Perlis · 12 August 2020

14th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · 135 turns · 23,039 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerlis publishes one PDF per sitting day, but nothing after 9 Aug 2023 although the assembly has kept sitting. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan mula bersidang.

Doa

Setiausaha Dewan

Doa.

(Bacaan doa oleh Setiausaha Dewan)

Pemasyhuran daripada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis

Setiausaha Dewan

Pemasyhuran oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri.

Speaker

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya jua, Istiadat Perasmian Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Keempat Belas telah pun selesai disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja kelmarin. Dewan merafat sembah menjunjung setinggi-setinggi kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan serta Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda dan Duli Yang Tearamat Mulia Tuanku Raja Puan Muda di atas kesudian Duli-Duli Tuanku berangkat mencemar duli bagi menyempurnakan istiadat tersebut. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan kepada semua jabatan dan agensi yang telah memberikan bantuan dan kerjasama yang baik kepada pihak Dewan bagi menjayakan istiadat perasmian kelmarin terutamanya Pejabat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja, Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri terutamanya Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Protokol, JKR, MPK, PDRM, Jabatan Kesihatan, Hospital Tuanku Fauziah, Jabatan Penyiaran, RELA dan lain-lain yang tidak dapat saya nyatakan kesemuanya di sini. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada Bernama dan rakan-rakan dari kalangan media yang turut hadir dan bagi membuat liputan. Saya ingin memohon maaf sekiranya aturan atau arrangement yang dibuat untuk majlis perasmian kelmarin mendatangkan kesulitan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan para jemputan. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan memandangkan kita belum lagi pulih daripada penularan COVID-19 dan ditambah pula dengan Kluster Sivagangga yang telah dikesan di Sanglang baru-baru ini. Disebabkan itu, pihak Dewan terpaksa mengambil langkah-langkah tambahan bagi mengurangkan risiko penularan lebih-lebih lagi mengambil kira keberangkatan Duli-Duli Tuanku. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Sanglang dan isteri, Yang Berhormat Guar Sanji dan isteri dan… serta Yang Berhormat Simpang Empat yang telah sudi menjalankan ujian saringan COVID-19, RTK Antigent Test pada hari Isnin lalu bagi memastikan status masing-masing. Langkah ini diambil setelah pihak Dewan mendapatkan pandangan Jabatan Kesihatan Negeri dengan mengambil kira tugas Yang Berhormat sebagai wakil rakyat yang sudah tentu banyak bersemuka dengan rakyat dalam tempoh seminggu dua ini. Lebih-lebih lagi semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri… maaf, Hari Raya Aidiladha. Sebagai penganjur, pihak Dewan bertanggungjawab mengambil langkah-langkah yang dirasakan perlu untuk kebaikan kita bersama. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada keberkesanan langkah-langkah yang diambil juga bergantung kepada kejujuran semua yang hadir ke persidangan ini termasuk apabila menjawab soalan-soalan dalam borang deklarasi dan juga mengambil langkah-langkah kawalan kendiri yang lain termasuk penilaian diri sendiri. Saya juga ingin memaklumkan bahawa Yang Berhormat Tambun Tulang tidak dapat hadir sepanjang persidangan kali ini disebabkan beliau masih menjalani proses kuarantin selepas kembali ke Malaysia dari luar negara. Beliau telah mengemukakan surat makluman dan disertakan dokumen kuarantin, salinan tiket penerbangan dan berdasarkan perkara ini saya telah memberikan kebenaran kepada beliau untuk tidak hadir pada kali ini. Dan saya ingin memesan supaya Yang Berhormat Tambun Tulang dapat bersiap sedia untuk persidangan yang akan datang. Saya juga ingin mengalu-alukan keberangkatan Yang Amat Mulia Sharifah Khatreena Nuraniah binti Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra pada pagi ini beserta dengan rakan-rakan. Di kesempatan ini, saya ingin menerangkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian tentang aturan perjalanan mesyuarat Dewan kita untuk hari ni. Sejurus selepas ini, soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh Ali-ahli Yang Berhormat sekalian akan dijawab oleh pihak Kerajaan mengikut tuntutan… mengikut turutan seperti di dalam Kertas Perintah Mesyuarat Dewan. Dewan kemudiannya akan berehat sebentar dan apabila disambung semula, Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja akan dicadangkan dan dibuka untuk perbahasan. Saya akan memberi tempoh masa kira-kira 20 minit setiap seorang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah kiri saya untuk membahaskan usul berkenaan. Setelah itu, Dewan akan ditangguhkan dan akan disambung semula pada pagi esok untuk maklumbalas dan penggulungan oleh pihak Kerajaan. Sekian.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Soalan-soalan lisan.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, assalamualaikum warahmatullah. Soalan saya nombor 2.

(Soalan 2 : Apakah perkembangan terkini projek Jeti / Pelabuhan Kuala Sanglang?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terima kasih kepada Yang Berhormat Sanglang. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, status Projek Jeti Bersepadu Sanglang pada masa ini telah pun dikemukakan kepada pihak MPK, Majlis Perbandaran Kangar, untuk mendapatkan Kebenaran Merancang dan ini telah pun dibuat pada 14 Mac 2018 dan pihak MPK telah pun meluluskan Kebenaran Merancang ini secara bersyarat pada 9 April 2018 yang lalu dan pada masa kini pihak pemaju ataupun syarikat yang akan terlibat di dalam projek ini, yang mana adalah merupakan satu inisiatif pihak swasta, sedang dalam proses untuk menyediakan dokumen-dokumen sepertimana yang disyaratkan, apa yang dipanggil di sini sebagai Pelan Tunai Syarat bagi memenuhi keperluan-keperluan teknikal yang telah ditetapkan yang mana pada masa kini, salah satu daripada kajian atau keperluan teknikal yang masih lagi belum diselesaikan ialah Laporan Alam Sekitar ataupun EIA di mana pihak syarikat telah pun melantik konsultan ataupun juru perunding untuk menyediakan laporan EIA sepertimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa iaitu Jabatan Alam Sekitar. Jadi itu adalah merupakan kedudukan terkini status syarikat ini. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, soalan saya yang ketiga.

(Soalan 3 : Berapakah jumlah lesen / permit perniagaan yang telah diberikan oleh Majlis Perbandaran Kangar (MPKPs) kepada semua jenis perniagaan sejak tahun 2015 hingga sekarang?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli Yang Berhomat dan para hadirin sekalian. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jumlah lesen ataupun permit perniagaan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kangar sejak tahun 2015 sehingga kini adalah berjumlah 24,777 lesen. Dari segi perincian jumlah lesen mengikut kategori adalah seperti berikut. Pecahannya adalah yang pertama, lesen perniagaan (premis) berjumlah 13,623 lesen. Lesen perniagaan (penjaja) jumlahnya ialah 4,441 lesen dan yang ketiga lesen papan iklan yang berjumlah 6,713 dan menjadikan jumlahnya 24,777. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan Yang Berhomat Speaker.

Speaker

Silakan.

Dari segi lesen dan permit perniagaan ni, adakah terdapat sebarang tunggakan dan apakah perancangan MPK untuk menambah lagi pendapatan melalui lesen dan permit perniagaan ini dari penyediaan stall-stall yang baru. Terima kasih.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Sena, dari segi tunggakan, memang tunggakan adalah dari segi kelewatan ataupun tidak memperbaharui lesen tersebut. Bermakna dia tak renew… dia tak bayar lah. Jadi untuk tindakan seterusnya pada tahun ini, kita mulakan dengan mendenda. Iaitu sekiranya dia… peniaga tersebut renew lesen tersebut dan tempoh tamat atau mati lessen, maka hari tersebut didenda dan di kompaun.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Soalan tambahan Dato’ Speaker...

Satu lagi… yang yang berkenaan perancangan MPK untuk menambah dan sebagainya…

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Dari segi penambahan income lesen, yang pertama sekalinya kita telah memutuskan untuk peniaga-peniaga di sekitar ataupun di tempat-tempat yang tidak dibenarkan berniaga tetapi juga masih menjalankan perniagaan. Walau macam mana pun kita melihat dari segi lamanya dia meniaga, kita nak suruh dia berhenti memang mendatangkan masalah. Jadi, tempat-tempat lain, kita bagi lesen sementara untuk mereka menjalankan perniagaan khususnya kepada peniaga-peniaga kecil yang berniaga katalah tak la besar sangat tapi dia meniaga secara kecil-kecilan, jadi kita bagi peluang untuk mereka menjalankan perniagaan dan diambil lesen sementara… dibagi lesen sementara. Itu di antara perkara-perkara yang boleh mendatangkan lagi jumlah kutipan tapi kita tidak lah sangat bagi mereka gemar untuk menjalankan perniagaan di tempat-tempat yang tidak dibenarkan. Tetapi walau macam mana pun sekiranya didapati masih berniaga melihat situasi tempat tersebut…

lokasi tempat tersebut sekiranya mendatangkan bahaya kepada orang lain dari segi… contoh di tepi jalan yang agak sibuk, maka kita terpaksa… pihak MPK terpaksa tidak membenarkan perniagaan dijalankan. Tapi di tempat-tempat yang lain, pihak kerajaan bersedia untuk mengenalpasti tempat-tempat yang seharusnya boleh berniaga. Jadi, kita jalankan untuk kita menambahkan lagi hasil dan juga memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil khususnya. Sekian.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sena.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 4.

(Soalan 4 : Berapakah jumlah aliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Langsung Domestik (DDI) yang telah berjaya dibawa masuk ke negeri Perlis serta jumlah pekerjaan yang berjaya diwujudkan hasil daripada kelulusan pelaburan-pelaburan tersebut mengikut pecahan bagi setiap tahun sejak dari tahun 2013?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sena. Berhubung dengan jumlah aliran masuk pelaburan langsung asing ataupun Foreign Direct Investment (FDI) dan juga pelaburan langsung domestik ataupun DDI, Domestic Direct Investment, yang telah datang ke Perlis dari tempoh 2013 sehingga kini. Kalau berdasarkan kepada rekod yang ada di Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, nilai pelaburan yang telah dipohon untuk dilaksanakan di Perlis adalah berjumlah 10.418 bilion dan ini akan… dan dijangka akan, dengan jumlah pelaburan ini, akan mewujudkan sejumlah lebih daripada 17 ribu peluang pekerjaan. Saya katakan rekod ya… berdasarkan rekod permohonan yang diterima oleh Kerajaan Negeri melalui Bahagian Perancang Ekonomi sejak tahun 2013. Walau bagaimanapun, rekod daripada pihak Malaysian Investment Development Authority ataupun MIDA menunjukkan angka yang berbeza kerana MIDA hanya menunjukkan jumlah pelaburan yang di dalam sektor pembuatan sahaja yang mana ia memerlukan lesen pengilangan, bermakna sektor-sektor lain di dalam perkhidmatan contohnya seperti pembukaan hypermarket, pembukaan kedai-kedai makan seperti KFC, seperti McD dan lain-lain lagi sektor yang bukan sektor pembuatan tidak diambil kira dan kalau berdasarkan kepada rekod oleh pihak MIDA pula sehingga kini adalah… jumlah pelaburannya di dalam DDI yer, domestic direct investment adalah RM836.6 juta dan telah mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 626. Dan dari segi FDI pula, jika mengikut rekod oleh pihak MIDA, sehingga kini jumlahnya kecil, RM35.3 juta dengan jumlah pekerjaan dengan jumlah seratus. Dan perlu juga saya tekankan di sini bahawa ada satu lagi pelaburan asing sebenarnya, tapi dia tidak termasuk dalam sektor pembuatan iaitu di dalam sektor renewable energy ladang solar di Kampung Perawah, di dalam kawasan Mata Ayer… Mata Ayer eh? Perawah… Mata Ayaq, yang mana jumlah pelaburannya adalah sebanyak RM220 juta. Walau bagaimanapun, dari segi jumlah pekerjaan yang dihasilkan tidaklah begitu besar kerana kita tahu bahawa ladang solar ini ia tidak memerlukan jumlah pekerjaan yang besar, kalau katakan dalam konteks di Kampung Perawah ini yang mana pelaburannya RM220 juta yang melibatkan kawasan melebihi 100 ekar dan dia punya unit pengeluarannya adalah sebanyak 30 megawatt, tapi saya rasa mengikut estimate kami, jumlah pekerjaan yang dapat dihasilkan mungkin kurang daripada 15 sahaja kerana sektor ini hanya memerlukan skill… manpower. Tetapi kalau kita melihat pula kepada rekod yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perlis, jumlah penempatan pekerja bagi sektor swasta sejak tahun 2013 sehingga kini… sehingga tahun 2019 mencatatkan angka 33,802 pekerjaan. Ini adalah rekod daripada Jabatan Tenaga Kerja… rekod rasmi daripada Jabatan Tenaga Kerja. Jadi untuk kita memperkemaskan data mengenai sama ada DDI ataupun FDI ini, kita harus mempunyai satu kaedah yang lebih komprehensif dan mungkin kita perlu melihat data daripada MPK sendiri, daripada Majlis Perbandaran Kangar kerana Majlis Perbandaran Kangar dia meluluskan semua jenis pembangunan… projek pembangunan yang berlaku di Negeri Perlis dan mungkin kalau kita mempunyai data yang lebih komprehensif daripada pihak MPK yang akan diadun bersama dengan angka-angka daripada pihak MIDA dan Jabatan Tenaga Rakyat mungkin kita akan merekodkan satu angka yang lebih komprehensif lagi dan more reliable, dengan izin. Jadi itulah Yang Berhormat Dato’ Speaker, kedudukan pelaburan kita, DDI dan FDI dan job created, dengan izin, hasil daripada pelaburan tersebut. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Bintong, kalau boleh saya nak mohon data yang komprehensif dari MPK selepas ni… na? Secara bertulis pun takpa, dan sekarang ni kalau kita tengok pelan-pelan yang kita duk rancang ni dalam CVIA, jadi boleh saya nak tau berapa banyak yang dah… orang kata yang dah bagi, dah commit lah untuk… pelabur yang commit untuk melabur di CVIA dan juga dari segi nilai pelaburan, dan juga jumlah peluang pekerjaan yang akan dihasilkan. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat, soalan tu tak berkaitan dengan soalan yang diberi tadi…

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Takpa-takpa, saya boleh bagi jawapan kepada apa yang diutarakan oleh atau yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sena. Sepertimana yang saya sebutkan tadi, data daripada pihak MPK yang lebih komprehensif yang kita adunkan dengan data-data yang lain, daripada MIDA dan sebagainya tidak ada pada masa kini. Tadi ada saya kata kita boleh melakukan itu kalau kita nak mendapat angka yang lebih komprehensif. Insya-Allah nanti pihak BPEN akan bekerjasama dengan pihak MPK dan lain-lain agensi untuk kita come out, dengan izin, with a more comprehensive and reliable data. Mengenai pelaburan di CVIA, perancangannya telah pun kita mulakan pada tahun 2014 dan pada tahun ini… bukan tahun ini sebenarnya, tahun sebelum ini pun dah mula dilaksanakan, pelaburan yang pertama adalah daripada pihak Kerajaan sendiri iaitu government funded investment, dengan izin, pembinaan integrated business city centre ataupun IBC yang menelan belanja kalau tak silap 37 juta, 38 juta gitu… itu telah pun siap dan telah pun digunakan, alhamdulillah dan dia akan menyediakan sebenarnya kemudahan ruang pejabat kepada pelabur-pelabur yang ingin datang untuk melabur di sana. Dari segi… dan selain daripada itu, juga pelaburan daripada pihak Kerajaan iaitu dalam bentuk penyediaan infra di dalam kawasan CVIA itu ataupun CVIA itu, dan ini telah pun diumumkan oleh Kerajaan iaitu bernilai hampir RM200 juta untuk menyediakan kemudahan-kemudahan prasarana di dalam kawasan itu dan ini telah pun bermula sejak daripada bulan Ogos… sorry, sejak dari bulan Jun yang lepas, 1 hari bulan Jun yang lepas dan commited investment ini ada satu sekarang ini selain daripada yang kecil-kecil test off itu semua dalam bentuk perkhidmatan, MTD dalam bentuk government funded projects dan pihak MRCB juga telah menyatakan komitmennya untuk melabur di sana dan mereka telah pun bersetuju untuk meluluskan seluas 9 ekar tanah untuk mereka mendirikan kilang dan jumlah pelaburan yang akan dibuat oleh pihak MRCB adalah sebanyak RM40 juta… dalam lingkungan RM40 juta untuk membina kilang-kilang ini yang tujuannya adalah untuk digunakan oleh pihak Jable, sebuah pihak syarikat daripada Amerika Syarikat yang pada ketika ini berpengkalan di Pulau Pinang dan mereka akan membuka satu lagi kilang yang baru di atas tapak 9 ekar yang akan dibangunkan oleh pihak MRCB itu. Jadi itu adalah merupakan, dengan izin, firm atau komitmen daripada pihak pelabur, kita tidak dapat menjangkakan sejumlah berapa pekerjaan yang akan dapat diwujudkan. Tapi saya dengar dari pihak MTD, mereka telah pun mula mengambil pekerja-pekerja… ha itu pelabur yang akan membuat infrastruktur setelah mendapat… setelah berjaya memperoleh kontrak daripada Kerajaan dan telah pun ada pekerja-pekerja tempatan yang telah diambil bekerja untuk bekerja dengan mereka dan bekerja di tapak itu. Dia tidak ada rekod lagi pada masa ini sebab ini baru sahaja dia bermula, insya-Allah, dan saya yakin bahawa ada satu angka yang positif di sana, insya- Allah. Terima kasih Dato’ Speaker.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Soalan tambahan Dato’ Speaker. Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan tambahan saya mudah saja. Ada tak pelabur yang orang cakap yang cuba tarik handbrake dalam keadaan kelembapan ekonomi dan wabak COVID dalam masa terdekat ni? Ada tak pelabur yang cuba tarik handbrake? Sebab depa tak boleh nak beroperasi. Terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Kalau secara khususnya akibat daripada penularan wabak COVID-19 ini tidak ada. Tak dak yang dalam perkataan YB Kuala Perlis tadi, tarik handbrake, tak ada. Tetapi kalau alasan lain, ada… contohnya macam di Kuala Perlis sendiri, Tabung Haji punya projek yang dilakukan dengan kerjasama pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, yang tu memang Tabung Haji tarik handbrake. Tabung Haji semasa di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 5, terima kasih.

(Soalan 5 : Apakah faktor-faktor yang menyebabkan syarikat F&N tidak meneruskan projek pelaburan di Perlis sedangkan terdapat liputan yang luas dan pengumuman penyertaan pelabur global ini di Negeri Perlis sebelum ini?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Minta maaf Speaker, tebal sangat. Ok, terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan. Faktor-faktor yang menyebabkan syarikat F&N tidak meneruskan projek pelaburan di Perlis, sebenarnya pihak F&N ini memang berhasrat untuk melabur di Negeri Perlis terutama sekali di kawasan Chuping itu, di tapak tanah yang dimiliki oleh syarikat MSM. Walau bagaimanapun, transaksi itu telah dibatalkan oleh pihak MSM kerana pihak F&N tidak dapat memenuhi syarat-syarat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jadi, apabila tempoh itu tidak dipatuhi, maka perjanjian itu, Perjanjian Jual Beli itu telah terbatal dengan sendirinya dan sebenarnya boleh juga saya terangkan sedikit apa bentuk pelaburan yang nak dibuat oleh F&N. Mereka ingin membuka ladang tenusu di sana, di atas tanah seluas 11,811 ekar yang dimiliki oleh MSM itu… tetapi perancangan itu sekarang ni telah terbatal. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 6.

(Soalan 6 : Apakah perancangan jabatan / agensi Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf longkang dan parit di sekitar Kuala Perlis? Setiap kali hujan lebat, saya mendapat aduan kawasan-kawasan RPA Kuala Perlis, Taman Semarak, Taman Peladang Jaya dan taman-taman di belakang Balai Polis Kuala Perlis akan cepat di tenggelami air.)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Yang Berhormat Dato’ Speaker, secara umumnya, sistem perparitan di kawasan-kawasan yang dimaksudkan masih berfungsi dengan baik bagi mengalirkan air sisa buangan semasa dalam keadaan atau cuaca normal. Air longkang tersebut akan disalirkan melalui sistem longkang sedia ada dan akhirnya ke Sungai Perlis ataupun ke laut. Kes-kes kawasan rendah dinaiki air berlaku akibat daripada hujan yang lebat dan sewaktu air laut pasang di mana aliran air tersekat dan tidak dapat disalirkan ke laut secara normal. Terdapat juga situasi di mana pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di semua tempat dan sampah ini menyebabkan aliran air terganggu seterusnya menyebabkan banjir. Bagi meminimakan risiko banjir, antara langkah-langkah yang diambil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ialah membina Rumah Pam Air Kuala Perlis di bawah projek Rancangan Tebatan Banjir Perlis yang terletak berhampiran dengan RPA Kuala Perlis. Selain itu, Bahagian Perumahan, SUK yang menyelia RPA juga telah menambah baik mekanisme cadangan kerja-kerja pembaikan atau aduan di mana saluran penyampaian maklumat telah disediakan oleh… untuk Pengerusi JKKK, KRT dan juga Persatuan Penduduk menyalurkan maklumat berkenaan keperluan projek pembangunan di taman perumahan masing-masing. Secara umumnya, sistem perparitan di Taman Bunga Mempisang, ataupun RPA Kuala Perlis, dan juga Taman Bunga Kertas, yang ini RPA Kuala Perlis II, dengan keseluruhan 242 unit rumah teres masih boleh berfungsi dengan baik dan tiada perancangan khusus untuk menaik taraf sistem sedia ada memandangkan tiada aduan yang diterima daripada penduduk RPA ini dalam tempoh 3 tahun.

Bagi sistem perparitan di Kuala Perlis, terutamanya di taman perumahan bawah seliaan Majlis Perbandaran Kangar, isu utama perparitan adalah disebabkan oleh sistem jajaran air ke titik curahan terakhir iaitu parit tepi jalan utama dipengaruhi oleh keadaan pasang surut air laut. Lanjutan itu, MPK dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis telah mengenal pasti sistem jajaran air buangan terus ke laut yang sedikit sebanyak akan dapat mengatasi masalah banjir kilat. Walau bagaimanapun, sistem perparitan dalam taman sedia ada perlu dinaik taraf oleh MPK dan MPK sedang berusaha untuk mendapatkan peruntukan dan mencadangkan perparitan di Taman Semarak untuk dinaik taraf pada tahun hadapan, insya-Allah. Bagi kerosakan komponen longkang, MPK ada melaksanakan kerja-kerja pembaikan manakala proses pembersihan longkang pula dilaksanakan oleh syarikat yang dilantik oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam ataupun SWCorp. Ini bertujuan untuk memastikan kelancaran air tidak terganggu. Mengikut rekod, bagi tahun 2019, sebanyak RM31,000 telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri kepada MPK bagi kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan dan membaik pulih longkang di sekitar kawasan Kuala Perlis. Manakala bagi tahun 2020, sehingga bulan Jun, sebanyak RM16,407 diperuntukkan kepada MPK bagi melaksanakan kerja pembaikan longkang yang rosak di Taman Utara Jaya dan Taman Kuala Perlis dan kerja-kerja telah pun disiapkan. Bagi longkang di Taman Semarak, MPK telah memohon peruntukan bagi menaik taraf sistem perparitan dalaman daripada Kerajaan Negeri untuk tahun hadapan. Bagi Taman Peladang Jaya pula, MPK akan memohon peruntukan daripada KPKT untuk tahun hadapan. Kerajaan Negeri akan sentiasa cuba memastikan sistem perparitan di Perlis berada pada tahap optimum bagi menjamin kesejahteraan hidup penduduk dan mengelakkan banjir kilat berlaku. Walau bagaimanapun, masyarakat juga harus memainkan peranan dengan menjaga kebersihan longkang, parit dan kawasan persekitaran. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 8.

(Soalan 8 : Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah air pasang besar yang menjejaskan penduduk di persisiran pantai Negeri Perlis?)

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri memandang serius berkenaan fenomena air pasang besar di persisiran pantai Negeri Perlis yang menyebabkan berlakunya banjir terutama di kawasan ban pantai seperti Kuala Perlis, Tok Kuning, Tebing Tinggi dan kawasan sekitarnya. Bagi mengatasi masalah tersebut, pihak JPS, Jabatan Pengaliran dan Saliran Negeri Perlis, telah memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan sebanyak 2 projek telah diluluskan pada tahun 2019 iaitu Projek Meninggikan Ban Sedia Ada Dan Kerja Berkaitan Dari Pantai Kuala Perlis Ke Kuala Sungai Baru, Perlis bernilai RM2.6 juta dan Projek Meninggikan Ban Sedia Ada Dan Kerja Berkaitan Di Sungai Padang, Kuala Sanglang, Perlis bernilai RM2.0 juta. Antara skop utama projek tersebut adalah seperti meninggikan ban sedia ada bagi mengurangkan percikan ombak dan jumlah air laut yang masuk ke ban berdekatan. Membaik pulih semula laluan jalan raya yang menghubungkan kampung-kampung di pesisir pantai, dan mengindahkan tempat-tempat pelancongan di pesisiran pantai Negeri Perlis. Pihak JPS Perlis juga telah membuat perancangan projek untuk tempoh 5 tahun melalui peruntukan pembangunan negeri di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) di mana kerja menaik taraf ban sedia ada akan dijalankan di kawasan Kampung Wai, Pulau Ketam dan kawasan sekitarnya. Terima kasih.

Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Titi Tinggi. Ban yang sedia ada tu dibina daripada batu. Apabila air pasang besar, dia masuk celah-celah batu tu, dia masuk sampai ke dalam bendang. Jadi ada rancangan daripada pihak kerajaan untuk berfikir semula tentang ban yang akan dibina baru ni?

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Ok, terima kasih YB Santan… YB Sanglang. Saya ambil maklum.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan 9.

(Soalan 9 : Berapakah jumlah keluasan tanah terbiar milik Kerajaan Negeri dan apakah usaha dan perancangan Kerajaan Negeri untuk memajukan tanah-tanah tersebut?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Secara keseluruhannya keluasan tanah di Negeri Perlis adalah 81,705.98 hektar dan berdasarkan kepada rekod kita sebenarnya tidak ada tanah-tanah milik Kerajaan yang terbiar. Walau bagaimanapun, tanah-tanah milik Kerajaan Negeri ini sebahagiannya telah pun diduduki oleh individu-individu tertentu dan mereka telah memohon untuk dijadikan tanah usaha dan pihak Kerajaan Negeri khususnya dalam konteks ini Pejabat Tanah dan Galian telah mengeluarkan surat kebenaran yang dikatakan sebagai usaha itu. Jadi mungkin saya rasa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Guar Sanji ini adalah tanah-tanah milik Kerajaan dan mungkin nampak naik reba dalam kawasan-kawasan pekan misalnya. Sebenarnya tanah-tanah ini memang milik Kerajaan dan kadang-kadang ada juga kuarters Kerajaan yang tidak diduduki dan sebagainya dan juga ada tanah-tanah ini di kawasan pekan seperti bekas tapak pasar yang lama misalnya, ya… dan tanah-tanah ini sebenarnya memang ada rancangan untuk dimajukan dan telah pun sebenarnya dibuat cadangan untuk dimajukan secara RFP ataupun request for proposal. Salah satu daripada tanah tersebut adalah tanah tapak pasar lama di hadapan… yang berdekatan dengan… dengan apa tu… bangunan KWSP. Walau bagaimanapun sehingga kini, tanah-tanah yang telah pun kita tawarkan untuk dibuat RFP ni tidak mendapat respons yang positif lah daripada pihak swasta. Walau bagaimanapun, kita akan terus lagi berusaha untuk mempastikan supaya tanah-tanah ini dapat kita bangunkan semula oleh pihak-pihak swasta melalui request for proposal, dengan izin, RFP tadi. Dan bagi tanah-tanah yang telah diduduki oleh rakyat Negeri Perlis… secara… dinamakan tanah usaha itu, memang ada permohonan yang dibuat oleh mereka untuk mendapat hakmilik dan itu memang dilakukan daripada semasa ke semasa untuk meluluskan hakmilik daripada mereka yang memohon itu berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang telah pun ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan… tentang YAB Bintong ada bagitau tadi berkenaan dengan tapak pasar lama market Kangar tu, saya difahamkan sebelum pilihan raya dulu, sebelum pilihanraya 14, pernah ada satu projek yang di-request oleh kalau saya tak silap Perdasama. Perdasama satu persatuan… persatuan perdagangan Melayu kalau tak silap. Apa jadi dengan projek tu ya? Terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Dia bukan projek, itu permohonan. Memang pihak Perdasama ada memohon untuk menggunakan tapak ataupun bangunan struktur market lama itu untuk dijadikan sebagai petak-petak… ruang-ruang niaga untuk mereka yang berminat untuk berniaga di sana, tetapi Kerajaan Negeri ketika itu mempunyai perancangan yang lain, kalau Yang Berhormat masih ingat sebelum pilihan raya umum yang ke-14, Kerajaan Persekutuan telah pun bersetuju melalui satu pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu untuk… dan meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk kita membina satu bangunan yang kita cadangkan dinamakan bazaria dan bangunan ini sebenatnya dia lebih mirip kepada Pekan Rabu di Alor Setar. Yang tujuannya adalah untuk menyediakan ruang-ruang niaga yang bersifat unit-unit mampu milik. Walau bagaimanapun, perancangan itu telah tidak dapat diteruskan apabila kerajaan baru, PH, menggantikan Kerajaan Barisan Nasional ketika itu dan projek itu atau peruntukan itu telah dibatalkan. Dan selepas itu lah, maka kita telah meminta melalui RFP daripada syarikat-syarikat swasta untuk memajukan tapak tersebut. Walau bagaimanapun, di dalam Rancangan Malaysia Yang Ke-11, daripada perancangan yang kita lakukan kita sekali lagi telah memohon untuk mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk kita melaksanakan satu projek yang mirip seperti bazaria yang telah pun saya sebutkan lebih awal. Insya-Allah, ini dalam pertimbangan dan kalau sekiranya diluluskan maka tapak tersebut akan didirikan satu bangunan yang kita akan bina kedai-kedai mampu milik untuk keperluan rakyat Perlis yang tidak mampu untuk membeli kedai-kedai yang mahal yang harganya tidak mampu mereka miliki itu. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Soalan tambahan Dato’ Speaker …

Soalan tambahan sedikit lagi berkaitan dengan…

Speaker

Guar Sanji. Yang Berhormat, saya bagi Guar Sanji dahulu. Soalan dia.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Ok, terima kasih Dato’ Speaker. Soalan tambahan kepada Yang Berhormat Bintong, mungkin yang saya tanya ni akan ada berkaitan juga dengan penjelasan yang dibuat oleh Yang Berhormat Bintong. Yang Berhormat Bintong, berkaitan dengan tanah Kerajaan yang telah dibangunkan pembangunan seperti perumahan di Wang Kelian yang terbiar, Arked di Wang Kelian, peniaga di Wang Kelian terbiar dan juga di Taman Negeri Perlis terbiar. Kalau baru-baru ni saya ada buat lawatan dan saya lihat memang terbiar lah, sungguh, dengan Taman Negeri Perlis saya masuk ke dalam tu, dengan chaletnya apa semuanya terbiar. Jadi, apakah usaha-usaha Kerajaan untuk mengurus kembali tempat-tempat terbiar begitu. Takkan kita nak biarkan aset yang kita telah labur begitu banyak, tidak ada apa-apa manfaat kepada negeri dan rakyat?

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Untuk projek perumahan di Wang Kelian, itu memang kita akui projek itu sebenarnya… tidak terbengkalai, telah siap… walau bagaimanapun, tidak ada sambutan daripada pihak pembeli untuk membeli unit-unit rumah yang telah dibina di sana. Kita telah menawarkan… membuat bermacam-macam tawaran sebenarnya untuk menarik minat pmbeli-pembeli untuk membeli rumah-rumah tersebut dan sehingga kini belum nampak tanda-tanda yang positif ke arah itu. Ini seperti mana Yang Berhormat sendiri sedar sudah dibina sejak beberapa tahun yang lalu oleh pentadbiran yang dahulu dan kita sedang cuba untuk memperbaikinya. Sebenarnya tawaran pernah dibuat kepada satu kumpulan rakyat untuk memiliki rumah tersebut kerana mereka perlu berpindah ke suatu tempat, ya, di dalam kawasan di Padang Besar tetapi mereka tidak bersetuju untuk menerima tawaran itu dan berhubung dengan fasiliti-fasiliti prasarana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, ini semua sebenarnya ialah di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Negeri Perlis. Struktur-struktur yang dibina ini, diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Hutan dan Jabatan Hutan sebenarnya… kita ada berikan peruntukan tetapi tidak banyak kerana ini bukannya merupakan core business, dengan izin, Jabatan Hutan untuk menjaga prasarana seperti chalet dan sebagainya tetapi disebabkan struktur-struktur atau bangunan-bangunan ini dibina di dalam kawasan Hutan Simpan yang di bawah pengawasan Jabatan Hutan maka Jabatan Hutan tidak ada pilihan terpaksa menguruskannya. Saya akui memang kita melihat ada deterioration, dengan izin, kerosakan-kerosakan yang berlaku kepada fasiliti-fasiliti itu, walau bagaimanapun, usaha juga telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk close up, dengan izin, tempat-tempat tersebut, kerana dia masih lagi menjadi tarikan dan sebenarnya masih lagi ada aktiviti-aktiviti yang dilakukan di sana dan di masa yang sama kita juga sedang mendapatkan… sedang berusaha mendapatkan kerjasama daripada pihak Persekutuan kalau boleh untuk kita perbaiki prasarana yang sedia ada itu kerana kita sepertimana yang Yang Berhormat sedia maklum, kita nak… telah pun melaksanakan program pelancongan kita untuk mereka menikmati kita punya natural beauty dan itu adalah salah satu daripada sebenarnya daya tarikan yang ada. Insya-Allah, kita akan sentiasa untuk memperbaiki berdasarkan kepada kemampuan kita akan prasarana-prasarana yang ada di dalam kawasan hutan simpan kekal itu, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sena.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 10.

(Soalan 10 : Apakah perancangan Kerajaan Negeri Perlis dalam memperkasa bidang ekonomi digital sebagai suatu langkah bersepadu bagi memacu ekonomi dan penggunaan digital dalam kalangan rakyat, perniagaan dan pentadbiran kerajaan di Perlis?)

Terima kasih Yang Berhormat Sena. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim, Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat. Semasa pembentangan Bajet 2020 dalam Dewan Undangan Negeri pada bulan Disember 2019 yang lalu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan inisiatif Kerajaan Negeri untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerajaan Elektronik. Penularan wabak COVID-19 pada suku tahun pertama 2020 telah memberikan iktibar dan menunjukkan akan kepentingan teknologi digital dalam kehidupan masyarakat dan juga ekonomi khususnya. Oleh itu, Kerajaan Negeri kini giat memperkasakan bidang ekonomi digital dalam kalangan rakyat, perniagaan ataupun pentadbiran Negeri Perlis. Kerajaan Negeri telah menjenamakan semula Jawatankuasa Kerajaan Elektronik kepada Jawatankuasa Kerajaan Digital Negeri Perlis pada bulan Mei lalu dan Jawatankuasa ini berperanan untuk memastikan perancangan dan hala tuju yang akan dirangka dalam Pelan Digital Perlis kelak tercapai. Dan untuk makluman Dewan yang mulia, Yang Berhormat Dato’ Speaker, Pelan Digital Perlis dengan slogan Perlis-Go Digital akan dibangunkan bagi tempoh lima tahun bermula 2021 hinggalah 2025 yang akan memberi penekanan kepada amalan digital yang memberi fokus kepada pengurusan kerajaan, masyarakat dan swasta. Inisiatif-inisiatif yang akan dibangunkan dalam pelan tersebut akan mengambil kira input yang diterima daripada pelbagai pihak antaranya agensi, jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, institusi pengajian tinggi awam, syarikat swasta dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi melalui pelbagai sesi libat-urus seperti Bengkel Pelan Digital Perlis yang akan diadakan pada 27 dan 28 Julai 2020. Pelan ini sedang dan dalam peringkat akhir draf dan dijangka akan dilancarkan pada bulan Oktober nanti, sekian.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 11.

(Soalan 11 : Berapakah keluasan dan bilangan hutan simpanan kekal mengikut rekod di Perlis dan apakah status fizikal hutan simpanan yang sedia ada?)

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Terima kasih YB Indera Kayangan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sehingga 31 Disember 2019, keluasan Hutan Simpanan Kekal di Negeri Perlis ialah 10,619.49 hektar atau bersamaan 13.02% daripada keluasan tanah Negeri Perlis. Terdapat 8 kawasan Hutan Simpan Kekal di Negeri Perlis yang telah diwartakan di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1987. Keluasan dan status fizikal Hutan-hutan Simpan Kekal tersebut ialah seperti berikut. Yang pertama Hutan Simpan Kekal Mata Ayer. Luas keseluruhan 3,341.30 hektar. 2,695.26 hektar bersamaan dengan 80.45% berstatus Taman Negeri Perlis, Hutan Tadahan Air, Hutan Perlindungan Hidupan Liar, Hutan Perlindungan Tanah, Hutan Penyelidikan, Hutan Pendidikan, Hutan Simpanan, Hutan Dara dan Hutan Bagi Maksud-Maksud Persekutuandan yang juga 654.85 hektar bersamaan dengan 19.55% merupakan kawasan ladang jati dan Hutan Pengeluaran. Ia juga menempatkan lokasi eko-pelancongan Taman Negeri Perlis. Yang kedua, Hutan Simpanan Kekal Wang Mu. Luas keseluruhannya 2,895 hektar. Keseluruhan kawasan berstatus Taman Negeri Perlis, Hutan Tadahan Air, Hutan Perlindungan Tanah dan Hutan Perlindungan Hidupan Liar. Ia juga menempatkan lokasi ekopelancongan Gua Kelam. Yang ketiga, Hutan Simpanan Kekal Bukit Bintang. Luas keseluruhannya 2,785.85 hektar. 283.01 hektar merupakan kawasan ladang jati dan kuari yang dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran. 997 hektar kawasan permit penggunaan dusun. Ia juga menempatkan tapak-tapak pelancongan seperti Taman Eko Rimba Bukit Ayer, Rimba Herba Perlis, Chalet Bukit Ayer dan Dewan Serbaguna. Selebihnya kawasan berhutan. Yang keempat, Hutan Simpanan Kekal Kurong Batang. Luas keseluruhan 1,452 hektar. Ia merupakan Hutan Darat. Yang kelima, Hutan Simpanan Kekal Rimba Mas-Mas. Luas keseluruhannya 52.38 hektar. Ia merupakan bekas ladang jati. Yang keenam, Hutan Simpanan Kekal Bukit Namera. Luas keseluruhannya 33.57 hektar. Ia juga merupakan Hutan Darat. Yang ketujuh, Hutan Simpanan Kekal Bukit Tung-Tung. Luas keseluruhannya 46.52 hektar. Ia merupakan Hutan Darat. Yang kelapan, Hutan Simpanan Kekal Pulau Ketam. Luas keseluruhannya 12.87 hektar. Merupakan Hutan Paya Laut. Untuk makluman sidang Dewan, daripada 8 Hutan Simpan Kekal ini, 7 daripadanya merupakan hutan darat yang berkeluasan 10,606.62 hektar bersamaan dengan 99.9%, manakalah selebihnya adalah berstatus hutan paya laut. Sekian, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 12.

(Soalan 12 : Rata-rata peniaga yang menyewa premis atau tapak perniagaan di medan makan Plaza Kuala Perlis mengadu bahawa premis atau tapak perniagaan berkenaan semakin uzur dan tidak dibaik pulih walaupun aduan telah dibuat oleh penyewa kepada pihak Majlis Perbandaran Kangar. Antara masalah utama yang sering dialami oleh peniaga di tapak niaga berkenaan adalah masalah litar pintas, tekanan bekalan air yang rendah dan saliran longkang yang sempit menyebabkan air mudah bertakung dan berbau. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah-masalah ini serta membantu menaik taraf kemudahan fasiliti tapak niaga berkenaan?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, tapak medan makan Plaza Kuala Perlis ini adalah merupakan tapak sementara yang dibuka bagi menempatkan peniaga dari tapak letak kereta di Jalan Sarawak pada tahun 2011. Tanah tapak medan makan ini dimiliki oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) dan asalnya merupakan tapak dataran terbuka yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) bersekali dengan Plaza Kuala Perlis. Pihak MPK hanya menyediakan kemudahan bekalan air yang dikongsi setiap 2 penyewa serta kemudahan bekalan elektrik bersesuaian dengan keperluan untuk aktiviti perniagaan makanan sahaja. Pembayaran bil utiliti adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak MPK manakala penyambungan peralatan elektrik seperti lampu, kipas dan juga yang lain semuanya dibuat sendiri oleh penyewa memandangkan struktur khemah dan alatan yang lain disediakan sendiri oleh penyewa. Isu kejadian litar pintas yang berlaku disyaki berpunca daripada penggunaan elektrik secara berlebihan oleh penyewa-penyewa selain daripada kaedah penyambungan alatan elektrik terbabit. Pihak MPK juga melaksanakan kerja pembersihan longkang secara berkala bagi mengelakkan masalah kepada sistem saliran dan perparitan yang sedia ada. Walau bagaimanapun, pihak peniaga juga disarankan supaya memasang sistem perangkap minyak di premis masing-masing bagi menangani masalah tersebut. Kerjasama daripada kedua-dua pihak adalah diperlukan bagi memastikan sistem perparitan tidak terganggu. Sekian, harap maklum.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, soalan-soalan lisan ditangguhkan setakat ini. Bagi soalan-soalan yang belum sempat dijawab, pihak Kerajaan akan mengemukakan jawapan kemudian secara bertulis. Dewan ditempohkan sebentar dan akan disambung semula pada jam 11.20 pagi.

(Persidangan ditangguhkan pada jam 10.36 pagi)

(Persidangan disambung semula pada jam 11.20 pagi)

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula.

Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku RajaMotion

Penolong Setiausaha Dewan

Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja. Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan mengemukakan cadangan.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu usul yang berbunyi, “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja yang berbunyi:

Ampun Tuanku,

Patik, Speaker dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri di dalam Persidangan Dewan, merafak sembah memohon ampun dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku semasa merasmikan Penggal Persidangan Ketiga, Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Keempat Belas pada 11hb Ogos 2020.”

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya dengan rendah diri menyokong Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja yang telah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebentar tadi.

Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat dan Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja dibuka untuk perbahasan dan saya memperingatkan masa yang diperuntukkan kepada setiap Yang Berhormat selama 20 minit. Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, tuan-tuan, puan-puan yang dirahmati Allah. Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana kita diberi peluang dan ruang oleh-Nya untuk kita bersama dalam Dewan yang mulia ini. Saya sebagai perucap yang pertama hari ini menjunjung kasih dan menyokong penuh ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan berharap semua saranan yang telah disarankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dapat kita ambil iktibar dan ia satu ucapan yang penuh tanggungjawab demi kesejahteraan negeri dan juga rakyat dalam Negeri Perlis yang indah ini. Mengambil kesempatan ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menyebut beberapa perkara yang menjadi kegelisahan di kalangan rakyat. Yang pertamanya tentang TEMCO di Sanglang… di Kuala Sanglang dan juga di Kampung Tanah Timbul yang bersempadan dengan Kedah, dan ianya cukup bermasalah disebabkan sempadan yang kita lihat terlalu amat dekat dan penduduk di kedua-dua belah Kuala Sanglang Kedah dan juga Kuala Sanglang Perlis ini dari segi kita hendak mengenal pasti penduduk-penduduk ini adalah cukup sukar. Tetapi bila mana adanya TEMCO yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, kita dapat membezakan penduduk di kedua-dua kawasan. Inilah yang sering mendatangkan masalah khususnya kepada kami di Sanglang semasa memberi bantuan semasa PKP terdahulu. Jadi kita harap ada usaha daripada Kerajaan Negeri memandangkan Perlis ini dulunya sebahagian daripada Kedah juga. Apa kata kalau kita minta sekurang-kurangnya daripada Kuala Sanglang sampai ke Kampung Sanglang itu sempadan nya diubah sehingga ke sungai, jangan lagi di tempat yang lama. Bererti masjid Kuala Sanglang itu dengan kubur kita ambil dekat kita. Kalau dia sempadan sungai itu saya rasa lebih mudah untuk kita melalukan pentadbiran… dengan kerajaan Perikatan Nasional juga di Kedah sama-sama dengan kita di Perlis, saya rasa tidak susah jika pihak Kerajaan Negeri khususnya Yang Amat Berhormat untuk berunding. Alang-alang hendak bagi, bagi sikit lagilah untuk kita memudahkan pentadbiran. Kita tengok 2 orang yang ditangkap kerana langgar kawasan larangan itu ada gelang pink, orang Kedah. Apabila saya check tengok bukan orang Perlis tapi yang dapat nama Perlis.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Minta laluan YB. Depa tu mengundi di Kedah ka mengundi di Perlis?

Saya tak pasti yang itu, saya tak check depa mengundi di Perlis atau di Kedah cuma saya bertanya kepada kawan-kawan di situ dekat dengan Kilang Padi Hijau di sebelah Kuala Sanglang Kedah. Yang seorang lagi saya tidak pasti sebab tak kenal. Yang seorang lagi itu memang sah Kedah. Jadi, alhamdulillah kalau kita dapat pastikan yang mereka ini berurusan di Perlis, depa jadi rakyat Perlis. Jadi mudah. Nama baik, dapat dekat kita lah. Langgar di sini, tidak patuhi arahan apa semua yang menyebabkan menyusahkan kita selain daripada COVID ini dibawa dari Sivagangga itulah, kawan baik Yang Berhormat Simpang Empat. Kemudiannya Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menyentuh sedikit tentang isu tanah, kali ini banyak kes tanah lah insya-Allah. Yang pertamanya hak milik sementara yang tercatat dalam geran tanah itu masih lagi tidak diselesaikan. Dulu saya dapat maklumat daripada kawan-kawan di Pejabat Tanah, telah disukat daripada Simpang Empat dekat dengan tangki air itu sampai ke sempadan untuk nak ditukarkan hak milik sementara kepada hak milik kekal. Kemudian terhenti di situ sahaja.

Walaupun ada yang menyatakan hendak ambil daripada sepanjang jalan Kuala Sanglang, belum masuk lagi masuk kampong-kampung lain… di DUN lain saya tidak tahulah… dalam DUN Sanglang sahaja. Jadi kita harap pertukaran hak milik sementara ini dapat diselesaikan untuk jadi hak milik kekal kepada pemilik-pemilik tanah di seluruh Negeri Perlis lah dan bukannya di Sanglang sahaja. Hak milik sementara ini dianugerahkan oleh Kerajaan semasa pengambilan tanah untuk dilaksanakan perairan muda… Sungai Muda. Punya lama dah, jadi kita harap persempadanan tanah rakyat ini dapat dilaksanakan dengan segera lah, dengan secepat mungkin.

Yang keduanya proses pecah bahagian… pecah bahagian tanah. Orang kampung panggil pecah geran. Tanah pusaka ada sampai 10 ataupun lebih nama dalam satu geran dapat dipecah bahagian. Dulu sebelum tahun ni lah, awal tahun ni, 1 relung kosnya baru RM1200 tapi selepas COVID ni, ada rakyat di sebelah Sanglang pergi pecahkan bahagian, nilai kosnya naik sampai RM3600 1 relung. RM3600 ini adalah satu harga yang cukup tinggi, yang tak mampu. Kalau ada 10 relung, maknanya akan jadi RM36,000. Boleh beli serelung pulak. Jadi kalau sekiranya pecah bahagian ini dimudahkan, dimurahkan oleh pihak Kerajaan, rakyat akan dapat gunakan tanah yang nama masing-masing itu dapat digunakan sebagai modal, dapat dipajak dengan bank untuk dijadikan modal untuk perniagaan mereka. Saya rasa yang pertama Kerajaan Negeri dapat keuntungan dari segi pecah bahagian ini, kemudian rakyat dapat menggunakan sebagai modal untuk mereka mendapatkan dana untuk sesuatu projek yang mereka nak buat rumah ka, nak buat perniagaan ka mudahlah. Walaupun demikian, saya memang berharap sangat supaya kos pecah bahagian tanah ini dapat dikaji balik oleh pihak Kerajaan. Kemudianya apabila tanah ini tidak ada pengukuran yang…

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Yang Berhormat Sanglang, mencelah… sikit ja. Terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Berhubung dengan isu yang dibangkitkan dengan proses kos pecah tanah juga, ada berlaku di tempat-tempat yang lain. Katanya proses untuk mendapatkan geran semula itu agak lama sampai 2 tahun ke 3 tahun. Ada yang sampai aduan kepada saya bila dah buat proses-proses itu, dah jalan, tak dapat geran itu sampai 2 tahun hingga ke 3 tahun.

Terima kasih Yang Berhormat, saya memang cukup setujulah yang tu dan… diminta pihak yang berwajib dapat mengambil perhatian. Kemudian apabila geran yang bukan hakmilik kekal ini, ada sebahagian rakyat yang membeli tanah… sepatutnya tanah yang dibeli itu 2 relung tetapi apabila dia sukat, selepas dia beli, tanah dia tu 2 relung setengah, 3 relung bererti serelung ataupun yang selebihnya itu tiada geran. Apabila check dengan Pejabat Tanah, tiada geran. Lalu dia mohon. Bila mohon sebelum daripada ni seorang daripada penduduk dalam DUN saya tu dia mintak cepat dapat, tetapi yang baru-baru ini, mohon tapi sampai 2 tahun tak dapat lagi. Tanah itu kosong, takda siapa yang memilikinya jadi apabila dia beli 2 relung, tanahnya ada 2 relung setengah, memang tanah itu diusahakan oleh dia, diusahakan oleh tuan yang sebelumnya, jadi dia memohon tanah yang selebihnya itu untuk masuk jadi hak milik dia, tidak diluluskan sedangkan semua sudah ada, peta tanah itu ada dan boleh disegerakan. Ini pun kita harap pihak berwajib dapat menyelesaikan sama juga macam yang Yang Berhormat Guar Sanji sebut tadi, dia lambat untuk kita hendak miliki geran tanah yang kita pohon. Yang seterusnya tentang persempadanan tanah lah apabila disukat oleh Pejabat Tanah, Jabatan Ukur apa semua semasa daripada Simpang Empat berdekatan dengan tangki air tu sampai ke sempadan, dia berlaku macam-macam. Ada yang turun ke Pejabat Tanah kerana tidak berpuas hati terhadap pihak yang menyukat tu. Ada yang mintak dia bermula sempadan daripada dalam sungai, tengah-tengah sungai… ini yang menyebabkan persempadanan banyak berlaku krisis di kalangan penduduk ni sempadan tanah lah. Jadi saya berharap hal ini jika dapat diselesaikan oleh pihak yang berwajib, Pihak Kerajaan, ianya dapat mengharmonikan masyarakat. Kita tak mau persempadanan ni tak betul yang menyebabkan ramai rakyat yang tidak sedar bahawa selama ini dia makan hak orang lain. Itu yang kita berharap sangat agar Kerajaan dapat menyegerakan. Yang seterusnya tentang paip bomba… saya nak sebut juga dalam Dewan yang mulia ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, paip bomba ini sepatutnya dipasang lah walaupun jarang-jarang digunakan di dalam kampung tu untuk memudahkan Jabatan Bomba untuk memadam api bila berlaku kebakaran. Ada 2, 3 kebakaran yang berlaku dalam DUN saya tu, apabila bomba sampai, air takda. Contohnya tempat pembinaan bot di Kuala Sungai Padang tu, bomba sampai cepat tetapi nak kena ambil air daripada sungai yang menyebabkan 2 enjin bot yang boleh diselamatkan jika ada air turut terbakar. 2 enjin tu RM100,000. Kalau bot sahaja yang terbakar dah beratus ribu dah. 2 enjin tu yang sepatutnya boleh diselamatkan, tidak dapat diselamatkan. Yang ini kita…

Yang Berhormat Sanglang, saya minta laluan sedikit. Adakah Yang Berhormat setuju isu Yang Berhormat kata tentang pili bomba tu memang bukan sahaja ada di Sanglang saja? Saya juga dapat aduan di kawasan saya dan ada juga kawasan yang lain. Jadi adakah Yang Berhormat setuju supaya kita minta pihak yang berwajib untuk buat pemeriksaan pili bomba di semua di Perlis, terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya setujulah cumanya saya sebut khususnya Sanglang tetapi saya berharap pihak bomba dapat memastikan pemeriksaan berlaku di seluruh negeri lah sebab ini kerja kebajikan yang cukup baik, untuk memastikan kebajikan rakyat terjamin. Kemudiannya tentang TEMCO di Kuala Sanglang dan Tanah Timbul, saya rasa ia satu keputusan yang cukup baik. Saya hendak ucapkan terima kasih yang banyak kepada pihak Kerajaan Negeri kerana cepat bertindak menghilangkan keluh kesah rakyat di sebelah sana. Cumanya untuk mendapatkan kepastian, TEMCO ini baru beberapa hari dilaksanakan dan bilik gerakan semua dibuka, rakyat di sebelah situ akan lebih gelisah jika sekiranya berlaku dalam masa yang panjang lagi. Mereka cukup bebas bergerak di kawasan itu dan kawasan itu juga kawasan yang cukup istimewa bagi saya yang menjaga DUN Sanglang ini memang saya fahamlah. Saya pernah mengajar di kawasan itu dahulu. Kesedaran rakyat di kawasan itu awal-awal ini kita tengok masih lagi dia berjalan dengan baik. Masih ikut peraturan yang ditetapkan. Saya ingat dalam seminggu lagi dia mula… dia mula naik darah sebab tidak boleh keluar ke sana sini, bekalan ketum pun akan makin kurang, dia akan berlaku sesuatu. Laluan tikus banyak… jalan tikus ini banyak, dan saya pun kelmarin dah bercakap dengan Ketua Polis, bila saya bercerita pasal jalan tikus, dia kata tak mampu nak tutup semua jalan sebab dia boleh ganggu seluruh pergerakkan rakyat di situ. Kedai-kedai pulak tutup. Jadi dapat maklumat daripada penduduk di situ depa terpaksa sampai ke sekatan polis, bagitau depa ketua keluarga nak keluar cari makan apa semua, bila kedai tutup… sampai ke Kerpan. Makna kata ini satu benda yang cukup bahaya lah bagi penduduk di situ dan sekiranya depa boleh keluar cari barang sampai di Kerpan, tapi kalau kita nak salahkan penduduk di situ pun tak boleh juga sebab mereka perlu mencari keperluan hidup mereka sampai ke Kerpan. Mungkin apabila kita sudah mula memberi bantuan makanan, tetapi keperluan-keperluan lain yang rasanya kita tak sedar kadang-kadang, mereka perlu mencari sendiri di kedai-kedai lain… kedai-kedai luar seperti untuk pampers, susu. Kerajaan beri duit, jadi mereka terpaksa cari sendiri di kedai-kedai dan terpaksa sampai di tempat-tempat lain di… di tempat yang kedai bukak lah. Itu harapan saya supaya sekurang-kurangnya seperti yang kita semua maklum bahawa kedai-kedai di sebelah situ boleh dibuka… di dalam kawasan TEMCO tu boleh dibuka kerana mereka sudah terlibat dengan saringan dan ia tidak menjadi satu masalah untuk dibuka. Jadi ini kita berharap pihak yang berwajib dapat menyelesaikan masalah ini. Selain daripada itu, ramai juga rakyat Sanglang yang keluar duduk di kawasan lain. Ini satu benda yang… tak buat saringan, depa keluar sebelum kita buat sekatan, jadi kita pun taktau lah. Mudah-mudahan kita mendapat lindungan daripada Allah SWT supaya penyakit ini dia tak terus merebak di seluruh Negeri Perlis.

Selain daripada itu, saya juga ingin menyebut tentang sebuah sekolah di Arau, di mana anak saya belajar di situ. Bukan kepentingan diri lah, apabila ada mesyuarat PIBG, mereka sudah siapkan surau yang baru. Dengan keadaan PKPP yang ada sekarang ini, mereka nak minta supaya pelajar-pelajar sekolah itu yang apabila masuk ke sekolah 3 haribulan, 4 haribulan lepas, mereka tidak dibenarkan keluar terus, ibu bapa nak jumpa pun tak boleh, anak pun tak boleh nak keluar cuti Awal Muharram 5 hari pun tak boleh balik… supaya dapat dilaksanakan solat Jumaat di surau sekolah tersebut. Surau di sekolah tu dah besar dah dan saya juga amat bersetuju masa bila boleh ambil anak-anak tu, bila sampai di Masjid Negeri… di Arau, masjid itu terlampau padat dengan waris beberapa buah sekolah seperti Sekolah Menengah Arau, Sekolah Al Maahad dan Sekolah Menengah Dato’ Sheikh Ahmad menyebabkan… saya rasa kalau waris saja pun sudah cukup padat masjid tersebut. Apa salahnya jika pihak Jabatan Agama dapat membenarkan surau sekolah tersebut melaksanakan solat Jumaat untuk pelajar-pelajar dan juga waris yang hadir untuk mengambil anak-anak bersekolah. Yang ini dia dekat dengan saya lah sebab anak saya belajar di situ, bukannya ada kepentingan apa-apa di situ cuma hendak memastikan bahawa keselamatan anak-anak dan juga ibu bapa yang hadir ke sekolah tersebut.

Selain daripada itu, ada juga rungutan daripada masjid-masjid berkenaan pertukaran pegawai masjid dan juga imam ni. Orang yang di Lubuk Sireh, siaknya kena mai bertugas di Santan. Jadi dengan elaun RM 400 ini, nak mai daripada Lubuk Sireh ni… siak ni tukang kebun ja. Kita istilah saja lah, tukang kebun pun ada jugak. Makna kata, orang yang nak mengurus dalam masjid dengan laun RM400 ni, nak berulang daripada Lubuk Sireh nak mai bertugas di Santan ka, di Batu Dua ka, dia cukup amat jauh lah. Selain daripada siak ni, bilal pun ada juga yang dibuat pertukaran yang sebegitu. Jadi saya ingat pihak Jabatan Agama dan pihak Kerajaan dapat meneliti balik lah keadaan yang macam ni supaya dia tidak menyebabkan masjid itu tidak imarah, tidak makmur kerana pertukaran yang seumpama itu. Dan petugas-petugas tu pula dia terlampau jauh… dia tak dapat hadir lah. Tambah-tambah hujan pulak lagi tak dapat hadir lah. Ataupun kalau sekiranya pegawai-pegawai tersebut dah tak sesuai lagi, dah tak sampai hati nak pecat dia, jadi saya sarankan supaya pecat terus lah. Tak payah tukar dia dengan alaun RM400 tu. Nak kena berulang jauh-jauh lebih baik pecat dia, dia pun tak berharap kata nak dapat alaun macam-macam ni. Jadi dia memudahkan… memudahkan kerja pegawai-pegawai masjid. Itu harapan daripada sayalah.

Selain daripada itu, saya dengan ini menyokong penuh titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Raja dan kita berharap Negeri Perlis ini dia akan menjadi sebuah negeri yang selesa bagi semua orang, bagi rakyat negeri ini dan juga bagi seluruh pentadbiran negeri ini seperti mana yang banyak dalam soalan lisan tadi yang kita tengok perkembangannya yang cukup baik daripada apa yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan. Dan saya ingat, kita sudah selari dengan kerajaan pusat, kita boleh dapat banyak peruntukkan yang banyak daripada kerajaan pusat untuk memastikan pembangunan Negeri Perlis ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Dan kita juga berharap semua pihak dalam Negeri Perlis ini tanpa mengira fahaman politik, memberi sokongan yang sepenuhnya kepada pihak Kerajaan untuk memastikan Negeri Perlis ini negeri yang cukup harmoni, selesa dan membangunan dengan baik sekali. Dan perkara yang terakhir yang ingin saya sebut, Yang Berhormat Dato’ Speaker, ialah berkaitan dengan penagih. Penagih ini… khususnya ialah ketum. Saya taktau lah di DUN Simpang Empat. Kalau di DUN Sanglang tu ramai. Dan apabila saya tengok soalan lisan tadi pun Yang Berhormat Kuala Perlis kata dalam DUN dia pun ramai. Saya ingatkan saya seorang sahaja yang menghadapi masalah penagihan ketum, rupanya di banyak… banyak tempat lah…

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Minum sama lah. Dok biar apa lagi...

Boleh saya jemput Yang Berhormat Simpang Empat pergi minum sekali. Kalau pening, saya hantar balik.

Speaker

Yang Berhormat, sila ringkaskan.

Ketum ini kalau boleh kita sarankan supaya kita masukkan ke dalam Akta Dadah. Saya sebenarnya… dalam pengetahuan saya tau semua port-port ketum ni. Tapi saya takmau air free di Sungai Buloh sebab saya tau akta yang ada sekarang ini Akta Racun, dia tidak boleh… dia tidak memberi kuasa kepada pihak berkuasa sepenuhnya. Tangkap rampas habis dengan paip-paip getah apa semua, dua tiga hari denda RM6000, bagi balik. RM6000 ni jualan dia 2 hari ja. Ada satu port tu, sehari 3 tong gas guna masak ketum ini. Kita bayangkan banyak mana ketum yang dia masak kalau sehari 3 tong gas. Yang sata tau ni kawan saya jual tong gas. Dia kata rumah tu pelanggan tetap saya, sehari 3 tong. 3 tong ni, kalau masak nasi kenduri pun, dengan lauk, dengan nasi, tak habis 3 tong. Ini masak air ketum sehari 3 tong. Anak-anak muda ni, Kulim Hi-Tech ni banyak kali mai buat temuduga, cari orang pekerja kilang… Kulim Hi-Tech buat di rumah… di rumah saya. Kebanyakan yang mai tu penagih ketum. Ada yang menangis keluarga tak peduli apa semua… penagih ketum. Macam mana nak ambil anak-anak muda ni kerja di kilang-kilang kalau mereka ni penagih ketum? Terpaksa kena tolak. Ini menyebabkan pengangguran banyak berlaku, kecurian dan masalah sosial ni cukup banyak. Saya nak sarankan supaya Baitulmal… Baitulmal pastikan sesiapa yang mengisi borang kuning ini, kalau ada pokok ketum di rumah, jangan lulus. Boleh dikatakan kebanyakkan rumah mesti ada pokok ketum. Kita saran dekat dia suruh tebang, dia tebang 3 pokok tapi dia tinggalkan juga sepokok. Dia kata takut tidak ada benih selepas ni. Dia sayang juga sepokok itu sebab penagih… dia tak boleh tinggalSaya taktau la di DUN Simpang Empat. Minta maaflah Simpang Empat, dia kacau saya. Saya rasa kalau peraturan macam ini dibuat, saya cukup amat setuju dengan Sahibus Samahah Dato’ Mufti. Orang-orang miskin ini dia tak sedar diri kerana yang pertama, dia nak bantuan tu hari-hari. Kalau Kerajaan lambat dia marah. Kalau kita takmau tandatangan borang kuning dia tu dia marah. Tapi rumah dia tu masya-Allah, saya boleh bawa pergi tengok. Saya cukup amat setuju kenyataan Sahibus Samahah tentang kebersihan. Mereka malas hendak cuci rumah. Selepas tu pokok ketum penuh keliling rumah. Anak-anak ni tak payah cerita lah, semuanya muka hitam. Ada yang pergi ke hospital tak boleh nak buat apa dah… doktor pun balik dah sebab terlampau teruk dia punya ni... ubat nak masuk pun tak boleh, darah dah terlampau pekat. Ini ada kes di Sanglang. Ada ketulan keras dalam perut dia tu… saya pun taktau, doktor kata ada ketulan keras dalam perut dia tu yang menyebabkan darah dia jadi pekat… terlampau ketagih ketum ni. Sampai bila kita nak biarkan anak-anak muda kita macam ni? Kalau kita tak buat sesuatu… memang la mereka ni susah dan kita bagi bantuan… sepatutnya kita bagi bantuan, mai minta beras semua kita, mai minta duit semua kita. Tapi bila dia penagih, ada puak-puak la ni yang bukan setakat ketum saja, dia jual sekali dengan ice sekali.

Speaker

Yang Berhormat, saya bagi tambah 2 minit lagi kepada Yang Berhormat kerana isu ini pun menarik…

Terima kasih, jadi saya harap…

Speaker

Tapi masa sudah lebih 7 minit.

Dah lebih 7 dah?

Speaker

7 dah. Saya bagi lagi 2 minit.

Rehat sampai sejam tadi. Minta maaf banyak-banyak. Kita harap semua pihak berkuasa dapat menggembleng tenaga, bekerjasama untuk memastikan negeri kita ini bersih daripada penagihan ketum dululah. Kalau yang lain-lain itu kita kira kemudian sebab dia masuk bawah Akta Dadah… Ice lah, syabu lah… macam-macam.

Saya pernah barang yang kita beli untuk bagi sumbangan COVID. Tak sempat nak bawa masuk simpan, bawa balik, waktu pagi-pagi esok dia masuk dengan motor, dia ambil susu satu tin… satu kotak tu. Bukan kata satu tin... satu kotak. Saya bangkit lepas subuh, saya keluar tengok terlepas dah. Bila kita tengok nombor motor tu kita kenal lah. Memang penagih… memang penagih. Itu kerja… tambah-tambah lagi ni, kena TEMCO ni pulak, selepas ini lagi sakan lah… lagi sakan lah. Oleh itu saya harap Kerajaan dapat sama-sama berfikir untuk kita pastikan anak-anak muda kita ini terlepas daripada penagihan dadah. Yang mati dalam DUN Sanglang ni ramai dah… ramai dah. Tapi yang seronok tu bila depa mati, depa cari YB lah tolong urus, lepas tu duit takda nak beli keranda apa semua. Ha ni penagih. Kita pun jadi serba salah, tak tolong urus, dah fardhu kifayah. Sorang buat takpa dah depa kata. Ini duit tidak ada nak beli keranda, nak korek kubur. Masa hidup tu, kita larang, nasihat macam mana pun tidak peduli dah. Penagihan dadah ini terlampau mencengkam mereka. Jadi kita rasa untuk kita nak pastikan Perlis ini sebuah negeri yang harmoni, kita kena lihat isu ini dengan sesungguhnya dan sebaik-baiknya supaya kita dapat duduk di dalam Negeri Perlis ni yang aman sentosa, insya-Allah. Jadi saya ingat, Yang Berhormat Dato’ Speaker, itu sahaja ucapan saya. Saya dengan ini sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih di atas ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku kemarin. Wallahu’alam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Ok Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji. 20 minit cuba control.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Baik. Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, wassalatu wassalamu ‘ala-asyarafil anbiya’e wal mursalin, wa’ala alihi wasahbihi ajma’in. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Bintong, Ahli-ahli Yang Berhormat, yang dikasihi ketua-ketua jabatan, pegawai kerajaan, bentara dewan dan semua yang hadir pada sidang DUN kali ini. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker memberi peluang kepada saya untuk sama berbahas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis sempena Perasmian Penggal Persidangan Ketiga, Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Keempat Belas pada hari ini. Saya sifatkan satu titah ucapan yang menyeluruh, menyentuh kepentingan penularan pandemik COVID-19 dan juga kluster pemulihan. Rancangan Malaysia Ke-12 dan sebagainya merangkum dalam 60 point titah ucapan perasmian baginda kelmarin.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terlebih dahulu pada pagi ini sama-sama kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan inayah-Nya kita dapat meneruskan mesyuarat kedua pada pagi ini. Kita bersidang pada tahun ini, pada tahun 2020 ini, kali kedua masih dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos nanti. Perlis merupakan negeri yang pertama diisytiharkan sebagai negeri atau kawasan zon hijau selepas tiada kes jangkitan baru dikesan pada penghujung April yang lalu. Walau bagaimanapun, kita dikejutkan dengan jangkitan baharu kluster PUI Sivagangga seramai 10 orang di Kuala Sanglang dan Tanah Timbul Sanglang Perlis. Walau bagaimanapun, kita tetap bersyukur, Alhamdulillah, atas kecekapan kita bersama Kerajaan Negeri telah memulakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran TEMCO beberapa hari yang lalu. Semoga virus ini dapat dikawal dan diputuskan rantaiannya, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, perbahasan saya pada pagi ini akan menyentuh tentang kepimpinan dan juga rancak sektor pelancongan negeri. Pertama, tugas pemimpin daripada Abu Maryam Al-‘Azdi berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang diberikan kuasa oleh Allah SWT untuk menguruskan urusan kaum muslimin lalu ia membina persempadanan, yakni menutup ruang komunikasi atau memisahkan dari keperluan mereka dan tidak mempedulikan orang kafir dari kalangan mereka, maka Allah SWT akan menghalang keperluannya. Berdampinglah dengan Allah dan keperluannya dengan Allah SWT.”

Hadis ini mengajar kita bahawa tugas memimpin adalah memberi khidmat, membantu, mempermudahkan urusan rakyat. 3 peranan pemimpin adalah yang pertama, pemimpin mestilah memastikan keperluan rakyat tersedia. Kedua, pemimpin berdamping dengan rakyat dan ketiga membantu keperluan orang miskin yang mengharapkan bantuan mereka. Selain daripada itu, hadis ini juga menjelaskan bahawa ruang komunikasi antara pemimpin dengan rakyat mestilah diwujudkan. Atas dasar inilah khalifah Omar Abdul aziz dikatakan telah menulis iklan kepada rakyat bahawa, “Barang siapa yang datang menceritakan kezaliman, penindasan, kesusahan yang berlaku dalam kalangan rakyat, maka dia akan diberikan ganjaran kerana memberikan maklumat tentang kesukaran, kesusahan yang dihadapi oleh rakyat dalam negaranya. Ini contoh khalifah yang terkenal dengan keadilannya yang boleh kita praktik dalam kehidupan kepimpinan kita. Barangkali kaedah Rasulullah dan pemimpin-pemimpin Islam yang terdahulu menangani kesusahan rakyat seharusnya dijadikan tauladan kepada pemimpin membantu rakyat membuka ruang-ruang untuk mendengar dan mendamping urus kesukaran orang-orang miskin.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang kedua, merancakkan sektor pelancongan negeri. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Mulk ayat 15, (Yang Berhormat Guar Sanji membacakan Surah Al-Mulk, ayat 15)

“Dan Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu, mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantau-Nya serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan. Dan ingatlah kepada Allah dan jauhlah tempat kembali kamu sesudahnya. Dan kamu akan dibangkitkan hidup semula maka hargailah hidup nikmat dan takutilah kemurkaannya.”

Dalam ayat di atas, Allah menjadikan bumi dan seisinya untuk kegunaan dan manfaat kehidupan seluruh manusia. Selain itu Allah juga menyuruh kita berjalan merantau dan memakan rezeki yang dikurniakan secara halal. Bagi Negeri Perlis ini, 4 aktiviti utama penubuhan… pertumbuhan ekonomi antaranya sektor pelancongan. Dalam ucapan pembentangan usul anggaran pembangunan atau bajet tahun 2020 yang lalu, sebanyak RM4.17 juta telah diperuntukkan bagi memberi fokus kepada penambahbaikan kemudahan pelancongan dan mempelbagaikan produk eko pelancongan untuk menarik pelancong domestik dan juga antarabangsa. Namun, umum ketahui bahawa negara Malaysia dan negeri Perlis ini juga terlibat dengan penularan COVID-19 dan sudah tentu memberi kesan kepada sektor pelancongan pasca COVID-19 ini. Menurut laporan, Menteri Pelancongan di sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, sehingga Jun 2020, negara telah kehilangan pendapatan sekitar 44 ke 45 bilion kerugian. Dari pelancongan… dari pelancong asing 13 bilion dan domestik 13 bilion. Bagi negeri Perlis, kita tidak pasti berapa jumlah kerugian dalam suku pertama dan suku kedua pada masa ini berikutan kemerosotan pelancong yang datang ke Negeri Perlis. Dijangkakan akan kehilangan sehingga 75 pendapatan pada akhir tahun 2020. Untuk rekod tahun 2019, 22 juta hingga 25 juta pelancong asing melawat negara kita pada setiap bulan. Bagi Negeri Perlis, statistik menunjukkan kira-kira 4 juta pelancong mengunjungi Negeri Perlis dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini. Sejak 18 Mac sehingga kini, angka sifar bagi kemasukan pelancong asing manakala sejumlah 3.2 juta sektor dan individu bergantung kepada aktiviti pelancongan ini. Pada 6 hari bulan Julai, Perdana Menteri Malaysia menyatakan bahawa pemulihan sepenuhnya akan mengambil masa 4 tahun. Menurut Pertubuhan Pelancongan Dunia, aktiviti tourism akan bermula suku ketiga akhir tahun 2020 manakala negara menjangkakan suku ketiga tahun 2021 baru bermula aktiviti pelancongan antarabangsa. Sejak dari bulan Mac tahun 2020, MOTAC telah serta merta menghentikan program dan promosi Tahun Melawat Malaysia 2020 seterusnya bermula Julai, pihak MOTAC memperkenalkan, mempromosikan pelancongan kepada rakyat keluar melancong dalam tempatan. Seperti yang kita telah maklum, kelmarin dalam ucapan titah Tuanku juga ada menyebut bahawa kita menangguhkan program Tahun Melawat Perlis pada tahun 2021. Oleh yang demikian, menjadi cabaran kepada Kerajaan Negeri dan pelancongan negeri ini untuk mempromosikan tempat-tempat menarik sebagai daya tarikan pelancong tempatan. Perlis mempunyai 3 tempat ataupun buah sempadan yang perlu diberi perhatian selain Kuala Perlis, Wang Kelian dan Arked Niaga Padang Besar. Ketiga-tiga tempat ini hendaklah dimanfaatkan sebaik mungkin memandangkan tempat-tempat ini adalah kawasan transit pelancong domestik dan juga antarabangsa.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pelancongan ini… kini menjadi satu gaya hidup yang diperlukan oleh kelompok masyarakat. Tempat-tempat yang menarik banyak di dalam Negeri Perlis. Rakyat-rakyat pada hari ini suka kepada aktiviti-aktiviti berkonsep santai, bersahaja yang boleh memberi satu kepuasan serta kenikmatan kepada mereka. Sebagai contoh tempat yang boleh diambil peluang oleh Kerajaan Negeri iaitu view point Banjaran Nakawan. Kita perlu mengkaji bagaimana cara untuk kita menarik pelancong-pelancong luar datang untuk melihat keindahan Negeri Perlis dari atas bukit. Saya telah difahamkan ada rakan-rakan daripada luar Perlis, Kedah, Perak datang semata-mata hendak bersarapan di situ sahaja. Tetapi malangnya sarapan dengan makanan yang dibawa sendiri lah. Jadi, kemudahan-kemudahan di situ Kerajaan boleh mengkaji semula dari masa ke semasa untuk kita baiki tempat view point di Banjaran Nakawan tersebut. Selain daripada itu, tempat yang boleh diketengahkan untuk kita menarik pelancong domestik ini ialah di persisiran pantai Sungai Baru, tebatan banjir empangan ke Kuala Perlis. Namun begitu, tempat-tempat pelancongan yang sedia ada mestilah dijaga dan diurus tadbir semula dengan lebih baik dan cekap. Sehubungan dengan itu, prasarana asas hendaklah disediakan sebagai contoh, sebagai kemudahan asas kepada pengunjung di Bukit Chabang, saya difahamkan di sana ada aktiviti hiking, climbing… tetapi tiada prasarana asas kepada pendaki dan sebagainya. Kemudahan asas yang lain yang boleh disebutkan di sini di hentian ETS Padang Besar, perhentian train terakhir, apa nama… Malaysia antara Thailand. Apabila saya ziarah melawat di situ, tiada satu pusat informasi tourism, tidak ada untuk memberi panduan, guideline kepada pengunjung-pengunjung international yang hendak pergi ke Thailand dan sebagainya. Selain itu di hentian juga terlalu sesak dengan kebanjiran pengunjung luar dan tempatan satu masa yang menyebabkan timbul ketidakselesaan kepada mereka yang menunggu pertukaran train dan sebagainya. Waktu kemuncak kadang-kadang kita lihat di Stesen ETS Padang Besar ni, kebanjiran orang ramai sampai orang nak duduk di… nak duduk menunggu pertukaran train dan sebagainya kena bertenggek ataupun duduk di tepi kaki lima. Apabila saya lihat keadaan itu, saya lihat rupanya di atas bangunan itu dia ada kedai makan. Mungkin kedai makan itu tidak sesuai di situ. Tempat untuk pengunjung duduk dan sebagainya mungkin boleh dicadangkan dipindahkan ke tempat-tempat yang lain untuk menghidupkan kawasan-kawasan yang lain. Dengan keadaan yang panas dan kipas yang kurang, tempat duduk yang takda… jadi terpaksa orang duduk dalam keadaan yang tidak selesa sedangkan ini adalah hentian international, antarabangsa yang perlu kita ambil perhatian. Kemudian, kemudahan-kemudahan lain yang ada disitu bila orang turun stesen tu takda pengangkutan perlanconga ka apa ka, van pelancong takda bawa transit ke Padang Besar… takda. Yang ada teksi lah. Kadang-kadang pengunjung yang tiba ini dalam keadaan berkumpulan… ramai… group. Jadi mungkin kita kata pengangkutan yang lebih besar sesuai di situ tetapi takda. Jadi saya minta lah Kerajaan untuk perhati perkara-perkara ini. Selain daripada itu, di situ juga jika kita lihat, tiada juga money exchange, tempat mengurup wang ni. Jika boleh, kemudahan-kemudahan asas seperti ATM ka apa boleh diwujudkan lah, na… dengan kepentingan-kepentingan dan juga kajian-kajian yang sesuai.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam hendak menyemarakkan kempen pelancongan pasca COVID-19 ini saya mencadangkan beberapa perkara kepada Kerajaan Negeri. Yang pertama, Kerajaan Negeri perlu giat mempromosikan domestic tourism kepada rakyat Malaysia ini. Tempat-tempat yang menarik di dalam Negeri Perlis ini kita perlu letakkan landmark dulu macam di view point pun saya pergi takda apa pun pun, kosong ja, sunyi ja. Tapi bila kita balik, kita tengok Facebook, kita tengok Twitter pun ada orang yang duk pi. Maknanya menarik juga. Landmark pun ada. Tempat-tempat yang menarik ini kita kena letak mercu-mercu tanda sebagai pengetahuan orang luar. Kemudian, anjur pertandingan mempromosikan pelancongan di Facebook ataupun Instagram, pilih individu-individu yang dapat like banyak, kita bagi hadiah dan sebagainya. Yang ketiga, kita… wakil rakyat, kakitangan kerajaan, orang yang ditugaskan oleh Kerajaan Negeri dan juga rakyat Negeri Perlis khususnya kena pakat-pakat share, pakat-pakat promosi pelancongan-pelancongan, update-update di Facebook dan juga media maya ni berkenaan dengan tempat-tempat yang ada dalam Perlis supaya orang lain boleh datang ke negeri, ke negeri kita. Selain daripada itu, anjurkan program seperti bike week, motorsport, memancing, berkemah dan program-program yang boleh menggalakkan aktiviti-aktiviti setelah pasca COVID-19 ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya memohon supaya cadangan-cadangan ini dikaji di peringkat Kerajaan Negeri, pelancongan khususnya untuk kita menarik minat orang luar untuk datang ke Negeri Perlis. Unit Pengelasan Maklumat Perancangan dan Unit Pemantauan Pelan Malaysia dengan kerjasama MPK baru-baru ini telah menjemput badan-badan berkepentingan dan wakil komoditi termasuk NGO-NGO… maknanya termasuk NGO di Guar Sanji, dipanggil ke Program Publisiti Awal Rancangan Kawasan Khas Kota Di Raja Arau Perlis bagi mendapatkan pandangan dan juga cadangan orang awam dan pihak berkepentingan seperti yang disebutkan tadi. Saya melihat usaha ini merupakan satu usaha yang sangat baik. Jika dilihat, Arau ini bukan sahaja Bandar Diraja, tetapi ia merupakan bandar ilmu. Kita lihat berapa sekolah yang ada dalam kawasan Arau. Berapa universiti yang ada di dalam kawasan Arau. Kolej komuniti juga ada dalam kawasan Arau. Jadi, kawasan Arau ini ada kawasan pertanian yang luas permandangan dan cantik. Jadi Kerajaan perlu ambil peluang untuk menceriakan kawasan khas Kota Diraja ini. Dalam kawasan khas Kota Diraja ini perlu dinaikkan mercu-mercu, landmark-landmark yang saya sebutkan tadi, tertentu, tanda berada di dalam kawasan khas Kota Diraja. Jadi dalam kesempatan ini, saya mewakili penduduk Guar Sanji, menawarkan beberapa kawasan yang boleh dijadikan sebagai tempat menarik untuk melakukan aktiviti santai antaranya sungai sentap yang boleh dijadikan sebagai denai sentap untuk dijadikan aktiviti santai boleh difikirkan bersama pada masa yang akan datang. Kalau Yang Amat Berhormat Bintong, tahu sangat berkenaan dengan Sungai Sentap ni pasal dia berhadapan dengan rumah mentua Yang Amat Berhormat Bintong. Sungai itu dikepung antara 2 jalan. Jadi, sepanjang jalan itu memang menarik lah. Sebelahnya sana tu rumah orang, sebelah sini pemandangan bendang dan pada sebelah sana juga ada hentian kereta api. Jadi kawasan itu amat sesuai untuk dijadikan sepertimana kita buat di Pengkalan Asam. Jadi saya mohon lah na, cadangan ini dipertimbangkan dan sebagainya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita beralih kepada permasalahan yang berbangkit di dalam DUN Guar Sanji dan juga Perlis. Yang pertama sekali saya memohon pencerahan dan juga keterangan berkaitan dengan lawatan saya bersama dengan CEO air ke Taman Utara Guar Sanji, Kampung Jelempok dan juga Paloh yang baru-baru ini dibuat, melihat sendiri tekanan air yang begitu rendah di Taman Utara Guar Sanji dan juga Jelempok. Apabila kita sampai di sana, buka, di Taman Guar Sanji air sangat slow… kan. Kemudian kita pergi ke Kampung Jelempok… Jelempok dia terbelah, tengah-tengah dia ada dua penyambungan, sebelah kiri dan kanan. Tengah-tengah ada terbelah, kampung kanan, kampung kiri. Kampung di sebelah kanan itu, langsung… ada yang tiada air langsung. Kita buka paip, memang tiada air. Disaksikan sendiri oleh CEO air. Jadi saya mohonlah, apa plan setelah kita membuat lawatan dan bilakah akan dimulakan projek tersebut, insya-Allah. Saya mintaklah nanti jawab. Kemudian yang kedua, saya hendak cadangkan kepada Kerajaan dan pihak berkaitan untuk menyusun semula papan-papan tanda ataupun signboard yang ada di persimpangan jalan di dalam Negeri Perlis ini. Kadang-kadang kita tengok serabut, dia ada banyak sangat. Kadang-kadang lindung pula jalan. Contoh, nak masuk ke UITM, contoh nak masuk ke Mata Ayer di persimpangan 3 tu. Banyak-banyak signboard tu yang ada di situ, mungkinlah Kerajaan boleh buat satu papan, bubuh semua di situ apa yang berkaitan ke simpang tersebut. Kemudian yang ketiga, berkaitan dengan Rumah Mesra Rakyat yang diajukan kepada saya terbengkalai hampir 2 tahun ke 3 tahun. Banyak rumah-rumah Mesra Rakyat ini dibina oleh kontraktor dan terbengkalai 2 ke 3 tahun. Jadi saya memohon pencerahan daripada pihak Kerajaan kenapa ini berlaku. Kemudian yang keempat, projek pedalaman sungai selat air di kawasan MADA yang dibuat setiap musim, setiap tahun. Jadi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MADA kerana cakna dan juga melaksanakan aktiviti pedalaman parit ini, buangkan semak, pedalamkan parit lai air, bendang-bendang, dah bagus dah, cantik, membantu rakyat. Cuma bila depa korek, gali parit, letak di atas kaki lima jalan. Tak dibuang. Menyebabkan boleh berlaku kemudaratan bahaya kepada pengguna pada waktu malam dan sebagainya. Dia bertimbun di tepi-tepi jalan. Di dalam DUN Guar Sanji yang saya nampak lah, saya lalu jalan-jalan di kawasan kampung. Yang ni yang ketara. Kadang-kadang apabila duduk di kawasan kampung, air nak masuk ke sungai tak boleh dan apabila hujan turun, air akan masuk ke dalam kawasan rumah orang. Dia tak boleh masuk dalam sungai sebab tanah tu dia buat tambak di tepi kaki lima jalan. Kemudian yang seterusnya, saya mohon juga kepada JKR dan juga pihak berkaitan supaya baik pulih jalan raya yang mendap di hadapan Petronas Arau. Setiap kali hujan, bila dia mendap bila dia hujan, air akan bertakung dan di sebelah itu ada perkampungan siam, ada rumah lah. Orang siam yang duduk situ, bila air bertakung dia akan masuk turun ke kampung depa. Yang itu satu, yang kedua jalan pun dah tak rata, tak sama dah sedangkan kawasan tersebut kawasan khas Kota Diraja. Jadi saya memohon kepada pihak yang berkaitan untuk lihat balik benda ini. Kemudian yang berikutnya, baik pulih jalan susur keluar dari lebuh raya ke jalan-jalan kampung terutama jalan susur keluar selepas susur keluar ke Bandar Arau, Bandar Diraja. Kalau kita perhati, setiap jalan susur keluar ke kampung daripada susur keluar jambatan ke Bandar Arau ini, sebelah kira tu atau sebelah kanan, kebanyakan jalan-jalan ini berlopak, berlubang dan mendap. Jadi saya mohon lah kepada pihak yang berkaitan supaya baik pulih jalan-jalan ini sepanjang jalan ke Kuala Perlis terutama di jalan susur keluar ke kampung siam, Tambung Tulang, jalan susur keluar ke Longboh, jalan susur keluar ke Titi Chai. Jadi banyak jalan-jalan ini yang berlubang dan juga mendap. Mohon kepada pihak berkaitan supaya mengambil maklum. Kemudian yang berikutnya banjir kilat di hadapan Taman Jelempok Jaya yang menyebabkan air melimpah dan masuk ke dalam kampung ataupun rumah penduduk apabila hujan lebat di Taman Jelempok Jaya ni, air akan bertakung dan melimpah masuk ke kampung orang. Apabila saya check tengok maklumat ni… betul disebabkan oleh kok yang dipasang oleh JKR kot sebab dia berapat dengan jalan utama tu. Kok yang dipasang lebih kurang 2 kaki, sampai di apa nama… kawasan Taman Jelempok Jaya ini, dia besar. Di penghujung taman tersebut, dia kecil balik… jadi menyebabkan apabila hujan yang lebat, dan longkang pun tersumbat, sampah-sampah terperangkap, menyebabkan air itu melimpah dan masuk ke halaman-halaman penduduk di situ. Saya memohonlah perhatian Kerajaan supaya mengambil tindakan. Kemudian…

Speaker

Yang Berhormat, masa sudah lebih 3 minit. Saya tambah lagi 2 minit untuk selesaikan.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, mengambil kesempatan pada pagi ini saya hendak mengucapkanlah… merakamkan ucapan penghargaan dan juga ribuan terima kasih kepada seluruh kerajaan Negeri Perlis, kepada ketua-ketua jabatan, kepada kakitangan kerajaan di atas kerjasama dan juga bantuan-bantuan pemudah cara dalam menyelesaikan permasalahan rakyat di DUN Guar Sanji dan juga rakyat di DUN yang lain. Saya mengambil kesempatan sebelum mengakhiri ucapan ini, menyokong penuh titah Tuanku Raja Perlis sempena Perasmian Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Keempat Belas. Wabillahitawfeek walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Dipersilakan Yang Berhormat Sena.

Assalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Alhamdulilahhirabbil ’alamin, wabihinasta’in walahudwana illanazzolimin. Ashadualla illahaillallah, wahdahulasyarikallah, waasyhadu annamuhammadan abduhuwarasulluh. Rabbirsyrahli sadri, wayasirli amri, wahlul u’datam milisani, yaf qahuqauli. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana turut memberi laluan kepada saya untuk turut membahas usul menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku Raja Perlis. Ahli-Ahli Yang Berhormat dan para hadirin yang saya hormati sekalian. Saya mengambil kesempatan untuk permulaan ini isu yang utama di Perlis lah sekarang ini iaitu isu penularan wabak COVID-19 yang mana kita sama-sama maklum ada perlaksanaan TEMCO di dua kampung di Sanglang iaitu Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul di mana saya dapati ada sedikit... saya difahamkan ada kekeliruan apabila Kerajaan Negeri yang bagi saya bersikap proaktif yang segera mengumumkan TEMCO di dua lokaliti ini dua hari lebih awal mendahului kerajaan Persekutuan. Saya menyokong penuh langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri yang mana saya pun tak berapa yakin dengan Menteri Keselamatan... Menteri Kanan Keselamatan kita ni dia ini selalu dok u-turn kan... jadi ini tindakan yang amat disokong. Bagi saya dua hari itu merupakan suatu tempoh yang agak panjang, kalau kita terlewat ia bagaikan satu time bomb kepada rakyat Perlis di mana mungkin boleh merebak penularan wabak tu di kawasan-kawasan lain di Negeri Perlis. Dan juga kita turut bimbang apabila dua orang difahamkan di kawasan itu, telah terlepas ke Kangar, ke LHDN. Jadi maknanya macam YB Sanglang bagitau tadi lorong tikus banyak sangat. Jadi mungkin pihak berkuasa kena ini juga lah apa... kita minta sebab benda ini memang kerana asal Sivagangga ini asal seorang sahaja dan mai ke Perlis pun seorang tetapi apabila dua orang ini kita tak tahu berapa puluh orang dia boleh dapat kontak daripada dia kan, jadi itu amat mermbimbangkan kita lah. Jadi mungkin walaupun bukan dalam... tentang gelang yang kita tengok gelang pengesanan COVID-19 tu kita tengok dia memang tidak ada sistem GPS, jadi kalau boleh mungkin kita sebut disini mungkin boleh sampai ke pihak agensi persekutuan terbabit untuk mengkaji apa ni... mungkin kita boleh adakan sistem gelang kuarantin COVID-19 tu seperti apa yang Brunei telah gunakan yang mana Brunei gunakan gelang tangan yang mempunyai cip pengesan Bluetooth serta kod QR yang tersendiri dengan dilengkapi sistem pemantauan IOT real time monitoring dan tracking bagi mengesan lokasi pemakai dan ia akan diaktifkan setelah pemakai tiba ditempat tinggal ataupun tempat kuarantin. Jadi kita sama-sama berdoa, mudah-mudahan wabak COVID-19 ini tidak menular lagi aktif di Negeri Perlis dan apa ni... yang melibatkan berapa yang kena test tu dan kena kuarantin ini kita harap depa tak kena lah. Yang kedua, sebagaimana titah Tuanku ada menyentuh tentang sektor industri pelancongan tadi sahabat saya YB Guar Sanji banyak menghuraikan tentang pelancongan, jadi yang kita tengok yang kita faham penularan wabak COVID-19 ini telah memberi kesan impak negatif yang sangat besar kepada industri pelancongan negara bahkan dunia di mana sector yang... tapi Kerajaan telah mengumumkan sektor pelancongan domestik telah mula beroperasi semula pada 10 Jun 2020. Saya difahamkan tentang... contoh dari segi hotel-hotel, ada satu artikel yang saya baca petikan berita daripada Malay Mail tentang kedudukan occupancy rate hotel-hotel di bandar utama seperti di KL, Selangor, Johor, Sabah, Kedah dan turut senarai Perlis yang dilaporkan kadar penghunian itu masih rendah di antara 12 hingga 20%. Jadi kita nak tanya kot-kot ada inisiatif daripada Kerajaan Negeri untuk membantu sektor industri perhotelan di Negeri Perlis sebabnya memang teruk kalau 12 hingga 20% dia akan melibatkan macam mana nak untung dan macam mana dengan kedudukan pekerja-pekerja kita bimbang takut berlaku pembuangan pekerja dan sebagainya.

Saya juga tertarik dengan Pelan Pembangunan Pelancongan Negeri Perlis 2021-2023. Semalam saya ada buat carian di internet tapi malangnya memang saya tak jumpa lah, jadi saya harap menyahut titah Tuanku supaya Kerajaan melaksanakan inisiatif-inisiatif yang bebas dari perbezaan politik dan dalam sidang kali ini saya mohon Kerajaan Negeri turut perincikan pelan ini untuk pengetahuan semua ahli Yang Berhormat dan saya juga harap supaya kami di sini dapat turut dikongsikan bersama dengan apa... satu pelan pembangunan yang nak dirancang Kerajaan Negeri supaya dengan itu kita dapat... di pihak kami pun dapat bersama-sama dengan Kerajaan Negeri untuk kita mencari jalan ke arah menyumbang idea dan sebagainya demi satu hasrat untuk menjana pertumbuhan Negeri Perlis. Dalam titah ucapan Tuanku juga turut menyentuh tentang betapa banyaknya produk-produk pelancongan berasaskan alam semulajadi di Perlis ni yang kita boleh bangunkan sebagai satu tarikan yang baru untuk menarik pelancong ke Negeri Perlis. Justeru, saya ingin tahu apa perancangan daripada pihak Kerajaan bagi menjayakan saranan daripada titah ucapan Tuanku ini dan kita tengok banyak sukan extreme seperti rock climbing contohnya boleh dimulakan inisiatif oleh Kerajaan Negeri di kawasan bukit bukau kita ini. Setakat ini saya nampak hanya NGO tempatan yang sedang meneroka potensi di Bukit Keteri dan juga Bukit Chabang, sahabat Guar Sanji tadi ada sebut Bukit Chabang. Bayangkan potensi ini akan lebih terhasil kalau Kerajaan turut memainkan peranan terutama dari sudut menyediakan prasarana asas sebagaimana ada disentuh oleh Yang Berhormat Guar Sanji tadi. Kita ada Banjaran Nakawan yang masih belum diteroka sepenuhnya lagi yang mana yang ni kita nampak boleh dilaksanakan aktiviti rock climbing sebab saya difahamkan orang-orang Eropah yang banyak dok mai, ni tanpa kita ada satu promosi yang tersusun, depa dok mai ni kerana bukit bukau kita yang memang saya pernah sentuh dalam sidang yang sebelum ni, bukit bukau kita ni memang kategori yang mencabar. So geng-geng yang sukan lasak ni... yang mendaki bukit ini memang depa suka pada bukit-bukit yang mencabar ini. So ini ada potensi besar untuk kita, dan disamping aktiviti rock climbing, kita juga boleh wujudkan paragliding di kawasan Banjaran Nakawan tu, bayangkan depa guna payung tu lepas tu depa boleh sampai ke Kuala Perlis tengok pemandangan yang indah, alam semulajadi di situ. Dan juga satu lagi yang potensi yang ada dengan Banjaran Nakawan ni disamping rock climbing, paragliding, kita juga boleh buat aktiviti caving iaitu meneroka gua-gua. Saya difahamkan ada banyak lagi gua yang kita tak teroka lagi kan, kita katakan gua dara lah, yang kita dok tahu pun Gua Kelam tetapi sebenarnya saya difahamkan disepanjang Banjaran Nakawan tu banyak lagi gua-gua. Jadi itu satu pakej yang kita boleh buat kalau kita sama-sama realisasikan untuk demi menarik pelancong ke Negeri Perlis.

Sahabat saya ada sebut tadi Guar Sanji tentang Wang Kelian view point. Memang betul kalau orang naik apa ni, depa konvoi kalau lalu kot nak pi Satun memang depa akan stay satu malam di situ sebab saya pernah pi situ, saya pernah... kawan-kawan dari persatuan paragliding daripada Gunung Jerai punya ni... saya tak ingat nama persatuan tu, depa pernah tanya saya, engage dengan saya lah untuk potensi... depa tengok ada potensi untuk paragliding platform boleh diwujud, boleh kita bina di atas view point tu dan juga saya pun pernah gotong royong dengan depa di view point itu dan tahun lepas depa pernah sampai kira apa ni... berjumpa dengan pihak BPEN SUK untuk kajian tentang berkenaan paragliding platform di Wang Kelian view point. Jadi saya nak tanya apa status lah... apa nama... depa pernah berjumpa dengan BPEN sama ada apa pandangan Kerajaan Negeri untuk kita realisasikan paragliding, satu sukan baru di situ.

Dan juga saya mengucapkan tahniah di atas inisiatif event tourism yang banyak dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sebelum ini contohnya seperti Perlis Marathon dan juga Pesta Angin Timur, cuma malangnya tahun ini memang Perlis Marathon kita terpaksa tangguh akibat penularan wabak COVID-19. Jadi saya harap tahun depan dilaksana, tapi nanti pihak kerajaan boleh jawab lah sebab ramai ada kawan-kawan saya dari luar yang join tu, depa dok tanya saya tu bila start dengan PKP kan. Saya kata insya-Allah kot, depa memang ada tanya YB kan. Maknanya memang itu satu benda yang bagus lah, Perlis Marathon tu, dan kita perlu teruskan lagi dan di kesempatan ini juga saya ingin mohon perincian dari segi pendapatan yang kita berjaya raih sepanjang kita mengadakan siri Perlis Marathon itu. Difahamkan Lembaga

Penggalakan Pelancong Malaysia menyediakan geran sokongan bagi penganjuran program ataupun acara pelancongan yang memenuhi syarat-syarat tertentu seperti tidak bersifat local sahaja tetapi globalized, dengan izin, di mana terdapat elemen tarikan penyertaan daripada pihak antarabangsa serta meransang dan memberikan faedah kepada industri pelancongan secara keseluruhannya. Dan cadangan acara-acara baru tadi ini bolehlah dilaksanakan oleh syarikat berkaitan Kerajaan Negeri ataupun anak syarikat di bawah negeri yang mana saya tengok tu memang tersenarai dalam... dia layak memohon untuk geran sokongan daripada Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan secara tidak langsungnya pada syarikat dibawah negeri ini, akan menjana pendapatan tambahan kepada Kerajaan Negeri. Satu sudut lagi kita tengok orang kita ni dia suka kampung-kampung, apa nama sawah bendang kita ni sebab saya tengok ada satu di Kawasan YB Simpang Empat, Dangau Tok Chak di Kampung Dato’ Ahmad Musa, itu memang tarikan dia itu dengan dia tak buat chalet itu kira orang dok tanya nak pi tidur situ tapi dia tak buat lagi lah. Saya difahamkan pihak MADA dah pi melawat dah jadi saya harap kita bagi...

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

YB, yang tu di kawasan Sanglang. Kampung Dato’ Ahmad Musa.

Oh Sanglang na, baru nak penaik Simpang Empat. Tahniah Sanglang na. Jadi itu satu prospek baru tu, apa ni... prospek produk pelancongan baru di Sanglang. Jadi saya harap pihak yang berkenaan tu mungkin boleh permudahkan untuk bagi geran bantuan untuk perlaksanaan, dia ada tanah di belakang tu untuk nak buat chalet.

Yang Berhormat Dato’ Speaker saya ada soalan. Yang pertamanya terima kasih sebab sebut DUN Sanglang tu, yang saya rasa Yang Berhormat Sena ada kepentingan sebab Dangau Tok Chak tu pak menakan dia punya. Yang ketiga saya nak kepastian daripada Yang Berhormat Sena ni, dengar ucapan daripada tadi daripada awal ni apa semua, saya tak berapa jelas. Kalau Yang Berhormat Kuala Perlis saya baca dah status facebook dia, dia kekal dengan PH. Yang Sena ni saya tak berapa... minta dia boleh terang dia sokong BN ka, dia kekal sokong PH? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Tentang tu bukan pasal faktor peribadi pak menakan saya, tetapi maknanya itu sebagai contoh dan mungkin ada lagi sebab saya tengok baru ni sapa pi... terlibat yang sembelih korban di Santan tu, dia ada rumah panjang. Itu pun satu tarikan juga saya tengok. Ni pun menarik kalau kita... depa kata depa memang kekal daripada dulu lagi. Itu pun boleh... sebab orang kadang-kadang orang nak yang rare, dengan izin Yang Berhormat Speaker, untuk menarik pelancong dan yang kedua, saya pun... maknanya di pihak kami pun, pembangkang yang constructive, kita tidaklah membangkang kesemua. Kalau yang mana yang tak ni, kita akan tegur lah untuk kritikan yang membina supaya dengan satu matlamat untuk demi rakyat Perlis.

Sebagaimana yang saya cakap tadi kepentingan untuk kita memperkasakan industri pelancongan ni, kerana kita nak memanfaatkan kadar purata pelancong yang melalui Perlis ni yang sekitar 3 juta setahun tetapi yang dikira sebagai pelancong apabila menginap walau satu malam, yang purata mereka yang menginap ni sekadar 200 ribu sahaja setahun sebagaimana jawapan daripada soalan saya dalam sidang DUN yang sebelum ini. Jadi bayangkan kita tidak susah sangat dah kita nak cari pelancong, dok ada dah yang dah lalu dah cuma maca mana kita nak tap bagi depa stay sini sehari dua. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pi ke tajuk yang lain pula dari segi jaminan security makanan yang turut disentuh dalam titah ucapan Tuanku. Jadi sebagaimana yang kita maklum selepas berlakunya penularan wabak COVID-19 ini juga, terdapat kebimbingan yang semakin meningkat di kalangan rakyat mengenai tahap security makanan negara yang mana memerlukan satu pendekatan jangka pendek, sederhana dan juga panjang untuk kita menanganinya. Menurut PBB, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, security makanan sedunia bermaksud setiap orang mempunyai akses fizikal, sosial dan ekonomi kepada makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat mengikut citarasa dan keperluan pada setiap masa dan boleh juga diungkapkan sebagai keterjaminan makanan. Berdasarkan dapatan terkini unit risikan majalah ekonomis, Malaysia menduduki tempat ke-24 daripada 113 buah negara dalam indeks security makanan global 2019. Dalam kalangan Asia Pasifik pula kita berkedudukan agak baik, di tempat ke-5 daripada 23 buah negara. Bagi keterjaminan makanan asasi kita ini iaitu beras, Malaysia setakat ini dilaporkan hanya menghasilkan sekitar 60 ke 70% bagi penggunaan domestic. Jadi kebergantungan Malaysia kepada import makanan ini harus kita sama-sama fikir untuk kita kurangkan di mana negara lebih berdikari pada masa depan. Pada tahun 2019, negara kita telah mengimport makanan lebih banyak daripada eksport sehingga mengakibatkan defisit sebanyak 17.4 bilion ringgit. Selain beras tahap keberdikarian, self sufficientcy level (SSL), untuk produk makanan yang lain juga kekal rendah seperti susu segar hanya 61.3%, sayur-sayuran 46%, daging lembu 24%... memang kebanyakan kita ambil, kita korban hari tu kita ambil transit sat saja, semua daripada Siam... daging kambing lagi rendah 11%, dan perah tenusu 5%... yang mana F&N kata nak buat hari tu kan sayanglah terlepas kat Perlis ni.

Yang ini menurut Profesor Nasir, seorang profesor daripada sebuah universiti tempatan, Kerajaan Pusat juga dilaporkan telah memperuntukan 1.1 juta ringgit, dari segi bacaan yang saya buat semalam, sekitar tahun 2015 bagi projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan Negeri Perlis supaya tanaman mempelam Harumanis dijadikan fokus utama pertanian Negeri Perlis di ladang yang melibatkan keluasan seluas 137 hektar di Chuping untuk menghasilkan 280 tan metrik mempelam Harumanis setahun dalam tempoh 5 atau 6 tahun akan datang pada tarikh tu lah, 2015 tu. Jadi saya nak mohon penjelasan pihak Kerajaan tentang status Taman Kekal Pengeluaran Makanan ni. Disamping itu juga, saya mohon maklum balas daripada pihak Kerajaan tentang status dan perkembangan serta pencapaian Halal Park Perlis di Padang Besar yang mana pembangunan kompleks Halal Hub Park di Padang Besar ni dilaporkan bernilai 10.7 juta ringgit dan Tuanku Raja Muda Perlis pernah dilaporkan bertitah tentang projek ini memang penting untuk bagi memenuhi strategi pasaran negara Timur Tengah yang menjadi peluang terbaik bagi Negeri Perlis ini untuk dikenali di dunia sebagai satu pusat halal serantau yang berskala besar. Jadi apa status terkini dengan pencapaian Halal Hub Park Perlis ini? Jadi mengambil kira kedudukan semasa kita ni sebagai negeri pertanian dan mempunyai Iklim Katulpika iaitu gabungan diantara katulistiwa dan tropika yang subur, jadi saya amat berharap agar negeri kita dapat mengambil peluang untuk muncul sebagai sebuah negeri jelapang makanan negara sejajar dengan titah ucapan Tuanku. Jadi saya juga harap Kerajaan Negeri dapat merangka Pelan Pembangunan Pertanian Negeri Perlis supaya kita dapat merealisasikan hasrat untuk menjadi salah sebuah... kalau tidak negeri jelapang makanan negara pun, kita salah sebuah yang utama.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkenaan dengan RMK... Rancangan Malaysia Ke-11 dan 12, memandangkan tahun ini adalah tahun terakhir perlaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11, saya mohon perincian daripada pihak Kerajaan Negeri tentang sejauh manakah pencapaian projek-projek. Adakah kesemua 456 projek tersebut telah dan akan berjaya disiapkan menjelang hujung tahun ini dan juga bagi Rancangan Malaysia Ke-12 pula saya harap Kerajaan bersedia untuk memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini tentang hala tuju pembangunan negeri sepanjang tempoh 5 tahun yang akan datang dan sebagaimana yang telah pihak Kerajaan Negeri bentangkan pada Kerajaan Pusat. Di samping itu juga, kita berharap Kerajaan Negeri dapat memperincikan tentang sejauh manakah tahap pencapaian Wawasan Perlis Negeri Bandaraya 2030 dan saya mohon untuk mengetahui status terkini berkenaan dengan projek Pembangunan Perlis Inland Port, adakah sama ada projek... perbelanjaan pembangunan ini ditanggung oleh perbadanan Kerajaan ataupun pihak operator merangkap pelabur itu sendiri. Dan sejauh mana adakah Kerajaan Negeri... (telefon berbunyi) sorry Yang Berhormat

Speaker… dalam konteks aktiviti cross border dengan Thailand ni, adakah Kerajaan Negeri membuat kajian tentang option-option lain sama ada jauh lebih potensi daripada sebuah pelabuhan darat. Jadi berkenaan dengan NRW, Non-Revenue Water Perlis ni yang tertinggi di Malaysia yang mana sahabat saya Guar Sanji tadi pun ada sentuh sikit tentang kualiti air Negeri Perlis ini, titah ucapan Tuanku juga turut menyinggung kepentingan prasarana asas seperti perkhidmatan bekalan air terawat dalam usaha kita untuk menarik pelaburan besar ke Perlis. Jadi apakah perancangan bersepadu daripada Kerajaan Negeri bagi kita mengatasi masalah kaedah air tidak terhasil yang tertinggi di dalam negara ini iaitu 63% berbanding dengan purata nasional iaitu 35%. Hampir setiap hari memang kita maklum rakyat Perlis mengadu tentang isu bekalan air di Negeri Perlis ini antara masalah tekanan air rendah, kualiti air yang teruk kadang-kadang tu dan juga selalu berlaku masalah paip pecah. Jadi kita perlu ada satu pelan perancangan macam mana kita nak selesaikan, tambahan pula dengan keadaan la ni, Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Pusat, jadi saya rasa itu mungkin satu laluan yang mudah untuk kita nak sedikit sebanyak menyelesaikan masalah utama kita ni di Negeri Perlis.

Speaker

Yang Berhormat, masa melebihi 3 minit. Saya tambah lagi 2 minit.

Saya rasa baru 5 minit Yang Berhormat...

Speaker

Tambah lagi 2 minit.

2 minit? 5 minit tak boleh Yang Berhormat? Seterusnya Yang Berhormat Speaker, saya juga nak menyentuh sikit tentang saranan agenda Digital Negeri Perlis yang mana saya difahamkan tadi Yang Berhormat Exco pun ada jawab bulan Oktober ka nak lancer. Jadi kita Cuma... ada pengadu dalam kawasan saya mengadu tentang kualiti internet ni dan saya up ke Facebook, jadi kita dapat maklumat apa ni... adalah mai komen banyak kan, rupanya memang real sebab mungkin saya duduk di kawasan ni kurang lah sikit dapat 4G kan, tapi kawasan-kawasan lain memang banyak lah aduan yang kita dapat tu yang mana di zaman 4G ni, saya dimaklumkan ada kawasan di Perlis ni tahap capaian internetnya hanya dapat E sahaja. Jadi kawasan tersebut di Hujung Batu, Nesam Yang Amat Berhormat Bintong, kawasan Yang Amat Berhormat Bintong. Dan antara aduan lainnya yang saya terima ada daripada mahasiswa universiti yang mana amat memerlukan rangkaian internet yang stabil untuk pengajian secara online yang depa sedang hadapi sekarang ni yang mana dia laporkan pekhidmatan internet yang disediakan oleh U-Mobile memang teruk dan banyak lagi lah aduan-aduan lain tu, jadi saya harap supaya kita dengan adanya Timbalan Menteri Komunikasi daripada orang Negeri Perlis, jadi saya harap mungkin pihak Kerajaan Negeri boleh cuba selesai cepat masalah ni kan sebelum kita nak pi ke Digital Perlis. Kalau masalah asas dari segi prasarana internet kalau kita tak boleh ni, jadi susahlah kan. Yang Berhormat Speaker saya nak sentuh sikit tentang wakaf, jadi...

Speaker

Saya bagi yang terakhir lah, Yang Berhormat.

Wakaf lepas tu sikit ja lepas tu... last wakaf... jadi saya nak rakam di Dewan yang mulia ini penghargaan dan tahniah kepada kejayaan inisiatif MAIPs bagi mewujudkan bangunan wakaf MAIPs perkhidmatan dialisis HTF yang difahamkan telah sejak 2014 mula dilaksanakan yang mana ini satu kaedah untuk menyalurkan bantuan kepada penerima rawatan dialisis khususnya golongan asnaf. Jadi kita dapati potensi untuk sumber wakaf ini begitu luas dan belum diterokai sepenuhnya di negara kita ini, jadi saya nak cadangkan bagi kita lebih kita tengok wakaf ni, dengan kejayaan inisiatif MAIPs ini, saya mencadangkan penubuhan Perbadanan Wakaf Perlis yang mana kita boleh meneroka potensi-potensi lain contohnya pembangunan Sekolah Tahfiz Sains Wakaf, Universiti Wakaf Pertama

Negara di Perlis, yang mana berpotensi untuk beroperasi dengan percuma sepertimana yang universiti yang tersohor di dunia seperti Oxford, Universiti Al-Azhar Mesir dan disamping untuk meneroka pembangunan hartanah wakaf dalam sektor yang lain iaitu selain daripada pendidikan dan kesihatan iaitu ekonomi, kebajikan dan juga perumahan. Jadi sedikit Yang Berhormat Speaker tentang kawasan, saya ada menerima aduan daripada penduduk Taman Seri Pulai di mana penduduk complaint Taman Seri Pulai ni dah... saya rasa dah berbelas-belas dah... tetapi pemaju tidak sediakan tangki septik untuk sistem kumbahan lah. Jadi saya mohon tindakan pihak terbabit lah. Depa bimbang juga tu, time bomb juga tu kalau kata apa ni kan... memang tak disediakan oleh pihak pemaju, saya difahamkan. Jadi juga satu lagi tentang Dataran Sena Indah yang mana dulu kawasan sangkar burung tu yang dibawah Perbadanan Ekonomi Negeri, banyak penduduk Taman Sena Indah dok minta tanya saya apa jadi dengan tu kan sebab dah jadi ada semak, kotor apa situ. Jadi dia kata memalukan lah sebab situ kawasan utama di Kangar. Jadi depa minta saya tanya tentang status pembangunan untuk kawasan ini. Yang terakhir, luar kawasan tetapi tempat saya duduk, saya duduk di Taman Bukit Kayangan dalam Kawasan Yang Amat Berhormat Bintong. Jadi baru ni terima kasih lah, saya tengok tar habis di fasa lama tu, cuma saya menyampaikan daripada hasrat daripada penduduk di kawasan sama di fasa baru tu mai la tar sama di fasa baru tu, kami pun ada berlopak juga, di fasa baru Taman Bukit Kayangan ya Yang Amat Berhormat Bintong. Dan satu lagi apa ni...

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Mencelah Yang Berhormat. Bila Yang Berhormat nak pindah pi mengundi di Bintong

Yang Amat Berhormat Bintong, saya dok di situ sejak tahun 2004 lagi, jadi memang… kampung di Repoh… Jejawi, tapi apa ni kebetulan beli rumah di situ sebab dia selesa, dia jauh daripada jalan semua ni kan. Jadi saya salah seorang daripada penduduk Yang Amat Berhormat Bintong kena jaga lah. Akhir sekali ada satu lagi tentang fasa baru Taman Bukit Kayangan ni di mana tahun lepas alhamdulillah ada dapat kelulusan daripada pihak Kerajaan Persekutuan untuk… satu peruntukan untuk pembinaan dewan serbaguna di kawasan fasa baru Taman Bukit Kayangan ni. Jadi penduduk minta saya tanya pihak Kerajaan Negeri… nak tanya status kelulusan untuk pembinaan dewan tu. Jadi saya harap semoga dipermudahkan lah sebab bukan senang kita nak dapat maklumat ni kan. Jadi terima kasih Yang Berhormat Speaker. Assalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sena. Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih kepada Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat, pengarah-pengarah jabatan, tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin hadirat yang dihormati sekalian. Selamat tengah hari dan salam sejahtera.

Kurang gula jangan kurang pulut, selera bahu pulut disapu mentega; Susah senang bukan sekadar dari mulut, negeri ini kita punya, kita jaga.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mula-mula saya ingin mengucapkan terima kasih dan menjunjung kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. Memang bukan senang untuk mengharungi masa yang panjang sejak COVID-19 merebak di Malaysia seawal Februari 2020 yang lalu apatah lagi Negeri Perlis ini masih dalam masa bertarung dengan wabak ini khususnya dengan kluster PUI Sivagangga yang amat merisaukan Negeri Perlis dan juga Kedah. Ekoran daripada wabak COVID-19 ini, ia banyak memberi kesan dan pertumbuhan ekonomi yang semakin merosot bukan sahaja di Negeri Perlis, malah seluruh negara kita mahupun di peringkat global. Pemulihan ekonomi, walaupun jangkaan Bank Negara Malaysia melihatkan susutan ekonomi global dan pertumbuhan negatif yang disebabkan oleh wabak COVID-19, namun pasti ada ruang dan peluang yang baik yang boleh diambil oleh Negeri Perlis lebih-lebih lagi dalam sektor pelancongan. Dan pada masa yang sama juga, kerajaan Thailand yang dijangka hanya akan membuka sempadannya pada tahun 2021, inilah peluang kita untuk memberikan perkhidmatan dan pakej pelancongan kepada rakyat Malaysia yang berhajat untuk bercuti melancong di utara Malaysia. Dengan ini, saya ingin menarik perhatian dua bidang pelancongan yang berpotensi untuk diperkembang majukan walaupun pada masa kritikal dan dengan sumber kewangan yang amat terhad. Yang pertama, Sport Tourism, dengan izin, untuk lebih spesifik kita sasarkan kepada sektor pelancongan yang berasaskan basikal. Beberapa faktor yang menyebabkan sukan berbasikal berpotensi dibangunkan di Negeri Perlis, antaranya seseorang pengayuh basikal ini dia pasti akan berada di negeri ini sehari sebelum aktiviti kayuhannya. Dengan ini, kita akan membolehkan pengayuh basikal ini tinggal di Negeri Perlis dan berbelanja di Negeri Perlis. Kedua, ia adalah satu pada tahap kesibukan lalu lintas yang rendah dan juga kenderaan yang kurang di Negeri Perlis, negeri ini amat bersesuaian dengan aktiviti berbasikal. Kepelbagaian trek dengan izin, on road dan off road, yang sedia ada di Negeri Perlis, dengan alam sekitarnya yang cantik lagi permai, adalah satu tawaran yang menarik untuk pelancong kita berbasikal. Selain daripada itu, Negeri Perlis ada banyak gerai-gerai di tepi jalan yang menyediakan makanan yang enak dan beresepikan tempatan untuk ditawarkan kepada pengayuh dan pelancong yang datang. Seterusnya kita mungkin hanya perlu tambah baik sedikit demi sedikit kemudahan dan infrastruktur untuk keselesaan dan kemudahan pengayuh basikal yang datang mengayuh di Negeri Perlis. Contohnya, kita perlu sediakan tandas di pit stop-pit stop, dengan izin, yang menjadi amalan orang ramai untuk berhenti contohnya di View Point Wang Kelian yang banyak diungkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada kawasan lain dan kita juga harus sediakan papan tanda yang berkaitan dengan program pelancongan dan aktiviti berbasikal. Saya ingin cadangkan, mungkin kita boleh menyediakan papan tanda yang lebih unik, katakan kalau mereka melalui Gua Kelam atau Bukit Keteri, papan tanda itu boleh menandakan, dengan izin, you are passing by the pipe hundred thousand million years old lime stone mountain. So dia akan menyebabkan sesuatu wow factor, kawan-kawan ataupun pelancong akan berasa bangga berada di suatu kawasan yang mempunyai bukit lime stone yang begitu lama. Kita juga boleh mengundang jaguh pengayuh basikal yang bertaraf kebangsaan ataupun antarabangsa seperti Jupha Somnet dari Negeri Perlis yang mungkin boleh menakbur bakti kepada Negeri Perlis dalam membantu mempromosikan aktiviti berbasikal kepada orang luar dan menarik minat mereka untuk berkayuh di Negeri Perlis. Sekiranya ada mana-mana pihak yang berminat dalam membangunkan projek ataupun program berbasikal di negeri ini, saya berharap Kerajaan Negeri dapat memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada mereka. Contohnya pertandingan berasaskan basikal, perkhidmatan sewaan basikal ataupun usaha mewujudkan galeri basikal, roadshow atau karnival berbasikal bersama komuniti ataupun pelancong. Selain itu, kerajaan negeri juga boleh memohon pihak KTM untuk membolehkan dan membenarkan basikal diberi kebenaran diangkut di dalam train.

Untuk sektor pelancongan yang kedua ialah agrotourism, dengan izin, khususnya dalam bidang astronomi sejajar dengan kedudukan geografi dan keadaan lampu yang sangat rendah di Negeri Perlis. Banyak kawasan di sekitar Negeri Perlis yang amat sesuai untuk dijadikan stesyen cerapan bintang. Perkembangan sektor ini pasti akan menarik peminat-peminat bidang astronomi dari merata dunia untuk datang dan membuat kajian serta menghayati keindahan alam semesta disini. Pada masa yang sama, kita juga boleh melibatkan anak-anak tempatan dan murid-murid sekolah agar mereka didedahkan dengan segala ilmu yang berkaitan. Sememangnya, kami telah pun menganjurkan program seumpama ini antara pusat khidmat ADUN Indera Kayangan dengan Persatuan Astronomi Pulau Pinang yang telah menarik perhatian dan kunjungan tidak kurang pada 1200 peserta dari seluruh Negeri Perlis untuk menghadirinya pada akhir bulan Februari yang lepas yang juga dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Muda. Ini semua memang boleh dipertimbangkan memandangkan kos pelaburannya yang tidak tinggi. Apa-apa pun, penangguhan Tahun Melawat Perlis 2021 tetap memerlukan usaha Kerajaan Negeri untuk mempergiatkan program pemasaran dan promosikan Negeri Perlis harus diteruskan kepada dunia luar jika hendak memperkembangkan industri pelancongan untuk Negeri Perlis dan seterusnya membantu mempertingkatkan pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Negeri Perlis.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, pendidikan awam, kesedaran dan tanggungjawab komuniti, satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian pada masyarakat kita ialah pendidikan awam, kesedaran dan tanggungjawab komuniti. Ini jelas dilihat pada masa kita lawan COVID-19, ramai yang ingkar dan tidak sanggup memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa atau yang bertanggungjawab atas sebab mereka mungkin kurang jelas dan tidak faham tentang COVID-19. Mungkin juga mereka tidak rasa, dengan izin, ownership dan dengan izin, self of belonging, sebagai sebahagian daripada masyarakat. Unjuran daripada itu ramai yang tidak memberi kerjasama dalam menjaga kebersihan kawasan setempat dan mengikut arahan pihak berkuasa. Ini jelas dapat dilihat apa yang berlaku dalam masa beberapa hari ini apabila terlaksananya TEMCO di beberapa kawasan di Negeri Perlis yang mana penduduk yang berkuarantin masih ingkar dan keluar dari kawasan lalu berkunjung contohnya ke LHDN untuk berurusan. Sekiranya masyarakat kita memahami apa yang kita hendak lakukan dengan diberikan lebih banyak pendedahan kepada kesedaran awam, ia pasti memudahkan semua pihak dalam menguruskan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat di Negeri Perlis. Dengan itu, kualiti hidup rakyat di Negeri Perlis akan terjamin lebih selamat, sihat dan ceria. Perlis Go-Digital, saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak urus setia atas penggunaan borang google pada sidang DUN kali ini yang menyenangkan semua pihak dan mengurangkan urusan bersentuhan yang sekaligus lebih menjamin keselamatan semua pihak. Saya ingin ungkitkan balik satu usaha pusat khidmat ADUN Indera Kayangan dan pusat khidmat ADUN Sena yang telah menggunakan borang google semasa pelaksanaan program agihan makanan asas (PAMA) pada masa PKP yang lalu yang mendapat tentangan yang hebat dengan lontaran pelbagai komen dan ulasan yang negatif dan ini sememangnya amat mengecewakan. Di mana niat asalnya yang baik telah dipesongkan oleh mereka yang membantah usaha dan cara kerja kami. Walau bagaimanapun, kami kekal teruskan cara kerja yang digunakan dan sebenarnya mendapat komen yang baik daripada orang awam apabila anak-anak orang tua di Negeri Perlis yang bekerja di luar Perlis berpeluang dan dapat menyalurkan maklumat dan memaklumkan kepada kami keperluan dan kehendak ibu bapa mereka yang berada di Perlis tanpa berurusan bersemuka tetapi bekalan bantuan Kerajaan Negeri tetap dapat disalurkan kepada mereka. Begitu juga dengan permohonan bantuan khas ibu tunggal baru-baru ini yang juga menggunakan borang google oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, syabas sekali lagi dan pada masa yang sama saya ingin meminta jumlah permohonan yang telah diterima untuk program ini daripada pihak kerajaan. Pihak kami bersedia memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya dalam masa kita menjalankan program ini. Sesungguhnya ini memang satu budaya dan cara kerja norma baharu yang masih belum dapat diterima dan dipraktikkan oleh semua rakyat di negeri ini. Namun rakyat bolehlah senantiasa diberikan pendedahan dan ahli keluarga turut dimaklumkan tentang pelaksanaan Kerajaan Negeri kearah Perlis Go-Digital. Saya berpendapat ia pasti satu keuntungan kepada semua dengan proses yang lebih jimat, cepat dan cekap. Setakat ini kami masih tidak lagi dimaklumkan sebarang perkembangan tentang pelaksanaan Perlis Go-Digital. Namun, saya berharap Kerajaan Negeri dapat menggunakan sepenuhnya platform ini untuk mewujudkan program berunsurkan digital dengan lebih luas agar lebih ramai rakyat Negeri Perlis yang akan diberi manfaat daripada Perlis Go-Digital. Syabas dan tahniah sekali lagi.

Sesungguhnya rakyat kini semakin berpengetahuan, lebih pintar dan semakin bijak. Namun, memang ada had pengadu ini terhadap aduan yang ditujukan, maka dengan itu pihak yang bertanggungjawab harus memainkan peranan menggunakan kuasa perlaksanaan mereka dengan penuh dedikasi dan harus tahu selok belok untuk menyelesaikan aduan ataupun masalah yang dihadapi oleh rakyat. Kerja kita bukan sekadar postman tetapi perlu berinisiatif untuk terus pantau sesuatu aduan sehinggalah ia dapat diselesaikan. Saya ambil satu contoh, ianya satu aduan ya, yang sudah berkali-kali saya ungkitkan dalam sidang DUN iaitu kerosakan jalan yang dipercayai berpunca daripada masalah saluran kumbahan di belakang Petron Taman Kemajuan. Kami memang dimaklumkan dalam sidang DUN yang lepas, surat telah dihantar dan masih menunggu maklum balas daripada pihak yang berkaitan. Di sini izinkan saya untuk lapor balik aduan ini, satu surat daripada pihak Kerajaan Tempatan telah dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Zon Utara di Alor Setar pada 23 Disember 2019. Malangnya tiada sebarang pantauan atau dengan izin, follow up, kerana jabatan ini sebenarnya telah ditutup sejak 10 tahun yang lalu. Hasil maklumat yang telah diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Malaysia apabila pusat khidmat ADUN Indera Kayangan cuba follow up aduan ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, cubalah kita bayangkan macam manalah kita akan dapat menunggu untuk mendapatkan maklum balas jika sesuatu aduan itu dihantar ke satu jabatan yang sudah tutup 10 tahun. Maka dengan itu, saya pasti masalah itu masih tidak diambil tindakan susulan atau pantauan oleh pihak yang berkaitan. Saya mengambil maklum bahawa di sini bukan tempat membuat aduan tetapi saya ingin memohon pencerahan status baik pulih jalan belakang Public Bank yang dikatakan telah jalani proses sebut harga pada bulan Mei, dijangka mula kerja baik pulih pada bulan Jun yang lalu dan siap pada akhir bulan Julai yang lalu. Tetapi masih nampak diam saja sehingga kini. Perlaksanaan aduan ini amat mengecewakan sebab ini satu aduan yang dibuat sejak 26 November 2018, tiga bulan lagi genap 2 tahun.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebenarnya perkara seperti ini tidak harus dibawa kedepan pada persidangan DUN, akan tetapi perkara kecil umpama ini pun Kerajaan susah nak selesaikan, amat susahlah nak percaya jika sesuatu projek besar itu berkemungkinan terkandas. Sesungguhnya, inikah mutu perkhidmatan yang Kerajaan tawarkan kepada rakyat yang memberi kepercayaan kepada mereka. Walau bagaimanapun, saya mohon jasa baik Kerajaan dan mana-mana pihak yang bertanggungjawab untuk uruskan secepat mungkin aduan berkenaan. Saya mohon agar corak dan mutu kerja dalam agensi Kerajaan mesti diubah kearah yang lebih cekap dan produktif. Dalam perkembangan lain, saya sentuh sedikit isu ketum yang mungkin boleh diselesaikan oleh Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian untuk membuat penguatkuasaan tarik balik atau tidak memperbaharui geran pemilikan tanah jika didapati pemilik tanah itu menjalankan aktiviti penanaman ketum. Kerajaan Negeri boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan kapasiti kuasa Pejabat Tanah dan Galian dalam mesyuarat EXCO dan membuat keputusan khas untuk menjalankan operasi khas menguatkuasa... penguatkuasaan ke atas penanam ketum melalui Jabatan Tanah dan Galian, sama ada memberikan kompaun ataupun tarik balik hak milik tanah berkenaan.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Mohon pencelahan…

Speaker

Yang Berhormat… Guar Sanji… Guar Sanji.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Ya…

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih kepada Yang Berhormat Indera Kayangan berkaitan dengan cadangan kepada Kerajaan supaya akta tanah yang diambil untuk mengekang apa nama… ketum ini. Saya pernah bersembang dengan kakitangan kerajaan di Negeri Kedah, depa dah kuat kuasa dah, walaupun akta ketum ini masih bukan di bawah Akta Racun… bukan akta dadah, tetapi Kerajaan Negeri Kedah telah pun mengguna bidang kuasa yang ada di bawah Pejabat Tanah telah membuat satu polisi mengekang… menyekat penanaman ketum secara berleluasa. Jadi apakah Yang Berhormat bersetuju jika Kerajaan Negeri Perlis mengkaji dan membuat penetapan sebagaimana Negeri Kedah.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Saya bersetuju dengan cadangan tu dan kami minta Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan cadangan yang telah disampaikan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, menyahut seruan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sempena bulan kemerdekaan ini dalam memperkasakan lima prinsip Rukun Negara Malaysia. Sebagai wakil rakyat, izinkan saya ketengahkan sedikit kerisauan dan keresahan ekoran daripada aduan warga-warga kaum Hindu dan juga Buddhist di Negeri Perlis yang berpegang kepada prinsip kepercayaan kepada Tuhan masing-masing yang merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka kini menghadapi kekangan dan tidak dapat meneruskan pembinaan kuil dan dan juga tokong masing-masing sehingga kerja baik pulih ataupun mungkin penambahan bangunan tidak dapat dijalankan. Saya mohon jasa baik mana-mana pihak yang bertanggungjawab atau pun yang berkaitan utamakan perpaduan dalam memakmurkan negeri sepertimana yang dititah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis kelmarin. Sama-sama kita saling menghormati dan bertolak ansur dalam mencapai kata sepakat, dengan izin, let us learn and earn respect from others by providing them the quality service as a public servant. After all, we are nobody if we are no longer in a position or in power. Mungkin ini boleh diibaratkan… kita bukan hanya dinilai di dunia yang sementara ini tetapi yang lebih penting lagi di akhirat yang kekal. Berikanlah peluang, ruang dan hormatilah mereka sebagai insan sesama kita dan manusia yang mana kita masing-masing rakyat Malaysia di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang mempunyai kebebasan berpegang kepada mana-mana kepercayaan masing-masing. Rumah beribadat ini bagaikan tempat yang paling penting dan suci untuk mereka menjalankan adat upacara sembahyang. Cuba bayangkan mereka menjalankan upacara kepercayaan masing-masing di suatu tempat yang kerjanya terkandas, tergendala, siap tak siap dan tak terurus. Apa-apa pun, saya mohon segala urusan dan masalah yang dihadapi ini dibuka untuk perbincangan secara terbuka sehinggalah masalah ini diselesaikan dan mencapai kata sepakat yang bermuafakat serta membawa berkat untuk seluruh rakyat di Negeri Perlis.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, boleh saya tanya soalan?

Speaker

Minta kebenaran kepada Yang Berhormat Indera Kayangan.

Saya nak tanya Masjid di Sanglang tu tutup dah, ada dua tokong di Kuala Sanglang tu tutup ka dak sempena TEMCO ni?

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Yang ini bukan pasal tutup masa TEMCO, ini adalah pembinaan.

Saya nak tanya saja sebab di Kuala Sanglang tu dia ada 2 tokong di situ, sama ada tutup ataupun tidak ataupun masih ada aktiviti keagamaan disitu.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Saya tidak dimaklumkan tentang perkara ini dan minta maaf, apa-apa pun saya cuba dapatkan pencerahan jika Yang Berhormat Sanglang ingin mengetahuinya, terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat, saya bagi tambahan 2 minit lagi. Boleh selesaikan?

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Ya, baik. Sebelum berundur, izinkan saya untuk menyampaikan serangkap pantun,

Cuti-cuti kita ke Tasik Pedu, pi mai-pi mai tak keluar Jalan Abi;

Rakyat Perlis bersatu padu, semoga Perlis terus maju di bawah pimpinan YAB.

Dengan itu saya menyokong sepenuhnya titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. Salam Merdeka, Salam Perpaduan, Malaysia Prihatin. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan, dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan agensi, wakil-wakil jabatan dan agensi, serta semua hadirin di dalam Dewan yang mulia ini. Dato’ Speaker, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk turut sama membahas usul titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dan sekali lagi saya nak memohon kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker memandangkan saya adalah pembahas terakhir diberi kebenaran untuk berbahas selama mana yang mungkin tetapi saya tak rasa saya akan selama macam rakan-rakan yang membahas tadi, cuma bagi saya peluang selama mana yang boleh, insya-Allah tak lebih daripada 30 minit. Insya-allah, di kesempatan ini juga saya ingin menyatakan yang saya menyokong penuh usul titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. Dato’ Speaker, ketika titah ucapan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja, banyak perkara yang telah disentuh oleh Baginda tentang kemajuan ekonomi, perpaduan dan juga pelbagai lagi perkara lain yang terkait dengan rakyat di Negeri... di bawah pemerintahan Baginda. Saya menyambut baik hasrat Baginda untuk terus melihat Negeri Perlis ini terus melangkah ke hadapan dan bersaing dengan negeri-negeri lain dalam pelbagai perkara. Insya-Allah kita akan dapat bersama-sama membangunkan negeri ini jika kita semua menanamkan nekad untuk menjadikan Negeri Perlis ini ke arah yang lebih baik, insya-Allah. Hasrat Baginda Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja yang memerlukan kita, Ahli-ahli Dewan, untuk menyematkan niat yang baik, tekad, jujur, ikhlas, amanah dan tabah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik berdasarkan mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada kita dan kita jangan sesekali mengkhianati amanah rakyat demi kepentingan peribadi dan keluarga. Insya-Allah, kita semua akan menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat ini sebaiknya dan diberkati Allah hendaknya jika kita berpegang kepada nilai yang baik ini.

Dato’ Speaker, semasa krisis COVID-19 baru-baru ini dan sedang berlangsung sekarang ini, ramai rakyat Malaysia amnya dan rakyat Perlis khasnya yang terkesan dari segi ekonomi. Seperti data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar peningkatan pengangguran meningkat naik dengan mendadak bermula pada pertengahan Februari 2020 sehinggalah ke bulan Mei 2020 dengan peningkatan sebanyak 0.4% sebulan. Peratusan tertinggi pada bulan Mei 2020 adalah sebanyak 5.3% manakala dari segi jumlah pengangguran pula meningkat dari hampir 53 ribu orang ke 773 ribu orang. Ini satu peningkatan yang mendadak selepas tahun 2000. Kita sedar kadar pengangguran yang tinggi ini adalah disebabkan oleh wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini. Kadar pengangguran yang tinggi ini memungkinkan akan berlakunya gejala lain yang memberikan kesan kepada rakyat. Dijangkakan ekonomi global dan setempat juga akan mengalami pertumbuhan negatif bagi tahun 2020 akibat wabak COVID-19 ini. Segala perancangan yang akan diambil untuk mencatatkan pertumbuhan positif dari segi ekonomi juga perlu meletakkan kepentingan rakyat di hadapan. Tidak dapat kita nafikan tahun ini dan hadapan adalah tahun yang mencabar bagi mana-mana kerajaan untuk memulihkan ekonomi yang merosot. Jadi, saya ingin tahu apakah perancangan dan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Perlis dan akan diambil untuk membantu meningkatkan kembali ekonomi Negeri Perlis.

Dato’ Speaker, di kesempatan ini juga saya ingin mencadangkan pada Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan beberapa perkara bagi mengurangkan kadar pengangguran dan seterusnya merancakkan kembali ekonomi Negeri Perlis. Yang pertama, memudahkan permohonan permit atau membaharui lesen niaga sementara bagi gerai di tepi jalan dan juga permohonan permit perniagaan sementara bagi pemohon-pemohon baru. Kemudian yang kedua, melanjutkan tempoh bayaran ansuran sewa bagi penyewa atau pembeli rumah dibawah seliaan Kerajaan Negeri sehingga pertengahan tahun 2021. Yang ketiga, meneliti kembali ruang perniagaan yang terbiar milik Kerajaan Negeri atau agensi di bawah Kerajaan Negeri untuk disewa dengan kadar murah dan segera kepada peniaga tempatan supaya boleh mendatangkan semula hasil kepada Kerajaan Negeri. Yang keempat, menawarkan bantuan kewangan tambahan kepada ketua isi rumah yang dibuang kerja. Walaupun Kerajaan Pusat menawarkan bantuan kewangan ini, ianya akan lebih bermakna jika Kerajaan Negeri dapat menambah bantuan kewangan ini kepada mereka. Yang kelima, melanjutkan tempoh masa bayaran cukai pintu... cuma lewatkan tempoh bayaran masa untuk membayar cukai pintu. Yang keenam, ini saya minta YB Simpang Empat lah berkenaan memohon pelepasan Kementerian Dalam Negeri untuk membenarkan nelayan laut dalam dari negara Thailand. Bahasa kita kalau bahasa orang Kuala Perlis ni awak-awak siam lah, bagi kebenaran untuk depa masuk ke negara kita dan bot-bot laut dalam ini boleh kembali beroperasi di tengah laut sebab sekarang ni banyak pengusaha-pengusaha bot laut dalam ni terkesan apabila awak-awak ni tak boleh masuk dan bot depa tak boleh keluar dan banyaklah isi-isu lain yang timbul. Saya mohon minta Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk memohon kebenaran membenarkan awak-awak ini masuk ke dalam negara kita dan seterusnya keluar ke laut lah. Kemudian yang ketujuh, membenarkan ataupun melonggarkan nelayan pantai yang belum mempunyai lesen perahu beroperasi tanpa perlu diambil tindakan untuk meningkatkan pendapatan keluarga mereka. Ini perahu-perahu yang keluar pukat, keluar pukat tangkul, pukat udang apa semua ini sebab depa banyak dah mohon lesen tapi belum diluluskan pada sidang yang lepas pun saya pernah bangkitkan tapi belum ada jawapan berkenaan siapa yang dapat kelulusan tersebut. So dalam keadaan la ni kita bagilah kelonggaran kepada depa untuk depa keluar tambah kewangan keluarga depa, insya-Allah. Kemudian ini berkenaan dengan pengusaha parkir lah. Saya ada membuat perjumpaan dengan depa pada lebih kurang bulan lepas lah, bulan 7 yang lepas membangkitkan beberapa perkara lah pada saya, antaranya bila saya dah berbincang dengan mereka ni saya dapat tahu punca utama kebanyakan pengusaha parkir ni mereka tidak boleh beroperasi secara sah kerana mereka tidak mempunyai surat perjanjian sewa tanah atau sewa tapak di mana pemilik tanah atau tapak ini adalah kebanyakannya milik Kerajaan Negeri ataupun milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis. So bila mereka tak dapat surat perjanjian ni, maka mereka pun tidak boleh memohon permit operasi daripada Majlis Perbandaran Kangar lah. Dari situ pula bila takdak apa nama ni... surat perjanjian atau permit operasi ni, menyukarkan balik kepada peraih-peraih parking ni yang menggunakan motorsikal, kalau belah Kuala ni kita panggil geng ligan parking lah. Mereka ligan parking untuk membantu melancarkan perletakan kenderaan parkir pelancong ke Pulau Langkawi. So sebenarnya kita nampak sebenarnya peraih-peraih parkir ni, geng-geng parking ni, kita nampak macam depa ni macam tak berapa nak senonoh tapi sebenarnya kalau kita halusi balik depa ni lah yang banyak membantu menguruskan kenderaan-kenderaan pelancong yang parking ke Langkawi dan melancarkan pergerakan kenderaan berhadapan dengan jeti dan konkos ke Langkawi. So kita perlu hargai juga sumbangan depa, mungkin kita nampak kadang-kadang depa ligan daripada Simpang Empat, Padang Besar, apa semua tu... nampak kalau macam orang luar mungkin depa tak biasa cuma kita mungkin kalau ada permit ni kepada pengusaha parking ini, insya-Allah dalam keadaan sekarang pun depa dah tubuhkan persatuan untuk membuktikan yang mereka ni bukanlah macam yang dipandang oleh orang luar, insya-Allah. Saya harap semua cadangan-cadangan ini akan dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri Perlis, insya-Allah.

Dato’ Speaker, Rancangan Malaysia Ke-12 akan bermula pada tahun 2021 dan semestinya Negeri Perlis tidak akan ketinggalan untuk terlibat sama. Mungkin hari ini Yang Amat Berhormat

Bintong boleh membentangkan sedikit sebanyak perancangan dan hasrat Kerajaan Negeri Perlis untuk RMKe-12 supaya perkara ini boleh diperhalusi dan difikirkan secara bersama oleh semua Ahli-ahli Dewan yang ada pada hari ini. Kami di pihak pembangkang tidak menolak pembangunan yang cuba dibuat oleh Kerajaan Negeri, tapi berdasarkan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku semalam, penglibatan semua pihak termasuk lah Ahli-ahli Dewan dari plot pembangkang amatlah perlu kerana jika terdapat pembangunan di Kawasan DUN masing-masing, saya percaya ADUN-ADUN ini akan lebih mengetahui kehendak dan kemahuan penduduk setempat dan lebih mudah untuk menerangkan kepada penduduk di kawasan mereka. Saya berharap agar pendapat ADUN-ADUN pembangkang juga diambil kira dalam merancang satu pembangunan di kawasan mereka. Pemikiran saya lebih bijak dan saya turut tahu perlu diubah kerana perkongsian buah fikiran adalah lebih baik daripada pendapat seorang diri, insya-Allah.

Dato’ Speaker, kita semua sedia maklum tentang projek-projek berimpak tinggi seperti Chuping Valley Industry Area, Perlis Land Port, Salam Integrated Jetty, Kangar Centre, UniKL-ASTI, kemudian termasuklah juga Chuping Agro Valley. Tidak dapat dinafikan ini adalah projek-projek yang berimpak besar dan memerlukan kos yang sangat besar. Jadi saya ingin bertanya adakah projek-projek yang berimpak besar ini masih mengikut jadual seperti yang telah dirancang dan adakah ianya akan ditangguhkan buat sementara waktu kerana kekangan kewangan akibat wabak COVID-19. Kita semua sedar bahawa Kerajaan Negeri perlu fokus kepada masalah pemulihan ekonomi sebagai keutamaan buat masa ini. Jadi adakah Kerajaan Negeri Perlis akan kehilangan sumber pendapatan yang besar untuk jangka masa panjang jika projek-projek ini ditangguhkan buat sementara waktu. Di kesempatan ini juga saya ingin bertanyakan berkenaan projek Kangar Centre yang sebelum ini dikhabarkan Safuan Group yang cuba melabur untuk membangunkan kawasan Kangar Centre. So saya ingin mendapatkan berkenaan status pembangunan Kangar Centre.

Dato’ Speaker, ini berkenaan masalah utama kita dalam kawasan Negeri Perlis iaitu berkenaan masalah air tidak berhasil atau dengan izin, non-revenue water. Saban tahun negeri kita ni Perlis menjadi juara pada permasalahan ini, masalah ini seakan-akan tidak menjurus ke arah lebih baik. Untuk menyelesaikan permasalahan ini memerlukan kos yang sangat besar. Selain menerima peruntukan sebanyak RM205 juta daripada Kerajaan Persekutuan, suka juga untuk saya cadangkan pada Yang Amat Berhormat Bintong untuk berterusan memohon dan menekan Kerajaan Persekutuan untuk membantu Negeri Perlis menyelesaikan masalah non-revenue water ini. Masalah non-revenue water ini amat menyukarkan ramai penduduk dengan kebocoran air di sana sini akan wujudnya masalah tekanan rendah di beberapa kawasan seterusnya menyukarkan aktiviti penduduk dan pelbagai perkara akan tertangguh. Jika Kerajaan Negeri Perlis perlu meminjam daripada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah ini, usahalah bersungguh-sungguh. Bagi saya ini adalah dengan izin, good debt, dan akan membantu Negeri Perlis dalam banyak perkara insya-Allah.

Dato’ Speaker, saya nak ambil peluang untuk membangkitkan juga beberapa perkara lah berkenaan permasalahan di kawasan saya. Tadi saya dah bangkitkan berkenaan... sedikit sebanyak berkenaan pengusaha parkir kereta ke Langkawi. Saya berharap permohonan pengusaha parkir ini mendapatkan perjanjian surat sewa tanah atau tapak dengan pemilik tanah yang berkenaan boleh dimenteraikan, kemudian ini akan mendatangkan hasil lah kepada Kerajaan Negeri dan sebab sebelum ni saya dah cuba dapatkan secara berbeli berkenaan maklumat ini dan saya dimaklumkan hasil sewaan tapak sekarang ni yang secara berbeli tanpa ada hitam putih ni sebenarnya kita tak tahu hasilnya ke mana. So dari segi akauntabiliti tu kita tak Nampak, so bila adanya perjanjian, insya-Allah, kita akan nampak duit tu ke mana dan mendatangkan hasil kepada Kerajaan Negeri, saya berharap. Berkenaan Jalan Sarawak di Kuala Perlis Dato’ Speaker, Jalan Sarawak ini merupakan jalan yang agak sibuk dan saya rasa saya consider jalan yang paling sibuk di kawasan Kuala Perlis kerana jalan ini ia menghubungkan banyak taman dan penempatan dengan kawasan Kuala Perlis. Di sepanjang jalan tersebut juga terdapatnya gerai-gerai makan yang beroperasi sepanjang hari. Pada sidang-sidang yang lepas saya pernah membangkitkan tentang rancangan Majlis Perbandaran Kangar untuk menempatkan semula gerai-gerai ini ke satu kawasan lain tapi saya dimaklumkan MPK tidak mempunyai tempat ganti untuk menempatkan semula gerai-gerai makan di sepanjang Jalan Sarawak ini. Saya sering dapat rungutan daripada pemilik perniagaan di bahagian rumah kedai kerana ada gerai di sepanjang Jalan Sarawak ini tidak menjaga kebersihan kedai mereka di bahagian belakang. So gerai-gerai di Jalan Sarawak ni depa dok di bahu jalan, belakang depa tu longkang, kemudian ada rumah-rumah kedai... ada Gulai Panas kat situ, ada Klinik Penawar, ada Laksa D’Adna apa semua. Selalu depa complaint, pemilik-pemilik peniagaan rumah kedai ini, sebab pemandangan depan kedai depa tu nampak belakang gerai-gerai ni dan kotor. So saya berharap ada tindakan lah daripada pihak yang berkenaan untuk memantau kebersihan bahagian belakang gerai-gerai di tepi Jalan Sarawak ini. Insya-Allah saya berdoa. Kemudian saya juga pernah bangkitkan sebelum ini berkenaan gerai yang terlalu dekat dengan simpang. Satu dia ada dua simpang kat situ yang bagi saya agak sibuk dan bahaya tetapi yang paling bahaya adalah simpang keluar daripada Taman Sentosa nak cross ke Masjid Rahmaniah. Dekat situ ada satu banyaklah gerai sepanjang jalan tu tetapi di hujung gerai tu dia ada kawasan lapang. Bila kawasan lapang ni, bila pembeli nak berhenti, kadang-kadang dia berhenti terus tepi jalan tepi gerai tu. Dia macam drive thru. So macam saya, rumah saya dalam taman tu dekat-dekat Taman Sentosa, Taman Utara Jaya, nak keluar nak cross nak pi pejabat nak ke kanan tu kita tak Nampak, terlindung dengan kenderaan yang parking di hadapan kedai ataupun di hujung kedai tu. Jadi banyak dah juga kejadian kemalangan yang berlaku dan tak silap saya tahun ni kot salah seorang penjawat awam daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim accident depan tu, teruk juga keadaan dia... mangsa masa tu. Saya berharap kalau boleh... bukan kita nak tutup perniagaan gerai-gerai ni tapi boleh diwujudkan traffic light di simpang tiga nak masuk ke jalan Dato’ Ali, nak lalu ke laksa sangkar kuala tu wujudkan traffic light kat situ sebab bila adanya traffic light, dua-dua kenderaan daripada dua-dua arah daripada pekan Kuala Perlis ataupun daripada RPA Bukit Kubu depa tak akan laju... depa nampak traffic light depa akan slow dan insya-Allah, bila lalu depan simpang nak cross ke RPA Bukit Kubu ataupun ke Masjid Rahmaniah, tu depa akan slow dan mengurangkan risiko kemalangan. Saya berharap sangat sebab sebelum ni saya pernah bangkitkan, saya berharap sangat kali ni dipandang serius dan diperhalusi lah cadangan saya ni, insya-Allah.

Saya nak lari sedikit daripada masalah kawasan lah, ini berkenaan politik lah Dato’ Speaker, berkenaan desas desus pembubaran Dewan Rakyat. Suka juga untuk saya mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Bintong untuk tidak memohon perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perlis penggal ke-14 ini sekiranya Dewan Rakyat dibubarkan dalam masa terdekat. Seperti kita semua sedia maklum, Kerajaan Negeri Perlis di bawah pemerintahan Barisan Nasional tidaklah tergugat dari segi bilangan kerusi Dewan Negeri. Maka tidak perlulah kita di peringkat negeri terikut dengan permainan politik di peringkat persekutuan. Di dalam keadaan negeri kita yang meningkat balik kes COVID-19 akibat kluster PUI Sivagangga ini, maka amat wajar sekiranya kita semua Ahli-ahli Dewan sebulat suara mendokong amanat rakyat yang diberikan kepada kita pada PRU ke-14 yang lepas hingga habis penggal iaitu lebih kurang 3 tahun lagi akan berakhirnya penggal ke-14 ini. Sama-sama kita menyokong untuk Yang Amat Berhormat Bintong jika ditakdirkan Dewan Rakyat dibubarkan, kita sama-sama menyokong Yang Amat Berhormat Bintong untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri Perlis, insya-Allah. Bukan apa, dalam keadaan kita yang tidak mempunyai faktor kewangan yang banyak ni, kenapa kita perlu terikut-ikut permainan politik di peringkat pusat. Itu orang panggil... apa nama ni... ada kepentingan. Semua maklum ada kepentingan. Kenapa kita perlu ikut. Kita di Perlis ni dah selesa…

Yang Berhormat...

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Ya, teruskan Yang Berhormat.

Bunyi macam tak yakin saja lepas pilihan raya ni.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Dia macam ni Yang Berhormat, dulu pun sebelum saya bertanding pun depa kata macam tu dah. Kuala Perlis ni saya tak menang. Tapi alhamdulillah saya menang juga, tapi bukan nak riak Yang Berhormat tapi ini untuk kepentingan rakyat dalam keadaan sekarang ni berkenaan wabak COVID-19. Semua kita dalam ni maklum yang Kluster Sivangangga adalah super spreader. Dia dah mutant dah. Dah jadi yang lebih hebat. Saya dengar katanya salah satu pesakit yang kena belah Kulim kot, katanya dia lalu saja kawasan Napoh tu, dia tak berhenti pun. Bayangkan, lalu tu maksud dia kena... maksudnya mungkin Sivagangga ni dah... dia dah mutant dah, boleh tersebar melalui udara dan memberi kesan yang bahaya lah kepada kita semua. So kenapa saya setuju untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kes Sivagangga, kita tengok owner Nasi Kandar Salleh tu, dia seorang tu sebenarnya kita consider dia ni ketegaq lah, orang suruh kuarantin kat rumah dia bantah dia tak ikut SOP, dia keluar juga pi kedai makan. Tu kerana dia seorang bantah, bayangkan jika ditakdirkan Dewan Undangan Negeri juga dibubarkan, berapa ramai penduduk dalam Negeri Perlis yang akan keluar mengundi, yang sungguh-sungguh untuk keluar mengundi, tidakkah ianya akan mendatangkan risiko balik kepada kita semua dan mendatangkan balik kes ni? So kenapa perlu terikut-ikut dengan permainan mereka di peringkat pusat tu. Teruskan kita bersidang, aman dan harmoni. Insya-Allah Yang Amat Berhormat Bintong dia akan tengok benda ini betul-betul. Insya-Allah saya doakan.

Ok ini berkenaan isu-isu lain lah, saya kembali balik Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkenaan isu-isu lain di kawasan saya lah. Berkenaan dengan Yang Berhormat Simpang Empat na, saya pernah bangkit dah sebelum ni, mintak tengok na ni sikit. Berkenaan isu nelayan Zon B, bahasanya orang Kuala belah tepi sungai ni kita panggil bot pukat tarik lah. Bot pukat tarik pun kalau di Kuala yang saya dimaklumkan 3 atau 4 biji saja la ni. Kebanyakan depa dah jual bot pukat tarik ni sebab depa dah menggunakan bot fiber, bot pukat hijau. Bot fiber ni dia lebih cost effective dan dia boleh pi jauh dan boleh balik hari, banyaklah benda yang... banyak orang tak pakai bot pukat tarik ni. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sempadan laut... minta maaf bukan sempadan laut, perairan antara pesisir pantai Perlis ke Langkawi lebarnya lebih kurang 12 batu nautika dan sempadan antara perairan Kedah dan juga sempadan Perlis dan Thailand juga 12 batu nautika. Dia lebih kurang 4 segi tu, 12 kali 12 yang dibenarkan oleh Perikanan dan juga agensi berkenaan untuk nelayan Zon B ini memukat... beroperasi adalah di antara batu nautika ke-6 dan ke-7. Maksudnya depa ada 2 batu sebab akta yang perikanan tu 5 batu dari pesisir pantai tak boleh memukat untuk nelayan Zon B. Tetapi untuk nelayan Zon A ni, nelayan pesisir pantai yang keluar pakai perahu ni depa boleh bebas di mana-mana sahaja. Isu dia bagi nelayan Zon B, untuk 4 buah bot ni, bila depa keluar ke laut, 2 batu sahaja orang kata depa boleh memukat dan pada batu nautika ke-6 dan ke-7 ini adalah kawasan yang arus deras yang di mana hasil tangkapan tak banyak. Kadang-kadang depa terpaksa masuk ke kawasan batu nautika ke-4 sebab kadang bot pukat tarik ni depa nak kena pusing apa semua kan, so dah masuk kawasan batu nautika ke-4. Tu yang banyak depa tertangkap. Saya tak nafi memang itu menyalahi undang-undang, tetapi dalam keadaan sekarang ni, kita boleh lah permudahkan urusan depa, kita bagi depa peluang untuk depa beroperasi ni tanpa ada sekatan lah. Maksud dia janganlah kita terlalu strict bila nampak tu depa masuk ke kawasan batu nautika ke-4 tu terus depa nak pi tangkap apa semua dan ini bagi saya adalah tidak wajar lah sebab kadang-kadang bukan depa nak pi tangkap sangat pun, cuma nak pusing sahaja. Ini pun menjadi isu sebab pukat tarik ni panjang. Nak pusing tu makan masa. Bukan boleh belok macam biasa, dia kena pusing ambil satu pusingan yang besar.

Itu yang pertama, yang kedua berkenaan ni nelayan-nelayan pesisir pantai dan juga nelayan Zon B ni depa memohon diwujudkan buoy route, ataupun buoy route ni dalam bahasa kita penanda sempadan laut antara Thailand dengan Perlis sebab dah banyak kali dah nelayan kita termasuk kawasan Thailand sebab Thailand dia punya undang-undang sangat ketat. Kalau termasuk kawasan depa dan depa tahu kita cuba tangkap ikan kawasan depa, depa sangat ketat, depa rampas terus bot tu... macam-macam lah jadi kesan balik kepada nelayan ni. Saya minta 2 benda tu. Kemudian berkenaan apa nama ni... imam masjid di Seberang Ramai lah. Ini saya baru dimaklumkan petang semalam, kariah pun dok tanya kat saya kenapa imam yang sedia ada yang sebelum ni ditamatkan perkhidmatan dan dia dilantik sebagai imam litar. Saya nak tahu juga kepastian sama ada imam litar ini mempunyai elaun seperti imam biasa dan untuk makluman Dewan yang mulia juga, imam litar yang sebelum ni adalah imam utama, dia sekarang ni memegang jawatan sebagai imam litar dan menjadi imam sepenuh masa juga macam sebelum ini sebab imam yang katanya akan dilantik belum lagi sampai... belum lagi tiba ke Masjid Saidina Abu Bakar lah di sebelah Seberang Ramai sana. Itu sahaja berkenaan imam litar ni dan saya berharap bila saya tahu... elaun depa ni tak tinggi lebih kurang RM850 ini... saya mohon lah jasa baik pihak berkenaan kalau boleh kita tingkatkan elaun depa ni, imam-imam ni, sebab kebanyakan mereka ni sumber utama pendapatan mereka adalah hasil daripada melakukan kerja sebagai imam lah. Saya mohon elaun-elaun depa ni dipertingkatkan, insya-Allah.

Kemudian isu... dua dah isu di Kampung Kurung Tengar... ada 2 isu lah. Sebelum ni saya pernah memohon daripada MADA, titi yang menghubungkan antara penempatan perumahan orang dengan kawasan jalan utama sepanjang Kurung Tengar tu, bukan jalan sepanjang tepi laut tu... jalan sepanjang Kurung Tengar tu, sebab titi tu memang ada dah sebelum ni tapi nampak nak reban. Dia melalui pengairan MADA lah, tapi ditolak. Kemudian penduduk setempat masih memohon, meminta jasa baik saya untuk memohon lagi sekali, saya berharap mungkin kalau MADA dah tak setuju untuk bina mungkin pihak Bahagian Pentadbiran Daerah boleh ambil maklum perkara ni sebab kalau pi sebelah Kurung Tengar tu ada satu sahaja titi yang... memang yang lain tu elok, kalau kita tengok yang saya maksudkan tu dah macam nak patah dah. Air pun dah apuih dah, apabila air surut boleh lah lalu. Bila air dalam sikit dalam sungai MADA tu, dia tak boleh nak lalu lah. Itu yang pertama, yang keduanya berkenaan tanah mendap ada lubang dekat titi nak pi ke Kurung Tengar, daripada kawasan lapang kat Kurung Tengar tu ada titi nak masuk ke Kawasan Kurung Tengar tu lah. Dia sebelah kampung tu, bukan sebelah laut, ada lubang mendap. Saya pernah membuat permohonan juga tapi dulu saya buat melalui pejabat Timbalan Perdana Menteri lah, lama dah. Saya tak pasti sama ada benda tu diluluskan atau tidak. Benda ni mendatangkan bahaya balik kepada…

Speaker

Yang Berhormat saya bagi 2 minit lagi.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Saya dah minta dah tadi Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya last, bagi lah lebih sikit... sikit ja. Boleh ya Dato’ Speaker? Last ni... boleh na? Terima kasih Dato’ Speaker.

Lekaih la, dah lapar ni…

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Sabar-sabaq la sat. Alright, ok… saya mohon yang tu lah untuk masalah Kampung Kurong Tengar. Ini berdekatan dengan pesisir pantai berkenaan gerai-gerai makan sepanjang apa nama ni… gerai dataran FAMA tu. Ini isu ni memang kita semua sedia maklum lah bahawa kawasan pesisir pantai tu selalu dihujani oleh sampah sarap, oleh orang-orang yang dok pi berkelah di atas batu penahan ombak tu, lepas tu depa tinggal sampah. Saya tak mahu banyak lah yang ni, yang ni saya bukan nak salah nak babitkan Majlis Perbandaran atau siapa-siapa sahaja yang berkenaan, cuma kita tahu ini adalah kesedaran sivik, bukan masalah pengurusan. Ini kesedaran pengurusan diri sendiri. Cuma saya mohon ada diwujudkan mungkin 2 atau 3 papan tanda berkenaan pembuangan sampah di kawasan tersebut. Kita tak boleh tulis jangan buang sampah di sini. Mungkin kita boleh guna hanya monyet buang sampah ka… kita kena guna macam tu. Mungkin depa terasa sikit. Kalau takat guna jangan buang sampah ni depa tak rasa apa, itu yang pertama. Yang keduanya mungkin boleh ditambah sikit tong sampah yang kecil ni untuk memudahkan… letak bawah sign board tu hanya monyet buang sampah, letak tong sampah. Mungkin kalau sapa pi buang… sapa dok buang tang tu maksudnya dia bukan monyet lah. Kalau dia tak pi buang tang tu mungkin dia monyet lah. Mungkin cara tu kita nak mendidik orang yang berkelah di situ untuk tak buang sampah tang tu.

Berkenaan permintaan peniaga-peniaga ikan bakar di depan Brasmana. Sebelum ni saya juga berjumpa dengan depa, sebelum PKP dulu, depa dimaklumkan akan dipindahkan sebenarnya pada awal Ramadhan… pada hampir-hampir tempoh awal Ramadhan, tetapi disebabkan PKP, mereka tak jadi dipindahkan. Saya tak pasti pula bila perancangan mereka akan dipindahkan cuma depa ada memaklumkan kepada saya dalam keadaan kelembapan ekonomi sekarang ni, kuasa pembelian dah kurang, orang dah kurang nak pi membeli, depa minta agar tidak dipindahkan buat sementara waktu ini ke kawasan baru yang sebelah Koma Laut tu sebab bila nak pindah ni, satu kos lah nak angkut barang… yang keduanya, depa bila pindah tempat baru depa mungkin nak kena buat penambahbaikan sedikit. Restoran depa sebahagian belakang itu memerlukan kos lagi lah dengan keadaan mereka yang meniaga ni tak berapa nak banyak boleh ni, so depa minta hold lah dulu minta yang tu. Itu… kemudian ini berkenaan turap jalan lah, baru ni saya tengok ada di kawasan rumah kedai di jalan Miri, Pekan Kuala Perlis. Sebelum ni saya pernah minta juga dengan KPKT untuk diturap semula Jalan Miri 1 dan Jalan Miri 2, memang itu kawasan utama lah penduduk Kuala Perlis pi beli barang apa semua. Baru ni saya tengok turap sekerat-sekerat… ok saya faham lah mungkin turap sekerat-sekerat diturapnya kawasan yang teruk dahulu, itu saya faham cumanya berkenaan dengan satu penutup longkang… yang ni dah 3 atau 4 kali dah viral dekat Saya Anak Perlis, viral merata-rata. Yang kali terakhir ni dia rosak dah berbulan-bulan dah, saya rasa dari sebelum PKP lagi sampai sekarang belum lagi diambil tindakan apa semua dan bila saya pi tengok sendiri pembaikan yang last sekali saya tengok, buat tu bagaikan melepaskan batuk di tangga, menggunakan simen biasa apa semua tu. So bila kenderaan yang berat sikit lalu tak tahan benda tu. So saya minta sebab itu adalah laluan utama masuk ke kawasan rumah-rumah kedai kat situ. Saya minta kalau boleh buat kali ini buatlah betul-betul yang kukuh, yang betul-betul boleh menampung kenderaan lori lah apalah kalau lalu kot tu, buat betul-betul. Itu yang pertama, yang keduanya satu lagi isu penutup longkang juga, dia buat tapi dia jadi mendap. Bila mendap tu antara gap antara… apa nama… penutup longkang dan juga tebing tu tinggi. Kalau malam, motor lalu masuk tu, saya memang berani guarantee tak patah, tak orang jatuh, memang akan jadi kemalangan lah. Ini berdekatan dengan Persatuan Saudagar Ikan, dekat Taman Sentosa nak menghala ke flat tu. Dan satu lagi saya juga pernah buat aduan berkenaan jalan yang berlubang berhampiran dengan Taman Utara Jaya di lorong 4 berdekatan dengan rumah saya lah dekat selekoh. Situ bukan setakat berlubang sahaja, bila air… hujan lebat sikit dia bertakung, bila orang nak lalu memang bahaya dan licin sebab dia lopak-lopak ada tang tu. Jadi saya minta turap balik kawasan tersebut di situ. Berkenaan….

Speaker

Yang Berhormat, masa 30 minit tu dah lebih dah...

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Ok, sikit lagi...

Speaker

Sila tamatkan segera.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Ok, sikit lagi... ada 2 atau 3 lagi, sikit lagi. Ok berkenaan dengan agenda pendigitalan. Sebelum ni saya... sebelum PKP sidang sebelum ni saya pernah bangkitkan berkenaan kita nak mendigitalkan sedang Dewan kita ni, buat live, hansard DUN tu ada dalam portal negeri, tapi sampai sekarang masih belum lagi. Kita dah sebut ni kita dah nak pergi ke era pendigitalan, bulan 10 ni nak rasmi apa semua. Jadi saya berharap benda ni kita bermula dengan Dewan Undangan Negeri kita dulu, insya-Allah. Kemudian saya nak tahu sedikit lagi berkenaan status pembinaan surau Balai Polis Kuala Perlis dan juga surau Desa Kayang. Ini permohonan saya pada tahun 2018 diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ketika itu tapi saya tak tahu apa lagi status tu... status pembinaan tu. Benda dah lulus, peruntukan katanya ada sebelum PKP sepatutnya dilaksanakan tetapi saya tak tau... itu satu. Yang kedua adalah berkenaan pembaik pulihan konkos kawasan jeti Kuala Perlis. Benda ni pun dah masuk dalam apa nama ni bajet Kerajaan Negeri Perlis untuk tahun 2020, ini hasil usaha kita semua masa tu dan alhamdulillah diluluskan dengan nilai yang agak tinggi juga, kita buat balik bagi elok. So saya nak tau status pembaik pulihan dewan jeti konkos Kuala Perlis. Saya rasa itu sahaja, daripada saya Yang Berhormat Dato’ Speaker. Di kesempatan ini saya nak mengucapkan jutaan terima kasih terutama sekali kepada pihak Dewan Undangan Negeri yang menyediakan SOP yang sangat baik saya kira untuk menbendung wabak COVID ini, terima kasih saya ucapkan dan tidak lupa juga kepada semua barisan hero-hero kita, barisan-barisan front liner yang sebelum ini dah memang depa penat saya rasa dan kemudian kembali balik isu Sivagangga dan mereka kembali berjuang. Saya ucapkan tahniah kepada mereka dan ucapan ribuan terima kasih. Insya-Allah kita doakan di negeri kita ni selamat dari segi apa-apa bencana, wabak dan segala masalah. Kita doakan kita terselamat daripada semua benda-benda ini. Sekali lagi saya nak ucapkan jutaan dan ribuan terima kasih kepada semua-semua jabatan dan agensi...

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Mohon... sikit sahaja…

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Ha... boleh sebelum saya ucap last.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Satu sahaja mungkin ada kaitan dengan ucapan Yang Berhormat Kuala Perlis tadi ni, cuma di kawasan Kuala Perlis ni penduduk dia antaranya orang Burma, Kuala Perlis beruntung kerana ada ramai Burma. Cuma saya nak tanya, setujukan Yang Berhormat Kuala Perlis dan juga Bintong sekiranya Kerajaan Negeri Perlis kaji semula kependudukan mereka di situ sebab kita melihat selain daripada mereka menduduk, mereka juga menguasai penempatan yang sedia ada dan juga boleh mendatangkan masalah sosial dan juga persaingan dari segi ekonomi penduduk setempat dan sebagainya. Jadi benda ni lama dah... saya tak tahu lah kedudukan mereka ni... datangnya terus duduk situ ataupun dari Langkawi ka di mana-mana... saya tidak tahu. Jadi kita mohon kepada Kerajaan Negeri supaya mengkaji semula pendudukan mereka sama ada mereka ni perlu duduk situ ataupun tidak sebab kita tengok banyak apa nama... mereka mengambil hak-hak warganegara yang sekarang ni duduk di Kuala Perlis, bantuan-bantuan semua depa dapat. Mereka mai dalam keadaan kita tak tau hitam putih mereka duduk di situ, beranak pinak di situ, boleh mendatangkan apa nama... benda-benda yang tidak baik kepada penduduk di situ. Mohon, adakah setuju dikaji.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih sahabat saya YB Guar Sanji, saya memang nak masukkan perkara ni tadi tapi dah ditegur oleh Speaker berkenaan masa yang tidak mencukupi, mungkin Yang Berhormat Dato’ Speaker bagi saya peluang sedikit nak mengulaskan... saya tak nafikan memang saya setuju untuk dikaji semula balik berkenaan penduduk-penduduk yang kita... kami gelarkan mereka ni yang dipanggil Burma ini. Mereka adalah warganegara Malaysia, tetapi cara mereka mendapatkan kerakyatan tu agak musykil bagi saya sebab saya sendiri pernah bangkitkan dalam sidang ni sebelum ni dan saya sendiri kalau tiap kali... sebab saya orang Kuala Perlis, anak jati Kuala Perlis, saya boleh cam yang mana orang kata betul-betul Kuala Perlis dan bukan orang Kuala Perlis ni, sebab orang Kuala ni dia cakap tak lanjut sikit, tak pelik sikit, dia ada loghat dia. Kalau yang Burma ni dia ada loghat dia. So bila kita cakap ni kita tengok perwatakan depa kita boleh... saya boleh ni lah... selalu bila saya tau depa adalah Burma, saya akan tanya... ada setengah tu umur sebaya dengan saya, tetapi dulu tak pernah sekolah dengan saya. Tu saya akan tanya dulu sekolah mana. Dia akan cerita dulu mai daripada Kedah, sebelum daripada Kedah saya tanya mai daripada mana, mai dari Terengganu...

Speaker

Yang Berhormat, terlampau panjang sangat ulasan.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Sikit... sikit lagi...

Speaker

Tadi Yang Berhormat janji 30 minit, sekarang dah 36 minit. Sila tamatkan segera. Kalau tidak saya akan override mikrofon.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Ok... so apa nama... depa akui benda ni depa mai daripada sana dan depa diberikan I/C ketika berada di sana. So maksudnya depa dok di Malaysia ni tak sampai pun 10 tahun tapi diberi I/C semasa berada di sana untuk masuk ke Malaysia. So saya mohon agar kita tengok balik masalah ini sebab depa ni perwatakan depa ni tak sama dengan kita. Insya-Allah, berkenaan ketum tadi pun saya bersetuju banyak dengan Yang Berhormat Sanglang, Yang Berhormat apa ni... Guar Sanji, kita bukan tak tau masalah ni kita tau tapi tak tau macam mana lagi cara kita nak bantu terutama sekali orang melayu Islam kita ni yang banyak terlibat dengan masalah ketum dan dadah ni. So sekali saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberikan ruang kepada saya untuk berbahas. Sekali lagi saya menyatakan menyokong usul perbahasan dan menyokong penuh titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua di dalam Dewan yang mulia ini. Insya-Allah kita sama-sama jaga kita untuk menang, Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat, komen saya mengenai perbahasan oleh Yang Berhormat, semuanya melampaui masa yang saya peruntukan. Saya nasihatkan supaya... untuk masa hadapan supaya menepati masa dan juga perbahasan itu memberikan fakta-fakta yang penting untuk diambil tindakan oleh pihak Kerajaan dan bukan ulasan yang panjang. Tetapi saya terpaksa benarkan kerana saya sayangkan kepada Yang Berhormat dan sudah tentu lah Yang Berhormat juga sayang kepada rakyat dan Perlis. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan dan akan disambung semula pada hari Khamis, esok, 13 Ogos 2020, jam 9.30 pagi. Sekian, assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

(Persidangan ditangguhkan pada jam 1:57 petang)