Perlis · 25 July 2018
14th Assembly, 1st session, 1st meeting · 174 turns · 24,716 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerlis publishes one PDF per sitting day, but nothing after 9 Aug 2023 although the assembly has kept sitting. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan mula bersidang.
Doa
Doa.
(Bacaan doa oleh Setiausaha Dewan)
Pemasyhuran daripada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis
Pemasyhuran oleh Yang Berhormat Dato’ Speaker Dewan Undangan Negeri.
Bismillahhirahmannirrahim. Assalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menerangkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian tentang aturan perjalanan tentang mesyuarat Dewan kita pada hari ini. Selepas ini, soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan dijawab oleh pihak Kerajaan mengikut turutan seperti di dalam Kertas Perintah Mesyuarat Dewan. Setelah itu, Dewan akan ditangguhkan sebentar dan selepas disambungkan semula, Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja akan dibuka semula bagi membolehkan pihak Kerajaan memberikan maklum balas dan seterusnya menggulung perbahasan. Seterusnya terdapat empat lagi usul yang perlu diselesaikan iaitu pertama, Usul Pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Perlis. Dua, Usul Pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Dewan. Tiga, Usul Pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan dan keempat Usul Pemilihan Ahli Dewan Negara. Setelah itu, persidangan Dewan pada kali ini akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sekian, terima kasih.
Soalan-Soalan LisanQuestions
Soalan-soalan lisan.
Dipersilakan Yang Berhormat Sena.
Yang Berhormat Speaker, soalan saya soalan nombor 1. Terima kasih.
(Soalan 1 : Apakah Kerajaan Negeri Perlis mempunyai pelan perancangan untuk menaiktaraf destinasi pelancongan di dalam negeri seperti Gua Kelam, Bukit Ayer, ladang anggur, Tasik Melati, Taman Ular, Timah Tasoh dan pesisiran pantai Kuala Perlis – Kurong Tengar?)
(Soalan 2 : Berapakah peruntukan dan apakah perancangan Kerajaan Negeri Perlis bagi sektor pelancongan di negeri ini seperti Kuala Perlis, Sungai Batu Pahat, Bukit Ayer, Gua Kelam, Taman Negeri Wang Burma, Wang Kelian dan Padang Besar?)
Bismillahhirahmannirrahim, assalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih kepada Yang Berhormat Sena. Saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan nombor 2 daripada YB Indera Kayangan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sememangnya Kerajaan Negeri sebelum ini telah pun mempunyai perancangan pembangunan untuk tempat-tempat pelancongan di negeri Perlis. Ianya termaktub dalam Pelan Pembangunan iaitu Rancangan Struktur Negeri Perlis, Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar, Pelan Strategik Pembangunan Negeri Perlis 2030. Yang pastinya pembangunan bagi membangunkan destinasi-destinasi pelancongan ini telah pun dan sedang dilaksanakan secara berperingkat dan berfasa selaras dengan keupayaan kewangan Kerajaan Negeri dan peruntukan yang diperolehi. Kerja-kerja membaik pulih, membaiki, menyelenggara dan menaik taraf infrastruktur juga turut dilakukan oleh Jabatan-Jabatan yang menyelia produk-produk pelancongan ini. Sebagai contoh Jabatan Pengairan dan Saliran telah menyediakan peruntukan berjumlah RM200 ribu untuk menyelenggara Tasik Melati, Denai Larian Pengkalan Asam, Timah Tasoh dan Pantai Kurong Tengar. Dan antara yang lain pembangunan destinasi-destinasi pelancongan yang telah dilaksanakan dan dirancang sepertimana Gua Kelam. Kerajaan Negeri merancang untuk membuka laluan Gua Kelam 2 kepada umum. Di antara kerja-kerja yang akan dijalankan adalah seperti baik pulih galeri, kerja-kerja pencahayaan dan juga kerja-kerja membaiki laluan ke gua tersebut. Peruntukan sebanyak RM300 ribu pada tahun 2017 dan pada tahun 2018 peruntukan sebanyak RM400 ribu telah disalurkan kepada Jabatan Perhutanan. Begitu juga di Bukit Ayer, kerja-kerja pembaikan laluan air di kolam mandian dan kemudahan surau serta tandas akan dilaksanakan. Sejumlah peruntukan sebanyak RM100 ribu pada tahun 2017 telah disalurkan dan bagi tahun ini sebanyak RM135 ribu diperuntukkan kepada Jabatan Hutan. Dan begitu juga Ladang Anggur, untuk makluman Dewan yang mulia ini, ladang anggur telah dibuka semula untuk kunjungan awam. Kerja-kerja menaiktaraf struktur rumah hijau juga sedang dijalankan dan tanaman-tanaman seperti pokok tin dan pokok kurma di samping anggur sedang ditambah bagi meningkatkan daya tarikan di situ. Dan sebahagian jumlah yang telah diperuntukkan pada 2017 adalah sebanyak RM250 ribu dan bagi tahun ini, RM400 ribu telah diperuntukkan kepada Jabatan Pertanian juga. Dan juga, Yang Berhormat juga ada bertanya berkaitan dengan Taman Ular. Taman Ular juga kita telah membuat sebuah galeri tambahan yang telah siap dibina melalui peruntukan daripada Kementerian Pelancongan Kebudayaan Malaysia. Begitu juga Timah Tasoh. Tasik Timah Tasoh, pembangunan pelancongan di kawasan Tasik Timah Tasoh adalah terhad dan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya disebabkan kawasan ini berfungsi sebagai kawasan tadahan. Justeru itu, Kerajaan perlu lebih teliti dalam menentukan bentuk-bentuk aktiviti pelancongan yang sesuai. Buat masa ini, penganjuran aktiviti pelancongan yang tidak mendatangkan pencemaran kepada air tasik seperti sukan perahu layar dibenarkan secara terhad. Begitu juga di Kuala Perlis, kerja-kerja naiktaraf bangunan konkos di hadapan jeti penumpang telah disiapkan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis. Kompleks tersebut akan menempatkan kaunter jualan tiket feri dan ejen pelancongan serta gerai-gerai jualan, manakala jeti pula akan menjadi ruang menunggu bagi penumpang feri ke Langkawi.
Mungkin belum lagi diserah sepenuhnya kepada agensi yang akan melaksanakan konkos tersebut. Bagi Taman Negeri, bagi tempoh 2 tahun ini, Kerajaan Negeri memfokuskan untuk menyedia serta memperbaiki kemudahan-kemudahan asas seperti tandas dan bilik mandi untuk keselesaan pengunjung dan pendaki Gunung Perlis dan Gua Wang Burma di mana peruntukan sebanyak RM100 ribu telah disalurkan kepada Jabatan Perhutanan tahun lepas dan bagi tahun ini, sebanyak RM150 ribu. Bagi Wang Kelian, Kerajaan Negeri telah mengemukakan permohonan dan sedang membuat susulan untuk, dengan Kementerian Dalam Negeri untuk membuka semula zon aliran bebas di Wang Kelian. Bagi Padang Besar, untuk meningkatkan lagi kehadiran pelancong ke Padang Besar, pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri telah membuka sebuah lagi bazar untuk kemudahan membeli belah, manakala Kementerian Dalam Negeri pula sedang dalam proses menaiktaraf Kompleks Imigresen Padang Besar. Kerajaan Negeri juga sedang dalam proses membina gerai-gerai makanan yang baharu melalui peruntukan Bahagian Pentadbiran Daerah, BPD. Di samping itu, peruntukan sebanyak RM100 ribu pada tahun 2017 dan pada tahun ini RM350 ribu telah disalurkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk menaiktaraf kemudahan pengunjung dan fasiliti di ternakan ladang rusa dan agrotourism di Batu 20, Jalan Padang Besar. Selain itu, peruntukan turut disediakan kepada jabatan-jabatan negeri untuk menyelenggara secara berkala dan membaiki kerosakan produk-produk pelancongan yang berada di bawah seliaan jabatan negeri. Di samping menyalurkan peruntukan, Kerajaan Negeri juga sedang berunding dengan beberapa buah syarikat swasta yang berminat untuk membangunkan produk-produk pelancongan sedia ada milik Kerajaan Negeri. Pada ketika ini, terdapat cadangan pembangunan oleh pihak swasta di kawasan Sungai Batu Pahat, Tasik Melati dan pantai Kurong Tengar yang sedang dalam penilaian dan rundingan merujuk kepada terma-terma utama projek. Kerajaan juga sentiasa membuka peluang kepada syarikat-syarikat swasta yang berkelayakan dari segi kewangan dan kepakaran untuk mengemukakan cadangan jika berminat untuk melabur di negeri ini. Justeru itu saya amat berharap sekiranya pihak YB-YB sekalian ada kawan-kawan atau pelabur-pelabur yang ingin bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk di sektor pelancongan kita alu-alukan. Terima kasih.
Soalan tambahan, terima kasih Dato’ Speaker. Memandangkan di antara tempat-tempat ini, seperti Gua Kelam, Taman Negeri, Wang Burma dan juga Wang Kelian. Setengahnya telah pun terkenal di peringkat antarabangsa dan sebahagiannya telah menjadi tempat R&D dan juga research bagi diversity dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Saya ingin bertanya dengan pihak Kerajaan, sejauh mana setakat ini usaha dibuat dalam memperkukuhkan engagement dengan izin antara sebahagian namanya telah ada untuk mempromosikan tempat-tempat ini supaya menjadi tempat tarikan pelancong-pelancong yang seumpama ini yang bukan saja datang malah tinggal dalam tempoh yang agak lama, bagi satu tujuan yang berkaitan dengan research and development. Terima kasih.
Terima kasih kepada YB Tambun Tulang atas soalan tambahan. Sebenarnya Kerajaan Negeri sentiasa melihat kepada dua tempat yang dikatakan ini adalah tempat-tempat yang begitu unik dan semulajadinya. Dan Kerajaan Negeri kalau, jabatan-jabatan yang kita sebut tadi mempunyai banyak kekangan dari segi pengurusan, maintainance nya, dan sebagainya. Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri mengalu-alukan sekiranya ada syarikat-syarikat yang berminat untuk dalam proses dari segi pengurusan maintenance dan sebagainya dan dari segi promosi Insya Allah, pihak Kerajaan Negeri tidak menjadi satu halangan untuk kita terus dengan promosi tapi dari segi maintenance, dari segi pengurusan dan sebagainya, ini yang kita perlu daripada syarikat-syarikat luar untuk terus ataupun NGO, agensi dan sebagainya boleh melakukan kesinambungan untuk mempertahankan keindahan yang sedia ada ini kepada pelancong-pelancong yang ada di luar sana. Terima kasih.
Sedikit soalan tambahan. Memandangkan sekarang ni kita media maya agak lebih terbuka, seperti nat geo dan sebagainya dalam instagram, saya tak tengok ada Gua Kelam ataupun hutan Wang Burma kita yang cantik ni dipamerkan di sana. Benda-benda ni kita buat sedikit usaha tetapi dia punya kesannya begitu besar untuk kita capai. Yang dibuat oleh pihak Lembaga Pelancongan Negeri dan sebagainya.
Terima kasih, kita akan ambil maklum cadangan dan idea yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tambun Tulang dan terima kasih banyak-banyak.
Terima kasih Yang Berhormat, dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.
Soalan tambahan Dato’ Speaker.
Soalan tambahan?
Saya nak tahu ya, apakah target pelancongan kita dan kemasukan pelancong yang datang ke negeri Perlis pada tahun 2018 dan 2019? Sebab kita tengok sudah banyak perbelanjaan yang kita dah keluarkan ratus ribu. Saya rasa adalah penting kita adakan satu target di mana ada pelancong yang datang ke negeri Perlis berbelanja di negeri Perlis dengan izin ROI yang kita nak daripada perbelanjaan yang kita salurkan. Sebab kita tak mau wang ringgit yang kita salurkan kepada semua-semua taman rekreasi ataupun tempat pelancongan ni tidak memberikan pulangan dari segi kewangan dan dari segi social economy kepada seluruh penduduk dan masyarakat di negeri Perlis. Dan juga saya nak tau apakah program-program susulan yang akan diambil oleh pihak pelancongan Jabatan Pelancongan agar dapat mempromosikan tempat-tempat pelancongan ini bukan untuk penduduk Perlis sahaja tetapi sebagai satu tarikan kepada pelancong luar untuk berbelanja di negeri ini. Sebab setahu saya ramai… tidak ramai yang datang, tidak ramai pelancong luar yang datang dan berbelanja di tempat-tempat pelancongan seperti ini. So, saya nak tau target dia. Terima kasih.
Terima kasih YB Indera Kayangan. Sebenarnya YB pun mungkin orang baru di sini, yang baru pertama kali memegang jawatan ADUN Indera Kayangan. Sebenarnya tempat-tempat yang saya sebut tadi memang ada pengunjung yang datang ke tempat-tempat menarik terutama sekali di Padang Besar. Kita setiap tahun kita hampir ratus ribu orang pelancong yang hadir ke Padang Besar. Ini adalah salah satu menyumbang ke arah social economy penduduk yang sama-sama mencari makan, menjual di gerai-gerai dan sebagainya. Itulah... dan di samping itu, MOTAC sendiri sentiasa mengadakan promosi-promosi yang secara tidak langsung kita ada juga homestay-homestay yang di negeri Perlis ini yang mampu menampung pengunjung-pengunjung yang ada yang datang ke negeri Perlis. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.
Assalammu`alaikum dan selamat pagi Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 3.
(Soalan 3 : Berapakah jumlah projek perumahan rakyat yang telah siap dibina dan diduduki di sekitar kawasan Kuala Perlis?)
Assalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Yang Berhormat Dato’ Speaker dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, rekod terkini terdapat empat kawasan perumahan yang telah siap dibina dan diduduki di sekitar Kuala Perlis seperti perincian maklumat yang berikut. Yang pertama, Rancangan Perumahan Awam, RPA Taman Bunga Mempisang dengan 100 unit rumah. Yang kedua, Rancangan Perumahan Awam, RPA Taman Bunga Kertas dengan 142 unit rumah. Yang ketiga, Program Perumahan Rakyat, PPR Taman Wai Permai dengan 200 unit rumah. Dan yang keempat, Rumah Pangsa Kuala Perlis dengan 150 unit rumah. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kawasan perumahan yang telah dinyatakan tadi adalah di bawah seliaan Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, kecuali bagi Rumah Pangsa Kuala Perlis di mana ia dikawal selia sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis melalui syarikat Perlis Property Sdn. Bhd. Untuk makluman juga, terdapat satu projek dalam pelaksanaan yakni perumahan penempatan semula nelayan Kuala Perlis terdiri daripada satu blok rumah-rumah pangsa lima tingkat 60 unit, dewan dan surau dijangka siap Januari tahun hadapan. Yang kedua, projek dalam perancangan yakni program perumahan rakyat ataupun PPR di Kangar di Tok Kuning, Mukim Kayang dengan 500 unit rumah dan merupakan projek Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sekian terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 4.
(Soalan 4 : Sejauh mana terkesannya perancangan pembangunan Negeri Perlis selepas Kerajaan Negeri ini menjadi pembangkang kepada Kerajaan Pusat?)
(Soalan 6 : Apakah visi Kerajaan Negeri dalam memastikan Perlis tidak ketinggalan dalam arus perdana pembangunan dengan mengambil kira perubahan dan perkembangan di peringkat Kerajaan Pusat?)
Bismillahhirahmannirrahim, assalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Soalan nombor 4 saya ingin memohon izin untuk menjawab soalan ini bersama dengan soalan nombor 6 yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Tambun Tulang. Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk menjawab soalan ini sebab soalan ini menanyakan sejauh mana terkesannya, ini soalan ini, sebenarnya dia tak definite dengan izin. Sejauh mana terkesannya perancangan pembangunan negeri Perlis selepas Kerajaan Negeri ini menjadi pembangkang kepada Kerajaan Pusat. Jawapan saya ialah kemungkinan dia boleh terkesan tetapi ini bergantung kepada sejauh mana bagaimanakah Kerajaan Negeri akan mengendalikan program-program ataupun agenda-agenda pembangunan yang telah pun dirancangkan tersebut. Tetapi berdasarkan kepada keputusan yang telah dibuat ataupun surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan yang bertarikh 29 haribulan Jun 2018, yang telah secara umumnya menangguhkan mana-mana projek yang belum lagi dilaksanakan yang belum mencapai 15 peratus dan kebanyakan projek-projek di negeri Perlis ini belum mencapai tahap itu tetapi ada yang telah pun selesai contohnya seperti IBC di CVIA yang telah pun melebihi 15 peratus dan projek itu diteruskan. Begitu juga dengan projek kerja-kerja tanah di Seriab untuk Kangar Central yang mana ia juga telah melebihi 15 peratus dan ini diteruskan. Walau bagaimanapun, fasa kedua berhubung dengan projek ini, saya ambil contoh Kangar Central ini iaitu untuk pembinaan bangunan ataupun struktur bangunannya itu belum bermula walaupun peruntukan telah diberikan dan diluluskan dan ini telah ditangguhkan. Walau bagaimanapun, saya ingin tegaskan di sini bahawa agenda-agenda pembangunan Kerajaan Negeri yang telah kita rancang dan telah pun kita laksanakan sebahagiannya dan sebahagian lagi belum dilaksanakan akan diteruskan. Kita mempunyai beberapa alternatif selain daripada kita akan membuat engagement dengan pihak Kerajaan Pusat untuk membolehkan projek-projek ini yang telah ditangguh itu dapat diberi pertimbangan semula dan seterusnya dilaksanakan. Dan dalam hal ini, saya pun, telah pun, saya telah pun melakukan engagement dengan beberapa individu di peringkat Pusat dalam usaha untuk membolehkan projek-projek ini diberikan peruntukan dan seterusnya dilaksanakan sepertimana yang telah pun dipersetujui dan dimasukkan ke dalam projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 dan sebahagiannya telah pun dimasukkan ke dalam Rolling Plan dan dalam kes ini Rolling Plan ke-3 dan ke-4 sebenarnya. Insya Allah, banyak sebenarnya terlibat dalam projek-projek pembangunan yang kita telah senaraikan untuk mengisi wawasan Perlis Negeri Bandaraya 2030 ini dan kalau saya boleh sebutkan di sini, antara projek-projek yang terjejas ataupun yang mungkin terkesan ya, saya gunakan perkataan mungkin terkesan seperti projek pembangunan infrastruktur kawasan perindustrian Lembah Chuping ataupun CVIA, pembangunan infrastruktur Perlis Inland Port ataupun pelabuhan darat di Perlis, sebenarnya projek Inland Port ni adalah projek swasta tetapi dia memerlukan infrastruktur untuk menjadi, untuk support ataupun menyokong pengwujudan Inland Port itu sendiri. Projek Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu yang saya sebutkan tadi, Kangar Central, projek bekalan air luar bandar negeri Perlis, program perumahan rakyat di Padang Besar, Arau dan Kangar, kita juga mencadangkan agar diwujudkan sebuah pembinaan Plaza Ria di Padang Besar yang bernilai RM10 juta, yang diluluskan oleh Kerajaan Pusat yang lepas. Walau bagaimanapun ini telah ditangguhkan yang tujuannya adalah untuk menyediakan kemudahan insfrastruktur kepada pihak pelancong sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat daripada Indera Kayangan sebentar tadi. Begitu juga dengan Hospital Padang Besar yang telah pun sebenarnya diluluskan di bawah RMK-11 diluluskan semula di bawah RMK-11 dan telah pun diluluskan peruntukan di bawah peruntukan di bawah Rancangan, Rolling Plan yang ke-3 sebenarnya dan telah pun melalui proses pemilihan tender itu. Begitu juga dengan program-program pengurangan kadar air tidak berhasil atau Non-Revenue Water dan juga projek-projek untuk mengatasi masalah banjir seperti pembinaan sebuah barrage ataupun pintu air di empangan Sungai Perlis. Walau bagaimanapun maklumat terbaru yang saya dapat, Alhamdulillah, untuk projek-projek yang berkaitan dengan kadar Non-Revenue Water ini ataupun kadar air tidak berhasil ini, dan juga dengan cadangan langkah migitasi jangka pendek bagi sistem bekalan air negeri Perlis, Alhamdulillah Kerajaan Persekutuan telah pun meluluskan peruntukan masing-masing RM40 juta dan RM50 juta untuk mengatasi masalah-masalah yang kita hadapi berhubung dengan bekalan air terawat di negeri Perlis ini. Jadi, Insya Allah Yang Berhormat Dato’ Speaker, dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri akan melakukan engagement sebenarnya dengan pihak-pihak yang terlibat dan saya telah pun memohon untuk bertemu dan mengadakan perbincangan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam masa terdekat dan setelah diberikan satu tarikh dan masa untuk saya bertemu dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri untuk saya membincangkan mengenai penerusan projek-projek pembangunan di negeri Perlis ini yang mana tujuannya adalah untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi bagi rakyat negeri Perlis untuk tujuan kemaslahatan rakyat negeri Perlis. Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker.
Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 5.
(Soalan 5 : Adakah terdapat Standard Operating Procedure (SOP) berkaitan pembuangan sisa pepejal di kampung-kampung seluruh negeri Perlis?)
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, bagi menjawab soalan yang daripada Yang Berhormat Guar Sanji, ini berhubung kait dengan SOP berkaitan dengan pembuangan sisa pepejal di kampung-kampung seluruh negeri Perlis. Yang Berhormat Dato’ Speaker, penswastaan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam telah dikuatkuasakan bermula pada 1 September 2011 serentak dengan penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Satu perjanjian tiga pihak iaitu di antara Kerajaan Negeri, Majlis Perbandaran Kangar dan Kerajaan Persekutuan telah dimeterai pada 1 September 2011 dimana pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri Perlis diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan melalui SWCorp dan perjanjian yang telah ditandatangani tersebut menjelaskan tanggungjawab masing-masing. Bagi kawasan kampung-kampung yang dikenakan cukai oleh Pihak Berkuasa Tempatan, perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam diberikan oleh pihak SWCorp melalui syarikat konsesinya iaitu E-Idaman Sdn. Bhd. Terdapat 3 buah kampung yang diberikan perkhidmatan kutipan sisa pepejal iaitu Kampung Melayu, Kampung Pauh Setia dan Kampung Padang Katong dengan penyediaan sebanyak 313 buah tong sampah jenis MGB 120L. Walau bagaimanapun, bagi kampung-kampung yang terletak di kawasan pendalaman iaitu yang berada di luar kawasan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan, yang mana cukai taksiran tidak dikutip, perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam tidak diberikan oleh SWCorp. Pihak Majlis Perbandaran Kangar ataupun MPK juga tidak mampu untuk memberikan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam kepada kampung-kampung yang tidak dikenakan cukai taksiran kerana kekangan sumber kewangan yang terhad. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kawasan yang tidak bercukai ini termasuk jugalah berada di beberapa kampung yang disediakan tong sampah berpusat di mana kutipan dijalankan oleh SWCorp dengan kos perkhidmatan ditanggung oleh MPK. Selain daripada itu, pihak SWCorp juga turut membuat kutipan sisa pepejal berdasarkan konsep tanggungjawab sosial korporat ataupun CSR tanpa dikenakan bayaran yang melibatkan sampah longgok di tepi simpang masuk jalan kampung dan di sepanjang jalan utama di sepuluh 10 lokasi iaitu yang pertama Jalan Persisiran Pantai Sungai Baru - Kuala Perlis. Yang kedua Jalan Raya Kuala Perlis – Changlun. Yang ketiga, Jalan Padang Behor. Yang keempat, Jalan Kangar – Alor Setar. Yang kelima, Jalan Kangar – Arau. Yang keenam, Jalan Kangar – Padang Besar. Yang ketujuh, Jalan Rani Estate. Yang kelapan, Jalan Padang Nyu. Yang kesembilan, Jalan Santan dan juga yang kesepuluh Jalan Raja Syed Saffi. Perkhidmatan pelupusan sisa pepejal dan pembersihan awam hanya diberikan SWCorp di kawasan-kawasan yang dikenakan cukai. Berikut adalah Standard Operasting Procedure ataupun SOP SWCorp bagi perkhidmatan kutipan sisa pepejal bagi kawasan bercukai. Yang pertama, kutipan kawasan perumahan bercukai, 2 kali kutipan domestik seminggu. Yang kedua, kutipan tong pusat, 6 kali seminggu. Yang ketiga, kutipan Rumah Kedai, 6 kali seminggu. Yang keempat, sapuan tempat awam, 7 kali seminggu. Longkang, 1 kali sebulan dan rumput 2 kali sebulan. Sekian, harap maklum.
Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Yang Berhormat Santan, apakah Kerajaan bercadang untuk tambah lagi kampung-kampung yang nak dipungut sampah itu. Macam di sebelah Sanglang tu, hanya Kuala Sanglang saja yang ada tempat pembuangan sampah yang berpusat. Yang tadi, Yang Berhormat sebut sepanjang pesisiran pantai daripada Kuala Perlis sampai Sungai Baru sedangkan dari Sungai Baru sampai Kuala Sanglang tu masih lagi dalam negeri Perlis lagi, barangkali ada cadangan untuk tambah.
Terima kasih YB Sanglang. Terima kasih juga atas maklumat yang diberikan. Insya Allah kita akan ambil maklum dan akan kita cuba selesaikan masalah tersebut. Sekian.
Dipersilakan Yang Berhormat Sena.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 7.
(Soalan 7 : Berapakah jumlah projek perumahan kos rendah dan sederhana di setiap kawasan di Perlis yang akan siap dalam jangka masa terdekat dan berapakah jumlah projek perumahan kos rendah dan sederhana di setiap kawasan di Perlis yang dirancang akan dibina menjelang tahun 2020 bagi menampung permintaan yang tinggi dari rakyat Perlis?)
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memastikan pelaksanaan projek-projek perumahan sama ada inisiatif Kerajaan atau swasta bagi impian warga Perlis untuk mendiami atau memiliki rumah. Di antara projek inisiatif Kerajaan adalah Program Perumahan Rakyat ataupun PPR, Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, PPA1M dan Perumahan Rakyat 1Malaysia ataupun PR1MA. Bagi projek perumahan swasta pula, Kerajaan Negeri bertindak sebagai pemudah cara dan mengawal selia khususnya penetapan dasar kuota rumah kos rendah dan kuota Bumiputera. Berdasarkan garis panduan dan dasar semasa Kerajaan, rumah kos rendah adalah rumah yang mempunyai saiz minimum 700 kaki persegi dan dijual dengan harga RM42,000 ke bawah di mana rumah kos sederhana adalah rumah yang mempunyai saiz minimum 880 kaki persegi dan dijual pada harga tidak melebihi RM300,000. Bagi projek perumahan kos rendah dan sederhana yang akan siap, ianya ditakrifkan kepada mana-mana projek yang sedang dalam pembinaan ataupun telah mendapat Notis Mula Kerja yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kangar. Secara keseluruhannya, projek perumahan kos rendah dan sederhana yang akan siap di negeri Perlis adalah 43 projek iaitu di kawasan Parlimen Padang Besar 8 projek, Kangar 22 projek dan Arau 13 projek. Jumlah keseluruhan unit adalah 5,168 di mana 1,444 unit adalah rumah kos rendah dan 2,882 unit rumah kos sederhana dan manakala 842 unit adalah rumah kos tinggi dan mewah. Perincian maklumat kos rendah dan sederhana yang akan siap adalah seperti berikut. Yang pertama, di Parlimen Padang Besar. DUN Titi Tinggi 1 projek dengan jumlah 27 unit rumah kos rendah dan 70 unit kos sederhana. Di DUN Beseri 4 projek, tiada unit rumah kos rendah dan 41 unit rumah kos sederhana. Di DUN Chuping tiada projek. Di DUN Mata Ayer 2 projek, tiada unit rumah kos rendah dan sederhana. Di DUN Santan 1 projek, tiada unit rumah kos rendah dan sederhana. Bagi Parlimen Kangar, satu DUN Bintong 9 projek dengan 27 unit rumah kos sederhana. Di DUN Sena 8 projek dengan 20 unit rumah kos sederhana. Di DUN Indera Kayangan 2 projek dengan 25 unit rumah kos sederhana. Di DUN Kuala Perlis 3 projek dengan jumlah 39 unit rumah kos sederhana, maaf kos rendah dan 127 unit kos sederhana. Dan di DUN Kayang 2 projek dengan jumlah 24 unit kos rendah dan 11 unit kos sederhana. Bagi Parlimen Arau, yang pertama DUN Pauh 7 projek dengan 1,094 unit rumah kos rendah dan 1,097 unit rumah kos sederhana. Bagi DUN Tambun Tulang 5 projek dengan jumlah 260 unit kos rendah dan 1,491 unit rumah sederhana. Bagi DUN Guar Sanji 1 projek tiada unit rumah kos rendah dan sederhana. Di DUN Simpang Empat tiada projek dan di DUN Sanglang tiada projek. Bagi projek perumahan kos rendah dan sederhana yang dirancang akan dibina pula, ianya dikategorikan sebagai projek-projek yang telah diluluskan Kebenaran Merancang namun masih belum dilaksanakan. Secara umumnya, sebanyak 92 projek telah dirancang di negeri Perlis merangkumi 9,339 unit rumah di mana 2,150 unit adalah rumah kos rendah, sebanyak 5,383 unit rumah kos sederhana dan bakinya 1,806 unit adalah rumah kos tinggi dan mewah. Pecahan projek mengikut Parlimen adalah Padang Besar 15 projek, Kangar 61 projek dan Arau 16 projek. Perincian maklumat rumah kos rendah dan sederhana yang dirancang adalah seperti berikut. Yang pertama bagi Parlimen Padang Besar. DUN Titi Tinggi 5 projek dengan jumlah 51 unit kos rendah. Bagi DUN Beseri 6 projek dengan jumlah 46 unit rumah kos sederhana. Bagi DUN Chuping 3 projek dengan jumlah 429 unit rumah kos rendah dan 82 unit rumah kos sederhana. Bagi DUN Mata Ayer 1 projek, tiada unit rumah kos rendah dan 8 unit rumah kos sederhana. Bagi DUN Santan tiada projek. Untuk Parlimen Kangar, yang pertama DUN Bintong 8 projek dengan jumlah 6 unit rumah kos rendah dan 60 unit rumah kos sederhana. Bagi DUN Sena 16 projek dengan jumlah 60 unit rumah kos rendah dan 212 unit rumah kos sederhana. Bagi DUN Indera Kayangan 12 projek dengan jumlah 80 unit rumah kos rendah dan 122 unit rumah sederhana. Bagi DUN Kuala Perlis 5 projek dengan jumlah 25 unit rumah kos rendah dan 1,159 unit rumah kos sederhana. Bagi DUN Kayang 20 projek dengan jumlah 529 unit rumah kos rendah dan 529 unit rumah kos sederhana. Bagi Parlimen Arau, yang pertama DUN Pauh 7 projek dengan jumlah 892 unit kos rendah dan 1,875 unit rumah kos sederhana. Bagi DUN Tambun Tulang 6 projek dengan jumlah 78 unit kos rendah dan 1,107 unit rumah kos sederhana. Bagi DUN Guar Sanji 2 projek, tiada unit kos rendah dan 6 unit kos sederhana. Bagi DUN Simpang Empat tiada projek. Bagi DUN Sanglang 1 projek, tiada unit rumah kos rendah dan rumah kos sederhana. Sekian, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 8.
(Soalan 8 : Apakah langkah-langkah dan program Kerajaan yang diambil sejajar dengan usaha sejagat dalam pemeliharaan alam sekitar, khususnya dalam mengurangkan penggunaan plastik, dalam seruan Pelan Transformasi Minda – Ke Arah Negara
Bersih, Indah dan Sejahtera (2015 – 2020) yang telah dilancarkan sebagai satu agenda untuk mencapai negara maju berpendapatan tinggi yang mempunyai masyarakat minda kelas pertama mengikut acuan tersendiri yang terus dihormati, disayangi dan dicontohi?)
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat. Langkah-langkah dan program Kerajaan yang diambil sejajar dengan usaha sejagat dalam pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar adalah larangan kemasukan plastik, import and export khususnya penjagaan alam sekitar adalah dengan buangan terjadual juga mengaktifkan, memperaktifkan Majlis Kerajaan dengan tidak menggunakan plastik seperti polisterin dan mengadakan program kesedaran alam sekitar seperti ceramah, pameran, seminar, bengkel, kem dan seumpamanya dengan juga sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa. Bagi meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat dari segenap peringkat tentang pentingnya pemeliharaan dan penjagaan alam sekitar turut mempromosi kitar semula. Terima kasih.
Soalan tambahan. Okay Yang Berhormat, saya nak tau apakah tindakan Kerajaan Tempatan kepada mereka tidak menguruskan sampah sarap kepada yang lebih baik. Adakah ada apa-apa penguatkuasaan dari segi penguatkuasaan dan tindakan yang diambil? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, memang di sepanjang tahun sampai sepanjang urusan di Kerajaan, kita dengan MPK atau SWCorp dengan agensi-agensi yang berkaitan selalunya mengambil tindakan untuk kepada pembuang-pembuang sampah. Tapi setakat hari ni, mungkin mindset yang tak pernah dipinda, usaha ini akan diteruskan oleh Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 9.
(Soalan 9 : Adakah tujuan perumahan rakyat Taman Wai Permai dibina untuk menempatkan mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Seberang Tok Pi?)
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Yang Berhormat sekalian, bagi menjawab soalan daripada YB Kuala Perlis iaitu tujuan perumahan rakyat Taman Wai Permai dibina untuk menempatkan mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Seberang Tok Pi. Tu soalannya. Tujuan asal Program Perumahan Rakyat ataupun PPR Taman Wai Permai dibina adalah untuk menyediakan kediaman perumahan kepada golongan sasar dengan kaedah sewaan. Ianya selaras dengan matlamat Dasar Perumahan Negara ataupun DPN bagi menyediakan perumahan yang mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu dimiliki bagi meningkatkan kemapanan hidup rakyat. Program Perumahan Rakyat, PPR Taman Wai Permai mempunyai 200 unit rumah kluster 1 tingkat di samping kemudahan awam yang lain seperti gerai, tadika, dewan orang ramai dan kawasan lapang. Kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Seberang Tok Pi melibatkan 52 keluarga pada tahun 1994 dan di Kampung Puju tahun 2004 yang melibatkan 77 keluarga telah memusnahkan tempat tinggal sebilangan besar keluarga. Kerajaan Negeri telah menempatkan mangsa kebakaran ini di rumah transit bagi membantu golongan tersebut. Apabila Projek Perumahan Rakyat, PPR Taman Wai Permai siap dibina pada tahun 2015, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menempatkan secara sementara mangsa kebakaran tersebut di 129 unit rumah. Kerajaan melalui Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk meluluskan pertukaran kaedah penawaran rumah kepada mangsa yang terlibat daripada sewaan kepada sewa beli. Sebelum itu, Kerajaan Negeri telah memajukan permohonan sewa beli 129 unit rumah untuk pertimbangan pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar dan Perumahan Tempatan, KPKT. Status terkini permohonan, Bahagian Perumahan telah menghantar maklumat lengkap yang diperlukan dan dimajukan kepada Jabatan Perumahan Negara pada 28 Mac 2018. Kementerian pada dasarnya tiada halangan terhadap permohonan ini tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri. Sekian, harap maklum.
Soalan tambahan Dato’ Speaker. Tadi saya tak sempat. Dari segi adakah pihak Kerajaan membuat satu survey sebelum memulakan satu projek perumahan contohnya dari segi pendapatan penduduk sekitar sebab saya dapati banyak rumah yang dibina di… contohnya harga mahal, orang kampung tak boleh beli. Contoh yang ni, di Perumahan sebelah Penjara Guar Nangka Chuping, sampai sekarang masih lagi banyak unit yang kosong. Rumah dibina sampai kos RM189,000. Terima kasih.
Terima kasih YB Sena. Berhubung kait dengan ketidakmampuan kemungkinan ketidakmampuan pembeli, projek tersebut adalah swasta dan bukannya perumahan rakyat. Jadi, ini melibatkan kos-kos yang telah pun ditetapkan oleh pihak pemaju. Walau macam manapun, pihak Kerajaan Negeri mungkin kita akan buat satu tindakan yang lain untuk membolehkan apa ni... diselesaikan. Insya Allah.
Soalan tambahan kepada YB Santan. Berkenaan dengan pertukaran status skim dengan izin untuk sewa beli untuk Taman Perumahan Wai. Jika ditakdirkan Jemaah Menteri meluluskan pertukaran skim ni, adakah pembayaran daripada penduduk Taman Wai Permai itu yang mangsa-mangsa kebakaran tu, akan dikira daripada bermulanya mereka masuk ke rumah itu atau pun dengan satu tarikh yang baru untuk sewa beli itu. Terima kasih.
Okay baik terima kasih YB Kuala Perlis. Berhubung dengan kos ataupun berhubung dengan cara bayaran tu, sememangnya kita akan berbicang dahulu dengan pihak pembeli dan tertakluk kepada Kerajaan lah. Tertakluk kepada perbincangan antara pihak Kerajaan dan pembeli.
Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 10.
(Soalan 10 : Apakah perancangan Kerajaan untuk memastikan tunggakan hutang bil air oleh pengguna yang meningkat hingga RM39 juta dapat diselesaikan segera?)
Bismillahhirahmannirrahim, assalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, ada beberapa inisiatif yang diambil SAP dalam memastikan tunggakan bil air oleh pengguna dapat diselesaikan. Antaranya langkah penguatkuasaan. Langkah penguatkuasaan ini dibuat untuk pemotongan bekalan kepada premis yang mempunyai tunggakan dan ianya dilakukan secara berterusan sepanjang tahun. Ianya bermula dengan pengkelasan kawasan yang akan menjalani operasi pemotongan, kemudian pihak SAP akan mengeluarkan notis amaran awal atau Peringatan Awal 14 hari awal kepada premis yang dikenal pasti dan notis ini diserahkan sendiri sebelum bekalan dipotong. Walau bagaimanapun, SAP masih menggunakan budi bicaranya dengan berunding bersama dengan pengguna dan mengesyorkan beberapa pelan bayaran agar proses pemotongan dapat ditangguhkan jika pengguna tersebut dapat membuat pembayaran sebelum tindakan pemotongan diambil. Untuk tindakan ini, SAP akan menggunakan caj pemotongan RM35 dan juga RM35 lagi untuk caj penyambungan semula jika pengguna gagal membuat pembayaran. Prosedur untuk pemotongan bermula dengan… Selain daripada itu, selain daripada langkah penguatkuasaan, bagi menggalakkan pengguna membuat bayaran adalah dengan strategi mempermudahkan pengguna. Kadang-kadang pengguna ni dia nak bayar bil air tetapi mungkin urusan tu agak susah tetapi pihak SAP, untuk menggalakkan pengguna ataupun mempermudahkan urusan pembayaran dilakukan, pihak SAP telah bekerjasama dengan Cawangan Pos Malaysia, bekerjasama dengan agen-agen BSN yang berdaftar, melalui kutipan kaunter di pejabat, melalui agen bank berdaftar dan juga Perbankan internet ataupun JomPay. Metodologi pembayaran alternatif ini memudahkan pengguna di Negeri Perlis untuk membuat bayaran di mana sahaja tanpa perlu hadir ke pejabat SAP. SAP juga turut menawarkan pelan ansuran pembayaran tunggakan bagi pengguna yang mempunyai tunggakan tinggi. Pelan pembayaran ansuran ini turut ditawarkan kepada pengguna yang telah dipotong bekalan melalui operasi pemotongan untuk memudahkan mereka memohon penyambungan semula. Pelan ansuran tersebut dibuat untuk tempoh tidak lebih 18 bulan dan pembayaran dilakukan secara bulanan. Langkah ini telah diperkenalkan pada tahun 2017 dan mendapat maklum balas positif daripada pengguna-pengguna di negeri Perlis. SAP juga telah mengambil langkah proaktif dengan bekerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan dalam membantu syarikat mengutip hasil air yang telah dibekalkan. Di peringkat negeri, SAP telah bekerjasama dengan Pejabat Perbendaharaan Negeri dan Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri, BPEN Perlis dalam usaha mengutip tunggakan terdahulu agensi jabatan yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri. Pejabat Perbendaharaan dan BPEN telah memberi kerjasama yang baik dalam memastikan kesemua agensi ataupun jabatan di bawah Kerajaan Negeri membuat bayaran secara konsisten dan Pejabat Perbendaharaan Negeri sendiri telah menjadi koordinator dalam memastikan usaha ini berjaya. Usaha ini terbukti berjaya di mana hampir 70% agensi di bawah Kerajaan Negeri telah membuat bayaran dan baki 30% lagi masih dalam proses rundingan dan perbincangan sebelum bayaran dilaksanakan. SAP juga mempunyai hubungan erat dengan pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada masa itu dan dalam memungut hasil air di negeri Perlis. Syarikat telah menghantar surat amaran tunggakan kepada setiap jabatan ataupun agensi persekutuan dan sesalinan penuhnya telah di… dan sesalinan penuh senarai jabatan tersebut telah dihantar kepada kementerian untuk tindakan susulan. Timbalan Ketua Setiausaha, TKSU KeTTHA telah mengambil inisiatif untuk menghantar surat kepada Ketua Setiausaha, KSU Kementerian lain berhubung isu ini dan menggesa Kementerian mengambil tindakan sewajarnya dalam menyelesaikan isu ini. Hasilnya, agensi atau pun jabatan persekutuan telah membuat bayaran berjumlah RM4.5 juta bagi tahun 2017. Langkah-langkah ini akan diteruskan oleh pihak SAP bagi tahun 2018 ini. Selain daripada itu, di peringkat negeri, Kerajaan juga menyambut baik saranan dan juga cadangan daripada Yang Berhormat Kuala Sanglang dalam usul perbahasan kelmarin agar kepentingan membayar hutang, tak kira hutang apa pun, untuk dimasukkan dalam teks khutbah Jumaat sebagai satu kaedah untuk menyedarkan pengguna tentang tuntutan hutang ini. Selain daripada itu juga, kita juga sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat juga berperanan untuk membantu syarikat atau Kerajaan Negeri dalam memberi kesedaran ataupun memupuk kesedaran di peringkat kawasan kita terutamanya apabila mengadakan program-program rakyat di peringkat kawasan dengan kempen untuk membayar bil-bil yang tertunggak ini. Dan mungkin juga Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menjemput pihak SAP untuk semasa dalam program-program di kawasan-kawasan Yang Berhormat untuk mengadakan kaunter bergerak, kaunter kutipan bil bergerak di kawasan masing-masing semasa program dilaksanakan. Sekian.
Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Berapakah perincian hutang kepada SAP yang melibatkan agensi-agensi Kerajaan dan pihak swasta? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sena. Perincian kita boleh perincikan kepada beberapa apa ni… perincian. Kalau boleh, saya ikut zonning lah no? Kita ikut zoning. Tunggakan kalau ikut zonning ni, di kawasan Sanglang, di kawasan Sanglang sebanyak jumlah akaun yang terlibat di kawasan Sanglang adalah sebanyak 3,608 yang mana jumlah tunggakan di kawasan Sanglang adalah sebanyak RM1.94 juta. Di kawasan Sungai Berembang, jumlah akaun yang terlibat adalah 1,383 dengan jumlah tunggakan sebanyak RM756 ribu. Kawasan Kuala Perlis, 4,448 akaun terlibat dengan jumlah tunggakan sebanyak RM2.753 juta. Kawasan Arau 9,247 akaun dengan jumlah tunggakannya sebanyak RM4.6 juta. Dan lain-lain kawasan di 15 kawasan yang lain dan jumlah tunggakannya adalah sebanyak RM36.12 juta.
Dipersilakan Sanglang.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Yang pertamanya, Yang Berhormat Kayang kena… sistem zon tu banyak orang tak faham. Bila yang Yang Berhormat sebut Sanglang tadi, seolah-olah macam tempat saya tu tang banyak. Tapi sebenarnya dia masuk sekali dengan Simpang Empat. Kena, kena, kena bagi faham zon tu.
Simpang Empat dah sebut dah, Sungai Berembang nak sebut berapa kali?
Sungai Berembang tu dia satu kampung kecik ja… (YB ketawa)
Okay, maafkan saya… (YB ketawa)
Yang Berhormat Dato’ Speaker, apakah SAP ni, tak dak rancangan untuk penambahbaikan hutang-hutang ni sebab daripada sidang yang lepas hutang ni dia kekal RM39 juta. Dia tak dak banyak perubahan. Barangkali ada nak buat macam mana Pejabat Tanah dan Galian tu, dia letak billboard yang besar, dia kata diskaun sampai 80%, 90% jika bayar dalam jangka masa untuk rakyat la, bukan untuk agensi Kerajaan Negeri ataupun persekutuan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sanglang, sistem zoning ni yang digunakan telah mengikut bacaan meter. Petugas-petugas meter dipecahkan kepada 15 zon dan kebetulan dia tak ikut DUN la. Dia tak ikut kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat dan kebetulan juga, dia juga merupakan 15 kawasan zon yang telah dibuat perincian oleh pegawai-pegawai pembaca meter. Jadi, kalau perlu saya bacakan semua, sebab kawasan semua pun semuanya terlibat. Okay, kawasan Kangar saya teruskan, kawasan Kangar 6,763 akaun dengan jumlah tunggakan sebanyak RM4.7 juta. Bintong sebanyak 2,813 akaun dengan jumlah tunggakan sebanyak RM1.018 juta. Kawasan Santan Kayaman sebanyak 1,729 akaun dengan tunggakan RM4.55 juta. Kawasan Padang Besar 3,307 akaun dengan jumlah tunggakan RM2.3 juta. Repoh Jejawi, 3,401 akaun dengan jumlah tunggakan sebanyak RM1.852 juta. Abi Jalan Bukit, Jalan Kaki Bukit jumlah akaun 4,583 dengan jumlah tunggakan RM2.56 juta. Kawasan Utan Aji 4,620 akaun dengan tunggakan RM2.183 juta. Beseri Jaya 2,697 akaun dengan tunggakan RM1.51 juta. Felda Chuping, 547 akaun dengan tunggakan RM578,000. Simpang Empat, ada rupanya, 3,989 akaun dengan jumlah tunggakan RM2.36 juta. Kaki Bukit, 760 akaun dengan tunggakan RM478,000 dan Bukit Mali Seriab…
Behor Mali. Bukit Mali tak dak kat Perlis, mungkin di Thailand…
Maaf, Behor Mali Seriab, akaun 3,688 dengan jumlah tunggakan RM1.886 juta. Jadi, jumlah keseluruhannya 36.12. jadi, itulah metodologi yang digunakan oleh syarikat untuk memungut hasil dan strategi penguatkuasaan ini adalah merupakan satu strategi yang memberi satu impak yang sangat positif lah kepada pengguna untuk menyedarkan mereka tentang pembayaran hutang ini. Jadi, apa-apa cadangan lain Yang Berhormat Sanglang Insya Allah kami alu-alukan dan Insya Allah kita akan aplikasikan dalam urusan mengutip bil-bil yang tertunggak ini.
Tambun Tulang, sebab ada soalan Tambung Tulang sikit kan. Terima kasih Dato Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kayang. Kalau kita lihat jawapan Yang Berhormat tadi, kita masih mengamalkan cara yang sama, very diplomatic approach dengan izin, daripada tahun lepas lagi Dewan yang mulia ini, kita masih membentang benda yang sama. Tapi kalau kita ikut Akta 655, WASIA, Water Services and Industry Act. Dia sebenarnya akta ni terlalu, cukup kuat. Jadi, CEO dia kena dalam membuat penguatkuasaan, dia harus bersekali dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara sebab yang ada power bukan syarikat, yang ada power adalah authority daripada pihak Kerajaan. Jadi, kita kena tunjuk sikit la, kadang-kadang di tempat tertentu kalau kita wakil rakyat orang politik semua ni, orang politik, tu beban dia akan datang kat kita balik. Memang saya tau pun, bila Yang Berhormat Kayang baca ikut zoning, macam semua all the account holders tu semua akan backfire semua akan come back to us, akan balik kat kita. Semua pi Pusat Khidmat, sua bil dan suruh kita bayar. Kalau ansuran pun, ansuran yang akan dijelaskan oleh wakil rakyat itu yang telah berlaku secara tradisinya tapi sekarang memandangkan benda ini tidak berkesan, tak berkesan langsung. Mungkin kalau sahabat saya Sanglang pun bagitau tadi kalau ada pun sedikit perubahan. Cuba cari lain untuk kita menyelesaikan hutang-hutang lapok ni sama nak write off tu, mungkin bukan masa la sebab keadaan tenat yang berlaku pada pihak syarikat tapi boleh dikenakan cara lain, rebate apa, SAP di Radio 3 Perlis. Apa-apa saja, ambil ustaz sorang, ni balik. Kita buat balik dalam memupuk kesedaran, sebab orang Perlis ni benda ni dah lama mereka menikmati perkara ini dan yang kedua Yang Berhormat, sebagai Exco baru yang pegang ni, Yang Berhormat mungkin ada idea baru yang terlibat dalam dan betul-betul expert dalam bidang ini. Nak bagitau, dalam kes-kes ini, selama ini walaupun SAP boleh claim kita kurang pegawai penguatkuasaan tapi saya rasa paling banyak sebab kita wakil rakyat kita semua tau. Rumah-rumah kawan kita pi potong macam mana pun satgi balik dia ada air balik. Jadi, orang tak takut kepada SAP. Orang tak hairan pun. Malah, pengerus-pengerusi JKKK dulu, dulu ya? Sekarang mungkin tak dak, pun bila orang kampung datang kepada dia, memberitahu perkara yang sama, rumah aku pun aku sambung balik, makna kata mereka ni berani against, melawan undang-undang yang sedia ada. Jadi tindakan itu daripada agak diplomatik harus lebih keras sedikit. Kita bukan apa, dalam memupuk kesedaran yang penting kita nak bagi industri ini, syarikat air ini, dia balik kepada landasan sepertimana di dalam planning organizing directing controlling yang kita sedang buat selama ini. Terima kasih Dato’ Speaker.
Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya yang ke-11.
(Soalan 11 : Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah berkaitan bekalan air di seluruh negeri Perlis dan tindakan segera terhadap sebarang aduan yang dikemukakan?)
(Soalan 12 : Apakah status terkini berhubung dengan air terawat tidak berhasil (NRW) di Perlis dan apakah tindakan segera atau di dalam perancangan yang diambil oleh Syarikat Air Perlis?)
(Soalan 13 : Apakah tindakan ataupun penyelesaian yang dirancang dan sedang dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kualiti air yang semakin menurun, bekalan air yang selalu terputus dan tekanan air menjadi terlalu perlahan?)
(Soalan 15 : Apakah langkah-langkah Syarikat Air Perlis untuk memastikan bekalan air di sekitar Kuala Perlis mencukupi terutamanya bila tiba musim perayaan?)
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, Saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan nombor 12, 13 dan 15 daripada Yang Berhormat Tambun Tulang, Yang Berhormat Sena dan juga Yang Berhormat Kuala Perlis. Dalam usaha menyelesaikan masalah-masalah berkaitan bekalan air di seluruh Negeri Perlis, Syarikat Air Perlis, SAP mengambil beberapa langkah berikut. Pertama, memohon peruntukan khas yang telah pun diluluskan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, KeTTHA sebanyak RM40 juta. Yang kedua, memohon peruntukan NRW Pendekatan 1 yang juga telah diluluskan melalui KeTTHA sebanyak RM50 juta. Dan yang ketiga mengemukakan senarai cadangan penukaran paip air yang uzur terutama jenis A.C. telah dikemukakan kepada KeTTHA. Selain daripada itu, SAP juga mengambil tindakan segera terhadap sebarang aduan yang telah dikemukakan iaitu dengan cara yang pertamanya merekod secara terus di dalam sistem aduan. Yang kedua, memberi maklum balas kepada pengadu bahawa aduan akan diambil tindakan atau siasatan secepat mungkin. Yang ketiga penyelesaian melibatkan bilangan pengguna terjejas yang ramai akan diberikan keutamaan. Maklum balas kepada Kumpulan Aduan Awam melalui WhatsApp ataupun Telegram untuk tindakan yang melibatkan pengguna yang ramai dan maklum balas terus kepada pengadu jika hanya seorang individu yang terlibat. Dan hebahan akan dilakukan jika melibatkan pembaikan kebocoran paip air atau kerosakan pam melalui Radio Malaysia Perlis dan Kumpulan Aduan Awam melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram. Berhubung isu bekalan air tidak mencukupi terutamanya bila tiba musim perayaan, ia tidak hanya berlaku di Kuala Perlis tetapi juga melibatkan kawasan-kawasan lain yang mempunyai tekanan air rendah sedia ada dan juga kawasan-kawasan yang berada di kedudukan yang agak tinggi. Apabila musim perayaan, permintaan atau penggunaan air akan bertambah disebabkan pertambahan jumlah penduduk yang pulang ke Perlis menyebabkan kawasan yang berisiko tinggi akan mengalami gangguan terputus bekalan atau tekanan air rendah. Untuk mengatasi masalah ini, SAP mengambil tindakan seperti berikut. Pertamanya untuk jangka masa pendek, SAP menghantar air ke kawasan yang terjejas atau menggalakkan penyimpanan air oleh pengguna semasa musim perayaan. Untuk jangka masa panjang, pembinaan dan pembaikan tangki-tangki air yang bocor di seluruh negeri Perlis termasuk di tapak lama Kuala Perlis melalui peruntukan NRW daripada Kerajaan Persekutuan yang diluluskan sebanyak RM50 juta tadi. Berhubung Air Terawat Tidak Berhasil, NRW pula, kadar sehingga Jun 2018 adalah sebanyak 63%. Tindakan segera yang telah diambil oleh SAP adalah melaksanakan kerja-kerja penukaran meter kandas bersaiz 1/2 inci sehingga 6 inci dan penyelenggaran paip-paip bocor serta melaksanakan aktiviti penguatkuasaan terhadap kecurian air. Perancangan yang diambil oleh SAP bagi menangani masalah NRW adalah termasuk di dalam permohonan peruntukan NRW Pendekatan 1 yang telah diluluskan sebanyak RM50 juta tadi iaitu melibatkan pembentukan pasukan NRW yang lengkap dengan 4 skop utama seperti penggantian meter pengguna yang rosak atau berusia melebihi 7 tahun jumlahnya lebih kurang 30,000 unit. Pemasangan Meter SIV. Pembaikan tangki-tangki air yang bocor atau melimpah. Dan penyediaan GIS, Geographical Information System. Berhubung isu kualiti air pula, tindakan penyelesaian yang dirancang dan sedang dijalankan oleh SAP untuk meningkatkan kualiti air adalah seperti berikut. Untuk tindakan jangka masa pendek, yang pertamanya tentang aduan kualiti air ataupun isu kualiti air. SAP akan segera menjalankan kerja-kerja scouring di kawasan yang terlibat. Yang keduanya isu bekalan air terputus dan tekanan air perlahan. SAP akan menjalankan kerja-kerja pembaikan dengan kadar segera jika melibatkan kebocoran paip air ataupun tersumbat dan juga kerosakan pam. Yang kedua, tindakan jangka masa panjang. Tentang aduan kualiti air tadi, SAP telah mengemukakan permohonan Peruntukan Khas kepada Kerajaan Persekutuan untuk pertambahan kapasiti di Loji Rawatan Air Timah Tasoh dengan kapasiti kompak 40MLD, million litres per day. Yang kedua, isu bekalan air terputus dan tekanan air perlahan tadi untuk pelan jangka masa panjang perancangan menyenaraikan penukaran paip yang uzur terutamanya jenis A.C. di seluruh negeri Perlis telah dikemukakan kepada pihak Kementerian. Yang keduanya, peruntukan yang diluluskan sebanyak RM50 juta tadi, oleh Kerajaan Persekutuan yang melibatkan pembaikan tangki-tangki air yang bocor dan peruntukan khas yang diluluskan sebanyak RM40 juta untuk pembaikan pam-pam yang rosak. Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Kayang. Dia menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air ni kaki sebelah di luar, kaki sebelah lagi di dalam makna dia boleh masuk jail bila-bila masa kalau diikutkan Akta dalam 655. Walaupun negeri kita dari segi NRW, kita paling tertinggi di Malaysia, dari segi kualiti kita mungkin yang paling terendah di negara ini. Apatah lagi nak menyamai kualiti, kualitas yang ada pada Putrajaya, Selangor dan Johor, SAJH. Masih jauh. Itu kalau di sana, tiga-tiga negeri ni kita boleh minum di kepala paip ja, ayaq. Buka paip boleh minum. Dia punya tahap kebersihan dan juga tahap kualiti air begitu tinggi. Tapi kita masih belum capai tahap tu, jangan cakap pasal kualiti dan jangan cakap pasal ni, reduce NRW tu benda-benda tu di antara… dan sekarang ni Kementerian bertukar Yang Berhormat. Yang Berhormat harus mengadakan kunjungan hormat kerana portfolio bertukar ke Kementerian baru dan sudah tentu dasar-dasar yang mungkin dibuat oleh Tan Sri Zaini sebelum ni, Dato’ Sri Zaini adalah berubah, telah berubah. Jadi kita nak pastikan dalam keadaan beberapa bulan ni, keadaan agak tak berapa goyang-goyang dan uncertainty kita nak kena pi pebetoi balik hak mana keadaan, ni dalam hal ini, kita minta CEO dan juga dengan panduan dan juga daripada Yang Berhormat dan nasihat Yang Amat Berhormat Bintong, kita minta perkara-perkara ini diberikan perhatian selari bersama-sama untuk meningkatkan kualiti air. Kerana kita tak mau bukan soal tekanan, soal supply ni kita memang dari segi audit yang dibuat, Perlis memang tak cukup, tak cukup terutama masa-masa kemuncak, musim-musim perayaan dan sebagainya. Hari-hari minggu pun tak cukup kerana orang banyak basuh kereta dan lain-lain. Basuh pakaian dan lain-lain. Jadi, dalam ini saya minta Yang Berhormat terus mengambil tindakan segera supaya pastikan kalau tidak kita mencapai mengurangkan, sekurang-kurangnya kita berada di peringkat pertengahan dalam kita dari segi kualiti dan juga NRW ini. Sebab yang curi ni pun sebenarnya paling banyak cuma jumlahnya mungkin Encik Hamid tak dapat bagi, tapi curi ni saya rasa gerai Tambun Tulang boleh dikatakan 100% curi semenjak gerai itu dibina lebih kurang 25 tahun yang lalu, kampung saya, saya tau la tak dak meter. Tepi rumah mak saya tak dak meter langsung sampai sekarang. Makna kata berapa tahun dah mereka menjual makanan bayangkan jual makanan tu, restoran tu, dekat rumah YB Sham sebuah ni apa… kedai makan agak terkenal kot…
Depan BERNAS…
Dia pun bagitau lokasi dia. Saya rasa dia menjalankan perniagaan dok selinap-selinap tapi orang tua tak mau sedar-sedar juga dia terus dok buat juga. Dia curi air forever. Meter tak pernah berjalan. Benda-benda macam ni bukan kes satu dan ini bukan kes terpencil. Kes ini adalah kes yang cukup besar. Ligan yang ni dulu sebelum kita nak cari benda-benda lain, paip bocor… ligan yang kecurian dulu. Saya ingat ni pun di antara benda yang terbesar yang melibatkan soal NRW di negeri Perlis ini. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya nombor 14.
(Soalan 14 : Berapakah kadar peratusan kemiskinan di negeri Perlis dan apakah langkah spesifik mengikut keperluan dan kehendak rakyat yang telah dirancang dan akan dijalankan dalam usaha untuk membasmi kadar kemiskinan di negeri Perlis untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang?)
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada YB Indera Kayangan. Bagi menjawab soalan YB Indera Kayangan tentang peratusan kemiskinan di negeri Perlis dan keperluan kehendak rakyat untuk basmi kadar kemiskinan. Berdasarkan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas yang dikeluarkan dua tahun sekali oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar kemiskinan di negeri Perlis telah mencatat penurunan daripada 0.2% pada tahun 2014 kepada 0.1% pada 2016. Penurunan kadar kemiskinan juga dicatatkan di peringkat kebangsaan yang mana insiden kemiskinan di Malaysia telah menunjukkan penurunan daripada 0.6% 2014 dan 0.4% pada tahun 2016. Dia setiap dua tahun sekali. Isu kemiskinan di negeri Perlis merupakan salah satu daripada agenda utama Kerajaan Negeri bagi memastikan semua penduduk di negeri ini menikmati taraf hidup yang baik. Pelbagai langkah yang proaktif telah diambil oleh agensi Negeri dan Persekutuan bagi menyokong pelaksanaan agenda pembasmi kemiskinan termasuklah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Majlis Amanah Rakyat, MARA, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri Perlis, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Majlis Agama Islam Negeri Perlis, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan MPK. Antara tujuh usaha utama yang diambil bagi membasmi kemiskinan di negeri Perlis adalah seperti berikut. Pertama, bantuan sara hidup bulanan sebanyak RM250 sehingga RM300 kepada 700 orang nelayan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Yang kedua, bantuan sara hidup bulanan oleh JKM Negeri Perlis sebanyak RM150 sehingga RM450 kepada 8,980 orang melalui skim orang tua, bantuan kanak-kanak, bantuan orang kurang upaya bagi meringankan bebanan kehidupan mereka. Dan yang ketiga program peningkatan pendapatan dan peningkatan kapasiti golongan berpendapatan rendah iaitu melalui 2 program latihan kemahiran dan bantuan skim keusahawanan. Bahagian Perancang Ekonomi Negeri dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, telah melaksanakan Program Peningkatan Kapasiti dan Kapabiliti Kumpulan Khusus sejak tahun 2013 yang melibatkan seramai 701 orang pelatih yang terdiri daripada belia B40 yang berumur 16 hingga 30 tahun. Para pelatih dihantar ke beberapa buah Pusat Latihan Kemahiran Swasta bagi mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 hingga Tahap 3 di dalam program yang terlibat adalah automotif, elektronik, penyediaan makanan, jahitan, automasi dan penyelenggaran penghawa dingin. Selepas tamat latihan, para pelatih akan ditempatkan di industri yang berkaitan dengan bidang latihan masing-masing dan purata gaji minima yang mereka dapat adalah sebanyak RM1,000 oleh Pusat Latihan Kemahiran berdasarkan perjanjian yang telah ditandatangani antara Kerajaan Negeri dan Pusat Latihan Kemahiran dan yang keempat Majlis Agama Islam Negeri Perlis ataupun MAIPs aktif memberikan bantuan kepada golongan miskin melalui skim bantuan asnaf sepertimana bantuan sara hidup, bantuan persekolahan dan bantuan latihan kemahiran juga. MAIPs juga telah menyalurkan sebanyak RM47 juta sejak tahun 2013 untuk bina baru atau baik pulih rumah sebanyak 2,425 buah rumah-rumah asnaf yang telah dibina baru dan dibaik pulih. Yang kelima, menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa kepada golongan miskin melalui bantuan Program Perumahan Rakyat, PPR. Sebanyak 1,428 unit rumah PPR disediakan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah iaitu 480 unit rumah di PPR Sena, 748 unit rumah di PPR Wang Ulu dan 200 unit rumah di PPR Taman Wai Permai. Yang keenam, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis juga turut menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan miskin melalui program Pekerja Rakyat Termiskin bagi membantu mereka mendapatkan pendapatan menyara diri dan keluarga. Pada ketika ini, seramai 43 orang miskin telah menerima manfaat ini. Dan yang akhir ketujuh, Program Inisiatif Galakan Niaga yang diperkenalkan oleh MPK sejak Februari 2018 telah memberi ruang dan peluang kepada generasi muda untuk berniaga dari rumah dan sebagainya dengan memberi pengurangan kadar lesen perniagaan penjaja sebanyak 20 percent kepada 30 jenis lesen penjaja yang terlibat melalui insentif ini. Secara keseluruhannya usaha dan program-program yang dibuat adalah untuk secara tidak langsung bagi tujuan mengeluarkan rakyat daripada kepompong kemiskinan dan amat berharap sangat sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dapat meuar-uarkan kepada rakyat di kawasan masing-masing supaya tagline rajin berusaha dan kuat bekerja lagi perlu diterapkan kepada mereka supaya mengurangkan kebergantungan kepada bantuan dan sebagainya sebab hanya melalui penerapan sikap dan sifat positif sahaja yang akan menjamin kesejahteraan dan kehidupan rakyat yang lebih baik. Itu adalah dalam Titah Ucapan Tuanku pada Ucapan Perasmian yang lalu. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 16.
(Soalan 16 : Berapakah tunggakan hutang bil air dan elektrik oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Perlis hingga Mei 2018?)
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Berkenaan dengan tunggakan bil air dan elektrik oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Perlis sehinggalah bulan Mei 2018. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jumlah tunggakan untuk hutang bil elektrik, ya? Bil elektrik sehingga bulan Mei bagi jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM30.1 juta, manakala tunggakan jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan di Perlis untuk bil elektrik ini ialah sebanyak RM5.3 juta. Manakala tunggakan untuk bil air pula, sehingga bulan Mei, jabatan-jabatan dan agensi Kerajaan Negeri ialah sebanyak RM1.7 juta dan untuk jabatan-jabatan dan agensi-agensi Persekutuan adalah sebanyak RM1.82 juta. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Ahli-ahli Yang Berhormat, nampaknya keadaan tunggakan hutang bil air dan elektrik ini nampaknya sangat serius. Jadi sila ambil tindakan bagi ketua-ketua jabatan yang hadir pada pagi ini. Soalan yang terakhir daripada Yang Berhormat Guar Sanji. Dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya yang ke-17.
(Soalan 17 : Apakah rasional pelantikan pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha dan lain-lain jawatan qariah ditentukan oleh jabatan agama?)
Bismillahhirahmannirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Yang Berhormat Guar Sanji. Soalannya apakah rasional pelantikan pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha dan lain-lain jawatan qariah ditentukan oleh jabatan agama. Pengisian jawatan pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, penolong setiausaha dan bendahari bagi sesebuah jawatankuasa kariah masjid ditentukan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis iaitu MAIPs. Ini berdasarkan Perkara 12(1), Peraturan- peraturan Jawatankuasa Kariah 1990 (Pindaan 1995) yang memperuntukkan bahawa Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari hendaklah dilantik oleh Majlis dari anak kariah. MAIPs turut melantik para Pegawai Masjid iaitu Imam 1, Imam 2, Muazzin 1, Muazzin 2, Siak 1, Siak 2 dan Penjaga Kawasan sebagai Ahli Jawatankuasa Kariah berdasarkan Perkara 12(2), Peraturan-peraturan Jawatankuasa Kariah 1990 (Pindaan 1995) yang memperuntukkan Pegawai-pegawai Masjid, dengan sifat pelantikan mereka dengan sendirinya termasuk ahli Jawatankuasa. Rasional di sebalik kuasa melantik ini dipegang oleh MAIPs adalah untuk menjamin pengurusan sesebuah masjid melalui jawatankuasa kariahnya adalah sentiasa taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Pemerintah, serta sentiasa berteraskan manhaj Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang tidak terikat kepada mana-mana fiqh tertentu, sebagaimana yang dikanunkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis pada tahun 1948. Adapun peranan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis adalah sebagai agensi yang mengawal selia pentadbiran dan pengimarahan masjid, serta memastikan segala dasar dan peraturan yang ditetapkan oleh MAIPs dikuatkuasakan oleh jawatankuasa-jawatankuasa kariah masjid di seluruh negeri Perlis dengan sebaik-baiknya. Justeru itu, persepsi bahawa tidak perlu hadir dan tidak perlu mengambil bahagian dalam sesebuah Muktamar Agung Tahunan yang sekarang tengah diadakan adalah merupakan persepsi yang salah lagi merugikan seseorang ahli kariah itu sendiri. Tambahan pula, sekiranya wujud sebarang kemusykilan, kekeliruan atau masalah berkaitan dengan hal ehwal kariah, maka tempat yang tepat untuk dirujuk ialah Bahagian Dakwah dan Takmir, Jabatan Agama Islam Negeri Perlis dan bukannya kepada pihak-pihak yang lain. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditempohkan sebentar sehingga jam 11.15 pagi. Sekian.
(Persidangan ditangguhkan sementara pada jam 10.35 pagi)
(Persidangan disambung semula pada pukul 11.15 pagi)
Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja PerlisMotion
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula. Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Tuanku Raja dibuka semula untuk perbahasan. Dipersilakan pihak Kerajaan untuk memberikan maklum balas terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan dan seterusnya menggulung perbahasan. Saya menjemput Yang Berhormat Titi Tinggi.
Salam sejahtera dan selamat pagi, Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Dengan penuh rasa tanggungjawab, saya berdiri di sini untuk membahaskan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sempena persidangan pertama sidang Dewan Undangan Negeri Perlis bagi Penggal Keempat Belas 2018 ini. Izinkan saya bagi pihak rakyat di DUN Titi Tinggi merakamkan setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kami kerana telah diberikan peluang mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Ucapan DiRaja ini. Yang Berhomat Dato’ Speaker, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan dengan isu yang dibangkitkan mengenai pengusahaan, pengusaha cuci kereta automatik di negeri Perlis ini, perkara ini memang dalam pemantauan dan perhatian pihak SWCorp. Pihak SWCorp sedang mengumpul bukti dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan bersama MPK. Dengan kejadian banjir kilat yang berlaku di kampung Jelempok, Arau lazimnya disalirkan melalui sungai Mentalon, sungai Jalan Perlis dan seterusnya mengalir masuk ke parit Sanglang Lama dan parit Sanglang Baru. Adakalanya operasi saliran banjir menjadi perlahan disebabkan pengaliran air dari sungai Jalan Perlis bertembung dengan aliran air dari kawasan Kodiang, Kedah. Aliran air ini juga akan menjadi semakin perlahan jika pada masa yang sama berlaku air pasang besar di Kuala Sanglang. Bagi mengurangkan risiko kejadian banjir kilat di kawasan Kampung Jelempok pihak MADA lazimnya akan melaksanakan kerja-kerja mengorek semula di sungai Jalan Perlis dan parit Sanglang Baru dari masa ke semasa bagi memastikan kelancaran pengaliran air. Untuk makluman pada masa ini tidak ada projek yang dilaksanakan oleh pihak MADA yang tergendala di Kampung Jelempok. Namun begitu kerja-kerja penyelenggaraan kecil akan dijadualkan pada musim kering selepas musim penuaian kedua iaitu pada bulan Januari hingga Mac 2019. Kerajaan Negeri mengambil maklumat terhadap isu sistem perparitan di Kampung Tanah Timbul Sanglang yang dibangkitkan. Bagi menangani isu ini, Kerajaan Negeri akan melihat sistem perparitan di tapak yang terlibat dan akan berusaha mengenal pasti langkah-langkah yang bersesuaian, tindakan sewajarnya akan diselaraskan oleh pihak Bahagian Pentadbiran Daerah. Yang Berhormat Dato’, Yang Berhormat Tambun Tulang, loji rawatan kumbahan berpusat kapasiti 30,000 PE penduduk setara di Kangar telah siap dilaksanakan di bawah pemantauan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan, permohonan ini untuk meneruskan sistem rangkaian pembentungan di sekitar kawasan Kangar wajar dipohon melalui tabung pembentungan dan keputusan permohonan peruntukan yang tersebut adalah tertakluk kepada keputusan oleh Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri akan berusaha memohon peruntukan tersebut untuk manfaat negeri ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya telah hayati dengan penuh keprihatinan Titah Ucapan ke bawah Duli Tuanku Raja Perlis ternyata Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis amat peka dengan situasi negeri Perlis dan bagi saya telah diamanahkan sebagai wakil rakyat merasakan ianya satu isyarat kepada kami untuk menjaga kemasalahan atau kepentingan rakyat agar kehidupan mereka lebih terurus dan sedaya upaya akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat tanpa prejudis kepada perbezaan ideologi, fahaman parti, agama dan bangsa. Saya selaku wakil rakyat DUN Titi Tinggi akan terus setia kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, saya amat menyokong Titah ke bawah Duli Tuanku yang telah menitikkan pesanan terus kepada semua penjawat awam mengenai kepentingan untuk mengamalkan tadbir urus yang terbaik dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Dalam erti kata lain, seruan ke bawah Duli Tuanku Raja agar semua penjawat awam sentiasa melestarikan pelaksanaan tugas dengan amanah, telus dan berketrampilan berlandaskan prinsip-prinsip yang telah digariskan mesti sentiasa diingatkan agar pemerkasaan amalan integriti dan akauntabiliti terus dijana dengan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang bagi mengelakkan sebarang bentuk penyelewangan dan salah guna kuasa dalam penjawat awam di negeri ini. Saya yakin dengan mengurangkan karenah birokrasi di semua jabatan Kerajaan yang ada akan membantu proses penyampaian perkhidmatan dengan lebih berkesan. Inilah solusi terbaik bagi memastikan para penjawat awam terus dihormati oleh rakyat seluruhnya. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya terharu dengan keprihatinan ke bawah Duli Tuanku Raja yang menekan kepentingan untuk meningkatkan hasil negeri menggunakan sumber asli sedia ada seperti natural dolomite selain mencari sumber baru yang mampu menjana pendapatan negeri tanpa bergantung sepenuhnya kepada Kerajaan Pusat, saya akan memastikan apa yang dititahkan ke bawah Duli Tuanku akan dilaksanakan dalam tempoh perkhidmatan yang ada. Saya juga yakin dengan kerjasama daripada jabatan kerajaan yang terlibat akan membantu untuk merealisasikan usaha untuk meningkatkan hasil negeri dengan menggunakan kelebihan yang ada dalam tempoh sebulan negeri ini dikejutkan dengan serangan wabak HFMD iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut di beberapa kawasan dan sebagai langkah berjaga-jaga kerajaan negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah mengarahkan penutupan beberapa buah premis pendidikan Kerajaan dan swasta untuk mengekang penularan wabak ini dan semua pihak termasuklah ibu bapa diminta lebih prihatin dengan penjagaan kesihatan terutama kepada anak-anak kecil agar wabak seumpama ini tidak lagi menular membahayakan nyawa-nyawa mereka yang tidak berdosa. Sepertimana yang diketahui, kepentingan menjaga kebersihan merupakan asas kepada kesihatan yang baik dalam kalangan rakyat. Jesteru, saya merayu kepada semua pihak agar berkerjasama bagi memastikan negeri ini sentiasa bersih dan Kerajaan Negeri akan memastikan kempen kebersihan dan lain-lain kempen yang bersangkutan akan dilaksanakan mengikut jadual perancangan yang ditetapkan dalam takwim kesihatan negeri dari masa ke semasa untuk memastikan usaha ini berjaya. Yang Berhormat Dato’ Speaker, negeri Perlis sebenarnya amat beruntung kerana mempunyai sebuah taman teknologi yang dibina di Sungai Batu Pahat...
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak tanya soalan…
Dipersilakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Titi Tinggi boleh bagi tahu apa punca utama penyakit HFMD ni menular?
Penyakit HFMD ini dijangkit oleh menular di kawasan-kawasan di tadika-tadika, sekolah dan supermarket. Punca dia memang dari satu virus, virus tu kita kena jaga dia macam musim durian la. Kalau bila musim durian, sarung jatuh macam tu juga lebih kurang. Sebab itu kita sebagai ibu bapa dan kita kena jaga-jaga lah kesihatan anak-anak kita, okay? Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, negeri Perlis sebenarnya amat beruntung kerana mempunyai sebuah taman teknologi yang dibina di Sungai Batu Pahat. Ia buktikan bahawa Kerajaan Pusat yang memerintah sebelum ini tidak meminggirkan negeri ini. Peruntukan disalurkan untuk perjalanan taman teknologi ini yang bertanggungjawab untuk membangunkan teknologi rakyat tempatan ke arah perindustrian. Antara objektif kewujudannya adalah bagi membolehkan hasil penyelidikan awam dan swasta di negeri ini dapat dikomersialkan. Tumpuan diberi terhadap promosi industri teknologi tinggi dan kolaborasi aktif antara industri, agensi Kerajaan, institusi penyelidikan dan institusi akademik ke arah mempromosikan pemindahan teknologi. Untuk itu, saya bertanggungjawab akan memastikan kerjasama erat dengan Kerajaan Pusat semasa yang memerintah terus dijalinkan bagi memastikan taman teknologi ini terus berfungsi, membantu kumpulan sasaran yang berkenaan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum saya mengakhirkan ucapan ini, saya mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker atas pelantikan dan juga kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dipilih oleh rakyat. Semoga kita sama-sama dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang ada dengan berkesan dan terbaik. Titi Tinggi memohon menyokong dan menjunjung kasih Titah Ucapan DiRaja. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Titi Tinggi. Dipersilakan Yang Berhormat Mata Ayer.
Bismillahhirahmannirrahim, assalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan salam sejahtera Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu di sini, saya bagi mewakili DUN Mata Ayer, tak mau jadi ayer jadi ayaq, ingin merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker di atas pelantikan semula ataupun pemilihan kali kedua sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis bagi untuk penggal ini dan juga merakamkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Azlan Man yang telah dipilih sebagai pemimpin utama sebagai Menteri Besar Perlis. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ni dah 2 hari dah orang tak dengar suara. Jadi hari ni sikit saja nak ambil masa Yang Berhormat Dato’ Speaker. Dikesempatan ini, saya ucapkan terima kasih kepada ketua-ketua jabatan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang telah menyelesaikan beberapa permasalahan di DUN Mata Ayaq terutamanya dari segi penurapan, menaiktaraf jalan dan juga beberapa projek-projek yang telah dilaksanakan sepanjang 2018 yang telah memberi keselesaan kepada seluruh warga Mata Ayer dimana keseluruhan kebanyakan jalan-jalan kampung telah pun diturap dengan tar dan ini sangat-sangatlah berlaku keselesaan dalam kawasan Mata Ayer dan juga saya juga ucap terima kasih sekali lagi dan untuk kerjasama di bawah portfolio saya iaitu Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat saya mohon kawan-kawan, Ahli-ahli Yang Berhormat ataupun ketua-ketua Jabatan untuk kita sama-sama berkongsi idea bagi pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam negeri Perlis walaupun sepertimana yang kita semua ketahui, mungkin di negeri Perlis kita ni tak banyak masalah yang berlaku sebab tu saya tak mendapat apa-apa soalan untuk dibincangkan dalam Dewan. Jadi apa-apa pun saya sangat syorkan, saya mohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat untuk kita sama-sama kongsi sekiranya mempunyai sebarang idea untuk diketengahkan, bolehlah kita sama-sama bincang dan dimana juga yang kita sedia maklum bahawa JPW adalah dibawah Kerajaan Pusat iaitu yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri…
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak tanya Yang Berhormat Mata Ayer. Yang Berhormat Dato’ Speker, boleh saya tahu mana-mana Jabatan yang bantu Yang Berhormat selesaikan masalah jalan di Mata Ayer sebab jalan di Sanglang pun teruk juga.
Setakat pengetahuan saya... terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Sebenarnya dalam pengetahuan saya sepanjang saya berada di dalam DUN Mata Ayaq yang telah banyak membantu UPD, yang tu jalan-jalan yang saya nampak daripada UPD, kemudian ICU, Pembangunan Negeri. Ketiga jabatan yang berurusan di pejabat saya, saya harap dah menjawab soalan.
Saya nak pi jumpa jabatan tu minta tolong.
Baik, dipersilakan. Dan akhirnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya rasa saya ingin juga mewakili seluruh warga Mata Ayaq untuk menjunjung kasih di atas Titah Ucapan dan juga memberi sokongan penuh di atas Titah Ucapan yang telah disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis semasa sesi perasmian sidang DUN kita kali yang ke-14 tempoh hari dan saya juga bagi pihak DUN Mata Ayaq ingin sekali lah mencuba untuk merealisasikan hasrat yang telah dititahkan oleh Duli Yang
Maha Mulia Tuanku Raja semasa ucapan perasmian tempoh hari. Sepertimana yang hasrat Duli Yang Maha Mulia untuk kita tadbir urus dengan telus dan padat berkenaan dengan pentadbiran kita dan Mata Ayaq juga akan cuba sebaik-baiknya untuk melaksanakan untuk menyampaikan hasrat yang telah dikemukakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja. Saya rasa itu sahaja Yang Berhormat Dato’ Speaker. Sekali lagi bagi pihak Mata Ayaq, bagi pihak DUN Mata Ayaq kami seluruh warga menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja pada sesi perasmian tersebut. Sekian wabilahitaufik walhidayah, wassalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dipersilakan Yang Berhormat Pauh.
Bismillahhirahmannirrahim, assalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Segala puji-pujian terhadap Allah S.W.T Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa telah menciptakan alam semesta ini dengan setiap kejadian di dalamnya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W. ahli keluarga para sahabat baginda. Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat serta hadirin yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah dengan izin dan kurnianya kita semua dapat lagi berkumpul di Dewan yang mulia ini bagi kita meneruskan agenda dan untuk itu saya ingin menjunjung setinggi-tinggi kasih ke bawah Duli-Duli Tuanku atas kesudian Duli-Duli Tuanku berangkat mencemar Duli bagi menyempurnakan Istiadat Perasmian Pembukaan Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Perlis yang ke -14 dan saya ingin turut mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen Arau, mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang juga warga Pauh yang memberi kepercayaan kepada saya untuk memberi khidmat sebagai wakil rakyat. Menjunjung kasih juga kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja dan terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga Yang Berhormat Bintong, mantan Yang berhormat Pauh atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis menyandang portfolio Pendidikan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi, ICT. Juga tidak ketinggalan kepada semua Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan, serta para pegawai yang banyak membantu merealisasikan tugas-tugas yang telah diamanahkan. Serta sekalung tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Dato’ Speaker yang telah dilantik bagi menjunjung amanah, mandat dan tanggungjawab. Tahniah juga kepada semua rakan-rakan wakil rakyat yang telah dipilih dalam Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu. Semoga kita semua dapat menjalankan tugas demi rakyat dan demi negeri Perlis yang telah memberi kepercayaan dibahu kita semua tugas digalas difikiran kita semua idea-idea untuk membolehkan agenda-agenda pembangunan dapat dirancang dan dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Hasrat dan harapan di dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku agar usaha mentadbir dan membangunkan negeri boleh menjamin Negeri Perlis mencapai wawasan Perlis Negeri Bandaraya 2030. Saya ingin menyentuh tentang portfolio saya yang banyak telahpun didefinasikan oleh wakil-wakil rakyat dari pihak Kerajaan, jadi sebagai Perlis negeri ilmu iaitu pendidikan, Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju bercirikan hasrat Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail yang pernah mencabar warga pendidik di negeri ini untuk kembali menjadikan Perlis sebagai negeri ilmu seperti pernah dicapai pada suatu ketika dahulu. Menurut baginda, Perlis sering menjadi negeri terbaik dari segi keputusan peperiksaan namun kedudukannya tidak kekal sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin bertitah meningkatkan tahap profesional dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran, menyemai budaya pemikiran aras tinggi, mengamalkan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan guru dan mengembangkan sistem pendidikan berasaskan sains dan teknologi akan mampu mempercepatkan pencapaian matlamat menjadikan Perlis negeri ilmu semula. Perlis yang mempunyai 74 buah sekolah rendah, 30 buah sekolah menengah 8 buah institusi pengajian tinggi dan beberapa sekolah pendidikan swasta yang berdaftar dengan sektor swasta pendidikan khas Jabatan Pendidikan Perlis mampu melahirkan para ilmuan profesional, berkemahiran dan mahupun yang sederhana walaupun demikian saling melengkapi. Suka kita melihat bahawa sekolah-sekolah di negeri Perlis telah bersedia merealisasikan pendidikan abad ke-21 yang menjurus kepada pemikiran aras tinggi berbanding kemahiran asas untuk melahirkan pelajar yang mampu bersaing dan menangani cabaran di peringkat global. Melalui penarafan sekolah pendidikan abad ke-21 pada tahun lalu SK Kayang mendapat pengiktirafan daripada Utusan Malaysia sebagai sekolah yang pertama menerima penarafan 4 bintang dalam melaksanakan pembelajaran abad ke 21 melalui PDPC VLE Frog manakala SMK Derma yang terus muncul sebagai sekolah terbaik negeri ini dalam keputusan SPM dan STPM yang diumumkan baru-baru ini turut merupakan sebuah sekolah yang berjaya menyediakan prasarana program ini dan saya yakin dengan dana yang padu dan perhatian berterusan Menteri Pendidikan Malaysia akan menjana lebih kejayaan di semua sekolah bagi melahirkan modal insan kamil yang menyumbang kepada agenda pembangunan dan daya saing industri negara. Perlis Negeri Bandaraya 2030 dan Perlis negeri ilmu perlu bersedia menjadikan pendidikan satu pengalaman yang universal dan bersifat antarabangsa dengan perkongsian pintar bersama institusi dan pelajar luar negara, pelajar berpeluang meluaskan perspektif…
Laluan, laluan, sedikit sahaja.
Silakan Yang Berhormat Tambun Tulang...
Boleh bagi laluan?
Dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang.
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Pauh. Soalan saya bukan soalan nak bertanya kemusykilan di hati. Kita telah meninggalkan zaman digital iaitu sekarang kita memasuki era zaman robotik era zaman revolusi 4.0. Jadi dalam konteks negeri yang kita cintai ini, negeri Perlis, pada pandangan Yang Berhormat yang juga mempunyai latar belakang dalam bidang pendidikan yang cukup lama, sudah bersediakah kita pelajar-pelajar di negeri ini menerima ataupun boleh mengaplikasi ataupun adult dengan keadaan yang akan bakal kita berlaku dalam abad ini? Itu zaman robotik yang begitu mencabar apabila nanti pembantu rumah kita robot mungkin ada girlfriend orang ambil robot jadi isteri macam-macam lah. Kalau aktiviti nanti kalau dok teringin nak buat benda tu kita bagi robot jadi pasangan mereka, senang tak dak penyakit apa-apa. Jadi pandangan Yang Berhormat, adakah kita bersedia menghadapi keadaan yang cukup mencabar ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Mungkin kita sedar atau tidak sedar dimana Kementerian Pendidikan Malaysia ada menyediakan satu program Permata Pintar. Melalui program ini anak-anak kita mulai berumur 7 tahun, 8 tahun, sekolah rendah telah pun didedahkan dengan soalan-soalan Permata Pintar dalam internet yang akan maknanya program ini... dilaksanakan oleh guru-guru yang terlibat yang mana Perlis pada suatu ketika dulu ketika saya mengambil alih program ini, melaksanakn program ini, memang Perlis adalah di antara sekolah ataupun melahirkan pelajar-pelajar yang berkeupayaan dan bersedia dengan kemahiran-kemahiran robotik kerana UKM dan Universiti Islam di Nilai USIM ada menyediakan program-program seperti kem hujung tahun dimana di sepanjang bulan 12, satu tempoh apabila pelajar-pelajar melepasi IQ soalan-soalan Permata Pintar mereka didedahkan dengan program-program yang bercirikan universial iaitu di peringkat universiti, saya rasa boleh menjawab sekiranya sekolah ada juga dia menerima dana dan keterbukaan pihak kementerian dan juga sekolah dalam gabung jalin dalam perkongsian pintar saya rasa para pelajar kita bersedia untuk mengalih apa yang mereka dapat terima untuk lebih maju setanding dengan kemajuan yang kita ada, setanding dengan negara-negara lain, adakah menjawab Yang Berhormat?...
Satu soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Sila Yang Berhormat Sanglang. Minat sungguh soalan tambahan.
Orang lain tak mau tanya, saya tanya. Yang Berhormat Pauh, saya ingin tanya Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat sebagai Exco Pendidikan bersetuju dengan langkah Menteri Pendidikan sekarang ni dalam usaha nak mengiktirafkan sijil UEC? Terima kasih.
Mengenai sijil UEC ini berkaitan dengan Sekolah Menengah Cina kalau tak salah saya. Pada saya biarlah kita memartabatkan dulu sistem pendidikan kebangsaan kita yang mana kita mendaulatkan agama Islam dan juga bahasa kebangsaan sehingga semua dapat menjadi warganegara Malaysia sejajar dengan kehendak yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara.
Laluan sikit Yang Berhormat, kawan-kawan mengantuk kita bagi kurang sedikit. Yang Berhormat, tentang falsafah pendidikan negara. Saya tak sama dengan Sanglang tadi, saya nak tanya Yang Berhormat. Kita ni terdiri daripada rakyat berbilang kaum. Kita tdak mahu apa yang berlaku diperingkat kita dan terdahulu, generasi terdahulu yang mana banyak kita hidup kemudian kita apa… mengamalkan tidur sebantal mimpi lain-lain. Maksudnya kita tidur sebantal mimpi yang tak sama, we are not sharing the same dream dengan izin Dato’ Speaker. Apa pandangan Yang Berhormat untuk kita pastikan kita rakyat yang pelbagai kaum ini, untuk kita tidur sebantal dan mimpi yang sama, untuk pastikan generasi yang muda di masa akan datang ini tidak ada racism, masing-masing memahami dengan kontrak sosial yang telah kita jalinkan sejak kita telah mencapai kemerdekaan lagi. Yang Berhormat boleh bercakap, cuba bagi. We try to…
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Memang kita ni selaku berbeza ideologi politiklah. Selalunya memang tidur bantal asing-asing mimpi pun asing-asing rasanya... mimpi tak pernah sama walaupun tidur sebantal pun mimpi asing-asing...
Sekarang nak tidur sebantal mimpi sama.
Tak menjadi.
Pasal apa tak boleh jadi?
Mustahil menjadi melihat kepada keputusan Pilihanraya Umum 14 yang lalu.
Sebab falsafah pendidikan negara telah mengariskan benda-benda yang menjurus ke arah itu. Tapi instrument itu tidak digunakan di implimentasikan sebaik mungkin.
Yang Berhormat, mungkin itu mengambil jangka masa panjang yang memerlukan mungkin projek rintis yang memerlukan satu kajian yang lebih teliti jadi untuk merealisasikan Yang Berhormat hasratkan. Tang mana tah nak sambung? Lupa dah... (Dewan ketawa) Kacau... tak pa lah potong tang kona sikit. Yang lebih membanggakan anak jati Perlis yang cemerlang diperingkat rendah adalah pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi di negeri sendiri. Publisiti perlu menyeluruh ke sekolah-sekolah dan seluruh bandar dan kampung dengan pakej istimewa kepada anak-anak Perlis seperti elaun pengajian, penginapan percuma dan lain-lain keistimewaan seperti yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Perlis yang menawarkan 150 tempat pada tahun 2018 kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di KUIPs. Pada lepasan SPM dan STPM 2017 bolehlah hadir ke temuduga terbuka pada 4 Ogos nanti dan di kampus yang bertempat di Kuala Perlis. Jadi, sila hubungi Ustaz Nazim untuk maklumat lanjut dan kita mestilah pakat-pakat sama-sama buat hebahan supaya KUIPs akan menerima pelajar jati negeri Perlis, untuk menerima elaun-elaun dan juga benefit dengan izin untuk kebaikan anak-anak jati Perlis. Mengenai pembanguan sumber manusia, sains teknologi dan inovasi, negeri Perlis kecil di utara namun gigih melangkah ke hadapan dengan iltizam dan komitmen Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta semua pihak dalam menetapkan hala tuju pembangunan negeri ini, pendekatan ini adalah tepat pada masanya kerana Perlis yang berjiran dengan Thailand bukan saja mengalami kerancakan pembangunan ekonomi tetapi menjadi perkongsian pintar antara sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan mengenai ciptaan, teknologi dan inovasi. Atas kesedaran inilah kita perlu mengambil kira usaha membentuk masyarakat yang berfikiran dan mempunyai sistem nilai yang maju. Bukan sekadar berpendapatan tinggi tetapi bersusila dan berakal budi yang akan menjadi sandaran baru dan berdarah daging dalam nilai pegangan, pemikiran dan sistem kehidupan masyarakat di Perlis. Malaysia pada suatu ketika dahulu pernah dijolok sebagai negara mempunyai infranstruktur negara kelas pertama tetapi minda negara kelas ketiga. Dalam erti kata lain, pembangunan masyarakat tidak seiring dengan pembagunan fizikal. Perlis perlu keluar dari isu ini. Saya berkesempatan bertemu Tuan Anis Ahmad Bin Mohd Ibrahim, Pengurus TM Perlis dan Kedah yang berkerjasama dengan SMK Arau menyalurkan dana tiga tahun berturut-turut bagi membantu aktiviti dan program pendidikan, lalu membicarakan hal ini menjadikan Pauh atau negeri Perlis sebagai connected town dengan izin atau smart town atau ICT town. Bakal berkolaborasi dengan Yang Berhormat Chuping yang melihat ciri-ciri digital tourism sebagai salah satu kemajuan masa hadapan dan saya tertarik dengan mengamalkan semangat pemikiran nilai dan sikap yang sentiasa menjurus kepada masa depan, ketelitian kepada keadaan dan persekitaran yang lebih baik, budaya dan pemikiran progesif sebagai akar umbi dan menjadi gaya hidup dan pemikiran maju dan perspektif global. Jadi proses membangunkan masyarakat yang maju bukan satu usaha yang mudah berlaku dengan sekelip mata, perancangan ini termasuk mengambil kira pembangunan masyarakat maju yang bersandarkan kepada penguasaan ilmu. Hanya melalui ilmu masyarakat mempunyai senjata untuk memajukan diri. Hanya dengan ilmu, kita boleh memiliki budaya dan pemikiran progresif untuk berhadapan dengan masa hadapan. Kini kita bukan saja lagi bercakap mengenai soal ilmu tetapi kemahiran yang dapat melengkapkan keupayaan dan potensi masyarakat sebenar. Jadi saya Yang Berhormat Pauh menjunjung kasih dan menyokong Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis di Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Perlis Yang ke-14. Bagi menjawab... adakah Yang Berhormat Dato’ Speaker, adakah saya terus menjawab soalan Yang Berhormat Sanglang?
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Bismillahirahmanirahim, dok tanya soalan tambahan. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Sanglang, Kerajaan Negeri Perlis sememangnya berhasrat untuk mengekalkan IPG Kampus Perlis memandangkan ia merupakan satu-satu institut pendidikan guru di negeri Perlis. Keputusan untuk menutup IPG Kampus Kangar dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kerajaan Negeri akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan IPG Kampus Perlis akan dikekalkan fungsinya bagi melatih bakal pendidik yang menjadi tonggak kemajuan modal insan di Malaysia amnya dan di negeri Perlis khususnya. Sekian, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Beseri.
Bismillahhirrahmanirrahim, assalammu`alaikum waramatullahi taala wabarakatuh, Yang Berhormat Dato’ Speaker, tahniah kepada Dato’ Speaker yang telah dilantik semula memegang jawatan sebagai Speaker dan tahniah juga kepada YB Bintong yang telah dipilih semula menerajui negeri Perlis. Menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis yang mengambil berat tentang pengurusan negeri supaya menjadi sebuah negeri yang berdaya saing untuk kemakmuran negeri Perlis. Terima kasih juga kepada wakil-wakil rakyat semua, ketua-ketua jabatan, wakil-wakil jabatan yang hadir yang memberi kerjasama dalam Mesyuarat pertama penggal persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis yang ke-14. Selepas ini jika ada sebarang permasalahan yang melibatkan rakyat boleh berjumpa dengan pihak kami yang mewakili pihak Kerajaan. Saya wakil rakyat daripada DUN Beseri memegang portfolio agama, kerjasama sempadan dan bantuan bencana bersedia memberi kerjasama kepada semua pihak bagi menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan. Soalan daripada DUN Tambun Tulang mengapakah tidak mengusahakan sendiri kuari untuk menjana ekonomi Yayasan Islam Perlis. Terdapat beberapa faktor dan kekangan yang menyebabkan Yayasan Islam Perlis tidak mampu mengusahakan sendiri kuari tersebut. Antaranya ialah kos permulaan seperti pembukaan tapak dan pembersihan bukit, pembelian mesin dan jentera, pengawalan tapak seperti pembinaan kolam dan lain-lain yang berjumlah RM6.7 juta. Di samping itu, Yayasan Islam Perlis juga mempunyai kekangan dari segi pengalaman dan kepakaran untuk mengusahakan kuari tersebut. Insya Allah selepas ini pihak Yayasan Islam akan membuat kajian dari pelbagai aspek dan implikasi dalam mengusahakan kuari secara sendiri. Saya, YB Beseri menjunjung kasih dan menyokong Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis di Persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis yang ke-14.
Sekian, wabilahitaufik walhidayah wasalammu`alaikum warahmatullahitaala wabarakatuh.
Dipersilakan Yang Berhormat Kayang.
Bismillahhirrahmanirrahim, Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua ketua-ketua jabatan dan juga agensi-agensi yang terlibat dengan portfolio saya yang telah banyak membantu saya dalam menjalankan tugas di portfolio ini. Saya mengharapkan agar kerjasama erat yang terjalin ini akan dapat dipertingkatkan agar hasilnya akan lebih dinikmati oleh rakyat. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakyat di kawasan saya, kawasan DUN Kayang yang telah memilih saya untuk menabur bakti dan juga memberi khidmat di kawasan tersebut. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam perbahasan usul menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis kelmarin, ada beberapa perkara yang turut disentuh dan turut diberi cadangan yang baik oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian berkaitan dengan portfolio saya. Dalam perbahasan kelmarin, banyak ditimbulkan tentang isu dengan Syarikat Air Perlis. Jadi saya ingin memberi maklum balas lah tentang soalan-soalan berkaitan dengan SAP daripada Yang Berhormat Tambun Tulang, Kuala Perlis dan Yang Berhormat Sanglang dan juga Yang Berhormat Guar Sanji secara bersekali. Syarikat Air Perlis, SAP merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri yang ditubuhkan pada 1 Januari 2015 hasil daripada penstrukturan semula industri perkhidmatan Bekalan Air Negeri Perlis pada 2 Ogos 2010. Apabila Bahagian Bekalan Air Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis telah dikorporatkan menjadi Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd., SAP para pekerja bahagian berkenaan telah diberi dua pilihan skim untuk meneruskan perkhidmatan iaitu skim A dan juga skim B. Bagi kakitangan yang memilih skim A, syarat dan termanya ialah setara atau mengikut kemudahan perkhidmatan Kerajaan manakala bagi skim B pula adalah mengikut syarat-syarat dan terma perkhidmatan SAP. Pihak Kerajaan juga berbesar hati untuk bersama-sama dengan Yang Berhormat Sena untuk berjumpa dengan Menteri Air, Tanah, dan Sumber Asli bagi membincangkan isu-isu yang dapat membantu kelestarian perkhidmatan bekalan air negeri Perlis, terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan isu tunggakan bil air saya telah jawab dalam soalan lisan pada sesi pagi tadi. Selain daripada itu, saya ingin juga memaklumkan bahawa kita di pihak Kerajaan melalui Jabatan Mufti Negeri Perlis juga sangat mengalu-alukan apa jua isu atau cadangan tajuk khutbah untuk ingatan dan teguran membina umat islam di negeri Perlis, tajuk-tajuk khutbah seperti pentingnya membayar hutang, pentingnya menjaga kebersihan dan juga seruan untuk meninggalkan sifat malas antara contoh tajuk-tajuk khutbah sebagai teguran dan penerapan nilai-nilai mulia bagi umat Islam di negeri Perlis. Jadi kesimpulan, kalau boleh saya buat kesimpulan berkenaan dengan Syarikat Air Perlis ini dan juga sebagaimana jawapan lisan saya yang terdahulu dalam sesi pagi dan juga kelmarin, saya ingin maklumkan bahawa dengan kelulusan peruntukan dari Kerajaan Pusat sebanyak RM41 juta untuk projek penyenggaraan dan naik taraf pam dan paip-paip air serta RM50 juta lagi untuk NRW pendekatan 1, Insya Allah isu-isu berkaitan kualiti air, tekanan air rendah, kebocoran paip dan juga NRW akan dapat diatasi sebaiknya seperti yang berlaku di beberapa tempat di negeri Perlis terutamanya di Kampung Paloh dan di Kuala Perlis. Berkaitan dengan aktiviti sukan paragliding ataupun payung terjun serta hiking di bukit-bukit ataupun di Banjaran Nakawan yang terdapat di negeri Perlis ni, yang telah dibangkitkan juga disentuh Yang Berhormat Sena, ianya merupakan satu idea yang sangat baik untuk dijadikan sebagai satu sport tourism bagi menyemarakkan lagi aktiviti pelancongan melalui sukan dan saya sangat-sangatlah mengalukan penyertaan daripada persatuan terbabit ataupun agensi-agensi berkaitan untuk kita majukan sukan-sukan ini. Seterusnya berkaitan dengan sistem pengangkutan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Kayangan. Untuk makluman Yang Berhomat Kerajaan Negeri telah mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan sistem pengangkutan supaya lebih sistematik dan efisien bagi mencapai negeri bandaraya pada tahun 2030. Antara inisiatif yang telah diambil, antaranya ialah pelaksanaan perkhidmatan MyBas telah mula beroperasi pada 1 Ogos 2015 di negeri Perlis dan sehingga kini perkhidmatan MyBas meliputi jarak laluan sejauh 337 kilometer. Kerajaan Negeri juga telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan projek Perlis Public Transport Management System ataupun ringkasannya PPTMS bagi meningkatkan lagi perkhidmatan Mybas seperti berikut. Terminal Bukit Lagi yang telah disiapkan pada Jun 2016, pembinaan Hub Arau yang jangka akan disiapkan pada November tahun ini, tahun 2018 dan juga pembinaan Hub Padang Besar yang akan dilaksanakan pada tahun 2019. Terminal pengangkutan awam bersepadu negeri Perlis juga telah dirancang pembinaan di Seriab dengan anggaran kos berjumlah RM30 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-11. Peruntukan berjumlah RM2 juta untuk kerja-kerja tanah telah pun disalurkan kepada Kerajaan Negeri dan projek sedang dilaksanakan oleh JKR Perlis, sementara baki peruntukan untuk pembinaan terminal dan juga bangunan berjumlah RM28 juta, kita masih lagi menunggu keputusan daripada Kerajaan Persekutuan. Manakala perkhidmatan elektric train service ataupun ETS daripada Kuala Lumpur ke Padang Besar oleh KTMB, Keretapi Tanah Melayu Berhad yang dilancarkan pada Julai 2015 juga telah merancakkan lagi sektor pengangkutan dan pelancongan dengan pertambahan kemasukan pelancong ke negeri Perlis. Jumlah yang direkodkan pada tahun 2016 adalah sebanyak 392,798 orang dan telah meningkat pada tahun ini 2017 sebanyak 461,622 orang. Berkenaan dengan cadangan membuat bulatan ataupun roundabout di simpang Permatang Bongor dan Sungai Padang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sanglang, untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui JKR Perlis mengambil maklum mengenai isu kemalangan yang sering berlaku di kawasan tersebut dan sehubungan itu, cadangan pembinaan roundabout ataupun bulatan tersebut akan diberi keutamaan untuk pelaksanaannya nanti, Insya Allah. Berkaitan pula dengan PFA yang telah dibangkitkan, sebagaimana jawapan lisan saya yang terdahulu, Kerajaan Negeri sentiasa memberi bantuan dan sokongan lah kepada sukan ini dalam bentuk kewangan, prasarana, lojistik dan khidmat nasihat. Sehubungan dengan itu tindakan proaktif badan sukan terlibat juga kita tuntut supaya… selain daripada itu juga merupakan faktor utama untuk menentu kecemerlangan dan kegemilangan sukan tersebut. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhomat, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga Yang Amat Berhormat ADUN Bintong di atas lantikan jawatan mereka berdua. Sekian, assalammu`alaikum.
Terima kasih Yang Berhormat Kayang. Dipersilakan Yang Berhormat Santan.
Bismillahhirrahmanirrahim, assalammu`alaikum waramatullahi taalawabarakatuh, Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dan para hadirin sekalian. Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah terpilih dalam PRU 14 baru-baru ini terutamanya Yang Amat Berhormat Bintong yang telah dipilih sebagai Menteri Besar dan juga pelantikan semula Yang berhormat Speaker untuk penggal kedua. Mewakili pihak Kerajaan dan jabatan berkaitan, di sini saya memaklumkan beberapa perkara yang dibangkitkan pada perbahasan kelmarin iaitu yang pertama sekali, saya ingin menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sena iaitu berhubung dengan laluan masuk ke Taman Guru dan Taman Firdaus yang berlopak dan rosak disebabkan korekan jalan oleh kontraktor yang tidak ditampung semula dengan sebaiknya. Ahli Yang Berhormat, mengenai aduan berkaitan dengan kerosakan jalan di Taman Guru dan Taman Firdaus, kerosakan jalan masuk ke Taman Firdaus adalah disebabkan pemendapan akibat kerja-kerja penanaman kabel TNB. Untuk makluman YB mana-mana agensi yang ingin melaksanakan apa-apa kerja mengorek di atas jalan seliaan Majlis hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu dengan mengemukakan surat permohonan berserta pelan lakaran dan dikenakan bayaran pertaruhan. Bagi kes ini, pihak TNB telah pun mengemukakan sejumlah bayaran pertaruhan bagi kerja mengorek jalan tersebut kepada MPK dan saya dimaklumkan bahawa pihak TNB akan melaksanakan kerja-kerja penurapan semula permukaan jalan yang rosak tersebut. Selanjutnya semakan ke atas kerosakan jalan di Taman Guru adalah disebabkan kerja-kerja pembaikan paip bekalan air. MPK telah berbincang dengan agensi pelaksana yang berkaitan bagi mengambil tindakan penyelesaian. Sebagai tambahan, saya ingin memaklumkan bahawa MPK telah melaksanakan kerja-kerja penurapan semula jalan secara berperingkat dalam kawasan taman perumahan ini yang melibatkan dua lorong iaitu lorong tiga Taman Kampung Guru dan juga Jalan Belimbing Taman Suriani. YB Sena juga ingin mendapat maklumat tentang pasar malam di UTC dilihat tidak mendapat sambutan. Mohon supaya pasar malam ini dibenarkan beroperasi idalam stadium. YB juga memaklumkan bahawa surat daripada wakil peniaga terhadap isu ini tidak mendapat layanan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kawasan yang dicadangkan itu adalah didapati di sepanjang bahu jalan, Jalan Kampung Pondok antara pintu C dan pintu D di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra. Berkaitan dengan permohonan dari wakil peniaga seperti yang dibangkitkan, saya ingin memaklumkan bahawa surat tersebut diterima pada 3 Mei 2018 oleh kerana faktor pilihanraya umum dan diikuti dengan tempoh perkhidmatan anggota Majlis tamat pada 31 Mei 2018 dan dilantik semula pada 6 Julai 2018. Pihak Majlis tidak dapat mengangkat permohonan ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kesihatan dan Pelesenan. Untuk makluman, permohonan ini akan diangkat ke mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kesihatan dan Pelesenan akan datang. Soalan daripada YB Sena juga, mohon disediakan tong sampah tambahan kepada taman perumahan yang berhampiran dengan sungai agar isu pembuangan sampah di sungai berkurangan. Ahli YangBerhormat, pihak Majlis membayar sejumlah RM522,443.35 sebulan iaitu kira-kira RM6.3 juta setahun kepada Jabatan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam ataupun SWCorp bagi perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri Perlis. Saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa semua pertambahan satu tong sampah berpusat akan melibatkan pertambahan kos sebanyak RM1,248 sebulan. Oleh kerana kewangan Majlis adalah terhad buat masa sekarang, pihak Majlis tidak dapat menyediakan tong-tong sampah tambahan selain kepada premis kediaman yang membayar cukai tafsiran. Bagi rumah kampung berhampiran sungai kawasan tersebut adalah kawasan tidak dikenakan cukai. Oleh itu, perkhidmatan kutipan sampah tidak dapat disediakan. Selain itu, jalan masuk ke kampung juga tidak sesuai untuk dilalui lori sampah kerana jalan tersebut sempit dan risiko untuk jalan rosak adalah tinggi. Seterusnya YB Sena ingin mendapat penjelasan iaitu Majlis Perbandaran Kangar tidak mengambil tindakan terhadap kerosakan di taman-taman perumahan, tanda-tanda nama jalan dan jalan yang rosak. Ahli Yang Berhormat, sejak tahun 2017 pihak Majlis menangani aduan berkenaan kerosakan jalan seperti berikut. Bagi kerosakan jalan di taman perumahan, MPK mengambil tindakan berdasarkan saiz dan kategori kerosakan seperti berikut. Yang pertama, bagi kerosakan jalan berlubang atau pothole bersaiz 1 meter kali 1 meter ke bawah unit tukang MPK atau lebih dikenali sebagai road gang telah mengambil tindakan segera dengan menampal lubang berkenaan. Sehingga Julai tahun 2018 sebanyak 30 aduan awam berkaitan jalan berlubang ditangani oleh pihak road gang ini. Yang kedua, bagi kerosakan asas jalan atau kerosakan permukaan melebihi saiz 1 meter kali 1 meter, proses pembaikan akan dilaksanakan melalui kontraktor yang berdaftar dengan MPK secara kaedah giliran. Sehingga Julai tahun ini, pihak Majlis telah membelanjakan peruntukan sendiri sebanyak RM400,000 bagi 35 tawaran kerja pembaikan dan penyelenggaraan jalan dan infrastruktur jalan dalam kawasan perumahan. Selain itu juga, MPK turut melaksanakan kerja penurapan semula jalan dalam taman perumahan mengikut perancangan berkala menggunakan peruntukan MARRIS. Bagi tahun 2018, sebanyak 18 tawaran kerja telah dikeluarkan dan dilaksanakan melibatkan kos sebanyak RM700,000. Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi kerosakan papan tanda nama taman dan jalan di taman perumahan, MPK telah mengenal pasti kerosakan papan tanda nama taman perumahan yang rosak akibat vandalisme dan kerosakan wear and tear. Buat masa ini, satu tawaran sebut harga secara terbuka akan diiklankan pada awal Ogos tahun ini yang melibatkan kerja penggantian dan kerja pembaikan papan tanda nama-nama taman di 43 buah taman perumahan yang dalam kawasan Kangar. Dijangkakan cadangan kerja ini dapat disiapkan pada hujung tahun 2018. Bagi kerja-kerja pembaikan serta pembinaan taman permainan di taman-taman perumahan pula, pada tahun ini pihak Majlis telah diperuntukkan sebanyak RM60,000 daripada Kerajaan Negeri bagi kerja-kerja berkaitan pembaikan taman permainan ini manakala sehingga Julai tahun 2018, pihak Majlis pula telah membelanjakan peruntukan sendiri sebanyak RM50,000 bagi kerja-kerja tersebut. Bagi menjawab soalan dari Yang Berhormat Sanglang, siapakah yang buat penguatkuasaan sampah di tepi sungai? Aduan sampah di tepi sungai perlu dituju kat sapa? Ahli Yang Berhormat, fungsi JPS bagi pengurusan sungai adalah pembangunan, perancangan dan pengurusan lembangan sungai dimana dari segi kejuruteraan JPS bertanggungjawab untuk menguruskan runtuhan tebing sungai dan pengorekan kelodak di dasar sungai. Bagaimanapun, JPS hanya membantu membersihkan kawasan koridor sungai dan sungai dari sampah ataupun sisa pepejal. Berdasarkan seksyen 70 Akta Tempatan 76, pencemaran anak sungai dengan sampah perdagangan dan sebagainya, seseorang yang satu, meletakkan atau menyebabkan supaya diletakkan atau jatuh atau mengalir atau sis darinya membenarkan diletak atau jatuh atau mengalir atau dibawa ke dalam mana-mana anak sungai sampah pepejal atau sampah cecair dari mana-mana kilang proses pengilangan atau kuari apa-apa sampah atau abu, api atau apa-apa buangan lain atau apa-apa benda reput supaya sama ada dengan perbuatan itu sahaja atau bersama dengan perbuatan lain oleh orang itu atau oleh mana-mana orang lain mengganggu pengalirannya yang wajar atau mencemar airnya. Yang kedua menyebabkan jatuh atau mengalir atau sis darinya atau membenarkan jatuh atau mengalir atau dibawa ke dalam mana-mana anak sungai satu benda kumbahan sama ada pepejal atau cecair atau yang ketiga menggunakan mana-mana anak sungai, saluran, parit awam atau lain-lain alur air atau limbah, kolam atau tangki bagi maksud menjalankan apa-apa trend dobi, trek dobi maaf di dalam atau di luar sesuatu kawasan pihak penguasa tempatan melakukan sesuatu kesalahan atau boleh apabila disabitkan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya didenda tambahan tidak melebihi RM500 bagi setiap satu hari kesalahannya diteruskan selepas sabitan. Menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kuala Perlis berhubung kait dengan industri hiliran atau usahawan dalam pemasaran digital, Ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri Perlis sentiasa komited dalam merangka program pembangunan keusahawanan. Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri berkerjasama dengan pelbagai agensi seperti MARA, Tekun, Amanah Ikhtiar Malaysia, SME Corp, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, MATRADE, FAMA dan Jabatan Pertanian, Jabatan Pembangunan Wanita, Majlis Perbandaran Kangar, Lembaga Pertubuhan Peladang dan pelbagai agensi lain untuk membantu memudah cara program usahawan di negeri Perlis. Antara bantuan yang diberikan ialah khidmat nasihat perniagaan, bantuan dana perniagaan dan program mengembangkan pasaran termasuk di peringkat global, pihak Kerajaan Negeri Perlis telah merasmikan portal keusahawanan Perlis pada 10 April 2018 yang lalu dan boleh diakses di laman sesawang. Portal tersebut akan memberikan kemudahan terutamanya kepada golongan usahawan untuk memasarkan produk mereka. Kerajaan Negeri juga telah menganjurkan kursus Facebook App kepada 40 orang usahawan Perlis sebagai pendedahan kepada pemasaran digital. Selain itu juga, pihak Majlis Amanah Rakyat, MARA juga sering menganjurkan seminar ataupun kursus berkaitan perniagaan digital antaranya yang pertama, seminar pembudayaan media baru usaha muda. Yang kedua bengkel e-Usahawan, yakni business online. Yang ketiga, Gate Global 2018. Yang keempat pembiayaan perniagaan dalam litar. Yang kelima kursus pembangunan business online ataupun e-commerce dagang hub. Melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ataupun FAMA telah menjalankan dan melaksanakan program pemasaran agrobazaar online yang merupakan satu platform ataupun peluang pasaran produk pertanian dan asas tani atas talian yang mesra pengguna yang dimiliki oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani. Kaedah perniagaan secara maya ini mengambil kira trend samasa dan masa depan seiring perkembangan serta kemajuan teknologi. Portal agrobazaar.com.my yang dibangunkan ini sememangnya mudah dan memenuhi kehendak pengguna dengan melibatkan kos yang jauh lebih rendah dan efektif berbanding kaedah pemasaran konvensional. Usaha memperkenalkan portal ini masih dilakukan terutamanya kepada kumpulan sasar seterusnya memberi nilai tambah kepada pemasaran yang berkesan. Keutamaan produk yang diberi penumpuan adalah produk IKS asas tani dari buah-buahan bermusim seperti durian, mangga dan sebagainya. Soalan seterusnya dari Yang Berhormat Sanglang, berhubung kait memaklumkan bahawa deposit PRU baru-baru ini tidak dipulangkan. Ahli Yang Berhormat sekalian, bahan iklan kempen pilihanraya yang dipasang tertakluk kepada Undang-undang Kecil Pilihanraya Majlis Perbandaran Kangar tahun 1990. Merujuk kepada Undang-undang Kecil Pilihanraya Majlis Perbandaran Kangar 1990, iklan pilihanraya ertinya apa-apa bendera, rual, tetunggul, panji-panji, cogan kata, poster atau label yang dipamerkan atau bagi maksud di khalayak politik. Undang-undang kecil tujuh, Undang-undang Kecil Pilihanraya MPK 1990 menyatakan bahawa tiap-tiap pemegang permit hendaklah dalam 14 hari selepas hari mengundi mengalihkan segala iklan pilihanraya yang dipamerkan dan segala papan tanda atau struktur lain yang didirikan olehnya. Sekiranya pemegang permit tersebut gagal mengalihkan bahan kempen yang dipamerkan dalam masa 14 hari selepas hari mengundi, ianya merupakan satu kesalahan dan deposit iklan pilihanraya boleh dilucut hakkan oleh Majlis. Peraturan ini telah diedarkan dalam permit iklan pilihanraya yang dikeluarkan oleh Majlis kepada parti yang memohon permit tersebut. Selepas tempoh 14 hari mengundi, pihak Majlis telah menjalankan pemeriksaan bagi memastikan iklan kempen pilihanraya yang dipamerkan diturunkan. Pemeriksaan pada 6 Jun 2018 di kawasan N15 Sanglang didapati masih terdapat bendera parti PAS yang diletakkan di tiang letrik di tepi jalan Padang Keria, dalam pekan Kuala Sanglang dan tepi jalan menghala ke Kuala Sanglang. Nampaknya sama kita, saya pun kena…
Yang Berhormat, saya ada soalan untuk Yang Berhormat Santan.
Sila Yang Berhormat Sanglang.
Terima kasih atas makluman. Apa yang saya dimaklumkan oleh MPK, bahan kempen PAS di Kuala Sanglang sahaja yang tak selesai dalam tempoh yang disebut oleh Yang Berhormat tadi dan selepas daripada itu kami ambil tindakan turunkan sehinggalah SPR membuat pembayaran deposit RM3,000 untuk bahan kempen dan jika dari segi logiknya, MPK hanya boleh memotong deposit memasang bahan kempen Sanglang hanya RM50 untuk daerah mengundi Kuala Sanglang, tapi dia potong sampai habis semua. Ini saya rasa sebab dia letak situ perkataan deposit. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Nampaknya kita nasib yang sama Yang Berhormat. Santan pun sama Sanglang pun kena. Jadi tak apalah, sama-sama kita tengok macam mana lepas ni apa cerita yang boleh kita tengok perundingan dan sebagainya. Insya Allah.
Saya rasa tak boleh kira sama, tak boleh kira sama. Tak apa Yang Berhormat kawasan Santan kalau nak redha deposit tu diambil oleh MPK saya terima kasihlah tapi yang saya ni saya tak redha sebab saya buang. Kami di Arau tu boleh dikatakan seluruh negeri Perlis kami buang. Cuma tempat-tempat yang dimaklumkan oleh MPK kami buat susulan buang hinggalah dibagi balik deposit bahan kempen dan juga deposit pilihanraya oleh SPR. Makna kata kalau SPR tu meluluskan bahawa mengiktiraf kami ni buang habis bahan kempen, maka MPK pun kena buat benda yang sama lah.
Terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Insya Allah kita ambil maklum benda itu dan saya akan tengok bincang lain. Akhir sekali saya menjunjung kasih atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis semasa perasmian sidang Dewan DUN yang ke-14 baru-baru ini dan sekali lagi saya ucapkan terima kasih. Sekian, wabilahitaufik walhidayah assalammu`alaikum waramatullahi taalawabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Santan. Dipersilakan Yang Berhormat Simpang Empat.
Bismillahhirrahmanirrahim, assalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat petang. Saya menjunjung kasih atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja dalam perasmian mesyuarat agong pertama Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Perlis yang ke-14 dengan Titah Ucapan Tuanku memberi ruang banyak kepada kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat untuk membahas dan memberi idea dalam membangunkan negeri Perlis. Sebelum untuk saya meneruskannya, saya akan menjawablah persoalan-persoalan yang dibahaskan oleh beberapa Yang Berhormat. Yang pertama sekali daripada Yang Berhormat Dato’ Ismail Kasim berkenaan dengan projek ternakan ayam secara bersepadu oleh Terramark Sdn. Bhd. Untuk makluman Yang Berhormat, projek ternakan ayam secara bersepadu yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri kepada syarikat Terramark Sdn. Bhd. dan akan dilaksanakan di atas tanah PT 4848 HD 10721 mukim Chuping berkeluasan sebanyak 80 hektar. Pelaksanaan projek ternakan ayam secara bersepadu tersebut yang berkonsepkan halal dijangka dapat memberi impak besar kepada Kerajaan Negeri Perlis dengan 700 peluang pekerjaan dapat ditawarkan kepada penduduk tempatan. Ini semestinya akan menaikkan peratus sumbangan KDNK pertanian yang merupakan sektor kedua terbesar kepada KDNK Perlis sekaligus menyumbang kepada peningkatan ekonomi negeri Perlis. Kerajaan Negeri amat komited untuk menghasilkan projek tersebut dapat dilaksanakan secepat mungkin. Pada masa kini Kerajaan Negeri sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan syarikat bagi memastikan projek tersebut dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancangkan.
Mohon laluan Yang Berhormat, sikit, tentang ayam. Saya bukan nak mempertikaikan syarikat tersebut berkeupayaan atau tidak untuk menjalankan projek dirancangkan tapi berasaskan kepada latar belakang syarikat, saya tidak melihat syarikat berkenaan pernah menjalankan projek yang seumpama itu kecuali di Kampuchea kalau tak silap saya. Itu pun tidak begitu berjaya, kalau kita nak meneruskan… projek ini sangat penting terutamanya dalam kita melibatkan Kerajaan Negeri dalam penyertaan food terminal security negara dan kita menyediakan fresh bird dan sebagainya dengan izin Dato’ Speaker tapi adakah tempoh masa yang diberi kepada syarikat ini mencukupi untuk kita boleh berunding dengan syarikat-syarikat lain yang ada dipersada pembekalan ayam-ayam segar di Malaysia ni? Dia ada 1-10 dan banyak pun berada dalam senarai pasaran saham Negara. Jadi, saya lebih nampak benda tu kalau kita lebih serius untuk meneruskan projek ini. Terima kasih.
Untuk syarikat yang sedia ada tu, masa dia belum habis lagi tetapi untuk masa-masa akan datang sebarang perjanjian kita akan ambil teliti balik lah. Untuk soalan yang berikut berkenaan dengan dusun iaitu tanaman musang king dan durian duri hitam. Berdasarkan kepada rekod Jabatan Hutan Negeri Perlis terdapat sebanyak 516 permit dusun buah-buahan dalam kawasan hutan simpan Bukit Bintang di jalan Sungai Batu Pahat. Daripada rekod tersebut, hanya 146 pengusaha dusun yang masih aktif sementara sebahagian lagi telah tidak diusahakan atau tidak aktif disebabkan beberapa faktor. Antaranya umur pengusaha yang telah lanjut dan tidak berupaya untuk naik, panjat bukit lah dan waris tidak berminat meneruskan dusun. Kebenaran pengusaha dusun dalam hutan kekal simpan adalah secara permit penggunaan yang diperuntukan dibawah seksyen 32 (1) Enakmen Pemakaian dan Akta Perhutanan Negara 1987 yang menyatakan tiada seorang pun boleh menduduki atau menjalankan apa-apa aktiviti di atas mana-mana tanah dalam hutan simpanan Kerajaan melainkan jika dia adalah pemegang suatu permit penggunaan. Antara syarat utama permit penggunaan ini ialah status tanah hendaklah kekal sebagai hak hutan simpanan Kerajaan dan tidak dibenarkan untuk ditukar milik atau dijual. Sehubungan dengan itu, Jabatan Hutan pada dasarnya tiada halangan permit dusun ini ditambah menjadi dusun durian musang king atau durian duri hitam seperti dipertimbangkan…
Pohon laluan Yang Berhormat sikit. Berhubung perkara yang sama, saya minta jawapan bertulis daripada Yang Berhormat. Saya tahu benda ni kalau Yang Berhormat nak bagi tahu dan rujuk surat tu saya nak gunakan maklumat itu iaitu apakah bentuk tanaman kontan yang boleh ditanam di tanah berkenaan mengikut syarat dan undang-undang, terima kasih.
Kita ambil maklumlah, no? Pemilihan kawasan hendaklah dibuat di atas permit dusun... Ya? Yang ni Jabatan Hutan, saya mana boleh tulis, ya dak? Saya habaq maklum depa pon dengaq, depa tulis la, no? Sabaq, sabaq, sabaq. Kita dah bebas, bebas. Pemilihan kawasan hendaklah dibuat di atas permit dusun yang tidak aktif atau tidak diusahakan. Sekiranya menggunakan permit dusun yang masih aktif, perlu mendapat persetujuan pengusaha dusun. Digalakkan pemilihan kawasan atau binaan dalam zoning yang sama bagi memudahkan kawalan. Tidak dibenarkan membuka kawasan baharu dan kebenaran penggunaan dusun adalah secara permit penggunaan. Bagi pihak Jabatan Pertanian pula memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian amat berbesar hati sekiranya dusun-dusun di Sungai Batu Pahat dimajukan dengan tanaman durian raja kunyit, D197 dan durian duri hitam, D200 memandangkan kedua-dua durian ini mendapat tempat di pasaran tempatan dan antarabangsa dengan harga durian yang tinggi dimana rasa dan isinya disukai kalangan penggemar-penggemar durian. Maka wajarlah Sungai Batu Pahat dijadikan produk durian yang bernilai tinggi. Projek permulaan mungkin dibuat secara berperingkat-peringkat yang mana pokok-pokok durian lama tidak ditebang tetapi dipakai kaedah cantuman dewasa dilakukan. Peringkat permulaan akan diadakan kursus khas bagi pekebun-pekebun. Kursus akan dimulakan dengan membuat cantuman pokok-pokok yang sudah dewasa yang tidak mempunyai isi yang elok. Kerja cantuman ini akan dibuat oleh tuan-tuan kebun secara upah. Soalan yang berikut berkenaan dengan harga harumanis yang rendah oleh Yang Berhormat Dato’ juga di bulan puasa no? Salah satu alternatif adalah dengan mengaktifkan semula pengeksportan buah-buahan harumanis ke luar negara terutamanya di negara Jepun. Bagi memenuhi pasaran Jepun persediaan awal mestilah dilakukan sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum musim berbuah. Faktor yang penting sebelum mengeskport adalah kualiti buah mestilah mencapai standard yang paling baik. Bukan sahaja Negara Jepun bahkan ke seluruh dunia. Bagi memastikan hasil yang selamat dan berkualiti kebun harumanis mestilah memenuhi skim pensijilan amalan ladang baik Malaysia ataupun myGap. Proses pensijilan myGap masih lagi kurang mendapat tempat di kalangan penanam harumanis dan Jabatan masih mengadakan kempen-kempen...
Memandangkan saya bebas saya boleh nak tanya sikit, bebas kan? Yang Berhormat tentang harumanis. Pensijilan tu amat penting saya tahu kerana itu kalau kita lepas Jepun speks ni, kita boleh hantar ke mana-mana negara dunia Yang Berhormat. Sebab tu saya fokus kepada Jepun nak cerita bagi sebab orang bebas ni dia banyak ilmu. Nak bagi tahu Yang Berhormat, saya nak minta Jabatan Pertanian sebab center ataupun wakil atau representative dengan izin wakil Jepun yang terlibat dalam counsel agriculture ni dia ada di Selayang, tak silap saya, di Selayang. Jadi benda ni boleh diuruskan segera kerana permintaan sangat tinggi. Kalau tak silap saya, market Jepun sebiji harumanis gred A dia mencecah RM100. Sebab kita ni dalam tu nak melihat ni sebab kita pernah hantar. Kalau sejarah kita tak pernah hantar tak dak masalah Yang Berhormat. Ni kita pernah hantar. Jadi Yang Berhormat sebagai Exco Pertanian yang banyak cakap, banyak mulut ni, buktikan juga dengan praktikal supaya saya nak tengok tahun depan Perlis mengeksport harumanis ke Jepun, terima kasih.
Untuk makluman Yang Berhormat, kita memang suka sangat nak hantar buah yang mahal-mahal tapi masalah kita pengusaha-pengusaha tak mahu ikut peraturan-peraturan yang kita... sebab tu kita sekarang mengadakan kempen...
Sebab tu saya nak suruh Yang Berhormat bimbing dan ajar pengusaha-pengusaha ladang sebab Yang Berhormat banyak cakap, bimbing dan ajar pengusaha lading. Jangan cakap saja di Dewan ni. Buktikan di luar sama.
Saya mohon jasa baik daripada Yang Berhormat Tambun Tulang kerana beliau pun lebih aktif, arif daripada saya dan sokongan daripada semua yang ada ni, bukan takat Yang Berhormat saja. Sapa-sapa yang ada idea, pelabur-pelabur boleh mengajukan permohonan tu kepada Kerajaan Negeri Perlis ataupun mana-mana yang ada di depan ni. Tujuan dia kita nak bangun negeri Perlis.
Sebab tu Encik Zul ni dia dapat pujian Tuanku di Dewan yang mulia ni. Dia kena buktikan juga pujian tu tak cukup. Kalau dia nak buktikan sekali lagi tahun depan, kita janji di persidangan kali ini, tahun depan kita dah mula eksport ke Jepun. Jangan cakap saja. Kita tak mahu cakap tahun depan bila bentang dah ada dah perkara itu berlaku, transaksi itu telah dimulakan, terima kasih.
Okay, untuk soalan yang seterusnya bantuan kepada nelayan, selain daripada elaun sara hidup nelayan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, LKIM telah memberi banyak bantuan nelayan dan usahawan berasaskan perikanan melalui pelbagai program untuk membantu bakal-bakal usahawan dan usahawan yang sedia ada. Di antara bentuk-bentuk bantuan dan program yang ada adalah seperti bantuan pembungkusan, bantuan peralatan, modal, bengkel, program agrikultur, kursus dan bimbingan serta khidmat nasihat. Ini adalah dilihat melalui penganjuran ekspo perdagangan satu daerah satu industri dan juga Malaysia agrikultur, hortikultur dan agro tourism, MAHA dan sambutan Hari Peladang serta Nelayan di peringkat negeri Perlis. Usaha ini dibuat untuk meningkatkan pendapatan usaha nelayan di samping meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri Perlis. Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana dilantik semula sebagai Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri dan Yang Berhormat Dato’ Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar Perlis serta kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang dilantik oleh kawasan masing-masing untuk penggal ke-14 Dewan Undangan Negeri. Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan yang telah memberi kerjasama mentadbir negeri Perlis serta melancarkan persidangan Dewan Undangan Negeri pertama yang ke-14 pada hari ini. Akhir sekali saya dan juga rakyat DUN Simpang Empat memohon menyokong dan menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku DiRaja. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Empat. Dipersilakan Yang Berhormat Chuping.
Bismillahhirrahmanirrahim, assalammu`alaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan serta wakil, pengamal media, pemerhati 2 hari berturut-turut dok nampak penuh di sebelah kanan Dewan, sebenarnya anak-anak daripada…
Pohon laluan Yang Berhormat, sikit saja. Terima kasih Yang Berhormt Chuping kerana melihat attendance ini sebagai satu yang cukup penting bukan macam di Parlimen semalam. Dah semua pakat menang nak bertanding pun susah Parlimen kosong, tinggal Tun seorang-seorang saja. Jadi jangan berlaku di Dewan Undangan Negeri contoh yang tak elok macam tu, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Pemerhati saya melihat dua hari berturut-turut anak-anak kita adik-adik kita daripada Sekolah Menengah Tuanku Sulaiman. Tahniah kerana setia bersama yang bakal pewaris negara masa depan. Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, Alhamdulillah penggal persidangan pertama Dewan Undangan Negeri yang ke-14 telah berlangsung dengan penuh harmoni walaupun kali ini diperlihatkan satu keunikan yang luar biasa bila mana kedudukan kerusi dalam DUN pelbagai. Barisan Nasional 9, PKR 3, PAS 2, Bebas 1. Satu sejarah dalam negeri Perlis dan kini Kerajaan Negeri di bawah Barisan Nasional adalah sebagai negeri pembangkang manakala Kerajaan Persekutuan adalah di bawah parti Pakatan Harapan. Walau bagauimanapun, saya ingin mengambil kesempatan di dalam Dewan yang mulia ini untuk merakamkan setinggi ucapan tahniah terutamanya sekali kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker di atas pelantikan semula sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berhormat Bintong yang dilantik semula sebagai Menteri Besar Perlis, Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dipilih oleh rakyat di kawasan masing-masing dan juga Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri semoga dengan ketentuan ini kita dapat menjalankan amanah ini dengan sebaik mungkin, bersatu hati, berkerja dengan ikhlas, bersama-sama berganding bahu dan meletakkan kepentingan negeri dan rakyat di hadapan. Bukannya kepentingan diri atau orang-orang tertentu sebagaimana Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja pada 23 yang lalu. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan yang sedang berkhidmat, yang dah meninggalkan negeri Perlis, yang baru ditugaskan di negeri Perlis sepanjang penggal yang lalu dan penggal yang baru ini telah memberi kerjasama yang erat kepada saya, sebahagiannya portfolio yang lepas dan portfolio yang sekarang dan kita walaupun landskap politik yang telah berbeza ini, saya amat berharap kerjasama yang erat itu dapat diteruskan demi kepentingan rakyat dan negeri Perlis. Yang Berhormat Dato’ Speaker, semasa perbahasan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kelmarin, ada 8 perkara yang disentuh dalam portfolio di bawah seliaan saya. Yang pertama berkaitan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Sena dan Kuala Perlis, berkaitan dengan untuk mewujudkan suatu agensi dibawah anak syarikat Kerajaan Negeri bagi mengurus tempat-tempat pelancongan seperti Tasik Melati, Bukit Air dan lain-lain yang bersesuaian. Kerajaan Negeri memang akan mengambil maklum cadangan Yang Berhormat untuk menubuhkan suatu agensi khas yang bertindak menyelaras dan menguruskan tempat-tempat pelancongan di seluruh negeri Perlis. Pada masa ini, semua produk-produk ini diurus sebagaimana dalam jawapan saya pada soalan lisan pagi tadi, oleh jabatan-jabatan seperti JPS, Jabatan Perhutanan, Veterinar dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis. Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk terus memajukan semua produk pelancongan milik negeri. Walau bagaimanapun, kekangan kewangan menyebabkan penambahbaikan hanya dapat dilakukan secara berfasa. Kerajaan Negeri juga sedang menimbang beberapa permohonan swasta untuk mengusahakan produk-produk sedia ada seperti Gua Kelam, Tasik Melati dan juga Sungai Batu Pahat. Di samping itu juga, Kerajaan Negeri turut cuba menonjolkan produk-produk baru seperti Sesiaran Sungai Perlis, pendakian puncak Wang Gunung, pemerhatian ikan lumba-lumba dan berok kentoi. Sehubungan itu, beberapa prasarana asas sedang dicadang pembinaan bagi membantu ejen pelancongan membuat lawatan. Bagi soalan yang kedua oleh YB Yang Berhormat Indera Kayangan, menyentuh tentang kadar kemiskinan pada 2030. Kadar kemiskinan pada 2030 adalah dijangkakan menjadi sifar. Hal ini adalah tidak mustahil kerana buat masa ini kadar kemiskinan bagi negeri Perlis adalah 0.1%. Segala perancangan telah pun dibuat melalui Rancangan Struktur Negeri Perlis bagi merealisasikan perancangan ini. Pelbagai program pembasmian telah dilaksanakan secara jangka pendek dan jangka panjang. Selain itu, trend menunjukkan jumlah pendaftar baru didalam sistem e-Kasih adalah semakin berkurangan sejak tahun 2015 sehingga kini. Pada tahun 2015, seramai 514 pendaftar baru telah didaftarkan. Tahun 2016, terdapat 333 orang pendaftar baru dan 2018, 211 pendaftar dan sehingga Jun 2018, hanya 42 pendaftar baru bagi sistem e-Kasih. Pengurangan pendaftar baru setiap tahun menunjukkan satu perkembangan yang positif bagi memastikan agenda pembasmian kemiskinan di negeri Perlis berjaya dicapai sifar pada tahun 2030. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Kuala Perlis berkaitan kompleks pelancongan Kuala Perlis yang masih belum beroperasi, kompleks berkenaan telah ditawarkan lot kepada peniaga dan kaunter tiket feri ke Langkawi dan beberapa peniaga telah pun memulakan perniagaan pada 1 Jun 2018 manakala sebahagian lagi masih dalam proses persiapan untuk pembukaan. Kerajaan Negeri juga merancang untuk membina laluan berbumbung daripada kompleks berkenaan ke terminal feri. Permohonan akan dikemukakan kepada kementerian yang berkaitan. Yang Berhormat Kuala Perlis juga ada bertanyakan tentang promosi pelancongan sepanjang tahun. Jadikan juga Perlis sebagai destinasi short escape. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha mempromosikan sektor perlancongan di Negeri Perlis melalui kerjasama diantara Tourism Malaysia serta Kementerian Perlancongan Dan Kebudayaan Malaysia Negeri Perlis. Di samping itu, bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong asing, pakej-pakej perlancongan sedia ada turut dipanjangkan kepada produk pelancongan di sekitar wilayah Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle, IMTGT. Selain itu juga, Kerajaan Negeri turut merangka acara-acara sukan bertaraf antarabangsa untuk menarik lebih ramai pelancong hadir ke Perlis. Antaranya adalah seperti Perlis Marathon 2018 yang telah mendapat sebanyak 15 ribu penyertaan. Acara-acara kebudyaan tempatan seperti Pesta Angin Timur dan Pesta Air Tradisional juga telah menarik banyak pelancong untuk datang ke negeri Perlis. Yang Berhormat Kuala Perlis dan Yang Berhormat Tambun Tulang juga bertanyakan tentang usaha Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Persekutuan untuk pastikan zon aliran bebas Wang Kelian berfungsi semula. Kerajaan Negeri telah memohon kepada Kementerian Dalam Negeri bagi membuka semula zon aliran bebas Wang Kelian. Permohonan tersebut telah mendapat persetujuan secara dasar oleh mantan Menteri Dalam Negeri dan menunggu pelaksanaan sesi perbincangan antara Kerajaan Negeri dan KDN, itu dulu. Walau bagaimanapun telah berlakunya perubahan pentadbiran di peringkat Kerajaan Persekutuan, keputusan terdahulu adalah tidak terpakai. Kerajaan Negeri akan memohon semula pembukaan zon aliran bebas tersebut kepada Kementerian Dalam Negeri dalam tempoh yang terdekat. Bagi menjawab soalan yang keenam ini daripada Yang Berhormat Sanglang, apakah pendirian Kerajaan Negeri berhubung status JKKK di negeri Perlis? Bagi tahun 2018 Pihak Berkuasa Negeri telah melantik seramai 387 pengerusi, 387 setiausaha dan 6,997 orang ahli jawatankuasa di dalam JKKK Negeri Perlis. Tempoh lantikan ini berkuatkuasa daripada 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018. Walau bagaimanapun selepas Pilihanraya Umum ke-14 Kerajaan Persekutuan yang baru telah memutuskan untuk menjenamakan JKKK kepada MPKK iaitu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung. Namun demikian pembentukan MPKK ini bagi negeri-negeri pembangkang seperti negeri Perlis masih lagi berada di peringkat perbincangan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dan dijadualkan akan dimuktamadkan pada penghujung bulan Julai 2018. Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk memastikan hala tuju pengurusan pentadbiran di peringkat akar umbi dan terus dijaga dengan atau tidak tertubuhnya MPKK ini demi mengekalkan keharmonian, kemajuan dan kesejahteraan masyarakat kampung di negeri Perlis. Sehubungan itu, khidmat bakti pihak JKKK masih diteruskan sehingga satu kata putus dapat dicapai di pihak Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri berkaitan mekanisme dan hala tuju JKKK di negeri-negeri pembangkang. Bagi soalan yang ketujuh iaitu daripada Yang Berhormat Tambun Tulang berkenaan dengan zon perdagangan bebas Padang Besar, merujuk kepada keputusan mesyuarat bagi cadangan untuk menjadikan Padang Besar sebagai zon bebas telah diadakan pada 22 Ogos 2013 bertempat di Kementerian Kewangan. Mesyuarat berpandangan tiada kewajaran untuk menjadikan kawasan Padang Besar sebagai zon bebas kerana kawasan yang dicadangkan telah tersedia bangunan dan penempatan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah menyenaraikan kawasan Padang Besar di dalam Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030 sebagai zon ekonomi khas Padang Besar dan salah satu projek flagship negeri Perlis yang mampu menyokong kepada pengukuhan fizikal alam sekitar dan melonjakkan tahap ekonomi negeri Perlis sehingga tahun 2030. Zon ekonomi khas Padang Besar bertujuan untuk meningkatkan potensi pelaburan berteraskan perindustrian, pelancongan dan pembangunan bercampur, mengukuhkan peranan sebagai bandar sempadan dan meningkatkan tahap ekonomi penduduk negeri Perlis. Antara kompenan zon ekonomi khas Padang Besar adalah terdiri daripada pelabuhan darat, PIP seluas 500 ekar dan kawasan perindustrian Lembah Chuping, CVIA seluas 2,500 ekar. Dengan adanya CVIA dan PIP ini, cadangan untuk menjadikan kedua-duanya sebagai zon perdagangan bebas wajar dikaji semula. Ada soalan lagi tentang PIP oleh Yang Berhormat Tambun Tulang, adakah ianya akan dilaksanakan atau pun tidak? Perlis Inland Port sebagaimana yang kita maklum akan merupakan sebuah pelabuhan darat yang dirancang untuk menampung keperluan pengangkutan kontena kawasan perindustrian Lembah Chuping. Dengan wujudnya PIP, maka jarak pengangkutan kontena ke terminal keretapi akan lebih dekat dan sekaligus membuka peluang perniagaan yang lebih luas di Lembah Chuping. Sehingga kini, status projek fasa 1 masih tertangguh iaitu fasa pertama ialah pembinaan infrastruktur laluan asas ke pintu sempadan, jejambat melintasi laluan keretapi dan laluan susur keretapi ke tapak PIP oleh Pihak Berkuasa Koridor Utara. Yang ni ditangguhkan berikutan arahan Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh 29 Jun 2018. Arahan yang berkaitan adalah untuk penambahbaikan tadbir urus dan perlaksanaan perolehan Kerajaan. Surat ini mengarahkan Kementerian supaya menilai semula keutamaan projek berdasarkan status perolehan dan nilai projek. Kerajaan Negeri akan mengemukakan rayuan kepada Kerajaan Persekutuan bagi memastikan projek ini dapat diteruskan pelaksanaannya. Akhir sekali, saya amat berterima kasih kepada seluruh rakyat DUN Chuping kerana telah memilih saya buat kali kedua penggal kedua untuk menjadi wakil rakyat DUN Chuping dan saya dan seluruh rakyat DUN Chuping menyokong usul menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dan menyatakan taat setia kepada Raja Pemerintah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, sekian Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Chuping. Dipersilakan Yang Amat Berhormat Bintong.
Bismillahhirrahmanirrahim, assalammu`alaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Alhamdulillah. Terlebih dahulu saya dengan takzimnya ingin mengangkat sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas Titah Ucapan perasmian pembukaan Penggal Persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja pada 23 haribulan yang lepas dan saya dapat simpulkan bahawa di dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, baginda telah menyatakan hasrat untuk melihat negeri Perlis ini bergerak ke hadapan, membangun dengan tujuan untuk memberikan kemaslahatan kepada rakyat negeri Perlis keseluruhannya dan daripada Titah Ucapan tersebut juga kita dapat menggambarkan betapa prihatinnya Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan kualiti hidup rakyat di negeri Perlis dan juga menggambarkan betapa rapatnya hubungan di antara baginda dengan rakyat negeri Perlis yang boleh kita katakan bersifatkan Raja dan rakyat berpisah tiada. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini sepertimana rakan-rakan Yang Berhormat yang lain untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker di atas pelantikan, dipilih semula untuk menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri pada penggal ini dan juga saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang telah dipilih semula dan juga mereka yang baru dipilih untuk menjadi anggota Dewan Undangan Negeri pada penggal ini dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan Yang Berhormat yang telah memberikan ucapan tahniah di atas pelantikan semula saya sebagai Menteri Besar Perlis untuk mengetuai Kerajaan Negeri pada penggal ini dan saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian secara aktif di dalam perbahasan yang telah diadakan sepanjang dua hari bermula daripada kelmarin sehingga ke hari ini… di dalam memberikan pandangan-pandangan yang bernas dan baik berdasarkan kepada Titah Ucapan yang telah, yang dilakukan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja semasa perasmian pada 23 haribulan yang lepas dan sesungguhnya Kerajaan Negeri cuba menghayati dan menterjemahkan pandangan-pandangan dan cadangan-cadangan yang telah dilontarkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan yang telah berjalan dalam usaha untuk kita jadikan ianya sebagai input untuk tujuan pembangunan bagi rakyat di negeri Perlis ini. Saya ingin menyentuh beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli
Yang Berhormat tetapi saya ingin menyentuh dahulu akan cadangan-cadangan ataupun komen yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Indera Kayangan berhubung dengan wawasan Perlis Negeri Bandaraya 2030 langkah-langkah untuk mencapainya. Ini sebenarnya adalah merupakan soalan ataupun isu favourite sayalah kerana sepanjang penggal yang lepas, kita telah melakukan usaha yang terbaik untuk membuat perancangan, untuk mempastikan supaya wawasan Perlis Negeri Bandaraya 2030 itu dapat kita realisasikan dan kerana itulah perancangan-perancangan rapi yang telah dibuat sepanjang penggal yang lepas dan Alhamdulillah kita mampu untuk melaksanakan sebahagian kecil daripada perancangan-perancangan tersebut sepertimana yang berlaku di tapak CVIA misalnya dan kita telah pun merangka, merancang projek-projek dalam usaha untuk mengisi wawasan tersebut. Ini seperti yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat daripada Chuping tadi seperti CVIA, seperti PIP dan kita juga telah merancang untuk melaksanakan pembinaan sebuah integrated jetty dengan izin di Sanglang satu pembangunan yang berasaskan kepada pelancongan sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat daripada Kuala Perlis iaitu di Kuala Perlis, kerjasama daripada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis juga dengan pihak TH Properties yang tujuannya adalah untuk memajukan sektor-sektor yang kita dapati Perlis mempunyai kelebihannya. Yang saya maksudkan di sini ialah sektor ataupun industri perkhidmatan yang juga termasuk pelancongan dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan lojistik yang mana Perlis ini mempunyai kelebihannya. Itu adalah secara umumnya langkah-langkah yang telah pun diambil oleh Kerajaan Negeri dalam usaha untuk mencapai wawasan Negeri Perlis Bandaraya 2030. Insya Allah, mungkin akan ada lagi inisiatif-inisiatif yang baru selain daripada apa yang telah disebutkan tadi mengenai tujuan kita untuk membangunkan semula produk-produk pelancongan yang mungkin terabai ataupun tidak dapat kita realisasikan potensinya dengan sepenuhnya. Itu juga akan turut dilakukan dan ingin menyeru kepada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya sepertimana yang telah kita dengar semasa perbahasan tadi, tidak ada seorang pun Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyatakan kita tidak mahu berkerjasama dengan di antara satu sama lain. Malah mereka yang berada di sebelah sana juga telah menyatakan hasrat untuk berkerjasama untuk mempastikan supaya kita mendapat faedah yang terbaik dalam kedudukan kita sekarang ini di negeri Perlis khususnya untuk memberikan, untuk membawa pembangunan yang sebaik-baiknya kepada rakyat negeri Perlis, yang itu memang saya alu-alukan dan saya ucapkan terima kasih di atas komitmen yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung dengan perkara ini. Saya ingin menyentuh mengenai bajet…
Yang Berhormat Dato’ Speaker…
Dipersilakan.
Terima kasih. Cuma Yang Berhormat saya ucapkan tahniah dekat Yang Amat berhormat Bintong disebabkan terima kerjasama daripada kita semua cumanya janji. Janji ni kena tunailah kalau sekiranya janji tak tunai la ni dia jadi trend. Maaf Dato’ Speaker, Yang Berhormat Dato’ Speaker tadi pun tak tunai janji. Janji nak mula sidang 11.15, lewat 25 minit, 11.40 dan harap kita jangan jadikan trend janji lepas tu tak tunai. La dia jadi trend sampai seluruh negara dah ni. Wallahua`lam, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Tadi Yang Berhormat Dato’ Speaker tak sempat, tak dapat apa ni menyambung sidang ni lebih awal sebab Yang Berhormat pun lambat masuk juga tadi… (YAB ketawa)
Maaf, saya masuk awal. Sebab tu saya tahu 25 minit.
Jawab juga Yang Berhormat daripada Sanglang ni. (YAB ketawa) Apa pun sebenarnya, apa yang telah kita rancangkan itu, memang kita nak laksanakan. Cuma Ahli-ahli Yang Berhormat harus faham akan kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pihak Kerajaan Negeri sepertimana yang kita sedar bahawa kita sekarang ni… kami ni berada di sebagai Kerajaan pembangkang. Walau bagaimanapun petanda-petanda yang ada sekarang ni menunjukkan bahawa walaupun negeri ini telah menjadi negeri pembangkang tetapi indicators, indication dengan izin yang kita perolehi daripada pihak pusat bahawa negeri Perlis tidak akan dianak tirikan. Alhamdulillah. Jadi kita minta semualah kerjasama memberikan bantuan kepada Kerajaan Negeri untuk membolehkan kita melaksana dan merealisasikan hasrat kita ini. Memang kita tidak berhasrat untuk orang kata apa memungkiri janji tetapi kita kena ingat bahawa untuk melaksanakan ini tidak boleh dilakukan sepertimana saya sebutkan sebelum-sebelum ini nothing that can be done overnight dengan izin. Semua ini adalah merupakan satu perancangan jangka panjang. Sebab itu penekanan telah kita berikan kepada projek-projek pembangunan yang berimpak tinggi. Projek-projek pembangunan yang mampan dan ini Yang Berhormat daripada Indera Kayangan telah menyebutkan kepentingan kita mengambil kira ataupun mengkoperasikan meng incoperatekan elemen sustainable development goals yang mana ini sebenarnya untuk makluman Dewan yang mulia ini bukan merupakan suatu yang mandatory dengan izin, bukan suatu yang wajib kita ikuti tetapi sesuatu yang amat-amat digalakkan. Ini adalah merupakan suatu persefahaman diperingkat multilateral yang telah dipersetujui oleh negara-negara yang menghadiri persidangan tersebut, merupakan suatu yang baik. Sebenarnya, dalam konteks Perlis Negeri Bandaraya ini menjelang 2030 ini telah pun mengambil kira aspek sustainability ini dan bukan hanya setakat sustainability dari segi alam sekitar tetapi juga aspek sustainability dari segi pembangunan itu sendiri yang kita lihat harus mempunyai nyawa tidak boleh terhenti pada satu peringkat sahaja termasuk juga sustainability daripada aspek penyediaan pekerjaan kepada rakyat. Jadi kalau kita lihat daripada situ bermakna bahawa elemen sustainable ini dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker bukan hanya dari aspek alam sekitar semata-mata tetapi secara holistiknya dia mengambil kesemua aspek yang berkaitan dengan pembangunan itu sendiri. Insya Allah kita harap Perlis melalui apa ni… mengambil kira input-input ini akan menjadi sebuah negeri pada masa akan datang yang mungkin diwarisi oleh generasi akan datang sebuah negeri yang sustainable dari segi aspek pembangunan ekonominya dan juga dari aspek alam sekitarnya, Insya Allah.
Soalan Yang Amat Berhomat Bintong, berkenaan dengan Yang Amat Berhormat Bintong ada sebut tentang perancangan apa semua kan, saya telah disinggung oleh beberapa orang peladang harumanis berkenaan saya nak tanya perkembangan dengan pemilihan peladang-peladang untuk taman kekal pengeluaran makanan di Chuping. Jadi saya difahamkan dah dua dah berlalu. Jadi saya nak tau apa status pemilihan peserta peladang di situ, di kasawan tu dan yang kedua saya nak tau apa status projek green house dengan izin harumanis yang dilaksanakan oleh Unimap, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sena. Yang mengenai saya jawab dulu yang Unimap ini, dia ni Unimap ni dia punya apa tu… ni suatu case study sebenarnya apa yang dilakukan oleh Unimap ini. Dia sedang melihat bagaimana projek harumanis yang ditanamnya di bawah bumbung ini ataupun green house dapat memberikan hasil sepanjang tahun. Dia kalau kita lihat pada R&D ini, dia mengambil masa. Kita tidak boleh membuktikan dalam masa yang pendek. Sekarang ini itu telah pun berlaku dan mereka melihat suatu jangka masa yang panjang, saya rasa pada peringkat awal ini dia telah menunjukkan suatu tanda-tanda yang positif. Bagaimanapun ini tidak boleh lagi dilakukan secara skala yang besar sebab harus dipastikan dahulu dari segi kosnya juga perlu dilihat. Sebab modal permulaan untuk untuk mengadakan green house ini dengan izin adalah agak besar. Saya difahamkan untuk satu ekar dia memerlukan kalau tak silap saya di antara 200 hingga 250 ribu ringgit. Jadi sudah tentulah kos ini adalah jauh lebih besar berbanding dengan penanaman harumanis di ladang terbuka. Jadi ini harus juga dilihat bukan saja dari segi aspek bagaimana ia boleh mengeluarkan harumanis ini secara berterusan sepanjang tahun.
Pohon laluan Yang Berhormat, terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih Yang Amat Berhormat daripada Bintong. Saya tertarik bila Yang Berhormat, pertanyaan daripada Sena, berhubung perkara green house yang dilakukan oleh Unimap ini. Yang Berhormat, kalau masih dalam peringkat R&D atau case study Yang Berhormat bangkitkan tadi, pasai apa kita tak bermula dengan satu atau dua, sebab benda ini diperpanjangkan lagi sekarang ini, tak silap saya pelaburan oleh pihak Felcra hasil daripada understanding Unimap dan pihak Felcra sebanyak 8 juta ringgit lagi dan hasilnya kita nampak macam masih di awang-awangan kerana kalau kita tahu rasa harumanis ni dia lebih perlu kepada alami, kepada keadaan yang natural. Dia panas cukup apa cukup. Jadi untuk kita buat memanglah niat kita tu baik. Kita nak hasilkan variety atau keluaran sepanjang tahun teknologi sepanjang tahun dan sebagainya. Tapi bukankah itu dah jadi satu kalau case study dengan jumlah saya ingat puluhan juta ringgit tu besar tu, bukan kecil. Kalau kita buat hanya untuk R&D dan end up nya, solusinya adalah try and error, dia jadi kita telah membuat satu lagi pembaziran terhadap peruntukan geran yang diberikan oleh pihak Kerajaan walaupun bukan melibatkan Kerajaan Negeri melibatkan sebuah institusi pengajian tinggi, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Saya bersetuju kalau sekiranya akhirnya, dia hanya menjadi suatu test sahaja. Tapi kita mengharapkan supaya suatu result yang konklusif ya? Hasil daripada R&D yang dilakukan ini akhirnya nanti. Sepertimana yang saya katakan tadi bahawa tempohnya masil terlalu awal sebab biasanya R&D ini berlakunya dalam tempoh yang panjang. Jadi kita tak boleh lagi membuat suatu penilaian dengan awal bahawa ini akan gagal. Jadi tanggungjawab ini terletak kepada Unimap sekarang ini dengan kerjasama daripada pihak tertentu. Jadi saya harapkan nanti akan ada suatu keputusan yang konklusif berhubung dengan percubaan untuk mengeluarkan harumanis ataupun pokok-pokok harumanis yang dapat mengeluarkan buah sepanjang tahun ini. Kita doakanlah supaya sesuatu yang baik akan berlaku dan kembali kepada soalan yang telah ditimbulkan…
Yang Berhomat sikit, sikit daripada Tambung Tulang, sikit. Masih perkara yang sama kita tengok beberapa R&D yang dibuat untuk kita mencuba tanaman baru seperti kenaf misalnya yang dibuat menggunakan lebih daripada RM54 juta ringgit dan kita Nampak… saya bukan nak menidakkan keilmuan, keintelektualan pakar-pakar ataupun pensyarah-pensyarah kita. Tapi apabila kita bagi peluang, Kerajaan bagi peluang research yang dibuat untuk kenaf sahaja dengan kerjasama MARDI saya nampak perbelanjaan itu hanya jadi macam jatuh ke laut dan kita satu lagi yang saya nak bangkitkan sebab Yang Berhormat cukup prihatin tentang perkara-perkara yang macam ni. Itu pusat pengumpulan harumanis di KLIA, apa telah jadi pada pusat ni? Juga merupakan projek yang dibiayai oleh Kementerian Kewangan yang saya ingat kita tak guna pakai mungkin dah dibagi kepada orang lain untuk tujuan pengumpulan ataupun jadi air freight ataupun material yang lain. Jadi kalau dalam keadaan ini kita saya tahu Yang Berhormat concern benda ini dan serius, saya nampak kalau boleh cari jalan untuk kita ambil balik yang mana menjadi hak kita, yang menjadi penghubung untuk kita nak jayakan visi dan misi Kerajaan Negeri, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, cadangan yang baik kita mengambil maklum dan perhatian akan cadangan yang diberikan itu. Cuma saya nak tambah satu saja berkaitan dengan harumanis ini, tadi pun telah diperbahaskan dan ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan Yang Berhormat daripada Simpang Empat juga telah memberikan responnya. Cuma saya nak timbulkan satu saja mengenai harumanis ini. Saya tidak berapa memberikan perhatian yang terlalu berat sangat pada penglibatan agensi-agensi Kerajaan di dalam usaha pemasaran harumanis. Sebab kalau kebergantungan terlalu besar kepada agensi-agensi Kerajaan dan agensi-agensi Kerajaan ini pula mempunyai hambatan-hambatannya sendiri mempunyai limitasi-limitasinya sendiri dan ini memungkinkan usaha pemasaran itu tidak dapat dilakukan dengan begitu berkesan. Kerana itu saya percaya bahawa usaha pemasaran yang dilakukan pihak ketiga ini harus diambil inisiatifnya oleh pihak swasta, oleh individu-individu perseorangan. Ini yang perlu dimainkan peranan dan inilah yang sebenarnya berlaku di negara-negara maju dimana pertanian itu telah jadi satu sumber pendapatan yang baik dan ia membantu beberapa lapisan di dalam sektor itu bukan hanya kepada penanam tetapi juga kepada pihak yang melakukan marketing, pemasarannya dan seterusnya daripada kehuluannya sampai kehilirannya. Jadi apa yang nak saya tegaskan di sini ialah bahawa usaha pemasaran ini haruslah dilakukan oleh pihak ketiga bukan oleh pihak Kerajaan. Kalau sekiranya kita mengharapkan kepada bantuan dan dilakukan oleh Kerajaan semata-mata dia tidak ke mana. Sebab itulah kita tahu bahawa pasaran harumanis ini bukan hanya di Malaysia kita tahu di Jepun ada pasarannya malah di Hong Kong di negara China juga mempunyai pasarannya tetapi kita tidak ada marketing agent yang mengambil peranan itu. Jadi oleh sebab itu, saya secara peribadi saya lebih suka melihat ada pihak ketiga yang bukannya agensi Kerajaan ataupun jabatan Kerajaan yang mengambil peranan dalam usaha untuk memasarkan buah harumanis ini, Insya Allah dan balik semula kepada isu yang telah dibangkitkan oleh Sena tadi iaitu mengenai taman kekal pertanian tadi ya? Sebenarnya kita sedang melihat kembali akan cadangan itu sebab pertamanya ini adalah sebenarnya dari segi konsep asalnya adalah untuk melibatkan individu-individu dan Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan plot-plot yang tertentu. Setelah kita melihat kembali perkara ini, kita dapati bahawa kita agak gusar sedikit takut individu-individu ini tidak dapat menumpukan perhatiannya kepada pengurusan dalam tanaman harumanis itu sendiri. Kita telah pun memberikan satu plot tanah seluas 25 hektar kepada suatu kumpulan organisasi pertubuhan peladang misalnya dan kita dapati bahawa mereka tidak berjaya untuk menguruskannya dengan baik. Saya sendiri telah turun ke padang, saya melihat sendiri bagaimana ladang itu telah terjadi. Ini kita tidak mahu ini berlaku dan berulang kembali sebenarnya dan yang keduanya saya juga sekarang ini walaupun pada suatu ketika dahulu Kerajaan Negeri menggalakkan saya sendiri secara peribadi telah menggalakkan orang-orang kampung di negeri Perlis ini supaya mempunyai ladang harumanis ataupun kebun harumanis dan kalau tidak ada tanah menanam sekurang-kurangnya 4-5 pokok di sekeliling rumah masing-masing. Sekurang-kurangnya ini akan dapat memberikan pendapatan tambahan kepada mereka. Tetapi sekarang ini jumlah acreage dengan izin harumanis di Perlis ni telah agak besar. Saya rasa dia mungkin mencapai melebihi daripada 1,000 hektar. Kalau tak silap saya angka itu yang ada semasa penggal yang lepas telah pun melebihi daripada 900 hektar penanaman harumanis ini. Apa yang membimbangkan saya ialah kalau sekiranya ia tidak disokong oleh suatu network jaringan pemasaran yang baik, dia akan berlaku lambakan di dalam pasaran dan ini akan menyebabkan jatuhnya harga harumanis dan orang yang menanam sekarang ini yang menunggu hasilnya dalam masa 3-4 tahun akan datang akhirnya akan menemui kegagalan dan kecundang. Mungkin berbelanja lebih daripada apa yang mereka harapkan dari segi hasilnya itu. Jadi kerana itu dalam hal ini Kerajaan Negeri mengambil pendekatan lebih berhati-hati. Kita nak pastikan supaya jaringan ini dapat diwujudkan. Industri hilirannya itu perlu juga diperkemaskan. Sebab pada masa ini industri hilirannya adalah agak kurang. Apa yang kita buat dengan harumanis hanyalah dari segi jusnya. Kita kata ada lagi produk-produk yang lain yang boleh kita keluarkan daripada harumanis ini seperti contohnya daunnya juga boleh digunakan. Saya dah minum teh daun harumanis memang agak menarik. Itu yang perlu dilihat dengan lebih jauh dan mendalam lagi supaya industri ini dapat berkembang dan tidak hanya semata-mata untuk menunggu musim harumanis dan makan harumanis fresh. Sebab kita harumanis ini dia jangka hayat dia pendek. Kalau tak dimakan dengan segera dia akan perish. Jadi ini adalah suatu perkara yang kita terpaksa lihat juga Yang Berhormat dalam hal ini supaya nanti tidak mahu akan mereka yang terlibat nanti dia akan kecundang setengah jalan dan akhirnya mereka akan mula munuding jari kepada pihak Kerajaan kerana telah memulakan perkara itu kerana ini semuanya memerlukan modal awal dan agak besar sebenarnya. Jadi saya harapkan saya telah memberikan respon kepada kegusaran yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sena tadi. Dan saya juga ingin menyentuh mengenai bajet inklusif yang telah disebutkan oleh Indera Kayangan. Sebenarnya memang di dalam penyedian bajet tahunan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri, kita telah mengambil kira input-input malah kita telahpun mengambil inisiatif pertama tahun lepas misalnya tahun 2017 untuk mengadakan dialog dengan clientele kita untuk mendapatkan input-input sebelum kita boleh merangka suatu bajet yang inklusif yang akan dapat memberikan faedah kepada semua golongan di negeri Perlis ini. Alhamdulillah 2018 adalah merupakan bajet hasil daripada dialog yang telah diadakan tersebut disamping input-input yang diberikan oleh jabatan-jabatan dan sebagainya. Yang Berhormat daripada Sena ada mencadangkan mengenai pengisytiharaan harta. Saya menyambut baik, Kerajaan Negeri menyambut baik saranan ini dan mungkin ini modul yang digunakan sekarang ini diperingkat persekutuan sepertimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu meminta supaya semua pemegang-pemegang jawatan dan ataupun anggota Kerajaan untuk mengisytiharkan harta masing-masing cuma satu sahaja dia di classified kan. Maklumat mengenai perisytiharaan harta itu classified bermaksud hanya di dalam Kerajaan sahaja yang mengetahuinya tetapi rakyat tidak mengetahuinya. Jadi itu perbezaannya. Jadi ini saya menyambut baik usaha ini. Begitu juga dengan lantikan-lantikan orang politik juga harus mengisytiharkan harta. Ini juga saya sambut baik. Cadangan mengenai mengadakan enakmen kebebasan maklumat. Ini satu cadangan yang baik juga dan sebenarnya dari segi data dan maklumat Kerajaan ini, sekarang ini kita boleh dapati di dalam website. Tak ada enakmen ataupun undang-undang sebegini pun sebenarnya akses kepada maklumat ini seperti di hujung jari. Kita dapat memperolehinya dengan begitu mudah sekali. Malah kadang-kadang sepertimana yang berlaku sebelum ini, maklumat-maklumat yang dibincangkan di dalam kabinet juga telah dapat diakses dengan begitu cepat. Belum pun mesyuarat kabinet habis, maklumat telah pun keluar. Jadi begitulah efisyennya sekarang ini dari segi penyaluran maklumat yang berlaku sama ada itu menyalahi undang-undang atau tidak, adalah perkara yang lain. Jadi walau bagaimanapun soal mengadakan enakmen ini harus diperincikan, dilihat dengan lebih teliti lagi supaya ianya tidak akan menjadikan sesuatu yang akhirnya menikam semula. Sebab kita mesti ingat bahawa tidak semua maklumat-maklumat yang ada, yang dikendalikan oleh Kerajaan itu mesti diakses oleh public. Saya bagi contoh satu misalnya seperti bank negara. Dia tidak boleh beritahu kepada rakyat akan apakah sebenarnya wang yang berada di dalam basket itu yang digunakan untuk menentukan kadar tukarannya. Kalau ini diketahui maka susahlah negara kita. Wang kita boleh dimainkan dengan begitu mudah dijatuhkan dan dinaikkan dengan tujuan untuk spekulasi. Jadi ini adalah contoh bagaimana maklumat-maklumat atau setengah-setengah maklumat dan data Kerajaan ini tidak boleh dengan sewenang-wenangnya diakses oleh public kerana ia mungkin membahayakan keselamatan negara itu sendiri. Jadi walau bagaimanapun kalau maklumat-maklumat yang lain saya rasa mungkin bolehlah kita lihat ya? Yang Berhormat daripada Kuala Perlis menyebut mengenai… saya berminat dengan perkara ini, digital marketing ini. Yang Berhormat daripada Tambun Tulang juga menyebut tadi sekarang ini kita dah pun meninggalkan era digital, masuk pada era robotic. Sebenarnya kita masih lagi belum meninggalkan era digital ini. Digital ekonomi masih lagi penting dan saya boleh katakan ini dengan izin still the in thing, masih perkara yang penting dan kerana itulah Malaysia ini pun sekarang sedang sebenarnya berada di dalam era digital ini. Kita tahu era robotik sekarang ini telah mula datang yang membawa, mungkin membawa kebaikan dan juga membawa keburukan. Walau bagaimanapun, saya memberi jaminan kepada Yang Berhormat daripada Kuala Perlis bahawa saya sendiri sebenarnya telah berkempen mengenai perkara ini menggalakkan rakyat supaya mempunyai pengetahuan dan cekap di dalam menggunakan peralatan-peralatan yang ada di dalam ekonomi sekarang ini dalam kehidupan kita ini untuk kebaikan diri. Saya memberikan satu contoh yang begitu mudah bagaimana teknologi ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk kepentingan diri kita sendiri, menambahkan pendapatan misalnya. Orang jual nasi lemak sekarang ini dia tidak perlu lagi menjaja nasi lemak di tepi jalan dan ini telah pun berlaku sebenarnya dimana dia menggunakan kemudahan teknologi yang ada secara digital ini, yang dikatakan e-ekonomi ini untuk mendapatkan pendapatan tanpa dia perlu keluar daripada rumah dan sebab itu saya dan Kerajaan Negeri memang menggalakkan sebenarnya supaya maklumat ataupun pengetahuan mengenai digital ini mengenai e-ekonomi ini diteruskan lagi kerana ia mendatangkan faedah yang baik kepada rakyat. Yang Berhormat daripada Sanglang ada menyebutkan mengenai collection, hasil air dan sebagainya. Ini telah pun dijawab tadi sebenarnya didalam soalan lisan oleh Yang Berhormat daripada Kayang. Yang Berhormat daripada Tambun Tulang ada menyentuh mengenai pengambilan balik tanah sebelum projek bermula. Sebenarnya setiap projek yang dilakukan sama ada oleh Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan, kita telah lakukan urusan perancangan pengambilan tanah ini lebih awal. Walau bagaimanapun, dalam pengurusan pengambilan balik tanah itu dia mengambil kira akan perancangan seperti terusan MADA misalnya. Kalau dalam konteks flood mitigation project dengan izin di Perlis ini, sebenarnya ukuran awal telah pun dibuat. Tetapi apabila perlaksanaan kepada projek itu berlaku didapati ada perkara-perkara yang tertinggal misalnya ini tidak dapat dielakkan kerana itulah dalam setiap projek dia ada elemen VO, Variation Order. Tujuannya adalah untuk mengambil kira apa-apa yang mungkin terlepas pandang ketika itu sepertimana yang berlaku dalam projek flood mitigation project di Tebing Tinggi itu. Ia apabila BQ nya itu tidak menunjukkan kuantiti yang sebenar batu yang perlu dikeluarkan dan juga kesan daripada ledakan yang dilakukan untuk memecahkan batu itu kepada persekitarannya dan kerana itu ini menyebabkan ada kesan kepada penduduk-penduduk yang berhampirannya yang dahulunya mungkin dianggap tidak terkesan. Jadi dalam hal ini maka tanah-tanah yang berkenaan, kampung-kampung yang berkenaan atau rumah-rumah yang berkenaan terpaksa diambil semula oleh Kerajaan. Walau bagaimanapun walaupun berlaku Variotion Order ini tapi ianya tidak melebihi daripada perbelanjaan yang telah ditetapkan ataupun siling yang telah ditetapkan itu. Jadi sebenarnya soal pengambilan tanah ini memang telah pun dibuat perancangan yang teliti tetapi perancangan yang teliti itu kadang-kadang ada yang terlepas pandang jugalah sepertimana yang berlaku dalam konteks projek flood mitigation project ini dan juga dengan pengambilan tanah untuk membina terusan oleh pihak MADA. Yang Berhormat daripada Indera Kayangan… sorry daripada Kuala Perlis, Guar Sanji saya telah sebut belum ada lagi, saya rasa tidak ada daripada Tambun Tulang dan yang terakhirnya mengenai projek Wang Kelian ini. Saya ingin menyentuh mengenai Wang Kelian ini sekali lagi walaupun telah disentuh oleh Yang Berhormat daripada Chuping tadi. Sebenarnya projek Wang Kelian ini memang kita lihat atau membuka semula free flow itu akan mendatangkan kebaikan kepada negeri Perlis terutama sekali di Wang Kelian kerana kita dapati bahawa memang ada potensinya untuk dia memajukan kawasan Wang Kelian itu. Apabila Kerajaan yang sebelum ini telah mengambil keputusan untuk membatalkan free flow arrangement ini dengan izin, maka dengan serta merta aktiviti ekonomi dan pembangunan yang berlaku di sebelah Wang Kelian itu terhenti. Dan sekarang ini ia diambil alih oleh Wang Prachan di sebelah sana dan sekarang ini telah pun ada ramai di kalangan kita punya pelancong-pelancong kita yang setiap hujung minggu yang berkunjung ke Wang Prachan. Jadi kerana itulah kita telah meminta dan mendesak kepada Kerajaan Persekutuan supaya keputusan dasar berhubung dengan penutupan Wang Kelian ini ataupun pengenalan free flow arrangement dapat dibuat semula kepada kawasan Wang Kelian dengan tujuan untuk membolehkan supaya Wang Kelian ini juga maju sepertimana yang berlaku di sebelah Wang Prachan. Kita tidak mahu keadaan sepertimana yang berlaku pada Bukit Kayu Hitam dan Danok, Bukit Kayu Hitam tidak maju tetapi Danok maju. Jadi kita tak nak itu berlaku. Sebenarnya pihak NCIA telahpun melakukan satu kajian, kajian dilakukan oleh pihak konsultan untuk melihat akan potensi pembangunan di Wang Kelian tetapi malangnya itu tak dapat diteruskan disebabkan keputusan telah dibuat untuk membatalkan free flow arrangement yang ada sebelum itu dan Insya Allah yang ni pun kita telah kemukakan dan kita mendesak Kerajaan Persekutuan supaya membuka semula free flow arrangement yang telah dilaksanakan dahulu itu. Saya rasa itu sahaja yang telah dibangkitkan, oh satu lagi ini berkenaan dengan tanah Yayasan Islam ia ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Tambun Tulang iaitu lot PT203 Mata Ayer. Tanah ini bukannya tanah milik Yayasan Islam. Tanah ini adalah merupakan tanah yang telah diamanahkan oleh seseorang secara wakaf kepada Yayasan Islam dan orang yang mengamanahkan ini sebenarnya telah menyatakan secara spesifik bahawa tanah ini hanya boleh digunakan untuk tujuan membina institusi pelajaran, institusi pendidikan dengan tujuan untuk memberikan seperti membina sekolah dan sebagainya dan setelah berbincang secara dalaman dengan Yayasan Islam kita telah mengambil keputusan bahawa Yayasan Islam tidak ada kemampuan untuk membina sebuah institusi seperti sekolah dan sebagainya walaupun usaha telah dimulakan di peringkat awalnya untuk membina sebuah sekolah tetapi telah terhenti disebabkan ketidak cukupan kewangannya dan sekarang ini Yayasan Islam telah mengambil keputusan untuk menyerahkan tanah ini untuk dijadikan tapak kepada Kolej Universiti Islam Perlis, KUIPs. Dia masih lagi merupakan sebuah institusi dan bertepatan dengan niat dan hasrat yang telah dinyatakan oleh pihak yang mewakafkan tanah tersebut. Jadi saya rasa ini merupakan suatu yang baiklah dimana tanah itu boleh digunakan untuk membina kampus bagi universiti, Kolej Universiti Islam Perlis yang sekarang masih lagi menumpang di tempat yang dimiliki oleh Majlis Agama Islam Negeri Perlis. Jadi itu adalah merupakan jawapan kepada persoalan yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat daripada Tambun Tulang. Saya rasa saya telapun cover kesemua isu-isu yang dibangkitkan dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya daripada pihak Kerajaan di sini yang telah memberikan kerjasama dan respon kepada soalan-soalan yang telah ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil, pihak sekretariat yang berkerja bertungkus lumus untuk memastikan supaya perjalanan Dewan kita kali ini berjalan dengan lancar dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada petugas-petugas keselamatan, rakan-rakan media yang telah melakukan coverage sepanjang persidangan ini diadakan. Begitu juga dengan pemerhati yang berada di Dewan ini selama dua hari berturut-turut. Saya yakin ini merupakan suatu pendedahan dan pengalaman yang baik kepada mereka apatah lagi mereka adalah merupakan pewaris kita di masa yang akan datang dan sekali lagi saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi dan rakyat daripada kawasan Bintong yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi wakil rakyat DUN Bintong dan saya mewakili warga DUN Bintong ingin memohon untuk menyokong dan usul menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja. Dan itu sahaja yang saya dapat kongsikan pada kali ini sekian wabilahitaufik walhidayah wassalammu`alaikum waramatullahi taalawabarakatuh, terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Bintong. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta persetujuan ke atas usul menjunjung kasih ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha
Mulia Tuanku Raja. Ahli-ahli yang bersetuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Usul ini diluluskan.
Usul Pelantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri PerlisMotion
Usul untuk melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar akan mengemukakan cadangan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu usul yang berbunyi, bahawa Dewan ini menurut kuasa-kuasa yang diberikan dibawah perkara 99 dan 101A, Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Dewan mengambil ketetapan bersetuju untuk melantik sebuah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri bagi Dewan Undangan Negeri Perlis yang ke-14 yang mengandungi Ahli-ahli Yang Berhormat seperti berikut: Pertama Yang Berhormat Tuan Mohd Shukri bin Ramli sebagai pengerusi, Yang Berhormat Tuan Asrul Nizan bin Abd Jalil dan Yang Berhormat Tuan Nor Azam bin Karap. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan kita terdapat satu usul yang berbunyi, bahawa Dewan ini menurut kuasa-kuasa yang diberikan di bawah perkara 99 dan 101A Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Dewan mengambil ketetapan bersetuju untuk melantik sebuah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri bagi Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Ke-14 yang mengandungi Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dinamakan tadi. Ahli-Ahli yang bersetuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Usul ini diluluskan.
Usul Pelantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah DewanMotion
Usul untuk melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Dewan. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar akan mengemukakan cadangan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu usul yang berbunyi, bahawa Dewan ini menurut kuasa-kuasa yang diberikan di bawah perkara 99 dan 102, Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Dewan mengambil ketetapan bersetuju untuk melantik sebuah Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Dewan bagi Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Ke-14 yang mengandungi Ahli-ahli Yang Berhormat seperti berikut: Pertama Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri sebagai pengerusi,
Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri dan Yang Berhormat Tuan Mohd Ridzuan bin Hashim. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan.
Bismillahhirrahmanirrahim, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan. Minta maaf, saya mohon menyokong.
Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat di hadapan kita terdapat satu usul yang berbunyi, bahawa Dewan ini menurut kuasa-kuasa yang diberikan dibawah perkara 99 dan 102 Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Dewan mengambil ketetapan bersetuju untuk melantik sebuah Jawatankuasa Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Dewan bagi Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Ke-14 yang mengandungi Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dinamakan tadi. Ahli-ahli yang bersetuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Usul ini diluluskan.
Usul Pelantikan Ahli-Ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DewanMotion
Usul untuk melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Dewan. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar akan mengemukakan cadangan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu usul yang berbunyi, bahawa Dewan ini menurut kuasa-kuasa yang diberikan di bawah perkara 99 dan 102, Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Dewan mengambil ketetapan bersetuju untuk melantik sebuah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Ke-14 yang mengandungi Ahli-ahli Yang Berhormat seperti berikut: Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri sebagai pengerusi, Yang Berhormat Penasihat Undang-undang Negeri, Yang Berhormat Puan Gan Ay Ling dan Yang Berhormat Dato’ Ismail bin Kasim. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker saya mohon menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan kita terdapat satu usul yang berbunyi, bahawa Dewan ini menurut kuasa-kuasa yang diberikan di bawah perkara 99 dan 102 Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Dewan mengambil ketetapan bersetuju untuk melantik sebuah Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan bagi Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Ke-14 yang mengandungi Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dinamakan tadi. Ahli-ahli yang bersetuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Usul ini diluluskan.
Usul Pemilihan Ahli Dewan NegaraMotion
Usul pemilihan Ahli-ahli Dewan Negara.
Ahli-ahli Yang Berhormat, selaras dengan perkara 45 dan Jadual Ketujuh Perlembagaan Persekutuan, notis pemakluman daripada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis bagi memaklumkan bahawa 2 orang Ahli Dewan Negara yang telah dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Perlis sebelum ini telah tamat tempoh perkhidmatan masing-masing pada 25 April 2018. Sehubungan dengan itu, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis telah berkenan menitahkan supaya Dewan Undangan Negeri Perlis membuat pemilihan bagi mengisi kekosongan-kekosongan tersebut. Dalam hubungan ini, Dewan telah menerima 2 cadangan daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Jesteru itu, saya silakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk menzahirkan cadangan tersebut dan seterusnya mengemukakan pernyataan bertulis sepertimana yang disyaratkan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi kekosongan pertama, sukacita saya mencadangkan supaya Encik Kamarudin bin Abdun dipilih dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong cadangan tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi kekosongan kedua, sukacita saya mencadangkan supaya Puan Hajah Sabani binti Mat dipilih untuk dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong cadangan tersebut.
Saya minta Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk menyerahkan pernyataan-pernyataan bertulis bagi kedua-dua pencalonan tersebut sepertimana yang disyaratkan.
(YAB Menteri Besar menyerahkan pernyataan-pernyataan pencalonan kepada Bentara untuk diserahkan kepada YB Speaker)
Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan saya ialah pernyataan-pernyataan bertulis daripada Yang Amat Dato’ Seri Azlan bin Man sebagai pencadang, Yang Berhormat Tuan Hamizan bin Hassan serta Yang Berhormat Tuan Nurulhisham bin Yaakob masing-masing sebagai penyokong berdasarkan pernyataan-pernyataan ini. Terdapat 2 orang calon yang dicadangkan iaitu Encik
Kamarudin bin Abdun dan Puan Hajah Sabani binti Mat dan kedua-dua mereka telah menurunkan tandatangan masing-masing sebagai persetujuan untuk berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara jika dipilih. Sehubungan dengan itu, saya mohon persetujuan Ahli-ahli Yang Berhormat ke atas calon-calon yang dicadangkan.
Bagi mengisi kekosongan yang pertama, calon yang dicadangkan Encik Kamarudin bin Abdun. Ahli-Ahli yang bersetuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Terima kasih. Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa Encik Kamarudin bin Abdun dipilih untuk dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.
Bagi mengisi kekosongan kedua, calon yang dicadangkan Puan Hajah Sabani binti Mat. Ahli-ahli yang bersetuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa Puan Hajjah Sabani binti Mat dipilih untuk dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.
Penangguhan DewanAdjournment
Penangguhan Dewan.
Saya mempersilakan Yang Berhormat ADUN Sena, kalau ada ucapan sedikit.
Assalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana memberi peluang pada saya untuk memberi ucapan penangguhan. Di kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Speaker kerana dipilih semula sebagai Speaker dan juga YAB Bintong kerana dipilih semula sebagai Menteri Besar dan juga tahniah kepada seluruh barisan Exco. Alhamdulillah saya berpuas hati dengan perjalanan sepanjang 2 hari kita bermesyuarat perjalanan mesyuarat yang lancar dan yang paling menarik tu, penuh korum. Jadi berbanding dengan satu benda yang memalukan di Parlimen kelmarin apabila terpaksa loceng dibunyikan 20 minit masa di ni… Jadi Alhamdulillah kalau kita boleh kekalkan disebabkan kita dah la sikit kan? Jadi kalau kita boleh kekalkan terutamanya korum yang penuh ni memang terbaiklah. Jadi sebagai satu Dewan Undangan Negeri contoh sidang menjadi contoh kepada negara. Berkenaan dengan kandungan isu yang dibangkitkan saya harap terutama dalam isu bekalan air tu, kami pihak kami bersedia untuk berkerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri untuk kita menyelesaikan masalah bekalan air yang berlarutan dan juga kalau dalam isu yang lain pertanian, saya harap kita dapat perkasakan lagi dan juga pelancongan sebagai satu produk baru yang untuk kita pertingkatkan ekonomi negeri Perlis. Insya Allah mudah-mudahan kita dengan jalinan usaha sama kita akan dapat mengurangkan defisit Kerajaan Negeri yang alami sekarang. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sena. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mendapati persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis pada kali ini berjalan dengan lancar dan 10 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru telah berjaya berada dalam mood sidang Dewan. Walau bagaimanapun, saya bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat Tambun Tulang supaya Ahli-ahli Yang Berhormat tidak sepenuhnya membaca daripada teks tetapi menghayati daripada teks tersebut. Sila rujuk Standing Rules and Order yang telah dibekalkan oleh sekretariat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sekian, wabilahitaufik walhidayah wasalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
(Persidangan ditangguhkan pada jam 2.15 petang)