Pahang · 12 December 2025
15th Assembly, 4th session, 3rd meeting · 362 turns · 22,279 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari : Jumaat, 12 Disember 2025 bersamaan 21 Jamadil Akhir 1447 Hijrah
DOA Perkara Pertama : Doa
[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Kita mulakan mesyuarat kita dengan membaca ummul kitab Al-Fatihah. [Bacaan ayat al-Quran]. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Mengasihani kepadanya. Terpulang segala puji-pujian Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir masalah masyarakat pergaulan. Mudah-mudahan sentosa aman makmur limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkat-Mu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan Taufik-Mu dipohonkan menyuluh memandukan kami ketika berunding menimbang bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan Amin Ya Rabbal Alamin.
Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri BesarQuestions
Perkara kedua : Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.
Salam Sejahtera dan selamat pagi. Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja, Menteri Besar Pahang. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur kepada Allah SWT kerana dapat meneruskan persidangan kita pada hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Seterusnya, pihak Dewan Negeri juga telah mengedarkan borang kajian Kepuasan Pelanggan untuk dinilai oleh ahli-ahli sekalian. Mohon kerjasama untuk melengkapkan borang tersebut bagi tujuan pembaikan persidangan Dewan Negeri Pahang di masa-masa akan datang.
Baiklah, untuk meneruskan aturan mesyuarat kita pada kali ini saya menjemput Yang Berhormat yang selanjutnya. Walau bagaimanapun, saya hanya membenarkan dua soalan tambahan sahaja. Untuk soalan pertanyaan pada pagi ini untuk kita memberikan ruang kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, penggulungan dan kemudian usul ini Rang Undang-undang meluluskan Rang Undang-undang usul dan juga dan juga meluluskan kertas-kertas yang lampiran. Dengan ini, saya menjemput soalan pertama wakil daripada Kuala Semantan.
Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato' Sri Yang Di-Pertua. Soalan saya nombor 1. Terima kasih.
[Mohon kerajaan nyatakan jumlah kerugian yang dialami oleh syarikat GLC semenjak tahun 2015 sehingga tahun 2024 dan apakah tindakan yang telah diambil?]
Assalamualaikum WBT. Selamat Pagi, salam sejahtera, salam Pahang 1st. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Saya ucapkan terima kasih kepada ADUN kawasan Kuala Semantan. Cuma soalannya menyatakan jumlah kerugian. Saya ingat soalan yang menyatakan jumlah keuntungan. Jadi awal-awal lagi seolah-olah state dia ada sini macam rugi. Fakta tidak pernah berbohong. Angka pun tidak pernah berbohong. Jadi, saya akan baca apa yang saya dapat sebab ia melibatkan angka ya. Jadi soalan daripada Semantan tanya sejak tahun 2015. Patut tanya sejak 2018 lah. Sebab saya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri 2018. Takpe kita ikut soalan yang dikemukakan.
Yang hormat Dato' Sri Speaker. Prestasi kewangan GLC syarikat GLC Government Link Company Negeri Pahang bagi tempoh 2015 hingga 2024 menunjukkan pola bercampur. Dengan kerugian tinggi pada awal tempoh sebelum pulih melalui intervensi kerajaan negeri. Penstrukturan semula syarikat serta pemulihan ekonomi pasca COVID-19. Secara keseluruhan, kedudukan GLC kini lebih stabil dengan peningkatan kecekapan dan tadbir urus. Kita lihat kepada prestasi syarikat. Sebagai contohnya, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang merekodkan kerugian RM43 juta pada tahun 2016 hingga 2017 sebelum mencapai keuntungan kumulatif 254.7 juta daripada tahun 2018 sehingga 2024.
Untuk makluman, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker juga PKNP ni dulu ada hutang. Tetapi sekarang ni zero hutang dah dapat bayar semua. Syabas dan tahniah. Manakala Yayasan Pahang kekal kukuh dengan keuntungan RM873 juta pada tahun 2016 hingga 2024 manakala Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang atau PKPP mencatat keuntungan RM1.2 bilion bagi tempoh yang sama. Sebab itu, soalan sepatutnya menyatakan jumlah keuntungan bukan jumlah kerugian. Jadi Ahli-ahli Dewan boleh fikirlah. Ya. Manakala Perbadanan Setiausaha Kerajaan mengalami kerugian RM623 juta pada tahun 2017 sehingga 2020. Namun berjaya merekodkan keuntungan kumulatif sebanyak RM44 juta bermula pada tahun 2023 hingga 2024 keuntungan PSK ini telah mengambil kira sumbangan tahunan kepada kerajaan negeri daripada tahun 2017 hingga 2024 sebanyak RM646.8 juta manakala Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) mencatat kerugian besar sebanyak RM618.3 juta pada tahun 2018 sehingga 2022 dan mula mencatat semula keuntungan bermula pada tahun. 2023 PAIP seterusnya mencatat keuntungan komoditi sebanyak RM269 juta pada tahun 2023 hingga 2024.
Yang Berhormat Itu yang dapat bonus dua bulan tu ya.
Bukan sebab hogoh. Manakala Amanah Saham Pahang menunjukkan prestasi bercampur dengan kerugian RM13.47 juta pada tahun 2016 & Keuntungan RM24.5 juta pada tahun 2017, 2019, 2021. Serta keuntungan tambahan RM 19.3 juta ringgit pada tahun 2023 2024. State GLC baru yang ditubuhkan termasuk Pahang Mining Corporation mencatatkan peningkatan keuntungan daripada RM679 ribu pada tahun 2020 kepada RM2.9 juta pada tahun 2024. Dengan keuntungan kumulatif RM 7.5 juta. Kumpulan Pahang Corporation pula turut mencatat keuntungan kumulatif sebanyak RM51.2 juta daripada tahun 2020 sehingga 2024. Manakala PKCH Perbadanan Kemajuan Highlands mencatat keuntungan kumulatif sebanyak RM16.8 juta sejak penubuhannya pada tahun 2020 sehingga 2024. Manakala pengurusan Pasir Pahang Barat mencatat keuntungan komuniti RM 86 juta pada tahun 2019 hingga 2021 sebelum mencatat kerugian kumulatif RM8.3 juta pada tahun 2022 hingga 2024 akibat pembekuan lesen eksport oleh kerajaan pesekutuan. Jadi ringkasan keseluruhannya, jumlah kerugian kumulatif adalah RM 1.3 bilion sebahagian besarnya melibatkan PAIP sebanyak RM618.3 juta akibat pengekalan kadar lama harga air yang tidak mampu menanggung kos operasi.
Manakala PSK sebanyak RM623.5 juta di mana RM205.35 juta adalah disebabkan merosot nilai saham di dalam dua pelaburan PSK, manakala selebihnya melibatkan sumbangan kepada kerajaan negeri. Jumlah keuntungan kumulatif daripada tahun 2015 sehingga 2024 ialah sebanyak RM2.3 bilion. [Ahli Dewan menepuk].
Prestasi dua tahun kebelakangan ini menunjukkan permulaan yang kukuh dan peningkatan disiplin kewangan dalam keseluruhan ekosistem GLC. Kerajaan negeri melaksanakan pemantauan berasaskan sektor mewajibkan laporan berkala CEO serta pelaksanaan pelan pemulihan bagi syarikat yang merekodkan kerugian. Langkah ini bagi memastikan tindakan penambahbaikan dibuat secara teratur, berfokus dan dipantau rapi.
Kesimpulannya Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, kerajaan negeri sangat optimis bahawa momentum peningkatan ini akan terus mengukuhkan peranan GLC sebagai pemacu ekonomi Pahang. Kerajaan komited memastikan setiap GL… GLC beroperasi berdasarkan prinsip kecekapan, ketelusan, integriti dan prestasi demi menjamin pulangan berterusan kepada negeri dan rakyat.
Saya juga nak menambah sedikit bahawa ada anak-anak syarikat di peringkat awalnya yang kita dapati ada er... tadbir urusnya, tatakelolanya yang kurang ataupun lari sikit daripada yang sepatutnya. Sehingga kita mengarahkan satu forensik audit dilaksanakan dan berakhir dengan peletakan jawatan beberapa… apa ni… kakitangan penting, apabila kita masuk… apabila forensik audit masuk dalam satu State GLC agensi tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Speaker, soalan tambahan.
Sila, sekampung… Orang ni tanya soalan, orang ni… orang ni tambah soalan. Dia sekampung Yang Amat Berhormat.
Anak… anak beranak, termasuk Speaker juga. Apakah er… sumbangan syarikat-syarikat berkaitan GLC kepada peluang pekerjaan di dalam negeri Pahang bagi tempoh… ini saya ambil tempoh masa perkhidmatan Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker 2020 hingga 2024? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Jenderak. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Pada tahun 2018 dan seterusnya, kerajaan negerilah… saya tak menyebut saya… saya sebut kerajaan negeri... kerajaan negeri telah menubuhkan banyak anak syarikat, Pahang Mining Corporation, Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands, Pahang Water Energy Resources, Pahang Corp, PahangGo dan banyak lagilah dan hasil daripada itu yang pertama sekali peluang pekerjaan di mana yang di tanya oleh Yang Berhormat Jenderak tadi. Kita telah mewujudkan hampir lebih kurang saya bulatkan 6,000 peluang pekerjaan yang telah diwujudkan akibat daripada penubuhan anak-anak syarikat. [Ahli Dewan menepuk] Dan sumbangan anak-anak syarikat tersebut kepada kerajaan negeri tidaklah terkira banyaknya yang… yang membolehkan kita membayar bonus. Sebelum ini tiga tahun berturut-turut satu bulan setengah, pada tahun ini kita bayar dua bulan Bantuan Khas Kewangan dan ini adalah salah satu sumbangan anak-anak syarikat ini kepada Kerajaan Negeri Pahang Yang Berhormat Dato’ Sri.
Dia ada… multiplying effect Yang Amat Berhormat.
Ya. Multiplying effect …
Ya… orang tu dapat gaji, dia bayar income tax.
Bayar gaji… peluang pekerjaan… income tax dan sebagainya. Alhamdulillah, syukur pada Allah dan saya berharap supaya State GLC akan terus memainkan peranannya dan salah satu lagi yang… yang kerajaan negeri buat Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, pengambilan CEO… ada… ada pengambilan CEO, saya dan saya minta rakan-rakan saya daripada Exco, jangan keluarkan surat sokongan sebab kita nak ambil ‘The Best of The Best’ kerana CEO ni penting. Kalau CEO ini gagal, makna anak syarikat tersebut gagal dan panelnya… panel terdiri daripada… ada akauntan, ada pakar kewangan, ada pakar pentadbiran, ada pakar ladang dan sebagainya.
Perundangan.
Perundangan dan saya sendiri bagi tahu kepada kelima-lima panel ini, andainya CEO tersebut dilantik tidak perform, saya tak cari CEO tersebut, saya akan cari kelima-lima panel tersebut. Sebagai contohnya CEO PAIP, saya tak… tak campur tangan langsung. Ada yang jumpa saya, Tok Wan, bagi surat sokongan dan sebagainya. Saya kata, saya minta maaf sebab kalau berlakunya kegagalan di dalam anak syarikat ni, yang ruginya adalah kerajaan negeri dan syarikat tersebut dan pegawai dan kakitangan anak syarikat tersebut.
Oleh sebab itulah perlantikan CEO kita tidak campur tangan. Kita ambil ‘The Best of The Best’, yang dapat untungnya ialah syarikat tersebut, pegawai dan kakitangan syarikat tersebut, kerajaan dan juga rakyat negeri Pahang.
Yang Amat Berhormat. Saya saja nak share lah.
Ya.
Saya ada kawan saya, dia ni konsultan. Dia ni bukan orang Pahang pun. Dia pun tak ada kena mengena dengan Pahang. Tapi dia cakap dia nak pergi Pahang. Saya tanya kenapa? Dia cakap saya jadi panel untuk interview CEO. Saya pun tak tahu, dia cakap dia memang konsultanlah. Dia ada syarikat konsultan duduk di Kuala Lumpur. Tapi, maknanya dia menjadi ini… cakap dapat elaun… dapat. So, dia jadi salah seorang daripada penemuduga untuk CEO. So, orang yang kita tak kenal langsung dan tak kenal pun siapa CEO-CEO yang calon-calon CEO tu. I think this is a good practice lah.
Ya. Good practice dan terbukti Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, setakat hari ini saya boleh nyatakan di dalam Dewan yang mulia ni semua CEO yang dilantik oleh kerajaan negeri menerajui anak-anak syarikat berjaya mencipta keuntungan anak-anak syarikat semua. [Ahli Dewan menepuk] Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada panel temuduga dan juga kepada mereka yang dilantik sebagai CEO. Alhamdulillah, syukur. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Satu soalan tambahan.
Soalan terakhir untuk soalan ni.
Okay. Er… pertama saya ucapkan tahniah pada Yang Amat Berhormat di atas anak syarikat yang telah mencatat keuntungan. Memang tujuan GLC ditubuh ialah untuk menjana pendapatan bagi kerajaan negeri. Jadi, tindakan segera ke atas syarikat-syarikat yang bermasalah adalah satu tindakan yang sangat positif. Tahniah. Cuma saya ingin dapat penjelasan berhubung dengan bagaimana Mentiga Corporation, kedudukan kewangan Mentiga Corporation yang tidak disenaraikan dalam jawapan.
Mentiga Corporation ini adalah salah satu public listed company. Memang ada sedikit masalah kewangan, cashflow. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Cheka, State GLC yang saya sebutkan yang sebelum ini kebanyakan daripadanya walaupun bukan semua, dipengerusikan oleh Menteri Besar. Jadi saya tahu daripada A sampai Z lah. Dan Mentiga ini pun… kita pun ambil tahu jugak sebab ASPA ada share dalam tu. Tetapi dia… dia lebih kurang macam pasir jugak la… pasir dia mencatat keuntungan, tiba-tiba kerajaan persekutuan tak bagi permit, masa Yang Berhormat jadi Menteri… ke tidak. [Ahli Dewan ketawa].
Saya tidak… tidak… tidak jaga pasir masa itu. Polisi saya ingat ialah hak kerajaan negeri. Tapi ini MITI, melibatkan MITI… Menteri masa masa tu dalam kerajaan sekarang pun.
Tapi sahabat saya daripada Benta bagitahu Yang Berhormat jadi Menteri masa tu… boleh bagi patutnya. [Ahli Dewan ketawa]
Pahang 1st … Pahang 1st .
Pahang 1st . Tak apa lah. Jadi Yang Berhormat… jadi yang Mentiga ni, keadaannya agak-agak stabillah… adalah sikit… turun naik dan sebagainya… sedikit menghadapi cashflow, tetapi kerajaan negeri bantu dan sekarang ni… alhamdulillah bertambah baik dan tidaklah sampai keluar Borang PN17 untuk ditutup sebab dia public listed company, semua getting better.
Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker juga… Ahli-ahli Dewan, semasa saya menjadi er... menjadi Menteri Besar, saya lihat ada anak-anak syarikat yang agak tidak begitu baik kedudukan kewangannya dan macam-macamlah. Dan saya telah bagi kepada mereka… saya bagitahu dalam masa dua ke tiga tahun, anak-anak syarikat ni mesti mendapat break even. Tak rugi tak untung. Kalau tidak, saya akan
tutup. Dan alhamdulillah Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, semuanya mencatat keuntungan. Maknanya perform lah. Syabas dan tahniah saya ucapkan. [Ahli Dewan menepuk meja].
Jadi insya-Allah kita akan fikir lagi kalau sekiranya mana-mana yang kita perlu perbaiki, kita tambah baik… kalau sekiranya perlu di… ditubuhkan dicarikan lagi anak-anak syarikat, kita akan tubuhkan lagi sebab ianya boleh mewujudkan peluang pekerjaan. Setakat ni 6,000 orang dan juga dalam masa yang sama boleh menyumbang kepada pendapatan negeri Pahang. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Okay, kita pergi soalan pertanyaan seterusnya. Wakil daripada Semambu.
Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Soalan saya nombor 2.
[Rancangan Malaysia Ke-13 menyasarkan Pahang menjadi hab agromakanan utama negara susulan pelaksanaan Hab Pengeluaran Makanan Pantai Timur.
Bagaimanakah kerajaan negeri menjadikan Pahang sebagai hab tersebut untuk kurang kebergantungan terhadap makanan import?
Apakah galakkan yang bakal dan telah diterima oleh petani atau mereka yang berminat untuk menceburi bidang tersebut?]
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, selamat pagi, salam Pahang 1st.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, ADUN dan er… Semambu ya sahabat saya telah menanyakan tentang er… berkaitan dengan Pahang untuk dijadikan sebagai hab agro makanan utama negara er… seperti mana dalam Rancangan Malaysia Ke-13 dan bagaimanakah kerajaan negeri menjadikan Pahang sebagai hab tersebut agar kurang kebergantungan terhadap makanan import dan keduanya apakah galakan yang bakal diterima oleh petani atau mereka yang berminat untuk menceburi dalam bidang tersebut.
Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Berdasarkan pada Laporan Awalan Interim Banci Pertanian Tahun 2025 dan Laporan Sosioekonomi 2024 terbitan DOSM, terdapat beberapa indikator dan data statistik yang menyokong potensi dan kelebihan negeri Pahang untuk menjadi hab agro makanan khususnya di Pahang, di Pantai Timur. Berikut adalah analisis kelebihan Pahang berdasarkan data dalam laporan tersebut. Pertama, kuasa besar ekonomi pertanian negara penyumbang kedua terbesar iaitu Pahang kini disahkan sebagai penyumbang kedua terbesar nilai jualan pertanian di Malaysia selepas Johor dengan rekod jualan mencecah RM25.12 bilion pada tahun 2023 dan ini adalah hasil pada sumbangan KDNK, sektor pertanian menyumbang 22.3% kepada KDNK negeri Pahang pada tahun 2024 iaitu peratusan sumbangan tertinggi berbanding negeri-
negeri lain seperti Kelantan 20.1% dan Perak 14%. Ini membuktikan ekonomi Pahang sangat berorientasikan pertanian.
Yang kedua, dominasi er… dominasi tanaman subsektor tanaman menyumbang RM22.11 billion iaitu 88% daripada nilai jualan tersebut dipacu oleh kelapa sawit dan sayur-sayuran. Hab pengeluaran sayur-sayuran dan susu segar nombor satu negara. Kelebihan Pahang bukan hanya pada komoditi sawit tetapi juga pada pengeluaran makanan bernilai tinggi. Pertama, sayur-sayuran. Daerah Cameron Highlands menerajui pengeluaran sayur Malaysia dengan nilai jualan mencecah RM3.6 bilion. Ini menjadikan Pahang bakul makanan utama untuk sayur-sayuran tanah tinggi bagi pasaran domestik dan eksport.
Yang keduanya, susu segar. Pahang merupakan pengeluar susu segar tertinggi di Malaysia dengan jumlah pengeluaran 9 juta litar er… liter. Daerah Rompin adalah penyumbang utama iaitu 8.1 juta liter diikuti oleh Bentong manakala dari segi infrastruktur logistik strategik ECRL dan pelabuhan. Laporan Sosioekonomi 2024 menekankan peranan infrastruktur dalam menyokong rantaian bekalan makanan. ECRL er… ECRL Laluan Rel Pahang Timur er… Pantai Timur sorry Laluan Rel Pantai Timur. Projek ini menghubungkan stesen di Bentong, Gambang dan seterusnya ke Pelabuhan Kuantan. Stesen-stesen ini adalah maknanya Bentong er… Temerloh, Maran er… Gambang dan KOTASAS kemudian ke Pelabuhan Kuantan. Stesen-stesen ini akan berfungsi sebagai pusat pengendali kargo dan hab setempat untuk memudahkan pengedaran hasil tani dari Pantai Timur ke Pantai Barat dan pasaran antarabangsa.
Manakala hab makanan halal, pembangunan industri halal sedang dipusatkan di lokasi strategik berdekatan Stesen ECRL. Ini meningkatkan nilai tambah produk agro makanan negeri manakala keunggulan subsektor akuakultur dan perikanan. Pahang mempunyai ekosistem perikanan yang lengkap dari pembenihan hingga ke produk hiliran iaitu pertama, ikan air tawar patin khususnya daerah Temerloh kekal sebagai hab utama ikan air tawar khususnya patin dengan nilai jualan RM37.88 juta. Ikan patin Temerloh diiktiraf sebagai simbol gastronomi yang memacu pelancongan dan ekonomi tempatan.
Yang keduanya, hab benih ikan. Daerah Kuantan merekodkan pengeluaran benih akuakultur tertinggi di Malaysia dengan 4.29 bilion ekor benih menjadikannya nadi penting kepada kelangsungan industri akuakultur negara. Yang ketiganya, perikanan marin. Kuantan juga merupakan penyumbang terbesar hasil laut di Pahang dengan nilai jualan RM403.58 juta manakala kapasiti ternakan ruminan dan unggas. Selain susu, Pahang juga mempunyai kapasiti pengeluaran daging yang tinggi ayam dan itik khususnya. Pahang merekodkan populasi ayam itik yang sangat besar iaitu melebihi 58 juta ekor pada tahun 2023.
Yang keduanya, hab ternakan. Daerah Kuantan mencatatkan nilai jualan tertinggi bagi subsektor ternakan manakala Pekan mempunyai bilangan pegangan pengusaha ternakan tertinggi iaitu 919 pegangan. Seterusnya, Pengurusan Data Pertanian Termaju (TaniStats) bagi menyokong statusnya sebagai hab, Pahang kini disokong oleh sistem data yang lebih cekap. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah membangunkan TaniStats dan MyAgroPrice. Ini membolehkan pemantauan harga ladang borong dan runcit dibuat secara masa nyata realtime dengan izin, membantu petani dan pelabur di Pahang membuat keputusan perniagaan yang lebih tepat.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Di antara usaha untuk menjadikan Pahang sebagai hab tersebut iaitu pertama, kerajaan negeri menggalakkan penggunaan pertanian pintar dan teknologi moden termasuk mekanisasi, fertigasi, sensor IoT dan dron bagi meningkatkan produktiviti dan efisiensi kos. Keduanya, pemerkasaan zon pengeluaran tanaman makanan dan pengaktifan tanah terbiar yang strategik bagi mempastikan kawasan pertanian optimum digunakan untuk tanaman bernilai tinggi termasuk buah-buahan potensi er… yang berpotensi untuk dieksport.
Yang ketiga, pembungkusan CPPC di zon strategik bagi memudahkan pemprosesan dan penghantaran produk, meningkatkan nilai tambah serta mempastikan rantaian bekalan makanan negeri lebih stabil. Kerjasama dengan institusi pendidikan, agensi persekutuan dan pemain industri membolehkan inovasi perpindahan teknologi dan akses pasaran lebih luas. Manakala kesinambungan dan keterjaminan makanan negeri dengan strategi, Pahang bukan sahaja dapat meningkatkan pengeluaran makanan tempatan tetapi juga mengukuhkan keterjaminan makanan negeri, mengurangkan kebergantungan import dan menyediakan bekalan stabil serta berkualiti kepada penduduk. Semua inisiatif ini dijalankan secara holistik, bersepadu dan mampan sejajar dengan hala tuju Rancangan Malaysia Ke-13 untuk menjadikan Pahang sebagai hab agro makanan utama negara.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Antara bantuan dan galakan yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha. Beberapa program yang akan terus digalakkan ialah pelaburan melalui tanah Zon Industri Akuakultur (ZIA) dan kluster sangkar air tawar. Projek kluster sangkar yang sedia ada adalah seperti di er… adalah seperti dijangka akan terus bertambah di dalam er… bawah RMK-13. Bagi tahun 2025, sebanyak RM5.31 juta peruntukan telah disalurkan bagi menyediakan sistem ternakan yang melibatkan 11 kluster seluruh Pahang. Projek ini dijangka akan memberi limpahan rezeki buat penternak dan menyumbang kelangsungan ekonomi bagi sistem rantaiannya.
Ini memandangkan permintaan terhadap ikan patin dan talapia sangkar adalah tinggi. Di antara kluster-klusternya ialah 11 kluster. Kluster Arus er… Arusan Pangsenam Temerloh, Kluster Kampung Pulau Pasir Mandi Temerloh, Kluster Kuala Kerdau er… Kuala Krau, Temerloh, Kluster Peragap, Temerloh, Kluster Kampung Sanding, Maran, Kluster Serengkam, Maran, Kluster Tok Man, Maran, Kluster Hai-O, Kampung Ganding Jerantut, yang sembilan Kluster Rizqi Pekan, yang sepuluh Kluster Arus Tanjung er… Kluster Arus Tanjung Akuakultur di Lipis yang sebelas Kluster Anak Desa Kampung Terlang, Pekan.
Senarai estet ikan yang berpotensi adalah Estet Ikan Paya Chempaka Temerloh, Estet Ikan Paya Lanar Temerloh, Estet Ikan Lubuk Kawah Temerloh, Estet Ikan Bangau Tanjung er… Bangau Tanjung Temerloh, Estet Ikan Kuala Wau Maran, Estet Ikan Kg. Keledek Lipis, Estet Ikan Kg. Lalang, Lipis. Sistem khidmat sokongan akuakultur ataupun SPeKS daripada Jabatan Perikanan Malaysia bertujuan menyediakan pelbagai bantuan kepada penternak akuakultur termasuk khidmat nasihat, latihan, bantuan kewangan untuk peralatan, benih ikan percuma untuk penternak kecil dan bantuan-bantuan ini merangkumi aspek teknikal dan infrastruktur untuk meningkatkan sektor akuakultur negara. Rekod jabatan seramai 61 orang dalam nilaian RM383,590.00 telah diterima dalam tahun 2025 dan segala... pelbagai lagi khidmat sokongan yang diberikan. Program Khidmat Sokongan Akuakultur, Program Bantuan Teknologi Lepas Tuai Industri Akuakultur, Program Khidmat Sokongan Akuakultur,
pengukuhan dan pemulihan ikan melalui estet ikan, pengukuhan keselamatan kepada nelayan darat dan sebagainya. Rumusannya, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Pahang bukan sekadar dicadangkan tetapi sudah berfungsi sebagai hab agro makanan utama. Kelebihan ini lebih spesifik, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Cameron Highlands, sayur. Rompin, susu. Temerloh, ikan Patin dan Kuantan, benih ikan dan marin. Semuanya disokong oleh infrastruktur yang hebat termasuk ECRL yang bakal siap untuk memacu logistik ke pasaran luar. Terima kasih Dato’ Sri Speaker.
Soalan seterusnya. Er... pertanyaan seterusnya kita jemput er... soalan ke-3, Ahli Yang Dilantik.
[Ayat al-Quran].
Ahli nombor 3.
[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT.
Dato' Sri Speaker bijak geliga, Soalan saya pertanyaan ke-3.
[Apakah perancangan dan inisiatif kerajaan negeri dalam memperkukuhkan pembangunan infrastruktur asas bagi menyokong keberkesanan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) khususnya di kawasan yang jauh dari perbandaran, serta adakah kerajaan negeri bersedia mempertimbangkan pemberian geran pengurusan tetap kepada setiap JPKK bagi memastikan peranan mereka dalam memperkasa masyarakat luar bandar dapat direalisasikan dengan lebih berkesan?]
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Terima kasih dan juga saya menghargai sahabat saya sebagai ADUN Lantikan dari Jerantut yang mempersoalkan tentang perancangan dan inisiatif kerajaan negeri dalam memperkukuhkan pembangunan infrastruktur asas bagi menyokong keberkesanan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), khususnya di kawasan yang jauh dari perbandaran serta adakah kerajaan negeri bersedia mempertimbangkan pemberian geran pengurusan tetap kepada setiap JPKK bagi memastikan peranan mereka dalam memperkasakan masyarakat luar bandar dan direalisasikan dengan lebih berkesan.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
JPKK adalah salah satu er... jawatankuasa yang sangat rapat dengan agensi-agensi kerajaan, bahkan dengan Kerajaan Negeri Pahang. Banyak apa namanya? Dasar-dasar serta asas-asas, projek-projek dan usaha-usaha kerajaan yang nak disalurkan kepada setiap kampung dan desa, sudah pasti akan disalurkan melalui JPKK yang telah diwujudkan di setiap kampung. Untuk makluman Dewan yang mulia dan rakan saya daripada Jerantut, kita mempunyai agensi kerajaan yang banyak. Mereka ini mempunyai kerja-kerja, projek-projek dan dasar-dasar yang perlu disampaikan kepada rakyat dan sudah tentu untuk disampaikan itu melalui JPKK yang telah diadakan.
Bagi memastikan keberkesanan dan pemerkasaan pembangunan dan apa jawatankuasa kampung ini, kita ada empat agensi teras yang utama, yang sangat rapat dengan JPKK. Yang pertama sekali di Setiausaha Kerajaan Negeri ini, Bahagian Khidmat Pengurusan. Bahagian Khidmat Pengurusan ini, dia bertanggungjawab untuk mewujudkan struktur JPKK itu sendiri dan daripada apa namanya? Asas itu, dia akan mendapat punca kuasa daripada MMK untuk disalurkan kepada pejabat daerah di seluruh negeri bagi melantik jawatankuasa ini dan pengerusi jawatankuasa itu sendiri.
Setelah itu, dia dikemukakan cadangan pelantikan itu kepada... semula kepada Bahagian Khidmat Pengurusan dan Khidmat Pengurusan akan menyediakan kertas untuk mendapatkan kelulusan MMK seterusnya, mereka akan dilantik. Setelah itu apabila dilantik, pertemuan akan diadakan dengan mengadakan taklimat ataupun kursus ataupun seminar bagi memastikan jawatankuasa itu dapat melaksanakan tugas mereka dengan betul dan tepat agar mesej daripada kerajaan negeri dapat disampaikan dengan sempurna. Pelbagai aktiviti yang telah diuruskan oleh kerajaan negeri sudah tentu disalurkan melalui pengurusan JPKK. Seandainya JPKK itu tidak dapat berfungsi dengan sempurna, sudah tentulah banyak mesej-mesej yang sebagaimana disebutkan oleh rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di dalam sesi menjawab dan menggulung semalam, tidak dapat sampai kepada orang ramai dengan sempurna.
Kemudian agensi yang kedua di Setiausaha Kerajaan Negeri adalah Perancang Ekonomi. Perancang Ekonomi juga sangat rapat dengan jawatankuasa kampung ini, dengan ketua kampung dan ahli jawatankuasa dengan tujuan untuk memberikan maklumat bagaimana bagi pemerkasaan kemudahan asas di kampung-kampung serta pembangunan infra termasuklah bekalan air, pembinaan surau, masjid, balai raya, longkang dan sebagainya dan juga pembangunan ekonomi yang diperlukan oleh kampung-kampung berkenaan yang dicadangkan melalui pejabat daerah dibawa kepada Pejabat Perancangan Ekonomi untuk mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan negeri.
Seterusnya, agensi yang ketiga yang bertanggungjawab, yang rapat dengan JPKK ini adalah KKDW. Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah ini sebenarnya dialah agensi yang bertanggungjawab untuk membawa kepada pihak kementerian bagi mendapat kelulusan mewujudkan JPKK itu yang dicadangkan oleh kerajaan negeri. Setakat ini, kerajaan negeri telah berjaya memohon sebanyak 603 buah JPKK untuk diwujudkan di negeri Pahang dan telah pun mendapat kelulusan.
Hasil daripada kombinasi di antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan melalui KKDW dan Bahagian Khidmat Pengurusan ini, kita telah berjaya melantik ketua-ketua kampung dan ketua-ketua kampung itu juga telah disalurkan bukan sahaja sumber kuasa yang telah ditetapkan sesuai dengan apa namanya, yang ada di peringkat kampung, tetapi juga mereka disediakan dengan kombinasi elaun yang disediakan
oleh kerajaan persekutuan sebanyak RM500.00 dan ditambah oleh kerajaan negeri sebanyak RM500.00.
Mereka ini juga diberikan pengetahuan oleh KKDW dan juga maklumat-maklumat bagaimana untuk mereka memohon tentang projek-projek pembangunan kampung termasuklah infranya, sosialnya dan projek ekonomi juga. Setelah itu, kita ada agensi kerajaan persekutuan yang kedua iaitu SDO, Pembangunan Luar Bandar. Pejabat SDO ini juga sangat rapat dengan JPKK yang dihubungkan oleh pejabat tanah daerah bagi melaksanakan program-program seperti mana yang saya sebutkan semalam di dalam Dewan, SejaTi MADANI, Kampung Angkat MADANI dan banyak lagi kalau kita nak senaraikan.
Dan yang paling rapat sekali dengan JPKK ini adalah pejabat daerah di setiap daerah di negeri Pahang ini dan mereka sentiasa akan dipanggil oleh pegawai daerah ataupun penolong pegawai daerah bagi memberikan maklumat-maklumat untuk disalurkan kepada Pengerusi JPKK agar dibawakan kepada kampung dan pihak ketua kampung diminta untuk mengadakan mesyuarat serta membentangkan minit-minit mereka dan minit mereka ini akan disampaikan kepada penghulu ataupun terus kepada pegawai pembangunan luar bandar yang ada di daerah untuk juga dibincangkan di dalam Mesyuarat Tindakan Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah di daerah masing-masing dan dianggotai oleh penghulu-penghulu serta ketua-ketua jabatan di dalam daerah berkenaan. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.
Okay, soalan seterusnya kita pergi kepada soalan nombor 4, Wakil daripada Lanchang.
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Soalan saya nombor 4.
[Terdapat beberapa kawasan di luar bidang kuasa pihak berkuasa tempatan yang tidak mempunyai kemudahan tong sampah. Apakah mekanisme dan kriteria yang digunakan oleh kerajaan negeri bagi membolehkan agihan dan peruntukan tong sampah dilaksanakan di kawasan yang menghadapi masalah pembuangan sampah secara tidak terkawal?]
[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada Lanchang kerana telah mengemukakan soalan nombor empat yang bertanyakan tentang kutipan sampah di luar kawasan pihak berkuasa tempatan. Berdasarkan peruntukan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 Akta (672). Pelaksanaan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam hanya terpakai di kawasan yang telah diwartakan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan di bawah kerajaan tempatan. Dan ini semuanya dilaksanakan oleh pihak SWCorp. Bagi di luar kawasan, bagi kawasan di luar bidang kuasa operasi tempatan seperti kawasan FELDA, kawasan FELCRA, kawasan kampung tradisional, kawasan tanah rancangan ataupun kawasan penempatan yang belum diwartakan.
SWCorp boleh membantu untuk memudahcarakan pelantikan operator pembersihan. Daripada senarai-senarai kontraktor-kontraktor yang berlesen dengan SWCorp. Dan er... perbincangan boleh diadakan antara wakil-wakil daripada persatuan-persatuan penduduk atau kepimpinan tempatan bersama dengan SWCorp, bagaimana untuk menyelaras perkara yang berkaitan seperti pembuangan sampah ni. Dan pendekatan ini membolehkan pengurusan sisa pepejal kita dapat dilakukan secara yang terbaik, berstruktur dan sah walaupun kawasan tersebut berada di luar kawasan bidang berkuasa PBT. Sebagai contohnya di kawasan-kawasan FELDA yang saya nak beritahu yang kita laksanakan er... yang kita telah laksanakan seperti FELDA Lepar Hilir, Kuantan telah melantik Syarikat BUJ Teknologi Enterprise Sdn. Bhd., dan contohnya di kawasan FELCRA Sri Makmur yang kita telah melantik PT Waste Recycling Industry. Ini semua untuk memudahkan supaya pada masa akan datang, untuk kita menggunakan waste to energy ni. Maknanya kita hantar mungkin kita hantar tempat yang pelupusan dan tempat transfer station dan terus kita akan hantar kepada waste to technology, waste to energy punya plan di Gebeng nanti insya-Allah.
Soalan tambahan. Er... Dato' Sri Speaker,
Er... di bandar Lanchang dulu, kita memang ada satu tong sampah yang besarlah. Kemudian selepas itu, tong itu telah pun ditarik balik. Kita tak pasti apa masalah dan dia menjadi rungutan kepada kebanyakan penduduklah yang sebelum itu telah diguna pakai oleh sebahagian besar er... penduduk dan setakat ni yang tinggal saya ingat di kampungnya ialah di Kampung Sungai Kepong. Apabila tinggal satu sahaja tempat, dia sudah menjadi satu, satu tempat buangan yang besarlah, semua orang buang kat situ. Walaupun jarak dalam 10 kilometer, dia orang sanggup pergi buang kat situ. Jadi, soalan saya, adakah kenapa benda itu berlaku? Penarikan balik tong sampah itu? Terima kasih.
Terima kasih kepada soalan daripada Lanchang. Saya perlu menyemak perkara ni sebab kalau boleh Lanchang beri tahu awal sikit tak apa. Kita boleh menjawab soalan itu dengan lebih baik. Selalunya kita, mesti ada sebab-sebab tertentu. Kadang-kadang tempat-tempat yang hari ni, tong sampah yang besar ni mungkin kita tak tak letak tepi jalan lagi dah contohnya di tempat orang lalu lalang awam, mungkin di tempat-tempat tempat yang baru. Jadi, ini saya perlu mendapat penjelasan lebih lanjut sebab kawasan ini ialah kawasan tak tahu kampung mana tu yang Lanchang beritahu tadi, nanti saya akan dapatkan ulasan lanjut daripada SWCorp dan memberitahu baliklah kepada Lanchang apa sebab tu dan kita boleh juga datang bersama untuk melihat sendiri.
Dan saya cadangkan kepada pihak Yang Berhormat Lancang boleh mengadakan pertemuan juga dengan perbincangan bersama dengan SWCorp untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan bagaimana untuk kita sama-sama menangani masalah pelupusan sampah ni. Memang masalah lah kalau kata mana tong sampah nak kena ada. Tapi kadang-kadang dia melibatkan certain, certain bayaran yang perlu dicaj kerana perlu dikenakan, sebagaimana kawasan PBT ni memang ada sebab itu di bawah PBT memang kita akan memberikan perkhidmatan kutipan sampah ni. Jadi untuk lebih teratur, eloklah kepimpinan kawasan seperti kampung yang terbabit tu er... kepimpinan kampung bersama Yang Berhormat mengadakan perbincangan bersama
sebab SWCorp ni untuk memudahcarakan kutipan sampah di kawasan-kawasan yang terbabit. Sekian.
Soalan seterusnya. Soalan nombor lima, wakil daripada Inderapura.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya kemukakan soalan nombor 5.
[Kontrak Perkhidmatan Bas Rapid Kuantan akan tamat pada 15 Disember 2025 iaitu pada tahun ini. Oleh itu, syarikat Bas.my akan menggantikan perkhidmatan bas henti-henti ini di jalan Kuantan-Pekan. Jadi apakah manfaat yang akan diterima oleh pengguna perkhidmatan Bas.my ini?]
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Terima kasih juga kepada sahabat saya daripada Inderapura yang mengemukakan soalan berkenaan dengan er... perkhidmatan bas henti-henti di er... Kuantan dan juga Pekan.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Program Transformasi Bas Perkhidmatan Bas Henti-henti ini ataupun Stage Bus Service Transformation merupakan inisiatif er... daripada kerajaan persekutuan bagi menambah baik perkhidmatan bas dari aspek kemampanan, kebolehharapan, meningkatkan penggunaan dan meningkatkan penggunaan pengangkutan awam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan er... BAS.MY di Kuantan ni, sebagai pengganti perkhidmatan Rapid Bas. Rapid Kuantan akan membawa er... beberapa penambahbaikan yang ketara demi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih cekap, moden dan inklusif.
Dan antara kelebihan utama yang telah diperkenalkan adalah berikut; Pertamanya, jumlah bas ni yang lebih banyak er... program Bus.my ni menyediakan sebanyak 60 buah bas iaitu peningkatan yang signifikan berbanding dengan penyediaan dahulu terdahulu. Pertambahan jumlah kenderaan ini membolehkan kapasiti perkhidmatan ditingkatkan bagi memenuhi keperluan pengguna harian dan selain daripada itu kekerapan yang keduanya kekerap kekerapan bas yang masa lebih pendek dengan jumlah yang lebih besar, kekerapan perjalanan dapat dipendekkan kepada antara 30 hingga 60 minit dan sekali gus mengurangkan waktu menunggu dan meningkatkan tahap kebolehpercayaan perkhidmatan.
Dan ketiganya er... antara manfaatnya ialah penggunaan bas baru. Semua ni semua bas baru. Semua baru dan menyediakan sebuah baru er... yang mesra OKU dan juga mesra alam. Jadi semua bas yang digunakan di bawah BAS.MY ni adalah unit-unit baru dilengkapi dengan ciri-ciri mesra OKU termasuk ruang kerusi roda, fasiliti akses mudah dan selain itu kesemua bas menggunakan enjin euro five, Euro 5 yang lebih bersih dan juga mesra alam. Dan er... Yang keempatnya, ada sistem pemantauan GPS. Dia ada apps, apps ni, setiap bas ni dipantau melalui sistem GPS bagi memastikan pemantauan jadual perjalanan, ketepatan masa dan pemantauan operasi yg lebih efisien. Jadi, pengguna boleh er... tahu jadual perjalanan bas er... dan juga
er… masa perjalanan boleh tengok macam kita, tu lah order Grab, Maxim ke, jadi diberi tahu bas bila sampai. Jadi, orang tak perlu menunggu lama la.
Yang kedua... yang kelimanya kad kesihatan percuma untuk golongan tertentu. Jadi, er... program ni juga turut menyediakan kad konsesi kepada golongan OKU, warga emas, pelajar sekolah dan juga pelajar IPT yang boleh mereka menikmati tambang percuma untuk perjalanan harian. Er... dan er... mereka semua ni boleh hanya perlu sekali bayaran RM10.00 untuk dapatkan kad tu dan selepas tu boleh naik mengunakan perkhidmatan bas ni secara percuma.
Dan keenamnya, ada Pas My30 untuk er... warganegara. Jadi, bagi pengguna umum disediakan kad, kad My30 ni yang menawar perkhidmatan tanpa had dengan bayaran yang hanya RM30.00 sebulan atau RM30.00 untuk 30 hari. Jadi, er... dia bayar ambik kad tu RM30.00 er... dan boleh gunakan er... semua laluan. Jadi kalau kira, bahagikan RM1.00 satu hari je lah, dia berjalanlah. Semua tempat nak pergi tu ada perkhidmatan bas tu. Dan yang ketujuh perkhidmatan Van Medic. Dan ini melalui inisiatif juga, terdapat perkhidmatan Van Medic yang boleh ditempatkan di tempat khas yang boleh tempat khas untuk mengambil penumpang terus dari rumah khusus untuk mereka yang kurang upaya dan menggunakan kerusi roda. Ini satu perkhidmatan CSR di mana menyediakan er… perkhidmatan van medic yang boleh orang berkerusi roda apa semua naik bas, naik er… pengangkutan ni.
Dan yang kelapannya, rangkaian laluan lebih luas iaitu BAS.MY beroperasi dengan 16 laluan iaitu rangkaian lebih luas berbanding sebelum ini dan bagi memastikan lebih ramai penduduk Kuantan mendapat akses kepada liputan pengangkutan awam yang lebih menyeluruh.
Tuan Yang di-Pertua,
Secara keseluruhannya pelaksanaan BAS.MY ni di Kuantan ini telah meningkatkan kecekapan aksesibiliti dan keterangkuman perkhidmatan pengangkutan awam sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan mobiliti yang lebih baik kepada rakyat.
Sekian, terima kasih Dato’.
Dato’ Sri Yang di-Pertua Speaker, tahniah kepada pihak kerajaan dapat menyediakan alternatif kepada golongan B40. Saya pun jadi kehairanan kenapa satu syarikat yang besar seumpama RAPID. RAPID ini kepunyaan prasarana negara. Boleh ke? ingin tahu je lah. Kenapa? Macam mana syarikat itu, kemampuan syarikat itu berbanding dengan RAPID tu. RAPID ni maknanya negara lagi besar modal dia, lagi banyak ni tapi kenapa pemilihan boleh kepada syarikat yang baharu. Ingin tahu. Terima kasih.
Terima kasih pada sahabat saya daripada Inderapura menanyakan tambahan… soalan tambahan berkenaan dengan er… mengapa RAPID tidak meneruskan perkhidmatannya. Untuk… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, sebenarnya penamatan kontrak dan kontraknya berakhir pada hujung er... pada hujung tahun atau pertengahan bulan 12 ni dan sebelum ini dia telah er... pihak Kementerian Pengangkutan melalui agensinya iaitu Agensi Pengangkutan Awam Darat telah
mengeluarkan tender dan pihak RAPID ia tidak menyertai tender tersebut. Kita tak sebut sebab itulah RAPID tidak meneruskan perkhidmatan di er… Kuantan.
Kita pergi pada soalan seterusnya. Soalan nombor. 6, Wakil daripada Jenderak.
Terima kasih Dato’ Sri Speaker, pertanyaan saya nombor 6.
[Industri Perkhidmatan Perniagaan Global Global Business Services (GBS) dilihat sebagai satu industry yang mampu menjana peluang pekerjaan di kalangan anak muda Pahang. Apakah Langkah-langka Kerajaan Negeri untuk menarik syarikat-syarikat ini untuk bertapak dan beroperasi di negeri Pahang?]
[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato’ Sri Speaker dan terima kasih sahabat saya ADUN kawasan Jenderak yang bertanyakan soalan, dan soalannya adalah seperti berikut. Industri Perkhidmatan Perniagaan Global atau Global Business Services dengan izin, dilihat sebagai satu industri yang mampu menjana pekerjaan di kalangan anak-anak muda Pahang. Apakah langkah-langkah kerajaan negeri untuk menarik syarikat-syarikat ini untuk bertapak dan beroperasi di negeri kita. Jawapannya Global Business Services atau lebih dikenali dengan sebagai Shared Services, Business Process Outsourcing dengan izin, atau pun Outsourcing Center merupakan perkhidmatan yang melaksanakan fungsi sokongan seperti khidmat pelanggan, perkhidmatan sumber manusia, sokongan teknologi maklumat, data processing, operasi back-office dan sebagainya.
Bagi sebuah kumpulan syarikat besar tempatan atau syarikat multinasional, dengan izin ini membolehkan syarikat pelanggan mereka tumpukan… tumpukan perhatian kepada perniagaan hakiki atau pun core business, dengan izin dan menikmati penjimatan kos yang besar. Ada di antara syarikat-syarikat menikmati kadar penjimatan antara 30 hingga 70%. Dalam dunia moden, kebanyakan GBS kini bukan sahaja berperanan sebagai call center tetapi melibatkan proses berteknologi tinggi seperti pengurusan dan analisis data, automasi proses robotik atau Robotic Process Automation (RPA) dengan izin, AI dan juga analytics. Dan pengeluaran kandungan digital, menjadikan ia selaras dengan strategi ekonomi digital dan berteknologi tinggi.
Pada tahun 2025, syarikat-syarikat GBS Malaysia telah memperoleh pendapatan sebanyak RM28.14 bilion dengan jumlah 749 pemain industri. Industri ini juga telah menjana peluang pekerjaan sebanyak 36,000 untuk rakyat Malaysia. Pada tahun 2024 sahaja RM9.87 bilion telah dilaburkan ke dalam industri GPS negara untuk memajukan lagi industri ini. Kerajaan negeri sedar bahawa dengan insentif infrastruktur, bakat dan persekitaran perniagaan yang kondusif, GBS boleh dibangunkan di negeri Pahang. Sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada graduan dan belia tempatan serta menarik anak Pahang yang berada di luar Pahang untuk kembali berkhidmat di negeri ini.
Antara strategi dan langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri ialah, pertamanya jadikan Invest Pahang sebagai single window pelaburan atau pintu masuk utama bagi
pelabur yang berperanan membantu syarikat dalam urusan pelaburan dalam konteks ease of doing business dengan izin. Kedua, pelaksanaan pelan hala tuju ekosistem syarikat pemula startup 2030 bagi menyokong startup teknologi dan digital dengan sasaran untuk melahirkan 400 syarikat pemula, 5000 peluang pekerjaan dan seterusnya menjana RM2 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Negeri menjelang 2030. Pembangunan bakat berteraskan teknologi dan kemahiran melalui kerjasama universiti dan institusi TVET seperti Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, UCYP Yayasan Pahang, Universiti Teknologi MARA UiTM, Universiti Islam Antarabangsa dan juga Pahang Skills.
Keempat, promosi dan juga outreach pelaburan melalui penyertaan pameran peringkat kebangsaan dan global. Sebagai contoh, Invest Pahang telah mengambil bahagian dalam Selangor Investment Business Summit sejak tahun 2023 untuk promosikan peluang pelaburan di negeri Pahang. Di samping itu, saya juga telah mengetuai delegasi Pahang ke Persidangan Global Business Services Asean pada tanggal 30 Oktober 2025 yang menghimpunkan industri syarikat-syarikat GBS serantau. Inisiatif ini membuktikan bahawa negeri Pahang terbuka kepada sektor pelaburan, perkhidmatan atau teknologi dan tidak terhad kepada sektor perkilangan semata-mata.
Akhir sekali, kerajaan negeri sedang mengkaji dan melihat sama ada syarikat swasta yang beroperasi di Pahang ataupun syarikat berkaitan Kerajaan Negeri, S-GLC berminat untuk wujudkan operasi GBS bagi menyokong perkhidmatan yang mereka tawarkan. Kewujudan operasi GBS yang pertama di Pahang akan menjadi pemangkin untuk syarikat-syarikat GBS lain mengikuti jejak pelopor. Secara tidak langsung, ia dapat mencapai tonggak Aspirasi Pahang 1st di bawah pimpinan YAB Menteri Besar Pahang. Terima kasih.
Soalan seterusnya, saya bagi satu soalan tambahan.
Soalan tambah sikit. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Saya cuma ingin pengesahan setakat ini berapa banyak telah wujud, ke belum syarikat berasaskan GBS ini di Pahang. Jika telah wujud di kawasan mana yang kita centerkan ataupun kita fokuskan sebagai Center of GBS ini. Terima kasih.
Terima kasih rakan ADUN Beserah di atas soalan tersebut. Setakat… sehingga kini belum ada lagi… belum ada lagi syarikat GBS yang bertapak di negeri Pahang. Kebanyakan syarikat GBS bertumpukan di Pantai Barat Malaysia. Bertumpukan di Lembah Klang, di... mungkin ada yang di Pulau Pinang dan peluangnya… besar, saiz industrinya RM28 bilion menjana 36 ribu peluang pekerjaan. Kenapa tidak... mereka ini apa ni bertapak di negeri Pahang. Sedangkan kita punya cost based, dengan izin lebih rendah. Dan kita juga mempunyai institusi-institusi bahasa yang boleh melatih pekerja-pekerja GPS dalam bahasa Mandarin, dalam bahasa Inggeris, dalam bahasa-bahasa lain yang diperlukan oleh syarikat-syarikat multinasional tersebut ataupun apa ni skills seperti programming seperti apa ini perakaunan dan sebagainya. Dan saya yakin sekiranya kita dapat menarik satu syarikat untuk bertapak di sini, lebih banyak
lagi syarikat-syarikat akan menyusul. Kita perlu satu sahaja pemangkin ataupun catalist dengan izin untuk bangunkan syarikat-syarikat ini. Sekiranya berjaya, saya…saya berpendapat pusat GBS akan ada dua tempat sama ada di Kuantan ataupun di Bentong di mana Bentong adalah daerah yang paling hampir dengan Kuala Lumpur. Malah, saya difahamkan syarikat Genting Highlands dah ada operasi GBS yang kecil la, bukan… dia bukan apa? Skala besar lagi. Operasi yang kecil-kecilan. Ini perlu diperkembangkan lagi. Terima kasih.
Okay soalan seterusnya kita pergi kepada soalan nombor 7. Minta Wakil daripada Batu Talam.
[Beberapa penerima Kad Kesihatan Kasih Makmur sehingga 2025 mengikut kawasan Dewan Negeri?
a. Adakah pihak Kerajaan Negeri akan buka untuk permohonan lagi pada tahun ini dan tahun depan?
b. Adakah Kerajaan negeri boleh mempertimbangkan penggunaan kad kesihatan di farmasi juga selain daripada klinik?]
Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya ingin mengemaskan sikitlah soalan saya yang berbunyi. Adakah kerajaan bercadang menambah elemen baru dalam program Anggun Suri, Anggun Suri ini kahwin beramai-ramai pada masa akan datang. Elemen baru ini seperti bimbingan agama, sesi kaunseling, praperkahwinan dan kursus keibubapaan. Terima kasih.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan juga sahabat daripada Batu Talam yang bertanya dengan soalan yang telah disebutkan tadi ya.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Kerajaan Negeri Pahang sentiasa komited untuk meningkatkan Program Anggun Suri sebagai satu inisiatif yang bertujuan membantu pasangan muda memulakan kehidupan berumah tangga dengan lebih tersusun dan juga sejahtera. Program ini sedang diperbaharui dengan beberapa komponen sokongan baru bagi memperkukuhkan lagi keberkesanannya. Antara… berikut adalah beberapa komponen baru yang akan dilaksanakan dalam Program Anggun Suri.
Yang pertamanya adalah bimbingan kewangan. Kerajaan bekerjasama dengan beberapa agensi seperti JAIP, Jabatan Agama Islam Pahang, AKPK, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit untuk menyediakan modul pengurusan kewangan yang mudah difahami dan juga praktikal. Modul ini merangkumi perancangan bajet untuk pasangan muda, pengurusan komitmen kewangan seperti hutang dan juga
perbelanjaan harian, celik kewangan untuk memberi pasangan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pengurusan kewangan dalam kehidupan berumah tangga.
Seterusnya kita juga ad… kita juga ada menyediakan kaunseling pra perkahwinan melalui kerjasama dengan LPPKN, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Kerajaan akan memperkenalkan sesi kaunseling praperkahwinan yang wajib dihadiri oleh pasangan sebelum mendirikan rumah tangga. Kaunseling ini akan meliputi komunisi… komunikasi berkesan antara pasangan, pengurusan konflik dalam rumah tangga dan juga sebenarnya kaunseling praperkahwinan ini telah kita adakan semenjak kita memulakan Program Anggun Suri ini.
Dan seterusnya kursus keibubapaan asas. Setelah majlis perkahwinan, kerajaan negeri juga menyediakan kursus keibubapaan asas untuk pasangan yang merancang untuk membina keluarga yang akan dilaksanakan secara sesi susulan di peringkat daerah. Kursus ini akan merangkumi peranan ibu bapa dalam membentuk keluarga yang sejahtera, penjagaan bayi dan juga perkembangan awal kanak-kanak dan juga sokongan kesihatan keluarga seperti penjagaan ibu mengandung, ibu bersalin dan juga pemakanan sihat.
Kerajaan menegaskan bahawa Program Anggun Suri bukan sekadar tentang mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran tetapi lebih kepada menyediakan platform kesihatan keluarga dengan menambah… penambahbaikan ini, kerajaan yakin bahawa pasangan muda akan lebih bersedia secara mental, emosi dan kewangan untuk menghadapi cabaran dalam berumah tangga. Sekian terima kasih.
Soalan seterusnya Wakil daripada Panching.
Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 8.
[Nyatakan usaha kerajaan untuk menjadikan golongan rentan seperti warga emas menjadi celik teknologi maklumat (IT) agar tidak menjadi mangsa penipuan atas talian].
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Terima kasih ADUN Kawasan Panching. Soalan beliau adalah berkenaan dengan usaha kerajaan untuk menjadikan golongan rentan khususnya warga emas celik teknologi maklumat atau IT agar tidak menjadi mangsa penipuan atas talian.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Kerajaan Negeri Pahang melalui kerjasama dengan MCMC telah melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah kerangka literasi digital dan keselamatan siber yang memberi fokus kepada komuniti setempat termasuklah warga emas bagi meningkatkan tahap celik teknologi maklumat di kalangan masyarakat.
Melalui Program Kempen Internet Selamat, pelajar sekolah rendah dan menengah, remaja, belia, orang dewasa dan juga warga emas diberi pendedahan tentang cara menggunakan internet secara bertanggungjawab dan selamat, termasuk mengenal pasti taktik penipuan dalam talian seperti scam panggilan, mesej palsu dan pautan berbahaya. Sehingga November tahun ini, MCMC Pahang telah melaksanakan 189 Program Kempen Internet Selamat dengan capaian audience sebanyak 50,490 orang. 25 daripada 189 program tersebut memfokuskan audiencenya adalah warga emas.
Selain itu, MCMC turut menganjurkan sesi latihan asas teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT untuk warga emas bagi membolehkan mereka mempelajari penggunaan telefon pintar, aplikasi komunikasi serta langkah-langkah keselamatan digital dengan lebih berkesan melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional atau juga lebih dikenali sebagai NADI yang terdapat di seluruh Dewan Undangan Negeri Pahang. Malah, MCMC turut melakukan hebahan kempen melalui media termasuk slot temu ramah radio di Pahang FM dan melalui inisiatif ini, masyarakat Pahang diharap lebih celik IT, berwaspada dan berdaya tahan sekali gus menikmati manfaat teknologi tanpa terdedah kepada ancaman siber atau penipuan atas talian.
Insya-Allah, Kerajaan Negeri Pahang akan terus komited untuk bekerjasama dengan MCMC, agensi kerajaan persekutuan dan negeri, badan-badan bukan kerajaan serta Polis Diraja Malaysia dalam menyebarkan kesedaran memperkukuh literasi digital dan melaksanakan inisiatif pencegahan penipuan atas talian. Melalui kerjasama ini, diharapkan semua lapisan masyarakat termasuk warga emas dapat menikmati manfaat teknologi digital dengan selamat, berwaspada dan berdaya tahan selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk memperkasakan rakyat Pahang yang celik teknologi dan progresif. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Soalan seterusnya, Wakil er… Ahli Yang Dilantik Ahli… Ahli Dilantik nombor 2.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Saya mengemukakan pertanyaan nombor 9.
[Berapakah bilangan pelajar yang sedang mengikuti kursus latihan di Pahang Skills Development Center? Berapakah peratusan rakyat Pahang yang menerima latihan dalam pusat ini?]
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Terima kasih kepada rakan saya. Salam sejahtera semua. Untuk menjawab soalan, er… jumlah pelatih yang mengikuti latihan di Pahang Skills sehingga 30 hari bulan September 2025, adalah seramai 1,854 orang dan seramai 983 orang adalah anak Pahang.
Untuk maklumat, jumlah kursus yang ditawarkan di Pahang Skills adalah 33 er… 33 kursus dan untuk 10 kursus yang paling ramai orang minat, nombor satu adalah Program TVET untuk tenaga pengajar Kolej Vokasional tahun 2025, seramai 280 orang. Untuk nombor dua adalah Diploma Kemahiran Elektrik seramai 220 orang. Untuk kursus ketiga tinggi adalah Working at Night makna kerja dekat.. at High, sorry
ya at High. Makna kerja atas tinggi adalah 162 orang. Nombor empat adalah Microsoft seramai 129 orang. Dan nombor lima adalah Safety and Health,120 orang.
Untuk keenam adalah kecantikan seramai 100 orang untuk ketujuh adalah solar, 100 orang, untuk nombor lapan Diploma Kemahiran Multimedia, 81 orang, untuk nombor sembilan wireman dan chargeman, 80 orang dan er... untuk kesepuluh adalah e-invois 69… 69 orang. Terima kasih.
Soalan seterusnya, Wakil daripada Tahan.
Assalamualaikum WBT. Dato' Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 10.
[Canopy walkway merupakan antara tarikan utama di Taman Negara, Kuala Tahan;
a) Apakah status projek baik pulih canopy lama?
b) Bilakah canopy kedua yang telah siap dibina akan dibuka kepada orang
awam?]
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan Yang Berhormat Tahan. Canopy walkway merupakan tarikan utama di Taman Negara. Jadi sekarang kita ada dua canopy yang lama dikenali sebagai Kanopi Teresek berusia lebih kurang 30 tahun. Jadi pada penghujung tahun 2024, kerja pembaikan telah bermula. Pada asalnya dijangka siap pada Mei 2025 tapi malangnya pada 14 Mei berlakunya ribut petir. Jadi apabila kerja pembaikan capai tahap 80%, ribut petir berlaku dan menyebabkan salah satu pokok utama er... ditimpa petir dan mati dan jabatan perlu meng... memohon peruntukan tambahan untuk menampung kerja-kerja pembaikan.
Manakala untuk canopy baru dikenali sebagai Kanopi Seberang Ara. Kerja telah disiap pada tahun lepas dan diserah kepada PERHILITAN Julai 2024. Tapi malangnya pada Februari tahun ini 2025, ribut berlaku lagi dan menyebabkan pokok tumbang. Jadi apabila pokok tumbang, dia telah mengakibatkan kerosakan yang major. Dengan ini MOTAC telah memperuntukkan peruntukan tambahan untuk kerja pembaikan dan kerja pembaikan telah… telah bermula pada 10 November yang lalu dan dijangka akan siap pada Mac 2026.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan terakhir pada pagi ini. Soalan nombor 11, Wakil daripada Chini.
[Ayat al-Quran]. Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya kemukakan pertanyaan yang ke-11.
[Apakah langkah khusus kerajaan negeri dalam menangani masalah penagihan dadah di kawasan FELDA yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi serta apakah kerjasama strategik bersama AADK?]
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, terima kasih kepada sahabat saya ADUN Chini dengan pertanyaan, apakah langkah khusus kerajaan negeri dalam menangani masalah penagihan dadah di kawasan FELDA yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi serta apakah kerjasama strategik bersama AADK?.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Chini, ingin saya tegaskan bahawa kerajaan negeri mengambil pendekatan berperingkat dan secara holistik dalam menangani masalah penagihan dadah di kawasan FELDA yang dikenal pasti ialah kawasan berisiko tinggi. Usaha ini dilaksanakan melalui kerjasama rapat bersama dengan PDRM, AADK dan FELDA Negeri Pahang dan juga agensi-agensi berkaitan bagi memastikan tindakan diambil lebih tepat dan juga berkesan.
Kerajaan negeri turut merakamkan penghargaan kepada pihak AADK dan juga PDRM atas pelaksanaan Pelan Komunikasi Antidadah yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 10 September 25… 2025 yang lalu. Pelan ini menggunakan kaedah komunikasi yang lebih moden dan berasaskan bukti termasuk penggunaan teknologi digital dan juga kecerdasan buatan ataupun AI untuk meningkatkan keberkesanan pencegahan, rawatan dan juga pemulihan.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Di peringkat negeri, kerajaan negeri bersama Seketariat Muafakat FELDA dan juga FELDA Negeri Pahang sedang memperkasakan Skuad MAYA iaitu Masih Ada Yang Sayang dengan slogan ‘FELDA Benci Dadah’. Inisiatif ini menunjukkan sokongan kuat komuniti FELDA terhadap hasrat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah untuk menjadikan negeri ini bebas daripada ancaman dadah.
Antara program yang lalu iaitu 18 Ogos yang lalu iaitu bertempat di FELDA Wilayah Mempaga dipanggil bersama dengan Kembara Ketua Polis Negeri Pahang, FELDA dan juga agensi-agensi yang berkaitan dalam program turun padang untuk melihat situasi-situasi, kawasan-kawasan dipanggil dalam dengan izin hotspot penagih penagihan dadah yang tertentu di dalam kawasan FELDA.
Bagi memastikan usaha ini teratur dan menyeluruh, tindakan Skuad MAYA disusun mengikut tiga aspek utama iaitu aspek pencegahan iaitu memberi tumpuan kepada kesedaran masyarakat, pendidikan awal dan juga aktiviti alternatif yang dapat menjauhkan belia daripada pengaruh dadah. Aspek kawalan memastikan pemantauan dilakukan secara berterusan. Maklumat yang dikumpul dengan teratur
dan juga komuniti dapat er... laluan komoditi disalurkan dengan cepat dan membolehkan tindakan segera diambil. Dan aspek yang ketiga ialah aspek keselamatan iaitu meningkatkan tahap keselamatan kawasan melalui rondaan, pemasangan kamera, pemantauan dan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Mencegah adalah sebenarnya perkara yang lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, kepelbagaian inisiatif dan juga terutama dalam sektor pembelajaran bersama Kementerian Pendidikan ataupun Jabatan Pendidikan adalah salah satu inisiatif yang agak penting untuk kita mencegah dadah ini berleluasa di kawasan FELDA dan juga di negeri Pahang. Selain itu, FELDA turut menjalankan pemantauan berterusan melalui Laporan Bulanan Komuniti dipanggil LBK bagi mengenal pasti kawasan yang berisiko dan menilai sejauh mana keberkesanan program yang telah dilaksanakan.
Kerjasama di antara kerajaan negeri, AADK, PDRM, KKM, KPM dan lain-lain agensi menunjukkan komitmen bersama dalam memastikan komuniti FELDA terutamanya generasi muda dan moga dilindungi daripada ancaman dadah dan terus hidup dalam persekitaran yang selamat. Sekian terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Soalan tambahan.
Satu soalan tambahan.
Soalan tambahan Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih kepada YB Speaker. Saya ingin mohon penjelasan daripada pihak kerajaan, pada 11hb Jun 2025 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil, er… Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Islam Negeri Pahang dan bersepakat mengharamkan vape yang menyatakan selewat-lewatnya bermula 1hb Januari 2026. Jadi sejauh manakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak PBT dalam untuk melaksanakan er... pengharaman jualan tersebut? Sekian terima kasih.
Terima banyak soalan daripada Yang Berhormat Dato' Lantikan. Saya ni menjawab untuk persoalan dalam FELDA dadah, malah Yang Berhormat mempersoalkan mengenai vape, memang vape ini... saya mungkin menyerahkan jawapan ini bertulis kerana kita sudah mempunyai keputusan daripada pihak kerajaan negeri untuk mengharamkan vape. Jadi, saya akan buatkan apa nama? Jawapan yang bertulis kepada pihak Yang Berhormat. Terima kasih.
Yang Berhormat Speaker. Saya tadi, soalan tambahan. Er... kalau kita melihat dari segi laporan AADK, antara golongan sasaran penagih dadah ini adalah sekitar umur 15 hingga 30 tahun dan juga FELDA merupakan sasaran pengedaran darah daripada dulu sehingga hari ini.
Dadah bukan darah.
Dadah, dadah, dadah. Betul, jadi apa lagi tindakan daripada pihak kerajaan dan juga FELDA dalam memastikan golongan sasaran ini dapat kita bendung dan juga dapat kita er... bagi tumpuan?
Terima kasih kepada Yang Berhormat Chini. Seperti yang saya er… yang ungkapkan sebelum ini Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker bahawa dadah ini mencegah lebih baik daripada mengubati. Bila mereka ni telah pun dipanggil ataupun dalam bahasa lain menghisap dadahlah. Dadah ini kita tak tahu sebab dalam ni mungkin tak ada orang pun hisap dadah. Kita tak tahu bagaimana mereka menghisap dadah. Namun apabila mereka ini… sebab itu dalam konteks ini, saya kena percaya bahawanya bersama ini, kita bersama Jabatan Pendidikan dan bersama dengan komuniti kampung iaitu pertamanya, kita mencegah melalui sekolah dahulu.
Apabila mereka, faktor berumur 15 ke 13 tahun ini Yang Berhormat nyatakan dalam statement AADK bahawa inilah pencegahan yang pertama, yang kita perlu pergi ke sekolah-sekolah. Sebab itu saya menyeru kepada Ahli Dewan Yang Mulia ini, semua Yang Berhormat untuk mencegah ini bukan sahaja yang dah hisap dadah ini, dah ambil dadah. Sebenarnya kita nak mencegah semasa mereka kecil lagi, untuk memberitahu kaedah-kaedah dan banyak agensi-agensi yang sekarang telah pun menyebarkan maklumat bahawanya dadah ini sangat merbahaya kepada bukan sahaja kepada kita, malah kepada negeri dan juga negara dan juga termasuk kepada masyarakat-masyarakat.
Maksudnya mencegah adalah lebih baik daripada mengubati iaitu kita teruskan kepada terutama sekali anak-anak pelajar kita yang berada di luar sana. Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah selesai membincangkan 11 pertanyaan-pertanyaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya tidak bercadang untuk menempohkan persidangan bagi memberi ruang kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar untuk membuat penggulungan dan seterusnya menjalankan aturan-aturan mesyuarat lain supaya urusan mesyuarat kita akan dapat diselesaikan pada tengah hari ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dijemput untuk menikmati jamuan secara bergilir-gilir. Sebelum itu, saya juga ingin mengucapkan selamat datang kepada pemerhati kita yang hadir pada hari ini 12 hari bulan 12 tahun 2025 daripada Majlis Belia Pahang seramai tiga orang, bangunlah sikit haa... baru kita kenal, daripada DUN Pelangai dua orang, daripada UMNO Indera Mahkota tiga orang, daripada Batu Talam DUN Batu Talam, dua orang, bersama-sama dengan kita juga adalah pelajar Sekolah Kebangsaan FELDA Purun seramai lima orang. Mereka ini adalah johan pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan Tahun 2025. Tahniah, ini jemputan daripada Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang. Baiklah, kita ke aturan mesyuarat seterusnya.
Perkata Ketiga: Sambungan Menimbang Rang Undang-undang Perbekalan 2026.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-undang Perbekalan 2026 telah dibentang pada 5 Disember 2025 dan telah pun dibuka untuk dibahaskan pada 8, 9, 10 Disember 2025. Pada 11 Disember 2025, seramai 10 orang daripada kerajaan telah mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut. Hari ini, majlis akan menyambung Menimbang Rang Undang-undang tersebut. Saya dengan sukacitanya menjemput Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang untuk berucap dan membuat penggulungan.
[Ayat al-Quran] Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam Maju Terus Pahang dan Salam Pahang 1st. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker kerana memberi keizinan kepada saya untuk menggulung perbahasan bagi pihak kerajaan negeri dan juga jawatankuasa... jawatankuasa-jawatankuasa di bawah saya.
Sebelum saya meneruskan penggulungan ini, saya ingin mengucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada kesemua Ahli Dewan seramai 34 orang yang telah menyertai sesi perbahasan pada kali ini. Setiap pandangan, teguran, cadangan serta komitmen yang diberikan menggambarkan kesungguhan kita bersama dalam memastikan masa depan Pahang sentiasa terpelihara dan terus dipacu ke hadapan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada barisan rakan-rakan Exco Kerajaan Pahang atas komitmen menjawab dengan jelas dan bertanggungjawab setiap pertanyaan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya berharap semoga jawapan yang diberikan dapat membantu menjelaskan isu-isu berbangkit serta menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri dalam mentadbir Pahang dengan amanah dan integriti.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Pada Jumaat yang lalu saya telah membentangkan Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2026 yang bertemakan ‘Pahang 1st: Rakyat Diutamakan, Kemakmuran Dipertahankan’.
Tema ini dipilih bukan sekadar untuk menghiasi dokumen belanjawan tetapi sebagai hala tuju yang memandu seluruh agenda pembangunan negeri dengan segala dasar, keputusan dan peruntukan mesti memberi keutamaan kepada rakyat dan dalam masa yang sama memastikan kemakmuran negeri terus kukuh, stabil serta mampan untuk jangka masa panjang. Seiring dengan Aspirasi Pahang 1st, kerajaan negeri memastikan setiap perbelanjaan membawa manfaat langsung kepada kesejahteraan rakyat sama ada melalui kebajikan, pendidikan, kesihatan, peluang ekonomi mahupun pembangunan infrastruktur.
Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM1.274 bilion bagi perbelanjaan mengurus serta RM446.26 juta bagi perbelanjaan pembangunan untuk tahun 2026. Ini menggambarkan kesungguhan kerajaan negeri untuk memperkukuhkan perkhidmatan awam, meningkatkan keberkesanan program rakyat dan menggerakkan projek-projek pembangunan yang akan beri impak jangka panjang kepada negeri.
Alhamdulillah, sehingga 12 Disember 2025, hasil negeri telah mencecah RM1.171 bilion menandakan empat tahun berturut-turut Pahang berjaya mengutip hasil yang melebihi RM1bilion [Ahli Dewan menepuk meja]. Pencapaian yang konsisten ini mengukuhkan keyakinan bahawa negeri Pahang berada di landasan ekonomi yang kukuh seterusnya membolehkan Belanjawan 2026 dilaksanakan dengan lebih terancang, bertanggungjawab dan berpaksikan kemampuan sebenar negeri. Saya ingin menegaskan kejayaan ini adalah hasil usaha bersama kerajaan negeri. Penjawat awam yang menjadi tulang belakang pentadbiran, sektor swasta yang memainkan peranan besar dalam pelaburan dan ekonomi serta rakyat Pahang yang terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada kepimpinan negeri.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya ingin memulakan penggulungan dengan menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Cheka dan Yang Berhormat Jengka mengenai kedudukan prestasi kewangan negeri Pahang yang didakwa berada dalam keadaan yang membimbangkan. Untuk makluman Yang Berhormat Cheka dan Yang Berhormat Jengka, prestasi sesebuah negeri bukan saja diukur oleh berapa besar jumlah hasil yang dikutip tetapi bergantung kepada sejauh mana kerajaan negeri menguruskan setiap ringgit dengan cekap, berdisiplin dan penuh tanggungjawab. Orang Jengka ada ya? Di mana janji semalam la kan, akan tunggu [ketawa].
Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, mantan Gabenor Bank Negara pernah berkata tadbir urus yang baik dan integriti adalah benteng utama kestabilan ekonomi. Kecekapan kewangan tidak bermakna hanya mengejar angka keuntungan yang tinggi tetapi memastikan setiap sen diuruskan dengan telus, bertanggungjawab dan mampan untuk masa hadapan. Dalam pada itu menerusi teori fiscal sustainability, tokoh seperti Olivier Blanchard, mantan Ketua Ekonomi Tabung Kewangan Antarabangsa dan pakar fiskal, Robert Barro Ahli Ekonomi Harvard, Carmen Reinhart dan Kenneth Ragoff, pakar kelestarian fiskal dan hutang menegaskan bahawa sesebuah negeri dianggap kukuh apabila pertamanya tidak berbelanja melebihi kemampuan.
Kedua, liabiliti terkawal dan yang terakhir boleh memenuhi komitmen jangka panjang tanpa mengorbankan masa depan. Teori ini menyokong naratif bahawa disiplin fiskal lebih penting daripada jumlah hasil yang besar. Dalam hal ini Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Kerajaan Negeri Pahang telah membuktikan bahawa negeri ini berada dalam landasan fiskal yang kukuh dan berintegriti. Hakikatnya, Belanjawan Negeri Pahang pada tahun 2024 bukan bajet defisit seperti yang sering disalahertikan
sebaliknya merupakan bajet yang bertanggungjawab dan mampu berdiri atas kekuatan sendiri [Ahli Dewan menepuk meja].
Bagi tahun kewangan 2024, kerajaan negeri mencatat lebihan bajet mengurus sebenar sebanyak RM12.7 juta hasil daripada pengurusan perbelanjaan yang teliti dan disiplin fiskal yang konsisten. Meskipun kutipan hasil mencatat sedikit penyusutan berbanding tahun sebelumnya, kerajaan negeri segera mengambil langkah dengan mengurangkan belanja daripada RM1.232 bilion pada 2023 kepada RM1.208 bilion pada tahun 2024. Dengan hasil sebenar sebanyak RM1.221 bilion jelas bahawa negeri Pahang berbelanja mengikut kemampuan dan tidak berlebihan malah berjaya mencapai kutipan 107.3% daripada anggaran asal. Ini membuktikan bahawa pengurusan kewangan negeri kekal cermat, maka tidak berlaku pembaziran dalam operasi harian kerajaan.
Kekeliruan sering timbul apabila ada pihak melihat jumlah keseluruhan perbelanjaan negeri sebanyak RM1.349 bilion dengan mencampurkan belanja Mengurus dan belanja Pembangunan, lalu membuat kesimpulan bahawa negeri mengalami defisit. Hakikatnya Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, jumlah tersebut merangkumi belanja Mengurus dan belanja Pembangunan, sedangkan sebahagian komponen perbelanjaan Pembangunan ditampung oleh sumber kewangan lain termasuk terimaan pinjaman boleh bayar berjumlah RM128 juta yang mana terimaan pinjaman tidak direkodkan sebagai hasil negeri.
Setiap sen yang dibelanjakan adalah sumber yang telah dikenal pasti sebagaimana yang telah disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 3 Tahun 2025. Oleh sebab untuk memberi penjelasan yang lebih terperinci, saya membuat analogi. Saya ada tiga analogi saya, dan sekiranya analogi pertama masih tidak faham, saya akan pergi kepada analogi yang kedua, dan sekiranya analogi kedua tidak faham Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya pergi kepada analogi yang ketiga. Dan sekiranya analogi ketiga masih tidak difahami, saya telah berbincang dengan Akauntan Negeri untuk memberi kursus kepada Ahli-ahli Dewan supaya dapat memahami dan membaca buku Laporan Ketua Audit Negara ini dengan lebih faham dan baca daripada muka surat satu sampai habis.
Kadang-kadang [Ahli Dewan menepuk meja]. Itu cadangan saya, saya pergi kepada analogi yang pertama bersabit dengan belanja Mengurus, Pembangunan dan sebagainya. Sebagai contohnya yang mudah, Doktor Ali seorang doktor swasta ingin membeli kereta. Bayangkan Doktor Ali ini seorang doktor di sebuah hospital swasta, ingin membeli sebuah kereta berharga RM80,000.00. Pendapatan dan perbelanjaan Doktor Ali, aliran tunai menguruslah ya, ini analogi ini. Gaji bulanan beliau RM10,000.00, perbelanjaan bulanan beliau RM7,000.00, maknanya ada defisit tunai sebanyak RM3,000.00, simpanan RM20,000.00.
Ini bermakna kewangan mengurus Doktor Ali sihat, stabil dan mempunyai lebihan tunai setiap bulan. Doktor Ali ini kira negara, negeri Pahang lah. Ini tapi kita buat analogi supaya jadi lebih faham, supaya rakan-rakan Ahli Yang Berhormat tidak terkeliru apabila membaca Laporan Ketua Audit Negara. Doktor Ali membeli kereta RM80,000.00, itu kita istilahkan sebagai belanja Pembangunan. Untuk membeli kereta itu Doktor Ali menggunakan RM2,000.00 daripada simpanan sebagai wang muka, daripada simpanan beliau. Baki RM78,000.00 diambil melalui pinjaman bank. Bayaran bulanan pinjaman ialah RM1,000.00 selama 7 tahun.
Salah faham yang berlaku ataupun kita yang tak berapa faham ini ataupun sengaja tak faham ini ialah ada orang mungkin melihat harga kereta RM80,000.00 dan terus
menuduh Doktor Ali tak mampu beli kereta, kerana gajinya hanya RM10,000.00, kita terus tuduh dia. Jadi Yang Berhormat Yang di-Pertua, sedangkan itu salah sama sekali. Tuduhan kita itu salah sama sekali kerana Doktor Ali tidak membayar RM80,000.00 menggunakan gaji bulanannya. Dia tak gunakan gaji bulanannya RM10,000.000 dia, dia dapat daripada sumber yang lain. Pembelian itu ditampung oleh gabungan sumber kewangan iaitu simpanan RM2,000.00 yang saya katakan tadi, dan pinjaman bank RM78,000.00.
Bermakna pinjaman itu bukan pendapatan, tetapi tetap merupakan sumber kewangan yang sah untuk membiayai pembelian kereta. Begitu juga dengan negeri, belanja pembangunan bukan dibayar sepenuhnya menggunakan hasil negeri, bukan menggunakan hasil negeri. Sebahagiannya ditampung oleh sumber kewangan lain. Dalam ini dah ada tulis dah, Ketua Audit Negara dah tulis dah nota itu, nota kaki itu. Sumber Penyata Kewangan Kerajaan Negeri muka surat 23 itu, dibiayai oleh pinjaman, terimaan balik pinjaman, perubahan tunai bukan ambil daripada hasil negeri. Jadi, jadi sebahagiannya ditampung oleh sumber kewangan lain contohnya terimaan pinjaman boleh bayar yang tidak direkod sebagai hasil, tetapi tetap sumber kewangan pembangunan. Selepas membeli kereta kewangan bulanan Doktor Ali masih kukuh.
Dia beli kereta dapat kereta gaji dia tetap RM10,000.00, belanja tetap RM7,000.00, bulanan RM1,000.00. Jumlah komitmen RM8,000.00. Doktor Ali masih mempunyai surplus RM2,000.00 setiap bulan. Ini membuktikan Doktor Ali tidak defisit, dia hanya menggunakan sumber lain untuk tujuan pembangunan kereta.
Kesimpulannya, daripada analogi ini, iaitu kita menilai kemampuan Doktor Ali dengan melihat harga kereta RM80,000.00 semata-mata adalah analisis yang cetek. Kalau kita buat kesimpulan dengan melihat ke kereta itu sebab gaji dia RM10,000.00 mana dia, dia mampu. Sama seperti menilai belanjawan negeri dengan mencampurkan belanja mengurus dan belanja pembangunan, lalu membuat tuduhan defisit. Tak betul itu. Yang tepat ialah aliran tunai mengurus, gaji versus belanja harian, sumber kewangan lain bagi tujuan pembangunan. Kewangan Ali tetap stabil dan berdisiplin, Doktor Ali juga tidak defisit kerana perbelanjaan pembangunan ditampung oleh sumber kewangan khusus bukan hasil mengurus. Itu analogi yang pertama. Faham ke tak faham lagi? Saya nak pergi kepada analogi yang kedua pula.
Sila Yang Amat Berhormat.
Bolehlah.
Bacalah ketiga-tiga analogi itu.
Okay.
Supaya kita semua akan faham.
Speaker pun tak berapa faham ...
Speaker, Speaker pun akan lebih faham dengan lebih baik.
Lebih faham ya. Analogi yang kedua. Analogi yang kedua. Untuk bagi lebih faham lagi. Pak Long Seman ini dia seorang pekebun sawit, di Jerantut ke, di Cheka ke, saya tak berapa pastilah, kalau kebetulan saya minta maaflah. Ini secara analogi.
Dia di Kampung Bintang,
Kampung Bintang ya, okay. Pendapatan dan perbelanjaan Mengurus. Pak Long Seman ini Yang Berhormat Speaker dia memperoleh RM10,000.00 hasil sawit setiap bulan, harga sawit bagus sekarang ini ya, dapat RM10,000.00. Untuk menjalankan ladangnya beliau hanya memerlukan RM7,000.00 je. Dia dapat RM10,000.00, kos tetap dia, kos berubahnya RM7,000.00 je sebulan, puratalah. Bagi gaji pekerja, baja diesel dan keperluan operasi. Jadi maknanya surplus RM3,000.00, dapat RM10,000.00, belanja RM7,000.00, surplus lebihan RM3,000.00.
Ini menunjukkan operasi harian ladang Pak Long Seman ini sihat, terkawal dan berdisiplin. Macam kitalah negeri, terkawal dan berdisiplin surplus dan sebagainya. Jadi, dalam pada itu ada pelaburan baharu untuk tingkatkan produktiviti dia, ialah setahun masa yang panjang kan. Jadi, beliau membuat keputusan untuk membeli jentera pembajak baharu bernilai RM5,000.00. Dalam dia itu semua dia terfikir nak beli pembajak, pembajak baharu bernilai RM5,000.00. Ini bukan perbelanjaan rutin untuk dia beli pembajak ini, bukan perbelanjaan harian biasa, tetapi perbelanjaan pembangunan yang memberi manafaat jangka panjang. Hasil sawit akan lebih cepat diproses dan ladang lebih efisien.
Kesan kewangan bulanan bila buat pelaburan ialah pada bulan pembelian jentera, jumlah perbelanjaan ialah RM7,000.00 mengurus tadi, campur pembangunan, RM5,000.00 jumlahnya RM12,000.00. Pendapatan tetap RM10,000.00, maka bulan tersebut berlakulah kekurangan RM2,000.00. Yang pentingnya operasi harian masih sihat. Keuntungan hanya berlaku kerana pelaburan besar, bukan kerana boros.
Jadi untuk dia tampung kekurangan ini Pak Long Seman mempunyai simpanan Tabung Haji, ataupun ASB yang telah dikumpul selama ini. Beliau hanya keluarkan sedikit simpanan untuk tampung RM2,000.00 tersebut, dia keluarkan daripada Tabung
Haji dan ASB. Ini adalah strategi kewangan yang baik sepertimana Kerajaan Negeri Pahang buat, sebab itu kita surplus, tuan-tuan er... Yang Berhormat Speaker. Simpanan digunakan untuk projek besar. Sebab itu kadang-kadang reserve kita ini yang saya katakan ada RM500 juta, mungkin kita akan keluarkan, kita akan belanjakan, kita beri kepada rakyat. Tahun ini, tahun depan, tahun berikutnya, kalau tidak RM500 juta tepu macam itu je. Jadi, operasi bulanan dia tetap surplus, kewangan jangka panjang kekal stabil.
Jadi kesimpulannya Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Pak Long Seman mengurus kewangan ladang dengan bijak dan berhemat. Surplus bulanan membuktikan operasi ladang sangat terkawal. Bila perlu buat pelaburan besar, beliau guna simpanan dan bukan meminjam tanpa perlu. Dan ini menunjukkan pengurusan kewangan sihat, mampan dan strategik, sama seperti cara kerajaan negeri mengurus belanjawan. Itu analogi yang kedua. Faham dah ya?
Er... terima kasih. Cuma saya ... serta rasa ingin penjelasan. RM128 juta yang tidak dikategorikan sebagai hasil negeri, yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi ialah atas alasan bahawa duit ini ialah daripada dana pinjaman. Maka dia tidak dikategorikan sebagai hasil negeri. Jadi saya rasa, berbeza dengan kita guna dana simpanan sebagai sumber pendapatan negeri untuk di... isu besar kita di sini ialah, saya yang pertama.
Yang keduanya, kerana semua dokumen kita yang dibekalkan kepada semua Ahli Dewan bersifat embargo. Sampai ke hari ini embargo. Bayangkan kita nak bahas Belanjawan Negeri. Semua dokumen yang bagus sampai hari ni, hari ini hari akhir. Jadi tak ada point tak ada makna dokumen tersebut di embargokan. Saya fikir, saya buat kajian meneliti beberapa buah negeri. Tidak ada satu dokumen er... laporan audit di embargo oleh semua negeri. Sebab dia kita perlu data tersebut. Yang Berhormat tadi baca laporan.
Yang Berhormat, nak tanya Yang Berhormat pernah jadi ahli, dia dua orang sini yang Ahli-ahli Yang Berhormat yang pernah jadi Ahli Parlimen. Kalau di Parlimen, macam mana dia punya ini er...
Di Parlimen, dia lagi clear lah dia, bahas pun laporan audit.
Tak, dia embargo ke tak embargo.
Dibentang dibahas, maknanya dia tak adalah embargo tak ada.
Masa dia bahas tu.
Dia bentang.
Daripada Ketari dia pun ahli Parlimen juga.
Yang Berhormat, di Parlimen dia embargo sampai hari presentation pembentangan bajet aje. Lepas tu bila kita bahas kita boleh rujuk dah. Okay... okay?
Maknanya kita ikut macam Parlimen lah.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Yang Amat Berhormat, minta maaf kita ada tiga orang. Seorang lagi Wakil daripada Tras pun Ahli Parlimen, pernah jadi Ahli Parlimen.
Saya baru nak cakap. Sebab Yang Berhormat daripada Tras tengok saya tadi, Speaker dah cakap dah.
Yang Berhormat Tras macam mana kalau di Parlimen?
Saya macam inilah simple sahajalah Tuan Speaker. Terima kasih kerana sebut nama saya eh. Saya ingatkan tak ada tadi nama saya.
Minta maaf ya.
Sebenarnya kita dalam Dewan ni. Apa yang penting kita kena rujuk yang terkini. Tak kiralah dia Laporan Ketua Audit Negara ke apa ke. Tapi yang terkini, kalau saya dalam semakan saya ni ia Laporan Ketua Audit Negara. Dia keluar pada 20 Ogos 2025. Sedangkan Dewan akan bermula, Dewan Parlimen ya akan bermula pada 6 Oktober hingga 4 Disember, sedangkan penyata kewangan yang terkini kita punya negeri Pahang 15 haribulan 10. Maknanya kita kena, walaupun kita refer kepada Laporan Ketua Audit, kita kena rujuk jugak pada Penyata Kewangan Negeri the latest. Itu komen sayalah.
Terima kasih, ini dia berbeza pandangan berbeza pendapat. Cuma jangan berbeza pendapatan sudah berbeza pendapat tak apa. Yang Amat Berhormat.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Nampak gaya saya kena pergi ke analogi ketiga, sebab ada lagi ke kekurangan, kekeliruan. Analogi yang ketiga, kita pergi kepada Encik Rawi pula pemilik kilang memproses makanan.
Ini orang Sungai Koyan lah. Orang Sungai Koyan.
Ya. Jadi Yang Berhormat Sri Speaker, prestasi semasa operasi syarikat harga jualan dia tahunan RM200,000.00. Ini adalah aliran tunai semasa daripada penjualan produk, perbelanjaan operasi, bahan upah sewa utiliti RM180,000.00. Perbelanjaan ni dia dikategorikan sebagai belanja mengurus surplus operasi RM20,000.00. Mana datang RM20,000.00. RM200,000.00 tolak RM180,000.00, jadi balance RM20,000.00. Ini menunjukkan syarikat mempunyai keuntungan operasi yang sihat dan berdisiplin.
Tiba-tiba Encik Rawi ni ada keperluan pelaburan baharu. Jadi dia nak beli mesin pembungkusan automatik, harganya RM40,000.00. Pembelian ni dikategori sebagai bajet pembangunan kerana ia melibatkan permodenan kilang. Kesan kewangannya ialah perbelanjaan ni menyebabkan keperluan tunai melebihi hasil tahunan sebanyak RM20,000.00. Sebab tadi dia cuma surplus RM20,000.00 tetapi dia beli mesin RM40,000.00.
Ini bukan masalah untung rugi operasi tetapi isu kekurangan dana untuk pembelian aset baru. Jadi cara menangani kekurangan dana Encik Rawi memohon pinjaman kemudahan khas (IKS) pinjaman ataupun pindahan dari pusat dana luaran digunakan untuk menampung keperluan pembangunan dan pinjaman diluluskan kerana rekod kewangan syarikat kukuh konsisten mencatat surplus dan dalam bajet mengurus operasi harian, keuntungan stabil. Jadi, implikasi dan justifikasi pinjaman operasi harian kekal untung pinjaman tidak menjejaskan cashflow operasi.
Pembelian mesin dibayar oleh peminjam pinjaman luar bukan daripada hasil operasi semasa. Sama seperti logik belanjawan negeri, belanja pembangunan boleh dibiayai oleh sumber kewangan lain. Selain daripada hasil negeri, peminjam layak menerima pinjaman kerana kestabilan kewangan syarikat. Jadi kesimpulannya, Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Encik Rawi mempunyai syarikat yang sihat secara operasi surplus RM20,000.00, walaupun projek pembangunan melebihi hasil tahunan, ia tetap boleh dijalankan kerana dibiayai oleh pinjaman khas. Rekod kewangan kukuh menjamin kelulusan.
Ini menunjukkan perbezaan antara bajet mengurus operasi harian mesti dan positif manakala bajet pembangunan boleh dibiayai melalui pinjaman ataupun sumber luar. Itu adalah analogi yang ketiga. Sekiranya rakan-rakan Ahli Yang Berhormat masih lagi tidak faham kerana saya bukan seorang akauntan. Saya fikir Akauntan Negeri saya boleh minta PCMS Pahang Corporate Management Services menganjurkan satu kursus kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat supaya dapat memahami Laporan Ketua Audit Negara untuk tahun- tahun mendatang ini. Tak ada masalah kerajaan negeri keluarkan bajet tak ada masalah.
Saya setuju.
Setuju, daripada Tras setuju, Jengka setuju ke tak.
Mohon penjelasan.
Boleh.
Baik apa ni, yang sebut defisit tu bukan kami, yang sebut defisit tu Laporan Ketua Audit Negara muka surat 24. Atas sekali point 4.2.2 disebutkan itu saya mohon penjelasan ya. Secara keseluruhannya, Kerajaan Negeri Pahang berada dalam kedudukan kurangan. Kurangan tu defisitlah bagi tahun 2024 iaitu perbelanjaan melebihi terimaan sebanyak RM128.1 juta. Jadi mohon penjelasan.
Dak, kita ni cakap betul la defisit tu bila kita gunakan duit ni. Tetapi dalam kiraan surplus atau defisit, kita gunakan hasil negeri campur dengan perbelanjaan. Tetapi bila kita nak. Saya dah bagi tiga analogi. Bila kita nak buat niaga yang lain, kita ambil daripada pinjaman lain daripada bank dan sebagainya. Sebabnya kedudukan
kewangan kita sihat. Bukan kita ambil daripada hasil negeri. Yang Berhormat ADUN Jengka ni tak faham sebab dia dalam pemikiran masih mengatakan bahawa hasil negeri RM100 juta. Bila nak buat perkiraan ambil daripada RM100 juta tu, ataupun nak buat pembangunan memanglah defisit, tetapi bila kita nak buat pembangunan kita tak ambil duit daripada hasil kita ambil daripada sumber lain.
Sebab tu akauntan buat catitan di situ dia kata defisit itu dibiayai daripada sumber lain bukan daripada hasil negeri. Oleh itu, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya mencadangkan kalau ada Jengka faham kalau ada juga setuju rakan rakan Ahli-ahli Berhormat yang lain setuju kita buat kursus, jadi Akauntan Negeri boleh bagitahu, Pegawai Kewangan Negeri boleh bagitahu untuk lebih kefahaman untuk kebaikan kita juga untuk supaya kita tidak buang masa dalam Dewan ni tahun depan lagi sekali defisit, surplus dan sebagainya sebab kita tidak faham. Saya faham. Jadi, saya fikir saya buat cadangan. Speaker setuju tak?
Saya ingat kita boleh. Kita boleh buat. Itu satu cadangan yang baiklah kita buat satu kursus kita bagi.
Tertakluk kepada persetujuan rakan rakan la.
Saya rasa yang tak faham ni bukan ADUN Jengka, tapi Ketua Audit Negara tak faham sebab laporan begitu. Ketua Audit Negara yang tak faham sebab laporan dia begitu bukan kami yang kata defisit, Ketua Audit Negara. Saya rasa kena kursus dengan Ketua Audit Negara sekali. Saya Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya tak nak panjangkan isu ni cuma bermakna pembangunan kita sebanyak RM446.2 juta diambil sebanyak RM110 juta dalam bentuk pinjaman bermakna kita membangunkan negeri kita dengan dana pinjaman ataupun stok simpanan kita sendiri yang membuat tersebut.
Mungkin kita buat pinjaman daripada negeri ke bank bermakna realitinya RM128 juta ini yang kita tak rekod sebagai hasil kerana dia adalah pinjaman bagi pembangunan negeri Pahang. Dengan kata lain bahawa kita menggunakan dana pinjaman sebanyak RM128 juta bagi membiayai pembangunan sepenuhnya RM446.2 juta saya rasa mungkin betul fahaman saya. Kalau begitu, terima kasih.
Ada Wakil daripada Cheka. Eh... Cheka pulak ini Tras, dia dekat-dekat tu Cheka, Tras.
Terima kasih Tuan Speaker. Bagi sayalah tak adil, kita katakan Ketua Audit Negara ni apa ni kena apa kena kursus balik, tak faham sebab dia tak ada kat sini dia tak boleh jawab. Saya nak katakan sini saya salah seorang daripada AJK PAC Pahang dan belah pembangkang pun ada. Saya bukan nak condemn, tapi saya nak… ini
kebenaran kita kena cerita ya. Jadi apa yang ada pada Laporan Ketua Audit Negara itu bukan muktamad. Dia adalah check and balance untuk negeri dan sebab itu saya cakap tadi, saya nyatakan bila kita bersidang di Parlimen ha ini cerita Parlimen ya. Parlimen pada 6 Ogos hingga 4 Disember 2025. Jadi percetakan tu dia keluar 20 Ogos. Mungkin maklumat yang dia buat ketika itu, maklumat ketika itu. Dia tak salah dan kita ada maklumat terbaru. Kita cetakkan 15hb 10 macam-macam dalam masa dua tiga bulan tu berlaku. Jadi sebab itu saya nyatakan di sini kita kena selalu merujuk kepada yang terkini iaitu penyata kerajaan negeri sendiri. Itu yang tepat. Terima kasih.
Ini tahun 2024 YB, bukan 2025.
Yang Berhormat, saya... Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tak nak panjangkan ya. Saya tidak panjangkan. Macam Malaysia nilah, kita buat analogi. Nak membangun Malaysia ni kita pinjam daripada Asian Development Bank, kita pinjam pada Bank Dunia, kemudian negara-negara yang mengalami er… apa namanya? Krisis ekonomi pinjam pada IMF. Bukan makna dia defisit, dia pinjam. Kenapa orang bagi dia pinjam? Sebab orang yakin dia boleh bayar.
Kalau kita pergi ke bank, ada orang tu tak dapat nak pinjam duit, minta maaf, bukan saya nak bagi kuliah ni, nak bagi tahu. Ada orang tu nak buat pinjaman tak dapat. Tapi ada orang tu dah ada pinjaman tapi bank bagi lagi. Kerana apa? Kerana bank yakin bahawa dia boleh bayar. Macam juga kerajaan negeri, macam juga diri kita sendiri. Begitulah, macam juga syarikat, kerana keyakinan dan itu bukannya pendapatan daripada kerajaan. Ini… ini pada fahaman saya. Jadi sila Yang Amat Berhormat, teruskan.
Saya nak mencelah sikit ya, sikit je.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Yang pertama sekali, saya ingin tegaskan di sini bahawa saya dan saya percaya rakan-rakan saya daripada barisan kepimpinan kerajaan sangat-sangat tidak setuju dengan kenyataan ADUN Jengka yang mengatakan Ketua Audit Negara tidak faham [Ahli Dewan menepuk meja]. Itu satu tuduhan yang saya rasa yang sangat serius. Ketua Audit Negara ya.
Yang kedua, saya nak sentuh sikit je yang pasal defisit ni ya. Saya dah buat analogi tadi, pokoknya, apabila kita nak buat pembangunan ataupun projek dan lain-lain, kita tidak ambil daripada hasil, kita ambil daripada rizab ataupun daripada sumber lain. Jadi kita keliru di situ sebab kita mengandaikan kita ambil daripada hasil. Jadi nampak sebab tu Ketua Audit Negara dia buat catitan di bawah tu sumber daripada mana.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker...
Mencelah... ada satu saya nak bagi tahu kat sini. Sebenarnya dalam Laporan Ketua Audit Negara 3/2025 muka surat 23, ada nyata kat situ perbelanjaan (sebelum pindaan). Ada bracket maksudnya dalam tu tanda tanya, dia ada bracket. Jadi kalau ada bracket tu maksudnya bukan muktamadlah.
Kita... kita terus, lepas ni kita buat kursus. Saya pun nak ikut samalah. Saya pun nak ikut samalah.
Lepas ni kita buat kursus ya.
Saya pun nak ikut sama juga.
Ha bagus. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker…
Boleh… boleh saya mencelah sikit Yang Berhormat? Boleh? Sikit je, sikit je.
Boleh, boleh.
Sila... Wakil daripada Beserah.
Saya nak... nak register kepada kita semua Ahli-ahli Dewan, defisit bukan satu kesalahan, jauh lagi sebagai jenayah. Itu perkara biasa dalam accounting deficit. Jadi kita tak perlu rasa, bila sebut defisit ni satu konotasi yang negatif. Dia bertitik tolak kepada bagaimana kita menguruskan defisit itu. Jadi bila sebut defisit ni jangan anggap itu sebagai tohmahan atau tak. Dia bukan satu kesalahan belanja defisit ini. Cuma kita perlu menguruskan defisit itu. Itu yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, yang nak beri faham kepada orang awam. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat, saya nak... nak tambah sikit boleh tak?
Boleh, boleh.
Sila.
Terima kasih Dato' Sri Speaker. Jadi kita duk bincang hari ini adalah tentang laporan audit. Jadi, saya mencadangkan untuk mesyuarat akan datang kita akan adakan satu perbincangan khas, perbincangan khas untuk membincangkan Laporan Audit Tahun 2024.
Saya cadangkan kita boleh buat usul sebenarnya Yang Amat Berhormat, tak ada masalah.
Hari ni sepatutnya saya... saya percaya bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah untuk menggulung perbahasan tentang Bajet 2026 dan kita bukan bercakap soal nak membincangkan Laporan Audit er… Negara 2024. Terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Teruskan Yang Amat Berhormat.
Saya, ADUN Beserah bangkit, bukan kita... saya langsung tak bimbang fasal defisit, surplus semua ini. Yang saya bimbang ni pasal tak faham. Yang surplus dikatakan defisit. Yang putih dikatakan hitam, yang hitam dikatakan putih. Itu yang saya bimbang tu. Jadi er... jadi Yang Berhormat Dato' Sri Speaker sebab tu saya nak buat, saya mencadangkan untuk dibuat kursus. Buat kursus ni nanti kita boleh throw the idea mungkin boleh mencadangkan buat usul dan sebagainyalah.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker...
Teruskan.
Dalam pada itu, kedudukan wang tunai kerajaan negeri pada tahun 2024 berjumlah RM256.23 juta menurun berbanding RM384.7 juta pada tahun 2023. Namun, penurunannya bukan tanda kelemahan kewangan sebaliknya berpunca daripada penurunan-penurunan kutipan hasil bukan cukai termasuk kompaun dan denda yang semakin berkurangan. Ini merupakan satu petanda yang positif bahawa tahap pematuhan undang-undang dalam kalangan rakyat semakin meningkat. Pengurangan hasil premium perhutanan pula menunjukkan komitmen kerajaan negeri terhadap kelestarian alam sekitar dan usaha mengurangkan kebergantungan kepada hasil sumber asli.
Kerajaan negeri juga turut mengamalkan bajet berasaskan keberhasilan yang memastikan setiap perbelanjaan memberikan pulangan terbaik kepada rakyat. Melalui pendekatan ini, kerajaan negeri bukan sahaja dapat menampung kos operasi tanpa berhutang tetapi juga mampu meneruskan pembangunan rakyat, menambah simpanan untuk masa hadapan serta melaksanakan pembayaran pinjaman secara tersusun dan berhemat.
Isu pinjaman negeri juga sering disalah tafsir. Jumlah pinjaman keseluruhan hampir RM1 bilion bukan sahaja terdiri daripada pinjaman yang dibayar oleh negeri tetapi turut merangkumi pinjaman yang ditanggung oleh agensi, PBT dan badan-badan berkanun negeri. Daripada jumlah tersebut, hanya RM755 juta yang melibatkan bayaran melalui bajet mengurus negeri manakala RM304 juta lagi ditanggung oleh agensi masing-masing. Ini termasuklah pinjaman bagi projek air yang akan diinovasi, pinjaman Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri serta infrastruktur oleh pihak berkuasa tempatan. Rekod ini disahkan tepat dan selari dengan rekod Jabatan Akauntan Negara Malaysia sehingga 2025.
Tambahan pula, pinjaman ini bukan liabiliti semata-mata tetapi merupakan pelaburan strategik untuk memacukan pembangunan negeri. Di samping itu, kerajaan negeri juga memberi pinjaman kepada agensi dan badan berkanun negeri. Setakat ini, sebanyak RM46 juta telah dipinjamkan kepada pelbagai agensi dan badan berkanun negeri. Kerajaan negeri juga telah merangka strategi jangka panjang termasuk Way Forward yang membolehkan bayaran pinjaman dibuat lebih awal. Bermula pada tahun 2027, kerajaan negeri merancang untuk mula membayar pinjaman yang sepatutnya dibayar pada tahun 2030 sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman kerajaan pesekutuan secara signifikan. Bayaran advance ini adalah langkah proaktif membuktikan bahawa bajet negeri adalah mampan dan dirangka dengan visi jauh ke hadapan [Ahli Dewan menepuk meja].
Untuk makluman rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, pada tahun 2024, kerajaan negeri telah membuat bayaran balik pinjaman sebanyak RM39.4 juta. Manakala... manakala tahun 2025 sebanyak RM61.2 juta iaitu peningkatan sebanyak 55% yang menunjukkan kedudukan kewangan negeri semakin kukuh dan stabil [Ahli Dewan menepuk meja]. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri dan pegawai di bawah seliaannya.
Kesimpulannya Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, dakwaan bahawa Belanjawan Negeri Pahang berada dalam keadaan defisit adalah tidak tepat sama sekali. Fakta kewangan yang sah, laporan audit, kedudukan tunai yang stabil serta kemampuan negeri mencatat lebihan operasi jelas membuktikan bahawa kerajaan negeri faham menguruskan kewangan rakyat dengan penuh integriti dan profesional [Ahli Dewan menepuk meja]. Malah, kita telah mendapat Sijil Audit Bersih selama dua tahun berturut-turut [Ahli Dewan menepuk meja[.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Berhubung dakwaan Yang Berhormat Jengka mengenai jabatan-jabatan negeri berbelanja melebihi peruntukan, saya minta Yang Berhormat Jengka dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menyemak Laporan Ketua Audit Negara Bilangan 3 Tahun 2025 di muka surat 53 Jadual 32 yang jelas menunjukkan jabatan-jabatan negeri tidak berbelanja melebihi peruntukan. Sebab itu saya kata Yang Berhormat Speaker, kena baca sampai habis. Ini baca sekerat-sekerat lepas tu terus buat kesimpulan. Jadual 32 Yang Berhormat Jengka, sila muka surat 53. Ya sama dengan saya, jangan tengok kitab lain pulak sama. Okay bagus. Jabatan Kehakiman Syariah Pahang. Saya sebutlah walaupun sebut lima. Kalau tak silap saya peruntukan 1.2 belanja 1.2 syabas. Tahniah 100%. Ini adalah berhubung dengan dakwaan yang Yang Berhormat daripada Jengka yang mengatakan kerajaan negeri berbelanja lebih daripada peruntukan sedangkan jadual 32 muka surat 53 menyatakan Jabatan Pertanian Negeri Pahang peruntukan RM4.56 juta, belanja RM4.55. Jabatan Agama Islam Pahang RM14.25. Kita belanja RM14.08. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang RM2.18 juta kita belanja RM2.15. Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang (JKR) peruntukan RM90.54 juta Kita belanja RM88.19. Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang RM45.34 peruntukan kita belanja RM43.94. Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan peruntukan RM33.42 kita belanja RM32.36 juta. Jabatan Perhutanan Negeri Pahang RM2.51 juta kita belanja RM2.4 juta. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang peruntukan RM9.26 juta kita belanja RM8.76 juta. Pejabat Kewangan Perbendaharaan Negeri Pahang RM83.14 juta peruntukan kita belanja RM73.25 juta.
Jadi Jumlah peruntukan RM286.40 juta, kita belanja RM270,0088 juta. Jadi Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Itulah saya sarankan supaya di masa-masa yang akan datang Yang Berhormat kena baca sampai habis. Jangan baca sekerat-sekerat je. Jadi dengan jelas jadual 32 muka surat 53 rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang lain boleh. Kalau ada buku boleh boleh tengok ya. Tidak pun saya boleh edarkan ni okay.
Sabotaj, okay baik
Sabotaj pun lampu hijau tu.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat. Jadi muka surat 11... jadi muka surat 11 tu dia sebut defisit. Muka surat 32 er... muka surat 53 tadi surplus jadi macam berlaku percanggahan antara dua ni. Boleh jelaskan.
Saya rasa takde percanggahan. Kita kena tengok yang akhir tu. Penutup tu, sebab itu kena kena kena baca sampai habis. Husnul khotimah. Jadi, okay selesai ya Yang Berhormat Speaker.
Sila. Sila kita... kita sambung kita er... kita berpindah ke yang lain.
Okey. Jelas ya Jengka. Okay terima kasih. Puas hatilah. Saya sebenarnya sangat berpuas hati kerana dapat menjawab yang sebenar-benarnya yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara. Bermakna Kerajaan Negeri Pahang saya bersama dengan rakan-rakan saya, kita tidak berbelanja lebih daripada peruntukan di mana yang didakwa oleh ADUN Jengka.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Hakikatnya, kejayaan-kerajaan negeri yang telah berjaya memperolehi pendapat tanpa teguran daripada Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Tahun 2024, mengukuhkan lagi keyakinan bahawa pengurusan kewangan negeri adalah telus, kukuh dan berada di landasan yang betul dalam menilai angka laporan kewangan serta displin fiskal adalah perkara yang wajar kita insafi bersama. Bidang kewangan kerajaan ini bukan tempat untuk teka-teki atau andaian. Ia memerlukan ilmu, kefahaman dan kewibawaan profesional. Sebab itulah jika kita bukan akauntan, bukan juru audit dan bukan pula Ketua Audit Negara, eloklah kita tidak mendahului atau mengajar mereka dalam perkara yang menjadi bidang kepakaran mereka. Tidak elok.
Dato' Sri minta mencelah.
Boleh, boleh.
Maknanya janganlah pesakit mengajar doktor mengubat.
Betul analogi tu sangat tepat. Pandai Dato' Sri Exco Agama ni, tidak elok untuk kita melebihi mereka yang diberi amanah dan kelayakan untuk menilai. Kerana dalam dunia kewangan dan tatakelola ini, kebenaran tidak lahir daripada suara yang paling kuat. Tetapi daripada fakta yang paling tepat. Setuju Dato' Speaker?
Setuju.
Terima kasih. Lepas ni kita makan nasi tengah hari ya.
Kalau tak setuju, bangun empat lima orang lagi bila nak habis.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Saya juga ingin perbetulkan kenyataan Yang Berhormat Cheka yang menyebut penjawat awam mendapat RM500.00 sebelum ini. Hakikatnya, kerajaan negeri tidak pernah sekalipun mengabaikan kebajikan jasa dan kesetiaan penjawat awam negeri sejak tahun 2022 hingga 2025. Kerajaan negeri secara konsisten menzahirkan penghargaan kepada penjawat awam negeri melalui bantuan khas kewangan yang nilainya jauh lebih besar daripada apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Cheka. Saya dah semak hansard dan memang benar. Yang Berhormat Cheka berkata demikian. Saya ada hansard dia. Saya ingat saya tak perlu bacalah ya. Saya dah minta memang Yang Berhormat. Saya rasa yang hormat keliru mungkin ingat Parlimen
Okay. Saya perbetulkan. Terima kasih.
Ok terima kasih Yang Berhormat macam ni lah kita bagi satu tepukan.
Mengaku salah bukan makna kalah.
Dia tidak gentleman.
Gentleman.
Kita pun kadang-kadang buat silap juga silap.
Kita kena mengaku salah bukan makna kita kalah.
Tetapi saya juga ingin menyatakan di sini Yang Berhormat Speaker bahawa kerajaan negeri selama ini bermula pada tahun 2022 kita bagi RM1,200.00 bantuan khas kewangan kepada penjawat awam di Pahang tahun 2023 kita bagi satu setengah bulan gaji. 2024 satu setengah bulan gaji juga. 2025, satu setengah bulan gaji juga. 2026 dua bulan gaji tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan negeri sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang kita kepada kerajaan negeri tidak juga melupakan kepada penjawat awam persekutuan dengan memberi insentif Khas Pahang 1st berjumlah RM200.00 kepada setiap 18,743 penjawat persekutuan yang berpendapatan di bawah RM3,000.00. Ini adalah komitmen kita, komitmen kerajaan negeri yang sentiasa menghargai penjawat awam sebagai nadi penyampaian perkhidmatan rakyat.
Segala ini membuktikan bahawa kerajaan negeri konsisten bertanggungjawab dan komited bukan sahaja dalam merangka dasar tetapi juga dalam menzahirkan penghargaan kepada mereka yang memastikan dasar ini berjaya dilaksanakan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Setiap tahun Belanjawan Negeri Pahang sentiasa memberi penekanan terhadap usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air. Begitu juga belanjawan 2026 yang digubal dengan tekad yang sama. Peruntukan besar yang diumumkan kerajaan negeri melalui Pengurusan Air Pahang Berhad menunjukkan kesungguhan berterusan kerajaan negeri untuk memastikan rakyat menerima perkhidmatan bekalan air yang lebih stabil, lebih berkualiti dan lebih berdaya tahan.
Suka saya tegaskan di sini kita kini semakin menghampiri tempoh sasaran yang ditetapkan iaitu menyelesaikan 90% isu bekalan air di seluruh negeri Pahang. Alhamdulillah, sehingga November 2025 PAIP telah merekodkan pencapaian 82% kawasan blackspot berjaya diatasi. Ini satu kejayaan besar dan ia dan ianya bukan datang secara kebetulan. Ia adalah hasil kerja keras yang terancang. Tahniah kepada PAIP. Kerajaan negeri dan saya sendiri meneliti setiap laporan pencapaian dengan terperinci. Alhamdulillah, impak yang dinikmati hari ini benar-benar memberi kesejahteraan kepada rakyat. Kawasan yang dahulunya mengalami tekanan rendah, bekalan tidak stabil atau kerap terputus kini telah beralih kepada keadaan yang jauh lebih baik. Antara kawasan yang telah menikmati peningkatan ketara termasuk Kampung Sempadan, Kampung Paya Sendayan dan Kampung Desa Bakti dalam daerah Temerloh. Tanjung Lumpur, Pak Mahat dan Sungai Soi dalam daerah Kuantan. Kampung Cendera, Kampung Rokam, Sungai Calit dan Ulu Atok dalam daerah Raub, Selancar, Chanis, Keratong, Daerah Rompin, Kampung Awah dan Sri Jaya dalam daerah Maran serta Kampung Jambu Rias dan Kampung Sri Telemong dalam daerah Bentong. Dalam banyak program di kampung-kampung, saya sendiri mengambil peluang bertanya kepada penduduk mengenai kualiti perkhidmatan air, alhamdulillah,
rata-rata mengakui perubahan positif lebih stabil, lebih berketekanan dan jauh lebih baik berbanding sebelum ini. Ini bukti yang nyata hasil usaha kerajaan negeri dan PAIP telah dapat dirasai dan dinikmati oleh rakyat negeri Pahang. [Ahli Dewan menepuk meja].
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang serta seluruh warga Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang yang turun padang untuk mendengar sendiri aduan, mendengar cadangan serta pandangan daripada rakyat menerusi program Sentuhan Rakyat Makmur. Menerusi program ini, pelbagai masalah dapat diselesaikan termasuk isu berkaitan bekalan air.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Saya turut mengikuti perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan dengan isu Non-Revenue Water ataupun NRW ataupun air tidak terhasil termasuk paip pecah, paip usang dan kehilangan air secara fizikal. Kerajaan negeri melalui PAIP sentiasa berusaha menurunkan kadar air tidak terhasil ini ke tahap yang lebih baik dan berdaya saing. Untuk makluman rakan- rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, fokus utama sebelum ini adalah untuk memastikan rakyat menerima bekalan air terlebih dahulu. Maka PAIP menyelesaikan permasalahan di peringkat sumber, menstabilkan kapasiti agihan serta memastikan tekanan air mencukupi di seluruh kawasan.
Kini, walaupun isu blackspot terus ditangani dan semakin stabil, PAIP telah bergerak ke fasa lebih proaktif untuk mengurangkan air tidak terhasil. Program ini kompleks dan memerlukan peruntukan yang sangat besar. Namun, kita tetap melaksanakannya secara berfasa agar kewangan PAIP kekal seimbang antara operasi harian, persediaan bekalan masa hadapan dan keberkesanan program pengurangan air tidak terhasil. Pahang mempunyai jajaran paip sepanjang 15,423 km … Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Kuala Lumpur - London tak?
Kuala Lumpur - London
Ya. Ha…
Jauhnya. Kuala Lumpur ke London 10,600 km…
Ha ni… ke mana ni…
… ke mana…
Kalau daripada Kuala Lumpur ke London 10,000km, kalau 15,000 ni…
Kalau 12,000 ke Greenland.
Greenland.
Ha… Greenland.
Saya tak sampai lagi. Speaker sampai dah.
Saya pun belum sampai lagi.
Habis mana Speaker tahu.
Tengok dalam Google. [Ahli Dewan ketawa]
Nak bawa Speaker ya. Jadi kita mempunyai jajaran paip sepanjang 15,423km dan 23% daripadanya adalah paip asbestos-simen ataupun AC yang sudah usang. Ini punca utama berlakunya paip pecah dan kehilangan air fizikal yang menyumbang kepada angka air tidak terhasil yang tinggi. Kalau boleh Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, hajat di hati kami kerajaan negeri semua ni, memang kita nak tukarkan sekali gus paip-paip usang ni. Tetapi untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, tahu tak kosnya berapa kalau kita tukar 15,000km ni?
Berapa Yang Amat Berhormat?
Cuba Speaker teka.
Tak boleh nak teka. Pasal tak ada Google… ChatGPT tak ada.
RM3 bilion.
RM3 billion eh...
Nak tukar semua sekali.
Kita pinjamlah… sebab dia tak defisit [Ahli Dewan ketawa]
Bagus juga cadangan. Walaupun kosnya RM3… RM3 bilion Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, kerajaan negeri yang bertanggungjawab, yang sayang kepada rakyat, ingin melihat rakyat sejahtera mendapatkan bekalan air, kita tetap laksanakan juga tetapi ianya secara berfasa. [Ahli Dewan menepuk]
Untuk tahun 2025 sahaja, PAIP telah menukar paip usang sepanjang 257… sorry… 259.7km termasuk di kawasan Yang Berhormat Tahan di FELCRA Tembeling Tengah. Kita dah tukar Yang Berhormat… Yang Berhormat tahu kan? Setakat ini, alhamdulillah, semua input-input di suarakan Ahli-ahli Yang Berhormat telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan juga PAIP. Kita cakna dan sedang berusaha secara menyeluruh. Berkenaan pertanyaan Yang Berhormat Cheka semalam, kerajaan negeri dan PAIP telah siap laksanakan 3 tangki pra pemendapan ataupun pre-sedimentation tank di LRA Bilut, LRA Semantan dan LRA Kelau di Daerah Raub. Insya-Allah Loji Rawatan Air ini tidak lagi di… tidak lagi dihentikan tugasnya berikutan kekurangan air tetapi kekal beroperasi dan menyalurkan air terawat kepada pengguna.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Untuk tahun hadapan, program akan lebih agresif melalui penukaran paip-paip lama, pembinaan dan baik dan baik pulih District Metered Area atau DMA serta Pressure Management Area (PMA) yang membantu mengesan kebocoran secara lebih efisien. Segala pelaksanaan dan perancangan akan datang ini melibatkan peruntukan sebanyak RM449.5 juta melalui peruntukan dalaman paip, pembayaran sewa pajakan
Pengurusan Aset Air Berhad atau PAAB serta termasuk penerimaan geran Program Non-Revenue Water Kebangsaan daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air ataupun PETRA yang berjumlah RM313 juta. Kerjasama erat kerajaan negeri, PAIP, PAAB dan PETRA, insya-Allah akan menghasilkan kejayaan besar dalam menurunkan kadar air tidak terhasil di negeri Pahang.
Sebagaimana kejayaan mengurangkan blackspot, saya percaya dan yakin PAIP akan mencapai kejayaan dalam pengurangan dalam program Non-Revenue Water ini, rakyat akan menikmati perkhidmatan lebih baik dan PAIP pula dapat beroperasi dengan lebih cekap, mampan dan berdaya saing.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Persidangan kali ini menyaksikan perubahan besar isu bekalan air semakin reda dan tumpuan Ahli-ahli Yang Berhormat pula telah beralih kepada isu air tidak terhasil, paip pecah dan persediaan bekalan masa hadapan. Ini perkembangan yang sangat baik. Saya dan kerajaan negeri amat menghargai segala penghargaan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap perkhidmatan yang semakin baik. Saya juga menyeru semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk terus memberi kepercayaan dan sokongan kepada kerajaan negeri dan juga PAIP.
Perkara yang baik, hebahkanlah kepada rakyat. Perkara yang masih perlu diperbaiki, maklumkanlah kepada kami dengan cara yang matang. Tujuan kita sama iaitu memastikan rakyat mendapat bekalan air yang baik dan berkualiti. Jangan kita hanya memperbesarkan kekurangan sehingga menutup mata terhadap kecemerlangan yang telah pun dicapai. Jangan mengangkat kegagalan kecil hingga menenggelamkan kejayaan besar. Kita mesti adil kepada fakta dan jujur kepada rakyat. Isu air bukan modal politik. Ia keperluan hidup rakyat. Maka biarlah kita mengurusnya dengan rasional, berhemah dan penuh tanggungjawab.
Semoga sasaran menyelesaikan 90% isu bekalan air menjelang akhir tahun 2026 akan tercapai. Bersamalah kita doakan, bersama kita usahakan demi rakyat dan masa depan negeri yang kita cintai.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Memandangkan hari ini hari Jumaat dan saya percaya Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker mahu menyelesaikan aturan mesyuarat sebelum masuknya waktu Zohor. Saya rasa setakat ini sahaja penggulungan yang dapat saya sampaikan pada kali ini. Bagi soalan-soalan tambahan sama ada ketika pertanyaan atau ketika perbahasan, saya akan menjawabnya secara bertulis seperti mana rakan saya daripada Benta semalam. ADUN Benta semalam tunjuk banyak ni…
Yang Amat Berhormat, sikit je…
Tapi saya banyak ni… Sila Cheka.
Er… pada sesi-sesi lalu, semua jawapan-jawapan tu, dia... kami dibekalkan dengan jawapan tersebut. Cuma pada sesi ni kita jawapan yang… yang dibuat oleh semua Exco tidak dibekalkan sebagaimana biasa. Saya mohon kali ini juga dapat dipertimbangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Yang Berhormat Speaker, sila jawab.
Insya-Allah, kita akan bekalkan dengan segera. [Ahli Dewan ketawa]
Di kesempatan ini, saya menghargai komitmen rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dengan semangat yang membina. Perbezaan pendapat itu lumrah, namun yang membezakan kematangan adalah cara ia dibentangkan. Ada yang memberi teguran dengan fakta, ada juga yang lebih gemar menabur keresahan tanpa menyemak kebenaran. Seperti kata orang tua-tua, “jika tidak tahu arah angin, jangan diajar nakhoda mengemudi kapal”. Begitu jugalah dalam soal kewangan, tidak wajar dinilai oleh sesiapa yang tidak memahami layar dan kompasnya.
Selama 5 hari ini, kita bukan sekadar membahaskan angka. Kita sedang menetapkan hala tuju negeri dan masa depan anak-anak Pahang. Tanggungjawab ini tidak boleh dipikul sambil bermain bayang-bayang atau mengejar tepukan politik. Belanjawan bukan pentas membuat gimik, tetapi pelan induk membina negeri untuk tahun mendatang.
Di bawah tema Pahang 1st, “Rakyat Diutamakan, Kemakmuran Dipertahankan”. Kerajaan negeri memilih untuk bergerak dengan keyakinan, bukan ragu-ragu. Kita memilih untuk memimpin, bukan mengikut. Kita memilih untuk bekerja dan bukan berpolitik 24 jam. Kita tidak pernah lari daripada tanggungjawab, kita tidak pernah undur daripada amanah rakyat dan kita tidak pernah berganjak daripada komitmen untuk menjadikan Pahang negeri yang jauh lebih baik daripada apa yang kita warisi. Saya ingin menyeru seluruh rakyat Pahang agar berdiri teguh bersama kerajaan ini, pertahankan kestabilan, pertahankan kemajuan, pertahankan keyakinan bahawa Pahang sedang berada di landasan yang betul [Ahli Dewan menepuk meja]. Landasan yang membawa manfaat kepada seluruh rakyat tanpa ada sesiapa pun yang tertinggal.
Selagi kita bersatu, selagi kita bekerja dengan penuh iltizam, selagi rakyat memberi kepercayaan kepada kerajaan negeri, insya-Allah Pahang akan terus mara, terus maju dan terus makmur. Maka dengan penuh rendah diri dan kesyukuran, saya akhiri penggulungan ini dengan doa semoga Allah SWT terus memelihara negeri Pahang, memperkukuhkan perpaduan, menjauhkan kita daripada fitnah dan niat yang
memecahbelahkan serta memberkati segala usaha kita menuju negeri yang lebih makmur, lebih stabil dan lebih sejahtera demi negeriku Darul Makmur.
Air tasik tidak bergelora, Namun dalam tetap berisi, Ada yang gemar mencipta kata, Kerajaan menjawab dengan realiti.
Sungai Pahang mengalir tenang, Membelah desa menghias bumi, Kerajaan negeri teguh berjuang, Mendahulukan rakyat sepenuh hati.
[Ahli Dewan menepuk meja] Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang atas penggulungan sebentar tadi. Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-undang Perbekalan 2026 telah dibentangkan pada 5 Disember 2025 dan dibahaskan pada 8, 9 dan 10 Disember 2025. Oleh itu, mesyuarat er… Majlis bermesyuarat dalam Jawatankuasa. Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.
[Cokmar diturunkan]
Dalam Jawatankuasa
Jadual B.01 - Majlis Kesultanan Pahang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.01 - Majlis Kesultanan Pahang dibuka untuk dibahaskan.
Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM9,741,127.00 (Ringgit Malaysia: Sembilan Juta Tujuh Ratus Empat Puluh Satu Ribu Satu Ratus Dua Puluh Tujuh Sahaja) untuk Kepala B.01 - Majlis Kesultanan Pahang menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.01 - Majlis Kesultanan Pahang menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.02 - Pejabat Menteri Besar Pahang dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dibuka untuk dibahas.
Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM167,560,324.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Enam Puluh Tujuh Juta Lima Ratus Enam Puluh Ribu Tiga Ratus Dua Puluh Empat Sahaja) untuk Kepala B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.02 - Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri dibuka untuk dibahaskan.
Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM247,460,829.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Empat Puluh Tujuh Juta Empat Ratus Enam Puluh Ribu Lapan Ratus Dua Puluh Sembilan Sahaja) untuk Kepala B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada
Kepala B.03 - Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri dibuka untuk dibahaskan.
Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM1,239,312.00 (Ringgit Malaysia: Satu Juta Dua Ratus Tiga Puluh Sembilan Ribu Tiga Ratus Dua Belas Sahaja) untuk Kepala B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada
Kepala B.04 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.05 - Dewan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.05 - Dewan Negeri dibuka untuk dibahaskan.
Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM12,989,505.00 (Ringgit Malaysia: Dua Belas Juta Sembilan Ratus Lapan Puluh Sembilan Ribu Lima Ratus Lima Sahaja) untuk Kepala B.05 - Dewan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada
Kepala B.05 - Dewan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri dibuka untuk dibahaskan.
Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM79,392,014.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Puluh Sembilan Juta Tiga Ratus Sembilan Puluh Dua Ribu Empat Belas Sahaja) untuk Kepala B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.06 - Jabatan Kerja Raya Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dibuka untuk dibahaskan.
Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM63,276,322.00 (Ringgit Malaysia: Enam Puluh Tiga Juta Dua Ratus Tujuh Puluh Enam Ribu Tiga Ratus Dua Puluh Dua Sahaja) untuk Kepala B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.07 - Jabatan Perhutanan Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri dibuka untuk dibahaskan.
Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM20,854,219.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Juta Lapan Ratus Lima Puluh Empat Ribu Dua Ratus Sembilan Belas Sahaja) untuk Kepala B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.08 - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.09 - Jabatan Pertanian Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.09 - Jabatan Pertanian Negeri dibuka untuk dibahaskan.
Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM36,065,587.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Enam Juta Enam Puluh Lima Ribu Lima Ratus Lapan Puluh Tujuh Sahaja) untuk Kepala B.09 - Jabatan Pertanian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.09 - Jabatan Pertanian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.10 - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.10 - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri dibuka untuk dibahas.
Tiada Perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM33,876,585.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Tiga Juta Lapan Ratus Tujuh Puluh Enam Ribu Lima Ratus Lapan Puluh Lima Sahaja) untuk Kepala B.10 - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.10 - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.11 - Pejabat Daerah dan Tanah Bentong.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.11 - Pejabat Daerah dan Tanah Bentong dibuka untuk dibahaskan.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM8,189,292.00 (Ringgit Malaysia: Lapan Juta Satu Ratus Lapan Puluh Sembilan Ribu Dua Ratus Sembilan Puluh Dua Sahaja) untuk Kepala B.11 - Pejabat Daerah dan Tanah Bentong menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.11 – Pejabat Daerah dan Tanah Bentong menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.12 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.12 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands dibuka untuk dibahaskan.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM7,053,470.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Juta Lima Puluh Tiga Ribu Empat Ratus Tujuh Puluh Sahaja) untuk Kepala B.12 - Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.12 – Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.13 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.13 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut dibuka untuk dibahaskan.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM9,835,459.00 (Ringgit Malaysia: Sembilan Juta Lapan Ratus Tiga Puluh Lima Ribu Empat Ratus Lima Puluh Sembilan Sahaja) untuk Kepala B.13 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.13 - Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.14 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.14 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan dibuka untuk dibahaskan.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM12,311,745.00 (Ringgit Malaysia: Dua Belas Juta Tiga Ratus Sebelas Ribu Tujuh Ratus Empat Puluh Lima Sahaja) untuk Kepala B.14 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.14 – Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis dibuka untuk dibahaskan.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM9,531,307.00 (Ringgit Malaysia: Sembilan Juta Lima Ratus Tiga Puluh Satu Ribu Tiga Ratus Tujuh Sahaja) untuk Kepala B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.15 - Pejabat Daerah dan Tanah Lipis menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.16 - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.16 - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan dibuka untuk dibahaskan.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM10,531,993.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Juta Lima Ratus Tiga Puluh Satu Ribu Sembilan Ratus Sembilan Puluh Tiga Sahaja) untuk Kepala B.16 - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.16 – Pejabat Daerah dan Tanah Pekan menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.17 - Pejabat Daerah dan Tanah Raub.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.17 - Pejabat Daerah dan Tanah Raub dibuka untuk dibahaskan.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM8,534,601.00 (Ringgit Malaysia: Lapan Juta Lima Ratus Tiga Puluh Empat Ribu Enam Ratus Satu Sahaja) untuk Kepala B.17 - Pejabat Daerah dan Tanah Raub menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.17 – Pejabat Daerah dan Tanah Raub menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.18 - Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.18 - Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh dibuka untuk dibahaskan.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM12,272,706.00 (Ringgit Malaysia: Dua Belas Juta Dua Ratus Tujuh Puluh Dua Ribu Tujuh Ratus Enam Sahaja) untuk Kepala B.18 - Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.18 - Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin dibuka untuk dibahaskan.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM9,110,007.00 (Ringgit Malaysia: Sembilan Juta Satu Ratus Sepuluh Ribu Tujuh Sahaja) untuk Kepala B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.19 - Pejabat Daerah dan Tanah Rompin menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B. 20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran dibuka untuk dibahas.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM9,064,392.00 (Ringgit Malaysia: Sembilan Juta Enam Puluh Empat Ribu Tiga Ratus Sembilan Puluh Dua Sahaja) untuk Kepala B. 20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.20 - Pejabat Daerah dan Tanah Maran menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera dibuka untuk dibahaskan. Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM7,217,612.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Juta Dua Ratus Tujuh Belas Ribu Enam Ratus Dua Belas Sahaja) untuk Kepala B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.21 - Pejabat Daerah dan Tanah Bera menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.22 - Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.22 - Pejabat Tanah dan Galian Negeri dibuka untuk dibahaskan.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM17,621,011.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Belas Juta Enam Ratus Dua Puluh Satu Ribu Sebelas Sahaja) untuk Kepala B.22 - Pejabat Tanah dan Galian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.22 - Pejabat Tanah dan Galian Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri dibuka untuk dibahaskan.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM488,716.00 (Ringgit Malaysia: Empat Ratus Lapan Puluh Lapan Ribu Tujuh Ratus Enam Belas Sahaja) untuk Kepala B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.23 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri menjadi sebahagian daripada jadual.
Jadual B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri dibuka untuk dibahaskan.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM160,357,228 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Enam Puluh Juta Tiga Ratus Lima Puluh Tujuh Ribu Dua Ratus Dua Puluh Lapan sahaja) untuk Kepala B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila dinyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.24 - Jabatan Agama Islam Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri dibuka untuk dibahaskan.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM7,556,454.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Juta Lima Ratus Lima Puluh Enam Ribu Empat Ratus Lima Puluh Empat Sahaja) untuk Kepala B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila dinyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.25 - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dibuka untuk dibahaskan.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM19,143,322.00 (Ringgit Malaysia: Sembilan Belas Juta Satu Ratus Empat Puluh Tiga Ribu Tiga Ratus Dua Puluh Dua Sahaja) untuk Kepala B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.26 - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.28 - Jabatan Mufti Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala B Kepala Bekalan B.29… 28 - Jabatan Mufti Negeri dibuka untuk dibahaskan.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM4,280,441.00 (Ringgit Malaysia: Empat Juta Dua Ratus Lapan Puluh Ribu Empat Ratus Empat Puluh Satu Sahaja) untuk Kepala B.28 - Jabatan Mufti Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.28 - Jabatan Mufti Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dibuka untuk dibahaskan.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM9,883,245.00 (Ringgit Malaysia: Sembilan Juta Lapan Ratus Lapan Puluh Tiga Ribu Dua Ratus Empat Puluh Lima Sahaja) untuk Kepala B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.29 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala B... Kepala Bekalan B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri dibuka untuk dibahaskan.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM2,745,452.00 (Ringgit Malaysia: Dua Juta Tujuh Ratus Empat Puluh Lima Ribu Empat Ratus Lima Puluh Dua Sahaja) untuk Kepala B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.31 - Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri menjadi sebahagian daripada Jadual.
Jadual B.32 - Kumpulan Wang Terkanun.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kepala Bekalan B.32 - Kumpulan Wang Terkanun dibuka untuk dibahaskan.
Tiada perbahasan.
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM153,839,700.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh Tiga Juta Lapan Ratus Tiga Puluh Sembilan Ribu Tujuh Ratus Sahaja) untuk Kepala B.32 - Kumpulan Wang Terkanun menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah dipersetujukan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Kepala B.32 - Kumpulan Wang Terkanun menjadi sebahagian daripada Jadual.
Fasal 1 dan Fasal 2.
Fasal 1 dan Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Undang-undang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang itu dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Majlis bermesyuarat semula majlis ber… majlis bersidang semula dalam... sebagai Majlis Mesyuarat.
[Cokmar dinaikkan semula]
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa “Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan tahun 2026 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu”, telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon izin menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2026 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Rang Undang-undang ini dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Menimbang Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2026Motion
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan 2026 bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.
Perkara Keempat: Menimbang Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2026.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul Anggaran Pembangunan dan Perbekalan Air 2026 telah dibentangkan, disokong dan dibahaskan pada 5, 8, 9 dan 10 Disember 2025. Seramai 34 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam
perbahasan tersebut. Soalannya sekarang ialah usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Usul diluluskan.
Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita beralih kepada Aturan Urusan Mesyuarat selanjutnya.
Perkara Kelima (1): Usul. Usul Penubuhan Kumpulan Wang Amanah Pemulihan Bersama Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Pahang Di Bawah Seksyen 10 Aktа Татаcara Kewangan 1957. Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya mohon izin untuk membawa satu usul Dewan yang mulia ini yang berbunyi: "Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(b) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) yang mana ia selari dengan ketetapan dalam Enakmen Mineral 2001 Klausa 129, bersetuju menubuhkan "Kumpulan Wang Amanah Pemulihan Bersama".
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang Pertama 2014 pada 9 Januari 2014 telah menimbang Kertas Cadangan daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang bersetuju supaya Kerajaan Negeri Pahang menubuhkan Kumpulan Wang... Kumpulan Wang Amanah Pemulihan Bersama ini ditubuhkan bertujuan untuk memper... memperakaunkan semua dan perbelanjaan bagi maksud pemulihan tanah lombong yang menjadi subjek kepada pajakan melombong yang membenarkan pengendalian berskala kecil. Kumpulan Wang ini hendaklah dikreditkan dengan wang sumber-sumber berikut, satu, fi pemulihan yang kena bayar seperti yang telah ditetapkan di dalam subseksyen (4) Enakmen Mineral 2001 negeri Pahang pada kadar 1% daripada nilai jualan kasar semua mineral yang didapatkan dalam suatu tahun kalendar dari tanah lombong yang tertakluk kepada pajakan itu. Tertakluk kepada sebarang pindaan yang diputuskan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Kedua, apa-apa pinjaman atau pemberian daripada kerajaan persekutuan. Ketiga, faedah dari simpanan tetap. Keempat, sebarang sumber lain yang diputuskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Kumpulan Wang hendaklah ditadbirkan oleh satu jawatankuasa yang dianggotai oleh Yang Berhormat Pengerusi… Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pengerusi. Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri sebagai Timbalan Pengerusi. Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang sebagai ahli. Pengarah Jabatan Alam Sekitar sebagai ahli. Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran sebagai ahli. Pentadbiran Tanah Daerah sebagai ahli. Badan kawal Selia sebagai… Badan Kawal Selia Air sebagai ahli. Pengarah Jabatan Mineral dan Geologi sebagai ahli. Pengarah Hutan sebagai ahli. Pengarah Tanah dan Galian Pahang sebagai Setiausaha.
Wang dan Kumpulan Wang ini hendaklah dibelanjakan bagi tujuan-tujuan berikut, pertama, pembiayaan dan pembelian barang-barang serta perkhidmatan bagi tujuan penyediaan dan pelaksanaan pelan pemulihan seperti di bawah Seksyen 129 (7) Enakmen Mineral 2001 iaitu, A) Pembelian peralatan-peralatan bagi tujuan pemulihan lombong. B) Pembelian t-shirt, seluar dan kasut bagi menjalankan tugas-tugas operasi penguatkuasaan dan pemulihan-pemulihan lombong. C) Sewaan kenderaan, jentera dan alat pengangkut. D) Pembelian aset serta pembelian aset seperti kenderaan bagi melaksanakan operasi penguatkuasaan di bawah Enakmen Mineral 2001 Negeri Pahang. E) Perbelanjaan makan dan minum elaun penceramah, peralatan dan cenderahati bagi mesyuarat, kursus, taklimat dan lawatan yang diadakan untuk tujuan yang sama. F) Lain-lain pembelian barang dan perkhidmatan bagi tujuan yang sama. 2, lain-lain perbelanjaan yang diputuskan oleh jawatankuasa seumpama; A) Emolumen bagi lantikan kontrak. B) Pembiayaan kontraktor Luar. C) Pembiayaan… pembiayaan tuntutan elaun perjalanan dan elaun lebih masa. D) Pelaburan Simpanan tetap. E) Lain-lain perbelanjaan yang diluluskan oleh jawatankuasa.
Penubuhan Kumpulan Wang ini akan memberi gambaran sebenar berkaitan penyaluran sebagaimana subseksyen (4) Enakmen Mineral 2001 negeri Pahang.
Ia juga bertujuan memastikan rekod-rekod kewangan diperakukan dengan teratur dan mematuhi semua prosedur kewangan bagi menguruskan perbelanjaan Kumpulan Wang Amanah Pemulihan bersama.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(b) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61), yang mana ia selari dengan ketetapan dalam Enakmen Mineral 2001 Klausa 129 bagi menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Pemulihan Bersama.
Saya berharap Usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan Yang Mulia ini. Saya mohon mencadang.
Ada ahli yang menyokong?
Yang Berhormat Dato’ Sri…
Yang Berhormat Dato’ Sri, sebentar. Sebelum disokong, saya ingin… saya tahu adinda… tujuannya agak baik sebagai dibentang tapi kami tidak dibekalkan dengan Usul tersebut. Kita tak tahu pun, baru hari ini dengar melalui pembentangan dalam Dewan, tapi ADUN-ADUN kita semua tak dibekalkan dengan detail tentang akaun yang nak ditubuhkan. Jadi, saya fikir kalau boleh dipertimbangkan walaupun saya tahu penubuhan Kumpulan Wang Amanah ini, tujuannya baik tapi atas kebertanggungjawaban semua Ahli Dewan, sepatutnya dia dibekalkan dulu untuk kita teliti bagi kita nak sokong atau pun kita nak beri cadangan balas. Itu pandangan saya sebab kami tidak dibekalkan dokumen. Terima kasih.
Ada yang menyokong?
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Saya mohon menyokong Usul itu.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengucap… Usul ini…
Usul ini dibuka untuk dibahaskan, baru kita bahas dulu. Sekarang ni, Dato’ Speaker Usul ini dibuka untuk dibahaskan. Jika ada perbahasan. Sila.
Yalah, sebab itu saya bangkit awal supaya kita nak sokong pun, kalau dokumen tak ada macam mana kita nak sokong, sebab itu saya… saya minta maaflah. Saya sebut, bukan… bukan untuk mengganggu kelancaran majlis sebab kita masa pun lewat. Tapi oleh kerana kami tidak dibekalkan dengan sebarang dokumen yang dibaca oleh Yang Berhormat Exco menyebabkan kita terkeliru. Apa, er.. contoh sebagai contoh, di antara dana yang akan dimasukkan dalam… dalam Usul penubuhan kumpulan ialah semua pinjaman dan pemeliharaan er… semua pinjaman dan pemberian kerajaan persekutuan. Dia sangat general, semua pinjaman dan pemberian kerajaan persekutuan, masuk dalam akaun ni. Jadi saya fikir kita harus detailkan pemberian apa sebenarnya dari persekutuan. Contoh untuk perlombongan, saya fikir lebih spesifik berbanding yang terlalu general yang menyebabkan kita… kadang-kadang er…dia bila, dia terlalu…terlalu besar sangat akhirnya kita payah dalam pengurusan pihak pengurusanlah nanti. Ini pandangan sayalah. Minta maaf.
Terima kasih kepada rakan daripada Cheka. Sebenarnya apa namanya Kumpulan Wang Amanah ini, kita wujudkan bagi memastikan kerja-kerja perlombongan itu dapat
dikawal dengan sempurna dan jangan ada berlaku sebarang perkara-perkara yang tidak diingini. Dan sebenarnya setiap kali apa namanya projek perlombongan ataupun apa projek-projek yang berkaitan dengan mineral, apabila kita ada pemaju-pemaju yang mengusahakan, kita akan adakan ketetapan bayaran yang perlu dibayar sebagai cagaran supaya jika ada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, kekotoran, percanggahan daripada segi alam sekitar, mereka. Perkara ini perlu di diusahakan dipulihkan dengan kerjasama pihak kerajaan. Jadi, wang itu perlu ditabungkan dengan bawah seksyen yang kita sebutkan di dalam Usul tadi.
Jadi untuk kita sebarkan perkara ini dan kita berikan kepada… bila kita ada kumpulan kewangan itu, kita tidak ada masalah untuk maklumkan. Sebagai mana dalam laporan kewangan yang biasa kita buat. Jadi ini di peringkat awal kita cadangkan dulu kepada Dewan dan, kita apa namanya bawa sebab kita sedia maklum kita semuanya di Pahang ini ada banyak mineral dan banyak sumber-sumber alam yang kita usahakan di bawah kerajaan dan kita apa kita minta benda ini dibuat penjagaan dan penyeliaan… penyeliaan yang lebih rapi. Saya serahkan kepada pihak Dewan. Saya rasa benda ini dah diterima oleh rakan daripada ADUN Lantikan sebagai sokongan dan terserah kepada Ahli-ahli Dewan dan benda ini telus, insya-Allah. Terima kasih Dato’ Sri Speaker.
Terima kasih Dato’ Sri Speaker, saya rasa ini urusan aturan mesyuarat, sebab kami tidak ada sebarang dokumen. Saya tak pasti yang lain-lain. Saya memang tak ada, tapi bila saya baca aturan urusan mesyuarat, ada 2 Usul hari ini. Satu yang ini, kemudian lepas ini, Usul Siling Peruntukan Negeri bagi projek pembangunan dan perbekalan. Kedua-dua ni kami tidak dibekalkan sebarang rujukan untuk dibahaskan ataupun untuk tujuan nak… nak rujukan kamilah. Jadi saya harap, saya mencadangkan supaya Usul ni kita tangguh bawa pada sidang akan datang dengan aturan dan urusan yang lebih teratur supaya kita boleh fahamlah. Kita bukan… bukan macam Yang Berhormat Cheka sebut... kita bukan nak menentang penubuhan bukan nak ni... cuma kita nak ada aturan dan urusan itu tertib dalam erti kata lain. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sememangnya kita maklumkan di dalam er… di dalam apa nama aturan mesyuarat. Amalannya sebelum ini, kita tidak pernah edarkan. Amalannya. Dah kita sejak tahun 2020, bila mula pembangkang ada sini, tak pernah pun menjadi masalah, tapi pada hari ini. Walau bagaimanapun, insya-Allah kita akan review perkara tersebut tetapi saya mencadangkan untuk meneruskan Usul ini. Masalahnya ialah Usul ini telah dicadangkan dan disokong. Soalnya sekarang ialah usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapat kelulusan.
Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”. Ahli ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Usul tersebut diluluskan.
Perkara kelima (2): Usul
Usul Siling Peruntukan Negeri bagi Projek Rancangan Negeri Pahang Tahun 2026 - 2030 (RNP 2026 - 2030). Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya mohon izin untuk membawa satu usul di Dewan yang mulia ini yang berbunyi:
"Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 9, Akta Kumpulan Wang Pembangunan Negeri dan mengikut ketetapan yang menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Perbekalan Air, dengan ini bersetuju meluluskan:
“Siling Peruntukan Negeri bagi Projek Rancangan Negeri Pahang Tahun 2026 - 2030 (RNP 2026 - 2030)”.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Bilangan 38/2025 pada 22 Oktober 2025, Perkara A5, telah mengambil maklum akan senarai Projek Rancangan Pembangunan Negeri Pahang seperti dokumen Penyediaan Siling Peruntukan Negeri Projek Rancangan Pembangunan Negeri Pahang Tahun 2026 - 2030 (RNP 2026 - 2030) daripada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang untuk menetapkan had siling peruntukan negeri bagi Projek Rancangan Pembangunan Negeri Pahang Tahun 2026 - 2030 (RNP 2026 - 2030).
Secara keseluruhannya perancangan projek Rancangan Pembangunan Negeri Pahang melibatkan kos berjumlah RM3,272,907,490.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Bilion, Dua Ratus Tujuh Puluh Dua Juta Sembilan Ratus Tujuh Ribu Empat Ratus Sembilan Puluh) dengan pecahan kos siling keseluruhan setiap jabatan/agensi seperti yang berikut.
Yang pertama, Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri RM416,820,010.00 (Ringgit Malaysia: Empat Ratus Enam Belas Juta Lapan Ratus Dua Puluh Ribu Sepuluh sahaja). Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri RM203,440,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Tiga Juta Empat Ratus Empat Puluh Ribu sahaja). Jabatan Kerja Raya Negeri RM498,529,900.00 (Ringgit Malaysia: Empat Ratus Sembilan Puluh Lapan Juta Lima Ratus Dua Puluh Sembilan Ribu Sembilan Ratus sahaja). Jabatan Perhutanan Negeri RM52,282,400.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Dua Juta Dua Ratus Lapan Puluh Dua Ribu Empat Ratus sahaja). Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri RM45,528,900.00 (Ringgit Malaysia: Empat Puluh Lima Juta Lima Ratus Dua Puluh Lapan Ribu Sembilan Ratus sahaja). Jabatan Pertanian Negeri RM113,350,005.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Tiga Belas Juta Tiga Ratus Lima Puluh Ribu Lima sahaja). Jabatan Pengairan dan Saliran RM392,003,455.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sembilan Puluh Dua Juta Tiga Ribu Empat Ratus Lima Puluh Lima sahaja). Jabatan Agama Islam Negeri RM610,801,000.00 (Ringgit Malaysia: Enam Ratus Sepuluh Juta Lapan Ratus Satu Ribu sahaja). Jabatan Kehakiman Syariah Negeri RM44,105,900.00 (Ringgit
Malaysia: Empat Puluh Empat Juta Satu Ratus Lima Ribu Sembilan Ratus sahaja). Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri (Pinjaman) RM896,045,920.00 (Ringgit Malaysia: Lapan Ratus Sembilan Puluh Enam Juta Empat Puluh Lima Ribu Sembilan Ratus Dua Puluh sahaja).
Senarai projek serta kos akan dikemaskini dan disemak mengikut keperluan semasa dan keutamaan negeri sebelum kelulusan bajet setiap tahun dibuat semasa Mesyuarat Dewan Negeri Pahang dan sebarang perubahan dan penambah… penambah… penambahan tajuk projek hanya memerlukan kelulusan Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Pahang atas syor Timbalan Setiausaha Kerajaan, Bahagian Pembangunan ataupun Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri berdasarkan siling jabatan atau agensi yang diluluskan di peringkat Dewan Negeri Pahang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya mohon mencadangkan supaya Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 9, Akta Kumpulan Wang Pembangunan Negeri dan mengikut ketetapan yang menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Perbekalan Air, dengan ini bersetuju meluluskan:
“Siling Peruntukan Negeri Bagi Projek Rancangan Negeri Pahang Tahun 2026-2030 (RNP 2026 - 2030)”.
Saya berharap usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan yang mulia ini. Saya mohon mencadang.
Ada Ahli yang menyokong?
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon menyokong usul itu.
Usul ini dibuka untuk diperbahaskan. Perbahasan.
Sikit je saya sebagaimana yang telah dinyatakan oleh ADUN Beserah. Dokumen kita tak ada, namun kita penuh yakin dan percaya pertimbangan telah pun dibuat oleh pihak pentadbir kerajaan negeri dan kewangan negeri berdasarkan jumlah-jumlah yang diperuntukkan. Maka oleh kerana dia meletakkan siling bagi kami tiada isulah, tiada masalah dan kita menyokong usul tersebut. Terima kasih.
Masalahnya ialah usul ini telah dicadangkan dan disokong. Soalnya sekarang ialah usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapat kelulusan.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”.
Tiada.
Usul tersebut diluluskan.
Urusan-urusan Am
Perkara keenam: Urusan-urusan Am. Kertas-kertas Mesyuarat.
Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pahang 2024 DN 30/2025
Laporan Ketua Audit Negara 3/2025 Negeri Pahang DN 31/2025
Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang 2024 DN 32/2025
Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 DN 33/2025
Laporan dan Penyata Kewangan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024 DN 34/2025
Penyata Kewangan Perbadanan Stadium Darul Makmur bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 DN 35/2025
Penyata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri: Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2024 Siri 3 - Aktiviti Jabatan/Agensi Negeri Pahang DN 36/2025
PenangguhanAdjournment
Perkara ketujuh: Penangguhan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya mahu membawa cadangan bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Alhamdulillah, kita dah sampai ke penghujung. Insya-
Allah, saya akan berhenti sebelum masuk waktu Zohor. Satu… satu minit satu dua minit lebih kurang macam tulah dan persidangan kita pada kali ini nampaknya begitu sarat dengan perbahasan, pandangan dan teguran yang membina yang membuktikan bahawa Pahang adalah negeri yang stabil, matang dan ditadbir oleh kerajaan negeri yang tahu ke mana hala tujunya.
Pada persidangan kali ini saya kira antara perkara yang menarik perhatian adalah warna-warni persidangan yang pelbagai. Ahli-ahli Yang Berhormat memperlihatkan kematangan, berfikiran terbuka, berjaya mengawal emosi dan sekali gus dapat membuktikan masyarakat di luar sana. Sidang Dewan Negeri Pahang berlangsung dalam suasana yang sangat harmoni, apatah lagi kebolehan Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan Yang Berhormat Timbalan Speaker yang berjaya menggunakan persidangan ini begitu baik sekali dan sepatutnya diberi penghargaan oleh Ahli-ahli Dewan [Ahli Dewan menepuk meja].
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Senyum sampai ke telinga Speaker. Berbeza pandangan adalah fitrah kehidupan. Apatah lagi masing-masing dengan ideologi… ideologi politik yang tidak selari antara satu sama lain. Sudah tentulah sekali usikan seperti kaki claim adalah warna-warni yang mengindahkan dewan dengan singgungan dalam senyuman. Sesekali suasana Dewan agak panas, sesekali suara meninggi, sesekali jelingan mata tajam menikam tetapi silaturahim dijaga dengan rapi [Ahli Dewan menepuk meja]. Di luar Dewan, sesama kita tetap bertegur sapa duduk semeja, berbual sambil menghirup secawan kopi manis semanis pengalaman yang dikutip sepanjang perjalanan sebagai seorang Yang Berhormat dan melupakan seketika perselisihan pendapat di dalam Dewan. Di sini biarpun sering berting… bertingkah tapi ia mengajar erti muhasabah. Di sini biarpun sering berdebat usah silu tangan dijabat. Di sini, rakyat melihat kita semua mencari kata sepakat.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya sangat menghargai sokongan rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap Belanjawan Negeri Pahang untuk tahun 2026 bertemakan ‘Pahang 1st: Rakyat Diutamakan, Kemakmuran Dipertahankan’. Sokongan ini, ia bukan sekadar kelulusan prosedur. Ia adalah isyarat bahawa dasar kerajaan negeri ini diyakini dan dihormati. Belanjawan ini dibina atas fakta dan realiti bukan retorik yang indah pada perkata tetapi kosong pada tindakan. Kita tidak menjual mimpi, kita membina negeri. Justeru, sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap Belanjawan ini menzahirkan perbezaan besar antara kerajaan yang bekerja dan pihak yang hanya mencari ruang untuk menimbulkan keraguan. Saya percaya rakyat Pahang melihat kematangan ini.
Mereka mahu kerajaan yang memberi kepastian, bukan kekeliruan. Mereka mahu kestabilan bukan kekecohan. Dan alhamdulillah, Dewan ini memilih untuk mengangkat kepentingan rakyat mengatasi politik kepartian. [Ahli Dewan tepuk meja] Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, kita kini berhadapan dengan monsun timur laut yang bermula dari bulan November 2025 sehingga Mac 2026. Saya ingin mengingatkan semua Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa ketika rakyat berdepan risiko banjir ini bukan waktu untuk menuding jari atau mempolitikkan musibah. Ini adalah waktu untuk bekerja.
Kerajaan negeri telah bersiap siaga lebih awal. Pangkalan hadapan telah dipenuhkan keperluan, pusat pemindahan sementara telah disiapkan dan pasukan keselamatan telah pun digerakkan. Saya menyeru rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat
memainkan peranan menasihati penduduk di kawasan masing-masing. Keselamatan nyawa tidak boleh dipertaruhkan demi naratif politik. Saya juga melahirkan rasa simpati kepada penduduk yang terjejas akibat bencana banjir yang berlaku baru-baru ini ekoran berlakunya ribut tropika senyar.
Kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri akan membantu mempermudahkan urusan penduduk terjejas. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Saya rasa setakat ini sajalah ucapan penangguhan pada kali ini. Saya lagi sekali ucapkan syabas dan tahniah pada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan Yang Berhormat Timbalan Speaker atas kecemerlangan mengendalikan persidangan kita ini. [Ahli Dewan tepuk meja] Begitu juga terima kasih sekali lagi saya ucapkan atas keterlibatan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam persidangan kita pada kali ini.
Di kesempatan ini juga, saya merakamkan penghargaan kepada Setiausaha Dewan serta kakitangan di bawahnya, serta kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, serta Pejabat Kewangan dan Perbandaran Negeri Pahang atas komitmen tinggi dan usaha gigih bagi memastikan kelancaran persidangan ini. [Ahli Dewan tepuk meja] Ucapan terima kasih juga kepada semua ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan [Ahli Dewan tepuk meja] serta agensi-agensi kerajaan yang telah menyediakan butiran yang diperlukan kepada pihak kerajaan negeri untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dibangkitkan. Saya juga berterima kasih kepada anggota Polis Diraja Malaysia, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia, petugas Jabatan Kesihatan dan petugas Jabatan Kerja Raya serta semua pihak yang telah membantu melancarkan persidangan ini. [Ahli Dewan tepuk meja]
Tidak dilupakan juga terima kasih kepada petugas-petugas media [Ahli Dewan tepuk meja] yang memberikan liputan sepanjang persidangan ini berlangsung. Insya-Allah kita akan kembali semula ke Dewan yang mulia ini pada persidangan yang akan datang. Saya berdoa semoga rakan-rakan Ahli Yang Berhormat selamat pulang ke kawasan masing-masing dan laksanakanlah tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaik- baiknya.
Rakyat sedang memerhati dan mereka berhak melihat kita bekerja dengan kesungguhan. Semoga Allah Subhana Wata'ala memimpin usaha kita memelihara negeri ini dari musibah dan memberkati setiap ikhtiar untuk kemakmuran negeri dan kesejahteraan negeri Pahang Darul Makmur.
Pagi Meranum sinar menyapa, Bayu lembut menyentuh rimba, Sidang selesai tugas menjelma, Amanah rakyat tetap utama.
Bunga padi kuning berseri, Ditiup angin di tanah rata, Sidang berakhir tugas berdiri, Harapan rakyat kita junjung bersama.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Saya mohon membawa cadangan bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang. [Ahli Dewan tepuk meja] Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya mohon menyokong cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang. Terima Kasih
Terima kasih Yang Berhormat Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Yang Berhormat. Alhamdulillah, kita telah pun selesai ke penghujung Persidangan Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang ke-15. Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dan komitmen yang amat baik kepada saya. Yang lebih penting adalah, yang lebih mustahak adalah menghormati, menghargai, memahami dan meletakkan Dewan yang mulia ini di atas landasan yang betul dan penuh berintegriti.
Hari ini kita menutup satu lagi babak dalam perjuangan kita sebagai wakil rakyat dalam setiap keputusan yang kita buat tersimpan harapan rakyat yang kita wakili. Kita hadir bukan sekadar memenuhi tuntutan undang-undang tetapi kerana kita sedar beratnya amanah di pundak kita membawa suara, impian dan masa depan mereka harap yang mereka berharap kepada kita. Sidang ini menyaksikan perbezaan pandangan dan perbincangan yang matang namun kita tetap bersatu dalam matlamat memperjuangkan kesejahteraan rakyat. Setiap keputusan bukan angka semata-mata tetapi gambaran nasib dan kehidupan mereka yang mengharapkan perhatian kita.
Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan kerajaan negeri terutama sekali Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di atas kejayaan membentangkan Belanjawan Negeri Pahang yang tertinggi dalam sejarah. Tanda keyakinan kita terhadap hala tuju pembangunan negeri kita. Terima kasih kepada semua Ahli - ahli Yang Berhormat yang atas komitmen perbahasan yang bertanggungjawab serta setiap pengorbanan yang tidak selalu terlihat. Penghargaan juga ditunjukkan kepada semua pengawal dan petugas yang mempastikan sidang berjalan lancar serta keluarga kita yang sentiasa memahami tuntutan tugas.
Walaupun sidang berakhir hari ini, tanggungjawab kita tidak pernah tamat. Kita akan terus bekerja dan berjuang demi sebuah negeri yang makmur, masyarakat yang bersatu dan masa depan yang lebih sejahtera. Saya mohon maaf atas tutur kata yang mungkin menyinggung perasaan semasa persidangan ini. Sebelum mengakhiri saya mengucapkan selamat Tahun Baru 2026. Sebaik, semoga membawa keberkatan dan semangat baru kepada kita semua. Redup senja. Saya nak berpantunlah pasal Yang Amat Berhormat selalu berpantun saya tak pernah berpantun. Ini satu sejarah ini.
Redup senja mengait megah, Angin lalu menyentuh rasa, Amanah rakyat kita junjung bersama, Semoga negeri makmur sentiasa.
Ranting tualang teguh berdiri, Ditiup angin lembut berlalu, Tahun baru hadir memberi, Membawa erti semoga berusaha diberkati Allah selalu.
Dengan ini, saya menangguhkan sidang Dewan Undangan Negeri Pahang. Terima kasih dan selamat pulang dengan penuh harapan dan azam baru. Sekian Wabillahi Taufiq wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Persidangan ditangguhkan.
[Persidangan Dewan Negeri ditangguhkan]