Perlis · 12 December 2018
14th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 104 turns · 18,774 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerlis publishes one PDF per sitting day, but nothing after 9 Aug 2023 although the assembly has kept sitting. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan mula bersidang.
Doa
Doa.
(Bacaan doa oleh Setiausaha Dewan)
Pemasyhuran daripada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis
Pemasyhuran oleh Yang Berhormat Dato’ Speaker Dewan Undangan Negeri.
Bismillahhirahmannirrahim. Assalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi dan salam sejahtera, saya ingin memaklumkan bahawa Yang Berhormat Tambun Tulang tidak dapat menghadiri persidangan pada hari ini dan esok atas urusan kecemasan. Beliau telah mengemukakan permohonan perlepasan secara bersurat dan saya telah pun memberikan kebenaran untuk beliau tidak hadir. Di sini juga saya ingin menerangkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian tentang aturan perjalanan Mesyuarat Dewan pada pagi ini, selepas ini Mesyuarat Dewan akan diteruskan dengan sesi soal jawab lisan berdasarkan turutan soalan seperti di dalam kertas perintah Mesyuarat Dewan. Saya akna cuba untuk memperuntukkan tempoh masa supaya semua soalan dapat dijawab tetapi sekiranya ada yang tidak sempat dijawab secara lisan, jawapannya akan dikemukakan kemudian secara bertulis oleh pihak Kerajaan. Setelah itu Dewan akan berehat sebentar dan apabila disambung semula, usul anggaran pembangunan tahun 2019 dan rang undang-undang enakmen perbekalan tahun 2019 yang kedua-duanya membentuk anggaran bajet negeri perlis tahun 2019 akan dibuka untuk perbahasan secara dasar. Memandangkan hanya lima orang sahaja yang akan berbahas pada pagi ini, saya akan memberikan tempoh masa yang lebih sedikit iaitu kira-kira 25 minit setiap seorang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dari kalangan bukan Kerajaan untuk berbahas. Saya harap masa tersebut dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk Yang Berhormat sekelian membahaskan Bajet dan mengutarakan permasalahan di kawasan masing-masing.
Semua perbahasan akan diselesaikan pada tengahari ini juga dan setelah itu Dewan akan ditangguhkan dan akan di sambung semula pada pagi esok untuk maklumbalas dan penggulungan oleh pihak Kerajaan serta menyelesaikan baki urusan Dewan yang telah disenaraikan. Sekian, terima kasih.
Soalan-Soalan LisanQuestions
Soalan-soalan lisan.
Dipersilakan Yang Berhormat Sena.
Tuan Speaker, soalan saya nombor 1.
(Soalan 1 : Apakah langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk memperbaiki perkhidmatan sistem pengairan di mana terdapat pintu belat yang rosak serta perlu dibaiki segera?)
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Speaker, terdapat 22 buah struktur utama Alator ataupun Tandop di dalam kawasan MADA Negeri Perlis yang mempunyai pintu kawalan berfungsi untuk menjalankan operasi pengairan dan saliran di saluran-saluran air utama bagi membolehkan peladang-peladang menjalankan aktiviti penanaman padi dua kali setahun. Di setiap tandop tersebut terdapat seorang Operator Alator MADA yang bertanggungjawab menyelia dan menjaga operasi alator. Penyelenggaraan struktur-struktur tersebut dilaksanakan secara bulanan oleh Bahagian Mekanikal dan Elektrikal bagi memastikan struktur-struktur tersebut dapat berfungsi dan berada dalam keadaan yang baik. Tindakan pembaikan segera akan dilaksanakan oleh MADA sekiranya berlaku kerosakan mana-mana bahagian struktur kawalan tersebut seperti kerosakan pada alat angkat (hoisting mechanism components) seperti pembaikan wire rope yang putus dan sebagainya. Sekiranya berlaku kerosakan yang serius melibatkan kerja-kerja fabrikasi transmission shaft dan bearing block and coulpling, pembekal atau kontraktor luar yang berpengalaman akan dilantik bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan tersebut. Selain daripada struktur utama, terdapat juga lebih 3,000 buah struktur pintu kawalan sekunder dan tersier di peringkat ladang yang juga berfungsi untuk tujuan pengairan dan saliran. Kerja-kerja membaikpulih akan dilaksanakan oleh kontraktor terpilih yang dilantik apabila berlaku kerosakan. Prestasi pembekal / kontraktor yang terlibat sentiasa dipantau bagi memastikan mutu kerja dan perkhidmatan yang diberikan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan sejumlah peruntukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis dalam usaha memperbaiki perkhidmatan sistem pengairan terutamanya di kawasan luar MADA, di belah darat. Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis sentiasa komited dalam memastikan kesemua struktur pengairan terutamanya pintu belat dapat berfungsi dengan sebaiknya melalui kerja-kerja penyelenggaraan dan membaikpulih yang dilaksanakan sepanjang tahun. Sekian.
Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 2, terima kasih.
(Soalan 2 : Kita tahu banyak berlaku kes murid-murid ponteng sekolah dan keadaan ini bertambah serius setiap tahun. Kita juga dapati kadar anak muda yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah juga meningkat dan pada kadar yang membimbangkan. Apakah tindakan dan langkah-langkah yang diambil pihak kerajaan dalam menyelesaikan masalah ini?)
Yang Berhormat Dato’ Speaker serta Yang Berhormat Indera Kayangan, untuk menangani isu ponteng dan salah laku murid, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis telah melaksanakan program JPN Peduli. Program ini dilaksanakan dalam dua fasa iaitu Fasa Operasi yang merangkumi Operasi Ponteng dan kunjungan ke rumah murid-murid yang ponteng, dan Fasa Intervensi yang antaranya melibatkan penganjuran Kem Jati Diri Lelaki Dan Perempuan (Sekolah Menengah) pada 17 dan 18 September 2018, Kem Ikon Kepimpinan (Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah) pada 31 Oktober dan 19 November 2018, penataran pelaporan Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM) dan sebagainya. JPN Perlis turut menjalankan “Ops Ponteng” bersama agensi-agensi lain seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di mana operasi ini bertujuan mengenalpasti pelajar-pelajar yang ponteng sekolah serta melakukan kesalahan-kesalahan lain di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti oleh pihak JPN Perlis. Murid-murid yang telah dikenal pasti dan ditahan dalam operasi ini diuruskan mengikut tindakan tatatertib sekolah dan diserahkan kepada waris masing-masing. Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah menyediakan Program Sifar Murid Cicir dengan menjadikan Perlis sebagai negeri rintis dalam pelaksanaan program ini bagi mencapai hasrat cicir sifar. Program Ops Cicir Jabatan Pendidikan Negeri Perlis melibatkan semua sektor dalam Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, pentadbir sekolah rendah dan sekolah menengah, agensi-agensi dan NGO-NGO yang terpilih di negeri Perlis. Program Ops Cicir Sifar telah dilaksanakan mulai bulan Ogos 2018. Sebanyak 1,015 murid sekolah rendah dan 739 murid sekolah menengah yang berisiko cicir telah menjalani program Serlahkan Keunggulan Dirimu (SUDI) dan Jom Ke Sekolah yang dikendalikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah masing-masing bagi memastikan murid-murid ini tidak tercicir. Hasil dapatan program juga menunjukkan bahawa sepanjang tempoh tiga bulan program dilaksanakan (Ogos
- Oktober 2018), seramai lapan (8) murid sekolah rendah dan enam puluh empat (64) murid sekolah menengah yang tercicir dari sistem pendidikan telah berjaya kembali ke alam persekolahan. Selain itu, JPN Perlis juga mempunyai wakil tetap dalam program Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf bersama DYTM Raja Muda Perlis bagi mengenal pasti golongan asnaf di samping murid yang tercicir dari persekolahan agar dapat dibantu untuk berada dalam sistem pendidikan semula. Berkaitan penglibatan murid sekolah dengan penyalahgunaan dadah, angka yang terlibat bagi Negeri Perlis adalah sangat kecil dan dalam keadaan yang terkawal di mana statistik menunjukkan jumlah pelajar yang positif dadah di Negeri Perlis menurun daripada 34 orang pada tahun 2017 kepada 32 orang bagi tahun 2018. Pihak PDRM, AADK, JAIPs dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis sentiasa bekerjasama ke arah memastikan gejala dadah di kalangan murid dapat dibendung dan dicegah secara total dari masa ke semasa. Pihak Sekolah dan AADK juga mempunyai program khusus dari aspek kaunseling dan kesedaran awal kepada murid-murid sekolah tentang bahaya dadah, manakala pihak PDRM akan meneruskan tindakan penguatkuasaan undang-undang berkaitan Akta Dadah Berbahaya bagi mengekang penglibatan murid termasuk mengambil tindakan terhadap pengedar yang membekalkan dadah kepada murid sekolah. AADK Negeri Perlis sentiasa menjalinkan kerjasama yang erat dengan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dalam memantau dan menyelia pelajar sekolah. Melalui perancangan strategik AADK, unit pendidikan pencegahan dadah mempunyai program berfokus untuk pencegahan dadah untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Ia melibatkan program-program seperti Kem Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR), Kem Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya (SHIELDS), siri ceramah dan taklimat di sekolah, Program Bangun Jiwa bersama MAIPs dan ujian saringan urin untuk pelajar berisiko. Selain daripada program-program pendidikan pencegahan, program-program intervensi bagi pelajar yang telah terlibat dengan masalah penagihan dadah juga dilaksanakan oleh AADK. Selain itu, pihak JPN sendiri juga telah mewujudkan portfolio guru pendidikan pencegahan dadah sekolah (PPDa) bagi memastikan fokus yang lebih khusus bagi menghalang pelajar terlibat dengan masalah ini.
Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.
Terima Kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 3.
(Soalan 3 : Apakah langkah-langkah untuk membaik pulih pintu air pada masa akan datang oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis bagi memastikan keadaan pintu air beroperasi dengan baik terutamanya dalam menangani masalah air laut masuk atau banjir apabila berlakunya fenomena air pasang besar di kawasan Kuala Perlis? Berapakah jumlah peruntukan yang diperuntukkan untuk menambah baik permasalahan ini di kawasan Kuala Perlis untuk tahun 2019?)
Selamat pagi dan salam sejahtera, Yang Berhormat Dato’ Speaker, Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis sedia maklum bahawa terdapat beberapa buah pintu kawalan air yang rosak dan pihak JPS dalam proses untuk memperbaiki pintu kawalan yang rosak ini dan menambah pembinaan pintu kawalan di lokasi yang sesuai mengikut keutamaan. JPS juga memasang pam bergerak seperti di Kuala Perlis bagi mempercepatkan air keluar sekiranya air laut pasang sedang pada masa yang sama berlaku hujan lebat bagi meminimumkan berlakunya banjir kilat. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah yang diperuntukkan untuk menambahbaik permasalahan tersebut di Kuala Perlis adalah sebanyak RM200,000.00, sekian, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, soalan saya soalan nombor 4.
(Soalan 4 : Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengutip tunggakan bil air?)
Bismillahirahmanirrahim, Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi, Yang Berhormat Dato’ Speaker, langkah-langkah yang diambil oleh Syarikat Air Perlis (SAP) dalam usaha untuk mengutip tunggakan bil air ialah seperti berikut pertamanya membuat pembacaan dan mengeluarkan bil air setiap bulan di setiap premis pengguna. Kedua, menghantar notis pemotongan kepada pengguna untuk membayar tunggakan bil air di dalam tempoh 14 hari daripada terima notis tersebut. Sekiranya SAP tidak menerima apa-apa bayaran dalam tempoh 14 hari tersebut, tindakan pemotongan bekalan air akan dilaksanakan. Ketiga menyediakan jadual dan perjanjian bayaran tunggakan bil air secara ansuran kepada pengguna yang mempunyai tunggakan bil yang sangat tinggi dan keempat menyediakan pelbagai jenis medium pembayaran bil air selain di kaunter bayaran SAP seperti Jompay secara online, kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), ejen-ejen BSN, kaunter bayaran Pejabat Pos dan Kiosk OneApps di UTC Perlis.
Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.
Bismilahirahmanirrahim.. terima kasih…., soalan saya nombor 5.
(Soalan 5 : Rumah kediaman adalah antara keperluan asas setiap rakyat. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat yang tiada tanah sendiri dan tinggal di atas tanah rizab kerajaan?)
Bismillahirahmanirrahim, Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih YB Guar Sanji. Kerajaan Negeri komited untuk membantu rakyat memiliki rumah dan berdasarkan Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030, Negeri Perlis perlu mempunyai sebanyak 15,018 unit rumah kos rendah dan 53,063 unit rumah terancang pada tahun 2030. Sehingga 2018, jumlah rumah yang telah disediakan merangkumi projek perumahan awam dan swasta adalah 36,507 unit. Kerajaan Negeri secara berterusan berusaha membantu rakyat dalam memiliki rumah yang sah dan selesa. Antara usaha yang telah dilakukan selama ini yang diselaraskan oleh Bahagian Perumahan SUK adalah seperti berikut yang pertama pembinaan 33 Rancangan Perumahan Awam (RPA) melibatkan 3,136 unit rumah. Yang kedua, pembinaan 7 Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) melibatkan 1,366 unit rumah. Yang ketiga, pembinaan 3 Program Perumahan Rakyat (PPR) melibatkan 1,428 unit rumah. Yang keempat, memudah cara projek perumahan swasta bagi menggalakkan pertumbuhan kawasan perumahan. Yang kelima mengawal projek perumahan swasta dengan mengenakan kuota pembinaan rumah kos rendah dan yang keenam usahasama dengan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad dalam pembiayaan perumahan kali pertama melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bagi membantu pembeli yang tiada pendapatan bulanan tetap seperti petani, peniaga kecil, nelayan dan sebagainya. Usaha-usaha di atas diteruskan dengan tindakan-tindakan seperti berikut yang pertama cadangan projek baru PPR melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Dalam hal ini, 2 buah projek PPR di Perlis berada dalam senarai pihak KPKT dengan anggaran penyediaan 1,000 unit rumah, yang kedua Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) melalui usahasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Kerajaan Negeri dengan penyediaan 300 unit fasa pertama merangkumi 60 unit dijangka siap pada tahun 2019. Yang ketiga usahasama dengan pihak Perbadanan Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) bagi mempromosikan rumah PR1MA. Sehingga kini terdapat 6 projek PR1MA dalam tindakan melibatkan anggaran 3,500 unit. Usaha sama dengan pihak Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) bagi mempromosikan rumah PPAM. Sehingga kini terdapat 10 projek dalam tindakan melibatkan anggaran 900 unit. Yang kelima menyelaras penjualan rumah kos rendah di perumahan swasta dengan mensasarkan kumpulan B40 yang telah berdaftar di dalam Sistem Maklumat Perumahan Awam (SMPA) melalui pengeluaran Sijil Layak Memiliki Rumah. Selain itu, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) juga berusaha untuk menyediakan Rumah-Rumah Mampu Milik kepada setiap keluarga sejajar dengan Dasar Perumahan Negara di mana pihak SPNB melaksanakan tiga program perumahan iaitu Rumah Aspirasi Rakyat, Rumah Idaman Rakyat dan Rumah Mesra Rakyat untuk golongan B40 dan M40. Isu rumah yang berada di atas tanah rizab kerajaan juga merupakan cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri. Rancangan Struktur Negeri 2030 mensasarkan setinggan sifar menjelang tahun 2020. Statistik terkini bilangan rumah setinggan di Negeri Perlis adalah 1,853 buah melibatkan anggaran 8,600 orang penduduk. Berdasarkan kepada data Sistem Maklumat Perumahan Awam (SMPA), seramai 1,600 pemohon menunggu giliran bagi mendiami perumahan awam kerajaan sama ada secara sewaan di rumah PPR atau jualbeli di rumah RPA dan PAKR. Jadual Rancangan Struktur Negeri 2030 bagi kriteria bilangan unit rumah terancang semasa bilangannya adalah 20,034 menjelang 2020 anggaran 36,847 dan 2030 anggaran 53,063 sehingga tahun ini telah ada 25,635. Bagi rumah kos rendah semasa berada sebanyak 8,704 buah bagi tahun 2020 mensasarkan 11,504 buah dan menjelang 2030 mensasarkan jumlah 15,018 buah rumah. Rumah Aspirasi Rakyat (RAR) dibina di kawasan strategik oleh SPNB Aspirasi Sdn. Bhd. Pembangunan RAR merupakan projek-projek berdaya maju yang menawarkan harga rumah yang lebih kompetitif berbanding harga pasaran semasa. Rumah Idaman Rakyat (RIR) pula dilaksanakan oleh SPNB Idaman Sdn. Bhd. merupakan pembangunan perumahan bercampur dengan harga jualan rumah 60% tidak melebihi RM250,000 seunit dan tidak melebihi RM350,000 seunit (40% dari komposisi pembangunan) dan harga jualan kedai tidak melebihi RM1,000,000/lot kedai. Pembangunan projek RIR adalah di atas tanah yang dikurniakan oleh kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan atau agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Rumah Mesra Rakyat (RMR) adalah program yang sangat popular di seluruh Malaysia. Ia mendapat sambutan yang sangat baik di mana senarai menunggu terkini ialah 9,087 pemohon. Ia merupakan program berkonsepkan rumah sesebuah yang dibina di atas tanah pemohon sendiri, berkeluasan di antara 700kps – 1000kps dengan komposisi 3 atau 2 bilik tidur dan 2 bilik air. Kerajaan melalui Kementerian Kewangan hanya menyalurkan subsidi sebanyak RM20,000 seunit untuk pembiayaan pembinaan RMR. Manakala, baki pembiayaan pembinaan sebanyak RM45,000 perlu diperolehi oleh SPNB melalui kaedah pinjaman dari mana-mana bank. Selain itu, Kerajaan juga telah bersetuju untuk memberi (2) % subsidi kadar keuntungan bank sebagai sebahagian daripada yang dikenakan kepada setiap pemohon yang layak. Sekian.
Soalan tambahan Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Santan di atas penjelasan yang telah diberikan, cuma saya nak tanya apakah langkah-langkah Kerajaan terhadap rumah yang telah dibina atas tanah rezab Kerajaan yang tepi-tepi jalan tu lah… yang dibina stelah jalan telah siap. Jadi apakah tindakan Kerajaan, sebab kalau kita lihat rumah-rumah ini yang datang selepas jalan ini mengundang masalah yang banyak kepada JKR, kepada MADA dan sebagainya, terutama rumah-rumah yang ada di tepi sungai, jalan… sungai… menyebabkan masalah banyak timbul kebelakangan, permintaan… apa nama meter api, paip air dan sebagainya, jadi apakah tindakan yang dibuat oleh JKR dan juga MADA untuk mengatasi masalah ini sebab ada berlaku kepada kita, jadi masalah ini berlarutan. Jadi kita nak tau sejauh mana apa nama yang diambil tindakan… tindakan yang diambil oleh Kerajaan. Yang kita sedia maklum sebelum ini semua perumahan, rumah-rumah yang naik tu diberi meter, diberi paip air mungkin kerana Kerajaan yang dahulu, yang mengamalkan sifat dasar politik atau saya tak tau… wallahu alam… tapi dapat diberikan, tapi hak mai kemudian ini bila buat rumah minta permohonan meter air, tak dapat… mintak apa nama meter elektrik… tak dapat… sebab dasar berbeza. Jadi kalau kita ambil tindakan mestilah kita ambil tindakan secara holistik, jadi benda ni…
apa tindakan yang diambil oleh Kerajaan? Untuk mengatasi masalah-masalah yang akan datang… Sekian.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Guar Sanji, jadi memandangkan dulunya mungkin kita bagi... kita bagi atas sebab dasar kita kesihan belas kepada pemohon atau penduduk yang kekal sejak berapa lama.. sekian lama, jadi memandangkan tempat-tempat tersebut belum lagi diisytiharkan atau digazetkan oleh pihak Kerajaan untuk memulakan projek dan sebagainya ataupun dia digazetkan untuk projek-projek Kerajaan. Jadi tindakan yang kita ambil ialah kita cuma boleh memberi notis untuk penduduk tersebut mencari tempat lain sehinggalah projek-projek kepada rezab Kerajaan itu dilaksanakan. Ini sedang kita melihat... memantau sekiranya berlaku... apabila projek Kerajaan akan dibuat, maka terpaksa kita beri notis, itu yang perlu dan penting... jadi kalau sekiranya perlu buat apa-apa itu kita masih bagi peluang lah... untuk... untuk beliau menduduki buat sementara waktu. Jadi tidak ada alasan jika sekiranya projek-projek Kerajaan akan dilaksanakan buat masa ini... apa... beliau menentang dan geran tidak akan diberikan, malahan pada masa kini ramai yang memiliki geran bertaraf TOL tetapi pihak Kerajaan tidak akan membenarkan atau pun memberi geran kepada pemilik-pemilik tersebut sekiranya tempat tersebut digazetkan untuk pembangunan. Sekian.
Soalan tambahan…
Soalan tambahan…
Perbahasan sat lagi Yang Berhormat…
Sikit lagi sebab masa panjang hari ni…
Yang Berhormat ada masa 25 minit nanti… saya bagi satu soalan tambahan sahaja.
Soalan tambahan Yang Berhormat…
Terima kasih kepada YB Guar Sanji, seperti yang telah saya perkatakan tadi, pemberian saguhati bagi imam yang telah bersara, tadi telah saya baca tadi ni... jadi itulah jawapannya, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Sena.
Soalan tambahan satu lagi boleh?...
Ya boleh… yang ni boleh…
Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Speaker, saya nak tau soalan tambahan, berapakah unit rumah mesra rakyat yang telah dibina SPNB di Perlis bagi tahun 2018, tahun terkini dan Yang Berhomrat telah maklum tadi dua projek PPR telah diluluskan, untuk dilaksanakan di Perlis, saya difahamkan salah satunya di Kangar, adakah Kerajaan Negeri sudah kenalpasti kawasan mana yang terlibat untuk Kangar tu? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sena, untuk jumlah yang tepat tu saya akan bagi secara bertulis... ya... dan untuk kawasan-kawasan di kawasan Kangar yang dicadangkan pembinaan itu tu belum lagi diputuskan.
Dipersilakan Yang Berhormat Sena.
Yang Berhormat Speaker, soalan saya soalan nombor 7.
(Soalan 7 : Apakah langkah yang diambil oleh pihak kerajaan sebagai jalan penyelesaian tentang masalah ketiadaan benih padi dan kawalan harga yang diperlukan oleh pesawah?)
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Secara umumnya, benih padi adalah mencukupi untuk keperluan pesawah-pesawah. Walau bagaimanapun, pada awal musim penanaman, terdapat kecenderungan permintaan yang tinggi oleh pesawah terhadap varieti MARDI Siraj 297 berbanding varieti-varieti lain menyebabkan berlaku ketidakcukupan benih padi tersebut akibat permintaan yang mendadak. Di samping itu, berdasarkan maklumat Jabatan Pertanian, terdapat juga permintaan bagi varieti padi lama seperti MR219 dan MR220 yang mana pengeluarannya adalah terhad berbanding pengeluaran varieti terkini seperti MR 220 CL2, iaitu padi kebal kalau orang kampung panggil, MR 284, MR 263 dan MARDI Siraj 297. Berikutan hal tersebut, terdapat rungutan daripada pesawah mengatakan bahawa benih padi tidak mencukupi walaupun mengikut rekod benih, benih padi adalah mencukupi. Bagi menangani masalah ini, pesawah digalakkan untuk menanam varieti padi yang moden dan terkini. Untuk mengatasi masalah kekurangan benih padi di pasaran, pesawah perlu mengelakkan pembelian panik. Bagi setiap kawasan, jadual penerimaan air adalah berbeza dan berdasarkan itu juga tarikh penanaman padi turut berbeza. Kawasan yang menerima air pada peringkat awal akan mula menanam awal manakala kawasan yang menerima air lewat akan menanam lewat. Mengikut rekod benih, setiap kawasan ada bahagiannya dan pesawah tidak perlu panik. Pembelian panik berlaku apabila pesawah-pesawah di kedua-dua kawasan yang menerima air awal dan lewat telah membeli benih padi secara serentak hingga mengakibatkan pesawah yang sepatutnya menanam awal tidak mendapat benih yang cukup, sedangkan sepatutnya pesawah yang menerima air lewat memberi peluang kepada pesawah yang menerima air awal supaya mereka dapat menanam awal mengikut jadual. Di antara langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ialah penyelarasan bersama di antara pihak MADA, Jabatan Pertanian, LPP, MARDI dan pengeluar benih yang telah dilantik oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dari masa ke semasa bagi menangani isu pembekalan padi benih sah. Pelaksanaan kempen-kempen pengembangan peringkat awal oleh MADA kepada pesawah berkaitan pematuhan jadual penanaman padi, penggunaan benih padi sah serta kawalan tanaman padi. Pesawah juga dinasihatkan agar mendapatkan benih padi sah daripada pengeluar benih padi sah yang berdaftar. Setiap PPK di luar kawasan MADA akan melakukan mesyuarat teknikal berkenaan keperluan dan masalah sebelum musim penanaman padi bermula. PPK akan bersedia untuk membuat pesanan awal kepada kilang-kilang pengeluar benih supaya tidak berlakunya ketiadaan benih yang akan mendatangkan masalah kepada para petani. Berhubung kawalan harga benih padi pula, Kerajaan Pusat telah melaksanakan mekanisme kawalan harga benih padi melalui penetapan harga siling benih pada kadar RM28.00 iaitu bagi sekampit (20 kg) berdasarkan perjanjian pengeluaran benih padi sah oleh pengeluar yang dilantik dengan pihak kerajaan. Penjualan benih padi pada harga yang berbeza-beza di luar pintu kilang adalah disebabkan oleh kos logistik dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya nombor 8. Terima kasih.
(Soalan 8 : Sehingga Oktober 2018, berapakah nilai aset (RM) yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Perlis termasuk pelaburan di dalam negara mahupun di luar negara?)
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan. Berhubung dengan nilai aset Kerajaan Negeri Perlis sehingga November 2018, aset tetap Kerajaan Negeri Perlis berjumlah RM1.336 bilion dan Kerajaan Negeri tidak mempunyai aset di luar negeri Perlis mahu pun di luar negara.
Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 9.
(Soalan 9 : Berapakah peruntukan pembangunan yang akan diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada ADUN-ADUN pembangkang dan juga peruntukan pengurusan Pusat Khidmat bagi ADUN-ADUN pembangkang di Negeri Perlis untuk tahun 2019?)
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis, peruntukan pembangunan selepas sahaja PRU yang ke 14 memang berkurang dengan begitu banyak sekali. Pertama sekali peruntukan-peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang tidak lagi disalurkan terus kepada Kerajaan Negeri sepertimana amalan sebelumnya, kerana itu tidak ada peruntukan pembangunan yang dapat diberikan kepada ADUN-ADUN daripada Pakatan Harapan. Dan untuk makluman juga malah untuk ADUN-ADUN daripada Kerajaan sendiri pun kita tidak dapat diberikan tetapi yang diperuntukkan ialah secara berkumpul yang diletakkan di bawah Pejabat Menteri Besar dengan jumlah yang tak banyak, keseluruhannya berjumlah RM1.06 juta sahaja yang mana peruntukan pembangunan ini dilaksanakan secara yang adil secara rata untuk semua kawasan-kawasan DUN ini tidak kira DUN nya terletak dalam kawasan Kerajaan ka ataupun di dalam Pakatan Harapan punya Wakil Rakyat, begitu juga dengan DUN di Sanglang dan Guar Sanji. Terima kasih.
Terima kasih, dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.
Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 10.
(Soalan 10 : Bilakah kerajaan akan mengeluarkan geran kekal kepada pemilik-pemilik HSM PT Bahagian?)
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Untuk menjawab soalan ini saya rasa saya harus berikan sedikit sejarahlah sebab baru kita boleh faham akan masalah yang ditimbulkan ini. Untuk makluman Dewan ini... Dewan yang mulia ini... sekitar tahun 70-an, Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan Projek Tanaman Padi Dua Kali Setahun, Yang Berhormat Sanglang pun mungkin ingat ini... yang mana pembinaan terusan-terusan MADA melibatkan pengambilan tanah pemilik-pemilik setempat. Saya ingat mungkin Yang Berhormat ingat ketika itu jenis padinya padi Mahsuri. Walau bagaimanapun, pada ketika itu pembayaran pampasan pengambilan tidak dapat dibuat kerana tanah-tanah yang terlibat berstatus Register Milik (RM) itu yang bersempadan hanya yang sempadan tanahnya tidak dinyatakan dengan jelas, apa yang dirujuk ketika itu sempadannya ialah berdekatan dengan sungai, berdekatan dengan pokok, berdekatan dengan jalan dan sebagainya. Jadi tidak ada pengukuran yang terperinci yang dilakukan pada ketika itu. Jadi kerana itulah dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan sebelum ini telah melaksanakan program yang dipanggil Program Rancangan Penyelesaian Tanah Pelis iaitu tujuannya untuk mengukur semula tanah-tanah yang terlibat yang kemudiannya telah dikeluarkan Hak Milik Sementara atau pun HSM ini. Pelan-pelan yang telah diukur (PU) tersebut kemudiannya telah dihantar ke Jabatan Ukur yang ketika itu di Kulim, saya ingat semua kita punya ukuran-ukuran tanah ni dilakukan oleh Pejabat Tanah ataupun Pejabat Ukur di Kulim ketika itu dan tujuannya adalah untuk menyediakan pelan ukur halus dan program ini walau bagaimanapun telah ditamatkan dan akhirnya staf-staf yang diambil yang diambil ketika itu secara sambilan juga diberhentikan, jadi program ini telah terhenti, mengikut rekod ini sekitar tahun 2010. Walau bagaimanapun kita mengakui bahawa masih lagi terdapat lot-lot tanah yang masih belum dikeluarkan geran kekal, dan Jabatan Tanah dan Galian Perlis dengan kerjasama semua Ketua Unit Peladang MADA kawasan yang terlibat dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Perlis) (JUPEM) akan melakukan pengukuran bersama di lapangan. Dan saya difahamkan bahawa yang terbaharu pada 18 Disember ini telah pun dijadualkan satu mesyuarat di antara PTG dan JUPEM dalam usaha untuk melakukan exercise aktiviti ‘turun padang’ untuk melakukan ukuran halus ini. Dan insha Allah setelah semua urusan ukuran halus ini dilakukan dan diselesaikan maka bolehlah mana-mana lot ataupun mana-mana geran hakmilik yang belum diselesaikan tersebut ataupun HSM yang belum diselesaikan tersebut dapat diselesaikan, insha Allah... Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 11.
(Soalan 11 : Apakah usaha dan perancangan pihak kerajaan untuk meningkatkan kualiti padi dan pengeluaran hasil padi di Negeri Perlis?)
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Di antara langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan kualiti dan pengeluaran padi di negeri Perlis adalah seperti berikut Pelaksanaan Projek NKEA EPP 10; Pengukuhan Produktiviti Penanaman Padi Di Kawasan Muda yang menekankan kepada pengurusan sawah secara estet berpusat dan peningkatan kepadatan infrastruktur tersier (18 meter kepada 30 meter sehektar) melalui pembangunan blok-blok pengairan tersier serta infrastruktur sampingan yang lain. Sehingga 30 Oktober 2018, keluasan projek estet padi MADA di negeri Perlis adalah sebanyak 7,281.10 hektar melibatkan seramai 4,553 orang peladang. Pemerkasaan aktiviti pengembangan melalui pelbagai aktiviti dan program kepada pegawai dan pesawah seperti kempen peningkatan hasil, pematuhan jadual penanaman padi, penggunaan benih padi sah, amalan penanaman padi berdasarkan Rice Check, pengurusan perosak dan penyakit serta sebagainya. Penggunaan teknologi moden seperti drone yang dapat mengatasi masalah kekurangan buruh, penyeragaman semburan kawalan perosak dan penyakit serta menjimatkan kos dan masa. Pemodenan mekanisasi dan automasi serta adaptasi teknologi baru yang dalam penanaman padi. Sebagai contoh dalam mengawal kehilangan post harvest lossess, orang kata padi tumpah… pihak MADA menggalakkan penggunaan jentuai mini dan juga kaedah tuaian mengikut berat. Penggunaan aplikasi Geographic Information System sebagai alat bantu untuk keputusan dan prosesan pemantauan. Sekian.
Soalan tambahan Dato’ Speaker…
Dipersilakan Yang Berhormat….
ok… dengan semua usaha dan jugak perancangan yang telah diberitau oleh Yang Berhormat, apakah target atau pun sasaran peningkatan selepas usaha ini dilakukan, terima kasih.
Apabila petani ataupun Jabatan-Jabatan yang terlibat mengikut peraturan yang kita cadangkan, kita baerharap hasil padi akan meningkat lebih 7 tan ke 10 tan dalam sehektar, sebab sekarang dalam 6 tan ke 7 tan sahaja, kita nak 7 ke 10 tan se hektar.
Dipersilakan Yang Berhormat Sena.
Dato’ Speaker, soalan saya nombor 13.
(Soalan 13 : Apakah perancangan yang dibuat untuk mengatasi masalah pasar malam Kangar di sebelah UTC yang kurang mendapat sambutan dan adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk memenuhi tuntutan peniaga untuk memindahkan lokasi tapak pasar malam ke tepi jalan Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar?)
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat sekalian, untuk makluman Dewan yang mulia ini pasar malam Kangar yang kini beroperasi di tapak di sebelah UTC adalah di bawah penganjuran Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) di mana pengurusan tapak dan seliaan peniaga adalah di bawah tanggungjawab pihak penganjur. Di antara perancangan-perancangan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis sebagai penganjur untuk meningkatkan sambutan pengunjung pasar malam tersebut yang pertama kita memindahkan tapak asal pasar malam ke kawasan berturap UTC untuk keselesaan pengunjung dan peniaga. Pemindahan ini telah dilaksanakan pada bulan
Oktober 2018 dan hasilnya didapati terdapat pertambahan peniaga danjugak pengunjung. Seterusnya cadangan untuk mengubah hari operasi daripada hari Rabu ke hari Selasa bertujuan untuk mengelakkan persaingan dengan pasar malam di Bintong yang menjadi tumpuan pada masa kini. Seterusnya menambah nilai pasar malam dengan mewujudkan program-program tambahan berhampiran tapak pasar malam seperti permainan kanak-kanak (kereta kawalan jauh dan seni pasir, persembahan nyanyian santai atau busking dan memberi ruang kepada peniaga “car boot sale” untuk turut serta. Seterusnya mengadakan promosi tapak untuk peniaga baru bagi menarik peniaga yang lebih ramai dengan dan mempelbagaikan jenis perniagaan supaya lebih banyak pilihan kepada pengunjung, dengan cadangan pengecualian bayaran selama sebulan untuk menarik lebih ramai peniaga. Meningkatkan hebahan atau promosi bagi memaklumkan pasar malam UTC akan tampil dengan “wajah baharu” untuk menarik lebih ramai pengunjung. Dato’ Speaker, berhubung permohonan untuk memindahkan lokasi tapak pasar malam ke tepi jalan Stadium Tuanku Syed Putra, pihak MPK telah menerima permohonan daripada pihak peniaga pasar malam di tapak sebelah UTC untuk berpindah ke Jalan Kampung Pondok berhampiran Stadium Tuanku Syed Putra. Permohonan tersebut telah diangkat untuk pertimbangan Jawatankuasa Tetap Kesihatan dan Pelesenan MPK pada 14 Ogos 2018. Walau bagaimanapun, permohonan tersebut tidak dapat diluluskan melihat kepada risiko kemalangan dan kelancaran lalulintas serta mengambil kira faktor keselamatan fizikal dan aset yang terdapat di dalam kawasan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra. Sekian, harap maklum.
Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya nombor 14.
(Soalan 14 : Berapakah jumlah hutang terkini (termasuk hutang lapuk) Kerajaan Negeri Perlis, dan adakah hutang-hutang tersebut telah dibelanjakan untuk projek-projek yang akan memberi pulangan / keuntungan kepada Kerajaan Negeri Perlis?)
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih juga Yang Berhormat Indera Kayangan, berkaitan dengan jumlah hutang terkini termasuk hutang lapuk Kerajaan Negeri sehingga kini jumlah hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat adalah berjumlah RM392.33 juta dan jumlah ini meliputi 4 sektor utama, yang pertama ialah Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dengan jumlah hutangnya RM87.97 juta, projek Bekalan Air RM155.62 juta, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) sebanyak RM130.63 juta dan projek pelbagai berjumlah RM18.10 juta ringgit. Untuk PAKR, projek Bekalan Air termasuk juga Perbadanan ini kebanyakkannya adalah merupakan hutang-hutang lama yang kita boleh dikategorikan sebagai hutang lapuk, tetapi ada sebahagian kecil yang baru yang telah diterima. Kalau bekalan air ni semuanya hutang lapuk, tidak ada lagi hutang-hutang baru yang dibuat. Tujuan pinjaman tersebut kalau berdasarkan kepada soalan ini sama ada dibelanjakan untuk pulangan ataupun keuntungan Kerajaan
Negeri, kalau untuk PAKR ini memang tidak berorentasikan keuntungan, lebih kepada berorientasikan kebajikan kepada rakyat. Begitu juga dengan projek Bekalan Air, sebab suatu ketika dahulu bekalan air ini diletakkan di bawah JKR dan ketika itu orientasi operasi air bersih di Perlis lebih kepada kebajikan juga bukan berorientasikan keuntungan dan perkhidmatan terbaik sepertimana yang berlaku sekarang ini di bawah SAP manakala pinjaman Perbadanan itu memang adalah yang bertujuan komersial sepertimana yang kita lihat di Perlis ini, bagi projek perumahan, projek-projek membina kedai dan sebagainya memang itu tujuan untuk pengkomersialnya. Untuk tujuan projek pelbagai ini, pada ketika ini ada dua yang utama, satu adalah untuk pembinaan projek Kompleks Setiausaha Kerajaan Negeri yang sedang berlaku sekarang ini, di belakang Kompleks DUN ini, dan yang keduanya ialah pinjaman untuk membina Istana Raja Muda yang mana tapak ataupun lokasinya adalah di Arau, tapak nat lama di Arau, sebelah Sungai Arau. Terima kasih Yang Berhormat.
Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 15.
(Soalan 15 : Apakah perancangan Kerajaan Negeri pada masa akan datang terhadap kampung-kampung nelayan tradisi di Kuala Perlis? Bolehkah dari segi perundangan, kampung-kampung ini diberikan geran?)
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis, mengenai perancangan Kerajaan Negeri di masa akan datang terhadap kampung-kampung nelayan tradisi di Kuala Perlis ini, sebenarnya Kerajaan Negeri mempunyai dua pelan induk untuk membangunkan, yang pertamanya di bawah MBI ataupun Menteri Besar Incorporation yang mana lebih menumpukan kepada pelan induk pembangunan di kawasan muara Kuala Perlis itu, kenapa MBI? Disebabkan kebanyakan tanah-tanah yang berlokasi di muara sungai tersebut adalah di bawah milik MBI, kenapa di bawah MBI? Diletakkan di bawah MBI kerana ada tuntutan-tuntutan yang bertindih, lagi pun tanah-tanah ini terletak di tebing sungai dan di tebing sungai ini tertakluk kepada Undang-undang yang tidak membenarkan pemberian atau pun pelupusan ataupun pemberian hakmilik. Satu lagi perancangan induk kita ialah walau bagaimanapun perancangan pelan induk ini tidak dapat dilaksanakan kerana penduduk masih tinggal di atas atanah tanah berkenaan. Seperti di Pulau Ketam dan juga di seberang ramai ini adalah dua perkampungan nelayan yang memang terlibat di dalam pelan induk MBI itu sendiri. Yang keduanya ialah satu lagi pelan induk kita ini di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran di mana kita telah mempunyai satu perancangan untuk membangunkan lembangan sungai perlis ini yang bermula daripada dalam pekan Kangar itu sendiri sepanjang 11.8 km menuju ke muara sungai di Kuala Perlis dan kita pun telah mendapat kelulusan daripada kerajaan yang sebelumnya untuk membangunkan lembangan sungai Perlis sepanjang 11.8 km tersebut secara berperingkat-peringkat malangnya program atau projek ini telah di batalkan ataupun tidak diteruskan oleh kerajaan sekarang ini disebabkan semasa pelan dahulunya tujuan Kerajaan Negeri adalah untuk mendapat peruntukan kerajaan persekutuan yang kalau tidak silap saya estimatenya mungkin melepasi RM1 Billion. Sekarang sudah tiada pelan itu. Pelan itu masih ada tetapi perlaksanaan projek terpaksa diubah. Sekarang ini Kerajaan Negeri sendiri terpaksa mengambil tanggung jawab dan amanah untuk melaksanakan projek ini walaubagaimanapun disebabkan kita mempunyai hambatan kewangan ataupun constraint dari segi kewangan jadi kita terpaksa mengambil satu pendekatan secara beransur ansur dan saya telahpun sebenarnya memberikan arahan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran supaya mengambil pendekatan sedikit demi sedikit berdasarkan kepada kemampuan kewangan kerajaan negeri untuk kita membangunkan lembangan sungai Perlis ini. Itu perancangannya. Jadi kalau saya nak cerita lagi orang mungkin tanya apa nak buat dengan rumah-rumah yang ada disepanjang sungai ini. Jadi perancangannya ialah ia juga termasuk perancangan untuk membina atau pun menyediakan perumahan-perumahan yang mampu milik kepada mereka yang tinggal disepanjang sungai ini disuatu lokasi yang lebih baik jauh daripada sungai. Tetapi itu juga tidak dapat dilaksanakan mungkin insyaallah di masa akan datang perancangan ini masih ada mungkin kita boleh lakukan jika sekiranya kedudukan kewangan kita mengizinkan. Dan soalan berikutnya mengenai sama ada boleh atau tidak lesen ataupun hak milik dikeluarkan kepada pemilik ataupun mereka yang tinggal disepanjang sungai ini sehinggalah ke Kuala Perlis jawapannya tak boleh Yang Berhormat sebab kita ada undang-undang yang melarang kita untuk melupuskan atau memberikan hakmilik kepada tanah-tanah disepanjang sungai ataupun di pinggir sungai, di pinggir tasik, dan juga.... ada satu lagi... jalan.. jadi daripada tebing itu sehinggalah 50 meter ke dalamnya memang tidak boleh dibina sebarang struktur sebab kita nak elakkan daripada berlakunya gangguan pada perjalanan air dan menjadikan sungai sebagai tong sampah seperti mana yang berlaku sekarang ini dan mungkin juga untuk mengelakkan daripada berlakunya banjir, merekalah yang akan menjadi mangsa yang pertama dan yang keempatnya, kita juga kalau sekiranya ada perancangan pembangunan di sepanjang lembangan sungai tersebut, sepertimana pelan induk yang kita ada, kita tidak menghadapi masalah. Itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kuala Perlis. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.
Soalan saya nombor 16.
(Soalan 16 : Untuk membantu menyemarakkan ekonomi negeri, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membantu pihak swasta / persendirian untuk mendirikan sekolah agama / tahfiz di negeri ini?)
Bismillahirahmanirrahim, Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh… terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sanglang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis iaitu JAIPs telah melaksanakan usaha secara berterusan dalam menyemarakkan ekonomi Negeri Perlis dengan membantu pihak swasta / persendirian yang mahu mendirikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Pusat / Maahad Tahfiz di seluruh Negeri Perlis dengan menjalinkan kerjasama yang erat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia iaitu
JAKIM. Melalui kerjasama yang telah dilaksanakan antara JAIPs dan JAKIM, pelbagai bantuan telah disalurkan kepada Sekolah Agama Rakyat di Negeri Perlis. Antaranya Bantuan untuk tujuan penyelenggaraan dan kemudahan pendidikan meliputi aspek keselamatan dan keselesaan pembelajaran, iaitu sebanyak RM215,000.00 kepada Ma’had Ad-Diniah Al-Islamiah (MADI), Jejawi dan sebanyak RM261,000.00 kepada Ma’had At-Tarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), Beseri Perlis iaitu pada tahun 2017. Bagi tahun 2018 bantuan dari aspek penyelenggaraan dan menaik taraf bangunan dan infrastruktur asas serta alat bantuan mengajar, iaitu sebanyak RM70,000.00 kepada MADI, Jejawi dan sebanyak RM142,000.00 kepada MATRI, Beseri, Perlis. Bantuan sebanyak RM254,400.00 kepada Pusat Maahad Tahfiz berdaftar seluruh Negeri Perlis bagi tujuan penyelenggaraan prasarana, bantuan perkapita dan bantuan buku bantuan Maahad Tahfiz tersebut adalah seperti berikut yang pertama Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Barakah, Sempering, Ma’ahad Tahfiz Darus Sunnah (MAQDIS), Padang Melangit, Maahad Tahfiz Al-Hikmah (MATQ), Padang Siding, Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah, Simpang Empat, Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Al-Raudhah, Mengkuang Layar, Ma’ahad Tahfiz Al-Bayan, Pauh Putra, Madrasah Miftahul Hidayah, Beseri, Ma’ahad Tahfiz Dar Al-Quran Wal Hadeeth, Bukit Jerneh. Bantuan khas untuk Pusat / Maahad Tahfiz yang belum berdaftar, terdapat peruntukan sebanyak RM34,651.40 disalurkan kepada Pusat Giat Mara dan Institut Kemahiran Mara (IKM) bagi tujuan penyelenggaraan pendawaian dan peralatan keselamatan iaitu alat pemadam api dan pengesan asap. Pusat Maahad yang terlibat menerima peruntukan tersebut adalah Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Al-Imam An-Nawawi (MATIN), Abi, Maahad Tahfiz Al-Barqiy, Arau, Maahad Tahfiz Al-Hikmah Lilbanat, Jalan Kaki Bukit, Kangar dan Dar Al-Quran Wal Hadeeth, Bukit Jernih. JAIPs juga telah membantu SAR dan Pusat / Maahad Tahfiz bergerak mencari dana sendiri dan tidak bergantung kepada kerajaan sepenuhnya dengan memberi sokongan kepada mereka memohon sumbangan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh JAIPs kepada pihak swasta / persendirian dan Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang boleh membantu melalui tanggungjawab sosial korporat seperti pembiayaan biasiswa kepada pelajar cemerlang dan bantuan kepada pelajar miskin untuk membantu menyemarakkan ekonomi negeri, mendirikan sekolah, mengangkat martabat dan meningkatkan prestasi pendidikan serta memperkemaskan lagi SAR dan Pusat / Maahad Tahfiz di seluruh Negeri Perlis. Sekian
Soalan tambahan sikit Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya ni… Alhamdulillah terima kasih kepada Yang Berhormat Beseri, yang dah bantu tu, Alhamdulillah, kita tak nafikan dan kita ucapkan tahniah di atas bantuan yang telah dibagi… terima kasih banyak. Maksud saya ni untuk pembinaan Maahad Tahfiz yang baharu, kita galakkan, kita promosikan Perlis ni supaya lebih banyak lagi sekolah-sekolah ni menyebabkan orang luar dia mai dok sini, dia belanja di Perlis lah.. saya nak bagi contoh di Sanglang ni satu pun tak dak lagi… Maahad Tahfiz dan kita sedang merancang untuk membina kalau boleh dipermudahkan dengan kerjasama JAIPs lebih baik, lagi kita akan… orang akan lebih minat untuk nak bina sekolah-sekolah Tahfiz ataupun sekolah agama ni… terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sanglang, untuk makluman Yang Berhormat, untuk Maahad Tahfiz kita banyak kepada sumbangan daripada… atau pun pengusaha-pengusaha yang cuba membuka sendiri Maahad
Tahfiz tersebut, jadi Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Perlis dan JAKIM akan membantu selepas itu kepada Maahad-Maahad Tahfiz tersebut. Sekian, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya yang ke-17.
(Soalan 17 : Apakah status pembinaan projek komuniti Rimbunan Kasih di Batu Bertangkup yang dibina pada 18 Januari 2016 dan apakah tindakan di peringkat negeri untuk menyambung kembali pembinaannya?)
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Spaker, terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji... mengenai Projek Komuniti Rimbunan Kasih (RK) di Batu Bertangkup, untuk makluman status pembinaannya pada masa kini ialah ‘sakit’, dan berdasarkan kepada laporan terbaru yang kita terima projek ini baru mencapai 36% daripada yang sepatutnya 100%. Ianya sepatutnya siap pada 26 Ogos 2016 yang lalu, jadi tindakan di peringkat negeri disebabkan ini adalah merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan yang telah dilaksanakan melalui peruntukan di bawah ICU, JPM ya... dan pemilik projeknya Kerajaan Negeri. Jabatan yang melaksananya ialah JKR, dan kita tak nampak bahawa konsep asal Projek Rimbunan Kasih ini boleh diteruskan, sebenarnya saya sendiri daripada awal-awal lagi telah menyatakan reservation, dengan izin, untuk pihak ICU meneruskan projek ini kerana saya tidak nampak konsepnya itu sesuatu yang praktikal dan akhirnya mempunyai sustainability nya tersendiri. Dan kita telah mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan supaya konsep itu diubah, yang dulunya mempunyai kombinasi di antara perumahan dengan aktiviti ekonomi dan sekarang ini hanya untuk perumahan sahaja. Dan itulah cadangan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri supaya Projek Rimbunan Kasih ini hanya menumpu kepada perumahan sahaja tetapi tidak mengambil kira komponen yang kedua iaitu aspek ekonomi. Itu kedudukannya pada masa kini Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Speaker... terima kasih atas penjelasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, cuma kita nak tanya apakah usaha... usaha Kerajaan untuk memulihkan semula projek yang terbengkalai tersebut, kalau kita lihat matlamat asal untuk membantu sebahagian keluarga yang tidak bernasib baik itu sangat murni... sangat baik... apakah usaha untuk menyiapkan 70% baki pembinaan tersebut, kalau kita biar macam tu nampak sangat membazir, dan itu adalah tanah Kerajaan. Kalau kita lihat yang sebelah tu perumahan yang dibuat oleh MAIPs, memang menarik saya pi melawat, memang menarik alhamdulillah, kalau boleh pun kita nak macam tu jugak, dan apakah usaha Kerajaan untuk meneruskan projek ini, tak boleh biarkan berlaku pembaziran macam tu dan setakat yang saya tahu apa-apa yang bangunan tu memang dah rosak banyak, diceroboh dan sebagainya.
Terima kasih Yang Berhormat, sebenarnya saya telah pun menerangkan mengenai tindakan susulan yang harus diambil oleh Kerajaan, bila kita merujuk kepada Kerajaan di sini ada dua, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri telah mencadangkan supaya konsep itu diubah, jadi tidak ada lagi komponen yang ekonomi tu.. jadi hanya dibina rumah semata-mata, dan kita masih lagi pembinaan rumah ini masih lagi tujuannya masih sama iaitu untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik itu, iaitu golongan asnaf. Sebenarnya kontraktor kepada kedua-dua projek yang ini... untuk yang.. di bawah apa tu... yang sekarang inilah yang dipanggil Rimbunan Kasih ni.. sama dengan MAIPs punya... sama sahaja... kedua-duanya adalah kontraktor yang sama... iaitu Iris Sdn Bhd, jadi sekarang ini mereka telah menyelesaikan yang pertama, tetapi yang kedua ini tidak dapat diselesaikan. Sebab itu kita telah mencadangkan supaya konsep itu diubah, projek diteruskan... konsep diubah komponen ekonomi tidak ada lagi... rumah sahaja... tetapi masih lagi tujuannya untuk dikhaskan kepada golongan yang memerlukan, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, semua soalan lisan telah dijawab oleh pihak Kerajaan, dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dewan ditempohkan sebentar dan akan disambung semula pada jam 11.00 pagi. Terima kasih.
(Persidangan ditangguhkan sementara pada jam 10.17 pagi)
(Persidangan disambung semula pada pukul 11.00 pagi)
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula.
Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2019 dan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2019Bill
Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2019 dan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2019.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2019 dan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan Tahun 2019 dibuka untuk Perbahasan secara dasar. Saya mempersilakan YB Sena, masa 25 minit.Terima kasih.
Terima kasih Yang Dipertua, Bismillahirrahmanirrahim (ayat quran: sural Al A’raf ayat 96)
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera, Yang Berhormat Dato Yang Dipertua, Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan Negeri Perlis bagi Tahun 2019 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Bintong semalam yang bertemakan pembangunan dijana dan diperkasa, kebajikan rakyat di bela. Tahniah kepada Kerajaan Negeri yang nampaknya cuba untuk mengawal perbelanjaan danmengurangkan ketirisan di mana kita boleh lihat defisit belanjawan berkurangan dari RM71.99 juta pada tahun 2018 kepada RM69.8 juta pada tahun 2019 dengan pengurangan sebanyak 3.04%. Ada beberapa perkara yang saya ingin bawa di dalam dewan yang mulia ini berkenaan belanjawanini, harap saya dapat selesaikan dalam masa yang diberikan. Melalui belanjawan bagi negeri Perlis tahun 2019 ia tidaklah menampakkan kehebatan yang luar biasa dari sudut kenapa hasil negeri yang sedia ada. Ianya tidak lebih dari menjalankan apa yang telah direntas oleh pentadbiran YAB Bintong seperti tahun-tahun yang sebelum ini. Tiada perancangan untuk peningkatan hasil yang ketara yang dibentangkan sekadar masih lagi kebergantungan kepada bantuan Kerajaan Pusat yang dijadikan kebergantungan utama. Dalam belanjawan Negeri Perlis 2019, hasil cukai hanya yang berjumlah RM18.90 juta manakala hasil bukan cukai berjumlah RM22.72 juta, kedua-dua item ini hanyalah berjumlah RM41.6 juta dengan menggunakan matematik mudah pun boleh diketahui bahawa jumlah ini tidak mampu menampung item emolumen sebanyak RM53.99 juta yang merupakan 31.23 peratus dari perbelanjaan keseluruhan belanja mengurus. Sumber kewangan terbesar Negeri Perlis masih lagi di nilai di bawah kategori terimaan bukan hasil berjumlah RM61.4 juta terimaan bukan hasil ini bermakna suatu penerimaan yang tidak terikat dengan akta-akta tertentu atau bukan hasil negeri yang dijana daripada faktor-faktor pengeluaran hasil negeri seperti dividen pelaburan, sewa bangunan dan apa-apa saja sumber produktif Kerajaan Negeri yang lain. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Perlis masih merupakan sebuah negeri pertanian justeru pembangunan sektor pertanian negeri bagi menjana pendapatan Kerajaan Negeri dan rakyat adalah amat penting. Saya melihat sektor pertanian di negeri Perlis sebenarnya mempunyai potensi yang besar dan banyak lagi ruang dan peluang yang boleh masih boleh diterokai selepas ini.Satu contoh tanaman yang saya rasa pihak Kerajaan Negeri boleh pertimbangkan adalah tanaman buah tin. Buat masa ini ia adalah satu tanaman yang masih kurang dijalankan di Malaysia. Dengan pasaran yang sangat luas diluarnegara dan juga pasaran dalam negara yang belum diteroka, saya merasakan tanaman buah tin ini amat sesuai untuk dijadikan projek high value farming dan diperluaskan di negeri Perlis. Nilai komersial untuk buah Tin ini masih belum lagi diterokai sepenuhnya setakat ini sudah ada pengusaha ladang buah tin ini diladang super fruit yang berkeluasan 20 hektar di Lembah Chuping saya rasa Kerajaan Negeri patut mengambil peluang ini untuk menjadikan tanaman buah Tin ini sebagai salah satu tanaman utama di Negeri Perlis. Kita boleh tambah portfolio tanaman atau buah buahan yang selama ini sudah senonim dengan negeri Perlis seperti Harumanis, saya ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan negeri agar dapat berbincang Syarikat Fix Direct Sdn Bhd untuk menjana satu lagi produk agrotourism diladang tersebut bagi membolehkan pengunjung-pengunjung melawat ladang tersebut dan ianya boleh dimasukkan dalam kalendar perlancongan negeri Perlis. Saya menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri untuk menarik sektor swasta untuk terlibat dalam industri Harumanis bagi penambahbaikan dan menjanakan pendapatan yang lebih tinggi untuk Kerajaan Negeri.Saya juga ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri adakah terdapat usaha untuk menwujudkan industri hiliran dari produk Harumanis? Adakah Kerajaan merancang untuk mengadakan festival Harumanis bagi mempromosikan lagi produk produk Harumanis. Saranan saya yang berkaitan dengan industri hiliran dari produk Harumanis ini adalah kerana jika ianya berjaya ia akan membantu menaikkan sumber ekonomi rakyat termasuklah golongan asnaf, yang turut mampu mendapat peluang ini melalui projek-projek ekonomi asnaf yang boleh dijalankan oleh Majlis Agama Islam Negeri Perlis. Saya ingin memuji usaha pihak Kerajaan Negeri yang ingin memperluaskan projek pemasaran Harumanis untuk pasaran dalam dan luar negara. Akan tetapi saya ingin bertanya juga setakat hari ini sudah berapa negara yang telah kita berjaya tembusi dan berapa jumlah hasilnya yang telah dijana oleh kerajaan negeri dalam mengeksport Harumanis ini. Satu perkara tentang harum manis, adakah kerajaan negeri membuat kajian untuk penghasilan harum manis diluar musimnya. Saya ada bertemu dengan peladang harum manis baru-baru ini yang mana ladangnyadijangka akan berbuah inshaAllah pada Januari ini. Yang Amat Berhormat Bintong ada juga mengatakan bahawa kerajaan negeri ada...akan menyediakan peruntukan sebanyak RM1.42juta untuk industri Harumanis, cold room untuk menyimpan Harumanis ini untuk tempoh masa yang lebih panjang. Saya setuju dengan cadangan ini namun saya ingin bertanya dimanakah cadangan lokasi cold room ini dan apakah akan dilaksanakan satu SOP untuk proses penyimpanan Harumanis ini. Dato’ Tuan Yang Dipertua, saya ada terbaca sebuah artikel Harian Metro pada 21 September 2018 bahawa negara China telah memberi kebenaran kepada Malaysia untuk mengeksport pelbagai jenis tanaman berasaskan buah-buahan dan ini mencerminkan keyakinan Malaysia… China terhadap mutu hasil pertanian Malaysia sama dari segi kebersihan, keselamatan mahupun keenakkannya. Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Nenas Malaysia memang manis lebih berair dan serat yang bagus untuk kesihatan, tambahan pulak dengan faktor iklim dan cuaca Malaysia yang menyebabkan nenas ini paling sesuai di tanam sepanjang tahun. Menurut menteri lagi, nenas Malaysia telah menembusi pasaran China semenjak 2017 dengan anggaran 202 tan metrik dan nilai sebanyak RM1.5 juta. Menteri juga menyasarkan RM320juta untuk eksport produk nenas dengan jumlah pengeluaran sebanyak 700,000 tan metrik pada tahun 2020. Melihat prospek keuntungan bagi pengeluaran nenas ini saya dengan ini mencadangkan agar Kerajaan Negeri juga turut memberi peluang memberi tumpuan dalam penghasilan produk nenas yang dapat menjana pendapatan Kerajaan kelak. Ketika ini saya difahamkan ada usahawan yang telah berjaya dengan penanaman nenas di negeri Perlis, ada yang di kawasan saya di Jejawi, saya fikir dengan campur tangan Kerajaan Negeri dengan galakan insentif tertentu, saya yakin negeri Perlis juga mampu untuk bersaing dalam industri nenas ini bagi penjanaan sumber ekonomi baru bagi negeri Perlis selain dari Harumanis. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Demi menjamin sekuriti makanan Negara, saya berharap agar Kerajaan Negeri dapat mengekal jumlah peratusan jumlah..
YB. Dato’ Speaker, beri laluan...Yang BerhormatSena ..Yang Berhormat Dato’ Speaker bukan Dato’ Yang Dipertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perlis yang telah pun diperbuat pada tahun 1948 dan juga dalam Standing Rules and Orders untuk dewan ini, penggunaan Speaker digunakan, terima kasih.
Terima kasih. YB.Dato’ Speaker, demi menjamin sekuriti makanan negara saya berharap agar kerajaan negeri dapat mengekalkan jumlah peratusan kawasan jelapang padi di negeri ini. Dasar tanah kerajaan negeri perlu untuk tidak mengadaikan keluasan jelapang padi negeri.Makanan merupakan salah satu faktor penting merealisasikan usaha Kerajaan Persekutuan mencapai status sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Disamping ia menjamin sekuriti makanan dan sektor ini juga menyediakan pelbagai peluang yang boleh diteroka dalam mewujudkan sumber kekayaan baru. Ia dapat memberi manafaat kepada seluruh ekonomi petani, penternak, nelayan bahkan kepada pertumbuhan ekonomi negeri. Saya ingin mencadangkan agar kerajaan negeri mencari inisiatif baharu bagi menggalakkan penanaman kelapa di negeri Perlis. Saya percaya kita mampu kita mampu menjadi pengeksport kelapa dipasaran tempatan mahupun luar dan ianya akan memberi pulangan pendapatan ekonomi negeri mungkin kawasan pendalaman getah di negeri ini boleh dikaji kesesuaiannya dari sudut teknikal dan ekonomi untuk digantikan dengan penanaman kelapa. Memetik ucapan belanjawan dari Yang Amat Berhormat Bintong kemarin mengenai terdapat proses rundingandengan beberapa buah syarikat korporat bagi meneroka bidang baru seperti penternakan lembu daging dan tenusu serta projek agrotani tanaman eksotik saya ingin memohon penjelasan dari Yang Amat Berhormat Bintong apakah nama syarikat yang ingin melabur dalam bidang ini dan apakah status terkini projek? Yang Berhormat Speaker,
Tentang inisiatif hari tanpa plastik Perlis, saya menyambut baik pembentangan Yang Amat Berhormat Bintong semalam, yang mana Perlis akan memulakan inisiatif hari tanpa plastik pada setiap hari Sabtu mulai tahun hadapan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini setiap satu plastik yang dibuang di merata-rata telah menganggu 10 peratus ekosistem di lautan, bayangkan jika 50 plastik di seluruh di setiap satu negeri dibuang, 50 x 10 peratus, dah berapa dah…. Menurut laporan, satu laporan dari United Nation Environment Programme, 13 juta tan plastik telah dibuang dilaut plastik dijangka akan lebih banyak dari ikan dijangkakan menjelang tahun 2050 iaitu sebanyak 170 juta tan plastik jika tiada langkah yang drastik untuk ke arah mengharamkan penggunaan plastik. Manakala menurut kajian komposisi sisa pepejal yang telah dilaksanakan oleh SW Corp Perlis pada 24 September yang lalu ditapak pelupusan Rimba Mas, plastik telah menyumbang 26 % daripada keseluruhan komposisi sisa pepejal menjadikannya sebagai sisa pepejal yang paling banyak. Saya menyokong sebarang langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri ke arah mengharamkan penggunaan plastik di negeri ini. Saya ingin turut menyentuh tentang laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Yayasan Islam Perlis bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2017. Terdapat asas kepada pendapat yang berteguran yang pertama tentang Amaun Pelbagai Penghutang Pajak Gadai Islam yang berjumlah RM10,508,719 yang dilaporkan sehingga kini belum disahkan. Kenapakah Penyata Kewangan Beraudit tidak dikemukakan tidak disatukan dan tidak menjadikan sebahagian dari penyata kewangan unit perniagaan Yayasan Islam Perlis. Yang Kedua berkenaan Penyata Kewangan bagi syarikat subsidiari Yayasan Islam Perlis Yips services Sdn. Bhd. Dan Northcrest Development sdn. Bhd.yang tidak disatukan di dalam akaun kumpulan Yayasan Islam Perlis bagi Tahun semasa. Northcrest Development Berhad dilaporkan pemaju perumahan yang mana Yayasan Islam Perlis mempunyai kepentingan saham sebanyak 51% melibatkan dana sebanyak RM382,504 sekarang dalam proses pengulungan dan sedang menunggu keputusan mahkamah. Mohon diperjelaskan kepada Dewan yang mulia ini senarai projek perumahan yang telah syarikat ini jalankan di mana berapa unit kediaman yang telah dibina berapa R.O.I atau pulangan kepada Yayasan Islam Perlis.Manakala Yiet Services Sdn. Bhd. dilaporkan sebagai sebuah syarikat pengurusan chalet yang mana Yayasan Islam Perlis mempunyai kepentingan saham. Sebanyak 100%, melibatkan dana sebanyak RM50,002 masih gagal diaudit sehingga kini. Status akhir audit adalah hanya pada tahun 2012. Mohon diperjelaskan kepada Dewan yang mulia ini dimanakah chalet yang syarikat ini telah dijalankan dan berapakah R.O.I. kepada Yayasan Islam Negeri Perlis. Satu perkara lagi tentang Yayasan Islam Perlis yang ingin saya bangkitkan berkenaan pengurusan dalam Yayasan Islam Perlis dalam Perlis Specialist Hotel Sdn Bhd. Atau KPJ Perlis Specialist Hotel… Hospital yang melibatkan pegangan saham YiPs sebanyak 40% dengan nilai sebanyak RM 6,371,700 sepertimana maklumbalas Yayasan Islam Perlis yang diterima pada 9 Mac 2018 menurut laporan audit pihak pengurusan berusaha untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan pembahagian keuntungan dalam projek usahasama ini melalui wakil Yayasan Islam Perlis yang telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah KPJ Perlis Specialist Hotel.. Hospital. Apakah status maklumat terperinci tersebut dan berapakah roi atau pulangan pelaburan kepada Yayasan Islam Perlis dalam projek usahasama ini yang bakal atau telah diperolehi oleh Yayasan Islam Perlis setakat ini. Tentang kejayaan atlet para sukma Perlis saya ingin merakamkan ucapan tahniah di dewan yang mulia ini kepada atlit-atlit sukma Perlis yang telah berjaya menghadiahkan 13 pingat emas,16 pingat perak dan 5 pingat gangsa buat negeri kita. Saya difahamkan Kerajaan Negeri melalui YB Kayang ada memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM200,000 sebagai insentif kepada athlit yang telah berjaya meraih pingat. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk bertanyakan apakah Kerajaan Negeri telah meraikanatlet atlet ini dengan apa-apa insentif yang dijanjikan.
Akhirkata saya harap semua anisiatif yang telah dibentangkan dalam belanjawan Negeri Perlis ini dapat dilaksanakan dengan baik dan memberi manafaat kepada seluruh rakyat negeri Perlis ini.
Semoga negeri kita yang kita cintai ini akan menjadi negeri baik dan mendapat pengampunan serta rahmat Illahi. Assalamalaikum Wbt.
Terima YB. Sena. Nampaknya jangkaan masa yang saya jangka 25 minit itu telah dicapai dalam 15 minit lebihkurang… 16 minit. Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.
Terima kasih YB Dato’ Speaker Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pengarah–Pengarah, jabatan pegawai-pegawai, rakan-rakan media dan hadirin yang saya hormati sekalian. Selamat pagi didewan yang mulia ini untuk terus laksanakan dan umemn tanggung jawab. Saya sebagai wakil tahniah diucapkan pada YAB Menteri Besar dan barisan kerajaan negeri Perlis yang telah membentangkan belanjawan semalam, hadirin sekalian berdirinya saya pada hari ini adalah untuk membawa beberapa isu yang telah sekian lama telah wujud dan menyelubungi warga Negeri Perlis yang banyak mempengaruhi kehidupan dan ekonomi warga Perlis. Perkara Pertama yang akan saya bawakan adalah tentang isu polisi kouta perumahan di Negeri Perlis. Pembahagian kouta perumahan di atas tanah dengan izin free hold atau pegangan bebas merupakan satu isu yang telah bangkit sejak beberapa tahun yang lalu lama sebelum tahun 2012. Pembahagian kouta ini dalam 70%kepada warga bukan bumiputra 30 % untuk warga Bumiputera.selepas itu pada tahun 2014 pembahagian kouta ini ditukar kepada 60% kepada warga bukan bumiputra dan 40% untuk warga Bumiputera. Menurut penerangan Exco Kerajaan negeri Perlis pada ketika itu ialah YB. Por Chu Chor di suatu sidang media kouta itu akan dibahagikan kepada 60% kepada warga bukan Bumiputera dan 40% kepada warga bumiputra. Apabila pegangan bebas itu dimiliki oleh warga bukan Bumiputera manakala bagi pegangan bebas yang dimiliki oleh warga Bumiputera kuota itu akan dibahagi 40% kepada bukan bumiputra dan 60% untuk warga Bumiputera. Selepas itu warga tersebut kouta tersebut ditukar sekali lagi kepada 70% kepada warga Bumiputera 30% kepada warga bukan Bumiputera tanpa mengira pegangan bebas itu dimiliki oleh warga bumiputra ataupun bukan Bumiputera. Polisi ini telah membangkitkan keraguan dan beberapa isu yang merungsingkan dan membimbangkan lebih-lebih lagi kepada pemaju-pemaju perumahan yang secara langsung menjejaskan pembangunan perumahan di Negeri Perlis. Menurut keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Perlis pada 14 September 2014 berkenaan dengan syarat-syarat untuk mengurangkan kuota Bumiputera rumah-rumah atau rumah kedai patutlah dibina siap langsung dan dibuka untuk jualan pada masa dua tahun. Iklan dan notis juga harus dipapar dan media hak kerajaan atau surat khbar dalam masa dua minggu. Kuota Bumiputera boleh dibuka kepada semua atau orang ramai jika rumah-rumah atau kouta bumiputra ini masih tidak dapat dijual selepas syarat-syarat tersebut dipenuhi.Hadirin yang dihormati sekalian keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan masa itu yang menetapkan bahawa kouta bumiputra ini hanya boleh dibuka untuk jualan kepada orang ramai selepas dua tahun menyebabkan banyak pemaju perumahan menghadapi tekanan dan dalam masa menangani suasana pasaran dan kesukaran untuk melariskan jualan perumahan mereka. Jangkamasa yang lama ini amat merugikan pemaju-pemaju perumahan tidak kira dari segi sumber kewangan atau manusia tenaga kerja dan promosi projek perumahan mereka semenjak dari pada polisi berkenaan ia jelas dan membantutkan pembangunan perumahan seterusnya sekat ekonomi negeri Perlis ini. Maka dengan itu saya mengesa agar satu formula yang lebih menyeluruh dan strategi yang lebih peka dan praktikal harus diambil dan dilaksanakan secepat mungkin agar kita tidak jatuh teramat sangat. Sehingga tahun 2014 Tanah Simpanan Melayu merangkumi sejumlah 47 sehingga 50% sejumlah keseluruhan tanah di negeri Perlis. Polisi kouta ini tidak memanafaatkan siapa-siapa tidak kira pemaju pembeli Bumiputera atau pembeli bukan Bumiputera kerana tanah pegangan bebas di negeri Perlis semakin berkurangan. Keluasan tanah pegangan bebas dalam kawasan bandar seperti Kangar adalah sangat kurang kebanyakan tanah pegangan bebas terletak di kawasan seperti Kuala Perlis atau pun arau. Pemaju-pemaju perumahan di negeri Perlis kekurangan tanah pegangan bebas untuk menjalankan projek-projek perumahan di negeri Perlis. Perlaksanaan Polisi Kouta ini sebenarnya menyekat pemaju-pemaju perumahan kerana kouta 30% kuota untuk warga bukan Bumiputera adalah satu langkah perlaksanaan yang tidak manasabah ekoran daripada pembahagian kuota yang kurang kepada warga bukan Bumiputera dan mungkin juga permintaan tinggi dari warga bukan Bumiputera sebenarnya akan menyumbangkan kepada penjualan harga rumah lebih tinggi secara keseluruhannya ianya tidak selaras dengan pendapatan perkapita dan kemampuan ekonomi kebanyakan warga negeri Perlis. Justeru itu, wujud ketidak seimbangan pendapatan penduduk dengan nisbah harga rumah yang tinggi sebab itu juga rakyat juga tidak mampu membeli rumah tinggi ekoran dari perlaksanaan kouta yang tidak memihak kepada rakyat dan pembangunan ekonomi negeri Perlis, akhirnya ramai anak muda memilihuntuk tidak membeli rumah di negeri Perlis. Kita tidak boleh salahkan anak muda tidak mahu tinggal di negeri Perlis tetapi kita harus mencerminkan diri adakah pihak yang bertindak sebagai kerajaan memikir dari pihak anak muda. Ini semua adalah sebab dan antara faktor kenapa banyak pemaju perumahan beredar keluar dari negeri Perlis dan beralih ke negeri-negeri lain seperti Kedah dan Pulau Pinang untuk menjalankan projek perumahan mereka. Pemaju-pemaju perumahan dari negeri lain juga tidak tertarik oleh kerajaan negeri perlis untuk jalankan projek perumahan disebabkan oleh polisi kouta ini. Selain daripada itu polisi kouta itu merupakan antara punca-punca kadar pelaburan Negeri Perlis yang jauh lebih rendah daripada negeri lain. Kelemahan polisi ini juga menyebabkan kebanyakan pemaju perumahan tidak dapat menjalankan projek pembangunan berbentuk mega di Negeri Perlis dan langkah negeri Perlis membangun jauh lebih lambat berbanding dengan negeri-negeri lain. Maka dengan itu saya ingin menggesa agar pihak kerajaan Negeri Perlis perlu bertindak lebih cepat dan tangkas menangani masalah yang memang menghalang pembangunan ekonomi negeri Perlis ini. Perkara yang kedua yang ingin saya bawakan adalah kelonggaran untuk meluluskan lessen hiburan dan merujuk kepada aktiviti aktiviti yang sihat sahaja. Ramai yang beranggapan hiburan sentiasa menjadi masalah kepada kita. Dan ramai yang beranggapan bahawa hiburan itu aktiviti yang kurang sihat tetapi yang peliknya orang yang beranggapan macam tu tidak dapat lari juga daripada hiburan. Hiburan yang kita maksudkan di bawah kebenaran kelulusan mestilah terhad dan dalam lingkungan yang tidak membawa unsur kesat, maki, carut, lucah dan sebagainya tapi merupakan aktiviti-aktiviti yang sihat seperti menyanyi lagu dan mendengar lagu bersama keluarga, menonton wayang bersama kawan-kawan, menjalani aktiviti-aktiviti sport untuk anak remaja, stesyen permainan untuk kanak-kanak dan sebagainya. Aktiviti sihat ini boleh mengelakkan anak muda terjerumus dalam gejala dadah dan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekiranya pihak kerajaan bertekad dan berniat untuk memberikan kelulusan menjalankan perniagaan hiburan dengan kawalan dan perundangan yang praktikal dan dirancang baik serta tindakan tatatertib dan penguatkuasaan yang tegas dan betul ia pasti menguntungkan rakyat dan memberikan pulangan darisegi kutipan cukai dan bayaran balik dalam kepelbagaian pendapatan berlainan kepada kerajaan dan rakyat Perlis akhirnya. Dalam ertikata lain, jika kita ambil contoh di negeri Perlis rakyat kita tidak perlu merantau jauh ke negara Thailand, tidak paya belanja lebih di negara Thailand yang menyebabkan aliran matawang keluar ke negara lain. Malahan kita sendiri boleh menjanadan mewujudkan rangkaian ekonomi sesama warga Negeri Perlis tanpa banyak bergantung kepada orang luar yang mana kita tidak nafikan juga kehadiran orang luar pasti juga akan memangkinkan pembangunan ekonomi di Negeri Perlis.Dengan izin political mileage berpihak kepada kepentingan diri sendiri tidak dan tidak menguntungkan rakyat harus diketepikan jika kita betul-betul mahu menolong rakyat dan mahu bersama rakyat untuk membangunkan Negeri Perlis ini.Kalaulah sudah tidak mampukan memajukannegeri janganlah pula kita nak sekat pembangunan ekonomi negeri Perlis. Kita sebut atas fakta dan kebenaran. Ini adalah hakikat yang perlu kita terima pada zaman yang serba moden tetapi masih mengamalkan nilai-nilai dan kesopanan bangsa kita sampai bila-bila. Saya yakin usaha ini pasti membawa keuntungan rakyat dan negeri Perlis dengan cara perlaksanaan yang baik dan berkesan dalam melonggarkan kelulusan lessen hiburan. Saya menyeru pihak kerajaan negeri mengambil anisiatif dan mengkaji semula polisi kelulusan lesen hiburan untuk aktiviti-aktiviti yang sihat. Perkara ketiga yang akan saya bawakan pada hari ini, adalah pembinaan crematorium di Negeri Perlis. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang menekan kepada keharmonian pelbagai kaum, saya berharap agar Kerajaan Negeri Perlis akan mengambilkira dan langkah menjaga juga kebajikan dan keperluan masyarakat bukan Islam yang pada dasarnya memerlukan sebuah crematorium di Negeri Perlis. Apa yang berlaku sekarang ialah semua proses pembakaran mayat si mati yang bukan Islam terpaksa dihantar dan dibawa untuk dibakar di Padang Sera, Kedah. Perjalanan dan proses yang rumit menyusahkan semua pihak terutamanya keluarga simati dan seterusnya memakan kos dan perbelanjaan lebih tinggi. Cara dan amalan ini merugikan semua pihak untuk jangkamasa yang panjang. Sememangnya perkara ini seharusnya diberi perhatian awal-awal lagi sebab kita sudah merdeka 60 tahun susah untuk percaya perkara ini tidak diambil berat dan tidak dilaksanakan serta diuruskan dengan baik. Saya mohon agar perkara ini diberi perhatian sepenuhnya dan diberi sokongan oleh pihak kerajaan negeri dan sokongan dari pihak kerajaan negeri amat dialu-alukan. Malahan sokongan dalam bentuk dana belanjawan atau peruntukan pasti akan mengembirakan semua pihak yang terlibat. Perkara yang seterusnya yang akan saya bahaskan pada pagi yang mulia ini adalah penerokaan dan cara teknik pertanian pintar untuk warga negeri Perlis. Ahli-ahli Yang Berhormat sebut sahaja Negeri Perlis timbul terus aktiviti pertanian di dalam pemikiran kita, tetapi berapa banyakkah usaha yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri dalam usaha membangunkan bidang ini untuk warga negeri Perlis.Apakah anisiatif yang giat diusahakan untuk warga negeri Perlis. Pihak Kerajaan Negeri dan para Exco yang terlibat harus giat menjalankan program tidak kira secara kecil-kecilan atau besar-besaran untuk kebaikan para petani mahupun penduduk ataupun warga negeri Perlis yang dirasakan ada ruang dan kapasiti untuk melibatkan diri dengan lebih giat dalam bidang pertanian. Baik lagi jikalau boleh memperuntukan belanjawan yang sewajarnya dengan system yang berintergrasikan teknologi terkini yang melibatkan dengan izin. AL (Artificial Interlligent) dengan izin, IOT (Intelligent Internet Of Things) sejajar dengan industri 4.0 sesudahlah kita tidak ramai orang muda di Negeri Perlis tetapi ia tidak menghadkan kepintaran system berteknologi tinggi yang kurang memerlukan sumber pekerja dan system ini boleh berfungsi melaksanakan dengan adanya pelbagai aplikasi yang mungkin tidak melibatkan kos yang tinggi. Sudahlah kita mahu menuju kearah wawasan Perlis Bandaraya 2030. Tidak terlalu awal kita bermula dan melangkah sekarang pihak kerajaan negeri harus menggunakan segala ruang dan kapasiti yang ada memaju, membantu memajukan rakyat negeri ini supaya kita capai kosong peratus kadar kemiskinan pada tahun 2030 seperti yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat Chuping dalam siding DUN yang lalu. Saya rasa jika kita tidak berusaha ini mungkin satu nombor hayalan semata-matanya. Sasaran belanjawan pada masa terdekat juga harus ditumpukan dan disalurkan untuk pembangunan aktiviti pertanian bersekala kecil dan secara berleluasa di seluruh Perlis untuk membantu sarahidup dan keperluan golongan penduduk tempatan lebih-lebih lagi pada masa ketegangan ekonomi masakini. Sebagai kerajaan negeri kita tidak boleh berpeluk tubuh kita harus dan ada tanggungjawab untuk melakarkan polisi dan melaksanakan polisi yang berkesan dan dapat membantu rakyat. Sebelum saya berundur ingin saya tegaskan sekali lagi agar setiap wang ringgit rakyat harus kita gunakan dan urustadbir dengan baik mengikut saluran yang betul dan dengan penuh berintergriti agar ia dapat memberi pulangan balik dan keuntungannya untuk rakyat negeri Perlis, tidak kira darisegi kebajikan ataupun pembangunan negeri Perlis. Terima kasih.
Terima kasih YB. Indera Kayangan. Sebelum saya minta Yang Berhormat Kuala Perlis untuk terus bahas, saya ingin untuk menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru supaya cuba merujuk balik buku Peraturuan-peraturan dan Perintah-perintah Dewan Negeri Perlis terutama dalam fasal 43 dia ada 16 perkara yang saya nampak boleh menjadikan dewan ini lebih tertib dan lebih ada susunan yang baik. Saya percaya kita telah membekalkan semua buku-buku untuk digunakan oleh Yang Berhormat bagi kegunaan dalam Dewan yang mulia ini.Sekian, terima kasih.Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.
Bismillahirrahmannirahim..Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada YB. Dato’ Speaker yang memberi ruang kepada saya untuk turut sama terlibat membahaskan belanjawan Negeri Perlis tahun 2019. Bersempena dengan Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Perlis yang ke14. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua-Ketua jabatan, agensi-agensi kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan seterusnya semua hadirin di dalam Dewan yang mulia kerana turut serta mendengar perbahasan-perbahasan dari ketiga-tiga pihak iaitu pihak kerajaan, pembangkang dan juga bebas tetapi malangnya bebas tidak hadir hari ini. Sebelum saya meneruskan perbahasan ini saya ingin menyampaikan serangkap pantun. Sirih berlipat daunnya segar, pinang dikacip sayangnya rosak, belanjawan Perlis 2019 sedap didengar, jangan khabarnya indah rupanya tidak.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seperti yang kita semua sedia maklum Perlis kini adalah sebuah negeri pembangkang selain daripada Pahang, Kelantan, Terengganu dan juga Sarawak.Saya sendiri juga adalah pembangkang kepada Kerajaan Negeri Perlis. Tetapi itu tidak menjadi halangan kepada saya untuk terus berkhidmat sebagai wakil atau pemudahcara kepada rakyat Kuala Perlis. Walaupun kami tidak mendapat sebarang peruntukan daripada Kerajaan Negeri Perlis. Sungguhpun Kuala Perlis merupakan satu kawasan dun yang saya kira amat banyak masalahnya tetapi insyaAllah saya akan memastikan kebajikan dan pemasalahan penduduk Kuala Perlis akan terbela. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ada membuat sedikit bacaan berkenaan manifesto ataupun tawaran kerajaan Barisan Nasional Negeri Perlis semasa kempen pilihanraya ke14 yang lalu.Terdapat 5 teras utama manifesto kerajaan Barisan Nasional Negeri Perlis iaitu pembangunan ekonomi dan prasarana, peningkatan kualiti hidup, peluang pekerjaan dan perniagaan, keutamaan dalam soal kebajikan dan yang terakhir sekali adalah pemerkasaan pendidikan. Di antara manifesto ini ialah dengan mewujudkan kawasan Perdagangan Bebas Padang Besar.Pembukaan semula sempadan Wang Kelian dan penyediaan 1000 unit kediaman melalui projek perumahan rakyat kawasan parlimen. Selain itu, manifesto kerajaan Barisan Nasional juga akan menjadikan Perlis sebagai hub perlancongan, pembukaan kawasan ekonomi baru dan memperluaskan program bantuan gerai atau penjaja kecil. Perkara yang menarik minat saya berkenaan manifesto Kerajaan Nasional ini ialah memperluaskan program sentuhan rakyat secara berkala dilokasi strategic diseluruh Negeri Perlis kerana ianya satu usaha yang murni dan membantu meringankan bebanan rakyat. Namun sehingga hari ini, saya belum dengar apa-apa program ini dilaksanakan dalam Negeri Perlis.Juga terdapat satu manifesto kerajaan Barisan Nasional yang menyebut tentang membanyakkan dewan serbaguna. Tapi dukacita dimaklumkan bahawa pembinaan sebuah dewan serbaguna di Kuala Perlis pun masih tertangguh jadi bagaimana mahu membina dewan yang lain jika yang sebuah ini pun masih tertangguh. Sungguhpun ini adalah projek kerajaan persekutuan namun tanggungjawab menyiapkan dewan serbaguna ini juga terletak dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional Negeri Perlis.Kerana ketika projek ini digunakan YAB.Bintong adalah Menteri Besar ketika itu dan masihlagi menjadi Menteri Besar pada ketika ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya tertarik dengan kata-kata Yang Amat Berhormat ketika membentangkan belanjawan negeri semalam berkenaan dengan iltizam kerajaan persekutuan untuk tidak membiarkan mana-mana negeri di Malaysia tertinggal dibelakang. Maksud kata-kata ini Kerajaan Negeri Perlis adalah tergolong dikalangan negeri-negeri yang ketinggalan dalam pembangunan dan kemajuan.Ini dibukti bahawa kerajaan persekutuan yang diperintah oleh Pakatan Harapan tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri walaupun Negeri Perlis ini adalah negeri pembangkang.Inilah bentuk perubahan pentadbiran yang dibawa oleh pentadbiran Malaysia Baru.Sehubungan itu saya juga berharap agar kerajaan negeri tidak menganaktirikan adun-adun dari Pakatan Harapan dan juga pembangkang yang ada di dalam dewan yang mulia ini. Suka juga saya ingatkan dewan yang mulia ini perihal-perihal yang berlaku sebelum kemenangan Pakatan Harapan pada 9 Mei yang lalu di mana kerajaan persekutuan yang dulunya ditadbir oleh Barisan Nasional telah menganaktirikan wakil-wakil rakyat daripada Pakatan Harapan. Sungguhpun ianya menjadi lipatan sejarah saya sangat percaya dibawah pentadbiran Malaysia Baru, pemimpin-pemimpin kami tidak akan memilih jalan untuk membalas dendam dan sebaliknya berlapang dada untuk memulihkan kembali Malaysia daripada kerosakan ekonomi. Dalam hal ini ianya mengiakan tanggapan kami sebagai pembangkang ketika itu bahawa Negeri Perlis ini hanyalah merupakan dengan izin Dato’ Speaker “fixed deposit” kepada Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional. Dimana pemimpin-pemimpin Barisan Nasional pusat ketika itu tidak pernah memandang serius akan pembangunan di Negeri Perlis. Dan akhirnya menyebabkan negeri ini ketinggalan dari segi aspek pembangunan dan kemajuan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Saya bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Bintong tentang belanjawan yang lebih bersinergi dengan memberikan penekanan kepada sector swasta sebagai dengan izin, “42.44 engine of growth” Kami dipihak pembangkang tidak pernah menolak mana-mana pembangunan yang boleh memberi manafaat kepada rakyat mahupun kerajaan tetapi didalam pengamatan saya berkenaan penglibatan pelabur swasta ini. Prasarana kemudahan asas yang terdapat di dalam negeri tidak mampu menampong keperluan yang diperlukan oleh pelabur-pelabur swasta ini. Contoh mudah yang boleh saya berikan di sini ialah berkenaan dengan kekurangan bekalan air dan masalah tekanan air yang rendah dikebanyakan kawasan di dalam negeri Perlis ini. Saya pasti banyak pelabur yang akan mengambilkira faktor masalah air ini untuk melabur dalam negeri Perlis. Secara tidak langsung juga masalah air mengesahkan tanggapan kami bahawa kerajaan persekutuan yang sebelum ini ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional ialah gagal untuk membantu dan membela nasib rakyat di negeri ini. Walaupun sudah memerintah Malayisa telah lebih daripada 60 tahun. Penyediaan kepada perkara asas ini perlu diberikan penekanan serius kerajaan negeri pada masa-masa akan datang supaya negeri kita tidak kehilangan pelabur-pelabur sedia dan mampu menarik lebih ramai lagi pelabur-pelabur swasta. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya tertarik dengan jawaban balas Yang Amat Berhormat Bintong berkenaan jawaban soalan lisan saya semalam berkenaan langkah-langkah berhemah yang diambil oleh kerajaan negeri.Antara langkah-langkah penjimatan tersebut ialah dengan tidak menyambung jawatan-jawatan kontrak.Kami diserang teruk disebabkan perkara ini ketika diawal pemerintahan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan.Apa yang cuba saya sampaikan di sini adalah kadang-kadang satu keputusan itu adalah sangat pahit untuk ditelan tapi itulah hakikat sebenarnya yang sedang berlaku di dalam mana-mana pentadbiran peringkat negeri ataupun persekutuan. Langkah penjimatan dengan menamatkan perkhidmatan jawatan kontrak bukanlah sentiment politik yang perlu di mainkan oleh mana-mana pihak dan dengan ini saya berharap Yang Berhormat-Yang Berhormat disebelah sana boleh memberikan penerangan yang sama kepada penyokong-penyokong Yang Berhormat. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Bahagian ni saya nak puji sikit Kerajaan Negeri na, masyarakat Malaysia pada masa kini berdepan dengan pelbagai risiko dan ancaman penyakit berdasarkan gaya hidup kurang sihat yang diamalkan mereka. Kanser, strok, obesiti, diabetes dan masalah jantung antara penyakit yang mengancam nyawa yang senonim dengan rakyat Malaysia. Menyedari keadaan itu,pelbagai pihak mengadakan pelbagai kempen sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam usaha memberi pendidikan secara umum mengenai kepentingan gaya hidup sihat dikalangan rakyat Malaysia. Saya sedia maklum akan kejayaan penganjuran Perlis Marathon yang telah memasuki edisi ke 4 pada Mei yang lalu. Berdasarkan laporan media penganjuran Perlis Marathon ini telah dinobatkan sebagai penganjuran ketiga terbesar selepas penganjuran Standard Chartered KL Marathon dan Penang Bridge Marathon. Tahniah diucapkan kepada kerajaan negeri untuk kejayaan tersebut.Penganjuran marathon seperti ini mungkin baru dikalangan rakyat di Negeri Perlis namun penganjuran seperti ini harus diteruskan kerana ianya mampu membuka banyak ruang ekonomi kepada negeri Perlis. Program seperti ini dapat menarik penyertaan perserta-perserta dari luarnegeri Perlis dan pada masa yang sama dapat mempromosikan Negeri Perlis dikalangan pelancung dalam dan luar negara. Selain itu juga, program seperti ini dapat meningkatkan hasil pelancungan negeri. Ini adalah kerana selalunya peserta dari luar negeri Perlis contohnya peserta dari Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dan lain-lain akan datang lebih awal sehari untuk menginap di dalam negeri Perlis. Peluang seperti ini perlulah direbut oleh kerajaan negeri Perlis untuk mempromosikan tempat-tempat pelancungan yang lain yang terdapat dalam negeri Perlis. Kerajaan negeri haruslah membaikpulih dan meningkatkan kemudahan yang terdapat di tempat-tempat pelancungan ini bagi memudahkan para pelancungan dan seterusnya bagi menarik lebih ramai pelancung untuk berkunjung ke negeri Perlis. Saya berpendapat jika dibaikpulih, dibangunkan dan diperbanyakkan pusat-pusat dan aktiviti-aktiviti pelancungan insyaallah negeri Perlis akan dijadikan sebagai salah satu destinasi yang wajib dilawati bagi setiap pelancung dari dalam dan luar Negara. Selain memperbanyakkan tempat-tempat perlancungan dalam negeri Perlis ini penganjuran dengan izin YB Dato Speaker “sport tourism” juga perlu diperbanyakkan. Selain daripada aktiviti “sport tourism” seperti penganjuran marathon mungkin juga pihak kerajaan negeri boleh menyediakan dana untuk penganjur aktiviti-aktiviti sukan air yang lain. Sebagai contohnya seperti penganjuran Perlis International Dragon Boat Festival yang menarik penyertaan dari peserta-peserta dari dalam dan luar negeri. Tiga hari yang lepas, saya dan juga YB Gan Ai Ling, YB Inderakayangan berpeluang ke Penang International Dragon Boat Festival yang diadakan di Empangan Teluk Bahang, untuk memberikan sokongan kepada dua pasukan dari Kuala Perlis yang turut serta iaitu pasukan Pola Padini Club dan juga Jebat Rowing Team yang dinaungi peserta maufakat harapan Perlis. Dimana kedua-dua pasukan ini telah layak ke Final untuk kategori 24 tahun antarabangsa.Alhamdulillah pasukan Jebat Rowing Team telah berjaya memenangi tempat kedua untuk kategori ini. Ini adalah pencapaian yang mengharumkan nama negeri saya kira diperingkat antarabangsalah. Semasa berada di kawasan pertandingan saya sendiri menyaksikan beberapa pasukan antarabangsa seperti dari Negara Filipina, Brunei, Taiwan, Hong Kong, Indonesia, China, Thailand, Australia malah pasukan sejauh dari Kanada juga turut serta. Saya berkesempatan berborak dengan beberapa pengurus pasukan dari negara-negara ini tentang kesungguhan mereka untuk menyertai sebarang pertandingan yang dianjurkan diluar dari Negara mereka. Mereka menunjukkan minat untuk menyertai mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh Negara luar.Mereka tidak mementingkan nilai hadiah tetapi peluang untuk meyertai pertandingan ini digunakan sepenuhnya oleh mereka untuk melancong ke negara kita. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Terdapat banyak kawasan untuk dijadikan tempat pertandingan Festival bot ini dan saya cadangkan venue terbaik untuk menjalankan aktiviti ini ialah di kawasan sungai tebatan banjir, di Kampung Padang Cina dan Kampung Wai, Kuala Perlis.Ini adalah kerana venue ini laluan sungai yang lurus dan tebing yang lebar dan insyaallah venue mampu menampong kehadiran yang ramai. Selain daripada penganjuran sukan air ini, sukan air lain juga boleh dianjurkan di kawasan ini seperti berkayak dan aktiviti-aktiviti sukan yang lain. Kawasan sungai tebatan banjir ini bukan saja perlu dibangunkan untuk menjadi venue pertandingan tetapi juga perlu dibangunkan untuk dijadikan kawasan tempat reakrasi dan pusat pelancongan bagi menarik penduduk negeri Perlis dan pelancung dari dalam Negara dan luar negara. Di kesempatan ini saya mengesyorkan kerajaan negeri boleh memulakan kerja-kerja kajian untuk menyediakan kertas kerja berkenaan penganjuran pertandingan lumba perahu dan mula memikirkan bagaimana untuk membangunkan sport tourism di dalam negeri Perlis ini. Kerjasama dengan penganjur-penganjur perlu diberi keutaman dan membuka ruang kepada mereka untuk turut sama membangunkan sport tourism di dalam negeri ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Untuk makluman semua hadirin di dalam dewan yang mulia ini.Kawasan DUN Kuala Perlis pada setiap tahun mencatatkan kes denggi tertinggi di dalam Negeri Perlis ini.Saya pernah menghadiri mesyuarat mengenai wabak denggi yang disertai oleh wakil dari Jabatan Kesihatan Negeri dan juga untuk membincangkan berkenaan gotong royong mega di kawasan Kuala Perlis. Antara perkara yang dibincangkan ialah apa masalah denggi di kawasan kampong-kampong tersebut. Saya dimaklumkan antara penyebab denggi adalah takungan air longkang dan system perparitan yang tidak teratur.Saya menghalusi setiap ucapan belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Bintong dengan teliti.Tapi tiada penekanan khusus telah diberikan Kerajaan Negeri Perlis untuk memastikan longkang-longkang dan sistem perparitan di dalam kawasan kampong nelayan di Kuala Perlis dinaik taraf atau dibuat penambahbaikan.Saya sendiri pernah pergi melihat aduan penduduk kampung dibeberapa kawasan kampung nelayan ini, antara tinjauan awal yang saya dapati ialah pembinaan longkang yang separuh jalan menyebabkan tiada laluan keluar air yang bertakung.Setelah diselidik rupanya longkang-longkang ini telah dibina oleh kontraktor yang berbeza maka setiap longkang ini tidak berjaya dicantumkan dengan sebaiknya. Ada setengah longkang itu lebih rendah menyebabkan air bertakung di kawasan yang lebih rendah dan seterusnya menyebabkan pembiakan nyamuk aedes dan penularan wabak denggi di kawasan sekitar. Sehubungan itu saya memohon kerajaan negeri memandang serius permasalahan denggi ini dan meyiapkan kajian atau kertas kerja Untuk menyusun semula longkang-longkang ini serta membelanjakan peruntukan lebih untuk permasalahan ini. Satu mesyuarat khas juga perlu dipanggil yang akan melibatkan jabatan atau agensi berkenaan untuk menyediakan satu pelan khas berkenaan longkang ini dan seterusnya Berjaya menjimatkan perbelanjaan kerajaan apabila tiada pertindihan pembinaan longkang berlaku kerana satu pelan menyeluruh telah dibentangkan. Saya berharap agar pihak kerajaan negeri dapat mempertimbangkan permohonan saya ini demi kepentingan rakyat Kuala Perlis khasnya. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kuala Perlis juga terkenal dengan permasalahan dadah.Di kesempatan ini juga saya ingin menyentuh mengenai pemasalahan dadah yang semakin rumit sedang dihadapi di Negara kita.Keparahan pemasalahan penyalahan penggunaan dadah yang semakin serius sejak tahun 1970an telah mendorong Malaysia mengistiharkan dadah sebagai musuh nombor satu Negara pada tahun 1983.Sehingga kini keadaan masalah dadah masih menampakkan perubahan yang kurang memberangsangkan.Perkara ini menjadi isu utama yang didebatkan oleh masyarakat.Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) merupakan agensi yang dipertanggungjawabkan bagi menangani pemasalahan dadah dan membawa matlamat untuk mewujudkan masyarakat dan Negara yang bebas daripada dadah. Justeru terdapat beberapa isu berkaitan dadah di Negeri Perlis yang perlu diberi perhatian dan pihak kerajaan perlu cakga lebih-lebih lagi majority yang terlibat dalam lencongan social ini merupakan dari gologan muda. Sumber dari AADK Negeri Perlis melaporkan penagihan dadah dikalangan pelajar sekolah di Negeri Perlis sangatmembimbangkan.Walaupun Negeri Perlis merupakan negeri yang kecil tetapi Negeri Perlis juga merupakan negeri ke4 tertinggi bagi isu peningkatan peratusan penagihan. Masalah penagihan dadah tertinggi di Negeri Perlis ialah di kawasan Kangar dan Kuala Perlis. Berpunca daripada daripada masalah dadah juga lah yang menyebabkan penyebab masalah pengangguran, masalah ponteng sekolah, masalah rumahtangga, masalah kemiskinan dan beberapa lagi masalah sosial yang lain. Sehubungan dengan itu, pihak AADK sendiri menyarankan perlunya kerajaan negeri mengambil perhatian serius masalah ini dan perlunya langkah untuk membangunkan perumahan nelayan secara teratur dan sistematik bagi memudahkan kerja-kerja pemantauan dilakukan terhadap penagih-penagih yang mengambil kesempatan untuk bersembunyi di kawasan perumahan nelayan yang didirikan secara berdekatan diantara sama lain. Juga dicadangkan pembangunan fizikal di bangunan AADK yang dilengkapi dengan lokap dan juga pusat tahanan reman bagi membolehkan agensi menjalankan penguatkuasaan dengan lebih efektif. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan pemasalah kebersihan wabak denggi dan penagihan dadah yang melibatkan nyawa masyarakat dalam keadaan terancam sudah cukup untuk saya jadikan sebab agar kerajaan negeri memandang serius kepada penempatan perkampungan nelayan di Kuala Perlis supaya dapat dibangunkan dan juga dinaiktara. Saya ingin mencadangkan supaya perkampungan Nelayan Kuala Perlis digazetkan sebagai perkampungan nelayan tradisi Kuala Perlis yang mempunyai geran persendirian atau berkelompok supaya kerajaan negeri dapat mengutip cukai pintu sebagai menambah pendapatan kerajaan dan seterusnya dapat menyediakan prasarana yang lebih baik bagi dari segi kebersihan dan keselamatan untuk rakyat. Peluang ini juga harus kita ambil kerana Perkampungan tradisi yang telah bergeran akan mengikuti piawaian yang telah ditetapkan sebagai homestay. Program homestay ini mampu untuk membantu meningkatkan ekonomi rakyat kerana akan menarik lebih ramai pelancung mengikuti aktiviti nelayan setempat secara tidak langsung ia juga mampu mempromosikan hasil laut dan produk-produk tempatan kepada pelancung. Ini juga akan memberi manafaat kepada kerajaan negeri dimana kerajaan negeri akan menjana lebih pendapatan apabila pelancung menginap dan berbelanja di dalam negeri. Selain dari itu juga, ianya mampu memberi peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat sekaligus mengurangkan kadar kemiskinan rakyat. Sejajar dengan manifesto Kerajaan Barisan Nasional pada pilihanraya yang lalu. Yang Berhormat Dato’ Speaker saya juga ingin menyentuh sendikit berkenaan laporan economic review tahun 2016 labor market keluaran MIDF research mendedahkan tahap pengangguran di kalangan anak muda Negara ini terus meninggi semenjak tahun 2012 anak muda yang dirujuk di dalam laporan tersebut adalah berusia 35 tahun ke bawah. Laporan berkenaan menyatakan bahawa kadar pengangguran anak muda mencecah 10.5% dengan jumlah belia menganggur membabitkan 273,400 orang individu yang berumur di bawah 25 tahun dan merangkumi 17.8% daripada jumlah tenaga buruh Malaysia pada tahun 2016. Pengangguran anak muda diantara umur 25 hingga 34 pula meningkat daripada 2.6% pada tahun 2015 kepada 3.2% pada tahun lepas. Bagi peringkat negeri pula, Perlis adalah antara negeri mempunyai paling ramai anak muda menganggur bersama Kelantan, Sabah, Terengganu, Kuala Lumpur, Johor, Perak dan juga Sarawak yang mencatatkan peratusan dua angka tahap pengangguran anak muda ini dibimbangkan kerajaan negeri. Saya mengesa kerajaan negeri segera mengambil langkah drastic dan memperkenalkan beberapa polisi yang baru bagi membela nasib anak Perlis yang menganggur di negeri sendiri antaranya ialah dengan menghentikan segera pengambilan pekerja asing. Dan menetapkan syarat bagi setiap syarikat mahupun agensi kerajaan untuk memberi keutamaan kepada pekerja tempatan. Kedua, menggalak keusahawanan dikalangan anak muda dan memudah cara skim kewangan skim mikro kredit yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kerajaan juga boleh memberikan insentif cukai kepada syarikat dan perusahaan yang dimiliki oleh anak muda untuk menggalakkan pengembangan perniagaan mereka. Pada masa yang sama kerajaan harus membantu mobility usahawan muda diseluruh negeri ini untuk m satu medium harus disusun sebagai medium panduan kerjaya dan bantuan carian kerjaya adalah penting untuk diwujudkan. Yang Berhormat Dato Speaker, saya ingin menghabiskan perbahasan perbentangan belanjawan kali ini dengan kesimpulan berikut; Belanjawan ini memang Nampak menarik dan gah dimata awam tetapi kebanyak pelaburan yang disebut adalah pelaburan yang memerlukan komitmen kewangan dan prasarana dari kerajaan pusat.Kebimbangan saya adalah kesungguhan kerajaan negeri untuk memastikan projek-projek berimpak tinggi ini mendapat sokongan penuh daripada kerajaan persekutuan.Saya tidak mahu projek-projek berimpak tinggi ini menjadi projek gajah putih apabila peruntukan daripada kerajaan persekutuan tidak dapat disalurkan kepada kerajaan negeri dan dibatalkan kerana kontrak yang tidak mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh agensi kerajaan.Saya juga mendapati pembangunan dan peruntukan untuk prasarana kemudahan nelayan tidak diberi penekanan oleh Kerajaan Negeri.Masih banyak insfrastruktur-insfrastruktur untuk kegunaan nelayan masih daif seperti jeti-jeti atau pengkalan nelayan.Saya berharap agar kerajaan negeri memberi penekanan kepada penyediaan jeti-jeti ini.Sekian, terima kasih.
Terima kasih YB Kuala Perlis dipersilakan YB Sanglang.
Assalamualaikum wbt..
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dan seluruh ahli-ahli Yang Berhormat dan hadirin yang ada dalam dewan ini, alhamdulillah bersyukur kita Allah swt.kerana kita dapat berada di sidang dewan yang mulia ini. Pertamanya saya nak maklumkan dekat YB. Dato’ speaker bahawa saya dengan YB Guar Sanji akan pakai Baju Melayu sampai esok. Kami akan teruskan pakai Baju Melayu ni sampai esok jadi jangan nanti Speaker tegoq kata mencemarkan Dewan pulak.
Basuh dak YB Sanglang, balik basuh dulu tu.
Baju banyak lai….
ha…ok… ok…
Yang Kedua, saya nak ucapkan tahniah dan terima kasih diatas penerimaan usul membantah icerd yang dibawa oleh kerajaan kemarin dan semua 100% telah ahli dewan menyokong usul tersebut saya pun bimbang kemarin takut speaker tolak usul yang dibawa oleh mb… tapi Alhamdulillah Berjaya. Yang Ketiganya tentang kedudukan kita negeri kerajaan pembangkangkepada kerajaan pusat memang lah dari segi kewangan kita ada kekangan yang besar tetapi apapun bajet yang dibentang oleh YAB. Bintong adalah sesuatu yang realistic dalam keadaan kita inilah.Cumanya kita harap sokongan daripada kerajaan pusat tidak sepertimananya berlaku di Negeri Kelantan. Semasa mula permerintahan dia 22 tahun dibawah pemerintahan PM yang ke 4 dahulu sampailah hari ni PM yang ke 7, PM yang sama dan kita harap kan berlaku perubahan. Darisegi pendekatan dengan negeri-negeri pembangkang ni sebab kita lihat Terengganu pun telah terima sebahagian daripada royalty minyak yang seterusnya tentang untuk nak menjanakan ekonomi Negeri Perlis ini saya amat tertarik dengan apa yang telah dibentangkan YAB. Bintong tentang pelancungan nak baik pulih naik taraf balik infrastruktur yang lama tu di tempat-tempat pelancungan di tempat-tempat yang lama di Wang Kelian, Gua Kelam, Bukit Air dan sebagainya dan kita rasa ini adalah benda yang cukup baik dan kita selalu bercakap hal ini daripada penggal yang lalu lagi supaya perlancungan ini kita jadikan negeri perlis ini negeri yang aman damai orang boleh mai disini berehat, berberlanja di sini, kalau dia nak pi ke Langkawi pun dulu dia nak pi ke Thailand dia boleh singgah untuk berbelanja di sini dulu dia tengok tempat-tempat yang menarik dalam Negeri Perlis ni. Ini satu kaedah yang boleh kita buat sebab tu saya sebut dalam soalan lisan saya bahawa negeri ilmu yang kita dulu daripada dulu lagi Perlis ni sebagai negeri ilmu, kita permudahkan orang-orang persendirian atau pihak swasta yang nak membangunkan sekolah agama atau sekolah tahfiz dengan cara itu orang luar akan mai duduk di sini berbelanja di sini. Dan kita juga harap kerajaan negeri mempertahankan IPG supaya tidak ditutup dan kita ada dengar sekali kenyataan YB. Menteri Pelajaran bahawa IPG Perlis ni mungkin akan diteruskan dan kita pun tak berapa nak harap sangat sebab menteri pelajaran ni pun banyak kali juga uturn. Jadi kita harap kerajaan negeri dapat mempertegaskan ini jika sekiranya ada perjumpaan dengan pihak menteri supaya IPG di Perlis ni yang satu-satunya IPG kalau nak tutup, tutup di negeri yang banyak di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, banyak disitu tutup sebahagian, bagi sekurang-kurangnya satu negeri satu. Supaya pelajar-pelajar daripada luar boleh hadir belajar di sini dan berbelanja di sini. Dan boleh menjanakan ekonomi orang tempatan., InsyaAllah. Kemudiannya kerajaan kena tegas, tentang apa dasar yang kita buat di negeri kita ini khususnya apa yang disebut oleh YB. Indera Kayangan tadi tentang kouta perumahan, Kita tak perlu nak galak sangat buat rumah yang mahal-mahal orang Perlis tak mampu beli orang luar mai duduk. Negeri kita ni bila ramai orang luar terlampau ramai mai duduk dia jadi sesak jadi tak seronok kita nak keluar mai kangar pun jem, nak p sana pun jem. La ni sekadar masa musim raya saja, jadi saya harap kerajaan negeri kena tegas dalam hal yang seumpama ini. Dasar dah kita buat kita kena pertahankan. Kemudian tanah rizab melayu ni banyak dah digunanya khususnya kita dapat maklumat di sidang yang dulu khususnya di Kuala Perlis, hat ni kerajaan kena cari ganti balik supaya kouta rizab melayu ni dia seperti mana yang ditetapkan balik seperti dalam perlembagaan. Yang diambil hendaklah diganti semula jangan dibiarkan tanah rizab melayu ni tidak berganti. Seterusnya tentang kebersihan,yang ni soalan terima kasih kepada YB Santan kerana menjawab secara bertulis, soalan saya tentang kebersihan khususnya diSanglang, rupanya Sanglang ni dia diluar kawasan PBT jadi dia tak dak penyediaan tong sampah adapun satu saja di Kuala Sanglang, seluruh orang Sanglang nak p boh dalam tong tu dia tak cukup lepas tu dia jadilah kawasan yang kita tengok imej dia tak berapa elok. Saya bangkit bab sampah ni daripada sidang yang dulu tapi tak dak kesan apa pun kali ni saya harap Yang Berhormat yang terlibat ni dia kena ambil tindakan lah. Dipersisiran pantai dilonggokan sampah yang cukup teruk. Buang sisa-sisa pokok ni bukan main lagi jadi,nampak sangat tak elok. Rakyat buang sampah tepi sungai sebab tak dak tong sampah. Takdak tong sampah yang diletakkan, kalau macam ni, kita kena bagi kesedaran dekat rakyat kalau nak buang sampah jangan buang didepan rumah ditepi sungai, pi buang dibelakang rumah biar rumah dia sendiri jadi kawasan yang tak berapa elok. Kita kena didik peringkat itu dulu kemudian kita harap MPK boleh sediakan tong walaupun dibelanja sendiri oleh MPK tapi kena buatlah supaya negeri kita ni bersih, elok mata memandang baru pelancung nak mai. Kalau tidak kawasan persisiran pantai tu, patutla di sebelah Kuala Perlis tu ramai orang duduk makan disitu buka gerai, disebelah Simpang Empat di sebelah Sanglangni tak berapa ada, rupanya bukan kawasan PBT sampah tak dikutip yang menyebabkan kawasan jadi tak elok. Itu harapan saya yang cukup tinggilah supaya sampah ini dibuang. Kemudian kebersihan tandas-tandas awam, khususnya masjid hat ni, ni pihak Jabatan Agama kena bagi perhatian dalam bajet alhamdulilah, elaun untuk bilal, siak penjaga kawasan di naikkan, apabila dinaikkan mesti bagi kesedaran dekat pegawai-pegawai masjid ni supaya mempertingkatkan kerja mereka supaya jadi kawasan yang cukup bersih. Kita tengok banyak juga masjid yang bersih tapi masih ada masjid yang tidak bersih yang kita tidak selesa apabila kita singgah untuk solat dan tak berapa selesa. Jadi ini tolong bagi perhatian la, jika sekiranya tandas itu tidak dilengkapi dengan kemudahan saya rasa JAIPs boleh bantu masjid ataupun arah masjid tu guna duit tabung untuk naik tarafkan tandas-tandas ni supaya pengunjung-pengunjung tu dia lebih selesa.Itu berkenaan dengan kebersihan, selain daripada tempat-tempat yang saya sebut tadi YB. Dato’ Speaker, pasar-pasar malam ni juga kita kena tegas dengan peniaga-peniaga itu supaya sampah tidak ditinggalkan kalau kita hadir di perhimpunan ICERD di Kuala Lumpur orang ratusan ribu ikut astro awani 50,000 boleh habis sampah. Boleh selesai apabila habis himpunan, apa sebab pasar malam yang tiap-tiap minggu berniaga di situ kita tak boleh nak tegas supaya peniaga-peniaga ni mesti sediakan plastic hitam dan bawa balik sampah tu buang di tempat yang sepatutnya tak tinggal di situ, kita pun tengok pekerja-pekerja SWcorp ni berapa sangat gaji sampai pukul 2.00 pukul 3.00 pagi kena buang sampah kerana peniaga-peniaga tadi tidak dibagi kesedaran oleh pihak yang berwajib supaya buang sampah ni jangan tinggal selepas perniagaan. Begitu juga dengan sungai, saya terlibat dengan pac apanbila kita berjumpa dengan pengarah jps ni dia seorang yang semasa bekerja di JPS Kedah dulu dia boleh pulihkan Terusan Wan Mat Saman tu sampai ikan emas boleh hidup dalam tu, jadi kemahiran yang ada pada Pengarah JPS ni kita kena bagi ruang untuk dia dengan sikit peruntukan, jangan kita suruh dia buat dengan gaji dia saja dia untuk bekerja lebih masa itu kita kena perati dan gunakan kemahiran ni untuk dia pulihkan air sungai Perlis supaya jadi elok supaya menarik minat pelancung untuk hadir dan gunakan sungai tersebut dengan cara yang terbaik. Kemudiannya saya nak sebut sikit tentang capaian internet.Ada sahabat, ramai sahabat dok merungut perbezaan kawasan kampong dengan kawasan Bandar. Kawasan Bandar ni capaian internet tinggi laju, bayaran dia …kita RM70 dah boleh pakai internet yang cukup tinggi tapi di kampong nu masih 200 lebih lagi dan capaian dia cukup rendah dan lambat. Belanja tinggi untuk dapatkan capaian internet yang tinggi tak mampu, makna kata kerajaan kena tengok balik benda ni dengan TM, supaya dapat disamaratakan atau sewa tu direndahkan di kawasan Bandar dengan kawasan luar Bandar itu cukup pentinglah. Yang seterusnya tentang pilihanraya PBT yang ni memang diwawarkan oleh Kerajaan PH walaupun telah ditolak oleh YAB. Perdana Menteri tapi kita ucapkan tahniahlah walaupun Sanglang tu tak masuk dalam kawasan PBT saya rasa alasan Perdana Menteri itu adalah alasan yang cukup manasabah. Dan kita sekiranya selepas daripada ini, ada pilihanraya PBT…kita Perlis saya harap kita tolak supaya tidak ada pilihanraya PBT diperingkat Negeri Perlis ini. Itu harapan yang cukup tinggi daripada kami sebab jurang perbezaan kaum di luarbandar dengan kawasan bandar boleh menyebabkan ketidak harmonian akan berlaku. Yang seterusnya kakitangan kerajaan negeri, runggutan kawan-kawan, kita berada di dalam negeri Pembangkang ni untuk nak capai maju negeri bandaraya selepas daripada ini kakitangan kerajaan ni, kerajaan kena tegas, ubah sikap sebab adalagi laporan yang sampai pada kami ada lagi kakitangan yang masa kerja main karom, waktu rehat yang sepatutnya setengah jam boleh sembang dikedai kopi sampai berjam-jam. Ada orang Langkawi mai Jabatan Agama nak ambik surat pengesahan anak dia nak kawin esok hari Sabtu, orang Jabatan Agama kata kena mai hari Isnin, dia kata pegawai nak buat surat ni tak dak. Kebetulan jumpa dengan kawan dia kata cuba pi tengok belakang kedai makan tu, mereka ada situ, saya kata pi panggil dia balik minta tolong dia buat surat kalau tidak esok anak dia tak boleh angkat nikah. Jadi ni benda-benda yang perlu diberi penekanan, saya ingat la ni tak dak la sebab dok pi kedai tu pun tak pernah jumpa. Tapi saya nak peringatkan benda ni apabila ada laporan daripada sahabat-sahabat dekat kita, kita kena sampaikan. Walaupun tak berapa seronok kita nak sampai ni. Ada juga pegawai despatch, dia saya teringat masa Osman Arof jadi Menteri Besar dulu dia ada drebar, drebar dia ada drebar, Dreba Menteri Besar, Osman Arof dulu ni ada drebar. Banyak heboh. Rupanya di Perlis pun ada dia despatch dia boleh sub kerja dia, dia boleh jadi bos pulak. Dia despatch dia sub dekat orang lain, dia jadi bos pulak jadi dia tak payah buat kerja. Sebab dia ada income lain yang lebih besar lagi dia boleh swasta dekat orang lain. Jadi ini pun kita kena bagi perhatian. Selain daripada tu kita juga kena bagi perhatian kerajaan negeri ni apabila ada pihak yang hantar proposal ambik peluang kerja, proposal tu di ambik oleh staf dalam pejabat tu dia tukar kulit. Dia guna proposal yang baik tu dia guna untuk dia, ha ini pun ada laporan. Jadi kita harap benda ini kena diperatikan oleh pihak kerajaan, pihak yang bertanggung jawab supaya ianya tidak berlaku, yang ni bukan kata di Perlis saja, saya sembang dengan kawan-kawan di Pahang, Terengganu, di Kelantan negeri dengan sealiran dengan kita ni pun berlaku. Tapi mereka cuba untuk nak selesaikan. Jadi saya memberi ingatan supaya ianya tidak berlaku dengan berleluasa di Negeri Perlis ni. Sebab kita nak jadi negeri yang baik, walaupun kita mengalami kekurangan kewangan, sebuah negeri yang miskin, Negeri miskin ni mudah saja, bila dia tak sealiran dengan pusat, miskin..Dulu Kelantan, la ni dia masuk satu lagi Terengganu miskin juga, Pahang pun miskin, Perlis pun miskin. Haa negeri-negeri lain kaya lah.Kalau nak ubah, ubah lah lepas tu kita jadi kaya. Macam mana YB Titi Tinggi, YB Titi Tinggi ni pun tak suka dekat PAS, presiden dia kata kalau sekiranya bubar Barisan Nasional ni YB Titi Tinggi kena sedaq dia kena mai duduk dekat PAS. Macam mana YB? Ka nak tukaq nama?
Kami lobi dah…
Tukaq nama UMNO tak dak cina oo..Kena masuk PAS… Teh Chai Aan Abdullah…
Saya akan tubuh parti baru.
Tubuh Parti baru boleh lah, takut you jadi Pengerusi isteri jadi Setiausaha. Itu tentang kakitangan kerajaan negeri kita ni apabila ada teguran saya sebut, InsyaAllah. Kemudiannya saya nak Tanya tentang status Klinik 1 Malaysia, Kedai Runcit 1 Malaysia, Kedai Runcit ni saya dengar tutup banyak dah tapi Klinik ni saya tak pasti ada ke tidak lagi sebab saya tak pernah sampai di Klinik tu. Allah Taala bagi saya Alhamdulillah sihat lagi.Seterusnya tentang bolasepak. Semalam kita seri walaupun seri ketaq dah tu. Kena dah dua tapi boleh balas balik Alhamdulillah.Kita dok ingat boleh menang. Bola sepak ni sepatutnya semalam kerajaan negeri buat skrin besaq. Tapi tak peraya la tak buka kita tengok hat kecik sajalah. Bolasepak Perlis ni, presiden dia baru, tapi bukan orang Perlis. Saya orang yang peminat bolasepak tiap kali sidang saya sebut bab bolasepak. Macam mana bole orang luar dari Perlis ni dia mai jadi Presiden bolasepak Perlis, tak jadi masalah kalau dia betul berjiwa Perlis nak bantu negeri tapi apabila dia mai jadi Presiden ni rekod dia hat belakang jumpa dah tak selesai masalah gaji tempat dia kerja dulu, saya tak payah sebut di mana. Macam mana pulak dengan hutang gaji bolasepak Perlis Tahun 2018 saya dengar cerita sampai 1.68 juta. Makna kata pemain Perlis ni tak dapat gaji banyak la, kalau 1.68 juta tu bahagi dengan pemain kesian dekat depa. Main bukan main punya teruk gaji tak dapat.Jadi saya harap presiden yang baru ini walaupun dia mai dari luar dia ada semangat untuk nak bangunkan bolasepak negeri.Harapan cukup tinggi tapi bila dia ambik pemain daripada luar untuk main di Perlis yang umur 37 tahun yang negeri dia pun tak mau ambik dah hat tu jadi tandatanya pulak dah. Lepas tu ada lagi seorang pemain dia “injured” bukan ..tua tak tua lagi tapi dia dah cedera dulu pulih main pun negeri dia tak mau dah di beli oleh negeri Perlis ..ha ini satu benda yang saya rasa tak wajar berlaku. Ambik anak negeri, ramai anak negeri, saya selalu sebut dulu pemain bawah 15 kita bawah 18 kita tak pernah jauh daripada lingkungan separuh akhir. Kalau masuk Sekolah Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia didik anak-anak ni. Jurulatih pun sampai berapa orang dua orang saja orang Perlis. 4 orang ka berapa orang lagi semua orang luar.Ini satu benda yang kita tak boleh terima.Bukan kita nak sebut bahawa semangat kenegerian tu terlampau tinggi tak boleh pun nak ambik juga tapi kita ada barisan jurulatih anak negeri yang hebat-hebat. Cikgu Jan sapa tak kenal dia pernah bercakap dengan saya kalau boleh latih negeri ni dia kata bagi gaji dekat dia 7000-8000 pun cukup dah sebab dia tak mau jauh daripada keluarga. Saya sebut ni bukan dengan izin dia sebab kita sayang kemahiran yang dia ada, sijil yang dia ada cukup tinggi. Yusri Che Lah, latih negeri lain, saya rasa kalau bawa balik mai negeri bagi gaji setengah dari tu pun dia setuju dah. Banyak lagi anak-anak negeri kita ni yang mempunyai kebolehan yang cukup hebat. Jadi kena perati lah.Makna kata kerajaan negeri kena pantau. Walaupun ni persatuan tapi bolasepak ni adalah permainan utama negeri. Kita rasa kalau sekiranya negeri kita kuat dalam liga perdana ni boleh naik ke divisyen yang lebih baik saya rasa stadium tu akan penuh. Lampu limpah nak tukar berjuta kita bimbang lepas ni kita main petang juga pukul 4.45 Asar awai Alhamdulillah lah kalau tidak jadi kelam kabut habis anak-anak muda kita. Jadi kita harap kerajaan negeri ambik perhatian. Saya sentuh banyak hal bolasepak ni sebab hari tu masa nak p main sukma depa minta tolong juga. Kita bantu sekadar yang mampulah. PAS ni bukan parti yang kaya. Dan kita pun harap juga kot ada bantuan dari kerajaan negeri untuk peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang ni tak kiralah PAS ke PKR sebab saya sembang dengan sahabat-sahabat saya di Pahang kerajaan Barisan Nasional Pahang dia bagi, peruntukan pembangunan untuk wakil rakyat pembangkang ni 30,000 dapat dah setahun di Pahang. Kemudian peruntukan untuk beli baju sekolah 20,000.Saya kata dapat dah ka.Tak dapat lagi.Tak tau la nak dapat tak dapat.Tapi peruntukan pembangunan Kerajaan Barisan Nasional Pahang dia bagi. Jadi Alhamdulillahlah. Kalau tak bagi pun kita kena belanja juga sebab orang mai ke rumah, orang susah kita kena bagi, tapi duit sendirilah. Jadi kalau ada ehsan daripada kerajaan negeri ni boleh peruntukan untuk kami juga. Sekurang-kurangnya kalau kerajaan Pahang bagi 20,000 untuk anak-anak sekolah nak masuk sekolah pakaian dan sebagainya, di Perlis ni kalau bagi 5,000 pun besar tak sangga dah. Tambah-tambah kami ni PAS hat tak pernah boleh duit banyak boleh 5,000 perasan tidur tak lena. Tak tang nu pun rasa orang tau, tak tang ni pun orang tau, dok jaga tu, 5,000 tu banyak. Tapi begitu lah…makna kata kami amat menghargai apa yang dibagi kepada kami insyaallah. Kemudian saya nak cadangkan kepada kerajaan negeri juga sambutan tahun baru kita tak payah buat la kot no…Sambutan Maulud kita tak buat bid’ah.. sambutan apa lagi…banyak yang kita tak buat..sambutan tahun baru pun kita tak payah buat la..Kita jimat duit sikit. 31 hb 12 ni kita tak payah dok main bunga api apa la. Kita sambut tahun baru hijrah pulak. Kita negeri sunnah jadi 1 Muharam ni kita tembak bunga api. 31/12 ni kita tak payah buat. Arahkan semua rakyat kita ni duduk di rumah baca quran lebih baik lagi. Kita ubah.Cara kita dok buat. Kemudian kerjasama kerajaan negeri dengan kerajaan pusat ni walaupun kita pembangkang ni kena ada. Kadang-kadang sahabat-sahabat yang nak mai melabur di sini dia jadi ada kekangan yang pertama Lembaga Hasil Dalam Negeri, dia hambat sungguh. Bila ada pelaburan banyak dia kata kawan ni ada duit dia nak ambik cukai. Kerajaan negeri pun ada juga nak ambik cukai yang tak menentu.Saya tengok sebagai contoh perumahan di Simpang Empat dekat dengan Agro Bank. Bila saya jumpa Tanya kos bina rumah ni tu baru 60000 mun gkin tanah tu mahal tapi rumah tu dijual 380000 ini yang menyebabkan rakyat negeri tak mampu. Dia kata dia ada tanah dia nak buat lot lidi tak tukar syarat. Dia kata dia akan jual lot rumah yang sama dengan simpang empat tu 160,000 jadi dia murah. Apa sebab dijadi macam tu. Kita kena tengok balik. Jadi kerjasama kerajaan negeri dan kerajaan pusat boleh sebenarnya digalakkan kepada pelabur-pelabur tu untuk hadir melabor di negeri kita ni. Khususnya di dalam bidang pelancongan. Saya menekankan dalam bidang pelancongan, yang lain-lain tu Chuping Valley tu kita kena teruskan la supaya negeri kita ni negeri yang maju dan rakyat suka duduk di sini. Mana-mana pegawai kerajaan yang pindah bekerja di Perlis ni dia akan beli rumah dan duduk di sini. Dengan keadaan tak sibuk apa tu dan harmoni. Begitulah harapan saya dan saya harap semua apa yang telah dibangkit oleh kami ini adalah dengan niat untuk kita nak memajukan Negeri Perlis ini, nak memakmurkan Negeri Perlis ini tidak ada niat langsung kita nak menghina mana-mana pihak, tak ada niat langsung kita nak menjatuhkan pihak dan kita harap negeri kita yang terkenal dengan harummanis ni, YB. Simpang Empat dulu masa dia duduk sebelah sini bukan main lagi dia nak majukan harum manis la Tanya tu Tanya ni, dan sekarang ni dia exco pertanian kita harap dia buat yang terbaik kita nak tengok disebelah Padang Benta Simpang Empat tu penuh dengan harum manis dan dia jual murah. Dan kita yang duduk dalam dewan ni pun boleh makan harum manis murah dia bagi seorang sekotak…baru boleh.
Kalau kita di sebelah Simpang Empat nu memang tak lebih dari RM15 harum manis.
Sekilo 15 YB boleh bagi kesemua dengan ketua-ketua Jabatan sekali. YB dah exco.Jadi saya harap belanjawan yang dibentangkan.
Nanti saya pesan lepas jadi buah ni…
Pesan tu makna kata saya kena bayaq dekat orang pesan. Yang saya nak ndak ni yang YB. Bagi free dekat kami. Tang pesan tu tak payah dok cerita la. Jadi saya harap belanjawan yang dibentangkan oleh YAB. Menteri Besar ni adalah belanjawan biasa Negeri Perlis dan saya ucapkan tahniah dan saya menyokong penuh belanjawan ini supaya ianya dapat dilaksanakan demi rakyat demi negeri kita ni insyaAllah. Mudah-mudahan kita berada di landasan yang betul. Wallahu’allam, Assamu’alaikum wbt.
Terima kasih YB. Sanglang membantu pihak pembekal makanan nak mengidang diluar sana. Kalau tidak mungkin mereka pun tak sempat datang sini dan kita pun tak sempat makan tengahari. Yang kedua saya tengok persidangan yang lalu Sanglang dengan Guar Sanji ni macam ayah dengan anak tapi hari ni saya Nampak macam abang dengan adik.
Maksud YB Speaker saya muda ka dia tua?
Lebih kurang macam tu la..Dipersilakan YB Guar Sanji.
Bissmillahirahmanirrahim…
Terima kasih YB Dato’ Speaker, Yang Berhormat Ahli-ahli, Ketua-Ketua Jabatan yang lama dan juga yang baru hadir ke negeri Perlis. Kita ucapkan selamat datang khususnya kepada pegawai-pegawai yang ada pada sidang kali ini. Jadi pertama kali saya merakamkan ucapan tahniah di atas ucapan pembentangan bajet 2019 kelmarin. Bajet yang bertemakan pembangunan yang dijana dan diperkasa, kebajikan rakyat dibela .Kalau kita lihat bajet 2019 sebanyak RM268.73 Juta adalah bajet yang lebih tinggi dari 2 tahun lepas.2017 sebanyak RM190 Juta dan 2018 RM257Juta.Bajett kali ini peruntukan pengurusan sebanyak RM172.88 juta dan RM95.85 Juta untuk pembangunan. Kalau dilihat di sini kos pengurusan meningkat sebanyak RM8.36 Juta sedangkan hasil pendapatan negeri sebanyak RM103.08 sahaja. Saya menyarankan kerajaan mengurangkan perkhidmatan dan bekalan yang berjumlah RM71.15 Juta sebagai contoh bekalan dan peralatan-peralatan pejabat boleh diusahakan penjimatan untuk kita mengurangkan pengurusan perbelanjaan kita pada tahun 2019.Kedua, peruntukan pembangunan mestilah dilaburkan kepada yang membawa pulangan kepada kerajaan. Dalam peruntukan pembangunan RM95.85Juta pertanian hanya mendapat hanya RM3.18 Juta sedangkan ekonomi rakyat Negeri Perlis adalah dalam sector pertanian samada padi ataupun harum manis. Mengapa ianya begitu rendah? Sedangkan JKR RM72.15Juta, SUK RM12.86 Juta dan sebagainya. Biarlah peruntukan yang kita beri ini memb eri khidmat kepada biarlah peruntukan yang kita beri ini memberi khidmat kepada masyarakat dan turut menjana ekonomi Negeri Perlis ini. Seterusnya YB Dato’ Speaker, tanggung jawab adalah amanah, jawatan adalah tanggungjawab dan amanah yang perlu dijaga serta ditunaikan dengan sebaik mungkin. Ini bererti jawatan yang diberi adalah kemuliaan bukanlah kemuliaan tapi tanggungjawab yang mesti dipikul dan tanggung jawab yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT. Kita perlu menginsafi sebuah hadis yang mengingatkan kita bahawa kerosakan akan berlaku ketika mana amanah tidak diberikan kepada pemegang yang sebenar. Sebagaimana sabda Nabi SAW: Yadhi Ya Yathil Amanah yang bermaksud “bila mana amanah itu telah disia-siakan maka nantilah sig’ah kerosakan” Lalu para sahabat bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kerosakan itu? Rasulullah SWT…aaa bagaimana yang dikatakan dengan sia-siaan itu? Lalu Rasullullah kata ialah apabila sesuatu urusan itu diberi kepada bukan golongannya. YB Dato’ Speaker seterusnya pentadbiran cekap dan mesra pelabur. Kerjayaan sebuah kerajaan bergantung kepada kemampuan dalam mengurus pentadbiran yang cekap dengan mengamalkan budaya tanggungjawab, professional, intergriti ketika menunaikan amanah kerja.Merujuk kepada laporan audit Negara bagi Tahun 2017 sehingga 2018 terdapat tujuh jabatan agensi kerajaan Perlis telah diaudit oleh mereka. Antaranya pejabat SUK, Pejabat Perbendaharaan Negeri, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, Jabatan Mahkamah Syariah, Majlis Perbandaran Kangar, Jabatan Perkhidmatan Veterinar daripada 7 itu hanya dua jabatan mencapai tahap cemerlang, 1 Jabatan di tahap baik, 3 Jabatan kurang memuaskan dan 1 Jabatan tidak memuaskan. Selain itu, turut juga diaudit ialah Yayasan Islam Negeri Perlis (YiPs) Laporan mendapati bawah lemah dalam pengurusan khususnya hartanah dan kewangan yang dimiliki Yayasan Islam Negeri Perlis.Hal ini perlu diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang sedia ada dan perlu siasat apakah punca kepada ketidak sempurnaan laporan-laporan yang telah di sediakan.Kita sarankan kepada Yayasan Islam Negeri Perlis ini supaya mengambil langkah-langkah yang telah dicadang dan disaran oleh Ketua Audit Negara.YB. Dato’ Speaker, hari ni kerajaan telah menerima hakikat bahawa bukan lagi menjadi anak emas kepada kerajaan pusat sebaliknya menjadi pembangkang dan harus mengambil contoh berdikari seperti negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS. Kerajaan negeri haruslah mengambil anisiatif mengamalkan dasar mesra pelabur dalam membangunkan sektor ekonomi negeri Perlis dan menguruskan kembali projek-projek terbengkalai agar ianya disiapkan dalam tempoh yang ditentukan. Kerajaan juga tidak harus mengamalkan dasar lama mengenakan claim ataupun komesion sama ada untuk diri atau parti, pemerintah setiap kali mengerjakan sesuatu projek yang mana menyebabkan pelabur tidak berminat untuk datang ke negeri Perlis ini. Selain itu kerajaan hendaklah berjimat cermat dalam mengurus dan membelanjakan wang kerajaan, dan wang kerajaan adalah wang rakyat. Kerajaan Negeri boleh menjadikan kisah Nabi Yusoff alaihissalam bagaimana mengurus kewangan ekonomi sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Yusuf yang berbunyi:
Yang bermaksud Yusuf menjawab: Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh 7 tahun kemarau yang besar yang panjang yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan untuk dijadikan benih. Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai peroleh rahmat hujan. Dan padanya mereka dapat memerah hasil anggur, zaitun dan sebagainya. Oleh yang demikian, disarankan kepada kerajaan menggunakan formula Nabi Yusuf alaihissalam dalam menguruskan ekonomi daripada singkatan Yusuf iaitu yakin kepada Allah.Usaha sebaik mungkin, simpan dahulu baru belanja utamakan yang utama focus dalam dalam kawalan kita. Yang Berhormat Dato’ Speaker, peruntukan kepada ADUN Pembangkang.Sekali lagi Kerajaan Barisan Nasional diberi mandat oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-14 lalu.Menjadikan sudah 14 penggal Kerajaan ini memegang tampok pemerintahan kerajaan negeri ini. Justeru, sebagai adun yang dipilih di kawasan saya, dan begitu juga adun pembangkang yang lain kami mohon supaya diberi peruntukan khas sebagaimana yang diberikan oleh kerajaan kepada adun-adun kerajaan memerintah. Dan kita berharap juga kerajaan Pakatan Harapan sikit hari bagi juga peruntukan kepada kita mungkin boleh diusulkan kepada sahabat-sahabat kepada Pakatan Harapan dalam dewan ini.Hal ini adalah bertujuan untuk membangunkan kawasan kami dengan pelbagai projek kecil bersaiz kecil untuk rakyat setempat demi kepentingan dan kebajikan mereka.Kerajaan negeri seharusnya memberi peruntukan semata-mata kepada ADUN-ADUN kerajaan pemerintah sahaja, belajar dengan kerajaan Kelantan dan Terengganu yang memberi bantuan kepada Wakil Rakyat dikalangan pembangkang diberi peruntukan supaya boleh berbelanja dan sebagainya.Sebagaimana yang disebut YB.Sanglang sebentar tadi. Kerajaan tidak seharusnya menganaktirikan pembangkang kerana juga bekerja keras membantu penduduk sering mengutamakan kebajikan rakyat jika sebaliknya berlaku, jangan pinggirkan kebajikan asas mereka yang perlu diambli peduli oleh kerajaan negeri. Selain itu, peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) atau MPKK mestilah aktif dan proaktif supaya masyarakat kampong benar-benar menerima manafaat daripada perlantikan mereka ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Pendidikan dan gejala sosial yang membimbangkan.Pendidikan merupakan teras kepada peruntukan pembentukan masyarakat bertamadun.Kita akui bahawa tidak cukup untuk melahirkan bertamadun hanya menghayati kepada elemen kehidupan semata-mata malah mestilah menghayati tasawuf Islam seiring agar tamadun yang dibina memiliki roh dan kemuliaan. Akhir-akhir ini kita menyaksikan ada sesetengah kumpulan yang berjuang atas nama hak kemanusiaan membawa gaya hidup tidak sihat dalam kalangan masyarakat seperti perlakuan lesbian, gay, transeksual dan transgender dan sebagainya. Perlakuan ini adalah bersalahan dengan sudut pandangan Islam dan peruntukkan undang-undang Negara. Oleh yang demikian usaha yang masyarakat khususnya golongan muda mudi tentang bahayanya gaya hidup seperti ini hendaklah dilaksanakan oleh pihak berkaitan sama ada di sekolah, di masjid, di dewan orang ramai dan tempat-tempat lain dan sebagainya kerana kami dari adun-adun pembangkang tak dibenarkan masuk sekolah mungkin PH boleh tak taulah pendirian Jabatan Pendidikan Perlis macammana. Sama ada dibenarkan kami adun pembangkang masuk juga untuk sama-sama mengaktifkan aktiviti dan meraikan jemputan daripada sekolah-sekolah. Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain dari itu gejala penyalahgunaan dadah dan tagihan di negeri ini amat merisaukan kita. Merujuk Berita Harian Online November 2018, Perlis antara negeri yang mencatat penagih teramai di Malaysia mengikut populasi rakyat di negeri ini. Secara keseluruhan jumlah penyalahguna dan penagih dadah diseluruh Negara sejak 2014 sehingga September 2018 adalah seramai 133,684 orang iaitu sekitar 0.40% berbanding jumlah penduduk di Negara ini. Dan daripada itu penagih dadah di Perlis seramai 2,123 malangnya majoriti adalah orang-orang melayu.YB. Dato’ Speaker, isu penagihan dan penyalahgunaan dadah semakin membimbangkan negeri ini. Olehkerana itu pihak kerajaan perlu mengemukakan satu kertas putih mengenai langkah-langkah strategi untuk menangani masalah penyalah gunaan dadah dan sebagainya.Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkebajikan dan adillah dalam tindakan. Peningkatan kos sara hidup yang semakin meruncing menyebabkan rakyat menjadikan perniagaan sebagai flatform untuk menambah pendapatan seharian. Oleh hal yang demikian tidak hairan jika berlaku peningkatan jumlah para peniaga jalanan yang boleh diibarat umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan. Namun begitu masih ada segelintir para peniaga jalanan yang tidak mempunyai permit dan mematuhi peraturan-peraturan yang ditentukan oleh pihak berkuasa. Usaha kerajaan membantu peniaga-peniaga ini mulai bajet 2019 yang ditawarkan kepada golongan ini amatlah dihargai.Namun begitu ramai dikalangan mereka tidak mendapat perbantuan atau pun tidak mendapat maklumat yang betul bahawa mereka diberi peruntukkan perbantuan. Merujuk kepada perkara tersebut, merujuk kepada penjelasan kelmarin di dalam dewan yang mulia ini bahawa pihak berkuasa hanya akan mengambil tindakan undang-undang setelah menerima aduan orangramai. Sepatutnya ia tidak berlaku sedemikian. Saya yakin pihak berkuasa ada pasukan peronda memantau operasi peniaga jalanan ini.Sebenarnya masalah ini wujud kerana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan awal.Terhadap mereka yang tidak mengikut SOP dan berniaga di atas rezab kerajaan ataupun atas tanah rezab kerajaan.Perkara ini adalah bertujuan untuk mengelak berlakunya masalah dikemudian hari. Kalaupun mengambil tindakan mestilah secara holistic ataupun menyeluruh sebaliknya kalau tidak mengambil tindakan secara menyeluruh akan timbul isu, yang sama pada masa akan datang. Begitu juga dengan masalah pembinaan rumah di atas tanah rezab kerajaan yang saya sebutkan di dalam dewan yang mulia ini pada pagi tadi. Jadi pihak kerajaan mestilah memandang serius perumahan-perumahan atau rumah-rumah yang berada di atas tanah kerajaan kerana kalau kita tidak mengambil pantau benda ini akan berlarutan dan akan menjadi masalah kepada kerajaan, masalah kepada PBT, juga masalah kepada adun dan juga wakil rakyat. YB.Dato’ Speaker, Allah juga memerintah supaya kita bersikap sederhana dalam semua perkara termasuklah perbelanjaan. Firman Allah S.W.T. : Al Israk Ayat 29
Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu dilehermu (yakni bakhir), dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya,(yakni boros) kerana akibatnya akan tinggalah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan. Sungguhpun begitu kerajaan hendaklah berjimat cermat dalam membelanjakan peruntukan yang ada. Serta kerajaan hendaklah mengkaji apa sahaja projek sebaik mungkin sebelum melaksanakan bagi mengelak pembaziran yang merugikan. YB.Dato’ Speaker, ada beberapa perkara saya nak mengusulkan berkaitan dengan kawasan saya dan juga negeri Perlis. Pertama sekali, saya usulkan supaya pihak JKR membina ataupun membuat longkang air, basuhan kedai dobi berhampiran di Kampong Sena yang menyebabkan air bertakung dan melimpah keluar ke jalan serta mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk Kampung Sena yang berulang alik dengan motor. Kalau masuk dari simpang tiga sempadan Perlis dengan Kodiang tu Kedah, sebelah kanan tu kalau kita masuk jalan tu dah ada longkang tapi longkang tu terhenti tak sampai ke kedai dobi buat operasi baju situ. Jadi diharap tambah sikit sahaja lagi lebih kurang dalam 200 meter ke depan sebab bila berlaku takungan air melimpah dia akan mai ke jalanraya. Yang Kedua, usul saya juga perbanyakkan paip air bomba, mohon pada pihak berkaitan menambah paip air bomba mengikut keperluan kampong khususnya kerana hal ini adalah kerana memudahkan pihak keselamatan bomba mendapatkan air untuk memadam kebakaran terutama musim kemarau. Air sungai kecil sungai kampong akan kering ketika itu mengharapkan air paip ini sahaja. Jadi kita mengharapkan kepada kerajaan untuk mengkaji semula.Ataupun dimana-mana tempat kampong yang patut ditambah paip bomba.Seharusnya kita tambah kerana untuk mengelak ketiadaan air apabila musim kemarau khususnya dikampong-kampong dikawasan pertanian lah. Bila sungai air takdak air kering jadi berlaku kebakaran nak cari air tu tak dak bekalan jauh dengan tempat rumah tu. Yang Ketiga, menebang pokok ditepi jalan. Mohon kepada pihak yang berkaitan yakni khususnya kerajaan negeri supaya mempercepatkan proses menebang pokok balak yang ditanam ditepi-tepi jalan negeri. Walaupun kerajaan negeri pada bulan Mac 2018 telah menebang hamper 1000 pokok lebih. Sama ada jati, sentang, mohagani dan sebagainya.Namun ribuan pokok menunggu tumbang dan mencari mangsa yang berikutnya.Kalau kita lihat dalam ucapan bajet 2019 kemarin dibentangkan oleh YAB. Menteri Besar dibawah tajuk kepelbagaian hasil pendapatan pokok jati pada tahun 2018 hanya 3 tender sahaja dibuka iaitu 3 jalan yang disebut dalam bajet 2018 tapi dalam bajet 2019 ni tidak ada tender untuk menebang pokok khususnya di jalan-jalan. Yang kita sedia maklum pokok ini yang sudah matang dan mendatangkan bahaya kepada rakyat dan penduduk sekitar apabila tibanya musim ribut, hujan dan sebagainya.Apakah kita mahu melihat atau mendengar lagi insiden-insiden yang menyedihkan kita.Apa masalah yang menyebabkan kelewatan untuk menyelenggarakan projek ini. Seterusnya Tuan Speaker saya mengambil peluang dalam perbahasan kali ini juga untuk tahniah diatas pembentangan yang telah dibentangkan oleh YAB.Menteri Besar kemarin.Dan pembentangan ini menunjukkan pembentangan yang kurang defisit daripada 71.0 Juta kepada 69.8Juta.Dan juga saya mengambil peluang ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan kerajaan dan juga ketua-ketua jabatan yang memberi pertolongan dan juga bantuan kepada kami ADUN-ADUN pembangkang.Walaupun ada sebahagiannya seperti yang disebut YB.Sanglang tadi, yang sikit tu kita pejam yang banyak tu kita hargai.Jadi mudah-mudahan persidangan kita kali ini mendapat pertunjuk dan juga hidayah daripada Allah S.W.T.Wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum wbt.
Terima kasih YB Guar Sanji dan juga terima kasih kepada semua Wakil Rakyat yang telah membahas bagi bajet tahun 2019.
Penangguhan DewanAdjournment
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan buat hari ini dan akandisambung semula pada hari esok, Khamis, 13 haribulan Disember 2018, jam 9.00 pagi, terima kasih.
(Persidangan ditangguhkan pada jam 12.50 tengahari)