Perlis · 13 August 2020
14th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · 123 turns · 28,803 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerlis publishes one PDF per sitting day, but nothing after 9 Aug 2023 although the assembly has kept sitting. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan mula bersidang.
Doa
Doa.
(Bacaan doa oleh Setiausaha Dewan)
Pemasyhuran daripada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis
Pemasyhuran oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menerangkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian tentang aturan perjalanan Mesyuarat Dewan kita pada pada hari ini. Selepas ini soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat akan dijawab oleh pihak kerajaan mengikut turutan seperti dalam Kertas Perintah Mesyuarat Dewan. Setelah itu Dewan akan berehat seketika dan apabila disambung semula Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Dulu Yang Maha Mulia Tuanku Raja akan dibuka semula bagi membolehkan pihak kerajaan memberi maklumbalas dan seterusnya menggulungkan perbahasan. Setelah itu persidangan Dewan akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sekian.
Soalan-Soalan LisanQuestions
Soalan-soalan lisan.
Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 2.
(Soalan 2 : Sejauh manakah terkesannya sektor pelancongan di Negeri Perlis akibat COVID-19?)
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Sepertimana yang kita sedia maklum
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac yang lalu dan diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan iaitu PKPD bagi kawasan zon merah sehinggalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB yang dilaksanakan pada 4 Mei 2020, ianya adalah bertujuan bagi mencegah penularan pandemik COVID-19 di negara ini khususnya. Ekoran daripada itu, ianya secara tidak langsung memberikan impak yang besar kepada sektor pelancongan pada tempoh tersebut. Namun yang demikian, mengikut data yang diperolehi daripada Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Perlis, sejak bulan Mac hingga Jun 2020, banyak tempahan yang terpaksa dibatalkan dan perniagaan dikira zero sales. Untuk makluman hadirin semua, senarai penggiat industri yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Perlis, yang pertama pengusaha pelancongan iaitu travel agency sebanyak 20 travel agency yang berdaftar di Negeri Perlis, tiada yang ditutup cuma depa memperlahankan aktiviti perlancongan dan beralih ke bidang lain seperti pertanian dan perniagaan secara online. Yang kedua, pemandu pelancong, tourist guide ni… seramai 75 orang yang berdaftar… dapat lesen di Perlis tetapi mereka ini hanya 3 sahaja yang orang Perlis. Yang selebihnya itu bergerak dan bekerja di Pulau Langkawi. Seterusnya ni premis penginapan pelancongan, iaitu hotel, rumah tumpangan, motel, chalet, resort… sebanyak 55 buah yang terdapat di Perlis, dan masih beroperasi, dan ada pusat premis penginapan pelancongan ini yang dijadikan pusat kuarantin semasa tempoh COVID-19 seperti Hotel Putra Brasmana yang baru-baru ini dijadikan pusat kuarantin sewaktu COVID. Namun yang demikian, apabila Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan iaitu PKPP mulai 10 Jun, ramai pelancong tempatan telah mula keluar bercuti ke bahagian utara semenanjung. Sale kembali meningkat dan membantu penggiat industri mendapat pendapatan. Sebagai contoh saya ada 2 data di sini yang saya dapat daripada Pejabat Tanah yang mana menyelia Gua Kelam dan Galeri 3D, pada bulan Jun dan Julai sahaja kita telah menerima pengunjung sebanyak 11,950 orang dan hasil kutipan sebanyak RM23,800.00. Yang ni selepas kita buka, orang ramai boleh rentas sempadan dan negeri. Seterusnya data daripada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis iaitu Taman Ular, Jun dan Julai pengunjung yang hadir ke situ sebanyak 13,212 orang dan pendapatan hasil sebanyak RM68,230.00. Ini menunjukkan kesan yang berlaku tu antara 3 bulan tempoh yang kita perketatkan PKP tersebut. Dan akhir Julai 2020, sekali lagi Malaysia dan Perlis khususnya terkesan dengan kes terbaharu kluster Sivagangga, rakyat kembali tidak yakin untuk keluar melancong ke bahagian utara. Namun demikian, kita… Kerajaan merasakan ianya tidaklah terkesan terlalu besar kerana kita telah meletakkan TEMCO, kawasan-kawasan tertentu sahaja yang tidak boleh dimasuki. Namun demikian, tempat-tempat lain boleh seperti biasa dengan kita mengenakan SOP-SOP yang telah diminta untuk kita dipatuhi… mematuhi SOP-SOP tersebut. Dan untuk makluman yang hadirin sekalian berkaitan dengan perbandingan, perbandingan bagi data dari tempoh Januari hingga Jun untuk tahun 2019 data ini kita dapati daripada Jabatan Imigresen Negeri Perlis, Jabatan Laut Malaysia dan KTMB yang mana data-data ini menunjukkan jumlah ketibaan pelawat melalui pintu-pintu masuk… Januari hingga Jun tahun 2019 menunjukkan… jumlah yang memasuki Negeri Perlis… tinggi berbandingkan tahun 2020. Dia ada penurunan sikit sekitar Januari hingga Jun iaitu mana yang dicatit di sini… Januari 1.126 juta, manakala bagi tahun 2020, 873,820 orang sahaja. Itu sahaja Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekian terima kasih.
Soalan tambahan Dato’ Speaker.
Sila, sila Yang Berhormat.
Apabila serangan COVID-19 ini dia berlaku di dalam negara kita, di negeri dan kita tengok data yang dibaca oleh Yang Berhormat Chuping tadi menunjukkan hanya beberapa tempat sahaja yang kita tengok dikunjungi selepas daripada PKP kepada PKPP. Tempat-tempat lain dalam Negeri Perlis ni apakah rancangan pihak Kerajaan untuk memastikan bahawa selepas jika sekiranya COVID-19 ini dah selesai akan menjadi tempat tarikan pelancong. Yang kita tengok tadi hanya 2 tempat, Gua Kelam dengan Taman Ular sedangkan Bukit Ayer ada, Padang Besar ada… kawasan-kawasan yang seumpama itu.
Ok terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Sebenarnya Yang Berhormat Sanglang kita macam di Gua Kelam dengan Taman Ular tu kita, kita ada rekod kehadiran pengunjung dan rekod kutipan hasil. Mana-mana tempat-tempat ni yang disebut oleh Yang Berhormat Sanglang, tempat-tempat pelancongan yang lain yang disediakan oleh pihak persendirian yang ni kita susah untuk dapatkan data daripada mereka dan contohnya kalau di Padang Besar, macam mana kita nak rekod kehadiran seluas yang sebegitu. Itu lah, namun yang demikian kita akan ambil maklum seperti saranan yang dibuat… yang sarankan oleh Yang Berhormat Sanglang, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera dan selamat pagi semua, soalan saya nombor 3.
(Soalan 3 : Apakah status dan kedudukan Projek Pengairan Pinggiran MADA di Kg. Paloh ke Kg. Paya yang mana pengambilan tanah telah lama dibuat sekitar tahun 2010, berserta dengan Projek Pengairan Kg. Sena dan Kg. Padang Telela?)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Sejumlah 1,397 hektar kawasan pinggir MADA di Negeri Perlis telah diwartakan sebagai sebahagian daripada Kawasan Muda pada 4 November 2011. Pewartaan ke dalam kawasan MADA ini telah membolehkan pesawah di kawasan tersebut menikmati khidmat teknikal pengairan serta pengembangan pertanian daripada pihak MADA. Kampung yang terlibat ialah Kampung Paloh, Kampung Paya, Kampung Sena dan Padang Telela berada dalam Skim Pengairan Padang Telela yang berkeluasan sebanyak 350 hektar dan diselia oleh Jabatan Pengairan dan Saliran iaitu JPS sebelum ini. Antara kemudahan infrastruktur pengairan sedia ada dalam skim tersebut adalah seperti tali air yang berkeluasan 6,192 meter, parit 4,408 meter serta jalan ladang sebanyak 7,774 meter dengan purata kepada tan infrastruktur keseluruhan sebanyak 17.50 meter per hektar. Terdapat sebahagian lot-lot tanah telah dibuat pengambilan oleh pihak JPS tetapi tidak dibangunkan kemudahan infrastruktur pengairan sepenuhnya pada ketika itu. Selepas pewartaan, MADA mengambil langkah untuk menambah baik kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut melalui rancangan pembangunan skim pengairan tersier untuk mencapai sasaran purata tan infrastruktur kepada 30 meter per hektar. Di bawah peruntukan Rolling Plan Keempat (RP4) Tahun 2019 Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), Projek Kajian Pembangunan Sistem Pengairan Tersier Di Kawasan Baru MADA telah diluluskan oleh Kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM1.0 juta. Di bawah projek ini, kerja-kerja ukur dan kerja reka bentuk telah dilaksanakan oleh pihak MADA termasuk mengkaji semula jajaran pengambilan tanah sedia ada yang tidak dibangunkan kemudahan infrastruktur pengairan. Pihak MADA akan memohon peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) bagi proses pengambilan tanah tambahan untuk melengkapkan keperluan jajaran tambahan kemudahan infrastruktur pengairan ini. Sekian.
Soalan tambahan Dato’ Speaker. Saya… terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Empat di atas penjelasan, cuma saya kurang faham sikit tentang status kedudukan projek pengairan MADA ni, kalau diterima aduan lah berkaitan ni tanah ni yang diambil lebih kurang 10 tahun yang lalu. Cuma saya nak tanya status sebab pengairan… projek pengairan MADA di Kampung Paya, Padang Telela, Kampung Sena ni telah selesai cuma Paloh ke Kampung Paya tu tak tau lagi status dia macam mana.
Untuk makluman Yang Berhormat, kita seperti sedia maklum sebentar tadi, pengambilan tanah tu separuh dah diselesaikan. Baki lagi belum diselesaikan dan kita akan tengok aliran air yang baru dulu yang dicadangkan oleh MADA, kemudian dalam RMKe-12 ni kita minta peruntukan tambahan untuk meneruskan projek… terbengkalai masa tu sebab kita berlaku peralihan menteri tukar, dia pakai… bukan takat di tersier di kawasan tu saja, tersier kawasan MADA… tersier kawasan MADA berlaku seperti tu, ada tempat yang dah bayar duit dah kan tapi tak boleh buat apa lagi sebab kita nak mula balik dengan menteri baru. Sekian, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Sena.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat Speaker, soalan saya soalan nombor 3… eh nombor 4, sorry.
(Soalan 4 : Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Perlis bagi mempertahankan Harumanis “permata Negeri Perlis” sebagai hak eksklusif bagi negeri ini yang telah didaftarkan sebagai Petunjuk Geografi pada 2 Ogos 2011, dan sejauh manakah usaha-usaha daripada Kerajaan Negeri Perlis untuk mengambil tindakan undang-undang seperti injunksi dan ganti rugi di bawah seksyen 5 Akta Petunjuk Geografi bagi menghentikan isu pihak-pihak di negeri lain yang menggunakan jenama Harumanis untuk produk mereka?)
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sena. Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah mendaftarkan Mangga Harumanis Perlis di bawah Akta Petunjuk Geografi 2000 (Peraturan-Peraturan Petunjuk Geografi 2001) mulai Ogos 2011 dan tamat tempoh pada Ogos 2021 melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Perakuan Pendaftaran Petunjuk Geografi Mangga Harumanis Perlis yang dimiliki oleh Jabatan Pertanian ini adalah sebagai suatu petunjuk bahawa Mangga Harumanis Perlis adalah berasal dari Perlis di mana kualiti, reputasi atau ciri-ciri yang ada pada Harumanis Perlis berpunca daripada tempat asal geografi iaitu di Perlis. Jabatan Pertanian Perlis tidak boleh mengambil tindakan undang-undang seperti injunksi atau ganti rugi terhadap pihak lain yang menggunakan jenama Harumanis ke atas produk mereka kerana jenama tersebut hanya merujuk kepada penggunaan nama produk, varieti dan tidak menggunakan nama tempat atau geografi asal iaitu Negeri Perlis ataupun sebagai Mangga Harumanis Perlis. Namun begitu, jika terdapat pihak lain yang dikenalpasti oleh pihak berkuasa telah menggunakan atau melabelkan mangga lain iaitu mangga Harumanis keluaran dari negeri Perlis sebagai Mangga Harumanis Perlis, yang boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Petunjuk Geografi 2000. Bagi mempertahankan Harumanis sebagai Permata Negeri Perlis, ia perlu didaftarkan sebagai Cap Dagangan iaitu Trade Mark oleh Kerajaan Negeri Perlis. Pendaftaran Harumanis sebagai Cap Dagangan tidak membolehkan mana-mana pihak untuk mengeksploitasi atau menggunakan nama Harumanis. Walau bagaimanapun, Mangga Harumanis atau MA 128 ialah varieti yang telah didaftarkan di bawah Senarai Daftar Varieti Kebangsaan Jabatan Pertanian Malaysia pada 28 Mei 1971. Pada masa ini, Kerajaan Negeri sedang mendapatkan nasihat daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia berkenaan nama Mangga Harumanis untuk didaftarkan sebagai Cap Dagangan memandangkan Harumanis adalah nama biasa untuk varieti mangga yang boleh digunakan oleh pelbagai pihak. Malahan, nama Mangga Harumanis juga digunakan oleh negara Indonesia. Sekian, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan saya soalan nombor 5, terima kasih.
(Soalan 5 : Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membantu meningkatkan kualiti kehidupan dan infrastruktur serta kemudahan untuk rakyat yang menyewa atau memiliki rumah di kawasan perumahan kerajaan khususnya di Pangsapuri Seri Sena, Rumah Pangsa Jalan Sarawak, Kuala Perlis, dan Pangsapuri Terinai Wang Ulu dan lain-lain mengikut jenis dan sasaran program, jangka masa dan pencapaian yang disasarkan?)
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Indera Kayangan. Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan telah membina Program Perumahan Rakyat atau dikenali sebagai PPR bagi menyediakan keperluan kediaman yang kondusif kepada Golongan Berpendapatan Rendah ataupun B40. Di Perlis terdapat 3 PPR yang telah dibina dan didiami secara sewaan melibatkan 1,428 unit rumah dengan kadar sewa RM124.00 sebulan iaitu PPR Sena, PPR Bintong Wang Ulu dan PPR Taman Wai Permai. PPR ini dilengkapi dengan kemudahan seperti lif iaitu PPR Sena sahaja, utiliti (bekalan air terawat dan elektrik), kemudahan tempat letak kereta, taman permainan, kawasan lapang, surau, dewan serbaguna, tabika dan lain-lain. Kemudahan-kemudahan ini disediakan bagi memastikan keperluan penduduk PPR dapat dipenuhi seterusnya meningkatkan kesejahteraan hidup. Kerajaan Negeri sememangnya mempunyai perancangan dalam memastikan kelestarian kemudahan awam dan harta bersama ini merangkumi 3 peringkat iaitu yang pertama Perancangan Jangka Masa Pendek. Aktiviti dan program jangka masa pendek memberi fokus kepada kerja selenggara yang berterusan dan pembaikan kecil di PPR bagi memastikan keadaan PPR dan kemudahan awam berada pada tahap optimum. Kerajaan Negeri melalui Bahagian Perumahan telah melantik syarikat untuk melaksanakan kerja penyelenggaraan, pembersihan dan kerja landskap di PPR secara kontrak. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1.64 juta untuk tahun 2020 khusus bagi perkara ini seperti pecahan yang berikut. Yang pertama RM0.63 juta di PPR Sena termasuk penyenggaraan pencegahan perkhidmatan lif yang diselia oleh Jabatan Kerja Raya. Yang kedua, RM0.79 juta di PPR Bintong, Wang Ulu dan yang ketiga RM0.22 juta di PPR Taman Wai Permai. Yang keduanya Perancangan Jangka Masa Sederhana. Aktiviti dan program jangka masa sederhana menyasarkan kepada kerja baik pulih, bina baharu, menambah baik dan menaik taraf kemudahan awam dan harta bersama. Kerja-kerja ini dilaksanakan bagi memastikan tempoh hayat kemudahan dan prasarana awam di PPR adalah panjang dalam memastikan kesejahteraan penduduk seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan. Pada tahun ini sebanyak RM4.63 juta telah diperuntukkan melalui Peruntukan Mengurus, Peruntukan Pembangunan, Peruntukan Program Penyenggaraan Perumahan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri dan KPKT, Peruntukan MARRIS dan Tabung Amanah bagi tujuan tersebut mengikut pecahan PPR seperti berikut, yang pertama RM0.78 juta bagi 6 kerja di PPR Sena termasuk pembaikan lif oleh pihak JKR. Dimaklumkan juga pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam pertimbangan kelulusan bagi penggantian lif baharu dengan anggaran kos sebanyak RM3.6 juta dan dijangka akan dilaksanakan pada tahun hadapan. RM3.03 juta bagi 10 kerja di PPR Bintong dan juga Wang Ulu dan RM0.82 juta bagi 5 kerja di PPR Taman Wai Permai. Bagi Perancangan Jangka Masa Panjang, perancangan jangka masa panjang memberi fokus kepada anjakan paradigma, perubahan mentaliti dan sikap serta membudayakan norma baharu kepada penduduk PPR. Pelaksanaan aktiviti dalam kerangka ini amat penting bagi memastikan kelangsungan dan kemampanan kemudahan awam dan infrastruktur dalam memberi nilai tambah kepada kualiti kehidupan. Dasar Komuniti Negara yang telah dilancarkan oleh KPKT menjadi aspirasi dan panduan dalam pelaksanaan perkara ini. Melalui dasar ini, Pejabat Sekretariat Muafakat
Komuniti telah diwujudkan di PPR Sena dan diuruskan oleh pegawai KPKT. Pejabat Sekretariat ini menjadi platform dan penghubung antara komuniti PPR dengan pelbagai agensi bagi memberdayakan penduduk dalam menangani isu setempat, melaksanakan program dan menyemai rasa tanggungjawab dan kepunyaan (sense of belonging), dengan izin. Dengan adanya perubahan minda dan budaya hidup masyarakat PPR, isu seperti vandalisme, tunggakan sewaan, kacau ganggu, jenayah dan perkara negatif lain dapat ditangani dengan efisien dan efektif. Khusus dalam aspek vandalism, Bahagian Perumahan dalam perancangan untuk melaksanakan Kempen Vandalisme Sifar di PPR bagi memberi advokasi dan kesedaran berpanjangan kepada penghuni PPR tentang kepentingan menjaga kemudahan awam dan harta bersama serta tindakan punitif kepada pelaku. Berhubung rumah pangsa di Jalan Sarawak pula, Kerajaan Negeri telah memberi tanggungjawab kepada anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis ataupun PKENPs iaitu syarikat Perlis Property Sdn. Bhd. untuk menguruskan rumah pangsa tersebut. Rumah pangsa itu terdiri daripada 3 blok bangunan 5 tingkat iaitu Blok A, Blok B dan juga Blok C. Setiap blok mempunyai 50 unit rumah yang menjadikan keseluruhan 3 blok tersebut menjadi 150 unit rumah. Pada masa ini bilangan penyewa bagi Blok A adalah 48 orang penyewa, bagi Blok B seramai 48 orang penyewa dan juga Blok C pula adalah seramai 45 orang penyewa. Keseluruhan jumlah penyewa bagi ketiga-tiga Blok tersebut adalah seramai 141 orang. Kadar sewa yang ditetapkan bagi setiap rumah adalah sebanyak RM100 sebulan. Walau bagaimanapun, kadar kutipan sewa adalah kurang memberangsangkan. Dalam mengurus Rumah Pangsa ini sejak tahun 1999, peranan syarikat Perlis Property Sdn. Bhd. (PPSB) adalah untuk membuat cucian kawasan kaki lima bagi setiap tingkat bangunan, membuat kutipan sampah harian, membaiki kerosakan kecil dan juga memotong rumput di sekeliling bangunan. Sekian, harap maklum.
Soalan tambahan. Boleh tak saya tahu berapakah jumlah tunggakan setiap projek pangsapuri dari dulu sampai sekarang dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Soalan kedua adalah apakah jenis-jenis program yang telah dan pernah diadakan untuk mencegah vandalism untuk rumah-rumah kawasan perumahan itu dan apakah pencapaian setakat ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan. Bagi jumlah tunggakan saya tak ada figure di sini insya-Allah saya melalui bertulis ya dan juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan di setiap PPR ni adalah merangkumi kerjasama dengan KRT ataupun persatuan penduduk. Jadi insya-Allah la benda itu akan berterusan dan sekiranya pihak KRT situ ataupun persatuan situ bersetuju untuk menjalankan aktiviti tersebut maka pihak perumahan… pihak Jabatan Perumahan dan jugak yang berkaitan tidak ada masalah untuk menjalankan aktiviti dan jugak merancang untuk menghapuskan ataupun memahami keadaan vandalisme dan sebagainya. Ya, ada lagi dak?
Yang Berhormat Speaker, soalan tambahan. Dari segi vandalism terutamanya di PPR Sena tu saya difahamkan sebelum ni ada perancangan untuk memasang CCTV yang baru, CCTV yang hidden tahun lepas. Jadi apakah… saya nak minta penjelasan tentang tu, bagaimana untuk gantikan CCTV sebab saya difahamkan CCTV yang dah ada ditendang rosak habis dah. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Sena. Sebenarnya pada peringkat permulaan dulu memang semua ada, tapi masalahnya kecurian berlaku jadi CCTV pun dia sapu habis termasuklah alat-alat yang berkaitan dengan lif mereka curi dan akhirnya benda tu tak berfungsi dengan baik. Jadi sering kali berlaku di PPR Sena tu sebab situ satu-satunya yang ada lif pun. Jadi peruntukan yang telah kita mohon, telah pun diluluskan untuk tahun hadapan insya-Allah sepertimana saya sebut tadi iaitu pihak KPKT telahpun meluluskan peruntukan untuk mengganti lif baru dan jugak termasuk dengan CCTV insya-Allah.
Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Dato’ Speaker. Berkenaan status permohonan oleh Kerajaan Negeri kepada Suruhanjaya Perumahan Negara berkenaan status sewa kepada sewa beli. Apa perkembangan berkenaan status untuk rumah-rumah ni? Terima kasih Dato’ Speaker.
Setakat sekarang… terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Setakat sekarang cuma satu permohonan untuk Taman Wai Permai di mana pihak KPKT tidak meluluskan… tidak meluluskan disebabkan rumah tersebut adalah rumah pihak persekutuan, jadi pemilikan tanah pun pemilikan persekutuan, jadi kita tak boleh nak… nak apa ni… meluluskan dari segi sejumlah kecil daripada jumlah ke semua yang dok situ, cuma 29 orang sahaja yang dikenalpasti sebagai pemindahan daripada rumah yang terbakar, di Kuala Perlis 29 orang sahaja ya. Jadi saya rasa pihak Kerajaan Persekutuan, pihak KPKT tidak meluluskan disebabkan oleh tanah tersebut kepunyaan… kepunyaan persekutuan.
Dato’ Speaker…
Dipersilakan…
Tadi ada satu soalan…
Berapa soalan Yang Berhormat?
Ya, iaitu apakah cara untuk mengatasi penyewa-penyewa yang tak bayar cukai sewaan.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan. Cara mengatasi ni memanglah cara yang sepatutnya dibuat iaitu dengan bagi notis sekiranya 3 bulan tak bayar, kita nak kena set ataupun kena keluarkan dia lah daripada situ. Jadi, bila rumah PPR ni kita tak sampai hati sebenarnya untuk menghalau ataupun menggantikan dengan orang lain sebab mereka memang tak ada rumah. Jadi secara tak langsungnya kita cuba lah untuk mencari jalan di mana setakat sekarang ni kita cuma tunggakan yang kadang-kadang sampai seorang tu sampai RM4,000 hingga RM5,000, jadi memang tidak ada kemampuan membayar sekaligus disebabkan tadi kita rasa tak mau lah nak menghalau begitu saja sebab kita kenal pasti orang tu memang tidak ada tempat nak duduk. Jadi memandangkan perkara itu, tunggakan menjadi seorang RM4,000 hingga RM5,000. Jadi cara yang kita buat ialah bagi notis lain, kita bagi reminder baru kita ada pertama, reminder kedua dan seterusnya jadi memang kalau dia hadir ke pejabat Perumahan bayar sekalipun memang tidak kemampuan jadi secara tak langsung kita pemudahcara. Kita akan interview dia, kita akan tanya dia berapakah yang dia mampu. Kebiasaannya bila nak bayar tunggakan kita ambil separuh ataupun kalau RM5,000 kita kata encik bagi RM2,500 kita sambung dengan bayaran lain dengan bayaran seterusnya. Jadi nak bayar RM2,500 memang lah takkan terbayar. Jadi kita panggil, kita akan interview cara macam mana, tanya macam mana adakah berapa yang mampu dibayar. Encik saya ada RM100, ha RM100 pun okay kita bagi dulu, kemudian baru diikuti dengan bayaran bulanan. Jadi bayaran bulanan tu disambunglah. Jadi itu lah cara yang terbaik yang kita dapat lakukan untuk kita memastikan keadaan mereka tidak dihalau begitu saja dan insya-Allah benda ini sedang berlaku, sedang berlaku buat sekarang, terima kasih.
Soalan tambahan satu lagi ya…
Yang Berhormat, saya ingat saya teruskan soalan yang lain. Terlampau banyak soalan untuk bahagian…
Satu saja. Kalau tunggakan sampai RM4,000, RM5,000 kira ramailah tindakan lambat atau tidak diambil lebih tegas. So mungkin Kerajaan Negeri boleh kaji cara penyelesaian yang lebih baik sebab pembayaran tu dia melibatkan sumber pendapatan untuk negeri juga. So saya minta pihak Kerajaan mempertimbangkan cara-cara lain selain daripada perbincangan, itu saja lah, terima kasih.
Ya, terima kasih YB Indera Kayangan. Memanglah, memang begitu lah sepatutnya dibuat secara tegas tetapi kerajaan BN Perlis ni baik, jadi baik sungguh-sungguh. Jadi kita tak sampai hati nak halau seorang tu dia nak pi, kalau dia ada tanah pun nak buat rumah macam mana? Nak minta dekat Baitulmal? Boleh, tapi Baitulmal pun ada dia punya target dia, dia punya… tau kalau satu blok tu ada berapa puluh orang yang tak bayar. Jadi kita bolehlah recommend pi dekat Baitulmal atau apa-apa kat tempat lain. Tempat lain pun dia ada target dia, jadi kalau kita nak halau daripada awal memang kita tak kesampaian lah. Itu lah yang sense kita tu, kita bagi peluang. Jadi walau macam mana sekalipun, berdasar itu, Kerajaan BN Perlis ni akan buat macam tu, insya-Allah akan cuba tapi bukan cara pi bagi warning terus halau, itu tak mungkin berlaku lah. Secara tak langsungnya kita akan buat cara terbaik supaya semua… ya lah, memanglah penghutang-penghutang ni dan surat-surat kita ni kita tulislah bawah tu… sila bayar sebab hutang ni, roh ni tak sampai ke akhirat kalau tak bayaq hutang. Jadi, sekurang-kurangnya dia tahu bahawa hutang perlu dibayar. Ni Islam punya ni lah ya, ya YB. Jadi kita kata, kita bagi notis. Jadi saya akan bagitahu dekat Pegawai Perumahan, di bawah notis tulis sekiranya anda berhutang, roh anda tidak akan sampai ke akhirat sebagainya. Insya-Allah semoga depa… semoga depa apa… kesedaran timbul lah. Tapi nak halau tu kerajaan BN tak buat. Insya-Allah, terima kasih.
Ok satu last, satu lagi ya…
Yang Berhormat, cukup.
Satu sahaja lagi…
Satu saja cukup,
Saya tak menafikan… tapi pada masa yang sama Kerajaan BN minta juga pantau dan lihat jugak penduduk-penduduk yang tidak sewa perumahan projek Kerajaan yang tinggal sewa rumah di tempat-tempat lain, mereka juga sangat miskin dan perlukan perhatian daripada Kerajaan Negeri Perlis. Terima kasih.
Ya, terima kasih. Insya-Allah sebab pengundi pun memang orang BN juga saya rasanya, jadi kita tak kacau lah kan insya-Allah. Bukan semua orang BN, tapi penduduk Perlis yang… yang apa orang kata… yang tak mampu tu kita bagi lah dan jugak kadang-kadang kita tengok… apa ni… bila wakil turun ke padang, nampak kadang-kadang tu memang rumah… dia perlu rumah. Duduk satu keluarga sampai 10 orang, 20 orang jadi perlu apa… jadi secara automatik tengok kalau dia asnaf dan ni kita akan bagi terus ja. Jadi itu prinsip, konsep yang kita buat. Sekian.
Ada lagi soalan Indera Kayangan?
Ada peluang lagi la?
Dak saya nak bagi 1, 2 lagi soalan kalau Yang Berhormat nak tanya.
Saya minta la kalau boleh pertimbangkan, disebabkan penduduk-penduduk yang tinggal di mungkin kawasan perumahan yang Kerajaan mereka tidak membayar sewa dan menyebabkan tunggakan yang banyak, maka sebenarnya ramai juga rakyat yang miskin datang ke pusat khidmat saya untuk minta bantuan agar permohonan mereka ke perumahan Kerajaan diluluskan. Namun jawapan yang diberi oleh pejabat-pejabat adalah tiada kekosongan. Itulah yang saya nak katakan. Kalau nak jaga, tak kira pengundi BN ka ataupun pembangkang ka…
Soalan, soalan Yang Berhormat. Bukan huraian. Soalan.
Saya minta Kerajaan Negeri Perlis terus untuk menjaga jugalah mana-mana pengundi… tak kira lah BN ka bukan BN. Itu saja, terima kasih.
Yang Berhormat, mohon… mohon jalan. Sebenarnya Yang Berhormat Indera Kayangan, kalau boleh saya tambahkan sikit maklumat lah, penyelesaian kepada isu perumahan ini dia hanya tidak boleh isu spesifik, ya. Sebab, yang duduk di rumah PPR ini atau pun yang mana Yang Berhormat sebutkan tadi bahawa masih ramai lagi yang memerlukan rumah-rumah sebegini tetapi terpaksa menyewa di tempat-tempat yang lain, puncanya adalah kerana mereka tidak mempunyai pendapatan yang cukup, pendapatan yang rendah dan tidak memampukan mereka untuk memiliki rumah-rumah ini dan kerana itu mereka terpaksa menyewa dan kerana itu lah intervention programme, dengan izin, yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan menyediakan rumah-rumah kos rendah ini ataupun rumah-rumah yang bersifat PPR ini termasuklah juga seperti rumah-rumah di Wai Permai dan sebagainya. Tetapi penyelesaian yang lebih jitu, yang lebih menyeluruh ialah dengan meningkatkan pendapatan mereka dan inilah sebenarnya yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dan benda ini bersifat jangka panjang, dia tidak boleh berlaku dalam sekelip mata. Today we plan, the next day we can see all the houses are around Perlis, it cannot happen in that way, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker dan kerana itu lah apa-apa inisiatif yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri ketika ini untuk meningkatkan pembangunan ekonomi adalah sebenarnya mempunyai tujuan akhirnya untuk meningkatkan pendapatan penduduk dan penduduk yang mampu, yang mempunyai pendapatan yang munasabah, mereka akan memliki… akan mempunyai kemampuan untuk membina ataupun membeli rumah sendiri tanpa lagi duduk di rumah-rumah PPR seperti yang ada sekarang ini dan kerana itu, mereka… kita akan dapat menyelesaikan masalah ini secara yang menyeluruh. Tapi tindakan-tindakan spesifik yang mana Yang Berhormat Santan ada sebutkan tadi itu terpaksa kita lakukan dan saya amat bersetuju dengan penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Santan tadi mengenai sifat keprihatinan Kerajaan Negeri untuk tidak menghalau mereka ini keluar dari tempat duduk sekarang kerana tidak mampu untuk membayar sewa. Yang Berhormat bayangkan, kalau sekiranya kita mengambil tindakan tegas mengikut peraturan yang ada mereka ni patut dihalau keluar dari rumah tersebut dalam tempoh 3 bulan. Bayangkan kalau mereka dihalau, di mana mereka akan tinggal? Mereka akan merempat sebab mereka tidak ada tempat lain yang… mereka akan pergi menyewa di tempat-tempat seperti Yang Berhormat sebutkan tadi. Jadi dia tidak sebenarnya menyelesaikan masalah tetapi kita hanya memusing masalah itu saja. Jadi kerana itu penyelesaian menyeluruhnya ialah dengan membangunkan negeri ini dan kerana pembangunan itu dia akan meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk disebabkan peningkatan pendapatan dan peningkatan pendapatan itu menjadikan mereka mampu untuk memiliki rumah sendiri ataupun membayar sewa rumah yang munasabah itu. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan saya soalan nombor 6.
(Soalan 6 : Kebanyakan suri rumah di perkampungan nelayan dan sekitar Kuala Perlis menambah pendapatan keluarga melalui penghasilan kuih-muih, kerepek dan produk sampingan hasil laut. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan satu ‘one stop centre’ kepada pelancong untuk suri-suri rumah ini memasarkan produk mereka dan seterusnya membantu meningkatkan ekonomi penduduk Kuala Perlis?)
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sesungguh dan sebenarnya Kerajaan Negeri Perlis memang telah merancang untuk membina sebuah kompleks perniagaan yang akan dinamakan Bazaria di Kangar untuk menjadi pusat sehenti ataupun one stop centre, dengan izin, untuk jualan produk-produk keluaran tempatan seperti kuih, kerepek dan produk hasil laut kepada pelancong-pelancong yang hadir ke Perlis dan juga kepada seluruh warga Perlis. Cadangan ini pernah diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Yang Keenam semasa ucapan perasmian UTC Kangar pada 13 Mac 2018 yang lalu. Pada ketika itu, sebanyak RM10 juta telah diluluskan sebagai peruntukan awal dengan siling keseluruhan projek berjumlah RM20 juta. Walau bagaimanapun, projek ini tidak diteruskan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri yang ketujuh. Lanjutan daripada itu, Kerajaan Negeri telah melaksanakan inisiatif dengan menjemput tawaran swasta secara Request For Proposal, dengan izin, atau kita namakan RFP pada tahun 2019 di tapak berkenaan. Walau bagaimanapun, proses RFP berkenaan tidak mendapat sambutan daripada pihak-pihak pelabur untuk melabur di tapak berkenaan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri sekali lagi telah memohon peruntukan Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 ataupun RMKe-12 untuk melaksanakan projek Bazaria di Kangar supaya mendapat manfaat kepada pihak-pihak peniaga kecil sepertimana yang saya sebutkan tadi. Di samping itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, di dalam usaha membantu golongan wanita termasuk suri-suri rumah yang berjualan dari rumah, dari aspek ekonomi dan juga kerjaya, Jabatan Pembangunan Wanita, Warga dan Masyarakat ataupun JPW telah menyediakan Program Pusat Cakna Bangun Ekonomi ataupun PACBE yang merangkumi program kemahiran dan juga keusahawanan serta memberi pendedahan mengenai psiko pendidikan kepada golongan wanita serta program dilaksanakan berpandukan kepada modul khas yang telah dibangun selari dengan peredaran masa kini. Selain daripada itu, konsep CBE ataupun Community Based Enterprise, dengan izin, adalah satu bentuk pendekatan keusahawanan berkonsepkan kerjasama antara usahawan JPW ataupun individu berkemahiran yang telah berjaya dalam bidang masing-masing untuk memberikan latihan dan juga berkongsi ilmu bagi membantu golongan wanita dan juga suri rumah serta peserta-peserta lain yang berminat dalam usahawan kecil termasuk jugaklah ibu tunggal dalam menjana pendapatan mereka, sekian terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Bolehkan saya tahun cadangan lokasi one stop centre tu di mana? Kalau… sama ada di Pekan Kangar ka atau di sepanjang… sebab saya rasa kalau di pekan Kangar saya takut kot tak sampai pelancong tak lalu kan. Jadi cadangan saya sama ada jalan Kuala Perlis tu sendiri belah balik ka orang balik belah Langkawi kan ataupun jalan Kangar ke Padang Besar ni, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Sena. Tapak yang kita cadangkan adalah tapak market lama yang saya rasa di situ dia ada stesen bas dia ada dan juga sekiranya laluan pelancong untuk balik pun memang dia ada tempat parking yang sangat selesa di situ. Terima kasih.
Okay soalan tambahan sikit lagi. Kita perlu ada satu apa ni… pakej lah kalau gitu sebab takut kot tak sampai kan. Terima kasih.
Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Sena. Ya insya-Allah kita akan bekerjasama dengan pihak pelancongan ataupun MOTAC untuk kita buat edaran risalah ataupun maklumat-maklumat berkenaan dengan apa yang ada di bandar Kangar yang perlu dihadiri oleh pelancong-pelancong terutama yang… saya mohon maaflah masuk sikit bab pelancongan… yang turun daripada Kuah ke Kuala Perlis sebelum diorang balik ke daerah masing-masing kita akan usahakan supaya pemandu-pemandu bas atau individu-individu yang hadir ke Langkawi balik turun Kuala Perlis mendapat maklumat bahawa kita mempunyai bazaria ataupun kita mempunyai lokasi-lokasi yang perlu dilawati sebelum pelancong-pelancong ini kembali ke kawasan masing-masing. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, soalan-soalan lisan ditangguhkan setakat ini. Bagi soalan-soalan yang belum sempat dijawab, pihak Kerajaan akan mengemukakan jawapan secara bertulis. Dewan ditempohkan sementara dan akan disambung semula pada jam 11.10 minit pagi. Terima kasih.
(Persidangan ditangguhkan pada jam 10.26 pagi)
(Persidangan disambung semula pada jam 11.10 pagi)
Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku RajaMotion
Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja
Ahli-ahli Yang Berhormat, Usul Menjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja dibuka semula untuk perbahasan. Dipersilakan pihak Kerajaan untuk memberikan maklumbalas terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan dan seterusnya menggulungkan perbahasan. Dipersilakan Yang Berhormat Titi Tinggi.
Salam sejahtera dan selamat pagi. Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis, Dato Seri Azlan bin Man, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan seluruh hadirin, para-para pemerhati, yang dihormati dan dikasihi sekalian. Izinkanlah saya pada pagi yang berbahagia ini untuk mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Khususnya di atas pandangan yang bernas dan membina daripada semua pihak sepanjang kita berada di dalam Dewan yang mulia ini. Begitu juga kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan termasuk isu-isu yang dibangkit di bawah portfolio saya iaitu sumber asli dan alam sekitar, bioteknologi dan teknologi hijau dan kesihatan. Kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai kerajaan, pemerhati dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Persidangan Ketiga, Dewan Undangan Perlis Yang Keempat Belas ini termasuklah rakan-rakan media yang memberikan liputan sepanjang sidang
Dewan negeri berlangsung. Saya berharap dengan iltizam sikap positif serta komitmen yang diberikan semua pihak akan menjadi pendorong untuk Kerajaan Negeri meneruskan usaha-usaha melaksana pembangunan yang mampan. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan sidang Dewan yang mulia, sebelum memulakan ucapan penggulungan, di kesempatan ini mewakili rakyat jelata sekalian, patik merakamkan junjung kasih yang tidak terhingga kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di atas keprihatinan Baginda ketika menyambut Hari Keputeraan Yang Ke-77 di Istana Arau pada Mei lalu dengan bersedarhana memandangkan seluruh dunia kini sedang memberi tumpuan kepada usaha menghentikan penularan COVID-19. Untuk pengetahuan semua, baginda turut menitahkan sebahagian peruntukan bagi mengadakan perayaan hari keputeraan itu digunakan untuk keperluan yang lebih memberi manfaat kepada rakyat Perlis dengan hati tulus ikhlasnya, merakamkan sembah penghargaan dan junjung kasih, Daulat Tuanku. Yang Berhormat Dato’ Speaker, izinkan saya untuk menjawab soalan Yang Berhormat Dato… Yang Berhormat ADUN Sanglang. Yang Berhormat Sanglang, JPS mengambil maklum bahawa kaedah rekabentuk ban sedia ada yang menggunakan ban batu boleh menyebabkan air laut meresapi dan masuk melalui celahan batu apabila paras air laut melimpah ke tebing, seterusnya akan melemahkan kekuatan tebing pantai dan merendahkan aras tebing. Sehubungan dengan itu, JPS telah merekebentuk dan membangunkan tembok penahan blok konkrit yang dikenali sebagai IMAB (Integrated Multiple Block). Reka bentuk IMAB ini telah dipasang di 2 lokasi di Kuala Perlis iaitu berdekatan Koma Laut dan Pasar Tani FAMA. Di bawah perancangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), JPS akan menyambung pemasangan IMAB di lokasi yang telah dikenalpasti bermula pada tahun 2021. Inovasi baru ini dijangkakan mampu mengekalkan rekabentuk ban pantai dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan dan keselesaan rakyat di kawasan tersebut.
Yang Berhormat Dato Speaker, pada ketika ini, kita semua sedang berhadapan dengan situasi yang agak membimbangkan berikutan gelombang kedua penularan jangkitan COVID-19. Di peringkat awal dahulu, jumlah yang terlibat di negeri kita adalah kecil… cuma 18 kes sahaja. Di masa itu, pelbagai usaha dilaksanakan untuk mengawal penularan wabak termasuk sekatan jalan raya di pintu sempadan negeri, selain rondaan atau snap check yang berterusan dibuat pihak berkuasa. Syabas dan terima kasih saya ucapkan, kerana amanah yang dipikul itu dilaksanakan dengan baik sekali sehingga kita menjadi negeri pertama yang memegang status Zon Hijau. Namun begitu, namun… mungkin kerana sedikit alpa dan terlalu selesa, kita diuji dengan pertambahan kes COVID-19 di Perlis. Berat sungguh hati untuk saya maklumkan mengenai pertambahan kes kerana jumlahnya bukan sedikit… namun dilaporkan mendadak hingga melibatkan sebelas anak beranak dari ahli keluarga terdekat, termasuk seorang kanak-kanak berusia 3 tahun di Sanglang. Difahamkan, mereka itu merupakan pesakit dari Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga yang kini disebut sebagai super spreader. Saya tahu, ramai yang meluahkan rasa gusar melalui hantaran yang dimuat naik mereka di Facebook… risaukan keselamatan diri sendiri, risaukan anak-anak serta kaum keluarga. Namun apa yang pasti, saya mahu rakyat Perlis sentiasa merujuk maklumat yang tepat mengenai langkah-langkah yang sedang dan akan diambil Kerajaan untuk menangani penularan wabak ini. Dalam masa yang sama, saya ingin menyeru kepada semua rakyat Perlis, untuk mengambil langkah yang boleh menghindarkan diri sendiri serta kaum keluarga daripada dijangkiti wabak ini dengan mengamalkan pembudayaan kebiasaan baharu dan amalkan 3W iaitu Wash – kerap mencuci tangan dengan air sabun, Wear – memakai facemask dan Warn – menerima amaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia yang lebih berkonsep peringatan dan mengelakkan 3C iaitu Crowded Place – elakkan kawasan yang sesak, Confined Space – elakkan kawasan yang sempit dan Close Conversation – elakkan bersembang dengan jarak yang dekat.
Yang Berhormat Dato Speaker dan sidang Dewan yang mulia ini, dalam era globalisasi masa kini… keperluan masyarakat dunia terhadap hutan dan alam sekitar yang seimbang semakin tinggi dan kompleks. Kawasan hutan perlu diuruskan secara sistematik bagi mengelakkan perkara-perkara yang boleh menggugat kestabilan alam sekitar terjadi seperti banjir, kebakaran hutan, kemarau, tanah runtuh, hakisan pantai dan kehilangan habitat hidupan liar. Sehubungan itu, kawasan hutan Negara dan Negeri Perlis khususnya perlu dipelihara dan dipulihara serta diurus secara berkekalan supaya khazanah ini terus kekal untuk manfaat generasi kini dan yang akan datang. Hutan tropika di Malaysia merupakan khazanah Negara yang penting dalam menjaminkan kestabilan ekosistem dan berkait rapat dengan pembangunan sosioekonomi Negara. Peranan hutan tidak dilihat hanya kepada produk nyata yang dihasilkan seperti kayu atau perlombongan, sebaliknya terdapat perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih penting seperti ekosistem hutan dalam menjaga keseimbangan iklim, sebagai kawasan tadahan air, sebagai bank genetik, pendidikan dan penyelidikan serta sumber ekopelancongan. Untuk mencapai maksud itu, kehendak dan penglibatan masyarakat perlu diambil kira bagi mencapai outcome yang lebih menyeluruh serta dapat memberikan kepuasan dan kesejahteraan hidup masyarakat. Yang Berhormat Dato Speaker dan sidang Dewan yang mulia, kita semua sedar betapa pentingnya air, bukan sahaja untuk memenuhi keperluan manusia, tetapi juga untuk survival haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk melindungi dan memelihara sumber yang amat berharga ini. Di Perlis, kita amat bertuah kerana rekod dari Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri menunjukkan bahawa kualiti air mentah di Empangan Timah Tasoh berada dalam keadaan baik. Pun begitu, suka untuk saya mengingatkan kepada semua agar dapat memelihara kawasan empangan, yang selama ini menjadi nadi kepada pembangunan pertanian bersepadu selain turut menyumbang kepada kawalan banjir, diseluruh Negeri Perlis.
Sidang dewan yang mulia, sebelum mengakhiri kalam, saya dengan berbesar hati ingin mengajak semua untuk memberi perhatian kepada sektor pertanian bagi memastikan kelangsungan jaminan bekalan dan melindungi golongan tani yang terdedah dengan kesempitan ekonomi. Benarlah kata pepatah, “berbudi pada tanah, pasti ada hasilnya.” Dengan mengambil iktibar ketika menghadapi krisis COVID-19, harga beberapa barangan basah seperti cili, tomato serta sayuran hijau naik dengan mendadak. Ketika itu juga, media turut melaporkan kenaikan cili berlaku di Perlis hingga mencecah tiga puluh ringgit sekilogram. Besarlah hasrat saya untuk mengajak semua pihak menjadikan pertanian sebagai ikhtiar hidup apatah lagi ia dapat membantu mengukuhkan sumber makanan negara di samping mengimbangi kebergantungan kepada produk pertanian import dengan pengeluaran hasil pertanian tempatan. Justeru, saya mahu mengajak semua pihak, sekurang-kurangnya setiap rumah, tanamlah bahan makanan sendiri dengan berkonsepkan tanaman organik. Terokalah amalan terbaik hortikultur yang membabitkan kawasan terhad sama ada di kawasan terbiar, sudut atau ruang kosong termasuk di tepi tingkap rumah atau bangunan. Dalam masa sama, amalan yang jika dipraktikkan ini dapat memberi kesedaran kepada kita tentang keselamatan makanan dan meningkatkan kesihatan menerusi penggunaan pertanian organik serta kaedah penanaman mudah menggunakan bahan terpakai. Di kesempatan ini juga, saya mahu menggalakkan masyarakat supaya mengamalkan tanaman landskap di rumah sebagai kebun sayur atau edible landscape yang terurus dengan sistematik serta dapat menjimatkan perbelanjaan harian.
Yang Berhormat Dato Speaker, segala apa yang direncana, dilakarkan atau yang dicartakan adalah demi masa depan negeri kita. Semuanya menjadi mudah dan mampu diperbuat dan boleh dicapai dengan adanya kerjasama ikhlas sepasukan. Marilah kita laksanakan amanah yang diberikan rakyat ini bagi mempastikan kesejahteraan dan keharmonian negeri dapat dikekalkan. Akhir kata, Titi Tinggi berharap agar diambil perhatian atas beberapa perkara yang disebutkan oleh ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis agar ia memberi manfaat kepada kita semua. Untuk itu, Titi Tinggi menyokong usul menjunjung kasih titah Diraja Sempena Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri Perlis kali ke empat belas. Sekian, Yang Berhormat Dato Speaker, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Titi Tinggi. Dipersilakan Yang Berhormat Mata Ayer.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, wakil-wakil jabatan, para pemerhati, sidang hadirin dan rakan media yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian di dalam penggulungan Usul Menjunjung Kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja sempena Perasmian Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan sidang Dewan yang mulia, bagi menjelaskan soalan daripada Yang Berhormat Indera Kayangan berkaitan Bantuan Khas Ibu Tunggal ataupun BKIT, di mana yang memohon melalui Jabatan Pembangunan Wanita di Negeri Perlis, Bantuan Khas Ibu Tunggal ini yang mana pemberiannya adalah di dalam bentuk RM300 secara one off melalui PENJANA, seramai 1374 orang telah memohon setakat 7 Ogos dan daripada itu, 304 orang telah pun diluluskan di mana fasa pertaman seramai 93 orang telah pun mendapat bayaran RM300 tersebut. Manakala bakinya 211 orang pada Fasa 2 dan Fasa ke 3 di dalam proses yang akan juga mendapat bayarannya mulai Ogos hingga November 2020. Untuk makluman Dewan yang mulia, permohonan untuk Bantuan Khas Ibu Tunggal ini akan ditutup pada 31 Oktober 2020 nanti. Jadi saya menyerulah kepada semua Ahli-ahli Dewan, Ahli-ahli Wakil Rakyat, Ahli-ahli Yang Berhormat semua supaya kembali ke kawasan nanti maklumkan kepada ibu-ibu tunggal yang tuan-tuan puan-puan kasihi itu untuk memohon… dia boleh juga melalui portal Jabatan Pembangunan Wanita di mana kita boleh isi secara online ataupun boleh mengisi secara manual dengan mendapatkan borang di Jabatan Pembangunan Wanita di pejabatnya di UTC Kangar dan dikembalikan borang tersebut kepada Jabatan Pembangunan Wanita dan untuk makluman juga bahawa permohonan ini bukan semua ibu tunggal yang kita bagi tetapi kenalah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Dan saya tak perlu hurai panjang-panjang syaratnya, saya rasa syarat tu ada tertera dekat portal dan juga di borang-borang yang kita dapatkan nanti. Tapi ambillah peluang ni sebab benda ni one off, hanya sekali kita dapat dan mungkin tahun hadapan tidak ada. Jadi tolonglah, bantulah ibu-ibu tunggal yang sedia ada di kawasan masing-masing. Manakala ibu tunggal yang telah sedia mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu seramai 363 orang telah pun diluluskan bantuan khas ini pada 15 Julai 2020 yang lalu.
Yang Berhormat Dato Speaker, selaras dengan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku tentang pentingnya perpaduan diamalkan, diutamakan, maka kita semua menyedari dan juga mengakui bahawa perpaduan merupakan elemen ataupun tiket utama bagi sesebuah negara ataupun negeri untuk mencapai kemajuan ke arah sebuah negara atau negeri maju. Tanpa perpaduan yang utuh, maka semua impian dan hasrat negara maju mahupun negeri maju tidak mudah dicapai dan malah mungkin juga akan menemui kegagalan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Malaysia kita ini terkenal sebuah negara yang majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Manakala dalam konteks perpaduan kita boleh takrifkan sebagai unity in diversity, dengan izin, di mana dengan bermaksud bahawa perpaduan dalam kepelbagaian. Dan ungkapan ini cukup menggambarkan perpaduan yang kita kecapi hari ini hasil daripada sikap toleransi dan juga penerimaan dalam kepelbagaian budaya dan juga adat resam yang tinggi di dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Sekiranya tidak diadaptasi dengan baik dan juga berhemah, ia akan menjadi halangan kepada proses pembinaan dan juga perpaduan rakyat Negara kita. Bagi memperkasakan perpaduan melalui pembangunan negara bangsa seawal usia kanak-kanak prasekolah, sekolah rendah, sekolah kebangsaan dan juga IPTA, di peringkat komuniti juga perpaduan terus diperkasakan melalui program-program yang banyak dilaksanakan di seluruh negara dan juga di Negeri Perlis ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker dan sidang Dewan yang mulia, saya berpandangan bahawa sebagai sebuah negeri dengan rakyat yang berbilang kaum, Malaysia kita ini mempunyai resepi yang berjaya mengekalkan keharmonian di dalam Negara, bukan sahaja dan juga bukan mudah untuk mengekalkan keharmonian di Malaysia dengan adanya kepelbagaian dan juga kerencaman masyarakat, budaya, bahasa serta agamanya. Sebagai rakyat Malaysia dan Perlis khususnya, hendaklah setiap kita semua sentiasa mempunyai sikap toleransi, penerimaan dan juga hormat-menghormati tanpa sebarang prasangka buruk atau prejudis yang tinggi antara satu sama lain seperti mana perumpamaan “bagai aur dengan tebing”. Ia juga adalah gambaran kepada kebersamaan dan juga perpaduan antara kita di antara satu sama lain. Dan yang pentingnya, tidak dilupakan bahawa dua tunjang utama kepada pembentukan perpaduan yang kukuh dan juga terjamin iaitu Perlembagaan Persekutuan dan juga Rukun Negara. Setiap rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang semestinya menghormati, memahami, dan juga mengamalkan kepada prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan 5 prinsip Rukun Negara.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin memetik peribahasa yang cukup menggambarkan kepada pekara ini, iaitu “di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung” di mana ini membawa maksud kepada negara juga pemerintah, di dalam Rukun Negara yang kedua dan ketiga iaitu kesetiaan kepada raja dan negara dan juga keluruhan perlembagaan adalah tanda kita mematuhi undang-undang yang didiami di Malaysia ini. Ia adalah adaptasi sosial masyarakat yang perlu diamalkan bagi mewujudkan perpaduan antara kaum di Malaysia kita ini. Namun sepertimana kita sedia maklum pada akhir-akhir ini, terdapat juga sedikit dalam kalangan masyarakat kita yang terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang tidak begitu sensitif dengan pentingnya perpaduan dan tindak-tanduk mereka yang boleh menggugat serta mengkeluh kesahkan keadaan rakyat kita, kaum-kaum yang ada dalam Malaysia serta keselamatan negara. Golongan seumpama ini tidak peduli sekiranya hasutan dan juga tindakan extremis mereka boleh meracuni pemikiran rakyat dan boleh menggugat perpaduan sedia ada. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama membantu kerajaan bertindak seawal-awalnya menangani golongan ini yang hanya berani bermain dengan api semasa kecil dan cabut lari ketika apabila api menjadi besar. Walaupun ada kalanya timbul suara-suara sumbang yang mahu menggugat ketenteraman antara rakyat dengan menimbulkan isu-isu perkauman, namun rakyat Malaysia yang sekarang bertambah matang secara keseluruhannya menolak fahaman-fahaman seperti ini. Mereka tetap berpegang teguh kepada prinsip tolak ansur dan juga hormat menghormati dengan memahami dan juga menghayati prinsip sejarah penubuhan negara Malaysia kita ini. Kerajaan negeri khususnya melalui portfolio perpaduan, sangat mengalu-alukan sebarang usaha daripada badan-badan bukan kerajaan, pihak swasta dan juga orang-orang perseorangan untuk bersama-sama menjayakan program-program bagi mengeratkan lagi semangat bersatu padu di antara kalangan masyarakat kita yang majmuk dan khususnya di bumi Perlis yang sangat bertuah ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker dan sidang hadirin yang dimuliakan, baru-baru ini telah dilancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan juga yang bertemakan Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini iaitu “Malaysia Prihatin”, di mana yang membawa makna pengertian seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, sama ada penjawat awam ataupun seluruh warga Malaysia termasuklah juga frontliners, dengan izin, dengan prihatinnya mereka telah mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan juga kebajikan rakyat melalui inisiatif pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat ataupun prihatin yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat Malaysia. Dan di dalam kesempatan ini, saya selaku EXCO yang bertanggunjawab kepada hal ehwal perpaduan, khususnya di Negeri Perlis ini ingin menyeru kepada semua kawan-kawan dan rakan-rakan sidang Dewan untuk menjadi “Malaysia Prihatin” yang sentiasa menjadikan keutamaan kita sebagai… untuk menjaga kemakmuran, kerharmonian dan juga perpaduan terus dikekalkan.
Sebelum akhiri kalam, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan juga terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta semua jabatan-jabatan negeri dan persekutuan yang begitu banyak memberi perhatian, kerjasama dan juga membantu DUN Mata Ayer di dalam sepanjang tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya. Jasa baik YAB MB dan jasa baik tuan-tuan dan puan-puan amatlah besar ertinya kepada saya dan tanpa jasa baik tuan-tuan dan puan-puan dan semua, mungkin kita semua tidak dapat berdiri penuh di sini pada hari ini. Dan kesempatan ini juga saya ambil untuk lafazkan kepada tuan Setiausaha Dewan dan juga staf Dewan yang begitu bertungkus lumus sepanjang beberapa hari bagi memastikan sidang Dewan kita dapat dilaksanakan, dapat dijayakan dengan sempurnanya dalam keadaan kita masih menghadapi situasi COVID 19 ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sidang Dewan yang dihormati sekalian, akhir kalam, Mata Ayer menyokong sepenuhnya dan menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja dan berharap sangat-sangat agar kita semua akan menggenggam dan mengupas segala butiran titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku demi kesejahteraan, keharmonian dan juga kemajuan Negeri Perlis yang tercinta ini. Sekian, wabillahitawfeek walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Mata Ayer. Dipersilakan Yang Berhormat Pauh.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Salam Perlis, Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju. Yang Berhormat Dato’ Speaker Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi, wakil-wakil, rakan-rakan media seterusnya hadirin yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur kita ke hadrat Allah SWT di atas limpah rahmatnya dan diberikan kesempatan ini untuk saya menyampaikan Ucapan Menjunjung Kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis semasa Pembukaan Persidangan Ketiga, Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas dan sebelum itu izinkan saya juga untuk menjawab soalan lisan yang diberikan oleh YB Sena dan juga YB Sanglang yang juga ada juga kaitan dengan usul menjunjung kasih saya kepada Tuanku. Yang Berhormat… Yang Berhormat Sena, untuk maklumat Yang Berhomat perancangan untuk membangun, menstabil dan memperluaskan kadar penembusan perkhidmatan iaitu capaian internet di sesebuah negeri amat memerlukan gabungan usaha oleh pelbagai agensi seperti SKMM selaku pengubal dasar, kawal selia dan pihak berkuasa perlesenan, pihak Telco selaku penyedia perkhidmatan internet, pihak penyedia infrastruktur telekomunikasi dan pihak penyedia perisian. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM telah dan sentiasa memberi tumpuan kepada penambahbaikan infrastruktur komunikasi melalui penyediaan liputan jalur lebar berkelajuan tinggi dengan menggunakan pelbagai teknologi untuk membolehkan rakyat khususnya di kawasan luar bandar untuk sama-sama menikmati akses kepada perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang lebih menyeluruh. Setakat bulan Jun 2020, antara inisiatif penyediaan perkhidmatan jalur lebar yang sedang dilaksanakan di Negeri Perlis adalah seperti Projek Jalur Lebar Luar Bandar yang menyediakan perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan 30Mbps di kawasan pinggir dan luar bandar. Sehingga kini sebanyak 560 sambungan lagi masih dalam peringkat pelaksanaan dan dijangka siap secara berperingkat menjelang penghujung tahun 2020.
Selain itu, SKMM sedang melaksanakan penaiktarafan rangkaian berasaskan tembaga kepada rangkaian gentian optik di Perlis. Inisiatif yang akan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad ini dijangka akan siap secara berperingkat menjelang akhir tahun 2021. Jumlah ini dijangka akan diselaraskan dari semasa ke semasa disebabkan oleh faktor peralihan langganan pelanggan. Jadi, pada masa yang sama, SKMM juga sedang mengadakan sesi perancangan bersama pihak industri dan agensi Kerajaan untuk memantapkan kualiti dan liputan perkhidmatan menggunakan pelbagai teknologi dan pada masa yang sama, Perlis Comm merancang pembinaan sejumlah 26 menara infrastruktur telekomunikasi baharu meliputi 26 lagi kawasan di Negeri Perlis. Jadi untuk makluman juga enam daripada menara baharu ini dijangka akan dapat dibina dan disewakan kepada syarikat Telco selewat-lewatnya sebelum penghujung suku tahun pertama tahun 2021.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi menjawab soalan Yang Berhormat Sanglang berkenaan dengan ketum, sebagai usaha membenteras penagihan dadah penagih ketum, Kerajaan akan menggubal akta baharu untuk meningkatkan keberkesanan dalam aspek pemberian khidmat rawatan dan pemulihan dadah. Akta baharu tersebut berupaya untuk meningkatkan capaian kepada rawatan dan pemulihan dadah. Penggubalan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substan 2020 turut memberi penekanan kepada undang-undang dan penguatkuasaan berkaitan penanaman apa-apa tumbuhan psikoaktif termasuk kratom dan ketum. Hukuman terhadap kesalahan berkaitan perkara tersebut juga akan turut diperketatkan.
Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, izinkan saya menyampaikan ucapan menjunjung kasih di atas ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis adalah sangat menyeluruh, menyentuh pelbagai aspek pentadbiran dan berpaksikan kepada kesejahteraan rakyat. Pesanan Duli Yang Maha Mulia Tuanku kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat tentang pelbagai etika yang baik tentunya kami terima dengan hati yang terbuka. Keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku kepada kemajuan Negeri Perlis amatlah tinggi sekali. Kita sama ada sebagai Penjawat Awam, Anggota Pentadbiran, Ahli Perniagaan, rakyat muda dan tua menyanjung kasih atas titah yang sangat tepat dan kena pada masanya ini. Dua rangkap pantun dari saya,
Bukan kecil kerana silat,
Langkah perkasa tua dan muda;
Raja adil Raja berdaulat,
Rakyat dan Baginda berpisah tiada.
Membaca buku sambil berkelah, Jadi acara sangat berguna; Moga Tuanku dirahmati Allah. Selamat negeri daripada bencana.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkaitan pendidikan Pasca COVID-19 antara norma baharu dan hala tujunya untuk sesekalinya dalam sejarah dunia seramai 1.5 billion orang pelajar daripada lebih 165 buah negara yang tidak dapat meneruskan persekolahan ekoran pandemik COVID-19 seperti yang telah diumumkan oleh Unesco pada 26 Mac 2020 yang lalu. Malaysia adalah salah satu negara yang telah mengambil langkah menutup sekolah-sekolahnya. Satu tindakan Kerajan melalui perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan daripada mengelak jangkitan tersebut. Duduk di rumah, jarak sosial dan pada ketika ini jarak fizikal dan penjagaan kebersihan adalah mesej yang sentiasa diulang-ulang sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula pada 18 Mac yang lalu, sehinggalah kita melalui perubahan-perubahan status perintah kawalan pergerakan yang positif sehingga negara telah dapat kembali menjalani kehidupan hampir seperti biasa seperti keluar bekerja, berniaga, membeli belah, beriadah, bercuti dan balik kampung untuk bersama keluarga. Begitu juga Perlis mendapat status hijau seawal bulan Mei 2020, dengan ini kita menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada frontliner yang menjaga rakyat dan juga negeri. Cuma menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, (WHO) masih tiada vaksin untuk mengekang penyebaran virus ini dan mungkin berlanjutan hingga bertahun-tahun lamanya. Pandemik ini telah memberi impak yang sangat besar dalam semua aspek kehidupan dan amalan seharian setiap dari kita. Dunia pendidikan tidak terkecuali dalam menghadapi suasana luar biasa ini. Berhadapan dengan wabak yang mengancam nyawa, masyarakat dunia pastinya perlu bersedia dan amalan-amalan pendidikan yang berbeza daripada cara yang dilalui sebelum ini. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM 2013-2025, anjakan 7 menyatakan manfaatkan information and communication technology, dengan izin, ICT, bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dan diperkenalkan dalam laporan perlaksanaan yang diterbitkan saban tahun sejak dari 2013 menunjukkan bahawa pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi membantu memperkukuh proses pembelajaran dan pengajaran di semua sekolah di negara ini dan ini amat bersesuaian dengan suasana pandemik yang kita lalui ketika ini. Dengan perlaksanaan ini pelajar-pelajar akan dapat access dengan kandungan-kandungan silibus-silibus pelajaran dengan lebih luas, menarik dan interaktif melalui peralatan yang lengkap sekaligus ianya memupuk kepada kemudahan ICT ini dan menjadi sebahagian daripada kehidupan murid di sekolah, di rumah tanpa jurang pemisah antara bandar dan luar Bandar. Sama ada kita sedar atau tidak, pandemik COVID-19 telah mendekatkan para pelajar kita dengan amalan pembelajaran melalui ICT ini atau dalam bahasa yang lebih mudah, pembelajaran maya. Di peringkat Negeri Perlis, Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah-sekolah serta kolej dan institusi telah mengambil beberapa inisiatif dalam memperkenal dan melaksanakan pembelajaran maya kepada para pelajar dalam tempoh PKP. Saya mendapat laporan daripada pihak JPN, Yang Berhormat Dato’ Speaker, ekoran daripada penutupan sekolah semasa Perintah Kawalan Pergerakan,PKP yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia akibat penularan COVID-19. Jadi pihak sekolah telah menjalankan pelbagai inisiatif bagi memastikan kelangsungan pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan dengan selamat. Antara inisiatif tersebut perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang dimaksudkan dengan PDPC secara online oleh guru-guru menengah dan rendah. Berdasarkan soal selidik yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Perlis mendapati 92.3% daripada 2,407 orang guru telah menjalankan PDPC secara online. Dengan jumlah purata 2.5 jam sehari yang melibatkan dua mata pelajaran bagi sekolah rendah dan tiga mata pelajaran bagi sekolah menengah. Pihak sekolah telah menyediakan jadual PDPC secara online tersebut untuk tindakan guru, murid dan ibu bapa. Berdasarkan jadual yang diberikan, di antara medium-medium pembelajaran yang banyak digunakan iaitu powerpoint, video, video conference dan lain-lain dan ini memberi ruang kepada guru-guru juga untuk lebih kreatif dalam menyampaikan PDPC secara online ini kepada para pelajar. Jumlah murid yang mengikut PDPC adalah seramai 79.18% manakala murid yang tidak mengikuti PDPC secara online adalah 20.15%. Jadi jumlah percent pelajar-pelajar mengikuti pendidikan secara online ini juga tinggi dan kita tidak merasa risau apabila pembelajaran ini ataupun e-learning di rumah dilaksanakan. Dan diantara tindakan alternatif kepada para pelajar yang tidak mengikut pembelajaran PDPC secara online telah pun diambil oleh pihak sekolah untuk mengatasi masalah seperti berikut, iaitu menghubungi ibu bapa menggunakan telefon, sms, whatsapp dan telegram, meminta bantuan rakan sekelas atau jiran, menggunakan tv pendidikan menyampaikan tugasan melalui PIBG dan PIDK di sekolah ada kumpulan ataupun group whatsapp kumpulan PIDK, kumpulan sokongan ibu bapa dan juga pihak sekolah mengambil insiatif mengepos bahan-bahan dan juga dikenakan khidmat pengawal keselamatan di sekolah iaitu ibu bapa boleh mendapatkan latihan-latihan daripada pondok-pondok kawalan di sekolah. Jadi ini menunjukkan bahawa PDPC dapat dilangsungkan walaupun kita menghadapi pandemik yang mana pelajar-pelajar ada yang tidak hadir ke sekolah kerana ibu bapa risau untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Inilah pendekatan pembelajaran maya yang telah pun dilaksanakan, perkakasan pembelajaran juga disesuaikan mengikut keperluan pembelajaran dan interaksi dilaksanakan melalui pelbagai aplikasi chat yang membolehkan pelajar dan tenaga pengajar berbincang mengenai pembelajaran pada bila-bila masa. Jadi inisiatif pihak-pihak Jabatan Pendidikan Negeri, sekolah-sekolah, pihak kolej dan universiti telah membantu pelajar-pelajar meneruskan pembelajaran dan pelajar-pelajar tidak hanya dibuai tidur lena, makan sahaja dalam tempoh PKP tersebut. Jadi berikutan pandemik ini juga kaji selidik turut mengenalpasti kekangan dari segi access kepada internet, penggunaan peranti untuk pembelajaran dan juga para guru serta pendidik yang berdepan dengan cabaran untuk melengkapkan diri dengan penguatkuasaan dalam teknologi digital telah menguasai ilmu berkaitan e-learning untuk menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Di peringkat sekolah hampir 80% pelajar menengah mempunyai telefon pintar, diikuti sekitar 36% murid sekolah rendah, bagaimanapun untuk peranti lain seperti tablet, komputer riba, jumlah milikan adalah amat rendah iaitu sekitar 5% sehingga 14%. Jadi di sini kita akan minta jasa baik daripada pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama kementerian-kementerian lain yang kita sasarkan dapat membantu Datuk Zahidi Zainal Abidin yang merupakan orang Perlis daripada Padang Besar yang dilantik sebagai Menteri… Timbalan Menteri… pastilah dapat membantu dan juga kerjasama daripada SKMM ataupun MCMC dan juga pada suatu ketika dahulu kita ada satu program di mana para pelajar yang kurang berkemampuan menerima netbook 1Malaysia. Jadi saya rasa perkara ini boleh dapat diulang semula untuk kita sama-sama mengambil inisiatif bagi membantu pelajar-pelajar untuk menghadapi pandemik COVID-19 di mana mereka tidak dapat hadir ke sekolah. Jadi wujudlah keperluan-keperluan kepada guru-guru dan pendidik untuk meningkatkan ilmu, kompetensi dan keupayaan kemahiran serta perubahan sikap dan kesiapsiagaan dalam menerima norma baharu dalam pendidikan terutamanya pembelajaran dalam talian. Kesiap siagaan ini akan dapat dilihat perubahan dari aspek pengajaran, pentaksiran dan penyampaian ilmu yang mencabar tugas perguruan. Dan bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM dan Kementerian Pendidikan Tinggi, jabatan kaji selidik sekolah dan institusi perlu terus diperhalusi dan merangka pelan tindakan melalui kerjasama dengan Kementerian-Kementerian yang berkaitan kerana fenomena yang luar biasa ini yang terkini iaitu wabak ini kita tidak tahu selama mana akan berada dalam kehidupan manusia dan kita yakin ia akan bersama-sama dengan kita dalam masa yang lebih panjang. Bertepatan dengan Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dalam memperkenal dan membudayakan platform digital selaras dengan Pelan Digital Perlis 2021-2025, pembelajaran maya atau e-learning dalam tempoh PKP ini akan menjadi pemangkin kepada pembudayaan platform digital rakyat Perlis dan sekaligus menjadi laluan bagi mencapai objektif yang disasarkan dalam Pelan Digital Perlis 2021-2025.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, hampir tiga bulan sekolah ditutup dan kita telahpun melalui satu perkembangan terkini penularan wabak COVID-19 iaitu membabitkan sekolah-sekolah di tiga… tiga buah sekolah di suatu kawasan di Kuala Sanglang di mana ketiga-tiga sekolah tersebut telah pun diarah tutup dan guru diarahkan berada di rumah. Jadi dalam ekoran SOP perlulah dipatuhi bagi memastikan para pelajar dan juga guru-guru dapat melaksanakan tanggungjawab dan peranan masing-masing dan kita pastinya… melalui perkara ini, dengan satu suasana yang risau, keadaan ini merisaukan ibu bapa dan saya yakin ada walaupun tidak berada dalam kawasan TEMCO, berada di kawasan persekitaran iaitu di kawasan Simpang Empat, jadi ada ibu bapa yang gusar dan risau untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Tetapi pandemik COVID-19 janganlah dijadikan sebagai satu alasan untuk tidak menghantar anak-anak kita. Jadi bagi sekolah-sekolah yang berada di luar kawasan TEMCO, jadi wajarlah mengambil satu pendekatan kekalkan ataupun bimbing anak-anak dengan SOP supaya mereka dapat hadir ke sekolah seperti biasa dan janganlah kekangan COVID-19 ini menjadi satu alasan. Pihak Kerajaan Negeri Perlis dan Jabatan Pendidikan Negeri berpuas hati dengan langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak sekolah sebenarnya dalam mematuhi prosedur operasi standard atau SOP dan kalau dapat kita hadir ke sekolah, kita dapat lihat suasana di sekolah dengan pematuhan SOP di lantai telah pun dilakarkan laluan-laluan seperti highway, seperti jalan raya untuk mendidik dan membimbing bagi anak-anak belajar mematuhi SOP yang telah pun disediakan dan saya yakin dalam keadaan ini semua dapat melaksanakan dengan lebih berkesan dengan kerjasama ibu bapa dan begitu juga kita bila melihat perkhabaran-perkhabaran melalui untuk semua peringkat, tidak ketinggalan bagi golongan-golongan pekerja, majikan dan kerajaan. Tambahan pula dengan perlaksanaan arahan penjarakan sosial dan perintah kawalan pergerakan, majoriti pekerjaan utamanya yang bergantung kepada interaksi kepada pelanggan secara fizikal turut terkesan. Walau bagaimanapun SOP yang ditetapkan telah dapat dilaksanakan dengan baik.
Pertubuhan Buruh Antarabangsa menjangkakan krisis COVID-19 akan meningkatkan kadar pengangguran terutamanya dalam sektor perkhidmatan, sektor informal di negara sedang membangun merupakan yang paling berisiko dan kita juga tidak terkecuali yang dijangkakan akan berlaku kes kehilangan pekerjaan di seluruh negara yang meliputi semua perusahaan di semua sektor terutama dalam bidang ekonomi yang tidak memberangsangkan ini. Dan sekiranya saya dapat menjawab sebentar tadi soalan-soalan daripada YB Sena yang berkaitan dengan statistik kehilangan pekerjaan di Negeri Perlis, ada disenaraikan beberapa program dan inisiatif juga daripada Kerajaan Negeri bagi membantu penduduk-penduduk yang kehilangan pekerjaan. Jadi sekiranya perlu, dapat saya sediakan dalam secara bertulis dekat YB, supaya kita dapat jelas dengan apa tindakan Kerajaan yang telah diambil dan program-program bagi membantu merangsang semula ekonomi baik di semua peringkat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pandemik COVID-19 bukan sahaja menyebabkan krisis kepada kesihatan awam, malah kepada ekonomi dan pasaran buruh keseluruhannya dan ini telah menambah beban bertujuan menstabilkan pekerjaan, mengelak pemberhentian pekerja beramai-ramai dan melindungi pekerjaan justeru membolehkan khususnya dalam kumpulan B40 mampu menyara diri dan keluarga dalam waktu sukar ini dan selain daripada inisiatif dan program utama Kerajaan Negeri, Pakej Prihatian dan Prihatin Tambahan 2020 yang diumumkan oleh Kerajaan Pusat juga memperkenalkan beberapa program mesra pasaran buruh bagi mewujudkan sistem sokongan pekerjaan dan perlindungan pendapatan seperti program subsidi upah kepada majikan yang bakal memberi manfaat kepada lebih 700 ribu syarikat mikro, kecil dan sederhana, program pengekalan pekerjaan, employee detention programme, EDP, dengan izin, melalui bantuan RM600 sebulan sehingga maksimum 6 bulan untuk pekerja yang pendapatannya terjejas, skim pengeluaran dari akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, KWSP sebanyak RM500 untuk tempoh 12 bulan, melalui skim i-lestari dan beberapa program-program yang lain. Dan bagi pihak Kerajaan Negeri kita menyambut baik inisiatif-inisiatif dan program-program yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri sendiri. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan juga Pejabat Menteri Besar yang telah pun panduan dan program-program sokongan untuk rakyat. Adalah menjadi harapan kita agar masyarakat dan rakyat Negeri Perlis setiap peringkat akan mendapat manfaat dan boleh menggunakan peluang ini sebaik yang mungkin. Isu kebajikan pekerja dan majikan adalah menjadi keutamaan kita dan sudah tentu kita tidak akan sama sekali berkompromi dalam soal ini. Sebagai menyahut cabaran matlamat ini, dalam Dewan yang mulia ini saya ingin memaklumkan bahawa tiada kakitangan di peringkat Kerajaan Negeri mahu pun dari kalangan pekerja-pekerja anak syarikat Kerajaan Negeri yang telah diberhentikan kerja dalam tempoh yang sukar ini. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri agar pihak swasta dan peniaga-peniaga dapat mengambil tindakan yang sama. Kerjasama pekerja dan majikan bersama-sama dalam pekerjaan sudah pasti akan menghasilkan penyelesaian yang positif. Yang Berhormat Dato’ Speaker…
Yang Berhormat Dato’ Speaker, boleh saya tanya Yang Berhormat… Yang Berhormat Pauh. Tahniah dan syabas diucapkan, banyak inisiatif yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah hasil daripada serangan COVID-19 ini. Saya nak tanya sikit tentang pekerja Kilang Gula yang dipindahkan ke Johor, agak ramai juga yang berhenti… wallahu’alam.
Terima kasih kepada soalan daripada Yang Berhormat Sanglang, actually sebenarnya soalan tersebut ada… tak sempat saya menjawab soalan Yang Berhormat sebentar tadi iaitu… hurm… nanti dapat jawapan dia daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, ada sedikit daripada saya… tapi kita bagi laluan lah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri untuk menjawab sebentar nanti. Boleh ya Yang Berhormat
Sanglang? Izinkan saya meneruskan ucapan. Terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sudah hampir 6 bulan kita berdepan dugaan mencabar dalam memerangi musuh halimunan ini, keresahan, kesedihan, ketidak tentuan tentunya ditaksirkan secara berbeza bagi setiap individu kerana masing-masing ada dugaan dan tanggungjawab yang perlu dihadapi. Namun apakah perkara yang boleh kita ubahsuai dengan keadaan semasa ketika berdepan dengan situasi penularan pandemik COVID-19 ini. Situasi COVID-19 mungkin akan berpanjangan dan perlukan kepada norma baharu yang semakin ketara. Jadi cabaran dan tekanan yang dilalui boleh diatasi jika kita mengambil langkah ke hadapan dengan lebih positif. Kita tiada pilihan bersama dalam menghadapi cabaran ini meskipun kita berbeza pendapat dan pandangan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, sedikit untuk saya perkatakan tentang kawasan saya di N11 Pauh, terlebih dahulu terima kasih kepada Jabatan dan Agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu menyelesaikan isu masalah banjir kilat dan banjir di kawasan tertentu seperti di Padang Nyu, Bumbung Lima, Bandar Arau, Kampung Rambai, Padang Siding dan kampung-kampung yang berkaitan yang ada laluan sungai serta menyokong saranan Yang Berhormat Guar Sanji untuk menjadikan lagi Kota DiRaja, terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji dan kita akan lepas ini dapat memastikan bahawa kita sama-sama menambahbaik keceriaan dengan pokok-pokok hiasan dan lain-lain supaya apabila masuk sahaja ke kawasan Bandar DiRaja yang juga melalui Guar Sanji, keindahan bandar ini dapat kita lihat sama ya pada masa depan. Tindakan ini perlulah diambil oleh pihak agensi dengan kerjasama daripada ADUN-ADUN ataupun YB-YB yang berkaitan. Dan selain itu, dalam tindakan Jabatan seperti saya mengambil ni… tentang perparitan yang ada di kawasan iaitu dapatlah diteruskan penyelenggaraan, teruskan pembaikan dan teruskan naik taraf dan dapat memastikan bahawa isu-isu dan masalah yang berkaitan dengan banjir ini dapat diatasi dan kita dapat membantu komuniti kita dengan lebih aktif dan lebih efektif. Dan akhir kalam sebagai mengakhiri ucapan saya, saya zahirkan sekali lagi ucapan terima kasih atas kerjasama dan bantuan daripada semua ketua-ketua jabatan dan agensi, pegawai-pegawai yang terlibat, Pengerusi-Pengerusi JKKP serta jawatankuasanya serta kepimpinan komuniti dan individu sama ada menjayakan program-program dan aktiviti hatta menyelesaikan masalah di kawasan Pauh juga portfolio saya sebagai Pengerusi Pendidikan, Pengurusan Sumber Manusia, Teknologi dan Inovasi serta Komunikasi ICT. Jadi dengan kata-kata itu, saya sudahi dengan ucapan… saya sekali lagi menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sekian, wassalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Pauh, dipersilakan Yang Berhormat Beseri.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju. Menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja. Salah satu perkara yang disentuh oleh Duli Tuanku adalah berkaitan kepimpinan. Oleh itu, sama-samalah kita jadikan kepimpinan Rasulullah sebagai contoh yang terbaik dalam kepimpinan. Saya berpesan ini adalah untuk diri saya sendiri dan Yang Berhormat-Yang Berhormat dan seterusnya semua insan-insan yang terdapat di dalam Dewan ini sebabnya kita semua di dalam Dewan ini adalah pemimpin iaitu pemimpin kepada diri sendiri, pemimpin kepada keluarga, pemimpin kepada masyarakat, pemimpin kepada organisasi dan pemimpin kepada rakyat. Rasulullah SAW adalah ketua kerajaan Islam di Madinah. Allah SWT memberi pengiktirafan terhadap kepimpinan unggul yang ada di dalam diri baginda menerusi firmannya yang bermaksud, “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik, hari akhirat dan ia pula menyebut mengingati Allah banyak-banyak dalam masa susah dan senang.” Surah Al-Ahzab Ayat 21. Hakikatnya setiap manusia di atas muka bumi ini menggalas tanggungjawab sebagai khalifah bagi memakmurkan bumi Allah SWT mengikut ketetapan-Nya. Rasulullah SAW menunjukkan contoh kepimpinan terbaik bermula daripada rumah sehingga membabitkan urusan pentadbiran Negara. Kepimpinan bukan hanya dikira selepas seseorang itu menang dalam pilihanraya atau dapat memegang jawatan tertentu di dalam sesebuah organisasi itu. Ingatlah setiap manusia bertanggungjawab ke atas perkara yang mereka lakukan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu semua bertanggungjawab terhadap orang di bawah jagaanmu.” Hadis riwayat Al Bukhari dan Muslim. Seorang pemimpin yang beriman kepada Allah SWT dan Rasulnya tidak sekali-kali mengkhianati tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Allah SWT sentiasa memerhati dan menilai setiap tanggungjawab yang dipikul oleh setiap pemimpin. Pemimpin yang bertanggungjawab tidak akan meminta apa-apa keistimewaan untuk dirinya sendiri dan keluarganya malah dia tidak menganggap dirinya lebih baik daripada orang lain. Pemimpin juga perlu sedar perlantikannya ini merupakan suatu tanggungjawab ataupun taklif untuk dimegah-megahkan. Itulah antara perkara yang menjadi tonggak keunggulan kepimpinan Rasulullah SAW. Baginda tidak pernah sama sekali menjadikan kapasitinya sebagai seorang pemimpin untuk mengaut keuntungan bagi diri sendiri dan keluarganya. Baginda SAW sentiasa mengutamakan kebajikan setiap manusia di bawah kepimpinannnya. Rasulullah SAW turut mengingatkan pemimpin mengenai bahayanya tanggungjawab yang tidak dilaksanakan. Sabda Baginda yang bermaksud, “Tiada seorang pun pemimpin yang menguasai urusan kaum Muslimin lantas tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk kebaikan mereka dan tidak jujur kepada mereka melainkan dia tidak akan masuk syurga bersama mereka.” Hadis riwayat Al-Bukhari. Kepimpinan Rasulullah SAW berasaskan akhlak hingga baginda mampu meyakinkan golongan bukan Islam memeluk Islam dan mentaatinya sebagai Ketua Negara. Tindak tanduk pemimpin juga akan sentiasa diperhatikan oleh rakyat. Sekiranya pemimpin memiliki sifat terpuji seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW pastinya akan lahir masyarakat yang harmoni. Masyarakat harmoni terdiri daripada kalangan pemimpin dan rakyat yang saling sayang menyayangi, hormat menghormati serta sentiasa diingati dalam doa. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sebaik-baik pemimpin kamu, adalah yang kamu cintai dan mereka pun mencintai kamu serta yang sentiasa kamu doakan dan mereka pun selalu mendoakan kamu.” Hadis riwayat Muslim.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, berhubung dengan respond daripada Yang Berhormat Sanglang iaitu permohonan mendirikan solat Jumaat di Sekolah Menengah Agama Al-Maad, Arau, sesuatu premis yang akan digunakan untuk dijadikan masjid ataupun ruang solat hendaklah melalui proses perakuan kebenaran oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis ataupun MAIPs berdasarkan saranan dan pandangan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan. Perkara ini adalah tertakluk dalam Seksyen 98, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis 206 berkaitan penubuhan masjid. Yang pertama, Majlis pada bila-bila masa akan membenarkan sesuatu bangunan didirikan untuk digunakan sebagai masjid. Yang kedua, membenarkan penggunaan mana-mana bangunan sebagai masjid atau menetapkan mana-mana surau atau madrasah atau bangunan lain menjadi masjid. Majlis tidak boleh memberikan kebenaran atau membuat penetapan di bawah Sub Seksyen 1 melainkan jika tapak bangunan yang hendak digunakan sebagai masjid itu telah dijadikan wakaf yang berkekalan. Majlis boleh melalui pemberitahuan dalam warta menentukan atau meminda sempadan mana-mana kariah masjid. Sehubungan itu, permohonan yang telah dikemukakan oleh pihak-pihak berkaitan untuk mendirikan solat Jumaat sentiasa diteliti dan dipertimbangkan berdasarkan keperluan. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, PKPP dan dengan penjarakan fizikal satu meter, Masjid Negeri Arau mampu memuatkan maksima 842 orang Jemaah yang merangkumi 600 jemaah di bawah dan 242 jemaah di tingkat atas. Menurut rekod Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Negeri Arau, jumlah jemaah sebenar yang hadir menunaikan solat Jumaat adalah 570 orang pada 3 Julai 2020, 503 orang pada 10 Julai 2020, 656 orang pada 17 Julai 2020, 578 orang pada 24 Julai 2020, 570 orang pada 31 Julai 2020 dan 400 orang 7 Ogos 2020. Lazimnya, tingkat atas Masjid Negeri tidak dipenuhi walaupun ia mampu memuatkan 242 orang jemaah serta dengan kehadiran murid dari sekolah berhampiran iaitu Sekolah Menengah Al-Maad, Sekolah
Menengah Kebangsaan Arau, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syeikh Ahmad dan lain-lain lagi.
Sekolah Menengah Agama Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad Diniah Al-Maad, Arau merupakan sebuah sekolah yang terletak hanya lebih kurang 300 meter dari pagar Masjid Negeri, Arau. Kedudukannya adalah sejajar dengan Masjid Negeri Arau yang tidak memerlukan para pelajar menyeberangi jalan raya utama. Balai Polis Arau yang terletak di antara Sekolah Menengah Agama Al-Maad dan Masjid Negeri Arau turut meningkatkan jaminan keselamatan dalam kalangan pelajar. Daripada jumlah pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Maad, seramai 554 orang hanya 270 orang merupakan pelajar lelaki yang wajib menunaikan solat Jumaat. Keputusan untuk surau-surau sekolah tidak dibuka untuk solat Jumaat adalah demi untuk menjunjung titah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis merangkap Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, MAIPs. Dalam warkah Baginda dengan rujukan MAIPs. 100-6 Jld 7(88) bertarikh 16 Julai 2020, hikmah kebijaksanaan Baginda telah menegaskan, warga sekolah / IPT hendaklah menunaikan solat Jumaat di mana-mana Masjid Kariah / Surau Kebenaran Jumaat berdekatan. Oleh itu, Masjid Negeri Arau masih mampu untuk menampung warga Sekolah Menengah Agama Al-Maad termasuk bapa dan penjaga pelajar. Terima kasih di atas keprihatinan…
Yang Berhormat Beseri… Yang Berhormat Beseri… boleh mencelah?
Boleh.
Terima kasih Yang Berhormat Beseri di atas pencerahan dan juga penjelasan berkaitan dengan undang-undang dan sebagainya. Memang pun Yang Berhormat Sanglang kelmarin dia mohon… dia pun mohon sahaja atas budi bicara melalui Majlis kalau ada mesyuarat sekiranya apa nama… berpatutan atau bersesuaian untuk laksanakan di surau tersebut. Namun bila mana ada penjelasan berkaitan dengan keluasan Masjid Negeri menampung jumlah, saya ingat di sini ada miscommunication antara pihak sekolah dengan masjid terutama dari segi permohonan untuk solat tu sebab masjid dia keluarkan arahan tertentu kepada sesiapa sahaja untuk hadir, kadang-kadang ambil kedatangan dan sebagainya. Mungkin di sana ada hilang atau terputus hubungan antara sekolah dengan masjid menyebabkan tidak ada kita kata arahan, maklumat dan sebagainya. Ini mungkin berlakulah… rasanya saya.
Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji, terima kasih di atas keprihatinan YB Sanglang dan YB Guar Sanji tentang permasalahan yang telah dikemukakan. Pihak MAIPs dan pihak JAIPs telah ambil maklum tentang perkara ini.
Respons YB Sanglang berhubung cadangan tidak memberikan bantuan kepada mereka yang terlibat dengan ketum, pengurusan MAIPs menyambut baik cadangan yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Sanglang untuk meminta pemohon bantuan zakat agar memotong terlebih dahulu pokok ketum. Buat masa ini, MAIPs sentiasa menasihatkan kepada perkara berkenaan pada setiap sesi lawatan dan tinjauan asnaf yang dilaksanakan. Bahkan perkara ini seringkali dititahkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda selaku Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis berkaitan isu penyalahgunaan dadah dan mabuk ketum yang dialami oleh masyarakat. Bagi tujuan penerimaan bantuan perumahan MAIPs selama ini bertindak mewajibkan pemohon agar memotong terlebih dahulu pokok ketum sebelum membantu sama ada membaik pulih atau membina sebuah rumah MAIPs. Dalam masa yang sama saya mohon Ahli-Ahli Yang Berhormat supaya maklumkan jika berkaitan dengan penanaman ketum di kawasan tuan-tuan Yang Berhormat sekalian, sila maklumkan kepada pihak MAIPs untuk tindakan yang selanjutnya.
Respons Yang Berhormat Sanglang berkaitan isu perlantikan Siak Masjid Santan dari luar kariah Santan, perlantikan Siak baru Masjid Nur Said, Santan mengisi kekosongan jawatan itu sejak beberapa bulan yang lalu. Siak yang baru dilantik memang berasal dari luar kariah Masjid Santan iaitu berasal daripada Felcra Lubuk Sireh, Kaki Bukit. Surat lantikan beliau juga menggunakan alamat seperti di kad pengenalan beliau. Beliau sekarang telah berpindah ke kariah masjid Santan setelah dilantik sebagai Siak II, Masjid Nur Said, Santan bermula daripada 01 Ogos 2020.
Respons Yang Berhormat Kuala Perlis berhubung status imam litar di Masjid Saidina Abu Bakar, Seberang Ramai, satu proses perlantikan penempatan dan penempatan imam adalah dilaksanakan selari dengan kuasa dan peranan yang telah diperuntukkan dalam Seksyen 100 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis 2006 berkaitan perlantikan Pegawai Masjid yang dinyatakan. Bagi tiap-tiap masjid dalam Negeri Perlis, Majlis hendaklah melantik seorang atau beberapa imam, billal dan pembantu bilal sebagai melicinkan pengurusan masjid dan aktiviti pengimarahannya sesuatu urusan perlantikan penempatan ataupun penempatan Imam dan Pegawai Masjid adalah dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan yang telah diteliti oleh pihak Jabatan Agama Islam Perlis selaku jabatan yang menguruskan pengimarahan masjid di seluruh Negeri Perlis. Antara syarat keperluan utama sebagai Imam ialah mahir dalam bacaan Al-Quran dan menguasai sekurang-kurangnya hukum-hakam fiqh solat. Tanpa mengurangkan hormat dan penghargaan kepada individu yang dimaksudkan, atas jasa baik beliau mentadbir dan mengimarahkan Masjid Saidina Abu Bakar Al-Siddiq Seberang Ramai, JAIPs telah menerima banyak aduan berkenaan kualiti bacaan Al Quran individu tersebut. Sebagai langkah pemulihan, individu berkenaan telah dipanggil ke Bahagian Dakwah, JAIPs untuk mengikuti kaunseling dan beliau berjanji untuk memperbaiki kekurangannya. Bagi meningkatkan kemahiran beliau, JAIPs telah mewajibkan beliau mengikuti Program Talaqqi Al-Quran dan pengijazahan Sanad Bacaan Surah Al-Fatihah bersama Imam dan Bilal Masjid Negeri Perlis Bil. 1/2019 bertarikh 18 Mei 2019 iaitu bagi Parlimen Kangar. Di samping itu, beliau juga dihantar untuk mengikuti Akedemi Al-Quran Peringkat Negeri Perlis pada 15 dan 16 Februari 2020 anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis. Di hadapan Imam Besar Negeri Perlis, beliau memberi jaminan untuk segera meningkatkan kualiti bacaan demi memastikan ibadat yang ditunaikan adalah sah dan diterima di sisi Allah SWT. Walau bagaimanapun, dalam tempoh pemerhatian pihak JAIPs selama lebih setahun, didapati kemahiran beliau masih berada pada takuk yang sama. Oleh yang demikian, JAIPs memutuskan bahawa adalah terlalu sukar untuk memberikan peluang yang sama berkali-kali kepada beliau. Justeru itu, JAIPs telah memproses penempatan imam baharu yang merupakan seorang hafiz Al-Quran dan seorang tenaga akedemik di Kolej Universiti Islam Perlis ataupun KUIPs. Serentak dengan itu, individu berkenaan dilantik sebagai imam litar yang dibayar saguhati daripada tabung masjid untuk mengimamkan solat yang tidak memerlukan bacaan Jahar iaitu solat Zohor dan solat Asar sahaja.
Respons daripada Yang Berhormat Sena berhubung cadangan penubuhan perbadanan wakaf MAIPs bagi menerokai bidang wakaf terbaharu. Seksyen 89 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis 2006 telah menetapkan bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal wakaf, nazr’am dan amanah. Seksyen berkenaan berbunyi, “Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana suratcara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal atau menyentuh perkara itu, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal; a. semua wakaf, sama ada wakaf am atau wakaf khas; b. semua nazr‘am, dan; c. segala jenis amanah yang mewujudkan apa-apa amanah khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak. Bagi apa-apa harta yang tersentuh oleh wakaf, nazr‘am atau amanah itu dan terletak di dalam Negeri Perlis, pengurusan MAIPs sebelum ini telah membincangkan mengenai keperluan ini bagi menubuhkan Perbadanan Wakaf MAIPs. Walau bagaimanapun buat masa ini, MAIPs berpandangan bahawa tiada keperluan untuk melaksanakan perkara berkenaan memandangkan MAIPs sentiasa proaktif dalam memperkenalkan inisiatif-inisiatif baharu wakaf bagi Negeri Perlis antaranya pewujudan Dewan Kuliyyah MAIPs, Centre of Sunnah MAIPs di Arau, Pusat Pengurusan Jenazah Darul Abrar di Kubang Gajah dan yang terkini, Bangunan Wakaf MAIPs Perkhidmatan Dialisis di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuklah dalam sektor pendidikan, kebajikan, kesihatan telah dan bakal dilaksanakan MAIPs sejajar dengan fungsi dan peranan yang telah dipertanggungjawabkan.
Di kesempatan ini, saya turut mengambil kesempatan menyeru kepada semua pihak agar sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada MAIPs dalam menjayakan setiap inisiatifnya. Mungkin langkah awal boleh dilaksanakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dengan mengisi borang potongan wakaf secara bulanan untuk disalurkan kepada MAIPs selain potongan zakat bulanan.
Akhir sekali, terima kasih kepada pihak barisan hadapan yang terlibat di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul oleh kerana TEMCO iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Peningkatan Sasaran bagi mengekang penularan wabak COVID-19 daripada merebak ke seluruh Negeri Perlis. Terima kasih juga kepada pihak yang memberi kerjasama untuk agihan bantuan makanan semasa TEMCO ini iaitu Kerajaan Negeri Perlis, Kerajaan Persekutuan, JKM Negeri Perlis, MAIPs, sukarelawan-sukarelawan, agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta individu-individu. Terima kasih juga kepada ketua-ketua jabatan, wakil-wakil jabatan, urus setia yang terlibat bagi menjayakan Persidangan Kedua, Penggal Persidangan Ketiga, Dewan Undangan Negeri Perlis yang Keempat Belas. Beseri menyokong usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja. Sekian wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Beseri, dipersilakan Yang Berhormat Kayang.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana turut memperuntukkan ruang dan peluang kepada saya dalam sesi penggulungan dan juga maklum balas ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Bintong, Ahli-Ahli Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan, ahli Dewan semua, saya dengan sepenuhnya menjunjung setinggi-tinggi kasih atas titah ucapan perasmian Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis yang mana dalam titah ucapan baginda Tuanku Raja Perlis terserlah akan kasih sayang dan keprihatinan baginda terhadap segala aspek yang berkaitan dengan negeri dan rakyatnya. Dalam titah ucapan baginda Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis menyentuh semua aspek, antaranya tentang kepimpinan yang sepatutnya kita tunjukkan kepada rakyat di kalangan kita semua. Penularan pandemik COVID-19 sangat merisaukan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja terhadap rakyat jelata dan Baginda sentiasa mengikuti perkembangan terkini terhadap usaha-usaha Kerajaan Negeri memerangi penularannya. Malah selain memantau perkembangan penularan wabak ini, baginda juga turut memandang jauh ke hadapan terhadap pemulihan dan pemantapan semula ekonomi pasca COVID-19 ini. Kebajikan, permasalahan dan kualiti hidup rakyat turut disentuh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis melalui program-program keusahawanan dan modal insan selain keperluan asas hidup terutamanya dalam isu berkaitan perkhidmatan air. Program memakmurkan negeri dalam sektor pelancongan dan jaminan keselamatan makanan seperti yang terzahir melalui titah ucapan Baginda di samping mengajak rakyat yang berbilang kaum di negeri ini terus berpadu mengeratkan perpaduan dan kerjasama kaum demi kemakmuran bersama. Jadi jelas kepada kita semua bahawa Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis amat serius dan sangat perihatin terhadap semua yang berlaku di Negeri Perlis ini, sama-samalah kita menjunjung Duli Titah Tuanku untuk kemakmuran bersama. Yang Berhormat Dato’
Speaker, di kesempatan ini juga saya ingin menzahirkan perasaan simpati kepada Yang Berhormat Kuala Sanglang dan seluruh rakyat Negeri Perlis di atas kes COVID-19 yang berlaku dalam kawasan DUN Kuala Sanglang. Diharapkan semua usaha dari Kerajaan Negeri, dari Yang Berhormat sendiri, dan semua frontliner-frontliner untuk mengawal dan melawan penularan wabak ini dipermudah dan diberkati, semoga Perlis bebas darinya, insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam sesi perbahasan kelmarin ada dibangkitkan beberapa persoalan yang berkaitan dengan portfolio saya. Antaranya adalah berkenaan dengan status Perlis Marathon dan juga perincian pendapatan Perlis Marathon yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sena. Untuk makluman Yang Berhormat, penganjuran Perlis Marathon ini adalah pada 4 April 2020 yang lalu tetapi pada masa yang sama telah berlaku penularan COVID dan pihak Kerajaan Negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis pada 16 Mac 2020 telah membuat pengumuman untuk tangguhkan dahulu program Perlis Marathon ini dan pada masa kini, kita Kerajaan Negeri masih lagi belum membuat apa-apa keputusan sama ada ditangguhkan atau dibatalkan kerana kita juga mengikut mesyuarat pihak KKM dan juga pihak KBS, Kementerian Belia dan Sukan dan pada masa kini tiada acara-acara besar yang melibatkan kumpulan besar orang ramai sehingga hujung tahun 2020 ini nanti, dan untuk makluman Yang Berhormat juga Kerajaan Negeri tidak mendapat apa-apa keuntungan atau pendapatan dalam bentuk kewangan hasil daripada penganjuran Perlis Marathon ini tetapi Kerajaan Negeri mendapat keuntungan dalam bentuk pemantapan sektor ekonomi ataupun spill over, dengan izin, kepada rakyat tempatan daripada segi aspek penyampaian perkhidmatan sama ada dari segi penginapan iaitu kepada pengusaha-pengusaha hotel, rumah sewa dan juga homestay inap desa, dan juga di kalangan pengangkutan, sektor pengangkutan dan sektor penyajian makanan dan minuman terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil di kawasan Perlis dan Kangar khasnya yang terlibat dalam kawasan penganjuran dan selain daripada itu juga semasa penganjuran ataupun dua atau pun tiga hari sebelum penganjuran Perlis Marathon ini, kita ada membuat RKC atau race kit collection. Jadi dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum Perlis Marathon ini bermula, peserta-peserta daripada seluruh Malaysia termasuk juga daripada negara-negara Asean akan datang ke Perlis dua atau tiga hari lebih awal dan dengan itu mereka akan berbelanja di Negeri Perlis. Selain daripada itu juga, event ataupun program Perlis Marathon ini menjadi satu proses promosi yang sangat hebat kepada peringkat Nasional dan juga Asean untuk mempromosikan Negeri Perlis. Selain daripada itu juga, kita mengadakan program Perlis Marathon di sekitar bulan April, ini adalah juga untuk mempromosikan musim Harumanis yang berlaku pada tempoh tersebut dan itulah antara kelebihan ataupun keuntungan yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri tetapi bukan dalam bentuk kewangan.
Seterusnya YB Sena dan juga YB Kuala Sanglang ada juga membangkitkan tentang…
Yang Berhormat, untuk rekod, YB Sanglang… saya dengar Yang Berhormat sebut dua kali Kuala Sanglang.
Tiga kali Dato’ Speaker saya dengar. Bukan dua… tiga.
Minta maaf… minta maaf, ok. Untuk soalan seterusnya adalah daripada ADUN Sanglang dan juga ADUN Sena berkenaan dengan perancangan Kerajaan Negeri terhadap NRW, Non Revenue Water di Negeri Perlis. Untuk makluman Dewan sekalian, pada sidang sesi ataupun sidang DUN yang sebelum-sebelum ini, saya telah membangkitkan tentang usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk memperbaiki sistem perkhidmatan bekalan air di negeri Perlis dan alhamdulillah pada tahun 2020 ini, usaha-usaha yang diusahakan oleh pihak Kerajaan Negeri telah pun membuahkan hasil di mana Kerajaan Pusat telah pun memperuntukan ataupun meluluskan peruntukan sebanyak RM200 juta iaitu bagi projek-projek RNW, projek langkah metigasi jangka pendek bagi sistem bekalan air Perlis, dan juga program metigasi jangka sederhana sistem bekalan air Perlis dan untuk makluman Yang Berhormat, projek-projek ini telah pun dilaksanakan iaitu di mana projek RNW telah pun dimulakan pada 16 Februari 2020 yang lalu dan projek ini sedang berjalan dengan kemajuan terkini projek adalah sebanyak 2.55% berbanding jadual 2.55, jadi on par dalam progress dan sebagaimana yang disentuh ataupun dimaklumkan pada sesi sidang DUN yang terdahulu, projek-projek NRW ini adalah terlibat dengan logi rawatan air Arau Fasa 1, 2 dan 3 penggantian meter yang rosak, pemasangan meter SIV, membaik pulih tangki-tangki air yang rosak dan melimpah di Kuala Perlis dan juga di Simpang Empat dan juga pembangunan GIS dan juga unit NRW. Projek-projek ini… perlaksanaan tiga projek ini insya-Allah akan dapat meningkatkan kualiti air dan mengurangkan NRW ini di Negeri Perlis.
Mohon pencerahan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kalau boleh… boleh minta Yang Berhormat Kayang bagitau juga bila dijangka projek-projek untuk yang tiga yang terakhir tadi Yang Berhormat sebut tadi… dijangka siap, berkenaan tangki-tangki air semua tu, terima kasih.
Untuk program NRW pendekatan satu, pendekatan dengan membaik pulih tangki-tangki air yang rosak ini, projek ini akan disiapkan pada 16 Februari 2022. Ok bagi projek-projek cadangan langkah metigasi jangka pendek, projek ini telah bermula pada Januari 2020 yang lalu dan akan siap pada 1 Julai 2021. Bagi projek metigasi jangka sederhana, projek ini telah bermula pada 17 Februari 2020 yang lalu dan akan siap pada 31 Mac 2024.
Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum saya respons berkenaan dengan status pembinaan surau Desa Permai dan juga Surau Balai Polis Kuala Perlis, saya tertarik dengan saranan ataupun cadangan daripada Yang Berhormat Kuala Perlis tentang… yang mencadangkan agar Yang Amat Berhormat Menteri Besar ataupun Yang Amat Berhormat Bintong untuk tidak membubarkan juga DUN Negeri. Sebenarnya Yang Berhormat, kalau pun Dewan Undangan Negeri tidak dibubarkan dan jikalau parlimen terbubar atau dibubarkan, maka proses pengundian juga akan melibatkan kita semua, kerana kita semua juga adalah merupakan pengundi dan saya yakin Yang Berhormat Kuala Perlis akan lebih aktif kerana turut akan berkempen semasa sesi berkempen nanti. Jadi usaha ataupun hasrat untuk menghalang ataupun melawan penularan wabak COVID-19 ni tidak akan berjaya kalau… kalau pun Dewan Undangan Negeri ini tidak dibubarkan sebab kita semua juga terlibat. Jadi saya boleh cadangkan kepada Yang Berhormat Kuala Perlis dan juga rakan-rakan, mungkin Yang Berhormat boleh cadangkan ataupun sampaikan signal kepada Presiden Yang Berhormat agar terus menyokong Kerajaan Perikatan Nasional ni sehinggalah selepas ataupun sampai ke penghujung tempoh penggal ini.
Jadi Yang Berhormat, berkaitan dengan soalan Yang Berhormat tentang status pembinaan Surau Desa Permai dan Surau di Balai Polis Kuala Perlis, peruntukan yang telah diluluskan sebanyak RM350,000.00 oleh Jabatan Perdana Menteri untuk kerja-kerja meroboh dan membina semula surau di Balai Polis Kuala Perlis ni, projek ini dalam peringkat penyediaan reka bentuk, dan permohonan kelulusan show roboh surau sedia ada dalam proses. Dalam satu mesyuarat pra pembinaan akan diadakan bagi membentangkan konsep dan perancangan pembinaan dalam sedikit masa lagi. Kemudian berkenaan dengan membaik pulih surau di Desa Permai pula, peruntukan yang diluluskan adalah sebanyak RM200,000.00 oleh Jabatan Perdana Menteri bagi membaik pulih surau di Desa Permai dan ini akan dilaksanakan oleh JKR Perlis yang mana prosesnya kini adalah dalam peringkat perolehan dan iklan sebutharga akan dijangka akan dikeluarkan pada minggu pertama September 2020.
Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, ada juga dibangkitkan daripada Yang Berhormat Guar Sanji beberapa aduan berkenaan dengan perancangan pihak SAP selepas Yang Berhormat Guar Sanji melakukan lawatan tapak tempoh hari di Jelempok dan juga Kampung Paloh, untuk makluman Yang Berhormat, untuk masalah tekanan air yang berlaku di Kampung Paloh telah pun di selesaikan pada 30 Julai yang lalu. Manakala bagi Kampong Jelempok pula, memandangkan kerja-kerja ini melibatkan kos yang agak tinggi dan proses sebutharga dan pihak SAP sedang menyediakan proses sebutharga untuk menyambung paip 225 mm HDPE kepada 100 mm jenis AEC paip serta peralihan paip sambungan pengguna. Kerja ini akan melibatkan 5 lorong di kawasan Jelempok iaitu Lorong Tok Wan, Lorong Keranji Mati, Sambungan ke Sekolah Kebangsaan Jelempok, Lorong Tok Din, Lorong Tok Bangau. Kerja ini termasuklah kerja-kerja sambungan paip pengguna yang dianggarkan sebanyak 30 unit rumah di tepi jalan termasuk dua unit pili bomba dan kerja-kerja ini akan dilaksanakan pada bulan September 2020.
Seterusnya YB Guar Sanji juga turut dalam ucapan perbahasan beliau juga ada menyentuh tentang perancangan ataupun cadangan untuk memperkemas dan menyusun semula papan-papan tanda di tepi jalan terutamanya di simpang-simpang…
Yang Berhormat Kayang… terima kasih Yang Berhormat Kayang. Berkaitan penjelasan juga penerangan berkaitan dengan tempat-tempat lawatan tekanan air rendah, Yang Berhormat jawab dua soalan saja, untuk Kampung apa nama… Jelempok dan juga Paloh. Kelmarin saya bangkitkan untuk Taman Utara Guar Sanji, belum ada jawapan. Kemudian untuk Kampung Paloh ni, saya ingat hat 30 Julai yang lepas ni bukan buat pembaikan, saya tak tau lah apa projek yang dibuat situ… sebab masih berlaku lagi tekanan air rendah dua hari sebelum raya… memang orang kampung yang pakai pam sedut keluar air tanah… keluar air merah… di Paloh tu lah... ha… di Paloh tu sampai sekarang masih lagi dan saya pun turun buat kelas… kuliah di situ bila kita buka memang air macam tu di Paloh tu. Yang kita atasi tu kampung sebelum Paloh. Masih lagi di simpang tiga Guar Sanji tu, yang pernah dulu kita buat… apa nama… pembaikan, selesai dah masalah tu. Masuk di Paloh tu masih lagi tekanan rendah, dua hari sebelum raya dan hari raya pun masih ada laporan tekanan air rendah, guna pam pun keluar air merah ataupun air tanah. Kemudian Taman Utara Guar Sanji tu tak selesai lagi.
Terima kasih YB Guar Sanji, untuk Taman Utara Guar Sanji, pihak SAP akan buat siasatan semula apa yang berlaku di situ, dan untuk Kampung Paloh ni memang pada tarikh ini memang dah dibuat tindakan pembaikan tetapi masih lagi jika berlaku pada tekanan air, ini mungkin adalah disebabkan akan berlaku kebocoran lagi dan insya-Allah saya yakin pihak SAP akan terus memantau dan juga menyiasat apa sebenarnya masalah yang berlaku di kawasan tersebut dan insya-Allah kita akan ambil tindakan pembaikan lah.
Sikit lagi, mintak maaf Yang Berhormat Kayang. Saya bila sebut pasal Taman Guar Sanji ni, saya nak la bukan kajian sebab kita pi lama dah, sebulan ka dua bulan lebih dah… kajian apa yang telah kita buat? Apa perancangan? Saya sembang-sembang dengan CEO SAP Encik Hamid, kita mengalami kesukaran sebaik-baik utama kita berada di bawah tembok-tembok binaan tambahan oleh peniaga-peniaga… pekedai-pekedai tu. Depa tambah bangunan sampai masuk keluar daripada kawasan taman, melebihi longkang yang disediakan oleh pihak MPK. Jadi masalah sekarang ini, minta maaf saya tersebut na, masa pembangunan dulu ni mungkin terlepas pandang penguatkuasaan oleh MPK menyebabkan peniaga ini, pekedai ni tambah sampai lebih… saya ingat 5 kaki, ada yang sampai 5 kaki, 3 kaki ke 5 kaki yang tambah bangunan. Jadi kenapa kita tak pantau benda-benda macam ni. Bila jadi masalah barulah kita kalut nak cari macam mana penyelesaian. Jadi saya ingat hat tu yang dikaji yang tidak ada jalan penyelesaian. Jadi saya harap untuk nak mengatasi kita buatlah apa benda yang boleh disegerakan, insya-Allah, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Berkenaan dengan Taman Utara Guar Sanji ni, memang masalah dia bila penyewa atau pemilik bangunan tu dia extend bangunan… apabila mereka membuat tambahan tanpa kebenaran pihak MPK, memanglah pihak MPK tidak tahu apa yang berlaku lah… dan masalah ini akan menyebabkan bangkitnya isu jika berlaku kebocoran paip yang mana paip tu berlaku berada di bawah binaan-binaan tambahan ini dan SAP telah mengambil maklum isu yang berlaku ini dan telah mencadangkan untuk kita memasang paip yang baharu maksudnya kita condemn paip yang lama pasang dengan paip yang baharu. Itu sahaja cadangan yang kita boleh buat untuk menyelesaikan masalah di Taman Utara Guar Sanji ni dan apabila kita nak ganti paip baharu ni dia melibatkan kos. Itulah, pihak SAP sedang menyediakan anggaran kos dan juga apabila melibatkan kos yang lebih ni proses-proses tender juga akan mengambil masa lah. Jadi masalah yang berlaku di Taman Utara Guar Sanji ni memang dalam pengetahuan pihak SAP dan insya-Allah kita pasti akan dapat mengambil tindakan sebaiknya selepas ini. Saya berbalik kepada soalan Yang Berhormat Guar Sanji tentang cadangan ataupun memperkemaskan papan tanda jalan raya, yang ini kita ada dua jalan, satu jalan persekutuan dan jalan negeri dan penyelenggaraan papan tanda ni memang pihak JKR menjalankan penyelenggaraannya secara berkala dan juga berterusan. Namun begitu terdapat papan-papan tanda yang dipasang oleh pihak-pihak lain tanpa izin dan perkara ini agak sukar dikawal dan walaupun begitu JKR akan terus menjalankan aktiviti pemantauan dan juga penguatkuasaan. Tentang memperkemaskan dan juga menyusun semula papan tanda ini, insya-Allah kita akan bawa ke dalam Jawatankuasa MMK Pengangkutan untuk kita bincangkan penyelarasan di antara agensi-agensi yang terlibat, bagaimana untuk kita memperkemaskan dan juga menyusun semula papan-papan tanda yang ada.
Seterusnya berkaitan dengan baik pulih jalan raya di depan Stesen Petronas Arau, yang ni Yang Berhormat bangkitkan tentang mendapan yang berlaku dan menyebabkan banjir, air bertakung dan melimpah ke kawasan sekitar. Yang ini pihak JKR Perlis ambil maklum dan juga telah membuat siasatan tapak dan pihak JKR akan mengemukakan permohonan peruntukan ke Ibu Pejabat JKR Malaysia menerusi program senggaraan tahunan. Selain daripada itu juga, punca-punca banjir di kawasan sekitar itu perlu dilihat secara menyeluruh kerana mungkin sistem perparitan yang ada di kawasan tersebut tersumbat atau perlu dinaik taraf.
Seterusnya berkenaan baik pulih jalan susur keluar di Arau, Titi Chai dan lain-lain kawasan daripada Jalan Kuala Perlis – Changlun. Untuk makluman Yang Berhormat, jalan susur keluar tu merupakan jalan pertanian dan jalan-jalan tersebut diselenggarakan oleh agensi yang lain seperti MADA dan juga BPD sendiri. Walau bagaimanapun ini juga kita akan buat penyelarasan di antara jabatan-jabatan yang terlibat untuk menggunakan peruntukan-peruntukan sedia ada tahunan agensi. Seterusnya Yang Berhormat turut bertanya tentang air yang melimpah masuk ke Taman Jelempuk Jaya disebabkan oleh culvert yang dipasang oleh pihak JKR. Yang ni pun pihak JKR ambil maklum dan akan membuat siasatan dan sepertimana biasa untuk makluman Yang Berhormat juga, banjir yang berlaku ni perlu dilihat secara menyeluruh, perlu dilihat sistem perparitan yang ada dan mungkinlah kalau dapatan daripada siasatan tu mungkin disebabkan oleh berlaku ketidakseragaman saiz longkang ataupun outlet ataupun culvert ataupun kok dipasang di situ juga tidak mengikut spec ataupun dipasang sendiri oleh pihak orang kampung. Jadi proses ini atau siasatan ini perlu dilakukan secara menyeluruh di tapak untuk melihat secara keseluruhan apa yang sebenarnya yang berlaku. Insya-Allah yang ini pihak JKR juga telah ambil maklum dan akan membuat siasatan tapak dan akan membuat pembaikan melalui permohonan-permohonan peruntukan, insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, itu sahaja soalan-soalan yang telah dibangkitkan semasa perbahasan yang telah berlangsung kelmarin jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker saya ingin mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan serta wakil serta petugas-petugas Dewan dan media yang telah banyak membantu melancarkan persidangan Dewan kali ini dengan baik dan lancar. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Kebangsaan kita. Jom kita kibarkan jalur gemilang sebagai tanda patriotik kepada negara kita. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong usul titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Kayang, dipersilakan Yang Berhormat Santan.
Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahter. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berbahagia ketua-ketua jabatan dan wakil ketua jabatan yang hadir seterusnya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Alhamdulillah saya syukur kepada Allah SWT atas peluang yang ada untuk saya berucap menjunjung kasih atas titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis semasa perasmian sidang Dewan ke… pada 11 Ogos yang lalu. Dato’ Speaker dan para hadirin sekalian, pada hari ini kita telah pun berada pada suku ke empat tahun 2020. Kita merasakan masa yang amat pantas berlalu dan apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah peranan Kerajaan BN Perlis menangani semua perkara yang juga perancangan awal pembangunan dan lain-lain bagi memastikan ianya lancar dan sempurna dengan izin Allah. Alhamdulillah di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang juga ADUN Bintong, jentera Kerajaan dapat menjalankan tugasan mengikut peruntukan dasar dengan lancar terutamanya bila pandemik COVID-19 melanda negara dengan keadaan yang begitu serius. Negeri Perlis tidak terlepas dari masalah ini dan alhamdulillah ianya ditangani dengan baik berkat dari kerjasama semua pihak. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan para hadirin, isu merudumnya ekonomi dan sebilangan besar rakyat kehilangan pekerjaan serta mata pencarian, pihak Kerajaan BN Perlis dengan bantuan Kerajaan Perikatan Nasional Pusat dapat menangani masalah ini dengan program pakej rangsangan ekonomi yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban. Sebagai contoh semua kontraktor Kelas G1 ataupun Kelas F yang berdaftar di Perlis telah dapat menjalankan kerja secara undian. Semuanya tiada yang ketinggalan. Ketulusan pihak Kerajaan BN Perlis dapat dilihat di situ. Insya-Allah kita berdoa agar Kerajaan Pusat yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri melihat dan memikirkan dengan lebih banyak cara bagaimana membantu dan memudah cara cadangan pelan pakej rangsangan ekonomi dan yang jelasnya semua perkara di atas diambil kira termasuk di semua bidang seperti bantuan kepada golongan B40, golongan asnaf, golongan ibu tunggal yang memerlukan, golongan usahawan kecil, sederhana mahu pun besar. Pada arus semasa kita melihat isu pandemik COVID-19 masih lagi belum reda dan nampaknya ada kes baharu di Perlis dan di Kedah. Justeru itu isu pemakaian pelitup muka wajib dipatuhi dan di sini saya ingin menekankan agar pembekal pelitup muka harus mematuhi harga maksima yang dibenarkan. Jika ada pihak pembekal yang cuba memanipulasi harga, maka pihak berkuasa tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas. Harga maksima pelitup muka adalah RM1.00 bermula daripada 15 Ogos 2020 dan kini pihak berwajib dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ataupun KPDNHEP memantau dan terus mengkaji supaya harga lebih murah berbanding harga yang ditetapkan insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seperti yang diucapkan oleh Yang Berhormat Titi Tinggi pagi tadi berhubung dengan pelaporan ataupun pihak pengguna barangan harian, sebagai contoh cili merah yang melambung sehingga RM30 sekilogram dan memang benar apabila saya bersama pihak berkuasa KPDNHEP Perlis melawat beberapa buah pasar, ternyata benar dan memang disahkan perkara ini terjadi. Antara faktor utama terjadi kenaikan adalah disebabkan beberapa perkara, yang pertamanya pembekal tidak dapat masuk ke negara Thailand atas sekatan PKP, yang keduanya bekalan yang diterima dari Thailand amat berkurang disebabkan kekurangan bekalan semasa, yang ketiga permintaan yang meningkat dari peniaga kedai makan atas sebab banyak kedai makan telah beroperasi sepenuhnya. Modal yang diperolehi daripada pemborong amat tinggi dan kekurangan bahan tersebut di pasaran. Kebanyakan peniaga di Perlis mendapat bekalan dari negara Thailand sebanyak 70% dan dari pasar besar Alor Setar sebanyak 30%. Jadinya apabila bekalan kurang daripada Alor Setar, maka bekalan akan kurang dari pemborong di Negeri Perlis. Selain itu, faktor cuaca yang kebelakangan ini seperti hujan tidak menentu juga menyebabkan peladang memperolehi hasil yang kurang memuaskan. Bekalan dari peladang tempatan juga amat-amat berkurangan. Disarankan peladang di Negeri Perlis mengambil peluang untuk menanam sayuran termasuklah cili merah. Saya juga menyarankan agar semua pengguna boleh menggunakan applikasi Price Catcher, dengan izin, yang di access oleh KPDNHEP untuk melihat harga barangan pilihan di beberapa buah kedai di sekitar Negeri Perlis. Pengguna boleh memilih dengan harga yang dinyatakan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri dan semua Jabatan Kerajaan, sebagai ADUN Santan seluruh masyarakat di Santan telah dapat menikmati hasil ataupun dapat menyelesaikan apa jua masalah terutamanya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah sudi untuk… yang telah prihatian untuk menyelesaikan segala masalah di mana sebelum ini saya ingin menyatakan bahawa skim bantuan makanan semasa era COVID yang lepas telah berjaya disalurkan kepada lebih 4,030 buah rumah di DUN Santan, alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak. Selain daripada itu, ingin saya sampaikan di sini bahawa, saya memohon kepada pihak MPK harus mengambil tindakan dan penguatkuasaan segera ke atas kedai-kedai yang membina bangunan tanpa izin dan boleh mengganggu kepada… pelbagai masalah seperti yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi.
Seterusnya izinkan saya menjawab beberapa persoalan yang berkaitan portfolio saya yang telah ditimbulkan dari Ahli-Ahli Yang Berhormat semasa ucapan membahas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis kelmarin. Menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Indera Kayangan iaitu berhubung kait dengan jumlah tunggakan sewa. Setiap PPR sehingga kini, untuk pengetahuan Yang Berhormat dan Ahli Dewan, PPR Sena tunggakan sehingga hari ini berjumlah RM1.3 juta. Bagi PPR Wang Ulu, tunggakan sebanyak RM340 ribu dan PPR Wai Permai, tunggakan sebanyak RM142 ribu. Soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat…
Yang Berhormat Speaker, minta laluan Yang Berhormat Santan… boleh saya minta pencerahan?
Ya… boleh.
Tentang kalau saya tengok tunggakan di PPR Sena ni tinggi kan? Dan tadi masa sesi soal jawab pun Yang Berhormat bagi tau sampai empat ke lima ribu bil tunggakan, itu kalau kita kira-kira balik, itu bukan tiga bulan sahaja, bertahun-tahun punya tu kan? Jadi saya rasa kalau kita prihatin macam mana pun sebab dalam keadaan yang ramai lagi B40 yang mohon masuk tak dapat masuk sebab penuh. Jadi saya rasa perlu ada satu tindakan yang drastik daripada pihak Kerajaan untuk mengatasi masalah ini dengan mekanisme yang baharu lah. Contohnya agreement mungkin boleh dikaji balik, agreement yang kita adakan sekali dengan sistem guarantor… cadangan saya kan… guarantor, di mana pemohon itu kena ada guarantor, kalau tiga bulan tak bayar guarantor yang kena ni… macam bank punya sistem dan juga mungkin kita… agreement tu dengan lawyer… ok, terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat DUN Sena, insya-Allah benda ini akan dikaji semula dari segi macam mana kita nak mengutip balik hutang-hutang tertunggak itu insya-Allah, terima kasih atas cadangan dan pandangan tadi. Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kuala Perlis, berkaitan dengan parkir atau parking di Jeti Kuala Perlis, dua tanah milik MBI di Persiaran Putra Timur Kuala Perlis dijadikan tempat parkir berpagar untuk parkir kenderaan berbayar ke Pulau Langkawi. Sebanyak lima pengusaha parkir tersebut telah mengikut kontrak sewaan secara tahunan kepada pihak MBI bermula tahun 2016 hingga kini. Pengusaha parkir terlibat dan izinkan saya menyebut nama-nama, yang pertama Anak Kola Enterprise, yang kedua Mat bin Salleh dan yang ketiga Mustaffa bin Ali, yang keempat Ara Impian Enterprise dan yang kelima Yusof Bee Parking. Ini nama-nama yang telah pun mendaftar… yang mengikat kontrak. Kadar sewa yang dikenakan adalah mengikut keluasan kawasan parkir yang diusahakan antara RM300 hingga RM1,500 sebulan. Pengusaha-pengusaha tersebut adalah diwajibkan untuk mematuhi garis panduan dan peruntukan undang-undang sedia ada terutama mendapatkan kelulusan permit daripada Majlis Perbandaran Kangar. Buat masa sekarang pihak PKENPs tidak menandatangani sebarang perjanjian sewa dengan mana-mana operator parkir di Kuala Perlis. Ini kerana PKENPs sedang menunggu dari pihak PH Properties Sdn. Bhd. dan semakan semula cadangan pembangunan di Kuala Perlis parkir-parkir sebelum ini atau yang masih beroperasi pada musim tertentu adalah secara undangan khas terutamanya pada musim perayaan dan musim cuti persekolahan.
Bagi soalan Yang Berhormat Sena, berhubung dengan pembangunan Dataran Sena Indah, MPK telah menerima Permohonan Kebenaran Merancang, KM daripada pemohon pada 28 Februari 2020 dan permohonan tersebut telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat atau OSC MPK pada 14 Mei 2020. Permohonan sedang dalam proses tunai syarat. MPK masih belum menerima pelan tunai syarat daripada pemohon kerana principal submitting plan, dengan izin, ataupun PSP masih menunggu pengesahan pemaju. Bagi mengatasi masalah kebersihan di dataran itu, MPK akan menyelaras tindakan dengan Perbadanan Kemajuan Eknomi Negeri Perlis, PKENPs, selaku pemilik pembangunan tersebut. Dalam pada itu, PKENPs telah memberi tempoh bagi pembangunan Dataran Sena kepada AG Global Resources Sdn. Bhd. untuk pembangunan pusat komersial berkonsepkan Kontena Northern Box Arena mulai 1 Januari 2020 sehingga bulan Mei 2020. Namun disebabkan oleh penularan pandemik COVID-19, pihak AG Global Resources Sdn. Bhd. telah memohon pelanjutan masa untuk pembangunan projek. Kerja-kerja fizikal projek tersebut dijangka bermula pada penghujung tahun sehingga 31 Mei 2021.
Bagi jawapan untuk Yang Berhormat Sena juga, isu berkaitan Taman Seri Pulai tidak disediakan septic tank oleh pemaju. Pemaju perumahan perlu menyediakan sekurang-kurangnya septic tank individu bagi setiap unit rumah di dalam kawasan perumahan. Pemeriksaan serta sokongan daripada pihak Indah Water Konsortium, IWK adalah diperlukan sebelum Sijil Penyiapan dan Pematuhan, CCC dikeluarkan. Pihak MPK akan membuat siasatan lanjut berkaitan perkara ini.
Soalan daripada Yang Berhormat Sena lagi berkenaan dengan dewan Taman Bukit Kayangan. Untuk makluman, permohonan untuk membina Dewan Taman Bukit Kayangan telah diterima daripada Persatuan Penduduk Taman Kayangan Indah Perlis oleh pihak Kerajaan Negeri. Satu mesyuarat penyelarasan berkaitan projek ini telah diadakan pada Ogos 2019 di Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis dan mesyuarat telah memutuskan bahawa pembinaan dewan akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya ataupun JKR Negeri Perlis dan selepas ianya disiapkan akan diserahkan kepada Majlis Perbandaran Kangar. Walau bagaimanapun, semakan mendapati bahawa dewan ini akan dibina di atas tanah milik Kerajaan Negeri iaitu yang telah diwartakan sebagai tanah kawasan lapang. Dari segi tatacara permohonan dan prosedurnya, permohonan pembinaan di atas tanah kawasan lapang yang diwartakan mestilah mendapat kebenaran Kerajaan Negeri terlebih dahulu sebelum kelulusan peruntukan disalurkan. Merujuk kepada Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 “tanah lapang” ertinya mana-mana tanah sama ada dikepung atau atau tidak yang disusun atur atau dirizabkan untuk disusun atur keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman bunga awam atau taman awam atau padang sukan dan rekreasi awam, tempat makan angin awam, tempat jalan kaki awam atau sebagai suatu tempat awam. Berdasarkan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara Bil. 5/2005, rizab-rizab tanah lapang awam sedia ada perlu dikekalkan dan tidak boleh dibangunkan untuk tujuan kemudahan awam lain atau untuk kegunaan pembangunan guna tanah lain. Dari segi dasar di peringkat negeri, Kerajaan Negeri hanya akan menimbang satu-satu permohonan penggunaan tanah kawasan lapang sekiranya terdapat keperluan yang benar-benar munasabah dan tidak melibatkan pembinaan struktur berbentuk kekal. Sekiranya permohonan ini diluluskan oleh Kerajaan Negeri maka ianya akan membuka ruang kepada permohonan-permohonan lain yang akan merujuk kepada permohonan ini sebagai rujukan precedent. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 13 Mei 2020 dan disahkan pada 28 Mei 2020 antaranya membuat keputusan untuk mengangguhkan keputusan permohonan ini dan BKT hendaklah meneliti option-option yang ada serta aspek pengurusan penyelenggaraan dan sebagainya. Semua projek pembangunan yang ingin dilaksanakan hendaklah dipastikan isu dan urusan tanah diselesaikan terlebih dahulu. Kegagalan dalam menyelesaiakan isu tanah ini mengakibatkan pembangunan fizikal tidak dapat dijalankan sepertimana yang berlaku sebelum ini di kawasan Arau pada beberapa tahun yang lalu.
Soalan daripada Yang Berhormat Indera Kayangan mengenai kerosakan jalan di belakang PETRON dan pembaikan di belakang Public Bank. Untuk makluman Yang Berhormat, MPK telah mengemukakan aduan secara bertulis kepada Jabatan Perkhidmatan Pembentungan di Zon Utara pada 23 Disember 2019. Berdasarkan semakan semula, MPK adalah dipohon untuk mengemukakan aduan ke Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. di Loji Rawatan Kumbahan Berpusat Kangar di Bintong, Perlis. Untuk tindakan pembaikan, Bahagian Kerajaan Tempatan akan memantau isu ini. Berhubung dengan jalan belakang Public Bank, pelantikan kontraktor bagi kerja sebuah pembaikan jalan belakang Public Bank telah dibuat kepada syarikat melalui kaedah sebutharga terbuka dengan tempoh pelaksanaan kerja dari sepatutnya 20 Julai 2020 hingga Ogos 2020. Buat masa ini, kerja pembaikan masih belum dilaksanakan oleh kontraktor dan MPK telah mengeluarkan peringatan perlaksanaan kerja kepada kontraktor melalui surat bertarikh 12 Ogos 2020. Ini adalah disebabkan oleh isu COVID yang tidak dapat dielakkan pada masa itu. Saya harap YB dapat memahami masalah ini.
Seterusnya isu daripada… soalan daripada Indera Kayangan. Yang ini penelitian semula bagi pembinaan kuil dan tokong yang tidak dibenarkan. Penyediaan tempat keagamaan selain Islam yang meliputi tokong, kuil, gereja, gurdwara dan sebagainya adalah selaras dengan Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan yang menyebut Fasal (1) Perkara 3 memperuntukkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Untuk makluman Yang Berhormat, dasar Kerajaan Negeri mengenai jumlah ibadat bukan Islam… maaf… untuk makluman Yang Berhormat, dasar Kerajaan Negeri mengenai rumah ibadat bukan Islam di Negeri Perlis adalah sebarang… adalah seperti berikut. Sebarang pembinaan baharu, naiktaraf dan ubahsuai Rumah Ibadat Bukan Islam, perlulah dirujuk kepada Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Induk Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Perlis untuk pertimbangan sebelum dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Kangar ataupun MPK bagi kelulusan pelan pembangunan dan permit kerja di tapak. Jawatankuasa Induk Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Perlis ini diwujudkan melalui keputusan Mesyuarat Khas Pelan
Tataletak dan Bangunan Rumah Tokong Cina Padang Besar Utara yang telah diadakan pada November 1995. Yang keempat, struktur keanggotaan Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Induk Rumah Ibadat Bukan Islam masing-masingnya telah dijawab semasa sesi persidangan Dewan Undangan Negeri yang lepas kepada Yang Berhormat Indera Kayangan. Apa yang berlaku pada masa kini ialah ada permohonan ubahsuai atau naik taraf rumah ibadat bukan Islam tidak melalui kedua-dua peringkat Jawatankuasa berkenaan. Walaupun ada permohonan yang telah melalui peringkat Jawatankuasa berkenaan, tetapi kerja-kerja yang dijalankan kemudiannya tidak mematuhi seperti mana keputusan Jawatankuasa tersebut seperti melibatkan kerja-kerja penambahan struktur sedia ada pada bangunan berbanding kelulusannya hanya diberikan bagi kerja-kerja membaik pulih dan penggantian kemasan baharu sahaja. Seterusnya, keadaan yang lebih buruk lagi adalah terdapatnya rumah-rumah ibadat yang telah pun dibina di atas tanah-tanah Kerajaan tanpa mengemukakan permohonan dan seterusnya melalui proses pertimbangan Jawatankuasa. Dalam hal ini… dan bagi kes-kes seperti di atas, Jawatankuasa perlu meneliti semula aspek garis panduan, syarat, peraturan dan undang-undang yang sedia ada sebelum diputuskan sama ada pembinaan boleh diteruskan atau diberi kelulusan atau tindakan penguatkuasaan dapat diambil.
Yang Berhormat Santan… Yang Berhormat Dato’ Speaker, ada contoh tokong atau kuil yang dibina tanpa kebenaran yang YB sebut tadi?
Terima kasih Yang Berhormat Sanglang, memang ada dan… insya-Allah saya akan bagi jawapan yang lebih tepat lagi. Memang ada… memang terdapat, perkara tersebut berlaku… tetapi saya tak nak sebut tempat tu, saya takut tersilap jadi saya akan bagi detail tempat-tempat yang telah pun… buat tempat tu dengan tanpa merangkumi tempat-tempat yang tidak dibenarkan, terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seterusnya bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Guar Sanji, iaitu kawasan Arau merupakan Kota Diraja perlu diceriakan seperti mengadakan landmark. Majlis Perbandaran Kangar telah mengadakan kerjasama dengan Pejabat Projek Zon Utara ataupun PLANMalaysia akan melaksanakan Kajian Rancangan Kawasan Khas atau RKK Kota DiRaja Arau, Perlis bermula pada suku pertama tahun hadapan dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, KPKT. Input daripada kajian ini akan digunapakai oleh MPK untuk menjalankan kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur kemudahan dan landskap di kawasan kajian terutama di sekitar bandar Arau.
Persoalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat ADUN Guar Sanji berkaitan dengan rumah mesra rakyat terbengkalai. Syarikat Perumahan Negara Berhad, SPNB bertanggungjawab dan menyelia Program Rumah Mesra Rakyat. Program ini diwujudkan bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah ataupun B40 yang memiliki tanah tapi ingin membina rumah bagi meningkatkan kualiti kehidupan. Pada masa kini, Program RMR ataupun Rumah Mesra Rakyat masih diteruskan dan tiada projek yang terbengkalai. Mengikut data yang diterima daripada SPNB, sehingga kini sebanyak 2,440 permohonan telah diterima di Negeri Perlis. Daripada jumlah tersebut sebanyak 1,461 permohonan telah diluluskan iaitu 1,255 unit rumah telah siap dibina dan bakinya adalah di dalam pelbagai peringkat perlaksanaan. Terdapat 211 permohonan yang masih di dalam senarai proses atau dinilai layak pada masa kini.
Seterusnya soalan daripada Yang Berhormat ADUN Sanglang iaitu kekerapan pemeriksaan pili bomba di seluruh Negeri Perlis oleh pihak berwajib bagi memastikan kebajikan rakyat…
Yang Berhormat Santan, boleh mohon pencerahan?
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat Santan di atas penjelasan ke atas Rumah Mesra Rakyat B40 tu. Saya mendapat aduan sendiri lah… macam Yang Berhormat sebut tadi semua projek-projek tu yang telah siap 1,250 lebih, yang dalam permohonan 2,440 lebih, tetapi sungguhpun begitu masih dalam DUN saya dan DUN lain, yang datang… yang dapat buat rumah tu... dibuat pindaan rumah tu… untuk duduk atas tanah depa semua ni… dua tahun ada… tiga tahun ada… dan syarikat tu tak siap, dan saya perhati sendiri… saya lihat sendiri. Dua tiga buah rumah dalam DUN sendiri yang terbengkalai, mungkin hat tu terpencil lah.
Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji, saya akan ambil maklum atas perkara tersebut dan insya-Allah saya akan bagi laporan detail lah berhubung kait dengan perkara itu, terima kasih. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Sanglang berhubung kait dengan pili bomba, jumlah keseluruhan pili bomba di Negeri Perlis sehingga Julai 2020 adalah sebanyak 3,525 unit. Manakala jumlah pili bomba di DUN Sanglang adalah sebanyak 38 unit. Pemeriksaan berkala oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis dibuat ke atas keseluruhan pili bomba sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun. Berikut adalah statistik jumlah pemeriksaan pili bomba bagi tempoh tiga tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2018 kita ada jumlah pili bomba 3,412 unit, tahun 2019 3,502 unit dan juga tahun 2020 sehingga Julai 3,525 unit. Bagi jumlah pemeriksaan pili bomba, pada tahun 2018 sebanyak 3,485 unit, tahun 2019 sebanyak 3,951 unit dan juga tahun 2020 hingga Julai 2,045.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, penggulungan saya berakhir di sini dan saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dan hadirin sekalian dan saya ucapkan sekian wabillahitawfeek walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan saya menyokong usul titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Santan, dipersilakan Yang Berhormat Simpang Empat.
Bismillahirahmanirrahim dan assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, rakan-rakan media dan seluruh kakitangan pejabat DUN serta tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya menjunjung kasih titah ucapan Perasmian Persidangan DUN Ke-14 oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis pada tempoh hari. Saya ingin menyentuh tentang aspek-aspek pertanian. Sebelum itu saya akan menjawab beberapa pertanyaan daripada rakan terutamanya daripada Guar Sanji yang memohon untuk mencuci hasil korek sungai itu… sudah mula buat dan akan siap sehari dua lagi dan sebarang masalah yang timbul, saya bagi pihak mereka yang bertanggungjawab memohon maaflah kepada YB Guar Sanji. Untuk tuan ADUN YB Sena, Jabatan Pertanian Negeri Perlis… Projek TKPM telah ditamatkan selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 27 Mac 2019 dan disahkan pada 24 April 2019. Faktor utama penamatan TKPM adalah disebabkan tapak TKPM di dalam hutan simpan kekal dan tidak boleh diwartakan sebagai TKPM seperti mana yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani pada ketika itu. Kerajaan Negeri telah mengambil perhatian terhadap aspek-aspek bekalan makanan, food security di Negeri Perlis. Justeru itu, tapak TKPM tersebut telah dijalankan projek ternakan lembu fidlot oleh Koperasi Ehwal untuk mengurangkan kebergantungan import bekalan daging dari luar negara. Selain daripada itu juga Kerajaan Negeri turut menggalakkan pelaburan-pelaburan projek swasta di negeri ini dalam sektor pertanian dengan pelaksanaan projek berikut. Projek Super Fruit seluas 50 hektar di Hutan Simpan Rimba Mas oleh Fix Direct Sdn. Bhd., projek tanaman nanas MD2 seluas 87 hektar di Wang Kelian oleh EJ Eco Farm Sdn. Bhd., projek ternakan lembu fidlot seluas 5 hektar di Bilal Udoh oleh Syarikat Eastern Agro and Farming Sdn. Bhd., dan projek Intergrasi Penternakan Chuping, PITC, seluas 500 hektar di Felda Chuping oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan iaitu FELDA.
Untuk soalan yang berikutnya ialah Kerajaan Negeri… YB Dun Sena juga, Kerajaan Negeri tidak mempunyai pelan pembangunan pertanian yang spesifik untuk dilaksanakan di Perlis. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri bertanggungjawab menggunapakai pelan strategik pembangunan di Negeri Perlis 2012 hingga 2020 yang telah mensasarkan objektif berikut. Meningkatkan asas sosial ekonomi melalui peningkatan hasil pertanian dan pendapatan petani. Mensasarkan pertubuhan ekonomi dan perniagaan melalui projek agro pelancong seperti padi, buah-buahan, herba, penanaman cendawan, kluster tenusu, agriculture dan perikanan laut. Antara projek-projek yang telah dibangunkan sebagaimana PSPP adalah transformasi industri padi, projek pengeluaran huluan, agro makanan seperti pembangunan kluster tenusu, pembangunan benih tropika dan pembangunan kluster buah-buahan seperti manga.
Bagi menjawab soalan daripada Kuala Perlis, Jabatan Perikanan memaklumkan bahawa sistem pengzonan pengairan perikanan mula diperkenalkan melalui Dasar Pelesenan pada tahun 1983. Dasar ini dibuat setelah jabatan kaji pelbagai faktor seperti kepentingan sumber perikanan, masalah sosial ekonomi dan sebagainya. Pengzonan ini melibatkan pengairan antara nelayan tradisional dan nelayan komersial. Ia memberi kesan yang positif kepada sumber dan mengelakkan pertelingkahan antara golongan nelayan tradisional dan nelayan pengusaha vessel komersial khususnya pengusaha pukat tunda. Zon operasi Zon B, kawasan operasi adalah 5 batu nautika ke atas bagi perairan Pantai Barat. Untuk operasi 5 batu nautika ke bawah, jabatan membenarkan hanya nelayan tradisonal Zon A sahaja boleh beroperasi disebabkan oleh kapasiti dan keupayaan nelayan Zon A tradisional adalah lebih kecil berbanding dengan Zon B. Zon A, 5 batu nautika ke bawah adalah kawasan utama pembiakan tumbesaran anak-anak ikan. Peralatan tradisional yang digunakan oleh nelayan Zon A bersifat selektif seperti pukat hanyut dan ianya tidak seperti peralatan komersial. Sifat tidak selektif seperti ini… pukat tunda… ingin menyumbang kepada kemerosotan sumber perikanan dan kerosakan batu karang. Jabatan tidak membenarkan vessel Zon B beroperasi di bawah jarak 5 batu nautika terutamanya vessel yang menggunakan peralatan pukat tunda. Operasi pukat tunda yang tidak mesra sumber merosakkan dasar dan habitat sumber marin serta mendarat kelebihan ikan baja. Hasrat dan pelan ke arah menjamin sumber perikanan adalah bertanggungjawab bersama jabatan dan pengusaha-pengusaha perlu mempunyai kesedaran bersama supaya dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang. Jabatan akan mengambil kira semua aspek demi menjamin kesejahteraan hidup nelayan dan juga kelestarian sumber hidup makanan negara.
Isu penanda laut memerlukan perbincangan lanjut dan masa yang panjang di peringkat antarabangsa yang melibatkan Malaysia-Thailand. Namun yang demikian, para nelayan boleh menggunakan alternatif dan menggunakan peranti alat seperti GPS semasa berada di laut untuk tidak memenuhi… memasuki perairan negara. Yang berikutnya… yang tak sempat… yang akan dijawab secara bertulis kepada Kuala Perlis ialah berkenaan dengan awak-awak. Awak-awak itu sedia maklumlah sebab antara Negara. Kalau terpolos masuk seorang pun dah kena dah kita. Tambahan pula hendak membiakkan untuk mereka-mereka yang taktau macam mana keadaan lagi kan. Sebab itu kita perlu antara negara-negara selesai lah. Pihak-pihak LKIM dan Perikanan tidak boleh buat apa-apa lagi dan untuk memenuhi kehendak rakan baik saya daripada Sanglang berkenaan dengan dia suka… dia nak berhenti dah tanam ketum, dia nak tanam Harumanis, saya bersama kawan-kawan di bawah jabatan saya ni, kami akan membuat kertas kerja untuk pertimbangan dalam MMK bagi dapat bantuan terutamanya benih Harumanis… 2,3 pokok yang nilainya sekarangnya kalau jual RM15, mungkin saya akan bagi dalam RM5, dan sayur-sayuran yang akan saya war-warkan kepada semua ADUN-ADUN, tunggu masa kelulusan daripada rakan-rakan saya, MMK akan datang. Yang lain saya takda apa, saya bagi pihak orang kawasan saya DUN Simpang Empat banya-banyak terima kasih dan kepada semua kerajaan terutamanya Kerajaan Negeri, jabatan-jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang bantu kami untuk menyelesaikan terutamanya daripada COVID-19 yang berlaku sekarang ini dapat hidup sejahtera dan saya bagi pihak semua dan juga rakyat akan menyokonglah apa-apa yang telah disarankan oleh pihak Kerajaan untuk… demi menghalang COVID daripada merebak keseluruhannya. Saya dengan ini menyokong penuh titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis pada sidang DUN yang ke-14. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Empat, dipersilakan Yang Berhormat Chuping.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Bintong, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, wakil-wakil jabatan, para media, para pemerhati, hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang pertamanya marilah kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberikan kesempatan oleh-Nya untuk berada di dalam Dewan yang mulia ini bagi melaksanakan tanggungjawab dan menunaikan amanah yang diberikan oleh rakyat demi negara tercinta ini. Keduanya terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberi laluan kepada saya untuk turut berbahas usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sempena perasmian Penggal Persidangan Ketiga, Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas. Apabila diteliti dan dihayati titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Duli Yang Maha Mulia Tuanku menekankan aspek pemulihan dan pemantapan semula ekonomi di Negeri Perlis pasca COVID-19 dan pada masa yang sama baginda juga menyatakan kebimbangan kepada penularan semula COVID-19 ini di kawasan Sanglang. Alhamdulillah, dengan berkat kepantasan kepimpinan Yang Amat Berhormat Bintong dan seluruh jentera Kerajaan Negeri, baik negeri dan persekutuan yang berjaya membendung dan menangani masalah ini dengan baik sekali. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja juga menekankan agar pemimpin dapat memainkan peranan sebagai penyatu bukannnya pemecah. Ini adalah pesanan yang amat penting kepada kita semua sebagai pemimpin yang menerajui negeri ini kerana dengan semangat perpaduan yang tinggi, bertoleransi, saya nak ambik baik-baik kata, lagu N.D. Lala, “Mari kita cari titik persamaan, jangan dibesarkan titik perbezaan.” Di situ bermula perpaduan kita dan di situ juga bermula perpecahan kita. Akhirnya negeri ini akan terus harmoni, rakyatnya akan lebih sejahtera, negeri akan terus maju dan makmur. Di kesempatan itu juga saya mengambil kata-kata yang di dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku iaitu memperkukuhkan amalan tadbir urus dalam perkhidmatan yang mana saya ingin menzahirkan penghargaan terima kasih kepada penjawat-penjawat awam yang telah yang telah memberikan perkhidmatan di Negeri Perlis. Ada yang baharu beberapa bulan di sini, yang baharu setahun dan ada yang bertahun-tahun berkhidmat di negeri ini. Jasa tuan-tuan dan puan-puan amat dihargai. Komitmen dan usaha tuan-tuan dan puan-puan bersama dengan Kerajaan Negeri bagi mencapai setiap matlamat dan dasar yang telah ditetapkan demi melihat rakyat dan negeri ini mendapat kemakmuran dan kesejahteraan. Setinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada penjawat-penjawat awam yang telah berpencen dan yang telah mendapat tawaran berkhidmat di tempat lain di atas komitmen yang telah diberikan ketika berkhidmat di Perlis. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan penghargaan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang di sebelah sana yang begitu perihatin dan teruja dalam aspek menambah baik sektor pelancongan di negeri tercinta ini. Segala saranan akan diambil perhatian dan insya-Allah, marilah sama-sama kita memperkukuhkan sektor ini sebab ianya bukan sahaja sebagai tarikan orang luar ke negeri Perlis tetapi secara tidak langsung rakyat Perlis mendapat limpahan ekonomi tersebut melalui sektor ini. Sebagai contoh kalau kita lihat kepada rekod kedatangan pelancong melalui pintu-pintu masuk… melalui KTM, Jabatan Laut dan Jabatan Imigresen, pada tahun 2019, sejumlah 4.6 juta orang. Kalau depa ni pakat belanja di negeri kita RM10.00 sahaja seorang, kita dah dapat limpahan ekonomi sebanyak RM46 juta. Yang ni bukan kita dapat Kerajaan Negeri, tetapi dapat kepada rakyat seluruh Negeri Perlis.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin memberi maklum balas kepada ADUN-ADUN yang berbahas kelmarin yang menyentuh tentang sektor pelancongan. Yang pertama ni daripada ADUN Sena berkaitan dengan inisiatif membantu sektor perhotelan di Perlis, Kerajaan Negeri telah merangka sebuah Pelan Pemulihan Ekonomi yang merangkumi semua sektor di Perlis. Pelan tersebut akan mempertingkatkan perbelanjaan dalam negeri dan seterusnya memberi pelbagai ruang dan peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Perlis. Sebagai usaha membantu sektor perhotelan yang terjejas akibat COVID-19, Kerajaan Negeri terus merancang untuk melaksanakan pelan tindakan pelancongan negeri Perlis. Di bawah pelan ini promosi di dalam negara akan diteruskan bagi meningkatkan penyertaan domestik. Ini juga adalah selaras dengan usaha-usaha promosi yang dibuat oleh Tourism Malaysia dan juga penerapan budaya pelancongan di kalangan masyarakat Perlis juga harus ditingkatkan bagi menjayakan pelaksanaan Tahun Melawat Perlis pada 2023 insya-Allah. Selain itu, Kerajaan Negeri juga menggalakan agar pengusaha hotel di Perlis untuk memanfaatkan inisiatif-inisiatif yang di bawah Skim Pembiayaan Pelancongan iaitu PENJANA yang telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Bagi menjawab soalan ADUN Sena juga tentang perlaksanaan paragliding di Wang Kelian tempat viewpoint tu. Difahamkan Kelab Luncur Udara Jerai yang telah menguji aktiviti paragliding di Wang Kelian Viewpoint pada akhir Disember 2019. Hasil ujian mendapati kawasan tersebut sesuai untuk paragliding pada musim angin timur sahaja. Di samping itu, ketiadaan kawasan pendaratan menyebabkan proses pendaratan agak berbahaya kerana banyak gangguan pokok getah di kawasan sekitar. Sehubungan itu, sebuah tempat pendaratan perlu dikenal pasti dengan mengambil kira kesesuaian tapak dari aspek keselamatan dengan kebenaran tuan tanah dan arah angin untuk pendaratan paragliding dan bagi pihak BPEN, BPEN sedang menunggu permohonan ataupun perbincangan semula oleh kelab ini untuk tindakan selanjutnya.
Untuk menjawab YB Indera Kayangan iaitu cadangan program sport tourism cadangan Edu Tourism Astronomy dan lain-lain, Kerajaan Negeri atau sektor pelancongan sedang berkembang maju di seluruh dunia sebelum penularan COVID-19 lagi. Perkembangan sebuah destinasi pelancongan memberi kesan positif dan negatif terhadap sosio-ekonomi penduduk tempatan. Pada ketika ini Kerajaan Negeri sedang merangka sebuah Pelan Induk Pelancongan Negeri Perlis yang akan menjenamakan semula sektor pelancongan Negeri Perlis dan menyesuaikan dengan keadaan semasa. Pelan ini dijangka akan dilaksanakan pada akhir Oktober 2020, insya-Allah. Aspirasi Kerajaan Negeri Perlis adalah untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai penyumbang utama ekonomi negeri dan penduduk tempatan. Antara strategi utama pelancongan adalah seperti berikut. Yang pertama, pembangunan ekonomi lestari, kedua pembentukan imej dan identiti pelancongan negeri, ketiga pemeliharaan alam sekitar, keempat pengintegrasian pelancongan pintar, kelima penerapan hospitaliti dan nilai budaya cemerlang, keenam pengukuhan penglibatan komuniti setempat dan yang ketujuh pemantapan urus tadbir pelancongan. Kedudukan Negeri Perlis yang bersempadan dengan Thailand dan Pulau Langkawi sangat strategik dalam menarik pelancong domestik dan pelancong luar negara. Oleh itu, pelancongan Negeri Perlis akan memfokuskan tiga aspek penting iaitu yang pertama, kawasan tumpuan utama iaitu di pintu-pintu masuk, kedua produk pelancongan ikon dan ketiga produk pelancongan sokongan. Sasaran pelancongan Negeri Perlis akan memfokuskan enam aspek bagi melonjakkan industri pelancongan Perlis serta meletakkan Perlis sebagai destinasi pelancongan utama Negara, insya-Allah. Antara sasaran tersebut adalah pertama meningkatkan kedatangan pelancong, kedua meningkatkan KDNK negeri, ketiga mewujudkan produk pelancongan bertaraf antarabangsa, keempat meningkatkan tenaga kerja dalam sektor perkhidmatan, kelima meningkatkan kadar penginapan hotel dan yang keenam menambah bilangan pengusaha sektor pelancongan. Bagi tujuan tersebut penjenamaan semula sektor pelancongan Negeri Perlis perlu dilakukan. Kerajaan Negeri sangat menghargai segala pandangan dan idea yang sering dilontarkan oleh semua YB melalui sidang ini dalam usaha mengorak dan menjadikan Perlis setanding dengan negeri lain dalam arus pelancongan. Kerajaan Negeri juga sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan program untuk dilaksanakan di sekitar Perlis. Program-program kecil yang telah berjaya dilaksanakan akan dinilai untuk diberi bantuan bagi meningkatkan kapasiti program tersebut.
Seterusnya bagi menjawab soalan daripada YB Kuala Perlis… status baikpulih KONKOS Kuala Perlis. Sebanyak RM2.9 juta telah diluluskan bagi kerja baik pulih ini. PKENPs sedang menyediakan dokumen pelantikan perunding dan projek dijangka akan ditender pada September 2020, insya-Allah.
Dan seterusnya bagi menjawab soalan YB Guar Sanji tentang perancangan untuk menaik taraf kemudahan pelancongan seperti di Viewpoint Banjaran Nakawan dan puncak Wang Kelian. Untuk itu, Kerajaan Negeri telah menyediakan sejumlah peruntukan sebanyak RM100 ribu bagi tujuan menaiktaraf di Viewpoint puncak Wang Kelian telah pun diluluskan. Antara komponen yang dicadangkan adalah, pertama penyelenggaraan pagar dan kawasan, kedua pengindahan landskap, ketiga membina tiga pelantar pemandangan, keempat membina papan tanda dan informasi serta yang kelima menyelenggara jalan masuk.
YB Guar Sanji juga ada menyatakan tentang penyediaan prasarana asas di Bukit Chabang dan penambahbaikan perkhidmatan di hentian akhir KTMB Padang Besar. Secara umumnya, kawasan-kawasan pelancongan atau tumpuan awam akan disediakan kemudahan-kemudahan asas seperti tandas. Walau bagaimanapun, tidak semua tempat boleh disediakan kemudahan tersebut kerana faktor lokasi, pemilikan tanah, operasi dan kejadian vandalisme. Kawasan Bukit Chabang contohnya, merupakan kawasan tumpuan pengunjung yang dibangunkan oleh pihak persendirian. Sehubungan itu, penyediaan kemudahan tandas adalah tertakluk kepada budi bicara dan kebenaran pemilik tapak tersebut. Perkhidmatan teksi, Grab dan van oleh syarikat swasta telah sedia ada beroperasi di Stesen KTMB Padang Besar dengan menjalankan perkhidmatan membawa penumpang dari KTMB Padang Besar ke Arked Niaga Padang Besar. Walau bagaimanapun perkhidmatan tersebut yang tergendala akibat perlaksanaan PKP… tiada pelancong. Manakala bagi perkhidmatan money changer, pelancong boleh membuat pertukaran wang di premis yang tersedia di pekan Padang Besar.
Soalan yang terakhir dari Guar Sanji, apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi mempergiatkan promosi pelancongan melalui media sosial. Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan pihak Tourism Malaysia untuk mempergiatkan promosi melalui media sosial. Di samping itu, perkongsian melalui platform Facebook bebas seperti Perlis Aktif, Perlis Permai, Perlis Rumahku dan Perlis Climbers telah memberi promosi kepada orang awam mengenai produk-produk pelancongan di Perlis serta keindahan panorama sekitar Perlis. Terkini pada 11 Ogos yang lalu, pihak Tourism Malaysia melalui pejabat wilayah utara telah mengadakan sembang santai 7 pesona Perlis melalui platform facebook live Tourism Malaysia. Tourism Malaysia turut membangunkan e-brochure, Image Gallery, pengiklanan digital banner dan kandungan video media sosial. Tourism Malaysia juga telah memuat naik 359 video bagi mempromosikan produk-produk pelancongan sekitar Malaysia yang turut mengandungi slot-slot sekitar Perlis. Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis telah mengaktifkan laman sosial facebook bagi mempromosikan sektor pelancongan Negeri Perlis melalui laman Tourism of Perlis. Kerajaan Negeri juga sedang membangunkan sebuah laman web bagi mempromosikan keunikan pelancongan dan kebudayaan di Negeri Perlis. Laman ini insya-Allah akan mengandungi maklumat-maklumat berkaitan tempat-tempat menarik, acara-acara yang bakal berlangsung, destinasi menarik dan juga pakej-pakej pelancongan dan insya-Allah dijangkakan akan dilancarkan pada Oktober 2020.
Itulah antara yang dibangkitkan oleh empat ADUN tentang sektor pelancongan. Akhir kalam saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, Setiausaha Dewan, Bentara, seluruh kakitangan DUN, Jabatan Kesihatan dan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Persidangan Ketiga DUN yang Keempat Belas dengan baik sekali. Dengan ini Chuping menyokong usul dan menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. Sekian, wabillahitawfeek walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Chuping, dipersilakan Yang Amat Berhormat Bintong.
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Speaker dan… pertama sekali saya juga seperti rakan-rakan yang lain ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan junjungan kasih yang tidak terhingga kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis di atas titah ucapan baginda sempena perasmian penggal ketiga, Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas pada 11 Ogos 2020 yang lepas. Dan saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis kelmarin dan izinkan saya untuk memberikan sedikit pemerhatian berkaitan dengan perbahasan yang telah berlaku. Saya dapati bahawa pada kali ini nampaknya perbahasan ataupun kualiti ucapan yang telah dilakukan oleh pihak Ahli-Ahli Yang Berhormat lebih baik dan nampak lebih matang, alhamdulillah. Dan bukan itu sahaja malah kali ini saya melihat ada usaha yang begitu serius di kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat di dalam ucapan-ucapan mereka yang telah memasukkan perkara-perkara yang betul-betul substantive dan tidak memberikan terlalu banyak perhatian kepada perkara-perkara kecil… titik bengit kehidupan masyarakat seharian, walaupun itu penting tetapi kita mempunyai mekanisme dan forum yang lain yang lebih sesuai untuk membangkitkan perkara-perkara yang kecil-kecil yang berkaitan dengan kehidupan seharian ini. Jadi saya ucapkan tahniah kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat di atas kematangan di dalam berhujah dan dalam membangkitkan isu-isu yang besar yang mempunyai kaitan langsung dengan aspek pembangunan negeri ini, kemaslahatan rakyat secara keseluruhannya dan saya juga ingin menyebut sedikit sebanyak berkenaan dengan titah ucapan yang telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja yang saya dapati pada kali ini ucapan ataupun titah Tuanku kali ini begitu komprehensif dan inclusive yang menyentuh boleh dikatakan hampir keseluruhan aspek kehidupan kita sebagai rakyat di Negeri Perlis ini. Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah menyetuh mengenai aspek kepimpinan, aspek penularan wabak COVID-19 dan kesannya kepada masyarakat dan apakah pula tindakan-tindakan pemulihan dan pemantapan semula ekonomi Negeri Perlis iaitu bagi pasca COVID-19. Penekanan yang begitu serius yang diberi oleh Duli Yang Maha Mulia ke atas perancangan pembangunan berikutnya di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, dan juga penekanan diberikan tentang pentingnya sektor pelancongan. Baginda menyentuh tentang aspek security makanan, yang mana ini nampaknya lebih nyata setelah kita menghadapi wabak COVID-19 ini dan baginda juga telah memberikan perhatian yang begitu serius mengenai aspek pendigitalan negeri kita, Negeri Perlis dan ini juga merupakan satu lagi aspek yang begitu penting dan nampaknya begitu praktikal dalam konteks apa yang kita lalui sejak tiga, empat bulan yang lepas di mana kita dapati bahawa aspek digital ekonomi itu sangat penting sekali dan juga disentuh mengenai program keusahawanan khususnya mengenai pembangunan modal insan dan ini adalah penting demi meneruskan dan melestarikan lagi ekonomi negeri kita di masa yang akan datang. Dan tidak kurang juga pentingnya ialah aspek perpaduan yang ditekankan dan ditegaskan oleh Duli Yang Maha Mulia di dalam ucapan ataupun titah Baginda pada 11 haribulan yang lalu kerana semua yang kita lakukan ini sama ada membangunkan ekonomi negeri dan menjaga kemaslahatan rakyat, semuanya akan musnah kalau sekiranya tidak wujud perpaduan di dalam masyarakat kita yang akhirnya membawa kepada konflik, pecah belah, malah boleh menimbulkan pertelingkahan yang serius di dalam masyarakat yang akhirnya segala yang kita lakukan ini akan musnah begitu sahaja. Dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja juga telah menekankan mengenai pentingnya aspek urus tadbir pentadbiran yang harus diteruskan dan ditambahbaik daripada masa ke semasa. Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang kesemuanya telah menyentuh mengenai bidang tanggungjawab saya di dalam perbahasan yang telah dilakukan kelmarin dan saya ingin memberikan respons kepada isu-isu dan persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan itu dan saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya di sebelah sini yang telah memberikan respons kepada semua isu-isu yang dibangkitkan malah kita dapati ada isu-isu yang bersifat cross border, yang juga telah disentuh oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat rakan-rakan saya kepada isu yang dibangkitkan sebentar tadi. Jadi, mana-mana isu yang telah pun disentuh dan diberikan respons, saya tidak akan ulangi lagi kerana saya rasa itu adalah memadai dan kalau pun nak diulang ianya akan membuang masa sahaja.
Pertamanya, saya ingin menyentuh mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Perlis terutama sekali berkaitan dengan urusan pentadbiran Dewan ini, iaitu berkaitan dengan isu memuat naik handsard Dewan ke dalam portal ataupun laman sesawang Negeri. Sebenarnya pihak Dewan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri, telah pun mula memuat naik handsard ini ya… iaitu Penyata Rasmi Persidangan dan dokumen-dokumen yang lain yang berkaitan dengan Dewan Undangan Negeri ke dalam Laman Sesawang Rasmi Kerajaan Negeri sejak 10 Mac yang lalu dan proses memuat naik ini sebenarnya dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan dia masih lagi berjalan sehingga kini. Sehingga kini sudah 3 buah Penyata Rasmi Persidangan dan 35 Rang Undang-Undang serta Enakmen yang telah pun dibentang dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri ini yang telah pun dimuat naik. Dan dokumen-dokumen lain seperti teks titah ucapan perasmian, teks ucapan bajet dan sebagainya juga akan dimuat naik selepas ini. Dan dalam jangka masa panjang pihak Dewan telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan peruntukan yang mencukupi untuk membolehkan kita membangunkan satu sistem yang khusus untuk Dewan Undangan Negeri. Dan dengan adanya sistem yang khusus ini maka proses memuat naikkan dokumen-dokumen yang saya sebutkan tadi tu akan menjadi lebih tepat dan lebih lancar, insya-Allah.
Juga menyentuh mengenai cadangan supaya dilakukan siaran langsung sidang Dewan kita, perkara ini juga sedang dilihat tetapi kita berhati-hati kerana kalau kita perhatikan pengalaman di Dewan Rakyat sekalipun, di parlimen kita, kita didapati sebenarnya masalah keselamatan dokumen dan juga siaran itu masih lagi menjadi isu kerana ada orang-orang yang tidak bertanggungjawab yang cuba untuk masuk ke dalam saluran itu untuk melakukan sesuatu yang tidak diingini dan ini sebenarnya sedang dan masih diperhatikan oleh pihak urus setia untuk memastikan supaya apabila tiba masanya kita menggunakan peralatan ini untuk siaran langsung, tidak ada masalah-masalah keselamatan yang timbul yang boleh memberikan risiko yang tidak boleh kita duga pada masa kini.
Saya ingin menyentuh juga mengenai isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sena iaitu berkaitan dengan perlaksanaan sistem GPS iaitu bagi memastikan isu gelang kuarantin tidak berulang sepertimana yang dilaksanakan di Brunei. Ini adalah merupakan satu contoh yang baik, walau bagaimanapun cadangan perlaksanaan sistem global positioning system atau GPS ini bagi pemakaian gelang kuarantin adalah di bawah pertimbangan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, dia bukannya di bawah kuasa Kerajaan Negeri sebenarnya. Dan pada masa kini Jabatan Kesihatan Negeri Perlis memaklumkan bahawa berdasarkan mekanisme yang sedia ada, individu yang dikenalpasti sebagai contact rapat dan yang berisiko menularkan wabak COVID-19 ini akan diberikan perintah pengawasan dan pemerhatian di bawah Seksyen 15 (91) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 88 ataupun yang kita kenali sebagai Akta 342 itu, di mana mereka akan dipakaikan gelang dan kegagalannya akan menyebabkan tindakan-tindakan boleh diambil ke atas mereka. Dan selain daripada itu, ada beberapa lagi aplikasi lain yang dibangunkan oleh Kerajaan untuk dibangunkan bagi tujuan pemantauan, ini termasuklah seperti MySejahtera yang banyak diguna pakai sekarang ini dan kita harapkan lebih ramai lagi rakyat untuk menggunakan dan memuat naikkan sistem MySejahtera ini untuk digunakan sepanjang tempoh kita berada di dalam PKP ini. Selain itu ada juga sistem lain yang dipanggil MyTrace dan ada juga Gerak Malaysia, ini adalah merupakan aplikasi-aplikasi yang sedia ada dan untuk tujuannya tidak lain untuk memantau pergerakan rakyat di dalam masyarakat kita ini iaitu untuk memastikan supaya kita dapat memantau penularan ini dengan lebih baik lagi. Walau bagaimanapun, aplikasi MySejahtera ini dilihat digunakan oleh rakyat dengan agak meluas, jadi kita ingin mencadangkan supaya rakyat… seluruh rakyat di Negeri Perlis ini menggunakan aplikasi MySejahtera ini dalam usaha kita untuk memantau dan di masa yang sama untuk mematikan rantaian COVID-19 itu.
Yang Berhormat Sena juga ada menimbulkan mengenai isu Perlis Halal Park iaitu salah satu projek sebenarnya di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 dan projek ini telah pun bermula pada tahun 2007 dan telah disiapkan pada tahun 2012 dan telah mula beroperasi pada 2014. Sebenarnya pembinaan ataupun konsep asal Perlis Halal Park ini yang telah dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis adalah tidak menepati sebenarnya standard ataupun spesifikasi bangunan halal yang telah ditetapkan dan kerana itu tidak mendapat kelulusan daripada GMP atau Good Manufacturing Practice dan HALAL dan kerana itu keputusan telah dibuat dengan menukarkan status Perlis Halal Park ini kepada Taman Industri Kecil Sederhana Padang Besar, IKS ya… dan pada masa ini, 7 unit sedang di dalam sewaan dan 3 unit lagi kita ada menerima permohonan baharu tetapi masih dalam pertimbangan.
Yang Berhormat ADUN Sena juga menimbulkan mengenai status perlaksanaan projek-projek Rancangan Malaysia Ke-11. Di dalam jawapan yang telah saya berikan semasa soalan lisan ada menyebut bahawa keseluruhannya ada 456 projek yang telah disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 bagi Negeri Perlis tetapi sebenarnya di kalangan 456 projek ini ada pertindihan… ya… ada pertindanan dan jumlah sebenar kalau diambil kira aspek penindanan ini kita hanya ada 160 projek sahaja, dan daripada 160 projek ini, 40 projek telah pun siap sepenuhnya dan dia menelan belanja sebanyak RM483.27 juta. Dan bagi tempoh RMK-11, mengambil kira kesemua 456 projek ini, atau mengambil kira aspek penindanan iaitu sebanyak 160 projek, peruntukan yang diberikan adalah sebanyak RM1.15 billion dan daripada jumlah tersebut, sebanyak RM0.8 billion telah pun dibelanjakan. Ini mengambil kira juga akan projek-projek sambung yang akan disambung di bawah RMKe-12.
Yang Berhormat ADUN Sena juga telah menimbulkan banyak ni… isu-isu yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat ADUN Sena ini, iaitu mengenai Pelan Negeri Bandaraya 2030. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, dan khususnya untuk Yang Berhormat ADUN Sena, Perlis Negeri Bandaraya ini adalah merupakan satu wawasan dan ianya adalah di bawah Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030. Jadi tujuannya adalah untuk menjadikan Perlis ini mempunyai perancangan guna tanah yang komprehensif, kecekapan dari segi perkhidmatan sosialnya, taraf sivik penduduknya yang meningkat, kemudahan masyarakat, infrastruktur dan utiliti yang berkualiti dan setaraf dengan status bandaraya mengikut acuan kita. Jadi bila kita bercakap mengenai status Perlis Negeri Bandaraya ini bukan bermakna bahawa Negeri Perlis ini dipenuhi dengan bangunan-bangunan batu dan pencakar langit. Jadi itu harus difahami dengan jelas, dan di samping itu penekanan juga harus diberikan kepada aspek modal insan, di bawah Perlis Negeri Bandaraya 2030 ini, iaitu dalam aspek pendidikan, program-program keilmuan, keagamaan, warisan, budaya madani dan menyokong juga sebenarnya pembentukan ataupun wawasan Perlis Negeri Berilmu. Dan kita juga memberikan penekanan kepada aspek pemeliharaan dan pengurusan alam sekitar. Ini juga merupakan aspek yang penting di dalam Perlis Negeri Bandaraya itu dan memanglah aspek landskap semulajadi negeri menjadi suatu perhatian dan keutamaan kita, dan kalau kita melihat kepada sepuluh kriteria utama yang telah ditetapkan di bawah Perlis Negeri Bandaraya 2030 ini, ada… saya boleh nyatakan bahawa di sini kalau kita melihat kepada we are well on track, dengan izin, sebenarnya. Pertama kita lihat terhadap aspek KDNK, sasaran kita pada tahun 2030 ialah RM8.0 billion, KDNK kita, itu sasaran kita, dan pada masa kini, pada tahun 2019… berakhir 2019, kita telah pun mencapai KDNK kita RM6.5 billion. Jadi kita ada perbezaan RM1.5 billion lagi untuk kita capai berdasarkan kepada target yang kita capai untuk 2030. So dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker, we are not to far of achieving this target, kita masih ada masa selama 10 tahun lagi untuk kita mencapai perbezaan sebanyak RM1.5 billion lagi dalam bentuk KDNK. Begitu juga dengan per kapita kita, sebenarnya per kapita kita, KDNK per kapita kita target kita ialah RM22,050.00. Tetapi pada akhir tahun 2019, kita telah pun mencapai RM25,625.00. Bermakna ini telah pun kita capai, ada kelebihan sebenarnya sebanyak lebih kurang RM4,600… lebih kurang RM4,575.00 lebih kurang kita dah capai dah ni. So we are ahead Yang Berhormat Dato’ Speaker, dari segi sasaran kita. Kemudian dari segi sektor tertiary dalam KDNK, ini adalah sektor sokongan kepada sektor-sektor primary dan secondary seperti syarikat perkhidmatan, sektor pelancongan, telekomunikasi dan lain-lain lagi… semua ini termasuk dalam apa yang dipanggil sebagai sektor tertiary, sektor yang ketiga. Ianya merupakan… dia bersifat supportive, dia menyokong sektor-sektor primary dan juga secondary. Sasaran kita adalah 66% dan kini kita telah pun berada di peringkat 65.3%. Ini pun kita ada sikit lagi, insya-Allah kita boleh capai sasaran kita. Dari segi jumlah kemasukan pelancong, pada tahun 2030 sasaran kita ialah sebanyak 4.5 juta tetapi pada akhir 2019 kita telah pun mencapai 4.64 juta pelancong. Jadi pelancong yang datang itu… dia datang sahaja melepasi sahaja Negeri Perlis, dia jejak sahaja di Negeri Perlis diambil kira sebagai berada di Perlis…
Yang Berhormat Speaker, saya mohon pencerahan. Yang Amat Berhormat Bintong, saya difahamkan dalam jawapan kepada soalan sebelum ini, apa yang ditarifkan sebagai pelancong ni dia mesti menginap at least satu malam. Jadi yang kalau kita tengok yang tu, tadi YB Chuping pun ada maklum data tu, tapi itu adalah yang masuk, kan? Tetapi apabila yang masuk tetapi tidak menginap tu dikira sebagai pelancong? Terima kasih…
Terima kasih… Yang Berhormat lompat cepat sangat… saya nak pergi tempat tu sat lagi. Jumlah pelancong yang menginap di Negeri Perlis… target kita 2.86 juta sebenarnya, yang ni kita ke belakang… agak terkebelakang sedikit iaitu pada akhir 2019, pelancong yang melancong dan menginap di Negeri Perlis hanyalah 183,286 orang sahaja dan kerana itulah maka kita cuba untuk membangunkan sektor ini dengan memperbanyakkan lagi binaan hotel-hotel dan kita nak menggalakkan rakyat kita untuk memperbanyakkan lagi homestays dapat menyediakan kemudahan ini untuk pelancong-pelancong yang datang ke Negeri Perlis ini dan malangnya usaha-usaha kita ke arah itu sebenarnya kita telahpun mengambil atau mengorak langkah, tetapi kita… orang kata apa… tersorot ke belakang sedikit disebabkan PKP yang berlaku ini, dan insya-Allah kita akan cuba lakukan yang terbaik sebab kita tahu bahawa sebelum PKP pun jumlah kedatangan pelancong ke Perlis ini semakin meningkat terutama sekali dengan adanya perkhidmatan ETS dan juga commuter services oleh pihak KTMB. Dan dari segi jumlah penduduk, juga kita tidak begitu terlalu jauh daripada target nya. Kita mensasarkan pada akhir 2030, penduduk Negeri Perlis 354,700 orang, tetapi pada akhir 2019 kita ada 254,800 orang dan pada tahun ini saya difahamkan kita boleh mencapai 290,000, jadi kita harapkan supaya rakyat Perlis lebih produktif dalam hal ini untuk mencapai target…
Yang Berhormat Speaker, saya mohon pencerahan sedikit… mungkin Yang Amat Berhormat bersetuju… mungkin dari segi dasar keluarga ka, kita untuk menjadi lebih produktif, kita mengkaji beberapa insiatif yang… mungkin yang baharu untuk tujuan mencapai jumlah yang Yang Amat Berhormat sebut tadi kan… sebab memang betul dari segi ekonomi pun kita perlukan ramai untuk… pengguna untuk dapat kita tingkatkan lagi kemajuan ekonomi, terima kasih…
Terima kasih… terima kasih Yang Berhormat Sena. Saya setuju dengan cadangan itu. Yang Berhormat kena mula dahulu.
Ada nak tambah lagi?
Insya-Allah, insya-Allah… jadi saya setuju dia tidak harus hanya dengan pertambahan ahli keluarga semata-mata tetapi juga mesti disokong dengan aktiviti-aktiviti ekonomi untuk menyokong pertambahan bilangan penduduk. Satu maklumat yang agak menarik bagi Negeri Perlis ini khususnya, kita dapati bahawa kadar kelahiran di Negeri Perlis ini adalah lebih rendah berbanding dengan kadar kelahiran di peringkat nasional. Saya sendiri, Yang Berhormat Dato’ Speaker, I am shocked, dengan izin, kerana kita menjangkakan Negeri Perlis yang bukan berada dalam liga negeri yang maju di Malaysia ini, sepatutnya kadar kelahirannya lebih tinggi, tetapi apa yang berlaku kadar kelahiran kita di Negeri Perlis ini adalah lebih rendah berbanding dengan kadar kelahiran di peringkat nasional. Itu sesuatu yang kita perlu lakukan dan saya juga ingin untuk berkongsi di sini, nisbah penggunaan kenderaan adalah satu kriteria lagi. Nisbah penggunaan kenderaan awam berbanding dengan persendirian, target kita 40:60 tetapi kini kita berada di peringkat 20:80. Bermakna jumlah mereka yang menggunakan kenderaan awam ini masih lagi rendah berbanding dengan kenderaan persendirian. Sebab itu kita tengok perkhidmatan bas myBAS itu nampaknya kerap kosong daripada dinaiki oleh penumpang. Tetapi saya rasa itupun dah meningkat sebenarnya daripada masa ke semasa. Tahap bekalan elektrik, talian tetap, talian mudah alih dan internet tidak termasuk bekalan air yang NRWnya melebihi paras standard seluruh Malaysia 30%... kita punya 63. Yang lain-lain itu kita mencapai 100% dah… target kita 100% akhir tahun 2019 kita telah mencapai 100% tetapi yang kita nak pertingkatkan di sini dari segi kualitinya. Misalnya internet, ada tempat yang orang kampung complaint susah ni nak dapat line ni, tunggu lama… yang itu ya kita akui dan sebab itulah sebenarnya amat bertepatan dengan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja yang telah menyarankan supaya kita mempertingkatkan lagi tahap connectivity kita ataupun komunikasi kita di Negeri Perlis ini, dengan pengenalan HSBD dan sebagainya dengan peruntukan yang pernah dijanjikan dahulu RM43.0 juta itu kita akan tuntut balik dan kita akan laksanakan ini sepenuhnya. Dari segi setinggan sifar, ini kita nak capai sifar tetapi kita masih ada lagi sebenarnya 1853 lagi sekarang ini. Kemiskinan sifar, kita target kosong jugak dan kita masih ada 0.1% lagi insya-Allah, kita ada 10 tahun lagi untuk kita atasi masalah ini. Kita harapkan dengan dasar-dasar, tindakan-tindakan, pendekatan-pendekatan yang diambil, insya-Allah dengan kerjasama semua kita akan dapat mencapai target kita Perlis Negeri Bandaraya menjelang 2030.
Yang Berhormat Sena juga telah menyentuh mengenai projek Perlis Inland Port. Apakah peruntukan bagi projek tersebut… sumber peruntukan bagi projek tersebut. Saya ingin menjelaskan bahawa projek Inland Port ini adalah merupakan projek yang diinisiatifkan oleh pihak swasta dan projek ini akan menelan belanja dalam bentuk GIVnya ataupun Gross Investment Value nya mencecah RM1.8 billion dan dia juga memerlukan sokongan daripada pelaburan Kerajaan, ada tiga perkara yang perlu dilakukan oleh Kerajaan di sini di mana peruntukan telah pun diberikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 sebanyak RM150.5 juta untuk kita menyediakan prasarana untuk menyokong pembinaan Perlis… pembinaan dan operasi Perlis Inland Port itu, iaitu pertamanya ialah spur line ataupun jalan kereta api yang akan menghubungkan Perlis Inland Port dengan jajaran kereta api yang sedia ada di Padang
Besar yang sepanjang 1.3 kilometer. Yang kedua ialah pembinaan bonded road yang akan menghubungkan pintu masuk kita di Padang Besar. Daripada Thailand terus ke Inland Port ini dengan menggunakan jalan keselamatan sepanjang 3.6 kilometer dan juga pembinaan sebuah flyover ataupun jejantas untuk membolehkan jalan yang sedia ada ini akan melepasi jalan keretapi spur line yang akan dibina tadi. Jadi itu peruntukan telah diberikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 sebanyak RM150.5 juta dan sekarang ini pihak perunding yang telah dilantik oleh pihak NCIA sedang dalam proses untuk menyediakan pelan ataupun rekabentuk skemanya yang mengambil kira akan faktor-faktor tempatan yang sedia ada dan insya-Allah ini kita jangkakan akan disiapkan pada… untuk flyover dan bonded road, kita jangkakan reka bentuk ini akan disiapkan pada September 2020 tahun ini dan untuk reka bentuk spur line dijangka akan disiapkan pada November 2020 dan kita menjangkakan kalau sekiranya perancangan ini berjalan lancar tanpa ada apa-apa masalah lagi yang berkaitan yang mungkin timbul kemudiannya, maka perancangan kita adalah untuk membina atau mula membina jalan ataupun bonded road ini dan juga flyover itu pada first quarter 2021… apa ni… suku pertama 2021, dan untuk spur line adalah pada second quarter 2021 insya-Allah. Jadi itu kalau kita dapat lihat tadi, sumbernya daripada Kerajaan ada sebanyak RM150.5 juta, sepertimana yang dibangkit… dipersoalkan atau ditanya oleh Yang Berhormat dari Sena dan selebihnya sebanyak RM1.8 billion, itu akan dibelanjakan oleh pihak pemaju itu sendiri yang juga akan mengoperasikan pelabuhan ini apabila siap kelak.
Juga Yang Berhormat Sena ada menimbulkan bersama-sama dengan Yang Berhormat daripada Kuala Perlis ada menimbulkan mengenai apakah perancangan ataupun hala tuju negeri di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Saya boleh sebutkan di sini bahawa perancangan ataupun hala tuju Rancangan Malaysia Ke-12 ini sebahagian besarnya adalah untuk memastikan dan untuk memberi sokongan kepada projek-projek yang telah pun kita cadang dan sedang akan dilaksanakan di dalam Rancangan Malaysia Ke-11 ini. Ini termasuklah projek-projek besar seperti CVIA, PIP, jeti… Integrated Jetty Sanglang, Kangar Central, Food Hub dan macam-macam lagi yang kita rancang, saya tak boleh nak sebut semuanya di sini… saya rasa kalau dilihat di dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga ada menyenaraikan projek-projek tersebut dan peruntukan yang kita minta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 ini adalah untuk memastikan supaya dia menjadi sokongan, projek-projek ini menjadi sokongan kepada apa yang telah pun kita rancangkan untuk dilaksanakan ini. Dan untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah pun memulakan beberapa siri libat urus sebenarnya sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Kuala Perlis, Yang Berhormat ada menyebutkan pandangan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat juga diambil kira. Sebenarnya ada dalam hal ini, dalam sesi libat urus itu, dan libat urus ini puncanya ialah sebenarnya ialah apabila kita mengadakan perbincangan dengan Kementerian Ekonomi pada ketika itu yang saya telah menjadi… running semula di bawah Yang Berhormat Dato’ Seri Mustaffa Mohamad, kita telah mengadakan sesi libat urus dengan mereka dan dalam memuktamadkan projek-projek ini, dan dia ada lima teras utama, pertamanya tadbir urus berkualiti dan mesra rakyat, prasarana bersepadu dan effektif, kemakmuran dan kemantapan ekonomi, daya bumi dan komuniti inklusif dan kemampanan alam sekitar dan persekitaran berkualiti. Dan saya tidak nak bercadang untuk menghuraikan terlalu panjang dalam hal ini, tetapi apa yang telah pun kita pohon di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, yang telah pun kita bincangkan dengan pihak kementerian… jabatan… economic planning unit dan juga kementerian-kementerian yang berkaitan yang melibatkan 17 kementerian di mana kita mengadakan sesi engagement dengan mereka di peringkat Menteri dan juga di peringkat Senior Officials, kerana kita ada 238 projek baharu dan 77 projek sambungan. Dan ini menjadikan jumlah keseluruhannya 315 dan jumlah keseluruhan peruntukan yang dipohon ialah sebanyak… untuk yang baharu RM11.0 billion dan untuk yang sambungan sebanyak RM2.4 billion dan menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan yang dipohon di bawah RMK-12 untuk Negeri Perlis RM13.5 billion. Dan sama-samalah kita berdoa dan kita gunakanlah network yang kita ada untuk mempengaruhi rakan- rakan kita yang berada di peringkat persekutuan untuk akhirnya meluluskan permohonan yang kita lakukan ini.
Yang Berhormat Indera Kayang ada menyentuh mengenai isu berkaitan dengan Pejabat Tanah iaitu operasi penguatkuasaan ketum dan ini juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Sanglang yang mana Yang Berhormat Sanglang pun sokong Indera Kayangan supaya diwujudkan atau diambil tindakan sepertimana yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Saya melihat cadangan ini sebagai sesuatu yang positif dan saya akan meminta pihak Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis untuk melihat bagaimana perkara ini boleh dibuat sebab ada implikasi undang-undang yang tertentu di sana yang perlu dilihat dan kita akan melihat segala aspek sebelum sesuatu keputusan sepertimana yang dicadangkan itu dapat dilakukan. Tetapi, juga saya ingin memaklumkan di sini bahawa sepertimana yang telah maklum sebelum-sebelum ini, saya… I am the number one fighter against ketum di Perlis ni, dengan izin, tapi suara saya ini tidak mewakili keseluruhan suara di Negeri Perlis yang menentang penanaman pokok ketum, bukan kerana pokok ketum ini mempunyai nilainya yang baik dari segi perubatan tetapi kerana kesan-kesan buruk yang berlaku sepertimana Yang Berhormat sebutkan malah rakan-rakan saya juga ada menyebut, Yang Berhormat daripada Pauh ada menyebut, kepada masyarakat kita terutama sekali orang-orang Melayu yang ramai sekali terlibat dalam penyalahgunaan ketum ini…
Yang Berhormat Speaker, saya mohon pencelahan… kalau kita tengok dari segi kuat kuasa tanah ni memang 100% di bawah negeri… di bawah Pejabat Tanah dan Galian. Jadi adakah Kerajaan Negeri bersetuju untuk menggunakan kuasa yang ada pada negeri untuk melakukan enforcement sama ada kompaun ataupun tarik balik hak milik tanah bagi sapa-sapa yang terlibat dengan penanaman ketum. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Ya, itulah sebenarnya yang saya maksudkan tadi. Sebab untuk nak menguatkuasakan enakmen negeri yang berkaitan dengan tanah ini, dia mesti ada perwartaannya... proses yang perlu berlaku. Mungkin dia perlukan juga pemindaan kepada enakmen ini. Bagi tanah-tanah baharu yang kita luluskan hakmilik, memang kita telah sebutkan sebagai syarat nyata ya... di dalam title yang dikeluarkan itu, ataupun geran yang dikeluarkan itu bahawa ketum diharamkan, tidak boleh ditanam dan barang sesiapa yang didapati menanam pokok ketum di atas tanah-tanah yang diberikan hakmilik yang baharu ini, maka Kerajaan Negeri berhak untuk menarik balik hakmilik tersebut. Tetapi bagi geran-geran ataupun hak milik yang lama, tidak ada disebutkan syarat nyata ini. Jadi jika kita hendak mengambil tindakan merampas atau mengenakan kompaun ataupun hukuman ke atas mereka yang menanam ketum di atas tanah-tanah yang hakmilik lama ini, ianya tidak bertepatan dengan undang-undang. Jadi sebab itu saya akan meminta pihak Penasihat Undang-Undang kita, Pejabat Tanah kita, untuk melihat apakah kita boleh melakukan penambahbaikan untuk membolehkan kita mengambil tindakan kepada mereka yang didapati menanam ketum ini dan kita juga mesti ingat bahawa dia ada kaitannya dengan undang-undang Persekutuan dan kita dalam meminda kita punya enakmen ini kita tidak boleh dilihat ultra vires, dengan izin, bercanggah dengan undang-undang di peringkat Persekutuan. Apa tah lagi dengan kita punya Kanun Tanah Negara dan satu lagi dengan kita punya constitution, tidak boleh. Jadi kerana itu kita harus melihat dengan mendalam dan terperinci akan perkara ini agar tidak timbul isu-isu yang berkaitan dengan teknikal apatah lagi isu-isu undang-undang yang memungkinkan kita boleh dicabar di dalam mahkamah kalau sekiranya kita melakukan sesuatu yang tidak bertepatan apatah lagi melanggar dengan akta-akta dan juga kita punya Perlembagaan negara kita. Jadi sebab itu, satu kajian yang teliti perlu dilakukan dan saya menyokong penuh sebenarnya akan cadangan yang dibuat Ahli Yang Berhormat dalam hal ini kerana kita tak mahu melihat perkara ini berlarutan dan akhirnya akan merosakkan rakyat kita, ya… orang muda kita yang pada masa ini terlibat... orang tua sekali pun, saya faham ada segolongan tertentu telah meninggal dunia akibat penyalah gunaan ketum ini tetapi itu tidak direkodkan kerana tidak ada bukti yang jelas tetapi kita tahu sepertimana Yang Berhormat Sanglang sebut, kita boleh kenai… ini taik ketum ka… kalau tengok muka dia hitam, kelabu, dia la tu. Tapi tidaklah Yang Berhormat daripada Sena... Yang Berhormat nampak ok… hitam manis… tapi manis… tak kelabu… jernih... jernih, jernih.
Jadi itu... dan saya ingin juga menyentuh mengenai… saya tak pasti sama ada Yang Berhormat menyentuh mengenai Kangar Central ataupun Kangar City Centre sebab mula-mula Yang Berhormat sebut Kangar Central… suddently shifted kepada Kangar City Centre. Tetapi saya menganggapkan bahawa Yang Berhormat mempunyai niat baik untuk bertanyakan mengenai perkembangan Kangar City Centre ya… tetapi sebelum itu Kangar Central insya-Allah, perancangan telah pun selesai dan pihak JKR akan… telah pun sebenarnya keluar tender untuk pemilihan kontraktor dan insya-Allah benda ini akan diselesaikan sebelum hujung tahun ini insya-Allah, itu untuk Kangar Central. Kangar City Centre sepertimana yang telah saya muat naik di dalam saya punya FB… posting saya beberapa… saya ingat seminggu ataupun seminggu lebih yang lepas, saya telah pun berjumpa kembali dengan pihak pencadang iaitu Safwan Group dan mereka sebenarnya masih lagi sangat berminat untuk meneruskan projek Kangar City Centre ini. Walau bagaimanapun, kita terpaksa dahulu menyelesaikan beberapa isu yang berkaitan yang kalau sekiranya Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan get access to my FB, tengok balik posting saya dan di situlah maklumat-maklumat teknikal yang menjadi penghalang kenapa projek ini tidak dapat kita laksanakan dengan cepat kerana kita perlu selesaikan masalah-masalah yang berkaitan itu terlebih dahulu, insya-Allah. Saya masih lagi menaruh harapan sebenarnya walaupun pihak pemaju ada menyatakan bahawa mereka perlu membuat sedikit modifikasi kepada pelan ataupun konsep asal pembangunan di situ, insya-Allah. Ini pun sebenarnya mereka bercadang untuk mengemukakan presentation kepada Kerajaan Negeri akan modification yang mereka cadangkan tersebut. Kita akan lihat sejauh mana modification itu bersesuaian atau tidak dan sebagainya Itu adalah nanti apabila kita menerima cadangan modifikasi yang telah dicadangkan itu, insya-Allah.
Yang Berhormat Kuala Perlis juga ada menimbulkan mengenai kesan apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan ekonomi dan mengurangkan pengangguran dalam tempoh PKPD. Saya ingin menyentuh mengenai salah satu inisiatif yang kita telah ambil untuk merangsangkan semula kita punya ekonomi negeri sebab kita tahu bahawa ini ada kesan yang langsung kepada ramai dari rakyat Negeri Perlis terutama sekali mereka yang begitu ramai bekerja sendiri, peniaga kecil, pekerja harian dan sebagainya dan baru-baru ini kita telah mengambil satu inisiatif, Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan sebanyak lebih daripada 700 projek-projek kecil yang bernilai hampir RM18.0 juta. Semua… saya tekankan di sini semua pemegang-pemegang lesen yang sah di Negeri Perlis ini yang mana telah pun dibuat pendaftarannya melalui JKR kita telah mendaftar sebanyak 931 pemegang-pemegang lesen yang sah, dan daripada jumlah tersebut 787 adalah layak untuk menerima projek-projek yang telah pun kita selaraskan bagi semua Jabatan-jabatan di Negeri Perlis kecuali Jabatan Pertanian, Veterinar dan satu lagi… saya terlupa satu lagi… yang lain-lain semua kita selaraskan dan setiap satu daripada mereka telah mendapat sekurang-kurangnya satu projek dan ini adalah merupakan pakej ransangan yang telah kita buat untuk kita arrest, dengan izin, dan menangani isu kesan negatif COVID-19 itu dan di masa yang sama, kita juga telah mengeluarkan lagi inisiatif yang lain untuk mempercepatkan lagi proses merangsang semula ekonomi ini... yang ini kita nak kan faedah yang terus kepada rakyat dan dengan cepat pula dirasakan iaitu pertama projek ternakan ayam kampung, arnab atau puyuh untuk peserta yang berkelayakan dengan peruntukan sebanyak RM95,878.00, kedua program penanaman sayur-sayuran berkelompok dengan peruntukan sebanyak RM225,000.00, program tanam sendiri sayuran di rumah... ini dipanggil kitchen… apa ni… taman di dapur… kitchen garden ya… sebanyak RM150,000.00, program industri kecil dan mikro berasaskan pertanian RM125,000.00, dan program siswazah menganggur sebagai pembanci yang ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM270,000.00. Jadi kalau soal pengangguran pula, kalau berdasarkan kepada rekod oleh agensi negeri, agensi kerajaan ni iaitu Jabatan Tenaga Rakyat, kita hanya merekodkan 4 kes pemberhentian pekerja semasa PKP di Perlis dan pada masa ini pun di bawah program subsidi upah, PSU, pihak majikan yang berkenaan telah menarik balik permohonan untuk memberhentikan pekerja tersebut. Jadi makna kata tak ada lah lagi yang diberhentikan kerja di Negeri Perlis kalau mengikut rekod ya… Jabatan Tenaga Rakyat yang ada di sini.
Saya juga ada melihat cadangan daripada ADUN Kuala Perlis mengenai aduan titi rosak di Kampung Kurung Tengar. Saya harapkan jabatan yang berkenaan telah melihat perkara ini... itu tidak harus saya huraikan di sini.
Yang Berhormat Sanglang telah menimbulkan mengenai hak milik sementara kepada hak milik kekal di Sanglang. Ini Yang Berhormat, kita telah menubuhkan satu taskforce untuk melihat perkara ini yang terdiri daripada agensi-agensi Kerajaan tertentu. Walau bagaimanapun, perkara ini kita ada menghadapi kesulitan sedikit sebab mereka yang terlibat ini dari segi sempadan mereka itu dia bertindih. Jadi pemohon A dan pemohon B dan pemohon C mungkin tanahnya bertindih dan ini menjadi kesulitan kita kerana tidak ada tolak ansur di kalangan mereka yang terlibat ini. Jadi kita pun tidak ada satu formula yang untuk membolehkan kita melakukan perkara ini dengan cepat. Jadi selagi tidak ada tolak ansur di kalangan mereka yang terlibat ke atas tanah-tanah yang didapati bertindih ini, maka selagi itulah urusan untuk pengeluaran hakmilik kekal itu, ataupun hakmilik itu tidak dapat dilakukan dan saya ingin memberikan jaminan kepada Yang Berhormat bahawa kalau sekiranya semua dokumentasi ini selesai, tidak ada masalah pertindihan, ini boleh dilakukan dalam masa tiga bulan sahaja dan ini disahkan sendiri oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis.
Yang Amat Berhormat… saya nak celah sikit. Apa yang… Yang Amat Berhormat ni… saya rasa Yang Amat Berhormat maksudkan tu di Kuala Sanglang…
Saya…
Dalam tempoh yang saya minta masa ucapan kelmarin tanah sawah ni… tanah sawah dalam kampung biasa la… tanah di Kuala Sanglang tu Yang Berhormat dah jawab dah dulu, saya faham lah…
Oh... ok. So… sebab Yang Berhormat bila sebut kelmarin tu, bunyi macam tanah tu… jadi itu yang respons saya macam tu. Ok tak pa… kalau begitu saya mengambil perhatian akan isu ini dan sebenarnya kita pun dari masa ke semasa memang mengeluarkan hakmilik ini setelah kita memastikan dari segi persempadanan, tidak ada pertelingkahan dan sebagainya, insya-Allah itu kita akan lihat, insya-Allah. Pengarah Tanah pun ada di sini, dia mengambil perhatian atas apa yang disebutkan, kita pun sentiasa menekankan supaya proses untuk pemberian hakmilik ini dilakukan secara berterusan setelah dia memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan, insya-Allah.
Ok... Yang Berhormat Sanglang juga ada menyebut mengenai proses pecah tanah bahagian tanah ni ya dan kaitannya dengan kos. Jadi yang menjadi isu di sini adalah kos pecah tanah itu sebab kita ada undang-undang yang perlu kita patuhi di sini, undang-undang itu... Akta Juru Ukur Tanah Berlesen 1959 di mana kerja-kerja ukur tanah ini perlu dilakukan oleh Juru Ukur Berlesen. Ini adalah sesuatu yang bersifat undang-undang yang perlu dipatuhi dan yang menjadi masalah sekarang ini ialah apabila Persatuan Juru Ukur ini telah memohon kepada Kerajaan Persekutuan berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang ada untuk menaikkan kadar, fee ataupun yuran ukur itu... yuran untuk melakukan kerja-kerja ukur itu yang mana kita semua telah pun sedia maklum, saya pun dah maklumkan akan dalam Dewan yang mulia ini dahulu, dia telah menaikkan... Kerajaan Persekutuan telah bersetuju menaikkan 160% daripada kadar yang asal. Itu yang menjadi bebanan kepada pemilik-pemilik tanah kerana minimum yang perlu dibayar adalah sebanyak RM1,500 untuk melakukan kerja-kerja ukuran ini, jadi itu yang menjadi masalah. Saya telah pun menimbulkan masalah ini di dalam beberapa forum... dalam beberapa mesyuarat di peringkat nasional terutama sekali dalam Mesyuarat Kerja Tanah Negara. Pengarah Tanah dan Galian ni ada di sini dia boleh vouch, itu saya ada bangkitkan beberapa kali, saya menyentuh mengenai masalah yang terpaksa dihadapi bukan sahaja oleh pemilik-pemilik tanah yang ingin membuat pecah tanahnya, tetapi juga masalah yang dihadapi oleh juru ukur itu sendiri kerana bagi juru ukur yang berada di bandar raya yang besar dia tidak menghadapi masalah, sebab permohonan untuk melakukan ukuran ini banyak... sebab banyak projek-projek pembangunan yang dilakukan. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah juru ukur yang berada di luar Bandar... yang kebanyakkannya permohonan-permohonan diterima daripada orang kampong. Apabila ini berlaku, apabila orang kampung sedar bahawa kos ini meningkat mereka tidak melakukan permohonan lagi, mereka diam saja. Jadi itu menyebabkan juru ukur ini menghadapi masalah tidak ada business. Jadi masalah di sini bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga kepada profesional itu sendiri yang menjadi juru ukur ini. Jadi itu telah pun saya bangkitkan... saya tidak tahu apakah perkembangan yang berikutnya setelah saya membangkitkan perkara ini di peringkat persekutuan. Insya-Allah kita akan terus berusaha, kita tidak akan berhenti di situ sahaja, kita akan terus berusaha lagi.
Juga Yang Berhormat Sanglang ada menyebut mengenai persempadanan... berunding semula persempadanan di antara Kedah dan Negeri Perlis. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya apa yang dilakukan dalam proses persempadanan semula itu adalah mengikut undang-undang sebenarnya iaitu berdasarkan Warta Kerajaan Negeri Kedah nombor 5/525 yang bertarikh 3 Disember 1953 dan Warta Kerajaan Negeri Perlis bertarikh 28 Januari 1954, itu adalah asas undang-undang yang digunakan atau the legal framework used to negotiate and to determine the boundary between Kedah and Perlis, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker dan rundingan untuk mengadakan persempadanan ini telah bermula sejak tahun 2002 sebenarnya dan ini telah dimuktamadkan semasa tempoh saya menjadi Menteri Besar pada tahun 2017 iaitu pada 14 Mac 2017. Tak ada banyak sebenarnya yang dirundingkan di zaman saya, cuma hanya menandatangani perjanjian yang telah pun dipersetujui di antara kedua-dua pihak Kerajaan Negeri Perlis dan Kedah. Jadi sebenarnya dalam hal ini Yang Berhormat dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, tidak lagi boleh diubah sempadan itu kerana prinsip yang digunakan ialah mengambil koordinat pada sungai lama... Sungai Sanglang yang lama... bukan sungai yang baharu. Jadi itulah kita punya sempadan dan kerana itulah Restoran Mak Teh, Yang Berhormat, berada di dalam Negeri Kedah sekarang ini.
Juga Yang Berhormat Sanglang ada menyentuh mengenai TEMCO, kelonggaran bagi pembukaan semula perniagaan di kawasan TEMCO. Perniagaan tiada yang tutup. Yang penting di sini ikut SOP yang ada tetapi yang menjadi masalahnya ialah ada setengah-setengah pemilik perniagaan ini yang tidak mahu buka kedai, dia takut… jadi Yang Berhormat yang ni kena guna your persuasive power untuk pi mintak kedai ni jangan tutup. Jadi ikut SOP yang sedia ada, ada kelonggaran-kelonggaran tertentu yang dibenarkan kepada rakyat di dalam kawasan itu untuk mereka bergerak. Jadi insya-Allah kalau ikut ini, tak ada masalah. Juga Yang Berhormat Sanglang ada menyebut... ini mengenai cadangan untuk sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Beseri tadi iaitu orang yang menerima bantuan Baitulmal ni tak diberikan bantuan, tapi check dahulu dia punya latar belakang... saya setuju yang tu, saya sokong sepenuhnya dan dalam hal ini Baitulmal ni dia banyak mengambil inisiatif yang baik di bawah MAIPs ini, dan diaorang pun baru sahaja merayakan ulang tahun ke seratus kejayaan penubuhan Baitulmal, rekod-rekod cemerlang yang ada membantu rakyat termasuk mereka yang ada dalam kawasan-kawasan yang dipenuhi dengan pokok ketum ini. Jadi insya-Allah, itu cadangan yang baik daripada Yang Berhormat dan saya rasa itu sahaja yang… dan satu lagi saya nak menyetuh, ini telah pun di… satu lagi masalah kilang gula yang menjadi isu apa ni… pekerja-pekerja yang diberhentikan akibat daripada penutupan kilang gula... keputusan yang dibuat oleh pihak MSM, pemilik kilang gula dan juga pemilik tanah itu. Sebenarnya pihak MSM telah pun memaklumkan kepada kita bahawa sejumlah pekerja-pekerja yang terlibat itu mereka telah diberikan beberapa opsyen. Opsyen yang pertama ialah untuk mereka diambil bekerja semula tetapi bukan di situ, tetapi dipindahkan ke dua tempat atau lokasi yang baharu, di Seberang Perai dan satu lagi di Johor, di kilang yang baru itu. Ada sebahagian pekerja ini telah menerima opsyen ini, yang bersetuju untuk berpindah ke Perai dan yang bersetuju untuk berpindah ke Pasir Gudang di Johor. Tetapi ada sebahagian lagi yang telah diberikan opsyen iaitu untuk mereka mengambil VSS, mengambil pencen awal tetapi dibayar ganti rugi sejumlah yang tertentu dan itu telah pun dipersetujui sebenarnya berdasarkan kepada beberapa siri rundingan yang diadakan di antara pihak MSM dengan pihak persatuan pekerja, the workers’ union dan juga pekerja-pekerja itu sendiri dan diberikan tawaran yang menarik sebenarnya yang saya tak boleh ceritakan sepenuhnya di sini detail-detail nya dan kita telah pun melihat saya dengan Yang Berhormat daripada kawasan juga telah melihat perkara ini dan mereka telah mendapat persetujuan daripada mereka yang mengambil VSS ini dengan tawaran-tawaran yang agak menarik itu. Itu telah pun dipersetujui sebenarnya tetapi satu berita yang baik ialah apabila kawasan ini dimajukan semula oleh pihak FGV iaitu owner atau pemilik kepada MSM... dengan kerjasama MSM... untuk menjadikan atau untuk menukarkan kawasan ini menjadi kawasan pertanian, sebagai yang mereka sebutkan sebagai Food Valley tetapi kita telah jenamakan semula sebagai Chuping Agro Valley di mana kawasan seluas 11,818 ekar ini akan dijadikan kawasan pertanian yang mana cadangan mereka telah untuk menanam nanas MB2 dan juga untuk menanam tapioca ataupun ubi kayu ataupun apa yang dipanggil sebagai cassava... nak sebut kasanova pulak… cassava dan mereka juga bercadang untuk menggunakan semula kilang ini, kilang yang ada ini, kilang gula ini, dibuang… ditukarkan dia punya mesin-mesinnya, digantikan dengan mesin-mesin baharu untuk memproses cassava pulak ataupun ubi kayu ini. Jadi insya-Allah ini juga akan membuka peluang pekerjaan terutama sekali kepada mereka yang telah pun memilih untuk bersara, mereka boleh mohon semula, dan sebenarnya ini disebutkan kepada saya semasa perjumpaan saya dengan mereka dalam tiga minggu atau empat minggu yang lepas di mana saya ada buat posting di dalam FB saya. Insya-Allah saya akan bertemu dengan mereka semula pada hari Isnin ini di Kuala Lumpur dan perkara ini juga saya akan dapatkan pengesahan daripada mereka sekali lagi insya-Allah. Jadi saya rasa mungkin itu dapat mengurangkan sedikit kerisauan di kalangan penduduk-penduduk yang terlibat di kawasan tersebut.
Jadi dan satu lagi yang terakhirnya saya nak menyentuh mengenai apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ini telah pun dijawab ataupun disebut, diterangkan oleh Yang Berhormat daripada Santan tadi iaitu berkaitan dengan rumah ibadat ini, saya sebagai Pengerusi kepada Jawatankuasa Rumah Ibadat Peringkat Negeri Perlis ini dan saya faham apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Beseri tadi… eh, Yang Berhormat Santan tadi, berkenaan dengan rumah-rumah ini, tetapi apa yang saya nak sebutkan di sini, di dalam ucapan perbahasan yang dilakukan oleh Indera Kayangan itu seolah-olah dia memberikan impression... it gave this impression, dengan izin, bahawa kita di Perlis ini, Kerajaan Negeri terutama sekali tidak mengamalkan toleransi di dalam beragama dan kerana itu dia memberi implikasi or impression that actually the State Government is not complying with the provision of the constitution yang memberikan agama-agama lain juga bebas untuk diamalkan di negara ini ataupun di negeri ini selain daripada agama Islam yang merupakan agama rasmi itu. Itu sebenarnya tanggapan yang… yang... ataupun impression yang diberikan dan saya rasa itu tidak benar. Apa yang penting di sini ialah kebebasan itu sentiasa diberikan seperti juga kebebasan diberikan kepada mereka yang beragama Islam. Walau bagaimanapun, tidak boleh... yang ini ingin saya tegaskan bahawa tidak boleh sama ada agama-agama lain mahu pun agama Islam untuk sewenang-wenangnya membina struktur-struktur yang tidak memenuhi peraturan-peraturan yang ada di negeri ini. Itu kita tidak boleh benarkan sebab dianya... pertamanya kalau sekiranya binaan-binaan kita buat itu berada di luar daripada hakmilik tanah hakmilik kita, kita telah menceroboh ke kawasan yang lain, tidak dibenarkan. Walau masjid sekalipun, surau sekalipun kalau sekiranya didapati menceroboh dan melanggar peraturan ini, surau akan dirobohkan, masjid akan dirobohkan. Sebab kita hendakkan supaya rakyat kita tak kira apa agama dan pegangan mereka supaya mematuhi peraturan. Saya telah menegaskan perkara ini berkali-kali bahawa kita rakyat di Perlis ini mesti belajar hidup berperaturan. Orang kata tak boleh buat ikut serela hati kita. Kalau kita nak maju, nak membangun seperti negara-negara maju yang mana mereka patuh kepada peraturan dan undang-undang, kita juga mesti bergerak ke arah itu. Kita tidak boleh sekali-kali melakukan sesuatu tanpa mengikut peraturan dan undang-undang yang kemungkinan akan menimbulkan rasa tidak puas hati di pihak yang lain dan kerana itu tidak ada isu yang berkaitan dengan soal kebebasan beragama di Negeri Perlis ini dan apa yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri dari dahulu sehingga sekarang, kita mengamalkan toleransi beragama dan kebebasan beragama dan kita menghormati agama Islam sebagai agama persekutuan dan juga termasuk negeri-negeri yang bernaung di bawah Kerajaan Persekutuan itu iaitu Negeri Perlis ini sendiri. Insya-Allah saya akan beri jaminan kepada Yang Berhormat dan juga kepada rakyat bukan Islam di negeri ini bahawa kebebasan beragama itu tetap diteruskan dan tidak ada kekangan yang diberikan tetapi mestilah mengikut peraturan-peraturan dan norma-norma yang telah ditetapkan.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, saya telah pun menyentuh hampir keseluruhan daripada isu-isu yang telah dibangkitkan kecuali apa yang telah pun dijawab ataupun diberikan respon oleh rakan-rakan saya sebentar tadi dan saya nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker sendiri di atas kecekapan dan kelicinan perjalanan mesyuarat kita pada kali ini, alhamdulillah… dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak urus setia di bawah kelolaan Setiausaha Dewan dan rakan-rakan beliau yang telah memastikan supaya dokumen-dokumen yang kita pertimbangkan pada kali ini adalah teratur mengikut masa dan ketetapannya dan juga penambah-penambahbaikan yang telah beliau lakukan. Terima kasih banyak saya ucapkan kepada Setiausaha Dewan dan urus setia dan rakan-rakan petugas-petugas yang lain sepanjang tiga hari kita bermesyuarat ini dan saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya sendiri yang telah memberikan respons kepada isu-isu yang dibangkitkan dan juga telah memberikan cadangan-cadangan yang bernas, tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya di sebelah sana yang pada kali ini begitu mantap sekali di dalam ucapan-ucapan yang diberikan dan memberikan hujah-hujah ke atas idea-idea yang baik dan bernas. Terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan-rakan di sebelah sana dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua ketua-ketua jabatan, wakil-wakil jabatan yang hadir pada persidangan kita pada kali ini yang telah membantu kita dalam menyediakan fakta-fakta, input-input yang diperlukan untuk membolehkan kita berbahas dan untuk memberikan respons kepada soalan-soalan yang dibangkitkan. Jadi insya-Allah, kita bersama-sama dalam hal ini dan saya melihat akan mood yang ada di dalam Dewan ini begitu baik sekali, rakan-rakan kita daripada sebelah sana, daripada PH... kalau PH masih ada… jadi nampaknya bunyi pun dah macam PM dah…
Eh tak ada… kita pun tunggu silap-silap bulan depan Yang Amat Berhormat sekali dengan kami apa.
Ini orang kata , “Akhirnya Tuhan yang menentukan segala-galanya.” Tapi insya-Allah, dengan prinsip yang ada, saya masih kekal berada di sini sama ada ada jawatan atau tidak ada jawatan, insya-Allah dan sekali lagi Yang Berhormat Dato’ Speaker saya ucapkan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menggulung perbahasan pada kali ini dan saya akhir sekali dengan ini menyokong akan usul titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis.
Sekian, wabillahitawfeek walhidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Ahli Yang Berhormat, saya minta persetujuan ke atas Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja. Ahli-Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Ahli-Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Terima kasih. Tiada Ahli-Ahli yang tidak setuju. Usul ini diluluskan.
Penangguhan DewanAdjournment
Penangguhan Dewan.
Penangguhan Dewan, saya mempersilakan Yang Berhormat Sanglang, sedikit ucapan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat, Ahli-Ahli Yang Berhormat, seluruh ketua jabatan dan wakil, staf Pejabat Dewan Undangan Negeri, tuan-tuan, puan-puan, muslimin muslimat yang dirahmati Allah. Alhamdulillah saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh yang hadir dalam Dewan selama tiga hari ini, mudah-mudahan apa saja yang kita bincangkan di dalam Dewan ini akan dapat meningkatkan lagi keharmonian, kesejahteraan, kemajuan Negeri Perlis yang kita cintai ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya amat tertarik dengan apa yang dirumuskan oleh Yang Amat Berhormat khususnya untuk menambahkan rakyat Negeri Perlis ni dan kita harap selepas daripada ini Yang Berhormat Dato’ Speaker boleh mula dulu… lepas tu turun ke bawah… Setiausaha Dewan, Penolong Setiausaha Dewan, Bentara. Sidang pulak ni kita kembangkan yang lain... dia akan mula dengan YB Santan, insya-Allah sebab YB yang sebelah sini dah selesai dah. Jadi kita ingat itu sahaja dan saya jugak nak mohon maaf kalau sekiranya ucapan, tingkah laku kami yang dalam Dewan ini menyentuh mana-mana ketua jabatan, mana-mana jabatan yang menyebabkan tidak selesa. Selamat datang ke DUN Sanglang, kalau nak ziarah kawasan TEMCO lalu lah kot Sungai Padang, ambik saya kita pergi sekali. Kita pergi sama-sama dan kita pastikan COVID-19 ini nyah daripada Negeri Perlis ini khusunya dan daripada Negara kita dan kita hidup dengan harmoni. Dan saya pun tertarik dengan Yang Berhormat Kuala Perlis, tak mau ada lagi pilihan raya dan semalam pun saya tengok isytihar calon bebas daripada tak dak wakil PKR. Ini satu perkembangan yang cukup baik untuk kesejahteraan Negara kita, insya-Allah, kita jumpa di Slim, lusa… dan sampailah pada pilihan raya, insya-Allah saya akan hadir di Slim. Itu sahaja Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih banyak, wallahu’alam. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Ahli-Ahli Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan para hadirin sekalian, pihak Dewan juga merakamkan ucapan terima kasih terutamanya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua dan wakil jabatan serta agensi yang hadir, rakan-rakan media, para pegawai dan kakitangan serta petugas Dewan. Saya juga bagi pihak Dewan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua jabatan-jabatan yang banyak membantu menjayakan perjalanan perasmian dan juga persidangan Dewan pada kali ini, khususnya Pejabat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja, Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, jabatan-jabatan, Jabatan Kesihatan Negeri, JKR, MPK, PDRM, Jabatan Penyiaran dan lain-lain jabatan yang banyak membantu menguruskan perjalanan kita pada tiga hari pada kali ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sekian, wabillahitawfeek walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
(Persidangan ditangguhkan pada jam 3.10 petang)