah, tadika-tadika yang boleh datang melawat dan kawasan dalam loji tersebut sangat cantik. Dato’ Sri sahabat saya daripada Benta dia kata, selain daripada lawat roket tu, lawat tu ini, WtE pun salah satu perkara yang masa depan kita bersama. Dan loji yang kita cadang ni mestilah yang akan satu-satu kita buat di Pahang ni yang untuk memastikan pelupusan kita dapat lupuskan dengan cara yang paling baik.

Dan untuk makluman Sidang Dewan juga hasil lawatan tersebut, kita dapati bahawa pelepasan hasil sampingan selepas pembakaran terbuka udara dia menepati piawaian yang diletakkan oleh EU ni, EU dia menepati piawaian-piawaian yang ditetapkan oleh

EU. Tiada pelepasan tu yang... yang tak ada membahayakan. Dan seperti contohnya, bau pun tak ada, gas-gas beracun pun tak ada. Maknanya tak macam biasa. Kalau pengurusan sampah ini dia ada methane gas, dia karbon... ada karbon monoksida, ada karbon dioksida, ada nitrogen oksida. Tapi di pelan ini dia telah dikawal. Tak ada bau dan tak ada apa. Memang sangat, sangat apa mengkagumkanlah dan kalau boleh kita nak laksanakan itu di negeri Pahang melalui dengan kerjasama err... Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Untuk makluman Sidang Dewan juga, untuk makluman soalan tadi dan dengan penggunaan teknologi WtE ini. Kita dapat mengurangkan kebergantungan kita kepada tapak pelupusan yang menghasilkan gas. Dan kita dapat menyokong pelaksanaan dasar karbon rendah negara. Maknanya Low Carbon Cities Framework (NDC) Yang Berhormat Tuan di-Pertua dan kita dapat memberi peluang-peluang pekerjaan baru kepada penduduk-penduduk setempat dalam sektor teknologi hijau dan tenaga yang boleh diperbaharui dan pengurusan sisa secara pintar.

Dan juga kita dapat menambah sumber tenaga domestik yang mampan dan boleh diperbaharui dan mengurangkan kebergantungan kepada import bahan api. Ya, kalau kita Waste to Energy ini kita tukar dia kalau 1,000 tan per day, sehari tu, dia boleh menjana 15 hingga 20 megawatt, 15 hingga 20 megawatt dan kalau setahun itu boleh dapat menjanakan hasil lebih kurang dalam RM5 hingga RM6 juta lah. Mana kalau kita jual kepada TNB ni.

Dan untuk, selain daripada itu, kita dapat juga mengelakkan limpahan tapak pelupusan dan tadi kita namakan leached, bau dan sebagainya dapat yang memberikan risi... risiko kepada kesihatan dan juga kepada alam sekitar dan ini dapat meningkatkan lagi hidup melalui pers... persekitaran yang lebih bersih dan juga yang berteknologi moden. Di samping itu juga, kita dapat melaksanakan program-program kesedaran rendah karbon bersama dengan tadika-tadika, sekolah, komuniti dan juga sektor-sektor swasta.

Dan kita juga menggalakkan inisiatif komuniti seperti urban farming, car free day dan juga program kitar semula. Selain daripada dua inisiatif ini yang kita nak cadangkan ini dengan tapak err... pemindahan transfer station yang akan dibina di daerah-daerah lain dengan fungsi sebagai lokasi terimaan dan seterusnya daripada transfer station itu akan dihantar kepada WtE dan kita berharapkan WtE ini akan menjadi satu perkara yang memajukan negeri Pahang pada masa akan datang, insya-Allah. Terima kasih.

Speaker

Sila, saya bagi satu soalan tambahan.

Err... isu besar kita di ASEAN bukan Malaysia saja ialah masalah kelembapan sampah kita yang terlalu tinggi dan dia memerlukan satu er... satu proses untuk prarawatan sebelum dihantar ke WtE. Jadi er... isunya ada dua, satu kita... kita hanya mengeluarkan lebih kurang 600 tan sehari. Keperluan kita ada 1,000 bermakna kita terpaksa tambah 400 tan daripada luar dan analisa kita dapati selain daripada Kuantan, Indera Mahkota di seluruh Pahang ini tak sesuai bina WtE kerana jumlah sampah yang sikit yang tak cukup dan ini dihadapi oleh Singapura.

Singapura berdepan dengan masalah sampah yang tidak cukup untuk dibekalkan kepada WtE dia. Jadi, itu masalah pertama menyebabkan kos dijangka akan meningkatkan kos transport untuk bawa sampah daripada luar untuk dihantar ke loji bagi menampung keperluan 400 tan sehari dan ini saya rasa mungkin telah diambil kira oleh pihak kerajaan dalam isu ini. Cuma persoalan saya ialah er... bagaimana untuk kita mengatasi kesan daripada WtE yang berlaku juga di Singapura ialah masalah perlu satu tapak pelupusan debu. Setelah ia dibakar dan bukan satu tapak pelupusan, kita sebenar nak tutup tapak pelupusan yang sedia ada tapi dengan WtE ini dia menghasilkan sisa juga dan sisa ini juga perlukan tapak untuk pelupusan dan er… apakah pihak kerajaan telah ready ke arah itu? Terima kasih.

Ucap terima kasihlah kepada Cheka mengurus, mengemukakan soalan tambahan yang sangat baiklah dan untuk makluman kita ini di, di Pahang kita akan buat 1,000 tan itu dia dua line, dua line 1,000 tan di mana di Pahang ini dikeluarkan 600 tan saja. Sebab kita nak buat dua line, Dato' Sri Speaker sebab kita takut satu line itu rosak. Jadi dia macam back uplah. Jadi dia akan jalan 24 jam satu line itu dan dia satu line dan di mana kita lawat ke China ini sebenarnya sebab sampah dia sama macam kita.

Dia, dia lembap dan berair. Kita ini orang Malaysia ini dia masa kita, masih kita, apa segregate apa mengasingkan sampah ini, kita tak macam Jepun lagi. Kertas lain, botol lain, itu lain tapi kita ini semua kita masukkan dalam satu plastik, kita buang. Jadi kita lebih kurang sama macam sana. Makna dia ambil sampah tu dia terus hantar ke tempat pelupusan dan ada leached. Akhirnya jadi leached yang tanah air hitam macam berlaku di Gebeng itu. Jadi untuk mengatasi macam ini kita melalukan… melakukan lawatan penanda aras. Kita nak tengok apa yang cadangan-cadangan sebelum ini kita tengok daripada Jepun punya teknologi Jepun itu, kita tengok.

Tetapi kita tengok yang China ini adalah yang paling sesuai sekali. Dato' Sri tahu dalam untuk pembakaran dia temperature dia itu 1,000… 1,000 darjah celcius. Maknanya kalau masuk kita ini memang tak ada rentung, terus hilang tinggal pasir saja. Maknanya masuk itu dia, dia pengurusan sisa tu dia buat dengan kita nampak, kita masa kita buat lawatan tu kita nampak. Dia alih sampah di sana. Lepas itu kita nampak air leached itu banyak. Itulah sampah yang paling atas itu dimasukkan dalam apa loji pembakaran itu. Semua terbakar.

Dan apa yang Dato' Sri beritahu itu betul, akhirnya akan jadi debu. Jadi teknologi baru ni Dato' Sri termasuk dengan debu-debu itu sekali diuruskan. Maknanya bukanlah kita dan [tak jelas] dekat situ tepi itu tak boleh. Kita nak pakai ini teknologi yang terkini. Kita bercadang merancang untuk menggunakan pakai teknologi yang ditawarkan adalah teknologi yang terkini daripada pembuat. Teknologi ini dia original, dia bukan yang orang-orang apa syarikat-syarikat lain, bukan. Dialah yang mencipta teknologi itu yang sekarang diguna pakai di seluruh negeri China ini termasuk di Shanghai, bandar-bandar moden ini. Jadi kita nak guna ini kita nak buat di Pahang ini kalau boleh. Ini nak laksanakan di sini termasuk yang Dato' Sri beri tahu ini debu itu. Ini yang sampah itu kita akan gunakan transfer station dan kita buat 1,000 tan itu adalah line itu dua supaya dia apa kita boleh bakar 24 jam satu line itu. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Soalan seterusnya er... soalan nombor 5. Wakil daripada Kuala Semantan.

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato' Sri Speaker. Soalan saya nombor 5. Terima kasih.

[Berapakah jumlah pesakit mental di negeri Pahang, berikan perincian mengikut daerah, apakah punca-puncanya dan bagaimana pendekatan yang diambil oleh pihak kerajaan bagi mengawal penyakit mental di kalangan rakyat?]

Dato’ Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Terima kasih kepada sahabat daripada Kuala Semantan yang bertanya… bertanyakan berkenaan dengan jumlah pesakit mental di Pahang ini dan perincian mengikut daerah dan punca-punca serta pendekatan yang diambil oleh pihak kerajaan.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Pesakit yang dirujuk dan menerima rawatan ini kes baru di Klinik Pakar Psikiatri Negeri Pahang dalam tempoh lima tahun bermula pada tahun 2020 hingga ke 2024 seperti berikut ya.

Pada tahun 2020, seramai 1,721, 2021 - 1,791, 2022 - 1,972, 2023 - 2,508 dan 2024 - 3,076 pesakit dan perincian er... mengikut daerah pada tahun 2024. 2024 ini paling tinggilah. Pada 2024 untuk kes baru di Bentong ada er… 30... 300... 304, di Lipis 78, di Pekan 241, di Temerloh 79... 709... 709, di Kuantan 1,214, di Rompin 72, Muadzam Shah 57, Jerantut 74, Bera 86, Jengka dan Maran 70, Raub 29, Cameron Highlands ada 42. Berdasarkan laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan dapatan saringan antara punca-punca masalah er... kesihatan mental ataupun dan penyakit mental ini ialah satunya kerana tekanan hidup dan juga ekonomi. Ini termasuklah kos sara hidup yang meningkat, pengangguran dan juga hutang isi rumah.

Yang keduanya, masalah keluarga dan juga hubungan sosial. Itu termasuk konflik rumah tangga, perceraian dan juga kekurangan sokongan emosi. Manakala masalah ketiganya adalah berkaitan dengan masalah kesihatan kronik dan juga bencana. Jadi ada di antara pesakit ini yang menerima mendapat penyakit yang tidak berjangkit (NCD) seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang contohnya yang penyakit yang tidak berjangkit ini juga memberi kesan dan boleh menyebabkan masalah mental, tekanan kepada mental dan kesan juga. Ada juga yang masih terkesan dengan era pasca COVID-19, banjir dan juga kehilangan harta benda.

Faktor keempat ialah masalah persekitaran dan sosial. Ini termasuklah stigma masyarakat, keterasingan sosial serta kaedah penyalahgunaan dadah. Jadi, kerajaan negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah melaksanakan pelbagai inisiatif, komprehensif bagi mengukuhkan kesihatan mental rakyat termasuklah yang pertamanya pengukuhan saringan dan promosi kesihatan mental. Pelaksanaan saringan awal melalui National Health Screening Initiative atau Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan dan MyMinda di klinik kesihatan serta program outreach ke sekolah, tempat kerja dan juga komuniti disokong Kempen Let's Talk Minda Sihat, ini

untuk program sekolah dan juga World Mental Health Day. Ia bagi mengesan risiko tekanan keresahan dan kemurungan secara awal.

Dan err... sehingga Mei 2025, sejumlah 34,727 saringan individu di seluruh negeri Pahang telah disaring... disaring dan daripada 34,727, seramai 541 telah dirujuk untuk intervensi lanjut dan daripada jumlah 541, 70 orang telah disahkan mempunyai penyakit mental. Yang keduanya dari segi pemantauan... pemantapan maaf, pemantapan perkhidmatan fasiliti kesihatan itu menempatkan 26 orang pegawai psikologi kaunseling di klinik kesihatan di semua daerah di negeri Pahang ini dan perluasan perkhidmatan psikiatri secara visiting secara lawatan err... di err... di 12 hospital negeri.

Ketiganya, Pengembangan Perkhidmatan MENTARI, Pusat Perkhidmatan Pusat Kesihatan Mental Komuniti (MENTARI) di Hospital Tengku Ampuan Afzan di HOSHAS di Temerloh kemudian di Hospital Bentong, Hospital Lipis dan di Hospital Pekan. Kemudian ke Klinik Kesihatan Bandar Mentakab dan juga Klinik Kesihatan di Balok. Di Pahang menyediakan intervensi komuniti, rawatan susulan dan juga sokongan pemulihan secara holistik supaya pesakit tidak hanya bergantung kepada rawatan di hospital.

Keempatnya, pendekatan psikososial berasaskan komuniti iaitu wujudkan Program Komuniti Minda Sihat atau K-Mindset iaitu memperkasakan ketua-ketua komuniti dengan pengetahuan dan kemahiran asas untuk meningkatkan kesedaran, mengurangkan stigma dan membantu individu berisiko di kalangan komuniti; dan kelimanya, peningkatan keupayaan peningkatan keupayaan petugas di barisan hadapan yang ni kakitangan staf err... seperti Sokongan Kesihatan Mental dan Psikososial, Mental Health and Psychosocial Support ni dan juga MySAVE disediakan untuk memastikan petugas lebih bersedia menangani isu kesihatan mental terutamanya semasa krisis dan juga bencana.

Dan keenamnya, kerjasama strategik antara agensi itu jalin kerjasama dengan agensi kerajaan dan juga swasta serta NGO termasuklah Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Agama Islam Pahang, Polis Diraja Malaysia, Bomba dan juga Angkatan Pertahanan Awam dalam promosi kesedaran dan dalam promosi kesedaran advokasi dan juga program komoditi dan yang ketujuhnya, adalah akses bantuan segera dengan menyediakan Talian HEAL 15555 ini Help with Empathy and Love bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 malam yang dikendalikan oleh kaunselor daripada Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai talian sokongan krisis yang memberi khidmat nasihat intervensi awal dan rujukan profesional kepada individu yang memerlukan.

Jadi, secara kesimpulannya, berasaskan dapatan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023 menunjukkan bahawa masyarakat masalah kesihatan mental di Malaysia ini termasuk di negeri Pahang telah meningkat berbanding tahun 2019 dan pendekatan ini menggambarkan bahawa beban kesihatan mental semakin ketara di kalangan komuniti dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti tekanan sosial dan ekonomi serta kesan daripada pandemik COVID-19. Jadi, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang percaya bahawa kesejahteraan mental merupakan asas kepada produktiviti keharmonian dan juga sosial serta kemakmuran negeri.

Oleh itu, pelaburan dalam kesihatan mental bukan sahaja satu agenda kesihatan awam tetapi juga pelaburan jangka panjang untuk masa depan rakyat dan pembangunan negeri Pahang yang sejahtera serta mampan.

Speaker

Okay, ada soalan tambahan?

Tuan Hassanuddin bin SalimPAS · PNKuala Semantan

Err... apakah... terima kasih kepada Dato’ Sri Yang di-Pertua dan juga jawapan yang panjang lebar daripada Dato’ Exco. Soalan tambahan saya, apakah terdapat pusat-pusat jagaan swasta untuk pesakit mental di negeri Pahang? Jika ada apakah ada bantuan tertentu daripada pihak kerajaan kepada pusat-pusat jagaan seperti ini? Terima kasih.

Dato’ Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, untuk jawapan tambahan ini saya tidak ada data ketika ini. Jadi, insya-Allah saya akan kemukakan dalam bentuk bertulis.

Speaker

Okay, kita pergi soalan..

Yang Berhormat Yang di-Pertua, sakit mental ini isu yang agak apa ni menarik jugalah. Saya nak tanya satu soalan, adakah dalam pecahan statistik jantina lelaki atau perempuan paling ramai sakit mental dan kedua, tahun berapakah yang paling ramai yang sakit mental? Dan adakah juga mereka yang main game ini, taksub main game ini dikategorikan salah satu sakit mental dan yang keempat ialah err... apa nama err... terlupa la yang keempat ni.

Speaker

Tiga cukuplah Yang Berhormat.

Tapi penting sebenarnya.

Speaker

Tiga cukup lah.

Cukup ya? okay cukup dulu. Baru ingat.. Adakah rekod tertentu pesakit-pesakit mental yang berakhir dengan bunuh diri? Terima kasih.

Dato’ Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Err... Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, sepatutnya ni tanya dekat Rompin boleh ni. [ketawa] Err... soalan tak ingat apa sangat, banyak sangat soalannya. [ketawa] Oh, perempuan ya? Lelaki, perempuan?. Saya tak dibekalkan data berkenaan dengan bilangan mana banyak lelaki dan perempuan err... insya-Allah saya akan bagi maklumat kemudian.

Nama seterusnya ni apa nama pesakit mental adakah ditemui pengakhirannya dengan bunuh diri? Ada statistik tak? Kemudian tahun berapakah yang paling ramai dikesan atau direkodkan pesakit mental tu?

Dato’ Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Err... saya tidak ada jumlah berapa yang bunuh diri kerana sakit mental tapi saya percaya benda itu ada yang berlaku dan jumlah yang tinggi sekali saya dimaklumkan tadi untuk negeri Pahang adalah pada tahun 2004 iaitu ni kes baru sebanyak 3,076.

Speaker

Okay Yang Berhormat, kita pergi kepada soalan seterusnya, kita pergi kepada soalan nombor enam. Sebelum tu, saya nak mengalu-alukan kehadiran wakil daripada DUN Pelangai empat orang, wakil daripada DUN Guai lima orang, wakil daripada DUN Teruntum ya, ini pemerhati kita pada hari ini empat orang, kemudian DUN Batu Talam dua orang dan pelajar-pelajar Pahang Lead seramai 10 orang. Okay, kita pergi ke soalan seterusnya soalan nombor enam. Wakil daripada Tras.

Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Soalan saya soalan nombor 6.

[Pada sesi Dewan yang lepas, pihak kerajaan telah memberi pencerahan hala tuju Pelaburan Perusahaan Automotif Negeri Pahang berkenaan penggunaan teknologi enjin elektrik (EV) dan hidrogen. Pada masa yang sama kerajaan negeri melalui Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan institusi yang lain telah bekerjasama dengan pihak RISDA membuat penyelidikan penggunaan susu getah yang boleh ditukar kepada tenaga hijau yang baharu yang boleh menggantikan Petrol dan Diesel (Biofuel) tanpa menghasilkan karbon.]

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato’ Sri Speaker dan terima kasih kepada rakan ADUN di kawasan Tras yang bertanyakan soalan nombor sembilan. Soalannya adalah seperti berikut... maaf... soalan... soalan nombor enam. Soalannya adalah seperti berikut. Pada sesi Dewan yang lepas, pihak kerajaan telah memberi pencerahan hala tuju Pelaburan Perusahaan Automotif Negeri Pahang

berkenaan penggunaan teknologi enjin elektrik dan hidrogen. Pada masa yang sama, kerajaan negeri melalui Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, UMPSA dan institusi yang lain telah bekerjasama dengan pihak RISDA membuat penyelidikan penggunaan susu getah yang boleh ditukar kepada tenaga hijau yang baharu yang boleh menggantikan petrol dan diesel melalui kaedah biofuel tanpa menghasilkan karbon. Soalannya, apakah perkembangan terkini teknologi ini dan bagaimana teknologi ini boleh membantu ekonomi Pahang pada masa hadapan?

Jawapannya, kerajaan negeri melalui kerjasama antara Universiti... Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, RISDA dan beberapa agensi teknikal sedang memperkukuh penyelidikan berkaitan teknologi penukaran susu getah kepada biofuel mesra alam. Kajian makmal awal menunjukkan potensi tinggi getah asli sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui yang mampu menggantikan bahan api fosil seperti petrol dan diesel konvensional tanpa menghasilkan pelepasan karbon.

Untuk makluman Yang Berhormat, pihak UMPSA telah mencadangkan proses pyrolysis dengan izin sebagai kaedah penyelidikan bagi kajian penghasilan biofuel getah ini. Pirolisis adalah proses pemecahan haba sesuatu bahan organik dalam ke... dalam ketiadaan gas oksigen dan digantikan dengan gas nitrogen sebagai gas lengai ataupun inert dengan izin. Proses pirolisis ini akan hasilkan 3 produk utama yang terurai iaitu pertamanya, biochar dalam bentuk pepejal ataupun solid, kedua bio-oil ataupun biofuel dalam bentuk cecair, dan ketiga gas.

Dijangkakan hasil daripada proses pirolisis getah skrap akan berjaya menghasilkan biofuel untuk kegunaan jentera diesel pengalir arus elektrik, Carbon Black dengan izin dan gas yang boleh digunakan semula sebagai bahan tenaga haba untuk proses pirolisis secara kitaran. Perkembangan pembangunan teknologi baharu hasil penyelidikan ini dijangka akan memberi manfaat kepada seramai 47,464 pekebun kecil di negeri Pahang melalui peningkatan nilai ekonomi hasil getah serta peluang untuk melonjakkan harga getah di pasaran.

Dengan adanya pembangunan teknologi ini, harga getah dijangka cenderung melonjak naik dan mampu memberi nilai tambah kepada industri getah Malaysia. Dari aspek ekonomi pula, teknologi ini dilihat amat berpotensi untuk terutamanya meningkatkan nilai tambah sektor getah dengan mewujudkan pasaran baharu bagi susu getah tempatan. Kedua, menarik pelaburan teknologi hijau ke Pahang, dan ketiga menyokong agenda negeri dan juga negara dalam, dalam hal ehwal rendah karbon serta memperkukuh kedudukan Pahang sebagai hab teknologi hijau dan automotif masa depan. Kerajaan negeri akan terus membantu perkembangan penyelidikan ini dan mempertimbangkan pelaksanaan perintis sebaik hasil kajian mencapai tahap kesiapsiagaan teknologi yang sesuai.

Akhirnya, hasil biofuel ini dapat kita gunakan untuk kenderaan dalam negara khususnya negeri Pahang insya-Allah. Terima kasih.

Speaker

Sila, soalan tambahan.

Dengan adanya pelbagai teknologi automotif di pasaran seperti er... kenderaan elektrik, EV, hidrogen atau er... dengan alasan pengurangan pelepasan karbon,

manakala untuk kepentingan ekonomi kuasa-kuasa besar yang lain melalui pemain-pemain industri minyak petroleum yang berasaskan hidrokarbon.

Jadi soalan saya, apakah dasar dan strategi serampang dua mata Kerajaan Negeri Pahang bagi mengimbangi suasana yang tidak ketentuan ini dan hala tuju negeri Pahang supaya teknologi biofuel hijau yang berasaskan susu getah ini dapat memain peranan kepada sektor automotif di negeri Pahang dan juga dapat membantu pekebun-pekebun kecil di negeri Pahang. Terima kasih.

Terima kasih er... rakan ADUN Tras yang bertanyakan soalan tersebut. Buat masa ini, kita masih tunggu hasil kajiannya. Sementara itu, kita akan cuba perhebatkan stesen-stesen caj EV yang akan dibangunkan di seluruh negeri Pahang. Ada beberapa syarikat yang berminat untuk bangunkan stesen-stesen EV tersebut seperti Evolt dan beberapa syarikat lain. Er... mudah-mudahan ini dapat er... meningkatkan jumlah kenderaan elektrik yang ada dalam negeri Pahang. Tapi kita perlukan insentif dan juga subsidi daripada kerajaan persekutuan. Sebagai contoh, duti eksais dan duti import yang tidak dikenakan pada kenderaan EV harus dikekalkan. Saya dimaklumkan akan tamat akhir tahun ini.

Selain itu, kita sedia maklum, PETRONAS akan... akan membangunkan Projek Carbon Capture dan Storage. Projek ini bakal bermula er... tahun hadapan insya-Allah, dan first injection ataupun suntikan pertama ke dalam telaga minyak yang sudah dipakai akan dimasukkan pada tahun 2029 itu targetnya insya-Allah, er... di mana, apa ini... apa ini, pengeluaran karbon daripada industri-industri yang banyak mengeluarkan gas CO2 seperti simen seperti besi, kita ada banyak kilang besi di Pantai Timur ini.

Dan kilang ini disyorkan untuk menangkap er... gas CO2 ataupun gas karbon dioksida dan menghantarkan gas ini secara paip ke Project Carbon Capture dan Storage, PETRONAS ya, dan, gas CO2 ini akan dipaipkan kepada Telaga Minyak Duyong yang sudah dipakai dan akan disimpan er... selama-lamanya. Selain itu, secara semula jadi, kita pun telah apa ini, pihak Pejabat Hutan pun telah melakukan pelbagai inisiatif untuk tanaman semula pokok yang mana ia dapat menyerap karbon dioksida secara semula jadi. Terima kasih.

Speaker

Okay, kita pergi ke persoalan seterusnya. Soalan nombor 8, ADUN Panching. Er... soalan nombor 7. Minta maaf ADUN Semambu.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Terima kasih Dato' Sri Speaker soalan saya nombor 7.

[a. Berapa penerima Kad Kesihatan Kasih Makmur sehingga 2025 mengikut kawasan Dewan Negeri?

b. Adakah pihak kerajaan negeri akan buka untuk permohonan lagi pada tahun ini dan tahun depan?

c. Adakah kerajaan negeri boleh mempertimbangkan penggunaan kad kesihatan di farmasi juga selain daripada klinik?]

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan juga kepada sahabat daripada Semambu yang bertanyakan er... soalan berkaitan dengan Kad Kesihatan Kasih Makmur. Er.. terdapat tiga pecahan soalan yang akan ditanyakan berkaitan dengan er... kad tersebut. Yang pertamanya adalah berapa penerima Kad Kesihatan Kasih Makmur sehingga 2025 mengikut kawasan Dewan Negeri?

Bagi jawatan... jawapan untuk pertanyaan tersebut, peterima... penerima Kad Kesihatan Kasih Makmur pada tahun 2025 adalah seramai 21,000 orang er... melibatkan 42 kawasan Dewan Undangan Negeri dengan pecahan 500 orang penerima untuk setiap DUN. Dan sehingga Oktober 2025, jumlah penerima bantuan mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri adalah seperti yang saya akan sebutkan sebentar lagi, di mana untuk DUN Tanah Rata adalah er... 499 orang, ini er... angka ini adalah merujuk kepada penerima ya. Dan berbaki 1 orang lagi. Sekiranya Yang Berhormat ingin menambah boleh membuat tambahan. Dan untuk Jelai ada er... penuh 500 orang dan Padang Tengku ada 497 orang, er... Cheka 500, penuh, Benta 484, Batu Talam 500, Tras 495, er... Dong 493, Tahan 407, Damak 500 penuh, Pulau Tawar 431, Beserah 500, Semambu 500, Teruntum 500, Tanjung Lumpur 500, Inderapura 489, Sungai Lembing 500, Lepar 500, Panching juga 500, Pulau Manis 489, Peramu Jaya 484, Bebar 485, Chini 499, Luit 469, Kuala Sentul 480, Chenor 490, Jenderak penuh 500, Kerdau 496, Jengka 493, Mentakab 492, Lanchang penuh 500, Kuala Semantan 500, Bilut 500, Ketari 499, Sabai 500, Pelangai 492, Guai 485, Triang 500, Kemayan 500, Bukit Ibam 488, Muadzam Shah 498 dan Tioman 474. Kepada Wakil-wakil daripada DUN ini bolehlah memenuhkan kuota tu. Kita tak kisah masa ya, boleh je untuk memenuhinya. Sebabnya kita tengok ada yang tak ramai. Ada juga yang hampir 100 lagi.

Dan pada tahun 2025, untuk jawapan yang seterusnya ya, pada tahun 2025, kerajaan negeri melalui kuota DUN telah membuka permohonan dan jumlah penerima Kad Kesihatan Kasih Makmur adalah sebanyak 37,046 orang melibatkan pecahan seperti berikut. Untuk kuota DUN 21,000 dan untuk JKM 16,046 orang. Manakala bagi tahun 2026, terdapat penambahan kategori penerima baharu kepada veteran angkatan tentera dan pesara polis berumur 60 tahun ke atas berjumlah 10,000 penerima.

Dan untuk soalan yang seterusnya. Adakah kerajaan negeri boleh mempertimbangkan penggunaan kad kesihatan di farmasi juga selain daripada klinik? Er… untuk masa sekarang kerajaan negeri sedang dalam kajian untuk memperluaskan penggunaan kad kesihatan ini ke farmasi-farmasi dalam negeri Pahang dengan mengekalkan objektif pelaksanaan program iaitu farmasi sebagai kumpulan pelengkap kepada klinik panel dalam membekalkan ubat-ubatan atau supplement dan lain-lain keperluan perubatan yang bersesuaian, yang mungkin stok pembekalan adalah terhad dan tidak mencukupi di klinik panel. Sekian, terima kasih.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Soalan tambahan Dato' Sri Speaker. Terima kasih atas jawapan terperinci daripada YB Exco Wakil Kerajaan Negeri. Cuma er... persoalan saya ialah untuk

memaksimumkan penggunaan Kad Kasih Makmur ini, adakah pihak kerajaan negeri boleh mempertimbangkan untuk menetapkan harga siling untuk setiap kali penggunakan ini untuk menerima rawatan di klinik? Sebab kadang-kadang saya menerima aduan daripada pengguna bahawa harga konsultasi ataupun dengan izin, consultation price di setiap klinik berbeza. Adakah pihak kerajaan negeri untuk mempertimbangkan er... meletakkan harga siling untuk setiap kali rawatan di klinik? Terima kasih.

Terima kasih kepada sahabat. Sebenarnya setiap kad itu ada RM500.00 dan terpulang kepada pengguna, nak habis cepat ataupun habis lambat dan bergantung kepada keperluan mereka untuk mendapatkan rawatanlah dan kita tidak meletakkan had yang tertentu untuk mereka dan juga untuk mendapat khidmat nasihat pun kita tidak menetapkan. Cuma kita membenarkan penggunaan sehingga RM500.00. Sekiranya tahun ini tak habis, dia tidak boleh dibawa ke tahun hadapan dan penerima pada tahun ini akan menerima di tahun hadapan dengan jumlah yang sama RM500.00. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Sila. Ada lagi soalan tambahan?

Ya. Dato' Sri Speaker, er... saya rasa Kad Kesihatan Makmur ni adalah salah satu inisiatif yang mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat khususnya untuk mendapatkan rawatan di klinik-klinik yang disenaraikan. Saya dapati ada penerima kad kesihatan ini yang telah menerima kad tetapi tidak menggunakannya. Boleh tak dapat data tentang penggunaan kad kesihatan ini dalam kalangan penerima kad berkenaan? Terima kasih.

Terima kasih kepada sahabat daripada Sabai. Okay, saya akan berikan jawapan yang bertulis mengenai peratusan penggunaan kad ini tetapi untuk makluman secara… secara kasarnya kita pengguna ini hampir kepada 90% penggunaan dan ialah kad ni sakit, ada masa dia orang tak sakit. Sebab itu kita ada dalam perbincangan, untuk kita menyebarluaskan ke farmasi sekiranya ada keperluan lain tentang ubat ini. Sekiranya kita boleh mengambil vitamin ataupun susu-susu kesihatan ataupun pampers yang tidak ada dibekalkan oleh klinik panel. Itu di dalam perbincangan kita sekarang inilah.

Speaker

Ya sila.

Yang Berhormat Dato' Sri, terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya ini didatangi oleh beberapa orang yang yang sakit gigi, yang takde gigi. Dia tanya kad ni boleh pakai untuk gigi tak? Saya tanya je, saya boleh tanya je dekat meja makan tu tapi orang sakit gigi ni seluruh negeri ada. Jadi soalan ni elok saya tanya dalam Dewan ni. Terima kasih.

Speaker

Boleh ditanya, sesuai.

Terima kasih kepada sahabat daripada Luit. Itu termasuk dalam perbincangan sahabat. Sebabnya kita ada membincangkan tentang farmasi dan juga untuk klinik gigi. Cuma yang kita menjadi kebimbangan kita adalah kad tersebut nilainya RM500.00. Nak buat gigi ni mahal sebenarnya, insya-Allah. Ataupun mungkin boleh RM500.00 dan selebihnya ditanggung sendiri oleh pesakit. Itu yang sedang kita bincangkan. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih, kita pergi soalan seterusnya. Kita nak minum pagi. Kalau boleh saya nak selesaikan pada pukul 11.30 ya. Kita pergi ke soalan nombor 8, Wakil daripada Panching.

Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 8.

[Aplikasi PahangGo adalah platform 'ONE STOP CENTRE' yang bermanfaat untuk rakyat Pahang.

1. Apakah pencapaian dan keberkesanan penggunaan platform yang bernilai jutaan ringgit ini?

2. Nyatakan perkembangan terkini aplikasi PahangGo dalam menyampaikan maklumat negeri dengan memanfaatkan potensi kerjasama dengan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)]

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan terima kasih ADUN daripada kawasan Panching atas soalan berkenaan dengan aplikasi PahangGo.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Aplikasi PahangGo merupakan platform digital rasmi Kerajaan Negeri Pahang berkonsepkan One Stop Centre yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan negeri, agensi awam, utiliti dan pihak berkuasa tempatan dalam satu aplikasi mudah alih. Aplikasi ini mula diperkenalkan pada Oktober 2019 dan sehingga kini ia dibangunkan bagi menyokong aspirasi pendigitalan perkhidmatan kerajaan serta memudahkan rakyat berurusan tanpa perlu hadir ke kaunter.

Melalui aplikasi PahangGo ini, rakyat boleh melakukan pelbagai urusan harian seperti pembayaran cukai, utiliti, parkir, zakat dan pelbagai perkhidmatan lain. Aplikasi ini juga berfungsi sebagai gerbang kepada ekosistem digital negeri Pahang melalui integri… integrasi dengan jabatan kerajaan, penyedia perkhidmatan utiliti, institusi agama, perbankan serta agensi-agensi lain.

Selanjutnya berkenaan dengan pencapaian berkaitan aplikasi PahangGo. Saya ingin menyatakan bahawa yang pertamanya, aplikasi PahangGo ketika ini mempunyai lebih 640,000 pengguna berdaftar. Kedua, dari Januari sehingga 30 November tahun ini, hasil kutipan melalui transaksi aplikasi PahangGo telah mencecah RM28,570,401.00 yang menunjukkan bahawa saluran pembayaran digital rasmi kerajaan negeri ini semakin diyakini rakyat.

Ketiga, pertumbuhan transaksi aplikasi PahangGo ini meningkat 5.9% dari Januari hingga November tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu. Keempat, sistem parking digital PahangGo telah diselaraskan di semua 11 pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri ini. Kelima, pada 27 September lalu, PahangGo menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai aplikasi kerajaan negeri dengan ciri mudah alih terbanyak di Malaysia iaitu 97 ciri [Ahli Dewan menepuk meja]. Ini membuktikan bahawa PahangGo menjadi model rujukan kepada banyak negeri dan agensi lain dan selari dengan Aspirasi Pahang 1st. Secara keseluruhannya, PahangGo, aplikasi PahangGo telah menunjukkan pelbagai pencapaian yang memberansangkan melibatkan aspek jumlah pengguna, nilai transaksi, integrasi perkhidmatan serta pengiktirafan nasional. Ia bukan sahaja memudahkan rakyat tetapi turut memperkukuhkan kecekapan perkhidmatan kerajaan negeri dalam era pendigitalan. Berkenaan dengan perkembangan terkini aplikasi PahangGo dalam menyampaikan maklumat negeri dengan kerjasama NADI atau Pusat Sebaran Digital Nasional, saya ingin memaklumkan bahawa melalui perjumpaan saya bersama dengan Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil pada Mac yang lalu, kita bersetuju untuk memperkukuh kerjasama antara PahangGo dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional atau NADI ni di seluruh negeri Pahang.

Justeru, PahangGo telah merangka pelbagai inisiatif termasuk menjadikan NADI sebagai pusat penyebaran maklumat mengenai aplikasi PahangGo serta melaksanakan pelbagai aktiviti latihan bersama komuniti setempat. PahangGo juga sedia menyediakan ruang untuk pembuka... membuka pameran atau sesi meet and greet pelanggan di pusat-pusat NADI apabila terdapat acara bersama dengan masyarakat. Melalui program turun padang seperti ini, masyarakat umum dapat membuat aduan secara terus kepada pihak PahangGo sambil diperkasa dengan ilmu celik digital. Ini seterusnya menggalakkan penggunaan aplikasi PahangGo yang terbukti memudahkan urusan pembayaran kepada agensi dan jabatan kerajaan secara lebih meluas. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.

Speaker

Sekejap, soalan tambahan. Saya bagi satu soalan tambahan.

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Satu aplikasi yang sangat baik bagi saya untuk memudahkan urusan penduduk atau rakyat di negeri Pahang. Soalan saya berapa ramaikah pengguna aktif, active user yang benar-benar menggunakan PahangGo? Kerana biasa kita melihat aplikasi kerajaan ini, pengguna biasanya download sahaja tetapi tidak aktif menggunakan sistem aplikasi kerajaan. Dan sekiranya pengguna aktif ini kurang, adakah kerajaan berhasrat untuk mewujudkan integrasi dengan lebih banyak agensi dan juga insentif digital lain? Terima kasih.

Terima Kasih Yang Berhormat. Saya tak ada data pengguna aktif tersebut. Tapi setakat ni pengguna berdaftarnya adalah 640,000 orang. Tapi memang pertambahan transaksi itu berlaku secara signifikan. Macam angka yang saya sebutkan tadi iaitu meningkat 5.9% dalam tempoh Januari hingga November tahun ini berbanding tempoh yang sama, berbanding tempoh sama tahun lalu dan kerajaan negeri sedia untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi lain dan ianya sudah pasti akan menambah baik mutu perkhidmatan serta keseluruhan transaksi pada masa hadapan. Kita sedia untuk mengkaji serta meneliti kerjasama bersama rakan-rakan strategik melibatkan agensi-agensi lain pada masa depan. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Soalan seterusnya Wakil daripada ADUN Lantikan.

Dato' Wong Tat CheeAhli Yang Dilantik

Terima Kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Saya mengemukakan pertanyaan nombor 9.

[Berapa ramai rakyat Pahang yang sedang mengikuti kursus TVET di kalangan institusi latihan seluruh negara? Apakah jenis latihan TVET yang menjadi pilihan utama mereka?]

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Speaker. Untuk menjawab soalan, berdasarkan kepada data Jabatan Pembangunan Kemahiran, sejumlah 4,365 orang pelatih kelahiran negeri Pahang yang sedang mengikuti program TVET di pusat bertauliah awam dan swasta di seluruh negara. Saya pecahkan data ya. Di Pahang sendiri adalah 2,547 orang, yang belajar di Selangor adalah 664 orang, di Terengganu adalah 235 orang, di Johor adalah 225 orang, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah 213 orang, Negeri Sembilan 194 orang, di Perak adalah 181 orang, di Melaka adalah

167 orang, Pulau Pinang adalah 72 orang, Kedah 51, Kelantan 37, di Perlis 21, Sarawak 19, Sabah 8 dan Wilayah Persekutuan Labuan 1.

Untuk menjawab soalan nombor 2, apakah jenis latihan TVET yang menjadi pilihan utama mereka? Analisis data turut menunjukkan bahawa minat pelatih dari Pahang tertumpu pada bidang-bidang teknikal teras yang mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran pekerjaan. Saya kena pecah juga ni er... 10 program yang mendapat permintaan tertinggi pelatih di Pahang. Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Voltan Rendah (T4) adalah 322 orang, Teknologi Kimpalan (T3) 286 orang, Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik (T3) 228 orang, Pemasangan Elektrik (T2) 173 orang, Penyejukan dan Penyamanan Udara atau aircond (T3) 160 orang, Teknologi Kimpalan (T4) 142 orang, Penyediaan Makanan (T3) 140 orang, Penyediaan Makanan (T2) 131 orang, Pembuatan Roti dan Pastri (T2) 128 orang, Sokongan dan Sistem Komputer 108 orang. Sekian terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya, kita pergi kepada soalan Wakil daripada Tanjung Lumpur.

Dato' Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya kemukakan soalan nombor 10.

[Apakah perancangan kerajaan untuk majukan Pantai Anak Air?]

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan Yang Berhormat Tanjung Lumpur. Kita bersyukur kerana Kuantan memang terkenal dengan persisiran pantai yang cantik. Jadi di sepanjang persisiran ini kita ada banyak pantai yang menarik. Jadi untuk pembangunan di pantai-pantai, dia dijalankan secara berperingkat. Tahun ini, Pantai Kempadang, Pantai Batu Hitam terima peruntukan untuk menaik taraf infrastruktur dan kemudahan. Untuk Pantai Anak Air, dia juga dimasukkan dalam perancangan untuk dibangunkan secara berperingkat. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya. Wakil daripada Tioman. Soalan terakhir.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya mohon menanyakan pertanyaan nombor 11. Terima kasih.

[Apakah tindakan kerajaan dalam usaha membantu mengkomersialkan produk usahawan kecil dan industri desa? Adakah kerajaan mempunyai cadangan bagi menganjurkan kelas atau latihan kepada belia untuk lebih berminat terhadap bidang perniagaan?]

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Terima kasih banyak sahabat saya daripada Tioman. Soalannya, usaha membantu commercialize produk usahawan kecil dan industri desa dan juga cadangan menganjurkan kelas atau latihan.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Kerajaan negeri memang memandang serius terhadap usaha untuk commercializekan produk usahawan kecil dan industry desa agar mereka mampu menembusi pasaran yang lebih luas dan berdaya saing. Agensi di bawah kerajaan negeri dan persekutuan memainkan peranan penting dalam meningkatkan keupayaan. Antara langkah utama yang telah dan juga sedang diambil adalah antaranya kerajaan negeri yang bekerjasama dengan SIRIM melaksanakan program SIRIM Technopreneurship Programme ataupun STeP bagi membantu usahawan khususnya usahawan kecil, meningkatkan kualiti produk, menambah baik reka bentuk pembungkusan serta memenuhi piawaian pensijilan halal.

Usaha ini bertujuan memastikan produk tempatan lebih berdaya saing dan juga potensi untuk dikomersialkan kepada… secara meluas. Penyertaan usahawan dalam pameran Satu Daerah Satu Industri ataupun SDSI di peringkat wilayah, peringkat kebangsaan dan juga peringkat Wilayah Timur juga digalakkan bagi mempromosikan produk berasaskan industri tempatan serta membuka peluang kepada pasaran yang baharu.

Skim Pembiayaan Ekonomi Desa di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah juga menyediakan pembiayaan khusus kepada usahawan kecil dan juga industri bagi mengukuhkan kapasiti perniagaan dan juga keupayaan pemasaran. Melalui sokongan modal yang disediakan SPD membantu mempercepatkan commercializekan produk disediakan agar produk-produk tempatan lebih kompetitif dan mampu menembusi pasaran yang lebih luas. Juga penubuhan Sekretariat Majlis Pembangunan Industri Halal Negeri Pahang (MPIHP) yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar bertindak sebagai pusat sehenti untuk menyelaraskan dasar, pelaksanaan dan sokongan terhadap produk tempatan termasuk produk halal agar industri kecil dan juga desa dapat dicommercializekan secara sistematik. Selain daripada itu, kerajaan negeri turut melaksanakan pelbagai usaha termasuk memperkasakan PMKS halal dan juga eksport halal. Kerjasama strategik antara bersama HDC dan juga penyediaan tapak perlaburan halal seperti Gambang Halal Hub, Gebeng Halal Hub dan juga Bentong Halal Hub dan langkah-langkah ini memberikan secara berterusan matlamat untuk meningkatkan kebolehpasaran produk-produk terutama sekali produk-produk halal di dalam negeri Pahang.

Dan juga Yang Berhormat Dato' Sri Speaker bagi komponen kedua. Soalan berhubung usaha menarik minat belia ke bidang perniagaan. Kerajaan negeri melalui pelbagai agensi turut melaksanakan program latihan antaranya Pahang Skills Development Centre, SME Corp Pahang. FELDA juga sendiri MARA, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang. Juga selain daripada itu, banyak program-program ini bersekitar untuk membangunkan usahawan-usahawan belia yang ingin menceburi peluang sebagai perniagaan.

Yang Berhormat Dato' Speaker,

Kesemua inisiatif ini dilaksanakan secara berterusan bagi mengukuh minat dan penyertaan belia dalam bidang keusahawanan dan pada masa yang sama meningkatkan kebolehpasaran produk tempatan serta yang sama meningkatkan kebolehpasaran produk tempatan serta memperkasakan ekonomi tempatan di luar bandar negeri Pahang. Bukan itu sahaja, kedua-dua komponen ini menunjukkan kejelasan usaha kerajaan negeri dalam membantu usahawan kecil dan juga industri desa dan juga memperkukuhkan kompetensi pemasaran dan juga inovasi juga menyediakan platform dan strategik untuk menarik lebih ramai belia minat di dalam bidang perniagaan. Sekian terima kasih. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kita telah selesai membincangkan 11 pertanyaan dan jawapan. Ianya mengambil masa dua jam enam minit untuk menyelesaikan 11 soalan. Saya sebenarnya tidak. Saya sebenarnya tidak menyekat untuk Ahli-ahli Yang Berhormat untuk bertanya kerana kita nak pastikan bahawa inilah ruang yang diberikan untuk Ahli-ahli Yang Berhormat mengemukakan soalan-soalan tambahan. Selain daripada er... soalan-soalan apa namanya asas, jadi saya bercadang untuk menempohkan persidangan pada pagi ini untuk minum pagi dan persidangan kita disambung semula pada pukul 12.00 tengah hari.

[Persidangan Dewan Negeri ditempohkan]

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat Speaker Dewan Negeri Pahang

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Rang Undang-undang Perbekalan 2026 telah dibentang pada 5 Disember 2025 dan telah dibahaskan pada 8, 9, 10 Disember 2025. Seramai 34 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan.

Ahli-ahli Yang Berhormat,

Pada hari ini, pihak kerajaan akan menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan yang lepas. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum memulakan aturan mesyuarat, saya ingin memaklumkan bahawa pihak Dewan Negeri ada mengedar kepada Ahli-ahli Yang Berhormat cenderahati daripada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang. Maknanya dia nak bercakap, dia edar dulu. Jadi jangan kacau dia bercakap, dia bagi tahu.

Cenderahati tersebut merupakan sumbangan minuman kopi dan kopi oleh Kopi Ladang. Ini nama kopi baharu, Kopi Ladang dari perusahaan tempatan yang beroperasi di Janda Baik, Bentong. Dah lah Kopi Ladang, dari Janda Baik. Dan juga sumbangan minyak masak dari D’Saji oleh Sekretariat Muafakat FELDA Pahang. Terima kasih kita ucapkan. Jadi bolehlah minta isteri kita goreng ikan ya, sebab minyak masak dah dapat. Semoga kita akan terus bersama-sama menyokong dan menaikkan nama industri perusahaan tempatan negeri Pahang.

Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita teruskan atur cara mesyuarat. Untuk itu, dengan sukacitanya, saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang untuk memulakan penggulungan. Silakan.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

[Ayat Al-Quran]. Assalamualaikum wbt, salam Pahang 1st, salam 1FELDA, salam Bentong, Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Ahli-ahli Yang Berhormat…

Speaker

Yang Berhormat, kalau boleh nama itu tak payah sebut.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Tak payah sebut ya, okay. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri. Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pahang…

Speaker

Bukan… bukan saya menyekat, tapi itu aturan mesyuarat.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri. Ketua-ketua Jabatan, rakan-rakan media serta tuan-tuan dan juga puan-puan yang saya hormati sekalian. Saya mulakan dengan serangkap pantun.

Dari Bentong ke bandar Kuantan, Membawa madu lebah tualang, Salam sembah membuka penggulungan, Rakyat didahulukan, kemakmuran dipertahankan.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.

Terlebih dahulu saya merafakkan sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah serta Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas limpah perkenan, kebijaksanaan serta naungan berterusan Tuanku dalam memelihara kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan negeri Pahang Darul Makmur. Sesungguhnya di bawah payung pemerintahan Tuanku, negeri ini terus dipandu dengan kebijaksanaan, keadilan dan kewibawaan yang menjadi teras kepada keamanan serta keharmonian rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya seterusnya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan juga penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar atas kepimpinan luar biasa Yang Amat Berhormat dalam mengemudi negeri Pahang ke tahap prestasi ekonomi dan kewangan yang amat membanggakan. Kejayaan merekodkan kutipan hasil lebih daripada RM1 bilion selama empat tahun berturut-turut bukanlah satu pencapaian yang biasa. Sebaliknya ianya mencerminkan kecekapan tadbir urus, ketegasan kepimpinan serta kebijaksanaan dalam mengurus sumber negeri serta secara berhemah, berdisiplin dan berintegriti.

Lebih membanggakan, di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Pahang turut mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar ataupun KDNK yang melepasi paras nasional. Peningkatan kemasukan pelaburan berbilion ringgit, penurunan kadar pengangguran serta pengukuhan keyakinan pelabur tempatan dan antarabangsa terhadap kestabilan politik dan iklim perniagaan negeri. Kejayaan demi kejayaan antaranya kerajaan negeri menerima Sijil Ketua Audit Negara dengan Pendapat Tanpa Teguran pula mengesahkan bahawa Pahang bukan sahaja berjaya dari sudut pembangunan ekonomi, malah cemerlang dari sudut ketelusan, akauntabiliti dan juga integriti pengurusan kewangan awam.

Inilah asas kukuh yang membolehkan kerajaan hari ini bukan sekadar berbelanja tetapi merancang, melabur dan juga memacu pembangunan negeri secara strategik untuk jangka panjang dengan rakyat sebagai fokus utama.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Berteraskan tema Pahang 1st Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan, Belanjawan Negeri… Belanjawan Negeri Pahang kali ini memperlihatkan tekad jelas kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, kelangsungan perniagaan diperkukuh serta ketahanan ekonomi negeri dipertingkat bagi mendepani cabaran ekonomi global yang semakin mencabar serta landskap pembangunan yang dinamik.

Berpijak di atas landasan kewangan dan prestasi ekonomi yang stabil, kerajaan negeri seterusnya memperuntukkan sejumlah RM10.6 juta di bawah portfolio Hal Ehwal FELDA Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang bagi Belanjawan Tahun 2026. Antaranya RM5 juta diberikan kepada Sekretariat Muafakat FELDA, peruntukan RM5 juta juga untuk Program Usahawan Makmur dan RM600,000.00 Pemerkasaan Koperasi Masjid.

Peruntukan ini mencerminkan keutamaan strategik kerajaan negeri dalam memperkukuh ekosistem ekonomi rakyat yang merangkumi komuniti peneroka FELDA, gerakan koperasi serta usahawan mikro kecil dan sederhana secara menyeluruh, tersusun dan juga berimpak tinggi.

Di bawah peruntukan ini, projek dan inisiatif utama yang sedang dan akan dilaksanakan antaranya memperkasakan syiar Islam di FELDA melalui Majlis Taklim FELDA kemudiannya memperkasakan program pembangunan pendidikan generasi FELDA. Ketiganya, Jelajah Muafakat FELDA dan Klinik Tok Wan. Seterusnya ialah Program Usahawan Makmur dan seterusnya ialah pemerkasaan koperasi masjid dan juga ada beberapa lagi program-program lain yang memberikan manfaat langsung atau tidak langsung terutama sekali kepada komuniti FELDA, koperasi dan usahawan di negeri Pahang.

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang atas peningkatan peruntukan kepada Sekretariat Muafakat FELDA Pahang. Peningkatan peruntukan ini jelas menggambarkan keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar terhadap warga FELDA di negeri Pahang.

Sepanjang sesi perbahasan Belanjawan Negeri Pahang pada kali ini, pelbagai persoalan, pandangan serta saranan telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Portfolio Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan juga Usahawan.

Bagi pihak yang memegang portfolio ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat atas perbahasan yang matang, konstruktif serta berfokus demi kepentingan rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Berhubung persoalan Yang Berhormat Chini berkaitan kebimbangan anak-anak FELDA yang bekerja sendiri dan ketidakmampuan mereka untuk membayar premium tanah di bawah Skim Tanah Rakyat FELDA Pahang (STRF), saya ingin menegaskan

bahawa perkara ini sememangnya diambil serius dan sedang diperhalusi dengan teliti agar tidak membebankan golongan sasaran ini.

Untuk makluman pihak Dewan, STRF ini merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi membantu generasi baharu FELDA memiliki kediaman yang selesa, selaras dengan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kelangsungan masa depan generasi FELDA. Pemberimilikan tanah kerajaan bagi skim ini dilaksanakan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara ataupun Akta 828 dan tertakluk kepada bayaran premium mengikut peruntukan undang-undang semasa.

Yang ini untuk makluman Yang Berhormat Chini, Dato’ Chini. Jangan lupa… janganlah risau dan gundah gulana, balik nanti dah boleh senyum, jumpa kawan-kawan, beritahu bahawa insya-Allah di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sentiasa mengingati warga FELDA, insya-Allah. Walau bagaimanapun, kadar premium bagi STRF masih belum dimuktamadkan dan kerajaan negeri memberi jaminan bahawa kadar yang akan ditetapkan kelak dijangka tidak membebankan serta akan ditentukan pada paras yang berpatutan daripada nilaian pasaran semasa khususnya mengambil kira kemampuan anak-anak FELDA yang bekerja sendiri. Untuk makluman Ahli Dewan, anak-anak FELDA yang berada di dalam FELDA, kita dapat pantau mereka, melihat bagaimana pencapaian-pencapaian mereka. Ada yang kait buah, ada yang dalam bahasa lainnya dalam bahasa pasarnya, minta maaf Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker loading dipanggil er… angkat buah dalam platform hantar naik ke lori er… itu dipanggil loading hantar ke kilang, yang ini ialah pendapatan harian yang perlu kita menilai banyak-banyak perkara ini dapat membantu mereka untuk menyelesaikan serba sedikit permasalahan yang berada di luar sana, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Berhubung persoalan Yang Berhormat Chini juga. Yang Berhormat Chini dia banyak soalan dia. Kalau saya tengok dalam sistem itu saya rasa lebih daripada 25 soalan tapi saya nak jawabkan merangkumi permasalahanlah masuk er… masuk semua sekali insya-Allah. Ini maksudnya pejuang FELDA ini tak habis er… dia anak-anak FELDA dia faham masalah FELDA, dia bagi soalan-soalan insya-Allah.

Dan soalan yang seterusnya, mengenai status pengukuran lot tapak rumah Skim Tanah Rancangan FELDA Pahang bagi FELDA Chini Timur 1, FELDA Chini Timur 3 dan juga Taman Sentuhan Kasih FELDA Timur 2. Untuk makluman Ahli Dewan dan juga Yang Berhormat Chini, permohonan rasmi bagi kerja ukur tapak tersebut telah pun dikemukakan kepada pihak Ibu Pejabat FELDA pada 17 September yang lalu.

Walau bagaimanapun, pihak Ibu pejabat FELDA melalui maklum balas bertarikh 24 September 2025 telah memaklumkan bahawa permohonan ini tidak termasuk dalam pakej fasa 1, pakej awal dah lulus dan telah mencadangkan agar kajian kesesuaian tapak dilaksanakan bersama beberapa lokasi lain sebelum dibentangkan semula di peringkat ibu pejabat. Maksudnya Yang Berhormat Chini er… kita perlu datang balik melihat kaedahnya apakah kaedah untuk kita membuat semula iaitu untuk melalui er… maklum balas yang kita dapat, kita buat kajian dan juga kita menambahkan balik apa yang ada saya sebut itu. Terima kasih.

Saya mohon mencelah Yang Berhormat Speaker. Apa yang saya bangkitkan perkara tersebut yang saya minta untuk er… STRF di Timur 1 dan juga Timur 3 di, di er…

diukur sekali, ini akan memberi peluang kepada masyarakat di Chini terutama generasi baru akan dapat memberi peluang kepada 1,200 er… lot tapak rumah kepada generasi baru di kawasan DUN Chini ini. Jadi, itu yang saya tekankan untuk memberi peluang er… Timur 1 dan juga Timur 3 disekalikan pengukuran. Terima kasih.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih banyak Yang Berhormat Chini. Ini menandakan bahawasanya banyak lagi er… ruang-ruang dan peluang untuk kita membantu masyarakat terutama sekali anak FELDA kalau dikatakan 1,200 pada jangkanya kalau boleh kita nak bagi setiap seorang tapi maklumlah tanah ini tidaklah sebesar mana. Namun kita mengagihkan yang sebaik mungkin namun pihak kerajaan negeri di bawah keputusan er… pihak kerajaan negeri bahawasanya dulu FELDA buat 4,000 kaki persegi, 4,000 er… 4,000 kaki persegi untuk setiap satu lot tapi hari ini kerajaan negeri pun telah memutuskan bersama dengan FELDA kita kurangkan sedikit daripada 4,000, kita jadikan 3,000 kaki persegi supaya nak menambahkan lagi ruang dan juga peluang kepada anak-anak peneroka ini untuk bersama turut serta er… daripada 4,000 kita jadikan 3,000 supaya mereka lagi ramai lagi untuk mendapatkan tanah-tanah ini untuk dijadikan perumahan kepada generasi FELDA ini. Sebab itu, pihak wilayah dan juga er… pihak wilayah dan juga rancangan sedang melaksana tindakan susulan dengan pihak Ibu Pejabat FELDA bagi mendapatkan status pengukuran lot tapak dan juga kesesuaiannya untuk memastikan pelaksanaan ini dapat diteruskan mengikut jadual yang dirancang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Berhubung persoalan Yang Berhormat Kuala Sentul mengenai isu pembahagian lot tanah di Skim Tanah Rakyat STR FELDA Jengka 2. Untuk makluman Dewan, semakan semula telah dibuat berdasarkan kelulusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang Ke-10/2018 bertarikh 14 Mac 2018 di mana setiap peserta hanya diluluskan satu lot sahaja. Kalau dia er… mereka melanggar ini, kita kena jumpa balik untuk berbincang dan juga penentuan lot dibuat secara undian dan juga selaras dengan Arahan Pentadbiran Tanah Negeri Pahang Bilangan 1/2019 bagi das er… bagi dasar serta prosedur pemberimilikan tanah secara berperancangan. Kerajaan negeri akan terus memastikan proses pemberimilikan dilaksanakan secara telus, adil berlandaskan peraturan-peraturan yang telah pun ditetapkan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Berhubung persoalan Yang Berhormat Jengka berkaitan jaminan er…

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Mohon mencelah sedikit Dato’ Sri Speaker.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Ya, silakan.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Dato’ Sri Speaker,

Saya tadi sebenarnya bercadang nak mencelah panjang sedikitlah tapi sebab Dato’ Yang Berhormat Pelangai ini bagi sagu hati, bagi buah tangan er… saya nak tanya sedikit sahaja er… YB Pelangai ini pandai sebelum dia menggulung dia akan bagi.

Speaker

Tapi itu bukan rasuah itu. Itu pemberian. [Ahli Dewan ketawa]

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Walau macam mana pun, terima kasih. Cuma saya nak minta sedikit sahaja YB Dato’ Sri Speaker er… saya boleh tengok Dato’ Sri Speaker lah kurang sedikit ke sebelah sini. [ketawa] Rancangan projek Jengka 2 ini kalau boleh saya nak minta YB Pelangai FELDA revamp projek itu semula dan tengok balik apa yang perlu sebab kalau kita betul-betul ikhlas nak bantu anak peneroka ini, kita kena buat betul-betullah bukan bagi tanah sahaja lepas itu kita tinggal. Lepas itu yang kedua, kalau boleh geran tanah untuk satu lagi kawasan kuarters JKR itu er… luluskanlah dah 20 tahun dah dia orang tinggal situ. Terima kasih.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Sentul. Dia er… selain Dato’ Fakha, muka saya memang dia selalu tengok er… dia Dato’ Fakhruddin. [ketawa] YB Bebar, YB Pelangai. Saya ambil maklum Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker bahawasanya apa yang dijangka er… dikatakan ataupun diusulkan oleh Yang Berhormat Kuala Sentul bahawasanya lot ini… memang ini sedang dalam perhatian pihak kerajaan negeri dan juga FELDA dalam satu usul yang baru, sebab itu kita mewujudkan sistem baru STRFP ini untuk memberikan manfaat kepada lebih kurang yang dah diumumkan lebih kurang 16,035 lot yang telah disiapkan.

Insya-Allah er… pihak kerajaan negeri bersama dengan FELDA akan lebih terperinci melihat bagaimana keadaan ini dapat diselesaikan dengan lebih sempurna. Insya-Allah, pihak PTG pun yang akan membantu untuk menyelesaikan masalah di Jengka 2 ini insya-Allah. Ini er… pemberian tadi itu bukan rasuah seperti Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker sebut ya, dan juga seterusnya penentuan lot juga dibuat secara undian Yang Berhormat ya dengan arahan Pentadbir Tanah er… Negeri Pahang yang itu jangan risaulah maksudnya integriti yang telah pun disusunkan insya-Allah kalau Yang Berhormat boleh bertemu nanti kita akan pergi ke Jengka ini. Saya selalu pergi ke Jengka, Yang Berhormat tak ada pula kan? Insya-Allah, kita akan berhubung nanti di dalam er… Stadium Jengka itulah, insya-Allah.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Sebelum datang bagitau awal sedikitlah, jangan terjah sahaja. [ketawa]

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

[Ketawa] Terima kasih banyak Yang Berhormat. [ketawa] PM tepilah er… PM tepi, PM tepi.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Bukan nak er… nak siap makan ikan patin ke apa semua er... terima kasih. [Ketawa]

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Tak apa saya bawa ikan patin kepada Yang Berhormat nanti insya-Allah. Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker berhubung persoalan Yang Berhormat Jengka tadi, dia er… minta maaf Yang Berhormat Jengka lambat sampai ditahan oleh Kuala Sentul kan. Jadi saya bagi tahu ada minyak masak tadi insya-Allah.

Berhubung persoalan Yang Berhormat Jengka berkaitan jaminan hak peneroka FELDA yang telah menerima geran serta dakwaan kawalan pembelian hasil sawit oleh FGV. Sebab itu hari ini saya bawa minyak ini er… minyak sawit FGV ini. Ini hasil FGV ini kan iaitu untuk makluman Dewan Yang Mulia, sehingga kini seramai 41,834 peneroka FELDA Pahang yang telah menerima geran hak milik. Manakala baki 1,292 peneroka atau kira-kira 3% daripada keseluruhan 43,126 peneroka dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya menjelang penghujung tahun 2025 ini atau sebelum pertengahan 2026 tertakluk kepada penyelesaian isu-isu terpencil, insya-Allah. Itu statement.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Silakan.

Saya ingin mencelah sedikit. Terima kasih kepada Wakil Kerajaan er… apa Pengerusi Portfolio FELDA ini. Saya ingin ucapkan terima kasihlah kerana penantian geran-geran untuk er… lot-lot FELDA Selendang 1 dan Selendang 2 alhamdulillah telah selamat diserahkan. Terima kasih kerajaan negeri.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih banyak er… terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan sebab itu saya nak maklumkan lagi 3% tetapi insya-Allah pada 16 Disember nanti 2025 ini dijadualkan Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Peneroka Gugusan Lepar Utara er… Lepar er… Lepar Utara melibatkan seramai 672 orang peneroka dan

seterusnya akan diadakan Majlis Penyampaian di Gugusan Selancar seramai 425 peneroka. Ini menjadikan baki hanya 195 peneroka bersamaan kurang 1% sahaja yang belum menerima geran. Kita nak ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Pahang kerana telah… [Ahli Dewan menepuk meja] berikan tindakan yang very... sangat-sangat agresif untuk memastikan hak-hak peneroka ini terjamin, insya-Allah.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, berhubung isu sawit, harga sawit dan juga peranan FGV. Kerajaan negeri telah mendapatkan penjelasan susulan proses penyah... penyahsenaraian FGV daripada Bursa Malaysia. Dimaklumkan bahawa FGV sedang melaksanakan penstrukturan semula operasi secara menyeluruh bagi memastikan pulangan pendapatan yang lebih konsisten kepada FELDA serta manfaat yang lebih adil kepada peneroka.

Untuk makluman Ahli Dewan, harga pasaran minyak mentah MSM setakat 24 November 2025 berada sekitar RM4,041.50 satu tan dan juga unjuran harga purata MSM, dengan izin bagi tahun 2025 kekal pada paras yang baik iaitu antara RM3,900.00 sehingga RM4,450.00 satu tan. Ini menunjukkan bahawa asas harga komoditi adalah kukuh dan juga berpotensi memberi pulangan yang lebih baik kepada peneroka. Untuk makluman Ahli Dewan juga, FGV menggunakan harga gred A ataupun harga gred yang terbaik berdasarkan harga panduan harian buah tandan segar ataupun dengan izin BTS oleh MPOB mengikut wilayah. Justeru, usaha pemerkasaan ini akan memastikan peneroka mampu mencapai gred berkualiti tinggi bagi memaksimumkan pendapatan mereka.

Sebab itu kita di kerajaan negeri dan juga di FELDA, juga di setiap rancangan dan juga wilayah menggalakkan agar peneroka-peneroka ini memastikan pekerja-pekerja ladang rancangan masing-masing dapat memberikan satu dipanggil BTS iaitu Buah Tandan Segar ini dapat dikait dengan lebih, maksudnya dah cukup sifatnya, dah cukup haulnya untuk diturunkan dan bawa kepada ke kilang, insya-Allah. Dan juga keseluruhan langkah ini adalah bertujuan untuk melindungi kepentingan peneroka, memastikan harga yang lebih adil serta memperkukuh daya tahan ekonomi warga FELDA secara mampan dan juga berjangka panjang.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Berhubung cadangan Yang Berhormat Kemayan pula supaya urusan penggunaan peruntukan di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) FELDA agar dapat dipermudahkan. Saya mengambil maklum dan juga cadangan untuk menambah baik tatacara ini akan ditambah baik mengikut keperluan serta tatakelola semasa bagi memastikan penggunaan peruntukan berjalan lancar tanpa menjejaskan prinsip integriti dan juga akauntabiliti. Saya mungkin yakin apa Yang Berhormat Kemayan ini mengatakan bahawasanya isunya apabila peruntukan dapat kepada JKKR tapi perlu diangkat ke Pengarah Wilayah untuk dapatkan kelulusan. Dan ini pihak kami akan berbincang dengan pihak FELDA supaya dapat diselesaikan perkara ini dengan lebih tuntas, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Berhubung persoalan Yang Berhormat Chini mengenai pengukuhan kerjasama kerajaan negeri dengan FELDA melalui pendigitalan pertanian, penggunaan dron, pembangunan usahawan belia serta penambahbaikan prasarana asas. Untuk makluman Ahli Dewan, kerajaan negeri sentiasa menyokong dan juga memperkukuh

kerjasama strategik bersama FELDA selaras dengan agenda pendigitalan dan peningkatan daya saing sektor pertanian.

Bagi aspek pendigitalan ladang, FELDA kini telah melaksanakan dipanggil Smart Plantation Management System, dengan izin sebagai platform pengurusan ladang moden yang merangkumi pemetaan kawasan, laporan operasi, sistem pesanan baja serta pemantauan perosak dan juga penyakit sekali gus membantu meningkatkan kecekapan pengurusan dan menjimatkan kos operasi.

Dalam masa yang sama, penggunaan teknologi dron turut diperkasa bagi tujuan pemantauan tanaman, pemulihan kesihatan ladang serta pengesahan awal masalah boleh membolehkan tindakan pembetulan dibuat dengan lebih cepat dan juga tuntas. Kerajaan negeri juga menyokong permohonan usahawan belia FELDA melalui penyediaan geran, latihan kemahiran digital dan juga bimbingan keusahawanan supaya golongan belia ini dapat terlibat secara aktif dalam pertanian moden berteknologi tinggi. Di samping itu, perhatian turut diberikan...

Yang Berhormat Dato' di-Pertua,

Saya ingin mencelah sedikit yang buat usahawan muda ini. Dalam Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang ada menyebut tentang santuni anak muda di FELDA. Jadi adakah pihak kerajaan ingin mencadangkan satu program santuni anak muda-mudi, belia dan beliawanis sama ada di peringkat negeri ataupun daerah ataupun di kawasan-kawasan FELDA? Trip Ekonomi Pahang 1st di kalangan anak-anak muda ke kawasan-kawasan ataupun negeri-negeri tentu mahupun di luar negara untuk membawa rombongan-rombongan anak muda melihat di luar. Sebagai contoh ke Guangzhou, China kerana ada anak-anak muda di kalangan di negeri Pahang ini yang bersemangat dan berjaya dalam er... membuat belian daripada pihak negara luar sana dan berniaga di sini, Vietnam dan sebagainya. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat, boleh gulung ya.

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Dato' Sri, boleh masukkan dalam hansard saya, insya-Allah. Banyak peluang-peluang anak muda perlu kita boleh bawa kepada salah satu contohnya dipanggil pasal ini Pahang 1st tadi. Soalan anak-anak muda Pahang 1st yang kita bawa ke delegasi ke negara-negara tertentu. Sebagai contoh China. Itu salah satu model, business model yang boleh diberikan kepada anak-anak muda yang ingin terlibat sama, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), terdapat sebanyak 38,577 perusahaan mikro kecil dan juga sederhana yang beroperasi di negeri Pahang. Jumlah ini merupakan sebahagian keseluruhan daripada jumlah yang ditubuhkan dalam negara ini. Jenis kegiatan seperti yang telah pun kita utarakan bahawa

perkhidmatan mendahului lebih kurang 80, menyumbang kepada 85.6% manakala antara perkhidmatan-perkhidmatan yang lain ataupun perniagaan perdagangan yang lain juga dapat diberikan mengikut kesesuaian lokasi ataupun lokaliti terhadap kawasan yang ditentukan.

Berhubung persoalan Yang Berhormat Sungai Lembing mengenai peruntukan RM5 juta bagi Program Usahawan Makmur dan juga RM3 juta bagi lesen percuma penjaja B40. Saya ucapkan terima kasihlah kerana mengiakan dan juga membantu mempromosikan kerajaan negeri, memberikan peruntukan kepada usahawan. Sukacitanya saya ingin jelaskan bahawa jumlah tersebut adalah sebahagian peruntukan bagi pembangunan usahawan dan bukan mencerminkan keseluruhan peruntukan tersebut kerana bagi Program Usahawan Makmur, peruntukan RM5 juta ini tidak hanya tertumpu kepada pembiayaan geran sahaja, malah turut dimanfaatkan bagi penyediaan platform pemasaran, penyertaan karnival, pameran dan juga aktiviti promosi bagi membantu usahawan menembusi pasaran yang lebih luas.

Bagi komponen geran, ia terbuka kepada usahawan yang memenuhi kriteria utama seperti anak Pahang atau bermastautin di negeri Pahang, berdaftar dengan SSM, beroperasi sekurang-kurangnya satu tahun, mempunyai operasi yang jelas serta tidak menerima geran kerajaan negeri dalam tempoh setahun terdahulu supaya peruntukan ini dapat benar-benar memberi impak kepada kapasiti dan juga daya saing perniagaan.

Dalam masa yang sama, pembangunan usahawan tidak digerakkan di bawah satu portfolio sahaja. Ia turut diperkukuh melalui peruntukan khas rentas portfolio kerajaan negeri seperti Karnival Aspirasi Pahang 1st, Karnival Usahawan Makmur, Program Anggun Maju untuk 1,000 usahawan wanita, Skim Makmur Ternak dan pelbagai program belia agro dan juga kreatif digital.

Di peringkat malah di peringkat persekutuan, Belanjawan 2026 sebanyak RM1.015 bilion telah diperuntukkan kepada KUSKOP di samping kemudahan pinjaman dan juga jaminan kerajaan berjumlah RM50 bilion kepada PMKS melalui agensi-agensi TEKUN, SME Bank, BSN, AIM, Bank Rakyat, SKM dan juga Pernas. Jadi ianya tidaklah hanya RM5 juta, bukannya RM5 juta sahaja dan bukannya RM3 juta sahaja yang perlu kita risaukan. Sebaliknya, pembangunan usahawan negeri Pahang digerakkan melalui ekosistem pembiayaan dan sokongan yang jauh lebih besar, berlapis dan saling melengkapi antara kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Berhubung persoalan Yang Berhormat Sabai mengenai bentuk bantuan, langkah pemasaran produk mikro kecil dan juga sederhana, kerajaan negeri kekal komited untuk memperkasakan ekosistem keusahawanan bagi memastikan PMKS terus berkembang secara mampan dan juga berdaya saing. Antara inisiatif utama pelaksanaan program Geran Usahawan Makmur iaitu bantuan geran secara one-off bagi menyokong peningkatan kapasiti pengeluaran, pembelian peralatan, menaik taraf premis, penambahbaikan pembungkusan, pelabelan produk serta pengukuhan pemasaran termasuk pemasaran digital dan juga e-dagang. Di samping itu, PMKS turut menerima latihan dan juga pembangunan kapasiti melalui kerjasama agensi seperti SME Corp., MARA, TEKUN dan juga SIRIM.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Dari sudut pemasaran bagi tahun 2025, lebih daripada 500 usahawan telah terlibat secara langsung dalam pelbagai program berimpak tinggi termasuk Pahang Showcase yang berada di Kuala Lumpur. Karnival Usahawan Aspirasi Pahang 1st di setiap daerah, Satu Daerah Satu Industri, Pernas International Franchise Festival, dengan izin, Melaka International Halal Festival, dengan izin, Pahang Showcase @Medan MARA, SME Venture Asian serta MIHAS di Kuala Lumpur dan juga di Shanghai. Penyertaan ini bukan sahaja meluaskan pasaran dan jaringan, perniagaan, malah turut meningkatkan kemahiran penjenamaan potensi eksport serta pematuhan standard global. Justeru, kerajaan negeri akan terus mempergiat kerjasama strategik dengan agensi pembangunan usahawan, pemain industri dan juga platform digital bagi memastikan PMKS Pahang, terus berdaya saing di pasaran domestik dan juga antarabangsa.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Berhubung dengan er... berkenaan er... Yang Berhormat Semambu, susulan kejayaan Program Usahawan Makmur, saya yakin dan percaya apa yang dilaksanakan atas ilham Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, inilah ilhamnya dan juga memberikan pandangan supaya usahawan-usahawan ini dapat dilihat secara menyeluruh, dan inilah keberhasilannya.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya nak memetik satu cerita sebelum ini. Iaitu ada beberapa usahawan datang. Ambil masa sikit. Usahawan datang ini dan juga bersama dengan rakan-rakan.

Speaker

Ambil masa, tapi kita takde masa tu lah.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Ya. Insya-Allah. Takpe. Ni cerita ni. Orang datang, dia mengatakan dia berborak di kedai kopi Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Berborak di kedai kopi, mengatakan kesusahan kepayahan dia untuk meminjam. Meminjam loan daripada TEKUN, daripada MARA, daripada CIMB bank. Namun, apabila saya bertanya beliau, adakah abang dah pernah pergi ke TEKUN? Ataupun abang dah pergi tengok lihat website TEKUN? Dia kata tidak pernah. Dan saya bawa beliau jumpa dengan pegawai-pegawai TEKUN dan juga akhirnya sebenarnya usahawan tersebut tanpa ada pengalaman, dia mengatakan perkara itu susah. Sedangkan beliau tidak pernah pergi pun dekat TEKUN tak pernah mencari informasi yang TEKUN.

Sebab itu saya nak nasihatkan kepada usahawan-usahawan di luar sana, supaya jangan dengar khabar angin kat luar, datang terus bertemu dengan TEKUN, MARA untuk mendapatkan penjelasan yang lebih baik. Walau bagaimanapun, hari ini Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, kerajaan negeri pun mempunyai kerjasama kukuh dengan agensi seperti PKNP, PSDC dan juga SIRIM. Hari ini kita dengan SIRIM Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, ada satu jaringan usaha sama untuk membangunkan produk-produk di antara dalam produk-produk di negeri Pahang ini, melalui pembungkusan dan juga pelabelan serta inovasi-inovasi baharu, untuk usahawan negeri Pahang.

Berhubung dengan cadangan TVET. Latihan TVET bersama pemain industri. Kerajaan negeri sememangnya telah pun melaksanakan pendekatan ini melalui Yayasan Pahang dan juga bersama dengan Universiti Malaysia Pahang, Al-Sultan Abdullah dan juga Pahang Skills, Untuk makluman Dewan, melalui YP Advanced Skills Sdn. Bhd., seramai lebih 7,000 pelatih telah pun dibangunkan bermula 2018 dengan pelbagai bidang teknikal dan juga industri untuk kebolehpasaran di pasaran terbuka. Keseluruhannya, kerajaan negeri komited memperkukuh agenda keusahawanan, inovasi automasi dan juga TVET berasaskan industri melalui pendekatan bersepadu. Antara kejayaan-kejayaan yang telah di, dilaksanakan.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Berhubung dengan bantuan kemiskinan, pengukuhan iaitu Yang Berhormat Tahan memberi cadangan supaya benda ini perkara ini dapat dilaksanakan. Dan alhamdulillah pihak kerajaan telah pun melaksanakan yang menekankan pengguna ekonomi komuniti sebagai pendekatan jangka panjang dan juga mampan. Banyak perkara-perkara sebagai contoh, di bawah inisiatif Satu Daerah Satu Industri. Koperasi Madu Kelulut telah berjaya dibangunkan sebagai model komoditi base dan juga kita menjanakan satu lagi peluang iaitu Koperasi Tok Muda Karak Berhad, juga memfokuskan kepada pelancongan komoditi yang berasaskan produk halia. Ini memberikan satu impak yang sangat tinggi kepada pihak komoditi-komoditi yang terbaik, selain daripada yang telah diumumkan oleh SejaTi MADANI, yang telah pun diberikan setiap kampung-kampung yang berkaitan. Samping itu, usaha membasmi kemiskinan ini, dapat digerakkan oleh semua agensi-agensi yang terlibat dan juga pemegang taruh yang terlibat.

Seterusnya, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Kerajaan negeri turut menggalak dan menyokong pertumbuhan sektor koperasi, yang merupakan penyumbang ketiga pertumbuhan ekonomi negara. Sehingga Jun 2025, sebanyak 16,342 buah koperasi berdaftar di seluruh negara dengan jumlah anggota melebihi 7.4 juta orang. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, sehingga Jun 2025, terdapat 1,173 koperasi, berdaftar di Pahang dan jumlah aset yang direkodkan sebanyak 1.6 bilion dengan jumlah perolehan sebanyak 9.7 juta.

Kerajaan negeri melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia terus berusaha memperkasa pertubuhan koperasi, dengan menyediakan pelbagai insentif dengan insentif. Malah, kerjasama yang dilaksanakan oleh semua pihak yang terlibat mendatangkan hasil yang sangat memberangsangkan. Suka untuk saya kongsikan di sini, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang telah pun menganjurkan Konvensyen Koperasi Kariah Masjid, Peringkat Kebangsaan di negeri Pahang. Pada bulan November yang lalu, Konvensyen ini telah disempurnakan dengan jayanya oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Untuk makluman Ahli Dewan Yang Mulia ini, peruntukan berjumlah dengan RM600,000.00 melalui Belanjawan Negeri Pahang tahun 2026 merupakan julung-julung kali dipenalkan, diperkenalkan khusus bagi koperasi-koperasi masjid di negeri Pahang. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang atas keprihatinan dan sokongan terhadap permohonan koperasi masjid dan juga yakini mampu menjadi pemangkin kepada pengukuhan ekonomi umat Islam di negeri Pahang.

Speaker

Panjang lagi ke Yang Berhormat.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Sikit je. Tinggal 1 page sahaja Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Sebelum saya mengakhiri ucapan macam tahu-tahu je saya memang saya nak leading dah. Insya-Allah. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya memohon ampun dan juga maaf, jika terdapat soalan-soalan tambahan, yang tidak dapat dijawab hari ini, yang akan saya jawabnya secara bertulis. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan Persidangan Dewan Undangan kali ini. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga, turut diberikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, atas pandangan dan juga input-input yang dikongsikan sepanjang persidangan kali ini.

Terima kasih juga kepada semua Pegawai-pegawai Daerah, YDP-YDP, Ketua-ketua Jabatan, terutama sekali Yang Hormat, Dato' Pegawai Daerah Bentong. Yang Hormat Dato' YDP Majlis Bandaran Bentong, Pengarah FELDA dan juga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Pahang, di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan kepada saya selama ini. Saya juga turut merakamkan penghargaan kepada Encik Solehuddin bin Nordin, Pengarah, sila bangun iaitu Pengarah Perladangan Kopi Ladang Janda Baik, Bentong, Pahang dan juga rakannya Encik Azizul yang dia menajakan kopi kita ni, Yang Berhormat Dato' Sri, kalau minum coffee ni, minum coffee ni, insya-Allah yakin sampai ke malam kita boleh stay lagi. Insya-Allah. Bukan kuat ya. Insya-Allah.

Speaker

Apa yang stay. [Ahli Dewan Ketawa].

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Stay boleh duduk dalam Dewan ni Dato' Sri sampai malam. Insya-Allah

Speaker

Lepas ni semua minum kopi tu ye. Kita nak stay lambat sikit pasal lama. Setiap sorang bercakap.

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Ya... terima kasih. Dan juga, ni di Janda baik. Kalau nak dapat repeat nanti dekat Janda Baik ari ni dapat percuma. Tapi nak repeat kita boleh ke Janda Baik. Kerana kopi ini, jenama yang popular di kalangan anak-anak muda dan juga rakan-rakan permotoran di Malaysia ni, insya-Allah. Semua yakin dan percaya dah sampai dan seterusnya, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih iaitu penghargaan kepada FGV Holdings Sdn. Bhd., yang turut menyumbang produk minyak masak Saji ini, kepada semua Ahli-ahli Dewan mulia ini, minyak masak Saji ni adalah hasil daripada peneroka-peneroka, anak peneroka yang beri dan kalau boleh bukan nak promote, namun kalau boleh beli-belilah minyak di D’Saji ni, kerana inilah hasilnya

daripada tangan ataupun peluh anak-anak peneroka ataupun peneroka yang menghasilkan produk-produk ini, insya-Allah.

Seterusnya Yang Berhormat Dato' Sri, saya rasa, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Raja Menteri Besar dan juga Yang Berhormat Dato' Speaker dan Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini, saya merakamkan jutaan terima kasih dan diakhiri dengan pantunnya.

Tahun 2026 bakal menjelma, Tahun 2025 hampir penghujung, Mandat diberi dipikul bersama, Rakyat menanti peranan berkunjung,

Dengan ini, saya mohon menyokong. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Seterusnya, kita jemput Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Speaker, kerana memberi peluang kepada saya untuk turut bersama dalam sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (2026). Izinkan saya merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, atas pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2026 dengan Tema Pahang 1st Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan. Tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana berjaya mengekalkan kutipan hasil melebihi RM1 bilion untuk empat tahun berturut-turut.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Saya akan membahagikan penggulungan ini kepada tiga sektor, bawah portfolio saya, Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan. Di samping itu, juga saya akan menyentuh pencapaian atau perancangan agensi-agensi strategik bawah portfolio saya, seperti Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN), Tourism Pahang, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), melalui Pejabat (MOTAC) Negeri Pahang, Tourism Malaysia Wilayah Timur, Perbadanan Taman Negeri Pahang, PDNP, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang (JKKN), Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Negeri Pahang, Jabatan Warisan Negara Zon Timur, Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Untuk pelancongan. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, sektor pelancongan bukan sekadar sektor percutian atau rekreasi, tetapi rantaian ekonomi yang kompleks dan bernilai tinggi dan dapat memberi limpahan manfaat kepada komuniti.

Bagi tempoh Januari hingga September tahun 2025, negeri Pahang telah menerima seramai 11 juta 4476… 733 orang pelancong. Menunjukkan peningkatan 12.43% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lepas. Peningkatan ini bukan

sahaja melepasi sasaran dan mengesahkan bahawa Pahang berada dalam kedudukan yang kukuh sebagai destinasi pilihan pelancong di Malaysia. Anggaran perbelanjaan pelancong mencecah RM10.3 bilion dan menjadikan industri pelancongan salah satu penyumbang besar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri. Di sebalik angka ini terdapat ribuan peniaga kecil yang dapat menambah pendapatan, ribuan pekerja hotel yang terus mempunyai pekerjaan, ribuan keluarga yang merasai nikmat limpahan ekonomi secara langsung. Pahang dilihat sebagai negeri yang menawarkan pengalaman alam semula jadi yang authentic dan berkualiti. Pelancong tidak datang untuk mencari bangunan pencakar langit. Mereka datang untuk merasai udara sejuk tanah tinggi, menyusuri rimba tropika, menyelam di pulau yang masih terpelihara, menikmati ketenangan… ketenangan, sungai dan desa serta menghayati warisan budaya setempat.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Kekuatan Pahang dalam sektor pelancongan disokong oleh data Bahagian Perancangan Strategik Tourism Malaysia. Bagi tempoh Januari hingga September tahun 2025, Pahang mencatat kadar purata penginapan hotel atau AOI dengan izin, tertinggi di Malaysia iaitu 76.2% dan menjadikan Pahang sebanyak tiga tahun berturut-turut menduduki tempat pertama dalam Malaysia.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Untuk pembangunan infrastruktur pelancongan. Pada tahun ini, kerajaan negeri telah melaksanakan 13 projek infrastruktur melalui peruntukan RM3 juta bawah P.02. Manakala untuk Fi Lestari melalui Kumpulan Wang Amanah Kelestarian Negeri Pahang, RM1.86 juta telah diperuntukkan untuk sembilan projek naik taraf. Dengan mekanisme ini. Kerajaan negeri tidak bergantung sepenuhnya kepada bajet pembangunan tetapi mempunyai instrumen khusus untuk pembangunan pelancongan. Selain itu pada tahun ini buat julung kali, kerajaan negeri menyalurkan peruntukan di bawah Fi Lestari untuk menyokong 22 program dan acara pelancongan dengan jumlah RM1.271 juta. Acara-acara ini menghidupkan semula aktiviti akar umbi dan menggalakkan penglibatan… penglibatan komuniti dan mengukuhkan rasa memiliki dengan izin sense of ownership terhadap destinasi pelancongan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Memasuki tahun 2026 Pahang bersedia melangkah ke fasa lonjakan baharu sebagai rakan utama Visit Malaysia 2026, Pahang 1st. Hala tuju pembangunan pelancong negeri akan bertumpu kepada empat dimensi utama. Pertama, peningkatan kualiti produk dan pengalaman pelancong. Kedua pemuliharaan destinasi dan biodiversiti. Ketiga, pengukuhan promosi dalam dan luar negara. Keempat, pemerkasaan komuniti sebagai rakan kongsi pelancongan.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, pelancong hari ini tidak lagi mencari produk tetapi mencari pengalaman dan cerita. Atas dasar ini, kerajaan negeri juga memberi tumpuan kepada penganjuran acara unik berimpak tinggi. Sila izinkan saya untuk memperkenalkan empat acara di Dewan Yang Mulia ini. Satu, Cameron Ultra trio dengan… Cultra. Ia diiktiraf sebagai acara larian denai antarabangsa sejak 2022. Edisi ke-9 tahun ini menarik penyertaan 2,300 orang peserta dari 39 negara. Laluan… laluan larian melalui destinasi ikonik Mossy Forest, Ladang Teh Boh dengan pelbagai kategori…kategori jarak dan aktiviti sampingan seperti Pasar Cultura, Majlis Teh, persembahan kebudayaan, khidmat masyarakat bersama Orang Asli dilaksanakan.

Jadi untuk maklumat Yang Berhormat-Yang Berhormat untuk tahun depan 2026, penyertaan dijangka akan buka pada Januari. Jadi siapa yang minat mungkin boleh ambil perhatian sebab biasanya bila dibuka akan penuh dalam masa seminggu sahaja. Selain daripada Cultura, Camp Run yang juga dijalankan di Cameron Highlands juga mendapat sambutan hangat. Biasanya buka penyertaan satu minggu, sudah penuh. Jadi untuk tahun depan satu minggu sahaja sudah penuh 4,000 orang peserta, dan dijangka penyertaan akan dibuka lagi untuk menerima 1,000 lagi dan menjadikan jumlahnya 5,000 orang peserta.

Acara kedua yang ingin saya memperkenalkan hari ini adalah, Pahang International Green Eye Squid Hunting. Berbeza dengan lokasi lain yang sinonim dengan aktiviti mencandat sotong pada waktu malam. Pahang tampil untuk memecah kebiasaan dengan mempersembahkan pesona mencandat sotong di bawah limpahan cahaya siang. Sotong green eye atau sotong mambang yang menjadi buruan utama merupakan spesies yang aktif pada siang hari, memiliki mata hijau berkilau dan bersifat agresif dan menjadikannya cabaran menarik kepada para pemancing. Acara ini bukan sahaja menonjolkan keunikan perairan Pahang malah telah membuka peluang kepada ekonomi baharu kepada nelayan, pengusaha bot, peniaga kecil dan penyedia perkhidmatan pelancongan di sekitar Kuantan.

Acara ketiga, Pesta Pelita Raya Pahang. Dia dianjurkan serentak di semua daerah dan menjadi platform perpaduan yang menghubungkan rakyat pelbagai kaum menerusi tradisi pelita, makanan tradisional, seni budaya dan jualan produk tempatan. Dari sudut pelancongan program ini dapat menarik pengunjung luar dan dalam negeri untuk… dan juga menonjolkan identiti unik sambutan Aidilfitri di Pahang.

Keempat, ini juga satu inisiatif baru pada tahun depan iaitu World Music Festival 2026 Soul of Pahang. Sebuah festival muzik antarabangsa yang menghimpunkan artis muzik dari dalam dan luar negara melalui gabungan muzik tradisional, etnik nan moden akan diadakan di Menara Kuantan 188. Festival selama tiga hari ini dijangka dapat menarik pelancong domestik dan antarabangsa, mengangkat identiti budaya Pahang dan mengukuhkan ekosistem kreatif melibatkan seni kraf makanan dan komuniti setempat.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Untuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, MOTAC melalui Pejabat MOTAC Negeri Pahang. Pada tahun ini, beberapa pencapaian penting telah dicapai. Satu adalah tentang projek infrastruktur, di mana Pahang menerima jumlah RM9.92 juta pada tahun ini daripada MOTAC merangkumi 31 projek dan angka ini merupakan angka yang paling banyak kalau berbanding dengan tahun-tahun dulu. Dia hampir tiga kali ganda kalau berbanding dengan tahun lepas dan pada masa yang sama kita juga gembira untuk mengumumkan bahawa di bawah RMK tahun ini kita dapat kedua kelulusan baharu, projek baru iaitu Pantai Cherating RM15 juta, Pulau Tioman RM3 juta.

Dalam aspek pembangunan kapasiti dan kemahiran sumber manusia, MOTAC Pahang juga telah melaksanakan 10 siri kursus mesra Malaysia. Ini khusus kepada petugas barisan hadapan dan pemain industri. 11 siri kursus kepada pengusaha homestay, enam kursus CTRE Continuous Tourism Related Education kepada pemandu pelancong berlesen, enam Program Volunteerism dan Volunteering, lima sesi libat urus bersama penggiat industri dan empat program Kelab Pelancongan Pelajar K3P peringkat negeri Pahang.

Selain itu, Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, tiga produk pelancongan juga telah dapat pengiktirafan MyTQA Malaysia Tourism Quality Assurance pada tahun ini iaitu Pusat Taman Laut Pulau Tioman, Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 dan East Coast Mall. Untuk ASEAN Tourism Standard 2026-2028, lima produk telah tercalon untuk mewakili negeri Pahang iaitu Majlis Bandaraya Kuantan, Majlis Perbandaran Temerloh, Hyatt Regency Kuantan Resort, Zenith Hotel Kuantan dan Sultan Ahmad Shah International Convention Centre.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Untuk Tourism Malaysia, Wilayah Timur turut membantu untuk pelancongan di negeri Pahang di mana inisiatif adalah kempen jualan nasional yang dijangka mengambil tempat di East Coast Mall, Geopark Odyssey di Lipis Geopark, Pantai Timur Fest 2025 dan Program Swing 2025 yang mempromosikan pelancongan golf di Pahang. Antara perancangan promosi untuk 2026, yang telah dirangka adalah Join Promotion Eastern Region, East Coast Suria Teaches and Cultural Face, East Coast Travel Bazar, Pahang Fishing Fest dan Visit Malaysia 2026, Swing 2.0.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Untuk mengangkat Lipis Geopark ke arah pengiktirafan UNESCO Global Geopark. Perbadanan Taman Negeri Pahang, PTMP kini dalam proses untuk menyediakan dose dan dijangka dapat dikemukakan kepada UNESCO sekitar bulan September tahun depan. Dalam proses penilaian, UNESCO dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2027. Jadi, marilah kita mendoakan bersama diharapkan bahawa usaha ini dapat direalisasikan. Selain daripada Lipis Geopark kerajaan negeri melalui PTMP juga dalam proses untuk mengangkat Maran Chini Geopark untuk dapat pengiktirafan di peringkat di peringkat kebangsaan. Jadi pelbagai usaha telah dijalankan. Inisiatif ini dijangka dapat meningkatkan nilai tambah kepada sektor pelancongan berasaskan alam semula jadi di Pahang.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Kita akan masuk portfolio kebudayaan. Bagi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, JKKN Pahang, antara inisiatif penting yang dijalankan. Program Bimbingan Seni Budaya yang menghimpunkan 136 peserta dari sekolah di Pahang dan memberi tumpuan kepada seni tari teater dan kompang. Program pengembangan seni budaya memupuk dan mencungkil bakat kreatif. Program Pengukuhan Seni Budaya memberikan anugerah khas kepada tokoh dan pendokong seni negeri. Jadi untuk tahun 2025, Tokoh Seni Negara untuk negeri Pahang adalah Encik Abdul Razak bin Abu Bakar.

Senam Seni 2.0 merupakan satu inisiatif untuk menggabungkan tari tradisional dan kecergasan fizikal. Dan inisiatif ini telah berjaya menarik 2,000 peserta dari pelbagai kaum dan usia termasuk delegasi luar negara. Dan signature events untuk JKKN adalah Pahang adalah Festival Kesenian Pribumi Malaysia, FESKEP. Jadi pada tahun ini telah berjaya menarik lebih 58,000 orang pengunjung dan dengan pulangan ekonomi agak dengan anggaran mencecah RM668,383 dan ini menunjukkan bahawa sebenarnya seni budaya juga merupakan aset pelancongan dan sosioekonomi yang signifikan. Menjelang tahun 2026, JKKN Pahang akan memperkenalkan satu inisiatif berskala besar iaitu Temasya Orang Pahang, TOP 2026 di Bentong.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Untuk Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Salah satu usaha utama adalah pembangunan bakat dan kemahiran melalui Institut Kraf Negara. Jadi di negeri Pahang, Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja bertempat di Perkampungan Kraf Diraja, Tunku Azizah, Pulau Keladi, Pekan. Ia menawarkan pengajian secara sepenuh masa untuk bidang tenunan kepada belia berumur 18 hingga 35 tahun dan program ini dapat pengiktirafan SKM, Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3. Pengajian selama dua tahun ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Jadi, kita bersyukur dan terima kasih komitmen kerajaan untuk bersama-sama kita mendukung kraf.

Selain itu, Projek Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) dirangka untuk menghasilkan lebih ramai usahawan kraf. Jadi di negeri Pahang setakat 2025, 14 projek dijalankan dengan penglibatan 266 orang dan menghasilkan 26 orang usahawan kraf. Selepas kita ada usahawan kraf, kita juga turut mengadakan Festival Kraf Pantai Timur yang merupakan acara tahunan dan biasa diadakan di East Coast Mall dan melalui festival ini, usahawan kraf diberi ruang untuk mempamerkan hasil mereka dan menjana pendapatan.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Untuk Jabatan Warisan Negara Zon Timur. Di negeri Pahang pelbagai bangunan dan tapak bersejarah dikenal pasti untuk perwartaan dan sedang dalam proses penilaian. Pada tahun ini, senarai tapak yang telah diwartakan adalah Tapak Perkuburan Rejimen Askar Melayu Diraja Kuala Lipis, Tapak Warisan Perlombongan Bijih Timah Sungai Lembing, Banglo Temerloh di Bukit Fraser, Pekan Sehari Temerloh. Selain itu, Jabatan Warisan juga giat untuk mengadakan kerja inventori dan penyelidikan dan tahun ini 355 butiran telah dikenal pasti untuk sebagai butiran warisan Pahang.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Bagi Perbadanan Muzium Negeri Pahang. Tahun ini telah siapnya Muzium Seni Kontemporari Pahang MOCA Plus di Kompleks Muzium Diraja Sultan Haji Ahmad Shah. Pembangunan Muzium Maritim, Pulau Beram di Pekan dan Konservasi Istana Leban Tunggal. Di peringkat antarabangsa, Muzium Pahang telah membawa nama negeri Pahang ke pentas intelektual dunia melalui penganjuran Seminar Pahang and The Sea The Maritim Networks Between South East Asia and Beyond di San Antonio Kolej Universiti Oxford, United Kingdom pada November tahun ini, dengan 15 kertas persidangan dibentangkan dan seminar ini mengumpulkan sarjana tempatan dan antarabangsa untuk memperkukuhkan kedudukan Pahang dalam naratif sejarah Maritim Asia Tenggara.

Dalam Seminar Pahang and The Sea Kebawah Duli Kebawah Duli Paduka Baginda, Tengku Ampuan Pahang telah berkenan menyampaikan ucaptama diraja bertajuk The Forgotten Maritim Kingdom and the Role of the Hukum Kanun Pahang in Maritim Law. Selain itu, Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Pahang, YB Dato’ Mohd Nizar bin Dato’ Sri Mohd Najib turut menyampaikan kertas seminar bertajuk The Pahang Maritime Museum and Soft Power Nation Branding Through Heritage and the SEA.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Untuk Jabatan Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang. Sepanjang tahun 2025 melebihi 500 aktiviti khidmat nasihat dan kursus pengurusan rekod telah dilaksanakan dan melebihi 3,000 rekod awam bernilai sejarah telah dipindahkan ke Arkib Negeri

Pahang. Dan untuk tahun 2026 fokus akan diberikan untuk pemasyarakatan... pemasyarakatan, rekod dan sejarah melalui program seperti Bicara Sejarah Pekan Sari Temerloh, Pencalonan Tapak Warisan Sedunia, Sambutan Hari Warisan Audiovisual Sedunia 2026, Program Citra Merdeka dan Arkib Sekolah.

Yang Berhormat Dato' Sri Dato' Sri Speaker,

Perpustakaan merupakan gedung ilmu bukan sahaja sebagai tempat rujukan dan pembelajaran juga sebagai destinasi edutourism. Jadi untuk Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang di jaringan dia di Pahang, kita ada sepuluh buah perpustakaan awam daerah. Ada perpustakaan awam cawangan dan juga perpustakaan Pahang desa. Jadi, untuk tahun ini, 2025 kita nampak ada tiga perpustakaan yang telah mencapai pencapaian terbaik iaitu Perpustakaan Awam Sultan Ahmad Shah di Ibu Pejabat, Perpustakaan Awam Daerah Temerloh dan Perpustakaan Awam Daerah Pekan. Pencapaian ini dinilai berdasarkan jumlah kehadiran pengunjung dan juga pelaksanaan aktiviti galakan membaca di lokasi masing-masing.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Sila izinkan saya juga untuk mempromosikan sedikit tentang Perpustakaan Awam Sultan Ahmad Shah, sebab itu antara tiga perpustakaan di Semenanjung yang juga ada fasiliti ruang Petrosains Play Smart yang dibuka secara percuma kepada orang awam. Jadi, dengan ini pengunjung apabila sampai ke perpustakaan bukan sahaja dapat menikmati kemudahan bacaan tetapi juga berpeluang untuk menerokai permainan interaktif berasaskan STEM. Ini sangat bagus untuk kanak-kanak kita. Dengan ini, kita menggalakkan bahawa keluarga-keluarga orang awam menggunakan menggunakan peluang ini untuk menikmati two in one. Fasiliti two in one di perpustakaan kita di Kuantan.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Dalam dunia yang semakin sarat dengan perbezaan ideologi, identiti agama dan budaya perpaduan tidak boleh diserahkan kepada nasib. Perpaduan mesti diurus secara aktif melalui interaksi yang berterusan. Program pencegahan yang terancang serta platform dialog. Jadi marilah kita menjelang tahun 2026 kita bersama-sama untuk membuktikan bahawa kepelbagaian bukan pemisah tetapi sumber kekuatan untuk negara bangsa kita.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, izinkan saya juga merakam penghargaan kepada semua Ahli-ahli Dewan Negeri yang telah mengemukakan soalan ataupun pandangan sempena sesi perbahasan untuk kita bersama-sama membantu dalam sektor pelancongan, kebudayaan dan perpaduan. Saya mohon maaf disebabkan kekangan masa, saya tidak dapat menjawab semua… semua soalan yang dikemukakan. Mungkin saya hanya mampu untuk pilih satu atau dua dijawab secara lisan. Yang lainnya, kita akan jawab secara bertulis. Sebagai contoh, ADUN Sabai yang telah mencadangkan kerajaan negeri untuk mengkaji potensi Gunung Halia di DUN Sabai.

Jadi untuk makluman Yang Berhormat di mana sebenarnya tahun ini kerja er… peruntukan telah disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah Bentong dan telah menyiap dan telah menyelesaikan kerja-kerja untuk menaik taraf infrastruktur kemudahan di Gunung Halia, Yang Berhormat. Keduanya, Yang Berhormat Padang Tengku yang mencadangkan bahawa setiap negeri mempunyai satu tarikan sendiri dari segi budaya warisan. Betul, sebenarnya Pahang kita juga ada identiti sendiri. Jadi

di ta... di Pahang gamelan boleh dicadangkan untuk diangkat sebagai identiti seni budaya negeri Pahang dan menjadikan produk tarikan pelancongan. Sebab usaha ini boleh diperkasa melalui beberapa inovasi iaitu menggabungkan instrumen gamelan dengan elemen muzik moden dan diselarikan bersama tarian kontemporari atau tradisional dise... di samping gamelan, gendang Pahang juga sinonim dengan identi… identiti seni Pahang dan berpotensi besar dijadikan sebagai salah satu elemen warisan budaya.

Jadi untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat, sebenarnya sebelum ini dalam beberapa tahun ini, JKKN juga ada inisiatif dan usaha untuk membantu melatih peserta-peserta di negeri Pahang untuk memperolehi kemahiran untuk gendang Pahang. Jadi tuan-tuan, Yang Berhormat-Yang Berhormat, jadi sampai penghujung dengan saya ambil kesempatan.

Saya nak mohon mencelah. Terima kasih er... pihak kerajaan. Apa… sikit, ingin saya ambil ruang ini, saya nak… sebenarnya saya nak menunggu juga berkaitan tentang Tasik Chini. Apabila saya, dalam perbahasan saya ada mencadangkan beberapa perkara kebaikan bagi membantu memastikan Tasik Chini ini er... kata… kehadiran pelancong-pelancong kerana kawasan ini dulu saya ingat Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, ketika menjadi Exco Pelancongan pernah turun melihat suasana dan juga penambahbaikan kawasan Tasik Chini ini.

Dan yang terakhir pada 2017, ianya Tasik Chini ini tersenarai di bawah Tourism Pahang sebagai program, ada program aktiviti di kawasan Tasik Chini. Saya mengharapkan pihak kerajaan dapat mewujudkan kembali iaitu er... dengan nama dulu Chini Festival yang diada… diadakan di kawasan Tasik Chini ini. Saya harapkan ianya er... boleh memberi nafas baru kepada Tasik Chini dan juga bangkit kembali untuk Tasik Chini dikenali balik dan juga ianya menjadi Tasik Chini rizab Biosfera Malaysia yang pertama yang diiktiraf di Pahang ini. Okay, terima kasih.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk Tasik Chini, negeri Pahang melalui PTMP sebenarnya mereka sudah ada perancangan termasuk cadangan-cadangan Yang Berhormat dalam perbahasan. Sebagai contoh untuk menara. Semua ini telah dalam perancangan tapi dari perancangan ke pelaksanaan, dia perlu er... beberapa langkah termasuk bajet dan permohonan bajet. Tetapi untuk Festival Chini yang dibentangkan oleh Yang Berhormat, kita mengalu-alukan sebarang cadangan yang dapat membantu untuk membangunkan kawasan pelancongan dan dengan ini saya mohon mungkin Yang Berhormat Chini boleh bagi details tentang Festival Chini, bagaimana kita boleh membantu bersama? Okay.

Mohon mencelah sikit. Baik, terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya nak mencadangkan gendang Pahang ini... ketengahkan gendang ini dalam sektor kesukanan. Contohnya kita rasmi perlawanan bola sepak di stadium, kita mulakan dengan main gendang ataupun tetamu-tetamu daripada luar negara main golf, main golf di padang Maran ke di mana ke, kita sambut dengan gendang kita. Jadi kita

ketengahkan bukan setakat main dekat rumah kahwin ke, majlis-majlis tradisi ke. Itu cadangan, terima kasih.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat Luit. Saya rasa kita boleh mengkaji, bukan mengkaji, saya rasa sekiranya sebab JKKN telah melatih memang kita sudah ada pasukan sedia ada yang boleh main gendang Pahang. Mungkin kita boleh mula dengan cadangan. Okay, terima kasih.

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Dato' Sri Speaker, celah sikit ya. Saya ada sentuh beberapa perkara. Pertamanya, saya amat setuju dengan cadangan Luit tadi kan. Jadi gendang Pahang ni memang perlu di... dipopularkan. Malah, dia lebih… lebih… lebih menyeluruh berbanding dengan gamelan sebenarnya. Itu satu.

Yang keduanya saya ada sentuh tentang er... cadangan membina Galeri Diraja di Lipis. Sebab tempat yang dicadangkan itu ialah di... di Bangunan Pahang Club itu, Pahang Club itu sebenarnya berada dekat Hospital Lipis itu di mana tempat tumpuan dan jadi… jadi sebenarnya Hospital Lipis pun nak juga bangunan tu. Tapi kalau boleh jangan biar macam itulah sampai sekarang ini tak tahu apa kesudahannya. Tapi dengar ceritanya sebab nak dijadikan galeri itu jadi tidak disentuh dalam itu dan saya difahamkan er... Tuanku Sultan kita pun telah pun menitahkan supaya di... dibangunkan itu di situ.

Yang keduanya berkenaan Masjid Warisan er... masjid lama, Masjid Negeri 188. Yang saya maklumkan dalam perbahasan bahawa ia telah pun diberikan kebenaran Jumaat. Tapi mungkin ada kaitan dengan Exco yang lain. Tapi sebab warisan…

Speaker

Yang Berhormat, tanya balik tak sudahlah Yang Berhormat itu. Dia dah bagi tahu tadi. Yang tak dapat dia jawab dia akan jawab secara bertulis. Jadi Yang Berhormat sabar dan kita akan jawab secara bertulis.

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Tak apalah saya tunggu jugalah. Tapi sebab benda ini…

Speaker

Maknanya, apabila Yang Berhormat bertanya, maka dia terpaksa jawab. Jadi…

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Biarlah dia jawab [Ahli Dewan ketawa].

Speaker

Kita, lamalah kita duduk dalam ini. Itu jelah.

Dato’ Mustapa bin Haji LongUMNO · BNPadang Tengku

Tak apalah. Apa ni? Saya nak, saya nak dia jawablah. Sebab… okay saya teruskan jelah, apa nama ni? Berkenaan dengan itu ya, peruntukan untuk membaiki er… apa nama Masjid Warisan di Bangunan 1… Masjid 188 itu. Terima kasih.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih untuk persoalan daripada Yang Berhormat Padang Tengku tentang Galeri Diraja yang dicadangkan di Pahang Club Kuala Lipis. Jadi perancangan projek untuk mewujudkan Muzium Diraja di daerah Lipis dalam proses semakan dan penyelarasan terakhir untuk penyediaan dokumen tender mengikut kondisi tapak terkini dan peruntukan yang digunakan untuk melaksanakan kerja ini adalah peruntukan Rancangan Pahang 1 bagi Tahun 2026 hingga 2030 dengan Kod 02209 bertajuk Mewujudkan Muzium Diraja Daerah Lipis. Projek tersebut dijang… dijangka akan mula dilaksanakan suku pertama tahun 2026.

Jadi Yang Berhormat Dato’ Si… Dato’ Sri Speaker…

Speaker

Ini nak tanya, puas hati? Puas hati? Bangunlah Speaker tanya puas hati?

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Okay, Dato'… Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, kita sudah sampai penghujung. Jadi biarpun kita berbeza daripada…

Minta laluan, Speaker, Speaker.

Speaker

Ada lagi?

Saya ada satu lagi. Kita...

Speaker

Tanyalah tiga lagi.

Kita bersidang tiga kali setahun je Speaker.

Speaker

Saya tak ada masalah. Saya sampai pukul 2.00 karang boleh. Saya boleh sambung tiga lagi.

Alhamdulillah, er... Speaker, saya sebagaimana ADUN-ADUN yang lain juga ada bangkitkan isu berkaitan dengan…

Speaker

Sebab kita boleh sambung petang karang.

Speaker

Kalau sekiranya benda ini dah tak ada petang ini, saya faham. Orang nak sembahyang Zohor, waktu Zohor pun nak masuk, nak makan dan sebagainya.

Boleh saya teruskan? Saya ada bangkitkan berkaitan dengan er... canopy walk di Taman Negara. Saya rasa mungkin er… pihak Exco akan jawab secara bertulis. Cumanya, saya ingin er... menyatakan satu perkara iaitu saya mengharapkan perlu ada interaksi di antara er... pihak berkuasa yang menguruskan Taman Negara dengan penggiat pelancongan dengan persatuan pelancongan berkaitan dengan penutupan canopy walk sehingga saya melihat seolah-olah tidak ada interaksi yang baik sehingga menyebabkan pada bulan September bulan 8, 9 sehingga digantung sepanduk-sepanduk di kawasan Taman Negara, yang dilihat oleh semua pelancong-pelancong, dan saya rasa perkara ini kalau berlaku dia akan menyebabkan imej yang tak baik kepada sektor pelancongan di Taman Negara. Saya harap pada masa yang akan datang perkara-perkara yang seumpama-seumpama ini tidak lagi berlaku, insya-Allah. Terima kasih.

Speaker

Ada lagi nak bangun?

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Tak Yang Berhormat, tunggu dulu. Ada lagi nak bercakap? Ada lagi? Ha tak ada ya. Kita bagi Yang Berhormat daripada ini Wakil Kerajaan untuk menamatkan ucapan beliau.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat tam... Tahan. Sebenarnya soalan daripada Yang Berhormat Tahan mengenai canopy walkway akan dimasukkan hari besok tapi saya tambah sikitlah. Saya sendiri juga telah berjumpa dengan pengusaha, pemain industri dan juga pihak PERHILITAN. Jadi kita dengan ini kerajaan negeri kita akan masuk campurlah untuk mengharmonikan keadaan. Okay, jadi sampai penghujung biarpun kita berbeza daripada segi etnik, agama, ideologi dan aliran pemikiran, hakikatnya kita telah tetap, tetap berpijak di bumi yang sama. Jadi kita berharap bahawa kita membudayakan per... perpaduan meraikan kepelbagaian sebagai ketua... kekuatan bersama.

Akhir sekali, izinkan saya menutup dengan dua rangkap pantun.

Tepian paya di hujung desa, Tumbuh berdiri si jambu merah, Seni budaya terus diperkasa, Akar tradisi dijunjung megah.

Rimbunan berduri pohon merunduk, Akar selerak tepian paya, Pelancongan dilestari perpaduan diperkukuh, Seni budaya dikelek bersama.

Dengan itu, saya mohon menyokong Rang Undang-undang Perbekalan 2026. Terima kasih.

Speaker

Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya akan menempoh persidangan di sebelah pagi, di sebelah… ke sebelah petang ya. Persidangan ini ke sebelah petang kerana memberikan masa untuk kita solat, bersolat apa namanya? Zohor ataupun jamak dan kemudian untuk kita makan dan bersedia untuk mengikuti sembilan lagi Wakil Kerajaan menggulung dan persidangan disambung semula pada pukul 3.00 petang. Persidangan ditempohkan.

[Persidangan Dewan Negeri ditempohkan]

[Persidangan Dewan Negeri disambung semula]

Sambungan Menimbang Rang Undang-undang Perbekalan 2026Bill

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat Speaker Dewan Negeri Pahang

Perkara Ketiga: Sambungan Menimbang Rang Undang-undang Perbekalan 2026.

Speaker

Salam sejahtera dan selamat petang, persidangan kita disambung semula. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian. Kita masih lagi atas perkara pertimbangan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan pada petang ini pihak kerajaan akan menyambung menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan yang lepas. Saya jemput Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang. Sila Yang Berhormat.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Salam sejahtera semua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Undangan Negeri Undangan Negeri Pahang, Ketua-ketua Jabatan, rakan-rakan media dan serta tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

Saya bersyukur dan berterima kasih kerana diberikan kesempatan untuk bersama-sama menyertai Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang yang Ke-15. Di kesempatan ini, saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuhkan portfolio saya. Setiap pandangan dan cadangan yang dikemukakan amat dihargai dan akan diberikan perhatian sewajarnya demi kebaikan bersama.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, kerajaan negeri sentiasa memberikan perhatian yang serius dalam menumpukan usaha-usaha bagi mengawal harga dan bekalan barangan keperluan harian di negeri Pahang sentiasa mencukupi di pasaran untuk kegunaan rakyat di negeri Pahang. Pelbagai perancangan dan program menyeluruh dirangka untuk memastikan keperluan harian adalah mencukupi. Saya bermula dengan portfolio Hal Ehwal Pengguna. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang sentiasa menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan seperti pemeriksaan dan pemantau ke atas premis-premis peniaga bagi memastikan perniagaan sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan seterusnya melindungi hak-hak pengguna.

Sehingga 9 Disember 2025, sejumlah 88,727 premis perniagaan telah diperiksa di mananya sebanyak 931 kes telah dihasilkan dengan nilai rampasan berjumlah RM2.3 juta dan kutipan kompaun berjumlah RM264... RM266,420.00. Selain itu, skim harga maksimum musim perayaan turut dilaksanakan dengan matlamat untuk mengawal harga barangan keperluan semasa musim perayaan bagi mengelakkan peniaga menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya. Melalui skim ini, KPDN Negeri

Pahang telah meletakkan harga berapa barangan terpilih yang menjadi tumpuan semasa musim perayaan. KPDN Negeri Pahang kini juga giat melaksanakan pemeriksaan kempen Kita Gempur secara gerakan masa sebagai usaha strategik, mencegah ketirisan barangan kawalan dan subsidi. Ini kerana ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi di negara kita amnya di negeri Pahang khasnya terus menjadi isu kritikal yang memberi kesan besar terhadap kesejahteraan rakyat serta kestabilan ekonomi negara.

Program Jualan Makmur Kluster Perayaan membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat khususnya menjelang musim perayaan utama. Inisiatif ini memberikan peluang kepada rakyat negeri Pahang untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga yang lebih rendah berbanding dengan harga pasaran. Hasil subsidi yang ditanggungkan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Inisiatif ini selari dengan pengumuman Yang Berhormat Menteri Besar dalam pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2026 di mana Jualan Makmur Kluster Perayaan dikenal pasti sebagai antara strategi penting dalam memperkukuhkan jaringan keselamatan kos sara hidup rakyat.

Melihatkan kepada sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Pahang, kerajaan negeri akan meneruskan program Jualan Makmur ini untuk membantu rakyat. Orang ramai mendapatkan barangan asas pada harga yang berpatutan khususnya pada musim perayaan utama. Dengan peruntukan sebanyak RM7.56 juta, program ini beroperasi bersama pemain industri sektor peruncitan seperti pasar raya dan hypermarket yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian di antara 10% hingga 30% lebih murah dari harga pasaran tempatan.

Saya juga ingin menegaskan bahawa program ini akan terus diperkukuh melalui kerjasama rapat dengan pemborong dan pengeluar tempatan serta pemantauan harga yang lebih agresif ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dalam menyokong program ini. Kerajaan Persekutuan melalui KPDN Negeri Pahang melaksanakan program Jualan RAHMAH di bawah inisiatif Payung RAHMAH bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat. Jualan RAHMAH di negeri Pahang diperluaskan ke semua Dewan Undangan Negeri (DUN) sekurang-kurangnya dua kali sebulan secara berperingkat dan menunjukkan usaha menyeluruh meliputi bandar dan luar bandar.

Program ini juga berkolaborasi bersama pemain industri sektor peruncitan seperti pasar raya dan hypermarket yang menawarkan penjimatan barangan keperluan harian di antara 10% hingga 30% lebih murah dari harga pasaran tempatan. Untuk tahun ini sehingga 8 hari bulan Disember 2025, bilangan pelaksanaan err... program jualan err... Program Jualan RAHMAH adalah sejumlah 1,394 kali program dengan pecahan mengikut modal pelaksanaan dalam premis sejumlah 903 lokasi, di luar premis sejumlah empat lokasi dan secara bergerak sejumlah 487 lokasi.

Bagi membantu masyarakat terutama golongan B40 yang tinggal di kawasan pedalaman mendapatkan barangan keperluan pada harga yang munasabah, kerajaan persekutuan merayu KPDN Negeri Pahang telah melaksanakan program pengedaran barang keperluan sejak tahun 2009 di mana kerajaan persekutuan menangani kos pengangkutan dari pembekal ke kawasan pedalaman yang terpilih bagi barangan keperluan bersubsidi atau barang-barang kawalan seperti tepung gandum, kegunaan gula pasir bertapis kasar, beras putih, minyak sawit tulen paket 1 kilo, botol 1 liter, gas petroleum cecair (LPG), Petronas RON95 dan Diesel.

Pada tahun 2025, terdapat lima zon di negeri Pahang yang terlibat dengan pelaksanaan program ini iaitu Zon Pulau Tioman, Zon Kuala Tahan, Zon Kampung Bantal, Zon Pos Sinderut dan Zon Pos Betau dengan nilai peruntukan program ini adalah berjumlah RM10.3 juta. KPDN Negeri Pahang sentiasa melaksanakan pelbagai program-program advokasi kepenggunaan bagi melahirkan pengguna bijak yang mengetahui hak-hak mereka sebagai pengguna serta berani bertindak melalui saluran yang betul.

Program-program ini dilaksanakan secara interaktif sama ada melalui platform konvensional, elektronik, digital atau media baru. Pada tahun 2025, sebanyak 92 program Advokasi Pengguna telah dilaksanakan melibatkan pelbagai kumpulan sasar seperti Kelab Pengguna Sekolah, Gerakan Pengguna Siswa, Penyelaras Komuniti serta NGO. Pelaksanaan program-program advokasi akan terus dilaksanakan sepanjang tahun ini bagi memastikan pengguna mendapati maklumat dan informasi pengguna secara lebih berkesan dan menyeluruh. Bagi tahun 2025, KPDN Negeri Pahang telah melantikkan seramai empat orang Penggerak Komuniti Pengguna atau singkatnya PKP di negeri Pahang yang bermatlamat untuk membantu kementerian dalam menyebar luas maklumat ke penggunaan selain bertindak selaku mata dan telinga kementerian dalam menyalurkan aduan di komuniti masing-masing.

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) merupakan alternatif untuk Mahkamah Sivil untuk pengguna membuat tuntutan tebus rugi berkenaan dengan barangan atau perkhidmatan secara murah... murah dan cepat. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia berfungsi untuk mendengar dan mengadilkan tuntutan dengan bebas, adil dan saksama serta pada masa yang sama membangunkan undang-undang berhubungan, berhubungi perlindungan pengguna.

Dalam hal ini, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia mempunyai bidang kuasa mendengar tuntutan tebus rugi bagi pembelian barangan dan perkhidmatan yang dibenarkan di bawah bidang kuasa seperti diperuntukkan bawah Akta 599 yang jumlahnya amaun tidak melebihi RM50,000.00. Dan tuntutan yang berbangkit dalam masa er... tidak melebihi tiga tahun.

Sehingga kini, terima, trima... Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Negeri Pahang telah menfailkan sebayak 233 kes tuntutan di mana 115 kes adalah barang... adalah barangan, manakala 118 adalah tuntutan untuk perkhidmatan. Daripada jumlah tersebut, 207 kes telah berjaya diselesaikan manakala 26 kes sedang dalam proses pendengaran. Jumlah tuntutan setakat ini adalah sebanyak RM1 juta... RM1.9 juta, manakala jumlah award yang berjumlah RM438,161.42 er... telah diselesaikan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat sekiranya ingin membuat tuntutan secara terus dan hadir di kaunter Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia Negeri Pahang di Pejabat KPDN Pahang. Setiap tuntutan akan dikenakan fi hanya RM5.00 sahaja.

Yang Berhormat, ada nak mencelah sikit boleh? Terima kasih Yang Berhormat. Jadi, er... saya tertarik dengan isu berhubung dengan Tribunal Tuntutan Pengguna ini. Er... diterangkan prosedur dia, er... cuma saya nampak ada ketikanya er... mereka yang telah berjaya mendapat award di Tribunal Tuntutan Pengguna ini, mereka berhadapan dengan masalah untuk menguatkuasakan perintah award tersebut memandangkan er... ada mungkin syarikat yang tidak mahu mematuhi award tersebut. Jadi dari segi perundangannya, mereka yang telah dapat award itu, mereka mesti memfailkan ke

Mahkamah er... Sivil untuk menjadikan dia sebagai satu perintah mahkamah bagi membolehkan ianya dikuatkuasakan.

Jadi, soalan saya di sini. er... mereka yang menggunakan tuntutan-tuntutan Tribunal, Tribunal Tuntutan Pengguna ini adalah biasanya orang yang berpendapatan rendah, ataupun biasanya tuntutan kecil. Jadi dengan terpaksanya mereka pergi ke Mahkamah Sivil pula untuk convert award er... tribunal ini sudah tentu akan memakankan, memakan kos yang tinggi. Jadi apakah usaha kerajaan negeri untuk membantu mereka yang berhadapan dengan er... peniaga ataupun syarikat yang enggan mematuhi award tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih er... ADUN Lantikan. Tribunal akan menjalankan er... tindak, ambil tindakan sama macam kes mahkamah. Dalam 30 hari, kadang-kadang kita bagi 14 hari sebenarnya, dan kita bagi lagi 14 hari untuk membayar tuntutan. Kalau mereka enggan lagi membayar, so terpaksa kita ambil tindakan seperti macam mahkamah. Ia ini macam hina mahkamah, tak dengar er... keputusan mahkamah, so boleh dipenjarakan. Sama juga macam mahkamah, okay?

KPDN Negeri Pahang mengalu-alukan semua pengguna untuk bersama-sama membantu menjadi mata dan telinga kerajaan persekutuan dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan oleh peniaga melalui pelbagai medium penyaluran aduan yang telah di, disediakan.

Untuk er... Yang Berhormat Timbalan Speaker, untuk Portfolio er... Sumber Manusia.

Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membuat penggulungan berhubungan penjenamaan semula PERKESO di bawah konsep LINDUNG. Penjenamaan ini merupakan satu usaha penting bagi memastikan keseluruhan Skim Perlindungan Sosial Negara dapat disatukan di bawah satu identiti yang lebih jelas, mudah difahami serta lebih dekat dengan kehidupan rakyat.

PERKESO Negeri Pahang merakamkan penghargaan atas perhatian dan sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap inisiatif ia ini kerana dia melibatkan kesejahteraan pekerja, isi rumah dan komuniti yang bergantung kepada jaringan keselamatan sosial. Konsep lindung diwujudkan untuk menyusun semula komunikasi serta menyampaikan maklumat perlindungan sosial kepada masyarakat. Ia terdiri daripada empat komponen utama yang meliputkan semua kategori pekerja termasuk mereka yang dalam sektor formal, sektor tidak formal dan isi rumah.

Komponen pertama adalah LINDUNG Pekerja yang memberi perlindungan kepada pekerja bermajikan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Skim ini memastikan bahawa pekerja mempunyai jaminan sekiranya berlaku kemalangan pekerja, penyakit pekerjaan, keilatan dan kematian. Ia merupakan asas perlindungan sosial negara yang selama ini telah melindungi jutaan pekerja sektor formal. Untuk maklumat, jikalau siapa majikan tidak mencarumkan pekerja, dia akan diambil tindakan, mungkin saman RM10,000.00 dan penjara dua tahun atau dua-dua sekali.

Komponen kedua adalah LINDUNG Kerjaya yang dibubarkan di bawah Akta Sistem Insurans Pekerja 2017. Skim ini memberi perlindungan khusus kepada pekerja yang hilang pekerjaan melalui faedah interim, latihan semula, kemalangan kerja serta penempatan semula pekerja yang terkesan pada er... dapat dibantu untuk kembali ke

pasaran kerja lebih cepat dan lebih bersedia. Ini amat penting pada era ekonomi moden yang dinamik dan di kalangan kala tidak menentu.

Komponen ketiga adalah LINDUNG Kendiri iaitu perlindungan kepada pekerja sendiri di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017. Ini merangkumi pemandu e-hailing, pekerja er... pekerja perniagaan kecil, pekebun kecil dan individu yang bekerja sendiri, dalam sektor tidak formal. Golongan ini lazimnya bekerja tanpa perlindungan majikan dan amat terdedah kepada risiko. Justeru, skim ini bertujuan memastikan mereka juga tidak ketinggalan dalam rangka jaminan sosial negara.

Komponen keempat adalah LINDUNG Kasih di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022. Harga, hanya RM120.00 setahun. Melalui skim ini, suri rumah diberikan perlindungan terhadap kecederaan domestik, keilatan dan kematian. Kerajaan mengiktirafkan peranan besar golongan suri rumah dalam membina asas keluarga dan masyarakat. Justeru, perlindungan ini sangat signifikan dalam memastikan kebajikan mereka turut terjamin.

Untuk... untuk menjawab beberapa soalan telah dibangkitkan. Yang Amat Berhormat, er... semua Ahli Majlis er... Yang Berhormat-Yang Berhormat. Saya er... menjawab sikitlah ya. Untuk menjawab soalan Batu Talam. Sejauh manakah penerangan perlindungan PERKESO dibuat kepada pihak majikan dan pekerja?

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PERKESO sentiasa memperluaskan dan mempelbagaikan hebahan berkaitan maklumat perkhidmatan merentasi medium media massa, media sosial serta sesi libat urus fizikal. Hebahan ini juga dilaksana secara berfokus berdasarkan permintaan pihak majikan, komuniti setempat, pejabat ADUN dan mana-mana pihak berkepentingan dari masa ke semasa.

Bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Oktober 2025, sebanyak 1,333 sesi libat urus telah dijalankan di seluruh negeri Pahang khusnya... khususnya bagi memberi penerangan serta membuka kaunter pendaftaran berkaitan LINDUNG Kendiri dan LINDUNG Kasih. PERKESO merakamkan penghargaan kepada pejabat-pejabat ADUN yang membantu mempromosikan perkhidmatan PERKESO kepada syarikat setempat.

Untuk menjawab soalan nombor dua dari, juga dari Batu Talam. Adakah perlindungan PERKESO ini diwajibkan, dikuatkuasakan kepada majikan dan pekerja. Er... soalan memanglah kalau tadi saya sudah bagi empat komponen itu itulah juga ya. So, kalau dia tak apa tu tak er... tak carumkan pekerja. So, kita boleh saman dia sampai RM10,000.00 dan penjara dua tahun. Kalau dia nak cuba boleh cubalah.

Soalan nombor tiga, sejauh manakah sambutan caruman perlindungan PERKESO daripada pihak majikan dan pekerja. Jawapan adalah bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Oktober 2025. LINDUNG Kendiri Akta 789 seramai 3,118 caruman baharu dan 2,656 pembaharuan caruman. LINDUNG Kasih Akta 838, 861 caruman baharu dan 296 pembaharuan caruman.

Sambutan ini, menunjukkan peningkatan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan perlindungan keselamatan sosial. Saya nak jawab soalan dari Ketari. Sektor manakah yang paling tinggi majikan tidak dipatuhi caruman PERKESO ini? Jawapan adalah berdasar rekod penguatkuasaan PERKESO sehingga 31 Oktober 2025. Sebanyak 63 majikan gagal mematuhi kewajipan caruman di bawah Akta IV Lindung Pekerja dan 21 majikan gagal mematuhi caruman di bawah Akta 800 nilaian kejayaan. Sektor ini yang paling yang tinggi mencatatkan ketidakpatuhan adalah

sektor perkhidmatan, dua sektor pembinaan dan tiga sektor peruncit kecil dan sederhana.

PERKESO akan terus memperkukuhkan tindakan penguatkuasaan serta pemantau bagi memastikan hak pelindung pekerja sentiasa terjamin. Soalan, lagi satu soalan dibangkitkan oleh Batu Talam yang mengatakan ada seorang puan yang sakit. Untuk maklumat Batu Talam, aduan berkaitan tuntutan melibatkan orang berinsurans nama dia Nor Hanani Izzati.

Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Batu Talam yang bertanyakan berkaitan tindakan telah diambil oleh PERKESO terhadap kes membabitkan orang berinsurans yang Puan Nor Hanani Izzati yang mengalami status [tak jelas] ini maknanya sakit bersalin okay. Betul tak betul, kalau tak betul tolong bagitau. Sebab spelling dia susah sikit. Untuk makluman Dewan, tindakan berikut telah pun diambil oleh PERKESO. Pertama, semakan caruman boleh dibuat serta-merta didapati orang berinsurans memenuhi syarat kelayakan bagi permohonan pencen ilat.

Sehubungan itu, lawatan pertama pegawai PERKESO telah dilaksanakan pada 4 hari bulan November 2025. Pada hari yang sama, notis diterima bagi menyerahkan borang permohonan Pencen Ilat Borang 34 kepada waris. Kedua, borang permohonan telah didaftarkan pada tarikh yang sama. Namun, permohonan belum dapat dirujukkan kepada jemaah doktor kerana orang berinsurans masih menerima rawatan rapi di Hospital Tengku Ampuan Afzan dan laporan perubatan belum dapat dikeluarkan oleh pihak hospital.

Permohonan ini akan dibawa ke jemaah-jemaah doktor sebaik saja laporan perubatan lengkap diterima. Ketiga, PERKESO turut mengambil tindakan segera membantu keperluan harian orang berinsurans. Berdasarkan memo HTAA keperluan drypers dan susu telah diserahkan pada 24 November 2025. Keperluan tambahan seperti katil khas, drypers, mattress, (tidak jelas) mesin dan kerusi roda telah diproses dan pembekalan akan dibuat sebaik sahaja orang berinsurans ini dibenarkan keluar wad. Keempat, pemantauan berkala turut dilaksanakan oleh pegawai PERKESO bagi memastikan semua proses tuntutan berjalan lancar serta memastikan kebajikan orang berinsurans dan keluarga terus ambil perhatian.

Tuan Speaker,

Kes ini adalah kes yang serius dan memerlukan komunikasi perbuatan lengkap sebelum keputusan kelayakan dapat disahkan. Namun demikian, PERKESO telah bertindak proaktif dalam memastikan bantuan segera disalurkan termasuk memulangkan proses tuntutan laksana rawatan serta menyediakan bantuan keperluan asas kepada orang berinsurans.

Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Sebelum saya mengakhiri ucapan, izinkan saya sekali merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat telah memberi pandangan dan cadangan sepanjang sesi perbahasan yang menyentuh portfolio saya. Pandangan-pandangan tersebut amatlah bernilai dan akan diberi perhatian serius demi memperkasakan usaha kita menjaga kebajikan rakyat dan memperkukuhkan ekonomi negeri khususnya aspek kepenggunaan dan pembangunan sumber manusia.

Dengan ini, saya dengan penuh takzim saya menyokong Belanjawan Negeri Pahang tahun 2026. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Wakil Kerajaan. Seterusnya, saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan. Sila.

[Ayat al-Quran]. [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih, Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Dato' Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pahang, Ketua-ketua Jabatan, rakan media, seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, marilah kita menadah tangan dan memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita diberi kesempatan untuk bersama-sama di dalam Dewan Yang Mulia ini bagi melaksanakan amanah serta tanggungjawab untuk membangunkan negeri Pahang yang tercinta ini.

Dengan izin Allah SWT serta berkat usaha yang bersungguh-sungguh di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar, Pahang terus mencatatkan prestasi yang cemerlang melalui peningkatan kutipan hasil pertumbuhan ekonomi negeri melebihi 5.7%, penurunan kadar pengangguran sehingga 1.7%, jumlah pelaburan masuk sebanyak RM18.04 bilion berbanding sasaran RM14.09 bilion sehingga November tahun ini. Pendapat Tanpa Teguran Jabatan Audit Negara serta pelbagai inisiatif untuk kebajikan rakyat. Ia adalah satu pencapaian yang tidak boleh disangkal oleh mana-mana pihak.

Pencapaian ini membuktikan bahawa perancangan dan strategi yang dilakukan selama ini tidak bersifat populis tetapi lebih mementingkan manfaat yang diperolehi oleh rakyat di samping memastikan tadbir urus yang cekap, sekali gus membolehkan negeri ini terus dilimpahi kemakmuran dan kesejahteraan yang berpanjangan. Kata orang, tidak perlu menjadi berlian yang menjadi idaman serta pujaan ramai orang, tetapi adalah lebih berharga menjadi garam yang diperlukan ramai orang. Berlian hanya mampu dimiliki dan dipuja oleh segelintir orang tetapi lebih baik menjadi garam yang sering kali menjadi pelengkap hidangan yang memberikan rasa dan makna kepada ramai orang. Begitulah jua, Yang Berhormat Speaker dengan Belanjawan Pahang 2026 yang dapat dirasai manfaatnya serta mampu menyantuni keluh kesah rakyat melalui pelbagai inisiatif yang bersifat komprehensif serta inklusif.

Yang Berhormat Speaker,

Pertamanya, saya ingin menepis tohmahan sebuah pertubuhan politik di luar Dewan ini yang menyatakan kononnya Belanjawan Negeri Pahang 2026 gagal memenuhi aspirasi golongan belia. Tohmahan ini bukan sahaja tidak tepat malah menyeleweng sekali gus menidakkan usaha bersungguh-sungguh Kerajaan Negeri Pahang dalam memperkasa pembangunan belia di negeri ini. Hakikatnya, Belanjawan Pahang 2026 telah menzahirkan komitmen tinggi kerajaan negeri terhadap agenda pembangunan belia merangkumi pembangunan modal insan, pendidikan, peningkatan kemahiran, keusahawanan, kepimpinan dan masa depan generasi muda dan belia di negeri ini. Agenda dan inisiatif kerajaan negeri untuk pembangunan belia tidak boleh dilihat

hanya pada istilah belia semata-mata. Sebaliknya, pelbagai inisiatif yang walaupun tidak menyebut belia secara langsung telah dilaksanakan, sekali gus memberi manfaat kepada belia, golongan anak muda yang tersirat lebih besar daripada yang tersurat.

Saya akan gariskan satu persatu inisiatif Kerajaan Negeri Pahang untuk pembangunan belia dan anak muda di negeri ini. Pertama RM3.5 juta untuk program Pemasaran Kerja Masa Hadapan melalui Pahang Skills. Kedua, RM1 juta untuk TVET Pahang Talent Development. Ketiga, RM4 juta untuk program Akademi Pahang 1st. Keempat, RM2 juta untuk program Pahang Lead. Kelima, RM1 juta untuk program Anggun Suri iaitu insentif penganjuran majlis perkahwinan beramai-ramai yang melibatkan kebanyakannya pasangan muda. Keenam, RM1.4 juta... ketujuh, RM1.1 juta untuk pemberian topi keledar percuma. Seterusnya, RM1.4 juta untuk inisiatif perkahwinan kali pertama yang melibatkan majoritinya juga pasangan muda. Kelapan, RM1 juta bagi Pahang Job Fair. Kesembilan, RM7 juta untuk bantuan pengurangan bayaran balik pinjaman PTPTN bagi ijazah pertama anak Pahang yang baru bekerja bermula tahun 2025.

Seterusnya, RM4 juta untuk penganjuran program Soccer Kids dan Liga Bola Sepak Tempatan. Seterusnya, RM1 juta untuk Geran Pengurusan dan Program Majlis Belia Negeri Pahang bagi pelaksanaan program-program dan operasi belia. RM700,000.00 untuk pelaksanaan Program Anak Muda di bawah Majlis Tindakan Sosial Pahang. RM300,000.00 untuk Program Pensijilan Sijil Kemahiran Malaysia SKM Tahap 3 bagi membantu anak muda mendapatkan sijil kemahiran bagi pembangunan belia. RM475,000.00 untuk program Youth Empowerment Society atau YES 3.0 sebagai platform untuk melahirkan barisan pemimpin belia berkualiti di peringkat daerah hingga negeri.

RM330,000.00 untuk Sukarelawan Belia Pahang 1st bagi menyemarakkan gerak kerja sukarelawan belia menerusi projek-projek komuniti. RM150,000.00 untuk Retreat Pemimpin Muda Pahang bagi membentuk kepimpinan belia yang responsif dan inovatif. RM600,000.00 bagi pelaksanaan Program Festival Belia Pahang dan Anugerah Perdana Belia Pahang. RM370,000.00 bagi pelaksanaan Hari Sukan Negara dan RM21.04 juta untuk pembangunan sukan termasuk pembangunan atlet negeri dalam pelbagai acara yang disalurkan kepada Majlis Sukan Pahang.

Yang Berhormat Speaker,

Kesemua angka yang saya bentangkan tadi nilainya adalah melebihi RM50 juta. Ia adalah satu pelaburan besar yang merentasi setiap segmen dan kelompok belia serta anak muda di negeri ini. Ia merangkumi aspek paling asas dan paling penting dalam kehidupan anak muda mencakupi aspek pendidikan, pembangunan kemahiran, pengukuhan sukan dan modal insan, kepimpinan, peluang pekerjaan hinggalah kepada kestabilan masa hadapan mereka. Angka atau peruntukan yang cukup besar ini juga membuktikan betapa prihatinnya dan caknanya Kerajaan Negeri Pahang terhadap pembangunan belia dan anak muda di negeri ini.

Selain itu, bagi memperluas agenda pemerkasaan belia melalui inisiatif yang menyentuh keperluan asas dan kesejahteraan mereka untuk jangka masa panjang, Program "Moh Rumah" untuk belia Pahang dengan kerjasama Syarikat Perumahan Nasional Berhad atau SPNB akan diperkenalkan awal tahun hadapan. Program ini bakal membuka peluang kepada anak muda Pahang untuk memiliki rumah pertama melalui Skim Rumah Mesra Rakyat Belia Pahang. Ia juga bagi memastikan lebih ramai golongan muda memiliki kediaman sendiri seterusnya menyokong kehidupan yang lebih stabil dan mampan bagi belia negeri ini.

Melalui Skim Rumah Mesra Rakyat Belia Pahang ini, SPNB menawarkan rumah mesra rakyat dengan harga semasa bernilai RM75,000.00. Subsidi sebanyak RM20,000.00 diberikan kepada setiap pemohon menjadikan harga akhir yang perlu dibayar hanyalah RM55,000.00 dan pinjaman bernilai RM55,000.00 ini dimohon kepada SPNB yang tidak dikenakan sebarang kadar faedah dan kadar bayarannya pula pada kadar mampu iaitu RM300.00 sebulan. Sila Yang Berhormat.

Yang Berhormat Speaker ya terima kasih. Saya cuma nak tanya sikit je. Jumlah wang yang dibelanjakan oleh kerajaan berpuluh-puluh juta tu boleh tak kita ukur? Kita ukur pengurangan gejala-gejala yang tidak sihat di kalangan belia ni? Contohnya penyalahgunaan dadah sebagainya ya. Apa… anak luar nikah misalannya. Adakah berpuluh juta tu memberi kesan kepada program tersebut? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Orang kata mencegah lebih baik daripada mengubati. Kita melaksanakan program-program ini untuk kita mengelakkan belia-belia ini melakukan aktiviti yang tidak berfaedah sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat dan mungkin mekanisme pengukurannya mungkin selepas pada inilah kita boleh bincangkan secara lanjut terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat.

Sikit, saya minta tolong sikit ya. Tahniahlah atas program yang telah disusun dengan banyak. Saya fikir dia satu inisiatif yang sangat positiflah untuk pembangunan belia. Cuma saya nak dapat penjelasan sikit. Dulu kita Pahang ni kita ada satu projek program dipanggil RTP, Rancangan Tanah Pemuda di mana belia-belia kita yang baru kahwin, baru berkeluarga ada seorang dua anak, dia beri satu kawasan tanah untuk dibangunkan. Ala macam FELDA tapi bawah kerajaan negeri. Apakah kerajaan berhasrat untuk, untuk ke arah itulah? Sebab kita Pahang ni luas dan banyak, banyak anak-anak muda kita yang dah berkahwin. Belum ada tanah belum ada rumah untuk masa depan mereka. Terima kasih, kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Cheka. RTP atau Rancangan Tanah Pemuda ini, saya ingat satu inisiatif yang baik untuk memastikan anak muda khususnya memiliki tanah dan pada masa sama rumah. Mungkin saya boleh bincang secara lanjut berkenaan dengan RTP ini dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima kasih Yang Berhormat Cheka.

Yang Berhormat Speaker,

Dalam perkembangan yang berkaitan bagi melahirkan generasi belia dan anak muda Pahang yang tahan lasak, berjiwa kental dan berjati diri tinggi sebagaimana Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-

Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, maka Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Rekreasi Pahang akan menggiatkan pelaksanaan program-program Rekreasi Tahan Lasak bagi merealisasikan titah ini. Contohnya adalah melalui penganjuran Program MARA Lasak Pahang yang menuntut setiap peserta mengharungi cabaran sejauh lebih 15 kilometer sambil membawa bebanan seberat lima kilogram serta mengharungi denai hutan, mendaki bukit bukau serta menyeberangi sungai.

Program MARA Lasak Pahang ini akan dilaksanakan di Jelai pada awal tahun hadapan sebelum diperluaskan pelaksanaannya ke daerah-daerah lain selepas itu sambil mempromosi keindahan alam semula jadi yang terdapat di Pahang bersempena dengan Visit Pahang 2026. Insya-Allah Majlis Rekreasi Pahang juga akan membantu kerajaan negeri dalam mempergiatkan penambahbaikan denai dan trek pendakian Gunung Tahan serta berusaha menambah baik fasiliti di kawasan tersebut tanpa menjejaskan kelestarian alam demi menarik lebih ramai pengunjung serta pelancong berkunjung ke Gunung Tahan, sekali gus menjadikannya sebagai destinasi utama Tourist Mountain di Malaysia dari kalangan penggiat dan penggemar rekreasi dari seluruh negara.

Yang Berhormat Speaker,

Berhubung soalan ADUN Lepar mengenai status dan pencapaian semasa atlet Pahang yang berada di sekolah sukan seluruh negara. Saya ingin menjelaskan bahawa pada tahun ini terdapat 450 atlet pelajar negeri Pahang sedang mengikuti pengajian serta latihan di beberapa sekolah sukan di seluruh negara. Dari segi angkanya, Sekolah Sukan Pahang Seberang Temerloh 299 atlet, Sekolah Sukan Malaysia Pahang, Gambang 76 atlet, Sekolah Sukan Bandar Penawar 25 atlet pelajar, Sekolah Sukan Bukit Jalil 20 pelajar, Akademi Mokhtar Dahari 18 pelajar, Sekolah Sukan Malaysia Terengganu 11 atlet pelajar, Sekolah Sukan Malaysia Sabah seorang atlet pelajar.

Sesungguhnya kerajaan negeri tidak akan sesekali berkompromi dalam usaha membina generasi masa depan. Melalui program akar umbi, ramai bakat baharu telah dicungkil dan dibangunkan secara sistematik khususnya melibatkan atlet pelajar. Antara inisiatif tersebut termasuklah melalui program Pahang Talent ID Program Recourse Young Elephant Warrior & Camp Future Elephant Warrior. Bakat-bakat baharu yang lahir daripada usaha atau program ini diharapkan mampu menjadi atlet berprestasi tinggi, sekali gus memastikan kesinambungan kecemerlangan Sukan Pahang pada masa hadapan.

Untuk makluman, Yang Berhormat juga, seramai 78 orang atlet Pahang telah terpilih mewakili Malaysia di Sukan SEA yang sedang berlangsung di Thailand ketika ini. Penyertaan 70 orang atlet Pahang ini adalah angka yang teramai pernah dicatatkan dalam penyertaan ke kejohanan sukan bertaraf antarabangsa. Marilah kita sama-sama doakan kejayaan 70 atlet kelahiran Pahang ini.

Yang Berhormat Speaker,

Menjawab pertanyaan ADUN Lepar, banyak ADUN Lepar tanya berkenaan status projek naik taraf dan pembinaan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang atau KOMBES Pahang yang baharu. Saya ingin maklumkan bahawa sehingga 8 Disember ini, kemajuan keseluruhan projek ini berada pada tahap 97% iaitu lewat 3% berbanding jadual asal yang sepatutnya siap pada 30 Oktober tahun ini. Kelewatan ini berpunca daripada beberapa faktor utama antaranya peningkatan harga barang pasca

pandemik COVID-19 terutamanya melibatkan bekalan peralatan audio visual serta bahan berkaitan mekanikal dan elektrikal yang mengalami kenaikan harga yang mendadak. Selain itu, isu teknikal turut mempengaruhi jadual projek khususnya kerja-kerja utiliti bawah tanah yang memerlukan kelulusan bahan dan pernyataan kaedah kerja daripada agensi berkaitan.

Sebagai contoh, penemuan paip asing di kawasan sambungan dengan saluran paip utama dalam kawasan projek telah menyebabkan penambahan masa bagi penyelarasan teknikal. Sehingga kini, bagi kerja yang sedang dilaksanakan adalah melibatkan... melibatkan kerja-kerja akhir. Pihak kontraktor juga telah dikenakan denda atas kegagalan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan dengan kadar RM3,658.00 sehari. Insya-Allah Kerajaan Negeri Pahang akan sentiasa memantau rapat pelaksanaan dan perkembangan serta status projek ini melalui mesyuarat berkala setiap minggu dan juga lawatan ke tapak projek. Insya-Allah projek ini dijangka siap sepenuhnya Januari tahun hadapan dan dapat digunakan pada suku kedua tahun 2026, selepas memperolehi penarafan Certificate of Completion and Compliance atau CCC.

Yang Berhormat Speaker bagi menjawab pertanyaan Wakil Tioman mengenai status pembinaan Kompleks Sukan Mini Rompin di Kampung Kolam. Saya ingin memaklumkan bahawa status terkini pelaksanaan projek ini adalah dalam tindakan penyediaan drawing and bill quantity atau BQ oleh pihak Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia. Perolehan tender terbuka dijangka akan dilaksanakan pada Jun tahun hadapan manakala surat setuju terima atau SST dijangka pada Oktober tahun hadapan.

Berhubung cadangan Yang Berhormat Tioman bagi pembinaan litar permotoran, saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang akan membaik pulih dan menaik taraf litar drag di Taman Tasik Sultan Abu Bakar Pekan.

Saya telah mengadakan lawatan tapak pada Julai tahun lalu bersama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang serta Motorsports Association of Malaysia atau MAM dengan tujuan meneliti keadaan semasa litar sekali gus bagi memastikan gambaran lebih jelas berhubung keperluan teknikal termasuk aspek keselamatan spesifik, spesifikasi kelayakan dan skop kerja yang perlu dilaksanakan. Hasil penelitian dan lawatan tersebut termasuk nasihat teknikal dan anggaran kos yang diperlukan Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang telah pun mengemukakan permohonan peruntukan kepada Kementerian Belia dan Sukan. Insya-Allah kerja-kerja menaik taraf ini akan dapat dilaksanakan sejurus kelulusan peruntukan diterima daripada Kementerian Belia dan Sukan. Pada masa yang sama bagi menyokong minat penggiat sukan motorcross dan memastikan penyediaan fasiliti yang selamat serta mematuhi spesifikasi teknikal, kerajaan negeri turut merancang untuk membina sebuah litar sukan ekstrim di Pahang Barat. Kerajaan negeri akan menghantar permohonan kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk menaik taraf litar motocross ini dalam masa terdekat. Yang Berhormat Speaker...

Yang Berhormat, minta mencelah sikit. Saya tertarik dengan er... terima kasih Speaker. Saya tertarik dengan motorcross ni kita. di Luit pernah buat rally, lumba kereta lasak dihadiri oleh Karamjit Singh, The Flying Sikh orang panggil. Sangat meriah dan orang pun banyak minta kita buat lagi. Tapi kita tidak jadi kerajaan payah

sikitlah. Jadi saya nak cadang kepada kerajaan sebab kos lumba kereta lasak ni tak mahal mana. Kita boleh buat dalam ladang dan sebagainya. Terima kasih.

Nanti saya minta Yang Berhormat Luit, mungkin boleh ajak saya ke Luit. Kita tengok tengok keperluan sebab di Pahang barat ni untuk motorcross. Mungkin pacuan 4 roda... 4 roda boleh di... di sana. Insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Luit.

Yang Berhormat Speaker.

Saya juga ingin memberikan penjelasan lanjut berhubung pertanyaan ADUN Tahan dan juga ADUN Lantikan, Yang Berhormat Tuan Haris Salleh mengenai Padang FA Jerantut. Pada Januari tahun ini sebenarnya saya bersama dengan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jerantut dan juga Setiausaha FA Jerantut, Cikgu Faiz telah turun padang bagi meninjau sendiri keadaan padang FA tersebut. Kerajaan negeri juga telah menerima surat permohonan peruntukan daripada YB Tuan Haris Salleh, ADUN Lantikan bagi tujuan kerja-kerja menaik taraf padang berkenaan. Untuk makluman, Kementerian Belia dan Sukan telah pun mengesahkan penerimaan permohonan tersebut. Dan permohonan ini telah disenaraikan dalam Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ke-13 dan menjadi salah satu keutamaan negeri ini.

Yang Berhormat Speaker bagi menjawab soalan ADUN Mentakab dan juga ADUN Sabai mengenai cadangan pembinaan baharu fasiliti sukan. Saya ingin menjelaskan bahawa projek yang dicadangkan hendaklah dipohon dan disenaraikan terlebih dahulu oleh Pejabat Daerah dan Tanah di dalam setiap Rolling Plan Rancangan Malaysia Ke-11. Selain itu, tapak cadangan projek juga perlu, perlu mempunyai kelulusan perizaban atau pemilikan yang memenuhi syarat ditetapkan oleh Kementerian Ekonomi.

Yang Berhormat Speaker,

Bagi menjawab soalan daripada YB Dato’ Ahmad Irshadi bin Abdullah Al-Qari, ADUN Lantikan mengenai langkah menggilap bakat atlet e-sports Pahang, saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Pahang telah merangka pelbagai inisiatif melalui Akademi Esport Pahang.

Antara inisiatif tersebut adalah yang pertama, Program Pembangunan Bakat dan Pencarian Atlet Baharu melalui pelbagai kejohanan di peringkat sekolah, daerah dan juga negeri. Kedua, pelaksanaan berpusat yang melibatkan penyediaan modul latihan yang lebih tersusun dengan penglibatan jurulatih berpengalaman, merangkumi aspek teknikal, taktikal dan pembangunan mental bagi meningkatkan profesionalisme atlet.

Ketiga, kerjasama strategik dengan persatuan e-sukan negeri, institusi pendidikan dan rakan industri untuk membuka peluang latihan, penajaan dan juga laluan kerjaya. Dan yang keempat, penyediaan fasiliti dan infrastruktur latihan yang memenuhi keperluan teknikal sukan elektronik agar atlet dapat berlatih dalam persekitaran yang kondusif dan kompetitif.

Atlet e-sport kelahiran Pahang telah membuktikan kemampuan mereka dengan mencatat kejayaan gemilang di arena antarabangsa, memperlihatkan bahawa bakat dan dedikasi anak muda negeri ini mampu menembusi peringkat global. Antaranya ialah saudara Mohamad Azrudin Yaacob yang mewakili negara dalam sukan eFootball di WAVES Esports Championship di Mumbai, India dan telah berjaya meraih pingat

perak. Manakala saudara Idreen bin Abdul Jamal, atlet Mobile Legends yang telah mengharumkan nama negara apabila memenangi pingat perak di Sukan SEA di Cambodia pada tahun 2023. Kini, saudara Idreen sekali lagi diberi kepercayaan untuk mewakili Malaysia di temasya Sukan SEA, Thailand. Sama-sama kita doakan kejayaan anak muda kelahiran Pahang ini.

Selain itu, Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang telah menyalurkan RM157,000.00 kepada lapan persatuan dan kelab e-sport di seluruh Pahang bagi penganjuran program e-sport melalui Dana Sukan Komuniti dan Geran Padanan Sukan. Malah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang turut merancang untuk mengadakan beberapa siri latihan dan kursus berkaitan e-sport seperti yang pertama, Kursus Kejurulatihan e-Sukan (Tahap 1 hingga 3). Kursus kedua, Kursus Kemahiran e-Sukan Shoutcaster melibatkan shoutcaster, emcee, marshall dan juga krew teknikal. Dan yang ketiga, Kursus Kesedaran e-Sukan atau e-Medica sebagai usaha memperkukuh rantaian pembangunan bakat dalam bidang e-sport.

Yang Berhormat Speaker,

Bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Tuan Rizal bin Jamin, ADUN Lantikan, Kerajaan Negeri Pahang menyambut baik dan amat bersetuju agar program-program latihan dan kemahiran yang dikelolakan oleh kerajaan negeri selepas ini turut disertakan dengan elemen pemasaran digital bagi memastikan anak muda khususnya mendapat pendedahan dan bimbingan yang sewajarnya, sekali gus bergerak seiring dengan arus pemodenan dan pasaran digital. Cadangan ini akan diperhalusi di peringkat Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang selepas ini dan jika bersesuaian akan dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang untuk dilaksanakan.

Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat untuk mewujudkan studio mini… studio digital mini… ke studio mini digital? Bolehlah dua… dua. Di Pahang ini, kerajaan negeri melalui Unit Komunikasi Strategik Negeri Pahang sememangnya sedang merancang bagi mewujudkan program Pahang Media Experience Centre di Kuantan iaitu satu program yang akan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai dunia media dan digital. Ia akan turut melibatkan kebenaran menggunakan studio bagi tujuan-tujuan yang difikirkan sesuai dan mendatangkan manfaat dan insya-Allah melalui inisiatif ini, kita mahu melahirkan lebih ramai influencer-influencer di negeri Pahang ini yang semakin ramai sebenarnya anak muda semakin tertarik dengan bidang digital ini dan menjadikan ia sebagai antara pekerjaan utama ketika ini.

Selaras dengan usaha memperluas akses digital secara inklusif, kerajaan negeri akan turut memanfaatkan kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional atau NADI yang kini ada di setiap DUN di seluruh negeri Pahang yang dibangunkan oleh MCMC. Peranan NADI adalah menyediakan pelbagai program latihan berkaitan kandungan digital, literasi maklumat serta pembangunan ekonomi digital. Program-program ini memberi peluang kepada rakyat khususnya belia yang berminat menceburi bidang kandungan kreatif dan ekonomi digital, untuk memperkembangkan bakat dan kemahiran mereka secara praktikal dan bersistem.

Kini sebanyak 114 buah NADI telah diwujudkan di setiap kawasan dalam Dewan Negeri di negeri Pahang ini dengan melibatkan 258,106 pengguna direkodkan sehingga 30 Ogos tahun ini. Daripada jumlah ini, 46% atau 118,127 pengguna adalah terdiri daripada komuniti pinggir bandar dan luar bandar termasuk kawasan rancangan FELDA dan kampung-kampung tradisional.

Pada masa yang sama, usaha memperkasa bakat kreatif anak muda turut diperkukuhkan melalui Program Karya Anak Pahang dan Dana Media Kreatif dengan peruntukan berjumlah RM300,000.00. Kedua-dua inisiatif ini bertujuan untuk menyokong penglibatan belia dalam bidang seni kreatif, kandungan digital dan content creation sejajar dengan keperluan ekosistem digital masa kini yang semakin dinamik.

Yang Berhormat Speaker,

Akhirnya, saya yakin negeri Pahang kini berada di landasan kukuh untuk menjadi negeri maju, negeri yang rakyatnya makmur dan sejahtera, belianya berketahanan tinggi dan berdaya saing sekali gus mampu memimpin negeri ini ke arah masa depan yang lebih gemilang. Namun, segala impian dan aspirasi negeri hanya akan tercapai jika kita bersatu hati. “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Kita mesti menolak politik sempit, politik kebencian, politik menjauhi fitnah dan sentimen, sebaliknya mengutamakan kebersamaan dan mempertahankan kerajaan yang terus mengangkat kebajikan rakyat.

Rakyat sedang memerhati bagaimana kita mempamerkan perpaduan dalam Dewan Yang Mulia ini. Ibarat pepohon rimbun tempat bernaung, batang tempat bersandar, daunnya tempat berteduh. Itulah simbol kekuatan sesebuah negeri. Belanjawan Negeri Pahang 2026 adalah manifestasi Kerajaan Negeri Pahang untuk memakmurkan rakyatnya. Justeru, saya merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, barisan Exco, kepegawaian negeri serta semua pihak atas sifat dedikasi, sumbangan, komitmen, usaha gigih, pengorbanan dalam merealisasikan aspirasi rakyat melalui Belanjawan yang cukup komprehensif ini.

Tidak dilupakan juga kepada rakyat Pahang yang sentiasa menjadi penyokong setia dan pemangkin utama kejayaan negeri ini, kerana tanpa sokongan rakyat, segala perancangan dan usaha kerajaan negeri tidak akan mencapai matlamat yang disasarkan. Dengan itu, saya menyokong penuh Belanjawan Negeri Pahang 2026. Assalamualaikum wbt. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya, saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang. Sila, Yang Berhormat.

[Ayat al-Quran] Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat, kasih sayang dan keizinan-Nya jua kita diberi kesempatan berhimpun dalam Dewan Yang Mulia ini.

Pada kesempatan ini, izinkan saya memulakan ucapan penggulungan dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang yang telah membentangkan Belanjawan 2026 Negeri Pahang yang sarat dengan gagasan berpaksikan kesejahteraan rakyat dan masa depan negeri yang lebih makmur. Sesungguhnya Belanjawan yang

dibentangkan itu bukan sekadar dokumen kewangan tetapi satu cerminan iltizam kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus dipelihara dan agenda pembangunan sosial, kebajikan serta pemerkasaan wanita terus diberi keutamaan. Ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh portfolio saya Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Setiap langkah yang kita ambil dalam membangunkan masyarakat adalah benih harapan yang kita semai untuk masa depan negeri. Dalam usaha mempertahankan kebajikan rakyat kita bukan sekadar menyentuh kehidupan individu tetapi turut membentuk hala tuju dan masa depan Pahang yang kita cintai dengan iltizam serta semangat yang tidak pernah luntur, marilah kita terus menggalas amanah ini bersama. Saya akan membentangkan program-program telah dilaksanakan oleh agensi-agensi di bawah portfolio saya.

Yang pertama, adalah dari Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Pahang. Program Permata Makmur terus menjadi antara inisiatif terpenting dalam menyokong keluarga muda di Pahang. Sejak pelaksanaannya bermula dari tahun 2023 sehingga tahun 2025, seramai lebih kurang 30,000 bayi telah menerima manfaat daripada inisiatif ini. Kajian impak turut menunjukkan penerimaan rakyat yang sangat positif terhadap program ini kerana ia bukan sahaja membantu keluarga dari segi material, malah memupuk budaya penabungan dan perancangan kewangan yang lebih tersusun dalam kalangan ibu bapa muda.

Anggun Suri pula kekal sebagai program yang meraikan pembinaan institusi kekeluargaan secara harmoni dan juga teratur. Sehingga kini, seramai 80 pasangan dari daerah er… dari daerah-daerah di negeri Pahang telah menyertai program ini yang bukan sahaja meringankan beban kos perkahwinan tetapi juga menggalakkan pembentukan keluarga baharu dalam suasana yang lebih tersusun serta berteraskan nilai kekeluargaan yang kukuh.

Dalam aspek pemerkasaan ekonomi wanita, program Anggun Maju terus menunjukkan pencapaian yang membanggakan. Tahun ini, lebih 3,500 usahawan wanita telah menerima manfaat melalui latihan peningkatan kemahiran, bimbingan perniagaan serta sokongan pemasaran. Keberkesanan program ini jelas terbukti melalui peningkatan pendapatan, keyakinan diri serta kemampuan peserta mengembangkan perniagaan masing masing.

Di bawah payung Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang dari tahun 2022 sehingga tahun 2026 lebih 5,000 wanita telah menerima manfaat daripada pelbagai program yang meliputi bidang kesihatan, pendidikan, teknologi, perundangan, keluarga, kepimpinan, agama, seni budaya, pekerjaan dan juga keusahawanan. Ini kita namakan kluster. Yang saya sebutkan tadi adalah 10 kluster yang ada di bawah Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang. Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Negeri Pahang terus memastikan bahawa pelaksanaan dasar ini diperkukuh dengan pemantauan berasaskan data bagi memastikan setiap program kekal relevan, berimpak serta responsif kepada keperluan semasa masyarakat. Majlis Pembangunan Wanita Pahang (MPWP) turut memainkan peranan penting dalam menjayakan pelbagai program di peringkat akar umbi. Melalui pelaksanaan program advokasi wanita, bimbingan keluarga dan intervensi sosial lebih 6,200 peserta telah terlibat secara aktif sekali gus membuktikan keberkesanan MPWP sebagai penghubung antara masyarakat dan dasar negeri.

Berdasarkan dapatan kajian impak 2025, UPWS mendap er… mendapati bahawa tahap kepuasan penerima manfaat melebihi 90% dan program-program yang dilaksanakan berjaya mencapai golongan sasar serta membawa perubahan positif kepada kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, terdapat keperluan untuk memperkukuh aspek pemantauan, penyelarasan daerah serta pengukuran keberhasilan program agar pelaksanaan pada masa hadapan menjadi lebih efisien dan terarah. UPWS komited terhadap penambahbaikan ini bagi memastikan setiap inisiatif memberi impak yang lebih besar kepada rakyat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Setiap program dan inisiatif yang dilaksanakan bukan sekadar memenuhi tuntutan tugas tetapi merupakan pelaburan jangka panjang untuk masa depan rakyat dan negeri. Peningkatan jumlah penerima manfaat saban tahun membuktikan keberkesanan pendekatan kerajaan negeri dalam memperkasa wanita, keluarga dan komuniti secara keseluruhan. Dengan tekad bersama serta semangat yang tidak pernah luntur UPWS akan terus menggalas amanah ini demi memastikan masyarakat Pahang terus maju dan sejahtera.

Tuan er… Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat er… melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan untuk makluman semua, bahawa Jabatan Kemasyarakat er… Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Wanita dan juga Lembaga Kemajuan dan Penduduk Negara adalah di bawah portfolio saya dan er… melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat pula pada tahun 2025 Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah berjaya melaksanakan pelbagai program bersasar yang memberi manfaat secara langsung kepada golongan rentan khususnya warga emas, orang kurang upaya, anak-anak yatim serta pelatih PPDK. Usaha ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan rakyat terus dipelihara dan ditambah baik. Kerajaan negeri terus komited memperkukuhkan kebajikan rakyat melalui program bersasar khususnya kepada warga emas dan juga orang kurang upaya er… bagi memastikan kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara.

Ini menunjukkan keprihatinan tinggi kerajaan terhadap kesejahteraan warga emas dan OKU melalui penyediaan program sokongan yang komprehensif iaitu yang pertama, Program Khidmat Bantu di Rumah (KBDR). Program Khidmat Bantu di Rumah diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM1.9 juta yang memberi manfaat kepada 4,616 penerima. Bagi memastikan golongan warga emas serta OKU yang tinggal bersendirian terus disantuni dan menerima sokongan sosial yang diperlukan di samping dapat mengurangkan bilangan kemasukan warga emas dan OKU ke institusi kebajikan. Program ini dilaksanakan melalui kerjasama Majlis Pembangunan Wanita Pahang dan Gabungan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan.

Berdasarkan peruntukan yang diterima, sebanyak 95.6% telah berjaya dibelanjakan dengan nilai RM1,817,000.00 dan seramai 3,956 orang penerima telah menerima manfaat daripada program ini. Seterusnya adalah pemberian one-off kepada Pertubuhan Pemulihan dalam Komuniti (PPDK). Bagi mengiktiraf PPDK sebagai rakan strategik jabatan pemberian one-off kepada PPDK diteruskan dengan bantuan berjumlah RM595,000.00. Ianya telah memberi penghargaan dan motivasi kepada 1,925 penyelia, petugas dan juga pelatih PPDK sekali gus mengukuhkan peranan PPDK dalam er… pembangunan dan pemulihan OKU. Pemberian tunai sebanyak RM200.00 kepada pelatih turut mendorong komitmen serta penglibatan aktif mereka untuk latihan secara berterusan dalam program PPDK. Peruntukan tersebut merangkumi RM170,000.00 kepada 293 penyelia dan petugas, RM425,000.00 kepada 1,632 pelatih. Pelaksanaan program ini telah berjaya dicapai sebanyak 100%

berdasarkan peruntukan yang diterima. Kerajaan negeri turut melaksanakan Inisiatif Makmur Pahang secara bersasar merangkumi kluster B40 dan juga kluster umum. Melalui kluster B40, bagi memastikan kebajikan anak-anak yatim terus terpelihara, bantuan RM250.00 seorang kepada 400 anak yatim di pusat jagaan berdaftar dengan jumlah RM100,000.00 telah membuktikan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan anak yatim. Selain itu, ianya turut menggalakkan lebih banyak pusat berdaftar ditubuhkan mengikut Akta Pusat Jagaan 1993.

Berdasarkan pelaksanaan yang dibuat, inisiatif ini mencapai 64.5% berbanding sasaran kerana ada beberapa buah pusat jagaan yang masih dalam proses pendaftaran. Dan melalui kluster umum pula, yang pertama adalah subsidi pembedahan katarak. Dalam menghadapi unjuran negara menua menjelang 2030, kerajaan negeri meneruskan subsidi pembedahan katarak untuk warga emas pada tahun 2025 dengan peruntukan RM1 juta yang disasarkan kepada 606... 655 warga emas dan ianya bertujuan meningkatkan fungsi penglihatan dan kemampuan mereka untuk hidup berdikari.

Prestasi pelaksanaan program ini adalah sebanyak 98.76% dan ini menunjukkan program ini memang perlu diteruskan bagi meningkatkan kesejahteraan warga emas dalam menjalani kehidupan seharian dan juga kita masih meneruskan Kad Kesihatan Kasih Makmur. Kerajaan negeri terus meneruskan inisiatif Kad Kesihatan Kasih Makmur dengan peruntukan fasa pertama sebanyak RM5 juta memberi manfaat kepada 36,655 warga emas dan juga OKU. Melalui inisiatif ini, mereka dapat mengakses kepada rawatan asas di 150 klinik panel swasta dengan lebih mudah serta membantu mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan. Peruntukan tambahan juga telah diluluskan sebanyak RM11.557 juta bagi menampung kos perbelanjaan bagi program ini.

Secara keseluruhan, inisiatif tahun 2025 menunjukkan pencapaian yang positif, menyeluruh dan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dalam memperkukuh jaring... jaringan perlindungan sosial negeri Pahang. Program-program ini bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan rakyat, malah memperkasa institusi sokongan seperti PPDK dan juga pusat jagaan. Kerajaan negeri telah berjaya memastikan bantuan yang disalurkan memberi kesan langsung kepada kumpulan sasar sekali gus menyokong agenda kesejahteraan masyarakat secara holistik. Kerajaan negeri komited untuk terus mempertingkatkan program kebajikan dan kesihatan demi memastikan masyarakat Pahang hidup dalam suasana yang sejahtera, inklusif dan juga makmur dan melalui Jabatan Pembangunan Wanita pada tahun 2025, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah memperuntukkan sejumlah RM102,000.00 bagi pelaksanaan pelbagai program di bawah domain ekonomi, kesejahteraan, kepimpinan dan juga keselamatan.

Program bersasar dengan kerjasama pelbagai agensi negeri ini telah memberi manfaat secara langsung kepada golongan remaja, wanita dewasa, ibu tunggal, warga emas dan golongan rentan. Sejumlah 114 program melibatkan sejumlah... seramai 23,925 peserta di 41 lokasi dalam negeri Pahang telah dilaksanakan. Usaha ini mencerminkan komitmen kerajaan persekutuan dalam memperkasakan wanita untuk terlibat secara bermakna bagi mencapai potensi mereka sepenuhnya melalui pembangunan yang inklusif dan ke arah kesaksamaan gender. Program-program yang dilaksanakan atau dijalankan adalah seperti berikut...

Boleh mencelah sikit. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya nak tanya PPDK ini dia ada had umur untuk masuk PPDK? Kemudian bila dah keluar tu, ke mana anak-anak OKU ini akan pergi sebab di tempat saya tu... saya ucap terima kasihlah kepada YB Dato' datang ke PPDK Maran baharu-baharu ini. Macam mana kalau dia dah keluar dari PPDK itu? Saya bimbang dia mengacau tengah bandar itu aje. Sekian, terima kasih.

Terima kasih, pertanyaan daripada Yang Berhormat Luit. Dan memanglah yang saya pergi baharu ini ke tempat Yang Berhormat Luit, di mana anak Yang Berhormat jugalah jadi pelatih di situ. Mungkin kegusaran ini lebihlah memandangkan anak sendiri ya. Jadi setakat ini kita pelatih kita sehingga umur 40 tahun dan selepas itu kita akan keluarkan daripada PPDK dan selebihnya tanggungjawab itu lebih kepada keluargalah dan juga ibu bapa.

Saya nak mencelah sikit Yang Berhormat, pihak kerajaan. Di tempat saya pun ada PPDK, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Amat menyedihkan sebab dia menyewa rumah-rumah. Ada keadaannya tidak, tidak healthylah. Tidak... orang kata... usang ada juga, jadi kadang-kadang orang, jiran complaint bising. Jadi bolehkah, adakah perancangan kerajaan untuk buat sesuatu tempat PPDK yang betul-betul lengkap kemudahan-kemudahan mainan, tempat mandi, tempat ada pembelajaran. Saya ingin mencadangkan di Kuantan, kita tidak ada satu tempat kompleks, kompleks PPDK yang boleh kita isi. Kadang-kadang untuk 20 orang itu penuh dah.

Jadi, saya ingin mencadangkan pihak kerajaan untuk memikirkan satu kompleks PPDK yang... yang moden untuk anak-anak istimewa dan saya sedih sendiri di kawasan saya ada bila saya telefon sendiri, saya telefon sendiri pengundi-pengundi saya. Saya tanya dia, saya nak minta tolong nak tanya anak dekat mana? YB, anak saya anak istimewa. Allah, sayu hati saya. Jadi begitulah hubungan saya dengan pengundi-pengundi saya. Terima kasih.

Terima kasih kepada sahabat yang bertanya. Untuk makluman, sebenarnya PPDK sekarang ini diletakkan di bawah NGO ya, bukan lagi tanggungjawab pada kita dan walau macam manapun, walaupun di bawah NGO, tetapi kerajaan negeri juga banyak membantu. Ini bergantung kepada permohonan yang mereka mohon kepada kerajaan. Jadi rasanya bukanlah satu tanggungjawab ataupun tugas kita untuk menyediakan pusat. Tapi walau macam mana pun seperti saya katakan tadi bahawa banyak permohonan-permohonan yang kami terima, pihak kerajaan terima melalui PPDK ini.

Dato' Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Sedikit sahaja Pengerusi. Baik, PPDK ini kita lihat, saya juga selalu pergi ke PPDK. Tapi kebanyakan anak-anak OKU yang masuk PPDK ini yang boleh berdikarilah ataupun separuh ya boleh berdikari manakala ada anak-anak OKU yang langsung tak layak nak masuk sebab agresif ataupun sebab tak boleh nak buat apa-apalah. Jadi, bagaimana tanggungjawab kerajaan ataupun peranan kerajaan untuk tangani anak-anak OKU yang sebegini?

Terima kasih kepada sahabat yang bertanya. Walaupun anak-anak yang tidak... maksudnya tidak pergi ke PPDK ini, kita ada dua golongan bantuan yang kita bagi ya. Anak-anak yang pergi ke PPDK dan juga anak-anak OKU yang berdaftar tapi berada di rumah. Itu juga mendapat bantuan one-off yang diberikan oleh kerajaan.

Dan saya teruskan. Saya teruskan lagi apa yang diberikan oleh Jabatan Pembangunan Wanita yang melalui program-program di bawah yang saya sebutkan tadi. Yang pertama adalah program di bawah domain ekonomi. Pelbagai inisiatif telah dirangka dan dilaksanakan bagi membantu golongan wanita di negeri Pahang menjana serta meningkatkan sumber pendapatan mereka. Usaha-usaha ini bukan sahaja bertujuan memperkukuh kedudukan ekonomi wanita, malah memastikan mereka berupaya berdikari dan berdaya saing dalam arus pembangunan semasa. Antara program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut.

Yang pertama adalah program kursus asas keusahawanan di bawah Institut Keusahawanan Negara dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita. Seterusnya program Laman Wanita, program Bazar Nita dan juga program Komuniti Based Enterprise. Seterusnya program di bawah domain kesejahteraan. Er... program kesejahkesedaran dan cakna wanita demi mendidik golongan ini tentang Akta Keganasan Rumah Tangga dan Akta Anti Ganggus… Gangguan Seksual yang merupakan cerminan kerajaan yang prihatin dan serius dalam menangani serta menghapuskan diskriminasi berasaskan gender terutama keganasan rumah tangga.

Program-program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut, Program Literasi Perundangan dan Hak Wanita, Program Meningkatkan Daya Tahan dan Psikologi Wanita, Program Kasih Ibu Tunggal serta Perkhidmatan Kaunseling Motivasi JPW dan untuk program di bawah domain kepimpinan, kita ada Program Pembangunan Tenaga Pengajar Berpotensi, Program Perantis Kepimpinan Wanita serta Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP) dan untuk bawah domain keselamatan pula, kita telah mengadakan beberapa program. Ada empat program telah diadakan untuk tahun ini iaitu Akta Gangguan Seksual 2022, Skuad Wanita Anti Jenayah yang kita namakan Skuad Waja.

Konvensyen mengenai penghapusan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita. Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita dan perancangan untuk tahun 2026 pula er... di mana kita telah merancang beberapa program. Di antaranya adalah Program Kesihatan Wanita untuk Zon Barat, Tengah dan juga Timur, Program Kem Pemerkasaan Remaja Wanita. Di samping itu, er... selain daripada program saya sebutkan tadi, di bawah Jabatan Wanita juga Masyarakat, kita ada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri.

Institusi keluarga merupakan asas serta benteng pertama dalam membentuk sahsiah diri dan membina nilai-nilai murni bagi melahirkan masyarakat yang makmur, stabil dan juga berdaya tahan. Bagi mendokong Teras Keempat, Membentuk Rakyat Berjati Diri dan Melahirkan Pemimpin Masa Hadapan. Er… LPPKN Negeri Pahang agensi di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan meneruskan Program Agenda Nasional Kasih, Keluarga Negara berfokus, memfokus kepada peranan bapa, pendidikan keibubapaan, kesihatan keluarga, pendidikan, pengukuhan perkahwinan dan intervensi sosial dalam menerap menerapkan nilai kasih keluarga iaitu kasih sayang, akhlak sihat, selamat, berilmu dan juga harmoni.

Program Pekerti Negara turut diteruskan oleh LPPKN Negeri Pahang melalui program cafe, KafeTEEN@Komuniti, Program KafeTEEN@Sekolah, Program Advokasi Kasih Remaja dan Program Intervensi Pekerti di Komuniti Luar Bandar. Peranan KafeTEEN akan diperluaskan sebagai platform interaktif dalam usaha memberikan pengetahuan pendidikan kesihatan, reproduktif dan sosial bagi membentuk sahsiah remaja yang positif, berakhlak dan berwawasan dalam memastikan pembentukan jati diri dan nilai murni diterap lebih awal. Melalui usaha berturas… berterusan LPPKN Negeri Pahang dalam menerapkan pembudayaan nilai-nilai kekeluargaan dan pengetahuan pendidikan kesihatan, reproduktif dan sosial, institusi keluarga yang kukuh mampu menjadi tempat perlindungan emosi dan sokongan mental bagi setiap ahli keluarga khususnya anak-anak yang bakal menjadi pewaris penyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran negeri dan juga negara.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat,

Sebagai penutup, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan portfolio saya. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang dan saya akan mengambil tindakan, perhatian dan tindakan ke atas perkara-perkara yang dibangkitkan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai serta kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan Persidangan Dewan Undangan Negeri pada kali ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Keseluruhan pencapaian ini, membuktikan bahawa kerajaan negeri melalui kerjasama UPWS, JPW, JKM dan LPPKN beriltizam memastikan tiada rakyat tercicir. Wanita yang ingin berdikari, OKU yang memerlukan perlindungan, warga emas yang memerlukan perhatian, ibu tunggal yang memerlukan sokongan, remaja yang perlu dibimbing serta keluarga yang wajar diperkukuhkan. Dengan dukungan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar, saya yakin agenda pembangunan sosial negeri Pahang akan terus diperkasa demi kesejahteraan keseluruhan rakyat.

Belanjawan Pahang 2026 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang menagih keterlibatan semua dari kita yang dipilih oleh rakyat sebagai Wakil Rakyat di Dewan Yang Mulia ini. Tidak hanya cukup membawa permasalah… permasalahan rakyat di Dewan masing di kawasan masing-masing untuk diselesaikan tetapi menuntut cetusan idea, dengan kreativiti pemikiran sebagai seorang pemimpin.

Akhir kata, saya menutup ucapan ini dengan mutiara kata. Setiap langkah kecil yang kita ambil pada hari ini menjadi nyalaan harapan untuk rakyat dan setiap harapan yang kita semai akan tumbuh menjadi masa depan yang lebih makmur. Semoga dengan ikhtiar kita ini menjadi jambatan yang menghubungkan rakyat kepada sebuah negeri

yang lebih sejahtera, lebih inklusif dan lebih penuh kasih sayang. Dengan kata-kata itu, saya akhiri penggulungan saya dengan saya menyokong Belanjawan Pahang Tahun 2026.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang. Sila Yang Berhormat.

Terima Kasih YB Speaker. [Ayat al-Quran]. Assalamualaikum wbt [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan keizinan-Nya dapat kita Ahli-ahli Dewan diberi kekuatan, kesihatan yang baik dalam menyampaikan mandat yang diamanahkan serta dapat berkumpul bersama-sama dalam menyempurnakan persidangan kita pada kali ini di Dewan Yang Mulia ini.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin ucapkan terima kasih kepada YB Speaker kerana telah memberi peluang kepada saya menyertai dalam sesi penggulungan kita pada hari ini.

Saya juga ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Wan Rosdy bin Wan Ismail kerana telah membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2026 yang mana ianya merupakan Belanjawan yang komprehensif lagi inklusif untuk menyantuni semua golongan rakyat di negeri Pahang dan kita amat berbangga apabila Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja mengumumkan bahawasanya negeri Pahang telah berjaya mencatat pencapaian empat tahun berturut-turut dari segi kutipan hasil yang melebihi RM1 bilion. [Ahli Dewan menepuk meja].

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dan saya bersama rakyat di DUN Peramu Jaya, Pekan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja.

YB Speaker,

Saya juga ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan Ahli Dewan iaitu Yang Berhormat Beserah, Semambu, Padang Tengku, Batu Talam, Cheka, Tras, Ahli Yang Dilantik Nombor 2 dan Nombor 5 yang mana telah mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab dan juga menyentuh mengenai portfolio saya semasa mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Pembangunan dan Pembekalan Air 2026 tempoh hari. Semua soalan tambahan tersebut akan saya jawab secara bertulis.

YB Speaker,

Sepanjang tahun 2024, kita telah menyaksikan prestasi yang amat memberangsangkan apabila jumlah pelaburan komited negeri mencecah RM7.54

bilion melalui 56 projek. Melangkah ke tahun 2025, prospek kita jauh lebih cerah. Sehingga kini, negeri Pahang telah merekodkan pelaburan komited berjumlah RM18.4 bilion melibatkan 100 projek yang berada dalam pelbagai peringkat rundingan dan kelulusan. Prestasi ini menunjuk, menunjukkan Pahang bukan sahaja kekal relevan tetapi semakin menjadi tumpuan utama, pelabur dari dalam mahupun luar negara. Ini bukan angka kecil, malah ia mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan kemudahan dan dasar pelaburan negeri. Semua ini memberi impak secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan serta limpayan… limpahan kepada rakyat negeri Pahang. Antara pelaburan yang telah dimuktamadkan bagi tahun 2025 ialah pembangunan Pusat Data Kecerdasan Buatan ataupun AI dengan izin dengan teknologi pengkomputeran awan, Cloud Computing dengan izin yang berasaskan tani oleh Fire Phoenix International, sebuah syarikat antarabangsa. Pelaburan ini dibawa masuk ke dalam negeri Pahang melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) di Pahang Technology Park, Gambang dengan nilai RM100 juta untuk fasa pertama.

Pada masa hadapan Invest Pahang berhasrat untuk menarik pelaburan pusat data dari kategori tier 1 dengan izin. Untuk itu, kawasan industri Gambang dan Gebeng boleh disifatkan sebagai kawasan yang bersedia untuk menerima pelaburan pusat data dengan bekalan air dan elektrik yang mencukupi. Selain itu, pelabur pusat data bebas untuk memilih syarikat yang akan menyambung laluan gentian optik ke pusat data mereka.

Selain itu, kita telah menerima pelaburan pembuatan rim kenderaan elektrik oleh Sino Lions Industry Group di Gebeng dengan nilai RM800 juta buat fasa pertama. Projek ini dijangka boleh menyediakan sehingga 1,000 peluang pekerjaan. Pihak pelabur telah menyatakan komitmen untuk membangunkan fasiliti penyelidikan dan pembangunan R&D dengan izin dan juga pemindahan teknologi. Untuk fasa 1 dijangka 3 juta unit rim kenderaan dapat dihasilkan dalam tempoh setahun. Projek milik syarikat ini telah disenaraikan sebagai projek berimpak tinggi.

Negeri Pahang juga bakal menerima projek pembangunan sifar karbon mega dalam masa terdekat. Carbon Capture and Storage Southern Hub oleh Petronas CCS Solutions Sendirian Berhad merupakan sebuah projek strategik peringkat persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri. Anggaran awal nilai pelaburan bagi projek ini adalah sebanyak RM5 bilion. Ia juga menyokong agenda sifar karbon ataupun Net Zero dengan izin menjelang tahun 2050. Hab ini dijangka memulakan suntikan pertamanya ke dalam telaga minyak terpakai Duyong pada tahun 2029 dan akan memainkan peranan penting dalam usaha pengurangan pelepasan karbon dioksida khususnya bagi industri-industri hard to abide, dengan izin seperti industri simen dan besi yang menggunakan gas karbon dioksida dengan begitu banyak sama ada di dalam dan di luar negara. Lokasi hab ini amat strategik untuk mewujudkan rantaian nilai CCS yang bersepadu serta pembangunan masa depan dan jangka membuka peluang ekonomi baharu serta memberi manfaat signifikan kepada rakyat.

Invest Pahang juga telah memperkenalkan metrik projek impak tinggi sebagai salah satu usaha memudah cara urusan pelaburan dan memastikan projek-projek berimpak tinggi diberi keutamaan. Metrik ini membolehkan kita menilai pelaburan secara lebih telus, teratur dan konsisten berdasarkan impak ekonomi, sosial, teknologi, keselarasan strategik serta pematuhan Environmental Social dan Government (ESG) dengan izin. Melalui proses penilaian ini, sebanyak 46 projek daripada data pelaburan komited negeri sejak dari tahun 2022 hingga 2025 telah dikenal pasti sebagai projek berimpak tinggi. Projek-projek ini akan diberikan keutamaan termasuk laluan hijau ataupun green lane. Bagi memastikan proses kelulusan lebih pantas dan pelaksanaan

lebih lancar. Seperti yang kita maklum apabila pelaburan direalisasikan lebih cepat, maka Keluaran Dalam Kasar Negeri (KDNK) turut akan meningkat lebih pantas. YB Speaker, bercakap mengenai KDNK dan pelaburan. Prestasi pelaburan negeri turut memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negeri Pahang terutamanya melalui aktiviti pelaburan dalam sektor pembinaan, pertanian, pembuatan dan perkhidmatan. Hasil daripada pelaburan ini tidak hanya memberi pulangan ekonomi tetapi turut meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pahang telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi keempat tertinggi di Malaysia pada tahun 2024 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 5.7%. Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia atau DOSM, Pahang telah mencatatkan prestasi melebihi kadar pertumbuhan nasional selama tiga tahun berturut-turut dengan nilai KDNK berjumlah RM61.7 bilion pada tahun 2022 meningkat kepada RM64.9 bilion pada tahun 2023 dan seterusnya RM68.7 bilion pada tahun 2024.

Sehingga kini terdapat 9 syarikat induk dan 48 anak syarikat yang beroperasi secara aktif di bawah syarikat berkaitan kerajaan negeri ataupun SGLC dengan izin. Kesemua entiti ini menyumbang kepada kemasukan pelaburan langsung domestik (DDI) dan juga pelaburan langsung asing (FDI). Selain melaksanakan projek pembangunan mengikut kluster di seluruh daerah negeri Pahang. Pendekatan ini memastikan setiap daerah akan dapat manfaat pembangunan dan peluang ekonomi dengan lebih menyeluruh.

YB Speaker, selaras dengan momentum pertumbuhan yang positif ini. Kerajaan negeri turut meneroka peluang-peluang dan sektor-sektor baharu yang berpotensi menjadi pemacu ekonomi masa hadapan. Antaranya termasuklah limpahan ekonomi daripada projek laluan rel Pantai Timur. ECRL yang dijangka mula beroperasi pada Januari 2027. Projek ini akan menjadi pemangkin utama yang akan membawa perubahan kepada landskap perindustrian negeri dengan sambutan… dengan sambungan rel dari Lembah Klang ke Pelabuhan Kuantan. Pahang bakal muncul sebagai pintu gerbang logistik strategik di Wilayah Timur.

Kedudukan stesen ECRL di Pahang yang berdekatan dengan taman perindustrian seperti di Bentong, Maran, Temerloh, Gambang dan Pelabuhan Kuantan dapat menarik lebih ramai pelabur. Kerajaan negeri telah merangka Economic Acceleration Project dengan izin, EAP di setiap stesen merangkumi dua komponen iaitu Industrial Park Transit Oriented Development (TOD) serta logistik hab kargo oriented development dengan izin, bagi memaksimakan penggunaan jaringan ECRL dan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat sepanjang jajaran tujuh stesen ECRL di negeri Pahang. Lokasi-lokasi ini sedang dipromosikan dalam usaha menarik pelabur dalam pembangunan industri logistik dan komersial.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setiap stesen ECRL akan dibangunkan mengikut kesesuaian semasa dan keunikan potensi setempat. Sebagai contoh, stesen Cherating akan dijadikan pemangkin sektor aeroangkasa, lapangan terbang antarabangsa, pelancongan pantai dan ekonomi kreatif. Bagi memastikan pembangunan ini dilaksanakan secara holistik, kerajaan negeri telah menubuhkan pasukan penyelaras untuk memantau dan memperkemas proses perancangan. Saya yakin dengan pendekatan yang strategik dan kerjasama erat antara kerajaan negeri, kerajaan pusat dan sektor swasta, Pahang berpotensi menjadi hab perindustrian yang mampan dan berdaya saing di Malaysia.

YB Speaker, dalam usaha memperkukuh daya saing ekonomi negeri, Kerajaan Negeri Pahang terus komited memperhebatkan strategi promosi pelaburan khususnya dalam mempromosikan Pahang sebagai Gerbang Pelaburan Pantai Timur. Kita menawarkan ekosistem pelaburan yang kondusif dan kompetitif untuk memudahkan urusan pelabur dalam konteks ease of doing business. Antara program yang disertai ialah Selangor International Business Summit (SIBS) Kali yang ke-9 anjuran Invest Selangor. Hasil penglibatan kali ini, Invest Pahang telah berjaya memeterai tujuh perjanjian persefahaman MoU seperti projek eksplorasi, cari gali, pengilangan, pengedaran dan pengkomersialan sumber air bawah tanah di negeri Pahang Darul Makmur di antara Yayasan Pahang dan Syarikat Bubbles O2 Sendirian Berhad dan Projek Usahasama Pembangunan Jerantut Square oleh Pembinaan Jaya Depan Sendirian Berhad dengan PKNP.

YB Speaker, berkenaan dengan portfolio sains, teknologi dan inovasi pada pemukiman SGLC Pahang yang lepas. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja, Menteri Besar telah melancarkan pelan hala tuju ekosistem syarikat pemula ataupun Startups 2030. Sasaran pelan ini adalah, pertamanya menubuhkan dan mewujudkan 400 atau lebih syarikat pemula ataupun Startups, mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan untuk anak tempatan. Ketiga, melonjakkan KDNK sebanyak RM2 bilion buat negeri Pahang, dan akhir sekali, keempat membina ekosistem Startups bernilai USD1 billion ataupun RM4.12 bilion. Dengan adanya ekosistem yang mampan dan kuat, semua pihak berkepentingan atau stakeholders dengan izin, dapat menyumbang ke arah pembangunan syarikat pemula ataupun startups. Sebagai contoh, institusi pendidikan akan menjana harta intelek dan juga patent dengan izin untuk digunakan oleh startups. Dana pelabur awal seperti syarikat Venture Capital dan pelabur Budiman ataupun Angel Investors dengan izin, akan dipertingkatkan serta dasar kerajaan akan digubal untuk menjadi mesra syarikat pemula ataupun startup. Di fasa kedua pelan ini bercadang untuk menarik startup antarabangsa seperti dari rantau Eropah dan juga rantau Asia untuk berpangkalan di negeri Pahang. Manakala pada fasa tiga, startup Pahang digalakkan untuk memasuki pasaran global atau dunia.

Ingin saya kongsikan di sini, dapatan Laporan Pembangunan Indeks Inovasi Malaysia ataupun Malaysia Inno… Innovation Index 2025 yang telah dianalisa oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MII 2025 ini merupakan satu instrumen bagi mengukur tahap ekosistem inovasi setiap negeri di Malaysia untuk membolehkan langkah-langkah intervensi yang bersesuaian dapat dirancang dan dilaksanakan secara bersasar mengikut keperluan serta menjadi pemangkin bagi mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-13, negeri Pahang berada di kedudukan yang kelapan daripada 13 negeri dengan nilai skor MII 26.79% dan berada di tempat pertama bagi rantau Pantai Timur. Berdasarkan enam tonggak indikator kekuatan inovasi negeri Pahang terletak pada hasil kreatif dan juga pembangunan modal insan di peringkat sekolah menengah hingga ke universiti.

Walau bagaimanapun, infrastruktur digital perlu dipertingkatkan. Pekerja berpengetahuan ataupun knowledge workers, dengan izin, perlu ditambah serta Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) turut diperkasakan. Hasil daripada dapatan tersebut, kerajaan negeri akan mengambil langkah yang lebih proaktif dan komprehensif bagi memastikan kedudukan MII bagi negeri Pahang dapat ditingkatkan dan berada dalam kedudukan yang lebih membanggakan, insya-Allah.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang atas komitmen dalam menyokong agenda Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik

atau STEM negeri serta telah memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 bagi penganjuran Pahang STEM Competition tahun hadapan. Hal ini sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada murid sekolah dan pelajar institusi pengajian tinggi untuk menonjol dan mengetengahkan idea, bakat serta ciptaan inovasi mereka di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Sokongan ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh pendidikan STEM dan melahirkan bakat tempatan yang bersedia menghadapi perkembangan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) Internet Kebendaan (IoT) dan ekonomi digital.

YB Speaker, tahun 2025 merupakan tahun yang amat membanggakan bagi kehadiran sekolah-sekolah Pahang dalam pertandingan STEM peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Di kesempatan ini, saya ingin kongsikan kejayaan Sekolah Kebangsaan Matang Kledang Pekan yang menjadi johan dalam pertandingan 26th International Robot Olympiad di Busan, Korea Selatan seperti dimaklumkan oleh ADUN Kawasan Benta. SMK Sultanah Hajjah Kalsom merupakan johan dalam Kejuaraan Robotik Antarabangsa bagi kategori Robot Soccer Senior dan Sekolah Menengah Agama Al-Maarif Kuantan menyandang pingat emas dalam Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEx).

Baru-baru ini Sekolah Kebangsaan FELDA Mempaga 2 Bentong merupakan johan dalam Global Metaverse Competition Malaysia Techlympics 2025. Ingin saya mengumumkan juga di sini bahawa kontinjen Pahang telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Malaysia Techlympics 2025 dengan memperolehi empat pingat emas, empat perak dan tiga gangsa yang berlangsung di MITC Melaka pada 10 November 2025. Kejayaan ini jelas membuktikan bahawa bakat, potensi dan usaha komited daripada para pendidik serta pelajar Pahang dalam bidang sains, teknologi dan inovasi seterusnya mengharumkan negeri Pahang di peringkat nasional.

YB Speaker, izinkan saya kongsikan satu pencapaian hebat dalam bidang sains negeri Pahang iaitu Frozen Zoo. Frozen Zoo bukanlah zoo dengan haiwan yang boleh dilihat, tetapi sebuah zoo di dalam peti sejuk. Frozen Zoo merupakan pelabuh… penubuhan yang pertama di Malaysia dan satu usaha yang dijalankan oleh International Islamic University Malaysia (IIUM) Kuantan bersama rakan kerjasama seperti Borneo Rhino Alliance (BORA) dan PERHILITAN. Tujuan utamanya adalah untuk mengumpul dan menyimpan sel serta tisu daripada haiwan yang terancam termasuk Badak Sumbu Sumatera yang terakhir di Malaysia. Bahan genetik ini disimpan di PLANETIIUM Kuantan, sebuah institut yang menggunakan teknologi penyimpanan ultra sejuk untuk memastikan sel kekal hidup dan berguna pada masa hadapan.

Teknologi ini menyimpan bahan genetik haiwan seperti sel, tisu, sperma dan telur pada suhu yang amat rendah melalui proses cryopreservation dalam bahasa Melayu, pembekuanlah. Tapi nama Inggeris canggih sikit. Pada suhu… pada suhu beku yang ekstrem ini, sel ini boleh bertahan untuk jangka masa yang sangat lama.

Dengan teknologi sel termaju, embrio dapat dihasilkan daripada sel somatik iaitu sel selain daripada sel pembiakan dan dimasukkan ke dalam ibu tumpang. Tujuan utamanya adalah untuk menyediakan simpanan genetik bagi haiwan-haiwan yang berisiko pupus bagi mengelakkan kegaga… kestabilan ekosistem terganggu. Apabila populasi semakin mengecil dan sumber makanan berkurang, peluang untuk membiak secara semula jadi akan menurun.

Frozen Zoo memberi alternatif melalui teknologi pembiakan moden seperti pengklonan dan pembentukan embrio tanpa memerlukan sperma demi meningkatkan semula

bilangan spesies tersebut. IIUM dan BORA bekerjasama mengumpul sel dan tisu daripada Badak Sumbu Sumatera yang terakhir di Malaysia. Sel dan tisu ini disimpan dengan penuh teliti sebagai usaha terakhir untuk mengembalikan semula spesies ini daripada kepupusan. Dengan sel yang ada pada hari ini saintis berharap dapat menghasilkan embrio pada masa hadapan dan secara berperingkat mengembalikan populasi Badak Sumbu Sumatera.

Usaha Frozen Zoo menjadi sumber inspirasi kepada dunia. Ia menunjukkan bahawa teknologi terkini boleh digunakan untuk menyelamatkan spesies daripada kepupusan. Konsep yang sama kini akan diperluaskan kepada haiwan lain seperti Harimau Malaya sekali gus menjadikan Frozen Zoo sebagai simbol harapan dalam pemuliharaan biodiversiti di Malaysia.

Negeri Pahang merupakan sebuah negeri yang kaya dengan biodiversiti, hutan hujan tropika dan habitat semula jadi bagi pelbagai spesies terancam. Lokasi strategik ini memberikan kelebihan kepada IIUM Frozen Zoo dalam menjalankan pengumpulan sampel, penyimpanan biologi serta penyelidikan konservasi, sekali gus menjadikannya aset penting dalam memperkukuh usaha pemuliharaan hidupan liar serta pembangunan sains, konservasi dan edupelancongan di Pahang.

Berkaitan inovasi di negeri Pahang, kerajaan negeri komited dalam memastikan inovasi sentiasa subur dalam pelbagai bidang dan sektor. Bagi sektor perkhidmatan awam, pelbagai inisiatif dan program berkaitan inovasi terus digerakkan bagi memperkasa dan mempercekapkan penyampaian perkhidmatan Kerajaan Negeri Pahang. Seiring perkembangan pesat dunia digital dan teknologi, kerajaan negeri terus memperkasa pelbagai inisiatif pendigitalan sebagai usaha pemangkin utama ke arah sebuah perkhidmatan awam yang inovatif, cekap, berintegriti dan berpaksikan rakyat. Antara inovasi terkini yang telah dilaksanakan ialah inisiatif Data Terbuka dan Analisis Data Raya Negeri atau Big Data, dengan izin.

Usaha ini datang daripada jabatan dan agensi disatukan dalam satu ekosistem bagi membolehkan analisis yang lebih tepat, pantas dan berasaskan fakta. Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan ketelusan malah memudahkan penggubalan dasar yang lebih responsif terhadap keperluan rakyat.

Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar atas kelulusan peruntukan bagi sesi libat urus Sistem e-Rakyat sebanyak RM300,000.00. E-Rakyat satu sistem inovasi baru berkaitan Pengurusan Bantuan Rakyat Negeri Pahang. Sistem ini berfungsi sebagai platform tunggal untuk menguruskan permohonan semakan dan penyaluran bantuan rakyat secara digital. Dengan e-Rakyat proses pemberian bantuan menjadi lebih tersusun, mengelakkan pertindihan dan memastikan setiap bantuan dapat sampai ke golongan yang benar-benar layak.

Bagi sektor pelancongan pula, pendekatan inovatif yang diguna pakai ialah membangunkan aplikasi pelancongan kecerdasan buatan (AI), aplikasi Pahang Destina. Aplikasi pintar ini menggabungkan teknologi kecerdasan buatan untuk menyediakan cadangan lokasi pelancongan, laluan perjalanan dan pengalaman interaktif kepada pengguna. Inisiatif ini dijangka meningkatkan daya tarikan Pahang sebagai destinasi pelancongan utama negara melalui pengalaman digital yang lebih mesra pengguna.

Contoh inisiatif-inisiatif berteraskan inovasi ini merupakan bukti komitmen kerajaan negeri dalam memodenkan perkhidmatan awam melalui penggunaan teknologi baru.

Ia turut melengkapi Pelan Digital Pahang bagi mewujudkan tadbir urus yang berkesan, telus dan berimpak tinggi.

Akhir sekali, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan saya kepada semua jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang selama ini banyak membantu saya sepanjang saya memegang portfolio ini. Dengan adanya budaya kerja berpasukan yang jitu, saya dapat melaksanakan pelbagai perancangan projek dan aktiviti yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat negeri Pahang.

Sekian, saya sudahi dengan salam serta doa. Semoga kita sentiasa diberi petunjuk yang benar dalam apa jua pun yang kita laksanakan demi kemakmuran negeri Pahang. Saya mohon menyokong Belanjawan Negeri Pahang 2026 yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar pada 5 Disember 2025 yang lalu. [Ahli Dewan menepuk meja] Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum wbt. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Marilah kita err... mengalu-alukan pemerhati yang hadir pada hari ini sesi petang iaitu tetamu daripada DUN Muadzam Shah lima orang, tetamu dari DUN Guai, lima orang, tetamu dari DUN Bebar, empat orang dan juga peserta Program Youth Empowerment Society (YES) 10 orang. Selamat datang ke Dewan Negeri Pahang. Seterusnya saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang. Sila Yang Berhormat.

Dato’ Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam Aspirasi Pahang 1st. Terima kasih Yang Berhormat Speaker kerana telah memberi peluang kepada saya untuk membahaskan usul Belanjawan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada hari Jumaat yang lepas. Dan saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah berjaya membentangkan Belanjawan Negeri Pahang bagi tahun 2026 bertemakan Pahang 1st, Rakyat Didahulukan dan Kemakmuran... Kemakmuran Dipertahankan.

Yang Berhormat er... Speaker, menyentuh tentang sektor kerja raya. Peruntukan RM28 bilion yang diumumkan oleh kerajaan persekutuan untuk senggaraan jalan dan jambatan di jalan persekutuan pada tahun 2025. JKR Negeri Pahang sehingga 30 November 2025, telah menerima agihan bagi kerja-kerja pembaikan jalan, jambatan, kerja rutin dan lain-lain berjumlah RM425 juta. Daripada peruntukan tersebut sebanyak 361 kerja senggaraan sedang dilaksanakan di seluruh negeri Pahang. Manakala bagi jalan-jalan negeri pula, JKR negeri Pahang telah menerima peruntukan MARRIS berjumlah RM270 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan negeri dan jalan kampung sehingga 30 November 2025.

Yang Berhormat Speaker dalam memastikan jaringan jalan yang baik untuk memudahkan pergerakan rakyat di samping melancarkan aktiviti perdagangan dan menjana ekonomi negeri atau kawasan setempat. Di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke-13. Kerajaan negeri bersama, kerajaan negeri berterima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana telah meluluskan 10 projek di bawah Kementerian Kerja Raya yang merangkumi enam projek fizikal dan empat projek kajian awalan serta pengambilan balik tanah. Kos keseluruhan projek fizikal dan kajian awalan yang

diluluskan ini adalah sebanyak RM686.71 juta. Manakala Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah meluluskan tujuh projek fizikal bagi membina dan menaik taraf jalan dan jambatan luar bandar yang bernilai RM328.54 juta. Jumlah keseluruhan kos projek yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia, er.. Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke-13 adalah sebanyak RM1.015 bilion.

Projek fizikal yang diluluskan di bawah Kementerian Kerja Raya ialah satu, menaik taraf Lebuhraya Kuantan - Segamat FT12, Rompin sebanyak RM357.5 juta. Untuk makluman er... sidang Dewan untuk Jalan FT12 ini panjang totalnya 51 kilometer. Walaupun, bagaimanapun ia terbahagi kepada 5 seksyen dan iaitu seksyen A, B, C dan D. Dan untuk tahun hadapan ini lulus untuk seksyen D sahaja iaitu err... sejauh 13, jarak 13 kilometer iaitu daripada seksyen D ini adalah daripada kawasan Teh Dara hingga ke Simpang Kota Bahagia yang er... juga melibatkan dua buah jambatan. Yang keduanya cadangan menggantikan Jambatan err... Sungai Ular. Ini Jalan Kuantan - Chukai daerah Kuantan berjumlah RM34 juta dan er...

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Yang Berhormat Speaker. Soalan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Muadzam Shah. Berhubung dengan FT12 tadi. Er... adakah penurapan jalan yang sedang berlaku di... di Gadak itu termasuk dalam projek yang Yang Berhormat sebut. Terima kasih.

Speaker

Sila, boleh.

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Okay, terima kasih kepada Bukit Ibam. Er... kalau mengikut kepada lokasi seksyen D termasuk di kawasan Gadak. Yang ketiganya, cadangan menaik taraf jambatan uzur dan sempit di Sungai Sebol laluan FT98, seksyen 34, Jalan Temerloh - Jerantut, Temerloh. Ini kawasan ini saya sudah pergi dengan bersama dengan Jenderak ya, dua kali saya bersama dengannya Yang Berhormat Jenderak melawat kawasan ini. Alhamdulillah sudah lulus dengan berjumlah RM33.11 juta.

Yang keempat, cadangan menaik taraf pembetung jalan kepada jamaba... Bentong kepada jambatan di Kampung Alur Ladang, seksyen 36.81, Jalan Kuantan - Pelabuhan Kuantan, Jalan Kuantan - Pelabuhan, Kuantan ya daerah Kuantan ini Yang Berhormat err... Beserah tanya ke semalam. Tapi saya tak nak jawablah, saya jawab hari ini penggulungan berjumlah RM25.1 juta. Jadi saya rasa ini dapat menyelesaikan masalah yang telah lama er... dibelenggu oleh masyarakat di kawasan ini er... tersebut.

Yang kelima, pembinaan kawasan Rehat dan Rawat (RNR) di Kuala Lipis bagi Lingkaran Tengah Utama di Pakej 4, Kampung Relong ke Raub di kawasan seksyen 4A ke Kampung Relong ke Kampung ke Ladang Jerkoh ini sebanyak RM20 juta. Dan keenam pembinaan depoh bailey bridge JKR Negeri Pahang di JKR daerah Temerloh sebanyak RM10 juta. Manakala bagi projek kajian awalan dan pengambilan tanah yang diluluskan oleh Kementerian Kerja Raya.

Yang pertamanya adalah pembinaan Persimpangan Bertingkat Bukit Rangin, Kuantan, er... Jalan Kuantan - Chukai, FT ini , FT03 daerah Kuantan er... berjumlah RM28 juta. Ini meliputi kerja-kerja reka bentuk dan juga pengambilan balik tanah.

Yang keduanya, menaik taraf Jalan Sungai Lembing FT231 daripada Kampung Padang ke persimpangan lampu isyarat LPT1 daerah Kuantan berjumlah RM5 juta yang meliputi untuk kerja-kerja kos kerja-kerja reka bentuk dan juga pengambilan balik tanah. Yang ketiganya, kerja awalan membina jalan dan persimpangan baharu menghubungkan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di Kilometer 247 ke Jalan Tas ke Jalan Pintasan Kuantan, Persimpangan Berlian. Ini laluan baru ini dekat Semambu serta menaik taraf Jalan Semambu, FT3486, Jalan Tengku Mahmud FT227 dan Jalan Padang Golf, Kuantan, Pahang sebanyak RM2 juta.

Yang keempat, Lingkaran Tengah Selatan dari Persimpangan LTU err… LTU dan LPT di Kilometer 79 ke Kampung Sungai Perdak, Bentong er... berjumlah RM120 juta. Ini untuk kos reka bentuk dan juga pengambilan balik tanah.

Yang Berhormat Speaker,

Projek diluluskan di bawah Kementerian Kerja Raya... Kementerian... di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) adalah seperti berikut. Pertamanya, membina jambatan konkrit di laluan C108, laluan Serkam ke laluan C21, Jalan Kuala Wau sebelah sepanjang seberang sungai di daerah Maran. Ini pun saya dah pergi baharu ini berjumlah RM114.45 juta. Yang keduanya membina jalan dan jambatan dari Pos Lenjang ke Kampung Orang Asli Jernang, Pos Titom Lipis, Pahang sebanyak RM99 juta.

Yang ketiga, membina jalan baru dari sempadan FELDA Mayam ke jalan utama FT1510 er... di Bera sebanyak RM38 juta.

Keempat, menaik taraf jambatan di Jalan Runchang, Seksyen 6.2 daerah Pekan sebanyak RM13 juta.

Kelima, membina baru jambatan Sungai Dong Jalan Ulu Cendera 2 Kampung Keloi, Raub sebanyak RM9.5 juta. Dan selepas itu, sistem lampu isyarat di daerah Kuantan telah dinaik taraf dan dipantau oleh Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Negeri Pahang yang telah memasang lampu isyarat pintar ataupun smart traffic light dengan izin, di beberapa lokasi di mana lampu isyarat tersebut mempunyai linking system di antara dua lampu isyarat dan ianya akan dapat memberi kelancaran kepada lalu lintas di kawasan yang terlibat di persimpangan lampu isyarat dekat Pasaraya Giant dan persimpangan lampu isyarat di Kemunting er... dekat Lembaga Hasil Dalam Negeri tu dan keduanya lampu isyarat di persimpangan Permatang Badak dan persimpangan Sungai Isap.

Yang Berhormat Speaker,

Sehingga tahun 2025, Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang sedang melaksanakan 70 projek bangunan dan kemudahan awam dengan kos kontrak semasa sebanyak RM1.349 bilion. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 57 adalah daripada projek persekutuan dengan jumlah kontrak semasa sebanyak RM825.51 juta manakala 13 projek negeri menggunakan peruntukan negeri dengan kos kontrak sebanyak RM523.73 juta. Dan sehingga bulan November 2025, Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang telah berjaya menyiapkan 17 projek bangunan dan kemudahan awam dengan

kos kontrak bernilai RM77.64 juta. Dijangkakan projek siap sehingga Disember 2025 ini mencapai jumlah 21 projek dengan kos kontrak bernilai RM689.0 juta.

Bagi tahun 2026, terdapat 25 projek dijangka siap iaitu 20 projek persekutuan dengan kos kontrak sebanyak RM244.77 juta dan 5 projek peruntukan negeri dengan kos kontrak sebanyak RM39.62 juta. Pembinaan projek ini adalah merupakan kesinambungan pencapaian projek-projek di JKR Negeri Pahang dalam usaha menyediakan keperluan kemudahan awam kepada jabatan kerajaan dan juga rakyat negeri Pahang. Ianya dapat memberi impak kepada orang ramai di mana sama-sama dapat menikmati keselesaan dan kemudahan klinik, sekolah, masjid dan lain-lain yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Menjawab kepada pertanyaan tambahan YB Beserah, kerajaan negeri melalui Jabatan Kerja Raya telah mengemukakan permohonan melalui Rolling Plan Pertama (RMK-13) di bawah Kementerian Kerja Raya melibatkan cadangan menaik taraf Jalan Kuantan ke pelabuhan er... Pelabuhan Kuantan dari Seksyen 367 hingga 381.5 er... ke Pelabuhan Kuantan ke kawasan lampu isyarat Pelabuhan Kuantan. Sepanjang 14...14.5 kilometer dan melibatkan kerja-kerja menaik taraf daripada dua lorong kepada empat lorong. Walau bagaimanapun, tiada kelulusan diperolehi dan kerajaan negeri akan angkat semula er... cadangan ini melalui projek Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Ke-13.

Yang Berhormat Speaker,

Menjawab pertanyaan soalan tambahan.

Boleh mencelah sedikit Yang Berhormat? saya cuma nak minta sedikit pencerahan daripada Yang Berhormat, jajaran tadi FT03 yang di, diluluskan dalam Rolling Plan Yang Pertama baru ni dan kita sedang buat juga sekarang FT03 juga dari persimpangan Jerangau - Jabor sehingga Sungai Ular tu telah extend tiga kali dah tu, sepatutnya siap bulan Ogos 2025 tapi sampai sekarang masih tidak nampak dia punya kelancaran projek. Ada tarikh baru yang dijangka boleh siap? Terima kasih.

Dato’ Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Yang Berhormat yang tengah dalam pembinaan skarang ni? Okay, terima kasih. Yang Berhormat Speaker, projek ni memang er... lewat. Saya pun baru semak tadi. Jadual kalau ikut jadualnya 48.6% er... tetapi sebenar di tapak baru 27.65 dan ini pun memang kita mengambil perhatian dan baru-baru ni pun saya ada lawatan bersama Ketua Pengarah JKR tentang isu ni. Isu ni memang kita pun memang mengambil serius tentang kelewatan kerja ni dan saya percaya bahawa pihak Kementerian Kerja Raya sedang dalam proses mengambil tindakan pada pihak kontraktor.

Yang Berhormat Speaker,

Menjawab pertanyaan soalan daripada soalan tambahan daripada YB Luit, projek menaik taraf dan menaikkan aras jalan kawasan banjir di Jalan Bak-Bak Serengkam C133 daerah Maran, Pahang telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan di bawah RMK-11, Rolling Plan Ke-4 Kementerian pelanggan adalah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKLW) dan JKR merupakan pihak pelaksana projek. Tarikh milik

tapak adalah 22 Mac 2023 dan tarikh siap semasa adalah 23 Ogos 2027. Sebanyak dua TOT sebenarnya telah diberikan kepada pihak kontraktor kerana terdapat kelewatan kelulusan kebenaran bagi memulakan kerja di kawasan terlibat er... kawasan yang terlibat dengan pengambilan balik tanah oleh pihak kerajaan dan pindaan reka bentuk oleh Cawangan Kejuruteraan Geoteknik JKR Malaysia dan kemajuan jadual kerja semasa adalah 46.86% berbanding dengan kemajuan sebenar di tapak 62.17% dan projek kalau mengikut jadual di awal sekarang ialah 159 hari.

Projek Membina Baru Jalan dari Lubuk Paku, Mentenang, Pejing, Maran telah luluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan Pertama. Kementerian pelanggan adalah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan JKR merupakan pihak pelaksana projek. Tarikh milik tapak adalah pada 7 Oktober 2022 dan tarikh siap semasa adalah pada 24 Ogos 2027. Sebanyak dua TOT telah diberi kepada pihak kontraktor kerana kelewatan kelulusan dan kebenaran bagi memulakan kerja di kawasan terlibat dengan juga dengan urusan pengambilan balik tanah oleh pihak kerajaan dan jadual kemajuan semasa adalah 53.34% berbanding dengan kemajuan sebenar di tapak 69.66% dan projek ini berada awal 199 hari.

Yang Berhormat Speaker,

Menyentuh sektor pengangkutan, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengangkutan Negeri Pahang merancang membangun dan memantau pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dalam aspek pembangunan dan pengurusan sektor pengangkutan. Jawatankuasa ini mengukuhkan pengangkutan awam dan memastikan agar negeri Pahang memiliki perkhidmatan dan rangkaian pengangkutan yang saling berhubung agar tidak membebankan rakyat. Jawatankuasa ini juga berperanan untuk memantau dan memastikan kelancaran aktiviti pengangkutan jalan raya dengan lebih efektif dan efisien bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan mengurangkan risiko kemalangan di kawasan hot spot di negeri Pahang.

Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 kepada Lembaga Pembangunan Tioman bagi meneruskan subsidi kad pengangkutan feri di Tioman bagi memudahkan mobiliti penduduk di Pulau Tioman. Terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Yang Hormat Dato’ Sri Speaker..

Yang Berhormat Speaker, mohon mencelah sikit. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Pahang dan juga kerajaan negeri melalui Exco Pengerusi Jawatankuasa Jabatan Kerja Raya memaklumkan sebentar tadi bahawa peruntukan sebanyak RM500,000.00 telah diluluskan. Kesinambungan pada tahun-tahun yang lalu untuk meringankan beban domestik dan juga local people of Tioman. dengan izin. Jadi, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada warga penduduk Pulau Tioman. Dan saya ingin mengemukakan dua soalan tambahan iaitu yang pertama, saya difahamkan Jalan Segamat... ke... Jalan Muadzam ke Segamat sambungan daripada kelulusan yang sedia ada er... RM1 bilion lebih kelulusan oleh kerajaan persekutuan. Agaknya bila perkara ini dapat dilaksanakan? Pertama.

Kedua, saya juga ucap terima kasih kepada kerajaan negeri melalui portfolio Jabatan Kerja Raya dan Exco berkenaan yang mana kami telah hampir dua penggal untuk kelulusan lampu isyarat di er... Teluk Gading, persimpangan ke Kampung Pianggu, Sarang Tiong, Mukim Endau ya. Jadi difahamkan er... perkara ini telah lulus sekian

dua tahun hampir, dan saya difahamkan akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Jadi mohon sedikit pencerahan daripada pihak kerajaan. Terima kasih.

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tioman. Seperti yang saya maklumkan tadi, er... untuk Jalan FT12 maksudnya Jalan Muadzam ini er... Muadzam, jalan Muadzam itu telah diluluskan. Er... untuk jalan itu sebenarnya er… dia ada 5 Seksyen ya, A, B, C dan D yang diluluskan ini untuk Seksyen D iaitu daripada Teh Dara hingga ke simpang Kota Bahagia.

Er... dan berkenaan dengan lampu isyarat di Teluk er... di kawasan persimpangan dekat traffic light Masjid Teluk Gading, Tanjung Gemok ya. Er... sebenarnya, er… kerja-kerja pembinaan saya percaya, kerja-kerja pembinaan ini akan dijalankan insya-Allah pada awal tahun hadapan kerana baharu siap urusan er... urusan lantikan, lantikan baharu siap ya daripada, daripada pihak JKR.

Yang Berhormat Speaker,

Kerja-kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur ataupun ECRL melibatkan beberapa buah daerah di negeri Pahang iaitu di daerah Kuantan, Maran, Temerloh dan Bentong dan ia juga sedang rancak dilaksanakan. Kemajuan kerja projek ECRL di negeri Pahang sehingga 30 November 2025 telah mencapai sebanyak 91.49% menepati jadual pelaksanaan. Saya ingin memaklumkan bahawa Majlis Penembusan Terowong Genting bagi projek Laluan Rel Pantai Timur ECRL telah berlangsung pada 12 Julai 2025 di Terowong ECRL Genting, Pahang. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook selaku Menteri Pengangkutan bersama-sama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya er... Negeri Pahang yang turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Bahagian Pembangunan Yang Hormat Dato' Ali Syahbana bin Sabaruddin.

Secara keseluruhannya, projek ECRL ini melibatkan pembinaan sebanyak 41 terowong dan terowong ECRL Genting yang merentasi Banjaran Titiwangsa adalah merupakan terowong terakhir yang ditembusi dengan, er... dengan panjangnya 16.39 kilometer. Dan Terowong ECRL Genting merupakan terowong terpanjang bagi projek ECRL dan bakal menjadi terowong berkembar terpanjang di Asia Tenggara. Dengan penembusan Terowong ECRL Genting ini juga, maka laluan ECRL secara rasminya telah bersambung sepenuhnya dari Kota Bharu, Kelantan ke Gombak, Selangor.

Yang Berhormat Speaker,

Terowong ECRL Genting sepanjang 16.39 km menandakan satu pencapaian penting dalam melambangkan keupayaan negara melaksanakan projek kejuruteraan berskala besar dengan teknologi moden dan pada masa yang sama turut mengambil kira aspek pemuliharaan alam sekitar. Projek ECRL ini bakal menjadi, bakal membawa manfaat besar kepada rakyat melalui jaringan pengangkutan yang lebih pantas, selamat dan lestari serta membuka peluang ekonomi baharu di sepanjang laluan dan juga dapat mengurangkan kesesakan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat keseluruhan 28 widlife box culvert, widlife box culvert di dalam projek ECRL ini, iaitu 19 nya terdapat di negeri Pahang dan 8 daripada 19 wildlife box culvert khusus untuk laluan gajah yang terdapat di Hutan Simpan Kemasul, Temerloh.

Er… Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pembangunan Berorentasikan Transit ataupun TOD Stesen ECRL di negeri Pahang yang dipengerusikan... yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah diadakan untuk membincangkan Prasarana di sekitar enam, 15 km radius dalam tujuh stesen ECRL di negeri Pahang. Cadangan pembangunan ini akan menjadi nadi penggerak ekonomi setempat dan boleh dimanfaatkan oleh masyarakat setempat, tempatan serta memacu pertumbuhan ekonomi di negeri Pahang secara keseluruhannya. Pihak Berkuasa Tempatan melalui Majlis Daerah Kuantan, Majlis Bandaraya Kuantan, Majlis Perbandaran Temerloh, Majlis Perbandaran Bentong dan Majlis Daerah Maran diberi tanggungjawab membuat perancangan projek pecutan ekonomi dan pembangunan berorentasikan transit di setiap stesen ECRL di daerah, setiap daerah.

Dengan kedudukan geografi negeri yang strategik dilengkapi pula dengan kemudahan Kuantan dan jaringan Laluan Rel Pantai Timur ECRL yang bakal beroperasi pada tahun 2027, negeri Pahang akan terus muncul sebagai, antara destinasi pelaburan yang paling dinamik di rantau ini.

Yang Berhormat Speaker...

Speaker

Yang Berhormat

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Menyentuh tentang sektor kesihatan.

Speaker

Panjang lagi?

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Boleh tahan lagi. Er... menyentuh tentang sektor kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah menerima peruntukan

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Rujukan

Yang Berhormat saya minta sebelum berpindah ke kesihatan, er... saya ingin dapat penjelasanlah varu-baharu ini viral isu Genting Highlands akan mengenakan tol er... bagi pengguna jalan yang melalui ke Genting. Asasnya ialah kerana dia sendiri

membangunkan tanah itu tanah dia sendiri kemudian dia yang buat jalan dan dia buat penyelenggaraan, itu asas diberi. Saya difahamkan bahawa semua jalan-jalan sama ada swasta ataupun agensi bila siap mesti diserah kepada kerajaan.

Jadi kalau polisi siapa-siapa jalan diturap dia buat, dia boleh pasang tol. Saya fikir kita boleh buat juga lah ya, kita buat jalan kita sendiri kita pasanglah tol. Dan dia akan jadi masalah besar akan datang. Sebab itu saya fikir, keputusan untuk buat tol di laluan Genting ini mendatangkan kesan risiko kepada penggunalah dan dia, saya ingat apa, apakah ini polisi membenarkan institusi swasta membangunkan jalan dia sendiri kemudian boleh kutip tol. Saya takut jadi, takut satu masa nanti akan jadi masalah kepada pihak kerajaan ya. Terima kasih.

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Okay terima kasih kepada Cheka yang mengemukakan soalan berkaitan dengan tol. Saya tak dapat nak bercakap lebih dalam Dewan sebab kes, isu itu dia dalam kes mahkamah. Tapi kalau Yang Berhormat nak itu, kita bincang kat luar je, dah minum ya.

Yang Berhormat Speaker, menyentuh tentang sektor kesihatan. Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah menerima peruntukan mengurus sebanyak RM1.782 bilion dan peruntukan pembangunan sebanyak RM146.111 juta pada tahun 2025. Bagi peruntukan pembangunan, sehingga November 2025, sebanyak 142, RM142.1 juta iaitu 97.25% telah dibelanjakan untuk projek-projek yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui penambahbaikan fasiliti perkhidmatan kesihatan.

Perbelanjaan ini adalah merangkumi antara lain projek pembaikan dan naik taraf er... klinik daif, naik taraf sistem kejuruteraan dan infrastruktur, menaik taraf kemudahan hemodialisis, menaik taraf, ubah suai dan pembaikan di fasiliti-fasiliti kesihatan, penyelenggaraan kuarters-kuarters di klinik dan hospital, perolehan peralatan perubatan dan bukan perubatan serta kenderaan dan pembayaran perkhidmatan sokongan hospital serta perkhidmatan sokongan klinik.

Yang Berhormat Speaker di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia yang ke-13 bagi tahun 2026 ini, dalam Rolling Plan pertama RMK-13, sebanyak 21 projek dengan siling peruntukan sebanyak RM981.322 juta telah diluluskan. Kelulusan ini termasuklah 3 projek baharu dan 18 projek sambungan serta perolehan peralatan.

Projek baharu yang diluluskan adalah pembinaan Klinik Kesihatan jenis 7 dan dengan Kuarters di Pos Lenjang, daerah Lipis bernilai RM20 juta. Projek menaik taraf sistem pendawaian elektrik dan sistem penjagaan kebakaran di Hospital Raub bernilai 30, RM4.4 juta dan kerja awalan bagi projek pembinaan blok tambahan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan bernilai RM500,000.00 yang merangkumi wad pesakit dalam er... klinik pakar kecemasan serta kompleks tempat letak kereta bertingkat yang diharapkan akan dapat mengatasi isu kekurangan tempat letak kereta di HTAA.

Skop kerja awalan ini adalah er... meliputi kerja siasatan tanah, kerja-kerja ukur di tapak, penyediaan cadangan reka bentuk dan juga penyediaan kos awal, er... kos anggaran kos awalan. Sepanjang tahun 2025, enam projek pembangunan fasiliti kesihatan di bawah Rancangan Malaysia telah dan bakal disiapkan ialah kesihatan rakyat di negeri Pahang.

Projek yang telah telah memulakan operasi adalah Klinik Kesihatan di Kuala Triang, daerah Bera, blok tambahan Hospital Jerantut yang merangkumi 30 katil wad pesakit dalam, klinik pakar dan unit kecemasan manakala Pusat Hemodialisis Parlimen Maran, Dewan Bedah Hospital Jengka dan bangunan dialisis Klinik Kesihatan Chemomoi daerah Bentong bakal berlangsung pada Januari tahun 2026. Bagi Projek Klinik Kesihatan di Sungai Soi, daerah Kuantan dijangka akan disiapkan pada 13 Disember 2025 ini dan bakal beroperasi selewat-lewatnya pada awal tahun 2026. Pada masa sama, projek pembinaan Klinik Kesihatan di Bukit Ibam dan kuarters di Bukit Ibam, daerah Rompin telah mencapai prestasi 98%. Klinik kesihatan ini dibina untuk mengganti klinik lama yang telah dibina pada era 70-an kepada kemudahan klinik yang serba baharu dan menepati keperluan perkhidmatan kesihatan yang terkini dan pada sini pula, JKR sedang membuat permohonan peruntukan tambahan untuk menyiapkan baki kerja-kerja projek ini dan menunggu kelulusan daripada Kementerian Ekonomi.

Yang Berhormat Speaker,

Selama tiga tahun berturut-turut Kementerian Kesihatan memberi perkhidmatan terbaik terhadap naik taraf pembaikan fasiliti klinik kesihatan yang daif dari segi infrastruktur dan bagi memberi keselesaan kepada pelanggan dan petugas kesihatan. Sejumlah RM29.98 juta telah diperuntukkan bagi keseluruhan 49 projek klinik daif yang diluluskan di negeri Pahang sepanjang tahun 2025. Daripada itu, sebanyak 12 projek roboh dan bina baharu telah dilaksanakan manakala 30 lagi adalah kerja pembaikan dan naik taraf.

Ini menjadikan seluruh keseluruhan negeri Pahang telah menerima sejumlah RM57.136 juta bagi melaksanakan 139 projek pembaikan dan naik taraf klinik daif sepanjang tiga tahun. Bagi tahun 2026, Pejabat Kesihatan Negeri Pahang bakal menerima peruntukan sejumlah RM15.788 juta bagi menaik taraf dan pembaikan wad-wad di lapan buah klinik daerah di negeri Pahang dan peruntukan RM8 juta lagi bagi menaik taraf fasiliti kesihatan yang lain seperti klinik kesihatan, klinik pergigian, klinik desa, makmal kesihatan dan juga hospital. Bagi ambulan, Jabatan Kesihatan Pahang telah menerima kelulusan ambulan baharu sebanyak 91 unit untuk hospital dan juga klinik-klinik kesihatan secara berfasa. Dari jumlah tersebut, sehingga kini sebanyak 21 unit ambulan baharu telah diterima dan ditempatkan di hospital dan klinik-klinik kesihatan di negeri Pahang.

Yang Berhormat Sri Speaker,

Bagi menjawab pertanyaan YB Lanchang berkaitan Klinik Kesihatan Lanchang yang sesak. Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah bercadang untuk membina baharu Klinik Kesihatan Lanchang Jenis 3 dengan perkhidmatan radiologi ataupun X-ray, ada X-ray ya di tapak sedia ada di bawah Projek Rancangan Malaysia Yang ke-13. Dengan penggantian klinik yang baharu kelak akan memperkukuhkan lagi kapasiti perkhidmatan kesihatan selaras dengan keperluan populasi yang semakin meningkat di Lanchang.

Yang Berhormat Speaker,

Saya mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat daripada Padang Tengku, daripada Lepar, Cheka, Semambu, Luit, Batu Talam, Mentakab, Bukit Ibam, Kemayan, Sungai Lembing, Tahan, Lanchang, Tanjung Lumpur, Chenor, Pulau Manis,

Beserah, Tanah Rata, Panching dan Ahli Yang Berhormat Dilantik 2 yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan kerja raya pengangkutan, kesihatan. Saya tidak dapat menjawab semuanya. Yang Berhormat, saya kan menjawab secara bertulis.

Yang Berhormat,

Yang Berhormat tambah sikit. Terima kasih Yang Berhormat. Tadi saya dengar dalam... dalam jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Exco berhubung dengan er... ada beberapa peruntukan berhubung dengan ambulans dan juga baik pulih hospital. Saya dapat dengar tadi, tapi sebelum itu saya nak mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Exco kerana alhamdulillah telah berjaya menjadikan Hospital Temerloh sebagai hospital mesra ibadah di negeri Pahang pada kali ini. Terima kasih, baik berbalik pada soalan saya tadi ada ada dua, saya rasa isu yang yang saya nak bangkitkan sikit pada petang ini semoga mungkin mendapat perhatian daripada Yang Berhormat Exco dan kerajaan negeri iaitu yang pertama, sepertimana di sebutkan tadi berhubung dengan ambulans dan saya ada terima juga aduan daripada hospital di Rompin.

Ini berhubung dengan masalah ambulans iaitu sebanyak lapan biji ambulans, katanya yang rosak 4 biji, kemalangan sebiji dan beroperasi hanya tiga biji dan ada yang terpaksa pinjam daripada Hospital Muadzam, Lipis dan Pekan. Jadi soalan saya, adakah apa nama ni alternatif ataupun bagaimana cara untuk kita mengatasi isu ini? Yang pertamanya. Yang keduanya, berhubung dengan unit kecemasan dan juga dialisis di Hospital Rompin ini yang khabarnya satu, dua hari ni menghadapi masalah kerosakan penghawa dingin di sana menyebabkan kesukaran kepada pesakit dan para petugas untuk merawat dalam suhu yang tinggi.

Memandangkan dalam keadaan suhu, kita perlu rawat pesakit dalam suhu yang rendah untuk mengawal jangkitan dan juga keselesaan kepada para pesakit. Jadi, saya difahamkan kedua-dua masalah ini tidak disebabkan oleh Jabatan Kesihatan, tidak disebabkan oleh Kementerian Kesihatan tetapi ada perkara-perkara yang melibatkan pihak ketiga, mungkin pihak kontraktor dan sebagainya. Jadi saya nak minta penjelasan Yang Berhormat apakah cara untuk kita membantu rakyat dalam isu sangat mendesak seperti yang berlaku di daerah Rompin. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih, kepada Yang Berhormat Lantikan. Pertama, yang mengutarakan masalah isu sekarang ini yang berlaku di Hospital Rompin itu. Terutama di Unit Bahagian Kecemasan yang ada masalah berkenaan dengan penghawa dingin. Dan sebenarnya laporan telah dibuat kepada pihak Total IFM Sdn. Bhd. ni konsesi yang menyelenggara di Hospital Rompin pada enam hari lepas. Dan untuk sementara ini, sementara siap kerja-kerja penyenggaraan ini, pihak kontraktor telah membekalkan sementara dua unit air cooler dan satu kipas dan saya rasa ni pun tak cukup. Dan kita minta juga ini ditambahkan lagi untuk beri keselesaan kepada petugas dan juga yang mendapatkan perkhidmatan di hospital di bahagian unit ini. Begitu juga, di bahagian unit yang hemolisis pun sama juga.

Saya pun dah menghubungi pihak Jabatan Kesihatan pagi tadi dan pihak kontraktor berjanji akan membekalkan pada selewatnya petang ini ataupun pagi esok untuk menyelesaikan isu buat sementara waktu, sebelum kerja-kerja penyelenggaraan sepenuhnya . Berkenaan hospital ni er... memang ambulans ni, berkaitan ambulans ni memanglah dalam kontrak. Dalam kontrak bekalan di bawah, termasuk juga di bawah Total IFM Sdn. Bhd. ini. Dan er... untuk makluman Yang Berhormat, kalau mengikut dari segi er... perancangannya kawasan Rompin ni akan menerima sebuah lagi ambulans baharu pada tahun.

Sorry sudah terima satu buah baharu pada tahun 2025 dah menerima ambulan baharu. Dan sekiranya ada kenderaan yang rosak itu di bawah tanggungjawab kontraktor, dia kena cari dan kena bekalkan sama dia sewa di mana-mana ambulans untuk pastikan bahawa ambulans sentiasa ada di kawasan di hospital tersebut untuk menghantar pesakit keluar ke Kuantan atau ke Pekan.

Yang Berhormat Speaker,

Saya juga di sini mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas sokongan dan dorongan tiada berbelah bagi buat kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

Bak kata pepatah, rakyat, raja dan rakyat berpisah tiada dan selama saya berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dengan segala peruntukan-peruntukan dan perancangan-perancangan yang telah disediakan dan akan dilaksanakan nanti. Sudah tentu akan lebih maju, mensejahtera dan memakmurkan lagi negeri Pahang insya-Allah. Yang Berhormat Speaker, dengan ini saya menyokong. Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabaratuh. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat, seterusnya saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang. Sila Yang Berhormat.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua, [Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam Pahang 1st, salam Maju Terus Pahang. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri sekalian. Pertama-tamanya, alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan inayahNya, dapatlah kita semua berdiri duduk di Dewan Yang Mulia ini untuk sama-sama mendengar dan menggulung perbahasan bagi Portfolio Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau dan sama-sama… setelah kita bersama-sama meneliti persoalan dan pandangan bernas daripada Ahl-ahli Yang Berhormat.

Sebelum itu, saya… izinkan saya untuk mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail di atas kepimpinan beliau dalam mengetuai Kerajaan Negeri Pahang pada hari ini. Segala kejayaan, pencapaian negeri adalah berkat sokongan, kebijaksanaan dan kepimpinan yang berterusan daripada Institusi Diraja dan juga kerajaan negeri yang sentiasa mementing dan mendahulukan kesejahteraan rakyat.

Syabas dan tahniah juga diucapkan di atas prestasi cemerlang Kerajaan Negeri Pahang yang telah berjaya mencatat kutipan hasil melebihi RM1 bilion bagi tahun keempat... empat tahun berturut-turut sejak 2022 dan setinggi-tinggi penghargaan turut saya sampaikan kepada seluruh penjawat-penjawat awam sama ada di jabatan negeri ataupun persekutuan... persekutuan yang sentiasa menunjukkan kerjasama yang sangat baik dan komitmen yang sangat tinggi bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Pahang, di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri. Sumbangan profesionalisme dan disiplin tuan-tuan dan puan-puan inilah yang menjadi tonggak kejayaan pentadbiran serta kejayaan kepada pelbagai inisiatif pembangunan negeri Pahang.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, izinkan saya untuk bacakan serangkap pantun,

Gagah sungguh si pohon jati, Dililit akar tumbuhan melata, Sekiranya pemimpin dan rakyat bersatu hati, Negeri cemerlang rakyat sejahtera.

Berlandaskan ‘Aspirasi Pahang 1st: Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan’, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan negeri kerana telah meluluskan peruntukan kepada portfolio saya. Yang pertamanya RM3 juta untuk pemberian lesen secara percuma kepada penjaja B40. Keduanya, peruntukan RM28.7 juta untuk pembinaan Rumah Rakyat Pahang Fasa 6, RM10.29 juta untuk Rumah Rakyat Pahang kuota Orang Asli Fasa 7 dan RM15 juta untuk projek Skim Tanah Warisan Fasa 3.

Dan sesungguhnya segala pencapaian ini tidak akan dapat dicapai tanpa kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, yang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh, komited dan berwawasan dalam menerajui pentadbiran dan pembangunan negeri Pahang, ke arah sebuah negeri yang mampu berdaya saing dan setanding dengan negeri-negeri maju yang lain. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja dan ini semua dapat dibuktikan di atas pencapaian prestasi ekonomi yang sangat cemerlang dengan pertumbuhan KDNK yang secara konsisten melepasi purata nasional serta menempatkan negeri Pahang di dalam kelompok terbaik negara selama tiga tahun berturut-turut.

Pada tahun 2022, negeri Pahang telah berjaya mencatat pertumbuhan sekitar 10.8%, diikuti pada tahun 2023, Pahang dengan pertumbuhan sekitar 5.2% dan pada tahun 2024 dengan kadar pertumbuhan sekitar 5.7%. Dan negeri Pahang telah diiktiraf. Selain daripada itu, negeri Pahang juga telah diiktiraf sebagai negeri yang kedua paling bahagia di Malaysia dalam tempoh dua tahun berturut-turut oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Ahli Dewan menepuk meja] dan tahap kebahagiaan penduduk ini diukur melalui indeks kebahagiaan di bawah Program

Jaringan Penunjuk Mampan… Bandar, Petunjuk Bandar Luar Bandar… Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInets).

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,

Selanjutnya saya ingin merakamkan ucapan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri Pahang yang telah mengharumkan nama negeri Pahang sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa. Dan pencapaian inilah yang merupakan bukti yang nyata bahawa negeri Pahang kita berada di landasan yang betul dalam usaha untuk memajukan negeri dan mensejahterakan rakyat.

Antara anugerah-anugerah yang telah diterima oleh PBT-PBT, yang pertamanya, Best Tourism Initiative dan Best Recreational Destination bagi Tourism Industry Award 2025 Peringkat Kebangsaan dianugerahkan kepada Majlis Bandaraya Kuantan [Ahli Dewan menepuk meja]. Gold Award 50th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2025 juga dianugerahkan kepada Majlis Bandaraya Kuantan. Bandaraya… Bandar Paling Mampan 2025 sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Kebangsaan dianugerahkan kepada Majlis Bandaraya Kuantan bagi kategori Bandaraya dan Majlis Daerah Jerantut bagi kategori daerah.

Saya juga ingin mengucapkan, mengambil kesempatan ini dalam Dewan Yang Mulia untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Hormat Dato' Mohd Hafizi bin Ibrahim. Ada ke dalam ni? Cuba bangun sikit. Yang telah menerima Anugerah Tempat Ketiga bagi Kepimpinan PBT Terbaik, kategori Majlis Daerah dan Majlis Daerah Lipis memenangi Anugerah Naib Johan PBT Terbaik bagi kategori Majlis Daerah di Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT. Majlis Daerah Lipis, Majlis Daerah Cameron Highlands, Majlis Daerah Jerantut dan Majlis Perbandaran Temerloh turut tersenarai sebagai antara 20 bandar paling bahagia dalam Malaysia bagi tahun 2025.

Adalah menjadi harapan kepada kerajaan negeri agar segala pencapaian yang gemilang ini dapat terus menjadi pencetus semangat dan motivasi kepada seluruh PBT-PBT dan warga PBT di negeri Pahang untuk terus mengorak langkah cemerlang dalam memperkukuhkan perkhidmatan serta memperlihatkan lagi komitmen yang tinggi ke arah untuk memastikan kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat serta memastikan pembangunan bandar yang mampan, inklusif, ceria, bersih, indah dan juga berdaya huni.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Agenda Bandar Rendah Karbon merupakan salah satu teras utama di bawah kerangka Bandar Mampan Negeri Pahang kita dan pendekatan ini selaras dengan komitmen negara terhadap ekonomi hijau. Pengurangan... pengurangan jejak karbon serta usaha meningkatkan lagi daya huni bandar dan kesejahteraan rakyat. Agenda ini juga dilaksanakan melalui pelbagai pendekatan dasar, perancangan fizikal, pendidikan masyarakat dan juga pembangunan infrastruktur hijau. Antara-antara langkah yang strategik yang telah kita ambil adalah dengan melaksanakan Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon Kuantan 2030 oleh Majlis Bandaraya Kuantan bagi menstrukturkan tindakan holistik, mengurangkan pelepasan karbon.

Kedua dengan pembangunan kemudahan pengecasan Electric Vehicle (EV), dengan izin Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua sebagai salah satu komponen utama mobiliti rendah karbon di bawah agenda bandar mampan. Dan untuk pengetahuan

Sidang Dewan bahawa sehingga kini sebanyak 122 stesen pengecas Kenderaan Elektrik (EV) telah beroperasi di seluruh negeri Pahang dan kita merancang untuk membina lagi 197 er… stesen pengecas Kenderaan Elektrik. Ini diutarakan oleh YB Ketari ya YB Ketari dan saya berharap dengan siapnya stesen pengecas Kenderaan Elektrik ini, membolehkan kita semua boleh mengguna pakai kenderaan EV untuk… sebagai satu tindakan Bandar Rendah Karbon.

Sebagaimana yang telah saya jawab pada sesi pagi tadi, Kerajaan Negeri Pahang juga telah meluluskan tapak seluas 35 hektar bagi pembangunan fasiliti pengurusan sisa pepejal berteraskan sisa ke tenaga, dengan izin, waste to energy Tuan Yang di-Pertua. WtE ini, sistem WtE, Waste to Energy bukan sahaja menyokong agenda Pahang Net Zero 2030, tetapi juga untuk memacu agenda nasional yang mempunyai saling kaitan seperti ekonomi kitaran, bandar pintar, bandar rendah karbon, kriteria SDG ke 11 iaitu bandar dan komuniti mampan, penggunaan kaedah WtE juga selari dengan hasrat kerajaan persekutuan yang mana tiada lagi tapak pelupusan terbuka baharu menjelang tahun 2040 untuk pengalaman. Untuk makluman Tuan Cheka tadilah yang kita debu tu dinamakan fly ash, fly ash yang dibuat yang... yang banyak tu bottom ash yang bottom ash ni boleh kita buat bahan binaan dan juga bahan tambakan fly ash ni yang sisa berjadual. Tetapi dalam untuk... untuk teknologi moden ni yang saya lawat tu lima tahun lepas WtE di China tu yang dah lima tahun teknologi dia. Tetapi yang yang terbaharu ni dia ada memasukkan teknologi untuk mengitar semula di W.. fly ash ni. Itu yang kita nak pergi nak ambik teknologi ni.

Insya-Allah tahniah kepada kerajaan negeri di atas usaha yang diambil. Cuma isu kita ialah isu sisa berjadual ni fasiliti yang ada di Malaysia ni hanya satu tapak sahaja untuk penempatan sisa berjadual iaitu di Selangor, di... di Negeri Sembilan. Sebenarnya kita telah mohon waktu kerajaan dulu untuk Pantai Timur ni at least kita ada satu tapak pelupusan sisa berjadual. Tuan-tuan boleh bayangkan sisa berjadual ini dihantar ke tapak pelupusan dengan kos yang agak tinggi. Tak silap saya dalam 30 ke 40 satu tan dan jumlah ini besar kalau sisa berjadual daripada WtE ini dihantar, saya fikir dia akan meningkatkan kos. So, boleh usaha supaya supaya tapak pelupusan sisa berjadual untuk Pantai Timur ni tak ada satu pun lagi di Pantai Timur kita belum ada lagi. Kalau sangat cantik kalau tapak yang disediakan itu juga di fasiliti WtE itu sesi... sesi untuk sisa berjadual di... diwujudkan. Sekadar pandangan sayalah terima kasih.

Yer. Terima kasih. Daripada Cheka. Sisa berjadual ni bukanlah daripada WtE je eh. Nanti ada daripada oil and gas dan berbagai-bagai lagi kilang-kilang kimia. Tapi yang fly ash untuk yang sisa domestik yang kita katakan apabila pembakaran dilakukan teknologi yang kita guna pakai ni dah komposkan sendiri. Takde lagi yang sedua yang menyebabkan bahaya untuk tu dan kita dapat jimatkan lagilah proses-proses untuk sebagaimana yang Cheka kata tadi, hantar ke kualiti alam di Negeri Sembilan. Jadi yang lain-lain tu kita mungkin ada juga cadangan-cadangan yang untuk mewujudkan kawasan-kawasan untuk melupuskan sisa-sisa berjadual.

Insya-Allah kita tengoklah masa akan datang. Sebab tu kawasan yang telah kita peruntukan tu luas untuk kita gunakan sebagai satu tempat yang kita namakan waste management area nanti pada masa akan datang, Insya-Allah. Dan yang keempatnya

kita menggalakkan penggunaan lampu LED di dalam kereta untuk rendah karbon ni. Kita menggalakkan penggunaan lampu LED dan juga tenaga solar di premis kerajaan serta komersial.

Dan untuk makluman Ahli Dewan, LPHP telah pun kita lancarkan pemasangan sistem solar pada Skim Perumahan Negeri Pahang sebagai langkah penjimatan tenaga dan pengurangan karbon.

Projek perintis yang pertama telah dilaksana di PR1MA Pahang Penjom, daerah Lipis pada 17 Oktober yang lalu yang melibatkan pemasangan sistem solar kepada 108 unit rumah. Makna Skim PR1MA Pahang ini akan datang kita cuba nak laksanakan sistem yang pemasangan bersama solar terus, solar ini dapat menjimatkan lagi kos elektrik kepada isi rumah di mana kalau sekarang ini puratanya bayar RM500.00 sebulan. Kalau boleh pembayaran tu sekitar RM200.00 hingga RM250.00 sebulan. Kita cut .. cut separuh kerana nak membantu penduduk-penduduk yang kita berikan Rumah PR1MA Pahang ini. Inilah projek perintis yang pertama kita laksanakan.

Tuan Yang di-Pertua,

Negeri Pahang juga merupakan negeri terakhir yang telah menguatkuasakan caj pemajuan melalui Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan Negeri Pahang 2019. Walaupun kaedah ini telah kita wartakan pada tahun 2020, namun pelaksanaan sebenar hanya bermula pada tahun 2024. Caj pemajuan ini tidak dikenakan kepada mana-mana projek kerajaan termasuklah projek perumahan di bawah Skim Perumahan Negeri Pahang yang dilaksanakan oleh LPHP... LPHP. Prinsip caj pemajuan adalah perkongsian keuntungan disebabkan kenaikan nilai hartanah melalui pihak berkuasa tempatan. Tujuan caj pemajuan ini membolehkan PBT-PBT pada masa akan datang dan pihak berkuasa negeri menyediakan keperluan awam tambahan selaras dengan cadangan pembangunan pada masa akan datang.

Menyentuh mengenai penggunaan atau perbelanjaan wang caj semula yang dikutip oleh PBT. Wang ini bukanlah sekadar hasil kewangan tetapi juga merupakan sumber strategik yang membolehkan PBT melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan demi untuk kesejahteraan rakyat dan wang pemajuan ini dikutip boleh digunakan oleh PBT untuk membiayai penyediaan projek pembangunan seperti kemudahan awam termasuklah pembangunan infrastruktur asas, ruang awam seperti kawasan lapang dan taman-taman bandaran yang berkualiti. Sistem pengangkutan yang lebih efisien dan sistematik serta penyediaan kemudahan komuniti yang menjadi nadi kepada peningkatan mutu hidup masyarakat setempat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya ingin menyentuh tentang perumahan. Kerajaan negeri komited untuk memastikan penyediaan kediaman... kediaman yang mampu dimiliki, tersusun dan berdaya huni untuk rakyat negeri ini yang dikawal selia oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang untuk melaksanakan segala agenda pembangunan perumahan serta hartanah di seluruh negeri Pahang.

Untuk makluman Dewan, LPHP telah melaksanakan Skim Perumahan Negeri yang dinamakan Skim Perumahan Negeri Pahang yang terdiri daripada PR1MA Pahang, Rumah Makmur, Rumah Pahangku, Rumah Pahang, Rumah Penjawat Awam Pahang, Rumah Mesra Pahang, Pangsapuri Pahangku, Rumah Rakyat Sultan Abdullah (Ru’RASA), Rumah Rakyat Pahang dan Program Residensi Rakyat (PRR).

Bagi tahun 2025 kerajaan negeri telah berjaya menyiapkan 1,876 unit yang bernilai RM217 juta. PR1MA Pahang 1,016 unit RM158 juta Rumah Rakyat Pahang 374 unit RM28 juta. Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah, 101 satu unit. RM12 juta, Rumah Makmur 125 unit RM10 juta dan PRR, Projek Residensi Rakyat 200 unit bernilai RM9 juta.

Sehingga kini untuk makluman Dewan, LPHP telah menyiapkan 28,771 unit rumah di seluruh negeri Pahang yang melibatkan nilai pembangunan sebanyak RM2.1 bilion, di mana PR1MA Pahang telah dibina sebanyak 9,057 unit yang bernilai RM1.4 bilion. Perumahan Awam Kos Rendah RM485 juta. Sebanyak 13,873 unit. Program Residensi Rakyat 4,168 unit RM149.3 juta. Rumah Makmur 212 unit RM16.9 juta. Rumah Rakyat Pahang 1,110 unit RM82 juta bernilai RM82 juta. Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah, 351 unit bernilai RM28 juta. Mengikut nilaian keseluruhan sebenar, pembangunan ini mencecah RM4.8 bilion Tuan Yang di-Pertua di mana RM2.7 bilion daripadanya adalah merupakan subsidi yang telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri dan dikembalikan terus kepada rakyat.

Dan subsidi ini jelas melalui penjualan rumah-rumah yang kita laksanakan. Sebagai contohnya PR1MA Pahang, harga sebenarnya RM400,000.00 tapi kita berikan subsidi RM250,000.00. Jadi harga sebenarnya harga dijual RM150,000.00 sahaja.

Tuan Yang di-Pertua,

RM250,000.00 subsidi tu sebiji rumah. Rumah Makmur, harga sebenar RM220,000.00 dan subsidi RM140,000.00 dijual pada harga RM80,000.00 sahaja. Program Residensi Rakyat, harga sebenar RM300,000.00 tetapi disubsidi sebanyak RM255,000.00, dijual dengan harga RM45,000.00 sahaja. Dan antara lain lagi premium tanah untuk membina Rumah PR1MA Pahang ni dikenakan sebanyak RM12,000.00 satu lot. Tapi kerajaan negeri bagi pulak subsidi RM10,000.00 dan bayaran premium hanya dikenakan sebanyak RM2,000.00 sahaja untuk 1 lot Rumah PR1MA Pahang tersebut. Ada jugak yang mintak reduce lagi RM2,000.00 tinggal RM1,000.00 je.

Tuan di-Pertua,

Inilah kerajaan negeri yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan Skim Perumahan Negeri dan ialah satu usaha kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat... Amat Berhormat Menteri Besar untuk membantu melaksanakan pembangunan ini dengan jayanya.

Yang Berhormat Dato' Sri yang di-Pertua... Tuan Yang di-Pertua. Manakala bagi rumah Ru’RASA dan juga Rumah Rakyat Pahang, kerajaan negeri menanggung 100% kos pembinaan yang berjumlah RM80,000.00 seunit. Walaupun kos meningkat, kerajaan negeri terus melaksanakan program ini seiring dengan pembentangan Belanjawan 2026 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada 5 Disember lalu dengan memperuntukkan sebanyak RM29.4 juta bagi Rumah Rakyat Pahang termasuklah membekal kelengkapan perabot atau peralatan elektrik.

Skim Perumahan Negeri Pahang tidak hanya memfokuskan kepada jualan rumah bersubsidi semata-mata tetapi turut melaksanakan pemberian rumah percuma kepada rakyat yang layak. Rumah Al-Sultan Abdullah yang telah dilaksanakan tahun 2023 telah berjaya menyiapkan 351 unit rumah bernilai RM26.33 juta melalui kerjasama dengan Emiriah Arab Bersatu manakala Rumah Rakyat Pahang yang dimulakan pada

2020 telah menyediakan 1,110 unit rumah bernilai RM83.25 juta untuk warga emas, ibu tunggal dan keluarga miskin tegar dan secara keseluruhannya sebanyak 1,461 unit kediaman telah disediakan dengan kos RM109.58 juta, sekali gus ia bukti yang jelas mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam menyediakan rumah yang selesa, berkualiti, mampu milik dan berdaya huni. Tiada negeri lain yang memberi subsidi rumah percuma sebagaimana yang dilaksanakan di negeri Pahang. This is Pahang… This is Pahang Tuan Yang di-Pertua dan Pahang 1st dengan izin Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Dato’ Tuan Yang di-Pertua…

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Soalan Tuan Yang di-Pertua… mencelah sikit.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Selalu mencelah sahaja.

Ha… sila… sila.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Saya ada bangkitkan isu… er… er… apa kepada rakyat Pahang yang ingin memiliki rumah mampu milik ini mengambil tempoh yang lama. Jadi seperti yang saya bangkitkan kelmarinlah. Jadi apakah langkah-langkah yang pihak kerajaan akan lakukan untuk memenuhi permintaan er… er… permohonan melalui perolehan… e-Perolehan Pahang ni lah… perumahan Pahang. Itu soalan saya. Saya juga nak mengambil kesempatan er… di sini Timbalan Yang di-Pertua, untuk menjunjung kasih Kebawah… ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang kerana mengilhamkan Program Rumah Rakyat Sultan Abdullah (Ru'RASA) yang sehingga November 2025, sebanyak 384 unit rumah telah siap dibina dalam Fasa 1 dan Fasa 2 dengan nilai RM32 juta... RM32.45 juta. Terima kasih.

Ingatkan nak… nak tanya soalan apa. Boleh terus tulis. Apa ni sahabat saya daripada Kuala Sentul…

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Sebab… sebab YB cakap pasal tu… tapi tak… tak respond pada isu saya bangkitkan dua hari lepas.

Ialah… ni nak bagitahu ni. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Sahabat saya daripada Sentul ini membangkitkan isu sebagaimana saya nyatakan sebelum ini. Maknanya rakyat mendaftar dalam satu sistem. Contohnya macam di Maran, di Kuala Sentul lah. Dan kita melihat keperluan perumahan di kawasan tersebut dan juga keupayaan pemaju yang untuk melaksanakan Perumahan PR1MA Pahang di kawasan contoh di Kuala Sentul. Apabila pemaju yang telah menghantarkan Request of a… Request… RFP… Request for Proposal dengan izin Yang di-Pertua, untuk dihantar dan kita menilai dan kita bersetuju untuk melaksanakan Skim Perumahan PR1MA Pahang di kawasan Kuala Sentul kerana kajian telah dibuat, ramai… banyak permintaan dan bila kita telah setuju, masa yang diberikan kepada pemaju tersebut hanyalah tiga tahun sahaja untuk melaksanakan rumah yang dicadangkan.

Sebagaimana kalau YB nak laksanakan program tersebut di Kuala Sentul, boleh datang dan boleh menghantar cadangan untuk kita melaksanakan skim perumahan dengan mempunyai kontraktor-kontraktor yang berkeupayaan dalam masa tiga tahun untuk menyempurnakan projek tersebut. Ini jangka masa lah. Sebab tu semalam saya kata kalau setakat Rumah Rakyat Pahang ni lulus tahun ni, tahun tu juga siap. Maknanya kalau lapan buah tahun ni, lapan buahlah siap… makna Rumah Rakyat Pahang yang dimohon tu, seluruh negeri Pahang. Tapi bergantunglah kalau Rumah PR1MA Pahang ni dia jenis besar. Satu kemajuan yang sangat besar dan kita perlu meneliti keupayaan kontraktor-kontraktor untuk melaksanakannya. Tapi setakat ni banyak projek-projek yang telah dilaksanakan dapat disiapkan dengan sebaik-baiknya lah walaupun sikit-sikit pun ada… ada masalah juga. Bukan bumi mana yang tak ditimpa hujan, tapi masalah tersebut insya-Allah akan dapat diselesaikan. Macam ni bila nak habis ni. 10 minit je masuk.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

YB Timbalan Speaker. Yang… sebab YB sebut PR1MA Kuala Sentul tu bagi tempoh tiga tahun kan. PR1MA Kuala Sentul tu dah diberi award tahun 2017. Jadi sekarang 2025 dah lebih… lebihlah tiga tahun, makna lapan tahun tapi takde pergerakan ataupun permulaan bila nak mulakan pembangunan.

PR1MA tu kita telah batalkan dan telah di apa akan diberikan kepada orang-orang yang berupayalah. Kalau kita dapati bahawa ada yang menghantar jawapan…

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Itu jawapan yang saya nak dengar.

… sebab yang kita bila…

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

… sebab orang Kuala Sentul dengar ni, live. Dia nak tahu.

Tak apa. Kita… kita tak ada nak sorok-sorok. Benda yang betul, kita betul. Maknanya kalau benda tu tak berupaya, kita kerajaan kita menerima cadangan dan kita meneliti dan apabila biasalah YB, bila kita kahwin kita dapat isteri. Kadang-kadang kita tak tahu juga suami tu macam mana. Tiba-tiba suami nampak macam orang kaya, tiba-tiba akhirnya bila kahwin tengok… tengok suami tu rupanya kaki judi. Kita pun tak tahu. Jadi macam… macam seolah-olah macam kita… kita orang datang nak buat… melaksanakan projek perumahan, tetapi akhirnya bila sampai tengah-tengah jalan ada masalah dan dia tak boleh nak tu… contoh macam COVID dan lain-lain. Akhirnya projek tu tak dilaksanakan dan kita terpaksa mengambil alih dan melantik kontraktor baru. Itulah kita, cara kita menguruskan pelaksanaan perumahan dalam negeri Pahang kita. Tak boleh kita nak, oh… mesti siap… mesti siap, sedangkan yang swasta pun tak boleh siap. Nak bangunkan kerajaan sendiri pun… yang laksanakan peringkat persekutan pun ada projek yang menemui masalah juga. Inikan pula kita nak buat projek perumahan dalam negeri kita.

Tapi, alhamdulillah setakat ni tak banyak yang kita menemui masalah sangat. Tapi kita cuba mengatasi sebaik mungkin sebab rumah tu RM150,000.00 je, bukan rumah harga RM400,000.00. Ini realiti yang kita kena faham dalam melaksanakan skim perumahan ini. Kerajaan akan berusaha sedaya mungkin untuk menyiapkan. Sebab tu saya kata tadi, dalam kita telah berjaya menyiapkan 28,000 rumah yang bernilai RM4.8 bilion, RM27… RM2.7 bilion telah disubsidikan…

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Dato’ Timbalan Speaker… YB Timbalan Speaker…

…dan jadi harga RM21… RM2.1 bilion je.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Sikit… sikit je. Tak rumah PR1MA tu memang betul RM150,000.00 tapi kerajaan boleh tukar design daripada semi-D kepada teres. Jadi banyak… banyak caralah kan. Sama juga kalau kita sebelum kita kahwin, kita kena kenal dulu. Sebab tu ada tempoh bertunang.

Macam ni. Duduklah. Cerita-cerita ni, saya nak cerita contohnya apa yang YB cakap tu semua kerajaan buat. Hari ni kita dah kenalkan rumah teres pulak. Rumah PR1MA teres kerana kita nak banyakkan lagi unit. Kerajaan ni dia bukan duduk sahaja, kita meneliti setiap hari bagaimana untuk kita meningkatkan lagi bilangan rumah, dapat membantu untuk rakyat memiliki rumah yang harganya rendah. Bukan kita nak buat yang tu… kita follow tu sampai kiamat. YB, kita akan cuba melaksanakan pembaharuan dari masa....

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Tak apa YB… sebab saya nak tolong juga Kuala Sentul ni. Kalau boleh PR1MA tu kita… kita bincang nanti. Kalau… boleh… kalau boleh…

Benda yang sama. Ni… duduk…duduklah.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

… kalau boleh projek tu nak bawa kat saya pun boleh.

Tak… saya tak bagi dah line dia. Sebab tak ada apa-apa pun isi. Ni apa ni… yang semalam tu saya dah bagitahu dah, lepas ni bincanglah kalau nak buat Rumah PR1MA Sentul tu boleh datang bincang, tak ada masalah. Kita nak tengok macam mana. Yang penting macam mana kita nak bantu rakyat ni. Yang penting bagaimana objektif kita untuk menyediakan rumah mampu milik sebagaimana agenda kerajaan kita pada hari ni. Minta maaf YB ya, ke ada lagi nak tanya? Yelah nanti karang balik tak tidur ni.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Saya terima kasihlah kepada YB Exco Perumahan ni. Memang saya tahu dia bekerja, merancang semua. Tapi dalam pelaksanaan tu ada hiccup lah… ada… yelah… ada banyak perkara yang kita perlu ambil pertimbangan. Jadi, tapi kalau kita dah tahu dari awal yang masalah tu akan tiba, kita ambil tindakan awal. Sebagai contoh, rumah PGBF yang saya dok cakap pada YB Exco, kan kita dah tahu saya dah tahu dari awal tengok kontraktor tu… pemaju tu memang bermasalah, jadi kita ambil tindakan awal itu sahaja. Kita er… kita sama-sama bekerja YB untuk rakyat kan. Saya pun bekerja untuk rakyat kawasan saya sebab saya Wakil Rakyat kawasan. Jadi saya terpaksa minta dengan YB Exco sebab YB Exco kerajaan er… yang mempunyai kuasa membuat semua ini. Terima kasih.

Tak er… meluahkan isi hati. [ketawa] Ini er… kita er… YB yang sebenarnya kita mesti realistiklah ya dalam melaksanakan ini. Kita menerima siapa sahaja cadangan-cadangan yang telah kita nilai, kita masuk dalam jawatankuasa tindakan teknikal, kita tengok er… kita tengok dari segi kewangan dan dia boleh laksanakan apa dicadangkan itu tetapi kita akan memantaulah. Sekiranya menemui kegagalan kita akan mengambil tindakan-tindakan yang bersesuai mengikut lunas undang-undang. Kita tak boleh buat macam cowboy sahaja. Masalah sedikit terus er… LA belakang saya ini er… kita tak boleh me er… apa membuat seseorang itu mengikut er… perasaan kita sahaja. Kita mesti ikut lunas undang-undang, itulah tindakan yang kita ambil. Setakat ini insya-Allah kita yakin bahawa projek ini kita akan dapat kita siapkan dan tak ada siapa yang pun dianiayai sebab kita dah beri peluang yang masa dan sangat banyak untuk merealisasikan rumah, contoh rumah PGBF ini. Ini Kerajaan Negeri Pahang. Ini beri saya teruskanlah YB.

Speaker

Ya, 5 minit boleh?

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Sedikit lagi boleh?

Boleh saya teruskan ini?

Speaker

Saya rasa dah cukuplah. Nanti er… nanti selepas ini keluar ke Dewan jadi er…

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Sedikit sahaja er… sedikit sahaja sebab ini isu kawasan yang saya bangkitkan kelmarin.

Speaker

Tapi er… tapi saya rasa masa dah cukup. I rasa, 5 minit lagi saya bagi kepada er… Wakil Kerajaan boleh? Boleh habis dalam 5 minit?

5 minit sahaja. 2 minitlah.

Bagi laluan kepada saya juga. Ada persoalan.

Ataupun bagi dia terus bercakap boleh.

Speaker

Saya serah kepada Yang Berhormat Wakil Kerajaan nak bagi ke tidak.

Saya er… duduk dahululah nanti saya dah rasa okay sedikit karang saya bagi er… [Ahli Dewan ketawa] Tak apa er… tak apa.

Speaker

Okay, saya serah kepada Wakil Kerajaan.

Ini saya nak teruskan sedikit la er… ala bagi la saya teruskan sedikit nanti karang tak ada apa-apa pun tadi. [ketawa] Jawab dekat er… nanti ini apa… minum air pun boleh.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Tak er… isu er… isu tanah Jengka 2 yang masalah PBT yang pecah lot itu tak dapat kebenaran daripada er… kebenaran merancang majlis daerah jadi saya nak tahu apa tindakan susulan yang akan diambil oleh pihak kerajaan. Terima kasih.

Jengka 2 pula lepas ini. Jengka 2 ini kan under FELDA.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Tak, sekarang ini masalah dekat situ itu yang er… itu YB sebab masalah dekat situ bila saya pergi tengok, saya check FELDA tak ada rekod yang ada er… FELDA tak ada rekod, yang ada rekod dekat Majlis Daerah… Pejabat Tanah Daerah Maran er… itu jadi isu itu. Terima kasih.

Kawasan itu mungkin kawasan GSA. Kita er… kita tak tahu, saya kena dapatkan maklumat lanjutlah. Soalan-soalan macam ini saya tak tahu mungkin dalam tanah GSA, kita tak ada pula kuasa PBT untuk membuat kebenaran merancang. Dia tanah kerajaan bolehlah kita buat kebenaran merancang sebab itu FELDA sekarang KKDW berbincang dengan KPKT bagaimana untuk selaras perkara ini sekiranya ada pembangunan baru di kawasan-kawasan FELDA pun serupa dengan sahabat saya daripada Chini ada masalah kawasan rumah er… saya er… saya ambil maklum serupa er… tak, saya nak jelas ini…

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Cuma, saya er…

Saya ambil maklum serupa er… saya nak… saya nak jelas ini. Saya nak jelas ini tiba saya er… kita cerita pasal PGBF, sekejap-kejap FELDA pula, kejap-kejap ini pula, kejap Jengka 2 pula jadi macam mana ini. Lepas itu bila saya nak siap ini tapi saya nak tunjuk sahabat saya ini daripada Chini masalah rumah dia itu. Dia buat rumah PGBF dulu dia tak ada pun kebenaran merancang, sekarang bila nak dapat CCC dah susah untuk bank nak adakan rumah kena ada CCC. CCC kena ada kebenaran merancang yang diluluskan. Dulu FELDA buat sahaja dan itu masalah kita yang kena selesaikan ini.

Yang Berhormat Speaker,

Saya pening tengok Kuala Sentul sekejap bangun, duduk, bangun, duduk. Bagilah Exco jelaskan habis. Sekian, terima kasih.

Tak Tuan Yang di-Pertua, saya ingatkan dia nak tanya saya. [Ahli Dewan ketawa] Saya ingatkan dia nak kata ya, betul itu YB tapi saya kata kat dia YB tak apa nanti er… nanti lepas ini kita akan duduk lagi semula bersama dengan majlis daerah dan er… bersama dengan FELDA bagaimana kita nak supaya bangunan itu dapat CCC dan boleh dijual kepada anak-anak muda ini rumah PGBF itu er… datang macam itu senang.

Speaker

Yang Berhormat er… Yang Berhormat…

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Yang Berhormat, sedikit sahaja. Saya mencelah sedikit Yang Berhormat. Yang Berhormat, terima kasih banyak er… Yang Berhormat Kuala Sentul, tadi saya dah ulas mengenai PGBF, mengenai Jengka 2 tak perlu lagi nak ulang sebab kami dah memberikan komitmen pihak kerajaan negeri bersama FELDA sedang menguruskan perkara ini dengan perhalusi. Jengka 2 bersabar kerana ia telah diperhalusi jangan lagi er… tanya lagi banyak kali so ini menyakitkan hati orang relax cool down. Kita nak petang-petang minum kopi dulu insya-Allah kita teruskan Yang Berhormat. Silakan, terima kasih.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Panggil er… geng itu. Panggil geng.

Speaker

Terima kasih. Terima kasih er… Yang Berhormat er… Yang Berhormat Pelangai menjalankan tugas saya. Sila, sila Yang Berhormat Wakil Kerajaan, 5 er… 2 minit lagi boleh habis. 2 minit lagi boleh. Sila, sila.

Tiba-tiba daripada 5 minit tinggal 2 minit. [Ahli Dewan ketawa] Ini daripada Sentul ini Yang di-Pertua. Dia ini kalau dia nak itu masa itu juga er… tak bolehlah tak sempat dah. Kalau dia nak, nak juga macam itu. Jadi nak selesai masa itu juga, kena ada kesabaran sedikitlah. Insya-Allah, kita ini banyaklah kita dah menyelesaikan masalah ini insya-Allah. Ini masuk kawasan saya, di kawasan apa di Kampung Tiram semua dalam perhatian dan kita telah sedang mengambil tindakan yang bersesuaian. Kita tahu apa pembeli-pembeli membuat bayaran dan saya dah berbincang bersama-sama pihak pengurusan bagaimana untuk mengatasi masalah ini, insya-Allah dan kita juga melihat kesusahan pemaju-pemaju. Kita melihat dari seluruh aspek perundangannya supaya kita dapat mengambil tindakan yang betul bersama dengan LA nya, bersama Pejabat Kewangannya dan membuat satu keputusan yang tepat untuk mengatasi masalah seperti ini.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Skim perumahan negeri ini kita susun dengan teliti bagi manfaat pembangunan perumahan yang benar-benar sampai kepada mereka yang benar-benar layak. Sebagai contoh, PR1MA Pahang dia pendapatan isi rumah RM10,000.00 ke bawah sahaja. Rumah Makmur, Rumah Pahang dan Rumah Mesra Pahang RM5,000.00 ke bawah dan Rumah Projek Program Residensi Rakyat RM3,000.00 ke bawah sahaja. Rumah Penjawat Awam jenis teres satu tingkat minima RM6,000.00, rumah jenis berkembar minima RM10,000.00, jenis sebuah banglo minima RM12,000.00 untuk Rumah Penjawat Awam. Rumah Ru’RASA dan Rumah Rakyat Pahang khusus kepada mereka yang berdaftar di bawah e-Kasih di pejabat daerah tempat masing-masing.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan Negeri Pahang juga, kita sentiasa bekerjasama dengan pihak KPKT untuk melaksanakan Rumah Residensi Rakyat dan sehingga er… sehingga kini telah sebanyak 4,168 unit telah kita bina yang bernilai RM149.3 juta dah siap itu Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua 4,000 ini. 4,168 telah siap dibina dengan nilai RM149.3 juta dan telah diduduki dan pada masa akan datang kerajaan negeri bercadang untuk membina sebanyak 1,250 unit Rumah Residensi Rakyat. Program Residensi Rakyat yang bakal disiapkan melibatkan tiga daerah. Temerloh, Kuantan, Jerantut, Bera dan Pekan… lima daerah ini Temerloh, Kuantan, Jerantut, Bera dan Pekan dan selain daripada itu, kerajaan negeri bercadang mencadangkan enam tapak baru kepada KPKT bagi pembangunan rumah Program Residensi Rakyat untuk Kuantan di Kampung Seri Damai, Bentong di Telemong, Raub di Cheroh, Lipis… Benta di Lipis dan Batu er… Batu Yon untuk Lipis, Cameron Highlands di Tanah Rata Cameron Highlands dan untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, saya ambik kesempatan ini kerana ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kerana kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar sebagaimana saya cerita dalam rumah RRP tadi.

Saya berasa sangat terharulah Tuan Yang di-Pertua kerana sebagai contoh saya nak izin nak kongsilah selain daripada suami yang meninggal semalam, saya beri kepada seorang lagi itu yang mempunyai enam orang anak, seorang OKU dan ibunya tak bekerja. Suami dia kerja nelayan er… nelayan sungai dan rumah dia rumah kayu dan tak mempunyai apa-apa peralatan dan kita decide bagi rumah… satu rumah tahun lepas er… tahun ini dan akhirnya telah diduduki dan sangat menyedihkan kerana apa yang kita lakukan ini adalah merupakan satu manifestasi kesungguhan kerajaan untuk membantu rakyat-rakyat yang sangat-sangat memerlukan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja dan LPHP juga telah membangunkan sistem e-Perumahan. Menerusi pautan eperumahanpahang.gov.my sebagai pusat sehenti pengumpulan data pembeli sejak tahun 2022 dan untuk makluman Ahli Dewan, portal ini telah dibangunkan sendiri oleh PahangGo Sdn. Bhd., salah satu anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang dan sehingga Oktober 2025 portal telah merekodkan 112,391 permohonan daripada seluruh negeri Pahang termasuklah data-data yang terdahulu di Unit Perumahan telah kita compile er… campurkan sekali dan akhirnya berjumlah 112,391 permohonan rumah-rumah yang diperlukan oleh seluruh rakyat negeri Pahang. Statistik ini menunjukkan minat bahawa rakyat... minat rakyat terhadap perumahan mampu dimiliki terus meningkat dan menjadi panduan penting perancangan rumah masa hadapan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Saya nak menggulunglah ya, dua minit lagi. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dari kawasan Cheka, Tanah Rata, Tanah Rata dia tanya pasal apa ni... insinerator ya? Insinerator itu telah kita mohon untuk diupgradekan daripada 40 tan metrik tan kepada 80 metrik tan dan mungkin akan dijawab secara bertulislah, secara terperinci kepada Tanah Rata. Kepada Tanah Rata, Ketari, Sungai Lembing, Kuala Sentul, Tioman serta Yang Berhormat er... Ahli-ahli Yang Berhormat Yang Dilantik atas pertanyaan dan isu-isu yang dikemukakan berkaitan portfolio Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.

Bagi soalan-soalan yang tidak dapat saya jawab secara lisan, saya minta maaf dan saya akan memberikan jawapannya secara bertulis. Dan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga diberikan kepada Bahagian Kerajaan Tempatan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pahang, pihak berkuasa tempatan, pegawai-pegawai kerajaan negeri mahupun persekutuan dan pihak-pihak yang berkaitan atas kerjasama erat, komitmen yang padu yang diberikan kepada saya sepanjang saya memegang portfolio ini. Segala persoalan yang dikemukakan dalam dialog ini mencerminkan kesungguhan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam memastikan pembangunan negeri Pahang berlaku secara terancang, inklusif dan juga mampan.

Portfolio ini akan terus dipandu oleh prinsip perancangan moden dan berdaya huni, pengurusan sisa yang efisien serta berteknologi, penyediaan infrastruktur hijau dan pembangunan bandar rendah karbon, di samping memastikan kesejahteraan rakyat kekal sebagai keutamaan utama dalam setiap dasar-dasar dan pelaksanaan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas segala sokongan dan dorongan yang tiada berbelah bahagi buat kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Bak kata pepatah, "Raja dan rakyat berpisah tiada".

Kuala berarus membawa seri, Hilirnya jernih tenang berlagu, Bumi Pahang terus diberkati, Makmur sejahtera sepanjang waktu.

Mengakhiri ucapan ini, saya ingin menzahirkan penghargaan yang mendalam kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar di atas kepimpinan beliau yang berwibawa dalam memacu dan membawa Pahang ke arah pembaharuan yang lebih hebat, mampan, berdaya saing di samping komitmen berterusan terhadap kesejahteraan rakyat negeri Pahang. Dengan ini, saya mohon menyokong. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]

Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya sebenarnya mencelah tadi, kalau dapat...

Speaker

Tak apa, nanti bila...

Kalau dapat beri peluang untuk saya kemukakan satu pertanyaan.

Speaker

Portfolio bagi Yang Berhormat Perumahan dah habis, nanti minum kopi baharu tanya. Terima kasih Yang Berhormat.

Ini soalan penting ini.

Speaker

Soalan penting boleh bincang kat luar juga. Jangan risau, ada peluang. You... you masih dalam blok kerajaan, jangan risau... jangan risau. Sesi yang kemudian saya tak pasti lagi. Yang Berhormat, terima kasih. Seterusnya saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang. Sila, Yang Berhormat.

Terima Kasih Yang Berhormat Speaker. [Ayat al-Quran] Assalamualalaikum WBT. [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Segala puji syukur kita panjatkan ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia kerana dia jugalah yang telah melimpahkan segala rahmat dan nikmat kepada kita dan juga contoh tauladan kita, junjungan besar Nabi kita, Muhammad SAW yang telah menunjukkan kepada kita bagaimana dalam kita membina sebuah ummah dan juga membina sebuah anak bangsa dan negara ini.

Jadi, susulan dari itu, saya ingin menyatakan apa yang dibawa oleh Bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar baru-baru ini melalui dasar Aspirasi Pahang 1st. Aspirasi ini maksudnya niat tersirat yang lahir daripada hati. Nabi ada bersabda, [bacaan dalam Bahasa Arab], “Habuan setiap sesuatu individu itu terhasil daripada niat yang tersurat di dalam sanubarinya". Di situlah kita nampak apa yang dikatakan oleh para ulama, [bacaan dalam Bahasa Arab], "Barang siapa murni hasratnya, niatnya, matlamatnya, pasti rezekinya akan dilimpahkan oleh Allah SWT". Jadi dengan pengumuman penghasilan bajet selama empat tahun berturut-turut sebanyak yang disebutkan RM1 bilion lebih. Ini adalah bukti niat murni di dalam usaha untuk menambahkan pendapatan kita di negeri Pahang Darul Makmur yang sebagaimana disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.

Tetapi apa yang lebih kita syukur lagi, hasil daripada itu juga nampak bukan sahaja dia nak melimpahkan dan mengumpulkan tabung dengan disebutkan, kita mempunyai pendapatan yang besar dan banyak tetapi dinampakkan lagi dan dilimpahkan rezeki itu di dalam pendidikan, di dalam kebajikan, di dalam pembangunan ekonomi, di dalam pembangunan infra dan di dalam pembangunan hal ehwal agama Islam, luar bandar dan segala genap segi masyarakat yang ada di negeri Pahang Darul Makmur. Ini kita nampak terpayung di bawah firman Allah SWT, [ayat al-Quran], maknanya keseimbangan di antara membina kehidupan dunia dan mengejar kehidupan akhirat. Apa itu akhirat? Apabila kita membina ummah, pendidikannya, agamanya dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, saya sebagaimana rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat

Berhormat Menteri Besar Pahang yang telah berjaya membentangkan sebuah Bajet yang syumul merangkapi dalam segala genap hidup negeri Pahang Darul Makmur ini. Mudah-mudahan sentiasa diberkati oleh Allah SWT. Saya tidak nak memanjangkan kata, kita pun dah di petang hari.

Saya ingin terus menjawab persoalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan di dalam Dewan, walaupun sebenarnya sebahagian besar telah saya jawabkan ketika rakan-rakan mengemukakan persoalan di dalam Dewan Yang Mulia ini. Pertamanya, persoalan yang dibangkitkan oleh sahabat saya saudara ADUN Padang Tengku, ADUN Chenor, ADUN Lanchang dan juga ADUN Tioman iaitu untuk membina Masjid Kampung Relong, Masjid Kampung Chegar Perah, Masjid Kampung Merchong, Masjid FELCRA Sungai Temau, Masjid Kampung Sekara, Masjid Kampung Nyak, Masjid Kampung Kertau.

Sebenarnya memang di antara agenda kerajaan negeri berusaha sedaya mungkin untuk mengimarahkan dan membina masjid-masjid di bumi Pahang ini dengan sebaik mungkin, dengan sedaya mungkin dan dah banyak pun masjid-masjid yang telah dibina dan sedang dibina. Bahkan baru-baru ini kita dengar sendiri di dalam Bajet, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah mengumumkan pembinaan masjid di Indera Sempurna dan di Batu 3, Kuantan iaitu Masjid Al-Fatah tetapi setiap masjid yang ingin dibina, sayugia diingatkan, mestilah jawatankuasa masjid mengemukakan permohonan kepada Pejabat Agama Islam dan Pejabat Agama Islam akan mengangkat kepada Jabatan Agama Islam Pahang dan Jabatan Agama Islam Pahang akan bawa kepada pengetahuan kerajaan untuk dibawa kepada SDO untuk dipanjangkan kepada Kementerian Kewangan serta ke Pejabat Perdana Menteri supaya mendapatkan peruntukan dan di sana ada satu kesefahaman sebagaimana yang sebut sebelum ini di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Seandainya masjid itu nak dibinakan di kawasan bandar, maka kerajaan persekutuan hanya memperuntukkan 70% daripada kos yang dipohon oleh pihak masjid dan bakinya 30% akan ditanggung oleh kerajaan negeri. Begitu juga di luar bandar, kerajaan persekutuan hanya menanggung sebanyak 75% dan masjid didak di apa... di luar bandar akan ditanggung oleh kerajaan negeri sebanyak 25%. Sahabat saya daripada Padang Tengku juga membangkitkan tentang isu masjid lama yang ada di Padang Tengku contohnya Masjid Kampung Pagar, Mukim Penjom. Masjid Lama Kampung Sungai Damar, Masjid Lama Kampung Tanjung Besar dan Masjid Lama Kampung Jerangsang supaya dipulihara. Ini adalah satu saranan yang baik, supaya ia tidak menjadi usang dan buruk begitu sahaja serta terbiar. Namun, saya ingin menyatakan sayugia jugak, penduduk setempat. Saya ingin bawa contoh Masjid Kampung Baru di Jerantut.

Inisiatif daripada penduduk setempat, dia mencari peruntukan, dia mengumpul juga duit secara persendirian. Begitu juga Masjid Kampung Paya Taram yang lama dan Masjid Kampung Tekal yang lama telah berjaya dibaik pulih dan dipulihara oleh jawatankuasa masjid dan kerajaan insya-Allah sedia membantu. Sebab apa saya nyatakan begini. Setiap tahun saban tahun dan baru-baru ini jugak telah disebut dan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Setiap masjid telah diperuntukkan sebanyak RM10,000.00 diberikan kepada jawatankuasa masjid untuk menguruskan masjid masing-masing. [Ahli Dewan menepuk meja]. Bayangkan kita mempunyai lebih 600 buah masjid di negeri Pahang Darul Makmur.

ADUN Padang Tengku jugak dan ADUN Chenor membangkitkan tentang masjid warisan, masjid di kampung di bandar Lipis yang telah dinaiktarafkan dan dibenarkan

untuk solat Jumaat tetapi memandangkan oleh struktur bangunan itu tidak sesuai, membahayakan ahli jemaah maka, dinasihatkan untuk ditangguhkan dulu dan alhamdulillah pihak Jabatan Agama Islam Pahang telah mengenal pasti meneliti untuk mendapatkan peruntukan supaya baik pulih dapat dilaksanakan kepada masjid itu insya-Allah.

ADUN Cheka juga memberikan cadangan supaya dibenarkan solat Jumaat. Surau di apa... Pekan Baru di bandar Kuala Lipis. Ini pun cadangan yang baik, namun setiap masjid ataupun surau yang belum lagi mendapat kebenaran untuk solat Jumaat mestilah dipohon oleh pihak jawatankuasa surau kepada pihak pejabat agama untuk dipanjangkan kepada Jabatan Mufti dan Majlis Agama Islam Pahang agar dipertimbangkan dan mereka akan diteliti. Adakah syarat-syarat untuk mendirikan solat Jumaat itu cukup dan adakah benar ahli kariah berkenaan ingin untuk menunaikan dan mendirikan solat Jumaat di kariah mereka.

Begitu juga ADUN Luit bertanya tentang status tanah di Masjid, er... Kampung Ulu Luit. Sebenarnya status tanah itu telah dipohon oleh Majlis Agama Islam dan telah diperakui oleh Pejabat Tanah Daerah Maran dan pun telah diangkat ke PTG untuk mendapat kelulusan pihak MMK. Sekarang ini er... fail itu telah ada di PTG sampai pada 28 Ogos 2025 kelmarin. Masih dalam queue untuk masuk dalam MMK, biasanya ini tidak ada masalah, kita akan perakui di dalam Mesyuarat MMK untuk mendapat kelulusan di bawah er... Majlis Agama Islam Pahang.

ADUN Tioman juga membangkitkan soal tentang Masjid Kampung Tekek. Permohonan ini telah di telah disenaraikan di bawah Projek Rancangan Negeri Pahang 2026-2030 dengan siling RM30 juta di bawah Jabatan Agama Islam Pahang. Insya-Allah seandainya kita dimurahkan oleh Allah SWT rezeki, kita menyokong kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar tanpa ada geletek dan gangguan, pasti Allah SWT melimpahkan rezeki dan niat ADUN daripada Tioman akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.

Begitu juga persoalan dibangkitkan oleh ADUN Cheka dan Bukit Ibam iaitu berkaitan dengan memartabatkan undang-undang Islam. Sebenarnya perkara ini saya dah jawab juga dalam er... ketika sahabat saya daripada apa namanya, Bukit Ibam bertanya, kita di negeri Pahang ini, alhamdulillah, kita bukan sahaja ada 14 RUU yang telah kita bentang menjadi enakmen di er... Mahkamah Syariah, bahkan sekarang ini kita telah mencecah kepada 16 enakmen.

Yang pertamanya, yang saya ingat Jenayah Syariah, Pentadbiran Islam, Perpindahan Agama, Penyebaran Agama selain daripada Islam, Wakaf, Tabung Masjid Tabung Amanah Masjid, Pentadbiran Pendidikan Islam dan juga apa namanya... kuasa kepada Mahkamah Rayuan. Semua ini telah kita bentangkan bukan dengan cara semberono, tetapi dia telah diwujudkan dizahirkan kertas-kertas yang diteliti oleh ahli-ahli pakar di dalam syariah yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Pahang. Kemudian itu, kertas itu dibawa dan dipanjangkan kepada Penasihat Undang-undang Negeri untuk diteliti adakah berlaku percanggahan di antara er... Mahkamah Sivil dan juga Mahkamah Syariah.

Setelah memberikan penelitian dan didapati perkara itu wajar untuk dibentangkan di dalam Majlis Agama Islam Pahang dan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, barulah perkara itu diangkat setelah mendapat kelulusan akhirnya dibentang di dalam Dewan ini. Namun demikian, setelah dibentang dan mendapat kelulusan di dalam Dewan Yang Mulia, seandainya ada berlaku perkara-perkara yang perlu diberi

penelitian, Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri akan memberikan nasihat dan pandangan untuk kerajaan negeri bawa kepada Mesyuarat MKI yang dipengerusikan kalau dahulu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi pada ketika ini dipengerusikan Kebawah Duli Timbalan Yang di-Pertuan Agong iaitu Sultan Perak kita.

Jadi, sidang er… Dewan Yang Mulia, masalah tentang Enakmen Islam yang telah kita bentangkan di dalam Dewan Yang Mulia ini insya-Allah di dalam kawalan dan sentiasa kita berikan perhatian dan pengawalan yang sebaik-baiknya agar teras-teras, pagar-pagar yang telah kita bina bersama ini sentiasa kukuh dan utuh bagi memastikan agama Islam terus kita junjung dengan sebaik-baiknya.

Saya ingin menyentuh juga tentang portfolio luar bandar yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Bukit Ibam yang menyentuh tentang soal er... kampung-kampung tradisional yang belum mendapati geran. Sebenarnya memiliki geran tanah ini, siapa yang nak tanah dia kena mohon. Dia boleh mohon. Kita ada Pejabat Tanah. Orang Rompin nak tanah dia pergi jumpa DO Rompin. Isi borang, ambil pelan, mohon. Cari tanah. Orang Temerloh kalau teringin nak tanah pergi jumpa DO Temerloh. Orang Pekan, begitulah daerah yang lain-lainnya. Namun demikian, mungkin ada kesukaran bagi mereka yang nak mengenal pasti lokasi.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah memperkenalkan di penggal yang lalu iaitu satu skim yang dinamakan (STR) Skim Tanah Rakyat supaya Pejabat Daerah memandu arah penghulu dan pemimpin kampung, memastikan lokasi kosong dan memastikan mereka yang perlu kepada tanah, senaraikan dengan sempurna dan pastikan orang tu memang betul-betul tak ada tanah, kemudian dia boleh buat permohonan secara formal, dimajukan kepada Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah akan bawa dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah. Seandainya benda itu tidak berlapis dengan mana-mana rizab yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tanah Negeri, maka sudah tentu Pejabat Daerah kerana di atas dasar kerajaan negeri mewujudkan sistem STR ini akan memperakui supaya benda ini dapat dipertimbangkan oleh pihak kerajaan negeri dan diangkat kepada PTG. Setelah itu, PTG akan bawa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Semua benda ini, apabila kita dah buat kita telah menghasilkan kejayaan pada 9 September 2025 sebanyak 8,803 hak milik bagi kegunaan bangunan dan 8,008 hak milik bagi kegunaan pertanian telah didaftarkan di daerah Rompin. Selain itu, terdapat 611 permohonan pemberimilikan tanah kerajaan untuk kegunaan bangunan kediaman di Mukim Keratong yang sedang berada pada pelbagai peringkat di tindakan Pejabat Tanah Daerah Rompin. Banyak lagilah kalau kita pergi ke daerah lain, begitulah setiap minggu Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Bahkan dalam kita berada sidang DUN ni pun, untuk makluman Ahli Dewan hari semalam, Yang Amat Amat Berhormat kaut kita orang ni bawa naik ke atas, suruh juga Mesyuarat MMK untuk memastikan proses untuk membantu orang memiliki tanah ni di dalam pelbagai bidang dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Soalan ADUN Kemayan membangkitkan tentang tadika kita di negeri Pahang ini. Tadika yang di bawah KEMAS. Adakah tidak wujud usaha menyelenggara tadika KEMAS yang kini sudah berusia dan memerlukan penyelenggaraan berkala. Jawapannya daripada pihak KEMAS yang kebetulannya saya bertanggungjawab kepada hal ehwal luar bandar ini. Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Pahang sangat mengambil maklum berkaitan dengan keadaan bangunan tabika dan taska yang sudah berusia lagi uzur. Demi menjaga keselamatan di samping memberi

keselesaan kepada kanak-kanak, tabika dan taska. Pada tahun 2024 KEMAS Negeri Pahang telah menerima peruntukan sebanyak RM2,311,950.00 daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan disusuli pada tahun 2025 sebanyak RM5,076,775.00 dalam usaha untuk membaik pulih dan menyelenggara bangunan-bangunan tadika di negeri Pahang.

Jumlah bangunan Tadika KEMAS di negeri Pahang bukanlah sedikit, sebanyak 660 buah. Manakala… manakala Taska terdapat 34 buah. Cadangan bagi menaik taraf bangunan tadika dan taska seluruh negeri Pahang Darul Makmur telah pun dimasukkan di dalam perancangan tahun 2026 dengan peruntukan yang dipohon sebanyak RM1,500,000.00 Untuk maklumat rakan-rakan di dalam Dewan juga, dalam waktu yang sama kerajaan negeri Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah membantu tadika-tadika KEMAS ini diberikan peruntukan pada setiap tadika sebanyak RM10,000.00 bagi memastikan guru-guru ini dapat melaksanakan pendidikan anak-anaknya dengan sempurna dan baik. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, perkara ini dapat dilaksanakan dengan apa dengan kesungguhan kepimpinan negeri kita dan kombinasi dengan kepimpinan kerajaan persekutuan yang tidak pernah putus.

Saya ingin menyentuh juga tentang hal ehwal Orang Asli yang dibangkitkan oleh sahabat saya. Yang Berhormat Haris Salleh. Minta maaf, bukan Orang Asli. Orang Asli, tunggu sekejap. Ni tentang jalan yang dibangkitkan oleh sahabat saya daripada ADUN Tahan. Jalan yang dibangkitkan oleh sahabat saya, ADUN Tahan, tentang perkembangan terkini dan pelan mitigasi bagi laluan kritikal DUN Tahan yang turut ditenggelami air, musim banjir. Pihak yang bertanggungjawab sama ada JKR, Kementerian Kemajuan Desa dan Luar Bandar telah berusaha segigih mungkin. Persoalannya yang dibangkitkan oleh rakan saya iaitu di Kampung Kuala Sat jajaran 2A, jajaran 2B Kampung Bantal, jajaran 2C Simpang Kampung Bantal ke Kampung Senggara, jajaran 2D di Kampung Bantal Seberang ke Kampung Gusai. Apakah status terkini bilakah proses pengambilan balik tanah boleh selesai dan apakah punca-punca yang menyumbangkan kepada kelewatan.

Pihak JPS komited dalam menangani risiko dan mengurangkan risiko banjir di daerah Jerantut termasuklah di kawasan DUN Tahan. Kerja-kerja pembersihan, penyelenggaraan dan mendalamkan sungai telah dilaksanakan. Kerja-kerja Pemulihan dan Penstabilan Tebing Serta Kerja Berkaitan di Kampung Bantal, Mukim Hulu Tembeling, daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur, Kerja-Kerja Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir Serta Kerja Berkaitan Aliran Sungai di Kampung Tekah, Mukim Tembeling Tengah, daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur, Kerja-Kerja Memulihkan Saliran Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Sungai Ara, Kampung Air Itam, Mukim Tembeling Tengah, daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur.

Begitu juga Kerja-Kerja Memulihkan Saliran Serta Kerja-Kerja Berkaitan Dengan Sungai Belerang di FELDA Padang Piol, Mukim Tembeling Tengah, daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur, Kerja Memulihkan Saliran Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Sungai Retang di Hulu Retang, Mukim Tembeling Tengah, daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Seterusnya Kerja Memulihkan Saliran Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Kampung Padang, Mukim Tembeling Tengah, daerah Jerantut di Pahang Darul Makmur. Sebagai langkah jangka masa panjang melalui peruntukan kerajaan negeri yang telah diluluskan, pihak JPS juga telah melaksanakan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam untuk mengkaji pelaksanaan projek fizikal… fizikal yang bersesuaian. Agensi pelaksana bagi projek di atas adalah Kementerian Kemajuan Desa, Luar Bandar dan juga JKR itu sendiri.

Dan juga ADUN Tahan bertanya tentang Kampung Paya Garok. Untuk makluman, kejadian banjir yang berlaku di Jalan Paya Garok FT1508 adalah disebabkan twin culvert yang di laluan tersebut tidak dapat menampung air banjir. Apabila berlakunya musim tengkujuh, di samping backflow maksudnya air tersenok, air Sungai Pahang tersenok maka Kementerian JKR, Kementerian Kerja Raya telah meluluskan cadangan menaik… menaik aras jalan dan pembinaan jambatan baharu menggantikan culvert sedia ada di dalam RP 3 RMK 12 menggantikan culvert sedia ada di dalam RP 3 RMK-12. Projek ini telah di telah siap direkabentuk dan telah dibuka pelawaan tender pada 3 Julai 2025. SST dijangka akan dikeluarkan pada 30 Januari 2026. Jabatan Pengairan dan Saliran pula telah melaksanakan pemuliharaan alur melibatkan skop kerja membersih dan mendalamkan sungai di kawasan tersebut. Pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah mendapat kelulusan pelaksanaan projek membina jalan dari Jalan Batu Embun, Tebing Tinggi ke Jalan Padang Piol, Sungai Retang, Jerantut, dan juga projek ini dalam RP 4 RMK-12. Projek ini akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya manakala jalan Simpang Paya Garok adalah di bawah penyelenggaraan pihak JKR Negeri Pahang.

Saya ingin berpindah kepada persoalan yang dikemukakan oleh rakan saya, ADUN Lantikan daripada Jerantut, Yang Berhormat Haris. Dicadangkan pemuda-pemuda kaum Orang Asli dilatih sebagai ECO Guard profesional bertauliah agar menjadi sumber pendapatan kepada mereka. Sebenarnya kita memang… kita memang mengalu-alukan kalau seandainya apa namanya pihak er... Perbadanan Taman Negara, Taman Negeri dan pihak Tourism ada menyediakan latihan-latihan ini. Kita sangat mengalu-alukan supaya anak-anak Orang Asli dapat dibantu dan mempunyai keupayaan untuk terus melangkah ke hadapan kerana dia orang ni dia lebih reti untuk beraktiviti di hutan, di gunung, di bukit, di sungai kerana kebiasaan mereka begitu.

Kerajaan negeri melalui ORACO, pelbagai aktiviti dilaksanakan kepada anak-anak Orang Asli ini. Contohnya Program Chup Badui Sikulah. Kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, SK Kampung Pagi. Program Khidmat Bantu SK Sinderut, SK Titom dan SK Lenjang Tahun 2025, SK Sinderut, Titom dan Lenjang, program Perkampungan Ilmu Base SMK Betau di Eden Base Resort, Rompin, Program Digital School, SK Bukit Rok, Smart TV dan Smart Box, SK Titom dan Sinderut Smart TV, SK Kedaik Smart TV dan Smart Board.

Banyak lagilah program-program yang kita boleh laksanakan melalui keupayaan yang ada pada kita, kerajaan negeri, ORACO dan juga kerajaan persekutuan JAKOA. Jadi saya rasa dengan sedikit jawapan daripada saya.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Yang Berhormat Speaker, mohon. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kerdau berkait dengan Orang Asli ataupun ORACO ni. Saya mendapat aduan daripada penduduk Orang Asli Kampung Sungai Kelayat. Mereka mendakwa mereka telah meneroka tanah dengan menanam sawit di tanah berhampiran dengan kampung ini. Dalam masa yang sama, mereka telah memohon kelulusan secara berkelompok melalui ORACO. Malangnya, mereka mendakwa kebun mereka dirampas oleh sebuah syarikat yang mendapat kelulusan daripada PSK walaupun baharu enam bulan memohon dan dimaklum syarikat ini pemiliknya dari Kuala Lumpur. Jadi saya mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Kerdau.

Apa nama kampung YB?

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Kampung Sungai Kelayat dalam daerah Rompin.

Dia begini Yang Berhormat. Di mana-mana kampung sekali pun termasuklah Kampung Sungai Kelayat. Sebenarnya dulu orang masyarakat saudara mara kita Orang Asli ini dia ada ladang, ladang dia ni dulunya dia orang tak boleh buat sendiri. Tahun 70-an 80-an dia tak pandai lagi bertanam ni. Jangan Orang Asli, orang Melayu pun tak pandai. Tanah orang Melayu dulu makan langsat tu hak cambah, makan makan langsat hak cambah, makan apa manggis hak cambah, makan apa nama lagi buah-buahan ni hak cambah. Kalau durian sebab dia biji, dia tak boleh telan itu hak dia campak kat tong sampah cambah juga. Jadi macam mana nak bantu orang asli ni nak berkebun. ,

Maka kerajaan pada ketika itu bantu mereka melalui RISDA. Buat kebun, buatkan ladang bukan dalam beberapa kawasan perkampungan Orang Asli yang ada tanah. Tak semua kampung Orang Asli dapat kita buat. Ada tempat Orang Asli yang tak ada tanah. Kita tak dapatlah nak bantu. Cumanya setelah beberapa tahun RISDA ni dia buat kerja. Lima tahun lepas dia surrender, dia tarik diri. Jadi tanah tanah Orang Asli ni terbiar tinggal dekat hampir setahun terbiar. Dia orang memang tak boleh buat. Kalau dia serahkan diri sendiri kalau palar ke dia sendiri tak ada akan ke mana perginya. Melainkan akan jadi semak samun je.

Jadi, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang simpati kepada Orang Asli kerana itu adalah sumber ekonomi dia orang. Rezeki dia orang nak hidup. Macam mana cara, kebetulan sebelum peristiwa ini berlaku peristiwa RISDA tarik diri ni. Sebelum itu lagi, ORACO telah diwujudkan. Tujuan ORACO ni wujud nak tolong Orang Asli ni nak bawa masuk ke universiti. Hak tak de rumah nak dibuatkan rumah, hak yang tak de rumah dia rosak boleh dibaiki tolong baiki. Jadi tak de jalan kita nak suruh sapa lagi nak nak menyelesaikan masalah kebun. Kita minta ORACO turun tangan bantu masyarakat Orang Asli ORACO dia akan pergi mana kebun-kebun yg terbiar tu kenal pasti untuk kita bangunkan dan majukan. Ada tempat-tempat kampung, contohnya di Paya Sendayan. Orang Asli tu dia boleh berdikari dengan syarikat yang dia ada. ORACO akan pandu arah, awak buat begini, buat begini tolong dia. Ada setengah kampung Orang Asli tu memang tak boleh, jadi ORACO pun tak dia. Dia bukan ada buruh. Dia bukan ada apa-apa satu badan yang boleh buat kerja sendiri. Makanya, dia akan melantik apa... minta bantuan daripada Yayasan Pahang ataupun minta bantuan daripada agensi-agensi yang lain yang boleh memandu arah kepada masyarakat Orang Asli ini supaya tanah dia dibangunkan. Kampung ini saya akan semak adakah benar syarikat luar tanpa kelulusan daripada pihak kerajaan negeri melalui ORACO. Seandainya dia mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan negeri dan ORACO. Kita semak kenapa pula orang luar? Setahu saya kita tidak akan lepaskan kepada orang luar. Kita masih ada lagi. Kita ada Yayasan Pahang kita ada apa namanya er... apa namanya... LKPP yang berpengalaman untuk mengusahakan ladang-ladang ini dan

cuma kita perlu kerjasama daripada masyarakat Orang Asli. Keyakinan daripada dia kita ni nak bantu dia orang.

Malangnya, untuk makluman YB ada di sana orang yang mengambil kesempatan, dia meracunkan kepala sedara mara kita. Orang Asli di negeri Pahang ni ada 93,000 nyawa, yang tak terkejar ke kita nak kejar sana tengah kepung di hulu, hak di hilir dah bocor pulak. Ada yang meracun tengah kejar yang di Temerloh, hak di Rompin pulak ada yang menghasut dia. Jadi ramai orang pergi ambil kesempatan di atas kelurusan dan kemurnian jiwa Orang Asli ni dia ambil kesempatan untuk mencari kekayaan. Ini pun ada berlaku, kita akan... kita akan rungkaikan masalah tu kita tak akan biarkan. Banyak dah kita selesai di Cameron Highlands, beberapa kampung dia telah mendapat pendapatan yang lumayan hasil daripada bantuan. Lebih lumayan masa dia dapat bantuan daripada RISDA kelmarin. Insya-Allah kita akan tengok ni Yang Berhormat. Terima kasih atas maklumat.

Saya ingin pindah kepada ADUN Chini yang bertanya tentang sosioekonomi masyarakat Orang Asli. Sebenarnya banyak usaha-usaha yang telah kita buat sama ada pihak JAKOA, pihak ORACO memberikan pendidikan. Kita minta pula bantuan daripada Yayasan Pahang sehingga ramai sudah hampir 1,000 orang Orang Asli telah kita kenal pasti, kita bawa dia menjadi pekerja-pekerja dan menjadi tokoh-tokoh yang boleh menambahkan sumber pendapatan dia. Bantuan barangan peralatan kita berikan juga bantuan untuk dia bertani. Kita berikan juga kepada 269 penerima meningkatkan tahap ekonomi mereka supaya aktif dalam pertanian. Juga bantuan pembelajaran, kursus amali dan teori kepada 227 orang peserta termasuk kursus pengurusan makhluk perosak bersepadu. Seramai 30 peserta kursus tanaman getah secara hands on oleh on... hands on di Jerantut dan Lipis seramai 197 orang peserta bagi membolehkan peserta mengaplikasikan ilmu dan pengalaman secara berkesan. Khusus untuk usahawan Orang Asli pula JAKOA telah menganjurkan pelbagai program dan urusan untuk urus pelbagai program.

Di antaranya kursus asas peruncitan melibatkan 18 orang usahawan Orang Asli, pendedahan kepada usahawan tentang pengurusan perniagaan runcit, Karnival Usahawan Orang Asli melibatkan 13 usahawan Orang Asli dari Pahang membantu usahawan mempromosikan produk dan juga meneroka pasaran-pasaran baru. Juga bantuan bimbingan usahawan seramai 9 orang mendapat bantuan geran dengan jumlah RM85,780.00. Jadi mudah-mudahan dengan penjelasan yang saya sampaikan ini hari pun dah nak Maghrib. Saya rasa telah dapat menjawab sedikit sebanyak seandai kata ada tercicir daripada penjelasan saya terhadap persoalan rakan-rakan Ahli Dewan, Insya-Allah saya akan minta daripada pihak urus setia Dewan untuk membuat jawapan secara bertulis.

Tuan Speaker, harap memberi laluan untuk saya,

Speaker

Sila sila.

Tuan Speaker, Saya ada kemukakan soalan berkaitan dengan bekalan air bersih kepada sebuah kampung Orang Asli di Kampung Ulu Pareh dalam DUN Sabai. Mereka ini dahaga. Dahaga bukan nak minum air, dahagakan bekalan air bersih. Telah saya kemukakan dan juga saya kemukakan tentang isu pewartaan tanah rizab Orang Asli. Sidang lalu memang saya ada kemukakan soalan ni. Saya harap adalah perkembangan ke arah untuk penyelesaian mutakhir terhadap isu ini. Sekian terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Soalan ini sebenarnya saya dah semak. Saya minta dengan urus setia, urus setia kata dia forward ke Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan memberikan penjelasan. Tapi walaupun begitu, saya dah pergi ke Kampung Ulu Pareh ni. Saya datang dengan Dato’ CEO PAIP sendiri dan CEO PAIP telah mengenal pasti ada benda-benda yang besar. Kita terpaksa mencari peruntukan seperti tangki. Tetapi benda-benda yang kecil boleh diselesaikan oleh PAIP dalam waktu yang segera. Insya-Allah, kita akan bantu dan PAIP pun dah tunjuk tanda best ke saya. Insya-Allah akan disegerakan oleh pihak PAIP bagi memastikan masyarakat Orang Asli di Ulu Pareh dapat diselesaikan masalah air. InsyaAllah terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Wakil Kerajaan. Seterusnya saya ingin menjemput Exco yang terakhir pada sesi petang ini dan saya ingin mengingatkan bahawa masa yang diperuntukkan untuk gulung adalah 30 minit sahaja Yang Berhormat. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang. Sila Yang Berhormat...

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam Pahang 1st. [Ayat al-Quran]. Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberikan izin kepada saya untuk membahaskan er... Bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar pada 5 er... Disember yang lalu dan saya kira saat-saat ini genting sebab kita berada jam 7.05 dan er... tentunya berada dalam keadaan keresahan.

Dan persoalan yang dibangkitkan oleh rakan-rakan ADUN ini banyak yang er… perlu disentuh ya. Namun, saya akan cuba ringkaskanlah ya seringkas boleh. Tapi saya nak ambil kesempatan di sini. Pertama sekali nak mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang yang telah berjaya membentangkan satu bajet dan cadangan bagi tahun 2026 yang er... saya lihat begitu komprehensif sekali. Merangkumi semua aspek er... kehidupan dan bersandarkan kepada tujuh teras utama yang menjadi nadi pembangunan negeri yang rohnya ataupun falsafahnya merupakan Aspirasi Pahang 1st.

Dan sudah tentu sebenarnya sepertimana yang er... Yang Berhormat Tuan Speaker sedia maklum, penyediaan bajet ini sepertimana yang… Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja maklumkan adalah merupakan satu proses yang cukup teliti. Kita buat retreat, dengan izin dengan melibatkan semua rakan-rakan Exco Kerajaan Negeri dengan er… penglibatan pada semua peringkat. Saf kepimpinan er... perkhidmatan kerajaan daripada Yang Berhormat Dato' Sri Setiausaha Kerajaan Negeri hinggalah ke peringkat saf barisan hadapan dan kita telah bincangkan dan kita telah teliti dan kita perhalusi.

Malahan kalau dilihat dari segi proses untuk menyediakan draf-draf awalan sendiri pun sebenarnya banyak cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh Wakil-wakil Kerajaan sebab perbincangan ini sebenarnya Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang, dia tidak er... makna memberikan seluas-luas peluang kepada semua pihak yang terlibat dengan retreat ini tadi untuk mengemukakan cadangan dan pandangan. Dan setelah diteliti, memang ianya melibatkan kos yang begitu tinggi. Namun, sepertimana yang kita sedia maklum, kita terpaksa mengemukakan cadangan bajet yang melibatkan Belanja Mengurus dan Belanja Pembangunan dalam ruang litup yang munasabah.

Sebab itu, alhamdulillah apabila unjuran-unjuran er... hasil dalam tahun depan ialah RM1.249 dan er... maknanya RM1.279 maka er... ini cadangan perbelanjaan termasuk er... ini apa bajet untuk pembangunan ialah RM1.274, RM1.274 iaitu ada surplus 5… RM5 juta. Ini yang kerangkanya ini yang kita nak kita faham. Sebenarnya kalau ikut dari segi cadangan, memang kiranya banyak kita nak capai semua Yang Amat Berhormat Dato' Sri mempunyai hati yang murni. Maknanya dia kata tengok jangan ada rakyat yang tercicir dan tertinggal. Sebab itu untuk mendapatkan draf terakhir. Sebenarnya cukup teliti dia buat. Sebab itu dalam konteks seumpama ini saya bagi contoh, apabila saya turun ke lapangan pergi ke sekolah-sekolah, ada didapati bahawa di kalangan anak-anak murid di sekolah-sekolah ini ada di kalangan mereka yang tidak mempunyai kemampuan untuk membawa wang saku bagi belanja di sekolah.

Dan itu perkara itu sebenarnya er... kerana kita nak merangka tadilah. Kita kata, kita nak buat pembangunan. Kalau boleh bangunan baru sekolah. Tambahan kepada kemudahan-kemudahan yang ada ini yang besar-besar ni. Tapi pada masa yang sama dalam dapatan yang kita dapati setelah saya meninjau ke bawah ke lapangan bertemu dengan pengetua apabila dinyatakan bahawasanya ada terdapat murid-murid sekolah yang tidak membawa wang saku untuk berbelanja di… di sekolah dan dia melibatkan pelajar-pelajar daripada sekolah-sekolah menengah.

Kalau sekolah rendah, kita ada Rancangan Makanan Tambahan. Jadi ekoran daripada itu, setelah mendapat maklum balas daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri, saya telah berjumpa sendiri dengan Yang Berhormat Dato' Sri Diraja dan maklumkan sebenarnya Dato' Sri. Terdapat lebih kurang dalam hampir 4,000 pelajar-pelajar yang berada dalam kategori ini seluruh negeri Pahang dan pada ketika itu dah draf terakhir itu dah… dah… dah siap dah sebenarnya. Dah siap dan kita mengira kalau RM5.00 sehari, kalau 4,000, RM20,000.00 ribu satu hari dan kita ada er... hari persekolahan lebih kurang dalam 190 hari. Tapi saya buatkan dalam 200, kira daripada 4,000 er... iaitu RM20,000.00 1 hari, 200 hari dan jumlah yang RM4 juta. Bila saya hampir kepada Yang Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar, kata masukkanlah.

Dan ini telah dimaklumkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sebab itu saya nak menceritakan betapa sebenarnya yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar walaupun kita dah bincang secara teliti tapi di akhir-akhir penyediaan ini belanjawan ini sendiri. Dato' Sri kata jangan ada di kalangan mereka yang tertinggal dan apatah lagi yang terdiri daripada anak-anak kita terdiri daripada pewaris kita. Maka dimasukkan RM4 juta dalam Bajet 2026 bagi menangani pelajar-pelajar yang berada dalam kelompok sedemikian.

Ini saya nak bagi contohnya betapa sebenarnya keprihatinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar sendiri. Menitikberatkan soal kebajikan dan pada masa yang sama menitikberatkan, soal masa depan, modal insan pendidikan. Sebab itu, dalam konteks seumpama ini mungkin di kalangan kita tidak memahami bahawasanya Yang Amat Berhormat Dato' Sri minta supaya kita jangan ada yang tertinggal. Namun sedemikian, bila kita bentangkan dalam Dewan Yang Mulia ini, kita dapati banyak juga cadangan-cadangan daripada Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini. Cadangan nak ditambah baik tapi apakan daya. Sebenarnya dalam konteks seumpama ini kita bergerak dalam keadaan yang realiti.

Kita tidak mahu supaya misal contohnya kita dalam kita berbelanja. Kita terpaksa membuat pinjaman daripada kerajaan pusat di mana kita berada dalam keadaan di luar kemampuan kita. Sebab itu dalam konteks seumpama ini, pertama sekali saya merasa bahawasanya pengiktirafan, penghargaan ini saya tujukan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang. Satu, seorang pemimpin yang sentiasa prihatin dan mengambil berat bukan sahaja kepada kita Ahli-ahli Dewan Yang Mulia tetapi kepada seluruh masyarakat rakyat jelata di negeri Pahang Darul Makmur [Ahli Dewan menepuk meja].

Dan bersandar pada itulah, saya lihat bahawasanya alhamdulillah. Belanjawan hari Jumaat yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Menteri Besar ini ada yang menyentuh aspek portfolio saya iaitu dua pendidikan dan Sektor Agromakanan. Dan dalam Bajet 2026 ni teras kedua iaitu Melonjak Ekonomi Negeri yang melibatkan Agromakanan dan teras ketiga, Meningkatkan Taraf Pendidikan dan TVET. Kedua-dua sektor ini mendapat peruntukan yang cukup besar iaitu bagi Pendidikan dan TVET berjumlah RM124.6 juta manakala dalam Sektor Agromakanan RM68.63 juta.

Alhamdulillah, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dan kita mengharapkan insya-Allah ianya dapat memperkukuhkan kesejahteraan petani, pekebun, penternak dan komuniti luar bandar dan kita mengharapkan bahawasanya dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik termasuk permodenan pertanian, pengoptimuman tanah terbiar, sokongan geran agropreneur muda, belia, latihan teknikal serta pembangunan rantaian nilai hulu hilir agar hasil tani tempatan lebih berdaya saing. Ingatlah, mereka yang tidak belajar daripada pengalaman orang lain akhirnya terpaksa belajar daripada kesilapan sendiri. Sejarah telah banyak membuktikannya. Belajar dari negara lain bukan semestinya taksub tetapi keperluan untuk memperbaiki diri kita sendiri. Dunia pertanian tidak bergerak dengan ego. Ia bergerak dengan data, ilmu dan keberanian melihat contoh yang terbukti berjaya. Tidak ada negara yang bangun... yang bangun tanpa melihat ke luar ataupun tidak ada negara yang maju tanpa melihat ke luar.

Contohnya, Brazil sendiri tidak akan menjadi gergasi makanan dunia hanya kerana tanah mereka luas. Mereka bermula dari Wilayah Cerato yang orang sebagai tanah yang tak layak ditanam. Mereka tidak berhenti di situ apabila dilabel sedemikian. Mereka panggil penyelidik ubah struktur tanah lahirkan Brazilian Agriculture Research

Corporation (Embrapa) dan bentuk koperasi yang membina kekuatan dari petani kecil hingga ke kilang pemprosesan. Apa yang mereka lakukan bukan keajaiban tetapi kerja sistematik yang dilihat tanpa jemu. Belanda pula lebih kecil daripada kebanyakan negara hanya bersaiz sebesar negeri Pahang sahaja, namun mereka mengeksport hasil pertanian mengalahkan negara berganda saiznya bukan kerana tanaman mereka istimewa tetapi kerana mereka mengurus setiap inci tanah mereka sebagai aset yang berharga.

Greenhouse mereka bukan bangunan cantik. Ia Pusat Data, Pusat Kawalan Suhu, Pusat Eksperimen. Mereka tidak menunggu nasib. Mereka merancang setiap keputusan. Menceritakan kisah negara lain bukan tanda taksub. Tanda taksub ialah bila seseorang menolak belajar walaupun bukti di hadapan mata. Manakala tanda kematangan ialah apabila kita berhadapan ataupun apabila kita tidak malu mengakui bahawa orang lain lebih buat lebih baik dan kita boleh belajar daripada mereka.

Ingatlah ilmu bukan milik bangsa tertentu sahaja tetapi ia milik sesiapa yang sanggup untuk menuntutnya. Jika sesebuah negara seperti Brazil mampu mengubah tanah gersang menjadi industri atau Belanda yang berjaya menjadikan ladang kecil sebagai pusat inovasi global. Apa ruginya kita untuk belajar dengan mereka? Memandang negara lain bukan memuji mereka tetapi mempersiapkan kita agar tidak terus berjalan dalam gelap. Belajar bukan maknanya kita tunduk tetapi tandanya kita tidak menyerah kepada keadaan semata-mata. Kita kena belajar dari mereka yang berjaya dan cemerlang. Belanda tidak bermula dengan tanah yang luas atau cuaca yang baik. Mereka bermula dengan cara berfikir yang betul dalam dunia moden. Pertanian bukan lagi soal tanah tetapi teknologi serta pemikiran dan sikap positif petani-petani insya-Allah dengan berbekalkan semangat inilah, maka Pahang mengorak langkah untuk terus mentransformasikan sektor Agromakanan dengan pelbagai pendekatan termasuk belajar dari mereka yang berjaya. Mengapa saya nyatakan demikian? Kerana keterbukaan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang yang mengizinkan kita untuk mencuba idea yang baru untuk mengubah untuk menambah baik sistem yang sedia ada. Inilah yang telah kita laksanakan. Alhamdulillah.. alhamdulillah.

Tengah hari tadi kita telah disajikan dengan rezeki daripada Allah SWT iaitu kita ada jamuan yang daripada stik Wagyu. Minta maaf ini ADUN Sabai, saya telah berjumpa dengan ADUN Sabai minta maaf banyak kerana kita selalu bercakap mengenai projek Wagyu ni.. bercakap mengenai projek Wagyu. Kemudian ada sahabat-sahabat daripada luar sana ada ADUN Tahan berjumpa bila lagi kita nak merasa ni stik Wagyu ni dia kata. Bercakap pasal Wagyu ni kerana kejayaan yang telah dibuat hasil daripada cetusan idea rangsangan sokongan yang diberikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang, kita bermula dengan 161 ekor lembu Wagyu yang terpaksa kita import daripada luar negara. Kita tak dapat nak import daripada Jepun. Kita import daripada Australia tetapi lineage dia dengan izin, baka dia ni menjurus sampai kami ke Miyazaki sampai ke Jepun dan kita nak lihat bagaimana kita nak perkasakan penternak kita jadi kita bawa satu idea yang diilhamkan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar.

Dan sekarang ini daripada 161 ekor kita telah ada hampir 500 ekor Wagyu di Bukit Kajang di Raub. Ini tidak mungkin berlaku kalau sekiranya tidak ada apa yang dipanggil sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar kerana kalau mengikut laporan daripada World Bank dengan izin the biggest enemy, the biggest obstacle is a very conservative get keepers, dengan izin iaitu halangan yang paling besar kepada inovasi dan perubahan adalah mereka yang berkuasa yang mempunyai pemikiran

yang konservatif tidak, menerima pemikiran yang pembaharuan tetapi alhamdulillah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar yang berjiwa pemimpin dan sentiasa prihatin termasuk memikirkan bagaimana kita nak perkasakan sektor agromakanan.

Maka Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah memberikan restu dan meluluskan dan mencadangkan kita luluskan bajet tambahan. Satu ketika dahulu yang di mana itulah permulaannya perjalanan beribu-ribu batu bermula dengan langkah-langkah yang awal yang pertama. Dan sekarang ini kita lihat sektor ternakan kita misal contohnya Yayasan Pahang yang baru-baru ini telah diluluskan peruntukan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bermula dengan 800 ekor lembu Brahman jenis Brahman Cross yang kita beli daripada Darwin iaitu di Australia. Kini ada tambahan 800 lagi dan ianya sedang diternak dalam ladang sawit kita melalui Program Integrasi.

Begitu juga dengan penternak-penternak yang juga mendapat bantuan daripada kerajaan pusat kerana kita hendak perkasakan agromakanan Kerajaan MADANI di peringkat pusat sebenarnya ingin memperkukuhkan sektor agromakanan kerana kita tidak boleh bergantung kepada sumber luar. Kalau kita bergantung kepada sumber luar, maka kita dalam keadaan yang cukup bahaya. Sebab itu kita nak pertingkatkan SSL level jadi level [tak jelas] maknanya apa nama kebolehsaraan diri di peringkat kita. Jadi apa yang saya nak nyatakan di sini, pendekatan perancangan dari segi sektor agromakanan adalah menuju ke arah yang lebih dinamik.

Kita benarkan. Insya-Allah pendekatan-pendekatan yang hebat termasuk misal contoh memperkenalkan iaitu pelaksanaan atau pembinaan atau permulaan projek yang dinamakan sebagai projek Young Green House dengan izin di Cameron Highlands. Yayasan Pahang telah memulakan iaitu suatu usaha yang dibuat dengan kos lebih kurang dalam RM2 juta. Kita membina dan bekerjasama dengan SMACH... SMACH... SMACH Moden Agriculture Cameron Highlands. Yang ini menggunakan pendekatan di antara penerajunya ialah seorang berbangsa Belanda. Luke atau Lokman nama dia dan dia memberi tunjuk ajar kepada kita sebab tu kita kata tadi saya mulakan kita belajar pada mereka yang berjaya insya-Allah. Sebab tu dalam konteks seumpama ini saya nak zahirkan beberapa perkara pendekatan yang kita buat ialah pendekatan yang cukup dinamik. Dan insya-Allah, berilah ruang dan peluang untuk kita terus memajukan sektor agrofarm, agromakanan ini dengan pendekatan-pendekatan teknologi dan pemikiran yang positif.

Sebab itu, dalam konteks seumpama ini, saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan ADUN yang telah memberikan pandangan, sama ada mengemukakan soalan-soalan untuk saya jawab dalam Dewan er... secara lisan ataupun mengemukakan pandangan dalam bentuk penghujahan, dalam perbahasan dan juga pandangan-pandangan yang saya kira mohon diberi pertimbangan oleh pihak kerajaan negeri.

Saya nak zahirkan di sini, Yang Berhormat Tuan Speaker. Hari dah 7.25, iaitu rakan-rakan yang bangkitkan menyentuh tentang… tentang portfolio saya, iaitu ADUN Lanchang, ada Lanchang, ADUN Cheka, ADUN Kemayan, ada, ADUN Pulau Tawar, waris, Mentakab, ADUN Tioman, Ahli Yang Dilantik, Tioman, Doktor ada, Ahli Yang Dilantik 3, YB Haris, ADUN Chenor, ADUN Damak, ADUN Beserah, ADUN Kuala Semantan, Ahli Yang Dilantik Yang Berhormat Dato' Wong, ADUN Semambu, ADUN Tanah Rata, ADUN Sabai, YB ADUN Dilantik 4, Tuan Fadzli, kemudian ADUN Ketari, Padang Tengku, Lepar, ADUN Yang Dilantik Tuan Rizal Jamin, Batu Talam, Bukit Ibam, Inderapura. Ini yang saya ada, Chini.

Jadi, terima kasih. Perkara ini macam biasalah. Ini dia jawapan. Saya boleh sambung [ketawa]. Saya nak sangat, saya tadi duduk di atas itu tengok bagi tau. Saya beri tahu pegawai saya nak jawab ini kawan-kawan mesti bertanya. Tapi Tuan Speaker dah warning saya. Sebab itu saya bila lihat ini saya rasa Masya-Allah saya nak berit ahu terima kasih. Pertama sekali sebelum saya terlupa, terima kasih kepada pegawai kerajaan. [Ahli Dewan menepuk meja]. Rakan-rakan kepegawaian yang dipimpin oleh Yang Berhormat Dato' Setiausaha, Dato' Sri Setiausaha Kerajaan Negeri dibantu oleh Yang, Yang Berhormat Dato' Indera SFinO, dengan Yang Berhormat Dato' LA dan juga Ketua-ketua Jabatan yang ada ini.

Lengkap semua sekali, ada hadir menyediakan maklum balas jawapan bukan sahaja saya, tapi semua rakan-rakan yang ada di barisan kerajaan. Tidak terhingga. Tak tidur malam. Termasuk yang di atas pemerhati itu, Dato'-Dato' DO itu, pegawai-pegawai kerajaan tak boleh duduk di bawah, duduk di atas tapi tetap kekal bersama.

Betul, saya kadang-kadang rasanya, Dato' Sri macam gaya dua bulan itu macam rasa kalau boleh itu nak bagi lebih bukan kerana hogoh, bukan, tidak ini, jadi saya bagi tahu ini bukan Yang Amat Berhormat Dato' Sri rasa, tak ada lah kena mengena hogoh sekali dua bulan, hogoh dua kali dia macam main jackpot je. [ketawa].

Tapi kerana keikhlasan, ketulusan, lontaran. Rakan-rakan kepegawaian ini dia angkat ikrar sumpah, di bawah OSA ini, Official Secret Act, Akta Rahsia Rasmi. Kadangkalanya tidak boleh mendisclosekan dengan izin. Mengeluarkan pernyataan yang dikira, rahsialah sebab kita ini sebenarnya kita jangan ingat ... je. Ada pihak lain juga mengkaji tengok macam mana keadaan kita. Sebab itu kadang-kadang itu mulut terkunci tapi jiwa nak, nak menceritakan termasuklah CEO PAIP, Yayasan Pahang, Datuk Bandar, YDP-YDP PBT, banyak Yang Amat Berhormat Dato' Sri.

Tapi kalau ikut Dato' Sri er... Diraja, kita nak bagi berapa ini. Dua ini rasa dulu dah sebulan setengah, ini dua. Tapi tak pernah RM500.00. Ya saya nak, bukanlah saya. Saya dengan ADUN Cheka ini kira umpama bukan kata eh bermusuh betul, dak tak tidak begitu. Tapi bukan RM500.00. Nak betulkan, bukan. Sebelum ini RM1,200.00 Dato' Sri, kemudian sebulan setengah. Kemudian sebulan setengah, dan Insya-Allah tahun depan dua bulan. Jadi fakta biar betul, ya. Ada ini, ini ADUN Tahan.

Macam tadi saya okay ya? Alhamdulillah. Tapi YB Ketari, dia kata malam ini malam Jumaat, YB Ketari cakap. Saya tak tahu ini bukan dia kata macam matador, tahu matador? Dia kalau saya tengok di Sepanyol yang lembu itu kan dia nak langgar matador itu, dia ada gini. Dia satu kaki tu gitu. Maknanya jaga, jaga engkau ... Saya tak faham. Saya biasa Yang Berhormat Dato' Sri Diraja, ADUN Ketari dia very serious person. Tapi hari ini dia kata ini malam fuhh dia kata, dia macam matador la kata. Saya kata okay la alright la nanti pagi besok beri tahu sama saya. [ketawa].

Jadi maknanya kita kongsi, kita perjelaskan. Banyak kebimbangan yang dia ada, diujukan. Sebab itu dalam konteks seumpama ini saya nak maklumkan pertama sekali, pegawai-pegawai ini di peringkat, semua peringkat. Tapi, oleh kerana saya berdiri sebagai apa nama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Exco Pertanian. Saya katakan, sebenarnya bersandar kepada komitmen mereka. Hingga hilang bendanya, maknanya tak terkata komitmen mereka, nak lonjakkan pemain-pemain industri agromakanan ini.

Sebab itu, dalam konteks ini, kalau kita lihat misal contohnya Yang Amat Berhormat Dato' Sri telah membenarkan peruntukan dua sebanyak, RM3 juta untuk Apprentice nelayan. Untuk kita laksanakan. Bagaimana kita nak perkasakan masyarakat nelayan itu sendiri yang mungkin merasakan mereka tidak diberikan perhatian, Yang Amat Berhormat Dato' Sri kata, nelayan kita tengok, petani kita lihat semuanya yang sebenarnya.

Sebab itu dalam konteks seumpama ini, saya nak ucap terima kasih kepada semua. Dan apabila ADUN Ibam, sahabat saya, Yang Berhormat ADUN Ibam ini dia jarang bercakap. Saya selama tiga tahun dah. Maknanya kalau jumpa itu senyum dia cukup mahal. Nak mengorat dia lama dah. Tapi kiranya tetap dalam keadaan yang, dia senyuman dia mahal. Dan bila dia berkata-kata, ramai yang, misal contoh mendengar dengan penuh syahdu. Sebab itu saya nak sentuh sikit. Apabila dia maklumkan saya tidak salahkan dia tapi laporan itu. 166 premis loji penyembelihan. Ada wujudnya tadi, ada yang tidak berdaftar dengan Jabatan Veterinar. Dan di kalangan 166 tadi, 22 sahaja yang ada sijil halal. Dan daripada 22 ini tadi 15 yang dipunyai oleh orang Islam dan tujuh bukan Islam.

Jadi saya memikirkan ini ada satu kekeliruan. Saya dah jelaskan. Bila sebut premis penyembelihan, loji penyembelihan mengikut istilah dia, kaedah dia, kalau nak sembelih lima ekor ayam pun dia kira satu, tapi untuk mudahkan bagaimana saya nak buat cerita okay bandar Kuantan. Kalau kita sedia maklum, gerai makanan, gerai makanan banyak, ada yang jual ni apa nama kopok gonde, jual nasi lemak, jual karipap, jual apa nama temosa, jual mi, jual nasi dagang. Kalau kita nak ambil di Kuantan ni. Dato' Bandar ada kat sini, saya ingat ribu, orang kata ratus, ribu, malahan puluhan ribu ramai. Tapi kalau kita tanya, dia tetiba keluar dalam ni muka depan katalah 5,000 gerai yang makanan yang ada di Kuantan ni sekali hanya terdapat 100 saja yang ada Sijil Halal JAKIM. Kalut kita tak? sebab apa bila kita pergi ke gerai yang tebar roti canai, Sijil Halal JAKIM tak ada, tapi yang menebar, la Pak Man ni ada ni.

Oh, sedap daging kambing dia misal contohnya, jadi bila kita anggap begitu, bagaimana caranya adakah kita akan beli nasi lemak tu, kita makan roti canai tu, kita beli nasi dagang atau kita beli pisang. Misalnya contohnya, keropok lekor, kopek... keropok tu dengan satanya. Dengan apa nama bukan kopek manis ya. Ni kopok lekor, sata yang ikan ni celup tepung yang dekat dengan Tanjung Lumpur dekat dengan PETRONAS tu, dia tak ada sijil halal JAKIM.

Tapi kita makan semacam je kan, kerana apa? Inilah kaedah saya maksud saya, saya nak jelaskan bahawasanya Sijil Halal JAKIM ni boleh dipohon oleh semua pihak. Kalau ikut betul-betul waima yang meniaga roti canai tu, waima yang meniaga sata dan juga apa nama otak-otak tu, kopok gonde tu, kopok apa kopok lekor. Sebab saya panggil kopok gonde, kopok lekor. Dia kena ada sijil halal tu boleh menyakinkan. Tapi kalau berita ni disalah tafsirkan orang panik la semua. Oh, banyak betul premis yang yang takde sijil halal dah itu gambarannya. Dan yang penting di sini ada dua kaedah di mana Jabatan Agama Islam menjalankan kursus kepada penyembelih ni.

Dia lulus baharu ditauliahkan sebagai penyembelih dan mungkin dia tidak ada premis, Logo premis halal JAKIM tetapi dia ada penyembelih bertauliah yang diluluskan oleh Jabatan Agama Islam yang telah melalui kursus yang telah dia bagi yang tu. Jadi ini yang saya ingat ni, sahabat saya daripada Bukit Ibam ya. Maknanya nak maklumkan, kalau tidak nanti gempar semua orang tengok dia jadi cemas seolah-olah macam kita tak jaga kepentingan umat Islam. Tapi ini maksudnya yang saya nak bagi sedikit gambaran tentang perkara-perkara yang dibangkitkan ini, saya perlu perjelaskan.

Jadi saya rasa hari dah pukul 7.37 waktu mencemburuinya. Saya, jangan salah saya. Saya boleh, saya boleh maknanya sampai kata. Insya-Allah boleh setakat sehari dua ni boleh lagi, saya boleh maknanya. Tapi saya fikir satu perkara jelah. Sebagai kata insya-Allah, insya-Allah ya, insya-Allah. Saya terpaksa bagi jawapan secara bertulis kalau bersetujulah. Lebih suara yang bersetuju, betul? Tapi hanya sebagai ungkapanlah. Saya teringat bagaimana kerajaan merancang.

Ni last, last dah nak landing dah. Ni last, ni last, ni last saya nak landing dah ni, ni saya nak landing dah ni. Saya teringat ini tanpa saya nak usik sampai kita rasa jadi serba salah. Keadaan ini kerajaan merancang ni kita rancang begitu teliti sekali insya-Allah. Dan Insya-Allah walaupun perkara tu tadi masuk sampai ke 10 tahun 15 tahun 20 tahun, insya-Allah perancangan kita ni selalu intact. Bukan kita main-main. Sebab itu, saya nak beritahu apabila ni. Dak saya nak beritahu ni sebab dalam tahun 2012, yang menariknya baharu-baharu ni sahabat saya, sahabat la. Sahabat lama saya daripada Cheka, dia ada bangkitkan. Dia bertanya ada tidak kemungkinan kerajaan negeri memberi kepentingan atau saham dalam Lynas? Jadi, bila dia tanya tu saya pun pelik juga. Mengapa saya pelik, sebab dalam tahun 2012 gerakan telah dibuat untuk membantah penubuhan Lynas ini sendiri. Bukan salah saya, saya pun Google tengok tahun 2012. Dan dalam tahun 2012 tu, di antara yang menjadi champion, juara ialah wakil rakyat sahabat karib saya daripada Cheka yang mengepalai gerakan membantah usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri dalam membenarkan pengoperasian Lynas itu sendiri. Sudahlah berlalu, tapi yang saya lagi pelik bila apabila ADUN Cheka kata boleh tidak Pahang mengambil kepentingan beli saham dalam Lynas, yang itu saya tekejut.

Apa hal maru ni? Yang tu saya terkejut. Masa berlalu, tapi stand kita sebagai sebuah kerajaan dari dulu sampai sekarang kita tetap teguh. Dan saya yakin sahabat karib saya seorang lagi daripada Beserah. Tentu dia kata, kalau kita kata tutup Lynas, dia akan mempertahankan betapa ramainya mereka yang bergantung kepada wujudnya industri yang ditangani oleh syarikat Lynas. Itu yang maksud saya. Jadi, sebab itu saya nak ingatkan kawan-kawan dalam Dewan Yang Mulia ni, kadangkala kalau kita nak buat tu kita kena hati-hati.

Kalau kita rasa kita dah terlanjur tak payah cadang sebab kalau cadang dia naik semula. Eh... macam mana hari tu you bantah gila-gila, sekarang ni you pula minta kepada pihak kerajaan. Kita kena ada kepentingan sebab ini bernilai berapa bilion hari ini. Itu yang rasa pelik sikit ya. Bukan saya nak potong steam tidak wagyu-wagyu ya, tetapi maknanya wagyu bagi juga. Tapi nak cakap yang benar tu, saya terpaksa cakap juga.

Takde hal, saya biasa gitu. Ha... ini yang saya nak buat. Hari tu dekat Dewan saya dengan YB Cheka ni dulu, masa tu YB Jengka kita berentap dalam Dewan sampai saya nak kena keluar daripada Dewan. Eh.. brother, eh ini Yang Berhormat Speaker, mana ada dalam Dewan ni saya dah tengok ada yang kena keluar Dewan, tak ada. Saya pernah, pada ketika itu dan saya ingat lagi ayahanda kepada wakil kerajaan daripada Triang masa tu. Dua-dua ni bertekak ni, keluar diarahkan. Bentara, saya ingat Bentara yang ada ni tak pernah lagi nak mengiring wakil rakyat nak keluar. Dah bangun dah kita tetap sama. Akhir sekali, kita kena duduk termasuklah Jengka.

Tapi malam tu takdirnya saya boleh berpasangan dengan ADUN Triang, ayahanda kepada YB wakil kerajaan sekarang ni. Main boling eh... kita jadi juara. Sebab tu saya malas hari tu bila Speaker sebut juara tu, I been there dengan izin, sebab tu saya tak

datang. Kalau saya datang saya juaralah. Saya tak nak je datang. Saya nak bagi kawan-kawan semua termasuk ADUN daripada, champion siapa? Kemayan. Ini my little brother, dengan izin, ini abang ni, dak maknanya gabungan kita dalam ni kita hentak.

Tapi bila kita cakap pasal tu kita menyuarakan tapi kita kena tanggung jawab. Sebab itu, saya harap apabila saya zahir gini, saya nak menceritakan hati-hati bahawasanya kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab dan amanah yang cukup besar dan kita akan teliti, kita bincang, sebab Yang Berhormat semua tak ada duduk dalam mesyuarat. Ini Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, kita berbeza dan kita bincang cara rasional bangkitkan, wakil daripada Triang bangkitkan, wakil daripada Teruntum bangkitkan kita bersama-samalah. Tapi bila kita buat keputusan sebulatnya kita memikirkan tidak ada rakyat yang terpinggir dan tidak ada yang dibezakan bersandar latar belakang kaum, agama mahupun kebudayaan [Ahli Dewan menepuk meja]. Yang ini kita nak. Sebab itu, dalam konteks seumpama ini sekali lagi YB Tras dan tengok jam tu sebab YB Tras sekarang ni dia lain macam sikit, saya tengok dia wahh macho [ketawa] luar biasa. Alhamdulillah. So, time saya sentiasa cemburu kepada YB Tras.

Speaker

Landing lagi? Belum landing lagi?

Ada okay. Satu minit. [Ahli Dewan ketawa]. Saya dulu rambut panjang [Ahli Dewan ketawa]. Main bola orang panggil Ayala macam ni. Tapi bila masuk dalam bidang politik, inilah hazard pekerjaan. Jadi satu demi satu demi satu. Dato' Sri ya? Dato Sri hari tu rambut panjang semua masa dekat mana? Ha jadi, Welcome to the club [ketawa].

Jadi Yang Berhormat Dato' Sri er... ni Tuan Speaker, saya mengucapkan terima kasih. Minta maaf kalau sekira ada percakapan yang menyinggung perasaan. Takde langsung. Lepas ni boleh minum teh saya dengan rakan-rakan barisan Kerajaan mahupun Pembangkang. I'm okay. Saya tahu Yang Amat Berhormat Dato' Sri pun begitu, very soft hearted. Nampak begini Dato' Sri, tapi sebagai ketua kerajaan, jangan salahkan Dato' Sri. Dato' Sri ni panglima di depan misi mempertahankan kerajaan dan kita bertanggungjawab dan saya sebagai orang kata bukan panglima, leftenan gitu je (ketawa) bantu sedaya mungkin. Idea ini belanjawan ini setelah dirumuskan sebenarnya akhirnya Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar, Dato' Sri MB lah yang menggagaskan ni.

Jadi saya mohon sekali lagilah kita bagi satu penghormatan, tepukan gemuruh kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri (Ahli Dewan menepuk meja). Dan dengan itu, saya menyokong Usul Belanjawan er... cadangan Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri. Terima kasih. Sekian Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum WBT.

Speaker

Akhirnya landing ya (Ahli Dewan ketawa). Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada 10 orang Ahli daripada pihak kerajaan yang telah memberikan jawapan-jawapan dan penjelasan-penjelasan di atas permasalahan

yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan mahupun penjelasan semasa pihak kerajaan menjawab. Persidangan kita akan disambung semula pada hari Jumaat, 12 Disember 2025 bermula pukul 9.30 pagi insya-Allah. Persidangan ditempohkan.

[Persidangan Dewan Negeri ditempohkan]