Pahang · 15 May 2026
15th Assembly, 5th session, 1st meeting · 320 turns · 21,778 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPahang publishes one PDF per meeting on the state portal. Written answers are not published. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
(Pembukaan)
Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di Dewan Negeri, Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Hari Kelima (Jumaat) : 15 Mei 2026 Bersamaan 27 Zulkaedah 1447 Hijrah
Masa
: 9.30 pagi
Bacaan doa.
DOA
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera. Salam perpaduan, Salam Pahang 1st. Bagi memulakan mesyuarat kita pagi ini, marilah kita sama-sama membaca Ummul Kitab Al-Fatihah. [Bacaan al-Quran]. Segala puji bagi Allah dibuka, Mesyuarat Dewan Negeri dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani kepada-Nya terpulang segala puji-pujian. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmah, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli-ahli Dewan Negeri bagi mentadbir maslahah masyarakat pergaulan. Mudah-mudahan sentosa aman makmur limpah kebahagiaan meliputi penduduk negeri Pahang ini.
Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi negeri ini serta rakyatnya sekalian. Ya Allah, berkatmu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan TaufikMu dipohon menyuluh memandu ketika kami berunding menimbang bertukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri ini serta penduduknya-penduduknya sekalian. Ya Allah dipohon doa kami diperkenan. Amin Ya Rabbal Alamin.
Pertanyaan-Pertanyaan Kepada Menteri BesarQuestions
Perkara kedua: Pertanyaan-pertanyaan kepada Menteri Besar.
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur kepada Allah SWT kerana dengan dapat meneruskan persidangan pada hari ini.
Sebelum saya memulakan Aturan Mesyuarat, saya ingin memaklumkan bahawa Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang berbesar hati menyumbangkan cenderahati kepada Ahli-ahli Yang Berhormat serta Ketua-ketua Jabatan. Untuk makluman, cenderahati yang diberikan ini terdiri daripada produk industri asas tani yang telah mendapat
pengiktirafan Pahang Best. Selain itu, terdapat beras yang merupakan produk hasil tuaian dari Paya Beluan, Kampung Budu Benta yang merupakan tempat Yang Berhormat Benta. Jadi saya difahamkan bahawa beras ni dia menyemai, dia mengubah, dia menuai, kemudian dia pun menumbuk padi tu jadikan beras. Jadi Yang Berhormat, kita… kita bagilah tepukan kepada Yang Berhormat kita ni, rajin betul dia. [Ahli Dewan menepuk meja]. Informasi ringkas beras tersebut adalah variati… variati beras er… padi bererti padi MR269 Yang Berhormat ya… MR269. Tempoh matang selama 120 hari. Ianya mulai ditanam pada 1 Januari 2026 dan tuaian pertama adalah pada 13 April 2026.
Jadi sebab itulah Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya berbincang dan saya boleh dah tengok Yang Amat Berhormat Menteri Besar tanya saya bila nak buat Sidang Dewan ni. Jadi kita dah kira-kira, maknanya dia dah tuai padi tu (ketawa). Ada yang kita buat, kita buat bulan Mei tu. Kalau tak… tak sempat kita makan. Kalau kita buat April, tak sempatlah, dia baru nak menuai kan, saya tanya Yang Amat Berhormat, apabila saya selidik balik baru saya bagi tahu bahawa Dato’ Soffi tengah menuai padi. Jadi kita buatlah bulan… bulan Mei supaya dia ada masa untuk dia menumbuk, kemudian dia menampi, kemudian dia jadikan beras. [Ahli Dewan ketawa]. Cuma Yang Berhormat, lain kali bawalah empeng. Haha… Tahun depan, kalau kita bersidang lagilah. Ianya… cenderahati tersebut telah diedar oleh urus… urus setia dan diletakkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Jadi maknanya ini adalah salah satu daripada visi Yang Amat Berhormat Menteri Besar nak tengok… Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini dia ni dulu dengan BERNAS, pakar dalam beras. Jadi sebab dia nak tengok, dia minta supaya Benta ni tanam dulu dan Alhamdulillah kita hari ni bolehlah masak nasi ye, jangan sekarang kena keluar… lepas ni kang balik, malam karang kita boleh makan beras apa nama Yang Amat Berhormat beras ni? Beras di Paya Berluan eh… kita tak jenama lagi nama ni ya? Tak ada? MR? patutnya WR…
MR tu benih.
Oh nama benih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, dia benih padi ni berbeza-beza antara Selangor, Pahang, Kedah dan sebagainya. Seingat… seingat saya kalau di Kedah, benih yang digunakan supaya pokoknya rendang… supaya… sebab dia tepi laut supaya padi tidak tumbang, tetapi yang di Pahang ni benih digunakan, batangnya tinggi dan besar, dia sesuai.
Maknanye batangnya tinggi, pasalnya orang Pahang… [Ahli Dewan ketawa]
Saya tidak bermaksud apa-apa Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, maknanya setiap negeri tu berbeza benih dia dan begitu juga di Budu ni, benih pun beza juga dia pakai MR... MR tu MARDI Research, kalau tak silap sayalah dia mengikut kesesuaian tanah Yang Berhomat Dato’ Sri Speaker. Terima kasih.
When… when the expert speaks. [ketawa]. Seterusnya Pengerusi Jawatankuasa…
Yang Berhormat Dato’ Sri, sebab tu saya tadi bila Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker cakap pasal beras ni… pasal padi ni saya kira tunduklah macam kira… padi basah. Sebab apa di sebelah saya ni Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja sebenarnya memang pakar, memang dalam bidang ni kalau boleh cerita daripada pagi sampai ni boleh bersambung dan cukup er… apa nama orang kata interesting dia pengalaman… saya rasa itulah…
Yang Berhormat ni expert dalam menampi… menampi dan menumbuk, menampi beras. [ketawa] Seterusnya, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Orang Islam… Hal Ehwal Agama Islam… Hal Ehwal Agama Islam… Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang juga berbesar hati menyumbang buku Himpunan Doa Arafah, Ziarah Makam Rasulullah dan Jannatul Baqi’ sebagai panduan kepada bakal haji serta wadah pengukuhan rohani dan mengimarahkan budaya ilmu. Terima kasih. Sebuah je? Itu untuk orang pergi haji lah. Ya… kepada rakan-rakan yang pergi haji, dia ada doa haji…
Dato’ Sri Speaker, sebenarnya buku ni 2 tahun lepas Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam Mesyuarat Exco dia kata, kenapa tak buat buku? Kita bagi ke orang panduan doa Ustaz Syed? Jadi saya kumpulkan rakan-rakan, ini yang terciptanya dan terzahir buku ni dan kita kongsikan bersama.
Alhamdulillah. Maknanya bila dia berdoa di Mekah tu, kita dapatlah sikit-sikit kan? Speaker pun dapat pasal mengumumkan ni. Sekaligus menyemarakkan penghayatan doa serta kecintaan kepada Sunnah dan Sirah Rasulullah SAW dan para sahabat dalam kehidupan masyarakat sekalian. Untuk makluman juga, pihak Dewan telah mengedar borang kajian… kajian kepuasan pelanggan untuk dinilai oleh Ahli-ahli sekalian. Mohon kerjasama ahli-ahli untuk melengkapkan borang tersebut bagi tujuan penambahbaikan Persidangan Dewan Negeri Pahang. Saya juga nak maklumkan, hari ini kita ada satu lagi iaitu sempena hari terakhir Sidang Dewan kali ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Sri Diraja berhasrat untuk belanja sarapan pagi, menu sensasi yang diviral sehari dua dulu. Atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat, ada semua ya, disediakan nasi lemak Izan dari Kampung Bukit Sekilau, Kuantan. Tapi diingatkan
kalau rasa lapar dan nak makan kenalah makan di luar. Kalau makan di dalam, saya suruh keluar.
Yang Amat Berhomat Speaker, minta maaf yang ni ke?
Ha yang tu.
Berapa ringgit ni?
Tak, bagilah Speaker cakap habis dulu.
Nak tanya, nak tanya, nak tanya sebab saya, saya…
Kenalah ada suspens-suspens dulu.
Tak, saya, saya ghairah nak makan ni.
Ini cepat sangat nak, Yang Berhormat. Kalau nak makan boleh, saya benarkan keluar.
Maklumlah, [Ahli Dewan Ketawa] maklumlah dari Pulau Tioman typical. Ombak kuat kan lapar. Terima kasih.
Kalau rasa tak cukup ya. Di luar pun ada lagi 100 bungkus, tetapi siapa cepat dia dapat. Dan jika ada Ahli-ahli Yang Berhormat berminat untuk tempahan, nasi lemak. Ha... saya promosi ini, ini tak patut ni dalam dewan, tapi tak apalah. Pasal apa... pasal dia ni harga, harga apa, harga mampu milik. Harga mampu beli, nasi lemak berharga RM1.50. [Ahli Dewan menepuk meja] Ha... bukan, bukan RM6.00 [ketawa] Yang Berhormat dari Kuala Sentul, itu Yang Berhormat standard tinggi. Ha... Kuala Lumpur mungkin, ini RM1.00. Boleh angkat sikit nasi lemak RM1.50. Boleh didapati
menghubungi saudari Izan di nombor yang tertera di dalam bungkusan. Maknanya ada nasi, nasi lemak RM1.50. Jadi dia ada. Saya dah cek dah tadi. Saya dah rasa sikit. Dia ada nasi, ada telur, lepas tu ada bilis dan ada sambal di atas daun pisang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, sebenarnya hasrat tu Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar selalu sebut. Tiada janji, lihat bukti, kita bertaki di dalam dewan ni sampai kering air liur, tapi mengatakan bahawa tak ada nasi lemak yang harga yang murah. Jadi hari ini, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar, tunjuk bukti ye, ada nasi lemak RM1.50 je. Ha... yang ini yang di depan mata kita, dia dah cop je. Ada nombor, ada nama, ada nombor telefon. Jadi kalau pergi ke sana dapat RM1.50. Jadi itulah sebenarnya.
Maknanya yang saudari Izan, saudari Izan tu boleh kena bagilah sikit royalti pada.
Dato’ Sri Speaker.
Dato’ Sri Speaker, kita. Ada ada pepatah ataupun kaedah mengatakan [Bacaan dalam Bahasa Arab]. Berapa banyak perkara yang kita rasa macam tak bagus memberi manfaat. Ramai di luar sana, sekarang ni orang tercari-cari nasi lemak sebab laku kerana risiko daripada perbahasan ni. [ Ahli Dewan ketawa].
Saya nak ini confirm viral ni.
Dato’ Sri Speaker, saya rasa saya sebut bukan nasi lemak sahaja. Saya sebut nasi lemak, mi goreng, kuetiau goreng, nasi goreng. [Ahli Dewan ketawa] Kalau boleh bagilah sekali.
Dato’ Sri Speaker, nampak gaya nak makan besar ni. [Ahli Dewan ketawa].
Persidangan akan datang, kita akan minta Yang Amat Berhormat sediakan nasi goreng dan kuetiau goreng pula [ketawa].
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Hari ni, hari ni berapa hari bulan ya? 14 hari bulan eh... 15 hari bulan er... Mei, 15 hari bulan Mei, hari ini merupakan hari tahun ke-8 Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Menteri Besar kita, Dato’ Sri Diraja memimpin negeri Pahang. Maknanya hari inilah beliau mengangkat sumpah sebagai Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Alhamdulillah, 8 tahun Yang Amat Berhormat ya? 8 tahun. [Ahli Dewan menepuk meja] dia kena tambah lagi nak cukupkan 1 apa, 1 dekad ya, kena 10 tahun. Jadi, Yang Amat Berhormat boleh buat election tahun 2028. Makna kita biar je, 2029 bulan 11 atau 12 tu kita biar ada 6 bulan lagi 2028. Okay, lengkap 10 tahun, itu boleh pakat dengan Speaker. [Ahli Dewan ketawa].
Baiklah, untuk meneruskan aturan urusan mesyuarat pada kali ini, saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada yang dilantik er... untuk mengemukakan pertanyaan. Sila.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Dato’ Sri Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang, sahabat-sahabat Exco, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sebelum soalan tu, saya nak pantun sikitlah.
Nasi lemak di atas mejaku
Soalan saya nombor satu.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Selamat pagi, salam sejahtera, salam Maju Terus Pahang, salam Pahang 1st. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker memberi laluan kepada saya. Terima kasih kepada YB Lantikan kerana bertanyakan soalan. Sebelum itu, Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada ADUN Lantikan, YB Tuan Mohd Fadzli kerana telah berbahas pada hari semalam dengan begitu jelas, [Ahli Dewan menepuk meja] terang dan menyampaikan maksudnya yang tersurat dan yang tersirat.
Saya harap apa yang beliau bahaskan itu boleh kita boleh viralkan kerana dia only Ahli Dewan yang menyentuh ke ucapan salah seorang Ahli Parlimen yang menyentuh tentang sahabat-sahabat Nabi. Tahniah kepada ADUN. [Ahli Dewan menepuk meja].
Yang Amat Berhormat. Dia geng sana dulu sebab tu dia tahu semua trick ni.
Oh ya [ketawa]. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, soalan daripada ADUN lantikan bertanya berkenaan dengan tindakan penguatkuasaan yang telah Kerajaan Negeri laksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat er... pada tahun 2020, jika tak silap saya awal tahun, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Unit Penguatkuasa. Lebih kurang 100 orang yang kita ambil khusus untuk mempastikan supaya tanah-tanah haram ini dapat kita minimakan pengeluarannya ataupun kita kosongkan, zero kan. Jadi selepas daripada itu, Unit Penguatkuasaan ini telah mengambil beberapa tindakan penguatkuasaan. Yang pertama ialah operasi pemusnahan seluas 4,884
ekar di seluruh negeri Pahang secara keseluruhannya, yang kedua telah menyita yang melibatkan jentera, jentera kenderaan dan peralatan yang dianggarkan bernilai RM16,654,000.00 yang disita oleh kerajaan melalui Unit Penguatkuasaan. Yang ketiga, 356 kes pendakwaan dengan kutipan denda dan kompaun sebanyak RM7,170,967.00. Ini yang telah kita buat untuk makluman Yang Berhormat dan juga rakan-rakan dan Ahli-ahli Yang Berhormat.
Saya juga ingin menyatakan di sini bahawa tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah berdasarkan kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 425 KTN ataupun Kanun Tanah Negara iaitu yang pertama, menduduki atau membina apa-apa bangunan di atas mana-mana tanah kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan. Kedua, membersih, membajak, menggali, mengepungi atau menanami mana-mana tanah sedemikian atau sebahagian darinya ataupun memotong atau memindah apa-apa kayu atau hasil atau dari tanah yang sedemikian. Ini bahasa undang-undang ni Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Speaker, itu yang mengikut Kanun er… Tanah Negara Section. Very detail. Jadi itulah jawapan saya Yang Berhormat ya. Terima kasih.
Very detail.
Soalan tambahan sikit, Dato’ Sri.
Sila.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja di atas jawapan yang saya kira telah menggambarkan kepada er… kita bahawa selama ini kita ditohmahkan bahawa Kerajaan Negeri membiarkan aktiviti er… penerokaan tanah secara haram dan terbukti di Pahang. Saya rasa antara negeri yang sangat tegas dari sudut penguatkuasaan er… penerokaan tanah haram ini dengan menebang pokok-pokok di atas tanah-tanah yang diteroka secara tidak sah tersebut. Jadi, Yang Amat Berhormat, kita tahu bahawa sepertimana yang telah disebutkan tadi, er… tindakan penguatkuasaan ini bukan sahaja melibatkan pendakwaan kes di mahkamah tetapi juga tindakan memusnahkan struktur sama ada struktur kekal ataupun penanaman tanaman di atas tanah-tanah milik kerajaan ini. Jadi soalan saya sekiranya tanah-tanah ini telah pun dimusnahkan, bukan er… tanaman ataupun struktur binaan di atas tanah haram ini dimusnahkan, maka apakah rancangan kerajaan untuk memajukan kawasan-kawasan yang diceroboh ini dan dikuatkuasakan secara pemusnahan di negeri Pahang ini. Itu sahaja Dato’ Sri. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Sebelum saya menjawab soalan tersebut, saya ingin menyebut sedikit latar belakang unit penubuhan penguat kuasa ini sebab unit ini saya harus memberikan ucapan
syabas dan tahniah kepada merekalah dan ini unit ini ditubuhkan pada 15 Oktober 2019 bukan 2020. Dalam Mesyuarat Exco yang Ke-31 pada tahun 2019 dan Alhamdulillah mereka dapat menjalankan tugas dengan begitu baik dan kita harap mereka terus meningkatkan usaha mereka untuk memastikan tidak ada tanah-tanah kerajaan yang diceroboh.
Berbalik kepada soalan daripada ADUN Lantikan tadi, sukacita saya maklumkan bahawa kita tidak biar begitu sahaja mana-mana tanah yang kita ceroboh ini. Antaranya kita antaranya kita, kita ada State GLC yang seperti LKPP, PKPP, PKNP di mana kita serahkan kepada anak syarikat yang untuk memajukan ada... ada yang kita dia pelbagai. Ada yang kita tebang terus, ada yang kita ambil tanah tersebut kita bagi kepada State GLC dan kalau sekiranya kawasan tersebut melibatkan masyarakat Orang Asli, kita bagi kepada ORACO, Orang Asli Corporation. Maknanya kita tidak tebang dan kita tinggal begitu sahaja Yang Berhormat dan ini sebenarnya boleh menjana hasil kepada Kerajaan Negeri dan saya ucapkan syabas, tahniah kerana setakat ini semua yang kita beri kepada State GLC ataupun kepada PSK, semuanya telah menjana hasil dan boleh memberi juga peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Jadi dalam masa yang sama bukan setakat State GLC, bukan setakat PSK, bukan setakat ORACO, kiranya ada mana-mana syarikat yang kita fikir berdaya saing, ada modal yang mencukupi, membuat permohonan, itupun kita akan pertimbangkan Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua.
Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin juga mengambil kesempatan ini luar tajuk sikit. Hari ini ada hari lahir salah seorang rakan kita di Dewan ini iaitu ADUN Jenderak. Jadi saya bagi pihak rakan-rakan mengucapkan selamat hari lahir kepada Yang Berhormat. [Ahli Dewan menepuk meja]
Terima kasih Dato' Sri Diraja, terima kasih semua. Semoga kita mendapat keberkatan dan kesejahteraan. Terima kasih.
Ada lagi yang menyambut hari jadi hari ni?
Soalan tambahan.
Sila, sila wakil daripada Cheka.
Kerajaan telah pun melaksanakan satu program dipanggil Penstrukturan Pemutihan Penerokaan Haram dan isu ini agak kontroversi kerana kerajaan telah pun melupuskan hampir 5,500 hektar di Cameron Highlands yang teroka lama dan saya
ingin dapat penjelasan berapakah keluasan tanah yang telah pun dibuat pemutihan semula. Ni tanah PSK ni. Pemutihan semula di negeri di negeri Pahang dan apakah kriteria yang diletakkan oleh pihak kerajaan bagi penerokaan yang lama yang telah duduk lama ini dipertimbangkan untuk diberi sama ada dalam bentuk TOL dan sebagainya. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Ada 2 soalan. Yang di Cameron Highlands, kita serahkan kepada PKCH, Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands. Kita semua tahu di Cameron Highlands sampai ada orang bagi tahu kepada saya Cameron Highlands ni dah tak boleh buat apa dah. Penerokaannya yang berleluasa. Tetapi apabila kita tubuh PKCH dengan bantuan UPNP, dengan bantuan PTG dan juga Setiausaha Kerajaan, sehingga hari ini banyak tanah-tanah tersebut. Kita tidak apa ni, haramkan, tidak membenarkan mereka menanam sayur-sayur. Kita adakan sesi perbincangan dan kita mengatakan kepada mereka, mereka kena berdaftar, kena mohon dan kena berdaftar dengan PKCH supaya mereka boleh meneruskan tanaman sayur-sayuran tersebut. Makna, ada tohmahan yang mengatakan Kerajaan Negeri zalim kerana kita tolak semua, sayur-sayur semua telah dilupuskan, tak benar.
Kita minta mereka berdaftar, mohon TOL dan di bawah seliaan Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands. Dalam masa yang sama, eksport sayur kita ke Singapore sebagai contohnya dapat diteruskan dan Kerajaan Negeri mendapat hasil dan PKCH ditubuhkan dan ramai yang telah mendapat pekerjaan. Itu di Cameron Highlands. Kita dah buat seolah-olah pemutihan. Tetapi belum selesai 100% lagi Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua, tetapi usaha-usaha itu telah diselesaikan. Lebih baik kita berusaha memutihkan atau mencari jalan yang terbaik daripada kita membiarkan sahaja. Jadi, mana-mana yang diberi kelulusan TOL, contohnya 4 ekar, mereka menanam lebih daripada itu, yang lebih itu pun kita minta mereka daftarkan kecuali kawasan-kawasan tertentu yang cerun yang agak tinggi, yang merbahaya, yang dinasihatkan oleh PTG dan sebagainya. Yang itu kita minta mereka tidak menanam. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan dengan baik. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Makna Yang Amat Berhormat restructure lah, ya?
Ya.
Restructure balik penanaman tu.
Lebih kurang macam tu lah. Ya, kita win-win situation.
Semua dapat manfaat.
Semua dapat manfaat. Eksport sayur diteruskan, yang menanam sayur terus boleh menanam sayur dan kita telah tubuh satu agensi kerajaan PKCH ditubuhkan supaya dapat memantau dan kita pun dapat hasil daripada itu. Sebelum ini tak dapat. Sebelum ni kosong. Ha itu yang salah satu yang menyumbang untuk kita mendapat RM1 bilion. Yang kedua tadi apa, apa dia Yang Berhormat Dato' Sri Speaker? Speaker ni kadang-kadang kacau, kadang lupa saya.
Kriteria. Apakah kriteria yang kerajaan letakkan untuk mereka yang dah teroka lama ni untuk buat permohonan ataupun tanah-tanah mereka tadi.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Speaker bukan kacau. Dia nasi tambah.
Ya, ya nasi tambah. Apa pun dalam Dewan ni, Speaker is always right.
That's very good. You understand that.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Bagi menjawab soalan daripada Cheka. Pertama sekali kita lihat adakah penerokaan ini untuk mereka cari makan? Saya berulang kali berpesan kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan dalam Exco, kepada Unit Penguat Kuasa, kalau sekiranya mereka menanam untuk mencari makan, kita berbincang untuk membolehkan mereka. Bukan kita condonation, tidak. Bermakna bukan kita membiarkan mereka buat. Kita cuba halalkan, ada kaedah-kaedah tertentulah, ya. Mungkin kita bagi TOL sepertimana Yang Berhormat cakap tadi untuk mereka meneruskan. Sebab ini untuk cari makan. Tetapi Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, kalau penerokaan tanah haram tersebut sindiket, kena beza ni cari makan dengan sindiket. Kalau yang sindiket kita akan terus kuatkuasa. Kita ambil tindakan dan telah pun kita ambil setakat ini sepertimana yang saya katakan tadi. Ini stand Kerajaan Negeri yang kita bincang
dalam dalam Exco dan setakat ini berjalan dengan baik dan kita akan teruskan usaha sebegini.
Sebab itu, kalau kita tengok yang buat secara kecil-kecilan tu, kita bincang dengan mereka. Kita bagi TOL dan sebagainya. Sebab ini untuk cari makan tapi sindiket kita tak compromise ya. Jadi yang ini kita kuat kuasa sepertimana yang saya katakan tadi berapa ribu ekar tadi dan akan ada lagi. Kita akan teruskan usaha-usaha ini sebab ini tanah kerajaan dan itu adalah menjadi tanggungjawab kami, kerajaan yang ada pada hari ini supaya tidak ada mana-mana tanah Kerajaan Negeri pun yang diterokai secara haram oleh sindiket. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Terima kasih. Soalan seterusnya kita jemput ADUN wakil daripada Tioman.
Yang Berhormat Speaker, terima kasih. Sebelum itu, saya ingin ucapkan tahniahlah pada pagi ini Yang Berhormat Speaker cukup ceria dan sangat gembira nampaknya.
Sebab saya dapat makan nasi RM1.50, nasi lemak RM1.50.
Jadi saya ni nak amik kesempatanlah pagi ni. Saya dah buat pantun sebenarnya untuk Speaker 2, 3 hari dah. Tapi tak tahu nak baca bila.
Sila baca sekarang.
Jadi saya ingat saya boleh baca ni.
Yang Berhormat Speaker duduk di atas, Ahli Yang Berhormat duduk di bawah, Sudah berapa hari kita berbahas, Menjunjung menjunjung kasih Tuanku, menjunjung Titah.
Burung merpati, burung kenari, Speaker bijaksana dan juga bistari, Dewan bersidang sangat harmoni, Bersama kita bangunkan negeri.
Saya mohon izin mengemukan soalan nombor 2. Terima kasih.
[Adakah Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian dan agensi berkaitan di bawahnya bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan pihak nelayan
laut dalam dan pemilik-pemilik jeti ikan untuk memastikan produk tempatan dilabelkan dengan jenama tempatan dan tidak menggunakan logo atau jenama luar tetapi hasilnya adalah daripada negeri Pahang?
Adakah Jabatan Pertanian mempunyai data atau rekod berkaitan perkara ini? Apakah ada kaedah promosi dari agensi berkaitan dan Kerajaan Negeri berkaitan produk tempatan ini?]
Terima kasihlah pantun tu. Sebab Yang Berhormat dah berbahas kalau tak saya akan bagi 10 minit lagi.
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya pun tengok Dato' Sri hari ni lain macam sikit. Mungkin lebih makan ubat kot.
Tidak, semalam saya... saya semalam tahajud, sunat taubat sebelum sembahyang Subuh sebelum masuk Subuh. Itu yang bertenaga hari ini.
Sebab saya tengok semalam lain macam. Sepanjang saya mengenali Dato' Sri Speaker, saya ingat semalam bukan macam dia. Jadi semalam saya bila nak berbahas tu saya tengok, saya, saya jadi gerun pula.
Semalam pasal kita semua nak balik cepat. Kalau saya biarkan Yang Berhormat akan bahas sejam setengah [ketawa] lambatlah kita nak masuk Maghrib lagi.
Maknanya nampak garang tapi hari ni nampak lain macam Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja bincang…
Terima kasih... terima kasih Yang Berhormat.
Nampak lebih diplomasi tinggi. Ada apa apa ke?
Insya-Allah akan buat pengumuman.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya mengucap banyak terima kasih kepada rakan saya daripada Tioman yang bertanyakan soalan yang cukup relevan berkaitan dengan aktiviti penangkapan ikan laut dan juga penggunaan jeti-jeti yang ada dan branding atau penjenamaan produk-produk yang dihasilkan di dalam perairan atau oleh bot-bot nelayan Pahang. Jadi untuk makluman, pertama sekali saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini mengenai statistik berkaitan dengan penangkapan ikan laut di kawasan Pantai Timur ni. Kalau kita lihat misal contohnya, pengeluaran perikanan tangkapan laut negeri Pahang dalam tahun 2024 adalah sebanyak 1,144651 metrik tan yang bernilai RM1.06 bilion. Dan pengeluaran perikanan tangkapan laut negeri Pahang adalah tertinggi di Pantai Timur dan menjadi peneraju perikanan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Industri perikanan tangkapan laut memberi pekerjaan kepada 6,687 orang nelayan laut di seluruh negeri Pahang dan diharap dapat terus membekalkan ikan secara mampan bagi menjamin bekalan makanan khususnya bekalan protein kepada rakyat negeri Pahang dan juga rakyat lain di negeri-negeri yang lain.
Pencapaian pengeluaran perikanan tangkapan laut tertinggi di Pantai Timur ini menunjukkan bahawa negeri Pahang mempunyai sistem urus tadbir yang baik dalam pengurusan dan pemuliharaan sumber perikanan serta kemudahan kompleks pendaratan ikan. Jadi vessel penangkapan ikan zon A, B dan C yang beroperasi menangkap ikan hendaklah berada pada jarak 12 batu nautika dan ke atas dari pantai sekiranya beroperasi di perairan negeri lain. Jadi vesel zon C2 pula hendaklah beroperasi menangkap ikan melebihi 30 batu nautika dari pantai negeri lain. Vessel yang beroperasi menangkap ikan kurang dari jarak pantai yang telah ditetapkan adalah melanggar syarat lesen dan telah melakukan satu kesalahan di bawah Akta Perikanan 1986. Jabatan Perikanan Negeri Pahang telah melaksanakan program pemantauan pengawalan dan pengawasan secara berkala dan program ini bertujuan untuk memantau aktiviti penangkapan ikan di laut oleh nelayan dan menguatkuasakan Akta Perikanan 1985. Semasa pelaksanaan Operasi Badai baru-baru ni, sebagai contohlah, Yang Berhormat Dato' Sri Speaker yang melibatkan MCS iaitu Program Pemantauan Pengawasan dan er… Program ini… bahasa Inggeris Monitoring Surveillance dan Control jer. Jadi Ops Badai baru-baru ini melibatkan MCS bersepadu iaitu Jabatan Perikanan Pahang dan Jabatan Perikanan Johor. Sebanyak 5 buah vessel penangkapan ikan termasuk vessel dari Johor telah ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Perikanan pada 28 Januari 2026 kerana telah melanggar syarat lesen dan melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.
Dan mengapa pendaratan di Kompleks Perikanan di Pahang ini menjadi pilihan ialah kelebihan kompleks pendaratan ikan contohnya (LKIM) Kompleks LKIM, Kuantan berbanding kompleks pendaratan ikan yang lain. Pertama kedudukannya yang strategik terletak di perairan lautan, laut China Selatan dan dilengkapi fasiliti bersepadu bagi melancarkan aktiviti perikanan. Antara kemudahan yang terdapat yang disediakan termasuk jeti pendaratan yang panjang dapat menampung kapasiti pendaratan yang tinggi dalam satu masa, bilik sejuk, kilang air batu untuk pembekalan kepada bot-bot nelayan dan juga proses pembungkusan sebelum dipasarkan. Pusat jualan diesel kepada bot nelayan dan juga tempat membaiki dan selenggara bot dan Pusat Industri Hiliran Downstream dan rakan logistik dan pengangkutan yang strategik iaitu Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) memudahkan penghantaran hasil laut segar ke Lembah Kelang dalam masa yang singkat sekitar 3 ke 4 jam. Ini mempastikan harga ikan tetap kompetitif dan kualitinya terjaga. Manakala yang faktor lain ialah penawaran harga ikan yang lebih tinggi. Pengusaha peraih menawarkan harga yang lebih tinggi
kepada nelayan dan kompleks yang sangat aktif termasuk data pengimport, pengeksport, peruncit, pemborong, pemprosesan, pelelong.
Maknanya Kompleks LKIM Kuantan Yang Berhormat Dato' Sri Speaker sebenarnya juga mengeksport produk-produk daripada laut khususnya sotong dan sebagainya kepada (EU) European Union dengan izin Kesatuan Eropah pada ketika eksport itu. Dan dalam konteks seumpama itu kita lihat dari segi pendaratannya tinggi kalau berbanding dengan negeri-negeri lain. Saya bukan nak menyentuh luar sana tapi misal contohnya dalam tahun 2024 kita 144,651 metrik tan pendaratan di Pahang. Di Terengganu contohnya ialah 39,657 sahaja, di Kelantan 58,115 metrik tan. Maknanya kita banyak. Tahun 2020 pun kita ada 116,204 metrik tan. Di Terengganu 45,669 metrik tan, di Kelantan baru 60,032 metrik tan. Jadi pendaratan ikan di kompleks kita di er... Pahang ni menjadi pilihan. Bukan saja di Kuantan malahan di Rompin. Dan untuk makluman, ikan-ikan yang didaratkan sebagai contohlah, ikan-ikan darat macam ikan tamban Dato' Sri Speaker, ikan tamban yang didaratkan di Kuantan dibeli oleh… atau dibeli oleh pemborong dan dijual kepada peraih dihantar terus ke Terengganu. Dari pengusaha keropok di Terengganu tu dapat banyak bekalan ikan daripada daripada Pahang, daripada Kuantan. Misal contoh dia mendarat terus beli terus dihantar bekalan tu. Jadi maknanya kalau isu berbangkit misal contohnya ada cross border lah ye melimpah melepasi sempadan negeri ni, sebenarnya kita pertama sekali dari segi negeri Pahang, kita tidak berkompromi dari segi undang-undang. Manakala salah tetap salah. Kalau sekiranya nelayan daripada Pahang dia pergi masuk Terengganu kalau dia tidak menghormati syarat tu, ambillah tindakan seperti mana yang kita telah tunjukkan. Ada nelayan daripada Johor masuk ke Pahang, kita buat operasi tangkap dan kita kenakan tindakan.
Jadi dalam konteks ini, saya harap perkara ini jelas. Jadi berbangkit kepada soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat ADUN Tioman. Apakah… boleh memastikan produk tempatan kita iaitu produk maknanya pendaratan ikan ataupun hasil laut yang didaratkan di jeti-jeti ataupun er… ini apanya Kompleks Perikanan LKIM kita di Pahang ini boleh kita jenamakan dengan produk Pahang. Sebenarnya kalau ikut undang undang dia, kita tidak ada kuasa berbuat demikian. Contohnya ikan yang didaratkan di Kuantan. Kalau ikutkan kita kata ini ikan Pahang… yang kita nak taruk tepek situ, mungkin bolehlah. Tapi kalau produk tu produk yang dihasilkan tu dikatakan sebagai produk Pahang kita boleh. Makna pengusaha kita pengusaha industri asas tani yang daripada Pahang boleh menjenamakan tetapi apabila produk tu tadi ikan misal contohnya, ikan tamban yang dibeli oleh pemborong dan dihantar ke Terengganu, kemudian pengusaha di Terengganu dia buat keropok Terengganu. Dia buatlah keropok atas jeti apa ker kopok er…
Kopok lekor.
Ha… keropok lekor… kopok lekor, keropok lekor, bukan keropok lekor, kopok kopok yang kering tu yang keping tu cap nelayan macam-macam cap. Dia kata hasil daripada Terengganu, padahal ikan daripada Pahang. Yang itu sebenarnya kita tidak boleh. Kalau boleh kalau kita nak, kalau boleh kita nak kata…ketika ini er… patutnya keropok tadi… keropok Pahang, sebab ikan daripada Pahang. Tetapi oleh kerana kita Kerajaan Negeri ini sebuah kerajaan yang berhemah, yang terbina atas landasan maknanya tertubuhnya er… bersandarkan kepada perundangan. Walaupun kita tahu bekalan kita atau hasil tangkapan laut banyak mendarat di Pahang dan diproses oleh negeri lain
dan dijadikan sebagai hasil er… ini apa nama ataupun ini… produk-produk daripada bahan mentah daripada Pahang. Kita tidak boleh menguatkuasakan mengatakan kita mesti menjenamakan atas nama produk Pahang.
Jadi apa yang kita buat ialah kita menggalakkan. Sahabat saya daripada Tioman bertanyakan dia kata sama ada kita buat engagement dengan nelayan, dengan pengusaha jeti, dengan pengusaha kompleks… kita buat. Kita buat dengan nelayan, kita nak pertingkatkan supaya kita dapat menghasilkan produk-produk kita yang dijenamakan sebagai produk Pahang dan kita ada produk yang kita letakkan sebagai Pahang Best misal contohnya yang kita galakkan pengusaha-pengusaha kita menghasilkan er… produk-produk ini dan meletakkan nama er… Pahang termasuk Pahang Best. Perkara ini saya rasa berlaku di Rompin iaitu tangkapan ikan yang ditangkap dalam perairan kita di Pahang dijenamakan sebagai produk Endau. The product of Endau. Saya rasa begitu sedangkan Endau itu di Johor padahal tangkapan di Pahang kerana apa ia er… minta izin maknanya ia business driven…, business driven. Dalam konteks seumpama ini kerana produk yang telah pun ada jenama macam kita patinlah. Patin Temerloh er… kita sebut patin Temerloh jadi semua orang yang er… pengusaha-pengusaha patin ini semua bin ke Temerloh. Ini patin Temerloh, kalau orang tanya patin mana, Temerloh. Kat Kuala Lumpur kita tanya ini patin mana, Temerloh waima patin pendatang daripada lombong Puchong misal contohnya patin Temerloh sebab nama Temerloh itu.
Ini durian mana, durian Pahang. Kadang-kadang durian itu daripada luar ia er… durian Pahang sebab nama itu…
Durian Raub er…
Ya?
Durian Raub.
Durian Raub sebab itu dia tanya er… ini durian daripada er… ini durian Pahang, tak bukanlah ini Raub dia khabar. Ada khabar, ada yang Raub dia bukan [ketawa] maknanya Raub punya branding lagi er… lagi tinggi daripada ini er…
Sila, wakil daripada Tras.
Pengerusi er… biasanya mereka beritahu ini bukan durian Pahang tapi durian Raub.
Durian Raub. Saya tengok dua, tiga kali dah wakil daripada Tanjung Lumpur turun naik, turun naik sila kalau ada soalan er… apa nak ditanya. Kesian juga hari Jumaat ini. [ketawa]
Minta maaflah tadi ingat ke dah habis. [ketawa] Nampak macam landing dah itu bangun itu, rupanya sambung lagi. Jadi soalan tambahan er… ada sedikit soalan…
Yang Berhormat tak er… Yang Berhormat Tanjung Lumpur tak akan tak kenal wakil daripada Benta ini. [ketawa]
Ini kali pertama jumpa. [Ahli Dewan ketawa] Ini soalan jadi minta maaf ya bukan mencelah. Nanti dah habis er… nanti dah habis baru saya tanya soalan.
Jadi maknanya tadi contohnya dia produk Endau ini saya difahamkan produk ini tadi dah er… dah lama, dia dah lama usahakan jadi bila kehabisan ini bekalan dia ambil daripada Rompin, dia ambik kepada Pahang dan ditempek situ produk Endau dan dieksport termasuk ke Singapura. Sebab itu kita lihat bahawasanya ada berlaku ketirisan. Saya merakam setinggi penghargaan terima kasih kepada rakan saya daripada Tioman yang prihatin mengenai perkara ini dan saya telah maknanya kita akan duduk dengan menubuhkan satu ini er… team melihat bagaimana kita dapat menjenamakan semula produk-produk daripada Pahang ini tadi supaya dapat er… ini ataupun menembusi pasaran-pasaran luar, kerana sebenarnya hasilnya daripada Pahang. Misal contoh ikan pelanuk, ikan pelanuk ini er… dia ikan macam ikan duri, dia sampai ke Pahang dia terus dieksport bukan eksport maknanya dihantar ke utara, di belah utara er… utara ini maknanya negeri-negeri utara, ikan ini menjadi satu ikan yang popular er… dia… dia apa nama dia… dia beli itu dan dia makan di sebelah utara. Kita sebelah Pahang ini kita tak makan sebab itu kalau tanya kenal ikan pelanuk, orang tak kenal tapi ikan itu macam ikan duri. Misal contoh kemudian macam ikan aya… ikan aya. Ikan aya yang kita nak naikkan ini ialah jenis tuna er… tuna spesies tuna er… so bila naik ikan aya, kita dapat daripada perairan Pahang, dihantar, dia diproses dan diproses sehingga dieksport ke luar negara di Thailand… dia masuk, keluar er… dipanggil tuna. Sebenarnya ikan aya itu ia datang daripada negeri Pahang.
Sebab itu yang kita tengok bahawasanya inilah antara cabaran iaitu penangkapan kita tinggi, hasil penangkapan kita tinggi tapi hasil hiliran kita ini yang masih lagi belum dapat kita perkasakan insya-Allah inilah diantara agenda yang er… kita nak laksanakan dan Alhamdulillah saya lihat di Rompin ini ada potensi sebab apa di Rompin sendiri Kompleks Perikanan Rompin itu dia ada tempat yang boleh ataupun bersebelahan dengan itu tempat yang boleh membina bot laut er… laut dalam yang bernilai antara RM2 juta ke RM3 juta dibuat di Rompin. Maknanya kemahiran ada anak tempatan kita yang mengusahakan ini boleh kita perkasakan insya-Allah er… di bawah
kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang kita sentiasa membuat er… ini tinjauan bagaimana caranya untuk kita dapat membantu usahawan-usahawan kita menembusi pasaran-pasaran bukan sahaja dalam negara tetapi juga di luar-luar negara. Terima kasih.
Sila wakil daripada ini er… Tanjung Lumpur.
Soalan tambahan er… baik er… apakah ada peraturan yang mewajibkan vessel ataupun kapal-kapal yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan di negeri Pahang yang hanya boleh menjualnya di negeri Pahang sahaja ataupun tidak ada mewajibkannya jual untuk dalam negeri Pahang sahaja. Ataupun er… ada peraturan lain sehingga ada kapal-kapal lain yang jual ikan di jeti lain ataupun berlaku di tengah laut dan sebagainya. Terima kasih.
Seperti mana yang saya nyatakan bahawasanya kita er… kita beroperasi ini ataupun berfungsi bersandar kepada undang-undang. Kita ada Akta Perikanan dan kita kompleks yang kita ada LKIM misal contoh LKIM di Kuantan lah, kita tidak mengehadkan ada bot-bot er… yang datang daripada negeri lain. Misal contoh ada datang daripada Terengganu sebab Terengganu, misal Chendering. Dia nak masuk ke Kompleks LKIM dia er… dia tak boleh masuk sebab apa muara cetek dan kita ehsan kita ini Pahang, this is Pahang. Bukan sahaja buat er… buat pendaratan ikan banyak benda lain kalau kita tengok bukan saya nak menyebut manakala kita tengok merata Pahang ini semuanya ada misal contohnya, kalau ada FELDA semua ada er… dia makna satu Malaysia, kita ada FELDA. Kalau di Pekan itu, orang di Kedah, di Merchong er… menanam padi semua er… daripada saudara-saudara kita daripada Kedah, kita tidak ada pengehadan, maknanya misal er… pemilikan tanah misal contohnya kita ada syarat-syarat tidak maknanya hanya yang lahir di Pahang sahaja macam setengah-setengah negeri hanya lahir di negeri itu sahaja yang boleh memiliki tanah bukan sahaja tanah kurnia, tetapi kalau nak beli rumah, kalau bukan lahir di negeri itu tak boleh tapi Pahang tidak. Begitu jugalah maknanya Kompleks Pendaratan Ikan, LKIM kita di Kuantan ini di kawasan er… ini ADUN sahabat saya, ADUN Tanjung Lumpur.Misal contohnya adalah satu kompleks yang cukup menarik. Kalau tengok itu, saya pergi hari itu, pagi saya tengok lihat makna pendaratan ikan itu, ia lancar. Di situ bila ada yang bot-bot masuk tak kira bot A, B, C, C2 datang itu dia turun itu kru-kru… yang datang itu awak-awak itu datang bekerja dan ada pasukan tempatan. Kita syaratkan yang pasukan tempatan yang menurunkan itu mestilah anak tempatan. Kalau ikut Akta Perikanan yang nak awak-awak nak pergi ke laut dalam semua itu er… yang itu pihak kerajaan membenarkan pekerja asing sebab tak ramai anak-anak tempatan yang sanggup pergi dua minggu, tiga minggu duduk di er… apa meninjau di laut-laut dalam tetapi bila sampai ke kompleks kita pastikan. Dulu ada Rohingya er… dia bekerja tapi kita pastikan minta supaya LKIM kuatkuasakan anak-anak tempatan yang bekerja di situ.
Sebab itu kita lihat misal contohnya dia secara organik. Kadang-kadang pekerja yang ada di Kompleks LKIM di Kuantan itu bila tanya sejak bila dia bekerja umur 18 tahun sekarang ini dia umur lebih kurang 50 tahun, anak dia yang umur 20 tahun mengambil
alih er… jadi ini er… sebab itu saya katakan peluang pekerjaan itu banyak dan kita tak boleh sekat misal contohnya bila bot datang dia datang Kuantan, kita ada kilang air batu. Kilang air batu yang diuruskan oleh NEKMAT iaitu Persatuan Nelayan Kebangsaan dan mengeluarkan air batu dan kilang air batu ini cukup popular sebab nelayan nak pergi ke laut dalam dia mesti bawa air batu sebab dia er…pergi 2 minggu, dekat 3 minggu. Kalau takde air batu ni, maknanya dia punya hasil tangkapan dia boleh jadi rosak. Dan Alhamdulillah, berkat penggunaan yang tinggi, Persatuan Nelayan Kuantan akan membina satu kilang air batu di hampiran Kompleks Perikanan Kompleks LKIM, Kuantan dengan kos RM9 juta yang dibiayai oleh Persatuan Nelayan Kuantan sendiri. Maknanya bukan bantuan dari kerajaan, dia sendiri usahakan
Alhamdulillah. Maknanya contoh-contoh yang sebeginilah kita ada slipway maknanya boleh baiki boleh, cat boleh, sembur. Dan dia menjadi satu-satu tarikan. Tidak, kita tidak ada makna hajat untuk menguatkuasakan hanya bot Pahang sahaja boleh mendarat di situ. Sebab kalau kita buat begitu, mana zalim kita. Kita tahu bot-bot lain daripada Terengganu daripada tempat-tempat lain. Yang nak menumpang kita bagi kita ihsan… this is found. Sebenarnya kita kena lihat. Inilah sebenarnya Pahang Darul Makmur dibawah naungan pemerintahan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang dan Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail. Kita sentiasa terbuka, Insya-Allah, terima kasih semoga Allah merahmati dan memberkati negeri Pahang Darul Makmur.
Seterusnya kita jemput wakil daripada Cheka. Soalan nombor 3.
Yang di-Pertua saya kemukakan soalan nombor 3.
[Nyatakan tenaga pengajar di sekolah-sekolah agama negeri Pahang yang berstatus kontrak. Apakah perancangan kerajaan untuk melantik tenaga pengajar ini menjadi guru tetap dan apakah jangka masa bagi perancangan ini?]
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua. Soalan nombor 3 yang dibangkitkan oleh rakan daripada Cheka mengenai tenaga pengajar yang kontrak ataupun sementara di sekolah-sekolah menengah agama. Apakah statusnya untuk adakah tidak untuk dilantik kepada jawatan tetap dan apa menjadi guru-guru tetap dalam jangka masa yang terdekat mengikut perancangan.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Saya ingin sebutkan sekolah menengah agama yang ada di negeri Pahang sebanyak 18 buah ini adalah boleh kita katakan anak kandung kepada Kerajaan Negeri Pahang. Ia sebenar-benarnya milik Kerajaan Negeri Pahang. Sudah tentu dia mendapat perhatian yang serius dan juga pembelaan yang sebaik-baiknya. Kita bersyukur kepada Allah SWT, guru-guru ini pada 2022 dahulu Kerajaan Negeri telah bersetuju, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan
Ismail memperkenalkan jawatan (COS) Contract of Service kepada mereka yang dilantik secara sementara ataupun kontrak melalui ASPA dan sebagainya supaya mereka ini dapat juga menikmati apa yang di apa dirasai oleh guru-guru yang berjawatan tetap. Juga pada tahun 2022 apabila diwujudkan jawatan 100 perjawatan (COS) DG9 ini, 99 orang telah dilantik.
Dalam waktu yang sama, 6 orang telah diserap kepada jawatan tetap, 35 orang lagi juga dilantik kepada jawatan tetap di bawah KPM. Manakala pada tahun 2023 seramai 2 orang telah di serapkan kepada jawatan tetap dan 2024 seramai 31 orang telah kita lantik sekali lagi Contract of service kepada guru-guru sekolah menengah agama ini. Dan 3 orang pula juga pada 2024 telah diserapkan kepada jawatan tetap. Manakala 2025 pada tahun lalu, seramai 20 orang telah diserapkan kepada jawatan tetap. Dan Alhamdulillah pada minggu lepas 2026 ini 33 orang telah dilantik jawatan COS Contract of Service dengan izin di sekolah-sekolah menengah agama.
Yang Berhormat Dato' Sri Yang di-Pertua,
Dalam waktu yang sama sebanyak 70 perjawatan DG 5 telah dipertimbang oleh pihak JPA dan SPA negeri Pahang untuk dibekukan perjawatannya. Oleh yang demikian, Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Jabatan Agama telah mengadakan bengkel tentang hal ini. Mereka akan create offkan jawatan DG 5 ini kepada DG 9, tetapi di atas faktor margin kewangan, sudah tentulah jumlah guru itu akan terlibat seramai 60. Sebanyak 69 perjawatan akan diwujudkan kepada DG 9 seandainya mendapat kelulusan daripada pihak SPA dan juga JPA Insya-Allah. Terima kasih Dato' Sri Yang Dipertua.
Soalan seterusnya kita jemput soalan nombor 4 ADUN lantikan.
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum WBT. Dato' Sri Speaker saya mewakili Yang Berhormat ADUN lantikan yang ketiga Ini kerana beliau telah bersama-sama dengan Kebawah Duli Tuanku Sultan Pahang di Kuala Tembeling pada hari ini dan saya pohon untuk mewakili beliau mengemukakan soalan nombor 4. Terima kasih Dato' Sri.
[Sehingga kini berapakah jumlah unit rumah yang telah didirikan dan dibaik pulih di daerah Jerantut melalui pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri termasuk Rumah Rakyat Pahang, bantuan baikpulih rumah akibat bencana/kebakaran serta program perumahan lain yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri? Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan kecekapan sistem penyampaian serta mempercepatkan proses kelulusan permohonan rakyat, khususnya melibatkan bantuan perumahan, pemasangan lampu jalan, pembangunan infrastruktur dan kebajikan seta menambah pembinaan rumah baharu bagi golongan asnaf dan B40 yang masih memerlukan?]
Sebelum itu, saya nak maklumkan bahawa ada beberapa rakan kita yang mereka ni ADUN dalam kawasan Jerantut yang tidak bersama kita kerana merai apa namanya sama-sama itu hadir bagi untuk meraikan Kebawah Duli Tuanku Sultan Pahang yang
akan ke Jerantut pada hari ini, esok dan lusa ke Kampung Bantal. Sila, sila jawab wakil kerajaan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT Salam Pahang 1st, Salam Maju Terus Pahang. Yang tadi Yang Berhormat Dato' Sri Speaker. Bila saya tengok sana, saya nampak sahabat saya daripada Kuala Sentul semalam, dia tak ada.
Ha tu semalam saya dok bagi tahu Yang Berhormat tak ada pun tapi lama juga dia bercakap 50 minit.
Saya sahabat saya. Tapi saya semalam sebelum dia meninggalkan Dewan dia memberikan pesanan amanah amanat kepada saya supaya minta tolong supaya peniaga-peniaga yang berpindah ke Dewan Kuala Sentul, di hadapan Dewan Kuala Sentul itu boleh berniaga dia malam petang semalam dia beritahu nak meniaga hari ini mana punya cepat nak kelulusan Dato' Sri Yang di-Pertua, mungkin dia nak uji kerajaan agaknya. Tapi saya bagi pihak kerajaan saya telah meminta Majlis Daerah Maran Lah untuk apa facilities Yang Berhormat Dato' Sri Speaker mohon izin facilities tentang permohonan daripada rakan saya daripada Kuala Sentul kerana ini masalah membabitkan rakyat. Bagaimana sahabat saya daripada Benta tadi, kata This is Pahang. Pahang 1st. Maknanya kita minta tolong dan saya berterima kasihlah kepada Majlis Daerah Maran kepada YDP kerana telah memastikan benda ini berjalan lancar dan membolehkan peniaga-peniaga berniaga pada hari ini. Insya-Allah.
Dato’ Sri Speaker Saya nak ucap terima kasihlah kepada YB Exco sebab perkara tu permohonan daripada penjaja persatuan penjaja Daerah Maran yang nak berniaga pada hari ini lah. Minta semalam tapi saya tak ada kuasa. Saya terpaksa minta dengan YB Exco kitalah. Terima kasih banyak kerana membantu.
Terima kasih kerana menjelaskan saya memang kerajaan memang prihatin pada kerajaan rakyat negeri Pahang kita. Tapi untuk menjawab soalan yang keempat ni, sehingga kini, jumlah keseluruhan unit rumah yang telah kita bina di daerah Jerantut ini membabitkan sebanyak 2,180 unit yang melibatkan beberapa skim perumahan seperti PR1MA Pahang, Program Residensi Rakyat, Perumahan Awam, Kos Rendah, Rumah Rakyat Pahang, Rumah Rakyat, Al-Sultan Abdullah Ru’RASA serta rumah bantuan mangsa banjir termasuk jugalah program di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, MUIP dan juga Majlis Daerah Jerantut. Dan jumlah keseluruhan bantuan bina baru ini dan juga baik pulih program baikpulih ini membabitkan jumlah keseluruhannya sebanyak RM198.8 juta dan pecahannya adalah seperti berikut. Yang pertamanya, PR1MA Pahang RM36 juta. Keduanya, Program Residensi Rakyat RM29 juta, Perumahan Awam Kos Rendah RM127 juta, Rumah
Rakyat Pahang RRP RM13 juta, Ru’RASA RM8 juta dan juga bantuan baikpulih di bawah Ru'RASA RM340,000.00. Rumah Bantuan Mangsa Banjir RM0.9 juta daripada MUIP bina baru RM6.5 juta dan baik pulih RM0.8 juta.
Program Pembasmian Kemiskinan Bandar oleh Majlis Daerah Jerantut iaitu bina baru sebanyak RM0.24 juta dan baik pulih RM0.18 juta. Sementara itu, bagi meningkatkan lagi sistem kecekapan penyampaian serta mempercepatkan proses kelulusan permohonan perumahan Kerajaan Negeri, kita melalui LPHP telah melaksanakan beberapa langkah penambahbaikkan sebagaimana yang saya terangkan semalam. Itulah termasuklah penambahbaikan sistem eperumahan.pahang.gov.my sebagai platform yang berpusat bagi mempercepatkan proses pendaftaran, semakan dan penapisan permohonan secara lebih sistematik dan telus. Dan sehingga 30 April 2026, sebanyak 108,657 permohonan telah diterima untuk seluruh negeri Pahang di mana 7,105 permohonan adalah melibatkan Skim Perumahan Negeri Pahang yang didaftarkan di bawah sistem eperumahan.pahang. Sekian Yang Berhormat Dato' Sri untuk makluman.
Sila wakil daripada Sabai.
Bukan saya, Dato' Sri, minta maaf saya nak keluar sekejap. (Ahli Dewan ketawa).
Yang Berhormat, lain kali timing tu kena betul (Ahli Dewan ketawa). Ini timing salah ni. Kita jemput wakil daripada, soalan ke lima wakil daripada Chini.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya kemukakan pertanyaan yang ke-5.
[Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kemudahan kesihatan di kawasan luar bandar bagi memastikan rakyat memdapat akses yang lebih baik?]
Terima kasih Dato' Sri Speaker, terima kasih juga kepada sahabat saya daripada Chini yang mengemukakan pertanyaan berkenaan dengan apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kemudahan kesihatan di kawasan luar bandar bagi memastikan rakyat mendapat akses yang lebih baik.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Perkhidmatan kesihatan yang komprehensif sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri dan melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, pelbagai strategi dan perancangan dilaksanakan untuk memastikan rakyat khususnya di kawasan bandar dan luar bandar mendapat akses perubatan yang terbaik. Di negeri Pahang ini mempunyai kemudahan fasiliti kesihatan awam yang komprehensif merangkumi 12
buah hospital, 94 Klinik Kesihatan, 230 Klinik Desa, 3 Klinik Kesihatan Ibu dan Anak secara berasingan, 9 Klinik Komoditi, 77 Klinik Pergigian dan 4 unit dialisis komuniti. Dengan adanya jaringan seperti ini, ianya memberi penyampaian perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh kepada penduduk di kawasan bandar mahupun di luar bandar dan bagi mengatasi cabaran geografi dan kawasan terpencil, beberapa insentif lain juga disediakan bagi memberi fokus kepada kawasan-kawasan pedalaman dan juga masyarakat Orang Asli. Antaranya ialah Pasukan Bergerak Orang Asli di mana sebanyak sebanyak 9 pasukan perubatan bergerak khusus untuk komuniti kawasan perkampungan Orang Asli. Dan yang keduanya pasukan pergigian bergerak. So dimana 46 pasukan pergigian bergerak ke sekolah-sekolah dan Klinik Pergigian Bergerak beroperasi mengikut zon yang strategik.
Dan selain itu juga, program Outreach iaitu dengan melaksanakan saringan, buat saringan buat bagi pendidikan kesihatan dan rawatan susulan secara aktif di kawasan-kawasan pedalaman supaya tiada golongan yang tercicir. Dan bagi memastikan akses kesihatan, akses kesihatan lebih meluas khususnya di kawasan luar bandar ini, Jabatan Kesihatan negeri turut mengukuhkan lagi dengan inisiatif-inisiatif lain di antaranya ialah Pelan Induk Fasiliti Kesihatan 2024 hingga 2045. Kerajaan turut mempertingkatkan kebolehcapaian kepada fasiliti kesihatan moden melalui Pelan Induk Fasiliti Kesihatan Negeri Pahang 2024 hingga 2045 yang dibangunkan bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pelan ini dirangka adalah bangunan fasiliti kesihatan untuk tempoh 20 tahun dan perancangan pembangunan diperincikan atau dirangka setiap 5 tahun 5 tahun mengikut keutamaan fasiliti. Ia juga mengikut Rancangan Malaysia setiap Rancangan Malaysia tu. Dan pelan fasiliti nanti akan jadi panduan, panduan keutamaan pembangunan fasiliti baru berdasarkan pertumbuhan penduduk dan pembangunan er... perkembangan sosio ekonomi serta dilaksanakan secara berfasa selaras dengan Rancangan Malaysia.
Yang keduanya ialah Pembangunan fasiliti baru dalam usaha mengukuhkan penyediaan perkhidmatan kesihatan dua buah klinik kesihatan baru dirangka dijangka mula beroperasi pada tahun 2026 iaitu pertamanya ialah Klinik Kesihatan Sungai Soi. Ini baru selesai buat penyerahan pada 6 Mei yang lalu manakala kesihatan Bukit Ibam, di Rompin juga dijangka akan mula beroperasi pada 2026 ini tertakluk kepada proses penyerahan Kementerian Kesihatan dan Negeri Pahang juga menerima kelulusan bagi pelaksanaan tiga projek klinik kesihatan baru seperti Klinik Kesihatan Kuala Krau di Temerloh ini lulus dalam Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling Plan Pertama dan kini dalam proses pembinaan. Yang keduanya, Klinik Kesihatan Kuala Tahan Jerantut. Ini projek pun telah lulus di dalam Rancangan Malaysia yang ke-12 tapi Rolling Plan Keempat. Sekarang di peringkat reka bentuk, ini pun saya dah pergi haritu pergi Kuala Tahan pegi tengok apani di tapak ini.
Dan ketiganya, Klinik Kesihatan Pos Lenjang, Lipis lulus daalam Rancangan Malaysia Ke-13 Rolling Plan pertama dan kini dalam peringkat pengesahan skop projek dan brief dan seterusnya yang ketiganya ialah pembangunan projek menaik taraf klinik daif. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM57.63 juta untuk pelaksanaan projek menaik taraf klinik dan fasiliti daif di negeri Pahang bagi tempoh tahun 2023 hingga tahun 2025. Dan melalui peruntukan ini sebanyak 139 fasiliti kesihatan telah menerima manfaat melibatkan 76 klinik kesihatan, 63 klinik desa dan inisiatif ini telah meningkatkan kualiti infrastruktur serta keselesaan kepada pesakit dan juga petugas kesihatan. Dan pada tahun 2025 ini, Klinik Kesihatan Kuala Triang yang baru yang baru telah siap dan mula beroperasi bagi menyediakan perkhidmatan kepada kira kira 4,500 penduduk di kawasan sekitarnya. Jabatan Kesihatan Negeri Pahang sentiasa bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa komited dalam memastikan penyediaan fasiliti kesihatan yang mencukupi, berkualiti dan inklusif
khususnya di kawasan luar bandar demi menjamin akses perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh kepada seluruh rakyat. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih kepada pihak kerajaan atas penjelasan yang diberikan. Saya nak tambah tentang apakah pihak kerajaan dapat menimbang semula bagi dua perkara bagi DUN Chini iaitu ketika 2020 dulu apa yang saya dapat maklum adalah meluluskan satu pembinaan klinik Kesihatan Paloh Hinai untuk bagi kampung kawasan Kampung Tradisi. Dan kedua, kelulusan pusat dialisis bagi Klinik Kesihatan Chini. Adakah pihak kerajaan dapat menimbang semula perkara yang telah pihak Kementerian luluskan. Terima kasih.
Terima kasih kepada Chini yang membuka dua soalan tambahan berkaitan dengan kelulusan klinik kesihatan di Paloh Hinai dan juga berkenaan dengan pusat dialisis. Jadi ia perkara ini saya maklum akan rujuk nanti dengan lebih dahulu dengan pihak pejabat kesihatan dan akan maklumkan selepas ini kepada, kepada Chini.
Soalan seterusnya Wakil daripada Tras.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato' Sri Speaker, soalan saya nombor 6.
[Peperangan yang dimulai Amerika dan Israel yang telah menyerang Iran, telah mencetuskan krisis tenaga dan juga ekonomi di seluruh dunia
Adakah pihak Kerajaan Negeri Pahang ingin mempercepatkan kajian penggunaan susu getah untuk menggantikan bahan fuel seperti petrol dan diesel yang berasaskan karbon ini kepada penggunaan Tenaga Hijau, bagi persediaan alternatif kepada Negara serta persediaan stok makanan untuk negeri Pahang?]
Assalamualaikum WBT terima kasih Dato' Sri Speaker,
Terima kasih sahabat saya daripada Tras yang bertanyakan soalan mengenai biofuel susu getah. Soalannya adalah seperti berikut. Peperangan yang dimulai Amerika Syarikat dan Israel yang telah menyerang Iran telah mencetuskan krisis tenaga dan juga ekonomi di seluruh dunia. Adakah pihak Kerajaan Negeri Pahang ingin mempercepatkan kajian penggunaan susu getah untuk menggantikan bahan fuel seperti petrol dan diesel yang berasaskan karbon ini kepada penggunaan tenaga hijau bagi persediaan alternatif kepada negara serta persediaan stok makanan untuk negeri Pahang. Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang sangat strategik khususnya
dalam konteks ketidaktentuan geopolitik global yang memberi tekanan kepada sektor tenaga dan ekonomi dunia. Untuk menjawab persoalan tersebut, Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa cadangan penggunaan susu getah sebagai alternatif kepada bahan api berasaskan karbon seperti petrol dan diesel merupakan satu idea yang berpotensi selari dengan aspirasi peralihan kepada tenaga hijau. Namun demikian, berdasarkan maklum balas daripada RISDA kajian berkaitan biofuel berasaskan getah ini masih berada di peringkat awal penyelidikan dan pembangunan ataupun R&D. Kajian ini sedang dilaksanakan dengan kerjasama beberapa institusi pengajian tinggi termasuk Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah bagi meneliti secara menyeluruh aspek. Pertamanya keupayaan teknologi, kedua daya maju ekonomi, ketiga kos pengeluaran dan keempat impak kepada keseluruhan industri getah negara.
Sehubungan itu, pada ketika ini teknologi tersebut masih belum bersedia untuk dilaksanakan secara komersial dan memerlukan penelitian lanjut sebelum sebarang keputusan dasar dibuat. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri Pahang ingin menegaskan komitmen yang jelas dalam menyokong usaha ini khususnya melalui pertamanya sokongan kepada penyelidikan dan inovasi tempatan termasuk kerjasama dengan universiti tersohor seperti UMPSA, UiTM dan UIA. Mudah-pemudahcaraan, ekosistem R&D agar hasil kajian dapat diterjemahkan kepada aplikasi praktikal pada masa depan dan pendekatan berfasa bagi memastikan sebarang peralihan kepada tenaga alternative, alternatif dibuat secara mampan dan tidak menjejaskan sektor sedia ada. Saya akan bincangkan mereka jugalah kalau boleh dipercepatkan kita cuba percepatkanlah memandangkan ada keperluan mendesak. Harga diesel sekarang mencecah lebih kurang RM6.20 seliter. Apa yang saya dapat tahu harga biodiesel di pasaran sekarang. Pertama sekali dasarkan kelapa sawit RM4.50. Jadi ada banyak perbezaan itu dari segi penjimatan.
Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri bersama RISDA tidak meminggirkan keutamaan semasa iaitu keterjaminan makanan negeri. Pelbagai langkah sedang diperkukuh antaranya galakkan pertanian integrasi dikalangan pekebun kecil getah merangkumi tanaman makanan dan juga penternakan kecil. Kedua, penyediaan bantuan input pertanian seperti BUDI Agri itu. Ketiga peningkatan keupayaan pengeluaran tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada import. Pendekatan ini dilihat berimpak segera serta mampu meningkatkan pendapatan pekebun kecil disamping memastikan kestabilan bekalan makanan negeri. Kesimpulannya, Kerajaan Negeri Pahang komited untuk meneroka sumber tenaga alternatif termasuk biofuel berasaskan getah secara berhemah, berasaskan bukti dan berpandangan jauh tanpa menjejaskan keutamaan masa. Keutamaan, utama pada masa itu iaitu kestabilan ekonomi rakyat dan sekuriti, makanan negeri. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila Wakil daripada Cheka, kemudian wakil daripada Beserah.
Kalau kita ya, lihat negara kita hanya mengeluar lebih kurang 10% getah. Yang kita import daripada Thailand lebih kurang 200,000 tan metrik tahun 2023, tahun 2022 lebih besar. Bermakna kalau saya, saya mengalu - alukan kajian sebagai satu bahan kajian ilmiah. Tapi dalam konteks nak komersial yang saya fikir tidak begitu sesuai sebab kita tidak mengeluar getah sekarang lebih kurang 10% sahaja terpaksa bergantung kepada sumber luar dari Thailand bagi menampung keperluan industri. Persoalan saya ialah er...di negara jiran kita Indonesia, dia menggunakan satu pokok dipanggil Pokok Larak. Pokok Larak ini dikatakan boleh menghasilkan pengeluaran minyak yang agak tinggi berbanding pokok-pokok yang lain dan dia telah pun mula dikomersialkan di negara jiran kita. Saya rasa ini diantara menyambut baik hasrat untuk kita mencari pelbagai alternatif dalam mengatasi masalah diesel negara. Jadi minta pandangan.
Kita menyambut baik semua cadangan Dato' Sri Speaker termasuk Pokok Larak mungkin boleh diterokai masa kini. Pada masa sekarang, biodiesel di Malaysia lebih tertumpu kepada kelapa sawit. Menurut Persatuan Biodiesel Malaysia, kita, kita menghasilkan 1.3 juta tan biodiesel setiap tahun. Dan 1 juta daripada 1.3 juta itu digunakan untuk B10 campuran diesel B10 di pasaran di mana B10 tu maksudnya 10% daripada diesel itu adalah daripada sumber biodiesel. Macam biodiesel kelapa sawit 90% adalah daripada diesel sedia ada diesel konvensional. Jiran kita Indonesia seperti mana YB Cheka ucap, berucap tadi lebih ke hadapan. Dia ada blend B50. Maksudnya 50% daripada fuel itu daripada biodiesel daripada apa ini minyak masak terpakai ke, daripada kelapa sawit ke dan 50% daripada konvensional, kita perlu ke arah itu. Tapi masalahnya kilang-kilang kita untuk tapis B10 ni… kilang-kilang yang ada hanya cukup untuk tapis B10. Ya, dia belum ada keupayaan untuk dinaik taraf untuk blend B50. Pendapat peribadi saya, kita perlu ke arah tu dan kita perlu teroka semua, semua ini er... kaedah bio diesel yang ada supaya kita boleh apa ini tidak terlalu bergantung harap kepada import diesel daripada Timur Tengah.
Menjawab kepada soalan YB tadi. Mungkin industri getah ini harga dia akan naik di masa hadapan. Kita pun nak tengok bagaimana kita boleh membantu saki baki pekebun kecil yang masih berjuang di industri getah sekiranya harga baru biodiesel getah itu didapati kompetitif ya, dia boleh menjamin sara hidup pekebun kecil ni kita akan teruskanlah ya. Kalau tidak, kita terpaksa fokus kepada biodiesel daripada sumber lain terutama sekali kelapa sawit sebab Malaysia ini pengeluar kedua terbesar di dunia kelapa sawit. Terima kasih.
Soalan tambahan Speaker.
Sila.
Terima kasih Dato' Sri Speaker. Tahniah kepada kerajaan di atas jawapan tadi atas usaha untuk nak menggerakkan peralihan daripada tenaga konvensional kepada tenaga hijau. Cuma soalan saya adalah ada tak kajian dibuat oleh pihak kerajaan atau mana-mana pihak perbandingan economic facibility dengan izin antara biodiesel, biofuel versus EV ataupun tenaga solar. Sebab biodiesel, biofuel ini kita tahu bahawa dia memerlukan kos yang tinggi untuk pengeluaran. Hanya dia jadi ekonomik bila harga minyak naik seperti sekarang. Tapi kalau harga minyak turun dia jadi tidak kompetitif dah biodiesel ke, biofuel kerana kos pengeluaran dia tinggi. Teknologi dia pun berbeza dan tinggi berbandingkan dengan EV dan juga solar ini. Yang hampir flat hampir rata mendatar dia punya kos pengeluaran dan sebagainya. Ada tak kajian dibuat dari sudut ekonomi. Keboleh dayasaingnya, berbandingkan dengan EV dan juga tenaga solar. Terima kasih.
Setakat ni, belum ada kajian mendalam mengenai apa ini kos opportunity antara biodiesel solar dengan EV. Dalam semua perkara, dia ada orang kata trade off lah ya. Ada kita kena kita tak boleh buat semua benda lah. Maksudnya kita kena pilih antara 3 kaedah ni sebab dalam apa masalah klasik ekonomi kita ada sumber yang terhad tapi kita nak buat banyak benda. Jadi kita sebagai satu negara, satu negeri kita kena pilih yang mana satu kita nak buat. Setakat ni belum ada kajian terperinci di jangka masa panjang kita tidak mahu bergantung harap kepada minyak dan gas ataupun dengan izin fossil fuels. Oleh itu, untuk jangka masa yang panjang memandangkan kita ada apa ni pelan peralihan tenaga kepada tenaga boleh diperbaharui. Maksudnya kita akan teruskan dengan biodiesel mengikut kemampuan industri kelapa sawit yang ada. Kita juga akan teruskan dengan EV dan juga solar.
Solar pun dia punya cabaran YB, dia ada kos opportunity yang tinggi dari segi keperluan tanah. Kalau kita meluluskan ladang solar berskala besar, ertinya kita ada kos opportunity atau opportunity cost. Tanah itu tidak boleh digunakan untuk tanaman lain. Tanah itu tidak boleh digunakan untuk industri umpamanya. So, ini adalah satu keputusan yang kita perlu teliti dengan lebih halus lagi supaya trade off itu menguntungkan negeri Pahang. Kita tak rugi daripada pemilihan tersebut. Antara tiga apa ni kaedah tersebut… biofuels, solar dan juga EV. Terima kasih.
Sila.
Soalan tambahan.
Soalan terakhir.
Sebentar tadi pihak kerajaan ada menerangkan bahawa negara Indonesia ada mengeluarkan B50. Saya rasa Dato’ Sri Pengerusi Speaker, Malaysia pun tidak ketinggalan di mana baru-baru ini melalui FELDA dan FGV telah ataupun telah menemui teknologi untuk menukarkan kelapa sawit ini kepada biodiesel 100. Maknanya tak perlu lagi pakai campur dengan diesel fuel… sorry fossil fuels diesel biasa. Soalan saya, adakah Kerajaan Negeri Pahang bersetuju ataupun untuk melaburkan bekerjasama dengan FELDA dengan FGV untuk sama-sama menghasilkan produk ini dan juga untuk keuntungan negeri Pahang. Terima kasih.
Terima kasih di atas soalan tersebut. Itu satu perkembangan yang menarik. Kalau kita boleh buat B100 lebih baik tak perlu campur dengan konvensional diesel sekali pun. Setahu saya ia belum dikomersialkan secara meluaslah berbanding jiran kita iaitu dia sudah pakai di… sudah terguna pakai di jalan raya secara meluas dan Kerajaan Negeri Pahang menyambut baik di atas cadangan B100 tersebut. Kita mungkin kena kaji dululah sebab GLC Pahang ni dia jarang-jarang dia akan melabur secara terus kepada satu teknologi. Ia perlu kajian lebih teliti, kita lebih kepada insentif memberi tanah dan memudah cara. Walaubagaimanapun, sekiranya apa ini risikonya amat rendah mungkin state GLC boleh mengambil bahagian untuk melabur di dalam cadangan tersebut. Pada dasarnya, kita menyambut baik itu satu perkembangan yang sangat dialu-alukan untuk menggantikan fossil fuel di Malaysia dan juga negeri Pahang. Terima kasih YB.
Terima kasih. Kita hari ini adalah hari Jumaat ya. Jadi kita ada lagi urusan-urusan lain. Jadi kalau boleh kita nak percepatkan sikitlah. Seterusnya soalan nombor 7 wakil daripada Inderapura.
Dato’ Sri Yang di-Pertua Saya mohon kemukakan soalan nombor 7.
[Adakah terdapat program susulan selepas perkahwinan yang dianjurkan dalam Program Anggun Suri seperti kursus kekeluargaan?]
Terima kasih Dato’ Sri Yang di-Pertua,
Sahabat kita menanyakan adakah program susulan selepas perkahwinan yang dianjurkan dalam program Anggun Suri seperti kursus kekeluargaan dan jawapannya adalah ada. Di mana program atau kursus ini kita adakan kolaborasi di antara Unit Pembangunan Wanita, Jabatan Wanita dan juga LPPKN. Dan kursus ini kita adakan secara berkala, di mana kursus ini kita namakan Kursus Smart Start di mana ia bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pasangan yang telah mendirikan rumahtangga dan agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi cabaran kehidupan berkeluarga. Antara pengisian program tersebut termasuklah aspek
berkomunikasi antara suami, isteri, pengurusan kewangan keluarga, pengurusan emosi, kesihatan keluarga serta kaedah menangani konflik secara positif dan juga harmoni. Melalui pendekatan ini, pasangan dapat membina hubungan lebih kukuh, saling memahami serta mewujudkan suasana keluarga yang sejahtera dan berdaya tahan. Dan untuk makluman semua, saya ingin maklumkan bahawa Anggun Suri pertama untuk tahun ini akan diadakan pada hari esok iaitu di Cameron Highlands.
Terima kasih. Soalan seterusnya Wakil daripada Sabai.
Dato’ Sri Speaker, soalan saya nombor 8.
[Melihat kepada sambutan dan impak positif Mara Lasak Pahang 2.0, bagaimana Kerajaan Negeri Pahang merancang untuk mengembangkan atau meneruskan program ini pada masa hadapan?]
Sebelum itu, kita nak mengalu-alukan kehadiran Wakil daripada iaitu Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, Belia dan Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan kerana telah mengiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang untuk menawan Gunung Kinabalu. Kau baru balik dari Sabah bah [ketawa] Silakan jawab.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih sahabat saya dari Sabai atas soalan yang dikemukakan. Sebelum saya menjawab soalan tersebut, saya mohon maaf kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang kemukakan soalan yang saya tak berkesempatan untuk menjawabnya. Walau bagaimanapun, Insya-Allah saya akan mengemukakan jawapan bertulis bagi setiap soalan-soalan tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan juga Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja Menteri Besar kerana memberi kebenaran untuk saya mengikuti Ekspedisi Mahkota Borneo pada 11 hingga 14 Mei yang lalu. Dan sesungguhnya rakyat negeri Pahang seharusnya berasa berbangga kerana memiliki seorang putera raja Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang yang begitu gigih, cekal, tabah dan mempunyai semangat juang yang tinggi sehingga membolehkan Tuanku menawan puncak Gunung Kinabalu. Dan untuk makluman Dewan semua, 6 tahun lalu Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang telah menawan puncak Gunung Tahan iaitu puncak gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dan juga gunung yang paling mencabar di negara ini pada ketinggian 2,187 meter dari aras laut. Dan kini baru-baru ini pula berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia pada ketinggian 4,090 meter dari aras laut.
Berkenaan dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sabai mengenai…
Ada cadangan nak pergi ke Gunung Everest?
Tak tau lagi. Untuk makluman... untuk makluman Yang Berhormat Speaker, dua tahun lalu saya bersama dengan pegawai-pegawai daripada Kerajaan Negeri Pahang telah ke Everest Base Camp (EBC) dua tahun lalu.
Base Camp nombor berapa?
Yang mula-mula.
Oh yang itu, saya nombor 2. [ketawa]
Itu pun ketinggian 5,000 lebih meter. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, berkenaan dengan Mara Lasak Pahang ini. Sebelum itu saya nak jelaskan bahawa Mara Lasak Pahang ini adalah program sukan lasak secara berkumpulan yang melibatkan penyertaan 10 orang bagi setiap pasukan. Ia menuntut setiap peserta memulakan larian sejauh 15 kilometer dengan membawa beban seberat 5 kilogram terpaksa melalui kawasan bukit, cerun, paya, sungai dan juga lurah. Mula 10 orang Yang Berhormat habis pun 10 orang. Macam saya, lagi 1 kilometer nak habis seorang peserta saya pengsan. Saya kira disqualified. Terbatal penyertaan sebab akhiri perlumbaan er... hanya 9 orang. Jadi dia tak kira dia kena habis 10 itu sebab saya tewas kepada Yang Berhormat Kemayan masa tu.
Yang Berhormat Speaker,
Mara Lasak Pahang ini akan berwajah baru pada edisi ke-3 nanti dimana kita akan membuka penyertaan kepada rakyat di luar Pahang. Sebab program ini mendapat reaksi yang cukup positif, viral di media sosial dan saya ucap terima kasih kerana pada edisi ke-2 yang dilangsungkan di FELDA Chini, baru-baru ini lebih 51 agensi dan jabatan kerajaan mengambil bahagian menyertai acara Mara Lasak ini melibatkan Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang, Pengarah Imigresen, Pengarah Unit Komunikasi Strategik, Pengarah Kesihatan Pahang dan juga termasuk Yang Dihormati Pegawai Daerah Pekan. Dan acara Mara Lasak Pahang ini adalah untuk membudayakan sukan lasak dan aktiviti sihat di negeri Pahang ini khususnya kepada generasi muda nak membudayakan semangat berpasukan yang tinggi dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di negeri Pahang ini. Dan juga untuk mempopularkan kelebihan-kelebihan yang ada di Pahang dari segi keindahan alam semula jadinya gunung-ganang yang
cantik, bukit-bukau, sungai yang indah dan bagi tujuan pelancongan juga. Sebab itulah pada perancangan akan datang kita akan buka penyertaan kepada masyarakat di luar Pahang. Kita nak tunjukkan pada mereka kehebatan acara Mara Lasak Pahang ini sambil mempopularkan keindahan alam semula jadi yang terdapat di bumi Pahang ni, Insya-Allah. Dan sepertimana Titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Mara Lasak Pahang ini akan dilaksanakan di setiap daerah di negeri Pahang ini. Tahun lalu di Ulu Dong, Raub, baru-baru ini di FELDA Chini, Pekan dan Insya-Allah kita akan laksanakan di beberapa daerah-daerah lain selepas pada ini, Insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila, mempercepatkan kerana kita.
Apakah status terkini Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang iaitu KOMBES.
Ini jauh lari daripada Mara Lasak Pahang ni Yang Berhormat. Tapi tak apalah saya jawab. Kompleks Belia dan Sukan Pahang atau KOMBES ni dah siap dah. Dah siap sepenuhnya dan Insya-Allah kita tengah cari dan pilih tarikh, kita tengah dapatkan daripada Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang untuk merasmikan pembukaan Kompleks Belia dan Sukan Pahang atau KOMBES ini. Insya-Allah dalam masa terdekat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya jemput ADUN dari Tahan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mewakili Yang Berhormat ADUN Tahan mengemukakan soalan nombor 9.
[Apakah program khusus Kerajaan Negeri bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada golongan belia di kawasan luar bandar seperti DUN Tahan?]
Terima kasih. Salam sejahtera. Untuk menjawab soalan Kerajaan Negeri Pahang komited dalam mewujudkan peluang pekerjaan dan memperkasakan keusahawanan belia khususnya di kawasan luar bandar termasuk DUN Tahan melalui kerjasama pelbagai agensi negeri dan persekutuan. Antara program yang dilaksanakan adalah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera oleh SME Corp Malaysia yang memberi latihan keusahawanan, khidmat nasihat serta geran permulaan perniagaan kepada belia yang berminat menceburi bidang perniagaan. Selain itu, PKNP turut melaksanakan program latihan dan bimbingan keusahawan seperti Master Your Own Business secara berterusan. Program ini memberi penekanan kepada latihan, khidmat nasihat dan pemantauan prestasi bagi membantu usahawan belia menguruskan serta mengembangkan perniagaan.
Bagi peluang pekerjaan pula, Kerajaan Negeri bersama agensi berkaitan turut menganjurkan Karnival Kerjaya termasuk telah diadakan ADTEC Jerantut. Program ini membuka ruang kepada belia yang mencari kerja di Jerantut serta kawasan sekitar termasuk DUN Tahan untuk mendapatkan maklumat pekerjaan menghadiri temu duga terbuka... terbuka dan berhubung terus dengan majikan. Secara keseluruhannya, inisiatif ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri memastikan belia luar bandar mendapat akses kepada peluang pekerjaan, latihan kemahiran dan sokongan keusahawanan yang lebih menyeluruh.
Yang Berhormat Timbalan Speaker,
Untuk maklumat Ahli Dewan yang mulia ini, Kementerian dan Belia Sukan, er... Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang komited dalam menawarkan inisiatif menjurus kepada peluang keusahawanan khususnya untuk belia. Nombor 1, Program Keusahawanan Sosial Luar Bandar dengan memberi latihan berstruktur bimbingan kepada belia luar bandar bagi membangunkan projek perusahaan sosial.
2, Program Agrobelia Lestari merupakan satu inisiatif untuk mempromosikan dan mengupayakan potensi belia dalam bidang pertanian yang memfokuskan kepada penglibatan golongan belia sasar seperti pertubuhan belia, belia massa, belia Orang Asli dan Orang Kurang Upaya. Program dengan pengisian latihan kemahiran bagi meningkatkan kemahiran serta pengetahuan belia dalam melaksanakan projek pertanian.
Nombor 3, Program Keusahawanan Belia Bestari adalah inisiatif Jabatan Belia dan Sukan Negara untuk memperkasakan belia terutama lepasan tahfiz dan belia luar bandar. Melalui latihan keusahawanan dan kemahiran, program ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan membolehkan peserta menjana pendapatan sendiri sering kali menyasarkan belia berisiko.
Nombor 4, Program Belia Bebas Hutang iaitu inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan untuk mendidik golongan belia mengenai pengurusan kewangan bagi mengelakkan beban hutang yang melampau. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai asas lestari kewangan untuk hutang dengan berhemah serta menyediakan platform untuk meningkatkan bakat dan minat beliau terutama dalam bidang keusahawanan.
Nombor 5, Program Rakan Muda Rakan Niaga yang inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang memfokuskan kepada pembangunan keusahawanan, sosial dan ekonomi belia. Ia bertujuan memupuk semangat niaga, menyediakan platform perniagaan dan melancarkan ekonomi komuniti setempat melalui gaya hidup aktif serta berdaya saing. Untuk er... Ahli-ahli Dewan Yang Mulia. Kekosongan yang di er... pekerjaan direkodkan di DUN Tahan adalah sebanyak 1,105 kekosongan pada 31 Disember 2025. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Wakil Kerajaan. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucap Hari Belia Negara 2026. Selamat menyambut Hari Belia. Juga saya bagi peluang sikitlah untuk Exco Belia untuk memberi sedikit er... ucapan tentang Hari Belia.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Jarang-jarang dapat kesempatan dia patah balik ni. Jadi saya nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Belia kepada seluruh anak muda dan belia dari seluruh negeri Pahang dan juga Malaysia. Sesungguhnya platform yang ada hari ini kita sediakan untuk mereka warisi kemudiannya. Jadi, lengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang sebaiknya sebelum tampuk yang ada ini akan diwarisi oleh mereka. Zaman sekarang makin mencabar. Perlu banyak rintangan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu landskap politik dunia yang bercelaru, perang di serata dunia. Jadi belia hari ini perlu sedia mendepani cabaran-cabaran ini, dan sepertimana Titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang. Belia perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Sekarang ramai belia dah menghidapi penyakit-penyakit 3 serangkai jantung, kencing manis, darah tinggi pada usia muda. Jangan ingat muda itu sihat. Jadi amalkan gaya hidup sihat. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Exco Kerajaan Negeri. Tidak lupa juga, hari esok adalah Hari Guru Negara… Malaysia. Jadi saya ucap Hari Guru kepada semua, dan juga tema Hari Guru 2026 bagi Malaysia adalah, ‘Guru Bitara, Nadi Negara’. Dan juga tidak lupa juga saya ucap Hari Guru kepada sahabat saya, Cikgu Aru. Beliau juga bekas gurulah. Walaupun dah pencen dan juga ada guru-guru di sini juga saya mengucap Selamat Hari Guru kepada semua rakan-rakan dan juga ‘Guru Bitara, Nadi Negara’. Selamat menyambut Hari Guru.
Terima kasih YB Speaker. Ada ramai, saya rasa daripada bekas guru dalam Dewan Yang Mulia ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya, saya menjemput Ahli er… Wakil dari Ketari. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 10.
[Adakah terdapat sebarang inisiatif daripada Kerajaan Negeri Pahang dalam bentuk sokongan kewangan seperti bantuan, insentif atau geran kepada penggiat industri pelancongan, bagi memperkukuh pertumbuhan serta meningkatkan daya saing sektor pelancongan negeri?]
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker dan Yang Berhormat Ketari. Kerajaan Negeri memang menyediakan bantuan-bantuan untuk penggiat industri pelancongan dalam beberapa bentuk, yang pertama dalam bentuk kursus latihan dan pensijilan. Jadi untuk tahun ini tahun 2026, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM1 juta di bawah belanjawan untuk pelbagai inisiatif. Antaranya adalah kursus-kursus untuk pembangunan pakej pelancongan, kursus hospitaliti, kursus untuk pemandu pelancong alam semula jadi, kursus CTRE dengan izin Continuing Tourism Related Educations dan juga kita juga menawarkan pensijilan kepada operator yang menjalani aktiviti lasak. Sebagai contoh, kayaking, hiking, Sky Walk via ferrata sebab kita nak memastikan bahawa operator-operator ini adalah operator yang bertauliah untuk memberi keyakinan kepada pelancong. Manakala untuk bantuan err… juga dalam bentuk insurans ditawarkan Kerajaan Negeri dari tahun 2023 hingga 2025, sebanyak RM600,000.00 telah disalurkan untuk Skim Perlindungan Insurans Berkelompok. Dan sebanyak 1,164 orang penggiat industri telah mendapat manfaat ini. Antaranya pemandu pelancong, pengusaha bot, malim gunung, pengusaha homestay.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga menjadi pemudah cara, fasilitator kepada penggiat industri dalam negeri Pahang untuk memohon bantuan kewangan yang ditawarkan Tourism Malaysia iaitu (GSSP) Geran Sokongan Sektor Pelancongan, (GSSK) Geran Sokongan Sektor kebudayaan, (GAMELAN) iaitu Geran Galakan Melancong Malaysia. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput soalan yang terakhir bagi sesi pagi ini adalah Bukit Ibam. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 11.
[Apakah perkembangan terkini Perumahan Generasi FELDA Chanis?]
[Bacaan dalam Bahasa Arab]. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam Pahang 1st, salam Maju Terus Pahang. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Ibam, terima kasih Yang Berhormat Speaker dengan bertanya soalan apakah perkembangan terkini rumah generasi FELDA Chanis dan terima kasih di atas
kepercayaan tersebut dan juga ramai juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang berjuang ataupun memberikan pandangan dan juga memberikan persoalan mengenai perkembangan-perkembangan perumahan di dalam FELDA ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF) di Chanis ini, FELDA Keratong 7 melibatkan keluasan sebanyak 38.876 ekar dengan anggaran sebanyak 400 unit kediaman. Projek ini merupakan salah satu daripada 10 projek PGBF yang distruktur semula pelaksanaannya oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan isu pelaksanaan projek sebelum ini. Pelaksanaan projek tersebut telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang pada tahun 2022 melalui kaedah usahasama dengan syarikat pemaju. Selaras dengan pendekatan penyusunan semula tersebut, kesemua projek ini telah dijenamakan semula di bawah Skim Rumah Pahang. Manakala urusan pemilihan pembeli dilaksanakan oleh Lembaga Perumahan dan juga Hartanah Pahang (LPHP) melalui Sistem e-Perumahan. Walau bagaimanapun, hasil pemantauan dan juga penilaian teknikal yang dijalankan mendapati bahawa Projek Rumah Pahang FELDA Keratong 7 ini gagal memenuhi syarat yang telah ditetapkan di bawah Surat Setuju Terima (SST).
Sehubungan dengan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Bilangan 32/2025 bertarikh 10 September 2025 telah memutuskan supaya pelantikan pemaju sedia ada ditamatkan. Sekian terima kasih Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Soalan tambahan. Adakah kerajaan ingin apa ni melantik kontraktor yang baru dan bilakah projek ini akan dimulakan semula memandangkan apabila terbengkalai dibimbangi sebagaimana yang berlaku sebelum ini ialah kecurian besi dan seumpamanya. Terima kasih.
Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Terima kasih banyak sahabat saya Yang Berhormat Bukit Ibam. Seperti yang sedia maklum semalam pun telah dibentangkan oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Bahawasanya ini antara salah satu inisiatif Kerajaan Negeri yang telah pun kita menamatkan pada tarikh 10 September yang lalu dan di dalam kerangka untuk diangkat semula untuk pemilihan-pemilihan kontraktor-kontraktor yang berkelayakan yang mempunyai faktor kewangan yang jelas dan Insya-Allah dalam waktu yang terdekat akan diumumkan ya, siapakah yang akan menggerakkan program-program yang telah dijalankan.
Insya-Allah, Kerajaan Negeri sentiasa komited. Kita memang… Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja ni selalu memesan kat saya supaya menyelesaikan isu-isu FELDA ni. Terutama sekali untuk membantu anak-anak FELDA di luar sana yang senantiasa menginginkan projek kediaman ini dapat diberikan secara terus dan telus secara tuntas kepada anak-anak peneroka di luar sana termasuklah saya ni pun anak peneroka, belakang saya ni pun sahabat saya ni anak peneroka yang sentiasa menjuangkan untuk peneroka ataupun anak peneroka. Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Ada lagi?
Soalan tambahan. Err… di Chini juga mempunyai projek PGBF yang berbaki 10% lagi untuk disiapkan. Jadi apakah status berkaitan PGBF tersebut.
Terima kasih banyak sahabat saya, Yang Berhormat Chini. Suara dia sengau sikit hari ni mungkin selsema. Insya-Allah Dato’ Sri suruh dia makan ubat. Insya-Allah. Terima kasih banyak dia atas persoalannya mengenai status err… Chini dan itu memang projek PGBF seperti yang saya telah ungkapkan sebelum ini, dan saya nak bagi status sikit daripada Yang Berhormat Dato’ err… Yang Berhormat Chini. Bahawasanya di Chini 3 ni bangunannya dah siap 100%, dah disiapkan oleh pihak kontraktor dan juga hanya tinggal infra je Yang Berhormat Dato’ Sri, yang infranya kita dah buat lebih kurang 80%. Baki 20% ni sedang kita perhalusi mengikut sesi teknikal-teknikal yang perlu pihak kontraktor perkemaskan. Insya-Allah dalam masa terdekat. Kita mengharap minta Yang Berhormat Chini untuk membantu pihak kami untuk memantau bagaimana perjalanan mereka ni supaya kita dapat menyelesaikan lagi 20% infra ni dapat kita selesaikan. Insya-Allah. Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato’ Sri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah selesai membincangkan 11 pertanyaan, jawapan dan jawapan. Sebelum kita meneruskan aturan selanjutnya. Saya ingin memaklumkan bahawa jumlah pertanyaan yang diterima bagi sidang kali ini adalah 147 pertanyaan. 39 pertanyaan dipilih sebagai pertanyaan lisan harian manakala 108 akan dijawab secara bertulis melalui Sistem Soalan Dewan Pahang atau SSDP. Jabatan dan agensi kerajaan telah menyediakan jawapan bagi pertanyaan yang telah direkodkan. Jawapan ini akan dijawab secara bertulis dan akan dipaparkan di dalam sistem selepas pihak kerajaan memperhalusi dan berpuas hati dengan jawapan-jawapan tersebut. Sekiranya pihak kerajaan berpendapat jawapan perlu dimurnikan. Jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat akan menambahbaik kandungan jawapan sebelum di paparkan di dalam sistem. Baiklah, sekarang kita beralih kepada aturan seterusnya.
Sambungan Menimbang Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan PahangMotion
Perkara Ketiga: Sambungan Menimbang Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di hadapan majlis adalah satu usul yang berbunyi:
“Bahawa Dewan Negeri Pahang yang bersidang pada hari ini bersetuju Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang”.
Usul tersebut telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada 12 Mei 2026 dan telah pun disokong dan dibahaskan pada 12 dan 13 Mei 2026 dan seterusnya pihak kerajaan seramai 10 orang telah pun memberikan jawapan-jawapan pada hari Khamis 14 Mei 2026. Pada hari ini, majlis akan menyambung menimbang usul tersebut. Sekarang, saya menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menjawab pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa perbahasan usul tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri Speaker.
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam Maju Pahang dan salam Pahang 1st. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana saya diberi kesempatan lagi sekali untuk menggulung perbahasan Titah Diraja pada hari terakhir persidangan kita kali ini. Terlebih dahulu, patik merafak sembah dan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang Ke-15 pada 8 Mei yang lalu. Sesungguhnya keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku ke Dewan yang mulia ini dan seterusnya melafazkan Titah Diraja mencerminkan kecaknaan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku terhadap pembangunan negeri serta kesejahteraan rakyat jelata. Titah yang dizahirkan itu sarat dengan amanat, panduan serta harapan agar seluruh kepimpinan negeri terus bergerak seiring, memperkukuh kestabilan, memperkasa ekonomi negeri serta mempertahankan keharmonian dan perpaduan yang menjadi asas kekuatan Pahang sejak sekian lama. Dalam suasana rakyat mahukan kestabilan, kemajuan serta kepimpinan yang matang, maka menjadi kewajipan kita semua untuk meletakkan kepentingan negeri mengatasi segala perbezaan politik bagi menjamin masa depan Pahang yang lebih makmur, dinamik dan dihormati.
Di kesempatan ini juga, patik mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke sisi Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku serta pasukan Tuanku termasuk Yang Berhormat Fadzli Mohamad Kamal yang juga Ahli Dewan Negeri Dong atas kejayaan menawan puncak Gunung Kinabalu menerusi Ekspedisi Mahkota Borneo pada hari Rabu yang lalu. [Ahli Dewan menepuk meja]. Sesungguhnya kejayaan ini bukan sahaja menjadi lambang keberanian dan disiplin yang tinggi, malah turut menyuntik inspirasi kepada seluruh rakyat khususnya golongan muda agar terus membina jati diri yang kukuh, berdaya tahan serta mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Lagi sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Dato' Sri Speaker kerana memberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk menyampaikan ucapan penggulungan bagi pihak Kerajaan Negeri serta Jawatankuasa-jawatankuasa di bawah tanggungjawab saya pada persidangan kali ini. Di kesempatan ini juga saya ucapkan syabas dan tahniah [batuk] kepada 33 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan kali ini. [Ahli Dewan menepuk meja] Sesungguhnya, setiap pandangan, teguran, cadangan mahupun buah fikiran yang dikemukakan menunjukkan kematangan, rasa tanggungjawab serta keprihatinan terhadap kepentingan rakyat dan masa depan negeri Pahang Darul Makmur. Saya juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan Exco Kerajaan Negeri yang telah menjawab secara lisan dan bertulis soalan yang dibangkitkan oleh
Ahli-ahli Yang Berhormat. Penjelasan yang diberikan menunjukkan ketelusan dan kebertanggungjawaban Kerajaan Negeri dalam mendengar, menilai serta mengambil tindakan terhadap setiap isu yang dibangkitkan serta memastikan tadbir urus yang berintegriti, berkesan dan berpaksikan kepentingan rakyat serta kemakmuran negeri Pahang.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Saya mulakan penggulungan saya dengan menyentuh isu berkaitan pengurusan dan eksport pasir di negeri Pahang yang perlu dinilai secara menyeluruh serta berpandukan fakta teknikal yang sebenar. Isu ini tidak boleh disamakan antara aktiviti pengorekan di kawasan hulu sungai dengan kerja-kerja mendalam sungai di kawasan hilir dan muara yang mempunyai fungsi serta implikasi berbeza. Pasir yang terdapat di kawasan hilir dan muara sungai kebanyakannya adalah hasil mendapan semula jadi akibat hakisan tanah, pergerakan arus serta aliran sungai yang berlaku secara berterusan. Apabila mendapan ini semakin menebal, dasar sungai menjadi semakin cetek dan keupayaan aliran air turut terjejas. Keadaan ini bukan sahaja mengganggu sistem saliran sungai, malah meningkatkan risiko limpahan air dan banjir terutama ketika musim tengkujuh serta hujan lebat. Sebab itulah kerja-kerja pengorekan dan mendalamkan sungai di kawasan tertentu tidak boleh dilihat semata-mata sebagai aktiviti ekonomi atau perlombongan pasir. Hakikatnya, ia merupakan sebahagian daripada langkah mitigasi banjir dan pengurusan sungai yang, pengurusan sungai yang penting demi keselamatan rakyat serta kelestarian sistem sungai di negeri ini. Sekiranya kerja-kerja mendalamkan sungai ini tidak dilaksanakan melalui kaedah konsesi pasir yang terkawal, Kerajaan Negeri terpaksa menanggung kos yang amat besar menggunakan peruntukan awam bagi tujuan penyelenggaraan sungai, pengorekan mendapan dan pelaksanaan langkah tebatan banjir secara berterusan.
Pada masa yang sama, sekatan permit eksport pasir sungai yang dikenakan oleh Kerajaan Pesekutuan ketika ini telah memberi kesan langsung kepada operasi industri pasir di Pahang khususnya melibatkan kawasan hilir dan muara sungai yang sememangnya memerlukan kerja pendalaman secara berkala. Oleh yang demikian, isu ini tidak wajar dipolemikkan atau dilihat hanya dari sudut keuntungan komersial semata-mata, sebaliknya ia perlu difahami dalam konteks yang lebih luas melibatkan pengurusan alam sekitar, mitigasi banjir, kelangsungan industri, peluang ekonomi serta sumber hasil kepada negeri. Insya-Allah, pada minggu hadapan, Dato' Sri Yang di-Pertua, saya akan mengadakan pertemuan bersama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi membincangkan isu ini secara menyeluruh bagi memastikan kepentingan negeri, kesejahteraan rakyat serta peningkatan hasil negeri dapat dijana dengan baik. [Ahli Dewan menepuk meja].
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Setiap kali Sidang Dewan Negeri berlangsung, isu bekalan air sentiasa menjadi antara perkara utama yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kerana ia melibatkan keperluan asas rakyat. Jika dibandingkan dengan beberapa tahun lalu, perbahasan berkaitan bekalan air pada hari ini sebenarnya telah banyak berubah. Dahulu, isu utama ialah gangguan bekalan air yang berpanjangan dan rakyat tidak menerima bekalan air secara konsisten. Namun hari ini kebanyakan isu yang dibangkitkan lebih tertumpu kepada aspek penambahbaikan sistem seperti air tidak berhasil ataupun NRW, Non-Revenue Water dengan izin, paip pecah, tekanan air di kawasan tertentu serta peluasan bekalan air di kawasan luar bandar dan penempatan Orang Asli. Ini membuktikan bahawa usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) mula menunjukkan hasil yang positif. Syabas
dan tahniah kepada PAIP. [Ahli Dewan menepuk meja] Bekalan air semakin stabil, tekanan semakin baik dan liputan perkhidmatan terus diperluaskan dari semasa ke semasa. Semua ini adalah hasil daripada perancangan, pelaburan dan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkukuhkan sistem bekalan air di seluruh negeri Pahang.
Atas sebab itulah, Kerajaan Negeri meletakkan sasaran untuk menyelesaikan 90% kawasan blackspot bekalan air menjelang penghujung tahun ini. Alhamdulillah, sehingga kini sebanyak 86% kawasan blackspot di seluruh negeri telah berjaya diselesaikan dengan 4 daerah telah melepasi tahap 90% iaitu Kuantan, Temerloh, Bentong dan Raub. [Ahli Dewan menepuk meja] Kawasan seperti Ulu Atok di Raub, Sri Jaya di Maran, Sungai Soi di Tanjung Lumpur, di Kuantan, Keratong dan Selancar di Rompin, Nenasi di Pekan serta Lanchang di Temerloh kini menikmati bekalan air yang jauh lebih stabil hasil pelbagai projek penambahbaikan oleh Kerajaan Negeri bersama PAIP.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Berdasarkan laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara ataupun SPAN, negeri Pahang telah mencapai kadar liputan bekalan air luar bandar sebanyak 98%. Pencapaian ini amat membanggakan, memandangkan Pahang merupakan negeri yang luas dengan bentuk muka bumi yang mencabar. Malah, sehingga kini tiada negeri di Malaysia yang mencapai liputan 100% sepenuhnya. Kedah mencatatkan 96.5%, Terengganu 92.9%, Kelantan 81.9%. Saya harap ADUN Cheka dapat perhatian... ADUN Cheka, sebab ADUN Cheka juga Ahli Parlimen di Kelantan ni.
Allah. Terima Kasih Dato' Sri, sebenarnya semua negeri kita berusaha ke arah menyelesaikan masalah air. Insya-Allah kita doakan semoga negara kita dapat bekalan air semua. Bahkan saya lihat, Er… ambil masa sikit kalau kaedah sistem pengurusan air dibuat dalam format baru di mana, er.. operator air membeli daripada Kerajaan Negeri tapi dia diurus sebagaimana Tenaga Nasional satu company yang menguruskan bekalan air bagi seluruh negara. Sebab kos air ini besar nak tukar paip bilion-bilion negeri-negeri tak mampu. Saya fikir, kalau boleh dilihat dalam kerangka baru ni saya masalah secara holistik itu sedikit pandangan dan terima kasih.
Terima kasih, ADUN Cheka boleh kongsi dengan saya nanti. Dia punya tu, Kerajaan Negeri akan pertimbangkan. Mungkin tak ambil semua, mungkin kita ambil yang boleh dipraktikkan. Kita akan, apa yang baik kita akan terima sebab ini untuk rakyat negeri Pahang ini [Ahli Dewan menepuk meja]. Perak 99% dan Selangor 99.5%. Bagi sebuah negeri sebesar Pahang, pencapaian 98% ini membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memastikan rakyat menikmati akses bekalan air yang lebih baik. Yang Berhormat Speaker lah mudah-mudahan kita dapat 100% dalam masa sehari dua lagi.
Insya-Allah, cuma Yang Berhormat air ini adalah kuasa negeri. Jadi kalau kita nak buat macam TNB itu kena dapat endorsement pada negeri dan ada akta barulah kemungkinan. Bukan nak mendahului semua ini. Pada pandangan saya.
Kita akan perhalusi, kita akan kaji dan teliti. Kalau baik untuk rakyat kita ambil Speaker.
Bagus Yang Berhormat, Terima kasih.
Sama-sama bagus.
ADUN ADUN Cheka, cadangan yang baik sebab dia jaga tu dulu.
[Ketawa] Yang Berhormat Speaker, kuat mengusik sekarang ni ya [Ketawa]. Hati-hati makan ubat tu jangan terlebih.
Alhamdulillah, Yang Amat Berhormat, kita makin lama kita kena makin ceria kerana umur pun, kerana sebab usia pun bertambah jadi ceria. Harap-harap dia tahan lamalah.
Insya-Allah, [ketawa] Yang Berhormat Dato' Speaker, saya teruskan, Izinkan saya.
Sila, Yang Amat Berhormat.
Manakala isu yang dibangkitkan oleh ahli Yang Berhormat Sabai, Ketari, Tahan dan Chenor berkaitan bekalan air luar bandar serta kawasan Orang Asli sememangnya berada dalam perhatian Kerajaan Negeri. Insya-Allah, jangan bimbang rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita memahami bahawa penyediaan bekalan air ke kawasan pedalaman memerlukan kos yang sangat tinggi kerana ia melibatkan jajaran paip yang panjang dan lokasi kampung yang jauh daripada sistem sedia ada. Untuk makluman, Ahli-ahli Yang Berhormat, Projek Bekalan Air Luar Bandar dan kemudahan bekalan air di kawasan Orang Asli berada di bawah tanggungjawab Kerajaan Pesekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Jabatan Kemajuan Orang Asli manakala PAIP bertindak sebagai operator. Selepas projek disiapkan dan diserahkan, inilah yang yang kadang kala kurang difahami. Apabila semua isu berkaitan, bekalan air terus diletakkan sepenuhnya di bawah
tanggungjawab PAIP sedangkan terdapat pembahagian bidang kuasa yang jelas. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak pernah mengambil sikap lepas tangan. Kita sentiasa memberi kerjasama kepada KKDW dan JAKOA memantau supaya projek-projek berkaitan dapat dipercepatkan. Sebagai contohnya, bagi isu di Kampung Orang Asli Ulu Paris, Bentong. Kerajaan Negeri telah meminta PAIP dan Pahang Orang Asli Corporation (ORACO) membantu melaksanakan kerja-kerja berkaitan tanpa perlu menunggu sepenuhnya peruntukan daripada KKDW atau JAKOA [Ahli Dewan menepuk meja].
Inilah pendekatan Kerajaan Negeri hari ini apabila melibatkan kepentingan rakyat. Keutamaan kita ialah mencari penyelesaian terlebih dahulu. Ya, kita akui masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki. Masih ada projek yang memerlukan masa dan peruntukan untuk disempurnakan. Tetapi jangan kerana perjalanan itu belum selesai, maka seluruh usaha dianggap gagal dan sia-sia. Insya-Allah Kerajaan Negeri akan terus komited untuk mencapai sasaran menyelesaikan 90% kawasan black spot bekalan air menjelang penghujung tahun ini agar rakyat dapat menikmati bekalan air yang lebih stabil terkenal yang lebih baik serta mutu perkhidmatan yang semakin berkualiti. Yang Berhormat Dato' Speaker, Yang Berhormat Cheka ada bertanyakan tentang berapakah bayaran yang telah dibuat oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri terhadap tanah-tanah diwartakan sebagai Taman Negara dan Taman Negeri. Untuk makluman, rakan saya dari Cheka dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Jabatan PERHILITAN melalui Kerajaan Pusat tidak membuat sebarang bayaran secara langsung atau dalam bentuk pajakan tanah kepada Kerajaan Negeri Pahang berhubung kawasan yang telah diwartakan sebagai Taman Negara. Pewartaan kawasan tersebut adalah bagi tujuan pemuliharaan khazanah alam semulajadi negara, perlindungan biodiversiti serta pemuliharaan kawasan sensitif alam sekitar selaras dengan dasar dan peruntukan yang berkuat kuasa. Walau bagaimanapun, Kerajaan Pusat melalui Kementerian dan agensi berkaitan telah menyalurkan pelbagai bentuk peruntukan pengurusan dan pembangunan bagi menyokong pentadbiran dan pengurusan Taman Negara di Negeri Pahang.
Antara skop perbelanjaan yang terlibat termasuk pembiayaan operasi pengurusan, penyelenggaraan dan penaiktarafan fasiliti pelancongan, Pengurusan kawasan rekreasi dan eko pelancongan, Penguatkuasaan dan Kawalan Biodiversiti, Pelaksanaan program pemuliharaan habitat semula jadi serta lain lain keperluan berkaitan kawasan Taman Negara. Selain dari itu, negeri Pahang turut menerima peruntukan di bawah inisiatif Ecological Fiscal Transfer (EFT) yang disalurkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi menyokong usaha pemuliharaan kawasan perlindungan dan pengurusan biodiversiti secara mampan. Sebahagian peruntukan EFT tersebut digunakan antaranya untuk kerja-kerja baik pulih fasiliti, konservasi, pelaksanaan pengukuhan program pengurusan kawasan perlindungan serta pemeliharaan biodiversiti di kawasan Taman Negara. Bagi tempoh tahun 2023 sehingga tahun 2026, jumlah keseluruhan dana EFT yang diterima Taman Negara Pahang dianggarkan sebanyak RM5 juta. Untuk makluman juga, bagi tahun ini Taman Negara Pahang telah menerima peruntukan EFT dianggarkan sebanyak RM1.5 juta merangkumi projek menaiktaraf pejabat sebagai fasiliti penyelidikan di Taman Negara Pahang, Sungai Relau, Lipis. Program Pemerkasaan Enakmen Taman Negara 1939. Projek menaiktaraf Pejabat Fasiliti Penyelidikan di Taman Negara Pahang, Kuala Tahan dan kajian pengumpulan Maklumat ekologi untuk ketetapan kaedah di bawah Enakmen Taman Negara Pahang 1939 di Taman Negara Pahang.
Secara keseluruhannya bagi tempoh tahun 2020 hingga 2025, jumlah peruntukan pengurusan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan operasi dan pentadbiran taman dianggarkan berjumlah RM30.5 juta. Manakala, peruntukan
pembangunan yang melibatkan projek menaik taraf infrastruktur, penyelenggaraan, fasiliti serta pembangunan kemudahan pelancongan dan konservasi dianggarkan berjumlah RM9.57 juta. Peruntukan tersebut mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Pusat dalam memastikan pengurusan dan pemeliharaan Taman Negara Pahang dilaksanakan secara berkesan dan mampan. Yang Berhormat Lanchang pula mengemukakan pertanyaan tentang apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menangani masalah ekonomi sekarang. Untuk makluman Yang Berhormat dari Lanchang, Kerajaan Negeri Pahang sentiasa prihatin dan mengambil langkah proaktif dalam menangani cabaran ekonomi semasa susulan krisis tenaga global yang berpunca daripada konflik di Timur Tengah. Antara langkah yang telah dilakukan adalah seperti berikut. Pertama, melaksanakan dasar bekerja dari rumah bagi penjawat awam negeri untuk mengurangkan beban kos bahan api dalam kalangan penjawat awam di samping menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di pejabat-pejabat kerajaan.
Kedua, menyediakan peruntukan bagi pelaksanaan Program Bakti Negeri Pahang. Panjangnya Program Bakti Negeri Pahang. Tapi kalau nak sebut BN Pahang pun boleh juga sebab dia bakti negeri. Ada juga yang mengangguk setuju ya [Ahli Dewan menepuk meja] [Ketawa] iaitu program agihan bantuan bakul Makanan kepada golongan yang terkesan dan memerlukan. Ketiga, Kerajaan Negeri juga menyalurkan baucar bantuan Negeri Pahang bernilai RM50.00 bagi setiap baucar kepada golongan yang memerlukan untuk pembelian barangan keperluan asas dengan kerjasama pasaraya di seluruh Negeri Pahang. Yang ni pun kita boleh panggil program BN Pahang juga. Dia baucar bantuan negeri Pahang, boleh juga dikatakan BN negeri. Dan er... pada hari ini, dengan persetujuan rakan-rakan Exco semua, saya telah memberikan lebih kurang 10 bundle kepada SU dewan, baucar ni tapi saya minta bagi 2 kepinglah. Sebab Ahli-ahli Dewan ni special sikit. Saya tidak paksa, saya tidak, tapi saya tanda ikhlas daripada Kerajaan Negeri. Setiap Ahli-ahli Yang Berhormat yang berminat yang nak baucar ni, boleh mendapatkannya daripada SU Dewan. [Ahli Dewan menepuk meja]. Baucar ia macam ni. Cantik, Baucar Negeri Pahang. Jadi… boleh
Berapa nilai tu Yang Amat Berhormat?
1 keping RM50.00 tetapi saya minta SU Dewan bagi 2 keping. Pada yang berminat ye. Jangan apa ini SU pergi bagi tak. Saya bimbang kalau ada yang, yang tidak berminat ye. Tidak ada niat apa-apa. Tapi memang di sepakati oleh semua rakan-rakan Exco kita namakan Baucar Negeri Pahang. Secara kebetulan pulak B itu… baucarlah. [ketawa] ADUN Jengka cakap. Itu negeri. Jadi tersirat tu terpulanglah pada tafsiran masing-masing. Kalau Jengka nak lebih, saya boleh bagi. Kalau rakan-rakan daripada belah sana nak lebih SU boleh bagi.
Yang Amat Berhormat nanti diorang cakap permohonan ada sekarang. PAS. [Ahli Dewan ketawa].
Saya rasa, saya pun setuju Dato' Sri Speaker. Kalau PN pun pemberian negeri Pahang pun okay jugak, PN Pahang. Saya tengok baju yang Yang Amat Berhormat pun bagi ni nampak macam baju ke PN dan tu dah. Terima Kasih banyak. [Ahli Dewan ketawa].
Speaker kita boleh bincang. [ketawa]. Er... Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat er... mengambilnya secara positif yang penting boleh tukar di Tunas Manja Group, Pasaraya Darul Makmur, Mempaga Fresh, Pantai Selamat, Econ save, VS Fresh Mart, D’Mart Segi dan lain-lain pasaran yang tertera di dalam laman sesawang di bawah phgg.link/BN2026. Cuma, ada gambar sayalah walaupun tak hensem sangat, [ketawa] Tapi yang penting Pahang 1st. [Ahli Dewan menepuk meja]. Keempat, menangguhkan sebarang kenaikan kadar serta pengenalan caj-caj baru di peringkat pihak berkuasa tempatan bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat dan kos operasi pernigaan. Kita bagi satu ucapan tahniah kepada Exco Kerajaan Tempatan yang mencadangkannya dan diluluskan oleh Kerajaan Negeri. [Ahli Dewan menepuk meja].
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Sri.
Takkan terima kasih je. [Ahli Dewan ketawa]. Kelima, memperkenalkan Geran Usahawan Makmur bagi membantu usahawan mengurangkan kos operasi perniagaan serta meningkatkan kapasiti pengeluaran, pembelian peralatan baru, menaik taraf premis dan memperluaskan pemasaran. Tahniah kepada Exco Usahawan. [Ahli Dewan menepuk meja].
Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato' Sri Diraja. [ketawa].
Terima kasih banyak je. [ketawa]. Okay. Sebagai langkah strategik jangka panjang, Kerajaan Negeri juga sedang memuktamadkan Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Pahang 2030 atau PET30, sebagai hala tuju pembangunan ekonomi negeri yang lebih mampan, berdaya tahan dan inklusif. Tahniah! Exco daripada Peramu Jaya. [Ahli Dewan menepuk meja]. Yang bekerja keras untuk menjayakan PET30 ini. Pelan ini bertujuan memperkukuhkan daya saing ekonomi negeri melalui penerokaan sektor-sektor berimpak tinggi, memperluas peluang pekerjaan, menarik pelaburan berkualiti serta memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati secara lebih menyeluruh oleh rakyat di semua daerah negeri Pahang. Melalui langkah-langkah yang telah diambil dan akan dilaksanakan, Kerajaan Negeri dijangka dapat mengekalkan KDNK pada kadar 5 hingga 6% berdasarkan corak pertumbuhan semasa walaupun berdepan cabaran ekonomi semasa yang semakin mencabar.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Saya juga ingin menjawab soalan dan pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Sentul tentang sejauh mana hasil negeri dipulangkan kepada rakyat. Tetapi sebelum saya teruskan penerangan ini, saya nak tanya Yang Berhormat Kuala Sentul, ada baca tak buku teks buku Belanjawan Negeri Pahang?
Ada Yang Berhormat.
Ada.
Tapi teks saya refer kepada, Indeks Harga Pengguna yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi.
Ya. Saya tak tanya refer kat mana-mana. Saya tanya ada baca ke tidak. Makna, ada baca. Terima kasih. Kalau Yang Berhormat dah baca buku itu sudah pasti Yang Berhormat tahu ke mana hasil negeri dibelanjakan untuk rakyat. Tapi tak apalah saya terangkan seringkas mungkin untuk bagi Yang Berhormat faham lebih jelas. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Kuala Sentul, kutipan hasil negeri Pahang bagi tahun 2025 adalah RM1.2 bilion. Sebahagian daripada hasil ini, iaitu kira-kira RM600 juta Kerajaan Negeri gunakan untuk bayar emolumen penjawat awam dan kos-kos operasi, manakala selebihnya kita simpan sikit untuk kecemasan dan yang lainnya kita kembalikan semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk pembangunan dan kebajikan. Antaranya apa dia? Kita salurkan peruntukan untuk bidang pendidikan dalam pelbagai bentuk seperti pemberian biasiswa, pinjaman pendidikan, geran, buku rujukan dan buku latihan murid Tahun 1 dan Tingkatan 5, kita beri kit persekolahan dan banyak lagi. Hasilnya, apa dia hasilnya Dato' Sri Speaker? Keputusan SPM kita mendapat tempat yang terbaik di Malaysia pada tahun ini. Tolak Putrajaya. [Ahli Dewan menepuk meja].
Tahniah Yang Amat Berhormat.
Sebab Putrajaya bukan negeri. Putrajaya nombor 1, Pahang nombor 2, tetapi sebenarnya kalau ikut negeri kita nombor 1. Putrajaya ni ada 8 je Sekolah Menengah kalau tak silap saya. Di Pahang ni ada 199 Sekolah Menengah.
Putrajaya tu kalau dikira wilayah, Yang Amat Berhormat, dia campur dengan Labuan, dicampur dengan Kuala Lumpur, tak tahu lagi.
Yang Putrajaya sahaja yang saya tahulah. 199 dengan muka bumi kita negeri yang paling luas, dengan ada sekolah pedalaman, kita mampu mendapat negeri yang pertama dalam pencapaian SPM pada tahun ini. [Ahli Dewan menepuk meja].
Tahniah
Apa dia hasil dia? Kesan dia? Sebab kita buat buku rujukan SPM. Kita bagi 4 buah buku, tahun ni Insya-Allah kita akan tambah dan kita akan bagi awal dan rata-rata mengatakan buku rujukan tersebut adalah yang membantu pelajar-pelajar anak-anak kita mendapat yang terbaik dalam SPM. Macam mana boleh timbul buku rujukan?
Tapi Yang Amat Berhormat, minta maaflah. Tapi lepas tu banyak Yang Amat Berhormat, pasal ramai juga menghantar ke kita untuk masuk universiti.
Ha... itu tak apa. Kita rasa bangga, dan Kerajaan Negeri akan bagi RM400.00 setahun untuk anak-anak kita yang berada di IPTA [Ahli Dewan menepuk meja] sebagai tanda penghargaan, pengiktirafan, terima kasih di atas usaha mereka. Apa lagi Yang Berhormat hasilnya? Kita berada di kedudukan terbaik SPM 2025, tadi dan maahad kita, Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang muncul institusi terbaik di seluruh negara [Ahli Dewan menepuk meja] dan Maahad Tahfiz Negeri Pahang, dia Turath dengan Maahad Tahfiz ni lain Yang Berhormat, Speaker. Maahad Tahfiz Negeri Pahang di kedudukan ke-4 terbaik peringkat kebangsaan. [Ahli Dewan menepuk meja]. Saya nak ucapkan tahniah kepada CEO Maahad Tahfiz, Ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz, tenaga-tenaga pengajar, murid-murid. Tapi jangan lupa Pengerusi Maahad Tahfiz, Speaker. [ketawa].
Dan juga Yayasan Pahang.
Ha... Yayasan Pahang. Speaker tahu siapa?
Yang Amat Berhormat?
Pengerusi sapa?
Baik. Kalau tak tahu saya tak duduk sini. [Ahli Dewan ketawa].
Tahu la ye.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Ha... tapi saya dibantu oleh rakan-rakan yang lain. Dato' Sri Soffi salah seorang, Dato' Sri Syed, ramai lagilah. Merekalah yang.
Yang Amat Berhormat, saya nak bagitahu saya adalah di antara produk Yayasan Pahang masa saya belajar dulu.
Saya tahu Yang Berhormat buat pinjaman dah bayar dah pinjaman?
Mula nak minta diskaun tapi masa tu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketika itu dia cakap. “Sharkar awak bayar habis”.
Dah bayarlah?
Dah bayar. Alhamdulillah. Very good. Kalau tak ada. Kalau tak kena ada dalam CTOS. [Ahli Dewan ketawa].
ADUN Tioman ye? Produk Yayasan Pahang ye? Yang Berhormat dah bayar dah?
Bayar lama dah Dato' Sri. [Ahli Dewan ketawa].
Yang Berhormat Dato' Speaker, saya teruskan, kita hari ni hari Jumaat ya.
Silakan.
Begitu juga dengan program perumahan, kita wujudkan rumah mampu milik seperti Rumah PR1MA Pahang, Rumah Makmur Pahang, Rumah Mesra Pahang dan yang paling menarik kita mampu membina rumah percuma menerusi Rumah Rakyat Pahang untuk rakyat miskin. [Ahli Dewan menepuk meja]. Bukan nasi lemak RM1.50 je Speaker, Rumah Rakyat Pahang secara percuma pun kita bagi.
Alhamdulillah.
Manakala untuk kita memperkukuhkan syiar Islam, peruntukan bagi hal ehwal Islam di Pahang meningkat setiap tahun, contohnya daripada 140 juta pada tahun 2022 meningkat kepada 235.95 juta untuk tahun ini. Di samping itu juga, Kerajaan Negeri juga meneruskan Program Juadah Makmur yang telah kita mulakan sejak tahun 2022. Nasi lemak RM1.50 Juadah Makmur free Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Manakala menerusi inisiatif Makmur Pahang pula, Kerajaan Negeri memberi peruntukan 82 juta tahun ini merangkumi empat kluster utama iaitu kluster pelajar Agama Islam, B40 dan umum dengan 24 inisiatif merangkumi semua lapisan masyarakat bermula dengan ibu yang melahirkan anak sehingga yang meninggal dunia.
Antaranya apa dia Dato’ Sri Speaker? Pemberian Kad Kesihatan Kasih Makmur untuk warga emas, OKU, veteran ATM dan pesara polis, bantuan untuk golongan petani dan nelayan. Pemberian insentif untuk perkahwinan kali pertama, pemberian wang saku untuk jemaah haji, inisiatif pemberian bantuan makanan kepada pelajar sekolah menengah miskin tegar dan banyak lagi. Secara keseluruhannya, saya boleh katakan lebih kurang 300,000 rakyat Pahang menerima manafaat hasil daripada usaha kerajaan negeri melaksanakan pelbagai bentuk inisiatif yang disalurkan terus kepada rakyat. Kalau Yang Berhormat Kuala Sentul nak saya terangkan lebih lanjut lagi boleh
tapi lagi panjanglah masanya. Lebih baiklah kita jumpa di mana-mana atas kehendak Yang Berhormat Kuala Sentul untuk kita bincang. Saya menerangkan yang ini kita bincang yang tersirat yang belum ada keputusan lagi. Saya harap Yang Berhormat Cheka kena ambil perhatian sikit.
Ambil perhatian. Nanti kita buat kita buat appointment ya.
Jangan tunggu lama-lama ye. Nanti diambil orang. [Ketawa]. Jadi, saya harap penjelasan saya tu boleh memberi penerangan kepada Yang Berhormat daripada Kuala Sentul dan sebenarnya banyak lagi saya tidak perincikanlah sebab masa begitu mencemburui kita.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Memandangkan hari ni hari Jumaat, saya percaya Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker mahu menyelesaikan Aturan Mesyuarat sebelum masuknya waktu Zohor. Saya rasa setakat ini sahaja penggulungan yang dapat saya sampaikan pada kali ini. Bagi soalan-soalan tambahan sama ada ketika pertanyaan lisan atau ketika perbahasan yang tidak dapat saya sampaikan hari ini, saya akan menjawabnya secara jawapan bertulis. Di kesempatan ini saya lagi sekali sangat menghargai komitmen semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dengan semangat yang membina sebelum persidangan melabuhkan tirai, apalah kiranya kita merenung sejenak dan terdetik di hati untuk kita sama-sama berlapang dada dengan minda yang terbuka. Menjadi tanggungjawab saya untuk berpesan-pesan agar sengketa itu ada sempadan. Yang baik jadikan pedoman, yang khilaf jadikan pengajaran. Kebencian yang marak perlu kita padamkan, dusta yang laris perlu dinyahkan. Fakta perlu diperhalusi, bukan di khianati. Lenyapkan benci di dalam diri dan teguhkan diri dengan jati diri yang abadi.
Di Dewan Yang Mulia ini, adalah medan musyawwarah, menyulam hikmah menyatukan akal menautkan jiwa sekalipun di antara kita pasti ada perbezaan. Tetapi itu bukan alasan untuk tidak mencari persamaan demi kebaikan. Kerajaan hari ini berdepan uji cabar dan debar yang menggetarkan rumah bangsa. Kerana politik sempit perkauman, agama dijadikan tunggangan demi kepentingan diri tanpa memikirkan masa depan. Lantas demokrasi yang terbentang luas bukan alasan untuk meracik-racik perpaduan dengan persepsi negatif yang tidak bertunjangkan kebenaran. Pun begitu, tidak sama sekali tercalar, tekad Kerajaan Negeri untuk terus membawa negeri ini ke puncak Gemilang. Senada dengan misi dan visi Aspirasi Pahang 1st yang dijadikan tonggak pentadbiran. Negeri ini akan indah, megah dan bermaruah jika di hati kita tertanam jati diri dan mensyukuri nikmat yang diberikan Ilahi. Bukan bermegah jauh sekali berbangga diri, negeri ini sudah mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi bersama negeri-negeri lain yang gah. Kemakmuran negeri yang kita kecapi hari ini bukanlah semudah benih jatuh ke tanah tetapi mekar di bawah teduhan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang menjadi payung tempat rakyat berteduh dan menumpang kasih. Titah baginda menjadi suluh pedoman menuntun langkah agar tidak tersasar, selagi bulan meminjam cahaya Mentari, selagi tulah rakyat menjunjung Daulat Tuanku di sanubari.
Sebelum saya menoktahkan lembar penggulungan ini sebelum kita pulang dari persidangan kali ini, marilah kita berlapang dada dengan yang tenang dan tekad pertahankan kemakmuran negeri ini. Semoga negeri ini terus makmur, diberkati serta dilimpahi rahmat Allah SWT. Boleh pantun ke?
Sila Yang Amat Berhormat.
Kalau pergi ke Kuala Lumpur
Singgah sebentar di Pekan Maran Jangan dibiar fitnah bercampur
Kelak meruntuh nilai perpaduan
[Ahli Dewan menepuk meja]
Layang-layang terbang melayang
Putus tali jatuh ke titi Pahang maju terus gemilang
kerana rakyat bersatu hati
[Ahli Dewan menepuk meja]. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Sri Speaker.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini dicadangkan dan disokong. Sebelum saya mengemukakan untuk diluluskan, saya ingin mengalu-alukan kehadiran pemerhati daripada DUN Teruntum 2 orang, DUN Muadzam Shah 1 orang, Pemuda UMNO Indera Mahkota 3 orang dan pelajar-pelajar intern, pelajar-pelajar latihan industri yang sedang menjalani latihan industri di pejabat SUK seramai 6 orang. Soalnya sekarang ini ialah Usul ini hendaklah dikemukakan di Dewan ini untuk kelulusan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, nyatakan Ya,
Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju katakan tidak. Usul tersebut diluluskan.
Rang Undang-UndangBill
Perkara Keempat Rang Undang-undang. Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1/2026) 2026. DN 1/2026. Memorandum Perbendaharaan: Tambahan Bagi Perbelanjaan Mengurus Tahun 2026 Negeri Pahang DN 2/2026. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
[BACAAN KALI PERTAMA]
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon mengemukakan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1/2026) 2026.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Saya memohon usul tersebut. Saya memohon menyokong usul tersebut.
Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk Perbelanjaan Tambahan Bagi Perkhidmatan Tahun 2026 dan bagi memperuntukkan jumlah-jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon Rang Undang-Undang tersebut dibaca bagi kali yang kedua pada hari ini juga.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon izin menyokong usul tersebut.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (1/2026) 2026, dibaca bagi kali yang kedua.
[BACAAN KALI KEDUA]
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon mencadangkan suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Untuk Perbelanjaan Tambahan Bagi Perkhidmatan Tahun 2026 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Perkara 44 Bahagian Dua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang menyatakan bahawa jika wang diperuntukkan oleh undang-undang perbekalan tidak mencukupi atau terdapat lebihan perbelanjaan bagi apa-apa maksud di mana-mana tahun kewangan, Ianya hendaklah dibentangkan di dalam Dewan Negeri dan kepala-kepala Perbelanjaan tersebut hendaklah dimasukkan dalam Rang Undang-undang Perbekalan. Di samping itu, Seksyen 11(3) Akta Prosedur Kewangan membolehkan Menteri Besar membuat pendahuluan dari Kumpulan Wang Disatukan untuk
menampung keperluan tersebut. Jumlah perbelanjaan tambahan bagi perbelanjaan mengurus tahun 2026 adalah melibatkan objek sebagai 42000 (Pembelian Dalam Negeri) dibawah Objek Am 40000 (Pemberian dan Kenaan Tetap) berjumlah RM16,100,000.00 bagi tujuan menampung keperluan peruntukan tambahan VOT B.32 (Kumpulan Wang Terkanun) yang akan dicarumkan ke Kumpulan Wang Pembangunan untuk Perbelanjaan untuk Perbelanjaan Pembangunan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Perincian maklumat bagi tujuan tambahan ini adalah dinyatakan didalam Memorandum Perbendaharaan Tambahan bagi Perbelanjaan Mengurus Tahun 2026 di negeri Pahang yang dibentangkan di dalam persidangan dewan negeri ini sebagai kertas DN 2/2026.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Sekian sahaja pandangan ringkas saya berhubung Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (1/2026) 2026 ini dan berharap Rang Undang-undang yang saya bentangkan ini mendapat sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan seterusnya diluluskan. Saya mohon mencadang. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Saya mohon izin menyokong usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Masalah di hadapan Majlis ialah Suatu Enakmen bagi menggunakan wang sejumlah wang dari Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2026 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu dibaca untuk kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk dibahaskan.
Tiada. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang ini dibaca untuk kali kedua sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan ‘Setuju’.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Rang Undang-Undang tersebut dibaca untuk kali yang kedua sekarang.
Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang yang disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2026 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu.
Dalam Jawatankuasa
Dewan Negeri bermesyuarat dalam Jawatankuasa.
[Cokmar diturunkan]
Jadual B.32 Kumpulan Wang Terkanun.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Maksud Bekalan B.32 Kumpulan Wang Terkanun dibuka untuk dibahaskan. Tiada perbahasan. Masalahnya bahawa…
Yang Berhormat Pengerusi, boleh… boleh…
Sila… sila.
Saya rasa dalam peringkat Jawatankuasa ni cuma minta pencerahan daripada pihak Kerajaan daripada peruntukan RM16,100,000.00 itu ada dua maksud Pembangunan P02 dan P03 melalui kertas di DN3/2026 ni. Cuma saya minta pencerahan sedikit daripada pihak Kerajaan. Bahagian P03 tu ada pelbagai projek dan projek khas negeri. Pelbagai projek peruntukan tambahan RM6 juta, projek khas negeri RM5,040,000.00, boleh bagi sedikit contoh projek khas negeri… negeri tersebut. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Tambahan RM16 juta ni kita ada menyediakan selain daripada projek khas, bantuan kepada rakyat… Projek Khas tersebut bantuan kepada rakyat sempena dengan kenaikan harga barang akibat daripada konflik di Timur Tengah, itu antaranya… itu yang projek khas. Selain daripada itu ialah Skim Tanah Warisan, Pembangunan Perumahan dan kemudahan yang kita buat yang tidak mencukupi. Ketika itu, kita bajet sekian… sekian tetapi tidak mencukupi… tidak mencukupi lebih kurang RM5 juta. Jadi ini yang kita tambah ni dan selain daripada itu ialah menaik taraf sistem saliran yang mana kita dapati setelah saya bincang dengan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan, kita dapati ada kawasan-kawasan tertentu yang banjirnya disebabkan oleh sistem longkang parit yang tidak diuruskan. Jadi, kita mengambil pendekatan sebelum monson… musim monsun Timur laut, kita akan bersihkan longkang-longkang, parit dan sebagainya untuk kita minimakan sekiranya berlaku banjir. Itu contoh dia.
Contoh Sempurna…
Sempurna… Indera Sempurna baru-baru ni, kita dah cuci apa semua dan kita dapati apabila berlaku hujan yang lebat boleh er… mengurangkan keadaan banjir di kawasan tersebut. Itu… di kawasan YB pun, kita buat di Cherating, YB tahu, tapi saja YB buat tak tahu ya. [Ahli Dewan ketawa] Terima kasih Dato’ Sri Speaker.
Lepas ni…
Yang Berhormat… Yang Berhormat Pengerusi… saya tahu tapi saya tak tahu datang daripada peruntukan khas Bajet ini, tu yang saya tanya tu. Terima kasih.
Jadi Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, lepas ni YB boleh bagitahu bahawa Kerajaan yang ada pada hari ni walaupun bukan kawasan-kawasan pembangkang, tapi Kerajaan Negeri bagi juga peruntukan itu menunjukkan kesihatan rakyat. [Ahli Dewan menepuk meja]
Masalahnya bahawa wang sejumlah RM16,000,000.00 untuk maksud bekalan B.32 Kumpulan Wang Terkanun, jadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan ‘Setuju’.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Wang Bekalan B. 32 Kumpulan Wang Terkanun menjadi sebahagian daripada Jadual.
Fasa 1 dan Fasa 2.
Fasa 1 dan Fasa 2 menjadi sebahagian daripada Undang-undang. Dengan ini, saya mohon Ahli Yang Berhormat untuk mencadangkan.
Yang Berhormat Pengerusi, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Pengerusi, saya mohon izin menyokong usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1/2026) 2026 seperti yang telah dipinda - jika ada, tiada. Dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju, sila nyatakan “setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila nyatakan “tidak”. Tiada. Majlis bersidang semula dalam Majlis Mesyuarat.
[Cokmar dinaikkan]
[BACAAN KALI KETIGA]
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (1/2026) 2026, dibaca bagi kali yang ketiga.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Saya mohon memaklumkan bahawa Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2026 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud tertentu bagi tahun itu telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujukan dengan tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sekarang.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, saya mohon izin menyokong usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1/2026) 2026 dibaca kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli yang bersetuju sila nyatakan “Setuju.”
Setuju.
Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila nyatakan “Tidak.” Tiada. Rang Undang-undang ini dibaca untuk kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Rang Undang-undang ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan (1/2026) 2026, bahawa dengan ini disahkan menjadi Enakmen oleh Badan Perundangan Negeri Pahang.
USUL
Perkara Kelima: Usul Tambahan Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air Tahun 2026. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya mohon izin untuk membawa satu Usul di Dewan yang mulia ini yang berbunyi:
"Bahawa Dewan ini, mengikut syarat-syarat ketetapan yang menubuhkan Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Perbekalan Air, dengan ini bersetuju meluluskan Perbelanjaan Tambahan 2026 daripada Kumpulan Wang tersebut itu sebagaimana yang ditetapkan di dalam Perbelanjaan Tambahan 2026 yang dibentangkan di dalam Persidangan ini sebagai Kertas Mesyuarat DN 3/2026.”
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Jumlah perbelanjaan tambahan bagi Perbelanjaan Pembangunan tahun 2026 adalah menunjukkan tambahan-tambahan perbelanjaan yang dinyatakan seperti berikut:
Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri berjumlah RM5,060,000 dan Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri berjumlah RM11,040,000.00. Peruntukan tambahan sebanyak RM16,100,000.00 dimohon bagi tujuan menampung kos keperluan perbelanjaan serta memastikan pelaksanaan projek-projek yang akan memberi kesan secara langsung kepada rakyat dapat diteruskan.
Yang Berhormat Speaker,
Sekian sahaja penerangan ringkas saya berhubung Usul Tambahan Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air Tahun 2026. Saya berharap Usul ini akan mendapat sokongan dan kelulusan Dewan Yang Mulia ini. Saya mohon mencadang.
Ada Ahli yang menyokong?
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker. Saya mohon menyokong usul itu.
Usul ini dibuka untuk perbahasan. Ada Ahli-ahli yang nak berucap. Tadi saya ingat Yang Amat Berhormat telah pun menerangkan secara er… panjang lebar tentang apakah kegunaan dia ya? Apa namanya er… perbelanjaan tambahan ini? Sila, Yang Berhormat cadang. Tiada perbahasan.
Yang Berhormat Dato Sri Speaker, saya mahu pencadang.
Yang Berhormat tiada perbahasan, masalahnya ialah usul telah dicadangkan dan disokong. Soalnya sekarang ialah usul ini hendaklah dikemukakan untuk mendapat kelulusan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila nyatakan “Setuju”.
Setuju.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju, sila nyatakan “Tidak”. Tiada. Usul diluluskan.
Urusan-Urusan Am: Kertas-Kertas Mesyuarat
Perkara keenam. Urusan-urusan Am. Kertas-kertas Mesyuarat.
Laporan Ketua Audit Negara 1 2026 Negeri Pahang DN 4/2026.
Penyata-penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2024. Bagi agensi-agensi berikut:
Penyata Kewangan Yayasan Pahang DN5/2026.
Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang DN 6/2026.
Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang DN 7/2026.
Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang DN 8/2026.
Penyata Kewangan Perbadanan Muzium Negeri Pahang DN 9/2026.
Penyata Kewangan Majlis Bandar Raya Kuantan DN 10/2026.
Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Temerloh DN 11/2026.
Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Bentong DN 12/2026.
Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja DN 13/2026.
Penyata Kewangan Majlis Daerah Lipis DN 14/2026.
Penyata Kewangan Majlis Daerah Jerantut DN 15/2026.
Penyata Kewangan Majlis Daerah Cameron Highlands DN 16/2026.
Penyata Kewangan Majlis Daerah Maran DN 17/2026.
Penyata Kewangan Majlis Daerah Rompin DN 18/2026.
Penyata Kewangan Majlis Daerah Bera DN 19/2026 dan;
Penyata Kewangan Majlis Daerah Raub DN 20/2026.
PENANGGUHAN
PenangguhanAdjournment
Perkara ketujuh: Penangguhan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang akan membawa cadangan.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Saya mohon membawa cadangan bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang. Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker, Alhamdulillah, syukur pada Allah kita telahpun sampai ke penghujung Persidangan pada kali ini dalam suasana yang penuh tertib dan matang dalam memperkukuhkan sistem demokrasi di negeri kita. Saya melihat persidangan kali ini, pelbagai pandangan, hujah, dan perbahasan yang bukan sahaja menceriakan Dewan ini, malah membuktikan bahawa politik di negeri Pahang masih dipandu dengan adab, kebijaksanaan, dan rasa hormat antara satu sama lain [Ahli Dewan menepuk meja]. Saya melihat rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kedua-dua belah pihak Dewan telah memainkan peranan masing-masing dengan begitu baik. Ada teguran yang keras, ada sindiran yang tajam, ada juga usikkan yang mengundang senyuman. Namun, semuanya masih dalam sempadan yang menjaga kehormatan Dewan Yang Mulia. Kadangkala kadang kala saya rasa Dewan ini Yang Berhormat ini ada 43 orang kat bawah ni. Rupanya seorang itu ada di atas macam Ahli Dewan juga. Kadang-kadang Speaker bercakap lebih banyak daripada.
Yang Amat Berhormat, saya kadang-kadang nak menceriakan dewan supaya tak mengantuk.
Yalah inilah inilah warna-warni demokrasi Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Alhamdulillah.
Berbeza pandangan tidak bermaksud bermusuhan, bertentangan pendapat tidak bermaksud terputus silaturahim. Ada ketikanya suasana menjadi hangat. Suara sedikit meninggi dan emosi mula terasa. Tetapi akhirnya kita tetap mampu duduk semeja, berbual dan bertegur sapa di luar Dewan. Itulah kematangan sebenar seorang Wakil Rakyat. [Ahli Dewan tepuk meja]. Rakyat di luar sana sedang memerhati kita. Mereka mahu melihat sama ada kita hanya pandai berpolitik atau benar-benar mampu memimpin dengan kebijaksanaan dan tanggungjawab. Sebab itu, saya percaya dewan ini bukan sekadar tempat berhujah tetapi tempat untuk kita mencari titik persamaan demi kepentingan rakyat dan masa depan negeri.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Sejak 8 tahun saya menjadi Menteri Besar dengan takdir Allah-Nya kita pernah berdepan pelbagai peristiwa seperti tekanan ekonomi, bencana banjir, pandemik covid19, menjadi negeri Pembangkang pernah menjadi negeri Pembangkang. Pertukaran 4 Perdana Menteri, negeri Pembangkang dan maksud saya Dato’ Sri
Speaker, federal kerajaan negeri tidak sama dengan kerajaan. Pertukaran 4 perdana menteri serta pelbagai serangan persepsi politik. Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Pahang terus berdiri kukuh. Kita tidak pernah melarikan diri daripada tanggungjawab. Kita tidak pernah tunduk kepada sebarang tekanan politik. [Ahli Dewan menepuk meja] Sebaliknya, kita memilih untuk terus bekerja, menyelesaikan masalah rakyat dan memastikan negeri ini terus bergerak ke hadapan walau dalam apa jua keadaan. [Ahli Dewan menepuk meja] Saya bersyukur kerana perjalanan ini dipermudahkan dengan sokongan rakan-rakan Ahli-ahli Exco, ketua-ketua jabatan, penjawat awam negeri dan persekutuan, agensi-agensi kerajaan, state GLC, rakan-rakan politik sama ada di blok kerajaan ataupun di blok sana serta seluruh rakyat Pahang yang terus memberikan keyakinan kepada kepemimpinan kerajaan negeri hari ini. Sesungguhnya amanah memimpin negeri merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul dengan penuh keikhlasan, keberanian, dan kesetiaan kepada institusi diraja, negeri serta rakyat. Apa yang kita bina hari ini bukan sekadar kejayaan meningkatkan hasil negeri serta melaksanakan projek pembangunan semata-mata. Lebih besar daripada itu, kita sedang membina masa depan negeri yang stabil politiknya, kukuh ekonominya, diyakini pelabur dihormati pentadbiran dan mengutamakan kebajikan rakyat.
Saya percaya kekuatan sesebuah kerajaan tidak terletak pada retorik yang indah atau slogan yang gah, tetapi pada kemampuan untuk bekerja, menyelesaikan masalah dan menghasilkan kejayaan yang dapat dirasai sendiri oleh rakyat. Sebab itulah Kerajaan Negeri di bawah gagasan Aspirasi Pahang 1st akan terus melangkah ke hadapan dengan fokus yang jelas, semangat kerja yang kuat dan komitmen yang tidak pernah luntur demi memastikan negeri ini terus makmur dan stabil. [batuk] Selagi diberikan kudrat dan amanah. Saya bersama saf kepimpinan Kerajaan Negeri akan terus mempertahankan kestabilan dan perpaduan, melindungi kepentingan rakyat serta memastikan negeri Pahang sentiasa berada pada landasan yang betul demi maruah negeri serta kesejahteraan rakyat seluruhnya.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker,
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada seluruh jemaah haji Malaysia khususnya para jemaah haji dari negeri Pahang yang telah dipilih sebagai tetamu Allah SWT pada tahun ini. Gunakanlah peluang ini untuk memperbanyakkan ibadah memohon keampunan, serta mendoakan kesejahteraan keluarga, negeri, dan negara serta sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT. Saya juga berharap agar seluruh jemaah haji sentiasa menjaga kesihatan mematuhi segala peraturan serta nasihat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan petugas haji bagi memastikan kerja-kerja haji dapat dilaksanakan dengan sempurna dan lancar. Pada masa yang sama, saya turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh petugas Lembaga Tabung Haji yang bertungkus-lumus memberikan khidmat terbaik kepada para jemaah haji negara kita. Selagi pengorbanan, komitmen dan keikhlasan serta petugas dalam dalam memastikan kebajikan serta kelancaran urusan jemaah amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Semoga semua jemaah haji memperoleh haji yang mabrur, dikurniakan keselamatan sepanjang perjalanan pergi dan pulang serta kembali ke tanah air dengan membawa keberkatan dan kehidupan yang lebih baik. Insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker.
Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan Yang Berhormat Timbalan Speaker yang telah dapat mengendalikan Aturan Mesyuarat dengan penuh kebijaksanaan dan profesional. [Ahli Dewan menepuk meja].
Terima kasih.
Saya juga melihat Yang Berhormat Dato’ Sri Speaker dan Yang Berhormat Timbalan Speaker berjaya mengawal pengurusan masa dengan begitu baik sekali sehinggakan Persidangan kita ini dapat di dalam tempoh masa yang ditetapkan, terutamanya dengan tiadanya sesi rehat pagi. Ini idea daripada Speaker ni.
Ini kita cuba dan kita dapati ianya berkesan.
Berkesan ya. Tapi kalau boleh minta Ahli-ahli Dewan jangan keluar ramai-ramai sangat sampai kosong.
Tak apa.
CCTV ada.
Sebab kita live kan? Maknanya orang kawasan akan tengok kerusi kosong je.
Haa tu maknanya ada pemantauan.
Kita pantau.
Sebab tu Speaker ni bijaksana.
Bijaksana dan bijaksini.
[Ketawa] Pada masa yang sama, Yang Berhormat Dato' Speaker dan Yang Berhormat Timbalan Speaker juga berjaya mengawal tingkah laku Ahli-ahli Yang Berhormat daripada bertindak di luar kawalan sehinggakan tiada yang diarahkan. Ini yang selama ni Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, tak ada pun Speaker marahkan Ahli-ahli Dewan keluar daripada Dewan ni. Itu kelas. [Ahli Dewan menepuk meja].
Sebabnya semuanya Ahli-ahli Yang Berhormat kita baik-baik belaka.
Tahniah dan syabas saya ucapkan.
Terima kasih.
Walaupun ada acah-acah juga ya. Tapi acah-acah sebelah kerajaan. Semalam, Exco Kerajaan Tempatan,
Yang Berhormat Dato' Sri, dia memang suka acah orang. Memang suka mengacah. Tapi dia nak tunjukkan kepada Exco Kerajaan pun boleh.
Boleh la. Dia nak tunjuk betapa besarnya power ya.
Time ni je Yang Amat Berhormat, keluar takde dah.
Selain daripada itu juga, saya turut mengatakan terima kasih kepada Setiausaha Dewan Negeri dan seluruh kakitangannya, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta semua agensi kerajaan yang telah memberi kerjasama terbaik sepanjang persidangan berlangsung.
Penghargaan juga kepada anggota Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Petugas Kesihatan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Penerangan serta semua petugas yang memainkan peranan
besar di belakang tadbir bagi memastikan persidangan ini berlangsung dengan baik dan teratur. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan media yang sentiasa memberikan liputan sepanjang persidangan berlangsung agar segala perbahasan dan keputusan Dewan dapat disampaikan kepada rakyat sehingga kedai nasi lemak bawah pada RM1.00 pun habis [Ahli Dewan menepuk meja] akibat daripada promosi daripada media. Insya-Allah, Insya-Allah jika tiada pilihan raya. Wallahualam, kita tak tahu. Kita akan kembali semula ke Dewan Yang Mulia ini pada Persidangan yang akan datang. Dengan semangat dan iltizam yang sama untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negeri. Saya berharap rakan-rakan Ahli Yang Berhormat dapat kembali ke kawasan masing-masing dengan selamat dan terus melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaik-baiknya. Semoga Allah SWT terus memimpin setiap usaha kita memelihara negeri Pahang Darul Makmur daripada segala musibah dan memberkati setiap ikhtiar yang kita laksanakan demi kemajuan negeri serta kesejahteraan rakyat.
Dah habis ucap, nak cakap Dah habis ucap dengan cakap Dah selesai segala runding Dah putus segala muafakat Hari ini marilah kita sepakat. Mudah mudahan…
Sebab selalu pantun je Dato' Speaker, jadi saya... saya buat yang ni nak kata syair pun tidak, nak kata seloka pun tidak, nak kata gurindam pun tidak. Jadi Speaker boleh tafsir sendirilah.
Kata-kata hikmah.
Kata-kata hikmah, ya.
Hari ini, marilah kita sepakat
Mudah-mudahan cahaya sampai ke muka pintu Mudah-mudahan tuah mengikut sepanjang waktu
Jangan ada batang yang melintang Tak ada rumput nan menjungkat
Tak ada onak nan menjemba Tak ada tanah nan bertingkah
Jika hidup mahu bermakna, taburlah jasa sepanjang masa Negeri bertuah, bumi pusaka
Rezeki dikongsi, rakyat merasa. Jika kemakmuran mahu dipertahankan
Bersatu hati teguhkan tujuan. Demi negeriku Darul Makmur tercinta
Pertahankanlah sehingga ke hujung nyawa
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker, saya mohon cadangan. Saya mohon membawa cadangan bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang. Terima kasih. Assalamualaikum WBT.
Yang Berhormat Dato' Sri Speaker,
Saya berdiri untuk menyokong usul yang di bawa oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar. Tapi saya mohon izin untuk menyentuh sedikit.
Silakan.
Lazimnya, saya berdiri ini untuk menyokong terus usul penangguhan Sidang Dewan ni. Tapi pada hari ini saya meneliti ucapan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar. Banyak pujian, tahniah, penghargaan kepada semua pihak. Dan saya lihat inilah insan susuk tubuh yang menghargai sumbangan daripada semua pihak. Saya terpanggil untuk berdiri mungkin bagi pihak rakan-rakan Ahli Dewan yang mulia ini untuk juga menyatakan dengan rasmi iaitu penghargaan yang tidak terhingga pada susuk tubuh badan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di atas kecemerlangan beliau memimpin negeri dan sempena dengan ulang tahun yang ke-8 sebagai Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar Pahang. Tahniah Yang Amat Berhormat Dato' Sri.
Sebenarnya kalau dilihat, tahniah kepada Dato' Sri Speaker telah mengendalikan sesi persidangan ini dengan cara yang cukup berhemah, profesional. Begitu juga dengan Yang Berhormat Timbalan Speaker, tetapi sebenarnya suhu ataupun temperature Sidang Dewan ni boleh naik secara mendadak. Kalau tidak kerana Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar, kalau ikutkan semua jaguh-jaguh belaka ini, barisan di seberang sana dan di barisan sini. Tetapi suhu yang memuncak kadang tu, ditenangkan, disejukkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri.
Dia orang cakap pasal Yang Berhormat tiada 2 hari. [Ahli Dewan ketawa]
Dato' Sri Speaker, please. [Ahli Dewan ketawa] Maknanya dia kalau boleh itu maknanya Dato' Sri Speaker, dia akan memilih tarikh-tarikh yang saya tak dapat hadir Sidang Dewan. [Ahli Dewan ketawa]
Sila Yang Berhormat, teruskan.
Jadi, sebenarnya itulah susuk tubuh badan yang saya lihat cukup istimewa dalam keadaan keras itu ada selokanya. Tadi ada gurindam, ini gurindam yang dia bawa.
Makna, kesenian itu ada... Ada belaka dalam keadaan panas, sejuk. Dalam keadaan kita rasa sejuk jadi panas. Jadi inilah keistimewaan pemimpin kita. Dan saya cukup yakin bahawasanya dengan payung naungan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang dan juga Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja, Menteri Besar Pahang. Maka sebenarnya kemajuan negeri ini akan dapat terus terbela. Sebenarnya, Dato' Sri Speaker, apabila nak membentangkan usul ini bajet tambahan ni, perkara ini telah pun dibincangkan dalam Mesyuarat Exco. Apabila Yang Amat Berhormat Dato' Sri bangkitkan, saya di antara orang pertama bertanyakan apakah silapnya kita mohon untuk bajet tambahan ini. Yang Amat Berhormat Dato' Sri beritahukan antaranya ialah untuk menangani masalah skim tanah er... Skim Tanah Wawasan inilah, projek dan tapak-tapak rumah yang disediakan dengan infrastruktur. Sebab dalam Sidang Dewan ini ada dimaklumkan bila dilulus projek-projek STR, tak ada jalan masuk, tak ada sistem saliran. Yang ini tadi, di antaranya yang diperuntukkan di bawah skim tersebut.
Yang keduanya, sistem saliran. Sistem saliran termasuk kawasan di kawasan Beserah. Dan saya bertanyakan ini kawasan Beserah? Ya. Walaupun kawasan Beserah, dia kata kita kena pastikan rakyat jelata di kawasan di Beserah juga walaupun diwakili oleh bukan wakil kepada kerajaan tapi kita beri pembelaan. Jadi Alhamdulillah. Tadi di Sidang kita dalam berbincang Dato' Sri Speaker dalam perbahasan, kita hangat. Tapi tadi suasana cukup istimewa Dato' Sri. Saya lihat pertama sekali iaitu iaitu masa sesi makan tadi. Kebetulan saya nak makan nasi lemak yang RM1.50 je dan saya didatangi oleh wakil daripada Cheka datang duduk sebelah. Wakil daripada Jengka datang duduk sebelah. Wakil daripada Luit, kita duduk. Kemudian, istimewa juga wakil Tanjung Lumpur duduk sebelah saya. Lepas tu dia menghulur tangan. Saya terkejut ingatkan dia nak minta apa. Rupanya nak menghulurkan tangan. Suasana tu cukup istimewa sebab tu yang kali ini biasa saya bagi, saya menyokong je cadangan usul penangguhan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Menteri Besar. Tetapi kali ini saya nak nyatakan peristiwa itu cukup istimewa.
Dan untuk makluman, sebenarnya untuk makluman saya nak ambil kesempatan di sini. Sebenarnya anakanda kepada Yang Berhormat ADUN Jengka akan graduate dalam bulan Jun di Universiti di Jordan Yang Berhormat Dato' Sri. Maknanya, sebenarnya ke Jordan itu Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang dan saya mengiring mengikuti rombongan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Diraja Menteri Besar Pahang sekali dengan Dato' Sri wakil daripada Kerdau.
Yang Berhormat Speaker, er... sikit. Benta, sikit je.
Sekejap. Wakil Kerdau dua kali kita pergi ke…er... Jordan dan bertemu dengan pelajar-pelajar Pahang termasuk pelajar Pahang iaitu terdiri anakanda ADUN Jengka. Jadi, Yang Berhormat Dato' Sri, ADUN anakanda ADUN Jengka akan graduate dalam bulan Jun. Jadi, saya nak ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada ADUN Jengka kerana pada bulan Jun [Ahli Dewan menepuk meja] tu ada 2 orang anak ADUN Jengka yang akan graduate. 1 di IPG, 1 lagi di universiti di Jordan. Jadi, tahniah dan saya melihat pula gambar ni Yang Berhormat Dato' Sri.
Dah bagi borang kat dia anak tu belum?
Jadi gambar ni. Ini gambar Sukan Mesra ADUN ni. Saya lihat ADUN Inderapura boleh kira santai je meletakkan ini apa nama tangan di atas bahu ni Yang Berhormat ADUN Tanjung Lumpur. Oh this is special ya brother. Lepas tu saya tengok Yang Berhormat Dato’ Sri Diraja, ADUN Jengka duduk bersila begitu. Yahh... Masya-Allah. Ini… ini saya rasa gambar yang mahal ni cukup istimewa. Tahniah kepada Dato’ Sri Speaker dan tahniah kepada semua rakan-rakan ahli dewan yang mulia ini. Kalau sekira lihat ada edaran kan? Memang dia bagi pada kita cukup santai dan Alhamdulillah, saya rasa perkara ini akan jadi satu peristiwa yang cukup istimewa. Tapi saya tak ada dalam gambar ni. (Ahli Dewan ketawa).
Itu yang itu yang kami mesra tu. (Ahli Dewan ketawa).
Masya-Allah. Astaghfirullahalazim.
Saya bergurau Yang Berhormat saya.
Tak.. tak saya tahu sebab saya tahu hari ni speaker dia makan 2 biji lebih ubat. Sebab tu yang yang yang nampak ceria sikit. Alhamdulillah, jadi akhir kata sekali lagi saya mohon maaf sekiranya ada dalam er… ni menyokong usul penangguhan ni ada celoteh yang menyentuh er… perasaan rasa hati rakan-rakan ADUN dalam dewan yang mulia ni dan saya berdiri di sini untuk mohon Datuk Seri Speaker menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Menteri Besar Pahang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Alhamdulillah, kita telah pun sampai ke penghujung Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri ke-15 yang telah berlangsung selama lima hari bermula daripada 8 Mei yang lalu di dewan yang mulia ini. Saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi untuk menjunjung kasih ke sisi ke bawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas limpah berkenan berangkat menyempurnakan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ke-5 Dewan Negeri Pahang ke-15 pada Mei yang lalu.
Sesungguhnya keberangkatan baginda amat bermakna dan mencerminkan betapa tingginya perhatian serta sokongan Institusi Raja terhadap perjalanan demokrasi, kestabilan pentadbiran dan kesejahteraan rakyat negeri ini. Kesempatan ini juga saya ingin merakamkan setulus penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang telah menjayakan persidangan ini. Ucapan terima kasih saya saya tujukan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang di atas kerana menyambut Ulang Tahun ke-8 menerajui negeri ini. Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, para pegawai, urusetia serta seluruh pihak yang telah bertungkus lumus mempastikan perjalanan dewan berlangsung dengan lancar, teratur dan penuh tertib.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya juga menyeru agar titah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang dijadikan pedoman dan panduan utama dalam melaksanakan amanah sebagai wakil rakyat. Baginda telah mengingatkan kita bahawa perkhidmatan kepada rakyat tidak boleh bersifat bermusim dan tidak hanya hadir tatkala pilihanraya semakin menghampiri. Titah tersebut adalah amanah besar yang wajib kita junjung dengan penuh tanggungjawab dan keinsafan. Rakyat meletakkan harapan yang tinggi agar kebajikan kesejahteraan dan suara mereka sentiasa diberi perhatian tanpa mengira waktu dan keadaan. Kita juga harus menyedari bahawa dunia ini sedang berhadapan dengan suasana yang penuh volatile, ketidaktentuan dan cabaran yang semakin mencabar.
Dalam keadaan sebegini, rakyat tidak memerlukan api kemarahan yang membakar perpecahan, sebaliknya mereka menampakkan kepimpinan yang mampu yang mampu menenangkan keadaan menyatukan hati serta memberi keyakinan bahawa negeri ini sentiasa dipimpin dengan hikmah dan kebijaksanaan. Justeru itu, marilah kita bersama-sama membuktikan bahawa Dewan Negeri Pahang adalah sebuah institusi berwibawa matang, dihormati. Sebuah dewan yang sentiasa berfungsi demi rakyat menjangkaui kepentingan politik sempit. Sesungguhnya integriti, keikhlasan dan kesungguhan dalam melaksanakan amanah merupakan asas utama kepada keyakinan rakyat terhadap kepimpinan pada masa pada hari ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli dewan, Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan sepanjang persidangan ini. Perbahasan berlangsung dengan matang, bernas penuh tanggungjawab telah memperlihatkan komitmen tinggi setiap Ahli-ahli Yang Berhormat dalam mengangkat dalam mengangkat suara rakyat serta mempertahankan kepentingan negeri Pahang tercinta. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Kerajaan Negeri khususnya para penggulung.
Ahli-ahli Yang Berhormat menggulung perbahasan telah memberikan penjelasan secara teliti menyeluruh, berhemah terhadap setiap isu yang dibangkitkan. Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan, malah mencerminkan kesungguhan pentadbiran negeri dalam mempastikan setiap keputusan yang diambil benar-benar menjadi manfaat kepada kita. Penghargaan juga turut saya tujukan kepada para pembuat dasar, pegawai-pegawai kerajaan dan seluruh penjawat awam yang telah memberi yang menjadi tulang belakang kepada pentadbiran negeri. Dedikasi, kesetiaan dan integriti yang ditunjukkan oleh mereka amat besar ertinya dalam pastikan segala dasar dan keputusan yang diputuskan di dewan ini telah diterjemahkan kepada pelaksanaan yang berkesan berimpak kepada rakyat. Dengan semangat muafakat, kerjasama dan kebersamaan yang utuh, saya yakin negeri Pahang akan terus melangkah maju sebagai sebuah negeri yang stabil dan makmur.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekian, dalam mengemudi bahtera bangsa, kita tidak kita tidak sekadar memerlukan insan yang petah bercakap atau bijak menyusun untaian kata yang indah di pentas- pentas wacana. Negara ini negeri ini lebih nampakkan hadirnya pemimpin yang mampu memegang amanah dengan penuh khidmat,
nakhoda arah dan kebijak keberanian yang berpaksikan kebijaksanaan serta merangkul segala perbezaan demi menyatukan hati dan membina masa depan yang lebih gemilang.
Hari ini, rakyat tidak lagi mahu terus dibuai dengan janji-janji lunak dipendengaran. Rakyat mahu melihat bukti yang lahir melalui tindakan pelaksanaan dan kesungguhan dalam berkhidmat. Tiada janji lihatlah bukti kerana kata-kata hanya mampu menyentuh halwa telinga buat seketika, namun keikhlasan bekerja, keberanian membuat keputusan dan kesungguhan menunaikan amanah itulah yang akan menyentuh hati rakyat serta terpahat kekal dalam sejarah lipatan bangsa. Sesungguhnya kekuatan sesebuah bangsa tidak dibina atas tiang retorika semata-mata. Ia ditegakkan dalam keikhlasan dalam perjuangan. Kebijaksanaan dalam kepimpinan dan teguh memikul tanggungjawab ketika badai ujian melanda. Pemimpin sejati bukan dinilai kepada indahnya bicara, tetapi pada sejauh mana beliau mampu memimpin rakyat belayar dengan selamat menuju pelabuhan harapan, perpaduan dan kemakmuran.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekian, sebelum saya menangguhkan dewan ini, izinkan saya merakam merakam ucapan selamat pulang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat ke kawasan masing masing. Sungguh semoga perjalanan pulang sentiasa berada di dalam lindungan Allah S.W.T dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan keselamatan hendaknya. Teruslah dekat dengan rakyat di akar umbi. Kehadiran, keprihatinan dan kesungguhan kita mendengar denyut nadi rakyat adalah bukti bahawa amanah yang dipikul tidak pernah dipandang ringan. Saya menyeru agar ahli Ahli-ahli Yang Berhormat terus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti, keikhlasan dan rasa tanggungjawab sebagaimana titah kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang yang mengingatkan kita supaya sentiasa berkhidmat dengan dedikasi tanpa menunggu musim pilihan raya.
Dengan semangat muafakat, kesatuan hati dan keikhlasan dalam perjuangan, Insya-Allah kita mampu mempastikan rakyat terus merasai manfaat daripada sebuah kepimpinan berwibawa, integriti dan sentiasa mengutamakan kesejahteraan negeri dan rakyat jelata.
Teguh berdiri pohon meranti
Tempat berteduh redup berseri
Selesai sudah sidang negeri
Moga rakyat moga rakyat terus diberkati.
Patah galah di tepi paya Tempat nelayan menambat sampan Andai ada Terkilaf bicara Mohon ampun dan maaf…kami…kita…saya pohonkan.
Burung merbah terbang sekawan Hinggap sebentar di hujung dahan Dengan lafaz syukur terhadap tuhan Maka saya tangguhkan Dewan
Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sidang Dewan ditangguhkan.
[Persidangan ditangguhkan]