Perlis · 9 December 2020
14th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 154 turns · 27,932 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerlis publishes one PDF per sitting day, but nothing after 9 Aug 2023 although the assembly has kept sitting. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan mula bersidang.
Doa
Doa.
(Bacaan doa oleh Setiausaha Dewan)
Pemasyhuran Oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri
Pemasyhuran oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri.
Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Di sini ingin saya menerangkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian tentang aturan perjalanan mesyuarat kita pada kali ini. Selepas ini, mesyuarat Dewan akan diteruskan dengan sesi soal jawab lisan berdasarkan turutan soalan seperti di dalam Kertas Perintah Mesyuarat Dewan. Saya akan cuba untuk memperuntukkan tempoh masa supaya semua soalan dapat dijawab tetapi sekiranya ada yang tidak sempat dijawab secara lisan jawapannya akan dikemukakan kemudian secara bertulis oleh pihak Kerajaan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi sedikit komentar mengenai soalan Dewan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat sekalian. Berdasarkan pemerhatian saya terdapat soalan yang sama atau yang hampir sama yang sering diulang-ulang malahan terdapat juga soalan yang baharu saja ditanya dan telah dijawab oleh pihak Kerajaan pada bulan Ogos yang lalu dan kini soalan sama juga sekali lagi ditanya di dalam sidang kali ini. Di pihak Dewan, saya tidak ada halangan jika Yang Berhomat ingin mengulangi soalan tetapi pada pandangan saya, adalah lebih elok jika ada selang tempoh yang lebih munasabah sebelum sesuatu soalan itu diulang supaya ada ruang untuk perkembangan yang lebih konkrit berlaku contohnya soalan berkaitan jumlah pelaburan. Satu lagi ialah tentang bidang kuasa suatu perkata yang disoal oleh Yang Berhormat. Kita sedia maklum bahawa banyak perkara sebenarnya yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian atau Kerajaan Persekutuan. Dan kadang kala soalan yang ditanya adalah sepenuhnya menyentuh tentang dasar atau polisi di mana jabatan ataupun agensi di peringkat negeri lazimnya sebagai agensi pelaksana dan tidak terlibat dengan perkara dasar. Contohnya soalan mengenai penggubalan kurikulum persekolahan. Soalan sebegini pada pandangan saya sesuai disalurkan kepada Ahli Parlimen atau dijawab di Parlimen oleh Menteri atau Timbalan Menteri. Walau bagaimanapun, di pihak Dewan sebenarnya kita mengamalkan pendekatan lebih terbuka dan tidak terlalu rigid dalam hal sebegini dan kita cuba seboleh mungkin untuk membantu atau accommodate persoalan atau kemusykilan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Cuma saya berharap Yang Berhormat sekalian mengambil sedikit ingatan apa yang saya sebutkan tadi di masa-masa yang akan datang. Selepas selesai soal jawab lisan, Dewan akan berehat sebentar dan apabila disambung semula, usul Anggaran Pembangunan Negeri Perlis Tahun 2021 dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2021 yang kedua-duanya membentuk Anggaran Bajet Negeri Perlis Tahun 2021 akan dibuka untuk perbahasan secara dasar. Seperti yang telah saya sebutkan kelmarin, saya akan memberikan tempoh masa kira-kira 25 minit setiap seorang Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah kiri saya untuk berbahas. Saya harap masa tersebut dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk Yang Berhormat sekalian membahaskan bajet dan memberikan input-input yang bernas di samping menguatarakan permasalahan di kawasan masing-masing. Setelah itu, Dewan akan ditangguhkan dan akan disambung semula pada pagi esok untuk maklum balas dan penggulungan oleh pihak Kerajaan serta menyelesaikan urusan Dewan yang telah disenaraikan. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin mengucapkan terima kasih selama kita bersidang daripada April, Ogos dan pada kali ini insya-Allah bahawa sidang Dewan Undangan Negeri Perlis berjalan dengan begitu harmoni dan saya nampak bahawa tuan-tuan Yang Berhormat sedia maklum bahawa keadaan di negeri lain, jiran kita agak kelam kabut. Jadi saya sarankan supaya keadaan harmoni ini diteruskan supaya nama baik Dewan Undangan Negeri Perlis ini terletak antara yang terbaik di negara ini. Sekian terima kasih.
Soalan-Soalan LisanQuestions
Soalan-soalan lisan.
Dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang.
Terima kasih Yang Berhormat, soalan saya nombor satu.
(Soalan 1 : Apakah bantuan-bantuan yang telah dan sedang dilaksanakan dalam membantu meningkatkan ‘social enterprising’ di kalangan usahawan Negeri Perlis?).
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Social enterprise ataupun perusahaan sosial adalah usahawan atau entiti perniagaan yang menghasilkan impak sosial atau alam sekitar yang proaktif dan pada masa yang sama mempunyai kemampuan kewangan yang mampan. Aktiviti usahawan di Perlis banyak mendapat kerjasama daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ataupun MEDAC melalui Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia ataupun MaGIC telah bertindak sebagai pihak berkuasa yang menyelia dan membantu usahawan atau perusahaan sosial dalam mengembangkan perusahaan mereka. Walaupun Kerajaan Negeri tidak mempunyai bantuan khusus kepada usahawan atau perusahaan sosial, namun kumpulan ini termasuk di dalam golongan usahawan kecil dan sederhana yang sentiasa dalam radar bantuan Kerajaan Negeri melalui agensi dan jabatan yang terlibat. Antara bantuan yang diberikan adalah pinjaman kewangan, bimbingan dan panduan serta promosi produk yang ditawarkan selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional ataupun DKN yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri mengalu-alukan penglibatan perusahaan sosial dalam menyumbang kepada ekonomi negeri serta memberi nilai tambah kepada kualiti kehidupan rakyat Perlis bagi merealisasikan matlamat DKN untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong agenda pembangunan sosioekonomi Malaysia yang inklusif, seimbang dan mampan. Selari dengan Revolusi Perindustrian 4.0 dan Pelan Digital Perlis yang telah dilancarkan, Kerajaan Negeri akan menawarkan platform digital kepada perusahaan sosial untuk mempromosi dan mengembangkan perniagaan mereka di samping memperluaskan jaringan impak sosial bagi produk yang ditawarkan. Usahawan atau perusahaan sosial adalah digalakkan untuk mendaftarkan diri mereka dalam portal eUsahawan Perlis bagi membolehkan bantuan khusus dapat diteliti dan dilaksanakan. Sekian.
Soalan tambahan Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Santan. Ini ada beberapa perkara Yang Berhormat yang harus kita lihat ada, yang bermotifkan profit atau keuntungan ada yang tidak, ada yang social sepenuhnya. Setengahnya mereka menjalankan seperti charitable donation bagi sumbangan memperjuangkan sesuatu. Saya ambil contoh dalam industri air, itu sebuah pertubuhan yang dinamakan H2GO. Dia memperjuangkan air, air bersih di kampung-kampung, dan menolong pihak kerajaan mengenalpasti kawasan-kawasan yang belum mendapat air bersih dan sebagainya. Adakah pertubuhan sebegini ada di negeri kita dan walaupun di negeri kita tidak ada kemampuan untuk memberi bantuan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, kita boleh membimbing mereka untuk mendapatkan bantuan daripada pusat yang begitu banyak yang dibuat sekarang ini untuk memastikan mereka juga turut membantu kerajaan dalam bentuk yang lain bagi pastikan agenda-agenda kerajaan ini dapat dijalankan dengan lancar. Soalan saya nak minta Yang Berhormat ada berapa pertubuhan yang ada dalam Perlis yang menjalankan aktiviti sebegini? Kalau tak dak takpa atau Yang Berhormat boleh jawan secara bertulis.
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Saya amat berterima kasih atas pandangan Yang Berhormat yang banyak pengalaman termasuk di negeri-negeri pusat. Jadi setakat ini memang tidak ada lah yang begitu rupa tetapi kita fokus kepada ke arah perusahaan-perusahaan ataupun usahawan-usahawan yang memohon peruntukan-peruntukan daripada kementerian berhubung dengan usahawan ini dan kita fokuskan kepada yang baru contohnya seperti… contoh seperti anak Perlis yang buat Program Tapau dan setakat ni rangkaian dia ada 40,000 orang di dalam dia punya rangkaian dia… syarikat dia tu dan seterusnya membantu untuk generasi-generasi baru yang mencari pekerjaan. Dan benda ni akan dirasmikan pada minggu depan. Jadi Anak Perlis yang buat tu. Itu fokus utama kita la tapi maksud yang ditanya oleh YB tadi kita melihat perkara itu sebab... sebab-sebabnya adalah memang usahawan tersebut memerlukan modal yang banyak. Kalau dia buat pinjaman kepada kementerian atau pinjaman kepada pihak institusi kewangan, mungkin dia rugi la sebab dia pinjam untuk usahawan. Tetapi kalau pinjam untuk sosial mungkin dia tak mampu nak buat macam tu. Sekiranya ada di Perlis ni yang mampu… yang ada sumber kewangan yang baik, maka diteruskan. Jadi kita bukalah kepada… dan kita akan tengok macam mana keadaaan-keadaan itu.
Dato’ Speaker, bukan itu maksud saya Yang Berhormat Santan. Dia charitable ni bukan kalau orang yang tiba-tiba nak pi pinjam duit nak pi bagi sumbangan tu… tak wajar. Ini yang diberi oleh kerajaan macam Saya Anak Perlis tu satu group whatsapp yang besar… mereka boleh jual kan, mereka buat ini mereka mungkin kutip di kalangan ahli dan untuk memastikan organisasi mereka itu lebih terancang, lebih organized dengan elok dengan izin Dato’ Speaker, maka kita bagi la sikit bantuan. Bantuan dalam bentuk apa-apa, sumbangan apa-apa ka, nasihat juga dikira sebagai sumbangan supaya mereka lebih terancang dari segi pengurusan dan mereka dapat membantu kerajaan negeri akhirnya. Yang Berhormat, kita menuju kepada revolusi 4.0, zaman-zaman milenial ni dia… dia akan lebih banyak program-program yang berbentuk kesukarelaan yang lebih melihat organisasi satu masyarakat itu dapat digabung, bergerak mentaliti, meningkatkan… maknanya orang akan bantu sukarela, fikir nak bantu ni nak bagi RM50, nak bagi RM10, kita tolong mereka tolong cari orang susah di kampung, orang ini, orang sakit tenat, orang yang sakit kronik… mereka bantu kita macam tu. Dan akhirnya kita senang, kerajaan mendapat maklumat hasil daripada pergerakan bebas kita berikan kepada mereka dengan sedikit bantuan. Bukan mereka nak pi pinjam kepada Kerajaan Pusat yang buat charity tu tak mungkin berlaku. Sapa pun tak kan buat ini. Maksudnya orang-orang yang mereka dah minat, satu, dan orang-orang yang memang dah ada kemampuan baru mereka akan buat macam tu. Mereka yang derma buat masjid apa semua, orang yang ada kemampuan, mereka dah lebih pendapatan dari kehidupan mereka maka mereka buat charity, charitable donation untuk mungkin saham di akhirat dan sebagainya. Terima kasih Dato’ Seri.
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Jadi idea tu kita ambil sebagai untuk saya catitkan di dalam ingatan saya dan saya insya-Allah akan lakukan lebih terbaik demi untuk usahawan maju di Negeri Perlis ini. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.
Assalamualaikum warahmatullah. Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor dua.
(Soalan 2 : Apakah skim galakan atau garis panduan yang diberikan kepada peniaga yang baru mula berniaga di kaki lima jalan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan?).
Terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri amat prihatin kesan ekonomi yang dialami oleh penjaja dan rata-ratanya terjejas akibat penularan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perlis Bebas Niaga seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kelmarin dalam ucapan belanjawan kelmarin, Kerajaan menyedari akan kesukaran yang dihadapi oleh golongan penjaja dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Kangar telah mempermudahkan prosedur permohonan lesen penjaja di tepi jalan. Kebenaran bagi aktiviti penjajaan tepi jalan adalah terhad kepada penjaja yang bersifat mudah alih ataupun mobile, tidak kekal dan tiada binaan struktur kekal. Contohnya meja jualan menggunakan khemah lipat atau payung dan penjaja bergerak. Pertimbangan untuk kelulusan lesen adalah berdasarkan kesesuaian lokasi tapak niaga yang dipohon. Syarat-syarat lesen bagi aktiviti menjaja di tepi jalan ialah seperti berikut. Yang pertama, hendaklah menjaga kebersihan, keselamatan dan ketenteraman tapak niaga semasa dan selepas waktu operasi perniagaan. Yang kedua, sebarang binaan struktur kekal di tapak niaga adalah tidak dibenarkan. Yang ketiga, tapak niaga hendaklah dikosongkan setiap kali selepas tamat operasi perniagaan. Dan seterusnya tindakan penguatkuasaan termasuk pembatalan lesen akan diambil terhadap peniaga yang melanggar syarat-syarat kelulusan. Sekian harap maklum.
Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji...
Soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Speaker. Saya ingin tanya Yang Berhormat adakah kita melakukan sepertimana yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam keadaan pandemik ini dalam membantu rakyat dalam kesusahan dan mereka ada kemampuan untuk berniaga dan sebagainya dan mereka membenarkan perniagaan berjalan kecuali tidak mengganggu lalu lintas dan sebagainya. Bagaimana dengan MPK? Adakah kita mengamalkan dasar yang sama seperti yang dibuat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sekarang. Terima kasih.
Ya, sepertimana yang telah disebut kelmarin, dalam bajet kelmarin, Perlis bebas meniaga. Ini menjawab soalan tulah. Sebab apa? Kita melihat tempat. Memang tidak dinafikan pihak-pihak tuan tanah contoh macam MADA, JPS, JKR, rizab jalan. Jadi, amat tidak wajar sekiranya mereka melakukan perniagaan di tempat-tempat yang agak sibuk. Jadi walau macam mana pun, kita bagi kelonggaran supaya penjaja tersebut mencari tempat yang sesuai. Maksudnya tempat yang tiada kacau ganggu. Termasuk dalam undang-undang kita tanpa kacau ganggu daripada masyarakat sepertimana pun yang diumumkan oleh baru-baru ni, taman-taman perumahan pun dibenarkan untuk berinaga tetapi tengoklah juga jenis perniagaan apa. Kalau sekiranya buka kedai makan, mengganggu gugat, kacau ganggu kepada jiran amat tidak wajar sekiranya kita teruskan. Tetapi sekadar kita buka restoran di taman perumahan tetapi cara bungkus, yang itu dibenarkan. Tak dak masalah. Kalaulah sekiranya jiran tidak complain, takpa tak dak masalah. Jadi tadi soalan YB iaitu berkaitan tempat-tempat yang sesuai lah, yang perlu kita fokuskan. Jadi bermakna dia jual dia buka gerai, habis jual dia balik, gerai kosong. Kalau ada sampah sarap ataupun masalah-masalah lain, maka denda akan dikenakan. Tapi kita MPK mengeluarkan lesen bulan ke bulan, bukan tahun. Jadi bermakna dia boleh memilih tempat sesuai untuk perniagaan termasuklah di mana pun.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, apa... berniaga tepi jalan, MPK dia bagi lesen mungkin sebelum ni ambil cukai apa semua tapi ada tuan tanah tu, dia bertentangan dengan rumah dia, dia pun ambil sewa juga. Ada kes berlaku, ada peniaga yang maklum, tapi kalau Yang Berhormat nak tau kita jumpa kemudian lah, tak payah sebut sini di mana. Tapi dia ada kes macam ni, tuan tanah tu sepatutnya dah seberang jalan ni bukan kawasan rumah dia lah tapi dia kutip cukai. Apa tindakan diambil?
Itulah, YB. Terima kasih YB. Itulah sebab-sebab yang dikatakan kacau ganggu dan sebagainya. Ini bermakna kalau rizab tanah kerajaan yang dibuka gerai tu memang tak sepatutnya la tuan rumah tu ambil sewa bukan tanah dia. Jadi benda tu atas budi bicara dan juga atas cara macam mana dia nak bagi tau kata nak berniaga sat. Jadi pihak MPK, pihak kerajaan tidak akan terlibat dengan perkara itu. Kalau sekiranya benda itu dia buat, maka tanggungjawab dia sendiri dengan tuan rumah tu. Jadi kita tak boleh campur urusan tu kecuali mencampuri urusan sekiranya dia gagal mematuhi undang-undang. Gagal mematuhi undang-undang maksudnya kalau tempat sibuk dia buat juga, yang tu pihak MPK terpaksa ambil tindakan. Dan JKR sendiri tanah... contoh tanah JKR sendiri memang tidak akan membenarkan tempat yang sepatutnya... tak sepatutnya meniaga. Ini antara perkara yang kita peka kepada syarat-syarat tu. Jadi masalah tuan rumah tu tak semena-mena nak nak ambil sewa dan sebagainya itu memang tak patut, ini atas budi bicara antara peniaga tu dengan tuan rumah tu, memang tak patut lah.
Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor tiga.
(Soalan 3 : Penyertaan syarikat swasta melalui pelaburan di dalam bidang komersial dilihat penting bagi memacu peningkatan ekonomi Perlis. Sejak tahun 2013 hingga 2020, berapakah jumlah terkumpul pelaburan pihak swasta yang telah menandatangani persetujuan pelaksanaan projek-projek di Negeri Perlis?).
(Dijawab bersekali dengan soalan no. 6)
(Soalan 6 : Selain dari projek-projek mega di Negeri Perlis seperti CVIA, PIP, Pelabuhan Sanglang dan UNIKL-ASTI, apakah lagi perancangan Kerajaan Negeri untuk membawa masuk pelaburan lain yang telah berjalan atau sedang dibincangkan?).
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Mengikut rekod Kerajaan Negeri, sejak 2013 hingga 2020, jumlah pelaburan terkumpul oleh pihak swasta di Negeri Perlis ialah RM10.41 bilion. Dan ini adalah merangkumi 60 projek dalam pelbagai sektor termasuklah pembuatan, pertanian, industri dan pembangunan hartanah. Walau bagaimanapun, saya ingin menerangkan dan menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini bahawa daripada jumlah RM10.41 bilion ini ada juga projek-projek yang gagal diteruskan ataupun dilaksanakan kerana isu-isu tertentu seperti rundingan yang tidak dapat… yang gagal dimuktamadkan kerana mungkin terma dan syarat-syarat yang tidak memihak kepada pihak-pihak tertentu dan kerana itu tidak dapat diteruskan, dan daripada jumlah 60 ini, 53 projek bernilai RM7.283 bilion telah dapat diteruskan dan ada yang melibatkan perancangan terperinci di peringkat pelaksanaan contohnya tetapi tujuh lagi projek yang mempunyai nilai RM3.135 bilion tidak dapat diteruskan atas faktor-faktor yang saya sebutkan sebentar tadi. Jadi kalau kita tengok sebagai makluman tambahan, ada projek-projek berimpak tinggi yang telah dan sedang kita runding, telah pun kita laksanakan dan sedang dirundingi ataupun akan dimuktamadkan proses-proses pembangunannya seperti PIP, Jeti Bersepadu, UniKL-ASTI dan di masa yang sama kita juga membuka peluang kepada pelabur-pelabur untuk terlibat dalam bidang-bidang ataupun sektor-sektor seperti pelancongan, pertanian moden, agrobusiness, perlombongan dan kuari yang mana ini diharapkan akan meningkatkan lagi jumlah pelaburan di Negeri Perlis ini. Dan selain daripada itu, sebagaimana saya sebutkan kelmarin di dalam ucapan saya, ada juga projek-projek ternakan ruminan besar misalnya lembu daging, bebiri, projek ternakan tenusu. Selain daripada itu, juga ada projek ayam kampung kacuk, projek tanaman nanas… ini adalah merupakan di antara projek-projek pertanian bersifat komersial ataupun agrobusiness yang telah pun sebenarnya melabur di Malaysia… eh di Perlis dan ada yang dalam perbincangan ataupun rundingan selanjutnya. Dan selain daripada itu, kita bekerjasama rapat dengan pihak NCIA untuk menarik pelabur-pelabur dan ini sebenarnya terangkum di dalam Pelan Pembangunan Strategik Koridor Utara 2021-2025. Itu memang dah ada dan kita diharapkan ini juga akan menjadi suatu rangsangan kepada Negeri Perlis untuk menarik pelabur-pelabur dan dalam masa yang sama Kerajaan Negeri sedang melihat apakah bentuk-bentuk insentif yang boleh ditawarkan kepada pihak pelabur untuk menarik pelabur-pelabur datang ke Perlis, insentif-insentif yang Kerajaan Negeri akan tawarkan selain daripada apa yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui NCIA. Jadi ada satu pakej rangsangan hanya untuk dua tahun sahaja yang mana kita sedang memuktamadkan bentuk-bentuk insentif itu agar menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur untuk datang ke Perlis iaitu untuk tempoh 2021-2022. Jadi salah satunya yang sedang kita fikirkan adalah kadar pembayaran… kaedah pembayaran premium tanah itu, bagaimana premium tanah dan kadar yang perlu dibayar, itu boleh menjadi satu tarikan. Yang keduanya ialah dari segi kaedah bayaran cukai tanah, kita boleh memikirkan secara kreatif bagaimana cukai tanah ini boleh dibayar supaya tidak membebankan dari segi kewangan pelabur-pelabur berkenaan dan mungkin satu lagi adalah kemungkinan bayaran cukai taksiran yang sepertimana yang telah diketengah oleh pihak MPK, mungkin itu juga boleh dilihat dapat menjadi suatu lagi insentif kepada pihak pelabur dalam tempoh dua tahun ini dalam usaha kita untuk menarik pelaburan datang ke Negeri Perlis. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Bintong di atas penjelasan berkaitan pelaburan yang telah kita terima daripada tahun 2013 hingga 2020 ini. Cuma saranan saya boleh bagi kepada Kerajaan supaya apabila projek-projek ini dilaksanakan dan dilaksanakan maka kita utamakanlah rakyat tempatan kita terutama rakyat Negeri Perlis untuk mencebur diri dalam peluang pekerjaan di sana dengan pelbagai cara lah untuk kita sediakan latihan kepada mereka. Jangan kita apabila masuknya pelaburan-pelaburan, kilang-kilang yang besar, tetapi pekerja dia daripada rakyat lain, ini mungkin satu kerugian kepada rakyat Negeri Perlis lah. Mohon pandangan Yang Amat Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Memang itulah yang menjadi hasrat kita pun. Kita nak kan supaya peluang pekerjaan dibuka kepada rakyat Perlis dan kita juga memang ambil inisiatif-inisiatif tertentu misalnya untuk memberikan latihan-latihan, kemahiran yang bersesuaian untuk membolehkan mereka ini ada kebolehpasaran ataupun marketability-nya. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh memaksa pihak pelabur untuk mengambil rakyat Perlis mengisi kekosongan-kekosongan yang wujud sekiranya ada di kalangan rakyat Perlis yang tidak sesuai ataupun tidak berkelayakan. Jadi, kerana itu, rakyat Negeri Perlis ini harus menyediakan diri mereka supaya mereka dilihat berkalayakan dan diambil bekerja. Jadi saya menyahut sebenarnya seruan Yang Berhormat Guar Sanji itu, tetapi itulah juga sebenarnya salah satu daripada kriteria ataupun satu pertimbangan dalam menarik pelaburan datang ke Negeri Perlis. Kita harapkan sesuatu yang baik untuk rakyat Negeri Perlis. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Untuk maklum balas Yang Berhormat Bintong tadi di mana sekitar RM3 bilion pelaburan yang tidak dapat diteruskan disebabkan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Pada saya 3 bilion ni agak besar, so boleh Yang Berhormat jelaskan lagi antara sebab-sebab syarat-syarat yang utama kenapa tidak dapat dimeterai, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sena. Memang kita akui jumlah itu besar dalam konteks Negeri Perlis, 3 bilion lebih, tetapi Kerajaan Negeri di dalam rundiangan dengan pihak berkenaan. Ini salah contoh ya, di mana kita tidak dapat meneruskan pelaburan ini atau cadangan pelaburan ini. Saya ambil contoh Kangar Sentral, ini adalah satu contoh. Kangar Sentral pada awalnya adalah merupakan satu projek yang akan dimajukan atau dibangunkan oleh pihak swasta dan Kerajaan menyediakan sebidang tanah di situ melebihi 20 ekar. Dan projek ini merupakan satu projek bercampur iaitu ada terminal, terminal untuk bas ekspres, teksi dan sebagainya dan ada pembangunan yang bersifat komersial seperti kedai-kedai, hotel, malah dicadangkan diwujudkan juga kediaman di sana dalam bentuk apartmen dan sebagainya. Dan rundingan yang berjalan itu, yang dilakukan oleh satu technical team ataupun satu pasukan teknikal yang dibentuk oleh Kerajaan Negeri akhirnya tidak menemui jalan pertemuan persetujuan. Disebabkan akhirnya dinilai didapati dia merugikan Kerajaan Negeri kerana apa, salah satu faktornya ialah tanah yang akan dimajukan itu terpaksa diserahkan kepada pihak swasta dan pihak swasta akan menggunakan tanah tersebut untuk digadai dengan pihak bank untuk mereka memperolehi pinjaman bagi memajukan tanah berkenaan. Dan di sini, tidak ada jaminan daripada pihak swasta yang berkenaan supaya tanah yang digadai ini sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini atau projek ini tidak dapat diteruskan, tanah itu tidak hilang. Jadi tidak ada persetujuan dalam aspek itu dan pihak Kerajaan Negeri mendapati bahawa ini merugikan kerajaan kerana tanah mungkin tergadai, wang diperolehi oleh pihak swasta… syarikat yang berkenaan dan syarikat berkenaan gagal menjalankan dan memajukan kawasan tersebut atau projek tersebut dan dalam bahasa kasar dia, dia boleh lari malam saja, dan Kerajaan Negeri terpaksa menanggung kerugian kehilangan tanah ini, tanah yang digadai kepada pihak bank, tanah yang mungkin tidak dapat dituntut kembali. Jadi ini salah satu contoh di mana pihak Kerajaan Negeri tidak meneruskan projek-projek berkenaan. Tetapi ada juga projek-projek lain yang menghadapi masalah tertentu, masalah-masalah teknikal yang sukar diatasi dalam jangka masa pendek. Jadi perkara ini juga sebenarnya mengambil masa dan akhirnya masa yang diambil menyebabkan kos pembangunan meningkat dan ini mungkin menjadikan projek ini tidak lagi, dengan izin, feasible kepada pihak yang berkenaan dan mereka pun menarik diri. Ini adalah contoh-contoh yang telah saya tunjukkan. Satu lagi, mungkin saya boleh sebut di sini adalah satu projek, satu syarikat yang telah menyatakan minat mereka untuk membangunkan kembali Eagle Park yang terletak di Bukit Ayer, di Sungai Batu Pahat. Kan kita ada chalet-chalet dan juga pusat-pusat rekreasi tertentu, bangunan-bangunan atau struktur-struktur tertentu yang dibina di dalam kawasan Hutan Simpan di Bukit Ayer dan pihak… ada pihak yang berminat untuk mengambil alih dan memajukan semula kawasan tersebut ataupun fasiliti pelancongan tersebut tetapi tidak dapat diteruskan kerana pihak syarikat menarik diri, menarik diri kerana didapati bahawa mereka tidak boleh mendapat hak milik kepada tanah berkenaan sebab tanah itu berada di dalam Hutan Simpan, Hutan Simpan Kekal lagi. Dan kita ada undang-undang yang menegah perkara ini daripada berlaku. Jadi kerana itulah projek ini tidak dapat diteruskan. Ini adalah antara satu contoh lagi Yang Berhormat. Dan dalam hal ini Kerajaan Negeri terpaksa mengimbangi di antara kepentingan negeri dan rakyat berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang sedia ada, undang-undang yang sedia ada dengan kepentingan pihak pelabur. Dan apakah keuntungan yang boleh diperolehi daripada pemajuan projek-projek berkenaan. Jadi itu di antara sebab-sebab kenapa projek-projek sebahagian tidak dapat diteruskan. Ni kiranya yang besar Yang Berhormat. Ada lagi projek-projek kecil yang juga tidak dapat diteruskan kerana mereka hanya nyatakan minat, mengemukakan cadangan, tetapi apabila pihak Kerajaan meminta maklumat-maklumat yang lebih terperinci, mereka tidak memberikan respons yang sewajarnya dan sehingga kini tidak ada respons, jadi kita menganggap itu juga sesuatu projek yang tidak dapat diteruskan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Dato’ Speaker, satu lagi soalan tambahan. Bila Yang Berhormat sebut tentang Kangar Sentral saya baru teringat Kangar City Centre, Kangar City Centre difahamkan akan dibangunkan oleh Safuan Group. Saya nak mohon penjelasan daripada Yang Berhormat, adakah benar Safuan Group sekarang ni masih uruskan Putra Regency? Dari segi nak pohon pencerahan daripada Yang Amat Berhormat, adakah benar pajakan… bayaran pajakan Putra Regency sekarang jutaan ringgit? Masih tunggakan yang tidak dibayar dan apa status sekarang ni dengan Safuan Group? Adakah masih dibenarkan memajak ni dan hanya sekitar berapa ratus ribu sahaja yang bayar, dah berapa tahun dah, jadi itu antara contoh tidak viable punya Safuan Group nak laksanakan KCC menyebabkan KCC tidak berjaya dilaksanakan. Terima kasih.
Ok terima kasih Yang Berhormat. KCC dan Putra Regency adalah dua perkara yang berbeza. Dia tidak disekalikan. Pengurusan Putra Regency memang dilakukan oleh syarikat yang sama, tetapi merupakan satu perjanjian berbeza yang tidak sekalikan dengan pembangunan KCC. Jadi sekiranya kegagalan pengurusan hotel nak kaitkan dengan KCC tak boleh sebab dia adalah dua benda yang berbeza dan dirundingi cara yang berbeza dan perjanjian yang berbeza. Jadi Yang Berhormat menyentuh mengenai kegagalan pihak pengurusan hotel dalam kes ini Safuan Group untuk membayar. Memang kita akui ada area yang belum lagi dapat dibayar oleh pihak pengurusan hotel iaitu pihak Safuan Group dan perkara ini sebenarnya menjadi salah satu isu ataupun topic yang kita bincangkan di dalam mesyuarat jawatankuasa atau lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis dan pihak pengurusan Perbadanan telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mempastikan supaya area yang terkumpul ini dapat dibayar oleh pihak yang berkenaan. Dan proses itu sedang berjalan sekarang ini, dan ini KCC… ini adalah salah satu projek yang mana kita terpaksa berhadapan dengan isu-isu teknikal, saya pernah menerangkan di dalam Dewan yang mulia ini, kalau tak silap saya dalam penggal yang lepas… di sesi yang lepas, iaitu kita ada banyak isu-isu yang kita tidak dapat selesaikan dengan mudah. Isu yang berkaitan dengan hak milik tanah, isu yang berkaitan dengan ada struktur yang telah dibina melepasi daripada sempadan sepatutnya. Ada isu yang berkaitan dengan accessibility ataupun access road kepada penghuni atau rumah-rumah yang ada di dalam kawasan tersebut. Ada juga isu yang berkaitan dengan pagar sempadan yang dibina melebihi untuk… sesuatu entiti yang dibina melebihi daripada sempadan asal… yang telah memasuki tanah yang dicadangkan untuk dibangunkan KCC itu. Ada isu yang berkaitan dengan bayaran premium… sorry, bayaran cukai tanah kepada pihak PTG, ada isu yang berkaitan dengan hutang yang belum lagi perjelas kepada pihak MPK. Jadi benda ini dia saling berkait di antara satu sama lain, dan pada masa yang sama, juga kajian yang dilakukan seperti TIA misalnya, Transport Impact Accessment yang dilakukan oleh pihak JKR juga sebenarnya mengambil masa yang lama, kerana kedudukannya yang terlalu hampir dengan bulatan dan di situ ada kesan dia. Kalau sekiranya pembangunan ini berlaku, mungkin akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan akhirnya mungkin akan menimbulkan kesesakan di situ dan itu perlu dilihat kembali bagaimana sistem untuk kita menyurai kenderaan-kenderaan, adakah dengan mengekalkan bulatan yang ada ataupun dengan membina satu flyover, dengan izin, yang baru di sana. Dan ini kos sebenarnya kepada Kerajaan sekiranya diteruskan dengan idea yang sedemikian. Jadi… dan satu lagi tentang jalan bagaimana kita nak menyuraikan kenderaan yang masuk ke dalam kawasan pembangunan itu setelah dia beroperasi nanti, juga perlu dilihat perhalusi terutamanya jalan belakang, jalan keselamatan untuk tujuan digunakan oleh pihak bomba dan sebagainya yang sempit dan mungkin tidak cukup. Jadi ini adalah beberapa isu yang bersifat teknikal yang telah melewatkan lagi untuk kita memuktamadkan projek KCC ini. Jadi itu Yang Berhormat penjelasan yang saya kira agak detail berkaitan dengan isu-isu yang menjadi hangat dibincangkan pada suatu ketika di kalangan netizen Negeri Perlis ini. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Yang Berhormat, dipersilakan soalan daripada Sena.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor empat.
(Soalan 4 : Berapakah unjuran KDNK mengikut sektor-sektor ekonomi Negeri Perlis yang dijangkakan semasa pandemik dan pasca-pandemik COVID-19, dan berapa lamakah jangka masa untuk KDNK tersebut kembali ke landasan yang asal?).
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sena. Pertamanya saya ingin menjelaskan bahawa kita tidak ada satu kaedah untuk mengukur KDNK pasca ataupun pra COVID dan pasca COVID. Apa yang biasa dilakukan oleh pihak yang berkenaaan dalam hal ini, pihak berkuasa yang berkenaan di Jabatan Perangkaan Malaysia, KDNK ini diukur bagi negeri secara tahunan. Tetapi tidak sama dengan apa yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan bagi KDNK di peringkat nasional yang mana dia dilakukan secara suku tahun ataupun secara quarterly, dengan izin. jadi bagi Negeri Perlis ini, yang direkodkan adalah merujuk kepada KDNK tahun 2019 dia telah… dan juga memberi unjuran KDNK negeri semasa dan pasca pandemik ini seperti saya sebutkan tadi tapi tidak dibuat. Walau bagaimanapun, dalam memastikan ekonomi negeri terus pulih, Kerajaan Negeri sentiasa proaktif dalam menyusun strategi dan menyediakan pelan-pelan pemulihan yang mampu memulihkan rantaian ekonomi kita menjelang tahun 2021 contohnya seperti inisiatif Pelan Pembangunan Strategik (SDP) 2021 – 2025 seperti yang disebutkan tadi oleh NCIA, yang ini ada pelan strategik itu yang dijangka boleh meningkatkan KDNK negeri kepada RM7.1 bilion. Insya-Allah, ini kalau sekiranya semua apa yang dirancang itu berlaku, insya-Allah kita akan dapat melonjakkan lagi kita punya KDNK daripada RM6.1bilion something yang telah saya laporkan di dalam ucapan semalam, kepada RM7 bilion lebih, itu kalau perancangan kita berlaku. Dan saya juga ingin menyentuh di sini, berdasarkan kepada Laporan Prestasi KDNK Malaysia bagi suku tahun ketiga yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dia agak positif dan sifat positif ini mungkin akan memberi impak yang positif juga kepada Negeri Perlis. Contohnya dikatakan bahawa penyusutan yang lebih kecil ekonomi Malaysia bagi suatu tempoh sepertimana yang dilaporkan dia kata akan mengecil menjadi 2.7 peratus pengucupan itu daripada 17.1 peratus pada suku kedua tahun 2020. Ini suku pertama, dia punya pengucupannya 17.1 peratus tetapi pada suku kedua dia telah mengecil kepada 2.7 peratus. Kita harapkan trend ini juga akan memberikan kesannya kepada negeri. Jadi kita harapkan ini yang sebenarnya yang kita rancang di Negeri Perlis ini tujuannya supaya kita dapat menggiatkan lagi proses untuk memulihkan ekonomi negeri dan di masa yang sama untuk melonjakkan lagi kita punya KDNK kita pada tahun akan datang dan tahun-tahun yang mendatang, insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor lima.
(Soalan 5 : Apakah status dan perkembangan perancangan baikpulih dan bina semula gerai-gerai MPK seperti yang pernah dinyatakan dalam sidang DUN yang lalu dan sejauh mana impak program yang dirancang itu membantu golongan penjaja negeri Perlis?).
Terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Pada tahun 2019, seperti yang telah dinyatakan dalam sidang DUN yang lalu, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) telah melaksanakan 3 projek melibatkan gerai dan medan selera iaitu Medan Selera Arau, Kawasan Medan Selera Padang Besar dan Dataran Usahawan Kurong Tengar, Kuala Perlis. Bagi projek Medan Selera Arau dan Kawasan Medan Selera Padang Besar, pembinaan telah siap dilaksanakan dan pengisian peniaga telah dilaksanakan. Bagi projek Dataran Usahawan Kurong Tengar pula, pembinaan telah siap dilaksanakan dan sedang dalam proses akhir untuk pengisian peniaga. Pada tahun 2020 pula, MPK telah melaksanakan 2 projek bagi pembinaan gerai iaitu Gerai MPK Medan Kangar dan Medan Mata Ayer. Bagi Medan Kangar, pelaksanaan pembinaan telah mencapai 70% kemajuan kerja di tapak manakala Medan Mata Ayer pula telah mencapai 55% kemajuan kerja di tapak. Program naik taraf dan bina semula gerai-gerai ini dapat meningkatkan ekonomi penjaja memandangkan ianya menyediakan ruang tempat makan yang lebih selesa di mana dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk datang menjamu selera. Ruang perniagaan yang luas juga memberikan keselesaaan kepada para pengunjung untuk membeli-belah di samping membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penjaja-penjaja untuk menjalankan peniagaan mereka. Sekian terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor tujuh.
(Soalan 7 : Masalah tempat letak kenderaan di Hospital Tuanku Fauziah masih berlarutan. Apakah rancangan jangka panjang kerajaan?).
Salam sejahtera, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih YB Sanglang. Pihak pengurusan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) mengambil perhatian berhubung masalah tempat letak kereta yang masih tidak dapat diatasi sehingga kini walaupun dengan pertambahan sebanyak 102 tempat letak kereta di tanah rezab Sungai Kechor. Justeru itu, untuk jangka panjang, pihak hospital telah membuat permohonan dalam RMKe-12 untuk melaksanakan projek pembangunan Kompleks Rawatan Harian yang dilengkapi dengan tempat letak kenderaan bertingkat iaitu di tapak berhampiran Pusat Haemodialisis MAIPs yang baharu di Hospital Tuanku Fauziah. Kos anggaran projek ini adalah sebanyak RM300 juta dengan pelbagai komponen yang disatukan termasuk pejabat pentadbiran. Sekiranya diluluskan, projek ini akan dapat mengurangkan masalah tempat letak kereta berikutan perkhidmatan klinik pakar yang akan turut dialih ke kompleks berkenaan. Projek ini juga merupakan projek yang telah disokong pelaksanaannya oleh Kerajaan Negeri bagi kemudahan rakyat Negeri Perlis. Sekian terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor lapan.
(Soalan 8 : Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam memperkasakan barangan keluaran Muslim khususnya produk Muslim tempatan?).
Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Terima kasih Dato’ Speaker. Kerajaan Negeri sentiasa mendokong dan menyokong usaha untuk memperkasakan produk atau barangan keluaran Muslim tempatan. Setiap tahun, sejumlah peruntukan disediakan kepada jabatan-jabatan negeri di bawah program Industri Asas Tani (IAT) dan galakan keusahawanan untuk memperkasakan produk keluaran usahawan, termasuk usahawan Muslim. Bagi tahun 2020, sejumlah RM250,000.00 telah diperuntukkan di bawah Program Industri Asas Tani dan RM480,000.00 pula diperuntukkan di bawah Skim Galakan Usahawan. Dalam konteks pensijilan halal pula, Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) bersama-sama Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menganjurkan seminar kepada kumpulan usahawan bagi memberikan panduan mengenai cara-cara permohonan dan pematuhan syarat-syarat untuk mendapatkan persijilan halal. Dengan kerjasama JAIPs, sebanyak 31 sijil halal produk keluaran usahawan Negeri Perlis telah dikeluarkan. Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan pemberian geran Good Manufacturing Product (GMP) sebanyak RM100,000.00 kepada dua orang usahawan Negeri Perlis bagi menggalakkan mereka untuk mengeluarkan barangan produk keluaran Muslim yang bermutu tinggi dan mampu menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa. Namun begitu, pelaksanaan ini terpaksa ditangguhkan berikutan penularan pandemik COVID-19 bagi memberi laluan kepada keutamaan yang lebih penting, khususnya Pelan Pemulihan Ekonomi Negara. Selain itu, Kerajaan Negeri turut menjalinkan kerjasama dengan Dewan Perniagaan Islam Malaysia Cawangan Perlis melalui sesi libat urus yang telah diadakan. Bagi membantu usahawan Muslim Perlis mempromosikan produk mereka, seminar berkaitan penggunaan aplikasi digital turut dijalankan bagi tujuan pendedahan teknologi terkini dalam menjalankan perniagaan. Selaras dengan Pelan Digital Perlis yang telah dilancarkan, Kluster Ekonomi Digital akan diperkenalkan dan seterusnya diperkukuhkan bagi memastikan para usahawan tempatan, termasuk usahawan Muslim, dapat merasai manfaatnya dan seterusnya meningkatkan daya saing. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan sikit Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Dipersilakan.
La ni dia heboh pasal daging import haram. Apa tindakan Kerajaan Negeri untuk pastikan daging ni tak masuk dalam Perlis ni.
Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Sanglang. Selepas saja isu ini timbul, yang kita lihat melalui media, pihak KDNHEP Perlis telah pun menjalankan siasatan, ada dua tiga kedai yang menjual daging-daging import ni dan dalam pelaksanaan tu terdapat satu kedai yang telah menjual daging import yang bercop halal India. Jadi perkara itu pun telah diambil tindakan dan pihak KDNHEP telah mengambil sampel daging untuk disiasat terus kepada pihak JAKIM. Sekian.
Dipersilakan Yang Berhormat Sena.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor Sembilan.
(Soalan 9 : Demi mewujudkan persekitaran kehidupan warga Perlis yang berkualiti dan pembentukan masyarakat sejahtera serta mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian yang melepaskan gas karbon monoksida, adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk melaksanakan program ‘Kangar - Hari Ahad Tanpa Kenderaan’ yang melibatkan penutupan sementara beberapa jalan utama di sekitar Kangar pada waktu pagi setiap hari Ahad bagi pengisian aktiviti gaya hidup sihat seperti berbasikal dan sebagainya di samping mewujudkan nukleus pemangkin yang akan mewujudkan limpahan aktiviti (spill-over)?).
Ok, Yang Berhormat Sena. Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Program Kangar – Pagi Tanpa Kereta ataupun Kangar Car Free Morning, dengan izin, pernah dilaksanakan beberapa kali sebelum ini, yang terakhir pada bulan Mac 2018. Walau bagaimanapun, kelangsungan program ini terjejas disebabkan sambutan yang kurang memberangsangkan. Majlis Perbandaran Kangar (MPK) akan berusaha untuk melaksanakan semula program ini pada tahun hadapan. Hari Ahad Tanpa Kenderaan boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan secara berperingkat dengan pembahagian zon pelepasan ultra rendah ataupun ULEZ. Antara kawasan yang boleh diperkenalkan sebagai ULEZ adalah seperti kawasan-kawasan sekolah, kawasan fasiliti kesihatan seperti hospital dan klinik kerajaan, dan juga kawasan bangunan kerajaan. Pembahagian ULEZ di kawasan-kawasan utama ini dapat mengehadkan atau menyekat akses sesetengah kenderaan yang boleh mencemarkan alam sekitar berdasarkan jenis kenderaan, berat, umur kenderaan dan jenis enjin diesel yang digunakan mengikut kriteria pelepasan mengikut piawaian Eropah iaitu Euro 1 hingga Euro 4. Dengan pengenalan zon pelepasan ultra rendah ini, pelepasan bahan pencemar daripada asap kenderaan ke udara dan kesan kesihatan secara tidak langsung dapat dikurangkan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga menyedari bahawa banyak aktiviti berbasikal telah dijalankan oleh masyarakat di negeri ini sama ada secara berkumpulan ataupun individu terutamanya pada hari-hari cuti umum dan cuti minggu. Aktiviti berbasikal ini sedikit sebanyak telah mengurangkan pelepasan karbon monoksida daripada kenderaan bermotor. Kerajaan Negeri akan terus menggalakkan aktiviti berbasikal dijalankan secara tidak formal oleh individu atau berkumpulan selagi mana ia tidak memberikan kesan negatif seperti gangguan lalu lintas dan sebagainya. Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri telah menyediakan trek berbasikal di Taman Awam Bukit Lagi dan tempat-tempat riadah yang lain bagi membolehkan aktiviti berbasikal ini dijalankan pada bila-bila masa, bukan sahaja pada hari minggu. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga sedang mengkaji kesesuaian membina laluan berbasikal di jalan-jalan tertentu. Sekian harap maklum.
Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor sepuluh.
(Soalan 10 : Berapakah jumlah rakyat Negeri Perlis yang disenarai dalam golongan Miskin dan Miskin Tegar dalam sistem eKasih di seluruh negeri Perlis dan sejauh manakah usaha Kerajaan Negeri dalam mengenalpasti golongan yang dimasukkan dalam eKasih? Ini kerana hanya mereka yang tersenarai dalam eKasih yang akan dilaporkan dalam statistik untuk rujukan awam yang mungkin bukan suatu laporan yang menunjukkan keadaan sebenar bilangan golongan miskin di Negeri Perlis.).
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sehingga 7 Disember 2020, jumlah rakyat Perlis yang telah berdaftar dan tersenarai dalam sistem pangkalan data kemiskinan negara atau eKasih adalah sejumlah 16,524 Ketua Isi Rumah (KIR). Terdapat tiga pecahan daripada jumlah tersebut, yang pertamanya sifar atau tidak ada KIR yang berstatus miskin tegar di Negeri Perlis. Dan yang kedua, Ketua Isi Rumah berstatus miskin adalah seramai 3,683 orang. Bagi Ketua Isi Rumah yang berada dalam kategori terkeluar iaitu tidak lagi berstatus miskin mahupun miskin tegar, adalah seramai 12,841. Kategori terkeluar ini bermaksud pendapatan isi rumah melebihi daripada pendapatan garis kemiskinan, kategori miskin iaitu RM888.00. Pengiraan ini adalah berpandukan kepada pendapatan garis kemiskinan PGK tahun 2016 yang digunapakai bagi Negeri Perlis iaitu pendapatan isi rumah yang tidak melebihi kategori miskin RM888.00 iaitu bagi kategori miskin dan RM569.00 bagi kategori miskin tegar dalam mengenalpasti kelayakan seseorang ketua isi rumah untuk didaftarkan di dalam sistem eKasih. Untuk makluman Dewan yang mulia juga, data eKasih juga adalah maklumat yang terperingkat yang mana tidak dihebahkan kepada orang awam melainkan atas permintaan secara rasmi kepada ICU, JPM. Selaras dengan itu, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Negeri Perlis yang menyelia sistem eKasih dan dibantu oleh jabatan ataupun agensi kerajaan yang lain, pusat-pusat khidmat wakil rakyat serta pihak JKKK sentiasa mengenalpasti mereka yang layak untuk didaftarkan ke dalam sistem ini bagi memastikan golongan miskin dapat dibantu sewajarnya. Dan Kerajaan Negeri juga mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak untuk membantu membuat permohonan sekiranya terdapat mereka yang layak ini tetapi masih lagi tercicir daripada senarai. Sekian terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor sebelas.
(Soalan 11 : Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengenakan levi ke atas setiap tiket feri bagi pengguna yang akan menggunakan perkhidmatan feri penumpang dan feri roro dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi kerana ia akan membantu menambahkan pendapatan Kerajaan Negeri Perlis?).
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Kuala Perlis. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri pada masa ini tidak berhasrat untuk mengenakan levi ke atas tiket feri bagi pengguna perkhidmatan feri penumpang dan feri roro dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi. Ini adalah kerana pada ketika ini, kos infrastruktur dan juga kemudahan terminal feri, kos bagi kerja-kerja menaik taraf jeti dan juga kerja-kerja pengerukan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan tiada peruntukan Kerajaan Negeri dibelanjakan bagi tujuan pembangunan ataupun penyelenggaraan jeti tersebut. Namun begitu, Kerajaan Negeri akan mengkaji pelaksanaan cadangan ini dan jika sesuai kita akan angkat kepada Kementerian Pengangkutan untuk pertimbangan pelaksanaan pada masa hadapan.
Ok sedikit… saya faham berkenaan permasalahan ini. Kalau kita tengok balik di peringkat di Kedah, setiap penumpang yang keluar ataupun yang menaiki feri dari Kuala Kedah ke Langkawi dikenakan caj levi ini. So mungkin kita boleh cuba la angkat perkara ini kepada Kerajaan Persekutuan dan kita boleh dapat hasil daripada itu.
Ok sebagaimana yang saya maklum tadi, kita akan lihat cadangan ini untuk pada masa depan.
Ahli-ahli Yang Berhormat soalan-soalan lisan ditangguhkan setakat ini. Bagi soalan-soalan yang belum sempat dijawab, pihak Kerajaan akan mengemukakan jawapan secara bertulis. Dewan ditempohkan sebentar dan akan disambung semula pada jam 11.15 pagi. Sekian terima kasih.
(Persidangan ditempohkan sementara pada jam 10.36 pagi)
(Persidangan disambung semula pada jam 11.20 pagi)
Sila duduk Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula.
Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2021 dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2021Bill
Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2021 dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2021.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2021 dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2021 dibuka untuk perbahasan secara dasar. Dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberi peluang kepada saya sebagai pembahas pertama dalam membahaskan satu Enakmen Yang Menggunakan Wang Kumpulan Yang Disatukan Negeri ini sejumlah RM152,090,900. Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bintong yang telah membentangkan bajet yang begitu hebat dalam keadaan kemelut dan juga masalah yang melanda bukan saja negara kita, negeri kita, bahkan dunia iaitu pandemik COVID-19 ini tetapi dalam kepayahan, kesusahan dan keperitan yang berlaku, kita masih lagi dapat sustain, dengan izin, dapat mengawal, dapat menjaga kedudukan negeri kita. Insya-Allah semua yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar kerana bajet yang dibentangkan ini melibatkan soal pemulihan ekonomi, melibatkan soal kualiti hidup, melibatkan soal pemantapan dalam perkhidmatan kerajaan pembangunan ekonomi yang mampu untuk semua lapisan rakyat dan sebagainya. Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah membantu negeri kita sebaik mungkin, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk menyelesaikan masalah kewangan kita dan kita bergantung juga sedikit sebanyak bantuan daripada pusat. Dan begitu juga saya merakamkan ucapan terima kasih kepada bos saya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengaktifkan keahlian saya balik UMNO bersama dengan tiga orang rakan saya. Orang lain tak dapat masuk lagi. Iaitu Dato’ Seri Said Salleh keluar, Dato’ Seri Ali Al-Habshi, kami menggunakan nombor ahli lama, boleh bertanding dalam bahagian, kerana kami bukan masuk tapi mengaktifkan. Tapi bukanlah kami ni special sangat, cuma mungkin pada masa-masa ini ada lah, sedikit sebanyak peranan kita mainkan, untuk membantu UMNO bersama dengan Perikatan Nasional dalam menerajui negara ini yang kita cintai.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertama sekali saya ingin menarik perhatian Dewan tentang politik yang berlaku di negeri-negeri, di negeri kita tidak berlaku. Dato’ Speaker pun nyatakan tadi di dalam Dewan ini, Dewan kita ni Dewan yang paling harmoni, Dewan yang tak gaduh-gaduh. Tidak ada pertikaian, tidak ada kata-kata kesat yang dilemparkan kepada Dato’ Speaker ketika persidangan dijalankan. Sepertimana yang berlaku di Parlimen sekarang ini. Bila Yang DiPertua Dewan sekarang ni tidak dihormati separuh daripada Ahli-ahli Parlimen, sebanyak… tidak ada peraturan, standing order tu dah jadi macam kertas kosong yang tidak wajib dipatuhi. Kerana macam-macam apa yang dibuat kerana kesan-kesan negatif dan juga keadaan politik macam pasaran saham. Dia hari-hari berubah, keputusan bertukar setiap hari sehingga kita tidak dapat meramalkan apa yang berlaku. Tadi duk sembang dengan kawan-kawan depa kata, kalau dulu lah… kalau 16 September dulu saya buat perangai pelik-pelik, cuba tukar kerajaan mungkin Dato’ Seri Anuar jadi Perdana Menteri sekarang ni. Mungkin tidak ada kes-kes yang berlaku lagi. Jadi kadang-kadang tu kerana sedikit… tidak tahu apa yang berlaku di hadapan ini sebenarnya sangat-sangat tidak stabil apabila politicking itu menjadi agenda utama. Sebahagian besar ahli-ahli politik yang menyebabkan ramai orang menganggap ahli-ahli politik ini sangatlah tidak bagus, sangat lah… macam-macam tafsiran yang negatif yang dibuat. Tapi apa-apa pun keadaan, sekarang kita cuba melihat kepada perkara-perkara yang baik. Kerana memori-memori indah yang berlaku di masa-masa silam kita remain, kita kekalkan Dato’ Speaker. Kalau kita lebih berkeyakinan, kita gerak ke hadapan, esok menanti. Tomorrow awaits orang putih kata dalam hal ini. Dengan itu, kita mahu… biarlah kita berhadapan dengan rakyat kerana mentaliti kita, the standard of living, the standard of thinking tadi kalau dari segi politik kita jauh ketinggalan dari negara-negara yang sedang membangun kerana kita selepas pilihan raya kita masih berpolitik dan terus berpolitik. Tapi di negara-negara yang kurang membangun, di negara-negara yang mundur, apabila mereka lepas pilihanraya mereka terus memberi bai’ah dan pengiktirafan kepada rakan yang berjaya membentuk kerajaan. Ini yang berlaku, ini yang baik. Walaupun mereka mundur, tapi pemikiran ahli politik mereka dah… bila bergaduh, cukup dalam masa kempen pilihanraya. Selepas kempen pilihanraya kita bersatu balik, kita bagi bai’ah dan kita bersatu balik demi negara tercinta. Itu yang berlaku di negara lain. Tak payah sebut la, Kampunchea, Vietnam… sebab tu depa ada Timbalan Perdana Menteri sampai 17 orang. 17 orang Timbalan Perdana Menteri. Kita ni kadang-kadang itulah berlaku, kita politik sepanjang masa dan hasilnya kita lihat apa yang patut kita buat sebaik mungkin kepada rakyat tidak dapat kita laksanakan. Walaupun begitu, dalam apa juga kemelut yang berlaku, Dato’ Speaker, dari segi apa yang berlaku… apa ni… pandemik COVID-19 ini, apabila aplikasi menjadi agenda utama, menjadi penggunaan rakyat dan innovation kita juga tidaklah begitu… kita jauh ketinggalan. Daripada seratus negara yang dikaji setakat ini, kita berada di nombor 33. Jadi makna kata inovasi kita dalam sains dan teknologi tidaklah jauh ketinggalan. Kalau di ASEAN kita berada di tempat kedua, dan juga di dalam Asia sekali pun kita tidak berada di dalam top five. Jadi dalam keadaan ini kita masih… negara ini masih baik sebenarnya dari segi asasnya, foundation yang baik diletakkan di kepimpinan terdahulu. Cuma yang tak baiknya apabila kita sepanjang masa membuat sesuatu yang pelik-pelik seperti apa yang berlaku di negeri Perak, bajet tidak dibentangkan, Menteri Besar tidak ada… maka akan menjadi masalah kepada rakyat pada tahun 2021.
Akhir-akhir ini Dato’ Speaker, banyak suara sumbang yang mempertikaikan kedudukan Raja-raja Melayu dari segi kedudukan dan peranan dan perkara ini sebenarnya tidak seharusnya timbul kerana institusi ini adalah institusi yang menjadi warisan negara sejak berzaman… sejak berabad lamanya. Maka tidak… dia menjadi identiti negara kita. Kadang-kadang bagi mereka yang tidak memahami perlembagaan… tapi alhamdulillah Majlis Raja-Raja, Tuanku-Tuanku kita sentiasa membuat keputusan yang tepat pada masanya dan melihat perkara itu yang demi kebaikan rakyat mereka telah membuat ketetapan dan walaupun dalam keadaan tertentu mereka telah dikecam dan sepatutnya perkara-perkara ini tidak berlaku dahulu. Tapi dalam politik sekarang semua ini berlaku dan kita harus mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu kita. Kita ni dengan United Kingdom Dato’ Speaker, lebih kurang sama tetapi tidak serupa. Kalau di UK, dia parlimen adalah supreme, tertinggi, tapi kita perlembagaan tertinggi… itu kita bernasib baik. Apabila sesuatu berlaku, kemelut berlaku, kita harus rujuk kepada perlembagaan yang bersifat lebih realisitik dan penting dalam kita membuat sesuatu keputusan sama ada secara asyura atau kolektif yang terjadi beberapa perkara kebelakangan ini. Kemudian satu lagi perkara tentang pandemik COVID-19 ini, Tambun Tulang ingin mengucapkan tahniah kepada frontliners dan tahniah juga kepada yang telah bertungkus lumus untuk menjaga penularan COVID-19 ini. Walaupun begitu, saya ingin menegur sedikit… macam negeri-negeri yang boleh dikatakan kita ni dah lama dalam keadaan yang dapat dikawal, alhamdulillah, kita patut boleh buka sepenuhnya dah la aktiviti perniagaan, pergerakan dan sebagainya. Kerana perkara-perkara ini amat penting kalau masih dalam PKPB, PKPP dan sebagainya, kita dalam keadaan tersekat dan kita mungkin kerugian, kalau di peringkat negara ratusan juta, kalau di peringkat negeri juga kita tidak angka mungkin tapi kerugian yang agak begitu besar. Dan tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri kerana pertama kalinya KPDNK negeri kita telah melepasi paras nasional iaitu 4.6% sepertimana yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Bintong semalam.
Dato’ Speaker, saya ingin melihat beberapa isu terutama dalam negeri terutama melibatkan Syarikat Air Perlis terutamanya. Kalau ikut audit, kita masih negatif 16 tentang kedudukan air kita. Tapi saya dah bertanya Encik Mid tadi, boss SAP, dia kata ini dapat diatasi apabila kita menaikkan empangan… ini dapat diatasi kalau kita siap loji rawatan air yang baharu, maka air kita masih dalam keadaan terkawal. Walaupun begitu, dengan pembangunan dan perancangan yang begitu pesat sepertimana Yang Amat Berhormat maklumkan semalam, sudah tentu perkara ini kita akan menghadapi masalah di masa yang datang-datang. Jadi saya ingin mencadangkan bukan setakat kita naik taraf empangan yang sedia ada dan menambah loji rawatan air, saya mencadangkan kawasan-kawasan yang kita korek untuk dolomit tu, yang dalam tu kita dalamkan. Kita jadikan kolam takungan sepertimana yang dibuat di Selangor iaitu mereka menggunakan satu program yang dinamakan program HORAS yang mereka buat kolam takungan, pasir-pasir itu diangkut, dijual oleh Kerajaan Negeri, dapat pendapatan, kemudian kolam-kolam itu dibuat kolam takungan untuk reserve atau simpanan bagi air yang… sekiranya berlaku 3-4 bulan hujan tidak turun sebagainya. Ini adalah amat penting kerana air dan elektrik ini adalah keperluan utama rakyat dan negeri kita.
Yang kedua Dato’ Speaker, saya ingin bertanya kepada EXCO yang terlibat iaitu dalam keadaan sekarang ini, e-hailing ini adalah antara aktiviti yang sangat penting iaitu apabila dalam keadaan perintah kawalan ini, perniagaan dalam talian ini telah menjadi perniagaan utama dan alhamdulillah boleh dikatakan rakyat Perlis juga banyak yang celik dan mereka menggunakan perkhidmatan ini dan perkhidmatan ini juga dapat memberi… meningkatkan taraf pendapatan sama ada mereka yang bekerja dan rakyat mendapat kemudahan untuk mendapatkan perkhidmatan yang… dan sebagainya. Selanjutnya saya ingin berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat dan Jabatan Pertanian yang telah memberi ayam kampung, pokok Harumanis dan juga sayur-sayuran kepada mereka-mereka yang berminat untuk menambah pendapatan dan juga dalam keadaan yang serba kekurangan ini, kita mendapat bantuan seperti ini kita mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri terutama Yang Amat Berhormat sendiri lah, untuk kita melihat di masa-masa hadapan perkara-perkara ini sentiasa menjadi keutamaan dalam walaupun kita dari segi kewangan tidak berapa mampu. Yang Berhormat… kalau kita melihat Dato’ Speaker, kemelut politik, saya balik kepada politik tadi yang berlaku sekarang ini, saya… sekarang ni kita masih dalam kerajaan yang stabil tetapi kalau sekiranya di masa-masa akan datang kita tidak dapat meramalkan keadaan politik di masa akan datang jikalau dalam Dewan Undangan Negeri ini ada lebihan satu ataupun dua kerusi yang boleh menyebabkan keadaan tidak stabil dan tidak menentu. Saya cuma ingin mencadangakn Yang Amat Berhormat, walaupun mungkin dari segi kewangan kita agak ada constraint dalam perkara ini, supaya lima ADUN tambahan tu, mungkin tidak sekarang, tapi di masa-masa akan datang boleh dipertimbangkan sepertimana yang berlaku di Dewan negeri Pahang dan Sabah, kalau sekiranya kemelut politik yang berlaku di Perak ini… adalah salah satu contoh kalau kita berada dalam keadaan yang macam ini, ia tidak akan berlaku kemelut yang menyebabkan Kerajaan Negeri dan Dewan tidak dapat bersidang, bajet tidak dapat dibentangkan dan juga apa yang menjadi kesusahan kepada rakyat. Jadi insya-Allah kita mintalah apa yang berlaku di Perak, jiran-jiran kita itu, dapat diselesaikan pada hari ini.
Tentang masalah kawasan, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menarik perhatian… saya di antara… ini berlaku ketika juga saya menghantar anak ke sekolah suatu pagi iaitu kesesakan yang berlaku di bulatan Kangar… kerana ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah ini berebut dan menjadi jam yang teruk dan kalau boleh kita minta pihak JKR untuk membuat kajian untuk kita menggunakan lampu isyarat secara berkala iaitu pada waktu pagi, pada waktu tengah hari dan juga pada waktu puncak yang di masa kakitangan Kerajaan keluar waktu pejabat iaitu pukul lima petang. Itu pun kalau ada cara-cara lain yang munasabah ianya insya-Allah boleh dilaksanakan kerana kita lihat di waktu pagi itu, apabila berlaku perebutan untuk menghantar anak ke sekolah, ia menjadi… mereka tidak dapat bertolak ansur untuk menuju ke haluan masing-masing. Tambah-tambah mereka yang ada anak lebih daripada satu orang yang terpaksa menghantar anak-anak ke sekolah-sekolah yang berbeza-beza. Jadi mereka terpaksa berebut dan yang penting mereka sampai ke tempat matlamat, mereka tidak fikir akibat yang berlaku yang boleh menyebabkan kemalangan dan sebagainya. Jadi saya minta sesuatu dibuat oleh JKR supaya perkara ini dapat kita atasi ketika nanti selepas musim persekolahan bermula seperti biasa supaya laluan ini menjadi laluan yang menyenangkan semua pihak dan tidak menimbulkan masalah-masalah yang tidak kita inginkan. Kemudian berkenaan banjir kilat untuk kawasan saya Dato’ Speaker, banjir kilat ni sering berlaku di kawasan Jejawi dan juga di kawasan Hutan Buluh. Kedua kawasan ini… di Jejawi ni dia di kawasan daripada hadapan JPJ sampai ke kawasan lampu isyarat di hadapan Soo Guan sana. Jadi sering berlaku banjir kilat ini… menyebabkan kesusahan dan dia naik dalam sampai 3-4 kaki dalam rumah yang terdapat di kiri dan kanan. Jadi saya minta pihak JKR membuat kajian terperinci, saya sedar ada masalah sebab ada kabel yang begitu banyak di kawasan berkenaan, tetapi kita cari cara yang lebih munasabah untuk kita mengatasi perkara ini. Dan juga begitu di kawasan Hutan Buluh, disebabkan pertambahan penduduk yang begitu pesat iaitu rumah-rumah baru… dia naik mendadak 5 ke 6 tahun ini apabila berlaku penjualan tanah-tanah lot iaitu pertambahan rumah daripada 105 buah rumah sampai ke 200 lebih… peningkatan yang mendadak terutama di belakang MARDI na… di kawasan sekolah…
Yang Berhormat Tambun Tulang minta pencelahan sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, tentang apa Yang Berhormat sentuh tadi tentang di Jejawi Sematang depan JPJ, sehingga ke Soo Guan Villa tu, memang itu kawasan kita, kawasan berjiran lah. Kalau di sebelah kiri Sena, di sebelah Kanan Tambun Tulang. Dan untuk makluman Dewan, pihak saya telah memohon peruntukan daripada Ahli Parlimen Pandan pada suatu ketika dahulu YAB TPM, tetapi kelulusan yang diberi itu tidak mencukupi kerana maklumat terbaru yang saya dapati daripada ICU, JPM dia perlu melibatkan kos yang lebih tinggi sebab sebagaimana Yang Berhormat Tambun Tulang sebut tadi berkaitan dengan kabel-kabel yang terdapat di situ. Jadi saya memohon supaya pihak Kerajaan boleh mengangkat… untuk menyelesaikan perkara ini kepada pihak pusat, kemungkinan boleh masuk dalam RMKe-12 ka, untuk menyelesaikan masalah yang berlarutan agak lama ni. Saya difahamkan melibatkan jutaan ringgit. Terima kasih dan apa pandangan Yang Berhormat?
Saya bersetuju Yang Berhormat. Sebenarnya, masalah ini masalah kita bersama sebab kita bersempadan. Pandangan Yang Berhormat Sena dimasukkan sebahagian ucapan saya kerana masalah ini menyebabkan kesusahan berlaku. Walaupun kita cuba mengawal tetapi sebab tanah itu tanah milik peribadi, mereka tidak dapat mengawal berlaku pertambahan penduduk yang luar biasa iaitu di kawasan Jejawi Dalam, Hutan Buluh sampai ke simpang Mata Ayer sana apabila jalan baru berlaku. Dato’ Speaker, saya ingin menarik perhatian tentang anak-anak kita yang akan bersekolah nanti iaitu yang akan masuk Tahun 1. Akibat pandemik yang berlaku ini, anak-anak kita yang nak masuk persekolahan ini mereka yang boleh dikatakan buta huruf, saya tidak tahu jumlahnya. Tapi kalau saya, jangkaannya begitu besar sekali. Jadi, apa persediaan kita, Kerajaan, terutamanya dalam menolong untuk mengatasi masalah ini kerana mereka ini boleh dikatakan mereka telah addicted kepada application. Mereka addict dan adanya setengah berlaku speech delay iaitu lambat bercakap sebab mereka dah hari-hari ibu bapa nak senang, nak atasi masalah mereka, mereka bagi semua laptop, handphone kepada anak-anak supaya mereka lebih senang. Bila berlaku perkara ini, mereka masuk ke alam persekolahan, mereka mungkin akan berlaku P&P ini dalam suasana yang amat berbeza sama sekali. Jadi apa tindakan kita dalam membantu pihak sekolah terutamanya ketika persekolahan sepenuhnya dibuka dan kita nak mengatasi masalah buta… ni masalah illiterate, buta huruf di kalangan anak-anak kita yang ini. Mereka, mereka pandai cakap tapi mereka tidak pandai membaca kerana mereka pandai bercakap ni mereka mendapat knowledge, pengetahuan yang begitu hebat daripada internet tetapi mereka tidak dapat mengenal walaupun satu dua huruf pun. Apa lagi, mereka tidak dapat ke sekolah dalam tempoh-tempoh yang berlaku sekarang ini. Dato’ Speaker, menyentuh tentang sekolah-sekolah yang terpaksa diadakan oleh pihak sekolah bagi mereka yang akan mengambil peperiksaan iaitu kalau di semua kawasan sekarang ni, dewan-dewan orang ramai, masjid dan ada setengahnya berlaku di negeri-negeri lain… ada di kuil dan sebagainya, kita minta bantuan-bantuan lah, ikhlas yang boleh diberi seadanya kepada pihak guru untuk membantu guru-guru… ataupun yang datang kita boleh bagi makan pagi, membayar bil elektrik air dan sebagainya untk kita menolong mereka… meringankan beban pihak sekolah yang cuba memberi pendidikan terbaik dalam keadaan yang begitu sukar ini.
Selain daripada itu juga, saya ingin bertanya pihak Kerajaan iaitu berhubung dengan masalah kemiskinan. Walaupun masalah ini masalah yang relative, masalah yang memerlukan usaha berterusan Kerajaan, tapi garis PGK ini… yang ada sekarang ni, adakah dia dari PGK, Garis Kemiskinan, bila yang dihitung atau dikira? Dari tahun bila? Sebab rakyat mungkin bertambah, keperluan semakin mendesak, pekerjaan tidak ada. Kita lihat sekarang sektor pelancongan juga ditutup di seluruh negara misalnya. Dalam sektor ini juga melibatkan hampir berjuta-juta orang hilang pekerjaan. Jadi PGK ini harus disemak semula dan kerana saya difahamkan semakan yang dibuat setakat ini ialah pada 2005 dan menurut Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia, Kenneth
Simler, kaedah ataupun metodologi atau Garis Kemiskinan ini yang tidak dikemaskini adalah pada tahun 2005. Makna kata lama… 15 tahun ia tidak dikemaskini. Ini World Bank yang sendiri bagi pandangan mereka. Jadi kita haru semak semula Garis Kemiskinan ini supaya kita lebih nampak serius dan yang kedua harus menjadi agenda utama kita kerana survival rakyat amat diperlukan ketika pandemik COVID-19 ini kerana mereka tidak bekerja, ada yang terpaksa bekerja sendiri atau membuat dua pekerjaan dalam satu masa untuk menambah pendapatan keluarga.
Saya juga mengambil kesempatan Dato’ Speaker, saya mengucapkan terima kasih frontliners yang terdiri daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, pihak NADMA, Polis, RELA, Angkatan Pertahanan Awam kerana… koordinasi jabatan-jabatan lain juga yang tidak disebutkan di sini, koordinasi mereka inilah yang melahirkan sesuatu koordinasi hebat membantu untuk menyekat atau memutuskan rantaian COVID-19 di negara kita. Walaupun usaha-usaha dibuat, ada kes-kes yang meningkat di tapak binaan dan sebagainya, tetapi kita harus ingat tanpa mereka, maka perkara-perkara ini tidak dapat diatasi, tidak dapat kita putuskan sepertimana kita inginkan supaya ianya langsung menjadi keadaan normal untuk membolehkan ekonomi kita kembali di persada atau di landasan yang sebenarnya kerana Dato’ Speaker, dalam keadaan sekarang, kalau kita tengok peringkat negara, kalau tak ada hubungan antarabangsa yang berlaku, pelabur-pelabur nak datang ke negara kita pun tidak dapat. Kalau mereka datang atas urusan rasmi mungkin dibenarkan. Tapi kalau urusan biasa mereka tidak benarkan. Oleh itu… justeru kerana itu, negara kita masih dalam keadaan berhempas pulas untuk memulihkan keadaan ekonomi yang sedia ada. Jadi dengan itu lah apa yang ada sekarang, kita akan mengajar rakyat untuk bersabar, menerima keadaan ini, dan kita berdoa semoga perkara ini dapat diatasi sepenuhnya walaupun dalam kepayahan. Dalam keadaan apa-apa pun seperti Yang Amat Berhormat bentangkan semalam, kita cuba melihat kepada semua lapisan termasuk golongan muda, yang mana mereka terlibat dalam Skim Perantisan Nasional iaitu program yang membolehkan mereka mendapat pekerjaan yang timbul, diberi latihan up-scale, re-scalling, up-scalling, cross-scalling… kalau dia tak pandai bidang ni, dia nak belajar bidang lain, bagi mereka mendapat pekerjaan dan menjadi mereka orang yang berguna dalam latihan industri. Mereka diberikan latihan, diberi elaun dan sebagainya, diajar cara pengucapan awam, mereka diberi teknik-teknik pemikiran, teknik-teknik menyelesaikan masalah, semua sekali telah ada di dalam program yang dibuat oleh Kementerian Sumber Manusia bersama-sama dengan kemeterian-kementerian lain sama ada dalam program TVET yang sedia ada dan program-program yang membolehkan mereka kebolehpasaran dalam menghadapi suasana ekonomi yang amat mencabar ini. Dato’ Speaker, saya ucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan. Saya berharap bajet ini kita tidak ambil… insya-Allah untuk diluluskan bersama-sama dengan… rakan saya yang di sini pun saya ingat tidak ada masalah, insya-Allah. Jadi saya dengan ini menyokong bajet ini dan seterusnya mengucapkan terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dan seluruh Ahli Yang Berhormat yang berada di dalam Dewan. Alhamdulillahirrobil alamin, washolatu wassalamu 'ala asrofil ambiya iwal mursalin, wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Pertamanya syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana mengizinkan kita untuk berkumpul bersama di dalam sidang pada kali ini. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Bintong di atas pembentangan bajet Negeri Perlis untuk tahun hadapan yang saya rasa merangkumi ke semua aspek dan insya-Allah dia akan mensejahterakan Negeri Perlis ini. Saya juga ingin menyentuhkan tentang perpaduan. Sepertimana yang disebut oleh Allah SWT, hendaklah kamu bersatu padu dan janganlah kamu berpecah belah, berpegang teguh lah kamu dengan tali Allah, itu yang asas kepada kemajuan negeri kita, kestabilan politik dalam negeri dan negara kita, mudah-mudahan ianya menjadi teras kepada pembangunan negara kita ini, insy-Allah. Perpaduan Melayu Islam, tanpa menyisihkan kaum-kaum yang lain dalam negara kita ini, adalah menjadi agenda wajib untuk kita pastikan kemakmuran dan juga ketuanan Melayu dalam negara kita ini, insya-Allah. Apa yang berlaku di dalam negara kita sekarang ini menjadi satu ikhtibar yang cukup besar untuk kita jadikan teladan.
Mudah-mudahan selepas daripada ini dan insya-Allah selepas PRU-15 ini kita rasa kestabilan itu akan lebih terjamin. Cuma kekangan yang ada di depan kita sekarang ni, dengan COVID-19 ni dan kita harapnya Allah SWT akan cepat melenyapkan COVID-19 ini untuk kita hidup dalam keadaan yang lebih harmoni. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini di peringkat awal ingin mengucapkan takziah kepada pasukan keselamatan atas kehilangan seorang anggota yang kita rasa sesuatu yang boleh dibendung sekiranya penagihan ataupun pengedaran dadah ini dapat diselesaikan di peringkat akar umbi. Dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua frontliners yang bertungkus lumus hingga ke hari ni untuk menjaga kita daripada COVID-19 ini dan terima kasih juga kepada anggota polis kerana setelah kehilangan seorang anggota yang kita rasa cukup dedikasi dan kita doakan seorang lagi Koperal Norihan akan cepat sembuh daripada bencana yang didapati dan telah beroperasi menangkap pengedar dan penagih yang ramai di negeri Perlis ini. Saya menyeru agar ancaman dadah ini dapat diperangi habis-habisan oleh semua pihak, insya-Allah.
Bajet yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar saya rasa merangkumi semua aspek cuma yang kurang satu… yang saya terbaca dalam kertas bajet ini, pendapatan 2019 tak dak, kosong, 2020 tak dak, 2021 ada. Anggaran RM5,000, cukai minuman keras tiba-tiba saja ada cukai yang boleh kita dapati RM5,000 pada tahun depan. Saya ingat yang ini kita kena bagi perhatian supaya premis-premis yang menjual minuman keras ini dia boleh menjual tetapi kita hadkan dia, dia tak boleh minum di tempat-tempat awam, dia kena minum di rumah. Beli, balik minum di rumah. Kita tak boleh kacau keperluan orang bukan Islam ni, dia nak beli minuman keras tapi dia balik minum di rumah. Dia mabuk dengan keluarga dia, kaki nak naik atas pun takpa lah. Kalau di jalan ni, dia balik bawa kereta, dia menjadi masalah kepada kita semua. Kemudiannya saya nak cadangkan supaya Kerajaan Negeri ni mungkin di bawah Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri yang saya rasa yang cukup proaktif dengan kerja-kerja dia untuk wujudkan satu data. Saya bahagikan kepada dua lah, yang pertamanya kemudahan asas, infratruktur ni, yang keduanya tentang penerimaan bantuan… rakyat yang menerima bantuan ni, macam kelmarin Yang Berhormat Mata Ayer sebut ibu tunggal, golongan B40, yang saya rasa dalam pengalaman saya di Sanglang, golongan-golongan ini dia mengambil kesempatan… dia dapat bantuan daripada JKM, dia dapat isi borang Baitulmal, kemudian dia juga minta bantuan daripada berbagai-bagai pihak lagi yang kita rasa dia tak payah buat kerja dah. Dekat Baitulmal tu tiga bulan sekali, kemudian pulak di JKM dia dapat tiap-tiap bulan, dia seronok pulak, dia megah. Ada golongan pula yang dia ambil upah isi borang, dia dapat satu borang kuning yang Baitulmal tu dia dapat RM10.00, dia tolong isi, dia pun dapat kemudian dapat upah lagi. Yang ini saya rasa kena ada pangkalan data supaya kita dapat selaraskan pemberian bantuan kepada rakyat kita ini supaya dia tidak terlalu bergantung sepanjang masa dengan bantuan sahaja.
Tanya kat YB… dia ada suami, ada juga dak isteri yang isi bantuan ni?
Baitulmal ni dia tak boleh isteri, dia mesti suami. Kecuali Yang Berhormat Mata Ayer sebut kelmarin ni, ibu tunggal boleh la. Kalau ada suami, suami lah yang kena isi lah. Tu yang pertama, yang seterusnya saya ingat pangkalan data ataupun data base untuk pembangunan infrastruktur ni… jalan, lampu jalan, kesemua yang jenis macam ni… sungai, pembersihan sungai, saya ingat cara pembersihan sungai ni pun ada yang perlu dibaiki lagi. Macam kampung saya tu Sungai Padang, di Sanglang, pembersih sungai tu dia racun… dia duduk atas kereta ja. Dia tarik tong, dia tak payah turun. Dia… bulanan, tapi pokok yang kecil-kecil ni mati lah. Pokok yang besar yang melindung pemandangan kita ketika nak lintas jalan semua tu masih lagi belum diselenggarakan. Yang keduanya, sampah di tepi-tepi tu, di tepi-tepi sungai ni, saya pun tegur juga… bukan tak tegur supaya dia buang sampah tu di belakang rumah dia, dia tak mau dia nak buang di tepi sungai. Kita pun tak faham yang menyebabkan pemandangan dia cukup, cukup tak elok lah. Kemudian, dengan TNB ni pun mungkin lampu-lampu jalan ini dapat diselenggarakan dengan lebih baik. Ada satu jalan di Sanglang tu, tiang telefon yang besi tu tak buang, wayar tak dak dah. Saya tak tau kot pakai wireless dia ada kat situ ka kan. Tapi saya ingat tiang besi ni tiang lama dah. Yang menyebabkan jalan ni dia cepat rosak sebab mesin padi ni dia lalu, dia terpaksa mengelak daripada tiang telefon yang tak dak wayar dah tu, dia menyebabkan longkang dan jalan tu mudah pecah. Jadi saya ingat saya dah… orang kampung dah buat report, lepas tu tak dak apa-apa tindakan lagi. Nak cabut takut kena denda. Tapi wayar tak dak dah, dah lama dah. Yang ni saya ingat dia ni… ada pangkalan data ni, mudah untuk kita nak report dan disemak oleh pihak-pihak yang berkaitan, dia mudah untuk kita nak selenggarakan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, baru-baru ni hari Sabtu saya ke Langkawi. Terlewat sampai. Duk ingat nak sembahyang di Masjid AL-Hussein, sampai di sana masjid tutup. Semua tutup. Kot nak boleh sembahyang di kaki lima saya pun tak pasti sama ada masjid itu dibuka untuk solat fardhu sahaja pastu tutup. Pelancong di Kuala Perlis tu ramai. Tapi bila kita nak berhenti sembahyang tu nak kena tengok balik lah. Saya nasib baik lah bot feri tu pukul lima, sampai di Langkawi 6.15 petang, tapi jenuh lari lah. Takut sembahyang Asar waktu Maghrib, jadi masalah. Kemudian hari Isnin tu, feri saya pukul lima, saya nak tukar balik pagi sebab selesai dah, coklat semua beli dah, kain batik beli, kemudian nak balik awal. Pi nak tukar tiket, orang bot kata tak dak tiket pagi. Dia kena paling kurang pukul satu. Saya kata apa sebab? Orang ramai, di Langkawi ni orang ramai. Di tepi Pantai Chenang ni orang cukup ramai. Dia kata di Kuala Perlis tak boleh singgah sebab cetek. Ha ini masalah kita Perlis lah. Laut cetek, feri tak boleh nak singgah, terpaksa ambil bot yang pukul satu. Boleh lah… boleh balik juga, bukan tak boleh. Tapi masalah dia, orang Langkawi sebut tak boleh singgah, tak boleh sampai tepi jeti sebab laut cetek. Saya ingat yang ini bukan peruntukan daripada Kerajaan Negeri kot, dia Kerajaan Pusat. Jadi kita minta sementara kita sama-sama dalam Perikatan Nasinal ni kita minta. Mana tau lepas pilihanraya ni kita doa terus lah Perikatan Nasional ni. Kita dapat peruntukan yang mudah untuk kita selenggara negeri kita ini, insya-Allah. Kemudiannya dalam bajet ni juga, galakan untuk wanita kita ni jahit Kebaya Perlis, satu perancangan yang cukup baik lah. Tapi saya ingat kebaya ni pun tak ramai orang boleh pakai sebab kebaya ni dia perlu pinggang yang ramping. Saya takut majlis rasmi, diarahkan pakai baju kebaya. Saya tak boleh bawa isteri lah, isteri saya tak dak pinggang dah. Jadi kita luaskan kepada fesyen-fesyen yang lain lah. Saya tau la, YB Mata Ayer boleh pakai…
Minta laluan, YB…
Saya tak kata kat YB…
Dak, dak… mohon laluan, Dato’ Speaker. Yang Berhormat Sanglang, saya ingat isteri Yang Berhormat pun boleh pakai sebab saya pun boleh pakai Yang Berhormat sebab baju Kebaya Perlis ni dia tak ikut badan, untuk makluman.
Saya minta maaf lah kot YB Chuping berasa. Tapi saya tau yang kebaya ni dia memang kena…
Dak, dia bukan… Kebaya Perlis dia dak.
Kebaya Perlis ni dak? Saya tak tau lah. Saya minta YB-YB sebelah… saya minta YB-YB pakai sekali lah esok. Itu tentang bajet lah, yang lain saya ingat saya nak cadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya… saya sebut dah dulu, saya ingat penggal dulu saya sebut dah tentang tulisan jawi, kita martabatkan tulisan jawi ni kita wajibkan papan-papan tanda kedai ni supaya dia tulis jawi di atas. Saya ni kalau… apa yang DAP tak suka, saya suka. Baju Melayu, dia tak suka, dia tak bagi wakil rakyat Selangor pakai, saya pakai. Lepas tu Jawi ni dia saman Kerajaan Negeri Pahang selepas Tuanku dah arah tulis tulisan Jawi. Saya suruh, saya ingat YB Teh dia tak dak masalah. Kalau dia saman, kita tengok balik lah. Jadi kita harap perkasakan ataupun tambahkan tulisan jawi di kedai dah hujung tahun, tahun depan, nak bagi lesen baru, kita kena wajibkan tulisan jawi di papan-papan tanda di kedai kita. Saya pernah hadir di Thailand, apa sebab hilang tulisan Jawi, dia kata sebab nak perkasakan bahasa Thai. Kita nak ajar agama dalam bahasa yang budak mudah faham. Jadi kita pilih, kita terpaksa korbankan bahasa jawi. Tapi di negara kita ni, takkan kita nak korbankan Jawi ni atau Bahasa Melayu untuk kita nak pastikan budak-budak boleh? Ha itu di Thailand, kalau kita di sini, kita ingat, kita perkasakanlah. Dulu pernah cadang dah tapi tak nampak lagi perubahan. Cadang lagi lah walaupun tadi Dato’ Speaker sebut soalan yang sama ulang banyak kali. Dah tanya janji nak buat tapi tak buat, tanya lah macam budak-budak minta duit… tak bagi duk minta situ lah lagi tak boleh. Jadi kita ingat, insya-Allah, selepas ini akan ada perubahan di negeri kita ini insya-Allah. Saya ingat yang lain-lain tak dak apa, cuma saya nak tutup ni dengan pantun ka… kata-kata apa ni dalam Dewan Bahasa 2016. Kata tua kata bermalu, malu berbuat kerja menyalah; Hina bangsa kerana berseteru, seteru membuang berpecah belah. Yang ni kita… macam ucapan saya awal tadi, marilah kita bersatu dan kita kikiskan perbezaan antara kita, mudah-mudahan kita akan menjadi kuat. Begitu juga apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tambun Tulang tadi bahawa kita mesti bersatu. La ni dia jadi macam-macam. Kalau kita tengok di Perak tu dia jadi kelam kabut la. PAS dengan UMNO ni 60 tahun, bergaduh, kita berlapang dada sebenarnya berkawan, untuk kita bersama pastikan kuasa bangsa kita ni akan menjadi teras kepada kepimpinan negara. Tiba-tiba dia datang pula Bersatu. UMNO tak berapa suka Bersatu, macam mana PAS tak suka kepada PAN… saya sebut PAN lah walaupun dia suruh panggil Amanah. Tapi kalau saya tengok dalam Parlimen, kumpulan ni kalau dia nak mai pun, saya perasan UMNO pun tak bersetuju. Tengok apa ni Shah Alam, tengok mana… Sepang apa ni… kalau nak mai pun perasan UMNO pun tak setuju. Bukan kata PAS, tapi kalau depa mai hat bawah-bawah kita terima. Kita berlapang dada sebenarnya dan kami PAS pun dah arah dah ustaz-ustaz kita yang duk bagi kuliah semua cuba baca ayat-ayat yang perpaduan ni supaya kita boleh terima, berlapang dada. Saidina Ali pun sebut dalam sebutan dia kita kena maafkan semua orang, siapa sahaja, besar mana pun salah dia kat kita, kita maafkan dia. Apa untungnya kalau kita tak maafkan? Kita nak bawa semua tu pi dekat akhirat. Susah kita di sana. Lebih baik kita berlapang dada, maafkan segala kesalahan. Banyak mana pun kesalahan, kita maafkan, kita pi di sana, kita insya-Allah Allah SWT akan redha dengan kita, kita senang di sana. Kita nak duk di sini berapa hari lagi? Rebah dah hari tu, cuma tak mati lagi. Boleh bangun bertojai lagi dengan YB Simpang Empat, banyak kes. Tapi alhamdulillah boleh melihat lagi perpaduan yang akan berlaku, yang berlaku, yang akan berlaku dan kita harap selepas daripada ini, kita bukan nak menyisihkan bangsa lain. YB Teh jangan risau sebab kita akan pastikan dengan kekuasaan orang Islam, orang Melayu yang ada di negara ini, kita akan sejahterakan kaum-kaum yang lain yang kita tak suka, yang jenis DAP lah. Saya sebut yang lain yang boleh bersama dengan kita, insya-Allah, kita akan sejahterakan semua. Jadi saya ingat itu saja apa yang saya nak sampaikan ni. Saya mohon maaf kalau ada salah dan silap dan sekali lagi saya nak ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh Ahli Dewan yang mulia ini dan marilah kita terus bekerja mudah-mudahan Negeri Perlis ini akan menjadi negeri yang kekal hijau dengan COVID… dia bukan hijau PAS, hijau COVID dia. Jadi kita dapat kekalkan yang ini, kita akan teruskan kemajuan dalam negeri kita ini insya-Allah. Sekian, wallahualam, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Sanglang, dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.
Bismillahhirahmannirrahim, assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahirabbilalamin, wabihinastain wassolatuwassala mualarasulillamin, waalaalihi wasohbihiajmain. Robbisrohli sodri, wa yassirli amri, wah lul uqdatan min lisani, yafqohu qouli. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Bintong, Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Berhormat, Ketua-ketua Pengarah, seterusnya pegawai yang hadir pada pagi ini di Dewan yang mulia ini. Terlebih dahulu alhamdulillah kita merakamkan syukur kepada Allah SWT dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, kita dapat juga mengadakan persidangan Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Perlis bagi Penggal Keempat Belas ini. Tadi kita telah mendengar dua perbahasan yang telah diucapkan oleh dua ADUN dan saya secara peribadi menyokong dan bersetuju saranan-saranan yang telah disampaikan oleh mereka terutama berkaitan dengan penyatuan ummah ini. Berkaitan dengan keharmonian perlu kita jaga demi kita melihat negara kita dari segi politiknya baik, dari segi kestabilan politiknya baik, dari segi ekonominya maju dan sebagainya pada masa akan datang. Ini merupakan salah satu ajaran yang ada dalam agama kita yang wajib perlu kita laksanakan di atas muka bumi Allah SWT ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengambil kesempatan di awal ucapan ini mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Bintong di atas kejayaan beliau membentang Bajet Negeri Perlis bagi tahun 2021 dengan tema Meningkatkan Keberkesanan, Merangsang Pembangunan, Membela Kebajikan Demi Keharmonian kemarin. Bajet dengan anggaran pengurusan dan juga pembangunan sebanyak RM309.51 juta. Melihat kepada unjuran pendapatan atau hasil Kerajaan Negeri pada tahun 2021 sebanyak RM108.17 juta. Di sini situasi ini menggambarkan bahawa bajet tahun 2021 ini masih kekal disebut dengan bajet defisit seperti tahun-tahun yang lalu sebanyak RM67.52 juta. Oleh kerana itu, unjuran perkembangan ekonomi pada 2020 yang tidak menentu ini, mungkin lebih teruk pada tahun yang sebelum itu, tahun 2019. Maka Kerajaan Negeri perlu merancang, melakukan merangka satu pelan dengan sebaiknya untuk mencari kaedah bagaimana untuk kita memulangkan kembali pinjaman-pinjaman kepada Kerajaan Pusat. Walaupun kita telah mengakui dan melihat bagaimana sebelum ini kerajaan mampu membayar tetapi kita berdepan dengan suasana COVID-19 yang telah memberi kesan dalam semua sektor di dalam negara kita ini. Apapun kita harapkan supaya pelaksanaan bajet yang besar pada tahun ini disalurkan dengan penuh efisyen, penuh dengan kebijaksanaan, adil dan saksama sehingga sampai kepada rakyat dan masyarakat dalam negeri kita ini dan diharapkan manfaat daripada bajet ini akan dinikmati dan dirasai oleh rakyat Negeri Perlis ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertama sekali ucapan saya akan menyentuh tentang membangunkan ekonomi rakyat. Daripada Zubir bin Huzaid daripada ayahnya, sesungguhnya seorang lelaki telah datang bertemu dengan Rasulullah SAW dan berkata, “Demi ayah dan ibuku, sesungguhnya aku telah menjumpai satu tempat yang sangat sesuai untuk didirikan pasar. Apakah Kau ingin melihatnya ya Rasulullah?” Lalu baginda menjawab, “Ya, aku ingin melihatnya.” Lalu Rasulullah SAW pergi dengan lelaki itu ke pasar tersebut. Apabila Rasulullah melihat, Rasulullah kagum dengan tempat itu lalu menginjakkan kakinya dan bersabda, “Inilah sebaik-baik pasar perniagaan, maka janganlah kamu mengurangkan yakni merobohkan dan janganlah kamu pula mengenakan cukai”. Daripada hadis ini menceritakan tentang awal usaha Rasulullah SAW untuk membangunkan institusi ekonomi awal di Kota Madinah. Setiba Rasulullah SAW di Madinah untuk membangunkan, antara tindakan awal baginda untuk membangunkan negara Islam adalah dengan membina pasar perniagaan bagi orang Muslim. Ketika itu ekonomi Madinah dikuasai oleh Yahudi menerusi pasar perniagaan yang dikuasai mereka antaranya Pasar Bani Qainuqa. Tindakan Rasulullah SAW dilihat sebagai usaha bagi membantu ekonomi Muslim bahkan baginda menjalankan dasar-dasar baru bagi menggalakkan kaum Muslimin menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan pertanian. Oleh kerana kuasa beli di tangan orang Islam ketika itu, akhirnya menjadi kuat… akhirnya orang Yahudi yang berada di sekitar itu pun terpaksa berhijrah mengikut pasar orang Islam dan juga mengikut tatacara perniagaan dan polisi prinsip perniagaan orang Islam. Jadi oleh kerana kita bersatu, oleh kerana kita kuat, oleh kerana pendekatan perniagaan kita yang tidak berlandaskan kepada riba, jadi orang-orang Yahudi pun terpesona. Jadi mereka pun terpengaruh dan mengikut cara perniagaan Islam yang lebih menguntungkan dan tidak ada penindasan. Begitu juga keadaan kita pada hari ini pemimpin di semua peringkat khususnya Kerajaan Negeri Perlis perlu membantu membangunkan dan menyokong usahawan-usahawan baru ini dan lama dari segi memberi bimbingan kaunseling, modal, tunjuk ajar, pemasaran dan sebagainya apatah lagi berada dalam keadaan suasana pandemik COVID-19 ini dan apa yang kita lihat kemarin dan dengar dalam pembentangan bajet 2021, sudah ada inisiatif dan insentif bantuan kepada golongan usahawan-usahawan ini yang disebut dalam strategi satu dan ketiga dalam pemulihan ekonomi usahawan dan kebajikan golongan rentan. Mudah-mudahan peluang-peluang ini dan bantuan-bantuan ini dapat memberi satu bantuan dan batu… tapak untuk mereka memulakan perniagaan mereka semula pada masa akan datang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kemudian yang kedua infrastruktur dan kecekapan pengurusan. Bagi mencapai matlamat menjaga kebajikan rakyat, sudah pasti Kerajaan perlu menitikberat akan usaha ke arah melengkapkan keperluan dan pembangunan dan infrastruktur asas berdasarkan kawasan penempatan dan pekerjaan mereka. Kita melihat rata-rata rakyat di Negeri Perlis ini kebanyakkan mereka terlibat dalam sektor pertanian sama ada darat ataupun laut. Jadi infrastruktur-infrastruktur asas seperti sistem pengairan, sistem saliran yang menyokong pekerjaan mereka mestilah diutamakan demi merealisasikan matlamat Kerajaan dan juga rakyat.
Merujuk ucapan Bajet 2021 kemarin di bawah program pengairan dan saliran pertanian, sebanyak RM2.05 juta telah diperuntukkan bagi penyediaan kemudahan infrastruktur pengairan dan saliran di kawasan bukan jelapang padi. Namun peruntukkan bagi tujuan pengairan dan saliran di kawasan jelapang padi tidak ada. Sedangkan kalau kita lihat penghasilan padi yang banyak berlaku di kawasan jelapang padi dan menghasilkan padi-padi yang berkualiti. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sistem pengairan dan saliran di kawasan jelapang padi juga mengalami kerosakan. Tiap-tiap tahun, saban tahun, kecetekakkan dan sebagainya. Oleh yang demikian, saya mencadangkan satu peruntukkan juga diberi untuk peruntukkan kawasan ini juga diberi dan diperlukan bagi tujuan penyelenggaraan, membaiki kerosakkan dan pendalaman sungai dan saliran sedia ada. Selain daripada itu, untuk kita melengkapkan kecekapan pengurusan yang baik ini, kalau kita lihat di dalam pembentangan belanjawan kemarin untuk sektor sekolah pendidikan khususnya kepada sekolah-sekolah agama rakyat tidak disebutlah bantuan secara khusus daripada Kerajaan tetapi saya memohon supaya Kerajaan juga melalui agensi-agensi Kerajaan yang sedia ada seperti MAIPs dan sebagainya ini membantu menambah peruntukan pembangunan dan juga bantuan-bantuan yang lain kepada sekolah agama rakyat. Sekolah-sekolah yang didaftarkan di bawah JAIPs ini ditambah peruntukan kerana sekolah-sekolah ini juga bergantung sumbangan bantuan daripada yuran-yuran sekolah, sumbangan-sumbangan zakat, sumbangan-sumbangan perseorangan. Hari ini bila berdepan dengan suasana COVID-19 ini, mereka pun terkesan juga. Jadi saya mohonlah satu peruntukan ataupun ditambah peruntukan sedia ada kepada sekolah-sekolah yang terlibat ini.
Yang ketiga Yang Berhormat Dato’ Speaker, transformasi sektor pertanian dan kebersamaan petani muda. Sektor pertanian merupakan salah satu daripada sektor… daripada cabang ekonomi yang penting di negara ini selain daripada sektor industri, sektor perkhidmatan dan sebagainya. Kehebatan sesebuah negara apabila mempunyai bekalan makanan yang mencukupi untuk kegunaan domestik tempatan dan mampu menghasilkan makanan untuk dipasarkan ataupun dieksport. Kalau dahulu amalan pertaniannya untuk kecukupan sendiri bagi keluarga, tetapi kini pertanian beralih kepada penghasilan untuk dijual sebagai punca komersil, untuk dijual sebagai punca pendapatan kerana kini pertanian adalah perniagaan. Bidang usaha dalam sektor tanaman, ternakan, ternak air industri asas tani perkhidmatan dan kini dijalankan secara komersil dan berpandukan kepada skala komersil serta penggunaan teknologi moden. Selain daripada itu, pengusaha perlu bersedia mengubah daripada penanaman padi semata-mata kepada pertanian bijian lain bagi kawasan yang sukar di… mengusahakan tanaman padi dan pendapatan berkurangan. Jadi kalau kita lihat kawasan bukan jelapang padi, atas daripada Kangar dan juga Padang Besar, selain daripada Arau ini, kawasan-kawasan bukan jelapang padi. Jadi kawasan-kawasan ini kita cadangkan selain daripada bijian padi, mereka juga boleh mengusahakan tanaman-tanaman bijian yang lain yang boleh menjadi sumber pendapatan baru dan juga ada permintaan. Benda ini disebut oleh Yang Amat Berhormat kemarin tentang ubi kayu, tanaman jagung, bijian-bijian yang lain mungkin boleh mengubah cara pertanian mereka pada masa yang akan datang. Bagi Negeri Perlis ramai kalangan pengusaha pertanian terdiri daripada golongan tua dan masih menumpukan kepada pertanian dan tanaman padi dan sebagainya. Selain itu, cabaran yang dihadapi para pengusaha dalam sektor pertanian ini di negara ini ialah tahap penggunaan jentera moden dalam mentransformasikan sektor pertanian. Oleh kerana yang demikian, Kerajaan perlu mencari pelbagai cara untuk menarik minat dan melibatkan golongan muda dalam sektor pertanian yang sangat luas ini. Perlu wujudkan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti badan-badan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan NGO, termasuk institusi-institusi pengajian tinggi yang berlatar belakangkan pertanian supaya kerajaan dapat membimbing terus para siswazah Perlis, anak-anak Perlis, yang berjaya dalam bidang pertanian ini. Jadi kita beri terus peruntukan, bimbingan kepada mereka, mereka dapat mengguna bimbingan terus daripada Kerajaan dan memulakan pertanian dan menjana ekonomi keluarga mereka. Selain itu, insentif dan bantuan ataupun peruntukan di bawah Jabatan Pertanian boleh juga diluaskan ke kawasan…
Pencelahan… terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji, saya ingin tanya Yang Berhormat Guar Sanji berhubung dengan apabila Yang Berhormat Guar Sanji bangkitkan pertanian adalah perniagaan, sebenarnya itu adalah sesuatu yang sepatutnya dimulai dari dulu lagi, dan cuma saya ingin berkongsi pandangan sama ada Yang Berhormat Guar Sanji bersetuju ataupun tidak, tentang cara kita sekarang mendidik petani kita sendiri. Contohnya macam kita membuat pembelian padi daripada petani. Kita sekarang ini membuat dalam keadaan yang menipu dan dalam keadaan yang kita tidak mengajar mereka untuk menjaga kualiti dan hasil pertanian mereka tu dalam keadaan yang betul-betul mereka… contohnya padi. Kita potong semuanya 20, sedangkan purata sebenarnya boleh jadi, dia boleh dapat 18 ke 15, atau 10 kalau dia jaga padi dia elok tapi mungkin padi dia jadi 40 atau 50 kalau dia tak jaga padi dia. Jadi benda ini berlaku. Jadi kita tak mendidik petani kita ke arah itu supaya mereka kenal diri mereka sendiri, yang patut mereka buat dan mereka akan dapat pendapatan yang lebih baik. Adakah Yang Berhormat Guar Sanji bersetuju dengan pandangan saya?
Terima kasih Yang Berhormat Tambung Tulang. Apa yang dibangkitkan dan juga cadangan yang diberikan itu memang ada berlaku. Sebenarnya bukanlah sahaja kepada petani itu, usaha petani itu, tapi kalau kita lihat usaha petani memang salah satu lah. Maknanya usaha dia untuk mengeluarkan… mendapatkan hasil yang berlipat kali ganda dan sebagainya tetapi kita juga perlu mengkaji pendapatan ataupun penghasilan padi-padi ini dan juga bergantung kepada faktor cuaca, faktor fizikal, faktor tanah itu sendiri yang kadang-kadang perlu rawatan dan sebagainya…
Macam ni… bukan saya nak bagi hilang mengantuk ya. Contohnya macam kalau kita pergi ke negara-negara pengeluar-pengeluar yang lain macam Vietnam, China, Thailand dan sebagainya lah, mereka jaga hasil pertanian mereka tu, mereka jaga betul-betul. Malah kalau kita jalan sampai ribuan kilometer pun di sepanjang jalan kiri dan kanan, boleh dikatakan tak dak padi yang tak sama. Sama macam rumput di padang golf. Boleh dikatakan kualiti padi mereka tu dijaga betul-betul. Sedangkan di Malaysia ini benda-benda itu kita tak bagi penumpuan contohnya dibeberapa kawasannya. Kalau di kawasan Kuala Selangor, di mana berlaku menjaga kualiti kerana mereka ingin mendapatkan pendapatan yang tinggi petani kita ini. Tapi kalau di kawasan kita ni pakai telefon saja, pakai telefon saja esok tabur baja, tambah-tambah la pakai drone, drone yang buat kerja semua. Jadi depa tak ada kesungguhan nak melihat bahawa walaupun usaha tanah kita itu hanya 3 relong tapi 3 relong tu kita dapat berapa? 10 tan sehektar dan sebagainya. Ini yang kita nak mintak, sebab selama ini kita ditolong oleh pengutuhan yang tetap yang dibuat oleh pihak kementerian pada setiap kali musim menuai berlaku. Itu maksud saya. Guar Sanji bab bendang dia lebih tau daripada saya.
Terima kasih Tambun Tulang. Jadi sebab tu saya kata kita kena transformasikan daripada orang lama kepada orang baru. Daripada orang golongan tua kepada golongan muda yang lebih kita kata berminat untuk cebur dalam bidang tersebut dan juga memberi penekanan ke arah penghasilan yang lebih bermutu dalam sektor pertanian ini. Selain itu, insentif dan bantuan atau peruntukan di bawah Jabatan Pertanian boleh diluaskan kepada kawasan-kawasan MADA. Di sana juga ada pengusaha-pengusaha pertanian bukan padi seperti cili, Harumanis, ubi kayu dan sebagainya. Saya difahamkan juga peruntukan di bawah pertanian… Jabatan Pertanian ini tidak diluaskan ke kawasan MADA sedangkan di kawasan MADA juga ada juga penanaman-penanaman lain daripada padi. Harumanis ada, cili ada, ubi kayu ada, kacang pun ada, jadi kenapa tidak kita perluaskan bantuan itu ke kawasan-kawasan MADA juga. Saya difahamkan peruntukkan tidak benar dikeluarkan ke kawasan-kawasan lain, kawasan MADA. Jadi mohonlah EXCO jawab apa masalahnya.
Yang Berhormat Guar Sanji, minta pencelahan sikit. Saya nak tanya sikit pendapat Yang Berhormat Guar Sanji sebab saya dok sembang-sembang dengan pesawah, kita ada dua kawasan. Satu yang dipanggil kawasan darat yang Guar Sanji bagitau tadi yang Jabatan Pertanian lebih take care kan dan juga kawasan MADA di sebelah selatan ni. Kalau di sena ni dia ada yang meliputi kawasan MADA ada yang meliputi kawasan JPS ataupun kawasan darat. Saya dok sembang-sembang dengan pesawah, pesawah kata beza terutamanya pesawah di bahagian darat ni dari segi penghasilan. Jadi sebab kebetulan Yang Berhormat di kawasan MADA, nak tanya pendapat Yang Berhormatlah, memang dari segi hasil pengeluaran tu dia memang lebih banyak lagi daripada ni… kawasan darat lebih kurang lagi. Apa pandangan Yang Berhormat?
Terima kasih Yang Berhormat Sena. Dia hasil padi ni berdasarkan… bergantung kepada sistem-sistem yang menyumbang ke arah pengeluaran hasil padi. Antara pentingnya ialah sistem pengairan lah. Jadi kalaulah air tidak cukup, air tak ada, jadi bermula daripada situ pun kita dah tau dah apa, banyak mana hasil yang dia akan dapat. Selain daripada itu, saya juga menyokong usaha kerajaan yang telah memperuntukkan sebanyak RM3.09 juta bagi tujuan 6 program seperti penubuhan bridged tani, sokongan kepada industri tani, sokongan industri sayuran dan herba dan sebagainya. Ini diperluaskan dan saya cadangkan 6 program ini dengan peruntukkan tersebut supaya diperluaskan kepada semua kawasan dan tidak hanya di kawasan pertanian semata-mata tapi juga kawasan-kawasan MADA. Sesungguhnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, Program Pemulihan Ekonomi (PPE) dalam Program Merangsangkan Ekonomi (PRE), saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan atas usaha untuk memulihkan ekonomi penduduk Negeri Perlis. Baru-baru ini satu program yang telah kita laksanakan bawah Program Pemulihan Ekonomi di mana Jabatan Pertanian telah melaksanakan beberapa projek penanaman sayur berkelompok, kemudian Harumanis dan juga sayur di rumah… tanam sayur di rumah. Kita ucapkan tahniah lah dan dirasmikan penanaman pokok Harumanis oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Muda, alhamdulillah. Cuma saya nak bangkitkan sini nampak program ini macam tergesa-gesa, kalut-kalut sikit kan, nak mencari kita kata calon peserta yang ramai dan sebagainya, kemudian barang yang dibagi pula contoh Harumanis, pokoknya tu kurang kualiti. Jadi tak seronoklah kalau kita nak bagi kepada orang. Dengan harga RM5, ia lah, tapi orang tak nampak nilai harga RM5 tapi depa nampak pokok yang depa dapat. Apakah ini salah satu program untuk kita menghabiskan stok yang ada? Jadi kita boleh buat penambahbaikan supaya benda ini tidak berulang. Hat sayur saya tak tau la macam mana lagi… nak sampai tu. Ayam hat Veterinar alhamdulillah, elok. Jadi kita ucapkan terima kasih di atas Program Pemulihan Ekonomi ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, memperkasakan kawalan sempadan negeri dan negara. Dalam era globalisasi atau dunia tanpa sempadan dunia yang semakin mencabar perkembangan teknologi baru yang pesat berasaskan revolusi industri 4.0, risiko dan ancaman semakin kompleks dan merentasi sempadan. Kesan globalisasi dan perubahan yang dinamik dalam berbagai aspek termasuk teknologi dan telekomunikasi, ini adalah lebih sukar kerana ianya tidak lagi bersifat konvensional semata-mata. Justeru penglibatan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan NGO dan pihak industri untuk bersama-sama membanteras jenayah dan menghindarkan anasir-anasir negatif daripada berleluasa adalah penting dalam memelihara keselamatan dan ketenteraman awam. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu peristiwa, ataupun satu kematian seorang anggota Pasukan Gerakan AM (PGA), mendiang Sarjan Baharuddin Ramli dan saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan takziah seluruh kepada ahli keluarga mendiang dan juga seluruh warga PDRM Malaysia khususnya Negeri Perlis. Selain itu rakannya Norihan Tari yang cedera parah selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup di sempadan pos kawalan Padang Besar.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebenarnya isu ini bukan isu negeri lagi tetapi menjadi isu keselamatan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah sekali lagi kepada mendiang dan juga penghargaan setinggi-tingginya kepada pasukan keselamatan Diraja Malaysia, Polis PDRM, askar dan sebagainya dalam mengawal sempadan negara kita. Cadangan yang boleh kita utarakan dalam Dewan yang mulia ini, seperti cadangan-cadangan yang telah diutarakan oleh pihak keselamatan iaitu segera membina tembok keselamatan yang lebih kukuh menggantikan pagar kawad berduri. Saya pernah juga ke sempadan pada awal tahun ini, bila kita tengok sempadan negeri kita, tembok sempadan negeri kita dengan sempadan Thailand, tembok kita tu hanya berpagarkan besi kawad di atas. Tembok depa tu tembok kukuh. Jadi untuk kita kata urusan penyuludupan… urusan penyeludupan dadah itu sangat mudah berlaku. Dan kalau kita lihat kes ini berlaku pun di dalam kawasan negara kita. Berlaku dalam kawasan Negara kita. Jadi, nampak benda ini remeh sedangkan dia melibatkan dua negara, melibatkan nyawa, melibatkan keselamatan rakyat negeri kita. Kemudian yang kedua kita cadangkan juga penggunaan teknologi moden dalam mengawal dan memantau sempadan darat dan sempadan perairan antara negara. Begitu juga kita cadangkan supaya pembekalan persenjataan yang lebih canggih untuk digunakan oleh pegawai keselamatan ketika bertugas di sempadan negara.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita beralih kepada isu-isu berbangkit dalam DUN Guar Sanji dan juga kaitannya. Pertama sekali berkaitan dengan isu banjir kilat sekitar Kampung Paloh Utan Kandis dan Kampung Sena. Isu banjir kilat ni sepatutnya tidak berlaku di kawasan-kawasan yang kita panggil pengairan yang banyak sebab Guar Sanji ni antara kawasan-kawasan penanaman padi. Sepatutnya tak boleh berlaku banjir kilat tapi banjir kilat berlaku juga… yang tak selesai. Saya bila hujan lebat, saya turun sebab kita nak selesai masalah ini kita kena tengok 3 benda. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Pertama, yang sebelum, kedua yang semasa dan yang ketiga, selepas kejadian. Jadi semasa, sebelum tu macam mana dan selepas tu macam mana. Jadi tengah-tengah hujan tu tengok, bila air lebat masuk daripada Pauh, masuk ke Kampung Kota Setar, masuk ke Kampung Katong, melalui masuk terus ke Paloh. Bila sampai di Paloh, air tak boleh keluar. Bila air tak boleh keluar dia akan melimpah masuk ke kampung-kampung. Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, bila saya ronda rupanya air masuk daripada Kampung Katong dan juga masuk daripada Kampung Alor Setar ni melalui pintu yang luas, pintu yang banyak, 4 gap luas. Tapi yang keluar tu, daripada nak pi Paloh tu nak keluar ke terusan Arau ni 2 kaki. Dia tak menampung ataupun tak mampu nak keluar dengan baik. Jadi saya mohonlah kepada pihak berkaitan supaya membesarkan longkang tersebut.
Yang Berhormat sila ringkaskan.
Baik, terima kasih. Banyak lagi ni. Tadi ada gangguan, mohon tambah lagi 10 minit Yang Berhormat Dato’ Speaker. Baik, jadi kemudian bila air tu masuk ke Paloh, dia akan datang ke Jelempok. Apabila datang ke Jelempok, air di Jelempok nak keluar tu ke Kedah hanya satu sungai. Jadi saya mohonlah kepada Kerajaan Negeri supaya mempertimbangkan pengambilan tanah di belakang Sekolah Jelempok tu terus ke Sungai Kedah, sungai dibuang di bawah sana supaya pengairan tu cepat. Sebab isu ni dah lama dah, kesian kat depa tu Yang Berhormat Dato’ Speaker. Setahun 2, 3, 4 kali tenggelam air… tenggelam banjir, jadi saya mohonlah tindakan pihak berkuasa supaya mengkaji kalau perlu kepada permohonan tanah, kita mohon supaya Kerajaan Pusat membayar pampasannya. Yang kedua, saya juga nak bertanya berkaitan dengan banjir yang berlaku baru-baru ni, yang menenggelamkan ratusan relong dan juga kerugian ratusan ribu di Arau. Adakah ia ada kaitan dengan pembinaan mini empangan yang dibuat oleh JPS di beberapa sungai? Adakah ia terlibat… menjadi punca kepada air itu tidak boleh bergerak terus dengan cepat, dia sangkut di tengah-tengah sungai menyebabkan air itu lambat dan menyebabkan berlakunya banjir menenggelamkan banyak tanaman-tanaman padi di kawasan yang berkaitan? Isu yang kedua, berkaitan juga dengan pengairan dan takung, sungai yang cetek. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Dato’ Speaker, kawasan-kawasan pengairan dalam kawasan MADA ini, saya rasa banyak tahun dah tidak diselenggara. Banyak tumbuh-tumbuhan, sungai cetek dan menyebabkan setiap kali petani nak mengusahakan tanaman mereka terjejas, tidak boleh buat dengan baik sampai kena tulis surat dulu kepada EXCO kemudian viral pulak surat tu barulah depa pi korek ambil tindakan. Jadi saya cadangkan kepada MADA, kepada PPK di DUN Guar Sanji dan di DUN yang lain supaya turun melihat suasana dan sungai buang yang cetek, buat kajian sedikit dan bentang memohon peruntukkan penyelenggaraan sungai-sungai ini. Saya boleh sebut dalam DUN Guar Sanji tu banyak sungai buang, sungai takung ini yang cetek. Di Telaga Jelatih, Behor Mentalon, di Lahar Jambu, di Kampung Tebuk, banyak sunga-sungai yang tidak diselenggara menjadi cetek menyebabkan pengairan air itu tersangkut. Kemudian yang ketiga, saya cadangkan kepada Kerajaan yang memberi bantuan rumah, sebuah rumah, sama ada Kerajaan Negeri, sama ada MAIPs atau siapa-siapa supaya rumah yang diberi itu dilengkapi dengan air pengairan. Maknanya dimasukkan air dan dimasukkan juga api kerana ada rumah bantuan yang siap dibina bila pemohon nak duduk api tak ada, air pun tak ada. Jadi saya mohonlah lengkapkan bantuan tersebut. Kemudian…
Banyak lagi Yang Berhormat? 30 minit dah.
3 lagi, insya-Allah. Yang ini aduan lah. Kemudian berkaitan dengan pembekalan tar, Pens Industries Sdn. Bhd. Saya telah dimaklum, pengusaha kontraktor-kontraktor maklumkan bahawa pembekalan Pens untuk mengeluarkan tar-tar untuk dilabelkan di projek-projek kampong dan pendalaman ini tidak mencukupi dan kadang-kadang melambatkan tindakan mereka dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan jalan dan juga pengeluaran tar di beberapa kawasan. Jadi saya cadangkan kepada Kerajaan, menambahkan lagi tempat pengeluaran ini ataupun menjadualkan, bersistematik kepada kontraktor-kontraktor yang masuk ke dalam sana untuk mengambil secara berkala. Kadang kala berhimpun semua kontraktor menjadikan lambat dan akhirnya menyebabkan kualiti kontraktor ni membina jalan cukup tak elok. Mungkinlah dengan dok tunggu jemu tunggu dan sebagainya dan akhirnya pembinaan mereka di site tak elok, kurang kualiti sebab tu saya sarankan juga kepada kontraktor meningkatkan kualiti kerja buat mereka supaya tidak tergantung pembayaran-pembayaran Kerajaan kepada mereka. Kemudian saya juga nak bertanya tentang status lawatan KEDA bersama Pengarah CEO Air tentang bantuan… bilakah projek meninggikan tekanan air di kawasan Kampung Jelempok dan juga di kawasan Taman Guar Sanji? Seperti yang dimaklumkan dalam sidang DUN yang lepas, bulan 9, tiba-tiba tangguh sampai hari ini tak belum lagi. Jadi bila orang kampung tanya, saya pun ikut macam Dewan bagitau lah, bulan 9, tiba-tiba tangguh lagi. Depa tanya bila YB? Saya kata tengah dok buat kertas kerja. Jadi saya mohonlah kepada pihak berkaitan supaya mempercepatkan sebab air tekanan situ memang slow sangat. Kadang-kadang yang rumah tak pakai pam memang tak boleh nak buka, memang taka da air keluar. Jadi saya mohon tindakan pihak berkaitan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di akhir ucapan saya ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan juga terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga selurus barisan Ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri juga kepada semualah ketua-ketua jabatan seperti BPD dan pentadbiran daerah yang juga banyak membantu saya dalam menyelesaikan beberapa isu yang berbangkit di kawasan saya. Kemudian kepada Jabatan Kerja Raya yang telah melakukan ataupun menurap jalan di Kampung Chemumar sehingga ke Permatang Serdang. Kemudian Jabatan Pengairan kepada Pengarah Jabatan Pengairan yang telah melakukan penambatan ataupun melakukan sekatan air di Kampung Titi Besi, alhamdulillah, terima kasih jadi saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semualah pengarah-pengarah yang banyak menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kalangan masyarakat dan juga tidak ketinggalan saya nak ucapkan tahniah kepada pengurusan Hospital Tuanku Fauziah yang telah mendapat duduk ranking top 10 di agensi Kerajaan Malaysia yang cemerlang dalam perkhidmatan pada baru-baru ini. Jadi sekali lagi saya merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat kerana berjaya membentang belanjawan 2021 dengan tema Meningkatkan Keberkesanan, Merangsangkan Pembangunan, Membela Kebajikan Demi Keharmonian. Wabillahitawfeek walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dipersilakan Yang Berhormat Sena. Jaga waktu Yang Berhormat.
Insya-Allah. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbilalamin, wabihinastain wassolatuwassala mualarasulillamin, waalaalihi wasohbihiajmain. Robbisrohli sodri, wa yassirli amri, wah lul uqdatan min lisani, yafqohu qouli. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana turut memberi ruang kepada saya untuk bersama-sama rakan membahaskan satu rang undang-undang yang bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi mengeluarkan wang daripada kumpulan wang disatukan negeri sebanyak RM152,090,900 juta. Yang pertamanya saya juga sebagaimana beberapa orang rakan tadi ingin turut merakamkan takziah di Dewan yang mulia ini kepada 2 keluarga wira negara yang telah sedaya-upaya mempertahankan sempadan negara kita, kedaulatan negara kita, dalam kes lebih kurang 2 minggu yang lepas dan juga takziah kepada pasukan PGA daripada Batalion 3 dan juga keluarga besar PDRM. Mudah-mudahan kita dapat… daripada isu berkenaan kita dapat bersama walaupun itu lebih kepada isu yang patut diusahakan oleh Kerajaan Pusat tetapi kita ambil ruang di sini supaya mungkin negeri boleh angkat tuntutan kepada Kerajaan Pusat yang mana antara keperluan yang terdesak tu temboklah seperti mana YB Guar Sanji bagitau tadi, tembok yang begitu mendukacitakan lah yang menyebabkan pagar tu boleh dikerat dengan mudah untuk aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti penyeludupan dan juga CCTV yang kita difahamkan memang CCTV ada tetapi tidak function sebagaimana yang dimaklumkan di dalam satu kejutan SPRM tahun lepas, dia masuk jadi 2 kali dah kita dalam bab sempadan ni, 2 tahun berturut-turut kita jadi kejutan yang mana CCTV tidak berfungsi. Jadi saya harap kita dapat sama-sama satu Dewan kita mengangkat tuntutan kepada kerajaan Pusat kemungkinan untuk dimasukkan dalam RMKe-12 untuk naik taraf tembok di sempadan dan juga CCTV dan sebagaimana CCTV itu kita harap ada maintainance lah sebab selalunya kebiasaan yang kita tengok, ada CCTV tetapi maintainance tahun kedua habis, tahun ketiga out dah terus sebab tidak ada kos yang dimasukkan sekali untuk maintainance. Dan ini juga termasuk dengan yang… saya mengalu-alukan dalam perbentangan Yang Amat Berhormat Bintong yang mana kali ini… tahun depan kita pemasangan CCTV di beberapa jalan utama Perlis yang mana ini sedikit sebanyak ke arah yang bagi saya satu yang amat alu-alukan ke arah untuk mewujudkan bandar yang selamat di mana dan juga saya harapkan sama juga dengan kes yang saya katakan tadi di sempadan tu, CCTV tadi tu ada sekali dengan kos maintainance supaya tidak ada ni… sebab kita kalau kita tengok ada macam balai, ada satu ni di balai trafik Kangar, kalau kita tengok memang dah ada dah CCTV tetapi sebab masalah tidak ada maintainance, jadi ianya sekadar kita boleh tengok tu lah tetapi tidak ada. Dan juga saya mengambil kesempatan ini untuk turut mengucapkan tahniah kepada seluruh pasukan barisan hadapan negara, frontliners, KKM dan sebagainya, pasukan polis juga turut terlibat, RELA dan kalau kita nak senaraikan memang banyak lagi agensi yang terlibat yang mana sampai sekarang alhamdulillah Perlis masih kekal sebagai zon hijau dalam melawan pandemik COVID-19. Seterusnya Yang Berhormat Speaker, dari segi hasil negeri, kalau kita tengok daripada penyata negeri dan sebagaimana semalam pun Yang Berhormat Bintong ada simpul tentang hasil negeri berbanding tahun ni dengan tahun lepas, kita tengok tahun lepas kita dapat pemberian khas secara one-off daripada pusat, tahun 2019 sebanyak RM25 juta. Adakah tahun ini kita… Perlis ada menerima apa-apa one-off lagi daripada pusat? Jadi saya mohon penjelasan dan juga apabila kita tengok perbandingan Yang Amat Berhormat Bintong bagi kelmarin ni agak membimbangkanlah terutamanya terimaan bukan hasil yang begitu besar dia punya perbezaan dia tu, begitu mengucup tahun ini sehingga November 2020, dan kita harap perlukan satu usaha dan juga penjanaan pendapatan yang luar biasa yang patut kita usahakan pada tahun 2021 akan datang. Dan juga di kesempatan ini saya ingin memohon penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Bintong dari segi pencapaian. Kalau kita tengok tahun lepas, belanjawan tahun lepas… saya nak tengok dari segi, saya mohon penjelasan dari segi pencapaian, dari segi program dan juga projek-projek yang telah dirancangkan pada tahun lepas, macam dengan tahun ini. Dan juga di kesempatan ini, selaku sebagai salah seorang ahli PAC Negeri Perlis, saya memang kena highlight sekali dengan laporan Ketua Audit Negara yang mana di sini ada beberapa penemuan daripada audit antaranya perbelanjaan akaun amanah KAFA, elaun guru KAFA berjumlah RM0.89 juta melibatkan 114 guru yang dilantik semula telah dibayar tanpa perjanjian kontrak yang sah. Jadi saya mohon penjelasan, apa tindakan yang sudah diambil dan saya harap… sebab semuanya melibatkan wang rakyat dan juga satu lagi yang disentuh tentang perbelanjaan akaun amanah alaun pegawai masjid, perbelanjaan… pembayaran elaun pegawai masjid berjumlah RM2.01 juta telah dibuat tanpa surat pelantikan yang memperakui dan mengesahkan tugas yang dipertanggungjawab kepada individu yang dilantik dan juga elaun pegawai masjid berjumlah RM26,200 telah dibayar kepada pegawai masjid yang telah sah meletakkan jawatan atau tidak lagi berkhidmat. Jadi saya nak tau sejauh mana jabatan yang berkenaan telah ambil tindakan untuk menyelesaikan ini yang mana terutama elaun yang dah diberi kepada orang yang telah letak jawatan, adakah macam mana prosesnya, diambil balik ka atau macam mana dan juga ada pegawai masjid yang mohon saya bangkitkan di sini supaya dikaji untuk kenaikan elaun bagi pegawai masjid. Saya harap kita faham dalam kesusahan pandemik ni, pegawai-pegawai masjid yang terutamanya yang bawah-bawah tu, siak… jadi mungkin ada… apa orang kata… boleh dapat satu pembelaan…
Satu soalan Yang Berhormat. Berkenaan dengan pegawai masjid, terlebih bayar atau terlajak bayar ka, setuju tak Yang Berhormat Sena kalau bekas-bekas imam ni diberi pencen sebab selepas mereka berhenti jadi imam, tak ada kerja, apa nak jadi dengan kedudukan ekonomi bekas-bekas imam ni, orang yang dihormati dalam masyarakat? Terima kasih.
Terima kasih yang berhormat Sanglang. Kalau tanya dari segi persetujuan, memang kata setuju lah cuma dari segi kontrak tu selalunya dia status kontrak. Adakah boleh dapat pencen ataupun kalau setidak-tidaknya ganjaran kalau tidak boleh orang kata dari skim tu mungkin tidak melayakkan pencen tetapi kalau saya tu secara peribadi saya alu-alukan lah. Kata kita nak hargai terutamanya tuan-tuan imam yang banyak berjasa pada masyarakat, kita alu-alukanlah cuma dari segi… kalau kita tengok skim tu sekurang-kurangnya ganjaran lah.... ganjaran bagi pegawai-pegawai masjid yang telah lama berkhidmat kepada masyarakat setempat. Dan akhirnya tentang perbelanjaan penyelenggaraan di Jabatan Kerja Raya yang mana dilaporkan audit… Laporan Audit Ketua Negara telah menemui satunya… dia ada 3 item, satu tentang kontrak dan surat setuju terima bernilai RM1.61 juta telah ditandatangani oleh pegawai yang tidak diberi kuasa. Yang ni yang tindakan yang telah diambil oleh jabatan sebab ni… berat ni… RM1 juta lebih pegawai yang tidak diberi kuasa yang sign dan juga 27 inden kerja dan juga 11 pesanan Kerajaan mempunyai tempoh penyiapan antara 5 hingga 11 bulan yang bermaksud kontrak formal perlu disediakan namun didapati pembayaran berjumlah RM0.87 juta telah dibuat melalui 38 pembayaran tanpa disediakan kontrak formal. Jadi saya minta penjelasan tentang langkah-langkah pembaikan ataupun tindakan yang telah diambil untuk atasi persoalan ini dan akhir sekali pembayaran penyelenggaraan berjumlah RM47,470 yang telah dibuat tanpa menggunakan inden kerja. Jadi saya harap tiga… beberapa ni akan dijawab oleh EXCO yang berkenaan.
Seterusnya Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin turut menyentuh tentang pengairan, saya tengok memang Yang Amat Berhormat Bintong ada turut meliputi tentang sistem pengairan yang mana sahabat saya dari Guar Sanji tadi pun ada sebut, iaitu… saya pun turut di… sebab ianya melibatkan kawasan pengairan yang dikatakan bah hari tu ni, melibatkan 200 orang pesawah di kawasan Sena pun ada juga di Jawi Bakong… di Jawi Bakong tu kita share no, Yang Berhormat Tambun Tulang, ada jugak ni di Sena pun ada juga yang mana melibatkan 250 hektar kawasan bendang yang terjejas. Dan pesawah memberitahu melibatkan kerugian sehingga ratusan ribu ringgit. Antara kawasan sawah yang terjejas adalah Kampung Teluk… Kampung Teluk ni Tambun Tulang, Goba, Alor Banat, Bakong Banat dan juga Jawi Bakong. Dimaklum dalam tempoh 3 bulan, sejak Ogos, kawasan tersebut telah tenggelam sebanyak 6 kali dengan para pesawah telah mengalami kerugian dianggarkan RM500,000 dengan 50% hasil tanaman tersebut rosak manakala apabila kadang-kadang tu depa kata sampai ke seminggu baru air tu nak surut daripada bendang melibatkan kos akan bertambah lagi lah untuk terpaksa mencari benih baru untuk tanam. Jadi antara yang depa ni… saya nak minta penjelasan daripada Kerajaan apa punca yang jadi benda ni? Adakah berpunca daripada sekatan yang telah dilaksanakan di sungai Pengkalan Asam, yang sekali gus telah melibatkan… menyebabkan beberapa sawah sekitar turut terkesan sehingga berlaku limpahan air ke sawah terbabit setiap kali hujan lebat.
Pohon laluan. Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sena. Saya ingin berkongsi, Yang Berhormat, kerana masalah ini… kalau ikut tanggapan penduduk, kita tidak tahu benar ataupun tidak. Mungkin boleh dijawab oleh pihak kerajaan ialah masalah sekatan yang dibuat di Sungai Perlis dan juga di yang berdekatan dengan Kampung Bakau ni. 2 sekatan ini menyebabkan flow aliran air itu yang menyebabkan air naik cepat dan lambat surut kerana sekatan tersebut. Jadi apakah tujuan sekatan itu dibuat sekiranya punca daripada itu? Mungkin untuk sampah dan sebagainya. Jadi adakah cara lain untuk kita mengatasi masalah ini ketika hujan yang turun yang begitu lebat dengan cuaca yang tidak menentu sekarang ini. Kalau ikutkan sekarang ni aliran sebenarnya aliran musim timur tapi hujan masih turun dan diramal hujan akan turun ikut kaji cuaca sampai pihak Jabatan Meteorologi sampai bulan 3. Jadi perkara-perkara ini sebenarnya kalau petani-petani di bahagian MADA, padi masih di peringkat kecil dan di luar MADA tu ada yang dah sampai peringkat yang 60 hari dan sebagainya. jadi saya ingin minta Yang Berhormat, kadang masalah ini masalah yang sama kita, apakah tindakan yang boleh dibuat di masa hadapan untuk kita mengatasi masalah ini dengan kadar yang segera sebab benda ini memang melibatkan kerugian yang amat besar, bagi mereka yang berhutang akan bertambah hutang, bagi mereka yang ni akan terus bagi mereka yang buat usaha 2, 3 relong sudah tentu tak… akan berhutang buat selama-lamanya mereka. Terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Saya mohon Yang Berhormat Speaker supaya pencerahan daripada Yang Berhormat Tambun Tulang dimasukkan dalam sebahagian ucapan saya sebab kebanyakkannya saya bersetujulah dan satu lagi saya tengok, dia ada… apabila… satu lagi dia melibatkan 2 agensi yang menguruskan tentang pengairan. Antara ni, kalau pihak MADA… MADA kata ni kan. Jadi saya harap ada penjelasan antara agensi sama sebab kadang-kadang tu dia melibatkan, ya lah, sungai yang tu mungkin JPS, itu ia akan melibatkan pengairan, melibatkan MADA. Saya harap supaya lebih jangan work in silo, dengan izin, antara agensi supaya untuk menyelesaikan masalah pada masa…
Yang Berhormat… terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih sekali lagi sahabat saya Yang Berhormat Sena, kita minta kita perjuangkan lama dah, hat lain-lain tu kita dah rapat macam kita perjuangkan JUSA untuk top level management in Perlis, semua dikatakan boleh, alhamdulillah dapat. Tapi yang kita perjuangkan untuk MADA Perlis ni… dia dalam bentuk satu negeri… dia kena recognise sebagai satu state. Kalau dia buat satu wilayah satu semua ni dia jadi bajet tu tak banyak dan tak boleh menfokus pun kepada agenda sebenar. Jadi kita minta Yang Amat Berhormat tolong fight sikit hal ini. Jangan anggap Perlis ni wilayah walaupun depa dok anggap kita Kubang Pasu tetapi kita ada sovereignty as a state bukan sebagai sebuah wilayah. Sampai bila kita nak perjuang jadi Jabatan Pertanian… eh, Kementerian Pertanian pandang tak pandang supaya dia ni, Menteri baru ni, Dato’ Seri Ronald kita minta. Saya dah sampaikan dah benda ni kepada dia beberapa kali tapi kalau tak ada Yang Berhormat kata kalau perlu reciprocal, kita reciprocal. Kena ulang, kena ulang la Dato’ Speaker, nak buat macam mana, benda yang tak terjadi kena ulang kerana masih belum ditunaikan. Ini bukan untuk kita, for the sake of the people, demi kepentingan rakyat. Tidak we have to repeat and repeat again. Ok, terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Sanglang… eh Sanglang… terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Sanglang tadi pun ada pencelahan tadi kan? Jadi saya mohon sekali lagi dimasukkan ke dalam sebahagian pengucapan saya yang mana saya turut bersetuju bukan sekadar satu wilayah bahkan pengairan yang orang kata belah darat tu pun kita kalau boleh diangkat AIDA… dia ada satu lagikan AIDA Yang Berhormat? Supaya untuk lebih… bila AIDA ni dia lebih… apa orang kata… dia ada satu peruntukkan khas depa ada macam MADA. Jadi satu lagi tu yang kata tadi tu yang Kampung Bakau pun sama juga, depa bimbang kata la ni dok tengah buat dekat Kampung Bakau kan. Seterusnya Yang Berhormat Speaker… eh 17 minit dah… dari segi Perlis saya nak simpul tentang Perlis Go Digital yang mana saya berharap supaya Kerajaan Negeri dapat menggunakan kepakaran universiti tempatan yang ada di Perlis ni seperti UniMAP dan UITM dalam membangunkan satu big data atau data raya bagi mengumpul maklumat yang berkaitan dengan rakyat di Negeri Perlis. Kerajaan Negeri juga sepatutnya tidak hanya bergantung kepada jabatan-jabatan atau agensi-agensi di peringkat Persekutuan untuk mendapat data sebagaimana selama ini. Apabila kita ada satu data yang big data, yang merangkumi pelbagai maklumat antaranya jumlah rakyat di bawah aras kemiskinan sekaligus akan memudahkan perancangan Kerajaan Negeri di masa hadapan. Dan juga dengan adanya satu big data pada Kerajaan Negeri, saya yakin ini dapat memberi satu pulangan dalam bentuk pendapatan baru Kerajaan Negeri dalam kecekapan pengumpulan data. Dan sebagai mana masa rehat kemarin pun saya sembang dengan Yang Amat Berhormat Bintong, bagaimana tentang cadangan pembinaan satu apps daripada… ambil kesempatan program yang disusun Perlis Go Digital ni, kita adakan satu apps yang mana kita tengok banyak anak-anak muda banyak terlibat dengan ekonomi gig sekarang ni yang boleh memanfaatkan apps tersebut. Bayangkan kalau Kerajaan Negeri hanya charge 2 sen atau 3 sen, ini melibatkan jangka masa panjang, melibatkan jutaan bahkan atas lebih lagi untuk satu penjanaan baru pendapatan Kerajaan Negeri. Saya juga turut berkongsi dengan Yang Amat Berhormat Bintong kemarin ada 3 orang anak muda di Sarawak bermula pada PKP depa hilang pekerjaan. Bermula PKP depa buat macam Food Panda di sekitar bukan Sarawak… Sarawak tu luas kan… di sekitar Kuching saja, Kuching dan beberapa bahagian yang terdekat. Dia menggunakan motor. Masa PKP hari tu dia memang lebih daripada RM30,000 pendapatan average bulanan 3 orang anak muda ni. Tapi setelah PKP selesai yang fasa pertama tu, average bulan ni maintain RM30,000.
So memang satu… bila melibatkan ekonomi gig ni satu pendapatan yang ni… dan juga tentang sedikit Yang Berhormat Speaker tentang pelancongan, sebagaimana yang saya difahamkan, Kerajaan Negeri mengumumkan tahun depan adalah Tahun Melawat Perlis, tahun 2021. Jadi saya ingin nak tau berapa jumlah sasaran pengunjung yang Kerajaan Negeri sasarkan, pelan tindakan tentang pelan persiapan Kerajaan Negeri ke arah tersebut dan juga terutamanya dari segi pakej-pakej pelancongan, marketing dan sebagainya dan dalam jangkaan situasi pandemic COVID-19 di Malaysia ni kita jangkakan mungkin Insya-Allah selesai pada pertengahan tahun depan.
Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin… tentang orang kata… menyimpul tentang penjanaan pendapatan baru yang mana salah satu isu ni agak kontroversi. Kalau kita selama ni ketum, pada dasarnya saya pun setuju dari segi penyalahgunaan tu memang kita kena banteras habis-habisan, jadi melibatkan juga isu penyeludupan yang mana kita tahu Thailand dah commercialise-kan ketum. Itu pasal kalau kita… orang kata penyeludupan ketum tu cukup banyak dan kita nak sekat, saya pun kita tengok 2, 3 sidang dok sembang tentang tentang ketum kan, kita nak sekat pun bukan senang nak sekat rakyat, rakyat dah banyak tanam apa semua kan. Jadi saya nak cadangkan sama ada kita boleh kaji dari sudut kita boleh commercialise-kan kan ketum. Apabila kita commercialise kan ketum kita dapat legalise-kan ketum jadi yang mana dalam keadaan industri itu terkawal, lebih terkawal, dalam masa yang sama penyalahgunaan mesti diatasi dengan ni… saya tidak sekali untuk… orang kata apa… kita kompromi dalam hal tersebut tapi di mana kita tengok kajian-kajian yang telah dibuat oleh beberapa universiti pun dah ada yang buat kajian, saya dimaklumkan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia pun ada buat buat kajian betapa khasiat dan nilai dalam perubatan ketum dan juga USM pun ada satu saintis, sekumpulan saintis USM dan juga Yale School of Medicine telah mengadakan kajian bagi menilai secara kritikal kesan ketum dalam menahan kesakitan yang melibatkan 26 sukarelawan yang mana sedikit sebanyak kita boleh menjana pendapatan baru kepada negeri dan kita lebih mudah untuk mengawal, saya nampak di banyak sudut yang pendapatan yang Kerajaan Negeri boleh hasilkan daripada tu terutamanya cukai. Mungkin kita boleh kaji cukai tanah untuk yang ladang ketum, dia beza dengan cukai tanah pertanian yang biasa untuk pesawah dan dari segi mungkin boleh melibatkan anak syarikat Kerajaan Negeri untuk merealisasikan dan ia bukan sekadar hanya nak pi jual daun ketum tu, maknanya kita selaras dengan dasar baru Kerajaan Negeri untuk kita industrikan, wujudkan industri hiliran sampai ke tahap end product. Apa nama…
Yang Berhormat mohon mencelah sikit. Yang Berhormat kata tadi di Thailand dia legalise-kan daun ketum, tapi pasai apa penanaman dia dilarang? Yang saya tau, ganja dibenarkan ditanam tapi untuk tujuan pharmaceutical di dalam kawalan keselamatan pihak kerajaan Thailand. Jadi kalau ada bisnes tu kita pun mau di Malaysia. Saya ingat belum dihalalkan. Berdasarkan laporan tahun lepas ada denda perhelai untuk daun ketum tu di Thailand. Satu helai RM50 duit kita kalau tak silap saya. Satu helai… sekeping. Bayangkan kalau sekilo, tak tau berapa banyak jumlahnya, jadi cuba check balik.
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Sebenarnya memang mula daripada 2018, Thailand telah melalui parlimen telah memutuskan yang mana mendapat sokongan 166 undi yang menyokong dan 13 berkecuali dan tidak ada yang menentang untuk legalise-kan produk ganja dan ketum. Maknanya bila legalise, bukan kata seseorang boleh sewenang-wenangnya ni… makna kata itu yang kita nak kata dari segi nak atasi dari segi penyalahgunaan ni lebih mudah sebab kita legalise-kan benda tu. Kita tau siapa yang tanam, kita ada maklumat, maklumat yang akan dapat dikumpulkan melalui cukai tanah yang saya katakan tadi dan juga cara-cara lain untuk Kerajaan Negeri mendapatkan pendapatan. Tapi yang saya kata legalise tadikan maknanya dikeluarkan lesen bagi penggunaan ganja dan ketum adalah untuk organisasi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap penyelidikan, pendidikan dalam bidang perubatan dan juga pertanian serta organisasi-organisasi kawalan narkotik. Maknanya bukanlah bila legalise tu sewenang-wenangnya rakyat boleh ni, makna kata dia ada satu mekanisme yang lebih terkawal. Macam kita tengok la ni saya bangkitkan sini sebab saya tengok tidak terkawal kan dan saya faham memang agensi penguatkuasa pun ambil tindakan, buat serbuan dan sebagainya tapi saya tengok bila buat serbuan, saya biasa ni… depa boleh apa… dah dapat maklumat, esok tu macam biasa, berjalan macam biasa. Serbuan buat hari ni, esok berjalan macam biasa…
Yang Berhormat, ataupun kita buat macam Holland dan sebahagian daripada Negara Eropah, kita benarkan penjualan ganja semua di farmasi yang boleh dibeli, boleh hisap secara terbuka, jadi tak ramai orang hisap lah. Kan kalau benda ni bila dilarang orang ramai nak mencuba, sikap kita. Apa pandangan Yang Berhormat?
Memang Yang Berhormat Tambun Tulang. Lagi dilarang lagi yang tu orang nak buat. Jadi, Yang Berhormat Speaker, yang mana… masa pun dah penuh ni… saya singkatkan yang saya nak cadang ketum ni bersama dengan ganja tetapi dalam konsep terkawal untuk… apa nama… sebab apa saya highlight dua benda ni? Sebab saya nak minta supaya universiti-universiti lah, terutama universiti pakar-pakar buat kajian, saya dok rasa-rasa kalau kita tanam ketum, saya dok dengar sembang masyarakat-masyarakat ketum lah kan, negeri-negeri lain pun ada juga tetapi katanya ketum di Perlis yang terbaik dan juga ganja, saya…
Soalan… pendapatan ketum ni kena bayar zakat tak YB?
Kalau kita legalise-kan Yang Berhormat Sanglang dan juga mungkin pihak Jabatan Mufti kita minta buat untuk dari segi fatwa untuk industrikan, maknanya terkawal dari segi perubatan untuk ketum dan juga ganja. Ketum saya tak jumpa lagi tapi ganja saya ada jumpa Mufti Penang ada kata harus lah untuk tujuan perubatan. Maknanya bukanlah kata semua tapi ganja itu pun memang kita tahu ada beberapa jenis, yang kita nak ambil ni dari segi hemp, hemp yang mana dia punya…
Yang Berhormat, isu ini menarik. Saya boleh tambah masa sikit tapi jangan terlajak banyak sebab saya rasa di Parlimen ni depa dok bergaduh sebab tak sempat nak bincang benda yang isu macam ni.
Tapi Yang Berhormat, yang kawasan tak masuk lagi.
Saya bagi lagi 3 minit.
3 minit memang tak dan lah. Jadi kita cuba mencari dimensi lah. Maknanya kita bukan totally… untuk nak mengawal, tujuannya adalah untuk mengawal sebab saya tengok berapa tahun dah kita dok sembang kata kita tau ketum tak bagus apa semua kan, penyalahgunaan tu dan yang membimbangkan bila saya pergi sembahyang Jumaat boleh dikatakan berkali-kali ada Jemaah yang mai, tolong sat ada anak-anak muda, budak-budak sekolah pun dah ada yang ambil penyalahgunaan ni. Jadi kita pun memang dok pening dok fikir. Jadi bila kita legalise macam Thailand, saya faham apa yang Yang Berhormat katakan itu, itu memang satu… berapa-berapa kan… tapi pasal apa banyak? Maknanya dia ada industri. Bila ada industri dia akan lebih terkawal lagi. Jadi itu yang mana kita nak ni dari segi ganja. Disebabkan Yang Berhormat Speaker bagi 3 minit lagi, saya nak kena masuk kawasan sikit. Saya tengok dalam pembentangan belanjawan Yang Amat Berhormat Bintong ada tentang pencahayaan jalan, jadi saya mohon supaya dapat dipertimbangkan untuk pemasangan lampu jalan di dalam kawasan Kampung Padang Petani yang mana saya telah memohon sejak tahun lepas, kalau tak silap daripada KPLB, tetapi sehingga sekarang tidak mendapat jawapan. Penduduk amat berharap sebab keadaan di situ memang agak gelap, membahayakan keselamatan penduduk terutamanya. Dan yang kedua saya cuba singkatkan, yang kedua ada ramai yang dok tanya saya pasal status bangunan Sena Villa yang dekat dengan IPD Kangar, jadi kalau boleh EXCO yang berkaitan ni, sebab depa nak beli kot. Sebab dia tengok tak ada orang nak duduk lagi. Seterusnya ada penduduk, ini melibatkan antara 2 DUN kita, dengan Tambun Tulang Yang Berhormat, dia duduk di border antara… penduduk mohon untuk diturap jalan mini tar antara Kampung Jawi Alor Lancang yang bersambung ke Kampung Hutan Buluh yang mana penduduk 2 tahun dah minta dekat kedua-dua JKKK. Jadi masalah yang JKKK tak lepas tu kata masalah border DUN. Jadi itu yang saya highlight di sini yang mana pada kali terakhir diturap adalah pada tahun 2013. Dalam isu turap jalan ini juga saya ada menerima beberapa aduan yang lain, yang mana kalau boleh tu bukan hanya sekadar kita nak buat projek tapi kawasan yang betul-betul memerlukan sebab ada contohnya di Taman Harmoni yang dekat dengan Taman Sena Indah, penduduk mengadu kepada saya, bila turap lagi… maknanya tidak perlu diturap… bila diturap lagi akan jadi tinggi. Bila tinggi bonggol tu, kereta yang kebanyakkan la ni kan banyak yang lowered kereta, tak lepas dan sangkut. Jadi saya mohon ada tindakan segera untuk mengatasi masalah itu dan juga ada penduduk terutamanya di Repoh, ini isu signboard lorong. Ada beberapa lorong yang saya pun baru kena… rupa-rupanya dah tak ada signboard ni sejak pembesaran jalan tahun 90-an jadi saya harap mungkin boleh ni sebab dia akan… apa orang kata… sama dengan Waze apa semua akan bermasalah, tak kena lorong yang sebenarnya itu. Dan akhir sekali Yang Berhormat Speaker, saya turut dikunjungi oleh beberapa orang kontraktor kecil yang memohon supaya saya highlight dalam Dewan yang mulia ini, keluhan yang melibatkan 1000 lebih kontraktor G1 di Perlis dan juga 300 lebih kontraktor G2 di Perlis, iaitu berkaitan dengan borang sebut harga yang mana depa maklum, saya pun tak tahu benda ini, sejak Mei borang G1. Ia melibatkan 2 agensi yang naik… dah naik 3 sebenarnya… yang jabatan yang direct bawah Kerajaan Negeri melibatkan JPS dan JKR dah naikkan borang sebut harga. Saya faham kalau kata dasar untuk menjana pendapatan baharu tetapi mungkin ada pertimbangan kita boleh turun sikit sebab depa kata bukan depa beli sampai beratus-ratus ringgit tapi kadang-kadang tak dapat pun. Jadi yang mana melibatkan kalau G1 yang JPS dan JKR ni, kalau G1 melibatkan kenaikan 300% yang mana daripada RM10 kepada RM30, G2 kenaikan 500% RM10 kepada RM50 yang mana sebelum ini hanya RM10 sahaja. Depa maklum mula-mula JPS yang naik lepas tu JKR dan ini melibatkan agensi direct bawah Kerajaan Negeri, yang mana bukan keputusan semua. Depa juga bagi salinan kepada saya… saya tak boleh dedahkan di sini company, kot kena blacklist semua… yang mana BPD, SUK, dan Jabatan Pertanian masih mengekalkan RM10 lagi harga dan satu agensi lagi depa minta pertimbangan juga iaitu MPK. MPK sebelum ni kenaikan lagi drastik. G1 kenaikan sebanyak 500% daripada RM10 ke RM50, G2 1000% daripada RM10 kepada RM100. Jadi saya mohon mungkin ada pertimbangan untuk mengurangkan sikit dalam keadaan pandemik ni bukan semua kontraktor boleh dapat job, jadi kita cuba bantu semua rakyat yang terkesan di negeri ini. Jadi terima kasih pada Yang Berhormat Speaker kerana telah memberi laluan kepada saya. Saya mohon maaf ada terlebih masa. Jadi akhir kata terima kasih banyak dan Insya-Allah saya rasa tidak ada masalah kot untuk kita turut menyokong belanjawan ini. Terima kasih, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Sena. Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, pengarah-pengarah jabatan, rakan-rakan media dan tuan puan yang saya hormati sekalian. Selamat petang dan selamat sejahtera. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Dewan yang mulia ini kerana saya diberi peluang dan juga ruang untuk membahaskan Bajet 2021 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kelmarin. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan bajet 2021 kelmarin.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, prestasi ekonomi negeri, negara dan juga dunia. Pandemik COVID-19 tidak diundang sejak akhir tahun yang lepas telah menjadi satu cabaran bukan sahaja kepada pertumbuhan ekonomi negeri, negara, tetapi seluruh dunia. Ini satu tamparan hebat yang menukarkan cara dan juga corak hidup kita dan disusuri lagi dengan desakan ekonomi yang menyebabkan banyak perniagaan ditamatkan, pekerja diberhentikan, peluang pekerjaan terus menurun, aktiviti harian juga diperlahankan. Satu keadaan yang kita tidak tahu ke mana hadapannya selagi vaksin pencegahannya tidak ditemui. Namun kita masih perlu menghadapinya tidak kira dalam apa jua keadaan. Senario norma baru ini membimbangkan semua pihak dan rata-rata menghadapi kepayahan hidup yang tiada tempat untuk diadu. Ada yang sudah berluka, ini pula ditambahkan garam. Perkembangan di Perlis mungkin tidak terlalu terjejas atas sebab sumbangan sektor perkhidmatan sebanyak 66.2% yang sebilangan besarnya terdiri daripada perkhidmatan kerajaan. Saya ingin tahu sejauh manakah pecahan sektor perkhidmatan ini mengikut aktiviti-aktivi yang berlainan agar kami boleh ramalkan dan ambil tindakan terutamanya apabila berurusan dengan penduduk setempat dalam memberikan bantuan kepada mereka. Bajet 2021, kita alu-alukan pembentangan Bajet 2021 yang beriltizam untuk membantu meringankan beban dan juga memastikan kelestarian ekonomi Negeri Perlis yang berteras kepada pelaksana pembangunan yang merangkumi komunikasi berkesan antara pelbagai pihak dan juga agensi dalam melaksanakan tugas masing-masing dengan betul dan lancar. Kebajikan masyarakat yang melibatkan kajian yang menghalusi keperluan rakyat, salurkan bantuan tersasar atas masalah dapat diselesaikan dengan sempurna. Masyarakat harmoni, perkembangkan pendidikan sivik dan juga kesedaran awam dalam segala urusan harian terutamanya antara kaum yang berlainan. Keberkesanan pentadbiran, praktikkan urusan secara, dengan izin, ownership sehinggalah kerja ataupun tugas itu dilakukan dengan sempurna dan selesai. Faktor utama pemulihan ekonomi dan kualiti hidup rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, strategi satu, pemulihan ekonomi usahawan dan peniaga kecil. Selain daripada bantuan yang dicadangkan oleh Kerajaan Tempatan dan juga negeri kepada para usahawan, saya sarankan agar Kerajaan Tempatan dan negeri mengambil peluang ini untuk menarik balik anak muda… anak Perlis yang hilang pekerjaan di luar Perlis untuk datang balik ke Negeri Perlis untuk sama-sama membantu membangunkan negeri ini dalam pelbagai sektor. Salah satu sektor yang boleh dipertimbangkan adalah keusahawanan yang bersaskan digital. Kerajaan Negeri boleh lah menawarkan pakej insentif yang menarik kepada mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan mereka di Perlis khususnya anak Perlis. Ini amat bersesuaian kerana pengoperasian atau hak sesebuah syarikat digital tidak semestinya berdekatan dengan pelanggannya. Ia boleh dilakukan secara maya, dengan izin, virtual dan atas talian dalam menyokong perniagaan bukan sahaja di Malaysia tetapi boleh juga di seluruh dunia. Ini adalah antara cara yang sangat baik untuk mewujudkan usahawan baru dan mewujudkan lebih banyak pekerja yang bertaraf profesional di Negeri Perlis dan seterusnya meningkatkan peluang pekerjaan dan bilangan penduduk di Negeri Perlis yang dapat membantu menjana lebih banyak permintaan di pasaran dan kuasa pembelian yang lebih besar di Negeri Perlis dan seterusnya membantu dalam pembangunan ekonomi Negeri Perlis. Kemasukan penduduk dan orang ramai di Negeri Perlis akan merangsangkan dan mengaktifkan aktiviti perniagaan secara keseluruhannya dan pasti akan merancakkan lagi aktiviti-aktiviti pasar pagi, pasar tani, nat-nat dan sebagainya. dalam perkara yang lain, saya faham akan keperluan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan di kalangan peniaga pada masa kita menghadapi cabaran COVID-19. Namun saya mohon kerajaan kaji semula perniagaan konsep Perlis Bebas Niaga tetapi ditambahbaikan ke suatu konsep yang lebih teratur dan mudah urus dari semua aspek termasuk kebersihan, keselamatan dan kacau ganggu supaya tidak timbul permasalahan yang perlu ditangani pada masa akan datang apabila aktiviti perniagaan itu semakin maju dan berkembang. Alang-alang sudah mau bermula dari kosong, kenapa tidak kita terus aturkan yang terbaik dan tersusun agar peniaga dan pihak kerajaan tidak akan menghadapi sebarang permasalahan pada masa yang akan datang lebih-lebih lagi apabila perniagaan itu sudah maju dan ruang mula tidak mencukupi untuk para peniaga.
Sokongan untuk pertanian. Projek perintis pajak pengurusan Harumanis adalah satu percubaan yang baik. Walau bagaimanapun, kerajaan perlu ambil perhatian tentang keupayaan pengusaha itu menjaga dan menguruskan ladang berkenaan supaya tidak membebankan pihak kerajaan di masa yang akan datang. Jika ladang tersebut tidak dapat diuruskan dengan baik dan dikembalikan oleh Kerajaan Negeri.
Sokongan kepada aktiviti perhutanan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, syabas kepada keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan perhutanan. Saya mohon, sekiranya diizinkan, selitkan juga pendidikan dan penjagaan alam sekitar serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan perhutanan untuk orang ramai dan juga para pelajar sekolah sebolehnya. Pendidikan ini penting kerana ekoran daripada pendedahan yang diberikan, kanak-kanak sekolah akan sayang kepada alam sekitar dan mereka secara langsung akan menjaga persekitaran mereka. Mereka inilah generasi yang akan menjaga dan menerajui bumi ini pada masa akan datang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, strategi yang ketiga iaitu kebajikan golongan rentan. Pertambahan peruntukan kewangan sememangnya dapat membantu secara langsung dan paling cepat dapat dilihat keberkesanannya dalam kebajikan masyarakat. Namun, kajian telah menunjukkan banya keluarga yang bermasalah sebenarnya memerlukan juga bantuan dari segi pengurusan keluarga, pemulihan akhlak, bimbingan kaunseling, sokongan penjagaan, tempat perlindungan dan sebagainya. Maka dengan itu saya sarankan peruntukan kebajikan juga diperuntukkan untuk mewujudkan satu rumah kebajikan kanak-kanak, rumah kebajikan untuk warga emas dan oku dengan peruntukan tenaga pekerja sekali. Kita jelas mendapati ekoran daripada kekurangan peluang pekerjaan di Negeri Perlis, ramai anak muda mencari makan di negeri lain. Ramai ibu bapa yang tinggal keseorangan, berduaan atau tinggal bersama cucu cicit mereka di Perlis. Kebanyakkan warga emas ini lemah dan terabai kebajikan mereka. Sebagai kerajaan ke arah yang berprihatin, saya mohon Kerajaan Negeri ambil maklum dan kaji agar boleh mewujudkan rumah-rumah yang diungkitkan sebentar tadi secara berperingkat untuk keperluan dan keselesaan warga Negeri Perlis. Terima kasih atas keprihatinan kerajaan dalam menaikkan peruntukkan program agihan makanan asas. Saya ingin ketahui sama ada ia termasuk ADUN pembangkang atas kapasiti bahagian setiap DUN seperti mana yang telah dibentangkan dalam bajet 2021 kelmarin. Jika ya, saya bagi pihak warga Indera Kayangan mendahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, strategi keempat iaitu infrastruktur projek tebatan banjir. Saya ingin mengetengahkan beberapa permintaan dan aduan penduduk berkenaan banjir kilat yang perlu disegerakan tindakan dan sering berlaku di kawasan Indera Kayangan. Kawasan pertama melibatkan Lorong 3 Taman Perlis. Kita mendapati pertambahan penduduk di Taman Hijrah iaitu di belakang Taman Perlis telah menyebabkan ada keperluannya untuk membesarkan saluran longkang. Yang kedua, penyelenggaraan longkang besar di Jalan Bukit Lagi yang tiada tindakan setelah melebihi 2 tahun diadu.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bekalan air. Memandangkan bekalan air yang bersih dan selamat adalah sangat penting untuk kegunaan orang ramai, saya mohon peruntukan dan tindakan secepat mungkin untuk memastikan loji di Gunung Medan diberikan penyelenggaraan dan pantauan keselamatan yang sepatutnya agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Untuk taman permainan kanak-kanak dan gelanggang futsal, ini adalah aduan daripada kawasan Indera Kayangan juga, begitu juga dimohon untuk peruntukkan dan tindakan yang sewajarnya untuk beberapa taman permainan kanak-kanak ataupun gelanggang futsal yang sudah melebihi satu tahun aduannya iaitu di Taman Putra Utama yang telah saya ungkitkan kemarin, Taman Mutiara, Taman Kechor dan gelanggang futsal Taman Seri Guar. Satu lagi adalah laluan pejalan kaki dari Taman Bukit Kaya ke Taman Rekreasi bukit Lagi. Dalam isu keselamatan jalan raya, untuk makluman Dewan yang mulia ini, mungkin ramai yang masih ingat dengan kes kemalangan yang berlaku pada 3 Disember 2020 yang melibatkan seorang penunggang basikal di persimpangan masuk ke Pauh Jalan Persekutuan Changlun – Kuala Perlis. Saya mohon kajian dibuat, peruntukan diberikan dan tindakan diambil untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin di kawasan itu. Ini bukan kes yang pertama dan lawatan tapak tahun lepas bersama JKR tidak mendapat sebarang maklumbalas sehingga kini. Saya ingin memohon pencerahan. Sama juga satu aduan dan lawatan tapak tahun lepas di hadapan pintu sekolah SJKC Hwa Aik Arau yang memerlukan peruntukan dan tindakan segera atas sebab keselamatan dan pernah berlakunya kemalangan di kawasan situ.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, strategi kelima, perumahan dan premis perniagaan. Mendalami laporan stok harta tanah separuh tahun pertama 2020 dalam Rancangan Struktur Negeri (RSN 2030) saya amat tertarik dan ingin tahu pecahan stok rumah sedia ada sebanyak 26,150 unit dan 1422 unit dalam persediaan dan 3902 unit dalam perancangan mengikut kouta bumi dan non-bumi untuk kita ketahui sama ada penyediaan bilangan ini seimbang mengikut kehendak dan permintaan pasaran semasa rakyat di Negeri Perlis. Memandangkan adanya keperluan kita mengharungi dan menangani bersama dalam melawan pandemik COVID-19 dan berusaha sama membangunkan ekonomi di Negeri Perlis, saya sarankan pihak Kerajaan Negeri kaji semula sistem kouta perumahan untuk tanah pegangan bebas. Saya percaya kita seharusnya berurusan dengan berlandaskan kepada keperluan dan kehendak rakyat bukan lagi dibatasi oleh topik atau isu perkauman yang harus kita hindari. Dalam perkembangan lain, saya ingin cadangkan kerajaan mengkaji satu formula baru untuk program rancangan khas pembaikan dan pembinaan rumah dalam bentuk tanggungan bersama iaitu 80% ditanggung oleh peruntukan kerajaan dan 20% ditanggung oleh tuan punya rumah. Kita seharusnya jadikan rakyat lebih bertanggungjawab, lebih berdikari dan berjaya setiap kali mereka menuju ke hadapan. Dengan cara itu kita boleh memperbanyakkan sedikit penerima bantuan melalui peruntukan yang sedia ada. Strategi ketujuh, Perlis bersih Indah. Satu inisiatif yang sangat baik dan harus diteruskan kerana kita baru nak bermula. Saya cadangkan billboard yang berunsurkan pendidikan awam dalam isu ini diperbanyakkan dengan digantikan dengan terlalu banyak billboard yang memberikan ucapan perayaan. Selain itu, kerajaan boleh memberi insentif kepada mana-mana pihak yang ingin bekerjasama untuk gerakkan program dan kempen kebersihan atau tiada plastik yang seharusnya boleh mengurangkan sampah. Di samping itu, kerajaan boleh lah menjalankan kempen besar-besaran di peringkat sekolah untuk kurangkan penggunaan beg plastik. Tidak lupa juga pelaksanaan penguatkuasaan yang tegas. Sesungguhnya adalah lebih bijak untuk membelanjakan wang ringgit dalam pendidikan awam berkenaan kesedaran, menjaga kebersihan alam sekitar jauh lebih baik daripada membelanjakan duit itu untuk pengurusan sampah. Namun kita tahu ada juga keperluannya perbelanjaan itu tetapi kita boleh cuba meminimakannya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, fokus kedua, pemantapan penyampaian perkhidmatan. Strategi pertama, Perlis Go Digital. Ini adalah satu perancangan yang sangat baik. Capaian, dengan izin, big data yang menyeluruh untuk aktiviti perniagaan, perbelanjaan, data keluarga, amalan dan kebiasaan hidup, aliran kewangan dan sebagainya boleh lah diintegrasikan, digunakan dan diolah mengikut kesesuaian penggunaannya dalam urusan pejabat dan agensi kerajaan. Contohnya, maklumat e-Cencus boleh diterapkan dalam eKasih, JKM dan sebagainya untuk memaksimakan prestasi kerja agensi dengan lebih baik. Bukan setakat itu, jika diintegrasikan dengan sistem CCTV, dengan izin, smart parking dan kawalan keselamatan Negara dan sebagainya, ia boleh membantu menyenangkan kerja pengurusan dan berkemungkinan boleh mambanteras kes-kes jenayah juga pada suatu hari nanti. Dan ini selaras dengan saranan kerajaan ke arah Perlis Maju 2030. Strategi kedua, peningkatan kecekapan. Sesungguhnya kita berharap pencapaian yang cemerlang akan dipertingkatkan dengan semua kursus dan latihan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Diharapkan sifat tanggungjawab dan integriti itu sentiasa ditanam dalam jiwa kita apabila kita berkhidmat untuk rakyat dan negara. Walaupun kita terima elaun daripada pihak kerajaan tetapi ini sebahagian besarnya adalah hasil kutipan cukai yang dibayar oleh rakyat yang harus kita layani dengan saksama dan penuh keikhlasan. Selain daripada itu, kita juga harus berinovatif, peka dan cepat untuk menyesuaikan diri di dalam apa jua keadaan untuk melaksanakan dan menyelesaikan sesuatu kerja ataupun aduan rakyat. Sesungguhnya tiada siapa yang dilahirkan sempurna tetapi jika kita sanggup berusaha dan sudi belajar, kerja itu kita akan lakukan dengan lebih lancar dan sempurna. Bak kata pepatah, practice makes perfect.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, secara peribadi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih tak terhingga kepada barisan petugas sepanjang tempoh PKP yang masih berlangsung di sesetengah negeri. Syabas atas bantuan khas Kerajaan Negeri kepada semua penjawat awam. Walaupun ia bukan satu angka yang besar, tetapi ini satu penghargaan yang ikhlas atas pengorbanan anda semua kepada rakyat dan negara. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada anda semua. Sesudah kita bersembang bantuan khas kewangan, saya ingin membawa juga satu permohonan untuk memberikan pertambahan elaun untuk pegawai masjid yang terdiri daripada imam, bilal dan juga siak atas asas mereka juga banyak melibatkan diri dalam kerja amal dan kemasyarakatan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, fokus ketiga, pembangunan ekonomi mampan. Strategi kedua, pembangunan projek komersial. Terima kasih atas perhatian dan inisiatif yang diambil oleh pihak kerajaan dalam merancakkan kegiatan industri pelancongan. Namun kita masih lihat kurang lagi inisiatif kerajaan dalam memberi sokongan dan dorongan kepada golongan operator, dengan izin, khususnya yang beroperasi secara kecil-kecilan ataupun yang baru mahu beroperasi dalam perniagaan dan perkhidmatan dalam bidang pelancongan. Saya mohon pertimbangan kerjasama dan inisiatif boleh diberikan peruntukan kepada mereka yang baru hajat membangunkan industri pelancongan di Negeri Perlis supaya insentif ini boleh menyokong dan menolong mereka serta memangkinkan kegiatan industri pelancongan di Negeri Perlis.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam perkembangan lain saya cadangkan Kerajaan Negeri Perlis untuk membina satu menara yang bersimbolikkan ciri-ciri Perlis di pusat Bandar Kangar dengan universal design dan 100% mesra oku dan warga emas di samping sebagai satu tempat pelancongan yang boleh menyantuni golongan yang tidak berupaya untuk mendaki gunung ataupun bukit juga berpeluang untuk menghayati keindahan Negeri Perlis. Menara berkaitan boleh lah diselitkan dengan kapasiti sebagai menara cerapan bintang, mempunyai restoran di dalamnya, mempunyai tech-park di dalamnya dan sebagainya untuk tujuan kajian, pendidikan dan beriadah. Sebelum saya berundur, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan semua pihak sama ada agensi kerajaan, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan juga orang ramai yang telah memberi bantuan dan kerjasama pada Pusat Khidmat ADUN Indera Kayangan dalam menjalankan segala tugasnya. Dengan ini perbahasan saya menyokong Bajet 2021 yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Masa yang baik diuruskan. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Bintong, ahli-ahli Yang Berhormat serta semua wakil-wakil jabatan dan agensi negeri dan persekutuan serta semua hadirin dalam Dewan yang mulia ini. Dato’ Speaker, sebelum memulakan perbahasan saya berkenaan Belanjawan Negeri Perlis Tahun 2021 pada hari ini, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Dato’ Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk turut sama berbahas pada tengah hari yang mulia ini dan juga ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Bintong serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, serta pegawai-pegawai dan juga staf yang bertungkus lumus untuk menyediakan belanjawan untuk tahun 2021. Di kesempatan ini juga Dato’ Speaker saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota PDRM dan juga kepada keluarga mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang terkorban ketika bertugas di sempadan negara kita baru-baru ini. Semua maklumlah atas insiden tersebut dan juga kepada Koperal Norihan, saya mendoakan kesembuhan segera kepada beliau.
Yang Berhormat, saya rasa mereka berdua telah dinaikkan pangkat Sarjan, kalau saya tak salah lah.
Minta maaf kalau saya ketinggalan bab tu lah. Insya-Allah saya akan perbetulkan benda tu. Saya juga berharap pihak Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana, izin Dato’ Speaker, culprit yang menyebabkan insiden tersebut. Penyeludup tidak kisah lah daripada negara kita ini atau daripada negara Thailand. Dato’ Speaker, baru-baru ini, awal-awal tahun ini, negara kita dan dunia telah dikejutkan dengan pandemik COVID-19. Perlis sebagai sebuah negeri yang kecil juga tidak terkecuali dengan pandemik ini cuma alhamdulillah kes di negeri kita ini tidak seteruk di negeri-negeri yang lain. Di sini saya ingin merakamkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada barisan hadapan di negeri kita dan juga Kerajaan Negeri yang bertungkus lumus memastikan wabak COVID-19 ini tidak merebak ke dalam negeri kita. Tahniah diucapkan sekali lagi.
Dato’ Speaker, saya meneliti perbentangan belanjawan semalam oleh Yang Amat Berhormat Bintong dengan penuh teliti. Ada perkara yang amat dipersetujui dan ada juga perkara bagi pandangan saya perlu ditambah baik. Sebagai wakil penduduk bagi kawasan DUN Kuala Perlis, peranan saya adalah untuk menyampaikan hasrat penduduk di kawasan saya dan sebagai sebuah kerajaan, pandangan-pandangan mereka perlulah didengari dan perlulah diperhalusi oleh Kerajaan Negeri. Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perlis kerana banyak juga perkara yang saya bangkitkan melalui Dewan yang mulia ini ataupun melalui aduan kepada jabatan atau agensi berkenaan telah pun diambil tindakan. Antara perkara yang telah diambil tindakan ialah berkenaan aduan jalan kampung yang rosak, longkang-longkang rosak dan juga tersumbat dan pelbagai aduan yang lain. Antara aduan lain yang di dalam pertimbangan untuk dilaksanakan pada tahun hadapan adalah berkenaan dengan pembaikan longkang di Taman Semarak dan juga pembaikan longkang di RPA 2 Kuala Perlis serta kawasan-kawasan lain juga. Saya berharap agar peruntukan pembaikan longkang ini dapat ditambah pada tahun hadapan dan disegerakan, Insya-Allah. Suka juga untuk saya maklumkan di sini sekarang ini pembinaan lampu isyarat di persimpangan Jalan Sarawak, Jalan Dato’ Ali berdekatan dengan kedai kawasan perniagaan sangkar itu lah sedang dilaksanakan di mana saya pernah memohon di dalam Dewan yang mulia ini untuk mengurangkan kadar kemalangan di sepanjang jalan Sarawak. Alhamdulillah, pembinaan traffic light tu sedang berjalan dan mungkin sedikit masa lagi akan ada ujian lah untuk memastikan traffic light tu berjalan lancar lah. Saya juga berharap agar dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri ataupun daripada pihak JKR untuk membuat kajian berkenaan pembinaan satu lagi traffic light iaitu berdekatan dengan balai polis trafik Kuala Perlis. Kalau kita daripada highway nak masuk ke Kuala Perlis, jalan tu straight panjang kemudian ada satu simpang ke kanan menghala ke IKBN ataupun menghala ke Taman Semarak. Pada waktu puncak, jalan tu agak sesaklah. Kebanyakkannya penduduk di Seberang Ramai di bahagian kawasan RPA Kuala Perlis akan menggunakan jalan tersebut untuk ke Kangar selain daripada Jalan Dato’ Ali, kawasan tu akan jadi sesak. Kemudian pengguna daripada highway untuk masuk ke kawasan tersebut pun agak sukar sebab kenderaan daripada kedua-dua arah, daripada Pekan Kuala Perlis dan juga highway tu ia agak straight dan pengguna kenderaan sentiasa melajukan kenderaan di kawasan tersebut. Saya berharap ada kajian untuk membina lah traffic light di kawasan tersebut. Kemudian berkenaan pembinaan Kompleks Dataran Laman Ikan Bakar di Koma Laut, juga Insya-Allah menjadikan Kuala Perlis sebagai syurga makanan laut untuk pengunjung yang datang ke Negeri Perlis. Kompleks Koma Laut ini insya-Allah akan menyediakan tempat makan yang lebih selesa kepada pengunjung dan kelihatan lebih moden dan tersusun. Penambahbaikan perniagaan kepada peniaga ini amat dialu-alukan memandangkan gerai di Laman Brasmana agak uzur dan tidak selamat kena mendapan. Cuma di sini saya ingin bertanya, adakah projek yang sedang dijalankan ini menggunakan peruntukkan yang disediakan untuk tahun ini atau adakah peruntukkan projek ini, dengan izin Dato’ Speaker, advance dari peruntukan tahun hadapan yang dibentangkan semasa belanjawan semalam? Setahu saya fasa pertama untuk pembinaan Kompleks Dataran Makanan Ikan Bakar bersebelahan dengan Kompleks Koma Laut tu dah siap dan sekarang ini dalam fasa kedua, cuma saya nak tahu sama ada itu adalah peruntukkan yang dibentangkan untuk belanjawan tahun hadapan atau peruntukkan yang digunakan tahun ini. Kemudian tahniah juga diucapkan kepada Kerajaan Negeri kerana berjaya mewujudkan Brasmana Food Truck Flea Market (BFF) merupakan adalah tarikan terbaru di Kuala Perlis. Pada sidang-sidang sebelum ni kita semua sedia maklum ada juga ahli-ahli Yang Berhormat yang di sebelah sini dan sebelah sana mencadangkan agar dibina satu kawasan untuk menempatkan peniaga-peniaga food truck dan alhamdulillah Kuala Perlis iaitu di hadapan Brasmana dipilih sebagai lokasi untuk pendapatan Brasmana Food Truck Flea Market ini. Insya-Allah kita berharap kawasan tersebut nanti akan lebih meriah lah dengan wujudnya Kompleks Makanan Ikan Bakar di sebelah Koma Laut dan juga BFF ini. Alhamdulillah kawasan jeti tu dah nampak semakin rancak cumanya bila saya baru-baru ini… ada 2, 3 kali juga lah bila dah dirasmi BFF di hadapan Brasmana tu, saya ada melilau lah kot kawasan tersebut, cumanya lampu cantik… lampu hiasan yang tu memang cantik cuma bagi saya ada kekurangan sikit iaitu berkenaan lampu jalan sebab bagi saya apabila kenderaan parkir di kiri dan kanan jalan sepanjang daripada traffic light Koma Laut tu sehingga ke kawasan nak masuk ke Hotel Brasmana tu lampu jalan ni jadi malap. Bila kenderaan parkir di kiri dan kanan, kalau kita lalu tu satu jalan dah semakin sempit dan seperti semua kita maklum, yang bawa pengunjung datang ke situ adalah keluarga yang mempunyai anak kecil. Kadang-kadang kita takut especially masa dekat nak corner berhadapan nak masuk dengan Ocean Glow tu sebab situ selalu kenderaan akan slow lah, tapi saya risau takut apa, takut nanti ada lah budak-budak yang kadang-kadang seronok, excited. Depa bila nak pi ke kereta tu kita mungkin tak perasan sebab dengan keadaan lampu yang malap. Saya minta pencahayaan untuk lampu jalan tu dipertingkatkan di kawasan sepanjang jalan tersebutlah takut ada perkara yang tidak diingini berlaku lah di kemudian hari. Kemudian di kawasan jeti tersebut juga memiliki satu lot tanah milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis yang mana semua telah maklum sebelum ini kawasan itu dikhaskan untuk pembangunan bersepadu antara Tabung Haji Property dan juga Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis tapi telah dibatalkan pada tahun lepas. Saya berharap kawasan tersebut boleh dibangunkan semula, mungkin kita boleh guna pakai, dengan izin Dato’ Speaker, RFP lah, request for proposal. Cuba tengok mana-mana pelabur swasta yang berminat dan kita cuba bangunkan insya-Allah kawasan jeti itu akan menjadi semakin cantik dan semakin meriah dan memang akan menjadi bualan pengunjung lah yang datang sebab saya risau kalau pengunjung datang, dia tengok, oh ini tak berapa nak cantik, tang Brasmana Food Court tu dan juga Kompleks Ikan Bakar tu dia nampak cantik. Insya-Allah lepas ni bila dah dirobohkan Restoran Ikan Bakar yang sekarang ada ni, insya-Allah kawasan tersebut lebih cantik tapi agak cacat jika kita tidak membangunkan kawasan tanah yang terbiar itu. Di sini juga saya nak mencadangkan kepada Bahagian Perancangan Bandar Majlis Perbandaran Kangar, kita ada banyak kawasan rekreasi untuk joging, di Tasik Melati, di kawasan Gua Cenderawasih, di titi gantung di Pengkalan Asam, tapi kita belum mempunyai kawasan joging yang agak panjang di persisir pantai. Ya, kita ada wujudkan satu di kawasan Kurung Tengar tapi jogging track tu bagi saya agak pendek. Mungkin boleh Majlis Perbandaran Kangar, Bahagian Perancangan Bandar boleh mewujudkan satu lagi kawasan rekreasi keluarga di sepanjang persisir pantai di kawasan tersebut. Mungkin boleh buat trek joging bermula daripada Koma Laut ataupun boleh sambung terus daripada Kurung Tengar tu melalui kawasan hadapan perniagaan Kurung Tengar yang gerai banyak-banyak tu sampai ke Masjid Al–Hussein, masjid terapung. Insya-Allah kalau kita boleh buat tu, makin meriah lah di kawasan Kuala Perlis tu, dijadikan sebagai kawasan rekreasi.
Pencelahan Yang Berhormat. Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih. Setuju atau tidak Yang Berhormat Kuala Perlis, kawasan kunjungan baru lah dan jadi ramai sekarang di puncak Wang Kelian, tempat awan karpet. Jadi minta disediakan kemudahan di situ ya, bilik air dan sebagainya lah.
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Ini berkenaan dengan puncak Wang Kelian lah yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Tambun Tulang. Saya setuju dan alhamdulillah saya nampak ada perubahan. Baru-baru ini, sebelum ni tak ada pagar untuk melindungi pengunjung bergambar di kawasan tersebuh dan alhamdulillah selepas lawatan Duli Yang Teramat Mulia ataupun mungkin sebelum tu lagi dah ada penambahbaikan. Mungkin boleh disediakan fasiliti seperti yang diminta oleh Yang Berhormat Tambun Tulang lah insya-Allah, dan berkenaan gerai usahawan desa di kawasan Kuala Perlis, yang ni saya belum tahu secara detail berkenaan dengan gerai usahawan desa, saya mohon penjelasan daripada Dewan yang mulia ini, di mana lokasi dan cara pemilihan peniaga untuk kawasan tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyahut seruan Kerajaan Negeri Perlis untuk mewujudkan konsep Perlis Bebas Niaga. Alhamdulillah pada sidang yang lepas saya juga pernah mencadangkan beberapa perkara kepada Dewan yang mulia ini untuk kebaikan bersama peniaga dan alhamdulillah dalam belanjawan untuk tahun 2021 telah dimasukkan perkara ini. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih lah kepada Kerajaan Negeri Perlis kerana mendengar masalah-masalah penjaja ini. Cuma saya berharap selepas ini pihak penguatkuasa iaitu Majlis Perbandaran Kangar dapat menguatkuasakan sesungguhnya perkara-perkara 3K iaitu keselamatan, kebersihan dan juga kacau ganggu sebab kita maklum banyak peniaga yang tumbuh bagaikan cendawan selepas tempoh PKP ini tapi ada juga peniaga yang tidak mengambil serius berkenaan 3K ini. Yang banyak saya jumpa di kawasan Kuala Perlis bab kesihatan dan juga keselamatan tu alhamdulillah. Cuma bab kacau ganggu ni kadang-kadang depa suka berniaga dekat dengan simpang. Ini memang bagi saya tak bagus lah sebab kenderaan yang nak keluar dari simpang itu tak akan nampak bila ada kenderaan lain yang berhenti untuk beli makanan ataupun benda yang dijualkan oleh peniaga tersebut. Saya minta penguatkuasaan mengambil serius lah perkara ini.
Satu lagi Yang Berhormat, penguatkuasaan homestay dan juga tempat-tempat penginapan murah di Negeri Perlis, saya minta kekerapan Jabatan Agama dan juga polis untuk membuat rondaan ataupun pemeriksaan berkala kerana nampak ada unsur-unsur negatif yang tak berapa baik yang mula berlaku, kes rogol, kes seks di bawah umur dan sebagainya telah mula berlaku di negeri kita terutamanya di Perlis ni trend-trend yang sebegitu ia bermula pada bulan 10, 11, 12 tu, trend yang banyak berlaku pendakwaan di mahkamah. Jadi minta kekerapan untuk memeriksa yang terpencil di Jejawi tu terutamanya… di Kuala Perlis pun sama. Jadi tempat-tempat anak sekolah kita bukan hanya sekolah sahaja tetapi semua golongan yang harus dipantau untuk mencegah aktiviti maksiat yang saya rasa sudah agak berleluasa di Negeri Perlis.
Ok terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, saya berharap pihak berkuasa dapat menimbang cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Tambun Tulang. Sama-sama kita membantu mencegah jenayah-jenayah seksual ini Insya-Allah.
Dato’ Speaker, sepanjang tahun 2018 dan tahun 2019, saya juga banyak menulis surat permohonan peruntukkan kepada pejabat Timbalan Perdana Menteri, antaranya adalah masalah fasiliti Konkos Jeti Kuala Perlis dan alhamdulillah dengan bantuan penyediaan rancangan pembaikan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, satu lawatan tapak telah diaturkan antara Pejabatan Timbalan Perdana Menteri, Pejabat Pembangunan Negeri dan Perbadanan sendiri. Pejabat Timbalan Perdana Menteri ketika itu telah bersetuju meluluskan pembaikan fasiliti Konkos Jeti di Kuala Perlis untuk tahun ini, tapi mungkin disebabkan oleh PKP jadi carry forward lah. Dan alhamdulillah telah dimasukkan ke dalam belanjawan tahun 2021 oleh Kerajaan Negeri Perlis. Selain itu saya juga banyak memohon peruntukan daripada Pejabat Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Senarai tajuk untuk pembaikan telah dihantar dan telah dimaklumkan kebanyakkannya telah diluluskan. Alhamdulillah selepas Perintah kawalan Pergerakan yang pertama itu ditamatkan saya melihat banyak pembaikan yang telah dibuat ke atas permohonan dan aduan-aduan saya telah diambil tindakan oleh Kerajaan Negeri. Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Apa yang cuba saya sampaikan di sini Dato’ Speaker ialah jika ada kesungguhan dari kedua-dua pihak, insya-Allah, iaitu pihak kerajaan dan pembangkang, insya-Allah rakyat akan menerima manfaat kebaikan jika kita bersungguh-sungguh bekerjasama untuk mereka. Kita sama-sama bekerjasamalah untuk kebaikan rakyat, kita berusaha ke arah itu. Di sini juga Dato Speaker, saya juga berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan kami daripada blok pembangkang untuk menyediakan peruntukkan kepada kami ahli-ahli Yang Berhormat daripada blok pembangkang. Saya masih ingat pada tahun lepas di dalam Dewan yang mulia ini ketika berseloroh dengan Yang Amat Berhormat Bintong memohon peruntukan dan ketika waktu tersebut Yang Amat Berhormat Bintong ada bergurau dan berseloroh kembali dan mintalah Yang Berhormat di sebelah sini iaitu masa tu kami kerajaan minta peruntukan lebih daripada Kerajaan Pusat, insya-Allah kalau dapat, dia bagi dekat kami. Tahun ni Kerajaan Negeri, dengan izin Dato’ Speaker, dah align dengan Kerajaan Pusat, saya berharap kawan-kawan daripada blok kerajaan sebelah sini sama-sama lah tolong kenen Yang Amat Berhormat kot boleh tolong bagi dekat 3 orang ni. Boleh kot na Yang Amat Berhormat Bintong na. Insya-Allah… ok… alright. Bukan apa, ini untuk kebaikan penduduk di kawasan kami juga untuk kami menganjurkan program, aktiviti…
Yang Berhormat, mohon pencelahan…
Soalan sikit YB…
Saya bagi Yang Berhormat Sena dulu sebelum saya bagi dekat Sanglang.
Ok, adakah… nak minta pendapat Yang Berhormat lah, tentang peruntukan sebab kita tengok situasi di… kalau di Kedah pun dalam belanjawan Kedah memang ada disediakan peruntukan untuk semua Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk blok-blok pembangkang dan juga yang terbaru di Johor. Jadi adakah Yang Amat
Berhormat bersetuju? Bukanlah banyak, sekadar RM100,000 ke RM150,000 sahaja setahun. Terima kasih.
Ok saya bagi dulu pada Yang Berhormat Sanglang sebelum saya jawab.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, takpalah tak ada masalah, itu terpulang pada Yang Amat Berhormat nak bagi tak bagi. Tapi masa dulu jadi kerajaan, jadi wakil rakyat selari dengan Kerajaan Pusat, ada minta peruntukan untuk kami ka?
Ok, saya jawab dulu lah kepada Yang Amat Berhormat Bintong…
Bantuan khas one-off yang saya sebut tadi, RM25 juta yang kerajaan Pakatan Harapan bagi dekat negeri tahun 2019.
Saya jawab dulu lah kepada Yang Berhormat Sanglang. Dulu, masa awal-awal dulu, blok kerajaan di sebelah sana dengan sebelah sini masa tu Yang Berhormat Sanglang dan Guar Sanji dia dok tang ni, dia tak dok tang tu lagi. Dulu masa tu tang ngam lagi. So kita tak boleh la nak tolong minta. Tapi alhamdulillah, setelah dah ngam tu, boleh la dia dapat kot tahun ni insya-Allah. Kemudia saya bersetuju dengan Sena lah berkenaan negeri Kedah…
Minta laluan Yang Berhormat…
Sekejap Yang Berhormat Tambun Tulang, bagi saya selesai sikit. Saya bersetuju lah dengan Yang Berhormat Sena di mana Kerajaan Negeri Kedah dan juga Johor memberi peruntukan kepada ADUN-ADUN pembangkang lah. Begitu juga di Negeri Pahang, walaupun tak banyak tapi sekurang-kurangnya ada untuk kami memudahkan urusan pusat khidmat kami dan juga penduduk-penduduk di dalam kawasan. Itu yang saya amat berharap lah Yang Amat Berhormat Bintong sebab semalam pun sebelum dia bentangkan belanjawan Yang Amat Berhormat Bintong, saya tanya sikit sebelum tu, ada tak untuk kami? Dia kata ada. Insya-Allah lah kita tengok lepas ni kot dia boleh bagi, insya-Allah. Alright saya bagi ..
Terima kasih Yang Berhormat Dato’Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Saya minta maaf Yang Berhormat bintong, bukan saya nak support lah, kita mulakan dimensi baru sebenarnya. Tak banyak pun tak apa, sekurang-kurangnya belanja mengurus, kita mulakan dimensi baru. Kalau kita masih lagi ikut golongan-golongan noble ni, golongan-golongan bangsawan dalam arena politik pada masa ni, sampai bila pun pemikiran kita dalam keadaan jumud dan konservatif, dan saya bukan tentang Yang Amat Berhormat Bintong, kalau Yang Berhormat Bintong nak buat keputusan tak apa tapi ini pandangan sahaja. Apa salahnya kita keluar dari kepompong ini, kita mulakan satu gerakan atau dimensi yang menyatukan, baru elok. Maknanya selepas pilihan raya semua bai’ah untuk negeri dan rakyat. Itu yang saya minta. Minta maaf Yang Amat Berhormat Bintong…
Demi sidang yang harmoni.
Ok, terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Ya saya bersetuju di awal-awal perbahasan Yang Berhormat Tambun Tulang pun tadi dia ada sebut kita ni sebagai Ahli Dewan yang mulia ini biarlah kita berkelahi ketika kita berkempen semasa pilihan raya sahaja. Selepas tu kita sama-sama…
Mencelah Yang Berhormat. Boleh mencelah sikit?
Dipersilakan Yang Amat Berhormat.
Ini bukan nak jawab direct kepada apa yang dimohon oleh Yang Berhormat daripada Sanglang yang disokong oleh beberapa Yang Berhormat lagi tapi kepada Yang Berhormat Tambun Tulang ni. Sepanjang pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan saya lah, tak pernah pun kami menjadikan diri kami sebagai bangsawan. Sebenarnya kami juga marhaen seperti mana yang lain-lain. Terima kasih.
Tak… saya Dato’ Speaker, saya bukan nak kata kepada kita-kita ni, kita-kita ni sama sahaja Yang Berhormat. Yang saya maksudkan golongan noble ni di pusat… di pusat, bukannya di sini. Ada beberapa orang yang saya anggap memang pun itu golongan noble, bangsawan… tapi di pusat ni, Yang Amat Berhormat, dah pimpin dengan baik dan kita pun dah bagi bai’ah, penyatuan integrasi politik kita baik, Speaker Dewan lancar hari ni buktinya. Tak ada orang-orang yang merendahkan Tuan Speaker, tak ada orang yang merendahkan YAB dan buktinya pembangkang dengan Perikatan Nasional menyokong projek. 100% YAB, 100% bai’ah. Bukan senang nak dapat ni. Bermakna kepimpinan Yang Amat Berhormat dihargai, diiktiraf. Itu yang saya kagum. Jadi why not kita pertimbangkan dimensi baru sebab Yang Berhormat, saya bukan nak minta… injury time sikit… nak bandingkan dengan DPRD ataupun ADUN Indonesia, jauh pendapatan kita. Dia sewa keta bulanan, sewa rumah sahaja, sewa rumah bulanan hampir RM28,000 sebulan. Jauh lebih mewah, lebih besar ADUN di Indonesia. Jangan pandang lekeh negara Indonesia. ADUN Perlis RM13,800 tak ada apa-apa kalau dibandingkan dengan mereka, mereka ketawa saja dekat kita. Gaji ahli-ahli politik di Malaysia ni jauh berkali-kali lebih rendah. Standard kita sama dengan Laos, Kampunchea dan Papua New Guinea ja. Nak bagitau Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya bagi sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Bintong.
Untuk makluman Yang Berhormat daripada Tambun Tulang, Nigeria salah sebuah negeri yang termiskin di dunia tapi elaun dan gaji Ahli-ahli Yang Berhormat mereka merupakan di antara yang tertinggi di dunia. Melebihi $100,000 US dollar sebenarnya setahun. Tapi saya bagi jaminan lah bahawa kita akan melihat apa yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat berkenaan dengan peruntukan itu dengan pertimbangan yang terbaik, insya-Allah.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Bintong. Saya juga nak ambil kesempatan dekat sini kalaulah pihak di sana nak mengusulkan kenaikan gaji kami tak akan kata tidak menyokong, tidak akan kata berkecuali lah, terpulang lah dekat sana sebab semua Ahli-ahli Dewan yang mulia ini terutamanya Ahli-ahli Yang Berhormat ni semua faham kita sebagai wakil rakyat, kita ni kadang-kadang dah macam pejabat kebajikan. Semua rakyat di kawasan tersebut depa memang akan mai cari kita, minta duit itu, inilah. So dengan peruntukkan gaji kami yang ada ni, memang saya akui memang tidak mencukupi untuk membantu penduduk-penduduk di kawasan. Saya selit lah sikit berkenaan dengan elit, bangsawan, saya faham Yang Berhormat Tambun Tulang tidak maksudkan Yang Amat Berhormat Bintong sebagai bangsawan. Yang kita semua setuju adalah politician, ahli-ahli politik yang lama, yang saya kira sebagai warlord dan juga bangsawan ni kadang-kadang depa mencatur ni menyebabkan kita yang kat bawah ni jadi susah. Kita tengok sendiri lah kemelut politik yang sekarang mungkin di Perak yang bergaduh ni bukannya daripada pihak kami blok Pakatan Harapan, tetapi sesama Perikatan Nasional. Walaupun kami tidak bersama dalam Perikatan Nasional itu, tapi kami juga tidak bersetuju sebab bila terjadinya kemelut politik ni, keadaan ekonomi itu tidak stabil. Rakyat semakin membenci kita sebagai ahli politik. Kami ni yang muda, yang baru lagi ni pun sekali terima tempias ini. Itu saya berharap kita sebagai Negeri Perlis ini yang kecil ini yang hanya mempunyai 3 Parlimen dan 15 DUN ni yang mana saya kalau pi KL kawan-kawan selalu perli, selalu cakap hampa 3 Parlimen 15 DUN pun berkelai teruk. So mungkin kita boleh ubah dinamikanya, kita boleh mulakan dengan Perlis, kita boleh cuba betulkan…
Menarik isu ni sebenarnya. Tadi YB Razman telefon YB Shukri, saya suruh pi jawab di luar. Dewan Undangan Negeri Perak bersidang sekarang tanpa ada kerajaan. Mereka bersidang sekarang. Jadi semua agenda yang dibaca oleh Tuan Speaker ditangguh, tangguh, tangguh, tangguh. Jadi kita lihat, kita bersyukur sebenarnya. Dewan Undangan Negeri Perlis kita lancar, berpakat, muafakat dan kalau ada sikit-sikit tu seronok-seronok saja tak bagi mengantuk. Jadi ni Perak sedang bersidang sekarang tapi menangguhkan semua perkara termasuk bajet negeri. YB Razman baru telefon. Itu…
Sikit lagi pasal Yang Berhormat sebut kecik-kecik lagi kan… kecik-kecik cili padi sebab saya tengok potensi yang kita ada tu terutama Tuhan bagi ada cuaca yang terbaik untuk kita manfaat lagi sektor pertanian, saya rasa kita tak mustahil kita akan meningkat dengan drastik pendapatan selepas ini kalau kita boleh dalam beberapa perkara yang saya sebut tadi. Terima kasih.
Mencelah… mencelah lagi ni. Rancak, rancak. Mencelah lagi Yang Berhormat, boleh ya?
Dato’ Speaker, sebab masa saya ni dah banyak. Saya minta tambahan masa sebab saya pun dah yang terakhir dah. Makan memang dah sedia dah kat luar. Habis ni memang kita dah confirm makan.
Diluluskan, diluluskan.
Suasana ni nampaknya mesra, jadi dah nampak bunyi Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana terutama yang bertiga ni pun nampak macam friendly. Jadi tak boleh ka kalau kita semua samakan… masuk je lah Barisan Nasional.
Terima kasih Yang Berhormat Amat Bintong, yang tu bukan keputusan kami, kami ni kecik-kecik ja yang kat bawah ni, itu kat atas. Tapi yang saya dok dengar tu pasal Perak ni nampak macam dok nak jadi tu… ha… kita tengoklah macam mana. Macam Yang Berhormat Sanglang tadi cakap untuk kebaikan semua penduduk, semua boleh setuju…
Kalau boleh lantik saya jadi utusan pendamai untuk selesaikan masalah ni, saya bersedia sebab pengalaman saya amat banyak, saya bersedia.
Insya-Allah, insya-Allah.
Jangan jadi macam 2008 dulu Yang Berhormat.
Kena ada check and balance sikit.
Nampak meriah hari ini setelah apa yang terjadi, setelah COVID, kadang-kadang COVID ni rahmat kepada kita untuk kita duduk kembali, berbincang balik apa tujuan kita dipilih sebagai Ahli Dewan yang mulia ini, sebab apa, kita dipilih untuk rakyat. Itu sama-samalah kita selepas rahmat yang Allah bagikan kepada kita berkenaan COVID ni, sama-sama kita bangunkan negeri kita ni, insya-Allah kita doakan. Saya nak sambung sikit lagi, sikit ja Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya nak habiskan sikit beberapa point lagi berkenaan beberapa hal di kawasan saya lah. Berkenaan dengan Program Agihan Makanan Asas, bersetuju ditingkatkan daripada 500 ke 1500. Saya berharap pihak kerajaan boleh mempertimbangkan kami wakil-wakil rakyat daripada blok pembangkang ini dalam program tersebut sebab sebelum ini kami tak dimaklumkan bahawa ada wujud program bulanan bernilai 500 itu dan dimaklum dan insya-Allah boleh jemput kami bersama untuk membantu. Kemudian tadi Yang Berhormat Sena pun ada bangkitkan borang tender yang dinaikkan nilai daripada nilainya berbeza daripada… nilai ditingkat daripada 100%, ada yang sampai 500%. Sebenarnya kontraktor-kontraktor ni tak ada masalah untuk membayar perbezaan peningkatan nilai tu tapi janganlah nilai tu meningkat mendadak. Mungkin daripada RM10 naik kepada RM20 setiap borang tender tu. Jangan lah naik sampai RM50, RM100 ke apa, itu bagi bebanan kepada kontraktor-kontraktor ini. Kemudian terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perlis melalu JPS untuk projek pembaikan hakisan pantai Kampung Padang Cina Bukit Putih. Tapi baru-baru ni saya ada buat lawatan tapak bersama dengan pegawai-pegawai JPS, MADA, JKR, MPK di kawasan sekitar Kuala Perlis lah semasa hari hujan sebab saya setuju juga dengan Yang Berhormat Guar Sanji, jangan kita pi melawat ketika tak ada apa-apa masalah. Kita merancang melawat ketika hujan lebat dan saya berharap masa baru ni saya pi masa tu tak hujan lebat dan saya berharap lepas ni ketika hujan lebat saya tak kisah lah, insya-Allah, untuk pegawai-pegawai ni turun, tak kisah lah ketika hujan lebat time Maghrib ka malam, baru kita boleh nampak punca-punca kenapa air ini tersekat dan alhamdulillah sebelum ini, 2, 3 minggu lepas masa hujan lebat, saya sendiri pusing ke banyak kawasan Kuala Perlis dan saya jumpa punca-punca tu dan dalam minggu lepas saya dah bawa beberapa orang pegawai ni tengok punca-punca tu dan depa maklum dan saya berharap peruntukan tambahan diberikan untuk baik pulih longkang-longkang dan saliran-saliran ni.
Berkenaan tadi pembaikan hakisan pantai Kampung Padang Cina. Selain daripada pembinaan benteng hakisan laut, satu lagi masalah yang saya jumpa untuk mengelakkan air laut ketika pasang besar ni masuk ke kawasan bendang mendap iaitu kawasan jalan hubungan desa yang rendah di Kampung Seberang Jaya berdekatan dengan Dewan Orang Ramai Seberang Jaya. Yang ni memang saya sendiri pernah tengok ketika air laut pasang besar. Air masin itu masuk melalui sungai di sebelah kampung ini, masuk ke kawasan saliran parit JPS tu. So air itu pulak akan pergi ke kawasan bendang lah. Mohon dipertinggikan kawasan tersebut. Kemudian berkenaan dengan penggunaan resort dan makanan di Pantai Bukit Putih iaitu projek swasta lah. Mohon dihalusi berkenaan dengan kajian keselamatan sebab kawasan tersebut sangat dekat dengan sempadan negara kita, insha-Allah. Kemudian kempen Hari Tanpa Beg Plastik ini saya menyahut baik cadangan ini walaupun dulu kalau kita Ahli Dewan ini kita ingat balik ketika Negeri Pulau Pinang dan Selangor cuba memperkenalkan Hari Tanpa Beg Plastik pada hari minggu diserang teruk. Memanglah masa itu depa ada minta setiap pembeli kena bayar RM0.20 kalau nak minta penggunaan beg plastik. Walaupun kita terlambat sikit tapi kita menyahut baik saranan ini. Dan juga satu lagi saya mohon, berkenaan polistirena. Kita semua sedia maklum Negeri Perlis dah memang haramkan polistirena, tapi saya tengok masih banyak lagi kedai-kedai yang menggunakan polistirena. Minta penguatkuasaan bersungguh-sungguh lah ke atas perkara ini. Satu lagi berkenaan mekanisme simpanan sampah di dalam kawasan-kawasan kampung nelayan di Seberang Ramai lah dan juga kawasan-kawasan kampung nelayan di sebelah Kepala Batas, Kuala Perlis. Mohon diwujudkan mekanisme seperti kenderaan bergerak dan menggajikan penduduk di kawasan tersebut untuk mengutip sampah sebab kita faham kawasan kampung ni bukan lah kawasan yang kutipan hasil, kawasan tidak berhasil. So mungkin kita boleh melalui JPKK ataupun pemimpin setempat boleh mewujudkan beberapa pekerjaan kepada penduduk kampung dan Kerajaan Negeri menyediakan kenderaan untuk memudahkan pengutip-pengutip sampah ni membawa sampah keluar daripada dalam kawasan kampung ke jalan utama lah, insha-Allah kita berharap.
Saya nak sebut, mungkin isu ini agak sensitif juga tapi sebelum ni saya pernah bangkitkan dan Yang Amat Berhormat Bintong pun pernah jawab. Di sini ada satu memo daripada Persatuan Anak Kuala Perlis. Bukan saya yang initiate benda ini, ini penduduk kampung sendiri yang initiate benda ini melalui persatuan. Mereka telah mengumpulkan tanda tangan melebihi 1000 orang penduduk di kawasan Seberang Ramai dan juga memo ini ditandatangani oleh kesemua pemimpin JKK di kawasan Seberang Ramai memohon agar Kerajaan Negeri memberi peluang, memberikan geran tanah kepada mereka sebab saya pun tidak dilibat uruskan ketika baru-baru ini berkenaan… adalah Pejabat Tanah pergi ke sana berbincang bab tanah. Saya tidak tahu detail perkara ini cuma kadang-kadang dapat sedikit maklumat daripada wakil-wakil persatuan menceritakan kepada saya. Saya berharap pihak Kerajaan Negeri, insya-Allah, boleh memperhalusi perkara ini sebab pada sidang yang sebelum ini Yang Amat Berhormat Bintong pun pernah cakap ada tanah di persisir sungai itu yang telah diberikan geran tetapi bukan semasa pentadbiran beliau lah. Kita berharap mungkin kita boleh tengok balik benda ini untuk kebaikan bersama antara Kerajaan Negeri dan juga penduduk setempat. Saya ada dekat sini, susur galur berkenaan Kuala Perlis semua ada dekat sini. Ini disediakan sendiri oleh penduduk Persatuan Kuala perlis lah, insya-Allah dan depa juga ada buat jual, RM35 kalau tak silap saya copy untuk Ahli Dewan yang mulia ini memahami detail berkenaan Kuala Perlis. Berkenaan market Kuala Perlis, banyak kali dah lawatan tapak dan saya sendiri pun pernah dimaklumkan yang dah diluluskan tetapi saya tidak tahu kenapa sampai sekarang masih tidak ada pembaikan. Mohon jawapan. Pernah juga saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini Dato’ Speaker berkenaan komples kawasan perniagaan makanan di sepanjang jalan menghala ke Kurung Tengar bermula daripada traffic light ke kanan ke jeti, ke kiri ke kawasan Kurung Tengar tu. Kalau petang-petang hari minggu tu memang jem dekat situ dan fasiliti kat situ kurang memuaskan… toilet, sumber air semua tak ada. Saya faham kawasan itu adalah rizab MADA dan MADA pun tidak ada apa-apa pembangunan untuk kawasan tersebut. Mungkin kita boleh berbincang untuk naik taraf kawasan tersebut memandangkan itu kawasan tumpuan, insya-Allah. Saya juga berharap agar peruntukan disediakan untuk membina laluan pejalan kaki bermula daripada pekan Kuala Perlis hinggalah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis, sebab apa, sebab laluan tersebut adalah merupakan laluan utama pejalan kaki terutamanya pelajar daripada kampung-kampung Seberang Ramai dan juga Kampung Seberang Tok Pi Kampung Bahagia ke sekolah menengah. Selain itu, kawasan tersebut juga adalah merupakan laluan utama orang-orang warga emas yang hendak pergi ke pejabat pos dan klinik kesihatan. Placement-nya dah ada cuma ditambah bumbung sahaja untuk memudahkan pergerakan-pergerakan pelajar ni dan juga warga emas.
Kemudian berkenaan tangka air, terima kasih Kerajaan Negeri, proses pembaikan telah dibuat di tangki Kuala Perlis itu. Cuma saya nak tahu, sebelum ni saya rasa saya dah pernah tanya dah dengan Yang Berhormat Kayang dan dia dah beri jawapan cuma saya terlupa untuk saya nak update balik dengan penduduk kawasan saya. Insya-Allah dengan pembaikan tangki air ini, tekanan air di kawasan Kuala Perlis akan selesailah masalah dia. Cuma saya nak tau bila dijangka siap? Bab pelancongan, kita diberikan peruntukkan RM1 juta lebih melalui belanjawan semalam. Seperti biasa ada Pesta Angin Timur, Perlis Marathon, Pesta Air, cuma sini saya mungkin ada nak tambah sikit. Sekarang ni semua maklum, berbasikal ni adalah trend dan saya dimaklumkan, saya pun baru juga jadi pengayuh basikal ni, bila saya join semua dan pusing Perlis, banyak kawasan laluan trek berbasikal di jalan raya kita ni jalan yang sesuai untuk kita mengadakan aktiviti perlumbaan basikal even though, dengan izin Dato’ Speaker, laluan kita lasak di dalam hutan pun adalah yang sesuai untuk aktiviti berbasikal mountain bike. So mungkin Yang Berhormat Chuping boleh bincang balik untuk mewujudkan satu perlumbaan basikal di Negeri Perlis lah sebab benda ni memang mendapat permintaan yang tinggi lah sekarang ni, kalau kita tengok trend ni. Berkenaan nelayan, saya tak tengok ada disentuh nelayan dalam perbelanjaan semalam. Mohon mungkin ada inisiatif daripada Kerajaan Negeri untuk membantu juga golongan-golongan nelayan ni. Depa juga mungkin tak banyak, adalah sedikit terutamanya nelayan persisir pantai. Mungkin kita boleh tengok balik apa yang kita boleh bantu mereka. Mungkin dari segi bantuan alat tangkapan ikan… memang wujud dah sebelum ni dari LKIM tetapi tak pernah cukup. Mungkin kita boleh tengok balik perkara tersebut. Saya bersetuju dengan Sanglang, Guar Sanji, Sena berkenaan dengan… cuma Sena sorry, saya kurang sikit bersetuju dengan dia sebab dia setuju dengan legalise sebab saya kurang sikit bersetuju bab tu. Tapi ada perkara yang saya boleh bersetuju dengan dia iaitu kita boleh kaji balik ketum ni untuk kita tengok apa kesan ketum ni kepada perubatan. Tapi dari segi untuk legalise saya kurang bersetujulah. Saya masih… saya lebih bersetuju dengan Sanglang dan juga Guar Sanji lah. Kita patut tengok balik…
Yang Berhormat… saya alu-alukan Yang Berhormat bersama dengan kami.
Terima kasih. Benda yang baik kita sokong, benda yang kurang baik kita berhujah dulu.
Tak… ni… saya duduk na? Lain kali ADUN Kuala Perlis, persidangan Dewan, bawak ikan temenung sorang 3 kilo, temenung perut labuh. Bagi semua Ahli Dewan, pengarah-pengarah sebagai hadiah, sidang-sidang yang akan datang, insya-Allah kalau kita bersidang. Itu yang baik.
Inya-Allah, insya-Allah, insya-Allah. Tapi la ni musim candat… musim candat la ni. Kita bawak sotong kot lepas ni. Alright, izinkan saya Dato’ speaker, sikit ja lagi tak banyak dah. Ya, kita setuju untuk ketum ni kita ambil tindakan yang tegas kepada penyeludupan dan penyalahgunaan lah. Saya faham ada orang yang minum tu untuk sekadar nak segarkan badan. Bagi saya itu tidak bermasalah tapi penyalahgunaan ini adalah sangat bermasalah sehinggakan kita… ada satu insiden yang bukan baru tapi dah lama dah, even saya punya kereta sendiri pun awal tahun ni pun pernah kena langgar dengan penyeludup di kampung saya sendiri. Sebab apa? Sebab geng penyeludup ni kena serbu, depa tak tau jalan dalam kampung saya, depa jalan terus sampai ke rumah mak saya, kereta saya parking dekat situ, kereta saya kena langgar. Tapi alhamdulillah tak teruk lah kereta saya tu cuma bahaya, penyeludupan ni tak bagus lah perkara ini, ketum ini. Kita mohon semua bersama-sama kita menyokong usaha Polis Diraja Malaysia untuk mengekang penyeludupan ketum ini. Kemudian saya nak ambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan jutaan terima kasih lah kepada Jabatan Pertanian yang menganjurkan program tanaman Harumanis secara serentak baru-baru ini dan pembekalan benih Harumanis dan insya-Allah juga lepas ni pula akan diberikan sayur-sayuran lah untuk ditanam di rumah. Selain itu juga, untuk makluman Dewan yang mulia ini, syabas saya ucapkan kepada warga Masjid Saidina Abu Bakar di Seberang Ramai sebab untuk program bawah seliaan Jabatan Penerangan iaitu berkelompok ni, tanaman jagung secara berkelompok ni, saya serahkan kepada masjid dan alhamdulillah setakat hari ini Kuala Perlis adalah yang pertama dah siap kawasan tapak cuma tunggu untuk terima benih sahaja untuk start tanam. Kawasan Masjid Saidina Abu Bakar tu depa buat belakang masjid depa lah. Ada dekat tanah wakaf dekat masjid tu dan alhamdulillah depa dah pilih 15 orang asnaf dalam kawasan Seberang Ramai tu untuk menjalankan perniagaan. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Jabatan Pertanian dan juga Jabatan Veterinar semalam yang telah membekalkan benih anak ayam kampung sebanyak 20 ekor. Sikit lagi yang Berhormat Dato’ Speaker, berkenaan dengan imam Masjid Abu Bakar…
Berapa lama lagi tu Yang Berhormat?
Sikit lagi… dah ada point untuk ini… last. Berkenaan Imam 2 Masjid Saidina Abu Bakar. Saya dimaklumkan bulan lepas, Imam 1 memang dah mai daripada pensyarah KUIPs, kemudian dimaklumkan pada baru-baru ini, Imam 2 juga ditukar sebab… bagi saya kurang wajar lah untuk menukar kedua-dua imam ni yang bukan daripada… sekurang-kurangnya at least kekalkan seorang warga tempatan sebab warga tempatan ni dia lebih kenal dengan penduduk. Saya mohon tindakan kepada perkara ini. Tadi dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Sanglang berkenaan dengan kawasan jeti Kuala Perlis cetek yang dia tak boleh balik daripada Langkawi. Tadi saya pun ada bersembang dengan Yang Berhormat Beseri dan juga Kayang, saya dah share dah Yang Berhormat Dato’ Speaker sendiri pun dah tengok dah tadi print screen dalam Google Map tu, kita dah bincang untuk menyelamatkan peruntukan yang kita kira hampir RM14 juta untuk 2 tahun untuk projek pengorekan untuk mendalamkan laut. Tadi saya dah share dah sikit pandangan saya kepada Yang Berhormat Kayang dan Dato’ Speaker sendiri sudah dengar. Semoga boleh diutarakan kepada Jabatan Laut lah perkara ini. Saya faham ini adalah urusan di Kerajaan Persekutuan tapi mungkin kita boleh tengok balik.
Yang Berhormat Dato’ Speaker dan semua Ahli Dewan yang mulia ini, sekali lagi saya mohon jika ada tersalah cakap, terkasar bahasa, terpandang negatif kepada saya ini, anggaplah untuk kebaikan kita semua bersama dan kebaikan bersama untuk rakyat Negeri Perlis. Saya memohon mengundur diri, saya dengan ini menyokong penuh belanjawan Negeri Perlis tahun 2021. Sekian terima kasih, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian, dengan baik dan dalam keadaan yang cukup harmoni. Walaupun masa yang diambil tu lebih, tapi saya percaya kelebihan itu untuk kelebihan Yang Berhormat juga untuk makluman-makluman yang terdapat di kawasan Yang Berhormat.
Penangguhan DewanAdjournment
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan buat hari ini dan akan disambung semula pada hari esok, Khamis, 10 Disember 2020 jam 9.30 pagi. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
(Persidangan ditangguhkan pada jam 2:25 petang)