Pahang · 13 May 2026

15th Assembly, 5th session, 1st meeting · 444 turns · 45,998 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan

Hari Kedua (Rabu)

: 13 Mei 2026 (Rabu)

Bersamaan 25 Zulkaeddah 1447 Hijrah

Masa

: 9.34 pagi

DOA

Perkara Pertama: Bacaan Doa.

Speaker

Bismillahirahmanirrahim, assalamualaikum WBT, Salam sejahtera, salam perpaduan, Salam Pahang 1st. Marilah kita sama-sama mulakan mesyuarat kita pada pagi ini dengan membaca Ummul kitab Al-Fatihah. Alhamdulillah [Bacaan al-Quran]. Segala puji bagi Allah dibuka mesyuarat Dewan Negeri. Dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah, yang maha mengasihani, kepadaNya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat maha hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir masalah masyarakat pergaulan. Mudah- mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkatMu ke atas, kami berhimpun dipohon anugerahkan TaufikMu dipohonkan menyuluh, memandukan ketika kami berunding menimbang bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah dipohon doa kami diperkenan Amin Ya Rabbal Alamin.

Pertanyaan - Pertanyaan kepada Menteri BesarQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua: Pertanyaan - Pertanyaan kepada Menteri Besar.

Speaker

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Diraja Menteri Besar Pahang. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur kepada Allal SWT kerana dapat meneruskan persidangan kita pagi, pada pagi ini. Alhamdulillah, semalam saya lihat pada pagi ini semuanya sihat-sihat belaka kerana telah pun menikmati jamuan pagi yang disediakan. Ini kaedah baru yang kita buat dan ternyata kaedah ini sangat memberikan kesan yang baik terutama sekali bagi menjimatkan masa. Jadi, saya akan meneruskan sistem ini di mana kita tidak ada lagi rehat selepas pertanyaan soalan. Kita akan terus kepada perbahasan dan kita akan berehat er...iaitu selepas iaitu pada masuk waktu zohor atau pada pukul 1 tengah hari.

Semalam, kita telah mengadakan pertandingan boling. Peringkat er...iaitu individu dan juga pasangan. Alhamdulillah, tempat pertama, tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh Kerajaan er...Perpaduan. Walau bagaimanapun, tempat kedua,

tempat ketiga terakhir, tempat kedua terakhir dan tempat pertama terakhir pun Kerajaan Perpaduan juga. [Ahli Dewan ketawa] jadi very balance. Alhamdulillah, kita semalam, kita bertanding dalam keadaan penuh kemesraan, penuh perpaduan dan saya yakin dan percaya semangat ini kita harus kekalkan dan kita harap supaya semangat ini dapat kita terjemahkan di luar, juga di luar dewan ini. Kita tahu pada hari ini sebenarnya 13 Mei, 13 Mei. Kalau kita ingat lagi peristiwa 13 Mei, saya masih ingat lagi Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja masih ingat lagi, Yang Berhormat Cheka masih ingat lagi, Yang Berhormat ini Ketari, saya ingat, ingat lagi ya sebab masa tu kita dah ada dah. Yang Berhormat-Yang Berhormat Luit, dia dah besar dah, dah pegang senapang. Maknanya dah jadi kepada kita yang mengingati peristiwa ini adalah merupakan peristiwa yang sangat pedih di dalam sejarah pembangunan negara kita dan selepas itu Yang Amat, Yang Amat Al-marhum Yang Amat Berhormat Tun Razak telah mengambil alih kepimpinan negara telah menyusun dasar ekonomi baru memperkenalkan ini.

Apa namanya ini? Apa yang kita sebutkan memperkenalkan rukun Negara dan sebagainya untuk kita menjadikan Malaysia ini sebuah negeri sebuah negara yang dihormati disegani dan dalam masa yang sama dapat memacu kejayaan. Alhamdulillah, berkat daripada itulah perpaduan di negeri Pahang ini kita kekalkan. Kerana itulah kita telah pun dinobatkan sebagai Negeri Perpaduan yang terbaik di Malaysia. Nombor satu. Alhamdulillah, [Ahli-ahli Dewan tepuk tangan] Ahli-Ahli Berhormat sekalian, saya kita teruskan aturan urusan mesyuarat kita pada pagi ini. Saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Tahan untuk mengemukakan pertanyaan pertama.

Assalamualaikum WBT Yang Berhormat Speaker. Soalan saya Nombor 1.

[Berapakah keluasan kawasan hutan simpan di negeri Pahang yang masih

kekal sehingga kini? Apakah dasar kerajaan negeri bagi memastikan

keseimbangan antara pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar?]

Assalamualaikum WBT, selamat pagi, salam sejahtera, salam Maju Terus Pahang, salam Pahang 1st. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, terima kasih kepada ADUN Tahan yang bertanyakan soalan mengenai keluasan Hutan Simpan Negeri Pahang yang masih kekal sehingga kini. Maknanya angka terkini dan dasar-dasar kerajaan negeri untuk memastikan keseimbangan antara pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Tahan. Keluasan Negeri Pahang keseluruhannya berjumlah 3.60 juta hektar. Manakala keluasan hutan simpan kekal ataupun HSK Negeri Pahang sehingga kini adalah lebih kurang 1.589 juta hektar iaitu 44.13% daripada keseluruhan keluasan negeri Pahang.

Manakala berkenaan dengan dasar kerajaan negeri untuk memastikan keseimbangan antara pembangunan dan alam sekitar. Antaranya ialah kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri mengamalkan konsep pengurusan hutan secara berkekalan dengan izin Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, sustainable forest management dalam pengurusan hutan. Yang kedua mengekalkan keluasan kawasan Hutan Simpan Kekal Negeri Pahang. Yang ketiga mengenal pasti kawasan berhutan lain di atas tanah kerajaan melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pahang untuk

dicadangkan sebagai hutan simpan kekal yang baru dari masa ke semasa. Sebagai contohnya, baru-baru ini, Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang Kali Yang ke-14 tahun ini bertarikh 22 April telah bersetuju untuk meluluskan permohonan pewartaan hutan tanah kerajaan dalam rangkaian ekologi Central Forest Spine. Iaitu Hutan Simpan er...Bera dan Rizab Ramsar Bera sebagai hutan simpan kekal. Di Mukim Bera Daerah Bera seluas 524 hektar.

Yang akhirnya antaranya ialah memastikan kawasan hutan simpan kekal yang dinyah wartakan bagi tujuan pembangunan ekonomi dan kepentingan awam diganti dengan kawasan tanah kerajaan berhutan yang lain yang mempunyai nilai yang setara. Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua.

Soalan tambahan? Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar. Saya nak er...saya nak tahu dan nak tanya berkenaan dengan er...untuk tahun 2025. Berapakah keluasan hutan simpan sementara dan kekal yang telah diluluskan untuk pembalakan? Dan berapakah hasil yang diperolehi. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya tidak ada angka tepat berkenaan dengan soalan daripada ADUN Tahan tetapi apa jua kelulusan yang dikeluarkan untuk simpan kekal ini, kita tidak melebihi daripada 11,500 hektar setahun. Ini yang dibenarkan oleh Majlis Tanah Negara. Setahun 11,500, maknanya kalau kita keluar tidak lebih daripada itu dan premium balak apa semua ni telah ditetapkan. Jadi yang hanya saya boleh jawab pada tahun 2025, Jabatan Perhutanan Negeri menyumbang kepada Kerajaan Negeri lebih kurang RM100 juta, yang RM1 bilion yang kita dapat itu… RM100 juta lebih adalah sumbangan daripada Jabatan Perhutanan Negeri. Dan sehingga hari ini, Alhamdulillah semua urusan pembalakan ni kita ikut peraturan kerana kita dipantau oleh pihak-pihak tertentu sebagai contohnya dipantau oleh Malaysia Timber Certification Counsel ataupun MTCC.

Kita tidak boleh buat sewenang-wenangnya kerana urusan pembalakan ini kecuali yang buat secara haramlah yang itu kita akan ambil tindakan dan yang lebih pentingnya Yang Berhormat daripada Tahan saya ingin nyatakan di sini bahawa kita berjaya mendapat pengurusan hutan yang terbaik kerana kita telah mendapat Sijil Pengurusan Hutan berdasarkan Malaysian Criteria and Indicators for Sustainable Forest Management, di mana kita dapat sijil. Sijil ini diiktiraf dan bukan semua negeri dapat tetapi negeri Pahang dapat. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri dan pegawai serta kakitangannya. Dan hari ni saya pun pakai tie Jabatan Perhutanan Negeri Pahang sebab saya tahu ada soalan bersabit dengan hutan.

Speaker

Yang Hormat Pengarah, jangan bagi ke MB sorang je. [Ahli Dewan ketawa]

Jadi kalau kita dapat pengiktirafan tu, jadi ADUN Yang Berhormat ADUN Tahan jangan bimbanglah semuanya in order dalam keadaan baik. insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.

Soalan tambahan.

Speaker

Daripada Beserah kemudian daripada daripada Tioman

Terima kasih Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Kemayan nak tanya tu kita boleh tanya takde hal.

Saya ucap tahniahlah kepada kerajaan di atas usaha dan iltizam untuk mengekalkan hutan simpan ini dan ianya sangat penting bukan sahaja untuk negeri kita, seluruh rakyat Malaysia bergantung kepada kita punya usaha untuk mengekalkan hutan simpan ini. Saya masih ingat dalam kita berbincang dalam Dewan ini beberapa tahun yang lepas bahawa kita cuba untuk menuntut dengan Kerajaan Persekutuan macam caj atau hasil kita menyimpan hutan ini, usaha ini. Adakah ianya telah mendapat kelulusan? saya ingat kita pernah dapat RM20 juta ke berapa juta yang lepas hasil daripada usaha kita, adakah ianya berterusan sampai ke hari ini? dan berapa jumlah yang kita terima pada tahun lepas? terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, semalam kita ada sentuh sedikit berhubung dengan hutan yang kita simpan ni. Mesyuarat yang terkini Majlis Fizikal Negara turut hadir Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, saya masih membangkitkan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita, saya bangkitkan ketika pada tahun 2021, saya selalu nyatakan kos melepas kalau kita masih ingat saya katakan bahawa kalau kita balakkan kawasan hutan simpan ni kita ambil mineralnya kita dapat lebih kurang hampir RM20 bilion, kiraan kasar. Tetapi sebab kita ada tanggungjawab bahawa water catchment area ni dengan izin kawasan tadahan air ni

boleh memberi manfaat bukan kepada negeri Pahang sahaja kepada negeri-negeri lain. Kita supply air bayarlah ya. Baru ni Alhamdulillah daripada 10 sen naik ke 13 sen Kerajaan Negeri Selangor bayar. Ekoran daripada itu, pada tahun 2022 Kerajaan Persekutuan ada bagi kita duit sebab kita daripada kos melepas tersebut tetapi bukan kepada Pahang sahaja ekoran daripada percakapan saya tu, semua negeri dapat Kedah pun claim juga dan ketika itu yang paling banyak negeri Kedah. Kita nombor 8 yang Kerajaan Persekutuan bagi saya bangkit. Saya masih ingat ayat saya, saya kata Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Perdana Menteri pengerusi, saya ucapkan terima kasih kerana memberi respons dan bagi wang hasil daripada hutan simpan tersebut tetapi saya harap ianya hendaklah lebih saksama saya kata. Pahang yang paling banyak hutan simpan untuk negeri-negeri lain tetapi di tangga yang ke 8. Saya tak ingat berapa tapi nombor 1 Kedah, nombor 2 Perak macam tulah. Dan saya harap ianya diberikan secara saksama untuk di tahun-tahun mendatang.

Alhamdulillah, diambil kira 2022 sehingga sekarang ada kita dapat bernilai RM72 juta lebih kurang daripada dulu sampai sekarang RM70 lebih RM70 juta kalau tak silap saya tetapi tidak diberi dalam cash. Ini pun saya bangkitkan juga dalam mesyuarat baru-baru ni. Saya kata saya minta Kerajaan Persekutuan bagi dalam bentuk cash Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua jangan bagi dalam bentuk projek. Sekarang ini diberi dalam bentuk projek nampak susah sangat ketika itu, Menteri Kewangan pun punya alasan. Akhirnya saya kata tak apa kalau tak boleh bagi 100% saya minta 50%. Maknanya kalau dia bagi RM20 juta untuk tahun ni, RM10 juta cash, RM10 juta dalam projek. Nampak macam setuju. Nampaklah tengok gaya body language daripada Yang Amat Berhormat Pengerusi Perdana Menteri nampak macam bersetuju tetapi sehingga kini masih dalam bentuk projek. Sehingga kini masih dalam bentuk projek dan insya-Allah apabila ada Mesyuarat Kewangan Negara, saya akan bangkit lagi sekali. Dan setiap kali mesyuarat, saya tidak jemu-jemu membangkitkan perkara ini. Malahan saya kata malahan saya kata mungkin kalau sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak mengendahkan apa yang kita minta ini, tidak mustahil Kerajaan Negeri satu hari nanti Exco akan buat keputusan kawasan hutan simpan ni daripada 57% kita akan usahakan supaya ianya mendatangkan hasil pada akhirnya sampai ke tahap itu. Tapi bila menteri tak bagi tapi kalau dah tak ada pilihan, kalau dia minta tak bagi Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker…

Speaker

Baik kita berbahagi. [ketawa]

Kita berbahagi untuk rakyat.

Speaker

Untuk rakyat

Speaker

Untuk rakyat la bukan untuk kita.

Jadi itulah kedudukan Yang Berhormat daripada Beserah. Terima kasih di atas soalan yang dibangkitkan. Maknanya ada kita dapat RM70 juta lebih setakat hari ini masih tidak mencukupi dan kita akan perjuangkan. kita sama-sama perjuangkan untuk negeri Pahang. [Ahli Dewan menepuk meja] wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Hormat Dato’ Sri Speaker.

Speaker

Yang Berhormat Dato’ Tioman, Yang Berhormat dah Assalamualaikum WBT nak tanya lagi? Silakanlah.

Sebab saya rasa teruja dengan jawapan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang kita sebab soalan tambahan ADUN Beserah itu berkitar dengan soalan tambahan saya hampir-hampir sama. Jadi oleh kerana saya dah semangat nak bertanya tu saya nak tanya juga kita merujuk kepada titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku baru-baru ini memang ada sebut tentang kelebihan Kerajaan Negeri berkorban untuk negeri-negeri yang lain. Jadi apalah kiranya Kerajaan Persekutuan membayar balik pengorbanan tersebut dalam bentuk kos-kos yang melepas di dalam negeri Pahang tadi. Sebagai contoh ya sebagai contoh sebelum soalan tambahan saya ni bagi contoh 57% keluasan tanah ataupun hutan simpan tadi kalau dibalakkan sebagaimana Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja sebut tadi akan dapat RM20 bilion. Banyak tu maknanya semua daerah boleh bangun macam Kuantan ataupun Lipis. Jadi soalan saya, selain daripada hutan simpan ni.

Speaker

Kenapa sebut Kuantan dan Lipis je?

Tak, maknanya hari ini Lipis dengan Kuantan ni macam mana sahabat kita sebut daerah ni membangun tak seimbang sedangkan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja.

Speaker

Okay. Okay.

Pahang Barat nak mengimbangi lah tu perlahan-perlahan kan. Jadi soalan saya selain daripada kos melepas hutan simpan ni kita ada kos-kos lain seperti taman laut pun di Pahang yang terbesarnya taman laut dan hasilnya balik kepada Kerajaan Pusat. Jadi saya kira mungkin satu masa Kerajaan Negeri juga atas inisiatif Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja melihat perkara ni untuk menimbal balik supaya Kerajaan Persekutuan ni bukan setakat dalam bentuk projek insya-Allah tu pun dah bagus dah. Mungkin dalam bentuk bajet.

Speaker

Kewangan. Dalam bentuk kewangan.

Speaker

Yang boleh kita gunakan benda-benda lain.

Ibarat kita macam ni la, katanya Exco Agama kita bayar zakat ada masa kita guna beras ada masa kita perlu guna duit yang lebih fleksibel dan adjustable.

Speaker

Beras pula ada pilihan juga basmathi ke beras pecah seribu ke.

Kerajaan Negeri Pahang punya inisiatif bagus sekali. Jadi saya mohon kalau boleh dalam soalan tambahan saya ni bukan setakat hutan Simpan sahaja. Tapi taman lautnya. Er... dengan hutan perhilitannya. Ini semua kos melepas ni. Kalau di Tioman tu boleh katakan 70% mergastua. Makna tak boleh buat apa dah. Nak sewa nak buat rekreasi tak boleh. Contoh kalau Jabatan Hutan ni boleh buat rekreasi dapat juga. Kalau pelaburan kepada Kerajaan Negeri. Begitu juga Taman Laut, tak boleh buat apa semua balik kepada Kerajaan Pusat apabila berlaku sebarang masalah pembangunan. Nak buat toilet pun kita kena EIA. Padahal harga toilet baru 100... 100 ribu je. Tetapi ambil masa sampai 2 tahun. Sebagai contoh di Pulau Tioman ni.

Kemudian, er... Dato' Speaker saya ingat Kerajaan Negeri juga dalam masa yang samalah saya ambil kesempatan ni tengok balik tentang petroleum ni. Ya, kita tengok petroleum ni kalau boleh bukan sahaja Terengganu dan Kelantan sahaja.

Speaker

Dan ini dah soalan lain Yang Berhormat.

Nak nak nak ni nak. Nak selaraskan terus ni nak selaraskan.

Speaker

Dah melarat ke petrolium karang melarat ke bauxite karang melarat ke iron ore, pening kita. Kita banyak lagi soalan ni. Soalan satu ni.

Saya ada 4 soalan. Jadi, saya harap itulah soalan tambahan saya. Kalau boleh petroleum ni dibuat kajian semula sebab rasa dekat-dekat dengan besen limpahan petroleum tersebut. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat daripada Tioman. Sebenarnya selain daripada apa ni er... water catchment area tadi hutan simpan untuk tadahan air tadi. Memang ada, kita pernah bangkitkan tetapi tidak ada usaha lanjutan. Sebabnya apabila contohnya taman laut tersebut, kita bangkitkan apabila ada rungutan daripada nelayan-nelayan kita yang mengatakan kita tidak boleh pergi ke tempat yang telah ditetapkan dan ini menyukarkan mereka untuk menangkap ikan dan telah dinyatakan di dalam akta. Akta apa ni, Taman Laut dan ini menyebabkan sekatan untuk kita pergi lebih jauh. Tapi saya ambil positif pandangan Yang Berhormat daripada Tioman nanti dan Insya-Allah kita tidak akan apa jua perkara yang boleh mendatangkan hasil kepada Kerajaan Negeri kita tidak akan biarkan begitu sahaja kerana bagi kita selain daripada untuk mendapatkan hasil ROV itu penting return of value tu sangat penting Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Terima kasih.

Boleh tak satu soalan.

Speaker

Tambah satu soalan lagi kita bagi ke ni dulu bagi Kemayan.

Terima kasih Dato' Sri Speaker dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Soalan saya er..., berapakah keluasan yang ada ini boleh di balak berbanding dengan kawasan pelindungan dan juga saya tertarik dengan Sustainable Concept Sustainable Forest Management ni bagaimana dia memastikan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan juga pemeliharaan alam sekitar di negeri Pahang.

Dato’ Sri Yang Dipertua. Terima kasih kepada ADUN Kemayan. Mengikut rekod yang ada pada saya, sebanyak 1.6 juta yang boleh dibalakkan yang dikategorikan sebagai hutan pengeluaran. Yang ni boleh dibalakkan iaitu bagi tujuan tersebut daripada keluasan 1.6 juta ini diperuntukkan bagi tujuan pengeluaran hasil hutan secara mampan adalah sebanyak 776 ribu hektar. Itu yang.. yang diboleh balak iaitu lebih kurang 49% daripada jumlah keseluruhan hutan simpan. Manakala kawasan yang tidak boleh disentuh tidak boleh dibalak, yang kita panggil hutan perlindungan adalah sebanyak 820 ribu hektar bersamaan dengan 51%. Yang ni tak boleh dibalak langsung. Tetapi andainya ada pembangunan. Kita boleh nyahwartakan tetapi mestilah diganti. Dasar kita sekarang ni kalau kita lulus kata boleh, kawasan yang kawasan hutan perlindungan ni katalah kita lulus 10 ekar contoh dan ianya mesti dinyahwartakan dan digantikan dengan 10 juga. Dia kena pergi cocurrent dulu dalam kertasnya hendaklah digantikan. Tapi sekarang takde kita dah buat keputusan. Saya pun dah pesan dengan Jabatan Perhutanan, dah ada ganti baharu keluar lesen. Kalau tak ada kawasan ganti lagi jangan keluar. Jadi kita tidak mahu atas kertas je, kata ganti, tetapi daripada segi praktikalnya tidak dilaksanakan. Itu yang kita dah buat lebih kurang 4, 5 tahun yang lalu. Dato’ Speaker. Terima kasih.

Speaker

Okay. Soalan terakhir, sebab Yang Amat Berhormat punya soalan saya bagi peluang bagi sepuas hati kita tak nak nanti tanya di luar biar tanya di dalam.

Terima kasih Dato' Sri Speaker. Soalan saya ialah Kerajaan Negeri Pahang juga sebagaimana negeri lain telah melaksanakan projek penanaman semula hutan dan ini satu inisiatif yang sangat positif dan tahniah. Cuma saya dapat maklumat mungkin perlu bertulis. Sebab ini data berapakah jumlah kawasan yang telah ditanam semula hutan di Pahang dalam tempoh 10 tahun kebelakangan terakhir. Sebab data ini saya fikir perlukan data. Mungkin jawapan bertulis pun tak apa, tapi mudah mudahan dapat membantu Kerajaan Negeri dalam usaha untuk melestarikan negeri Pahang. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato' Sri Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja kita bagi kelulusan untuk tanam semula hutan ini, malahan mana-mana syarikat yang kita bagi lesen pembalakan. Sekiranya mereka tidak menanam semula hutan ini, kita tarik balik. Dah banyak... dah banyak. Saya tak ingatlah berapa average dia tetapi itu tindakan kita sekarang. Sebab ada juga yang berhasrat nak mengeluarkan balak tapi dia tak nak tanam ladang hutan. Jadi, Jabatan Perhutanan akan pergi pantau. Kiranya mereka tidak berbuat demikian, lesen akan ditarik balik. Itu tindakan kita setakat ini. Dan kebanyakannya menanam semula sepertimana yang ditetapkan dalam syarat sebelum kita mengeluarkan lesen pembalakan. Terima kasih Dato' Sri Yang Dipertua dan terima kasih ADUN Cheka. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya. Soalan Nombor 2 Wakil daripada Lanchang.

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Soalan Saya nombor 2.

[Infrastruktur Orang Asli Kg Selimbar, Lanchang.

Mohon pihak kerajaan membaiki serta menaik taraf jalan ke perkampungan Orang Asli di Kampung Selimbar bersebelahan FELDA Bukit Damar untuk kemudahan anak-anak ke sekolah serta urusan harian mereka.]

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Lanchang bertanya mengenai Kampung Orang Asli di Lanchang, Selimbar. Tentang keadaan infra khususnya jalan.

Speaker

Jauh sikit tu.

Adakah kerajaan tidak berhasrat untuk membina ataupun menyediakan jalan yang selesa kepada masyarakat Orang Asli Kampung Selimbar ni. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya yakin Yang Berhormat Dato' Sri mengenali dan mengetahui bukan sahaja kampung Selimbar hamba Allah yang duduk di kampung tu pun saya yakin Dato' Sri kenal.

Speaker

Salina.

Ya. Betul. Yang Berhormat Datuk Sri. Er... Kampung Selimbar.

Speaker

Ya betul. Wakil Lanchang yang aktif antara lainlah.

Tuan Hassan bin OmarPAS · PNLanchang

Ya betul.

Yang Berhormat Dato' Sri, Kampung Selimbar ni adalah salah satu daripada beberapa buah kampung Orang Asli yang terpencil yang tidak berdaftar. Apa puncanya? Kerana mereka ini dihuni oleh penduduk Orang Asli yang asalnya daripada kampung lain. Orang Asli di Kampung Selimbar ni adalah merupakan Orang Asli daripada Kampung Gabang. Kampung Gabang ini,

Speaker

Kampung Bukit Gabang, Kampung Bukit Gabang.

Bukit Gabang. Duduk berhampiran dengan Felda Bukit Damar. Jadi Kampung Bukit Gabang ni di luar Felda Bukit Damar. Kampung Selimbar ni di belakang FELDA Bukit Damar. Dia orang pindah duduk di situ. Kebetulan pulak tanah yang dia orang duduk itu adalah tanah di bawah namanya jabatan rezab hutan sebagaimana yang Dato' Sri sebutkan tadi. Maknanya saudara mara kita ni di kalangan masyarakat Orang Asli ni. Dia pergi duduk di tanah orang. Walaupun demikian, pada satu ketika dulu di era. er.. Itu apa namanya ADUN di kawasan Lanchang itu daripada orang Kampung Bintang. Dia telah buat jalan situ. Cuma jalan tu rosak Dato' Sri. Kita boleh tolong tapi kita ada kampung Orang Asli yang berdaftar sebanyak 264 buah. Terpaksa kita dahulukan. Untuk kita bantuan infra mereka.

Speaker

Dia tak banyak orang duduk situ Yang Berhormat.

Betul cuma ada 8 keluarga. Daripada 8 keluarga tu, ada 33 individu dan ada daripada keluarga itu, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Berkahwin dengan rakan jiran negara kita, Orang Asli orang... orang Indonesia. Orang asli ni maknanya hebat orang asli Lanchang ni dia mampu menggoda orang Indonesia sehingga menjadi keluarga...

Yang Berhormat Dato' Sri ingin mencelah.

Speaker

Bukan setakat Orang Asli sahaja, Wakil Rakyat atau bekas Wakil Rakyat pun hebat.

Celah sikit. Saya ingat bukan Orang Asli Lanchang je, Orang Asli Rompin pun hebat juga. Terima kasih

Kita bercerita... Tentang soalan yang dibangkitkan oleh sahabat saya daripada Lancang, tentang asli Lancang. Bukan soalan Rompin ni Dato’.

Bukan, saya nak juga Rompin tu hebat di persada dunia. Terima kasih.

Saya tunggu soalan sahabat saya daripada Tioman mengenai Orang Asli. Kita akan cerita detail pula tentang kehebatan Orang Asli di Rompin, Insya-Allah. Dato' Sri Speaker jadi Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan memang banyak jalan-jalan yang dibina dan apa nama melibatkan jutaan ringgit. Pada tahun 2024 ada 13 projek. Sebutannya 13 projek ni sikit tetapi jalan tu panjang jauh ke dalam sehingga melibatkan RM2.5 juta, kita peruntukkan untuk membina jalan. Pada tahun 2025, kita ada 9 projek pembinaan jalan kampung Orang Asli ni melibatkan RM1.5 juta. Begitu juga pada tahun 2026 sekarang ini dalam proses pembinaan, ada 8 projek melibatkan RM2.3 juta, Dato’ Sri Speaker. Insya-Allah kalau takde apa aral, saya tengok baru ini Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar kita, berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri selaku menteri yang menjaga mengenai Orang Asli. Salah satu permohonan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri termasuk Kampung Selimbar ni untuk dapatkan jalan. Jadi kalau lulus tu, Insya-Allah orang Kampung Selembor juga akan dapat jalan.

Speaker

Tak dia, membaiki jalanlah.

Membaiki jalan ya membaiki jalan.

Speaker

Dapat tu macamlah Wakil Rakyat dulu tak buat. Tak boleh juga cakap gitu.

Dak itu, dak, ada jalan. Saya dah sebutkan tadi Dato’ Sri ha.

Speaker

Saya nak perbetulkan ayat je Yang Berhormat.

Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Jadi maknanya insya-Allah benda itu dalam perhatian kerajaan. Bahkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri bawa permohonan ini ke Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Sebelum soalan ini dikemukakan Dato’ Speaker. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Soalan tambahan.

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Sikit soalan tambahan. Err…terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO yang telah menjawab. Kita sedia maklum bahawa memang kawasan tersebut memang pecahan daripada Kampung Bukit Gambang err… tetapi sekarang ini pertambahan rumah kalau tak silap saya sudah pergi sebelas…sebelas buah rumahlah. Kemudian sebahagian dari mereka sekarang ini telah pun beragama Islam. Lebih daripada 10 orang dan ada NGO telah pun membina surau dalam tu dan pihak Jabatan Agama Temerloh pun sudah mula menghantar tenaga pengajar dan juga ada sukarelawan yang masuk. Sebab itu kita kata bahawa kenapa perlu sangat jalan tersebut di bina segera. Kalau pun kita tidak dapat apa mini tar hitam dan sebagainya, tapi sekurang-kurangnya crush run lebih dahulu diletakkan itu. Oleh kerana waktu hujan langsung susah untuk…untuk mereka berhubunglah. Yang keduanya ialah di situ juga rasanya perlu bekalan api dan air bersihlah yang mana menjadi kegunaan harian.

Dato' Sri Speaker, terima kasih sekali lagi kepada Lancang ni. Saya pun maknanya hormat dia, lebih berusia daripada saya. Tapi di dalam…dalam kaedah ilmu balaghah atau [Bacaan dalam Bahasa Arab]

Speaker

Bukan, bukan, nahjul balaghah.

Dengar dulu Dato' Sri Speaker. [Ahli Dewan ketawa] ya. Saya ni memberi satu kaedah balaghah supaya kita dapat manfaat. Tahu. Bercakap…bercakap berbicara berulang-ulang benda yang sama. Ada masa dia boleh memberi faedah. Contohnya di dalam Al-Quran. Tuhan sebut [Bacaan dalam Bahasa Arab] berulang ulang.

Speaker

Surah Ar-Rahman.

Hah, surah Ar-Rahman. Itu ada faedah, tapi macam ini saya dah jawab, soal lagi benda yang sama. Jadi itu akan termasuk [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Maknanya membazirkan masa kita. Jadi saya dah cerita. Insya-Allah, Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri pergi. Tak dan ke saya. Cop dek Yang Amat Berhormat Menteri Besar dulu mende tu.

Speaker

Yang Berhormat, bagi saya cakap sikit ya,

Sila. [Ahli Dewan ketawa]

Speaker

Dia sekarang ni kita live. Jadi Wakil-Wakil Rakyat masing-masing ni nak tunjuk bakat juga pada pengundi-pengundi dia. Kita sekarang ni Tiktok, Facebook dan juga ini err… Tiktok, Facebook dan satu lagi YouTube. Tiga live kita. Sila Yang Hormat.

Terima kasih atas nasihat Dato’ Sri Speaker. Jadi balik kepada persoalan ini sebenarnya apa namanya kita dalam perhatian Kerajaan Negeri. Terima kasih. Tadi rakan daripada err…gaya nak ada tambahan juga.

Speaker

Lepar.

Speaker

Lepar Sila.

Terima kasih, Dato' Sri Speaker. Ini soalan lain dah ni. Boleh melegakan jiwa sikit. Yang Berhormat EXCO, 2,3 hari ni saya dapati riuh sedikit mengenai Orang Asli di Pekan. Mereka buat sidang media dan mengeluh. Katanya tanah mereka diceroboh dan rumah mereka pula dirobohkan. Boleh Yang Berhormat cerita sikit apa kisahnya tentang masalah itu?

Betul Dato' Sri Speaker, ada di kampung apa ke namanya Kampung Sijar. Sebenarnya, begitu juga Kampung Sijar ni. Tanah itu adalah milik PSK, Dato' Sri Speaker. Tapi saudara mara saya ni Orang Asli ni dia pergi pindah, duduk situ. PSK ni pula dia berikan tender kepada satu syarikat untuk memajukan kampung tu, tanah tu, SRS Makmur. Jadi SRS Makmur ni dia gopoh sikit. Dia gopoh. Dia cepat-cepat mengambil tindakan sebab seronok sangat dapat projek. Kita dah buat teguran kepada dia dan hari ni pun kita panggil dia. Kita minta PSK panggil dia nasihatkan dia. Dia adalah melakukan satu kegopohan yang tidak sewajarnya merobohkan rumah orang tu dan kita pun akan adakan pertemuan demi pertemuan untuk membantu masyarakat Orang Asli, sebab itulah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang melalui ORACO, dia perkenalkan RRP. Tujuannya nak membina rumah bukan nak merobohkan rumah. Jadi benda-benda ini kita terpaksa didik pemaju-pemaju dan juga orang-orang di luar sana supaya mereka membuat keseimbangan apabila nak membangunkan sesuatu projek dan sebagainya. Terima kasih Dato' Sri Yang DiPertua.

Speaker

Soalan seterusnya, soalan nombor 3. Wakil Yang Dilantik.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Main bowling kalah sentiasa, soalan saya nombor 3. [Ahli Dewan ketawa]

[Apakah garis panduan dan dasar Kerajaan negeri dalam menguruskan pembinaan rumah ibadat yang tidak mempunyai kelulusan rasmi dan apakah langkah yang diambil isu berkaitan dengan rumah ibadah tidak menimbulkan ketegangan antara kaum di negeri ini?]

Speaker

Kita hit nombor dua terakhir.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Selamat Pagi, Salam Sejahtera, Salam Maju Terus Pahang, Salam Pahang First. Terima kasih kepada rakan saya daripada ADUN Yang Dilantik mengemukakan soalan berkaitan rumah ibadat ini, tapi sebelum saya nak tanya tadi pasal apa dia pantun bowling. Saya nak tanya Dato’ Sri Yang DiPertua.

Speaker

Dia nombor 2 terakhir.

Dato’ Sri Yang DiPertua semalam, nombor berapa?

Speaker

Saya mengekalkan pingat gangsa sahaja. Insya-Allah, saya akan berlatih lagi.

Terima kasih. Untuk makluman Sidang Dewan, Kerajaan Negeri telah menetapkan bahawa PBT dan PDT secara jelas iaitu menjalankan siasatan tapak, menyemak status tanah dan binaan dan dibentangkan dalam Jawatankuasa Teknikal Rumah Ibadat bukan Islam di peringkat daerah yang dimohon dan seterusnya akan mengemukakan syor kepada Kerajaan Negeri dan semua permohonan isu berkaitan pembinaan rumah ibadat bukan Islam ini dipertimbangkan melalui Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam ataupun RIBI, dengan izin Yang Dipertua. Negeri Pahang yang bersidang mengikut jadual dan ini telah dipengerusikan sendiri yang telah dilantik oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dipengerusikan sendiri oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan mekanisme ini memastikan setiap keputusan dibuat mestilah berasaskan undang-undang dan sensitiviti terhadap keharmonian masyarakat setempat dalam negeri Pahang ini.

Dan bagi mekanisme pembinaan RIBI ini mestilah mendapat 4 kelulusan utama; Yang pertamanya, kelulusan dasar iaitu daripada Jabatan RIBI Daerah dan juga negeri dan keduanya mesti mendapat kelulusan tanah daripada Pejabat Tanah Daerah dan juga PTG dan Pihak Berkuasa Negeri, dan ketiganya mesti mendapat kelulusan kebenaran merancang daripada PBT dan juga yang keempat adalah kelulusan pelan bangunan dan kerja tanah daripada PBT. Dan untuk makluman Dewan bahawa kegagalan untuk melalui proses ini merupakan punca utama berlakunya pembinaan RIBI tanpa kelulusan dan seterusnya dikategorikan sebagai pembinaan tidak sah di sisi undang-undang dan Kerajaan Negeri menegaskan bahawa semua tindakan dan keputusan mestilah dibuat berdasarkan peraturan serta perundangan yang berkuat kuasa. Pendekatan ini semua bertujuan untuk memastikan keharmonian masyarakat, kesejahteraan rakyat serta perlindungan kepentingan semua pihak di negeri Pahang sentiasa terjaga dan terpelihara. Terima kasih Dato' Sri.

Speaker

Soalan seterusnya.

Soalan, soalan tambahan sedikit.

Speaker

Okay satu soalan tambahan.

Terima kasih, Yang Berhormat Exco. Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan yang saya percaya adalah merupakan satu imbangan di antara tanggungjawab Kerajaan Negeri dan juga antara kedudukan perundangan serta realiti sebenar masyarakat negara kita ini yang mempunyai kebebasan walaupun Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi agama lain juga adalah merupakan satu kebebasan untuk diamalkan dalam negara kita. Jadi saya tertarik dengan pendekatan Kerajaan Negeri yang saya kira adalah satu pendekatan yang sangat harmoni ya untuk menyelesaikan yang disebut kadang-kadang dipergunakan sebagai satu isu sensitif yang ditunggang berulang kali terutama menjelang pilihan raya umum yang akan datang. Baik soalan saya Yang, Yang Berhormat.

Adakah Kerajaan Negeri bersetuju dengan dengan dengan dengan cadangan saya bahawa kita sudah perlukan satu langkah proaktif yang perlu diambil oleh Kerajaan Negeri supaya setiap isu yang melibatkan rumah ibadat ini dapat diselesaikan secara harmoni. Maksudnya kita ada apakah langkah yang yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan sebarang pertikaian yang melibatkan, yang melibatkan RIBI dan juga rumah ibadat Islam ini sendiri tidak menjejaskan keharmonian, perpaduan dan keharmonian di antara kaum dalam negeri kita. Itu sahaja Yang Berhormat.

Terima kasih kepada sahabat saya daripada Adun Yang Dilantik ini, dan berkenaan dengan rumah ibadat ini kita di pihak kerajaan sentiasa berbincanglah tentang perkara-perkara yang akan diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan bahawa keharmonian antara kaum di negeri Pahang ini sentiasa dijaga dengan baik. Sebab itulah Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang saya rasa sentiasa mengutarakan berkaitan perkara ini termasuklah rakan-rakan saya daripada kerajaan yang sentiasa memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik. Sebab itu di sini kita ambil pendekatan supaya Jawatankuasa RIBI di peringkat daerah dan juga di jawatankuasa di peringkat negeri dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan peringkat negeri sebagai mana, sebagai mana yang saya nyatakan tadi dipengerusikan sendiri oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan peringkat kita juga pun contoh rakan saya daripada Teruntum baru ini, dia menceritakan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri bahawa dia telah membantu untuk menyelesaikan salah satu perkara yang boleh memastikan keadaan yang lebih baiklah tentang perkara yang berkaitan dengan RIBI yang telah dibina yang tak secara teratur ni. Tolong jelas sikit.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih. Selalunya yang masalah yang rumah ibadat ini, bukan rumah ibadatlah, rumah, tokonglah, selalunya masalah ialah tiada geran. Makna tidak ada, dia bukan buat ikut suka hati di mana. So masa kita bincang dalam MMK dan kita ambil, saya ambil keputusan kita akan contact siapa yang buat itu. Lepas itu kita bincang macam mana kita nak pindah. Itu saja, okay.

Yang Berhormat Dato' Sri Yang Dipertua, kadang-kadang masyarakat kita ini kadang-kadang dia tak tak tak tak pasti tak tak kurang memahami. Contohnya macam KM, benda KM ini? Kalau ikut ke mungkin YB untuk kilometer.

Speaker

Kalau, kalau di Sabah itu Ketua Menteri bah.

Ketua Menteri. Tapi KM ini adalah..

Speaker

Kebenaran Merancang.

Kebenaran merancang. Sebab itu untuk membina satu perkara, kita mesti tertakluk kepada dasar-dasar ataupun perundangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sebab itu saya kata tadi setelah mendapat keputusan dasar, perakukan untuk boleh dibina dan seterusnya perlu mendapat keputusan kelulusan tanah atau bertukar syarat tu mesti kena lalui proses itu dan bila dah tukar syarat dan lulus tanah, barulah kerja dia boleh submit pulak dengan izin Yang Dipertua, menghantar permohonan Kebenaran Merancang. Bila dah Kebenaran Merancang dah mendapat ulasan-ulasan daripada jabatan-jabatan agensi-agensi teknikal yang berkaitan dan berbagai-bagai agensi teknikal, PAIP, eletrik, pejabat tanah dan lain-lain, dah dapat kelulusan baru kita hantar pula pelan bangunan dan ukur tanah. Macam mana nak buat itu.

Speaker

Kira macam nak buat masjid jugalah..

macam nak buat masjid..

Speaker

pun macam itu juga, sama je..

Kita kena hantar itu dah dapat itu pelan ukur dah lulus, barulah boleh dibina. Dan kita akan sentiasa memantau dan penguatkuasaan mestilah kita akan lakukan berterusan dan daripada semasa ke semasa untuk masa akan datang bagi memastikan pembangunan RIBI ini lebih terancang. Penguatkuasaan yang berterusan oleh agensi-

agensi yang berkaitan perlu dilaksanakan dengan lebih berkesan. Antaranya PBT dan Pentadbir Tanah Daerah memantau pertumbuhan tempat-tempat keagamaan di atas tanah kerajaan di atas tanah milik dan tindakan perlu diambil sekiranya pembinaan bangunan tempat keagamaan melanggar syarat-syarat tanah, perancangan dan sebagainya. Itu antara perkara-perkara yang mesti dititikberatkan.

Yang keduanya, tempat-tempat pemujaan atau shrine dengan izin Yang Dipertua yang didirikan untuk kegunaan peribadi hanya dibenarkan di dalam kawasan hartanah peribadi dengan saiz yang tidak prominent dan ketiga, tempat pemujaan atau keramat atau shrine dengan izin Yang Dipertua, sementara, yang dibina di tapak projek pembinaan hendaklah dipasti dirobohkan mengikut tatacara agama masing-masing sebaik sahaja projek projek pembinaan siap dilaksanakan. Kadang-kadang ada dibina untuk bila nak buat projek tu dia buat yang kecil-kecil itu. Jadi sebelum itu kita mesti mungkin akan datang sebelum CCC diluluskan, pihak PBT mesti memastikan bahawa perkara ini dilaksanakan sebelum CCC dikeluarkan.

Yang keempatnya perihal keadaan konflik yang membabitkan RIBI dan urusan pemindahan dan perobohan tempat keagamaan selain Islam sedia ada perlulah dirujuk kepada Jawatankuasa Hal Ehwal Islam-Islam yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri untuk tujuan berunding, perundingan bagi mengelakkan sebarang permasalahan yang tidak diingini.

Speaker

Soalan seterusnya kita pergi kepada soalan nombor 4. Wakil daripada Tioman.

Yang Berhormat Dato' Speaker saya mohon mengemukakan soalan nombor 4, terima kasih.

[Hakisan pantai di sepanjang pesisir pantai Negeri Pahang dilihat semakin membimbangkan dan ketara, khususnya ketika musim Monsun Timur Laut yang mempercepatkan kadar hakisan serta menjejaskan keselamatan penduduk, infrastruktur awam dan ekonomi setempat.

1. Adakah tindakan mitigasi yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pahang bagi menangani isu hakisan pantai ini secara menyeluruh dan berkesan?

2. ⁠Apakah tindakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Kerajaan Negeri dalam usaha membaik pulih hakisan pantai di Kuala Pontian, Kampung Parit Raja, Pontian, Rompin yang semakin teruk dan merosakkan hampir 10 Chalet, sebuah restoran, 3 buah rumah berdekatan serta 3 jeti termasuk jalan yang terhakis dan rosak yang tidak boleh dilalui hingga kini?]

Dato’ Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Bismillahirrahmanirrahim..

Speaker

Dia tanya sama dia je [ketawa]. Orang Rompin. Orang Rompin tanya orang Bukit Ibam apa namanya orang Muadzam sama dia sahaja.

Dato’ Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih Dato' Sri Yang Dipertua. Yang Berhormat Tioman kemukakan soalan berkaitan dengan hakisan pantai. Dan apakah tindakan mitigasi oleh pihak kerajaan dan juga berkaitan dengan soalan hakisan pantai di Kuala Pontian. Dato Sri Yang dipertua, sebelum itu terima kasih kepada Tioman yang mengemukakan soalan berkaitan. Dato Sri Yang dipertua, Kerajaan Negeri Pahang memberi perhatian serius terhadap hakisan pantai yang agak ketara akibat perubahan iklim, dan umum diketahui bahawa kejadian hakisan pantai semakin kritikal berlaku di Malaysia termasuklah di negeri Pahang ini dan dalam Rancangan Fizikal Zon Pesisiran Pantai Negara 2 dinyatakan terdapat 6 negeri yang mempunyai lebih daripada 10% pantai terhakis di mana di negeri Pahang, panjang hakisan pantai adalah sebanyak 61.8 kilometer ataupun 16.33%. Ini adalah sumber daripada Kajian Hakisan Pantai Negara (NCES) pada tahun 2015 dan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran dan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) giat menjalankan kajian bagi mengatasi masalah hakisan pantai di Malaysia. Dan pada masa yang sama pihak JPS juga telah melaksanakan kajian perancangan jangka masa panjang dalam mengatasi masalah hakisan bagi mengenal pasti isu-isu dan kaedah penyelesaian contohnya Pelan Pengurusan Garis Pantai Bersepadu atau dikenali sebagai 'Integrated Shoreline Management Plan’ (ISMP).

Jadi kajian SMP Pahang ini telah siap pada tahun 2025 dan kajian tersebut mengambil kira isu berkaitan hakisan, masalah muara dan juga gunatanah sepanjang persisiran pantai dan di dalam kajian ini juga, antaranya mengemaskini kategori hakisan pantai dan menyediakan garis panduan bagi cadangan pembangunan di kawasan pantai, mengemaskini jarak had anjakan pembangunan yang disarankan dan pemantauan terhadap proses perubahan morfologi, kestabilan dan kadar sedimen di muara-muara sungai dan antara punca berlakunya kesan pantai adalah akibat pertembungan ombak besar dan air pasang tinggi. Kesan er… sea level rise dengan izin. Ini isu, satu isu global dan pembuangan beting pasir/lumpur secara semula jadi, aktiviti pembangunan di marina jeti pelabuhan dan sebagainya. Pengurusan kemusnahan ekologi di paya bakau dan juga perlombongan pasir ini yang tidak terkawal.

Kawasan yang tidak dikawal dan selain itu, jenis pantai di Pahang juga yang berpasir dan tidak dilindungi dengan zon penampan seperti pokok bakau. So, ini menyebabkan garisan pantai terdedah secara langsung dengan faktor hakisan semula jadi seperti ombak, angin, arus dan juga pasang surut dan semasa musim tengkujuh, pantai ini akan mengalami tahap hakisan yang ketara disebabkan ombak dari laut China Selatan dan juga angin kencang dari arah timur laut dan antara projek ke pantai dan pengorekan muara yang telah diluluskan dan telah siap di Negeri Pahang ini adalah seperti berikut, satu Kerja-kerja mencegah hakisan pantai di Pantai Sepat, Kuantan, Pahang. Kemudian projek kawalan hakisan pantai di Pantai Tanjung Pahang, Rompin. Kemudian projek kawalan hakisan pantai di Pantai Kampung Mukut di Pulau Tioman. Kerja mencegah hakisan pantai Nenasi, Pekan. Kerja mencegah hakisan pantai di Kompleks Rakan Muda Air, Rompin. Projek kawalan hakisan Pantai di Kampung Tanjung Batu, Nenasi, Pekan.

Manakala projek yang dalam pelaksanaan ialah Projek Pemulihan Muara Sungai Pahang Fasa 3 di daerah Pekan. Projek kawalan Hakisan Pantai di Pantai Balok, Kuantan. Kemudian projek membina Outfall di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan dan Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Balok, Kuantan. Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengemukakan permohonan sebanyak RM850 juta untuk mendapatkan peruntukan dan kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan bagi kerja-kerja pengawalan pemuliharaan muara dan hakisan pantai di Negeri Pahang dalam Rancangan Malaysia yang Ke-13 dan antara projek tersebut termasuklah Projek Pemuliharaan Pantai Kampung Kuala Pontian, Daerah Rompin, Pahang, Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pulau Tioman, Daerah Rompin, Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Pantai Cherating, Kuantan, Pahang, Projek Pemuliharaan Muara Sungai Balok, Daerah Kuantan, Pahang, Projek Pemuliharaan Muara Sungai Ular, Daerah Kuantan, Pahang, Projek Pemuliharaan Muara Sungai Bebar, Daerah Pekan, Pahang, Projek Pemuliharaan Muara Sungai Kuantan, Daerah Kuantan, Pahang.

Kerajaan Negeri Pahang mengharapkan kerjasama dan sokongan berterusan daripada kerajaan Persekutuan dalam usaha menangani isu hakisan pantai khususnya, di kawasan pesisir pantai semakin kritikal dan dengan menyalurkan peruntukan bagi projek-projek pemuliharaan serta memberi perkhidmatan khidmat teknikal. Manakala berkaitan dengan soalan daripada Tioman berdekatan dengan kuala Hakisan pantai di Kuala Pontian ini sebagai langkah jangka panjang kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan peruntukan dalam Rolling Plan Pertama dan Kedua Rancangan Malaysia Ke-13 kepada kerajaan Persekutuan berjumlah RM100 juta bagi cadangan pelaksanaan kerja-kerja pemulihan muara Sungai Pontian dan hakisan pantai di Kuala Pontian. Jabatan Pengairan dan Saliran telah ataupun akan melaksanakan projek tersebut setelah menerima peruntukan tetapi sehingga kini permohonan tersebut masih lagi belum diluluskan. Jadi untuk langkah jangka pendek pula, kerajaan telah meluluskan sebanyak RM500,000.00 melalui peruntukan melalui peruntukan Ecological Fiscal Transfer For Biodiversity Conservation (EFT) kepada Jabatan Pengairan Saliran untuk melaksanakan kerja-kerja di muara Sungai Pontian termasuk hakisan pantai di Kuala Pontian dan kerja-kerja ini dijangka dilaksanakan pada Jun 2026 setelah proses, semua proses selesai. Sekian terima kasih.

Soalan tambahan Dato’.

Speaker

Okay, sila.

Terima kasih kepada pihak kerajaan atas makluman yang telah di bacakan tadi dan saya ingat perkara ini memberi khabar gembira kepada warga pesisir pantai di Kuala Pontian dan juga Pulau Tioman. Dan untuk makluman Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan sidang Dewan. Saya sejak di bangku sekolah, lagilah selalu bermain di tepi-tepi pantai ni dan seingat saya masa tu banyak pejabat-pejabat kerajaan dan juga sekolah, sekolah ada, balai bomba ada, balai polis ada, masjid pun ada, tapi sekarang dah tak ada semua dah dimakan oleh laut daripada 500 hingga 1 kilometer ke dalam

laut. Dan hari ni kalau pergi memang tak nampak langsung bangunan tu. Dulu sempatlah kita pergi ke pejabat-pejabat kerajaan termasuk gerai-gerai orang kampung. Dan kalau kita lihat di pesisir pantai tu ada Pulau Docong Kecil, Pulau Docong Besar. Itu pun dulu kira Bukit, kira pulau jadian dan sekarang ni yang pulau yang paling hampir dalam Negeri Pahang, antaranya Pulau Docong Kecil dan Docong Besar ini.

Speaker

Soalan Yang Berhormat.

Soalan saya, Yang Berhormat Dato' Speaker. Sebelum itu, saya nak sebut bahawa fenomena ini kebelakangan ni sangat dahsyat, ekstrem. Dia punya hempasan ombak, aras gelombang yang memukul pantai hari ini. Jadi saya nak tanya yang wakil kerajaan. Kebetulan dia pun selalu berulang alik ke Rompin. Baru-baru ni pun dia singgah di Kuala Pontian. Dengan saya sendiri pun ada meneman yang juga Pengarah JPS datang. Terima kasihlah lulus lebih kurang RM500,000.00 untuk projek tebatan hakisan banjir di kawasan Kuala Pontian ni. Jadi soalan dia tu apa sebab dan punca? Kebelakangan ini hakisan ataupun fenomena monsun timur laut ni sangat besar berbanding masa saya kecil-kecil dulu ataupun katakan air dah 53 tahun makna dah berapa tahun dah, 40/50 tahun dulu tak macam ni dan kalau pulau Tioman pun sama. Jadi saya mohon sedikit maklumat atau penjelasan daripada pihak kerajaan. Terima kasih.

Dato' Ir. Razali bin KassimUMNO · BNMuadzam Shah

Terima kasih Dato' Sri Yang di-Pertua, Terima kasih juga kepada Tioman yang mengemukakan soalan tambahan. Er... Berkaitan dengan, kalau tengok sekarang ni keadaan paras air laut. Puncanya paras laut kita meningkat. Kalau dulu air pasang tak sampai macam sekarang ni sampai ke darat dah banyak kawasan pantai yang terhakis. Kalau kita tengok dekat jalan dekat di sepanjang banyak tempat sepanjang contoh di belah-belah balok sebagainya banyak la ni. Jadi antara puncanya sebenarnya ialah isu. Er… Ini isu iklim global yang sebenarnya merupakan isu antara global antarabangsa dan perkara ini pun dah dibincang secara aktif di peringkat antarabangsa seperti United Nations Intergovernmental, panel on Climate Change dan juga dalam persidangan antarabangsa termasuklah Conference of the Parties ataupun OCP Jadi kalau dibincang di peringkat dunia dan antaranya disebabkan oleh perubahan suhu bumi yang semakin panas semakin meningkat di mana berlakunya apa ni. Er... Di Kutub Utara disebabkan panas ini menyebabkan ais di Kutub Utara Selatan mencair glasier daripada gunung-gunung yang tinggi pun mula cair dan cepat turun ke laut dan ini akan meningkatkan jumlah isipadu air di laut dan selain juga disebabkan oleh pengembangan haba laut.

Bila suhu laut meningkat, air laut ini akan mengembang dan mengembang ni, maknanya molekul. Molekul ini dia akan bergerak lebih laju dan susunan jarak antara molekul tu akan lebih renggang dan menyebabkan dia ni lebih teknikal sikit dan menyebabkan isipadu tu akan naik. Jadi, sebab itulah.... tengok antara punca-puncalah er... yang er... apa ni ke paras air laut naik dan selain itu juga ke tengok penambakan laut. Ini, ini juga isu, isu global. Saya tak pasti benda ni ada bincang di peringkat antarabangsa tak penambakan laut ni. Kita tengok sekarang ni banyak negara-negara besar er... menambak membuat pulau-pulau buatan di tengah laut.

Sekali tengok sekarang ni lah laut banyak lah er... laut-laut besar apa ni, pulau-pulau besar, di sini juga yang luasnya er... beratus-ratus ekar hektar. Jadi ini juga akan menyebabkan ruang yang sepatutnya kawasan tu adalah kawasan yang ada air dah tak ada air dan ruang tu dipenuhi dengan tanah dan juga paras air laut tu akan naik. Jadi, kesannya banyak, er... jadi ni dah isu di peringkat global peringkat dunia. Jadi itulah sahaja yang dapat saya sampaikan. Terima kasih.

Speaker

Panjang. Yang Berhormat wakil kerajaan dah macam cikgu Geografi dah. Seterusnya kita bagi pada soalan nombor 5. Wakil daripada Beserah.

Terima kasih er... Dato' Sri Speaker, saya kemukakan soalan nombor 5.

[Minta kerajaan negeri nyatakan status terkini pembangunan Halal Hub Gebeng, termasuk kemajuan fizikal, kemasukan pelabur, pencapaian setakat ini serta potensi sebenar projek dalam menarik pelaburan dan merancakkan sektor perindustrian negeri. Sejauh mana projek ini berjaya mencapai sasaran sebagai pemangkin pelaburan dan industri halal di Pahang?]

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato' Sri Speaker. Terima kasih rakan ADUN saya, yang bertanyakan soalan seperti berikut.

Minta kerajaan negeri nyatakan status terkini pembangunan Halal Hub Gebeng termasuk kemajuan fizikal, kemasukan pelabur, pencapaian setakat ini serta potensi sebenar projek dalam menarik pelaburan dan merancakkan lagi sektor perindustrian negeri. Sejauh mana projek ini berjaya mencapai sasaran sebagai pemangkin pelaburan dalam industri halal di Pahang. Untuk makluman, dewan yang mulia ini, status terkini pembangunan Hub Halal Gebeng telah pun dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, pada 29 Januari 2026. Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Bilangan 5 Tahun 2026, telah bersetuju untuk mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan peruntukan sebanyak RM500 juta. Peruntukan ini adalah bagi tujuan pembangunan infrastruktur di kawasan seluas 230 ekar. Yang ketika ini masih berstatus tanah kosong atau pun greenfield dengan izin. Maksudnya tidak ada apa-apa jalan raya, infrastruktur bangunan yang boleh menyokong cadangan pelaburan tersebut. Pembangunan ini dirancang untuk dilaksanakan secara berfasa dalam tempoh jangka panjang selama 15 tahun. Pihak Pelabuhan Kuantan ada membuat kajian pembangunan strategik mengenai Taman Industri Halal di Gebeng ini, dan mereka ada membuat penanda arasan dengan pembangunan zon Industri Halal ataupun Taman Industri Halal di Dubai, di Ankara, waima di Karawang, Indonesia sekali pun.

Dan didapati semua taman industri ini yang mempunyai occupancy dengan izin atau pun pengisian yang tinggi, mereka betul-betul membelanjakan jumlah yang besar untuk infrastruktur, taman industri jalan raya, bekalan air, elektrik dan sebagainya, termasuk kemudahan cold chain dengan izin, untuk untuk menyimpan apa ini

makanan halal, dan disebabkan itu pihak pelabur tertarik untuk memasuki taman industri tersebut. Jadi kita tidak boleh lari daripada kejayaan taman-taman industri ini sekiranya kita serius untuk bangunkan Taman Industri Gebeng perlu ada perbelanjaan untuk pembangunan infrastruktur. Lagipun pembelanjaan ni, akan di biayai untuk tempoh 15 tahun. Fasa pertama 2 tahun tu kita akan belanjakan RM70 juta sekiranya kerajaan Persekutuan bersetuju.

Walau bagaimanapun, sekiranya ada pihak pelabur luar yang berminat untuk menjadi CO investor dengan izin, maka jumlah RM500 juta ni akan berkuranganlah mungkin separuh-separuh separuh tanjung ditanggung kerajaan dan separuh lagi investor luar. Dalam pada masa yang sama, kerajaan negeri seperti saya sebut tadi memang mengalukan penglibatan pihak swasta dan pelabur yang berminat untuk turut serta membangunkan Taman Industri Halal Gebeng ini, dalam menyediakan khususnya untuk penyediaan lot industri, pembinaan kilang serta fasiliti logistik seperti gudang. Antara komponen penting dalam taman industri halal ini adalah storage untuk cold chain. Ada kajian yang mengatakan kalau kita ada fasiliti Cold Chain yang bajetnya RM20 juta di sini. Maka, komplikasi kerumitan untuk mematuhi syarat-syarat piawaian halal tu akan jatuh sebanyak 70%. Kita ambil iktibar dari pembangunan industri taman halal di Karawang yang sebagainya, bila tak ada cold chain, dia kena retrofit balik ye dia kena ubah suai er... setelah taman industri itu telah dibangunkan beberapa tahun ia memakan jumlah yang begitu besar akibatnya.

Terkini, sebuah syarikat dari China telah menyatakan minat untuk bekerjasama dalam pembangunan serta membawa pelaburan ke dalam taman industri ini. Antara industri yang disasarkan oleh Hub Halal Gebeng merangkumi pembuatan makanan halal dan bukan makanan maksudnya ramuan dengan izin ingredients, farmaseutikal, produk berasaskan pertanian dan daging, logistik halal dan juga peralatan medikal. Pemilihan lokasi ini adalah strategik kerana ia melengkapkan fungsi pembangunan berorientasikan transit atau pun transit oriented development dengan izin, serta projek pemangkin ekonomi atau Economic Accelerator Project dengan kedudukannya yang berhampiran dengan jajaran dan stesen ECRL. Tanah tersebut, jaraknya kira-kira 12 km daripada Pelabuhan Kuantan. Selain itu, jarak Hub Halal Gebeng ke stesen ECRL Cherating dan tapak Lapangan Terbang Baru Kuantan adalah sekitar 4 km. Kedudukan ini memberikan kelebihan logistik yang signifikan kepada para pelabur.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Pembangunan ini juga selaras dengan inisiatif Pelaburan, maaf Pelabuhan Mesra Halal oleh Lembaga Pelabuhan Kuantan. Yang bakal menjadikan Pelabuhan Kuantan sebagai pelabuhan mesra halal pertama di Malaysia. Pada masa yang sama, Hub Halal Gebeng akan berfungsi sebagai hub industri halal bersepadu di Pantai Timur. Seiring dengan itu, operasi pelabuhan mesra halal telah pun dimulakan dengan penyediaan kawasan khas bagi pengendalian kargo halal serta pelancaran konsortium perkapalan bagi kargo halal ke Sabah dan Sarawak bermula pada 2 Februari 2026. Inisiatif ini membolehkan pengintegrasian pengangkutan melalui ECRL, yang bakal bermula tahun depan Januari, udara dan laut bagi tujuan eksport dan import ke pasaran antarabangsa seperti China, Jepun dan juga Korea. Selain itu, benua Borneo dan juga negara jiran pun ada potensi besar ye Indonesia dan juga Filipina. Kadar perdagangan antara negara-negara ASEAN masih di paras 25%. Rendah sebenarnya berbanding dengan benua luar, kita berdagang dengan Eropah dan negara lain lebih daripada 40, 50%. Kesimpulannya, walaupun projek ini masih berada pada fasal awal pembangunan fizikal, asas perancangan sokongan dasar serta minat pelabur telah mula menunjukkan perkembangan yang positif dengan kelebihan lokasi, strategik integrasi logistik, pelbagai mod serta sokongan infrastruktur yang dirancang dan

perbelanjaan untuk infrastruktur itu amat kritikal. Kita yakin Hub Halal Gebeng berpotensi besar untuk menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan, pertumbuhan pelaburan dan industri halal di negeri Pahang seterusnya merancakkan pembangunan ekonomi negeri secara menyeluruh. Terima kasih.

Speaker

Satu soalan.

Terima kasih Dato' Sri Speaker. Terima kasih wakil kerajaan di atas jawapan diberikan. Kita faham dan kita, kita bersetuju bahawa untuk membina halal, hab ini memerlukan infrastruktur yang complete lengkap. Namun er... bila kita lihat kepada permintaan dan juga keadaan semasa, ekonomi halal ni, globally kita kata er... nilainya lebih kurang 2 hingga 3 Trillion US Dollar setahun. Maknanya dia adalah merupakan satu industri yang sangat berpotensi besar dan ada ruang yang besar untuk kita. Kita dah ada dah ada tempat dan sebagainya. Cuma apa yang perlu kita buat adalah supaya, pihak kerajaan terus minta supaya seperti mana titah Tuanku tempoh hari, ada fastrack, fast lane untuk industri halal hab ini dengan kerajaan Persekutuan. Supaya kerajaan Persekutuan tidak banyak birokrasi dia untuk nak menjayakan kita punya hasrat membina halal hub ini. Sebab halal hub ini bukan setakat makanan sahaja. Ia banyak perkara kosmetik terutama sekali ubat-ubatan farmaseutikal. Hatta pelancongan halal patuh syariah juga boleh dikembangkan di Kawasan-kawasan Industri Gebeng dan juga persekitarannya. Fesyen pakaian ini semua adalah merupakan halal punya konsep yang diterima banyak oleh seluruh global. Maka kita harap supaya fastrack dan fast lane yang dititahkan ini dapat dilanjutkan kepada Kerajaan Persekutuan supaya dia dapat memudahkan kita untuk membina dan merealisasikan halal hub ini. Terima kasih.

Terima kasih rakan ADUN Beserah. InsyaAllah kami akan usahakan sebaik mungkin. Mungkin kekangan yang ada di peringkat persekutuan ialah di Malaysia ni ada banyak sangat taman industri halal. Kita ada 20 taman industri halal yang betul betul orang kata ada pengisian yang baik adalah sebanyak lapan taman industri yang paling berjaya di Taman Enstek di Negeri Sembilan, di mana mereka ada konsep membawa pelabur tunjang ataupun anchor investor seperti Coca Cola, Ajinomoto Kellogg's. Sebab itu mereka berjaya. So anchor investor tu juga amat penting jika kita nak membawa apa nak menjayakan Taman Industri Gebeng ini. InsyaAllah kita akan usahakan sebaik-baiknya untuk mendapatkan dana tersebut. Terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya. Soalan No. 6 wakil daripada Jenderak.

Dato' Rodzuan bin ZaabaUMNO · BNJenderak

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Pertanyaan saya nombor 6.

[Bagaimana Program Anggun Maju membantu meningkatkan taraf ekonomi

wanita, khususnya dalam kalangan golongan B40?]

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullah. Terima kasih Yang Berhormat Dato Sri Speaker dan sahabat ADUN Jenderak yang bertanyakan soalan. Soalannya berbunyi bagaimana Program Anggun Maju membantu meningkatkan taraf ekonomi wanita khususnya dalam golongan B40. Program Anggun Maju ini diwujudkan bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi wanita khususnya dalam golongan B40 melalui pendekatan yang menyeluruh dan juga praktikal dan program ini memberi tumpuan kepada pemerkasaan ekonomi dengan menyediakan latihan kemahiran seperti keusahawanan, pengurusan kewangan serta pembangunan produk dan juga pemasaran termasuk penggunaan platform digital. Selain itu juga, peserta turut dibantu dari segi akses kepada modal permulaan dan peluang menjana pendapatan melalui bimbingan perniagaan serta jaringan sokongan bersama agensi kerajaan, NGO dan juga sektor swasta. Ini membolehkan wanita B40 bukan sahaja memulakan perniagaan kecil malah berupaya mengembangkan sumber pendapatan secara berterusan dan program ini juga memberi penekanan kepada peningkatan keyakinan diri dan keupayaan berdikari dalam kalangan wanita supaya mereka tidak hanya bergantung kepada bantuan jangka pendek. Dengan adanya ilmu, kemahiran dan sokongan yang berterusan, peserta dapat menjana pendapatan sendiri, memperbaiki taraf hidup keluarga dan seterusnya keluar daripada kitaran kemiskinan secara lebih mampan dan juga berkesan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan seterusnya kita pergi ke soalan nombor 7 ADUN Lantikan

Dato' Wong Tat CheeAhli Yang Dilantik

Salam Sejahtera Yang Berhormat Dato Sri Speaker Izinkan saya mengemukakan pertanyaan nombor 7.

[Berapa peratusan rakyat bukan melayu yang sedang berkhidmat

dalam perkhidmatan awam kerajaan negeri Pahang?]

[Apakah tren pengambilan rakyat bukan melayu sedang menurun, static atau

meningkat dalam tempoh 10 tahun terakhir?]

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih Dato’ Sri Speaker. Salam Sejahtera. Terima kasih kepada rakan saya yang bertanya dengan perkhidmatan awam Kerajaan Negeri Pahang. Untuk menjawab soalan pertama berdasar rekod semasa Kerajaan Negeri Pahang, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia sehingga Mac 2026, seramai 10,086 orang

pegawai dan kakitangan sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam Kerajaan Negeri Pahang. Untuk soalan nombor 2, apakah trend pengambilan rakyat bukan Melayu yang menurun? Ok untuk jawab yang sekali lagi untuk soalan pertama. Untuk pengambilan dipanggil temuduga saya bagi 4 tahun dulu eh. 2022 yang dipanggil untuk temuduga adalah 1,929 orang. Jumlah hadir adalah 1,460 orang. Yang Melayu, kaum Melayu yang diambil sebagai perkhidmatan awam adalah 840 orang dan bukan Melayu 7 orang. Untuk 2023, dipanggil temuduga 839 orang. Jumlah hari adalah 619 orang. Perkhidmatan awam kaum Melayu diambil adalah 313 orang dan bukan Melayu 8 orang. Untuk 2024, dipanggil untuk temuduga adalah 1,079 orang. Jumlah hari adalah 925 orang. Perkhidmatan awam kaum Melayu diambil adalah 371 orang yang bukan Melayu 9 orang.

Untuk 2025, dipanggil untuk temuduga adalah 1,316 orang. Jumlah hari adalah 803 orang. Perkhidmatan awam kaum Melayu diambil adalah 443 orang dan bukan Melayu adalah 9 orang. Untuk makluman kawan saya, sekarang jumlah bukan Melayu yang khidmat di Pahang adalah 234 orang. Kerajaan negeri sentiasa mengamalkan prinsip peluang yang adil, terbuka dan berasaskan merit dalam urusan pelantikan ke perkhidmatan awam negeri tertakluk kepada syarat skim perkhidmatan, kelayakan, keperluan jawatan serta peruntukan undang undang yang dasar yang berkuat kuasa. Komposisi perkhidmatan awam negeri juga bergantung kepada faktor penawaran calon, kesesuaian jawatan, keperluan perkhidmatan serta penyertaan permohonan dari pelbagai kaum. Sekian.

Dato' Wong Tat CheeAhli Yang Dilantik

Soalan tambahan.

Speaker

1 soalan tambahan.

Dato' Wong Tat CheeAhli Yang Dilantik

Adakah kempen penerangan atau langkah-langkah proaktif sedang diambil untuk menambah baik peratusan pengambilan anggota bukan Melayu?

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih. Soalan tambahan. Kerajaan sentiasa ambil berat. Yang pentingnya jika sesiapa yang ingin memohon menjadi sebagai perkhidmatan awam dia. Nanti saya bagi link. Ok yang dekat link SPA Pahang.

Speaker

SPA

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

SPA Pahang

Speaker

SPA spa lain Yang Berhormat.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Minta maaf

Speaker

Janganlah ingat spa.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

SPA Pahang dan pergi sana daftar dan kita akan panggil. Kalau kita tengok kita akan panggil. Ok. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ok soalan seterusnya soalan nombor 8. Wakil daripada Chini.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Pergi ke Chini bersama Pok Tan. Saya kemukakan pertanyaan yang ke-8.

[Apakah perancangan kerajaan negeri bagi tahun 2026 dalam meningkatkan

sektor perlancongan di negeri Pahang?]

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan Yang Berhormat Chini yang bertanyakan. Pelancongan. Jadi untuk tahun ini, perancangan negeri Pahang untuk merancakkan sektor pelancongan ada beberapa. Yang pertama tentang promosi pelancongan domestik dan antarabangsa. Jadi kita seperti biasa, kita juga akan menyertai eksposisi pelancongan di luar negara. Jadi di sini sila izinkan saya berkongsi kenapa pentingnya kita perlu menyertai eksposisi pelancongan ini. Jadi contoh ITB Berlin. Ini adalah salah satu market yang penting untuk eko pelancongan di Pahang. Jadi hasil daripada ITB Berlin kita dapat bisnes baru di mana tahun ini ada yang confirm pasaran baru yang akan datang ke Kuantan kita ada 30 Group Series dari German yang akan bermalam 3 malam. 2 groups Perancis bermalam 9 malam dan Groups Scandinavian bermalam 5 malam di Kuantan.

Kesemuanya confirm dan masa sekarang kita masih terima enquiries daripada Portugal dan Austria dan eksposisi pelancongan ini penting untuk kita memperkukuhkan jaringan kerjasama yang sedia ada untuk kita mencari bisnes baru dan untuk kita dapat bertemu secara terus dengan pemain industri untuk faham apa yang berlaku sekarang. Sebagai contoh, saya baru balik dari China di mana kita menyertai Sales Mission di China bersama Tourism Malaysia. Jadi ada travel agent dari China. Dia tunjukkan pakej-pakej memang ada pakej ke Tioman….Memang ada

pakej ke Pahang. Tapi mengikut mereka, sambutan mungkin tidak begitu menggalakkan. Jadi, dengan ini kita perlu adjust strategi kita di sini. Mungkin kita kena lebihkan promosi di digital, di social media untuk meningkatkan kesedaran produk-produk knowledge kita kepada orang awam kepada pelancong di luar negara. Jadi itu pentingnya kenapa kita perlu secara berterusan untuk menyertai eksposisi pelancongan dan untuk eksposisi pelancongan domestic tahun ini kita akan lebih proaktif untuk jelajah ke negeri lain. Sebagai contoh, Johor, Penang, Selangor dan juga Perak untuk menyertai Travel Fair dan sila izinkan saya untuk mempromosikan 3 Travel Fair yang akan berlangsung di Kuantan pada 3 bulan ini.

Yang pertama, MAH Tourism Fair pada 29 hingga 31 Mei di East Coast Mall, yang keduanya MATTA Fair, Pahang 19 hingga 21 Jun juga di East Coast Mall, Pahang dan ketiga Star Karnival, Cuti-cuti Malaysia 3 hingga 5 Julai juga di East Coast Mall, Pahang, Kuantan. Dan keduanya, strategi kita adalah juga termasuk pembangunan… pembangunan pakej pelancongan dan kita telah merancang untuk beberapa bengkel latihan khusus kepada pemain industri supaya kita dapat bersama membangunkan pakej pelancongan yang dapat bersaing dan dengan harga yang lebih rahmah untuk menarik pelancong domestik. Yang ketiga yang sudah ulang untuk kita nak perlu lebih lagi menggunakan platform digital dan social media secara lebih meluas dan efektif untuk menarik perhatian pelancong-pelancong di luar sana. Dan juga keempat untuk lebih proaktif untuk mengeratkan kerjasama antara kerajaan dan pemain industri. Ini adalah antara beberapa perancangan bagi tahun ini. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Soalan tambahan.

Speaker

Sila wakil daripada Chini.

Er… Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperkenalkan lebih banyak program ataupun acara tahunan seperti festival pelancongan, sukan air, kebudayaan masyarakat orang asli, pertandingan memancing serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang mampu memberi impak ekonomi kepada penduduk setempat khususnya di kawasan Tasik Chini.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat Chini. Memang kita selalu mengalu-alukan untuk penganjuran acara sebab ada sesetengah destinasi pelancongan ia memang memerlukan acara untuk merangsangkan ketibaan pelancong. Jadi dengan ini Tourism Pahang kita ada kalendar acara pelancongan. Setiap tahun kita ada kalendar acara pelancongan dan kita memang … kalendar ini akan dikemaskini dari semasa ke

semasa dan kita memang mengalu-alukan cadangan kertas kerja proposal bukan sahaja daripada syarikat-syarikat NGO, sekiranya YB - YB ada cadangan, ada inisiatif dapat menarik penganjuran acara di kawasan masing-masing, kita amat mengalu-alukan. Dan contoh-contoh yang dikemukakan Yang Berhormat Chini seperti Pesta Sukan Air, Kebudayaan Orang Asli, semua ini ada dalam kalendar kita dan akan datang bulan 8 kita juga akan ada Pahang Fishing Fest… yang… Pahang Fishing Fest yang juga anjuran bersama dengan Tourism Malaysia. Untuk Tasik Chini, setakat ini kita belum apa… ada proposal, tapi kita mengalu-alukan sekiranya ada cadangan daripada pihak YB, kita akan cuba membantu. Terima kasih.

Soalan tambahan Dato’ Sri.

Speaker

Sila. Saya… saya ini dulu daripada wakil ADUN Lantikan. Tadi dia dah bangun.

Saya ingin tanya apa pendirian Kerajaan Negeri terhadap Pesta Air baru-baru ni. Itu yang soalan pertama. Yang kedua, apakah langkah seterusnya Kerajaan Negeri akan mengambil inisiatif untuk perkenalkan Cherating sebagaimana Titah Kebawah Duli Tuanku? Dan yang ketiga, kita di Kuantan ada satu tempat yang cukup bagus. Malam-malam kita boleh melihat kelip-kelip itu di sebelah Balok sana. Eh… Balok…bukan Balok… Cherating… di Cherating. Jadi apakah langkah untuk promote kan tempat-tempat seumpama ini? Sekian terima kasih.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Er… Terima kasih. Berkenaan dengan pesta air. Saya rasa kita faham yang menjadi topik hangat baru-baru ini. Jadi untuk makluman semua, memang ini adalah inisiatif Tourism Malaysia untuk menganjurkan Pesta Air sempena Hari Pekerja dan Tourism Pahang telah juga digalakkan mendapat cadangan permintaan daripada Tourism Malaysia supaya sempena Hari Pekerja, pesta ini boleh dianjurkan secara serentak di setiap negeri tetapi pada masa itu kita faham bahawa penganjuran pesta ini konsepnya tidak ditetapkan. Jadi, setiap negeri boleh mempunyai kebebasan untuk merancang program ini berdasarkan er… yang bersesuaian dengan budaya negeri masing-masing. Jadi negeri Pahang memang kita ada potensi untuk eko pelancongan. Memang kita mengalu-alukan inisiatif ini, kita mungkin apa yang dirancang pada Hari Pekerja yang lalu, kita faham bahawa ada sesetengah pihak yang mengemukakan bantahan atas isu sensitiviti. Tapi kita rasa bahawa Majlis Bandaraya Kuantan telah mempertimbangkan proposal yang telah dihantar, mengambil kira pelbagai faktor untuk pesta ini bagi saya Kerajaan Negeri kita boleh meneruskan asalkan pengisian dia bersesuaian dengan budaya dan yang boleh diterima oleh komuniti tempatan. Sebab kita tidak semestinya nak mengikut konsep yang dianjurkan di negeri lain.

Speaker

Yang penting Yang Berhormat, kita dapat bajet dia tu.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Yang penting dapat bajet, yang penting…

Speaker

Itu yang paling penting.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

… dapat menarik pelancong… yang penting chalet-chalet kita, hotel-hotel kita full… yang penting peniaga-peniaga kecil kita dapat cari makan. Saya rasa itu yang paling penting. Yang kedua tentang Cherating. Kita bersyukur kerana baru-baru ini kita dapat kelulusan RMK sebanyak RM15 juta untuk pembangunan di Cherating. Sebab isu di Cherating adalah hotel-hotel besar di Cherating, selalu dapat bisnes tapi bagaimana kita nak membantu peniaga kecil dan chalet di Cherating. Yang itu kita perlukan acara pelancongan. Tapi untuk acara pelancongan kita hadapi kekangan tentang isu lokasi parking. Jadi dengan adanya kelulusan bajet ini, Majlis Bandaraya Kuantan sebagai agensi pelaksana sedang dalam proses perancangan untuk design projek pembangunan dari bulan ini hingga September untuk… akan melibatkan tiga zon. Yang zon pertama melebarkan tempat parking, zon kedua akan melibatkan pembangunan dataran supaya masa kelak kalau ada acara-acara pelancongan, kita ada tempat untuk dianjurkan. Dan ketiga adalah melibatkan tempat esplane… pembinaan esplanade di zon 3 supaya kita akan ada tempat untuk showcase kebudayaan orang Asli. Itu adalah perancangan infrastruktur dan untuk acara pelancongan di Cherating, kita akan teruslah engage dengan local supaya kita dapat terus mengalu-alukan dan menyokong acara pelancongan di Cherating.

Yang ketiga tentang kelip-kelip, betul Hafiz Cherating ini adalah salah satu keunikan kita dan kita amat berbangga dengan produk pelancongan ini. Jadi setiap kali kalau kita ada FAM trip memang kita akan membawa travel agents dari luar negara atau domestik untuk melawat untuk merasai dan mempunyai pengalaman di Hafiz Cherating. Dengan ini, kita berharapkan bahawa dengan FAM, trip ini lawatan suai kenal kita dan mereka dapat membawa bisnes baru kepada untuk produk pelancongan ini.

Speaker

Okay, soalan terakhir untuk apa namanya… ADUN… apa namanya… wakil terakhir untuk bertanya soalan… soalan. Sila… sila Wakil daripada Cheka.

Terima kasih. Err. Saya tengok pertama sekali tahniahlah di atas perancangan yang telah pun disusun. Saya tengok Pahang ni kita punya produk pelancongan based kepada nature, alam semula jadi. Berbeza dengan Kuala Lumpur, beza dengan tempat lain. Kebanyakan pelancong kita datang dia nak lihat keindahan semula jadi. Kita Pahang ni antara yang uniknya kita ada pulau, ada pantai ada tanah tinggi dan sebagainya. Saya lihat dalam konteks ini kalau sekiranya insiden yang sedang berlaku di Timur Tengah menyebabkan pelancong dah berpindah daripada Dubai dan

sebagainya ke tempat lain dan ini kesempatan yang perlu kita ambil supaya mereka dapat dipindahkan atau boleh fokus pada negeri kita.

Cuma ada satu isu, Tioman ni 10 pulau tercantik di dunia suatu masa. Hari ini Tioman berdepan dengan masalah kehadiran pelancong luar negara yang sangat merosot. Kos tambang RM60 sehala, pergi balik RM120. Kalau dia pergi, dia bawa keluarga 4 - 5 orang beerti 4 5 ratus untuk tambang sahaja. Ini di antara komplain daripada yang saya dapat maklumat. Jadi saya ingat beberapa inisiatif selain daripada itu, untuk kita beri fokus kepada er… kempen pelancong pakej daripada luar negara. Kehadiran pelancong china ke Sabah, Sarawak sangat tinggi sangat tinggi, tapi mereka tak datang ke Pahang. Pahang banyak lepas Singapore tapi sangat kurang pelancong luar. Saya mengalu-alukan juga program domestik yang telah disusun. Terima kasih.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih Yang Berhormat Er….Cheka, seperti yang tadi saya berkongsi. Memang apabila kita berada di China, Er… fokus kita adalah untuk mempromosikan pantai dan juga pulau kita yang mana ini adalah satu tarikan yang sangat besar untuk pasaran ini. Jadi kenapa er., Tioman er… kita kurang dapat, contohnya er...er... pelancong dari negara luar? contohnya China. Jadi salah satu isu yang kita temui adalah mungkin dari segi kesedaran produk kita, kita perlu er... lebih agresif untuk mempromosikan pulau kita di pasaran ini bukan. Bukan sahaja melalui website kita travel ejen tetapi secara meluas melalui digital, platform digital, sosial media, career mereka dan media mereka. Ini adalah satu adjustment er... strategi kita yang kita er... akan melaksanakan pada tahun ini juga dan pada masa yang sama memang isu transport di Tioman sesuatu yang er.. menjadi er… er… salah satu faktor. Sebelum ini er…, beberapa mesyuarat telah diadakan dan er… kita er… juga bersyukur kerana pada pada asalnya kita hanya ada feri operator dan atas permintaan dan saya rasa er…atas er… pemantauan dan persetujuan. Akhirnya kita ada juga perkhidmatan speedboat yang dibenarkan beroperasi untuk menggerakkan untuk membawa pelancong er… dari jeti er…ke pulau. Kita berharap bahawa seterusnya akan ada usaha lain sebagai contoh, er…er… menaiktaraf jeti khususnya di Teluk Gading untuk kita dapat menampung lebih banyak feri dan menarik lebih banyak operator feri untuk berkhidmat di er…Jeti Teluk Gading.

Speaker

Soalan seterusnya kita bagi pada soalan er.. yang terakhir iaitu soalan nombor 9 wakil daripada Bukit Ibam, ini Yang Amat Berhormat jarang-jarang.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Terima kasih Er… Dato’ Sri Speaker. Soalan saya Nombor 9.

[Penyalahgunaan dadah di tanah rancangan FELDA masih menjadi cabaran

besar masalah social di negeri ini, apakah usaha kerajaan dalam membendung

isu ini?]

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

[Ayat Al-Quran] Bismillahirrahmanirrahim. Salam Pahang 1st, salam Maju Terus Pahang dan Er… juga terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Bukit Ibam dengan persoalannya iaitu penyalahgunaan dadah di tanah FELDA masih menjadi cabaran besar masalah sosial di negeri ini dan apakah usaha-usaha kerajaan dalam membendung isu ini. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, untuk makluman Ahli-ahli Dewan Yang Mulia kerajaan negeri memandang serius isu penyalahgunaan dadah di kawasan tanah rancangan FELDA yang masih menjadi antara cabaran sosial utama di negeri ini dan memerlukan pendekatan yang menyeluruh melibatkan aspek, pertamanya ialah penguatkuasaan iaitu pencegahan, pemulihan dan juga penglibatan komuniti dari sudut penguatkuasaan pihak Polis Diraja Malaysia, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang telah pun melaksanakan Ops Tapis Khas ataupun Ops Hawk secara konsisten setiap bulan dengan memberi fokus kepada kawasan FELDA dan juga kawasan di luar bandar. Sepanjang tahun 2024, sebanyak 13 operasi telah dilaksanakan melibatkan 3,517 kes dan 4,031 tangkapan telah pun dilaksanakan.

Manakala pada tahun 2025, sebanyak 13 operasi juga dilaksanakan melibatkan 2,888 kes dan 3,514 tangkapan telah pun dibuat. Bagi tempoh Januari hingga 31 Mac 2026 pula, sebanyak 3 operasi yang telah pun dilaksanakan telah melibatkan 629 kes dan juga melibatkan 755 tangkapan. Secara keseluruhan, sebanyak 29 operasi yang telahpun dijalankan melibatkan 7,034 kes dan juga 8,300 tangkapan telah pun dilaksanakan. Selain itu, pihak PDRM turut merekodkan data khas berkaitan tangkapan di kawasan FELDA yang melibatkan warga FELDA atau individu luar yang menjalankan aktiviti dadah di kawasan rancangan FELDA. Statistik menunjukkan sebanyak 2,792 tangkapan direkodkan pada tahun 2024, diikuti 1,824 tangkapan pada tahun 2025 dan juga 445 tangkapan bagi tempoh Januari hingga Mac 2026, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,061 tangkapan. Transaksi ini menunjukkan penurunan jumlah kes dan tangkapan dari tahun 2024 kepada tahun 2025, sekali gus memberi petunjuk awal bahawa pendekatan penguatkuasaan yang berterusan, operasi yang bersasar serta intervensi komuniti yang dilaksanakan oleh kerajaan bersama dengan agensi berkaitan mula menunjukkan kesan yang amat positif dalam membendung aktiviti penyalahgunaan dadah terutamanya di kawasan FELDA.

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dan akan terus memperkukuh usaha pencegahan penguatkuasaan dan pemulihan secara bersepadu. Untuk Er… untuk makluman, Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan juga ahli Dewan sekalian bahawasanya di dalam tanah rancangan ini sendiri, kita telah pun menubuhkan beberapa persatuan-persatuan termasuk NGO-NGO daripada Majlis Belia FELDA Malaysia dan juga kami anak FELDA Malaysia dan juga bersama dengan skuad Maya. Skuad Maya ini ditubuhkan dalam er.. masyarakat komuniti setempat untuk mengawal dan juga membantu dalam er.. operasi dadah yang sedang dijalankan di tanah rancangan masing-masing. Dalam masa yang sama, PDRM juga mempergiatkan pengawasan di bawah Seksyen 39C iaitu Akta Dadah Merbahaya 1952 terhadap penagih tegar yang berulang kali melakukan kesalahan. Pendekatan ini bertujuan mengasingkan penagih tegar daripada masyarakat bagi tempoh antara 5 hingga 7 tahun untuk memutuskan rantaian pengaruh negatif khususnya terhadap golongan muda. Sehingga Mac 2026 ini, seramai 1,607 individu telah diambil tindakan di bawah seksyen tersebut iaitu melibatkan 731 orang pada tahun 2024, 680 orang pada tahun 2025, dan 196 orang bagi tempoh Januari hingga Mac 2026.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, dari sudut pemulihan pula, Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Pahang telah pun melaporkan sehingga Mac 2026 seramai 1,166 klient FELDA sedang mengikuti program rawatan dan juga pemulihan dalam komuniti atau pun RPDK. Mewakili 33.24 peratus daripada 3,508 klien RPDK di negeri Pahang. Bagi mengukur tindakan secara lebih bersepadu, AADK bersama FELDA Negeri Pahang telah pun membangunkan Pelan Tindakan daerah, Pelan Tindakan Dadah FELDA Pahang 2026 atau PTDFP yang kini berada di peringkat akhir sebelum dimuktamadkan pelaksanaannya. Pelan ini memberi fokus kepada 3 komponen utama iaitu pencegahan, penguatkuasaan dan pemulihan. Dengan pendapatan KPI dan juga garis masa yang cukup jelas. Antara tindakan utama yang akan dilaksanakan termasuk penubuhan Sekretariat Gerakan Bersepadu sebagai platform Penyelarasan Tindakan Anti dadah, Pembangunan Profiling komuniti berisiko di 115 rancangan FELDA melalui kerjasama Pegawai Perhubungan Sosial FELDA terutama sekali di Wilayah Kuantan, Jengka, dan Mempaga serta pelaksanaan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain seperti PDRM, RELA, JPNIN dan juga pihak berkuasa tempatan. Selain itu, kerajaan turut memperluaskan program pendidikan, pencegahan dan juga kesedaran awam melalui ceramah, kempen dan juga aktiviti gaya hidup sihat di sekolah serta komuniti FELDA bagi mendekati golongan belia dan juga remaja supaya menjauhi dadah ini.

Dalam aspek rawatan pula, dan juga pemulihan. Pelbagai program telah dilaksanakan termasuk program integrasi sosial, program kekeluargaan, psiko pendidikan, pencegahan, program keagamaan, kerohanian serta lawatan berkala dari rumah ke rumah bagi memastikan sokongan berterusan dapat diberikan kepada mereka di dalam komuniti. Untuk makluman Ahli Dewan Yang Mulia ini, pada 16 Mac 2026 yang lalu, telah diadakan sesi Libat urus Pelan Tindakan Dadah FELDA Pahang di Kuantan yang melibatkan hampir 200 pegawai daripada FELDA dan juga AADK seluruh negeri Pahang. Fokus ini adalah untuk memperkukuh menyelaraskan tindakan anti dadah serta memperkasakan peranan komuniti termasuk skuad Maya FELDA sebagai agen perubahan di peringkat rancangan masing-masing. Kerajaan negeri yakin bahawa pendekatan bersepadu yang dilaksanakan ini mampu membendung gejala penyalahgunaan dadah di kawasan FELDA secara lebih berkesan selaras dengan hasrat untuk memastikan komuniti FELDA di negeri Pahang terus aman, sejahtera dan bebas daripada ancaman dadah.

Hari ini kerajaan negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar, menyeru kepada semua lapisan masyarakat terutama sekali di dewan ini, wakil rakyat yang terlibat hari ini di kawasan masing masing terutama di kawasan FELDA untuk bersama kita membenteras dadah sehingga boleh dinoktahkan masalah ataupun menyifarkan di dalam FELDA ini dan juga di negeri Pahang. Ini juga rentetan daripada titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang pada salah satu program yang telah dilaksanakan pada September tahun 2025 yang lalu. Justeru itu, bermula daripada rumah hingga seluruh pelosok, kita, marilah kita bersama-sama untuk memastikan dadah terutama sekali di kawasan Felda dapat dileraikan di sini. Sekian, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, satu soalan.

Tuan Nazri bin AhmadPAS · PNBukit Ibam

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kerajaan Negeri dan juga pihak berkuasa dalam usaha pencegahan dan juga merawat ini. Namun, antara cabaran yang kita lihat hari ini ialah dadah sintetik dan juga vape yang ada pelbagai perisa seperti dadah juga yang kita lihat walaupun Kerajaan Negeri telah menetapkan pengharaman jualan dan seumpamanya, namun di kawasan FELDA, saya lihat seperti masih agak berleluasalah terutamanya dari kalangan remaja. Jadi apakah usaha dalam menangani masalah ini? Terima kasih.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Terima kasih kepada sahabat saya, Yang Berhormat Bukit Ibam. Terima kasih di atas soalan yang telah dikemukakan. Inilah antara salah satu pendekatan-pendekatan yang perlu kita jelaskan. Sebab itu apa yang telahpun kita bentangkan tadi, jawapan telah pun diberikan bahawasanya pendekatan ini, kita bermula daripada rumah dan sehingga bawa kepada peringkat persekolahan. Dan apa yang telahpun dilaksanakan iaitu kerjasama di antara rancangan di dalam rancangan masing-masing.

Di dalam FELDA ini, kita ada JKKR, kita ada GPW, kita ada MBFM, kita ada KAF dan ada satu lagi skuad khas yang boleh membantu iaitu Skuad MAYA yang boleh membantu dan juga membuat pelaporan terus kepada pihak-pihak yang berwajib yang pemegang kuasa. Antaranya ialah PDRM di bahan narkotik yang boleh membantu untuk kita membenteras secara terus. Sebab itu kita kena perlu bersama menggembleng tenaga bersama untuk kita meletakkan bahawasanya antara gejala-gejala yang sedang berleluasa ini ialah vapes yang telahpun diharamkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan memastikan perkara ini dapat dilaksanakan di bawah di peringkat akar umbi. Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato' Sri.

Speaker

Ini, ini. Saya, saya ingat cukup, cukup. Saya nak terus ke yang akan datang. Kalau macam ini Yang Berhormat boleh tanya dia teruslah. Tengah-tengah makan karang boleh tanya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah selesai membincangkan 9 pertanyaan dan jawapan. Sebagaimana aturan hari semalam, kita akan meneruskan persidangan ini dan pihak Dewan Negeri ada menyediakan jamuan pagi di bilik jamuan ADUN bagi Ahli-ahli Dewan Negeri dan di ruang kanopi bagi ketua-ketua jabatan.

Sebelum itu, saya ingin mengalu-alukan kehadiran 6 orang, 6 orang daripada UMNO Bahagian Paya Besar, 4 orang daripada DUN Guai, 2 orang daripada DUN Teruntum dan 6 orang pelajar-pelajar intern, pelatih latihan industri yang masing masing sedang menjalani latihan industri di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Perkhidmatan Pengurusan, Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat SUK. Ahli Yang Berhormat sekalian dijemput untuk menikmati maknanya tadi Ahli-ahli Yang Berhormat yang yang yang rasakan ingin menikmati jamuan yang disediakan secara bergilir-gilirlah keluar dan kembali semula dalam dewan. Baiklah, kita akan meneruskan dengan aturan mesyuarat aturan urusan mesyuarat seterusnya.

Setiausaha Dewan

Perkara ke-3 sambungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di hadapan majlis ialah satu usul yang berbunyi bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Usul tersebut telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan telah pun mendapat sokongan.

Sekarang saya kemukakan usul semula usul tersebut kepada perbahasan. Dengan ini, saya menjemput Ahli Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Tanjung Lumpur untuk membahaskan usul tersebut. Silakan.

Dato’ Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Assalamualaikum WBT [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Yang dikasihi, Yang Berhormat Dato' Speaker, seterusnya pada semua Ahli-ahli Dewan, muslimin dan muslimat. Baik, terlebih dahulu, saya merakamkan ucapan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan titah diraja. Baik, yang pertama ingin saya menyampaikan ucapan tahniah sebagaimana apa baginda mulia yang menyampaikan ucapan tahniah kepada pihak kerajaan di atas pencapaian-pencapaian pihak Kerajaan Negeri. Jadi, saya juga menyampaikan ucapan tahniah dan juga terima kasih di atas kejayaan-kejayaan tersebut yang pastinya akan memberikan kebaikan kepada rakyat dan juga negeri Pahang itu sendiri. Dan saya ingin juga menyentuh sedikit daripada titah ucapan tersebut. Ayat makna di antaranya kenyataan dalam titah tersebut yang saya kira bersifat seperti arahan, titah ni seperti arahan supaya wakil-wakil rakyat ni dia turun naik ke jabatan dan juga agensi kerajaan dalam usaha untuk membincangkan ataupun menyelesaikan masalah masalah ataupun isu di kawasan masing-masing dengan jabatan dan agensi yang terlibat.

Maka apabila ini adalah merupakan titah, saya kira, ia juga merupakan satu titah juga kepada pihak kerajaan dan juga kepada pengarah, jabatan ataupun agensi kerajaan supaya bersedia untuk menerima kedatangan kami. Kami datang tak ada tujuan lain kecuali untuk menyelesaikan isu rakyat. Jadi jangan takutlah makna kalau kami datang ni tak perlu kepada untuk rasa takut bimbang sebab ni dah merupakan titah ucapan diraja kan? Kita semua faham dengan masalah-masalah politik dan sebagainya. Tetapi insya-Allah apabila pihak Sultan telahpun bertitah, maka selepas daripada ini, insya-Allah kami mengharapkan bahawa hubungan di antara wakil rakyat terutama sekali kami di pihak pembangkang ni er... menjadi lebih baik, lebih akrab dengan pihak jabatan-jabatan kerajaan untuk sama-sama kita menyelesaikan isu-isu rakyat, Insya-Allah.

Dan yang keduanya saya nak menyebut sedikit tentang isu... isu judi yang mana pada tahun 2025, er... 2025, pihak berkuasa ini dia telah mengambil tindakan memotong bekalan elektrik di 10 premis dalam DUN Tanjung Lumpur. Jadi terima kasihlah kita ucapkan di atas tindakan tersebut. Tetapi kita melihat bagaimana kegiatan ini dia masih berterusan. Dia seolah-olah tak ada siapa yang dia takut. Dia seolah-olah tuan-tuan sekalian, seolah-olah apa yang mereka buat ni tuan-tuan sekalian, tidak ada orang yang menghalang ataupun dan sebagai. Kita pun tak faham. Selepas daripada ambil tindakan sekejap, buat pula. Kemudian buat pula. Begitulah keadaan perjudian... perjudian haram. Jadi apabila kita bersembang dengan rakyat berkaitan dengan perkara ni rakyat ni tuan-tuan sekalian, dia mudah je. Dia salahkan Majlis Bandaraya. Dia salahkan pihak polis. Dia salahkan. Jadi dia mendatangkan satu keadaan yang

tidak baik. Persepsi yang buruk terhadap jabatan-jabatan kerajaan. Kesan daripada perkara ni dia berlaku secara berulang kali. Jadi, sebab itulah saya bawa lagi ke sini.

Walaupun 2 3 kali dah kita sebut tentang isu judi yang saya kira pandangan saya bahawa bukan setakat potong eletrik dia, air dan sebagainya. Dan kita merasakan bahawa perlu kepada satu hukuman yang lebih lebih berat lagi sehingga membatalkan premis, tarik balik dan sebagainya dan pemilik er… kedai bangunan dan sebagainya. Batalkan terus apa pemilikan tersebut sebagai satu tindakan undang-undang yang keras yang mudah-mudahan dapat membendung kerana ini adalah satu masalah yang sangat besar. Pada saya sangat besar melibatkan berlakunya keruntuhan kepada kepada masyarakat. Ya lah di pejabat kita, rakyat datang dan sebagainya banyak menyebut tentang isu judi dan kesan judi kepada kepada keluarga mereka. Bagailah pelbagai aduan yang kita terima daripada daripada er… daripada err..keburukan err.. judi itu sendiri. Kerana itu juga saya mengharapkan er…supaya pemantauan ini berlaku secara berterusan dan juga gerak kerja bersepadu di antara kerajaan termasuklah pihak PBT, Polis er.. dan juga libatkan wakil komuniti er..seperti er..JPKK, KRT er... selain itu, perlu juga kepada satu er.. tindakan untuk melahirkan kesedaran er..masyarakat awam er..mendidik masyarakat tentang keburukan judi dan sebagainya dan dipergiatkan er..termasuklah melalui siaran er.. radio er.. kita ada Pahang FM dan kita juga ada khutbah Jumaat pada setiap hari Jumaat. Er… mudah-mudahan dimasukkan juga perkara ini dalam teks er… khutbah Jumaat, Insya-Allah.

Kemudian perkara yang ke 3, er..saya kira Exco er..Belia Pemuda Exco Belia boleh er... mengambil perhatian terhadap er… terhadap isu ini yang mana, saya mengambil kesempatan untuk mengangkat kisah seorang er… anak muda budak lagi umur 12 tahun er..yang berada dalam DUN Tanjung Lumpur iaitu yang tinggal di Sungai Isap, Kuantan. Beliau adalah Al-Adam Mikael, Muhammad Amirul Hafiz yang tinggal di perumahan Sungai Isap. Pada usia beliau yang er… sangat muda baru berusia 12 tahun yang mana beliau ni telah membuktikan kemampuan luar biasa dalam sukan permotoran dengan menjuarai beberapa kejohanan di peringkat junior er… jadi juara di peringkat kebangsaan. Beliau juga mewakili Malaysia er… ke pentas antarabangsa iaitu di Sepanyol pada tahun lepas bagi kategori 160 cc dalam kejohanan FIM miniGP pada tahun er… pada tahun lepas, yang mana ini bukanlah er… merupakan pencapaian yang kecil er… tetapi ia adalah satu kebanggaan besar buat negeri Pahang. Tapi er… di sebalik kejayaan tersebut terdapat realiti yang sangat mencabar er…bagi adik Al-Adam ni dan juga keluarga dialah yang mana er..beliau terpaksa menjalani latihan di luar daripada negeri Pahang kerana negeri Pahang ni ketiadaan litar perlumbaan yang sesuai di negeri Pahang. Banyak masa dia er… dihabiskan untuk perjalanan ke tempat latihan dan ianya pasti er... sangat memenatkan, er..di samping itu, banyaklah belanja yang terpaksa dikeluarkan. Jadi banyaklah kos yang terpaksa ditanggung oleh keluarga untuk menyokong er… penglibatan beliau dalam bidang ni.

Oleh kerana kos ni dia sangat tinggi sebab dia melibatkan latihan kejohanan, penyelenggaraan jentera dan juga perjalanan ke luar negeri ni bukan satu perkara yang satu perkara yang kecil. Jadi dalam kes adik Adam ni, er… keluarga beliau ni terpaksa berkorban besarlah er… untuk memastikan supaya bakat dia itu tidak berkubur begitu sahaja. Jadi, saya dimaklumkan er… dua tiga kali kita ziarah rumah dia dimaklumkan bahawa ada 10 orang er… yang lebih kurang sebaya dengan dia er… dalam usia 10 hingga 12 tahun anak Pahang yang terlibat dalam sukan er… permotoran ni. Jadi di sini saya er… ingin er… menyebut tentang er… peranan er… dan juga usaha kerajaan negeri dalam er… dalam kita nak membantu er… bakat-bakat yang seperti ni. Kalau kita sorot sedikitlah er.. untuk rekod, bagaimana dalam sidang DUN ini, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia Sukan dan

Badan-badan bukan Kerajaan Negeri Pahang yang mana Yang Berhormat Tuan Fadzli Mohd Kamal, er… dulu dia pernah menjawab er… bagaimana dan beliau telah menyebut bahawa dua litar permotoran baru akan dibina di negeri ini. Disebut bahawa 2 er… akan dibina er… iaitu tempat yang dicadangkan satu di er... di satu di pekan dan satu lagi er... satu lagi di sebelah Pahang Barat. Pahang Barat ni mungkin di Temerloh kerana berdasarkan juga kepada er..ucapan iaitu Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa er…bahawa Yang Amat Berhormat er... menyebut untuk kaji wujudnya hab permotoran litar di Temerloh. Haa yang ni er.. ialah pada tahun 2023. Lama lah err.. cuma buka buku sejarah. Mujur tak makan di anai-anai jumpa kerana nak er… untuk menarik perhatian. Tak ada apa apa kalau mampu, tapi saya gi ziarah dia tu kesianlah kerana er… banyaklah pakai duit dia terpaksa berlatih di Pulau Pinang terpaksa berlatih di di Pulau Pinang untuk er… Ha Ha. Jadi, Insya-Allah er… saya mengharapkan bahawa isu ini dapat er… diberi perhatianlah er… beri perhatian oleh pihak oleh pihak kerajaan dan kemudian saya juga nak menyebut sedikit walaupun isu tu isu lama.

Tapi pada baru-baru ni lah baru-baru ni bukan baru ni dua tiga bulan yang lepas pada bulan Ramadhan ada rakan-rakan doktorlah daripada Kuala Lumpur ni datang nak bagi sumbangan di Flat Pak Mahat. Jadi saya bawaklah er… bawak ke flat Pak Mahat dan dibawa pulak ada seorang dua daripada Singapura datang rakan-rakan dia. Jadi kita bawaklah rumah orang miskin susah dan pada ketika tu tahap kebersihan Pak Mahat ni dan keadaan yang sangat teruk dengan sampah, dengan bau busuk dan sebagainya. Jadi, er… setelah kita pergi ni pun pergi er… sampai ke tingkat atas sekali, kat atas sekali ni kita fahamlah. Naik er… apa lif di Flat Pak Mahat. Dahlah yang salah satunye tu er… lif dia memang (ketawa) kalau orang sakit jantung mati selalu saya rasa er… Dia naik atas tu pun dia (aksi bunyi) pergi terus selalu ke 5 saya yang takde penyakit jantung ni pun nyaris-nyaris lah. Jadi, tak apalah yang tu saya tak kisah sangat er…orai.

Cuma yang bila rakan pada Singapore tu dia tanya saya. Dia kata siapa yang selenggara saya sebutlah ni majlis bandaraya. Jadi dia kata tak selenggara ke, saya kata selenggara, kat sini tetapi ini adalah masalah sikap er.. Masalah sikap. Lepas tu dia cerita kalau kat Singapore ni dia kata memang kena halau dah ni dia kata kalau macam ni saya kata kalau kalau kat Pahang ni kena halau. Kita halau dia kata er… dia tidur rumah menteri besar lagi bahaya. (Ketawa) jadi habis kata, kalaulah saya bersuara untuk halang suruh keluar tak jadi wakil rakyatlah akan datang. Makna itu sikap er... Jadi saya kira perkara ni perlu juga kita bincang daripada masa ke semasa. Berfikir daripada masa ke semasa, macam mana nak selesai masalah ni dah lama dah masa zaman er… Yang Amat Berhormat mantan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dulu pun dia cerita dia sendiri masuk, masuk masuk lif tu bau air kencing dan ada orang berak pula dalam, dalam, dalam lif dan sebagainya. Jadi, saya kira kita kena sama-sama fikirlah. Saya pun tak boleh fikir dah er… tak boleh fikir dah macam mana cara. Tapi kita sian kesianlah sebab dia orang Melayu, orang Islam dan sebagainya.

Mana cara kita nak nak ubah er… minda tu supaya jadi lebih lebih baiklah. lepas tu sikitlah cerita tentang flat Pak Mahat dan kemudian saya juga nak bertanyalah pada pihak kerajaan tentang status projek pembentungan tu, er… sebab dah lama sangat dah. Er… dah lama sangat dan kemudian kon-kon dia tu masih lagi mengganggu. Kalau mengikut taklimat kami berjumpa dulu, kami bertanya tentang jalan raya, dia kata jalan raya ni, nanti bila dah siap semua, semua er… dia akan buat, buat semula jalan jalan baru tu. Jadi kami tunggu ni, tak ada lagi jalan baru jadi letih YB hari-hari kena sumpah. Rakyat dia tak tahu apa dia maki kerajaan, dia maki YB dia maki JKR tu je kerja dia tu rakyat kan. Dia tahu bila kereta dia bergoyang. Ork tu je. Jadi er… kita tak boleh hidup selama-lamanya dimaki. (ketawa) Jadi minta saya minta kerajaan

ni apa saya nak tahu status projek tu macam mana. Saya tak jumpa dah dia punya apa dia punya kontraktor dan dia minta nak beri penerangan pun saya tak nak dah sebab dia jawab benda yang sama je. Dia tunjuk gambar lubang tu ada batu lubang tu ada air. Dia tunjuk benda yang sama je. Jadi kita minta supaya saya nak minta supaya apa status projek tu projek tu sekarang dan kalau ada status dia er…… ke kita nak tahu bila agak-agaknya siap er… projek itu dan kemudian yang terakhir er… tak banyak er… tapi cukup 15 minit dah ke ada lagi?

Speaker

Sebenarnya dah lepas er… tapi tak apa akhirnya sila gulung.

Dato' Haji Rosli bin Abdul JabarPAS · PNTanjung Lumpur

Sebelum apa er… sebelum berpantun er… baik. Sedikitlah berkaitan dengan pantai. sebagaimana Titah Tuanku juga supaya kita mengambil berat dan er… apa tentang pelancongan di negeri Pahang kerana pelancongan ini dapat memberikan impak yang besar kepada er… kepada negeri. Jadi pelbagailah di antara disebut oleh er… oleh Tuanku ialah Cherating, Teluk Chempedak dan sebagainya. Namun begitu, kawasan Tanjung Lumpur juga mempunyai pantai yang cantik, menarik yang perlu diberikan perhatian di antaranya Kempadang er… Kempadang dan kita terima kasihlah pada pihak kerajaan yang kita lihat pembangunan di Kempadang di Pantai Kempadang itu semakin baik dan sehingga sekaranglah kita tengok pada hari cuti ribuan pelancong datang dan kita merasakan bahawa mengalahkan Teluk er… Teluk Chempedak kerana ramainya yang datang di Pantai Kempadang. Kemudian di Pantai Anak Air er… Pantai Anak Air juga mempunyai potensi yang sangat besar sebagai pusat pelancongan kan jadi kalau malam-malam itu memang ramai er… malam dan kita lihat juga Pantai Anak Air ini satu pantai yang sangat cantik, menarik, damai, tenang dan sebagainya.

Jadi kita mintalah juga pihak kerajaan ambil perhatian serius terhadap beberapa perkara untuk menyediakan prasarana di antaranya tandas awam yang saya kira tidak mencukupi ada tapi er… tapi sedikit. Kawasan parking yang tidak susun er… bukan tak susun memang tak ada la, dia parking atas pasir itulah. Kadang-kadang orang yang hendak pergi beli itu dia kena tolak kereta, kereta lekat sebab [ketawa] parking atas er… parking atas pasir. Kemudian pencahayaan yang baik sebab Pantai Anak Air ini saya mintalah kepada rakan-rakan pergi sebelah malam er… sebelah malam ini memang hebat jadi memang perlu kepada pencahayaan yang baik sekarang sebab ramai orang meniaga kedai makan di situ. Jadi perlu pada pencahayaan yang baik, kemudahan gerai dan kawasan rehat gerai ini gerai yang tersusun serta aspek kebersihan dan er… dan sebagainya. Jadi, kita mengharapkan supaya Pantai Anak Air ini menjadi lebih baik, setanding dengan Teluk Cempedak pada masa yang akan datang, Insya-Allah. Jadi saya rasa cukup sekadar itu er… saya tutup dengan pantun dua kerat.

Ikan puyu ikan emas, Thank you very much.

Saya menyokong Titah Ucapan Tuanku. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat er… Tanjung Lumpur. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Pancing. Sila.

Assalamualaikum WBT dan er… selamat tengah hari. Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillah [Bacaan dalam Bahasa Arab] Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri seterusnya sahabat-sahabat daripada ADUN Negeri Pahang. Saya dengan ini menjunjung kasih atas Titah Ucapan Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang pada Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang kali yang Kelima Belas.

Yang Berhormat Speaker,

Pada hari ini saya bercadang untuk menyentuh dua perkara yang pertama berkenaan dengan er… food security dan juga harapan anak muda kita di negeri Pahang.

Yang Berhormat Speaker,

Kita hari ini berada pada dalam era the age of uncertainty er… sejarah telah mengajar kita melalui pandemik Covid-19 dan juga ketegangan politik hari ini di antara Iran, Israel di Asia Barat telah menghantar kita isyarat kecemasan kepada ekonomi dunia apabila pintu perdagangan kita tidak lagi boleh dilalui dengan baik, maka kita melihat harga input pertanian seperti baja, dedak import akan melonjak dan kita tidak boleh lagi meletakkan nasib perut rakyat kita kepada tangan orang luar dan saya suka mencadangkan supaya Pahang bangkit sebagai benteng pertahanan makan makanan negara.

Yang Berhormat Speaker,

Pahang adalah negara terbesar di semenanjung dengan keluasan kira-kira 3.95 juta hektar. Namun, mengikut data statistik sebahagian besar tanah kita masih tertumpu kepada tanaman komoditi seperti kelapa sawit yang seluas 856,000 hektar dan getah sekitar 196,000 hektar. Pergantungan keterlaluan kepada import makanan menyebabkan kita terdedah kepada kawalan turun harga naik pasaran dunia sedangkan tanah untuk tanaman makanan ruji masih lagi minimum di Pahang terutamanya. Kalau kita lihat tanaman untuk sayuran sahaja hanya sekitar 233 hektar. Jadi, data terkini menunjukkan bagaimana Malaysia mengimport makanan sekitar RM70 bilion setahun er… Malaysia mengimport RM70 billion produk makanan setahun dan sebagai negeri yang mempunyai tanah yang luas ini adalah merupakan kerugian yang besar pada kita. Sekiranya kita dapat mengambil peluang daripada RM70 billion tadi untuk kita usahakan menjadi sebahagian daripada pengusaha, penyedia produk ataupun penyedia makanan utama dalam negara.

Yang Berhormat Speaker,

Saya suka mencadangkan agar Kerajaan Negeri Pahang melaksanakan integrasi ternakan nasional iaitu mengoptimumkan er… mengoptimumkan jutaan hektar ladang sawit di Pahang. Ternakan untuk ternakan lembu secara integrasi kita perlukan insentif khas kepada GLC dan pekebun kecil untuk meningkatkan populasi ternakan di bawah kanopi sawit dan kalau kita lihat di Pahang sendiri ada tiga projek tapak kekal

pengeluaran makanan yang sedia ada yang belum ada lagi peserta dan juga jenis haiwan yang diternak.

Tuan Speaker,

Oleh demikian, tanah sawit yang luas bolehlah kita integrasikan untuk juga kita menjadikan sebagai tempat ternakan lembu ataupun kerbau yang juga menjadi sumber utama makanan dan juga menjadi bahan import utama negara juga pada hari ini.

Tuan Speaker,

Saya juga ingin mencadangkan supaya diwujudkan juga zon khas bagi penternakan ayam yang dilengkapi dengan teknologi er… close house system bagi menjamin bekalan protein kita supaya bekalan makanan tempatan sentiasa er… sentiasa stabil dan tidak terjejas bahkan rakyat kita dapat jaminan makanan yang halal kerana produk kita mudah dikawal oleh mereka yang berwajib sekiranya kita berjaya menyediakan sumber makanan protein yang cukup.

Yang Berhormat Speaker,

Kita juga perlu melihat er… melampaui jelapang padi tradisional kita di utara. Pahang saya cadangkan supaya kita mula meneroka untuk penanaman padi secara estate, secara berskala besar. Ini bagi membolehkan, ini bertujuan untuk kita menggunakan benih padi yang lebih tahan lasak serta memerlukan air yang lebih er… yang er… yang kurang air sekiranya boleh kita meneroka padi huma, huma moden. Saya bagi contoh, ada dua negara di sini yang mengusahakan padi huma moden secara berskala besar estate. Yang pertama, Brazil yang merupakan peneraju dalam teknologi padi huma, padi darat upland rice. Mereka menggunakan benih padi yang telah diubah sesuai er… yang telah diubah suai dengan genetik untuk tahan kemarau dan mengusahakannya secara estate secara besar-besaran begitu juga Thailand. Thailand kalau kita lihat merupakan negara jelapang padi tetapi Thailand juga merupakan negara yang usahakan padi di pergunungan dan kawasan pedalaman dan Thailand berjaya memasarkan padi huma sebagai produk premium berbanding dengan produk er… di bendang sawah iaitu produk er…

Speaker

Dia er… Yang Berhormat ada satu lagi kalau kita pergi ke Sarawak, dipanggil beras Bario pun padi huma juga cuma kita tak commercialize sahaja Bario…Kita galakkan kalau siapa-siapa nak pergi boleh ikut dan kena naik helikopter Yang Berhormat, Yang Berhormat nak ikut.

Boleh kalau ajak Insya-Allah. Jadi err... mungkin kita boleh dengan dengan jumlah tanah yang banyak, kalau kita lihat hampir 12 ribu tanah terbiar di negeri Pahang. Mungkin produk padi huma ini boleh kita jadikan sebagai antara makanan utama dan ruji yang akan mengisi kekosongan makanan utama kita yang diimport daripada luar negara. Saya juga mencadangkan supaya pahang menjadi hab ataupun pusat penyediaan dan pengeluaran benih tanaman makanan yang bermutu tinggi untuk dibekalkan kepada petani di seluruh negara.

Yang Berhormat Speaker,

Kalau kita lihat hari ini yang mengusahakan pertanian utamanya padi banyak di masih lagi dimonopoli oleh orang lama orang tua-tua. Anak-anak muda kita sebenarnya berminat untuk usahakan bendang tetapi mungkin mereka ini tidak mahu lagi pekerjaan yang kita kata terlibat dengan 3D dan 3D dirty, difficult dan juga dangerous. 3D hari ini. Jadi dalam menghadapi krisis sekuriti makanan global, kita tidak lagi boleh bergantung semata-mata kepada model pertanian konvensional yang terlalu bergantung kepada tenaga buruh manual penggunaan air yang berlebihan sistem pengeluaran tidak berasaskan data. Sebagai contoh, kalau kita lihat sebuah sebagai contoh, India dan India ada satu research yang saya baca di sebut India mempunyai negara yang hampir sama dengan kita cabarannya. Dari sudut perubahan iklim, saiz pegangan kecil, petani dan kebergantungan utama mereka kepada sektor pertanian telah membuktikan bahawa teknologi pertanian pintar mampu meningkatkan produktiviti dan menjamin food security negara mereka.

Kajian antarabangsa yang dikeluarkan oleh jurnal Sensors 2025 mendapati bahawa pasaran dron India dijangka meningkat daripada 1.2 USD bilion USD 1.2 bilion pada tahun 2023 kepada USD 4.87 bilion menjelang tahun 2023. Oleh demikian, suka juga saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menyediakan dana geran padanan matching gran untuk kegunaan dron dan pembajaan sistem sensor atau penderia untuk pengairan automatik. Kajian tersebut juga mendapati penggunaan dron pertanian di India sangat membantu mengurangkan kos operasi ladang meningkatkan kecekapan pembajaan dan penyemburan. Mengurangkan pencemaran serta meningkatkan hasil tanaman melalui pemantauan kesihatan tanaman secara tepat. Dan dalam dalam penggunaan air pula, kalau kita lihat dan dengan teknologi dron dan IoT telah terbukti bahawa pembaziran air dapat dikurangkan secara sangat signifikan. Contoh dia bagi pada kita kajian di Hariana, India menunjukkan penggunaan dron untuk penyemburan pertanian sama ada racun atau baja, mengurangkan penggunaan air daripada 100 liter kepada hanya sekitar 5 hingga 6 liter sahaja bagi setiap ekar tanaman.

Yang Berhormat Speaker,

Saya juga ingin membawa mencadangkan Kerajaan Negeri untuk melakukan anjakan dengan menjadikan Pahang sebagai hab kecemerlangan Tvet pertanian moden. Kalau kita lihat di Pahang sendiri, kita telahpun ada beberapa institusi TVET seperti PSDC mungkin Kolej Komuniti. Jadi, kita perlu wujudkan kerjasama dengan agensi seperti FELDA, RISDA untuk melatih anak muda supaya mereka cenderung minat dalam bidang Smart Farming, pengoperasian dron, pertanian dan juga sistem fertigasi pintar. Dan hari ini sekiranya kita hanya melatih mereka sahaja menjadi pekerja tetapi tidak membimbing mereka menjadi usahawan yang berjaya. Kita juga gagal kerana tenaga ada tapi kita tidak menyediakan tanah ataupun menyediakan program yang baik untuk mereka. Saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya menyediakan bank tanah ataupun land bank khusus untuk graduan TVET pertanian di negeri Pahang. Khusus untuk pertanian khusus untuk graduan TVET petanian di negeri Pahang. Dan boleh kita berikan kelebihan kepada mereka. Contohnya, memulakan projek rintis dengan sewaan tapak yang rendah serta menyediakan fast track atau fast lane kepada graduan TVET pertanian daripada institusi TVET di negeri Pahang. Dan kepada anak-anak muda ini juga kita boleh berikan bantuan dan sebagaimana yang telah pun dilakukan oleh kerajaan negeri juga untuk anak-anak muda ini mendapat sijil profesional dalam pengurusan ternakan akuakultur moden bagi memenuhi keperluan utama di wilayah-wilayah terutamanya di wilayah yang hari ini kependudukan semakin menurun.

Dan kalau kita lihat statistik bandar Kuantan terlalu tinggi hampir enam ratus ribu. Dan kalau kita lihat di Lipis, hanya 100 ribu lebih sahaja di Cameron Highlands 40 ribu orang. Jadi, jarak penduduk yang sangat jauh dengan kita mewujudkan pertanian-pertanian moden ini boleh menyediakan peluang pekerjaan dan mungkin boleh menarik kembali anak-anak muda kembali ke kampung halaman masing masing.

Yang Berhormat Speaker,

Saya juga ingin membawa isu-isu tempatan di tempat saya yang pertama isu berkenaan dengan er... status tanah dan juga binaan kuil di Gua Charas. Kalau kita lihat pada 15 Mei tahun lepas, 15 Mei 2025 Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan telah mengeluarkan notis pengosongan binaan kuil dalam gua tersebut. Persoalannya, sekarang apakah status notis ini? Adakah arahan itu masih lagi berkuat kuasa ataupun telah ada sebarang penangguhan. Ataupun mungkin telah pun ada permohonan daripada mana-mana pihak untuk mendapat permohonan err... tanah digunakan untuk pembinaan rumah-rumah ibadat. Jadi saya mohon penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri mengenai status tanah Gua Charas tersebut. Adakah ia masih lagi tanah rezab kerajaan ataupun telah ada sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk mewartakannya sebagai tapak rumah ibadat. Jadi, kita mahu isu ini diselesaikan mengikut lunas undang-undang bagi memastikan tapak warisan geologi pelancongan negara kita terjaga tanpa mengenepikan sensitiviti masyarakat setempat.

Yang Berhormat Speaker,

Saya juga ingin membawa kembali satu isu yang pernah saya bangkit dahulu iaitu isu kawasan lombong di tempat saya yang tidak ada guardrail dan tidak ada tanda-tanda keselamatan yang boleh membahayakan mereka yang lalu lalang setiap hari di kawasan tersebut. Pernah berlaku dulu satu keluarga terbabas ke dalam lombong. Satu keluarga ni bawa pacuan empat roda terbabas dan lombong. Cuma mereka bernasib baik kerana kenderaan mereka ni timbul dan sempat diselamatkan oleh penduduk kampung. Dan saya telah bawa isu ni dalam sidang sidang yang lepas dan juga dalam pernah bawa dalam mesyuarat JKTD waktu kita dijemput dahulu, tetapi belum ada apa-apa tindakan. Jadi jangan kita tunggu sehingga ada nyawa yang melayang. Barulah kita hendak mengambil tindakan. Jadi, saya mendesak supaya pemasangan besi penghadang jalan guardrail dan pencahayaan yang baik di laluan berisiko tinggi di kawasan bekas lombong sekitar Panching.

Yang Berhormat Speaker,

Satu lagi isu yang ingin saya bawa kepada sidang dewan ialah isu tekanan air rendah iaitu antaranya di Kampung Pandan Dalam, Kampung Sungai Batu, Pancing, PKR Pancing dan juga FELDA Panching Utara. Dan antara tempat yang er... memiliki tekanan air rendah ialah di Kampung Pandan dalam di mana di sana telah pun dibina beberapa rumah-rumah kerajaan. Rumah yang dibina oleh kerajaan seperti rumah Ru’RASA dan juga Rumah Rakyat Pahang. Rumah-rumah ini telah pun siap tetapi tidak berpenghuni. Dan kalau tak silap saya rumah Ru’RASA ada 3 ke 4 unit dan rumah rakyat Pahang pun sama. Tetapi kerana mereka tidak mendapat akses air yang baik, akhirnya rumah tadi tidak didiami. Dan hari ini, rumah-rumah tersebut telah pun penuh dengan semak samun. Oleh demikian, saya mohon.

Dapat apa extra yang baik infra ke extra.

Infra. Saya sebut apa tadi, Yang Berhormat.

Tak dengar extra.

Salah dengar la tu kot.

Speaker

Extra ok juga tambahan.

Jadi saya mengharapkan sangat supaya...

Speaker

Boleh gulung Yang Berhormat ya.. Boleh gulung.

Dapat di bantu untuk kita usahakan tekanan air tadi supaya yang pertama rumah-rumah yang dibina tadi tidak kosong dan dapat di isi oleh penduduknya kerana nak dapat rumah susah. Alhamdulillah, kerajaan dah buat rumah Ru'RASA Rumah Rakyat Pahang tapi tak boleh duduk sebab apa tekanan air yang sangat rendah.

Di Pancing ya? Di Pancing di kampung?

Saya sebut tadi di Kampung Pandan Dalam yang rumah itu di Kampung Pandan Dalam. Air itu, di Kampung Panching ada di Sungai... Batu di Sungai Kampung Sungai Batu dan juga PAKR Panching. Jadi, Yang Berhormat Speaker, saya rasa itulah dapat saya sampaikan pada pagi ini. Saya dengan ini menyokong titah Tuanku. Sekian.

Speaker

Seterusnya wakil daripada Kuala Sentul. Masih lagi okay ya? Tak ada apa-apa tindakan tak ada ya? Tak ada. Masih kekal, okay. Tak, kita kena tahu pasal apa.

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Saya tak buat salah, jadi...

Speaker

Tapi sebab Parti Yang Berhormat, kekerapan menggantung dan yang membuang orang ni banyak sangat. Banyak kali sangat. Kadang-kadang kita confuse yang mana satu buang atau tidak. Okay sila Yang Berhormat. Saja usik.

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Kita gantung kepada orang yang membuat salah dan melanggar disiplin Parti.

Speaker

Yang Berhormat orang yang baik sebab tu jadi johan semalam. Johan berpasangan, yang dia sendiri pun tak sangka. (Ketawa).

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih YB Dato' Sri Speaker. Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat dan pegawai pegawai-kerajaan yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya bangkit untuk turut serta membahaskan titah Diraja ke bawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang bersempena dengan majlis perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Pahang yang ke-15. Terlebih dahulu, saya menjunjung kasih atas limpah titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang yang telah menyentuh pelbagai perkara penting berkaitan hala tuju pembangunan negeri, kesejahteraan rakyat, pengurusan ekonomi, tadbir urus kerajaan serta keperluan memastikan dasar-dasar negeri benar-benar bermanfaat kepada rakyat Pahang. Saya mengambil perhatian khusus terhadap titah Baginda yang menekankan supaya kerajaan melaksanakan dasar-dasar responsif terhadap kenaikan kos sara hidup. Titah ini amat tepat pada waktunya kerana isu kos sara hidup bukan lagi sekadar keluhan biasa tetapi sudah menjadi tekanan harian yang dirasai rakyat di meja makan, di pasar, di kedai-kedai runcit dan di warung-warung seluruh negeri.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, dalam Belanjawan tahun 2026, Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyatakan kutipan hasil kerajaan negeri berada pada tahap membanggakan kerana terus melepasi angka RM1 bilion untuk empat tahun berturut-turut sejak tahun 2022. Menurut beliau, pencapaian ini didorong oleh tadbir urus dinamik, pengukuhan kutipan hasil, keberkesanan usaha-usaha mengawal ketirisan serta lonjakkan ekonomi. Pada prinsipnya, kita tidak menolak bahawa peningkatan hasil negeri merupakan perkembangan yang baik. Negeri mempunyai hasil kukuh, mempunyai ruang fiskal yang lebih luas untuk membangunkan

infrastruktur, memperkukuhkan perkhidmatan awam, membantu rakyat miskin dan menangani tekanan ekonomi rakyat.

Namun, persoalan yang lebih besar ialah apakah makna hasil melebihi RM1 bilion ini kepada rakyat biasa? Adakah angka besar ini benar-benar diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat atau ia hanya menjadi angka yang membanggakan dalam dokumen belanjawan, sedangkan rakyat di bawah masih bergelut dengan kenaikan harga makanan dan kos kehidupan. Berdasarkan carta keseluruhan anggaran hasil dan perbelanjaan negeri pada tahun 2025, jumlah keseluruhan anggaran hasil negeri adalah sebanyak RM1.194 bilion. Daripada jumlah ini, komponen terbesar ialah hasil tanah dan galian sebanyak RM707.15 juta bersamaan 60% daripada keseluruhan anggaran hasil. Ini diikuti lain-lain hasil sebanyak RM226.02 juta atau 19%, hasil perhutanan sebanyak RM144.06 juta atau 12% dan geran persekutuan sebanyak RM103.01 juta atau 9%.

Dato' Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Yang Berhormat Dato' Speaker, boleh mencelah sikit? Yang Berhormat Kuala Sentul boleh tak bersetuju dengan apa yang telah pun dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar meringankan beban rakyat ini dalam bakti negeri. Bakul makanan tu sekurang-kurangnya kita dapat meringankan beban rakyat. Bolehkah kita bersetuju dengan apa yang telah pun dibuat, dilaksanakan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar. Bolehkah kita bersetuju bersama? Silakan Yang Berhormat Dato' Sri.

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Sebelum saya menjawab tu bagi saya habiskan teks. Di sini timbul satu persoalan dasar yang penting. Jika majoriti hasil negeri datang daripada tanah galian dan sumber alam, maka rakyat berhak bertanya sejauh mana hasil daripada bumi Pahang ini dikembalikan kepada rakyat Pahang dalam bentuk benar-benar dirasai jika hasil tanah dan galian menyumbang 60% dari hasil negeri, maka pulangan yang wajar dilihat melalui bekalan air yang stabil, jalan yang lebih baik, peluang ekonomi yang lebih baik lebih luas, bantuan kos sara hidup yang lebih berkesan dan perlindungan sosial yang lebih kukuh.

YB Dato' Sri Speaker, kutipan hasil bukan trophy politik. Kutipan hasil ialah Amanah Rakyat. Setiap ringgit yang dikutip atas nama hasil negeri mesti dijawab dengan satu soalan mudah. Berapa banyak yang benar-benar sampai kepada rakyat? Persoalan ini menjadi lebih penting apabila kita melihat data kos sara hidup di Pahang. Berdasarkan Indeks Harga Pengguna pada Januari 2026, inflasi Pahang berada pada 1.9% lebih tinggi daripada kadar nasional 1.6%. Menjelang Mac 2026, inflasi Pahang meningkat kepada 2.5% sedangkan inflasi nasional hanya 1.7%. Ini bermakna harga di Pahang bukan sahaja meningkat tetapi meningkat pada kadar yang lebih pantas berbanding purata negara. Pada Januari, jurang inflasi Pahang dengan nasional ialah 0.3 mata peratus. Pada Mac, jurang itu melebar kepada 0.8% mata peratus. Dalam bahasa rakyat, kos hidup di Pahang naik lebih cepat daripada purata nasional. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, lebih membimbangkan, kenaikan ini berlaku pada makanan harian. Harga nasi lemak di Pahang meningkat daripada RM3.78 sen pada Januari kepada RM4.00 pada Mac. Nasi kosong meningkat daripada RM2.17 kepada RM2.43, Nasi goreng meningkat dari RM6.65 kepada RM7.79, Kue teow goreng meningkat daripada RM6.62 kepada RM7.45.

Yang Berhormat Speaker, boleh mencecah?

Speaker

Ya.

Yang Berhormat Speaker, saya nampak kajian yang dibuat oleh Kuala Sentul ini bias ni. Mungkin Yang Berhormat Kuala Sentul ni makan di Hotel Five Star, Four Star. Dia tak makan di kedai-kedai yang warung tu. Saya makan di kedai warung sebab saya peminat nasi lemak. Tak ada yang sampai RM6 lebih ni. Jadi kalau boleh kita pergi makan satu hari nanti kita pergi senyap-senyap. Kita tak ada tujuan lain. Masa nak bayar tu kita tengok RM6 ke atau RM2. Jadi not fair la kalau nak buat perbandingan, Yang Berhormat kena buat dua-dua, di restoran, di kedai warung. Ini ambil yang di hotel-hotel je memanglah mahal. Mahal tu sebab kos-kos di hotel tu. Sewa bangunan dan sebagainya ya. Saya harap Yang Berhormat boleh ada figure tak untuk yang kedai-kedai tepi jalan ni. Terima kasih Dato' Speaker.

Speaker

Ni Yang Amat Berhormat, kadang-kadang kan nasi lemak tu dia ada tambah kerang, tambah paru.

Speaker

Tambah macam-macam ayam. Tu yang mahal tu.

Yang Berhormat Speaker, kalau nasi lemak dengan telur separuh…Lepas itu ada ikan bilis, kacang sikit sangat dalam seringgit lebih saja.

Speaker

RM2.00 lah paling tinggi.

Ini mungkin Yang Berhormat Kuala Sentul ayam ada, paru ada, hati ada tapi badan [Ahli Dewan ketawa]

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Baik, sebenarnya data-data ni bukan saya ambil daripada tepi jalan ini Yang Amat Berhormat. Dia daripada indeks harga pengguna pada tahun 2026. Betullah nasi lemak ini dia berbeza harga. Kalau di hotel itu RM20.00. Kalau tepi jalan nasi lemak RM1.00 adalah sebungkus tapi kecik, telur pun potong 8. Jadi data-data ini perbandingan daripada indeks pengguna yang ada sekarang.

Speaker

It's good for diet.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Saya sambung ya, YB Dato' Sri.

Speaker

Sila-sila Yang Berhormat, Yang Berhormat ada 5 minit lagi.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Ya, ini bukan barangan mewah. Ini bermakna Ini makanan biasa rakyat. Ini makanan, pekerja, pelajar, pemandu lori, penjawat awam rendah, peniaga kecil, keluarga B40 dan M40 rendah, YB-YB sini pun makan makanan harian yang sama… di sebelah sinilah, di sebelah sana saya tak tahu. Kalau nasi kosong pun meningkat, kalau nasi goreng semakin mahal, kalau roti canai dan minuman harian turut naik, maka kerajaan tidak boleh lagi berpuas hati dengan jawapan bahawa keadaan masih terkawal.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Minta celah sikit.

Speaker

Sila.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih YB.

Speaker

Exco Pengguna.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Oh ya. Senang saja, kalau sesiapa kalau dapati harga itu mahal. Buat aduan kepada KPDN. Kalau YB text saya, saya terus boleh, tak ada masalah. Kita akan siasat okay.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Baik-baik. YB dah berapa kali bagi nombor telefon saya tahu. YB Dato' Sri Speaker, di sinilah wujudnya jurang antara naratif kejayaan fizikal kerajaan dengan realiti kehidupan rakyat. Kerajaan boleh berbangga apabila hasil negeri melepasi RM1 bilion tetapi rakyat akan bertanya kalau hasil negeri begitu kukuh, mengapa tekanan hidup mereka masih tidak reda? Kita tidak menafikan usaha kerajaan meningkatkan hasil tetapi hasil yang besar hanya bermakna jika ia mampu mengurangkan beban rakyat. Hasil yang tinggi hanya bernilai jika ia diterjemahkan kepada dasar yang tepat, pantas dan bersasar. Jika angka belanjawan meningkat tetapi harga makanan tetap naik. Jika kutipan hasil membanggakan tetapi rakyat masih berkira-kira untuk membeli sarapan. Maka ada masalah dalam keutamaan dasar. Maka saya ingin membangkitkan beberapa persoalan.

Pertama, daripada hasil negeri yang melepasi RM1 bilion, berapa banyak yang diperuntukkan secara langsung untuk menangani kos sara hidup rakyat Pahang. Kedua, memandangkan 60% hasil negeri datang daripada tanah dan galian, apakah mekanisma khusus untuk memastikan hasil sumber bumi Pahang dikembalikan kepada rakyat secara adil? Ketiga, adakah kerajaan mempunyai pemantauan harga secara mikro mengikut daerah seperti Kuantan, Temerloh, Bentong, Jerantut, Rompin, Raub, Lipis dan Cameron Highlands? Keempat, adakah bantuan sedia ada benar-benar mengurangkan beban rakyat atau hanya bersifat sekali beri tanpa menyelesaikan punca kenaikan kos?

YB Dato' Sri Speaker, nak jawab sikit, YB tadi yang.

YB boleh minta laluan tak.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Nanti-nanti.

YB, boleh minta-minta laluan tak.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

jap-jap.

Boleh, boleh minta laluan tak.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Tak boleh, tak boleh sekejap. Saya nak jawab, baru nak jawab nanti saya lupa.

Mintalah tak apa lepas ni boleh jawab. Saya minta laluan sajakan. Pada pandangan YB ya, apa faktor kenaikan harga atau inflasi yang berlaku dalam negeri kita ni?. So YB dah buat kajian ini so saya nak tahu pada pandangan YB apa faktor atas apa kenaikan harga barang dan juga inflasi.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Dato' Sri Speaker, ini seolah mengganggu untuk saya menghabiskan teks saya ya. Saya, saya.

Speaker

Tak apa saya boleh bagi masa.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Saya akan jawab lepas ini. Kalau saya tak boleh jawab saya bagi jawapan bertulis. [Ahli Dewan ketawa]

Tak boleh jawab ataupun tak tahu nak jawab apa? Terima kasih YB Speaker.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Saya dah jawab tadi yang YB Exco FELDA tanya pasal bakul makanan itu apa? Membantu ke tak? Betul er...

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Yang Berhormat Speaker,

Adakah kita bersetuju apa yang telah dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar dan Kerajaan Negeri iaitu kita meringankan beban. Antara salah satunya kita berikan bakti negeri ini berupa bakul makanan yang kita berikan

kepada mereka yang berkelayakan sekurang-kurangnya mereka. Adakah kita bersetuju? Itu salah satu yang boleh meringankan beban rakyat. Silakan, terima kasih.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Er... pemberian itu, saya bersetuju sebab kita pun ada memberi bakul makanan kepada penduduk. Jadi itu meringankan beban keperluan seharian tapi tidak memberi pendapatan kepada mereka dan mengurangkan beban mereka dalam kehidupan sehari-harian untuk kehidupan mereka. Saya setuju. Sebab kita pun ada bagi er... mungkin daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada Kerajaan Pahang banyaklah. Kami ini peruntukan tak ada tak dapat peruntukan untuk memberi lebih kepada mereka itu.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Maksudnya kita bersetuju ya. Maksud apa yang dibuat oleh Kerajaan Negeri mampu meringankan beban rakyat negeri Pahang, setuju.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Saya dah cakap tadi.

Dato’ Amizar bin Abu AdamUMNO · BNPelangai

Ya, bersetuju ya.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Untuk kehidupan seharian. Kalau setakat RM50.00 sehari, RM50.00 - 1 kotak itu mungkin sehari dua bolehlah. Tapi kos sara hidup ini nak hidup ini macam YB hidup dah 50 lebih tahun. Okay, saya sambung ya.

Mohon celah-celah sikit Yang Berhormat, boleh sikit belakang-belakang Yang Berhormat. Yang ini boleh, sikit saja.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

YB lambat ini.

Sikit-sikit saja Yang Berhormat. Baik, terima kasih.

Speaker

Sebab itu Yang Berhormat jangan buat kontro, kerajaan apa statement yang kontroversi. Jadi orang akan celah.

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat sedar tak dalam keadaan sekarang ini bila kita sebut harga barang mahal Yang Berhormat tahu tak sewaktu parti Yang Berhormat jadi kerajaan dulu harga minyak masak sebotol dekat RM50.00. Yang Berhormat sedar tak pada waktu itu bukan itu saja telur tak ada, ayam tak ada. Jadi, saya rasa sekarang ni bila sebut begitu seolah-olah menggambarkan bahawa hari ini lebih mahal pada sedangkan pada zaman Yang Berhormat jadi kerajaan dulu suasana jauh lebih mahal daripada sekarang.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Saya tak mempersoalkan harga barang. Saya ini bercakap pasal responsif kerajaan kepada kos sara hidup.

Tadi yang baca

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Yang dititah.

Harga tadi.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Yang dititahkan oleh.

Speaker

Eloklah Yang Berhormat berdua itu lawyer.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Kebawah Duli

Speaker

Silakan.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

YB Dato’ Sri Speaker, kacau dia.

Speaker

Okay, teruskan Yang Berhormat kita nak bagi Yang Berhormat daripada Kuala Sentul selesaikan kita nak panggil yang nombor 2 er...

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

10 minit lagi, YB Dato' Sri Speaker.

Speaker

3 minit.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Sempena Menjunjung Titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang yang menekankan keperluan dasar responsif kepada kenaikan kos sara hidup, saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mengambil beberapa langkah segera. Pertama, laksanakan audit kos sara hidup negeri Pahang yang meneliti kenaikan harga makanan, kos logistik, bekalan bahan mentah dan perbezaan harga mengikut daerah. Kedua, wujudkan dana intervensi kos sara hidup yang boleh dibiayai sebahagiannya daripada hasil tanah, galian dan perhutanan untuk membantu kumpulan paling terkesan. Ketiga perluaskan program jualan murah dan bekalan makanan asas secara berkala bukan sekadar bermusim atau ketika acara rasmi. YB, YB Teruntum. Keempat, bantu peniaga kecil mendapatkan bahan mentah dengan harga lebih stabil melalui pembelian pukal, koperasi atau rangkaian pembekalan yang lebih tersusun.

YB Dato' Sri Speaker,

Kesimpulannya kita boleh berbangga apabila hasil negeri melepasi RM1 bilion, tapi kebanggaan itu tidak boleh berhenti di dalam dewan ini sahaja. Ia mesti sampai ke meja makan rakyat. Ia mesti dirasai oleh ibu bapa yang membeli sarapan anak, pekerja yang membeli makanan tengah hari, peniaga yang menanggung kos operasi dan keluarga biasa yang semakin terhimpit dengan harga makanan harian. Kerajaan tidak boleh hanya bertanya beberapa banyak, berapa banyak hasil berjaya dikutip. Kerajaan juga mesti bertanya berapa banyak beban rakyat yang berjaya dikurangkan. Jika hasil negeri meningkat tetapi kos sara hidup rakyat juga meningkat, maka kejayaan fisi, fisikal itu belum cukup bermakna. Yang rakyat mahu bukan sekadar negeri kaya atas kertas tetapi kehidupan yang lebih mampu. Harga yang lebih munasabah dan dasar yang benar-benar berpihak pada rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya juga ada beberapa isu yang perlu dibangkitkan daripada kawasan terutama sekali STRF yang kita bincangkan semalam. Saya menerima surat daripada wakil anak peneroka FELDA. Saya bacakanlah senang. Rayuan semak dan imbang status pelaksanaan STR FELDA Pahang di Wilayah Jengka termasuk Kuala Sentul lah. Untuk makluman YB, saya merupakan salah seorang daripada ratusan anak muda Jengka yang telah lama memohon lot Perumahan Generasi Kedua FELDA. Pengumuman Kerajaan Negeri Pahang pada 20 September 2023 berhubung kelulusan tapak Skim Tanah FELDA Pahang Jengka telah memberi harapan besar pada kami pada merekalah. Namun, kami masih belum menerima sebarang maklumat rasmi berhubung lokasi sebenar tapak STRF yang diluluskan. Bilangan lot diperuntukkan khusus untuk DUN Kuala Sentul. Kriteria pemilihan dan tarikh pengumuman senarai dan senarai penerima dan jadual pelaksanaan fizikal projek di tapak. Saya memohon jasa baik YB untuk memastikan kelulusan penuh dalam proses ketelusan, ketelusan penuh dalam proses pelaksanaan STRF di Jengka dan Kuala Sentul.

Kami bimbang projek ini akan mengalami nasib sama seperti Projek Perumahan Generasi Baru FELDA yang pernah YB bangkitkan sebelum ini di mana isu pelaksanaan dan ketelusan menjadi persoalan besar. Untuk makluman YB Bebarlah, saya tak sentuh dah. Jadi er… sehubungan itu, saya dengan rendah diri memohon pertimbangan YB untuk... ni saya bawa kepada YB Exco FELDA sebab 21 hari bulan Mei kan ada ada final countdownlah. Membawa isu kelewatan pengumuman maklumat ke sidang DUN dah bawa. Menuntut Kerajaan Negeri dan FELDA membentangkan pelan susun atur dan kebenaran merancang yang telah diluluskan PBT untuk tatapan mereka. Mendesak agar jawatankuasa pemilihan penerima di dianggotai oleh wakil peneroka dan proses pelantikan kontraktor dibuat secara tender terbuka. Mengadakan sesi libat urus bersama anak-anak peneroka Jengka, Kuala Sentul bagi menjelaskan status terkini projek libat urus yang penting sama juga PGBF.

Saya rasa LPHP buat libat urus dengan pembeli pada minggu lepas dan saya berjumpa dengan selesai tadi STRF. Er… jumpa dengan beberapa orang pembeli di Jengka yang membeli rumah yang masih belum siap. Jadi, mereka telah mendapat pinjaman loan dan perlu membayar bermula daripada bulan Disember tahun ini. Jadi, permohonan mereka ini mohon pihak kerajaan, pihak YB Exco Perumahan kalau boleh dapat tangguhkan pembayaran bulan.

Speaker

Boleh cepat sikit tak YB?

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Tapi tadi bagi 30 minit?

Speaker

2 minit.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Okay. YB Dato’ Sri Speaker, ni kawasan saya DUN Kuala Sentul. Peruntukan penyelenggaraan jalan di DUN Kuala Sentul.

Speaker

Tak payahlah elaborate panjang sangat bagi tahu jalan, jalan mana 1. Okay longkang, longkang mana 2.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Saya buat ringkas je.

Speaker

3 ataupun terus je bagi surat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Selesai masalah.

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Tak saya nak bagi tau Kuala Sentul tak dapat peruntukan penyelenggaraan jalan pada tahun lepas dan tahun ni tahun ni bulan 5 masih lagi belum ada. Jadi ada status statistik kemalangan daripada PDRM daerah Maran yang jalan-jalan ni jumlah kemalangan pada 2025 ada 190 kemalangan. Tahun ni sahaja 89 kemalangan dan kemalangan maut pada tahun 2025, 52 kemalangan dan 14 kemalangan maut pada Januari sampai April 2006. Jadi dan saya juga nak mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan, puji juga ni kerana menyediakan lampu jalan di Bukit Gajah. Jalan di antara Kuala Sentul ke Bandar Pusat Jengka yang digunakan oleh penduduk Kuala Sentul. Hasil daripada perbincangan dan mesyuarat di Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah pada 2, 3 tahun lepas dan juga dibangkitkan di Dewan ini. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana mengambil tindakan. Sekian, saya menyokong Titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota. Terima Kasih. Assalamualaikum WBT.

Speaker

Seterusnya wakil daripada ADUN Lantikan. Dato’ sila. 15 minit... Yang Berhormat patut kena ready dah tau giliran.

Dalam jadual saya, ada seorang lagi.

Speaker

Yang Berhormatlah.

Inderapura?

Speaker

Tak ada. Yang Berhormat. Tak ada. Inderapura dia tak bercakap.

Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, terlebih dulu saya ucapkan terima kasih kerana memberi ruang dan peluang kepada saya turut ambil bahagian untuk bahas Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang. Patik merafakkan setinggi-tinggi sembah taat setia ke hadapan Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas Titah ucapan yang telah dizahirkan pada 8 hari bulan Mei 2026 dengan penuh hikmah, berpandangan jauh serta sarat dengan roh kasih sayang terhadap rakyat dan negeri Pahang Darul Makmur.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya ingin merujuk kepada Titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, nombor 106. Titah ini merupakan satu Titah yang sangat penting dalam menjaga kestabilan negeri dan keharmonian rakyat khususnya ketika suasana politik semakin memanas menjelang pilihan raya. Titah ini membawa mesej bahawa politik tidak boleh dijadikan medan memecahbelahkan rakyat, menanam kebencian, menghasut permusuhan atau merosakkan keamanan masyarakat demi meraih sokongan. Sebaliknya, politik mesti menjadi medan membawa idea, menawarkan penyelesaian, membela rakyat dan membina masa depan negeri serta negara. Maksud tidak memainkan isu yang boleh menggugat perpaduan. Ini bermaksud semua pihak ahli politik, penyokong parti, penceramah, pengguna media sosial dan masyarakat hendaklah berhati-hati supaya tidak meniup sentimen perkauman memprovokasi isu agama secara melampau, menghina institusi raja, menyebarkan fitnah dan kebencian, melaga-lagakan rakyat demi kepentingan politik kerana apabila politik menjadi terlalu emosional dan melampau, rakyat akan berpecah, masyarakat menjadi tegang dan kestabilan negara akan tergugat. Sedangkan perpaduan adalah asas keamanan negeri.

Maksud Titah mengamalkan kematangan dalam berpolitik. Inilah inti utama Titah tersebut. Politik matang bermaksud berbeza pendapat tanpa permusuhan, berhujah dengan fakta dan adab menerima kritikan secara terbuka, menghormati undang-undang dan institusi negara, mengutamakan kepentingan rakyat melebihi dendam politik, boleh bertanding, boleh berkempen…...boleh mengkritik tetapi jangan sampai meruntuhkan perpaduan rakyat. Contoh politik matang mengkritik dasar dengan fakta. Contohnya, kami menghormati usaha Kerajaan Negeri, namun kami mencadangkan penambahbaikan dalam isu peluang pekerjaan anak muda dan proses permohonan tanah. Ini matang ada teguran, ada cadangan, ada adab, tidak menghina peribadi atau institusi. Politik matang tidak menggunakan makian, penghinaan keluarga, fitnah, penghinaan raja atau bahasa kesat. Kerana rakyat mahu melihat kepimpinan bukan permusuhan menawarkan solusi kepada rakyat. Politik bukan sekadar mencari salah lawan, sebaliknya parti politik perlu membawa pelan ekonomi, cadangan pendidikan, agenda anak muda, pembangunan rakyat dan kebajikan masyarakat. Dan politik matang ini telah dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang yang kita dapat lihat dan telah diperakui oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Mulia Tengku Mahkota Pahang, dalam titahnya, nombor 3 hingga 8, nombor 95 hingga 99, nombor 100 hingga 103. Tidak perlu saya ulang lagi kerana masa tidak mencukupi.

Ini semua boleh jadikan contoh apakah itu politik matang. Dalam menjaga kebajikan rakyat pelbagai inisiatif Pahang. IM Pahang telah diusahakan oleh Kerajaan Negeri dan inilah impak daripada kutipan hasil kutipan RM1 bilion lebih pulang kepada dan kembali kepada manfaat rakyat. Kalau ada yang mengatakan masih belum merasa apa faedahnya. Wallahu a’alam. Contoh politik tidak matang menggunakan sentimen kaum untuk menakutkan rakyat, menuduh semua pihak lawan sebagai musuh agama, menyebarkan berita palsu demi sokongan politik, menghasut rakyat membenci institusi negara, menggunakan media sosial untuk maki hamun. Ini semua boleh menggugat perpaduan masyarakat dari sudut Islam.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Islam sangat menitikberatkan perpaduan umat dan melarang perpecahan. Allah SWT berfirman. [Bacaan ayat al-Quran] Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah. Begitulah sabda Rasulullah SWT [Bacaan ayat al-Quran] Seorang Muslim itu saudara kepada Muslim yang lain. Dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya dizalimi. Maka politik yang menanam kebencian dan perpecahan jelas bertentangan dengan akhlak Islam. Dalam konteks negeri Pahang, titahnya sangat signifikan kerana negeri Pahang terkenal dengan kestabilan kesederhanaan rakyat. Penghormatan kepada institusi raja dan budaya masyarakat yang cintakan keamanan. Maka Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang mengingatkan bahawa musim pilihan raya jangan sampai merosakkan keharmonian rakyat. Jangan kerana politik masyarakat bermusuhan. Jangan kerana kuasa perpaduan negeri tergadai. Sebaliknya, pilihan raya hendaklah menjadi medan persaingan sihat demi mencari kepimpinan terbaik untuk rakyat. Kesimpulannya, Titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota 106 adalah matang dalam berpolitik. Beradab ketika berbeza pandangan. Menjaga perpaduan masyarakat dan meletakkan kepentingan negeri melebihi kepentingan politik sempit. Kerana akhirnya pilihan raya hanya sementara, tetapi keamanan negeri dan perpaduan rakyat mesti dipelihara selama-lamanya.

Anak seluang di dalam perigi, Jernih air tempat bersiram, Berbeza pandangan jangan dibenci, Negeri aman rakyat tenteram.

Adapun merujuk kepada Titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang 107 iaitu dalam sistem demokrasi berperlembagaan, pembangkang bukan musuh negara. Mereka adalah sebahagian daripada mekanisma menjaga amanah pemerintah supaya kerajaan sentiasa telus, cekap dan tidak lalai. Maksud semak dan imbang, semak bermaksud memeriksa, menilai dan menegur dasar atau tindakan kerajaan. Imbang pula bermaksud memastikan kuasa tidak digunakan secara melampau atau berat sebelah. Sebagaimana Islam sendiri mengajar konsep ini melalui prinsip ad-Din nasihah, agama itu nasihat. Sayyidina Umar al-Khattab RA juga pernah berkata tiada kebaikan pada kamu jika kamu tidak menegur kami. Dan tiada kebaikan pada kami jika kami tidak mendengar teguranmu. Maknanya pemerintah dan pihak yang menegur saling melengkapi demi maslahat rakyat. Pembangkang yang konstruktif akan akui kejayaan kerajaan jika memang baik, tegur kelemahan dengan adab bahawa cadangan alternatif utamakan rakyat melebihi politik. Bukan menolak semua perkara hanya kerana berlainan parti. Mempolitikkan semua isu mencetuskan kebencian terhadap institusi negeri memainkan sentimen secara melampau.

Contoh semak dan imbang secara konstruktif. Contoh baik iaitu Kerajaan Negeri berjaya meningkatkan hasil negeri dan menarik pelabur. Namun, saya mencadangkan agar proses permohonan tanah dipermudahkan kerana rakyat di kampung masih menghadapi birokrasi yang panjang. Ini contoh matang, ada pengiktirafan, ada teguran, ada cadangan. Contoh tidak konstruktif kerajaan ini gagal semuanya tak ada satu pun yang betul. Ini bukan semak imbang, ini hanya retorik politik tanpa fakta dan penyelesaian. Contoh dalam isu rakyat jika berlaku banjir, pembangkang konstruktif akan turun membantu rakyat. Bangkitkan kelemahan sistem saliran, cadangkan peruntukan-peruntukan tambahan, minta audit projek tebatan banjir. Bukan sekadar membuat video menghina menyalahkan semua pihak atau menjadikan musibah sebagai bahan politik. Dalam konteks negeri Pahang, titah seperti ini menunjukkan Tuanku mahukan budaya politik matang di negeri Pahang.

YB Dato' Sri Speaker,

Dewan menjadi medan hujah bukan medan permusuhan. Rakyat mendapat manfaat kestabilan negeri terpelihara dan Institusi Raja dihormati. Budaya politik matang sangat penting kerana Pahang sedang bergerak dalam banyak agenda pembangunan pendidikan, kebajikan dan kestabilan ekonomi. Maka semak imbang perlu membantu perkukuhkan negeri bukan melemahkan keyakinan rakyat terhadap institusi negeri.

Kesimpulannya, Titah Tuanku 107 mengajar bahawa pembangkang yang baik ialah pembangkang yang berani menegur tetapi tahu adab. Tegas mempertahankan rakyat tetapi tidak meruntuhkan kestabilan negeri. Kritikan terhadap kerajaan tetapi masih menjunjung raja dan kepentingan negeri.

Pucuk pauh di tepi perigi, Tempat musafir berteduh redup, Menegur jangan hilang budi, Berbeza pandangan negeri tetap diutamakan hidup.

Akhir kata, saya ucap tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja kerana telah berjaya memimpin negeri Pahang ini ke arah yang lebih maju yang telah diperakui oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang dan juga syabas kepada para kakitangan kerajaan yang bertungkus-lumus memastikan setiap keperluan rakyat diambil berat dan ditunaikan hajat mereka. Dengan ini, saya memohon untuk menyokong Titah Ucapan Kebawah Duli Paduka Tengku Mulia Tengku Mahkota Pahang. Sekian wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Lantikan. Ucapan yang baik. Seterusnya Wakil daripada ADUN Sungai Lembing. 15 minit.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk turut sama berbahas pada hari ini.

Yang Berhormat Speaker,

Terlebih dahulu saya menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15. Sesungguhnya, titah baginda sangat jelas bahawa pembangunan negeri mesti berpaksikan kesejahteraan rakyat, kecekapan pentadbiran, integriti dalam pengurusan serta keadilan pembangunan untuk seluruh rakyat Pahang. Baginda telah menyebut tentang pencapaian kutipan hasil negeri yang melebihi RM1 bilion. Pertumbuhan ekonomi negeri sebanyak 5.7% dengan nilai ekonomi mencecah RM68 bilion serta pelaburan komited sebanyak RM18.04 bilion. Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Pahang. Namun di sebalik angka besar ini, tanggungjawab kita ialah memastikan kejayaan ekonomi benar-benar sampai kepada rakyat biasa. Sebagai ADUN Sungai Lembing, saya berdiri menyokong titah tersebut dengan membawa realiti sebenar yang sedang dirasai rakyat di lapangan. Saya ingin menyentuh isu ketidakseimbangan wilayah dalam konteks DUN Sungai Lembing walaupun ada ADUN lain telah bangkitkan.

Yang Berhormat Speaker,

Pembangunan hari ini masih terlalu tertumpu di Kuantan sehingga kawasan pedalaman seperti Sungai Lembing semakin… semakin tertinggal. Data ekonomi menunjukkan Kuantan mencatat nilai ekonomi sekitar RM29 bilion, jauh meninggalkan daerah lain seperti Lipis sekitar RM2.9 bilion dan Maran sekitar RM2.2 bilion. Bilangan penduduk juga sangat tidak seimbang. Kuantan mencatat sekitar 574,749 orang, Temerloh sekitar 178,971 orang, Pekan sekitar 128,737 orang, manakala Cameron Highlands hanya sekitar 4,769 orang. Jumlah ini memberi kesan besar kepada peluang pekerjaan, kemasukan pelaburan dan pembangunan infrastruktur. Akibatnya, anak muda berhijrah ke luar. Peluang pekerjaan semakin sempit dan ekonomi tempatan semakin perlahan. Rakyat bertanya adakah pembangunan besar negeri ini benar-benar sampai kepada mereka. Apakah jaminan projek besar seperti ECRL benar-benar membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan bukan sekadar menjadi laluan ekonomi untuk pihak luar. Saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri menyediakan pelan limpahan ekonomi khusus untuk kawasan Sungai Lembing termasuk peluang pekerjaan tempatan, latihan kemahiran, sokongan pelancongan serta penyertaan anak muda dalam ekonomi baharu.

Yang Berhormat Speaker,

Isu keselamatan jalan raya bukan perkara yang wajar dipolitikkan. Ia merupakan perkara asas yang wajib diberi perhatian serius kerana melibatkan keselamatan nyawa pengguna serta harta benda mereka. Bagi rakyat bandar, jalan rosak mungkin sekadar isu keselesaan tetapi bagi rakyat kampung dan kawasan pedalaman. Jalan rosak bermaksud hasil pertanian lambat dibawa keluar, pelajar lambat ke sekolah, ambulans lambat sampai malah keselamatan nyawa menjadi taruhan. Bagi Sungai Lembing yang juga tempat tumpuan pelancong suatu masa dahulu. Pelancong tidak lagi berminat kembali datang ke Sungai Lembing menyebabkan peniaga kecil kehilangan pelanggan.

Yang Berhormat Speaker,

Negara kita kaya dengan hasil bumi dan pertanian di samping pelbagai bentuk cukai yang dikutip daripada rakyat. Maka sewajarnya perkhidmatan asas kepada rakyat khususnya infrastruktur seperti jalan raya ini diberikan keutamaan dan diselenggara dengan baik. Hakikatnya, rakyat tidak menuntut perkara yang berlebihan. Mereka hanya mahukan jalan yang selamat dan selesa untuk digunakan setiap hari.

Yang Berhormat Speaker,

Janganlah kita hanya bertindak selepas berlakunya tragedi. Pendekatan reaktif seperti ini bukan sahaja merugikan malah boleh mengorbankan nyawa yang tidak berdosa. Saya mendesak kerajaan… agar kerja-kerja pembaikan dan penampalan dilaksanakan dengan segera, menyeluruh dan berkualiti. Bukan sekadar penyelesaian sementara yang berulang khususnya lubang-lubang yang besar dan dalam. Selain itu, kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf jalan tidak seharusnya bersifat bermusim. Persepsi rakyat bahawa kerja-kerja ini hanya dipergiatkan menjelang pilihan raya perlu ditangani dengan tindakan yang konsisten dan telus sepanjang masa. Izinkan saya bertanya berapakah sebenarnya peruntukan tahunan yang disediakan untuk penyelenggaraan jalan di kawasan Sungai Lembing. Mengapa tampalan dibuat berkali-kali tetapi masalah tetap berulang. Siapa yang memantau mutu kerja kontraktor? Dan mengapa aduan rakyat mengambil masa yang lama untuk tindakan.

Yang Berhormat Speaker,

Keselamatan rakyat di atas jalan raya tidak boleh dikompromi. Saya berharap jangan ada kerenah birokrasi terhadap keselamatan rakyat ini. Ia bukan soal politik tetapi soal tanggungjawab dan keutamaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa dipelihara.

Yang Berhormat Speaker,

Sedikit berkenaan isu perumahan. Baginda bertitah bahawa tekanan inflasi yang dirasai rakyat menuntut pendekatan yang lebih menyeluruh…, berkesan dan responsif. Harga barang, harga rumah, kos pengangkutan semua naik, tetapi pendapatan rakyat tidak naik seiring. Inilah denyut sebenar rakyat hari ini. Pada hujung tahun 2023 terdapat 93 projek perumahan bermasalah di Pahang melibatkan 77 projek sakit, 9 projek lewat siap dan 7 projek terbengkalai. Ada pembeli rumah yang terpaksa membayar ansuran bank walaupun rumah belum dapat diduduki. Mereka juga perlu menyewa atau tinggal di tempat lain. Ini bermaksud rakyat menanggung 2 beban serentak.

Masalah yang sama turut berlaku di FELDA. 7 projek… 7 daripada 10 projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) ditamatkan kerana gagal memenuhi syarat dan tiada kemajuan. Ini termasuklah PGBF di FELDA Bukit Sagu, di kawasan FELDA saya sendiri. Apa yang lebih mendukacitakan rakyat di FELDA Bukit Sagu bukan sahaja berdepan kelewatan tetapi juga ketidakpastian. Mereka tidak tahu bila rumah mereka akan siap. Siapa yang bertanggungjawab secara langsung dan dan apakah status sebenar projek tersebut. Antara punca masalah adalah kelemahan pelaksanaan oleh kontraktor. Baginda sendiri telah bertitah bahawa jika prestasi kontraktor sudah masuk yellow zone, tindakan awal mesti diambil, jangan tunggu projek menjadi sakit, baru mahu diselamatkan. Saya ingin bertanya berapakah unit rumah mampu milik sebenar yang telah siap dan diserahkan kepada rakyat Sungai Lembing.

Yang Berhormat Speaker,

Saya mencadangkan supaya, pertama, Kerajaan Negeri Pahang memberikan memberikan garis masa yang jelas bagi menyiapkan projek-projek terbengkalai di FELDA Bukit Sagu ini. Kedua, satu laporan status terkini didedahkan secara telus kepada rakyat supaya mereka tahu perkembangan sebenar projek. Ketiga,

memastikan pendekatan baharu digunakan agar projek ini benar-benar dapat disiapkan tanpa penangguhan lagi.

Yang Berhormat Speaker,

Baginda bertitah bahawa proses pelaburan perlu dipermudah. Kerenah birokrasi dikurangkan dan keluar kelulusan tanah dipercepatkan.

Yang Berhormat, minta laluan.

Speaker

Yang Berhormat. Sila, Wakil Kerajaan.

Saya nak berterima kasihlah kepada Sungai Lembing kerana membangkitkan isu berkaitan dengan rumah. Terutamanya rumah PGPF, dan rumah PGBF ini sebagaimana kita semua maklum bukanlah rumah yang telah dilaksanakan Skim Rumah Kerajaan Negeri tetapi Kerajaan Negeri memandang tentang projek yang terbengkalai yang telah dilaksanakan dalam negeri Pahang. Sedikit sebanyak telah memberikan kesan kepada Kerajaan Negeri satu ketika dulu dan hari ini Kerajaan Negeri mengambil alih tugas untuk menyiapkan projek tersebut dan untuk makluman Sungai Lembing daripada keseluruhan projek PGBF ini, 7 sebagaimana yang telah dikatakan tadi telah pun ditamatkan, dan pihak LPHP dalam proses untuk melantik untuk memastikan projek ini dapat diteruskan dan dipastikan siap untuk diberikan kepada generasi kedua perumahan PGBF termasuklah di kawasan saya ini, sahabat saya di Chini. Kita bantu untuk terus meneruskan projek PGBF tersebut dan ada lagi soalan yang berkaitan dengan rumah tadi. Sila. [Wakil Kuala Sentul berdiri] Dak, dak, bukan, bukan Kuala Sentul. Itu Sungai Lembing. Kuala Sentul relax dulu. Sungai Lembing... Sungai Lembing dia… dia ada soalan tadi.

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat Kuala Sentul. Sekarang ni Wakil Kerajaan menjawab daripada yang sedang bercakap. Kalau Yang Berhormat nak menyampuk, menyampuk, duduklah sini.

Dia... dia tak sabar. Dia… dia ada sikit ni. Dia ada. Okay saya nak beritahu tentang projek rumah terbengkalai di Pahang ni. Untuk makluman, Sungai Lembinglah di bawah LPHP kita ada 19 projek yang sebelum ini dinamakan terbengkalai. Dikategorikan terbengkalai, tetapi kita dah baik pulih 11 daripada projek tersebut dan telah diberikan, untuk diberikan CCC, dan ada 7 lagi yang kita akan laksanakannya termasuk yang PGBF tadi. Jadi ini bawah LPHP, mungkin 77 ni yang dilaksanakan ni adalah projek di bawah swasta dah termasuk swasta. 77 tu Yang Berhormat dapat daripada mana? 77.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Dalam ini tapi bagi masa lah.

Nanti bagi jawapan secara bertulis kepada saya.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Tak, nak sekarang boleh.

Tak apa, tak apa. Terus, terus, terus, terus cakap. Jadi untuk.

Speaker

Yang Berhormat.

Kita ada seorang lagi.

Untuk makluman Sidang Dewan, LPHP ada 19 projek terbengkalai sebelum ini dan 11 telah dibaikpulihkan dan untuk diberikan serahkan pada CCC untuk makluman semua…

Speaker

Okay, teruskan. Bagi ini… bagi…

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Sikit boleh ya?

Speaker

Tak bagi, bagi...

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Yang Berhormat Speaker…

Dato’ Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Saya...

Speaker

Sungai Lembing teruskan Sungai Lembing. Saya minta Yang Berhormat daripada Kuala Sentul duduk. Sungai Lembing, teruskan. Sila duduk.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Okay, terima kasih pencerahan daripada Yang Berhormat Exco. Cuma ialah penduduk Bukit Sagu khususnya anak muda, mereka telah lama menantikan rumah ini untuk disiapkan. Rumah ini dah tahun 2014 dimulakan sehinggalah…

Yang Berhormat, minta maaf…

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Tidak...

Sungai Lembing tidak bukan apa saya nak bagi pengesahan.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Yang Berhormat Speaker.

Saya, saya saya amat terharulah. Saya mengambil maklum tentang keresahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Lembing. Jadi kita pihak kerajaan, kita akan sentiasa memasti, ingin memastikan, bukanlah saya nak bertekak ini, tak, nak menjelaskan kepada Yang Berhormat, bahawa LPHP ini dia sentiasa bekerja untuk memastikan setiap masalah perumahan ini, Insya-Allah akan sedaya upaya diatasi untuk memastikan bahawa projek rumah ini dapat mampu dimiliki ini diberikan kepada mereka-mereka yang betul-betul memerlukan. Ini bukan perkara main-main Yang Berhormat Dato' Sri Yang Dipertua ya. Rumah ini. Terima kasih.

Speaker

Rumah. Sila,

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

… Yang Berhormat..

Speaker

Sila, sila gulung.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

YB Speaker. Okay okay sikit lagi. YB Speaker Baginda bertitah bahawa proses pelaburan perlu dipermudah, karenah birokrasi dikurangkan dan kelulusan tanah dipercepatkan. Baginda juga menyebut bahawa bagi pelabur berkualiti, proses yang biasanya mengambil masa 18 hingga 24 bulan, 24 bulan perlu cuba diselesaikan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Saya menyokong hasrat mempercepatkan pelaburan, namun rakyat mampu, kampung biasa juga bertanya, jika tanah untuk pelabur boleh dipercepatkan, mengapa tanah rakyat biasa masih mengambil masa bertahun-tahun. Di Sungai Lembing rakyat masih berdepan isu status kampung tradisi, geran tanah, pemilikan tanah, rakyat tidak meminta tanah baharu, mereka hanya mahu kepastian terhadap tanah yang telah mereka duduki sejak dahulu. Yang Berhormat Speaker hari ini saya ingin membangkitkan satu kes menimbulkan keresahan rakyat berkaitan urus tadbir tanah kerajaan yang melibatkan hubungan antara entiti tempatan iaitu JKK Kampung Batu Enam serta syarikat yang diberi peranan membangunkan tanah tersebut. Sedikit saya ceritakan kronologi, kronologinya.

Yang Berhormat Speaker,

Pada tahun 2014, JKK Kampung Batu Enam telah memohon kelulusan tanah kerajaan seluas kira-kira 696 ekar untuk tujuan pertanian. Secara jelasnya, ia bukan tanah milik JKK, tetapi ia adalah tanah kerajaan yang boleh diperuntukkan dengan syarat. Namun pada tahun 2015, satu perjanjian usahasama selama 60 tahun, 60 tahun Yang Berhormat Speaker, satu tempoh yang terlalu panjang bagi sebuah Jawatankuasa Kampung yang sifatnya sementara dan sukarela. Lebih mengejutkan dalam perjanjian tersebut, JKK telah memberikan Revocable Power of Attorney kepada syarikat tersebut. Apa maksudnya? Maksudnya syarikat itu tidak boleh, syarikat itu boleh bertindak atas nama JKK dalam urusan tanah tanpa perlu merujuk semula kepada JKK. Dan lebih teruk, kuasa itu tidak boleh ditarik balik. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah Pejabat Tanah mengetahui dan meluluskan penggunaan tanah ini dan pemberian kuasa sebesar ini.

Yang Berhormat Speaker,

Perjanjian menyatakan JKK sepatutnya menerima 30% daripada pendapatan bersih bermula tahun keenam. Tetapi apa yang berlaku? Bayaran yang yang diterima hanyalah sekitar 15% daripada hasil kasar, bukan seperti yang termaktub dalam perjanjian. Ini bukan sekadar perbezaan angka. Ini perubahan, perubahan asas perjanjian. Persoalannya, di mana laporan audit tahunan yang sepatutnya diserahkan kepada JKK? Siapa yang mengesahkan kiraan pendapatan bersih? Atau adakah JKK hanya menerima apa sahaja angka yang diberikan tanpa semakan?

Yang Berhormat Speaker, Keadaan menjadi lebih pelik apabila kita dapati bukan satu tetapi tiga syarikat terlibat dalam mengusahakan tanah ini sedangkan perjanjian asal hanya melibatkan satu syarikat. Lebih menghairankan, jumlah keluasan yang dibayar oleh syarikat-syarikat ini melebihi keluasan tanah asal, 696 ekar. Jika dikira, ia melibatkan keseluruhan kawasan sehingga 1,884 ekar. Ia menimbulkan persoalan besar. Adakah tanah, terdapat tanah lain yang turut terlibat tanpa pengetahuan awam.

Yang Berhormat Speaker,

Akhirnya tanah ini telah disita oleh pihak berkuasa. Operasi dihentikan. Bayaran kepada JKK juga terhenti. Tetapi penduduk kampung yang sepatutnya menerima manfaat langsung tidak dimaklumkan secara rasmi. Ini yang paling menyedihkan. Sepanjang tempoh perjanjian ini, tiada jaminan pekerjaan kepada penduduk kampung. Tiada mekanisme agihan manfaat kepada komuniti. Tiada ketelusan bagaimana wang digunakan. Jadi saya ingin bertanya siapa sebenarnya yang mendapat manfaat daripada perjanjian ini? Dan berapakah hasil sebenar yang telah dibayar kepada JKK?

Yang Berhormat Speaker,

Saya berpandangan bahawa isu ini bukan hanya berlaku di Sungai Lembing. Kemungkinan besar perkara yang sama juga sedang berlaku di banyak DUN lain di seluruh Pahang khususnya kawasan luar bandar yang melibatkan tanah kerajaan, tanah kampung tradisi, tanah, pertanian, pertanian dan kawasan pembangunan baru. Saya ingin mengemukakan beberapa tuntutan dan cadangan kepada pihak Kerajaan Negeri. Pertama, dedahkan secara penuh semua rekod bayaran yang diterima oleh JKK Kampung Batu Enam daripada semua syarikat terlibat sejak tahun 2015. Kedua tubuhkan siasatan bebas atau bawa perkara ini ke Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam PAC negeri untuk disemak secara telus.

Ketiga, Kerajaan Negeri perlu menggubal garis panduan standard bagi perjanjian melibatkan JKK, termasuk larangan pemberian Revocable Power of Attorney tanpa kelulusan pihak berkuasa. Keempat, wujudkan satu unit sokongan undang-undang khas untuk membantu JKK supaya mereka tidak lagi terdedah kepada perjanjian yang berat sebelah. Kelima, satu kajian menyeluruh dibuat di seluruh DUN Pahang berkaitan urus tadbir tanah kerajaan dan hubungan dengan JKK serta entiti pengurusan tanah. Keenam, audit khas diwujudkan bagi memastikan tanah kerajaan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat tempatan bukan hanya kepada pihak berkepentingan tertentu.

Speaker

Lama lagi tak Yang Berhormat?

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Ada satu lagi Yang Berhormat.

Speaker

Cepat sikit, saya nak bagi seorang lagi.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Ketujuh, Peranan JKK diperkukuh sebagai institusi kebajikan rakyat kampung dalam urusan tanah, bukan sekadar struktur pentadbiran formal. Kelapan, semua projek tanah yang melibatkan syarikat luar perlu penjelasan terbuka kepada rakyat setempat termasuk status pemilikan, manfaat ekonomi dan penduduk, hak dan hak penduduk

asal. Yang Berhormat Speaker, ini bukan soal menyalahkan sesiapa secara membuta tuli.

Speaker

Yang Berhormat, JKK ini takde kuasa nak bagi tanah sebenarnya. Jadi biar Kerajaan jawab. Itu je lah. Yang Berhormat buatlah macam-macam JKK tak ada kuasa.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Tak apa, saya..

Speaker

Benda itu non-avoid itu ini saya nak bagitau itu. JKK tak ada kuasa. Yang Berhormat buatlah tuntutan macam mana, yang ada kuasa adalah pihak negeri.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Ini..

Speaker

JKK takde kuasa dan itu memang non-avoid. Ini saya nak bagi tau sila terus.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Tak, tak perlulah nak bagi senarai itu sebab memang diorang takde kuasa apa pun.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Tak ini cadangan kepada pihak kerajaan.

Speaker

Iyalah, Bukan pihak kerajaan. JKK dia tidak ada kuasa. Yang dibuat itu adalah ianya tidak sah. Itu saya bagi tau.

Tuan Mohamad Ayub bin Mat AshriPAS · PNSungai Lembing

Okay Yang Berhormat Speaker. Ini bukan soal menyalahkan sesiapa secara membuta tuli. Ini soal untuk memperbetulkan sistem supaya perkara seperti ini tidak berulang. Tanah komuniti bukan untuk diperdagangkan secara senyap. Ia amanah untuk rakyat. Jika urus tadbir tanah gagal dijaga, maka kita bukan sahaja kehilangan hasil negeri, tetapi kita juga kehilangan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan. Sebagai penutup

Yang Berhormat Speaker, saya menyokong penuh Titah Baginda bahawa setiap wakil rakyat yang diberi mandat mesti melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan penuh dedikasi dan integriti, bukan sekadar menunjukkan muka menjelang pilihan raya. Pihak Kerajaan jangan mewujudkan benteng kepada Wakil Rakyat pembangkang untuk berkomunikasi dengan pihak agensi kerajaan secara lebih berkesan. Biarlah rakyat sendiri menilai tahap kerja semua Wakil Rakyat setelah ruang kerjasama ini dibuka dengan seluasnya, yang mana akhirnya rakyatlah yang akan dapat manfaat secara keseluruhan. Saya dengan ini menyokong Titah ucapan Diraja. Sekian Assalamualaikum.

Speaker

Kita, sila, terima kasih daripada Sungai Lembing. Cuma saya nak bagi tahu ya. Tidak ada satu JKK pun yang mempunyai kuasa untuk memberi tanah. Yang ada kuasa untuk memberi tanah ini, perjanjian sebenarnya adalah pihak berkuasa Kerajaan Negeri. Jadi, itu sebenarnya, benda itu agak serius boleh dibuat siasatan boleh diajukan kepada pihak-pihak berkenaan. Sila wakil daripada Sungai Lembing eh… daripada, daripada Chini, yang terakhir. Jangan lama-lama.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT...Salam sejahtera dan salam Pahang 1st. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri Speaker kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan pada pagi ini yang penuh bermakna. Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan Negeri dan daerah.

Speaker

Yang Berhormat terus je.

Dan juga saya mengalukan 4 pemerhati daripada DUN Chini, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan. Boleh Dato' Sri.

Speaker

Sila... sila Yang Berhormat. Saya tak ada cakap apa. Yang Berhormat teruskanlah.

Burung merpati terbang sekawan, Hinggap sebentar di pohon sena, Daulat Tuanku payung keamanan, Pahang maju rakyat terbela.

Terlebih dahulu, patik merafak sembah menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibrahim ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas limpah perkenan berangkat

merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15 serta menyampaikan Titah Diraja yang sarat dengan amanat, panduan dan nasihat demi memastikan negeri Pahang terus stabil dan sejahtera.

Saya juga, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan juga ucapan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang serta seluruh barisan pentadbiran Kerajaan Negeri atas komitmen dan kesungguhan dalam memastikan negeri Pahang terus berada di landasan pembangunan yang kukuh, stabil dan diyakini rakyat. Alhamdulillah, hasil pentadbiran yang cekap, berintegriti dan berpandangan jauh. Negeri Pahang berjaya mencatat hasil negeri melebihi RM1 bilion selama 4 tahun berturut-turut. Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pahang hari ini mempunyai perancangan yang jelas serta hala tuju yang tepat dalam memperkukuhkan ekonomi negeri dan menjaga kebajikan rakyat.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Saya amat tertarik dengan Titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang yang menekankan kepentingan memperkukuhkan ekonomi negeri, memperhebatkan usaha menarik pelaburan, memperkukuhkan rantaian bekalan, melaksanakan dasar yang responsif terhadap kenaikan kos sara hidup serta memanfaatkan perubahan global demi masa depan negeri Pahang. Sesungguhnya Titah tersebut amat tepat dengan keadaan semasa yang memerlukan kerajaan sentiasa bersedia menghadapi cabaran ekonomi dunia yang semakin mencabar. Dalam masa yang sama, saya juga menyokong penuh Titah Tuanku berkaitan menambah hasil negeri melalui pengurusan eksport pasir sungai dan juga penjagaan alam sekitar. Di kawasan saya khususnya di Sungai Pahang. Keadaan sungai kini semakin cetek akibat pengumpulan pasir yang membentuk pulau-pulau kecil serta pertumbuhan anak-anak pokok di tengah sungai yang semakin membesar. Keadaan ini menyebabkan laluan sungai semakin sempit dan dikhuatiri memberi kesan terhadap aliran sungai serta meningkatkan risiko banjir pada masa akan datang.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Cadangan mewujudkan Pejabat PERHILITAN Daerah, Daerah Pekan amat wajar dipertimbangkan bagi memudahkan rakyat membuat aduan berkaitan gangguan hidupan liar seperti monyet, kera dan haiwan liar yang lain yang semakin kerap di kawasan kampung tradisi dan juga penempatan penduduk di bandar Pekan. Ketika ini banyak aduan melibatkan kacau ganggu monyet dan juga kera yang menimbulkan keresahan kepada penduduk termasuk merosakkan tanaman, memasuki rumah serta mengancam keselamatan terutama kanak-kanak dan warga emas. Dengan kewujudan pejabat PERHILITAN di daerah Pekan, tindakan pemantauan dan juga operasi dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan berkesan tanpa perlu bergantung kepada daerah luar. Malah, ia juga dapat memudahkan urusan penyelarasan bersama pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan dalam menangani isu hidupan liar secara sistematik. Saya berharap cadangan ini dapat diberi perhatian demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di daerah Pekan sentiasa terpelihara. Saya juga ingin menyentuh beberapa perkara berkaitan masyarakat di FELDA kawasan DUN Chini. Pertamanya, saya berharap pihak FELDA membuat kajian menyeluruh berkaitan pendawaian elektrik rumah-rumah peneroka FELDA yang kini kebanyakan telah lama dan memerlukan perhatian serius demi faktor keselamatan penduduk. Kita bimbang sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian sewajarnya, ia boleh mengundang risiko kebakaran serta membahayakan keselamatan keluarga peneroka. Selain itu, saya juga ingin mengetahui status pembekalan elektrik dan air

bagi rumah-rumah tambahan di tapak rumah peneroka yang masih berdepan dengan beberapa kekangan kemudahan asas. Perkara ini amat penting kerana ia melibatkan keselesaan, kesejahteraan serta kehidupan harian rakyat di kawasan luar bandar.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Dalam masa yang sama, saya amat berharap pihak pengurusan FELDA Wilayah Kuantan dapat terus memperkukuhkan komitmen dan kerjasama dengan kepimpinan di peringkat daerah Pekan. Saya melihat kehadiran pihak pengurusan FELDA dalam mesyuarat pembangunan daerah amat penting bagi membantu menyelesaikan isu-isu rakyat di kawasan rancangan FELDA Chini. Kadangkala banyak perkara dibangkitkan dalam mesyuarat, namun tanpa kehadiran pihak FELDA, penyelarasan tindakan menjadi kurang berkesan. Saya berharap pihak pengurusan FELDA lebih cakna dan dapat memberikan komitmen yang lebih baik demi memastikan segala isu yang dibangkitkan dapat diselesaikan secara bersama. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan juga terima kasih kepada kerajaan melalui pihak JKR Daerah Pekan atas penyediaan 22 lampu solar di jalan utama Chini yang sering berlaku kemalangan melibatkan ternakan. Usaha ini amat dihargai oleh penduduk setempat dan secara tidak langsung membantu meningkatkan aspek keselamatan pengguna jalan raya.

Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,

Saya juga ingin menyentuh berkaitan penggunaan sistem digital dalam memudahkan akses rakyat terhadap perkhidmatan kerajaan. Hari ini, rakyat mahukan sistem penyampaian cepat, mudah dan efisien. Kerajaan perlu terus memperkukuhkan penggunaan sistem digital termasuk urusan bantuan rakyat, semakan permohonan aduan awam dan akses kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan. Usaha pendigitalan ini amat penting supaya rakyat di kawasan luar bandar tidak tercicir daripada arus pembangunan teknologi.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Saya juga merakamkan penghargaan atas pencapaian pendidikan negeri Pahang yang berjaya berada di kedudukan nombor 2 terbaik dalam keputusan SPM. Manakala Daerah Pekan pula berjaya muncul tempat pertama antara daerah di negeri Pahang. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan hasil kerjasama semua pihak termasuk guru-guru, ibu bapa, pelajar serta sokongan berterusan Kerajaan Negeri terhadap agenda pendidikan. Saya percaya pelaburan pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang yang amat penting dalam melahirkan generasi muda yang berilmu, berakhlak, berkemahiran dan mempunyai jati diri yang tinggi. Selain itu, negeri Pahang juga berjaya mencatat indeks perpaduan terbaik yang membuktikan rakyat negeri ini hidup dalam suasana aman, harmoni dan saling menghormati.

Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,

Saya juga ingin mengingatkan agar isu 3R iaitu agama, kaum dan juga institusi diraja tidak dimainkan secara melampau, lebih-lebih lagi apabila negara menghadapi suasana politik menjelang PRU Ke-16. Jangan kerana kepentingan politik, kita merosakkan perpaduan serta keharmonian yang telah lama terbina di negeri ini. Kita perlu sentiasa menghormati institusi diraja, menjaga perpaduan kaum serta memastikan politik yang dibawa adalah politik matang dan membawa manfaat kepada rakyat. Sebagai pemimpin, kita perlu menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat dalam menjaga adab, tutur kata dan perpaduan.

Yang Berhormat Speaker,

Sesungguhnya kepimpinan bukan sekadar tentang jawatan atau kuasa tetapi tentang keberanian membuat keputusan yang betul serta memberi manfaat kepada rakyat. Sabda Rasulullah SAW, sebaik-baik manusia adalah manusia yang paling memberi manfaat kepada manusia lain. Hadis Riwayat Ahmad.

Gunung Tahan megah berdiri, Menjadi lambang bumi bertuah, Bersatu hati membina negeri, Pahang maju rakyat sejahtera.

Dengan ini, Chini mohon menyokong. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih, wakil dari Chini yang merupakan pembahas ataupun wakil kita yang terakhir. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, er... di sebelah pagi ini, seramai 6 orang telah pun mengambil bahagian. Jadi, saya akan menempohkan persidangan ini pada sebelah petang untuk kita sama-sama menikmati jamuan makan tengah hari yang telah disediakan dan persidangan kita akan disambung semula pada pukul 2.45 petang. Persidangan ditempohkan Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sambungan Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.Motion

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga: Sambungan perbahasan Usul menjunjung kasih atas titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Speaker

Salam sejahtera dan selamat petang. Persidangan kita disambung semula. Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian. Kita masih lagi di atas usul yang berbunyi bahawa:

“Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini, bersetuju menjunjung kasih atas titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.”

Pada sebelah petang ini, kita menyambung semula perbahasan atas titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan saya akan memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul ini, dan setiap Ahli diberi peruntukan sebanyak 15 minit. Baiklah, saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Lanchang. Sila Yang Berhormat.

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Alhamdulillah, [Ayat al-Quran]. Segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya, kita dapat bersama-sama hadir dalam Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Yang Ke-15 tahun 2026 ini.

Yang Berhormat Tuan Speaker,

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahas titah Diraja Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang ini. Titah Tuanku telah mencakupi atas semua aspek, bermula daripada keagamaan, adab, ekonomi, sosial dan kebudayaan Pahang ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja, yang telah berusaha memacu ekonomi negeri ini dengan mengekalkan prestasi dari masa ke semasa.

Yang Berhormat Speaker,

Akibat ketidaktentuan global pasca konflik di Asia Barat, sektor ekonomi dunia mula merasai tekanan dan masalah berangkai. Kenaikan bahan api telah menyebabkan peningkatan kos bagi industri berbagai industri, pengilangan, pertanian, penternakan dan lain-lainnya. Peningkatan kos logistik, gangguan rantaian bekalan, kekurangan bahan mentah serta tekanan aliran tunai, lebih membimbangkan. Terdapat syarikat yang mula mengurangkan pengeluaran. Membekukan pengambilan pekerja dan ada yang pertimbangkan langkah pemberhentian. Ada syarikat yang telah atau sedang merancang pelarasan tenaga kerja kerana tekanan kos dan permintaan. Akibatnya, syarikat-syarikat mula mengambil tindakan-tindakan mengurang kos mereka, antaranya mengurangkan tenaga kerja lebih masa… mengurangkan kerja lebih masa. Pembekuan pengambilan pekerja dan ada setengah-setengah kes yang mula memberhentikan pekerja-pekerja mereka… sebahagian kecilnya.

Yang Berhormat Speaker,

Masalah ini juga mula dirasai oleh pengusaha-pengusaha di sektor pertanian, petani, pesawah, penternak dan sebagainya. Ada yang berkira-kira untuk berehat buat sementara, atau mengecilkan saiz pengusaha tanaman, akibat kos melambung dan margin pulangan yang rendah dan ada yang terus rugi. Ada juga yang ingin menukar jenis tanaman sepertimana daripada tanaman padi kepada kelapa sawit. Ada yang ingin terus berhenti. Maka, semua faktor- faktor ini akan menyebabkan negara dan negeri ini akan berdepan dengan masalah besar seperti pengangguran makin bertambah, pendapatan isi rumah makin berkurangan, komuniti asnaf makin bertambah. Maka bertambahlah senarai di di Jabatan Kebajikan Masyarakat juga di pejabat-pejabat zakat dan sebagainya. Dan sektor hasil pula, sektor makanan makin berkurangan. Harga menjadi lebih tinggi di pasaran serta import makin tinggi.

Pemberhentian pekerja dan pengurangan gaji itu jugak, akan menyebabkan isi jabatan rumah akan berkurangan. Hakikatnya, apabila sektor industri lemah, yang menanggung akibat paling awal ialah pekerja biasa, vendor-vendor, kontrak tempatan dan peniaga kecil yang bergantung kepada kuasa beli, pekerja kilang dan sebagainya. Maka saya ingin bertanya, apakah pelan tindakan segera Kerajaan Negeri bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan tersebut. Maka saya harapkan insya-Allah,

ada sesuatu yang kita akan keluarkan akan datang bagi mengatasi masalah-masalah tersebut.

Yang Berhormat Speaker,

Seterusnya Lanchang ingin membahaskan, beberapa isu mengenai kepelbagaian sektor ekonomi yang lebih meluas. Yang pertama ialah tentang pertanian khususnya. Dalam keadaan dunia hari ini yang sering yang kita yang telah saya sebutkan tadi bahawa, kegawatan ekonomi ini telah pun melanda seluruh dunia. Maka kita juga tidak lari daripada masalah-masalah tersebut. Kepada yang sama, oleh kerana itulah orang yang sama, pengeluaran makanan turut terkesan akibat jugak perubahan cuaca yang tidak menentu. Kadangkala cuaca terlalu panas dan kadangkala hujan terlalu lebat. Sekaligus menjejaskan hasil pengeluaran makanan negara. Golongan petani mula mengeluh dengan peningkatan kos pengeluaran yang semakin tinggi. Harga input pertanian meningkat mendadak, begitu juga kos bahan api. Keadaan ini menyebabkan para pesawah, penternak, peladang dan nelayan mula berfikir berkali-kali untuk meneruskan aktiviti pertanian, serta pengeluaran makanan secara berskala besar. Malah, ada juga yang mula mempertimbangkan untuk menghentikan sementara operasi mereka.

Sekiranya perkara ini berterusan, ia akan memberi kesan besar kepada produktiviti makanan serta keperluan pengguna khususnya negeri Pahang. Oleh itu, Lanchang menyarankan agar Kerajaan mengambil isu ini sebagai satu perkara yang serius dengan merancang serta melaksanakan tindakan segera bagi mengatasinya. Semua pihak berkaitan khususnya peringkat pembuat dasar, pelaksana perlu memainkan peranan secara lebih proaktif dalam membantu mempercepatkan meningkatkan produktiviti makanan negara. Hari ini kita sedang berdepan dengan krisis kekurangan bahan api kerana terlalu bergantung pada sumber luar. Maka kita tidak mahu perkara yang sama berlaku dalam sektor makanan akibat kebergantungan keterlaluan kepada import luar negara, sedangkan kita mempunyai ruang dan kemampuan untuk mengeluarkan bahan makanan kita sendiri. Negeri kita punyai tanah yang luas untuk pertanian. Iklim yang sesuai serta tenaga kerja yang mencukupi.

Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan beberapa perkara penting yang perlu disegerakan. Yang pertama. Yang pertama. Mengatasi masalah asas seperti terus-menerus menyediakan tanah-tanah yang sesuai atau kawasan yang sesuai untuk pengeluaran produk pertanian tertentu. Memulihkan semula tanah-tanah terbiar yang tidak diusahakan agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk sektor pertanian. Menyelesaikan masalah hak milik tanah, kepada para pemohon dengan kadar segera, supaya mereka dapat mengusahakan tanah dengan penuh bersemangat, tanpa rasa ragu-ragu tanpa rasa takut terhadap status pemilikan mereka. Ini adalah kerana masih terdapat banyak permohonan tanah yang telah pun diusahakan, namun status permohonannya masih tergantung walaupun telah lama dimohon. Kemudian ialah bantuan-bantuan input pertanian diteruskan dalam bentuk skala yang lebih besar, kepada petani-petani yang sedia ada.

Yang keduanya, saya ingin teruskan tentang isu pelancongan. Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku ada menyebut, beberapa isu berkaitan sektor pelancongan, pelancongan serta keperluan menambah baik beberapa pusat pelancongan bagi merancakkan lagi industri tersebut. Saya ingin menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan tersebut iaitu pertamanya, Pemulihan warisan rumah tradisional yang saya lihat bagi merancakkan ekonomi negeri melalui pelancongan saya melihat negeri Pahang mempunyai banyak nilai sejarah dan warisan yang boleh diketengahkan.

Terdapat rumah-rumah tradisional lama, yang dibina oleh orang-orang yang terdahulu, menggunakan kayu-kayan tempatan negeri Pahang dan sebahagiannya telah berusia ratusan tahun, di kawasan Lanchang sendiri antaranya terdapat di seperti mana di Kampung Lana, di Kampung Tedong, di Kampung Cempaka masih terdapat rumah-rumah tradisional yang mempunyai nilai sejarah dan warisan yang tinggi. Saya yakin dan percaya bahawa daerah-daerah lain di negeri Pahang juga mempunyai aset yang sama khususnya penempatan kampung tradisional Melayu yang masih mengekalkan ciri-ciri warisan budaya negeri ini. Malah, mungkin juga terdapat rumah-rumah tokoh pejuang kemerdekaan Melayu yang lahir di kawasan tersebut. Persoalan saya, adakah kerajaan menyediakan satu skim khas?

Exco Pelancongan belum hadir atau dana tertentu bagi memulihara rumah-rumah tradisional ini untuk diwariskan kepada generasi seterusnya khazanah sejarah ini. Dalam masa yang sama, rumah-rumah tersebut juga boleh didiami oleh waris sambil memelihara aset warisan budaya rakyat Pahang. Sekiranya belum ada, saya ingin mencadangkan agar diwujudkan satu peruntukan khas bagi tujuan tersebut. Dengan terlaksananya usaha ini, saya percaya lebih ramai pelancong akan menjadikan lokasi-lokasi tersebut sebagai satu tempat destinasi pilihan dalam kalendar pelancongan mereka kelak. Yang keduanya ialah tentang penambahbaikan infrastruktur pelancongan. Terdapat beberapa infrastruktur pelancongan yang perlu ditambah baik. Sebagai contohnya, kawasan Titik Tengah Semenanjung yang telah pun terkenal seluruh negara, malah di luar negara. Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker yang telah pun lama berkhidmat di situ atas usaha membangunkan kawasan tersebut. Namun begitu, ada kekurangan yang perlu diberi perhatian ialah masalah kekurangan tapak parkir atau letak kereta. Keadaan pelancong dan pengguna jalan raya yang terpaksa berhenti di bahu jalan amat berbahaya. Situasi ini menyebabkan pengunjung terpaksa memilih sama ada sekadar singgah mata atau berhenti. Maksudnya sambil naik kereta cuma pandang dan meletak atau berhenti dan meletakkan kenderaan dalam keadaan yang boleh mengundang risiko kemalangan. Oleh itu, saya berharap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan penambahan kawasan parkir yang lebih selamat dan teratur demi keselesaan serta keselamatan pengunjung.

Seterusnya ialah masih lagi tentang ekonomi semasa yang terdapat di negeri Pahang. Tuan Speaker, kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat dari masa ke semasa terus memberi kesan kepada semua pihak. Oleh itu, usaha mempelbagaikan aktiviti ekonomi untuk ketua keluarga bagi menampung beban kehidupan yang amat penting yang perlu diberi perhatian memandangkan negeri Pahang merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sumber mineral khususnya emas di beberapa kawasan tertentu. Perkara ini dilihat sebagai satu sumber rezeki yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat dan kerajaan sendiri. Terdapat juga tanah-tanah milik persendirian yang dipercayai mempunyai simpanan emas di dalam perut bumi di tanah mereka. Namun, pemilik tanah tidak dapat memanfaatkan sumber tersebut secara sah dan teratur. Jadi soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk mengeluarkan lesen mendulang emas atau permit individu kepada individu kepada masyarakat setempat bagi membolehkan mereka menjalankan kegiatan tersebut secara sah dan terkawal sebagaimana yang dilaksanakan beberapa negeri lain. Secara tidak langsung, semua pihak akan mendapat manfaat daripada persamaan ini. Penduduk akan mendapat pendapatan keluarga. Agensi atau syarikat kerajaan contohnya berkaitan boleh membeli emas mentah manakala Kerajaan Negeri pula mendapat meningkatkan hasil cukai atau daripada pengeluaran media tersebut. Dengan lain juga boleh disebut dengan itu konsep kongsi rezeki dapat dilaksanakan.

Seterusnya ialah tentang mengenai aktiviti pasir. Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku juga ada menyebut bahawa negeri Pahang mengalami kerugian kerana sumber pasir tidak dapat dikeluarkan secara optimum dan teratur. Lanchang melihat terdapat beberapa elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam isu ini. Kerajaan Negeri perlu menilai, pertama kuantiti pengeluaran kuantiti pengeluaran pasir perlu dipertingkatkan secara terkawal agar hasil yang diperolehi dapat dimaksimumkan. Yang kedua, Kerajaan Negeri perlu menilai semula kadar premium atau bayaran yang dikenakan kepada pengusaha pasir supaya lebih munasabah dan seimbang mengikut semasa sekaligus memastikan kerajaan memperolehi pulangan hasil yang sewajarnya daripada aktiviti tersebut. Dalam masa yang sama, aktiviti perlombongan pasir ini perlu dilaksanakan secara lebih tersusun berhemah mengikut garis panduan yang ketat supaya manfaat maksimum dapat diperolehi oleh semua pihak. Antaranya ialah memelihara kedalaman sungai bagi membantu mengurangkan risiko kesan banjir. Yang kedua, menjaga kelestarian alam sekitar serta sosio ekonomi, penternak ikan sungai yang mempunyai sangkar-sangkar dan juga komuniti-komuniti setempat yang mengusahakannya. Yang ketiganya ialah meningkatkan hasil pendapatan kerajaan sendiri melalui aktiviti-aktiviti pasir tersebut iaitu perlombongan yang telah pun dikawal selia dengan baik.

Seterusnya saya ingin menyebut tentang perkara yang sama yang telah disebutkan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku iaitu mengenai akses wakil rakyat dengan jabatan. Lanchang menyokong penuh supaya semua wakil rakyat mempunyai akses dengan jabatan dan agensi. Alhamdulillah, setakat ini saya mengucapkan tahniah kerana masih terdapat jabatan-jabatan yang memberi kerjasama walaupun kita tidak bersama dalam mesyuarat. Tapi kalau menghadiri mesyuarat lebih penting kerana kita dapat menyelesaikan banyak masalah iaitu seperti terlibat dalam mesyuarat tindakan daerah contohnya. Mesyuarat peringkat daerah ini dihadiri oleh hampir keseluruhan ketua-ketua jabatan di peringkat daerah, penghulu, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya. Maka sudah tentu ia menjadi lebih mudah apabila masalah timbul di sesuatu tempat, dapat berjumpa dan berbincang di dalam mesyuarat ataupun di luar mesyuarat kepada khusus kepada jabatan-jabatan berkenaan, lebih-lebih lagi isu yang timbul melibatkan kepelbagaian agensi.

Dalam isu yang sama untuk diselesaikan isu yang berlapis-lapis yang menyebabkan agensi tidak tolak menolak antara satu sama lain. Maka kata putus akan dapat dimaklumkan dan diputuskan, maka wakil rakyat dapat memaklumkan pada pihak yang bawah dengan berita yang betul, berita yang benar. Untuk menjadikan Pahang 1st ini sudah tentu cara kerja kita perlu berubah. Niat untuk menjadikan yang terbaik kerja, usaha, strategi perlu luar biasa supaya yang kita capai tu luar biasa. Menidakkan pihak pembangkang dalam satu-satu program penting adalah style lama dan ia sudah style biasa sebenarnya yang telah disarankan. Tapi jika kita mengubah cara kita bekerja dengan melibatkan pihak-pihak semua pihak termasuk pihak pembangkang sebagai rakan dalam satu program, rakan dalam gerak kerja strategi itu memang satu yang luar biasa, maka sudah. Maka saya amat yakin bahawa apabila satu kerja yang luar biasa, dia akan menghasilkan keputusan yang luar biasa. Maka itulah cara kita iaitu Pahang Style, yang mana telah pun disebut sebagai sebuah negeri yang berdaulat.

Yang Berhormat Speaker,

Saya pelik yang ADUN Lanchang sebutkan ini pendekatan kita di Pahang. Kalau kita buat cara maknanya cara harmonilah kan? Saya teringat dulu Yang Berhormat Speaker, tak berapa lama dululah kita pernah didengarkan dengan program Hogoh Jelai. Sebenarnya program tu kita pun fikir tak masuk akal. Yang Amat Berhormat Datuk Sri Menteri Besar Dato’ Sri Diraja Menteri Besar memberi ruang yang seluas-luasnya berjumpa dengan wakil-wakil rakyat, berjumpa dengan apa nama masyarakat orang ramai. Malah, pendekatan yang dibuat memang takda langsung menganaktirikan kawasan mana-mana. Nak bagi tahu ni walaupun pihak kerajaan kita mewakili 25 kawasan DUN daripada 42 tak pernah langsung kawasan-kawasan lain tercicir. Ini bukti kita ada bukti. Tapi dia tak senadalah tu. Kita cakap mengapa tidak libatkan pihak pembangkang. Pihak pembangkang pun sepatutnya kawasan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar kawasan Jelai yang telah pun dikenal pasti sebagai satu kawasan yang memang dijaga rapi oleh wakil rakyatnya. Yang itu pun pihak pembangkang nak hogoh. Jadi kita boleh tengok cara begitu. Cara macam itu kita bekerja dengan ikhlas dan baik. Pihak pembangkang masih lagi mengambil pendekatan yang cara agresiflah, provokatif.

Sebab itu saya lihat Lanchang kena bincang dulu sama kerana dalam, nanti saya nak sentuh ni. Sebenarnya kita kena tengok Titah Diraja ni bukan maknanya mengatakan bahawa pihak kerajaan menafikan hak pihak pembangkang. Tidak. Yang Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang menitahkan supaya kita memainkan peranan masing-masing. Pihak kerajaan memainkan peranan pihak kerajaan dan pihak pembangkang main peranan sebagai pembangkang yang konstruktif. Itu kena difahamkan. Saya tak nak nanti naratif tu seolah-olah macam selama ni pihak kerajaan bertindak ini apa nama. Seolah-olah di luar pada orang kata apa nama jajaran…Tidak, sebenarnya kita bertindak sepertimana yang telah memberi manfaat kepada rakyat jelata. InsyaAllah.

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Saya sambung Tuan Speaker. Terima kasih kepada…

Speaker

Sila. Minta gulunglah kerana dah ni…

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Saya cuma ada 2, saya habiskan. Er… saya bagi laluanlah sebab Benta tak ada banyak hari. Jadi terima kasihlah atas ni. Salam sampai ke tanah air. Er.... Tuan Speaker er… er… seterusnya saya ingin ada pertanyaan err... Pertamanya ialah tentang Skim Tanah Rancangan FELCRA. Kita sedia maklum bahawa ia ditubuhkan untuk memajukan tanah terbiar dan juga tanah kerajaan bagi membantu meningkatkan taraf hidup rakyat miskin. Ladang-ladang yang telah berhasil akan diberikan kepada peserta yang layak atau dalam bentuk saham. Sehubungan itu, saya ingin bertanya dan penjelasan mengenai FELCRA Sementih di Lanchang ribuan ekar. Adakah sudah dipilih atau diambil peserta-peserta yang layak, sebabnya kerana

terdapat rungutan bahawa sebahagian besar sudah pun ditemu duga tetapi belum er… mendapat er… keputusan. Atau adakah kerajaan mempunyai satu polisi baru atau dasar baru mengenai Skim Ladang FELCRA tersebut dalam perjalanan hasil. Er… akhirnya ialah Lanchang juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Exco yang berkenaan serta pegawai-pegawai daerah Temerloh… serta pegawai… Dato’ Pegawai Daerah Temerloh serta agensi yang berkaitan iaitu mengenai 2 projek sedang dilaksanakan yang telah lama… satu dah lama dipohon, yang baru… yang… yang satunya ialah baru, tetapi sudah pun dilaksanakan iaitu projek jambatan gantung di Kampung Dala.

Dan keduanya, Kampung Kelubi yang dalam proses saya kira hampir siaplah. Maka saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan terima kasihlah di atas kecepatan membuat keputusan dan juga projek yang telah pun di… dilaksanakan. Maka apabila siap nanti dapatlah memberi manfaat baru, nafas baru kepada penduduk setempat menjalani kehidupan harian dengan lebih selesa yang selama ini menjadi masalah mereka untuk er… menjalani aktiviti seharian. Akhirnya, Lanchang ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan atas pelaksanaan bantuan sara hidup RM15,000.00 seminggu kepada pihak-pihak yang memerlukan melalui ADUN Kerajaan dan Penyelaras DUN. Walau bagaimanapun, diharapkan bantuan tersebut hendaklah diagihkan kepada golongan yang benar-benar layak menerimanya supaya menerima maklumat… matlamat membantu rakyat memerlukan dapat dicapai dengan berkesan.

Dan saya juga nak ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang terutamanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri… Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Sri Diraja di atas pengumuman bahawa RM15,000.00 itu disalurkan kepada YB ADUN Kerajaan dan juga penyelaras makna... maknanya ia menjawab teka-teki selama ini bahawa di bawah sana sentiasa bertanya, betulkah pembangkang tak dapat peruntukan? Betulkah tiada peruntukan? Maknanya bila… apabila Dato’ Menteri Besar menjawab begitu maka jalan itu bahawa fakta itu benar, maka lapanglah dada kami bahawa benda yang menjadi masalah pada kami terjawab akhirnya. Jadi saya ucapkan terima kasihlah. Akhir sekali…

Maknanya ni Dato’ Sri Speaker…

Speaker

Sila.

… ADUN Lanchang, tak bertandinglah kat PRU 16 ni.

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Er… itu…

Dah semuanya… agenda… semua… semua… semua perjuangan dah selesai. [Ahli Dewan ketawa]

Tuan Hasan bin OmarPAS · PNLanchang

Akhir kata, Lanchang menyokong penuh Titah Ucapan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku sempena Istiadat Pembukaan Dewan yang berlangsung pada hari Jumaat yang lalu. Sekian wallahu a'alam. Assalamualaikum WBT. [Ahli Dewan menepuk meja]

Speaker

Terima kasih ADUN dari Lanchang. Seterusnya saya menjemput ADUN dari Sabai, sila.

Baiklah. Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar, Barisan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Pertama sekali, patik menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang yang berangkat menyempurnakan Perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang Yang Ke-15. Baginda bertitah menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas kejayaan membawa Pahang ke tahap ekonomi yang cemerlang.

Pencapaian kutipan hasil negeri bagi tahun 2025 sekali lagi jelas membuktikan dan melebihi RM1 bilion, sekali gus mengekalkan rekod cemerlang bagi tahun keempat berturut-turut sejak 2022. Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri… Negeri Kasar Negeri sebanyak 5.7% dengan nilai ekonomi mencecah RM68 bilion, telah meletakkan Pahang dalam kalangan 4 negeri terbaik di Malaysia pada tahun 2024. Ini mencerminkan keupayaan negeri ini untuk bangkit dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran global. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan seluruh jentera pentadbiran Kerajaan Negeri atas kejayaan dan pencapaian cemerlang ekonomi negeri Pahang. [Ahli Dewan menepuk meja]. Titah Paduka Baginda agar Kerajaan Persekutuan lebih cakna dan menghormati hak-hak negeri Pahang khususnya dalam aspek perundangan hasil negeri serta pelaksanaan projek pembangunan juga amat signifikan.

Tuanku Baginda telah menzahirkan kekecewaan terhadap tindakan Kerajaan Pusat yang tidak meluluskan usaha negeri Pahang untuk menambahkan hasil eksport negeri… er… eksport pasir sungai memandangkan negeri Pahang memiliki sungai yang terpanjang di Semenanjung dengan mendapan pasir yang perlu dikeluarkan agar kelancaran pengaliran air sungai berlaku seterusnya dapat mengelakkan banjir. Saya memohon agar Kerajaan Negeri Pahang terus berunding bersama Kerajaan Pusat dan mencari titik penyelesaian terhadap isu-isu hak negeri yang dizahirkan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda. Baginda turut bertitah menegaskan bahawa isu berkaitan kaum, agama dan Institusi Diraja yang boleh menggugat keharmonian negeri mesti dihentikan serta-merta.

Hari ini tarikh 13 Mei, peristiwa pada tarikh 13 Mei tahun 1969 merupakan sejarah hitam yang mengingatkan kita… 4… jika keharmonian masyarakat majmuk negara kita tergugat akibat isu-isu 3R. Baginda menegaskan bahawa tiada… tiada kompromi

dalam sebarang cubaan untuk mengganggu gugat keharmonian di negeri Pahang khususnya melalui permainan isu-isu 3R. Semua pihak tanpa mengira latar belakang perlu bertanggungjawab dalam setiap tindakan selain menjunjung tinggi nilai hormat, toleransi dan undang-undang demi mengekalkan keharmonian negeri. Isu-isu 3R ini mampu menimbulkan provokasi dan sentimen perkauman lebih-lebih lagi dengan kenyataan palsu dan fitnah yang mudah disebarkan melalui media sosial. Malah, baru-baru ini telah tersebar khabar palsu bahawa terdapat upacara keagamaan besar-besaran ala negara India di kawasan Bukit Tinggi yang sesungguhnya tidak benar sama sekali. Isu tersebut telah dinafikan dan diberi pencerahan yang sewajarnya. Namun, impak negatif yang tercetus tetap ada kesannya. Merujuk kepada isu berkaitan rumah ibadat bukan Islam, saya mohon pertimbangan dan toleransi semua pihak bagi penyelesaian secara konsultasi, konsensus dan berhemah. Saya yakin Kerajaan Negeri mampu menangani isu ini dengan penuh kebijaksanaan dan harmonis.

Tuan Speaker,

Ketegasan Baginda Tuanku bahawa sebarang tindakan yang sengaja menimbulkan kebencian antara kaum dan agama adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali di negeri adalah satu peringatan yang tepat pada waktunya. Sesungguhnya Baginda dan seluruh Kerabat Diraja negeri Pahang membawa naratif baru bahawa konsep raja dan rakyat berpisah tiada. Dengan kewibawaan, kebijaksanaan dan keprihatinan yang amat tinggi dan mulia. Daulat Tuanku.

Tuan Speaker,

Saya mohon izin mengutarakan beberapa isu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat di kawasan DUN Sabai. Pertamanya, saya ingin mengambil kesempatan di Dewan Yang Mulia ini untuk merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas projek rancangan Tebatan Banjir yang sedang dilaksanakan di daerah Bentong bernilai RM227 juta, seperti mana yang telah dimaklumkan dalam jawapan kepada soalan lisan saya oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar.

Dari Bentong hingga ke sempadan daerah Temerloh di DUN Sabai. Projek ini diharapkan apabila dilaksanakan sepenuhnya dapat mensifarkan musibah banjir di daerah Bentong khasnya DUN Sabai. Seterusnya seperti biasa, fasiliti dewan serbaguna di kawasan DUN Sabai. Keperluan yang sudah saya suarakan sejak kali pertama saya menjejakkan kaki di Dewan Yang Mulia ini. Harap tapak sudah dikenalpasti tinggal lagi dana dan ketika lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Daerah Bentong baru-baru ini, cadangan pembinaan dewan berkenaan telah disenaraikan di dalam taklimat pembangunan daerah. Maka saya mohon tindakan Kerajaan Negeri bagi membantu kelulusan dana berkenaan dari Kerajaan Pusat membolehkan kerja-kerja pembinaan dapat dilaksanakan.

Kedua, saya juga ingin mengutarakan permintaan penduduk Kampung Orang Asli Ulu Pareh mengenai keperluan sebuah dewan baru ataupun naik taraf dewan yang sedia ada yang semakin uzur dan tidak dapat menampung peningkatan penduduk kampung berkenaan. Masih di Kampung Asli Ulu Pareh, terdapat 12 keluarga di Kampung Ulu Pareh yang tiada kemudahan bekalan air ke kediaman mereka bergantung kepada air dari kawasan bukit yang telah pun saya bangkitkan sebelum ini dalam sidang dewan yang lepas. Semasa Program Aspirasi Pahang 1st di daerah Bentong tahun lepas, rakan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli telah kunjung ke Kampung Asli Ulu Pareh bersama Pihak Pengurusan Air Pahang (PAIP) dan

dimaklumkan mengenai isu bekalan air ke 12 rumah berkenaan. Saya difahamkan bahawa pihak PAIP setuju tanggung sebahagian kos kerja-kerja bekalan air tersebut. Betul ye… Ha betul. Manakala kos selebihnya dicadangkan ditanggung oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli ataupun JAKOA. Saya dimaklumkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli Ulu Pareh bahawa masih tiada perkembangan dalam isu bekalan air ini dan harap Kerajaan Negeri dapat mengusahakan penyelesaian pada kadar segera.

Ketiga saya juga menyokong cadangan rakan saya dari Kemayan berkenaan bekalan air dan elektrik kepada rumah ke-2 yang dibina di atas tapak peneroka FELDA yang asal. Isu ini sudah berlarutan sekian lama dan sering dibangkitkan oleh peneroka FELDA yang terkesan khususnya dalam kawasan saya FELDA Kampung Serting. Saya berharap apa jua perundangan atau birokrasi di dalam perkara ini dapat diselesaikan.

Keempat, saya telah diminta oleh pihak Pengurusan Masjid Kariah dalam kawasan DUN Sabai agar kerajaan negeri mempertimbangkan kenaikan elaun imam masjid tersebut berdasarkan beban dan peranan tugas mereka. Kadar RM850 yang diterima buat masa ini adalah tidak setimpal dengan tugas yang dijalankan. Difahamkan, kadar elaun berkenaan diselaraskan oleh pihak JAKIM dan saya harap Kerajaan Negeri prihatin dengan permintaan tersebut dan mengusahakan bantuan elaun tambahan jika diizinkan kedudukan ekonomi er.. Kerajaan kita ni. Saya juga mengambil kesempatan ini merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri atas inisiatif Bantuan Bakti Negeri Pahang kepada golongan masyarakat yang terkesan berikutan krisis minyak global yang membawa kepada peningkatan harga barang dan peningkatan peningkatan kos sara hidup.

Tuan Yang di-Pertua,

Sambil menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat DUN Sabai. Seperti biasa, saya juga suara tunggal kaum India Pahang dalam Dewan Yang Mulia ini. Walaupun India, kaum India ini adalah minoriti di Pahang, namun saya akui kita akui bahawa kebajikan dan kesejahteraan kaum India tetap disantuni oleh Kerajaan Negeri. Pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar. Terima kasih Kerajaan Negeri Pahang. (Ahli Dewan tepuk meja). Saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan beberapa isu yang telah dimajukan kepada saya oleh kaum India untuk disuarakan dalam Dewan Yang Mulia ini. Pertama berkaitan dengan isu pengambilan penjawat awam daripada masyarakat India di bawah sektor perkhidmatan awam negeri Pahang. Kalau tak silap saya dalam sesi soalan lisan ada dibangkitkan oleh ADUN Lantikan daripada Mentakab. Er… angka yang saya dapat ialah lebih kurang purata dalam 9 orang daripada bukan Melayu bagi setiap tahun. Adalah menjadi harapan bahawa bilangan pengambilan kaum India ini dapat dipertingkatkan berdasarkan permohonan dan kelayakan.

Kedua, majoriti kaum India suatu ketika dulu berkecimpung dalam sektor perladangan dan pertanian. Terdapat ramai agropreneur daripada kaum India yang mampu menjayakan projek pertanian dan perladangan jika diberi peluang dan bimbingan. Maka saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri memperbanyakkan lagi rancangan tanah pertanian dan perladangan, skala kecil dan besar ke arah peningkatan penyertaan agropreneur daripada kaum India di negeri Pahang. Sektor ini terbukti salah satu sektor yang menyumbang ekonomi negeri dan negara. Akhir sekali, sebagai usaha menyantuni keperluan masyarakat ketika musim perayaan, Kerajaan Negeri Pahang telah menyediakan baucar bernilai RM100.00 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan juga sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Saya harapkan Kerajaan Negeri agar inisiatif ini diteruskan sempena perayaan Deepavali yang disambut November ini. Dan yang terakhir sebelum sebelum saya mengundur diri, saya difahamkan dalam Sidang yang lalu bahawa SJK(T) Ladang Jeram Sekolah dengan jolokan Sekolah Kontena telah mendapat kelulusan dana daripada Persekutuan. Saya mohon pencerahan berkaitan dengan pembinaan ataupun pelaksanaan sekolah tersebut. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong titah Diraja. Maju Terus Pahang. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sabai. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tahan. Sila.

[Ayat Al-quran] (Dalam Bahasa Arab) Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, Yang dihormati Yang Berhomat Speaker, Yang Berhormat Dato’ Seri Diraja Menteri Besar, barisan Exco rakan-rakan ADUN, seluruh ketua-ketua jabatan dan pemerhati yang dihormati sekalian. Telebih dahulu patik menjunjung kasih ke atas titah diraja yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang ke-15 pada hari Jumaat yang lalu. Sesungguhnya titah Tuanku sarat dengan peringatan, teguran dan panduan kepada semua pihak dalam memastikan negeri Pahang terus maju dan juga Makmur…Allah SWT berfirman dalam surah An-Nisa Ayat 58. [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya yang berhak menerimanya dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, Allah menyuruh kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan suruhannya itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat. Amanah mentadbir negeri bukan hanya tentang mengejar angka pertumbuhan ekonomi atau mengumumkan projek-projek besar tetapi memastikan pembangunan itu berlaku secara adil, seimbang dan benar-benar dirasai oleh seluruh rakyat.

Saya amat tertarik dengan titah Tuanku yang menyeru supaya semua Wakil rakyat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi, rajin turun padang, rajinkan diri turun naik ke jabatan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan masalah rakyat dapat diselesaikan dengan cepat, cekap dan berkesan. Insya-Allah, sebagai Wakil Rakyat pembangkang, saya berdiri di Dewan Yang Mulia ini bagi memainkan peranan semak dan imbang secara konstruktif sebagaimana yang dititahkan oleh Tuanku. Membangunkan negeri Pahang ini adalah tanggungjawab kita bersama. Tidak kiralah sama ada berada di blok Kerajaan mahupun pembangkang. Rakyat di kawasan pembangkang juga adalah rakyat negeri Pahang. Maka sebab itu saya berharap Kerajaan Negeri dapat lebih terbuka hati dan lebih profesional dalam mendepani pandangan-pandangan daripada pihak pembangkang.

Yang Berhormat Speaker,

saya menjunjung kasih atas titah Tuanku yang menyatakan bahawa negeri Pahang mencatatkan pencapaian ekonomi yang amat membanggakan termasuk kutipan hasil negeri melebihi RM1 billion serta pertumbuhan ekonomi yang baik. Namun begitu,

persoalan yang perlu kita renungkan bersama ialah adakah kemakmuran ini benar-benar dirasai secara seimbang di seluruh daerah di negeri Pahang? Kerana apabila kita turun ke kawasan luar bandar, kampung tradisional dan kawasan pedalaman, masih ramai rakyat yang merasakan pembangunan ekonomi negeri terlalu tertumpu di kawasan tertentu sahaja. Kita lihat kawasan yang pesat menerima pelaburan terus berkembang tetapi ada daerah lain yang masih berdepan dengan kekurangan peluang pekerjaan dan penghijrahan anak muda. Akses internet yang lemah, peluang ekonomi yang terhad serta infrastruktur yang masih jauh ketinggalan. Saya percaya untuk menjadikan negeri Pahang benar-benar maju, pembangunan ekonomi mestilah lebih seimbang antara daerah. Jangan sampai berlaku keadaan di mana ada daerah menjadi pusat pertumbuhan, manakala daerah lain manakala daerah lain hanya menjadi penonton kepada pembangunan negeri. Kalau perkara ini tidak ditangani dari sekarang, akhirnya anak-anak muda di daerah luar bandar akan terus berhijrah keluar kerana merasakan tiada masa depan di tempat sendiri.

Justeru, saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri, yang pertama, membangunkan pelan ekonomi mengikut kekuatan setiap daerah. Dan sekiranya sudah ada, maka libatkanlah kami di dalam meja perbincangan dan rundingan. Yang kedua memperluaskan insentif pelaburan ke kawasan luar bandar. Yang ketiga memberi fokus kepada pembangunan ekonomi anak muda di daerah pedalaman. Saya juga amat berharap Kerajaan Negeri dapat mengamalkan budaya pentadbiran yang lebih profesional dan inklusif kerana rakyat tidak peduli siapa kerajaan dan siapa pembangkang. Rakyat cuma mahu masalah mereka diselesaikan dan taraf hidup mereka boleh dipertingkatkan.

Yang Berhormat Speaker,

Seterusnya, izinkan saya membangkitkan beberapa isu di dalam kawasan saya yang memerlukan perhatian segera pihak Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat di kawasan luar bandar terutamanya di DUN Tahan. Yang pertama, isu bekalan air di Kampung Kuala Sat yang semakin meruncing sejak 2 tahun kebelakangan ini. Kampung ini masih bergantung sepenuhnya dengan bekalan air bukit ataupun air graviti sejak dahulu lagi. Kampung ini mempunyai penduduk lebih kurang 600 orang dengan jumlah rumah sebanyak 130 buah. Mereka terpaksa membuat agihan dan catuan air. Namun, ada juga yang tidak dapat kerana kedudukan yang tinggi. Tambahan pula, Kampung Kuala Sat kini merupakan destinasi eco pelancongan yang menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi.

Ramai juga pelancong yang memilih untuk bermalam di challet dan juga penginapan yang diusahakan oleh penduduk serta makan minum di restoran yang ada. Namun, masalah bekalan air yang berlaku ini sudah tentu akan memberikan kesan langsung kepada pendapatan penduduk dan mengganggu kemasukan pelancong. Saya menyambut baik kelulusan projek bekalan air luar bandar di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi penduduk Kampung Kuala Sat dan Kampung Pagi melalui Rolling Plan 5 2025 yang melibatkan naik taraf loji Kampung Bantal dan pembinaan baru muka sauk & loji di Kampung Pagi dengan kos RM40 juta. Isu di Kampung Pagi pula ialah 2 kolam takungan air iaitu di Sungai Lentun dan Sungai Betong yang menyalurkan air kepada penduduk perlu dinaik taraf kerana terdapat kerosakan pada strukturnya yang menyebabkan air tidak dapat ditakung dengan baik sehingga… sehingga mengurangkan air yang sepatutnya sampai ke kediaman penduduk. Tidak termasuk lagi gangguan daripada gajah liar. Begitu juga dengan projek bekalan air luar bandar di Kampung Tanah Pindah, Bukit Mat Daling. Saya difahamkan bahawa perunding telah dilantik sejak tahun 2024 lagi dan reka bentuknya

telah siap. Persoalan saya bilakah proses penganugerahan projek tersebut akan berlaku dan juga dilaksanakan. Projek bekalan air luar bandar untuk Kampung Kuala Sat dan Kampung Pagi ini sememangnya mungkin memakan masa yang lama.

Saya difahamkan ketika ini proses lantikan perunding sedang dibuat. Selepas itu, sekurang-kurangnya 2 tahun tempoh diperlukan untuk membuat reka bentuk dan seterusnya 2 tahun lagi diperlukan untuk proses pembinaan. Justeru, mengambil kira hubungan baik dan keakraban di antara Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga menerajui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, dapatlah kiranya 3 projek bekalan air luar bandar yang melibatkan Kampung Tanah Pindah, Bukit Mat Daling, Kampung Kuala Sat dan Kampung Pagi mendapat perhatian yang sebaiknya dan serta dapat dipercepatkan demi kesejahteraan rakyat pedalaman Ulu Tembeling yang kita semua sayangi.

Yang kedua isu jalan negeri dari Simpang Kampung Air Hitam menuju ke jalan baharu Jambatan Kampung Labu melalui Kampung Kercih sejauh kira-kira 6 kilometer. Jalan kampung ini telah digunakan sejak tahun 2018 bagi tujuan pembinaan jalan baharu dan jambatan sehingga projek tersebut siap sepenuhnya pada 31 Ogos 2025. Namun, malangnya keadaan jalan tersebut kini rosak teruk dan masih belum dibaiki. Walaupun pihak kontraktor sebelum ini telah berjanji untuk melakukan kerja-kerja pembaikan selepas projek siap. Jalan ini merupakan laluan utama penduduk di sekitar Kampung Kercih dan Pasir Sia bagi urusan rasmi. Namun kini setelah jambatan baharu telah siap dibina, ianya menjadi laluan pilihan pelbagai pihak kerana dapat memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa. Maka saya mohon tindakan segera daripada pihak Kerajaan Negeri supaya kontraktor dipanggil semula dan satu tempoh masa yang jelas diberikan untuk kerja pembaikan dilaksanakan. Saya juga mencadangkan agar selepas ini setiap projek besar Kerajaan Negeri mewajibkan pelan pemulihan jalan sedia ada sebelum Sijil Penyiapan Projek dikeluarkan supaya rakyat tidak terus menanggung kerosakan selepas projek siap. Yang ketiga isu kuantiti bahan api bersubsidi di Mukim Ulu Tembeling.

Kita semua sudah sedia maklum bahawa kawasan Ulu Tembeling tidak mempunyai stesen minyak dan penjualan bahan api hanya dilakukan melalui kedai-kedai runcit di kampung. Namun, sejak kebelakangan ini iaitu sekitar Mei 2025, bermula sekitar Mei 2025, bekalan bahan api mula dicatu mengikut kampung sehingga menimbulkan keresahan masyarakat setempat. Sebagai contoh, di Kampung Kuala Sat, bekalan petrol hanya sekitar 8,000 liter sebulan sedangkan penggunaan harian boleh mencecah 300 hingga 500 liter sehari. Ini menyebabkan bekalan habis dalam tempoh kira kira hanya 15 hari sahaja. Hakikatnya, penggunaan api di kawasan pedalaman tidak boleh diukur berdasarkan jumlah penduduk semata-mata kerana bahan api digunakan untuk enjin bot sungai, generator, urusan logistik, aktiviti ekonomi dan perjalanan harian masyarakat. Justeru, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri bersama pihak berwajib melakukan semakan semula kuota bahan api mengikut keperluan sebenar penggunaan setempat bukannya berdasarkan formula umum semata-mata dan sekiranya pencatuan perlu diteruskan, biarlah ada garis panduan rasmi daripada pihak berkuasa supaya tidak berlaku salah faham dan pertikaian sesama masyarakat kampung. Yang ke-4.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Minta celah sekejap.

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Terima kasih er... Tahan. Untuk isu petrol er... di Pahang ni tak ada masalah. Kalau er... pem permintaan di Kuala Tahan er... di mana Tembeling tu? Kalau nak lebih, petrol stesen kita sudah ada kuota untuk dia. Kalau dia nak lebih, dia kena mohon petrol station tau. Okay, terima kasih.

Terima kasih Wakil Kerajaan, saya teruskan yang ke-4, isu tempatan. Yang ke-4 isu Rumah Generasi Kedua FELDA di FELDA Sungai Retang yang sehingga kini dilihat terbengkalai. Dimaklumkan bahawa projek ini telah mencapai sekitar 67% siap pada Februari 2025. Namun sehingga hari ini, tiada perkembangan ketara di tapak projek walaupun rumah ini pada asalnya dijangka siap dan diserahkan pada pembeli pada April 2026. Apa lebih menyedihkan, terdapat pembeli yang sudah mula membayar komitmen pinjaman bank sejak 2 tahun yang lalu, walaupun rumah masih belum siap dibina. Pemaju projek ini ialah KM KMDI Holdings Sdn. Bhd., di bawah Lembaga Perumahan Negeri Pahang. Maka selari dengan Titah Tuanku supaya setiap masalah rakyat diselesaikan segera dan tidak dibiarkan berpanjangan, saya mohon Kerajaan Negeri campur tangan secara serius dalam isu ini. Justeru, saya mencadangkan agar pembayaran pinjaman pembeli ditangguhkan sementara sehingga rumah benar-benar siap.

Er… celahan…

Kami telah membuat er... perjumpaan dengan pihak er... KMDI, pembeli-pembeli dan juga agensi kewangan AKPK untuk er... memudah cara peminjam-peminjam yang telah membuat pinjaman dan Insya-Allah dalam beberapa siri perjumpaan ini, kami telah mendapat satu er... cadangan. Kami akan bawa pembeli-pembeli yang terkesan ini supaya dapat berbincang dengan pihak er... AKPK rasenya er... bagi menyelaraskan semula pembayaran bulanan dan perkara ini saya akan update kepada YB Insya-Allah.

Terima kasih. Er... walaupun saya tidak bersama dalam pertemuan di antara pembeli KM KMDI mana pun sedikit sebanyak orang panggil maklumat itu dapat kepada saya dan terima kasih er... saya ucapkan. Er... saya mencadangkan satu projek diumumkan secara telus kepada pembeli dan tindakan tegas dikenakan kepada pihak kontraktor yang gagal menyiapkan projek sehingga membebankan rakyat. Rakyat membeli rumah bukan untuk melihat tapak terbengkalai tapi untuk membina kehidupan bersama keluarga.

Yang kelima, saya juga ingin menyentuh mengenai litar motocross di FELDA Sungai Retang yang dibuat oleh anak-anak muda dan belia FELDA Sungai Retang. Menariknya, litar ini telah mendapat perhatian penggemar sukan motocross dari dari pelbagai kawasan yang sanggup datang dari jauh untuk beraktiviti. Justeru, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan untuk mengangkat litar ini secara rasmi sebagai litar komuniti atau pem pusat pembangunan sukan permotoran daerah dengan, dengan pengiktirafan, pengiktirafan rasmi ini, maka kemudahan asas seperti tandas, parkir, parkir, bekalan bekalan air, pengurusan keselamatan dan promosi pelancongan sukan dapat dibangunkan secara lebih teratur. Saya percaya.

Saya mencelah lagi. Saya percaya sikit lagi berkaitan dengan litar er... di Sungai Retang. Kami juga telah berbincang dengan Pejabat Tanah Daerah Jerantut er... kedudukan litar ni berada di bawah er... pencawang er... elektrik. Er... walau bagaimanapun, kita tidak boleh memohon er... kerana faktor keselamatan er... apa nama peserta. Walau bagaimanapun, apabila nak buat nak buat acara pejabat daerah atau tanah kata boleh mohon untuk beri kebenaran. Cuma tertakluk kepada keselamatan dan juga skop keselamatan er... di tempat itu. Terima kasih.

Terima kasih er... sahabat saya ADUN lantikan. Er... saya percaya.

Habis-habis saya cadang sikit. Saya ucap tahniah pada ADUN lantikan ni. Dia menjawab terus soalan. Bukan Exco jawab. Saya cadangkan nama beliau disenarai sebagai Exco la untuk akan datang. Terima kasih.

Maaf sikit lagi. Terima kasih DUN Cheka. Itulah taraf ADUN Lantikan yang dilantik oleh er... Kerajaan Negeri Pahang. Terima kasih.

Boleh saya sambung, sikit lagi. Perkara ke-6, saya ada 7 ni ke-6. Insya-Allah. Yang ke-6 berkenaan dengan isu line telefon yang kerap terputus di kawasan Ulu Tembeling khasnya Kampung Gusai. Bulan 4 sahaja. Bulan April sahaja 5 kali terputus dan bulan ini sehingga hari ini, sehingga hari ini dah 3 kali terputus. Sebelum ini, perkara yang sama juga berlaku. Sebabnya berpunca daripada kabel putus kerana digigit tupai antaranya, tupai gigit. Saya faham. Saya dimaklumkan dalam sidang yang lepas, kabel baru telah diganti dengan jenis yang tahan lasak. Namun, soalnya kenapa perkara yang sama tetap berulang? Adakah kabel yang ditukarkan itu rendah kualitinya? Yang terakhir, yang ke-7 berkenaan dengan canopy walkway. Sebagaimana yang kita maklum, canopy walkway Taman Negara merupakan ikon bagi taman negara itu sendiri. Bila pelancong nak buat tempahan bilik, mereka akan bertanya, adakah canopy walk telah dibuka ataupun belum? Mengikut jadual baik pulih dan naik taraf canopy walk sepatutnya siap pada Mac 2026. Namun, hingga kini belum ada sebarang hebahan atau maklumat berkaitan pembukaan atau pengoperasiannya untuk orang awam. Saya mohon pencerahan dan respons daripada pihak Exco berkaitan perkara tersebut.

Yang Berhormat Speaker,

Sebagai penutup, marilah kita sama-sama menghayati Titah Diraja yang telah dizahirkan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia pada hari Jumaat yang lalu dan memastikan semangat yang terkandung di dalam Titah Diraja tersebut benar-benar dapat diterjemahkan dalam pentadbiran negeri ini. Justeru, dengan penuh rasa hormat, saya mohon agar Kerajaan Negeri dapat memberikan ruang kepada kami untuk turut terlibat dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Tindakan Pembangunan Daerah. Dimasukkan kami dalam grup WhatsApp bencana daerah serta ruang-ruang yang lain sebagaimana sebelum ini.

Tempa kapak dengan beliung,

Tetak mari nibung berduri, Tuanku di atas kemuncak payung,

Patik di bawah menjunjung duli.

Air sungai mengalir tenang,

Jernih memancar di waktu pagi, Marilah kita bangunkan Pahang,

Tanpa sempadan politik dan ideologi.

Yang Berhormat Speaker, dengan 2 rangkap pantun ini, Tahan menyokong Usul Titah Diraja. Sekian, assalamualaikum WBT.

Speaker

Terima kasih ADUN dari Tahan. Seterusnya saya menjemput ADUN Yang Dilantik, sila.

Tuan Rizal bin JaminAhli Yang Dilantik

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera, salam Pahang 1st dan salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri

Besar, barisan Exco dan juga seluruh Ahli Dewan yang saya hormati sekalian. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Speaker atas laluan yang diberikan kepada saya untuk turut sama berbahas dan memberikan serba sedikit pandangan di atas tajuk ataupun usul menjunjung kasih Titah Diraja pada Sidang Dewan kali ini. Patik juga ingin mengambil kesempatan ini menjunjung kasih terhadap Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas keberangkatan merasmikan Sidang Dewan Yang Mulia ini. Sesungguhnya Titah Ucapan Kebawah Duli Paduka Mulia penuh dengan pandangan yang bernas buat kita selaku Ahli-ahli Dewan untuk diperhalusi dan juga dijadikan panduan di dalam urusan mentadbir negeri Pahang yang kita sayangi ini. Yang Berhormat Speaker, kalau kita amati betul-betul sepanjang pentadbiran Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat dari Jelai selaku Menteri Besar yang telah pun yang telah pun memasuki tahun yang ke-5 pada penggal ini. Sepanjang masa ada sahaja pencapaian besar dan bermakna dicapai selama beberapa tahun sepanjang saya menjadi Ahli Dewan yang mulia ini.

Awalnya kita meraikan hasil pencapaian melebihi RM1 bilion yang kemudiannya menjadi satu pencapaian tetap Kerajaan Negeri dan ia disusuli pula dengan pencapaian-pencapaian yang lain di mana bandar-bandar seperti Lipis, Raub dan sebelumnya Jerantut menjadi bandar paling bahagia di Malaysia. Kemudian disusuli lagi dengan negeri Pahang mendapat indeks pertama perpaduan di Malaysia dan mutakhir ini kita diberikan lagi satu kejayaan di mana anak-anak kita yang menduduki peperiksaan SPM pada er… tahun lepas mendapat kedudukan yang kedua, pencapaian yang terbaik di Malaysia. Ini jelas menunjukkan kejayaan kepimpinan hinggalah keberhasilan Yang er… Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga saf kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang. Jadi saya rasa masih belum terlambat untuk saya juga turut mengucapkan tahniah kepada Exco Pendidikan dan Pertanian di mana anak beliau juga baru mencapai majlis graduasi baru-baru ini, tahniah diucapkan. Pencapaian ini mencakupi segenap lapisan urusan hidup rakyat negeri Pahang ini. Ekonominya meningkat, rakyatnya bahagia, ilmu dan pendidikan menjadi tonggak pembangunan negeri ini. Ini semua menjadi asas kepada pencapaian status Pahang sebagai negeri maju di Malaysia, Insya-Allah.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas keprihatinan beliau di dalam menyediakan bantuan mingguan berjumlah RM15,000.00 untuk diagihkan kepada rakyat negeri Pahang akibat daripada permasalahan di Timur Tengah. Kalau kita amati betul-betul hanya negeri Pahang yang mempunyai inisiatif khas sebegini buat rakyatnya ia er… kita jauh mendahului negeri-negeri lain malah Kerajaan Pusat pun tidak memberikan peruntukan yang sedemikian untuk rakyat terbanyak. Ini jelas bertepatan dengan slogan Pahang 1st yang kita laungkan. Syabas dan tahniah saya ucapkan.

Yang Berhormat Speaker,

Saya agak tertarik dengan Titah Kebawah Duli Paduka Mulia berkaitan dengan penggunaan teknologi digital di dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Saya merasakan Pahang sudah berada di landasan yang betul di dalam usaha ini melalui penggunaan aplikasi mudah alih PahangGo dan beberapa aplikasi digital yang lain. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana telah melancarkan agihan baucar-baucar sempena perayaan yang lepas kepada rakyat secara digital melalui aplikasi PahangGo ini. Berbanding dengan agihan

baucar sebelum ini di mana ia dikeluarkan secara manual dan hanya ditebus di premis-premis tertentu sahaja.

Kali ini saya dapat melihat sendiri keterujaan masyarakat di dalam menggunakan aplikasi Pahang Go ini untuk menuntut baucar-baucar mereka dan menggunakannya di er… pasar raya-pasar raya dan juga kedai-kedai runcit. Apa yang saya nak bangkitkan di sini bahawa tahap keselamatan aplikasi ini saya rasa sangat tinggi, ia setanding dengan aplikasi e-dompet yang lain di mana ia memerlukan proses pengecaman dan juga penilaian er… pengenalan yang dikenali sebagai e-KYC sebelum mana-mana pengguna boleh menggunakan aplikasi PahangGo, dia jadi agak lucu apabila kita lihat banyak sampai ke warga-warga emas bila mereka melalui aplikasi PahangGo ini mereka terpaksa berswafoto, memusingkan kepala ke kiri dan ke kanan dan sebagainya untuk membolehkan mereka menggunakan aplikasi ini.

Saya rasa ini adalah satu tahap keselamatan aplikasi yang boleh kita banggakan setanding dengan aplikasi-aplikasi yang lain. Saya juga turut melihat bagaimana pekerja-pekerja pasar raya secara sukarela membantu untuk melancarkan proses pendaftaran dan penggunaan e-dompet di kaunter-kaunter pembayaran pasar raya-pasar raya. Cuma saya agak kasihan apabila kita lihat ada juga pengguna ataupun warga emas terutamanya apabila mereka dapat mendaftar aplikasi PahangGo ini mereka kena tunggu dulu 3 jam, dia ada tempoh cooling off period sebelum mereka boleh menggunakan aplikasi ini. Apa yang penting bagi saya ini adalah lambang bagaimana sekiranya segenap lapisan masyarakat bersatu-padu menjayakan apa juga inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri maka hasilnya dapat kita nikmati bersama. Mungkin diharapkan selepas ini Yang Berhormat-Yang Berhormat, baucar itu kita boleh bagi jugalah kepada petugas-petugas di kaunter ataupun cashier di pasar raya itu. Teruk juga mereka bekerja untuk membantu melicinkan lagi er… inisiatif Kerajaan Negeri.

Satu lagi kebaikan yang saya lihat melalui baucar Pahang ini ialah penggunaannya lebih meluas bukan sahaja kepada barangan-barangan keperluan tetapi ia mencakupi barangan-barangan yang lain juga. Ini jelas menunjukkan visi Kerajaan Negeri yang memandang jauh ke hadapan di dalam pelaksanaan kemudahan digital kepada rakyat. Kalaulah ada penambahbaikan yang boleh dicadangkan, saya ingin mencadangkan supaya proses penebusan bantuan dapat diringkaskan lagi kemudahannya terutamanya kepada warga emas tanpa lapisan er… tapisan keselamatan yang terlalu ketat. Jadi ini memudahkan warga emas terutamanya menebus baucar-baucar digital mereka. Saya juga ingin mencadangkan supaya hebahan ataupun iklan tentang kebaikan dan keperluan untuk menggunakan aplikasi PahangGo ini dilakukan bagi memperluaskan lagi tahap cerdik er… celik digital ataupun literasi digital di kalangan masyarakat Pahang terutamanya mereka yang berada di luar bandar.

Yang Berhormat Speaker,

Selaras dengan Titah di bawah Kebawah Duli Paduka yang mahukan inisiatif berkaitan digital ini dipertingkatkan. Saya ingin mencadangkan supaya aplikasi PahangGo ini kita transformasikan supaya ia menjadi satu government super apps dengan izin, ia adalah langkah strategik yang sangat progresif yang akan meletakkan Pahang negeri kita setaraf dengan model bandar pintar dunia yang menyatukan seluruh keperluan hidup rakyat dalam satu ekosistem digital. Berikut adalah beberapa cadangan yang er… yang saya fikirkan pengembangan fungsi Pahang Go yang boleh diperhalusi untuk dilaksanakan antaranya adalah melakukan integrasi perkhidmatan perbandaran single gateway dengan izin. Buat masa ini, PahangGo banyak berfokus kepada

pembayaran transformasi ke arah super app memerlukan integrasi menyeluruh perkhidmatan kerajaan tempatan seperti yang pertama adalah aduan rakyat digital, integrasi fungsi aduan kerosakan jalan, lampu isyarat dan pelbagai lagi aduan-aduan lain juga boleh difikirkan untuk ditambah lagi fungsi apps PahangGo ini untuk tempahan fasiliti awam, kemudahan menempah dewan orang ramai, kompleks sukan, tapak niaga PBT dan sebagainya.

Saya juga nak ucapkan tahniah kepada PBT Maran kerana saya lihat tempahan-tempahan untuk fasiliti di Maran telah pun diwujudkan di aplikasi PahangGo. Mungkin kita boleh perluaskan lagi ke PBT-PBT yang lain. Antara lain juga kita boleh tingkatkan apps ini untuk melaksanakan Pasar Digital Pahang dengan mewujudkan ruang niaga e-market place khusus untuk produk-produk IKS seperti sambal hitam ataupun hasil kraf yang berdaftar dengan pihak Kerajaan Negeri dan ia membolehkan rakyat membeli produk asli Pahang secara dalam talian dengan kerjasama dengan aplikasi Shopee ataupun TikTok. Antara sektor lain yang boleh difikirkan juga adalah hab pendidikan dan juga kerjaya, Talent Pahang menggunakan aplikasi PahangGo yang mana ia menjadi aplikasi sebagai platform pembangunan modal insan. Dengan ini, portal kerjaya Kerajaan Negeri boleh diwujudkan dan diintegrasikan dengan mana-mana majikan yang ingin menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat Pahang juga boleh diwujudkan e-learning dan biasiswa di mana permohonan boleh dilakukan oleh pemohon melalui aplikasi PahangGo ini.

Untuk sektor pelancongan dan gaya hidup Visit Pahang sebagai negeri pelancongan, PahangGo boleh menjadi pemandu pelancong secara digital, Smart Tourism di mana tiket-tiket destinasi pelancongan di Pahang ini boleh dibeli melalui aplikasi Pahang Go manakala rakyat Pahang pula boleh menikmati harga istimewa melalui aplikasi Pahan Go ini dan perkara-perkara lain seperti waktu solat, arah kiblat dan sebagainya boleh menambah ciri-ciri gaya hidup Muslim yang diselaraskan mengikut zon di negeri Pahang.

Yang Berhormat Speaker,

Kesimpulan yang saya ingin nyatakan adalah agar kita tidak setakat berhenti di sini atas kejayaan aplikasi PahangGo pada hari ini tapi kita perlu mempunyai visi yang lebih besar untuk menjadikan sebuah government super apps yang komprehensif. Bayangkan sebuah platform di mana rakyat bukan sekadar membayar cukai tetapi mereka boleh memohon bantuan kerajaan, mencari peluang pekerjaan, membuat aduan infrastruktur malahan memberi er… membeli barangan IKS tempatan hanya melalui satu aplikasi tunggal. Dengan menjadikan PahangGo sebagai pusat sehenti digital, kita bukan sahaja memodenkan pentadbiran tetapi kita juga membina sebuah ekosistem digital inklusif yang memudahkan kehidupan setiap rakyat Pahang daripada Cameron Highlands hinggalah ke Rompin. Inilah masa depan pentadbiran pintar yang kita impikan yang saya rasa membawa kita ke tahap digitalisasi kerajaan bertaraf antarabangsa. Transformasi PahangGo kepada Super Apps akan mengubah landskap daripada Government centric dengan izin kepada citizen centric. Ia adalah simbol keberanian Pahang untuk menerajui Revolusi Digital di Malaysia.

Yang Berhormat Speaker,

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan satu permasalahan yang sering kita dengar iaitu masalah pewarisan harta dalam bentuk hartanah terutamanya pemilikan rumah, tanah ladang termasuklah saham-saham peserta di tanah rancangan penempatan semula seperti FELDA, FELCRA dan juga agensi Kerajaan Negeri yang lain. Permasalahan dia dia bermula apabila berlaku kematian di

kalangan ketua isi rumah ataupun pemilik harta saham yang berkaitan. Kebanyakan waris tidak begitu arif tentang proses untuk pemilikan ataupun pewarisan hartanah yang ditinggalkan. Sekiranya Kerajaan Negeri boleh mengadakan inisiatif dengan mengeluarkan notis peringatan kepada waris si mati tentang keperluan dan proses yang perlu dilaksanakan untuk agihan pusaka kecil. Ini akan dapat membantu melicinkan lagi proses pembahagian harta pusaka yang terlibat.

Bagi waris atau peserta penempatan semula yang menerima dividen ataupun bonus secara berkala, saya juga ingin mencadangkan supaya diwujudkan satu mekanisme supaya bayaran boleh dibuat ke waris penerima dalam bentuk akaun amanah supaya mereka ini tidak keputusan bantuan ataupun bekalan kewangan untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup mereka. Memandangkan mereka ini kebanyakan terdiri daripada kalangan B40. Seperti mana cadangan saya untuk digitalisasi sebelum ini, aplikasi PahangGo juga boleh di manfaatkan untuk hebahan notis pemakluman mengenai proses-proses berkaitan. Ibarat perumpamaan Inggeris, We kill two birds with one Stone. Di mana rakyat? urusan rakyat dipermudahkan dan dalam masa yang sama tahap literasi digital rakyat Pahang bakal meningkat. Sebagai penutup bicara ucapan perbahasan saya dan juga sebagai memenuhi permintaan Yang Berhormat Dato' Sri Speaker yang memohon kita masukkan satu pantun sekurang-kurangnya di setiap ucapan. Jadi, saya tutup ucapan saya pada hari ini dengan serangkap pantun.

Buah bidara buah keranji

Petik bersama buah dokong Titah diraja penuh berisi

patik sepenuh hati mohon menyokong

Sekian Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Ahli yang dilantik. Seterusnya saya menjemput ahli kawasan Ketari untuk memberi.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, salam sejahtera, Salam Pahang 1st dan Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Speaker, Saya mengucapkan terima kasih atas kebenaran dan peluang yang diberikan kepada Ketari untuk membahaskan titah diraja ke bawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang bersempena dengan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Pahang ke 15 pada 8 Mei 2026. Dengan rendah diri, saya merafak sembah dan menjunjung kasih atas Titah Diraja Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang telah menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Pahang ke 15. Saya juga menjunjung kasih Titah Duli Paduka Baginda Sultan yang menyeru semua seluruh jentera pentadbiran kerajaan terus melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi agar terus mencapai peningkatan kutipan hasil pelaburan dan pertumbuhan keluaran dalam negeri yang membanggakan dan memberangsangkan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas kejayaan dan usaha gigih kesemua penjawat awam yang telah membawa pembangunan dan prestasi ekonomi yang stabil dan membanggakan di negeri Pahang.

Yang Berhormat Speaker,

Izinkan saya mengambil peluang pembahasan ini untuk membangkitkan isu berkenaan dengan konflik geo politik yang berterusan di rantau Asia Barat yang telah memberi kesan kepada ekonomi global. Walaupun konflik di Timur Tengah ini dilihat sebagai isu global yang jauh, namun hakikatnya impak yang terhasil boleh dirasai sehingga ke peringkat negeri. Ia adalah satu rantaian peristiwa yang memberi kesan riak iaitu ripple effect dengan izin kepada ekonomi, sosial dan kestabilan global yang mana negeri Pahang tidak terkecuali daripada menerima tempiasnya. Yang pertama, kesan terhadap ekonomi dan kos sara hidup. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa sebagai sebuah negeri yang sedang pesat membangun, ekonomi Pahang sangat bergantung kepada kestabilan harga komoditi global iaitu pertama harga bahan api. Konflik di rantau pengeluar minyak utama dunia telah menyebabkan ketidaktentuan harga petroleum. Hal ini secara langsung meningkatkan kos logistik dan pengangkutan di Pahang, sekali gus memberi tekanan kepada harga barang keperluan harian rakyat. Dan kedua sektor pertanian. Kenaikan harga baja dan input pertanian yang diimport akibat gangguan rantaian bekalan global memberi cabaran besar kepada pekebun kecil dan pengusaha ladang sawit di negeri kita.

Yang Berhormat Speaker,

Untuk menangani impak konflik Timur Tengah, kita memerlukan tindakan proaktif daripada pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Pahang tidak terjejas secara drastik. Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan di Pahang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang begitu prihatin dan mengambil langkah proaktif untuk meringankan beban rakyat.

Yang Berhormat Speaker,

Dalam titah Ucapan Diraja Ke Bawah Duli Mulia Tengku Mahkota Pahang beliau menyeru agar Kerajaan Negeri menumpukan perhatian kepada beberapa perkara dalam menghadapi cabaran ekonomi dan sosial akibat konflik Timur Tengah tersebut. Berikut adalah beberapa cadangan agar langkah strategi yang boleh ditekankan ataupun dicadangkan kepada Kerajaan Pahang untuk mendepani situasi ini. Yang pertama, mekanisma kawalan kos sara hidup. Pahang boleh memperkenalkan dan mempertingkatkan inisiatif khusus untuk mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga barangan yang didorong oleh kos logistik global. Yang pertama. Jualan Makmur dan Jualan atau Jualan Rahmah Negeri. Kekerapan program Jualan Rahmah Negeri dengan jualan barangan asas terus dari peladang ke pengguna di setiap daerah perlu dipertingkatkan. Memang buat sekarang memang di setiap DUN kita ada dua atau tiga Jualan Rahmah diadakan sekali dalam sebulan. Mungkin dipertingkatkan lagi kepada tiga atau empat kali untuk memanfaatkan rakyat mendapat beli barangan yang disubsidi oleh Kerajaan Negeri. Dan juga…

Tuan Sim Chon SiangPKR · PHTeruntum

Minta celah sikit… sikit terima kasih. Terima kasih wakil Bilut. Untuk maklumat dari Ketari, Ketari, Jualan Rahmah setiap bulan 1 DUN 3 kali. Tambahan lagi, untuk perayaan saya ingat cukuplah sebab kalau tidak ramai kedai runcit yang bising. Saya ingat benefit kepada rakyat dari Kerajaan Negeri Pahang cukup-cukup banyak. Terima kasih.

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Ya, memang ada dibuat tapi cuma cadangan saya harus dipertimbangkan sama ada kita boleh mampu untuk mempertingkatkannya agar ia dapat dinikmati oleh rakyat setempat. Walau bagaimanapun, kita memang ada buat itu saya mengakuinya. Dan yang kedua, bantuan pengangkutan… mempertingkatkan bantuan atau insentif kepada pengusaha logistik tempatan di Pahang bagi memastikan kos penghantaran barang ke kawasan pedalaman tidak melonjak naik. Dalam usaha untuk mengawal kerosakan, kenaikan kos sara hidup, pengumuman dan penyediaan peruntukan bakul makanan sebanyak RM15,000.00 seminggu untuk kesemua 42 kawasan DUN beserta dengan inisiatif inisiatif dan bantuan yang lain adalah amat tepat masanya dan amat dialu-alukan.

Ia dapat ini pasti dapat membantu meringankan kenaikan beban kos sara hidup yang sedang dialami oleh rakyat Pahang. Di sini Yang Berhormat Speaker saya ingin merakamkan rasa kekecewaan dan kekesalan saya terhadap Ketua Pemuda MCA Pahang yang amat tidak bertanggungjawab bila menyebarkan berita yang tidak tepat dan mengelirukan rakyat Pahang. Setelah pengumuman inisiatif penyediaan penyediaan peruntukan bakul makanan di bawah Skim Bantuan Negeri Pahang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, beliau telah mengeluarkan berita di Tiktok dan menyeru rakyat pergi ke pejabat ADUN untuk menerima bakul makanan sedangkan kami masih dalam proses melaksanakan pemberian bakul makanan ini. Pengumuman sedemikian telah menyebabkan rakyat membanjiri pejabat kami untuk hanya diberitahu bahawa kami masih dalam proses penyediaan pemberian bakul makanan tersebut. Saya ingin mengatakan bahawa pengumuman yang tidak bertanggungjawab ini adalah semata-mata untuk mengelirukan dan mengapi-apikan kemarahan rakyat terhadap kami sebagai ADUN tempatan apabila mereka kecewa bila tidak menerima bakul makanan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi, saya harap perkara sedemikian tidak diulangi. Memang pejabat kami dibanjiri oleh warga emas. Bayangkan pejabat kami pukul 10.00 buka, pukul 8.00 mereka dah datang tunggu. Inilah satu perkara yang amat tidak bertanggungjawab.

Yang kedua, pengukuhan sekuriti makanan negeri. Konflik global sering menganggu rantaian bekalan baja dan makanan ternakan. Pahang sebagai negeri yang mempunyai keluasan tanah yang besar perlu mengambil peluang untuk memperluaskan zon industri akuakultur dan pertanian. Mengurangkan kebergantungan kepada import makanan dengan memaksimumkan penggunaan tanah Kerajaan Negeri untuk tanaman ruji. Yang kedua, subsidi input pertanian. Memberikan bantuan tambahan ataupun subsidi baja kepada pekebun kecil di daerah-daerah seperti Cameron Highlands, Rompin yang bagi menstabilkan harga sayur-sayuran dan hasil tani. Yang ketiga, pemasaran hasil tempatan. Pasar tani adalah merupakan satu platform yang unik di Malaysia kerana ia menghubungkan pengeluar atau petani secara terus dengan pengguna. Setiap ringgit yang dibelanjakan di pasar tani secara langsung membantu usahawan tani dan peniaga kecil di kawasan tersebut. Ia membantu merangsangkan ekonomi selain daripada meningkatkan taraf hidup komuniti setempat. Jadi di sini saya ingin menyeru untuk pihak berkuasa pihak PBT untuk melancarkan lagi banyak tempat untuk mengadakan pasar tani ini.

Yang Berhormat Speaker,

Saya yakin dengan inisiatif dan keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Pahang berada dalam landasan yang betul dengan memainkan peranan strategik dalam mengukuhkan sekuriti makanan negeri. Kita perlu mengurangkan

kebergantungan kepada rantaian bekalan luar dan import apabila kita menghadapi cabaran ekonomi yang tidak stabil.

Yang ketiga adalah pemerkasaan ekonomi domestik dan pelancongan. Apabila pasaran global tidak menentu, tumpuan harus beralih kepada kekuatan dalaman. Kempen pelancongan domestik menyasarkan pelancongan dalam negara untuk berkunjung ke destinasi utama seperti Genting Highlands, Bukit Fraser, Sungai Lembing dan Taman Negara bagi menggantikan potensi kekurangan pelancong asing. Yang kedua, sokongan usahawan PKS memudahkan urusan lesen dan menyediakan geran mikro bagi usahawan kecil Pahang untuk mengeluarkan produk seperti barang untuk produk pengganti barang import dengan izin import substitution. Selanjutnya, saya menyeru Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan untuk mengurangkan kadar bayaran lesen dan kadar sewa gerai untuk peniaga kecil dan penjaja-penjaja.

Yang Berhormat Speaker,

Pengurangan kadar lesen dan sewa gerai penjaja-penjaja dan peniaga kecil akan membawa impak positif yang meluas bukan sahaja kepada golongan ini tetapi juga eko sistem ekonomi setempat. Dengan pengurangan kos tetap iaitu kos lesen dan juga sewa gerai, penjaja mempunyai lebihan modal pusingan yang mana wang ini boleh digunakan untuk membeli stok tambahan, stok bahan mentah ataupun menampung kos penyelenggaraan gerai dan peralatan dan juga wang lebihan ini boleh menjadi simpanan kecemasan untuk kelangsungan perniagaan. Selain itu, apabila kos menjalankan perniagaan rendah, ia akan menggalakkan lebih ramai individu untuk menceburi bidang keusahawan kecil-kecilan. Malah, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Negara juga telah pada semalam menyeru PBT untuk mempertimbangkan mengurangkan kadar sewa untuk membantu peniaga-peniaga dan peniaga kecil-kecilan ini.

Yang Berhormat Speaker,

Saya percaya dengan daya tahan yang ada pada rakyat Pahang, kita mampu menghadapi cabaran ini dengan tenang dan bijaksana. Malah, kita terus berdoa agar keamanan sejagat dapat dipulihkan. Marilah kita terus berdoa agar keamanan sejagat dapat dipulihkan. Dalam masa yang sama, marilah kita memperkukuhkan ekonomi domestik negeri kita demi kesejahteraan bersama.

Dato' Yang Berhormat Speaker,

Izinkan saya membangkitkan isu kawasan saya iaitu berkenaan dengan ketiadaan kemudahan bekalan air bersih kepada Kampung Orang Asli di kawasan Kampung Sungai Dua Hulu dan juga Kampung Sungai Dua Olak. Untuk pengumuman umum, kedudukan kedua-dua kampung ini tidak begitu jauh daripada Sekolah Kebangsaan Sungai Dua Bentong iaitu hanya lebih kurang satu atau dua kilometer daripada sekolah tersebut. Saya telah membangkitkan isu pada sesi persidangan yang lalu. Namun begitu, nampaknya tiada sebarang perkembangan daripada pihak Kerajaan. Saya amat berharap pihak PAIP dan juga dengan kerjasama ORACO dapat mempertimbangkan dan melaksanakan projek penyambungan Kampung Orang Asli dalam kawasan DUN Ketari dengan kemudahan air bersih pada kadar segera.

Yang Berhormat Speaker, kemudahan dan akses kepada air bersih yang selamat diminum dan sanitasi kebersihan...

Ketari, kampung mana?

Tuan Su Keong SiongDAP · PHKetari

Kampung Sungai Dua Hulu dan Kampung Sungai Dua Olak. Yang Berhormat Speaker, kemudahan akses kepada air bersih yang selamat diminum dan sanitasi Kebersihan merupakan salah satu hak asasi setiap insan di dunia ini yang perlu dipenuhi. Akhir kata saya dengan rendah diri memohon menjunjung kasih dan menyokong Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Sekian terima kasih. (Ahli Dewan menepuk meja).

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Ketari. Seterusnya saya menjemput wakil dari Beserah. Sila.

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Sebelum saya meneruskan perbahasan saya, saya ingin memaklumkan kepada Dewan dan mengalu-alukan kehadiran 6 orang daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS Indera Mahkota. (Ahli Dewan menepuk meja).

Yang Berhormat Speaker,

Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian di dalam menyokong usul Titah Diraja yang telah dizahirkan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota pada hari Jumaat lepas sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Negeri Pahang. Ada perkara-perkara utama dan penting yang telah dinyata dan dizahirkan oleh ke bawah Duli Paduka Mulia yang perlu kita renungi bersama terutama sekali berkaitan dengan perkara-perkara yang menyentuh langsung kepada keadaan dan kehidupan rakyat jelata pada negeri Pahang ini. Saya juga mengambil peluang mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua termasuk ketua-ketua jabatan, agensi-agensi kerajaan, pegawai kerajaan yang telah berusaha keras dan bertungkus lumus untuk mempastikan kestabilan pendapatan Kerajaan Negeri Pahang dalam masa yang sama untuk mencorakkan negeri Pahang ini ke arah kemakmuran yang lebih baik di masa akan datang dan titah Baginda juga menyentuh beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian yang serius oleh kita semua sebagai Ahli Dewan.

Saya ingin menyentuh beberapa perkara yang secara langsung juga terlibat dalam kawasan saya. Yang pertama sekali adalah apa yang telah disentuh oleh Kebawah Duli Paduka Mulia pada tempoh hari supaya Kerajaan Negeri memperkukuh daya tahan ekonomi negeri dengan mencari dan explore sektor-sektor baru agar tidak bergantung kepada sumber-sumber yang dominan semata-mata. Ini adalah merupakan satu seruan yang perlu kita lihat dan mengambilnya sebagai satu cabaran kerana Pahang Allah telah kurniakan satu bahan yang sangat berharga yang boleh kita guna dan kita ambil peluang sebaik-baiknya sebagai sumber baru ekonomi negeri Pahang iaitu nadir bumi, rare earth ini.

Saya dimaklumkan bahawa terdapat satu projek perintis telah dijalankan di satu kawasan dipanggil Sungai Wang di Lipis. Maka saya ingin mendapat pencerahan pihak kerajaan, apakah status terkini projek perintis kita meneroka nadir bumi di kawasan tersebut? Apakah teknologi yang telah diguna pakai yang boleh kita guna untuk mempastikan kita punya proses perlombongan dapat berjalan dengan baik dan tidak menjejaskan ekosistem dan juga alam sekitar di kawasan tersebut? Dan ini sangat penting untuk kita berikan tumpuan kerana ia…dan juga mampu untuk menyeimbangkan pembangunan di antara daerah seperti mana yang disebut oleh Ahli-ahli Dewan lain bahawa bila kita sumber mineral ini dapat kita proses dan secara lengkap daripada up stream sehingga ke down stream, maka dia akan memberikan limpahan ekonomi yang lebih besar dan lebih baik kepada kawasan-kawasan tersebut.

Dalam masa yang sama, fokus perlu kita berikan juga kepada usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan di dalam mempelopori industri nadir bumi ini. Dan Pahang ada peluang untuk keluar sebagai sebuah ikon mineral ataupun ikon rare earth mineral dalam negara ini kerana kita telah mendahului rakan- rakan daripada negeri lain dengan menubuhkan Institut Akademi Mineral Pahang dan perlu dijadikan sebagai asas untuk kita memperkembangkan research and development ini supaya kita dapat mencari satu teknologi yang lebih baik dan terkini dalam masa yang sama dapat memberikan pulangan hasil kepada kita. Dan kita tidak bergantung kepada teknologi-teknologi daripada luar semata-mata.

Di samping dapat mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan di dalam usaha-usaha teknologi terkini. Yang Berhormat Speaker dalam titah yang sama juga, Kebawah Duli Paduka Mulia menyebutkan tentang beberapa projek yang perlu diberikan perhatian. Jangan sampai kita jadi projek sakit baru jadi huru-hara. Maka saya ingin menarik perhatian, ada projek yang dikategorikan sebagai projek sakit di kawasan saya iaitu projek menaiktaraf Jalan FT03. Ini adalah projek Kerajaan Persekutuan. Kita faham iaitu laluan daripada Bulatan Jerangau, Jabor hingga ke Kampung Sungai Ular yang melalui kawasan Perindustrian Gebeng. Laluan ini adalah laluan utama pekerja-pekerja industri di kawasan saya. Dan apabila projek ini jadi lewat. Sepatutnya telah siap pada tahun 2023 telah beberapa kali EOT telah dibuat dan telah dikategorikan sebagai projek sakit. Seharusnya telah diambil perhatian dan tindakan lebih awal supaya tidak berlanjutan sehingga kini dan keadaan semasa, lebih buruk apabila cuaca hujan dan juga cuaca panas yang berterusan menjadikan kawasan itu kawasan yang tidak selamat…mengganggu keselesaan para pengguna dan sebagainya. Banyak kejadian-kejadian kemalangan jalan raya berlaku. Saya berharap bahawa kita dapat memberikan desakkan kepada Kerajaan Persekutuan supaya menilai semula prestasi kontraktor ini. Kalau perlu ditamatkan, ini kerana apa kerana kita… walaupun ia projek kerajaan Persekutuan, tempiasnya tetap akan dirasai oleh Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Timbalan Speaker saya mohon mencelah.

Sila.

Untuk makluman Yang Berhormat dari Beserah, baru-baru ni kita ada bincang pasal projek sakit ini yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri PMX. Pahang membangkitkan beberapa projek termasuklah projek di kawasan Yang Berhormat di DUN Beserah. Dan dalam Mesyuarat tersebut antara yang kita putuskan dan juga yang dipertikaikan ialah kenapa EOT, lanjutan masa ini dengan izin Extension Of Time ini sampai diberi kepada 4, 5 kali, 6 kali kepada kontraktor berkenaan dan ada pihak yang menjawab mengatakan sebab Covid antaranya sebelum itulah. Tetapi sekarang ini takkan Covid lagi. Jadi er...pihak Yang Amat Berhormat telah menegaskan bahawa jangan, sepatutnya semasa EOT ke-3, ke-4 itu kita telah kenalpasti masalah kontraktor berkenaan. Sepatutnya pada masa itu ditamatkan, ditamatkan kontrak tersebut dan perkara ini saya fikir dalam tindakan pihak JKRlah ya, maknanya dulu 3 kali, 4 kali EOT ini kita biarkan begitu saja. Tapi kali ini saya nampak ada tindakan yang tegas. Insya-Allah, terima kasih Dato', Timbalan Yang di-Pertua.

Terima Kasih Yang Amat Berhormat di atas penjelasan yang kita harapkan, ia dia dapat cari jalan penyelesaian yang baik. Yang pentingnya kita dapat membina imej yang baik di dalam menguruskan projek-projek sebegini di mata rakyat. Walaupun projek Persekutuan tapi tempias saya sebut tadi pergi kepada kita sebagai pentadbir di negeri ini tak boleh lagi dah itu terutama dalam dunia pada hari ini. Kemudian dalam masa yang sama, saya juga ingin membangkitkan tentang projek membaik, membaik pulih bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Baging yang juga telah berlaku runtuhan bumbung sekolah ini. Beberapa kelas makmal telah tidak dapat digunakan hampir dua tahun dah.

Beberapa siri lawatan pegawai-pegawai telah saya dimaklumkan. Walaupun saya tidak dilibatkan tapi dimaklumkan ada siri-siri lawatan dan bajet telah dipersetujui. Tapi sampai hari ini kita tak nampak baik pulih ini berlaku. Ini penting kerana sebanyak 16 buah kelas terjejas dan pelajar-pelajar yang terpaksa belajar di koridor di tempat tempat yang terpaksa dibina yang tidak kondusif, makmal tidak dapat digunakan. Kalau tempoh 2 tahun tak boleh selesai masalah yang kritikal sebegini, kita bimbang ia akan memberikan juga satu kesan langsung kepada prestasi dan kedudukan pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Jadi, saya berharap kerja baik pulih bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Baging yang telah runtuh ini dapat diberikan perhatian serius dan diselesaikan dengan kadar segera.

Satu lagi projek yang saya ingin dapatkan penjelasan di dalam pembentangan Pelan Pemulihan Air Fasa 1 yang dikemukakan dalam Dewan ini 2024 hingga 2026. Ada satu projek di kawasan saya iaitu projek tangki sedutan rumah pam penggalak di Kampung Batu Hitam yang seharusnya bermula pada tahun 2024 dan dijangka siap pada tahun 2025. Tapi sehingga ke saat ini saya tak nampak kerja-kerja tapak itu telah dimulakan. Maka saya ingin tahu apakah status projek tersebut, dan apakah kekangan dan halangan untuk kita meneruskan seperti mana jadual yang telah ditetapkan.

Yang Berhormat Speaker,

Seterusnya, begitu juga telah disebut dan juga banyak disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan tentang pelancongan. Secara spesifik Kebawah Duli Paduka Mulia telah menyebut Cherating, tengok Cherating. Apa yang sedang berlaku dan kenapa

semakin dilupakan? Cherating ini saya berpeluang untuk berada di kawasan itu. Cherating ini sejak tahun 1987. Pada masa itu ada pengusaha yang buat, baru buat dia punya motel dan saya bekerja sebagai penjaga akaun syarikat itu. Kita lihat pada tahun itu tahun 80an, 90an. Cherating ini menjadi pusat tumpuan pelancong asing kerana keunikan dia tradisinya. Pada masa itu, ada pengusaha-pengusaha menawarkan rumah mereka sebagai rumah untuk tumpangan dan dilayan pelancong ini sebagai keluarga mereka. Mereka duduk sampai berminggu-minggu, berbulan-bulan kerana keseronokan dilayan begitu rupa seperti keluarga mereka sendiri. Makan bersama, beriadah bersama seperti anak angkat dia. Dia menjadikan pelancong-pelancong ini seperti keluarga mereka dan anak angkat mereka. Maka pelancong-pelancong ini yang yang budget travellers ini terutama sekali bila dilayan sebegitu mengurangkan kos pelancongan mereka. Dalam masa yang sama seperti dihargai kehadiran mereka.

Dan pada masa itu memang pelancong pelancong dengan kehadiran juga Club Med, pada masa itu telah menggalakkan pelancong-pelancong untuk hadir kerana kawasan pantai dia sangat luas dan cantik. Namun, evolusi masa berlaku kemungkinan dalam tempoh 20 tahun sebelum dan selepas ini er...berlaku perubahan cita rasa pelancong-pelancong dan gaya hidup kita sendiri. Mungkin pelancong - pelancong sekarang dia tak berminat dalam konsep begitu. Pelancong tempatan sama juga mereka memerlukan privasi. Mereka perlukan liputan internet yang baik untuk sambal bercuti. Mereka boleh meneruskan kerja kerja mereka berhubungan dengan keluarga. Maknanya stail pelancong telah berbeza daripada tahun 90an, 2000 dengan sekarang. Maka kita perlu berubah mengikut perubahan kehendak pelancong ini. Dan oleh kerana Cherating ini ada banyak banyak permasalahan, saya faham banyak permasalahan yang wujud terutama sekali. Oleh kerana kawasan itu, tanah-tanah itu adalah tanah-tanah milik persendirian. Memang sukar untuk mendapatkan persefahaman tuan-tuan tanah ini untuk membina satu tempat yang lebih kondusif dan lebih baik untuk pelancong. Banyak sesi libat urus telah dibuat walaupun saya tidak dilibatkan tapi saya difahamkan banyak sesi libat urus perbincangan telah diadakan oleh pelbagai pihak. Namun kita tak pasti apakah hasil perbincangan tersebut? dan bagaimana kita nak mempastikan bahawa Cherating itu boleh dibangunkan balik, dijenamakan semula supaya menjadi salah satu daripada daya tarikan yang unik untuk negeri Pahang ini.

Maka, tapi paling penting adalah infrastrukturnya perlu ditambah baik. Hakisan pantai perlu diatasi dengan segera selagi hakisan pantai berlaku, selagi itulah apa yang kita lakukan. Pada pandangan saya tidak mampu untuk nak menarik orang datang kerana pantai dia dah jadi semakin sempit er..tempat untuk mereka… dulu pelancong dia sun bathing dia berjemur. Sekarang ini tak boleh dah pelancong, orang kita pun tak berjemur dah sekarang, ya berjemur. Saya ingat tahun 80an kawasan itu ramai pelancong yang datang dia jemur sebab dia tengok matahari turun.

Yang Berhormat Speaker, nak tanya ADUN Beserah, ADUN Beserah. Penahan ini maknanya mengalami yang pelancongan zaman dulu tu masa orang berjemur tu sebagainya.

Saya pernah tengok dan saya pernah lihat keadaan itu semua saya tak buatlah sunbathing tu saya dah cukup gelap dah. Cuma hakisan itu perlu diberikan perhatian serius dan menjadi keutamaan. Satu hotel di situ dipanggil Erya Suria. Kawasan fasiliti dia kolam renang dia tidak boleh digunakan dah sekarang kerana air laut telah merosakkan strukturnya dah tak selamat dan mereka terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk menangkis hempasan ombak ini dengan menabur batu-batu besar dipanggil bedrock batu-batu besar ni mengeluarkan modal dan sebagainya. Namun, itu hanya sementara sahaja tidak mampu nak menyelesaikan untuk jangka masa panjang. Maka saya berharap hakisan dan infrastruktur di kawasan Cherating ini perlu diberikan perhatian dan diperbaiki supaya Cherating mampu hidup semula, kembali untuk menjadi ikon pelancongan. Ataupun kita jenamakan semula. Ini cadangan, cadangan saya impromptu secara spontan. Kita jadikan Cherating ini kalau tak boleh nak buat kita jadikan dia sebagai tempat penggambaran filem, kampung penggambaran filem ala Hollywood dia ada kampung dia sendiri mana sediakan… sediakan 1 situasi, 1 lokasi yang kawasan kampung...

Yang Berhormat Speaker, saya seronok bila ADUN Beserah bercerita pasal ni apa nama perfileman sebab nampaknya sekarang ni dah jadi satu trend yang tokoh-tokoh termasuk juga tokoh-tokoh politik yang menjadi pelakon. Jadi saya difahamkan ada juga maknanya pemimpin-pemimpin negeri yang menjadi pelakon. Jadi, saya tak tahu mungkin kalau menengok pada karakter raut muka ketampanan ADUN Beserah ni saya rasa ADUN Beserah ni boleh juga menjadi seorang pelakon yang hebat. Saya… saya menunggu detik tu. [Ahli Dewan ketawa].

Boleh kita sama-sama. Saya kalau Benta setuju, saya setuju. [Ahli Dewan ketawa] kita berlakon boleh tukar profession.

Tak, saya kalau berlakon jadi kru je. [ketawa] Jadi mungkin Beserah boleh jadi hero [Ahli Dewan ketawa].

Ataupun yang kedua, kita jadikannya sebagai satu kawasan ekopelancongan hijau. Oleh kerana kita menghadapi kawasan yang sempit, pantai yang sempit, tempat letak kereta parking yang terbatas. Kita jadikan kawasan itu kawasan yang tidak boleh masuk kereta, motor. Guna skuter elektrik atau basikal sahaja ataupun kita adakan kemudahan buggy untuk bawa mereka ni sebab memang kawasan tu bila… bila hujung minggu kereta masuk kawasan jalan tu sempit, tempat parking tak ada. Jadi orang tak nak masuk. Jadi kalau kita sekat supaya jadikannya kawasan hijau hanya dibenarkan berbasikal, berjalan kaki atau gunakan skuter elektrik ataupun buggy sahaja sebagai medium pengangkutan mungkin itu mampu untuk nak merubah sedikit

wajah Kampung Cherating itu supaya dia jadi satu tempat yang lebih menarik. Kembalikan retro dia balik kepada perkara-perkara yang boleh mengimbau kecemerlangan Cherating pada masa yang akan datang.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Minta laluan. Terima kasih Yang Berhormat Beserah yang turut membantu untuk bersama-sama fikir bagaimana kita nak mengembalikan zaman kegemilangan Cherating. Memang kita pun bersetuju bahawa Cherating memang satu tempat destinasi yang sangat-sangat menarik khususnya untuk pelancong luar negara yang gemar ekopelancongan pantai dan juga laut kita. Jadi untuk pelancong asing yang datang ke Malaysia dan ke Pahang, biasanya mereka ada permintaan mereka ada beberapa pengisian. Jadi sebagai contoh tadi sunbathing dari segi pakaian, minta maaf alkohol yang ada pengisian yang diminta mat saleh-mat saleh. Apakah pandangan Yang Berhormat? Boleh tak kita kembalikan di Cherating?

Terima kasih Yang Berhormat Wakil Kerajaan Exco Pelancongan. Satu... satu pertanyaan yang baik. Kita boleh kawal, kita tidak melarang mereka untuk nak minum alkohol ke nak buat kita boleh kawal sediakan lokasi-lokasi yang bersesuaian bertepatan dengan kehendak mereka. Kawasan tu luas, pantai tu sepanjang ada lokasi-lokasi yang dispesifikkan untuk untuk usaha-usaha tersebut, kita tidak ada masalah nak minum alkohol ke, nak nak buat sunbathing ke dan sebagainya, silakan. Tapi perlu melihat norma-norma dan juga nilai-nilai setempat yang perlu dikawal. Orang tempatan bagaimana keadaan dan sebab itu kampung tradisi, kita perlu menghargai nilai-nilai kehidupan masyarakat setempat.

Mencelah YB. Payah dah YB Beserah nak diasing ke minyak dengan air ni. Ya, goner gaya caranya? Orang Melayu saja situ saudara-mara YB juga, esok ketoyong dia orang.

Dia... dia gini. Kalau kita ada kemahuan Insya-Allah kita ada jalan. Kalau kita ada usaha dan kita boleh fikir bersama ramai. Saya yakin di Tourism Malaysia, di Tourism Pahang ada ramai bijak pandai yang boleh memikirkan bagaimana kita boleh menjadikan ianya sebagai satu usaha yang bukan sahaja mampu menarik pelancong datang tetapi memenuhi aspirasi dan nilai-nilai masyarakat setempat.

Eh apa ni Speaker?

Speaker

Sila, sila.

Saya rasa gini sebab dulu dia sejahtera maknanya popular. Tapi sejak kehijauan ni la, boleh kita birukan semula ke Beserah tu? [Ahli Dewan ketawa] Bila hijau tu dia lain so kita birukan semula.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Terima kasih minta laluan Yang Berhormat.

Speaker

Sila, sila.

Puan Leong Yu ManDAP · PHTriang

Kita faham bahawa untuk untuk kita perlu ada keseimbangan untuk menarik pelancong. Pada masa yang sama, kita menghormati sensitiviti komuniti tempatan, ini kita bersetuju. Minta kerjasama daripada Yang Berhormat juga sekiranya Yang Berhormat dapati mungkin sebagai contoh, ada acara yang tidak sesuai boleh bincang, boleh bagi cadangan bagaimana event organizer mungkin mengubah pengisian bukannya semata-mata kita nak tolak sebegitu lepas tu acara dibatalkan atas banyak faktor. Lepas tu yang rugi bukan kita yang rugi adalah chalet-chalet. Yang rugi adalah peniaga-peniaga kecil di sana.

Dengan itu, saya memang amat-amat mengharap bahawa kita bersama-sama baik pembangkang atau kerajaan kita sama-sama membantu orang-orang kampung kita di Cherating. Untuk pengusaha chalet, peniaga kecil, ada apa yang rasa tak sesuai tak kena tak apa bincang. Tapi kita jangan nak menimbulkan sentimen-sentimen di mana inisiatif yang kita nak menarik pelancong ke sana tak jadi. Terima kasih.

Saya suka perkataan bincang itu tapi bincang dengan siapa? itu yang persoalan dia bila buat permohonan, kami tidak dilibatkan dalam perbincangan. Jadi kalau dilibatkan pihak penduduk setempat dalam perbincangan itu, mungkin kita boleh cari jalan... cari

jalan... jalan er… jalan penyelesaian dan tidak timbul polemik ataupun kontroversi. Tapi bila tidak dilibatkan dalam perbincangan itulah yang menjadikan kita tiba-tiba tahu. Untuk makluman Yang Berhormat, saya dalam rekod yang ada pada saya yang saya dapat ni pada tahun 2025, Cherating ada 5 anjuran festival yang kita tak tahu. 5 anjuran festival ada Program Ocean Festival, Cherating Festival 5.0, Festival Cherating 2.0, Himpunan Anak Seni.

Semua perkara ini perkara yang hanya penduduk setempat tahu bila nak berlaku dan dah diluluskan. Tapi saya kena beri maklum juga bahawa terdapat beberapa program yang ingin yang telah dimohon tapi tidak disokong dan tidak diluluskan seperti fun fair tidak diluluskan, termasuklah event Patah Hati, Pesta Galau. Semua ini event-event yang kita tak tau apa pengisian dia. Jadi kalau betul Yang Berhormat Exco kata kita boleh bincang, saya bersedia berbincang, kami bersedia berbincang. Bukan kami nak menyekat semata-mata atas nama membangkang. Tidak kerana kami perlu tahu apa pengisian itu kerana yang akan menghadiri tu adalah mereka yang datang daripada setempat.

Festival-festival ni sebab kita buat 5 kali festival, Cherating masih lagi tidak mampu mengekalkan penarikan pelancong dalam setahun. 5 festival buat tapi masih lagi tidak mampu nak menarik orang datang untuk ke sana. Maknanya festival bukan satu-satunya cara untuk nak menarik pelancong. Dia ada kaedah lain sebab tu saya kata kita perlu berbincang adakan satu sidang meja bulat contohnya bersama-sama cari jalan penyelesaian dan kita boleh mampu untuk nak mencari kata putus dan juga persetujuan bersama. Apa yang perlu kita buat untuk rebranding balik Cherating ini.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Pohon diberi mencelah sikit.

Eh lama sikit je. Saya mintak tak banyak lama.

Speaker

Dah 22 minit sekarang, tapi tak apa saya bagi laluan kepada Beserah.

Tuan Chan Chun KuangPKR · PHSemambu

Tuan Speaker, cuma untuk makluman Dewan yang mulia ini, untuk makluman YB Andansura YB Beserah yang penganjur untuk Cherating Festival dan juga yang baru ini isu water festival ini ada datang jumpa dengan saya dan mereka ni siapa. Mereka ni budak Cherating, budak Kampung Cherating. Nama dia Hakimi dan dalam Instagram dia nama dia MapPro, saya ingat. Mereka yang menganjurkan pertandingan Cherating, pertandingan Paddle di Kampung Cherating dan mereka juga merupakan penganjur Festival Cherating satu hingga dua. Mereka penganjur dan mereka budak kampung di kawasan tersebut. Cuma saya er... tulah saya cadangkan pada YB Beserah bahawa mereka bersedia untuk berjumpa dengan YB dan saya rasa yang itu perkara atau langkah yang terbaik untuk menyelesaikan isu ni. Terima kasih.

Saya setuju. Saya sebut dah tadi, kita terbuka untuk berbincang demi mencari satu jalan penyelesaian yang sama-sama dapat meraih hasil yang baik. Sama-sama, bukan dalam bentuk yang datang. Walaupun dia anak tempatan, saya tahu tetapi oleh kerana dia... dia menganjurkan sesuatu perkara yang di luar daripada apa yang sepatutnya kita... kita apa ni sokong dan sebagainya. Kita terpaksa membantah kerana nilai-nilai setempat itu perlu dijaga. Perlu kita pelihara. Kalau tidak ia akan menghancurkan sosio budaya dan nilai-nilai yang kita pegang selama ini. Yang ini yang kita perlu jaga pelihara. Kita bukan nak menghalang atau menyekat sebarang perkara yang boleh er... apa ni menarik ataupun menimbulkan kegembiraan anak-anak muda. Begitu juga di Cherating ada satu kompleks yang telah dibina Kompleks Budaya. Saya rasa dah 10 atau 15 tahun dulu. Kompleks Budaya tujuannya dibina Kompleks Budaya ini untuk menjadi satu one stop centre untuk kebudayaan, kraft, kesenian, makanan tempatan negeri Pahang dan sebagainya. Kompleks ini sekarang dah jadi kompleks hantu raya. Takde... takde orang jaga dah what is happening apa yang berlaku berjuta ringgit dihabiskan kompleks itu besar cantik dulu. Sekarang ni tak terurus dah jadi hutan dan sayang perkara ini sepatutnya kita revamp balik. Sebab tu saya kata adakan sidang meja bulat kita bincang bagaimana kita boleh revamp atau pulihkan balik Cherating tu dan bina satu hala tuju baharu untuk Cherating ini. Apa yang kita nak buat.

Yang Berhormat Speaker ada sikit je lagi tak...tak banyak dah er... urusan tanah. Satu lagi perkara yang berkaitan dengan kawasan saya adalah urusan tanah berkelompok. Ada satu Rancangan Tanah Kelompok Balok iaitu Kampung Tebing Tinggi telah diberi geran kepada penerima ni, dua pilihanraya yang lalu. Tapi sehingga hari ini pemilik-pemilik geran ini dia bayar cukai tanah tapi dia tak tau tanah dia kat mana, dia tak cari er.. dia tak jumpa cari tanah dia sebab tidak ada akses untuk nak masuk kepada rancangan tanah kelompok tersebut. Menjadikan tanah itu tidak dapat dibangunkan, kekal sebagai kawasan hutan dan objektif dia pada masa itu yang saya difahamkan adalah untuk beri tanah kepada nelayan-nelayan sekitar Balok. Jadi bila-bila nelayan dia dapat tanah dia suka. Tapi bila cari tanah, dia tak jumpa. Sebab mereka tak tahu kat mana duduk tanah dia. Geran ada tapi ada sebahagiannya dah jual pun. Tapi pembeli pun dia datang jumpa kita di mana-mana kita tahu tanah sebab tidak ada sebarang akses. Maka saya mencadangkan kepada pihak Kerajaan supaya bantu rancangan-rancangan tanah kelompok. Bila saya difahamkan Kerajaan hanya beri tanah je, laluan ataupun apa semua ni akses mesti pemilik tanah yang kena usahakan. Tapi kalau pemilik tanah selama 100, 200 orang ni tak kenal sama sendiri dan duit pun tak ada untuk nak bina jalan. Bagaimana mereka nak mengusahakan tanah yang mereka dapat ni. Maka dia tidak memberi makna kepada mereka yang dapat tanah tapi tidak dapat. Saya harap perkara ini dapat diselesaikan.

Akhir sekali adalah berkaitan dengan pengurusan tanah kubur. Pengurusan tanah kubur pun sama. Banyak kelulusan tanah-tanah kubur tetapi hanya beri tanah sahaja tetapi akses kepada tanah perkuburan tersebut tak ada, kena apa ni, badan-badan khairat atau badan masjid kena cari dana sendiri untuk nak tebang tebas, bina pagar, untuk itu termasuklah laluan untuk nak pergi ke kubur tanah kubur tu. Maka saya harap perkara ini juga boleh diberikan pertimbangan kepada pihak yang berkaitan. Pengurusan Tanah Kubur, bila kita pergi, serahkan tanah kubur itu perlulah disertai dengan akses yang bersesuaian untuk pergi ke tanah kubur tersebut. Dalam masa yang sama, ihsan diperlukan, diminta daripada Kerajaan kalau boleh kepada mereka yang sukarelawan, pengusaha-pengusaha yang mengusahakan tanah kubur ni tukang

gali kubur yang menguruskan tanah kubur ini diberikan sedikit sagu hati kepada mereka kerana mereka buat kerja ni secara... secara sukarela untuk menguruskan orang mati dia. Dia lebih susah daripada nak menguruskan orang hidup. Sebenarnya orang mati kerana dia mengeluarkan modal juga untuk nak...nak siapkan tanah kubur tu. Jadi itu yang dapat saya kongsi bersama. Terima kasih sekali lagi kepada semua. Terima kasih kepada jabatan-jabatan yang telah bekerjasama dengan baik dengan pihak saya. Semoga Allah SWT lindungi kita daripada perkara tidak diingini. Negeri kita mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT. Saya dengan ini mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih Wakil dari Beserah. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Dilantik, sila.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Tuan Speaker. Ketua-ketua jabatan, Ahli-ahli Dewan sekalian. Sekali lagi. Assalamualaikum WBT. Terima kasih saya ucapkan di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk sama-sama dalam perbahasan titah Usul Diraja Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang dalam pembukaan sidang DUN Pahang pada Jumaat yang lalu. Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan penghargaan bahawa hari ini adalah merupakan hari ulang tahun yang kedua pelantikan ADUN-ADUN Lantikan negeri Pahang dan pada hari ini, InsyaAllah kita telah pun membuktikan bahawa ADUN-ADUN Lantikan negeri Pahang ini akan menjadi ADUN-ADUN yang konstruktif dalam pembangunan Kerajaan Negeri Pahang. Insya-Allah. [Ahli Dewan menepuk meja]. Dikesempatan 10, 15minit ini sudah pasti saya akan memadatkan ucapan saya dalam mencatatkan huraian-huraian sebagaimana titah baginda Tengku Mahkota Pahang.

Ahli-ahli Dewan yang saya kasihi sekalian,

Memasuki tahun 2026, Pahang mencapai jajaran prestasi yang amat membanggakan yang menunjukkan momentum yang positif. Kejayaan mencatatkan pertumbuhan KDNK antara empat negeri terbaik di Malaysia termasuk memperkenalkan beberapa dasar yang lebih membumi atau down to earth dengan izin yang lebih rapat dan senang dihadam oleh rakyat seperti dasar Perumahan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang, LPHP adalah antara tarikan terbesar rakyat di Pahang. Pahang muncul sebagai negeri yang perkenal banyak skim perumahan sehinggalah skim percuma untuk rakyat yang layak. Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan sahabat saya daripada Bera er... daripada Bebar yang bertanggungjawab terhadap perumahan Pahang. YB Exco Perumahan ini, bagus bagi saya. Saya bisik sikit pada dia sahaja. Mohon maklumat dan juga mohon beberapa skim perumahan esoknya dihantar terus pegawai untuk berhubung dengan saya. Cuma ADUN Lantikan ni kalau boleh nak jaga Pahang ni, kalau boleh bagi lebih sikitlah rumah untuk kita bantu rakyat ni.

Ahl-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian,

Selain itu, dasar-dasar bersepadu Kerajaan Negeri untuk memperkasakan Islam tidak boleh kita nafikan. Pencapaian Maahad Tahfiz Negeri Pahang sangat membanggakan kita. Di peringkat pengajian tinggi, kita berjaya menubuhkan Universiti Al-Quran dan selain itu juga Dasar Wanita Pahang yang menyediakan pelan tindakan holistik dan

pembangunan kepada wanita juga melonjakkan momentum kepada kebajikan rakyat. Saya harus memuji rangka tindakan Pelan Digital Pahang terutama PahangGo dalam memperkasakan ekonomi digital setempat dan sebagai pusat sehenti maya untuk pelbagai urusan rasmi dan peribadi rakyat Pahang. Hasilnya, hari ini kita dapat melihat petunjuk makro yang sangat membanggakan. Sebagai contoh Bantuan Khas Kewangan Pahang, BKK, 2 bulan gaji di saat negeri lain ada yang terpaksa melukut di tepi gantang memohon ihsan dan bantuan Kerajaan Pusat memberikan bonus kepada kakitangannya. Bantuan Khas Rakyat Pahang sebanyak RM15,000.00 seminggu diberikan kepada rakyat dalam suasana ketidaktentuan geopolitik dunia.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian,

Kalau kita lihat dalam titah Diraja tersebut, saya fikir banyak yang telah disentuh oleh baginda. Namun, saya ingin bahaskan beberapa aspek terkait dengan titah tersebut.

Yang Berhormat Speaker,

Saya ingin menyentuh sedikit tentang apa yang disentuh dalam titah Diraja iaitu geopolitik yang berlaku pada hari ini. Apa yang berlaku kepada Iran boleh menjadi pengajaran besar bagi kita. Ramai yang tidak tahu. Yang tak nak ambil tahu tentang Iran. Kita tahu mereka punyai keupayaan teknologi. Mereka ada keupayaan kesihatan dan juga keterjaminan makanan walaupun negara itu berhadapan dengan sanction selama 45 tahun. Mereka tak boleh guna kad kredit. Mereka tak boleh jual barang ke luar. Mereka tak boleh import teknologi luar. Tetapi mereka boleh hasilkan keupayaan ketenteraan yang dilihat antara kuasa keempat terbesar di dunia. Kalau kita lihat dron mereka sahaja, kelajuannya hampir 400...900 km sejam. Senjata hypersonic dan super sonic mereka menjangkau 15,000 kilometer sejam. Hampir 3, 4 kali ganda kelajuan jet pejuang yang dihasilkan oleh Amerika. Mana datangnya semua ini, mana datangnya ilmu ini. Sebenarnya Sidang Dewan sekalian, keupayaan kita ada keupayaan untuk buat sebagai sebagaimana yang mereka lakukan, tapi kita berada dalam keadaan selesa menyebabkan kita tidak dapat keluar dari keadaan ini, kerana keselesaan itulah yang kadang-kadang melekakan kita.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian,

Dari sudut agama, ilmu Islam ini banyak bermula daripada Parsi. Imam Ghazali sebagai contoh dimakamkan di Tus, Iran. Imam Muslim, Imam Ibnu Sina, semuanya dari Parsi. Saya nak sebutkan bahawa kesan utama peperangan yang berlaku hari ini adalah kepada sektor tenaga kita. Saya fikir Pahang pun di antara yang terkesan kuat melibatkan aspek logistik negeri tetapi kita tidak merasa kesan terus dari peperangan hari ini kerana tanggungjawab Kerajaan Malaysia. Kerajaan Perpaduan ini yang memperuntukkan RM7 bilion setiap bulan supaya kita tidak merasa kesan terus dari krisis dunia ini. Bayangkan betapa negara jiran terpaksa mencatu bekalan petrol dan diesel dalam keadaan minyak yang melambung tinggi jauh lebih tinggi daripada Malaysia. Negara Arab Saudi sendiri yang minyaknya tak keluar pun dari Selat Hormuz menaikkan harga minyak mereka semalam daripada Saudi Riyal 3.83 Riyal kepada Saudi Riyal 4.51 Riyal bersamaan daripada RM4.02 sen kepada RM4.73 sen. Pada dasarnya, kalau kita lihat secara perkapita, setiap rakyat akan gunakan sebanyak 10 tong ataupun 10 barrel setahun. 1 tong kiraannya lebih kurang 159 liter. Itu sebab kita tak rasa sebab Kerajaan bagi 200 liter sebulan penggunaan 2,400 liter secara purata setahun. Saya sebut kita akan terpaling terkesan kerana kita ada sektor industri. Pahang banyak industri yang menyumbang kepada pendapatan negeri dan yang paling terkesan adalah sektor pelancongan. Saya yakin Yang Berhormat Triang

juga sudah pasti merancangkan sesuatu untuk merancakkan industri pelancongan Pahang. Isu geologi dunia merosakkan industri pelancongan dunia. Sebagai contoh di negara jiran kita, Pulau Bali, mereka perkenalkan caj pelancong sebanyak RM450.00 satu hari.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian,

Sebab itu saya berpandangan apa yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar menunjukkan Pahang di landasan yang betul. Pahang telah menunjukkan dan melaksanakan beberapa inisiatif untuk memastikan bahawa sektor logistik kita sama ada sektor pelancongan kita dan sektor keterjaminan kita diberikan keutamaan. Kenaikan baja sebagai contoh, memberikan kesan yang besar. Sebab itu saya mohon agar disegerakan pemberian geran hak milik kepada pesawah dan petani seperti di Kawasan Jelapang Padi, Rompin dan Pekan supaya mereka memperolehi subsidi pemberian baja dan racun yang diberikan oleh Kerajaan Pusat. Dengan itu, sekuriti makanan negara khususnya pengeluaran padi negeri Pahang akan mencukupi.

Selain daripada baja, kenaikan berlaku pada makanan-makanan import kita, sebab itu saya ingin melihat apabila kita sebut tentang inisiatif kerajaan ini, saya percaya bahawa Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa perkara, tapi saya fikir kerajaan dalam masa yang sama juga boleh menilai kembali beberapa jenis cukai supaya ia dapat meringankan bebanan rakyat dan begitu juga dengan kadar sewaan dan caj-caj yang dikenakan. Kerajaan Negeri boleh memberikan pada pandangan saya, inisiatif caj air sebagaimana yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Melaka, mengurangkan cukai pintu dan cukai tanah. Walaupun kita terkesan dengan sektor tenaga, namun perkara yang terkait dengan pendapatan rakyat ini harus kita bantu.

Ahli-ahli Dewan yang saya kasihi sekalian,

Ini termasuklah program-program kita untuk membantu usahawan di Pahang. Kalau semua nak jimat ya, kalau kadang-kadang semua nak berjimat. Kalau semua nak berjimat siapa yang nak berbelanja. Bagaimana dengan usahawan-usahawan kita? Jadi pada pandangan saya, Kerajaan Negerilah yang harus menyokong. Saya nak sebut Sidang Dewan sekalian tentang produk lokal kita. Kadang-kadang kita banyak makanan import sebab kita sendiri pun tak sedar, tapi inilah masa untuk kita sokong produk lokal kita. Sayur-sayur dari kebun kita, ikan sangkar dari sungai kita. Bagi saya, ia sudah cukup membantu.

Kita tengok Exco pertanian punyalah bersungguh nak hasilkan produk pertanian macam-macam dicadangkan Wagyunya. Kadang-kadang nak jawab soalan setengah jam pun tak cukup. Ada pula Ahli Yang Berhormat cadang bela baung ekor merah, tapi saya nak sebutkan kepada Sidang Dewan sekalian. Kempen produk lokal ini tidak disokong oleh rakyat, apalah ertinya. Kita tengok rakyat lebih suka membeli barangan import. Spagheti, lagsania, buah-buah pun kadang-kadang buah pear dan buah anggur.

Sidang Dewan yang saya kasihi sekalian,

Saya minta Kerajaan Negeri utamakan bahan-bahan dari negara kita. Kalau boleh dari negeri Pahang. Tak apalah, pucuk paku pun pucuk pakulah kalau ia boleh membantu usahawan negara kita. Kita makan produk kampung ini pun, produk tempatan sebenar pun dah cukup. Kadang-kadang kita terlebih sihat, bab makan ni.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian,

Hari ni saya nak sebut sikit tentang Titah Diraja berhubung dengan eksport pasir ke luar negara. Saya nak tegur beberapa pihak yang menggambarkan bahawa Titah Diraja adalah satu kemurkaan tuanku terhadap Kerajaan terutama Kerajaan Pusat. Kalau kita teliti perenggan 56, Tuanku menzahirkan rasa kecewa kerana eksport pasir tidak diluluskan ke luar negara. Sebagai payung kerajaan, Tuanku umpama bapa yang tidak hanya melihat kepada seorang anak tetapi menjaga kebajikan anak-anak yang lain. Malah, melihat daripada kebajikan semua pihak dan di sinilah dengan izin Sidang Dewan, dengan izin Speaker, letaknya wisdom dan unik peranan istana bagi sebuah negara yang berdaulat seperti Pahang.

Tuanku menegur dari sudut urus tadbir kerajaan dan semangat federalisme yang ada. Ini berbeza ketika Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim pada 19 Ogos tahun 2024 menzahirkan kemurkaan dan rasa amat terkilan atas tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara sengaja dan sinis memperlekeh dan mempertikaikan tugas dan peranan Sultan Pahang ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-16. Ketika itu, Tengku Mahkota meminta PDRM mengambil tindakan tegas terhadap Pengerusi Perikatan Nasional yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R. Raja, Agama dan kaum.

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Yang di-Pertua ni…ni.

Tak, tak. Minta izin, minta izin saya benarkan

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Saya minta izin dengan Yang di-Pertua.

This is my floor. Kalau minta izin. Saya benarkan,

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Boleh bagi?

Speaker

Sila, sila bagilah.

Floor saya.

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

…berkuasa. Tak, cuma saya nak bagi tahu isu Tan Sri Muhyiddin tadi dengan Tuanku masih dalam mahkamah. Bulan 11 ni, jadi tak perlulah nak sebut di sini. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya pendapat apa tu Yang Berhormat Lantikan tidak bersentuh dengan…dengan kes mahkamah. Hanya agama sahaja kan?

Ya, saya tak sentuh pun kes mahkamah. Ini adalah saya sentuh tentang Titah Tuanku pada ketika itu yang telah menzahirkan kemurkaan sehingga mendesak pihak PDRM supaya mengambil tindakan kepada Tan Sri Muhyiddin. Boleh?

Speaker

Sila, teruskan. Teruskan, sila.

Baik. Ketika itu, Tengku Mahkota meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap Pengerusi Perikatan Nasional yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R, Raja, Agama dan Kaum dan baginda menyifatkan kenyataan Muhyiddin memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif seolah-olah bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil ketika memilih Perdana Menteri yang ke-10.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian,

Fakta di hadapan kita adalah pertama; Kerajaan Pusat pada tahun 2020 telah melarang eksport pasir laut ke luar negara dan dia berkuat kuasa sehingga kini. Pasir laut. Kedua, namun bagi pasir sungai, Kerajaan Pusat telah mengumumkan pada 25.6.2020, sebanyak 11 syarikat diberikan AP untuk eksport pasir ke-9 buah negara sehingga tempoh tahun 2027. Kerajaan Pusat kemudiannya menambah sehingga 29 buah syarikat lagi. Ertinya eksport pasir masih dibenarkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 2020 hingga 2023. Kerajaan Negeri Pahang sendiri telah mencatatkan kutipan hasil perlombongan pasir dari tahun 2020 sehingga 2023, sebanyak RM46.95 juta dan royalti sebanyak RM39.17 juta. Ertinya, Kerajaan Negeri masih menjana pendapatan dari perlombongan pasir di Pahang. Justeru, teguran dalam Titah Diraja adalah sangat wajar supaya semua pihak dan agensi di peringkat persekutuan seperti yang disentuh oleh Tuanku, membuat ulasan teknikal dan memberikan justifikasi bahawa eksport pasir di Pahang perlu diteruskan.

Jika ulasan teknikal ini dibuat dengan sebaiknya dan dimaklumkan kepada Jemaah Kabinet, saya percaya bahawa tidak ada masalah untuk eksport pasir diteruskan sebagaimana di negeri lain memandangkan eksport Pasir Pahang pernah dibenarkan sebelum daripada ini. Saya nak sebutkan pada sidang Dewan yang saya kasihi sekalian. Kenyataan Kerajaan Negeri Pahang yang menjunjung Titah Diraja yang dan mengada, akan dan menyebut akan mengadakan pertemuan segera dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi membincangkan perkara ini adalah kenyataan yang sangat tepat dan mendamaikan dan tidak mengeruhkan keadaan lagi. Sebab itulah saya sebut bahawa Pahang adalah di landasan yang betul.

Ahli-ahli Dewan yang saya kasihi sekalian,

Seterusnya saya nak sebut satu isu yang sangat penting iaitu keharmonian rakyat yang disebut dalam Titah Diraja. Baginda telah menitahkan bahawa tidak harus perbezaan menjadi punca sengketa antara kaum di dalam negara kita. Kita berbeza dari segi politik, kita berbeza dari sudut parti pandangan parti pegangan politik, tetapi Yusuf Al-Qaradawi dalam kitabnya [Ayat al-Quran] menyebutkan adalah harus untuk kita berbilang kekuatan dan parti politik. Allah Ta'ala sebut dalam Quran. [Ayat al-Quran]. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalannya dalam barisan yang teratur seolah-olah mereka satu dalam binaan yang kukuh.

Sidang Dewan yang saya kasihi sekalian,

Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan setingginya di atas tindakan tegas pihak PDRM dan Unit Pendakwaan Negeri Pahang terhadap kes penghinaan agama yang melibatkan seorang pelajar di universiti di Pahang. Penghinaan terhadap agama ini tidak pernah mengenal siapa. Islam sendiri malah mengutuk keras penghinaan terhadap agama lain. Di situlah letaknya hikmah dan dengan izin wisdom penguatkuasaan undang-undang di Malaysia.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian,

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan seorang Ahli Parlimen Pasir Putih yang secara berani dan terang-terangan menyerang peribadi sahabat Rasulullah sehingga tergamak menyatakan bahawa Saidina Abu Bakar As-Siddiq, bapa ceti, dia kaya, dia peras orang miskin dan Umar Al-Khattab pula hobinya berzina sewaktu zaman jahiliahnya. Sebagai orang Islam, kenyataan begini tidak boleh diterima langsung, apatah lagi dari mulut yang kononnya daripada majlis ulama. Ramai keluar ini.

Sidang Dewan yang saya kasihi sekalian,

Saya sebut perkara ini sebab Jabatan Mufti Negeri Pahang semalam mengeluarkan penjelasan rasmi isu tuduhan liar terhadap Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar oleh Ahli Parlimen tersebut. Maksudnya, Mufti kita telah mengeluarkan kenyataan rasmi menentang keras apa yang dilakukan oleh Parlimen, Ahli Parlimen tersebut. Saya nak merakamkan setinggi tahniah kepada Sahibus Samahah Dato' Mufti Kerajaan Negeri Pahang, dan Mufti Negeri, Jabatan Mufti Negeri Pahang di atas keprihatinan menyedarkan rakyat ini. Penghinaan dan kebiadapan Nik Zawawi ini terhadap sahabat Rasulullah SAW sangat bertentangan dengan riwayat sebenar tentang sifat Umar dan Abu Bakar ini.

Kitab Ibn Kathir menyebutkan, dalam satu kitab ya, Ibn Kathir menyatakan [Ayat al-Quran]. Dalam Kitab Ibn Kathir menyatakan, Abu Bakar As-Siddiq ini adalah merupakan semulia-mulia orang Quraisy. [Ayat al-Quran]. Mereka mempunyai, adalah orang terbaik di kalangan mereka. [Ayat al-Quran]. Mereka adalah orang yang disayangi oleh kaum mereka. [Ayat al-Quran]. Orang yang sangat lemah lembut. [Ayat al-Quran]. Dikenali mempunyai keturunan yang sangat baik. [Ayat al-Quran]. Diketahui mempunyai akhlak yang sangat baik. [Ayat al-Quran]. Dia adalah seorang peniaga. [Ayat al-Quran]. Dikenali mempunyai akhlak yang sangat baik. Dan Imam Al-Suyuti menyatakan dalam kitabnya, menyatakan bahawa Abu Bakar As-Siddiq ini. [Ayat al-Quran]. Abu Bakar As-Siddiq ini tak pernah minum arak sepanjang daripada hidupnya dan Imam Az-Zahabi dalam satu kitabnya menyatakan. [Ayat al-Quran]. Umar ini pada zaman jahiliah dia adalah seorang yang sangat bengkeng kepada orang Islam. [Ayat al-Quran]. Kemudian Allah muliakannya dengan Islam. [Ayat al-Quran]. Dan kemudian Umar ini adalah merupakan semulia-mulia orang Quraisy. [Ayat al-Quran]. Mempunyai pandangan yang bernas, bernas. [Ayat al-Quran]. Dan adalah merupakan seorang duta pada zaman jahiliah. Bukan rampas bini orang, bukan ambil anak dara orang.

Sidang Dewan yang saya kasihi sekalian,

Hari ini kita sekali lagi digemparkan, mohon maaf, secara terbuka dalam media sosial. Saya nak sebut kepada Sidang Dewan sekalian, minta maaf ini tidak kebalkan daripada pendakwaan. Kalau macam itu senanglah, orang tangkap bawa ke, tahan di lokap minta maaf, lepas. Kita minta supaya penghinaan kepada sahabat Nabi SAW ini kita hukum dan kita dakwa di bawah Kanun Keseksaan. Malah, ada orang yang didakwa sehingga 10 tahun kerana penghinaan terhadap Islam dan dibawa, didakwa di bawah Undang-undang Syariah Negeri.

Sidang Dewan yang saya kasihi sekalian,

Inilah realiti politik pada hari ini. Inilah realiti negara kita pada hari ini. Kita dihidangkan oleh orang-orang politik dengan macam-macam gelaran. Ada yang gelarkan "UMDAP", ada yang gelarkan "PANDAP", ada yang gelarkan "DAPig". Sedangkan Rasulullah SAW tidak pernah dalam sebarang riwayat mengambil dan memandang, memanggil musuh politik beliau sebagai "khinzir" sebagai contoh. Saya sebut begitu sebab saya nak perjelaskan, kita kerjasama dengan DAP sebagai contoh, di atas keadilan sosial yang tidak menyentuh kedaulatan agama Islam dan Melayu. Saya bukan nak sangat pertahankan DAP ini. Saya pun berkawan, ada benda yang saya tak setuju dengan DAP ini. Dengan UMNO pun saya ada benda yang tak setuju, dengan parti saya sendiri pun ada saya tak setuju. Tetapi saya nak bagi amaran kepada sidang hadirin sekalian supaya jangan.

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Yang di-Pertua, boleh la sedikit.

kita bina persepsi. Nanti dahulu dah nak habis ayat ni.

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Sedikit sahaja.

Speaker

Biar dia habis dulu.

Bagi habis bagi habis..

Speaker

Sekejap lagi, nanti saya bagi pula.

Iya, bagi bagi dulu.

Speaker

[Ketawa].

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

ini ceramah politik ke ....

Duduk duduk dulu. Tapi jangan bina persepsi yang akhirnya kesan itu kembali pada kita. Okay sila.

Speaker

Sila Yang Berhormat Kuala Sentul.

Dato' Jasri bin JamaludinBERSATU · PNKuala Sentul

Soalan saya, ceramah politik ke kita dah, berada dalam Dewan Negeri?

Speaker

Ya sila.

Speaker, mohon izin saya bersetuju dengan ADUN Lantikan ini. Contohnya, isu tentang penghinaan kepada sahabat. Sebenarnya benda ini telah dituntaskan oleh agama kita Islam sendiri. Apabila hadis sahih yang diriwayat oleh Imam Muslim. [Ayat al-Quran]. Orang yang terpilih di kalangan kamu di zaman jahiliah, juga adalah orang yang terpilih di zaman Islam [Ayat al-Quran]. Apabila dia menganuti agama Islam itu. Jadi baik sangat apa yang dibawa oleh ADUN Lantikan ini dan perkara ini sangat bahaya kalau kita biarkan begitu sahaja, hanya padan dengan memohon maaf. Akibatnya nanti orang akan memandang remeh kepada Islam, dan orang memandang agama kita itu mudah. Ini bukan ceramah politik bagus, ceramah lagi.

Speaker

Biar saya jawab dulu kepada Yang Berhormat Kuala Sentul.

Tuan Speaker nak nak nak nak minta laluan juga ke?

Speaker

Selagi Yang Berhormat dalam Dewan ini tidak melanggar Peraturan-peraturan Mesyuarat. Semua kenyataan boleh dikeluarkan oleh Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Dilantik.

Er... sedap ini. Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih apa nama ini Exco. Saya nak sebut kepada rakan saya daripada Kuala Sentul ini. Saya sebut ini saya ulang balik apa yang Jabatan Mufti Negeri Pahang sebut. Kalau saya berpolitik, Jabatan Mufti Negeri Pahang itu berpolitik juga ke? Allahu Akbar payah. Sidang Dewan Negeri.

Tuan Yohanis bin AhmadPAS · PNPulau Tawar

Bagi bagi laluan sikit boleh?

Ada lagi, sila sila.

Tuan Yohanis bin AhmadPAS · PNPulau Tawar

Saya nak cadangkan kepada ADUN Lantikan supaya beliau membeli buku karangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang khusus berkenaan dengan 4 orang Khalifah, dan buku karangan Tok Guru Haji, Haji Abdul Hadi Awang ini dikeluarkan oleh Permata Ummah, Yayasan Permata Ummah dan buku yang keempat ini yang pertamanya, Tok

Guru menceritakan terperinci dengan siapakah Khalifah Agung ini, Saidina Abu Bakar, jadi saya cadangkan Yang Berhormat beli buku tersebut dan baca. Boleh?

Speaker

Sila, sila Yang Berhormat.

Saya tengok dengan cara alunan dan susunan ayat yang dibawa oleh ADUN Lantikan ini tak perlu dah kepada buku itu. [Ahli Dewan ketawa]. Betul dan tepat. Sesuai dengan apa, aturan-aturan yang telah digambarkan oleh Nabi kita tentang sahabatnya Rasulullah SAW. Terima kasih Speaker.

Err. Apa nama terima kasih saya pohon untuk ucapan daripada Kerdau dijadikan sebahagian daripada ucapan saya. Cuma saya nak tanya Pulau Tawar ni. Yang Berhormat Pulau Tawar ni setuju dengan saya ke setuju dengan Ahli Parlimen Pasir Puteh.

Tuan Yohanis bin AhmadPAS · PNPulau Tawar

Er... Sebarang penghinaan kepada Islam kepada Nabi kita tolak.

Saya tanya gitu je tak setuju dengan saya ke setuju dengan Pasir Putih.

Tuan Yohanis bin AhmadPAS · PNPulau Tawar

Saya cadangkan yang.

Saya tanya tu je Yang Berhormat yang buat jangan ke lain.

Tuan Yohanis bin AhmadPAS · PNPulau Tawar

Saya cadangkan saudara beli buku tu dulu. Lepas tu kita boleh bincang.

Letih pulak doh nak kena beli buku ni. Baik, Sidang Dewan yang saya kasihi sekalian, saya nak beritahu bahawa kita jangan bina persepsi yang akhirnya kesan tu kembali

pada kita. Kita jangan tuduh orang ni anti Islam orang ni tolak Islam orang ni tak sokong Islam, Islam terancam sana sini. Jangan kita lupa bahawa 18 Mac 2015, Parti Gerakan yang menjadi komponen kepada Perikatan Nasional telah mencabar hudud di mahkamah. Apa kita nak panggil pada mereka ni. Hari ini mereka sebahagian daripada gabungan dalam Perikatan Nasional [Ahli Dewan menepuk meja]. Tapi inilah Islam. Kita menghormati perbezaan agama. Kita tak bawa, bina, budaya, fitnah dan naratif kepada mereka. Saya taknaklah politik sangat dalam Dewan ni. Cuma saya nak ingatkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita ni jangan ikutlah seorang Menteri Besar di utara ni. Bahasanya tak elok jangan ikut begitu kadang-kadang ucapannya tinggi mimpinya tinggi, Ahli Yang Berhormat sekalian, saya nak sebut kita jadi pemimpin ni adalah apa yang kita tanam hari ini dan itulah yang akan tumbuh. Jangan ajar rakyat dengan bahasa kotor. Bahasa kasar. Kerana apa? Kerana itulah yang akan tumbuh dalam negara kita.

Dan kerana akhirnya kitalah yang akan mengutip hasil tersebut. Ahli-ahli Yang Berhormat yang dikasihi sekalian. Sebab itulah Titah Diraja menyebutkan perpaduan. Perpaduan sahajalah yang penting bagi kita. Kita lihat sahaja pertahanan Iran bukan kerana drone, bukan kerana teknologi mereka, bukan kerana ekonomi mereka, tetapi mereka berpadu pertahankan negara mereka. Dan inilah sepatutnya menjadi tugas kita di Negeri Pahang pada hari ini. Saya nak akhiri ucapan perbahasan saya dengan satu sabda Baginda Nabi SWT yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy'ari Al-Mukmin [Bacaan ayat al-Quran]. Seorang mukmin dengan mukmin yang lain seperti satu bangunan sebahagiannya memperteguhkan sebahagian yang lain. Inilah Sidang Dewan sekalian, perpaduan di dalam Islam. Terima kasih Tuan Speaker. Saya menjunjung usul Titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang. Sekian, Assalamualaikum WBT. [Ahli Dewan menepuk meja].

Speaker

Terima kasih, sila

Nak mencelah hadis ini betul. Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim. Cuma nak betulkan bukan [Ayat ai-Quran] baris yang tak betul.

Dan saya minta dijadikan sebahagian daripada ucapan saya juga.

Speaker

Terima kasih. Walaupun saya tak faham tapi saya setuju kepada dua-dua Yang Berhormat, saya akan belajar seterusnya. Jadi seterusnya saya menjemput Ahli dari Chenor.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Terima kasih, Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar, Ahli-

ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, Pentadbir Daerah, semua yang mengikuti persidangan kita pada petang ini. Saya mulakan dengan sepotong Ayat al-Quran, Surah Sad ayat yang Ke-26 [Bacaan ayat al-Quran] yang bermaksud, Hai Daud. Wahai Nabi Daud, sesungguhnya kami menjadikan kamu khalifah yakni penguasaan. Penguasa di atas muka bumi. Maka berikanlah keputusan di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah SWT. Sesungguhnya orang-orang yang sesat daripada jalan Allah akan mendapat azab yang berat kerana mereka melupakan hari perhitungan di mana ayat ini adalah peringatan kepada Nabi Daud AS dan juga kepada mereka yang diberi kuasa dan tanggungjawab menjadi pemimpin di atas muka bumi ini.

Yang Berhormat Speaker,

Patik merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih atas titah ucapan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah sempena pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Pahang Ke-15. Sesungguhnya titah baginda amat bermakna dan menjadi pedoman kepada seluruh rakyat serta kepimpinan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus diberikan keutamaan. Keprihatinan baginda terhadap kebajikan masyarakat, kestabilan ekonomi serta pembangunan sosial mencerminkan sifat kepimpinan yang berjiwa rakyat dan penuh hikmah. Patik juga amat menghargai penekanan baginda terhadap usaha memacu kemajuan Negeri Pahang agar terus berkembang maju, berdaya saing dan mampan demi manfaat generasi kini dan akan datang titah tersebut menjadi pemangkin kepada seluruh pihak untuk bersama-sama berganding bahu memperkukuhkan pembangunan negeri dalam pelbagai sektor. Selain itu, baginda agar rakyat terus memelihara perpaduan dan keharmonian amatlah bertepatan dalam memastikan Negeri Pahang kekal aman, stabil dan bersatu padu, semangat muafakat serta toleransi antara masyarakat pelbagai latar belakang merupakan asas kekuatan negeri yang perlu terus dipertahankan.

Patik turut menjunjung titah baginda dalam memartabatkan kesucian dan kemuliaan agama Islam sebagai tunjang kesejahteraan ummah serta panduan dalam kehidupan bermasyarakat. Semoga nilai-nilai Islam terus subur dalam membentuk masyarakat yang berakhlak, berilmu dan berintegriti. Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesejahteraan, keberkatan, dan keafiatan kepada seluruh rakyat Negeri Pahang.

Yang Berhormat Speaker,

Saya juga ingin merujuk kepada titah Tuanku berkenaan dengan pasir, tetapi berbeza sedikit kerana saya mengambil suara rakyat di dalam kawasan Chenor berkenaan dengan pasir. Seperti mana di Kampung Pesagi, Kampung Berlawan dan juga Kampung Sanding di mana sungai di ketiga-tiga kampung ini kini amat membimbangkan apabila berlaku timbunan pasir yang terlalu luas sehingga melebihi 3 KM panjang dan melebar sehingga melebihi separuh Sungai Pahang. Semalam, Utusan Malaysia melaporkan berkenaan Sungai Pahang di Kampung Pesagi, Chenor seolah-olah menjadi padang pasir setiap kali berlaku kemarau dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Akibatnya, bekalan ikan patin semakin berkurangan. Para penternak ikan sangkar mula kehilangan sumber mata pencarian kerana keadaan sungai yang tidak mengizinkan. Ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi penduduk kampung bahkan turut memberi kesan kepada industri ikan sangkar yang satu ketika dulu menjadi antara sumber ekonomi utama rakyat di kawasan Chenor.

Oleh itu, izinkan saya mengemukakan beberapa pertanyaan. Yang pertama, berapakah jumlah penternakan ikan di kawasan Chenor yang menerima bantuan di bawah SPeKS, PPIA dan Kerajaan negeri. Yang kedua, adakah kerajaan bercadang menyediakan bantuan khas pemulihan kepada penternak yang terjejas akibat mendapan pasir di Sungai Pahang. Yang ketiga, adakah kawasan Chenor khususnya Kampung Pesagi, Kampung Berlawan, Kampung Sanding termasuk dalam Pelan Tindakan Mendalamkan Sungai Negeri. Adakah Kerajaan bercadang mewujudkan zon penternakan ikan sangkar baru yang lebih selamat dan sesuai bagi membantu penternakan meneruskan sumber pendapatan mereka. Saya juga ingin mencadangkan beberapa perkara yang pertama mempercepatkan mendalamkan sungai di kawasan yang mengalami mendapan pasir serius supaya aliran sungai kembali lancar. Yang kedua, menjadikan pengurusan pasir sebagai… pengurusan pasir sungai secara terkawal sebagai sumber hasil negeri dan pada masa yang sama menyelesaikan masalah rakyat. Ketiga, menyediakan bantuan pemulihan khas kepada penternak ikan sangkar seperti bantuan sangkar baru, benih ikan dan subsidi makanan ikan. Yang keempat, mengadakan kajian bersama Jabatan Perikanan dan Jabatan Pengaliran dan Saliran mengenai kesan mendapan pasir terhadap ekosistem sungai dan industri penternakan perikanan. Saya juga mohon tindakan segera diambil agar industri ikan sangkar di Chenor mampu hidup semula dengan nafas baru dan terus menjadi sumber ekonomi penting kepada rakyat Negeri Pahang.

Yang Berhormat Speaker,

Seterusnya saya ingin menyentuh mengenai pelaksanaan projek Skim Tanah Rakyat FELDA Pahang STRFP yang telah disentuh oleh beberapa ahli Yang Berhormat. Kita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah menawarkan sekitar 16,035 lot rumah melalui STRFP untuk generasi baru FELDA di seluruh Negeri Pahang. Justeru itu, saya mewakili generasi FELDA yang berada di bawah kawasan saya, ingin bertanyakan kepada pihak Kerajaan, apakah status semasa pelaksanaan STRFP di Negeri Pahang dan berapa jumlah lot yang telah berjaya diluluskan atau diagihkan setakat ini.

Yang kedua, apakah kriteria pemilihan kawasan FELDA yang terlibat dalam pelaksanaan projek tersebut? Dan ketiga, adakah mempunyai perancangan tambahan, untuk memperluaskan projek ini ke FELDA-FELDA lain, yang mempunyai permintaan tinggi, daripada generasi kedua dan ketiga. Yang keempat adakah kerajaan bercadang menyediakan skim premium rendah atau kaedah bayaran mudah bagi membantu anak-anak FELDA memiliki lot rumah. Saya bangkitkan perkara ini kerana di kawasan saya, ADUN Chenor mempunyi 4 FELDA. FELDA Sungai Nerek, FELDA Kampung Awah, FELDA Jengka 6 dan FELDA Jengka 7. Isu keperluan lot tapak rumah untuk generasi kedua dan ketiga juga semakin meruncing. Ramai anak-anak FELDA, di kawasan ini telah berumah tangga, namun masih belum memiliki tapak rumah sendiri. Ada yang tinggal bersama ibu bapa dalam keadaan sempit dan ada juga yang terpaksa keluar mencari penempatan lain kerana tiada peluang untuk membina rumah di tanah rancangan sendiri. Saya berpandangan bahawa kawasan FELDA di DUN Chenor, juga wajar diberikan perhatian dalam pelaksanaan STRFP yang masa pada masa akan datang. Sehubungan itu, saya mencadangkan beberapa perkara. Yang pertamanya, Kerajaan Negeri disarankan mengenal pasti tanah yang bersesuaian di FELDA Sungai Nerek, FELDA Kampung Awah, FELDA Jengka 6 dan FELDA Jengka 7 untuk dibangunkan sebagai lot tapak rumah generasi baru FELDA. Yang kedua, saya mencadangkan supaya satu bancian rasmi dilakukan, bagi mengenal pasti rumah jumlah sebenar

generasi kedua dan ketiga FELDA, yang masih belum memiliki rumah di kawasan DUN Chenor. Yang ketiga, kekerapan juga disarankan. Yang ketiga, kerajaan juga disarankan menyediakan kemudahan asas seperti jalan, bekalan air dan elektrik lebih awal supaya kawasan lot rumah yang diwujudkan benar-benar selesa untuk didiami. Yang keempat, saya juga berharap kerajaan memberi keutamaan kepada anak-anak FELDA yang masih menetap dan bekerja di kawasan setempat agar komuniti FELDA terus hidup dan berkembang.

Dato' Sri Speaker, Dato' Speaker, Yang Berhormat Speaker,

Anak-anak FELDA hari ini, bukan meminta kemewahan tapi hanya mengharapkan peluang memiliki sebidang tanah kecil untuk membina rumah dan meneruskan kehidupan di kampung halaman sendiri. Saya percaya jika kerajaan dapat memperluaskan manfaat STRFP secara adil dan saksama, Insya-Allah secara menyeluruh ke kawasan FELDA dan dalam DUN Chenor, ia akan beri manfaat besar kepada rakyat serta memastikan kelangsungan komuniti FELDA di negeri Pahang. Seterusnya, saya ingin membangkitkan satu isu yang sangat dekat dengan masyarakat kampung khususnya di DUN Chenor, iaitu isu ternakan kambing, lembu dan kerbau yang berkeliaran secara bebas di jalan raya dan kawasan awam. Kita akui bahawa masyarakat Chenor sejak dulu memang terkenal dengan budaya penternakan lembu dan kerbau. Malah saya percaya kawasan Chenor antara sebahagian pengeluar kerbau terbesar di negeri Pahang. Ramai penduduk kampung bergantung kepada penternakan sebagai sumber pendapatan sampingan. Malah, tidak kurang yang menjadikan sektor ini sebagai pendapatan utama keluarga. Namun pada hari ini, isu ternak ternakan berkeliaran semakin membimbangkan. Puluhan ekor kerbau boleh dilihat berkeliaran terutama pada waktu malam dan awal pagi di tepi jalan di kawasan kampung malah di jalan utama, keadaan ini bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya, bahkan boleh mengundang kemalangan maut.

Saya melihat penguatkuasaan semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah, sekiranya punca utama tidak diatasi. Antara masalah besar yang yang dihadapi oleh penternak-penternak kecil, ialah kesukaran mendapatkan padang ternak yang sah dan tersusun. Memang kerajaan ada menyediakan kawasan padang ragut atau padang ternak. Namun syarat pemohonan yang terlalu ketat serta keperluan deposit yang tinggi, menyukarkan penternak kecil untuk memohon. Akhirnya ramai penternak tradisional kampung tidak mampu menyertai sistem tersebut dan terus melepaskan ternak, ternakan secara bebas. Saya berharap Kerajaan Negeri dapat menilai semula syarat-syarat tersebut, supaya lebih mesra rakyat dan sesuai dengan kemampuan penternak kampung. Jangan sampai dasar yang baik, gagal dimanfaatkan kerana terlalu birokrasi dan membebankan rakyat bawahan. Saya juga ingin mencadangkan beberapa perkara yang pertama, Kerajaan Negeri mengenal pasti tanah sesuai di kawasan Chenor untuk dijadikan padang ragut khas secara berpusat. Yang kedua, mengurangkan atau melonggarkan syarat deposit pada bagi penternak kecil dan tradisional. Yang ketiga, menyediakan bantuan pagar, sumber air dan elektrik. Yang keempat, menggalakkan penternak muda menyertai industri ternakan secara moden dan tersusun. Yang kelima, penguatkuasaan dibuat secara berhemah dengan pendekatan pendidikan dan bantuan bukan semata-mata hukum.

Jika isu ini dapat diurus dengan baik, saya yakin Chenor bukan sahaja mampu menjadi pusat penternak kerbau terbesar di Pahang, bahkan boleh menjadi model industri ternak, ternakan desa yang berjaya di negeri ini, kita tidak mahu rakyat kampung dipersalahkan semata-mata sedangkan mereka juga memerlukan ruang bantuan dan sistem yang lebih praktik untuk meneruskan kehidupan.

Yang Berhormat Speaker,

Saya ingin membawa satu aduan rakyat melibatkan kawasan RPK. Kampung Baru Jalan Panjang, Kampung Awah. Dalam pentadbiran JPKK Kampung Dalang, yang telah disuarakan sendiri oleh penduduk kepada saya ketika saya menziarahi dan turun padang di kawasan tersebut. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, kawasan tersebut melibatkan kira-kira 94 lot tanah dengan anggaran lebih 38 buah rumah, yang telah berpenghuni walaupun penduduk telah lama menetap di situ, namun masih terdapat beberapa masalah asas, yang sehingga hari ini belum mendapat penyelesaian sewajarnya.

Yang pertama, berkaitan isu bekalan air dan paip utama. Penduduk memaklumkan sehingga kini kemudahan paip utama masih belum disediakan. Akibatnya, mereka terpaksa menggunakan sehingga 6 gulung paip poli untuk menyalurkan bekalan air ke rumah masing-masing. Keadaan ini bukan sahaja membebankan daripada sudut kos, bahkan menimbulkan kesukaran kepada penduduk terutama warga emas dan keluarga yang mempunyai anak kecil. Saya difahamkan pihak JPKK telah membuat permohonan dan pihak berkaitan juga telah turun membuat ukuran di kawasan tersebut, namun begitu sehingga hari ini, masih belum ada kelulusan atau tindakan lanjut dilaksanakan. Saya mohon penjelasan pihak kerajaan, apakah status sebenar permohonan tersebut dan bilakah projek paip utama ini dapat dilaksanakan. Yang kedua, berkaitan sistem perparitan dan longkang. Ketika ini, longkang hanya terdapat di bahagian hadapan lot rumah, manakala di bahagian belakang tiada sistem saliran yang sempurna. Jika berlaku, jika perkara ini dibiarkan berterusan, saya bimbang ia boleh mengakibatkan masalah aliran air hakisan serta menimbulkan salah faham dan mungkin ketegangan antara jiran akibat limpahan air dan sempadan tanah.

Yang ketiga, keadaan jalan di kawasan tersebut juga amat membimbangkan. Jalan sedia ada berbukit curam, sempit dan berbahaya terutama pada waktu malam dan ketika hujan. Ini jelas memberi risiko keselamatan kepada penduduk termasuk penunggang motosikal, warga emas dan kanak kanak. Baru-baru ini saya menerima komen daripada penduduk, di ruangan media sosial saya yang berbunyi, rumah saya hujung sekali, bawah bukit tu. Lorong Merbau jalan kubur lama. Jalan nak turun ke bawah terpalih buruknya. Tanah merah. Kalau hujan ledoit. Dapat tabur batu pun tahan dah. Jadi ini kata-kata, penduduk di situ.

Yang Berhormat Speaker,

Rakyat di kawasan saya khususnya tidak meminta perkara yang mewah. Mereka hanya mohon kemudahan asas yang selamat dan selesa untuk kehidupan harian. Saya berharap pihak Kerajaan Negeri serta jabatan berkaitan dapat memberi perhatian segera terhadap isu di RPK Jalan Panjang ini demi menjaga kebajikan dan keselamatan penduduk.

Yang Berhormat Speaker,

Saya juga ingin menyuarakan suara front liner di dalam sektor kesihatan. Saya faham, bahawa penyediaan ambulans bagi klinik-klinik kesihatan merupakan bidang kuasa Kerajaan Pusat, namun saya tak mahu memandang ringan hal ini, sebagai contoh di Klinik Kesihatan Chenor dan Klinik Kesihatan Kampung Awah. Ambulans yang digunakan sudah berusia lebih 10 tahun. Sepanjang tahun lalu dan tahun ini, banyak kali ambulans tersebut terpaksa dibaiki dan ditinggalkan dalam tempoh yang lama di bengkel. Natijahnya terpaksa meminjam ambulans daripada klinik dan juga hospital.

Dan Klinik Kesihatan Chenor sebagai contohnya terpaksa meminjam ambulans daripada (APM) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Hal ini jika tidak diselesaikan akan menjadi masalah dan menjejaskan perkhidmatan kesihatan yang sentiasa mendesak. Saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri, agar dapat mengambil pendekatan dengan mewujudkan ambulans khidmat negeri atau ambulans negeri yang dikelola oleh Kerajaan Negeri demi untuk memastikan kebajikan masyarakat terjamin, membantu memudahkan sektor kesihatan setempat, seterusnya memberi impak yang sangat besar kepada pesakit yang sangat memerlukan khidmat kesihatan di hospital secara kecemasan. Kita tidak mahu dalam masalah ambulans ini, memberi kesan buruk kepada kesihatan dan kehidupan rakyat. Saya mohon sekali lagi agar diberi perhatian yang serius oleh pihak kerajaan. Penutupnya, Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan atas usaha menarik menaik taraf serta penurapan baru jalan di Kampung Dalang sehingga ke Kampung Lanting, Chenor sepanjang kira-kira 3 kilometer. Usaha ini amat dihargai oleh penduduk kerana dapat memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pengguna jalan raya serta meningkatkan hubungan perhubungan hubungan penduduk kampung.

Walau bagaimanapun, saya juga ingin menarik perhatian pihak berkaitan terhadap keadaan jalan yang didapati agak tinggi tanpa penyediaan side table dengan izin atau bahu jalan yang sesuai. Keadaan ini dibimbangi boleh mengundang risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal warga emas dan ketika musim hujan atau pada waktu malam. Sehubungan itu, saya berharap pihak berkaitan dapat mempertimbangkan penambahbaikan segera segera seperti penyediaan bahu jalan dan langkah keselamatan yang bersesuaian demi memastikan keselamatan serta keselesaan pengguna sentiasa terjamin. Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya juga mengambil kesempatan ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan, jabatan-jabatan dan agensi yang bekerjasama dan bertanggungjawab dalam membantu menyelesaikan permasalahan rakyat di DUN saya. Namun jauh di sudut hati saya mengharapkan keadilan, tulus dan telus dan kesaksamaan dalam pimpinan kerajaan negeri kepada kami. Sekadar itulah sahaja ucapan daripada Chenor. InsyaAllah. Kita menyambut baik titah Tuanku agar menjadi pembangkang yang berperanan sebagai semak dan imbang secara konstruktif.

Akhirnya pantun,

Warna putih si itik angsa Terbang hinggap di hujung kota Raja lambang kekuatan bangsa Rakyat bernaung di bawah Payung Mahkota

Chenor mohon menyokong titah Tuanku. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Yang Berhormat Chenor. Seterusnya saya ingin menjemput wakil yang terakhir pada sesi petang hari ini iaitu wakil dari Tioman. Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. [Bacaan dalam Bahasa Arab] Syukur Alhamdulillah kerana pada petang ini Yang Berhormat Speaker

telah beri laluan kepada saya untuk membahaskan Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang dibacakan penyempurnaannya oleh ucapan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Negeri Pahang Ke-15. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang, semua barisan Exco dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Sidang Yang Mulia ini, insya-Allah, saya akan membawa dan membahaskan titah Diraja ini dan insya-Allah juga saya cuba ringkaskan sedaya upaya titah Diraja ini memandangkan saya yang terakhir ini petang ni.

Titah Diraja ini memperlihatkan satu ucapan yang bukan sekadar bersifat Istiadat Pembukaan Dewan Negeri tetapi juga dokumen hala tuju Pentadbiran Negeri Pahang bagi tahun semasa. Secara keseluruhannya, titah ini mempunyai nada yang tegas terus terang berorientasikan tindakan dan sarat dengan mesej berkaitan pembangunan ekonomi, kecekapan pentadbiran, hak negeri serta perpaduan rakyat. Dalam titah Diraja ini mempunyai beberapa tema. Tema utama titah terdapat di dalam titah ini. Pertama kemajuan ekonomi negeri. Baginda banyak menekankan pencapaian ekonomi negeri seperti kutipan hasil melebihi satu bilion empat tahun berturut-turut, pertumbuhan KDNK negeri sebanyak 5.7%, pelaburan komited RM18 bilion dan juga sumbangan GLC negeri sebanyak RM3.16 bilion. Ini menunjukkan kerajaan negeri mahu menampilkan Pahang sebagai negeri yang stabil, kompetitif dan berdaya tahan dari segi ekonomi. Yang kedua, pembaharuan birokrasi dan pentadbiran. Antara mesej paling kuat dalam titah ini ialah diperkatakan untuk mempercepatkan proses pelaburan, mengurangkan birokrasi, melaksanakan fast lane dan fast track serta mendigitalkan urusan kerajaan serta bertindak awal terhadap sesuatu projek yang bermasalah dalam negeri Pahang ini. Baginda juga jelas mahu budaya kerja lama diubah kepada sistem yang lebih pantas dan responsif.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Tema seterusnya penegasan hak Negeri Pahang rata-rata di kalangan Ahli Yang Berhormat menyebut perkara ini. Menyuarakan rasa kecewa terhadap Kerajaan Pusat mempertahan hak negeri berkaitan hasil pasir sungai meminta keutamaan diberi kepada syarikat Pahang dalam bab-bab kontrak di negeri ini kepada anak-anak Pahang dan seterusnya menyebut kemungkinan tindakan undang undang antara kerajaan Persekutuan akan diambil. Ini menunjukkan penegasan autonomi negeri dalam kerangka Persekutuan Malaysia. Seterusnya tema perpaduan dan kestabilan sosial, baginda turut memberi perhatian yang serius terhadap isu 3R sebagaimana rakan-rakan lain yang menyebut tentang agama, kaum dan institusi diraja. Keharmonian antara kaum. Hal-hal yang berkaitan dengan pembinaan rumah ibadat dan kematangan politik sesama Ahli Yang Berhormat ketika menjelang PRU akan datang. Titah ini cuba mengekalkan imej Pahang sebagai negeri yang stabil dan harmoni.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Seterusnya kalau kita lihat titah Diraja ini, gaya bahasa dan nada titah berbeza dengan titah Diraja yang lazimnya sangat formal dan diplomatik. Teks kali ini mempunyai banyak ungkapan seperti bersifat arahan langsung, keras terhadap kelemahan pentadbiran dan menggunakan bahasa rakyat. Contohnya, jangan tunggu dan lihat, kalau perlu tamat, maka tamatkan. Jangan nak bagi muka lagi. Buat kerja lipat gandakan usaha. Gaya ini menjadikan titah lebih dekat dengan rakyat dan menunjukkan imej kepimpinan yang aktif serta tegas. Seterusnya, penggunaan

bahasa campuran moden sepertimana saya sebutkan tadi juga baginda menggunakan istilah fast lane, fast track, yellow zone, leader dalam bidang AI. Ini memberi gambaran bahawa pentadbiran negeri mahu bergerak selari dengan dunia moden dan pelaburan antarabangsa. Titah baginda ini juga beberapa kali mengguna istilah yang berunsurkan patternalistic iaitu istilah Kerajaan saya, negeri saya, orang tua saya. Ini memperlihatkan hubungan simbolik Institusi Diraja dengan pentadbiran negeri dan rakyat.

Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Saya lihat dari analisis politik, penegasan federalisma negeri, titah ini juga mempunyai mesej politik yang kuat berkaitan hubungan negeri-negeri Persekutuan sebagaimana baginda telah memperkatakan tentang mempertahankan hak hasil negeri, membangkitkan sejarah negeri Melayu Bersekutu dan menuntut pengiktirafan lebih besar kepada negeri Pahang. Bahagian ini boleh ditafsirkan sebagai usaha memperkukuhkan kedudukan negeri. Tekanan politik kepada kerajaan pusat serta seruan supaya kuasa negeri dihormati. Begitu juga kritikan tersirat terhadap birokrasi pusat. Apabila baginda menyebut kelulusan terlalu lambat, hak negeri diketepikan dan rata-rata di kalangan ADUN Ahli Yang Berhormat menyebut tentang eksport pasir dari negeri Pahang ke luar negara. Kalau dulu pernah berlaku dan pernah diluluskan, kenapa ketika ini tidak dibenarkan lagi. Sedangkan ada di setengah negeri dapat kelulusan sampai sekarang. Ia memberikan gambaran bahawa terdapat ketidakpuasan terhadap sistem pentadbiran pusat. Namun, titah Diraja masih dalam kerangka perlembagaan dan tidak melampaui batas institusi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Sidang Dewan yang dihormati sekalian,

Baginda juga turut memberi seruan politik yang matang. Pembangkang bagaimana menjadi agen semak imbang yang konstruktif, kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat, sebilang masa dan semua pihak tidak memainkan isu perkauman yang boleh menghuru-harakan keharmonian dan perpaduan kaum. Ini jelas menunjukkan usaha mengekalkan kestabilan politik negeri Pahang ini menjelang pilihan raya ataupun keadaan semasa yang kita alami pada ketika ini.

Seterusnya Yang Berhormat Yang di-Pertua, analisis ekonomi yang boleh saya bawakan di sini dalam titah Diraja, baginda menyebut dengan jelas dan menekankan aspek pelaburan oleh GLC, pendigitalan, AI, dan pelancongan serta peluang pekerjaan anak muda dan fokus utama dalam ekonomi ini… sektor ekonomi ini antara lainnya menarik pelaburan berkualiti tinggi, mempercepatkan urusan tanah, mengurangkan kerenah birokrasi, memodenkan pentadbiran, mengembangkan sektor pelancongan, mengurangkan penghijrahan belia ke luar negeri dan jelas sekali Baginda melihat ekonomi sebagai asas kekuatan negeri. Seterusnya analisis pentadbiran. Titah ini juga dianggap sebagai amaran pentadbiran kepada semua lapisan pentadbiran dalam negeri. Barisan kepimpinan Kerajaan Negeri, Pegawai Daerah, Jabatan Teknikal, Kontraktor dan juga Wakil Rakyat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Baginda turut menekankan pemantauan projek, integriti, kecekapan dan tindakan segera dari semasa ke semasa menunjukkan pendekatan performance oriented governance dengan izin atau pentadbiran berasaskan prestasi.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Seterusnya isu sosial dan agama. Sebagaimana rakan-rakan juga menyebut daripada awal sehinggalah ke giliran saya ini tak lekang daripada perpaduan kaum,

penghormatan agama sesama bangsa, isu al-quran dan pembinaan rumah ibadat ini semuanya menunjukkan ketegasan terhadap provokasi, pemeliharaan keharmonian dan kepatuhan undang-undang. Ia mencerminkan usaha mengimbangi sensitif agama dan kestabilan masyarakat majmuk.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Inilah antara mutiara-mutiara Titah Diraja yang saya boleh ulaskan sedikit sebanyak dan cuba ringkaskan dan dalam masa sama saya ingin bawakan sedikit sebanyak daripada kawasan saya.

Yang Berhormat Speaker,

Saya ingin menyatakan dalam Dewan Yang Mulia ini isu projek tertentu yang berskala ataupun berimpak tinggi di Pulau Tioman. Sebagai contohnya, isu lapangan terbang. Seingat saya hampir 18 tahun ke 20 tahun saya menjadi ADUN Kawasan, saya ingat hampir 3 kali ke 4 kali kelulusan projek lapangan terbang sejak daripada Perdana Menteri Arwah Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato’ Sri Najib seterusnya kepada Kerajaan Madani. 2 kelulusan satu pemanjangan landasan. Namun begitu, sampai hari ini oleh kerana ada sedikit sebanyak bantahan dari penduduk, maka projek lapangan terbang ini gagal. Sedangkan untuk mendapatkan projek ini bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi penduduk ni kita kadang-kadang saya pun tak tahu nak buat pertimbangan. Segelintir nak, segelintir tak nak. Tapi bila kena keadaan petrol diesel ni naik harga, bahan bakar, bahan api ini sampai semua orang pening masa inilah mereka memikirkan kapal terbang pulak.

Jadi, saya pun tak tahu masa monsun timur lautlah saya cerita dalam Dewan Yang Mulia ni maklumlah petang saya bagi masa sikitlah saya orang terakhir dalam ni. Saya ingat lagi kalau monsun timur laut ni saya tengok rekod-rekod jarang ada kepimpinan, maksudnya di kalangan wakil rakyatlah memang nak lepas payah naik bot ni, ombak 3 meter… 2 meter setengah, paling tinggi 4 meter. Kadang-kadang kita terpaksa berlindung di pulau-pulau tertentu, Pulau Aceh… Pulau Layak… kadang-kadang kita terpaksa pulang balik ke pangkalan. Pergi pula esok, begitu cabaran dia. Dan oleh kerana ada pengangkutan udara ini, satu keistimewaan dia kita kena berkorban jugalah. Makna pergi ke Subang, dari Subang kita naik Kapal Terbang Berjaya masa tu, mana kadang-kadang terkejut juga orang di pulau ni wakil rakyat boleh lepas kerana monsun timur laut biasa takde orang datang sebab ombak kuat angin kencang dan sebagainya. Namun begitu, kepimpinan memikirkan untuk mendapatkan landasan kapal terbang yang panjang dan juga err… landasan yang lebih sistematik dan besar. Boleh bawa kapal terbang yang lebih besar. Maksud kata hari ini Berjaya 42 orang kapasiti dan mungkin yang lebih besar sikit macam Airasia. Jadi kita memerlukan landasan sepanjang 1.5 lebih kurang. Namun begitu, yang terakhir sekali lulus untuk pemanjangan dengan RM57 juta tapi ada tarahan bukit sedikit, dapat bantahan, maka projek tersebut gagal. Sekiranya ada pengangkutan udara sedikit sebanyak, pada pengamatan saya… pada pengamatan saya, sekurang-kurangnya kita ada dua pilihan ya, macam orang Kuala Lumpur datang ke…

Nak mencelah sikit Yang Berhormat, boleh.

Ya… ya… boleh.

Speaker, mohon sikit. Terima kasih sahabat saya daripada Tioman. Saya mengikuti dengan rapatlah kelulusan lapangan terbang di Pulau Tioman ni dan saya percaya antara bantahan penduduk kampung tu adalah berhubung dengan pembinaan di Kampung Genting yang katanya melibatkan coral dan juga… sepanjang tempoh apa nama ni lapangan terbang itu dibina, dia akan mengakibatkan mata pencarian penduduk di Kampung Genting itu hilanglah dalam tempoh tersebut. Baik, saya nak… nak… memohon pandangan Yang Berhormat ada tak di kawasan lain yang mungkin kita boleh cadangkan kepada Kerajaan Persekutuan supaya lapangan terbang ini dapat diteruskan. Saya percaya sepertimana yang disebutkan Yang Berhormat, hasrat untuk lapangan terbang ini sangat-sangat penting dan saya rasa mungkin anjakkan di sebelah Kampung Nipah ataupun di sebelah Salang. Saya rasa dua… dua tempat tu yang tidak ada orang dan tidak melibatkan coral yang agak tinggi. Terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih kepada ADUN Lantikan. Soalan itu bagus. Tapi saya tak boleh nak jawab mudah-mudah kerana benda tu mega structure. Jadi untuk makluman Yang Berhormat ADUN Lantikan, kalau ikut pengalaman saya pergi ke Pulau Anambas, saya tengok satu kaedah pembinaan kapal terbang dan lokaliti atau lokasi dia juga menarik, mana Pulau Anambas atau Terempat itu berpendudukan ramai orang. Tapi dia buat lapangan terbang di pulau sebelah yang penduduk tak berapa ada. Jadi orang datang ke pulau sebelah itu dan naik bot ke Pulau Terempat yang tidak jauh sejam lebih kurang. Jadi, dia akan memberi impak ekonomi kepada kejiranan pulau-pulau tersebut. Mungkin kita boleh tengok kalau ikutnya kita ada pulau lain, Pulau Sembilang, Pulau Seri Buat, tapi itulah kita ada kekangan taman laut, kita ada alam sekitar dan sebagainya. Apa yang saya nak sebutkan di sini makna proses untuk mendapatkan lapangan terbang ni payah. Kekangan dari segi ekosistem pun ada kekangan. Dan yang terakhir ialah kita dapat buat pemanjangan. Saya ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja yang berhempas-pulas untuk mendapatkan pemanjangan landasan tersebut.

Saya ikuti rapat permohonan tersebut dengan Kerajaan Pusat masa tu dan nak jadi cerita pun batal juga dan duit tersebut dipulangkan balik kepada Kerajaan Pusat. Itu yang berkaitan dengan lapangan terbang. Jadi statusnya hari ni saya tak pastilah adakah masih diteruskan kerana bagi saya bagus juga lapangan terbang ini kerana penduduk penduduk atau pelancong dari domestik Kuala Lumpur mana boleh datang terus ke Pulau Tioman. Dia payah nak datang naik kereta dari Kuala Lumpur 5, 6 jam… 7 jam. Lepas tu nak naik lagi 2 jam. Jarang berlaku kecuali yang backpacker. Okay yang seterusnya, saya mohon sangat dalam Dewan Yang Mulia ini, baru-baru ini kita di Pulau Tioman nak dapat projek ni susah. Saya tahu, mohon lulus, lepas tu batal, kena tarik balik. Lepas tu lulus pulak semula baru ni, tiba-tiba kena terminate kontraktor tersebut iaitu bekalan air terawat di Air Batang, Tekek di Pulau Tioman. Projek tersebut memang sangat diperlukan. Namun hari ini pihak KLW akan tender semula perkara

tersebut. Jadi, saya mohon mengharapkan kepada pihak Kerajaan untuk memberi keutamaan tentang pemantauan projek sebagaimana Titah Diraja untuk melihat projek-projek ini akan dipantau dan berjalan dengan baik. Seterusnya, ingin saya berkongsi juga dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja, er… kargo… jeti kargo ini juga Yang Berhormat sendiri yang mohon, alhamdulillah dah lulus untuk menambah baik jeti kargo tersebut dan sekarang sedang berjalan. Cuma saya mohon pihak JKR meneliti dan er... memastikan jeti ini dalam keadaan yang semua orang boleh pakai. Maksudnya tak nak nanti macam kargo yang lama dah siap tak boleh pakai. Err… jadi hari ini, Alhamdulillah dengan kerjasama er... Pegawai Daerah Rompin dalam Majlis Tindakan Daerah dan juga dalam perbincangan sentiasa memberi teguran dan juga nasihat serta kejar JKR daerah untuk memantau dan juga melihat perkara tersebut supaya semua sekali in order.

Seterusnya, er... Yang Amat Berhormat Speaker, projek ni besar juga dan saya ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja yang mana telah mendapatkan semasa er... pilihan raya yang lalu iaitu stadium mini ya, saya tengok memang di daerah tu memang berkejar-kejarlah. Terima kasihlah kepada Majlis Daerah dan juga YDP serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dan juga KBS, memang berkejar-kejar tetapi sampai sekarang ni masih lagi menceritakan proses tahap reka bentuk. Kalau ikutlah berapa tahun dah. Saya ingat 2, 3 tahun dah. Jadi harap-harapnya lah dalam Dewan Yang Mulia ini. Perkara ini dapat di er… berlaku sesuatulah di tapak er... projek tersebut. Jadi itu, er… 3, 4 perkara yang melibatkan yang besar besar Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Eh, jadi seterusnya sikit lagi sebelum saya mengakhiri. Baru-baru ni juga saya ucap terima kasih kepada pihak Majlis Daerah Rompin kerana kita Rompin ni destinasi, destinasi pelancongan. Macam-macam aktiviti pelancongan, Exco Pelancongan pun ada bawa dan yang Kerajaan Negeri sendiri. Tourism Pahang dan juga MOTAC banyak. Dan yang terbaru ini Panorama yang berkampung hampir 6 hari di Rompin dan banyak er... aktiviti-aktiviti promosi pelancongan Rompin dan saya kira Panorama ni 1 program yang orang kata agak glamor dan mudah-mudahan dengan adanya program seumpama ini akan menarik lebih ramai pelancong ke daerah Rompin pada masa akan datang. Walaupun hari ini kita dikejutkan dengan terjejas teruk, kehadiran pelancong ke Pulau Tioman. Namun begitu, kita tidak terhenti untuk promosi pelancongan ini walaupun kekangan demi kekangan berlaku. Apatah lagi sekarang ini dengan global isu dan seterusnya er... baru-baru ini juga alhamdulillah baru siap dan kita pun dah terima oleh Majlis Daerah iaitu dataran hiburan yang hampir RM8 juta punya kos dah siap sepenuhnya dan juga Dataran Karavan. Saya ucap terima kasih dan ini antara perkara-perkara yang memberi impak kepada pelancongan di daerah Rompin dan seterusnya kepada TDA saya pun ucap terima kasih kerana banyak program-program dan pembangunan infra telah dibawa ke Pulau Tioman dan dalam Mesyuarat Board juga selalu Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja, selaku Pengerusi menekankan pembangunan yang proaktif ya, follow through tu last sekali kena ada.

Cuma beberapa isu. Kadang-kadang tu biasalah yang kita ada yang terkini Via Ferrata yang tangga besi mendaki Gunung Nenek Semukut. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kebawah Duli Paduka err... Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang kerana berjaya satu-satunya putera diraja ataupun putera raja yang menawan Gunung Nenek Semukut dengan jayanya. Tahniah dan syabas ya.. Cuma baru-baru ini saya juga nak sebut kepada rakan-rakan di dewan ini. Kita ada replika burung Tiong di Dataran Tioman itu. Tapi biasalah benda yang kita rasa ada unsur-unsur pelancongan ni yang boleh menarik minat. Kadang-kadang netizen ni dia banyak juga komen itu komen ini. Tapi saya dapat 1 WhatsApp. WhatsApp kepada saya seolah-olah macam wakil rakyat

bawa berhala ke Pulau Tioman. Jadi kebetulan saya ni ada sikit sebanyak belajar dan sikit sebanyak membaca dulu masa belajar-belajar tu. Jadi teringat saya dalam kitab Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran menyatakan bahawa yang dikatakan berhala atau kategori klasifikasi berhala ialah kalau patung-patung yang menjadi sembahan bagi orang Islam punya persepsi ataupun anutan agama Islamlah. Saya nak beri faham kepada kawan-kawan Non-Muslim makna dalam Islam ini kalau er... replika patung yang tidak menjadi sembahan di kalangan bangsa dianggap itu bukan sebagai berhala dan diharuskan ya.

Jadi, saya terpaksa jawab ya. Rupa-rupanya tak jauh orangnya. Orang kerja jabatan juga tapi tak ada masalah. Bukan nak kita jabatan atau swasta tapi dia nak tahu. Jadi bila saya beri jawapan gitu, maknanya terlerailah permasalahan dia mengatakan kita bawa berhala ke Pulau Tioman. Sedangkan itulah juga yang hari ini saya tengok bila pelancong-pelancong datang di situlah tempatnya bergambar. Kita dapat replika burung tiung itu dengan dataran sekali RM450,000.00 daripada MOTAC. Terima kasih kepada Kerajaan Pusat dan juga terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Jadi sebelum saya mengakhiri er… titah apa bahas Titah Diraja ini ingin saya baca 2 rangkap pantun.

Tuanku umpama bulan purnama

Bersinar dan sejuk Indah sekali Raja dan rakyat berpindah berpisah tiada

Tuanku cakna sejak dulu hingga kini.

Tuanku ibarat pohon yang rendang

Tempat bernaung rakyat jelata Pahang 1st sering didendang

Rakyat harmoni gembira sejahtera.

Dengan kata-kata itu, saya menyokong Titah Diraja. Sekian, Assalamualaikum WBT.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Tioman, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, untuk hari ini saya perhatikan seramai 15 orang ahli telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan ini dan saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama Yang Berhormat. Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, persidangan kita akan disambung semula pada hari Khamis, 14 Mei 2026 bersamaan 26 Zulkaedah 1447 Hijrah, bermula pukul 9.30 pagi. Terima kasih, persidangan ditempohkan, Insya-Allah.

[Persidangan ditempohkan]