Perlis · 10 December 2020
14th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 190 turns · 27,577 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerlis publishes one PDF per sitting day, but nothing after 9 Aug 2023 although the assembly has kept sitting. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan mula bersidang.
Doa
Doa.
(Bacaan doa oleh Penolong Setiausaha Dewan)
Pemasyhuran daripada Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri
Pemasyhuran oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri.
Bismillahirahmanirahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Berhubung aturan mesyuarat kita pada hari ini, urusan mesyuarat Dewan selepas ini akan diteruskan dengan sesi soal jawab lisan berdasarkan urutan soalan yang terkandung dalam kertas perintah mesyuarat Dewan. Mana-mana soalan yang tidak sempat dijawab secara lisan jawapannya akan dikemukakan kemudian secara bertulis oleh pihak kerajaan. Setelah itu, Dewan akan berehat sebentar dan apabila disambung semula, usul Pembangunan Negeri Perlis Tahun 2021 dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2021 yang kedua-duanya membentuk Anggaran Bajet Negeri Perlis Tahun 2021 akan dibuka semula untuk maklum balas dan penggulungan oleh pihak kerajaan dan seterusnya diluluskan. Kesemua urusan mesyuarat kali ini akan diselesaikan pada hari ini juga dan setelah itu, Dewan akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf sekiranya aturan atau arrangement yang dibuat pada persidangan pada kali ini mendatangkan kesulitan kepada Ahli Yang Berhormat dan para hadirin sekalian. Langkah-langkah yang diambil adalah sesuatu yang dirasakan wajar dalam situasi di mana negara kita masih lagi belum pulih daripada gelombang penularan COVID-19 bagi memastikan kita terus kekal dalam status hijau lebih-lebih lagi apabila rentas sempadan antara negeri telah dibenarkan semula. Penganjuran suatu majlis yang melibatkan kehadiran yang ramai dan terkumpul sememangnya terdedah kepada risiko penularan apabila kita semakin kerap bergaul secara rapat di antara satu sama lain, dan ia adalah suatu yang sukar untuk kita kawal atau elak sepenuhnya. Namun demikian, sebagai penganjur, pihak Dewan bertanggungjawab mengambil langkah-langkah yang dirasakan perlu untuk kebaikan kita bersama dengan mengambil kira pandangan daripada agensi-agensi yang berkaitan seperti MKN dan Jabatan Kesihatan Negeri. Walaupun ramai di antara kita tidak bertindak sebagai frontliner dalam peperangan melawan COVID-19 ini, namun kita juga bertanggungjawab untuk mengamalkan norma-norma dan pendekatan-pendekatan baharu bagi menyokong frontliner kita yang tidak henti-henti bertungkus lumus berperang sejak sepuluh bulan yang lalu. Dan pihak Dewan juga mengucapkan terima kasih dan syabas kepada frontliner khasnya di Negeri Perlis. Sekian, terima kasih.
Soalan-Soalan LisanQuestions
Soalan-soalan lisan.
Soalan-soalan lisan, dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang.
Terima kasih Dato’ Speaker, saya kemukan soalan nombor 1.
(Soalan 1 : Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah kekurangan benih padi sah, benih padi yang tidak menepati piawaian dan kenaikan harga yang tidak munasabah yang menimbulkan keresahan petani di Negeri Perlis setiap kali musim menanam semula?)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih YB Tambun Tulang, saya mohon izin untuk menjawab untuk soalan ini bersekali dengan soalan nombor dua, soalan daripada Yang Berhormat Sanglang, nombor tujuh juga dari Yang Berhormat Tambun Tulang dan soalan nombor sebelas daripada Yang Berhormat Indera Kayangan.
(Soalan 2 : Masalah benih padi sah masih belum selesai. Apakah tindakan pihak berkuasa negeri?)
(Soalan 7 : Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menyuarakan hasrat pesawah di Negeri Perlis supaya diberi kuota khusus bagi benih padi sah yang dianggarkan setiap musim 7,000 metrik tan?)
(Soalan 11 : Apakah usaha dan peranan Kerajaan Negeri dalam membantu menyelesaikan isu benih padi dari segi kawalan mutu dan harga untuk jangka masa panjang?)
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada masa ini, mekanisme pengeluaran dan pembekalan benih padi sah dilaksanakan oleh semua syarikat pengeluar benih padi sah yang telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Pada tahun 2020, 9 buah syarikat pengeluar benih padi telah dilantik MAFI dan tempoh perlantikan tersebut akan berakhir pada 31 Disember 2020. Secara umumnya, kekurangan bekalan benih padi serta situasi kenaikan harga disebabkan oleh faktor-faktor berikut: (1) Kecenderungan petani memilih benih daripada varieti tertentu; (2) kesukaran mendapatkan benih padi bersubsidi di pasaran; (3) petani tidak mengikut jadual penanaman yang disyorkan oleh pihak berwajib; (4) situasi panic buying benih padi di kalangan petani terutamanya di kawasan utara semasa Musim 2/2020 di mana petani di mana bergantung sepenuhnya kepada air hujan untuk bertanam menyebabkan jumlah permintaan benih padi melebihi jumlah pengeluaran yang dijangkakan untuk tempoh tersebut; (4) eksploitasi harga antara pengeluar dan agen; dan (5) tempoh masa yang singkat antara musim penuaian Musim 1/2020 (Julai-Ogos 2020) dan aktiviti penanaman Musim 2/2020 (September-Oktober 2020). Di antara langkah-langkah kerajaan untuk mengatasi masalah kekurangan benih padi ini adalah: (1) Mengemaskini dan meneliti perancangan penanaman supaya selaras dengan keperluan dan permintaan benih padi bagi setiap musim penanaman melalui mekanisme mesyuarat pra-musim sedia ada. Mesyuarat persediaan dan perancangan ini melibatkan Jabatan Pertanian, MADA, MARDI dan pengeluar-pengeluar benih padi di mana telah dipersetujui bahawa kuota yang tidak dapat dipenuhi akan ditampung oleh pengeluar yang lain dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang juga akan membuat tempahan benih lebih awal bagi memudahkan syarikat pengeluar membuat perancangan; (2) Menetapkan jadual bekalan air dan permulaan bermusim bersama pemimpin-pemimpin peladang dengan mengambilkira situasi bekalan benih; (3) Mengemaskini stok bekalan benih padi sah secara mingguan; dan (4) Mengaktifkan kesemua agensi terlibat di bawah MAFI untuk lebih sensitif dan responsif terhadap isu berkaitan serta membuat pemantauan berkala.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerajaan juga sentiasa peka dan memandang serius sekiranya terdapat dakwaan atau isu berhubung kawalan kualiti dan mutu benih padi sah. Jabatan
Pertanian Malaysia bertindak selaku agensi pengesah di bawah Skim Pengesahan Benih Sah (SPBP) bagi memastikan benih yang dikeluarkan oleh pengeluar benih padi yang dilantik mengeluar dan membekal benih padi mengikut syarat dan piawaian yang ditetapkan. Hanya pengeluar yang dilantik oleh MAFI layak memohon untuk mendapatkan perkhidmatan di bawah skim ini. Skim ini hanya terhad kepada pengeluaran benih berdaftar dan sah sahaja. Varieti-varieti yang dikeluarkan juga adalah daripada varieti yang telah diluluskan oleh Kerajaan. Untuk makluman, benih padi sah yang dikeluarkan telah melalui satu proses pemeriksaan di ladang dan juga makmal mengikut piawaian Skim Pengesahan Benih Padi (SPBP) Jabatan Pertanian. Berdasarkan pengumuman Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Makanan baru-baru ini, pihak MAFI akan melaksanakan penstrukturan semula keseluruhan rantaian pengeluaran dan pengedaran benih padi di negara ini dengan berteraskan beberapa inisiatif berkuatkuasa mulai tahun hadapan. Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) juga telah dilantik sebagai pemborong dan pembekal tunggal dalam program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) dan pembekalan diedarkan terus kepada pesawah. Pelantikan NAFAS sebagai pemborong tunggal untuk mengedarkan benih padi sah diharapkan dapat menjadi suatu kaedah penyelesaian terbaik dan bersepadu serta membolehkan penetapan harga siling benih padi sah dilaksanakan tanpa melibatkan tambahan peruntukan insentif daripada kerajaan, mengelakkan manipulasi benih padi sah dan harga di lapangan menerusi pembelian tanpa kawalan oleh pelbagai pihak di pintu kilang serta dapat menyediakan stok penimbal benih padi sah bagi menangani isu-isu krisis seumpama ini pada masa hadapan. Di Perlis kita bercadang untuk wujudkan ladang benih sekurang-kurangnya kalau nak untuk keperluan kita sebanyak satu musim 3,600 metrik tan iaitu keperluan kita sebanyak 500 atau 600 hektar sawah untuk ladang benih dan juga selepas kita membuat penyediaan untuk ladang benih, kita akan mohon untuk wujud satu loji benih di Perlis melalui PPK-PPK yang ada dan diharapkan juga kepada semua YB-YB yang ada terutamanya kawasan bendang, mohon jasa baik untuk memaklumkan kepada petani-petani supaya mendaftar dengan PPK untuk dapat benih yang mana sebelum ni mana daftar dengan PPK semua dapat, cuma lewat atau cepat saja untuk mengelakkan daripada membeli daripada pengedar-pengedar dan di PPK, ikut menteri… press conference bersama saya, mereka akan menetapkan harga padi benih tidak melebihi RM35 sekampit iaitu 20kg. Juga kita mohon jasa baik daripada petani-petani supaya dapat menyediakan benih sendiri seperti masa-masa yang lepas. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan, terima kasih Yang Berhormat Simpang Empat atas jawapan yang pada saya memang menepati fakta yang berlaku sekarang ini. Cuma Dato’ Speaker, saya ingin menyinggung beberapa perkara. Benih padi ni dia terletak di bawah 070201 coding dia, iaitu benih dan semaian Dato’ Speaker dan syarat-syarat yang harus ada kepada pengeluar benih kalau menggunakan teknologi moden dia mesti ada colour spotter ataupun indented cylinder dia panggil yang boleh kelas long grain, short grain, panjang pendek apa semua ni yang baik yang tak baik, kena ada yang tu. Tetapi pengeluar-pengeluar yang telah diberi hak untuk mengeluarkan padi benih ni dia tak dak mesin, banyak yang tak ada mesin, cuma ada premis yang disewa, gudang dan sebagainya. Ini berlaku dimasa dahulu dan ini sebab itulah bila diberi kepada orang yang tidak ada kemampuan maka benih yang dikeluarkan juga tidak bermutu. Itu yang pertama. Yang kedua tanah, tanah Perlis ni Tuhan bagi anugerah tanah yang berlain dari state yang lain. Walaupun jiran kita Kedah, dia pun tak sama dengan kita. Yang Berhormat pun sendiri tahu dah lama dalam industri ini. Tanah Perlis nasi dia tak akan basi walaupun tidak diletakkan warn sign ataupun tanda panas itu, sampai pagi esok pun kita boleh buat nasi goreng lagi kalau beras Perlis. Jadi bermakna kata, penunjuknya di sini, benih padi Perlis macam Yang Berhormat katakan tadi, kita akan hasilkan dalam bentuk ladang harus dihasilkan di tanah Perlis sendiri. Saya rasa keperluan dia bukan 6,000 lebih dah, dia melebihi 7,000 metrik tan semusim. Yang Berhormat kata tadi 3,000 lebih… satu musim termasuk kawasan MADA dan luar MADA dan kemudian tindakan yang terakhir yang kementerian ambil saya bersetuju, itu hak pengedaran dan pengeluarnya diberi kepada NAFAS memang itu bagus lah. Itu pun balik dekat petani dan petani boleh menikmati daripada awal, daripada huluan sampai ke hiliran, itu kita ucapkan terima kasih dan Yang Berhormat cadangkan cara dahulu kita jemur panas itu memang yang terbaik, tetapi petani sekarang siapa mahu yang berenyah ataupun nak buat kerja yang berat-berat? Di peringkat mengendalikan urusan padi pun mereka menggunakan handphone dan menggunakan kaedah upah dan sebagainya. Itu yang berlaku, petani kita ni macam tu sebab daripada awal kita tak educate, tak mendidik mereka untuk tahu benda tu kalau tak elok tetap tak elok. Macam kita kahwin lah, nak tegur isteri kita benda tak elok itu kita tak boleh keluar tapi benda ni kita kena cakap Yang Berhormat, dia ada kebenaran dia, kena cakap kebenaran tu. Apa pandangan Yang Berhormat, kekurangan dan isu yang berlaku akhir-akhir ini disebabkan oleh mainan dan peranan orang tengah yang sengaja menimbulkan isu ini bagi membolehkan mereka menaikkan harga padi benih ini, terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat atas pandangan tu dan memang kita di Perlis saya dah bersama dengan jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pertanian bermesyuarat dan berbincang dan kita dah… akan tubuh satu team untuk wujud yang pertama sekali ladang benih di MADA dan luar MADA. Sekurang-kurangnya kena ada 600 hektar tu untuk 25 ribu hektar bendang. Nak tahu sebanyak tu macam mana nak buat? 25 ribu kali dengan tujuh kampit iaitu 140kg satu hektar… tau tak? Dia akan guna lebih kurang 7,000 tan satu tahun. Kita dah juga bincang pihak PPN negeri di PPK-PPK, 11 buah PPK di bawah kelolaan PPN negeri dah berbincang dan mengambil peranan untuk wujud loji benih dan saya dalam misi saya dengan menteri pun saya dah cakap direct, menteri kata you apa nasib baik pemangku KSU you orang Perlis. Jadi kita pun lega lah, jadi kita akan mohon selepas ni. Tetapi apa pun nak kena ada ladang benih dulu kalau tidak nak buat macam mana. Untuk kalau settle tu memang kita boleh sedia sebab ada kita akan melibatkan… bagi saya, saya akan cari di Perlis ni YB Tambun Tulang pun tahu ada beberapa kilang terutamanya kilang Bernas yang kita boleh guna sebab dia nak guna padi, kita nak guna benih, kita boleh guna satu buah kilang dia daripada ada dua buah kilang untuk semata-mata operasi benih. Tujuan dia kita nak benih di Perlis orang kata benih yang berkualiti. Saya tahu YB Tambun Tulang pun dah tahu juga sebab padi di Perlis sejarah semasa saya bersama beliau di Bernas kalau nak beli beras di Perlis kena beli beras di Selangor atau Kelantan. Kalau Selangor beli 100 tan di Kelantan baru dapat beras Perlis satu tan sebab beras Perlis beras yang sedap terutamanya masa dulu kawasan luar MADA, dia tanah berpasir dan sebagainya. Cuma penghasilan tu di kawasan luar MADA tu sekarang ni meningkat dah 1 tan lebih. Dijangka kita dalam proses kerajaan juga untuk pelan-pelan kawasan luar MADA tu di MADA kan, tau tak? Kita akan ikut lah dari masa ke semasa yang tu. Sekian, terima kasih.
Ada hasrat Yang Berhormat nak jawab soalan YB Tambun Tulang tentang permainan harga?
Kartel… kartel padi benih.
Untuk permainan harga ni kita tahu la macam YB Tambun Tulang kata petani kita buat dengan handphone, dengan motor. Cakap handphone pusing tengok padang dia, clear, lepas tu kita ada orang tengah. Sebab tu selepas ni tadi saya dah cakap saya cadangkan semua petani-petani yang nak benih pi daftar di semua PPK, awal lah, sekarang boleh daftar dah, pi daftar di PPK. Kita akan jual benih ikut keluasan bendang. La ni padi benih siapa ada duit boleh pi beli. Tengok lot tu kalau sepuluh ribu kampit bayar cash, sepuluh ribu kampit, sekarang ni. Akan datang Kementerian Pertanian akan bagi pada NAFAS akan salur kepada PPK, di PPK akan buat daftar macam baja tu. Bila padi benih dah siap pakat mai ambil. Saya ingat benda tu akan ni dan Kementerian Pertanian pun tak mahu tetap harga dan tak lebih daripada RM35 20kg. Pihak petani yang dapat harga tinggi ni bukan… kalau YB Guar Sanji dia rajin tengok WhatsApp, kalau kes banjir pun 4 orang tu lah juga WhatsApp. Kalau kes padi benih pun 4 orang tu juga WhatsApp. Saya pernah minta tolong kawal selia padi beras, hang pi tengok sat… tak dan setengah jam depa telefon kat saya, “YB, kami cari makan, jangan keras sangat.” Tau tak? Saya harap dalam Dewan yang mulia ni, semua YB-YB tolong balik bersama dengan petani-petani bagi tahu depa sebenarnya padi benih di PPK tidak melebihi RM35 sebelum ni jual. Yang sapa yang mana beli di PPK tak melebihi RM35 sebelum ni dan tak dak petani yang tak dapat benih. Sekian, terima kasih.
Mohon pencelahan. Terima kasih YB Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Empat atas penjelasan berkaitan dengan perancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah pembekalan padi benih dan juga pembekalan padi benih yang bermutu. Saya bersetuju sangat sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Tambun Tulang berkaitan dengan kita perlu menyediakan tapak sendiri untuk mengeluarkan padi benih sebab mengikut iklim kita sendiri, padi kita baik dan bermutu. Oleh kerana demikian, kalau kita lihat apa yang diputuskan oleh kerajaan, pembekalan padi benih ni akan diberi melalui NAFAS tetapi kita lihat NAFAS dia pun mempunyai sejarah kegagalan dalam membekalkan baja-baja kepada para petani. Jadi saya ingat isu ni mungkin akan berulang, tak akan bertemu dengan penyelesaian yang tepat. Oleh kerana itu, kalau kerajaan bercadang untuk buat… apa nama… tapak pembenihan ini sangat baik dan saya nak tanya bila perancangan ini akan dimulakan? Pasai kita dengar selalu dah dan kerap dengar kerajaan cadang nak buat tapak pembenihan. Jadi bila nak buat?
Jadi ringkas cerita dia ladang benih dah ada dah 270 hektar di kawasan MADA dan Luar MADA. Sekarang ni Tambun Tulang pun ada, Guar Sanji pun ada, di PPK Paya pun ada, Beseri pun ada. Cuma tak sampai target jumlah kita sebanyak keperluan kita. Bagi saya saya target sekurang-kurangnya ada 600 hektar, sekarang baru ada 50-40 percent lebih saja dan dijangka dalam masa terdekat ni, musim akan datang, sambil kita mohon loji, ladang benih akan mencukupi. Sekian, terima kasih.
Kompleks yang dicadangkan… mohon pencelahan Dato’ Speaker… mencadangkan kompleks Kuala Perlis. Ada tak mesin indented cylinder? saya nak tanya yang tu saja, kalau tak dak pun tak guna juga YB.
Untuk maklumat YB, terang-terang saya habaq saya akan mohon untuk guna kompleks Kuala Perlis.
Dak, mesin ada atau tidak?
Kita akan pasang mesin di situ.
Ok… jutaan ringgit tu Yang Berhormat.
Untuk BERNAS dia dapat kontrak, 10 tahun setengah juta dia tak heran dah.
Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji. Soalan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 3.
(Soalan 3 : Apakah perancangan dan usaha kerajaan untuk menyelesaikan masalah banjir dan banjir kilat di Guar Sanji dan Pauh?)
Selamat pagi dan salam sejahtera, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada YB Guar Sanji. Di antara lokasi yang kerap berlaku banjir kilat di Guar Sanji adalah Laluan Persekutuan di antara Seksyen 12 dan Seksyen 13. Hasil siasatan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis mendapati saiz parit tepi jalan sedia ada tidak mencukupi untuk menampung kapasiti air selain daripada air larian daripada permukaan jalan iaitu air daripada pembangunan taman perumahan dan juga tadahan dari tapak pertanian. Sehubungan dengan itu, JKR telah mengemukakan permohonan peruntukan penyelenggaraan tahun 2021 untuk kerja-kerja menaik taraf sistem saliran tepi jalan tersebut kepada Ibu Pejabat JKR sebagai keutamaan tertinggi. Seterusnya, kerjasama daripada agensi lain terutamanya daripada pihak MADA amat diperlukan untuk memastikan titik curahan terakhir sentiasa diselenggara. Lokasi yang kerap berlaku banjir kilat di Pauh pula adalah di Jalan Negeri R6 sekitar kilometer 4.5 yang disebabkan pembinaan laluan masuk ke tanah persendirian yang menggunakan saiz pembetung yang kecil serta tidak dapat menampung air longkang sewaktu hujan lebat. Sehubungan dengan itu, JKR akan melaksanakan kerja-kerja penggantian pembetung tersebut dengan seberapa segera. Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri
Perlis (JPS) juga mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah banjir dan banjir kilat di kawasan DUN Guar Sanji dan Pauh sepanjang tahun 2020. Antara usaha-usaha yang telah dibuat adalah seperti meninggikan ban sungai di Kampung Titi Besi dan Kampung Kebun, membina struktur pintu kawalan banjir di Kampung Titi Besi dan Jalan Rani Estate serta menaik taraf kolam takungan banjir di Kampung Rambai. Kerja-kerja penyelenggaraan parit sedia ada dan kolam takungan turut dijalankan di sekitar Bumbung Lima, Pekan Diraja Arau dan Pekan Pauh.
Bagi tahun 2021 pula, JPS merancang untuk menaik taraf sistem saliran di Bandar Diraja Arau, Kampung Kebun serta menaik taraf struktur kawalan di Kampung Alor Setar, Pauh. Selain itu, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) juga melaksanakan beberapa langkah mengikut bidang kuasa atau tanggungjawab MPK. Bagi perparitan di kawasan Pauh dan Guar Sanji, terutamanya bagi longkang di dalam kawasan perumahan yang di bawah seliaan MPK, proses pembersihan longkang dilaksanakan oleh syarikat yang dilantik oleh SWCorp secara berkala. Ini bertujuan untuk memastikan kelancaran air tidak terganggu. MPK juga turut melaksanakan kerja-kerja pembaikan pada struktur longkang yang mengalami kerosakan. Bagi perancangan jangka panjang, MPK telah menetapkan bahawa sebarang paip utiliti yang merentangi longkang tidak lagi dibenarkan kerana menjadi halangan kepada kelancaran pengaliran air longkang serta boleh menjadi perangkap sampah yang menjejaskan kelancaran pengaliran air. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan ya Yang Berhormat.
Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Titi Tinggi. Saya ingin tanya Yang Berhormat, bila berlaku hujan yang agak melebihi had lah dan hujan yang deras dan berlaku dalam beberapa hari, kandungan itu tidak mampu untuk menampung aliran yang keluar cepat ke laut disebabkan oleh aliranya yang bahasa orang Perlis kata dia corner banyak macam ular tu dan kadang-kadang access tu mai ke Alor Redis contoh dia buangan ke sungai di lebuh raya dan dia patah balik ke sungai Tambun Tulang… dia jadi macam tu. Jadi, saya tak tahu di antara MADA dan dengan JPS ini dia ada tak synchronizing? Ada berunding tak dalam hal ni? Kalau hujan biasa tak ada masalah, kalau air laut tidak pasang tidak mungkin akan berlaku. Tapi kalau berlaku, dia kapasiti dia terlebih, dia tidak sempat nak buang, dia mesti berlaku banjir kilat dan orang-orang dan rumah yang sama yang terlibat Yang Berhormat. Kesian, kadang-kadang setahun tiga kali terpaksa mereka tukar perabot, sampai macam tu. Dia naik dalam kadar yang begitu tinggi dan cepat dan berlaku juga kerosakan walaupun dinamakan banjir kilat. Jadi tindakan-tindakan sebegini bagaimana kita nak melihat satu perbincangan khusus di antara agensi ini untuk kita atasi masalah ini dengan infra yang sedia, ada bukan nak tambah infra, infra yang sedia ada dahulu, terima kasih.
Terima kasih YB, atas perancangan untuk… sebab banjir kilat di Negeri Perlis sering berlaku apabila air hujan yang kita dapat tak terkawal sebab kapasiti yang berapa banyak tu kita tak dapat tahu. Tapi bila kebelakangan ini banjir kilat kerap berlaku di DUN Pauh atau di Guar Sanji, kita dapati mungkin pembangunan yang pesat menular di kawasan itu. Jadi pihak JPS dan JKR memang dalam tu ada perbincangan untuk macam mana nak mengatasi banjir kilat yang sering berlaku di kawasan tersebut, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Sena.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 4.
(Soalan 4 : Apakah Garis Panduan (SOP) untuk Syarikat Air Perlis semasa memilih kawasan tumpuan (hotspot) bagi penggantian paip usang yang sering pecah / bocor, dan kawasan manakah yang telah dikenal pasti sebagai hotspot dan berapakah purata kekerapan kes paip pecah / bocor di kawasan-kawasan tersebut?)
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Sena, pihak Syarikat Air Perlis (SAP) meletakkan garis panduan mengikut beberapa faktor utama bagi pemilihan kawasan tumpuan penggantian paip air usang berdasarkan peruntukan serta kajian. Antara faktor-faktor yang diberikan keutamaan adalah, paip berusia dan usang jenis asbestos cement (AC) yang tidak tahan pada tekanan tinggi termasuk paip-paip komunikasi pengguna jenis besi galvanised iron yang telah tersumbat dan berkarat. Terdapatnya juga aduan kebocoran paip, ketiadaan bekalan air akibat tersumbat serta mengalami tekanan air rendah. Faktor yang lain yang diambil kira adalah juga adalah antaranya paip air utama yang saiz diameternya kecil dan tidak mampu untuk menampung permintaan bekalan air daripada pengguna. Masih terdapat paip-paip utama di bahu jalan bersaiz 100 mm dan 150 mm diameter perlu dinaik taraf untuk memastikan tahap kualiti serta tekanan air yang baik disalurkan kepada pengguna. Paip air yang berusia juga menyumbang kepada kualiti air yang kurang memuaskan disebabkan oleh mendapan kekotoran di dalam paip tersebut.
Antara kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti oleh pihak SAP sebagai kawasan tumpuan ataupun hotspot dan disenaraikan untuk cadangan penggantian paip adalah di Jalan Besar Kuala Perlis, Jalan Alor Sena, Santan dan Jalan Mata Ayer. Selain daripada itu, purata kekerapan bagi aduan kebocoran paip dan tekanan air rendah disebabkan paip komunikasi tersumbat adalah purata antara 20 hingga 30 kes setiap bulan dan selain daripada itu terdapat juga faktor atau permasalahan lain yang mendorong kepada kerja penggantian paip iaitu keadaan jajaran paip yang tidak lagi berada di bahu jalan JKR setelah terdapatnya kerja-kerja pelebaran dan juga naik taraf di persimpangan-persimpangan utama.
Yang Berhormat Dato’ Speaker soalan tambahan. Jadi jangkaan perancangan kerajaan tu untuk dalam tempoh 2021 ni adakah akan dilaksanakan? Juga saya dimaklumkan last punya kerosakan terutama di kawasan Taman Sena Indah tekanan air makin rendah selepas pembaikan yang baru lepas. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Projek untuk penggantian paip ini kita akan lakukan secara berkala lah setiap tahu. Sebenarnya kita ada banyak senarai paip yang perlu diganti ataupun dinaik taraf dan 3 yang saya sebutkan tadi tu yang di Jalan Besar Kuala Perlis, Jalan Alor Sena – Santan dan juga Jalan Mata Ayer ini adalah yang kita jangka untuk laksanakan pada tahun depan lah, tahun 2021, dan bagi aduan-aduan tekanan air rendah terutamanya di kawasan perumahan ini pihak SAP akan membuat kajian ataupun menyemak tekanan valve yang ada di kawasan tersebut untuk memastikan keadaan ini adakah berlaku di keseluruhan taman ataupun hanya untuk rumah-rumah tertentu sahaja kerana ada kes-kes tertentu tekanan air bila kita lihat saluran utama untuk masuk ke taman tu adalah sesuai dan mencukupi dan mungkin ada berlaku masalah tersumbat di bahagian yang mana-mana yang perlu disiasat di dalam mana-mana jaringan jalan dalam taman tersebut kerana kemungkinan akan berlaku kebocoran ataupun paip-paip yang tersumbat.
Yang Berhormat, dia melibatkan banyak penduduk sebab dia aduan yang ramai. Seorang tolong wakil bagi tahu, terima kasih.
Ok, Yang Berhormat. Yang ni saya… pihak SAP akan menyiasat selanjutnya berkenaan dengan aduan tekanan paip rendah di Taman Sena Indah.
Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 5.
(Soalan 5 : Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam menangani dan menyelesaikan masalah Air Tak Berhasil (Non Revenue Water) Negeri Perlis yang mencatatkan kehilangan air sebanyak 124 juta liter setiap hari bersamaan lebih 60 peratus bekalan air bersih setiap hari?)
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Indera Kayangan saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan nombor 6 daripada Yang Berhormat Kuala Perlis.
(Soalan 6 : Berapakah peruntukan yang telah digunakan dan akan disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk baik pulih masalah air di Negeri Perlis, dan apakah jenis pembaikan serta jumlah peruntukan untuk kawasan DUN Kuala Perlis bagi tahun 2020 dan 2021?)
Untuk makluman Yang Berhormat, program untuk menangani NRW ini telah saya jawab beberapa kali di jawab dalam sidang DUN yang lepas dan berkaitan NRW ini, projek ini telah sebenarnya telah pun berjalan sejak Januari 2020 yang lalu awal tahun yang lalu yang mana dengan kos projek sebanyak RM39.7 juta dimana komponen dalam projek ini ialah penggantian meter air pengguna berjumlah 32,000 unit yang rosak dan berusia tujuh tahun ke atas. Kemudian komponen pemasangan meter SIV di semua loji rawatan air, membaik pulih dan membina baru bagi tangki-tangki air utama yang rosak sebanyak 6 unit tangki iaitu di tangka air Kuala Perlis sebanyak 2 unit, tangki air Simpang Empat 3 unit dan tangki air Arau 1 unit dan membangunkan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan menubuhkan unit NRW termasuk termasuk pembinaan Pusat Kawalan NRW di Repoh, Perlis. Dan kemajuan projek terkini untuk program NRW ini adalah… sekarang adalah 29.57 sebenar, berbanding 24.7 jadual, jadi sedang mendahului kemajuan lah. Namun bagi mempertingkatkan lagi usaha untuk menangani NRW ini, Kerajaan Negeri dalam pembentangan bajet pada Selasa yang lepas oleh Yang Amat Berhormat Bintong telah memperuntukan sebanyak RM2.4 juta pada tahun depan kepada SAP untuk tujuan pembaikan segera paip-paip air yang bocor dan juga naik taraf paip-paip yang tertentu disamping menubuhkan satu Skuad Pantas SAP yang akan menerima aduan terutamanya melalui aduan hotline SAP. Dan selepas tamatnya projek NRW ini pada tahun 2022 nanti, perancangan untuk melaksanakan program NRW di negeri ini akan diteruskan dengan pewujudan kawasan-kawasan zon bermeter (DMZ) oleh Unit NRW yang ditubuhkan. Peranan unit ini cukup penting untuk menangani perkara-perkara yang menyebabkan tahap peratusan NRW tinggi dan berusaha untuk membuat kerja-kerja pengurangannya secara sistematik. Seterusnya bagi menjawab soalan dari YB Kuala Perlis, setakat ini kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM186 juta untuk 3 program bagi mempertingkatkan perkhidmatan air di Negeri Perlis melalui 3 program yang salah satunya saya sebutkan tadi Program Pendekatan 1 NRW dan 2 program lagi ialah Cadangan Langkah Metigasi Jangka Pendek Bagi Sistem Bekalan Air Negeri Perlis yang berjumlah RM40.7 juta dan Program Metigasi Jangka Sederhana Sistem Bekalan Air Negeri Perlis yang berjumlah RM105.6 juta. Dan untuk Kuala Perlis, tiada peruntukan khusus yang diperuntukan untuk setiap kawasan sebenarnya dan peruntukan-peruntukan ini ialah untuk program-program yang saya sebutkan tadi yang melibatkan seluruh Negeri Perlis. Walau bagaimanapun, Kuala Perlis ni ada terlibat dengan 2 pembinaan unit tangki yang sedang dalam pemindahan yang mana progresnya juga adalah sedang mendahului jadual iaitu 9.52 sebenar berbanding 1.09 peratus di jadual dan tangki-tangki di Kuala Perlis ni adalah sebanyak 2,270 meter padu yang mana pembinaan di tangka tersebut dianggarkan dalam sekitar 3 juta, sekian.
Soalan tambahan, boleh dak saya tahu apakah target pengurangan NRW selepas program Yang Berhormat sebutkan tadi dan sehingga kini apakah pencapaian peratusannya, terima kasih.
Pada masa kini, anggaran NRW yang dicatatkan adalah sekitar 63-64 peratus dan apabila siap semua program-program ini nanti kita jangkakan NRW ini dapat dikurangkan sehingga ke 20 peratus.
Soalan tambahan Yang Berhormat. Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kayang, saya ingin tanya ranking kita dalam Malaysia adakah kita masih juara satu atau juara berapa dalam NRW ini atau juara dua atau juara tiga dan sebagainya, kalau dulu kita juara satu dan terima kasih di atas langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Syarikat Air Perlis, mungkin dengan bimbingan dan nasihat daripada Yang
Amat Berhormat dan Yang Berhormat sendiri. Kita kena ingat untuk menukar paip lebih daripada 700 km di seluruh Negeri Perlis itu adalah mustahil disebabkan constraint bajet dan sebagainya Dato’ Speaker. Cuma saya ingin tanya Yang Berhormat, NRW yang dijalankan tadi dengan peruntukan yang diumumkan oleh Yang Berhormat itu oleh syarikat ataupun dijalankan oleh SAP sendiri di mana ia tidak termasuk enforcement ataupun penguatkuasaan kerana kadar kecurian air ini pun termasuk dalam NRW kerana Perlis ni kita tak ada masalah dari segi lokasi pengesanan kerana kita saiz kecil untuk kita mengesan rumah-rumah yang curi air, gerai-gerai atau premis curi air ini senang kita dapat kerana Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita kena ambil iktibar lah di masa-masa lalu. Apa yang berlaku pada IWK contohnya, saya ingat 3 kali penswastaan lepas Berjaya Time Square ambil, lepas itu Dato’ Ishak ambil, pada satu kemudian balik pada kerajaan, semua beban-beban yang tidak elok balik pada kerajaan. Kita tidak mahu kesilapan-kesilapan kita out source kepada syarikat luar, bukan saya nak katakan syarikat tempatan ni bukan Perlis sahaja, Perlis ni saya tahu belum ada yang expert sangat dalam air. Yang di Malaysia pun sebenarnya dalam NRW ni pun belum ada yang betul-betul pakar. Sebenarnya untuk melihat… menyelesaikan masalah NRW bukan sahaja di Negeri Perlis, malah di seluruh negara, dia harus ambil kepakaran luar negara dari Veolia, dari Thames Water dari UK dan sebagainya kerana mereka ini lebih pakar. Jadi kalau kita masih bergantung kepada syarikat tempatan, saya rasa kita menghabiskan wang setiap tahun, wang rakyat dengan benda-benda yang tidak manfaat atau tujuan tidak menentu atau tidak menepati sasaran yang ditetapkan. Jadi saya minta NRW ni Yang Berhormat kena berhati-hati, dia banyak view yang kena dipertanggungjawabkan. Bukan setakat zoning, bukan setakat metering, enforcement, segala-galanya. Pecah paip tu part off sebahagian kecil sahaja Yang Berhormat. Jadi yang ni tak payah jawab tak apa. Yang Berhormat tolong tengok sama dengan CEO syarikat air, saya nak tengok Syarikat Air Perlis ni berjaya semacam syarikat air lain boleh taja bola dan sebagainya, terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Yang Berhormat minta saya jangan jawab tetapi ada persoalan-persoalan yang perlu… yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi perlu juga mendapat respons saya dan sebenarnya kita Perlis masih lagi mendahului carta NRW di Malaysia ni dan sebenarnya jumlah paip keseluruhan yang terdapat di Perlis ini adalah sepanjang 1,932 km dan paip AC yang terlibat dalam keseluruhannya adalah sebanyak 922 km dan sangat panjang dan memang agak mustahil untuk kita menggantikan semua dalam tempoh masa yang terdekat ini. Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat penguatkuasaan masih lagi di bawah pihak SAP dan kita memang ada satu unit khas penguatkuasaan yang memantau daripada segi kecurian dan juga kecurian bekalan air terutamanya penyambungan secara haram dan dan juga kecurian meter-meter paip. Selain daripada itu juga untuk makluman Yang Berhormat, projek NRW ini adalah di bawah pengawasan sepenuhnya oleh pihak Angkasa kementerian dan kita juga ambil maklum tentang perkara-perkara yang perlu diberi perhatian apabila program NRW ini dijalankan dan sebab itu juga kita telah… dalam projek ini kita telah menubuhkan satu unit khas pemantau NRW yang mana unit ini apabila tamatnya program ini akan diserap terus ke dalam SAP untuk membantu SAP dalam kerja-kerja atau pemantauan NRW dan dengan pemasangan meter-meter SIV ini, meter-meter pengguna yang baru ini, insya-Allah kita akan dapat satu bacaan yang lebih tepat tentang NRW yang sebenar, terima kasih.
Taget kita berapa percent turun? Kalau boleh turun 10 percent pun saya ingat dah baik tu dan unit ini saya minta Yang Berhormat dia boleh turun ke kampung bersama dengan pengerusi JKKK, berkawan, sebab nak cari tempat-tempat macam ni kita kena mix bercampur dengan masyarakat, baru kita… antara yang menolong kita untuk mengatasi masalah ini.
Terima kasih Yang Berhormat. Insya-Allah kita akan libat uruskan unit NRW ini sebagai mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat dan target pengurangan NRW selepas program-program 3 program utama yang kita jalankan ini insya-Allah akan berkurang sehingga 20 percent NRW.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, soalan-soalan lisan ditangguhkan setakat ini. Bagi soalan-soalan yang belum sempat dijawab, pihak kerajaan akan mengemukakan jawapan secara bertulis, dewan dirtempohkan sementara dan akan disambung semula pada jam 11.00 pagi. Terima kasih.
(Persidangan ditempohkan sementara pada jam 10.25 pagi)
(Persidangan disambung semula pada jam 11.08 pagi)
Ahli-Ahli Yang Berhormat sila duduk. Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan bersidang semula.
Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2021 dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2021Bill
Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2021 dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2021.
Dipersilakan pihak kerajaan untuk memberikan maklum balas dan seterusnya menggulung perbahasan. Dipersilakan Yang Berhormat Titi Tinggi.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan bin Man, Ahli-Ahli Yang Berhormat, pengarah-pengarah jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera. Raja berdaulat, rakyat berilmu, negeri sejahtera, Perlis maju. Yang Berhormat Dato’ Speaker, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis atas pembentangan belanjawan 2021 yang telah berjaya merangka hala tuju yang jelas bagi pembangunan Negeri Perlis dan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan belanjawan negeri 2021 ini. Beberapa isu dan cadangan baru telah dibangkitkan dan pentadbiran ini pastinya akan sedaya upaya memberi perhatian ke atas cadangan-cadangan yang bermanfaat dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat Perlis. Yang Berhormat Dato’ Speaker, melalui bajet 2021 ini Kerajaan Negeri memberi tumpuan penuh terutamanya kepada ekonomi dan kualiti hidup rakyat, yang kedua pemantapan penyampaian perkhidmatan dan seterusnya pembangunan ekonomi mampan. Menerusi pemulihan ekonomi dan kualiti hidup rakyat, 7 strategi yang digariskan adalah merangkumi pemulihan ekonomi usahawan, industri asas tani, kebajikan golongan rentan, infrastruktur perumahan, kerohanian dan pembangunan sahsiah dan yang terakhir Perlis Bersih Indah. Sidang Dewan yang saya muliakan, Kerajaan Negeri sentiasa memastikan pembangunan infrastruktur yang lestari dan seimbang di negeri ini. Sehubungan dengan itu setiap projek infrastruktur yang dirangka dengan teliti berdasarkan kepada keperluan semasa dan peruntukan yang tersedia. Izinkan saya merujuk kepada bentuk sokongan peniaga untuk usahawan yang selama ini menjadi pendorong untuk Kerajaan Negeri meneruskan usaha-usaha melaksanakan pembangunan yang mampan antaranya RM1.2 juta diperuntukkan melalui projek naik taraf dataran laman ikan bakar dan bumbung di kompleks Koma Laut di Kuala Perlis, RM600 ribu untuk 20 unit mobile booth kiosk di UTC, RM480 ribu kepada Brasmana Food Truck dan Fry Market, RM200 ribu kepada kedai peniaga RPA Beseri Paya 2, seterusnya RM140 ribu peruntukan kepada gerai usahawan desa untuk pasaran produk tempatan di Kuala Perlis, manakala RM250 ribu bagi menaik taraf bumbung pasar dan medan selera di Padang Besar dan RM500 ribu untuk medan selera Simpang Empat. Selain dari itu, sokongan peniaga untuk usahawan juga turut merangkumi peruntukan RM1.19 juta untuk mempromosikan produk usahawan melalui Pameran Antarabangsa Petanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan, Program Satu Daerah Satu Industri, Program Himpunan Usahawan, Ekspo Industri Asas Tani, dan pameran dan persidangan antarabangsa
Green Tech dan ekspo produk. Saya percaya peluang jika dimanfaatkan sepenuhnya oleh usahawan, mereka dapat memperkasakan pasaran melalui brand produk sendiri ke pasaran yang jauh lebih besar. Yang Berhormat Dato’ Speaker, beralih kepada pemulihan ekonomi untuk industri asas tani, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menyediakan platform pemasaran maya iaitu Agro Bazar Online and Shopee sebagai alternatif kepada pemasaran Harumanis dan produk-produk pertanian lain. Untuk makluman semua, Kerajaan Negeri telah pun melakukan usahasama dengan pihak syarikat penghantaran iaitu Poslaju dan City Link bagi meningkatkan mutu perkhidmatan penghantaran. Bagi menjaga standard Harumanis, kualiti pembungkusan mempelam ini juga akan diselaras dan ditingkatkan iaitu dengan menggunakan kotak bermutu tinggi serta kalis air. Dengan cara ini kualiti buah ketika sampai ke tangan penerima akan lebih terjamin rupa dan bentuknya. Selain itu, Peladang Mart juga akan berfungsi sebagai pusat pengumpulan produk-produk pertanian di negeri ini. Sebagai sokongan untuk pertanian, sejumlah RM3.9 juta diperuntukkan kepada Penubuhan Bridge Belia Tani dan program pengairan dan saliran pertanian yang turut merangkumi sokongan kepada industri padi, peladang Harumanis, Agrolancong Teknologi, dan pemprosesan lanjut dan latihan serta industri sayuran dan herba. Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkenaan isu kaji cukai dan lesen tanah tanaman ketum yang dibangkitkan oleh YB Sena dan YB Kuala Perlis, mengikut akta racun 1965 aktiviti tanam ketum tidak menyalahi undang-undang dan hanya termaktub kepada mereka yang memproses dan menjual ketum. Namun dengan pindaan Rang Undang-Undang Racun 2019, tanaman ketum hanya dibenarkan tertakluk kepada terma dan syarat bagi memastikan adanya kawalan yang jelas bagi mengelakkan penyalahgunaannya. Tanaman ketum hanya dibenarkan bagi tujuan penyelidikan, pendidikan dan perubatan tertakluk kepada terma dan syarat yang dibenarkan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. Pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan untuk mewujudkan industri produk hiliran dari tanaman ketum tetapi menumpukan kepada pelan penggantian tanaman ketum dengan kerjasama Jabatan Pertanian negeri. Mengenai cadangan kadar cukai bagi kategori pertanian bagi syarikat ketum, ianya akan dipertimbangkan apabila Kerajaan Negeri telah memutuskan dasar mengenainya. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam menjana kebajikan golongan rentan, sebanyak RM258 ribu peruntukan disediakan melalui bantuan program agihan makanan asas PAMA yang dinaikkan kepada RM1,500 sebulan. Kerajaan Negeri turut merancang untuk menjadikan pusat aktiviti warga emas sebagai peluang untuk menjana ekonomi. Oleh yang demikian, pusat aktiviti warga emas Perlis akan digerakkan untuk mengaktifkan ekonomi di negeri ini.
Antara lain yang ingin saya tekankan adalah bentuk bantuan baru iaitu bantuan tambang rawatan pesakit kronik. Sebagai permulaan, sejumlah RM300 ribu peruntukan akan disuntik kepada program itu khusus bagi menjaga kebajikan pihak-pihak yang kurang kemampuan. Sebagai contoh, jika seorang penyakit kronik perlu mendapatkan rawatan di hospital namun tidak berupaya menampung kos perjalanan beliau boleh memohon bantuan ini bagi meringankan bebanan. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan sidang Dewan yang saya muliakan, sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri pada ketika ini serius dalam melaksanakan projek tebatan banjir yang diperincikan dengan jumlah RM8.55 juta di mana 4 perlaksanaan projek itu merangkumi infrastruktur kawalan banjir, penyelenggaraan sistem tebatan banjir, penyelenggaraan dan pemulihan sungai serta pembinaan struktur kawalan dan sistem keselamatan pengairan. Di mana kawasan tumpuan diberikan kepada kampung Kubang Tiga, kampung Paya Burma, kampung Guar Panji, kampung Bahagia, kampung Alor Setar, kampung Kebun Bandar Diraja Arau, kolam Sungai Buluh, dan kolam takungan di kampung Tok Kuning. Beralih kepada isu keselamatan jalan raya, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat semua agar dapat membangkitkan mana-mana jalan yang masih bergelap dan dilihat keperluan untuk menaik taraf jalan lampu jalan. Setakat aduan yang saya terima kini, kawasan dari pakir stesen KTMB di Padang Besar menghala sehingga ke jalan utama amat gelap pada waktu malam, saya mencadangkan agar pemasangan lampu jalan di kawasan itu dapat diselenggarakan memandangkan terdapat peruntukan yang disuntik bagi menyelenggara dan naik taraf lampu jalan. Kawasan-kawasan lain juga perlu dilihat jika berkeperluan. Pemasangan lampu jalan perlu dilakukan agar insiden kemalangan akibat kawasan gelap dapat dielakkan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya percaya terdapat beberapa strategi yang telah diatur Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat menerusi rancangan perumahan, program pembaikan rumah daif, pembinaan rumah baru, serta pembaikan rumah RPA, PAKR dan PPR. Antara yang menjadi perhatian dan diberikan tumpuan dalam belanjawan 2021 ini tidak banyak yang ingin saya sentuh namun memandangkan isu kerosakan lif di PPR Sena ini telah berkali-kali dibangkitkan, saya merasakan ianya perlu diberi perhatian. Saya berasa amat kecewa dengan tindakan laku musnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana vandalisme yang berlaku ini menuntut Kerajaan Negeri menggunakan sumber kewangan yang lebih untuk kos pulihnya. Saya turut difahamkan penggantian lif di PPR sena acapkali dilakukan namun kerosakan tetap terus berlaku. Ini persoalannya, mengapa? Sebab bukan sahaja lif, saya difahamkan kamera CCTV juga telah dirosakkan. Saya amat berharap kali ini agar peruntukan RM3 juta bagi penggantian lif di PPR Sena dapat bertahan lebih lama dan dijaga oleh semua pihak demi kebaikan bersama.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkenaan isu peruntukan perlaksanaan program pendidikan dan kesedaran alam sekitar kepada pelajar dan masyarakat yang dibangkitkan oleh YB Indera Kayangan, secara umumnya Kerajaan Negeri telah menyediakan sejumlah peruntukan bagi setiap program yang dirancang sepertimana yang telah dibentangkan melalui pembentangan bajet Negeri Perlis pada tahun-tahun sebelum ini. Sebanyak RM15,080 telah dibelanjakan di bawah peruntukan mengurus tahun 2019 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis untuk menyediakan perkhidmatan cetakan bahan-bahan promosi seperti 4 buah papan tanda di lokasi-lokasi strategik di sekitar Negeri Perlis bagi tempoh sepanjang tahun 2020, 20 keping sepanduk, 250 helai poster, 170 helai streamer dan 2,000 keping risalah. Semua bahan kempen ini telah diedarkan melalui Majlis Perbandaran Kangar kepada semua pihak pemegang lesen bagi 8 kategori premis yang terlibat semasa pendaftaran dan pembaharuan lesen perniagaan juga kepada masyarakat. Promosi ini juga akan dilakukan secara berterusan pada tahun 2021 di mana RM15 ribu lagi telah diperuntukkan bagi memperkasakan kempen Perlis Bersih Indah, hari Sabtu dan Ahad tanpa beg plastik, seiring dengan pemakaian garis panduan perlaksanaan kempen tiada beg plastik percuma dan garis panduan perbelanjaan straw minuman atas permintaan. Kerajaan Negeri juga menyalurkan peruntukan kepada Jabatan Alam Sekitar bagi membiayai kos perlaksanaan program pendidikan dan kesedaran masyarakat bagi tujuan kesedaran terhadap alam sekitar. Di samping itu, Jabatan Alam Sekitar juga menerima peruntukan tahunan daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air melalui ibu pejabat Jabatan Alam Sekitar di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Pada setiap tahun, JAS telah komited melaksanakan apa jua program pendidikan dan kesedaran alam sekitar kepada pelajar dari peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah ke pra pelajar institut pengajian tinggi manakala program-program kesedaran kepada masyarakat juga dilaksanakan secara bersama melalui perlaksanaan program-program kesedaran yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, agensi bukan kerajaan mahupun pihak swasta. Sungguhpun peruntukan yang diterima adalah terlalu kecil jumlah, namun JAS tetap meneruskan program yang telah dirancang dengan memberi penekanan kepada pendidikan dan kesedaran di peringkat sekolah rendah dan menengah seperti promosi dan perlaksanaan program sekolah lestari anugerah alam sekitar kerana ia melibatkan pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat di sekitar kawasan persekolahan. Sehubungan dengan itu, program kesedaran ini akan mendapat melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur. Antara program-program kesedaran yang telah dilaksanakan adalah seperti ceramah, pameran, kem kesedaran, pertandingan-pertandingan di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi, kayuhan basikal, penanaman pokok, program aktiviti hands on, penghasilan enjin dari sisa buah-buahan dan sayuran serta penghasilan bebola lumpur serta kempen pengumpulan buangan elektrik dan elektronik. Peruntukan yang diterima pada tahun 2019 adalah sebanyak RM10 ribu setahun bagi semua aktiviti manakala bagi tahun 2020 pula adalah sebanyak RM42 ribu. Kesedaran awam berhubung kepentingan hutan dan menjaga alam sekitar juga dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan. Kempen yang dijalankan adalah untuk meningkatkan kesefahaman dan seterusnya memupuk kesedaran di kalangan masyarakat berhubung peranan masyarakat dalam menjaga alam sekitar. Kumpulan sasaran adalah pelajar iaitu sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi komuniti yang berhampiran kawasan hutan dan agensi-agensi kerajaan. Bentuk kempen yang dilaksanakan termasuklah penganjuran kempen tanaman pokok, ceramah, edaran risalah, pertandingan mewarna, pengendalian kursus dan sebagainya. Berdasarkan rekod tiga tahun kebelakang yang bermula tahun 2018 hingga tahun 2020, sejumlah 23 kempen telah dilaksanakan melibatkan 4,000 ribu orang dan kos sebanyak RM42 ribu, sebahagian besar peruntukan diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan di bawah program penanaman bakau dan spesis-spesis yang bersesuaian di persisiran pantai negeri dan peruntukan kerajaan melalui kempen Hari Hutan Antarabangsa. Yang Berhormat Indera Kayangan, atas cadangan supaya billboard yang berusul pendidikan berkaitan alam sekitar diperbanyakkan, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong program-program berunsurkan pendidikan alam sekitar yang dilaksanakan oleh pelbagai jabatan, agensi yang berkaitan. Dalam hal ini, adalah diperhatikan papan iklan adalah salah satu medium media bagi menarik dan memberikan informasi kepada masyarakat mengenai program atau informasi berkenaan alam sekitar. Pada ketika ini, Jabatan Alam Sekitar mempunyai 2 billboard yang diadakan untuk tujuan promosi alam sekitar iaitu di Simpang Empat dan berhampiran Wisma Persekutuan. Kedua-dua tapak ini telah disediakan oleh pihak berkuasa tempatan. Ketika ini, JAS baru sahaja selesai menjalankan penyelenggaraan dengan menurunkan papan tanda lama untuk digantikan dengan yang baru. Pihak JAS sedang menyediakan permohonan peruntukan bagi tahun 2021 bagi memperbanyakkan billboard berkaitan alam sekitar khusus di Negeri Perlis kerjasama bersama MPK untuk mengenal pasti lokasi baru yang sesuai akan diperhalusi kelak setelah peruntukan disediakan. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan sidang Dewan yang saya muliakan, ucapan sayang jap lebih mudah untuk dituturkan bagi mencerminkan perasaan dan penghargaan, namun kata-kata itu seakan-akan tidak bermakna sekiranya tidak seiring dengan tindakan. Di Perlis, kita telah lama memperkenalkan Hari Sabtu Tanpa Plastik dan kempen tanpa straw plastik sebagai cinta kepada alam sekitar dan bumi. Namun, di sebalik perlaksanaan pelbagai kempen berarahkan satu tujuan itu, bagaimanakah tahap kesedaran dan tindakan diambil rakyat negeri ini bagi memastikan kejayaan dalam mencapai visi berkenaan. Sebagai permulaan ketika dahulu, kita tumpukan kepada aspek pendidikan dan memberikan kesedaran kepada pemilik premis di seluruh negeri. Dengan setiap hari Sabtu, semua premis diminta tidak memberi atau membekalkan beg plastik kepada pelanggan mereka, namun bermula pada November tahun ini kempen itu diteruskan satu hari lagi iaitu hari Sabtu dan Ahad.
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Titi Tinggi, bila Yang Berhormat sebutkan ungkapan sayang, sayang ni Yang Berhormat, kalau dia tidak datang dari hati dia tidak datang dari soul… dia cakap sahaja sebab terlalu sering kita gunakan, maka dia tidak bermakna. Kalau guna sekali-sekali tu bermakna. Jadi bagaimana cara untuk pastikan yang sayang tu it comes from the heart… hati? Jadi kalau nak sebut sayang-sayang ni jadi macam… setengah suami lah, dia nak keluar rumah ok bye-bye sayang. Dia saja nak lepas pasal nak dapat lesen keluar rumah saja. Contohnya macam tu berlaku, dia tidak bermakna apa pun. Bila sering disebut, sering dituturkan dengan penjiwaan ataupun proses ke arah penjiwaan itu dibuat oleh pihak JAS dan sebagainya… apa pihak sekali pun.
Terima kasih YB. Ini memang yang itu… perasaannya sama dengan YB. Itu kita kena meningkatkan di Negeri Perlis, kita sama-samalah berusaha tengok macam mana.
Yang Berhormat mohon pencelahan sedikit. Yang saya dengar tadi ni lebih kepada kempen, kempen ni kita faham kita perlu diteruskan berkala, tetapi bagaimana dari segi penguatkuasaan untuk mengurangkan beg plastik dan juga terutama straw sebab kita tengok tidak ada… sekadar kempen saja kita tak boleh. Perlukan suatu penguatkuasaan, terima kasih.
Terima kasih YB Sena, memang kita akan mulai ambil tindakan yang lebih tegas lagi. Ok Yang Berhormat Dato’ Speaker, ketika itu kita minta semua premis tidak memberikan atau membekalkan beg plastik kepada pelanggan mereka dan selepas tempoh tertentu Kerajaan Negeri sedia bertindak lebih tegas dan mengenakan kompaun kepada pemilik premis yang ingkar dengan saranan berkenaan. Selain larangan menggunakan beg plastik, Kerajaan Negeri juga meminta peniaga kedai makan tidak menggunakan penggunaan penyedut minuman plastik atau bekas yang dibuat daripada polistirena di premis mereka. Langkah ini diambil bagi mengurangkan kesan terhadap alam sekitar yang berpunca daripada pengguna beg plastik secara tidak terkawal. Seperti semua pihak sedia maklum, produk plastik ini mengambil masa antara 400 hingga 1,000 tahun belum terurai secara semulajadi maknanya ia akan memberi kesan buruk jangka panjang untuk alam sekitar. Jesteru, saya amat berharap melalui kempen tanpa plastik dan straw plastik ini Kerajaan Negeri dan pemilik premis di seluruh Perlis dapat melihat perkara ini sebagai sesuatu yang serius dan perlu ditangani dengan bijak. Yang Berhormat Dato’ Speaker, kebersihan adalah aspek terpenting dalam kehidupan kita. Saya percaya tiada siapa pun yang suka keadaan sekeliling atau persekitaran yang kotor dan penuh dengan sampah sarap. Dari kecil lagi kita dididik supaya sentiasa menjaga kebersihan selaras dengan kehendak agama dan juga masyarakat. Ketahuilah bahawa semua agama mengajar kita supaya menjaga kebersihan dan menjadikannya amalan harian dalam kehidupan kita. Keadaan yang kotor dengan sampah sarap dan bau busuk bukan sahaja menimbulkan pemandangan yang jilik dan rasa jijik tetapi turut membawa keburukan menjejaskan kesihatan. Kebersihan membawa kesempurnaan hidup kepada semua orang. Sekiranya kampung, bandar, dan negeri kita bersih, maruah kita tidak akan terjejas dan kita akan dihormati oleh orang lain. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap insan untuk menjaga kebersihan rumah dan halaman kita, kawasan-kawasan perumahan, tempat-tempat kerja selain dari tempat awam sebagaimana kempen kebersihan Perlis Bersih Indah yang kita selalu uar-uarkan. Kempen ini adalah…
Minta laluan YB sekali lagi. Saya ni Dato’ Speaker, kalau sebut kempen ni dia menggunakan wang, ada implikasi kewangan. Cuba kita tukar kepada arahan, penguatkuasaan, Yang Berhormat. Kenapa? Kerana tahap pemikiran rakyat kita kini masih belum mencapai tahap seperti di mana-mana pun, bila mereka memandu… bila apa pun. Jangan kata orang kampung, kakitangan kerajaan, pegawai-pegawai apa semua bila memandu dalam keadaan berebut nak pergi hantar anak sekolah dia tidak peduli dah. Tidak ada perasaan yang patut ada dalam diri dia… berhemah, mengalah, tolak ansur dan sebagainya. Kenapa daripada kempen tu yang kita tahu kempen ni yang saya tahu lah tak kira di peringkat negeri ataupun di peringkat kebangsaan kebanyakannya kita gagal kerana kempen ini menggunakan sumber kewangan wang rakyat. Tukar kepada arahan, arahan tidak menggunakan plastik, tidak ada implikasi kewangan, enforcement saja berlaku di sini. Kenapa masih nak gunakan kempen lagi? Apa pandangan Yang Berhormat berhubung perkara ini?
Memang selalunya kempen yang kita buat kita memerlukan kebanyakan orang kampung-kampung yang keluar untuk bekerjasama tapi malangnya benanyakan kempen tu dia keluar oleh hanya pegawai dan ketua jabatan sahaja.
Beritahu saya kempen apa yang success? Satu cukup untuk menjadi pedoman dan petunjuk saya di masa akan datang… satu sahaja.
Tahap pencapaian itu setiap orang ada perbezaan, jadi kita memang susah nak bagi tahu pada YB yang itu tahap kita. Kalau boleh saya nak ikut dengan Jepun, boleh ka? Kalau boleh saya nak ikut dengan Taiwan, boleh ka? Tapi memang itu matlamat kita nak capai, mungkin kita nak ikut. Itu cabaran yang kita hadapi, ini usaha kita… memang kena usaha…
Yang Berhormat, saya memang setuju dengan Yang Berhormat Tambun Tulang, kita kena pi kepada penguatkuasaan undang-undang sebab kempen pendidikan memang perlu, kita fahami memang perlu kita teruskan daripada awal, perlu dilaksanakan untuk mewujudkan masyarakat yang lebih bersih, bila bersih dia akan pi ke amanah dan sebagainya. Tetapi penguatkuasaan itu kita tengok kejayaan Singapura contohnya, jiran kita terdekat, dengan adanya CCTV terutama di kawasan contoh kawasan yang selalu hotspot sampah. Mungkin why not kita pasang CCTV dan sekarang ni SWCorp dia ada akta yang boleh kenakan tindakan kepada pembuang sampah yang tidak ikut peraturan, terima kasih.
Saya setuju dengan YB Sena, dan semasa mengambil tindakan penguatkuasaan saya juga berharap unsur-unsur politik diketepikan sebab adakala penguatkuasaan kalau diambil kita takut kerajaan mungkin takut nanti rakyat tak suka. Bila undi tu tak dapat undi. Saya minta ketepikan isu politik, terima kasih.
YB perkara yang sama, perkara yang sama… itu nak bagi YB tak mengantuk ya. Rakyat kita yang berkunjung di Singapura…
Saya harap…
Saya sambung apa yang YB Sena dan Indera Kayangan…
Saya harap…
Dia makan aiskrim tapi sampah dia tak buang, dia balik buang di Johor. Orang di Taiwan, kalau YB kencing di tepi jalan, YB tak akan jalan 5 step polis akan ambil YB. Yang ini penguatkuasaan lebih… pada saya lebih bererti pada saya daripada kempen ini, kempen ini menggunakan wang. Kempen ini patut dimula di peringkat pra olahan, anak-anak yang masih kecil ini. Ni nak cerita dari segi psikologi sikit, untuk pengetahuan YB ya, anak-anak kecil ini senang dididik. Yang tua-tua ni didik tak guna dah YB, hanya buang duit sahaja. Duit tu boleh diguna untuk tujuan lain.
Boleh Yang Berhormat Titi Tinggi teruskan? Kita ada agenda besar selepas ini.
Ok, kita teruskan. Kempen ini adalah lebih kepada kempen kesedaran. Kita keluar beramai-ramai untuk membersihkan kawasan yang sekian lama kita sendiri mengotorkannya. Selepas kempen ini, pekerjaan kebersihan boleh menjalankan tugas dengan lebih mudah. Apa yang penting dalam menjayakan kempen ini ialah kesedaran tentang tanggungjawab kita sepanjang masa selepas kempen ini tamat. Untuk makluman, kempen kebersihan yang menjadikan tumpuan Kerajaan Negeri dalam belanjawan 2021 adalah Program Cintai Sungai Perlis, Hari Alam Sekitar, World Clean Up Day, Plogging Race di kawasan pantai, Kempen Vandalisme Sifar, Recycle For Life dan Trash For Cash, dengan izin. Di kesempatan ini, saya ingin memuji langkah-langkah yang diambil beberapa pihak seperti masyarakat setempat, Persatuan Alam Sekitar, NGO serta sukarelawan yang giat melakukan kesepakatan dalam mencuci kawasan persisiran Kuala Perlis selain turut mengempur sarangan pembiakan aedes, pihak COMBI juga tidak terkecuali dalam…
Soalan… minta laluan, Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Ada soalan Yang Berhormat?
Apa… saya dengar daripada YB Titi Tinggi walaupun dua tiga orang kawan-kawan saya kata tak perlu kempen apa semua tapi masih terus kempen, tak ada respons penguatkuasaan itu. Orang kita ni YB, orang tua-tua kampung saya kata kalau nak pakat satu saja, naik sampan tengah laut tebuk bagi karam dia berenang mai tepi. Yang tu saya ingat tak berjaya lah. Mintak lah respons sikit.
Untuk makluman, COMBI Perlis juga telah menganjurkan pelbagai aktiviti membabitkan program gotong royong cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk aedes.
Dato’ Speaker, dia kena jawab Dato’ Speaker…
Berserta kawasan…
Kalau nak baca tu tak payah. Tak, saya bukan berniat nak pertikaikan kredibiliti siapa-siapa. YB, kita berdebat di Dewan ni biarlah kita… YB tak baca teks pun kami dah tahu dah. Tak payah baca teks. Ini namanya perdebatan. Kalau nak stamping tak payah. So sekurang-kurangnya hundred percent dah. Kita habis Dewan bersurai kita balik lah.. betul tak? Buat apa kita want to waste our time.
Kami tunggu penguatkuasaan… penguatkuasaan. Berapa orang dah dok sebut ni.
Memang kita akan ambil tindakan penguatkuasaan yang tegas lagi tapi saya dok harap-harap YB-YB yang sebelah situ, nanti bila ambil tindakan tegas jangan dok minta atas politik macam YB Indera Kayangan sebut tadi, ok sekian.
Saya tak kata minta ni.
Ok, izinkan saya sambung balik. Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita semua sedar dan mengambil maklum Kerajaan Negeri ini sedang membangunkan Pelan Digital Perlis atau Perlis Go Digital untuk tempoh 2021-2025. Inisiatif ini diperkenalkan sebagai langkah awal dalam menghubungi antara kerajaan, rakyat dan juga swasta menerusi platform digital. Di sini saya ingin memberi pujian kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Tuan Azman Mohd Yusof, di atas cetusan cadangannya sewaktu pembentangan belanjawan tahun lalu yang menyarankan agar bidang baharu iaitu teknologi digital diteroka bagi melancarkan urusan penambah baik perkhidmatan Kerajaan Negeri. Saya difahamkan perlaksanaan Digital Perlis 2025 yang membabitkan tiga eleman utama seperti yang disebut awal tadi iaitu kerajaan, rakyat dan pihak swasta akan diperluaskan perlahan-perlahan selaras dengan usaha mendidik rakyat untuk bergerak seiring dengan dunia era digital. Tujuh strategik Perlis Go Digital yang dirangka itu merangkumi perkhidmatan kerajaan digital, keselamatan digital, pelancongan digital, infrastruktur digital, ekonomi digital, pertanian digital dan masyarakat digital. Saya menjangkakan transformasi digital ini akan memberi cabaran pada awalnya, namun saya percaya cabaran itu datang sertentak bersama peluang besar kepada kita semua. Dengan bantuan teknologi revolusi perindustrian keempat, kita pastinya dapat mewujudkan suasana kehidupan yang lebih baik untuk semua orang termasuk dapat mencipta pekerjaan baru yang lebih bermakna selain berupaya meningkatkan kemahiran tenaga kerja, tahap kesihatan dan pendidikan yang lebih baik serta dapat mewujudkan bandar yang lebih pintar dan hijau. Pun begitu, besar sekali hasrat saya agar Kerajaan Negeri dapat melihat semula peratusan pembabitan masyarakat dalam tranformasi digital ini. Saya bimbang jika berlaku keciciran terutamanya membabitkan pelajar di kawasan luar bandar dan di perkampungan yang ketika ini sarat berdepan tekanan liputan rangkaian internet di tempat mereka seperti di kampung Sahabat dan kampung Alor Dalam di Padang Besar. Liputan internet hampir tiada di kawasan itu dan ini yang perlu diberi perhatian selain penekanan terhadap golongan berusia, yang tidak celik teknologi. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri sedang giat melaksanakan kesinambungan 6 projek mega dan sekiranya berhasil seperti yang direncanakan, kejayaan inisiatif utama yang berimpak tinggi di Perlis pun mampu mendekatkan Perlis dalam mencapai wawasan Perlis Negeri Bandaraya 2030. Selain itu, izinkan saya menyentuh mengenai pembangunan semula pasar Padang Besar yang difahamkan perlu campurtangan Kerajaan Negeri berikutan projek terbabit dilaporkan bergerak dengan sangat-sangat perlahan. Saya berpendapat jika perlu perketatkan garis panduan dari segi prosedur pemantauan serta penguatkuasaan atas kerja-kerja pembinaan agar dapat mengelakkannya dari berterusan perlahan. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan sidang Dewan yang saya muliakan, beralih kepada pembangunan ekonomi melalui program pelancongan, terdapat 6 program yang telah disusun dalam belanjawan 2021 ini yang meliputi Perlis Marathon, Pesta Air Perlis, Pesta Angin Timur, World Cup Woodball Championship, Pesta Wau dan Royal Perlis Endurance dengan peruntukan sebanyak RM1.22 juta yang ditetapkan menerusi program-program terbabit. Saya amat mengharapkan penyertaan dari rakyat negeri Perlis sendiri adalah besar tanpa mengambil sikap tunggu dan lihat. Rakyat Perlis disaran merebut peluang menyertai program sedemikian untuk gaya hidup yang sihat. Bagi mencapai matlamat tersebut, setiap individu turut disaran melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan taraf kesihatan dan pada masa yang sama meninggalkan aktiviti yang menjejaskan mutu kesihatan. Ketika ini saya melihat amalan gaya hidup sihat hampir tidak diambil peduli. Masyarakat kita lebih menumpukan kerjaya mereka untuk hidup sempurna namun mereka lupa bahawa kesihatan lebih penting untuk kehidupan yang selesa. Apabila itu berlaku mereka terpaksa berulang alik ke hospital dan kerana itu kita mulai sedar bahawa wang tidak boleh membeli kembali kesihatan. Saya ingin mengajak semua supaya mengamalkan sekurang-kurangnya aktiviti senaman 3 kali seminggu. Jika tiada kelapangan masa, kita boleh bermula dengan meletakkan kenderaan jauh sedikit dari tempat yang ingin dituju. Dengan cara itu, sekurang-kurangnya kita dapat melakukan aktiviti senaman melalui berjalan kaki walaupun cuma 5 minit hingga 10 minit sahaja. Yang Berhormat Dato’ Speaker, adalah menjadi impian agar Perlis membangun maju dengan infrastruktur yang efisyen dan lestari bagi keselesaan rakyat di negeri ini. Justeru Kerajaan Negeri sentiasa berusaha dengan gigih melalui program pelbagai platform dalam memastikan Perlis memiliki infrastruktur terbaik yang selaras dengan agenda mentranformasikan negeri ini menjadi negeri pintar bertaraf antarabangsa dan menyediakan kehidupan berdaya huni kepada rakyat. Untuk itu, Kerajaan Negeri mengalu-alukan kerjasama semua pihak termasuk swasta dan Kerajaan Persekutuan untuk merealisasikan sebarang perancangan projek infrastruktur. Semoga dengan kerjasama yang erat diantara semua pihak, Negeri Perlis ini akan terus bergerak maju ke hadapan dan membawa kemakmuran kepada rakyat. Demikianlah pergulungan bajet Negeri Perlis tahun 2021. Saya mohon menyokong. Sekian Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih.
Komen saya YB, saya tak pernah komen pihak kerajaan. Saya rasa macam Yang Berhormat masuk pada portfolio Exco yang lain… perasan saya la. Jadi… jarang berlaku perkara macam ni. Adakah agihan ini hendak diberi pada Yang Berhormat saja ataupun agihan macam biasa? Dia agih mengikut portfolio masing-masing. Tak apa lah kita tengok ini pengalaman yang baru, dipersilakan Yang Berhormat Mata Ayer.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, wakil-wakil jabatan, seterusnya rakan-rakan media yang saya kasihi sekalian. Salam Perlis, Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk sesi penggulungan ini juga sekalung tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana dapat mengendalikan sidang Dewan selama 3 hari dengan keadaan harmoni dan aman damai. Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat atas keperihatinan terhadap isu-isu wanita khususnya berkaitan dengan ibu tunggal yang dibangkitkan pada sesi kelmarin. Kami pihak kerajaan dan Jabatan Pembangunan Wanita sentiasa mengalu-alukan cadangan yang membina beserta juga penyelesaian yang boleh dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai jabatan dan juga pihak Dewan Undangan Negeri masing-masing. Oleh yang demikian, bagi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan di sebelah sana yang telah ditimbulkan kelmarin, bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sanglang berkaitan dengan kursus jahitan kenapa tidak dibagi kepada jahitan lain selain daripada kebaya Perlis, untuk makluman Yang Berhormat Sanglang dan juga sidang Dewan yang mulia, bagi tahun 2021 Kerajaan Perlis memang memberi fokus sepenuhnya kepada kursus Kebaya Perlis kerana baju Kebaya Perlis merupakan mempunyai keunikannya yang tersendiri dan juga Kebaya Perlis ini juga salah satu-satunya pakaian wanita yang daripada asal tradisi turun temurun tok nenek kita dahulu. Jadi Kebaya Perlis ini juga akan diperkembangkan kepada semua wanita-wanita di seluruh Perlis kalau boleh untuk kita pakai pada setiap majlis-majlis rasmi dan insya-Allah kita akan cuba laksanakan untuk capai matlamat tersebut. Selain daripada itu, pihak kerajaan juga bukan sahaja kita tumpu kepada Kebaya Perlis sahaja tetapi kita juga akan… kebaya, kebarung, baju kurung juga kita akan tumpukan tetapi lebih kepada pakaian-pakaian tradisi. Kalau Yang Berhormat Sanglang dan juga ahli-ahli Yang Berhormat lain tengok, sidang Dewan pun tengok hari ini, YB pelancongan kita bawa dah promosi Kebaya Perlis dan sangat segak dan saya yakin dan pasti bahawa isteri Yang Berhormat Sanglang juga boleh pakai baju tersebut. Tidak ada seksinya dan insya-Allah kalau… saya menyerulah juga kepada isteri YB-YB untuk teruslah menyokong Kebaya Perlis ini. Yang Berhormat Tambun Tulang, kelmarin ada berkenaan dengan… jadi pihak Jabatan Pembangunan Wanita ada mengambil maklum di atas cadangan Yang Berhormat Tambun Tulang dan juga Kerajaan Negeri bersama dengan Jabatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang dalam usaha untuk mendapatkan data-data yang terperinci berkenaan dengan maklumat yang Yang Berhormat Tambun Tulang cadangkan tersebut iaitu berkenaan dengan industri-industri kecil di setiap DUN ataupun setiap kampung bersama-sama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga Jabatan Perangkaan seterusnya BPD, JPKK dan juga lain-lain Jabatan yang berkaitan.
Seterusnya jawapan maklum balas kepada Yang Berhormat Indera Kayangan dan juga Yang Berhormat Sena berkenaan perincian data 4,350 ibu tunggal yang boleh kita kelaskan mengikut DUN masing-masing. Di sini datanya seperti berikut, Bintong kita ada data sebanyak 343 orang ibu tunggal, Chuping 444 orang, Beseri 216, Guar Sanji 283, Kayang 297, Kuala Perlis 360, Mata Ayer 179, Pauh 415, Sanglang 290, Santan 195, Sena 315, Simpang Empat 302, Tambun Tulang 319, Titi Tinggi 274 dan Indera Kayangan 118. Inilah data yang kita perincikan mengikut DUN dalam jumlah 4,350 yang saya sebutkan pada hari Selasa dan saya harap ini dapat memenuhi soalan dan juga kemusykilan daripada pihak YB Sena dan juga YB Indera Kayangan. Dan satu lagi maklum balas berkenaan dengan soalan juga daripada Yang Berhormat Indera Kayangan iaitu data anak-anak kepada ibu tunggal yang ada di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga bantuan yang diberikan kepada mereka. Data anak-anak ibu tunggal yang mendapat bantuan ialah bagi Parlimen Kangar kita ada 265 orang, perinciannya adalah mengikut umur tetapi saya baca keseluruhan. Manakala Parlimen Arau 235 orang dan Parlimen Padang Besar kita ada 196. Jumlah keseluruhan satu Perlis adalah 696 orang. Bentuk bantuan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah dalam bentuk kewangan kepada setiap orang anak-anak ini dan usia mereka tidak melebihi 18 tahun. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Mata Ayer menyokong sepenuhnya Belanjawan Perlis 2021 yang bertemakan Meningkatkan Keberkesanan, Meransang Pembangunan, Membela Kebajikan Demi Keharmonian serta ingin menzahirkan ucapan penghargaan terhadap sokongan semua Ahli-Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini bagi meluluskan Belanjawan Perlis 2021. Belanjawan ini juga adalah untuk menjamin kesejahteraan dan kelansungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang begitu terkesan akibat krisis kesihatan yang sama sekali kita tidak duga dan juga tidak pernah berlaku sebelum ini sehinggalah menimbulkan segala gangguan besar di dalam kehidupan dan juga mata pencarian segenap rakyat, bukan sahaja di Malaysia malahan juga seluruh dunia. Saya juga amat berbangga dan juga menghargai komitmen dan juga semangat muafakat serta gandingan bahu setiap pihak kerana ianya amatlah penting bagi mengekalkan momentum pemulihan ekonomi demi kesejahteraan bersama. Dan saya sangat-sangat berkeyakinan penuh terhadap kemampuan Kerajaan Negeri untuk menerajui pentadbiran negeri pada saat negara sedang diuji dengan musibah ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker dan sidang Dewan yang saya muliakan, belanjawan Perlis 2021 yang komprehensif dengan mengambil kira tuntutan kebajikan bantuan dan juga pemulihan ekonomi dalam situasi negara sekarang perlu dilihat kepada 2 fokus utama iaitu agenda rakyat dan juga pemulihan dan juga bertepatan dan selari dengan tema dan juga 4 teras yang dibawa dalam bajet 2021 Perlis ini. Walau apa pun situasinya, kehidupan rakyat dan ekonomi negara adalah tanggungjawab yang harus kita pikul bersama-sama dan juga diambil oleh semua pihak yang telah pun diberikan amanah. Semoga Belanjawan Perlis 2021 ini akan melaksanakan… akan dapat melakarkan sebuah lukisan yang begitu tinggi nilai komersialnya untuk rakyat Perlis terutama sekali. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di atas pemberian peruntukan kepada DUN Mata Ayer dari masa ke semasa dan juga peruntukan bagi… atas portfolio saya iaitu pembinaan krematorium atau tempat pembakaran mayat yang menelan belanja sejuta yang sepertimana diumumkan dalam bajet kita tempoh hari dan ini sangat-sangatlah membawa erti kepada rakyat kita terutama rakan-rakan yang bukan beragama Islam. Seterusnya golongan ibu tunggal juga tidak dilupakan, jadi ucapan penghargaan ini juga saya zahirkan kepada semua agensi-agensi, jabatan-jabatan di bawah portfolio saya dan juga bukan portfolio saya yang begitu bekerjasama dengan kami untuk memperkasakan ibu tunggal dan juga wanita-wanita di peringkat bawah dan akar umbi di sana. Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, ucapan penghargaan juga saya zahirkan kepada semua badan bukan kerajaan yang turut bersama-sama dengan Kerajaan Negeri dan juga bagi menggalas tanggungjawab dan memberi keberhasilan kepada agenda-agenda pembangunan dan juga kebajikan wanita di Negeri Perlis. Kerjasama ini akan terus menjadi wadah perjuangan kita bersama untuk memastikan negeri tercinta Perlis ini mampu melonjak ke arah negeri yang maju serta dinamik.
Yang Berhormat Dato’ Speaker dan sidang Dewan yang saya muliakan, membangunkan wanita memerlukan peranan semua pihak dalam menerajui pengurusan perubahan secara bersama. Teras pembangunan negeri menjadi tunjang kepada asas perancangan hala tuju yang berimpak. Program Woman Empowerment 2021 dengan suntikan perbelanjaan atau peruntukan yang diberi akan memperlihatkan peranan wanita diberi tumpuan yang boleh menyumbang kepada usaha-usaha menjayakan teras pembangunan negeri. Selaras dengan teras-teras pembangunan negeri, usaha mewujudkan masyarakat yang harmoni serta isu-isu kebajikan masyarakat melalui peranan wanita mampu memberikan sumbangan yang boleh dibanggakan melalui perancangan, program aktiviti yang juga bersesuaian dasar-dasar yang telah dibentuk. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Perlis Go Digital pasti disahut di mana wanita akan mengorak langkah seiring dengan kemajuan negara dan juga negeri terutamanya dari segi peningkatan kualiti diri dan juga hidup dengan mengambil peluang serta mengambil daya saing ekonomi dengan menggunakan kepintaran teknologi dalam bidang kemahiran dan juga ekonomi digital. Keinginan untuk mewujudkan kluster wanita digital memerlukan keterlibatan semua pihak. Tindakan pasti akan berlaku walaupun dalam skala yang kecil dan sederhana mengikut kemampuan dan juga kebolehupayaan diri wanita sendiri. Yang Berhormat Dato’ Speaker, di kesempatan ini juga Mata Ayer dengan rasa sukacitanya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan juga terima kasih kepada seluruh barisan hadapan yang tidak jemu-jemu menjaga kita agar terputus daripada penularan wabak COVID-19 khususnya di Negeri Perlis dan kita mengharapkan Perlis kita akan terus hijau serta kita semua akan dapat jaga diri dan keluarga kita. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sesungguhnya amatlah tidak lengkap ucapan saya ini sekiranya saya tidak nyatakan… tidak titikan rasa terima kasih kepada yang pertamanya Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri kerana dengan kakitangan beliau yang begitu bertungkus lumus untuk menyediakan kertas-kertas belanjawan kita pada tahun ini dan terima kasihlah yang sangat-sangat tinggi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang menterjemahkan di atas pembentangan bajet tersebut dan di sini juga saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan dan juga Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang kerana tidak jemu-jemu juga memberi komitmen yang tinggi kepada Kerajaan Negeri bagi membantu terutama YB SS di dalam kelancaran Perlis Go Digital beliau dan kita harap sokongan terus dari semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dan sidang Dewan sekalian kepada apa yang akan dilaksanakan oleh kerajaan berterusan sehinggalah kita dapat Perlis Maju 2030 nanti. Saya dah sampai penghujung Yang Berhormat Dato’ Speaker, akhir kalam saya ingin simpulkan di sini bahawa wanita bukanlah serpihan tetapi adalah pelengkap dalam kesepekatan bersama, menerajui tranformasi ekonomi Perlis sebagai sebuah negeri bandaraya dan juga berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030 amat-amatlah kita alukan. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Setiausaha Dewan dan juga kakitangan Dewan yang begitu komited bagi menjayakan sidang Dewan kita selama 3 hari ini. Jadi itu sahaja, sekali lagi Mata Ayer menyokong sepenuhnya Belanjawan Perlis 2021, sekian wabillahitawfeek walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat, dipersilakan Yang Berhormat Pauh.
Bismillahirahmanirahim, alhamdulillahi rabbilalamin wassalatu wassalamualaashrafil ambiya walmursalin, waalaalihi wasahbihi ajmain. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju. Yang Berhormat Dato’ Speaker Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan juga agensi serta wakil-wakil, pengamal media, para pemerhati, dan sidang hadirin yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana membenarkan saya untuk menyampaikan ucapan pergulungan dan seterusnya menjawab beberapa soalan daripada soalan lisan dan juga soalan perbahasan dan juga saya ingin merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izinnya kita semua kekal berada di Dewan ini dengan keadaan yang memuaskan. Bagi menjawab, terlebih dahulu Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menjawablah soalan-soalan. Pertama saya mulakan dengan soalan lisan yang mana dikemukakan oleh Yang Berhormat Sanglang yang berkaitan dengan silibus pembelajaran di sekolah menengah agar bersesuaian dengan kehendak kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti. Untuk makluman Yang Berhormat, soalan ini sebenarnya… maaf bukan Yang
Berhormat Sanglang, Yang Berhormat Guar Sanji… untuk makluman Yang Berhormat Guar Sanji, soalan ini sebenarnya menyentuh tentang dasar pendidikan negara yang terletak di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia, bukannya Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, bagi membantu meleraikan kemusykilan Yang Berhormat Guar Sanji, saya akan cuba berikan penjelasan berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pihak kementerian. Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk maklumat Dewan yang mulia ini, pada dasarnya Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan perubahan kurikulum dari masa ke semasa mengikut perubahan dan perkembangan dunia bagi semua peringkat persekolahan. Perubahan kurikulum dilaksanakan bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan masyarakat dan negara pada masa hadapan dan perubahan kurikulum yang terkini di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah mula dilaksanakan mulai 2017. Bagi menyesuaikan silibus pembelajaran di sekolah menengah dengan kehendak kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti masa kini, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui perlaksanaan kurikulum baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) menawarkan 2 pakej elektif mata pelajaran bagi peringkat menengah atas mulai 2020. 2 pakej elektif yang disediakan tersebut adalah pakej STEM, Sains, Technology, Engineering and Mathematics dan pakej sastera dan kemanusiaan. Penyediaan kedua-dua pakej ini bertujuan memberi ruang kepada murid untuk memilih laluan pendidikan menerusi pakej mata pelajaran yang bersesuaian dengan minat dan kecenderungan masing-masing. Pakej elektif ini juga dibina bagi memenuhi keperluan murid untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti di universiti, program matrikulasi, pengajian tingkatan 6, politeknik, kolej komuniti dan intitusi lepasan menengah yang lain. Pakej STEM dan pakej sastera dan kemanusiaan yang ditawarkan di peringkat menengah ini adalah selaras dengan penawaran program STEM dan program kemanusiaan di peringkat pendidikan tinggi dan telah mendapat persetujuan daripada pihak Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Seterusnya kurikulum yang diguna pakai di kolej vokasional iaitu Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV). Pembangunan KSKV ini memenuhi standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan yang dikawal selia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Pembentukan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ini dilakukan dengan melibatkan pakar-pakar daripada industri awam dan swasta serta personal daripada agensi dan institusi latihan mengikut kod bidang masing-masing. KSKV yang diguna pakai di Kolej Vokasional ini bersifat dinamik dan KPM sentiasa melakukan penambahbaikan kepada KSKV ini berdasarkan kehendak dan keperluan industri serta teknologi terkini. Untuk makluman Dewan yang mulia, Jabatan Pendidikan Perlis tidak terlibat dalam membuat keputusan berkaitan perubahan kurikulum. Perubahan kurikulum dilaksanakan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia manakala Jabatan Pendidikan Negeri bertanggungjawab memastikan kurikulum tersebut dilaksanakan di peringkat sekolah. Walau bagaimanapun, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis melalui Sektor Pembelajaran sentiasa memberikan input-input berkaitan perlaksanaan sesuatu kurikulum mata pelajaran di peringkat negeri kepada pihak Kementerian Pendidikan umumnya dan Bahagian Perkembangan Kurikulum khasnya. Seterusnya bagi menjawab soalan-soalan perbahasan yang juga dikemukakan oleh Yang Berhormat Tambun Tulang berkaitan dengan anak-anak tahun 1, ada perancangan dan program anak-anak mengatasi buta huruf dengan pemakaian teknologi baharu. Yang Berhormat Tambun Tulang, ini juga merupakan soalan di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan, jadi perkara ini akan dipanjangkan untuk perhatian dan tindakan Kementerian.
Minta laluan Yang Berhormat. Ini bukan… tak payah… ini usaha kita di peringkat negeri pun boleh buat macam tuisyen ka apa ka kelas-kelas yang dibuat sekarang Yang Berhormat. Saya faham kalau dasar tu di peringkat Kementerian, tapi nak perbetulkan soal 3M ini… membaca, menulis, mengira ni… usaha guru di peringkat negeri saja dengan mungkin Yang Berhormat suntikan sedikit sumber kewangan untuk tolong mereka buat kelas-kelas tambahan dan sebagainya. Jadi itu saja Yang Berhormat, jangan kelirukan Dewan.
Baik Yang Berhormat Tambun Tulang, sebenarnya program ini juga adalah di bawah perlaksanaan peringkat kurikulum di sekolah dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan apabila dikenal pasti pelajar-pelajar yang buta huruf ini, pihak Jabatan Pendidikan dia ada program iaitu arrangement program dan juga program pemulihan dan di peringkat sekolah rendah juga ada kelas pemulihan khas yang akan menempatkan pelajar tahap 1, tahun
1, 2 dan 3 yang mana tidak melepasi pencapaian mereka dalam memorasi dan literasi nombor dan juga membaca. Jadi, di dalam kelas-kelas ini saya pasti…
Pohon laluan Yang Berhormat. Ya saya tahu Yang Berhormat, itu berlaku, Yang Berhormat juga seorang pendidik. Kalau dengan silibus yang ada sekarang, dengan mereka tidak tahu tidak mengenal huruf, mereka tidak mampu mengikut silibus di peringkat tahun 1 yang ada sekarang yang cukup tinggi sebenarnya. Kalau kita lihat matematik sahaja, silibus yang ada di peringkat awal sekolah menengah tingkatan 1, 2, 3 dah ada matematik tambahan… itu yang pelajaran yang tingkatan 4 dan 5. Apatah lagi anak-anak yang masih lagi bersih tak tahu membaca nak ikuti dengan pelajaran tahun 1 yang kita sendiri sebagai bapa pun kita tak faham sekarang. Terlalu susah dan sukar. Jadi maksudnya latihan yang pemulihan ini mungkin ada kelas tambahan, macam mana sekarang walaupun sekolah tidak dibuka… tahniah kepada pengetua dan guru-guru yang murid-murid, pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan mereka buat kelas tambahan, boleh dikatakan di semua di masjid, dewan-dewan orang ramai. Itu inisiatif mereka dan saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pengetua dan guru-guru di seluruh Negeri Perlis yang mempunyai inisiatif serupa ini.
Baik Yang Berhormat… terima kasih Yang Berhormat. Memang diadakan program-program tuisyen itu merupakan program alternatif pihak sekolah di sebelah petang ataupun selesai sesi persekolahan untuk anak-anak pelajar yang terlibat dengan kelas-kelas pemulihan khas ini dan saya yakin dan percaya pihak sekolah tidak akan mengabaikan sepertimana program LINUS (Literasi dan Numerasi) yang mana saya juga merupakan pegawai pengerusi LINUS sebelum berada di jawatan sekarang ini. Jadi kami mengamalkan program ini di mana turun ke sekolah-sekolah bagi mengumpulkan pelajar-pelajar dan kita akan bagi engagement activities. Jadi saya percaya ini adalah kes terpencil untuk buta huruf di Malaysia Yang Berhormat Tambun Tulang dan banyak-banyak program yang setelah kita buat analisa perkembangan di tahap 2 memberansangkan…
Buta huruf kes terpencil YB kata?
Di peringkat Negeri Perlis kita…
Buta huruf kes terpencil? Isolated cases? Apa yang Yang Berhormat fikir ni? Tafsiran buta huruf… mereka tak mengenal dunia dikira sebagai kes terpencil? Berhati-hati Yang Berhormat, use the words…
Saya faham minta maaf Yang Berhormat kalau saya silap… kalau saya salah menggunakan perkataan…
YB mohon pencelahan sikit, sebenarnya bagi saya menyokong Tambun Tulang, ini bukan kes terpencil. Memang banyak, kalau kita tengok realiti budak-budak la ni lebih dengan smartphone dan sebagainya ni sampai nak baca pun tak reti. Mereka tau tetapi ibubapa yang nak kena taip kepada mereka, WhatsApp apa semua tu. Jadi bagi saya bukan kes terpencil, kita kena ambil serius dari segi Kerajaan Negeri, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sena, terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Saya akan ambil perkara ini satu inisiatif untuk kita membuat penambah baik.
Tidak… bukan nak gaduh ni. Nak bagi tau Yang Berhormat, kita ni ke depan Yang Berhormat nak bagi tau… sampai kita mungkin kena ada institut pemulihan addicted application tahu tak? Anak-anak yang jadi addict ini bukan setakat ketagihan dadah sahaja, ketagihan aplikasi ini pun silap-silap kita kena buat institut pemulihan dah. Mungkin modul kena difikirkan dari sekarang. Bila mereka ini dah tidak boleh… mereka ini akan jadi pemimpin Yang Berhormat di suatu hari nanti. Dengan mereka tidak ada… sociable person, tidak ada hubungan komuniti, tidak ada hubungan komunikasi, tiba-tiba nak bagi jadi Menteri Besar Perlis, cuba bayangkan Yang Berhormat apa yang akan berlaku pada Negeri Perlis ini. Contoh dia macam tu lah yang saya maksudkan Yang Berhormat. Terima kasih Dato’ Speaker, sekadar penjelasan.
Ada sikit lagi Yang Berhormat, bahkan ada…
Yang Berhormat saya ingat kita nak bagi laluan segera selesaikan pergulungan dan pihak kerajaan juga menggulung, bukan memasuki portfolio Exco yang lain. Cuba ringkaskan sebab kita nak selesaikan masalah bacaan kali kedua dan bacaan kali ketiga. Dipersilakan sambung Pauh.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, seterusnya saya menjawab soalan perbahasan daripada Yang Berhormat Sanglang, Yang Berhormat Sena, Yang Berhormat Indera Kayangan berkenaan dengan data. Kerajaan Negeri Perlis telah membangunkan dan melancarkan pelan digital Perlis bagi tempoh tahun 2021 hingga 2025. Di bawah pelan tindakan Digital Perlis ini, inisiatif analitis data raya iaitu big data analytic telah dikenal pasti melalui kluster perkhidmatan kerajaan digital. Inisiatif ini merupakan platform bagi mewujudkan Kerajaan Negeri Perlis berpacutan data dan kepintaran data untuk membolehkan Kerajaan Negeri mengoptimumkan kepintaran penggunaan dan perkongsian data kerajaan dalam melahirkan pentadbiran yang cekap, cemerlang dan gemilang. Perancangan untuk pembangunan analitis data raya adalah merupakan fokus utama Kerajaan Negeri untuk berupaya menganalisa data bagi mendapat wawasan analitis atau insight yang bersifat realistic, descriptive, predictive dan prescriptive ke arah meningkatkan sistem pencapaian perkhidmatan kerajaan yang cemerlang. Dalam hubungan ini Kerajaan Negeri Perlis sentiasa mengadakan jalinan usahasama dan meningkatkan kolaborasi strategik dengan syarikat swasta dan universiti-universiti tempatan terutamanya dengan UniMAP dan UiTM Perlis, dan buat masa ini tiada sistem bersepadu dibangunkan memandangkan jabatan dan agensi pemberi bantuan membangunkan sistem masing-masing sebagai contoh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melaksanakan permohonan pendaftaran secara atas talian menggunakan borang permohonan yang terdapat dalam sistem e-JKM. Jadi sehubungan itu, Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan satu pangkalan data bagi data rakyat dan data penerima bantuan di Negeri Perlis. Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan sistem data rakyat pada tahun 2021 dengan kerjasama Jabatan Perangkaan, Jabatan Pendaftaran Negara, dan agensi pemberi bantuan seperti Majlis Agama Islam Perlis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis dan Jabatan Pendidikan Negeri. Kaedah bagi pembangunan pengkalan data ini sedang dipertingkat penelitian demi memastikan ianya tepat serta boleh diguna pakai oleh semua agensi secara bersama melalui pembangunan sistem ini kelak. Dipercayai semua bantuan dapat diselaras dan disalurkan dengan lebih mudah dan lebih efisyen. Seterusnya saya nak menjawab soalan daripada ADUN Sanglang berkaitan dengan mewujudkan satu pangkalan data infrastruktur. Jadi ini lebih kurang sama dengan jawapan yang saya berikan sebentar tadi yang mana Kerajaan Negeri melalui kerjasama pusat infrastruktur negara akan membangunkan... telah membangunkan sistem pangkalan data infrastruktur melalui program MyGGI negeri dan sistem ini menyediakan akses kepada maklumat geospatial bagi mengelakkan pertindihan dalam pengumpulan data dan memastikan ketepatan, kekinian, kebolehpercayaan dan kekalan data sedia ada untuk kegunaan analisis yang komprehensif dalam membantu membuat keputusan yang sistematik. Kemudian saya nak menjawab soalan daripada ADUN Yang Berhormat Guar Sanji berkenaan sektor pendidikan sekolah agama. Untuk kemudahan...
Yang Berhormat, kalau soalan yang saya sebutkan tadi akan dijawab oleh pihak kerajaan secara bertulis, saya ingat tak payah sebut dalam pergulungan ini sebab kita nak ringkaskan masa. Terima kasih.
Baiklah Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya akan panjangkan jawapan dalam bentuk bertulis. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, sidang Dewan yang dimuliakan, hari ini merupakan hari yang terakhir kita bermesyuarat dan ini merupakan satu kecemerlangan kita dalam menambah baik dalam kita melaksanakan SOP kerana dari dahulu hingga ke hari ini dalam tempoh PKP kita membudayakan norma baharu berikutan gelombang berpanjangan pandemik COVID-19 ini dan berita Utusan semalam… daripada 8 Disember kelmarin, menunjukkan sudah ada orang awam yang menjalani ujian saringan COVID-19 secara pandu lalu di sebuah klinik di Seksyen 7, Shah Alam. Jadi ini bukan merupakan situasi yang tak masuk akal ya. Ini sudah menjadi satu norma baharu yang disebabkan oleh peningkatan mendadak kes kluster COVID-19 ini. Antara mahu percaya ataupun tidak, kita sebagai rakyat perlu beri kerjasama supaya urusan menjadi lancar. Kita sabar dan tawakal sahaja selepas segala usaha dilaksanakan dan harapan kita agar berita baik kelmarin bahawa suntikan vaksin pertama dunia yang telah pun dilakukan ke atas nenek 90 tahun akan berjaya dan memulihkan keadaan di dunia dan Malaysia. Kita doakan tahun hadapan impian itu tercapai. Yang Berhormat Dato’ Speaker, usaha keras Malaysia membendung pendemik COVID-19 memang ada keberkesanannya apabila negara pernah berada di tangga ketiga puluh berikutan penurunan kes jangkitan COVID-19 terbanyak di dunia. Semoga rakyat terus mengamalkan SOP dan mematuhi PKP supaya gelombang ketiga peningkatan kes jangkitan tidaklah berpanjangan. Kita doakan negeri Selangor, Sabah dan Wilayah yang melaporkan kes yang tertinggi segera pulih. Walaupun tiada kes baharu di Perlis, tapi kita masih terus berjuang dan kempen pembudayaan norma baharu COVID-19 di peringkat negeri yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar diharap mendapat objektif dan matlamatnya. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan, Kerajaan Negeri, NGO, sukarelawan, YB-YB, jabatan dan agensi serta individu-individu yang kekal komited menabur bakti dalam usaha melawan pandemik COVID-19 serta semua pihak yang menyasarkan kebajikan rakyat yang mana kebajikan ini harus diberi keutamaan. Justeru Program Agihan Makanan Asas (PAMA) kepada rakyat yang terjejas sangatlah bermakna yang melibatkan belanja RM3.05 juta. Selain itu usaha Kerajaan Negeri mewujudkan tabung bencana Negeri Perlis yang berjaya mengumpul hasil sumbangan rakyat dan pihak-pihak yang prihatin dengan jumlah RM116 ribu itu digunakan dengan sepenuhnya untuk pembelian makanan asas telah turut banyak membantu rakyat di kawasan yang sangat memerlukan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kejayaan itu satu percent bakat dan 99 percent itu daripada usaha. Di samping menghargai bantuan-bantuan yang berkaitan dengan COVID-19, wajar saya turut menghargai pihak-pihak yang telah banyak memberi kerjasama membantu menyelesaikan masalah dan isu sepanjang tahun 2020 serta berkolaborasi dalam memberi nasihat, bimbingan dan latihan kepada rakyat di kawasan. Justeru, ucapan terima kasih saya zahirkan kepada ketua-ketua jabatan dan agensi serta semua pegawai yang banyak membantu kawasan dan negeri dalam usaha memperkasakan ilmu agama dan kerohanian, menangani banjir, menyelenggara jalan, longkang dan kemudahan asas, membaiki dan membina rumah, surau dan dewan orang ramai, menerangi jalan dan kampung, menjaga kebajikan golongan asnaf dan mereka yang memerlukan, menganjurkan program bimbingan dan latihan kemahiran teknologi dan inovasi, membudayakan digital dan membaca, dan semua usaha secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan pendayaupayaan dan pembangunan komuniti. Terima kasih daun keladi, kerjasama dan kolaborasi berterusan dan pemantauan berkala dirasakan akan menghasilkan kesan yang lebih optimum. Saya yakin dan percaya kita buat adalah berpaksikan KPI yang ditetapkan bersama integriti, manfaat adalah untuk kebaikan bersama. Kecekapan berkhidmat mungkin tidak dapat menghalang perbuatan tular di media-media sosial yang mengaibkan, fitnah dan maklumat yang tidak tepat. Tetapi sekurang-kurangnya dapat membuktikan usaha dan integriti itu tetap dilaksanakan, selebihnya percayalah kepada Tuhan. Juga at last but not least, tidak dilupakan kepada semua pengerusi jawatanuasa pembangunan dan kemajuan kampung serta barisan jawatankuasa dan semua penduduk yang berikan kerjasama sepenuhnya dalam memastikan kampung berada dalam kemajuan dan kecemerlangan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pembentangan Bajet Negeri Perlis 2021 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis adalah sangat menyeluruh, menyentuh pelbagai aspek pentadbiran dan berpaksikan kepada kesejahteraan rakyat. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Azlan Man atas bajet ini dan berjaya dirangka dalam saat paling getir dan mencabar bagi Negeri Perlis, saat yang tidak pernah dilalui oleh mana-mana Kerajaan Negeri sejak negara mencapai kemerdekaan. Kita benar-benar berada dalam a very unprecedented circumstances. Bukan sahaja kita berhadapan dengan pandemik yang berbahaya, tetapi nadi ekonomi kita hampir terhenti kerana penutupan sempadan dan perintah kawalan pergerakan yang silih berganti. Kerajaan Negeri perlis juga sangat terkesan dengan semua ini. Ekonomi kita menguncup, pengangguran kita meningkat, pelaburan baru kita berkurangan, perniagaan terpaksa menghentikan operasi, kuasa beli rakyat semakin merosot dan kutipan hasil negeri terjejas dengan teruk. Namun tugas sebenar Kerajaan Negeri ialah mengurus keadaan ini dengan sebaik-baiknya dalam apa jua keadaan. Walau sebesar mana konflik dan krisis yag tiba, tiada kerajaan yang patut tewas dan mengalah. Saya yakin keupayaan Kerajaan Negeri menangani kes wabak ini, together we move on and courage, tiada mengalah dan putus asa. Dalam pakej dan kriteria program yang menarik, murah dan affordable, saya sampaikan ucapan terima kasih kepada para peserta DUN Pauh dan juga DUN-DUN yang lain yang terlibat dalam program yang sangat ekonomi yang memperuntukkan RM490 ribu bagi membolehkan mereka turut terlibat dalam projek yang dapat menjana pendapatan keluarga seperti ternakan ayam kampung, tanaman sayuran di rumah, tanaman sayur berkelompok dan juga tanaman mangga Harumanis.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, agenda Perlis Go Digital, sejak pandemik COVID-19 mula menular, teknologi digital telah memberi kemudahan kepada orang ramai untuk terus melansungkan kehidupan. Pendamik COVID-19 telah merevolusi cara kita bekerja, cara kita berhubung, pergi ke sekolah dan membeli barang keperluan harian. Pandemik ini yang kita hadapi telah menjadi pemangkin terbesar untuk Kerajaan Negeri dan sektor swasta mentranformasi tata kelola ekonomi masa depan atau the economy of the future. Oleh itu, persediaan digital tidak lagi menjadi pilihan, perubahan ke arah digitalan bukan lagi satu paksaan, ia mesti dilakukan sekarang. Kita harus menyahut cabaran untuk melakar masa hadapan melalui agenda digitalisasi yang holistik dan mampan. Kita tidak boleh tertinggal dengan perubahan semasa terutama pasca pandemik yang menuntut agar kerajaan mempercepatkan proses tranformasi digitalisasi untuk membina ekonomi yang berdaya tahan. Untuk itu amat tepat pada masanya Kerajaan Negeri Perlis melaksanakan sokongan Perlis Go Digital, tanhiah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Azman bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis yang merealisasikan program yang telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis pada 10 Oktober lalu. Semoga maklumat berkaitan yang telah disebar luas difahami dan dapat berfungsi dengan baik. Sebagai menyatakan sokongan, agenda ini diyakini dapat mencipta sumber pendapatan baru untuk Kerajaan Negeri berlandaskan prinsip no one will be left behind, agenda digitalisasi ini tidak bersifat esklusif kepada golongan menengah atau atasan tetapi merangkul keseluruhan rakyat Negeri Perlis. Menerusi inisiatif Perlis Digital ini, kita lihat pada strategi perlaksanaannya yang sangat efektif iaitu merancakkan ekonomi dan komuniti bisnes yang berteraskan digital melalui pelancongan digital, ekonomi digital dan pertanian digital seterusnya mencipta gaya hidup digital di Perlis iaitu masyarakat digital dan ketiga, pendigitalan sepenuhnya pentadbiran Negeri Perlis yang mana pentadbiran kerajaan elektronik, keselamatan digital, infrastruktur digital dan sebagainya. Selain daripada itu, sebenarnya banyak inisiatif ke arah kepemerkasaan agenda dan yang sedang berlaku ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jadi kita sebenarnya sangat mengalu-alukan dan menyokong inisiatif dan menterjemahkan inisiatif Rakan Digital Perlis iaitu melalui Perlis Digital Ambassador atau Rakan Digital Perlis yang dilantik dari kalangan rakyat Perlis untuk membiasakan rakyat Perlis kepada aplikasi-aplikasi digital. Maknanya ini dilakukan seperti mentor kepada menti yang meningkatkan kualiti hidup rakyat Perlis. Selain itu, mereka turut akan membantu menyebar luas inisiatif digitalisasi ke seluruh negeri. Program ini telah dilaksanakan di beberapa buah negara yang mana kita boleh menjadikannya sebagai contoh seperti di Singapura, Jerman dan United Kingdom. Inisiatif ini dijangka akan membantu lebih ramai peniaga mikro dan PKS, warga emas dan belia B40 mengamalkam digitalisasi untuk meningkatkan pendapatan dan juga memberi pendedahan kepada inisiatif Kerajaan Negeri.
Seterusnya, Perlis sebagai pelaksana inisiatif Perlis Freelancers. Sebenarnya 26% tenaga kerja di Perlis… di Malaysia adalah pekerja bebas iaitu freelancer dan dalam jumlah yang semakin meningkat keadaan COVID-19 ini, rakyat lebih memilih waktu kerja yang lebih anjal dan inisiatif ini bertujuan membina kesedaran dan insentif untuk rakyat Perlis menggunakan kemahiran mereka untuk menjana pendapatan daripada freelancing dengan menyasarkan graduan lepasan institusi pengajian tinggi, tenaga kerja yang telah diberhentikan kerja, dan suri rumah. Inisiatif ini dijangka akan dapat menjadi sumber pendapatan alternatif rakyat Perlis. Seterusnya kita mengadakan usahasama strategik yang mana usahasama strategik ini bersama dengan pemain-pemain industri di negara ini melalui platform e-dagang yang dikenali sebagai Perlis e-Market Place. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya sebenarnya ingin merakamkan juga ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat PKN dan juga pegawai-pegawai daripada kewangan yang telah pun berjaya dan telah pun memberi kerjasama kepada saya untuk melaksanakan beberapa program yang berkait rapat dengan portfolio saya iaitu kita telah pun berjaya melaksanakan program digitalisasi di Perlis iaitu Bijak Business and Library yang telahpun dilaksanakan pada 23-27 November yang lalu di mana kita bekerjasama dengan Perpustakaan Awam Negeri. Jadi melalui program-program ini, program-program yang berbentuk kemahiran ataupun skill melibatkan usahawan-usahawan juga melibatkan bakal-bakal usahawan dan juga melibatkan orang perseorangan dan kita lihat yakin dan percaya bahawa program ini dapat menjana ilmu kemahiran agar mereka ini dapat maju ke hadapan. Dan selain itu, program perintis iaitu Pertandingan Inovasi Institusi Pendidikan Negeri Perlis telahpun disempurnakan penutupannya oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri sendiri yang mana telah melibatkan semua institusi pendidikan yang bermula pada 6 September 2020 yang lalu yang mana program ini merupakan pertandingan reka cipta inovasi yang telah pun diambil bahagian tenaga-tenaga pengajar dan juga pelajar.
Seterusnya kita merakamkan penghargaan atas inisiatif pihak MAIPs, JAIPs, JPN dan juga PIBKS iaitu penglibatan ibu bapa komuniti dan swasta yang mana telahpun berjaya melaksanakan program Pugar Minda Semarak Masjid yang mana program-program ini melibatkan sekolah-sekolah menengah, para pelajar mengambil peperiksaan, mengadakan kelas tuisyen di masjid-masjid setelah sekolah-sekolah ditutup kerana pandemik COVID-19. Jadi kita sambut baik dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah pun menyokong program-program yang berkaitan dengan pemerkasaan pembangunan sumber manusia, pendidikan, inovasi dan teknologi, juga kemahiran dalam berkomunikasi dan multimedia. Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri percaya bahawa modal insan adalah penggerak utama Negeri Perlis. Tanpa modal insan yang berkualiti, segala pelan pembangunan tidak akan berjalan dengan baik. Namun begitu, pandemik COVID-19 telah memperlihatkan pasaran iklim kerja yang begitu rumit. Apa saja isu yang timbul dalam pasaran kerja kita mengangkat permasalahan ini secara bersama dan dalam urusan kita untuk menangani sebaik mungkin mereka-mereka yang memerlukan pekerjaan ataupun yang hilang pekerjaan kesan daripada COVID-19 ini. Menyedari kepada keperluan untuk memberikan tumpuan kepada matlamat tersebut, Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan melalui inisiatif membanteras masalah ponteng, penyalahgunaan dadah di kalangan murid sekolah melalui program Cognitive Behavioral Therapy (CBT) dan kerjasama pihak Kerajaan Negeri, Universiti Malaysia Perlis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis yang mana menampakkan hasilnya dan akan diperluas dari masa ke semasa. Ini menunjukkan bahawa mereka yang terkesan ini, sekiranya mendapat bimbingan yang wajar, mendapat sokongan yang begitu… mengambil tahu apa permasalahan, kita yakin dan percaya masalah-masalah sosial ini dapat di atasi. Seterusnya sebagai penutup bicara saya, saya mengucapkan jutaan terima kasih lagi kepada semua pihak yang terlibat, kepada YAB Dato’ Seri MB, kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan, Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang, kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, kepada YB-YB, kepada semua ketua jabatan dan agensi, kepada semua yang terlibat dalam mengurus tadbir dalam memastikan perjalanan pengurusan negeri ini di landasan yang terbaik. Yang Berhormat Dato’ Speaker, tiadalah keutamaan lain kepada kita semua kecuali keutamaan semua lapisan rakyat benar-benar terhimpit pada waktu ini dipastikan dapat keluar dengan jayanya dan kita mahu memastikan yang pembentangan Belanjawan 2021 ini bukan sekadar agenda akhir bagi tahun 2020, tetapi menjadi titik mula paling penting untuk Perlis bangkit semula pada tahun 2021, insya-Allah. Marilah kita bekerjasama menggugahkan semula Negeri Perlis ini dengan kehidupan yang membaik, perniagaan yang bertumbuh, ekonomi yang berdaya saing, serta kemakmuran dan kesejahteraan yang teragih adil dan berpanjangan. Saya harap semua niat murni dan usaha keras akan dapat dilaksanakan dan dijayakan dengan sebaiknya, khususnya dengan sokongan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi semua Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini dan para penjawat awam Negeri Perlis yang lain. Saya mohon menyokong sepenuhnya Belanjawan Perlis 2021. Dengan ini, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Pauh, saya ada kekangan masa. Tiga orang Yang Berhormat telah pun memberi pergulungan dan mengambil masa satu jam tiga puluh minit dan kita ada lagi enam orang. Jadi, kalau setiap seorang membuat pergulungan satu jam, kita akan ada enam jam lagi baru kita boleh masuk dari segi bacaan kali kedua. Saya nak nasihatkan kepada Yang Berhormat pertamanya perkara Perlis Go Digital telah pun disebut oleh dua orang. Jadi kalau semua sebut perkara yang sama, saya rasa perlu dielakkan dan perkara-perkara yang lain… dan mulai daripada Beseri saya minta kalau boleh dijimatkan masa dalam 20 minit. Kalau lebih ringkas lebih baik, dipersilakan Yang Berhormat Beseri.
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirabbilalamin wassolatu wassalamuala ashrofilanbiya iwarmursalin, waalaalihi wasohbihi ajmain. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rabbish rahli sadri, wayassirli amri, wahlul u’datam millisani, yaf qahuqauli. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis yang telah membentangkan Bajet 2021 Negeri Perlis. Insya-Allah, mandat dan amanah ini akan kami fahami, akan kami hayati, serta dipikul bersama agar agenda pembangunan Negeri Perlis yang kita cintai ini dapat direalisasikan dan hasilnya dapat dimanfaatkan oleh segenap rakyat negeri ini. Marilah kita semua berdoa dengan tulus ikhlas semoga Allah SWT meluaskan kerahmatan, keberkatan, dan kemudahan kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail untuk terus menaungi Perlis yang dikasihi ini. Ucapan takziah kepada keluarga anggota Gerakan Am Sarjan Baharudin Ramli yang telah terkorban ketika bertugas di sempadan Malaysia – Thailand. Kita amat menghargai khidmat cemerlang mendiang ini dan ia merupakan satu kehilangan besar kepada negara. Kita juga menghargai khidmat cemerlang Sarjan Norihan a/l Tari yang tercedera sesungguhnya semua adalah wira negara. Terima kasih Kerajaan Pusat yang mengambil tindakan cepat dengan menaikkan pangkat daripada Koperal kepada Sarjan kepada kedua-dua wira negara ini. Kerajaan Negeri Perlis juga telah meluluskan peruntukan saguhati sebanyak RM5,000 untuk diberikan kepada waris dan anggota yang terlibat. Saya nak bagi respons berhubung dengan permintaan daripada Yang Berhormat Dato’ Speaker supaya kita meringkaskan ucapan pergulungan, jadi saya minta saya pun nak jawab yang saya rasa mungkin ada tiga soalan yang perlu saya respons. Soalan daripada Yang Berhormat Sanglang berkaitan penutupan Masjid Al-Hussin Kuala Perlis, buat masa ini pintu masjid dibuka untuk aktiviti pengimarahan di setiap waktu solat dan ditutup diluar waktu berkenaan. Pembukaan berkenaan jua dimestikan dengan pematuhan SOP, penjarakkan fizikal, pemakaian pelitup muka dan penggunaan sejadah selain saringan suhu dan penjarakkan social. Walaupun pintu masjid tidak dibuka di luar waktu solat, pengunjung masih mempunyai ruang untuk menunaikan solat di kawasan anjung masjid yang berada di ruang terbuka dan kurang berisiko penularan. Jadi penjelasan ini Yang Berhormat Sanglang, jelas?
Jelas jawapan itu, tapi saya pergi hari tu tutup.
Mungkin Yang Berhormat ketika itu nak masuk dalam masjid tengok dalam ruang utama itu dah tutup, mungkin Yang Berhormat tidak tengok keadaan di sekitar itu, terus naik bot pergi Langkawi. Saya ingat macam tu. Tapi…
Tak dan masuk ruang lagi, pintu pagar depan saja.
Tak mengapa nanti saya ingat pihak JAIPs dan MAIPs pun ada….
Buat tangga saya ragas.
Mungkin saya boleh respons. Sebenarnya masjid tu dia pintu pagar dia memang tutup, cuma kena masuk sebelah parking lot yang orang pergi ke
Langkawi tu kan, dia buka pintu kecil tu. Saya pun pergi dulu memang dia tutup, tapi saya telefon Ustaz Najdi dia bagitahu memang dia buka pintu di belakang tu lah.
Jelas Yang Berhormat? Jelas? Ok.
Mau tak jelas lagi pekak lah.
Terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Berhubung dengan persoalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Guar Sanji, berkenaan dengan replika dinosaur yang telah diletakkan oleh pihak penganjur ataupun pihak pemilik resort tersebut yang tujuannya untuk menarik pengunjung pergi ke situ. Saya ada berbincang dengan Yang Berhormat Dato’ Mufti berkenaan dengan perkara tersebut. Dari segi fatwa, belum dikeluarkan lafi secara rasmi cuma secara umumnya, secara tidak rasmi, ini berpandukan kepada hadis daripada Aisyah, yang mana baginda mengizikan Aisyah memiliki atau bermain dengan patung kuda bersayap. Ini terdapat dalam hadis Abu Daud. Atas asas ini, para ulama mengizinkan patung untuk mainan kanak-kanak untuk pendidikan dan apa sahaja yang mempunyai tujuan yang membantu pendidikan atau untuk mainan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, Majlis Fatwa Negeri Perlis akan membincangkan perkara tersebut yang akan bermesyuarat pada hari Isnin 14 Disember 2020. Jadi kita tunggu lah selepas keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa Negeri Perlis. Berhubung dengan…
Yang Berhormat Beseri, sedikit pertanyaan. Yang Berhormat Beseri… terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Beseri telah memberi respons awal kepada pertanyaan saya berkaitan dengan replika yang diletakkan di Tasoh Resort tu. Kita ada dua… permasalahan yang saya bangunkan disini ada dua, pertama sekali berkaitan dengan unsur syirik, yang kedua berkaitan dengan unsur patung. Saya pun bersembang dengan Dato’ Mufti berkaitan hadis tersebut, tentang hadis permainan patung ini dibenarkan, tetapi apabila mana patung itu bukan untuk dimainkan lagi tetapi dijadikan perhiasan, untuk jadikan tarikan kepada sesuatu benda itu mungkin dia jadi berubah dah cara hukum…
Yang Berhormat, Yang Berhormat Beseri kata dia akan menunggu keputusan Majlis Fatwa Negeri, jadi kita tunggulah.
Jadi mungkin makna percambahan benda tu dia boleh keluar semula. Tadi saya kata patung tapi penaksiran tu… patung dan benda yang boleh jadi hiasan. Kalau kita kata orang kalau kita hormat lebih pun boleh jadi syirik juga.
Yang Berhormat, Majlis Fatwa lebih arif tentang perkara ini. Jadi biarlah Majlis Fatwa…
Ini pandangan saya…
Saya faham.
Baik, terima kasih Yang Berhormat.
Yang Berhormat Guar Sanji boleh tunggu keputusan Majlis Fatwa pada hari Isnin 14 haribulan akan bermesyuarat dan keputusan itu kita akan dapat selepas itu lah. Cadangan bekas imam akan diberi pencen atau ganjaran, JAIPs tiada halangan, jadi kita tiada halangan imam atau pegawai masjid yang bersara diberikan pencen untuk menghargai sumbangan mereka kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, kejayaan perlaksanaan cadangan itu bergantung kepada kedudukan semasa kewangan Kerajaan Negeri Perlis. Berhubung dengan soalan daripada Yang Berhormat Sena, penyata kewangan yang telah diaudit pada tahun 2019 iaitu yang telah difokuskan kepada JAIPs berkenaan dengan pembayaran elaun KAFA. JAIPs telah menyediakan kontrak perjanjian pelantikan guru KAFA Negeri Perlis dan diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa KAFA Peringkat Negeri Perlis
Bilangan 1/2020. Kontrak perjanjian perlantikan guru KAFA Negeri Perlis tersebut telah diguna pakai semasa melantik guru KAFA di Negeri Perlis bermula pada tahun 2020. Perkara ini telah disahkan dalam laporan naziran pematuhan perakaunan akruan bagi tahun 2020 pada 19 Oktober 2020. Pembayaran elaun pegawai masjid yang dibuat tanpa surat perlantikan, surat lantikan pegawai masjid dibuat dengan cara memperbaharui surat perlantikan setiap 2 tahun manakala bagi pegawai berumur 60 tahun akan diperbaharui setiap setahun. Sebagaimana juga isu pembayaran elaun guru KAFA perkara ini juga telah disahkan dalam Laporan Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan Tahun 2020 pada 19 Oktober 2020. Bayaran pegawai masjid yang dibuat pada pegawai yang telah sah meletak jawatan, JAIPs telah mengeluarkan tuntutan bayaran balik kepada waris melalui surat rujukan JAIPs KRHAM 015 Jld.9 (15) bertarikh 1 Jun 2020, pegawai masjid juga dibayar saguhati oleh Kerajaan Negeri mengikut tempoh perkhidmatan mereka berpandukan kepada keputusan semasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis rujukan SUK.Ps. (R) 05/342 (36) bertarikh 8 Mac 2013 pada kadar seperti berikut, Imam RM280 setahun, Bilal RM210 setahun, Siak RM160 setahun dan penjaga Kawasan RM160 setahun.
Yang terakhir, soalan daripada Yang Berhormat Kuala Perlis mohon pencerahan JAIPs berkaitan isu pertukaran kedua-dua imam di sebuah masjid iaitu masjid Saidina Abu Bakar Al-Siddiq di Kuala Perlis. Imam dua masjid Seriab Abu Bakar Al-Siddiq Seberang Ramai Kuala Perlis telah hadir ke JAIPs pada awal November 2020 di hadapan Imam Besar Negeri Perlis. Beliau dengan suci hati telah menyuarakan hasrat untuk meletakkan jawatan. Beliau juga mencadangkan seorang anak muda tempatan yang juga anak jati Seberang Ramai yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Hadis dari Timur Tengah untuk dilantik menggantikan beliau sebagai Imam. Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini, borang perletakan jawatan masih belum diterima oleh bahagian dakwah JAIPs. Buat masa ini, beliau masih kekal sebagai Imam di Kariah Seberang Ramai. Akhir sekali saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat-Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai daripada jabatan-jabatan di atas kerjasama yang diberikan pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Persidangan Ketiga, Dewan Undangan Negeri Perlis yang Ke-14. Sekian wabillahitawfeek walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Kayang.
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah hirabbil alamin, wabihinastain, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Perlis. Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memperuntukkan ruang dan peluang kepada saya untuk sesi pergulungan pada hari ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Bintong serta rakan-rakan dalam kerajaan yang telah membentangkan satu bajet untuk tahun 2021 yang boleh saya ibaratkan sebagai kasih sayang yang diberikan oleh rakyat akhirnya dikembalikan juga semula kepada rakyat dan memandangkan dalam perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat kelmarin, semuanya menyokong pembentangan bajet ini maka tak perlulah saya ulas panjang-panjang kerana Yang Amat Berhormat Bintong sendiri telah mengambil masa lebih dua jam untuk membentangkannya secara terperinci dan Ahli-Ahli Yang Berhormat telah pun memberi pandangan dan cadangan penambahbaikan terhadap Bajet 2021 ini dan saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai… kepada YB-YB Ex-Officio, pegawai-pegawai BPEN dan semua agensi yang telah membantu Yang Amat Berhormat Bintong dan juga Kerajaan Negeri yang memberi input dan berkongsi idea dengan Kerajaan Negeri sehingga akhirnya bajet bertemakan Meningkatkan Keberkesanan, Meransang Pembangunan, Membela Kebajikan Demi Keharmonian ini dapat dibentangkan dengan jayanya oleh Yang Amat Berhormat Bintong. Ibarat pepatah sikit sama dicubit, banyak sama dilapah, tahniah sekali lagi Yang Amat Berhormat Bintong dan semua yang terlibat. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam sesi perbahasan kelmarin ada dibangkitkan beberapa soalan yang berkaitan dengan portfolio saya antaranya yang dibangkitkan oleh… cadangan ataupun idea yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tambun Tulang berkenaan dengan kemungkinan untuk menjadikan kawasan dolomite sebagai kolam takungan untuk simpanan air Negeri Perlis. Untuk makluman Ahli dan juga Dewan yang mulia ini, aktiviti perlombongan dolomite Negeri Perlis masih di peringkat awal. Setakat ini mineral tersebut masih dilombong di kawasan tanah tinggi dan juga berbukit dan sekiranya pada masa akan datang mineral ini telah dilombong di bawah paras jalan maka insya-Allah saya percaya bahawa bekas kawasan lombong tersebut boleh dijadikan sebagai kolam takungan air sebagai salah satu pilihan pelan pemulihan kawasan tersebut dan juga sebagai kolam takungan untuk bekalan air di Negeri Perlis.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya juga ingin memaklumkan bahawa ada juga kita menerima cadangan daripada pihak-pihak tertentu untuk mengadakan kolam takungan di Tebing Tinggi yang boleh menyimpan air melalui terusan banjir yang dibuang ke laut. Jadi insya-Allah perkara ini kita ambil perhatian untuk dipertimbangkan pada masa hadapan. Seterusnya Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Berhormat Tambun Tulang juga ada membangkitkan tentang pembinaan ataupun kajian lampu isyarat berkala di kawasan bulatan Jubli Emas Kangar bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Untuk makluman semua, kawasan ini telahpun dibuat kajian Traffic Impact Assessment (TIA) oleh pihak Kangar City Centre dan mendapati memang persimpangan bulatan Kangar ini perlu dinaik tarafkan kepada persimpangan bulatan berlampu isyarat ataupun pembinaan fly over. Namun pada masa kini, projek tersebut belum dapat dilaksanakan pada masa kini dan namun begitu, pihak JKR telah mengambil perhatian dan akan memohon peruntukan bagi menaik taraf persimpangan bulatan berlampu isyarat di persimpangan tersebut pada masa akan datang. Seterusnya masih lagi dibawah Yang Berhormat Tambun Tulang berkenaan dengan banjir kilat di Jejawi dan Utan Buluh dan melibatkan kos yang tinggi bagi pengalihan utiliti. Untuk makluman, pihak JKR telah pun melakukan beberapa usaha bagi menangani masalah banjir kilat di Jejawi iaitu di sepanjang jalan Jejawi / Tambun Tulang di R175. Pada tahun lepas, jabatan ini telah membina sebuah balancing culvet berukuran 1.8 meter dan pada tahun ini juga telah membina longkang tepi jalan bagi menampung air larian permukaan di jalan tersebut. Sebagai makluman, isu banjir kilat di Utan Buluh iaitu di jalan Tok Kayaman R133 juga, pihak agensi berkaitan termasuk juga dengan JKR telah berbincang untuk menentukan titik curahan akhir yang tepat agar air tersebut dapat disalurkan secara efektif dan efisyen bagi mengelakkan isu banjir kilat di Utan Buluh dan pada masa kini JKR akan bekerjasama dengan agensi yang lain untuk mencari kaedah penyelesaian yang paling efisyen dan mampan untuk dilaksanakan menggunakan peruntukan tahun 2021 nanti.
Seterusnya Yang Berhormat Timbalan Speaker, berikut tentang respons terhadap Yang Berhormat Sanglang tentang isu laut cetek dan feri dari Langkawi ke Kuala Perlis tidak boleh beroperasi dan isu ini telah pun diambil maklum oleh pihak Jabatan Laut Malaysia dan telah mendapatkan perkhidmatan Jabatan Teknikal iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi menjalankan kajian kemungkinan penyelesaian yang lebih mampan untuk menangani masalah mendapan yang menganggu alur dan juga basin jeti penumpang Kuala Perlis. Untuk tujuan itu, tender kajian ini telah pun dibuat dan telah ditutup pada 17 November 2020 yang lalu. Dan juga peruntukan bagi projek pengerukan di alur pelayaran dan juga basin jeti penumpang Kuala Perlis juga telah diluluskan dalam Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia ke-12 oleh Kementerian Pengangkutan. Selain daripada itu juga, Kerajaan Negeri melalui pihak berkuasa perlaksanaan koridor utara (NCIA) juga turut memohon peruntukan di bawah Rolling Plan Kedua RMKe-12 pada tahun 2022 bagi melaksanakan kajian kebolehlaksanaan jeti baharu Kuala Perlis dan lokasi baharu. Bagi menjawab ataupun respons terhadap isu banjir kampung Paloh dan kampung Alor Setar yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Guar Sanji, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan satu jawatankuasa khas hotspot banjir untuk menyelaras dan memantau isu-isu banjir termasuklah isu banjir yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Guar Sanji. Jawatankuasa ini dianggotai oleh pihak JPS, MPK, JKR, MADA dan akan diurusetiakan oleh Bahagian Pentadbiran Daerah SUK Perlis dan melalui jawatankuasa ini, isu-isu banjir setempat insya-Allah kita akan ambil perhatian dan cuba selesaikan mengikut keseriusan dan juga keutamaan. Selain daripada itu juga, Yang Berhormat Guar Sanji turut membangkitkan tentang masalah pembekalan tar oleh pihak Penns. Yang ini jabatan-jabatan berkenaan, khususnya JKR, akan membuat perancangan kerja penurapan jalan secara berfasa di sepanjang tahun agar keperluan tar adalah malar dan tidak tertumpu pada satu-satu ketika terutamanya di hujung tahun sahaja.
Yang Berhormat Kayang, kalau boleh ringkaskan sedikit jawapan tu bagi jawapan secara bertulis. Kita tak mahu ambil masa yang panjang.
Boleh YB.
Terima kasih.
YB, saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat dan saya mengikut arahan sebagaimana yang dicadangkan dan saya akan menjawab secara bertulis semua persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain. Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekianlah sahaja ulasan dan juga maklum balas saya terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan dalam perbahasan kelmarin dan sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada semua termasuk ketua-ketua jabatan serta wakil serta petugas-petugas Dewan dan juga media yang telah banyak membantu melancarkan persidangan Dewan kali ini dengan senyap, baik dan lancar. Sekian, wabillahitawfeek walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih YB Sanglang, bagus. Dipersilakan Yang Berhormat Santan.
Bismillahirahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berbahagia ketua-ketua jabatan serta para hadirin yang dihormati sekalian. Pertamanya saya bersyukur atas limpah kurnia Allah dapat kita mengadakan Mesyuarat Ketiga, Penggal Persidangan Ketiga, Dewan Undangan Negeri Perlis Yang ke-14, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang telah membentangkan Usul Anggaran Pembangunan dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2021. Keseluruhan pembentangan tersebut telah meliputi semua aspek yang merangkumi tema bajet bagi tahun 2021 iaitu Meningkatkan Keberkesanan, Merangsang Pembangunan, Membela Kebajikan Demi Keharmonian, sekali lagi terima kasih diucapkan dan saya menyokong sepenuhnya usul tersebut. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya telah mengamati semua ucapan dari Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam sesi perbahasan bajet kelmarin, saya dapat simpulkan di sini bahawa Bajet tersebut telah disokong sebulat suara tanpa bantahan dan bagi pihak rakyat dalam DUN Santan, saya rakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan atas sokongan padu daripada pihak yang amat diperlukan. Bagi menjamin kepada kedudukan kewangan negeri untuk mencapai matlamat perbelanjaan seperti perancangan untuk tahun 2021, seluruh rakyat di Negeri Perlis juga berperanan untuk membantu, rakyat dapat membantu dari segi membayar hasil cukai yang biasa dilaksanakan tanpa gagal di samping tanggungjawab kerajaan membawa masuk pelabur seperti perancangan. Alhamdulillah kita telah lihat perancangan yang telah pun mendapat kelulusan dan sedang dalam pelaksanaan, pelaburan yang bernilai lebih RM12.0 bilion buat masa ini telah pun terlaksana. Rakyat Perlis akan mendapat nikmat tersebut dalam masa mendatang. Projek-projek niaga yang tersenarai dalam bajet adalah bukan omongan kosong lagi. Insya-Allah peluang-peluang pekerjaan bagi rakyat Perlis terbuka luas. Semuanya mengarah kepada impak ekonomi kepada rakyat. Dato’ Speaker, di sini saya ingin ucapkan terima kasih kepada Jabatan yang di bawah portfolio saya termasuk MPK, Bahagian Kerajaan Tempatan, Jabatan Perumahan, Suruhanjaya Koperasi, KPDNHEP, BPEN Bahagian Usahawan, Jabatan Bomba dan SWCorp, saya rakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Ini termasuk juga semua jabatan yang ada dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. Saya mohon untuk meneruskan penggulungan saya untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan di dalam sesi perbahasan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dua hari yang lepas. Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Sanglang berkaitan dengan cadangan untuk memperkasakan tulisan Jawi pada papan tanda kedai, untuk pengetahuan, pada masa kini tulisan Jawi hanya dimasukkan di papan tanda taman-taman perumahan di Negeri Perlis. MPK masih belum mempunyai cadangan untuk melaksanakan tulisan Jawi di papan tanda kedai. Namun begitu, MPK menyambut baik cadangan ini dan akan memperhalusi cadangan tersebut bersama pihak Kerajaan Negeri dan pihak agensi yang berkaitan.
Soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Guar Sanji berhubung dengan bantuan rumah seharusnya dilengkapkan dengan utiliti-utiliti asas seperti air dan elektrik. Untuk pengetahuan, bantuan perumahan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri sememangnya merangkumi pendawaian elektrik, perkakasan elektrik dan perpaipan lengkap bekalan air. Walau bagaimanapun, memandangkan sesuatu proses perbekalan elektrik dan air hendaklah didaftarkan atas nama pemilik rumah, proses pendaftaran berkenaan diserahkan kepada pihak tuan rumah yang menerima bantuan. Namun demikian, pihak asnaf yang tidak berkemampuan untuk mendaftarkan bekalan utiliti berkenaan boleh membuat permohonan sumbangan tambahan kepada MAIPs atau agensi-agaensi yang berkaitan. Penduduk akan dapat menikmati kehidupan yang selesa dengan kemudahan air dan elektrik yang disediakan tertakluk kepada pembayaran bil utiliti bulanan. Soalan daripada Yang Berhormat Kuala Perlis, mohon supaya peruntukan bagi projek menaik taraf sistem perparitan di Taman Semarak ditambah dan pelaksanaan disegerakan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, permohonan cadangan kerja menaik taraf sistem perparitan di Taman Semarak telah diluluskan dalam Belanjawan 2021. Pelaksanaan kerja akan bermula pada tahun hadapan, insya-Allah. Soalan daripada Yang Berhormat Kuala Perlis iaitu penguatkuasaan oleh MPK dari segi keselamatan, kebersihan dan kacau ganggu bagi peniaga yang berniaga di persimpangan jalan. Pihak MPK mengambil perhatian akan saranan tersebut. Maka MPK juga sedar akan kesukaran yang dihadapi oleh golongan peniaga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Bilangan peniaga yang menjalankan perniagaan di tepi jalan juga didapati semakin bertambah. Sehubungan itu, bagi mengawal aktiviti perniagaan di tepi jalan, MPK hanya membenarkan aktiviti berbentuk penjajaan yang bersifat tidak kekal atau mobile di mana tapak niaga perlu dikosongkan setiap kali selepas tamat operasi perniagaan. Penjaja perlu dilesenkan oleh MPK serta mematuhi syarat keselamatan, kebersihan dan kacau ganggu semasa menjalankan perniagaan yang ditetapkan. Kelulusan lesen boleh dibatalkan sekiranya terdapat perlanggaran terhadap syarat-syarat pelesenan yang ditetapkan. Selain itu, sebarang binaan struktur bersifat kekal yang dibina di atas rizab jalan tidak dibenarkan sama sekali. Setakat ini MPK telah meluluskan sebanyak 143 permohonan lesen penjaja baru di tepi jalan bagi menyahut seruan Kerajaan Negeri dalam mempermudahkan permohonan lesen bagi aktiviti penjajaan di tepi jalan. Dalam pada itu, MPK juga akan terus menjalankan tindakan penguatkuasaan ke atas gerai-gerai tepi jalan yang tidak mematuhi syarat-syarat lesen. Tindakan penguatkuasaan dijalankan di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja (Majlis Perbandaran Kangar) 1992 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), melibatkan pengeluaran notis kesalahan serta tawaran kompaun penyitaan dan pendakwaan di mahkamah. Tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi menjaga kepentingan orang ramai dan memastikan peniaga menjalankan aktiviti perniagaan dengan teratur mengikut undang-undang.
Lain-lain jawapan insya-Allah saya akan jawab secara bertulis disebabkan masa terlalu mencemburui kita dan Yang Berhormat Dato’ Speaker, setakat ini sahaja penggulungan saya pada hari ini. Sebelum mengundur diri saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin hadirat, terima kasih kepada urus setia Dewan Undnagan Negeri dan semua yang terlibat. Sehingga berjumpa lagi di sidang Dewan Undangan tahun hadapan. Sekian wabillahitawfeek walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Santan, dipersilakan Yang Berhormat Simpang Empat.
Bismillahirahmanirrahim, assalamualiakum warahmatullahi wabarakatuh, Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera Perlis Maju, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Makan buah hujung ni… lain sikit... saya cuma akan beri secara kasar sahaja maklum balas yang dikemukakan oleh Tambun Tulang, Sanglang, Guar Sanji, Sena dan Kuala Perlis. Terutama sekali permulaannya kita buat projek rintis ayam kampung satu DUN 30 orang, 15 DUN 450 orang, satu keluarga dapat 20 ekor. Tujuan dia makanan tu bagi makanan lebihan kepada kita. Kalau kata kita akan buat tinjauan dari masa ke semasa, kalau berjaya, kita akan tambah lagi. Harumanis 4,500 pokok satu ADUN 300, tujuan dia kita bagi adalah untuk nak permulaan nampak pokok tak cantik, tapi bila make up lepas ni bukak polly bag bubuh tanah elok-elok, dia akan jadi lawa, buah pun akan banyak. Sayur-sayuran sebanyak 5,000 keluarga akan diedarkan kemudian. Saya harap benda ini akan menjadi perangsang kepada kita semua. Sayur berkelompok sebanyak 45 kelompok akan dibagi satu DUN 3, tanaman jagung… sayur ni kita nak… 45 kelompok ni kita nak suruh tanam jagung makan. Yang berikutnya akan ada juga tanaman bandar, kita akan bagi dalam bentuk polly bag untuk mereka-mereka yang duduk di perumahan. Berkenaan dengan sungai pakai racun, sebenarnya dia ada dua program, satu untuk yang menjalar dan kemelin, dia kena racun nak tarik tak habis, lambat. Lepas tu tepi jalan kita akan mesin, untuk makluman Yang Berhormat. Peruntukan wujudkan jelapang padi di dalam kawasan MADA, tak nampak di dalam bajet tak dak… sebenarnya ada sebab MADA dia Persekutuan, kita tak boleh… Kerajaan Negeri tak boleh pi letak lagu tu… peruntukan tu dia ada di bawah pejabat Kerajaan Negeri. Saya bagi contoh yang kita buat, jalan-jalan ban-ban tu banyak peruntukan BPD buat dan juga JKR. Itu salah satu peruntukan di kawasan MADA. Tanaman yang bukan padi, sebenarnya kawasan MADA dia ada program dia selain daripada ini… peruntukan ada, tanaman bukan padi. Tahun lepas kita ada bagi ramai… banyak… program untuk peningkatan peladang, program PRE sebanyak RM270,000 untuk 73 orang peserta. Cuma kita minta tiap-tiap PPK atau unit-unit yang duk ada tu, berbincang balik dengan mana-mana PPK yang terdekat atau MADA ni… untuk dapat ni… melalui Program Peladang Muda. Kalau nak peruntukan RM20,000, Agro Planner Muda dan Jabatan Pertanian akan bantu dari masa ke semasa. Sebenarnya sekarang ini bukan macam dulu, dulu boleh pi habaq dekat Pertanian saya tak pernah dapat apa, saya habaq dekat MADA sekarang ini kita dah standard semua dah. Semua permohonan akan terus ke Kementerian Pertanian. Jadi di sana akan lulus mengikut kawasan ataupun mengikut jabatan. Kalau kawasan MADA, melalui MADA, kalau kawasan pertanian melalui pertanian, kalau kawasan PPK, melalui PPK, dan kita Kerajaan Negeri pun… Kerajaan Negeri pulak… Kerajaan Persekutuan meluluskan 1 PPK RM200,000 baru-baru ini untuk Program Mangsa COVID-19 dan saya difahamkan di kawasan MADA nak tanam halia, lepas ni kawasan Guar Sanji akan bau halia.
Yang Berhormat Simpang Empat, mohon pencerahan sikit. Terima kasih di atas projek-projek yang nak dibawa oleh Kerajaan Pusat dengan perbelanjaan RM200,000 satu PPK, sedangkan hak tu bukan keutamaan kita. Keutamaan kita ialah saliran-saliran yang tersangkut lama itu tak dak penyelenggaraan. Adalah lebih baik kita fight, kita lawan, mohon peruntukan untuk penyelenggaran dengan hak keutamaan kita…
Saya nak jawab… tak dan habis lagi dah bangkit dah. Untuk saliran, kerja-kerja berbaki disebabkan masalah kontraktor sebelum ini. Walau bagaimanapun, pihak MAPI melalui Bahagian Pengairan dan Saliran sedang dalam proses perolehan untuk menyiapkan kerja-kerja berbaki. Adalah dijangkakan kerja-kerja ini akan ditawarkan pada tahun 2021. Sebagai maklum, terdapat satu blok pengairan MADA dalam Negeri Perlis iaitu blok pengairan ALBD 3 akan ditawarkan kerja pembinaan sistem pengairan tersia pada awal tahun. Selain daripada itu, pihak MADA turut merancang untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan 8 blok pengairan lagi dalam Rancangan RMKe-12, mulai tahun 2021 hingga 2025. Bagi kawasan MADA baharu iaitu Skim Pengairan Wang Bintong, Pengairan Alor Melaka, Padang Telela, kerja-kerja reka bentuk sistem pengairan tersia telah siap oleh perunding yang dilantik. Sehubungan itu, pihak MADA akan meneruskan untuk pelaksanaan pengambilan tanah dan pembinaan RMKe-12 tertakluk kepada kelulusan peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan. Saya… takat tu sahaja jawapan saya dan saya bagi pihak Wakil Rakyat kawasan Simpang Empat mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat-Yang Berhormat, YB SS, YB LA, YB Pegawai Kewangan dan keseluruhan kakitangannya yang menyediakan peruntukan… saya dapati kebanyakan untuk B40 dan juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, tuan-tuan dan puan-puan, para pemberita dan media sekalian atas kerjasama selama bersidang pada tiga hari ini. Dengan itu saya mohon menyokong Bajet Tahun 2021.
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Empat, dipersilakan Yang Berhormat Chuping.
Bismillahirahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, Raja Berdaulat Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju. Yang Amat Berhormat… Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Bintong, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, wakil-wakil ketua jabatan, para media, para pemerhati, hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Yang Berhormat Dato’ Speaker, alhamdulillah syukur kepada Allah SWT dengan izin-Nya jua kita sekali lagi diberikan peluang untuk bersidang, bermesyuarat pada kali ini dan terima kasih juga kepada Dato’ Speaker kerana memberi ruang kepada saya dan insya-Allah saya akan memanfaatkan masa yang diberikan kepada saya, insya-Allah. Alhamdulillah secara keseluruhan Bajet 2021 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Bintong secara keseluruhannya ianya boleh dikatakan amat luar biasa ketika negara berhadapan dengan cabaran wabak COVID-19 kerana untuk mencari titik keseimbangan antara rakyat dan pembangunan dan untuk melihat keharmonian di kalangan rakyat dengan penyampaian terbaik oleh kerajaan serta untuk menyempurnakan kebajikan rakyat agar tidak tersisih dengan pembangunan yang dilaksanakan. Ini adalah terlalu berat untuk merencanakan sesuatu bajet yang begitu terangkum. Setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Bintong kerana dengan tenaga, bimbingan, gembeling tenaga dengan Yang Berhormat SUK, Yang Berhormat PUU, Yang Berhormat PKN dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan seluruh jentera pentadbiran Kerajaan Negeri yang telah mendokong Bajet 2021 yang inclusive ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya tertarik apabila ada Ahli-Ahli Yang Berhormat menyentuh berkaitan pelancongan di hari pertama persidangan. Alhamdulillah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Perlis terutama sekali limpahan ini dapat terus kepada rakyat Negeri Perlis telah pun menampakkan hasil walaupun kita semua tahu akan kesan dan cabarannya ketika ini akibat pandemik COVID ini. Tadi telah disentuh ataupun telah dijawab oleh Yang Berhormat Beseri berkaitan dengan replika, saya tak yah sebut dah, namun yang demikian, saya nak cerita tentang bab pelancongan ni. Kerajaan Negeri hanya memainkan peranan sebagai pembuat dasar serta meluluskan sebahagian peruntukan bagi menambahbaik infrastruktur bagi produk-produk pelancongan yang terdapat dalam negeri ini. Ada sebahagian produk ini yang disedia oleh jabatan di bawah Kerajaan Negeri dan selebihnya ini adalah daripada pemain-pemain industri pelancongan ini seperti orang perseorangan, agensi pelancongan dan sebagainya. Apabila Kerajaan Negeri telah menyediakan kemudahan-kemudahan persekitaran yang begitu kondusif, maka ramailah rakyat yang ingin merebut peluang seperti orang Perlis pakat berniaga makan minum, rakyat boleh menjual pakaian, kraftangan, rumah sewa yang boleh buat homestay, pengangkutan serta juga rakyat… ada juga rakyat yang melalui persatuan ataupun komuniti yang menyediakan ataupun memberikan perkhidmatan seperti mendaki, berkayak, masuk gua, sewa khemah dan lain-lain lagi. Dan inilah yang dikatakan limpahan ekonomi kepada rakyat keseluruhannya. Saya nak kongsi satu jumlah pengunjung dan jumlah hasil… kutipan hasil kepada produk-produk pelancongan di bawah seliaan Jabatan Hutan, ini ialah satu contoh sahaja untuk kita share di sini yang mana untuk menampakkan bila dasar baharu ini, dasar daripada Kementerian yang menggalakkan supaya kita lebih aktifkan pelancongan domestik yang mana hari ni kalau kita lihat sehingga 30 November 2020, bilangan pengunjung yang melawati produk-produk pelancongan di bawah seliaan Jabatan Hutan adalah seramai 118 ribu orang di enam lokasi pelancongan di bawah seliaan Jabatan Hutan, itu dalam tempoh masa COVID dan hasil kutipan secara keseluruhannya dapat dikutip adalah sebanyak RM189,122.00, itu dalam tempoh COVID inilah. Dengan itu saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah mempertuntukkan sebanyak RM3.10 juta untuk tahun 2021 bagi fasa pemulihan sektor pelancongan di negeri ini.
Bagi menjawab soalan-soalan yang telah dibangkitkan dalam perbahasan kelmarin, saya juga tertarik dengan YB Sanglang yang membangkitkan tentang Kebaya Perlis walaupun telah dijawab oleh YB Mata Ayer tadi sikit, cumanya saya nak sentuh juga di sini sebab pasai Kebaya Perlis ni di bawah portfolio saya selaku portfolio yang memegang tentang Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Apabila saya memegeng portfolio ini, saya ingin mengetengahkan semula pemakaian ataupun memperkasakan semula pemakaian Kebaya Perlis dan kita harus memartabatkan peninggalan budaya ini. Baru-baru ini… untuk makluman di Dewan yang mulia, baru-baru ini diadakan Bengkel Jahitan Kebaya Perlis seramai 15 peserta yang telah kita laksanakan di bawah KEMAS. KEMAS sebagai agensi pelaksana dan peserta-peserta ini adalah dikalangan usahawan-usahawan muda yang ada premis jahitan masing-masing. Sebagai projek perintis yang pertama dan kita nak galakkan supaya usahawan ini dapat menjahit Kebaya Perlis yang asli. Sekarang ni kebaya ini pelbagai, pelbagai bentuk, pelbagai… tambah manik-manik la apa semuanya, jadi kita nak galakkan usahawan ini dapat menjahit kebaya yang begitu asli, Kebaya Perlis ni… dan pernah dulu yang kita nak bangkitkan semula ni sebab dulunya dipakai oleh golongan-golongan istana, bangsawan dan tok nenek kita dulu, orang tua-tua dulu-dulu dah pakai dah baju Kebaya Perlis ni. Oleh sebab itu, kita mengharapkan supaya pemakaian Kebaya Perlis ni dapat dipakai oleh ketua-ketua Jabatan wanita, kakitangan wanita, penjawat-penjawat awam wanita, NGO-NGO wanita, sepertimana kita wajib pakai setiap hari Khamis baju batik. Mungkin satu hari kita boleh laksanakan benda ni dan insya-Allah dengan adanya lagi peruntukan di bawah Bajet 2021 untuk memperkasakan Kebaya Perlis saya harap ianya dapat memberi sokongan daripada seluruh rakyat Perlis terutamanya tadilah ketua-ketua…
Celahan sikit YB. Saya cadangan YB buat untuk semua dalam Dewan ini, untuk promosi. Terima kasih.
Terima kasih cadangan YB Sanglang, insya-Allah. Itu yang saya dok ajak semua ni, saya dok ajak semua kita terutama sekali ketua-ketua jabatan wanita yang ada di sini, staf-staf, kakitangan penjawat awam wanita dan kita akan buka kepada isteri Wakil-Wakil Rakyat dahulu untuk memakai baju Kebaya Perlis ini, insya Allah dan saya juga nak sentuh tentang cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Tambun Tulang supaya lagu-lagu warisan Perlis seperti Hadrah dapat di antarabangsakan. Ini adalah satu cadangan yang cukup baik insya-Allah, perkara ini akan diteliti dan mencari kaedah untuk menjayakannya insya-Allah. Dan soalan daripada YB Tambun Tulang juga berkaitan dengan mohon agar PGK disemak semula untuk menjadikan agenda utama kerajaan terutama semasa pandemik COVID ini. Untuk makluman Yang Berhormat Tambun Tulang… pun tak dak dalam Dewan dah… Pendapatan Garis Kemiskinan atau PGK ialah pendapatan isi rumah bulanan yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Unit Penyelarasan pelaksanaan JPM akan menggunapakai PGK yang telah disahkan oleh pihak EPU. Sejak e-Kasih diperkenalkan mulai tahun 2008, PGK yang telah digunapakai adalah daripada tahun 2008, lepas tu tahun 2012 dan sekarang kita gunapakai 2016. Kerajaan Persekutuan pada pertengahan tahun ini telah mengumumkan cadangan penambahbaikan terhadap penentuan PGK baharu iaitu berdasarkan bancian Jabatan Perangkaan Malaysia Tahun 2019. Kadar baharu itu masih belum dimuktamatkan. Jadi sekarang kita masih lagi gunapakai yang 2016. Seterusnya saya ingin respons daripada Yang Berhormat Sena berkaitan persediaan ke arah Tahun Melawat Perlis 2021. Untuk makluman Yang Berhormat Sena, Tahun Melawat Perlis telah ditunda… dia pun tak dak dalam ni dalam Dewan, takpa lah… telah ditunda 2021 ke tahun 2023 berikutan penularan COVID-19. Jadi walaupun TMP ditangguhkan, ianya tidak bermakna Kerajaan Negeri tidak memberikan tumpuan kepada sektor pelancongan. Malahan, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti pelancongan sebagai salah satu sektor utama yang dapat menyumbang kepada pendapatan negara. Dalam usaha memastikan program dan pembangunan sektor pelancongan yang mampan, Kerajaan Negeri telah menlancarkan Pelan Induk Perancangan Pembangunan Fizikal Pelancongan 2021-2023 dan saya nak jawab last sekali daripada YB Indera Kayangan tentang insentif. Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan kepada operator dan pemain industri pelancongan di Negeri Perlis. Walaupun tiada insentif berbentuk fiskal, Kerajaan Negeri membantu dari segi promosi produk dan pakej yang ditawarkan oleh operator dan pemain industri pelancongan. Dan satu lagi yang ditanya oleh YB Indera Kayangan tentang menara simbollik. Dengan kedudukan kewangan semasa Kerajaan Negeri, cadangan pembinaan menara simbolik… ciri-ciri Negeri Perlis perlu dikaji dengan lebih teliti. Apa pun terima kasih di atas cadangan yang telah diberikan. Walau bagaimanpun Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan sebarang pelaburan swasta khususnya berkaitan pelancongan untuk turut serta memeriahkan industri pelancongan di Negeri Perlis. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengambil kesempatan di sini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan khususnya yang telah membantu saya menyelesaikan masalah rakyat saya di dalam kawasan khususnya dan juga di bawah portfolio saya dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker di atas kesempurnaan mesyuarat kita pada hari ini dan semualah… Setiausaha Dewan, Bentara, staf kakitangan Dewan dan sebagainya. Jadi saya Chuping menyokong sepenuhnya Bajet 2021 pada kali ini, sekian, wabillahitawfeek walhidayah wassalamulaikum.
Terima kasih Yang Berhormat Chuping, dipersilakan Yang Amat Behormat Bintong.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dan juga rakan-rakan saya di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri yang kesemuanya telah menyatakan sokongan ke atas usul bajet yang telah saya kemukakan pada hari pertama persidangan Dewan Undangan Negeri kita pada kali ini. Sedikit pemerhatian, saya dapati kali ini perbahasan yang dilakukan… yang telah dibuat oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat nampaknya begitu bersahaja, santai dan tidak terlalu formal seperti sebelum-sebelum ini. Walau bagaimanapun, mesej ataupun idea-idea, pandangan-pandangan yang bernas telah dapat dilontarkan dan akan… sudah tentunya menjadi input-input yang baik kepada Kerajaan Negeri dalam usaha untuk menyempurnakan lagi usul Bajet 2021 kali ini. Sepertimana yang telah saya sebutkan di peringkat awal di dalam ucapan saya, saya mengatakan bahawa menyediakan bajet ini merupakan sesuatu yang sangat mencabar untuk mencari keseimbangan itu dan apa tah lagi ini adalah merupakan bajet yang mana kali pertamanya di dalam tugasan saya sebagai Menteri Besar, sebagai Ketua Kerajaan Negeri di mana defisitnya ataupun kekurangannya telah meningkat dengan begitu besar sekali disebabkan oleh kekejaman COVID-19 dan juga impaknya kepada ekonomi negeri kita. Kurangan yang akan berlaku besar, RM67.516 juta. Walau bagaimanapun, bajet ini yang bersifat expentionary ataupun mengembang tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dan di dalam usaha untuk kita juga meniti dan melangkah untuk mencapai visi ataupun wawasan yang telah kita tetapkan menjelang tahun 2030. Yang Berhormat Dato’ Speaker, empat teras yang telah saya sebutkan di dalam ucapan saya iaitu dari segi perlaksanaannya, dari segi kebajikan rakyat, masyarakat harmoni, kecekapan pentadbiran, ini terangkum sebenarnya di dalam tema yang telah dipersembahkan di dalam bajet ini iaitu untuk meningkatkan keberkesanan, merancang pembangunan, membela kebajikan demi keharmonian dan di dalam perbahasan yang telah pun dilakukan oleh Ahli Yang Berhormat ada menyentuh soal ini tetapi pada kali ini saya ingin menyentuh satu aspek sahaja yang mana teras ini ada kaitannya dengan apa yang telah pun dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat semasa penggulungan dilakukan oleh Anggota Pentadbiran sebentar tadi iaitu berkaitan dengan penguatkuasaan. Kita mengakui bahawa ini adalah suatu aspek di mana masih lagi ada kelemahan di dalam pentadbiran kita, rata-rata secara umumnya benda ini bukan hanya berlaku di Perlis sahaja tetapi juga di seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun, kita tidak akan berpuas hati dengan apa yang ada sekarang ini kerana saya bersetuju bahawa aspek penguatkuasaan itu perlu diperkasakan… diperkuatkan supaya keadaan menjadi teratur. Sebab itulah di dalam teras yang ketiga itu, mewujudkan masyarakat harmoni itu… keharmonian masyarakat itu penting kerana masyarakat yang harmoni ini sepertimana yang saya sebutkan lebih awal adalah masyarakat yang mematuhi peraturan, dia bukan sahaja mematuhi tetapi dia memahami kenapa peraturan itu diperlukan dan dia memahami, menghormati dan juga mematuhi peraturan itu. Walau bagaimanapun, saya tidak boleh menafikan bahawa aspek kempen itu perlu masih perlu lagi dijalankan kerana walaupun kita telah mula mewujudkan suatu masyarakat yang lebih, dengan izin, affluent tetapi sikap kita masih lagi tidak se-affluent pendidikan yang kita perolehi. Ini seperti saya sebutkan dahulu, kita berbangga dengan first class technology, dengan izin, tetapi kita masih lagi mempunyai sikap ataupun minda third world ataupun negara-negara yang tidak membangun. Jadi ini, sebab itulah kempen ini iaitu untuk memberi kesedaran dan juga di masa yang sama melaksanakan penguatkuasaan itu perlu dilakukan secara seiring. Saya bersetuju dengan pandangan bahawa untuk meningkat… menanam kesedaran ini, dia perlu dilakukan seusia awal muda. Ini yang dilakukan oleh negara-negara yang di mana kita dapati tahap penguatkuasaannya itu kurang, tetapi negara itu tidak menghadapi masalah yang besar dari segi orang-orang yang melanggar peraturannya seperti Jepun, ini adalah suatu contoh sebenarnya sebab mereka telah memahami, mereka menghayatinya dan mereka mematuhi peraturan itu. Jadi ini yang nak kita cuba lakukan dan kerana itulah kita ada teras itu, teras untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni, yang memahami, yang mematuhi dan yang… memahami, menghayati dan mematuhi peraturan. Peraturan yang saya maksudkan di sini, semualah… undang-undangnya dan sebagainya dan ini melalui semua aspek kehidupan kita, every aspect of our life sebenarnya. Jadi kita harapkan supaya perkara ini kita sama-sama dapat memainkan peranan, kita sama-sama dapat menyedarkan masyarakat, dan kita sama-sama juga untuk memastikan penguatkuasaan ini berjalan dengan lancar dan saya yakin saya beri jaminan kepada Ahli Yang Berhormat bahawa tidak ada lagi soal yang dikatakan sebagai political expediency dengan itu apabila ada aduan-aduan dibawa kepada pihak Yang Berhormat, Yang Berhormat kata, “ok lah… slow down jangan buat lagi.” Saya minta kerjasama daripada semua, saya sendiri telah pun mengamalkannya rakan-rakan saya di sini juga telah mengamalkannya, dan saya minta juga Yang Berhormat yang berada di sebelah sana untuk juga mengambil peranan yang sama, insya-Allah. Saya juga nak menyentuh sedikit sebelum saya pergi kepada menjawab soalan-soalan yang ditimbulkan iaitu soal melahirkan usahawan sebab itu menjadi tajuk yang sangat penting terutama sekali dalam konteks kekesanan ataupun impak COVID yang berlaku. Kita memang serius untuk melahirkan usahawan yang berjaya dan kita mesti ada sifat kemampanan di dalam usaha melahirkan usahawan itu dan usahawan itu sendiri juga mesti mempunyai nyawanya di dalam bidang yang diceburi itu dan kerana itulah di dalam program yang baru kita lancarkan itu untuk melahir… menyediakan, memberikan peruntukan dalam bentuk tanaman, anak ayam dan sebagainya… pokok Harumanis kepada rakyat dalam usaha untuk kita membantu mereka secara sekaligus, kita mengharapkan supaya di kalangan mereka ini akan wujud segolongan usahawan seperti penanam Harumanis misalnya, seperti pembela ayam misalnya dan juga penanam sayur yang disebut oleh rakan-rakan dan juga Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang ini kita ada teknologi, kaedah baharu bagaimana kita boleh usahakan pertanian dengan menanam di dalam poly bag dan Yang Berhormat telah melihat sendiri mungkin, posting yang saya lakukan di dalam FB saya, saya telah menunjukkan contoh bagaimana seorang anak muda telah berjaya menjadi usahawan pertanian ataupun agro entreprenuer ini, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker, dan itu seharusnya menjadi contoh, menjadi catalyst kepada orang-orang muda yang lain. Jadi kita nak lihat supaya mereka ini beristiqamah, tidak hanya sekali gus sahaja dan inilah yang akan dapat membantu untuk meningkatkan lagi bukan sahaja taraf sosio ekonomi diri dan keluarga masing-masing, tetapi juga masyarakat, lebih ramai masyarakat yang mempunyai sikap yang sebegini, beristiqamah di dalam melakukan usaha ini, maka lebih cepatlah kita menuju pembangunan negeri. Insya-Allah, ini yang nak kita wujudkan di dalam masyarakat, ini yang kita nak sedarkan masyarakat. Kita tidak mahu mereka hanya sekadar menerima bantuan sekaligus, ayam dah besar… habis jual… lepas itu tunggu lagi menadah tangan lagi untuk meminta bantuan. Ini kita tidak boleh membenarkan itu berlaku tetapi usaha secara serius, secara sedar dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri dan di masa yang sama kesedaran mesti ada di kalangan mereka yang berkenaan untuk menjadikan projek itu sebagai suatu yang berjaya di masa hadapan dan akhirnya dapat meningkatkan taraf hidup mereka dan mereka sebenarnya membantu kerajaan dalam hal ini dan kita dapat mengurangkan perbelanjaan dan kita boleh gunakan apa yang telah dapat kita selamatkan itu untuk tujuan-tujuan yang lain. Itu yang saya ingin tekankan dan saya ingin menyentuh mengenai… mengucapkan takziah kepada keluarga PDRM yang telah terkorban dan tercedera akibat daripada… semasa menjalankan tugas mereka dan Kerajaan Negeri sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat daripada Beseri tadi telah bersetuju untuk memberikan saguhati sebanyak RM5,000.00. RM5,000.00 adalah merupakan satu jumlah yang tidak sama harganya dengan nyawa yang terkorban dan kecederaan yang dialami kedua-dua anggota PDRM ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin terus menjurus kepada isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam perbahasan. Yang pertama sekali Yang Berhormat Tambun Tulang telah menimbulkan mengenai cadangan untuk menambah 5 ADUN dalam Dewan ini, perkara ini sememangnya telah pun berada di dalam pengetahuan pihak kerajaan dan pihak urus setia Dewan sebenarnya telah pun menerima surat daripada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis dan saya ingin memaklumkan bahawa cadangan ini sebenarnya sedang dalam penelitian dan kita akan melihat kewajarannya sama ada cadangan ini dapat kita lakukan atau tidak kerana ia mempunyai implikasi-implikasi yang tertentu dan kita harus melihat perkara ini dengan teliti sebelum sesuatu keputusan dibuat. Cadangan ini juga mempunyai implikasi dari segi undang-undang kerana dia melibatkan pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis dan apabila dia melibatkan pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis, maka dia hanya wajar sebagai komponen di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis yang wajar untuk dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sekiranya hendak kita laksanakan dan dari segi implikasi itu, memang harus kita lihat dari segi tujuannya kenapa? Kewajarannya apa? Implikasi kewangannya apa? Dan dari segi implikasi undang-undang sepertimana yang saya sebutkan tadi dan yang lebih penting lagi, apakah pula persepsi rakyat kita kepada cadangan yang sebegini. Jadi ini harus diberikan perhatian supaya setiap keputusan yang akan kita lakukan itu tidak menerima reaksi yang negatif daripada rakyat dan keseluruhannya. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menyentuh mengenai isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Sena berkenaan dengan sama ada Kerajaan Persekutuan ada memberikan… ada menerima… sama ada Kerajaan Negeri ada menerima terimaan one off daripada Kerajaan Persekutuan dalam tahun 2020, jawapannya tidak ada. Walau bagaimanapun, kita ada menerima peruntukan untuk tujuan dalam pakej rangsangan ekonomi RM10.0 juta dan juga untuk tujuan COVID… bantuan COVID juga RM10.0 juta. Itu telah pun kita belanjakan. Yang kedua, Yang Berhormat daripada Sena juga telah menimbulkan mengenai prosedur kewangan di mana ada pegawai di dalam Jabatan Kerja Raya Malaysia yang telah menandatangani… apa tu… projek-projek yang dikendalikan oleh pihak JKR dan saya memberi jaminan bahawa sebenarnya pihak JKR telah pun menubuhkan satu jawatankuasa siasatan dalaman berhubung dengan perkara ini dan akan melakukan penambahbaikan ke atas apa yang sedia ada untuk mengelakkan perkara ini daripada berulang di masa yang akan datang. Apakah status projek pangsapuri di Sena? Juga daripada ADUN Sena, Yang Berhormat Sena. Untuk makluman Pangsapuri Sena ini adalah merupakan inisiatif swasta dan kerana itu perancangan dan perlaksanaan projek tersebut adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri. Yang Berhormat daripada Kuala Perlis ada menimbulkan mengenai Laman Ikan Bakar sama ada ada peruntukan tahun ini ni… peruntukan untuk tahun yang akan datang ini adalah merupakan peruntukan yang telah pun disediakan lebih awal. Sebenarnya projek ini mempunyai dua fasa, fasa pertama sepatutnya dilaksanakan dalam tahun 2020, fasa pertama telah pun selesai kita lakukan. Fasa kedua sepatutnya dilakukan tetapi disebabkan kita telah menghadapi PKP, maka ia tidak dapat dilaksanakan dan terpaksa dibawa dan diperuntukkan di bawah… di dalam tahun 2021. Yang Berhormat Kuala Perlis juga ada menimbulkan mengenai projek TH Properties dengan kerjasama Perbadanan di Kuala Perlis, projek itu sekarang ini terbengkalai disebabkan keputusan yang kita semua telah pun ketahui, yang telah saya maklumkan di dalam Dewan dalam sesi yang lepas. Insya Allah kita akan melihat perkara ini semula dan kita pun sebenarnya masih lagi secara aktif sedang berbincang dengan pihak TH untuk melihat apakah kemungkinan-kemungkinan dan alternatif-alternatif yang terbaik untuk membolehkan projek ini dapat dihidupkan semula tetapi dengan skop mungkin berbeza daripada apa yang dirancangkan lebih awal. Tidak juga kita menolak kemungkinan cadangan ataupun kelulusan daripada pihak kerajaan sendiri… ke atas Kerajaan Persekutuan, cadangan untuk kita membina sebuah parking bertingkat di sana di atas tapak yang sama, mungkin di atas tanah yang belum lagi dirancang untuk dibina untuk dibuat sesuatu struktur itu.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, juga saya ingin ada soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat juga daripada Kuala Perlis yang mendapat nampaknya sambutan juga daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain berkenaan dengan sama ada pihak Ahli-Ahli Yang Berhormat pembangkang juga akan diberikan kemudahan peruntukan. Saya beri jaminan bahawa perkara ini sedang dilihat dengan begitu positif oleh Kerajaan Negeri dan insya-Allah saya tidak akan membuat pengumuman secara rasmi di sini, tetapi jaminan bahawa perkara ini sedang dilihat dengan begitu positif dan kita akan mengambil keputusan secara pentadbiran nanti. Insya-Allah saya telah pun berbincang dengan YB SS dan YB PKN dan nampaknya mereka menunjukkan reaksi yang positif juga. Insya-Allah Yang Berhormat daripada Santan… ah sorry… Yang Berhormat daripada Kuala Perlis…
Sat lagi boleh jawab masa makan tak pa, secara rasmi.
Insya-Allah, insya-Allah. Kita akan melihat perkara itu secara… sebab kita semua ambil contoh rakyat dan saya juga nak memaklumkan bahawa walaupun Kuala Perlis, Indera Kayangan, Sena berada di bawah pembangkang tetapi kebajikan mahupun aspek-aspek pembangunan di kawasan-kawasan ini tidak pernah kita abaikan. Yang Berhormat sendiri sedar kita ada projek-projek kecil, sederhana dan sebagainya dilaksanakan di dalam kawasan Yang Berhormat. So tidak ada dianak tirikan di mana-mana. Jadi insya-Allah lah, perkara ini semuanya telah… kita akan terus melakukannya sebab ini adalah untuk rakyat dan saya tidak mengambil pendekatan politik. Yang Berhormat sendiri tahu cara saya mengendalikan Kerajaan… Kerajaan Negeri, saya tidak pernah menggunakan pendekatan politik untuk menganak tirikan sesiapa di dalam hal ini dan kita semuanya bekerja untuk rakyat insya Allah jadi saya rasa… oh, ada satu lagi isu ini yang dibangkitkan mengenai ini… Yang Berhormat daripada… saya tak ingat. Yang Berhormat daripada… Sena, ya daripada Sena juga membangkitkan mengenai kos borang kontrak, saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Sena mengenai kos borang kontrak ini yang saya dapati tidak standard, dengan izin, tidak seragam… di JKR nya ada kenaikan, di JPS nya ada dan juga di MPK, tetapi kenaikannya tidak sama. Jadi yang ini saya ingin… saya akan melihat kembali perkara ini dan kita nak pastikan supaya kalau pun perlu dilakukan pertambahan ataupun kenaikan kepada kos ini, kita akan melihat kenaikan yang tidak membebankan. Saya yakin bahawa keputusan telah pun dibuat oleh agensi-agensi ini untuk menaikkan kos ini kerana kos harga borang itu mungkin sudah lama tidak dikaji semula dan didapati terlalu rendah dan mungkin tak boleh cover cost material-nya. Jadi mungkin perlu kenaikan tetapi saya nak memastikan supaya kenaikan ini merupakan kenaikan yang munasabah dan tidak membebankan dan yang kedua, kenaikan ini mestilah sesuatu yang standard, sesuatu yang diharmonikan dengan semua jabatan-jabatan yang berkenaan. Tidak ada perbezaan di MPK, di JPS di JKR atau di Bahagian Perumahan, BPD dan sebagainya. Itu saya beri jaminan kepada Yang Berhormat, insya-Allah. Dan mengenai jawatan juga disentuh oleh Yang Berhormat daripada Tambun Tulang dan juga ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sena yang mengatakan bahawa kita perlu ada separation terutama sekali yang disebut oleh Yang Berhormat Tambun Tulang, MADA ni, kita tak mau ada… kita nak kan supaya Pejabat MADA di Negeri Perlis yang khusus untuk melihat isu-isu di Negeri Perlis dan sebagainya, insya-Allah. Sebenarnya itu pun telah kita lakukan, jabatan-jabatan yang lain, jabatan-jabatan yang di upgrade misalnya SS. Jawatan SS dulunya B sekarang ni jadi JUSA A, jawatan Timbalan SUK…
Yang Berhormat…
Silakan Yang Berhormat.
Berkenaan dengan jawatan, ok... terima kasih Yang Amat Berhormat Bintong, terima kasih Yang Berhormat Speaker, yang menyentuh tentang jawatan ni ok... saya setuju untuk ni cuma saya nak tanya bagi pihak Yang Amat Berhormat Bintong bagi jawatan Penghulu yang kita ada sekarang, berapa orang Penghulu di Negeri Perlis? Dan adakah Yang Berhormat bercadang untuk kita kembalikan kita ada 9 orang Penghulu, 9 orang mukim... dia akan mentadbir mengikut mukim masing-masing. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Sena. Isu Penghulu ini sebenarnya bukan ditadbir di zaman pentadbiran saya tetapi juga di pentadbiran sebelum-sebelum ini, pernah dibincangkan. Sekarang ini dia bukan ada 9, dia ada 5 sahaja sebenarnya jawatan Penghulu ini. Satu perkara yang perlu kita sedari bahawa fungsi institusi Penghulu ini telah berubah, daripada ketika diadakan sebelum ini, sehingga sekarang dia telah berubah dengan begitu besar sekali. Sekarang ini Penghulu tidak lagi memainkan peranan sebagai majistret kelas ke-3, tidak ada lagi fungsi itu yang dilakukan oleh Penghulu-Penghulu sekarang ini. Dahulu Penghulu juga adalah merupakan penghubung di antara rakyat dengan Kerajaan, disebabkan ketika itu banyak kelemahan di dalam Kerajaan, mungkin saiznya terlalu kecil dan sebagainya jadi fungsi Penghulu sebagai penghubung di antara masyarakat di peringkat grass root dengan Kerajaan amat penting sekali dan Penghulu menjadi problem solver ketika itu. Tetapi sekarang Penghulu sudah berubah dari segi fungsi dan strukturnya dan kita sebenarnya ada mempunyai inisiatif untuk melihat kembali institusi ini dan bagaimana kita boleh melakukan penyesuaian supaya perjawatan itu dapat digunakan dengan lebih efektif, dengan lebih berkesan, sama ada dari segi perbelanjaan dan tugasannya di dalam sistem pentadbiran Kerajaan Negeri itu. Jadi mungkin ini... kita sedang melihat perkara ini secara serius dan tetapi kita tidak pasti memberi jaminan bahawa penjawat-penjawat jawatan Penghulu ini mereka tidak akan kerugian, tidak akan kerugian dari segi kerjaya. Malah saya boleh katakan bahawa pada masa ini jawatan Penghulu ini adalah bersifat jumud, mereka yang menyandang jawatan Penghulu ini tidak ada career prospect, dengan izin Dato’ Speaker, tidak ada... mereka tidak boleh naik pangkat. Mereka masuk dalam jawatan Penghulu… N… Penghulu N ya? S... sorry... S29 dan mereka juga akan pencen dengan S29… N atau S? N29. Jadi tidak ada prospek untuk maju di dalam kerjaya malah bukan sahaja kemajuan kerjaya malah career development itu pun tak ada. Career advancement confirm tak ada. Career development pun saya rasa mungkin tidak ada. Yang saya maksudkan career development ialah dari segi bagaimana mereka boleh meningkatkan competency mereka, skill, knowledge dan sebagainya untuk menjadikan tugas mereka lebih berkesan di dalam melaksanakannya, tak ada. Jadi ini merupakan sesuatu penganak tirian kepada institusi ini disebabkan perubahan masa yang berlaku disebabkan perubahan fungsi yang berlaku. Sekarang ini pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri telah semakin membesar, makin ramai pegawai di kalangan Gred 41, Gred 44, 48, 52, 54, JUSA malah... yang boleh saya katakan secara umumnya mengambil alih fungsi-fungsi yang dahulunya mungkin dilakukan oleh Penghulu-Penghulu ketika itu. Jadi dengan perubahan yang sedemikian, tuntutan semasa, hambatan-hambatan semasa, fungsi Penghulu ini sebenarnya sudah pun berubah mengikut peredaran tertentu. Jadi kita harus melakukan penyesuaian yang sewajarnya supaya kita tidak mahu melihat institusi ataupun penjawat-penjawat jawatan Penghulu ini akan ketinggalan dari segi career mereka, dari segi advancement-nya, dengan izin dan dari segi development nya. Ini yang cuba kita lihat tu, insya-Allah, pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri sedang melihat perkara ini secara teliti dan kita akan membuat beberapa cadangan yang baik bukan sahaja untuk kekesanan dan kecekapan pentadbiran Kerajaan Negeri keseluruhannya tetapi juga untuk kebaikan penjawat-penjawat jawatan itu sendiri, insya-Allah.
Bukan jawatan Penghulu sahaja, yang ini berkaitan dengan jawatan Pengerusi MADA. Terima kasih Dato’ Speaker. Saya minta kita membuat sedikit ketetapan untuk kita melihat… sepatutnya Kementerian menggilirkan jawatan Pengerusi MADA ni. Dulu dibagi kepada Menteri Besar Kedah tetapi sering dipegang oleh Menteri Besar Kedah, beberapa lama, tetapi Perlis ni tak pernah ada giliran. Jadi saya ingat kita memohon kepada Kementerian untuk sekurang-kurangnya membuat penggiliran antara Menteri Besar Kedah dan Menteri Besar Perlis untuk mengetuai MADA. MADA ini amat penting kerana input untuk ini boleh dikatakan sama dan kadang-kadang mungkin Yang Amat Berhormat mempunyai idea yang lebih baik untuk kita lihat MADA ini berkembang dari segi tugas dan tanggungjawab meningkatkan hasil pertanian di kawasan periuk nasi ini. Jadi saya minta Dewan Undangan Negeri membuat ketetapan itu. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Satu cadangan yang baik, memang betul, saya akui bahawa all these times, dengan izin, Kedah has been dominant dalam perkara ini dan setiap kali jawatan Pengerusi MADA ini terlepas kepada Kedah tetapi tak tau ini mungkin betul atau tidak, tapi rasanya penggiliran itu sudah tidak wujud sekarang ini sebab Pengerusi MADA sekarang ini bukan lagi Menteri Besar Kedah.
Yang Berhormat, hasil daripada perkembangan politik mutakhir ni baru ada orang luar daripada Menteri Besar ni YAB. Dulu Dato’ Seri Mahathir Khalid, dengan Ahli Parlimen Sik sekarang baru dua orang. Yang lain-lain ada Dato’ Othman Aziz, 3 orang. Yang lain-lain masih di jawatan Menteri Besar terdahulu...
Saya setuju dari segi prinsipnya...
Yang Amat Berhormat Bintong…
Ya, silakan.
Saya nak menyokong cadangan Yang Berhormat Tambun Tulang supaya kita ada penggiliran. Walaupun bukan MB tetapi adalah ahli politik daripada Kedah, jadi sekurang-kurangnya kita ada daripada Perlis pulak dan juga berkaitan dengan lebih kurang dengan MADA jugak, air yang mana saya terlupa sentuh kelmarin ni, isu rare earth elements yang dicadangkan untuk diteroka di Kedah yang mana melibatkan kawasan tadahan air terutamanya di Ulu Muda. Jadi ini sebenarnya agak membimbangkan juga di Perlis apabila dia melibatkan pengairan air kepada pertanian melalui MADA dan sebagainya ni supaya kita ada ketetapan untuk Negeri Perlis… kita menggesa supaya tidak akan berlaku penerokaan di kawasan tadahan air di Ulu Muda. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Sena, Yang Berhormat Tambun Tulang, saya bersetuju dari segi prinsipnya bahawa perlu ada penggiliran, dari segi jawatan Pengerusi MADA itu sebab ianya melibatkan Negeri Perlis. Mungkin nanti kita boleh cadangkanlah Yang Berhormat daripada Tambun Tulang ka ataupun Yang Berhormat Sena untuk menjadi...
Saya tak perlu Yang Amat Berhormat...
Menteri Besar… bagi Menteri Besar.
Di sini YAB lebih layak… YAB paling layak.
YAB dah tak larat dah... bahu pun penuh dah ni dan saya bersetuju sebenarnya dengan apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Sena berkenaan dengan rare earth ataupun nadir... mineral nadir ini. Walau bagaimanapun, saya tidak akan melakukan ini secara terbuka. Kita ada saluran-saluran yang perlu kita lalui dan kita harus menunjukkan hormat dan apa namanya... secara yang berhemah. Insya-Allah, apa yang dicadangkan itu akan kita lakukan. Kita akan...
Yang Amat Berhormat, sikit... Yang Amat Berhormat, kita ni dengan Kedah ni, memanglah abang kita. Tapi Yang Berhormat, banyak sejarah yang kita tak tuntut balik, macam pemasangan paip yang melalui tanah kita di Langkawi semua ni dulu mereka janjikan tanah sejumlah saiz tanah tertentu. Pada masa itu Yang Amat Berhormat Tan Sri Osman Arof menjadi Menteri Besar, dia janji nak bagi kita tanah di Langkawi dan sebagainya tetapi ini tidak berlaku. Jadi tuntutan-tuntutan adik ni dia kena jugaklah...
Kita banyak mengalah...
Kita tak boleh banyak mengalah... kita mengalah pun ada pada tempatnya Yang Berhormat. Kadang-kadang kita harus membuat desakan juga, kena berani sikit dalam hal ini demi memperjuangkan hak dan kepentingan negeri. Terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih, sebenarnya bukan mengalah. Seperti pepatah Inggeris mengatakan bahawa if you want to strengthen our case, we are not raising our voice but we are strengthening our argument, that’s how we do it... insya-Allah, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker. Ya, kita tahu kita banyak mengalah dalam banyak hal, mungkin strategi yang kita gunakan pada masa dahulu tidak betul ataupun kita masih tidak nampak akan kesan-kesan dan implikasi di masa hadapan tetapi sekarang ini kita nampak. Jadi insya-Allah lah, perkara ini kita akan ambil kira dalam hubungan kita dengan negeri Kedah ini. Saya pun sebenarnya telah berusaha dan telah pun menjalin hubungan yang boleh dikatakan agak akrab juga dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah. Perkara ini sebenarnya adalah... mungkin bukan masuk lagi ke pengetahuan awam tetapi saya telah pun beberapa kali berjumpa secara rasmi dan tidak rasmi, nampak kita boleh bersembang lah, begitulah lebih kurang, insya-Allah. Dan itu sahaja yang saya rasa... oh... ada satu lagi yang telah ditimbulkan iaitu berkenaan dengan keselamatan sempadan. Ini ditimbulkan oleh Yang Berhormat daripada mana tadi saya tak ingat tapi itulah isunya keselamatan sempadan. Ini memang di bawah bidang kuasa PDRM ataupun kebanyakannya di bawah federal agencies, tetapi satu perkara yang saya ingin tegaskan... tekankan di sini cadangan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri yang sekarang ini telah pun diterima secara prinsip bagaimana kita nak mengendalikan isu-isu yang berkaitan dengan security issues, dengan izin, di sempadan ini… boarder security issues. Kita telah mencadangkan supaya jalan ataupun highway yang baru yang nak dibina ini yang dipanggil Northern Corridor Highway itu disambung ke jalan KESBAN daripada Bukit Kayu Hitam yang panjangnya lebih kurang dalam 29 kilometer. Saya telah pun membentangkan perkara ini kepada pihak 3 Perdana Menteri, ketiga-tiganya bersetuju dan saya juga telah melakukan kunjungan kepada Yang Berhormat Menteri-Menteri yang berkenaan dan juga dengan senior officials-nya di beberapa Kementerian termasuk EPU, MOT… eh sorry... EPU, KDN, mana lagi ya... Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah sendiri pun saya berjumpa, bercakap mengenai perkara ini dan di dalam NCIA sendiri sebenarnya telah pun dipersetujui… dalam Lembaga Pengarah, NCIA bersetuju. Inilah mungkin kaedah yang terbaik bagaimana kita boleh mengendalikan tiga perkara dalam masa yang sama, pertama, kita dapat membesarkan prasarana jalan itu yang bukan sahaja digunakan oleh pihak keselamatan tetapi juga boleh digunakan oleh orang awam dan pihak komersial. Yang kedua, kita dapat... apabila kita mempunyai jalan yang baik, yang boleh digunakan oleh orang awam, maka dia akan membawa pembangunan di sepanjang jalan tersebut, yang kedua dan yang ketiga, kita dapat meningkatkan keselamatan tetapi kaedah pengurusan security border ini... isu sekuriti di peringkat sempadan ini harus dilihat semula. Dia tak boleh menggunakan kaedah yang lama, time has past, and then time is actually moving forward. Kalau sekiranya kita tidak menggunakan kaedah-kaedah pengurusan sempadan yang bertepatan dengan masa dan dinamik semasa, kita akan ditipu oleh penjenayah-penjenayah. Jadi kerana itu, whatever… dengan izin sekali lagi Yang Berhormat Dato’ Speaker, the latest technology in the market must be utilized. Ini we use with dengan apanya… pembangunan, lepas tu peningkatan taraf jalan tersebut dan di masa yang sama we keep the road busier. Jadi tempat yang sibuk ni biasanya orang tak buat kerja mengarut lah, jadi itu konsep dia dan alhamdulillah benda itu sedang diperhalusi oleh pihak kerajaan dan kita dimaklumkan di dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah NCIA sendiri yang saya turut menjadi Ahlinya, pihak EPU sekarang ini sedang melihat perkara itu dengan secara detail. Suatu kajian terperinci akan dilakukan untuk melihat kaedah apa yang hendak dilakukan untuk melaksanakan perkara ini, insya-Allah. Jadi itu sahaja Yang Berhormat Dato’ Speaker...
Sebelum decide ada satu Yang Berhormat. Saya musykil sikit Yang Amat Berhormat tentang kawasan Tasoh tu yang dijadikan kawasan pelancongan. Itu kawasan keselamatan hantaran air utama Yang Amat Berhormat. Jadi ia amat terdedah kepada bahaya kekotoran dan sebagainya kalau kita gunakan untuk aktiviti yang lain yang mana dam ini kalau kita ikut di mana-mana pun dia merupakan kawasan larangan Yang Amat Berhormat. Jadi saya minta Yang Amat Berhormat perjelaskan perkara ini dan dalam masa yang sama saya bukanlah nak melihat perkara itu, nak hentikan kunjungan rakyat Perlis yang sangat berminat ke situ, tapi dari segi keselamatan… keselamatan air sendiri Yang Amat Berhormat. Kalau dia bawak pi 10 tong racun kita jadi masalah besar tu. Jadi macam mana pandangan Yang Berhormat dalam mengawal perkara ini?
Saya bersetuju, sebenarnya perkara ini telah pun menjadi apa tu.. memang kita sedar dan Kerajaan Negeri pun akan isu-isu yang berkaitan dengan... sebab dia ni sekuriti nombor satu ni sebab dia melibatkan sumber air untuk diminum bukan sahaja untuk tujuan pertanian tetapi dalam pada masa sekarang ini kita terpaksa mencari satu keseimbangan di antara tuntutan untuk menjadikan dia sebagai satu tempat tarikan, yang keduanya untuk memastikan keselamatan air itu sendiri. Tetapi alhamdulillah, walaupun saya boleh katakan bahawa ada pencerobohan dari segi masuk ke kawasan itu tetapi nampaknya setakat ini soal keselamatan terjamin dan insya-Allah kita akan melihat perkara ini dengan lebih lanjut lagi untuk memastikan supaya ada keseimbangan ini di masa yang akan datang supaya tidak menjejaskan aspek keselamatan apatah lagi sebenarnya Timah Tasoh ini terlibat dengan projek untuk menaik taraf dari segi paras airnya akan ditingkatkan, bannya akan ditinggikan dan lebih luas lagi kawasan yang akan berada di bawah air nanti. Jadi sudah tentu ini akan menjadi isu yang lebih besar di masa akan datang. Terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Tambun Tulang kerana sekali lagi membangkitkan dan mengingatkan perkara ini dan insya-Allah saya harap pihak-pihak agensi yang berkenaan serta jabatan yang berkenaan ambil perhatian akan perkara ini dan kita akan melihatnya dengan serius di masa yang akan datang, terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Sekali lagi sebelum saya mengakhiri ucapan ini ataupun penggulungan ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan dan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana telah mengendalikan persidangan kita kali ini dengan begitu lancar sekali dan tahniah juga kepada Yang Berhormat Sanglang, Timbalan Speaker, walaupun 10 minit sempat berada di kerusi itu, tetapi telah mula menunjukkan belangnya. Terima kasih juga kepada Setiausaha Dewan dan juga petugas-petugas yang terlibat di urus setia, terima kasih kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, terima kasih kepada Penasihat Undang-Undang, Yang Berhormat PKN, semua ketua-ketua jabatan yang hadir yang telah memberikan sokongan dan bertungkus lumus untuk memastikan supaya perjalanan mesyuarat kita pada hari ini berjalan dengan lancar, terima kasih kepada pemerhati-pemerhati yang hadir walaupun tak ramai disebabkan kita terpaksa mematuhi SOP dan terima kasih kepada petugas-petugas keselamatan dan terima kasih dan minta maaf kepada pihak media kerana hadir tetapi tidak dapat berada di dalam Dewan ini disebabkan kekangan dari segi peraturan-peraturan atau SOP yang telah dikenakan. Jadi itulah sahaja Yang Berhormat Dato’ Speaker penggulungan saya dan saya akhiri dengan wabillahi tawfeek walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Bintong. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2021 dicadang untuk dibaca bagi kali kedua. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali kedua sekarang.
Rang Undang-Undang bernama “Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perkhidmatan bagi tahun 2021 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu”.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya minta persetujuan supaya Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2021 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2021 dibawa ke dalam Jawatankuasa. Ahli yang setuju, sila angkat tangan dan Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
(Bentara menurunkan cokmar daripada kedudukan asalnya).
Jadual.
Kepala Bekalan B.01 berjumlah RM4,111,400.00 di bawah Pejabat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.01 berjumlah RM4,111,400.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Kepala B.01 menjadi sebahagian daripada Jadual.
Kepala Bekalan B.02 berjumlah RM2,332,000.00 di bawah Dewan Undangan Negeri dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.02 berjumlah RM2,332,000.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Kepala B.02 menjadi sebahagian daripada Jadual.
Kepala Bekalan B.04 berjumlah RM47,470,700.00 dan Kepala Pembangunan P.04 berjumlah RM77,635,130.00 di bawah Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri dibuka untuk perbahasan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sedikit sahaja…
Pengerusi...
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, sedikit sahaja. Tadi ni Yang Amat Berhormat Bintong ada respons kepada Yang Berhormat Kuala Perlis tentang peruntukan kepada... termasuk ADUN-ADUN Pembangkang, saya mohon supaya ada ketetapan dalam mesyuarat ni, kalau boleh dalam... selalunya saya tengok dalam... bawah item P.04 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan. Itu sahaja nak mintak penjelasan, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi, terima kasih di atas soalan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sena tadi. Berhubung dengan perkara ini, apa yang kita boleh tetapkan di sini ialah ketetapannya ialah bahawa akan ada peruntukan yang diberikan. Walau bagaimanapun dari segi kuantumnya Yang Berhormat Dato’ Speaker… Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, itu nanti kita akan tentukan secara pentadbiran dan saya beri jaminan bahawa peruntukan ataupun jumlah itu adalah sesuatu yang munasabah. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Kepala B.04 berjumlah RM47,470,700.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju sila angkat tangan. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Kepala B.04 menjadi sebahagian daripada Jadual.
Perbelanjaan di bawah Kepala P.04 berjumlah RM77,635,130.00 hendaklah diluluskan. Ahli yang setuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Perbelanjaan di bawah Kepala P.04 menjadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan.
Kepala Bekalan B.05 berjumlah RM6,346,600.00 di bawah Pelbagai Perkhidmatan dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.05 berjumlah RM6,346,600.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju sila angkat tangan. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan. Terima kasih.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Kepala B.05 menjadi sebahagian daripada Jadual.
Kepala Bekalan B.06 berjumlah RM3,532,000.00 di bawah Pejabat Perbendaharaan Negeri dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.06 berjumlah RM3,532,000.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Kepala B.06 menjadi sebahagian daripada Jadual.
Kepala Bekalan B.07 berjumlah RM7,400,900.00 di bawah Pejabat Perbendaharaaan Negeri (Caruman Kepada Kumpulan Wang Berkanun) dibuka untuk perbahasan.
Yang Berhormat Pengerusi, sedikit pertanyaan tentang B.07, iaitu item 34000 Kenderaan dan Jentera, anggaran pada tahun hadapan adalah RM1.795 juta, adakah ini termasuk kereta rasmi dan sebagainya, saya nak mohon penjelasan. Terima kasih.
Yang Berhormat... nak tanya Yang Berhormat, rujuk nombor B?
B.07, item 34000.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Sena. Itu adalah merupakan kos untuk pembelian kenderaan baharu dan juga untuk maintenance dan pembelian kenderaan baharu itu melibatkan kenderaan-kenderaan yang telah pun melewati tempoh umurnya yang kita lakukan secara berfasa, kita tidak lakukan serentak. Tujuannya supaya kita dapat… tidak membelanjakan wang terlalu besar bagi setiap tahun. Itu penjelasan saya pada perkara itu Yang Berhormat.
Adakah itu kenderaan rasmi atau untuk kenderaan kegunaan Jabatan? Terima kasih.
Ya, kegunaan rasmi. Kenderaan rasmi. Yang Berhormat Bintong tak ada masuk dalam tu. Yang Berhormat Bintong dia yang terakhir sekali kalau ada pun.
Kepala B.07 berjumlah RM7,400,900.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang setuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Kepala B.07 menjadi sebahagian daripada Jadual.
Kepala Bekalan B.09 berjumlah RM22,614,600.00 dan Kepala Pembangunan P.09 berjumlah RM45,865,020.00 di bawah Jabatan Kerja Raya dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.09 berjumlah RM22,614,600.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Kepala B.09 menjadi sebahagian daripada Jadual.
Perbelanjaan di bawah Kepala P.09 berjumlah RM45,865,020.00 hendaklah diluluskan. Ahli-Ahli yang setuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Perbelanjaan di bawah Kepala P.09 menjadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan.
Kepala Bekalan B.11 berjumlah RM6,392,800.00 dan Kepala Pembangunan P.11 berjumlah RM3,229,020.00 di bawah Jabatan Pertanian dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.11 berjumlah RM6,392,800.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang setuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Kepala B.11 menjadi sebahagian daripada Jadual.
Perbelanjaan di bawah Kepala P.11 berjumlah RM3,229,020.00 hendaklah diluluskan. Ahli-Ahli yang setuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Perbelanjaan di bawah Kepala P.11 menjadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan.
Kepala Bekalan B.12 berjumlah RM3,711,000.00 dan Kepala Pembangunan P.12 berjumlah RM710,010.00 di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.12 berjumlah RM3,711,000.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Kepala B.12 menjadi sebahagian daripada Jadual.
Perbelanjaan di bawah Kepala P.12 berjumlah RM710,010.00 hendaklah diluluskan. Ahli-Ahli yang setuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Perbelanjaan di bawah Kepala P.12 menjadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan.
Kepala Bekalan B.13 berjumlah RM14,609,100.00 dan Kepala Pembangunan P.13 berjumlah RM5,670,000.00 di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.13 berjumlah RM14,609,100.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang setuju sila angkat tangan. Ahli-Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Kepala B.13 menjadi sebahagian daripada Jadual.
Perbelanjaan di bawah Kepala P.13 berjumlah RM5,670,000.00 hendaklah diluluskan. Ahli yang setuju sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju).
Perbelanjaan di bawah Kepala P.13 menjadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan.
Kepala Bekalan B.14 berjumlah RM1,108,800.00 di bawah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.14 berjumlah RM1,108,800.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang setuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Kepala B.14 menjadi sebahagian daripada Jadual.
Kepala Bekalan B.15 berjumlah RM9,240,100.00 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.15 berjumlah RM9,240,100.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang setuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Kepala B.15 menjadi sebahagian daripada Jadual.
Kepala Bekalan B.16 berjumlah RM5,785,200.00 di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.16 berjumlah RM5,785,200.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Kepala B.16 menjadi sebahagian daripada Jadual.
Kepala Bekalan B.17 berjumlah RM1,590,000.00 di bawah Jabatan Mufti dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.17 berjumlah RM1,590,000.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang setuju sila angkat tangan, terima kasih. Ahli-Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Kepala B.17 menjadi sebahagian daripada Jadual.
Kepala Bekalan B.18 berjumlah RM2,515,200.00 di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.18 berjumlah RM2,515,200.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang setuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Kepala B.18 menjadi sebahagian daripada Jadual.
Kepala Bekalan B.19 berjumlah RM579,400.00 di bawah Pejabat Pembangunan Negeri dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.19 berjumlah RM579,400.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Kepala B.19 menjadi sebahagian daripada Jadual.
Kepala Bekalan B.23 berjumlah RM4,401,000.00 dan Kepala Pembangunan P.23 berjumlah RM715,070.00 di bawah Jabatan Perhutanan dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.23 berjumlah RM4,401,000.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Kepala B.23 menjadi sebahagian daripada Jadual.
Perbelanjaan di bawah Kepala P.23 berjumlah RM715,070.00 hendaklah diluluskan. Ahli yang setuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Perbelanjaan di bawah Kepala P.23 menjadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan.
Kepala Bekalan B.25 berjumlah RM7,350,100.00 di bawah Jabatan Tanah dan Galian dibuka untuk perbahasan (tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli). Kepala B.25 berjumlah RM7,350,100.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Kepala B.25 menjadi sebahagian daripada Jadual.
Kepala Bekalan B.57 berjumlah RM1,000,000.00 di bawah Membeli Tanah dibuka untuk perbahasan.
Yang Berhormat Pengerusi… terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya mohon penjelasan pembelian tanah ni di kawasan mana dan apa tujuannya. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, terima kasih Sena. Tujuan pembelian tanah ini sebab Kerajaan Negeri telah pun memutuskan untuk mewujudkan yang dikatakan kawasan... kawasan lapang… kawasan rekreasi sebenarnya. Kita telahpun mengenalpasti 5 tapak untuk tujuan rekreasi dan kesemuanya adalah merupakan milik persendirian dan kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah tertentu untuk membeli kembali tanah-tanah ini untuk dijadikan rekreasi. Salah satu contohnya, salah satu daripada tapak yang dikenalpasti adalah di belakang pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Kepala B.57 berjumlah RM1,000,000.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Kepala B.57 menjadi sebahagian daripada Jadual.
Fasal 1 hingga Fasal 2 dan tajuknya.
Fasal 1 hingga Fasal 2 dan tajuknya menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Fasal 1 hingga Fasal 2 dan tajuknya menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2021 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2021 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Dewan bersidang semula.
(Bentara meletakkan kembali cokmar ke tempat asalnya).
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2021 telah pun ditimbang di dalam Jawatankuasa dan dipersetujui. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2021 dicadangkan untuk dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.
Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2021. Maka diperbuat Undang-Undang ini oleh Dewan Undangan Negeri Perlis seperti berikut, “Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tahun 2021”.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2021 telah pun ditimbang di dalam Jawatankuasa dan dipersetujui. Saya mohon mencadangkan supaya usul, “Bahawa Dewan ini, mengikut Seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, mengambil ketetapan bersetuju meluluskan perbelanjaan sebanyak RM133,824,250.00 seperti yang tersebut di dalam Anggaran Pembangunan Negeri Perlis Tahun 2021 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bilangan 14 Tahun 2020” diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, usul “Bahawa Dewan ini, mengikut Seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, mengambil ketetapan bersetuju meluluskan perbelanjaan sebanyak RM133,824,250.00 seperti yang tersebut di dalam Anggaran Pembangunan Negeri Perlis Tahun 2021 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bilangan 14 Tahun 2020” hendaklah disetujukan. Ahli-Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).
Usul ini diluluskan.
Penangguhan DewanAdjournment
Penangguhan Dewan.
Terima kasih Dato’ Speaker. Sebelum saya memberi ucapan penghargaan bagi pihak Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan, alhamdulillah, setiap kali kita sebulat suara bersetuju untuk meluluskan perbelanjaan menyokong Kerajaan pada hari ini. Saya ingin membaca sedikitlah... ini amat penting… ini dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin ketika Majlis Mengangkat Sumpah di istana Perak sedikit sahaja, “sifat sebenar insan akan terserlah ketika seseorang itu mendapat jawatan dan kuasa. Betapa kata tidak lagi dikota, kata-kata akan bertukar nada berlainan irama. Bersedia mengatakan yang hitam itu putih dan yang putih itu hitam. Watak sebenar insan akan terpamer apabila seseorang itu memiliki kekayaan dan harta lalu lenyap lah budaya kesederhanaan dan merendah diri. Di sebaliknya menjelma sifat sombong dan gelagat bongkak. Pertukaran sifat dan perubahan watak lebih cepat berlaku apabila seseorang insan itu mula dikelilingi oleh orang-orang yang tamak, yang berkepentingan diri, bermuka-muka, membisikkan kata-kata pujian dengan niat tersirat lalu menyalah gunakan hubungan dengan pemimpin.” Untuk renungan sahaja Yang Berhormat, titah yang amat baik ni oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Nazrin pada pukul 11 tadi. Saya dengan rakan-rakan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan atau PH mengambil kesempatan di sini pertamanya ingin mengucapkan Selamat Hari Integriti Antarabangsa kepada SPRM Negeri dan Pusat dengan tema Discover Integrity dan juga tidak ketinggalan yang paling penting pada Tuan Speaker dan Dewan, Setiausaha Dewan dan semua kakitangan yang telah bertungkus lumus menjalankan tugas dengan baik pada hari ini. Kepada Yang Berhormat sendiri yang telah memberikan kerjasama yang begitu baik, kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan dan Penasihat Undang-Undang, Pegawai Kewangan dan semua Pengarah-Pengarah yang pada saya bekerjasama dalam keadaan yang harmoni untuk kita melihat Bajet ini dapat dimanfaatkan semuanya, dan terutamanya kepada ketua-ketua jabatan dan juga para media, pemerhati yang tidak dapat masuk… semua dan semua pihak yang tidak dapat dinyatakan di sini yang telah memberikan kerjasama yang jitu untuk kita menjayakan sidang Dewan dan sekali lagi tahniah kepada Dato’ Speaker yang berjaya menjadikan Dewan ini berjalan dengan penuh harmoni dan kita membuat sesuatu yang menjadi contoh kepada Dewan-Dewan Negeri yang lain, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Saya juga ingin merakamkan bagi pihak Dewan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua dan wakil jabatan serta agensi yang dapat hadir selama tiga hari kita bersidang, para pegawai dan kakitangan serta petugas Dewan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa ataupun Pengurusan Sekretariat yang dapat menjadikan persidangan hari ini berjalan lancar dan di bawah kepimpinan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga kakitangannya, Pejabat Perbendaharaan Negeri, Pejabat Keselamatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Penyiaran, BERNAMA dan semua jabatan serta agensi yang terlibat dalam membantu menyediakan jawapan dan maklum balas Dewan. Juga tidak lupa saya ucapkan terima kasih kepada semua frontliners sepanjang kita bersidang bagi tahun ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sekian, wabillahitawfeek walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
(Persidangan ditangguhkan pada jam 2.35 petang)