Perlis · 16 April 2019

14th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 237 turns · 28,407 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerlis publishes one PDF per sitting day, but nothing after 9 Aug 2023 although the assembly has kept sitting. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan mula bersidang.

Doa

Setiausaha Dewan

Doa.

(Bacaan doa oleh Setiausaha Dewan)

Pemasyhuran daripada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis

Setiausaha Dewan

Pemasyhuran oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri.

Speaker

Bismillahhirahmannirrahim. Assalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Di kesempatan ini saya ingin menerangkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian tentang aturan perjalanan Mesyuarat Dewan kita pada hari ini. Sepertimana Yang Berhormat sekalian sedia maklum, Mesyuarat Dewan kita pada kali ini telah dijadualkan semula kepada satu hari sahaja berbanding cadangan asal selama dua hari. Ini disebabkan pada kali ini, tidak ada sebarang usul atau rang undang-undang yang akan dibentangkan oleh pihak Kerajaan, dan ini bermakna tidak ada sebarang perbahasan pada sidang kali ini. Sejurus selepas ini, Kertas-Kertas Dewan yang telah disenaraikan akan dibentangkan di atas meja mesyuarat tanpa dibahaskan, selaras dengan Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan. Setelah itu, soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian akan dijawab oleh pihak Kerajaan mengikut turutan seperti di dalam Kertas Perintah Mesyuarat Dewan. Memandangkan aturan urusan mesyuarat kita pada kali ini tidak melibatkan sebarang perbahasan, saya akan memberikan ruang yang lebih luas kepada Yang Berhormat sekalian untuk bertanyakan soalan-soalan tambahan. Kesemua soalan yang telah dikemukakan akan dijawab pada hari ini juga. Untuk itu, saya akan membahagikan sesi soal-jawab lisan ini kepada dua bahagian di mana Dewan akan berehat sebentar untuk jamuan ringan kira-kira pada jam 10.00 pagi dan apabila disambung semula, soalan-soalan yang masih berbaki akan dijawab oleh pihak Kerajaan hingga selesai.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf bagi pihak Dewan kerana tidak dapat mengedarkan Penyata Rasmi ataupun handsard bagi mesyuarat sebelum ini kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian sepertimana kelaziman. Penyediaan Penyata Rasmi tersebut telah tertangguh dan tidak dapat disiapkan sepenuhnya disebabkan masalah kekurangan Pegawai di pihak Dewan akibat pertukaran beberapa bulan yang lalu. Disebabkan itu beberapa perkara tepaksa ditangguhkan buat sementara termasuk juga urusan PAC, bagi memberikan keutamaan kepada beberapa urusan lain terlebih dahulu terutama yang melibatkan pihak istana. Pihak Dewan telah pun beberapa kali berbincang dan in sha Allah pihak SUK akan memberikan cadangan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang namun setakat ini tiada tindakan yang konkrit. Saya ingin menekankan di sini bahawa Dewan Undangan Negeri bukanlah sekadar satu Bahagian, atau Jabatan dalam Kerajaan, sebaliknya Dewan Undangan Negeri adalah satu institusi atau cabang legislative iaitu salah satu daripada tiga cabang utama dalam sistem pemerintahan Kerajaan selain daripada cabang eksekutif dan cabang kehakiman. Justeru kepentingan Dewan haruslah diberikan perhatian, keutamaan dan sewajarnya, sesuai dengan kedudukan tersebut. Sekian.

Kertas-Kertas Dewan

Setiausaha Dewan

Kertas-kertas Dewan yang dibentangkan.

Speaker

Di persilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Yang Berhormat Dato’ Speaker sukacita saya membentangkan di atas meja mesyuarat, Kertas-kertas Dewan Bilangan 1 hingga Bilangan 2 Tahun 2019.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Soalan-soalan lisan.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sena.

Assalamualaikum warahmatullah, salam sejahtera, Yang Berhormat Speaker, soalan saya soalan nombor 1.

(Soalan 1 : Apakah halatuju Perlis sebagai sebuah Negeri Industri Pendidikan selaras dengan tagline “Perlis Negeri Ilmu” yang pernah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri suatu ketika dahulu dan berapakah unjuran hasil yang akan atau telah diperolehi oleh Kerajaan Negeri dengan peningkatan melalui industri pendidikan ini?)

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat Sena. Yang Berhormat Dato’ Speaker, secara keseluruhannya, Negeri Perlis mempunyai 12 buah institusi pendidikan tinggi dan pusat latihan yang dibangunkan secara bersepadu, terutama di Arau dan Kangar yang mampu meningkatkan tahap pertumbuhan ekonomi, pengetahuan dan inovasi di negeri Perlis. Pembangunan institusi-institusi pendidikan secara berkelompok ini adalah selaras Rancangan Struktur Negeri (RSN) bagi tahun 2030 dan bagi mencapai wawasan tersebut, penekanan diberikan kepada pembangunan modal insan dalam aspek pendidikan, program-program keilmuan, keagamaan, warisan dan budaya madani bagi menyokong kepada pembentukan negeri berilmu. Di samping itu, Perlis juga bakal menerima sebuah lagi institusi pengajian tinggi di bawah kendalian Universiti Kuala Lumpur iaitu Asian Sustainable Transportation Institute (UniKL-ASTI) di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping. Kerajaan Persekutuan telah meluluskan siling peruntukan keseluruhan berjumlah RM900 juta kepada MARA bagi membina kampus UniKL-ASTI ini di Chuping dan kerja-kerja awalan dijangka bermula pada hujung tahun ini dan dijangka siap pada tahun 2022. Dari segi ekonomi, berdasarkan Laporan Sosioekonomi Perlis 2017 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2015 perkhidmatan pendidikan di negeri Perlis menyumbang sebanyak sebanyak 0.68% bersamaan RM23.51 juta kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dalam Sektor Perkhidmatan negeri Perlis yang menjadikan Sektor Perkhidmatan sebagai penyumbang utama kepada KDNK negeri iaitu sebanyak 65.3% bersamaan RM3.4 bilion. Selain daripada itu, limpahan daripada industri pendidikan juga akan memberikan kesan kepada sektor-sektor ekonomi yang lain seperti peruncitan, pengangkutan, telekomunikasi dan sebagainya. Matlamat utama sektor pendidikan dapat dicapai melalui penghasilan insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dan mentransformasi aktiviti ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi serta merentasi sempadan negara. Justeru itu, pengukuran hasil daripada sektor pendidikan ini juga boleh dilihat dengan jumlah pengeluaran graduan setiap tahun. Institusi-institusi pengajian tinggi di negeri Perlis secara puratanya menghasilkan 8,000 orang lulusan setiap tahun yang mana kira-kira 2,000 orang daripadanya adalah pemegang ijazah, 4,000 lulusan diploma dan 2,000 orang lagi di peringkat pemegang sijil. Bagi membolehkan graduan-graduan ini menyumbang terhadap pembangunan ekonomi negeri, Kerajaan Negeri sedang melaksanakan beberapa inisiatif pembangunan seperti Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA), Perlis Inland Port (PIP) dan sebagainya yang dijangka menyediakan lebih daripada 12,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2025. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan Yang Berhormat Speaker, apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan brain drain penghijrahan golongan professional keluar Perlis dapat dibendung supaya dapat berkhidmat untuk kemajuan negeri Perlis dan juga yang kedua, sebagai negeri yang diakui kurang punca pendapatan, apakah langkah-langkah yang akan diambil dengan kewujudan IPT-IPT ini supaya dapat memberi pulangan kepada rakyat khususnya B40, sebagai contoh perpindahan UniMAP saya difahamkan daripada Kuala Perlis ke Pauh telah menjejaskan teruk pendapatan penduduk di Kuala Perlis, terima kasih.

Yang Berhormat Sena, sepertimana yang kita sedia maklum bahawa pembangunan negeri Perlis terutamanya kita sedang menuju ke arah Perlis Negeri Bandaraya 2030, dan rasanya perkembangan industri dan perkembangan pembangunan negeri Perlis sepertimana adanya kawasan perindustrian Lembah Chuping, Perlis Inland Port, seperti yang saya sebutkan tadi dapat menampung menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada graduan-graduan yang dihasilkan oleh Universiti kita, dan juga kita mampu untuk memastikan bahawa graduan-graduan ataupun pelajar ilmuan negeri Perlis dapat contribute ataupun dapat memberi khidmat balik kepada negeri sendiri. Soalan kedua mohon ulang

Tentang pembinaan kewujudan IPT-IPT di negeri ini, bagaimana dapat memberi pulangan kepada rakyat khususnya B40.

Saya rasa secara umumnya kita sedia maklum bahawa kita beri keutamaan kepada golongan B40 dengan insentif-insentif, pinjaman-pinjaman biasiswa daripada Yayasan Biasiswa Negeri Perlis, dan beberapa kemudahan-kemudahan lain lah, sepertimana juga negeri-negeri lain dapat menyasarkan kepada B40 ini untuk memberi peluang kepada anak negeri belajar di pusat-pusat pengajian tinggi ataupun institusi yang ada di negeri.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan... kedua...

Speaker

Dipersilakan…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Saya nak bertanya Tuan Speaker, kita buat ruling sedikit, kita sebab tak ada perbahasan, soalan tambahan, boleh berapa soalan? Soalan tambahan...

Speaker

Soalan tambahan saya nak benar lebih daripada dua lah… tapi tak lebih daripada empat dalam tiga dua

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

ha... ok lah. terima kasih. Soalan tambahan, saya nak tanya Yang Berhormat tentang kualiti di sini mengenai keputusan-keputusan peperiksaan, kalau satu masa dulu kita gah dengan kejayaan-kejayaan kita yang mendominasi kedudukan top five lebih kurang kedudukan lima terbaik negara, apakah kedudukan sekarang masih kita mempertahankan kedudukan tersebut?. Kerana sekarang ni macam-macam apabila berlaku pertukaran Menteri Pendidikan, berlaku juga lah pertukaran dan beberapa polisi-polisi baharu dari segi silibus, dari segi gerak kerja, dari segi module dan sebagainya, banyak yang berubah... termasuk kasut dan sebagainya lah... jadi saya nak tanya tapi yang soalan pertama saya very simple Yang Berhormat, apakah kualiti yang kita miliki sekarang menyamai kualiti yang kita ada suatu masa dahulu?

Yang Berhormat Tambun Tulang, saya rasa walau macam mana pencapaian di peringkat negeri, kita apabila kita memperjuangkan tentang modal insan...

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Yang Berhormat... ni... keputusan UPSR, PT3... SPM yang tu sahaja.. Yang Berhormat...

Keputusan SPM kita sendiri, rasanya di peringkat nasional pun kita hanya turun 0.06 percent tetapi peningkatan untuk SPM kita dah meningkat daripada 36 ke 41 orang dan untuk SPM, keputusan kita telah pun lebih tinggi daripada keputusan nasional, saya rasa itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa negeri Perlis sentiasa meningkatkan lagi peluang-peluang ataupun program-program yang menyasarkan kepada pencapaian akademik untuk peperiksaan-peperiksaan awam UPSR, SPM dan STPM.

Speaker

Di persilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Selamat pagi dan selamat sejahtera, terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 2.

(Soalan 2 : Apakah perancangan dan usaha Kerajaan Negeri untuk menambahbaik aktiviti perniagaan dan kegiatan ekonomi di dalam persekitaran Bandar Kangar yang semakin hari semakin merosot, khususnya di sepanjang Jalan Jubli Emas dan Perkarangan Pasar Lama Kangar yang suatu ketika dahulu menjadi nadi kepada warga Negeri Perlis?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan, Yang Berhormat Speaker, Kerajaan Negeri melalui Rancangan Struktur Negeri (RSN) 2030 komited untuk melaksanakan penjenamaan semula bandar Kangar sebagai Kangar Maya dengan inisiatif-inisiatif pembangunan seperti berikut, yang pertama, Pengukuhan pusat pentadbiran negeri Perlis, yang kedua Kompleks Perdagangan Bersepadu, yang ketiga Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu, yang keempat Amalan Pembangunan Teknologi Hijau, yang kelima Kemudahan Infrastruktur Pintar Dan Keenam Kaedah Pelaburan Kewangan Penswastaan (PFI).

Di samping itu, Kerajaan Negeri juga melalui Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Kangar yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri pada April 2007 telah meneliti perancangan-perancangan yang boleh dilaksanakan untuk menghidupkan dan mengaktifkan suasana bandar, antaranya ialah yang pertama Pembangunan semula Pasar Besar Kangar, yang kedua penyediaan kiosk-kiosk pelancongan, yang ketiga pemasangan lampu-lampu hiasan di sepanjang Sungai Perlis, yang keempat cadangan pemuliharaan bangunan rumah kedai lama di sepanjang Persiaran Jubli Emas melalui pemulihan fasa bangunan dan pembaikan kawasan kaki lima. Yang kelima, pemulihan fasad Bazar Melayu, yang keenam Pembangunan semula Bazar Cina, yang ketujuh Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu, yang kelapan Cadangan pemantauan kualiti air Sungai Perlis dan yang kesembilan Cadangan Pusat Kitar Semula. Selaras dengan pembangunan di kawasan Kangar seperti projek Bangunan K-Park, Kangar Jaya dan Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu (Kangar Sentral), rakyat akan mempunyai lebih banyak pilihan berbanding dahulu. Senario ini turut memberi kesan kepada aktiviti perniagaan di sepanjang Jalan Jubli Emas. Kedudukan rumah-rumah kedai lama yang berada di antara Jalan Jubli Emas dengan ruang parkir yang terhad dan berpotensi menyebabkan kesesakan lalu lintas merupakan antara faktor-faktor penyebab aktiviti ekonomi di kawasan tersebut terjejas. Pemilik perniagaan perlu lebih inovatif dan kreatif serta berubah mengikut arus pembangunan supaya sealiran dengan keperluan pembangunan semasa. Satu lagi komponen pembangunan Bandar Kangar yang dicadangkan ialah Projek Bazaria di atas tapak pasar lama Kangar yang melibatkan komponen-komponen seperti berikut, yang pertama Pusat Aktiviti TN50, yang kedua ruang tinjau 2 tingkat, yang ketiga pentas dan khemah terbuka, yang keempat ruang makan terbuka, yang kelima Kawasan perniagaan food truck, kawasan perniagaan push car, Denai larian dan pejalan kaki, yang ketujuh… kelapan Jeti kayak, yang kesembilan Menaiktaraf jambatan sedia ada dan yang kesepuluh Dataran TN50.

Walau bagaimanapun, semasa Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) pada Oktober 2018, cadangan projek Bazaria di pasar lama Kangar tidak disenaraikan sebagai projek keutamaan di bawah RMKe-11. Namun demikian, Kerajaan Negeri telah mengemukakan semula permohonan peruntukan Projek Bazaria Kangar di bawah Rolling Plan (RP) 4 tahun 2020, RMKe-11 melalui Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUN).

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

soalan tambahan... terima kasih Dato’ Speaker, kalau boleh saya nak tanya semua soalan hari ni sebab tak dak ucapan, soalan tambahan saya, tapi saya nampak jawapan Yang Behormat Exco ada keluar sikitlah daripada kehendak, pada pandangan saya tapi YB Gan tak timbulkan masalah ini, saya tolong timbul bagi pihak dia... tak pa... walau bagaimanapun saya nak tanya Yang Berhormat, bandar Kangar sekarang nampak suram... itu yang dimaksud YB Gan. Dari segi perniagaan, dulu suatu masa tahun lepas pun nampak masih lagi imarak, masih berkembang, masih seronok, masih ramai orang menjalankan perniagaan dan orang yang membeli pun ramai. Walaupun pelbagai prasarana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, panjang lebar telah disediakan oleh pihak Kerajaan, tapi sekarang ini kalau kita nak mulakan perniagaan pun orang lain kata, boleh mulakan perniagaan lah... tak tau lagi kesan disebabkan suasana... saiz ekonomi yang semakin mengecil yang hasil daripada dasar Kerajaan terkini dia jadi kuasa membeli tak dak, orang tak dak duit, barang naik semua berlakulah... macam-macam Yang Berhormat, kini perniagaan telah merosot, itu maksud YB Gan... am I right? Terima kasih. Jadi saya nak tanya Yang Berhormat, berhubung dan berkaitan dengan perkara ini, kita ni dah ekonomi teruk, kek ekonomi daripada besar dah jadi kecil, bila jadi kecil dulu kita dok syer hak besar tu la jadi kecik... nak syer macam mana?... dah tak dak... mungkin dah tak dak bahagian-bahagian kita, nak tanya Yang Berhormat tentang kebanjiran peniaga-peniaga asing, sejauh mana Kerajaan mengawal sebab di bandar Kangar dan kawasan-kawasan dan sewaktu dengannya ni tak yah dok cakaplah, semua kedai Pattani, kedai apa... seolah-olah peniaga-peniaga kita ni, kalau tumpang pun, sambutan daripada orang ramai daripada pengguna-pengguna agak berkurangan, apa tindakan Kerajaan dalam menyelesaikan kemelut kita rasa bukan sahaja terjadi di bandar Kangar, malah dianggap fonema yang terjadi di seluruh negara ini. Terima kasih.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih YB Tambun Tulang, ok fenomena berkaitan dengan kebanjiran peniaga-peniaga asing, itu soalan utama Yang Berhormat Tambun Tulang. Kita semua sedia maklum walaupun kita sediakan gerai-gerai sebagainya khusus untuk Melayu, dan juga ada kuota-kuota untuk bangsa-bangsa lain, saya sendiri berpengalaman menginterview di Padang Besar di mana perjanjian mereka, peniaga-peniaga khususnya memohon gerai itu saya kata kalau sekiranya diberi kepada kamu, adakah kamu meneruskan perniagaan? Ya… tapi masalah sekarang ini walaupun kedai itu dia punya, tapi dia menyewa kepada puak-puak daripada luar negara, jadi ini bukan salah kita, ini sebenarnya salah yang empunya kedai tu, jadi kebanjiran asing tu menyebabkan kita sendiri yang bagi, jadi inilah masalah yang tidak dapat dielakkan sebab mereka tengok ada semua, ada permit berniaga, passport ada semuanya berkaitan dengan immigresen, jadi macam mana kita nak menghalusi benda ni, selesai benda ni sebab kita sendiri, attitude sendiri yang menyebabkan benda itu berlaku. Saya rasa ini menjawab soalan daripada Yang Berhormat Tambun Tulang.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

soalan tambahan... boleh lagi?

Speaker

Satu lagi…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Yang Berhormat, kita nak menyalahkan rakyat kerana soal pendidikan rakyat...

Speaker

Yang Berhormat, terus soalan Yang Berhormat, sebab saya nak bagi Kuala Perlis pulak lepas ni…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

ok... saya kemukakan soalan, tapi Yang Berhormat kemasukan yang tidak dikawal ini telah menyebabkan... menjadikan rakyat di negara kita menjadi penumpang... penumpang kepada satu kemakmuran yang telah kita bina sejak sekian lama, jadi apa tindakan Kerajaan bagi memastikan... menimbulkan kesedaran supaya rakyat kita tampil ke hadapan untuk mengatasi masalah ini untuk berlawan, bersaing mereka. Kalau kita dalam ekonomi terbuka tak dapat menghalang macam kata Yang Berhormat, tapi sekarang Arab, Bangladesh, Nepal... semua menguasai walaupun sektor-sektor kecil, walaupun gerai-gerai, kedai-kedai runcit, mereka telah mula menguasai, termasuklah pemborongan kain apa semua jangan kiralah... Acheh, Padang depa semua-semua dah masuk negara kita telah jadi seolah-olah kita tidak ada identiti ke Malaysiaan lagi kePerlisan lagi... terima kasih.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Ya kita faham… kita faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Tambun Tulang, jadi kalau peringkat nasional sendiri pun tak boleh nak kawal dari segi kebanjiran warga asing ni dan menggunakan menipu semua tu dari segi permit-permit untuk menghadirkan diri di negara Malaysia, jadi memanglah sukar untuk membuat kawalan dan untuk memastikan yang mereka tidak menjalankan perniagaan khusus di Perlis pun sama lah… jadi cara lain yang kita boleh buat ialah dengan menggunakan persatuan-persatuan lah, peniaga-peniaga dan sebagainya untuk memastikan yang kawasan-kawasan, contoh di Padang Besar sendiri yang nampak kebanjiran orang-orang Siam ni, motor Siam penuh di situ, dan jadi kemungkinan satu benda yang kita boleh fikirkan bersama ini ialah memastikan setiap week end atau tiga hari Jumaat, Sabtu Ahad… kita boleh bagi peluang kepada peniaga-peniaga kita khususnya untuk menjadikan tiga hari… contoh la contoh… untuk cadangan untuk mereka menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di situ dengan mengadakan booth-booth sementara. Itu benda yang boleh membantu, yang lain tu kena pi serbu di premis-premis yang ada orang-orang asing contohnya orang Siam khususnya banyak sekali, jadi kita serbu pun memang Imigresen tak boleh buat apa sebab permit semua ada, cuma yang boleh pun kita boleh tanya ataupun berhubung dengan pemilik-pemilik kedai lah. Itulah yang boleh kita buat tapi akhirnya tak boleh buat apa juga. Itulah sebab undang-undang mengatasi segala-segalanya. Sekian.

Speaker

Sila Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih Dato’ Speaker, Yang Berhormat Santan, tadi saya tertarik dengan jawapan Yang Berhormat Santan berkenaan kedegilan peniaga-peniaga ini menyewakan lot-lot gerai dan premis perniagaan kepada peniaga asing. Saya tertarik dengan pendekatan yang diambil oleh SWCorp iaitu preventive action dalam menangani masalah sampah terutamanya di kawasan Kuala Perlis la… Adakah Yang Berhormat bersetuju jika pendekatan yang sama digunakan, preventive action ini terhadap peniaga-peniaga yang menyewakan gerai dan premis perniagaan mereka kepada warga asing ini, maksudnya satu ketegasan yang perlu diambil kepada peniaga-peniaga ini macam mana SWCorp buat, ambil action terhadap mereka dan dakwa mereka di mahkamah sebab melanggar perjanjian. Adakah Yang Berhormat bersetuju? Terima kasih.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis, berhubung dengan undang-undang ini, jadi terpaksa kita libatkan dengan undang-undang lah… kalau sekiranya kita boleh buat macam tu kita kenakan cukai contohnya, macam peniaga-peniaga yang di… contoh paling banyak di Padang Besar, Kuala Perlis pun ada jugak tapi kalau kita pihak Kerajaan boleh mengenakan cukai ataupun levi terhadap mereka mungkin boleh dikenakan cukai yang tinggi, sebab apa mereka mai meniaga, petang pukul 5.00 bawak balik duit kita pi sana, pi ke Siam dan kita habis… takat tu sahaja… jadi sekiranya undang-undang membenarkan kita boleh kenakan levi ataupun cukai kepada peniaga-peniaga yang berniaga walaupun dia sewa, kita tahu, memang kita tahu memang depa sewa kedai tu, empunya dia orang kita, orang Melayu, orang Perlis khususnya… tapi kalau undang-undang membolehkannya kita mengenakan cukai yang tinggi, ini mungkin boleh kita laksanakan kalau boleh, jadi kita akan bincang secara lanjut lah… dengan pihak undang-undang.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Soalan tambahan… Dato’ Speaker… yang saya tekankan di sini adalah kedai-kedai di sepanjang Jalan Jubli Emas dan telah diketahui lebih kurang 50 peratus daripada kedai-kedai yang ada di sepanjang Jalan Jubli Emas itu telah tutup dan dari masa ke semasa akan menghadapi, kedai-kedai yang lain pun akan tutup pada masa akan datang. Saya nak tau apakah usaha dan juga cadangan ataupun kerjasama, adakah Kerajaan akan mengambil langkah untuk mengadakan usahasama dengan peniaga ataupun mengadakan dialog dengan peniaga agar lebih mengetahui masalah-masalah mereka, dan seperti yang tadi YB Santan mengatakan ada juga masalah-masalah pakir dan kita tahu dan apakah langkah yang harus Kerajaan Negeri telah ambil untuk mengatasi masalah ini dan saya nak tahu jugak lah, pernah tak pihak Kerajaan Negeri atau pun Kerajaan Tempatan mengadakan dialog dengan peniaga di situ dan bilakah kali terakhir diadakan sesi dialog sekiranya ada? Terima kasih.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih YB Indera Kayangan, sebab itu juga atas keperihatinan YB terhadap peniaga-peniaga di sepanjang Jalan Jubli Emas, jadi kita semua tahu Jalan Jubli Emas itu merupakan jalan yang bersejarah, tempat itulah bermulanya Kangar sepertimana yang semua orang tahu, orang Perlis ni. Jadi memandangkan cuma satu jalan tu sahaja untuk ke main road daripada Kangar nak pi ke Alor Setar, kita kata main road la, jadi memang kita tak dapat nafikan kesan kepada peniaga sebab apa orang tak akan lalu, tak akan lintas atas jalan, jadi setakat sekarang ini kita semasa saya pegang portfolio ini belum lagi jumpa dengan peniaga-peniaga tetapi atas cadangan itu boleh kita berjumpa dan sudah pastinya peniaga akan mengatakan bahawa kami tak boleh nak berniaga sebab pelanggan nak pi payah, susah sebab nak lintas jalan apa semua, kan? Jadi kalau kita nak buat cara lain pun boleh juga tetapi mungkin tak logik. Tutup jalan tu, kita buat jalan kot lain, boleh… tapi mungkin ada yang tak logik kalau sekiranya perancangan bandar boleh buat ok. Kita tutup jalan tu kita buat macam kita kata untuk berniaga sahaja. Jadi kita nak pi Alor Setar kita pi kot lain, ha itu bolehlah… kalau cara tu sebab memang tak boleh buat apa dah… belakang dah sempit, tang tu parking tak boleh, dan jalan tu tiga lane tu memang padat, kiranya hari-hari la, padat… jalan utama. Walau macam manapun saya mengambil pandangan itu sebagai cadangan insha Allah lepas ni mungkin kita akan bincang macam mana cara lain sama ada nak buat jalan lain pi Alor Setar, kita boleh pindah kot lain ka, tutup jalan tu untuk berniaga sahaja. Itu mungkin cadangan saja lah, bukan saya pastikan dalam Dewan ini, cuma pandangan sebab memang payah kita dok tengok cara nak selesaikan perkara itu sebab nak kreatif pun kalau peniaga nak kreatif nak berniaga pun dia akan ubah suai kedai pun macam tu jugak, masalah orang ramai ni dia tak akan pi kalau sekiranya bermasalah nak lintas jalan dan sebagainya walaupun nampak menarik. Jadi orang akan suka pi tempat-tempat yang lebih memudahkan juga parking. Sekian.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Satu lagi… saya mintak YB Santan, sekiranya diadakan dialog bersama peniaga dan penduduk di situ, saya ingin sertai dan saya ingin tahu apakah langkah yang boleh kita jalankan bersama-sama agar kita membawa satu perubahan dan juga dengan idea mereka macam mana kita boleh menyelesaikan masalah mereka, terima kasih.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Ya terima kasih, kita akan cuba berdialog dan kita akan jemput YB Indera Kayangan bersama-sama.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima Kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 3.

(Soalan 3 : Berapakah jumlah yang diperuntukkan untuk operasi myBAS di Perlis setiap tahun semenjak diperkenalkan pada tahun 2015, dan dimanakah laluan-laluan myBAS di sekitar kawasan DUN Kuala Perlis?)

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi, Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat. Berkenaan dengan perkhidmatan bas henti-henti myBAS, ianya telah diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang mana kini dikenali sebagai Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Ianya di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST). Ianya telah mula beroperasi di negeri Perlis pada 1 Ogos 2015 yang dikendalikan Mara Liner Sdn. Bhd.

Melalui program SBST di bawah Kerajaan Persekutuan ini telah diperuntukkan sebanyak RM26,951,215.96 sejak operasi myBAS diperkenalkan sehingga September 2018 di negeri Perlis. Peruntukkan ini melibatkan kos pembelian bas, penyelenggaraan, minyak, gaji pemandu, mesin tiket elektronik dan sistem pemantauan operasi. Selain peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri juga dengan peruntukan di bawah Bajet Pembangunan Negeri juga telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan projek Perlis Public Transport Management System (PPTMS) bagi meningkatkan lagi perkhidmatan myBAS di negeri Perlis. Terminal Bas Bukit Lagi telah siap dibina pada Jun 2016 dengan peruntukan hampir RM1 juta, sementara pembinaan Hab Arau telah siap dibina pada Disember 2018 dengan peruntukan berjumlah RM520,993.67 dan pembinaan Hab Padang Besar pula akan dilaksanakan pada tahun ini dengan anggaran peruntukan berjumlah RM360,000.00. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Perlis, mengenai laluan-laluan myBAS di Kuala Perlis, ada satu laluan myBAS ke kawasan DUN Kuala Perlis iaitu laluan T12 bermula daripada Terminal Bukit Lagi melalui Jalan Raya Syed Alwi dan melalui Jalan Kuala Perlis-Changloon dan masuk ke laluan di hadapan Balai Polis Kuala Perlis, seterusnya melalui stesen bas Kuala Perlis, kemudian melalui LKIM, Plaza Kuala Perlis dan seterusnya masuk balik ke kawasan laluan jalan ke UniMAP dan Kampung Wai dan berakhir di Kampung Seberang Ramai. Perkhidmatan myBAS ke kawasan ini bermula pada jam 6.30 pagi sehingga pukul 8.00 malam dengan menyediakan 2 buah bas iaitu sebanyak lebih kurang dengan 20 perjalanan setiap hari.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Soalan tambahan… terima kasih Yang Berhormat Kayang di atas penjelasan berkenaan laluan bas dan juga rujukan yang diguna pakai untuk MyBAS ni. Saya masih ingat lagi pada sidang yang lepas, saya ada mengusulkan berkenaan laluan bas ni diubah sedikit. Saya mohon sekali lagi lah pada Sidang DUN kali ini agar laluan bas ini ditambah dan diubah sedikit. Saya minta hanyak dua kawasan sahaja kita perlu… bas ini perlu lalu sebab kemudahan bas ini menyediakan kemudahan kepada warga tua terutamanya penduduk Seberang Ramai. Pada Sidang DUN yang lepas saya pernah menyuarakan benda ni agar laluan bas ni ditambahkan ke Taman Wai Permai, di Kampung Wai. yang pertama dan yang keduanya ialah laluan ni dikembangkan ke arah Klinik Kesihatan dan juga Pejabat Pos Pekan Kuala Perlis daripada Jalan Sarawak tu daripada Seberang Ramai tu dia nak menghala ke Jeti tu sebelum traffic light tu dia belok ke kiri sikit lah, mintak ditambah laluan ke kawasan tersebut lah, itu sahaja, terima kasih.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih YB Kuala Perlis, insha Allah saya akan perhalusi cadangan YB dan insha Allah kita akan bincang dengan MARA Liner dan juga MyBAS, terima kasih.

Soalan tambahan… adakah pihak Kerajaan Negeri merancang untuk mengkaji semula laluan MyBAS ni sebab saya tengok banyak yang lalu tu penumpang tu… Allah macam membazir la kan?

Penumpang tu seorang dua sahaja… jadi adakah kajian dibuat untuk laluan-laluan tu dikaji semula terima kasih.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih YB Sena, memang pada awal operasi MyBAS ni ada 15 laluan dan kita telah membuat kajian melalui readysheett, dengan izin, melaluan kajian jumlah penumpang dan ada laluan-laluan yang kita pinda atau tambah baik dan ada juga laluan-laluan yang kita merge kan, dua laluan menjadi satu laluan, ianya semua bergantung… berdasarkan kepada apa ni… jumlah bilangan penumpang. Walau bagaimanapun kita masih lagi terus boleh menerima cadangan-cadangan penambahbaikan daripada YB-YB kawasan untuk kita pertimbangkan terima kasih.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan…

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Soalan tambahan…

Speaker

Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih… saya nak tanya tentang MyBAS, ada juga peruntukan daripada Kerajaan Negeri, ok kita tengok ada hab-hab yang telah dibangunkan seperti hab Arau dan hab Padang Besar. Apa pula berlaku yang saya nampak ialah perhentian bas tu, keadaan perhentian bas tu, saya nak tahu berapa… bilakan kali terakhir diadakan penyelenggaraannya sebab saya tengok keadaan tu cukup teruk dan juga kita tahu, pengangkutan awam ini digunakan untuk orang awam dan juga mungkin pelancong juga, tapi di perhentian bas tu tak ada signboard, tak ada laluan bas, tak dak apa-apa dan ada sekali saya pergi Padang…

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Pohon laluan… YB Indera Kayangan… perhentian bas mana yang dimaksudkan?

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Sorry…

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Perhentian bas mana yang dimaksudkan?

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Perhentian bus stop seperti di hadapan mana-mana jalan lah, dekat mana pun ada tengok tak ada penyelenggaraan tu… ok, saya buat satu contoh di Padang Jelutong yang saya lalui… saya tangkap gambar… cukup teruk keadaan perhentian bas itu, siapa nak tunggu siapa, siapa berani tunggu bas situ… kalau YB Chuping nak tau, saya boleh tunjuk gambar tu jugak… kalau mau… very specific… so saya rasa keadaan ini kita harus ambil kira sebab kalau kita nak membangunkan kemudahan…

Speaker

Soalan Yang Berhormat… Yang Berhormat… soalan-soalan…

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Kalau kita nak membangunkan kemudahan kepada orang awam, apakah langkah yang harus diadakan… dijalankan… dan juga apakah peruntukan yang akan digunakan untuk penyelenggaraan stesen bas… perhentian bas? Terima kasih.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih YB Indera Kayangan, memang apa ni… dalam memastikan kita meningkatkan tahap perkhidmatan pengangkutan awam, salah satunya ialah menyediakan hab-hab perhentian bas dan juga tidak terkecuali adalah perhentian-perhentian bas, dan berkenaan dengan soalan YB Indera Kayangan berkenaan dengan bila kali terakhir diselenggara tu saya tak dapat nak jawab, sebab saya pun tak pasti bila yang kali terakhir tapi walau bagaimanapun saya akan ambil maklum tentang apa ni cadangan yang disuarakan oleh YB Indera Kayangan tentang bus stop ataupun perhentian bas yang uzur dan sebenarnya perhentian bas ini kita ada… disediakan oleh agensi-agensi, insha Allah saya akan ambil maklum tentang cadangan ini dan Kerajaan Negeri akan cuba tengok tentang macam mana untuk kita naik taraf atau pun selenggara balik perhentian bas tersebut.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Yang Berhormat… supaya tidak kelihatan sebagai suatu pembaziran kerana menggunakan wang rakyat hasil daripada subsidi yang terlalu banyak Yang Berhormat, saya ingin bertanya Yang Berhormat, projek yang dibuat secara tender terbuka yang dimenangi oleh MARA Liner ini yang dibuat khas untuk Kerajaan pada masa itu untuk bagi sistem pengangkutan yang lebih baik kepada rakyat di seluruh negara termasuk di negeri Perlis yang sememangnya tidak ada bas. Bagaimana kita nak memunafaatkan supaya route-route laluan ini supaya dapat ianya boleh berguna, supaya duit rakyat tak rugi, bas dok berjalan sahaja, driver-driver sekarang seolah-olah menggunakan MyBAS sebagai pemandu F1 yang saya ingat lama-lama akan menyebabkan berlaku kecelakaan yang besar kepada… kemalangan yang melibatkan anak-anak sekolah dan sebagainya… ini harus di dalam kawalan kita jugak… silap-silap Yang Berhormat, Perlis ni tak dak apa… Yang Berhormat pun boleh bagi fokus kepada perkara ini, apa tindakan Yang Berhormat dalam menyelesaikan perkara ini.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, memang perkhidmatan atau pun operasi MARA Liner ataupun MyBAS ini dipantau oleh dulu SPAD lah dan sekarang ni APAD, dan insha Allah saya juga ambil maklumlah apa yang diutarakan oleh YB Tambun Tulang dan di pihak Kerajaan Negeri kita akan bersama dengan APAD untuk memastikan apa yang telah diutarakan atau disampaikan itu tadi tidak membazirkan duit rakyat.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak tarik balik soalan ini sebab Kerajaan dah bina roundabout di dua simpang tersebut walaupun baru pasang tapi dia makan mangsa juga seorang. Saya tengok dia nak saman Kerajaan dalam facebook dia… tapi bila dia kata tak dak lampu saya balik dari Rantau malam tu, saya berhenti tengok ada lapan lampu… bila saya baca sekali lagi facebook dia saya faham dia balik dari rumah YB Simpang Empat minum air situ, terima kasih.

(Soalan 4 : Bilakah simpang empat jalan Kampung Sungai Padang dan Permatang Bongor hendak diadakan bulatan (roundabout?)

Speaker

Adakah roundabout itu dibuat kerana desakan Yang Berhormat?

Wallahu’alam… saya harap dak lah… sebab soalan ini saya tanya semasa kemalangan berlaku, orang kampung marah… ‘YB buat apa?’… sampai lama mana dah ni, lepas tu saya buat soalan, tengok-tengok balik ada dah… Alhamdulillah, terima kasih.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mungkin saya boleh response sikit lah, sebenarnya bukanlah atas desakan daripada Yang Berhormat kawasan, kalau kita tengok apa ni… kemalangan yang berlaku tu kebanyakan yang dilaporkan adalah berdasarkan kepada kecuaian dan juga reka bentuk simpang empat itu sebenarnya adalah reka bentuk simpang empat dan ianya agak mengambil masa kerana reka bentuk simpang bulatan ataupun dalam bahasa inggerisnya roundabout ni dia reka bentuknya tak sama, fungsinya tak sama… jadi ianya mungkin perlu pengambilan balik tanah, kemudian kekangan-kekangan teknikal yang terdapat di lokasi itu tidak memungkinkan untuk kita sediakan persimpangan bulatan sebagaimana reka bentuk yang sepatutnya dan apa yang kita buat di simpang tersebut, adalah secara sementara dan masih lagi dalam kajian dan berkenaan dengan kemalangan yang berlaku tu, ya lah… memang di situ memang ada lampu lah sebenarnya, cuma sepatutnya kalau kita penduduk-penduduk di kawasan itu, walaupun tak ada struktur bulatan di tengah jalan pun, sepatutnya dia alert lah ataupun dia aware, dengan izin, bahawa situ adalah sebenarnya simpang, terima kasih YB Simpang Empat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, penduduk di situ kebanyakan tahu, yang dok langgar orang ni orang luar, orang luar yang datang sini, orang Penang, orang Kedah… pi masuk jalan tu dia terus sahaja… jadi saya nak sebut tadi, bukan atas desakan saya, memang tanggungjawab Kerajaan… terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji… eh… Sanglang. Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Bismilahirahmanirrahim.. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertama sekali saya nak ambil peluang dan ruang yang ada sebelum bertanya soalan yang ke 5, saya nak mengucapkan, merakamkan takziah kepada seluruh mangsa ribut yang melanda Perlis baru-baru ni khususnya di DUN Guar Sanji dan DUN-DUN yang lain, lebih kurang dua puluh lebih buah rumah di DUN Guar Sanji dan juga DUN yang lain. Dan juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Perlis dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga MAIPs atas bantuan awal yang diberikan kepada mangsa-mangsa ribut, seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 5.

(Soalan 5 : Kos mengurus penanaman dalam sektor pertanian dan industri asas tani ketika ini adalah tinggi. Apakah bantuan yang diberikan oleh Jabatan Pertanian kepada peladang / petani / pekebun di kawasan MADA?)

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan terima kasih Yang Berhormat DUN Guar Sanji. Jabatan Pertanian Negeri Perlis menjalankan program-program pembangunan dan insentif tanaman untuk kawasan perkhidmatan di bawah jabatan yang secara umumnya berada di kawasan Luar MADA, manakala peruntukan dan insentif pembangunan bagi kawasan MADA pula berada di bawah tanggungjawab pihak MADA. Walau bagaimanapun, Jabatan Pertanian turut memberikan beberapa perkhidmatan pengembangan kepada para petani di dalam kawasan MADA, antaranya bimbingan dan khidmat nasihat, kursus dan latihan untuk tanaman harumanis, insentif benih tanaman, khidmat pemantauan perosak dan penyakit tanaman padi. Bagi program bimbingan dan khidmat nasihat tanaman harumanis yang diberikan oleh Jabatan Pertanian kepada petani di dalam kawasan MADA, ianya melibatkan 5 projek kelompok harumanis dengan penglibatan 90 orang petani dan keluasan bertanam 38.92 hektar.

Di antara kursus-kursus yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian yang melibatkan petani di kawasan MADA pada tahun 2018 ialah Kursus Kawalan Bunga dan Putik, Kursus Kod Keselamatan dan Membalut Buah, Kursus Pasca Lepas Tuai. Bagi tahun 2019, Jabatan Pertanian telah merancang beberapa kursus yang melibatkan para petani dalam kawasan MADA seperti berikut, Kursus Kawalan Bunga dan Putik, Kursus Kod Keselamatan dan Membalut Buah, Kursus Pasca Lepas Tuaian, Kursus Pemangkasan Mempelam kawasan MADA dan Kursus Aruhan Bunga kawasan MADA. Selain daripada itu, Jabatan Pertanian juga telah memberi insentif anak-anak pokok Mempelam Harumanis bagi petani di kawasan MADA bagi tahun 2018 seramai 4 orang seluas 1.14 hektar, jumlah pokok 137. Sekian.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Soalan tambahan Dato’ Speaker, terima kasih penjelasan yang dibuat oleh Yang Berhormat Simpang Empat. Kita faham insentif dan juga bantuan-bantuan yang diberikan kepada peladang… petani, cuma kita kena faham di bawah kawasan MADA ini ada juga orang-orang kampung pekebun- pekebun kecil yang perlu diberi perhatian kerana mereka tidak ada bantuan khusus yang diberikan di bawah Jabatan Pertanian dan MADA pun tidak ada, contoh pekebun yang nak buat tanaman seperti sayur-sayuran, saya berjalan beberapa tempat di Guar Sanji, apabila saya tanya pernahkah pohon bantuan apa-apa, dia kata saya pernah pergi ke MADA dan Jabatan Pertanian, tidak ada apa-apa apa nama bantuan. Ini yang difahamkan kepada saya, pohon penjelasan.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih, setakat sekarang memang banyak program-program di kawasan MADA, itu pun pada padi saja dan tanaman sampingan insentif petani buat masa sekarang saya baru merancang dengan agensi yang terlibat Jabatan Pertanian, MADA dan LPP minta depa duduk sekali tengok balik, kita tak mau ada setengah petani dapat tiga jenis bantuan, dekat FAMA dia dapat, kat Pertanian dia dapat, kat LPP dia dapat, kat MADA pun dia dapat. Untuk itu, saya baru dalam proses penyelesaian kepada agensi-agensi yang terlibat dan juga semua agensi yang terlibat ni di bawah Kerajaan Pusat, setakat la orang kata saya ni macam ibarat minyak cap buruh, ambik bau sahaja. Sekian.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan… Dato’ Speaker soalan tambahan saya, Yang Berhormat… saya tengok Yang Berhormat Exco Pertanian ni nampak baguih la.. cuma Yang Berhormat pelbagai bantuan telah diberikan oleh Kerajaan dan dari segi kualiti juga saya tengok Jabatan Pertanian juga sentiasa mengambil berat dan memantau di ladang-ladang kecil tetapi melihat dari segi pasaran, yang kita sedia maklum bahawa kita boleh mendapat pasaran yang lebih baik terutamanya di negara Jepun, kalau Yang Amat Berhormat bagi bajet, YB Sham taja saya bayar tiket kapal terbang, saya tolong buka jalan pi perbincangan termasuk bawak Pengarah Pertanian nak buka nak tunjuk bagi depa… bagaimana cara untuk kita dapat pasaran daripada Jepun, ada sedikit sahaja yang itu kira boleh diatasi cuma jalan tu, saya nak buka jalan nak tunjuk dekat agensi mana yang terlibat termasuk pejabat Kedutaan Malaysia di Jepun mempunyai maklumat yang lebih arif dalam perkara ini supaya pasaran di sana lebih besar dan harga lebih mahal dan kita kesian yang ditunggu-tunggu hampir enam bulan rakyat menunggu untuk mendapat enam atau tujuh bulan dapatkan hasil tetapi kalau hasil yang kita buat hasil daripada bimbingan Kerajaan dan agensi yang terbabit, untuk mendapat pasaran yang lebih luas dan harga yang lebih baik saya ingat ini… why not kita mencuba meneroka di negara luar, sedangkan memang orang Jepun dah mula… dulu Tuanku… Duli Yang Maha Mulia Tuanku dah berusaha dah buat dah tetapi termati takat sekali sahaja kalau tak silap saya, usaha eksport dibuat ke negara Jepun, jadi bagi meneruskan balik, jadi Yang Berhormat sebagai Exco yang sangat rajin cuba kita balik, korek balik lubang ni dan kita bagi peluang kepada rakyat. Terima kasih Dato’ Speaker.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, jadi pandangan, nasihat dan cadangan kita akan cuba kalau Kerajaan Negeri berkemampuan dari segi kewangan.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang… soalan…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya nombor 6.

(Soalan 6 : Apakah perancangan teliti yang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk menarik pelaburan ke negeri ini?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih juga Yang Berhormat Tambun Tulang, ini soalan favourite Yang Berhormat Tambun Tulang ni… pasal pelaburan ni… Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, dari segi perancangan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri, dalam konteks untuk menarik pelabur-pelabur datang ke negeri Perlis ini memanglah dibuat dengan teliti, sebenarnya kita mempunyai dokumen-dokumen dan juga garis panduan di dalam melakukan perancangan ini dan salah satunya wawasan kita, dokumen yang berkaitan dengan wawasan kita, Perlis Negeri Bandaraya 2030 adalah merupakan The Principle Guidance, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker yang digunakan dalam perancangan pembangunan keseluruhan bagi Negeri Perlis dan khususnya untuk dalam konteks untuk menarik pelabur-pelabur ke negeri Perlis.

Kedua, kita juga mengambil kira di dalam perancangan ini akan keberadaan kita di dalam kawasan Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Tirangle (IMT-GT) ini dan yang ketiganya yang juga menjadi panduan ataupun sebagai Principle Guidance ini keberadaan sumber-sumber asli kita yang mana kita tahu bahawa kita tak banyak sumber-sumber asli tetapi kita ada faedah-faedah ataupun advantage yang lain dengan lain Dato’ Speaker, dari segi lokasi kita dan ini memberikan kelebihan kepada Negeri Perlis dari segi sektor-sektor tertentu iaitu sektor perkhidmatan yang misalnya yang kita lihat adalah merupakan suatu yang kita digunakan sebaik-baiknya untuk merancang dan untuk menarik pelabur ke negeri Perlis.

Dalam hal ini saya suka untuk menarik perhatian Dewan yang mulia ini, saya ingin juga menjawab soalan ini bersekali dengan soalan nombor 12 yang saya kira ada berkaitannya dengan soalan nombor 6 ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, jadi itulah asas-asas kepada perancangan yang kita lakukan di dalam usaha untuk menarik pelabur ke Negeri Perlis, jadi apakah yang sebenarnya dilakukan. Pertamanya, kita kena mengakui bahawa di negeri Perlis kita tidak mempunyai prasarana yang mencukupi yang boleh menjadi tarikan kepada pelabur. Itu kita rancang sedemikian rupa supaya kita mempunyai prasarana yang menarik supaya negeri Perlis ini berada di dalam ruang lingkung radar pihak pelabur, jadi apakah bentuk-bentuk prasarana yang kita adakan ini? Itulah salah satunya apa yang kita wujudkan di Chuping Valley Industrial Area (CVIA) kita cuba nak wujudkan suatu kawasan perindustrian seperti mana negeri-negeri yang lain di Malaysia dan itulah satu-satunya kawasan perindustrian yang terbesar yang pernah kita wujudkan di negeri Perlis dan memanglah belum lagi disiapkan sepenuhnya, insha Allah dalam tahun ini ada beberapa lagi projek-projek infrastruktur yang akan dilaksanakan di sana. Jadi selain daripada itu kita juga sebenarnya dalam perancangan untuk menarik pelabur ini kita bekerjasama rapat dengan agensi-agensi di peringkat persekutuan khususnya di dalam konteks ini seperti MIDA, seperti NCIA dan juga di peringkat negeri kita cuba mewujudkan portal pelaburan Perlis di mana melalui portal ini pelabur-pelabur boleh melihat sendiri apakah peluang-peluang yang ada di negeri Perlis selain daripada peluang-peluang yang bakal diwujudkan di CVIA itu sendiri. Dan kita juga dalam kerjasama kita dengan pihak MIDA ini kita mewujudkan Networking Dinner, ini juga kita telah adakan sebagai langkah untuk kita menarik pelabur-pelabur. Selain daripada itu kita juga bertemu dengan deligasi-deligasi yang datang daripada luar negara dan khususnya kita telah mengadakan banyak perjumpaan dengan Duta-Duta Besar dan juga Pesuruhjaya Tinggi Negara Luar dan usaha untuk kita menjual negeri Perlis dan untuk melihat apakah sebenarnya yang menarik minat mereka untuk datang ke negeri Perlis untuk melabur. Itulah juga yang dilakukan dan saya kira tak kurang daripada 10 atau lebih Duta-Duta yang datang melawat Perlis yang telah mengadakan pertemuan dengan Kerajaan Negeri khususnya dengan saya sendiri di mana kita telah pun menjelaskan kepada mereka dan mereka juga diberikan penerangan oleh pihak NCIA dan juga oleh pihak BPEN, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri mengenai projek-projek pembangunan yang sedang dilakukan di negeri Perlis dalam konteks untuk menarik pelabur-pelabur ini.

Selain daripada itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita juga telah memberikan taklimat kepada pelabur-pelabur yang berpotensi ini dan sehingga kini kita telah pun mengadakan taklimat kepada 11 buah syarikat yang berminat, yang menunjukkan minat untuk melabur di negeri Perlis. Dan selain daripada itu, sebagai juga tarikan Kerajaan Negeri menimbangkan kadar premium tanah yang menarik, kita memberikan diskaun-diskaun tertentu, di samping itu juga kita menyediakan satu jadual pembayaran cukai tanah yang menarik kepada mereka juga. Jadi ini adalah di antara insentif-insentif selain daripada insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan berdasarkan kepada input-input yang diberikan oleh Kerajaan Negeri. Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, itulah sebahagian daripada usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam konteks untuk merancang dengan teliti agar Perlis ini berada di dalam radar pelabur-pelabur untuk mereka akhirnya datang melabur di negeri Perlis. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Soalan tambahan… terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Bintong dengan jawapan yang panjang lebar, saya ada satu soalan sahaja kepada Yang Berhormat Bintong, adakah Yang Berhormat Bintong bersetuju bahawasanya masalah air ini merupakan salah satu masalah yang menyebabkan pelabur-pelabur luar tidak berminat untuk melabur di dalam negeri Perlis ini sebab bagi saya masalah air ini merupakan masalah asas dan perkara yang sangat meruncinglah bagi negeri Perlis ini, terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Perlis, saya tidak dapat nafikan bahawa ini adalah merupakan salah satu daripada masalah prasarana di negeri Perlis dan kerana itulah sejak daripada awal lagi apabila saya dilantik sebagai Menteri Besar, ini adalah merupakan salah satu keutamaan yang telah kita lakukan dalam usaha untuk kita pertingkatkan kualiti perkhidmatan air terawat sehinggalah kepada perkhidmatan yang lain yang berkaitan dengan NRW itu, dan sebenarnya sejak daripada penggal yang lepas kita telah pun ada perancangan untuk kita memperbaiki sistem air terawat ini dan alhamdulillah sebenarnya Kerajaan yang terdahulu telah meluluskan beberapa projek dalam usaha untuk kita memperbaiki kualiti air dan juga sistem penyampaiannya tetapi projek-projek ini telah dikaji semula selepas Pilihanraya Umum yang keempat belas, dan akhirnya atas rayuan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri dan saya rasa Kerajaan Persekutuan di bawah kerajaan yang baharu ini pun mengakui bahawa ini merupakan sesuatu yang perlu ditambah baik dan kerana itulah projek yang berkaitan dengan sistem air terawat di negeri Perlis dan juga dalam usaha untuk mengatasi masalah NRW telah diluluskan semula dan alhamdulillah sebenarnya kalau tidak ada apa-apa aral melintang, RM90.0 juta nilai projek yang telah diluluskan semula oleh Kerajaan Pakatan Harapan akan dilaksanakan di negeri Perlis dan ini kita harapkan akan menjadikan perkhidmatan air terawat di negeri Perlis ini lebih baik dan akhirnya ia tidak menjadi suatu halangan kepada pihak pelabur untuk datang melabur, terima kasih.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Satu lagi soalan tambahan… terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Bintong, atas penjelasan tersebut, satu sahaja soalan saya sekali lagi, adakah Yang Amat Berhormat Bintong bersetuju bahawasanya keadaan Pakatan Harapan yang baru ini adalah lebih baik dari Kerajaan Barisan Nasional yang dahulu sebab, sebab apa, dulu masa Kerajaan PH di Selangor adalah Kerajaan Pembangkang, so banyak peruntukan-peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional pada ketika itu tidak dapat Selangor terima sebab saya menetap di Selangor sebelum ini, bermakna ini adalah Kerajaan Pakatan Harapan sekarang ini tidak meminggirkan Kerajaan Negeri Pembangkang seperti Barisan Nasional, adakah Yang Amat Berhormat bersetuju?.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Perlis, saya kalau saya nak jawab soalan ini, saya boleh rungkai balik daripada awal, sebenarnya kalau kita melihat kepada angka-angka mikro, Kerajaan PH sekarang ini setelah selepas sebulan berada di dalam memerintah negara, sebenarnya prestasinya amat buruk, ya... kalau kita melihat kepada pencapaian GLP pada tahun 2017, 5.9 percent, dengan izin, is the 2nd highest in Asia and it could be in the world just behind China. Sekarang ini projection yang baru ini yang sedang dibuat oleh agensi-agensi antarabangsa, international rating agencies dia telah menurunkan kita punya ni kepada 4.3 percent atau 4.2 percent sahaja, kalau itu nak dikatakan sebagai prestasi yang lebih baik, saya tak pasti, mungkin Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh nilaikan sendiri dan berkaitan dengan masalah air ini, sebenarnya saya lihat Kerajaan sekarang ini mengakui bahawa apa yang telah dirancang oleh Kerajaan Barisan dahulu sebenarnya adalah betul dan sebab itulah Kerajaan PH telah meluluskan semula walaupun pada awalnya nak dibatalkan dalam konteks mengkaji semula itu, dan akhirnya diluluskan sebab memang betul, memang projek ini diperlukan dan ada strong justification, dengan izin, Yang Berhormat Dato’ Speaker, dan kerana itu saya berterima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang telah meluluskan semula projek ini demi rakyat negeri Perlis dan juga untuk memastikan Perlis berada di dalam radar pelabur tadi, Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya nak mengambil perhatian…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan…

Speaker

Saya nak mengambil perhatian sedikit, Yang Berhormat duduk sekejap… saya ingat Dewan Undangan Negeri Perlis tidak membenarkan kita untuk mempersoalkan parti mana yang bagus, Kerajaan yang bagus, di hadapan kita adalah tanggungjawab untuk membangunkan negeri dan juga masyarakat negeri, jadi kita terimalah apa sahaja yang diberikan oleh pihak Kerajaan Pusat, dan apa yang ada oleh Kerajaan Negeri, terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Sentuh sedikit-sedikit boleh Yang DiPertua, macam kita bubuh garam la… tidak dia tak syok… terima kasih atas jawapan yang pada saya cukup baik yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat, walaupun disentuh oleh Kuala Perlis tentang kononnya Kerajaan Barisan Nasional tak berlaku baik kepada negeri Selangor, pada saya tentang Air Selangor pun, saya nak bagitau Yang Berhormat Kuala Perlis, sebenarnya perancangan bukan dibuat oleh Kerajaan Negeri, ketika itu saya menjadi Pengerusi Suruhanjaya Air saya tahu saya yang berunding dengan Tan Sri Khalid sebenarnya YAB Azmin tu datang kemudiannya, yang bagi duit, pinjaman untuk berhijrah kepada Syarikat Air Selangor tu semua dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional walaupun begitu, seorang Menteri yang kanan dalam Kerajaan sekarang, saya tak kata Pakatan Harapan dalam Kerajaan sekarang menganggap pemimpin Barisan Nasional ini sebagai carrot brain.

Speaker

Yang Berhormat, soalan ka ulasan…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Sekejap Yang Berhormat, dia kena ada mukadimah sikit, baru nak tanya soalan, dia anggap otak sayur pemimpin BN dulu ni... sayur semua tetapi pemimpin BN dahulu ni dia tak beli kelulusan... dia semua mengaji betui punya... kalau dia tak mengaji dia habaq dia tak mengaji... yang tu lah yang baiknya. Kita tak payah beli sijil-sijil ni... kita pi mengaji betui-betui... sebab yang tu beli sijil ni, satu tabiat yang tak baik, mengajar anak-anak kita jadi tak rajin belajar pi beli sahaja ijazah tang manapun walaupun universiti tu tak pernah ada dalam dunia kan, universiti palarat, universiti kepala bapak... apa macam-macam lah, saya nak tanya Yang Berhormat, tentang satu perkara yang cukup penting yang bukan otak sayur ni, otak betui mengaji betui...

Speaker

Yang Berhormat, otak apa?

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Otak sayur, carrot brain... ada Menteri...

Speaker

ada istilah baru ka?... Otak sayur…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Dia kata pemimpin Barisan Nasional semua carrot brain dalam Parlimen ada hansard... saya rasa tak syok la, masa tu saya Barisan Nasional jadi saya bertanding pun menang atas Barisan Nasional, kena bela sikit lah.

Speaker

Ada Yang Berhormat nak patah balik ka? Cara bercakap ni?... (Dewan ketawa)…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Lamaran-lamaran itu ada jawapan dalam masa terdekat, insha Allah... akan ada satu keputusan yang baik dan mengejutkan lah... dalam masa terdekat insha Allah... saya nak bagitau... nak bertanya Yang Berhormat, amboi dia hilang dah.. kita negeri Perlis ikut acuan kita sendiri Yang Berhormat, terima kasih atas jawapan yang cukup ilmiah walaupun dalam facebook orang kata Yang Berhormat macam-macam, Dewan Undangan Negeri ni macam sarkas la apa la... saya kesian Yang Berhormat ni... saya pun ikut monitor, jangan kata saya tak monitor semua facebook yang orang kata dekat Yang Berhormat... Yang Amat Berhormat saya tanya Yang Amat Berhormat, kita ketinggalan ni bukan kadang-kadang secara nasib Perlis, nasibnya... dulu ni kita tolak Lebuhraya, depa ni semua kecik-kecik dulu ni, dok pakai pampers lagi depa bukan tau yang ni... dulu kita tolak lebuhraya, kalau kita tak tolak lebuhraya dulu, Perlis memang tak jadi macam ni... advantage boleh dikatakan terlampau banyak tak yah dok habaq, keretapi laluan ada, track railway macam-macam kita ada... tapi sebab kita tolak lebuhraya dulu, macam mana kita nak kembalikan balik. Lebuhraya patut bermula daripada Padang Besar ke Johor Bahru, PLUS bukan dari Bukit Kayu Hitam ke Johor Bahru, tapi dulu kita dok kira... memang... mungkin dalam konteks sejarah pada masa dulu Yang Berhormat Dato’ Speaker tau benda ni?... bukan saya nak ungkit sejarah, Yang Berhormat lebih tau, dia lebih tahu... sebab dia masa tu tengah kuat dan tengah berkhidmat di dalam Kerajaan dan juga bergabung dalam politik yang agak aktif pada masa itu, sebab kita tolak lebuhraya daripada Padang Besar ke Johor Bahru, kita ketinggalan 10-15 tahun, dalam arus aliran ekonomi negara. Itu yang berlaku... Pengarah-Pengarah, Yang Berbahagia Tuan-Tuan Pengarah pun tak tau tentang perkara ini, jadi saya tahu betapa sulitnya Yang Berhormat nak kembalikan balik momentum itu supaya kita berada di dalam landasan yang seperti kita berada dulu... dan terima kasih kepada Yang Berhormat yang saya ingat bertungkus lumus berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah ini, walaupun orang menganggap pemimpin Barisan Nasional otak sayur tetapi tak pa lah.. sayur tak sayur apa pun, tapi kita tak beli sijil, ha itu kita nak kena tengok. Jadi apakah tindakan sekarang ini, Yang Amat Berhormat buat berada di dalam landasan dan perancangan seterusnya adakah dibantu oleh Kerajaan Pusat, seperti Koridor Utara, MIDA dan sebagainya. Adakah dibantu atau kita tak sealiran dengan Pusat... kita... tak pa lah.. terima kasih...

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, pertamanya saya secara peribadinya menyokong untuk Yang Berhormat Tambun Tulang merujuk balik kepada UMNO, yang kedua berkaitan dengan, adakah usaha-usaha Kerajaan Negeri yang dilakukan sekarang ini dalam konteks untuk membangunkan Perlis ini disokong oleh Kerajaan PH. Sebenarnya saya boleh mulakan begini... mengatakan bahawa apa yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri untuk membawa dan melonjakkan pembangunan ekonomi negeri ini ke tahap yang lebih baik sebenarnya diiktiraf oleh Kerajaan Pakatan Harapan sekarang ini, dan kerana itulah boleh dikatakan hampir kesemua projek-projek pembangunan yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke sebelas semasa Kerajaan Barisan Nasional dahulu telah diluluskan semula dan selepas kajian dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan ini dan oleh itu saya ucapkan terima kasih dan menghargai apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan dan saya kira Kerajaan Persekutuan mengiktiraf akan perancangan teliti yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dan perancangan ini telah dilakukan semata-mata untuk faedah rakyat dan dia bukannya bertujuan untuk faedah diri sendiri. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ditempohkan sebentar sehingga jam 11.15 pagi. Terima kasih.

(Persidangan ditempohkan sementara pada jam 10.22 pagi)

Sidang bersambung pada jam 11.17 pagi.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, dewan bersidang semula. Sessi soalan sessi soal jawab lisan akan diteruskan. Dipersilakan YB Sena.

Assalamualaikum Dato’ Speaker soalan saya soalan nombor tujuh (7).

( Soalan 7 : Apakah perancangan di pihak Kerajaan Negeri berkaitan dengan pokok-pokok jati di tepi jalan-jalan di Negeri Perlis yang disebut rakyat Perlis sebagai ‘bom jangka’ di mana sering berlaku kejadian kenderaan berlanggar dengan pokok-pokok ini dan terdapat juga kes kemalangan maut? Bilakah pokok-pokok ini akan ditebang?)

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Selamat pagi, salam sejahtera. YB Dato’ Speaker Jabatan Perhutanan Negeri Perlis telah melaksanakan proses penebangan pokok-pokok di jalan khususnya pokok jati sejak tahun 2017 secara tender melibatkan tiga (3) batang jalan iaitu jalan Santan, jalan Guar Jentik Kaki Bukit dan jalan Padang Siding. Proses penebangan fasa satu (1) ini dijangka selesai pada pertengahan tahun 2019, proses penebangan fasa dua (2) pula telah bermula pada bulan Mac 2019 yang melibatkan tiga (3) batang jalan iaitu jalan Simpang Empat, jalan Padang Melangit dan jalan Kok Klang. Proses penebangan pokok-pokok ini akan diteruskan secara berfasa sehingga selesai mengikut keutamaan yang akan ditentukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis berdasarkan saiz pokok dan jumlah aduan di sesuatu jalan. Tender tebangan pokok jalan yang dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk menghapuskan risiko pokok-pokok bahaya dan paling utama sebagai hasil kepada kerajaan negeri melalui penjualan pokok secara tender dan bayaran-bayaran cukai kepada Jabatan Perhutanan. Walaupun begitu bagi jalan-jalan lain yang mempunyai risiko pokok bahaya atau lain faktor permohonan penebangan pokok boleh dikemukakan terus kepada Jabatan Perhutanan untuk diperiksa dan disahkan sebelum kebenaran penebangan diberikan. Jabatan Perhutanan merupakan agensi yang bertanggungjawab untuk memberikan kebenaran dan penebangan pokok-pokok jalan dalam Negeri Perlis manakala tindakan menebang dilakukan oleh JKR, JPS atau BPD bergantung kepada lokasi pokok tersebut, terima kasih.

Soalan tambahan YB Speaker. Apakah yang saya nak tahu kerajaan negeri buat dengan pokok-pokok yang telah ditebang itu, adakah dibuat industri untuk mengilang produk-produk jati tersebut.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Atas sebab pokok-pokok jati yang dihasilkan pada Negeri Perlis ini memang tidak berkualiti yang bagus jadi hasil-hasil itu memang kita dibeli oleh kontraktor-kontraktor dan jadikan pekakas perabot di Negeri Perlis.

Speaker

Dipersilakan YB Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih YB Dato’ Speaker, soalan saya nombor lapan (8).

(Soalan 8 : Apakah pencapaian kutipan cukai taksiran tahun 2018 dan yang terkini di Negeri Perlis, dan berapakah peratusan penduduk di Negeri Perlis yang dikenakan cukai taksiran dan yang diberikan perkhidmatan kutipan sampah domestik?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih YB Dato’ Speaker, bagi menjawab soalan YB Indera Kayangan, pencapaian kutipan cukai taksiran oleh MPK bagi tahun 2018 adalah sebanyak RM 13.6 juta. Setakat bulan Februari 2019 kutipan cukai taksiran yang telah dikutip adalah sebanyak RM 6.4 juta iaitu peningkatan sebanyak 6.82% bagi tempoh yang sama tahun 2018. Terdapat 32,328 unit pegangan bercukai di Negeri Perlis setakat Februari 2019. Walau bagaimanapun jumlah ini tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk peratusan penduduk yang dikenakan cukai taksiran kerana perbandingan tersebut telah kurang tepat disebabkan terdapat individu dan mempunyai lebih daripada satu unit pegangan bercukai dan setiap unit rumah kediaman juga lazimnya dihuni oleh lebih daripada seorang penghuni. Disamping terdapat juga unit pegangan bercukai yang dimiliki oleh syarikat atau pun organisasi. Namun demikian berdasarkan analisa data daripada Bahagian Pentadbiran Daerah dan juga MPK adalah dianggarkan terdapat 70,690 buah rumah kediaman di seluruh Negeri Perlis iaitu 25,768 buah rumah kediaman yang dikenakan cukai taksiran dan 44,922 buah rumah kampung yang tidak dikenakan cukai taksiran. Berdasarkan angka ini boleh dirumuskan bahawa kira-kira 36.45% rumah kediaman di seluruh Negeri Perlis dikenakan cukai taksiran. Berhubung peratusan yang diberikan perkhidmatan kutipan sampah domestik pula berdasarkan data daripada SW Corp Negeri Perlis jumlah premis yang mendapat perkhidmatan sampah domestik adalah sebanyak 27,627 buah rumah, berdasarkan angka ini jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan premis bercukai sebanyak 32,328 buah terdapat perbezaan sebanyak 4,701 premis, situasi ini berlaku kerana terdapat kawasan dan pegangan yang dikenakan cukai taksiran namun tidak menghasilkan sampah atau tidak memerlukan perkhidmatan kutipan sampah contohnya seperti bangunan sarang burung, menara pemancar, substation TNB, tanah kosong, bangunan roboh dan sebagainya. Jadi sampah yang dikutip oleh SW Corp adalah sisa domestik sahaja manakala sisa industri daripada kilang perlu diuruskan sendiri oleh pihak kilang. Selain itu terdapat juga kawasan rumah lot atau rumah selain dari rumah dalam taman perumahan yang tidak perlu di akses oleh lori kutipan sampah ataupun kontraktor disebabkan keadaan jalan yang sempit, bagi situasi ini tong sampah berpusat disediakan dan penduduk di kehendaki menggunakan tong berpusat tersebut untuk melupuskan sampah mereka, sekian.

Speaker

Dipersilakan YB Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor Sembilan (9).

(Soalan 9 : Adakah Kerajaan Negeri akan campur tangan berhubung kemelut Persatuan Bolasepak Perlis?)

(Soalan 10 : Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memulihkan kembali pasukan bolasepak Negeri Perlis?)

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih YB Dato’ Speaker, YB ADUN Kuala Perlis, YB Dato’ Speaker saya mohon dengan izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan nombor sepuluh (10) daripada YB Sanglang. Untuk makluman YB Kuala Perlis kerajaan negeri tidak campur tangan dalam kemelut berlaku di dalam pengurusan dan pentadbiran Persatuan Bolasepak Perlis mahupun mana-mana persatuan yang ada ini adalah kerana setiap persatuan adalah merupakan organisasi bukan kerajaan yang di tadbir sepenuhnya oleh jawatankuasa yang dilantik semasa mesyuarat agung atau pun semasa kongres persatuan. Kemelut yang berlaku dalam Persatuan Bolasepak ini adalah kerana sistem pengurusan atau pentadbiran jawatankuasa yang dilantik tidak berjalan lancar kerana sebab-sebab dalaman persatuan sendiri dan perjanjian yang dibuat berkaitan dengan pemain, pertandingan, kejurulatihan, strategi dan lain-lain tidak didedahkan kepada umum malah kepada agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap sukan ini sendiri pun kita tidak di dedahkan. Walau pun kerajan negeri tidak mencampuri pengurusan pentadbiran Persatuan Bolasepak Perlis secara langsung tetapi kita kerajaan Negeri Perlis tetap sedia membantu dari segi aspek khidmat nasihat, bantuan kemudahan dan sokongan penganjuran kejohanan serta kita buat juga pemantauan atau penyelarasan aktiviti atau pun program melibatkan sukan bolasepak di negeri ini antaranya adalah melalui mesyuarat Majlis Sukan Negeri Perlis yang ni kita buat secara berkala sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun dan mesyuarat ini dapat dijadikan platform bagi persatuan-persatuan sukan termasuk Persatuan Bolasepak Perlis untuk berbincang dan berkongsi perancangan mengenai apa jua perkara yang berkaitan sukan. Selain itu ruang perbincangan dua hala secara terus diantara kerajaan negeri dan PFA sentiasa terbuka bagi memastikan PFA tidak tersilap langkah dalam merancang hala tuju atau pengurusan kewangan. Bagi menjawab persoalan daripada YB Sanglang pula walaupun kemelut yang berlaku dalam PFA ini kerajaan negeri dalam perancangan kerajaan negeri juga untuk melaksanakan program pembangunan sukan di peringkat akar umbi melalui program kerjasama iaitu program pembangunan bolasepak negara ataupun NFDP yang akan diselaraskan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia dan dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negeri Perlis bersama pemegang taruh yang lain seperti Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Ketua Jurulatih Remaja Negeri, KJRM dan juga persatuan PFA itu sendiri. Inisiatif ini diambil bagi membolehkan sukan bolasepak terus tetap aktif dan dibangunkan secara berterusan dan bersistematik, ia adalah program pembangunan pemain-pemain bolasepak daripada peringkat akar umbi bermula seawal umur tujuh (7) tahun dan yang diharapkan kita dapat melahirkan anak- anak jati Perlis untuk bermain dalam liga tempatan ataupun mewakili negara kelak, sekian.

Soalan tambahan YB Dato’ Speaker.

Speaker

Dipersilakan.

Saya rasa kerajaan negeri mesti melibatkan diri khususnya tentang Persatuan Bolasepak Perlis ni sebab dia melibatkan kelab-kelab dibawah naungan persatuan bolasepak negeri itu sendiri contohnya macam Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri Perlis ni dia akan terjejas juga jika sekiranya pemulihan terhadap persatuan bolasepak negeri ni kita tak pulihkan dengan seberapa segera, terima kasih.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih YB Sanglang memang kita usaha sama dengan MSN juga MSSM ataupun dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri cuma dalam konteks ni kita tak campur urusan dalaman PFA sahaja tetapi berkaitan dengan urusan pembangunan bolasepak ya memang kita sentiasa bersama dengan pihak terutamanya pihak Jabatan Pendidikan Negeri untuk bersama-sama dalam membangunkan pembangunan bolasepak ini.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Tambahan Dato’ Speaker. Terima kasih Dato’ Spraker terima kasih YB Kayang diatas penjelasan tersebut, saya nampak disini PFA ni merupakan nadi kepada stadium kalau kita semua boleh lihat pada perlawanan persahabatan antara Perlis dan Kedah pertama kali hari tu stadium ni penuh, benda ni mendatangkan hasil kutipan tiket balik kepada kerajaan negeri lah secara tak langsungnya jadi saya rasa penglibatan kerajaan negeri perlu untuk membantu PFA merangka balik jawatankuasa mereka, memberi nasihat so saya rasa kalau kerajaan negeri membantu PFA ini Insyaallah kemudian hari dengan hasil kutipan tiket apa semua ni akan membantu kerajaan negeri lah.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih YB Kuala Perlis memang kita bantu termasuk pengurusan dan juga penggunaan stadium malah kutipan tiket pun semua di salurkan kepada PFA sendiri kita bagi peluang kita bagi bantuan dari segi kemudahan apa semua cuma yang kita tak campuri adalah urusan pentadbiran persatuan daripada segi penganjuran kejohanan daripada segi khidmat nasihat, penyediaan kemudahan memang kita bantu cuma dalam soalan YB Kuala Perlis tanya tadi tentang campur tangan tentang kemelut itu urusan dalam tu kita tak campur lah memang kita serahkan kepada persatuan dan juga ahli-ahli gabungan badan gabungan PFA sendiri untuk menguruskan PFA selain daripada itu dalam segi penganjuran sukan, penggunaan kompleks stadium, memang kita bantu malah pada hari ini ketika ini Kerajaan Negeri Perlis telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM 2.5 juta untuk meningkatkan taraf pencahayaan di stadium, terima kasih.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan ketiga, terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih YB Kayang, kita menyedari bahawa ini merupakan sukan utama negara dan dunia khasnya diminati diuruskan dengan baik boleh membuat keuntungan dan sebagainya. Tapi saya menyedari dalam konteks Negeri Perlis bukan mudah untuk kita berada dalam liga perdana dengan sumber kewangan yang terhad kalau kita nak membina satu pasukan yang mantap kita perlu ada lebih kurang RM 1.2 juta sebulan untuk pembayaran gaji untuk pasukan yang mantap ini berasaskan pengalaman saya terakhir sebelum saya meletakkan jawatan dulu sebagai timbalan presiden Persatuan Bolasepak Perlis saya pimpin kelab Felcra tahun lepas sekali sahaja berada dalam liga perdana dan layak ke liga super dan saya menarik diri kerana tidak ada wang dan saya tahu kita tidak ada mana-mana peruntukan yang tersimpan dan tersembunyi kalau ada lebihan barulah kita sebab keutamaan kita akan beri kepada rakyat kita tidak boleh letak kesalahan kepada kerajaan negeri cuma disini YB mencari jalan supaya sukan ini masih menjadi sukan nombor satu di negeri ini dan sukan yang menarik minat sebilangan besar penduduk di Negeri Perlis ini dan juga menghubungkan kita satu masa dulu kita pernah menang piala Malaysia tiga (3) kali, piala FA kita masuk akhir tiga (3) kali tiga (3) kali kalah, juara liga Super dua (2) kali juara liga Perdana dua (2) kali dalam sumbangsih dua (2) kali tapi pengorbanan di sebalik itu, adalah terlalu besar yang kalau siapa jadi Presiden dia kena korban segala-galanya kalau jumlah dia mungkin besama dengan lima (5) buah banglo mewah kalau ada duit banyak tu boleh pegang Presiden kalau setakat duduk keadaan sekarang dengan kita kekangan kewangan kita tak mampu buat cuma saya minta YB bagaimana mencari jalan untuk mengembalikan suasana termasuk berbincang dengan pihak sponser yang saya rasa sukar juga didapat dalam keadaan ekonomi seperti sekarang kerana syarikat-syarikat gergasi konglomerat pun mereka mencatitkan keuntungan yang agak banyak cuma kita fikir bagaimana nak opsourse balik team ini kepada satu (1) pihak yang lain yang bermula daripada liga FAM balik dan Insyaallah kita menapak balik sampai kita berada dalam kemasyhuran tak boleh salah kerajaan negeri yang tu saya akui siapa-siapa juga boleh akui kalau di Perak ada Syarikat Air Perak dia ada simpanan dekat 1 bilion dia boleh taja team bila-bila dia ada 1 bilion ringgit, Selangor juga sebagaimana, Johor jangan katalah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berdua pun boleh bagi 100 juta dah peruntukan kepada team kalau Perlis kita tak mampu buat tapi cuma cari jalan YB sebagai orang muda Exco muda cari cara bagaimana nak keluar daripada kemelut ini mencari jalan berhubung kita swastakan team ini termasuk tawaran-tawaran prasarana yang kita ada stadium negeri kita yang sangat bersejarah ini supaya team-team melihat bahawa pelaburan ini sebenarnya satu pelaburan yang baik dan dengan secara tak langsung Perlis mendapat manafaat daripada cara kita menguruskan bagi pihak luar masuk untuk mengendalikan seterusnya menubuhkan satu pasukan yang hebat di negeri yang kita cintai ini, terima kasih.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih YB Sanglang…..memang kita di pihak kerajaan negeri …minta maaf YB Tambun Tulang (ketawa….) memang kita di pihak kerajaan negeri memang sentiasa membantu PFA dan pada tahun 2020 FAM melalui MFL akan mewajibkan semua persatuan bolasepak negeri mendapatkan lesen kelab bagi melayakkan beraksi dalam liga professional yang telah diswastakan, PFA juga bertanggungjawab untuk mewujudkan kelab bolasepak FC dalam mentadbir pasukan bolasepak daripada segi penajaan saya telah pun mendapat maklumat mereka telah berbincang dengan pihak MFL tentang penajaan ini MFL akan memerlukan sebuah konsertium dimana semua penajaan akan melalui MFL dan akan diagihkan kepada kelab-kelab yang terbabit atau persatuan-persatuan yang terbabit. Bagi di Negeri Perlis pula bagi merancakkan atau pun bagi menghidupkan suasana sukan di peringkat akar umbi kita telah pun berbincang dengan PFA dan dalam tempoh sedikit masa lagi kita akan hidupkan semula liga tempatan atau liga negeri melalui penyertaan beberapa pasukan antaranya peringkat kelayakan telah pun dijalankan sebanyak dua puluh empat (24) pasukan dan kita telah pun berbincang dengan PFA untuk meneruskan program ini dengan pasukan selanjutnya dua belas (12) pasukan dan ini sebenarnya sedikit sebanyak akan membantu pihak PFA untuk melayakkan diri semula ke dalam liga perdana dan selain daripada itu juga kita juga bekerjasama dengan PFA untuk menghantar pasukan SUKMA menyertai SUKMA pada tahun 2020 nanti, jadi kita harapkan agar liga negeri ini menjadi suatu platform kepada orang ramai atau pun rakyat di bawah sana untuk bersama-sama menikmati kemeriahan bolasepak di Negeri Perlis walaupun tanpa kelibat pasukan PFA di dalam liga utama, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan YB Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Bismillahirahmanirahim, terima kasih YB Dato’ Speaker soalan saya yang kesebelas (11).

(Soalan 11 : Telah diketahui umum bahawa para pengguna jalan raya utama dari Guar Sanji hingga ke persimpangan jalan menghala ke Padang Nyu (Batas Liku) menghadapi kesesakan lalu lintas di waktu puncak mulai jam 7.00 pagi hingga 8.30 pagi serta jam 12.00 tengah hari hingga jam 2.00 petang. Kesesakan yang teruk berlaku kerana majoriti ibu bapa / penjaga menghantar / mengambil pelajar di kawasan tersebut. Oleh itu, apakah alternatif yang boleh diambil bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas atau adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina jalan baru dari Arau ke Padang Nyu (Batas Liku) pada masa akan datang?)

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

YB Dato’ Speaker, YB Guar Sanji pihak JKR telah mengambil maklum tentang isu kesesakan pada waktu puncak di laluan persekutuan FT 179 yang telah di utarakan oleh YB Guar Sanji sebagai makluman YB laporan banci lalu lintas kebangsaan pada tahun lepas tahun 2018 iaitu di stesen banci RR 110 dan RR 111 hasilnya telah menunjukkan bahawa tahap servis atau pun tahap perkhidmatan level of service dengan izin laluan tersebut adalah berada pada paras tahap A iaitu trafik dengan lancar namun begitu sebagai langkah proaktif dalam menangani kesesakan diwaktu kemuncak ini pihak JKR akan menaiktarafkan sistem lampu isyarat sediada di sepanjang laluan tersebut kepada sistem Green Wave dengan izin dimana perlaksasanaan akan pada hujung bulan ini Insyaallah sistem Green Wave ini akan melancarkan trafik dengan mengurangkan masa menunggu di lampu isyarat, melalui sistem ini juga siri lampu hijau akan diselaraskan dengan persimpangan- persimpangan berlampu isyarat agar kenderaan boleh bergerak terus tanpa perlu berulang kali berhenti dan dengan itu Insyaallah masa perjalanan dapat dipendekkan dan kesesakan dapat di kurangkan.

Speaker

Dipersilakan YB Sena.

YB Dato’ Speaker soalan saya soalan nombor tiga belas (13).

(Soalan 13 : Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan semula kawasan tapak pasar (market) lama Kangar yang telah lama dilihat tidak diselenggara atau dicantikkan yang kini hanya terdapat Musa Raja Lelong sahaja yang berniaga sekian lama di situ, dan adakah terdapat penawaran kepada pihak-pihak swasta untuk membangunkan semula kawasan tersebut sebagai pusat aktiviti ekonomi penting Negeri Perlis?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih YB Dato’ Speaker dan terima kasih kepada YB Sena berhubung dengan perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan semula tapak kawasan tapak pasar lama dan adakah terdapat penawaran daripada pihak swasta untuk membangunkan semula kawasan ini, sebenarnya soalan ini atau pun sebahagian daripada jawapan ini telah pun disentuh oleh YB Santan tadi dalam menjawab soalan nombor dua (2) daripada YB Indera Kayangan walau bagaimanapun saya akan ulangi semula dengan memberikan maklumat yang lebih lagi berkaitan dengan penawaran oleh pihak swasta. Sebenarnya memang kerajaan negeri merancang telah pun membuat perancangan membangunkan semula tapak pasar lama Kangar ini yang berkeluasan lebih kurang 2.5 ekar lima ekar kalau tak silap saya, dan di peringkat awal memang ada tawaran yang dibuat oleh pihak swasta dan saya masih ingat benda ini berlaku dalam tahun 2014 iaitu salah sebuah anak syarikat MARA yang telah menawarkan diri untuk membangunkan sebuah hotel di sana sebenarnya dan di masa yang sama juga untuk menempatkan di dalam bangunan yang mereka akan tempatkan akan bina tersebut sebuah kolej kalau tak silap saya Kolej Teknologi MARA di sana tetapi disebabkan berlaku kemelut di dalam pentadbiran MARA ketika itu, maka hasrat tersebut tidak berjaya dilaksanakan walaupun mereka telah pun sebenarnya melakukan proses sehingga kepada perancangan yang terakhir dan selepas itu memang ada lagi sebenarnya tawaran-tawaran daripada pihak orang persendirian, swasta walau bagaimanapun kerajaan negeri melihat pada tawaran-tawaran ini kita dapati ia tidaklah begitu bersesuaian dengan lokasi yang sedia ada itu, sebab lokasi tapak pasar lama Kangar ini dia di dalam kawasan yang kita boleh katakan CBD lah dalam pecan Kangar ini dan selepas itu kerajaan negeri sendiri telah merancang sebenarnya untuk membangunkan semula tapak ini iaitu untuk membina sebuah kompleks yang kita namakan sebagai bazar ria dan sebenarnya perancangan ini telah diluluskan oleh kerajaan yang terdahulu kerajaan Barisan Nasional yang diberikan peruntukan sebanyak peruntukan awal sebanyak RM 10 juta ringgit dan silingnya sebanyak RM 20 juta walau bagaimanapun dan komponen-komponen pembangunan yang dicadangkan ialah iaitu sebagai pusat aktiviti TN 50 ketika itu, ruang tinjau dua (2)

tingkat, pentas dan khemah terbuka yang ini kalau untuk sekiranya ada apa-apa upacara majlis kenduri atau apa-apa majlis tertentu jadi boleh digunakan ruang yang bakal disediakan tersebut, ruang makan terbuka, kawasan perniagaan food truck, kawasan perniagaan push cart, denai larian dan pejalan kaki, jeti kayak, menaiktaraf jambatan sediada dan juga dataran TN 50. Ini keseluruhan pembangunan bagi di sebelah sana dan di sebelah sini sungai, walau bagaimanapun ianya tidak dapat diteruskan kerana dibatalkan oleh kerajan sekarang dan kerajaan negeri sekali lagi sebenarnya telah memohon peruntukan di bawah Rolling Plan yang keempat (4) untuk tahun 2020 untuk membolehkan perancangan asal untuk membina Bazaria ini diteruskan dan ini kita kemukakan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan kita mengharapkan agar pihak kerajaan persekutuan khususnya Kementerian Pembangunan Usahawan dapat menimbangkan permohonan ini dan seterusnya meluluskan peruntukan yang diperlukan untuk membolehkan Bazaria ini di bina dan sebenarnya kita membina Bazaria ini untuk membolehkan peniaga-peniaga kita, peniaga-peniaga kecil kita di Negeri Perlis ini untuk menjalankan perniagaan mereka di tempat yang bakal dibina tersebut. Selain daripada ini sebagai alternative plan dengan izin YB Dato’ Speaker kalau sekiranya perancangan kerajaan negeri untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan persekutuan ini tidak berjaya kita juga mempunyai perancangan iaitu untuk sekali lagi mengemukakan kepada pihak swasta untuk mengemukakan apa yang dipanggil sebagai cadangan-cadangan dibawah kaedah Request for Proposal (RFP) dengan izin dan sehingga kini kita belum ada lagi menerima apa-apa cadangan daripada pihak swasta berhubung dengan perkara ini, terima kasih Dato’ Speaker.

Speaker

Dipersilakan YB Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih YB Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor empat belas (14).

(Soalan 14 : Bagaimanakah pihak Kerajaan Negeri berikhtiar dari segi penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan destinasi pelancongan dalam keadaan tiada peruntukan, dan jika diberikan peruntukan yang terhad, apakah mekanisme yang digunakan dengan berkesan bagi memastikan pelaksanaannya benar-benar menepati kehendak dan sasaran Kerajaan Negeri dalam memajukan industri pelancongan Negeri Perlis?)

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

YB Dato’ Speaker, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera untuk makluman YB Indera Kayangan kerajaan negeri sentiasa menyalurkan peruntukan bagi menambahbaik dan menyelenggara infranstruktur dan kemudahan pelancongan yang ada di seluruh Perlis. Pada tahun 2019 kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM 2.8 juta ringgit di dalam bajet pembangunan negeri dan RM 100,000.00 dalam bajet mengurus untuk tujuan membangun dan menyelenggara lapan (8) lokasi pelancongan di Negeri Perlis. Kerajaan negeri akui dan sedar bahawa peruntukan yang disediakan tersebut adalah begitu terhad berbanding potensi dan manfaat yang dapat dijana oleh lokasi-lokasi pelancongan di seluruh Perlis ini. Namun terdapat aspek-aspek penyelenggaraan yang boleh dilakukan oleh agensi atau pun jabatan sebagai pemilik produk pelancongan tanpa memerlukan kos yang besar seperti penjagaan kebersihan dan keceriaan kawasan dan aspek ini juga perlu di titik beratkan bagi memastikan keselesaan pengunjung yang melawat lokasi tersebut. Perbelanjaan peruntukan yang disalurkan dan perlaksanaan program aktiviti pelancongan di pantau melalui mesyuarat-mesyuarat yang diadakan secara berkala dan lawatan-lawatan tapak yang diadakan dari masa ke semasa bagi memastikan peruntukan yang terhad tersebut dimanfaatkan sepenuhnya berdasarkan perancangan dan peruntukan yang telah kita salurkan. Disamping itu kerajaan negeri juga telah mengadakan beberapa bengkel pelancongan yang melibatkan pemain pelbagai pemain industri dan jabatan serta agensi yang berkaitan bagi mengenal pasti isu-isu yang timbul dan seterusnya merancang strategi-strategi pembangunan industri pelancongan dengan memberi penumpuan kepada pengoptimuman penggunaan peruntukan kerajaan negeri dan penyertaan oleh pihak-pihak swasta atau pun NGO, menggalakkan pelaksanaan projek-projek berkonsepkan dengan izin small scale big impact seperti peningkatan kebersihan, keindahan dan keceriaan landskap. Kerajaan negeri juga amat mengalu-alukan pandangan dan idea daripada mana-mana pihak yang dapat membantu membangunkan sektor pelancongan di negeri ini, sekian terima kasih.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Maaf Dato’ Speaker, terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih YB Exco saya ingin tanya YB boleh atau tidak kita rancangkan sepertimana YAB Bintong bangkitkan tadi terutama macam tapak di market lama ni kita jadikan tempat bersantai yang kita buka secara umum kepada otoric-otoric figures atau pun pihak-pihak swasta yang lain yang mereka datang kita jadikan tempat relaks tempat bersantai kerana Perlis ni kita kurang tempat bersantai malam-malam terutamanya malam minggu kita hanya ada di depan pejabat MB lama iaitu dataran 350 seterusnya tak dak cuba kita bawa konsep-konsep yang beri kebebasan sedikit seperti kita adakan buskers muzik yang tidak begitu berat tapi orang tengok muzik jalanan yang orang main dan boleh orang berkumpul-kumpul hanya jalan-jalan beli mungkin disediakan benda-benda jualan yang pelik-pelik sikit jualan jam antik ka Cuma minta kerajaan negeri sediakan tempat yang agak yang bekas tu dah elok dah cuma kita rapikan balik bagi ada kemudahan-kemudahan bagi lot-lot yang bandaran juga dapat kutipkan hasil dan sebagainya seperti uptown dan sebagainya konsep yang macam ni lah cuba YB pi tengok uptown jalan Bukit Bintang macamana orang lalu malam-malam dan ada buskers empat (4) lima (5) biji orang datang nak dengar muzik tu muzik yang seronok-seronok telinga yang tidak melampau dan tidak juga begitu boleh menyebabkan unsur-unsur atau gejala yang negatif berlaku dan sebagainya kerana Perlis ni kita tak dak apa cuma tempat tu kita ada satu tanah sementara nak dibangunkan ada bajet atau pun ada alternatif perancangan yang lain kita gunakan tempat itu sebagai dimanfaatkan tempat santai-santai malam-malam yang ada food truck sepertimana YAB bangkit kita buka kepada orang ramai di Negeri Perlis jangan buka kepada warga asing lah kalau buka kepada warga asing tempat itu akan laku sahih punya mereka bawa konsep gulai tujuh kawah apa semua dan orang akan buat jadi sebelum ni kita bagi peluang rakyat tempatan yang menampakkan sesuatu yang bagi meningkatkan program sosial ekonomi mereka, terima kasih Dato’ Speaker.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

YB Dato’ Speaker izinkan saya menjawab apa yang telah dibangkitkan oleh YB Tambun Tulang sebab soalan tadi tujukan kepada saya, sebenarnya berkaitan dengan bazar ria tadi dia sebenarnya merangkumi juga aspek itu tetapi yang dimaksudkan oleh YB Tambun Tulang ni sebelum benda itu berlaku jadi gunakanlah tempat itu dengan sebaiknya, saya menyambut baik sebenarnya cadangan daripada YB Tambun Tulang ini kalau sekiranya ada pihak-pihak tertentu yang nak menggunakan tempat ini secara sementara sebelum sesuatu pembangunan yang lebih mantap dapat dilakukan itu dialu-alukan dan saya ini juga boleh menjadi sebahagian daripada cadangan di dalam request for proposal tadi sebab request for proposal ini tidak semestinya merupakan sesuatu yang bersifat tetap, dia mungkin juga ada yang bersifat sementara dan short term dan ada yang long term kalau begini saya melihat dia sebagai yang short term yang boleh dimanfaatkan dengan segera, kerajaan negeri mengalu-alukan sekiranya ada saya lebih menumpukan perhatian kepada usaha yang dilakukan oleh pihak swasta brother then the government that is do games dengan izin sebab bagi saya kalau kerajaan yang nak melakukan ini dia tidak boleh starstained tidak ada starstained lability kerana kalau kita mengguna peruntukan kerajaan setiap tahun kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan dan ini akan mematikan sebenarnya inisiatif di pihak swasta, oleh kerana itu dalam ini saya ingin menekankan tentang pentingnya penglibatan pihak swasta untuk memberikan inisiatif-inisiatif yang Insyaallah kalau sekiranya inisiatif ini merupakan sesuatu yang viber, yang fizibel dari segi ekonominya kenapa tidak kerajan negeri boleh pertimbangkan dan memberikan pertimbangan yang sewajarnya Insyaallah, terima kasih YB Dato’ Speaker.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Dato’ Speaker why not YAB dah buka jalan MAKSAK, Kelab Kebajikan dan sebagainya ambil lah ambil peluang ini untuk jadi penganjur atau promoter dan buat sekarang jangan tunggu-tunggu lagi benda yang di depan mata ni kita ambil peluang ini dan kita laksanakan saya ingat Perlis boleh berkembang jangan harap pada kerajaan nak melaksanakan semata-mata, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan YB Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih YB Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor lima belas (15).

(Soalan 15 : Apakah perancangan masa hadapan Kerajaan Negeri kepada peniaga-peniaga di kaki lima Jalan Sarawak Kuala Perlis berhadapan Taman Bukit Kubu dan adakah mereka akan dipindahkan dalam masa terdekat?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih YB Dato’ Speaker, bagi menjawab soalan YB Kuala Perlis peniaga-peniaga makanan dan minuman di sepanjang tepi jalan Sarawak di Kuala Perlis telah mula bertapak di hadapan perumahan Taman Bukit Kubu dan sepanjang bahu jalan tersebut sejak awal tahun 2000 lagi dan kemudiannya semakin bertambah ke sebelah lagi bahu jalan apabila pelebaran jalan dibuat yang meninggalkan kawasan rizab jalan yang luas, pertambahan peniaga secara tidak terkawal ini telah menimbulkan beberapa masalah seperti kacau ganggu kepada orang awam, aspek kebersihan, pelan tata letak gerai yang tidak setara dan juga isu keselamatan atau pun kemalangan yang kerap berlaku apabila kedua-dia sisi jalan dipenuhi oleh peniaga. Oleh itu pihak MPK telah mengambil langkah pada awal tahun 2014 dengan membuat penyelarasan di mana semua peniaga makanan dan minuman di jalan Sarawak tersebut hanya beroperasi di sebelah rizab jalan sahaja dengan menggunakan kanopi yang seragam, penyelarasan ini dibuat bertujuan meningkatkan aspek keceriaan, kebersihan dan keselamatan pecan Kuala Perlis sempena penganjuran SUKMA tahun 2014 disamping memberi ruang kepada rakyat untuk terus berniaga. Bagi perancangan masa hadapan pihak MPK masih lagi belum mempunyai kawasan yang bersesuaian di pekan Kuala Perlis untuk memindahkan peniaga-peniaga tersebut namun begitu pihak MPK membuat pemantauan ke atas peniaga-peniaga di kawasan ini dari masa ke semasa dari aspek kebersihan, pemeriksaan suntikan TY2, malahan kutipan cukai tapak harian juga dibuat untuk menampung kos bagi perkara-perkara berkaitan bidang seliaan MPK di kawasan ini. Sebagai maklumat tambahan jumlah peniaga yang terlibat pada masa ini adalah seramai tiga puluh (36) orang yang berniaga pada beberapa sesi iaitu pagi, tengahari, petang dan juga malam. Sekian , terima kasih.

Speaker

Dipersilakan YB Sanglang.

YB Dato’ Speaker, soalan saya nombor enam belas (16).

(Soalan 16 : Bagaimanakah sambutan terhadap kelas KAFA yang diadakan pada setiap petang Jumaat?)

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Bismillahirahmanirrahim Assalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh terima kasih YB Dato’ Speaker, terima kasih Sanglang, untuk makluman Sanglang pada masa ini tidak ada kelas KAFA yang diadakan pada petang jumaat ini kerana Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis iaitu JAIPs sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan kelas Al-Quran dan Fardhu-Ain iaitu KAFA di Perlis telah membuat penyelarasan semula hari perlaksanaan KAFA di seluruh Negeri Perlis iaitu pada hari Isnin, Selasa dan Khamis bermula pada tahun 2018 berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis iaitu MAIPs pada 6 Jun 2017. Sambutan terhadap kelas KAFA yang diadakan di Negeri Perlis semakin meningkat dari setahun ke setahun, pada tahun 2016 bilangan murid yang menghadiri kelas KAFA adalah seramai 11,268 orang dan meningkat kepada 13,498 orang pada tahun 2017, angka ini terus meningkat pada tahun 2018 dengan jumlah kehadiran seramai 15,225 orang murid di seluruh Negeri Perlis. Untuk makluman pengajaran kelas KAFA di seluruh Negeri Perlis adalah menggunakan kurikulum yang dibekalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia iaitu JAKIM. Selain daripada itu, inisiatif sekolah agama petang Perlis iaitu SAPPs telah diperkenalkan pada setiap petang hari jummat bermula pada tahun 2018 dimana lima belas (15) buah sekolah atau premis telah dipilih menjadi perintis bagi mewakili setiap kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh Negeri Perlis. Diantara skop yang diajar dalam Sekolah Agama Petang Perlis ini merangkumi bidang akidah, ibadah dan akhlak dimana murid-murid didedahkan dengan ilmu-ilmu islam daripada sumber yang muktabar iaitu daripada al-Quran dan al-Sunnah. Kurikulum yang diajar dalam Sekolah Agama Petang Perlis ini juga dipilih dan dinilai berdasarkan pandangan-pandangan fiqh dan terbaik berdasarkan kekuatan dalil yang sahih. Pada awal tahun 2019 Sekolah Agama Petang Perlis diteruskan perlaksanaannya pada setiap petang hari jumaat di enam puluh (60) buah sekolah atau premis yang dipilih di seluruh Negeri Perlis yang melibatkan murid-murid tahun satu (1) sesi tahun 2019 walau bagaimanapun bermula pada bulan April tahun ini Sekolah Agama Petang Perlis telah diubah perlaksanaannya kepada petang hari rabu berdasarkan keputusan mesyuarat MAIPs pada 4 Mac yang lalu, sekian.

Speaker

Dipersilakan YB Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya yang tujuh belas (17).

(Soalan 17 : Apakah fungsi dan peranan penubuhan Darul Abrar di Kubang Gajah dan “Center Of Sunnah” di Arau?)

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Terima kasih YB Dato’ Speaker, terima kasih Guar Sanji. Penubuhan Darul Abrar dan “Center Of Sunnah” merupakan antara inisiatif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dalam memelihara hartanah wakaf khususnya bekas masjid untuk dimanfaatkan. Pusat pengurusan jenazah Darul Abrar Kubang Gajah telah dirasmikan oleh DYTM Raja Muda Perlis selaku Yang Dipertua MAIPs pada 5 Mei 2017. Penubuhan Darul Abrar adalah sebagai pusat pengurusan jenazah bagi tujuan memberikan manfaat kepada masyarakat Negeri Perlis khususnya warga asnaf yang memerlukannya. Pusat ini hanya mengenakan bayaran yang paling minimum bagi menguruskan jenazah termasuklah kos pembelian kain kafan, pengangkutan dan sebagainya. Pengurusan Darul Abrar dijalankan oleh Jawatankuasa kariah Masjid Al Abrar Kubang Gajah. Selain dari itu Darul Abrar turut dilengkapi dengan pusat latihan kursus pengurusan jenazah yang dibuka kepada pelbagai pihak bagi mempelajari kaedah Tajhiz jenazah berdasarkan Sunnah Baginda Rasullah S.A.W, pihak mubaligh Jabatan Mufti Negeri Perlis melalui Institut Sunnah dan Irsyad (ISNAD) atau pun ISNAD diberi tanggungjawab mengendalikan kursus-kursus dan latihan berkaitan. “Center Of Sunnah” pula merupakan sebuah pusat pengajian kitab-kitab Turath di Perlis yang dikendalikan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis melalui Institut Sunnah Dan Irsyad atau pun ISNAD. Pusat berkenaan disempurnakan perasmiannya oleh DYTM Raja Muda selaku Yang Di Pertua MAIPs pada 17 Januari 2017. Seramai 40 orang pelajar dari pelbagai usia dan negeri secara konsisten telah menghadiri kelas di “Center Of Sunnah” pada setiap hari, sekian.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Dato’ Speaker, terima kasih kepada YB Beseri di atas penjelasan penubuhan dua pusat Darul Abrar dan juga “Center Of

Sunnah”, soalan tambahan saya sejauh manakah keberkesanan perlaksanaan yang dibuat oleh Darul Abrar ini dan saya nak tau juga lah daripada tahun 2017 sampai hari ni berapa banyak dah yang dikendalikan jenazah yang dimandikan disitu na Insyaallah.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Terima kasih YB Guar Sanji segala persoalan yang telah diutarakan oleh Guar Sanji akan saya bagi secara bertulis lah dan saya tidak dapat data secara terperinci lah nanti saya akan bagi kepada YB Sekian.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Tambahan, tahniah ni Sanglang terima kasih Dato’ Speaker, soalan tambahan kedua YB tahniah kepada MAIPs atas penubuhan “Center Of Sunnah” atau pun Darul Abrar ni yang secara khususnya menjalankan peranan-peranannya termasuk pengurusan jenazah dan lain-lain pengajian kitab Turath dan sebagainya. Saya nak tanya pandangan YB takpa tak jawab, jawab bertulis takpa kerana sebenarnya jawapan ini memerlukan daripada Sahibus Samahah dia takdak dalam dewan ni, sekarang ni negara kita panas YB panas, panas kerana gelombang haba heat wave panas kerana kebakaran hutan macam-macam jadilah, panas kerana suasana politik dan terakhir sekali adalah panas disebabkan oleh provokasi atau pun penghinaan terhadap umat islam. Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh Darul Abrar supaya kita turut serta dalam perjelaskan banyak isu serta Sahibus Samahah banyak dalam aplikasinya banyak memperjelaskan perkara ini tapi tidak cukup untuk kita sekurang-kurangnya menjadi sumbangan, memberi pandangan, memberi fatwa dan sebagainya dalam perjelaskan tentangnya penghinaan dan provokasi agama yang agak keterlaluan berlaku dalam negara sewenang-wenangnya dibuat melanggar perkara tiga (3) perlembagaan negara dan lain-lain lah akhirnya berlaku jadi apakah peranan yang boleh dimainkan oleh “Center Of Sunnah” ini dalam turut kita memberi pandangan-pandangan yang berbentuk akedamik tak perlu kita bertentangan, berlawanan dan sebagainya dalam perjelaskan supaya umat islam negara kita yang pelbagai kaum di negara kita ini memahami antara satu sama lain. Kadang-kadang dulu ni kita dah ok dah, dah ada tidur sebantal mimpi sama tetapi sekarang kita nak share the dream anymore at all dengan izin YB timbalan Speaker, jadi apa pandangan YB berhubung perkara ini, terima kasih.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Terima kasih YB Tambun Tulang kalau tanya saya pandangan berhubung dengan perkara-perkara yang panas ketika ini bolehlah saya katakana bahawa “Center Of Sunnah” ini kita banyak buat kelas-kelas macam kita kata tadi adalah pelajaran hadis, pelajaran al-Quran untuk meningkatkan pengetahuan rakyat-rakyat Perlis jadi kalau kita lihat dan kita mengikuti kelas-kelas yang telah diadakan kita dapat rasakan setiap perkara yang telah ditimbulkan isu-isu negatif yang ditimbulkan memang kita rakyat Perlis kita sedar benda-benda tu tetapi oleh kerana berkaitan penghinaan ke atas agama islam, pada Nabi Muhammad S.A.W terletak pada Jabatan Perdana Menteri untuk mengambil tindakan sebab apa dia melibatkan negara itu saja, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan YB Tambun Tulang.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Yang Di Pertua, soalan saya nombor lapan belas (18).

(Soalan 18 : Apakah usaha-usaha berterusan yang dilaksanakan untuk membantu para petani dan nelayan di Perlis?)

(Soalan 24 : Apakah bentuk bantuan yang telah dan akan diberi oleh kerajaan dalam usaha meningkatkan pendapatan para petani dan nelayan?)

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih YB Timbalan Speaker dan YB Tambun Tulang, saya mohon izin untuk jawab soalan ini bersekali dengan soalan dua puluh empat (24) yang juga daripada YB Tambun Tulang. Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah merancang beberapa program-program pembangunan pertanian melibatkan keperluan input dan infrastruktur bagi program-program seperti berikut :-i- Pembangunan Kluster Tanaman Mangga Harumanis ii- Peningkatan Pengeluaran dan Produktiviti Tanaman Padi secara pakej (LUAR MADA) iii- Bantuan Peningkatan Pengeluaran Sayur-Sayuran iv- Tanam Semula Buah-Buahan Terpilih v- Pembangunan Kluster Tanaman Kontan vi- Pembangunan Kluster Tanaman Tembikai vii- Pembangunan Kluster Tanaman Pisang viii-Peningkatan Pengeluaran dan Produktiviti Tanaman Herba ix- Peningkatan Pengeluaran dan Produktiviti Tanaman Kelapa x- Projek Ekonomi Gantian Tembakau (PEGT) xi- Pembangunan Kluster Bunga Dan Tanaman Hiasan xii- Pembangunan Pertanian Bandar xiii-Pembangunan Ladang Kontrak xiv-Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani (IAT) xv-Program MYGAP dan MYORGANIK xvi-Program Agropreneur Muda

Jabatan Pertanian juga menyalur insiatif peningkatan hasil kepada para petani yang terlibat, bekalan input pertanian seperti baja dan racun, bekalan peralatan pertanian seperti mesin, jentera dan alat-alat kecil pertanian, bekalan anak pokok dan benih tanaman, pembangunan infrastruktur ladang seperti struktur perlindungan hujan, pagar, sistem pengairan, jalan ladang, stor pusat pengumpulan peralatan sawah dan sebagainya. Bagi tahun 2019 Jabatan Pertanian akan melaksanakan program-program bantuan yang akan melibatkan kira-kira 2,314 orang petani melalui peruntukan pembangunan negeri berjumlah RM 2.39 juta dan program serta bantuan pertanian berjumlah RM 1.74 juta melalui peruntukan pembangunan persekutuan yang melibatkan kira-kira 2,727 orang petani. Jabatan Pertanian Perlis juga menyediakan perkhidmatan pengembangan pertanian yang berkesan dengan perlaksanan projek-projek berkelompok, individu, usahawan dan swasta di kawasan perkhidmatan di samping mengadakan kursus atau bengkel pemantapan pertanian yang meningkatkan pengetahuan para petani dan penyampaian teknologi baru dan terkini. Jabatan Pertanian juga menyediakan khidmat nasihat terkini meliputi aspek kawalan perosak dan penyakit, pembangunan sumber tanah, pembangunan industri tanaman, kawalan racun dan baja dan kesejahteraan teknologi pertanian. Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti pengembangan seperti mengadakan kursus mengikut kalender tanaman, bengkel atau seminar teknikal, kempen kawalan kerosakan penyakit latihan secara hands on dan petak informasi dan teknologi. Bagi tanaman harumanis perkhidmatan pengembangan melibatkan kawasan 1,287.41 hektar dengan jumlah petani seramai 1,616 orang melibatkan 54 projek kelompok dan kawasan MADA pula sebanyak lima (5) projek kelompok. Jabatan Pertanian telah mewujudkan tiga puluh enam (36) projek padi secara berkelompok dengan keluasan 3,409.68 hektar dan projek sawah gemilang dengan tiga (3) sasaran projek bagi setiap tahun. Bagi Pihak MADA pula langkah berikut dan telah diteruskan, perlaksanaan projek pengurusan tanaman padi secara estet bagi usaha jangka panjang bagi mencapai skala ekonomi langkah-langkah ini mengoptimakan kos pengurusan projek sekaligus dapat meningkatkan purata hasil. Sehingga 15 Februari 2019 keluasan projek estet MADA di Negeri Perlis berjumlah 7,281 hektar melibatkan 4,553 orang petani. Perlaksanaan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK 11) bagi menyediakan dan menaiktaraf infrastruktur asas bagi membolehkan golongan petani memperolehi manfaat sewajarnya. Berdasarkan peruntukan Rolling Plan Keempat (RP4) pada tahun 2019 kawasan Muda Negeri Perlis menerima manfaat empat (4) projek dan anggaran kos sebanyak RM 1.981 juta. Program-program peningkatan hasil melalui kempen-kempen pengembangan seperti kempen pematuhan jadual tanaman, kempen penggunaan benih secara sah, kawalan perosak dan penyakit, demontrasi pengenalan import pertanian yang baru bagi membantu petani meningkatkan hasil, sehingga 29 Februari 2019 sebanyak 105 kempen bagi musim penanaman padi yang telah diadakan di Negeri Perlis melibatkan kehadiran sebanyak 390 orang petani. Menyediakan perkhidmatan Pertubuhan Petani Kawasan (PPK) membolehkan petani-petani memiliki pilihan dan alternatif yang lain mendapat bekalan input serta perkhidmatan pertanian. PPK MADA menyediakan perkhidmatan kredit kepada petani yang memerlukan kedai jualan input pertanian, perkhidmatan mekanisasi dan kejenteraan ladang. PPK turut melaksanakan projek bentuk kebajikan dan sosial kepada petani seperti khidmat kelas tambahan kepada anak-anak petani, kelas jahitan dan masakan. Selain daripada Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perlis pula telah menyuntik peruntukan berjumlah RM 140,000.00 kepada dua puluh (20) orang peladang kontrak tanaman harumanis melibatkan kawasan sebanyak 10.02 hektar. Disamping itu, baja dan racun subsidi juga diteruskan disalur oleh LPP. Berhubung dengan bantuan nelayan pula, perlaksanaan program dan bantuan dijalankan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Jabatan Perikanan. Bagi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia telah menyediakan beberapa usaha berterusan untuk membantu para nelayan meningkatkan pendapatan dengan menggalakkan nelayan menceburi bidang selain daripada tangkapan ikan seperti akuakultur, industri asas tani pemasaran ikan serta agropelancongan yang bersesuaian dengan keperluan nelayan. Diantara aktiviti ternakan ikan dan udang dijalankan seperti ternakan dalam sangkar, ternakan dalam kolam serta ternakan dalam tangka. Peruntukan di bawah program pembangunan akuakultur disalurkan untuk memberi bantuan berbentuk in-kind seperti peralatan ternakan, makanan ternakan serta pembekalan benih ternakan. Selain daripada itu LKIM juga menyediakan kemudahan pinjaman dana nelayan tanpa faedah bagi memberi mereka peluang dalam menggunakan teknologi baru dalam penangkapan ikan seperti bot fiberglass, kotak ikan berinsulasi dan seumpamanya. LKIM turut menyediakan kemudahan pasar nelayan untuk nelayan memasarkan hasil tangkapan secara terus kepada pengguna. Secara tidak langsung pasar nelayan ini dapat memendekkan rantaian pemasaran supaya nelayan memperolehi margin pulangan harga yang lebih baik dan menguntungkan manakala pengguna mendapat bekalan ikan segar pada harga yang berpatutan. Bagi Program Industri Asas Tani (IAT) pula golongan nelayan ini boleh diberikan peluang melalui Program Geran Pemadanan iaitu: i. Geran Pemadanan Change Upgrade Product (CUP)

Program Change Upgrade Product (CUP) adalah bantuan peruntukan yang disalurkan di dalam bentuk Geran Pemadanan iaitu 70% pembiayaan Kerajaan manakala 30% adalah pembiayaan usahawan.

ii. Geran Pemadanan High Impact Product (HIP)

Program High Impact Product (HIP) pula adalah bantuan peruntukan yang disalurkan di dalam bentuk Geran Pemadanan iaitu 50% pembiayaan Kerajaan manakala 50% adalah pembiayaan usahawan.

iii. Program Mikro

Program Mikro pula adalah bantuan peruntukan yang disalurkan di dalam bentuk Geran Pemadanan iaitu 100% pembiayaan Kerajaaan. Ia meliputi skop seperti berikut:

1) Kajian nutrisi dan jangka hayat produk 2) Reka bentuk pembungkusan dan pelabelan 3) Peningkatan kapasiti pengeluaran iv. Program Agropreneur Muda

Program ini bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda yang berumur 18 hingga 40 tahun dalam sektor pertanian. Bantuan program ini terbahagi kepada 2 iaitu:

1. Perikanan - Akuakultur (RM20,000.00) - Penangkapan ikan (RM15,000.00)

2. Pemprosesan Makanan Hasil Perikanan (IAT) – (RM15,000.00)

v. Program Touch Point Industri Asas Tani (IAT)

Program ini adalah untuk membantu para usahawan berskala kecil di dalam bidang pemprosesan hasil perikanan dalam bentuk bantuan mesin dan peralatan memproses bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Untuk Jabatan Perikanan Negeri Perlis telah melaksanakan beberapa program seperti peruntukan persekutuan yang diterima pada tahun 2018 iaitu berjumlah RM 300,000.00 telah dibelanjakan dalam membina dan melabuhkan sembilan belas (19) buah tukun tiruan di perairan Negeri Perlis. Seramai tiga belas (13) pengusaha akuakultur telah menerima bantuan input, peralatan ladang dan makanan ternakan yang bernilai RM 87,000.00 melalui Bantuan Touch Point Akuakultur. Sejumlah RM171,500.00 disalurkan kepada 354 orang nelayan pantai bagi program Bantuan Touch Point yang berupa pelbagai input dan peralatan keselamatan di laut seperti Walkie Talkie, Life boay, lampu keselamatan, GPS, Head Light, pukat, tong insulasi dan sebagainya. Sebanyak RM 78,000.00 turut disediakan bagi menambah dan meningkatkan hasil perikanan darat dimana lebih daripada lima puluh satu (51) orang nelayan darat telah menerima manfaat merangkumi aktiviti pelepasan benih ikan ke perairan umum serta bantuan untuk menyediakan kemudahan di santuari ikan air tawar di Empangan Timah Tasoh selain daripada itu bantuan sara sebanyak RM9,600.00 juga diserahkan kepada dua puluh empat (24) orang nelayan tulen di sekitar empangan ini. Bagi menggalakkan penyertaan penternak ikan hiasan di negeri ini, Jabatan Perikanan juga telah menyalurkan sebanyak RM 36,500.00 kepada pengusaha ikan hiasan ikan laga. Bantuan ini disalurkan dalam bentuk input, peralatan serta latihan kepada pengemar ikan laga. Program diteruskan dalam tahun 2019 melalui input-input bajet yang diterima daripada kerajaan persekutuan seperti berikut:

i- Bantuan Spek Akuakultur kepada myKP Timah Tasoh,myKP Kuala Sanglang berjumlah RM 73,000.00. ii- Bantuan Touch Point bagi dua belas (12) peserta penternak Ikan Hiasan berjumlah RM 60,000.00 iii- Program konservasi untuk kawasan Timah Tasoh berjumlah RM 70,000.00 merangkumi pelepasan benih ikan, pembangunan santuari dan Inventori Perikanan darat, sekian.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan, terima kasih YB Simpang Empat jawapan semuanya lengkap cuma ada sikit soalan sahaja. Soalan dia macam ni YB, kita ni saya ucapkan terima kasih kepada Jabatan Pertanian dan MADA yang juga telah memberikan segalanya kudrat, perancangan, bantuan dan sebagainya apa yang berlaku disebabkan oleh pengurangan hasil iaitu diluar jangkaan kita lah diantara yang berlaku ni tiba-tiba penyakit datang dan sebagainya mungkin tak bayar zakat cukup ka haul bila dapat hasil ni Tuhan bagi kurang dalam prinsip berikutnya tapi kalau dari segi kudrat, fizikal saya ingat tak dak kerajaan dalam dunia ni yang buat sebaik ini cuma saya nak tanya YB tak dak kerajaan kalau ada siapa-siapa yang boleh bagi ada kerajaan lain di dunia ni yang bagi macam ni dekat petani dengan nelayan saya rasa boleh bagi tahu kat saya na saya rasa tidak ada mana-mana negara pun yang buat sebegini rapi, terperinci, bantuan yang bersifat mikro tak tau nak buat rasa yang terjadi di Parlimen pun saya ingat bantuan ni kerja ni bagi bantuan saja tapi saya nak tengok dari sudut nelayan masih lagi saya dapat kurang berkesan masih lagi ramai yang tidak mampu mandiri, tidak mampu berdikari, kemudian dengan seolah-olah mereka hilang punca apatah lagi mereka nelayan ni kalau banding dengan petani mereka dibantu secara bulanan mungkin dalam kerajaan baru ni dia mengurangkan sikit dia mungkin lihat dari berbagai sudut dia tak tahu wallahualam dia ada sebab dan cara sendiri cuma saya nak tanya YB dalam industri Perikanan kawasan penangkapan ikan kita agak terhad kita ni pantai kecik saja jadai nelayan kita boleh dikatakan agak ramai di sepanjang persisiran pantai apakah tindakan yang dibuat dalam meningkatkan taraf sosial ekonomi terutama melihat dari segi industri hiliran itu ikan kering yang dibuat packaging yang lebih baik mungkin dijual di pasaraya yang lebih terkenal dengan kualiti pembungkusan dan sebagainya maksud saya dari segi itu dan termasuk juga kita memasukkan anak-anak muda kita yang tamat belajar misalnya mereka masih ada idea-idea yang masih segar yang digabungkan kerana persatuan nelayan sekarang ni bukan saya minta maaf lah kerana benda ni kawan-kawan kita semua tapi dipimpin oleh yang lama sangat dah bila lama disitu macam juga persatuan peladang kawasan LPP juga sama saya bukan nak kata kudrat-kudrat orang lama tak boleh diguna pakai tapi kadang-kadang kita perlu mengadakan satu perubahan, perubahan ni dia boleh macam kita berhijrah macam orang Perlis ni kalau dia dok di Kuala Lumpur dia boleh hidup banyak orang kampung orang Chemumar, orang kampung YB

Speaker

YB soalan YB bagi pendek sikit.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Dak kalau pendek sikit dia tak boleh jadi soalan kalau kita tak dak bunga di depan dia akan ada soalan kita kalau berhijrah ni dia jadi elok dia pemikiran baru, sebab dia nak servive mean servivor dia nak hidup dia berusaha dan dia berjaya jual jagung tepi jalan tu orang Chemumar saya tanya adik, adik ada berapa jagung motor roda tiga, saya ada dua belas (12) dia kata di Kuala Lumpur kerana dia keluar dari Tambun Tulang kalau dia dok Tambun Tulang dia jadi macam budak Tambun Tulang yang lain lah YB, saya nak tanya apakah tindakan-tindakan YB selaku Exco kerana saya tahu YB pun bukan boleh masuk dalam agensi federal ni dengan keadaan sekarang kerana kedudikan Perlis ni dia masih bawah kerajaan Barisan Nasional untuk mengatasi masalah ini kerana YB tahu sangat dah chemistry dengan nelayan ni untuk kita lihat industri hiliran sebagai satu molumen atau pun step langkah untuk kita memulakan dalam meningkatkan taraf hidup tak berubah-ubah rumah dok macam tu taraf hidup macam tu saya ingat dah lama sangat dah kita bercakap soal ini, terima kasih Dato’ Speaker.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Dia mudah saja sekarang ni kita ambil pendekatan sebab kita ada program Agropreneur Muda umur 18 sampai 40 tu tujuan depa tujuan dia senang saja dan kita pun kepada penanam-penanam harumanis pun kita habaq kat pak-pak depa pun la ni bagi anak pi kursus kita boleh salur bantuan tu kita umur 18 sampai 40, lebih dari tu kita bantuan kurang sikit la jadi minta pohon jasa kepada semua YB semua tuan-tuan dan puan-puan yang ada minta melibatkan anak sama kalau tidak keadaan dia macam YB kata tadi YB Tambun Tulang kata tadi masih orang kata injen lama jadi kita nak kan injen baru minta jasa baik semua anak-anak terutama nelayan apa yang ada ni terlibat dalam program-program kursus-kursus atau pun seminar-seminar yang dianjurkan oleh semua agensi di bawah Pertanian daripada tu depa nampak dah tau dak kalau tuan-tuan dan puan-puan, YB-YB yang ada tengok pun ada jumpa dah yang gerai-gerai agrobazar yang FAMA buat tu, orang muda-muda yang kita bagi dana yang kita bagi hamper-hampir RM 100,000.00 tiap-tiap satu projek tu, sekian terima kasih.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Pimpinan-pimpinan ni Persatuan Nelayan, yang PPK, LPP ni saya bukan nak ni kat abang-abang kita dok pimpim lama tu, depa tu tongkat langit lama dah berundur lah saya tau tak boleh nak dapat undid an sokongan depa akan bubuh saya, tak kisah benda tu tapi cakap ni untuk kebaikan di masa depan berundur lah abang-abang kita tu bagi peluang pada orang muda idea baru sikit depa dok berakar dok berubi tu saya tengok lima belas (15) tahun yang lalu depa juga sampai la ni saya tengok masih depa juga jadi bila PKK, LPP ni nak bergerak macam jadi satu agensi atau badan macam koperasi di Belanda, di Sweden mereka jadi syarikat ternama bukan daripada private daripada koperasi, tapi depa dipimpin oleh orang-orang tokoh-tokoh pimpinan yang hebat yang ada idea dan sebagainya macam Presiden UMNO Tun Mat Hassan CEO Mercedes Asia bukan senang anak melayu nak jadi CEO ketua pegawai eksekutif Mercedes kereta Mercedes di peringkat Asia kalau dia tak berhenti entah dia jadi world punya CEO tu dia menang 4510 di Rantau tu contohnya macam tu YB.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih kita akan ambil perhatian kita akan maklum kepada menteri atau kementerian terlibat untuk kalau depa bertanding dalam pemilihan apa jawatan tu tak menang kita cuba bagi lantik orang muda dua tiga orang dalam jawatan tu.

Speaker

Terima kasih YB, dipersilakan YB Sena.

YB Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor Sembilan belas (19).

(Soalan 19 : Adakah terdapat cadangan di pihak Kerajaan Negeri untuk memperluaskan Bulatan Kangar iaitu dengan melebarkan laluan di keempat-empat persimpangan bulatan ini daripada 2 lorong kepada 3 lorong atau lebih kerana bulatan ini merupakan mercu tanda untuk masuk ke Bandar Kangar dan seringkali berlaku kesesakan lalulintas di waktu puncak?)

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

YB Dato’ Speaker, YB Sena memang bulatan Kangar tu atau roundabout Kangar ni merupakan mercu tanda utama di bandar Kangar itu sendiri dan memang kita tidak dapat menghalang kemungkinan pada masa depan akan berlaku perubahan terhadap di simpang tersebut tetapi walau bagaimanapun untuk makluman semua pada masa ini kapasiti bulatan Kangar ini adalah sebanyak 5,000 PCU/Hour atau personal car unit per hour dengan izin YB Dato’ Speaker, kapasiti bulatan Kangar ini adalah 5,000 PCU/Hour terutamanya di waktu puncak namun hasil daripada cerapan kita di kawasan tersebut pada masa kini bulatan Kangar ini hanya menerima kapasiti trafik sebanyak 4,000 sahaja 4,000 PCU/Hour. Walau bagaimanapun tentang kesesakan yang berlaku kesesakan lalulintas yang berlaku di waktu puncak itu kita di pihak JKR akan cuba atau pun akan berusaha untuk meningkatkan hebahan pemakluman kepada pengguna jalanraya untuk menggunakan laluan alternatif lain selain daripada menggunakan bulatan Kangar tersebut untuk ke destinasi masing-masing terutamanya di Padang Besar atau ke Arau dan ini akan mengurangkan jumlah kenderaan yang sesak di simpang tersebut dan kita juga mendapat daripada pihak PDRM bagi membantu menyuraikan trafik yang berlaku pada waktu puncak tersebut.

Speaker

Dipersilakan YB Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih YB Dato’ Speaker, soalan saya nombor dua puluh (20).

(Soalan 20 : Berapakah anggaran hasil Harumanis tahun ini, dan sekiranya masalah lambakan buah Harumanis berulang lagi seperti tahun-tahun lepas khususnya pada bulan Ramadan, apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi menangani keadaan tersebut?)

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih YB Dato’ Speaker, terima kasih YB Indera Kayangan, secara keseluruhannya anggaran pengeluaran hasil harumanis pada tahun ini di bawah seliaan Jabatan Pertanian Negeri Perlis anggarannya sebanyak 2100 metrik tan, luas hasil kawasan tanaman sebanyak 929 hektar. Antara langkah-langkah yang diambil berikutan dengan bulan Ramadhan pengeluaran hasil jabatan merancangkan pengeluaran hasil dengan kaedah merekodkan data membalut buah secara berkala. Ia dapat membantu jabatan menganggarkan jumlah hasil yang dikeluarkan pada bulan Ramadhan dan memudahkan untuk mengatur strategi melalui FAMA atau agensi berkenaan. Kerajaan telah meluluskan pembelian lori dengan izin Cold Storage untuk memudahkan urusan penghantaran buah harumanis ke luar negeri semasa bulan Ramadhan dan ini dapat memastikan kualiti kekal terbaik. Jabatan Pertanian Negeri Perlis juga telah mewar-warkan kepada semua Jabatan Pertanian seluruh Malaysia agar membantu mempromosikan buah harumanis Perlis. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menteri kita baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan mencadangkan kepada kabinet supaya buah harumanis dijadikan sebagai menu hidangan wajib bagi setiap jamuan atau majlis yang dianjurkan oleh jabatan-jabatan atau agensi kerajaan. Jabatan Pertanian dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis juga menetapkan supaya buah harumanis dijadikan sebagai cenderahati kalau tak salah la kot SPRM tangkap tak boleh bagi juga atau juadah bagi majlis atau program dilaksanakan ketika bulan Ramadhan seperti majlis berbuka dan sebagainya. Jabatan Pertanian Negeri Perlis dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Malaysia melaksanakan program harumanis melalui media masa dan menerangkan hasiat atau kelebihan buah harumanis yang boleh menggantikan buah kurma ketika berbuka puasa disamping mempromosikan harumanis di luar Negeri Perlis. Jabatan Pertanian juga menjalinkan kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang dalam menghasilkan produk-produk hiliran yang berasaskan harumanis seperti teh kiub harumanis, teh uncang harumanis, jus botanical dan bam harumanis yang menyelesaikan isu lambakan buah. Selain daripada itu juga produk-produk ini dapat merancakkan industri harumanis. Jabatan Pertanian juga mengambil langkah untuk membawa keluar buah harumanis ke pasaran luar negera dari Negeri Perlis memandangkan pada bulan Ramadhan pengunjung sukar untuk berkunjung ke Negeri Perlis, jabatan Pertanian akan berkerjasama dengan Jabatan agensi yang berkaitan membantu jualan harumanis dibuat di tempat-tempat tumpuan awam. Di samping itu juga FAMA turut memainkan peranan merangka beberapa langkah memasarkan mangga harumanis di pasaran tempatan iaitu Ketua Pengarah FAMA pada 22 Mac 2019 telah memutuskan bahawa FAMA bersedia membeli mangga harumanis dan meletakkan harga lantai mengikut gred ni kira buah sesak kalau mana tak boleh jual FAMA akan beli kalau gred ‘A’ RM 15.00, gred ‘B’ RM 13.00 dan gred ‘C’ RM 8.00 gred ‘C’ yang buah ketot orang panggil, FAMA memperuntukan lebih RM 4.2 juta modal pusingan urusniaga untuk memastikan isu lambakan. FAMA turut menawarkan pemasaran mangga harumanis ke semua outlet-outlet rantaian pemasaran FAMA khususnya di kawasan Lembah Klang termasuk pasar-pasar tani di Putrajaya, Melaka, Johor dan lain-lain negeri berkaitan kepada mana-mana pengusaha mangga harumanis bagi program jualan terus dari ladang, FAMA telah mengadakan jadual siri promosi mangga harumanis seperti berikut:- i-Jualan Promosi Mangga Harumanis di bangunan MARA Kuala Lumpur pada 25 April 2019 hingga 24 Mei 2019; ii-Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) di Ibu Pejabat FAMA Selayang, Selangor pada setiap bulan hari khamis bermula 26 April 2019;

iii-Jualan Promosi Harumanis di Aeon Mall Bandar Dato’ Onn Johor bermula 25 hingga 28 April 2019; dan iv-Jualan Promosi Mangga Harumanis dan Perlis Sunshine di FAMA Fest Pulau Pinang / Tapak Ekspo Seberang Jaya bermula 26 hingga 28 April 2019.

Fama juga telah mengambil daya usaha mempelbagaikan produk bentuk jadual kepada pemasaran produk-produk hiliran seperti:- i-Galakkan dan usahasama bersama usahawan tani menghasilkan ais krim mangga harumanis, kordial harumanis, coklat harumanis, butter cake harumanis, tat harumanis, harumanis pot, Dadih Harumanis dan Serbuk Dadih Harumanis, Puding Harumanis, Pau Harumanis serta Cips Mangga antara produk yang berpotensi dalam mengetengahkan produk hiliran itu di pasaran untuk jangkamasa panjang.

ii-FAMA juga giat berunding dengan salah sebuah kilang di Kuala Ketil, Kedah bagi menghasilkan Ais Krim Mangga Harumanis bersekala besar dan usaha menghasilkan halua mangga juga sedang diusahakan dengan usahawan terpilih.

Menyedari trend pemasaran hari ini yang mana generasi muda yang lebih meminati urusan perniagaan di alam maya, FAMA mempergiatkan program jualan Online menerusi peranan portal Agrobazaar Online. Mengikut rekod 2018 jualan Online mencapai sebanyak 1,411 kotak membabitkan 4,233 kilogram dengan nilai mencapai RM103,740.00. Dalam usaha meneruskan permintaan mangga Harumanis di pasaran di bulan Ramadhan, FAMA akan menggalakkan penggunaan mangga Harumanis melalui pelaksanaan aktiviti promosi seperti kempen Lebihkan Makan Mangga Harumanis dengan menggalakkan orang ramai berbuka puasa dengan Harumanis melalui peranan kempen di Radio dan Televisyen dengan promo, jingle dan sebaran publisiti di media sosial seperti facebook, twitter, Instagram dan youtube. FAMA bersedia membuka pusat belian dan jualan mangga Harumanis pada setiap hari bermula April ini di Kompleks Bilik Sejuk FAMA Behor Temak bagi mana-mana pengusaha Harumanis Perlis yang memerlukan khidmat FAMA dalam aspek pemasaran mangga itu dan FAMA juga sedia untuk berunding bagi mereka (pengusaha Harumanis) yang ingin memasarkan sendiri di outlet-outlet pemasaran FAMA di luar negeri, sekian terima kasih.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Soalan tambahan. Ok syabas dan tahniah kepada YB Exco atas semua perancangan yang begitu teliti, saya nak tau saja lah berapakah jangkaan pulangan secara kasar dengan 2100 metrik tan tu dan juga pulangan bersih dengan jumlah 2100 metrik tan tu terima kasih.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Nilai tu tak dapat saya nak bagi sebab anggaran buah tu kita keluar dia ada A,B,C ada tiga jenis kalau semua kata A kita senang apa 2100 metrik tan tu kali dengan RM 26.00 hak tu kalau tidak saya tak dapat bagi sebab kita kira selepas hasil kita jual baru kita dapat nilai yang sebenar, sekian terima kasih.

Speaker

Boleh YB bagi secara bertulis nanti.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Soalan tambahan. Saya nak tahu anggaran saja tak payah tepat sebab kita mesti ada sasaran dia apabila kita buatkan satu perancangan dengan kos yang kita libatkan yang kita gunakan, terima kasih.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Nanti lepas ni saya minta FAMA bagi jawapan secara bertulis nilai anggaran tu boleh YB.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Dato’ Speaker soalan tambahan.

Speaker

YB Tambun Tulang dulu.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Rileks sat soalan tambahan, YB dah berapa kali dah masa puncak harumanis ni masak dalam bulan Ramadhan dan di tahun lepas benda ni tidak berlaku sangat bermakna banyak pengeluar-pengeluar harumanis rugi besar adakah ini bermaksud FAMA menjadi buying at the last resort itu istilah yang sinonim YB sudah tau dah benda ni makna sebagai pembeli yang terakhir yang wajib beli sebab ni petani-petani nak tau banyak orang tak tau ini YB bagi tau adakah bermakna kata FAMA sekarang menjadi buying at the last resort nak tanya YB sebab itu penting untuk penanam-penanam harumanis di negeri yang kita sayangi.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

FAMA bagi pihak Kementerian Pertanian akan buat macam tu last buyer kalau terjadi apa lambakan buah yang cara orang kata bulan puasa ni yang tu.

Speaker

Sena.

YB Dato’ Speaker, saya ada beberapa soalan tambahan. Yang pertama adakah kerajaan negeri bersedia untuk berbincang dengan mana-mana pihak yang berusaha untuk mengeksport harumanis ke luar negara. Dan yang kedua saya difahamkan Menteri Pertanian ada umumkan FAMA akan mulai pengumuman itu pada bulan Februari lepas tentang FAMA menubuhkan unit harumanis jadi saya nak tau sejauh mana unit tu dah mula beroperasi terima kasih.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Setakat la apa program dengan mana-mana pelabur yang mana-mana orang nak buat joint venture dengan pihak harumanis ni boleh berhubung bila masa kan berkenaan dengan FAMA dengan unit harumanis tu takat la saya sendiri tak tau sebab mungkin swasta dalam swasta kan jadi orang FAMA pun saya ingat berapa orang yang tau saya minta maaf dan akan bagi secara bertulis lah berkenaan dengan program ni sebab saya habaq awal tadi lah saya ni seolah-olah macam minyak cap buruh ambil bau.

Speaker

Di persilakan YB Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih YB Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor dua puluh satu (21).

(Soalan 21 : Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap peniaga-peniaga ikan di Kampung Belakang Kilang Kuala Perlis yang juga menjual hasil tangkapan laut sedangkan sudah ada pasar Kuala Perlis dan berapakah hasil kutipan cukai perniagaan penjaja yang dikutip oleh MPK terhadap peniaga-peniaga ikan di Kampung Belakang Kilang ini?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih YB Dato’ Speaker, YB Kuala Perlis MPK telah mengemukakan cadangan dan arahan perpindahan peniaga-peniaga di Kampung Perak atau pun Kampung Belakang Kilang ke Pasar Besar Kuala Perlis sejak beberapa tahun lalu namun cadangan pemindahan ini dapat bantahan daripada peniaga-peniaga terlibat dan turut mengemukakan rayuan mereka kepada kerajaan negeri. Kerajaan negeri dan MPK telah memberikan tempoh akhir kepada peniaga-peniaga tersebut untuk meneruskan jualan sehingga hari terakhir pada bulan Ramadhan sahaja iaitu pada tahun 2015 yang lalu. Peniaga-peniaga telah diarahkan berpindah ke Pasar Besar Kuala Perlis, selepas perayaan aidilfitri pada tahun tersebut sebanyak dua puluh empat (24) buah meja jualan disediakan kepada mereka dengan kadar sewaan RM 60.00 sama seperti penyewa-penyewa yang lain, walau bagaimanapun hanya beberapa orang sahaja yang berpindah ke Pasar Besar Kuala Perlis kira-kira empat (4) peniaga sahaja dan selepas berniaga sela lebih kurang sebulan akhirnya mereka telah berhenti berniaga di pasar berkenaan serta mencari lokasi baru dimana antaranya telah membuka fresh mart di bangunan perniagaan Jalan Siakap Kuala Perlis sehingga kini serta ada yang kembali ke gerai asal mereka di Kampung Perak atau pun Kampung Belakang Kilang kerana arahan menutup telah ditarik balik atas pertimbangan ehsan kerajaan negeri. MPK menerima alasan keengganan perpindahan tersebut memandangkan sebahagian mereka mempunyai kedai runcit yang berlesen dan kedai ini beroperasi untuk komuniti disitu yang jaraknya dua (2) kilometer untuk ke Pasar Besar Kuala Perlis. MPK juga membuat kutipan cukai tapak harian sebanyak RM 5.00 dengan anggaran lima hingga enam orang peniaga ini bergantung pada situasi kerana ada yang beroperasi dan ada yang tidak beroperasi pada hari kutipan dibuat. Secara kiraan kasar sebanyak RM 130.00 dikutip bagi setiap peniaga pada setiap bulan. Pihak MPK sentiasa memantau supaya tidak wujud pertambahan peniaga-peniaga baru, peniaga-peniaga yang menjual di kawasan ini adalah peniaga-peniaga yang sedia ada sejak sekian lama. Pemantauan dijalankan dari masa ke semasa dengan kawalan dan rondaan oleh anggota-anggota penguatkuasa MPK, sekian.

Speaker

Di persilakan YB Sanglang.

YB Dato’ Speaker, soalan saya nombor dua puluh dua (22).

(Soalan 22 : Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk mengembalikan cuti hujung minggu kepada hari Jumaat dan Sabtu?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih YB Dato’ Speaker dan terima kasih YB Sanglang. Pada masa ini kerajaan negeri belum lagi mempunyai cadangan untuk mengembalikan cuti pada hari Jumaat cutu hujung minggu hari Jumaat dan Sabtu belum ada lagi, terima kasih.

Speaker

Di persilakan YB Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya tang ke dua puluh tiga (23).

(Soalan 23 : Apakah perancangan dan tindakan kerajaan untuk membantu petani yang berdepan dengan masalah padi angin yang semakin teruk sejak kebelakangan ini?)

(Soalan 26 : Apakah perkembangan dan tindakan terkini mengenai masalah padi angin di kawasan MADA dan luar MADA di Perlis, dan berapakah peratusan pengurangan hasil tanaman yang disebabkan oleh padi angin tersebut?)

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih YB Dato’ Speaker, terima kasih YB Guar Sanji dan saya mohon izin untuk menjawab soalan bersekali dengan soalan dua puluh enam (26) daripada YB Indera Kayangan. Infestasi padi angin boleh menyebabkan kehilangan hasil kepada peladang sebanyak 70%. Bagi mengatasi masalah serangan padi angin, pihak MADA telah mengambil langkah-langkah seperti berikut;

i-Kempen bersepadu melalui jalinan kerjasama bersama syarikat-syarikat pengeluar racun di bawah program Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) melibatkan perlaksanaan plot demonstrasi di setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

ii. Sewaan tanah sawah yang mengalami serangan padi angin oleh PPK maksud dia kalau kawasan tu padi angina teruk PPK minta nak sewa untuk diusahakan pada musim 1/2019 bagi tujuan pelaksanaan kaedah-kaedah baharu kawalan padi angin.

iii. Taklimat dengan izinnya Standard Operating Procedure (SOP) baharu pengurusan oleh MARDI kepada pegawai-pegawai pengembangan MADA.

iv. Kerjasama bersama pihak UPM bagi menjalankan kajian kawalan padi angin di kawasan PPK E-1 Simpang Empat, Perlis pada musim 1/2019.

v. Mempertingkatkan kempen penggunaan benih padi sah sebagai langkah kesedaran pesawah.

vi. Menggalakkan peladang untuk menggunakan kaedah penanaman menggunakan jentera atau manual serta tabur terus dalam air bagi mengurangkan masalah padi angin.

Berdasarkan Data Sistem Agrisgeoportal Jabatan Pertanian Negeri Perlis, purata pengeluaran dan pencapaian sasaran produktiviti pengeluaran padi bagi tahun 2017 adalah sebanyak 4,441.86 tan metrik sehektar iaitu 88.8 % . Manakala pada tahun 2018 adalah sebanyak 4,232.16 tan metrik sehektar iaitu 84.6 %. Berlaku penurunan hasil sebanyak 4.2 % berbanding tahun sebelumnya. Jabatan Pertanian Negeri Perlis mendapati tahap serangan padi angin di kawasan LUAR MADA adalah sebanyak 30 % dan menyebabkan penurunan hasil sebanyak 10% berdasarkan sasaran pencapaian produktiviti pengeluaran padi sebanyak 5 tan metrik sehektar. Diantara tindakan yang diambil oleh Jabatan Pertanian bagi membantu petani mengawal padi angin ialah menjalankan bancian pengesan peratus serangan padi angin bagi satu-satu musim untuk menentukan impretasi padi angin dan mengesyorkan tindakan untuk kaedah yang perlu diambil oleh petani tersebut pada musim penanaman berikut samada tabor terus basah atau mencedong. Mengadakan petak demontrasi padi angin di petak petani contohnya yang dibuat di Kampung Telok Jambu kawasan Tuan Haji Salleh pada musim satu (1) 2019 bertujuan untuk melatih dan menjadi contoh kepada petani setempat untuk mengajak dan membina kesedaran bahawa teknik kawalan yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian mampu mengawal dan mengatasi masalah padi angin. Keputusan daripada pemerhatian yang dijalankan terbukti memberi kejayaan apabila Infestasi padi angina dapat diturunkan ke tahap 10% daripada 70%. Manakala hasil purata yang ditingkatkan satu (1) metrik tan daripada lima (5) ke enam (6) metrik tan, petani terdedah dengan langkah-langkah seperti berikut:- i- Pemotongan jerami dan pembakaran sekata dan menyeluruh ii- Membajak sebanyak dua (2) kali iii- Penggunaan racun rumpai seperti glyphosate untuk menghapus padi batat iv- Perataan tanah sawah yang sempurna v- Menggunakan racun pra cambah seperti pereticolous vi- Penggunaan benih sah yang diiktirafkan vii- Menjalankan kerja-kerja pamakaian untuk membuang padi angin viii-Kawalan perosak penyakit seperti bersepadu ix- Menjalankan kempen kepada petani antaranya:-

- Kempen melalui program integrated fest management atau kawalan perosak bersepadu

- Kempen amalan penanam padi bersepadu

- Kempen kawalan padi angin

- Kempen penggunaan padi benih yang sah

Mengesyorkan juga kepada petani menggunakan padi kebal iaitu CM yang tidak lebih dari dua (2) kali penanaman semusim. Dia tak boleh terus buat tiga empat kali, dua kali tukar lain. Melaksanakan projek sawah gemilang untuk mengiktiraf peningkatan hasil dan pengurusan padi secara berkelompok, pewujudan projek padi ini boleh membantu petani dan dalam kawalan masalah padi angin, sekian terima kasih.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Soalan tambahan. Terima kasih YB Simpang Empat di atas penjelasan tentang langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri berkaitan dengan masalah padi angin di Negeri Perlis ini. Cuma saya nak tanya soalan tambahan bila dah berlaku masalah tersebut kepada petani-petani dan petani mengalami masalah kerugian, apa bantuan awal yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka. Sebagai contoh lah sebagai nak meringankan apa nama mereka dari segi kos dengan tidak berjaya atau untung tu mereka nak benda-benda yang lain untuk diberi bantuan sebagai contoh padi benih ka, apa-apa yang patut untuk meringankan mereka yang dah rugi dah buat bendang pada kali ini.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Setakat la ni tak dak bantuan yang tambahan lah selain daripada bantuan yang sedia ada cuma kita bagi khidmat nasihat dan juga latihan-latihan yang berikutnya saya dok cadang juga bila jumpa depa tu bila hampa rendam ni bahasa saya la bila hampa rendam padi tu buka daripada kampit yang timbul tu buang jangan main lempar terus dengan kampit-kampit sekali yang pertama, yang kedua saya juga minta kepada mereka bukan rajin pi bendang jangan buat empat (4) T, tabur, tinggal, tuai apa tu kan sebab takat yang saya jumpa ni kelmarin pun saya jumpa rupa-rupanya yang buat bendang banyak bukan tuan padi tu nama tanah dia sewa suruh dia pi repot kata padi angin dia tak repot, sekian terima kasih.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan, terima kasih Dato’ Yang Di Pertua, Dato’ Speaker soalan tambahan saya YB kita semua sedia maklumlah dia sebenarnya ada dua-dua salah agensi pun salah petani pun salah kesalahan di pihak petani dia gagal mematuhi jadual macam YB kata tadi tanam lebih dua kali dan sebagainya bagi pihak agensi seolah-olah badan R&D kita ini macam MARDI dan sebagainya kita tak mau kata dia gagal lah tapi benih-benih yang telah dihasilkan tu kadang-kadang dia tak bersungguh-sungguh untuk ketengahkan bagi petani bawa macam padi wangi, MRQ 76,77,78 kalau tak silap saya baru dan sebagainya lah dan diikuti oleh benda-benda yang lain macam jentera penuai kita pakai hok berat lagi negara lain tak pakai dah kita masih dok pakai kemudian berlaku transfer hak Perlis pi potong di Kelantan hak Kelantan pi potong di Selangor balik tak basuh kerana tidak ada akta atau undang-undang yang mengawal selia perkara ini jadi sampai bila kita nak buat benda ni berterusan sedangkan di negeri lain kawalan ini adalah kawalan yang ketat tak guna lah kita bagi membazir wang rakyat untuk perata tanah bantuan subsidi tu subsidi ni sedangkan penguatkuasaan yang lain-lain walaupun kecik tapi yang berlaku transfer penyakit padi inter state ni disebabkan oleh benda-benda ni jadi kita tak alert tak peka, tak peka kita bila kita tak peka jadi macam ni lah fakir masih dok pakai beras tu kita pi tengok Vietnam, China, Thailand kita balik heran ishh padi depa macam padang golf kita dok heran macam YB kata sikap petani depa betoi-betoi nak rajin jaga, pi duduk pegang pokok padi hari-hari dan mereka dapat hasilnya. Jadi sekarang YB saya nak tanya apabila berlaku perkara-perkara ini padi-padi benih Perlis dia kena hasilkan di Perlis tak boleh lah hasilkan di Kedah Menteri Pertanian baru ni saya ingat kot-kot tak dak lah birokrasi lagi lah hasilkan di Perlis bagi PPK peluang untuk mereka menghasilkan padi benih yang sahih untuk Perlis, tanah Perlis hasilkan di Perlis baru dia boleh mengekang segala penyakit padi angin benda terlalu lama kita bercakap dah jadi orang kata tak tau nak katalah macam YB pun sedia maklum bekas Pengurus BERNAS dok beli padi hari-hari dan berhadapan dengan benda ni berterusan dan kita membazirkan wang yang sekian banyak harap Menteri Pertanian yang baru Dato’ Salahuddin Ayob Menteri Pertanian yang sentimental dia suka dengan masalah rakyat dengan keluar air mata semua, dia ambil balik nak tengok kot-kot ada perubahan yang dia pegang ni ada perubahan jangan dia juga jadi passenger macam Menteri-Menteri Pertanian yang terdahulu penumpang yang memang tidak mampu menyelesaikan masalah sama sekali, terima kasih Dato’ Speaker.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih YB Tambun Tulang, Cuma tak dengar pak mat Sanglang saja dia bisu dah, sebab kita saya dah minggu lepas saya bersama dengan Pengarah Pertanian, Boss MADA, LPP saya dah maklum pada depa masa perjumpaan saya pertama dengan Menteri Pertanian saya dah mohon kepada beliau untuk bagi kita peruntukan saya minta lebih kurang RM 30 juta untuk membina kilang memproses padi benih dan juga kilang padi tujuan dia adalah untuk saya nak maklumlah pengalaman saya dengan padi ni kepada semua termasuk YB, padi kita beras kita di Perlis ni beras yang terbaik dalam Malaysia kalau semasa saya dok kerja dulu kalau orang nak beli pemborong nak beli beras di Perlis 100 tan dia kena beli beras Selangor beras Kelantan dulu baru dapat kouta beras Perlis tau dak yang kata terbaik tu jadi benih pun tuan-tuan dan puan-puan apa YB-YB pun tau kalau kita buka daripada padi tu kelopak dia hok perut putih tu kapur dia tu di Perlis sikit saja dibandingkan negeri-negeri lain bukan takat kapur tu saja warna beras pun sebam jadi saya dah minta pada agensi Pertanian mungkin YB daripada Pakatan Harapan ni boleh pi bisik-bisik lah pada Menteri tu kalau dia mai pulak tu kena bagi kilang kita nak proses sini kita nak jual benih di sini, kepenggunaan benih kita di Perlis ni satu tahun lebih kurang tujuh ratus ribu (700,000) kampit kalau untung seringgit pun tujuh ratus ribu ringgit dah kalau untung tiga ringgit dua puluh satu ribu ringgit kira dua kali buat benih tu dua tahun buat benih kilang boleh free sekian terima kasih.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan kedua dah kawan-kawan nak tanya, tanya sikit lagi saya menyokong kenyataan YB padi Perlis ni dia anugerah tuhan cuaca dan tanah yang cukup hebat. Beras kita walaupun kita tak warm tak letak panas dia tak basi punya sampai esok pagi boleh buat nasi goreng, itu kehebatan Negeri Perlis tapi benda ni tak diakui setuju YB supaya MADA ni kita bagi satu agensi yang khusus khas untuk negeri, pejabat negeri dia bagi central wilayah sebab tu dia tak boleh walaupun kecil jumlah keluasan tapi advantage keistimewaannya terlalu hebat, bagilah satu pejabat negeri di Perlis. Jangan letak wilayah baru fokus dapat di buat, pemantauan di buat, ada staff ada ni yang mencukupi kita nak pantau terima kasih Dato’ Speaker.

Speaker

Di persilakan YB Sena.

YB Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor dua puluh lima (25).

(Soalan 25 : Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi menyokong aktiviti perdagangan rentas sempadan di Padang Besar terutamanya dalam mendorong warga tempatan untuk menyertainya?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih YB Dato’ Speaker dan terima kasih YB Sena. Mengenai perancangan kerajaan negeri menyokong aktiviti perdagangan rentas sempadan di Padang Besar sebenarnya memang kerajaan negeri telah pun membuat perancangan untuk kita mengambil faedah daripada aktiviti perdagangan rentas sempadan yang berlaku di Padang Besar ini. Salah satu daripada perancangannya ialah untuk membina sebuah plaza ria yang kita namakan plaza ria. Plaza ria ini tujuannya untuk wujudkan satu pusat perniagaan yang akan menumpukan kepada barangan yang bukan berbentuk lower liner dengan izin barang yang lebih mahal sedikit untuk cater kepada pengunjung-pengunjung kawasan Padang Besar ini khususnya di Padang Besar belah Malaysia. Walaupun projek itu telah diluluskan sebenarnya di semasa kerajaan Barisan Nasional dahulu tetapi telah dibatalkan oleh kerajaan sekarang dan kerana itu tak dapat diteruskan. Tetapi itu tidak mematikan hasrat kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan ini selain daripada itu kita sekarang ni kita telah kita sedang mengadakan rundingan dengan pihak swasta untuk kita mewujudkan sebuah pusat perniagaan yang bukan saja mempunyai tempat perniagaan tetapi juga mempunyai sebuah hotel yang mengkin bertaraf tiga (3) bintang untuk kita mengambil faedah daripada kehadiran pelancong-pelancong di Padang Besar yang semakin meningkat selain daripada aktiviti rentas sempadan yang memang sedang berlaku pada masa kini. Ini akan dimuktamadkan dalam masa yang terdekat selain daripada itu kita juga dan ini sebenarnya tujuannya adalah untuk juga memberikan peluang kepada peniaga-peniaga tempatan untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti perniagaan di kawasan Padang Besar ini khususnya dan kita mengharapkan agar mereka ini tidaklah hanya menjadi apa tu hanya mengambil jalan mudah apabila mendapat lot-lot perniagaan ini nanti dan akhirnya mereka sewakan kepada orang lain sepertimana dibangkitkan oleh YB Tambun Tulang tadi jadi itu adalah perancangan kita selain daripada itu yang lebih besar lagi kalau saya boleh ceritakan di sini ialah pengujudan sebuah pelabuhan darat iaitu PIP yang juga akan dimuktamadkan Insyaallah dalam masa yang terdekat dengan satu kumpulan yang baru sebelah kumpulan yang sebelumnya itu kita gagal untuk mencapai kesepakatan disebabkan jurang perbezaan kepentingan yang terlalu besar. Jadi Insyaallah dengan kumpulan yang terbaru ini kita akan dapat muktamadkan dalam masa yang terdekat kalau boleh kita nak cuba muktamadkan pada akhir bulan April ini, kalau ini berlaku bermakna disebabkan dia menumpukan perhatian kepada perkara yang berkaitan dengan lojistik dan dimana itu adalah merupakan advantage berada di sana dan sudah tentu dia akan membuka banyak peluang-peluang kepada orang tempatan khususnya dari segi pekerjaan dan juga peluang-peluang ekonomi yang lain dari segi perniagaan dan sebagainya. Selain daripada itu sepertimana yang disebutkan oleh YB daripada Pauh tadi iaitu pengujudan sebuah Institusi Pengajian Tinggi di sana iaitu suatu kampus cawangan branch kampus oleh UniKL yang juga akan diwujudkan di Padang Besar yang mana dia akan menumpukan kepada aspek yang berkaitan dengan lojistik juga dan ini sudah tentu tadi yang kita dengar daripada YB Pauh tadi yang mengatakan kerajaan terima kasih kepada kerajaan persekutuan yang telah memberikan peruntukan RM 900 juta untuk membangunkan UniKL di Padang Besar sebenarnya inisiatif ini telah dimulakan pada tahun 2014 perancangan tapi kita tidak war-warkan terlebih dahulu kerana kita tak mahu ini dai akan berlaku gangguan dan sebagainya tapi alhamdulillah nampaknya telah diluluskan peruntukan untuk RP yang ketiga telahpun diberikan saya rasa sebanyak RM 3 juta pada tahun ini untuk dilaksanakan itu diantara yang sedang di lakukan selain daripada itu pihak SEDC sendiri yang mempunyai tanah di sana kita nak membangunkan semula pasar lama itu di Padang Besar itu yang sekarang ini menempatkan banyak peniaga-peniaganya adalah daripada Thailand. Kita nak membangunkan semula supaya fasialiti itu lebih moden ya dengan tempat-tempat jualan makanan, dan sebagainya Insyaallah yang ni kita sedang lakukan untuk memindahkan mereka sementara pihak SEDC mempunyai perancangannya sendiri sebelum kita dapat memajukan semula dan ini diantara beberapa projek-projek pembangunan yang termasuk di dalam perancangan kita untuk membangunkan Padang Besar mengambil kira akan peluang-peluang yang diwujudkan akibat daripada perdagangan rentas sempadan yang dimaksudkan oleh YB Sena tadi, terima kasih YB Dato’ Speaker.

Soalan tambahan, adakah pihak kerajaan negeri merancang untuk mengadakan pemutihan terhadap yang mana yang dibangkitkan oleh YAB tadi tentang peniaga daripada rakyat negara asing dan juga adakah inisiatif daripada kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini, terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih YB Sena, sebenarnya itulah hasrat kerajaan negeri kita kalau boleh kita nak pastikan supaya aktiviti perdagangan ataupun perniagaan ini diungguli oleh peniaga-peniaga tempatan dan sebab itulah maka diperingkat awal seperti di arkid misalnya yang sekarang ini menjadi isu sebab peniaga-peniaga luar yang menjalankan aktiviti di sana kita beri hak milik kepada mereka untuk mereka menjalankan perniagaan tetapi malangnya mereka mengambil jalan mudah menyewakan kepada pihak yang tertentu untuk disewakan kepada peniaga-peniaga daripada Thailand. Kita tidak boleh pergi jauh daripada itu sebab ini milik persendirian kita tidak boleh mengenakan sekatan sebab tidak ada undang-undang sebenarnya di negara kita yang menghalang peniaga-peniaga daripada luar untuk berniaga di Malaysia asalkan mereka mempunyai dokumen-dokumen yang sah sepertimana yang disebutkan lebih awal lagi oleh YB daripada Santan jadi kerana itu perubahan sikap dikalangan penduduk tempatan sendiri adalah perlu dalam hal ini dan kita mengharapkan supaya YB-YB sendiri dapat memainkan peranan timbulkan kesedaran di kalangan masyarakat di Negeri Perlis ini khususnya di kawasan-kawasan yang berkenaan supaya mereka lebih serious dan jangan hanya pandai untuk mereka menuding jari bahawa kerajaan negeri tidak mengambil tindakan dan sebagainya sebab kerajaan negeri tidak boleh mengambil tindakan kalau sekiranya mereka melakukan perkara itu sebab aktiviti menyewa bukan sesuatu yang salah mengikut peraturan dan undang-undang yang ada dalam negeri dan negara ini, orang luar juga boleh berniaga sebenarnya jadi kita mengharapkan agar apabila kita membina semula kemudahan-kemudahan ini di Padang Besar kita harapkan ianya datang secara bersama perubahan sikap di kalangan peniaga-peniaga kita dan mereka serious di dalam menjalankan perniagaan ini Insyaallah, terima kasih YB Dato’ Speaker.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan, terima kasih YAB atas jawapan yang cukup jelas dan penuh dengan fakta sebenarnya aktiviti rentas sempadan ni YB saya tahu jumlah volume trade ini amat tinggi sebenarnya dan kalau tak terlihat pun dia sebenarnya lebih daripada kita ramalkan puluhan juta berlaku setiap hari di sempadan. Saya nak tanya YB soalan khusus tentang Kampung Kolam dan ini sebenarnya tanah yang cukup strategik untuk dibangunkan sebagai salah satu tapak yang memang sangat penting dalam urusan-urusan YB jelaskan tadi jadi saya melihat di situ ada juga pencerobohan yang berlaku sejak sekian lama dan kalau kita biarkan secara berterusan tanah yang cukup strategik dan luas ini dan boleh dikatakan antara salah satu aset negeri yang cukup penting dan saya mahu YB perhatikan perkara ini dan ambil tindakan dan jadikan ia sebagai salah satu pendapatan utama negeri mungkin dalam joint venture dalam bidang perniagaan atau jadikan salah satu hak dalam ICG sepertimana yang dicadangkan oleh kerajaan negeri, terima kasih Dato’ Speaker.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih YB tambun Tulang sebenarnya memang itulah hasrat kerajaan negeri dan saya ingat saya mengambil peluang di sini untuk juga menjelaskan mengenai kedudukan kampung Kolam ini ya, Kampung Kolam ini sebahagiannya terutama sekali jajaran yang sepanjang jalan keretapi tu telah pun sebenarnya dimilikan kepada pihak Keretapi Tanah Melayu apa nama dia punya institusi tu saya tak ingat nama sepenuhnya jadi sebahagian besar tanah itu agak dah pun diberikan milikan kepada mereka sebenarnya termasuk lah kuil hindu yang ada di sana itu, yang keduanya ya Perbadanan Aset Keretapi Tanah Melayu itu yang keduanya kita mesti ingat bahawa Kampung Kolam ini dia juga ada tanah-tanah yang telah dijadi milikan, yang ketiga ada juga tanah-tanah yang telah pun diberikan TOL dan kategori yang ketiga adalah tanah-tanah kerajaan yang telah diceroboh yang dimaksudkan oleh YB daripada Tambun Tulang tadi bukan sahaja oleh penduduk tempatan juga oleh rakyat Thailand. Dan yang keempat ialah merupakan tanah yang masih kosong tetapi tidak boleh digunakan kerana dia merupakan zon yang dipanggil sebagai neutralis zone, zon yang kita ada apa ni persefahaman dengan Kerajaan Thailand iaitu sepanjang seluas beberapa atau sepanjang beberapa meter yang tidak boleh dibuat apa-apa untuk aktiviti iaitu sekiranya YB, Tuan-Tuan dan Puan-Puan pergi ke Kampung Kolam kalau kita tengok sebelah dari stesen keretapi itu kita tengok ada satu kawasan yang lapang sepanjang jalan itu, itu adalah merupakan kawasan yang dianggap sebagai neutralis zone yang tidak boleh dibuat apa-apa aktiviti kerana persefahaman yang wujud diantara Kerajaan Malaysia dengan Thailand dan sebenarnya kalau boleh saya bangkitkan semula mengenai plaza ria tadi itu cadangannya, plaza ria ini memang dicadang dibina di atas sekeping tanah sebahagian daripada tanah yang masih dimiliki oleh kerajaan di Kampung Kolam itu tapi tidak dapat dilaksanakan, terima kasih saya ucapkan kepada YB daripada Tambun Tulang memang kita ada perancangan tetapi untuk membangunkan Kampung Kolam ini kerana situasinya yang agak complicated jadi tanah ini dia full of incompresif dengan izin jadi kalau nak bangunkan boleh tetapi dia mengambil masa yang panjang sebab kita kena clear kan dulu dari aspek pendatang penceroboh haram, tanah TOL, tanah milik persendirian dan sebenarnya kita merancang untuk mengambil balik tanah yang kita serahkan kepada pihak Perbadanan Aset Keretapi Tanah Melayu…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Sedikit sahaja penjelasan boleh YB pasai kita ini demi kepentingan negeri perundingan kita dengan Thailand YB sebenarnya Thailand ni kadang-kadang dia kita tengok apa dia harus dirunding semula macam no man land ni saya nak tau no man land ni status no man land macam di Bukit Kayu Hitam mereka majukan tanah itu, Thailand ni saya ingat perlu atau tidak kerajaan negeri berunding semula untuk kita tengok soal macam YB kata tadi kekecualian beberapa meter sebab Thailand ni kalau no man land dia dah masuk macam sekarang pun imigresen dia ada kalau laluan keretapi dia berada di dalam sempadan negara kita terutamanya YB boleh bercakap dalam beberapa sidang penting macam IMT-GT, dan mungkin perundingan-perundingan lawatan rasmi YB untuk berunding balik perkara ini sebab Thailand kalau dia ada benefit kepada negara dia saya ingat dia bersetuju untuk pembangunan bersama ini yang penting penjanaan YB boleh fikirkan dari segi jangka panjang dalam memperolehi pendapatan samada pada agensi-agensi penting seperti SEDC dan sebagainya, terima kasih Dato’ Speaker.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih YB tambun Tulang betul lah dia sebenarnya bukan no man land dia lebih kepada neutralis zone sebenarnya saya tak pasti apa istilah melayu yang digunakan memang saya pernah membangkitkan perkara ini beberapa kali selain daripada dalam semasa kerajaan sebelumnya Barisan Nasional dan juga kerajaan Pakatan Harapan ini saya telah membangkitkan perkara ini dengan YAB Perdana Menteri sendiri dan perkara ini tidak boleh ada satu tindakan yang berbentuk unilateral sebab dia merupakan isu bilateral iaitu Malaysia dan Thailand apa-apa persefahaman yang nak dicapai mesti dengan persetujuan kedua-dua pihak, saya bersetuju dengan YB Tambun Tulang bahawa di sebelah Thailand dia orang usahakan tanah sampai rapat ke dinding sempadan kita tetapi sebelah kita masih lagi menghormati persefahaman dan perjanjian yang wujud itu. Saya tak pasti dari segi pandangan atau pun perzitions dengan izin kerajaan persekutuan berhubung dengan neutralis zone yang di sebelah Malaysia ini kalau saya faham apa yang disebutkan oleh YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam salah satu mesyuarat yang saya bangkitkan dia mengatakan bahawa kita di sebelah Malaysia ni masih lagi menghormati perjanjian dan persefahaman yang wujud berhubung dengan neutralis zone tersebut walau pun pihak Thailand telah tidak menepati persefahaman yang berkenaan, terima kasih YB Dato’ Speaker.

Speaker

Di persilakan YB Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih YB Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor dua puluh tujuh (27).

(Soalan 27 : Apakah perancangan Kerajaan Negeri atau agensi yang terlibat untuk menaiktaraf kawasan perniagaan di sepanjang pesisir pantai Kurong Tengar?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih YB Dato’ Speaker, terima kasih YB Kuala Perlis, bagi menaiktaraf kemudahan perniagaan di kawasan pesisir pantai Kurong Tengar tapak bersebelahan kawasan permainan wau di Kurong Tengar akan dibangunkan dengan penyediaan gerai-gerai jualan makanan dan minuman serta kemudahan-kemudahan yang lain yang berkaitan bagi menarik minat pengunjung. Kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM 1,080,000.00 melalui bajet pembangunan negeri tahun 2019 bagi tujuan pembangunan dataran Kurong Tengar ini. Peruntukan sebanyak RM 600,000.00 bagi pembinaan gerai-gerai atau pun kontena dataran, tandas, surau, landskap dan tempat meletak kenderaan dimana Majlis Perbandaran Kangar atau pun MPK telah sebagai agensi pelaksana ini skop yang termasuk dalam bajet tu lah dan yang kedua peruntukan sebanyak RM 300,000.00 bagi menaiktaraf trek pejalan kaki atau jogging yang akan dilaksanakan oleh Bahagian Pentadbiran Daerah atau pun BPD dan juga peruntukan sebanyak RM 180,000.00 untuk tujuan pemasangan lampu-lampu jalan di beberapa lokasi di jalan pesisir pantai Kuala Perlis iaitu dari Sungai Baru ke Sungai Berembang yang akan dilaksanakan oleh JKR. Keseluruhan kerja-kerja ini akan dilaksanakan dalam tahun ini juga, bagi gerai-gerai sediada yang dibina di sepanjang jalan pesisir pantai Kurong Tengar ianya berada di kawasan rizab MADA, pihak MPK hanya mengawal aktiviti perniagaan gerai-gerai tersebut bagi memastikan tahap kebersihan dan keselamatan juga terjaga, sekian harap maklum.

Speaker

Di persilakan YB Sanglang.

Soalan saya nombor dua puluh lapan (28).

(Soalan 28 : Apakah pelan tindakan Majlis Perbandaran Kangar untuk memastikan Perlis bersih lagi permai?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih YB Dato’ Speaker, terima kasih YB Sanglang, Majlis Perbandaran Kangar telah menyusun beberapa perancangan untuk memastikan aspek kebersihan di Negeri Perlis terpelihara antaranya ialah :

Yang pertama, Program Perlis Bersih Indah iaitu satu program aktiviti gotong royong melibatkan komuniti taman perumahan. Pihak MPK akan memberi insentif sebanyak RM 450.00 untuk pihak penduduk di taman perumahan menjalankan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan perumahan mereka. Program ini menyasarkan sebanyak 45 buah taman di mana aktiviti gotong royong akan dijalankan oleh penduduk sendiri.

Yang kedua, aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu dijalankan bersama SWCORP Perlis bagi memastikan orang awam mematuhi peraturan dan tidak membuang atau melonggokkan sampah di tempat yang tidak dibenarkan.

Yang ketiga, Program Kempen Tanpa Plastik di mana kempen ini bertujuan bagi mengurangkan penggunaan beg plastik demi kepentingan alam sekitar.

Yang keempat, pada bulan Februari yang lalu, MPK telah meletakkan 5 unit tong pusat di kawasan kampung yang tidak dikenakan cukai taksiran iaitu 1 unit di Kampung Seberang Alor Kuala Perlis, 1 unit di Kampung Bukit Keteri dan 3 unit di kawasan Sanglang iaitu di sepanjang jalan Kuala Sanglang. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 311 unit tong sampah pusat yang diletakkan di kawasan-kawasan kampung yang tidak dapat perkhidmatan kutipan sampah kerana tidak dikenakan cukai taksiran. Kerja-kerja kutipan akan dijalankan oleh SW Corp dengan kos sebanyak RM 111,960 setahun dan akan ditanggung oleh MPK, sekian.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

YB Dato’ Speaker ada soalan tambahan, saya nak tau apakah tindakan penguatkuasaan yang telah disebutkan tadi YB Santan.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Sebenarnya kita tak lah membuat tindakan seperti mendenda dan sebagainya cuma kita menyasarkan kepada semua pemimpin-pemimpin setempat dan saya telah pun membuat satu perjumpaan dahulu supaya pemimpin setempat mewar-warkan cara macam mana dari segi membantu untuk kita jangan buat sampah atau pun buang sampah di merata-rata tempat kalau kita nak buat penguatkuasaan tapi ni menunjukkan orang kata apa tak sedarnya rakyat kepada kempen tersebut jadi sekarang ni kita buat banner, kita buat notis dan sebagainya tapi penguatkuasaan jika sekiranya berlaku juga benda-benda begitu nampaknya penguatkuasaan akan dibuat terus, Insyaallah.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Soalan tambahan sekali lagi, saya rasakan tindakan harus diambil sudah sekian lama kan, kita sedar dalam menghadapi masalah-masalah sampah sarap ni dan telah menyebabkan tak kira pihak kerajaan tempatan atau pun pihak kerajaan negeri telah banyak membazir duit dan wang ringgit atau untuk menolong mengatasi masalah ni. Saya rasa mungkin sudah tiba masanya tindakan yang lebih tegas harus diambil, terima kasih.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih YB Indera Kayangan, jadi memanglah target kita untuk melaksanakan penguatkuasaan yang lebih efisyenlah.

Soalan tambahan Tuan Speaker, tentang kempen tanpa plastik ada bilakah kerajaan negeri akan melancarkan hari tanpa plastik untuk dilaksanakan kalau tak silap saya dalam ucapan belanjawan YAB Bintong tahun lepas ada diutarakan, terima kasih.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih atas peringatan daripada YB Sena, Insyaallah pada minggu hadapan kita ada perancangan untuk mengadakan mesyuarat secara bersepadu untuk melaksanakan kempen tanpa plastik weekend lah antara hari Sabtu dan Ahad buat sementara waktu kemudian lama-kelamaan kita akan buat secara semua sekali panggil semua sekali peniaga-peniaga khususnya untuk turut membantu.

Soalan tambahan YB Dato’ Speaker, pertamanya saya nak ucap terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menyediakan tong sampah di sepanjang jalan Kuala Sanglang tiga sahaja yang ada dah satu jadi empat saya rasanya kena tambah lagi lah sebab khususnya di kawasan persisiran pantai ambil daripada Kuala Sanglang sampai Sungai Padang selepas tu dia kawasan Simpang Empat, Simpang Empat tak pa dia memang longgok sampah tu untuk nak tanam harumanis sebab sampah tu dia boleh jadi baja dan kali ni pun saya rasa dia tak bekalkan kita dalam dewan ni dengan harumanis tadi dia kata dah mula nak jual bulan empat (4) ni bulan empat ni makna kata harumanis ni dah ada tapi dia tak bagi juga kat kita ni saya rasa satu kegagalan YB Exco Pertanian la sebab dulu bagi.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih YB Sanglang, setakat sekarang ni penambahan tong-tong tu telah pun di cover telah dibelanjakan oleh pihak MPK jadi kalau sekiranya komuniti setempat membantu dari segi kos pembayaran sewa tu Insyaallah lah tambahan lebih banyak lagi kita boleh buat takat la ni MPK, terima kasih

MPK lah dok cover kepada SW Corp tentang pembayaran sewa tong sebanyak kalau biasanya RM 30.00 satu tong sebulan jadi kalau sekiranya ada pihak-pihak tertentu menaja sebagainya atau pun komuniti kampung setempat boleh bantu dari segi kos pembayaran kutipan sampah tu alhamdulillah lah tapi tak pa lah walau macam mana pun kita akan cuba bincang balik dengan MPK kalau depa kata ada duit ok Insyaallah lah, terima kasih.

Speaker

Di persilakan YB Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih YB Dato’ Speaker, soalan saya yang dua puluh Sembilan (29).

(Soalan 29 : Bilangan ibu tunggal setiap tahun bertambah dari semasa ke semasa. Apakah insentif atau perancangan kerajaan dalam usaha membantu ibu tunggal yang kurang bernasib baik dari segi kewangan dan peluang pekerjaan?)

Puan Siti Berenee Bt. YahayaUMNO · BNMata Ayer

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan selamat tengahari. Terima kasih YB Guar Sanji, terima kasih juga YB Dato’ Speaker, Pejabat Pembangunan Wanita atau pun kita kenali sebagai PPWN selaku Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat sentiasa memastikan wanita-wanita dan juga ibu tunggal sebagai kumpulan sasar di dalam setiap rancangan program dan juga kearah perjalanan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk memastikan para ibu tunggal ini tidak di sisih atau pun terpinggir dalam pembangunan ekonomi ibu tunggal di dalam Negeri Perlis di mana PPWN Negeri Perlis juga telah menjalankan perniagaan dengan pelancaran produk-produk sendiri yang dihasilkan oleh ibu-ibu tunggal melalui laman wanita atau kita kenali sebagai lawa yang dijalankan pada setiap hari Isnin dan Jumaat di Perkarangan UTC Perlis. Begitu juga dengan program-program Development of Women Intrepreneurs Initiatives iaitu DEWI seperti kursus pemprosesan makanan sejuk beku, kursus pes perencah, kursus membuat kuih-kuih kering, kuih tradisional dan juga bunga-bunga dip, kursus berkenaan bekalan makanan, kursus jahitan dan juga pelbagai kursus lain yang telah memberi peluang kepada golongan wanita dan ibu tunggal dan untuk mendapat kemahiran dan juga menjadikan kemahiran tersebut sebagai kerjaya di dalam bidang perniagaan dan juga keusahawanan. Dalam tahun 2015 sehingga September 2018 PPWN Perlis telah merekodkan sejumlah empat puluh tiga (43) orang ibu tunggal telah dibimbing menjadi usahawan selepas menghadiri kursus-kursus keusahawanan yang telah saya sebutkan tadi dan 50% daripada jumlah ibu tunggal tersebut telah menunjukkan peningkatan pendapatan sebanyak 30% selepas tiga (3) bulan menghadiri kursus berkenaan. YB Dato’ Speaker selain itu Jabatan Pembangunan Wanita juga komited dalam melaksanakan program peningkatan kapasiti wanita berkonsepkan pusat aktiviti cakna bantu ekonomi atau pun kita kenali sebagai PACBE bagi memperkasakan wanita terutama dari kumpulan B40 dengan sasaran 30% penyertaan adalah daripada ibu tunggal yang berdaftar di dalam sistem i-Wanita. PACBE ini mempunyai empat (4) fokus iaitu:-

1) Inisiatif pembangunan kemahiran 2) Kemahiran keusahawanan 3) Komuniti harmoni 4) Advokasi yang mana di dalamnya mempunyai legal clinic, d’stress clinic, kempen wanita anti jenayah, juga hentikan keganasan terhadap wanita.

YB Dato’ Speaker selain daripada itu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga memberikan bantuan kepada golongan ibu tunggal yang memenuhi syarat melalui bantuan kewangan persekutuan iaitu Bantuan Kanak-kanak (BKK) dan bantuan kewangan negeri iaitu Bantuan Am (BA). Bantuan Kanak-kanak (BKK) merupakan bantuan kewangan secara bulanan bagi membantu ibu tunggal serta keluarga miskin memelihara dan memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak. Majoriti penerima bantuan ini merupakan ibu tunggal. Penerima menerima bantuan minimum RM100 dan maksimum RM450 bergantung kepada jumlah anak atau kanak-kanak yang dijaga. Selain itu, bagi kes ibu tunggal atau keluarga miskin yang tidak termasuk dalam syarat Bantuan Kanak-kanak (BKK), pihak JKM mempunyai Bantuan Am (BA) untuk membantu menampung perbelanjaan harian individu dam juga keluarga. Selain daripada itu JKM juga mempunyai program pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif termasuk dengan ibu tunggal iaitu, dengan izin, “2 Year Exit Programme” dengan memberikan Bantuan Geran Pelancaran (BGP) maksimum RM2,700 sekaligus setahun berserta dengan latihan. Bantuan ini adalah program pembangunan dan pengintegrasian bagi membantu kumpulan sasar mencapai matlamat dan meneruskan kelangsungan hidup ibu-ibu tunggal. Disamping itu untuk makluman LPPKN mengambil inisiatif membangunkan Program Penjagaan Ibu Selepas Bersalin yang mana dikenali sebagai MamaCare di mana setiap tahun pengamal-pengamal MamaCare ini diberi latihan dan juga aktiviti-aktiviti yang boleh membantu MamaCare untuk meneruskan dan kebanyakan pengamal-pengamal MamaCare terdiri daripada ibu-ibu tunggal di seluruh negeri Perlis yang mana telah saya dimaklumkan bahawa pendapatan persatuan MamaCare atau pengamal-pengamal MamaCare melebihi RM1,000 sebulan dan sedikit untuk makluman kepada semua hadirin dan juga Ahli-Ahli YB sekarang LPPKN mempunyai satu program iaitu PapaCare, jadi mana-mana bapa atau abah-abah tunggal yang ada boleh menyertai PapaCare tersebut bagi menampung pendapatan harian PapaCare di samping kita mempunyai MamaCare yang begitu konsistan dalam mencari pendapatan bagi pihak ibu tunggal, sekian YB Dato’ Speaker terima kasih.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Soalan tambahan Dato’ Speaker, terima kasih kepada YB Mata Ayer di atas penjelesan yang diberikan berkaitan dengan soalan saya sebentar tadi. Daripada penjelasan YB Mata Ayer 2015 hingga 2018 sebanyak atau seramai 43 sahaja ibu tunggal yang dibimbing di bawah program apa nama usahawan ibu tunggal, jadi soalan dia tiga (3) tahun itu apakah tiga (3) orang sahaja ibu tunggal yang menyertai program tersebut apakah kita tidak war-war kepada ibu tunggal yang banyak lagi di luar sana. Yang kedua jumlah ibu tunggal ni semakin hari semakin meningkat dan latar belakang mereka bukanlah semua senang dan kaya jadi ada di kalangan mereka yang susah yang perlu kita beri perhatian dalam bentuk kewangan dan sebagainya. Kita melihat disini kebanyakan sumbangan yang diberi oleh Jabatan ini semua Jabatan daripada kerajaan persekutuan, tapi daripada kerajaan negeri sendiri apa yang kita buat, skim apa yang kita beri kepada ibu-ibu tunggal yang banyak miskin di luar sana. Kita ada JKM, kita ada MAIPs yang kutipan zakatnya banyak hingga ratusan juta di setiap tahun tapi mengapakan berlaku lagi kemiskinan tegar di kalangan ibu-ibu tunggal dan juga miskin tegar di semua rakyat kita dalam Negeri Perlis, apakah penyampaian kita sumbangan kita kepada mereka tidak sampai kepada sasarannya mohon penjelasan.

Puan Siti Berenee Bt. YahayaUMNO · BNMata Ayer

Terima kasih YB Adinda Guar Sanji, sebenarnya kita memang war-warkan memang hebohkan tentang kursus-kursus yang kita letakkan di bawah Pembangunan Wanita tetapi yang hadir pada peringkat awal memang ramai tetapi bila berlaku kursus-kursus selanjutnya berikutan berturutan selepas itu hanya itu sahaja yang bersungguh-sungguh yang bagi komitmen yang betoi-betoi untuk menghadiri kursus dan seterusnya menjalankan perniagaan-perniagaan yang diikuti kursus itu. Dan untuk soalan yang kedua berkenaan dengan kerajaan negeri pada kali ini memang kerajaan negeri memperuntukan peruntukan untuk golongan wanita dan juga di dalam tu termasuk juga ibu-ibu tunggal di mana sejumlah besar juga peruntukannya kita mempunyai tiga (3) aktiviti atau pun program yang akan dilaksanakan Insyaallah sekarang ni dalam proses untuk pembentangan kertas kerja pertamanya kursus berkenaan dengan kursus pasaran digital, kursus pembangunan jati diri dan juga kursus keusahawanan. Itu untuk kursus-kursus yang akan disertai oleh tiga-tiga Parlimen di bawah Pembangunan Wanita. Dan juga kita ada kursus satu program mengaktifkan wanita yang mana saya rasa yang ni pun kita melibatkan ibu tunggal di dalam Negeri Perlis, di mana kursus-kursus singkat yang akan kita tawarkan kepada wanita-wanita dan juga ibu tunggal yang berminat untuk mengikuti kursus-kursus di kolej komuniti yang diadakan pada setiap hujung minggu yang mana subsidinya juga diberikan oleh Kerajaan Negeri Perlis. Yang terakhir yang kita masukkan dalam program kerajaan negeri bagi membantu wanita-wanita dan juga ibu-ibu tunggal ialah hari keusahawanan untuk wanita. Satu hari atau dua hari satu malam kita adakan program untuk membangunkan atau pun menjana ekonomi di mana kita akan tawarkan kepada semua ibu-ibu tunggal dan juga wanita-wanita yang mempunyai perniagaan kecil hingga besar untuk sama-sama turut serta di dalam program yang telah kita aturkan. Sekian saya harap itu mendapat penjelasan.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan ni nak tanya Mata Ayer

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

YB Dato’ Speaker….

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Golongan wanita ni Dato’ Speaker, adalah golongan yang patuh akur mereka kalau mereka berhutang dengan agensi mereka akan bayar dia tak macam PapaCare, PapaCare ni suka tilup dia suka tuang ja takut hutang tu masuk neraka tak takut punya tapi Mama ni MamaCare adalah golongan yang setia patuh akur itu lah kehebatan wanita, YB saya nak tanya satu program seperti menjadi nilai tambah yang baik to be velvet nilai tambah yang baik dalam produk-produk yang kita hasilkan ini oleh ibu tunggal dan sebagainya. Kita ada satu agensi iaitu MARDI yang dia ada Food Technology Division dan mereka mempunyai kepakaran bukan saja menjadikan makanan-makanan yang di hasilkan itu sedap tetapi mempunyai nilai tambah lain dari segi pembungkusan dan lain-lain lah yang bermutu yang boleh bukan saja sesuai untuk pasaran tempatan atau pun domestik bahkan peringkat luar negara jadi adakah kursus ini juga turut melibatkan pihak MARDI kerana MARDI dia menunggu Jabatan Pembangunan Wanita atau agensi yang sewaktu dengannya menjemput mereka supaya bagi kursus khas terhadap produk-produk makanan yang telah dihasilkan saya tak kata produk lain makanan sahaja dalam hal ini kalau tak dak cuba YB cuba hubungkan dengan pihak MARDI dan minta antaranya pihak MARDI memberikan kursus untuk menaik mereka ada idea benda tu telah dihasilkan tetapi untuk menjadi lebih baik lebih berketerampilan kita bagi minta pihak MARDI datang memberi kursus-kursus khas dalam bidang food technology.

Puan Siti Berenee Bt. YahayaUMNO · BNMata Ayer

Terima kasih YB Tambun Tulang sangat-sangat penghargaan lah atas yang di bagi tapi untuk makluman YB kita memang mempunyai di dalam peruntukan yang telah kita dapat daripada kerajaan negeri memang kita mempunyai sedang menjalankan hubungan baik dengan MARA untuk kursus digital berkenaan dan juga MARDI cuma FAMA belum lagi, MARDI dan MARA memang kita ada penglibatan di dalam program yang akan kita langsungkan nanti.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Dato’ Speaker mohon sedikit tambahan soalan daripada Guar Sanji berhubung dengan peranan MAIPs lah terhadap ibu-ibu tunggal di dalam Negeri Perlis. Jadi penawaran program latihan kemahiran dan penempatan pekerjaan oleh akademi transformasi asnaf dan bantuan di bawah program peningkatan ekonomi asnaf adalah diantara peranan yang telah dilaksanakan oleh MAIPs selama ini bagi menyokong proses pembangunan negara. Kemiskinan adalah merupakan satu isu yang sangat dinamik MAIPs telah berusaha sedaya upaya melaksanakan beberapa inisiatif bagi membantu masyarakat yang memerlukan antaranya:- i-Memberikan sumbangan bantuan sara hidup kepada masyarakat yang memerlukan bantuan ii-Memberikan sumbangan bantuan sara hidup bulanan sebanyak RM 4,000.00 kepada penerima iii-Menawarkan bantuan modal di bawah skim bantuan program peningkatan ekonomi asnaf iv-Melaksanakan kursus-kursus kemahiran dan penempatan pekerjaan bagi golongan asnaf untuk memberikan peluang pendapatan kepada asnaf, sekian.

Speaker

Di persilakan YB Tanbun Tulang.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Dato’ Speaker soalan saya nombor tiga puluh (30).

(Soalan 30 : Apakah usaha-usaha yang dilaksanakan setakat ini bagi mengukuhkan sektor perusahaan kecil dan sederhana (SME) di negeri ini?)

(Soalan 34 : Apakah perancangan dan langkah-langkah yang diambil bagi meningkatkan pengetahuan usahawan-usahawan kecil dan sederhana di Perlis?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih YB Tambun Tulang, Dato’ Speaker saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan nombor tiga puluh empat (34) yang juga daripada YB Tambun Tulang. Kerajaan Negeri menyedari peranan dan sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada ekonomi negeri dan negara, dan dalam hal ini, Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk membantu mempertingkatkan kualiti dan daya saing PKS tempatan agar mereka dapat memperkukuhkan pasaran sama ada dalam mahupun luar negara. Justeru itu, Kerajaan Negeri pada 27 dan 28 Februari baru-baru ini telah melancarkan Tahun Keusahawanan Perlis yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan. Di antara program-program yang telah diadakan sempena pelancaran tersebut ialah pameran agensi, khidmat nasihat perniagaan, klinik usahawan daripada MARA, FAMA, MATRADE, MARDI dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan, seminar mengenai personality make over, business talk dengan izin, taklimat berhubung potensi produk Perlis ke hypermarket, Seminar “How To Be A Succesful Enterpreneur” dengan izin dan Seminar “AURA” Usahawan Berjaya oleh tokoh-tokoh usahawan dan personaliti yang berjaya. Bagi merancakkan lagi pertumbuhan dan pembangunan usahawan negeri Perlis pada tahun 2019, sebanyak RM64 juta bantuan geran, pinjaman perniagaan dan pembiayaan disediakan untuk usahawan Perlis daripada pelbagai jabatan dan agensi seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Tekun Nasional, SME Corp, MARA, Amanah Ikhtiar Malaysia, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, MARDI, MATRADE, FAMA, MADA, RISDA, Majlis Agama dan Adat Istiadat Negeri Perlis, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis dan lain-lain lagi. Di samping peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri juga menyediakan sebanyak RM800,000 pada tahun 2019 untuk aktiviti promosi bagi meningkatkan daya keusahawanan di kalangan rakyat Perlis termasuk para belia, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU), manakala sebanyak RM90,000 lagi bagi melaksanakan Program Pembangunan Keusahawanan Wanita. Pihak Majlis Perbandaran Kangar juga masih meneruskan pengurangan kadar lesen perniagaan penjaja sebanyak 20% pada tahun 2019 bagi memberi galakan kepada suri rumah untuk menambah pendapatan keluarga di samping meningkatkan ekonomi negeri. Pihak MATRADE juga telah membuka peluang kepada PKS bagi menceburi alam perniagaan secara atas talian dengan menyediakan geran sebanyak RM5,000 bagi membantu usahawan menyenaraikan produk di dalam mana-mana platform e-commerce yang telah dikenalpasti oleh MATRADE. Sehingga kini, sebanyak 110 program/latihan/kursus/seminar telah diadakan bermula pada bulan Januari – Mac 2019 yang dilaksana dan dianjurkan oleh pelbagai jabatan agensi Negeri dan Persekutuan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga Institusi Pengajian Tinggi dalam memantapkan lagi PKS. Antaranya seperti Latihan Pembentukan Usahawan Wanita Inspirasi Ekonomi (Wise) 2019 anjuran MARA, Seminar Export Opportunity in Halal dengan izin, F&B and Agro-Based Industry anjuran MATRADE, Kursus E-Usahawan Desa anjuran Institut Latihan Perindustrian Kangar dan lain-lain lagi.

Perusahaan mikro merentasi semua sektor iaitu jualan tahunan kurang daripada RM300,000 ATAU bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang. Jadi dalam pecahan ini pihak Kerajaan telah menyediakan sebanyak RM64.0 juta. Sebagai maklumat MARA Negeri Perlis telah diperuntukkan geran sebanyak RM646,000.00 dalam usaha untuk memperkukuhkan sektor perusahaan kecil dan sederhana di Perlis dengan memfokuskan kepada lima industri berikut iaitu : 1) Automotif 2) F&B 3) Construction 4) Lifestyle 5) Services

MARA juga menyediakan pembiayaan dan sewaan premis untuk membantu usahawan dalam mengukuhkan perniagaan mereka terutama dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana. Di samping itu, MARA juga telah memperuntukkan sebanyak RM562,100.00 bagi mengadakan seminar dan kursus untuk memberi pengetahuan kepada usahawan-usahawan IKS di Perlis. Maklumat tambahan daripada SME Corp. di antara program-program yang dilaksanakan oleh SME Corp. Malaysia untuk membantu usahawan di negeri Perlis adalah seperti berikut :

1) Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)

a) Program TUBE merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan bilangan belia yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Program ini menyasarkan golongan belia Bumiputera berumur antara 18-30 tahun yang mempunyai minat mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, khususnya belia yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan.

b) Sejak Program TUBE dilaksanakan bermula pada tahun 2014, seramai 103 usahawan belia negeri Perlis telah dilatih dan daripada jumlah tersebut, seramai 102 (99%) usahawan belia telah mendaftarkan perniagaan. Sehingga 31 Disember 2018, perniagaan yang dijalankan telah mencatatkan jualan terkumpul bernilai RM2.2 juta dan mewujudkan sejumlah 166 pekerjaan baharu di Perlis.

2) Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP)

a) Bertujuan untuk meningkatkan daya saing PKS Bumiputera melalui bantuan bersepadu yang meliputi khidmat nasihat, bantuan teknikal, latihan dan kewangan. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri serta pelbagai Kementerian dan Agensi teknikal. Pada tahun 2017 dan 2018, sebanyak 29 syarikat PKS di Perlis telah diluluskan dengan geran berjumlah RM3.23 juta di bawah program ini.

3) Business Accelerator Programme (BAP)

a) Program ini bertujuan membantu meningkatkan keupayaan PKS melalui pendekatan serta bimbingan bersepadu yang mengandungi empat (4) komponen iaitu :

i-Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan syarikat PKS melalui SME Competitiveness Rating for Enhancement (SCORE); ii-Menyediakan khidmat nasihat perniagaan dan pelan tindakan untuk PKS;

iii-Membina kapasiti untuk membantu PKS mengembangkan perniagaan; dan iv-Menyediakan kemudahan akses kepada pembiayaan.

b) Sehingga kini, sebanyak 9 syarikat dari negeri Perlis telah mendapat manfaat daripada program ini dengan kemudahan pembiayaan yang berbentuk geran dan pinjaman mudah berjumlah RM1.26 juta.

4) Skim Pinjaman Mudah PKS (SLSME) dan Skim Pembiayaan Patuh Syariah PKS (SSFS)

Skim Pinjaman Mudah untuk PKS (SLSME) yang dilaksanakan dengan kerjasama MIDF pula menggalakkan usahawan untuk melaksanakan automasi dan mekanisasi operasi syarikat, membiayai kos penambahbaikan premis bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti perniagaan, selain bagi menerapkan penggunaan ICT dalam pengurusan dan operasi perniagaan. Setakat ini, sebanyak 2 permohonan daripada PKS negeri Perlis telah diluluskan dengan pinjaman berjumlah RM0.51 juta.

Skim Pembiayaan Patuh Syariah PKS (SSFS) adalah program bantuan kewangan di mana Kerajaan menanggung 2% daripada kos pembiayaan pinjaman PKS daripada 14 institusi perbankan Islam yang mengambil bahagian. Setakat ini, 1 permohonan telah diluluskan dengan amaun sebanyak RM0.3 juta bagi PKS negeri Perlis.

Bagi meningkatkan pengetahuan usahawan-usahawan PKS di Perlis, sebanyak 11 sesi perkongsian maklumat dan seminar telah dianjurkan oleh SME Corp. Malaysia Negeri Perlis sejak tahun 2017. Selain itu, SME Corp. juga telah merancang beberapa siri perkongsian maklumat dan seminar melalui program Pocket Talk yang akan diadakan sepanjang tahun dengan fokus diberikan kepada trend perniagaan terkini dan pemantapan perniagaan seperti pengurusan kewangan, pemasaran digital, penjenamaan dan pembungkusan dan pasaran eksport.

Sedikit maklumat tambahan daripada Jabatan Pertanian Negeri Perlis. Antara perancangan jabatan dalam meningkatkan pengetahuan usahawan-usahawan kecil dan sederhana di Negeri Perlis seperti berikut :

a) Jabatan Pertanian menganjurkan program, kursus dan seminar sebagai medium pendedahan dan ruang bagi usahawan berkongsi kemahiran dan pendapat. Jabatan Pertanian Negeri Perlis menyasarkan penglibatan usahawan menghadiri 7 kali kursus setahun di peringkat Jabatan dan 10 kali kursus di peringkat Ibu Pejabat.

b) Menyediakan khidmat nasihat berkala untuk membimbing usahawan di bawah Jabatan Pertanian seramai 199 orang melalui lawatan pemantauan sebanyak 150 kali lawatan setahun.

c) Memperkenalkan produk hiliran baru berasaskan tanaman Mangga Harumanis dan Padi (beras) dengan jalinan kerjasama antara Kolej Komuniti Arau dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

d) Menganjurkan lawatan ke projek-projek usahawan yang telah berjaya bagi mendedahkan usahawan dengan perkara-perkara baru dan mengukuhkan jaringan di antara usahawan yang berjaya. e) Pendedahan teknologi dan peningkatan pengeluaran melalui bantuan geran CUP dengan izin (Change Upgrade Produk) dan HIP (High Impact Product) kepada usahawan supaya lebih berdaya saing.

2) Antara langkah-langkah yang diambil jabatan dalam meningkatkan pengetahuan usahawan-usahawan kecil dan sederhana di negeri perlis seperti berikut :

a) Mendedahkan usahawan dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini dalam mengusahakan projek melalui bantuan mesin dan peralatan. Pada tahun 2019, Seramai 10 orang usahawan layak untuk menerima bantuan.

b) Menempatkan usahawan di Pusat Aperanthis Jabatan bagi usahawan yang tiada tempat pemprosesan produk. Terdapat 3 pusat Aperanthis di bawah Jabatan Pertanian iaitu :  Kompleks Pertanian Bukit Temiang  Pusat Aperanthis Mata Ayer  Pusat Aperanthis Tok Naya, Arau.

c) Membantu usahawan serta memberi nasihat dalam pembungkusan dan perlabelan produk yang menarik dan diterima pasaran.

Sedikit maklumat tambahan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang. Di antara program dan insentif yang dilaksanakan oleh LPP dalam usaha memaju dan meningkatkan pengetahuan usahawan-usahawan IKS di Perlis :

1) Latihan dan Kursus

Menganjurkan Kursus-kursus seperti Pembungkusan, pelabelan dan penggunaan bahan aditif dalam makanan. Pihak LPP juga menjemput pegawai daripada Jabatan Agama Islam dan Kementerian Kesihatan (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) untuk memberi penerangan berkaitan dengan prosedur pensijilan Halal dan MESTI bagi memastikan usahawan dapat mengeluarkan produk yang memenuhi kehendak pasaran dan tidak meragukan pengguna. Bagi usahawan tanaman, LPP dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan sering menganjurkan kursus-kursus seperti Kursus Pengurusan Bunga Harumanis, Kursus Cantuman Ladang, Kursus Aruhan Bunga Mempelam Harumanis dan Kursus Membalut Buah Mempelam Harumanis. Bagi meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan kewangan, LPP turut menganjurkan Kursus Asas Perakaunan kepada usahawan kecil dan sederhana untuk memastikan mereka dapat menyediakan rekod urusniaga dan mengawal selia dokumen perniagaan dengan lebih sistematik. LPP juga turut memberi suntikan motivasi kepada usahawan-usahawan melalui Kursus Motivasi dan Kerohanian. Bagi Golongan Muda atau Usahawan “Agropreneur”, Kursus dan Latihan yang diberikan adalah seperti Penyediaan Rancangan Perniagaan, Kursus Marketing Secara Online, Kursus Teknikal bagi tanaman, ternakan dan IAT.

2) Lawatan Sambil Belajar

LPP turut menganjurkan lawatan sambil belajar ke projek usahawan di negeri lain dan juga program-program anjuran Kementerian Pertanian seperti MAHA. Melalui lawatan ini, usahawan dapat berkongsi idea dan belajar perkara baru seperti kaedah tanaman, teknik pemasaran, belajar memahami budaya dan segmen pasaran produk yang betul. Usahawan juga dapat belajar perkara teknikal seperti penggunaan mesin yang betul, sesuai dan tepat untuk pengeluaran produk mereka. Kebiasaannya pada program seperti MAHA banyak teknologi baru yang di perkenalkan oleh agensi di bawah Kementerian Pertanian seperti daripada MARDI dan FAMA serta yang diperkenalkan oleh agensi swasta. Di sinilah usahawan diberi pendedahan agar lebih terbuka minda mereka belajar dan memahami perkara baru. Secara tidak langsung, ia membantu meningkatkan pengetahuan usahawan-usahawan kecil dan sederhana di Perlis.

3) Program Hari Peladang dan Karnival Usahawan

Program seperti ini biasanya melibatkan usahawan sebagai peserta bagi membolehkan ia dilaksanakan. Pengisian program biasanya pameran daripada agensi, ceramah yang berkaitan dengan usahawan dimana kebiasaannya melibatkan agensi di bawah MOA seperti Mardi, MADA, Agrobank, Perikanan, Jabatan Pertanian dan lain-lain. Usahawan juga boleh mendapatkan maklumat mengenai pembiayaan daripada agensi berkaitan seperti MARA, SME Corp, Agrobank dan LPP.

4) Jelajah Agropreneur Muda

Program Jelajah Agropreneur merupakan inisiatif daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mewar-warkan program dan produk yang boleh ditawarkan kepada usahawan muda yang berumur 40 tahun ke bawah. Usahawan muda yang layak ditawarkan geran sepenuhnya di bawah Program In Kind Contribution (IKC) dengan izin bagi skop pertanian, ternakan, ternak air, industri asas tani dan agro pelancongan. Usahawan Muda ini juga boleh mengikuti pelbagai kursus dan latihan yang diminati yang ditawarkan oleh Unit Agropreneur Muda.

Maklumat tambahan daripada FAMA. Di antara langkah-langkah yang dirangka oleh FAMA bagi mengukuhkan sektor PKS dan meningkatkan pengetahuan usahawan PKS Perlis ialah :

a) Memberi Kursus Asas Keusahawanan kepada semua usahawan yang baru untuk memahami pengurusan dan pengendalian perniagaan termasuk pengurusan kewangan, pentadbiran dan pengurusan aset. Seramai 300 Usahawan Tahap SKl, SK2 dan SK3 dilatih oleh FAMA.

b) Mengetengahkan usahawan IKS dalam pembabitan jualan terus kepada pengguna menerusi program-program jualan dan promosi produk seperti berikut :

i-Pasar-Pasar Tani di seluruh negeri Perlis. ii-Karnival jualan di musim-musim Perayaan iaitu Karnival Jualan Dan Bazaar Aidilfitri, Aidil Adha, Tahun Baru Cina, Krismas dan Deepavali termasuk Jualan Sepanjang Cuti Persekolahan.

iii-Program jualan sempena sambutan Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Peringkat Negeri (HPPN) dan Kebangsaan (HPPNK) serta MAHA DAN MIHAS; iv-Penyertaan di Perlis Week untuk promosi produk yang berpotensi untuk pasaran luar negeri .

c) Selain itu, FAMA mendedahkan usahawan dengan Pasaran Online iaitu pembabitan kumpulan pelajar siswazah untuk menjadi ejen pemasar kepada pengusaha IKS bagi mengembangkan perniagaan di bawah skim Agroprenuer Muda. Tahun ini (2019) perancangan itu diusahakan dengan pembabitan pelajar di bawah Skim Agroprenuer Muda dipilih sebagai kumpulan Pemasaran Online kepada Usahawan IKS Negeri Perlis.

d) Melatih usahawan dengan teknik mempromosikan produk masing-masing menerusi gaya dan bentuk-bentuk promosi menerusi pengiklanan (advertising & promotion) menerusi media massa iaitu iklan, jingle, On-Air wawancara I temubual, Facebook, Twitter, iklan berbayar dan sebagainya, diberi pendedahan bagi meningkatkan peluang pasaran kepada usahawan terbabit.

e) Menggalakkan penyertaan usahawan-usahawan IKS bimbingan dengan menghadiri Seminar, Bengkel Keusahawanan, Dialog Keusahawanan dan Konvensyen termasuk Lawatan Sambil Belajar bagi memberi peluang berinteraksi antara usahawan tempatan dengan usahawan luar supaya business matching dapat diwujudkan untuk prospek perniagaan masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Tambahan, terima kasih atas jawapan yang panjang lebar dengar bunyi macam sedap YB, tapi alhamdulillah semua dah berjaya, tetapi saya ingin tanya YB berapa lah produk-produk yang dihasilkan oleh SME, SME ni adalah satu antara division yang boleh mengukuhkan ekonomi sesuatu negara dalam putaran ekonomi satu negara lihat Thailand duit dia sampai sekarang tak jatuh tukar lah Perdana Menteri seribu (1,000) orang pun tetapi kekukuhan mata wang dia sampai sekarang tak bisa di tandingi oleh mana-mana. Saya nak tanya YB berapa jumlah produk tak yah tengok retailor di luar negara lah dalam negara dalam seven E, dalam family Mart, berapa produk-produk tempatan yang berada dalam rangkaian retailor ni, kita bagi bantuan, kursus, taklimat, kursus pendedahan macam-macam knowledge to be a regionable person sebagai seorang intepreno dan sebagainya. Tapi berapa produk-produk kita YB kata proses labeling, packeging apa dan meningkatkan apa macam-macam lah yang berada di Seven E contohnya, cukup lah Seven E Kangar berapa yang ada yang berada dalam Seven E Kangar contoh dia yang kita banggakan ni saya tak mahu menyalahkan semua agensi kadang-kadang pi ambil orang yang dah telah berjaya yang usaha sendiri masa dia telah bankrap yang telah pinjam bank apa tak pernah ambil tahu selepas dia success baru diambil satu kejayaan itu yang selalu di buat oleh agensi tak dapat dinafikan Menteri Pembangunan Usahawan sekarang dia bekas salah seorang intepreno yang berjaya dipatut guna perkara lama dalam hadir tetapi baru lagi lah sebelas (11) bulan mungkin empat (4) tahun kita nak tengok satu perubahan nak tanya berapa produk yang berada dalam retailing-retailing ternama tak da YB satu pun ada la mungkin ada kacang ka tapi tak nampak kalau ada tolong bagi tau saya yang di keluar oleh rakyat Negeri Perlis berada di Seven E, Seven E Perlis cukup tak payah pergi jauh-jauh namanya sedap, perancangan sedap, bantuan diberi berterusan tapi kejayaannya di mana, Thailand tak dibantu oleh kerajaan pun tapi lihat dalam Seven E dia 50% dalam Seven E adalah produk-produk tempatan yang dihasilkan oleh rakyat Thailand sendiri cuba pi melawat tak yah jauh satgi kita semua naik kereta pi Bukit Kayu Hitam Danok kita masuk Seven E Danok lihat produk SME dia 50-60% dalam SME retailing dalam negara sendiri apa jadi dengan produk-produk SME kita yang di mana kita harus jadikan ia satu kebanggaan negara sebagai nasional pride YB, apa kata YB dalam mengatasi kemelut ini kita masih memainkan lagu dan irama yang sama bertahun-tahun tetapi kejayaannya di mana, terima kasih Dato’ Speaker.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih YB Tambun Tulang, ya kita menginsafi perkara itu sebenarnya menginsafi benda tu dah berlaku lama tapi Alhamdulillah saya berterima kasih banyak-banyak kepada agensi yang telah pun dilantik untuk menjaga usahawan ni SME ni jadi perancangan-perancangan yang dibuat oleh pihak agensi itu memang dah cantik bukan syok sendiri bukan (SS) tapi sebenarnya altitud yang ada pada jiwa kita sebenarnya altitud yang jadi walau apa pun yang dibuat oleh pihak kerajaan negeri dengan bajet yang diberikan terlalu banyak jadi macam sepertimana yang di sebut oleh YB Mata Ayer tadi iaitu kalau daripada tiga puluh (30) orang akhirnya tinggal tiga (3) orang. Jadi inilah masalah-masalah yang sedang berlaku makna kata kemungkinan berlaku tak dak sifat untuk nak berjuang dalam perniagaan lah jadi bila orang kata kerajaan bagi peruntukan kelam kabut nak minta contoh macam kita bagi contoh yang paling simple lah kita bagi pinjaman bulan Ramadhan contoh kita bagi RM 3,000.00 akhirnya dia beli baju raya dia tak berniaga jadi inilah masalah yang timbul yang berlaku sebab kita sendiri berdepan dengan depa ni sebab depa tak dak kebanyakannya tiada pengalaman perniagaan cuma seronok bila kita nak bagi peruntukan, cuba minta kemudian kita bagi dan akhirnya tak berjaya jadi itu sedang diambil kira lah diambil kira untuk nak tengok tang mana berapa orang jumlah yang sebenarnya yang boleh diketengahkan hingga ke peringkat yang high level, kita cuba lah sedaya upaya melalui agensi-agensi yang telah pun kita lantik.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Ok YB adakah ini berlaku kita dah ada instruman dan instruman ini hanya cuma digalakkan, adakah sebab benda ni gagal disebabkan oleh terlampau banyak kerajaan membantu, terima kasih Dato’ Speaker.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Saya rasa itu pun betul boleh diterima pakai terlampau banyak sangat kerajaan bagi maka seronok minta dan akhirnya tak berjaya, tapi tu lah kita harap sangat selepas ini kita ambil kira lah dari segi jumlah agensi-agensi terlibat macam banyak benda yang sepatutnya Baitulmal, Pejabat Agama pun ada peruntukan itu yang saya seronok sepatutnya Baitulmal atau Agama ni untuk agama lah tapi sekarang ni Baitulmal pun ada bajet untuk itu, banyak agensi yang boleh membantu ini kita akan melihat lah, terima kasih pada ingatan.

Speaker

Di persilakan YB Sena.

YB Speaker soalan saya soalan yang tiga puluh satu (31).

(Soalan 31 : Adakah terdapat perancangan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan produktiviti pertanian di kawasan saliran bukan seliaan MADA di Negeri Perlis?)

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih YB Dato’ Speaker, terima kasih YB Sena soalan ni boleh dikatakan dari tadi dok main kot area-area ni saja. Jawapannya ialah Jabatan pertanian telah merancang dan menjalankan beberapa program bagi meningkatkan produktiviti pertanian di kawasan luar MADA terutamanya bagi tanaman padi. Antara perancangan dan program yang dijalankan ialah :

1) Menyelaras semula keluasan penanaman padi dengan menggunakan pelaporan imej satelit melalui, dengan izin, Geografic Information System (GIS) dengan kerjasama Akademi Remote Sensing Malaysia (ARSM). Hasil dari program tersebut turut dapat membantu pemantauan industri padi.

2) Menjalankan khidmat nasihat pengembangan dengan mengadakan kursus atau taklimat di lapangan. Pada tahun 2018, sebanyak 29 kursus telah dilaksanakan manakala pada tahun 2019, 28 kursus telah dirancang, antaranya :-a) Kursus Kawalan Tikus b) Kursus Kawalan Siput Gondang c) Kursus Dan Hands On Pengawasan Dan Ramalan Padi Serta Analisis Data. d) Kursus Bakteria Panicle Blight (BPB) e) Taklimat Keberkesanan Dan Kebaikan Integrated Pest Management (IPM) Kepada Petani. f) Taklimat Amalan Penanaman Padi Berpandukan ‘Rice Check’ g) Kempen Kawalan Padi Angin h) Kempen Pengunaan Benih Padi Sah

3) Jabatan Pertanian juga membangunkan projek sawah gemilang untuk peningkatan hasil padi dan pengurusan projek padi secara berkelompok di mana jumlah projek padi berkelompok sebanyak 36 projek, dan jumlah projek sawah gemilang – 3 projek .

4) Jabatan Pertanian juga menjalankan pemantauan perosak dan penyakit bagi tanaman padi bagi seluruh Negeri Perlis bertujuan untuk mengesan serangan awal di lapangan dan memberi syor yang bersesuaian bagi kaedah kawalan.

Kekerapan pemantauan yang dijalankan seperti berikut :- 4 kali/musim/point survei penyakit utama bagi serangga perosak/penyakit  4 kali/musim/point survei khas bagi Siput Gondang Pomaceae, Burung Pungguk Jelapang,Tikus dan Padi Angin

5) Bagi tanaman padi luar MADA, Jabatan Pertanian juga telah merancang program-program pembangunan di bawah projek peningkatan pengeluaran dan produktiviti tanaman padi secara pakej yang melibatkan insentif peningkatan hasil dalam bentuk input pertanian, mesin / jentera dan infrastruktur ladang kepada pesawah.

Dalam usaha meningkatkan produktiviti pertanian di kawasan saliran bukan seliaan MADA, inisiatif juga diambil oleh pihak Lembaga Pertubuhan Peladang, antaranya melalui Program Buah-Buahan seperti Projek Tanaman Harumanis di PPK Padang Siding dan PPK Titi Tinggi, Projek Tanaman Rock Melon PPK Paya dengan peruntukan yang disalurkan kerajaan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perlis sebanyak RM212,000.00. Seterusnya Program Sayur-Sayuran iaitu Projek Tanaman Halia Fertigasi PPK Padang Siding dan PPK Titi Tinggi di mana kerajaan menyuntik peruntukan sebanyak RM284,400.00. Kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah RM2,225,000.00 bagi cadangan Projek Tanaman Jagung Bijian seluas 25 ha di Lembah Chuping yang akan diusahakan oleh PPK Titi Tinggi, sekian terima kasih.

Speaker

Di persilakan YB Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih YB Dato’ Speaker, soalan saya nombor tiga puluh dua (32).

(Soalan 32 : Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah digunakan sepanjang Pesta Angin Timur 2019, dan berapakah pecahan jumlah pengunjung tempatan dan pengunjung luar yang telah berkunjung ke Pesta Angin Timur 2019?)

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Terima kasih YB Indera Kayangan, terima kasih YB Dato’ Speaker, YB Dato’ Speaker sebelum saya menjawab soalan YB Indera Kayangan izinkan saya untuk mengambil ruang dalam dewan yang mulia ini bagi menzahirkan ucapan setinggi penghargaan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia iaitu MOTEC terutama sekali pada penganjuran Pesta Angin Timur Perlis 2019 yang lalu, Menteri, Timbalan Menteri dan KSU sendiri dapat hadir untuk memberi sokongan kepada penganjuran PAT 2019 ini dan terima kasih juga yang tidak terhingga kepada Pengarah JKKN Negeri Perlis yang sebagai ketuloi utama bagi menggerakkan PAT 2019 dengan bantan dan kerjasama daripada BPEN, Ketua-Ketua Jabatan, Agensi-Agensi Kerajaan Negeri Perlis baik negeri dan persekutuan dan yang lain terima kasih pada anda semua malah PAT juga telah pun tersenarai dalam kalendar tourism Malaysia sejak 2014 sejak penganjuran PAT Pesta Angin Timur Perlis daripada 2014. Bagi menjawab soalan YB Indera Kayangan penganjuran Pesta Angin Timur Perlis 2019 berlansung pada 1 hingga 3 Mac yang lalu telah mengakibatkan perbelanjaan sebanyak RM 381,883.00 dengan pecahan seperti berikut :- i-JKKN sebanyak RM 114,501.00 ii-Kerajaan Negeri Perlis sebanyak RM 99,782.00 iii-Dan Tajaan daripada rakan-rakan strategik tadi (Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Swasta ) iaitu sebanyak RM 167,600.00

Dari segi jumlah pengunjung pula sejumlah 122,182 orang telah berkunjung ke Pesta Angin Timur 2019 dengan pecahan seperti berikut :- i-Penduduk Perlis sendiri sebanyak 105,199 orang iaitu 86.1% ii-Bagi Pelancong Domestik maksudnya luar daripada Perlis sebanyak 15,761 orang iaitu 12.9% iii-Dan bagi Pelancong Antarabangsa sebanyak 1,222 orang iaitu 1%

Sekian, terima kasih.

Speaker

Di persilakan YB Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih YB Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor tiga puluh tiga (33).

(Soalan 33 : Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menyediakan rumah mesra rakyat kepada penduduk Kuala Perlis dan di manakah kawasan-kawasan tanah Kerajaan Negeri yang sudah tersedia di Kuala Perlis untuk dibangunkan kawasan perumahan rakyat?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih YB Dato’ Speaker, Terima kasih YB Kuala Perlis, Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pelaksanaan Rumah Mesra Rakyat (RMR) adalah dibawah kendalian Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB). SPNB merupakan Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan mulai Ogos 2018 berada di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Syarikat perumahan Negara atau Nasional YB.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

SPNB

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Negara Berhad atau Nasional Berhad YB kata Nasional tadi.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Syarikat Perumahan Nasional Berhad,

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Nasional Berhad

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Rumah Mesra Rakyat adalah program yang diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk mendirikan rumah sendiri yang sempurna dan selesa. Melalui program ini, kerajaan memberikan subsidi sebanyak RM20,000.00 bagi membiayai pembinaan seunit Rumah Mesra Rakyat yang menelan kos RM65,000.00 seunit.

Berdasarkan kepada statistik SPNB bagi negeri Perlis, sebanyak 2,412 permohonan telah diterima sejak program Rumah Mesra Rakyat ini diperkenalkan pada tahun 2002 sehingga 2019. Daripada jumlah tersebut sebanyak 1,312 permohonan telah diluluskan iaitu 1,186 unit rumah telah siap dibina, 121 unit sedang dalam proses pembinaan dan 5 unit sedang dalam proses menandatangani dokumen perjanjian. 764 lagi permohonan telah ditolak disebabkan tidak mematuhi syarat-syarat kelayakan. Terdapat 336 pemohon yang masih di dalam senarai proses/dinilai layak bagi negeri Perlis.

Bagi Parlimen Kangar, jumlah keseluruhan permohonan RMR yang diterima adalah sebanyak 534 permohonan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 295 permohonan telah diluluskan iaitu 250 unit rumah telah siap dibina, 44 unit dalam proses pembinaan dan 1 unit sedang dalam proses menandatangani dokumen perjanjian. 200 lagi permohonan telah ditolak disebabkan tidak mematuhi syarat-syarat kelayakan. Ketika ini terdapat 39 pemohon yang masih di dalam senarai proses atau dinilai layak bagi Parlimen Kangar.

Daripada angka-angka di atas, khusus bagi DUN Kuala Perlis, sebanyak 14 permohonan telah diluluskan, 2 unit rumah dalam proses pembinaan dan 12 pemohon telah menerima kunci rumah. Saya ingin betulkan tadi ya Syarikat Perumahan Negara Berhad, YB Tambun Tulang. Saya mohon maaf.

SPNB tidak meletakkan sebarang kuota atau perancangan khas untuk membina Rumah Mesra Rakyat khusus di sesuatu kawasan memandangkan permohonan program ini adalah terbuka kepada semua rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan sama ada di kawasan bandar atau luar bandar. Namun begitu, pelaksanaan Rumah Mesra Rakyat adalah tertakluk kepada peruntukan subsidi tahunan yang diterima daripada kerajaan dan kelulusan pinjaman SPNB. Pada ketika ini, permohonan baru Rumah Mesra Rakyat terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu bagi memberi fokus kepada pembinaan unit-unit yang telah diluluskan. Hal ini adalah kerana, program Rumah Mesra rakyat mendapat sambutan yang luar biasa dan jumlah permohonan adalah melebihi daripada peruntukan tahunan yang disediakan.

Di samping itu, Program Perumahan Rakyat (PPR) pula adalah salah satu program kerjasama Kerajaan Pusat melalui KPKT dan Kerajaan Negeri untuk menyediakan kawasan perumahan kepada golongan sasaran B40. Melalui program ini, Kerajaan Negeri akan menyediakan tapak dan menguruskan pengisian peserta manakala pihak KPKT akan melaksanakan pembinaan fizikal projek.

Berdasarkan kepada Kajian Pengenalpastian Tapak Perumahan Awam Mampu Milik yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa melalui Sistem Maklumat Geografi (GIS), tanah Lot 1177, 1178, 1179 dan 1181 dengan keluasan 13.35 ekar serta Lot 1395, 1396 dan 1398 di Mukim Kuala Perlis seluas 29.65 ekar telah dikenalpasti berpotensi untuk dibangunkan Program Perumahan Rakyat di Kuala Perlis. Lot-lot tersebut merupakan tanah milik persendirian dan telah disenaraikan dalam bank tanah (land bank) KPKT untuk pembangunan perumahan rakyat akan datang.

Dalam konteks yang sama, Kerajaan Negeri dengan usaha sama KPKT akan melaksanakan Program Perumahan Rakyat di Parlimen Kangar dan Padang Besar. Kedua-dua projek ini telah diluluskan peruntukan dan akan dimulakan pelaksanaannya pada tahun ini. PPR Kangar ini akan mengambilkira keperluan golongan sasaran di Kuala Perlis bagi mendiami rumah yang lebih selesa dan kondusif. Cadangan tapak PPR Kangar ialah di Kampung Tok Kuning dan manakala cadangan tapak PPR Padang Besar ialah di Titi Tinggi.

Selain itu, khusus bagi golongan nelayan Kuala Perlis, Kerajaan Negeri juga telah menyediakan sebahagian tanah Lot 155,1365 dan 1366 di Kampung Wai, Mukim Kuala Perlis yang berkeluasan 10.23 ekar sebagai tapak Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) Fasa I. Sekian harap maklum.

Speaker

Terima kasih Ahli-Ahli YB, YAB Menteri Besar, Ahli-Ahli YB serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri saya bagi pihak Dewan Undangan Negeri Perlis serta secretariat merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kerana penglibatan dalam persidangan kita pada kali ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Sanglang kerana mengambil sekejap alih tempat ini sementara sebentar tadi, juga kepada Ketua-Ketua Jabatan dan agensi kerajaan serta badan berkanun yang hadir, rakan-rakan Media, para pegawai dan kakitangan serta petugas dewan dan juga para pemerhati. Ahli-Ahli YB dewan ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak, sekian wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih.

(Persidangan ditangguhkan pada jam 2.28 petang)