Perlis · 13 December 2018

14th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 169 turns · 25,533 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerlis publishes one PDF per sitting day, but nothing after 9 Aug 2023 although the assembly has kept sitting. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan mula bersidang.

Doa

Penolong Setiausaha Dewan

Doa.

(Bacaan doa oleh Penolong Setiausaha Dewan)

Pemasyhuran daripada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis

Penolong Setiausaha Dewan

Pemasyhuran oleh Yang Berhormat Dato’ Speaker Dewan Undangan Negeri.

Speaker

Bismillahhirahmannirrahim. Assalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pada sidang pagi ini saya mendapat permohonan untuk tidak hadir daripada Yang Berhormat Sena kerana masalah kecemasan dan saya meluluskannya, tetapi saya tidak dapat apa-apa berita daripada Yang Berhormat Guar Sanji.

Ahli-Ahli Yang Berhormat,

Berhubung aturan perjalanan mesyuarat kita pada hari ini, selepas ini urusan Mesyuarat Dewan akan diteruskan dengan sesi soal jawab lisan berdasarkan turutan soalan seperti di dalam Kertas Perintah Mesyuarat Dewan. Saya akan cuba untuk memperuntukkan tempoh masa supaya semua soalan dapat dijawab secara lisan tetapi sekiranya ada yang tidak sempat, jawapannya akan dikemukakan kemudian secara bertulis oleh pihak Kerajaan.

Setelah itu, Dewan akan berehat sebentar dan apabila disambung semula, Usul Anggaran Pembangunan Negeri Perlis Tahun 2019 dan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2019 yang kedua-duanya membentuk Anggaran Bajet Negeri Perlis Tahun 2019 akan dibuka semula untuk sesi maklumbalas dan penggulungan oleh pihak Kerajaan, dan seterusnya untuk diluluskan.

Kesemua urusan mesyuarat pada kali ini akan diselesaikan pada hari ini juga dan setelah itu, Dewan akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Selamat datang Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Minta maaf Dato’, lewat sikit.

Speaker

Sekian, terima kasih.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Penolong Setiausaha Dewan

Soalan-soalan lisan.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 2.

(Soalan 2 : Berapakah kadar dan bilangan ibu tunggal di Negeri Perlis, dan apakah peruntukan yang akan diberikan atau perancangan oleh kerajaan untuk membantu mereka?)

Assalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Indera Kayangan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, definisi Ibu Tunggal sepertimana yang diguna pakai oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ialah seperti berikut: a) Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah, bertaraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau b) Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah tetapi mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau c) Perempuan menjadi Ketua Isi Rumah, tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf).

Pihak Kerajaan tidak mempunyai satu data rasmi yang tepat mengenai jumlah sebenar Ibu Tunggal di Negeri Perlis. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa data yang boleh digunapakai sebagai rujukan kasar iaitu :

1) Data berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Banci ini tidak mempunyai data yang spesifik mengenai Ibu Tunggal, namun Banci ini mengandungi jumlah Wanita yang berstatus Balu dan Wanita yang Bercerai / Berpisah Tetap di Negeri Perlis pada tahun 2010 yang boleh digunakan untuk rujukan kasar, iaitu seramai 10,188 orang.

Data ini kurang tepat kerana ia mungkin mengandungi jumlah Balu dan Wanita Bercerai yang tidak menepati mana-mana kriteria atau definisi yang telah ditetapkan oleh KPWKM tersebut tadi. Data ini juga adalah berdasarkan bancian tahun 2010 dimana proses bancian diadakan setiap 10 tahun (bancian berikutnya hanya akan dibuat pada tahun 2020). Jika angka ini digunapakai dan dibuat ukuran kadar berdasarkan Jumlah Wanita Berkahwin bagi Negeri Perlis mengikut Bancian 2010 seramai 48,880 orang, maka kadar yang diperolehi ialah 20.8%.

2) Data daripada Bahagian Pentadbiran Daerah Negeri Perlis.

Data ini adalah hasil daripada maklumat yang diterima oleh Bahagian Pentadbiran Daerah daripada JKKK bagi tujuan pendaftaran untuk sumbangan perayaan Kerajaan Negeri di mana jumlah Ibu Tunggal yang didaftarkan oleh JKKK ialah seramai 7,040 orang.

Data ini juga berkemungkinan kurang tepat kerana selain daripada Ibu Tunggal, pada masa yang sama Kerajaan Negeri juga turut memberikan sumbangan perayaan kepada kategori-kategori seperti Warga Miskin, Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (OKU). Oleh itu, kemungkinan terdapat Ibu Tunggal yang juga menepati kriteria Miskin atau OKU tetapi mereka mungkin didaftarkan oleh pihak JKKK di bawah kategori-kategori tersebut dan tidak didaftarkan sebagai Ibu Tunggal. Ini kerana seseorang itu hanya akan layak menerima satu sumbangan sahaja tanpa walaupun mereka boleh diletakkan di dalam lebih daripada 1 kategori.

Walaupun disifatkan sebagai masih kurang tepat, namun data daripada Bahagian Pentadbiran Daerah ini boleh dianggap sebagai data yang paling hampir bagi mewakili bilangan ibu tunggal di negeri Perlis. Jika angka ini digunapakai dan dibuat ukuran kadar berdasarkan Jumlah Wanita Berkahwin bagi Negeri Perlis mengikut Bancian 2010 seramai 48,880 orang, maka kadar yang diperolehi ialah 14.4%. Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak mempunyai peruntukan yang khusus kepada golongan ibu tunggal. Walau bagaimanapun, Kementerian telah memperuntukkan Bantuan Khas Perbendaharaan khusus kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi melaksanakan program-program pembangunan wanita, program pembangunan diri, program pembangunan kapasiti dan program kesejahteraan emosi. Pada tahun ini sehingga September 2018, sebanyak 18 program telah dilaksanakan di seluruh Malaysia dan daripada jumlah tersebut, sebanyak dua program telah diluluskan bagi negeri Perlis pada tahun 2018 untuk Pusat Khidmat Wanita Negeri Perlis (PERWANIS) dan Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Kangar (ISMA) di mana kouta penyertaan untuk ibu tunggal turut diberikan penekanan dalam program-program tersebut.

Di peringkat Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Perlis, wanita dan ibu tunggal merupakan kumpulan sasaran utama dan bagi setiap perancangan program dan aktiviti yang diadakan oleh JPW, ditetapkan sekurang-kurangnya 30% penyertaan daripada ibu tunggal. Antara bantuan keusahawanan yang telah diberikan oleh Kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) adalah Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) dan Inkubator Keusahawanan Wanita (IKeuNita). Pada tahun 2017, JPW telah mengambil inisiatif dengan menggabungkan Program I-KIT dan I-KeuNita dengan penjenamaan semula yang kini dikenali dengan nama Development of Women Entrepreneurs Initiatives (DeWI).

Dari tahun 2015 sehingga September 2018, JPW Perlis telah membimbing seramai 43 orang ibu tunggal menjadi usahawan selepas menghadiri kursus-kursus keusahawanan anjuran JPW seperti Kursus Pemprosesan Makanan Sejuk Beku, Kursus Gubahan Bunga Dip, Kursus Bakeri dan Kursus Jahitan, dan sebagainya.

Selain daripada itu, JPW Perlis juga telah melaksanakan 10 Program Peningkatan Kemahiran Wanita menggunakan kaedah Community Based Enterprise (CBE) melalui bidang solekan, masakan dan jahitan. CBE adalah satu bentuk pendekatan keusahawanan yang menggunakan konsep kerjasama antara tenaga pengajar, pengusaha perniagaan, individu berkemahiran ataupun usahawan-usahawan wanita yang telah berjaya dalam bidang masing-masing, untuk memberikan latihan serta berkongsi ilmu bagi membantu peserta wanita berpendapatan rendah, ibu-ibu tunggal dan golongan suri rumah menjana pendapatan sampingan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, pada tahun 2015, KPWKM telah mengambil pendekatan dan fokus yang lebih mendalam terhadap ibu tunggal di mana Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal 2015 - 2020 telah dilancarkan oleh mantan Yang Berhormat Timbalan Menteri KPWKM yang memberi penekanan dan fokus terhadap tiga strategi utama iaitu :

1) Memperkasa Ekonomi Ibu Tunggal 2) Meningkatkan Kesejahteraan Sosial Ibu Tunggal 3) Penyelidikan dan Penyelarasan

Pihak Kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita juga giat memberi fokus kepada pembangunan kapasiti serta isu-isu berkaitan gender, keganasan terhadap wanita, gangguan seksual dan program kesedaran gender.

Selain daripada program-program di JPW yang melibatkan ibu tunggal, terdapat juga program dan bantuan lain yang disediakan oleh agensi-agensi seperti Jabatan

Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Sekian, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima Kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 3.

(Soalan 3 : Apakah langkah Kerajaan Negeri atau agensi yang terlibat dalam menangani isu longgokan sampah di kawasan perkampungan nelayan Kuala Perlis yang tidak dibekalkan dengan kemudahan tong sampah dan semakin mencemarkan sungai serta alam sekitar? Berapakah peruntukan yang disediakan untuk tujuan ini untuk tahun 2019?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli Yang Berhormat sekalian, kawasan perkampungan nelayan Kuala Perlis adalah kawasan yang tidak dikenakan cukai oleh Majlis Perbandaran Kangar (MPK). Sehubungan dengan itu perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam tidak dapat diberikan di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat 24 buah tong sampah berpusat disediakan di beberapa lokasi di Kuala Perlis di mana kos bagi perkhidmatan tersebut ditanggung oleh MPK dan kutipan sampah dibuat oleh pihak SWCorp. Jumlah kos bagi penyediaan tong-tong sampah ini adalah RM720.00 sebulan atau RM8,640.00 setahun. Lokasi tong-tong sampah berpusat tersebut adalah terdapat di 14 jalan di Kuala Perlis. Selain itu, program gotong-royong juga diadakan oleh pihak kerajaan dari semasa ke semasa, contohnya, Program Gotong-Royong Mega 2018 di Kampung Nelayan Kuala Perlis yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kangar (MPK) pada 27 Julai 2018 yang lalu. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat kelmarin jawab yang Sanglang punya tu bukan kawasan PBT satu tong sampah, baru tad sat Yang Berhormat jawab Kuala Perlis di Kampung Nelayan bukan kawasan PBT juga tapi banyak tong sampah, jadi saya harap selepas ini kena perbanyakkan tong sampah.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Yang Berhormat Sanglang… saya akan jawab dalam penggulungan insha Allah.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang, soalan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mintak tarik balik soalan ni sebab saya sebut banyak dah dalam ucapan penggulungan, terima kasih.

Speaker

Dah tak mau soalan tu? Dah dijawab?

Ya… soalan nombor 4.

Speaker

Dipersilakan ADUN Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya yang ke-5.

(Soalan 5 : Para imam dan bekas imam adalah antara golongan yang banyak jasa dan sumbangan bakti kepada masyarakat, khususnya dalam pengimarahan masjid. Bagaimanakah Kerajaan Negeri menghargai jasa mereka ini?)

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih YB Guar Sanji. Kerajaan Negeri amat peka dan tidak lupa dengan jasa dan sumbangan bakti para imam kepada masyarakat. Justeru itu, sebagai menghargai jasa para imam, Kerajaan Negeri telah menyediakan beberapa ganjaran seperti berikut :

a) Pemberian saguhati bagi imam yang telah bersara dan meninggal dunia mengikut tempoh perkhidmatan. Jumlah pemberian saguhati yang telah dibayar pada tahun 2017 adalah sebanyak RM59,073.26 melibatkan 39 orang penerima, manakala bagi tahun 2018, jumlah pembayaran adalah sebanyak RM143,245.78 yang melibatkan 52 orang penerima di mana sebanyak RM16,566.79 telah selesai dibayar dan baki RM126,678.99 sedang di dalam proses pembayaran.

b) Pemberian jubah secara “one-off” menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri bagi tahun 2018 sebanyak RM120,000.00. c) Pemberian Baju Melayu diberikan kepada setiap imam lantikan baru dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri bagi tahun 2018 sebanyak RM6,500.00. d) Bantuan Khas secara “one-off” oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tahun 2018 sebanyak RM97,000.00 (RM500.00 x 194 orang). e) Elaun RM850.00 sebulan melibatkan 203 orang imam dengan menggunakan peruntukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebanyak RM2,644,450.00. Sekian.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Soalan tambahan Dato’ Speaker,

Speaker

Dipersilakan.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih kepada Yang Berhormat Beseri di atas penjelasan selaku Exco Agama. Yang saya nak maksudkan dengan soalan saya ni apakah saguhati yang diberikan setelah mereka pencen? Kalau kita lihat yang diberikan kepada mereka setelah mereka mati, jadi lepas pencen tu, yang pencen imam ni bukanlah ramai, dekat sementara depa nak mati tu kita kata, depa pun bergantung gaji kepada elaun bulanan yang ada, bukan banyak mana, kadang-kadang kita lihat tuan-tuan imam ni yang berumur sangat, pasai apa tak mau lepas jawatan, tak dak sumber pendapatan, jadi apakah yang difikirkan oleh Jabatan Agama ataupun Exco Agama untuk kita beri perkhidmatan kepada mereka sebelum mereka pejam mata. Terima kasih.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Terima kasih kepada YB Guar Sanji, seperti yang telah saya perkatakan tadi, pemberian saguhati bagi imam yang telah bersara, tadi telah saya baca tadi ni... jadi itulah jawapannya, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya nombor 8.

(Soalan 8 : Apakah status terkini pembinaan kompleks perniagaan secara usahasama di antara UDA dengan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) di Kampung Bakau, Kangar dan apakah kos serta nilai hartanah yang akan diperolehi oleh PKENPs?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan. Mengenai status projek kerjasama UDA dan PKENPs, untuk makluman Dewan yang mulia ini, projek pembangunan yang dinamakan sebagai K Park ini iaitu di persimpangan Jalan Raja Syed Alwi dan Jalan Kampung Bakau itu adalah merupakan usahasama di antara Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri dan juga salah sebuah syarikat GLC Kerajaan Persekutuan iaitu UDA Holdings. Dalam hal ini modal pihak Perbadanan adalah merupakan tanah yang yang dimiliki oleh Perbadanan sendiri, seluas 6.31 ekar di persimpangan jalan tersebut. Manakala kos pembinaan untuk projek ini adalah ditanggung oleh pemaju iaitu UDA Holdings Bhd. Projek ini masih lagi berjalan sekarang ini walau pun mengalami sedikit kelewatan akibat daripada beberapa masalah teknikal di antara pihak pemaju dengan pihak kontraktor dan pihak Perbadanan dan pihak UDA sedang dalam proses untuk memastikan supaya isu-isu yang berbangkit akan dapat diselesaikan dan insha Allah kalau mengikut jadual yang disediakan pada bulan Julai 2019 projek ini dijangka akan siap sepenuhnya. Berkenaan dengan kos dan nilai tanah yang diperolehi oleh Perbadanan, nilai tanah bagi tanah seluas 6.31 ekar itu ialah sebanyak RM7.69 juta dan ini adalah... akan diperolehi semula oleh pihak Perbadanan melalui bangunan yang dibina setinggi 12 tingkat yang mana 7 tingkat dibiayai oleh pihak pemaju, UDA Holdings Bhd dan bakinya sebanyak 5 tingkat lagi tu akan dibiayai oleh UDA sendiri dan di dalam projek ini ada pelbagai, ada 4 komponen utama iaitu ruang pasaraya, restoran dan juga ruang niaga, kedai dan pejabat yang dilakukan secara intergrated atau berpadu. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 9.

(Soalan 9 : Apakah tindakan tegas daripada pihak berkuasa atau agensi yang berkenaan untuk memastikan warga asing terutama orang Myanmar yang pindah ke Kuala Perlis tidak menduduki atau membina kediaman baru serta bagaimana cara / langkah untuk mengenalpasti dokumen pengenalan diri mereka adalah dokumen yang sah?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis, Yang Berhormat Dato’ Speaker, setiap warga asing yang memasuki Malaysia perlu memiliki pas lawatan yang sah bagi membolehkan mereka tinggal di Negara ini. Bagi warga asing yang berstatus pelarian seperti warga Rohingya dari Myanmar, mereka perlu berdaftar dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan memperoleh kad UNHCR bagi membolehkan mereka mendapat perlindungan di negara ini. Orang awam boleh menyemak ketulenan kad UNHCR melalui aplikasi Card Verification Services (CVS) UNHCR yang boleh dimuat turun melalui internet. Sekiranya terdapat keraguan mengenai kesahihan dokumen yang dibawa oleh warga asing terutamanya daripada Myanmar, laporan segera hendaklah dibuat kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan selanjutnya. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perlis telah melakukan pemeriksaan di Kampung Burma, Kuala Perlis melalui Ops Bersepadu bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Semasa operasi tersebut, seramai 125 orang penduduk telah diperiksa. Dalam operasi tersebut juga seramai empat (4) orang rakyat Thailand dan seorang warga Myanmar telah ditahan kerana tidak memiliki pas yang sah. Jabatan Imigresen juga sentiasa melakukan pemeriksaan secara berterusan menerusi Ops Mega 3.0 bagi memastikan tiada warga asing yang tinggal secara tidak sah di Negeri Perlis. Sepanjang tahun 2018, sebanyak 344 operasi telah dijalankan di seluruh Negeri Perlis. Seramai 1,459 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan sepanjang tahun 2018. Pendatang asing yang ditahan dan dibuktikan bersalah telah dikompaun dan dihantar pulang ke negara asal. Rakyat tempatan dinasihati tidak melindungi PATI di premis masing-masing. Sekiranya ditangkap, individu yang melindungi PATI boleh diambil tindakan di bawah Akta Imigresen. Pihak Majlis Perbandaran Kangar juga bersedia bekerjasama dengan mana-mana agensi terlibat bagi memastikan tiada warga asing yang menduduki atau mendirikan bangunan kediaman baru di atas tanah kerajaan. Tindakan perobohan bangunan tanpa kelulusan adalah antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi isu tersebut. Selain itu, Jabatan Tanah dan Galian Negeri juga memainkan peranan membuat penguatkuasaan ke atas kejadian pencerobohan tanah kerajaan. Sekian.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Soalan tambahan Dato’ Speaker. Sebenarnya Yang Berhormat Santan, depa ni ada yang baru mai duduk di kawasan belah Kuala Perlis, depa tak bina rumah atas tanah jadi depa bina rumah atas air dekat pinggir-pinggir sungai tu, so saya mohon kat sini penguatkuasaan lah tolong pantau sikit sebab seperti yang kita pernah borak sebelum ini banyak masalah bila ada pembinaan baru rumah-rumah macam ni banyak faktor lah yang menyebabkan… apa… orang cakap… keadaan sosial itu tidak terkawal di kawasan berkenaan. Saya berdasarkan kepada pengalaman saya seingat saya masa time ribut pada 17 September yang lalu, saya ada pergi melawat satu rumah lah rumah penduduk dekat kawasan situlah… tapi bila saya mohon IC dia punya tarikh lahir apa semua, sorry.. tahun lahir sebaya dengan saya tapi umur dia lebih, saya tengok muka dia, laki bini sama… tapi bila saya soal siasat, sekolah dekat mana… ya lah.. kita ingat sebaya dengan kita ni, satu sekolah lah… so dia pun bagitau dia dulu sebelum ini daripada Kedah, sebelum Kedah daripada Pahang sebelum Pahang saya tanya daripada mana? Dia cakap dia mai daripada sana… saya tanya dah berapa lama dah dia dekat sini, dia kata dah 7 tahun kat Malaysia tapi sudah ada IC. Ini yang saya maksudkan… orang cakap depa ni mungkin ada orang cakap dokumen yang nampak sah sebenarnya tapi dari segi pendaftaran di peringkat orang cakap Jabatan apa semua, adakah benda ni sah, itu yang saya maksudkan sebab saya yakin kes begini sangat banyak di Kuala Perlis, itu yang saya tekankan. Terima kasih Dato’ Speaker.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Baik, terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Jadi insha Allah laporan-laporan itu saya ambil maklum, dan insha Allah saya akan bersama-sama dengan YB untuk turun ke padang bersama-sama dengan YB untuk melihat apakah tindakan yang perlu diambil. Sekian.

Speaker

Terima kasih, dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 10.

(Soalan 10 : Apakah peranan Pejabat Pembangunan Persekutuan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) pada masa ini dan adakah Kerajaan Negeri mempunyai peranan bersama seperti sebelum ini?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Peranan Unit Penyelarasan Persekutuan (ICU) ini sebenarnya saymengkategorikan ada 5 peranan utama ICU yang mempunyai pejabatnya di negeri Perlis yang dikenali sebagai Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri. Peranan pertamanya ialah untuk mengesan, menyelaras dan memastikan pelbagai program dan projek pembangunan Kerajaan Persekutuan yang dirancang dilaksanakan di negeri Perlis ini dengan sempurna dan lancar dan ini sebenarnya adalah berdasarkan kepada Arahan No. 1 Pekeliling yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri Malaysia. Ini merupakan salah satu peranan ICU di negeri Perlis.

Yang keduanya, dia melalui platform Majlis Tindakan Negara (MTN) di mana di sini ICU berperanan sebagai urusetia, untuk memantau dan mengawal polisi penguatkuasaan Kerajaan Persekutuan serta bagi projek-projek… pelaksanaan projek-projek atau program.

Yang ketiganya ia juga berperanan untuk sebagai agensi yang mengetuai Program Pemantauan Outcome yang menitikberatkan hasil dan impak bagi setiap projek agensi kerajaan di peringkat Persekutuan, negeri dan badan-badan berkanun.

Yang keempat, ia juga berperanan melaksanakan projek ataupun program pembangunan utama negara dan di antara projek ataupun program yang dimaksudkan ialah Tunas Mekar, Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Projek Infrastruktur Awam yang lebih dikenali sebagai PIA, Projek Infrastruktur Asas dengan famously known, dengan izin sebagai PIAS dan Projek Penyusunan Semula Masyarakat Luar Bandar dan seterusnya peranannya adalah untuk menyelaras utama Program Pembasmian Kemiskinan yang kini dikenali sebagai Program Kesejahteraan Rakyat. Dan sama ada ICU ni masih berperanan lagi di negeri Perlis ini, jawapannya ‘ya’, masih lagi wujud pejabatnya dan masih lagi berperanan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya yang ke-11.

(Soalan 11 : Capaian maklumat melalui jalur lebar amat penting untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar. Oleh yang demikian, apakah usaha-usaha kerajaan untuk membantu rakyat di Negeri Perlis menikmati internet berkelajuan tinggi, khususnya di luar bandar?)

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Yang Berhormat Guar Sanji, Kerajaan Negeri Perlis amat bersetuju bahawa capaian maklumat melalui jalur lebar amat penting untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar. Justeru itu, pelbagai usaha berterusan telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk merapatkan jurang digital di luar bandar di seluruh negara termasuklah Negeri Perlis. Antara inisiatif yang dijalankan adalah: a) Pembinaan menara-menara telekomunikasi b) Naiktaraf liputan dari 3G kepada 4G/LTE c) Perluasan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) d) Perluasan Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) e) Pusat Internet Malaysia Bagi memastikan liputan jalur lebar yang menyeluruh di negeri Perlis, sehingga hari ini terdapat 139 unit menara telekomunikasi sedia ada, 2 unit menara di dalam proses pembinaan dan 10 unit menara di dalam perancangan yang mana menara-menara telekomunikasi ini akan memberikan liputan yang meluas di bandar dan di luar bandar. SKMM mempunyai dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) untuk membina menara-menara telekomunikasi baharu di luar bandar bagi memastikan capaian dan liputan jalur lebar yang lebih baik. SKMM telah menaiktaraf sebanyak 25 buah menara di negeri Perlis menerusi dana USP bagi memberi perkhidmatan 3G dan LTE. Lokasi menara ialah 2 di Beseri, 3 di Chuping, 1 di Kechor, 1 di Kuala Perlis, 2 di Kurong Batang, 1 di Oran, 1 di Padang Pauh, 4 di Padang Siding, 3 di Sanglang, 6 di Titi Tinggi dan 1 di Wang Bintong. Bagi jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB), terdapat dua Ibusawat HSBB iaitu di Kangar dan Arau yang telah disiapkan dengan keupayaan 4,224 port. Manakala bagi jalur lebar pinggir bandar (SUBB), sebanyak 5 ibusawat SUBB telah disiapkan iaitu di Beseri, Kaki Bukit, Kuala Perlis, Padang Besar dan Simpang Empat. Dengan adanya perkhidmatan SUBB ini, kualiti perkhidmatan internet berkelajuan tinggi dapat dinikmati oleh penduduk di luar bandar. Selain itu, terdapat 13 Pusat Internet Malaysia (PIM) telah siap beroperasi di Negeri Perlis. Pusat Internet Malaysia (PIM) merupakan satu pusat sehenti yang menawarkan kemudahan melayari internet di samping turut melaksanakan kursus-kursus ICT secara percuma dan membimbing usahawan kecil menceburi pemasaran secara online. Lokasi-lokasi PIM adalah di Felda Chuping, Felda Rimba Mas, Felda Mata Ayer, Pokok Jawi, Kg Surau, Padang Besar Selatan, Batas Lintang, RPA Arau, Tambun Tulang, PPR Bintong, PPR Sri Sena, Beseri dan Padang Pauh. Sekian.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya nombor 13.

(Soalan 13 : Saya ingin mengetahui tentang polisi Kerajaan Negeri dalam pembahagian sistem kuota 70% : 30% untuk pembelian perumahan iaitu apakah kelebihan dan kelemahan pelaksanaan sistem ini dan sejauh mana pencapaian polisi ini dalam membantu pembangunan negeri Perlis terutama Kerajaan Negeri Perlis secara khasnya dan rakyat Negeri Perlis secara amnya?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan, Yang Berhormat Dato’ Speaker, penetapan polisi kuota Bumiputera 70% : 30% untuk pembelian rumah dan bangunan adalah berpandukan Garis Panduan Syarat-Syarat Bukan Teknikal Dalam Pembangunan Tanah Negeri Perlis yang menjadi dasar Kerajaan Negeri. Penetapan kuota jualan rumah atau bangunan mengikut kategori tanah adalah seperti berikut : a) Rumah dan bangunan atas tanah dalam Lingkungan Simpanan Melayu yang pemiliknya Melayu adalah 100% untuk Melayu; b) Rumah dan bangunan atas tanah dalam Lingkungan Simpanan Melayu yang pemiliknya bukan Melayu adalah sekurang-kurangnya 70% untuk Melayu; dan c) Rumah dan bangunan atas tanah Lingkungan Bebas adalah sekurang-kurangnya 70% untuk Bumiputera (30% Bebas).

Polisi ini adalah mengambilkira aspek geografi penduduk, nisbah populasi antara kaum, keupayaan ekonomi dan perancangan pembangunan masa hadapan. Pelaksanaan polisi ini dirancang dengan teliti dan mengambil kira landskap pembangunan negeri Perlis bagi memastikan setiap penduduk Perlis berpeluang memiliki rumah kediaman. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2013, peratusan penduduk Bumiputera di Perlis adalah 88.70% manakala baki 11.3% adalah Bukan Bumiputera iaitu daripada jumlah keseluruhan penduduk 225,630 orang.

Dalam aspek yang sama juga, berdasarkan kepada maklumat setinggan Negeri Perlis yang dikeluarkan oleh Bahagian Perumahan, dianggarkan seramai 8,000 orang Bumiputera atau 92.4% mendiami rumah-rumah setinggan. Oleh itu, kuota 70 : 30 tersebut juga adalah bagi memastikan matlamat setinggan sifar menjelang tahun 2030 berpandukan Rancangan Struktur negeri Perlis 2030 dapat dicapai.

Data daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) melalui Jadual Stok Harta Kediaman Q2 2018 menunjukkan sebanyak 26,024 unit rumah telah dibina oleh pihak pemaju di Perlis sehingga tahun 2018. Daripada jumlah ini, mengikut kajian yang dijalankan oleh pihak Persatuan Pemajuan Hartanah dan Perumahan (REHDA) Kedah / Perlis, sebanyak 113 unit kediaman dan bangunan Kuota Bumiputera masih tidak dapat dijual setelah Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dikeluarkan. Jumlah aset ini dianggarkan bernilai RM56.66 juta. Jumlah 113 unit premis Kuota Bumiputera yang tidak terjual ini hanya mewakili 0.43% daripada keseluruhan stok rumah di Negeri Perlis. Justeru itu, pelaksanaan polisi ini dilihat tidak begitu memberi masalah, tambahan pula terdapat mekanisme pelepasan yang membolehkan lot kuota

Bumiputera dibuka kepada bukan Bumiputera selepas tempoh dan syarat tertentu dipenuhi.

Kerajaan juga sedia maklum bahawa polisi ini dianggap tidak mesra pelabur kepada sebahagian pelabur. Namun begitu, Kerajaan Negeri mempunyai pendekatan polisi yang fleksibel bagi mewujudkan situasi menang-menang antara pemaju dan pembeli. Bagi mengatasi masalah premis Kuota Bumiputera yang tidak dapat dijual, Kerajaan Negeri memberikan kelonggaran untuk dilepaskan kepada Kuota Bebas selepas dua tahun tarikh CCC dikeluarkan mengikut senarai semak dan mekanisme pelepasan Kuota Bumiputera yang telah ditetapkan. Dengan ini, masalah premis Kuota Bumiputera yang tidak dapat dijual akan dapat diatasi.

Kerajaan Negeri juga sedang melaksanakan kajian semula secara menyeluruh untuk menambah baik polisi perumahan negeri bagi memastikan kepentingan pemaju perumahan dan rakyat dapat dipelihara. Sekian.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 14.

(Soalan 14 : Berapakah jumlah peruntukan yang akan diberikan untuk tahun 2019 untuk pembinaan pengkalan atau jeti nelayan di setiap kampung nelayan di Kuala Perlis dan apakah kriteria kampung yang layak menerima bantuan pembinaan jeti / pengkalan tersebut?)

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga Yang Berhormat Kuala Perlis. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berperanan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi kehidupan nelayan dan komuniti nelayan dan memajukan industri perikanan. LKIM sentiasa berusaha untuk menyediakan kemudahan infrastruktur perikanan yang mencukupi untuk nelayan khususnya di Kuala Perlis.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setakat ini sebanyak 14 buah jeti pendaratan dan tambatan di Kuala Perlis telah dibangunkan oleh LKIM. Pembinaan kesemua jeti pendaratan dan tambatan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM2.6 juta yang disalurkan melalui peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi 11 (PRE 11) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM). Pihak LKIM telah membuat permohonan pada tahun 2018 untuk menaiktaraf sebanyak dua (2) buah jeti pendaratan dan tambatan iaitu di Jeti Nelayan Kampung Bahagia dan

Jeti Nelayan Kampung Hujung Tanjung, Kuala Perlis. Walau bagaimanapun, permohonan ini tidak dapat dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun ini dan akan dikemukakan semula kepada Kerajaan Persekutuan pada awal tahun hadapan. Kerajaan Negeri juga telah membuat permohonan peruntukan untuk menaiktaraf Kompleks Perikanan LKIM Negeri Perlis pada 21 Mac 2018 dan dimaklumkan permohonan peruntukan tersebut dalam proses pertimbangan oleh pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kriteria yang melayakkan sesebuah kampung untuk dibina jeti adalah ia memerlukan kebenaran atau kelulusan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis (JPS). Hal ini adalah disebabkan tanah yang berhampiran sungai adalah di bawah seliaan JPS. Di samping itu, pembinaan sesebuah jeti haruslah mengambilkira kapasiti penggunaan dan bilangan sampan atau bot yang akan mendarat di jeti tersebut. Sekian, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.

Soalan saya nombor 15, Yang Berhormat.

(Soalan 15 : Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam memajukan pantai Perlis, dan sekiranya ada, apakah perancangan pembangunan ini disesuaikan dengan perancangan pembangunan pantai Langkawi, Wilayah Satun (Thailand) dan pembangunan pantai Kedah?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Sanglang. MengenairRancangan Kerajaan Negeri untuk memajukan pantai Perlis, memang ada yang dipanggil seperti pelan induk dan ini dikenali sebagai Rancangan Struktur Negeri (RSN) 2030 yang mana di dalam rancangan ini RSN ini ia mengandungi strategi-strategi dan pelan-pelan yang telah dirancang untuk kita membangunkan persisiran pantai kita. Sekarang ini Kerajaan Negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kangar dan juga Pelan Malayasia ataupun Jabatan Perancangan Bandar dan Desa sedang melihat semula akan rancangan struktur ini, kita nak update kan atau kemaskini dan kita nak… sedang ini dalam proses kajian rancangan tempatan Majlis Perbandaran Kangar untuk 2035 yang dipanggil RT MPKPs 2035 (Penggantian) dan di dalam kajian ini akan merangkumi seluruh kawasan negeri Perlis termasuk kawasan persisiran pantai dan dalam konteks pembangunan persisiran pantai ini ia ada strategi pembangunan maritimnya sendiri ataupun persisiran pantai Perlis dan juga mengambil kira perkembangan-perkembangan yang berlaku di negeri-negeri lain di sepanjang pantai ini sama ada di utara, di selatan mahupun di barat, yang saya maksudkan seperti pembangunan yang berlaku di Langkawi, yang berlaku di wilayah-wilayah di pantai yang berhadapan dengan Andaman di Thailand dan juga pembangunan yang belaku atau yang dirancang akan berlaku di selatan iaitu seperti di Kedah.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, kita juga turut mengambil kira akan kedudukan Perlis di dalam segitiga IMTGT itu, di antara Malaysia, Indonesia dan Thailand, jadi kita ada dari segi ini turut juga diambil kira di dalam soal ini, sebab itulah cadangan-cadangan pembangunan yang dilakukan atau yang dibuat oleh jiran kita, seperti misalnya untuk pembinaan jambatan Satun-Kuala Perlis, kita turut mengambil kira ini sebagai sebahagian daripada input pembangunan yang kita akan lakukan di persisiran pantai kita dan kita juga bercadang atau pun telah pun sebenarnya meluluskan satu lagi pembangunan persisiran pantai iaitu untuk membina intergrated jetty… iaitu jeti bersepadu di kawasan Sanglang dan Sungai Baru, ini juga sebenarnya di ambil kira akan kepentingan pembangunan yang berlaku di sekitarnya. Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri sememangnya mempunyai perancangan untuk memajukan persisiran pantai kita dan kita ada kita punya rancangan… plannya sendiri dan dia mengambil kira akan persekitaran atau pun perkembangan yang berlaku di persekitaran kita sama ada di utara, selatan mahu pun di sebelah barat. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya yang ke-16.

(Soalan 16 : Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk menarik golongan muda dalam sektor keusahawanan dan industri asas tani dalam sektor agromakanan, dan apakah bantuan kemudahan yang diberikan kepada mereka?)

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga Guar Sanji yang fikiran orang muda ni tak makan gaji sahaja, jadi usahawan. Kerajaan Negeri telah menyedari kepentingan, peranan dan sumbangan golongan belia kepada negara dan negeri, khususnya dalam aspek sosial dan ekonomi. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha dalam pelbagai cara sama ada kewangan atau bukan kewangan untuk membantu mempertingkatkan kualiti dan daya saing usahawan muda agar mereka dapat memperkukuhkan pasaran sama ada di dalam mahupun luar negara. Pada masa yang sama, golongan belia disaran agar pandai mencari peluang, rajin bekerja dan berdikari untuk maju ke hadapan dalam aspek kehidupan dan kerjaya. Pada tahun 2017/2018, Kerajaan Negeri telah mengumpulkan maklumat hampir 184 jenis bantuan dan program yang disediakan oleh pelbagai jabatan dan agensi untuk semua usahawan, termasuk usahawan muda, dalam pelbagai jenis sektor dan industri dan maklumat ini telah disampaikan dan dikongsi kepada usahawan-usahawan yang berkaitan.

Dalam usaha untuk menarik golongan muda menceburi bidang keusahawanan dan industri asas tani serta membantu usahawan meluaskan pasaran produk ke peringkat global, program-program seperti Malaysia International Halal Showcase (MIHAS), Business Design Workshop oleh Institut Keusahawan Negara (INSKEN), Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Hari Penternak, Petani dan Nelayan (HPPN), Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism (MAHA) dan lain-lain telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Kesemua program ini telah dipanjangkan kepada usahawan bagi memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk meningkatkan pendapatan dengan menceburkan diri dan memasarkan produk-produk sehingga ke peringkat antarabangsa. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, antara program khusus untuk belia ialah program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) iaitu salah satu inisiatif Kerajaan melalui SME Corporation Malaysia untuk memupuk dan membudayakan minat keusahawanan di kalangan golongan belia bagi sejak dari awal lagi. Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dan menyokong program yang dilaksanakan tersebut, dan pada tahun 2018, seramai 134 orang peserta telah menyertai program tersebut di negeri Perlis. Mereka baru sahaja menamatkan latihan dan telah berjaya mendapatkan dana sebanyak RM15,000.00 setiap peserta bagi memulakan perniagaan. Jumlah peruntukan yang terlibat ialah RM2.01 juta. Kerajaan Negeri melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) juga telah melancarkan Portal Usahawan Negeri Perlis pada 10 April 2018 bagi memudahkan pengumpulan data usahawan dan mempromosikan produk-produk usahawan negeri Perlis ke pasaran luar. Kewujudan portal ini akan memberi kemudahan dan manfaat perkongsian maklumat kepada usahawan tempatan dan kepada masyarakat luar untuk mengetahui dengan lebih lanjut berhubung produk-produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh usahawan Perlis. Selain itu, Jabatan Pertanian Negeri juga berusaha untuk menarik golongan muda menceburi bidang keusahawanan dan industri asas tani melalui :

1. Program Agropreneur Muda khusus untuk golongan belia yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Pendekatan program ini adalah untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam bidang keusahawanan berasaskan aktiviti pertanian merangkumi semua aktiviti di dalam rangkaian nilai industri pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agro-pelancongan.

2. Jabatan Pertanian juga telah menyediakan bantuan dan kemudahan kepada golongan usahawan muda ini seperti bantuan mesin / peralatan, sumber kewangan / bantuan geran, bengkel / kursus / seminar.

3. Jabatan Pertanian juga telah menyediakan Pusat Aprentis yang mana usahawan muda ini dapat melaksanakan kerja-kerja pemprosesan produk mereka. Terdapat 3 pusat Aprentis di bawah seliaan Jabatan Pertanian Negeri Perlis iaitu di Kompleks Pertanian Bukit Temiang, Pusat Aprentis Mata Ayer dan Pusat Aprentis Tok Naya, Arau.

4. Jabatan Pertanian juga telah mewujudkan Pusat Bimbingan Usahawan di mana usahawan muda ini boleh mengikuti modul-modul latihan yang disediakan oleh Jabatan selama tempoh 6 bulan.

5. Pihak Jabatan juga sentiasa memberi khidmat nasihat secara berterusan kepada para usahawan dalam menceburi bidang keusahawanan.

Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan untuk Yang Berhormat Simpang Empat.

Speaker

Dipersilakan.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Apakah kursus yang disediakan untuk usahawan ketum yang diselia oleh Yang Berhormat?

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Usahawan ketum... setakat la Kerajaan dah pindah pi Sungai Padang dekat rumah YB Sanglang.

Speaker

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, semua jawapan kepada soalan lisan telah dikemukakan pada pagi ini telah dijawab oleh pihak Kerajaan. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditempohkan sebentar dan akan disambung semula pada jam 11.00 pagi. Sekian, terima kasih.

(Persidangan ditangguhkan sementara pada jam 10.02 pagi)

(Persidangan bersambung semula pada jam 11.05 pagi)

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, dewan bersidang semula.

Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2019 dan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2019Bill

Setiausaha Dewan

Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2019 dan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2019.

Speaker

Di persilakan pihak kerajaan untuk memberi maklumbalas dan seterusnya menggulung perbahasan. Di persilakan YB Titi Tinggi.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Salam Perlis dan salam sejahtera. Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dan sidang dewan yang mulia. Saya merakamkan setinggi ucapan terima kasih kerana diberikan peluang dalam perbahasan menggulung Belanjawan Perlis 2019. Setelah meneliti serta menilai Belanjawan Perlis bagi tahun 2019 ini secara keseluruhannya saya berpuashati dengan cadangan Belanjawan yang diperuntukkan khususnya untuk portfolio yang dipegang saya ketika ini. Melalui fokus tiga Belanjawan 2019 Perlis iaitu kesejahteraan dan kebajikan rakyat sejumlah RM 1.8 juta disediakan untuk projek infranstruktur untuk keselesaan termasuk projek pemuliharaan sungai projek mendalam sungai, projek membina struktur kawalan hakisan pantai, selain projek membina struktur pelebaran tebing. Kerajan negeri juga dalam usaha meningkatkan kebersihan dan keceriaan sungai telah mencadangkan peruntukan RM 7 juta dalam Belanjawan 2019 ini untuk kerja memelihara kebersihan sungai dan kerja-kerja berkaitan seperti pemasangan perangkap sampah, membaiki pintu air, penyelenggaraan sungai dan juga kempen kebersihan sungai. Selain itu juga kempen kebersihan Perlis dan indah juga akan dilaksanakan pada tahun 2019 dengan mengadakan aktiviti seperti progressing ricycle of life, kempen bebas plastik, kempen zero Styrofoam dan juga cadangan 45 program gotong-royong di taman-taman perumahan yang terpilih. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dan sedang dewan yang mulia terima kasih juga kepada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia yang meneruskan semula peruntukan sebanyak RM 50.5 juta bagi meningkatkan mutu bekalan air di negeri ini. Saya mengharapkan agar cadangan penyeragaman dan semakan semula tarif yang di isytiharkan oleh Kerajaan Persekutuan tidak akan membebankan rakyat Negeri Perlis. Untuk maklumat dewan yang mulia ini pembinaan parit tebatan banjir JPS tidak bertindih dengan kontraktor jabatan lain kerana research of word (ROW) dan scope over JPS adalah berkaitan sistem saliran JPS hingga ke titik curahan terakhir. Kontraktor JPS terlibat dengan menaiktaraf parit tanah sediada ke parit konkrit dan pembinaan rumah pam untuk mengalirkan air keluar ke titik curahan terakhir apabila tidak dapat dialihkan secara graviti. JPS, JKR, BPD dengan agensi kerajaan juga melaksanakan penyelarasan sama dalam melaksanakan projek pembinaan penyelenggaraan longkang, parit agar pelaksanaannya dapat memberi impak yang sepatutnya kepada kawasan sekitar dan masyarakat setempat terutamanya dalam usaha menangani masalah denggi di kawasan tersebut. Walau bagaimana pun masyarakat setempat perlu memainkan peranan bersama dengan tidak membuang sampah sarap ke dalam longkang atau parit yang menjurus kepada pembiakan nyamuk aedes, pembiakan nyamuk aedes bukan disebabkan oleh pembinaan longkang tetapi sikap masyarakat yang tidak menjaga kebersihan kawasan sekitar. Untuk makluman dewan yang mulia ini tindakan yang telah diambil untuk mengatasi masalah kebersihan sungai di Negeri Perlis adalah seperti berikut :

Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan berkala bagi sungai-sungai utama di Negeri Perlis seperti di koridor sungai Perlis, sungai Arau, sungai Repoh, sungai Korok, sungai Abi, Lencongan Utara dan sungai-sungai utama yang lain. JPS turut menjalankan kerja-kerja pembersihan secara on off berdasarkan aduan yang diterima daripada orang awam. Kerja-kerja ini melibatkan pembersihan sampah di koridor sungai, membuang pokok-pokok yang tumbang dan kerja-kerja mengorek dan membuang halangan atau sampah di dalam sungai. JPS telah membina dan memasang perangkap-perangkap sampah atau Gross Pollutants Traps di beberapa longkang-longkang utama, fungsi perangkap sampah ini adalah untuk menghalang sampah dari terus memasuki sungai. Selain itu perangkap sampah jenis log boom juga telah dipasang di dalam sungai untuk menahan sampah atau sisa pepejal di satu titik di sebatang sungai supaya dapat dikumpul dan mudah untuk tujuan penyelenggaraan, perangkap sampah yang dibina akan diselenggara secara berkala supaya sampah sarap dan sisa pepejal yang terkumpul tidak terlalu banyak sehingga boleh menyebabkan pencemaran air dan bau. Peruntukan yang diberikan untuk memulihkan air sungai Perlis bagi tahun 2018 adalah sebanyak RM 100 ribu dibawah kod kerja peningkatan kualiti sungai Perlis dan sungai Arau. Melalui peruntukan yang diberikan jabatan telah membina dan membaik pulih perangkap-perangkap sampah yang telah rosak dan tidak dapat berfungsi. Selain itu jabatan turut memasang satu perangkap sentiment save dimana ianya mampu untuk memerangkap sentiment serta dalam masa yang sama membenarkan aliran air untuk meresap melaluinya, struktur ini dipasang diluar alur-alur atau parit yang akan memasuki lembangan sungai Perlis. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan sidang dewan yang mulia saya berterima kasih atas cadangan peruntukan RM 7 juta untuk kempen kebersihan sungai dan saya menyeru kepada semua pihak agar berganding bahu bagi memastikan kejayaan kempen ini demi menjaga kepentingan sungai kepada kehidupan sejagat ia juga bertepatan dengan cadangan kempen kebersihan Perlis bersih dan indah yang juga tujuan memastikan pemuliharaan alam sekitar memberikan kesan terbaik kepada negeri sebagai salah sebuah negeri yang terbersih di Malaysia. Adalah diharapkan kempen yang bakal diadakan ini akan mendapat sambutan rakyat tanpa kerjasama kesemua pihak akan mendapat sambutan rakyat tanpa kerjasama semua pihak tentunya apa yang kerajaan negeri hasratkan melalui peruntukan besar dalam belanjawan 2019 ini tidak akan mencapai objektifnya. Kerajaan negeri sentiasa menyokong apa jua bentuk kempen dan insiatif samada oleh jabatan kerajaan terlibat mahupun pihak swasta, saya juga menyokong insiatif kerajaan untuk mengurangkan kadar kitar semula plastik dan juga tidak membenarkan sebarang penggunaan siluriform bagi mengelakkan pencemaran. Insiatif pihak swasta seperti agensi SWCorp dan e-Idaman yang telah memperkenalkan aktiviti recycle for life amatlah disanjung tinggi saya suka mencadangkan agar lebih banyak pusat pengumpulan mobile diwujudkan bagi memudahkan rakyat menyertai aktiviti selepas ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan sidang dewan yang mulia dibawah pengagihan peruntukan pembangunan tahun 2019 yang diberikan kepada 6 agensi pelaksanaan utama bagi memenuhi keperluan pembangunan bersama sektor dan 2 agensi tersebut terlibat dibawah portfolio saya iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran dengan jumlah peruntukan RM 6.3 juta dan Jabatan Perhutanan yang diberi peruntukan sebanyak RM 0.85 juta. Selain itu juga saya berharap cadangan projek pemuliharaan dan pembangunan semula sungai Batu Pahat melalui pelaburan luar turut menitik beratkan soal pemuliharaan alam sekitar di kedua-dua tapak yang dicadangkan untuk dinaik taraf iaitu kawasan rekreasi Bukit Air dan sungai Batu Pahat sendiri. Semoga projek yang bernilai kasar sebanyak RM 692.9 juta ini akan memberikan impak terbaik samada kepada pemuliharaan alam sekitar di kawasan yang berkenaan dan juga pada masa yang sama memajukan lagi konsep pelancongan hijau atau dengan izin green tourism ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker kementerian akan melaksanakan pelan transformasi klinik satu Malaysia di bawah pelan ini perkhidmatan klinik satu Malaysia akan tambah baik dan di jenama semula sebagai klinik komuniti. Melalui pelan ini juga fasialiti yang tidak kos efektif akan ditutup secara berfasa antara kriteria penutup termasuk purata kedatangan harian kurang dari 40 pesakit sehari mempunyai fasiliti kesihatan dalam lingkungan 5 kilometer dan mendapat persetujuan Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing. Sehingga kini keempat-empat klinik satu Malaysia di Negeri Perlis masih beroperasi seperti biasa. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan sidang dewan yang mulia saya juga merakamkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang bersetuju pada dasarnya untuk meneruskan klinik kesihatan Pauh melalui Rancangan Malaysia Ke-11 dengan peruntukan sejumlah RM 6 juta ia jelas membuktikan bahawa projek yang dirancang awal sebelum pertukaran pemerintah di peringkat pusat seperti ini adalah tujuan untuk manfaat rakyat secara keseluruhannya dan menepati terma belanjawan 2019 Perlis iaitu Pembangunan dijana dan diperkasa kebajikan rakyat dibela. Untuk maklumat dewam yang mulia ini,

Yang Berhormat Dato’ Speaker, boleh saya tanya YB Titi Tinggi

Speaker

Sila YB Sanglang.

Yang pertama program untuk nak yang dapat peruntukan RM 7 juta untuk nak bersihkan Perlis ni, apa program YB ajak kami sekali takut YB buat kempen nak bersih sungai buat billboard gitu saja lepas tu nak ajak kami tak boleh kemudian apa, rasa YB dengar tadi puji klinik Pauh tapi Hospital Padang Besar tu YB tak kata apa pun.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Terima kasih pada YB Sanglang, jawapan akan diberi kemudian. Dan saya sambungkan perbahasan saya

Dato’ Speaker jawab terus la payah nak bagi kemudian esok tak dak sidang dah.

Speaker

Saya rasa ada dalam pergulungan tu YB, silakan Titi Tinggi.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Terima kasih, untuk makluman dewan yang mulia ini Jabatan Perhutanan merupakan agensi yang bertanggung jawab untuk memberikan kebenaran bagi penebangan pokok-pokok jalan dalam Negeri Perlis manakala tindakan menebang dilakukan oleh JKR, JPS atau BPD bergantung kepada lokasi pokok tersebut berada. Sekiranya dalam rizab jalan pemotongan dilakukan oleh JKR dan sebagainya, kebelakangan ini terdapat permohonan-permohonan orang awam untuk menebang pokok jalan kepada Jabatan Perhutanan dan kebenaran hanya akan diberikan sekiranya pokok-pokok ini disahkan berisiko seperti pokok condong, batang berlubang, akar reput dan sebagainya yang disahkan pegawai perhutanan di lapangan. Maka tindakan penebangan boleh dilakukan semada oleh pihak pemohon sendiri atau pun melalui agensi-agensi yang disebut di atas. Manakala batang pokok tersebut hendaklah dihantar dan disimpan di stor pengumpulan jabatan, disamping itu Jabatan Perhutanan juga mengeluarkan tender tebang pokok jalan bagi tujuan menghapuskan risiko pokok bahaya dan paling utama sebagai hasil kepada kerajaan negeri melalui penjualan pokok secara tender dan bayaran-bayaran cukai royalti dan aset kepada Jabatan Perhutanan. Pada tahun 2019 sebanyak 3 jalan telah dan sedang dalam proses penebangan iaitu Jalan Santan, Jalan Jentik ( Kaki Bukit ) dan Jalan Padang Siding, manakala tahun 2018 sebanyak 3 jalan lagi yang sedang ditender iaitu Jalan Padang Melangit, jalan Kok Klang dan Jalan Simpang Empat. Memandangkan tempoh bagi pelaksanaan tender ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan maka keutamaan potongan pokok akan diberikan untuk pokok-pokok bahaya dalam skop tender semasa bagi membuang pokok berisiko dahulu barulah pokok-pokok lain. Rancangan tender penebangan pokok jalan bagi tahun 2019 akan ditentukan dalam pertengahan suku tahun pertama tahun 2019 memandangkan keperluan untuk menilai jumlah aduan yang diterima dan saiz pokok yang paling ekonomi untuk ditebang bagi memperolehi hasil yang optimum. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan sidang dewan yang mulia saya mengharapkan agar segala perancangan dalam projek pembangunan kawasan perindustrian Lembah Chuping iaitu CVIA yang dijangka bermula kerja prasarana asas pada tahun depan akan berjaya dilaksanakan dan impian untuk melihat CVIA menjadi hup utama kepada industri hijau menjadi kenyataan. Impak positif yang bakal terjana daripada projek CVIA diharapkan dapat mengubah landskap ekonomi negeri secara keseluruhannya pada masa akan datang. Terima kasih sekali pada Kerajaan Persekutuan dengan meluluskan semula peruntukan RM 50.5 juta untuk perjalanan projek ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan sidang dewan yang mulia teknologi sight treasure jenik untuk memproses tayar-tayar terpakai menjadi serbuk getah bagi menhasilkan rubber pruning tayar mati dan paip yang dijangka akan dilaksanakan bermula Februari 2019 di atas tapak keluasan 22 ekar di Pauh Putra adalah merupakan satu daripada teknologi hijau yang diiktirafkan penggunaannya. Diharap projek ini yang merupakan pelaburan langsung asing berjumlah RM 900 juta akan berjaya menepati hasrat kerajaan negeri selain menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan apabila dilaksanakan. Sebelum mengakhiri ucapan pergulungan saya mengambil kesempatan merakamkan setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi kerjasama kepada saya termasuklah ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, para penjawat awam negeri dan persekutuan dan pertubuhan bukan kerajaan yang sentiasa mempamerkan komitmen terbaik dalam setiap program yang melibatkan portfolio saya terima kasih demikianlah pergulungan belanjawan 2019 Perlis, saya mohon menyokong. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB Titi Tinggi, dipersilakan YB Mata Ayer.

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh selamat pagi dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, Wakil-Wakil Jabatan seterusnya hadirin yang saya muliakan. Terlebih dahulu saya dengan rasa syukur mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan kepada YAB Menteri Besar di atas pembentangan budget 2019 yang telah berlangsung dengan jayanya, sempurnanya selama 3 hari kita bersidang Cuma di sini ingin saya fokuskan sedikit bahawa untuk 2019 wanita juga telah tersenarai di dalam budget yang telah dibentangkan tempoh hari. Di mana dalam budget berkenaan telah diperuntukan sedikit perbelanjaan untuk wanita di mana akan dilaksanakan kursus-kurus kepada wanita-wanita yang mana di dalamnya merangkumi ibu tunggal, suri rumah dan juga wanita-wanita yang sangat memerlukan pendapatan tambahan atau pun pendapatan harian mereka dalam melangsungkan kehidupan harian. Jadi besarlah harapan saya sekiranya manafaat yang ada yang telah diperuntukan dalam budget untuk wanita ini diambil sepenuhnya oleh wanita-wanita di luar sana bagi mengikuti kursus-kursus yang akan diadakan yang mana telah pihak kerajaan mungkin akan meletakkan 3 kursus utama yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2019 saya sekali lagi mengesyorkan kepada wanita-wanita untuk mengambil perhatian di atas perkara ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker satu lagi program yang saya nampak di sini ialah program mengaktifkan wanita di mana ni satunya program yang di labelkan sebagai idea baru di mana ia diharap akan di ambil manafaat juga oleh pihak wanita di luar sana di mana dalam program ini wanita-wanita digalakkan untuk mengikuti kursus-kursus jangka pendek yang akan dilaksanakan yang akan jalankan oleh Kolej Komuniti atau pun Giat Mara, kalau mengikut kepada peruntukan ini untuk makluman semua juga bahawa yuran-yuran yang akan dikenakan oleh dua agensi ini akan mendapat sedikit subsidi daripada kerajaan negeri bagi membolehkan wanita-wanita mengikuti kursus-kursus berkenaan contohnya sekiranya ada wanita-wanita yang berminat dan menyertai kursus-kursus di Kolej Komuniti berkaitan dengan bidang jahitan ianya bukan sahaja untuk pendapatan diri tapi juga menampung pendapatan keluarga di mana sepertimana kita sedia maklum kos belanja menjahit pakaian sekarang sangat meningkat dan begitu mahal jadi ini juga dapat membantu keluarga bagi mengurangkan kos belanja hidup. Satu lagi perkara yang telah dimasukkan di dalam belanjawan ini iaitu pertambahan perbelanjaan untuk mama care iaitu juru urut untuk kalau biasanya yang ni wanita dan akan fokus kepada wanita dan sepertimana juga yang kita tahu sekarang juru urut ataupun tukang urut untuk ibu-ibu bersalin, penjagaan ibu-ibu selepas bersalin sangat kurang jadi apabila mama care ini di pertambahkan tambahan peruntukan jadi mungkin lebih banyak peluang pekerjaan akan dapat di perolehi oleh wanita-wanita di luar sana bagi membantu meningkatkan pendapatan dan rasanya itu sahaja untuk wanita yang selebihnya mungkin ada yang tambahan-tambahan apapun akhir sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan sekali lagi terima kasih kepada YAB Menteri Besar di atas budget yang telah menfokuskan kepada wanita-wanita dan saya bagi pihak wanita di luar sana mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan negeri di atas kasih sayang budget yang telah diberikan kepada kami dan saya dengan sepenuhnya menyokong budget yang telah dibentangkan oleh YAB Menteri Besar.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Mohon menjelas sat ok saya nak tahu daripada pihak kerajan negeri apakah insiatif ataupun inisiatif yang akan diberikan ataupun diusahakan kepada ibu yang mempunyai anak kecil tetapi bekerja, adakah apa-apa usaha dilakukan supaya dapat menolong mereka meringankan beban mereka, terima kasih.

Terima kasih YB Indera Kayangan. Berkenaan dengan ibu-ibu bekerja yang mempunyai anak-anak kecil kebanyakan agensi jabatan sekarang dia dah ada pusat-pusat asuhan yang boleh diletakkan di agensi berkenaan yang telah dilaksanakan dan di Perlis juga kita ada benda tu yang mana ibu-ibu boleh letakkan anak di tempat jagaan tersebut dan tidak menyusahkan andai kata dia masih dalam penyusuan ibu berkenaan boleh hadir di pusat yang berdekatan makna kata ada di dalam satu bangunan untuk menyusukan dan juga kosnya juga tidak begitu tinggi kerana kita dalam satu jabatan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Berapakah peruntukan ataupun yang diberikan untuk setiap anak ataupun budak-budak yang mereka bawa ke pusat penjagaan tu.

Terima kasih sekali lagi YB sebenarnya tidak ada kos yang kita bagi tapi ianya adalah lebih kepada untuk meringankan kos untuk kita hantar anak-anak tu di luar daripada jabatan berkenaan. Mohon Yang Berhormat Dato’ Speaker saya sambung sedikit sahaja lagi saya dengan sepenuhnya dengan sesungguhnya saya menyokong budget yang telah dibentangkan oleh YAB Menteri Besar untuk tahun 2019 dengan sedikit pantun,

“ Indah sungguh Bukit Lagi,

Tahun 2020 tambahlah lagi”

Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker saya ingin nak cadangkan kepada YB Mata Ayer sehubungan dengan soalan daripada YB Indera Kayangan tadi ada sebut pasal urut kalau boleh saya cadangkan YB Mata Ayer dia buka tiap-tiap satu DUN satu rumah urut lepas tu boleh mengasuh sekali selain daripada mengurut tu.

Baik, insyaallah kita pertimbangkan.

Speaker

Terima kasih YB Mata Ayer, dipersilakan YB Pauh.

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju, selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarga dan para sahabat baginda. Yang Berhormat Dato’ Speaker alhamdulillah setinggi rasa syukur ke hadrat Allah Subha Nahuwataala atas kurnia dan izinnya jua, kita dapat berhimpun di dalam dewan yang mulia pada pagi ini hari ketiga dan terakhir kita menjayakan mesyuarat kedua penggal persidangan pertama Dewan Undangan Negeri Perlis yang keempat belas pada tahun ini. Tahniah diucapkan kepada YAB Dato’ Seri Azlan Man, Menteri Besar yang telah menerajui pentadbiran Negeri Perlis dengan baik selepas PRU yang keempat belas lalu dan berjaya membentangkan budget Negeri Perlis tahun 2019 pada hari pertama persidangan yang bertemakan pembangunan dijana dan diperkasa kebajikan rakyat dibela. Dengan izinnya jua Barisan Nasional mendapat mandat untuk membentuk kerajaan negeri di Negeri Perlis dan dengan amanah yang diberikan saya berjanji untuk terus mengamalkan etika kerja yang berintegriti dan bertanggungjawab untuk membantu rakyat. Perubahan pada dalam landskap politik negara dan pembentukan kerajaan baru Pakatan Harapan menjadikan Perlis sebagai negeri pembangkang, rupanya bukan mudah untuk mengubah persepsi minda dan segelintir rakyat dari kerajaan menjadi pembangkang begitu juga dari pembangkang menjadi kerajaan sebab itulah kadangkala wujudnya spekulasi dan saling menuding jari jesteru pembangunan dan kesejahteraan rakyat yang merupakan agenda utama, saya bersetuju dengan YAB Menteri Besar bahawa semua harus berlapang dada, berganding bahu, bekerja keras dan ikhlas untuk memastikan matlamat mencapai kejayaan walaupun tidak 100 % tetapi menunjukkan kepada perubahan yang lebih baik mengukuhkan mana yang lemah membetulkan mana yang salah dan mencemerlangkan mana yang baik rakyat menilai biar dari usaha dan kerja bukan persepsi “say is being living then work the talk” dengan izin. Kerajaan negeri terus berusaha mengambil kira semua perkara dan terbukti dalam majlis mesyuarat kita program, aktiviti dan sebagainya berserta juga dengan usaha-usaha merealisasikan Perlis Negeri Bandaraya 2030 maka semua sangat komited dengan kerja buat masing-masing dan berminat untuk berkongsi ideal kearah membangun dan memakmurkan Perlis demi faedah semua, tahniah diucapkan. Yang Berhormat Dato’ Speaker sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab kepada portfolio Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia, Sains Teknologi dan Inovasi dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT saya akan menyambut baik kandungan budget 2019 yang telah dibahaskan oleh barisan pembangkang pada hari kedua persidangan. Yang Berhormat Dato’ Speaker sebenarnya portfolio saya ini banyak menyentuh tentang keusahawanan sebab ia melibatkan sumber manusia jadi banyak diperkatakan oleh rakan-rakan YB jadi saya menyentuh sedikit tentang pendidikan kerana ia lebih fokus kepada portfolio saya dan Alhamdulillah kerajaan negeri menyediakan peruntukan dana pelajaran berbentuk one off kepada anak-anak Perlis yang beragama islam dan bukan islam yang melanjutkan pengajian penuh masa di IPTA dan IPTS bagi membolehkan pelajar membuat persediaan awal. Kerajaan negeri juga melalui Lembaga Pemegang Amanah Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis dan Kumpulan Wang Hadiah Pelajaran Rakyat Bukan Melayu menyediakan pinjaman hingga RM7 ribu setahun untuk tempoh pengajian maksimum 4 tahun kepada yang menyambung pelajaran ijazah pertama dalam negara. Kerajan negeri juga dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Perlis akan melaksanakan program pecutan peperiksaan bagi 1,200 orang pelajar yang menduduki peperiksaan utama UPSR, PT3 dan SPM. Kerajaan negeri juga akan mengadakan future leaders summer camp dengan kerjasama Unimap yang akan melibatkan pelajar tahun 4, 5 dan 6 dan tingkatan 3 seramai 320 orang untuk 2 sessi yang berpotensi untuk cemerlang. Kerajaan negeri juga akan mengadakan kelas tambahan percuma di masjid terpilih yang dikendalikan oleh pelajar sukarela dan NGO yang berkemahiran. Kelas antara waktu zohor dan asar memberi manfaat kepada 30 orang pelajar di setiap sessi, belajar tiga (3) subjek teras empat (4) kali sebulan di sepuluh (10) buah masjid dan pelajar akan solat asar berjemaah sebelum pulang. Mengikut laporan sosio ekonomi Negeri Perlis yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia kadar pengangguran di Negeri Perlis pada tahun 2017 adalah sebanyak 3.5% berbanding di peringkat nasional iaitu sebanyak 3.4%. Namun begitu kerajaan negeri telah mensasarkan kadar pengangguran di Negeri Perlis pada tahun 2020 sebanyak 3.0%. Jesteru itu pelbagai strategi telah diambil bagi memastikan kadar pengangguran dapat dikurangkan dengan sasaran kerajaan negeri. Kerajaan negeri telah menghantar seramai 449 orang pelatih yang terdiri daripada belia B40 Negeri Perlis sejak 2013 lagi sehingga kini untuk mengikuti program peningkatan kapasiti dan kapabiliti kumpulan khusus bagi program ini pelatih dihantar ke beberapa buah pusat latihan kemahiran swasta bagi mengikuti sijil kemahiran Malaysia tahap 1 hingga tahap 3 di dalam program automotif, elektronik, penyediaan makanan, jahitan, automasi dan penyelenggaraan penghawa dingin. Selepas tamat latihan para pelatih akan diberikan pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran yang telah mereka pelajari di pusat-pusat latihan dan program ini dibiayai sepenuhnya oleh seksyen pengagihan Unit Perancang Ekonomi Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Selain itu kerajaan negeri begitu komited dalam memperkasakan sektor usahawan bagi memastikan kadar pengangguran dapat dikurangkan dengan mewujudkan ramai usahawan-usahawan di Negeri Perlis seperti sedia maklum budget 2019 akan memberi fokus kepada peningkatan taraf hidup melalui penjanaan pendapatan daripada aktiviti keusahawanan, oleh yang demikian kerajaan negeri telah menyediakan sebanyak RM 800 ribu ringgit pada tahun 2019 untuk aktiviti promosi bagi meningkatkan daya keusahawanan dikalangan rakyat Perlis termasuk para belia, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU). Dengan berkembangnya sektor keusahawanan di Negeri Perlis lebih banyak peluang pekerjaan dapat dicipta khususnya untuk rakyat di Negeri Perlis. Di samping itu juga pertumbuhan kawasan pembangunan baru seperti kawasan perindustrian Lembah Chuping, Jeti Bersepadu Sanglang, Perlis Inland Port dan Kangar Central akan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan selepas siap pembinaannya pada tahun 2025 dan dianggarkan lebih kurang 15,500 peluang pekerjaan akan ditawarkan oleh projek-projek mega ini. Kompleks pejabat AADK Negeri Perlis merupakan cadangan pembangunan bagi tempoh jangkamasa yang panjang disamping memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan sebagaimana yang termaktub di dalam akta Agensi Anti Dadah Kebangsaan 2004. Cadangan kompenan bagi pembinaan kompleks pejabat AADK Negeri Perlis adalah secara menyeluruh melibatkan pembinaan kompleks ibu pejabat AADK Negeri Perlis, Pejabat AADK Daerah dan Pusat Khidmat AADK termasuk kuaters kelas B, E, F dan G serta kemudahan pentadbiran yang lengkap. Kompleks ini dicadangkan dibina pusat tahanan reman untuk tujuan tahanan perkhidmatan teras penguatkuasaan bagi tujuan pembentukan sasiah dan disiplin didiclaim kompleks ini juga dicadangkan di bina padang kawad dan permainan anggaran kos berjumlah RM 50 juta diperlukan bagi melaksanakan projek ini dan peruntukan meliputi kos binaan infranstruktur dan lain-lain kos yang berkaitan. Namun begitu projek ini ditangguhkan Kerajaan Persekutuan kerana tiada peruntukan. Kerajaan Negeri sememangnya berhasrat untuk mengekalkan IPG kampus Perlis memandangkan ia merupakan satu- satunya institusi pendidikan guru di negeri Perlis pihak Kementerian Pindidikan Malaysia telah membuat keputusan mengarahkan supaya Institusi Pendidikan Guru kampus Perlis dikekalkan fungsinya bagi melatih bakal pendidik yang menjadi tunggak kepada pembangunan modal insan di Malaysia amnya dan di Negeri Perlis khususnya. Mengenai soalan yang diutarakan oleh YB Sanglang kelmarin berkenaan dengan tarif dan kadar berbeza di bandar dan di luar bandar ini merujuk kepada servis yang berlainan yang digunakan dimana perkhidmatan Telekom Malaysia untuk bandar menggunakan servis Unifi, pakej Unifi paling murah 30 megabait bersamaan RM 79.00 manakala untuk luar bandar menggunakan servis streamix dan servis streamix paling murah 1 megabait bersamaan RM 110.00 kelihatan perbezaan tarif kadar yang sangat ketara bandar dan luar bandar ini dan kita akan mengajukan permohonan kepada Telekom Malaysia oleh kerana Perlis sebuah negeri yang kecil maka dengan peruntukan TMnet mampu untuk meluaskan servis Unifi ke seluruh Negeri Perlis supaya penduduk bandar dan luar bandar dapat menikmati perkhidmatan yang lebih baik dengan kadar tarif yang sama. Semua Penjawat awam adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan pegawai awam berkelakuan tatatertib 1993 disamping pekeliling perkhidmatan yang memberi panduan kearah membentuk displin tinggi penjawat awam. Sehubungan itu bagi menangani sikap penjawat awam yang kurang berdisplin dan memupuk budaya kerja cemerlang pentadbiran ini telah mengambil tindakan inisiatif seperti berikut dimana pemantauan berkala di tempat-tempat pilihan semasa waktu bekerja, penganjuran hari integriti dan penekanan terhadap sikap penjawat awam kepada semua ketua jabatan atau pemantauan ketat dilaksanakan. Kerajaan Negeri juga tidak berkompromi terhadap penjawat awam yang mempunyai masalah displin dimana tindakan tatatertib akan diambil mengikut tatacara di bawah peraturan-peraturan pegawai awam berkelakuan dan tatatertib bagi tahun 1993. Untuk makluman YB berkaitan dengan LGBT Kerajaan Negeri berhasrat untuk melaksanakan kempen kesedaran LGBT antaranya melalui khutbah jumaat mengenai LGBT dan kesan-kesan keburukannya. Untuk maklumat sidang Dewan Undangan Negeri Perlis Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis sentiasa menjalinkan kerjasama yang erat dengan Jabatan Pendidikan Perlis dalam memantau dan menyelia pelajar sekolah melalui beberapa kaedah dan cara. Melalui perancangan strategik AADK, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah mempunyai program berfokus untuk pencegahan dadah untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dan ia melibatkan pelbagai program yang dirancangkan. AADK terus komited untuk melaksanakan program-program pendidikan pencegahan, program introvensi bagi pelajar yang telah terlibat dengan masalah penagihan dadah akan dilaksanakan dan pihak JPN sendiri telah mewujudkan portfolio guru pendidikan pencegahan dadah di sekolah bagi memastikan fokus dan lebih khusus bagi menghalang pelajar terlibat dengan masalah ini. Statistik menunjukkan penurunan pelajar yang positif dadah di Negeri Perlis menurun daripada 34 orang pelajar bagi tahun 2017 berbanding 32 orang bagi tahun 2018 dan pemantauan berterusan akan dilakukan oleh pihak Jabatan Pendidikan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan untuk memantau supaya perkara ini tidak menjadi beban kepada negara. Yang Berhormat Dato’ Speaker bagi menyokong budget 2019 saya dengan ini merakamkan setinggi penghargaan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri, kepada YAB Dato’ Seri dan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan dan kita memikirkan untuk kebaikan Negeri Perlis khususnya dengan ini saya menyokong dengan sepenuhnya budget yang telah dibentangkan bagi tahun 2019, sekiranya terlanjur kata maaf dipinta sekian wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Soalan, terima kasih kepada YB Pauh di atas penjelasan dan juga penggulungan, soalan YB Sanglang ada jawab soalan saya tak jawab pun kelmarin mengenai status kebenaran ahli pembangkang masuk ke sekolah untuk kepastian yang ada dalam ni.

Terima kasih YB Guar Sanji, sepertimana yang kita telah sedia maklum memang pada awal kita selepas menang sahaja pilihanraya yang ke 14 PRU yang ke 14 baru-baru ini kita seperti dilarang untuk masuk ke premis-premis institusi-institusi pendidikan dan saya juga selaku portfolio pendidikan adalah merasa tidak dapat untuk menyertai apa-apa program yang dirancang dan di laksanakan biarpun saya khususnya di Sekolah Kebangsaan Seri Indera saya adalah ahli jawatankuasa PIBG dan beberapa program sebelum ini saya ikuti dan kerana saya juga sebelum ini seorang guru dan juga ahli jawatankuasa PIBG jadi saya seperti terkecuali untuk terlibat. Namun setelah perkara ini dirujuk setelah kita mengadakan perjumpaan dengan Pengarah Pendidikan Negeri sendiri dan juga beberapa pegawai yang hadir pada 26 November lalu status kita untuk masuk ke Sekolah adalah sekiranya kita sebenarnya kita tidak boleh bawa apa-apa unsur politik dan juga khususnya lambang-lambang politik tetapi sekiranya untuk tujuan kecemerlangan kita adalah dialu-alukan tetapi dengan syarat kita membuat permohonan dan saya ada terbaca dalam satu artikel mengatakan pihak PAS telah pun menghantar senarai nama ADUN untuk memohon kebenaran untuk masuk ke Sekolah dan untuk masuk ke institusi pendidikan jadi saya merasakan bahawa ini adalah satu jalan juga bagi kami di peringkat ADUN-ADUN kerajaan di negeri untuk melakukan perkara yang sama sekiranya ia tidak dilaksanakan mungkin di negeri lain saya merasakan kita boleh membuat permohonan mengikut apa kapasiti ataupun mengikut ADUN-ADUN contohnya kami di Negeri Perlis kita sebagai pembangkang di peringkat federal kita menyenaraikan senarai nama ADUN dan Parlimen untuk pohon kebenaran dengan bersyarat supaya kita tidak masuk dengan lambang-lambang politik dan kita tidak terlibat dengan apa-apa unsur politik di sekolah ataupun institusi pendidikan dan saya rasa Menteri kita sudah terbuka untuk membenarkan kita dengan kita membuat permohonan lebih dahulu, saya rasa itu jelas.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Mohon mencelah YB Dato’ Speaker.

Speaker

Sila Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Ok terima kasih YB Dato’ Speaker, saya rasa jawapan kepada YB apa ni Guar Sanji dah very clear kot yang dah diberikan oleh YB apa ni Pauh, dia mudah saja kenyataan Menteri pun hari tu dalam sidang parlimen pun Menteri ada menyebut nak masuk boleh tapi mohon kebenaran tapi kami di sini pula sebagai ADUN daripada Pakatan Harapan ni mohonlah janganlah orang cakap sekadar nak mohon masuk ke sekolah sahaja tapi kadang-kadang bila sebab kami ni sendiri kami dok terima orang cakap surat sumbangan daripada sekolah-sekolah lain juga bukan di dalam kawasan kami so kalau boleh nak masuk tu boleh masuk tapi lepas ni kalau orang cakap sekolah-sekolah lain tu minta sumbangan minta tolong semua yang dalam ni tolong bagi samalah sebab kami tak larat nak bagi

YB Kuala Perlis memang sumbangan-sumbangan tambah saya dulu seorang guru memang tak boleh lari kami juga di sini pun Perlis ni kecik sekolah mana-mana pun nampak kita dan mohon sumbangan walaupun di peringkat jabatan adakala kata ok sumbangan tak perlu diberi tetapi sebagai rasa timbang rasa untuk menyokong program-program yang dilaksanakan di institusi pendidikan baik di sekolah atau pun institusi pendidikan di Politeknik, Maktab IPG dan lain-lain membuat program kita dengan rasa senang mengikut keupayaan kita bagi sumbangan dan saya rasa untuk Menteri kita pun dah macamana YB Kuala Perlis kata tadi dia amat terbuka dan kita harapkan ia dapat direalisasikan agar kami ADUN-ADUN pembangkang di peringkat federal tidak terpinggir untuk terus menyemarakkan lagi memperkasakan lagi pendidikan, terima kasih.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Dia bukan apa YB Pauh depa bila orang cakap bila mai kat kami ni bila kami cakap pasai apa tak minta kat YB Kawasan kami ni pembangkang di Negeri kami bukan kerajaan dia kata YB Kawasan ada setengah tu kata tak ada duit so bila mai kat kami, kami pun nak jawab macamana kami memanglah kerajaan di peringkat persekutuan bukan di peringkat negeri kami sendiri pun tak ada peruntukan so mintalah YB-YB kawasan lain kalau depa minta bagilah sikit penat kami nak jaga.

YB Kuala Perlis, kita berlapang dada sebenarnya ini adalah track and area kita tengok kadang-kadang bukan senang pihak-pihak atau kita dulu pernah nak buat program kita minta sumbangan dan bukan mudah orang nak bagi sumbangan kalau ada kekangan dari segi kewangan jadi dia cuba pada sesiapa sahaja dan mungkin alasan-alasan tu adalah alasan yang terpulang lah samada ianya di adakan atau pun benar tapi saya sekiranya ada rezeki kita berlapang dada kita beri dan kita berfikiran positif, terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker saya juga teringin nak campur kes ni, yang pertamanya Dato’ Speaker

Speaker

Ringkas sikit YB.

Dekat YB Pauh dan terima kasih dekat sahabat daripada Kuala Perlis minta izin boleh nak masuk tapi guru besar tu tak berani nak bagi izin takut dia kena tukar ini pengalaman lama dah la bila kita pi bagi kek hari guru pun sekolah kita dulu dia bagi lah kita bercakap sikit takkan kita nak kempen budak sekolah rendah tapi YB Dato’ Speaker bila umur pengundi nak turun kepada 18 tak boleh lah halang kami nak masuk

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

YB….

Speaker

YB bagi Sanglang dulu..bagi Sanglang dulu

Sepatutnya YB Kuala Perlis, Indera Kayangan dan juga Sena ni bukan bercakap pasal tak dak duit sepatutnya depa dah sama dengan kerajaan pusat bawa balik duit untuk kerajaan negeri ni untuk kita nak tadbir depa boleh pi jumpa Menteri minta duit bawa balik peruntukan untuk pembangunan negeri hak tu lagi hebat dan YB Pauh kalau sekiranya payah lah sangat nak masuk sekolah-sekolah kerajaan ni masuk lah sekolah agama, sekolah persendirian banyak tumpu bantuan di situ kita boleh semarakkan lagi pendidikan Negeri Perlis ni.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

YB Speaker, terima kasih bagi saya ruang YB Sanglang setuju dak saya tanya YB Sanglang kenapa Guru-Guru Besar ni depa tak bagi tak berani nak bagi kelulusan sebab ini adalah amalan dulu yang sebelum ini menyebabkan mereka terbawa-bawa amalan tu sehingga sekarang, adakah YB Sanglang bersetuju.

Tadi YB Kuala Perlis tanya setuju dak nak tanya saya kata tak setuju saya tak payah jawab lah ( YB Sanglang ketawa..) nak tanya jangan tanya setuju ka tak setuju tanya ja saya jawab lah. Memang lah amalan kerajaan dulu pun apabila ada kadang-kadang tak lah keras sangat tapi Guru Besar ni dia seriau sebab dia tengok saya bila saya ni aktif dalam PAS dulu berapa sekolah dalam Perlis ni saya kena pindah jadi dia kata nak panggil kawan ni mai teruk lah hamper minta 30 saya kata nak ambil hamper saja nak ambil saya sama dia kata hamper saja, hamper saja saya boh dalam beg bulat nak habaq kata saya bagi dia balik sana dia ubah beg, beg bulat letak mana tak tau tapi tak pa la saya kata kalau dah jemput saya dah minta hamper saya bagi lah jadi kesan tu memang ada lah sedikit sebanyak tapi tu cerita dulu lah, wallahu’alam.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

YB Dato’ Speaker, saya nak tertarik dengan apa yang disebutkan oleh YB Kuala Perlis tu dia kata dasar kerajaan dulu tak membenarkan tak dak YB dasar ni yang mengatakan bahawa kerajaan dahulunya tidak membenarkan wakil-wakil rakyat daripada pihak pembangkang untuk masuk ke kawasan sekolah atau pun pergi ke sekolah tapi saya setuju sepertimana yang disebutkan oleh YB Sanglang pentadbir sekolah tu sendiri yang takut bukannya kerana seperti sekarang lah pentadbir sekolah takut dengan Pakatan Harapan pulak jadi serupa saja jadi itu saya nak tegaskan di sini bahawa tidak ada dasar yang dibuat oleh kerajaan dahulu yang melarang sesiapa sahaja untuk masuk ke sekolah kecuali kalau nak membawa sesuatu yang tidak di ingini dan tidak sihat, terima kasih.

YB Dato’ Speaker kita positifkan tentang apa yang takut kena pindah apa semua ni yang sebenarnya ada hikmahnya bila seorang guru tu dipindah ke merata sekolah kawan ramai

Speaker

YB berapa buah sekolah dulu sebelum jadi wakil rakyat yang kena tukar.

Lima, lima sekolah tapi dalam Perlis ja lah tak termasuk semasa saya bertugas di Sarawak. Perlis ni paling jauh 54 kilometer dari rumah saya sampai felda Mata Ayer tapi yang ada hikmat yang dapat di situ apabila saya duduk di sebuah sekolah saya ada kawan di seluruh Negeri Perlis cikgu di Padang Besar, cikgu di Kangar, cikgu di Sanglang semua ada kawan tak jadi masalah sebenarnya tak pa tukar lah, la tak tukar dah la.

Speaker

OK Terima kasih YB Pauh, dipersilakan YB Beseri.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Bismillahirahmanirrahim Assalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh terima kasih YB Dato’ Speaker, YB-YB Kawasan, Ketua-Ketua Jabatan dan Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang di rahmati Allah sekalian. Jadi saya pada pagi ini tengahari ini akan memberi respon atau pun maklum balas berhubung dengan perbahasan kelmarin. Yang pertama adalah daripada YB Sanglang, berkenaan dengan kebersihan kawasan masjid. Keceriaan dan kebersihan masjid sentiasa di pentingkan dalam pengimarahan masjid-masjid di Negeri Perlis. Jesteru jawatan Siak diwujudkan untuk memastikan kebersihan dan keceriaan di bahagian dalaman masjid manakala jawatan penjaga kawasan diwujudkan untuk menceriakan kawasan luar masjid khususnya landskap. Berhubung dengan teguran YB Sanglang berkenaan dengan kebersihan tandas-tandas masjid isu kebersihan ini telah, sedang dan akan terus diperbaiki dari masa ke semasa untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat secara berterusan, perlu diinsafi apabila masjid menjadi tempat tumpuan masyarakat maka secara tidak rasminya tandas masjid juga menjadi tandas awam tanpa bayaran pada masyarakat sekitar termasuk juga kepada orang luar yang bermusafir. Oleh kerana Siak tidak dapat bertugas 24 jam sepertimana penjaga tandas di dalam kawasan rehat dan rawat (RNR Plus) maka Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis sentiasa menggalakkan masjid menerusi jawatankuasa kariah masjid-masjid mengambil tindakan yang proaktif untuk menjaga kebersihan kawasan tandas masjid. Antara langkah yang diambil sekarang ialah dengan masjid melantik petugas kebersihan tambahan demikian juga untuk memulihkan kebersihan berada dalam tahap yang memuaskan maka jawatankuasa masjid juga dinasihatkan dan digesa supaya tidak teragak-agak untuk membelanjakan wang dari tabung masjid yang didermakan oleh orang ramai. Disamping dapat menjaga kebersihan dan keceriaan masjid orang ramai juga menyumbangkan sedekah pasti akan dapat berkongsi ganjaran pahala dimana Jemaah akan datang berwuduk dan mengangkat hadas di persekitaran tandas masjid yang sedia ada sebelum bersolat. JAIPS juga ingin merakamkan penghargaan kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang telah membantu menaiktaraf penjagaan kebersihan masjid dengan menempatkan asnaf yang menerima sumbangan e-kasih sebagai penjaga kawasan kawasan kebersihan tambahan itu sebayak 72 orang di 72 masjid seluruh Negeri Perlis. JAIPS berharap kepada semua pihak termasuk wakil-wakil rakyat dan ADUN-ADUN juga dapat memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya dengan turut sama mendorong rakyat di dalam kawasan masing-masing untuk sama-sama menjaga kesucian, kebersihan dan keceriaan masjid. Berhubung soalan yang telah dibahaskan kelmarin adalah berkenaan dengan program di bawah MAIPS untuk membantu asnaf di Negeri Perlis, MAIPS telah menetapkan sebanyak 45 skim agihan zakat meliputi 8 golongan asnaf. Fokus bantuan zakat MAIPS untuk mengeluarkan golongan asnaf dari kepompong kemiskinan kepada golongan yang mampu berdikari seterusnya berupaya menjadi golongan yang mengeluarkan zakat. MAIPS telah memperkenalkan program peningkatan sosio ekonomi asnaf yang telah dilaksanakan oleh akedemi transformasi asnaf MAIPS atau pun ATAM iaitu anak syarikat di bawah MAIPS yang merupakan penggerak kepada inisiatif menyediakan joran kepada asnaf untuk berdikari dan berusaha mempertingkatkan kualiti dan taraf kehidupan. ATAM telah, sedang dan akan bekerjasama dengan jabatan, agensi dan mana-mana pihak untuk menyediakan peluang pekerjaan dan pendidikan dalam membantu golongan asnaf meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka diantara program yang dilaksanakan seperti berikut, iaitu program rakan koloborasi:

1- M-trax Akedami Sungai Petani, Kedah. 2- Akedami Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara Sintok, Kedah. 3- Imbasan Nilai Sdn.Bhd., Terengganu iaitu Program minyak dan gas. 4- Cheese Made Sungai Petani iaitu berkaitan juru kimpal, penyaman udaraan dan automatif injin management system. 5- SEGI Universiti Kuala Lumpur iaitu menawarkan ijazah sarjana muda perakaunan dan kewangan dan ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan. 6- KYS Business Cool Kuala Lumpur menawarkan diploma AL Adventure Tourism Management. 7- McDonald iaitu sistem latihan Build Nasional SLDN. 8- Intigrated Lojistic Solition Sdn.Bhd. iaitu sebagai pemandu kontena.

Selain program pendekatan sosio ekonomi asnaf yang dilaksanakan oleh ATAM, MAIPS juga telah melaksanakan pelbagai program rutin bantuan zakat kepada asnaf yang memerlukan seperti berikut:

1- Program kayuhan agihan MAIPS peduli - bagi tahun 2018 sebanyak 96 kali kayuhan sehingga 13 Disember 2018 telah dilaksanakan melibatkan 11,520 asnaf (120 orang setiap kali kayuhan menerima bantuan zakat sarahidup berjumlah RM 600.00 seorang) Jumlah agihan MAIPS peduli berjumlah RM 6.9 juta 2- Program agihan zakat sempena Program Hijrah Minda- sepanjang tahun 2018 sebanyak 30 kali Program Hijrah Minda telah dilaksanakan melibatkan agihan zakat berjumlah RM 8,000.00 setiap kali program. Jumlah yang diagihkan berjumlah RM 96,000.00

3- Program bantuan persekolahan MAIPS - sejumlah RM 2,154,800.00 telah diagihkan kepada 10,774 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah Negeri Perlis 4- Program pendekatan ekonomi asnaf bantuan peralatan pekerjaan dan perniagaan berjumlah RM 812,716.00 telah diagihkan kepada 336 orang asnaf.

Berhubung maklumbalas daripada YB Sanglang berkenaan dengan pegawai daripada JAIPS yang tiada di pejabat dan minum di kedai minum kopi di kedai sebelah, terima kasih kepada YB Sanglang pihak JAIPS akan mengambil tindakan di atas teguran tersebut cuma mohon kerjasama daripada YB bermusykilan jika ada rungutan berkaitan dengan MAIPS, JAIPS dan agensi lain selepas ini hendaklah diambil tindakan tentang beberapa perkara,

1- Nama pegawai yang hendak di berurusan itu 2- Waktu atau pun masa atau jam berapa

JAIPS sentiasa memastikan displin kakitangan dalam urusan ini sentiasa menjadi keutamaan, JAIPS bersedia mengambil tindakan yang bertindak tunas dalam beberapa pekerja yang melanggar SOP yang ditetapkan. Berhubung berkenaan dengan akaun daripada Yayasan Islam Perlis, penyata kewangan Yayasan Islam Perlis dan anak syarikat tidak disatukan disebabkan penyata kewangan anak syarikat masih belum di audit, proses pengauditan ini sedang dijalankan ke atas semua anak-anak syarikat yang berkaitan. Bagi pelaburan Yayasan Islam Perlis di dalam Syarikat North Scratch Development Sdn.Bhd. tiada sebarang keuntungan diterima di atas pelaburan yang dibuat, syarikat yang masih dalam proses pergulungan telah melaksanakan tiga (3) projek iaitu projek pembinaan rumah di Taman Pauh Jaya di Seberang Prai, projek pembinaan perumahan di Taman Sena Permai Kangar dan projek pembinaan 2 blok bangunan tambahan di Sekolah Kebangsaan Tunjong Beseri. Bagi pelaburan chalet melalui Yayasan Islam Services Sdn.Bhd. keuntungan pelaburan diterima sebanyak 1999 sehingga 2008 namun syarikat mula mengalami kerugian bermula pada tahun 2009 dan pada Januari 2014 Yayasan Islam Perlis tidak lagi mengendalikan Semarak Resort, chalet ini telah diserahkan kepada kerajaan negeri untuk diuruskan. Yayasan Islam Perlis masih belum menerima sebarang bayaran daripada KPJ berikutan hospital pakar KPJ baru saja memulakan operasi pada 17 Mei 2018, bayaran kepada Yayasan Islam Perlis akan dibuat berdasarkan kepada pretasi serta keuntungan yang disytiharkan dalam penyata kewangan syarikat Perlis Specialist Hospital Sdn.Bhd. yang telah diaudit. Lembaga Pengarah Yayasan Islam Perlis telah mengarahkan pihak Pengurusan Yayasan Islam Perlis supaya mematuhi sepenuhnya semua peraturan kerajaan yang sedang berkuatkuasa mendapatkan pandangan serta khidmat nasihat daripada Jabatan Audit Negara, Pejabat Perbendaharaan Negeri serta Unit Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis mengenai tatacara pengurusan kewangan dan akaun. Seterusnya memberi pendedahan khusus kepada pegawai yang terlibat secara langsung dengan pengurusan kewangan Yayasan Islam Perlis melalui kursus-kursus yang dianjurkan oleh mana-mana agensi kerajaan seperti Pejabat SUK Perlis, Perbendaharaan Negeri serta Kementerian Kewangan Malaysia. YB Dato’ Speaker, akhir sekali saya memohon kerjasama semua pihak terutama sekali YB-YB dalam kawasan samada daripada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang sama- samalah kita berganding bahu memajukan dan memakmurkan Negeri Perlis yang kita cintai. Akhir sekali saya menyokong usul anggaran pembangunan tahun 2019 dan rang undang-undang enakmen perbekalan 2019, sekian.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Mohon soalan tambahan kepada YB Beseri. Sebelum ni kita ada kerjasama sempadan antara Malaysia dan Selatan Thailand kita menganjurkan sukan antara sempadan yang melibatkan agensi penguatkuasaan sempadan diantara dua negara, boleh saya tahu dak status berkenaan apa orang cakap penganjuran sukan untuk mengeratkan hubungan diantara dua hala ini, terima kasih.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Terima kasih YB kepada Kuala Perlis, untuk makluman YB sukan sempadan sebenarnya ada melibatkan seperti Polis, Kastam, Imigresen tetapi untuk kerajaan negeri kita tidak buat pada tahun ini terutama sekali kita ganti dengan program salam sawaddi yang melibatkan Tuanku RM Perlis dan program itu kita tunda kepada bulan Februari untuk kita Combine sekali dengan Exco Pelancongan di bawah Pelancongan memandangkan kita buat daripada bulan Dua atau Tiga adalah kerana ketika itu adalah musim angin timur jadi kita nak Combine sekali jadi soalan yang ditanya oleh YB Kuala Perlis itu ada tetapi telah digantikan dengan salam sawaddi, sekian.

Speaker

Dipersilakan YB Kayang.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Bismillahirahmanirrahim Assalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh selamat pagi, YB Dato’ Speaker, Ahli-Ahli YB saya ingin mengambil peluang yang diberikan ini ingin mengucapkan penghargaan kepada semua ketua-ketua jabatan, penjawat-penjawat awam terutamanya yang bersama dengan portfolio saya yang sangat membantu dan memberi kerjasama erat sepanjang tempoh ini yang mana ada antaranya kita telah berjaya membantu menyelesaikan masalah dan berjaya meningkatkan tahap perkhidmatan kepada rakyat semoga kerjasama ini dapat diteruskan bagi kebaikan rakyat Perlis keseluruhannya. YB Dato’ Speaker saya juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada YB Dato’ Speaker dan semua Ahli Dewan yang mulia ini kerana telah menyokong dan meluluskan usul menolak ratifikasi konvensyen antarabangsa mengenai penghapusan segala bentuk diskriminasi kaum ICERD dan ucapan tahniah dan syabas juga kepada YAB Bintong yang membawa usul ini serta menjelaskan dengan baik sejarah dan kesan ratifikasi ini terhadap keluruhan perlembagaan negara kita. Syabas juga kepada rakan-rakan dari PAS yang mengembelingkan kerjasama penyatuan umat melayu islam di seluruh negara yang mana UMNO dan NGO-NGO yang lain turut terlibat dalam gerakan dan perhimpunan aman soliraditi seluruh negara termasuk pada perhimpunan pada 8 Disember uang lalu di Dataran Merdeka. YB Dato’ Speaker dalam pembentangan budget Negeri Perlis 2019 sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada YAB Bintong kerana walaupun dalam keadaan kekangan hambatan kewangan tetapi masih mampu untuk membentangkan satu budget yang menjaga kepentingan rakyat pelbagai peringkat sambal merancang penjanaan ekonomi Perlis tema “pembanguan di jana dan di perkasa kebajikan rakyat di bela” sangat bertepatan dan adil dalam suasana landskap politik pada masa kini. YB Dato’ Speaker dalam sesi perbahasan kelmarin ada dibangkitkan beberapa persoalan yang berkaitan dengan portfolio saya antaranya ialah yang pertamanya tentang daripada YB ADUN Sena walaupun dia tak hadir hari ni tapi saya nak respon juga berkenaan dengan meraikan kejayaan atlet-atlet dengan insiatif yang dijanjikan sebenarnya memang kita akan meraikan atlet-atlet dan juga para jurulatih dan juga pengurus pasukan dan juga semua yang telah menjayakan sukan, yang menyertai sukan terutamanya SUKMA, Asia Game, Para SUKMA dan Para Asia yang telah lepas dan pada 7 Disember yang lalu pihak Majlis Sukan Negeri telah membentangkan kertas kerja insiatif kemenangan bagi kejohanan SUKMA Perak 2018 dan Para SUKMA Perak 2018 untuk kelulusan pihak berkuasa negeri walau bagaimanapun perbincangan masih lagi diadakan bagi mencapai satu keputusan berkenaan dengan jumlah pemberian insiatif kemenangan ini mengikut kepada kedudukan kewangan semasa kerajaan negeri dan majlis pemberian insiatif ini akan diadakan dalam masa terdekat walau bagaimanapun ia masih tertakluk pada tarikh yang bersesuaian. Selanjutnya saya juga ingin memberi sedikit respon tentang soalan yang dibangkitkan oleh YB Kuala Perlis tentang status terkini projek pembinaan dewan serbaguna di Kuala Perlis untuk makluman YB pembinaan dewan serbaguna Kuala Perlis ini masih lagi berjalan di tapak dengan progress terkini ialah 75% berbanding 100% jadual projek yang dilaksanakan ini dijangka siap sepatutnya pada 22 Mei 2018 yang lalu tetapi di atas beberapa isu teknikal dan juga isu penyaluran peruntukan oleh unit Penyelaras ICU JPM yang menyebabkan bayaran interim kepada pihak kontraktor agak terbantut dan ini melambatkan proses pembinaan di tapak. Walau bagaimanapun projek ini insyaallah akan disiapkan selepas pihak ICU mendapat peruntukan. Selanjutnya berkaitan dengan soalan yang dibangkitkan oleh YB ADUN Sanglang yang begitu semangat tentang bolasepak ni dalam penggulungan pun dia sebut dalam soalan lisan pun ditanya cuma tentang bagaimanakah boleh terjadi Presiden PFA ni bukan daripada kalangan anak jati Perlis. Sebenarnya YB memang boleh terjadi pertamanya disebabkan oleh satu perlembagaan PFA sendiri, perlembagaan PFA sendiri tidak menyatakan dengan spesifik mengenai latar belakang asal keterunan seseorang yang ingin dilantik menjadi seorang Presiden kemudiannya proses pemilihan atau proses pengundian ini melalui kongres atau pun ahli jawatankuasa dalam PFA sendiri yang mana calon-calon Presiden PFA ini perlu mendapat pencalanon daripada ahli dan juga badan gabungan, dalam kes ini Presiden yang baru ni dia dapat pencalonan dan juga mendapat pencalonan daripada dua buah badan gabungan yang di bawah PFA sendiri yang mana melalui borang pencalonan telah dihantar borang pencalonan 14 hari sebelum kongres luar biasa berlansung. Dalam isu lantikan ini sebenarnya ahli-ahli gabungan mestilah mempunyai asas atau pertimbangan yang tertentu untuk pencalonan dan perlantikan ini saya yakin berdasarkan kepada kemampuan beliau dari segi kewangan, pengetahuan, aspirasi dan juga komitmen beliau untuk membangunkan bolasepak di Perlis. Kita raikan dan kita hormati keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli gabungan ini dan kita beri peluang kepada Presiden PFA yang baru ni sebagai satu gerak langkah ke arah profesionalisme persatuan ini yang menerapkan konsep untuk menjadikan bolasepak ini sebagai satu industri baru di Negeri Perlis sambil menekankan konsep pembangunan di akar umbi dan juga pencapaian akedamik para pemain dan di pihak kerajaan negeri kita memantau tetapi pemantauan itu tidaklah sampai untuk mengambil alih peranan pemegang-pemegang jawatan di dalam persatuan. Berkenaan dengan tunggakan gaji pemain, berhubung tunggakan gaji pemain ini pihak kerajaan negeri difahamkan bahawa pihak PFA, Presiden sendiri telah mengadakan perbincangan dengan para pemain yang mempunyai tunggakan gaji dan dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak telah memperolehi satu persetujuan bersama dalam penyelesaian tunggakan gaji pemain tersebut.

YB Dato’ Speaker, saya baca dalam berita hari ni persefahaman antara pihak PFA dengan pemain ni gaji mereka akan dibayar tunggakan secara beransur-ansur musim depan musim 2019 tetapi sampai hari ni mereka nama mereka tidak disenaraikan sebagai pemain macam mana pihak PFA nak bayar tunggakan gaji tu bersama dengan gaji mereka musim depan sedangkan mereka tak dipilih.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Berkenaan dengan tunggakan gaji dan juga senarai pemain saya rasa itu adalah dua benda yang berbeza lah, saya dimaklumkan kita dimaklumkan oleh pihak PFA bahawa hasil daripada perbincangan juga persetujuan ni maka isu tunggakan gaji tak timbul sekarang ni isu pemain, isu pemain ni kita serahkan kepada pihak pengurusan dan juga pihak jurulatih untuk menentukan kesebelasan utama yang akan terlibat dalam pasukan PFA. Berkenaan dengan pemilihan pemain dan juga jurulatih bolasepak sebagaimana yang saya maklumkan tadi kita tidaklah menjalankan pemantauan secara detail atau pun secara khusus kepada pemantauan dari segi pemilihan pemain dan juga jurulatih bolasepak Negeri Perlis sebab ianya dijalankan sendiri oleh pihak persatuan PFA yang mempunyai kepakaran atau pun mempunyai kepercayaan dan juga keyakinan terhadap pemilihan-pemilihan pemain dan juga kejurulatihan. YB Dato’ Speaker saya ingin respon juga kepada soalan YB ADUN Guar Sanji berkenaan dengan sistem perparitan yang berhampiran dengan kedai dobi di Kampung Sena, kerajaan negeri telah mengambil maklum permasalahan yang ditimbulkan dan saya dimaklumkan pada pagi tadi pihak JKR Perlis telah pun melawat tempat dan insyaallah akan tindakan susulan akan dibuat dalam masa yang terdekat. Berkenaan dengan soalan dari ADUN Guar Sanji juga berkenaan dengan pili bomba, untuk makluman YB sehingga November 2018 terdapat sejumlah 62 unit pili bomba di kawasan DUN Guar Sanji walau bagaimana pun komuniti penduduk boleh lah membuat permohonan kepada jabatan bagi tujuan pembinaan pili bomba baru dan insyaallah permohonan ini kita akan masukkan dalam senarai permohonan baru dan bila ada peruntukan pada tahun depan insyaallah pihak Bomba akan memberi keutamaan berdasarkan dari segi statistik kes di kawasan berkenaan dan juga lain-lain faktor yang berkaitan lah, kemudian pihak jabatan juga akan melaksanakan kajian kawasan dan akan mendapatkan maklumat tentang sumber air terbuka yang boleh dijadikan sumber air semasa operasi kebakaran di kawasan tersebut disamping alternatif lain jabatan adalah dengan mengerakkan water tanker berkapasiti 10,000 liter bagi menghadiri kes-kes kecemasan.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Mohon mencelah YB Dato’ Speaker, ok terima kasih Dato’ Speaker, YB Kayang seperti semua yang kita maklum dalam dewan yang mulia ini pada tanggal 8 November lalu ada satu kebakaran berlaku di Kampung Seberang Tok Pi yang melibatkan 4 buah rumah cuma yang dikesali iaitu orang cakap pili bomba tu ada berhampiran dengan kawasan kejadian tapi masa dia sambungkan paip hose bomba tu tekanan air dia rendah ok takpa saya faham bab tu tapi mungkin ada dak perancangan daripada kerajaan negeri untuk menyediakan seperti orang cakap pam bomba bergerak ka apa untuk kegunaan kawasan-kawasan kampung nelayan di sekitar muara sungai Kuala Perlis ni.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih YB Kuala Perlis, ya lah kita memang sedia maklum bahawa pada masa kejadian tekanan air sangat rendah dan saya ambil maklum apa ni soalan dan juga usul daripada YB Kuala Perlis tentang cadangan untuk mengadakan mobil bomba yang bergerak pam bergerak insyaallah kita akan lihat cadangan ini dan akan mohon peruntukan daripada kerajaan persekutuan insyaallah, YB Dato’ Speaker dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan serta wakil serta petugas dewan dan juga media yang telah banyak membantu melancarkan persidangan dewan pada kali ini dengan baik dan lancar. YB Dato’ Speaker saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih YB Kayang, dipersilakan YB Santan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Soalan tambahan Dato’ Speaker.

Speaker

Dipersilakan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Saya dapat ada beberapa aduan tentang dewan serbaguna yang telah digunakan untuk tujuan parti politik malahan dengan papan tanda parti politik juga ada di dewan serbaguna saya ingin tahu bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini supaya dalam dewan serbaguna kerajaan tu tidak membawa tidak dipolitikan lah, terima kasih.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih YB Indera Kayangan saya rasa dewan orang ramai ni memang tidak ada papan-papan tanda yang berasaskan politik kecuali dewan kampung dewan yang diwujudkan di kampung-kampung dewan orang ramai yang diwujudkan di kampung kalau dewan-dewan yang dimaksudkan ole YB tu sebenarnya dewan-dewan UMNO yang mungkin UMNO lah saya tak tahu lah parti mana yang YB maksudkan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Dewan tu memang dewan KRT.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Ok saya ambil maklum saya tak pasti dewan tu kalau mungkin dalam kawasan YB ka. Ok terima kasih kita akan ambil maklum.

Speaker

Dipersilakan YB Santan.

YB TUAN AZIZAN B. SULAIMAN

:

Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillahirabbilalamin wassalatiwassala mualaasrafil amyahiwamussalim saidina muamadim waalaalihi wasahbihi ajmarin. YB Dato’ Speaker, Ahli-Ahli YB, Ketua-Ketua Pengarah Jabatan, wakil-wakil Pengarah Jabatan seterusnya para hadirin sekalian. Bersyukur kepada Allah dengan limpah izinnya maka mesyuarat kedua penggal persidangan pertama Dewan Undangan Negeri Perlis yang ke 14 telah sampai hari terakhir persidangan, ucapan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli YB kerana telah melaksanakan tugas yang terbaik yang telah dipertanggungjawabkan dan saya mengambil kesempatan untuk menyokong budget tahun 2019 yang telah pun di utarakan oleh YAB Menteri Besar. YB Dato’ Speaker saya ingin menjawab beberapa soalan yang telah timbul sepanjang dua hari dan juga hari ini berhubung kait dengan portfolio yang saya ada iaitu yang pertamanya daripada YB Indera Kayangan berhubung kait dengan kelonggaran diberikan untuk lesen hiburan yang menjana ekonomi Negeri Perlis. Untuk pengetahuan YB dan Ahli Dewan borang lesen hiburan Negeri Perlis adalah mengikut enakmen hiburan iaitu melalui pegawai perlesenan yang dilantik oleh pihak berkuasa negeri mengikut seksyen 3 enakmen hiburan 1987 kerajaan negeri juga telah membuat ketetapan melalui mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang telah bersidang pada 2 Oktober 2013 dan disahkan iaitu perkara 10.2 pusat hiburan, Majlis mengambil maklum mengenai pusat-pusat hiburan yang semakin bertambah di Perlis dan melahirkan kebimbangan bahawa perkembangan ini boleh mengundang kepada peningkatan gejala sosial dikalangan masyarakat berdasarkan senario yang berlaku di beberapa buah negeri seperti Selangor, Melaka, Johor dan sebagainya. Sehubungan itu Majlis bersetuju supaya MPK menangguhkan serta merta kelulusan lesen pusat hiburan baru dan sebarang permohonan bagi mendapatkan lesen hiburan hendaklah dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk pertimbangan. Untuk makluman ahli YB terdapat keseluruhan lebih seratus pemegang lesen hiburan sediada daripada jumlah tersebut juga lesen aktiviti hiburan yang dikeluarkan adalah seperti berikut sebanyak 18 aktiviti hiburan karaoke, 8 aktiviti hiburan mah-jong, 15 aktiviti hiburan snooker dan juga 68 aktiviti hiburan cyber cafe. Dalam memberi pertimbangan ke atas lesen hiburan kerajaan negeri mempertimbangkan dengan sebaik mungkin semua aspek dan garis panduan sebelum kelulusan diberikan dengan mengimbangi kesan baik dan buruk sesuatu permohonan lesen hiburan. Dalam hal ini sebarang permohonan dan kelonggaran syarat bagi mendapatkan lesen hiburan hendaklah dikemukakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan. Terdapat banyak jenis hiburan yang di Perlis ni dan tak perlu saya nak baca semua sekali tetapi itu adalah diantara perkara-perkara yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Bagi menjawab soalan daripada YB ADUN Indera Kayangan juga iaitu proses pembakaran mayat terpaksa dibuat di Kedah dan apakah kerajaan negeri mempunyai peruntukan untuk pembinaan Krimatorium. Kerajaan Negeri Perlis pada tahun 2007 telah memanjangkan peruntukan khas oleh YB Senator Siew Chun Ahli Dewan Negara pada ketika itu kepada YB Menteri Kewangan II melalui Majlis Perbandaran Kangar bagi mendapatkan peruntukan di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Perbandaran Kangar Perlis pada 22 November 2006 telah mengemukakan permohonan yang sama di atas tapak lot 1909 mukim Chuping Kubang Tiga Perlis atau pun Wat Siam Kubang Tiga berkeluasan keseluruhan 1.667 hektar atau pun 4.10 ekar walau bagaimana pun permohonan tersebut tidak dapat di pertimbangkan oleh KPKT memandangkan terdapat isu berkaitan hak milik tanah tersebut yang tidak memenuhi syarat kelulusan peruntukan, selain daripada itu status tapak tersebut perlu dipastikan adalah merupakan tapak milik pihak berkuasa tempatan atau pun PBT supaya peruntukan dapat diberikan mematuhi perkara 94 akta kerajaan tempatan. Untuk pengetahuan YB syarat yang telah ditetapkan bagi tempat pembakaran mayat ini adalah minimum seluas 1.5 ekar termasuklah tempat letak kenderaan beserta pelan tapak, pelan bangunan dan penyediaan jalan masuk seperti dalam syarat minimum tanah untuk tujuan tersebut. Pada tahun 2017 terdapat satu lagi permohonan daripada Persatuan Kebajikan Siam Bersatu Perlis untuk pembinaan Krimatorium iaitu di atas tanah lot 139 mukim Jejawi Perlis atau pun wat Machi Parasait maaf saya silap sebut Machi Parasit Jejawi Perlis berkeluasan keseluruhan 3.9153 hektar. Daripada cadangan-cadangan yang diterima ini didapati terdapat dua pihak yang berasingan yang telah mengemukakan permohonan pembinaan Krimatorium pada tahun 2017 kerajaan negeri telah bersetuju supaya sebuah Krimatorium dibina di lokasi yang bersesuaian, walau bagaimana pun kedua-dua pihak tidak berhasrat menyerahkan tanah kepada PBT seperti yang disyaratkan oleh KPKT. Kerajaan negeri juga telah menyampaikan hasrat ini kerana pihak kerajaan persekutuan semasa pertemuan yang diadakan dengan YB Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri bagi mendapatkan sokongan bagi perlaksanaan projek Kromatorium di Perlis. Untuk Soalan daripada YB Sanglang ini berhubung kait dengan zon operasi PBT tindakan kerajaan telah menambah tong sampah di Sanglang ini tajuk popular sejak bulan 10 hari YB. Kawasan MPK adalah seluruh Negeri Perlis kecuali hutan simpan, kawasan MPK ini terbahagi kepada 2 iaitu kawasan operasi dan kawasan kawalan. Kawasan operasi adalah kawasan yang dikenakan cukai tafsiran dan MPK menyediakan perkhidmatan seperti pengurusan infastruktur dan pembiayaan pengurusan sisa pepejal serta menguatkuasakan undang-undang di bawah PBT, kawasan kawalan pula adalah kawasan yang tidak dikenakan cukai tafsiran dan MPK tidak menyediakan perkhidmatan seperti pengurusan infrastruktur dan pembiayaan pengurusan sisa pepejal tetapi semua undang-undang di bawah PBT dikuatkuasakan. Untuk pengetahuan YB pada bulan 10 yang lepas saya telah pun memanggil semua sekali ahli YB seluruh kawasan dan telah menerangkan faktor-faktor utama mengapa SW Corp telah pun memberi notis telah dilihat pada banner-banner yang telah pun dibuat pada awal bulan 10 iaitu tidak lagi mengutip sampah di kawasan-kawasan yang diluar kawasan cukai tafsiran jadi perkara itu telah pun difahami oleh semua ahli YB dan saya memohon pada ahli YB di semua kawasan untuk memberi maklumat kepada seluruh penduduk-penduduk di Negeri Perlis. Dan ahli YB sebahagian besar DUN Sanglang adalah kawasan tidak bercukai bagi kawasan tidak bercukai SW Corp menyediakan perkhidmatan tong sampah awam berpusat dimana kosnya ditanggung oleh MPK, bagi Kuala Sanglang sebelum ini disediakan secara Corporate Social Responsibility (CSR) walau pun bayaran tak dikenakan di bawah tabung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam sepertimana kehendak di bawah seksyen 5.2C akta 672 sebanyak 8 buah tong sampah saiz 240 liter telah ditempatkan di kawasan persisiran pantai seperti beikut dimana Jalan Sungai Baru ada 3 Unit, Jalan Sungai Baru hingga Medan Selera Sungai Baru ada 3 Unit dan Jalan Sungai Baru hingga hadapan Medan Selera ada 2 Unit. Pihak kerajaan menyedari akan kemampuan kewangan

YB Dato’ Speaker, saya nak tanya YB Santan. Simpang Empat ni masuk kawasan PBT, kawasan Simpang Empat yang sedia tong tadi tu saya rasa tak masuk juga tu.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Simpang Empat ada masuk tu ( ketawa ) jadi Insyaallah lah dari segi bab tong sampah ni saya akan bincang lebih lanjut dan Insyaallah sidang dewan akan datang tak akan timbul lagi sampah insyaallah. Ahli YB soalan daripada YB ADUN Sanglang juga ini berkaitan dengan masalah kebersihan pasar malam dan juga tindakan-tindakan yang diambil, barubaru ni saya telah pun memanggil 24 pengusaha-pengusaha pasar malam terdapat 24 tempat di Perlis ni. Bagi penganjuran pasar malam di tapak yang disediakan oleh MPK pembersihan tapak dijalankan oleh e-Idaman dan dipantau oleh SW Corp dan juga pihak MPK manakala penganjuran pasar malam bagi tapak persendirian kerja pembersihan tapak perlu dijalankan sendiri oleh pihak penganjur, terdapat sebanyak 24 lokasi tapak pasar malam di Negeri Perlis. Pihak Majlis juga mengadakan beberapa perjumpaan bersama penganjur pasar malam dan pasar sehari untuk membincangkan isu berkaitan penganjuran pasar malam termasuklah kebersihan dan kemudahan syarat dimana dalam perjumpaan tersebut saya telah pun mengarahkan atau berbincang dengan pihak MPK dan juga SW Corp iaitu kita akan arahan telah pun dikeluarkan sebenarnya kepada pengusaha-pengusaha nat dan juga pasar malam tetapi al maklumlah cenge-cenge kesemua puak ni termasuklah bila kita pi jumpa bila kita pi saja mai dah exco nu exco ni mai dah jadi saya bukan payah ambil tindakan apa mai tengok apa cerita, ceritanya kita telah pun mengarahkan kesemua sekali pengusaha nat ni menyediakan tong sampah sendiri atau plastik hitam di tempat perniagaan masing-masing puak-puak kita ni biasalah rasa buah manggis ka, rasa rambutan ka kulit dia hentam bubuh atas jalan dan mungkin tempat tu takdak tong sampah tu jadi arahan telah pun dibuat tetapi ada yang buat dan ada yang tidak jadi penguatkuasaan saya bincang dengan pihak MPK insyaallah lah jika ada tenaga jika ada perkara-perkara yang boleh diuruskan kepada kejayaan itu maka kita akan cuba pantau setiap pasar malam dan akan menyita pasar malam atau pun menyita nat-nat, bila disita ni maka timbul lah pelbagai-bagai tohmahan kepada kerajaan apa ni puak melayu nak meniaga tak boleh macam-macam akan jadi itu semua akan kita semua akan semua dalam dewan ni akan tahu dan jika tindakan menyita dibuat maka sama-samalah kita tolong jawab bab tu tak semestinya kerajaan sahaja yang akan jawab.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Mohon mencelah mungkin YB Santan boleh tanya sebelah YB Simpang Empat macamana dia handle pasar malam belah Simpang Empat pasai kita dok borak semalam betoi dak YB Sanglang, YB Simpang Empat dia ada cara dia untuk macamana nak settle peniaga-peniaga ni. Boleh terang sikit dak YB Simpang Empat.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Macam ni Kuala Perlis YB Kuala Perlis saya nak habaq cara saya tu payah lah bukan tapi buat macamana pun kena ada kursus lah bagi saya peniaga-peniaga lain takdak cara dia.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

YB Kuala Perlis dan juga YB Simpang Empat jadi Insyaallah YB Insyaallah dar masa ke semasa kita akan kuatkuasakan denda tu dan memastikan sekiranya pengusaha atau peniaga tak menyediakan tong sendiri di tempat tu maka tindakan saman akan diteruskan dan akan dibuat pada pengusaha, jadi sama-samalah kita menjawab kerakusan pihak PBT untuk mendenda dan sekiranya ini timbul di dalam dewan yang mulia ini buat tindakan kita buat kelulusan Insyaallah kita akan buat benda tu Insyaallah. Berkaitan dengan soalan tambahan daripada YB Sanglang juga berhubung kait dengan kedai 1 Malaysia untuk makluman YB kedai rakyat 1 Malaysia @ KR1M telah menghentikan operasi pada 2 Januari 2018. Kedua-dua kedai ini telah diambil oleh Syarikat Swasta Promart yang mana turut menghentikan operasi mereka baru-baru ini. Kerajaan negeri telah dimaklumkan bahawa KR1M telah dijenamakan kepada kedai ekonomi pengguna iaitu kedai yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan. Pelancaran penjenamaan telah dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 29 November 2018, di Perlis kedai ekonomi pengguna adalah Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad D’Mart yang beroperasi di Felda Chuping dan Felda Mata Air. Soalan seterusnya berhubung kait dengan daripada YB Sanglang juga berhubung dengan pilihanraya PBT yang diharapkan ditolak oleh kerajaan negeri, dalam hal ini kerajaan negeri akan memberi pandangan mengikut situasi di Negeri Perlis setelah keputusan rasmi perlaksanaan diperolehi daripada kerajaan persekutuan. Isu-isu seperti kemampuan Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT untuk mengendalikan pilihanraya yang melibatkan kemampuan kewangan yang tinggi data pengundi di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan contohnya pelajar permastautin, pembayar cukai tafsiran dan isu-isu lain perlu dipertimbangkan sebelum keputusan dibuat. Pilihanraya Kerajaan Tempatan telah pun dimansuhkan sejak tahun 1960 yang mana pegawai-pegawai tertinggi Pihak Berkuasa Tempatan dan juga Ahli-Ahli Majlis yang bertindak sebagai penasihat dan pengubal undang-undang kecil di Pihak Berkuasa Tempatan tidak lagi dipilih oleh penduduk di sekitar kawasan Pihak Berkuasa Tempatan itu sendirinya sebaliknya dilantik oleh kerajaan negeri. Pada awalnya kerajaan persekutuan merancang memperkenalkan semula pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan yang dijangka bakal dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun akan datang. Kajian dan pindaan kepada akta Kerajaan Tempatan dan undang-undang lain yang berkaitan yang memerlukan keputusan perundangan Malaysia di Parlimen bagi membolehkan pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan diadakan semula. Soalan daripada YB ADUN Guar Sanji cara menangani masalah penjaja jalanan apakah tindakan penguatkuasaan secara holistik kepada peniaga jalanan. Semua permohonan lesen perniagaan akan dipertimbangkan dalam jawatankuasa tetap kesihatan dan perlesenan MPK, permohonan lesen perniagaan yang terletak di kawasan rezab jalan dan juga bahu jalan tidak diluluskan sebab ianya terdedah kepada risiko berlakunya kemalangan dan juga kacau ganggu lalulintas. MPK sentiasa mengambil pendekatan berhemah dalam menjalankan penguatkuasaan tindakan tegas terpaksa diambil sekiranya perniagaan itu menimbulkan gangguan dari segi keselamatan, ketenteraman, kebersihan dan keceriaan kawasan sekitar. Sebarang tindakan penguatkuasaan dijalankan menurut peruntukan undang-undang yang telah termaktub, MPK mempertingkatkan usaha penguatkuasaan pada masa depan. Untuk meningkatkan kualiti pengurusan penjaja MPK akan mengkaji cadangan dan mewujudkan zon penjaja di kawasan tertentu sekiranya terdapat lokasi yang bersesuaian. Akhir sekali saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua jabatan kerajaan yang membantu bagi semua perkara yang melibatkan pentadbiran dan juga operasi kerajaan dan bagi membantu rakyat di Negeri Perlis sekian, wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB Santan, dipersilakan YB Simpang Empat.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih YB Dato’ Speaker, Assalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh salam sejahtera dan selamat tengahari. Terlebih dahulu saya ucap terima kasih lah kepada semua YB-YB terutamanya daripada pembangkang yang bagi kerjasama bagus, pakai baju pun bagi nampak terang senang kita tau. Sebagai portfolio Pertanian dibawah saya, saya nak maklumlah beberapa perkara yang dibangkitkan pada Sena, Indera Kayangan, Kuala Perlis dan juga Guar Sanji. Untuk makluman YB dalam industri pertanian khususnya pengembangan manga harumanis kerajaan negeri amat menggalakkan penglibatan private swasta yang bukan sahaja kerajaan negeri yang akan laksanakan sebarang inisiatif bahkan perlu diteraju oleh atau dipacu oleh pihak-pihak swasta. Dalam industri hiliran harumanis telah terdapat banyak produk-produk yang dihasilkan oleh usahawan tempatan samada dalam bentuk makanan atau pun kegunaan harian antara produk yang perisa dalam makanan adalah jus kordial, aiskrim, roti, pau, dadih, akok, sambal, biskut roll, teh, float, puri dan sebagainya. Produk harian untuk pula yang dihasilkan adalah seperti sabun, shampoo, pewangi, pencuci dan lain-lain. Peranan Jabatan Pertanian adalah mewujudkan industri hiliran bagi manga harumanis Perlis bagi memberi khidmat nasihat pada usahawan yang terlibat. Untuk makluman YB juga festival harumanis merupakan satu acara tahunan yang diadakan pada setiap tahun, festival ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan buah harumanis dan memaklumkan kepada umum bahawa bermulanya musim harumanis. Kebiasaannya acara ini diadakan di ladang mempelam harumanis di Pusat Pertanian Bukit Bintang yang dirasmikan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis. Festival ini juga diadakan sebagai persediaan pengusaha-pengusaha industri untuk menyambut kedatangan pelancong luar yang berkunjung ke Negeri Perlis. Program ini melibatkan beberapa agensi kerajaan antaranya Jabatan Pertanian, FAMA, Lembaga Pertubuhan Peladang dan juga penglibatan pihak swasta seperti badan-badan koperasi, syarikat pengangkutan yang berkaitan dengan perkhidmatan dan juga restoran tempatan seperti Anjung Keli, Tok Mek dan Suri. Bagi pasaran buah harumanis di peringkat antarabangsa antara negara yang pernah ditembusi ialah seperti Jepun, China, Singapura, Brunei dan Hong Kong. Dari segi pencapaian hasilnya diperolehi adalah tidak begitu tinggi memandangkan pengeksportan buah tersebut hanya sebagai pengenalan di sebabkan harga harumanis tempatan adalah tinggi, bagi peruntukan untuk call room kini terdapat dua buah call room yang sediada terletak di Pusat Pertanian Bukit Temiang, Bukit Bintang minta maaf dan juga koperasi YA Panggas. Lokasi bagi tambahan call room yang akan dibangunkan ialah di Pusat Pertanian Bukit Bintang. Bagi SOP buah yang baru dipungut akan dibasuh dan dikeringkan serta terus disimpan dalam call room jangka masa hayat penyimpanan selama 20 hari, selepas dikeluarkan dari call room buah perlu diperam 48 jam sebelum boleh dijual atau dimakan. Untuk SOP ini Jabatan Pertanian masih lagi di peringkat usahasama bersama pihak Universiti Putra Malaysia sememangnya terdapat kajian yang telah dijalankan bagi penanaman harumanis di luar musim kajian tersebut masih di peringkat pemerhatian oleh Jabatan Pertanian dan ada impak positif untuk pengeluaran harumanis di luar musim. Pihak Berkuasa Pelaksana Koridor Utara (NCIA) juga telah menggunakan dua pendekatan atau mekanisme dan dalam melaksanakan program atau inisiatif berkaitan dengan kajian pengeluaran harumanis di luar musim. Pendekatan yang digunakan adalah seperti berikut kerjasama secara langsung dengan agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan melalui pendekatan Create Elite Module Of Innovation dengan wujudnya kerjasama antara pihak kerajaan, akedemi dan pemain industri. Untuk makluman YB juga tanaman nenas kerajaan negeri memandang baik potensi industri tanaman nenas secara komersial bagi penghasilan produk-produk hiliran berasaskan nenas seperti jus dan jem nenas. Kerajaan negeri juga telah menerima proposal pihak swasta bagi penanaman nenas yang masih dalam peringkat perbincangan dan belum dimuktamatkan manakala bagi industri buah tin kerajaan negeri kini dalam perancangan untuk menjalin kerjasama dengan pengusaha ladang figs di Lembah Chuping untuk menjadikan figs sebagai produk ekonik Negeri Perlis yang baru namun memandang figs adalah produk premium yang dipromosikan sebagai super food garis panduan yang ketat terutama dari segi versikuariti perlu dititik berat kerana negeri akan berunding dengan syarikat yang sedang mengusahakan tanaman super food di Lembah Chuping bagi pembangunan agrotourism. Selain daripada itu kerajaan turut melibatkan potensi di termpat-tempat lain seperti ladang anggur di Sungai batu Pahat dan sebagai satu pilihan lain untuk pembangunan agrotourism. Sungai batu Pahat juga merupakan kawasan yang sering dikunjungi oleh para pelancong yang mempunyai potensi yang sangat besar untuk pembangunan industri ini. Untuk makluman YB kerajaan negeri telah menerima cadangan pelaburan swasta bagi tanaman kelapa pandan, cadangan tersebut dalam peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan oleh Jabatan Pertanian dan juga menawarkan bantuan benih kepada pengusaha-pengusaha yang berminat secara terbuka walau bagaimana pun Jabatan Pertanian tidak berhasrat untuk menjadikan tanaman kelapa sebagai fokus utama dalam industri pertanian di Negeri Perlis berbanding dengan negeri-negeri lain yang merupakan pengeluar utama kelapa seperti Selangor, Johor dan Perak. Tahun 2018 ada juga pihak kerajaan bagi kat orang kampung suruh tanam di kampung-kampung masing-masing seorang satu pokok dua pokok begitulah keadaannya. Antara usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian untuk YB Indera Kayangan bagi mencapai hasrat pertanian pintar adalah dengan mengaplikasikan drone bagi tujuan menyembur racun serangga menganalisis tanah penanaman dan memantau hasil tanaman dengan cepat dan tanpa menggunakan tenaga kerja yang ramai. Jabatan Pertanian juga membangunkan aplikasi geoportal untuk menganalisis bagi meningkatkan hasil pertanian ini termasuk pemantauan situasi keadaan tanah pertanian terperinci data atau maklumat berkenaan dengan garis pertanian yang bersesuaian mengikut kesuburan tanah, sistem pengairan, topografi bentuk muka bumi, data-data maklumat, informasigrafi, imej penderiaan jauh para petani juga digalakkan mengakses maklumat pertanian dengan menggunakan implikasi media sosial terkini seperti whatsapp, facebook, Instagram, twitter dan sebagainya disamping itu juga jabatan banyak menyediakan info-info terkini di whatsapp jabatan yang boleh di akses secara atas talian bagi memudahkan para petani mengetahui kaedah-kaedah teknologi terkini yang telah diperkenalkan untuk pengurusan tanaman yang lebih cekap dalam menaikkan produktiviti hasil. Antara usaha-usaha Jabatan Pertanian adalah dengan mewujudkan agrimaps iaitu salah satu implikasi mudah alih yang dinagunkan di bawah projek e-Agrikultur Attention. Ia adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi mentransformasi perkhidmatan pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian cepat tanpa mengira masa dan tempat di mana berada. Implikasi ini adalah adaptasi dalam buku asas matematik pertanian terbitan Jabatan Pertanian Malaysia yang menampilkan maklumat pengiraan untuk tanaman sayur, tanaman-tanaman singkat buah-buahan, padi, kelapa, cendawan, lebah madu dan kelulut, baja, racun makhluk perosak, kejuruteraan pertanian, fertigasi dan aliran kewangan. Ia sesuai untuk digunakan sebagai rujukan dan panduan pada pegawai pengembangan pertanian mahupun dalam usaha tani. Untuk YB Azam dari Kuala Perlis sebarang tindakan penwartaan Kampung Nelayan sebagai Kampung Tradisi dan diberi geran berkelompok adalah tertakluk kepada persetujuan dan kelulusan pihak berkuasa negeri. Walau bagaimana pun berdasarkan kepada peruntukan Perundangan Tanah Negara mana-mana sungai, tasik atau mata air dan sehingga 50 meter dari tebing sungai tidak boleh dilupuskan samada secara pemilikan mahupun lesen menduduki sementara, kawasan rezab ini penting bagi memastikan sungai, tasik atau mata air dapat diselenggarakan dengan teratur bagi mengelakkan berlaku pembinaan struktur tanpa kawalan mengatasi dan di dalam sungai, tasik atau mata air tersebut. Sehubungan dengan itu berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada penempatan nelayan yang didirikan sepanjang sungai tidak boleh dipertimbangkan bagi tujuan pemilikan (jadi harta) kalau ada berlaku minta maklum balas sepat daripada YB Kuala Perlis dan juga untuk Jabatan Perikanan Negeri Perlis telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM 503,200.00 pada tahun 2018 kepada nelayan Negeri Perlis melibatkan penyaluran bantuan seperti pemberian tong insulasi, life buoy, lampu suluh discernible, lampu suluh kepala, pukat tangsi, GPS, spana tool, first Aid, lampu sola, walkie talkie dan freezer kepada golongan sasar sebanyak RM 236,200.00, pemindahan teknologi perikanan RM 42,000.00, kombo versi sumber perikanan RM 300,000.00 kepada pembangunan industri asas tani RM 5,000.00. Nelayan di Perlis juga menikmati kemudahan bantuan disediakan oleh LKIM iaitu penyediaan 3 jeti untuk nelayan isytihar tangkapan laut di Kuala Perlis, Kampung Kurung Tengar dan Kuala Sungai Baru, Pemberian insiatif hasil tangkapan ikan, penyediaan prasarana pendaratan bot dan sampan di 26 lokasi sepanjang Kuala Perlis ke Kuala Sanglang, bimbingan dan kawal selia usahawan bimbingan melibatkan peningkatan keupayaan pengeluaran pemprosesan, peningkatan kualiti dan penkomersialan produk nilai tambah produk dan promosi. LKIM dengan kerjasama kerajaan negeri juga telah melaksanakan penempatan semula nelayan Kuala Perlis yang bernilai RM 10,487,000.00 yang dijangka siap 2019 dan akan memberi manfaat kepada 60 isi keluarga nelayan di Perlis. Kerajaan negeri juga telah menganjurkan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan sebagai sambutan bagi tujuan mengiktiraf dan menghargai sumbangan peladang, penternak dan nelayan Negeri Perlis dengan peruntukan tahun 2018 sebanyak RM 300,000.00

YB Dato’ Speaker, nak tanya YB Simpang Empat ni, bangunan LKIM di Kuala Sungai Padang tu bila nak boh bumbung balik

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Pasai kena ribut YB tak sekat tak tanam pokok sikit jaga..

berkarat

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

berkarat tau pasai kena air masin atap zink faham ambik reput mudah reput dan saya pun pi tengok dua tiga kali dah cuma tak pi minum air biak di rumah YB saja (ketawa). Untuk YB Guar Sanji berkenaan dengan perancangan ekonomi Negeri Perlis berdasarkan peruntukan yang telah disalurkan di bawah RMK 10 Jabatan Pertanian telah menerima peruntukan sebanyak RM 5 juta hingga RM 6 juta setiap tahun. Mulai RMK 11 kerajaan negeri telah memberi resionalisasi budget dengan mengariskan panduan yang berbeza perbelanjaan yang dibenarkan di bawah peruntukan pembangunan dan peruntukan mengurus agak lebih tepat. Sehubungan ini berdasarkan senarai projek yang dikemukakan oleh Jabatan Pertanian terdapat beberapa projek yang lebih wajar diletakkan di bawah peruntukan mengurus ini termasuk perkhidmatan tenaga kerja di pusat-pusat Pertanian dan pembelian benih serta racun melalui rasionalisasi ini berlaku pengurangan peruntukan pembangunan sebanyak 33% yang menjadikan peruntukan pembangunan bagi Jabatan Pertanian adalah RM 3 juta hingga RM 4 juta setahun. Pada tahun 2019 peruntukan pembangunan adalah sebanyak RM 3.18 juta dan menfokuskan pembangunan industri padi, sayur, tanaman ladang, buah-buahan, tanaman kelapa, herba, industri tani, usaha tani, prasarana pusat-pusat pertanian dan pusat agro pelancongan di Taman Anggur pertuntukan ini belum diambil kira lagi peruntukan yang diterima dari Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani yang turut menyalurkan peruntukan kepada sektor pertanian pada semua jabatan dan agensi di bawah MOA seperti MADA, Jabatan Vetarinar, MARDI dan lain-lain, saya harap penjelasan yang saya bagi ini dapat membantu kepada kita semua dalam merialisasikan untuk tahun 2019 akhir kata saya ucap terima kasih lah kepada YB Dato’ Speaker, Setiausaha Dewan dan kakitangan, ketua-ketua jabatan serta wakilnya, urusetia pejabat MB, para pemberita, para pemerhati yang memberi kerjasama semoga apa yang dirancangkan dalam anggaran perbelanjaan tahun 2019 dan undang-undang enakmen perbekalan tahun 2019 dapat dilaksanakan dengan kerjasama sepenuhnya daripada tuan-tuan dan puan-puan

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

sikit saja nak tanya YB Simpang Empat,

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

tak dan nak habis…

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

nak tanya saya dapat maklumat Bernas dia beli padi daripada pesawah petani kemudian dia keringkan di kilang kemudian kenapakah di kisar di tempat lain.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Untuk maklumat YB la kan kita sedia tahu Bernas swasta jadi apabila swasta dia kira untung lah satu, yang kedua dia bagi peluang pada terutamanya peladang PPK bukan buka pusat pengumpulan padi jadi padi-padi tu dia bagi kepada mana-mana yang usaha sebab kalaulah Bernas buat semua jadi industri lain kilang-kilang lain terutamanya bumiputera yang ada gulung tikar tu yang dia bagi apa yang kering yang kisar tempat lain kan bagi peluang kalau tak bagi saya bagi contoh lah untuk YB kan dan untuk makluman kan pasai benda ni saya dah lama jaga dia kan kalau kata kita tak bagi padi pi kisar terutamanya satu kilang Jalan Kuala Perlis Batu Bara dia nak buat apa dia kering pun dak beli pun dak kilang ada contohnya begitu lah juga di kilang-kilang lain yang ada di luar daripada Perlis sekian, dengan itu saya menyokong perbelanjaan bagi tahun 2019 sekian wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB Simpang Empat, dipersilakan YB Chuping.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Bismilahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh salam sejahtera salam satu Perlis Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju terima kasih YB Dato’ Speaker atas laluan yang diberikan, YB Dato’ Speaker, YAB Bintong, Ahli-Ahli YB, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Wakil-Wakil Jabatan, Pengamal Media serta Pemerhati yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah mesyuarat kedua penggal persidangan pertama Dewan Undangan Negeri Perlis telah pun berjalan dengan lancar. Di atas kesempatan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan tahniah kepada YB Dato’ Speaker, Setiausaha Dewan, Urusetia Dewan, Bentara kerana dapat mengendalikan sidang DUN selama 3 hari ini dengan baik dan lancar, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan tahniah kepada YAB Bintong yang telah berjaya membentangkan anggaran perbelanjaan pembangunan 2019 yang begitu komprihensif dan menyeluruh walau pun dalam budget tersebut pendapatan kerajaan negeri masih bergantung kepada penerimaan bukan hasil dan ini kerajaan negeri sedaya upaya untuk kerjasama dengan pihak swasta dalam membangunkan negeri ini yang boleh menjanakan pendapatan kepada kerajaan negeri. Dan kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Ahli-Ahli YB ADUN kerana perbahasan kelmarin terlibat secara aktif dan sentiasa memberi pandangan dan pendapat terhadap dua usul yang telah di bawa dalam dewan yang mulia ini iaitu usul pertama menolak retifikasi kovensyen antarabangsa mengenai penghapusan segala bentuk diskriminasi kaum (ICERD) dan yang kedua usul anggaran pembangunan Negeri Perlis tahun 2019, segala pandangan yang diutarakan dalam perbahasan kelmarin Insyaallah kerajaan negeri akan mempertimbangkan dan mengambil kira yang baik itu demi memantapkan lagi ekonomi serta sosial negeri dan rakyat Perlis bagi menjadikan Negeri Perlis sebagai negeri bandaraya menjelang 2030 nanti. Dalam perbahasan kelmarin ada saya dapat dua sahaja yang melibatkan portfolio saya yang pertama daripada YB Indera Kayangan yang mana menyentuh program pembasmian kemiskinan dalam mencapai 0% paras kemiskinan pada 2030, yang ni sepertimana yang saya maklum pada sidang yang lepas kadar kemiskinan pada 2030 adalah dijangkakan menjadi sifar. Hal ini adalah tidak mustahil kerana buat masa ini kadar kemiskinan bagi Negeri Perlis adalah hanya 0.1% YB Indera Kayangan mungkin menengok atau melihat dari beberapa aspek sahaja tapi kalau YB Indera Kayangan melihat pada hari ini secara jelas daripada semua Ahli-Ahli YB pihak kerajaan yang bawah poerfolio masing-masing telah menerangkan beberapa program yang telah diatur contohnya tadi YB Beseri dalam MAIPs telah mengatur beberapa program untuk asnaf begitu juga YB Simpang Empat tadi telah menyentuh tentang program-program dibawah MADA dan sebagainya pertanian usahawan muda jadi inilah kerajaan telahpun mengatur langkah-langkah untuk membasmi kemiskinan di Negeri Perlis selaras Negeri

Perlis mencapai negeri bandaraya 2030 dan pada masa yang sama kerajaan negeri melalui rancangan struktur Negeri Perlis 2030 yang mana kita hari ini telah mengetahui apa yang telah dirancang oleh kerajaan negeri melalui projek-projek yang berimpak tinggi sepertimana CVIA dan PIP dan ini adalah memberi peluang pekerjaan kepada golongan-golongan atau pun rakyat di Negeri Perlis tetapi ini terpulang kepada masing-masing bak kata pepatah kalau seseorang tu nak ubah nasib diri dia sapa lagi kalau nak harap orang ubah kalau dia tak ubah sendiri sepertimana sebagai umat islam kita percaya dalam Al-Quran pun menyebut sebenarnya Allah Subhanahuwataala tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sekiranya kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya sendiri. Jadi kita kena percaya yang tu dan kita mintalah kerjasama daripada YB kawasan-kawasan atau pun Ahli-Ahli YB disebelah sana untuk memastikan rakyat yang dalam kawasan tuan-tuan dan puan-puan Ahli-Ahli YB supaya dapat maklumat yang jelas yang yang telah dibuka ruang oleh jabatan-jabatan atau agensi kerajaan negeri dan persekutuan untuk mengambil peluang-peluang tersebut sebagai usaha untuk kita mengubah sosio ekonomi bagi keluarga tersebut. Dabn seterusnya ni saya nak menjawab bagi persoalan yang dikemukakan oleh YB Kuala Perlis berkaitan dengan samada negeri berhasrat untuk mengadakan festival sukan air seperti Dragon Boat Festival sepertimana di Pulau Pinang, untuk makluman semua sehingga kini kerajaan negeri telah menganjurkan dua acara sukan air iaitu pesta air Kuala Perlis yang baru ni kita buat dan juga kejohanan perahu layar KFC Perlis Open Regatta di Empangan Timah Tasoh dan saya difahamkan sudah lapan tahun betoi YB Kayang dah lapan tahun dah kita mengadakan kejohanan ini berhubung perlaksanaan Dragon Boat Festival atau kayak pula kerajaan negeri sememangnya akan mempelbagaikan kategori pertandingan bagi menarik kehadiran lebih ramai peserta hadir ke pesta air Kuala Perlis serta menarik minat lebih ramai pengunjung untuk menyaksikan kemeriahan pesta ini. Bagi penganjuran 20-21 Oktober yang lalu Jabatan Perangkaan Negeri Perlis telah merekodkan kehadiran sebanyak 21,359 orang pengunjung semasa dua hari tersebut. Untuk makluman bersama projek lencongan banjir barat di kampung Wai masih dalam perlaksanaan dan dijangka siap pada Mei 2019 setelah disiapkan projek ini akan diserahkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis untuk tujuan penyelenggaraan dan pihak kontraktor utama masih lagi bertanggungjawab sepanjang tempoh liabiliti kecacatan atau Defect Liability Period (DLP) selama 1 tahun. Sebarang aktiviti oleh pihak ketiga adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh tersebut walau bagaimanapun satu kajian dan perbincangan yang terperinci yang melibatkan pelbagai pihak yang berkaitan akan diadakan bagi mengkaji dan mempertimbangkan kesesuaian lokasi dan anggaran kos yang terlibat aspek keselamatan yang perlu dititik beratkan serta kemudahan-kemudahan yang sedia ada dan diperlukan sepanjang penganjuran pesta tersebut dan pada masa yang sama untuk makluman Ahli-Ahli YB sepanjang tahun 2018 kerajaan negeri bersama persatuan sukan dan badan swasta telah menganjurkan beberapa acara seperti berikut, yakni sport tourism lah Perlis Marathon 5 Mei yang lalu, Tasik Melati Run 11 Ogos, The Big Canopy Camp Out di Taman Negeri 14-16 September, Malaysian Rider Championship pada 20-21 YB Indera Kayangan sendiri turun, Rainbow Run pada 27 Oktober, Kejohanan Woodball Terbuka Perlis 8-10 November dan yang akhir baru ni adalah Perlis Unity River Run pada 8 Disember. Jadi pada masa yang sama saya bagi memastikan pembangunan sektor pelancongan ni berterusan kerajaan negeri sedang merangka satu pelan induk perancangan fizikal pelancongan Negeri Perlis, pelan ini akan bertindak sebagai sat ugaris panduan bagi semua agensi dan jabatan kerajaan dalam usaha bagi memastikan pengurusan produk, program dan aktiviti pelancongan di Negeri Perlis dapat dijayakan serta dapat menarik pelancong agar bukan lagi menjadikan Perlis sebagai negeri transit semata-mata dengan adanya pelan ini ianya dapat membantu menganalisis serta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sektor pelancongan Perlis supaya langkah-langkah penambahbaikan dapat dilaksanakan dalam tempoh jangkamasa pendek dan panjang. Apabila adanya pelan ini maka ianya terjawab kepada cadangan sidang DUN yang lepas YB Kuala Perlis dan YB Sena ada menyuarakan pandangan tersebut untuk mewujudkan satu agensi yang bertanggungjawab kepada bagi menguruskan tempat-tempat pelancongan di Negeri Perlis, dalam budget yang dibentangkan oleh YAB Bintong pada hari pertama persidangan telah pun mengariskan beberapa peruntukan untuk pembangunan pelancongan di Negeri Perlis pada tahun 2019 terima kasih YAB Bintong dan ini menunjukkan kerajaan negeri sentiasa menfokuskan program-program pembangunan pelancongan seiring dengan jumlah kehadiran pelancong yang ramai tujuan utama tak lain dan tak bukan adalah untuk memastikan pelancong yang melalui negeri ini akan terus jatuh cinta dan untuk memanjangkan tempoh lawatan dan berbelanja di negeri ini sebelum ke seberang atau balik daripada seberang atau sebaliknya samada ke Langkawi atau pun Thailand. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan ahli YB ada satu program iaitu tapak pasar tani khas pelancongan di Kurung Tengar, Kurung Tengaq tu dia mai Bahasa Perlis dah yang dibuat oleh pihak FAMA pada minggu lepas telah dirasmikan dan dia akan terus beroperasi pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai jam 5.00 petang hingga 10.00 malam yang ni adalah salah satu program yang khusus untuk pelancongan dan kita mengharapkan pada hari ini kita nak mewar-warkan lah kepada pemain-pemain industry pelancongan terutama sekali travel agen dan sebagainya supaya bas-bas yang bawa pelancong boleh ambil pelancong di jeti tu pada pukul 5.00 ka pagi tak dak la petang baru start ni 5.00 petang hingga 10.00 malam bawa terus ke pusat atau pun tapak pasar tani khas pelancongan di Kurung Tengar. Jadi itulah program-program yang banyak lagi pada yang kita dengar pada pembentangan budget yang akan dibuat terutama sekali untuk kita menarik pelancong-pelancong yang sebelum ini sebagai transit di Perlis tapi nak terus ia jatuh jatuh cinta di Perlis. YB Dato’ Speaker, Ahli-Ahli YB saya juga ingin menegaskan kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan jangan sekali cuba mengubah, membatal atau pun tidak mengiktirafkan apa yang telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia sejak merdeka lagi, dengan adanya perlembagaan ini lah rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa yang telah hidup dengan penuh harmoni, aman, damai sejak sekian lama lagi dengan semangat bertoleransi, perpaduan yang tinggi, bekerjasama, hormat menghormati satu sama lain prinsip rukun negara haruslah dipegang dan diikat dengan kukuh oleh setiap rakyat Malaysia. Terima kasih saya juga ingin mengambil kesempatan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia iaitu MOTAC kerana telah memberi beberapa peruntukan kepada program-program utama untuk negeri seperti Pesta Air Perlis dan juga Pesta Angin Timur selama lima tahun berturut-turut, MOTAC telah memberi sebahagian peruntukan untuk kita jayakan program kedua-dua program besar ini. Dan bagi Pesta Angin Timur 2019 bersama dengan program salam sawaddi Insyaallah kita akan adakan pada 22,23 dan 24 Februari 2019 Insyaallah dan terima kasih kepada saya juga ingin merakamkan terima kasih juga kepada kerajaan yang baharu Pakatan Harapan di atas penyaluran peruntukan semula kepada kerajaan negeri bagi memastikan kerja-kerja infra di CVIA,PIP dan Kangar Central selaras dengan iltizam kerajaan persekutuan untuk tidak membiarkan mana-mana negeri di Malaysia tertinggal di belakang. Terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan yang berada di sidang DUN selama tiga hari dan terima kasih jua di atas kerjasama yang diberikan pada saya sebelum, semasa dan seterusnya baik melaui portfolio atau pun rakyat saya di kawasan Chuping. Demikianlah ucapan saya YB Dato’ Speaker sekian wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB Chuping, dipersilakan YAB Bintong.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Bismillahirahmanirrahim, assalammu`alaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Alhamdulillahirabbilalamin wabirinastarim selamat tengahari dan salam sejahtera YB Dato’ Speaker, pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua Ahli-Ahli YB termasuklah rakan-rakan saya daripada French Band dengan izin yang telah mengambil bahagian secara aktif di dalam perbahasan kita pada kali ini selama tiga hari berturut-turut dan bagi rakan-rakan saya yang telah memberikan respon dan maklumbalas ke atas isu-isu yang ditimbulkan dan juga persoalan-persoalan diajukan, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli YB daripada Pakatan Harapan dan juga daripada PAS semasa berdebat atau berhujah telah memberikan pandangan-pandangan yang bernas dan membina dan Insyaallah saya beri jaminan bahawa mana-mana pandangan yang praktikal yang boleh dilaksanakan dengan izin implimantable dan berada di dalam ruang lingkup kemampuan kerajaan negeri mengikut portfolio-portfolio yang berkenaan Insyaallah kita cuba laksanakan. Saya telah melihat membuat pemerhatian di atas hujah-hujah yang dikemukakan, pandangan-pandangan yang diberikan saya boleh kategorikan ada pandangan-pandangan yang umum dan di masa yang sama terdapat juga perkara-perkara yang khusus yang telah diberikan dan di dalam respon saya atau pun maklum balas yang saya akan kemukakan ini saya juga mungkin akan menyentuh mengenai isu-isu yang berkaitan sebagai maklumat tambahan iaitu bagi portfolio-portfolio yang terletak di bawah tanggung jawab rakan-rakan saya di kalangan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, saya ingin menyentuh mengenai isu-isu yang ditimbulkan oleh YB daripada sena di dalam ucapannya kelmarin YB telah menyebut bahawa tiada sumber baru dalam hasil, memang benar tidak ada sumber baru tetapi walaupun tidak ada sumber baru tetapi kita cuba untuk meningkatkan sumber-sumber yang lama yang sediada itu ini seperti yang telah saya terangkan di dalam salah satu jawapan semasa soalan lisan iaitu dalam usaha untuk meningkatkan hasil ini salah satunya ialah kita cuba meningkatkan hasil percukai itu sendiri iaitu cukai-cukai tanah kita nak mempastikan supaya pemilik-pemilik tanah ini membayar cukai masing-masing dan dimasa yang sama mengubah syarat penggunaan tanah itu dan dengan perubahan sayarat penggunaan tanah ini maka kadar cukai yang dikenakan juga berbeza atau pun yang perlu dibayar juga berbeza tapi malangnya masih ramai dikalangan pemegang-pemegang lesen tanah ini atau pun hakmilik tanah ini tidak membayar cukai, atau pun lewat membayar cukai dan akhirnya kerajaan negeri terpaksa menanggung tunggakan yang agak tinggi yang saban tahun menjadi observation pemerhatian atau pun teguran daripada pihak audit. Jadi kerana itu dalam hal ini saya ingin menyeru rakan-rakan daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sendiri dan juga daripada parti Pakatan Harapan dan PAS supaya menyedarkan prostate tones masing-masing tentang pentingnya untuk mereka membayar cukai dan kalau cukai ini dibayar mengikut jadual dalam tahun yang berkenaan Insyaallah hasil akan dapat ditingkatkan dan dimasa yang sama kita di Negeri Perlis ni sumber hasil yang berdasarkan sumber hasil asli memang tak banyak dan kerana itulah ini merupakan satu cabaran kepada kerajaan negeri dimana kita mesti kreatif didalam menjana pendapatan yang baru dan kreativiti kita ini mesti tidak boleh terlalu jauh sangat kaitannya dengan negeri kita dan sebab itulah kerajaan negeri telah melihat bahawa penjanaan pendapatan ini boleh dilakukan dengan mewujudkan peluang-peluang atau pun projek-projek yang besar yang dianggap bersaiz besar dalam konteks Negeri Perlis seperti di Sanglang nanti misalnya di Padang Besar dan dimasa yang sama kita juga nak mempastikan supaya syarikat-syarikat anak syarikat milik kerajaan negeri juga mendapat keuntungan yang baik dan daripada keuntungan ini maka mereka boleh menyumbangkan kembali kepada kerajaan di dalam bentuk hasil contoh pada tahun ini MBI Menteri Besar Incoperation telah berjaya mencatatkan pendapatan yang lebih tinggi berbanding dengan tahun-tahun berikutnya dan kerana itu juga telah merekodkan untung yang lebih besar dan berdasarkan kepada kenyataan atau penyata kewangan yang telah dikemukakan maka kerajaan negeri telah membuat persetujuan bersama-sama dengan MBI untuk MBI menyumbang pada tahun ini sahaja 1.5 juta ringgit dan kita ucapkan tahniah kepada pengurusan MBI yang telah berjaya menguruskan MBI ini dengan baik dan seterusnya mencatatkan rekod keuntungan dan kita harapkan di tahun-tahun yang akan datang bukan sahaja MBI malah anak-anak syarikat yang lain juga akan turut mencatatkan rekod yang baik dan pendapatan yang lebih yang akhirnya dapat disumbangkan kepada kerajaan negeri dalam bentuk hasil yang bukan cukai jadi ini diantara perkara-perkara yang kita sedang usahakan dalam usaha untuk meningkatkan kita ada satu lagi sebenarnya inisiatif tetapi tidak dapat dilaksanakan lagi pada masa ini kerana kita terpaksa melihat kepada peruntukan undang-undang atau pun mengadakan undang-undang yang baru iaitu untuk mengenakan levi atau pun cukai ke atas mereka pelancong-pelancong yang datang ke Negeri Perlis, mereka yang tinggal di hotel-hotel atau pun yang menaiki feri untuk pergi ke Langkawi kalau mengikut rekod kita ada lebih kurang 54 juta pelancong yang menggunakan kita punya feri pergi dan balik kalau dikenakan levi 50 sen atau pun satu ringgit sekepala pun kita dah dapat mengutip 5.7 juta sebenarnya tetapi kita ada kekangan-kekangan dari segi perundangan dan ini perlu dilihat YB Penasihat Undang-Undang kita sedang melihat lagi perkara ini untuk diperhalusi dan bagaimana kita nak melaksanakannya dan kita melihat modul ini modul di Pulau Pinang dan juga modul di Melaka dan ni kita harapkan kita dapat membantu kita dari segi meningkatkan hasil dan saya juga telah menyebut mengenai apabila kita berjaya meningkatkan hasil ini maka kebergantungan kita kepada kerajaan persekutuan akan berkurang dan kerana itu obligation yang ada pada kerajaan persekutuan akan dapat dikurangkan dan sumber-sumber yang tidak disalurkan pada kerajaan negeri itu boleh digunakan untuk tujuan-tujuan yang lain yang lebih baik dan ini adalah merupakan satu usaha jangka panjang dan mungkin kita tidak dapat melihatnya dalam tempoh yang terdekat. YB sena juga menimbulkan mengenai satu program baru dibawah sebenarnya portfolio pertanian yang saya ingin sentuh iaitu perladangan tenusu lembu tenusu dan juga lembu daging sebenarnya ini adalah merupakan suatu lagi program baru yang kita nak buat secara teratur secara bersistematik dan bukan hanya teratur dan sistematik tetapi di dalam skala yang besar. Kita mempunyai tanah di Chuping tetapi tanah di Chuping ini bukan milik kerajaan negeri sebahagian besarnya dia adalah diletakkan adalah milik syarikat MSM iaitu syarikat gula kita mengharapkan supaya nanti ada pengusaha-pengusaha atau pun pelabur-pelabur yang boleh mewujudkan kerjasama dengan pemilik tanah ini tidak kiralah samada pemilik tanah ini MSM atau sesiapa sahaja nanti supaya mereka dapat wujud satu kerjasama menggunakan tanah yang begitu luas yang mengikut rekod kita ada 11,288 ekar yang boleh digunakan dan kita melihat ini merupakan sesuatu yang baik selain daripada sistem dengan izin greezing itu kita juga boleh gunakan fit lock system dan kita sebagai pintu masuk utama untuk lembu-lembu daripada luar negara terutama sekali daripada Thailand dan juga daripada Myanmar atau pun daripada Cambodia memang ini tempat yang terbaik sekali dari segi lokasinya saya telah berjumpa dan berbincang dengan pengusaha-pengusaha dan penternak-penternak lembu ini mereka mengatakan bahawa Perlis adalah merupakan pintu masuk yang terbaik untuk lembu-lembu digemukkan ini melalui proses fattening system fit lock system ini. Dan sebab itu saya melihat kita berbincang di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan melihat ini sebagai satu sumber yang baru dan Insyaallah walau pun YB Sena menanyakan saya secara khusus siapa dan apakah kedudukan statusnya pada masa ini jawapan saya ialah kita sekarang ini sedang mengadakan perbincangan awal belum ada sesuatu komitmen atau perjanjian atau pun sesuatu yang telah pun dimuktamadkan Insyaallah kita akan usahakan ini dan mungkin dia boleh melibatkan juga membuka sedikit peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan Insyaallah. YB daripada Indera Kayangan ada menyentuh mengenai kouta perumahan tadi telah dijelaskan oleh YB Santan begitu juga dengan lesen hiburan, saya nak maklumkan disini bahawa kouta perumahan yang diwujudkan ini bukan sesuatu yang bersifat dengan izin discriminatory ini adalah merupakan sebahagian daripada yang boleh saya kategorikan sebagai suatu affirmative action once it has been affirm then action no longer needed dengan izin YB Dato’ Speaker jadi bermakna bahawa ini bukan sesuatu yang akan kekal disana kalau kita mendengan tadi penjelasan yang diberikan oleh YB daripada Santan 92.4% setinggan di Negeri Perlis ini adalah terdiri daripada golongan bumiputera khususnya orang melayu, jadi bersesuaian lah kalau sekiranya kita menetapkan suatu kouta yang lebih besar sedikit untuk mengatasi masalah-masalah yang begini dan dimasa yang sama

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Mohon mencelah selepas pelaksanaan sistem polisi kouta ini saya nak tahulah sebab dari segi 92.4% peratusan setinggan tu selepas pelaksanaan kouta ni berapa penurunan peratusan setinggan selepas pelaksanaan sistem inilah polisi ini, terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Kalau boleh saya refresh balik soalan YB mengikut fahaman saya tak mengapa saya akan lakukan maksudnya YB bertanya saya mengenai berapa lama 92.4% itu dapat dikurangkan maksudnya begitu bukan,

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Saya bertanyakan sekian lama sistem kouta ini telah dilaksanakan berapakah penurunan peratusan sehingga masa kini.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

YB untuk makluman dewan yang mulia ini dasar ini baru lagi dilaksanakan sebenarnya baru 4 tahun lebih dan tetapi masalahnya disini ialah kebanyakan daripada pemaju ini dia lebih menumpukan perhatian kepada rumah-rumah yang diluar kemampuan daripada pihak setinggan kebanyakan rumah yang dibina rumah teres, rumah semi D dan juga rumag banglo yang ini out of their touch dia tak mungkin mampu kerana itulah YB kita nak menggalakkan supaya pemaju-pemaju ini samada luar daripada Perlis atau pun dalam Perlis untuk memberikan perhatian kepada rumah-rumah mampu milik yang ini kita nak tekankan jadi saya sebutkan tadi bahawa ini merupakan bukan sesuatu yang akan kekal berada disana sepanjang masa kalau kirta dapat menyelesaikan masalah perumahan yang ada ini terutama sekali di kalangan orang melayu the playing feel is being level orang kata jadi kita tidak perlu ada sistem kouta ini jadi this is to be fair to everyone itu maksud saya dan saya nak sebutkan disini bahawa sepertimana yang disebutkan oleh YB daripada Santan tadi penduduk di Negeri Perlis ini 88.7% atau lebih kurang 89% adalah bumiputera dan melayu dan yang bukan melayu ini hanya 11% lebih kurang berdasarkan kepada sistem kouta ini pun sebenarnya jumlah atau pun peratusan yang diperuntukan untuk bukan bumiputera ini lebih besar daripada 11% itu, saya telah membuat satu congak yang mudah tadi dia sebenarnya secara puratanya kouta untuk bukan bumiputera ini masih lagi tinggi masih lagi tinggi, melebihi daripada 30% itu tetapi saya juga nak sebutkan sepertimana yang disebutkan oleh YB daripada Santan tadi kita ada mekanisme untuk melepaskan kouta-kouta ini selepas dua tahun dan itu tidak merugikan sebenarnya kepada pihak pemaju sebab holding coast yang terpaksa ditanggung selama tempoh dua tahun itu boleh di offset dengan harga rumah yang tidak terjual itu apabila dijual itu selepas dua tahun ianya meningkat ia tidak turun jadi…

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Mohon mencelah, mohon mencelah ok pertama ialah jikalau harga rumah atau pun rumah yang dibina oleh pemaju adalah mahal sebenarnya dia tidak menepati atau pun menepati apakah tujuan iaitu penetapan polisi dengan peratusan kouta ini sebab jikalau harga rumah itu masih mahal sepertimana yang YAB Bintong katakan tadi ia tidak dapat menyalurkan sasaran rumah ini kepada setinggan kerana mereka tidak mampu membelinya dan kedua ialah jikalau macam YAB Bintong katakana kalau harga rumah dia akan meningkat dia secara keseluruhannya pada akhirnya dia menjadi satu bebanan kepada rakyat keseluruhannya untuk Negeri Perlis jadi dia tidak dapat memenuhi apa yang dikehendaki dan ditargetkan oleh kerajaan negeri dalam mengubal dan melaksanakan polisi ini.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Memang benar apa yang disebutkan oleh YB dan sebab itulah kerajaan negeri menggalakkan supaya pemaju-pemaju lebih memberikan kosentrasi kepada rumah-rumah yang mampu milik offer the bold home tetapi masalahnya disini ada satu dichotomy iaitu diantara pemaju dan orang yang membeli pemaju lebih suka untuk melibatkan diri di dalam sektor perumahan yang mendatangkan untung yang lebih dan biasanya rumah-rumah banglo, rumah semi D dan rumah teres ini yang memberikan pulangan yang besar berbanding dengan rumah-rumah mampu milik apatah lagi rumah-rumah kos rendah. Jadi kerana itu kita nak menggalakan supaya pemaju-pemaju memberikan tumpuan kepada rumah-rumah mampu milik kalau kita nak menyelesaikan ini mesti ada kerjasama yang rapat diantara pihak kerajaan dengan juga pihak swasta atau pun pihak pemaju sebab kerajaan dalam hari ini disamping untuk menyediakan perumahan yang selesa kita nak mempastikan supaya setiap orang rakyat kita ini mendapat kemudahan ini this is not an easy easy thing to do dengan izin we has to strike a balance here diantara keperluan pihak pemaju dan juga keperluan pihak pembeli kalau tidak ada dia tidak boleh match sampai bila pun akan berlaku jurang ini jadi kerana itu dia perlu ada kerjasama diantara kedua-dua pihak dan satu lagi YB saya nak timbulkan disini iaitu hujah yang telah YB berikan kelmarin bahawa kerana sistem kouta inilah dan dimasa yang sama dengan kekangan kepada pengeluaran lesen hiburan telah menyebabkan terbantutnya pembangunan di Negeri Perlis. Saya YB Dato’ Speaker this is what a sweeping statement and does not trueling clip the true situations dengan izin sebab apa untuk memajukan negeri ini dia bukan hanya dari segi aspek sektor hartanah semata-mata dan kalau kita tengok pun sektor hartanah di Perlis ini yang menyumbang kurang daripada 6.7% kepada KDNK kita jadi less than 10% ever less than 6.7% because it all lam together di bawah services 6.7% jadi kalau kita nak mengatakan bahawa kerana sektor hartanah ini sedemikian dan lesen yang dikekang lesen hiburan dikekang akan menyebabkan berlakunya terbantutnya pembangunan di Negeri Perlis adalah tidak benar sebab kita aspek-aspek yang lain lagi sektor-sektor lain lagi perlu dibangunkan untuk membawa negeri kita ke hadapan sebab itu kerajaan negeri memberi penekanan kepada sektor industri sepertimana yang kita bangunkan CVIA misalnya kita membangunkan sistem perkhidmatan kita kita nak membangunkan pelabuhan darat dan juga di laut dan sepertimana YB sendiri sebut IOT Internet Of Things, yes itu pun kita nak galakkan kita kena sedar sebab kita sedar bahawa sekarang ini digital economy is the thing itu kita nakkan kita nak galakkan rakyat kita untuk mendapat maklumat ini mendapat pengetahuan ini dan akhirnya dapat menggunakan internet of things ini untuk kebaikan mereka. Dan juga saya nak sebut disini bahawa bukan hanya setakat itu malah kita nak sesuaikan kita nak wujudkan masyarakat kita ini sesuai dengan DIR 4.0 industrial revolution 4.0 itu revolusi industri 4.0 kita nakkan itu juga dan inilah dia sebenarnya selain daripada sektor hartanah yang akan memajukan dan membawa kita ke hadapan tidak hanya semata-mata sektor hartanah sahaja yang akan memajukan negeri kita sebab sumbangannya 6.7% kurang, jadi itu apa respon saya kepada apa nama ni hujah yang telah diberikan oleh YB kelmarin berkaitan dengan isu perumahan dan juga lesen hiburan. Dan juga saya nak menyentuh mengenai yang telah dibangkitkan oleh YB daripada Kuala Perlis yang menyentuh bahawa mengenai pelaburan ini atau inisiatif-inisiatif yang dibawa oleh kerajaan negeri jangan tinggal atas kertas sahaja. Saya nak bagi jaminan bukan sahaja YB daripada Kuala Perlis tetapi dewan yang mulia ini dan rakyat di Negeri Perlis perancangan jangka panjang yang kita lakukan ini adalah untuk membawa kebaikan kepada rakyat Negeri Perlis sebenarnya. Dan Insyaallah walaupun ini semua telah dirancang tetapi pelaksanaannya itu kita nak kena pastikan sebab dia melibatkan pelbagai pihak the players involved itu adalah ramai satu kerajaan negeri yang kedua kerajaan persekutuan yang ketiga pihak swasta kalau sesuatu projek itu atau inisiatif itu datang dari pihak swasta, pihak swasta dia tidak boleh paksa sebab mereka harus membuat kajian dari segi feasibility nya apakah business plan mereka, apakah dia punya cash flow plan mereka untuk melihat dari segi keuntungan kepada pelaburan yang mereka lakukan dan sebab itulah kita disini wajib untuk menyediakan satu persekitaran yang kondusif untuk membolehkan mereka dan menarik mereka datang untuk melabur di negeri kita dan kalau sekiranya prasarana asas awam itu pula kita tidak dapat lari daripada penglibatan kerajaan persekutuan dalam bentuk pelaburan awam sebab kita tidak cukup wang untuk nak melaburnya jadi sebab itu saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana telah meluluskan semula peruntukan untuk projek-projek yang besar-besar yang telah kita rancangkan sebelum ini Insyaallah saya beri jaminan bahawa sekiranya tidak ada apa-apa gangguan kepada perancangan ini, perancangan ini akan menjadi satu kenyataan, Insyaallah dalam penggal ini kita nak mulakan pelaksanaannya sepertimana yang disebutkan tadi oleh YB daripada Chuping di CVIA, di Sanglang PIP kita Insyaallah di Kuala Perlis dah pun mula berjalan dan juga di tempat-tempat yang lain yang kita rancangkan di Padang Besar pun ada satu lagi projek baru yang berkaitan dengan pelancongan Insyaallah ini pun akan dilaksanakan juga merupakan inisiatif daripada pihak swasta. Jadi percayalah bahawa ini semua kita lakukan dengan ikhlas untuk faedah rakyat. Dan berhubung dengan sokongan kerajaan persekutuan untuk projek prasarana mega ini memang kita mengucapkan terima kasihlah kepada YAB Perdana Menteri sendiri dan juga Menteri-Menteri yang berkenaan yang telah pun saua pergi jumpa dan berbincang dan akhirnya mereka bersetuju melihat kepada kesesuaian projek ini dan tidak ada hanky panky dan kerana itu saya nak beri jaminan kepada YB daripada Sanglang yang katanya yang ini janganlah adanya pula duit toci lah ada komisyen lah under my administration I can sure you YB dengan izin everything is above the counter saya sendiri tidak terlibat dalam rundingan-rundingan yang diadakan untuk memuktamadkan projek-projek ini daripada pihak swasta semuanya dilakukan oleh pihak technical committee yang mana tidak ada seorang pun ahli YB menjadi ahlinya. Ia diketuai oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri dengan wakil-wakil jabatan yang berkenaan kita hanya diberikan recommendation sahaja oleh pihak technical committee ini untuk membuat pertimbangan, keputusan dan sebagainya. Jadi don’t worry tidak ada hanky panky di dalam soal ini apa yang kita lakukan ini is actually above the counter dan telus sebenarnya ada kertas-kertas yang dipertimbangkan dan dia menjadi rekod. Three of four years down the line pihak audit boleh datang dan tengok benda ini Insyaallah tak ada perkara-perkara yang mencurigakan. Insyaallah YB Sanglang saya beri jaminan itu. YB daripada Sanglang ada menyentuh mengenai rezab melayu ini terutama sekali projek-projek pembangunan yang melibatkan tanah-tanah rezab melayu yang melibatkan pengantian memang kita lakukan sepertimana yang termaktub dalam enakmen kita 1353 ini memang kita lakukan iaitu menggantikan tanah-tanah yang setara yang kualitinya sama tetapi lokasinya berbeza ini memang kita lakukan saya ambil contoh satu Kangar Jaya yang seluas melebihi 80 hektar ada merupakan 100% rezab melayu kawasan bendang dan tapak Kangar Jaya itu sekarang ini menjadi kawasan perdagangan bebas dan kita terpaksa menggantikannya dengan tanah-tanah lain di luar daripada Kangar. Memang kita gantikan YB dalam tempoh pentadbiran yang saya ketuai ini tidak ada lagi tanah-tanah rezab melayu yang telah ditukar ganti tidak digantikan tetapi kalau yang lepas-lepas tu wallahualam tapi kita sedang menyemak kembali untuk melihat apakah peratusan yang ditetapkan itu dipenuhi dan kalau ia berkurang kita akan tambah Insyaallah kalau lebih kita akan kurangkan ini kita akan pastikan supaya formula yang telah ditetapkan itu berdasarkan kepada enakmen 1383 ini dipenuhi. Peruntukan ini ramai yang sebut yang ini sebelum tu saya nak sebut mengenai sambutan tahun baru lah YB Sanglang ada sebutkan kita ni di Perlis tidak pernah YB merayakan sambutan tahun baru ni tak ada kalau orang perseorangan buat atau pun berlaku belah tu kita tak tahulah itu kita tak campur kerajaan negeri memang tak ada melakukan upacara atau pun majlis sambutan tahun baru ni. Peruntukan pembangunan yang ini boleh dikatakan banyak YB menyebutnya kecuali YB daripada sena dan juga YB daripada Indera Kayangan dan Tambun Tulang kebetulan dia tak ada yang lain semua menyebut yang ni Insyaallah lah kita akan melihat secara positif my word ya saya kita akan melihat kita akan pertimbangkan secara positif bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan negeri. Kalau kerajaan persekutuan YB daripada PH ni boleh pi dok gosok-gosok bahu kawan-kawan kita di sana rakan-rakan YB tolong bagi peruntukan lebih sikit kepada kerajaan negeri Insyaallah then I can guarantee that you were get it Insyaallah.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

YB orang kata kalau kami tiga orang ni yang pi kami boleh dapat lebih sikit kot daripada depa kot no daripada negeri.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Inilah dia tamak ( ketawa) manusia ni dia tak boleh lari daripada sifat tamak tu kita kena bagi secara saksama lah ya kita usaha saya usaha YB juga dapat faedah yang kerajaan negeri usahakan, di Kuala Perlis YB tak payah bising pun kita buat pembangunan di sana dan YB dapat untung

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Itu tanggungjawab sebagai Menteri Besar

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih that what we want you to understand Insyaallah jadi kalau dapat Insyaallah sama-sama kita dapat labanya untuk rakyat bukan untuk kita untuk rakyat dan perbelanjaan dia mesti berbukti tak boleh tak dak bukti itu kena pastikan dan akhir sekali yang ditimbulkan mengenai masalah apa tu dadah ini, penyalahgunaan dadah ini yang ini YB daripada pauh telah menyentuh yang kaitannya dengan pendidikan di negara kita sememangnya kerajaan negeri memandang serious mengenai perkara ini, kita tahu bahawa penggunaan dadah artificial ini memang agak tinggi dari segi peratusannya di Negeri Perlis walau pun jumlahnya kecil tetapi kalau berdasarkan peratusan berbanding dengan jumlah penduduk Perlis memang agak tinggi. Jadi yang ini memang kerajaan negeri melihat secara serious tetapi dari segi bagaimana kita nak menanganinya ia bukan suatu yang mudah sebenarnya sebab saya tahu saya pernah sendiri mengendalikan perkara ini untuk keluarga-keluarga tertentu pendekatannya tidak boleh hanya daripada satu single damangetional approved dia tidak boleh dia mesti berbentuk multi disciplinary sebab di dalam suatu keluarga itu masalahnya pelbagai dan kerana itu penglibatan dari pelbagai agensi malah orang perseorangan sekali pun di perlukan dalam mengatasi masalah ini dan memang menjadi tanggungjawab kita semua untuk menyedarkan masyarakat tentang masalah ini sebab itulah saya consistenly menyatakan pendirian diri saya sendiri dan kerajaan negeri bahawa kita tidak menyokong penanaman pokok ketum kita sedar bahawa ketum ini memangnya ada kebaikan dari segi medi slow value nya kita sedar tetapi we have to address reality on the ground the people a being editing to this one sampai budak sekolah rendah pun mula menagih ketum kita mengakui dia ada commercial value dia ada medi slow value tetapi kesan dari penyalahgunaan ini the key word is salah guna kalau tak salah guna dan kita boleh juga sebenarnya menghalalkan penanaman pokok ganja sebab ganja juga mempunyai nilai-nilai medicinal nya mempunyai juga nilai-nilai komersialnya di sebahagian daripada beberapa negeri di Amerika Syarikat telah menghalalkan jualan ganja begitu juga di Kanada seluruh Kanada menghalalkan penjualan ganja tapi masalahnya di sini penyalahgunaan itu yang menjadi isu. Kita kena address masalah ini dahulu baru kita boleh nak pergi tengok kepada yang berikutnya nak jadikannya sebagai tanaman komersial atau tanaman nak jadikan bahan research, research you can go on tak ada masalah saya sendiri memberikan kebenaran sebenarnya kerajaan negeri memberi kebenaran kepada Unimap Malaysia untuk mengadakan tanam pokok ketum ini di dalam kawasan dia sendiri di Sungai Chucoh tu untuk tujuan membuat research untuk melihat apakah kebaikan-kebaikan yang ada kita tahu lah orang kampung ni kita minum air ketum ni dia boleh kalau ada darial Insyaallah kalau darah tinggi minum pun boleh turun tapi belum ada saintifik evidente interracial evidente yang menyokong itu kena dilakukan jadi dalam soal penagihan dadah ini penyalahgunaan dadah ini kawasan-kawasan YB sendiri di Kuala Perlis memang is notted for that bukan sekarang daripada dulu lagi sampai sekarang ini dan juga di Kangar, Padang Besar pun ada dan ini memang kita bekerjasama rapat dengan agensi-agensi penguatkuasa seperti AADK misalnya pihak polis PDRM dan lain-lain lagi untuk menangani masalah ini. Dan YB-YB sendiri kita minta supaya sedarkan masyarakat mengenai masalah ini dalam kawasan Indera Kayangan sendiri di kawasan-kawasan tertentu misalnya yang mana mempunyai kepadatan penduduk atau kawasan-kawasan yang dilihat menjadi gato ini adalah tempat-tempat dimana dia akan memberanakkan masalah-masalah yang berkaitan dengan dadah ini. Jadi kita minta kerjasama daripada semua sekali supaya dapat menolong membantu untuk kita mengurangkan masalah ini

YB Dato’ Speaker mohon laluan berkenaan dengan penagihan air ketum ni saya rasa kerajaan negeri boleh guna agensi-agensi yang selalu bagi bantuan dekat penduduk ni sekiranya isi borang baitulmal ka borang kuning tu atau pun borang rumah tu pihak yang berwajib kena turun tengok dulu sekiranya ada pokok ketum di sekeliling rumah tu suruh tebang dulu baru kita bagi makna kata kita guna hak kita sikit di situ untuk menekan rakyat ni supaya dia tak tanam ketum ni boleh dikatakan sebilangan besar rumah di Simpang Empat tu mempunyai pokok ketum, terima kasih.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Sanglang dan Simpang Empat kita dua buat kerja tu…

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

( ketawa) dia Sanglang dan Simpang Empat ni dia tak boleh orang kata apa dia tak boleh jauh dia macam sat sat kelai sat sat baik sat sat dok semeja sat sat dok sebilik ( ketawa ) jadi saya menyambut baik cadangan yang dikemukakan ole YB Sanglang saya rasa pihak MAIPs telah pun menggunakan ia sebagai salah satu kriteria untuk mempastikan bantuan atau pun apa-apa bantuan diberikan itu bertepatan atau diterima oleh orang yang layak, terima kasih banyak. Jadi saya rasa saya telah pun menyentuh memberikan respon kepada kebanyakan daripada soalan-soalan yang ditimbulkan atau isu-isu yang ditimbulkan berkaitan dengan tanggungjawab di bawah portfolio saya termasuk juga beberapa komen yang saya berikan berkaitan dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli YB mengenai portfolio-portfolio rakan-rakan saya di sini dan saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli YB yang

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Pohon laluan, terima kasih Bintong saya nak tanya mungkin Bintong ada maklumat tadi tertinggal daripada Titi Tinggi tentang penebangan pokok-pokok di tepi jalan ni, antara penjelasan disebut tadi ni ada kelewatan menebang pokok tu sebab-sebab masalah tertentu mungkin YB Bintong tau apa masalah kelewatan tersebut yang menyebabkan kita dengar macam-macam benda yang menyedihkan kita lah na baik terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih YB Guar Sanji sebenarnya dia pokok-pokok tepi jalan ni dia bukan boleh tebang macam tu saja pertamanya sepertimana YB sendiri sedar lah bahawa kita kena tengok pokok yang dah matang yang telah mempunyai nilai komersial itu sendiri yang keduanya penebangan ini dilakukan oleh pihak kontraktor bukan Jabatan Hutan yang pergi tebang dan dia biasanya melihat jalan-jalan tertentu dimana pokok itu dah matang dan jalan-jalan itu pokok-pokok bilangannya berapa dan ditenderkan dan kadang-kadang masalah yang timbul ini sepertimana yang saya faham sebelumnya lah iaitu ada di kalangan kontraktor ni yang dia bekerjasama antara satu sama lain dia kemukakan harga tender itu jauh lebih rendah berbanding dengan nilai sebenar, jadi dalam hal ini pihak Jabatan Hutan terpaksa melihat kembali supaya harga yang ditender itu merupakan harga yang munasabah jadi kadang-kadang ada berlaku kelewatan daripada aspek itu, yang keduanya bukan kesemua jalan-jalan ini pun yang nak tebang ni ada jalan-jalan tertentu yang mana pokoknya bercampur-campur ada yang matang ada yang belum tetapi ada juga keadaan dimana kita ambil dulu yang matang ini tapi Insyaallah lah kalau sekiranya di jalan kawasan YB pokok-pokok dah matang saya yakin ada wakil dari Jabatan Perhutanan di sini dia orang mengambil maklum nanti kita akan pergi tengok dan tandakan pokok-pokok berkenaan dan mungkin proses tender boleh dilakukan dan pokok-pokok yang tersebut boleh ditebang Insyaallah. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada Ahli-Ahli YB yang telah memberikan persetujuan untuk kita menerima usul berkaitan dengan ICERD dan juga saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada YB Dato’ Speaker yang telah mengendalikan perjalanan mesyuarat Dewan Undangan Negeri kita pada kali ini dengan lancar sekali dan saya ucapkan terima kasih kepada Setiausaha dan juga pihak Bentara yang telah menjalankan tugas mereka dari segi keurusetiaan begitu juga dengan pemerhati-pemerhati, pegawai-pegawai, ketua-ketua jabatan yang hadir untuk membantu kita di dalam perjalanan mesyuarat pada kali ini dan akhir sekali saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan juga daripada pihak YB daripada PH dan juga daripada PAS yang telah mengambil bahagian di dalam pedebatan dan memberikan hujah-hujah yang bernas dan Insyaallah sepertiman yang saya sebutkan tadi bahawa mana-mana idea yang dilihat praktikal dan boleh dilaksanakan dan di dalam kemampuan kerajaan negeri Insyaallah kita akan laksanakan dan saya beri jaminan bahawa apa yang kita lakukan ini adalah tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk memberikan manfaat yang semaksimum mungkin di dalam keterbatasan yang ada kepada rakyat Negeri Perlis Insyaallah jadi itu sahaja YB Dato’ Speaker sekian wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh terima kasih.

Speaker

Terima kasih YAB Bintong. Ahli-ahli YB Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2019 dicadang untuk dibaca bagi kali kedua ahli yang setuju sila angkat tangan, terimakasih ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perkhidmatan bagi tahun 2019 dan bagi memperuntukan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Speaker

Ahli-ahli YB saya minta persetujuan supaya Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan tahun 2019 dan usul anggaran pembangunan tahun 2019 di bawa ke dalam Jawatankuasa Ahli-Ahli yang setuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli-Ahli yang tidak setuju sila angkat tangan. Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

Jadual.

Speaker

Kepala Bekalan B01 berjumlah RM4,009,600.00 di bawah Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis di buka untuk perbahasan. Kepala B01 berjumlah RM4,009,600.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan, Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Kepala B01 menjadi sebahagian daripada jadual.

Kepala Bekalan B02 berjumlah RM2,383,390.00 di bawah Dewan Undangan Negeri Perlis di buka untuk perbahasan. Kepala B02 berjumlah RM2,383,390.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan, Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Kepala B02 menjadi sebahagian daripada jadual.

Kepala Bekalan B04 berjumlah RM47,704,100.00 dan Kepala Pembangunan P04 berjumlah RM12,860,330.00 di bawah Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri di buka untuk perbahasan. Kepala Bekalan B04 berjumlah RM47,704,100.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Kepala B04 menjadi sebahagian daripada jadual. Perbelanjaan di bawah kepala P04 berjumlah RM12,860,330.00 hendaklah diluluskan. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Perbelanjaan di bawah kepala P04 menjadi sebahagian daripada anggaran perbelanjaan.

Kepala Bekalan B05 berjumlah RM5,679,600.00 di bawah Pelbagai Perkhidmatan di buka untuk perbahasan. Kepala Bekalan B05 berjumlah RM5,679,600.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Kepala B05 menjadi sebahagian daripada jadual.

Kepala Bekalan B06 berjumlah RM2,838,900.00 di bawah Pejabat Perbendaharaan Negeri di buka untuk perbahasan. Kepala Bekalan B06 berjumlah RM2,838,900.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Kepala B06 menjadi sebahagian daripada jadual.

Kepala Bekalan B07 berjumlah RM7,177,300.00 di bawah Pejabat Perbendaharaan Negeri untuk caruman kepada kumpulan wang berkanun di buka untuk perbahasan. Kepala Bekalan B07 berjumlah RM7,177,300.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Kepala B07 menjadi sebahagian daripada jadual.

Kepala Bekalan B09 berjumlah RM23,497,900.00 dan kepala Pembangunan P09 berjumlah RM72,150,050.00 di bawah Jabatan Kerja Raya di buka untuk perbahasan. Kepala Bekalan B09 berjumlah RM23,497,900.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Kepala B09 menjadi sebahagian daripada jadual. Perbelanjaan di bawah kepala P09 berjumlah RM72,150,050.00 hendaklah diluluskan. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Perbelanjaan di bawah kepala P09 menjadi sebahagian daripada anggaran perbelanjaan.

Kepala Bekalan B11 berjumlah RM6,506,000.00 dan kepala Pembangunan P11 berjumlah RM3,179,570.00 di bawah Jabatan Pertanian di buka untuk perbahasan. Kepala Bekalan B11 berjumlah RM6,506,000.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Kepala B11 menjadi sebahagian daripada jadual. Perbelanjaan di bawah kepala P11 berjumlah RM3,179,570.00 hendaklah diluluskan. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Perbelanjaan di bawah kepala P11 menjadi sebahagian daripada anggaran perbelanjaan.

Kepala Bekalan B12 berjumlah RM3,578,500.00 dan kepala Pembangunan P12 berjumlah RM510,090.00 di bawah Jabatan Perkhidmatan Vetarinar di buka untuk perbahasan. Kepala Bekalan B12 berjumlah RM3,578,500.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Kepala B12 menjadi sebahagian daripada jadual. Perbelanjaan di bawah kepala P12 berjumlah RM510,090.00 hendaklah diluluskan. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Perbelanjaan di bawah kepala P12 menjadi sebahagian daripada anggaran perbelanjaan.

Kepala Bekalan B13 berjumlah RM14,540,700.00 dan kepala Pembangunan P13 berjumlah RM6,300,030.00 di bawah Jabatan Pengairan Dan Saliran di buka untuk perbahasan. Kepala Bekalan B13 berjumlah RM3,578,500.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Kepala B13 menjadi sebahagian daripada jadual. Perbelanjaan di bawah kepala P13 berjumlah RM6,300,030.00 hendaklah diluluskan. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Perbelanjaan di bawah kepala P13 menjadi sebahagian daripada anggaran perbelanjaan.

Kepala Bekalan B14 berjumlah RM979,800.00 di bawah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa di buka untuk perbahasan. Kepala B14 berjumlah RM979,800.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Kepala B14 menjadi sebahagian daripada jadual.

Kepala Bekalan B15 berjumlah RM9,021,400.00 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat di buka untuk perbahasan. Kepala B15 berjumlah RM9,021,400.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Kepala B15 menjadi sebahagian daripada jadual.

Kepala Bekalan B16 berjumlah RM5,389,500.00 di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam di buka untuk perbahasan. Kepala B16 berjumlah RM5,389,500.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Kepala B16 menjadi sebahagian daripada jadual.

Kepala Bekalan B17 berjumlah RM1,416,900.00 di bawah Jabatan Mufti di buka untuk perbahasan. Kepala B17 berjumlah RM1,416,900.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Kepala B17 menjadi sebahagian daripada jadual.

Kepala Bekalan B18 berjumlah RM2,065,000.00 di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri di buka untuk perbahasan. Kepala B18 berjumlah RM2,065,000.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Kepala B18 menjadi sebahagian daripada jadual.

Kepala Bekalan B19 berjumlah RM559,500.00 di bawah Pejabat Pembangunan Negeri di buka untuk perbahasan. Kepala B19 berjumlah RM559,500.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Kepala B19 menjadi sebahagian daripada jadual.

Kepala Bekalan B23 berjumlah RM4,397,400.00 dan kepala Pembangunan P23 berjumlah RM850,250.00 di bawah Jabatan Perhutanan di buka untuk perbahasan. Kepala B23 berjumlah RM4,397,400.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Kepala B23 menjadi sebahagian daripada jadual. Perbelanjaan di bawah kepala P23 berjumlah RM850,250.00 hendaklah diluluskan. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Perbelanjaan di bawah kepala P23 menjadi sebahagian daripada anggaran perbelanjaan.

Kepala Bekalan B25 berjumlah RM6,685,900.00 di bawah Jabatan Tanah Dan Galian di buka untuk perbahasan. Kepala B25 berjumlah RM6,685,900.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Kepala B25 menjadi sebahagian daripada jadual.

Kepala Bekalan B57 berjumlah RM10.00 di bawah membeli tanah di buka untuk perbahasan. Kepala B57 berjumlah RM10.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Kepala B57 menjadi sebahagian daripada jadual.

Setiausaha Dewan

Fasal 1 hingga Fasal 2 dan tajuknya.

Speaker

Fasal 1 hingga Fasal 2 dan tajuknya menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang hendaklah disetujukan. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Fasal 1 hingga Fasal 2 dan tajuknya menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli YB Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan tahun 2019 dimaklumkan kepada dewan sekarang. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Usul Anggaran Pembangunan tahun 2019 dimaklumkan kepada dewan sekarang. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Dewan bersidang semula.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

YB Dato’ Speaker saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan tahun 2019 telah pun ditimbang dalam jawatankuasa dan di persetujui. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca kali ketiga dan diluluskan.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

YB Dato’ Speaker saya mohon menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli YB Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan tahun 2019 dicadangkan untuk dibaca kali ketiga dan diluluskan. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Rang Undang-Undang ini dibaca kali ketiga dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan tahun 2019 maka diperbuat Undang-Undang ini oleh Dewan Undangan Negeri Perlis seperti berikut. Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan tahun 2019.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

YB Dato’ Speaker saya mohon memaklumkan bahawa usul Anggaran Pembangunan tahun 2019 telah pun ditimbang dalam jawatankuasa dan di persetujui. Jesteru itu Saya mohon mencadangkan supaya Usul bahawa dewan ini mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1996 mengambil ketetapan bersetuju meluluskan perbelanjaan sebanyak RM95,850,320.00 seperti yang tersebut di dalam Anggaran Pembangunan Negeri Perlis tahun 2019 yang telah dibentangkan sebagai kertas dewan bilangan 16 tahun 2018 diluluskan.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

YB dato’ Speaker saya mohon menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli YB usul bahawa dewan ini mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1996 mengambil ketetapan bersetuju meluluskan perbelanjaan sebanyak RM95,850,320.00 seperti yang tersebut di dalam Anggaran Pembangunan Negeri Perlis tahun 2019 yang telah dibentangkan sebagai kertas dewan bilangan 16 tahun 2018 hendaklah dipersetujukan. Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan. Usul ini diluluskan.

Setiausaha Dewan

Penangguhan dewan.

Assalamualaikum warahmatullah syukur kita ke hadrat Allah Subhanahuwataala serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, saya mengambil kesempatan dalam ucapan penangguhan ini YB Dato’ Speaker untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang ada dalam dewan ini khususnya YB Dato’ Speaker, Ahli-Ahli YB, Ketua-Ketua Jabatan, Setiausaha Dewan dan Bentara, dan dikesempatan yang ada sedikit ini juga saya ingin menyeru semua yang ada dalam dewan ini agar menghilangkan rasa curiga was-was diantara kita dan terus bersatu untuk membina negeri kita yang kita cintai ini dan akhir sekali saya ingin memohon maaf bagi pihak semua Ahli dewan yang disebelah sini barangkali ada salah silap dan ada yang terguris hati diantara kita mudah-mudahan ianya akan mengeratkan lagi silaturahim diantara kita dan saya akhirkan ucapan ini dengan seruan siruwabarakatillah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB Sanglang, saya bagi pihak Dewan Undangan Negeri Perlis juga merakamkan ucapan terima kasih terutamanya pada YAB Menteri Besar mewakili kerajaan negeri dan Ahli-Ahli Exco dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan atau wakil, dan seluruh agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, serta badan berkanun, kepada pihak Media, kepada para pegawai dan kakitangan yang telah membantu menguruskan perjalanan dewan ini dan kepada seluruh pemerhati. Ahli-Ahli YB dewan ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak sekian Wabilahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(Persidangan ditangguhkan pada jam 2.55 petang)