Pahang · 14 May 2026
15th Assembly, 5th session, 1st meeting · 312 turns · 46,120 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari Keempat (Khamis) : 14 Mei 2026 Bersamaan 26 Zulkaedah 1447 Hijriah.
Masa : 9.34 pagi
DOA
Bacaan doa. Al-Fatihah.
Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah dibuka Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani, kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat, pergaulan, mudah-mudahan sentosa, aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang utama… yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian. Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun. Dipohon anugerahkan taufik-Mu, dipohonkan menyuluh memandukan ketika kami berunding, menimbang, bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduk-penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohon doa kami diperkenan. Amin, Ya Rabbal A’lamin.
Perkara Kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.
Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Marilah kita bersama-sama memanjatkan syukur kerana dapat meneruskan persidangan pada hari ini. Sebelum kita memulakan aturan mesyuarat, saya ingin memaklumkan bahawa Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang berbesar hati menyumbangkan produk usahawan FELDA kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan Ketua-ketua Jabatan. Goodies bag tersebut telah diedarkan oleh urus setia dan diletakkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Baiklah, untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat pada kali ini, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Kuala Sentul untuk mengemukakan pertanyaan. Sila, Yang Berhormat. Kuala Semantan. Sorry.
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Soalan pagi ini soalan saya nombor 1. Terima kasih.
[Berapakah jumlah keseluruhan panjang paip bekalan air lama dan uzur di negeri Pahang yang telah dikenal pasti dan perlu diganti, berikan perincian mengikut daerah?
Bolehkah Kerajaan Negeri menyatakan status kemajuan terkini kerja-kerja penggantian paip bekalan air lama dan uzur mengikut pecahan daerah di seluruh negeri Pahang?]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, selamat pagi, salam sejahtera, salam Maju Terus Pahang, salam Pahang 1st. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Kuala Semantan yang bertanyakan soalan berkenaan dengan jumlah keseluruhan panjang paip bekalan air lama dan uzur negeri Pahang yang telah dikenal pasti dan perlu diganti. Jadi, Yang Berhormat minta supaya diperincikan dan Yang Berhormat daripada Semantan juga bertanyakan bolehkah Kerajaan Negeri menyatakan status kemajuan terkini kerja-kerja penggantian paip bekalan air lama dan uzur mengikut pecahan daerah di seluruh negeri Pahang. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Kuala Semantan, negeri Pahang ketika ini mempunyai keseluruhan rangkaian sistem agihan paip yang menjangkau hampir 15,000 kilometer di seluruh negeri… di seluruh negeri Pahang iaitu meliputi kawasan bandar, luar bandar, kawasan pedalaman serta kawasan dengan bentuk muka bumi yang mencabar. Berdasarkan analisis teknikal yang dilaksanakan oleh Pengurusan Air Pahang Berhad, dianggarkan kira-kira 23% atau kira-kira 3,400 kilometer daripada keseluruhan sistem agihan paip di negeri Pahang masih menggunakan paip jenis Asbestos Cement ataupun AC dan akan diganti kepada paip jenis Mild Steel Cement Lining ataupun MSCL. Daripada jumlah tersebut, daripada jumlah 3,400 kilometer, Kerajaan Negeri komited untuk menggantikan sepanjang 607.3 kilometer paip yang telah dikenal pasti berada pada tahap sangat kritikal, usang dan mengalami kekerapan pecah yang tinggi. Ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan Negeri bermula tahun 2022 dan akan terus dilaksanakan secara berfokus dan berperingkat sehingga tahun 2031.
Manakala soalan kedua, status kemajuan terkini kerja-kerja penggantian paip. Daripada 607.3 kilometer tersebut, telah siap dilaksanakan 94.3 kilometer. Kalau mengikut daerahnya, Yang Berhormat daripada Semantan ya, saya pecahkan juga mengikut daerah. Di Kuantan ada 105 kilometer, yang kita telah buat ganti 3.1 kilometer, dalam pra pembinaan 102 kilometer. Manakala Rompin, 46.5 kilometer panjang paip, telah siap dilaksanakan 1.5, dalam perancangan 45 kilometer. Manakala Pekan, jumlah panjang paip 36.9, siap dilaksanakan 10.9, dalam prapembinaan 26. Raub 65.6 kilometer, siap dilaksana 36.6, prapembinaan 29. Lipis 131, belum ada yg siap tetapi dalam pembinaan 32 kilometer, prapembinaan 99. Jerantut 73 kilometer, belum ada yg siap tetapi dalam pembinaan 46 kilometer, prapembinaan 27. Maran 62.7 kilometer, siap dilaksanakan 30.7, dalam pembinaan 23, prapembinaan 9. Temerloh 31.7 kilometer, jumlah panjang paip yang telah siap dilaksanakan 10.7, prapembinaan 21 manakala Bera 23, belum ada yang siap, masih dalam prapembinaan 23. Bentong 31, prapembinaan 31. Cameron Highlands, 0.8 kilometer
siap dilaksanakan 0.8 kilometer. Jadi, jumlah paip 607.3 panjangnya yang telah siap dilaksanakan 94.3, dalam pembinaan 101, prapembinaan 412. Insya-Allah Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, bersama-sama dengan PAIP akan komited, beriltizam dalam memperkukuhkan sistem bekalan air negeri demi memastikan penyampaian perkhidmatan air yang lebih cekap, stabil, berkualiti serta mampu memenuhi keperluan rakyat dan menyokong pembangunan negeri secara mampan. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Terima Kasih Yang Amat Berhormat. Sila, Tioman.
Yang Berhormat Speaker,
Saya ingin mengemukakan beberapa soalan tambahan ya tapi sebelum itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana perkara berkaitan dengan paip ini sangat dekat di hati Kerajaan Negeri dan saya melihat dalam bajet yang dibentangkan pada persidangan dewan yang lalu, kita pernah disasarkan pada tahun 2026 akan mengurangkan dan meminimakan masalah air ini dan sentiasa memberi komitmen yang tinggi untuk menyediakan bekalan air yang terawat sebaik mungkin.
Soalan tambahan saya kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja, berapakah kos keseluruhan kerja-kerja penggantian paip ini dan boleh nyatakan tak sumber dana kerja-kerja tersebut? Soalan pertama dan soalan kedua, sekiranya setelah keseluruhan paip lama dan uzur digantikan, berapakah Non-Revenue Water atau NRW yang bakal dikurangkan? Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua,
Saya ucapkan terima kasih kepada rakan saya dari Tioman. Memang benar dalam pembentangan bajet yang lalu, kita mensasarkan er... sekurang-kurangnya 90% masalah air di negeri Pahang ni, kita dapat selesaikan. Mengikut angka yang ada pada saya yang diberi oleh pihak PAIP, bahawa 4 daerah telah melepasi 90% kawasan-kawasan black spot iaitu di Maran apa… di Kuantan 91%, di Temerloh 90%, Bentong 92%, Raub 90%. Makna telah melepasi sasaran. Manakala yang hampir melepasi sasaran Jerantut setakat hari ni 89%. Anytimelah boleh sampai. Kemudian diikuti oleh Cameron Highlands 88%, manakala Bera 87%, Rompin 84, Pekan 81%, er... yang tercorot sikit yang bawah daripada 80% ialah Lipis. Ini kawasan rakan saya dari Benta dan juga Jelai dalam daerah Lipis. Saya tak tahu pasal apa PAIP ni dia Lipis ni dia belum lagi. CEO PAIP pun orang Lipis kalau tak silap saya. Jadi er... ini macam diskriminasi pulak [Ahli Dewan ketawa] diutamakan tempat lain. Tapi memang kita minta selesaikan dulu tempat lain, tempat kita tak apa, Benta, Jelai, Padang Tengku okey, kita berkorban untuk kawasan-kawasan yang lain. [Ahli Dewan menepuk meja].
Manakala soalan er... pertanyaan selebihnya iaitu untuk kita tukarkan semua paip-paip ni Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua memerlukan lebih kurang RM3 bilion… RM3 bilion kalau kita nak gantikan semua daripada… daripada AC kepada MISL tadi. Jadi er… setakat ni kita fokus kepada 607.3 kilometer, itu pun melibatkan perbelanjaan
sebanyak RM290 juta. Ha… inilah yang kita komited untuk kita buat. Manakala NRW dengan izin Timbalan Yang di-Pertua, Non-Revenue Water Kebangsaan, er... oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) RM138.2 juta dan peruntukan bagi paip berserta pinjaman pembiayaan Pengurusan Aset Air Berhad iaitu RM146.5 juta. Jadi, inilah bajet yang kita dapat dan insya-Allah perkara ini masalah air ini akan diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan.
Terima kasih. Sila, Kuala Semantan.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan jawapan yang saya kira jelas er... cuma saya ingin er… menambah dengan soalan tambahan. Apakah kriteria yang digunakan oleh pihak PAIP dan juga Kerajaan Negeri dalam menentukan sesuatu paip bekalan air itu dikategorikan sebagai uzur dan perlu diganti sebab rata-ratanya masyarakat kita ini di mana-mana pun dia rasa tempat dialah yang selalu pecah dan perlu cepat diganti. Itu yang pertama dan yang keduanya, adakah Kerajaan Negeri mempunyai tempoh masa yang ditentukan untuk menyelesaikan masalah penggantian paip-paip lama dan uzur ni? Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Kuala Semantan. Kriteria ini tidak ditentukan dengan sewenang-wenangnyalah. Maknanya CEO tidak dia bangun pagi dia fikir hari ni nak buat di Lipis, nak buat di Tanjung Gahai, contoh tidak. Dia ada technical team dia. Dia ada pasukan khas yang akan menentukan di manakah er… paip tersebut perlu diganti dan ini er… melihat kepada kadar kebocoran air pada sesuatu tempat tersebutlah. Tetapi lazimnya PAIP telah mengenal pasti kawasan blackspot yang kita panggil blackspot yang sering menghadapi masalah gangguan air. Itu yang pertama er… manakala berhubung dengan tempoh masa ini, kalau kita mendapat peruntukan yang banyak sepertimana yang dipohon, saya ingat dalam masa setahun, 2 tahun boleh selesai. Masalah sekarang ni kekangan peruntukan daripada er… Kerajaan Persekutuan dan ini yang menyebabkan kita terpaksa mengikut prioriti mengikut blackspot dan kawasan blackspot dan sebagainya. Tetapi usaha-usaha untuk mendapatkan peruntukan ini kita masih teruskan daripada semasa ke semasa dan yang lebih er… menguntungkan kita kerana PAIP sendiri telah pun berjaya mencipta keuntungan [Ahli Dewan menepuk meja] dan mereka boleh gunakan dana dalaman untuk memastikan paip-paip yang uzur ini dapat diganti. Kalau dulu 100% bergantung dengan Kerajaan Pesekutuan. Sekarang kita ada bajet dalaman yang boleh membantu kita mempercepatkan lagi.
Jadi, Yang Berhormat daripada Kuala Semantan jangan bimbang, jangan risau, kita akan usahakan kerana masalah air ini masalah kita bersama. Masalah yang sangat penting dan yang sangat dituntut oleh rakyat negeri Pahang supaya kita dapat
selesaikan dan kerajaan pun telah bagi jaminan 90% masalah air di kawasan blackspot akan kita selesaikan menjelang akhir tahun ini. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Terima kasih. Sila Cheka.
Er… terima kasih. er… saya ada 2 soalan tambahan. Kalau kita lihat dalam sasaran Kerajaan Negeri untuk NRW… untuk pada tahun 2028, sebanyak 39.25% sekarang ni dia 47.7%. Jumlah itu agak besar dan saya lihat tentang peruntukan macam yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar RM138.2 juta daripada peruntukan pusat dan RM146.5 juta ialah peruntukan pinjaman negeri. Saya tengok er… dalam pendekatan dia RM3 bilion ada 3 pendekatan peringkat kebangsaan. Dan pendekatan ini sebenarnya yang 1 jer pendekatan 1 yang yang kita dapat pinjaman. Dua-dua lagi sebenarnya tiada langsung negeri-negeri yang sebahagian besar termasuk Pahang tidak dapat apa-apa. Saya pernah cadangkan waktu di kementerian supaya Kerajaan Pusat memperuntukkan sejumlah er… keseluruhan tempoh untuk penggantian paip sebab negeri RM3 bilion tak mampu, tak ada negeri yang mampu untuk tukar paip RM3 bilion untuk negeri.
Jadi soalan saya ialah er… sejauh mana kerajaan dapat berusaha untuk tingkatkan jumlah peruntukan pusat kepada negeri dapat dipertingkatkan. Pendekatan 1, ganti… ganti tangki air, paip sebagainya tapi sangat-sangat minima. Kita bayangkan RM138.2 juta sedangkan peruntukan sebenar hampir RM3 bilion. Bila kita dapat siapkan penggantian paip, kalau tidak Kerajaan Pusat bantu, saya harap perkara ini dapat kita ketengah. Yang keduanya ialah ada 4 punca yang NRW ini di antaranya ialah sambungan haram selain faktor paip uzur dan sebagainya. Cuma saya dapat maklumat berapa peratuskah er… kerugian NRW berpunca daripada sambungan haram yang berlaku di negeri Pahang. Sekiranya data mungkin… bertulis pun tak apa. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Cheka yang bertanyakan er… pertama sekali berkenaan (NRW) Non-Revenue Water. Yang kedua, berhubung dengan peruntukan RM3 bilion. Bilakah akan dapat diperoleh? Sasaran yang kita buat sehingga kini ialah insya-Allah dalam masa 6 tahun, kita berupaya mengurangkan sebanyak 7.5% NRW daripada 47% kepada 39.5%. Ini sasaran kita minima dan kemungkinan boleh pergi lebih daripada itu bergantung kepada kedudukan kewangan yang ada pada kita. Berkenaan dengan RM3 bilion ini peruntukan ni Yang Berhormat daripada Cheka, Kerajaan Negeri tidak putus-putus berusaha untuk mendapatkan peruntukan. Bukan sahaja dengan cara menulis surat, malahan kita mengadakan pertemuan. Saya telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, mengadakan pertemuan dengan Menteri Kerja Raya. Saya bawa pasukan kalau JKR Kerja Raya, saya bawa pengarah dan sudah tentu diikuti oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan dan begitu juga dengan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, ini bersemuka. Kita bawa angka bagi tahu ini keperluan negeri Pahang dan malahan apa jua perkara yang kita boleh selesaikan sendiri Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.
Sebagai contohnya, apabila musim perayaan daripada Bentong ke Raub, tidak ada R&R dan ini menjadi tohmahan netizen di media sosial tetapi ditujukan kepada Kerajaan Negeri dan mengatakan bahawa Kerajaan Negeri tidak menyediakan tempat R&R dan ini menyebabkan berlaku pembuangan sampah, pampers, tempat nak buang air besar, air kecil dan sebagainya dan apa yang kita buat? Kita buat… mohon dengan Kerajaan Persekutuan tetapi apabila saya berbincang dengan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan untuk membina R&R sementara hanya memerlukan RM2.6 juta, hanya memerlukan RM2.6 juta. Kita bagi tahu Persekutuan, tak apa Kerajaan Negeri buat dulu RM2.6 juta ni, ambil alih tanggungjawab ini tetapi hendaklah diganti semula. Takkan kita nak jawab, media sosial nak jawab er… ini bukan masalah orang Pahang, ini masalah orang yang balik ke Kelantan. Bila perayaan dia nak balik ke Kelantan, R&R tak ada dia berhenti kat situ dia buang pampers dan sebagainya tetapi yang dapat nama buruk Kerajaan Negeri. Tetapi sebab er… Pahang kerajaannya sangat prihatin kita ambil tanggungjawab tersebut [Ahli Dewan menepuk meja] dan kita buat R&R walaupun dengan kos RM2.6 juta. Itupun kita minta balik dengan Kerajaan Persekutuan sampai sekarang tak dapat lagi. Baru RM2.6 juta er… jadi ini masalah-masalah yang kita hadapi dan er… kita sangat menyedari bahawa perkara ini perlu diatasi, perlu diambil tindakan segera dan sebab itulah PAIP, saya dah bagi tahu kepada PAIP er… buat pastikan kita tidak rugi er… maknanya pastikan PAIP er… ada keuntungan tanpa menyusahkan rakyat dan apabila PAIP ada keuntungan kita gunakan mana-mana yang patut kita guna dulu. Dalam masa yang sama, kita mohon dengan Kerajaan Persekutuan. Saya oleh sebab Yang Berhormat Cheka ini bekas menteri pada masa itu, kalau Yang Berhormat Cheka lulus RM3 billion, tak ada masalah sekarang ini tapi apa nak buatkan [ketawa]. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Seterusnya saya menjemput ADUN Cheka.
Terima kasih er… Tuan Yang di-Pertua. Saya nak berpantun la sedikit soalan ini.
Indah sungguh sarang tempua, Berada sebelah sarang penyengat, Soalan saya nombor dua, Mohon jawapan jangan panjang sangat.
[Berapakah jumlah sekolah kekurangan murid di Pahang mengikut daerah, dan apakah dasar serta pelan bertempoh kerajaan negeri untuk menanganinya termasuk mitigasi pengangkutan murid, pengekalan kualiti pengajaran, dan langkah mengelak keciciran khususnya di luar bandar?]
Assalammualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera, salam Pahang 1st, salam Maju Terus Pahang.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Pertama sekali, terima kasih kepada ADUN Cheka yang er… berpantun mengemukakan soalan nombor 2. Jadi belum jawab pun dah makan masa dah. Nak jawab itu jadi saya terus nak pergi kepada jawapanlah kalau tidak nanti nak memikir nak mengarang pantun nak jawab itu makan masa. ADUN Cheka bertanyakan jumlah sekolah kekurangan murid di Pahang mengikut daerah dan apakah dasar serta pelan bertempoh Kerajaan Negeri untuk menangani termasuk mitigasi pengangkutan murid, pengekalan kualiti pengajaran dan langkah mengelak keciciran khususnya di luar bandar.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Soalan daripada Cheka ini adalah satu soalan yang baik berkaitan dengan pendidikan dan kita lihat ianya cukup relevan dan er… setelah meneliti soalan ini pasukan saya terutama sekali daripada Jabatan Pendidikan telah menyediakan jawapan, Yang Berhormat Cheka. Jawapan dia saya ingat berapa muka surat er… [Ahli Dewan ketawa] sebab apa soalan yang ditanya oleh Cheka ini dia merangkumi pelbagai aspek. Kalau dia tanya berapakah sekolah yang kurang murid saya jawab terus 150 er… negeri Pahang tapi dia tanya yang soalan-soalan lain iaitu soalan-soalan lain itu er… itu yang muka surat ini kira er… kiranya font 12. Ini berapa banyak muka surat tapi saya er… saya cubalah untuk menjawab dalam masa yang ringkas.
Pertama sekali, sepertimana yang saya nyatakan iaitu ada 150 buah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah kurang murid er… sorry ini 210. Sebenarnya bila dipanggil sekolah kurang murid ini ialah sekolah yang muridnya kurang daripada 150, ia banyak kategori. Jadi kalau kurang pada 150 dikatakan sekolah kurang murid. Di seluruh negeri Pahang terdapat 210 buah sekolah yang kekurangan murid iaitu pecahan dia kalau ikut daerah Lipis 33 buah, Temerloh 28, Raub 26, Jerantut 25, Maran 22, Bera 17, Bentong 16, Pekan 15, Cameron Highland 14, Kuantan 9 buah dan Rompin 5 buah sekolah. Dan er… kalau di Lipis itu maknanya di Cheka ada 9 buah, YB Cheka yang sekolah kurang murid. Dan er… lebih 83% berada di luar bandar dan 7 buah sekolah berstatus pedalaman terutama sekali di Jerantut dan di Rompin. Dan ianya berkait rapat dengan taburan penduduk dan faktor geografi, akses jalan dan jarak perjalanan murid bukan sekadar bilangan sekolah semata-mata maknanya kita ini er… dia sambil kita pamerkan dia punya fakta itu, persoalan di sinikah menunjukkan bahawasanya pihak kerajaan bawah Kementerian Pendidikan mencakna agenda pendidikan ini kalau dikajikan betul-betul ada sekolah kurang murid itu misal contohnya, dia boleh pergi er… ke sekolah yang berdekatan mungkin dalam 5 km ataupun 8 km er… kurang daripada 10 km.
Tetapi oleh kerana kecaknaan er… pihak kerajaan dibina juga sekolah di kawasan yang er… pedalaman tersebut termasuk di kawasan Orang Asli. Jadi itu sebabnya sekolah ada, guru-guru ada, tetapi muridnya kurang dan er… dikaitkan pula misal contohnya dari segi mitigasi, bila jauh itu pengangkutan dia melibatkan pengangkutan, maka Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama KPM dan agensi berkaitan sentiasa mempastikan infrastruktur jalan raya dan jeti ditambah baik untuk mempastikan perjalanan ke sekolah lebih selamat dan pantas iaitu dia menggunakan kemudahan-kemudahan termasuk pengangkutan bot. Saya zero down ke er… kawasan Chekalah er… contohlah Kuala Kenong. Sekolah Kebangsaan Kuala Kenong ini dia muridnya tak ramai, jangka dalam 13 orang dan ada 4 orang murid yang duduk di seberang Sungai Jelai yang memerlukan dianya pergi ke sekolah menggunakan pengangkutan bot. Jadi yang itu yang kita pastikan bahawasanya pengangkutan itu sendiri dapat kita er… kita bantulah.
Dan dalam konteks seumpama itu, ada juga ADUN Cheka bertanyakan daripada segi keselamatan murid terutama sekali masa musim tengkujuh dan ini bukan saja di er… di Kuala Kenong, di er… di Tembeling, di Rompin dan kita nak pastikan supaya apabila perjalanan harian murid ini pergi ke sekolah ini tadi kita nak pastikan keselamatan dia, bot dia, jadi bekalkan er… kita bekalkan jaket keselamatan dan juga kita er… bekerjasama dengan agensi-agensi lain, JPAM misal contoh Jabatan Pertahanan Awam dan agensi yang lain termasuk JPS, masa musim tengkujuh dia tengok kalau paras air itu meningkat. Jadi kita akan maklumkan supaya bersedia ini langkah-langkah, antara Langkah-langkah yang diambil mitigasi untuk pastikan ianya… perjalanan er… anak-anak ini tadi selamat misal contohnya. Kemudian er… ada di setengah-setengah tempat kita menyediakan asrama nak pastikan pelajar-pelajar ini tadi tidak terganggu maknanya dari segi oleh kerana perjalanan jauh, misal contohnya nak ke sekolah, ada setengah-setengah sekolah disediakan asrama. Dan ini sebenarnya terdapat di beberapa tempat di mana kemudahan asrama disediakan antaranya ialah di kawasan Tembeling. Di kawasan sekolah menengah er… SK Sekolah Kebangsaan Mat Daling, Kuala Tahan, Kampung Pagi, Ulu Tembeling dan Kuala Sat. Dan er… dibinanya asrama dan er… ini apa nama er… kapasiti asrama ini misal contohnya di Sekolah Kebangsaan Mat Daling optimum penghuni asrama ialah 44, bilangan penghuni hanyalah 29 iaitu 66%.
Di Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan 50 kapasiti dia 30 sahaja yang dipenuhi iaitu 60%. Di Kampung Pagi 50 kapasiti asramanya tapi 17 sahaja yang menghuninya kecuali di Ulu Tembeling iaitu 30 dan 30 er… yang menghuninya 100%. Begitu juga di Kuala Sat 30 er… tempat yang ditempatkan yang diperuntukkan 30 er… yang menghuninya dan antara faktor mengapa tidak ramai yang duduk di asrama ialah murid lebih selesa berulang-alik dari rumah. Er... kerana jarak dia tu dikira accessible, dengan izin. Jadi tak nak memilih duduk di asrama dan aspek psikososial lebih selesa duduk dengan keluarga. Tidak mahu berjauhan pada usia yang muda dan juga perubahan demografi kampung di mana keperluan tinggal di asrama tu dia tak adalah maknanya. Jadi sebab tu kita lihat ini antara langkah-langkah mitigasi yang diambil oleh pihak kerajaan. Manakala kalau dia bertanyakan misal contoh ADUN Cheka bertanyakan bagaimana pengekalan kualiti pengajaran. Walaupun murid kurang, guru tetap ada untuk mengajar. Saya bagi contoh… saya bagi contoh, sebab yang bertanya ni Cheka macam di Kuala Kenong, jadi di Kuala Kenong kita lihat bahawasanya sekolahnya dia sekolah kurang murid Kuala Kenong, Batu 9, Jeram Bungor. Jadi apabila kita nak melaksanakan aktiviti termasuk kokurikulum, bagaimana nak menganjurkan? Macam sukan tahunan, jadi apa yang berlaku, ketiga-tiga sekolah ini bergabung di Jeram Bungor, Batu 9, Kuala Kenong dia bergabung dia buat sukan bersama. Jadi, bila sukan bersama kokurikulum tadi laksanakan secara memberi manfaat walaupun di sekolah-sekolah ada sekolah terdapat sekolah yang kurang murid. Jadi aspek kokurikulum di… di… di… dititikberatkan juga supaya dapat anak-anak ini tadi menjadi diberikan motivasi untuk terus pergi ke sekolah, mengikuti aktiviti sepertimana yang sekolah-sekolah lain.
Dan ini adalah satu langkah yang sebenarnya sepertimana yang disebutkan awal tadi secara adaptive. Dia tengok pada kawasan tu lihat pada kesesuaian tempat dan kita akan laksanakan melalui pendekatan yang dibuat oleh kementerian dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Sebab itu dalam konteks seumpama ini macam struktur sekolah, walaupun sekolah kurang murid guru besar ada, GPK tetap ada, guru penolong kanan misal contohnya kalau ikut misal contohnya murid tak ramai, tapi tetap ada 3 guru penolong kanan, hal ehwal murid, pembelajaran dan juga koko. Jadi maknanya dalam konteks seumpama ni, yakinlah bahawasanya pihak kerajaan sentiasa memberikan penekanan kepada aspek pendidikan ini sendiri.
Malahan kalau kita lihat dari segi masyarakat Orang Asli, misal contohnya Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang sendiri. Setelah meneliti kawasan Jelai sendiri melihat kepada faktor keciciran yang berlaku di kalangan masyarakat Orang Asli yang berada di pedalaman. Jadi, Yang Amat Berhormat Dato' Sri telah memperkenal atau mencadangkan kepada pihak kementerian supaya mewujudkan sekolah dipanggil komprehensif. Sekolah Komprehensif K dan diperkenalkan sekolah K9… K9 di Betau misal contohnya. K9 di Betau ini ialah K… sebenarnya K ni Komprehensif 9. Bermula dengan K9 iaitu Tahun 1 sampai Tahun 6 dan Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Jadi 9 tahun ditempatkan di satu tempat yang sama, makna sekolah… sekolah rendah dan sekolah menengah rendah disediakan di tempat yang sama supaya kita dapat mengelakkan keciciran di kalangan Orang Asli. Setelah itu, Yang Amat Berhormat Diraja Menteri Besar sendiri telah mencadangkan supaya dinaik taraf sekolah di Betau ni menjadi K11 iaitu sampai Tingkatan 5. Alhamdulillah, pihak kementerian telah meluluskan dan ini di antara contoh pendekatan bagaimana usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar termasuk di kawasan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar sendiri dan dengan persetujuan daripada pihak kementerian mewujudkan sekolah yang berbentuk seumpama ini.
Dan ini telah memberikan kesan impak yang begitu besar dan insya-Allah, ianya juga akan menyumbang kepada prestasi yang apa nama negeri sendiri. Dalam aspek persijilan macam SPM macam tahun 2025 yang lepas, pencapaian kita cukup baik meningkat dengan hebat hingga kita dikategorikan sebagai negeri yang kedua. Tetapi atas saranan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar, saya juga telah bersetuju. Maknanya bangkit dengan Yang Berhormat Menteri. Mana mungkin kita meletakkan Putrajaya sebagai sebuah negeri sedangkan di Putrajaya hanya 6 buah sekolah sahaja dan Putrajaya nombor 1 nak dibandingkan dengan Pahang yang kita ada 199 buah sekolah yang mana pelajarnya terdiri daripada kalangan anak-anak daripada Orang Asli. Di Putrajaya, misal contohnya anak-anak di kalangan pegawai-pegawai kanan, YB Menteri, KSU-KSU, Ketua-ketua Pengarah. Sedangkan kita di Pahang kita ada pelajar-pelajar dari kalangan masyarakat Orang Asli. Ini semua berjaya diperolehi hasil daripada sistem pendidikan dan struktur sekolah yang ada di negeri Pahang ni sendiri termasuk di kawasan pedalaman termasuk di kawasan Orang Asli. Malahan kita di kawasan pedalaman, di kawasan masyarakat Orang Asli, kita ada bantuan orang kata untuk pengangkutan bot ni kita bagi bantuan lagi subsidi untuk membolehkan anak-anak masyarakat Orang Asli ini hadir ke sekolah tanpa diberikan bebanan.
Dan untuk makluman uniknyalah mungkin Yang Berhormat Cheka mungkin sedia maklum ya di Kuala Kenong tu kantin… kita ada kantin, walaupun sekolah kurang murid, kantin beroperasi macam biasa di Kuala Kenong tu. Jadi kantin tu beroperasi tapi uniknya kita ada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) semuanya layak. Jadi, setiap keluarga tu dia menjadi macam seolah-olah macam kantin operator. Hari ini keluarga ni buat bagi makan untuk semua apa nama murid dan dia akan beri bayaran. Esok keluarga lain pula buat, dia bagi begitu. Seterusnya, begitulah. Jadi uniknya, jadi kita ambil pendekatan yang paling terbaik. Manakala di SJKC Mela, kantin ada tetapi dengan persetujuan ibu bapa, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mela ni pun sekolah kurang murid. Jadi, di situ persetujuan telah diambil iaitu ibu bapa membekal makanan untuk anak-anak. Jadi, kantin dia tak operatelah. Maknanya masing-masing dia bawak makanan tapaw, misal contohnya. Jadi, apa yang dilaksanakan ini ialah satu pendekatan yang cukup berhemah… dan cukup berhemah dan insya-Allah maknanya apabila kita bercakap pendekatan yang dibuat oleh pihak kerajaan, Kerajaan Pusat dengan kerjasama Kerajaan Negeri, kita lihat agenda pendidikan ini tidak akan dipinggirkan.
Dan kalau sekiranya ada di mana ada kekurangan di sana sini almaklum sahaja ianya kita ada banyak sekolah. Saya mohon Ahli Dewan Yang Mulia ini termasuklah wakil daripada Cheka maklumkan kepada pihak kerajaan, insya-Allah demi kepentingan bukan sahaja anak kita, cucu kita, cicit kita tetapi demi kepentingan negeri kita yang mana inilah modal insan yang akan mengisi saf-saf kepimpinan di masa depan. Maklumlah, insya-Allah pihak Kerajaan Negeri memberi jaminan akan bekerja dengan kerjasama dan mengambil kira, memberi perhatian dan akan melaksanakannya melalui JPNP dan juga Kementerian Pendidikan untuk pastikan agenda pendidikan anak-anak yang ada di negeri Pahang ini menjadi satu agenda yang tuntas untuk demi masa depan negeri dan negara yang tercinta. Terima kasih.
Terima kasih. Sila.
Speaker, saya nak pantun je, nak… [ketawa].
Beza sikit dengan Cheka, Biar Exco jawab berjela-jela, Rindu kat Benta, Isnin, Selasa, Petang Rabu baru menjelma.
Biarlah cakap panjang sikit tak apa. [Ketawa]
Yang Berhormat Speaker [ketawa],
Saya er... ADUN Luit ni memang dia istimewa sikit, dia ada tu. Saya pun sebenarnya kerinduan teringatkan tu. Saya minta maaf sebenarnya hari tu ada urusan keluarga yang perlu saya selesaikan. Sebenarnya bercakap pasal pendidikan, saya pernah teringat arwah ayahanda saya dia maklumkan kepada saya. Dia maklumkan dia kata… beliau mengatakan… tidak… bukan harta yang sebenarnya yang boleh diwarisi untuk mengubah atau mencapai kecemerlangan tetapi ilmulah sepertimana er... maknanya dimaklumkan kalau kita nak berjaya, ilmulah. So, bila cakap pasal itu, sebab itu saya dulu saya maklumkan, minta maaf ni personal sikit. Satu-satunya sekolah orang putih yang ada di Lipis masa itu ialah di Clifford Primary di Kuala Lipis, bandar Lipis. Tempat lain semua sekolah-sekolah kebangsaan. Tetapi arwah ayah saya, dia nak pastikan saya pergi ke sekolah orang putih juga dia nak juga. Walhalnya saya Sekolah Kebangsaan Budu tu dekat je boleh jalan kaki tak sampai 5 minit sampai dan saya prasekolah, masa tu bukan prasekolah dia sekolah tumpang. Umur 6 tahun saya dah pegi sekolah kebangsaan tu sekolah Melayu. Tapi dia nakkan saya pergi. Dia pergi tu jalan berliku-liku. Naik bas Lin Siong pagi pukul 5.30 pagi dah bangun balik pukul 3.00 petang. Jauh cabaran dia. Tapi dia nak jugak pergi situ, dia kata ilmu tulah. Dia nak juga saya pergi.
Jadi hasil dari situlah lihat pada hari ini saya sangat tersentuh apabila Cheka bangkit pasal soalan ni tadi. Dan saya nak menjawab cara tu hanya saya nak yakinkan bahawasanya jaminannya, insya-Allah sistem itu ada. Jadi kebetulan pada tarikh yang Sidang Dewan ni anakanda saya dia graduate dia jauh sikit. Sebab dia belajar secara
part time sambil bekerja sambil belajar makan masa 6 tahun untuk dia melengkapkan dia punya specialization tu. Sebab tu pada tarikh tu, walaupun kita tahu dia jauh tapi kehadiran tu kerana detik yang seumpama itu akan diingati bukan sahaja oleh kita sebagai ibu bapa tetapi oleh anak juga. Sebab tu saya memohon maaf pada hari yang berikutnya tu saya berada di luar daripada negara menghadiri konvokesyen anak saya di Universiti of Sydney dan alhamdulillah ini semua hasil daripada sistem yang wujud sebab anak saya pun belajar sekolah kebangsaan juga sepertimana anak-anak rakan-rakan yang lain. Jadi, terima kasih kepada Luit kerana menyentuh tu dan saya sebenarnya kerinduan sebab tu hari tu bila sampai je saya terus pergi ke Dewan sebab rindu nak tengok Cheka, ni Luit, Jengka kan tapi Jengka kali ni tak bersongkok tu saya ni lain macam sikit. Saya nampak, tak bukan saya tengok tu saya tengok eh orang muda mana ni, saya kabo? Rupa-rupanya bila tanggal songkok tu nampak gaya dia oh dia punya macho tu saya teringat terbayang-bayang saya rasanya kena berpakatlah Cheka dengan Jengka. Sebab bila Cheka dah pergi ke Jengka, ni mana pulak Jengka nak pergi ni? [Ahli Dewan ketawa]. Saya… saya rindu juga… tapi pakat la pakat… pakat. [Ahli Dewan ketawa].
Tuan… Yang Berhormat Speaker,
Saya bukan tak sabar nak menjawab soalan nombor 3. Tapi sebab itu jangan dijolok sarang tebuan [Ahli Dewan ketawa]. Cheka dah cakap tadi tapi merujuk kepada persoalan bila saya faham apa yang dicakap oleh rakan daripada Benta, dia nak mengambil ke kata-kata Imam Syafie itu [bacaan ayat al-Quran]. Siapa nak dunia mesti kena ada ilmu. Siapa nak akhirat mesti kena ada ilmu. Apa-apa pun kita ucapkan tahniah kepada Dato' er... apa Benta dan anaknya.
Terima kasih.
Terima kasih.
Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat Benta telah pun minta cuti dengan Dewan. Beliau telah mengambil tanggungjawab beliau. Seterusnya saya menjemput ADUN Tras.
Assalamualaikum WBT. Terima kasih YB Speaker. Pagi ini kita diindahkan dengan seloka pantun. Saya pun nak pantun juga.
Exco Felda yang baik hati, MB pula suka berseloka, Terima kasih di atas cenderahati, Soalan saya nombor tiga.
[Apakah rancangan dan peruntukan luar bandar untuk menaik taraf infrastruktur di kampung-kampung ini supaya ianya lebih tersusun serta mengurangkan kesan banjir kilat, ini kerana ia melibatkan JPS, Majlis, serta Kementerian Luar Bandar?]
Terima kasih Yang Berhormat Speaker di atas soalan yang dikemukakan oleh rakan Dewan daripada Tras yang bertanyakan tentang soal pembangunan infra luar bandar di DUN Tras. Sebenarnya pembangunan infra luar bandar ini adalah menjadi agenda utama, bukan sahaja Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Luar Bandar yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tetapi sebenarnya dia adalah salah satu agenda utama Kerajaan Negeri Pahang. Cumanya kita negeri Pahang ni negeri yang luas, daerah yang banyak serta apa namanya keperluannya yang sangat tinggi termasuklah DUN Tras. DUN Tras ini mempunyai 23 buah kampung ataupun kawasan termasuklah kampung Orang Asli, kampung masyarakat China dan juga kampung masyarakat orang Melayu.
Walaupun demikian, perkara ini tidak menyebabkan terbantutnya usaha kerajaan untuk membangunkan infra di luar bandar termasuklah berkaitan dengan soalan yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada teras mengenai longkang dan jalan-jalan desa. Kalau kita rujuk kepada tahun 2025 sahaja, penyelenggaraan saliran sungai telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk 7 projek di dalam DUN Tras dengan jumlah kewangan sebanyak RM675,000.00 telah diagihkan kepada DUN Tras. Secara detailnya 7 projek tu kita akan hantar secara bertulis kerana banyak lagi di kawasan-kawasan lain. Begitu juga di bawah Kerajaan Negeri, kita telah mengagihkan sebanyak 12 projek dengan peruntukan sebanyak RM1.8 juta untuk DUN Tras sahaja dan pada tahun 2026 ini, kita menjangkakan insya-Allah dalam usaha penyelenggaraan saliran dan juga sungai melalui peruntukan persekutuan sebanyak RM50,000.00 dan juga bagi penyelenggaraan saliran dan sungai melalui Kerajaan Negeri sebanyak RM391,000.00 serta penyenggaraan jalan ladang sebanyak RM600,000.00 di bawah Kerajaan Negeri. Jadi insya-Allah juga Kerajaan Negeri pada tahun lalu, sebanyak 12 projek telah diagihkan kepada DUN Tras untuk jalan ladang sebanyak RM1.8 juta.
Jadi banyak juga usaha-usaha ini telah memberi manfaat kepada DUN Tras. Begitu juga KKDW. KKDW ada satu projek di dalam DUN Tras bagi membina baru parit dan di Kampung Tranum dan juga ICU menyediakan sebanyak 5 projek bagi pembinaan jalan, saliran dan juga longkang di pelbagai lokasi ataupun di 5 buah lokasi di dalam DUN Tras. MOF juga turut membantu di dalam DUN Tras sebanyak 2 projek bagi baik pulih longkang dan jalan. Terima kasih Dato' er... Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Terima kasih. Soalan seterusnya saya menjemput ADUN Chini.
Yang Berhormat Speaker, saya kemukakan pertanyaan yang ke-4.
[Apakah status terkini pelaksanaan Rumah Rakyat Pahang (RRP) dan berapakah jumlah rumah yang telah siap dibina setakat ini secara keseluruhannya?]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, selamat pagi, salam sejahtera, salam Pahang 1st, salam Maju Terus Pahang. Menjawab soalan daripada sahabat saya daripada Chini. Nak soalan... nak jawapan pendek ke jawapan panjang?
Elok panjang.
Saya cuba bagi panjang ya. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kita sebagai rakyat Pahang sudah mestinya bersyukurlah dengan Kerajaan Negeri yang begitu cakna dan begitu mengambil berat tentang keperluan perumahan untuk rakyat negeri Pahang dan Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai skim. Skim Perumahan Mampu Milik untuk rakyat negeri ini.
Pertamanya sebagai contoh, Rumah PR1MA Pahang yang bernilai RM150,000.00 yang untuk pendapatan isi rumah kurang daripada RM10,000.00 sebulan. Rumah Makmur pula pendapatan isi rumah mesti kurang daripada RM5,000.00 dan rumah Projek Residensi Rakyat kurang daripada RM3,000.00 untuk memberi peluang kepada mereka-mereka yang mempunyai pendapatan yang tidak mampu untuk memiliki rumah yang harganya tinggi. Kalau Rumah PR1MA Pahang ini contohnya Yang di-Pertua, harga dia hampir RM400,000.00 tapi kerajaan negeri subsidizedkan jual dengan harga RM150,000.00 sahaja. Bukan setakat itu sahaja sebagaimana yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita yang begitu cakna tentang Skim Perumahan ini kepada yang kurang mampu yang betul-betul miskin, miskin-miskin tegar ini yang tidak mempunyai rumah diberikan juga rumah percuma dulu dengan harga RM75,000.00. Tapi Kerajaan Negeri telah meningkatkan, telah menambahkan lagi peruntukan sebanyak RM5,000.00 menjadikan peruntukan untuk membina rumah ini sebanyak RM80,000.00 sebuah yang diberikan percuma kepada rakyat negeri di seluruh negeri Pahang ini. Dan setakat ini sebanyak 1,348 unit rumah dengan nilai hampir RM101 juta telah siap dibina dan sebanyak 623 lagi dalam proses pembinaan. Dan hampir 2,000 rumah percuma ini yang telah diberikan kepada rakyat negeri Pahang. Itu jawapan saya Yang di-Pertua, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Dilantik.
Salam sejahtera, salam Pahang 1st, Yang Berhormat Tuan Speaker. Izin saya mengemukakan pertanya, pertanyaan nombor 5.
[Apakah jumlah doktor pakar yang sedang berkhidmat dalam negeri Pahang? Apakah pecahan anggota mengikut bidang pengkhususan masing-masing?]
(MUADZAM SHAH – N.41)
Yang Berhormat Speaker,
Terima kasih kepada ADUN Kawasan Dilantik… ADUN Lantikan 2 yang bertanya berkenaan jumlah doktor pakar yang sedang berkhidmat di negeri Pahang dan apakah pecahan er...mengikut bidang pengkhususan er… doktor pakar ya.
Yang Berhormat Speaker,
Jumlah keseluruhan pakar perubatan, doktor pakar di negeri Pahang ini berkhidmat di Pahang ini, hospital kerajaan adalah berjumlah 480 orang dan daripada jumlah tersebut pecahan mengikut kepakaran, 376 adalah pakar perubatan, 29 orang pakar perubatan kesihatan awam, 49 pakar perubatan keluarga dan 30 pakar pergigian. Berdasarkan daripada jumlah tersebut, jumlah pakar… doktor pakar yang ditempatkan di hospital-hospital, er… 210 orang pakar perubatan yang ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, 90 pakar berada di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh, 40 pakar perubatan berada di Hospital Kuala Lipis, 18 pakar perubatan berada di Bentong, 15 pakar di Hospital Pekan, 1 pakar perubatan di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Cameron Highlands, 1 pakar perubatan di Hospital Jengka dan 1 pakar perubatan di Hospital Muadzam Shah.
Untuk 4 buah hospital di Rompin, Hospital Jerantut dan hospital di Raub terdapat seorang pakar perubatan kecemasan yang bertugas di setiap hospital. Manakala di Hospital Bera pakar perubatan kecemasan dari Hospital Temerloh (HOSHAS) akan membuat lawatan berkala 2 kali sebulan ke Unit Kecemasan Hospital Bera bagi memastikan perkhidmatan perawatan pesakit yang efisien dilakukan oleh pegawai perubatan. Dan pecahan detailnya lagi, perinci lagi daripada 376 pakar perubatan ini di dalam perubatan ini, 32 adalah pakar perubatan dalam bidang kecemasan trauma, 61 pakar perubatan dalam bidang perubatan umum, 15 pakar perubatan dalam bidang pembedahan umum, 30 pakar perubatan dalam bidang O&G… ini berkaitan sakit puan dan juga kehamilan. 26 pakar perubatan bidang pediatrik, ini kanak-kanak dan 2 pakar perubatan dalam bidang pembedahan pediatrik, ini pembedahan kanak-kanak. 30 pakar perubatan bidang ortopedik ini berkaitan dengan tulang, 36 pakar perubatan dalam bidang bius… pakar bius, 20 pakar perubatan dalam bidang mata, pakar mata, 12 pakar perubatan dalam bidang ENT yang apa ini telinga, hidung dan tekak. 20 pakar perubatan dalam bidang er... dermatologi ini berkaitan kulit, pakar kulit,
3 pakar perubatan bidang nefrologi ini berkaitan dengan buah pinggang, 3 pakar perubatan dari bidang neurosogy surgery, ini bidang pakar bedah otak. 2 orang pakar dalam bidang urologi ini berkaitan dengan saluran kencing, 3 pakar perubatan dalam bidang pembedahan plastik, 23 pakar perubatan dari bidang radiologi, 40 pakar perubatan bidang patalogi, er... 2 pakar perubatan dalam bidang kardiotorasik ini berkaitan dengan jantung dan 5 orang pakar dalam bidang kardiologi. Tadi 2 ini pakar pembedahan dalam bidang kardiotorasik dan 5 pakar dalam bidang berkaitan kardiologi. Dan 1 pakar perubatan dalam bidang er... respiratory… ini berkaitan dengan paru-paru, 20 orang pakar perubatan dalam bidang psikiatrik berkaitan mental. 3 pakar perubatan dalam bidang rehabilitasi, 3 pakar perubatan dari bidang transfusi berkaitan darah dan 2 pakar perubatan dalam bidang forensik. Dan daripada 29 orang pakar perubatan awam pula ini er... ditempatkan di 13 di pakar di Jabatan Kesihatan di Pahang dan 3 pakar di er... Pejabat Kesihatan Daerah di Kuantan, 2 di Temerloh, 1 di Bentong, 1 di Pekan, 1 di Maran, 2 di Rompin, 3 di Bera, 1 di Jerantut, 1 di Raub, 1 di Lipis dan 1 di Cameron Highlands.
Manakala pecahan daripada 29 tadi pakar-pakar kesihatan awam ini dari pecahan-pecahan lagi kepakaran masing-masing iaitu 13 daripada pakar dalam bidang pengurusan kesihatan awam, 1 pakar primer, 2 pakar pembangunan kesihatan keluarga, 2 pakar malaria, 1 pakar penyakit tidak berjangkit, 1 pakar kesihatan pekerjaan dan alam sekitar, 1 pakar survelan, 1 pakar tibi dan kusta, 1 pakar epidemiologi, ini pakar memantau kawalan penyakit apa ini kawalan pencegahan penyakit berjangkit. 1 pakar dalam bidang HIV, penyakit kelamin dan Hepatitis C dan 5 pakar dalam bidang penyakit berjangkit. Dan daripada 49 doktor pakar dalam bidang perubatan keluarga pula telah ditempatkan 10nya di daerah di PKD di bawah PKD Kuantan. 3 er... di Pekan, 5 di Rompin, 3 di Maran, 7 di Temerloh, 4 di Jerantut, 4 di Raub, 3 di Bera, 4 di Bentong, 3 di Lipis dan 3 di Cameron Highlands.
Manakala daripada 30 pakar pergigian pula, 2 pakar pergigian ditempatkan di Pejabat Kesihatan Negeri, 15 pakar pergigian di Kuantan, 8 pakar pergigian di Temerloh, 1 di Pekan, 2 di Raub, 1 di Lipis dan 1 di Bentong. Dan bidang-bidang pakar pergigian ini pun ada bidang pecahan-pecahan kepakaran masing-masing. 3 pakar pergigian dalam bidang kesihatan awam, 5 pakar pergigian dalam bidang ortodontik ini yang nak buat nak cantik gigilah, bracing ke apa buat braces apa semua itu pakar ya, dan 6 pakar gigi dalam bidang periodontik ini berkaitan dengan gusi dan juga tisu bahagian gusi dan 3 pakar pergigian dalam bidang pergigian pediatrik ini untuk kanak-kanak, 8 pakar dalam bidang bedah mulut ini maksilofasial. Kemudian 1 pakar dalam bidang forensik dan 4 pakar dalam bidang restoratif. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Soalan seterusnya saya menjemput ADUN Damak.
Sekejap ya Yang di-Pertua [berdehem]. Kelmarin, Menteri Kesihatan ada umum pembatalan pembinaan Hospital Maran, jadi hospital ni dah lama dan dah diluluskan saya ingat lagi zaman PM Najib lagi tapi dia umumkan pembatalan. Jadi Kerajaan Pahang ni tak boleh ke nak bernegosiasi balik untuk teruskan Hospital Maran ni? Kan dah… dah sekali kahwin dengan pusat. Terima kasih.
Yang Berhormat Speaker,
Terima kasih kepada Kuala Sentul. Untuk makluman, saya pun baru dapat maklumat ni bila mana lawatan kerja Menteri Kesihatan Malaysia di Maran pada hari 12 haribulan Mei baru-baru ini er… hari Selasa. Saya pun tak sempat sebab kita ada Dewan tak dapat nak bersama dengan menteri dalam lawatan kerjanya di Maran dan Temerloh. Jadi er… daripada kenyataan yang dimaklumkan ataupun kenyataan media yang saya baca dan media daripada pihak Menteri Kesihatan bahawa sekarang ni Maran ni berstatus Klinik Kesihatan Jenis 4… Jenis 4 dan ia akan dinaik taraf kepada Jenis 3. Yang termasuk ada Perkhidmatan X-Ray dan lain-lain. Selain pada itu juga dia akan ditambah baik lagi dinaik taraf… ditingkatkan lagi klinik ini dilengkapi dengan kemudahan Out Patient Bay, maknanya lebih yang boleh menerima pesakit, menerima rawatan dan pemerhatian awalan dengan 6 katil, 3 untuk lelaki, 3 perempuan… 3 lelaki dan 3 wanitalah. Jadi dan perkhidmatannya 24 jam. Ada 3 syif sama lebih kurang macam hospital juga. Selain tu juga dia ada perkhidmatan untuk Emergency Birthing
Center makna untuk orang nak bersalin, kes-kes emergency sebelum pun boleh menerima.
Dan selain daripada itu juga er… hospital ni… okey selain daripada itu, hospital berhampiran yang ada… yang dah… yang ada ialah di Jengka. Jengka ni kalau ikut data yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kesihatan dan Kementerian jarak lebih kurang dalam 40 km… 40 minit dan juga HoSHAS, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh kurang 45 km… lebih kurang 45 minit perjalanan. Dan dari segi er… apa ni jumlah katil pun di Temerloh kita ada 650, kita tak dapat yang detail, tapi jumlahnya tidak penuh kita lebih kurang saya tak sampai 70% tak sampai 70%, 60% lebih sahaja dia punya jumlah penggunaan katil begitu juga di Maran. Maran pun… sorry di Jengka pun… maaf di Jengka pun ada 70 katil. Keperluan pun baru lebih kurang 58% sahaja. Jadi atas perkara tersebut penilaian telah dibuat oleh pihak kementerian jadi dari segi keperluan di peringkat ini masih belum sampai tahap untuk mewujudkan er… sebuah hospital. Walau bagaimanapun er… kami di peringkat Kerajaan Negeri mungkin akan berbincang balik… kita akan bincang sebab ni baru ni maklumat ni baru jadi kita akan ambil kira banyak faktor nantilah. Di peringkat negeri kita akan bincang lebih lanjut lagi sama ada kita perlu membuat rayuan dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih.
Yang Berhormat Speaker, sikit lagi.
Tadi Kuala Sentul dah tanya, saya bagi Luit.
Hospital ni di tempat saya Speaker, terima kasih. Cuma saya nak tahu KK Maran tu beroperasi 24 jam tu agak-agak bila dimulakan? Sebab ini memang nampak mendesak sikitlah ya banyak apa ni permohonan daripada penduduk kawasan saya. Terima kasih.
Yang Berhormat Speaker,
Saya dijangkakan start beroperasi 24 jam ini dalam bulan 9 atau 10 ni… September atau Oktober ni.
Okey, terima kasih. Soalan seterusnya.
Sikit… sikit je.
Okey, sila… sila.
Saya sebagai wakil daripada Maran, mohonlah Kerajaan Negeri Pahang kalau boleh pertahankanlah Hospital Maran ni sebab peruntukan pun dah diluluskan sebelum ni RM350 juta dan sangat penting walaupun dah ada Hospital Jengka, Temerloh tapi jaraknya jauh. Jadi justifikasi yang sebelum ni mendapat kelulusan dengan bajet lebih kurang RM350 juta dah boleh menjadi alasan untuk kita pertahankanlah. Saya harap pihak Kerajaan Negeri Pahang dapat runding baliklah untuk manfaat penduduk Maran dan juga perkembangan kemajuan di daerah Maran itu sendiri. Terima kasih.
Yang Berhormat Speaker,
Insya-Allah perkara ini er… Kerajaan Negeri akan ambil berat dan Yang Berhormat… Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun sekarang ini dalam siri kita buat lawatan kunjung hormat kepada menteri-menteri. Kita dah buat kunjung hormat kepada Menteri Kerja Raya, kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan juga insya-Allah.
Yang Berhormat Speaker,
Yang terkini dengan Yang Berhormat Dato’ Sri Arthur... Arthur Kurup dalam masa kalau tak silap saya minggu depan.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Sri dan selepas ini kita juga akan menyusul ni termasuk termasuklah juga Menteri Kesihatan dan juga Kementerian PETRA dan sebagainya.
Okey, terima kasih. Soalan seterusnya, saya menjemput wakil dari Damak. Sila.
YB speaker, Saya ajukan soalan nombor 6.
[Geopolitik semasa konflik Iran-AS ini bermula dengan serangan besar AS dan sekutunya ke atas Iran pada Februari 2026 dan telah mencetuskan serangan balas serta gangguan perdagangan global:
1. [Sejauh mana konflik ini memberi kesan kepada rantaian bekalan, khususnya sektor industri dan makanan di negeri Pahang?
2. Adakah kerajaan negeri mempunyai pelan kontigensi sekiranya berlaku gangguan perdagangan global berpanjangan?]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih kepada rakan ADUN saya daripada Damak yang bertanyakan soalan seperti berikut, geopolitik semasa konflik Iran-Amerika Syarikat ini bermula dengan serangan besar Amerika Syarikat dan sekutunya ke atas Iran pada bulan Februari 2026 dan telah mencetuskan serangan balas serta gangguan perdagangan global. Soalan nombor 1, sejauh mana konflik ini memberi kesan kepada rantaian bekalan khususnya sektor industri dan makanan di negeri Pahang. Kedua, adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan kontingensi sekiranya berlaku gangguan perdagangan global berpanjangan? Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang sangat relevan dan penting memandangkan kita menghadapi suasana ketidaktentuan geopolitik global pada masa ini.
Untuk menjawab soalan pertama, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa konflik antara Iran dan Amerika Syarikat ini telah memberi impak sederhana ke tinggi kepada rantaian bekalan ataupun dengan izin, supply chain khususnya dalam sektor makanan dan industri di negeri Pahang. Menurut International Energy Agency, sebuah agensi yang merupakan pakar tenaga di peringkat dunia, perang Iran ini merupakan gangguan terbesar dalam sejarah pasaran minyak dan gas dunia, gangguan terbesar. Dan kita boleh lihatlah sebab Selat Hormuz ni merupakan laluan di mana satu pertiga daripada bekalan baja dan racun melalui selat ni. Kita di Malaysia pun mengimport 70% daripada keperluan minyak dan gas kita daripada Timur Tengah, 42% sahaja daripada Saudi Arabia. Bagi sektor makanan, kesannya adalah bersifat menyeluruh merangkumi keseluruhan ekosistem pertanian. Di peringkat huluan kita melihat peningkatan harga input seperti baja dan racun meningkat sebanyak 30% hingga 60% serta gangguan bekalan yang menjejaskan jadual pembajaan. Berkenaan dengan baja pula dari segi import YB, negara China bekalkan satu pertiga daripada import baja negara… satu pertiga dan mereka sedang ketatkan eksport baja mereka seperti urea, nitrogen dan juga fosfat. Ini menambahkan lagi kerumitan situasi bekalan import baja.
Di peringkat operasi ladang pula, kos mekanisasi dan juga penggunaan bahan api meningkat bertambah dengan kekangan kuota diesel. Dari sudut logistik, pengusaha terpaksa mengurangkan kekerapan penghantaran, sekali gus memberi kesan kepada aliran bekalan dan juga kualiti hasil. Di peringkat hiliran, berlaku tekanan harga apabila kos pengeluaran meningkat, tetapi harga jualan tidak selari. Mewujudkan situasi dengan izin, cost-price squeeze yang menjejaskan margin dan pendapatan pengusaha. Secara keseluruhannya, terdapat kawasan yang merekodkan penurunan hasil sehingga 30% dan 40%. Manakala dalam sektor industri, konflik ini turut memberi kesan ketara melalui peningkatan kos bahan mentah dan tenaga global.Sektor petrokimia dan perkilangan di Gebeng dan Kuantan antara yang paling terkesan di samping gangguan kepada operasi logistik termasuk kenaikan kos insurans kapal dan
ketidakstabilan jadual pelayaran di Pelabuhan Kuantan. Selain itu, subsektor seperti perladangan, makanan dan ternakan, pelancongan serta infrastruktur juga tidak terkecuali daripada tempias ini dengan risiko peningkatan inflasi yang perlu diberi perhatian serius.
Menjawab soalan kedua, Kerajaan Negeri sememangnya telah mengambil langkah proaktif dengan merangka beberapa pelan kontingensi bagi memastikan daya tahan rantaian bekalan terus terpelihara. Antaranya adalah penyelarasan bersama Kerajaan Persekutuan bagi menambah baik pelaksanaan subsidi diesel bersasar serta memperluas kelayakan penggunaannya termasuk bagi keperluan logistik pertanian. Kerajaan Negeri juga memberi tumpuan kepada pengoptimuman pengeluaran tempatan oleh tanaman cepat hasil dan berimpak tinggi bagi menstabilkan bekalan makanan. Di samping itu, usaha memperkukuh rantaian logistik dan pemasaran terus dipergiat termasuk menggalak pemasaran secara terus bagi mengurangkan kebergantungan kepada perantara ataupun orang tengah dan meningkatkan pulangan kepada pengusaha.
Isu akses kepada bantuan juga ditangani dengan membantu pengusaha mendaftar dalam sistem subsidi bersasar agar tidak ada yang tercicir. Sebagai contoh, Program BUDI Agri memberi bantuan bersasar sebanyak RM400.00 sebulan kepada petani, pesawah, pekebun kecil yang layak. Kerajaan Negeri juga menggalakkan penggunaan teknologi dan juga alternatif dalam industri. Sebagai contoh, di UMPSA, Profesor Madya Nina Suhaity Azmi telah menghasilkan Produk Kleva-Beads UMPSA yang menggunakan bakteria probiotik. Bakteria ini dapat membantu mengurangkan penggunaan pestisid kimia dan meningkatkan kesuburan tanah. Dan saya juga ada terbaca artikel Indah Water Konsortium melalui Indah Water Research Centre telah menghasilkan baja organik walaupun di peringkat skala kecil yang dihasilkan daripada bio pejal loji kumbahan dan dalam satu percubaan di ladang kelapa didapati baja organik ini dapat mengurangkan kos baja sebanyak 68%, katanya.
Dan saya juga bersetuju dengan rakan saya ADUN Tras mana kita perlu percepatkan teknologi penggunaan tenaga yang alternatif seperti susu getah sebagai gantian untuk petrol dan juga diesel. Kesimpulannya, Kerajaan Negeri komited untuk memastikan sektor makanan industri Pahang kekal daya tahan dan memberi keutamaan kepada kelangsungan pengeluaran, kestabilan bekalan serta perlindungan pendapatan rakyat dalam menghadapi ketidaktentuan global ini. Alhamdulillah, kita di Pahang ni masih terkawal. Kalau di Thailand tu YB, kerajaan dia arah penjawat awam naik tangga. Lif tak boleh pakai sebab nak jimat tenaga, sebagai contoh. Kerajaan Negeri juga merupakan Kerajaan Negeri pertama yang mengumumkan bahawasanya kita boleh bekerja dari rumah ataupun work from home untuk membantu golongan pekerja dan penjawat awam, mengurangkan kos petrol atau diesel. Terima kasih.
Terima kasih. Sila Cheka.
Sikit sahaja. Er... berdasarkan jawapan tadi, apakah hingga setakat ini ada kilang-kilang kita di Gebeng atau sebagainya tersangat terkesan yang bertindak untuk penutupan ataupun pengurangan pekerja, pemberian pekerja sehingga setakat ini, kesan daripada geopolitik ini.
Terima kasih sahabat saya ADUN Cheka. Setakat ini tidak ada tekanan daripada kehilangan kerja. Setahu sayalah. Tapi kita tidak tahu di masa hadapan. Sebab menurut kajian pasaran minyak, harga minyak USD100 dollar ke atas ni dijangka berlarutan sekurang-kurangnya 5 bulan disebabkan ketidaktentuan perang Iran dan juga Amerika Syarikat di Timur Tengah.
Terima kasih. Seterusnya saya menjemput ADUN Tahan.
Terima kasih YB Speaker. Soalan saya nombor 7.
[Apakah program bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu golongan berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup? Berapakah jumlah penerima bantuan kebajikan di negeri ini pada masa ini?]
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Seterusnya sahabat yang bertanya. Soalannya adalah apakah program bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu golongan berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup. Berapakah jumlah penerima bantuan kebajikan di negeri ini pada masa sekarang? Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang menyediakan pelbagai bentuk bantuan kewangan kepada rakyat negeri ini bagi meringankan beban serta menangani peningkatan kos sara hidup semasa. Bantuan tersebut dinilai berdasarkan kesesuaian dan keperluan pemohon berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan.
Bagi bantuan kewangan bulanan Kerajaan Negeri kadar yang disalurkan kepada penerima yang layak adalah sebanyak RM350.00 sebulan. Selain itu, JKM turut melaksanakan Program 2YEP, 2 Year Exit Programme sebagai inisiatif membantu klien keluar daripada kepompong kemiskinan melalui penglibatan dalam bidang keusahawanan. Program ini merupakan strategi proaktif jabatan di mana klien akan dipantau sepanjang tempoh 2 tahun. Modal perniagaan yang bersesuaian turut disediakan kepada klien yang berpotensi dan sekiranya mereka berjaya menjana pendapatan stabil, bantuan kewangan bulanan akan ditamatkan dan melalui program ini seramai 151 penerima telah terlibat sejak tahun 2020 sehingga 2025. Sehingga Mac 2026, jumlah keseluruhan penerima bantuan bulanan JKM adalah seramai 31,296 orang dengan jumlah perbelanjaan dari Januari sehingga Mac 2026 sebanyak RM43,690,500.00. Bantuan ini merangkumi bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang disalurkan secara bulanan kepada penerima yang layak dan Skim Bantuan Persekutuan yang sedia ada adalah seperti berikut. Bantuan kanak-kanak di mana Skim Bantuan Kanak-Kanak menawarkan kadar bantuan antara RM200.00 hingga RM1,000.00 mengikut kelayakan ditetapkan dan seramai 2,800 tempat penerima telah menerima bantuan ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM4.7 juta.
Dan juga Elaun Pekerja Kurang Upaya. Elaun Pekerja Kurang Upaya diberikan kepada OKU yang bekerja bagi menggalakkan penyertaan golongan tersebut dalam sektor pekerjaan. Bantuan sebanyak RM450.00 telah disalurkan kepada 6,098 penerima dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM8.1 juta. Seterusnya Bantuan OKU Tidak Bekerja di mana RM300.00 telah disalurkan kepada 7,415 orang penerima melibatkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM6.6 juta. Seterusnya bantuan pesakit terlantar, di mana pesakit terlantar menerima bantuan sebanyak RM500.00 dan seramai 3,098 penerima melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM4.5 juta.
Seterusnya Bantuan Warga Emas seramai 9,545 orang telah menerima manfaatnya. Dengan kadar bantuan sebanyak RM600.00 dan melibatkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM17... RM17 juta dan juga Bantuan Anak Pelihara er… Bantuan Anak Pelihara menawarkan kadar bantuan antara RM250.00 sehingga RM500.00 kepada penjaga anak pelihara yang layak. Bantuan ini telah disalurkan kepada 44 penerima dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM45,000.00 dan secara keseluruhannya, pelaksanaan skim bantuan ini menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam membantu golongan yang memerlukan khususnya warga emas, Orang Kurang Upaya, kanak-kanak serta pesakit terlantar demi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat terus dipelihara.
Seterusnya bagi pelaksanaan Skim Bantuan Negeri, bantuan disalurkan melibatkan Skim Bantuan Am dengan kadar bantuan sebanyak RM350.00. Bantuan ini telah memanfaatkan seramai 2,290 penerima dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan lebih kurang hampir RM1 juta… RM800,000.00 lebih. Dan pelaksanaan bantuan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan golongan yang memerlukan sentiasa di beri perhatian. Bantuan yang disalurkan dapat membantu meringankan beban kewangan penerima serta meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat secara menyeluruh. Melalui Matan Belanjawan Tahun 2026, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan beberapa program khusus di bawah Teras Ke-7 iaitu mensejahterakan rakyat serta kluster umum melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membantu kumpulan sasar seperti berikut di mana Program Khidmat Bantu Rumah diteruskan bagi menjaga kebajikan golongan Orang Kurang Upaya dan juga golongan warga emas dengan peruntukan sebanyak RM1 juta, dan sasaran seramai 264 orang klien sepanjang tahun. Dan pemberian insentif one off kepada tiga… sebanyak RM300.00 kepada 1,561 pelatih Program Pemulihan dalam Komuniti (PPDK) diteruskan sebagai galakan untuk mereka kekal mengikuti program tersebut dengan jumlah peruntukan sebanyak RM468,000.00.
Sumbangan secara one off juga diberikan kepada penyelia dan petugas PPDK sebanyak RM500.00 melibatkan peruntukan sebanyak RM150,000.00 dan kita juga ada memberikan… Kerajaan Negeri ada juga memberikan kad kesihatan kepada warga emas dan OKU diteruskan melalui program Kasih Makmur dengan peruntukan sebanyak RM16 juta, dan untuk tahun ini Kerajaan Negeri juga telah menambah bilangan penerima di mana melibatkan kad Kasih Makmur Edisi Pahlawan. Di mana pesara-pesara tentera dan juga PDRM er… di mana setiap persatuan pesara tersebut menerima 5,000 kad. Jadi untuk dua persatuan tu 10,000 lah ya untuk tahun 2026, dan juga Program Subsidi Pembedahan Katarak bagi warga emas khususnya golongan B40 dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi meringankan beban kos rawatan. Semua program ini telah mula dilaksanakan sejak 2023 dan diteruskan sehingga kini sebagai manifestasi keprihatinan Kerajaan Negeri dalam membantu golongan yang memerlukan. Sekian, terima kasih.
Sila Tahan.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Kerajaan di atas jawapan. Cuma kalau kita turun kelapangan, biasanya saya turun ke lapangan. Apa yang kita dengar daripada rungutan-rungutan daripada sebahagian warga emas dan juga ibu tunggal yang menyatakan bahawa mereka gagal untuk mendapat bantuan kebajikan daripada JKM khususnya, dengan alasan mereka mempunyai anak-anak yang makan gaji. Walaupun, esok realitinya anak-anak yang makan gaji itu, gaji dan pendapatan mereka itu pun tak mencukupi untuk menanggung mereka seisi keluarga. Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk menyemak semula kriteria kelayakan ini supaya mengambil kira kedudukan sebenar tanggungan keluarga anak-anak yang makan gaji ni? Terima kasih.
Terima kasih pada sahabat bertanya, memang kita mengambil berat tentang masalah ini. Maksudnya rungutan ini bukan di tempat YB sahaja di seluruh negeri tetapi mungkin ini satu er… terlepas pandang dan saya telah memberitahu kepada pemohon sekiranya ada masalah begini boleh berjumpa dengan saya atau membuat permohonan untuk kita memberikan sokongan dan juga melalui rayuan merekalah. Insya-Allah setiap yang merayu itu selama ini saya rasa tidak ada yang ditolak. Insya-Allah, mungkin terlepas pandang ataupun ada masalah teknikal.
Er... sikit lagi. Terima kasih Exco, cumanya saya nak tahu apa ni, saluran rayuan tu dibuat melalui JKM ke ataupun macam mana?
Pemohon boleh terus mengemukakan rayuan kepada JKM Daerah terus kepada pengarah dan insya-Allah kita akan pertimbangkan.
Terima kasih, Wakil Kerajaan. Seterusnya saya menjemput ADUN dari Jengka.
Terima kasih YB Speaker, soalan saya nombor 8.
[Peluang Pekerjaan Belia (Kilang Alps Tutup) Berikutan penutupan kilang Alps yang sebelum ini menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, apakah pelan dan tindakan Kerajaan Negeri bagi menangani kehilangan pekerjaan tersebut serta mewujudkan peluang pekerjaan baharu
khususnya untuk belia di kawasan Jengka? Berapakah jumlah pekerja dari kawasan Jengka yang terkesan akibat penutupan kilang tersebut dan apakah bentuk intervensi yang telah atau akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri?]
Terima kasih sahabat saya dari Jengka. Salam sejahtera. Yang Berhormat di-Pertua, untuk menjawab soalan dikemukakan oleh ADUN Jengka. Berikutan penutupan Kilang Alps Electric (Malaysia) Sdn. Bhd. di Jengka, Pahang dan berdasar kepada data Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pahang, jumlah pekerja tempatan yang terlibat adalah seperti berikut: Pemberhentian kerja 312 orang, perpindahan ke Nilai 31 orang. Jumlah sekali 343 orang. Bayaran faedah penamatan pampasan berjumlah keseluruhan RM9.78 juta telah dibayar kepada seramai 312 orang pekerja dalam tempoh 7 hari selepas pemberhentian dilaksanakan. PERKESO telah mengadakan perjumpaan awal bersama pihak pengurusan Kilang Alps sebelum melakukan pemberhentian pekerjaan mereka pada 7 Ogos 2024 bagi mewujudkan kerjasama dalam membantu pekerja yang terkesan sekali gus memastikan kebajikan pekerja yang kehilangan pekerja ini terus dibela.
Untuk makluman Ahli Dewan Yang Mulia ini, PERKESO dan Kerajaan Negeri secara proaktif berusaha membantu pekerja yang kehilangan pekerja akibat penutupan operasi perniagaan seperti yang berlaku di Kilang Alps, Bandar Jengka. Berdasar rekod PERKESO dari Januari 2025 sehingga 31 Mac 2026, seramai 250 orang pekerja Kilang Alps, Bandar Jengka telah membuat permohonan melaporkan kehilangan pekerjaan kepada PERKESO akibat penutupan operasi kilang ini. Dari jumlah tersebut, seramai 250 pemohon telah diluluskan dan mendapat manfaat di bawah Skim Lindung Kerjaya Akta 800 melibatkan anggaran bayaran jumlah RM1.92 juta. Sekian.
Sila.
Ada… ada soalan tambahan. Apakah insentif khas pihak… yang ditawarkan oleh pihak kerajaan untuk menarik pelabur baharu masuk ke kawasan Jengka selepas penutupan Kilang Alps. Ada tak?
Minta maaf, saya jaga pekerja. Saya bukan jaga pelabur nanti pihak pelabur yang jawab. Terima kasih.
Kalau boleh saya tambah kita tak ada insentif yang khusus tapi rata-ratanya kawasan harga tanah kita sangat kompetitiflah berbanding dengan negeri-negeri lain. Cuma kekangannya pelabur ni dia suka berada di sebelah pelabuhan ataupun di kawasan yang mempunyai infrastruktur seperti jalan raya dan kemudahan lain yang lengkap.
Walau bagaimanapun kita masih tak putus asa untuk tarik pelabur ke daerah-daerah lain, pun kita pun telah ada kejayaan di Lipis di mana Ketech Asia, syarikat yang membuat peluru telah bangunkan kilang di situ. Kita berharap dengan adanya jajaran stesen ECRL, kemungkinan besar ada pelabur yang ingin membangunkan apa ini kilang-kilang di kawasan stesen tersebut dan dari situ kita tengoklah kalau kita boleh panjangkan ke Jengka ini di kawasan YB ini. Terima kasih.
Terima kasih Wakil Kerajaan Negeri. Seterusnya saya menjemput ADUN Tioman.
Yang Berhormat Speaker, mohon mengemukakan soalan nombor 8… nombor 9, maaf. Terima kasih.
[Adakah Kerajaan Negeri dapat membantu mewujudkan semula MoU dengan mana-mana syarikat pengangkutan udara sama ada dari Kuala Lumpur, Kuantan atau Singapura ke Pulau Tioman? Kedatangan pelancong ke Pulau Tioman kebelakangan ini tidak begitu memberangsangkan dari statistik yang direkodkan oleh Lembaga Pembangunan Tioman (TDA). Antara faktor utamanya ialah perjalanan feri dan cuaca sedia ada khususnya bila ada amaran dari Jabatan Laut dan Jabatan Mateorologi tidak membenarkan operasi keluar masuk feri ke Pulau Tioman.]
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Tioman yang bertanyakan tentang penerbangan ke Tioman. Kerajaan Negeri memang mengambil maklum tentang keperluan untuk meningkatkan accessibility ke Pulau Tioman termasuk melalui pengangkutan udara untuk merancakkan kedatangan pelancong. Jadi pelaksanaan perkhidmatan penerbangan ke Pulau Tioman adalah tertakluk kepada aspek teknikal dan keselamatan penerbangan yang berada di bawah bidang kuasa Civil Aviation Authority of Malaysia dengan singkatan CAAM. Jadi, berdasarkan maklum balas rasmi daripada CAAM, penilaian teknikal telah dilaksanakan terhadap cadangan pengubahan jajaran Landasan Padang Terbang Pulau Tioman dan mendapati bahawa cadangan tersebut tidak dapat memenuhi keperluan piawaian keselamatan penerbangan… penerbangan yang ditetapkan. Penilaian tersebut mengambil kira aspek perkhidmatan navigasi udara, piawaian aerodrom serta operasi penerbangan, dan mendapati wujud kekangan utama daripada faktor halangan semula jadi di sekitar kawasan padang terbang termasuk topografi berbukit dan tanah tinggi yang menjejaskan obstacle limitation surfaces, dengan izin.
Justeru, cadangan pengubahan jajaran landas… landasan yang dikemukakan didapati masih belum dapat menyelesaikan isu asas berkaitan keselamatan operasi penerbangan di Pulau Tioman. Sehubungan itu, pihak CAAM mengesyorkan supaya cadangan tersebut dikaji semula secara menyeluruh untuk memastikan sebarang pembangunan dan ataupun penaiktarafan landasan mematuhi sepenuhnya peraturan serta piawaian keselamatan penerbangan yang ditetapkan.
Walaupun berdepan dengan kekangan teknikal tersebut, Kerajaan Negeri tetap komited untuk mencari jalan bukan sahaja untuk pengangkutan udara tetapi juga pilihan lain. Untuk pengangkutan udara, Kerajaan Negeri akan teruslah bersama dengan CAAM, MOTAC, Kementerian Pengangkutan untuk menilai pelbagai pilihan termasuk kebolehlaksanaan model pengangkutan udara. Pada masa yang sama, kita juga akan mencari jalan untuk menambah baik perkhidmatan feri dan pengukuhan kemudahan jeti serta pendekatan multi-model connectivity. Jadi, untuk makluman tambahan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat, bermula 1 Mei 2026, perkhidmatan speed boat pun telah bermula untuk membawa penumpang dari Jeti Teluk Gading ke Tioman. Ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menambah pilihan ataupun accessibility ke Pulau Tioman. Terima kasih.
Terima kasih. Sila, Tioman.
Mohon soalan tambahan. Terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri atas maklumat ataupun jawapan yang telah diberikan. Soalan saya Yang Berhormat Speaker, adakah Kerajaan Negeri selain menunggu kajian ataupun apa jua perbincangan berkaitan dengan lapangan terbang sama ada pembinaan baharu ataupun pemanjangan landasan kapal terbang, adakah pihak kerajaan merancang untuk mengadakan perbincangan… perbincangan dengan syarikat-syarikat penerbangan murah ataupun yang sedia ada di tanah air kita Kuala Lumpur, Malaysia seperti Berjaya Air, SKH, Aerotree atau Weststar dan lain-lain dengan membuat kunjungan hormat ataupun perbincangan 2 hala dengan mereka ini ataupun pihak Singapura, yang mana jarak dekat dengan Pulau Tioman. Kemungkinan ada sinar untuk light flight menghubungkan destinasi-destinasi pelancongan ke Pulau Tioman. Terima kasih.
Terima kasih… terima kasih atas cadangan daripada Yang Berhormat Tioman. Kerajaan Negeri memang sentiasa untuk merancang, untuk bertemu dengan syarikat-syarikat penerbangan. Jadi dengan ini mungkin seterusnya kita boleh menjemput Yang Berhormat Tioman sekali untuk kita bersama-sama dalam… dalam usaha ini. Untuk makluman tambahan juga, pada 6 Jun 2026 tahun ini, Pulau Tioman juga akan menerima ketibaan satu river… satu cruise kapal persiaran dari Singapore yang dijangka akan membawa masuk 2,000 orang pelancong antarabangsa berserta kira-kira 700 orang anak kapal. Jadi, kita juga berharap bahawa kemasukan kapal pesiaran ini dapat merangsang juga untuk merancakkan lagi sektor pelancongan di Pulau Tioman.
Soalan tambahan terakhir. Jadi, saya kira pihak kerajaan harus juga memikirkan jangka masa panjang dan juga jangka masa pendek kerana di persisiran gugusan kepulauan… Kepulauan Tioman ini, kita ada hampir 23 buah pulau yang lain. Jadi, saya melihat bukan untuk masa sekarang ataupun masa terdekat pada masa akan datang, tapi untuk jangka masa yang panjang khususnya dengan keberadaan semi-PBT (TDA) yang terpaksa juga menghadapi hujah-hujah daripada netizen kerana PBT
ini juga dia berhadapan dengan komen-komen dan juga hujah-hujah daripada pelancong sama ada domestik mahu pun luar negara.
Dan satu perkara juga yang perlu saya kongsi bersama dengan rakan-rakan dalam Sidang Dewan, penghuni-penghuni ataupun warga Pulau Tioman mahu pun owner resort di Pulau Tioman ini, kadang-kala kalau dia buat komen-komen ataupun sharing is caring, dia melibatkan Menteri Pelancongan Singapura, Menteri Pelancongan Indonesia, Menteri Pelancongan Thailand. Jadi, maknanya dia bukan melibatkan untuk kementerian ataupun Menteri Pelancongan Malaysia sahaja, sebab yang datang situ daripada luar negara pun ramai. Jadi diorang ni berkenalan, akhirnya maklumat-maklumat secara rambang ini keluar ke sana. Jadi kita tak boleh salahkan mereka jugalah. Jadi, harap ada perancangan jangka masa pendek, panjang ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Tioman, Kerajaan Negeri ambil maklum. Kita akan terus berusaha lagi. Terima kasih.
Terima kasih Wakil Kerajaan Negeri. Seterusnya soalan yang terakhir pada sesi pagi ini, saya menjemput ADUN Sungai Lembing.
Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 10.
[Merujuk kepada peneroka dan tuan tanah di kawasan FELDA Bukit Goh yang terjejas akibat aktiviti perlombongan bauksit sebelum ini sehingga hasil sawit terjejas dan kini tiada pendapatan, apakah hala tuju jelas Kerajaan Negeri Pahang bagi membantu nasib golongan ini?]
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam Pahang 1st, salam Maju Terus Pahang. Terima kasih kepada sahabat saya, Yang Berhormat Sungai Lembing bertanyakan soalan. Tapi sebelum saya nak menjawab soalan, saya nak membalas pantun Yang Berhormat Tras tadi. Yang Berhor… Yang Berhormat Tras handsome bergaya, sebab saya tengok pakaian dia, tali leher, bajunya ya, macam-macam. Yang Berhormat, rambut dia pun insya-Allah tapi jangan dye ya, jangan dye warna putih, insya-Allah.
Yang Berhormat Tras handsome bergaya, Banyak idea tak pernah buntu, Usahawan FELDA sebenarnya ramai yang berjaya, Insya-Allah kita sama-samalah membantu.
Insya-Allah. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Sungai Lembing ada menanyakan soalan iaitu merujuk kepada peneroka dan juga tuan tanah di kawasan FELDA Bukit Goh yang terjejas akibat aktiviti perlombongan bauksit sebelum ini
sehingga hasil sawit terjejas dan kini tiada pendapatan. Apakah hala tuju jelas Kerajaan Negeri Pahang bagi membantu nasib golongan ini? Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Lembing di atas soalan yang dikemukakan.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Untuk makluman Ahli-ahli Dewan Yang Mulia, FELDA Bukit Goh telah pun ditubuhkan sekitar tahun 1966 - 1967 dan dibangunkan secara berperingkat. Dengan keluasan kawasan pertanian hampir 2,831.86 hektar serta kawasan penempatan seluas 183.10 hektar yang menempatkan seramai 671 orang peneroka. Isu yang dibangkitkan adalah kesan berpanjangan daripada aktiviti perlombongan bauksit yang berlaku sekitar tahun 2014 sehingga 2015 yang telah pun memberikan impak besar terhadap keadaan tanah pertanian di kawasan tersebut. Selain itu, kerajaan telah melaksanakan moratorium pada tahun 2016 bagi menghentikan aktiviti perlombongan dan juga pengeksportan bauksit berikutan isu pencemaran alam sekitar yang amat serius. Sejak pelaksanaan moratorium tersebut, sebahagian kawasan ladang kelapa sawit di FELDA Bukit Goh terjejas dan tidak dapat diusahakan secara optimum, sekali gus menjejaskan sumber pendapatan peneroka.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Bagi menangani isu ini Kerajaan Negeri bersama dengan FELDA sedang meneliti secara menyeluruh hala tuju pembangunan semula kawasan FELDA Bukit Goh melalui pendekatan yang lebih mampan dan juga berdaya pulih. Beberapa cadangan pembangunan telah dikemukakan oleh beberapa pihak termasuklah pihak FELDA dan juga pihak swasta termasuk beberapa cadangan-cadangan, cadangan projek pembangunan bercampur, cadangan projek tanaman semula serta pembangunan solar dan juga inisiatif tenaga yang telah pun dibentangkan kepada pihak Kerajaan Negeri. Untuk makluman Sidang Dewan pada hari ini, Bukit Goh ni dah menjadi perhatian satu Malaya dan itu untungnya, alhamdulillah, orang FELDA ni sepatut berbangga selain daripada ada kelapa sawit, rupanya ada perkara yang lain di dalam Bukit Goh ni. Inilah bauksit yang berikan satu hasil kepada peneroka-peneroka. Insya-Allah, yang akan dibentangkan oleh pihak Kerajaan Negeri, insya-Allah.
Cadangan-cadangan ini telah pun dan sedang dibentangkan kepada jawatankuasa khas yang telah pun dilantik dan proses penilaian masih berjalan dan juga memastikan setiap cadangan yang dipertimbangkan memenuhi keperluan teknikal, ekonomi serta memberi pulangan yang adil kepada peneroka. Ini yang kita penting, ini pesanan daripada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar, yang penting kita perlu memihak kepada peneroka. Apa yang peneroka inginkan, kita akan memberikan secara keseluruhan dan juga perbincangan bersama dengan kepimpinan-kepimpinan peneroka. Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa dalam menentukan hala tuju ini, kepentingan dan kebajikan peneroka akan menjadi sentiasa keutamaan kami. Di samping memastikan hak Kerajaan Negeri dan juga FELDA juga terpelihara. Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa sebarang keputusan berkaitan hala tuju permohonan semula FELDA Bukit Goh akan dibuat secara teliti dengan mengambil kira kebajikan rakyat khususnya peneroka supaya penyelesaian yang dicapai benar-benar memberi manfaat jangka panjang kepada mereka. Sehubungan dengan itu, satu Jawatankuasa Khas Penyelarasan Cadangan Pembangunan Kawasan FELDA Bukit Goh telah ditubuhkan bagi meneliti dan memperincikan cadangan-cadangan yang dikemukakan.
Hasil penilaian ini, jawatankuasa akan memuktamadkan dalam masa yang terdekat dan sebelum diangkat untuk pertimbangan dan juga keputusan oleh pihak Kerajaan Negeri dan untuk ini Kerajaan Negeri sangat komited untuk memastikan penyelesaian yang dicapai adalah bersifat holistik, mampan dan juga mampu mengembalikan semula sumber pendapatan serta kesejahteraan peneroka yang terjejas. Sekian, Yang Berhormat Dato' Speaker.
Sila, Sungai Lembing.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya ingin bertanya soalan tambahan kepada Yang Berhormat Exco. Yang Berhormat Speaker, perlombongan bauksit di FELDA Bukit Goh ini telah dikenakan moratorium selama lebih 10 tahun. Sepanjang tempoh itu, pemilik tidak ada sumber pendapatan disebabkan bauksit tidak dapat dikeluarkan dan tanah tidak dapat ditanam sawitlah kerana rosak. Kalau tempoh 10 tahun itu kalau tanam sawit dan memang keluar hasil hingga hari ini.
Soalan saya, kepada Yang Berhormat Exco sepanjang tempoh 10 tahun, tempoh moratorium tersebut, apakah langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk membenarkan semula mereka mengeluarkan hasil bauksit daripada ladang mereka? Sebab kita tahu isu paling besar ialah pencemaranlah. Jadi tempoh 10 tahun tu amat lamalah untuk mereka guna balik tanah mereka, er… sepertimana Yang Berhormat Speaker sebut tadi mengikut kehendak mereka. Jadi ada sebahagian daripada peneroka ini, mereka masih lagi mahu mengeluarkan bauksit mereka dan pernah satu tarikh saya hadir pada… pada 19 Ogos 2024. Ada satu program simulasi untuk mengeluarkan bauksit daripada ladang tersebut. Saya tak dijemput hadir dalam program ini tapi saya datang terjah setelah dapat maklumat daripada orang kampunglah. Jadi saya nak tahu sejauh mana keputusan ataupun… keputusanlah daripada program tersebut yang mana bauksit tersebut seolah-olah boleh dikeluarkan dan akan diberikan lesen mengikut SOP yang telah ditetapkan, sebab banyak saya tengok agensi kerajaan turun pada hari itu, PTG, JPJ, polis dan banyaklah. Saya pun dah tak ingat yang tersebutlah. Jadi sejauh mana… sebab sekarang ni pun ada macam-macam cerita, Er... bawa keluar stockpilelah dan sebagainya. Sejauh mana kerajaan memantau isu ini di FELDA Bukit Goh. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Lembing. Terima kasih kepada Yang di-Pertua, sebab itu saya nyatakan bahawa Yang Berhormat Sungai Lembing, Bukit Goh ni adalah special dan saya tak tahulah nama Bukit Goh ni Gah atau Goh. Sebab itu, pada hari ini Kerajaan Negeri telah pun kita meletakkan kita telah pun melantik taskforce ini di bawah pentadbiran PTG dan kita telah pun melantik beberapa agensi-agensi untuk turut serta menilai. Sekurang-kurangnya kita nak menilai hasil bauksit yang sebenarnya. Berapakah hasil bauksit yang boleh kita keluarkan dan berapakah yang untuk kita mengembalikan semula kepada peneroka?
Ini yang telah pun kita beri jaminan agar peneroka-peneroka dapat bekerjasama dan untuk makluman, ini ada salah satu isu yang perlu kita hadapi iaitu antara peneroka ni telah mendahului maksudnya membuat agreement di samping sepatutnya dalam akta tidak boleh membuat agreement di samping untuk bauksit, tapi mereka telah pun melaksanakan perjanjian-perjanjian yang telah pun dibuat. Sepatutnya sewaktu itu kita telah memberitahu kepada peneroka bersabar sedikit untuk kita meneruskan sedikit sahaja lagi untuk kita memberikan kata putus untuk hala tuju yang sebenarnya iaitu untuk memastikan peneroka ni akan dapat kita berikan jaminan pendapatan mereka. Insya-Allah, dalam masa terdekat nanti dan apa hasil yang pada hari ini agak luar biasa. Inilah keistimewaan negeri Pahang yang ada hasil dari bumi yang perlu kita letakkan sebagai salah satu hasil kepada Kerajaan Negeri. Terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih.
Yang Berhormat Speaker, satu lagi… satu lagi.
Sila… sila.
Yang Berhormat Exco, untuk makluman pihak Yang Berhormat Exco, ada beberapa pihaklah yang datang jumpa saya untuk minta saya bagi surat sokongan supaya mereka… saya tak tahu surat sokongan itu untuk mengeluarkan bauksit atau sebagainya Ia kita… saya sebagai wakil pembangkang, saya rasa saya tak ada kuasa untuk memberi sokongan dan sebagainya. Tetapi saya rasa Yang Berhormat Exco boleh memberi penjelasan lah kepada… di dalam Dewan ini tentang situasi sekarang ini, yang saya tengok memang sekarang ini ada berlaku pengeluaran bauksit. Saya tengok ada jentera, ada trak dan sebagainya yang sedang menggali bauksit dan saya tak tahu dihantar ke mana dan sebagainya.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Lembing. Er... menyatakan tadi surat sokongan saya pada pandangan sayalah, maaf pada Ahli Dewan sekadar beri surat sokongan ni, kita sebagai Wakil Rakyat menyokonglah tapi kita ada taskforce dia akan menilai syarikat yang ingin membuat kapasiti syarikat tersebut, keupayaan syarikat mengenai kewangan syarikat dan kepakaran syarikat. Kita akan menilai, itulah taskforce ini adalah pakar-pakar bukanlah keputusan seorang dua. Inilah keputusan taskforce Group yang dikendalikan oleh semua Jabatan teknikal dan juga Komersial yang akan dianggotai oleh semua wakil. Sebab itu, pada hari ini… pada hari ini setakat hari ini yang telah pun dilaksanakan adalah stockpile yang perlu di diselesaikan untuk sementara waktu. Sementara kita menunggu keberhasilan daripada apa yang telah pun dibentangkan oleh beberapa pihak dan juga pihak-pihak yang tertentu termasuk daripada pihak PTG yang akan kita jadikan jalan penyelesaian. Untuk masa ini kita
pergerakan seperti biasa tapi namun telah pun dinasihatkan ataupun telah ada satu SOP untuk pihak pengusaha sementara ini untuk menjalankan proses-proses stockpile yang agak minimum, yakni yang kita minimumkan perjalanan-perjalanan pada hari ini supaya kita sedang menunggu hasil daripada perbincangan dan juga pembentangan yang telah pun dibuat oleh beberapa pihak pada masa ini. Sekian, Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat sekalian, kita selesai membincangkan 10 pertanyaan dan jawapan sekarang kita beralih ke aturan urusan mesyuarat seterusnya.
Menimbang Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan PahangMotion
Perkara ketiga: Menimbang Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Ahli-ahli Yang Berhormat… Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian di hadapan majlis ialah satu usul yang berbunyi;
“Bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju menjunjung kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang”
Usul tersebut telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 12 Mei 2026 dan telah pun disokong oleh… dan disokong dan dibahas pada 12 dan 13 Mei 2026. Seramai 33 orang ahli telah mengambil bahagian membahaskan usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat, pada hari ini pihak kerajaan akan menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan yang lepas. Saya ingin memaklumkan bahawa tempoh masa penggulungan adalah selama 30 minit. Saya juga ingin menasihatkan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, agar tidak kerap mencelah ketika sesi penggulungan bagi memberi ruang dan masa yang mencukupi kepada pihak kerajaan. Untuk itu, saya sukacita saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang untuk memberikan jawapan. Sila, Yang Berhormat.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Assalamualaikum WBT, salam Pahang 1st, salam Maju Terus Pahang. Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar Negeri Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Negeri, Ketua-ketua Jabatan dan juga rakan-rakan, tuan-tuan yang hadir yang saya hormati sekalian.
Negeri Pahang indah terbentang, Warisan megah kekal perkasa, Penuh syukur kita bersidang, Mohon berkat Yang Maha Esa.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Izin saya… izinkan saya memulakan ucapan penggulungan ini dengan patik menjunjung kasih dan setinggi-tinggi penghormatan kepada Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah sudi, mencemar duli, berangkat ke majlis pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Yang Ke-15 yang berlangsung pada 8 Mei 2026 bersamaan dengan 20 Zulkaedah 1447 Hijrah.
Titah Diraja yang telah disampaikan menjadi lambang, keutuhan semangat kepimpinan raja berperlembagaan yang sentiasa mendahulukan rakyat. Ucapan Tuanku yang menyentuh pelbagai aspek daripada pembangunan negeri, pemerkasaan ekonomi, sehingga kebajikan masyarakat, memberi hala tuju yang jelas dan memberi… menjadi panduan penting dalam merangka dasar serta tindakan Kerajaan Negeri di masa hadapan. Patik turut merafakkan sembah setinggi-tinggi menjunjung kasih, kesisi Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah serta Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas limpah perkenan, kebijaksanaan serta naungan berterusan Tuanku dalam memelihara kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan negeri Pahang Darul Makmur.
Sesungguhnya, di bawah payung pemerintahan Tuanku, negeri ini terus dipadu, dipandu dengan kebijaksanaan, keadilan, kewibawaan yang menjadi teras kepada keamanan serta keharmonian rakyat. Dalam Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, turut menekankan kepentingan memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, memperhebat ekosistem industri tempatan, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat khususnya, golongan muda serta memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Penegasan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku, supaya kerajaan mempercepatkan sistem penyampaian perkhidmatan, mengurangkan kerenah birokrasi serta mempergiat agenda pendigitalan dan juga penggunaan teknologi baharu, termasuk kecerdasan buatan atau AI juga amat bertepatan dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk memastikan sistem pentadbiran dan pembangunan ekonomi negeri terus bergerak seiring dengan perubahan semasa.
Sehubungan dengan itu, saya juga ingin merakamkan penghargaan terhadap pencapaian cemerlang Kerajaan Negeri, sebagaimana yang dizahirkan dalam Titah Diraja, termasuk kejayaan kutipan hasil negeri, yang terus melebihi RM1 bilion bagi tahun ke-4 berturut-turut. Pertumbuhan ekonomi ini, yang memberangsangkan serta kejayaan menarik pelaburan komited, bernilai RM18.04 bilion pada tahun lalu. Sesungguhnya, pencapaian ini mencerminkan komitmen dan juga keupayaan pentadbiran Kerajaan Negeri, dalam memastikan Pahang terus kekal sebuah negeri yang progresif, stabil dan juga berdaya saing.
Patik juga mengambil maklum, dan juga menjunjung tinggi kegusaran yang dizahirkan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku, mengenai isu hak kedaulatan hasil bumi negeri, khususnya berkaitan eksport pasir sungai. Penegasan Tuanku, agar hak negeri Pahang ini dipertahankan dan dikembalikan semula merupakan satu mesej yang sangat jelas. Selaku sebahagian daripada saf pentadbiran, patik berdiri teguh di bawah… di belakang kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Kerajaan Negeri, dalam menyokong sebarang usaha atau tindakan yang perlu diambil bagi memastikan kedaulatan hasil negeri tidak dinafikan demi kelangsungan ekonomi dan juga kebajikan rakyat Pahang secara keseluruhannya.
Patik ingin mengambil iltizam dan juga iktibar, di atas Titah Diraja untuk terus memperkasa agenda, pembangunan ekonomi rakyat khususnya, melibatkan warga FELDA, Gerakan Koperasi dan juga Komuniti Usahawan Negeri Pahang, sejajar dengan aspirasi Pahang 1st serta hasrat Kerajaan Negeri untuk memastikan kemakmuran dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat negeri Pahang. Sepanjang, sesi perbahasan pada kali ini, pelbagai persoalan, pandangan serta saranan telah dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat, yang menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab portfolio Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan juga Usahawan. Bagi pihak yang memegang portfolio ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, atas perbahasan yang matang, konstruktif serta berfokus demi kepentingan rakyat.
Pagi-pagi menaiki bas, Sambil makan kuih gulung, Semua YB sudah berbahas, Izinkan saya untuk menggulung.
Yang Berhormat Speaker,
Sebelum saya menyentuh soalan-soalan yang dibangkitkan, sepanjang sesi perbahasan. Pertamanya, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih dan syukur pada Allah SWT. Ucapan terima kasih saya khusus mewakili daripada warga peneroka untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Raja Menteri Besar, iaitu memaklumkan bahawa Dewan Yang Mulia ini, berhubung status geran hak milik peneroka FELDA Negeri Pahang. Ingin saya maklumkan di Dewan Yang Mulia ini, sehingga kini sebanyak 42,894 geran telah berjaya diserahkan kepada peneroka [Ahli Dewan menepuk meja]. Manakala hanya berbaki 231 peneroka iaitu sekitar 0.5% daripada kelulusan 43,126 peneroka. Pihak kami menyasarkan… menyasarkan penyelesaian penuh pada tahun… hujung tahun 2026 ini. Iaitu perkara ini tertakluk kepada penyelesaian isu-isu. Antaranya adalah pewarisan dan juga teknikal yang masih dalam perhatian dan juga tindakan pihak yang berwajib. Dan juga terkini majlis penyerahan surat hak milik telah pun diadakan pada 27 April yang lalu, iaitu bagi peneroka FELDA Selancar 1, 4 dan juga 5 di Dewan Ramai FELDA Selancar 4, 5 yang melibatkan jumlah penerima seramai 425 orang.
Yang Berhormat Speaker,
Menjawab soalan, daripada Ahli Yang Berhormat Kuala Sentul, Ahli Yang Berhormat Jengka dan juga Ahli Yang Berhormat Chenor, mengenai status pecahan lot bagi Skim Tanah Rakyat FELDA Pahang STRFB. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, pecahan lot yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut, untuk DUN di Kuala Sentul, melibatkan Jengka 1 sebanyak 93 lot, Jengka 3 sebanyak 83 lot dan Jengka 5 sebanyak 648 lot. Itu melibatkan lebih kurang 824 lot yang telah pun siap diukur oleh pihak yang berwajib. Bagi DUN Jengka, melibatkan 9 er... Jengka keluar sekejap.
Me… jadi DUN Jengka melibatkan 9 kawasan Jengka, iaitu Jengka 14 sehingga Jengka 23 iaitu dengan jumlah keseluruhan sebanyak 3,621 lot dan manakala di DUN Chenor, melibatkan 2 kawasan, iaitu Jengka 6 sebanyak 198 lot dan Jengka 7 sebanyak 255 lot. Bagi FELDA Kampung Awah dan juga Sungai Nerek, masih dalam bancian dan juga kajian yang lebih terperinci.
Mengenai isu kelewatan pelan susun atur yang dibangkitkan, ingin saya jelaskan bahawa projek ini melibatkan beberapa prosedur-prosedur yang agak ketat. Antaranya ialah prosedur teknikal, yang amat mendalam. Terutamanya yang menyentuh aspek perwartaan tanah di bawah Akta GSA. Satu jawatankuasa dan juga Mesyuarat Penyelarasan STRFP Bilangan 2/26 pada 16 April yang lalu, telah pun bersetuju untuk menggerakkan Jawatankuasa Teknikal dan juga Task Force yang akan diterajui oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang. Jawatankuasa ini turut melibatkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang, LPHP sebagai penasihat bagi menentukan spesifikasi teknikal supaya fasa pembinaan berjalan dengan lancar. Jawatankuasa ini sedang melaksanakan gerak kerja intensif di lapangan bagi memastikan segala spesifikasi infrastruktur termasuk rezab jalan, sistem saliran perparitan serta utiliti mematuhi piawaian yang ditetapkan. Kerajaan Negeri berpendirian bahawa penyerahan lot tanah haruslah disekalikan dengan kesediaan infrastruktur yang mampan bagi memudahkan urusan permohonan rumah oleh peserta kelak. Inilah yang selalu dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat baik di sebelah sini mahupun sebelah sana agar infra yang akan diberikan bagi memudahkan permohonan-permohonan dan juga untuk generasi FELDA dapat menduduk rumahnya mereka dengan lebih selesa.
Menjawab persoalan Ahli Yang Berhormat Kemayan, mengenai jangkaan penawaran, sukacita saya maklumkan bahawa kriteria kelayakan kini sedang diperhalusi dengan teliti bagi menjamin ketelusan proses iaitu segala ketetapan teknikal mengenai fasa penawaran ini akan dimuktamadkan melalui bengkel Pemurnian STRFP pada 21 Mei 2026 ini. Proses ini akan digerakkan secara berfasa selaras dengan syor teknikal daripada bengkel permohonan STRFP yang akan dijadualkan pada Mei ini bagi memastikan setiap peserta yang terpilih benar-benar layak dan prosesnya telus. Berhubung isu pembayaran premium yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Pulau Tawar, ingin saya tegaskan bahawa sehingga kini tiada lagi sebarang bayaran premium dibuat kepada pejabat daerah dan juga tanah. Untuk makluman Ahli Dewan, bahawanya sekali lagi, saya ingin menegaskan bahawa pihak FELDA dan juga Kerajaan Negeri ataupun mana-mana pihak tidak pernah pun mengenakan sebarang… dipanggil sebarang bayaran ataupun kutipan wang kepada pemohon-pemohon. Ini saya ingin maklumkan kepada semua Ahli Dewan untuk memberitahu kepada di luar sana bahawanya tiada sebarang kutipan wang ataupun premium yang perlu dibayar oleh pemohon-pemohon buat masa ini. Dan juga proses pengeluaran notis hanya akan dilaksanakan setelah segala aspek teknikal dan juga perundangan dimuktamadkan sepenuhnya. Oleh itu, kerajaan negeri menasihatkan agar warga FELDA sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan sebarang dakwaan pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab.
Yang Berhormat Speaker,
Seterusnya mengenai status pindaan Akta Tanah iaitu Kawasan Penempatan Berkelompok 1960 Akta 530 atau Akta GSA yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kemayan. Draf pindaan tersebut telah pun dibentangkan kepada Ahli Lembaga FELDA pada 20 April yang lalu untuk semakan terakhir sebelum dibawa ke peringkat Parlimen. Pindaan ini amat penting bagi membenarkan pembinaan rumah kedua di lot rumah peneroka asal secara sah. Yang ini untuk makluman kepada Ahli
Dewan, saya rasa inilah antara disebut-sebut oleh seluruh pemimpin masyarakat yang mempunyai FELDA agar rumah-rumah kedua di dalam satu lot dapat dibenarkan.
Bagaimanapun, menjawab keraguan Ahli Yang Berhormat Cheka saya ingin menegaskan bahawa di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, Kerajaan Negeri Pahang telah pun mengambil langkah proaktif untuk tidak bergantung sepenuhnya kepada garis semasa proses pindaan ke peringkat persekutuan. Saya dimaklumkan dan saya dapat mengetahui Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar sendiri membawa surat ini dan berhubung sendiri, selalu menghubungi, selalu bercakap dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu selaku menteri yang menjaga FELDA agar perkara ini dapat dipercepatkan. [Ahli Dewan menepuk meja] Insya-Allah apabila ketua negeri sendiri berhubung dengan ketua negara, saya rasa keberhasilannya, insya-Allah yang akan diumumkan dalam masa yang terdekat ini. Berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pula, Kerajaan Negeri akan melaksanakan proses pemberimilikan dibuat di bawah Akta Seksyen 10 Akta GSA iaitu tanpa membuat penamatan Seksyen 5 dan juga Seksyen 6 di bawah Akta yang sama bagi mempercepatkan proses-proses kepada yang layak nanti.
Yang Berhormat Speaker,
Ahli Yang Berhormat Kemayan, Chini dan juga Sabai dan juga saya yakin semua kepimpinan-kepimpinan masyarakat telah pun sangat menekankan isu iaitu untuk generasi peneroka yang mencadangkan agar diberi kelulusan khas bagi bekalan elektrik dan juga air untuk rumah kedua Generasi Kedua FELDA. Kerajaan Negeri amat prihatin dan juga menerima baik cadangan ini. Buat masa ini, kerajaan negeri sedang meneliti peruntukan perundangan yang sedia ada untuk mempertimbangkan kebenaran khas tersebut. Di samping pada hari ini, pihak kami ataupun pihak mewakili peneroka dan juga anak-anak peneroka. Kita mendesak Kerajaan Persekutuan memberikan maklum balas perkara ini dengan segera dengan tuntas bagi untuk memenuhi permintaan-permintaan anak-anak peneroka, generasi peneroka untuk memberikan perkara ini dapat diputuskan dengan lebih segera. Tapi bagi permohonan bekalan air, pihak Pengurusan Air Pahang Berhad ataupun PAIP telah pun menetapkan dokumen yang diperlukan termasuklah surat kebenaran pemilik tanah dan surat kebenaran kemasukan bekalan air daripada Pejabat Tanah ataupun FELDA. Permohonan akan diproses segera setelah dokumen lengkap dikemukakan mengikut tatakelola dan juga piawaian ataupun yang telah diberikan oleh pihak PAIP. Bagi bekalan air pula, bagi bekalan elektrik pula koordinasi teknikal sedang dipergiat bersama pihak teknikal Tenaga Nasional Berhad atau TNB bagi memastikan kapasiti pencawang di kawasan rancangan berkaitan mampu menampung beban tambahan secara selamat. Kita tidak mahu penyelesaian ini bersifat sementara sebaliknya mestilah menjamin kestabilan bekalan untuk tempoh jangka masa panjang.
Yang Berhormat Speaker,
Seterusnya saya ingin memberikan maklum balas terhadap beberapa isu tempatan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Chini berkaitan keselamatan dan kemudahan utiliti di kawasan FELDA Chini. Mengenai cadangan kajian sistem pendawaian elektrik di rumah-rumah peneroka lama, kerajaan negeri amat bersetuju bahawa aspek keselamatan mestilah diutamakan bagi mengelakkan risiko bencana kebakaran. Walau… walaupun pemilikan rumah adalah di bawah tanggungjawab individu, namun pihak pengurusan FELDA telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Program Insurans Takaful My Fire Plus sebagai inisiatif perlindungan kebajikan dan juga harta benda peneroka. Ini kita menyeru agar seluruh peneroka untuk mengambil
skim insurans Takaful My Fire Plus ini dengan harga yang cukup minimum, dianggarkan lebih kurang RM65.00 setahun yang boleh memberikan melindungi rumah-rumah peneroka dengan lebih selamat, insya-Allah. Di samping itu, bagi pemeriksaan pendawaian, pemilik rumah disarankan untuk melantik kontraktor pendawaian mendaftar dengan Suruhanjaya Tenaga bagi memastikan kualiti dan keselamatan pendawaian memenuhi standard yang telah pun ditetapkan. Selain itu, berhubung pengurusan pentadbiran, pihak Pejabat Felda Wilayah Kuantan telah pun diarahkan untuk meningkatkan komitmen dan kerja… kerjasama antara pejabat daerah dan juga bersama dengan FELDA.
Yang Berhormat Speaker,
Izin saya ingin… ingin saya… izinkan saya mengambil ruang untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Lantikan, Tuan Haris Salleh di atas keprihatinan dan juga komitmen yang diberikan oleh beliau berkaitan isu pembelian perumahan di Sungai Rentang dan juga isu litar motocross yang dapat membantu memberi informasi dan juga jalan penyelesaian yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tahan [Ahli Dewan menepuk meja]. Ini baru ADUN Lantikan, bayangkan kalau diberi mandat sepenuhnya untuk menjadi Yang Berhormat kawasan akan perkara yang lebih besar akan dilaksanakan untuk membantu rakyat. Tahniah sekali lagi kepada Yang Berhormat Lantikan YB Haris. [Ahli Dewan menepuk meja]
Yang Berhormat Speaker,
Ingin saya menjawab persoalan Yang Berhormat Chini lagi mengenai langkah membantu usahawan kecil, meningkatkan pendapatan dalam mendepani cabaran ekonomi semasa. Kerajaan Negeri sentiasa komited meningkatkan pendapatan melalui pendekatan yang menyeluruh merangkumi penyediaan platform pemasaran, perluasan pasaran, akses kepada pembiayaan serta pembangunan kapasiti usahawan. Bagi menyediakan platform pemasaran dan juga perluasan pasaran, Kerajaan Negeri telah pun melaksanakan Malaysia East Cost-Trade Entrepreneur Expo pada April yang lalu yang menghimpunkan berbagai usahawan tempatan bagi mempromosikan produk dan juga perkhidmatan mereka. Di samping itu juga membuka ruang dan juga peluang jaringan perniagaan serta akses kepada pasaran yang lebih luas.
Kerajaan Negeri juga akan meneruskan penganjuran Karnival Usahawan di setiap daerah yang akan dilaksanakan secara serentak bersama dengan Karnival Aspirasi Pahang 1st serta penganjuran program Promosi Usahawan di Luar Negeri Pahang. Bagi memperluaskan capaian pasaran di peringkat nasional. Karnival luar Negeri Pahang ini dibuat berdasarkan keberkesanan program seumpama yang telah dilaksanakan pada tahun 2025 yang lalu seperti Pahang Showcase di AEON Wangsa Maju dan juga Pahang Showcase@Medan MARA yang berjaya meningkatkan jualan serta keterlihatan produk usahawan negeri Pahang berada di luar daripada negeri Pahang. Inisiatif sebegini dilaksanakan bagi memastikan usahawan di peringkat akar umbi khususnya di luar bandar mendapat peluang yang lebih inklusif untuk memasarkan produk mereka secara terus kepada pengguna sekali gus meningkatkan pendapatan melalui aktiviti jualan dan juga pendedahan pasaran.
Kerajaan Negeri dengan kerjasama SIRIM Berhad telah pun melaksanakan Program SIRIM Technopreneurship Programme (STeP) yang bermula tahun 2025 bagi membantu usahawan meningkatkan kualiti produk dan juga menambah baik reka bentuk pembungkusan serta memenuhi piawaian persijilan halal. Usaha ini bertujuan
untuk memastikan produk tempatan lebih berdaya saing serta berpotensi untuk dikomersialkan secara lebih meluas di pasaran domestik dan juga luar negara. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri juga akan meneruskan inisiatif ini kepada fasa kedua bagi memastikan kesinambungan sokongan kepada usahawan-usahawan negeri Pahang di samping memperkukuhkan lagi ekosistem pembangunan produk tempatan di negeri ini secara lebih menyeluruh dan juga berimpak tinggi.
Dalam aspek sokongan kewangan, Kerajaan Negeri melalui Program Geran Usahawan Makmur Pahang menyediakan bantuan berbentuk geran kepada usahawan bagi tujuan meningkatkan kapasiti pengeluaran pembelian peralatan, menaik taraf premis serta pengukuhan strategi pasaran termasuk pendigitalan perniagaan. Bagi membantu penjaja dan juga peniaga kecil berlesen di seluruh negeri, Kerajaan Negeri melalui Inisiatif Makmur Pahang memperuntukkan lebih kurang RM3 juta bagi pemberian lesen percuma kepada penjaja B40 sedia ada di seluruh negeri Pahang. Inisiatif ini bertujuan mengurangkan beban kos operasi golongan peniaga kecil serta menggalakkan pematuhan lesen perniagaan di samping memastikan mereka dapat terus beroperasi secara sah, berdaya tahan, berdaya saing dalam ekosistem perniagaan yang lebih teratur. Selain itu, agensi pembangunan usahawan seperti SME Corp. Malaysia turut melaksanakan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera atau (TUBE) dan juga GrowBiz yang menyediakan geran permulaan perniagaan, latihan serta bimbingan kepada usahawan mikro termasuk dalam aspek pemasaran digital melalui platform seperti Facebook, Instagram, TikTok dan juga media sosial yang lain.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga sentiasa menggalakkan usahawan luar bandar memanfaatkan pelbagai kemudahan pembiayaan strategik yang disediakan oleh agensi-agensi pembangunan usahawan iaitu di peringkat Persekutuan seperti Skim Insentif Start-Up oleh RISDA, Skim Program Dana Pemangkin Penskalaan oleh SME Corporation, Pembiayaan PROSPER oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad iaitu PUNB, antaranya Geran Agropreneur Muda di bawah Kementerian Pertanian dan juga Keterjaminan Makanan, Kemudahan Sokongan Pembiayaan Perniagaan MARA dan Skim Pembiayaan Online TEKUN yang boleh dilihat dalam website ataupun laman sesawang agensi-agensi tersebut. Sehingga 2026 Februari pada tahun 2026 ini, TEKUN Nasional ingin sekali lagi mengucapkan tahniah dan terima kasih yang telah pun menyalurkan pembiayaan sebanyak RM14.6 juta kepada seramai 645… 649 usahawan di negeri Pahang termasuk melalui Skim Pembiayaan Online Tekun (SPOT) bagi menyokong pendigitalan usahawan di luar bandar. Kesimpulannya, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh ekosistem keusahawanan luar bandar melalui penyediaan bantuan pembiayaan, latihan dan peluang pemasaran yang lebih menyeluruh.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Seterusnya saya ingin menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Pulau Manis mengenai kaedah penerangan insentif atau inisiatif keusahawanan. Kerajaan Negeri menyedari bahawa pemakluman yang tepat dan juga pantas adalah kunci utama kejayaan agar dasar dan juga program keusahawan dapat dilaksanakan. Justeru, Kerajaan Negeri melaksanakan pendekatan hebahan yang menyeluruh dan juga proaktif. Ini termasuklah hebahan terperinci mengenai geran-geran bantuan, inisiatif keusahawanan khusus serta kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan. Kita mahu memastikan golongan muda dan juga usahawan di setiap ceruk negeri sentiasa mendapat maklumat terkini mengenai peluang pembangunan usahawan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri.
Maklumat yang disalur… disalurkan bukan sahaja melalui saluran konvensional, malah dioptimumkan melalui platform media sosial Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah dan juga Tanah, platform digital agensi pembangunan usahawan serta program turun padang, ekspo dan juga karnival usahawan di daerah-daerah supaya hebahan dapat sampai terus kepada kumpulan sasar.
Yang Berhormat Speaker,
Seterusnya saya akan beralih pula kepada sektor yang menjadi tonggak ketiga pembangunan ekonomi negara iaitu gerakan koperasi. Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memperkukuh ekosistem koperasi sebagai wadah memper… pemberdayaan ekonomi rakyat dan inklusif. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, prestasi gerakan koperasi di negeri Pahang bagi tahun berakhir Disember 2025 telah mencatatkan pertumbuhan yang sangat membanggakan. Diucapkan tahniah kepada seluruh koperasi negeri Pahang, berdasarkan perangkaan terkini bilangan koperasi meningkat sebanyak 4% iaitu daripada 1,162 koperasi telah pun meningkat kepada 1,211 buah koperasi. Keanggotaan kini mencecah 314… 314,537 anggota iaitu peningkatan sebanyak 4% berbanding tahun sebelumnya iaitu 18% daripada populasi produk daripada 18% daripada populasi penduduk negeri Pahang adalah ahli koperasi. Kekuatan ataupun kekuatan modal syer dan yuran anggota telah pun meningkat iaitu kepada RM464.9 juta dan nilai aset mencatatkan pertumbuhan 8% dengan nilai keseluruhan berjumlah RM1.72 bilion dan jumlah perolehan melonjak sebanyak 15% daripada RM979.82 juta kepada RM1.13 bilion. Saya nak ucapkan sekali lagi terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar telah pun menggalakkan koperasi ini dapat diperkasakan. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar. [Ahli Dewan menepuk meja]
Pencapaian RM1.13 bilion ini adalah iaitu jumlah perolehannya yang melonjak sebanyak 50%, hasil nukilan dan juga idea Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar untuk merangsangkan ekonomi koperasi ini bukan sahaja di kalangan koperasi dewasa malah koperasi remaja dan juga koperasi-koperasi sekolah untuk kita mempertingkatkan lagi pencapaian dan juga pendapatan daripada koperasi-koperasi tersebut. Dan juga untuk merujuk kepada data perangkaan am koperasi. Ini adalah satu lagi kejayaan negeri Pahang. Kedudukan gerakan Koperasi Negeri Pahang dalam Indeks Koperasi terbaik Malaysia adalah seperti berikut, iaitu 100 Indeks Koperasi Terbaik Malaysia pada tahun 2024, 11 koperasi yang telah pun menduduki 100 Indeks Koperasi terbaik Malaysia pada tahun ini pun juga kita remain 11 koperasi yang terbaik di dalam negara kita.
Namun, 350 indeks koperasi terbaik Malaysia pada tahun 2024 hanya 37 koperasi dan pada tahun 2025, satu peningkatan iaitu sebanyak 41 koperasi telah pun menjadi indeks di dalam koperasi terbaik Malaysia. Sekali lagi tahniah kepada koperasi yang berjaya mendapatkan tempat di seluruh Malaysia ini. Dan sehingga Disember 2025, Koperasi-koperasi Negeri Pahang juga telah pun menyumbang zakat perniagaan sebanyak RM6.06 juta ke dalam… oleh 146 koperasi. Pencapaian ini membuktikan bahawa gerakan koperasi di negeri Pahang berada di landasan yang tepat dan untuk terus bersaing memberikan nilai pulangan yang tinggi kepada anggota- anggotanya. Dalam usaha memastikan kelangsungan dan juga daya saing koperasi, Kerajaan Negeri melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terus menyalurkan bantuan kewangan yang signifikan pada tahun 2025 sebanyak RM794,000.00 dalam bentuk geran bantuan telah pun diluluskan kepada 22 buah koperasi. Manakala sejumlah RM10 juta kepada 10 koperasi telah disalurkan melalui pembiayaan ataupun pinjaman bagi membantu koperasi mengembangkan aktiviti perniagaan mereka.
Kerajaan Negeri juga amat prihatin terhadap pemerkasaan ekonomi kariah masjid. Sehubungan itu, Belanjawan Negeri Pahang 2026, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar, ini satu idea sekali lagi yang saya anggap di luar kotaknya iaitu peruntukan sebanyak RM600,000.00 telah diluluskan bagi pelaksanaan Program Pemerkasaan Koperasi Kariah Masjid Negeri Pahang ataupun kita panggil HIKMAH iaitu program ini akan dipacu secara kolaboratif antara SKM, ANGKASA, IKMa, JAIP dan juga MUIP bagi memastikan masjid bukan sahaja menjadi pusat ibadah, malah menjadi pusat pertumbuhan ekonomi setempat. Sebagai menghargai sumbangan sektor ini, beberapa acara utama telah pun dirancang yang akan dilaksanakan antaranya termasuklah Majlis Apresiasi Koperasi Terbaik Negeri Pahang yang akan dijadualkan pada tahun ini sebagai pengiktirafan kepada koperasi-koperasi yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam tadbir urus dan juga perniagaan.
Yang Berhormat Speaker,
Sebelum saya mengakhiri ucapan sekali lagi, saya mengucapkan banyak terima kasih kepada saf-saf kepimpinan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar, di atas panduan dan juga nasihat serta bimbingan yang amat jelas dengan niat untuk membantu rakyat. Tidak asing lagi untuk memberikan ekonomi negeri kita, iaitu negeri Pahang yang tercinta ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh rakyat. Walaupun kecaman, walaupun fitnah, walaupun sindiran yang dibuat oleh beberapa pihak, namun kita tidak memberikan ataupun tidak mengurangkan rasa kami untuk sentiasa berkhidmat kepada rakyat ya. Saya nak memetik ada satu perkataan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Raja Menteri Besar mengenai harga nasi lemak RM1.50 pun ada, RM2.00 pun ada, di Kuala Sentul makan mungkin yang nasi lemak dalam RM6.70 itu pun pihak di luar sana memperli, apakah yang diberikan oleh statement Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar? Pada saya ini, satu kita perlu memberi maklum kepada di luar sana bahawa sindiran itu okey, tetapi sindiran itu janganlah sampai menghina ataupun memberikan peniaga-peniaga nasi lemak pada hari ini meletakkan nasi lemak itu mahal. Nanti takut peniaga di luar sana akan tidak lagi menjual nasi lemak sedangkan nasi lemak ini antara makanan orang Melayu yang paling digemari oleh seluruh rakyat Malaysia termasuklah YB daripada Triang yang menyukai nasi lemak Bentong yang bernilai RM1.00 boleh disahkan oleh CADO ha… hari ini CADO ada. Nasi lemak di Bentong datang di Bentong, RM1.00 boleh berjumpa ha… Yang Berhormat Sentul… ha nak mencelah.
Yang Berhormat Speaker, saya tak cakap pasal nasi lemak RM1.00… RM1.50 ini, saya bagi data saya daripada Indeks Harga Pengguna yang average RM4.00 itu je.
Terima kasih, Kuala Sentul.
Cakap tu jangan pandang saya. [Ketawa]
Ha… tak? Terima kasih kepada Kuala Sentul, dah habis ya. Ha… indeks harga. Sebab itu apabila yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Kemayan tadi, tu semalam bahawa tolong jelaskan kenapakah implikasi… kenapa implikasi kenaikan harga? Tapi Yang Berhormat Kuala Sentul nak buat jawapan bertulis nanti, WhatsApp jelah tak payah bertulisnya. Sebab itu kita perlu memberitahu kepada penyokong-penyokong kita ataupun rakyat di luar sana. Saya berfikiran pada hari ini apabila Yang Amat Berhormat menegaskan kita banyak membantu daripada bayi sampai ke warga emas. Banyak bantuan-bantuan telah diberikan, namun perkara ini telah pun tidak pun pernah dicanangkan ataupun telah pun telah tidak pun diberitahu oleh pihak di sebelah sana yang mengatakan inilah program yang bagus, tidak pernah. Sebab itu saya mengatakan adakah bersetuju program, contohnya bakti negeri ni adalah program yang baik. Yang Berhormat Kuala Sentul pula meletakkan perkara itu macam ya ataupun tidak… acuh pun tak acuh, perlu menyatakan pandangan bahawanya apa yang Kerajaan Negeri buat ini yang baik perlu kita jelaskan beritahu kepada rakyat di luar sana bahawa apa yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri ini adalah amat baik untuk membantu rakyat.
Sebab itu saya mohon kepada rakan-rakan media di luar sana, rakan-rakan yang membuat ataupun memegang handphone iaitu semaklah ataupun bersikap tabayyun untuk menyemak sebarang fitnah, ataupun perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah, ataupun merosakkan fahaman, ataupun merosakkan hubungan kita sesama manusia, dan menjadikan kita lebih alpa ataupun di masa akan datang akan menjadi keberatan kepada masyarakat kita. Bayangkan pada anak-anak kita yang bakal berada di waktu ini hari ini, insya-Allah kita selamat tapi anak-anak kita di masa akan datang kita tidak tahu wallahu a'alam. Sebab tu Yang Berhormat Speaker, saya menyarankan agar pemain-pemain media sosial, janganlah terlalu ghairah ingin meletakkan sebarang perkara, namun perkara yang tetap haram tetap haram. Ia tidak akan menjadi halal, namun benda yang halal tetap halal seperti nasi lemak yang berharga RM1.00 yang ada pada hari ini, insya-Allah.
Yang Berhormat Speaker,
Akhirnya saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua pegawai dan juga kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan persidangan Dewan Undangan pada kali ini. Ucapan penghargaan terima kasih juga turut diberikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat atas pandangan dan juga input-input yang dikongsikan sepanjang Persidangan kali ini. Terima kasih juga kepada pegawai-pegawai daerah di seluruh negeri Pahang, YDP-YDP seluruh negeri Pahang, Ketua-ketua jabatan terutama sekali Yang Hormat Dato’ Pegawai Daerah Bentong, anak dia tak berapa sihat masuk hospital malam tadi CADO ya, kita doakan semoga anaknya sihat dengan sejahtera dengan baik dan dipermudahkan urusannya dan juga Yang Hormat Dato’ Majlis Perbandaran Bentong, Pengarah-pengarah FELDA antara 3 wilayahnya, iaitu kita ada wilayah Kuantan, Jengka dan Mempaga serta Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Pahang yang dapat hadir untuk bersama pada hari ini dan juga kerjasama dan komitmen yang diberikan kepada saya selama ini.
Saya turut merakamkan penghargaan kepada usahawan kita, ada usahawan kita hari ini. Iaitu sila berdiri… usahawan kita Puan Nurul Syahirah binti Kamaruzzaman dan Puan Salmiah binti Mohammed. Kita berikan tepukan kepada usahawan FELDA [Ahli Dewan menepuk meja] ini yang berbesar hati menyumbang kerepek bawang. Sambil-sambil membawang bolehlah makan kerepek ni. Itu dipanggil kerepek membawang.
Sebab tu saya suka bawa kerepek bawang hari ni supaya sebab kita lepas ni keluar kita bolehlah membawang bersama sambal belimbing supaya belimbing ni ada yang masam. Ada yang manis. Maklumlah, dalam Dewan kita ada pertukaran idea. Ada yang manis, ada yang masam dan juga belimbing rebus kepada Ahli Dewan Yang Mulia ini. Inilah salah satu usahawan atau ramai lagi usahawan FELDA yang kita ingin pamerkan dan juga ingin produk ini mereka kita naik tarafkan supaya dapat dipasarkan di pasaran di luar sana. Insya-Allah.
Mentari pagi menyinar lama, Angin bertiup lembut terasa, FELDA Koperasi jadi teras bersama, Usahawan dipacu ekonomi sejahtera.
Dari Bentong ke Pekan Sehari, Jalan Tenang di Bukit Tinggi, Selesai sudah mandat diberi, Di lain sidang bersua kembali.
Dengan ini, saya ingin mohon menyokong. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang. Seterusnya, saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang. Sila, Yang Berhormat.
Teima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Salam sejahtera, salam perpaduan, salam Pahang 1st. Terima kasih kerana diberi peluang untuk saya menyampaikan ucapan penggulungan bagi portfolio perpaduan, pelancongan dan kebudayaan negeri Pahang. Terlebih dahulu, saya menjunjung kasih kesisi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota, titah diraja yang dizahirkan menjadi pedoman penting kepada Kerajaan Negeri untuk terus mengimbangi agenda pembangunan kesejahteraan rakyat, kelestarian alam sekitar dan pengukuhan identiti negeri. Dalam konteks portfolio saya, titah tuanku relevan dengan usaha memperkukuhkan pelancongan berasaskan alam semula jadi, warisan budaya dan komuniti di samping memelihara perpaduan rakyat.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Saya juga merakamkan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan serta mengemukakan pandangan, teguran dan cadangan membina bawah portfolio saya. Ucapan penggulungan ini akan saya susun dalam 3 teras utama iaitu pertama; pelancongan, kedua; kebudayaan, warisan dan ilmu, ketiga; perpaduan.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Sektor pelancongan negeri Pahang bukan lagi sekadar sektor sokongan, sebaliknya pemacu penting ekonomi negeri. Pelancongan hari ini bukan hanya berkaitan dengan jumlah ketibaan pelancong tetapi bagaimana setiap kehadiran pelancong ini mencipta peluang pendapatan kepada rakyat. Memperkukuhkan perusahaan kecil, menghidupkan ekonomi daerah dan memberi manfaat langsung kepada komuniti setempat. Dalam konteks ini, pelancongan Pahang dibangunkan sebagai ekosistem ekonomi yang menghubungkan hotel, homestay, pengusaha makanan, peniaga kecil, pengusaha bot, pemandu pelancong, penggiat seni budaya, pengusaha kraftangan, komuniti desa, pengusaha rekreasi dan pihak berkuasa tempatan supaya memberi multiplier effect, dengan izin kepada ekonomi rakyat.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Tahun 2025 mencatatkan pencapaian membanggakan apabila negeri Pahang merekodkan kehadiran 15.28 juta pelancong melepasi sasaran awal Kerajaan Negeri. Negeri Pahang juga merekodkan kadar purata penginapan tertinggi di Malaysia iaitu 76.3% pada tahun 2025, mengekalkan kedudukan Pahang sebagai nombor satu untuk prestasi penginapan tertinggi untuk 3 tahun berturut-turut. Daripada Tanah Tinggi, pulau, pantai, taman negara…
Yang Berhormat…Yang Berhormat, bunyi yang mana? Saya ingin memberi amaran kepada semua supaya semua tutup handphone ataupun tutup bunyi handphone untuk kita menjalankan mesyuarat dengan lancar. Sekian, sila Yang Berhormat.
Okey. Saya teruskan daripada tanah tinggi, pulau, pantai, taman negara, warisan, Geopark, bandar, agropelancongan hingga Komuniti Desa. Kepelbagaian produk pelancongan membolehkan Pahang menawarkan pengalaman yang menyeluruh kepada pelbagai segmen pelancong.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Bagi tahun 2026, Kerajaan Negeri meletakkan hala tuju yang jelas melalui pendekatan Visit Malaysia 2026 Pahang 1st untuk memastikan negeri Pahang muncul sebagai destinasi pilihan utama sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Bagi merealisasikan sasaran 15.5 juta pelancong, peruntukan Kerajaan Negeri digerakkan untuk memperkukuh promosi, pembangunan produk, penganjuran acara, latihan pemain industri, pembangunan kapasiti komuniti serta penambahbaikan infrastruktur pelancongan. Dengan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan MOTAC bawah Rolling Plan 1 RMK-13 ada 2 kelulusan projek. Yang pertama, pembangunan semula Pantai Cherating, Kuantan berjumlah RM15 juta. Yang kedua, menaik taraf Floating Platform di Kampung Tekek, Pulau Tioman berjumlah RM3 juta. Menjunjung Titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota yang memberi perhatian khusus kepada Cherating, Kerajaan Negeri mengambil maklum dan amat menghargai pandangan tersebut.
Sehubungan itu, kelulusan RM15 juta bagi pembangunan semula Pantai Cherating akan dimanfaatkan sebaiknya untuk mengangkat semula kedudukan Cherating sebagai destinasi pantai ikonik negeri Pahang. Bagi memastikan Cherating diberi nafas baru, tumpuan pelaksanaan akan merangkumi 3. Pertama, menaik taraf
kemudahan asas pelawat termasuk laluan masuk, landskap, pencahayaan, papan tandas, tandas, surau dan tempat rehat. Kedua, menambah baik susun atur kawasan pantai dan kemudahan sokongan pelawat untuk memastikan persekitaran yang lebih kemas, selamat, selesa serta sesuai untuk penganjuran program dan sukan air.
Ketiga, memperkukuh produk pelancongan Cherating seperti luncur ombak, Sungai Cherating, firefly watching, makanan tempatan, kraftangan, seni budaya dan acara komuniti. Keempat, membangunkan tarikan baharu seperti River Esplanade dan glamping bagi menambah nilai pengalaman pelawat. Projek ini sangat penting kerana infrastruktur yang baik akan meningkatkan kualiti pengalaman pelawat, memperkukuh daya saing destinasi dan memberi manfaat kepada pengusaha tempatan.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Untuk pelbagai latihan dan program peningkatan kapasiti turut dilaksanakan untuk MOTAC dan agensi-agensi. Antara kursus yang dilaksanakan adalah Kursus Mesra Malaysia, latihan kepada pengusaha homestay, pemandu pelancongan berlesen, bengkel gastronomi produk homestay dan kursus CTRE. Manakala untuk Kerajaan Negeri, pendekatan diberi untuk latihan hospitaliti, pembangunan pakej pelancongan, pengurusan media, penghasilan kandungan digital, pemanduan pelancong alam semula jadi dan strategi pemasaran.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Dari sudut pengiktirafan kualiti, pada tahun 2025, 3 produk pelancongan Pahang telah mendapat pengiktirafan MyTQA iaitu East Coast Mall, Pusat Taman Laut Tioman dan Masjid Negeri Sultan Ahmad. Ini menjadikan keseluruhan 10 produk pelancongan di Pahang telah menerima pengiktirafan tersebut. Di peringkat ASEAN, Majlis Bandaraya Kuantan dan Hyatt Regency Kuantan Resort mendapat pengiktirafan ASEAN Tourism Standard bagi penilaian 2026 hingga 2028. Pengiktirafan ini penting kerana meningkatkan keyakinan pasaran terhadap kualiti destinasi, perkhidmatan dan pengalaman pelancong di Pahang.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Ketidaktentuan geopolitik, termasuk situasi di Asia Barat memberi kesan kepada sektor pelancongan khususnya dari segi kos perjalanan, laluan penerbangan, sentimen keselamatan dan corak perancangan pelancong antarabangsa. Dalam keadaan ini, pendekatan Kerajaan Negeri adalah pragmatik, memperkukuh pasaran domestik dan serantau yang lebih stabil, di samping meneruskan promosi antarabangsa secara bersasar kepada pasaran yang mempunyai potensi untuk membawa ketibaan dan perbelanjaan yang tinggi. Selain daripada 3 travel fair yang saya berkongsi semalam iaitu MAH Tourism Fair, MATTA Fair Pahang dan STAR Karnival Cuti-Cuti Malaysia, program lain seperti Pantai Timur Fest, Pahang Fishing Fest, East Coast Surreal Taste and Cultural Fest, Program Malaysia Year End Sale er… Pahang juga akan menjadi platform promosi kempen.
Di samping itu, kerjasama pintar, Smart Partnership, dengan izin dan Promosi Bersama, Joint Promotion dengan pemain industri sangat penting. Sebagai contoh, Tourism Malaysia telah memeterai kerjasama strategik dengan Resorts World Genting untuk mempromosikan kempen Visit Malaysia 2026. Jadi pada awal tahun ini, Resorts World Genting telah pun menandatangani MoU bersama OTA-OTA penting di Indonesia seperti seperti Traveloka, Tiket.com, Global Tech dan juga Plaza Premium Group untuk menawarkan eksklusif offer kepada pelancong-pelancong dari Indonesia.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Kerajaan Negeri memang mengalu-alukan untuk penganjuran acara pelancongan. Jadi sini sila izinkan saya berkongsi 3 acara kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat. Yang pertama, King of Mountain yang akan berlangsung 13 Julai tahun ini di Genting Highlands. Ini bukan sahaja acara untuk sukan rekreasi tetapi juga cabaran fizikal bertaraf tinggi kepada para peserta. Tahun lepas adalah inisiatif baru di mana kita berjaya menarik peserta daripada 17 buah negara dan tahun ini kita menjangka akan ada penambahbaikan er… tiga kali ganda berbanding dengan jumlah peserta pada tahun lepas. Acara kedua, Green Eye Squid Hunting yang akan berlangsung di Kuantan pada Ogos 2026 untuk mengetengahkan pengalaman marin berasaskan komuniti nelayan. Ketiga, Taman Negara Ultra Run di Kuala Tahan, Jerantut er… dari 23 hingga 25 Oktober Pahang untuk angkat Pahang sebagai destinasi ekopelancongan bertaraf dunia.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Saya ingin juga berkongsi beberapa elemen pelancongan, contohnya pelancongan berasaskan aktiviti lasak. Jadi di Pahang, kita ada Via Ferrata. Kita ada 3. Kita ada Via Ferrata Gua Tagang di Lipis, Via Ferrata Nenek Semukut di Tioman dan Via Ferrata Paya Gunung di Jerantut. Ini adalah dapat menarik peminat-peminat untuk adventure tourism. Manakala community based Eco tourism menampak bahawa Taman Negara Kuala Sat boleh dilihat sebagai bagaimana komuniti luar bandar menjadi pemain utama untuk pelancongan berasaskan alam, budaya dan kehidupan setempat. Bagi pelancongan bandar dan gaya hidup sihat, Majlis Bandaraya Kuantan menganjurkan Kuantan Car Free Day 2026 bersamaan dengan pelbagai edisi larian dan aktiviti komuniti. Jadi untuk tahun ini pada Januari ada New Year Run & Ride. Februari, Panda City Run. April, LebaRun. Mei, Larian Hari Pekerja dan akan datang pada 7 Jun, ada Neon Run yang berlangsung pada waktu malam. 5 Julai, Kuantan Half Marathon. 2 Ogos, Merdeka Run dan Hari TLDM. 6 September, Pahang Half Marathon. 4 Oktober, BMW Millenium Welt Performance Series. 15 November, East Coast Half Marathon. 6 Disember, Unicorn Run.
Pelaksanaan Kuantan Car Free Day bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat malah menghidupkan pusat bandar Kuantan untuk menarik pengunjung hujung minggu serta membuka peluang ekonomi kepada peniaga kecil, pengusaha makanan, penggiat seni dan komuniti setempat. Kerajaan Negeri juga melihat potensi besar ECRL Pahang Experience sebagai produk baru untuk memanfaat… memanfaatkan jajaran ECRL, membina pakej pelancongan rentas daerah. Selain itu, produk seperti The Antenna Climb di Kuantan 188, Rail Tourism bersama KTMB, Pahang Edu Tourism Trail, Kuantan Heritage Walk dan pakej komuniti akan terus diperkukuh supaya Pahang tidak hanya bergantung kepada destinasi sedia ada tapi sentiasa memperkenalkan pengalaman baru yang segar dan berdaya saing.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Pembangunan pelancongan negeri perlu bergerak seiring dengan prinsip konservasi dan kelestarian. Sepanjang tahun 2025, Perbadanan Taman Negeri Pahang melaksanakan program, contohnya Program TERAS, lawatan penanda aras ke Lembah Kinta Geopark dan Kursus CTRE Eksplorasi Gua Bama. Program Geopark Odyssey dengan kerjasama Tourism Malaysia diadakan untuk meningkatkan kesedaran terhadap keunikan geologi, budaya dan biodiversiti di Lipis Geopark. Sebanyak 12 pakej pelancongan khas disasarkan untuk dibangunkan untuk memberi fokus kepada pengalaman secara langsung di tapak warisan. Bagi tahun 2026 PTMP
akan teruskan usaha melalui program Program Geodiscovery Lab, Geoguide Masterclass, sesi perbincangan pengurusan gua di Merapoh dan Kajian Penyediaan Dossier ke arah Aspiring Lipis UNESCO Global Geopark. Pada suku ketiga tahun ini, Galeri Lipis Geopark dijangka akan dibuka sebagai pusat promosi pendidikan dan kesedaran masyarakat.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Sektor kebudayaan, warisan dan ilmu merupakan teras penting untuk identiti negeri Pahang. Pelancongan yang kuat perlu mempunyai jiwa dan jiwa pelancongan Pahang adalah seni, budaya, warisan, sejarah, bahasa, adab, kraf, ilmu dan jati diri… diri rakyatnya. Sepanjang tahun 2025 Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pahang melaksanakan Program Pemerkasaan Seni Budaya memberikan tumpuan kepada pembangunan bakat, pemeliharaan warisan, dokumentasi budaya serta perluasan penglibatan komuniti dalam industri kreatif negeri. Antara inisiatif adalah program Bimbingan Seni Budaya memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk mengikuti pembelajaran dalam bidang seni tari, teater dan kompang, kelas bimbingan hujung minggu dalam bidang muzik, gamelan dan teater juga dilaksanakan kepada peserta-peserta di Kompleks JKKN Pahang. Program ini penting supaya generasi muda berperanan sebagai pewaris dan penggerak kepada seni budaya negeri.
Bagi tahun 2026, JKKN Pahang akan meneruskan program seperti Festival Teater Negeri Zon Timur, Pesta Pantun Negeri, Colours of Malaysia, Bengkel Satellite Seni Budaya, Jelajah Sijil Kemahiran Malaysia Seni Budaya. Colours of Malaysia mengetengahkan identiti serta kepelbagaian warisan budaya negeri Pahang. Dia ada beberapa siri dan yang akan datang adalah hari esok, 15 Mei sebagai salah satu pengisian di Program Indahnya Malam di Mengkarak Waterfront Bera. Jadi, dialu-alukan orang awam semua untuk membanjiri waterfront di Mengkarak Waterfront Bera. Selain itu, Pesta Pantun Negeri Pahang 2026, akan dianjurkan 13 jun untuk memelihara warisan puisi tradisional supaya terus dihayati oleh semua lapisan generasi. Kita juga menjemput semua Yang Berhormat-Yang Berhormat, masyarakat Pahang hadir beramai-ramai.
Di samping itu, Jelajah Sijil Kemahiran Malaysia Seni Budaya memberi pendedahan kepada belia dan penggiat seni berhubung peluang untuk pensijilan kemahiran. Inisiatif ini membantu melahirkan tenaga mahir seni budaya yang bertauliah dan berdaya saing dalam industri kreatif negara. Program pelancongan budaya temasya orang Pahang, ini adalah inisiatif baru yang berimpak tinggi menggabungkan persembahan seni, makanan warisan, permainan rakyat, adat resam, kraftangan, busana tradisional dan produk komuniti yang akan berlangsung di Oktober 9 hingga 11 Oktober di Dataran Bentong. Justeru itu, Kerajaan Negeri melihat usaha JKKN Pahang sebagai pelengkap penting kepada agenda pelancongan negeri khususnya dalam membina produk pelancongan budaya yang lebih autentik, inklusif dan berdaya saing.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Pada tahun 2025, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia mencatatkan pencapaian di mana berjaya menganjurkan Festival Kraf Pantai Timur dan Promosi Kraf Malaysia yang mencatatkan jualan melebihi RM4.4 juta dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang bersama Yayasan Tenun Pahang Diraja juga menjayakan pertandingan Piala Tengku Azizah dan Temasya Warisan Pahang di Perkampungan Kraf Tunku Azizah. Kraf bukan sekadar produk warisan tetapi mempunyai nilai ekonomi yang nyata apabila produk kraf diberi ruang promosi
latihan, reka bentuk penjenamaan capaian pasaran baik. Ia mampu menjadi sumber pendapatan kepada usahawan, komuniti dan generasi muda.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Dalam aspek warisan, MOTAC melalui Jabatan Warisan Negara memberi perhatian untuk usaha pemeliharaan tapak bangunan objek dan seni budaya di Pahang. Setakat ini kita ada 9 tapak yang telah diwartakan dan 1 zon dilindungi dan 2 dalam proses iaitu Balai Polis Bukit Fraser dan juga Pejabat Pos Bukit Fraser. Jabatan Warisan Negara mengalu-alukan cadangan pencalonan tapak atau objek yang mempunyai nilai sejarah dan warisan tinggi untuk dipertimbangkan. Kajian penyelidikan juga dijalankan di Pekan Sehari Temerloh, Hutan Mossy Forest Cameron Highlands, Rumah Pegawai Daerah Lipis, Masjid Lama Negeri, Bangunan Kelab Pahang di Kuala Lipis.
Selain itu, Yang Berhormat Tuan Speaker,
Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa usaha untuk ke arah pencalonan Tapak Warisan Perlombongan Bijih Timah Sungai Lembing sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Melalui kerjasama strategik bersama Majlis Bandaraya Kuantan, perbincangan akan diadakan bagaimana untuk menyenaraikan tapak tersebut ke UNESCO Tentatif Live… Tentative List, minta maaf. MOTAC juga telah mengatur… menyalurkan peruntukan RM7.59 juta untuk membantu… untuk memastikan bahawa tapak warisan perlombongan bijih timah Sungai Lembing dapat terus dipelihara, dipulihara dan dilindungi secara mampan.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Bagi Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang… Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk muzium, arkib dan perpustakaan sebagai teras ilmu, Muzium Seni Kontemporari Pahang (MOCA) bukan sekadar ruang pameran seni kontemporari, ianya juga ruang galeri untuk menawarkan pengalaman visual yang selaras dengan trend pelancongan terkini yang lebih berorientasikan pengalaman atau experience based tourism. Bagi tahun 2026, Muzium Pahang akan terus memainkan peranan dengan penganjuran Mesyuarat Tahunan Simposium International Council Muzium Asia-Pasifik 17 hingga 21 Mei, Pembangunan Pakej Pekan Heritage Trail, Pengukuhan AL ASAR sebagai Pangkalan Data Warisan Negeri Pahang dan Pembangunan Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah sebagai lokasi tumpuan untuk pembangunan Tenun Pahang Diraja.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Bagi Arkib Negara Malaysia bagi tahun 2026, seramai 252 penyelidik menggunakan bahan arkib dengan rujukan… jumlah rujukan 769 bahan. Pada tahun ini pula, sehingga April mencecah 172 orang dan 321 bahan rujukan. Untuk perancangan tahun ini, program Arkib@Sekolah telah dilaksanakan dan akan datang adalah Program Sejarah Lisan Perubatan Tradisional Orang Asli di Cameron Highlands pada Ogos, Bicara Sejarah Pekan Sehari pada September, Program Citra Merdeka sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Program-program inisiatif komuniti ini penting sebab sejarah bukan sahaja disimpan dan dipelihara tetapi perlu difahami, diwarisi dan dihayati oleh masyarakat.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang terus berkembang sebagai pusat ilmu, ruang pembelajaran komuniti dan destinasi Edu Tourism. Sepanjang tahun 2026 perpustakaan awam di bawah pengurusan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah mencatatkan 9,801 keahlian, 441,000 pengunjung, 280,000 pinjaman buku dan hampir 2,600 aktiviti galakan. Statistik ini menunjukkan bahawa perpustakaan kekal relevan sebagai pusat ilmu dan sumber pembelajaran masyarakat. Bagi menarik minat generasi muda dan memperluaskan fungsi perpustakaan, kemudahan seperti VR, PS5, air hoki dan ruang digital diperkenalkan di Perpustakaan Awam Sultan Ahmad Shah, Perpustakaan Awam Daerah dan Cawangan. Pada tahun 2026, Pahang akan menjadi tuan rumah Konvensyen Perpustakaan SeMalaysia yang dijadualkan pada bulan Oktober untuk menghimpunkan warga kerja perpustakaan awam dari seluruh negara untuk memperkukuh jaringan profesional, perkongsian ilmu di kalangan warga perpustakaan dan juga mempromosikan Kuantan kepada peserta dari seluruh negara.
Karnival Buku yang baru dijalankan di Lipis menarik lebih 15,000 orang pengunjung dan akan datang Karnival Buku Temerloh 29 Oktober hingga 1 November, Karnival Buku Pekan 26 hingga 30 November. Kerajaan Negeri akan terus menyokong usaha memperkukuh perpustakaan sebagai pusat ilmu ruang komuniti sebahagian daripada ekosistem Edu Tourism Pahang.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Perpaduan merupakan asas kepada kestabilan sosial dan kemakmuran negeri. Tanpa perpaduan, pembangunan tidak akan dapat dinikmati secara menyeluruh. Tanpa keharmonian, sektor pelancongan, kebudayaan dan ekonomi komuniti juga tidak akan berkembang dengan baik. Oleh itu, Kerajaan Negeri amat berbangga apabila negeri Pahang mencatatkan skor Indeks Perpaduan Nasional 2025 atau (IPNas) tertinggi di Malaysia. Pencapaian ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia mempunyai tahap perpaduan yang kukuh, hubungan sosial rentas etnik yang baik, keyakinan tinggi terhadap institusi serta menikmati manfaat pembangunan yang seimbang antara bandar dan luar bandar. Lebih membanggakan Pahang turut diiktiraf sebagai antara negeri berprestasi tinggi dan menjadi rujukan dalam menggabungkan agenda pembangunan dengan perpaduan. Menjunjung Titah Tuanku, saya mohon semua pihak untuk menghentikan sebarang sentimen dan isu 3R yang boleh mencetuskan kebencian serta terus menjunjung nilai hormat dan toleransi. Program pembudayaan Rukun Negara dan pengukuhan program perpaduan akan diteruskan pada tahun ini. Jadi, antaranya Program Gerak Integrasi Perpaduan Sekolah Rendah dan Menengah, Jelajah Belia Rukun Negara bersama IPTA dan IPTS, Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Negeri Pahang dan Penyampaian Watikah Pelantikan KRT Peringkat Negeri Pahang.
Inisiatif baru seperti PRISMA iaitu pengaktifan Pusat Rujukan Isu Sensitif Masyarakat akan diperkukuh sebagai platform respons pantas bagi memantau dan menangani isu yang boleh menggugat keharmonian masyarakat. Platform RAKAN atau Rangkaian Aduan Komuniti Awam Nasional akan memudahkan orang awam menyalurkan aduan berkaitan isu perpaduan dan sensitif secara lebih tersusun. Kita sedar bahawa pada masa ini wujudnya cabaran yang kompleks seperti jurang generasi dan ancaman penyalahgunaan media sosial yang berpotensi menjadi medan penyebaran fitnah serta hasutan perkauman. Dengan ini, kita perlu mengambil langkah proaktif untuk menjadikan platform media sosial sebagai medan untuk membina naratif detik perpaduan yang positif.
Kempen Penggalakan Budi Bahasa #cakapbaikbaik serta agar mesej keharmonian dapat disebarkan secara pantas dan meluas dan mendidik masyarakat untuk saling menghormati, membina persekitaran digital yang lebih sihat. Usaha memelihara perpaduan adalah amanah dan tanggungjawab kita bersama. Oleh itu, saya mohon sokongan padu daripada semua Ahli Yang Berhormat untuk kita bersama-sama membawa mesej keharmonian, bertolak ansur menjadi teladan kepimpinan terbaik kepada rakyat akar umbi.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,
Saya juga akan menjawab beberapa soalan yang telah dibangkitkan Ahli-ahli Dewan Negeri. Batu Talam er… Yang Berhormat Batu Talam yang mencadangkan tentang untuk membangunkan sektor agropelancongan berasaskan pertanian di Raub.
Yang Berhormat Tuan Speaker,
Raub memang berpotensi untuk dibangunkan sektor agropelancongan untuk meningkatkan pendapatan petani, merancakkan ekonomi luar bandar. Dengan ini, Jabatan Pertanian telah menyediakan bantuan di bawah peruntukan pembangunan agropelancongan dengan kadar maksimum RM100,000.00 bagi setiap usahawan untuk menaik taraf infrastruktur, fasiliti landskap dan kemudahan pengunjung. Pada masa yang sama, kita pun sedari bahawa daerah Raub ada terkenal dengan pelbagai aktiviti pertanian. Jadi antara inisiatif yang kita boleh pertingkatkan adalah pembangunan pakej pelancongan berasaskan komuniti, latihan kepada pengusaha pelancongan desa dan pelaksanaan program dan acara untuk er… menarik pelancong.
Yang Berhormat Tahan yang bertanyakan canopy walkway untuk er… Canopy Walkway Seberang Ara yang sepatutnya dibuka bulan Mac. Sebenarnya pada bulan Mac, kerja-kerja telah siap dan Jabatan PERHILITAN telah merancang dan membuat persiapan dan tetapi selepas membuat pemeriksaan menyeluruh bersama FRIM pada bulan Mac didapati bahawa terdapat pokok berisiko tinggi berhampiran fasiliti canopy walkway tersebut, jadi peruntukan telah pun disalurkan dan pun telah siap dan pada bulan April dan Mei, hujan lebat, ribut menimpa dan pada bulan Mei pemeriksaan menyeluruh dilaksanakan sekali lagi dan didapati pokok tumbang dan beberapa pokok berisiko tinggi baru didapati. Jadi, peruntukan baru diperlukan untuk penyelenggaraan jadi mengikut jawapan daripada Jabatan PERHILITAN er… untuk kerja penyelenggaraan dijangka akan dilaksanakan pada bulan Jun dan kita memang amat berharap bahawa ianya boleh dibuka semula sebelum Julai.
Untuk Yang Berhormat Damak yang bertanyakan tentang aspek infrastruktur jalan yang menuju ke Lata Meraung. Untuk maklumat Yang Berhormat, menurut Jabatan Perhutanan Negeri Pahang er… jabatan ini telah menerima peruntukan untuk melaksanakan kerja penyelenggaraan jalan masuk ke Lata Meraung. Kawasan rekreasi telah diturut er… dilengkapi dengan kemudahan asas contohnya tempat parking, dewan terbuka dan gazebo manakala Majlis Daerah Jerantut juga telah mengambil inisiatif untuk memohon peruntukan tambahan supaya dapat menambah baik lagi infrastruktur di tempat tersebut.
Yang Berhormat Mentakab yang mencadangkan untuk tentang Kampung Paya Siput. Terima kasih atas cadangan tersebut dan er… Kerajaan Negeri melalui Tourism Pahang akan meneliti pelbagai pendekatan promosi pembangunan yang bersesuaian untuk memperkukuhkan penjenamaan lokasi tersebut termasuk promosi digital, media sosial dan memasukkan Kampung Paya Siput dalam pakej perlancongan.
Yang Berhormat Lanchang yang bertanyakan tentang dana pemuliharaan rumah tradisional. Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum ada skim khas bawah yang dinamakan secara khusus sebagai Dana Pemuliharaan Rumah Tradisional bawah portfolio pelancongan untuk membiayai pemuliharaan rumah-rumah tradisional er… tradisional lama. Walau bagaimanapun, untuk cadangan ini seperti er… rumah-rumah tradisional di Kampung Lanar, Kampung Telung, Kampung Cempaka pendekatan yang sesuai perlu dimulakan dengan proses untuk mengenal pasti dan inventori terlebih dahulu. Ini penting untuk menentukan lokasi pemilik usia bangunan, nilai sejarah, ciri seni bina, tahap keaslian dan juga keadaan fizikal rumah berkenaan.
Jadi, penilaian teknikal perlu dilaksanakan dulu bersama agensi-agensi berkaitan contohnya Perbadanan Muzium, Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan Tanah dan Jabatan Warisan Negara. Jadi penilaian ini merangkumi aspek status pemilikan tanah dan bangunan, tahap kerosakan struktur, kos baik pulih, kaedah konservasi yang sesuai dan potensi rumah tersebut untuk dipulihara sebagai aset komuniti, rujukan warisan dan produk pelancongan budaya. Jadi bagi rumah tradisional yang dikenal pasti mempunyai nilai warisan yang tinggi, cadangan er… untuk senaraikan dan diiktiraf di bawah kerangka warisan yang bersesuaian boleh diteliti mengikut prosedur yang ditetapkan.
Yang Berhormat Tanjung Lumpur yang bertanyakan tentang prasarana di Pantai Anak Air dan Pantai Kempadang. Untuk makluman Yang Berhormat, Majlis Bandaraya Kuantan telah memasang 5 unit lampu solar di kawasan Pantai Anak Air dan juga 2 unit lampu solar di Pantai Kempadang, akan datang MBK akan menambah lagi lampu solar 6 unit di Pantai Anak Air dan 6 unit di persisiran Pantai Kempadang. Akhir sekali, Yang Berhormat Tuan Speaker er… Tuan Yang di-Pertua… Tuan Speaker, secara keseluruhannya hala tuju portfolio Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang bagi 2026 adalah jelas. Sektor pelancongan, Kerajaan Negeri mahu memastikan Pahang terus menjadi destinasi utama sempena Visit Malaysia 2026. Melalui pendekatan Pahang 1st, sektor kebudayaan dan warisan Kerajaan Negeri akan terus memartabatkan seni budaya, kraf, muzium, arkib dan perpustakaan. Untuk agenda perpaduan, Kerajaan Negeri akan terus memelihara keharmonian rakyat, memperkukuh integrasi sosial dan memastikan Pahang kekal sebagai negeri contoh dalam membina masyarakat yang aman, stabil dan bersatu padu.
Saya yakin bahawa dengan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri, Agensi Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan, pemain industri komuniti dan seluruh rakyat negeri Pahang berada dalam landasan yang kukuh menjadi negeri pelancongan, kebudayaan dan perpaduan yang unggul. Apa yang kita bangunkan bukan hanya destinasi. Apa yang kita pertahankan bukan hanya warisan. Apa yang kita bina bukan hanya angka pencapaian, yang lebih besar ialah sebuah negeri yang makmur, beridentiti, lestari dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Sungguh indah cantik bergaya, Gadis seberang memakai gelang, Selesai sudah pembentangan saya, Semoga Pahang terus gemilang.
Sekian, terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang. Seterusnya, saya ingin menjemput Ahli Yang Berhormat yang terakhir
bagi sesi pagi ini iaitu Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pahang, Ketua-ketua Jabatan, rakan-rakan media serta tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Salam sejahtera semua. Saya mengambil kesempatan ini menjunjung kasih seterusnya kepada Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sudi mencemar duli berangkat ke istana… ke Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15 Tahun 2026 pada 8 Mei 2026.
Sesungguhnya Titah Diraja yang menekankan keperluan mengukuhkan ekonomi negeri, mempercepatkan proses pelaburan, mengurangkan proses birokrasi serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan amat bertepatan dengan aspirasi untuk menjadikan Pahang sebuah negeri yang terus maju, berdaya saing untuk mesra pelabur. Pada masa yang sama, saya amat mengambil perhatian terhadap titah Baginda berkaitan kebajikan rakyat dan cabaran kos sara hidup yang sedang dihadapi ketika ini. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang, saya akan terus berusaha memperkukuhkan usaha membantu rakyat melalui pelbagai program pengguna, pembangunan tenaga kerja, peningkatan kemahiran serta menambah peluang pekerjaan khususnya kepada anak-anak muda negeri Pahang.
Titah Baginda supaya lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi dibawa masuk bagi membuka peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini juga akan terus dijadikan panduan utama dalam memastikan anak-anak Pahang mampu membina kerjaya dan masa depan yang lebih baik di negeri sendiri. Sesungguhnya amanat yang dizahirkan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang merupakan panduan dan inspirasi kepada seluruh pimpinan negeri untuk terus bekerja dengan penuh amanah dan integriti demi kemajuan negeri Pahang Darul Makmur. Di kesempatan ini, saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh portfolio saya. Setiap pandangan, teguran dan cadangan yang dikemukakan amatlah dihargai dan akan diberi perhatian yang sewajar demi kebaikan bersama.
Yang Berhormat Timbalan Speaker,
Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memastikan kebajikan dan hak pengguna terus dipelihara khususnya dalam menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup dan keadaan ekonomi yang tidak menentu semasa susulan dari konflik Asia Barat. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bersama agensi berkaitan bagi memastikan rakyat di negeri Pahang mendapat akses kepada barangan keperluan asas pada harga yang berpatutan dan terkawal. Antara langkah yang telah dilaksanakan termasuklah pemantauan harga barangan secara berterusan. Perlaksanaan program-program yang bertujuan mengurangkan kos sara hidup rakyat seperti Jualan Makmur Kluster Perayaan untuk… oleh Kerajaan Negeri Pahang, Jualan Rahmah MADANI
serta kerjasama strategik bersama pihak KPDN. Lain-lain jabatan, agensi dan pengusahaan industri bagi menjamin kestabilan bekalan makanan serta keperluan harian rakyat.
Bagi tahun 2026, Jualan Makmur Kluster Perayaan telah menerima peruntukan sebanyak RM7.56 juta dan Jualan Makmur ini ada diadakan menjelang setiap musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Krismas dan tidak lama lagi pula sambutan Hari Raya Haji yang bakal tiba. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar di atas peruntukan ini. Manakala Jualan Rahmah MADANI diteruskan pelaksanaan sekurang-kurangnya 3 kali di setiap DUN pada setiap bulan. KPDN juga turut melaksanakan program Bazar Ramadan, Rahmah MADANI semasa bulan Ramadan yang lalu. Di bazar-bazar Ramadan terpilih di seluruh negeri Pahang dengan tujuan menggalakkan para peniaga menawarkan menu rahmah serta pemberian bantuan e-Wallet kepada peniaga dan pengguna melalui inisiatif pendigitalan Sektor Peruncitan.
Yang Berhormat Timbalan Speaker,
Kerajaan Negeri turut memberi perhatian terhadap aspek kesedaran pengguna melalui program kesedaran pengguna. Kempen kesedaran hanya hak pengguna serta aplikasi berkaitan transaksi digital dan keselamatan pengguna dalam talian yang semakin meluas pada masa kini. Dengan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup KPDN telah membangunkan apps PriceCatcher dengan izin, untuk menunjukkan harga terkini di premis-premis terpilih yang dipantau oleh pegawai pemantau harga.
Dengan slogan “Semak Harga Bijak Belanja” membolehkan pengguna lebih peka dalam berbelanja barang keperluan harian. Aplikasi ini menunjukkan sebayak 60 barang harian yang merangkumi barang basah seperti ayam, ikan, sayuran dan telur. Manakala barangan kering dikemas kini secara mingguan sebanyak 139 barangan dan bulanan pula sebanyak 18 barangan terpilih. Promosi dan hebahan aplikasi ini sedang giat dilaksanakan oleh Pegawai Pemantau Harga Pahang melalui penglibatan dalam program-program terpilih secara berterusan. Apps PriceCatcher ini adalah ialah aplikasi yang menunjukkan harga semasa barang di pasar raya, pasar mini, pasar basah dan premis terpilih di mana pengguna boleh menggunakan perbandingan harga sebelum membeli supaya dapat berjimat dan menjadi pengguna yang lebih bijak secara tidak langsung mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Yang Berhormat Timbalan Speaker,
Saya mengambil maklumat segera isu yang dibangkit sepanjang sesi perbahasan termasuk berkaitan kenaikan harga. Isu penguatkuasaan terhadap peniaga yang tidak beretika serta keperluan memperluaskan program bantuan rakyat di kawasan luar bandar dengan tujuan mengurangkan kos sara hidup. Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya memberi jaminan bahawa setiap perkara yang dibangkit akan diteliti. Diberi perhatian serta tindakan penguatkuasaan berhemah demi memelihara hak pengguna. Ia bertujuan memastikan kestabilan harga dan bekalan barangan di Pahang melalui menguatkuasakan akta berkaitan kawalan harga subsidi perdagangan terus adil dengan fokus utama membanteras penipuan harga dan ketirisan barang kawalan.
Yang Berhormat Timbalan Speaker,
Usaha-usaha menjaga kebajikan pengguna bukanlah tanggungjawab kerajaan semata-mata tetapi memerlukan kerjasama semua pihak termasuk peniaga, pengguna dan masyarakat keseluruhannya. Dengan semangat kebersamaan dan keprihatian… keprihatinan, saya yakin kita mampu memastikan kesejahteraan rakyat di negeri Pahang terus terpelihara. Oleh yang demikian, sekiranya terdapat sebarang aduan, komen dan cadangan mengenai gangguan bekalan barang-barang harga yang tidak munasabah, harga yang terlalu mahal, penipuan jualan, tiada tanda harga, barang tiruan, manipulasi harga, isu timbang sukat dan sebagainya. Makalah boleh saluran… saluran rasmi aduan kepada KPDN yang dibuat melalui portal e-Aduan hubungi Call Center di talian 1-800-866-800 atau call saya pun boleh, nak keluar phone number lagi 012-9818819. So jangan tuduh suka-sukalah, ada masalah call.
Yang Berhormat Timbalan Speaker,
Kerajaan menyambut baik pelaksanaan Dasar Pengguna Negara 2.0 yang telah dilancar pada 28 April 2026 dahulu… yang lalu. Dasar ini memberi penekanan kepada pemerkasaan pengguna secara holistik selaras dengan perkembangan ekonomi digital dan cabaran kos sara hidup semasa. Dasar ini amat penting dalam memastikan pengguna di negeri ini bukan sahaja dilindungi dari sudut hak dan keselamatan, malah ianya diperkasakan dengan ilmu kepenggunaan, kefahaman digital dan kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai pengguna yang bijak. Antara fokus utama dasar ini termasuklah nombor satu memperkukuhkan pendidikan dan kesedaran pengguna. Kerajaan Negeri menyokong usaha pendidikan kepenggunaan kepada masyarakat khususnya golongan belia, pelajar dan komuniti luar bandar agar mereka lebih peka terhadap pengguna, penipuan transaksi serta pengurusan kewangan berhemah. Dua, memperkasakan pengguna digital. Dalam era ekonomi digital, pengguna kini berhadapan pelbagai risiko termasuk penipuan dalam talian, scam, penyalahgunaan kuasa, data peribadi dan transaksi tidak selamat.
Oleh itu, pendapatan dasar pengguna negara 2.0 yang menekankan keselamatan transaksi digital amatlah relevan dan perlu diperkasakan di semua peringkat. Nombor tiga, Kelestarian Kepenggunaan Lestari. Dasar ini juga menggalakkan amalan pengguna lestari melalui pengguna pembaziran, penggunaan produk mesra alam serta peningkatan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar demi kesejahteraan generasi yang akan datang. Nombor empat, kerjasama strategi pelbagai pihak. Kerajaan negeri berpandangan bahawa kejayaan Dasar Pengguna Negeri Negara 2.0 memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, pihak industri, peniaga, NGO dan pengguna sendiri dalam mewujudkan ekosistem perdagangan yang adil, selamat dan bertanggungjawab.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri akan terus menyokong segala usaha yang selaras dengan Aspirasi Dasar Pengguna Negara 2.0 demi memastikan kesejahteraan rakyat, perlindungan hak pengguna serta pembangunan masyarakat yang lebih celik, hak-hak pengguna dan berdaya saing. Namun begitu, lain-lain inisiatif kerajaan seperti yang disebut awal tadi akan terus dipergiatkan dan diperhebatkan secara konsisten demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat di negeri Pahang yang kita kasihi.
Yang Berhormat Timbalan Speaker,
Saya ambil kesempatan ini untuk menjawab beberapa soalan yang dibangkit dalam portfolio saya. Untuk YB Tahan membangkitkan isu minyak di Kuala Tahan. Maklumat saya boleh bagi kepada YB Tahan, maklumat berkenaan dengan bahan api Pos Komuniti Kuala Tahan yang berusaha ada pengusaha ada dua pengusaha ialah MH Alam Jaya Enterprise. Minyak petrol, 4,000 liter minyak diesel 4,000 liter juga
pengusaha Shada Nurada Enterprise Kuala Tahan, minyak petrol 4,000 liter. Saya tak tahu macam mana YB boleh dapat aduan seperti ini. Sebab kalau ikut jawapan dibagikan kepada KPDN kepada saya tiada sebarang aduan diterima dari pengguna terutama penduduk Kuala Tahan berkaitan dengan ketiadaan bekalan bahan api di kawasan tersebut.
Mohon mencelah, boleh? Terima kasih Speaker, terima kasih Wakil Kerajaan. Semalam, saya bangkitkan berkenaan dengan er... ketidakcukupan bekalan bahan api di pedalaman Ulu Tembeling. Untuk makluman, saya dimaklumkan sebelum daripada ini, kuota bahan api untuk Ulu Tembeling ini diberi 50,000 liter setiap bulan secara overall. Kemudian bermula daripada Mei 2025 hingga April 2027 ianya telah dicatu. Kampung Pagi 7,000 liter, Kuala Sat 8,000 liter, Mat Daling 8,000 liter, Bantal 8,000 liter, Kampung Gusai 4,000 liter menjadikan jumlah keseluruhan 35,000 liter.
Sebelum ini, saya difahamkan 50,000 liter secara overall tetapi dibuat catuan. Bila buat catuan itu yang saya sebut berlaku contoh Kampung Kuala Sat yang saya buat contoh semalam diberi 8,000 liter, 8,000 liter itu dalam masa 15 hari boleh habis. Kerana apa? Kepenggunaan yang pelbagai. Saya dimaklumkan supplier pernah mohon untuk tambahan atas permintaan peniaga yang berdaftar tetapi alasannya daripada KPDNKK ikut kapasiti penduduk dan purata penggunaan harian berdasarkan pengiraan umum. Sebab itu saya sebut semalam kalau boleh jangan ambil kiraan umum, cuba ambil pengiraan penggunaan yang sebenar dan kalau boleh dikekalkan kembali 50,000 liter seperti sebelum ini. Terima kasih.
Terima kasih, saya ambil maklum dengan kes ni. Kalau YB Tahan lain kali ada masalah hello la sikit. Okey. Kita terus selesaikan masalah. Sudah bagi dah banyak kali. Okey, untuk menjawab soalan dari Kuala Sentul, soalan tambahan dari kutipan hasil RM1 bilion berapa banyakkah yang diperuntukkan untuk kos sara hidup di Pahang. Dan juga adakah bantuan yang diberikan benar-benar menyelesaikan beban rakyat atau sekadar pemberian sekali one off? Untuk menjawab soalan ini, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memastikan kebajikan rakyat terus dipelihara antaranya menerusi Inisiatif Makmur Pahang, IM Pahang. IM Pahang bukan sekadar berbentuk bantuan one off tetapi sebagai intervensi bersasar bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat khususnya golongan B40, warga emas, petani dan nelayan sehingga tahun 2025 perlaksanaan 18 inisiatif telah memberi manfaat kepada lebih 176,000 penerima dengan nilai keseluruhan peruntukan sebanyak RM50.54 juta melibatkan bantuan komuniti. Antaranya termasuk IM Pahang, Kad Kesihatan Kasih Makmur, Bantuan pelajar IPT, bantuan Petani dan Nelayan serta bantuan keagamaan dan kebajikan rakyat.
Bagi tahun 2026, jumlah peruntukan IM Pahang meningkat kepada RM84.98 juta selari dengan peningkatan jumlah peruntukan. Jumlah inisiatif turut meningkat kepada 20 inisiatif dan dapat membantu lebih banyak kumpulan sasar. Perkembangan positif ini menunjukkan komited terus Kerajaan Negeri, usaha untuk membantu meningkatkan beban rakyat. Untuk soalan tambahan dari Ketari. Untuk maklumat untuk tahun Jualan Makmur er... perayaan untuk 2025 kita hanya peruntukkan RM2.52 juta. Tapi untuk tahun 2026 kita naik kepada RM7.56 juta.
Yang Berhormat Timbalan Speaker,
Saya menyentuh Portfolio Sumber Manusia. YB Tahan, YB Jengka, YB Lantikan dan YB Chini telah membangkit isu berkenaan peluang pekerjaan dan latihan kemahiran dalam kalangan belia di negeri Pahang. Berdasarkan statistik PERKESO, jumlah kekosongan jawatan di negeri Pahang diiklan dalam portal MyFutureJobs sehingga 31 Disember 2025 adalah sebanyak 36,517 kekosongan jawatan. Manakala jumlah pencari kerja belia yang berumur 15 hingga 30 di negeri Pahang mencatatkan seramai 10,235 orang. Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh PERKESO untuk meningkatkan peluang pekerjaan di negeri Pahang adalah seperti Karnival Lindung Kerjaya, Temuduga Terbuka, Program Outreach Komuniti, Pengenalan Pekerjaan, Peningkatan kemahiran serta kerjasama strategik bersama pihak industri dan industri institusi latihan terus diperhebatkan bagi memastikan lebih ramai rakyat negeri ini mem… memperoleh akses kepada peluang pekerjaan yang bersesuaian.
Yang Berhormat Dato' Timbalan Speaker,
Menjawab perkara yang dibangkit oleh Jenderak… YB Jenderak dan YB Beserah. Suka dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri melalui kerjasama strategik bersama PERKESO bakal menguku... mengukuhkan perlindungan sosial menelusi… menerusi pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana (SKBBK) atau Skim LINDUNG 24 Jam berkuat kuasa pada 1 Jun 2026. Inisiatif ini merupakan langkah proaktif bagi menangani juara… jurang perlindungan sosial yang sedia yang mana strategi PERKESO merekodkan sebanyak 43,168 kes kemalangan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 Akta 4 telah ditolak dan diputuskan bukan bencana kerja sejak tahun 2001 hingga 3… sehingga 31 Disember 2025. Daripada jumlah tersebut, kes yang ditolak pada tahun 2025 adalah sebanyak 4,653 kes keseluruhan negara. Di mana Pahang mencatatkan sebanyak 163 kes. Soalan yang ditanya oleh Beserah kenapa tolak? Jawapan adalah sebab ditolak sebab kelangan… kemalangan berlaku masa pergi holiday, masa itu tak coverlah dan juga masa main sukan-sukan, okey. So masa itu bukan waktu kerja, so dia tidak terlindung dalam skim ini.
Kepentingan skim ini dapat dizahirkan melalui perlindungan menyeluruh 24 jam kepada pekerja yang layak melebihi had waktu kerja dan tugasan rasmi. Sekali gus merangkumi insiden semasa aktiviti peribadi seperti kes kemalangan yang menimpa Encik Zulkifli bin Ali dari Sungai Karang, Kuantan pada 4 hari bulan Januari 2026 yang lalu. Beliau telah terlibat dalam kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan dari rumah kediaman menuju ke pasar raya untuk membeli barangan keperluan. Dengan adanya skim lindungan 24 jam ini, kemalangan yang berlaku di luar waktu pejabat seperti ketika urusan peribadi atau aktiviti riadah yang sebelum yang tidak layak menerima pampasan di bawah kriteria bencana kerja kini akan mendapat pembelaan sewajarnya. Hal ini membuktikan komitmen kerajaan ada dalam memastikan kebajikan rakyat Pahang sentiasa terpelihara menerusi sistem perlindungan sosial yang lebih menyeluruh dan mampan. Kerajaan Negeri amat komited untuk memperkukuhkan kolaborasi strategik bersama PERKESO bagi mempergiatkan inisiatif hebahan serta sesi libat urus yang lebih menyeluruh. Langkah ini bertujuan memastikan setiap majikan dan pekerja khususnya di peringkat akar umbi mendapat pendedahan serta kefahaman mendalam mengenai manfaat skim ini ditawarkan.
Yang Berhormat Timbalan Speaker…
Boleh mencelah sikit.
Sila.
Terima kasih, Yang Berhormat Speaker. Saya cuma ingin sedikit pencerahan daripada Wakil Kerajaan. Skim Perlindungan Bukan Bencana Kerja yang… yang di… dicadangkan pada 1 Jun dilancarkan ini. Adakah ianya sukarela atau ianya mandatori? Sebagai ahli PERKESO atau ada pilihan pekerja yang… yang mempunyai pilihan lain. Terima kasih.
Mandatori, semua kena okey. Yang Berhormat Timbalan Speaker, sebelum saya mengakhiri ucapan saya. Saya mohon maaf jika terdapat soalan-soalan tambahan yang tidak dijawab pada hari ini dan saya akan menjawab semuanya secara bertulis. Izinkan saya sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan, teguran dan cadangan sepanjang sesi perbahasan yang menyentuh portfolio saya. Pandangan-pandangan tersebut amatlah bernilai dan akan diberi perhatian serius demi memperkasakan usaha kita dalam menjaga kebajikan rakyat dan memperkukuhkan ekonomi negara khususnya dalam aspek kewangan untuk pembangunan sumber manusia.
Sesungguhnya, portfolio ini menyentuh secara langsung aspek kesejahteraan rakyat dari kawalan harga barang keperluan harian, perlindungan hak pengguna sehingga kepada penyediaan peluang pekerja dan keselamatan sosial golongan pekerja. Maka menjadi tanggungjawab kami untuk terus mempergiatkan usaha untuk penuh integriti dan cepat bertindak menghadapi cabaran semasa khususnya dalam era digital yang serba mencabar. Saya bersama seluruh pasukan dan serta agensi-agensi pelaksana di bawah bidang kuasa portfolio ini akan terus komited melaksanakan amanah yang diberi sebaik mungkin. Kami amat mengalu-alukan kerjasama berterusan daripada semua pihak termasuk Wakil Rakyat, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan seluruh warga Pahang dalam menjayakan matlamat bersama membina masyarakat yang makmur, sejahtera dan berdaya tahan. Dengan penuh takzim, saya mengukur… saya menyokong usul, terima kasih. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang. Baiklah, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya akan menempohkan persidangan di sebelah pagi ini dan persidangan disambung semula pada pukul 2:30 petang. Persidangan ditempohkan, insya-Allah.
[Persidangan ditempohkan]
Persidangan disambung semula]
Sambungan Menimbang Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan PahangMotion
Perkara Ketiga: Sambungan menimbang usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, selepas kita semua yang tak puasa la ye… yang tak puasa sunat menikmati jamuan makan tengah hari dan menunaikan solat Zohor. Siapa yang duduk jauh tu boleh jamak qasar insya-Allah. Kita akan menyambung kita akan saya akan meneruskan Aturan Urusan Mesyuarat bagi Perkara Ketiga iaitu menjemput Wakil Kerajaan untuk memberi jawapan dan pandangan. Untuk itu, saya mempersilakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri sekalian. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah keizinan-Nya maka dapat kita bersama-sama dalam Dewan Yang Mulia pada hari ini. Ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh portfolio saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang. Di kesempatan ini patik ingin menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kesisi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan Titah Diraja yang pada hemat patik begitu komprehensif mencakupi segenap aspek dalam memastikan urus tadbir negeri ini berjalan dengan baik.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Setiap langkah yang kita ambil dalam membangunkan masyarakat adalah benih harapan yg kita semai untuk masa depan negeri. Dalam usaha mempertahankan kebajikan rakyat, kita bukan sekadar menyentuh kehidupan individu tetapi turut membentuk hala tuju dan masa depan Pahang yang kita cintai. Dengan iltizam serta semangat yang tidak pernah luntur, marilah kita terus menggalas amanah ini bersama. Tidak dinafikan bahawa Kerajaan Negeri Pahang sentiasa komited dalam memperkasakan wanita serta memperkukuhkan institusi kekeluargaan dan pembangunan sosial rakyat negeri ini. Selaras dengan Aspirasi Pahang Makmur, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan pada tahun 2026 bagi memastikan golongan wanita terus diberi peluang, sokongan dan ruang untuk terus maju dalam bidang ekonomi, sosial dan juga pembangunan keluarga. Kerajaan Negeri percaya bahawa wanita merupakan aset penting dalam pembangunan negeri. Oleh itu, pelaksanaan pelbagai program di bawah Unit Pembangunan Wanita bukan sahaja memberi manfaat secara langsung kepada wanita, malah turut membantu meningkatkan kesejahteraan keluarga dan juga komuniti secara keseluruhannya.
Dalam Program Permata Makmur diteruskan untuk tahun 2026 sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kesejahteraan keluarga dan juga anak- anak kelahiran negeri Pahang. Program ini merupakan kesinambungan kepada inisiatif yang telah mendapat sambutan amat menggalakkan daripada rakyat negeri ini. Melalui program ini, setiap bayi yang dilahirkan di negeri Pahang dan memenuhi syarat kelayakan akan menerima manfaat berbentuk bantuan tunai dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi menjamin masa depan anak-anak Pahang sejak awal kelahiran lagi. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan beban keluarga serta menggalakkan budaya menabung demi pendidikan anak-anak. Kerajaan Negeri berharap agar bantuan yang disalurkan melalui Program Permata Makmur ini dapat memberi manfaat besar kepada ibu bapa serta menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi Pahang yang cemerlang pada masa hadapan.
Program Anggun Maju juga terus diperkasakan pada tahun 2026 sebagai platform pembangunan wanita khususnya dalam bidang keusahawanan, kemahiran dan juga teknologi. Program ini diwujudkan bagi memperkasa wanita agar lebih berdaya saing, berkemahiran serta mampu menjana pendapatan secara mampan. Antara inisiatif utama di bawah program Anggun Maju ialah Program WANDA iaitu Program Wanita Anggun Digital. Di mana program ini diwujudkan bagi memberi latihan dan pendedahan kepada wanita dalam aspek pembangunan diri, kepimpinan, kemahiran komunikasi dan pemerkasaan wanita. Program ini bertujuan melahirkan wanita yang lebih yakin, berdaya tahan dan mampu menjadi pemimpin dalam keluarga serta masyarakat. Selaras dengan perkembangan teknologi dan pendigitalan masa kini, program SURI-TEKNO diperkenalkan bagi memberi pendedahan kepada wanita khususnya suri rumah dan juga ibu tunggal dalam bidang teknologi digital. Pemasaran atas talian dan penggunaan platform digital dalam menjana pendapatan. Inisiatif ini juga membantu wanita meningkatkan kemahiran digital agar tidak ketinggalan dalam arus ekonomi moden.
Program ini iaitu Program Usahawan Wanita. Program ini memberi kursus dan fokus kepada pembangunan usahawan wanita melalui latihan keusahawanan, bimbingan perniagaan, pembangunan produk, penjenamaan serta peluang jaringan perniagaan. Kerajaan Negeri berharap lebih ramai wanita dapat menceburi bidang perniagaan dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri. Pelaksanaan Anggun Maju ini membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memastikan Wanita Pahang terus maju, berdikari dan mampu bersaing dalam pelbagai bidang. Di samping itu juga, program Anggun Suri iaitu program perkahwinan beramai-ramai akan diteruskan pada tahun 2026 berikutan sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat pada tahun 2024 dan 2025 iaitu di mana seramai 120 orang peserta di seluruh negeri Pahang telah menyertai Program Anggun Suri semenjak ia dilancarkan. Program ini diwujudkan khusus bagi membantu pasangan daripada golongan B40, asnaf dan mereka yang kurang berkemampuan untuk melangsungkan perkahwinan dalam suasana yang lebih teratur dan bermakna. Inisiatif ini bukan sahaja membantu meringankan kos perkahwinan pasangan yang terlibat, malah turut memperkukuhkan institusi kekeluargaan serta memupuk nilai kebersamaan dalam masyarakat. Kerajaan Negeri berharap program ini dapat memberi peluang kepada lebih ramai pasangan untuk membina kehidupan berkeluarga dan diberkati. Pada tahun ini, program ini akan dilaksanakan di 14 Parlimen dan 1 kem tentera menjadikan jumlah Program Anggun Suri pada tahun ini sebanyak 15 program.
Di samping itu juga, Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang juga diteruskan untuk tahun ini dan ini adalah tahun terakhir dan kita dalam kajian sama ada untuk meneruskan ataupun tidak Pelan dan Dasar Tindakan Wanita Pahang ini. Tapi saya
yakin dan percaya dengan sambutan dan juga impak besar yang diberikan kepada wanita negeri Pahang insya-Allah program ini akan diteruskan Pelan dan Dasar Wanita Negeri Pahang ini. Kerajaan Negeri juga terus komited dalam pelaksanaan dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang sebagai panduan utama pembangunan wanita di negeri ini. Dasar ini menjadi landasan penting dalam memastikan agenda pemerkasaan wanita dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berfokus selaras dengan matlamat pembangunan mampan. Pelbagai program dan inisiatif telah dilaksanakan merangkumi aspek ekonomi, kepimpinan, sosial, pendidikan, kesejahteraan keluarga dan pembangunan komuniti bagi memastikan wanita Pahang terus diberi peluang untuk berkembang dan menyumbang kepada pembangunan negeri.
Kerajaan Negeri percaya bahawa penyertaan wanita dalam proses pembangunan dan pembuatan dasar amat penting bagi memastikan suara serta keperluan wanita sentiasa diberi perhatian. Justeru itu, Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang akan terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa bagi manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh wanita di negeri Pahang. Sebagai kesimpulan, Kerajaan Negeri akan terus komited dalam memperkasakan wanita melalui pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif yang inklusif serta menyeluruh. Diharapkan dalam usaha ini dapat membantu meningkatkan taraf hidup rakyat, memperkukuh institusi keluarga dan melahirkan wanita Pahang yang progresif, berdaya tahan dan mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan negeri dan juga pada masa hadapan.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Setiap program dan inisiatif dilaksanakan bukan sekadar memenuhi tuntutan tugas tetapi merupakan pelaburan jangka panjang untuk masa depan rakyat dan juga negeri. Peningkatan jumlah penerima manfaat saban tahun membuktikan keberkesanan pendekatan Kerajaan Negeri dalam memperkasa wanita, keluarga dan komuniti secara keseluruhan. Dengan tekad bersama serta semangat yang tidak pernah luntur, kami akan terus menggalas amanah ini demi memastikan masyarakat Pahang terus maju, sejahtera dan komprehensif dalam menikmati pembangunan yang inklusif dan juga mampan.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker dan Ahli-ahli Berhormat sekalian,
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian bagi mengemukakan pandangan, teguran dan cadangan berkaitan aspek kebajikan masyarakat, pembangunan sosial serta pembangunan insan di negeri Pahang. Sesungguhnya segala pandangan yang dikemukakan membuktikan bahawa isu kebajikan rakyat bukan lagi dianggap sebagai perkara sampingan, sebaliknya telah menjadi agenda utama dalam usaha membina sebuah negara inklusif, sejahtera dan berdaya tahan. Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri sentiasa komited dalam memastikan tiada golongan yang tercicir daripada arus pembangunan negeri selaras dengan Aspirasi Dasar Sosial Negara 2030 dan Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara 2026 hingga 2030 yang menekankan kesejahteraan rakyat, pengukuhan institusi keluarga, pembangunan komuniti serta pemerkasaan kesihatan mental masyarakat.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, pada tahun 2025 sebanyak RM160,697,720.50. Bantuan Kerajaan Persekutuan telah disalurkan kepada seramai 31,417 orang penerima bantuan meliputi bantuan bulanan dan bantuan one off di seluruh negeri Pahang. Pada tahun 2026, seramai 31,541 penerima telah menerima bantuan bulanan JKM di negeri Pahang melibatkan jumlah perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM69,131,700.00 bagi tempoh Januari hingga Mei 2026. Daripada jumlah tersebut, bantuan Kerajaan Persekutuan merangkumi pelbagai skim utama di mana Bantuan Warga Emas melibatkan 9,623 penerima dengan perbelanjaan RM28,614,000.00. Bantuan Orang Kurang Upaya tidak berupaya bekerja melibatkan 7,482 penerima dengan perbelanjaan RM11,116,500.00. Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya melibatkan 6,112 penerima dengan perbelanjaan 13.6 juta.
Seterusnya, Bantuan Pesakit Terlantar melibatkan 3,228 penerima dengan perbelanjaan RM7.7 juta dan Bantuan Kanak-Kanak melibatkan 2,814 penerima dengan perbelanjaan RM7.9 juta. Selain itu, Kerajaan Negeri Pahang melalui JKM turut menyediakan Skim Bantuan Am Negeri dengan kadar RM350.00 sebulan. Pada tahun 2025, Kerajaan Negeri telah membelanjakan peruntukan berjumlah RM10,808,700.00 kepada 2,377 penerima. Bagi tahun 2026 sehingga Mei pula, terdapat 2,282 orang penerima melibatkan peruntukan sebanyak RM4,017,400.00. Bantuan ini bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi merupakan talian hayat kepada rakyat yang berdepan dengan kos sara hidup, kehilangan pekerjaan, masalah kesihatan, ketidakupayaan dan juga kemiskinan tegar. Namun demikian, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa bantuan kewangan semata-mata bukanlah penyelesaian jangka panjang. Oleh itu, JKM Negeri Pahang melaksanakan program 2 Years Exit Programme, 2 YEP sebagai pendekatan strategik bagi membantu klien keluar daripada kepompong kemiskinan melalui bidang keusahawanan dan peningkatan pendapatan. Melalui program ini, klien dibimbing, dipantau serta diberi modal perniagaan yang bersesuaian mengikut potensi masing-masing dalam tempoh 2 tahun.
Sekiranya mereka berjaya menjana pendapatan yang stabil, bantuan bulanan akan ditamatkan secara berperingkat agar mereka mampu berdikari. Inilah pendekatan baharu kebajikan sosial yang kita tekankan pada hari ini daripada konsep “memberi ikan” kepada “mengajar rakyat memancing”. Dari tahun 2020 hingga 2025, seramai 132 orang penerima bantuan telah menerima manfaat daripada program ini dan pada tahun 2026 pula, seramai 19 orang lagi menerima bantuan dan dipilih menyertai program ini menjadikan seramai 151 orang peserta keseluruhannya. Walaupun begitu, bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Kolaborasi strategik antara agensi amatlah diperlukan supaya program ini dapat mencapai objektifnya.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap keperluan golongan rentan khususnya warga emas, orang kurang upaya dan kanak-kanak istimewa. Melalui belanjawan... Belanjawan Tahun 2026 di bawah Teras Ketujuh Mensejahterakan Rakyat, beberapa inisiatif utama telah diteruskan dan diperkasakan.
Yang pertama iaitu Program Khidmat Bantu di Rumah. Melalui Program Khidmat Bantu di Rumah Negeri Pahang merupakan... Program khidmat Bantu di Rumah ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri yang dilaksanakan sejak tahun 2023 melalui kerjasama strategi... strategik antara JKM Negeri Pahang, Gabungan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan dan Majlis Pembangunan Wanita Pahang berkonsepkan pendampingan sosial bagi membantu warga emas dan OKU yang memerlukan
sokongan penjagaan di rumah. Bagi tahun 2025, program ini menerima peruntukan sebanyak RM1.9 juta dengan kadar perbelanjaan mencapai 95.6% iaitu RM1.817 juta. Seramai 3,956 penerima manfaat ini di seluruh negeri Pahang telah menerima bantuan meliputi penjagaan diri, pengurusan rumah, pemantauan kebajikan dan sokongan psikososial.
Boleh gulung Yang Berhormat.
Okay, terima kasih.
Takpe.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, banyak lagi saya, Dato' Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Sebenarnya saya banyak lagi sebab saya ingin menerangkan mengenai beberapa lagi inisiatif daripada Jabatan Wanita, daripada LPPKN.
Boleh baca tajuk je dia orang semua paham tajuk tu.
Okey, baik.
Dia orang semua pandai belaka.
Okey. Di samping yang saya sebutkan tadi melalui beberapa lagi jabatan iaitu Jabatan Pembangunan Wanita, LPPKN dan juga JKM yang telah disebutkan tadi. Beberapa lagi program yang berorientasikan masyarakat telah diwujudkan dan akan diadakan untuk tahun ini. Memandangkan masa begitu mencemburui...
Ada 4 minit lagi.
Okey er... saya pun tak tahu nak mula dari mana.
Bila ada 4 minit tu tarik ke atas nampak lutut tarik bawah nampak pusat. [Ketawa]
Okey, apa Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Pada tahun 2026 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM175,000.00 kepada Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Pahang bagi melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan wanita yang merangkumi domain ekonomi, kesejahteraan, kepimpinan dan juga keselamatan. Dan insya-Allah, program-program ini akan er... Jabatan Wanita jalankan sepanjang tahun ini. Dan di samping itu juga, Lembaga LPPKN juga sedang merancang di mana salah satunya adalah pada hari 17 hari bulan ini di mana LPPKN akan mengadakan Program Sambutan Hari Ibu. Walaupun kita tengok ada yang mengatakan sambutan Hari Ibu ini tidak begitu penting tetapi pada kami wanita inilah satunya sambutan yang amat memberi inspirasi di mana di dalam program ini kami akan mengetengahkan ikon-ikon wanita yang difikirkan begitu banyak menyumbang kepada rakyat di negeri Pahang ini.
Banyak betul Yang Berhormat ya.
Banyak, Dato' Sri Speaker.
Macam nak buat tesis je. [Ketawa]
Seterusnya Yang Berhormat Speaker, melalui inisiatif-inisiatif yang disebutkan tadi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan juga LPPKN er... memandangkan masa pun tidak begitu mencemburui saya pada hari ini. Melalui inisiatif-inisiatif yang disebutkan tadi diharapkan dapat memberikan er... dapat memberikan sesuatu yang bermakna kepada rakyat di negeri Pahang ini. Dan dengan itu, ada sikit lagi. Sampai hati Dato’ Sri Speaker buat saya begini.
Takpe… tak pe. Sebut je tajuk… tajuk.
Sampai hati buat saya begini, saya dah hilang punca dah. [Ahli Dewan ketawa]
Baik. Apa, Yang Berhormat memang bekerja kuat ya tak. Setiap minggu ada program kebajikan masyarakat ni.
Insya-Allah.
Kadang-kadang Speaker pun dah tak terikut, kadang.
Sekejap Dato' Sri Speaker, saya kena pilih dulu mana yang perlu saya baca.
Semuanya penting.
Semua penting. Tak tahu macam mana.
PDF je ke semua. [Ketawa]
Boleh. Saya tutuplah Dato’ Sri Speaker.
Boleh PDF itu semua. Teks ucapan tu boleh kita PDF punya pada…
Saya tutuplah penggulungan saya.
Apa namanya kepada ni...insya-Allah.
Saya tutup penggulungan saya, dan akhirnya setinggi tinggi ucapan penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan portfolio saya, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang. Dan kami akan… saya akan mengambil perhatian dan tindakan atas perkara-perkara yang dibangkitkan. Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai serta kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini. Sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat, perjalanan kami bukan sekadar satu langkah ke arah kuasa tetapi perjalanan yang penuh dengan pengalaman berharga. Setiap langkah, setiap cabaran dan setiap keputusan yang kami hadapi telah menjadi guru yang tidak ternilai buat kami. Jadi dengan setiap langkah yang kita ambil, biarlah semangat dan iman kita menjadi panduan. Biarlah keazaman menjadi api yang membara dalam diri kita dan ketahuilah bahawa pada penghujung jalan, setiap kerja keras itu pasti akan berbaloi.
Semangat kita adalah kunci yang membuka pintu kepada masa depan yang gemilang. Jadi teruskan, teruskan berjuang dan teruskan menjadi cahaya yang menerangi jalan kita sendiri serta orang lain. Hidup kita adalah cerita yang belum selesai dan kita adalah pengarangnya. Tulis cerita kita dengan semangat dan keberanian. Insya-Allah cerita saya ini akan saya PDFkan kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dan dengan kata-kata itu saya akhiri penggulungan saya dan saya menyokong dan Guai menyokong Titah Diraja. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang. Sekarang saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang. 30 minit, maknanya sampai 3.32.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam Pahang 1st, salam Maju Terus Pahang. Saya ingin memulakan penggulungan ini dengan merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Ta'ala kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kita semua Ahli-ahli Dewan diberikan kesihatan, kekuatan serta kelapangan untuk terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan seterusnya menyempurnakan Persidangan Dewan Negeri pada kali ini dengan sebaiknya di Dewan Yang Mulia ini. Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi penggulungan pada hari ini. Saya juga ingin merakamkan terima kasih, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Dewan Negeri khususnya Yang Berhormat Cheka, Beserah, Luit, Kuala Semantan, Semambu, Tioman yang telah mengemukakan soalan tambahan serta pandangan bernas sepanjang sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang telah dizahirkan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang dan Usul
tersebut telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy bin Wan Ismail pada 12 Mei 2026 yang lalu.
Insya-Allah, segala persoalan, cadangan dan pandangan yang dibangkitkan sama ada dalam sesi perbahasan mahupun melalui soalan tambahan yang menyentuh portfolio saya, saya akan teliti dan jawab secara bertulis. Patik dengan penuh takzim menjunjung titah perintah yang telah dizahirkan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang khususnya berkaitan usaha untuk mempercepatkan dan mempermudahkan proses pelaburan di negeri Pahang merangkumi aspek pengurangan karenah birokrasi, kecekapan dalam kelulusan permohonan serta penyediaan tanah dan infrastruktur yang mencukupi. Sehubungan itu, patik memberi komitmen bahawa tindakan susulan akan diambil secara bersepadu bagi memastikan hasrat dan titah tersebut dapat direalisasikan demi kemakmuran ekonomi negeri Pahang serta kesejahteraan rakyat keseluruhannya.
YB Dato’ Sri Speaker,
Kerajaan Negeri komited untuk terus memperkukuh ekosistem pelaburan yang kondusif bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan, inklusif dan berdaya saing. Sehubungan itu, dua sesi Bengkel Ease of Doing Business dengan izin telah dilaksanakan pada tahun 2025 yang melibatkan syarikat berkaitan Kerajaan Negeri, SGLC serta agensi-agensi utama di bawah jawatankuasa saya. Bengkel ini telah mengenal pasti isu cabaran dan langkah penambahbaikan bagi mempercepatkan kemasukan pelaburan ke negeri Pahang. Secara keseluruhannya, inisiatif ini memperkukuh usaha kerajaan negeri dalam mewujudkan persekitaran pelaburan yang mesra pelabur, telus, cekap dan berorientasikan hasil.
Dalam landskap ekonomi global yang semakin kompetitif, Ease of Doing Business merupakan satu keperluan strategik. Keupayaan sesebuah negeri kini dinilai berdasarkan kecekapan dan kepantasan sistem penyampaian perkhidmatan. Walaupun berdepan dengan ketidaktentuan global. Kerajaan Negeri tetap teguh dengan pendirian bahawa kita tidak boleh mengawal apa yang berlaku di luar sana tetapi kita mempunyai kuasa penuh untuk memperkukuh daya tahan ekonomi dalam negeri kita sendiri. Selaras dengan titah yang dizahirkan, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, negeri Pahang Darul Makmur, negeri berdaulat, kita buat cara kita. Inisiatif fast lane ini bukan sekadar memendekkan tempoh proses tetapi merupakan reformasi karenah birokrasi dengan beralih daripada budaya menunggu kelulusan kepada memudah cara ataupun dengan izin, facilitation. Kerajaan Negeri tidak boleh lagi terikat dengan sistem yang berlapis dan perlahan, sebaliknya melaksanakan proses secara selari ataupun parallel processing, dengan izin bagi mempercepatkan kemasukan pelaburan berkualiti secara lebih cekap dan berkesan. Mekanisme ini selaras dengan konsep Ease of Doing Business, termasuk penyeragaman Standard Operating Procedure, pemprosesan permohonan laporan, pemantauan KPI SGLC berkaitan serta penambahbaikan berterusan terhadap ekosistem pelaburan negeri.
Namun, saya harus tegaskan keutamaan fast lane ini diberikan kepada pelaburan berkualiti atau projek berimpak tinggi. Invest Pahang telah memperkenalkan kaedah metrik penilaian projek berimpak tinggi. Hasil daripada Bengkel Ease of Doing Business Siri Ke-2. Status projek berimpak tinggi ini hanya diberikan kepada pelaburan komited yang telah mencapai tahap kesediaan untuk memulakan prosedur kebenaran merancang. Pihak Berkuasa Tempatan kini juga lebih proaktif dalam mempercepat dan memudah cara projek berimpak tinggi dengan cekap, pantas dan profesional.
Untuk makluman Ahli Dewan, kesemua projek ini dipantau di bawah inisiatif Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Setakat ini, sebanyak 49 projek telah diklasifikasikan di bawah fast lane. Kerajaan Negeri juga memberi fokus kepada pelaburan bernilai tambah tinggi berteraskan teknologi, inovasi dan R&D serta berupaya mewujudkan peluang pekerjaan kemahiran tinggi kepada rakyat tempatan. Keutamaan pelaburan Kerajaan Negeri bukan sekadar kepada pembangunan fizikal tetapi kepada pembinaan ekosistem dan pengukuhan rantaian bekalan tempatan. Kita sedar bahawa pelabur memerlukan kepastian ataupun dengan izin, certainty. Oleh itu, setiap agensi kerajaan perlu bekerja sebagai satu pasukan yang berteraskan prinsip business ready bagi memastikan setiap pelaburan yang masuk dapat direalisasikan dengan kadar segera. Dalam landskap ekonomi yang semakin kompetitif, masa merupakan aset yang paling bernilai kepada pelabur. Time is money dengan izin, bukan lagi sekadar ungkapan tetapi realiti yang menentukan keputusan pelaburan. Justeru, Kerajaan Negeri Pahang melalui pendekatan Ease of Doing Business memberi penekanan kepada kecekapan proses, kepantasan membuat keputusan serta penyelarasan antara agensi agar setiap urusan pelaburan dapat dipermudahkan dan dipercepatkan.
Masa juga adalah the essence dalam memastikan keyakinan pelabur terus kekal tinggi. Pelabur hari ini bukan sahaja menilai insentif tetapi turut menilai sejauh mana sesebuah negeri mampu menawarkan proses kelulusan yang cekap, jelas dan mesra pelabur. Maka marilah kita jadikan Ease of Doing Business ini sebagai satu identiti baru pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang selaras dengan Aspirasi Pahang 1st iaitu tadbir urus dinamik. Apabila kita memudahkan urusan pelabur, kita sebenarnya sedang membuka pintu rezeki buat rakyat negeri Pahang dan menjamin masa depan ekonomi negeri yang lebih mampan. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan lagi hasil kutipan negeri yang semestinya dipulangkan semula kepada rakyat di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail. Dengan kerjasama semua pihak, saya yakin inisiatif fast lane ini akan terus menjadi pemangkin utama dalam meletakkan negeri kita sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini.
YB Dato' Sri Speaker,
Kerajaan Negeri dalam cadangan membangunkan Taman Industri Halal Gebeng di atas kawasan seluas 730 ekar yang terletak di Seksyen 3 Kawasan Perindustrian Gebeng sebagai langkah untuk memperkukuh ekosistem industri halal yang tersusun dan berdaya saing khususnya dalam sektor makanan, farmaseutikal, komestik, maaf kosmetik dan logistik halal. Walaupun pembangunan infrastruktur masih di peringkat awal, kawasan ini mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai hab industri halal yang mampu menarik pelaburan baharu. Seiring itu, Lembaga Pelabuhan Kuantan telah membangunkan Pelan Transformasi Hab Halal Pantai Timur berasaskan penanda aras dengan beberapa Taman Industri Halal Antarabangsa di Turki ataupun Turkiye, United Arab Emirates dan juga Indonesia. Ketiga-tiga Taman Industri Antarabangsa ini mempunyai pengisian atau dengan izin, occupancy sebanyak 65% ke atas dan membelanjakan sekurang-kurangnya RM400 juta untuk penyediaan infrastruktur. Pembangunan kawasan ini dicadangkan dilaksanakan secara berfasa dalam tempoh 15 tahun dengan anggaran kos pembangunan awal sebanyak RM69 juta dalam fasa pertama yang 2 tahun tersebut, bagi penyediaan infrastruktur dan pengoperasian asas.
Langkah ini bagi memastikan kesiapsiagaan infrastruktur, ekosistem industri dan keperluan pelabur dipenuhi secara mampan. Pada masa yang sama, Lembaga Pelabuhan Kuantan telah memperoleh kelulusan dasar untuk melaksanakan inisiatif Pelabuhan Mesra Halal pertama di Malaysia melalui Mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal di peringkat persekutuan pada 29 Januari 2026 yang lalu yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Manakala Kuantan Port Consortium telah mengambil inisiatif menyediakan kawasan khas bagi pengendalian kargo halal sebagai usaha menjadikan Pelabuhan Kuantan sebagai sebuah pelabuhan mesra halal. Inisiatif ini penting bagi memastikan rantaian logistik halal diurus secara lebih teratur, selamat dan mematuhi standard atau piawaian halal antarabangsa, sekali gus memperkukuhkan daya tarikan Pahang sebagai hab perdagangan dan logistik halal di rantau ini. Bagi memperkukuh peranan ini, Konsortium Perkapalan Timur Sdn. Bhd. telah diwujudkan dan mula beroperasi di Pelabuhan Kuantan pada 2 Februari 2026. Ia menjadikan Pelabuhan Kuantan sebagai hab transit ke Sarawak sekali gus… sekali gus maaf, membuka laluan lebih luas kepada penghantaran produk halal khususnya kepada PMKS dan mengukuhkan kedudukan Pahang sebagai hab perdagangan serta logistik halal di rantau ini.
YB Dato' Sri Speaker,
Invest Pahang kini sedang meneliti cadangan pembangunan projek Gigafactory Battery Malaysia yang melibatkan pembinaan 3 komponen utama iaitu kilang pengeluaran graphene berasaskan biojisim kelapa sawit, kilang kitar semula bateri serta kilang pembuatan sel bateri berasaskan teknologi Graphene-Enhanced Lithium-Ion Battery yang dibangunkan oleh anak tempatan dan dilindungi oleh harta intelek. Inisiatif ini juga mencerminkan keupayaan negara untuk bergerak ke arah rantaian nilai teknologi tinggi, bukan sekadar pemasangan tetapi meliputi pembangunan dan pembuatan secara menyeluruh, berbeza dengan kebanyakan industri di rantau ASEAN yang masih tertumpu kepada aktiviti pemasangan menggunakan teknologi import. Kerajaan Negeri menyokong penuh projek pembangunan ini termasuk dari aspek penyediaan tanah, akses kepada sumber biojisim serta sokongan kepada pelaburan strategik. Kawasan perindustrian Gebeng dikenal pasti sebagai lokasi berpotensi memandangkan kedudukannya yang strategik berhampiran Pelabuhan Kuantan dan ekosistem industri sedia ada. Sekiranya projek ini berjaya direalisasikan, ia berpotensi mempercepatkan transisi negara ke arah penggunaan Battery Energy Storage System (BESS) bagi menyokong pembangunan tenaga solar dengan tenaga boleh diperbaharui. Dalam jangka panjang langkah ini penting bagi membantu mengurangkan kebergantungan negara kepada sumber tenaga fosil serta memperkukuhkan agenda kelestarian dan keselamatan negara.
YB Dato' Sri Speaker,
Kerajaan Negeri berpandangan bahawa agenda Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dalam erti kata STEM bukan sekadar berkaitan pencapaian akademik, sebaiknya… maaf sebaliknya merupakan asas penting dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi, kreatif, berdaya saing dan mampu memenuhi keperluan industri masa hadapan. Agenda ini juga akan menjadi pemangkin dan feeder kepada kemasukan pelaburan baru ke negeri ini khususnya dalam sektor berteknologi tinggi yang memerlukan tenaga kerja mahir, kompeten dan bersedia menghadapi perubahan industri global. Sehubungan itu, intervensi dan pendedahan terhadap STEM perlu dilaksanakan seawal peringkat pendidikan rendah bagi memastikan minat dan penyertaan pelajar dapat dipupuk secara berterusan. Tanpa pendekatan… pendekatan menyeluruh dari peringkat awal, negeri akan berdepan kekurangan pelajar di peringkat pendidikan tinggi dalam bidang berkaitan STEM, sekali gus
menjejaskan kesiapsiagaan tenaga mahir untuk memenuhi keperluan pelaburan dalam industri masa hadapan. Tahun 2025 mencatatkan pencapaian membanggakan apabila Kontinjen Negeri Pahang berjaya dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Kebangsaan Malaysia Techlympics 2025 dengan meraih 4 pingat emas, 4 pingat gangsa… maaf 4 pingat perak dan 3 pingat gangsa. Kejayaan ini disumbangkan oleh 4 buah sekolah di daerah Kuantan iaitu SMK Semambu, Kolej Vokasional Kuantan, SK Air Putih, SK Sri Melati dan 5 buah sekolah di daerah Bentong iaitu SK Sulaiman, SK Mempaga 2, SMK Sulaiman, SK Tuanku Fatimah dan SK Sungai Marong.
Pencapaian ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar negeri Pahang mempunyai potensi besar dalam bidang STEM, robotik, pengaturcaraan ataupun programming dengan izin, dron, metaverse, kecerdasan buatan AI dan inovasi apabila diberikan bimbingan serta platform pertandingan yang bersesuaian. Kerajaan Negeri merakamkan tahniah kepada semua peserta, guru, pembimbing sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Pejabat Pendidikan Daerah, MOSTI serta rakan strategik yang telah mengharumkan nama Pahang di peringkat kebangsaan. Selain Malaysia Techlympics, penyertaan aktif sekolah-sekolah Pahang dalam pelbagai kejohanan STEM, robotik, inovasi, reka cipta, matematik, teknologi digital dan kemahiran abad ke-21 di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa akan terus dijadikan momentum untuk memperkukuh pembangunan bakat STEM secara berterusan di negeri Pahang.
YB Dato' Sri Speaker,
Susulan pencapaian tersebut, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh pelaksanaan inisiatif STEM bagi meningkatkan minat dan penyertaan pelajar sejak di peringkat sekolah melalui pendekatan yang lebih praktikal, interaktif dan berorientasikan inovasi seperti robotik, pengaturcaraan atau programming, reka cipta dan teknologi digital. Dalam hubungan ini, kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan turut diperkukuh melalui Jawatankuasa Pemandu Bakat STI bersama MOSTI sebagai platform penyelarasan strategik secara pendekatan whole of government dengan izin, bagi memastikan pembangunan bakat STI dilaksanakan secara lebih berfokus, tersusun dan berimpak tinggi. Melalui kerjasama ini, negeri Pahang dijangka mendapat manfaat dari segi perluasan akses program STEM, pengukuhan bakat pelajar dan guru serta pembangunan tenaga kerja mahir yang lebih bersedia memenuhi keperluan industri masa hadapan. Sebagai kesinambungan kepada usaha membudayakan STEM, Kerajaan Negeri melalui kerjasama dengan syarikat swasta tempatan turut memberi perhatian kepada pelaksanaan Jelajah STEM Negeri Pahang sebagai pendekatan turun padang untuk membawa aktiviti sains, teknologi dan inovasi secara lebih dekat kepada pelajar di seluruh daerah.
Program ini berperanan memperluas pendedahan pelajar terhadap STEM melalui pendekatan yang lebih menarik, mudah difahami dan bersifat hands-on. Ia juga penting bagi memastikan peluang kepada pendidikan dan pendedahan STEM tidak hanya tertumpu di kawasan bandar tetapi turut diperluaskan kepada pelajar luar bandar. Program ini telah dilaksanakan bermula Mei tahun lepas 2025 sehingga kini. Setakat ini ia telah memberi impak yang baik kepada 25,789 pelajar daripada 176 sekolah di negeri Pahang. Jelajah STEM telah dilaksanakan di daerah Kuantan, Cameron Highlands, Pekan, Temerloh dan Raub. Modul yang dibawakan adalah berkaitan teknologi AI, teknologi dron, metaverse dan sains iklim secara terusan ataupun hands-on yang berlangsung secara bersemuka dan atas talian.
Modul dron yang digunakan dalam jelajah ini telah mendapat anugerah daripada UNICEF dan MOSTI. Model Jelajah STEM Pahang telah menjadi contoh dan dilaksanakan di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor pada tahun 2026. Bagi menyokong Agenda Inovasi Negeri, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) telah dan turut memainkan peranan penting melalui pembangunan inisiatif teknologi makanan ataupun food tech dengan izin, yang berteraskan industri makanan moden, mampan dan berdaya saing. Antara cadangan utama ialah penubuhan Makmal Inovasi Food Tech sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan R&D dalam bidang pemprosesan makanan, pembungkusan pintar dan teknologi pemeliharaan makanan.
Selain itu, POLISAS turut merancang program inkubator usahawan food tech bagi membimbing pelajar dan komuniti dalam pembangunan produk makanan inovatif serta memperkukuh aspek halal, keselamatan makanan, penjenamaan dan pemasaran digital. Inisiatif ini juga memberi penekanan kepada penggunaan teknologi moden seperti automasi Internet of Things dan platform e-dagang bagi meningkatkan produktiviti, mengurangkan pembaziran serta memperkukuh rantaian bekalan makanan negeri. Melalui kerjasama bersama Kerajaan Negeri dan pihak industri inisiatif ini berpotensi menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem inovasi makanan negeri Pahang serta membantu melahirkan lebih ramai usahawan dan tenaga kerja berkemahiran dalam sektor agro makanan berteknologi tinggi.
YB Dato' Sri Speaker,
Pahang mempunyai banyak institusi pendidikan tinggi yang cemerlang disokong oleh tenaga pengajar yang berkaliber dan berpengalaman. Pelbagai kajian serta projek inovasi berkualiti tinggi telah dihasilkan yang berpotensi besar untuk dikomersialkan. Walau bagaimanapun, masih wujud jurang dari segi akses kepada peluang ekosistem dan sokongan bagi membolehkan hasil penyelidikan ini diterjemahkan ke peringkat pengkomersialan secara menyeluruh. Kerajaan Negeri menyambut baik dan menyokong penuh pelbagai inovasi teknologi yang dibangunkan oleh Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah dalam memperkukuh agenda keterjaminan makanan dan pembangunan komuniti luar bandar. Antara inovasi yang diketengahkan ialah Projek i-Ecobator hasil penyelidikan Ts. Haji Mohd Nurulakla bin Mohd Azlan iaitu inkubator berskala kecil dan mudah diselenggara bagi penternakan unggas seperti ayam, itik dan angsa. Inkubator ini mampu memuatkan antara 30 hingga 200 biji telur serta mencapai kadar penetasan sehingga 85% sekali gus membantu penternak kecil dan sederhana meningkatkan pengeluaran makanan dan pendapatan. Inisiatif ini telah dilaksanakan di beberapa rumah anak yatim di Pekan serta Koperasi Komuniti Amanah Pahang Berhad (KOMTA) dan dilihat memberi impak positif terhadap peningkatan hasil ternakan, pendapatan komuniti serta keterjaminan bekalan makanan di kawasan luar bandar dan pedalaman. Pengusaha kecil juga berpotensi menjana pendapatan antara RM400.00 hingga RM10,000.00 sebulan bergantung kepada skala ternakan.
Selain itu, UMPSA turut membangunkan portable solar power pack sebagai alternatif kepada penggunaan generator khususnya di kawasan pedalaman dan lokasi yang mempunyai keterbatasan bekalan elektrik. Teknologi ini telah digunakan di beberapa kawasan iaitu Taman Negara Jerantut, Cameron Highlands, Sabah, Sarawak serta luar negara seperti Thailand dan Indonesia. Pendekatan ini bukan sahaja membantu meringankan ataupun meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat luar bandar, malah menyokong agenda pembangunan lestari melalui penggunaan teknologi hijau dan memasyarakatkan teknologi dengan pemindahan teknologi, dengan izin, technology transfer kepada komuniti setempat. Kerajaan Negeri memandang positif pembangunan pelbagai teknologi berasaskan Artificial Intelligence, Sensor dan
Geographic Information System (GIS) dan oleh Climate Change Centre UMPSA di bawah pimpinan Profesor Ir. Dr. Mohd Faizal bin Jamlos. Teknologi ini memberi fokus kepada penyelesaian pintar dan bidang alam sekitar, pengurusan bencana, penguatkuasaan, infrastruktur dan kelestarian pembangunan negeri. Antara teknologi utama yang dibangunkan ialah pengiraan stok dan kredit karbon Forest Analytix, pengawasan tanah dan lombong menggunakan Sistem AI dan Dron (Terrain and Environment Analytix), pengesanan mineral nadir bumi melalui hyperspectral imaging (Mineral Analytix), aplikasi penyelenggaraan dan aduan sivik berasaskan AI (Road and Infra Analytix - SPARTA, pemeriksaan bangunan menggunakan pemodelan 3D (Building Analytix) serta sistem pemetaan dan ramalan banjir menggunakan data LIDAR dan model hidrologi (Flood Analytix).
Selain itu, teknologi pemantauan kelestarian kampus, taman dan pusat pentadbiran turut dibangunkan bagi memantau penggunaan tenaga, jejak karbon dan pengurusan alam sekitar secara lebih cekap. Kerajaan Negeri akan mengkaji potensi kerjasama strategik dengan Climate Centre UMPSA bagi memanfaatkan teknologi-teknologi ini dalam memacu agenda pembangunan negeri yang mesra alam, berdaya tahan dan berorientasikan masa hadapan selaras dengan Aspirasi Pahang 1st.
YB Dato' Sri Speaker,
Kerajaan Negeri turut mengambil perhatian terhadap potensi teknologi fito perlombongan, phytomining dengan izin, iaitu pendekatan hijau yang menggunakan tumbuhan tertentu untuk menyerap mineral dan logam bernilai daripada tanah secara semula jadi. Pada masa ini, penyelidikan berkaitan sedang dijalankan oleh Dr. Zakuan Azizi bin Shamsul Harumain dari Jabatan Bioteknologi Kulliyah Sains, Universiti Islam Antarabangsa Cawangan Pahang bagi mengenal pasti spesies tumbuhan tempatan yang berupaya menyerap mineral seperti mangan serta logam bernilai lain. Pendekatan ini berpotensi diaplikasikan di kawasan bekas lombong bagi tujuan pemulihan tanah secara lestari selaras dengan keperluan pemeliharaan alam sekitar. Dalam pada masa yang sama, tumbuhan tersebut juga berpotensi menjadi sumber kepada penghasilan mineral bernilai seperti nikel, kobalt dan unsur nadir bumi yang diperlukan dalam industri teknologi dan pembuatan bateri. Inisiatif ini bukan sahaja menyokong agenda pemulihan alam sekitar dan prinsip ESG, malah berpotensi mewujudkan sumber ekonomi baharu berasaskan teknologi hijau dan pengurusan sumber secara mampan di negeri Pahang.
YB Dato' Sri Speaker,
Kerajaan Negeri Pahang komited membangunkan ekosistem syarikat pemula startup sebagai pemacu baharu ekonomi negeri berasaskan inovasi, teknologi dan penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi. Sejak tahun 2022 Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pahang telah melaksanakan program Pahang Innovative Startup Accelerator (PISA). Bagi membimbing startup tempatan daripada peringkat idea hingga mampu memasuki pasaran dan menarik pelaburan. Hingga ini, sebanyak 79 startup berjaya dibangunkan melalui 5 kohort PISA melibatkan sektor strategik seperti agritech, foodtech, healthtech, fintech, kecerdasan buatan, teknologi pendidikan, software at service, dengan izin dan teknologi hijau. Pelaksanaan Kohort 6 pada tahun Jun 2026 dijangka menambah 20 lagi startup baru, menjadikan keseluruhan sebanyak 99 startup berjaya dilahirkan di negeri Pahang. Bagi memperkukuh pembangunan ekosistem ini secara mampan, Kerajaan Negeri turut membangunkan Pelan Hala Tuju Startup Pahang 2030 yang memberi fokus kepada pembangunan bakat, akses pembiayaan, pemerkasaan inovasi, kerjasama industri dan pengembangan pasaran. Melalui pelan ini, Pahang menyasarkan penghasilan 300 startup tempatan, pewujudan 2,000
peluang pekerjaan, berkemahiran tinggi serta peningkatan pelaburan terkumpul sehingga RM100 juta, sekali gus memperkukuh kedudukan negeri Pahang sebagai hab startup dan ekonomi digital yang berdaya saing.
Akhir sekali saya, menyeru kepada semua rakan-rakan Ahli Dewan yang ada di Dewan Yang Mulia ini, agar dapat memberikan komitmen penuh dalam menjadikan negeri Pahang sebagai salah satu destinasi pelaburan utama di negara ini. Negeri Pahang perlu kekal kondusif, kompetitif, mesra pelabur dalam meningkatkan keyakinan para pelabur asing mahupun domestik. Kejayaan yang bakal kita kecapi hasil daripada usaha yang digerakkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang, Insya-Allah akan memberikan manfaat yang besar khususnya kepada rakyat negeri Pahang dalam usaha menjadikan negeri yang tercinta ini terus memahatkan sejarah gemilang dalam mencapai tahap pelaburan yang tinggi Insya-Allah. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada jabatan-jabatan, agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan…
Speaker saya nak mencelah sikit. Sebelum… sebelum tamat tu saya nak mencelah sikit.
La dah nak habis dah baru nak celah.
Dengar dulu, kan? Terima kasih Speaker. Saya cuma nak minta pandangan kerajaanlah tentang design sebagai satu industri ye.
Apa Yang Berhormat tak dengar?
Design. Reka bentuk.
Design.
Sebagai satu industri.
Ingat apa design tadi. [ketawa]
Kalau kita tengok masa industry furniture misalannya perabot, kalau 10 bilion, er... design fees 2.5% ada RM250 juta dalam tu. Itu satu. Dalil saya sebut perkara ni bukan apa pertamanya, kita berhasrat sangat kalau Pahang dapat mempelopori industri ini... ye. Dalilnya, satu anak Pahang ni ramai dapat… dapat award dapat anugerah peringkat dunia inovasilah design dan sebagainya. Saya tengok Yayasan Pahang. Lobi tu banyak anugerah-anugerah. Baik kita manfaatkan. Yang keduanya, er... pengalaman saya sendiri ialah kita pernah bawa produk orang kita, produk UiTM Masters er... ITM tu dibawa ke luar negara, memang dapat sambutan hangat makna design orang kita ni memang world class bertaraf dunia. Baik kita tonjolkan terus.
Design, design apa tu?
Furniture… furniture, perabot.
Oh... perabot. Furniture design.
Furniture design.
Oh... Okey.
Dengan izin.
Sila.
Dia cakap orang putih kita tak boleh. [Ahli Dewan ketawa]
Apa Yang Berhormat?
Maaf, Speaker. [Ketawa]
Pintu ada kiri, kanan Yang Berhormat. [Ketawa].
Kemudian er... bukan apa design industri ni dia akhir-akhirnya dia akan jadi kita akan jadi satu, satu kuasa trendsetter kan trendsetter kepada design-design ni. Macam berlaku di Itali misalannya kan. Kemudian kita kalau kerajaan nak tolong boleh kita ada persatuan. Persatuan Pereka Industri Malaysia dan saya rasa memang persatuan pun akan mencari-cari peluang sebab dia ada satu program World Industrial Design Day Malaysian versi Malaysia.
Not badlah YB Luit ni. [Ketawa]
Jadi kalau ada berhajat, kerajaan nak kita bincang boleh ke saya… saya jadi orang tengahlah tolong bawa persatuan tu.
Nak jadi consultant pulak dah. [Ketawa]
Free. Consultant free. Terima kasih. [Ketawa]
Terima kasih YB Luit. Kerajaan Negeri mengamalkan sikap terbuka ya. Boleh kita bincang nanti. PM tepi ya [Ketawa]. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada jabatan-jabatan, agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan, serta penggiat-penggiat dalam bidang STEM yang selama ini, banyak membantu sepanjang saya memegang portfolio ini. Dengan adanya budaya kerja berpasukan yang jitu, saya dapat melaksanakan pelbagai perancangan projek dan aktiviti yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat negeri Pahang. Saya ADUN Peramu Jaya, mohon menyokong usul menjunjung titah… menjunjung kasih ke atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh [Ahli Dewan menepuk meja].
Terima kasih. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang. Sekarang saya jemput Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang.
Terima Kasih Dato' Sri Speaker yang telah memberi ruang kepada saya untuk membahas Titah Diraja yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Saya juga, ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang di atas segala sokongan dan inspirasi kepada Kerajaan Negeri pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, agar sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat negeri Pahang yang bertuah ini.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Menyentuh tentang sektor kerja raya, tahun 2026, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM2.5 bilion untuk senggaraan jalan, jambatan er... di Jalan Persekutuan. Sehingga Mei 2026, JKR Negeri Pahang, telah menerima agihan bagi kerja pembaikan jalan, jambatan, kerja rutin dan lain-lain berjumlah RM298.8 juta er... dan daripada peruntukan tersebut, sebanyak 282 kerja senggaraan sedang dilaksanakan seluruh negeri Pahang. Manakala bagi jalan-jalan negeri pula sehingga 1 Mei 2026, Kerajaan Negeri Pahang telah menerima peruntukan MARRIS di bawah MARRIS yang sejumlah RM76.7 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan negeri dan jalan kampung.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Dalam memastikan jaringan jalan yang baik, untuk memudahkan rakyat, di samping melancarkan aktiviti para pedagang dan menjana ekonomi negeri dan setempat, di bawah Rolling Plan 1 RMK Ke-13, Kerajaan Negeri berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan 10 projek di bawah Kementerian Kerja Raya, yang merangkumi 6 projek fizikal dan 4 projek kajian awalan, serta pengambilan balik tanah. Kos keseluruhan projek fizikal dan kajian awalan yang diluluskan ini adalah sebanyak RM686.71 juta. Manakala, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah meluluskan 7 projek fizikal bagi membina dan menaik taraf jalan dan jambatan luar bandar yang bernilai RM328.54 juta. Jumlah keseluruhan projek yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13, dalam Rolling Plan pertama, adalah sebanyak RM1.015 bilion. 6 projek fizikal yang diluluskan di bawah Kementerian Kerja Raya ialah satunya, yang pertama ialah projek menaik taraf Lebuh Raya Kuantan-Segamat FT12, Rompin-Pahang sebanyak RM357.5 juta.
Yang keduanya, cadangan mengantikan jambatan, Sungai Ular Kuantan-Chukai, Daerah Kuantan sebanyak RM34 juta. Cadangan menaik taraf jambatan uzur dan sempit di Sungai Sebul di laluan FT 98 Seksyen 34 Jalan Temerloh-Jerantut er... sebanyak RM33.11 juta. Keempat, cadangan menaik taraf pembetung kepada jambatan di Kampung Alur Ladang, Seksyen 368.1 Jalan Kuantan, Pelabuhan Jalan Kuantan ke Pelabuhan Kuantan FT 02 er... sebanyak RM25.1 juta. Yang kelimanya,
pembinaan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Kuala Lipis bagi Lingkaran Tengah utama, Pakej 4 Kampung Relong ke Raub. Seksyen 4A Kampung Relong ke Ladang Dekoh sebanyak RM20 juta. Keenam, pembinaan Depoh Bailey Bridge, JKR Negeri Pahang di JKR Daerah Temerloh sebanyak RM10 juta. Manakala, empat projek kajian awalan dan pengambilan balik tanah diluluskan oleh Kementerian Kerja Raya adalah, pertama cadangan pembinaan Persimpangan Bertingkat Bukit Rangin, Kuantan - Chukai FT03 Daerah Kuantan untuk sebanyak RM28 juta. Inilah kos untuk reka bentuk dan pengambilan balik tanah.
Yang kedua, cadangan menaik taraf Jalan Sungai Lembing dari Kampung Padang ke persimpangan lampu isyarat LPT1 Kuantan FT231 sebanyak RM57 juta. Ini juga kos untuk reka bentuk dan pengambilan balik tanah. Ketiga, kerja awalan membina jalan dan persimpangan baru yang menghubungkan Pantai… Lebuh Raya Pantai Timur LPT di KM 247 ke Jalan Pintasan Kuantan di Persimpangan Berlian, Semambu serta menaik taraf Jalan Semambu FT3486 Jalan Tengku Mahmud… Jalan Tengku Muhammad… maaf, FT227 dan Jalan Padang Golf, Kuantan sebanyak RM2 juta. Empat, Lingkaran Tengah Selatan dari LTU. LTU atau LPT KM 79 ke Kampung Sungai Perdak, Bentong sebanyak RM120 juta untuk kos reka bentuk dan juga pengambilan balik tanah. Projek yang diluluskan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah adalah seperti berikut: Pertamanya ialah membina jambatan konkrit di Laluan C108 Jalan Serkam ke Laluan C21, Jalan Kuala Wau di daerah Maran sebanyak RM114.45 juta. Keduanya membina jalan baru dan jambatan dari Pos Lenjang ke Kampung Orang Asli Jernang, Pos Titom, Lipis sebanyak RM99 juta. Membina jalan baru dari sempadan FELDA Mayam ke Jalan Utama FT1510 Bera sebanyak RM38 juta. Menaik taraf jambatan di Jalan Runchang, Seksyen 6.2 daerah Pekan sebanyak RM13 juta dan membina jalan baru membina baru Jambatan Sungai Dong, Jalan Kampung Ulu Cendera 2, Kampung Keloi Raub sebanyak RM95 juta.
Selain pada itu, sistem lampu isyarat di daerah Kuantan juga telah dinaik taraf dan dipantau oleh Cawangan Kejutan Elektrik JKR Negeri Pahang telah memasang lampu isyarat pintar Smart Traffic Light di beberapa lokasi di mana lampu isyarat tersebut mempunyai linking sistem antara dua lampu isyarat dan ianya dipercayai dapat memberikan sedikit kelancaran kepada lalu lintas iaitu pertama di Persimpangan Lampu Isyarat Giant dan Persimpangan Lampu Isyarat Kemunting atau Lembaga Hasil Dalam Negeri. Keduanya, lampu isyarat Permatang Badak-Paya Besar dan… dan persimpangan Sungai Isap.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, pada tahun 2026, Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang sedang sa…
YB Speaker, mencelah sikit. Saya ingin bertanya kepada pihak Wakil Kerajaan. Terima kasih kerana lampu isyarat di Teluk Gading yang telah kita mohon saban tahun, Alhamdulillah, sekarang dalam proses perlaksanaan. Difahamkan, kos RM4.3 juta dan difahamkan mungkin Wakil Kerajaan dapat memberitahu sebenarnya bila dijangka siap. Terima kasih.
Terima kasih kepada Tioman yang mengemukakan soalan tersebut. Soalannya boleh tahan juga. Kat Rompin je. Tapi sebab dia nak bangun dalam Dewan ni. Er... Okey.
Yang berkenaan dengan lampu isyarat di Teluk Gading, dijangkakan kerja tu boleh siap. Sebab kerja tu ambil masa sikit sebab ada pengalihan utiliti dan dijangkakan disiap pada hujung atau awal… awal tahun depan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Pada tahun 2026 Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang sedang melaksanakan sejumlah 60 projek bangunan dan kemudahan awam dengan kos kontrak semasa sebanyak RM1,500.18 juta ataupun RM1.5 bilion. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 48 adalah daripada projek persekutuan dengan jumlah kontrak dengan jumlah harga kontrak semasa sebanyak RM938.71 juta manakala 12 projek negeri yang menggunakan peruntukan negeri dengan jumlah kos kontrak sebanyak RM562.10 juta. Sehingga bulan Mei 2026, Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang telah berjaya menyiapkan tiga projek bangunan dan kemudahan awam dengan jumlah kos kontrak bernilai RM21.59 juta. Sehingga Disember 2026, dijangkakan 23 projek lagi akan dapat disiapkan dengan jumlah kos kontrak bernilai RM360.36 juta. Bagi tahun 2027, terdapat 23 projek dijangka siap iaitu 17 projek persekutuan dengan kos kontrak sebanyak RM214.75 juta dan 5 projek peruntukan negeri dengan kos kontrak sebanyak RM86 juta. Penyiapan… penyiapan projek ini adalah merupakan kesinambungan pencapaian projek-projek di negeri Pahang dalam usaha menyediakan keperluan kemudahan awam kepada jabatan kerajaan dan rakyat negeri Pahang terutamanya. Ianya dapat memberi impak kepada orang ramai di mana sama-sama dapat menikmati keselesaan dan kemudahan seperti klinik, sekolah, masjid dan lain-lain yang disediakan oleh pihak kerajaan. Kakitangan kerajaan juga boleh menggunakan perkhidmatan infrastruktur yang telah dibina dan seterusnya dapat menyampaikan perkhidmatan kerajaan yang terbaik kepada rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Menjawab kepada pertanyaan tambahan daripada Yang Berhormat Jengka berkenaan dengan Jalan Persekutuan FT83 dari Bandar Pusat Jengka ke Jengka 11. Kerajaan negeri telah pun mengemukakan permohonan untuk menaik taraf Jalan FT83 kepada Kementerian Kerja Raya melalui permohonan projek di bawah peruntukan RMK12, RP 5. Namun tidak diluluskan kemudian permohonan telah diangkat semula dalam RMK13, RP 1. Kerja menaik taraf jalan akan dilaksanakan oleh JKR Pahang selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Kerja Raya. Maknanya pihak kerajaan, pihak JKR dah kemukakan permohonan 2 kali dah.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Menjawab kepada pertanyaan tambahan daripada YB Luit berkenaan permohonan baik pulih cerun berbahaya akibat tanah runtuh di atas Lot 30713 Kampung Sentosa. Untuk makluman, JKR Daerah Maran telah mengadakan lawatan tapak di lokasi cerun runtuh tersebut dan didapati runtuhan itu berlaku di dalam lot individu, bukannya atas tanah kerajaan ataupun reserve JKR. Namun, JKR sedia memberi perkhidmatan khidmat nasihat dan kaedah pembaikan cerun kepada pihak tuan tanah. Kalau mintak ni mahukan perkhidmatan. Berkenaan dengan permohonan menaik taraf dan naik aras jalan di Kampung Luit pula, permohonan tersebut masih belum diterima oleh pihak JKR Maran. Walau bagaimanapun, pihak JKR Maran akan meneliti perkara ini dan akan mengangkat permohonan ini dengan segera kepada pihak JKR negeri. Dalam pada itu, menjawab juga daripada pertanyaan tambahan daripada YB Luit berkenaan dengan permohonan penambahbaikan persimpangan jalan besar di Kampung Sentosa yang mempunyai rekod kemalangan maut. JKR Maran telah merancang untuk menaik taraf persimpangan tersebut dengan mengadakan Lorong
ACDC Lane pada persimpangan tersebut dan dikenal pasti sebagai lokasi kerap berlaku kemalangan. Perolehan sebut harga bagi kerja-kerja menaik taraf persimpangan tersebut telah dilaksanakan pada 15 April 2026, manakala surat setuju terima SST akan dikeluarkan sebaik sahaja Lembaga Perolehan bersidang dalam masa terdekat. Adalah diharapkan apabila penambahan lorong ACDC ini siap kelak, ia akan mengurangkan risiko kemalangan di persimpangan tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Kerajaan Negeri Pahang sentiasa berusaha menambah baik dan menyediakan kemudahan yang akan memberi manfaat kepada rakyat serta menjadikan negeri ini semakin maju dan berdaya saing. Manakala pembangunan ekonomi yang diusahakan adalah daripada pelbagai sudut. Antaranya pembangunan bandar yang pesat dengan pelbagai infrastruktur awam seperti jalan raya, pengangkutan awam dan kemudahan kesihatan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Dari segi daripada sudut sektor pengangkutan pula, negeri Pahang menunjukkan perkembangan pesat dalam sektor infrastruktur pengangkutan dan jalan raya selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan jaringan perhubungan sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi negeri. Antara projek ketara yang boleh dilihat adalah projek berimpak tinggi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur dengan Lembah Klang dan merentasi negeri Pahang melibatkan 7 stesen di 4 daerah iaitu Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan. Projek ini disasarkan selesai pada akhir tahun 2026 dan akan mula beroperasi pada Januari 2027. Sehingga akhir April 2026, kemajuan projek ECRL Negeri Pahang telah mencapai 97.33% manakala status kemajuan keseluruhan projek ECRL adalah 93.66%. Kerajaan Negeri juga sedang telah merancang bagi membangunkan 7 kawasan stesen ECRL di negeri Pahang melalui Jawatankuasa Induk Pelaburan dan Pembangunan Transit Oriented Development and Economic Accelerator Project stesen ECRL di negeri Pahang dan telah mengenal pasti projek-projek pelaburan dan pembangunan berhampiran semua stesen ECRL tersebut. Projek pembangunan dirancang di sekitar stesen ECRL turut memberi tekanan kepada integrasi mood perjalanan terutamanya menyediakan rangkaian pengangkutan awam yang dapat meningkatkan mobiliti penduduk.
Terdapat projek yang khusus berkaitan kemudahan pengangkutan awam di daerah yang mempunyai stesen ECRL adalah satunya di projek-projek terminal bersepadu dengan pusat komersial di stesen Bentong dan keduanya di terminal pengangkutan awam bersepadu di Paya Besar, Kuantan. Pengoperasian BAS.MY telah bermula pada 15 Disember 2025 dengan 55 buah bas baru berkonsepkan low floor, dengan izin yang dikendalikan oleh Sanwar Tour Sdn Bhd melibatkan 16 laluan utama merangkumi kawasan bandar dan luar bandar dengan waktu operasi daripada 6:00 pagi hingga 10:40 malam. Insentif yang ditawarkan adalah kad konsesi tambang percuma disediakan untuk OKU, warga emas, pelajar sekolah dan mahasiswa IPTA mahupun IPTS. Selain itu, pengoperasian BAS.MY turut menyediakan insentif BAS.MY30 di mana pengguna umum boleh menikmati perjalanan tanpa had dengan harga RM30.00 sebulan. Kajian sistem pengangkutan awam di daerah Kuantan telah disediakan oleh PLANMalaysia, Pahang dan dapatan kajian telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri Pahang Bilangan 1/2026 pada 17 Mac 2026 yang lalu. Kajian ini menerangkan hasil penemuan kajian strategi pelaksanaan dan perincian kepada cadangan-cadangan bagi menambah baik sistem pengangkutan awam, bas henti-henti di daerah Kuantan demi kesihatan penduduk tempatan serta
kelestarian bandar. Penilaian yang dibuat telah diperhalusi dengan justifikasi yang kukuh agar cadangan dan strategi pembangunan lebih terperinci, realistik dan boleh dilaksanakan. Setiap cadangan yang disenaraikan disokong dengan penentuan fasa agensi pelaksana dan ilustrasi bagi menyokong lagi kenyataan cadangan yang dicadangkan.
Laporan kajian boleh dijadikan sebagai rujukan kepada agensi pelaksana dalam melaksanakan projek ataupun program yang telah dirancang. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti isu yang mempengaruhi kecekapan, kebolehcapaian dan keberkesanan sistem pengangkutan awam di daerah Kuantan serta kaedah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan sekaligus merealisasikan aspirasi Kerajaan Negeri dan Majlis Bandaraya Kuantan dalam kepenggunaan perkhidmatan pengangkutan awam bagi memenuhi keperluan rakyat. Penyelesaian perbandaran dalam membangunkan daerah Kuantan ke arah bandar berdaya huni, hijau dan inklusif.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Kerajaan Negeri Pahang akan mengadakan program kerjasama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia…
Er… Saya nak mencelah sedikit boleh Yang Berhormat Speaker?
Sila.
Terima kasih Dato’ Sri Speaker, terima kasih sahabat Exco. Jadi saya tadi ada dengar tentang usaha yang telah pun dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang iaitu memperkenalkan BAS.MY dan saya rasa itu antara inisiatif yang sangat disukai oleh rakyat dalam keadaan mereka hanya perlu bayar RM30.00 untuk tempoh 30 hari. Dengan akses yang tidak ada had dan bagi golongan warga emas, mereka hanya bayar RM10.00 sekali sahaja. Jadi er… dibentangkan tadi bahawa itu adalah untuk mengatasi masalah pengangkutan di kawasan bandar Kuantan. Jadi ada tak er… cadangan Yang Berhormat bagi pihak Kerajaan Negeri untuk kita perluaskan ke daerah-daerah yang mengalami… yang mempunyai sistem pengangkutan yang kurang seperti di Rompin yang daripada Tanjung Gemuk nak pergi ke Rompin, daripada Rompin nak pergi ke Pekan. Jadi ada tak cadangan Kerajaan Negeri untuk memperkenalkan BAS.MY di daerah-daerah yang menghadapi masalah pengangkutan. Terima kasih Dato’ Sri.
Terima kasih kepada Ahli Lantikan 4. Yang Berhormat Speaker, memang permintaan BAS.MY mendapat sambutan yang cukup baik dan ramai… banyak bandar-bandar ataupun daerah-daerah yang menanyakan berkenaan cadangan bagaimana untuk daerah tersebut boleh dapat seperti di Kuantan ni. Tapi ini sebenarnya program
daripada Kementerian Pengangkutan daripada pihak federal. Setakat ini terhad di ibu-ibu negeri sahaja di Malaysia. Jadi, walau bagaimanapun perkara ini akan diambil perhatian.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Sambung balik tadi. Kerajaan Negeri Pahang akan mengadakan program sama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia ataupun MIROS melalui Program Vitara Komuniti pada 19 Mei 2026 depan, dalam usaha untuk memperkasakan komuniti. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya di peringkat akar umbi melalui penglibatan aktif pemimpin komuniti dan penduduk setempat. Target penyertaan bagi program ini adalah Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung ataupun JPKK Daerah Kuantan dan pihak MIROS akan memberikan pendedahan tentang tatacara pengendalian serta pelaksanaan program keselamatan jalan raya selaras peranan penting JPKK dalam menerajui keselamatan dan pembangunan komuniti di peringkat akar umbi. Kerajaan Negeri juga turut menyediakan insentif berkaitan dengan sektor pengangkutan dalam Belanjawan 2026. Selaras dengan pengoperasian ECRL di Pantai Timur, Kerajaan Negeri menyediakan geran padanan kepada Yayasan Pahang untuk Akademik Rail Pahang (UCYP) University. Inisiatif ini memberi anak-anak Pahang peluang memasuki industry rail dan latihan softskill terutamanya dalam menyediakan pasaran kerja apabila laluan Rel Pantai Timur (ECRL) beroperasi pada Januari 2027.
Program Latihan Kemahiran Industri, East Coast Rail Link Operation and Maintenance Retaining Programme di bawah Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) ini melibatkan seramai 47 orang pelatih yang dibahagikan kepada 3 kumpulan dan dijadualkan menghabiskan latihan dalam masa 5 bulan hingga 1 tahun di Liu Zao Railway Vokasional Technical Colleage di China. Kesemua pelatih yang telah menamatkan kursus tersebut akan menjadi latihan industri selama 3 bulan sebelum menerima penempatan kerjaya di bawah Malaysia Rail Link Sdn Bhd untuk pengisian ECRL. Selain itu, Kerajaan Negeri juga meneruskan subsidi kad pengangkutan Feri Tioman bagi memudahkan mobiliti penduduk Pulau Tioman dengan implikasi kewangan sebanyak RM500,000.00 diperuntukkan kepada Lembaga Pembangunan Tioman.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Rakyat yang sihat merupakan aset negeri. Kehidupan bahagia rakyat bukan sekadar tahap ekonomi yang baik…
Boleh mencelah sedikit Dato’ Sri Speaker?
Sila.
Sebelum pergi kepada kesihatan, berkaitan dengan kerja raya tadi. Apa yang saya bangkitkan semalam berkaitan projek sakit di kawasan saya tu, FT03. Dimaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebut semalam sedang disemak kontraktor tersebut. Jadi, apakah er… langkah-langkah sementara interim measure kita ambil. Sebab kalau semak semula, saya jangka siap pulak 3 tahun lagi dan rakyat akan berdepan dengan masalah yang sama 3 tahun lagi. Jadi boleh tak dicadangkan kepada pihak JKR fikir satu cara kaedah terbaik supaya meringankan sedikit kesesakan ataupun keluhan rakyat yang menggunakan laluan tersebut sementara nak tunggu 3 tahun lagi ni. Payah juga kita nak menjawab. Jadi kalau boleh ada satu langkah sementara supaya keselesaan itu dipertingkatkan, jalan itu dan tidak menimbulkan isu-isu keselamatan jalan tersebut. Itu yang saya minta penjelasan daripada pihak kerajaan. Terima kasih.
Berkenaan dengan projek FT03, projek ini memang ada masalah dengan pihak kontraktor projek lewat dan sekarang pun dalam er… saya rasa proses akhir peringkat kita Kerja Raya Malaysia. Untuk menentukan projek itu, kita dah pun dah bagi surat amaran semua surat penamatan. Pihak JKR dah keluarkan, jadi er… untuk er... bagi keselesaan er… pengguna jalan raya sebab kita tahu jalan tu memang hari-hari orang guna dan lebih lagi laluan tu laluan utama untuk kita pergi ke kawasan er... industri Gebeng dan juga ke Pelabuhan Kuantan. Jadi, saya harap er... perkara ini akan diambil perhatian oleh pihak JKR.
Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Rakyat sihat merupakan aset negeri. Kehidupan bahagia, rakyat bukan sekadar tahap ekonomi yang baik tetapi harus juga merangkumi tahap kesihatan yang sempurna. Kerajaan Negeri sangat prihatin dengan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti di negeri ini. Justeru, Kerajaan Negeri turut memantau peruntukan Kerajaan Persekutuan dalam sektor kesihatan yang meliputi pembangunan dan pembinaan fasiliti-fasiliti kesihatan yang baru, projek-projek naik taraf dan penambahbaikan fasiliti kesihatan. Penyelenggaraan fasiliti dan kuarters serta perolehan peralatan-peralatan perubatan dan bukan perubatan yang menyokong sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan demi meningkatkan kesejahteraan rakyat di negeri Pahang.
Di samping menumpukan kepada pembangunan dan penambahbaikan sistem perawatan perubatan, Kerajaan Negeri turut menekankan aspek pencegahan penyakit terutama penyakit tidak berjangkit ataupun NCD dengan mempromosikan amalan gaya hidup sihat. Agenda Nasional Malaysia sihat terus dipergiatkan. Diantara insentif yang diperkenalkan ialah Insentif Penjawat Awam Sihat Sejahtera ataupun (IPASS) bagi menjayakan hasrat kerajaan untuk melahirkan penjawat awam yang mempunyai status kesihatan yang produktif dan dalam membangunkan negeri secara mampan. Menyentuh sektor kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah menerima peruntukan mengurus sebanyak RM1.725 bilion dan peruntukan pembangunan sebanyak RM167.6 juta bagi tahun 2026. Bagi peruntukan pembangunan sehingga April 2026, sebanyak RM16.427 juta iaitu 98% telah dibelanjakan untuk projek-projek yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui penambahbaikan fasiliti perkhidmatan kesihatan.
Ini adalah merangkumi antara lain projek menaik taraf sistem kejuruteraan dan infrastruktur, menaik taraf kemudahan hemodialisis, er... naik taraf… sorry menaik taraf, projek menaik taraf ubah suai projek, menaik taraf ubah, suai dan pembaikan di fasiliti-fasiliti kesihatan, penyelenggaraan kuarters di klinik-klinik dan hospital, perolehan peralatan perubatan dan bukan perubatan serta kenderaan dan pembayaran perkhidmatan sokongan hospital serta perkhidmatan sokongan hospital.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Sepanjang tahun 2026 ini, 3 projek pembangunan fasiliti kesihatan di bawah Rancangan Malaysia telah dan bakal disiapkan untuk kesejahteraan rakyat di negeri Pahang. Projek terkini yang telah siap adalah Klinik Kesihatan Sungai Soi, Kuantan yang telah diserahkan secara rasmi oleh pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 5 Mei yang lalu. Projek-projek seterusnya yang bakal disiapkan ialah Klinik Kesihatan Bukit Ibam dengan kuarters di Rompin dan pembinaan bangunan baru main switch board serta peningkatan kapasiti genset di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Bagi tahun ini juga, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang menerima peruntukan sejumlah RM9 juta bagi projek menaik taraf dan pembinaan wad-wad Kelas 3 di 9 buah hospital daerah di negeri Pahang kepada wad yang berhawa dingin dan lebih selesa kepada pesakit, waris serta petugas kesihatan. Sejumlah peruntukan RM8 juta juga telah disalurkan bagi pelaksanaan projek-projek menaik taraf, ubah suai dan pembaikan fasiliti-fasiliti kesihatan yang lain seperti klinik kesihatan, klinik pergigian, klinik desa, makmal kesihatan dan juga hospital.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Bagi menjawab pertanyaan tambahan daripada Yang Berhormat Jengka. Berkaitan penambahbaikan kemudahan kesihatan dan kemudahan rawatan pakar di kawasan Bandar Pusat Jengka. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sememangnya sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan penambahbaikan kemudahan kesihatan termasuk di kawasan Bandar Pusat Jengka selaras dengan pertambahan penduduk dan keperluan perkhidmatan kesihatan setempat. Pada masa ini, perkhidmatan kesihatan Hospital Jengka disokong oleh fasiliti kesihatan sedia ada di bawah KKM Kementerian Kesihatan Malaysia berkonsepkan pengurusan hospital kluster iaitu Kluster Pahang Tengah. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh merupakan pusat rujukan bagi perkhidmatan Kepakaran Kluster Pahang Tengah. Jarak Hospital Jengka ke HoSHAS adalah lebih kurang 47 kilometer atau lebih kurang 40 minit perjalanan. HoSHAS menawarkan 15 perkhidmatan kepakaran dan 6 subkepakaran berserta kemudahan klinik pakar bagi semua perkhidmatan kepakaran yang sedia ada. Kemudahan dewan bedah juga disediakan di HoSHAS dengan keseluruhan 13 dewan bedah.
Setakat Mei 2026, Hospital Jengka sudah menawarkan perkhidmatan kepakaran kecemasan serta kemudahan-kemudahan seperti perkhidmatan tabung darah, perkhidmatan radiologi, perkhidmatan pesakit dalam, perkhidmatan klinik pakar merangkumi, klinik pakar perubatan, klinik pakar pembedahan, klinik pakar ortopedik, klinik pakar ginekologi dan sakit puan, klinik pakar mata, klinik pakar pediatrik dan juga klinik pakar rehabilitasi. Klinik pakar ini mendapat bantuan dari pakar-pakar secara lawatan daripada hospital ataupun daripada Temerloh HoSHAS. Bagi perancangan masa hadapan er... pihak kementerian… kementerian sentiasa menjalankan penilaian keperluan. Er... melalui pelan tersebut, penambahbaikan fasiliti kesihatan sedang dilaksanakan di Hospital Jengka seperti pertamanya, menaik taraf kemudahan sedia
ada dengan melengkapkan penghawa dingin di setiap wad dan menaik taraf bangunan unit kecemasan di ruang klinik pakar.
Keduanya menambah skop perkhidmatan melalui kemudahan bilik pembedahan yang dijangka akan mula beroperasi pada hujung Jun 2026 dan berdasarkan Bengkel Pelan Strategik Ketua Pakar Kepakaran Negeri Pahang yang diadakan pada 28 hingga 30 April 2026. Terdapat juga perancangan untuk menempatkan pakar ortopedik secara tetap di Hospital Jengka dan disasarkan perancangan ini dapat dilaksanakan pada sepenuhnya pada menjelang tahun 2028. Jadi selain itu, perkhidmatan kesihatan yang melibatkan rawatan pakar turut disediakan di Klinik Kesihatan Bandar Jengka yang merupakan Klinik Jenis 3 dengan kedatangan harian sebanyak seramai 475 orang. Pada masa ini, terdapat 1 jawatan pakar klinik, klinik kesihatan keluarga yang telah diisi bagi menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam bidang kesihatan keluarga kepada penduduk setempat.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya mengambil kesempatan ini sekali lagi merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucap terima kasih kepada semua Ahli Berhormat dari Lanchang, Jenderak, Cheka, Semambu, Lepar, Batu Talam, Damak, Mentakab, Bukit Ibam, Kuala Semantan, Sungai Lembing, Kuala Sentul, Sabai, Beserah, Tioman, Chenor, Tahan, Ahli Yang Dilantik 2, Ahli Dilantik 3 yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu berkaitan dengan portfolio kerja raya, pengangkutan dan kesihatan. Saya tidak dapat menjawab semua pertanyaan Yang Berhormat secara lisan dan akan kemukakan secara bertulis. Sepanjang saya memegang portfolio ini, saya telah cuba melaksanakan yang terbaik untuk negeri Pahang dan berharap negeri Pahang akan terus maju dan cemerlang pada masa akan datang selaras dengan tag line terus Maju Terus Pahang dan penyerapan tonggak Aspirasi Pahang 1st.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, dengan ini saya mohon menyokong sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih wakil daripada Kerajaan, Exco Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang. Sebelum saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang. Saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran pemerhati-pemerhati. 1 daripada DUN Guai 4 orang, DUN Bebar 4 orang, DUN Muadzam Shah 2 orang, jadi tadi dia tengok bagus di cakap Wakil Rakyat dia menggulung. Pelajar-pelajar bersama guru pengiring dari Sekolah Menengah Teknik Kuantan seramai 10 orang hari ini [Ahli Dewan menepuk meja]. Saya ni TI old boys, TI Kuantan, Teknik Kuantan. Siapa ada lagi? Dato’ Mustafa ada lagi, YB ni, YB Tras ni. Ada lagi dari Teknik Kuantan? Kita mengalu-alukan anak-anak kita datang ke mari. Seterusnya saya menjemput Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan er… Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, minta maaf ya, Perumahan Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang. Saya nak maklumkan Yang Berhormat hari ini agak akan berucap lancar kerana pengganggu Yang Berhormat yang selalu bertanya-tanya, beliau telah meminta izin kepada saya untuk ada urusan yang nak diselesaikan. Jadi beliau tidak ada dalam Dewan. Jadi, silakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam Pahang 1st, salam Maju Terus Pahang. Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan dan Sidang Dewan yang saya hormati lagi saya kasihi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua kerana telah menyebutkan portfolio saya dengan tepat. Kena minta maaf jugalah.
Yang Berhormat, apa Yang Berhormat?
Kerajaan, apa kerajaan tempatan dan kesihatan.
Tak boleh silap sikit Yang Berhormat ni.
Jadi saya tadi Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, memang Kuala Sentul dia beritahu saya dulu dia tak dapat hadir dan dia ucapkan selamat maju jaya kepada saya dan saya….
Saya sebab dia maklum pada saya juga. Baguslah ini satu attitude yang baik. Dia tak terus hilang begitu saja. Bagilah tahu Speaker. Insya-Allah.
Ada adab dan ada adab sopan dan dia juga minta tolong dapat menyelesaikan sikit masalah di Maran tadi. Dia pesan kat sayalah. Insya-Allah, saya akan cuba selesaikan masalah berkaitan. Yang pertamanya, saya ingin memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang menggulung perbahasan pada Persidangan kali ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di atas segala dorongan dan inspirasi kepada Kerajaan Negeri Pahang agar sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk rakyat negeri Pahang yang bertuah. Saya dengan penuh hormat dan rasa bangga juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail di atas kepimpinan yang berwibawa, berintegriti dan berpandangan jauh sehingga berjaya
membawa negeri Pahang mencapai pelbagai kejayaan yang amat membanggakan di peringkat nasional. [Ahli Dewan tepuk meja].
Dan pencapaian ini tidak dapat dicapai tanpa komitmen yang tinggi daripada seluruh jentera pentadbiran Kerajaan Negeri merangkumi penjawat-penjawat awam, badan berkanun, PBT-PBT serta syarikat berkaitan Kerajaan Negeri dalam memastikan agenda pembangunan negeri kita dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dan kejayaan ini juga mencerminkan kesungguhan semua pihak dalam meningkatkan hasil negeri tetapi juga dalam memperkukuhkan kesejahteraan rakyat, mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan memelihara kelestarian alam sekitar demi manfaat generasi yang akan datang. Dan syabas dan tahniah juga diucapkan di atas pengekalan prestasi cemerlang Kerajaan Negeri Pahang yang berjaya mencatat kutipan hasil melebihi RM1 billion selama 4 tahun berturut-turut bermula daripada tahun 2022.
Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.
Isu eksport pasir, Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, yang dibangkitkan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang bukanlah sekadar untuk menjana hasil negeri tetapi juga ia menjadi keperluan untuk kita mengeluarkan mendapan dan sekali gus melancarkan pengaliran sungai dan mengurangkan risiko banjir terutamanya pada musim monsoon. Ini menunjukkan bahawa sumber semula jadi dilihat melalui lensa pengurusan lembangan sungai bukan semata-mata komersial dan titah diraja menegaskan bahawa negeri Pahang juga perlu terus memacu pembangunan ekonomi berteraskan kelestarian alam sekitar melalui pemeliharaan hutan, biodiversiti dan sumber asli secara berintegriti dan di samping turut menuntut pengiktirafan setimpal terhadap peranan strategik negeri sebagai tunjang kestabilan ekosistem semenanjung Malaysia.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Selaras dengan titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, PBT juga akan terus memperkukuhkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, mempercepatkan tindakan terhadap aduan-aduan rakyat serta memperkasakan penggunaan teknologi digital dalam segala urusan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan awam. Alhamdulillah, PBT-PBT di negeri Pahang telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komited, berdedikasi dan amanah dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta kelestarian kawasan pentadbiran masing-masing terus dipelihara dengan sebaik-baiknya. Hasrat Kerajaan Negeri adalah jelas untuk menjadikan Pahang sebagai sebuah negeri yang maju, mampan, berdaya tahan dan saya menyeru agar semua pihak khususnya PBT-PBT terus memperkukuhkan budaya kerja berprestasi tinggi, mempercepatkan proses penyampaian, perkhidmatan, memperhebatkan agenda pendigitalan serta memperkasakan pengurusan bandar yang lebih cekap, bersih dan inklusif. Saya ingin mengambil kesempatan di dalam Dewan Yang Mulia ini untuk merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada PBT-PBT di dalam negeri Pahang [Ahli Dewan menepuk meja] yang telah menzahirkan pencapaian perkhidmatan cemerlang melalui pelbagai kejayaan dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa dan kebangsaan. Dan di antaranya, Majlis Bandaraya Kuantan yang telah menerima Anugerah ASEAN Clean Tourist City Award 2026 hingga 2028. Yang keduanya, Majlis Daerah Raub dan Majlis Daerah Lipis yang telah dinobatkan antara Bandar Paling Bahagia tahun 2026 bersama 10 bandar lain di dalam negara kita Malaysia.
Yang ketiganya Majlis Daerah Jerantut dianugerahkan Bandar Paling Mampan tahun 2025. Manakala Majlis Perbandaran Temerloh, Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja dan Majlis Daerah Rompin pula menerima Anugerah Bandar Mampan Tahun 2025 dan sebanyak 5 PBT telah menerima penarafan Smart City Early Adopters, dengan izin Yang Berhormat Tuan di-Pertua iaitu Majlis Bandaraya Kuantan, Majlis Perbandaran Temerloh, Majlis Perbandaran Bentong, Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja dan Majlis Daerah Lipis.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Urus tadbir dalam negeri Pahang sentiasa berpaksikan peruntukan perundangan dan peraturan yang berkuatkuasa bagi memastikan setiap perancangan, keputusan dan pelaksanaan dilaksanakan dengan lebih teratur, telus dan berada dalam landasan yang tepat dan kefahaman dan komitmen semua pihak terhadap prinsip tadbir urus ini telah menyumbang kepada pencapaian membanggakan negeri Pahang apabila mencatat skor tertinggi 0.817 dalam Indeks Perpaduan Nasional dan menduduki tempat pertama dalam negara kita Malaysia dan saya mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di atas kepimpinan dan komitmen yang berterusan sehingga negeri Pahang berjaya mencapai pengiktirafan ini. Penghargaan juga saya tujukan kepada semua Ahli-ahli Dewan atas sikap matang, toleransi dan keprihatinan dalam memelihara sensitiviti masyarakat yang majmuk. Ucapan terima kasih juga turut dizahirkan kepada seluruh rakyat negeri Pahang kerana kejayaan ini adalah hasil kerjasama, kesepaduan, kesefahaman dan semangat yang sentiasa dipupuk bersama dari masa ke semasa.
Sehubungan dengan itu, saya ingin berkongsi dengan lebih lanjut, mengambil kesempatan dalam Dewan Yang Mulia pada hari ini untuk memberikan, berkongsi bersama gambaran yang lebih jelas kepada rakyat kita yang berbilang kaum dan berbagai agama mengenai pengurusan serta proses kelulusan pembinaan rumah ibadat bukan Islam di dalam negeri ini. Kerajaan Negeri sentiasa mengambil pendekatan yang adil, saksama, teratur dan harmoni dalam mempertimbangkan setiap permohonan rumah ibadat selaras dengan peruntukan undang-undang, garis panduan serta keperluan masyarakat setempat dan pendekatan ini penting untuk kita sama-sama memastikan kebebasan beragama terus dapat dipelihara. Di samping kita sama-sama dapat mengekalkan keharmonian dan juga perpaduan di kalangan masyarakat kita yang berbagai agama dan juga berbagai bangsa. Dalam masa yang sama, setiap pengurusan permohonan rumah ibadat ini akan melalui proses penelitian dan semakan oleh agensi-agensi yang berkaitan termasuklah pihak berkuasa tempatan, Pejabat Daerah dan Tanah serta Jabatan Teknikal bagi memastikan aspek-aspek keselamatan, kesesuaian tapak, perancangan pembangunan dan kepentingan awam sentiasa diberikan perhatian.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri, (PLANMalaysia Pahang) telah menyediakan Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) dengan izin Yang di-Pertua Negeri Pahang sebagai rujukan untuk membantu Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi-agensi berkaitan dan pemaju di dalam merancang, mengawal dan memantau pembangunan rumah ibadat serta kemudahan-kemudahan yang berkaitan dengannya. Sebelum sesuatu untuk makluman Sidang Dewan, sebelum sesuatu rumah ibadat didirikan, aspek-aspek berikut perlulah diberikan perhatian.
Yang pertamanya, adalah aspek perancangan yang melibatkan bilangan penduduk dan jarak antara rumah ibadat sesuatu agama. Bilangan penduduk adalah berdasarkan nisbah 1:2,300 di dalam bandar dan 1:1,100 di kawasan luar bandar. Manakala di luar bandar 1,000 orang 1. Kalau di dalam bandar 2,300-1 boleh dipertimbangkan. Yang keduanya, berhubung menghubungkan pembangunan ini melibatkan 4 proses kelulusan; yang pertamanya kelulusan dasar yang melibatkan Jawatankuasa Teknikal Rumah Ibadat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Dan seterusnya kelulusan dasar oleh Jawatankuasa Teknikal Rumah Ibadat Negeri yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
Yang keduanya, kelulusan tanah iaitu permohonan kelulusan tanah atau tukar syarat tanah oleh Pejabat Daerah dan Tanah yang akan diangkat melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian untuk pertimbangan dan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri. Yang ketiganya, adalah kelulusan kebenaran merancang untuk kelulusan oleh PBT. Yang keempat adalah kelulusan pelan bangunan dan kerja tanah iaitu juga untuk kelulusan PBT. Dan setiap permohonan hendaklah dikemukakan oleh Persatuan Penganut Berdaftar dan perlulah mendapat kelulusan di setiap peringkat yang saya nyatakan tadi secara berturutan. Dan sesuatu binaan yang tidak melalui proses-proses ini akan dianggap sebagai pembangunan yang tidak sah. Dari aspek kawalan dan penguatkuasaan pula, bagi memastikan pembangunan rumah ibadat ini lebih terancang, penguatkuasaan berterusan oleh agensi-agensi yang berkaitan perlulah dilaksanakan, yang pertamanya PBT dan Pentadbir Tanah Daerah memantau pertumbuhan tempat-tempat keagamaan di atas tanah kerajaan atau di atas tanah milik. Tindakan akan diambil sekiranya pembinaan bangunan tempat keagamaan melanggar syarat-syarat tanah, perancangan dan juga bangunan.
Keduanya, tempat-tempat pemujaan yang didirikan untuk kegunaan peribadi hanya dibenarkan di kawasan hartanah peribadi dengan saiz yang tidak prominent, dengan izin, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Ketiganya, tempat-tempat pemujaan keramat atau shrine sementara dibina di tapak projek pembinaan hendaklah dirobohkan mengikut tatacara agama masing-masing sebaik sahaja projek pembinaan itu siap dibina. Dan ini mungkin kita akan masukkan dalam CCC supaya dapat memastikan sebelum CCC dikeluarkan, sebarang yang telah dibina untuk kegunaan projek tersebut mestilah dirobohkan sebaik saja projek pembinaan itu telah siap dibina. Perihal berkenaan konflik yang membabitkan rumah ibadat dan urusan perpindahan atau perubahan tempat keagamaan selain Islam perlulah dirujuk kepada Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam untuk tujuan perundingan bagi mengelakkan sebarang permasalahan yang tidak diperlukan. Saya berharap penerangan saya ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada semua Ahli Dewan dan juga kepada seluruh rakyat negeri Pahang berhubung dengan tatacara pembinaan rumah ibadat bukan Islam.
Saya juga berharap rakyat negeri Pahang yang berbilang kaum, berbagai bangsa dan agama patuh kepada peraturan dan undang-undang yang termaktub bagi memastikan kehidupan rakyat dalam negeri Pahang ini lebih sentiasa harmoni dan juga sejahtera. Saya berharap penerangan saya ini dapat memberikan gambaran yang jelas kepada semua Ahli-ahli Dewan dan rakyat negeri Pahang berhubung pembinaan RIBI. Dan saya juga berharap rakyat negeri Pahang yang berbilang kaum, bangsa dan agama patuh pada peraturan dan undang-undang yang termaktub bagi memastikan kehidupan kita yang lebih baik pada masa akan datang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Menyentuh mengenai sektor perumahan negeri Pahang, Kerajaan Negeri juga terus komited dalam memastikan agenda penyediaan kediaman mampu milik, selesa dan berdaya unik ini dapat dinikmati oleh seluruh rakyat dalam negeri kita yang tercinta ini. Untuk makluman Ahli Dewan Yang Mulia, Kerajaan Negeri Pahang kini sehingga kini telah berjaya menyiapkan sebanyak 29,467 unit kediaman menerusi pelbagai inisiatif dan skim perumahan. Sebagai contohnya Prima Pahang 9,057 unit, Rumah Residensi Rakyat 4,198 unit, Rumah Rakyat Pahang 1,354 unit dan lain-lain lagi termasuklah Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru ‘RASA) 402 unit dan pelaksanaan inisiatif ini dianggarkan telah memberi manfaat secara langsung kepada hampir 118,000 rakyat dalam negeri Pahang kita dan secara keseluruhan untuk makluman, sidang Dewan bagi Skim Perumahan Negeri yang saya sebutkan tadi…
Yang Berhormat, saya saja nak tanyalah berapa nilai tu sebenarnya YB? Bukanlah saya ni Ahli Dewan saya, Speaker nak tanya je banyak-banyak rumah tu yang dibuat tu RM9,000.00 berapa nilai. Saja nak tanya dia sedap bila mendengar nilai tu.
Dato’… Dato’ Sri Speaker ni…
Tak kira lagi. (Ketawa)
Suka dengan angka.
Suka.
Saya suka dengan nilai. Nilai tu. Bukan… bukan Nilai, Negeri Sembilan tu.
Baik Dato’ Sri Speaker. Insya-Allah saya akan jelaskan dalam ucapan saya.
Terima kasih. Nak tahu berapa nilai dia.
Baik. Dan untuk makluman Sidang Dewan secara keseluruhan skim perumahan yang saya nyatakan tadi, Kerajaan Negeri telah menyiapkan unit-unit kediaman dengan nilai jualan. Nilai jualan rumah tadi yang saya nyatakan tadi keseluruhannya adalah sebanyak RM2.23 bilion 29,467 unit. Jika dibandingkan dengan nilai jualan semasa nilai tadi, nilai yang kita jual tapi kalau nilai semasa yang tanpa subsidi kerajaan adalah bernilai RM4.9 bilion. Jadi ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri telah memberi subsidi kepada rakyat yang berjumlah hampir RM2.7 bilion yang itu kita kembalikan balik kepada rakyat. [Ahli Dewan tepuk meja]. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang begitu menekankan tentang aspek Skim Perumahan Negeri Mampu Milik kepada rakyat negeri Pahang. Saya baru-baru ni saya nak kongsilah yang mana Dato’ Sri Speaker apabila saya pergi untuk menyampaikan kunci bersama-sama dengan Yang Berhormat Menteri Besar Pahang dan saya menemuduga penerima tersebut dan saya dapati dia baru berumahtangga dan dia rasa amat gembira kerana telah dapat memiliki rumah yang sangat…
Mudalah lagi.
Muda lagi. Mana… mana seorang anak kecil. Dan dia berterima kasih sangat berterima kasih dan begitu teruja untuk memiliki rumah baru yang harganya RM150,000.00 je. Kalau di kawasan berhampiran tu rumah Semi-D tu harga dia RM400,000.00.
Yelah memang betul.
Kita beri dia RM150,000.00 dan kalau Rumah Makmur tu RM80,000.00 harga sebenar hampir RM120,000.00. Jadi inilah merupakan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa mengenal pasti ataupun menyelami denyut nadi rakyat, tahu… tentang keperluan contohnya keperluan anak-anak muda generasi muda untuk memulakan kehidupan baru dan menyediakan rumah-rumah mampu milik ni. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang kita dan saya mengambil contoh pendekatan Rumah Prima tadi yang saya cerita daripada RM2.1 bilion tadi sebanyak 9,000 unit telah kita buatkan untuk Rumah PR1MA Pahang dan mencecah nilai jualan RM1.4 bilion. Walaupun nilai pasaran semasa dianggarkan RM2.48 bilion. Ini menunjukkan kerajaan negeri telah mensubsidikan sebanyak RM1.8 bilion untuk memastikan rakyat dalam negeri Pahang ini berpeluang untuk memiliki kediaman yang lebih baik, lebih selesa, berkualiti dan mampu untuk kita er… dimiliki.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Boleh dah er… dapat er… menjelaskan saya…
Sangat jelas. Sangat jelas itu kalau di Kuala Lumpur itu, one er… RM1 million, RM800,000.00 kalau semi-D kat er… di Kuala Lumpur, di Klang Valley is one point RM1 juta lebih pasal semua orang boleh minta…
Minta laluan Dato’ Speaker boleh? Minta laluan nak tambah sedikit.
Boleh, boleh.
Hilang rasa mengantuk semua kan er… ramai yang nampak macam layu sahaja, malu la.
Itu yang Speaker bagi bercakap sedikit. [ketawa] Tak ada orang nak tanya, biar Speaker bertanya.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Rumah PR1MA Pahang ini yang kita jual RM150,000.00 ini satu unit diskaun 15% untuk penjawat awam sebenarnya harganya bawah daripada harga pasaran. Harga pasaran dalam RM300,000.00 lebih. Oleh sebab itu, masa peringkat awal pelaksanaan kita dapati ada di kalangan mereka yang mendapat rumah ini sebab kita tak kira, dia dah ada rumah yang pertama ke yang kedua kita er… kira ada ada er… buyer kita bagilah kita tak strict sangat tapi ada di kalangan mereka yang menjual rumah ini, dia beli dia jual. Dia beli RM150,000.00, dia jual RM300,000.00 lebih. Sehubungan dengan itu, kita telah mengenakan moratorium maknanya kalau Yang Berhormat Speaker beli rumah PR1MA ini dalam tempoh 10 tahun er… 10 tahun Yang Berhormat…
Yang Amat Berhormat, saya tak layak.
Tapi atas kapasiti Speaker, Kerajaan Negeri boleh pertimbangkan. [Ketawa]
Terima kasih. Terima kasih Yang Amat Berhormat. [Ketawa]
Jadi sehubungan dengan itu, kita kenakan moratorium er… jadi itulah sekatan-sekatan er…
Berapa lama moratorium itu?
10 tahun oleh sebab kita dapati rumah ini er… demand sangat-sangat tinggi. Ada yang kita tujuan kita untuk membantu mereka yang tidak ada rumah untuk memiliki rumah tetapi ada juga di kalangan mereka yang ambil kesempatan dapat rumah ini ada beli RM150,000.00 ada orang nak beli RM300,000.00 baru dia jual. Jadi memang benarlah kalau er… kalau harga rumah itu memang di bawah daripada harga pasaran dan demand yang sangat tinggi. Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Penjelasan yang baik.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar dan Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Selain daripada itu jugalah dalam penambahbaikan Rumah Rakyat Pahang ini er… saya ada memberitahu kepada Lembaga Perumahan kita supaya reservekan satu untuk dibina sebagai contohnya pusat kanak-kanak tadika supaya pembeli-pembeli rumah itu tak menyewakan rumah itu kepada orang lain untuk tujuan tadika. Jadi LPHP akan mengambil alih supaya rumah tersebut boleh digunakan di bawah LPHP untuk diberikan kepada er… untuk mereka-mereka yang digunakan untuk sebagai fasiliti tadika untuk orang yang duduk di kawasan perumahan tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Untuk kita mempercepatkan lagi penyampaian bantuan perumahan kepada rakyat ini, LPHP Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang dengan izin Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, kita telah memperkukuhkan lagi sistem e-Perumahan Pahang menerusi eperumahan.pahang.gov.my sebagai platform digital berpusat bagi mempercepatkan lagi proses pendaftaran dan semakan dan penapisan permohonan secara lebih sistematik, telus dan efisien mana kalau lebih itu, dalam itu orang er… rumah kedua itu kita dah tahu dah, kita dah ada er… link maknanya tak bolehlah kita rumah ini rumah pertama sahaja dan dari dulunya permohonan ini kita buat secara manual dan kini permohonan ini boleh kita laksanakan di atas talian bagi memudahcarakan proses permohonan oleh seluruh rakyat negeri Pahang tak kira di mana mereka berada. Sehingga 30 April 2026, portal e-Perumahan Pahang telah merekodkan sebanyak 108,657 permohonan yang melibatkan pelbagai skim-skim perumahan mampu milik
kerajaan di seluruh negeri ini. Hal ini secara tak langsung telah membantu dalam memperkasakan lagi data permintaan rumah dalam negeri sekali gus memperlihatkan keperluan rakyat terhadap kediaman mampu milik dan statistik ini membuktikan bahawa permintaan rakyat terhadap perumahan mampu milik terus meningkat dan menjadi panduan penting dalam Kerajaan Negeri dalam merancang pembangunan perumahan masa hadapan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya nak menyentuh tentang isu yang kita namakan projek sakit. Antara yang menjadi perbualan-perbualan hangat dalam Sidang Dewan kali ini untuk makluman Sidang Ahli Dewan adalah berkenaan dengan projek sakit yang ditakrifkan setelah tamat tempoh perjanjian jual beli selama 24 bulan. Makna kalau kita buat itu selepas 24 bulan permit jualan dikeluarkan kalau tak siap 2 er… 2 tahun 1 hari Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker bolehlah dikatakan projek sakit er… dan pada peringkat seterusnya apabila dikenakan er… diiktirafkan sebagai projek sakit, pemaju akan dikenakan ganti rugi kelewatan penyerahan milikan atau LAD, Liquidated Ascertained Damages dengan izin, Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, LAD dengan izin yang perlu dibayar kepada pembeli kesan daripada projek belum memperolehi CCC dan berada di bawah pemantauan Kerajaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan er… Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Bagi kategori projek terbengkalai pula, projek boleh dikategorikan sebagai terbengkalai selepas tempoh 6 bulan dikategorikan sebagai projek sakit dan ianya perlu mendapat kelulusan serta disahkan sebagai projek terbengkalai oleh hanya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Seksyen 11 (1) (c) Akta 118 (Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1996). Apabila projek dikategorikan sebagai projek terbengkalai, pembeli bolehlah mendapatkan pengurangan bayaran terutamanya pengecualian faedah pinjaman dan penjadualan semula bayaran. Bagi peminjam di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) bolehlah memohon pengecualian faedah sehingga 5 tahun manakala cukai taksiran juga boleh dikecualikan tertakluk kepada kaedah perundangan negeri masing-masing. Dalam aspek penyelarasan projek sakit di peringkat negeri Pahang untuk makluman Sidang Dewan, sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sahabat saya daripada ADUN Sungai Lembing berdasarkan pada tahun 2023, sebanyak 77 projek sakit direkodkan dalam negeri Pahang. Betul er… Yang Berhormat?
Betul.
77 projek sakit tapi berdasarkan pada tahun 2023 dan berdasarkan data yang kita telah kemas kini Jabatan Perumahan Negara di bawah Kerajaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan sehingga 26 April 2026 er… 26 April tahun 2026 jumlah projek sakit di Pahang adalah sebanyak 34 sahaja. 34 projek di mana jumlah ini telah menurun er… separuh yang er… menurun dengan sangat positif Yang Berhormat Yang di-Pertua dan dalam 34 projek sakit ini yang disenarai oleh pihak Kerajaan Perumahan er… Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hanya 8 projek yang diselaraskan oleh LPHP Kerajaan Negeri, Lembaga Perumahan dan Hartanah
er… Kerajaan Negeri kita hanya 8 sahaja daripada 34 tersebut dan manakala selebihnya 26 projek tersebut adalah merupakan projek perumahan swasta yang berdaftar dengan KPKT sahaja dan daripada 8 projek tersebut, 4 projek akan disiapkan tahun ini makna di bawah LPHP ini 4 projek sakit ini akan disiapkan tahun ini makna akan balance baki lagi 4 akan disiapkan pada tahun-tahun berikutnya, insya-Allah.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Kerajaan Negeri melalui LPHP telah menyelaras 19 projek sakit di dalam negeri Pahang yang melibatkan 2,322 unit rumah di bawah Skim Perumahan Negeri. Dari jumlah tersebut sebanyak 11 projek yang melibatkan 1,311 unit rumah telah berjaya disiapkan dan memperolehi CCC yang melibatkan 5 projek daerah Kuantan, 2 projek di Rompin manakala Lipis, Maran, Cameron Highlands dan Temerloh masing-masing 1 projek. Untuk makluman daripada Chenor juga, SPKR itu dalam proses dalam 70% dalam penyiapan sebanyak untuk 184 buah rumah yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Manakala 8 projek lagi Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, masih lagi dalam pemantauan berkala oleh LPHP yang sebagaimana saya nyatakan tadi dan segala tindakan yang diambil berlandaskan peruntukan undang-undang yang telah er… yang telah… yang telah ditetapkan. Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemaju yang gagal menunjukkan komitmen dan menyiapkan projek termasuklah melalui tindakan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta tindakan yang menyenaraihitamkan syarikat-syarikat yang terbabit daripada 8 tadi, 4 kita akan siapkan pada tahun ini, insya-Allah Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua.
Menjawab pertanyaan daripada YB ADUN kawasan Bukit Ibam dan YB ADUN Sungai Lembing berkaitan dengan Projek Rumah Pahang, Felda Keratong 7 dan Felda Bukit Sagu. Kedua dua projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Perumahan Generasi baharu FELDA PGBF yang telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2022 dan selepas projek tersebut menghadapi kegagalan pelaksanaan dan terbengkalai sebelum ini. Dan hasil pemantauan dan penilaian teknikal mendapati projek ini telah gagal memenuhi surat setuju terima dan setelah itu melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 10 September 2025 telah memutuskan penamatan peranan pemaju yang terdahulu. Untuk makluman, Ahli Dewan juga, projek Felda Bukit Sagu merangkumi 121 unit rumah Fasa 1 kini telah mencapai kemajuan fizikal sekitar 45% manakala projek Felda Keratong 7 merangkumi pembinaan 120 unit rumah Fasa 1 sekitar 55%. Felda Bukit Sagu dan ini telah kita tamatkan Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Sehubungan dengan itu, LPHP sedang melaksanakan penilaian teknikal secara terperinci bagi mengenal pasti baki kerja dan skop pemulihan selain mengenal pasti pemaju yang baharu yang benar-benar berkeupayaan serta berkompetensi untuk meneruskan pelaksanaan projek-projek berkenaan.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Menjawab pertanyaan YB ADUN Kuala Semantan berkaitan Projek Perumahan Makmur Paya Jejawi di Temerloh. Kerajaan Negeri mengambil serius isu kelewatan penyerahan milikan kosong, kecacatan binaan serta tuntutan-tuntutan LAD Liquidated Ascertained Damages, dengan izin Yang Berhormat Yang di-Pertua yang dibangkitkan oleh pembeli pembeli. LPHP juga telah mengadakan sesi penerangan kepada pembeli-pembeli pada 21 haribulan November 2025 bagi memberikan penjelasan berkaitan isu yang dibangkitkan termasuklah hak pembeli serta tindakan-tindakan yang boleh diambil berhubung dengan tuntutan LAD dan juga kecacatan binaan. Untuk makluman Sidang Dewan, LPHP telah siap…
Yang Berhormat Speaker,
Saya mohon mencelah sikit. Terima kasih Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Exco. Yang Berhormat Speaker saya nak tanya berkenaan dengan rumah PGBF di Felda Bukit Sagu dan mungkin juga secara keseluruhanlah. Sepertimana Yang Berhormat sebut tadi, sebanyak 121 unit sebanyak 43% siap. Saya difahamkan rumah ini dulu dimulakan pada tahun 2014 macam tulah dan sehingga kini 3 kali dah saya tengok terbengkalai ataupun tergendala oleh mungkin tiga kontraktor. Jadi pada… saya nak tanya pada permulaan asal projek ini dilaksanakan, berapa harga sebenar yang hendak ditawarkan kepada pembeli, ini kepada anak- anak peneroka. Dan jika rumahnya siap tidak tahu bila mungkin Yang Berhormat ada tarikh atau tempoh tertentu. Berapa… apakah harga tersebut masih boleh dikekalkan ataupun berapakah harga sebenar yang akan boleh ditawarkan kepada pembeli. Disebabkan satu tempoh jangka masa yang lama, projek ini terbengkalai. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada sahabat saya daripada Sungai Lembing. Kalau tak silap sayalah harga tersebut RM120,000.00 rumah teres di bawah PGBF tu RM120.000.00. Tapi masih lagi belum di apa ada nama lagilah, belum ada nama dan kita akan meneliti perkara tersebut mengikut keadaan semasa ni dari segi harganya dan sekiranya tu mungkin kita akan tengoklah dah buat kajian lebih terperinci. Nak tengok dari segi kesesuaian harga mengikut keadaan semasa ni. Kita tak tau lagi macam mana keadaan barangan dan apa kenaikan harga minyak dan sebagainya. Dan semua ni akan diambil kira dalam penentuan pada masa tu harga pada masa akan datang. Tapi buat sementara ni harganya RM120,000.00 dan…
Yang Berhormat boleh gulung.
Ya, banyak lagi ni Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Yang Berhormat boleh gulung.
Untuk makluman Dewan, LPHP kita bersama dengan Majlis Perbandaran Temerloh, pihak pemaju dan wakil penduduk telah mengadakan perbincangan dan hasil perbincangan tersebut berkenaan dengan Paya Jejawi dan kelulusan pelan tembok penahan telah kita perolehi daripada Majlis Perbandaran Temerloh pada 11 Mac 2026 dan kerja-kerja pembinaan semula telah dimulakan pada 17 Mac 2026, dengan tempoh pelaksanaan dianggarkan sekitar 3 bulan. Dan LPHP juga telah mengeluarkan surat teguran kepada pemaju agar menjelaskan segera bayaran LAD kepada pembeli
serta melaksanakan kerja-kerja pembaikan terhadap semua kecacatan binaan dalam tempoh liabiliti kecacatan yang telah ditetapkan.
Merujuk kepada keputusan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah pada 29 Januari 2026 Penguatkuasaan Award Tribunal adalah di bawah bidang kuasa KPKT dan sekiranya pemaju yang gagal mematuhi Award Tribunal boleh dikenakan tindakan termasuk denda dan hukuman lain yang diperuntukkan di bawah undang-undang. Dalam pada itu, pembeli juga mempunyai hak untuk membuat potongan bayaran LAD daripada baki ansuran jual beli yang perlu dibayar kepada pemaju sekiranya bayaran LAD tersebut gagal dijelaskan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui LPHP, LPHP akan terus memantau rapat isu ini serta memberikan kerjasama kepada pihak berkaitan bagi memastikan hak dan kepentingan pembeli rumah sentiasa terpelihara.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Saya ingin menyentuh sedikit tentang pertanyaan daripada YB Panching berkenaan dengan unit RRP yang tidak didiami ekoran tekanan air rendah. Panching tak ada eh? Untuk makluman Dewan, terdapat 5 unit RRP dan 4 unit RU’RASA yang dibina secara berkelompok dan 5 daripada 9 unit rumah tersebut didiami oleh penerima. Untuk makluman Ahli Dewan, kerja-kerja yang sebagaimana yang ditanya oleh Panching berkenaan dengan pembekalan air, kerja-kerja menaik taraf paip baharu sedang dilaksanakan oleh pihak PAIP dengan peruntukan lebih daripada RM120,000.00 dan dijangka mengambil masa selama 3 bulan untuk siap sepenuhnya. Dan di dalam kawasan yang sama terdapat pembangunan Rumah PR1MA Pahang yang sedang dalam pembinaan merangkumi 224 unit rumah yang kini berada pada peringkat 76% pelaksanaan di tapak dan selaras dengan pembangunan tersebut, jajaran paip akan dinaik taraf dan isu tekanan air rendah di kawasan tersebut dijangka selesai sepenuhnya.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang kerana telah mengilhamkan penubuhan Pahang Go dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku berkenan menyentuh secara khusus, perkhidmatan digital yang telah disediakan melalui aplikasi Pahang Go dalam titah baginda. Dan khususnya kemudahan carian rasmi tanah secara digital dan perkara ini telah menjadi satu kehormatan… penghormatan dan pembakar semangat untuk buat seluruh warga kerja PahangGo untuk terus memperkukuhkan usaha pendigitalan negeri Pahang kita. PahangGo akan terus komited memainkan peranan sebagai rakan strategik Kerajaan Negeri dalam membina ekosistem digital yang lebih moden, pantas berfokuskan rakyat supaya dapat mendidik rakyat untuk menguasai teknologi digital melalui penggunaan aplikasi PahangGo seiring dengan arus pemodenan dan menyokong pelan digital Pahang. Kita nak didik rakyat Pahang ni Dato Sri Speaker dengan menggunakan aplikasi PahangGo supaya semua rakyat Pahang dia biasakan diri dengan pendigitalan ni dan…
Boleh gulung.
Ha… nak gulung la ni. Untuk makluman Dato' Sri Speaker dan Sidang Dewan, aplikasi PahangGo kini mempunyai lebih daripada 800,000 pengguna bukan sahaja di negeri Pahang, malah juga pengguna-pengguna di negeri lain juga menggunakan aplikasi PahangGo dan nilai purata nilai transaksi bulanan kita mencecah RM4 juta sebulan termasuk kemudahan untuk membayar bil utiliti air. Bukan sahaja kita bayar boleh bayar air di negeri Pahang tetapi juga kita boleh bayar air untuk negeri Kelantan, Selangor, Kedah dan juga Melaka.
Jadi PahangGo ini kalau orang Pahang Yang di-Pertua, bayar bil Melaka pun boleh nak duduk Selangor pun dia boleh bayar untuk di Selangor dan Pahang Go juga pada 27 September 2025 telah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai aplikasi mudah alih milik Kerajaan Negeri dengan ciri perkhidmatan terbanyak iaitu 96 ciri aplikasi semuanya dan PahangGo akan terus bergerak langkah untuk memastikan Pahang akan terus menjadi negeri yang moden, pantas dan berfokuskan rakyat.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya nak menggulung dah ni Dato' Sri. Akhir sekali kerana kekangan…
Yang tadi bukan gulunglah. [Ahli Dewan ketawa]
Saya atas desakan Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya nak kerana kekangan…
Saya bukan. Saya... saya bukannya mendesak kerana kita masa sembahyang Asar belum lagi. Jadi kita ada 2 lagi.
Baik Dato' Sri.
Yang Berhormat ya.
Makna kalau saya tak jawab soalan-soalan daripada Cheka, daripada Beserah ini salah Dato' Sri Speakerlah. [Ahli Dewan ketawa].
Yang Berhormat. Saya boleh hantar Yang Berhormat keluar. [Ahli Dewan ketawa]. Ini... ini Yang Berhormat kena tarik balik tu.
Saya mohon maaf Speaker. Dek kerana kekangan masa, saya mungkin tidak dapat menjawab semua pertanyaan yang dikemukakan itu. Saya nak mengambil kesempatan inilah untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Berhormat yang telah mengambil bahagian terutamanya daripada Tioman, Cheka, Beserah, Semambu, Tanjung Lumpur, Luit, Ibam, Sungai Lembing, Ketari, Damak, Mentakab, Panching macam habis semualah tapi tak dapat jawab semua. Telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan soalan-soalan yang berkaitan dengan portfolio Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau. Mana-mana soalan yang saya tidak dapat jawab secara lisan, insya-Allah saya akan kita akan jawab secara bertulis. Dan saya juga ingin memohon maaf sekiranya dalam ucapan saya, keterlibatan saya menyentuh mana-mana Ahli-ahli Dewan. Itulah semangat kita sebagai satu keluargalah dalam Dewan Yang Mulia ini dan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga dipanjangkan kepada Bahagian Kerajaan Tempatan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan dan pihak-pihak yang berkaitan atas kerjasama yang erat, komitmen yang padu yang telah diberikan kepada saya sepanjang saya memegang portfolio ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih kesisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di atas segala sokongan dan dorongan yang tiada berbelah bagi bagi Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Bak kata pepatah, rakyat... Raja dan Rakyat berpisah tiada.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Mengakhiri ucapan saya sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang di atas segala jasa dan usaha dalam menerajui kepimpinan pentadbiran Negeri Pahang ke arah transformasi yang lebih hebat, dinamik, progresif di samping sentiasa memberikan keutamaan kepada kebajikan rakyat. Dengan segala perancangan-perancangan yang telah disediakan dan dilaksanakan nanti insya-Allah sudah tentu akan lebih memajukan, mensejahterakan dan memakmurkan lagi negeri Pahang Darul Makmur, insya-Allah. Sekian wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan ini saya mohon menyokong. [Ahli Dewan menepuk meja].
Saya minta Yang Berhormat gulung kerana Yang Berhormat telah bercakap 50 minit. Seterusnya, lain kali kena buat ucapan itu dengan baik mengikut masa yang telah ditetapkan.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya ingat 20 minit je.
Yang Berhormat sila duduk. [Ahli Dewan ketawa]. Seterusnya kita jemput Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang untuk penggulungan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. [Bacaan ayat al-Quran). Pertamanya kita mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana kita bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang dan rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan serta Ketua-ketua Jabatan dapat berhimpun di dalam Dewan Yang Mulia ini dengan diketuai oleh Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Tidak ada tujuan melainkan untuk kita memastikan negeri Pahang Darul Makmur agamanya, rakyatnya dan juga semua sekali dapat dipacukan dengan sebaik-baiknya mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Sebagaimana rakan-rakan Ahli Dewan merafak sembah kesisi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas limpah perkenan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku berangkat mencemar duli bagi bukan sahaja untuk merasmikan Dewan kita ini dan juga menyampaikan titah ucapan perasmian yang memberi semangat serta penjelasan bagaimana jalur-jalur untuk kita membangunkan negeri Pahang ini dengan penuh semangat dan mendapat keredaan daripada Allah SWT.
Apa yang kita syukuri ke hadrat Ilahi daripada titah ucapan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku telah menunjukkan dan menonjolkan kesyukuran Baginda Tuanku kepada Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, bagi memastikan ekonomi, agama, pendidikan, kebajikan dan sebagainya dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Bahkan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku sebagai Raja atau Tengku Mahkota bagi membantu Paduka Ayahanda Sultan Pahang telah memberikan satu titah yang sangat baik agar kita semua menjadikan dia sebagai tongkat hikmat. Bagaimana untuk kita terus bekerjasama berganding bahu memastikan negeri Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku ini rakyatnya, agamanya sentiasa dibela dengan sebaik-baiknya. Kebetulan pula saya mewakili Jawatankuasa Agama, Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli. Antara perkara yang dicuit di dalam Titah Paduka Mulia Tuanku untuk kita memberikan perhatian yang sebaik-baiknya apatah lagi Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin sebagai penaung agama dan juga raja yang sentiasa mengambil berat tentang hal ehwal agama Islam. Disusuli pula oleh Hamba Tua Tuanku Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail sendiri memahami cita rasa dan cetusan jiwa Paduka Baginda Tuanku bagaimana agama itu perlu diperkasakan di negeri Pahang Darul Makmur.
Maka saya sudah tentu bagi bagi pihak Jawatankuasa Agama sama ada Jabatan Agama Islam Pahangnya, Jabatan Mahkamah Syariahnya, Jabatan Muftinya, Jabatan Pendakwa Syarienya, Universiti al-Qurannya dan sebagainya ingin menyatakan kesyukuran kami ke hadrat Ilahi dan juga berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang telah mengumumkan di dalam bajet yang lalu bagi menggerakkan jentera agama ini sebanyak RM160.36 juta, RM288 juta bagi menggerakkan jentera agama di negeri Pahang Darul Makmur. Sebab itulah Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, kita tengok program demi program serta aktiviti demi aktiviti keagamaan sama ada Pendidikan Islam melalui 18 buah sekolah agama, kita dapat pacukan sehingga baru-baru ini menjadi kebanggaan
negeri Pahang Darul Makmur seramai 73 orang pelajar Sekolah Menengah Agama telah berjaya mencatat straight A di dalam SPM mereka baru-baru ini. [Ahli Dewan menepuk meja] ini tidak dapat dilaksanakan hanya sekadar dengan berangan-angan, tetapi oleh kerana komitmen Kerajaan Negeri dan kesungguhan Jabatan Agama Islam Pahang serta bahagian pendidikan sehinggakan menjadikan GPN negeri Pahang bagi Sekolah Menengah Agama 3.57 telah dicatatkan, Yang Berhormat Speaker.
Selain daripada itu, kita bersyukur kehadrat Ilahi apabila Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja telah mengumumkan bantuan-bantuan khas sama ada sempena Aidilfitri dan sebagainya kepada pengamal-pengamal agama Islam sama ada imam dan siak serta juga bilal dan juga wali hakim. Sehinggakan mereka ini di seluruh Pahang telah diraikan sempena bulan Ramadan al-Mubarak bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mudah-mudahan negeri Pahang terus diberkati dan juga institusi agama terus dijunjung dengan sebaik-baiknya. Antara program yang telah berjaya dilaksanakan adalah program Ihya Ramadan. Kita berjaya menjelajah bermula daripada Pulau Tioman sehinggalah ke hujung negeri berhampiran dengan Cameron Highlands. Mengiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang bagi meraikan umat Islam di setiap pelusuk di negeri Pahang. Berjemaah di masjid sambil kita merasmikan masjid-masjid itu oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku. Dalam waktu yang sama, para asnaf juga disantuni oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Majlis Agama Islam Pahang.
Kita juga telah memakmurkan bulan Ramadan Al-Mubarak ini sempena Nuzul al-Quran. Apabila kita lebih merasa bangga lagi Kerajaan Negeri Pahang berjaya menobatkan uni… Universiti Islam Pahang dengan nama Universiti Al-Quran Sultan Abdullah Ahmad Shah Negeri Pahang Darul Makmur [Ahli Dewan menepuk meja]. Kejayaan ini telah mendapat pujian daripada Rabitah Jamiah Islamiah iaitu Ikatan Universiti-Universiti Islam sedunia yang bertempat di Kota al-Kaherah, Mesir. Dato' Sri Speaker, beliau menyatakan bahawasanya inilah satu-satunya di… di negara Islam yang universitinya dijolokkan dan dinamakan dengan Universiti Al-Quran. Bermakna bukan sahaja di Malaysia bahkan di dunia, Pahang sahajalah yang telah men… menobatkan Universiti Al-Quran di negeri ini. Alhamdulillah.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Kita juga bersyukur kita berjaya untuk memastikan program-program pembangunan yang kita binakan iaitu pembinaan masjid sebagaimana sering disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di dalam ucapan beliau bukan sekadar dengan 40 buah masjid. Bahkan yang terdekat ini, insya-Allah kita bakal menikmati masjid baru di Bandar Indera Sempurna, Kuantan yang jangka siap insya-Allah pada 22 Jun 2026, Masjid Baru Al-Fatah, Batu 3, Kuantan 14 Julai 2026. Projek bina baru asrama perempuan 4 tingkat Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan insya-Allah akan selesai pada 27 Ogos. Projek baru bina asrama lelaki 4 tingkat…
YB Dato’ Sri Yang di-Pertua, boleh saya mencelah sikit soalan.
Ya, sila.
Di Kuantan ini permintaan kepada sekolah, kemasukan ke sekolah agama amat tinggi dan agak kecewa jugalah rakyat tak dapat masuk sekolah. Saya bekas sekolah, pelajar Sekolah Menengah Ugama Al-Ihsan Kuantan. Ada tak cadangan kerajaan untuk mewujudkan Al-Ihsan 2 contoh ataupun sekolah wakaf, sekolah wakaf bagi, kalau tengok di Mesir, Al-Azhar pun diwujudkan sekolah universiti wakaf dan juga di Turki banyak institusi-institusi pendidikan diwujudkan oleh sistem wakaf. Apa kata kalau Kerajaan Negeri memulakan umpama cadangan yang saya lontarkan tadi. Terima kasih.
Terima kasih rakan daripada Indera… Inderapura. Sahabat saya yang mencadangkan supaya adanya penambahan sekolah-sekolah agama. Dato' Sri Speaker, Dato' Sri Yang di-Pertua, sekolah agama ini kalau dulunya tak sampai 18 buah. Sekarang ini dah menjangkau kepada 18 buah. Sebenarnya bukan kita merasakan itu mencukupi untuk kita. Kalau boleh kita nak tambah lagi sekolah menengah agama. Tapi kita bersyukur walaupun kita tidak berupaya dengan kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang mungkin kita tak mampu untuk menambah Sekolah Agama Kerajaan Negeri. Tapi kita jangan buntu, kita telah berjaya menambah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan sebanyak 8 buah. Yang pertama sekali Sekolah Menengah Agama Al-Maarif di Bukit Goh. Ia juga di Kuantan di atas sistem yang hampir sama dengan Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan. Sekolah Menengah Agama Mahmudiah di Kampung Awah, Jalan Kampung Awah, di Temerloh, Dato' Sri Speaker dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan di Chatin.
Kampung Awah itu bukan Maran ke? Pilihan raya tak masuk dalam Temerloh.
Sekolah Agama Mahmudiah dekat Maran, Dato' Sri Speaker.
Pembetulan.
Terima kasih Dato' Sri Speaker. Sebab itu Ahli Dewan ini sayangkan Dato' Sri Speaker. Cuma Bebar tadi dia bergurau sekadar nak menambahkan sayang dia lagi. Dato'…
Saya pun bergurau tapi saya ada kuasa. Itu saja.
Ahli Dewan.
Dia tak ada kuasa.
Ahli-ahli Dewan tahu Dato' Sri kuasa… berkuasa dan tahu pandai menggunakan kuasa. Sebab itu kami sokong Dato' Sri Speaker jika menjadi Ahli Dewan. [Ahli Dewan menepuk meja]
Boleh saya tambah 2 minit lagi. [Ahli Dewan ketawa]
Terima kasih Dato' Sri Speaker. Saya nak sambung lagi sekolah menengah yang terbaru Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan Darul Naim, Kuala Krau, Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan Relai di Lipis, Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan di Jerantut. Di mana Jerantut? Kota Gelanggi. Pendek kata, kita mempunyai penambahan 9 buah sekolah agama dan pada tahun ini kita bersyukur kepada Allah SWT di dalam bajet yang lalu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah mengumumkan sebuah lagi penambahan Sekolah Agama Rendah di Cameron Highlands untuk negeri Pahang Darul Makmur. Cumanya Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saudara-mara kita, ini rakan taulan kita ini. Kalau boleh sekolah itu nak duduk laman tangga dia. Kita ada 18 buah sekolah.
Tak kata oranglah Yang…Yang Berhormat, saya pun macam itu juga kalau boleh, dekat rumah.
Itulah dia sebenarnya. Jadi kita ada 18 buah sekolah agama yang memohon katakan 10,000 orang. Kita minta dia pergi belajar ke Batu Talam, taknak, sebab dia takut ke Dato’ Aziz agaknya. Dia takut ke apa, Batu Talam. Kita suruh dia pergi belajar ke apa, Bukit Ibam mungkin dia bimbang… tak ada dah Ir. Razali, tak gurau. Bukan gitu tempat tu jauh sikit Dato' Sri Speaker. Jadi benda itu kalau seandainya ada kerjasama di antara pemohon dengan Jabatan Agama Islam Pahang sebagai organisasi yang mengatur benda ini. Saya rasa tak timbul. Walaupun demikian, sebab itu kita buat ini asrama ini Dato' Sri Speaker. Asrama ini kita buat untuk menampung keselesaan pelajar. Dalam waktu yang sama, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan melalui Yayasan Pahang bagi memudahkan orang nak masuk sekolah agama iaitu maahad tahfiz sama saja belajar agama juga di maahad tahfiz lebih… lebih mantap lagi. Sebab apa pelajar yang belajar di maahad tahfiz sekarang ini menjadi yang terbaik di negara
kita. Kalau di Maahad Tahfiz Turath dan Mahaad Tahfiz Profesional di Tanjung Lumpur antara 5 yang terbaik di negara kita. Ini satu nikmat yang Allah SWT beri usaha daripada Kerajaan Negeri yang berterusan bagi memastikan Pendidikan Islam ini dapat dilaksana. Walaupun demikian, kita tidak menafikan…
Yang Berhormat Dato' Pertua.
Cadangan Dewan, Ahli-ahli Dewan termasuklah Inderapura dan ramai rakan- rakan sebelum ini telah memberi cadangan seandai kata rezeki kita dimurahkan oleh Allah SWT. Sokongan Ahli Dewan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kerajaan yang ada semakin mantap. Benda ini akan jadi kenyataan. Tak mustahil kita akan menambahkan lagi sebab untuk makluman Dato' Sri Speaker sekarang ini, Kerajaan Negeri sedang… sedang apa, aktif menaik taraf Pejabat Agama Islam Bandaraya Kuantan di Kuantan dan juga apa namanya Mahkamah Syariah di Busut Jin, Temerloh dan Busut Jin ini kita akan cadangkan tukar nama Busut Malaikat Dato' Sri Speaker.
Setuju.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker nak celah sikit saja.
Yang ini.
Sebab kebetulan.
Wakil daripada Tioman.
Sebab kebetulan, sebab rakan saya pun di Sekolah Menengah Ihsan. Saya juga Sekolah Menengah Agama Rompin. Jadi saya tengok Kerajaan Negeri banyak sangat apa ini tolong buat perkara-perkara atau program untuk memartabatkan sekolah-sekolah agama ini. Jadi, saya mohon mencadang dan mungkin pihak kerajaan tolong bagi pandangan ataupun jawapan iaitu kita tengok maahad tahfiz hari ini, pencapaian
pelajarnya sangat cemerlang saban tahun. Begitu juga, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja mengadakan tabika tahfiz mendapat sambutan yang tinggi.
Jadi ada tak cadangan kalau dapat kita buat kerjasama dengan pihak swasta ataupun mana-mana pihak oleh Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pahang dan sebagainya mewujudkan sekolah menengah tahfiz sama macam di Yayasan Pahang. Tapi di er... di swasta. Ya, sebab saya tengok bila ramai anak-anak pelajar yang ibu bapa berkecenderungan untuk ke maahad tahfiz tidak dapat memasuki maka mereka ni bercempera merata-rata. Jadi saya kira kalau dapatlah Kerajaan Negeri saya ingat mampu perkara ini untuk mewujudkan kerjasama dengan pihak swasta ataupun GLC bagaimana iaitu Sekolah Menengah Tahfiz yang diselenggara bersama dengan pihak swasta. Terima kasih.
Cadangan dari rakan saya daripada Tioman ini cukup baik hampir sama dengan Inderapura. Dan selama ini pun Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker… Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua, usaha memajukan maahad tahfiz sama ada di peringkat tadika ataupun di peringkat sekolah rendah tahfiz dan juga Maahad Tahfiz Kerajaan Negeri di peringkat menengah dan di peringkat diploma. Semua ini Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, diusahakan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama GLC iaitu Yayasan Pahang yang begitu memberi komitmen yang sangat tinggi sehinggakan perkara ini dapat dilaksanakan. Untuk makluman Dewan Yang Mulia, kita telah berjaya membuat penambahan Maahad Tahfiz insya-Allah yang akan mendominasikan hadis di Kuala Lipis. Ini satu pembaharuan dan satu pembukaan yang baharu untuk negeri Pahang [Ahli Dewan menepuk meja] dan tak lama lagi akan buat pula di Maran satu lagi, insya-Allah.
Ingat buat di Lanchang.
Lanchang sebab Dato’ Sri dah jadi Speaker kalau jadi ADUN lagi tak mustahil buat di Lanchang. [Ahli Dewan ketawa].
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya ingin sebut selain daripada usaha gigih dalam apa namanya amal makruf selalu rakan-rakan Dewan tanya mana nahi mungkarnya? Kita tak berapa seronok nak cerita pasal nahi mungkar ni tapi kita kena cerita supaya orang tahu bahawasanya Jabatan Agama, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama berusaha gigih. Ada beberapa ajaran sesat, tingkah laku-tingkah laku yang songsang telah berjaya dikekang oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama. Seumpama kes trooper, 4 individu telah ditangkap bagi mengekang pergerakan dan penularan ajaran tersebut. Begitu juga kes Millah Abraham, satu tangkapan telah dibuat berkaitan dengan ajaran Millah Abraham. Individu terbabit didakwa di bawah Seksyen 5 dan Seksyen 18. Begitu juga kes jenayah Nur Ahmad di Istana Pelangi dan juga kita berjaya di dalam kes Cakra Aura Asia.
Pendek kata, pencapaian yang telah diusahakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang ini satu demi satu telah kita usahakan bahkan semua ini telah mendapat pengiktirafan Pentadbiran Tadbir Urus Tadbir baru-baru ini apabila Jabatan Agama Islam Pahang telah berjaya menyambung Persijilan Sistem Pengurusan Kualiti QMS ISO 9001:2015 untuk tempoh 3 tahun lagi bermula 2026 sehingga 2028. Jarang ni pentadbiran jabatan kerajaan dapat Dato’ Sri Speaker. Jabatan Agama Islam juga telah mendapat Pensijilan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Sistem (ABMS) pada 12 September 2025. Begitu juga insya-Allah Jabatan Agama Islam Pahang kini sedang melangkah ke arah Pensijilan ISO/IEC 27001:2022 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat. Dengan berkat doa Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, benda ini akan menjadi kenyataan.
Saya ingin menyentuh juga apa usaha luar bandar di negeri Pahang Darul Makmur. Pada 2025 ini, banyak jalan-jalan dan juga pembangunan-pembangunan di luar bandar. Seumpama kata 110 batang jalan melibatkan kos sebanyak RM15.69 juta di seluruh Pahang telah berjaya dibina oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Luar Bandar dan 108 buah projek PAMS melibatkan kos RM14.98 juta. Begitu juga pada tahun 2024, 210 batang jalan melibatkan kos RM26 juta dan juga 186 buah projek. Alhamdulillah, kalau kita sentuh Hal Ehwal Orang Asli, saya nak ringkaskan Dato’ Sri, kalau cerita banyak sangat, begitu juga Hal Ehwal Orang Asli. Kita bersyukur kepada Allah SWT dengan kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy bin Wan Ismail dan keluhuran jiwa Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang sentiasa kasih kepada masyarakat Orang Asli tercetusnya idea daripada beliau Menteri Besar kita untuk membina dan menubuhkan ORACO, Orang Asli Corporation.
Orang Asli Corporation ini dulunya ceritanya nak bantu ekonomi Orang Asli ataupun kebajikan Orang Asli, pembelajaran diorang tetapi apabila banyak ladang-ladang Orang Asli ini terbengkalai. Setelah pihak RISDA menarik diri, maka kita dapat membantu masyarakat Orang Asli dalam pelbagai hal ekonomi dia orang dan juga pendidikan dia orang. Sekarang ini tidak ada pelajar Orang Asli nak masuk ke universiti setiap tahun. Tahun lepas seramai 40 orang kita beri bantuan termasuk beri laptop secara percuma kepada pelajar-pelajar [Ahli Dewan menepuk meja] dan juga untuk kemudahan asas kita binakan Rumah Rakyat Pahang Orang Asli dah sekarang ini dah menjangkau hampir 220 biji rumah Orang Asli di seluruh Pahang telah berjaya kita bina bagi memastikan keselesaan Orang Asli. Itu tidak termasuk lagi bagaimana untuk kita membantu mereka dalam baik pulih dan juga infra mereka.
Saya ingin berpindah kepada persoalan ini yang penting. Yang dikemukakan oleh rakan-rakan Dewan di dalam Dewan Yang Mulia ini ketika kita berbahas. Semambu ada membangkitkan tentang bagaimanakah cara Kerajaan Negeri untuk membantu Orang Asli ni dalam soal pengwartaan tanah Orang Asli. Tanah Adat ke? Tanah Orang Asli ke? Apakah garis masa yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan bagaimana untuk mempercepatkan ukur dan tidak adakah jawatankuasa yang khusus bagi mewujudkan? Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, ini adalah di antara agenda penting bukan sahaja Kerajaan Pusat melalui JAKOA bahkan Kerajaan Negeri sendiri cuma kampung-kampung Orang Asli yang telah kita daftarkan dan kita perakui didaftarkan oleh JAKOA dan diperakui oleh Kerajaan Negeri lebih daripada 250 buah kampung ini sebagai kampung yang sah Orang Asli.
Dato’ Sri Speaker,
Ada beberapa kampung yang kita sedang untuk memastikan mereka ini dapat digazetkan. Ini yang jadi masalah untuk mengukur halus ini bukan satu perkara yang mudah. Sebab dia orang kena turun padang. Bagi mempercepatkan itu, Kerajaan Negeri bersetuju pihak JAKOA yang memohon supaya untuk menggazetkan tanah Orang Asli ini mengguna khidmat apa namanya Juruukur Berlesen. Dan alhamdulillah khidmat Juruukur Berlesen ini dapat membantu JAKOA bagi membantu masyarakat Orang Asli.
Mempercepatkan.
Mempercepatkan. Namun demikian, ada juga kekangan apabila juruukur ni dia pergi turun dia tak tahu kadang-kadang tanah itu adalah telah digazetkan sebagai Hutan Simpan. Ada tanah tu kadang telah digazetkan sebagai Jabatan Perhilitan, ada tanah yang telah digazetkan. Ini perkara yang menyebabkan agak sukar sebab itulah pada bulan lepas Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah mengarahkan satu Jawatankuasa Task Force diadakan yang diurusetiakan sendiri oleh PTG dan saya diminta oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar mewakili beliau bagi mempengerusikan Jawatankuasa ini dan juga pastikan DO dan JAKOA serta ORACO duduk di dalam jawatankuasa itu agar disegerakan urusan-urusan penempatan dan permohonan tanah melalui STR. Maknanya kita tak payah pergi kementerian dah. Kita cuba cari jalan melalui negeri supaya benda ni dapat dipercepatkan dan disegerakan. Saya rasa dengan idea Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang ini akan banyak usaha-usaha yang dapat dipercepatkan dan disegerakan di dalam menyelesaikan masalah masyarakat Orang Asli.
Merujukkan persoalan yang dikemukakan oleh rakan saya daripada Teras, untuk swastakan memang itulah usaha yang sedang dibuat. Tanah-tanah terbiar masyarakat Orang Asli ini kita cari syarikat sama ada ORACO sendiri ataupun syarikat-syarikat yang berlesen yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri untuk membantu memajukan tanah-tanah Orang Asli tetapi dengan syarat dia benar-benar dapat memberi pulangan. Setakat ini, kita bersyukur ORACO di dalam beberapa ladang yang terbiar itu bila dijayakan oleh ORACO, Orang Asli dulu ianya hanya mendapatkan pendapatannya RM100.00 sebulan, RM200.00 sebulan. Sekarang ini ada menjangkau sampai RM800.00, bahkan ada mencecah sampai RM1,000.00 sebulan yang dibantu oleh pihak ORACO. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada masyarakat Orang Asli hasil usaha dan idea cerna Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa dibantu dengan sebaik-baiknya.
Merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Jenderak, Dato' Sri Speaker. Jenderak bertanyakan tentang bekalan elektrik kepada masyarakat Kampung Berdut. Kampung Berdut ini dia ada sejarah dia tahun 40an dulu. Dia dipindahkan oleh kerajaan untuk disatukan masyarakat Orang Asli ini di satu perkampungan iaitu di Kampung Paya Rekoh. Dia orang pindah tetapi ada beberapa keluarga dia tak nak pindah. Dia kekal duduk di Kampung Berdut. Kampung Berdut ni pada ketika itu tahun 40an. Saya pun tak lahir lagi. Saya rasa Dato’ Sri Speaker pun takde lagi.
Saya masih lagi di Luth Mahfudz.
Ataupun kita pinjam firman Allah SWT. [Bacaan ayat al-Quran]. Anda masih lagi benih di dalam sulbi bapa anda pada ketika itu.
Bapa saya pun tak ada lagi.
Zaman itu. Dia orang dah buat keputusan zaman darurat, zaman susah, zaman sulit jadi Orang Asli dibawa pindah. Tapi ada yang masih lagi berkeras untuk duduk di Kampung Berdut. Menjadilah Kampung Berdut tu kampung yang tidak didaftar sebagaimana yang saya sebut tadi, ada 250 buah. Kampung yang tak daftar macam dibangkitkan oleh sahabat saya daripada Lanchang, Selimbar. Susah nak tolong. Kita kena tolong kampung yang dah daftar dulu, kampung yang diiktiraf. Supaya kalau... kalau kita dahulukan yang daftar ini, mengikut peraturan. Yang tak daftar kalau kita tolong nanti di situ tanah PSK, tanah PERHILITAN. Dia merasakan dia diiktiraf, bila ada apa-apa isu susah kita nak selesaikan di tempat dia.
Boleh gulung la.
Terima kasih Dato’ Sri Speaker, saya sebenarnya suka sangat kalau singgah tapi kesian, persoalan yang dibangkit oleh rakan-rakan, contohnya Damak... Damak tanya tentang masjid.
Yang lain pun sian juga nak balik.
Kita boleh, kita buat keputusan nak balik ke, nak suruh saya selesai boleh belaka. Takde hal. Damak, Dato' Sri Speaker dia tanya tentang masjid tidak sebab dia suka sangat tengok Kerajaan Negeri buat Masjid Simpang Tebing Tinggi. Damak ni bagus dia. Jadi dia berhajat saya semak-semak orang Kampung Damak tak minta pun, orang kampung... JPKK tak minta, jawatankuasa masjid tak minta. Mungkin dia borak kedai kopi je dengan ADUN Damak. Jadi ADUN Damak bawa ke sini. Kalau ada permohonan daripada JPKK, boleh kita pertimbangkan untuk kita salurkan permohonan itu kepada SDO, PLB. SDO ada Dato' Razihan ada. Boleh kita panjangkan Dato' Razihan akan panjangkan ke Kementerian Kewangan.
Tapi sekarang ni tak serupa zaman Dato' Seri Najib, Bossku. Sebab itu kita kelmarin kabor jangan digulingkan Bossku, jangan diguling kita babir. Sekarang payah, amende payahnya Dato' Sri Speaker? Orang kampung kena sedia, katalah RM1.00, orang kampung kena sedia 20 sen. Kerajaan Pusat akan sedia 60 sen Kerajaan Negeri akan sedia 30 sen. Kena sanggup gitu. Itu perjanjian permintaan yang diminta oleh pihak Kementerian Kewangan. Tak nak tak ada. Jadi, kita terpaksa bersetuju. Sebab itu Masjid Al Fatah dan Masjid Indera Sempurna akhir nak tak nak kita buat sendiri. Tapi sampai bila kita tak mampu juga. Kewangan kita pun kita kena fikirkan juga walaupun bagaimana bolehlah JPKK atau jawatankuasa masjid berpakat dengan Kadi Jerantut untuk membuat permohonan kepada Kerajaan Negeri untuk Kerajaan Negeri panjangkan. Luit pulak bertanya tentang status Masjid Kampung Luit. Apa cerita tanah tu? PDT sebenarnya telah naikkan failnya ke pihak PTG. Begitu juga apa... apa Masjid Kampung Serengkam. Tak ada dah Luit patut tak payah jawab tadi dia tak ada. Yang Luit kita jawab bertulis. Dia boleh jamak dak itu jawab solat tu "kelat" tu.
Sabai, sahabat saya daripada Sabai, dia menanyakan isu air dengan dewan. Minta buat dewan dan minta selesaikan air. Dato' Sri Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang sebulan sekali dia buat program apa er... Aspirasi Pahang 1st, Jelajah Aspirasi Pahang 1st. Jadi tahun lepas DUN Sabai ni menjadi perhatian Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya pun nak kalau boleh. Saya tertanya-tanya bila Yang Amat Berhormat Menteri Besar ni nak buat mesyuarat Exco di Temerloh dan DUN Kerdau jadi tempat lawatan Jelajah Aspirasi. Tapi Dato’ Sri MB ni dia pilih DUN Sabai untuk menjadi Jelajah Aspirasi Pahang 1st [Ahli Dewan menepuk meja]. Saya disuruhkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pergi ke Kampung Ulu Pareh. Sebab di situ ada masyarakat Orang Asli. Orang Asli banyak benda dia bangkitkan, hal tanah. Alhamdulillah pakat-pakat dia nak 1,000 ekar, tapi dah 100 ekar tu dah ada milik orang. Dia nak juga, saya kata awak nak... nak dengar tak kisah Nabi Allah Yusuf dengan Zulaikha.
Lama ni ada... ada kisah ni lagi lama kan?
Okey kita batal kisah Nabi Allah Yusuf Zulaikha tu cerita belakang Dato' Sri Speaker. Jadi selesai masalah tanah, selesai bersetuju ada persetujuan di antara PTG, PDT dan juga JAKOA dan Orang Asli. Masalah dewan, dewan tunggu dulu. Dewan ni kalau tak ada boleh berhidup lagi. Air ni kita selesai dulu, saya cakap kat Orang Asli. Jadi Kerajaan Negeri dah bersetuju melalui ORACO, JAKOA dan juga PAIP kita akan selesaikan masalah air ni. Insya-Allah dalam waktu terdekat dengan kos sebanyak RM250,000.00, Dato' Sri Speaker. Yang Amat Berhormat dah setuju. Tepuklah tangan Sabai bukan tepuk ke saya, MB. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih.
Dewan tu, sabar dulu kalau tak ada dewan hidup juga. Tapi kalau takde air [Bacaan dalam Bahasa Arab].
Mohon terjemahkan.
Ha... bagus tu.
Terus gulung.
Ketari ada tanya pasal air, kita akan pergi dan kita akan usaha untuk bantu untuk tengok macam mana caranya. Sebab besar gayanya di Ketari ni. Kemudian itu masalah isu FELCRA yang dibangkitkan oleh rakan saya daripada Lanchang. FELCRA ni disebutkan oleh sahabat saya pada Lanchang, FELCRA apa... se... Kampung Sementih.
Kampung Sementih.
Betul kampung tu Kampung Sementih tapi FELCRA tu Dato' Sri. Namanya FELCRA Semantan di Kampung Sementih. Ini kerja Dato' Sri Speakerlah dulu mendapatkan tanah ni, jadikan FELCRA. Waktu itu Dato' Sri ADUN cuma tak selesai lagi dosa... dosa tu saya yang kena bertaubat sekarang ni bukan berdosa kan. Makna kerja baik Dato' Sri tu saya nak tumpang pahalanya. Maksudnya tu bahasa yang lebih baik.
Baru saya nak tegur dah sedar.
Jadi benda tu ada sedikit teknikal tanah kerana tanah tu sebenarnya di bawah Jabatan Hutan. Tapi Kerajaan Negeri ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin yang dahulu berhasrat nak tolong rakyat yang akan dapat membantu tidak
kurang daripada er... 400 orang penduduk setempat dijangkakan. Jadi, kita dah berpakat, Kerajaan Negeri dah setuju benda tu pun dah bawak masuk MMK minta Jabatan Hutan memberikan syor permit penggunaan kepada FELCRA dan juga penduduk setempat. Insya-Allah benda ni akan selesai. Kemudian itu Beserah, sikit je lagi sorry la Beserah ni dia orang Beserah ni dia buat kubur tak...
Basrah ke Beserah?
Boleh.
Basrah kita dekat Iraq.
Kalau falsafah Basrah kalau Melayunya Beserah.
Yang Berhormat ini antara Terengganu orang Pahang aja Beserah ni.
Dato' Sri Speaker, saya pun tak berapa faham, orang di Beserah ni dia buat tanah kubur tak berjalan.
Dia orang ni sentiasa berserah... berserah.
Mungkin sebab itulah puncanya. Sebenarnya tanah kubur ni baru sahaja dikenal pasti oleh penduduk Bandar Damansara. Dia baru kenal pasti sebelum ni dia orang gi kebumi ke Sungai Karang Darat. Lah tak ada juga dah sampai hati. Ha? Oh… ada press conference. Tak apa, benda ini dulu dia kebumi di Sungai Karang Darat, Dato’ Sri Speaker. Baru wujud apa namanya di Beserah ni, di Bandar Damansara ni dan dalam proses permohonan, masih dalam proses, belum lulus lagi dan permohonan jalan. Surat permohonan peruntukan jalan pun dah hantar ke SDO lebih kurang RM1 juta. Harap SDO sokonglah ya supaya ada jalan. Esok mayat jalan sendiri susah tu ha. Jadi apa namanya kita bantulah apa yang patut. Jadi apa namanya Bukit Ibam, tanyakan tentang apa, itu Beserah tanyakan tentang sagu hati tukang gali kubur pulak. Sebenarnya sebelum tanya MB dah beri ke tukang gali kubur ni melalui khairat kematian setiap negeri Pahang, RM400.00 [Ahli Dewan menepuk meja]. Saya hajat nak mencelah semalam, saja sampai sekarang ni saya menjawab.
Kemudian Ibam tanya tentang guru KAFA, dah tambah dah, ada tambah dah guru KAFA. Dia pelajar situ, 276 orang. Gurunya ada… apa gurunya cukup untuk 30 orang pelajar dengan seorang guru. Maknanya ada 9 orang guru. Sudah memadai sebenarnya. Jadi, saya rasa Dato’ Sri Speaker kang panjang lagi, cukuplah sampai situ, apa. Mudah-mudahan sikit jawapan ni dapat memenuhi apa kehendak Dewan. Saya sebagaimana rakan-rakan yang lain juga ingin menyokong Usul Menjunjung Kasih yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di atas Titah Perasmian Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Kerajaan. Seterusnya yang terakhir pada hari ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang. Terserahlah kepada Yang Berhormat berapa lama Yang Berhormat hendak. Saya bagi 30 minit sebab kita tahu 2 hari pertama tu semua…semua sekejap je kita bercakap… mesyuarat.
Dato’ Sri Speaker. Tadi saya 3 kali kena amaran. [Ahli Dewan ketawa]
Yang Berhormat 50 minit Yang Berhormat. [Ahli Dewan ketawa] Sila Yang Berhormat.
Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera, Salam Pahang 1st, salam Maju Terus Pahang. [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah Rabbil Alamin. [Bacaan dalam Bahasa Arab].
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Dato’ Sri Speaker yang telah memberi izin kepada saya untuk terlibat sama dalam membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang bersempena dengan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada 8 Mei 2026, Jumaat yang lalu yang dititahkan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang. Terlebih dahulu izinkan saya memulakan ucapan penggulungan ini dengan insya-Allah patik merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih ke atas Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah yang telah dizahirkan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15 yang berlangsung pada 8 Mei 2026, hari Jumaat bersamaan 20 Zulkaedah 1447 Hijrah.
Titah Diraja yang telah disampaikan dengan penuh hikmah ini sememangnya menjadi bukti keprihatinan dan keutuhan semangat kepimpinan Raja Berpelembagaan yang sentiasa mendahulukan rakyat meliputi pelbagai aspek. Sesungguhnya patik dan seluruh pacal rakyat di negeri Pahang ini amat bertuah dan beruntung sekali kerana dikurniakan seorang raja pemerintah yang berjiwa rakyat. Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku serta keluarga Diraja sentiasa cakna dan prihatin terhadap kebajikan serta keperluan pacal-pacal rakyat jelata di negeri ini tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa dan juga kemajuan negeri yang tercinta. Insya-Allah patik serta saf kepimpinan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh hamba tua Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama-sama pacal-pacal warga perkhidmatan awam negeri Pahang beserta agensi-agensi Kerajaan Pusat akan menjadikan Titah Diraja ini sebagai panduan dalam menggalas dan menjalankan amanah serta tanggungjawab demi kemajuan negeri serta kesejahteraan rakyat Pahang Darul Makmur. Ampun Tuanku.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail kerana memimpin Kerajaan Negeri hingga terus melakar kejayaan yang amat membanggakan di mana kutipan melebihi RM1 bilion buat tahun keempat berturut-turut sejak tahun 2022. Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 5.7 % dengan nilai ekonomi mencecah RM68 bilion sekali gus meletakkan Pahang dalam kategori 4 negeri terbaik pada tahun 2024 serta peningkatan ekonomi negeri sebanyak 23% dalam tempoh tahun 2019 hingga 2024. Tahniah Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja. Malahan kalau kita lihat misal contohnya idea-idea cetusan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja ini banyak idea-idea yang baru. Kalau kita lihat, dahulunya kita panggil Bantuan Prihatin Pahang. Sebenarnya idea tuntas daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja. Kemudian kita ada Inisiatif Makmur Pahang. Malahan melihat dengan lebih jauh lagi, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri sendiri melihat keberkesanan misal contoh sistem struktur pentadbiran Kerajaan Negeri dalam mempastikan bukan sahaja kemajuan negeri itu terus dicapai tetapi juga kesejahteraan rakyat dapat dikecapi oleh seluruh masyarakat.
Malahan dalam konteks seumpama itu tidak berpuas hati dengan semata-mata, saf kepimpinan, barisan pemimpin-pemimpin kerajaan terdiri daripada pemimpin-pemimpin daripada parti yang memerintah untuk bertemu dengan rakyat jelata. Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar telah mencetuskan satu program yang dinamakan Program Sentuhan Rakyat Makmur (PSRM). Program ini tidak melibatkan ahli-ahli politik. Program ini diterajui dipimpin oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Setiausaha Kerajaan Negeri. Turun ke lapangan bertemu dengan rakyat jelata memudahcarakan supaya dapat ada interaksi, engagement, dengan izin terus daripada pihak masyarakat, rakyat jelata yang di lapangan dengan pentadbiran Kerajaan Negeri. Ini tanpa penglibatan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar sendiri, saf…saf ini barisan Exco mahupun Wakil-wakil Rakyat. Ini semua ialah satu program yang melibatkan hanya anggota perkhidmatan kerajaan khususnya Kerajaan Negeri dan juga agensi-agensi Kerajaan Pusat dan di situlah kita dapat maklum balas yang dijadikan sebagai asas untuk menggubal dasar-dasar. Pendekatan-pendekatan yang telah diambil, yang perlu diambil oleh pihak Kerajaan Negeri dan perlu diperbaiki. Inilah alhamdulillah hasil daripada cetusan idea yang penuh berwawasan dan juga komited. Inilah sebenarnya dapat dirasai oleh rakyat jelata di seluruh negeri Pahang, mencakupi 42 kawasan DUN di negeri Pahang Darul
Makmur ini. Sebab itu, dalam konteks seumpama ini kita melihat bahawasanya hasil yang dicapai ini, kemajuan yang telah dicapai ialah hasil komitmen daripada Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang. Mesyuarat mingguan dipanggil top five ini dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar dan daripada hasil perbincangan yang dibuat itulah maka dirangkanya, pendekatan, perancangan, bantuan dalam pelbagai bentuk kepada rakyat jelata.
Sebab itu, dalam konteks seumpama ini kita lihat bahawasanya berlakunya pergolakan mutakhir ini dalam geopolitik global, ianya memberi kesan kepada rakyat jelata. Namun, sepertimana yang telah kita zahirkan, tindakan-tindakan diambil secara segera. Antaranya ialah bakul, Bakul Negeri, BN negeri iaitu di mana bantuan secara khusus RM15,000.00 seminggu untuk tiap-tiap DUN disalurkan. [Ahli Dewan menepuk meja]. Ini merupakan satu idea yang datang daripada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar. Hasil turun ke lapangan, bertemu, berjumpa dengan orang ramai dan alhamdulillah feedback yang kita terima cukup memberangsangkan. Sebab itu dalam konteks seumpama ini sebenarnya sekalung tahniah penghargaan, setinggi-tingginya kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang sendiri, insya-Allah.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, malahan penghargaan ini khusus dalam pencapaian SPM 2025. Yang Berhormat Dato' Sri sepertimana yang saya sebutkan dalam ucapan ataupun jawapan saya dalam Dewan Yang Mulia pada pagi tadi iaitu sebenarnya agenda pendidikan merupakan agenda utama yang dititikberatkan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang selaku seorang anak yang datangnya daripada kawasan luar bandar yang pada satu ketika dahulu merupakan satu kawasan yang agak pedalaman dan tidak mempunyai infrastruktur yang yang cukup sempurna tetapi sebenarnya dengan cabaran yang ada itu sendiri pun, kesungguhan di jiwa Yang Amat Berhormat Dato' Sri, maka alhamdulillah pada hari ini dapat berada di puncak, teraju, memimpin negeri Pahang Darul Makmur, hasil daripada pengalaman itulah, maka, satu demi satu Agenda Pemerkasaan Pendidikan dilaksanakan dan alhamdulillah dalam pencapaian SPM 2025 kita telah mencapai, menunjukkan pencapaian yang cukup cemerlang iaitu peningkatan yang amat memberangsangkan apabila berada di kedudukan kedua terbaik di peringkat nasional berbanding kedudukan ketiga pada tahun sebelum-sebelum ini.
Sebelum… sebelum ni tahun 2023 kita nombor 3, 2024 kita nombor 3, tetapi pendekatan yang telah diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar termasuk mengeluarkan modul-modul, kertas, ataupun buku panduan, maka akhirnya pelbagai langkah diambil. Maka kita telah meningkat pergi ke nombor 2. Tapi sebenarnya sepertimana yang saya zahirkan, kita berada di kedudukan nombor 1, Yang Amat Berhormat Dato' Sri, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja sendiri pun telah membangkitkan ini dan malahan saya telah bangkitkan dengan Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Mana mungkin Putrajaya diletakkan nombor 1 sebagai sebuah negeri sedangkan bilangan sekolahnya cukup terhad, sedikit sahaja, sedangkan Pahang yang ada 199 buah sekolah yang mana anak-anak pelajar dia terdiri pelbagai kaum, daripada latar belakang, kedudukan, termasuk daripada sekolah-sekolah yang dalam pedalaman. Tetapi setakat ini takpe, walaupun kita nombor 2, pada hakikatnya sebenarnya saya rasa kita nombor 1. Satu tepukanlah. Satu penghargaan [Ahli Dewan menepuk meja] kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar. Sebab itu pada kali ini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas, tahniah, setinggi-tinggi penghargaan kepada warga pendidik yang telah memberikan komitmen yang cukup tinggi dalam pastikan bahawasanya kita Pahang berada di tahap yang
cukup terbaik. Seramai 25,853 orang warga cikgu atau guru yang terlibat di dalam mendidik anak-anak kita di negeri Pahang Darul Makmur ini. Jadi, sempena dengan kejayaan ini dan sempena dengan Hari Guru Yang Amat Berhormat Dato' Sri yang akan disambut pada 16 Mei iaitu dua hari yang akan datang, yang bertemakan "Guru Bitara Nadi Negara". Saya ingin bagi pihak Kerajaan Negeri mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar pendidik [Ahli Dewan menepuk meja] khususnya buat guru di seluruh negeri Pahang seramai 25,853 orang di seluruh… keseluruhannya. Terima kasih Cikgu, “Jasamu Dikenang, Budimu disanjung”. Thank You Teacher.
Yang Berhormat Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sahabat saya daripada Kerdau bisikkan pada hari ini dia kata hari ini Hari Jururawat. Hari Jururawat, ya? Jadi, sempena dengan itu kita… kita juga mengucapkan Selamat Hari Jururawat. Patutnya, rakan saya daripada, rakan saya, Exco Kesihatan, patut pick up boleh? Pick uplah, cepat Hari Jururawat.
Oh… terima kasih kepada Benta beri laluan untuk mengucapkan Selamat Hari Jururawat Sedunia, terima kasih.
[Ketawa] Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, saya nak ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini yang mengambil bahagian dan menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan aspek portfolio saya. Antaranya ialah ADUN Tahan, ADUN Bukit Ibam, ADUN Cheka, ADUN Tioman, ADUN Ketari, Pulau Tawar, Damak, Kemayan, Sabai, Semambu, Tras, Jenderak, Batu Talam Pulau Manis, Mentakab, Tanah Rata, Panching, Sabai, Lanchang, Beserah, Chenor dan ADUN, ADUN Lantikan keempat-empatnya, yang telah berbahas dan menyentuh mengenai portfolio saya. Alhamdulillah.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Dunia hari ini sedang berhadapan dengan landskap geopolitik yang semakin kompleks. Konflik melibatkan Israel, Amerika dan juga Iran bukan sekadar isu politik antarabangsa, tetapi telah memberi kesan langsung kepada ekonomi dunia, termasuk sektor makanan, tenaga, logistik dan rantaian bekalan global. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah menggandakan lagi usaha untuk mengatasi era ketidaktentuan geopolitik Rantau Asia. Mengatasi kesan era ketidaktentuan geopolitik Rantau Asia Barat melalui pelbagai usaha yang proaktif dan komprehensif. Malahan dalam sektor pertanian, bantuan di bawah BUDI Agri-Komoditi bantuan tunai bagi petani dan pekebun kecil yang layak. Ini bantuan melalui, bantuan Kerajaan Pusat yang disalurkan melalui Jabatan Pertanian. Bantuan ini disasarkan untuk meringankan kos operasi bahan api diesel jentera pertanian dan merupakan sebahagian daripada program penyasaran semula subsidi diesel.
Kedua, Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) dinaikkan daripada RM160.00 kepada RM300.00 sehektar permusim. Penyaluran dana Kerajaan Pusat ini dijangka dapat memberikan kelegaan kepada petani dalam mengatasi kenaikan kos logistik, lonjakan harga import pertanian dan ketidakstabilan harga ladang. Kebun Dapur ataupun Kebun Komoditi melalui Program Benih Negeri ini program inisiatif Kerajaan Negeri, di atas ilham daripada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar sendiri iaitu Program Benih Negeri, BN Negeri akan dilaksanakan di setiap daerah melibatkan setiap DUN untuk pengedaran Kit Benih Negeri. Program ini akan diperluaskan dengan bukan sahaja penjualan anak pokok dengan harga rahmah di pusat-pusat pembiakan benih pertanian dan seterusnya diperkembangkan kepada edaran Kit Agromakanan yang merangkumi penternakan dan perikanan seperti anak ayam. Malahan sektor penternakan memperkukuhkan program pembangunan makanan ternakan termasuk galakan penghasilan silaj dan tanaman rumput makanan ternakan di Pusat Sumber Genetik Ternakan (PSGT) bagi membantu mengurangkan kebergantungan kepada bahan makanan ternakan import.
Meneruskan usaha bantuan dan program sokongan kepada penternak, semua bantuan dan program sedia ada seperti Skim Makmur Ternak, Program MEKAR serta Program Rezeki Ternakan Ruminan dan Unggas terus dilaksanakan seperti biasa bagi membantu penternak meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan beban kos operasi semasa. Manakala sektor perikanan bantuan ikan seperti ikan patin, keli, talapia, lampam jawa, baung yang percuma kepada penternak melalui pusat-pusat di bawah Jabatan Perikanan seperti Pusat Perkembangan Akuakultur Bukit Tinggi dan juga di Perlok telah diedarkan dan sejumlah 983,600 ekor bernilai RM252,220.00 di Pusat, ataupun Pusat Pengembangan Akuakultur di Bukit Tinggi.
Manakala di Perlok sejumlah 188,930 ekor benih ikan telah di salurkan bernilai RM79,095.00. Malahan inisiatif pendidikan missal contohnya alhamdulillah. Pemberian bantuan makanan berjumlah RM3.87 juta kepada murid Sekolah Menengah Miskin Tegar bagi tahun 2026. Penerima murid sekolah menengah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang iaitu sasaran penerima ialah 4,496 orang. Jumlah keseluruhannya, yang saya zahirkan tadi ialah RM3.87 juta. Dan kita berdoa insya-Allah mudah-mudahan sebenarnya pergolakan yang berlaku di Asia Barat ini akan mencapai persetujuan dan perdamaian dan insya-Allah ianya akan dapat meredakan dan juga menangani, menampan kesan daripada pergolakan yang berlaku itu, yang akan sudah tentunya menghimpit masyarakat termasuk rakyat jelata di negeri Pahang Darul Makmur ini.
Lama lagi Yang Berhormat?
Sebenarnya, saya nak mengucapkan terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri kepada rakan-rakan kepegawaian staf kepimpinan pegawai daripada agensi-agensi yang telah membantu saya untuk menyediakan jawapan-jawapan.
Saya tak suruh berhenti, saya tanya lama ke lagi? [Ketawa]
Itulah maknanya saya nak menjawab soalan tu. Saya sampai ke situ. Jadi maknanya dalam konteks seumpama ini. Berapa lama lagi masa yang saya ada?
Saya boleh bagi dalam 15 minit lagi.
Okey, alhamdulillah. Terima kasih Dato' Sri Speaker. Jadi saya nak merakamkan iaitu terima kasih saya kepada staf pimpinan pegawai daripada Jabatan Pendidikan, daripada Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Veterinar, LKIM dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang menyediakan pelaporan mencatatkan perkara yang dibangkit oleh rakan-rakan ADUN dalam Sidang Dewan yang lalu yang ada setengahnya hari-hari yang saya tak ada di sini. Contohnya, Semambu mencadangkan kepada kerajaan membangkitkan tentang Pelan Agrotech Pahang yang insya-Allah memberi fokus pertanian pintar, penggunaan drone teknologi AI serta memperluaskan industri hiliran dan hub pemprosesan makanan. Untuk makluman sebenarnya di bawah Dasar Agro Makanan Negara 2.0 iaitu satu dasar yang akan memperincikan atau memperincikan tindakan daripada tahun 2021 hingga 2030 meletakkan pertanian pintar sebagai antara teras utama pembangunan sektor agromakanan negara.
Sehubungan itu, Pihak Kerajaan Negeri selari dengan hala tuju Kerajaan Pusat memperkukuhkan transformasi sektor pertanian melalui penggunaan teknologi seperti Internet of things (IoT), drone, automasi, analitik data serta aplikasi kecerdasan buatan AI bagi meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos operasi dan mengoptimumkan penggunaan sumber pertanian. Malahan untuk makluman dewan yang mulia ini, inisiatif berkaitan teknologi pertanian termasuk latihan IoT dalam pertanian melalui latihan terus kepada petani bermula 2024. Terdapat seramai 80 petani-petani menjalankan kursus serta disertakan dengan Starter Kit IoT, dengan izin untuk digunakan di kebun masing-masing. Yang Berhormat ADUN Tanah rata mengutarakan cadangan mempertimbangkan bantuan subsidi diesel tambahan yang lebih bersasar berdasarkan penggunaan sebenar mesin dan jentera pertanian moden seperti steamer untuk pensterilan tanah oleh para petani di Cameron Highlands. Kerajaan Persekutuan melalui program Budi Diesel Agrikomoditi kini menyediakan bantuan subsidi diesel sehingga RM400.00 sebulan.
Pada penerima yang layak dan Kerajaan Negeri berpandangan bahawa pendekatan bantuan yang lebih bersasar berdasarkan penggunaan sebenar mesin dan jentera pertanian moden wajar dipertimbangkan khususnya bagi kawasan pengeluaran makanan utama seperti Cameron Highlands. Bagi cadangan supaya bantuan tambahan diesel diberikan berdasarkan penggunaan mesin dan jentera pertanian moden seperti steamer tanah. Kerajaan Negeri berpandangan, cadangan tersebut adalah wajar untuk dipertimbangkan kerana penggunaan mesin berasaskan diesel di kawasan tanah tinggi adalah lebih tinggi dan melibatkan kos operasi yang signifikan. Jabatan Pertanian Negeri Pahang akan memperkukuhkan sesi libat urus bersama persatuan petani dan Pengusaha serta telah mewujudkan platform bilik gerakan bagi meneliti isu dan permasalahan semasa di lapangan secara berkala terus mengumpul
maklum balas serta data keperluan sebenar pengusaha tani di Cameron Highlands untuk dikemukakan kepada Kementerian Pertanian dan Jaminan Makanan dan Industri Asas bagi pertimbangan.
ADUN Tahan membangkitkan tentang langkah Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian di Negeri Pahang dan apakah program yang disediakan bagi membantu petani dan pekebun kecil meningkatkan pendapatan mereka. Bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian di negeri ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian telah melaksanakan beberapa langkah strategik seperti memperluaskan memperkukuh ke kawasan pengeluaran makanan melalui pembangunan zon pengeluaran seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dalam negeri Pahang termasuk menaik taraf infrastruktur ladang, kemudahan pengairan serta penyediaan input dan peralatan pertanian. Mempergiatkan penggunaan teknologi moden dan amalan pertanian pintar termasuk sistem fertigasi, hidroponik, mekanisasi dan automasi ladang bagi meningkatkan produktiviti serta kecekapan pengeluaran. Memperluaskan pembangunan komuniti berpotensi tinggi dan bernilai ekonomik antaranya tanaman sayur-sayuran, buah-buahan premium, kelapa, jagung, bijian, kopi, cendawan serta industri agriculture madu termasuk bagi tujuan eksport. Memperkukuhkan rantaian nilaian pertanian merangkumi aktiviti hiliran dan huluan dan hiliran seperti pemprosesan, pembungkusan, pemasaran serta pembangunan pusat pengumpulan dan edaran hasil pertanian. Program pengiktirafan Pahang Best antara langkah strategik negeri bagi tambah nilai produk hiliran hasil usahawan dan dalam negeri Pahang yang unik dan terbaik.
Bagi membantu petani dan pekebun kecil meningkatkan pendapatan, pelbagai program dan inisiatif telah disediakan. Antaranya program meningkatkan SSR, tanaman sayuran memberi… memberi bantuan pembangunan ladang, input pertanian dan teknologi dengan kadar insentif sehingga 50,000 sehektar termasuk pembangunan fertigasi, program pembangunan tanaman buah buahan berpotensi menyokong tanaman bernilai tinggi seperti durian belanda, avocado dan jambu air dengan bantuan sehingga 20,000 perhektar. Program pembangunan tanaman kelapa melibatkan tanam semula dan pemulihan kebun tidak produktif dengan insentif sehingga 15,000 sehektar. Pembangunan industri jagung, bijian dan penanaman makanan ternakan termasuk bantuan pembangunan ladang mekanisasi serta skim kerjasama dengan sektor swasta bagi meningkatkan skala pengeluaran. Inisiatif pengukuhan komoditi bagi tujuan eksport, juga memberi antara lain memberi fokus kepada pengeluaran berskala besar dan berorientasikan pasaran eksport melalui sokongan infrastruktur, teknologi dan pembiayaan.
Pensijilan dan amalan Pertanian baik MyGAP dan MyOrganik dengan izin, memberi insentif berdasarkan pengeluaran serta peningkatan akses pasaran dan harga premium. Malahan ADUN Semambu mencadangkan untuk memperbanyakkan lagi TKPM. Untuk makluman sehingga kini terdapat 19 TKPM di negeri Pahang yang merangkumi hampir semua daerah dan buat masa ini tiada cadangan untuk pertambahan kita nak mengoptimumkan TKPM yang sedia ada yang sekarang ini. Berkaitan dengan sektor penternakan. ADUN Jenderak mencadangkan berkenaan pembinaan atau pengusaha reban ayam yang melibatkan PBT, Pejabat Daerah dan Tanah dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengkaji semula reban ayam tradisional yang menggunakan kaedah lama yang mengganggu persekitaran dan keselesaan penduduk, supaya menggunakan kaedah lebih moden dan berteknologi tinggi secara tertutup dan mengurangkan gangguan lalat dan bau busuk. Sebenarnya, Kerajaan Negeri sememangnya telah menetapkan dasar transformasi sistem Reban Ayam
Komersial melalui Surat Pekeliling Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang Bilangan 6 Tahun 2021 bertarikh 5 Julai 2021.
Dasar tersebut menetapkan bahawa ladang ayam komersial, yang sedia ada diberi tempoh untuk membuat transformasi er... kepada reban tertutup. Malahan er... kelulusan untuk semua yang projek-projek ternakan ayam, reban ini, yang baru ini, diluluskan dengan syarat ianya merupakan dibina atau dilaksanakan dengan konsep reban tertutup. Berkenaan dengan aduan pencemaran bau najis ayam dan kacau ganggu lalat di Flex Marketing Sdn. Bhd., di Raub. Ini saya ingat ni di di Kuala Atok. Er... tindakan kepada aduan tersebut, khidmat nasihat telah diberikan kepada kakitangan ladang. Notis pemeriksaan ladang telah dikeluarkan, arahan pembersihan persekitaran berlaku dalam tempoh, yang telah ditetapkan. Malahan persampelan maggot juga telah diambil tapi khususnya dalam konteks seumpama ini, er... tindakan er... telah dikeluarkan kepada pihak pengusaha, untuk mengambil langkah-langkah yang er... positif dan er... pengarahan untuk er... memberhentikan operasi er... dikeluarkan dan insya-Allah perkara ini kita akan pantau dan pastikan bahawasanya setiap aktiviti er... reban ayam yang berlaku di Raub ini akan di er... pantau secara teliti dan insya-Allah akan diambil tindakan tegas bagi menangani isu ini.
ADUN Batu Talam mencadangkan berkaitan kewujudan pusat TVET berasaskan pertanian dan penternakan di daerah Raub. Pihak Kerajaan Negeri, sebenarnya er... mengambil maklum dan bahawasanya cadangan ini amat bertepatan dengan usaha memperkukuhkan pembangunan modal insan dan meningkatkan kemahiran, teknikal belia serta menarik lebih ramai golongan muda menceburi sektor agromakanan dan penternakan moden. Malah, daerah Raub mempunyai potensi yang sangat baik untuk pembangunan bidang pertanian dan penternakan, kerana merupakan antara kawasan pengeluaran ternakan utama di negeri Pahang. Daerah ini menempatkan ladang ayam telur terbesar di negeri Pahang serta menjadi lokasi projek ternakan termasuk Wagyu yang diusahakan oleh syarikat AGK dari projek penternakan lembu, daging premium negeri. Kewujudan industri ternakan berskala besar dan moden ini mampu menjadi pusat latihan praktikal dan pendedahan industri kepada pelajar TVET pada masa hadapan. Khususnya dalam bidang pengurusan ladang moden dan teknologi reban tertutup, biosekuriti, pembiakbakaan, automasi serta pemprosesan hasil ternakan bernilai tinggi.
Dato' Sri Yang di-Pertua.
Ada 3 minit lagi.
ADUN Chenor ada membangkitkan berkaitan ternakan ikan sangkar di Kampung Pesagi, Kampung Belawan dan Kampung Sanding. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini terdapat seramai 31 orang penternak akuakultur berdaftar di kawasan Chenor, yang melibatkan keluasan operasi penternakan kira-kira 9 hektar. Aktiviti akuakultur yang dijalankan tertumpu kepada penternakan sangkar ikan air tawar seperti patin, tilapia, keli dan lampam. Malahan er... bermula tahun 2022 hingga 2026, sebanyak RM2.2 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan pelbagai bentuk bantuan dan program pembangunan akuakultur yang melibatkan seramai 49 penerima di kawasan Chenor. Di bawah bantuan bencana El-Nino tahun 2024 sejumlah
RM100,500.00 telah disalurkan kepada 9 penerima dalam bentuk bantuan makanan ikan. Selain itu, melalui peruntukan SPEC bagi tahun 2023 hingga 2025, sejumlah RM95,710.00 telah diperuntukkan kepada 17 penerima melibatkan bantuan makanan ikan dan benih ikan. Bagi peruntukan KPKM dan Kerajaan Negeri pula, sejumlah RM12,000.00 telah disalurkan kepada 6 penerima melibatkan bantuan makanan ikan dan benih ikan.
Berkenaan mewujudkan zon ternakan khas bagi penternakan ikan sangkar yang baharu pula, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan amat memandang serius kesan timbunan pasir yang luas sepanjang lebih 3 kilometer dan melibatkan penternakan ikan sangkar penduduk turut terjejas dan juga kesan fenomena El-Nino di kawasan ini. Timbunan pasir yang tidak diurus dengan baik boleh menyebabkan hakisan tebing sungai serta meningkatkan mendapan di dasar sungai hingga mengganggu aliran semula jadi semasa… semasa hujan. Khususnya pada musim monsun dan keadaan ini akan mengurangkan kejernihan air, menghalang penembusan cahaya matahari kepada tumbuhan akuakultik serta menjejaskan hidupan ikan melalui penyumbatan insang dan mengurangkan oksigen terlarut. Impaknya ternakan ikan khususnya dalam sistem sangkar air tawar berisiko mengalami tekanan dan kejadian kematian secara besar-besaran. Justeru itu, Jabatan Perikanan mencadangkan tindakan bersama antara pengusaha untuk meneliti cadangan tempat baru, yang lebih sesuai dengan kelulusan menduduki sementara oleh Pejabat Tanah dan Daerah Maran.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Er... sebenarnya terdapat beberapa lagi soalan antaranya Tanah Rata membangkit tentang cadangan untuk mewujudkan Sekolah K9 dan K11 di kawasan Cameron Highlands. Sebenarnya pihak er... Kementerian Pendidikan telah meneliti, er... Sekolah Kebangsaan Menson ini untuk dicadangkan sebagai er... mungkin Sekolah K9. Jadi ini dalam er... pertimbangan pihak kementerian, insya-Allah.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Ada juga cadangan, hari ini sebenarnya saya kena sebut ni, iaitu Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua sendiri, er... selaku ADUN Lanchang pada ketika itu telah mencadangkan supaya titik er... tengah semenanjung diteliti dan hasil pada inisiatif Yang Berhormat Dato' Sri Speaker sendiri, maka lokasi yang dinamakan sebagai Kampung Paya Siput daerah Temerloh ini telah di er... isytiharkan sebagai er... titik tengah lokasi er... di Titik Tengah Semenanjung. Sebagai lokasi rujukan geografi. Berdasarkan kajian saintifik dan er... Kerajaan Negeri berpandangan bahawa usaha memperkenalkan lokasi yang mempunyai nilai geografi dan ilmiah seperti ini, amat penting dalam meningkatkan kefahaman pelajar terhadap keunikan alam semula jadi serta warisan geografi negeri Pahang. Ini cadangan ini dicadangkan oleh ADUN Mentakab supaya dimasukkan dalam kurikulum. Difahamkan sebenarnya er... perkara ini sedang diusahakan di peringkat kementerian. Maka kita mengharapkan pihak Kementerian er... Pendidikan akan er... mengambil maklum er... dan jadikan ini sebagai satu er... maklumat penting untuk anak-anak pelajar.
Dan er... akhirnya saya nak menyentuh berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh ADUN Sabai, iaitu berkaitan dengan status SJKT Ladang Jeram. ADUN Sabai telah mohon supaya er... pihak kerajaan melaporkan tentang status er... SJKT Jeram ni. Untuk makluman, peruntukan sejumlah RM23.5 juta telah diluluskan er... bagi pembinaan SJKT Jeram yang baru dan Lawatan Tapak bersama dengan JKR dan
JPN, JPNP telah dilaksanakan pada 28 April tahun 2026 yang lalu untuk meneliti aspek kebolehlaksanaan projek termasuk kesesuaian tapak. Tapak ini dibina atas cadangan tapak yang baru dicadangkan di tapak yang baru er... untuk meneliti aspek kebolehlaksanaan projek termasuk kesesuaian tapak, serta keperluan teknikal pembangunan sekolah tersebut. Pada masa yang sama, proses penyediaan reka bentuk konsep bangunan juga sedang dilaksanakan sebagai persediaan ke fasa pelaksanaan projek seterusnya. Kerajaan Negeri akan terus memberikan kerjasama sewajarnya dengan pihak KPM dan agensi berkaitan bagi memastikan pelaksanaan projek ini dapat diteruskan dengan lancar demi kepentingan pendidikan murid di kawasan tersebut, insya-Allah. Dan akhir kata Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya sepertimana yang rakan-rakan Ahli Dewan daripada barisan Exco yang telah menggulung bagi pihak kerajaan turut serta menyokong Usul Junjung Kasih Titah Diraja sempena Pembukaan Sidang Dewan. Sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada 8 Mei bersamaan 20 Zulkaedah 1447 Hijrah yang lalu yang titah disampaikan oleh Kebawah Duli Yang… Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang dan usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang pada 12 Mei, hari Selasa yang lepas, saya menyokong. Terima kasih. Assalamualaikum WBT. [Ahli Dewan menepuk meja]
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mengucapkan terima kasih kepada kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak kerajaan yang telah pun memberikan jawapan-jawapan dan penjelasan-penjelasan atas permasalahan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian iaitu 3 orang di sebelah pagi dan 6 orang di sebelah petang yang mengambil masa 3 jam 40 minit. Tersasar lebih kurang 40 minit daripada jadual yang saya… yang saya sediakan. Seterusnya saya ingin menempohkan persidangan pada hari ini dan insya-Allah persidangan kita akan bersambung semula pada hari Jumaat, 15 Mei 2026 bersamaan 27 Zulkaedah 1447, bermula 9.30 pagi di mana Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan menggulung dan urusan seterusnya. Assalamualaikum WBT. Persidangan ditempohkan.
[Persidangan ditempohkan]