Pahang · 12 May 2026
15th Assembly, 5th session, 1st meeting · 392 turns · 44,640 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri Pahang, Wisma Sri Pahang. Kuantan
Hari Kedua (Selasa) : 12 Mei 2026 (Selasa)
Bersamaan 24 Zulkaeddah 1441 Hijrah
Masa
: 9.30 pagi
DOA
Perkara Pertama: Bacaan Doa.
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Marilah kita sama-sama memulakan mesyuarat kita dengan membaca Ummul Kitab Al-Fatihah. Alhamdulillah [bacaan al-Quran]. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepadaNya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir masalah masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon dianugerahkan TaufikMu, dipohonkan menyuluh memandu ketika kami berunding menimbang bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk- penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenankan. Amin Ya Rabbal A’lamin.
Pertanyaan-Pertanyaan kepada Menteri BesarQuestions
Perkara Kedua: Pertanyaan-Pertanyaan kepada Menteri Besar.
Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur kepada Allah SWT kerana dapat meneruskan persidangan pada hari ini. Saya lihat kita semua bersedia, 3 hari saya bagi cuti. Ya, untuk kita er...meneruskan persidangan kita untuk er...hari, hari Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Walau bagaimanapun, jika sekiranya tidak kita tak sempat habis. Saya akan menyambungnya pada hari Isnin, Selasa, Rabu minggu depan. Sekiranya tak habis yang ini, ini adalah kuasa dewan Pengerusi, kuasa Speaker dan kita akan pastikan semua orang akan berpuas hati dengan persidangan ini. Tak nak lagi cakap di luar lain, cakap di dalam lain.
Pada kesempatan ini, saya bagi pihak Dewan Negeri Pahang merafak sembah menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Sultan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas limpah perkenan. Baginda menyempurnakan Istiadat
Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15. Sebagai Speaker Dewan Negeri, saya menyeru Ahli-ahli Dewan agar terus mengamalkan budaya politik matang, berhemah dan saling hormat menghormati.
Perbezaan pandangan hendaklah menjadi kekuatan untuk kita memperkayakan perbahasan, bukannya menjejaskan perpaduan dan keharmonian sidang dewan seperti yang disebut ada adab (bacaan ayat Arab), adab-adab berbeza pandangan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian pada, Pahang pada hari ini menunjukkan pencapaian membanggakan. Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar berjaya merekodkan peningkatan hasil negeri yang kukuh sekaligus membolehkan lebih banyak manfaat disalurkan kepada rakyat melalui Inisiatif Makmur Pahang. Sebanyak RM84.59 juta diperuntukkan tahun ini bagi membantu rakyat menerusi pelbagai program kebajikan, pendidikan, keusahawanan, kesejahteraan sosial. Dalam sektor agama pula, sebanyak RM19.53,53 juta diperuntukkan bagi memperkasakan institusi Islam termasuk bantuan kepada masjid dan surau, maahad tahfiz muallaf serta pelbagai program kebajikan rakyat. Pahang terus mencatat pertumbuhan pelaburan yang positif khususnya dalam sektor perindustrian, teknologi hijau, pelancongan dan pertanian moden. Kestabilan politik dan pentadbiran cekap telah meningkatkan keyakinan pelabur terhadap negeri ini. Namun, kita juga harus berdia, bersedia menghadapi cabaran global termasuk konflik antarabangsa yang berikan kesan kepada ekonomi dunia. Kenaikan harga barang serta kos sara hidup. Oleh itu, Dewan Negeri Pahang terus memainkan peranan mempastikan dasar negeri kekal mampan, berdaya tahan dan berpaksikan kepentingan rakyat.
Marilah kita sama-sama menjunjung amanat rakyat dengan penuh integriti dan menjadikan Dewan Negeri sebagai institusi demokrasi matang, berwibawa dan dihormati dengan semangat muafakat dan kerjasama semua pihak. Saya yakin Pahang akan terus maju, aman dan makmur. Ahli-ahli Berhormat sekalian sebelum meneruskan sesi pertanyaan. Saya ingin memaklumkan bahawa saya akan menghadkan pertanyaan lisan kepada beberapa pertanyaan sahaja. Pertanyaan tersebut mestilah ringkas padat supaya kita dapat bersidang dalam masa yang ditetapkan. Baiklah, sekarang saya ingin menjemput Ahli Berhormat dari kawasan er...Sabai untuk mengemukakan pertanyaan pertama, sila.
Salam Sejahtera, selamat Pagi, Salam Pahang 1st. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Soalan saya nombor 1.
[ Adakah tahap perkembangan dan pelaksanaan projek-projek Rancangan Tebatan Banjir di seluruh Negeri Pahang?]
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT, selamat pagi, salam sejahtera, salam Maju Terus Pahang, salam Pahang1st. Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Sabai yang bertanya berkenaan dengan perkembangan serta pelaksanaan projek-projek rancangan tebatan banjir di seluruh negeri Pahang. Untuk makluman Yang Berhormat, projek rancangan tebatan banjir adalah sebanyak 18 projek yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri merangkumi Rancangan Malaysia Ke-12 dan Rancangan Malaysia Ke-13 dengan nilai kos
keseluruhan berjumlah RM3.184 bilion dan sedang giat dilaksanakan di seluruh negeri Pahang. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, daripada jumlah tersebut sebanyak 11 projek yang telah bermula secara fizikal, di tapak 6 projek yang masih dalam proses reka bentuk dan 1 projek yang baru sahaja diluluskan dalam Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-13. Senarai projek tersebut banyak Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, ada projek yang telah bermula secara fizikal di tapak ada 11. Yang antaranya ialah di er... menyiapkan baki kerja bagi Rancangan Tebatan Banjir Bandar Pekan. Selain daripada itu, pembangunan.
Pekan ini memang selalu banjirlah.
Ya.
Pasal air semua daripada hulu itu akan, akan hanyut ke hilir.
Betul, yang kedua Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu di Sungai Kuantan dan juga di daerah Temerloh. Ada.
Ini di Sungai Semantan.
Ya.
Yang Amat Berhormat, kita pun samalah kalau batu kapur dengan er...apa nama Sungai Buloh itu, dia memang setiap tahun kena banjir.
Ada 11 lah termasuk di Lipis pun ada, di Bera pun ada. Yang Berhormat Speaker, ya. Manakala projek yang dalam proses reka bentuk ada, ada 6. Er…di Temerloh ada Semantan, di Bentong pun ada. Yang ada di Bentong. Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Pahang RM227 juta kos projek. Seterusnya di Dong, Raub pun ada, di Lipis pun ada. Di Sungai Jempul, Sungai Luit pun ada. Manakala yang diluluskan satu dalam Rolling plan Pertama Projek Pembinaan Ban Banjir ni, di daerah
Lipis RM14.6 juta. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Jadi Alhamdulillah kosnya melibatkan 3.184 bilion seperti mana yang saya nyatakan tadi, satu angka yang cukup banyak dan saya yakin ianya dapat mengurangkan risiko banjir di negeri Pahang. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan Dato' Sri. Er… saya difahamkan rancangan tebatan banjir di Sungai Bentong daerah Bentong telah bermula pada November 2025. Er… Bilakah projek itu dijangka dapat disiapkan dan apakah skop utama projek serta manfaatnya kepada penduduk daerah Bentong. Sekian.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, projek ini dijangka siap pada bulan 11 2029. Insya-Allah. Sekiranya semua berjalan dengan lancar, kontraktor yang bagus yang dipilih dan tidak ada masalah di luar faktor kawalan kita lah dan manakala skopnya bila kita buat tebatan banjir ini antaranya sudah tentulah kita mendalamkan sungai Yang Berhormat Adun daripada Sabai. Kita nak dalamkan sungai, jadi boleh air lalu dengan dengan laju.
Pasir kita boleh jual. Sepatutnya lah.
Pasir bab lain. Ini bab Rancangan Tebatan Banjir (RBT) [Adun ketawa] dan selain daripada itu, kita akan membina ban banjir. Kita mengukuhkan tebing-tebing sungai dalam masa yang sama kita boleh naikkan empangan di Repas Baru dan lama di Perting dan Kelau di kawasan Yang Berhormat Sabai ye? Jadi saya yakin lah Yang Amat Berhormat dengan adanya tebatan
Yang Berhormat Sabai, bila nak jawab tu elok la bangun bangun, cuba bangun. Haa... tahun Ke-5 saya nak ajar disiplin sikit.
Speaker nampak garang sikit pagi ni?
Yang Berhormat?
Nampak cengeng sikit.
Kena cengeng. [Ahli Dewan Ketawa]
Jadi Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Speaker, ini semua dibuat kita yakin akan membolehkan mengurangkan risiko banjir di kawasan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi dan ini juga menunjukkan Yang Berhormat daripada Sabai ini cukup prihatin dengan masalah di kawasannya dan saya sangat yakin dengan adanya Rancangan Tebatan Banjir di sungai Bentong ini, insya-Allah Yang Berhormat daripada Sabai ini kalaulah dia bertanding lagi pastinya sekarang ini majoriti dia kecil sangat, saya yakin Yang Berhormat Speaker akan bertambah-tambah majoritinya kerana ada hasil air tangan beliau Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Insya-Allah.
Yang Berhormat tau tak kenapa saya cengeng? Saya dah makan ubat.
Dato’ Sri Speaker, soalan tambahan kedua Dato’ Sri. Semenjak pelaksanaan projek tebatan banjir yang telah diluluskan dan disiapkan sepenuhnya, apakah projek tersebut berjaya mengurangkan impak banjir di kawasan hotspot yang dikenalpasti dan berikan contoh yang sewajarnya? sekian.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya dah puji tadi harap-harap tiada soalan tambahan rupanya ada lagi. [Ahli Dewan ketawa]. Yang Berhormat Adun Sabai sudah tentunya apa yang kita buat ni projek tebatan banjir ni dapat mengurangkan risiko banjir. Maknanya kalau dulu kita dapati di kawasan ini banjir besar tetapi sekarang ini telah dapat diminimakan dan ini satu bukti lah. Dan selain daripada itu saya dapati ada 6 projek tebatan banjir yang telah siap di Pahang ni iaitu di bandar Maran fasa pertama, kemudian di Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kuantan fasa kedua, Rancangan Tebatan Banjir Lembah Bertam, Cameron Highlands siap pada tahun 2024, 2023,2020. Yang paling awal siap ialah projek Rancangan Tebatan Banjir Bandar Pekan Fasa 2. Pembinaan River Level Sungai Pahang dan kita dah tak dengar dah di Pekan ni banjir.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, selain daripada itu, di..di.. ban di bandar Pekan itu, kerja menaik taraf ban Selatan, Parit utama Sungai Air Itam yang telah pun siap pada 2018 dan yang yang paling kita nampak ketara dulu Sungai Isap ni Dato’ Sri Speaker selalu banjir. Setelah siap Rancangan Tebatan Banjir ni pada tahun 2011, kita dapati ianya telah berjaya mengurangkan risiko banjir di di Sungai Isap ni. Malahan kita tidak dengar lagi banjir besar berlaku begitu juga di Lembah Bertam dan Bandar Pekan. Ini adalah sebab kita membina Rancangan Tebatan Banjir dan insya-Allah daripada semasa ke semasa, Kerajaan Negeri akan melihat dan menilai sekiranya ada lagi kawasan-kawasan lain yang perlu kita mohon dari Kerajaan Persekutuan untuk kita mengurangkan risiko banjir. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Okay, seterusnya soalan kedua Ahli Yang Berhormat Dilantik.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato’ Sri Speaker, soalan saya nombor 2.
[Apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan insiden penghinaan al-Quran yang dilaporkan melibatkan seorang pelajar di sebuah Universiti awam di negeri ini tidak akan berulang?]
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya berterima kasih kepada ADUN Lantikan yang bertanya tentang err Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi memastikan insiden penghinaan al-Quran yang dilaporkan melibatkan seorang pelajar di sebuah universiti awam di negeri ini tidak akan berulang.
Yang Berhormat Dato Seri Yang di-Pertua, insiden ini sangatlah mendukacitakan Kerajaan Negeri bahkan rakyat di negeri Pahang Darul Makmur. Yang sewajarnya perkara ini tidak berlaku bagi rakyat di negeri ini. Bagi mereka yang menganut apa-apa agama sekalipun dan berlatar belakang kepada apa bangsa sekalipun kerana perkara ini telah kita tuntaskan secara bersama sebagai ataupun selaku rakyat Malaysia akan menghargai dan menghormati agama masing-masing. Namun demikian, ada individu-individu terpencil yang tidak memahami dasar ini telah melakukan perkara yang curang serta menyayatkan hati seluruh rakyat negeri ini bahkan negara ini.
Perkara ini tidak dibiarkan begitu sahaja oleh Kerajaan Negeri bahkan oleh rakyat di negeri Pahang Darul Makmur. Apabila setiap agensi kerajaan termasuklah pihak PDRM apabila mendapat laporan rasmi report daripada orang ramai, maka tindakan telah diambilkan dan individu berkenaan telah dibawa ke muka mahkamah dan sekarang ini beliau sedang dibicarakan. Dan seandainya sabit kesalahan, dia tetap akan mendapat hukuman yang setimpal.
Namun demikian, bagi tindakan awal pihak universiti kerana beliau ini adalah pelajar di UMPSA. Pihak universiti telah mengambil tindakan awal kerana mereka mendapati benar perkara ini berlaku melalui kaedah 58, pelajar telah diberhentikan untuk menduduki sebagai pelajar di institusi berkenaan. Bagi tindakan selanjutnya, kita serahlah kepada pihak mahkamah untuk mengambil tindakan sama ada dari segi tingkah lakunya sendiri yang melakukan injakan terhadap al-Quran itu dan juga salah guna kepada media sosial yang bebas diberikan kepada rakyat pada ketika ini juga akan didakwa. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Soalan tambahan Dato’ Sri.
Sila.
Terima kasih rakan saya. Saya nak ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang sangat serius dalam isu melibatkan penghinaan terhadap Islam. Jadi, saya rasa penghinaan terhadap agama ini bukan hanya terhadap agama Islam tetapi juga penghinaan kepada agama lain juga adalah antara perkara yang dilarang bagi orang islam itu sendiri. Baik Yang Berhormat, kalau kita lihat statistik dalam negara kita bahawa banyak kes-kes yang melibatkan penghinaan Islam ini telahpun diambil tindakan dan kalau tak silap saya ada kes yang berlaku di Kuching tahun 2019 sehingga 10 tahun kena hukuman penjara.
Kemudian kes yang berlaku di Alor Setar dua tahun lepas juga di denda sehingga RM12,000. Kemudian kes yang berlaku di Kelantan dua tiga kali kes yang berlaku di Kelantan 17.7 dan 25.7 2022. Jadi kalau kita lihat dari segi statistik-statistik ini pertama, dia menggambarkan bahawa kerajaan kita sama ada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sangat serius dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya berlaku penghinaan terhadap agama ini. Itu yang pertama.
Yang kedua, saya nak beritahu kepada Sidang Dewan bahawa penghinaan yang berlaku dalam kes yang melibatkan pelajar UMPSA ini adalah The first case ever yang berlaku di Pahang dan dalam kes ini sepertimana yang yang telah dijawab oleh rakan Exco tadi. Dalam kes yang telah didakwa dan dibawa ke mahkamah dan saya difahamkan bahawa kes ini dalam proses-proses representasi pada 29 Jun ini. Dan saya nak mohon kepada Yang Berhormat Penasihat Undang-undang supaya meneliti kalau boleh kita tak benarkan representasi ni sebab kita nak dengar kes ini dibicarakan secara terbuka di mahkamah. Kita nak tahu apa beban pembuktian dan akhirnya kita nak dapati satu benchmark ditetapkan oleh mahkamah bahawa di Pahang kita tidak akan benarkan sama sekali penghinaan terhadap islam ini.
Soalan saya. Dato’ Sri…
Panjang mukadimah nak soalan ni.
Peluang, peluang nak berucap ni. Soalan saya, kalau kita lihat dari segi statistik. The only kes yang berlaku di Pahang. Apa rahsianya? Sehingga sebelum ni tak berlaku kes di Pahang tapi tiba-tiba hari ni kes satu-satu kes yang berlaku di Pahang. Apa rahsia Kerajaan Negeri boleh buat, sampai hanya hari ini satu kes sahaja berlaku di Pahang. Terima kasih
Terima kasih Dato’ Sri Yang Di-Pertua dan terima kasih juga ADUN Lantikan di atas soalan tambahan yang bak kata Dato’ Sri Speaker, panjang lebar. Untuk apa mengemukakan rupanya nak tahu resepi apa sebab Pahang berjaya je. Sebenarnya err… saya bersetuju sangat pantun Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang. Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Kerana budi kerajaan Pahang itulah yang menyebabkan runduk orang nak buat tak elok di negeri Pahang ini err… Dato’ Sri Speaker. Terima Kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat tengok semangat tu tapi pendek juga. (Ketawa)
Soalan tambahan sikit.
Sila, Wakil daripada Cheka.
Err… kalau kita tengok di bawah Akta Multimedia, dendanya RM500 ribu atau dua tahun penjara. Kemudian kalau kita tengok bawah Akta Seksyen 295 Kanun Keseksaan, dendanya pun dua tahun penjara, tapi bila kita tengok bawah Akta Mahkamah Syariah dan ia hanya lima ribu. Jadi, saya fikir ini soalannya, apakah kerajaan tidak pertimbangkan satu hukuman yang lebih tegas walaupun bidang kuasa 2 3 5 tapi lebih tegas berbanding RM500 ribu bawah multimedia tapi hanya RM5 ribu bawah Mahkamah Syariah. Kalau dapat difikirkan, sebab saya tengok dalam kesalahan di bawah kesalahan orang yang menghina Rasulullah, dia tak ada pengampunan. Hukumannya bunuh saja, walaupun dia bertaubat, walaupun diminta ampun. Dia tetap dihukum dan hukumannya ialah hukuman bunuh saja. Jadi, saya fikir apa kerajaan tidak pertimbang satu undang-undang yang lebih tegas dalam konteks Mahkamah Syariah kepada orang Islam. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Sri Yang Di-Pertua. Cadangan daripada Cheka ini memang boleh kita pertimbangkan untuk kita minta Jawatankuasa Teknikal Syariah. Sebagaimana saya pernah dengar ucapan dalam satu ceramah daripada Cheka. Bukan senang untuk membuat satu RUU. Jadi perlu kepada teknikal, perlu kepada Jawatankuasa Fatwa, perlu kepada persetujuan istana dan sebagainya. Boleh sahaja untuk kita bentangkan di dalam Dewan bagi mendapat persetujuan Dewan. Walaupun demikian, saudara kita ini yang telah melakukan salah laku ini, dia tetap juga akan dibawa ke Mahkamah Sivil kerana dia bukan beragama Islam dan kita akan bicarakan dia di dalam Mahkamah Sivil. Terima kasih. Dato’ Sri Speaker.
Yang Berhormat sekalian, sebenarnya kita Mahkamah Syariah tu kita hanya boleh RM5 ribu je. Ini kita kena faham, sebab tu kita nak bawa RUU 355. Hari ni kita nak bagi tahu sikit, apa tujuan kita bawa RUU 355. Kalau sekarang ni Rang Undang-Undang 355 tu kita nak bawa yang kita tangguhlah satu ketika dulu, nak bawa tapi tangguh. Kenapa kita panggil RUU 355 sebab penjara maksimum tiga tahun hah itu tiga, denda maksimum 5 tahun err… RM5000 hah itu denda itu 5, kemudian sebatan maksimum 6 tapi dia selalu sebut 3 5 5 atau 3 5 6. Jadi kalau sekiranya lulus RUU 355 ni maka penjara 30 tahun, denda hingga RM100 ribu dan sebatan hingga 100 kali. Hah…ini saya nak bagi tahu Yang Berhormat, maknanya Speaker ni kita buat kaji homework jugalah. Kita, mana boleh juga bagi menjawab untuk memberikan penjelasan kenapa. Terima kasih. Saya nak teruskan soalan ketiga. Wakil daripada Tioman.
Saya mengemukakan soalan nombor 3. Terima kasih.
[Adakah Majlis Daerah Rompin (MDR) akan terus berusaha memastikan dan mengekalkan harga sewaan gerai-gerai di Kuala Rompin pada tahap yang tidak membebankan kepada penyewa-penyewa masa ini?]
Adakah MDR ada cadangan menimbangkan cadangan untuk menambah gerai di kawasan strategik seperti restoran terapung di dataran Teluk Gading dan Cemara memandangkan banyak rumah rakit jadi tarikan pengusaha tempatan, pelancong dalam dan luar dari Rompin?]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Terima kasih kepada rakan saya daripada Tioman yang kemukakan soalan berkaitan dengan Majlis Daerah Rompin.
Untuk makluman Sidang Dewan, Kerajaan Negeri Pahang, kita sentiasa prihatin dan dengan suasana geopolitik yang berlaku di Asia Barat yang telah memberikan kesan secara langsung kepada ekonomi global dan juga seterusnya menjejaskan kos sara hidup rakyat dan juga menjejaskan kesejahteraan rakyat termasuklah dalam negeri Pahang dan bagi memastikan kesan yang minimum kepada rakyat akibat daripada situasi yang berlaku tersebut. Kerajaan Negeri Pahang melalui Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan…Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang ke 15 pada 29 April 2026, telah bersetuju untuk kita menangguhkan sebarang kenaikan kadar atau pengenaan caj-caj baharu oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk sementara waktu ini bagi mengelakkan kesan berangkai atau domino effect dengan izin Yang Di-Pertua yang boleh menjejas dan membebankan rakyat. Keputusan ini berupaya untuk mengimbangi kesan kenaikan kos secara menyeluruh serta memelihara kesejahteraan rakyat dan kelangsungan aktiviti dalam ekonomi negeri kita dan berhubung dengan cadangan penambahan gerai di kawasan strategik Dataran Teluk Gading, kita telah mengambil kira perkara ini dan Pihak Majlis melalui kerjasama Pejabat PLANMalaysia telah menerbitkan Laporan Cadangan Projek Cadangan Naiktaraf Dataran Teluk Gading yang melibatkan perancangan yang strategik dengan
memberi fokus kepada menaik taraf dataran sedia ada dengan kemasan dan corak baharu yang lebih unik dan menarik.
Pembangunan Dataran Teluk Gading ini juga telah diambil kira dalam Rancangan Kawasan Khas Teluk Gading dan Rancangan Tempatan Daerah Rompin 2035 Penggantian. Antara komponen-komponen pembangunan yang dicadangkan merangkumi menaik taraf gerai yang sedia ada, pelantar pandang restoran yang terbuka dan jeti dermaga berkonsepkan kapal laut. Pelaksanaan projek-projek ini akan dilakukan secara berfasa bagi menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan dan selaras dengan peningkatan daya tarikan pelancong seperti rumah rakit yang kini menjadi tumpuan pengusaha dan pelancong dari dalam serta luar daerah Rompin.
Kita, Kerajaan Negeri juga melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan yang ke-37 telah meluluskan permohonan untuk melaksanakan Projek Usahasama Pembangunan Rumah Rakit Kampung Sabak Feri Kuala Rompin yang merupakan usahasama antara Majlis Daerah Rompin dan Syarikat Feri Sabak River Bencer dan perincian pembangunan adalah seperti berikut, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua, yang pertamanya melibatkan zon satu riadah awam seluas 2 ekar. Pembangunan oleh Majlis Daerah Rompin yang merangkumi kemudahan sokongan awam sebagai…sebagai pulangan balasan kepada Majlis Daerah Rompin, pihak pelabur akan membina 2 unit rumah rakit di kawasan zon ini. Di kawasan Zon 2 pula, pembangunan komersial dan pelabur, 2.8 ekar.
Pembangunan utama oleh pelabur yang merangkumi 10 unit rumah rakit sesebuah, 12 unit rumah rakit berkembar, lobi, restoran, kolam renang, tapak perkhemahan… tapak perkhemahan serta kemudahan utiliti dan Zon 3 pula adalah zon khas pengusaha tempatan di mana menempatkan semula pengusaha-pengusaha rumah rakit tempatan yang sedia ada dengan kapasiti jangkaan sebanyak 10 unit rumah rakit sesebuah. Terima kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.
Yang Berhormat Speaker, soalan tambahan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas perkara yang telah dijawab dalam pertanyaan saya. Kalau ikut apa yang dinyatakan tadi sangat banyak, ya. Sidang Dewan pun boleh tahu perkembangan semasa berhubung kait dengan pembangunan yang melibatkan Kerajaan Tempatan dan juga Majlis Daerah di daerah Rompin khususnya di sebelah Teluk Gading. Jadi perkara ini disambut oleh warga peniaga yang menyewa premis-premis Majlis Daerah di seluruh daerah dalam negeri Pahang ini dengan menarik nafas yang lega dengan ada moratorium ataupun menghentikan sementara kenaikan kadar sewa gerai-gerai ini.
Jadi soalan saya, adakah pihak kerajaan dalam hal ini memberi tempoh tertentu sehingga hujung tahun atau bagaimana kerana sekarang ini kita lihat memang sangat terujalah warga yang menyewa premis di daerah-daerah ni termasuk khususnya di Rompin tentang tidak menaikkan sewa pada ketika ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada sahabat saya daripada Rompin dan Yang Berhormat Dato’ Sri Yang Di-Pertua, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil kiralah apa yang berlaku di luar negara contohnya dengan peperangan yang berlaku di Teluk, dan juga kesan kepada
ekonomi dalam negeri. Dan ini sudah tentu kita dapat lihat kesannya nanti apabila berlaku memberi kepada kesusahan dan kepayahan kepada kehidupan para peniaga-peniaga ini. Dan dengan pendekatan kalau sekiranya kita naikkan kadar sewa tersebut sudah tentu akan menaikkan lagi, daripada apa, perkhidmatan-perkhidmatan yang telah diberikan, ataupun daripada apa yang telah disediakan oleh pengusaha-pengusaha restoran-restoran terbabit.
Dan ini telah kita bincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kita telah sebulat suara telah memutuskan untuk tidak menaikkan kadar sewa. Dan juga tempohnya bergantung pada keadaanlah. Kalau sekiranya kita tengok keadaan di masa hadapan, peperangan telah tamat dan kita akan meneliti perkara ini dari masa ke semasa sebelum menentukan keputusan sebagaimana yang telah ditanya oleh sahabat saya daripada Tioman. Terima kasih Dato' Sri Yang Dipertua.
Sila, soalan terakhir.
Terima kasih [batuk]. Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Saya menyambut baik keputusan Kerajaan Negeri Pahang untuk tidak meningkatkan lesen perniagaan ini. Cuma soalan tambahan saya, adakah kerajaan berhasrat ataupun mampu untuk mempertimbangkan untuk mengurangkan lesen perniagaan kepada perniagaan kecil dan sederhana terutamanya penjaja-penjaja dan gerai-gerai yang menjalankan perniagaan untuk tempoh mungkin 6 bulan yang akan datang ini. Kurangkan kos kepada mereka agar mereka dapat menampung apa itu tempias ataupun kesan daripada konflik Timur Tengah ini.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang Dipertua terima kasih kepada Ketari. Kita bilangan lesen itu kita tak kurangkan. Mungkin dari segi apa, kadar lesen... lesen kalau kita kurangkan, tiada hasil pula Dato' Sri. Jadi, jadi yang sebenarnya Yang Berhormat Dato' Sri Yang Dipertua perkara ni kita akan teliti dari semasa ke semasa dan dia melibatkan PBT masing-masing. Contohnya macam PBT Bera ya. Contohnya macam Majlis Daerah Maran. Kadang-kadang kedudukan kewangannya adalah kita akan meneliti dari segi kedudukan kewangan PBT masing-masing. Kalau Bentong macam Ketari itu mungkin okaylah sebenarnya. Tapi walau bagaimanapun, kita akan meneliti perkara ini sebagaimana yang disarankan, buat, tapi buat masa ini kerajaan membuat keputusan untuk sementara waktu untuk tidak menaikkan sebarang kadar sewa dan ini akan kita teliti lagi dari semasa ke semasa cadangan daripada YB Ketari tersebut, jika bersesuaian ataupun boleh membantu rakyat, Insya-Allah.
Terima kasih. er..,sebelum itu, saya nak bagitau ya. Saya berbalik ke tadi RUU tadi mesti dibawa RUU 355 itu mesti dibawa di Parlimen dahulu. Kerana itu sahaja kuasa Kerajaan Negeri yang ada. Barulah dia boleh dilaksanakan di Kerajaan Negeri. Okay soalan seterusnya s oalan 4 wakil daripada Lanchang.
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Soalan saya nombor 4.
[Terdapat 7 buah stesen ECRL di Pahang.
Adakah kerajaan bercadang untuk memajukan kawasan tersebut, sebagai kompleks perhentian bersepadu dengan diujudkan pelbagai stesen seperti bas, teksi atau e-hailing untuk kemudahan pengangkutan orang awam?]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Terima kasih Yang Dipertua Dato' Sri Speaker dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Lanchang yang mengemukakan pertanyaan berkaitan dengan ECR, stesen, tujuh stesen ECRL di Pahang ini dan adakah pihak kerajaan bercadang untuk memajukan kawasan tersebut sebagai Kompleks Perhentian Bersepadu dengan diwujudkan pelbagai stesen seperti stesen bas, teksi dan e-hailing untuk kemudahan awam.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang Dipertua. Kerajaan Negeri sememangnya telah mempunyai perancangan bagi membangunkan tujuh kawasan stesen ECRL di negeri Pahang. Jadi bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri telah mewujudkan satu Jawatankuasa Kerja Pelaburan dan Pembangunan Berorientasikan Transit dan Projek Pemecut Ekonomi yang bertujuan untuk memantau kemajuan pembangunan projek-projek di sekitar stesen ECRL. Manakala pihak PLANMalaysia Ibu Pejabat juga telah menjalankan Kajian Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah Laluan Rel Pantai Timur bagi stesen-stesen ECRL di negeri Pahang ini. Selain itu, PLANMalaysia juga menjalankan kajian sistem pengangkutan awam di Daerah Kuantan bagi memastikan kesinambungan mod pengangkutan dari stesen ECRL ke KotaSAS dan ke Terminal Sentral Kuantan dan juga Bandar Kuantan.
Antara projek khusus berkaitan Kompleks Perhentian Bersepadu dan kemudahan pengangkutan awam yang telah dirancang adalah bagi daerah Kuantan dan Temerloh. Sorry maaf Yang Dipertua, Kuantan dan Bentong. Iaitu di projek Terminal Bersepadu dan Pusat Komersial di Stesen Bentong dan keduanya, Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu di Stesen Besar di Stesen Paya Besar, Kuantan. Dan selain itu, Kerajaan Negeri telah mengadakan Mesyuarat Ketersambungan Pengangkutan Awam di Stesen Laluan Rel Pantai Timur di Negeri Pahang pada 21 April 2026 yang melibatkan operator penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam bagi empat daerah yang mempunyai stesen ECRL iaitu di Kuantan, Bentong, Temerloh dan juga Maran. Antara operator yang menyokong dan penyedia perkhidmatan pengangkutan awam yang hadir dalam sesi tersebut ialah Perkhidmatan Bas Henti-Henti iaitu Mara Liner Sdn. Bhd., Sanwa Tours Sdn. Bhd., Green Transit Liner dan juga Sri Jengka Sdn. Bhd. manakala Persatuan Teksi dan Kereta sewa yang hadir bersama ialah Persatuan Pemilik Permit dan Pemandu Teksi/Kereta Sewa Daerah Kuantan, Persatuan Kereta Sewa dan Teksi Daerah Temerloh, Persatuan Kereta Sewa dan Teksi Daerah Bentong
dan Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Daerah Maran. Dan selain itu juga, penyedia perkhidmatan e-hailing juga ada bersama iaitu Maxim e-hailing Service, Rakan Grab Kuantan dan juga InDrive Malaysia.
Seterusnya Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan di kesemua empat daerah tersebut akan mengadakan sesi libat urus lanjut dengan penyedia perkhidmatan awam, pengangkutan awam di peringkat daerah melalui Jawatankuasa Infrastruktur dan Lalu Lintas Daerah tersebut dengan menyediakan, dengan penyedia perkhidmatan bas henti-henti, teksi dan e-hailing untuk memastikan ketersambungan perkhidmatan awam serta meningkatkan accessibility serta keselamatan di kesemua tujuh stesen ECRL dalam negeri Pahang. Cadangan-cadangan daripada sesi libat urus ini nanti akan dibentangkan untuk pertimbangan dan keputusan Kerajaan Negeri bagi memastikan ketersambungan perkhidmatan awam dengan perkhidmatan ECRL ini berada pada tahap maksimum dan memberi manfaat kepada semua pihak.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan? Terima kasih kepada.
Bagi Lanchang lepas itu Kuala Krau. Eh, Jenderak.
Terima kasih kepada YB EXCO. Menurut apa yang telah pun disebut bahawa tumpuan kepada perkhidmatan ini ialah 70% adalah kargo dan 30% untuk penumpang dan juga ada laporan mengatakan bahawa 30% itu mewakili lebih kurang 400 seat, 400 penumpang untuk satu perjalanan. Dan kalau kita lihat ini 400 itu, kita mempunyai tiga negeri yang bermula daripada Pantai Timur. Kalau kita bahagikan lebih kurang 133 penumpang sahaja untuk negeri Pahang. Dan kita ada tujuh stesen, bermakna tujuh stesen 19 orang. Jadi adakah ini mencukupi untuk kita pengguna-pengguna di negeri Pahanglah khususnya terutamanya untuk bergerak pergi ke, ke, apa ke Bandar Raya Kuala Lumpur ataupun sebaliknya. Dan sepertimana kita sedia maklum bahawa di Bentong itu merupakan satu tempat yang mengalami kesesakan apabila perayaan. Jadi dengan ini dengan jumlah penumpang ini, ia tidak dapat menyelesaikan kesesakan berlaku. Jadi adakah pihak kerajaan berbincang semula dengan pihak perkhidmatan ini untuk menilai semula jumlah penumpang. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, pihak MRL dan juga pihak ECRL pun sudah ada perancangan dan cadangannya iaitu walaupun laluan itu daripada sekarang fasa pertama dari Gombak sampai ke Kota Bharu, tetapi perkhidmatan ECRL ini dia ,dia tak sampai, dia tak sampai contohnya untuk laluan Kuantan dia akan sampai Kuantan dia pusing balik. Terengganu begitu juga daripada Gombak ke Terengganu pusing
balik dan daripada Gombak ke Kelantan pun dia pusing. Jadi maknanya untuk perkhidmatan ECRL ini untuk negeri Pahang itu dia tetap mendapat jumlah seat yang, yang cukup. Begitu juga di Terengganu dan juga di Kelantan, dia tidaklah terus straight, terus ke Kota Bharu. Kemudian runcit-runcit start stesen daripada Kota Bharu, Terengganu dan ketujuh stesen di Pahang akan look ikut negeri.
Dia sebenarnya, dia bukannya macam kapal terbang MAS sekali sehari Yang Berhormat. Kita pergilah ke luar negeri, dia banyak kali satu hari tu dua kali ke tiga kali ke empat kali ke lima kali ke. Mungkin enam kali itu tujuan dia. Dia bukan sekali je. Dia tak sekali, sekali pergi pagi balik, hari tu zaman saya dulu motorbot. Zaman motorbot saya dulu memang macam tu lah sekali sehari je dia pergi. Lepas tu dia balik habis sekarang tak ada dia banyak kali. Jangan susah hati gitu. Kalau Yang Berhormat, nak pergi ke tempat-tempat yang ada macam London semua, nanti ikut Speaker. Seterusnya wakil daripada Jenderak.
Terima kasih, Dato' Sri Speaker. Soalan tambahan saya ingin bertanyakan kepada pihak kerajaan adakah di Stesen ECRL Temerloh akan dibina Terminal Bersepadu.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, seperti dimaklumkan tadi, Terminal Bersepadu ini kita setakat ini akan dibina di dua tempat iaitu di Bentong dan juga di Paya Besar Kuantan. Manakala Temerloh ini setakat ini kita tidak dibina kerana mengambil kira, mengambil kira Terminal Sentral Temerloh akan dibina iaitu di atas tanah lebih kurang 7 ekar yang telah selesai proses pengambilannya melalui peruntukan ECERDC pada tahun 2018 dan kelulusan telah diterima oleh pihak Majlis Perbandaran Temerloh iaitu berjumlah RM25 juta. Lokasinya di tempat yang strategik iaitu berada di antara bandar Temerloh dan Mentakab dan berhampiran dengan akses ke Lebuh Raya Pantai Timur dan juga ke stesen ECRL. Jadi sebab itulah kita sekarang ni, pastikan ketersambungan daripada stesen ECRL ke mana-mana stesen terminal bersepadu yang ada di kawasan bandar termasuklah di Temerloh nanti.
Sila soalan terakhir wakil daripada Cheka.
Terima kasih, ini lari sikit daripada soalan asal saya ada kaitan sikit ialah tujuan objektif utama ECRL ni ialah untuk kargo 70%. Saya nak tanya sejauh mana penyambungan di antara Terminal Kuantan ke Pelabuhan Kuantan. Sebab itu fokus utama ECRL ialah untuk bawa kargo. Jadi itu, soalan terima kasih.
Yang Berhormat Speaker, minta laluan. Saya ingin memberi penjelasan sedikit berhubungan keretapi laju ini yang dijangka siap pada akhir tahun ini akan beroperasi pada bulan 1 tahun depan dan sepanjang trek tersebut operasinya sehingga di Gombak je, pada awal tahun depan bukan sampai ke Lembah Klang lagi. Yang 70%/30% tu ialah ekoran daripada ada satu mesyuarat, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan pun ada, saya tanya wakil MRL berapa komposisi dia satu laluan dia mengatakan 70%/30%. Ekoran daripada itu, Yang Berhormat Speaker, saya buat kenyataan 70% itu kargo 30% passenger. Pemahaman saya ketika menjawab soalan tersebut tetapi sebenarnya apabila saya mendapat penjelasan daripada pihak MRL daripada CEO dia, itu adalah pendapatan yang mereka akan mendapat pendapatan 70% daripada keretapi laju tersebut adalah daripada kargo, 30% daripada Passenger. Itu dia punya penjelasanlah. Dan memang kita bimbang sebab tren ni daripada daripada Kelantan, Terengganu, Pahang sampai ke Selangor. Kita bimbang nanti sebab dia sekali lalu hanya boleh memuatkan 400 orang. Jadi kita bimbang sebab kita di Pahang ni kita bimbang takut orang Kelantan dah sapu habis dah tiket tu. Jadi orang Terengganu, Pahang mungkin melopong je lah.
Jadi kita minta MRL kaji perkara ni, maknanya ada percentage tertentu sebab mereka ni berniaga. Maknanya kalau daripada Kelantan ke Kuala Lumpur mesti tiketnya mahal. Mesti dia ambil yang mahal. Tapi kita nak portion tu kena ada. Yang kedua, kita minta supaya dia jangan jual secara block. Maknanya di musim perayaan, kita bimbang nanti semua untuk Passenger semua dibeli oleh orang Kelantan. Jadi defeat the purpose untuk kita mengurangkan kesesakan lalu lintas di Karak Highway. Kita dah PM Yang Berhormat Speaker, kita dah ambil tindakan proaktif dan saya harap Yang Berhormat daripada Cheka pun boleh membantu kerajaan supaya perkara ini diambil kira oleh MRL. Terima kasih, Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih. Soalan seterusnya wakil daripada Cheka. Soalan nombor 5.
Saya nak pantun sikit Speaker pagi ni.
Pohon selasih dalam raga, Di bawa sama buah delima, Lain macam sungguh tuan speaker, Soalan saya nombor lima.
Daun selasih daun kayu, Terima Kasih thank you.
[Apakah status terkini dan halangan yang dihadapi untuk pembinaan Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuantan di Gebeng yang dijadualkan beroperasi pada
2026 serta status pembangunan bercampur Bandar Aeroangkasa yang
melibatkan kawasan seluas 5,042 hektar.]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, Terima kasih, Dato' Sri Speaker dan terima kasih rakan ADUN Cheka yang pertanyaan yang bertanyakan soalan nombor 5. Siap berpantun lagi. Soalannya adalah seperti berikut. Apakah status terkini dan halangan yang dihadapi untuk pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan di Gebeng yang dijadualkan beroperasi pada tahun 2026. Serta status pembangunan bercampur bandar aeroangkasa yang melibatkan kawasan seluas 5,042 hektar. Jawapan adalah seperti berikut.
Untuk makluman dewan yang mulia ini cadangan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan di Gebeng serta Bandar Aeroangkasa merupakan projek strategik berimpak tinggi Kerajaan Negeri Pahang yang dilaksanakan melalui pendekatan pembiayaan swasta dengan izin Private Finance Initiative. Dalam erti kata, ia tidak melibatkan dana kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan sama sekali dan akan dibina di atas tanah milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Pembangunan ini dirancang secara bersepadu melibatkan kawasan seluas kira-kira 5,042 hektar merangkumi komponen utama seperti Lapangan Terbang Antarabangsa, fasiliti MRO dengan izin Space City Advanced Mobility Park, Data Centre AI Tech Park serta pembangunan bercampur residensi dan komersial yang menyokong ekosistem aeroangkasa dan aktiviti ekonomi bernilai tinggi. Berhubung status terkini, projek ini kini berada pada peringkat pemuktamadan, keperluan teknikal, struktur pelaksanaan serta penglibatan pelabur strategik.
Dalam masa yang sama, pelaksanaannya adalah tertakluk kepada pematuhan syarat teknikal yang ketat oleh agensi-agensi persekutuan yang berkaitan termasuk dengan izin International Civil Aviation Organization, (ICAO), Federal Aviation Administration, FAA Civil Aviation Authority of Malaysia, (CAAM), serta Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) khususnya melibatkan aspek kawal selia keselamatan dan piawaian operasi penerbangan antarabangsa. Sehubungan itu, kerajaan negeri bersama pihak pemaju sedang melaksanakan libat urus berterusan dengan semua agensi berkaitan bagi memastikan setiap keperluan teknikal dipenuhi sepenuhnya sebelum pelaksanaan fizikal diteruskan.
Kerajaan negeri ingin menegaskan bahawa projek ini dilaksanakan secara berhemah, terancang dan berasaskan keupayaan sebenar dengan keutamaan kepada pematuhan piawaian daya maju, pelaburan serta tadbir urus yang telus. Kesimpulannya, kerajaan negeri kekal komited untuk memastikan projek ini dilaksanakan secara cekap dan teratur agar manfaatnya dapat dinikmati oleh rakyat. Projek ini dijangka mengangkat negeri Pahang dan Malaysia ke peringkat antarabangsa melalui pelaksanaan konsep Omni Portal iaitu Hab Mobiliti Bersepadu yang mengintegrasikan pengangkutan udara, darat dan logistik pintar serta menyokong ekosistem aeroangkasa dan aktiviti ekonomi bernilai tinggi. Terima kasih.
Sila wakil daripada Cheka.
Soalan tambahan saya ialah, kalau kita lihat perjanjian ini telah ditandatangani pada Julai 2022 jadi sudah 4 tahun dan kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar
pun kita jangka siap 2026 tahun ni, nampaknya masih belum bermula secara fizikal. Soalan saya dua, pertama implikasi perjanjian. Apakah ada implikasi perundangan dengan perjanjian sebab melibatkan pihak pelabur luar yang turut melabur dalam projek ini yang keduanya apakah unjuran baru yang kerajaan sasar untuk dapat disiapkan?
Terima kasih. Rakan ADUN Cheka yang bertanyakan soalan tersebut. Airport ni Lapangan Terbang ini, dijangka siap pada tahun 2031, sebab ini merupakan satu aset yang mengambil kos sebanyak berbillion-billion ringgit, untuk membina Airport yang akan beroperasi selama 50 hingga 100 tahun. Oleh itu, perancangan adalah perlu teliti dan tidak boleh tergesa-gesa dan kita perlu mematuhi piawaian daripada pihak (CAM) dan juga semua agensi-agensi regulatori dengan izin, sebab ini soal nyawa penumpang. Lapangan terbang juga, yang dijangka berjumlah 2 juta setiap tahun. Oleh itu, kita perlu ambil masa yang sebaiknya, pada perspektif kerajaan negeri projek ini berjalan dengan lancar dan insya-Allah akan ada pengumuman yang menarik oleh pihak pemaju dalam masa terdekat ni dengan izin Allah SWT. Doa-doakanlah ya. Saya minta semua stay tune lah mengenai rancangan tersebut.
Soalan seterusnya.
Yang Berhormat minta maaf saya nak mencelah sikit.
Boleh Yang Amat Berhormat.
Yang Berhormat daripada Cheka, memang benar saya ada membuat kenyataan dan ada perjanjian ketika itu, kerana pada masa itu memang syarikat berkenaan er... menyatakan bahawa mereka boleh menyiapkan projek yang boleh buat projek lapangan terbang ini. Tetapi in between itu ada masalah-masalah tertentu yang mereka tidak dapat tunaikan. Bukan masalah kita. Faktor di luar kawalan. Dan bersabit dengan kenyataan ketika itu, Yang Berhormat pun pernah juga mengeluarkan kenyataan. Pada November 2, 2017. Hentikan segera eksport pasir demi alam sekitar. Yang Berhormat membuat kenyataan ketika itu. Lepas tu, Yang Berhormat pula buat kenyataan. Pahang ada pasir sungai yang banyak, tapi sayangnya ia tidak dapat menjana pendapatan bagi negeri. Di masa yang sama, ada negeri lain dibenarkan. Jadi, maknanya kita buat. Kadang-kadang kita buat statement ketika itu berdasarkan keadaan ketika itu. Tetapi apabila keadaan telah berubah tidak bersesuaian, makanya kenyataan kita pun berubah juga. Jadi, lebih kurang samalah, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Saya nak betulkan sikit ye 2017 itu bukan kenyataan saya tu. Yang dia yang dia viral itu kenyataan oleh Sahabat Alam Malaysia 2017 bukan daripada saya. Jadi, mereka cuba nak, nak, nak timbulkan polemik ambil satu kenyataan tapi tak sebut sumber.
Ok.
Jadi saya nak walau bagaimanapun terima kasih banyak Yang Berhormat. Saya, saya nak sebut er... kalau kita balik pada soalan asal saya, Perjanjian tu membuatkan hampir RM2 bilion pada tahun 2022 sebelum covid. Saya fikir sekarang dengan, dengan kos yang mendadak meningkat dengan geopolitik yang berlaku er...
[Apakah kos yang terkini yang diunjur oleh pihak kerajaan negeri, saya yakin kalau RM2 bilion tahun 2022 mungkin sekarang dah mencecah mungkin 5 atau 6 bilion, kalau kerajaan dia ada maklumat tentang unjuran kos terkini. Terima kasih.]
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Harakah Daily. Nanti saya forward kepada Yang Berhormat lah ya.
Saya ada, saya ada dah. Saya ada dah.
Pada bulan 11, 2 haribulan 2017.
Harakah Daily memetik kenyataan daripada surat.
Yang itu saya tak tahulah. Saya tak ada lah kalau.
Tak memang keluar dalam Harakah daily.
Tetapi apa yang dapat kepada saya, dulu kata jangan eksport pasir. Harakah Daily. Pada masa itu. Pada masa itu, Yang Berhormat er... Cheka mencadangkan jangan kita eksport. Tapi baru-baru ni, minta eksport pulak. Yang Berhormat Speaker. Terima kasih.
Ye tak apa, dulu kita pun tak bersama DAP. Sekarang dan sama DAP dulu. Yang Berhormat, Yang Berhormat Cheka dengan DAP peluk-peluk, cium-cium sekarang tak nak DAP pulak. Ni biasalah. Betul. Takpe takpe takpe. Ini politik, ini politik, don worry.
Saya nak nak nak betulkan. Kenyataan itu dipetik oleh Harakah, tapi bukan daripada kenyataan saya, daripada Sahabat Alam Malaysia. Tapi Harakah ni dia bawa berita dia ambil berita-berita mana-mana sumber tapi dimasukkan tapi bukan daripada mulut saya. Sebab saya perlu jelaskan supaya, fitnah ini tak tersebar. Sebab mereka letak gambar saya tengah-tengah. Kenyataan baru dengan kenyataan dibuat oleh Sahabat Alam Malaysia. Kononnya saya buat kenyataan berbeza 2017 lain sekarang lain. Oleh kerana yang keluar itu ialah Harakah. Harakah Daily ialah berita, dia ambil sumber daripada macam-macam bukan daripada sumber saya. Terima kasih Dato' Sri.
Yang Berhormat tak saman ke?
Takpe lah. Er... saya tengok, bukan isu saman-menyaman tapi isu perbetulkan fakta dulu. Terima kasih.
Tak apa sekarang ni pun keluar viral, masa Yang Berhormat sokong DAP, besok bila, bila BN tak sokong pulak DAP keluar pula viral, yang BN sokong DAP. Dia biasalah Yang Berhormat sebab kita tak boleh control. Ini... dunia sekarang ni sebab benda tu selagi ada data centre, selagi benda tu boleh di di di apa di di disimpan dia akan keluar balik. Maknanya dia panggil dia apa namanya rewind balik. Tapi ok. Seterusnya soalan seterusnya.
Soalan tambahan sikit boleh. pasal..
Kita dah 3 dah Yang Berhormat.
Pasal airport ni. Sikit je sikit je.
Sila Yang Berhormat. Sebab dalam kawasan Yang Berhormat takpe.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Saya cuma nak minta penjelasan daripada pihak kerajaan tentang tanah seluas 5,000 hektar lebih ni tadi adalah milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan. Ada tak sebahagian daripada tanah ini adalah tanah yang sedang dipohon oleh penduduk setempat ataupun orang, orang-orang persendirian, yang terlibat di dalam er... projek ini dan apakah tindakan kita untuk nak memaklumkan kepada mereka bahawa tanah mereka ini telah tidak diluluskan untuk tujuan projek lapangan terbang. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Jawapannya tak ada.
Tak ada. Lagipun, projek ini saya difahamkan Yang Amat Berhormat kalau sekiranya saya salah, projek ini private initiative, dia bukannya duit kerajaan negeri ye. Itu private betul Yang Berhormat private ok. Kita pergi kepada soalan seterusnya. Soalan ke-6. Wakil daripada Batu Talam.
Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera dan Salam Pahang Pahang 1st. Dato' Sri Speaker. Soalan saya nombor 6. Terima Kasih.
[Apakah jaminan kerajaan negeri bahawa program di bawah Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang akan memberi impak jangka panjang dan bukan sekadar inisiatif bermusim?]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, dan juga terima kasih kepada sahabat daripada Batu Talam yang bertanyakan soalan yang berbunyi.
[Apakah jaminan kerajaan negeri bahawa program di bawah Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang akan memberi impak jangka panjang dan bukan sekadar inisiatif bermusim?]
Kerajaan Negeri Pahang memberi jaminan bahawa program di bawah dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang, bukan sekadar inisiatif bermusim sebaliknya dirangka secara strategik bagi memberikan impak jangka panjang melalui beberapa pendekatan utama. Pertama, pelaksanaan program ini berasaskan data serta keperluan sebenar wanita di negeri Pahang, bagi memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan lebih relevan, tepat sasaran dan juga berfokus.
Seterusnya, kerajaan meletakkan mekanisme pemantauan dan penilaian berkala untuk menilai keberkesanan program serta melaksanakan penambahbaikan secara berterusan mengikut keperluan semasa. Pendekatan ini penting bagi memastikan setiap program kekal efektif dan memberi manfaat optimum kepada kumpulan sasar. Selain itu, program ini turut disokong melalui peruntukan kewangan yang dirancang secara berfasa serta kerjasama strategik melibatkan pelbagai agensi kerajaan. Pertubuhan serta pes serta pertubuhan bukan kerajaan dan sektor swasta bagi memastikan kesinambungan pelaksanaannya. Pembangunan kapasiti wanita juga terus diberi penekanan melalui latihan kemahiran, pembangunan, kepimpinan dan pemerkasaan ekonomi supaya golongan wanita, mampu berdikari serta meningkatkan taraf hidup dalam jangka panjang. Bukan sekadar bergantung kepada bantuan sementara. Dan akhir sekali, ia... dasar ini diselaraskan dengan agenda pembangunan negeri dan juga nasional, sekaligus menjadikan sebahagian daripada pelan pembangunan yang lebih menyeluruh, sistematik dan berterusan. Er…bukannya sekadar program ad-hoc semata-mata. Dengan pendekatan yang komprehensif ini, kerajaan yakin impak yang dihasilkan akan lebih mampan serta mampu memberi manfaat berpanjangan kepada wanita dan masyarakat di negeri Pahang. Terima kasih.
Sila. Wakil daripada Batu Talam soalan tambahan.
YB Dato' Sri Speaker,
Ini mungkin peminat wanita lah. Memandangkan dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang ini bermula pada tahun 2022 dan akan tamat pada tahun 2026 dan mengikut rekod jumlah populasi wanita ni kebanyakan daerah tempatnya lebih kepada 50% maknanya seimbang orang lelaki & wanita. Wanita ni ramai.
Ada negara lain tu wanita lebih ramai daripada lelaki. Ha biasalah. Akhir zaman Yang Berhormat.
Takpa. Speaker tambah wanita ni seorang berdua. Bila dah ramai tu.
Speaker setakat ini kurang keberanian.
Ini tengok kepada rekod tadi, saya ingin menanya kepada Kerajaan, apakah cadangan Kerajaan dalam merancang bagi kumpulan ataupun kluster wanita ni untuk masa depan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih di atas pertanyaan tambahan. Memandangkan ini adalah tahun akhir dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang ini dan keperluan yang agak patut & mendesak ye. Kita dalam kajian bagi meneruskan dasar ini dan saya yakin & percaya bahawa dasar ini akan diteruskan lagi. Insya-Allah.
Soalan Tambahan.
Ok Sila. Ini wakil daripada apa nama, Bukit Ibam ni die tanya soalan saya kena bagi juga pasal die jarang-jarang bertanya. Ok sila wakil Bukit Ibam.
Ok terima kasih kepada Dato' Sri Speaker. Berkenaan dengan Kerajaan Negeri pernah mewujudkan rumah perlindungan wanita pertama pada tahun 2021 jadi saya mohon penjelasan bagaimana perkembangan rumah perlindungan ini dan adakah kerajaan berhasrat untuk membina lagi rumah perlindungan memandangkan banyak kes melibatkan wanita mutakhir ini. Terima kasih.
Terima kasih di atas pertanyaan sahabat. Sebenarnya rumah perlindungan wanita tersebut kita telah wujudkan sejak 2021 tetapi memandangkan rumah tersebut tidak sesuai dijadikan rumah perlindungan kerana tidak diluluskan oleh BOMBA dan
beberapa agensi, kami menjadikan rumah tersebut sebagai pusat aktiviti wanita dan kami menjemput NGO-NGO yang ingin mengadakan aktiviti contohnya yang ringan-ringan contoh memasak ataupun program-program keagamaan kami mengalu-alukan tetapi tidak menjadikan rumah tersebut sebagai tempat perlindungan. Terima kasih.
Ok soalan seterusnya kita pergi kepada soalan no. tujuh. Wakil daripada Jenderak.
Terima kasih Dato' Sri Speaker. Soalan saya no.7.
Skim kemalangan bukan bencana kerja
(a) [Apakah peranan kerajaan negeri dalam memperluaskan perlindungan keselamatan social bagi kemalangan bukan bencana kerja kepada rakyat Pahang?
(b) Sejauh manakah kesedaran rakyat mengenai kepentingan perlindungan terhadap kemalangan di luar waktu pekerjaan?]
Salam Sejahtera Dato' Sri Speaker. Untuk menjawab soalan dari Jenderak. Untuk Berhormat Ahli Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri menyedari bahawa sistem perlindungan sosial negara perlu direformasikan agar ianya lebih komprehensif dan selari dengan revolusi sosial ekonomi global. Oleh itu, PERKESO telah mengambil langkah proaktif dimana pada 18.12.2025, Rang Undang-Undang Skim Keselamatan Bukan Bencana Kerja atau dikenali SKBB 2025 telah diluluskan di dewan negara dan dijangka akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Jun 2026. Skim ini juga dikenali bagi skim lindung 24 jam dimana liputan perlindungan 24 jam akan diberikan kepada pekerja yang layak semasa tempoh pengajian. Termasuk perlindungan bagi kemalangan yang berlaku diluar waktu kerja dan tidak berkaitan secara langsung dengan pengajian. Skim ini menyediakan manfaat seperti faedah perubatan faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, elaun layan sentiasa, faedah orang tanggungan, faedah pengurusan mayat dan faedah pemulihan. Berdasar angka PERKESO sebanyak 43,168 kes, kemalangan dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 Akta 4, telah ditolak oleh PERKESO dan diputuskan bukan bencana kerja sejak tahun 2021 hingga 31.12.2025 di seluruh Malaysia.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan data pekerja aktif setakat Mac 2026, Pelaksanaan SKBBK dijangka memberi manfaat kepada lebih kurang 164,906 orang pekerja tempatan dan 29,138 pekerja asing di negeri Pahang yang aktif mencarum dibawah PERKESO. Pelaksanaan skim ini akan memperluaskan penerimaan sosial kepada pekerja bukan sahaja ketika berada di tempat kerja malahan meliputi kemalangan diluar waktu pekerjaan termasuk ketika berada di rumah menjalankan aktiviti harian. Untuk makluman ahli Dewan Speaker, perlindungan 24 jam ini hanya cover di Malaysia Sahaja, tidak temasuk di luar negara.
Untuk menjawab soalan B. Pejabat PERKESO di seluruh Pahang bersama-sama kerajaan negeri telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk memperluaskan dan mempertimbangkan terhadap kesedaran rakyat negeri Pahang berkenaan
perlindungan keselamatan sosial mengenai skim lindung 24 jam antaranya kerjasama strategi dengan pihak berkepentingan ahli parlimen, adun di negeri Pahang. Melaksanakan program publisiti melalui media sosial seperti di laman sesawang Facebook, YouTube, Whatsapp dan Instagram. Kerjasama dengan media harus berada dalam media sosial dan akhir sekali menjalankan program kesedaran seperti program PERKESO yang diadakan di seluruh negara melibatkan majikan pekerja, kesatuan dan persatuan industri.
Untuk makluman semua, selain itu pekerja juga mempunyai 54 khidmat pelanggan di seluruh negara. Di Pahang ada 3 iaitu di Kuantan, Temerloh dan Bentong yang turut bertindak sebagai platform bersemuka bagi semua masyarakat termasuk rakyat Pahang mendapat informasi mengenai skim lindung 24 jam. Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat mengenai skim lindung 24 jam dengan melayari platform rasmi PERKESO dan talian khidmat pelanggan PERKESO 1-300-22-8000. Sekian terima kasih.
Sila wakil daripada Beserah
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Saya cuma ingin penjelasan daripada Kerajaan daripada jumlah 43,168 kes yang ditolak itu tadi di seluruh negara, apakah antara sebab ataupun alasan permohonan mereka ini ditolak dan kalau ada angka kemudian berapa kes ini di Pahang yang sebenarnya ditolak permohonan. Terima kasih.
Terima kasih Beserah. Saya tidak ada maklumat. Nanti saya beri jawapan bertulis. Terima kasih.
Seterusnya soalan no. 8 wakil daripada Tanah Rata
Terima kasih Dato' Sri Speaker. Soalan saya soalan 8.
(a) [Sila nyatakan jumlah pelancong yang melawat setiap daerah di negeri
Pahang bagi tahun 2025, serta perbandingan kadar peningkatan atau
penurunan dalam bentuk peratus berbanding tahun 2024.
(b) Jelaskan persediaan kerajaan negeri Pahang dalam menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2026, termasuk perancangan program, penganjuran aktiviti serta usaha promosi yang telah dan akan dilaksanakan.]
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan Yang Berhormat Tanah Rata yang bertanyakan tentang pelancongan. Jadi soalan a) sila nyatakan jumlah pelancong di setiap daerah di negeri pahang bagi tahun 2025 dan kadar peningkatan atau penurunan. Jadi untuk makluman yang berhormat-yang berhormat, untuk tahun 2025, di daerah Kuantan mencatatkan 2.69 juta pelancong. Peningkatan 7.98%, daerah Bentong 9.49 juta orang pelancong, peningkatan 6.9%, Cameron Highlands 2.1 juta orang pelancong, peningkatan 52.45%, Temerloh 292,442 orang pelancong, peningkatan 2.24%, Jerantut 237,739 orang pelancong, peningkatan 25%, Rompin, 208,326 orang pelancong, penurunan 21%, Pekan 30.. 3,730, peningkatan 2%, Raub 140,174 orang pelancong peningkatan 1.5%, Lipis 49,973 orang pelancong peningkatan 3.48%, Maran 15,220 peningkatan 147%, Bera 23,139 orang pelancong, peningkatan 7.53%. Jadi untuk maklumat tambahan Yang Berhormat – Yang Berhormat juga untuk tahun ini untuk suku pertama Januari hingga Mac, setakat ini, negeri Pahang telah mencatatkan ketibaan pelancong 3.25 juta orang pelancong, kalau berbanding dengan suku pertama tahun 2025 mencatatkan peningkatan 1.63%.
Jadi untuk soalan B, persediaan Kerajaan Negeri Pahang untuk menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2026? Sebelum ini kita memang ada perancangan yang merangkumi pelbagai sektor pelbagai perspektif. Cuma sekarang, kalau memandangkan ada krisis Asia Barat dan ketidaktentuan geopolitik, jadi untuk 8 bulan akan datang, kita telah pinda sikit beberapa perancangan awal untuk dikemaskini dan menyesuaikan strategi promosi untuk perubahan permintaan dan keutamaan pasaran. Jadi antaranya kita masih memperkukuh promosi pelancongan domestik dan antarabangsa tapi lebih fokus akan diberikan kepada pelancongan domestik. Yang kedua, kita juga akan menggalakkan dan menyelaras penganjuran acara pelancongan berimpak tinggi, menggalakkan pembangunan pakej pelancongan yang kompetitif, membangunkan- membangunkan produk pelancongan baharu contohnya Pahang Edu Tourism Trail dan memperkasa modal insan industri pelancongan.
Kita bersyukur kerana RM1 juta telah di peruntukkan daripada kerajaan negeri untuk membantu kita memperkasakan pengusaha- pengusaha industri pelancongan dan seperti yang dibincangkan sebelum ini tentang ECRL, kita juga sedang lihat potensi atau peluang baru dengan pembukaan pengoperasian ECRL yang dapat membantu untuk meningkatkan connectivity antara bandar untuk membantu pelancongan domestik juga. Sekian terima kasih.
Sila soalan tambahan, wakil daripada Tanah Rata.
Terima kasih Tuan Sri Speaker. Soalan tambahan saya, disebabkan oleh kesan geopolitik ini, adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk sama ada nak menurunkan sasaran jumlah pelancong disebabkan ada kemungkinan bahawa pelancong antarabangsa mungkin akan er… apa kata cancel er… perjalanan mereka ke Malaysia termasukK juga negeri Pahang ataupun mungkin kerajaan ada perancangan untuk menambah lagi er… dari segi jumlah pelancong domestik supaya sasaran ini masih dapat tercapai iaitu 15.5 juta pelancong ke negeri Pahang bagi tahun 2026. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Setakat ini kita tidak menurunkan sasaran, kita masih menetapkan 15.5 juta. Memang tidak dapat dinafikan khususnya daripada Eropah. Memang sejak ada krisis ini, kita nampak kadar untuk tiket penerbangan meningkat dengan banyak dan dengan itu, itu sebab kita telah mengubah strategi untuk lebih fokuskan pelancongan bukan sahaja domestik tetapi juga di rantau ini Asia Tenggara ataupun di Asia sini. Tapi kita berharap bahawa dengan adjustment kita, kita akan juga dapat mencapai sasaran kita. Terima kasih.
Soalan ter... ada lagi.
Yang Berhormat Speaker. Terima kasih beri laluan kepada saya untuk bertanyakan kepada pihak kerajaan, tentang kenaikan ataupun turunnya statistik kehadiran pelancongan ini ataupun pelancong, adakah melibatkan pelancong domestik ataupun pelancong luar negara, pertama. Kedua, apakah yang dimaksudkan aktiviti pelancongan yang berimpak tinggi? Kalau boleh dapat bagi satu contoh kepada Dewan. Dan yang terakhir sekali, apakah er… promosi ataupun aktiviti pelancongan yang terkini ataupun terbaru daripada skala ataupun aktiviti-aktiviti yang sedia ada. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tioman. Soalan pertama, setakat ini saya tak ada data tentang peningkatan dan penurunan itu berada berasaskan pelancongan domestik dan antarabangsa. Tapi walau bagaimanapun kita akan cuba dapatkan analisis data ini. Keduanya, contoh acara berimpak tinggi adalah King of Mountain, di mana ini adalah juga salah satu inisiatif baru yang kita telah bermula pada tahun lepas. Ini adalah satu riding di yang bertempat di Genting Highlands sebab sebelum ini sebagai contoh, Le Tour yang juga mengambil jalan untuk naik Genting Highlands, dia lebih kepada riders bikers… riders professional, tetapi untuk King of Mountain, kita ambil kategori amateurs di mana dia dapat menarik perhatian sebab bukan semua dapat er… memang sangat-sangat jarang akan ada peluang untuk Genting Highlands tutup jalan dan menarik peserta yang bukan sahaja daripada kalangan profesional. Jadi ini adalah salah satu acara berimpak tinggi yang kita nak menggalakkan. Dan soalan ketiga mohon repeat balik boleh?
Soalan ketiga ialah adakah dalam tahun ini promosi pelancongan 2026 ini ada aktiviti baru daripada aktiviti yang sedia ada tahun-tahun yang lalu. Terima kasih.
Ya ada salah satu yang kita nak melancarkan dan menggalakkan adalah Edu Tourism Trail yang dijangka kita akan buat pelancaran pada hujung bulan ini dan di mana kita untuk menggalakkan golongan mahasiswa atau orang awam di luar negeri Pahang untuk mengikut er… untuk mengikut er… perjalanan yang ditetapkan untuk melancong sambil belajar dan destinasi pertama yang kita nak melancarkan adalah bertempat di Kuantan.
Experience, pengalaman ini pelancongan pengalaman
Speaker, satu ya.
Ada lagi? Bolehlah.
Terima kasih.
Yang Berhormat jarang-jarang juga. Yang Berhormat ni bukan jarang-jarang juga. Ini kadang-kadang.
Cuma saya… Yang Berhormat Speaker, cuma saya tertarik dengan pertambahan 100% pelancong di Maran tu. Saya nak tanya apa faktor eh, mungkin kita boleh tambah baik lagi jadi 200% ke. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Luit. Di Maran, memang salah satu keunikannya adalah air terjun dan kita bersyukur kerana tahun lepas terdapat projek-projek penambahbaikan infrastruktur di berapa tempat pelancongan Air Terjun Teladas atau Che Minah Sayang dan lain lagi Lubuk Yu. Dan kita juga menggalakkan penganjuran acara pelancongan sebagai contoh untuk Lubuk Yu setiap tahun mereka ada Hammock Fest dan kita juga akan lebih menggalakkan penganjuran acara-acara untuk menambah ketibaan pelancong ke Maran.
Soalan terakhir wakil daripada Kemayan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Soalan saya soalan nombor 9.
[Kerajaan Negeri Pahang menawarkan sebanyak 16,035 lot rumah di bawah Projek Skim Tanah Rakyat FELDA Pahang (STRFP) generasi baharu FELDA yang layak di seluruh Negeri Pahang. Apakah status terkini projek tersebut?]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam Pahang First, Salam Maju Terus Pahang. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Kemayan. Persoalannya, menawarkan itu, Kerajaan Negeri Pahang, menawarkan sebanyak 16,035 lot rumah di bawah projek Skim Tanah Rakyat FELDA Pahang (STRFP). Generasi Baru FELDA yang layak di seluruh negeri Pahang. Apakah status terkini projek tersebut?
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan Yang Mulia, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Bilangan 34 Tahun 2025 pada 25 September 2025 melalui Perkara T11 telah pun meluluskan cadangan penambahbaikan pelaksanaan Skim Tanah Rakyat FELDA Pahang ataupun bagi (STRFP) bagi tujuan pemberimilikan tanah kerajaan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara kepada generasi baharu FELDA yang layak untuk pembinaan kediaman. Melalui pelaksanaan ini, setiap lot ditetapkan dengan keluasan 3,000 kaki persegi tertakluk kepada kesesuaian kawasan pembangunan. Pihak FELDA pula dipertanggungjawabkan untuk mengurus kos pengukuran penyediaan tapak dan infrastruktur termasuk kos sijil Lembaga Juruukur tanah sebelum kos tersebut ditutup semula daripada pemohon yang berjaya.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, bagi status semasa projek Mesyuarat Penyelarasan (STRFP) Bilangan 1 Tahun 2026 yang diadakan pada 5 Januari 2026 telah bersetuju supaya pihak FELDA mengemukakan pelan ukur sebenar kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang untuk semakan teknikal sebelum dimajukan kepada Pejabat Daerah dan Tanah yang berkaitan. Sehingga kini, pelan ukur bagi 6 lokasi telah dikemukakan melibatkan beberapa lokasi antaranya Felda Keratong 5, Felda Selendang 2, Felda Jengka 5, Felda Jengka 14, 20 dan juga melibatkan lebih kurang 1,236 lot yang telahpun diserahkan sebagai percubaan untuk menyelaraskan beberapa perkara-perkara teknikal dan juga pihak PTG Pahang telah melaksanakan semakan dan juga pengesahan awal terhadap lot-lot tersebut sebelum dimajukan kepada Pejabat Daerah dan Tanah bagi proses pemilihan peserta yang layak untuk diperakukan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi tujuan pemberimilikan.
Dalam masa yang sama, baki 67 kawasan lain masih berada di peringkat kerja ukur untuk penyediaan pelan oleh pihak FELDA melalui juruukur berlesen. Jika proses ini sedang dipercepatkan dengan sasaran penyelesaian pada tahun 2026. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, terkini Mesyuarat Penjelasan STRFP Bilangan 2 tahun 2026 yang diadakan pada 16 April 2026 yang lalu telah bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa teknikal dan juga Task Force khas yang diketuai oleh PTG Pahang dengan penglibatan Pejabat Daerah dan Tanah FELDA Wilayah Kuantan. FELDA Wilayah Jengka dan Mempaga serta LPHP sebagai penasihat teknikal. Selain itu,
Sekretariat Muafakat FELDA juga dilibatkan untuk membiaya atau sesuatu kos yang mempercepatkan proses pelaksanaan STRFP ini. FELDA juga diminta menyediakan cadangan berkaitan penamatan GSA bagi kawasan terlibat serta menyelaras pemaju-pemaju yang berkelayakan dengan kerjasama LPHP untuk pembangunan rumah generasi baru, FELDA dapat laksanakan lebih teratur dan mampan. Sebagai langkah penyelesaian akhir, satu bengkel, penyelarasan spesifikasi teknikal, kerja ukur, dan Pembangunan Perumahan STRFP akan diadakan pada 21 Mei ini melibatkan PTG Pahang, Pejabat Daerah dan Tanah, FELDA, LPHP dan juga juruukur bagi memuktamadkan blueprint pembangunan projek ini. Kerajaan Negeri Pahang sangat komited untuk memastikan pelaksanaan STRFP ini berjalan lancar dan juga memberi manafaat kepada generasi baru FELDA yang layak di seluruh negeri Pahang. Sekian terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Soalan tambahan.
Ni soalan terakhir saya bagi sebab kita nak meneruskan.
Soalan tambahan saya.
1. [Bilakah jangkaan golongan ataupun kumpulan pertama yang akan dapat ditawarkan STRFP ini dan juga memandangkan projek ini pun mengambil masa bagi penyelesaian,
2. Apakah status pindaan GSA untuk benarkan pembinaan rumah ke-2 di lot rumah peneroka? Terima kasih.]
Terima kasih kepada sahabat saya, Yang Berhormat Kemayan. Ada 20 persoalan telah dirungkaikan iaitu di antara jangka masa bila projek STRFP siap ini dapat dilaksanakan. Insya-Allah hasil daripada mesyuarat terakhir ini iaitu pada 21 Mei yang akan berlangsung 21 Mei nanti, Insya-Allah akan ada beberapa perkara-perkara yang akan diumumkan kepada pihak- pihak FELDA dan juga bersama dengan Kerajaan Negeri, dan untuk menjawab persoalan ke-2 iaitu mengenai Akta GSA ini, seperti yang telahpun dimaklumkan oleh sidang yang lepas. Untuk makluman Yang Berhormat Sidang Dewan, bahawa Akta GSA ini dalam pindaan dan akan dibentangkan dalam Parlimen. Insya-Allah pihak FELDA telah membentangkan kepada ahli Lembaga Pengarah FELDA dan akan membentangkan kepada jawatankuasa Kabinet untuk dibawa secara lebih teratur dan juga lebih tersusun kepada Parlimen untuk dibentangkan dan pihak kerajaan negeri dan juga beberapa pihak juga untuk memohon mempercepatkan proses pembentangan ini dan juga meluluskan beberapa perkara-perkara pindaan dalam Akta GSA. Ini membolehkan anak-anak peneroka kita dan juga beberapa perkara yang boleh membantu menyelesaikan isu-isu peneroka dan juga anak-anak peneroka pada masa ini. Sekian Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Ada lagi. Sila wakil daripada Kuala Sentul.
Saya nak tanya kepada YB Exco. Daripada 16 ribu lot ni, berapakah pecahan untuk DUN Kuala Sentul dan Jengka sebab STRFP ni dijanjikan sejak tahun 2023. Tapi sampai sekarang saya tak nampak lagilah pelan susun atur ataupun apa-apa perancangan di lot-lot berkenaan. Terima kasih.
Terima kasih kepada sahabat saya, Yang Berhormat Kuala Sentul. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Beberapa Skim Tanah Rakyat FELDA ini telah pun kita susun dan telah pun di garis panduan oleh pihak FELDA dan juga pihak PTG dan akhirnya 21 bulan Mei ni adalah iaitu dipanggil mandat terakhir untuk kita selesaikan. Di antara keseluruhan di seluruh negeri Pahang, kita dah ada pecahan-pecahannya 16,035 lot ni telah ada pun diusulkan oleh pihak FELDA dan kita akan buat dengan izin yang bermakna iaitu dipanggil Overlay, Overlay dalam sistem untuk kita pastikan tanah itu diracik dengan sempurna. Insya-Allah selepas sahaja 21 bulan Mei, kita akan maklumkan melalui pengurus-pengurus rancangan yang berkaitan dapatlah secara detail. Berapakah keluasan atau berapakah kuantiti yang sepatutnya akan didapati oleh pihak pemohon-pemohon daripada generasi FELDA. Insya-Allah Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian kita telah selesai membincangkan 9 pertanyaan dan jawapan. Saya juga nak maklumkan bahawa 2 daripada wakil Kerajaan iaitu wakil daripada Dong, sedang mengiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang ke Ekspedisi Kinabalu, wakil Kerajaan negeri dan yang keduanya wakil daripada Benta. Beliau sekarang ini berada di Sydney, Australia kerana anaknya graduasi anaknya di Sydney, Australia. Jadi kita ni soal keluarga, speaker saya sebagai Speaker, saya akan bagi keutamaan. Sebagai contohnya wakil daripada wakil daripada apa namanya Pulau Manis tadi. Eh bukan Pulau Manis ini daripada Lepar ke Sungai Lembing. Dia minta kebenaran untuk ya untuk keluar kerana nak bawa maknya melihat bapanya ke melawat bapanya di wad di HTAA. Jadi, saya benarkan. Jangan tak balik balik sudah. Saya tidak bercadang untuk menempoh persidangan ini. Walau bagaimanapun, pihak Dewan Negeri ada menyediakan jamuan pagi di bilik rehat ADUN-ADUN bagi ahli-ahli, ahli-ahli dewan negeri dan dan di kanopi bagi ketua-ketua jabatan, ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan secara bergilir-gilir dan kembali semula dalam dewan. Janganlah keluar semua sampai dewan kosong Ini kerana persidangan Dewan Negeri diadakan secara langsung dan disiarkan melalui sosial media media sosial Dewan Negeri Pahang.
Kita juga menyediakan pemeriksaan kesihatan kepada ahli ahli Yang Berhormat yang rasa nak bertanding sepenggal lagi. Nak sihat lagi bolehlah cek ya, apa namanya tekanan darah atau tekanan gula apa namanya ini? Peratus gula dan sebagainya dan lain lain pemeriksaan yang telah disediakan oleh HTAA, kita ucap terima kasih. Baiklah, kita akan meneruskan dengan aturan mesyuarat seterusnya.
Perkara ketiga usul Menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Saya mohon izin untuk membawa satu usul di dewan yang mulia ini yang berbunyi, bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Yang Berhormat Dato Sri Speaker. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengajak seluruh ahli-ahli Yang Berhormat tanpa mengira latar belakang latar politik agar bersama sama menjunjung titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah yang telah dizahirkan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah di dewan yang mulia ini pada 8 hb Mei 2026, yang lalu sebagai tanda taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada institusi diraja Negeri Pahang Darul Makmur.
Sesungguhnya titah yang dizahirkan itu sarat dengan hikmah, kebijaksanaan serta keprihatinan yang mendalam terhadap masa depan negeri dan kesejahteraan rakyat. Titah itu juga merupakan amanah besar yang menuntut seluruh kepimpinan negeri untuk menghayati, mendukung dan melaksanakannya dengan penuh rasa tanggungjawab dan keikhlasan bagi memelihara keharmonian serta memastikan kesinambungan pembangunan negeri dilaksanakan secara menyeluruh. Semoga di bawah naungan pemerintahan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku negeri Pahang Darul Makmur akan terus dikurniakan keamanan, kestabilan dan keberkatan yang berkekalan. Insya-Allah. Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin juga untuk pantun sebab tadi ada pantun. Saya pun nak pantun juga.
Boleh silakan.
Terima kasih.
Daulat Tuanku megah bertakhta,
Payung negeri penuh mulia, Menjunjung kasih jiwa dan raga,
Titah dijunjung penuh setia.
Menjunjung kasih jiwa dan raga,
Titah dijunjung penuh setia, Rakyat bersatu aman sentosa,
Moga negeri makmur sejahtera.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya berharap usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan Yang Mulia ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya mohon menyokong usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, di hadapan majlis adalah satu usul yang berbunyi bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju menjunjung kasih atas titah diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Usul tersebut telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan telah pun mendapat sokongan. Sekarang kita meneruskan aturan urusan mesyuarat selanjutnya.
Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan PahangMotion
Perkara Keempat: Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, di hadapan Majlis ialah satu usul berbunyi bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Usul tersebut telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang sebentar tadi dan telah pun mendapat sokongan. Usul ini akan dibuka untuk dibahaskan. Sebelum itu, saya juga, sebelum kita nak bahas, ya, saya juga ingin mengucapkan selamat datang kepada pemerhati-pemerhati kita. Nanti kita bagi tepukan kepada mereka, ya. DUN Cheka 6 orang, DUN Kemayan 6 orang, DUN Lepar 2 orang, DUN Teruntum 2 orang, DUN Bebar, 2 orang DUN Pelangai 1 orang, DUN Sabai, 1 orang dan DN Muadzam Shah 1 orang. Yang ini pun dibenarkan untuk keluar makan.
Sukacita saya maklumkan bahawa ruang perbahasan diberikan perlulah digunakan dengan sebaiknya. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum kita memulakan sesi perbahasan, saya mohon perhatian sepenuhnya terhadap beberapa perkara penting yang ingin saya sampaikan. Saya agak terkejut, sepanjang pemerhatian saya pada kebelakangan ini, saya agak terkejut dengan ada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang membuat kenyataan dan hebahan luar yang memberi imej buruk kepada Institusi Dewan Negeri. Tindakan tersebut ialah mencetuskan persepsi seolah-olah persidangan ini dijalankan secara berat sebelah dan tidak mengikut aturan. Saya menafikan sekeras-kerasnya tohmahan tersebut. Segala penjelasan telah pun saya berikan sebelum ini. Oleh itu, saya ingin memberi peringatan tegas berdasarkan 2 perkara utama. Pertama, berkaitan dengan dokumen di embargo. Terdapat pihak yang masih mempertikaikan mengapa Laporan Penyata Kewangan diletakkan pada hari terakhir persidangan dalam aturan urusan mesyuarat. Perlu saya tegaskan bahawa penetapan tarikh embargo pada hari terakhir ialah amalan standard sejak sekian lama. Ianya selaras dengan apa yang telah dilaksanakan di beberapa Dewan Undangan Negeri yang lain.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, tujuan kertas-kertas tersebut diagendakan sebagai kertas pembentangan dan bukannya kertas untuk dibahaskan. Ianya er... memastikan maklumat tersebut tidak dipetik secara pramatang, ya. Maknanya kita petik dulu sebelum kita... kita apa namanya kita... kita bentangkan dalam sesi perbahasan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ingat, mengikut Perkara 19(4) er... Peraturan Mesyuarat Dewan Negeri, mana-mana Yang Berhormat membocorkan kertas mesyuarat sebelum tarikh embargo disifatkan telah menghina Majlis. Perkara kedua, saya ingin menyatakan ialah berkaitan dengan perbahasan ruang perbahasan Laporan Kewangan. Dakwaan bahawa penetapan tarikh embargo pada hari er... terakhir mesyuarat akan menghalang ruang perbahasan adalah tidak tepat sekali. Sekiranya Ahli-Ahli Yang Berhormat berasaskan sesuatu laporan itu perlu dibahaskan, Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh mengemukakan usul secara rasmi bagi membolehkan ia ianya dipertimbangkan untuk dibawa dan dimasukkan dalam aturan mesyuarat yang akan datang selaras dengan Perkara 24(3) Peraturan Mesyuarat Dewan.
Perkara berkaitan er... pengemukaan usul ini adalah perkara standard dan dilaksanakan di Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri. Lihat contoh di Dewan Rakyat pada 23 Februari 2026, Laporan Ketua Audit Negara iaitu asalnya ialah kertas pembentangan, namun setelah usul dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri Undang-Undang pada 24 Februari 2026, barulah ianya dibahaskan mengikut aturan yang tertib. Yang paling utama dalam hal ini ialah setiap perkara hendaklah dibahaskan mesti didahului dengan usul. Tiada usul, maka tiadalah perbahasan. Dewan ini, Dewan ke-15 ini sudah memasuki tahun ke-5. Ahli-Ahli Yang Berhormat sepatutnya sudah tahu proses perjalanan Mesyuarat Dewan Negeri dilaksanakan. Sebab itu, setiap ulasan mesti rujuk kepada buku peraturan. Buku peraturan kita, tengok tu saya tanda berapa banyak tu. Hapal ni insya-Allah. Tapi kalau er... buku ada depan lah. Mesti dirujuk pada buku peraturan mesyuarat dan sepatutnya sudah mencapai tahap kematangan politik yang tinggi. Untuk maklumat Ahli-Ahli Yang Berhormat, selepas Laporan Kewangan dibentangkan dalam Mesyuarat Sidang Dewan ya, isu kewangan yang berkaitan akan diperincikan. Kita dengar ni. Ini ini ini dia punya flow dia. Isi isi isu kewangan yang berkaitan akan diperincikan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Inderapura.
Ahli-Ahli Yang Berhormat yang… Ahli-Ahli Yang Berhormat mempunyai ruang untuk meneliti laporan tersebut sebelum dibawa ke peringkat jawatankuasa. Hasil siasatan dan syor oleh jawatankuasa tersebut kemudian dibentangkan di dalam Dewan Negeri melalui pernyataan Jawatankuasa Penyata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Simpanan Negeri. Saya amat kecewa menerima laporan bahawa terdapat Ahli Jawatankuasa yang gagal hadir mesyuarat sebanyak 3 kali berturut-turut. Saya tidak perlu menyebut namanya di sini. Biarlah Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Wang Kira-Kira Negeri yang mengesahkannya. Namun, ia ini adalah persoalan integriti dan tanggungjawab. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya bersama Yang Berhormat wakil Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri dan juga Timbalan er... Speaker telah mengadakan Kunjung Hormat kepada Ketua Audit Negara pada 17 April 2026. Sesi tersebut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk membincangkan berkenaan Laporan Ketua Audit Negara 1-2026 secara telus serta memperjelaskan berkaitan proses pengauditan serta perbahasan yang telah dilaksanakan di peringkat Parlimen.
Sehubungan dengan itu, saya minta hentikan membuat hebahan yang tidak benar yang boleh menjejaskan kredibiliti Dewan Negeri Pahang. Hentikan memetik maklumat-maklumat daripada laporan-laporan yang masih di embargo semasa er...
berbahas dan patuhi setiap peraturan mesyuarat yang telah ditetapkan demi kelancaran dewan. Baiklah, kita meneruskan perbahasan kita. Ahli-Ahli Yang Berhormat bahaslah dengan penuh hemah, menyampaikan hujah dengan bernas dan tidak terlalu panjang. Setiap Ahli-Ahli Yang Berhormat diberi masa 15 minit sahaja untuk perbahasan. Untuk makluman, saya telah mengatur jadual susunan perbahasan pada 12 dan 13 Mei 2026 seperti jadual yang telah diedarkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, Ahli-Ahli Yang Berhormat jika sekiranya masih ada masa lagi di dalam perbahasan, contohnya di peringkat pagi, sebagai contohnya, kita berhenti kepada pembahas yang ke-6. Tetapi kalau ada masa lagi, kita harap pembahas seterusnya, Yang Berhormat seterusnya perlu bersedia er… ke-7 dan ke-8, kalau kita ada masa lagi dan kalau sekiranya kita tak sempat habis seperti yang saya nyatakan bahawa kita boleh sambung pada hari Isnin dan hari Selasa. Saya harap Ahli Yang Berhormat mematuhi jadual yang telah ditetapkan. Sekarang saya mengemukakan usul tersebut kepada perbahasan. Dengan ini, saya menjemput Ahli dari kawasan Kemayan untuk membahaskan usul tersebut. Silakan yang menyokong usul Yang Amat Berhormat tadi.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera, Salam Maju Terus Pahang dan Salam Pahang 1st. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Yang Berhormat Dato’ er… Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat er… Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri, pegawai kanan kerajaan er…
Tak payah Yang Berhormat ini bukannya persidangan er… Mesyuarat Agung UMNO ini… tak ada. [ketawa] Yang Berhormat Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian itu macam itu sahaja.
Tuan-tuan dan puan-puan… insya-Allah…
Tak…
Insya-Allah Yang Berhormat Speaker… saya akan
Tuan-tuan dan puan-puan tak ada sini er… pemerhati.
Saya akan habiskan er… perbahasan ini er… dalam masa yang er… ditetapkan. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dan izinNya saya diberikan peluang dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang saya ingin merafak sembah setinggi menjunjung kasih Kebawah ke sisi er… Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan menyempurnakan Istiadat Pembukaan dan menyampaikan menzahirkan titah diraja bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Pahang Kelima Belas.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku telah menyampaikan titah diraja yang begitu komprehensif, yang begitu jelas, padat dan mudah difahami oleh semua. Banyak perkara yang telah disentuh dalam titah diraja yang menjadi panduan dan juga perlu kita laksanakan secara bersama untuk kemakmuran dan juga kesejahteraan negeri Pahang ini. Antara yang terdapat dalam titah diraja ialah berkaitan dengan pencapaian-pencapaian yang kita tidak boleh nafikan yang pencapaian terbaik oleh Kerajaan Negeri Pahang hari ini. Walaupun kita dah sebut banyak kali er… walaupun kita dah terangkan banyak kali kan kalau pihak yang tidak bersetuju dengan kita ini akan cuba memusingkan perkara tersebut. Sampai hari ini er… dalam empat tahun ini saya tak pernah lagi tengok er… apa Dato’ Sri Speaker sebut dua perkara tadi secara jelas, secara tegas.
Yang mana Yang Berhormat?
Dua perkara berkaitan dengan perbahasan kita.
Er… sepatutnya ini saya tak payah sebut. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian boleh bacalah buku peraturan ini.
Sepatutnya er… tapi inilah yang berlaku di dalam Dewan Yang Mulia ini. Speaker terpaksa menyebut menerangkan kepada kita er… sama juga dengan apa yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang dalam titah dirajanya pada minggu lepas dan sepatutnya kita cukup memahami dan mudah difahami ayat-ayat yang telah disampaikan. Kalau kita tengok kejayaan yang telah dicapai oleh Kerajaan Negeri Pahang yang pertama adalah berkaitan dengan pungutan hasil. Semua dah tahu, satu negara dah tahu yang Kerajaan Negeri Pahang berjaya mengekalkan pencapaian kutipan hasil melebihi RM1 bilion empat tahun berturut-turut tahniah diucapkan. Mengenai keluaran dalam negeri kasar 5.7% ini adalah satu pencapaian cukup baik. Kalau kita lihat ekonomi Pantai Timur, inilah, Pahanglah juaranya. Kita tak boleh nafikan walaupun ada di kalangan kita bila di luar cuba nak mengagung-agungkan negeri lain. Saya cukup tak faham yang kita telah buktikan yang negeri Pahang ini antara yang terbaik di Pantai Timur tetapi ada di
kalangan kita ini lebih mengagung-agungkan negeri lain er… mengatakan yang negeri sebelah ini lebih hebat daripada negeri kita. Apakah salahnya kalau kita dalam satu perkara yang benar untuk mengangkat negeri kita pada tahap yang lebih baik kita boleh bersama. Kita boleh tidak bersetuju dan kita boleh bersetuju er… tapi dalam perkara-perkara yang baik tak salah saya rasa di pihak pembangkang ataupun pihak kerajaan boleh bersama mengangkat nama negeri Pahang.
Kejayaan er… state-state GLC kalau kita lihat dalam tempoh empat lima tahun kebelakangan ini, state-state GLC ini memberikan pulangan yang cukup baik kepada Kerajaan Negeri dan ini adalah satu kejayaan yang perlu kita banggakan. Kalau dulu mungkin kita lihat ada anak-anak syarikat Kerajaan Negeri yang kurang berjaya, kurang memberi keuntungan er… tapi hari ini kalau kita lihat secara keseluruhannya, keuntungan state-state GLC ini banyak membantu Kerajaan Negeri, banyak membantu inisiatif yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat dan dipulangkan kembali kepada rakyat itu kita kena akui. Kita nak bangkang boleh bangkang tapi benda fakta yang sepatutnya menjadi er… kejayaan kepada negeri patut kita banggakan. Kejayaan cemerlang dalam pendidikan. Kalau kita lihat SPM dua tahun berturut-turut menunjukkan Kerajaan Negeri Pahang ini berjaya dalam mendidik er… memastikan ekosistem pendidikan sekolah menengah di Pahang ini berjaya menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam SPM. Selain itu, bantuan-bantuan kepada rakyat yang saya lihat setiap tahun ada penambahbaikan, setiap tahun ada lebihnya mungkin sampai yang kata ini adalah bajet pilihanraya dan sebagainya kan tapi inilah kerajaan yang sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyat akan memberikan, akan memperbaiki setiap er… setiap apa pemberian ataupun kebajikan kepada rakyat setiap tahun. Dalam titah diraja juga menyebut berkaitan dengan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan hari ini dan kita perlu akui mungkin ada kelemahan-kelemahan yang perlu kita perbaiki dan tiada satu kerajaan yang perfect er… tetapi antara yang terbaik ini telah kita laksanakan dengan bantuan daripada pegawai-pegawai kerajaan daripada er… daripada state GLC dan sebagainya.
Kerajaan Negeri telah melakukan yang terbaik tetapi walau bagaimanapun ada beberapa perkara yang perlu penambahbaikan yang perlu kita perbaiki, penggunaan teknologi dan sebagainya. Kalau kita lihat kalau dulu memang tak ada er… kurang penggunaan teknologi tapi hari ini dengan adanya PahangGo dan sebagainya banyak aplikasi-aplikasi yang kita boleh gunakan dan memudahkan er… urusan rakyat seharian. Kalau dulu saya memang bayar zakat pakai pergi ke kaunter ataupun Amil yang berkaitanlah, tapi sejak tiga empat tahun ini saya dah tak pakai dah. Semua bayar pakai online dan juga banyak perkara-perkara lain bayar cukai dan sebagainya yang menggunakan aplikasi dan ini adalah satu perkara yang cukup baik dan juga saya ucapkan tahniah pada Kerajaan Negeri Pahang dalam proses untuk er… mempercepatkan proses tanah dan sebagainya pada er… tak silap saya pada Februari 2026, Kerajaan Negeri telah melancarkan pembangunan dan pelantikan Champion e-Tanah dan kita lihat ada beberapa negeri telah melaksanakan er… e-Tanah ini dari bagi kita negeri Pahang yang cukup besar e-Tanah ini cukup penting dan diharapkan aplikasi Sistem e-Tanah ini dapat dipraktikkan di negeri Pahang ini dengan lebih cepat, memudahkan proses dan sebagainya kan jadi, er… kita lihat perancangan ataupun gerak kerja daripada pihak Kerajaan Negeri telah tersusun. Dah ada dah jalan untuk penyelesaian bagi satu perkara yang perlukan penambahbaikan.
Selain itu, kalau kita lihat permohonan-permohonan tanah ini kalau disentuh sebagai tanah permohonan tanah ini banyak. Kita faham mungkin Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan satu-satu permohonan itu cukup tinggi. Walau bagaimanapun, saya menyarankan kepada Kerajaan Negeri agar meneliti…di mana adalah er...
keutamaan, kalau tanya saya, bagi saya, keutamaan saya adalah Skim-Skim Tanah Rakyat yang perlu disegerakan. Kalau kita lihat kalau Skim Tanah Rakyat ini memberi impak kepada rakyat secara keseluruhan, mungkin 300 orang boleh dapat satu satu STR, mungkin 500 orang boleh dapat satu STR. Kalau perkara ini dapat disegerakan, rakyat mendapat tanah, Kerajaan Negeri mendapat hasil daripada premium dan juga cukai yang dikenakan. Jadi kalau perkara ini kita dapat segerakan. Insya-Allah hasil-hasil kerajaan akan terus meningkat dan juga akan terus terjamin. Kalau kita bagi contoh STR, tapak rumah ini lebih mahal daripada tanah pertanian. Jadi kalau lebih banyak tapak-tapak rumah, kita boleh benar, buatkan STR kepada rakyat daripada diceroboh oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab. Lebih baik kita berikan tanah-tanah tersebut kepada rakyat. Bukan beri secara percuma tapi melalui Skim Tanah Rakyat yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pahang yang boleh memberi kesan kepada ramai penduduk di negeri Pahang ini terutama generasi-generasi baru di negeri Pahang. Kalau kita lihat Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku menyentuh pasal pelancongan. Pelancongan ini adalah satu perkara yang penting.
Kita tengok target kita pada tahun ini adalah 15 juta 500 orang, 500 ribu orang untuk hadir melancong ke negeri Pahang. Dan saya rasa satu jumlah yang tidak mustahil dan mungkin boleh lebih daripada itu. Kalau kita mempromosikan semua sekali tempat-tempat pelancongan yang kita ada. Malangnya, berapa kita tengok ni, tempat-tempat yang glamor sahaja yang dikunjungi oleh pelancong-pelancong luar. Kan? Contohnya kalau di Bera. Mungkin tadi disebutkan 30 ribu 40 ribu orang pelancong sahaja. Mungkin ada peningkatan tapi taklah macam Maran. Peringatan dia mungkin lebih 100 persen. Tapi kalau ikutkan jumlahnya berapa saja. Kalau kita betul-betul promosikan tasik yang kita ada, kita promosikan air terjun yang kita ada. Mungkin jumlah yang hadir ke negeri Pahang ni akan lebih-lebih ramai. Kalau kita tengok Tasik Bera, saya ni dah kali ni bercakap lagi untuk Tasik Bera ni sebab walaupun telah dilantik operator dan sebagainya tapi masih tidak dibuka kepada pengunjung sampai terpaksa komuniti setempat melaksanakan projek SejaTi MADANI untuk menggalakkan pelancong datang ke Tasik Bera. Kita ada 2 projek sejaTi madani satu untuk tour bot dan satu lagi kayak di usahakan oleh komuniti masyarakat Orang Asli di Tasik Bera.
Sampai begitu sekali, padahal kalau ada sokongan dan juga dorongan daripada operator yang berkelayakan daripada Tourism Pahang dan sebagainya, SejaTi MADANI ataupun projek komuniti ini adalah sampingan bukanya jadi mean. Sekarang ni saya tengok semua orang tak pergi Tasik Bera contact pengusaha Sejati MADANI ni untuk buat aktiviti di Tasik Bera. Mungkin pihak kerajaan atau Tourism Pahang perlu menilai perkara-perkara sebegini dan cukuplah kita mempromosikan tempat yang memang dah kenal Genting Highland, Pulau Tioman, Cameron Highlands ni dah menjadi terkenal tapi tempat-tempat yang seperti Tasik Bera, Tasik Chini, air-air terjun dan sebagainya perlu kita pertingkatkan. Selain itu, sukan-sukan, eko-sukan pelancongan, pelancongan sukan. Saya agak kecewa bila er... raya baru ni saya ada menganjurkan satu aktiviti sukan lasak di Bera yang terpaksa memasuki hutan simpan iaitu program motorcross yang program besarnya dijangka akan dilaksanakan pada bulan September. Tapi untuk first trail kita buat trail 100, 20km jalan ladang dan juga sedikit hutan simpan yang kita laksanakan. Tapi malangnya bincang dengan jabatan hutan ni. Okay tak apa YB buat surat nanti macam mana kita nak reduce kan dari segi fee dan sebagainya.
Malangnya, bila event itu berlangsung, penguatkuasa nak tahan sebab peserta melebihi yang mohon permit. Kalau diberi awal katakan perlu pohon permit untuk 500 orang walaupun terpaksa bayar satu motorsikal 50 ringgit. Seorang peserta 10 ringgit 60 ringgit. Peserta terpaksa keluarkan padahal kita nak galakkan aktiviti begini. Kalau
baru ni minggu lepas Greek Mega Trail beribu orang datang memberi impak yang besar kepada masyarakat setempat. Tapi kalau kita di sini kan sampai penguatkuasa nak halang aktiviti-aktiviti kita panggil mesyuarat ni yang tu yang saya tak faham tu kan dah panggil mesyuarat. Tapi walau bagaimanapun, terima kasih kepada jabatan pengarah Jabatan Hutan kerana dapat menyelesaikan perkara ini dan menyelesaikan supaya peserta yang lebih kurang dekat 200 sorang ni. Itu baru permulaan panggil sikit pun boleh dapat 200 sorang kalau kita betul-betul buat bulan 9 ni, Insya-Allah lebih daripada 500 peserta boleh mengalahkan.
naik apa tu naik kereta ke naik motor.
Naik motor motorsikal motorsikal lasak.
Saya tak boleh la. Saya takda lesen.
Dalam hutan tak payah lesen bawak motor.
Sebagai Speaker yang mendokong perlembagaan dan undang undang, saya kena ada lesen.
Okay terima kasih Speaker. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Perkara penting yang telah dizahirkan dalam titah diraja adalah peranan Kerajaan Persekutuan dan ini perlu kita sama-sama pastikan yang kerajaan negeri mendapat impak yang apa kesan yang sama. Macam kita dah jaga alam sekitar dan sebagainya. Apa yang kerajaan Sultan boleh berikan kepada Kerajaan Negeri ini. Kita terpaksa korbankan tidak kita menjaga alam sekitar dan sebagainya untuk kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya dan apakah pulangannya kepada Kerajaan Negeri dalam isu kelulusan pasir Kerajaan Persekutuan perlu menilai. Benarkan atau pertimbangkan sewajarnya jika ada negeri yang dibenarkan kenapa Pahang tidak dibenarkan. Saya rasa kalau perkara ini isu ini dapat diperjelaskan dengan berhemah. Saya rasa dia tidak menjadi satu isu yang besar. Kita ada bekalan kita ada buyer dan laporan teknikalnya tidak mempengaruhi alam sekitar dan sebagainya. Jadi kenapa tidak dibenarkan untuk dijual. Padahal kita ada permintaan dan juga boleh meningkatkan hasil negeri.
Jadi, saya rasa kita ada perlu win-win situation lah dengan Kerajaan Persekutuan yang mana Kerajaan Persekutuan perlu menilai semula perlu menimbangkan sewajarnya. Bagaimana untuk membenarkan penjualan mengeksport pasir sungai ini ke luar negeri. Mungkin nak jaga apa hubungan dan sebagainya mungkin negeri-negeri mana yang dibenarkan. Tapi saya rasa jika kita tidak membenarkan Kerajaan Persekutuan
tidak membenarkan penjualan eksport pasir ke luar ini akan memberi masalah dari segi sungai kita yang semakin cetek dan sebagainya. Dari segi stok yang ada kalau kita tengok di Pekan tu saya tak tahulah kan? Maknanya lagi tinggi sungai tu pasir yang ada kat situ. Jadi kita perlu lihat dan Kerajaan Persekutuan perlu menilai dengan sewajarnya tanpa ada-ada pertimbangan lain perlu lihat jika wajar berikan kebenaran. Benarkanlah untuk eksport pasir ke luar negara. Isu isu 3R dan saya rasa perkara ini.
Yang Berhormat boleh gulung
Okey.
Kerana kerana yang menyokong usul saya bagi Yang Berhormat dalam lima minit lagi.
Okay terima kasih. Memang cukup lima minit tu isu-isu 3R contoh hari ni kita tengok semalam dan sebagainya. Bila titah diraja keluar, ramai yang cuba untuk memain dengan isu 3R ni menghina dan sebagainya menuduh memfitnah dan sebagainya. Saya rasa perkara ini perlu kita tangani dengan secara baik. Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku juga menjemput berkaitan dengan politik matang. Sepatutnya kita ni lebih matang. Saya ni baru Dato' Sri Speaker dalam politik, tapi yang lebih senior ni sepatutnya lebih matang kita tahu kerajaan…bagaimana...pembangkang bagaimana kalau dalam titah diraja pun disebut pembangkang perlu jadi check and balance. So buat kerja check and balance kerajaan memberi kebajikan dan juga kesejahteraan untuk rakyat so kerajaan buat kerja itu. Saya rasa jelas dah tak perlu dah. Yang pembangkang nak jadi kerajaan tunggu eh nak jadi kerajaan ke nak apa ke tunggu eh. Sekarang ni kerajaan hari ni dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri besar so biarkan sokonglah Yang Amat Menteri Besar untuk menjalankan kebajikan kepada rakyat. Jika ada kekurangan bagi tahu Yang Amat Berhormat Menteri Besar saya rasa jelas perkara ini kalau kita mengamalkan politik matang.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Saya akan menyentuh sedikitlah berkaitan dengan kawasan saya. Pertama saya mohon agar pihak PAIP dan juga err KKDW untuk melaksanakan proses bekalan air luar bandar di Kampung Lubok Tambangan yang telah diluluskan sebelum ini. Tapi ada beberapa teknikal jika dilaksanakan, projek itu akan mengganggu bekalan di tempat lain. Jadi saya mohon pihak PAIP dan juga pihak KKDW dapat selesaikan perkara ini supaya masyarakat Orang Asli di Kampung Lubok Tambangan dapat manfaat bekalan air bersih. Saya juga memohon agar pihak kerajaan memberikan kebenaran khas kepada Generasi Kedua FELDA yang telah membina rumah di lot-lot peneroka. Memandangkan pindaan GSA pun, kita pun tak tahu mungkin akan dibentangkan di Parlimen bila dan bila pelaksanaan dan sebagainya. Ini impak dia besar bila kongsi paip ataupun meter ni rate dia tu berbeza bila penggunaan tu lebih jadi dalam keadaan kesusahan dan juga geopolitik hari ni. Saya mencadangkanlah kepada kerajaan untuk mempertimbangkan membenarkan memberikan kelulusan khas kepada yang telah membina ataupun sedang membina rumah di tapak kedua ni untuk beri kebenaran. Last-last nanti dibawa juga pindaan
untuk kebenaran tersebut. Jadi apakah salahnya kalau untuk kali ini berikan lagi sekali kebenaran khas untuk membenarkan mereka mendapat bekalan air dan juga elektrik bagi rumah kedua di tapak FELDA.
Akhir sekali, marilah kita bersatu hati memperkukuhkan perpaduan di bawah naungan ke bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah demi kemakmuran dan juga kesejahteraan negeri Pahang yang kita cintai. Akhir sekali, saya sama-sama kita berdoa agar segala perancangan yang telah dirancang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan baik demi kemakmuran negeri dan juga kesejahteraan rakyat dan dan dipermudahkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Oleh itu, saya sudahi dengan Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahhi wabarakatuh Kemayan menyokong.
Terima kasih. Seterusnya wakil daripada Cheka.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera. Alhamdulillah, (bahasa Arab). Terima Kasih Tuan speaker yang telah memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam membahas Titah... usul titah diraja sempena Pembukaan Mesyuarat Penggal Pertama, Penggal Kelima Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada Jumaat lalu. Di kesempatan ini, saya ingin menyatakan sokongan kepada Titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota semasa pembukaan dan perihatinan Tuanku yang menyentuh soal pembangunan negeri. Saya fikir titah Tuanku ini sangat seimbang. Ada perkara yang bersifat pujian di atas kejayaan kerajaan negeri dan kita juga merakamkan tahniah di atas kejayaan tersebut. Tak timbul soal kejayaan kita tidak hargai.
Yang kedua Tuanku juga ada buat teguran. Dalam titah baginda dan yang ketiga, Tuanku juga telah memasukkan beberapa cadangan-cadangan supaya kerajaan negeri beri perhatian kepada perkara tersebut. Jadi titah yang komprehensif ini perlu diberi perhatian serius. Bukan sahaja soal penghormatan kepada titah Tuanku tetapi melaksanakan apa yang dititahkan oleh Tuanku dalam pentadbiran kerajaan negeri. Kami bagi pihak pembangkang. Kita menjunjung kasih di atas titah tersebut kita akan menjunjung sepenuhnya titah Tuanku dan kita pun menjangka sebenarnya ingatkan sidang kali ini Tuan Speaker kita berada dewan baru tapi nampaknya masih lagi dewan lama. Kalau ikutnya dah dua kali babai dah. Bila kita nak babai kali ketiga, tak mungkinlah saya harapkan dapat perhatian sebab ini kehendak Tuanku juga supaya sidang yang akan datang ini dibuat di dewan baru. Mungkin ada maklumat, yang akan kita dengar nanti daripada pihak Yang Amat Berhormat Menteri Besar berhubung dengan perkara tersebut.
Saya pun tertunggu tunggu juga ya.
Jangan sampai habis tamat tempoh speaker barulah tukar bangunan baru.
gaya-gayanya.
Dalam titah Tuanku, isu yang cuba diselewengkan oleh media ialah isu penjualan pasir. Apa yang kalau kita perhati tuanku titah bukan soal, soal pengambilan pasir tapi isu export pasir. Isu melibatkan pengambilan pasir yang ada effect kepada alam sekitar tu tak timbul sebab semua kelulusan pengambilan pasir mesti memenuhi peraturan undang-undang EIA, EMP dan sebagainya. Saya fikir tak timbul Media cuba, cuba pusing berita seolahnya isu ni melibatkan pengambilan pasir yang Tuanku bangkitkan isu eksport pasir bukan pengambilan pasir.
Jadi oleh kerana itu, jangan ada pihak sebab saya tengok bila perdana menteri dalam respon dia. Dia merujuk kepada isu alam sekitar tentang pengambilan pasir bukan isu eksport pasir dibangkit oleh Tuanku. Jadi saya fikir tak sepatutnya perkara itu diselewengkan. Akhirnya kita tengok komen daripada public macam-macam sebab isu yang Tuanku bangkit berbeza dengan apa yang diulas oleh pihak lain. Jadi ini perlu diperbetulkan supaya kita memahami hasrat Tuanku ialah kenapa Pahang tiba-tiba tak boleh eksport keluar. Pasir perlu dikeluarkan. Peraturan kita, patuhi EIA dan sebagainya. Kita ikuti. Tapi kalau pengambilan pasir ada kos. Tiba-tiba eksport pasir tak boleh dibuat. Akhirnya siapa nak tanggung kos pengambilan pasir. Namun di sebalik itu, saya juga ingin melihat tentang beberapa kajian-kajian dapatan daripada beberapa laporan-laporan sebelum ini. Kita di Pahang ini kalau kita lihat pada tahun 2020 hingga 2023 diunjurkan hasil pasir ini mencecah sampai 92.47 juta diunjuran, namun bila kita lihat daripada tempoh 2020 hingga 2023, hasil yang masuk ke kerajaan negeri ialah 39.17 juta sekitar 42.4% sahaja. Bahkan kalau kita lihat beberapa dapatan kerajaan negeri, ada beberapa syarikat-syarikat ini yang masih tertunggak membayar royalti kepada kerajaan negeri dan saya fikir saya dapat penjelasan berapakah lesen pengambilan pasir diluluskan oleh kerajaan negeri dan berapa banyak tunggakan-tunggakan oleh syarikat-syarikat tersebut dan apa perancangan pihak kerajaan bagi mengatasi tunggakan-tunggakan ini sebab dia menjejaskan pendapatan walaupun kita tak boleh eksport keluar tapi jualan pasir dalam negara dan dalam negara sebagainya juga menjadikan sumber pendapatan bagi negeri.
Oleh itu, saya menggesa kerajaan supaya bukan terus mempertahankan hak negeri dalam isu export pasir di peringkat persekutuan. Tapi pada masa yang sama mengambil tindakan tegas untuk menuntut tunggakan menyemak semula perjanjian konsesi dan memperketatkan mekanisme kawal selia terhadap syarikat syarikat yang menguruskan pasir di seluruh negeri Pahang ini. Saya fikir banyak kawasan-kawasan yang telahpun kita beri kelulusan dan saya mengalu-alukan kelulusan tersebut sebab mengelak berlakunya banjir dan sebagainya. Kalau boleh perkara ini tuan speaker untuk kita bincang secara lebih halus di peringkat Jawatankuasa Kira-Kira Negeri (PAC) dan kalau perlu mungkin ia boleh dibawa ke Dewan Negeri untuk kita tengok bersama dalam konteks meningkatkan hasil pendapatan negeri.
Isu yang kedua yang saya nak bangkitkan ialah isu kelestarian alam. Satu realiti yang tidak boleh dinafikan Pahang hari ini berdepan dengan tekanan alam sekitar yang perlu diberi perhatian serius. Beberapa tahun kebelakangan ini kita menyaksikan kejadian banjir berulang dan suasana banjir yang tidak menentu kerana perubahan iklim yang sangat ketara. Kawasan-kawasan yang satu masa dulu tak pernah kena banjir kini berlaku banjir. Bermakna satu program mitigasi perlu diadakan segera. Saya
ucap tahniah pada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam beberapa perancangan telah dibuat tadi tentang projek tebatan banjir. Projek ini sebenarnya dah ditunda dah luluskan awal tahun 2023 lulus. Tapi bila bertukar kerajaan. Projek ditangguhkan akhirnya baru dilaksanakan. Apa yang mendukacitakan juga dan Tuanku bangkitkan dalam titah titah Tuanku ialah syarikat-syarikat kerajaan negeri, syarikat kontraktor daripada Pahang yang tidak diberi peluang untuk mengambil bahagian padahal mereka ini, syarikat yang mempunyai potensi yang ada keupayaan, tiba-tiba projek-projek besar G7 ini kebanyakannya dibolot oleh pihak luar. Dan sepatutnya, Tuanku bangkitkan sepatutnya peluang itu diberi juga kepada syarikat kontraktor dari Pahang yang mempunyai projek dalam negeri kita. Tiga billion lebih projek tebatan banjir ya tiba-tiba manfaatnya dapat dilihat, dapat kepada pihak lain.
Yang kedua, saya ingin lihat ialah tentang sejauh mana peningkatan kos yang berlaku kelulusan waktu berlaku sebelum berlakunya isu yang geopolitik yang mutakhir dan menyebabkan kos meningkat. Saya bimbang projek-projek ini akan berdepan dengan kelewatan, tergendala dan sebagainya. Salah satu puncanya kerana kos yang meningkat mendadak. Yang kedua isu besar kelewatan projek ini ialah kerana isu pengambilan tanah. Ya, kebanyakan kelewatan berpunca isu pengambilan tanah. Saya pernah mencadangkan supaya kalau boleh isu pengambilan tanah ini dikeluarkan daripada tempoh projek diselesaikan dulu sebelum projek diberi kepada kontraktor supaya kontraktor tidak berdepan dengan masalah pengambilan tanah. Sebab isu pengambilan tanah ini kadang-kadang menyebabkan kontraktor terpaksa delay projek. Bukan kelewatan masalah dia laksana tetapi kerana melibatkan pengambilan tanah. Isu ada pewaris yang meninggal dunia, ada pihak yang tak setuju yang bawa mahkamah dan sebagainya. Ini melambatkan proses tersebut. Kalau sekiranya proses pengambilan tanah dikeluarkan daripada projek, saya fikir dia tidak akan mengganggu kelewatan projek. Ini di antara cadangan yang boleh dipertimbangkan. Selain daripada itu, Pahang mempunyai keluasan hutan simpan kekal sekitar 1.6 juta hektar. Kira-kira 44% daripada keluasan negeri. Namun, hakikat jumlah ini tidak menjamin berkekalan. Ada dua perkara besar. Yang pertama sekali saya mencadangkan supaya pihak kerajaan negeri selain membuat pewartaan kepada tanah-tanah tersebut, Taman Negara, Taman-taman Negeri, kerajaan negeri perlu berusaha untuk mendapatkan hasil daripada hutan simpan ini. Contohnya, penjualan dalam bentuk carbon credits kepada hutan yang kita ada. Kalau kita simpan sahaja kerajaan pusat tak bayar, mungkin Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh dapat respon berapa banyak kerajaan pusat bayar pada kerajaan Pahang yang kita telah wakafkan? Kita beri tanah sebagai Taman Negara, Taman Negeri ya...
Yang Berhormat Dato Sri Speaker, setakat ini RM73 juta. Yang kita reserve kan ini yang Kerajaan Persekutuan dah bayar. Tetapi kita masih menuntut, sebabnya yang dibayar dalam bentuk projek. Mesyuarat yang lepas saya bersama dengan Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri saya bangkitkan kepada Majlis Mesyuarat Kewangan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri. Saya mengatakan bahawa kerajaan negeri, terima kasih kerana bayar dalam bentuk projek. Tetapi kita minta dibayar dalam bentuk tunai. Paling-paling tidak pun separuh di peringkat awalnya dan pada mesyuarat tersebut, pengerusi bersetuju. Bersetuju dengan permintaan kerajaan negeri dan saya minta ditingkatkan lagi kerana bayaran sehingga hari ini bermula daripada tahun 2022 kalau tak silap saya. Cuma kita mendapat 72. something-something saya tak ingatlah. Tapi saya bulatkan kepada RM73 juta dan usaha ini berterusan. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Cheka saya tidak berhenti. Bila ada peluang bermesyuarat dengan Majlis Kewangan
Negara saya akan bangkitkan perkara ni. Saya dah bangkit daripada tahun 2021 akhirnya tahun 2022 kita dapat. Tetapi yang diberi pada tahun 2022, saya masih ingat jauh berkurangan, sangat sikit. Sepatutnya kita reservekan hutan ni hutan simpan ni banyak dan manfaatnya bukan kepada rakyat negeri Pahang sahaja kepada negeri-negeri lain. Tidak sepatutnya kita mendapat tempat yang kelapan selepas pada masa itu, Kedah nombor satu yang paling banyak dapat. Saya bangkit Yang Berhormat Speaker, saya kata Yang Amat Berhormat Dato' Sri Pengerusi ini sudah tidak adil. Ini bahasa speaker.
Ini bahasa P. Ramlee (ketawa).
Pahang yang paling banyak buat hutan tapi dapat nombor lapan. Tapi sekarang ini kedudukan itu telah menaik dan kita setiap kali mesyuarat kita akan menzahirkan bahawa kerajaan Negeri Pahang tidak berpuas hati dengan apa yang dibahagikan kepada kerajaan Negeri Pahang. Terima kasih Dato' Sri Speaker.
Sila. Kita dua ya, satu Carbon untuk kita menyedut udara oksigen. Satu lagi water catchment area untuk kita menyimpan air-air itu untuk dibekalkan kepada Selangor ini hutan simpan kita juga sebenarnya yang menjadi hutan utama. Terima kasih Yang Amat Berhormat. Teruskan perjuangan bukan mudah nak kekal RM1 billion satu tahun.
Tahniahlah hasil kita dapat RM73 juta. Nampaknya payah kerajaan pusat nak bagi, Insya-Allah kita tukar kerajaan kita akan bagi Dato' Sri, jangan bimbang. Soal credit carbon...
Dulu... dulu Yang Berhormat jadi menteri dulu berapa bagi?
Takpe-takpe kita runding kemudian.
Tak... tak (ketawa) masa Yang Berhormat jadi Menteri Alam Sekitar berapa ribu bagi?
Itu yang kita lulus 22 tu sebenarnya zaman kita kerajaan (ketawa) itu memang betul saya rasa sebab masa tu UMNO pun bersama kerajaan pada masa tu.
Kita sama-sama bagi pada masa itu ya.
Kita bagi masa itu.
Boleh. Boleh.
Masa itulah kita mula bagi kepada negeri-negeri yang ada reserve dan yang kedua yang dibangkitkan juga ialah tentang carbon credits. Saya fikir kita boleh teroka. Ada cabaran sikit tentang REE di mana sebahagian besar rizab REE berada di hutan simpan dan ini di antara cabaran dan saya fikir oleh kerana perlunya satu mekanisme dibuat supaya Kerajaan Pusat ini buat polisi tak boleh eksport RAW REE ini ke luar negara. Okay kita akui dan kita ucap terima kasih. Tapi kalau prosesnya tak di buat pengilanganya tak dimulakan akhirnya kerajaan negeri, walaupun ada hasil tak dapat apa-apa sebab perlombongan ada tapi pelombong-pelombong pengusaha kata kami nak jual di mana?
Jadi selagi tak dimulakan proses untuk memproses REE ini negeri-negeri ada reserved REE ini hanya ada data je lah. Kami ada berapa billion reserved REE tapi nak keluar tak boleh kenapa tak ada pembeli? Kenapa tak ada pembeli? kerana proses kilang belum dibuka kecuali Lynas. Lynas pun letak syarat yang agak ketat sebab dia proses daripada Australia. Walaupun dibuka satu line baru, tetapi diletak syarat bahawa proses tu mesti Lynas mengusahakan di peringkat perlombongan sampai peringkat penguraian. Jadi, saya fikir ini tidak adil bagi negeri-negeri yang ada reserve REE yang banyak sebab kita tak dapat tak dapat hasil. Jadi, saya cadangkan selain daripada itu, untuk menjaga kelestarian alam ini, kalau boleh satu mekanisme yang telah pun diteroka oleh beberapa universiti untuk menguruskan konsep dipanggil wakaf hutan supaya konsep wakaf hutan ini ialah supaya hutan-hutan yang kita ada ini tidak di diceroboh atau dibuat sesuatu hingga akhirnya akan mendatangkan kesan besar kepada alam sekitar. Isu yang ketiga saya nak bangkitkan ialah isu tentang isu Tanjung Agas sedikit. Ya, kalau kita lihat dalam er...
Boleh gulung Yang Berhormat. Ya saya bagi tambahan sikit la pasal saya campur Yang Berhormat pun kita bagi dua minit lagi.
Lima minit ya.
Empat minit setengah.
Kita lama dah bersama-sama, lima minit (ketawa). Isu Tanjung Agas ni ialah tentang di mana melibatkan kawasan sekitar lebih kurang 4,225 ekar yang pada asalnya dipajak kepada Perbadanan PKNP kepada Tanjung Agas Solutions Sdn. Bhd. Terkini, projek Kompleks Hybrid Shipyard seluas lebih kurang 408 hektar pula dilaksanakan melalui kerjasama Pahang State Secretary Corporation PSK dan Teroka Majubina dengan perjanjian pajakan dimeterai tahun sehingga tahun 2025. Jadi soalan yang saya ingin dapat penjelasan ialah sejauh mana projek ini berjalan? dan apakah mekanisma perjanjian supaya tanah yang kita ada dapat kita pelihara? atau dalam bentuk leasehold ke? ataupun bagaimana dengan syarikat ini? Supaya apa yang dirancang di secara fizikal di projek Tanjung Agas dapat kita laksanakan. Kita mendoakan supaya projek-projek ini dapat laksanakan dengan baik dapat hasil bagi pulangan negeri dan dapat menjana peluang-peluang pekerjaan pada negeri.
Akhir sekali, oleh kerana masa tak begitu mengizin saya nak bangkitkan beberapa perkara dalam kawasan saya sendiri di dalam DUN Cheka. Diantaranya ialah tentang dengan Lipis Geopark. Saya melihat usaha promosi dan pemasaran masih berada pada tahap yang minima khususnya untuk sektor pelancongan. Persoalannya, apakah perancangan strategik kerajaan negeri bagi jangka masa sederhana dan panjang untuk menjadikan Lipis geopark ini sebagai destinasi utama, destinasi utama yang mampu menarik pelancong domestik dan antarabangsa? Saya mencadangkan agar satu kerjasama dengan institusi pendidikan, agensi pelancongan serta platform digital agar dapat menjadi pemangkin ekonomi setempat. Kita ada pengaruh influencer anak seni daripada Pahang yang boleh dilibatkan dalam promosi Lipis Geopark. Selain pada itu, saya tengok di Lipis ni, contohnya Ibu Pejabat Polis IPD Lipis ni sangat uzur dah lama sangat dan sangat tidak begitu selesa untuk kegunaan. Saya cadangkan supaya perkara ini dapat di beri perhatian untuk kita membina suatu IPD baru daerah Lipis.
Demikian juga Hospital Lipis, kalau tengok Hospital Lipis ni masalah parking memang kritikal sangat kritikal dan saya difahamkan dah ada satu tapak yang dicadangkan untuk dibina hospital baru dan saya boleh dapat penjelasan daripada pihak kerajaan, Sejauh mana perkara itu dapat dilaksanakan supaya kita atasi masalah kesesakan yang melampau di hospital daerah Lipis ni. Akhir sekali tentang beberapa lokasi berkaitan keselamatan jalan raya. Terdapat beberapa lokasi yang kritikal berlaku kemalangan seperti selekoh tajam di Kampung Pasu, kawasan Kampung Lintang, Batu 9. Dan saya punya kawasan Bukit Geleng, Gelenggang ini kawasan dia sangat tinggi tiba-tiba sahaja. Untuk makluman banyak kali kemalangan berlaku kerana bukan lori yang bawak muatan itu tak lepas kerana bukit itu terlalu tinggi. Mungkin ada perancangan pada Kerajaan Negeri yang perlu dibentang, dimaklumkan pada kita semua supaya kita dapat mengatasi masalah ini dan banyak kenderaan yang terbalik pun. Saya sendiri dan pengalaman ulang-alik ini pun banyak kali berjumpa dengan lori yang terbalik. Lori lebar kontena yang besar ni kadang-kadang tak lepas kerana jarak speed itu sangat singkat, sangat dia tak, tak boleh speed dalam, dalam jarak yang betul-betul. Oleh kerana itu, sama ada mekanisme untuk menyediakan satu ruang untuk mereka parking, rehat dulu supaya dapat diberi ruang supaya kenderaan yang bersusun di belakang ini tidak ada masalah. Sebab bila bukit tinggi ini kita ikut belakang lori ini pun risiko. Takut dia tak sempat tak boleh lepas. Akhirnya terundur ke belakang dan risiko kepada kenderaan lain. Kalau boleh disediakan, satu ruang er...dan bentuk er...lebih selesa, dua hala boleh membantu kenderaan kita dan kenderaan pengguna yang lain. Dato' Yang di-Pertua, Tuan Speaker saya rasa itu ucapan saya dan saya menyokong titah Tuanku. Terima kasih, Assalamualaikum WBT.
Terima kasih wakil daripada Cheka. Seterusnya wakil daripada Tras. Wakil daripada Tras ini Yang Amat Berhormat nampak makin handsome lah.
(ADUN TRAS - N.07)
Terima kasih Dato' Sri Tuan Speaker, lepas ini kita boleh minum dekat luar. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam kerajaan perpaduan, salam Malaysia Madani, Salam Pahang 1st. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Dato' Sri kerana bagi kesempatan pada petang ini. Di kesempatan ini juga, patik ingin menjunjung kasih di atas titah diraja Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada hari Jumaat lepas. Tengah hari yang mulia ini, saya ingin menyentuh beberapa perkara yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang. Sebelum itu dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan tahniah sebagai Ketua Pentadbir Negeri yang terbaik kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail dan terima kasih juga di atas keperhatian tambahan peruntukan makanan sebanyak 15 ribu seminggu untuk setiap DUN. Boleh saya tabik sekali.
Boleh Yang Berhormat, saya tak tabik.
(ADUN TRAS - N.07)
Semoga Dato' Sri boleh tambah lagilah tabik itu, untuk tambah lagi. Dato' Sri Yang Di-Pertua, Dato' Sri Speaker, saya ingin menyentuh point ke 56 ya. Titah Diraja berkenaan keci, kekecewaan Baginda Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim merujuk kepada Kerajaan Pusat yang tidak meluluskan usaha kerajaan negeri Pahang untuk menambah hasil negeri seperti eksport pasir sungai. Memandangkan negeri Pahang memiliki sungai terpanjang di semenanjung Malaysia yang sudah tentu banyak mendapan pasir yang perlu dikeluarkan agar kelancaran pengaliran air sungai bagi mengelak banjir. Dato' Sri Yang di-Pertua sebagai mantan Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli serta sebagai Ahli Undangan Negeri Pahang. Saya ingin memberi pandangan menang-menang, win-win situation seperti yang disebut oleh ADUN Kemayan sebentar tadi.
Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan. Jadual Ke-9 telah memperuntukkan bahawa perkara yang berkaitan tanah, hutan serta sumber asli adalah di bawah bidang kuasa negeri kecuali permit eksport (AP) di bawah kuasa Kerajaan Pusat. Jadual 9 ini jelas menunjukkan pengasingan kuasa diantara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri. Dalam titah Diraja Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota ada menyebut secara spesifik berkenaan kelulusan eksport pasir sungai Negeri Pahang merujuk kepada mendapan pasir supaya kelancaran pengaliran air sungai berlaku seterusnya mengalir mengelakkan banjir. Di dalam erti kata lain, ia adalah satu cadangan tindakan mitigasi banjir yang boleh menambah hasil negeri. Saya yakin masalah ini boleh diselesaikan dengan secara baik dengan kefahaman yang betul. Hak bersuara untuk kita mendapatkan balik kebenaran eksport pasir sungai ini jika
ianya dapat menambah pendapatan negeri. Lebih-lebih lagi Dato' Speaker ya, ke, kedudukan Ringgit Malaysia ini sekarang agak kukuh iaitu 1 US Dollar bersamaan RM3.91 Ringgit Malaysia, terima kasih PMX. Justeru itu, saya berpendapat jawapan yang tepat biarlah dijawab oleh Kerajaan Pusat itu sendiri. Skop perbahasan kita di dalam Dewan Yang Mulia ini hanyalah terbatas kepada hak Kerajaan Negeri dan dasar Kerajaan Negeri seperti Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan, Jadual 9 pengasingan kuasa antara Kerajaan Negeri dan Pusat. Dato' Sri Speaker, saya amat tidak menyokong komen-komen atau penghinaan terhadap titah diraja baru-baru, baru ini yang terdapat di media elektronik. Kita sebagai orang timur dan Malaysia, kita mestilah lebih beradab di dalam memberi pendapat. Tidak salah memberi pendapat tapi janganlah sampai menghina institusi diraja. Dato' Sri Speaker serta Ahli-ahli Dewan Yang Dimuliakan, Tuanku menyampaikan titah dalam bahasa yang amat mudah difahami, malah bukan secara teknikal.
Sebagai mantan Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli dan Ahli Undangan Negeri Kerajaan serta saya seorang jurutera dan juga ahli PAC Pahang memahami serta mengerti apa yang Tuanku ingin sampaikan? Isu ini sensitif dan ada conflict of interest sikit kerana ianya perlu penjelasan secara teknikal dengan data-data serta pengalaman. Apa yang Tuanku titah itu tidak menggunakan bahasa yang susah, bahasa yang mudah, korek sedimen pasir bagi mengelakkan bencana banjir dan pasir itu boleh dijual untuk hasil negeri. Ianya bahasa yang amat mudah difaham oleh rakyat biasa. Jika kita berkomunikasi di dalam bahasa kejuruteraan sungai dengan izin Rivers, River Engineering. Banyak perkara yang perlu kita tahu daripada sudut kejuruteraan sungai. River Engineering ada beberapa parameter yang perlu diambil sebelum penggorekan dibuat. Di sini saya sertakan secara ringkas kajian hidrolik analisis pengangkutan mendapan. Dinamic Analysis Flight Simulation (EIA), Independent Technical Review dengan izin guna bahasa Inggeris ya, monitor ataupun pemantauan data sebelum dan selepas projek. Untuk sungai-sungai yang panjang seperti Sungai Pahang, beberapa kajian tambahan perlu dibuat seperti Casement Management, Upstream Detection, Flight Plain Restoration, Erosion Control Enforcement, Integrated River Basin Management itu adalah dari segi teknikal.
Dato' Sri Speaker, saya pernah menyelesaikan masalah stock file bauxite pada tahun 2019 dahulu. Melalui pengalaman ini, saya menawarkan diri untuk bersama-sama Kerajaan Negeri untuk berbincang dengan pihak Kementerian Pusat bagi menyelesaikan masalah ini supaya diselesaikan dengan cara menang-menang seperti yang diucapkan oleh ADUN Kemayan tadi. Dato' Sri Speaker serta Ahli Dewan Yang Dimuliakan, kita bukan hanya bercakap berkenaan kedaulatan negeri Pahang sahaja, akan tetapi juga kedaulatan Malaysia itu sendiri. Contohnya, pasir ini dijual ke mana. Ia juga bukan sahaja membabitkan keuntungan negeri tetapi juga peruntukan pusat di dalam menghadapi bencana alam, hakisan, keselamatan aliran air hidraulik serta sumber air bersih. Contohnya di dalam Rolling Malaysia Plan. Ia juga bukan semata-mata prerogatif hak negeri tetapi integriti, ketirisan, penguasaan serta pengurusan sumber negeri negara. Sebagai contoh, saya membawa rujukan Ketua Audit Negara. Buku 3/2024 Oktober 2024 muka surat 21, 22, 23, 24 dan 25 yang mana yang diterangkan oleh ADUN Cheka sebentar tadi yang dibaca sekali dengan jadual penyata kewangan Negeri. Dia kena baca dua-dua sekali. tak boleh baca satu-satu je. Jadual 4 Penyata Kewangan Negeri Pahang bagi tahun 2020 sehingga 2023. Prestasi kutipan hasil royalti pasir sungai berbanding sasaran dalam tempoh 2020 sehingga 2023. Sasaran targetnya adalah kurang lebih RM92.4 juta tetapi pendapatan sebenar kurang lebih RM39.1 juta sahaja. Hutang tertunggak dari 2020 hingga 2023 lebih kurang RM10.77 juta. Untuk takut kesilapan tersebut saya merujuk pula Buku Laporan Ketua Audit Negara 3/2025 muka surat 49 jadual 28 sehingga 2024 ABT, Akaun Belum
Terima adalah RM10.67 juta. Ini adalah sedikit info yang berguna bagi Ahli Dewan sekalian.
Dato Sri Speaker, saya ingin juga menyentuh berkenaan kesan geopolitik daripada konflik tenaga Timur Tengah yang juga memberi kesan kepada harga minyak yang berasaskan fossil fuel pada negara kita. Justeru itu, saya ingin mencadangkan beberapa pendekatan supaya Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan bagi menambah baik lagi ekonomi negeri Pahang mempercepatkan lagi R&D serta kerjasama penggunaan tenaga hijau boleh diperbaharui yang berasaskan komoditi pertanian seperti menghasilkan Biofuel bagi mengimbangi krisis minyak yang berasaskan Fossil fuel. Di sini saya pecahkan kepada dua. Satu komoditi getah dan satu lagi komoditi kelapa sawit. Mempercepatkan kajian serta kerjasama UMPSA, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah dengan RISDA dan agensi bagi Kajian Bahan Bakar Bio Fuel yang berasaskan skrap getah. Ia juga dapat membantu 500 ribu pekebun getah di seluruh negara serta mewujudkan peluang pekerjaan baru ke atas produk hiliran ini, komoditi kelapa sawit (CPO). Pihak Kerajaan Negeri Pahang juga disarankan melalui anak syarikat PKNP atau yang berkaitan untuk bekerjasama dengan pihak RISDA bersama-sama dengan FGV Holding untuk menghasilkan biodiesel B100 yang diproses sepenuhnya guna minyak kelapa sawit tempatan. Teknologi ini menggunakan 100 % minyak yang berasaskan kelapa sawit tanpa dicampur dengan diesel fossil fuel seperti yang kita gunakan sekarang B10, B15 dan B20.
Di negeri Pahang juga mempunyai rancangan-rancangan FELDA yang terbanyak di Malaysia iaitu ada 115 saya rasa ini pun memudahkan Kerajaan Negeri untuk berbincang atau berkomunikasi dengan RISDA. Walaupun ada sekatan pengeksportan pasir sungai ketika ini daripada Kerajaan Pusat, kerajaan Pahang boleh memohon untuk bekerjasama dengan Felda Pusat di mana Kerajaan Negeri mempunyai tanah yang luas boleh dikomersialkan. Dikesempatan masa yang terhad ini juga ingin saya mencadangkan Kerajaan Negeri Pahang agar supaya dapat memanfaatkan kawasan terbiar yang luas termasuk kawasan yang dikendalikan oleh ORACO disewakan atau diusaha sama dengan pihak swasta atau pelabur menukar dari perladangan sawit yang tidak terurus kepada pusat data AI dan ladang tenaga solar.
Ini juga akan menambah pendapatan untuk Orang Asli. Kerajaan Pusat telah memperuntukkan di bawah Pemudah Peralihan Tenaga Nasional (NETR) daripada RM100 juta kepada RM300 juta untuk tahun 2025 berskala besar tanpa bergantung sepenuhnya kepada grid konvensional itu yang TNB. Kerajaan Pusat juga melanjutkan Skim Teknologi Hijau (GTFS) dengan nilai pembayaran RM1bilion sehingga 31 Disember tahun 2026. Dan Kerajaan Negeri Pahang pun sudah mempunyai rujukan projek di Pahang Teknologi Park Gambang dengan usahasama PKNP dengan Fire Phoenix International. Nilai ini bernilai RM450 juta. Di sini saya juga ingin bagi perbandingan secara umum di mana ladang solar dan pusat data ini boleh mendatangkan keuntungan lebih daripada 54 kali ganda daripada perladangan sawit biasa. Setiap 1 gigawatt (GW) kapasiti tenaga boleh diperbaharui dengan menggunakan kawasan 1.5 ribu hingga 1.7 ribu hektar boleh menjana pendapatan lebih kurang antara 134 juta hingga 266 juta setahun.
Boleh gulung?
Memang nak gulung pun. Sebelum gulung tu, saya pun minta jugalah izin untuk pantun juga.
Sila la pantun. Hari pantun negeri Pahang.
Burung Merpati, terbang sekawan,
Hinggap seekor pohon jati, Budi yang baik jadi kenangan,
Harum namanya sampai ke mati.
Anak Merpati terbang ke hulu,
Hinggap sebentar di Pohon Sena, Titah diraja dijunjung selalu,
Panduan rakyat sepanjang masa.
Pergi ke bendang menanam padi,
Padi menguning indah berseri, Titah baginda penuh berbudi,
Membawa negeri aman Harmoni.
Saya berharap Kerajaan Negeri meneliti semula tentangan dan pandangan yang saya kemukakan demi kesejahteraan rakyat Pahang. Saya pohon menyokong titah diraja. Terima kasih.
Terima kasih wakil daripada Tras. Seterusnya wakil daripada Lepar.
Terima kasih.
15 minit.
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, pada Jumaat yang lepas Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang telah merasmikan Pembukaan Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15.
Yang Berhormat Lepar tak kena gantung la?
Tak ada.
Belum lagi. [ketawa]
Potong stim. [Ahli Dewan ketawa] Di dalam titah Tengku Mahkota Pahang Kebawah Duli Paduka Mulia telah menyenaraikan lima perkara penting iaitu pertama, memperkukuhkan daya tahan ekonomi negeri melalui pelbagai sektor agar tidak bergantung kepada satu sumber dominan semata mata. Kedua, memperhebatkan usaha menarik pelaburan berpotensi tinggi khususnya dalam sektor teknologi dan tenaga baharu. Ketiga, memperkukuhkan rantaian bekalan dan ekosistem industri tempatan bagi mengurangkan kebergantungan pada faktor luar yang tidak menentu. Keempat, laksanakan dasar-dasar yang responsif terhadap kenaikan kos sara hidup. Kelima, manfaatkan peluang daripada perubahan global termasuk peningkatan permintaan tenaga, sumber tenaga, komoditi dengan pengurusan yang lestari dan berintegriti.
Pada muka surat 16 bilangan 40, Tengku Mahkota Pahang telah menyatakan Kerajaan Negeri telah menerima kelulusan sebanyak 133 projek baru dan 434 projek sambungan dengan nilai peruntukan keseluruhan sebanyak RM3.388bilion. Cuma apa yang ingin saya tanya tanyakan di Dewan Yang Mulia ini adalah, apa telah jadi pada permohonan projek dari projek jalan dari Felda Lepar Utara ke Sungai Lembing? Projek ini telah dimohon berbelas, berbelas tahun dahulu. Namun hingga kini tidak terzahir hitam putih tentang projek ini. Apakah kerajaan Pusat tiada peruntukan ataupun tidak mahu melayani bagi meluluskan permohonan projek ini dan bagi pandangan saya, Kerajaan Negeri Pahang perlu meminta penjelasan kenapa projek ini masih tertangguh hingga kini. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Pada tahun 2023, Ahli Parlimen Kuantan telah mengutarakan tentang projek ini di Parlimen dan Timbalan Menteri yang berkenaan telah menjawab bahawa ianya adalah proses… dalam proses penyemakan dan perbincangan harga tender. Namun, pada Februari 2025 baru dikeluarkan tender kajian dan reka bentuk awalan. Kajian lagi. Tak habis-habis dengan kajian berpuluh-puluh tahun Kerajaan Pusat jadikan negeri kita, Negeri Pahang ni macam makmal uji kaji.
Semua sedia maklum apakah kepentingan projek jalan ini? Selain daripada memudahkan urusan penduduk Lepar Utara yang berada di dalam DUN Lepar untuk berurusan di daerah Kuantan. Namun, faktor yang lebih penting lagi adalah ianya untuk merancakkan lagi perkembangan ekonomi dari Pahang Barat ke Ibu Negeri Kuantan. Semuanya akan lebih cepat. Sektor pertanian, penternakan, perlombongan juga akan lebih berkembang dari masa ke semasa. Banyak peluang pekerjaan akan dicipta serta negeri Pahang turut juga dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan makanan negara dari hasil pertanian dan penternakan. Saya sebagai Wakil Rakyat telah pun menyampaikan hasrat rakyat berkaitan dengan projek
ini sebanyak dua kali di Dewan Yang Mulia ini dan selebihnya adalah tugas EXCO yang berkenaan untuk memastikan agar kerajaan MADANI memandang serius tentang keluhan rakyat negeri Pahang. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker...
Berapa panjang jalan itu Yang Berhormat. Saja nak tahu.
Dia orang kata 30km, dekat je kalau daripada Sungai Lembing ke Lepar Utara. Dekat je.
Dekat, dekat.
Dekat dah, cuma tak tahulah berapa jumlah projek dia. Yang Berhormat, baru baru ini kita dikejutkan dengan pemergian arwah adik Mohd Luqman Kamil yang meninggal dunia akibat lemas semasa mencari kepah di Pantai Balok. Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang telah mencemar duli hadir bertemu keluarga arwah dan juga menghadiri majlis tahlil di Masjid Felda Lepar Hilir Tiga. Patik mewakili rakyat Lepar, terutamanya peneroka-peneroka di Felda Lepar Hilir Tiga ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan Kebawah Duli Paduka Mulia. Walaupun dalam kesibukan tugas harian, beliau tetap menjadikan rakyat sebagai keutamaan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, arwah adik Muhammad Luqman Kamil bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Kuantan yang juga dikenali dengan nama singkatannya SABS. Saya juga bersekolah di SABS dari tahun 1983 hingga 1987. SABS juga adalah sekolah, satu sekolah yang hebat di negeri Pahang. Cemerlang dalam akademik dan juga bidang sukan. Saya rasa mungkin ramai juga ahli-ahli politik lahir daripada SABS. Arwah adik Muhammad Luqman Hakim bersama rakan-rakan beliau seramai tujuh orang telah menaiki kenderaan pacuan empat roda. Ada yang kata single cam yang dipandu oleh suami kepada warden asrama. Seterusnya mereka sampai di Pantai Balok. Mengikut kata penduduk di situ, arwah bersama rakan-rakan beliau mula mengutip kepah lebih kurang jam 4.45 petang. Mengikut apa yang dinyatakan oleh keluarga arwah apabila air mula pasang. Beliau bersama rakan-rakan beliau telah berusaha naik ke kawasan yang lebih tinggi. Namun, dua rakan beliau tidak berjaya naik. Arwah adik Muhammad Luqman Hakim…Luqman Kamil di antara salah seorang EXCO di asrama SABS. Empat orang kakak…empat orang kakak dan abang beliau juga pernah bersekolah dan tinggal di asrama tersebut. Arwah juga adalah seorang jurulatih silat. Arwah seorang remaja yang cerdik, sentiasa tenang dan sering mengutamakan kepentingan rakan-rakan dalam semua keadaan berdasarkan pergaulan beliau.
Pada hari kejadian apabila dua rakan beliau tidak berjaya naik ke tebing, arwah dengan tidak berfikiran panjang terus terjun kembali cuba menyelamatkan kedua-dua rakan beliau. Seorang rakan berjaya ditolak ke tebing, seorang lagi berjaya ditarik kakinya lalu ditolak ke tebing juga oleh arwah. Namun arwah tewas apabila paras air semakin tinggi dan arwah hilang ditarik ombak. Pelbagai versi yang kita dengar
dengan kematian arwah adik Muhammad Luqman Hakim, namun beliau adalah seorang unsung hero atau wira…wira yang tidak didendangkan. Walaupun arwah telah meninggalkan kita, namun pada pandangan saya mungkin dengan sedikit penghargaan kepada arwah di atas jasa keberanian beliau akan terubat sedikit kesedihan yang dirasai oleh ayah, ibu dan keluarga beliau. Semoga arwah tenang di sana dan roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Insya-Allah. Marilah kita bertafakur sebentar dan menghadiahkan bacaan surah Al Fatihah kepada beliau. Al-Fatihah. Alhamdulillah. Amin, Amin.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Kita di Dewan Yang Mulia ini semua pernah melalui rasa cemas…
Boleh gulung, ya.
Masa nak gulung. Masa cemas… tapi ada lagi. Baru 8 minit, saya ambil masa.
Yang Berhormat, saya ada penjaga masa di sini. (Ketawa)
Err…okay. Kita di Dewan Yang Mulia ni semuanya pernah melalui rasa cemas semasa menaiki kapal terbang apabila terlibat dengan cuaca buruk yang mengganggu fokus serta ketenangan… ketenangan kita sepanjang kita berada di dalam pesawat. Sebelum saya menamatkan perbahasan saya pada hari ini, izinkan saya menceritakan satu kisah yang diceritakan oleh arwah ibu saya iaitu Hajjah Zaharah binti Saidin sebagai teladan untuk kita bersama. Kisahnya bermula dari seorang lelaki dalam lingkungan umur 40an telah menaiki pesawat dari Kuala Lumpur ke London. Semasa dalam perjalanan, pesawat tiba-tiba dilanda ribut petir. Keadaan dalam pesawat menjadi huru hara dan tidak tenang. Ada yang dalam ketakutan, ada yang menjerit serta menangis. Ada yang berdoa walaupun sudah lama tidak berdoa. Encik Malik lelaki yang berumur 40an tersebut yang sudah lama tidak berdoa telah berdoa dengan bersungguh-sungguh hingga menitis air mata. Namun sepanjang ribut tersebut berlaku, Encik Malik sempat melihat seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan umur 12 tahun yang berada di seberang tempat duduk beliau. Kanak-kanak tersebut fokus memegang buku lukisan, mewarna lukisan tersebut sepanjang ribut petir berlaku. Tiada perasaan cemas atau takut dan kanak-kanak tersebut kelihatan sentiasa tenang. Alhamdulillah, ribut yang melanda akhirnya menghilang dan keadaan menjadi tenang kembali. Pesawat telah sampai mendarat di Heathrow, London. Kanak-kanak perempuan tersebut bergegas keluar daripada pesawat dan Malik cuba mengejar kanak-kanak tersebut.
Akhirnya, beliau dapat berjalan keluar bersama kanak-kanak tersebut. Encik Malik memulakan perbualan dan bertanya kepada kanak-kanak tersebut. Mengapa kanak-kanak tersebut tenang dan hanya fokus mewarna sepanjang ribut berlaku serta tiada sedikit pun perasaan takut. Kanak-kanak tersebut memberitahu jurutera…juruterbang
tersebut adalah ayahnya. Dia yakin kepada kebolehan ayahnya dan selagi ayahnya yang menerbangkan pesawat tersebut, tiada siapa yang perlu risau.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Ini...ini...apa ni, ayah dia ni orang putih ke orang Melayu?
Hahaha…Orang Melayu…Orang Melayu. Okay, moral daripada cerita tersebut adalah kita perlu yakin sentiasa…
Ini cerita betul ke? (Ketawa)
Cerita…cerita daripada Tiktok. Moral dari cerita tersebut adalah kita perlu yakin, sentiasa menghormati orang tua…orang tua kita. Kita juga sebagai pemimpin atau Wakil Rakyat perlu menunjukkan teladan dengan memberi keyakinan yang tinggi agar rakyat di luar sana merasa yakin bahawa kitalah tempat mereka bergantung. Mereka akan merasa selamat kerana kita yang akan menegakkan undang-undang, merasa gembira kerana kitalah yang akan memastikan makanan sentiasa terhidang di meja setiap keluarga dan berasa yakin bahawa keharmonian serta kesejahteraan sentiasa diutamakan sepanjang masa. Tidak perlu kita berjanji bulan dan bintang kerana akhirnya rakyat dapat melihat adakah janji-janji Kerajaan Pusat tersebut akan dikota atau tidak.
Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Rakyat Pahang sentiasa bersabar, Namun janji sering tidak ditepati.
Dengan ini, saya menyokong dan menjunjung kasih atas titah diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dua belas minit. Terima kasih.
Yang Berhormat, kalau tak ada pantun tak standard untuk kali ini. Seterusnya Wakil daripada Semambu. Lima belas minit.
Terima kasih Dato’ Sri Speaker kerana beri peluang untuk saya membahas usul titah diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dengan Exco-Exco serta barisan Pegawai-Pegawai Kerajaan telah mencatat prestasi ekonomi negeri yang
sangat memberangsangkan dari sehingga, masuk tahun ke-4 mencapai melebihi RM1 billion pendapatan negeri. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang dan barisan kepimpinan atas pencapaian tersebut. Usaha bagi memperkukuhkan ekonomi dan sosial negeri perlu diteruskan dan dipergiatkan lagi agar kesejahteraan rakyat Pahang dapat terus dipelihara.
Dato' Sri Speaker, konflik berlaku di Asia Barat juga telah menjejaskan semua lapisan masyarakat dan ianya membawa kepada ketidaktentuan kepada ekonomi semestinya kesan juga dirasai oleh kami semua. Peningkatan harga dalam barangan import, minyak diesel, petrol dan banyak lagi. Jika ianya berterusan, saya yakin ia mempunyai impak yang lagi mendalam. Terima kasih atas inisiatif Kerajaan Negeri dalam memperuntukkan bakul makanan setiap minggu bagi setiap kawasan Dewan Negeri untuk membantu keluarga-keluarga yang memerlukan. Saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk membantu peniaga-peniaga IKS dengan memberikan diskaun atau pemotongan ke atas cukai taksiran, cukai tanah ataupun lesen perniagaan bagi tahun ini. Konflik ini juga menunjukkan bahawa kebergantungan ke atas ba.. bahan fosil seperti petrol, diesel dan batu arang masih sangat tinggi. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memberi galakan atau insentif kepada pemilik rumah dan premis yang memasang solar panel atau ev charger melalui potongan cukai taksiran ataupun cukai tanah.
Kami tidak boleh hanya berbicara tentang soal ekonomi hijau di seminar tetapi mesti sampai ke rakyat. Selangor telah mula memperkenalkan insentif seperti ini. Sarawak juga turut menawarkan insentif bagi premis yang memasang dan saya yakin Kerajaan Negeri Pahang juga boleh bergerak ke arah yang sama demi persekitaran yang lebih mampan dan mesra alam. Krisis tenaga turut menyebabkan kenaikan kos bahan binaan yang turut memberi kesan besar kepada pelaksanaan projek pembangunan negeri, di negeri Pahang. Susulan situasi ini, terdapat projek pembangunan kerajaan dan juga projek rumah mampu milik serta Rumah Rakyat Pahang kini berdepan dengan peningkatan kos yang ketara. Keadaan ini menyebabkan terdapat projek yang berisiko gagal disiapkan mengikut jadual. Malah, ada juga projek yang tidak mendapat sambutan daripada kontraktor kerana kos semasa yang terlalu tinggi dan tidak lagi selari dengan harga kontrak asal. Sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan segera, ia bukan sahaja akan menjejaskan agenda pembangunan negeri, malah turut memberi kesan langsung kepada kebajikan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah yang amat memerlukan rumah mampu milik. Oleh itu, saya ingin menyarankan, menyarankan agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan pelaksanaan mekanisme syarat perubahan harga atau Variation of Price (VOP) secara lebih menyeluruh dan fleksibel bagi projek-projek yang terkesan. Mekanisme ini penting supaya kontraktor dapat meneruskan projek seterusnya memastikan projek disiapkan tepat pada masanya. Saya percaya dengan pendekatan yang pragmatik dan responsif ini, Kerajaan Negeri dapat memastikan pembangunan negeri tidak terjejas serta kebajikan rakyat Pahang terus terjamin.
Dato' Sri Speaker, saya juga ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini berkenaan dengan isu masyarakat menua di negeri Pahang. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2 Oktober 2025, Jerantut dan Kuantan disenaraikan sebagai 2/10 daerah baru menuju ke penuaan dengan 7.3% dan 7.2% masing-masing daripada jumlah populasi adalah 60 tahun ke atas selain daripada Raub, Bentong dan beberapa daerah yang telah mencapai 8%. Ini bermakna Kerajaan Negeri Pahang perlu bersiap sedia dari segi fasiliti kesihatan, sistem pengangkutan dan penjagaan warga emas. Oleh itu, saya amat berharap program seperti Khidmat Bantu di rumah Home Help Service yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertujuan membantu warga emas dan Orang Kurang Upaya di rumah dapat terus
diperkasa dengan kerjasama NGO dan pihak swasta supaya masyarakat menua dapat ditangani dengan lebih tersusun dan bermaruah. Saya juga ingin tahu tentang bilangan sukarelawan yang aktif di setiap daerah dan dalam Pahang dan berapa keluarga yang dibantu setiap hari mengikut daerah.
Saya juga ingin menyentuh tentang pembangunan Bandar Kuantan. Berdasarkan Laporan DOSM Jabatan Perangkaan Malaysia 2025, daerah Kuantan terus menjadi daerah dengan populasi yang tinggi di mana 34.4% bersamaan dengan 576.6 ribu orang yang menetap di Kuantan ini, dan menetap di Kuantan dan mempunyai kepadatan yang paling tinggi di negeri Pahang. Proses urbanisasi yang pesat menyebabkan permohonan berlaku dengan pantas tetapi infrastruktur tidak berkembang pada masa yang sama. Oleh itu, saya berpandangan bahawa sistem pengangkutan awam di Kuantan perlu diperkasakan secara serius dan disegerakan. Jika sistem pengangkutan awam yang efisien dapat diwujudkan dengan segera, Kuantan mungkin tidak perlu bergantung kepada pembinaan fly over untuk menyelesaikan kesesakan trafik. Saya memohon supaya kajian pengangkutan awam Pahang yang sedang dijalankan oleh PLANMalaysia dapat dipercepatkan dan dibentangkan kepada Ahli Dewan Negeri apabila siap nanti. Dato' Sri Speaker, menurut Laporan Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia juga, Pahang kekal sebagai antara negeri pertanian utama negara dengan kekuatan besar dalam sektor tanaman dan penternakan. Namun begitu, cabaran utama yang sedang kita hadapi hari ini ialah sektor pertanian masih terlalu bergantung kepada pengeluaran bahan mentah di samping semakin kurang penglibatan generasi muda, generasi muda dalam bidang agro. Jika keadaan ini tidak ditangani secara serius, kita berdepan risiko kekurangan tenaga kerja pertanian dan kelewatan dalam proses modenisasi, sektor makanan negeri. Sehubungan itu, saya melihat perancangan RMK-13 untuk menjadikan Pantai Timur termasuk Pahang sebagai Hab Agromakanan Negara merupakan satu langkah yang amat strategik dan perlu diterjemah kepada tindakan yang lebih menyeluruh di peringkat negeri. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri memperkenalkan Pelan Agro Tech Pahang yang beri fokus kepada Smart Farming, penggunaan drone dan juga teknologi AI dalam pertanian disamping memperluaskan industri hiliran dan hab pemprosesan makanan supaya lebih banyak nilai ekonomi dapat dikekalkan di negeri ini. Pahang tidak boleh sekadar menjadi pengeluar bahan mentah semata-mata, saya percaya jika langkah ini dilaksanakan secara serius, Pahang bukan sahaja mampu menjadi pengeluar makanan utama negara tetapi juga peneraju agroteknologi dan ekonomi makanan masa depan Malaysia.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah atas usaha Kerajaan Negeri dalam menarik pelaburan ke Pahang Technology Park dengan Synapse Network yang melabur RM200 juta dan juga PKNP yang akan memulakan data center berasaskan pertanian. Ianya adalah langkah strategik untuk menjadikan Pahang khususnya Kuantan sebagai hub ekonomi digital baharu di Pantai Timur agar pembangunan industri teknologi tinggi di negara tidak terus tertumpu di pantai Barat sahaja. Saya juga ingin lontarkan soalan kepada Kerajaan Negeri berkenaan tentang status pelaburan di Pahang Technology Park dan berapa syarikat yang telah bertapak di kawasan tersebut yang telah mula pembinaan. Pahang mempunyai kelebihan strategik melalui pelabuhan Kuantan, Jaringan ECRL akses lebuh raya utama, tanah industri yang luas dan juga sambungan kepada beberapa Major Submarine Cable Networks seperti MIST APCN-2, SKR1M, dan SEAX. Semua ini merupakan elemen penting yang dicari oleh pelabur Data Center, Cloud Computing dan industri kecerdasan buatan A.I. Kelebihan ini memberi potensi besar kepada Pahang muncul sebagai hab ekonomi digital baharu di Semenanjung Malaysia. Namun demikian, Kerajaan Negeri perlu memastikan kesiapsiagaan utiliti seperti bekalan air, elektrik dan kapasiti grid supaya pelaburan
berskala besar ini tidak menjejaskan keperluan tempatan di mana AI dan Hyper Skill Data Center memerlukan penggunaan elektrik dan air yang sangat tinggi. Saya berharap satu pelan jangka panjang dapat dirangka bersama Kerajaan Persekutuan, TNB, PAIP dan pihak industri bagi menjadikan Pahang sebagai East Coast Digital Corridor yang mampan, yang mampan, berdaya saing dan mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada anak-anak muda di negeri ini.
Dato' Sri Speaker, saya ingin menyentuh isu berkaitan dengan masyarakat Orang Asli di negeri Pahang, khususnya berkaitan status penempatan dan tanah yang didiami oleh komuniti tersebut sejak sekian lama. Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang pada 2 ribu, 20 Februari 2026 di Kuala Rompin bahawa tiada istilah tanah adat tanpa pewartaan yang sah di sisi undang-undang. Saya berpandangan bahawa Titah tersebut juga memberi satu peringatan penting kepada Kerajaan Negeri supaya proses pewartaan tanah penempatan Orang Asli dapat dipercepatkan dan diselesaikan secara lebih tersusun. Realiti hari ini masih terdapat kampung Orang Asli di negeri Pahang yang telah diduduki lama, namun masih belum mempunyai status pewartaan yang jelas. Keadaan ini akhirnya mewujudkan ketidakpastian kepada komuniti tersebut termasuk daripada sudut tempat tinggal, sumber pendapatan, akses pembangunan dan hubungan mereka dengan pihak berkuasa.
Dato' Sri Speaker, dalam masa yang sama, kita juga perlu mengakui bahawa terdapat beberapa keputusan mahkamah di negara ini termasuk di Pahang yang telah memberi tafsiran penting berkaitan dengan hak masyarakat Orang Asli terhadap tanah yang mereka duduki secara tradisi. Sebagai contoh, dalam kes Kampung Bukit Rok dan Kampung Ibam di Bera pada tahun 2012, Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan bahawa hak masyarakat Orang Asli Suku Semelai terhadap tanah yang mereka duduki adalah lebih utama dan mengarahkan kawasan lebih 2,000 hektar diwartakan sebagai tempat Orang Asli, dan juga beberapa kes mahkamah yang terlibat juga. Saya membangkitkan perkara ini bukan untuk mempertikaikan mana-mana pihak tetapi kerana saya percaya Kerajaan Negeri perlu mengambil pendekatan yang lebih proaktif dan tersusun supaya isu ini tidak terus berulang di mahkamah dari tahun ke tahun. Sekiranya sesuatu kawasan telah lama diduduki, mempunyai rekod penempatan kubur, dusun dan kawasan adat dan juga sumber kehidupan komuniti, maka Kerajaan Negeri wajar mempertimbangkan satu mekanisme yang lebih cepat dan jelas untuk menentukan status kawasan tersebut sebelum konflik berlaku. Justeru, saya ingin mencadangkan beberapa perkara. Pertama, kerajaan negeri menetapkan garis masa yang jelas bagi proses semakan dan pewartaan penempatan Orang Asli yang telah dikenal pasti. Kedua, proses pemetaan dan pengukuran sempadan dipercepatkan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan komuniti setempat. Ketiga, satu jawatankuasa tetap diwujudkan melibatkan kerajaan negeri, agensi berkaitan dan wakil komuniti Orang Asli bagi menyelesaikan isu pertikaian tanah sebelum ia berakhir di mahkamah. Pahang merupakan negeri yang mempunyai komuniti Orang Asli antara terbesar di Semenanjung Malaysia. Maka, saya percaya penyelesaian isu ini secara bijaksana amat penting demi memastikan pembangunan negeri berjalan dengan baik. Kelestarian alam sekitar terus dipelihara dan kebajikan masyarakat Orang Asli terus terbela secara adil dan bermaruah.
Sebelum mengakhiri ucapan saya, izinkan saya membangkit dua isu di kawasan saya. Yang pertama, berkaitan dengan projek rumah makmur di Kampung Tiram. Saya menghargai usaha Exco Kerajaan dan LPHP dalam menyelesaikan isu kelewatan yang membabitkan rumah makmur tersebut. Saya melihat banyak kali pertemuan telah diadakan dengan pembeli dan juga pemaju dalam menyelesaikan isu ini. Tahun lepas ketika pemaju telah memberi jaminan untuk siap pada Jun 2026 tetapi sehingga
ke hari ini, kerja masih sangat minimum. Walaupun usaha menyelesaikan isu ini sedang giat dijalankan oleh pihak kerajaan negeri. Namun projek ini akan menjejaskan imej kerajaan negeri Pahang. Dengan itu, saya sekali lagi ingin mencadangkan agar bantuan kewangan dapat diberikan kepada semua pembeli rumah makmur yang memerlukan agar beban kewangan yang terpaksa membayar ansuran rumah dan sewa rumah dapat dikurangkan. Kedua, isu pembekalan air di Kampung Padang Tradisional, Jalan Sungai Lembing. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PAIP dan juga pasukan PAIP Kuantan dari Kuantan yang sentiasa membantu pihak saya untuk menyelesaikan isu air di kawasan.
Namun, saya juga ingin menarik perhatian kepada kerajaan negeri dan pihak PAIP berkenaan dengan isu pembekalan air di Kampung Padang Tradisional khususnya di Lorong Daud, Lorong Ibrahim, Lorong Tojid, Lorong Mahmud 1 dan Lorong Mahmud 2. Penduduk-penduduk di keempat-empat lorong ini menghadapi masalah air yang berterusan di mana mereka hanya dapat air pada 3 pagi sehingga subuh pada masa dan pada masa yang lain gagal mendapat air disebabkan rumah berada di kawasan yang lebih tinggi berbanding dengan kawasan yang lain. Saya turut difahamkan oleh Pengurus Daerah Pahang, Pengurus Daerah Kuantan, Tuan Ir. Hisham bahawa proses penyediaan tender telah bermula dan akan memasang paip baru di kawasan tersebut. Tetapi saya harap tindakan segera dapat bahawa projek ini dapat disalurkan untuk menjaga kesejahteraan penduduk di kawasan tersebut. Dato' Sri Speaker, Pahang hari ini bergerak pantas sebagai negeri, pelaburan negeri, industri dan negeri pertumbuhan baru dari Pantai Timur. Saya amat berharap kerajaan negeri terus memberi perhatian dalam isu kos hidup, pengangkutan awam, masyarakat menua, keselamatan dan juga kebajikan rakyat agar pembangunan negeri Pahang benar benar inklusif, mampan dan berdaya tahan untuk generasi masa datang. Dengan itu, Semambu menyokong, terima kasih.
Terima kasih, tepat pada masanya Semambu. Seterusnya kita menjemput wakil daripada Jengka. 15 minit.
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum WBT dan Selamat tengah hari. Alhamdulillah [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Terima kasih, YB Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih titah diraja. Terlebih dahulu, saya merafak sembah menjunjung kasih atas titah yang telah dizahirkan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang yang sarat dengan peringatan, teguran serta harapan terhadap hala tuju pentadbiran negeri dan kesejahteraan rakyat. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Penjawat Awam serta seluruh pihak yang terlibat dalam pentadbiran negeri sehingga berjaya merekodkan kutipan hasil negeri melebihi RM1 bilion pada tahun 2025. Pencapaian ini sememangnya wajar dihargai, namun pada masa yang sama, kejayaan tersebut juga datang bersama tanggungjawab yang besar untuk memastikan hasil dan pertumbuhan ekonomi negeri benar-benar dapat dirasai manfaatnya oleh seluruh rakyat di negeri Pahang. YB Speaker, saya mengambil maklum beberapa pencapaian ekonomi negeri yang disebut dalam titah, antaranya pertumbuhan KDNK negeri sebanyak 5.7% pada tahun 2024 dengan nilai ekonomi mencecah RM68 bilion.
Peningkatan ekonomi negeri sebanyak 23% sejak tahun 2019. Kejayaan menarik pelaburan komited RM18.04 bilion serta sumbangan syarikat berkaitan kerajaan negeri sebanyak RM3.16 bilion kepada ekonomi negeri. Namun, persoalan yang perlu dijawab oleh pihak kerajaan ialah mengapa disebalik angka-angka yang begitu membanggakan ini. Laporan Audit Tahun 2024 masih menunjukkan negeri mengalami defisit sekitar RM128 juta. Inilah yang dibimbangi rakyat. Takut-takut kita terlalu ghairah meraikan angka pertumbuhan ekonomi tetapi gagal memperkukuhkan asas kewangan negeri. Kalau ekonomi berkembang, pelaburan meningkat dan GLC turut mencatat sumbangan berbilion ringgit, maka rakyat sudah tentu mengharapkan kedudukan kewangan negeri menjadi lebih sihat. Hutang dapat dikurangkan dan rizab negeri dapat diperkasakan. Jangan nanti, kerajaan hanya pandai mengumumkan angka besar di pentas sidang tetapi akhirnya rakyat tetap melihat defisit terus berlaku dari tahun ke tahun. Sebab itu, saya ingin mengingatkan bahawa ukuran sebenar kejayaan kerajaan bukan sekadar angka pertumbuhan ekonomi tetapi sejauh mana hasil pertumbuhan itu diterjemahkan kepada kekuatan kewangan negeri dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh. Kita tidak mahu tahun 2025, mengulangi defisit 2024 YB Speaker, saya tidak menafikan bahawa ada bantuan yang disalurkan di kawasan pembangkang melalui penyelaras DUN termasuk peruntukan bakul makanan sebanyak RM15,000.00 seminggu yang disebut dalam titah Tuanku.
Namun, persoalannya ialah mengapa wakil rakyat yang dipilih secara sah oleh rakyat melalui pilihanraya diketepikan daripada saluran rasmi bantuan kerajaan negeri. Penyelaras DUN bukan wakil yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya sedangkan Ahli Dewan Negeri dipilih secara langsung oleh rakyat untuk mewakili kawasan mereka di dewan yang mulia ini. Sebab itu, saya berpandangan bahawa pendekatan yang lebih matang dan demokratik ialah kerajaan menyalurkan peruntukan secara adil ke semua wakil rakyat tanpa mengira politik. Tak boleh RM15,000.00 pun boleh RM5,000.00 pun okaylah juga insya-Allah. Ini bukan soal kepentingan politik mana-mana pihak tetapi soal menghormati mandat rakyat dan memastikan bantuan dapat disampaikan dengan lebih tersusun, telus dan berkesan. Kalau kerajaan benar-benar yakin dengan prinsip keadilan dan demokrasi, maka tidak ada sebab wakil rakyat pembangkang terus diketepikan dalam soal peruntukan dan bantuan rakyat. Allah peringatkan [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Berlaku adillah kerana ia lebih dekat kepada taqwa.
Dato' Sri Speaker, mohon mencelah.
Okay, okay.
Saya tak habis cakap lagi bangun dah.
Kita bersetuju dengan firman Allah SWT [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Bersikap adillah kerana ia sangat dekat dengan nilai-nilai ketaqwaan kepada Allah SWT. Isu
apabila Kerajaan Negeri menyediakan sesuatu peruntukan kepada rakyat adalah untuk rakyat. Siapa yang menyampaikan itu tidak menjadi isu pertikaian sebenarnya. Tok Empat ke nak menyampai, Tok Penghulu ke nak menyampai ataupun Syed Ibra ke nak menyampai. Terserah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Kalau Speaker?
Selaku wakil Kerajaan Negeri.
Kalau Speaker menyampai boleh?
Kalau Speaker berminat. Dan kalau Yang Amat Berhormat…
Speaker tak berminat.
Dia, dia sekarang ni Yang Amat Berhormat Dato' Sri, yang bertanggungjawab adalah ketua kerajaan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kemudian dia nak wakil ke sapa. Kita tak boleh nak pertikaikan. Itu hak yang ada pada tangan dia. Yang penting barang tu sampai dok [Ayat Al-Quran] yang nak dihantar kan. deliver ke tak deliver
[Ayat al-Quran]
Sama erti dengan deliver ke tak deliver barang tu. Sampai ke tak sampai dengan izin Dato' Sri Speaker. Rakyat dapat nak menjamah nikmat kemakmuran negeri ini. Rakyat dapat dok merasai. Bukan Syed Ibra tu dapat nak menyampai. Apa pentingnya Syed Ibra segera menyampai kalau barang tu tak sampai ke orang. Ataupun Syed Ibro menyampai Syed Ibra sibuk-sibuk mengata inilah barang saya. Saya letak pulak gambar saya besar-besar situ takde makna.
Dato' Sri Speaker,
Kita bincanglah. Benda yang lebih memakmurkan rakyat daripada benda yang memikirkan tentang kepentingan kita, popular atau tak popular. Jadi benda ini yang dimaksudkan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang. Supaya pembangkang menjadikan keseimbangan Dewan ini untuk memikirkan kepentingan
orang ramai. Bukan kepentingan kita tak sampai kepada orang. Orang Jengka tu merasa, merasa. Lepas tu pergilah pulak ADUN Jengka. Sekarang ni rungut orang dapat…dapat…dah tak dapat, tak dapat baru sedap cerita dalam Dewan ni. Kalau orang tu tak dah dapat kita nak cerita benda orang dah dapat. Sampai bila? Terima kasih Dato' Sri Speaker.
Boleh sambung? Wakil daripada Jengka. Ayat tak habis lagi dah masuk dah.
Ayat tak habis lagi dia bangun tak minta kebenaran.
Tapi itu, itu kuasa Speaker.
Yalah. Takdalah kita tengah berucap tak dan habis berucap lagi bangun dah.
Tak apa.
Er...
Nanti Kalau Yang Berhormat macam tu pun kalau saya benarkan Yang Berhormat pun boleh juga.
Ya, okay.
Sila.
Saya ingat Kerdau silap memahami ucapan saya. Saya persoalannya mengapa wakil rakyat yang dipilih secara sah oleh rakyat melalui pilihan raya diketepikan daripada saluran rasmi.
Dato' Sri Speaker sebab wakil rakyat daripada Jengka mengenepikan diri daripada kerajaan. Dia tak masuk kerajaan. Macam mana kita nak ketengahkan.
Nanti biar suruh dia sembahyang istikharah.
[Ayat Al-Quran] tanya diri awak. Kenapa awak ke tepi? Awak yang duduk ke tepi. Nasib baik rakyat tak tumpil.
Yang Berhormat, Yang Berhormat berdua ni boleh cakap Arab, sila berbahas dalam bahasa Arab. Speaker benarkan. [Ahli Dewan Ketawa].
Ok. Saya terus ya. Saya bukan pertikai pemberian tu. Saya sokong pemberian RM15,000.00 seminggu kepada rakyat. Yang saya pertikai kenapa tak beri kepada wakil rakyat yang sah dijawab oleh Kerdau, pasal tak duduk dalam kerajaan, okay saya terus. YB Speaker,
Saya turut merafak sembah menjunjung kasih atas titah diraja yang menyentuh bahawa di bawah Rolling Plan Pertama dalam Rancangan Malaysia Ke-13, negeri Pahang telah menerima kelulusan 133 projek baru dan 434 projek sambungan dengan nilai keseluruhan RM3.386 bilion. Perkara ini menunjukkan bahawa negeri Pahang terus diberikan perhatian dalam agenda pembangunan negara. Namun, di peringkat akar umbi masih terdapat keperluan mendesak yang dibangkitkan oleh rakyat khususnya melibatkan infrastruktur jalan raya luar bandar dan kemudahan asas rakyat. Antaranya, Bebar ye. Antaranya ialah Jalan Persekutuan FT 83, dari Bandar Pusat Jengka ke Jengka 11 yang dilaporkan sempit tidak rata dan kerap berlaku kemalangan. Begitu juga laluan dari Bandar Pusat Jengka ke Jengka 13 hingga ke Rumpun Makmur yang masih dalam keadaan kurang selamat dan tidak sesuai dengan peningkatan jumlah pengguna.
Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan sama ada permohonan-permohonan naik taraf bagi laluan-laluan ini telah dikemukakan secara rasmi oleh Kerajaan Negeri kepada Kementerian Kerja Raya dan apakah statusnya dalam senarai projek di bawah rolling-rolling plan tersebut. Jika belum, apakah justifikasi kelewatan tersebut sedangkan ia melibatkan keselamatan dan keperluan asas rakyat di kawasan luar bandar. Bebar jawab dalam penggulungan, bukan sini. Ya.
Minta Dato' Sri Speaker,
Yang Berhormat, Yang Berhormat Jengka. Kalau sekiranya dia nak bagi penjelasan saya benarkan. Sebab itu tujuannya ada kerajaan. Kalau tak Yang Berhormat cakap sorang kerajaan ni semua keluar. Dia nak bagi penjelasan ketika itu. Sebab kadang-kadang apabila beri penjelasan semasa penggulungan orang pun dah lupa isu tersebut. Sila jawab Wakil Kerajaan.
Saya nak menjernihkan keadaan je, bukan nak gaduh. Jengka tak yah takut. Ni yang, yang sebenarnya, tadi saya dengar duduk diam-diam tu dia tunjuk ke saya Bebar. Pasal apa pula ni? Tak pasal-pasal kita tengah syok sendiri ni kan duduk dengar orang tengah kusyuk dengar Jengka bercakap. Tapi tiba-tiba Bebar. Terkejut saya. Tapi saya nak tahu pasal apa ke saya tu? Cuba, cuba beri penjelasan sikit. Jalan, Jalan bende FT tadi. Beri sikit.
Ok ye. Saya ingat Bebar pegang bahagian JKR ni.
Kalau macam tu jadi, benda ni dah terlepas semua orang tahu dah dalam Pahang semua tahu sebab live. mintak maaf sikit. Mohon maaf sikit je.
Mohon maaf.
Dah cakap la tu.
Ok salah ye. Ha… Sorry.
Maaf diterima. [Ahli Dewan ketawa]
Boleh tahan juga lawak ye. Kita nak makan nasi ni.
Saya terus ye. Saya juga ingin membangkitkan keperluan-keperluan kemudahan kesihatan yang lebih lengkap di kawasan Jengka. Khususnya di Bandar Pusat Jengka yang menjadi tumpuan penduduk dari kawasan sekitar, dengan pertambahan penduduk dan peningkatan keperluan rawatan kesihatan, ramai rakyat berharap agar kemudahan kesihatan sedia ada terus diperkasa dan ditambah baik supaya rakyat tidak perlu bergantung kepada hospital yang jauh di Kuantan dan Temerloh bagi mendapatkan rawatan tertentu. Dalam masa yang sama, kerajaan juga boleh melihat potensi pembangunan kemudahan rawatan pakar atau pelaburan sektor kesihatan swasta di kawasan Jengka, sebagai sokongan tambahan kepada sistem kesihatan sedia ada. Ini kerana semakin ramai penduduk yang mempunyai perlindungan insurans kesihatan dan memerlukan akses rawatan yang lebih dekat tanpa perlu ke bandar besar. Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan, sama ada terdapat sebarang perancangan berkaitan penambahbaikan kemudahan kesihatan dan pembangunan perkhidmatan rawatan pakar di kawasan Bandar Pusat Jengka pada masa akan datang. Saya berpandangan bahawa projek-projek besar yang diumumkan perlu benar-benar diterjemahkan kepada keperluan rakyat di lapangan, bukan sekadar angka dalam perancangan pembangunan.
YB Speaker,
Titah Diraja juga menegaskan bahawa, setiap wakil rakyat yang diberi mandat oleh rakyat perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan integriti. Serta tidak hanya muncul menjelang pilihan raya, sebaliknya perlu aktif turun padang berurusan dengan jabatan kerajaan dan memastikan masalah rakyat diselesaikan dengan segera, cekap dan berkesan. Titah ini sangat jelas, bahawa semua wakil rakyat tanpa mengira parti politik mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap rakyat di kawasan masing-masing. Namun saya ingin membawa perhatian dewan ini kepada beberapa kekangan pentadbiran yang sedang berlaku di peringkat pelaksanaan. Setahun lalu terdapat situasi dimana wakil rakyat pembangkang tidak lagi dilibatkan dalam beberapa Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) serta terdapat kesukaran untuk mendapatkan akses secara langsung kepada beberapa agensi dan jabatan Kerajaan Negeri. Keadaan ini, sedikit sebanyak menjejaskan keberkesanan wakil rakyat dalam menyampaikan isu rakyat, yang dititahkan oleh Tuanku termasuk hal-hal asas seperti infrastruktur keselamatan dan kebajikan setempat. Sedangkan dalam titah Tuanku sendiri, wakil rakyat digesa untuk turun padang, berhubung terus dengan Jabatan dan memastikan masalah rakyat diselesaikan tanpa berlengah. Oleh itu saya berpandangan bahawa semua dasar dan amalan pentadbiran perlu diselaraskan semula agar selari dengan semangat titah diraja supaya wakil Rakyat
saya mohon izin sekali lagi
saya benarkan
Dato' Sri Speaker, apa isu nya? Bangkit la ni dalam dewan hal-hal rakyat ni
Betul-betul
Bangkit la. Longkang ke? Masjid bocor ke? Apa namanya.. Api elektrik tidak ada ke? Hari raya kelmarin air tidak sampai ke? Cerita lah. Sebut je tidak boleh mesyuarat. masalah nya tidak ada juga. Cerita masalah nya, jangan berbangkit ungkit begitu. Jadi macam bisa tidak pecah. Dato' Sri Speaker. Dia jadi bisu. Cerita apa isu nya yang nak dibangkitkan dalam tindakan itu. Ini tindakan negeri bukan tindakan daerah ni. Lagi berkesan kalau kita sebut dalam ni. Terima kasih Dato' Sri Speaker.
Ok. Boleh saya mencelah sikit Dato' Sri Speaker. Saya rasa apa yang dibangkitkan oleh wakil Kerdau ini tidak tepat. Apa yang dimaksudkan adalah Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah ini adalah berkaitan dengan pembangunan setempat. Jadi kalau ada perkara yang perlu diselesaikan segera, nak tunggu sidang kita setahun dua kali. Jadi, macam mana kita nak bangkit disini. Sebab itu kita harap supaya diberikan akses kepada kami secara ruang yang baik supaya kami boleh menyuarakan segera
Dato' Sri Speaker, akses tidak semestinya hadir ke dalam mesyuarat. Dato' Sri Speaker, akses kita boleh hantar secara surat menyurat, boleh juga jumpa secara bersemuka. Saya Dato' Sri Speaker.
salah fahaman.
Saya Dato' Sri Speaker, banyak kali tidak hadir Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah kerana banyak terlibat peringkat Negeri. Bila ada isu di kawasan, saya jemput. Berkaitan dengan longkang, saya jemput JPS. kalau berkaitan dengan api saya akan jemput TNB datang ke kawasan saya untuk tolong tengok apa yang sepatutnya
Tapi kami tidak boleh Dato' Sri Speaker. Masalahnya kami tidak ada akses diberi ruang berhubung.
Hantar secara bersurat. Dalam dewan ini boleh sebut.
Dewan dua kali setahun.
Dok. tidak ada masalahnya. Kami orang pun sendiri kadang-kadang bangkit dalam Dewan tengok tadi dari Jenderak
Dok masalahnya sekarang ni Dato' Sri Speaker.
Bangkitkan je isu tu dalam dewan
Rasa wakil Kerdau cuba mengelirukan. Pandangan kita lain. Apa yang dimaksudkan.
Tidak. Tidak semestinya kena hadir dalam Mesyuarat Tindakan semata-mata, kita baru boleh meluahkan isu.
Ya betul. Apa yang dimaksudkan, cuba beri kami ruang untuk akses mengemukakan aduan dan isu.
Dok. Ruang Dato' Sri Speaker. Bukan satu ruang. Macam-macam ruang.
Itulah ruang yang kami ada.
Melalui media, mesej, bagitahu. Saya kawan-kawan saya.
Sebab itu dalam Titah Tuanku sebut, jangan sampai aduan longkang pecah pun sampai kepada Baginda. Kenapa berlaku? Kerana aduan tidak dilayan di peringkat bawah.
Ha itu. Tidak ada, Tidak timbul masalahnya.
Kalau nak tunggu dewan, dua kali setahun.
Banyak lagi isu-isu yang dibangkitkan Dato' Sri Speaker sama ada berkaitan dengan air.
Dato' Sri Speaker yang ini mengelirukan.
Contohnya di Jengka, hari raya kelmarin air tiada. Pihak PAIP turun padang. Tidak ada masalah Jengka.
Salah tu Dato' Sri Speaker. Saya rasa dia mengelirukan dewan
Tidak keliru. Di Jengka kelmarin, ada CEO PAIP ada ni. Hari tu terputus bekalan air, petang itu juga pihak PAIP datang membantu dan menyelesaikan dengan secara yang terbaik.
Habis masa saya ni.
Dok bukan. Sebab itu bangkit teruskan isu yang berkait dengan rakyat. Jangan isu-isu benda-benda yang tidak bermakna ini Dato' Sri Speaker. Akhirnya kita habis masa begitu saja.
Ok Yang Berhormat. Kita bagi Jengka.
Ok tambah masa ye.
Habiskan. Kalau lewat habis, lewat kita makan. Itu je.
Ok. Saya ingat lagi kata-kata keramat daripada Menteri Besar Pahang. Benda yang boleh diselesaikan di daerah, selesaikan di daerah. Tak perlu bawa ke negeri. Isunya sekarang, kami tidak dijemput untuk hadir di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah. Itu je.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, Yang Berhormat Jengka ni cuba mengelirukan. Isu dia, yang tadi dia bangkit mengatakan untuk menyalurkan sesuatu masalah tu tidak ada tempat. Saya faham kat situ. Lepas tu pulak, tadi dia kata saya mengatakan daerah memang betul. Sebabnya nak menyelesaikan isu ni banyak cara. Contohnya PAIP. Dia ada aduan dia 24 jam. Rakyat biasa pun boleh telefon. Lepastu banyak lagi media social, complaint dan sebagainya. yang penting segala permasalahan tersebut kita tahu dan kita cuba ambil tindakan untuk selesaikannya. Tidak semestinya kena duduk dalam mesyuarat tu baru nak diselesaikan.
Macam saya sendiri pun walaupun Mesyuarat EXCO seminggu sekali, saya beritahu kawan-kawan EXCO kalau boleh jangan tunggu mesyuarat EXCO baru nak dibangkit sesuatu isu tu. Kita ada nombor handphone dan sebagainya yang penting kita nak bantu rakyat. Tetapi setakat hari ni Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya bagi jaminan bahawa apa jua yang dibangkitkan oleh rakyat Negeri Pahang ni, kita ambil tindakan. Cuma boleh selesai atau tidak. Itu je. Baru ni kita pergi kepada KKR, Kementerian Kerja Raya. Saya bersama dengan Dato' IR., kita jumpa menteri, kita bagitahu masalah satu demi satu jalan berlubang. Rakyat bangkit dalam facebook dan sebagainya. Saya panggil Pengarah JKR. Saya tanya pasal apa masalah ni berterusan. Dia bagitahu pada saya. Dia kata Dato' Sri, saya minta 500 juta. Kerajaan
Negeri pun sokong 500 juta. Tetapi kelulusan 200 juta. Jadi ada backlog 300 juta yang tidak dapat diselesaikan. Jadi kita tak boleh salah kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri juga tidak menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana peruntukan Kerajaan Persekutuan pun nk beri kepada negeri yang lain. Semua itu adalah dalam tindakan kita.
Jadi baru ni selain daripada jalan, kita juga bagitahu kepada menteri banyak yang Kerajaan Negeri Pahang minta wishlist yang kita minta diberi keutamaan. Sebenarnya adalah satu proses yang tidak habis Yang Berhormat ADUN Jengka. Jadi jangan bimbang. Pasal akses tu kalau nak jadikan alasan, itu memang alasan. Tetapi untuk menyampaikan permasalahan rakyat, banyak cara yang kita boleh buat. Lebih-lebih lagi dengan teknologi moden sekarang ni, dengan AI dan sebagainya. Insya-Allah Kerajaan Negeri akan ambil perhatian. Malahan masalah yang dikemukakan dalam ini pun kadang-kadang ada pegawai saya hantar kepada saya. Itupun kita ambil tindakan. Tetapi ada benda yang kadang-kadang Yang Berhormat minta dengan saya RM1,000.00 mungkin saya tidak boleh bagi tetapi kalau Yang Berhormat minta RM50.00, hari ni saya boleh bagi. Ha jadi maksudnya macam tu lah. Ada yang dalam kawalan, ada yang diluar kawalan. Terima kasih Dato' Sri Speaker. Lapar ni.
Teruskan
Saya nak tambah sikit. Saya rasa Mesyuarat Tindakan Daerah ini adalah tempat yang paling efektif untuk kami ni wakil-wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah di kawasan. Sebab setiap kali kita bermesyuarat, kita ada catit minit mesyuarat kan? Jadi minit mesyuarat ni boleh dibawa ke mesyuarat akan datang. Jadi kalau masalah tak selesai, pihak Kerajaan boleh mengambil tindakan seterusnya. Banyak perkara yang, sebagai contoh, saya mengutarakan masalah di kawasan saya lah Yang Amat Berhormat.
Ini masa Yang Berhormat berucap lah
Tak. saya nak bagitahu tu lah. Mesyuarat Tindakan Daerah ini adalah paling efektif untuk menyelesaikan masalah rakyat.
Ok baik. Pihak kerajaan ambil maklum. Wakil dari Jengka sambung dan habiskan.
Tinggal 1 point lagi
Sebab 1.07 masuk Zohor
Ya. Ya. Nanti lepas ni saya mesej Yang Amat Berhormat. Antara isu besar yang disentuh dalam titah diraja ialah usaha Kerajaan Negeri untuk menambah hasil negeri melalui aktiviti seperti export pasir sungai yang pada ketika ini tidak lagi dibenarkan oleh Kerajaan Pusat. Apabila perkara ini dizahirkan sendiri dalam titah diraja, saya melihat ia sebagai satu perkara yang wajar diberikan perhatian serius oleh Dewan ini. Saya memahami bahawa Kerajaan Persekutuan tentunya mempunyai pertimbangan tertentu termasuk aspek kawalan sumber alam… sumber alam, alam sekitar dan pengurusan sumber negara sehingga menyebabkan aktiviti tersebut tidak lagi dibenarkan seperti sebelum ini. Dalam masa yang sama, saya memahami kebimbangan yang dizahirkan oleh Titah Tuanku bahawa negeri Pahang mempunyai potensi sumber yang boleh membantu menambah hasil negeri jika diurus secara terkawal dan bertanggungjawab. Namun, saya berharap Kerajaan Negeri mengambil serius segala teguran berkaitan ketirisan, penguatkuasaan, hakisan sungai dan keselamatan sumber air seperti yang pernah dibangkitkan dalam laporan audit supaya pengurusan sumber negeri benar-benar dilakukan secara telus, berhemah dan lestari.
Apa yang menjadi persoalan rakyat ialah dari Jun 2024 hingga sekarang, isu ini masih belum menemui penyelesaian sedangkan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan pada hari ini mempunyai ruang rundingan yang lebih baik, Insya-Allah. Sebab itu rakyat mengharapkan agar perkara yang dizahirkan dalam titah diraja ini benar-benar diterjemahkan kepada tindakan dan keputusan yang lebih berkesan demi kepentingan negeri Pahang. Saya tutup perbahasan ini dengan merafak sembah menjunjung kasih serta menzahirkan sokongan penuh terhadap titah diraja Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang.
Terima kasih Ahli daripada Jengka. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, saya bercadang untuk menempoh persidangan di sebelah pagi ini dan kita akan menyambung semula persidangan pada pukul 2.30 petang. Sebelum itu, saya nak memaklumkan bahawa sekali lagi pihak Dewan Negeri ada menyediakan sarapan pagi mula daripada pukul 8.30 pagi kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat di Bilik Rehat ADUN, manakala untuk Ketua-Ketua Jabatan disediakan di ruang kanopi.
Jadi, Yang Berhormat dan Ketua-Ketua Jabatan boleh mula menikmati 8.30 pagi besoklah. Maknanya kita tak payahlah singgah kat kedai mana-mana sebab kita tak ada minum pagi pukul 10, kita sediakan pada pagi er… sarapan pagi supaya Yang Berhormat sekalian berada dalam Dewan ni dalam keadaan perut yang… yang tidak kosonglah. Jadi… jadi untuk itu, persidangan ditangguhkan.
Sambungan perbahasan usul menjunjung kasih atas titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan PahangMotion
Perkara keempat : Sambungan perbahasan usul menjunjung kasih atas titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Salam sejahtera dan selamat petang persidangan kita disambung semula. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat kita masih lagi di atas usul yang berbunyi bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju menjunjung kasih atas titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Pada petang ini, kita menyambung semula perbahasan atas titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan saya akan memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul ini.
Saya ingin memaklumkan juga bahawa berdasarkan jadual perbahasan yang diedarkan bagi aturan urusan mesyuarat petang ini, seramai 8 orang ahli yang akan mengambil bahagian. Tetapi sekiranya masih mempunyai masa, maka kita akan memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain untuk berbahas. Diharapkan Ahli-ahli Yang Berhormat berikutnya bersedia untuk mengambil bahagian perbahasan. Baiklah, saya jemput Ahli Yang Berhormat dari ADUN yang dilantik. Sila. Er…
(Bacaan dalam Bahasa Arab) Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi rabbil alamin Wassolatu Wassalamu ala Israfil Ambiya wal Mursalin Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajmain, Assalamualaikum WBT salam sejahtera dan salam Pahang 1st. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang, Ahli-ahli Dewan sekalian. Terlebih dahulu, dengan penuh takzim, saya merafakkan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam, Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah atas titah diraja yang penuh hikmah. Titah baginda bukan sekadar amanat rasmi tetapi merupakan sebuah blueprint kesejahteraan yang menuntut kita untuk meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya [batuk].
Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang di bawah nakhoda beliau. Pahang bukan sahaja mencatat kutipan hasil melebihi RM1 bilion selama 4 tahun berturut-turut, malah kita melihat bagaimana hasil ini bernyawa melalui pelbagai inisiatif kebajikan. Slogan Tiada Janji Lihat Bukti, kini menjadi saksi hidup di setiap pelosok daerah. Bahawa kerajaan ini adalah kerajaan yang bekerja. Bukan sekadar bercakap Yang Berhormat Timbalan Speaker. Kemakmuran sesebuah negeri tidak dinilai pada Gedung-gedung yang tinggi semata-mata. Tetapi pada sejauh mana kebajikan rakyat di akar umbi terjaga. Di sinilah letaknya kehebatan inisiatif Makmur Pahang yang diilhamkan dan dilaksanakan dengan penuh bermakna kepada segenap lapisan masyarakat Pahang. Ini merupakan sebuah ekosistem bantuan yang komprehensif mencakupi bantuan dan bantuan kepada komuniti belia serta pemerkasaan jentera kepimpinan setempat. Melalui IM Pahang, kerajaan memastikan rantaian bantuan sampai terus kepada rakyat tanpa birokrasi yang membebankan. Begitu juga dengan program Bakti Negeri Pahang, saya ingin menegaskan di dewan yang mulia ini bahawa bakti negeri adalah simbol keprihatinan kerajaan negeri dalam mendepani isu kos sara hidup disaat situasi global yang tidak menentu. Ia merupakan bantuan bakul makanan yang dibekalkan kepada golongan yang memerlukan. Apabila rakyat kita rungsing memikirkan barang dapur yang kian meningkat harganya. Kerajaan hadir melalui Bakti Negeri Pahang untuk
memastikan dapur di rumah rakyat kita terus berasap dan perut anak-anak kita terus diisi. Inilah manifestasi kerajaan yang mempunyai jiwa dan perasaan. Sebuah kerajaan yang tahu bahawa bantuan makanan adalah asas kepada ketenangan sesebuah keluarga. Timbalan Yang di-Pertua berbicara soal maruah rakyat. Saya ingin menyentuh mengenai rumah rakyat Pahang.
Kita harus bangga kerana hanya di negeri Pahang, kerajaan mampu memberikan sebuah kediaman bernilai hampir RM 80,000.00 secara percuma kepada golongan sasaran yang memerlukan. Ini bukan sekadar binaan konkrit. Ini adalah usaha kerajaan memberikan tempat berteduh yang selamat dan bermaruah. Sehingga kini, sebanyak 1,281 unit telah terbina di negeri Pahang dan bagi daerah Jerantut, khususnya sebanyak 66 unit telah didirikan sejak tahun 2020 pelaksanaan program ini. Namun, selari dengan permintaan yang tinggi, saya memohon agar kerajaan negeri meneliti pertambahan kuota unit RRP ini serta meneliti semula syarat dan kelayakan pemohon. Kita mahu lebih banyak keluarga di kawasan pedalaman dapat memiliki syurga sendiri hasil kemakmuran negeri yang kita kecapi pada hari ini. Timbalan Yang di-Pertua slogan Pahang 1st menuntut kita memastikan tiada daerah yang tertinggal. Saya ingin membawa suara penduduk dari beberapa buah kampung dalam daerah Jerantut di Kampung Sempadan, Kampung Batu Balai, Kampung Paya Rajin, Kampung Sungai Putat, Kampung Sungai Siam, Kampung Perlok dan beberapa buah lagi kampung di daerah Jerantut, yang mana kawasan-kawasan ini memerlukan pembangunan infrastruktur yang lebih progresif sama ada dari segi jalan perhubungan, sistem pembekalan air, sistem perparitan mahupun kemudahan awam seperti dewan dan sebagainya.
Begitu juga dengan kampung-kampung di mukim Hulu Tembeling, destinasi khazanah yang menjadi kebanggaan kita. Kita mahukan setiap rakyat di sana merasai bahawa mereka adalah sebahagian daripada denyut-denyut nadi kemakmuran 1 bilion hasil negeri ini [batuk]. Timbalan Yang di-Pertua saya juga ingin menyentuh berkaitan potensi pembangunan ekonomi warga FELDA yang perlu terus diberi perhatian oleh kerajaan Negeri dan kerajaan Persekutuan. Kita semua sedia maklum bahawa FELDA bukan sekadar penempatan peneroka tetapi merupakan asas kekuatan ekonomi luar bandar serta benteng sosial masyarakat melayu di negeri ini. Oleh itu, pembangunan generasi muda FELDA mesti dijadikan antara agenda utama dalam merancang masa depan negeri Pahang. Hari ini ramai anak muda FELDA mempunyai potensi besar dalam bidang kemahiran, keusahawanan, pertanian moden, ekonomi digital, dan industri teknikal. Namun, mereka memerlukan lebih banyak peluang latihan serta ekosistem yang mampu membantu mereka membina masa depan di tanah rancangan sendiri. Saya mencadangkan agar Majlis Belia FELDA Malaysia, MBFM dan kami anak FELDA dengan kerjasama FELDA sendiri dapat membangunkan akademik TVET FELDA di setiap wilayah FELDA di negeri Pahang. Saya percaya jika pembangunan belia FELDA diberi fokus secara menyeluruh, kawasan FELDA bukan sahaja mampu melahirkan tenaga kerja mahir, malah boleh muncul sebagai pusat pertumbuhan ekonomi baru luar bandar.
Timbalan Yang Di-pertua.
Sektor kesihatan adalah tiang seri kesejahteraan. Saya ingin mengutarakan di sini keperluan mendesak di beberapa kawasan khususnya di kawasan Kampung Bukit Rang, Kampung Perian, dan Kampung Kedondong di Pulau Tawar yang mempunyai anggaran kepadatan penduduk melebihi 2,000 orang. Saat ini, mereka terpaksa ke Klinik Kesihatan Jerantut Feri, Poliklinik Jengka 8, Poliklinik Jengka 8 yang terletak sedikit jauh hanya untuk mendapatkan rawatan asas dan pemeriksaan kesihatan. Bagi golongan warga emas, sakit kronik, ibu mengandung serta kanak-kanak, perjalanan
yang mengambil masa 15 minit dalam keadaan kecemasan adalah satu bebanan dan halangan yang sangat besar. Di sini saya mencadangkan agar kerajaan negeri dapat membawa permintaan masyarakat di ketiga- tiga kampung untuk pembinaan sebuah klinik Kesihatan di Kampung Bukit Rang. Inilah keadilan kesihatan yang mereka dambakan dalam usaha memastikan rawatan yang dekat, pantas dan efisien dapat diakses oleh semua tanpa mengira lokaliti. Timbalan Speaker [batuk] di sebalik angka ekonomi yang hebat. Ada cerita menyentuh hati di akar umbi, saya ingin merakamkan penghargaan daripada penduduk mukim Hulu Tembeling, khususnya dari Kampung Bantal, Kampung Gusai dan Kampung Mat Daling. Pada 14 Mac 2026 yang lalu atas inisiatif dan kerjasama pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri.
Program Jualan Rahmah telah dianjurkan buat julung kalinya di perkarangan Klinik Desa Kampung Bantal Seberang. Keprihatinan kerajaan negeri sehingga ke hulu sungai ini membuktikan kepimpinan kerajaan negeri yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak pernah meminggirkan sesiapa walau di mana rakyat Pahang berada. Suka saya maklumkan bahawa program ini akan kembali lagi pada 23 Mei 2026 di lokasi dan tempat yang sama bersempena umat Islam menyambut Hari Raya Aidil-Adha. Harapan saya agar pembekal dapat membawa barangan lebih yang lebih agar dapat memenuhi keperluan masyarakat bukan sahaja di Kampung Bantal, malah kampung-kampung berhampiran yang juga datang untuk membeli barangan pada harga yang murah. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana sentiasa hadir pada saat rakyat memerlukan. Inilah semangat Pahang Darul Makmur yang sebenar.
Yang Berhormat Timbalan Speaker,
Sebagai penutup, biarlah kita terus mengukuhkan perpaduan dan menolak politik kebencian. Rakyat mahupun mahukan kestabilan dan kerajaan yang bekerja dengan kepimpinan yang berwibawa, saya yakin dan percaya Pahang akan terus muncul sebagai negeri yang terbaik, maju dan makmur di Malaysia. Saya ingin menyampaikan dua rangkap pantun, YB Timbalan Speaker.
Tanam pinang rapat-rapat,
Biar susah puyuh lari, Titah Tuanku sangat tepat,
Keresahan rakyat menjadi prioriti.
Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang, Menteri Besar bijak memimpin negeri,
Pahang maju rakyat cemerlang.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Sekian wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih. Ucapan yang ringkas. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat Damak.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Terima kasih YB Speaker, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar
Pahang, barisan Exco dan rakan-rakan yang dirahmati Allah sekalian. Di kesempatan ini saya ingin menjunjung kasih atas titah diraja yang penuh bernas, tegas dan berwawasan yang telah dizahirkan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang bersempena Majlis Perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15. Titah Diraja tersebut jelas mencerminkan keprihatinan yang amat mendalam Tuanku Sultan yang disampaikan oleh Tengku Mahkota Pahang terhadap kesejahteraan rakyat, kemajuan negeri serta kepentingan tadbir urus yang lebih cekap, berintegriti dan berdaya saing yang mana semua ini adalah sudah pasti bagi memastikan Pahang terus makmur dan sejahtera.
Di kesempatan ini juga saya mewakili seluruh rakyat ya khususnya di kawasan DUN Damak ingin merafakkan setinggi-tinggi junjungan kasih ke hadapan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan atas limpah perkenan telah berangkat mencemar duli merasmikan masjid baru er... Kampung Simpang Tebing Tinggi pada 11 Mac 2026 bersamaan dengan 21 Ramadan 1447 Hijriah. Sesungguhnya keberangkatan Tuanku amat besar maknanya buat seluruh rakyat khususnya di DUN Damak kerana ia adalah menjadi lambang kasih dan keprihatinan institusi diraja terhadap pembangunan syiar Islam serta kebajikan rakyat di negeri ini dan kehadiran Tuanku bukan sahaja memuliakan majlis, bahkan menyuntik semangat kepada masyarakat untuk memakmurkan terus beribadah memakmurkan rumah Allah SWT. Di samping itu, dapat memupuk persaudaraan di kalangan ahli jemaah. Patik juga ingin menzahirkan rasa syukur ya kerana penduduk Simpang Tebing Tinggi sebelum ini memiliki masjid yang terdedah dengan banjir saban tahun khususnya er... apabila berlakunya banjir besar. Tetapi dengan siapnya masjid ini, Alhamdulillah, isu yang berkaitan dengan banjir ini yang melanda masjid ini akan selesai dan akan menjadi pusat penyebaran ilmu pembinaan akhlak dan melahirkan generasi yang cintakan agama. Allah SWT berfirman, [Bacaan dalam Bahasa Arab] yang bermaksud Sesungguhnya orang-orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah itu hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, surah At-Taubah ayat 18.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri ya khususnya Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja dan juga khususnya kepada YB Exco ya kerana dapat memastikan masjid ini siap. Dan di sini saya ingin memohon daripada pihak kerajaan agar melihat dan juga memastikan permohonan pembinaan masjid baru di Kampung Damak dan juga Kampung Lata Kasah dapat diberikan perhatian. Saya juga sangat berterima kasih.
Mohon izin, Speaker. Ini cara contoh membawa isu dengan baik. Ada Muqaddimah Sughra, ada Muqaddimah Kubra, ada Akar Al-Muhimmah dan ada natijah. Cantik, tersusun atur. Terima kasih Damak. Insya-Allah.
Ya. Ya.
Terima kasih YB Exco di atas ulasan tadi dan Insya-Allah bagi pihak Damak akan terus bekerjasama ya memastikan perkara-perkara yang baik dapat dilaksanakan khususnya di dalam DUN Damak.
Tuan Yang di-Pertua,
Merujuk kepada titah diraja berhubung isu penghinaan terhadap agama dan tindakan melampau seperti memijak al-Quran yang telah berlaku. Perkara ini sudah berlaku dan kita tidak dapat elakkan. Namun, Damak berharap agar perkara-perkara seumpama ini tidak berlaku lagi dan kita dapat meningkatkan usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat walaupun kita berbeza pandangan, berbeza agama dan berbeza bangsa, ya namun sekiranya kita saling hormat-menghormati, faham-memahami, sudah pasti perkara-perkara yang sensitif ini tidak berlaku. Bagi kami umat Islam, Al-Quran adalah merupakan sumber rujukan utama. Ia adalah wahyu daripada Allah SWT dan penghinaan terhadap al-Quran tidak boleh diterima sama sekali.
Seterusnya YB Tuan Speaker, dalam usaha merancakkan ekonomi setempat, saya mencadangkan agar sektor pelancongan khususnya di DUN Damak diperkasakan kerana kawasan ini mempunyai potensi besar dari segi keindahan alam semula jadi, warisan budaya dan agropelancongan. Antara yang boleh diketengahkan ialah kawasan rekreasi sungai dan air terjun yang perlu ditambah baik dari segi kemudahan asas seperti laluan, parking dan kemudahan pelancong. Selain itu, sektor agropelancongan seperti dusun buah-buahan, yang mana Damak ini terkenal dengan buah durian, perlulah dipertingkatkan dengan mengadakan program seperti aktiviti lawatan kebun dan pesta buah-buahan juga boleh dibangunkan bagi menambah pendapatan masyarakat setempat. Warisan budaya serta makanan tradisional juga wajar dipromosikan seperti produk pelancongan tempatan melalui program kebudayaan dan sokongan kepada usahawan-usahawan kecil.
Tuan Yang di-Pertua,
Antara lokasi yang wajar diberikan perhatian di dalam DUN Damak ini secara khususnya ialah Pusat Rekreasi Lata Meraung. Jadi saya tak pastilah kenapa orang kurang datang sini mungkin namanya tu Lata Meraung, jadi mungkin orang takut sikit. Kalau Lata Bersuka mungkin orang datang. Tapi mungkin ada sejarah di sebaliknya. Jadi Lata Meraung ini adalah kawasan yang sangat terkenal sebagai salah satu lokasi rekreasi dan pelancongan alam semula jadi yang menarik di kawasan ini. Keindahan air terjun, suasana hutan semula jadi dan persekitaran yang nyaman mempunyai potensi yang cukup besar untuk dibangunkan sebagai destinasi ecotourism yang lebih tersusun dan berdaya maju. Namun begitu, aspek infrastruktur perlu diberikan keutamaan khususnya jalan menuju ke Lata Meraung yang perlu di tambah baik demi keselesaan dan keselamatan para pengunjung. Secara keseluruhannya, pembangunan ini bukan sahaja dapat merancakkan ekonomi setempat malah membuka ruang dan peluang pekerjaan kepada belia serta memperkenalkan Damak sebagai salah satu destinasi pelancongan luar bandar yang berpotensi di negeri Pahang.
Selain itu, Tuan Speaker, saya juga ingin membangkitkan keperluan naik taraf iaitu jalan Sungai Lekuk ke Sungai Kiol dan bersambung ke Lata Meraung yang merupakan jalan utama penduduk setempat khususnya masyarakat orang asal di kawasan berkenaan dan saya rasa ini kali ke-2 saya bangkitkan perkara ini di sini...dan harapan saya agar keadaan jalan yang rosak dan kurang memuaskan dapat dibaiki dan dibesarkan supaya ia menjadi laluan yang selesa er… untuk penduduk kampung dan juga laluan ke Pusat Rekreasi Lata Meraung.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Di kesempatan ini juga saya ingin menyebut beberapa isu yang berkaitan projek-projek pembangunan yang umpama gajah putih… saya tak sebutlah projek ini projek gajah putih tapi umpama yang berlaku di kawasan Taman Eko Rimba Kampung Som. Kita semua memahami bahawa pembangunan itu penting er… namun demikian apa yang berlaku yang saya lihat ialah projek-projek pembangunan seperti rumah kakitangan, er…tempat perniagaan dan sekarang dibina pula surau di… dibaik pulih surau sedangkan baik pulih surau berlaku kemudian rumah kakitangan sudah naik semak ya dan RNR yang apa nama pusat er… rawat dan rehat ataupun er… gerai yang telah dibina juga ia sudah naik semak dan samun. Jadi harapan saya agar projek ini dapat dilihat kembali ia supaya ia dapat dimanfaatkan dan bukan sekadar kita memberikan projek ini sekadar untuk er… membangun membina bangunan tapi dibiarkan begitu saja. Kawasan Pusat Rekreasi Eko Rimba ini dulu adalah merupakan kawasan persinggahan orang ramai tetapi selepas er… projek menebang kayu-kayu di kiri kanan jalan ini berlaku maka kawasan ini telah terbiar semak dan samun sedangkan ia adalah merupakan kawasan yang cukup berpotensi untuk menjadi pusat rekreasi masyarakat setempat. Tuan Yang di-Pertua,
Di kesempatan ini juga saya ingin membawa satu isu yang cukup membimbangkan yang berlaku di kawasan DN Damak yang khususnya di kawasan Kampung Baru iaitu yang berkaitan dengan aktiviti kuari dan perlombongan yang mana aduan demi aduan telah diterima. Penduduk mengadu er… apa kuari ataupun perlombongan di sini telah mengeluarkan asap dan bau diesel yang menyebabkan penduduk sangat tidak selesa dan juga pencemaran bunyi yang berlaku dan kadang-kadang aktiviti kuari ini berlaku sampai ke waktu pagi. Jadi harapan saya agar perkara ini dapat dipantau dan dimaklumkan kepada saya bahawa pihak JAS dan Pihak Berkuasa Tempatan telah turun ke kawasan ini setelah berlaku banyak aduan dan diharap perkara ini dapat dipantau daripada masa ke semasa supaya ia tidak berulang lagi dan saya juga mendapat aduan ya bukan sahaja berlaku pencemaran udara dan bunyi malah penduduk-penduduk yang menanam durian juga memaklumkan ya bahawa bunga-bunga durian yang sebelum ini lebat tetapi kali ini ada yang tidak berbunga dan ada yang berbunga dalam skala yang cukup kecil akibat pencemaran yang berlaku er… kita melihat Nabi Muhamad SAW sendiri telah bersabda [Bacaan dalam Bahasa Arab] kita tidak boleh membuat perkara yang mudarat dan kita tidak boleh membalas kemudaratan dengan kemudaratan er… hadith mengingatkan kepada kita er… supaya sentiasa menjaga alam ataupun kelestarian alam ini supaya tidak menjejaskan kehidupan warga kampung kita di Kampung Damak ini.
Selain itu, berkaitan dengan pencemaran ini juga saya ingin menarik perhatian berhubung keadaan Sungai Kiol er… ini saya sebut ini Sungai Kiol yang khususnya di er… kawasan Simpang Tebing Tinggi dan juga hingga ke Bukit Dinding dan sampai ke Kampung Jerangsang dan ke Sungai Pahang yang mana apabila saya turun semalam semalam er… pagi semalam sempat saya turun kawasan ini er… keadaan sungai ini dalam keadaan yang er… saya tidak pandai untuk check sungai ini er… tapi saya ambil gambar dan keadaan sungai ini memang hitam dan berkeladak er… Jadi saya harap pihak JAS dapat kembali turun ke kawasan ini kerana pihak kami telah membuat… pernah buat aduan dan pihak Jabatan Alam Sekitar telah turun dan juga mengambil tindakan ya tetapi perkara ini berulang kali berlaku dan kelmarin saya pergi dan penduduk menyatakan kawasan ini dulu adalah kawasan mandi-manda dan kawasan untuk mencari ikan dan sekarang ini hanya ikan-ikan yang orang kata er… ikan apa er… ikan duyung [ketawa] er… ikan-ikan yang orang kata kuat, gagah er… boleh hidup itu baru boleh… yang lain- lain ikan sebarau, ikan apa semua dah pupus. Ikan sepat ataupun ikan puyu mungkin bertahan lamalah di kawasan ini. Jadi harapan saya harap er… pihak kerajaan dapat memantau dan mengambil tindakan yang tegas
supaya perkara ini tidak terus berlaku dan dimaklumkan ia telah berlaku begitu lama er… jadi harapan saya mungkin kita dapat mewujudkan pejabat alam sekitar di daerah Jerantut supaya tindakan dan aduan dapat di er… dilaksanakan dengan segera dan mungkin melalui Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) dan juga Badan Kawal Selia Air Negeri er… supaya sungai-sungai ini dapat dipelihara.
YB Speaker,
Berapa minit lagi YB?
Dua minit lagi. Oleh er… oleh kerana YB Exco memuji…
Insya-Allah.
er… saya panjang sedikit lagi kepada YB.
Terima kasih er…
YB Damak, sekejap ya. Saya er… saya nak menyokong kenyataan yang dibuat oleh YB Damak ialah isu penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar. Saya setuju bahawa satu pejabat Jabatan Alam Sekitar perlu diwujudkan di Damak er… sorry di Jerantut sebab kita di Pahang ini jauh jarak dan bila sampai di kawasan lokasi kejadian kadang-kadang bahan pembuktian itu dah hilang yang menyebabkan tak boleh buat kes, tak boleh buat pendakwaan ke mahkamah. Jadi, Jabatan Alam Sekitar ia perlu segera bila berlaku kena sampai tempat itu, kalau boleh ambil bukti dan boleh buat pendakwaan tapi bila jauh sangat er… saya faham perjalanan daripada Raub rasanya terpaksa datang ke Jerantut jarak sangat jauh jadi saya fikir perkara ini boleh dipertimbangkan oleh pihak er… pihak kerajaan untuk wujudkan pusat Jabatan Alam Sekitar di daerah Jerantut khususnya. Terima kasih.
Terima kasih kepada ADUN Cheka seterusnya YB Tuan Speaker saya ingin membawa masalah berkaitan dengan kekurangan voltan elektrik yang berlaku di sekitar Kampung Konggo Batu Balai. Isu ini bukan perkara baru bahkan telah lama membelenggu penduduk setempat. Keadaan bekalan elektrik yang tidak stabil dan voltan yang rendah menyebabkan kesulitan yang berlaku dan banyak berlaku kerosakan barangan elektrik ya seperti kipas, er… mesin basuh, televisyen dan seumpamanya. Justeru itu, saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan melalui TNB mempertimbangkan pembinaan sebuah pencawang elektrik baru di Kampung
Konggo bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan tersebut. Saya berharap isu ini dapat diberikan perhatian oleh pihak kerajaan dan dikesempatan ini saya ingin merakamkan juga ucapan terima kasih ya kepada pihak TNB atas tindakan segera menyelesaikan masalah yang sama iaitu di Kampung Sungai Balang, Damak yang pernah dibangkitkan dalam sidang DUN yang lepas. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.
Akhir sekali YB Speaker, saya ingin bangkitkan satu isu yang disuarakan oleh penduduk kepada saya untuk disampaikan disini iaitu gangguan anjing liar yang Tuanku pun er… Tuanku Tengku Mahkota pun ada menyebut isu ini iaitu khususnya di kawasan Kampung Lata Kasah dan Kampung Temin, kampung saya sendiri er… ini kampung pak mertua Exco Agama ini, saya sebenarnya kawan baik dengan dia [batuk] iaitu masalah anjing liar yang tidak terkawal dan di sini saya ingin juga sampaikan aduan daripada penduduk khususnya di Taman Saujana Utama semalam juga ini dimana binatang-binatang ternakan dan peliharaan telah terancam dan dibunuh ya oleh anjing-anjing liar ini. Jadi sini saya membawa gambar er… arnab yang dipelihara di dalam kawasan rumah dan kucing dibunuh oleh anjing-anjing ini dan hingga menyebabkan penduduk-penduduk di kawasan Kampung Temin khususnya tidak boleh membuka pagar kerana anjing-anjing ini masuk dalam kawasan pagar rumah dan yang menternak er… kambing biri-biri dan seumpamanya terancam kerana ternakan mereka dibunuh oleh anjing-anjing ini. Sehubungan itu, saya berharap Pihak Berkuasa Tempatan bersama agensi berkaitan dapat melaksanakan pemantauan dan operasi kawalan secara berkala di samping menyediakan saluran aduan lebih cepat dan berkesan.
YB Speaker,
Akhir sekali… tadi akhir pertama, ini akhir kedua Damak menjunjung kasih Titah Diraja berkaitan peranan pembangkang sebagai semak dan imbang. Bagi Damak, halangan-halangan yang berlaku seperti mana disebut oleh ADUN er… ADUN Jengka tadi bagi Damak kita er… kita melihat ini perkara ini secara positif dan sekiranya kita tidak dapat menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan dan Pembangunan Daerah, maka kita boleh berhubung dengan pihak pegawai-pegawai er… pegawai-pegawai kerajaan yang berada di kawasan setempat dan Alhamdulillah saya rakamkan ucapan terima kasih kepada pegawai-pegawai kerajaan yang memberikan respons segera terhadap aduan-aduan yang dibuat. Namun demikian, selepas ini kalau dimasukkan Alhamdulillah lagi molek sebab apa er… sebab ada benda-benda yang mungkin contohnya berkaitan dengan isu-isu pembangunan setempat yang mungkin kami ini tercicir er… bila ditanya, kita akan jawab tak tahulah er… sebab kita tidak ber…Sama dalam mesyuarat. Dan kemudian saya juga berharap kalau dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah ni, kita tidak wujud tidak hadir. Saya harap kami dimasukkan dalam Jawatankuasa Bencana Daerah kerana jawatankuasa Bencana daerah ini, setakat ini saya rasa tidak ada mesyuarat. Cuma kami akan dapat maklumat segera sekiranya berlaku kebakaran ataupun pokok tumbang ataupun banjir dan di situ kita akan dapat mengambil tindakan segera bekerjasama dengan pegawai-pegawai kerajaan dan juga Alhamdulillah, saya rasa cukup syukur kerana di Jerantut ni ada seorang wakil rakyat lagi iaitu ADUN ADUN, Ahli Dewan Negeri Pahang
adun dilantik
Adun lantikan. Jadi makna di maknanya di Jerantut ini kita orang ada ada empat wakil rakyat yang menyuarakan isu-isu yang berkaitan dengan Jerantut dan Insya-Allah Jerantut akan kekal menjadi bandar paling sejahtera Insya-Allah. Jadi dengan itu saya Damak ingin menyokong Titah Diraja. Sekian terima kasih. Assalamualaikum WBT.
Terima kasih. Yang Berhormat daripada Damak. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Jenderak. Sila.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan yang saya muliakan. Saya dengan rasa penuh hormat dan takzim ingin mengambil kesempatan ini untuk merafak sembah serta menzahirkan setinggi-tinggi ucapan menjunjung kasih Kebawah Duli Tuanku atas limpah perkenan Tuanku Berangkat Sempurnakan Istiadat Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Pahang. Daulat Tuanku. Titah ucapan diraja Tuanku Jumaat lepas amat jelas padat dan penuh dengan nasihat serta pedoman yang amat bernilai. Titah Tuanku menjadi panduan dan suntikan semangat kepada saya untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah Ikhlas dan bertanggungjawab demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Pahang Darul Makmur. Di sini juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Nakhoda Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang berjaya mencapai kutipan hasil negeri tahun 2025. Mencatat kutipan melebihi 1 bilion 4 tahun berturut-turut. Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar sebanyak 5.7% dengan nilai ekonomi mencecah 68 bilion ringgit, sekali gus meletakkan Pahang dalam kalangan 4 negeri terbaik pada tahun 2024.
Pelaburan meningkat sebanyak 18.04 bilion pada tahun 2025. Syarikat Kerajaan Negeri turut menyumbang 3.16 bilion kepada ekonomi negeri. Pencapaian dan pelaburan ini dapat mempertingkatkan ekonomi negeri dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak muda. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas keprihatinan kerajaan negeri meluluskan peruntukan bagi kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan jalan negeri dan persekutuan di dalam kawasan DUN Jenderak. Peruntukan ini amat bermakna buat rakyat yang menggunakan laluan tersebut setiap hari untuk ke kebun ke sekolah dan ke bandar. Termasuk juga di seluruh pelusuk perkampungan masyarakat Orang Asli. Antara projek yang sedang dilaksanakan iaitu Jalan Persekutuan antara Laluan Temerloh, Jerantut 1.4 km. Jalan Turapan Baru di Jambatan Kuala Mai sedang dilaksanakan dan juga termasuk pembentungan jalan utama yang berhampiran di Kampung Datuk Sari Ahmad sedang dilaksanakan oleh pihak JKR. Ianya dapat mempertingkatkan keselamatan pengguna. Saya mohon agar pemantauan dan juga peruntukan penyelenggaraan berkala untuk jalan perhubungan desa terus diberi keutamaan. Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan terutamanya berkenaan dengan tebatan banjir yang melibatkan Sungai Krau di dalam DUN Jenderak bernilai 74 juta yang sudah ada kontraktor. Dan seterusnya juga klinik kesihatan sedang pembinaan balai polis sudah
siap dibina surau di Kampung Pasu. Kenapa kerana apa saya mempersoalkan ini? Ini ada sesetengah pihak memperlekehkan usaha-usaha pihak kerajaan negeri dan juga usaha-usaha kerajaan.
Yang Berhormat Timbalan Speaker,
Selaku ADUN Jenderak, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan keprihatinan dan sumbangan bakti Pahang. Peruntukan sebanyak 15 ribu seminggu yang telah disalurkan. Saya percaya inisiatif ini bukan sahaja dapat meringankan beban dapur rakyat tetapi juga menjadi bukti jelas bahawa Kerajaan Negeri Pahang sentiasa mendengar denyut nadi rakyat dan bertindak pantas dalam membantu mereka yang terkesan. Justeru, saya bersama seluruh warga Jenderak menzahirkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri atas keikhlasan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi ini. Semoga usaha murni ini diberkati Allah Subhanahu wata'ala dan menjadi asbab kesejahteraan rakyat Pahang keseluruhan.
Yang Berhormat Timbalan Speaker.
Saya juga ingin membawa perhatian dewan kepada isu di kawasan perkampungan masyarakat Orang Asli Kuala Krau DUN Jenderak. Penduduk di kampung ini masih menggunakan penyambungan bekalan elektrik dari rumah ke rumah tanpa meter kekal TNB. Keadaan ini berbahaya dan boleh menyebabkan kebakaran serta renjatan elektrik. Satu meter berkongsi tiga rumah. Saya mohon jasa baik pihak berkuasa, JAKOA atau ORACO untuk mengambil tindakan segera membuat bancian rumah ke rumah di kawasan perkampungan Orang Asli ini. Menyediakan peruntukan wiring dan juga pemasangan meter TNB contoh di kampung Berdot ada 23 biji rumah yang tiada wiring dan sambung menyambung antara satu sama lain. Seterusnya di kesempatan ini juga berkenaan dengan lesen pendudukan sementara. Sangkar ikan Sungai Pahang. Permohonan 129 lulus, hanya 11 permohonan dari peringkat negeri. Permohonan terlalu lama untuk diluluskan. Paling banyak tersekat di peringkat PBT. Kadar lulus rendah setakat ini. Hanya 11 permohonan atau 8.5% yang dah lulus dari Pihak Berkuasa Negeri. Kadar tolak sangat kecil cuma 2 permohonan atau 1.5% ditolak setakat ini. Permohonan lesen pendudukan sementara untuk kegunaan kawasan sungai tanah kerajaan secara sementara. Proses ini agak panjang sebab kena lalu banyak jabatan, PBT, agensi teknikal, JKPT, PTG baru ke Pihak Berkuasa Negeri.
Yang Berhormat Timbalan Speaker,
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon jasa baik pihak yang berkenaan khususnya Pejabat Tanah dan Galian serta semua agensi teknikal yang terlibat agar dapat memberi perhatian dan menyegerakan proses kelulusan bagi 129 permohonan. Lesen Pendudukan Sementara Seksyen 65 Kanun Tanah Negara yang masih dalam berbagai peringkat. Ini penting bagi memastikan aktiviti ekonomi termasuk pengusaha sangkar ikan di Sungai Pahang dapat berjalan tanpa kelewatan yang membebankan dan ada sesetengah penternak ingin memohon pinjaman dengan pihak bank dan sebagainya. Dan juga kemasukan bekalan air dan Tenaga Nasional.
Yang Berhormat, Timbalan Speaker. Di sini, saya ingin mencadangkan berkenaan dengan pembinaan atau pengusaha reban ayam. Saya mohon pihak berkuasa yang berwajib Ketua Pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa kerajaan tempatan, pejabat haiwan atau veterinar mengkaji semula reban ayam tradisional yang menggunakan kaedah lama dan ianya mengganggu persekitaran dan keselesaan
penduduk dan juga pembangunan setempat menggunakan kaedah yang lebih moden dan berteknologi tinggi secara tertutup. Ianya boleh menjamin mengurangkan gangguan bau lalat atau wabak penyakit dan sebagainya. Akhir kata, saya selaku ADUN Jenderak akan terus membawa suara rakyat dan memperjuangkan setiap keperluan masyarakat tanpa mengira latar belakang demi pembangunan dan kesejahteraan seluruh warga DUN Jenderak. Yang Berhormat Timbalan Speaker saya mohon menyokong. Sekian Wabillahi taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih ADUN. Seterusnya saya menjemput ADUN dari Pulau Manis. Sila.
Auzubillahiminasyaiton nirrojim Bismillahhirrahmanirrahim. (Bahasa Arab) Yang Berhormat Speaker, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya serta Inayahnya, kita semua dapat lagi bersama-sama di dalam dewan yang mulia ini bagi menjalankan tanggungjawab kita tidak lain tidak bukan ialah mewakili rakyat yang telah memilih kita pada pilihanraya yang lepas. InsyaAllah. Tidak lupa juga memanjatkan syukur dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana di atas usaha dan kesungguhan baginda serta para sahabat dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah SWT menyampai dakwah sehingga ke hari ini, kita dapat mencapai nikmat mengecapi nikmat iman dan Islam.
Yang Berhormat Speaker, Pulau manis menjunjung Titah Diraja ucapan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah sempena Istiadat Pembukaan Dewan Penggal yang Ke-5 Dewan Negeri Pahang yang Ke-15 pada hari Jumaat yang lalu. Segala titah Tuanku sedia patik junjungi dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat yang telah ku kasihi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker dan semua Ahli Yang Berhormat kerana memberi ruang kepada pulau manis pada petang ini untuk membahas ucapan titah diraja. Tidak lupa juga ucapkan jutaan terima kasih saya mewakili seluruh rakyat DUN Pulau Manis kepada seluruh kakitangan kerajaan dan agensi-agensi di bawah kerajaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan seluruh kawasan Pulau Manis ini terbela kebajikan dan keselesaan. Yang Berhormat Speaker di dalam titah Tuanku, baginda ada menyebut memastikan anak muda memilih untuk membina kerjaya di negeri sendiri, sekali gus membantu mengimbangi struktur demografi negeri. Menjunjung kasih Tuanku kerana kecaknaan Tuanku dalam hal ini. Kita sedia maklum, kerajaan negeri ada menyediakan beberapa inisiatif untuk membantu anak muda dalam hal ini.
Cuma apa kaedah penerangan kepada mereka supaya mereka tahu adanya geran-geran tertentu. Inisiatif-inisiatif serta bantuan yang membolehkan mereka memulakan perusahaan mereka sendiri bagi melangsungkan ekonomi diri sendiri. Begitu juga dengan kursus-kursus yang ditawarkan kepada golongan-golongan sasar. Pemakluman yang lebih efisien adalah amat perlu ditekankan supaya segala maklumat berkenaan inisiatif-inisiatif geran geran-geran yang kerajaan sediakan sampai maklumat ini kepada mereka. Anak muda perjalanan mereka masih jauh dan kita seharusnya meletakkan harapan kepada mereka untuk membantu pertumbuhan ekonomi negeri, negeri kita ini. Cuma adakah mereka tahu mereka layak memohon dan layak menerima inisiatif-inisiatif dan juga bantuan yang selayaknya mereka dapat. Kalau tidak kepada mereka, siapa lagi perlu kita harapkan. Kita risau, anak muda akan
terus berhijrah ke daerah lain bahkan lebih merugikan ke negeri yang lain demi membentuk ekonomi keluarga sendiri. Ini sangat merugikan kita merugikan kita sekiranya bakat mereka, mereka tidak berpeluang untuk bantu ekonomi negeri sendiri iaitu Pahang yang dicintai. saya ambil contoh di Kampung Belimbing di kawasan saya. Kampung ini terletak di persisiran Sungai Pahang. Ada beberapa jenis perniagaan yang boleh dijalankan di situ. Antaranya rumah rakit, pengusahaan penternak ikan sungai, bahkan ada tempat yang dijadikan penghubung pelancong iaitu jeti untuk ke Tasik Chini di mana tidak lagi semegah berbanding suatu ketika dahulu.
Kampung ini tidak ramai anak muda yang masih menetap di situ, kebanyakannya mereka yang telah keluar mencari rezeki. Hal ini perlu dipandang serius kerana implikasi yang bakal berlaku adalah kampung ini berhadapan dengan tiada tidak ada lagi penduduk kerana tinggal hanya warga tua sahaja yang masing masing sudah uzur dan tidak lagi berupaya untuk membangunkan ekonomi setempat. Yang Berhormat Speaker, dalam titah Tuanku juga ada menyebut berkenaan pembangunan aplikasi, aplikasi digital seperti AI. Hal ini selari dengan perkembangan teknologi semasa. Dunia sekarang bergerak ke arah Digital Governance. Tuanku juga mengambil contoh carian atau semakan, permohonan tanah menerusi aplikasi PahangGo. Kita sedia maklum tahniah diucapkan kepada kerajaan negeri kerana ada sistem yang komprehensif cuma perlu ditambah baik seperti yang dititah oleh Tuanku. Saya kira kerajaan pasti menyambut baik serta akan melaksanakan titah Tuanku ini demi, demi kemudahan rakyat. Banyak perkara yang kita dapat permudahkan antaranya memudahkan rakyat di mana tinggal jauh dari bandar.
Mereka tidak perlu ulang alik ke Pejabat Tanah dan apa yang kita dapat penjimatan kos, minyak, masa dan mereka tidak perlu cuti sehari untuk menguruskan hal-hal ini. Selain daripada pengurusan tanah boleh juga melibatkan permohonan lain-lain seperti zakat, kebajikan masyarakat dan di mana mereka yang memohon terdiri daripada golongan orang, orang yang golongan rentan agak menyukarkan mereka untuk bergerak ke pejabat agensi untuk, menguruskan apa yang mereka hajati. Rasulullah ada bersabda (Bahasa Arab) permudahkanlah jangan menyulitkan. Saya juga ingin menyentuh berkenaan pengurusan PPS, Pusat Pemindahan Sementara ketika banjir baru-baru ini. Akhir tahun lepas, sebahagian kawasan di dalam DUN Pulau Manis ini terjejas dengan banjir.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya nak celah sikit. Terima kasih. Saya nak maklum pada sidang dewan lah PahangGO ni dia peneraju digital Negeri Pahang. Dan baru-baru ni. Alhamdulillah PahangGO telah dianugerahkan Malaysia Book of Records berbanding dengan Sarawak. Maknanya kita mengatasi Sarawak lagi dalam bidang aplikasi digital dan banyak urusan-urusan yang telah kita buat. Banyak aplikasi yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk memudahkan rakyat untuk berurusan dengan pejabat kerajaan. Sebagaimana kata ADUN daripada Pulau Manis tadi. Zakat pun boleh dibayar melalui aplikasi PahangGO. Terima kasih.
Terima kasih wakil kerajaan. Maksud saya permohonan zakat yang ada di Pahang GO tu nak bayar zakat. Yang ini nak mohon zakat. Nak bayar zakat tu orang senang dia banyak duit. Dia nak pergi bergerak ke pusat zakat pun tak ada masalah. Ini cerita dia orang yang golongan yang memerlukan zakat. Permohonan. Ok. Terima kasih.
Walaubagaimana pun, tahniah diucapkan kepada wakil kerajaan. Sambung balik. InsyaAllah. Tahniah dan jutaan. Berkenaan banjir tadi sebahagian besar dalam kawasan Pulau Manis terjejas dengan banjir dan saya sempat turun ke semua PPS yang dibuka. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada agensi-agensi yang terlibat membantu memudahkan urusan penduduk yang terkesan banjir seperti NADMA, JPA, Bomba, PDRM, ATM, JKM, KKM dan NGO-NGO yang hadir memberi pelbagai bantuan kepada penduduk yang terkesan banjir dan banyak lagi pihak yang terlibat. Maaf sekiranya tidak menyebut tidaklah mengurangkan rasa hormat dan terima kasih saya kepada semua. Namun, saya ada menerima aduan dari penduduk yang menghuni PPS iaitu dalam keadaan mencemaskan itu berlaku juga beberapa masalah dari sudut penyelarasan bekalan makanan. Ada mangsa di PPS yang terlewat menerima makanan, malah ada yang tidak menerima makanan pada waktu sepatutnya akibat masalah penghantaran dan kesilapan pihak tertentu. Bila disiasat dikhabarkan tersalah hantar bekalan ke PPS yang lain. Bagi saya, perkara seperti ini tidak boleh dipandang ringan kerana ketika rakyat berada dalam keadaan tertekan, Kebajikan asas seperti makanan mestilah menjadi keutamaan. Saya ingin membawa satu cadangan penambahbaikan pengurusan bencana khususnya berkaitan pusat pemindahan sementara di negeri Pahang. Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan negeri mempertimbangkan agar kantin sekolah di PPS tersebut terlibat yang terlibat dijadikan penyediaan makanan utama kepada mangsa banjir sekiranya PPS itu adalah sebuah sekolah.
Cadangan ini mempunyai beberapa kelebihan. Pertama, kantin sekolah memang sedia mempunyai dapur, peralatan dan tenaga kerja asas untuk menyediakan makanan secara besar-besaran. Kedua, ia dapat mempercepatkan penyediaan makanan tanpa terlalu bergantung kepada penghantaran luar. Ketiga, pengusaha kantin sekolah lebih arif dengan lokasi setempat dan lebih mudah diselaras oleh pihak sekolah serta jawatankuasa PPS. Keempat, ia juga dapat membantu ekonomi pengusaha kantin terutama ketika musim sekolah terjejas banjir tutup akibat banjir dan pihak kantin sekolah tidak tiada isu berkenaan kebersihan, keselamatan er... keselamatan makanan dan pengendalian makanan kerana kita sedia maklum pihak KKM sentiasa memantau melalui bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan. Saya percaya dengan penyelarasan yang baik antara pihak sekolah, Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta NADMA, kaedah ini mampu menjadikan pengurusan PPS lebih cepat, tersusun dan mesra rakyat. Apa yang paling penting, jangan sampai ada penghuni PPS yang sudah kehilangan harta benda terpaksa pula menanggung... menunggu makanan dalam keadaan lapar dan keletihan. Semoga cadangan ini dapat dipertimbangkan demi meningkatkan kecekapan pengurusan bencana di negara kita.
Yang Berhormat Speaker, Kebawah Duli Paduka Mulia juga ada menyentuh berkenaan insiden memijak al-Quran di UMPSA dan juga ada menyatakan tiada kompromi di dalam sebarang cubaan mengganggu gugat keharmonian negara negeri melalui isu 3R. Saya ingin menyentuh satu perkara yang amat penting iaitu soal adab terhadap Institusi Diraja serta kebijaksanaan dalam menangani isu 3R. Kita di negeri Pahang sangat beruntung kerana sentiasa dipayungi Institusi Kesultanan yang menjadi teras perpaduan rakyat. Sebab itu saya ingin... saya menjunjung tinggi Titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang yang mengingatkan supaya isu kaum, agama dan Institusi Diraja tidak dijadikan bahan politik murahan. Namun, malangnya mutakhir ini kita melihat ada segelintir pihak di negeri lain seolah-olah semakin berani mempertikaikan pendirian dan Titah Institusi Diraja atas nama hak demokrasi dan kebebasan bersuara. Bila titah yang tidak selari dengan kehendak mereka, maka mulalah perlembagaan dijadikan alasan untuk menormalisasikan sikap biadab terhadap Institusi Raja-Raja Melayu. Saya ingin tegaskan dalam negara kita
boleh berbeza pandangan politik kita boleh berbahas dasar tetapi jangan sampai hilang adab dan rasa hormat terhadap institusi yang menjadi payung negeri dan negara. Kalau hari ini titah sultan pun sudah mula dipersoalkan secara terbuka dalam dewan, maka rakyat sedang memerhati. Apakah ini budaya politik baharu yang mahu dibawa politik tanpa adab, demokrasi tanpa batas. Sebab itu saya berpandangan semua pihak tanpa mengira parti mesti mengambil pendirian jelas bahawa isu melibatkan Institusi Diraja bukan medan mencari publisiti politik. Harap budaya ini tidak merebak ke Pahang. Saya menyeru supaya kita semua...
Mohon mencelah. Yang Berhormat, apa yang berlaku di sidang Dewan Negeri lain dan tiada keputusan yang dibuat oleh Yang Dipertua Dewan di negeri tersebut bahawa kenyataan itu telah mempersoalkan Titah Diraja. Tidak ada sebarang keputusan, jadi mana bukti itu? Sila buktikan. Sila jawab di sini. Kalau tak ada, saya rasa Speaker tak perlulah kita bincangkan perkara di negeri lain. Kita fokuskan kepada negeri sendiri. Kalau ada jawab sekarang, kalau tak ada, saya rasa move on lah. Terima kasih.
Zaman sekarang zaman teknologi. Boleh tengok sendiri boleh cari sendiri.
Ya lah cari sekarang, tunjukkan kepada dewan. Apa bukti dia? Adakah Yang Dipertua Dewan negeri tersebut telah buat keputusan? ataupun sesiapa yang telah buat keputusan tersebut. Mana bukti dia? tunjukkan. Kalau tak ada, saya rasa lebih baik tarik balik. Tarik balik.
Boleh tengok benda ni.
Speaker, perkara ini sebenarnya semua orang tahu. Kenyataan dikeluar supaya kita bawa kes ini ke mahkamah untuk mahkamah buat keputusan sama ada boleh ke tak boleh. Jadi ini bukan isu dalam Dewan nak diputuskan di peringkat negeri ini keputusan pandangan parti di luar dari dewan. Jadi soalan ini bukan berlaku dalam Dewan Selangor berlaku di luar dewan. Jadi semua orang baca kenyataan tersebut. Saya fikir tak ada siapa yang tak tahu pun. Kalau tak tahu tu sengaja untuk tidak tahu. Jadi saya ingat apa dibangkitkan itu positif supaya Pahang kita kita menghormati Institusi Diraja dan mendokong titah Tuanku. Saya fikir tak ada isu pun. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Timbalan Yang di-Pertua, kita di Pahang ni dah elok dah. Malahan kita telah mendapat negeri nombor satu Indeks Perpaduan Nasional di negeri
Pahang (Ahli Dewan menepuk meja). Saya ingat kita tak... saya pun tak faham tujuan YB daripada Sungai Lembing ni bangkit ini nak tuju kepada siapa? Nak tuju kepada Ahli Dewan? Saya ingat Ahli Dewan tak ada pun yang menyentuh isu 3R ni. Jadi lebih baik kita kekalkan perpaduan yang ada, kita move on kita tambah baik lagi. Jadi, saya harap Yang Berhormat teruskanlah dengan ucapan tanpa kita bincang lebih lanjut berkenaan dengan isu 3R ini. Terima kasih timbalan.
Terima kasih. Saya rasa Yang Berhormat sila rujuk ke perkara dalam negeri Pahang ini dan juga luar sana apa-apa yang perbincangan di luar sana mereka akan menilai sendiri.
Okey terima kasih Yang Berhormat Speaker, cuma sedikit nasihat itu je. Kalau tak terima terpulang. Okay terus pada ucapan saya, sebelum saya mengakhiri ucapan sudah menjadi tanggung jawab saya membangkitkan isu di kawasan saya sendiri pada sidang dewan pada kali ini. Kebawah Duli Paduka Mulia ada bertitah berkenaan Tourism Pahang perlu proaktif di dalam mempelbagaikan destinasi pelancongan di Pahang. Di sini saya ingin mengetengahkan di kawasan saya di Kampung Felcra Sri Makmur, ada terdapat dua litar dua buah litar motor motorcross iaitu motor lasak. Litar-litar ini di mana suatu ketika dahulu cukup terkenal dan pernah menjadi lokasi penganjuran pelbagai kejohanan berskala kebangsaan.
Ketika itu, kawasan tersebut bukan sahaja menjadi tumpuan peminat sukan permotoran seluruh negara, malah turut memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat melalui sektor makanan, penginapan dan perniagaan kecil. Namun hari ini kita melihat aktiviti dan penganjuran acara di trek tersebut semakin berkurangan sehingga potensinya seolah-olah tenggelam begitu sahaja. Hal ini perlu di beri perhatian kerana selari dengan titah Tuanku secara langsung dapat menarik pelancong-pelancong luar datang ke Pahang untuk sertai program seperti ini. Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan supaya pihak Tourism Pahang dan juga Belia Sukan bersama agensi berkaitan melihat semula potensi trek motorcross ini di Sri Makmur untuk diangkat kembali sebagai lokasi pelancongan sukan, pelancongan sukan dan hub permotoran negeri sekali gus dapat mengembalikan kegemilangan sukan ini seperti dahulu. Antara usaha yang boleh yang boleh dipertimbangkan menganjurkan semula Kejohanan Motocross peringkat Negeri dan Kebangsaan, menambah baik fasiliti trek dan kemudahan asas, menjadikan lokasi tersebut sebagai pusat latihan belia dan dalam sukan permotoran, mengadakan festival permotoran dan program belia secara berkala bagi menarik kehadiran pelancong domestik. Saya percaya jika diberi perhatian dan promosi yang sewajarnya, trek ini mampu kembali hidup dan menjadi antara tarikan sukan permotoran utama di negeri Pahang. Dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar, sektor pelancongan sukan seperti ini bukan sahaja mampu menarik pengunjung malah boleh membuka peluang ekonomi kepada anak muda dan komuniti setempat. Saya juga ingin menyentuh satu isu yang sangat dekat dengan rakyat khususnya generasi muda iaitu berkaitan masalah pemilikan tanah di negeri Pahang.
Isu tanah juga tidak ketinggalan bagi penduduk DUN Pulau Manis. Saya harap semakan permohonan tanah bagi tujuan pertanian khususnya bagi anak-anak muda yang tertangguh lama ini patut diberi perhatian yang sewajarnya. Hari ini kita melihat ramai anak muda yang mempunyai keinginan untuk membina kehidupan, kehidupan
sendiri mengusahakan pertanian, membina rumah atau memulakan perniagaan kecil. Namun, malangnya proses pemilikan tanah sering menjadi cabaran yang besar kepada mereka seperti di sekitar Kampung Teluk, Pulau Rusa dan Ganchong. Mereka bukan memohon berekar-ekar tanah. Mereka hanya memohon tanah untuk mereka usahakan bagi menampung pendapatan keluarga sahaja. Sehingga ke hari ini, permohonan mereka masih tidak diketahui statusnya. Selain daripada itu, antara rungutan yang sering diterima ialah proses pemohonan yang terlalu lama. Status permohonan perlu, yang sukar disemak kekurangan maklumat yang jelas serta kekeliruan prosedur antara jabatan dan agensi berkaitan. Saya percaya Kerajaan Negeri sentiasa berusaha membaiki sistem sedia ada, namun sudah tiba masanya untuk melakukan pembahbaik, penambahbaikan yang lebih menyeluruh dan mesra rakyat. Apa yang rakyat mahukan? sebenarnya bukan layanan istimewa tapi proses yang jelas, telus, cepat dan mudah difahami. Sedikit isu di Kampung Sri Damai iaitu berkaitan longkang di hadapan Sekolah Kebangsaan Jaya Gading. Kawasan ini adalah kawasan yang kerap dinaiki air. Puncanya adalah sistem perparitan yang tidak betul alirannya. Sekiranya hujan lebat sedikit saja, air sudah mula melimpah sehingga menjejaskan kawasan sekolah. Sepatutnya kawasan sekolah adalah kawasan yang paling selamat dari bencana banjir tetapi situasi di sini berbeza. Diharap Jabatan Pengairan dan Saliran mengambil maklum dengan isu ini dan tindakan selesai masalah, menyelesaikan masalah ini dapat dilakukan dengan segera.
Kesekian kalinya, saya juga ingin menyebut berkenaan anjing liar. Isu ini dilihat semakin membimbangkan memerlukan tindakan yang lebih serius serta berterusan daripada pihak berkuasa tempatan iaitu khususnya Majlis Bandaraya Kuantan. Saya difahamkan memang ada kerja-kerja untuk menghapus anjing ini tapi nampaknya di sini perlu lebih cari kaedah yang lebih efektif. Macam anjing ni memang masalah yang bukan lagi sekadar isu gangguan awam, malah telah melibatkan aspek keselamatan rakyat apabila terdapat kes kemalangan dan kecederaan parah akibat pengguna jalan raya terjatuh terbabas kerana cuba mengelak anjing liar di jalan raya. Penduduk di beberapa kawasan terutama di Jaya Gading, Sri Damai dan Indera Sempurna semuanya telah lama menyuarakan kebimbangan mengenai jumlah anjing liar yang semakin bertambah. Namun sehingga hari ini, ramai merasakan tindakan yang diambil masih belum cukup efektif. Pihak Majlis Bandaraya Kuantan seharusnya memainkan peranan lebih proaktif dengan melaksanakan operasi kawalan dengan lebih kerap. Memperbanyakkan pasukan pemantau supaya dapat mengambil tindakan segera terhadap aduan penduduk. Selain itu, program pengawalan populasi, pengurusan haiwan terbiar dan kempen kesedaran kepada masyarakat juga perlu diperkasakan supaya isu ini dapat ditangani dengan lebih menyeluruh dan keberkesanan.
Yang Berhormat minta gulung ya.
(ADUN PULAU MANIS - N.20)
Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya mewakili seluruh rakyat DUN Pulau Manis kepada kakitangan kerajaan dan pegawai-pegawai kerajaan di mana telah memberi perkhidmatan yang terbaik demi memastikan kelangsungan rakyat. Saya akhiri dengan pantun ke Bukit Timah mencari kuda, terjumpa sungai airnya bersih, raja dan rakyatnya berpisah tiada, rakyat disayangi raja dikasih. Turun ke tanah keris terbuka, memburu pengkhianat memang tugasnya, jangan kita jadi derhaka, sanggah Tuanku buruk padahnya. Sekian Pulau Manis menjunjung titah. Allahu'alam, assalamualaikum WBT.
Terima kasih yang Berhormat Pulau Manis. Seterusnya saya menjemput Ahli daripada Mentakab.
(ADUN MENTAKAB - N.30)
Salam sejahtera dan salam Pahang 1st. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk menjunjung kasih dan membahaskan Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam, Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dewan Yang Mulia ini. Seperti anda semua sedia maklum, serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran pada bulan Februari 2026 telah mencetus konflik di Asia Barat yang telah berlarutan sehingga hari ini. Susulan daripada krisis tersebut, Iran telah mengambil tindakan untuk menutup Selat Hormuz yang merupakan satu laluan maritim yang amat kritikal dalam pengangkutan minyak dan gas ke seluruh dunia. Penutupan tersebut telah menyebabkan bekalan minyak dan gas dunia berkurangan secara mendadak, sekali gus mengakibatkan harganya melambung tinggi berkali ganda. Kita turut menyaksikan sesetengah negara jiran dirantau ASEAN terpaksa menutup stesen minyak akibat kekurangan bekalan. Malah harga minyak di negara jiran mencecah sehingga RM10.00 seliter. Meskipun berhadapan dengan cabaran yang amat besar ini, kita bersyukur kerana Kerajaan Persekutuan telah mengambil langkah proaktif bagi mengurangkan beban kehidupan rakyat dalam mengharungi krisis ekonomi yang melanda.
Susulan krisis tersebut, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak ringgit Malaysia RM7 bilion untuk subsidi minyak dan gas iaitu peningkatan hampir 10 kali ganda berbanding jumlah asal sebanyak RM700 juta. Langkah ini membolehkan rakyat Malaysia terus membeli petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter dengan had kuota 200 liter sebulan di bawah inisiatif BUDI95. Secara tidak langsung, usaha ini juga dapat mengawal kadar inflasi di Malaysia bagi mengelakkan kenaikan harga barangan asas secara mendadak. Di sini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pahang atas inisiatif Program Khas Agihan Bakul Makanan Asas. Inisiatif ini membolehkan sebanyak 300 bakul makanan diagihkan setiap minggu kepada golongan sasar yang memerlukan. Usaha murni ini secara langsung membantu rakyat Pahang dalam menghadapi cabaran kos sara hidup serta meringankan beban kewangan mereka yang terkesan akibat krisis tenaga global memandangkan krisis ini dijangka akan berpanjangan. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kerajaan Negeri Pahang berkenaan langkah-langkah yang telah dan akan diambil dalam masa terdekat bagi menghadapi krisis tenaga ini. Seperti yang diamalkan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Pahang sememangnya telah melaksanakan inisiatif bekerja dari rumah (BDR) yang dapat mengurangkan penggunaan petrol serta tenaga elektrik di pejabat.
Justeru, saya ingin menyarankan agar kita semua mengambil langkah perbelanjaan yang lebih berhemat dan cermat bagi mengelakkan sebarang pembaziran. Selain itu, penggunaan teknologi terkini juga boleh dipertimbangkan sebagai kaedah penjimatan tenaga dalam mendepani krisis ini. Misalnya, penggunaan kenderaan elektrik (EV) dapat mengurangkan kebergantungan kepada petrol sekaligus mengurangkan pencemaran udara. Lebih banyak fasiliti pengecasan kenderaan harus diwujudkan di negeri Pahang bagi menggalakkan penggunaan EV yang lebih luas dalam kalangan
rakyat. Saya juga ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri menerokai penggunaan tenaga boleh baharu serta memberikan insentif kepada pemilik rumah dan pengusaha industri kecil dan sederhana IKS yang beralih kepada tenaga solar dalam operasi harian. Kerajaan boleh mempertimbangkan potongan cukai dan pinjaman berkadar rendah sebagai inisiatif menggalakkan penggunaan tenaga solar kepada rakyat tempatan.
Penggunaan solar bukan sahaja lebih mesra alam dan bersifat mampan malah mampu mendatangkan penjimatan besar kepada pengguna. Sumber tenaga ini amat sesuai di Malaysia memandangkan negara kita menerima sinaran matahari yang mencukupi sepanjang tahun sejak kebelakangan ini. Pemasangan lampu & kemudahan berasaskan solar semakin meluas diseluruh Malaysia. Perkembangan positif tersebut wajar dicontohi dan diperkasakan lagi di negeri Pahang memandangkan Kerajaan Persekutuan turut menyarankan agar transformasi tenaga dilaksanakan segera bagi memastikan kestabilan bekalan tenaga negara. Maka kerajaan Negeri sewajarnya menyahut seruan tersebut dengan melaksanakan inisiatif yang telah dikemukakan itu. Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin mengucapkan syabas kepada rakyat Pahang kerana projek ECRL dijangka mula beroperasi pada awal tahun 2027. Salah satu stesen utama adalah terletak di daerah Temerloh dan dijangka akan memberi manafaat besar kepada seluruh penduduk setempat. Ia bukan sahaja mempercepatkan pergerakan dari pantai timur ke ibu kota, malah dilihat sebagai langkah yang berkesan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya pada hujung minggu dan musim perayaan.
Difahamkan, stesen ECRL akan berfungsi sebagai stesen pertukaran interchange ke rangkaian Keretapi Tanah Melayu Berhad. Justeru, saya menyarankan agar Kerajaan Negeri meningkatkan infrastruktur di stesen Mentakab bagi memastikan ia lebih mesra pengguna serta mampu menampung jumlah pelancong yang akan semakin meningkat. Kedudukan strategik daerah Temerloh di titik tengah antara Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan berpotensi menjadikannya sebagai hab transit pengangkutan bagi merancakkan aktiviti perdagangan serta perkilangan. Pusat Perindustrian Mentakab juga mampu menarik minat pelabur memandangkan kemudahan logistik kereta api yang lebih laju dan berupaya membawa kargo bersaiz besar. Saya berharap kerajaan Pahang dapat memberikan perhatian serius dan melakukan perancangan strategik demi membangunkan daerah Temerloh sebagai pusat perdagangan utama di Pahang. Selain itu, infrastruktur lain seperti jalan raya dan kemudahan awam di destinasi pelancongan perlu dipertingkatkan bagi menarik lebih banyak pelancong tempatan mahupun antarabangsa. Dengan inisiatif ini, Bandar Mentakab dan Temerloh boleh dipromosikan sebagai destinasi pelancongan berasaskan landasan kereta api seperti model yang dipraktikkan di luar negara. Dengan keindahan alam semula jadi yang sedia ada di daerah Temerloh pasti menjadi pilihan utama bagi ekopelancongan seterusnya merancakkan lagi pembangunan ekonomi di kawasan ini.
YB Speaker, Kampung Paya Siput yang terletak di Temerloh merupakan titik tengah Semenanjung Malaysia. Berdasarkan hasil kajian Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, JUPEM sebuah taman dan mercu tanda yang indah telah dibina di kawasan tersebut yang kini berjaya menarik kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara. Meskipun ramai telah mengenali Temerloh secara umum sebagai titik tengah Semenanjung Malaysia, masih ramai yang belum menyedari bahawa Kampung Paya Siput merupakan titik geografi yang sebenar. Kemudahan taman yang disediakan di sini adalah sangat sesuai untuk aktiviti riadah keluarga dan rekreasi. Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri memperkasakan promosi Kampung Paya Siput sebagai destinasi pelancongan utama terutamanya sempena Tahun
Melawat Malaysia 2026. Lokasi ini berpotensi besar menjadi daya tarikan bagi mereka yang ingin menerokai keunikan geografi daerah Temerloh. Selain itu, memandangkan perkara ini telah disahkan melalui kajian saintifik, saya menyarankan agar fakta ini dimasukkan ke dalam kurikulum buku teks khususnya mata pelajaran Geografi. Langkah ini penting bagi memastikan generasi muda mengenali serta menghargai keistimewaan kampung tersebut. Saya percaya dengan promosi yang telah yang lebih meluas, lebih ramai pengunjung akan singgah untuk melawat sekaligus memberikan limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.
Akhir sekali, saya mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada YB Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat atas perhatian yang diberikan. Saya amat berharap agar kesemua perkara yang telah dibangkitkan ini mendapat pertimbangan dan tindakan sewajarnya daripada pihak kerajaan demi memastikan kesejahteraan serta kebajikan rakyat sentiasa terjamin. Sekian sahaja daripada saya. Terima kasih. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Mentakab. Seterusnya saya menjemput Ahli dari Bukit Ibam.
Terima kasih. Yang Berhormat Speaker (Bacaan ayat al-Quran) Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan Salam sejahtera. (Bacaan ayat al-Quran). Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Para Pentadbir Daerah dan Para Pemerhati sekalian.
Yang Berhormat Speaker, Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Mahkota Pahang ketika Majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15 Ahad lalu sarat dengan panduan, nasihat dan teguran demi kemakmuran dan kesejahteraan negeri Pahang yang tercinta ini. Bukim Ibam menjunjung kasih atas keprihatinan, kecaknaan dan ketegasan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku.
Pisang emas di tepi perigi, Warnanya kuning sedap rasanya, Pemimpin yang baik, berakhlak tinggi, Orang berbudi, dia berbahasa.
Bukit Ibam Menjunjung Kasih Titah Diraja bermula dari perenggan ke 53 yang menyentuh tentang hak negeri Pahang yang sewajarnya diberikan oleh Kerajaan Pusat hasil pengorbanan yang tidak sedikit negeri ini demi kelestarian alam sekitar seperti mengekalkan keluasan hutan dan kawasan tadahan hujan termasuk memberikan hak kepada negeri Pahang untuk mengeksport pasir sebagaimana negeri negeri lain. Ia sangat membantu usaha memelihara dan memulihara sungai di negeri ini yang sudah tentu penyelenggaraannya menelan kos yang sangat besar. Dalam masa yang sama, kerajaan perlu mengetatkan penguatkuasaan undang-undang melalui agensi terbabit bagi mengelakkan ketirisan hasil.
Yang Berhormat Speaker, kediaman dan tempat tinggal merupakan keperluan asas yang paling utama kepada setiap individu dan keluarga. Mana-mana kerajaan pun
yang memerintah bertanggungjawab menyediakan keperluan ini kepada rakyat. Terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah mewujudkan pelbagai inisiatif perumahan seperti rumah Ru’RASA, Rumah Rakyat Pahang (RRP), Prima Pahang dan lain-lain termasuk Skim Tanah Rakyat Felda Pahang (STRFP) iaitu inisiatif Kerajaan Negeri dengan kerjasama FELDA menyediakan lot tapak rumah kepada generasi baharu FELDA. Namun antara masalah yang timbul ialah usaha dan tindakan yang sangat perlahan seperti yang berlaku di Felda Selancar 1. Sudah lebih 3 tahun berlalu, namun tiada apa-apa kemajuan sehinggalah baru-baru ini para peserta dan penduduk berpakat untuk membuat jalan masuk sendiri ke kawasan tapak-tapak lot tersebut dengan masing-masing menyumbang bagi menampung kos. Ia juga atas permintaan pihak PAIP dan TNB kepada peserta sewaktu mereka memohon bekalan air bersih dan elektrik ke kawasan tersebut. STRFP adalah satu inisiatif yang baik, namun Kerajaan Negeri dan FELDA seharusnya menyediakan terlebih dahulu prasarana asas seperti jalan raya dan sistem perhubungan, sistem saliran dan kumbahan serta kemudahan awam bagi membantu para peserta membina rumah idaman masing-masing. Bukan hanya menyediakan lot tapak rumah semata-mata yang akhirnya timbul pelbagai masalah di kemudian hari. Yang Berhormat Speaker, kelas al-Quran dan Fardu Ain atau ringkasnya KAFA merupakan Sistem Pendidikan Islam Asas untuk kanak-kanak muslim di negeri dan di negara ini. Satu sistem pendidikan berteraskan agama yang sangat memberi manafaat kepada masyarakat Islam sejak.
Yang Berhormat Speaker, boleh saya mencelah sikit Bukit Ibam?
Sila.
Jadi statement minta maaf Bukit Ibam saya mungkin terlepas pandang sedikit mengatakan program STRFP betul? Untuk makluman, skim ni belum lagi sampai ke tahap untuk pergi lagi bagi ke geran, belum lagi. So, bagaimana boleh peneroka pula ataupun anak peneroka pergi buat laluan sendiri, jalan sendiri sedangkan perkara ini tidak dilaksanakan lagi oleh pihak PTG dan juga pihak Felda. 21 Mei nanti adalah satu penyelarasan untuk mapping kita. Saat… saat… saat… saat terakhir. So bagaimana Bukit Ibam boleh dapat data tersebut mengatakan ini salah satu faktor yang boleh mengelirukan masyarakat di luar sana. Itu mungkin skim yang lain. Bukan Skim Tanah Rakyat FELDA. Saya nak maklumkan lagi. Bukan Skim Tanah Rakyat FELDA, kalau jika perkara itu berlaku. Terima kasih banyak Yang Berhormat.
Terima kasih kepada Yang Berhormat. (Berdehem)
Speaker…
Namun, maklumat yang …
Saya nak mencelah sedikit.
Sila.
Apa yang dimaksudkan oleh sahabat saya YB. Ibam tadi, YB EXCO. Sama seperti projek STF di Jengka 2, Kuala Sentul yang tak termasuk dalam program STRF Pahang yang YB EXCO katakan. Jadi itulah, sebab tu banyak masalah sebelum ni. Saya dah bangkitkan sebelum ni.
Boleh bagi saya detail supaya saya boleh jelaskan perkara tu dengan lebih baik, sempurna sebab sekarang kita tengah susun semula apa yang sedang disusun oleh pihak Kerajaan Negeri untuk penyusunan semula bagi memudahkan anak-anak peneroka ni untuk mendapatkan dengan lebih sesuai ya. So, jangan kita memutarkan supaya nanti golongan di luar sana akan salah faham, apa yang kita laksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Terima kasih banyak Yang Berhormat.
Minta sikitlah supaya kita jelas, clear sebab saya rasa projek STR ni dia perlu ke bawa ke Parlimen. Kena lulus dulu, ubah Akta GSA kan? Baru boleh di peringkat negeri bagi geran. Baru boleh bina perumahan. Kalau tidak dia…dia masih terikat dengan Akta GSA. Mungkin itu dapat penjelasan kalau…kalau betul proses itu yang terpaksa kita tunggu dulu.
Terima kasih Yang Berhormat. Speaker saya nak mencelah sikit. Terima kasih banyak Yang Berhormat Cheka. Baru-baru ni kita ada satu mesyuarat daripada Kerajaan Negeri. Kita telah memutuskan ada satu pindaan akta. Selain kita menunggu, ni pengorbanan kita ni, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar. Kita nak membantu anak-anak peneroka kat luar ni. Kita telah pun meminda sedikit akta supaya pihak PTG dan Kerajaan Negeri kita nak
mempercepatkan proses ni. Kalau nak menunggu Akta GSA dibentangkan di Parlimen, kita tunggu lama. Sebab itu di bawah Kerajaan Negeri kita ingin meminda sedikit Akta Tanah supaya anak-anak peneroka ni dapat. Itu yang dia kata tadi lambat STRF tu sebab apa, dia mungkin di luar bidang kuasa. Kita meminda sedikit akta supaya membolehkan mempercepatkan proses untuk pengambilan tanah tersebut. Insya-Allah, Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Sila, Bukit Ibam.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Apa-apa pun saya akan berhubung dengan Yang Berhormat Pelangailah selepas daripada ini kerana konsepnya sama memberikan lot tanah kemudiannya berada di kawasan rezab FELDA. FELDA Selancar 1. Nanti saya akan bagi maklumat detail.
Yang Berhormat Speaker, Kelas Al-Quran dan Fardu Ain atau ringkasnya KAFA merupakan Sistem Pendidikan Islam Asas untuk kanak-kanak Muslim di negara dan di negeri dan di negara ini. Satu sistem pendidikan berteraskan agama yang sangat memberi manafaat kepada masyarakat Islam sejak sekian lama. Namun, antara cabaran yang dihadapi di sesetengah Sekolah Agama Rakyat ialah kekurangan guru. Contohnya, Sekolah Agama Rakyat FELDA Keratong Satu, ada kelas yang terpaksa menempatkan 60 orang pelajar dalam satu kelas. Jauh daripada jumlah nisbah yang sesuai untuk pembelajaran yang berkesan iaitu sekitar 25 orang untuk satu kelas. Justeru, Bukit Ibam mengharapkan isu ini akan mendapat perhatian pihak berwajib demi melahirkan generasi yang berilmu dan berpendidikan.
Yang Berhormat Speaker, memetik Titah Diraja di perenggan 74 hingga 76 yang menyebut bahawa usaha merancakkan sektor pelancongan jangan sekadar bergantung harap kepada Genting Highlands dan Cameron Highlands sedangkan Pahang memiliki pelbagai destinasi yang menarik. Bukit Ibam ingin menarik perhatian Dewan bahawa Rompin juga antara daerah yang kaya dengan tempat-tempat indah dan mampu menjadi tarikan pelancong. Tidak keterlaluan kalau saya katakan, Rompin adalah gerbang masuk pelancongan bagi negeri-negeri Pantai Timur. Selain Pulau Tioman dan Taman Negeri Endau Rompin yang terkenal sebagai antara hutan tertua di dunia. Tempat-tempat lain yang boleh dinaiktaraf sebagai tarikan pelancong ialah Tasik Biru, Air Terjun Leleh dan Bukit Sembilan yang terletak di dalam DUN Bukit Ibam. Saya pernah bangkitkan perkara ini dalam Persidangan DUN pada tahun 2023 yang lalu dan kalaupun Kerajaan Negeri belum berhasrat untuk menaiktaraf tempat-tempat ini, sekurang- kurangnya dapat menganjurkan aktiviti riadah dan rekreasi sebagai usaha merancakkan aktiviti pelancongan di kawasan yang berpotensi seperti ini. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan ketidakseimbangan sektor ekonomi yang sangat ketara antara daerah-daerah dalam negeri Pahang. Yang mana daerah Kuantan dan Bentong jauh meninggalkan daerah- daerah lain di negeri ini dalam sektor…sektor ekonomi.
Yang Berhormat Speaker, isu keselamatan jalan raya antara perkara yang Bukit Ibam akan sentiasa bangkitkan setiap kali perbahasan. Tahniah dan terima kasih kepada pihak EXCO dan pihak JKR yang telah menyediakan lampu solar di beberapa simpang jalan seperti di simpang masuk Kampung Gadak dan RPS Bukit Serok. Soalan saya, berapakah kos yang terpaksa ditanggung untuk memasang sebatang lampu solar ini
dan adakah pihak berwajib berhasrat untuk meletakkan lampu solar ini di beberapa lagi simpang jalan yang gelap seperti di simpang masuk ke Bandar Melati, simpang ke Kampung Lubok Batu, simpang Kota Bahagia dan beberapa jalan dalam Gugusan Felda Keratong.
Yang Berhormat Speaker yang terakhir, pesanan yang sangat baik dalam Titah Diraja pada perenggan ke 115 yang mana baginda mahu setiap Wakil Rakyat yang diberi mandat melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan penuh dedikasi dan berintegriti. Bukannya tunjuk muka menjelang pilihan raya sahaja. Rajinkan diri turun naik ke jabatan kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan segala masalah rakyat dapat diselesaikan dengan cepat, cekap dan berkesan. Justeru, Bukit Ibam mengharapkan Kerajaan Negeri bersikap lebih demokratik dengan membenarkan Wakil Rakyat Pembangkang menghadiri Mesyuarat Tindakan Pembangunan Daerah dan berurusan dengan agensi-agensi kerajaan. Sebagai menjunjung Titah Diraja Tuanku dan bagi kita sama-sama berganding bahu membangunkan negeri Pahang yang tercinta ini. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. Yang Berhormat Speaker, dengan ini Bukit Ibam mohon menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku. Terima kasih.
Terima kasih Wakil Bukit Ibam. Seterusnya, saya menjemput Wakil Batu Talam. Sila.
Terima kasih YB. Speaker. Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera dan Salam Pahang 1st. (Bacaan dalam Bahasa Arab). Terima kasih Yang Berhormat Speaker, yang beri laluan kepada saya untuk turut sama membahaskan Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 DUN Pahang yang Ke-15.
Yang Berhormat Speaker, mengadap Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota, patik terlebih dahulu merafak sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang atas titah dan amanat yang telah dizahirkan Sempena Pembukaan Mesyuarat Penggal Kelima Dewan Negeri Pahang ke 15 pada kali ini. Sesungguhnya, titah tersebut mencerminkan keprihatinan institusi diraja terhadap kebajikan, kesejahteraan rakyat, kemajuan negeri serta masa depan pembangunan Pahang yang lebih mampan dan inklusif. Semoga kita sama-sama dapat menjagalah negeri Pahang yang berdaulat dan menjaga jugalah mengenai isu 3R ini. Saya ni ada…ada pantun sikit.
Burung Merbah terbang ke Jelai,
Hinggap Merbah di tepi paya,
Keberangkatan Tuanku sungguhlah damai,
Sidang Dewan berseri, ada sejuk ada panas suasananya.
Dari Raub membawa Cenderawasih, singgah berteduh di hujung laman, Daulat Tuanku kekal di kasih, Payung negeri sepanjang zaman.
Yang Berhormat Speaker, sekalung ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta kepimpinan negeri di atas pengurusan, kecaknaan dan kecekapan tadbir urus kerajaan, Kerajaan Negeri. Alhamdulillah, hasil daripada kecekapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, negeri yang makmur ini dapat mencapai banyak rekod-rekod. Semoga ianya dapat dipertahan dan juga dapat dipertingkatkan, seperti hasil yang bukan hanya sekejap tetapi secara konsisten. Dah 4 tahun dah mengekalkan kutipan. Dari segi pelaburan, dari segi KDNK…KDNK dari segi sudut nilai ekonominya, telah mencecah kepada RM68 bilion yang mana negeri yang keempat terbaik dari tahun 2019 hingga 2024. Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri juga telah menyumbang lebih daripada RM3 bilion dan dari segi pendidikan kita berada di tangga yang kedua termasuklah maahad-maahad tahfiz ini kan, menjadi top five di dalam negara kita. Dan tidak kurang juga dari segi indeks perpaduan, kita juga berada di tempat pertama di Malaysia termasuklah di bandar bahagia yang telah dinobatkan kepada daerah Lipis dan juga Raub. Jadi, saya cukup yakin negeri Pahang ini boleh terus ke depan dan berdaya saing dan negeri Pahang juga dapat merealisasikan hasrat, ini, Pahang 1st ini, Pahang nombor 1, Pahang 1st Pahang nombor 1 di dalam negara kita, dan negeri kita juga adalah di antara, ini, negeri yang berdaulat.
Yang Berhormat Speaker, sebagaimana maklum, krisis Asia Barat berlaku keadaan ekonomi global tidak stabil. Kesannya dirasai oleh dunia serta negara jiran. Rakyat negeri ini juga tidak terkecuali, kesan dari kos khususnya kos sara hidup yang terus berubah ataupun naik. Namun, atas keprihatinan Kerajaan Negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah melaksanakan pelbagai inisiatif bantuan kepada rakyat negeri. Saya pun nak mengingat pun payah juga. Mula daripada pelbagai bantuan daripada Bantuan Prihatin Pahang (BPP) lepas itu tukar kepada Inisiatif Makmur Pahang, sekarang ini BN Pahang, BN ini Bantuan Negeri Pahang. Dan juga baru-baru ini, sepertimana yang kita alami semasa Covid, kita juga ada memberi sedikit sebanyak bantuan kepada ketua-ketua isi rumah dan Kerajaan Negeri mengambil kesempatan memberi RM15,000.00 seminggu tapi sebulan RM60,000.00 kepada setiap Wakil Rakyat. Jadi ini dapat meringan, membantu ketua-ketua isi rumah di dalam ini, negeri Pahang. Dan selain itu, semasa Hari Raya Cina ada juga baucar, dan semasa hari raya, ada juga baucar, Baucar "Moh Balik Negeri" (BN) Balik Negeri, Balik Negeri (BN) untuk anak rantau. Dan ia juga, baru-baru ini, kita juga telah memberi sebenarnya ianya diberi kepada rakyat negeri Pahang tanpa menengok pelbagai kaum, agama dan juga parti. Bagi kawasan saya, saya bagi semua, kecuali yang, kalau ada yang tak minat itulah, tak minat itu kita nampak juga kan, mungkin dia, dia tengok bantuan dia sikit bagi orang yang dah kaya. Tapi bagi masyarakat ketua isi rumah, saya rasa ianya adalah satu bantuan yang begitu bermaknalah kepada kita sempena dapat membantu dalam isu ekonomi dunia ini. Jadi kita haraplah bantuan-bantuan ini tak kiralah mungkin kita ini dekat dengan pilihan raya, tetapi kita mengalami masalah, isu ekonomi, mungkin juga dapat diteruskan, dan mungkin juga kalau kemurahan hati Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ditambah lagi, makna hari ini RM50.00, mungkin kalau lama lagi, lagi banyak beri, RM100.00 ke bakul makanan. Jadi inilah kita harapkan supaya ia sedikit sebanyak dapat memberikan makna kepada rakyat negeri Pahang dan juga dapat memberi kesan kesejahteraan khususnya rakyat negeri Pahang.
Yang Berhormat Speaker, sempena dengan kesempatan ini, saya juga ingin membawa beberapa cadangan dan pandangan daripada rakyat di kawasan saya. Pertama, sebagaimana kita maklum, Malaysia kini sedang bergerak pantas menuju status negara menua, tua. Mengikut data rasmi kerajaan dari Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysia dijangka akan menjadi negara tua menjelang tahun 2030 apabila lebih 15% penduduk terdiri daripada warga emas berusia 60 tahun ke atas 2030 dan 2026. Saya rasa dalam, dalam Dewan pun ramai kan, jadi, apa warga emas ini, dan
Semambu pun ada menyebut di negeri Pahang ini, dijangka, keadaan sekarang ini hampir 7% adalah warga, warga tua. Itu rekod daripada Semambulah. Jadi, keadaan ini mungkin juga memberi sedikit sebanyak cabaran kepada sistem sosial dan juga apa, kesihatan negara. Jadi, saya ingin mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan, menubuhkan sebuah rumah penjagaan dan rawatan warga emas yang agak moden di, khususnya di daerah Raublah. Kerana pengalaman saya selaku Wakil Rakyat, memang susah nak menjaga orang tua ini. Ada di kawasan saya satu kes, kadang-kadang mereka tua sama tua ini dia menjaga, tapi akhirnya yang menjaga pun tak sanggup nak jaga kerana hok tua itu pun payah nak menjaga dan dia pun dah jadi tua, jadi dua-dua tua. Ke mana dia nak letak? Jadi sebab itulah apa yang saya nilai, kemudahan bagi orang-orang tua ini sebenarnya tak banyak di negeri Pahang. Saya yang tahu di Pahang ini ada satu je, iaitu Rumah Ibadah dekat Raub itu. Tapi bagi kaum Cina di Raub sahaja, nak 3, 4 rumah, rumah orang tua ini. Jadi saya berharaplah kerajaan dapat memikirkan untuk menubuhkan sebuah rumah penjagaan dan rawatan kepada masyarakat ataupun kumpulan warga emas.
Kemudahan ini, kalau boleh biarlah apa lengkap sikit. Mempunyai kemudahan rawatan kesihatan asas, pusat rehabilitasi dan juga fisioterapi, Pusat Aktiviti Warga Emas, program-program kerohanian serta penjagaanlah untuk warga emas. Dia warga emas ini ada yang boleh menguruskan diri sendiri, ada yang tak mampu dah. Yang ini terpaksalah, ini hospital menjaganya. Jadi kita haraplah pihak kerajaan bersama-sama dengan kementerian atau jabatan yang ada seperti JKM ini dapat memikirkan dan kalau saya lihat pun tak heran juga kalau kita tengok di, di daerah-daerah ini kita ada PUSPEN, pusat pemulihan dadah ini. Jadi saya tengok kawasan itu pun ada asrama, ada dewan ada apa termasuklah ada klinik dia. Jadi kita masalah kan yang tua ini klinik dia nak juga, supaya mudah kita nak menguruskan orang tua ini yang tidak mampu menguruskan diri sendiri. Jadi, dengan itu kita boleh sedikit sebanyak bercakap soal pembangunan fizikal tetapi perlu juga kita memastikan golongan yang, yang telah membina negara kita, ini warga emas satu ketika dulu ini dapat dibela dengan penuh ini, maruah ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Keduanya, isu kesihatan mental hari ini semakin membimbangkan. Tekanan hidup, kemurungan, masalah kebimbangan melampau, penyalahgunaan dadah dan tekanan emosi semakin meningkat khususnya dalam masyarakat hari ini. Saya sendiri pun kadang-kadang ada satu keluarga itu, yang kebetulan, ini, keluarga itu dia, maknanya adik beradiknya perempuan, apa, ketua keluarganya yang lelaki dah takde tinggal perempuan. Tapi...Kebetulan anaknya tak berapa sihat, mental. Jadi kita hantar ke hospital. Di hospital pun dia nak penyakit orang telah kalau dia balik ke rumah tu macam-macam yang berlaku di rumah. Jadi sebab itulah hari ini ada sesetengah keluarga tu amat bimbang dengan keadaan yang berlaku yang terjadi kepada sesetengah pihak. Jadi laporan serta kajian mutakhir menunjukkan jutaan rakyat Malaysia banyak mengalami masalah kesihatan mental. Kita punya speaker pun Speaker juga speaker yang betul selalu mengingatkan kita pagi-pagi makan ubat dulu. Kalau tak makan ubat meragam. Jadi inilah juga masalahnya bagi pesakit-pesakit mental ini. Jadi mereka ini kalau dibiar di luar ni mereka tidak dapat menjalani proses perubatan dengan sempurna. Kadang selalunya betullah kita jaga. Tapi macam mana kita nak menjaga hari-hari dia nak makan ubat tu. Jadi inilah di antara kita yang perlu kita wujudkan, institusi ini supaya ada pakar-pakar kaunseling, Fasiliti rawatan yang sesuai. Jadi kalau saya pun ada melihat kepada sesetengah negara maju seperti di Eropah, di Jepun, di Australia, kaedah mereka ini menyerah kepada masyarakat. Tapi hari ini Malaysia saya rasa tak boleh lagi.
Kita kena pastikan supaya ada sebuah institusi untuk nak menjaga ini masyarakat mental ini tadi. Tadi yang 60 tahun ke atas tapi mental tak tentu. Orang muda pun ada mental juga tekanan. Jadi sebab itulah saya ingin mencadangkan pihak kerajaan bersama jabatan agensi ini sama-sama dapat mempertimbangkan mewujud sebuah mana hospital bagi rawatan mental di negeri ini. Yang saya tahu dulu masa kecil dulu, ada mendengar jugalah Tanjung Rambutan. Tapi hari ini bila ada masalah selaku YB ni saya nak hantar ke Tanjung Rambutan pun tak lepas dah jadi tak tahu ke mana nak hantar. Jadi kita haraplah kerajaan dapat memikirkan bersama juga dengan apa jabatan-jabatan seperti termasuklah kebajikan masyarakat. Mungkin juga AADK kerana sebahagian ni ada yang.
YB Speaker, saya nak tanya rakan saya Batu Talam ni, di kawasan YB banyak tak yang sakit mental?
Saya banyak tidaklah. Tapi ada yang saya bimbang, ada yang jenis tak nak pakai baju ni. Haa. Ada yang berjalan kulu kilir gitu. Puas pula kita mencari benda nak menutup nak menangkap dia tu. Selalunya kita panggil polis Maksudnya bukan ramai tapi ada. Tapi tidak mustahil juga di daerah lain tu ada juga. Sebab hari ni kadang-kadang pelajar-pelajar sekolah pun ada juga yang jenis penyakit murung ataupun penyakit-penyakit yang kadang-kadang kita dengar ni ada yang nak mengores tangan ini banyak penyakit yang mendengar bisik-bisik ni bisik-bisik ni. Kadang-kadang dia kata dia bisik-bisik suruh kerat tangan ni tadi. Ini ada dua tiga kes di daerah saya ni, yang saya nampak memang adalah penyakit apa, apa mental ni dia bukanlah maksudnya berat sangat yang dipanggil gila tu. Tapi kemurungan ni pada peringkat awal yang memula ini ada masalah kecil. Tapi akhirnya gila tu lah nanti yang besarnya kan. Tapi yang tekanan ni special ni tadi ianya bermula daripada bawah. Jadi kita harus jugalah memikir kepada perkara ni. Jadi sebab itulah kemudahan yang ada tu mesti ada wad-wad psikiatri modern ini. Pusat rehabilitasi ini pemulihannya dan juga terapi pekerjaan dan juga kita mengharapkan sokongan daripada komuniti. Jadi inilah di antara perkara yang perlu difikir bagi mewujudkan institusi ini agar kita dapat jugalah menjaga apa kumpulan-kumpulan yang sakit mental tadi.
Yang Berhormat mencelah sikit, terima kasih, boleh Speaker. Terima kasih, Yang Berhormat. Jadi saya tertarik dengan isu mental health ni tadi. Kalau kita tengok hari ini, pertama kes-kes yang melibatkan kes jenayah di mahkamah, ada banyak kes yang disebabkan oleh mental health menyebabkan berlaku kes bunuh dan sebagainya yang pertama. Yang kedua, kalau kita dapat kongsi bahawa golongan muda pada hari ini banyak sangat terdedah dengan masalah-masalah mental di peringkat awal seperti anxiety, skizofrenia yang tidak sampai ke tahap gila tadi. Jadi adakah Yang Berhormat setuju bahawa sudah sampai masa kita di Pahang ni khususnya di bawah portfolio Exco ni supaya dapat kita cari satu jalan bagaimana untuk kita menangani masalah mental ni. Sebelum sampai tahap jalan sorang tak pakai baju ni tadi. Terima kasih, Yang Berhormat.
Sebelum tu mintak saya sikit. Kalau ikut laporan daripada Kementerian Kesihatan, 4.6% rakyat Malaysia terlibat dengan kemurungan bererti hampir sejuta rakyat Malaysia kemurungan daripada 2019 kali data yang ada peningkatannya sekali ganda daripada sebelum itu. Dan apa yang membimbangkan kita bangkitkan oleh ADUN lantikan tadi ialah kadar mereka terlibat ni purata pada usia 16 hingga 19 tahun. Dia mula terlibat dengan kemurungan, ada faktor, kata gajet dan sebagainya. Tapi faktor-faktor ini mempengaruhi perlakuan dia. Kita bimbang dia bertindak agresif tiba-tiba kerana kemurungan. Dia gantung diri, dia bunuh diri, dia bunuh kawan dia yang baru ini dia tikam sampai 60 kali tikaman, di sekolah baru ni sampai berpuluh kali tikaman itu sangat luar biasa. Jadi, saya fikir apa dicadangkan tadi, satu benda yang mungkin boleh kita lihat bersama dalam konteks bagaimana untuk kita menangani isu kemurungan sebelum sampai tahap yang kritikal. Terima kasih.
Terima kasih kepada ahli yang lantik dan juga wakil Cheka. Sebenarnya saya rasa masalah ini sama ada di daerah ini cuma tak nak mengabar je. Ia kalau sebut gila tu memang la sikit hok yang telanjang, tetapi yang depression ni yang stress ni yang murung ni ha itulah memang berumur bukan hanya 16. Tapi di peringkat sekolah rendah pun kita berjumpa hok kes-kes yang begini. Ini masalahnya sekarang. Contoh saya kalau ada pesakit di Raub, kalau Raub tu tak boleh buat apa. Dia beri ubat penenang dan sebagainya dia hantar ke hospital.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, baru-baru ni kita ada mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan Negeri. Daripada taklimat yang diberi itu, SS pun ada, Dato' IR pun ada. Penyakit mental sangat tidak dibangkitkan dalam mesyuarat tersebut. Yang membimbangkan kita ada dua perkara di Pahang ni yang paling tinggi iaitu penyakit bantut kita nombor satu, bantut. Yang kedua, denggi ini dua perkara yang dibangkitkan semasa taklimat oleh Pengarah Kesihatan Negeri Pahang. Mental ni tak ada, maknanya setakat hari ni saya ingat orang Pahang ni okaylah, tak ada lagilah yang yang berjalan tak pakai baju tu. Saya pun tak pernah jumpa lagilah setakat ni. Di Batu Talam dah ada ni tapi lalu masa nak balik ke Koyan tu. Kalau boleh tak naklah jumpa. Jadi jangan bimbang sangatlah ye mental ni. Cuma, tapi yang penyakit bantut dengan denggi tu memang tinggi di Pahang. Harap kita semua ambil perhatian. Terima kasih.
Yang Berhormat boleh gulung.
Boleh gulung. Er... sikit lagi Yang Berhormat Speaker, tak nak menjawab soalan MB. Sebab orang di Jalan Jerantut tu ada yang tak sihat tu. Jadi kita lalu dua tiga kali. Ada orang sebut hantu tapi sebenarnya dia suka berjalan tu. Kepala dia memang suka masuk dalam badan tu, dia nampak macam tak ada kepala. Ni tanya orang Jerantut selalu balik tu hari ni sampai berhenti tengok betul rupa ada kepala dia. Dia masuk
dalam tu. Itu maknanya bukan hantu tetapi pesakit mental. Hah gitu. Jadi itulah saya harapkan supaya kerjasama sebab isunya kadang-kadang ada pertelingkahan di antara hospital. Hospital ni hanya merawat yang sakit dan yang mental tak rawat. Yang mental dia hantar ke Bentong, Bentong ni dia tak simpan. Lepas dia dah siap, Bentong dia hantar balik kita. Jadi kita pula kena menjaga orang mental ni. Kalau YB tu mental juga apa lah sama-sama mental kan? Haa inilah yang saya nampak. Ni ada dua tiga kes. Jadi ada tiga lagi saya terus lah. Selain daripada menubuhkan pusat tadi, saya nak beritahu juga bahawa di daerah Raub ini memang terkenal dengan hasil buah durian dan juga pertanian lain.
Jadi kita haraplah supaya hari ini yang kita kita war-warkan mewujudkan pendidikan TVET. Jadi kita haraplah, Kerajaan juga dapat memikirkan di daerah ni menubuhkan sebuah pusat pendidikan TVET berasaskan pertanian dan ternakan. Jadi saya nampak contohnya di pusat pertanian di Raub itu, saya rasa dah lama dah lengang. Jadi inilah perkara-perkara yang boleh difikirkan untuk kita menjadikan Tvet pertanian ni bagi daerah Raub. Dan seterusnya ialah ini mengadakan Pusat Mini convension dan exibition. Sebab saya dimaklumkan MAHA pun nak di adakan di Raub, untuk peringkat nasional ni. Apa yang saya nampak banyak program-program kita berbentuk one-off. Dah habis berbelanja banyak, tapi akhirnya kesinambungan kepada program itu, tak ada. Jadi, saya ingin mencadangkan supaya ini termasuklah PLANMalaysia ini ada belakang saya ni. Banyak juga perancangan- perancangan ni, dapat memikirkan membina satu pusat, basicnya pada Mini Konvensyen dan pameran di daerah Raub ni. Jadi kalau ada MAHA ni boleh start lepas tu besok kita bersambung lagi, mewujudkan exibition dan convention.
Jadi dapatlah perkara ini kita hebahkan. Dan yang akhirnya, yang akhirnya ialah er... kita harap pihak kerajaan dapat memikirkan bagi membangunkan konsep Mini Agrotourism ni yang mana pertanian ni boleh dijadikan ni pelancongan Agro-Agrotourism ni. Ni maksudnya contoh di Raub dengan Cameron Highlands KDNK. Dia ialah sebanyak 1 bilion. Cameron Highlands pun KDNK dia nilai ekonomi adalah sebanyak 1 bilion. Sebenarnya di Raub pun 1 billion juga. Apa, ini KDNK juga? Jadi dengan kedudukan ini, ianya juga sedikit sebanyak berasaskan pertanian dan juga ekosistem alam semula jadi yang, yang cantik di Raub ni. Jadi bolehlah kita memikirkan bagaimana membangunkan aktiviti di dalam konteks Agrotourism. Jadi sesuai dengan Tahun Melawat Pahang. Apa 2026 ni, Agrotourism ye. Jadi dapatlah pihak kerajaan memikirkan apakah diantara perkara-perkara yang boleh kita menafaatkan dan harap menjadi ianya membantu ekonomi setempat khususnya di daerah-daerah ni. Akhirnya, saya cukup yakinlah dengan kepimpinan kerajaan serta dokongan Institusi Diraja, sebenarnya Pahang ni, mampu muncul sebagai negeri bukan sahaja maju dari sudut ekonomi, tetapi juga unggul dari segi kesejahteraan, rakyat dan juga pembangunan sosial serta kemakmuran di negara kita. Dengan ini, saya menyokonglah titah Tuanku yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekian, Assalamualaikum WBT. [Ahli Dewan Tepuk Meja]
Terima kasih Batu Talam. Seterusnya saya menjemput wakil dari Kuala Semantan, sila.
Assalamualaikum WBT. [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Salam sejahtera dan salam hormat. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Alhamdulillah, syukur ke hadrat
Allah SWT dan terlebih dahulu saya merafakkan setinggi-tinggi menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas titah sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada Jumaat, 8 Mei yang lalu. Sesungguhnya titah yang dizahirkan sarat dengan peringatan, harapan dan panduan, kepada seluruh kepimpinan negeri agar senantiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam mengurus tadbir negeri Pahang yang dicintai ini. Titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku dipenuhi dengan nasihat, panduan dan peringatan kepada kita semua terutama kepimpinan kerajaan negeri, agar terus memelihara kestabilan, memperkukuh ekonomi negeri dan rakyat serta memastikan kesejahteraan sosial terus menjadi keutamaan. Sesungguhnya titah tersebut bukan sekadar istiadat tahunan, bahkan merupakan amanah besar, untuk kita laksanakan dengan penuh tanggungjawab.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,
Terima kasih atas kesempatan yang diberi kepada saya untuk membahaskan titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota ini, yang mengait beberapa persoalan yang sedang dihadapi oleh negeri Pahang, yang kita cintai pada hari ini. Pahang merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia. Kaya dengan hasil bumi, mempunyai sumber air yang luas, kawasan pertanian yang besar, sektor pelancongan yang berkembang serta kedudukan yang strategik di Pantai Timur. Namun, persoalan asasnya ialah sejauh manakah kekayaan negeri ini benar-benar dapat dirasai oleh rakyat di bawah. Pemusatan ekonomi negeri terlalu tertumpu di kawasan bandar terutama di ibu negeri Kuantan. Dan mematikan potensi wilayah-wilayah pedalaman seperti Lipis, Raub, Bera dan Maran. Data agihan keluaran dalam negeri kasar mengikut sektor ekonomi dan daerah negeri Pahang pada tahun 2024, menunjukkan daerah Kuantan dengan nilaian 29.154 bilion iaitu 42%. Jauh mengatasi daerah-daerah lain di negeri Pahang. Manakala daerah Lipis, daerah yang paling pedalaman, hanya 2.191 bilion, iaitu hanya 3% daripada nilaian KDNK tersebut. Kesannya dapat dilihat pada taburan kepadatan penduduk negeri Pahang, yang juga tertumpu di Bandaraya Kuantan. Sebagai pusat ekonomi, di mana sejumlah 69% iaitulah 574,749 orang, menghuni daerah Kuantan berbanding hanya 44,769 orang yang menghuni di daerah Kuala Lipis. Daerah-daerah yang ketinggalan mengalami penuaan populasi, pengangguran dan kemerosotan nilai perkhidmatan awam.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,
Justeru, kerajaan negeri perlu lebih giat berusaha agar pembangunan ekonomi negeri, tidak hanya tertumpu di pusat bandar seperti Kuantan, tetapi lebih menyeluruh sehingga ke kawasan pedalaman bagi memastikan pembangunan negeri lebih menyeluruh dan seimbang.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,
Dalam titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang. Baru-baru ini juga Tuanku telah memberikan suatu teguran, yang jelas dan signifikan berkaitan keperluan mempercepat serta memudahcara urusan kemasukan pelaburan ke negeri Pahang. Titah tersebut perlu dipandang serius oleh seluruh jentera pentadbiran negeri, kerana pelaburan adalah nadi penting kepada pertumbuhan ekonomi, peluang pekerjaan dan peningkatan hasil negeri. Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku telah menggesa supaya proses kelulusan tanah, serta urusan berkaitan pelaburan dipermudahkan khususnya kepada syarikat-syarikat, syarikat-syarikat yang berdaya saing mempunyai rekod yang baik serta mempunyai komitmen tulen untuk melabur di
negeri ini. Saya berpandangan teguran tersebut amat tepat pada masanya. Hari ini persaingan antara negeri-negeri dalam menarik pelabur sangat sengit. Pelabur akan memilih negeri-negeri yang mempunyai sistem pentadbiran yang cekap, proses yang jelas, pantas serta mesra pelaburan. Sekiranya proses terlalu panjang, birokrasi terlalu rumit atau keputusan mengambil masa yang lama, kita bimbang pelabur akan beralih ke negeri lain, walaupun hakikatnya Pahang mempunyai kelebihan besar dari sudut keluasan tanah, sumber asli, logistik dan kedudukan yang strategik.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,
Namun dalam keghairahan menarik pelaburan, saya juga ingin menegaskan bahawa proses pemudahcara ini, mestilah dilaksanakan dengan penuh integriti dan ketelusan. Kita tidak mahu tanah negeri diberikan kepada pihak, yang hanya mahu membuat spekulasi memegang tanah tanpa pembangunan sebenar ataupun menjadikan kelulusan tanah hanya sebagai instrumen keuntungan jangka pendek semata-mata. Sebab itu, titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku sangat jelas. Keutamaan perlu diberikan kepada syarikat, yang benar-benar mahu melabur, mencipta peluang pekerjaan, membawa teknologi baru serta memberi manafaat langsung kepada rakyat negeri Pahang. Kerajaan negeri perlu mewujudkan mekanisme pemantauan yang lebih tegas supaya mana-mana syarikat yang gagal memulakan projek dalam tempoh yang munasabah boleh dikenakan tindakan sewajarnya termasuklah penilaian terhadap kelulusan yang telah diberikan. Selain itu, saya mencadangkan supaya diwujudkan satu sistem fast track yang telus bagi pelaburan strategik yang memberi impak tinggi kepada negeri khususnya dalam sektor
Boleh saya minta laluan untuk temuan rakan saya sebenarnya Kerajaan Negeri telah mewujudkan satu proses fast track untuk pelaburan yang bernilai tinggi. Kami ada kriteria untuk mengukur sama ada pelaburan tersebut layak untuk menerima layanan fast track iaitu antara kriterianya jumlah pelaburan, pemindahan teknologi dari segi peluang perkerjaan dan sebagainya sudah ada dan sehingga kini 42 projek telah dikenalpasti sebagai projek besar yang layak untuk menerima layanan fast track untuk makluman rakan-rakan.
Kerajaan, saya sekali lagi saya ulang balik terima kasih lah walaupun kita dah ada apa yang saya sebutkan tadi, jadi sistem fast track ini perlu bagi pelaburan strategik untuk memberi impak tinggi kepada negeri khususnya dalam sektor teknologi hijau, industri hiliran, agro-makanan moden, tenaga boleh diperbaharui dan ekonomi digital. Sekiranya perkara ini telah dilaksanakan dengan baik saya yakin Pahang mampu muncul sebagai destinasi pelaburan utama di Pantai Timur malah antara negeri yang terbaik di Malaysia. Yang paling penting manfaat pelaburan tersebut mesti akhirnya dirasai oleh rakyat melalui peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan dan pembangunan kawasan setempat yang lebih menyeluruh dan tidak hanya tertumpu di kawasan bandar-bandar utama seperti di Kuantan sahaja. Yang Berhormat Timbalan yang Dipertua, saya beralih kepada beberapa isu setempat di kawasan saya N.32 Kuala Semantan. Sebagai kawasan yang mempunyai potensi besar dan sedang berkembang. namun rakyat masih berhadapan dengan beberapa masalah yang memerlukan perhatian berterusan daripada kerajaan Negeri.
Yang Pertama infrastruktur jalan. Masih terdapat jajaran jalan raya, jalan kampung dan jalan perhubungan yang memerlukan naiktaraf dan penyelenggaraan segera dan berkala. Ada yang rosak, berlubang dan berbahaya terutama ketika musim hujan. Antaranya jajaran jalan raya C125 dari Simpang Kampung Charuk Puting melalui Pamah Kasih terus ke Jambatan Al-Sultan Abdullah menyeberang ke Daerah Bera. Jalan ini telah menjadi laluan utama ramai pengguna kerana terdapatnya jambatan baru tersebut. Begitu juga jajaran jalan raya C119 yang ni saya acap kali ulang dalam beberapa sidang yang lalu dari Bandar Temerloh melalui Kampung Bangau Tanjung, Kampung Lubuk Kawah, Kampung Bukit Tingkat sehingga ke Simpang Lubuk Kawah dan jalan-jalan susur di tepian Sungai Pahang di Kampung Tebal, Kampung Tanjung Batu, Kampung Bangau Parit, Kampung Teluk Mengkuang, Kampung Teluk Ira sehingga bersambung ke Jalan 1533 yang menghubungkan ke Berhala gantang Kampung Bintang hingga ke Kampung Sanggang Seberang.
Jajaran jalan jalan yang disebutkan ini sering kali rosak dan berlubang akibat paip pecah menyebabkan yang permukaan jalan menjadi berlubang dan berlekuk lekir akibat penyelenggaraan yang agak lewat dan masalah penyelarasan di antara agensi yang terlibat. Bila paip pecah di bawah jalan, jalan rosak selepas paip dibaiki, berlaku tarik tali di antara agensi. PAIP kata di bawah pengawasan JKR. JKR kata ianya adalah di bawah PAIP. Yang menanggung kesan adalah penduduk setempat yang merupakan pengguna harian di jalan jalan tersebut. Masalah yang kedua, masalah paip uzur dan sering pecah yang mengakibatkan terputus bekalan air kepada penduduk sekitar. Ini sering berlaku di jajaran jalan-jalan yang saya sebut kan tadi dan semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini, kerana paip ini makin uzur dan semakin tua. Adalah diharapkan pihak Kerajaan Negeri dapat menyegerakan penggantian dan penjajaran semula rangkaian paip lama dan uzur ini selain daripada dapat menyelesaikan masalah bekalan air yang terputus.
Ianya juga dapat memastikan penyelenggaraan jalan yang lebih berkesan di tempat jajaran jalan-jalan yang saya utarakan di atas. Sudah pasti dalam masa yang sama juga ia dapat mengurangkan kehilangan air terawat dengan izin non-revenew water. Masalah yang ketiga, ini masalah akhir-akhir ni banyak berlaku di kampung-kampung dan juga di taman-taman dalam kawasan Dun Kuala Semantan iaitulah masalah haiwan perosak terutamanya kera dan monyet yang begitu berleluasa di kampung-kampung menyebabkan hasil tanaman, buah-buahan seperti durian, pisang dan sayur-sayuran yang diusahakan oleh penduduk di kebun-kebun kadang kala di sekeliling rumah habis dimusnahkan dan tidak dapat dituai hasilnya oleh penduduk. Begitu juga dengan masalah anjing liar yang begitu banyak berkeliaran di kawasan taman-taman perumahan dan kampung-kampung yang boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk. Mohon pihak berkuasa dapat menggerakkan tindakan bagi mengatasi masalah-masalah ini terutamanya kepada pihak-pihak berkuasa berkaitan agar dapat bertindak dengan segera apabila menerima laporan daripada penduduk-penduduk terbabit di satu-satu kawasan penempatan yang terlibat. Yang Berhormat Timbalan yang Dipertua, dalam Titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang tempoh hari juga terdapat satu teguran yang pada saya cukup bermakna dan perlu dihayati oleh seluruh jentera pentadbiran negeri serta agensi-agensi di peringkat akar umbi.
KDPM Tuanku bertitah, jangan sehingga masalah longkang sekolah, anjing liar, benteng pecah dan tebang pokok pun sampai kepada saya. Pada hemat saya, titah tersebut membawa mesej yang sangat mendalam. ia menunjukkan betapa prihatinnya KDPM Tuanku terhadap nadi rakyat sehingga perkara-perkara kecil yang berlaku di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan dan jabatan berkaitan. Akhirnya
sampai kepada perhatian Tuanku sendiri. Sedangkan perkara seperti longkang tersumbat, anjing liar, benteng rosak dan pokok berisiko tumbang sepatutnya dapat diselesaikan lebih awal oleh agensi yang bertanggungjawab tanpa perlu menunggu aduan menjadi besar atau sampai ke pengetahuan Institusi Diraja. Titah tersebut sebenarnya merupakan peringatan tegas bahawa sistem penyampaian Kerajaan mesti lebih responsif cepat bertindak dan benar-benar turun melihat masalah rakyat di bawah. Yang Berhormat Timbalan yang Dipertua, saya melihat perkara ini dari sudut polisi pentadbiran Kerajaan Negeri hari ini, kita perlu mengakui bahawa dalam keadaan sekarang ruang kerjasama di antara Kerajaan Negeri dengan wakil rakyat Pembangkang adalah agak terbatas. Sedangkan wakil rakyat pembangkang juga dipilih secara sah oleh rakyat melalui proses demokrasi. Mereka membawa suara rakyat di kawasan masing-masing dan menerima pelbagai aduan berkaitan isu setempat saban hari. Apabila ruang kerjasama adalah terbatas, maka banyaklah masalah rakyat menjadi lambat diselesaikan kerana saluran komunikasi dan tindakan tidak bergerak secara menyeluruh. Akhirnya perkara-perkara kecil yang sepatutnya boleh diselesaikan di peringkat daerah, pihak berkuasa tempatan atau jabatan akhirnya menjadi isu besar dan sampai ke perhatian pihak tertinggi termasuklah kepada Institusi Diraja.
Sebab itu saya berpandangan Titah KDPM Tuanku ini wajar dijadikan muhasabah bersama kepada seluruh sistem pentadbiran negeri supaya lebih terbuka dalam soal kerjasama dan rentas politik demi kepentingan rakyat. Masalah rakyat sebenarnya tidak mengenal parti politik. Longkang tersumbat tidak memilih penyokong kerajaan atau pembangkang. Anjing liar tidak melihat warna politik. Benteng pecah tidak berlaku mengikut kawasan parti politik tertentu. Maka pendekatan pentadbiran juga perlu lebih matang, inklusif dan berorientasikan penyelesaian. Penafian penglibatan kami dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah, satu-satunya ruang mesyuarat pengurusan yang diberikan kepada kami untuk terlibat di awal penggal yang lalu namun akhirnya semua kami dinafikan untuk terlibat dalam mesyuarat tersebut. Saya percaya sekiranya wakil rakyat diberi ruang kerjasama yang lebih baik dengan agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan melalui polisi negeri yang lebih terbuka, banyak masalah rakyat dapat diselesaikan lebih awal dan segera sebelum menjadi rungut…rungutan besar kepada rakyat. Akhirnya yang mendapat manafaat tentulah rakyat negeri Pahang sendiri. Selaras dengan semangat Titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku yang mahu Kerajaan sentiasa peka, dekat dan cepat bertindak terhadap masalah rakyat di bawah.
Sekian ucapan saya, saya menyokong penuh dan menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas Titah ucapan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Terima kasih. Assalamualaikum WBT. [Ahli Dewan menepuk]
Terima kasih, wakil dari Kuala Semantan. Memandangkan masa masih awal lagi, jadi saya memberi peluang lagi kepada 3 Wakil Rakyat… tiga…tiga Ahli untuk mengambil bahagian. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Dilantik, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama menyertai perbahasan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang disempurnakan oleh Kebawah
Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang. Dalam Titah ucapan baginda, Baginda telah menzahirkan pandangan agar Kerajaan Persekutuan menarik balik sekatan menjual sumber pasir sungai ke luar negara. Ampun Tuanku, patik menjunjung pendirian ini kerana pengurusan pasir sungai memang merupakan hak Kerajaan Negeri secara hakiki. Oleh yang demikian, Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya melucutkan hak ini dengan pemakaian undang-undang yang bercanggih… yang bercanggah dengan prinsip pemisahan kuasa yang disusun rapi oleh sistem federalisma.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Ucapan Kebawah Duli Paduka Baginda juga menyentuh… menyentuh tentang imbuhan yang sepatutnya ditawarkan kepada negeri Pahang kerana pengorbanan mewartakan Hutan Simpan Kekal. Pada hakikatnya, Pahang telah berkorban dan berbakti untuk menjayakan program perlindungan alam sekitar, pemeliharaan flora dan fauna serta keseimbangan ekologi dan geografi. Dalam sidang pembentangan Belanjawan Disember tahun lalu, saya telah menimbulkan isu carbon credit dengan izin, Carbon credit adalah ukuran keupayaan satu ekar Hutan Simpan Kekal menggantikan kehilangan oksigen dalam tempoh masa satu tahun. Dengan memakai kaedah ini dan membuat kiraan yang paling konservatif dengan tanda harga 5 US Dolar per carbon credit, jumlah Hutan Simpan Kekal dalam negeri Pahang boleh menghasilkan carbon credit bernilai RM77 juta setahun. Penjelasan terperinci mengenai isu ini telah dinyatakan dalam rekod hansard saya. Saya tidak perlu mengulangi penjelasan yang paling… yang panjang lebar. Walau bagaimanapun, saya perlu…. saya tetap berharap susulan ucapan Kebawah Duli Paduka Baginda dalam Dewan Yang Mulia, Kerajaan Negeri dapat membentuk pasukan pakar untuk meneliti isu imbuhan Hutan Simpan Kekal secara sungguh-sungguh mengguna pakai kaedah carbon credit.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Kita semua hidup dalam zaman yang perit dan malang akibat perbuatan rakyat Amerika mengangkat seorang Presiden yang suka mencetuskan huru hara dan pergolakan global. Setelah dilantik… dilanda tarif timbal balik akibat perbuatan Presiden Trump tidak lama dahulu, dunia ini sekali lagi diserang dan ditekan oleh krisis tenaga. Malaysia sebuah negara yang mencintai keamanan dan mendukung prinsip berkecuali dalam hubungan dunia dan serantau. Kita langsung tidak berdosa tetapi dipaksa menanggung akibat buruk daripada dasar peperangan Amerika Syarikat seperti negara-negara lain. Krisis tenaga akibat konflik ketenteraan Timur Tengah mencetuskan kenaikan kos sara hidup secara menyeluruh dan kemungkinan terus menular dan merebak. Keadaan cukup membimbangkan tetapi tiada siapa yang boleh mengkekang tingkah laku Presiden Trump bertindak mengikut nafsu dan hasad dengki semata-mata. Tingkah laku Trump menyerupai watak raja jahat dalam filem James Bond 007 tetapi tidak wujud watak James Bond untuk memusnahkan Trump.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Krisis tenaga telah mencetuskan perbincangan hangat mengenai Keselamatan Tenaga atau Energy Security. Kerangka Dasar Tenaga Negara paskal krisis tenaga hendaklah diolahkan secara rapi untuk memastikan bekalan serta harga tenaga sentiasa stabil dan mencukupi. Dalam hubungan ini, saya ingin mencadangkan Kerajaan terus mempromosikan pemilikan kereta elektrik untuk mengurangkan pergantungan diesel dan petrol. Di samping itu, sumber-sumber tenaga alternatif
khususnya penjanaan tenaga solar, biodiesel wajib diangkat dan diperhebatkan dengan dasar-dasar pakej insentif dan potongan cukai yang lebih menarik.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Saya telah menerima aduan daripada penduduk Kampung Baru Cina yang sedang memohon pelanjutan hak milik Pajakan kepada 99 tahun. Dalam satu kes yang yang diterima, seorang pemohon yang memohon pelanjutan tempoh tapak rumah seluas 1,230 kaki persegi diminta membayar harga tanah sebanyak RM6,636, kompaun sebanyak RM28,800 sebelum permohonan boleh dipertimbangkan. Apabila kesemua bil bayaran diambil kira, maka satu kaki persegi tapak rumah bernilai RM28.45. Harga keseluruhan melambung sehingga RM35,000. Perlu ditegaskan ini tapak rumah seluas 1,230 kaki persegi bukan tanah komersial. Saya berpendapat ianya sangat membebankan para penduduk. Oleh yang demikian, saya ingin memohon jasa baik dan simpati Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk melihat semula bayaran yang dikenakan dan mengurangkan bayaran mereka… premium pelanjutan tempoh kepada tahap yang lebih melegakan rakyat ramai. Mereka sangat dahagakan sekeping tapak rumah sekian lama. Kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, mereka menaruh harapan penuh.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Rakyat Pahang tidak sabar-sabar menunggu pembukaan Rel Kereta Api Pantai Timur atau ECRL tidak lama lagi. Sementara itu, berita melaporkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sedang mengusahakan kuota penumpang yang lebih banyak bagi menampung keperluan rakyat negeri Pahang. Saya ingin memuji tindakan awal Yang Amat Berhormat Menteri Besar memperjuangkan kuota perkhidmatan penumpang bagi rakyat Pahang. Mengikut jangkaan umum, pasaran laluan Kuantan - Kuala Lumpur akan menjadi titik fokus penumpang khusus… khususnya pada tempoh kemuncak permintaan. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan kekerapan perkhidmatan laluan Kuantan-Kuala Lumpur dipertingkatkan sewaktu kemuncak permintaan harian dan juga musim bercuti. Tambahan lagi, perkhidmatan laluan pendek pantas antara Kuala Lumpur - Bentong harus disediakan mengikut keperluan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, dalam zaman krisis tenaga, ECRL boleh bertindak mengurangkan kos pengangkutan penumpang dan kargo, jika struktur caj direka bentuk dengan baik dan berpatutan. Dalam persidangan Dewan bulan April tahun yang lalu, saya pernah menimbulkan isu struktur tiket penumpang dan caj kargo. Walau bagaimanapun, belum mendapat apa-apa jawapan yang jelas. Oleh yang demikian, saya berpendapat sudah tiba masanya penetapan struktur tiket penumpang dan caj kargo disegerakan dan mudah- mudahan keputusan akhir boleh memuaskan citarasa semua pemegang taruh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, beberapa bulan yang lalu, Pahang telah menarik perhatian ramai apabila menjuarai Indeks Perpaduan Nasional atas kejayaan melaksanakan dasar pemerintahan paling muhibah mengikat hubungan rentas kaum, harmoni dan seimbang. Tidak ramai yang menjangka Pahang dapat mengatasi negeri-negeri pantai barat yang lebih majmuk, demografi dan maju ekonominya. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan Exco yang bijaksana.
Saya berharap kita boleh mengekalkan tingkah laku pemerintahan dasar pentadbiran untuk terus menjuarai Indeks Perpaduan Nasional pada tahun-tahun akan datang. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pemilik kenderaan komersial di sekitar
Temerloh, Bera dan Jerantut kerap menyuarakan rungutan Puspakom yang sedia bersaiz kecil dan tidak boleh mengendalikan pemeriksaan bagi kenderaan melebihi muatan 7.5 metrik ton melebihi (3.5) 7500 kg la. Tambahan lagi, temujanji pemeriksaan kenderaan boleh menelan masa melebihi 1 minggu, kadang- kadang 2 minggu, 1 tempoh yang boleh mengganggu kelancaran perniagaan, saya telah meneliti aduan ini secara dekat dan mendapati rungutan mereka perlu dilayan dan diselesaikan. Oleh yang demikian, saya ingin memohon jasa baik, Yang Amat Berhormat Menteri Besar memajukan permintaan kepada Kementerian Pengangkutan agar satu pusat Puspakom baru dengan spec spesifikasi penuh dibina di sekitar Temerloh. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Dengan kata-kata di atas saya ingin menjunjung kasih dan menyokong titah ucapan diraja yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Ahli yang dilantik. Seterusnya saya menjemput ahli dari Pulau Tawar. Sila.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. (Dalam Bahasa Arab) Alhamdulillahi Rabbi Alamin Wassolatu Wassalamu ala Israfil Ambia hiwa ala alihi Wasohbihi Ajmain. Pertama, terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker di atas kebenaran untuk saya berbahas pada petang ini. Pertamanya, patik menjunjung kasih Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang di atas sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Negeri Pahang ke-15 Yang Berhormat Speaker,Err… pertamanya saya menyentuh perkara berkait dengan Er… dalam titah Tuanku ada menyebut peranan pembangkang Err… sebagai semak dan imbang secara konstruktif. Ini adalah satu pengiktirafan kepada pembangkang sebagai kedudukan yang berperanan jelas. Antara peranan pembangkang dalam dewan ini. Pertamanya, pembangkang memantau dasar dan tindakan kerajaan dan pastikan ianya berjalan dengan telus. Yang Ke-2 kritikan yang membina dan berfokus kepada isu rakyat dan ekonomi. Ke-3, mencadangkan penyelesaian kepada isu-isu yang berbangkit. Ke-4 memastikan kepentingan rakyat diutamakan dalam setiap perbincangan. Dan inilah yang sedang telah dan sedang kami buat dan saya kira kami ni pembangkang yang cukup beradab dan sangat menjaga tutur kata dalam setiap perbahasan yang kami utarakan. Insya-Allah setelah kami biasa dengan perkara ini 1 hari nanti, kami pula yang akan memimpin kerajaan satu masa nanti. Insya-Allah.
Yang Berhormat Speaker. Perkara Ke-2 yang saya nak sentuh adalah, berkaitan dengan Err… persekitaran digital yang selamat khasnya khasnya buat kanak-kanak. Kanak- kanak terdedah mengikuti pencipta kandungan yang menyebarkan maklumat palsu atau pencipta kandungan yang menggalakkan tingkah laku berisiko bahaya dan tidak sihat. Kanak- kanak juga terdedah kepada kandungan berbahaya seperti penipuan, keganasan, buli siber dan sebagainya. Pendedahan berlebihan video pendek dan kandungan yang melibatkan pelbagai deria juga menimbulkan kebimbangan tentang masalah tumpuan bagi kanak-kanak kecil dan lebih menggusarkan kita adalah jumlah masa yang semakin banyak dihabiskan dalam talian oleh anak-anak. Kadang-kadang, anak kecil ini seusia 2 tahun ataupun 3 tahun mereka dah banyak menghabiskan masa dengan dalam talian. Yang Berhormat Speaker, kita sekarang ini hidup dalam 2 keadaan iaitu zaman keadaan fizikal dan maya. Dulu kita hidup keadaan fizikal sahaja. Kini kita berada di 2 keadaan fizikal dan
maya. Walaupun fizikal kita tidur rehat pada malam hari, tapi alam maya ini tidak pernah rehat dan tidak tidur. Justeru, kerajaan perlu bertindak mendidik masyarakat tentang keselamatan digital khasnya kepada kanak-kanak kecil ini manakala ibu bapa juga perlu memupuk tabiat digital sihat dalam diri anak-anak mereka.
Dari segi perundangan, kita ada undang undang dan dasar keselamatan digital utama seperti yang pertama Akta Keselamatan Dalam Talian tahun 2025. ONSA, Ke-2 Akta Keselamatan Siber tahun 2024, yang Ke-3 Akta Perlindungan Data Peribadi tahun 2010. Namun, walaupun kita ada akta-akta terbabit tetapi pendidikan awam juga perlu dititikberatkan. Justeru, kerajaan harus terus memperkasakan pendidikan keselamatan digital ini seperti berikut. Melengkapkan individu dengan tabiat digital yang sihat, selamat dalam talian secara proaktif mendekati ibu bapa membangunkan program bersemuka seperti bengkel, bekalkan ibu bapa dengan kemahiran membimbing anak yang, Ke-3 mencetuskan usaha seluruh masyarakat untuk menyokong keibubapaan dalam era digital. Inilah cabaran yang kita ibu bapa dan juga anak- anak era ini hadapi pada ketika ini. Kita tidak menolak digital tetapi keselamatan kepada keselamatan kepada anak-anak kecil ini perlu kita pandang serius kerana mereka membesar zaman ini dan 5 atau 10 tahun lagi mendatang kita tak tahu bagaimanakah bentuk cabaran yang dihadapi oleh anak-anak ini? Justeru, kerajaan perlu serius dan memberi tekanan yang cukup, cukup kuat kepada perkara ini supaya dalam masa kita sama membangun negara kita taknak dalam masa sama anak-anak kita ini dibebankan dengan cabaran cabaran yang saya sebutkan tadi.
Yang Berhormat Speaker. Perkara yang seterusnya saya nak sentuh adalah perkara yang berkait rapat dengan isu-isu setempat. Yang pertama adalah pada tarikh 2 April 2026. Saya ada berhubung dengan pihak JKR mengadu tentang masalah jalan di Jalan Persekutuan Utama, Jengka Utara Barat FT0083 iaitu jalan berhampiran dengan jambatan Felda Jengka 8. Jalan daripada Jengka 8 ke Bandar Pusat Jengka. Jalan ini sangat membahayakan pengguna kerana ia telah rosak teruk di sebelah kiri dan khususnya pada pengguna motosikal yang menggunakan jalan ini seharian. Maka, saya telah maklumkan masalah ini pihak terbabit dan jawapan yang diterima adalah kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan setelah peruntukan diterima. Tetapi buat masa ini hanya dipasang papan tanda amaran di kawasan tersebut. Mungkin Yang Berhormat Exco boleh meneliti perkara ini untuk dipercepatkan peruntukan bagi menyelesaikan masalah jalan rosak di berhampiran dengan Jalan Felda Jengka 8 terbabit.
Yang ke-2 isu setempat yang saya nak utarakan di sini adalah, baru-baru ini pada 1 Mei, pagi, 1 Mei berlaku satu insiden iaitu isu gajah liar yang masuk menceroboh di kawasan sekitar Kampung Bukit Rang, memusnahkan ladang kelapa sawit. Sebahagian penduduk di situ mengadu dan juga merosakkan ladang nenas kontan yang diusahakan oleh penduduk kampung dan ini mengakibatkan penduduk rasa risau kerana gajah yang berkeliaran itu berisiko pergi ke perumahan mereka dan membahayakan nyawa mereka yang seharian berada di kampung terbabit. Ini 2 isu yang saya kira mungkin menjadi perhatian pihak kerajaan. Mudah-mudahan isu ini boleh diselesaikan di peringkat kerajaan dengan lebih cepat dan saya kira 2 isu yang saya bangkitkan tadi adalah mungkin mendapat perhatian yang cukup segera oleh pihak kerajaan. Cuma saya nak bertanya kepada Yang Berhormat yang akhirnya lah, Exco FELDA. Adakah adakah terdapat kalangan anak peneroka ini yang telah diberikan diberikan nama sebagai peserta STRF tadi? Adakah mereka telah membayar premium ke pejabat tanah? Adakah mereka telah membayar premium ke pejabat tanah dengan amaun tertentu dan jika mereka telah membayar premium ke pejabat tanah, bilakah proses seterusnya untuk mereka dapat notis yang sepatutnya
dan mungkin pihak Yang Berhormat Exco boleh menjawab isu tersebut dalam penggulungan nanti. Baik, sekian sahaja ucapan saya pada petang ini. Er... Pulau Tawar menjunjung titah Tuanku. Sekian, Assalamualaikum WBT.
Terima kasih Yang Berhormat Pulau Tawar. Seterusnya, saya menjemput wakil dari Tanah Rata. Sila.
(DUN TANAH RATA – N.01)
Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat - Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan, salam sejahtera, salam Pahang 1st. Saya merakamkan ucapan menjunjung kasih ke atas titah diraja Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang.
Pertama sekali, izinkan saya merakamkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah mencatat pencapaian yang membanggakan dengan memperoleh kutipan hasil negeri sebanyak lebih daripada 1 billion untuk 4 tahun berturut-turut. Dengan adanya pencapaian yang membanggakan ini, pelbagai inisiatif boleh disalurkan dan membantu rakyat. Yang terbaru ini, Yang Amat Berhormat juga telah er... mengumumkan bahawa RM15,000.00 disalurkan kepada setiap DN bagi tujuan mengagihkan bakul makanan kepada keluarga yang terkesan terutamanya akibat daripada konflik Timur Tengah. Saya berpendapat bahawa inisiatif sebegini sangat bermakna dan membantu. Dan ia juga menunjukkan bahawa kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sangat komited untuk membantu mengurangkan beban rakyat dan bersama-sama mengharungi cabaran geopolitik yang luar biasa ini.
Yang Berhormat Speaker, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh beberapa isu penting yang dekat dengan denyut nadi rakyat. Pertama sekali, izinkan saya bangkitkan dalam Dewan Yang Mulia ini isu pertanian dan keterjaminan makanan yang juga menghadapi cabaran yang besar akibat daripada konflik geopolitik. Kita sedia maklum bahawa sektor pertanian merupakan antara tulang belakang ekonomi negeri Pahang termasuk kawasan Cameron Highlands yang merupakan pengeluar utama sayur-sayuran dan hasil pertanian. Namun begitu, para pekebun kini berdepan dengan peningkatan kos operasi yang semakin meningkat terutamanya melibatkan penggunaan diesel. Keadaan ini sebenarnya juga bertambah membimbangkan apabila harga baja kimia juga meningkat. Malahan ada laporan yang mengatakan bahawa walaupun konflik Timur Tengah berhenti sekarang pun, harga baja kimia mungkin akan kekal tinggi sehingga tahun 2027. Hal ini demikian kerana kawasan Timur Tengah sebenarnya adalah amat strategik dan tidak boleh diganti dengan er... tidak boleh diganti dalam perdagangan baja global. Contohnya bagi urea, eksport dari rantau tersebut menyumbang lebih 33 ribu, 33% daripada jumlah global. Bagi ammonia hampir 25%. Bagi sulfur iaitu bahan mental kritikal untuk pengeluaran baja fostat fosfat dengan kira-kira 50% daripada perdagangan global juga perlu melalui Strait of Hormuz.
Bagi penggunaan diesel dalam sektor pertanian. Ia bukan sahaja melibatkan kenderaan pacuan 4 roda 4x4 tetapi juga penggunaan mesin dan jentera pertanian moden. Saya sendiri baru-baru ini telah melawat ke beberapa kebun yang sebenarnya telah mula menggunakan teknologi moden iaitu teknologi steamer. Tujuannya adalah
untuk mensterilkan tanah dan juga sabut kelapa ataupun coconut coir untuk tujuan membasmi kuman. Teknologi ini adalah sangat baik dan sangat canggih. Ia adalah sangat mesra alam kerana membantu mengurangkan kebergantungan kepada racun serangga serta mengelakkan pembaziran sabut kelapa. Namun begitu, penggunaan diesel bagi mesin ini sebenarnya adalah amat tinggi. Saya dimaklumkan bahawa kos penggunaan diesel bagi jentera tersebut boleh mencecah lebih daripada RM1,500.00 sebulan. Kerana penggunaan diesel sekali adalah 100 liter bagi 2 jam dan digunakan 2 hingga 3 kali seminggu. Walaupun kerajaan terutamanya Kementerian Pertanian telah memperkenalkan Bantuan Budi Diesel sebanyak RM400.00 sebulan, ia sangat membantu tetapi saya juga ingin mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan bersama dengan Kerajaan Negeri Pahang boleh mempertimbangkan untuk memperkenalkan bantuan yang bersasar tambahan dan diberikan kepada petani berdasarkan penggunaan sebenar jentera dan mesin pertanian yang lebih moden.
Langkah ini saya percaya sangat penting kerana ia dapat membantu untuk memperkenalkan teknologi pertanian moden, mesra alam dan juga boleh terus membantu untuk meningkatkan tahap keterjaminan makanan. Kedua, Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri untuk menawarkan pakej rangsangan ekonomi dan khas bagi sektor pertanian demi mengharungi cabaran yang dibawa oleh konflik Timur Tengah ini. Antara nya saya mohon Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan moratorium bagi bayaran sewa tanah Pahang Corporation serta memberi pengecualian kepada denda yang disebabkan oleh bayaran yang lewat bagi membantu para pekebun yang terkesan dalam beberapa bulan ini. Pada masa yang sama, kadar sewa tanah pertanian Pahang Corporation sebanyak 4,500 ekar ditambah dengan faktor-faktor seperti kos baja yang meningkat, bekalan baja yang berkurangan dan harga diesel yang melambung tinggi. Ramai pekebun berdepan dengan tekanan kewangan yang semakin serius. Jadi, saya berpandangan bahawa pengurangan kadar sewaan tanah ataupun moratorium sementara ini boleh dilihat sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi. Ia juga akan membantu meringankan beban pekebun dan juga menjadi sokongan institusi supaya pekebun terus menghasilkan bekalan makanan demi keterjaminan makanan negeri Pahang dan negara.
Yang Berhormat Speaker, ketiga, saya ingin mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan dari sudut tatakelola pentadbiran Kerajaan Negeri supaya sistem penyampaian kerajaan terus diperkukuh. Pertamanya, kita lihat bahawa syarikat berkaitan Kerajaan Negeri State GLC sebenarnya mencatat pencapaian yang sangat membanggakan dan turut menyumbang kepada hasil Kerajaan Negeri dan juga pembangunan ekonomi negeri Pahang. Saya cadang bahawa laporan tahunan bagi state ini seperti Pahang Corporation dan sebagainya wajar diberi access yang lebih meluas kepada Ahli Dewan Negeri sama ada melalui pembentangan di Dewan, penyediaan salinan rasmi kepada ADUN ataupun dibuka secara atas talian. Langkah ini akan membantu Wakil Rakyat dan masyarakat untuk memahami dengan lebih mendalam operasi hala tuju, pelaporan, prestasi kewangan serta cabaran yang dihadapi oleh State GLC ini. Pada masa yang sama, saya juga ingin mencadangkan agar Ahli Dewan Negeri kawasan diberikan ruang untuk terlibat sebagai ahli mesyuarat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelesaian Tanah Daerah. Melalui penglibatan ADUN dalam jawatankuasa, pandangan dan maklum balas rakyat boleh disampaikan dengan lebih telus dan tersusun kepada pihak pentadbiran daerah dan juga memastikan bahawa keputusan yang dibuat mengambil kira realiti dan keperluan sebenar masyarakat di peringkat akar umbi.
Yang Berhormat Speaker,
Keempat, saya ingin menyentuh isu sektor pendidikan di daerah Cameron Highlands. Saya ingin menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan dan permohonan yang dibuat oleh Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands untuk membina sebuah kolej vokasional di Cameron Highlands. Saya percaya bahawa kewujudan kolej ini akan membuka peluang yang lebih banyak kepada anak muda untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran dan teknikal sekaligus meningkatkan mutu pendidikan serta kebolehpasaran graduan tempatan. Saya juga menyeru agar kerajaan mempertimbangkan dan mengkaji untuk membina Sekolah K9 dan K11 di Cameron Highlands. Langkah ini semestinya akan menggalakkan murid khususnya daripada masyarakat Orang Asli untuk terus belajar menimba ilmu dan mengurangkan kadar keciciran pendidikan.
Yang Berhormat Speaker,
Kelima, saya ingin menyentuh mengenai keputusan er… taksiran ganti rugi bagi kes banjir Lembah Bertam, Cameron Highlands yang baru diumumkan pada 5 Mei 2026. 13 tahun selepas tragedi banjir berlaku di Lembah Bertam, Cameron Highlands. Akhirnya, Mahkamah Tinggi telah memus er… memutuskan taksiran ganti rugi sebanyak RM4.74 juta oleh TNB kepada er… kepada 100 orang mangsa tragedi banjir tersebut. Saya merakamkan rasa syukur kerana akhirnya keadilan dapat ditegakkan buat mangsa-mangsa yang sekian lama telah menanggung penderitaan walaupun masih terdapat ruang untuk rayuan, saya berharap bahawa semua pihak termasuk er…TNB boleh mengambil pendekatan yang lebih prihatin dan berperikemanusiaan memandangkan mangsa-mangsa telah kehilangan harta benda dan juga nyawa ahli keluarga akibat daripada tragedi tersebut dan saya berharap segala proses dan prosedur dapat dipercepatkan demi kebajikan mangsa dan kesejahteraan masyarakat tempatan. Pada masa yang sama saya percaya bahawa kes ini seharusnya menjadi iktibar kerana ia adalah landmark kes dengan izin, bahawa aspek pengendalian dan pengawasan infrastruktur awam khususnya empangan amat penting demi menjamin keselamatan awam er… nyawa rakyat. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk mengkaji keperluan untuk menggubal satu undang-undang khas berkaitan dengan pengendalian dan keselamatan empangan supaya tragedi seumpama ini tidak berulang lagi.
Keenam, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Atlet Cameron Highlands Berenang kerana telah berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan dalam Pertandingan Renang MSSP lebih membanggakan, empat orang atlet dari Cameron Highlands telah dipilih untuk mewakili Negeri Pahang ke er… pertandingan MSSM. Ini membuktikan bahawa sukan renang di Cameron Highlands semakin berkembang dan berjaya melahirkan atlet-atlet yang kompeten. Kedudukan Cameron ketiga, er… selepas itu er… Temerloh dan selepas itu Kuantan. Sehubungan itu, saya sekali lagi memohon agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan cadangan pembinaan kolam renang di Cameron Highlands. Sebelum ini, Jabatan Belia dan Sukan bersama dengan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands pernah mencari tapak yang berpotensi namun lokasi tersebut akhirnya didapati kurang sesuai. Jadi, saya berharap bahawa inisiatif ini tidak dihentikan begitu sahaja dan boleh diteruskan demi bersama-sama membangunkan sukan tersebut di Cameron Highlands untuk mencungkil lebih ramai anak muda yang mampu mengharumkan nama negeri Pahang pada masa depan.
Yang Berhormat Speaker,
Ketujuh, saya merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah dinobatkan sebagai negeri tempat pertama dalam indeks perpaduan nasional yang membuktikan dengan jelas bahawa negeri Pahang adalah negeri paling kukuh dalam menjamin perpaduan dan keharmonian rakyat di Malaysia. [Ahli Dewan menepuk meja] Oleh itu, saya percaya bahawa semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang harus sangat berbangga dengan pencapaian ini dan juga mengelakkan daripada sebarang tindakan atau kenyataan yang berpotensi merosakkan perpaduan dan menjahanamkan keharmonian masyarakat majmuk contohnya, kenyataan janggal yang dikeluarkan oleh seorang Ahli Parlimen daripada sebelah sana seperti Lim Kit Siang merupakan sepupu kepada Lee Kuan Yew dan juga Chin Peng yang ini adalah satu kenyataan yang sangat berniat jahat dan menimbulkan rasa tidak puas hati juga ketegangan antara kaum. Kenyataan ini saya ada bukti kerana telah dibuktikan bersalah, adalah fitnah dan er… mahkamah telah memutuskan bahawa rayuan Ahli Parlimen tersebut gagal. Kos dan ganti rugi berjumlah RM800,000.00 lebih perlu dibayar kerana memfitnah pemimpin-pemimpin berkenaan. Baru-baru ini kita menyaksikan bahawa Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong mengadakan lawatan rasmi ke beberapa negeri termasuk Pahang dan juga Terengganu yang turut disambut baik oleh Menteri-Menteri Besar termasuk Yang Amat Berhormat. Tetapi kalau ikut logik Ahli Parlimen tersebut disebabkan Lee er… Lee Hsien Loong adalah anak kepada Lee Kuan Yew. Jadi Lee Hsien Loong mungkin adalah anak saudara kepada Chin Peng tetapi kerajaan sebelah sana juga menyambut Lee Hsien Loong dengan begitu baik dan meriah sekali.
Kita tidak nampak ada sebarang isu ataupun tentangan yang kuat daripada sebelah sana. Jadi saya rasa bahawa apabila kita membuat sebarang kenyataan, kita kena berhati-hati. Jangan sesekali memfitnah. Oleh itu, saya menyeru agar kita semua terus mempertahankan budaya politik yang profesional, menghormati kepelbagaian masyarakat dan bersama-sama kita memelihara keharmonian yang menjadi kekuatan utama Negeri Pahang. Keamanan dan perpaduan yang kita kecapi hari ini bukanlah sesuatu yang datang dengan mudah dan ia mesti dipelihara demi masa depan generasi yang akan datang. Dengan ini, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Yang Berhormat Tanah Rata. Seterusnya, saya menjemput perbahasan yang terakhir pada petang ini wakil dari Luit, sila.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera Yang Berhormat er… Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang dikasihi. Dalam perbahasan ini, pertamanya saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya kita dapat terus bersama hadir er… dalam Sidang Dewan kali ini. Saya sepatutnya giliran saya hari esok, jadi minta petang ini. Patut pagi esok saya makan ubat suara sedap. [Ahli Dewan ketawa] Jadi suara tak berapa sedaplah, terpaksa jugalah demi rakyat cakap jugalah. [ketawa]
Tuan Yang di-Pertua,
Saya mengambil kesempatan untuk er… ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas Titah Diraja pada 8 Mei yang lepas. Jadi saya nak terus merujuk kepada DN Luit saya la dan saya juga terutama merasa gembira dan berterima kasih kepada kakitangan kerajaan yang diketuai oleh Tuan Pegawai Daerah yang sedia er… baru juga ke Maran itu [batuk], kakitangan kerajaan, para kontraktor, pekerja swasta, pekerja-pekerja kebersihan, keselamatan dan lain-lain yang gigih melaksanakan tugas di kawasan saya yang menjadikan kawasan kita sebuah daerah yang sentiasa sejahtera dengan khidmat bakti mereka. Kita doakan menjadi ibadah di sisi Allah SWT.
Sejahtera ini Yang di-Pertua er… kita er… saya tengok dalam empat perkara sahaja sejahtera ini. Yang pertamanya, kita penduduk masyarakat ini kena berilmu er… kalau orang Islam itu, dia ilmu dunia ilmu akhiratlah. Yang keduanya, kena sihat er… ini faktor-faktor sejahtera dan yang ketiganya ada kerjaya. Orang kena ada kerja tempat kita ini kalau tak ada kerja itu yang panjat rumah orang tu. Dan yang keempatnya bersatu padu. Namun perbahasan saya kali ini saya ada dua tiga perkara nak sebut. Biasa saya sebut ucapan terima kasih je banyak. Tapi kali ni saya nak sebut perkataan lama sangat ye. Jadi saya nak mohon perhatian, pertimbangan dan tindakan dan jawapan yang tuntas daripada pihak kerajaan mengenai beberapa perkara berkaitan dengan kepentingan orang ramai di Luit. Yang pertamanya, bandar terbengkalai ataupun saya dalam dewan ini sebut bandar purba. Sebut lagi ya. Jadi perkara ini memang disebut beberapa kali dalam dewan dalam sidang yang lepas, cuma lama sangat untuk kami di Maran ini untuk melihat perkembangan dan hasil tindakan daripada pihak kerajaan. Kalau kita sebut dah naik hutan, tak tahulah ada dinosaur tak ada dalam itu pasal lama sangat.
Dan saya mengulangi perkara ini kerana kawasan tersebut sangat strategik dan terletak di pusat bandar Maran yang boleh dimanfaatkan untuk untuk pembangunan yang lain. Yang keduanya aduan-aduan dari pejabat ADUN Luit melalui surat yang saya kira lama sangat tidak mendapat maklum balas daripada pihak yang sepatutnya. Saya sebutkan sini dua tiga surat surat yang bertarikh 5 Februari yang baru 3 4 bulan lepas. Perkara permohonan baik pulih cerun berbahaya akibat tanah runtuh berhampiran atau di atas Lot 30713 Kampung Sentosa. Jadi, saya mohon perhatian, pertimbangan dan tindakan segera daripada pihak kerajaan kerana kawasan ini berisiko. Ada runtuhan tanah ini berisiko merebak ke kawasan kediaman yang berdekatan.
Yang keduanya ada dua surat kita buat dulu surat pertama bertarikh 20 November tahun 2023 sekarang 26 tiga tahun dan surat kedua 4 Ogos tahun 2025 perkaranya permohonan menaik taraf dan naik aras jalan di Kampung Luit iaitu kawasan ini berdekatan dengan Surau Hasanul Abrar, Hasanat Al-Abrar. Terdapat lebih 9 buah rumah yang berisiko putus hubungan bila hujan lebat dan air melempah ke atas jalan. Dan surat yang ketiganya 8 bulan November. Perkara perkara ini ialah status pendapatan rumah kilang dan kampung Bintang. Surat ini adalah suara kekuatiran lebih 25 keluarga yang nak tahu tentang status masa depan mereka.
Yang Berhormat Yang di-Pertua,
Saya ada beberapa perkara lagi saya nak ulang lagi dalam perbahasan kali ini. Pertamanya, projek tangki air di Kampung Pejing untuk bekalan air dari Kampung Pejing ke Kampung Kuala Wau dalam kawasan saya nak tahu status dia. Yang keduanya pembinaan sebuah tangki air jenis reinforced konkrit reservoir berkapasiti
2272 entry ataupun meter padu di pekan Sri Jaya. Sebab kalau merujuk pada sidang lepas baru Design Status design stage. Dan yang ketiganya Kampung Ulu Luit, kita nak tahu status tanah Masjid Kampung Ulu Luit. Kita mohon segerakan keluar geran bagi membolehkan pihak masjid membuat pagar kawasan tersebut dan berurusan dengan JAIP atau MUIP. Juga sama isu di Kampung Serengkam. Status tanah masjid di Kampung Serengkam yang bertindih dengan tanah sekolah telahpun kita rungkaikan. Jadi kita mohon agar percepatkan keluar geran bagi pihak berkenaan untuk mengambil tindakan seterusnya.
Seterusnya, Kampung Sentosa juga saya nak sebut sekali lagi. Kita mohon penambahbaikan persimpangan jalan besar di Kampung Sentosa yang mempunyai rekod sejarah kemalangan maut di kawasan itu. Tuan Yang di-Pertua, saya nak merujuk juga kepada titah diraja. Titah yang titah diraja No. 10. Saya baca semulalah. Usaha menarik pelaburan berkualiti tinggi perlu dipertingkatkan bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat khususnya golongan muda dan disambung dengan titah diraja yang nombor 11. Langkah ini penting bagi memastikan anak muda memilih untuk membina kerjaya di negeri sendiri, sekali gus membantu mengimbangi struktur demografi negeri. Jadi untuk itu, sehubungan dengan titah diraja di atas, saya mengharapkanlah dan memohon pihak kerajaan agar dapat membawa pelabur sama ada tempatan atau pelabur luar negara ke negeri Pahang khusus ke kawasan Maran.
Usaha ini bukan sahaja membuka peluang kepada pekerjaan, peluang pekerjaan kepada anak muda tetapi lebih utama adalah mewujudkan zon industri Pahang Tengah. Ini pun kita pernah sebut juga. Namun, cadangan saya jangan bawa industri Inilah yang berkaitan dengan ternak babi. Industri lain boleh masuk. Sebab saya rasa ada limpahan daripada negeri-negeri lain ke Pahang sebab, babi pun banyak jenis. Saya baca tadi ada berbelas belas jenis babi ni kena cat negara, satu negara lain jenis-jenis dia. Dan antara spesifikasi dia tu puting kopek tu ada 5, ada 10 ada 8 iaitu jenis-jenis tak payah cerita panjang sebab exco pertanian tak ada kang dia marah kita. Jadi kita mohon supaya pelabur-pelabur dapat bawak ke Maran dan usaha ini err... kerana ini kerana saya percaya industri babi di Pahang sudah cukup. Pada tahun 16, saya ada rekod 4360 ekor. Mana dah sepuluh tahun kalau sekali ganda maknanya banyaklah cukuplah untuk orang Pahang ni nak makan. Itu tak campur babi hutan tu babi hutan sangat banyak lagi. Tapi tak apalah. Mana bekalan cukup. Tak ada isu lah.
Kemudian Yang Dipertua hari ini, hari ini kalau kita lihat zon industri ini banyak tertumpu di di Kuantan, Pahang Timur. Lebih kurang 7 8 ribu ekar ada dan sedikit 100 ekar lebih dari Pekan dan Gambang. Manakala di Pahang Barat, khususnya di Bentong, 400, 500 ekar serta sedikit di kawasan Temerloh dan Lipis. Tiada zon industri di tengah ataupun di Maran lah, bahasa yang mudahnya. Saya khuatir jika tiada usaha mewujudkan peluang pekerjaan di zon ini khususnya kepada anak muda. Akhirnya, Maran akan menjadi bandar atau daerah orang tua. Sebab ada tu ada dah ada fenomena tu orang muda dah keluar Maran dah. Jadi bimbang sikit.
Hari tu. Yang Amat Berhormat ada Janji Buka Zon Industry di Maran terutama sekali di Kuala Sentul dah. Letak status.
Yang Berhormat Timbalan Speaker memang kita nak wujudkan semua zon industry di semua daerah. Kita dah bagi arahan lah. Mungkin kalau belum lagi tengah cari tempat lah tu. Jadi Yang Berhormat Kuala Sentul sabarlah sikit.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Menteri Besar. Maran jangan lupalah Kuala Sentul Kuala Sentul juga. Terima kasih. Ni citer bandar orang tua tadi, kemungkinan kalau semua dah lari ke Bentong lagi ke Kuantan. Saya ada anak 6 Yang di-Pertua, 5 daripadanya dah keluar, buka keluar pada Maran keluar pada Pahang. Cari kerja tempat lain tinggal seorang. Itu pun kurang upaya. Jadi kalau macam itu dia punya trademark, dia memang Maran sebab ada orang tua ada OKU tinggal orang muda semua tak ada. Jadi saya tua anak seorang yang tinggal. Orang rumah pun tua jugak dah itu pun salah jugak yek. Jadi orang tua-tua je tinggal. Jangan suka marah, isteri saya. Ada usaha nak ambik yang muda tapi dia lagi Kuantan tu masalahnya. Okay jadi saya mohon la kerajaan beri perhatian kepada pentingnya zon industri juga sesetengahnya khususnya di Maran.
Sebab sehubungan dengan cadangan ini, saya ucapkan jutaan terima kasih juga kepada pihak Kerajaan Negeri dan kerajaan Pusat, khususnya yang meluluskan pembinaan sebatang jambatan yang menyeberangi Sungai Pahang di DUN Luit. Bertepatan dengan titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang. Nombor 12 tu disebut dalam hal ini, proses pelaburan baru perlu dipermudahkan dengan mengurangkan kerenah birokrasi, mempercepatkan kelulusan serta memastikan kesediaan tanah dan infrastruktur yang mencukupi. Percayalah, jambatan ini adalah satu faktor infra yang yang diperlukan. Jadi bertepatan dengan titah diraja dan adanya jambatan di daerah ini bolehlah pihak kerajaan mengira ngira, memikir dan merancang dan strukturkan sistem jalan raya merentasi negeri Pahang dari utara ke selatan melalui bandar Maran. Dan helaian saya yang terakhir dah. Ni saya ada lirik lagu ni boleh speaker tapi saya tak menyanyi, saya baca je
Sila nak nyanyi pun boleh nyanyi pun takpe.
Lagu ni popular masa penggal lepas. Bersatulah wahai kaum muslimin dengan semangat dan roh kebenaran. Berjihadlah wahai kaum muslimin, walau susah menempuh cabaran bersatulah Wahai kaum muslimin dengan obor sinar kebahagiaan berjihadlah. Wahai kaum Muslimin, biar syahid ataupun kemenangan berjuanglah wahai Ansorullah dengan matlamat Daulah Islamiah. Berkorbanlah wahai yang beriman dengan harta dan segenap kepunyaan. Bergeraklah ke gerbang jasa, kalah menang bukan alasan. Sucikanlah niat di hati hingga nyata benarnya janji Robbi. Dan juga satu pantun peringatan mesra, pantun simple je ni.
Kita orang Melayu,
Kita adalah puak beraja, Jangan pelekeh titah Tuanku,
Bimbang di akhir kisah menyesal jua.
Daulat Tuanku, Luit menyokong titah diraja. Terima kasih. (Ahli Dewan menepuk meja).
Terima kasih Yang Berhormat Luit. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk hari ini, saya perhatikan seramai 18 orang ahli telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebagai tanda ukhwah, program kita pada malam ini ialah Sukan Mesra ADUN iaitu Sukan Bowling yang akan diadakan pada pukul 8.00 malam bertempat di Playground Nombor 6 Sports Centre, Semambu. Pihak Dewan Negeri telah mengedarkan T-Shirt yang diletakkan di dalam beg Ahli-ahli Dewan. Adalah diharapkan kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengesahkan kehadiran untuk bersama-sama pada malam ini bagi menjayakan program tersebut. Baiklah Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, persidangan kita akan disambung semula pada hari Rabu, 13 Mei 2026 bersamaan 25 Zulkaedah 1447H bermula pada pukul 9 setengah pagi. Terima kasih. Mesyuarat ditempohkan. Insya-Allah.
[Persidangan Dewan Negeri ditempohkan]