Perlis · 25 August 2021

14th Assembly, 4th session, 1st meeting · 152 turns · 24,537 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerlis publishes one PDF per sitting day, but nothing after 9 Aug 2023 although the assembly has kept sitting. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan mula bersidang.

Doa

Penolong Setiausaha Dewan

Doa.

(Bacaan doa oleh Penolong Setiausaha Dewan)

Pemasyhuran daripada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis

Setiausaha Dewan

Pemasyhuran oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri.

Speaker

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya jua, Istiadat Perasmian Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Keempat Belas telah pun selesai disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja kelmarin. Dewan merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda di atas kesudian Duli-duli Tuanku berangkat bercemar duli bagi menyempurnakan istiadat tersebut. saya juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan kepada semua jabatan dan agensi yang telah memberikan bantuan dan kerjasama yang baik kepada pihak Dewan bagi menjayakan Istiadat Perasmian kelmarin, terutamanya Pejabat DYMM Tuanku Raja, Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran Kangar, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Jabatan Kesihatan, Hospital Tuanku Fauziah, RELA dan lain-lain yang tidak dapat saya nyatakan kesemuanya di sini. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan media yang memberikan liputan yang paling baik yang turut hadir pada pagi ini lagi untuk membuat liputan. Sebagai penganjur, pihak Dewan dengan nasihat dari Jabatan Kesihatan Negeri telah mengambil pelbagai langkah yang perlu dalam usaha mengekang penularan COVID-19. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon kerjasama dari semua pihak untuk mematuhi peraturan dan SOP yang telah ditetapkan. Untuk makluman Dewan juga, pihak Dewan telah menerima permohonan daripafa Yang Berhormat Tuan Azizan bin Sulaiman, ADUN Santan untuk tidak hadir ke persidangan kali ini kerana beliau tidak sihat. Saya telah membenarkan permohonan tersebut. Di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan dengan berbesar hati menghadiahkan buku Perlembagaan, satu naskah buku Perlembangan Persekutuan cetakan terbaru untuk rujukan Ahli-ahli Yang Berhormat. Di kesempatan ini, saya ingin menerangkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian tentang aturan perjalanan Mesyuarat Dewan kita untuk hari ini. Sejurus selepas ini, Kertas Dewan yang telah disenaraikan dalam Buku Perintah Mesyuarat Dewan akan dibentangkan di atas meja mesyuarat tanpa dibahaskan, selaras dengan Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan. Sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat ingin menyentuh sebarang perkara berhubung mana-mana Kertas berkenaan, ia bolehlah dibangkitkan semasa perbahasan kelak. Setelah Kertas Dewan dibentangkan, soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian akan dijawab oleh pihak Kerajaan mengikut turutan seperti di dalam Kertas Perintah Mesyuarat. Soalan-soalan yang dikemukakan kepada portfolio Yang Berhormat Tuan Azizan bin Sulaiman, ADUN Santan akan dijawab oleh Yang Berhormat Tuan Hamizan Bin Hassan, ADUN Kayang. Dewan kemudiannya akan berehat sebentar dan apabila disambung semula, Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja akan dicadangkan dan dibuka untuk perbahasan. Saya akan memberi ruang yang sewajarnya pada hari ini kepada keenam-enam Ahli Yang Berhormat di sebelah kiri saya untuk membahaskan usul berkenaan. Setelah itu, Dewan akan ditempohkan dan akan disambung semula pada pagi esok untuk maklum balas serta penggulungan oleh pihak Kerajaan. Sebagai langkah keselamatan, minuman pagi akan disediakan secara ‘pack’ dan akan diletakkan di atas meja yang telah disediakan. Bagi meminimakan bilangan orang semasa minum pagi, telah ditetapkan supaya semua Ahli-ahli Yang Berhormat minum di ruangan yang telah disediakan di ruang legar Bilik Gerakan 1 manakala sebahagian ketua-ketua jabatan dan wakil akan minum di aras 3 manakala baki di aras 4. Sekian.

Kertas Dewan

Setiausaha Dewan

Kertas-kertas Dewan yang dibentangkan.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sukacita saya membentangkan di atas meja mesyuarat, Kertas Dewan Bilangan 1 Tahun 2021 (Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Jabatan Negeri Perlis Tahun 2019 Siri 1). Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Soalan-soalan lisan.

Speaker

Soalan-soalan lisan, dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya kemukakan soalan saya nombor 1.

(Soalan no. 1 : Apakah tahap kesiapsiagaan Kerajaan Negeri dalam menangani penularan Covid-19 yang semakin meningkat di Negeri Perlis?)

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat dan sidang Dewan yang mulia ini, salam selamat pagi dan salam sejahtera. Untuk soalan kepada YB Santan, atas tahap kesiapsiagaan Kerajaan Negeri, dari aspek kesihatan, Perlis berada pada tahap kesiapsiagaan yang baik sepertimana yang disyorkan oleh pihak Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO). Dan Kerajaan Negeri telah merangka Pelan Strategik ke arah Perlis Selamat Menjelang Disember 2021. Antara strategi-strategi pelan tersebut adalah seperti berikut. Pertama, sasaran 200,000 keseluruhan warga Perlis mendaftar MySejahtera. Kedua, mempelbagaikan platform pusat vaksinasi di negeri Perlis dengan sasaran 3,000 rakyat Perlis mendapat suntikan vaksin sehari. Yang ketiga COVID-19 Immunization Task Force (CITF) Negeri sebagai platform peneraju pelaksana Pelan Strategik Perlis Selamat. Keempat, program mobile outreach vaksinasi dengan sasaran 90% di kalangan rakyat memahami kepentingan vaksinasi dan imuniti berkelompok, dan 5,000 warga pentadbiran Kerajaan Negeri diatur gerak untuk membantu pusat vaksinasi dan program outreach. Sekian terima kasih.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Titi Tinggi. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah atas kerja keras dan juga pengawasan yang begitu ketat yang dibuat oleh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan YB DUN Bintong, cuma akhir-akhir ini apa yang kita buat nampak macam... akhir-akhir ini bila kita buka Fasa 3, berlaku kenaikan yang mendadak dari segi jangkitan. Dan kemungkinan sebahagian besarnya adalah berpunca daripada Pusat Koreksional tetapi kita tidak boleh menjadi alasan kerana kita melihat virus ini telah berada di dalam masyarakat. Jadi demi membendung, daripada Labuan yang setara dengan kita yang sekarang ini yang telah masuk ke Fasa Keempat, Insya-Allah esok atau lusa atau berapa hari lagi, apakah tindakan kita untuk mempastikan kita dapat memutuskan rantaian yang kita lihat apabila kita buka Fasa Ke3 ni? Semua premis-premis telah mula beroperasi seperti sediakala, kita pastikan pemutusan rantaian ini telah dibuat dengan lebih berkesan. Terima kasih Dato’ Speaker.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Terima kasih Dato’ Speaker, sepatutnya Kerajaan Negeri memang peka dengan keadaan dan situasi semasa dan juga melaksanakan strategi baru akibat peningkatan kes COVID di negeri Perlis, terutamanya ialah mempertingkatkan penguatkuasaan, dan tadbir urus Kerajaan dan juga kita memperhebatkan vaksinasi seperti kelmarin, di kawasan YB ada melakukan vaksinasi MOVAK, itu yang berlaku di kalangan masyarakat. Dan ketiga adalah kita membuka PKRC tambahan untuk siap sediakan bila terebak vaksin dan COVID. Yang keempat kita ambil, langkah perhebahkan maklumat vaksin bagi kesedaran kepada masyarakat untuk memperingatkan masyarakat mengikut SOP-SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Yang Berhormat Titi Tinggi, memandangkan kelmarin pun kita cipta rekod salah satu negeri yang tertinggi lebih daripada 70 kes. Yang agak membimbangkan saya kedudukan katil di HTF, 508 buah saja. Dalam keadaan kita ada kes aktif jumlah kumulatif aktif, adakah Kerajaan Negeri ada pertimbangan untuk mengangkat kepada pihak KKM dari segi sekurang-kurangnya dari segi pembinaan Hospital COVID yang dalam keadaan kritikal. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Terima kasih YB Sena. Memang Kerajaan Negeri nak ambil langkah berhati-hati oleh kerana apabila jangkitan merebak. Jadi kita memang... kita membincangkan atas penambahan pembukaan PKRC di IPG, dengan yang sesiap sedia saya bagi maklumat sedikit sehingga 18 Ogos, terdapat 3 lokasi pusat kuarantin iaitu Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID iaitu Institut Latihan PKN berkapasiti 114 katil dan kedua, PKRC Pusat Koreksional Perlis berkapasiti 200 katil dan ketiga, stesen kuarantin Hotel Putra Brasmana berkapasiti 80 katil. Ini hak swasta. Yang keempat, Hospital Tuanku Fauziah berkapasiti 129 katil dan cadangan untuk buka PKRC terbaru ialah di Institut Perguruan ada lebih kurang 400 katil untuk disiapsediakan. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.

Yang Berhormat Dato Speaker, soalan saya nombor dua.

(Soalan no. 2 : Salah satu kaedah untuk mendapat hasil padi yang tinggi adalah melalui benih yang baik. Apakah varieti benih yang paling tinggi permintaannya dan adakah bekalannya mencukupi?)

Dijawab bersekali dengan soalan no. 3 :

(Soalan no.3 : Apakah faktor utama kelewatan pembekalan padi benih padi musim 1, 2021 dan sejauh manakah perancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan perkara ini tidak berulang?)

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Speaker saya memohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan nombor 3 daripada Yang Berhormat Guar Sanji. Berdasarkan rekod, pesanan benih padi sah di kawasan MADA Negeri Perlis, Pertubuhan Peladang dan Jabatan Pertanian pada Musim 1/2021, varieti tempahan yang tinggi daripada pesawah adalah Varieti MR297. Varieti ini menjadi pilihan para petani kerana ianya memiliki hasil potensi tinggi. Selain daripada itu, varieti ini sesuai dengan keadaan tanah dan cuaca di negeri Perlis. Di antara faktor-faktor utama kelewatan pengedaran benih pada pada musim 1/2021 adalah pengurusan sistem pembekalan benih melalui NAFAS yang baru dilantik secara rasmi pada Januari 2021 dan proses pembekalan bagi musim 1/2021 bermula pada Mac dan April. Terdapat beberapa masalah kaedah pengedaran benih yang perlu dikemaskini. Antaranya kaedah pesanan, logistik dan menyimpan padi benih. Kelewatan pembekalan padi benih juga berlaku adalah disebabkan permintaan benih padi terhadap varieti MR297 tinggi melebihi stok benih yang tersedia. Selain itu, Agensi Negeri telah melaksanakan langkah-langkah bagi memastikan pesanan dan pengedaran benih padi yang lancar seperti berikut. Untuk musim yang akan datang, MAFI telah melantik 13 pemborong benih padi sah melalui pengeluaran lesen borong oleh Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras (KPB) mulai 12 Julai 2021 bagi pembekalan Musim 2/2021. Penetapan harga siling juga telah ditetapkan di peringkat runcit sama ada melalui pemborong, panel pengeluar dan peruncit pada kadar tidak melebihi RM 35.00/beg. Menetapkan jadual bekalan air dan permulaan musim bersama pemimpin peladang mengambil kira situasi bekalan benih. Mesyuarat pelarasan bersama semua pihak yang terlibat di dalam rantaian bekalan padi sah yang membincangkan isu-isu melibatkan keperluan benih mengikut fasa, varieti, pengedar dan sebagainya untuk musim akan datang. Taklimat dan pencerahan dari semasa ke semasa berkenaan status, kedudukan dan perkembangan pembekalan benih padi sah. Penggunaan Sistem Pengurusan Input MADA (SPIM) bagi melancarkan proses bancian dan pesanan benih padi oleh pesawah dapat membantu pegawai di lapangan. Penyediaan Standard Operating Procedure (SOP) khusus kepada pihak PPK dan penyelia yang terlibat ekoran penambahbaikan sistem pengedaran benih padi sah. Sebagai contoh, SOP yang diterbitkan adalah seperti SOP bancian, pesanan dan belian, perakaunan dan sebagainya. Cadangan supaya dibuat pelarasan fasa pengedaran benih padi untuk PPK bagi mempercepatkan proses pengedaran kepada pesawah dan akhirnya pemantauan dari semasa ke semasa oleh pegawai jabatan bagi mengenalpasti isu di lapangan. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan. Dato Speaker, saya ingin tanya Yang Berhormat. Saya rasa pada tahun lepas NAFAS telah dibagi hak untuk mengendalikan urusan padi benih di seluruh negara. Perkembangan terkini, adakah NAFAS telah ditarik balik hak tersebut ataupun sekarang telah dibuka secara rasmi kepada semua pengeluar-pengeluar padi benih yang sedia ada di dalam pasaran di dalam negara kita ini?

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Selain daripada NAFAS diberi tambahan untuk 12 pembekal-pembekal lain untuk membantu menyempurnakan penyediaan benih-benih kepada petani-petani.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Yang Berhormat, dari segi kawalan mutu macam mana?

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Dari segi pembekal, petani-petani boleh terus melalui NAFAS, PPK dan juga penjual padi yang sah.

Speaker

Silakan Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan tambahan saya, terima kasih kepada YB Tambun Tulang di atas soalan tambahan sebentar tadi. Soalan saya sebelum tu, terima kasih kepada YB Simpang Empat di atas penjelasan berkaitan dengan pembekal-pembekal daripada NAFAS dan juga kilang-kilang yang dilantik. Namun apa yang kita lihat kita tidak boleh menjadikan NAFAS sebagai orang baru mengendalikan padi benih ni... pembekalan padi benih ni kita melepas tangan begitu sahaja. Kalau Yang Berhormat tengok baru ni kita berganjak fasa pertama, fasa kedua, fasa ketiga... berganjak habis. Jadi proses untuk kita buat mula padi, dia ada kesan kehadapan. Jadi Yang Berhormat Simpang Empat, apakah jaminan Yang Berhormat agar perkara ini tidak berulang? Apa jaminan Kerajaan benda ni tidak berulang masa akan datang sebab dia berulang tiap-tiap kali nak buat padi terutamanya Musim Pertama ni mengganggu pembekalan padi benih.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Untuk menjamin tidak berlaku perkara-perkara yang musim yang lepas, beberapa perkara yang telah saya bacakan tadi untuk semua dan di samping itu seperti yang saya maklumkan, kita ada tambahan sebanyak 12 pembekal dengan jumlah lebih kurang berat kapasitinya sebanyak 72 ribu matrik tan.

Maaf Dato’ Speaker soalan tambahan.

Speaker

Saya mintak Yang Berhormat Sena ajukan soalan Yang Berhormat.

Sikit ja Yang Berhormat.

Speaker

Dah, dah banyak dah. Yang Berhormat boleh cakap dalam ucapan nanti. Dipersila Yang Berhormat untuk soalan… Sena.

Yang Berhormat Dato Speaker soalan saya soalan nombor 4.

(Soalan no. 4 : Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani dua krisis utama yang masih dihadapi sejak tahun lepas iaitu krisis kesihatan awam dan krisis ekonomi dalam usaha Kerajaan Negeri untuk membangunkan negeri)

Dijawab bersekali dengan soalan no. 13 :

(Soalan no. 13 : Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam usaha memulihkan ekonomi Negeri Perlis yang terjejas teruk akibat COVID-19?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sena. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam menangani dua krisis utama kesihatan dan juga ekonomi. Yang Berhormat Titi Tinggi tadi telah menyentuh mengenai langkah-langkah yang telah pun diambil oleh Kerajaan dalam konteks untuk menangani krisis kesihatan awam yang berlaku khususnya di Negeri Perlis ini. Walau bagaimanapun, saya ingin menambah satu atau dua maklumat lagi dalam konteks menangani krisis kesihatan awam ini iaitu kalau kita nak mempastikan sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tambun Tulang tadi nak memutuskan rantaian ini. Pada masa ini Kerajaan Negeri menekankan kepada dua perkara utama. Pertamanya ialah kita nak mempastikan supaya kadar vaksinasi rakyat negeri Perlis ini mencapai 80% supaya kita dapat mencapai herd immunity itu. Dan alhamdulillah dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak Kerajaan khususnya Jabatan Kesihatan Negeri, kita telah pun mencapai 80.2 % kadar vaksinasi bagi penduduk-penduduk dewasa untuk satu dos. Dan untuk dua dos… dos yang kedua kita telah pun mencapai 63.2% bermakna kita hanya menunggu 17% lagi lebih kurang untuk mencapai tahap 80% bagi orang dewasa untuk dua dos. Ini insya-Allah kita berdasarkan kepada apa yang kita lihat seperti di Labuan misalnya yang telah mencapai tak silap saya 100% vaksinasi kita dapati kesnya telah berkurang dengan begitu drastik sekali. Dan yang kedua ialah pematuhan kepada SOP itu sendiri. Dan alhamdulillah di Negeri Perlis ini sendiri kita lihat walaupun ada kes-kes ketirisan dari segi pematuhan tetapi tahap pematuhan SOP di Negeri Perlis adalah agak tinggi dan kerana itu lah kita masih lagi berjaya mengawal kes-kes positif yang baru walaupun akhir-akhir ini kita tengok ada sedikit peningkatan tetapi dia tidak melepasi 100 sehari. Cuma semalam kita tengok rekod menunjukkan 74 dan daripada 74 itu 33 adalah merupakan kluster penjara, Pusat Tahanan Koreksional kita dan mereka ini sebenarnya adalah merupakan satu kumpulan yang terasing dan dia tidak berada dalam komuniti. Jadi bermakna kelmarin kalau kita tolak 33 kes daripada kluster penjara itu kita hanya ada 41 kes sahaja. Walaupun kes itu agak kecil tetapi dari segi perbandingannya dengan penduduk dia agak besar. Kerana itulah R-naught kita akhir-akhir ini yang tertinggi di Malaysia. Tetapi kita masih lagi dapat mengawal. Insya-Allah saya rasa langkah-langkah ini... apa yang disebut oleh Yang Berhormat Titi Tinggi tadi kita akan berjaya untuk menangani isu COVID di Negeri Perlis ini dan mengenai... kita tahu bahawa pandemik ini telah memberi kesan yang sangat serius kepada ekonomi. Ada yang mengatakan bahawa mungkin telah pun mengalami krisis ekonomi. Tapi dalam konteks Negeri Perlis ini kita telah pun mengambil beberapa langkah segera di peringkat awal lagi. Pada tahun 2020 lagi misalnya kita telah pun mengambil langkah untuk menangani daripada krisis itu berlaku dengan melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi ataupun PRE di tahun 2020 di mana kita telah menyuntik peruntukan ke dalam masyarakat sebanyak 10 juta ringgit kepada komuniti perniagaan, kepada rakyat miskin yang terjejas dan sebagainya. Selain daripada itu, kita juga telah melaksanakan Pelan Pemulihan Ekonomi di mana sejak tahun 2020 kita telah membelanjakan 2.63 juta ringgit, ini juga disuntik ke dalam ekonomi. Selain daripada itu kita telah membelanjakan 5.7 juta ringgit sehingga 2021 di dalam program kebajikan kita kepada rakyat dalam menyediakan makanan asas iaitu di dalam program Perlis Pahadoi. Selain daripada makanan asas, kita juga memberikan keperluan susu kepada ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil yang memerlukan dan juga lampin pakai buang, selain daripada bantuan pembelian petrol untuk golongan B40. Selain daripada itu, kita ada projek-projek kecil yang telah kita laksanakan dibawah program strategik memperkasa rakyat dan ekonomi iaitu PEMERKASA daripada tahun ini 2021. Kita telah membelanjakan sebanyak 20 juta ringgit yang merupakan peruntukan yang telah disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan. Selain daripada itu, kita ada langkah-langkah lain lagi yang kita lakukan, terutama sekali kepada komuniti perniagaan di Negeri Perlis ini, kita telah memberikan pengecualian sewaan gerai premis Kerajaan Negeri di bawah Bahagian Pentadbiran Daerah dan juga di bawah Bahagian Perumahan. Kita memberikan pengecualian sewa gerai sebanyak 50% kepada peniaga kecil yang menyewa gerai-gerai Majlis Perbandaran Kangar dan juga Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis bulan Mac dan April serta diskaun sewaan sebanyak 20% bagi bulan Mei dan Ogos 2020. Selain daripada itu, kita juga memberikan pengecualian sewaan gerai selama tiga bulan mulai Mac 2020 kepada semua penyewa gerai dan premis di bawah seliaan MAIPs dan pengecualian sewaan selama 6 bulan mulai Mac 2020 kepada 778 unit rumah program perumahan rakyat PPR dan 142 unit rumah Rancangan Perumahan Kuala Perlis Wai Permai, dan kita telah memberikan moratorium pembayaran sewa beli kepada 305 unit rumah RPA selama 6 bulan mulai Mac 2020, pengecualian sewa tapak pasar malam dan juga pasar sehari yang di bawah kelolaan MPK bagi tempoh sebulan iaitu setelah tamatnya tempoh PKP 1.0, dan kita juga memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran bagi mereka yang telah diberikan pinjaman pelajaran iaitu untuk melanjutkan pelajaran, juga kita berikan penangguhan selama 6 bulan mulai Mac 2020. Selain daripada itu, di bawah Pakej Insentif Kerajaan Negeri telah meluluskan satu insentif khusus di bawah Pakej Insentif Rangsangan Pelaburan Pasca COVID-19 yang berkuatkuasa mulai 1 Februari 2021 sehingga 31 Disember 2022 menarik minat pelabur untuk melabur di negeri ini dan untuk memulihkan ekonomi kita dengan cepat dan di antara di antara insentif yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri ialah pengurangan premium tanah pada kadar 10 hingga 30 peratus kaedah bayaran cukai tanah secara berjadual, pengecualian bayaran caj perkhidmatan sebanyak seribu ringgit dan keputusan Kerajaan Negeri di dalam tempoh dua minggu dari tarikh pembentangan oleh Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Negeri Perlis bagi permohonan-permohonan untuk melakukan pelaburan di Negeri Perlis. Dan pengurangan cukai taksiran 10% bagi sektor pergudangan pembuatan dalam tempoh dua tahun bagi pelabur baru itu juga langkah-langkah bersifat jangka pendek dan sederhana yang telah pun diambil oleh Kerajaan Negeri dalam konteks untuk menangani krisis ekonomi. Selain dari itu, memang ada langkah-langkah lain yang bersifat jangka panjang dalam meneruskan program dan projek pelaburan di negeri Perlis ini. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Dato’ Speaker soalan tambahan, Yang Berhormat Bintong terima kasih di atas penjelasan Yang Berhormat. Saya ada beberapa soalan tambahan. Kalau kita tengok di Perlis contohnya macam awal pelaksanaan total lockdown, pada ketika tu kita punya kes agak minimum jadi macam tidak logik. Jadi saya nak tau sejauh mana Yang Amat Berhormat sebab saya difahamkan kesihatan ni adalah kuasa bersama, negeri pun ada hak juga ke atas ni sebab saya tengok Sarawak khususnya dia cukup fight dia punya... autonomi ni kan dari segi kesihatan ni. Jadi sejauh mana... supaya kita tak dipermain oleh MKN dan sebagainya dan kalau kita tengok ke SOP yang agak tidak munasabah tu kita memainkan peranan dari sudut untuk rakyat kita yang mana bersesuaian la tanpa mengambil kira pandemik tu, macam tu lah kalau kes rendah kan. Yang kedua dari segi... apa nama... berkenaan dengan sejauh mana kita mengatasi ekonomi pandemik. Saya menyambut baik... saya tengok banyak program yang bersifat human economy yang menjurus kepada rakyat yang mana kita menyelesai... dan permasalahan rakyat, sejauh mana dari segi penjimatan yang kita dapat yang kita jana tahun ni dari segi penjimatan yang kita dapat elakkan? Sejauh mana penjimatan itu dapat digunakan untuk memperbanyakkan lagi projek-projek yang bersifat human economy? Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Sena, menyentuh mengenai... kononnya MKN mungkin mempermainkan, saya nafikan itu sebenarnya tak berlaku perkara-perkara yang sedemikian sebab Kerajaan Negeri memang bekerjasama dengan rapat dengan semua agensi-agensi mahupun di peringkat negeri dan juga persekutuan dalam konteks untuk menangani masalah COVID ini. Dan pihak MKN sebenarnya telah memberikan kerjasama yang sangat rapat kepada Kerajaan Negeri dan juga telah mengambil kira banyak cadangan-cadangan daripada Kerajaan Negeri sendiri yang telah kita perolehi sebenarnya... sebahagiannya daripada sosial-sosial media, netizen-netizen yang telah mengemukakan cadangan-cadangan telah kita ambil dan guna pakai dan dicadangkan untuk dibuat keputusan dan untuk dilaksanakan bukan sahaja di Perlis tetapi juga di… bagi seluruh Malaysia dan dalam konteks Sarawak ini, Yang Berhormat, dia adalah berbeza sedikit kerana mereka telah diberikan kelonggaran special arrangement, dengan izin, dan kita juga mesti ingat bahawa Sarawak, dia telah membelanjakan wang sendiri untuk melaksanakan program-program tertentu untuk menangani COVID ini termasuk program vaksinasi. Tetapi dalam konteks Perlis, kita bergantung sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan. Program vaksinasinya dan sebagai semuanya kita bergantung kepada Kerajaan Persekutuan. Dan tentu diingat bahawa kita masih lagi dalam... kita masih lagi sebenarnya... ataupun undang-undang ordinan itu, ordinan darurat itu masih terpakai. Dan kita masih tertakluk kepada ordinan ini, walaupun tempoh emergency telah habis ya, pada 1 Ogos yang lepas tetapi ordinan-ordinan yang telah pun diluluskan itu masih terpakai sehingga 6 bulan selepas itu. Dan kerana itu kita tertakluk kepada ordinan-ordinan itu. Jadi kerana itu keputusan-keputusan yang dibuat tidak boleh dibuat oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri boleh mencadangkan dan memperakukan supaya ianya dapat diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Dan Alhamdulillah saya rasa… setakat ini beberapa cadangan-cadangan yang telah dilakukan… dibuat oleh Kerajaan Negeri telah diterima dan diguna pakai. Dan termasuklah salah satunya kita telah mencadangkan supaya mereka yang telah pun menerima dua dos vaksin itu dapat diberikan kebebasan untuk merentas negeri dan daerah. Dan kita juga telah mencadangkan supaya mereka tidak perlu lagi mendapatkan kebenaran daripada pihak polis tetapi cukup hanya dengan menggunakan certificate yang dikeluarkan di dalam apa tu… MySejahtera itu. Tetapi itu belum diluluskan lagilah sebab ada isu-isu lain bukan di negeri Perlis, tetapi isu-isu lain di negeri-negeri yang lain. Jadi, Yang Berhormat, satu lagi berkenaan dengan… apa tu… saya nak tambah satu lagi ni, kita dalam konteks untuk menangani krisis ekonomi ini, kita lihat bahawa di peringkat di PKP 1.0, kita tidak… kita dalam keadaan tidak bersedia ketika itu sebenarnya. Dan kerana itu, tindakan-tindakan yang kita ambil lebih kepada bersifat reaktif, tetapi setelah mendapat sedikit pengalaman di PKP 1.0 akhirnya kita telah mempelajari bahawa sesuatu perlu dilakukan dan kerana itu di dalam bajet 2021 yang telah saya bentangkan pada tahun… pada bulan Disember 2020 kita telah memasukkan satu dasar baru… dasar bebas niaga di negeri Perlis. Dan kita lihat dasar ini memberi kesan yang sangat positif kepada negeri Perlis dan kerana itulah, semasa PKP yang berikutnya diperkenalkan, kita… walaupun ada kalangan yang telah terkesan dengan begitu serius tetapi jumlahnya tidak begitu besar kerana kebergantungan mereka dalam mendapatkan… mencari pendapatan untuk menanggung keluarga telah tidak begitu tinggi berbanding dengan PKP 1.0 dahulu kerana mereka telah mempunyai punca-punca pendapatan yang lain… berniaga dan sebagainya yang telah kita berikan kelonggaran kecuali mereka mesti memenuhi 3K dari segi keselamatan, kacau ganggu dan juga keselamatan… kebersihan. Jadi itu yang… Alhamdulillah ini semua telah... kita telah dapat lihat kesan-kesan yang positif di dalam ekonomi kita dan sedikit sebanyak sebenarnya telah berjaya menangani krisis yang dikatakan krisis ekonomi khususnya di dalam konteks negeri Perlis. Yang Berhormat, saya terlupa satu soalan lagi yang terakhir saya tak catit tadi. Yang terakhir soalan tadi.

Penjimatan… sejauh mana yang… dasar penjimatan Kerajaan Negeri laksanakan sejak daripada tahun lepas, apabila kita menghadapi pandemik ini, daripada penjimatan itu kita convert kepada yang… projek-projek yang ... human economy… ekonomi rakyat. Terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Tak dengar.

Tak, sejauh mana…

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Pasal humming lah.

Tu lah bila kita pakai ni memang agak ni… apa ni… boleh Yang Berhormat speaker buka sat? (sambil menunjukkan face mask). Apa ni… maknanya dari segi dasar saya difahamkan… kita… dasar penjimatan… maknanya ada yang program asal yang kita rancang tu tapi setelah berlaku pandemik ni kita dapat ni… dan hasil tu kita dapat jimat. Yang mana dana-dana yang dijimatkan ni kita convert lagi kepada… apa nama… untuk projek-projek yang bersifat human economy.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Ok faham.

Terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat. Iaitu berkenaan dengan penjimatan. Sebenarnya memang kita telah membincangkan perkara ini, kita melihat dimanakah priority-nya dan kita telah berjaya membuat sedikit penjimatan sebenarnya dan kerana itulah kita telah melangsungkan program Perlis Pahadoi itu di bawah program PAMA itu, di mana kita telah berjaya menjimatkan… kita ambil daripada program-program yang dilihat tidak begitu penting ketika itu dan kita telah berjaya set aside RM375 ribu dan itu membolehkan kita untuk memanjangkan lagi program Perlis Pahadoi itu dengan memberikan sebanyak 7… kalau tak silap tu 7500 bakul makanan baru-baru ini. Jadi itu adalah merupakan hasil daripada penjimatan yang telah kita lakukan, kalau berdasarkan kepada program-program yang kita lihat mungkin tidak diperlukan lagi dilaksanakan. Jadi itu memang kita lakukan dan insya-Allah kita masih lagi melihat apakah lagi penjimatan yang boleh dilakukan dalam konteks untuk membantu rakyat-rakyat yang terkesan akibat daripada COVID ini. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Yang Berhormat Dato’ Speaker. (sambil menunjukkan isyarat mengangkat tangan)

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Yang Berhormat, soalan tambahan.

Speaker

Silakan.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Dato’ Speaker. Saya ucapkan tahniah Yang Amat Berhormat. Pertama sekali saya lihat, apa yang dibuat di negeri kita ini adalah... boleh dijadikan contoh walaupun R-naught agak naik kebelakangan ini, itu tidak ada apa-apa, tapi contoh-contoh sekatan jalan raya yang nak masuk Perlis… saya sendiri berhadapan benda tu… sering… saya lihat negeri kita adalah negeri yang paling ketat sekali sekatan kalau dibandingkan sekatan-sekatan di tempat-tempat lain, di Kuala Lumpur, di Selangor, di Juru, di… apa… Hutan Kampung dan sebagainya. Saya minta Yang Berhormat, dalam hal ini apabila tindakan kita membenarkan rakyat menjalankan perniagaan, dan hasil daripada tindakan mesra Kerajaan Negeri itu telah timbul… tumbuh macam cendawan gerai-gerai perniagaan. Boleh dikatakan tiap-tiap hari ada perniagaan baru yang muncul dan tang tu saya ucapkan terima kasih, cuma dari segi mengurangkan bebanan rakyat, Yang Berhormat kata tadi tentang cukai contohnya. Boleh atau tidak masa sekarang ni kita membenarkan ansuran dibuat? Bagi meringankan termasuk cukai pintu, cukai tanah, dan sebagainyalah kepada rakyat negeri Perlis ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Insya-Allah kita akan lihat sejauh mana kita dapat mengurangkan lagi bebanan yang dihadapi oleh rakyat ini. Walau bagaimanapun, di masa yang sama kita juga harus melihat juga dari segi kekangan kewangan yang terpaksa dihadapi oleh Kerajaan Negeri sepertimana yang juga disebutkan dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Raja kelmarin mengenai kekangan yang terpaksa dihadapi oleh Kerajaan Negeri akibat daripada kehilangan hasil kerana banyak pengecualian-pengecualian dan juga moratorium yang telah diberikan. Walau bagaimanapun cadangan itu akan dilihat dengan teliti dan insya-Allah kalau sekiranya ada ruang lagi, kita memang akan memberikan sesuatu yang boleh melegakan rakyat. Insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Yang Berhormat Dato’ Speaker, boleh soalan tambahan? Ok terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Sikit sahaja Yang Amat Berhormat Bintong. Saya setuju dengan Yang Amat Berhormat berkenaan penduduk negeri Perlis ni depa patuh SOP, cumanya saya ada sedikit isu di Kuala Perlis. Semua faham la kot orang Kola ni macam mana no… isu dia macam ni lah. Bab patuh ke SOP ke kedai makan tu Alhamdulillah saya setuju. Cumanya isu dia adalah bab kuarantin. Ini yang saya pun tak larat dah nak terima aduan tu. Bukan apa… bila… semua maklumlah Kuala Perlis ni, kita ni gold medal lah, la ni Kuala Perlis. Dikejar dengan Sanglang lah kot belakang la ni. Bila kuarantin ni, terlalu banyak buah rumah kuarantin, dan kebanyakan yang kuarantin ni, memanglah… kawasan dia tu banyak. Tapi banyaknya juga di dalam kawasan kampung-kampung nelayan. Cuma yang problem dia ialah bila kuarantin ni depa ni tak patuh. Ada setengah tu tak dipakaikan gelang lagi. Bila tak pakai gelang ni, sat lagi jiran rumah sebelah-sebelah ja, boleh tepuk dinding ja. Sat lagi mula start berkelai. Benda ni bila dah berkelai bukan jadi setakat seminggu dua ni, dia akan jadi berpanjangan. Jadi, apa langkah terbaik di peringkat pihak yang berkenaan ni untuk pantau ataupun untuk cegah mereka-mereka yang kuarantin yang ketegaq ni? Apa langkah terbaik dia? Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Ok terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Sebelum itu, Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebenarnya soalan nombor 4 tadi saya ingin menjawab bersama dengan soalan nombor 13 Yang Berhormat Tambun Tulang tadi iaitu juga berkaitan langkah-langkah menangani krisis itu. Bagi soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Perlis tadi, ini compliance ataupun pematuhan pada SOP ini, sebenarnya dia bukan merupakan sesuatu yang mudah dan sekali lagi sebenarnya Kerajaan Negeri dalam hal ini tidak mempunyai kuasa. Kuasa penguatkuasaan ini terletak pada Kerajaan Persekutuan dan dilaksanakan oleh PDRM. Jadi pihak PDRM lah yang telah melaksanakan penguatkuasaan di peringkat negeri Perlis ini. Dan saya memang mengakui bahawa ada segelintir tertentu masyarakat kita yang tidak disiplin. Dan ini telah memberikan kesan-kesan yang negatif kepada masyarakat... kalau mereka bergejala apatah lagi… dia boleh menjangkiti individu-individu yang lain yang mereka dekati. Walau bagaimanapun, yang lebih penting lagi ialah kerjasama daripada mereka sendiri dan inilah yang perlu kita... dalam bahasa Inggeris dengan izin… horn into their ears, bahawa ini adalah penting sebenarnya bagi mereka sebagai individu dalam masyarakat untuk bertindak secara bertanggungjawab. Saya tak fikir pihak PDRM boleh untuk pergi check satu persatu… jumlah tenaga PDRM di Perlis ni 1700 orang kalau tak silap saya. Dan kita ada 2200, hampir 270 ribu penduduk dan tak mungkin kita dapat melihat semua penyalahgunaan ataupun ketidakpatuhan ini. Jadi kerana itu, masyarakat itu sendiri, individu dalam masyarakat itu perlu sebenarnya mematuhi peraturan-peraturan ini. Mesti ada disiplin dan saya rasa itulah tanggungjawab kita sebagai wakil kepada rakyat ini untuk turut sama mengingatkan mereka, menasihat mereka dan rationalist-kan benda itu kenapa mereka tidak boleh melakukan perkara-perkara sebegini dan jelas sebenarnya apa yang berlaku di negeri Perlis, peningkatan kes-kes COVID ini adalah akibat daripada ketidakpatuhan kepada SOP itu. Jadi itu sebenarnya, jadi… dan akhirnya keluarga itu yang menanggung beban selain daripada anggota keluarga, anggota masyarakat yang lainnya. Jadi Yang Berhormat, saya fikir yang lebih penting selain daripada penguatkuasaan yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa dalam konteks ini, PDRM, saya rasa kerjasama daripada individu itu sangat penting dan kita juga mempunyai peranan... boleh memainkan peranan untuk meningkatkan lagi kesedaran tentang bahayanya penyakit ini dan ketidakpatuhan itu boleh mengakibatkan kesan-kesan yang lebih besar lagi. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Persilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya soalan nombor 5.

(Soalan no. 5 : Apakah perkembangan terkini program Hari Sabtu Tanpa Beg Plastik di Negeri Perlis yang telah dilancarkan sejak bulan Mac 2020?)

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkaitan dengan perkembangan terkini program Hari Sabtu Tanpa Beg Plastik di negeri Perlis ini, program ini masih diteruskan sehingga hari ini. Dan walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memperkasakan lagi program ini dengan memanjangkan program Hari Sabtu Tanpa Plastik ini kepada hari Ahad.

Jadi, kalau sebelum ini hari Sabtu sahaja, jadi kita telah bersetuju untuk memanjangkan kepada hari Ahad juga bermula pada Januari 2021 yang lalu. Selain daripada itu juga, kita perkasakan lagi kempen ini ataupun program ini dengan mengembangkan kempen-kempen ini di pasar-pasar awam yang terpilih di bawah seliaan MPK iaitu di Pasar Besar Kangar dan juga Pasar Awam Arau, di mana program ini sebelum ini hanya melibatkan pasaraya yang terpilih yang berdaftar sahaja. Dan selain daripada itu juga, kita perluaskan juga beg plastik ini atau kempen ini kepada plastik sekali guna seperti bekas polisterin dan juga penyedut minuman straw. Dan bagi memperkasakan program ini, promosi-promosi telah dijalankan dengan pemasangan kempen-kempen program ini di billboard di Kangar, Kuala Perlis dan juga di Pekan Arau selain daripada hebahan melalui media massa ataupun melalui Perlis FM, media sosial FB, whatsapp, telegram dan juga melalui portal-portal rasmi jabatan yang berkaitan. Dan pihak Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) dan juga pihak SWCorps Perlis turut mengadakan soft launch program ini melalui kempen hargai makanan pada 23 April 2021 yang lalu. Sekian.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Soalan tambahan, Boleh dak saya tau berapa jumlah kutipan daripada 20 sen tu yang dijual kepada pengguna jika mereka ingin mendapatkan bag plastik ya sejak Mac 2020 sehingga hari ini dan soalan kedua adalah berapakah jumlah pengurangan bag plastik yang telah dikira sejak daripada pelancaran hari tanpa plastik... Sabtu tanpa plastik sejak Mac 2020. Terima kasih.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Yang ini YB Indera Kayangan saya tidak mempunyai statistik tentang berapa jumlah kutipan sehingga hari ini berkaitan dengan kempen ini dan juga berkenaan dengan statistik pengurangan jumlah bag plastik ini pun saya takda statistik itu pada hari ini. Tetapi insya-Allah saya akan cuba dapatkan dan kita akan jawab secara bertulis.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Kuala Perlis

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima Kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Soalan saya soalan nombor 6.

(Soalan no. 6 : Apakah perancangan Kerajaan Negeri Perlis untuk menaik taraf sistem perparitan dan sistem pembuangan sampah di dalam kampung-kampung nelayan di sekitar Kuala Perlis?)

Dijawab bersekali dengan soalan no. 18 :

(Soalan no. 18 : Hanya sebilangan kecil aduan-aduan berkenaan masalah perparitan dan jalan berlopak di sekitar Kuala Perlis yang diambil tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan. Sehubungan dengan itu, apakah mekanisme yang terbaik untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut di sekitar Kuala Perlis?)

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya memohon izin untuk menjawab soalan nombor 6 ini bersekali dengan soalan nombor 18 daripada Yang Berhormat Kuala Perlis. Untuk maklumat Yang Berhormat, untuk tahun 2021 ini Kerajaan Negeri mengenalpasti projek-projek untuk membina longkang di sekitar kuala Perlis di bawah Program Pembangunan Infrastruktur Awam Desa dan projek-projek tersebut adalah kerja membina longkang di Kampung Wai, kerja membina longkang di Kampung Belakang Kilang, kerja-kerja membina longkang di Kampung Terus Teritip. Selain daripada itu, terdapat 9 lokasi lain di Kuala Perlis yang juga telah kita kenal pasti untuk pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan kecil dan jalan kampung iaitu di Kampung Padang Jamil, Kampung Kurung Tengar, Kampung Kuala, Kampung Padang Besar Selatan, Bukit Batu Putih, Kampung Wai, Kampung Perak dan Kampung Terus Teritip. Manakala pihak JPS pula melalui pihak JPS Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM500,000 pada tahun ini untuk kerja-kerja mendalamkan muara sungai bagi mengatasi masalah kemendapan kelodak akibat kejadian pasang surut di Kampung Seberang Ramai dan di Kurong Tengar. Selain daripada itu, kerja-kerja segera berkaitan sistem perparitan ini sentiasa juga dilakukan dari masa ke semasa untuk mengurangkan kejadian banjir di Kuala Perlis dan antara projek yang dilaksanakan adalah pemasangan pam bergerak di rumah pam Koma Laut, membina parit tanah bagi kelancaran aliran air keluar dari pam di Koma laut, menyelenggara parit saliran banjir di Kampung Seberang Perak, Taman Berlian ke rumah pam Kuala Perlis dan di jalan Kuala Perlis, membina pintu kawalan dan perangkap sampah di sekitar Kuala Perlis, naik taraf sistem saliran dan pintu kawalan pam rumah Kuala Perlis, penyelenggaraan berkala di setiap sistem saliran yang di bawah seliaan pihak JPS seperti di Seberang Ramai, di LKIM, Bukit Putih termasuk Kolam Takungan Banjir di hadapan Kedai ECO Kuala Perlis. Dengan pelaksanaan kerja-kerja tersebut insya-Allah banjir kilat yang berlaku dapat diminimakan kesannya melalui proses penyelenggaran di semua jajaran saliran JPS termasuk pengawalan ketinggian kemasukkan air laut semasa kejadian air pasang besar. Bagi memudahkan masyarakat setempat dan juga agensi-agensi berkaitan untuk mengenal pasti jajaran saliran di bawah bidang kuasa masing-masing satu pelan induk saliran dan pengairan di pekan Kuala Perlis sedang diusaha... sediakan oleh pihak JPS dan ianya akan dibentangkan kepada jabatan-jabatan ataupun agensi-agensi berkaitan untuk proses pemurnian selanjutnya. Manakala dalam usaha untuk melaksanakan perkhidmatan kutipan sampah pula supaya ianya lebih teratur di kampung-kampung nelayan terlibat, program-program sokongan turut diadakan. Antara program-program yang diadakan adalah Program Pembudayaan Amalan 3R iaitu reuse, reduce dan recycle, Program ‘Trash to Cash’ , Program ‘Upcycling’, Program Gotong-Royong dan Program Amal Jariah melalui barang kitar semula sentiasa diadakan dari masa ke semasa untuk membudayakan sikap menjaga kebersihan di kalangan penduduk. Untuk rekod Yang Berhormat, melalui program-program yang diadakan ini antara November 2020 sehingga Mac 2021 yang lalu, sebanyak 437,719 kilogram sampah telah berjaya dikutip di kampung-kampung sekitar Kuala Perlis manakala sebanyak 3,900 kilogram barang kitar semula telah berjaya dikumpul. Usaha-usaha seperti ini perlu diteruskan sehingga akhirnya pembuangan sampah melalui sikap tidak bertanggungjawab ini dapat dikurangkan disamping sistem perkhidmatan pungutan sampah dapat kita pertingkatkan pada masa akan datang. Dan pada masa kini, mekanisme yang terbaik untuk menyelesaikan masalah-masalah ini sama ada masalah perparitan, masalah jalan berlopak, atau masalah kebersihan atau masalah tentang aduan sampah ini adalah dengan sistem aduan yang telah sedia wujud dalam group-group khas aduan melalui aplikasi WhatsApp dan juga Telegram yang mana dianggotai oleh pemimpin-pemimpin masyarakat melalui group JPKK setempat yang turut dianggotai ataupun di mana jabatan-jabatan ataupun agensi-agensi berkaitan turut ada dalam group aduan tersebut dan aduan-aduan ini seterusnya akan dapat diterima oleh agensi terbabit secara terus dan tindakan susulan akan dapat dibuat terus seperti menghantar pegawai ke tapak untuk siasatan punca dan penilaian masalah yang telah dibangkitkan dan seterusnya kaedah pembaikan serta kos yang terlibat dapat diuruskan. Sekian.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Tambung Tulang

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya nombor 7.

(Soalan 7 : Berapakah pelabur yang menyatakan minat untuk melabur di CVIA dan nyatakan jumlah terbesar yang boleh meningkatkan KDNK di Negeri Perlis?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih. Yang Berhormat Tambun Tulang, jumlah pelaburan ataupun jumlah pelabur yang berminat untuk melabur di CVIA sehingga kini... sehingga Julai 2021 ada sebanyak 30 buah syarikat yang telah menunjukkan minat untuk melabur di CVIA dan daripada jumlah tersebut 5 syarikat telah pun memberi komitmen dan telah pun diberikan kelulusan dasar oleh Kerajaan Negeri bagi melaksanakan pelaburan di CVIA dan 5 syarikat tersebut ialah pertamanya Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB) dengan anggaran pelaburan RM54 juta, Biotech Bird Nest Processing Sdn. Bhd. dengan anggaran pelaburannya RM13 juta, yang ketiganya Next Generation Oli Sdn Bhd dengan anggaran pelaburan RM2 bilion, keempat adalah Universiti Kuala Lumpur ialitu penubuhan Asia Sustainable Transportation Institute atau UniKL-ASTI dengan anggaran pelaburannya RM197 juta ini merupakan universiti swasta dan kelimanya adalah Perlis Inland Port itu sendiri yang anggaran pelaburannya adalah RM1.9 bilion. Itu adalah merupakan syarikat-syarikat yang telah pun memberikan komitmen untuk melaksanakan projek-projek pelaburann mereka di mana kita telah pun meluluskan tanah untuk pelaburan mereka tersebut. Yang bakinya itu kebanyakannya adalah merupakan syarikat-syarikat yang berminat untuk melabur di dalam... apa tu... solar farm, ladang-ladang solar. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan... saya telah maklumkan di dalam Dewan ini pada persidangan yang lepas... kita telah membuat satu keputusan untuk tidak lagi menerima permohonan-permohonan untuk membina ladang-ladang solar di atas tanah Kerajaan di negeri Perlis kerana kita dapati dari segi perbandingannya, pelaburan ladang solar ini mendatangkan kesan ataupun impak yang tinggi di negeri Perlis tetapi ia menggunakan tanah yang sangat luas dan kerana itu kita memberikan pelaburan-pelaburan yang lain selain daripada ladang-ladang solar ini. Itu adalah merupakan... apa nama… inilah, dan saya juga boleh sentuh sedikit agaknya sebagai maklumat tambahan, kita juga telah meluluskan secara dasar untuk penubuhan ataupun projek power generation juga sebenarnya berhampiran dengan CVIA di kawasan Padang Besar itu dan ini akan mungkin... kita mungkin dapat generate 1000 ke 1500 megawatt dan jumlah pelaburannya di antara 4 hingga 6 bilion, dan selain daripada itu, kalau Yang Berhormat melihat berita, satu lagi pelaburan oleh pihak swasta di atas tanah yang dulunya dimiliki oleh MSN yang berkeluasan lebih dari 11,000 hektar di mana di sini wujud satu kerjasama di antara pihak NGV, Felcra dan sebuah syarikat dari luar negara iaitu Balakna untuk mewujudkan ladang ternakan tenusu dan juga ladang untuk menanam makanan untuk binatang dan juga ladang nanas dan ladang cassava yang mana saya difahamkan pelaburannya mencapai RM 4.5 bilion. Ini adalah diantaranya. Walau bagaimanapun, ini sedang masih lagi dalam proses dirundingi di antara pihak-pihak yang berkenaan walaupun mereka secara dasarnya telah bersetuju untuk melabur di negeri Perlis ini. Itu Yang Berhormat serba sedikit maklumat berkenaan dengan pelaburan atau peminat pelaburan di Negeri Perlis. Terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, soalan-soalan lisan ditangguhkan setakat ini. Jika soalan tidak sempat dihabiskan, bagi soalan-soalan yang belum sempat dijawab, pihak Kerajaan akan mengemukakan jawapan kemudian secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Dewan ditempohkan sebentar dan akan disambung semula pada jam 10.55 pagi.

(Persidangan ditempohkan sementara pada jam 10.20 pagi)

(Persidangan disambung semula pada jam 10.55 pagi)

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula.

Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja PerlisMotion

Setiausaha Dewan

Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja. Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan mengemukakan cadangan.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu usul yang berbunyi “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja yang berbunyi : Ampun Tuanku, Patik, Speaker dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri di dalam Persidangan Dewan, merafak sembah memohon ampun dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku semasa merasmikan Penggal Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Keempat Belas pada 24hb Ogos 2021.”

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya dengan rendah diri menyokong Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja yang telah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebentar tadi.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja dibuka untuk perbahasan. Saya meluangkan setiap Yang Berhormat dapat mengambil masa 20 minit seorang untuk perbahasan. Dipersilakan Yang Berhormat Tambung Tulang.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Allahummainnaka affan ya karim, wafuanni, Yang Berhormat, terima kasih Dato’ Speaker atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut membahaskan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis pada 24 Ogos 2021. Yang Berhormat Dato’ Speaker menjunjung kasih atas kesudian keberangkatan Yang Mulia Tuanku untuk menyempurnakan Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14 pada hari kelmarin. Titah Ucapan Tuanku yang diambil kira keadaan semasa, isu-isu semasa, saya menyarankan, kita Ahli-ahli Dewan untuk menjalankan tata tertib yang teratur dan lancar kerana Titah Tuanku juga... Tuanku juga mungkin melihat apa yang berlaku di Parlimen di negara kita, apa yang berlaku di negara-negara lain. Di dalam Dewan yang mulia ini, berlaku perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan sekarang ini apa kita lihat hasil daripada perkembangan aplikasi yang begitu cepat, apa yang berlaku di suatu tempat itu, dapat dilihat di seluruh dunia ini. Jadi dalam Dewan kita ini, ialah Dewan yang saya rasa yang paling baiklah, paling baik di negara ini dan paling baik di dunia pun kerana kita mencalonkan antara persidangan dengan begitu baik dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan pihak Kerajaan sekalipun, kita menjalankan dengan tertib dan aman, tidak ada perkara-perkara yang... yang apa... yang menjadi tontonan yang tidak baik. Sepertimana yang kita lihat baru-baru ini, di Parlimen Malaysia, apabila desakan-desakan dibuat untuk mengadakan sidang Parlimen kononnya untuk membahaskan tentang kabinet ataupun masalah yang berlaku di negara kita, tapi akhirnya apa yang berlaku ialah Dewan itu dijadikan tempat melepaskan kemarahan, melepaskan ketegangan emosi dan sebagainya sehingga agenda utama rakyat yang sepatutnya depa bincangkan di Dewan yang mulia menjadi medan pertempuran untuk melegakkan ego masing-masing. Jadi alhamdulillah, perkara-perkara itu tidak berlaku di Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada Perdana Menteri yang baru, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob kerana telah dilantik sebagai Perdana Menteri yang Ke-9 dan tidak lupa juga kita mengenang bahawa Perdana Menteri Ke-8, iaitu Yang Berhormat Tan Sri Mahiaddin Mohd Yassin yang pada saya juga telah menjalankan tugas dan amanah dengan baik ketika beliau... walaupun dalam masa yang begitu singkat menjalankan pentadbiran negara kerana pada saya, banyak perkara-perkara yang telah dibantu tetapi tidak dinyatakan dengan jelas. Kemungkinan berlakunya lack of communication, Bahasa Inggeris kata dia, kurang komunikasi antara pendengar-pendengar, apa yang telah dibuat begitu baik untuk negara. Contohnya dia telah menghapuskan hutang lapuk peserta-peserta peserta-peserta FELDA yang melibatkan RM8.6 bilion yang saya rasa itu amat besar, dan begitu juga dia telah menyelamatkan Tabung Haji, kerana beberapa anak syarikat yang berkaitan dengan Tabung Haji hasil daripada tindakan dan pelaburan yang tidak tepat, Tan Sri telah membeli beberapa aset-aset yang dalam keadaan sekarang berada dalam keadaan yang tidak menguntungkan dengan harga yang begitu mahal dengan niat untuk menyelamatkan Tabung yang menjadi pendeposit umat Islam di seluruh negara ini.

Dato’ Speaker, apa yang berlaku sekarang bukan kita minta. Masalah COVID yang melanda dunia ini bukan kita minta, ianya berlaku yang bermula daripada kecil, sekarang redha.. walaupun kadang-kadang ada berita-berita yang sering menyalahkan keadaan dan Titah Ucapan Tuanku juga Tuanku melihat bahawa keadaan benda ini harus dihadapi bersama, benda baru, tidak ada siapa pun yang pernah mengatasi masalah ini. Walaupun kita lihat ada beberapa negara contohnya yang agak teruk seperti Itali, tapi dia negara maju. Pada peringkat ini, mereka telah mengalami masalah ini dengan begitu teruk, tetapi hasil daripada kerjasama, kesepaduan, kombinasi yang baik, rakyat mendengar pemerintah, pemerintah menjalankan tugas dengan amanah, maka kita hairan mereka telah keluar dari… dari keadaan itu dan sekarang ini, orang ramai sudah boleh menjalankan aktiviti ekonomi, aktiviti harian seperti biasa dan termasuk dapat menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium dengan jumlah... dan mengikut SOP yang ditetapkan. Dan sesetengah negara di Eropah juga tidak.. tidak mewajibkan… menggunakan pelitup muka dalam aktiviti seharian dan kita menuju ke arah ini tetapi untuk mencapai ke arah ini macam yang merungut Bintong katakan tadi, usaha telah dibuat dan Negeri Perlis pada awalnya kita begitu dibanggakan sekalilah, tapi akhir-akhir ini kita… agak masih dibanggakan cuma kita tidak tahu dan tidak dapat menghalang benda itu dah masuk dalam komuniti. Walaupun jumlahnya tidak begitu besar dan masih di dalam kawalan dan belum ada kemudaratan kesihatan yang sepatutnya, kita buat kita... dan kita mungkin dengan kerjasama erat dan rakyat kena memahami dan Kerajaan concern dari segi kewangan dan sebagainya, insya-Allah kita akan keluar daripada masalah ini walaupun Titah Tuanku semalam kemungkinan masalah ini tidak akan habis, kes dan kemungkinan masih ada lagi di dalam masyarakat, yang menjadi satu penyakit yang kita sentiasa harus berwaspada dalam tindakan-tindakan kita dalam norma baru yang kita terpaksa hadapi di masa-masa yang akan datang.

Dato’ Speaker, Tuanku juga turut menitahkan tentang soal pembangunan ekonomi selepas ini, kemungkinan kita berada... menjuruskan pada ekonomi yang teruk itu ada, tetapi hasil daripada langkah-langkah yang telah dibuat setakat ini kita meyakini dan ada laporan-laporan daripada S&P Moody’s yang telah mengklasifikasikan negara kita Malaysia dalam A minus ataupun A tolak dan A3. Jadi berdasarkan petunjuk itu, menunjukan kita masih belum gagal... kita masih belum gagal untuk memulihkan negara kita dari segi ekonomi dan kita masih boleh mempunyai lagi infrastruktur atau modal yang masih utuh untuk kita meneruskan langkah-langkah dalam majlis rundingan negara ini membaiki ekonomi dan mengatasi semua masalah rakyat. Kerajaan yang baru ditubuhkan, insya-Allah, kabinet esok ataupun lusa mungkin diumumkan dan kita... mereka-mereka yang memegang jawatan ini ia tidak lama, kemungkinan kalau paling lama setahun 8 bulan, mungkin pendek daripada itu. Mungkin inilah kabinet yang terpendek yang pernah ada berlaku di negara kita tapi tidak apa... tapi program-program yang kita buat kita minta Yang Berhormat Dato’ Seri Ismail Sabri sebagai orang muda dia harus melihat dalam masa terdekat ini. Dua perkara saja, seperti yang dalam Titah Tuanku dua perkara, memulihkan ekonomi dan yang kedua memutuskan rangkaian COVID dengan kita mewujudkan imuniti kelompok yang lebih hebat. Langkah-langkah yang kita buat dengan sokongan dan dokongan daripada agensi-agensi bukan setakat daripada Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri turut didokong seperti semalam di kawasan DUN Tambung Tulang dan DUN-DUN lain, DUN Simpang Empat dan Guar Sanji yang dibuat di Dataran Mentaloon, Program MOVAK tu, iaitu Mobilasasi Vaksin Komuniti tu dengan kerjasama PR1MA sebagai penyediaan dari segi kemudahan asas dan mereka melantik satu team perubatan yang melibatkan doktor dan jururawat swasta, kemudian didokong oleh beberapa kementerian iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Mufti, Kementerian Perpaduan dan juga agensi-agensi lain yang turut membantu untuk menjayakan program. Dalam beberapa hari, lebih daripada 3500 dos yang telah dibuat di Perlis dan harini di kawasan saya insya-Allah 1000 lagi kita akan selesaikan secara walk-in dan juga didaftarkan menerusi wakil-wakil rakyat kawasan. Dan Alhamdulillah, kita turut menyokong membantu untuk kita mewujudkan komuniti kekebalan komuniti dengan lebih cepat di Perlis. Kalau saya difahamkan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan, kita 1 hari 1 peratus itu kadar vaksin yang telah dibuat. Insya-Allah kemungkinan hujung bulan 9 nanti atau 10 kita dapat membentuk herd immunity dengan begitu cepat seperti saranan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Tuanku juga turut membangkitkan tentang Syarikat Air Perlis... tentang NRW. Dato’ Speaker... Yang Berhormat Dato’ Speaker soal NRW ni, dia soal yang telah dibuat menjadi masalah besar di peringkat nasional dan tindakan kita yang telah menandatangani perjanjian YB Kayang dengan PAAB iaitu Perbadanan Aset Air Berhad tu adalah dengan cepat tu adalah satu langkah yang baik, kemungkinan penglibatan kita dalam fasa satu ataupun dua. Kita fasa satu atau dua? Satu… dalam fasa satu kita telah mendapat geran, iaitu bantuan daripada Kerajaan dan kemungkinan fasa-fasa lain mungkin kita akan mendapat pinjaman mudah daripada pihak Kerajaan. Tapi insya-Allah cuma kita minta program NRW ini kalau kita dah berjaya atasi dengan pertolongan Kerajaan Pusat, kita minta usaha berterusan iaitu tindakan susulan harus diambil oleh Syarikat Air Perlis lah berterus meneruskan benda tu. Sebab kadar NRW kita masih tertinggi, kita dengan Pahang jaguh kan… jadi kita nak turun daripada juara satu tu, kita akan menjadi antara yang sikit, sebab kita saya rasa dari segi keadaan kedudukan muka bumi dan juga negeri kita kecil, insya-Allah perkara ini dapat diatasi dengan kadar segera. Saya tidak tahu apa... syarikat mana yang telah diberi tanggungjawab untuk apa membuat kajian dan mencari langkah-langkah yang konstruktif bagi menyelesaikan masalah air tidak... air yang tidak terhasil ini di negeri Perlis ini.

Dato’ Speaker, kita negeri kecil Dato’ Speaker. Sejak daripada dulu lagi, daripada Allahyarham Tan Sri Shah Ahmad, Dato’ Jaafar, Dato’ Ali, Tan Sri Hamid Pawanteh, Dato Seri Shahidan, Dato’ Seri Mat Isa Sabu dan sekarang di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Bintong, saya rasa kita negeri kecil, kita perlu… sebenarnya mempunyai hubungan yang rapat dengan Kerajaan Pusat. Macam sahabat saya, Sena bangkitkan tadi, kita nak bandingkan dengan Sarawak tak boleh Yang Berhormat. Sarawak ni sale tax saja-saja RM15 bilion tak silap saya. YB boleh betulkan kalau kenyataan saya ni kurang betul, tapi saya lebih daripada tu. Sale tax cukai jalan yang berkaitan dengan petroleum saja, mereka ada dekat RM15 bilion, bilion… setahun. Ahli-ahli parlimen di Sarawak, mereka mendapat peruntukan 7 juta lebih banyak daripada peruntukan yang didapati oleh ahli-ahli Parlimen di semenanjung ataupun di Sabah. Kemudian ADUN, Dato’ Juanda kita sekarang wakil rakyat, bekas mantan mufti kita mungkin di Sarawak, tak silap saya. ADUN 3 juta tak termasuk yang pengurusan lagi. ADUN sahaja dan semua ADUN-ADUN di Sarawak mereka punya panel doktor bukan di Kuching, bukan di Kuala Lumpur, tapi di Singapura. Gigi pun boleh buat di Singapura, itu… Sarawak tu tak boleh dibandingkan dengan apa pun. Mereka dah terlalu jauh dengan kita dan gaji mereka lebih besar daripada gaji menteri kabinet dan mereka menggunakan kereta Mercedes dan sebagainya itu kehebatan di Sarawak. Jadi kalau nak banding dengan kita terlalu jauh jadi mereka mempunyai kekuatan sendiri sebab tu bila Yang Berhormat Bintong membangkitkan soal vaksin, mereka mampu beli sendiri, mereka... kerana mereka mempunyai kedudukan geografi yang begitu… ada tanah tinggi, ada tanah rendah, ada lembah dan macam-macam di Sarawak tu. Ada tanah gambut, ada tanah yang kita tanam pokok dia tak lekat di bumi pun, dia lekat terawang-awang macam tu, di Sarawak ni ada tanah gambut yang pelbagai. Mereka boleh buat, boleh laksanakan, itulah mereka boleh beli CanSino, divaksinkan CanSino sendiri, yang menggunakan satu suntikan saja Cansino kepada rakyat negeri Sarawak yang tinggal jauh-jauh di pedalaman sana. Jadi mereka boleh mengatasi... tapi kadar sekarang ni kenaikan kes juga ribuan juga sehari belum mencapai imuniti kelompok sepertimana yang kita harapkan. Dan insya-Allah, bila semua dalam negeri kita, kita khusus sekali kita dah buat yang terbaik, saya menyokong tindakan-tindakan dan usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan saya bagitau Yang Amat Berhormat, kita punya penguatkuasa walaupun kita sedikit tapi sangat tegas. Sangat tegas. Dia tak tanya... dia tak kira, wakil rakyat ka, VIP ka, siapa ka mereka akan tanya dengan detail ada atau tidak surat perjalanan kebenaran dari polis ka apa ka baru dapat masuk ke negeri kita. Itu semua cukup saya puji pasukan keselamatan kita yang bertugas di semua sekatan-sekatan masuk ke negeri kita dan malah kita lihat walaupun ada… macam saya dengan Sanglang, dengan Guar Sanji, dan juga Pauh ada sedikit, yang ada sebelah rumah ada dapur di Perlis, rumah ibu di sebelah Kedah. Dia tetap letak kon, simen tak boleh masuk, dia tidak boleh menggunakan kenderaan, itu sebenarnya… kita letak pujian kepada pasukan keselamatan kita yang telah menjaga dengan begitu ketat untuk kita mengekang rantaian COVID-19 ini. Jadi apa yang Tuanku kita akan dia memang nak apa yang kita lihat… kita bersatu dalam satu kombinasi tak kira kita pembangkang ataupun pihak Kerajaan contohnya ahli-ahli kita yang muda-muda ni, kita bawa corak dan cara politik baru. Sampai masa dalam kempen pilihan raya kita mungkin boleh bercakap tapi ada batas... kempen pun ada batas-batasnya. Janganlah sampai melibatkan serangan-serangan peribadi you buat dan sebagainya. Macam sekaranglah, kalau di Asia tak bersetuju tindakan-tindakan yang membuat lakonan semula di dalam facebook dan sebagainya. Pi kawasan Sanglang tangkap gambar video semula, letak bendera putih apa ka kadang-kadang, orang tanya kemajuan, pi buat video di Simpang Empat dengan Tambun Tulang. Apa tujuan apa maknanya, kalau kita berada dalam rakyat yang sama-sama dalam keadaan tertekan cuba bagi saranan, sebab setiap masalah untuk Kerajaan menolong kita. Apabila dia Kerajaan membaca hasil daripada komen-komen kita cadangan-cadangan kita ni yang baik, jangan pi buat hanya tujuan untuk kita mematikan kerjaya orang, nak bunuh orang tu, nak bunuh karya ni, nak buat character… dengan izin Dato’ Speaker, ini semua tak patut berlaku. Tuhan dah bagi kita dugaan yang begitu hebat. Dalam keadaan ni lah kita harus mendalami agama, harus selalu berjumpa dengan Allah. Sepatutnya tak buat benda-benda yang pelik, yang mendatangkan dosa... yang dosa yang dibuat tu kalau kita tak minta ampun kita pun tak tau apa akan jadi ketika kita menemui Allah kelak nak jawab di alam kubur, di alam barzah dan sebagainya.

Jadi Dato’ Speaker, dalam harini kita banyak harus melihat, merenung diri, istiqamah kita, apa yang kita lakukan ini sama ada baik ataupun tidak. Untuk kita melanjutkan kehidupan berhadapan dengan cabaran-cabaran yang negatif. Kalau kita tidak tahu, mungkin di Yan tiba-tiba tidak tahu jadi tsunami kecil di daratan bukan berlaku di laut, tsunami biasanya orang berlaku di pusat... selalunya berlaku di laut, tapi ini berlaku di daratan, dalam sekelip mata segala-galanya boleh berubah. Kerana semua yang berlaku itu bukan milik kita, tapi milik Allah S.W.T kan. Dato’ Speaker, dalam menguruskan soal kuasa tawar menawar, negeri kita telah dilayan sebagai sebuah negeri... kalau dulu kita… kita juga ada bangkit dalam beberapa sesi ucapan Dewan yang mulia ini tentang gred gaji pengarah-pengarah kita dan alhamdulillah kita melihat ianya telah mendapat perhatian daripada kerajaan pusat dan kita juga mendapat gred gaji yang baik sekarang ini. Jadi dalam keadaan yang kita hadapi ini Tuanku sentiasa melihat bahawa mengatasi masalah ini tidak harus berseorangan ataupun mengharap pada Kerajaan, rakyat juga harus memikirkan dan memberikan kerjasama penuh terutama dalam mematuhi SOP dan sebagainya dan saya mengucapkan pujian kepada kawan-kawan ataupun pengusaha-pengusaha makanan, kedai makan, restoran dan sebagainya. Ada di antara kedai yang agak tegas kalau mereka melihat dine-in, nak duduk makan, berdua. Sungguhpun berdua tapi kami lihat suntikan tu ada dua dos, tak ada dua dos dia suruh bungkus ja bawa balik. Jadi benda-benda macam ni kita dah ada kesedaran, tak perlu lagi diajar. Rakyat berfikir ini masalah besar masalah yang dihadapi bersama, dan insya-Allah setelah habis umur 21 tahun ke atas, dan harini pun macam di Tambun Tulang pun kita masih boleh... di Pusat Khidmat Kubang Gajah, Program MOVAK ini kita masih boleh walk-in. Kita terima... kita nak menolong negeri kita ni mencapai imuniti kelompok yang lebih cepat, tak kira lah orang Tambun Tulang... saya ingat orang Tambun Tulang 21 tahun ke atas, dah dekat-dekat nak habis dah. Macam semalam ni ramai orang serbu mai di sebelah petang dekat-dekat dengan Maghrib hampir 4,500 orang tu adalah daripada kawasan-kawasan lain. Kita masih mau menyelesaikan perkara itu pada harini.

Dato’ Speaker, perkara yang seterusnya yang saya ingin bangkitkan adalah soal pelancongan, saya ingin tahu apabila berlaku PKP 1.0 hingga 3.0 ini, berapa jumlah hotel-hotel di negeri Perlis yang tidak dapat menjalankan perniagaan, boleh kata ditutup terus pusat homestay dan sebagainya? Kalau ada data-data kita mungkin boleh melihat kalau kita concern kedudukan kewangan negeri kita boleh minta daripada Kementerian Pelancongan dan sebagainya, insya-Allah bila dah ada menteri nanti. Sekarang mungkin KSU-KSU yang kementerian mereka tidak berani membuat keputusan kerana belum ada bos di kementerian masing-masing. Jadi walaupun apa pun yang berlaku, kita mengharapkan Dato’ Sri Ismail Sabri, Yang Amat Berhormat ni dia fikirkan lah yang mana terbaik untuk kesejahteraan rakyat dan juga kebajikan rakyat harus jadi keutamaan dan dalam usaha yang sama, kita menyediakan asas-asas untuk kita melonjakan ekonomi kita kembali ke landasan yang betul bersama-sama dengan negara-negara lain juga. Jadi kalau hotel ni saya difahamkan di seluruh negara, setakat sekarang yang telah tutup sementara ataupun tutup terus dekat 120 hotel. Kerugiannya tak silap saya kalau laporan berita pagi tadi iaitu sekitar RM6.9 bilion. Satu keadaan yang agak tenat bagi sektor pelancongan dan juga sektor perhotelan. Saya rasa negeri

Perlis juga turut terjejas dan saya ingin bertanya Yang Amat Berhormat, kalau sektor ni turut terjejas, apa tindakan-tindakan yang boleh kita buat untuk membantu rakan-rakan, pengusaha hotel dan juga homestay dan juga lain-lain yang menyediakan penginapan-penginapan ini dalam menolong mereka meringankan beban dan kemungkinan ada peruntukan-peruntukan khusus yang telah diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada mereka? Kadang-kadang kawan-kawan kita ni bila sebut bantuan, dia tak habaq dekat kita, dia diam ja, dia kadang dia teringin nak dapat banyak kali. Tapi dalam cucuk COVID, dia tak berani tipu. Dia akan cucuk dua dos ja, dia tak berani cucuk 4 dos sebagainya. Hat tu satu depa tak tipu, tang bantuan tu depa boleh main lagi sikit-sikit. Kalau dia dapat dah dua bakul pun dia duk habak tak dapat. Bulan lepas haritu ada orang mai tengok dah, dia kata “tak tau depa tak kata apa balik senyap ja”. Tapi dia dah dapat, tu boleh bohong. Tang cucuk COVID dia tak habaq, baru cucuk satu, dua, dia takkan tipu yang tu. Tak ada orang yang akan menipu dalam menerima suntikan COVID yang berlaku di negara kita ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, tentang perkhidmatan awam, saya nak minta Yang Berhormat dalam konteks negeri Perlis kita… walaupun dalam keadaan sekarang, kita ada kekangan dari segi peruntukan dalam menyediakan kursus-kursus lanjutan untuk pengarah-pengarah jabatan, pegawai-pegawai yang berkaitan terutamanya dari segi Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan sebagainya lah, kita bagi mereka pendedahan kursus-kursus yang lebih terkini untuk mereka mendapat idea-idea baru dan sedikit berfikir diluar kotak. Yang sebenarnya ini hanya sangat penting ketika mereka menunaikan... menjalankan tugas kerana dalam hal ini turut membantu dalam Tuanku titahkan itu membantu melancarkan jentera pentadbiran kerajaan dan melaksanakan dasar-dasar yang dirancang dengan lebih berkesan kerana mereka menjadi orang-orang yang ada pengetahuan dalam bidang kerja yang mereka lakukan ataupun laksanakan dan...

Speaker

Yang Berhormat, masa melebihi 5 minit, saya bagi lagi 2 minit.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Saya akan ikut, insya-Allah. Yang terakhir sekali saya nak minta Yang Berhormat Dato’ Seri... Bintong, tentang kedudukan orang Siam... wakil orang Siam ni. Dulu-dulu ada kita jadi tradisi untuk ada wakil di pejabat YB seorang untuk jaga orang-orang Siam saja khusus di negeri Perlis ni. Jadi sekarang ni saya difahamkan ada, tapi mereka tanya lantikan tu macam mana dibuat, tu saja. Lantikan Dato’ Seri buat, Dato’ Seri ada cara sendiri menyelesaikan masalah ini, jadi saya terus sampaikan saja kepada Dato’ Seri apa yang mereka bangkitkan dan satu lagi saya minta Dato’ Yang Dipertua, dalam keadaan kemelut ekonomi dan pandemik COVID-19 ni ada syarikat-syarikat yang telah membuat keuntungan dengan begitu besar dalam mereka besar hati menyumbangkan baik kepada negara dalam pelbagai bentuk kepada negara kita kerana mereka telah membuat keuntungan begitu besar... kerana dalam keadaan pandemik ini, syarikat-syarikat e-hailing dan sebagainya, mereka membuat keuntungan yang luar biasa. Yang membuat masker, sarung tangan dan benda lain-lain yang berkaitan dan equipment yang penggunaan peralatan di dalam mereka membuat keuntungan yang luar biasa. Jadi dengan ini Dato’ Yang Dipertua... Dato’ Speaker, saya mohon menyokong Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang

Berhormat tuan-tuan dan puan-puan yang berada di dalam Dewan ini. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat bersidang. Saya mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia di atas Titah Ucapan Perasmian Dewan kelmarin. Saya juga ingin merakamkan tahniah kepada seluruh urus setia yang menguruskan Dewan ini di atas menjayakan Dewan ini dengan begitu baik... dengan sempurna. Kesempatan ini juga saya ingin... nak mengambil peluang nak mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan juga Perdana Menteri yang kesembilan, mudah-mudahan beliau akan dibantu oleh Allah SWT untuk mengendalikan Malaysia ni dengan baik walaupun kekangan yang kita hadapi, kita pun faham. Minggu ni dia akan umum kabinet dan insya-Allah 7hb dia akan umum... ada Usul Undi Percaya. Dan kita harap ianya dapat melepasi halangan ini dan dapat membentuk satu Kerajaan yang baik dan sempurna. Kalau tak buat dia akan timbul derhaka dekat Agong pulak, sebab Agong suruh buat. Alhamdulillah, saya juga ingin nak ucap terima kasih, yang tidak terhingga kepada semua agensi yang berkaitan yang membantu apabila Sanglang dilanda ribut tempoh hari. Semua pihak la, JKM, MAIPS Kerajaan Negeri yang bersungguh-sungguh membantu mangsa ribut yang agak besar juga di Sanglang, juga yang menyebabkan banyak puluh buah rumah yang terkesan. Begitu juga untuk menghadap COVID-19 ini, Jabatan Perpaduan, MKN telah mengadakan program untuk vaksin di Masjid Ar Rahman di Simpang Sanglang, Sekolah Menengah Sanglang, dan sebagainya yang memudahkan rakyat Sanglang untuk menerima vaksin. Begitu juga SAP yang membantu menyelesaikan masalah air yang berlaku di dua kampung yang cukup terkesan dan tindakan yang dibuat oleh SAP ini amat melegakan orang kampung, meletakkan tong-tong dan menghantar air ke semua rumah memudahkan kerja ni. Saya ingat itu bantuan yang sementara dan penyelesaian jangka panjang dapat diteruskan oleh pihak SAP dan untuk meningkatkan air di kawasan kampung-kampung terbabit. Itu berkenaan dengan apa yang dilaksanakan dalam DUN Sanglang la.

Kerajaan Negeri juga telah memberikan bantuan yang cukup banyak kepada rakyat Sanglang apabila COVID ini melanda dan saya rasa dapat menyelesaikan banyak kes. Begitu juga dengan Baitulmal yang menyalurkan melalui masjid yang mana yang memudahkan yang boleh kata keseluruhan rakyat di Sanglang telah menerima bantuan dan tak timbul masalah tak cukup makan. Baru-baru ni ada berita masuk dalam Utusan, penduduk di pesisiran pantai tu dia tak cukup makan, duk cari botol, juai tapi dia tu sebenarnya jiran saya yang dekat la. Dia saya ingat rumah yang kesepuluh ja. Dia menerima bantuan daripada Baitulmal, daripada JKM, daripada Perikanan, dalam lebih kurang RM1200 sebulan tak timbul masalah dia ketinggalan dari segi bantuan. Jadi saya terima kasih banyak la kepada semua. Apabila keluar tengok berita, pemberita yang buat berita tu pun dah mohon maaf. Rumah saya pun dekat saja dengan itu, jadi masalah wartawan nak pi rumah dia singgah rumah saya dulu tanya baru selesai, tak timbul masalah semua jadi kelam kabut dengan berita yang tak betul.

Yang seterusnya berkenaan dengan masalah petani di Sanglang ni, saya ingat berlaku juga di tempat-tempat lain. Apabila musim kering, musim Timur orang Perlis kata, musim ni la, petani ni dia nak repair bendang. Tempat yang dalam tu dia nak tambak tanah, pindah tanah tempat yang cetek atau cangkat ke tempat yang dalam. Tapi masalah dia yang pertamanya dia kena minta permit. Lepas tu selesai. Pejabat Tanah dan Galian mewajibkan ada permit kena bayar 300, 200 itu selesai, petani boleh bayar. Yang kedua, sekiranya pindah dalam petak yang sama tak payah permit dia tak jadi masalah. Yang jadi masalah ni yang saya selalu kena selesaikan apabila Pejabat Tanah minta buat kerja ikut waktu pejabat. Tolak tanah sampai pukul lima sahaja, musim kemarau ni dia panas, petani depa suka buat waktu malam, dia sejuk. Jadi driver lori, driver backhoe tu apa semua suka buat kerja di waktu malam, jadi kalau kena kerja sampai pukul lima petang. Dia jadi masalah yang ni melibatkan petani-petani dia marah la, kecuali yang pindah tanah ke tanah geran yang berlainan hak milik orang lain baru lah berlaku satu kes di Sanglang tu depa korek parit dia tak minta bantuan MADA, dia selesaikan sendiri tapi dipasang tali tape supaya dia berhenti. Menjadi masalah kepada tuan tanah letak tanah dalam parit tu dia marah la, dia kata kalau hujan turun tanah ni tak sempat pindah, makna kata dia tak boleh buat bendang. Yang ni alhamdulillah, terima kasih kat MADA sebab tolong selesaikan masalah dengan baik, jadi peraturan yang seumpama ini saya ingat Kerajaan Negeri kena tengok balik la supaya petani dapat membaiki tanah di musim kemarau itu untuk mendapat hasil yang lebih.

Kemudiannya sampah di pesisiran pantai, jika air pasang besar, yang ni pun dia kena masuk dalam kategori macam pokok tumbang. Apabila pokok tumbang, JPAM dan ada agensi lain yang cepat menyelesaikan pokok begitu juga kawasan pesisiran pantai ni, apabila air pasang besar ni, sampah sarap penuh atas jalan dan perlu diselesaikan untuk memudahkan laluan. Kalau botol plastik ja yang naik, dia jadi sumber pendapatan untuk orang di tepi-tepi pantai tu tapi kalau dengan botol kaca sekali dia boleh memudaratkan pengguna jalan raya. Jadi saya ingat yang ni pun kena tolong selesaikan, dia masuk dalam kategori bencana alam. Kemudiannya saya nak ucap terima kasih kepada YDP MPK kerana perkara yang saya bangkitkan longgokan sampah di pesisiran pantai tu dah ada tindakan walaupun setakat letak pita dahulu, tapi dia menyebabkan orang ramai dah tak pi buang sampah tu. Dua tiga hari ni saya duk tengok, pita tu putus dah, ribut ka apa ka saya tak tau la. Tapi minta MPK letak balik pita tu yang boleh menyebabkan tempat longgokan sampah di tepi-tepi pantai tu dia akan habis la. Saya menawarkan pihak MPK sekiranya boleh kita buat gotong royong buang sampah tu dan letakkan banner tu jangan orang ramai buang sampah di tepi pantai. Kita boleh menganjurkan bersama insya-Allah. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Santan saya minta tong sampah, di Jalan Sungai Padang tu, minta 3 dapat 2, alhamdulillah lulus la. Dia kata lepas ni kalau ada sampah di kawasan Simpang Empat tu, kalau orang Simpang Empat tak isi sampah, kita minta pindah ke Sanglang. Insya-Allah dalam masa terdekat, sebab saya tengok orang Simpang Empat dia tolak masuk ke dalam sungai, tong sampah tu dia tak pakai. Saya nak minta YB Santan dia bawa tong sampah tu ke pesisiran pantai di Sanglang tu ka, sebelah Padang Keria, seumpamanya. Saya juga nak doakan mudah mudahan YB Santan ni cepat sembuh daripada sakit dia dan ingat dia balik lah duduk di rumah kuarantin 14 hari setelah keluar hospital di Sungai Petani. Mudah mudahan dia dapat duduk dengan kita semula. Yang lain-lain tak dak apa dah saya nak sebut, yang saya mohon-mohon sebelum ni semua dah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Ada sikit-sikit lagi tu saya harap dapat perhatian yang lebih, jalan pun dah elok. Sampah pun dah habis, round about pun dua dah buat, tak dak apa la, elok dah Sanglang ni, jadi satu DUN yang cukup maju. Mudah-mudahan pokok-pokok di tepi sungai tu dibuang sampah-sampah di tepi sungai ada sikit-sikit lagi dapat diselesaikan. Itu saja lah saya nak cakap. Masa yang lebih boleh saya bagi masa dekat kawan-kawan yang belum bercakap lagi ni. Yang lain-lain sekiranya ada perkara berbangkit yang besar saya akan jumpa dengan agensi dan jabatan untuk berunding sendiri Insya-Allah. Saya pun sebenarnya terkedu juga dengan pertukaran Kerajaan ni... saya nak kena tukar tempat pula, kot duk sebelah sana pula, tapi alhamdulillah masih kekal di sebelah ini, makna kata Kerajaan yang kita bina ni masih kekal bersama. Alhamdulillah, duk kira duk habaq kat kawan-kawan nak masuk ni tanya kat Tuan Speaker, saya ni nak ubah ke tak nak ubah, rupanya masih lagi bersama, dan mudah-mudahan persefahaman ataupun perpaduan yang kita bina ni akan dapat diteruskan supaya kita tidak hilang Kerajaan yang ada ini untuk kita meneruskan kesinambungan Kerajaan Islam Melayu dalam negara kita ini tanpa digugat oleh mana-mana pihak yang ada ini. Itu harapan sama ada nak dapat Timbalan Perdana Menteri mana-mana parti semua minta dan kita tidak mempunyai satu

Kerajaan yang cukup kukuh. Kalau boleh semua 18 Ahli Parlimen PAS tu tarik diri habis jatuh Kerajaan ni. Kalau 15 daripada Barisan Nasional tu tarik diri pulak, jatuh juga jadi kita harap kali ni kekal pula sampai pilihan raya 21 bulan lagi, mudah mudahan...

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Nak tanya la, hok Perdana Menteri tu, PAS minta Perdana Menteri yang keberapa?

PAS tak minta. Yang duk dengar yang duk minta ni yang Sarawak. UMNO pun minta. Bersatu pun minta. Tiga ni, kita lantik ke semua jadi Perdana Menteri. Saya dulu cikgu di sekolah, saya pernah cadang supaya nombor peperiksaan tu dia ada sampai nombor 3 ja, jadi semua yang dapat markah 50% dapat nombor satu. 40% ke atas nombor dua, hok selebihnya nombor 3, jadi cikgu pun seronok, ibu bapa pun seronok, begitu juga dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga. Kesemua parti dalam gabungan parti tu juga jadi Perdana Menteri.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Laluan, laluan. Terima kasih ada masa lagi ya Dato’ Speaker na. Jawatan Perdana Menteri ni, tak dak dalam Perlembagaan pun, Bintong dah bagi buku kat kita ni, Perlembagaan Negara, dia tak dak dalam Perlembagaan. Jadi boleh lantik berapa belas pun sebenarnya tapi dah tidak menjadi tradisi di negara kita untuk kita nak selesaikan kemelut politik dengan cara itu. Untuk makluman Yang Berhormat Sanglang, kenapa tak ikut macam Cambodia? Menteri, Timbalan Menteri merangkap Menteri apa-apa, semua Timbalan Perdana Menteri... jadi dia takkan timbul kes ini dan nampaknya tahap pemikiran ahli-ahli politik kita ni memerlukan ke arah itu. Dia syok dengan jawatan. Bagi la dia syok, bolehkan Malaysia mengamalkan. Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pendidikan, Cambodia ada 13. Kita pun nak bagi puas hati ni, nak bagi Kerajaan elok-elok ni, kita patut ikut macam contoh dibuat macam negara Cambodia. Terima kasih.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Yang Berhormat Sanglang minta sikit na, alang-alang dan Yang Berhormat Sanglang duk sebut TPM, TPM, saya nak tanya la personal, Sanglang la, kalau lah ditakdirkan satu saja jawatan Timbalan Perdana Menteri tu, Yang Berhormat Sanglang agak-agak sokong sapa?

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, itu sebahagian daripada ucapan saya sebab tu saya kata tadi lantik semua jadi Timbalan Perdana Menteri. Timbalan Perdana Menteri Kewangan. Timbalan Perdana Menteri semua... semua Timbalan semua senang dah semua nak jadi, dah takdak dalam Perlembagaan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Hat Yang Berhormat Kuala Perlis kata ni saya pun tak boleh la, cuma saya nak ajak dia duk dengan kami la. Lebih baik macam tu la, nak buat apa dah Ketua Armada kena pecat.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Yang Berhormat Sanglang, takkan ajak saya sorang ja, dua orang kawan lagi tak mau ajak ka? Sekali…

Sekali la, kita ajak sekali la. Duduk tiga-tiga orang tu buat apa, duduk sekali jadi senang. Nak habaq sapa jadi Timbalan Perdana Menteri payah la, tunggu Dato’ Seri Ismail Sabri umum kita tau, jadi itu saja saya rasa Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih banyak. Minta maaf kalau ada salah dan silap. Dewan ni cukup sejuk dan saya ingat nak makin panas dah, dia tak sejuk tara mana, tak panas tara mana dah, terima kasih banyak, Alhamdulillah. Assalamualaikum, warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Yang Berhormat pun nampak cantik hari ni segak daripada kawan-kawan lain perasan saya.

Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker, nak habis dah vaksin ni baru ada orang puji saya sekali.

Nampak muda semacam.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Assalamualaikum, warahmatullahi wabarakatuh. (Doa pembuka bicara). Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Speaker, YAB Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, Setiausaha Dewan seterusnya seluruh pegawai dan tetamu yang turut hadir dalam sidang DUN pada kali ini. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Speaker kerana bagi laluan kepada saya untuk mengambil bahagian di dalam usul menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dalam Majlis Perasmian Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Perlis yang keempat belas pada 20 Ogos kelmarin. Jadi saya melihat apa yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia baginda merangkumi dasar pelaksanaan dasar aktiviti Kerajaan supaya berada di atas radar demi mendepani wabak pandemik COVID-19 ini untuk mencapai kejayaan dalam masa yang terdekat Insya-Allah. Begitu juga saya mengambil kesempatan di awal ucapan saya ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Yang Kesembilan baru-baru ini dan tidak dilupakan ucapan ribuan terima kasih kepada PM yang kesembilan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikenali dengan panggilan abah mesra dan begitu prihatin di saat seluruh rakyat dalam negara Malaysia menghadapi pandemik COVID-19 ini. Mudah-mudahan Allah SWT mengganjari beliau dan usaha semua Ketua-Ketua Jabatan... semua yang memainkan peranan dalam membantu rakyat seluruh Malaysia insya-Allah. Yang Berhormat Dato’ Speaker, izinkan saya memulakan perbahasan ini dengan membaca firman Allah SWT Surah At-Taubah Ayat Kelima, (Yang Berhormat Guar Sanji membacakan Surah At-Taubah, ayat 5) “Dan katakanlah wahai Muhammad, bekerjalah kamu maka Allah dan Rasulnya serta orang mukmin akan melihat pekerjaan kamu dan kamu akan dikembalikan kepada Allah SWT dan mengetahui dan memperlihatkan apa yang kamu kerjakan atas muka bumi dulu.” Seterusnya Allah berfirman, wakbudullah hawalatusrikubihisaia’, surah An-Nisa ayat 36. Allah berfirman yang bermaksud sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukannya. Menurut ahli tafsir Al-Qurash Shihab bahawa perintah beribadah dalam ayat tersebut tidak sahaja memerintah kita menyembah Allah dalam ibadat yang tertentu khusus tetapi ianya merangkumi seluruh amalan... seluruh aktiviti kerja dan tugas tanggungjawab kita di atas muka bumi ini. Oleh kerana itu, Allah SWT telah mengirimkan kita sebuah kitab 1400 tahun yang lalu untuk kita jadikan sebagai pedoman dan terapkan di dalam kehidupan kita ini, kehidupan keluarga, kehidupan masyarakat dan juga kehidupan negara. Sebab itulah saya mengambil tema ucapan ini menyentuh tentang kerja kita dan juga keikhlasan kita. Kerja kita ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT. Tak perlu berebut, sampai masa akan dibagi kepada kita dan kita perlu laksanakan amanah ini. Kalau kita lihat apa yang disebut Yang Berhormat Tambun Tulang tadi ada kaitan dengan rebut merebut, lobi melobi, untuk mendapatkan jawatan demi kepentingan peribadi agenda pihak tertentu. Jadi kita di Negeri Perlis ni alhamdulillah setakat la Ok, tidak ada perebutan, tidak sabotaj, tidak ada apa-apa. Sebab apa kita ingat itu tanggungjawab yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT. Apabila kita ingat itu, amanah Allah kita akan buat perkara-perkara ini dengan sebaik mungkin. Dari setinggi-tinggi peringkat di Negeri Perlis ini sehinggalah peringkat yang paling bawah Negeri Perlis, sama ada dari Tuanku sendiri turun kepada Menteri Besar, turun kepada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, kepada kami wakil rakyat, kepada jentera di bawah, kita perlu melaksanakan amanah ini dengan sebaik mungkin. Sidang yang dirahmati Allah SWT, kalau kita faham dalam konteks ini sudah pasti kita akan bekerja dengan lebih baik, terutama ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai yang ada di dalam agensi dan juga jabatan-jabatan perlu memainkan peranan di tempat masing-masing. Sebab itu apa yang dibangkitkan di dalam Dewan ini kita harap Ketua Jabatan, CEO, pegawai kita perlu memainkan peranan dengan sebaik mungkin. Jangan tunggu YB nak turun dulu, jangan tunggu orang-orang VIP turun baru nak lulus sebab banyak lagi benda-benda... bukan banyak sebab benda ni berulang dan banyak benda-benda yang akan berlaku pada masa akan datang. Sebagai contoh yang boleh saya ketengahkan isu Empangan Mini di Sungai Perlis, peranan perlu dimainkan oleh agensi dengan jabatan yang lain, hubungan dengan pihak MADA, pihak penduduk dan sebagainya perlu kita ambik kira supaya kita tidak membazir projek di suatu tempat. Saya tak sampai giliran sebenarnya apa tujuan dibina Empangan Sungai Perlis. Dua kali dah sidang DUN kita berlaku tetapi tidak ada penyelesaian dan akhirnya baru ni setelah kita kerugian orang hingaq dan orang desak baru ambil tindakan dan alhamdulillah kita buat, kita buka mini empangan itu. Sebab itu bila kita nak buat kita kena ada Plan A Plan B. Kena ada persefahaman dan juga banyak percambahan idea-idea supaya tidak berlaku benda-benda yang tidak sepatutnya berlaku.

Selain daripada itu, untuk melengkapkan, mencekapkan pentadbiran kita itu, kita perlu beri ruang kepada pegawai-pegawai yang duduk di tempat mereka masing-masing. Sebagai contoh masalah Penghulu, kita perlu lantik ni... cadanglah kita perlu lantik orang-orang yang duduk di kawasan tersebut. Penghulu Kangar di Kangar, Arau di Arau dan ikut kawasan supaya dia lebih mengetahui dan melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Kadang-kadang Penghulu yang duk luar mungkin dia tak tau apa yang berlaku di kawasan lain bukan kawasan dia. Ini mungkin dia melihat benda ni sebagai tidak penting dan sebagainya. Sebab itulah bila ada orang yang duduk di tempat dia, kena di tempat dia, maka kita akan selesai banyak masalah. Begitu juga bila kita buat program yang diatur oleh orang yang berkenaan maka dia akan dapat hasil yang baik. Tapi bila diatur oleh orang yang duk di luar, maka dia tidak ada kenyataan ataupun realiti di tempat itu maka dia tidak akan berjaya. Sebagai contoh kad kasih Ibu Perlis, bagaimana data-data yang diperolehi penerima itu katanya dah lama dah permohonan itu lima enam tahun. Masa depa mintak dulu susah, tapi hari ni depa dah berubah status kehidupan dah. Dah jadi senang ada pendapatan sendiri. Jadi kita bagi lagi dalam pandemik COVID-19 ni, kita tambah lagi pendapatan mereka padahal mereka dah ada pendapatan yang lumayan, ada dah pendapatan kehidupan mereka sendiri. Selain itu JKM, data-data JKM ini, penerima kadang-kadang kita call depa tak dak, tak taulah bagaimana dikemaskinikan data tersebut. Kita call tak jumpa, kita call duk di luar kawasan. Kita call nombor tu dah mati dah. Orang tu dah tak dak dah. Jadi benda-benda ini perlu diselaraskan pada masa-masa akan datang supaya hak-hak yang menerima itu betul dengan tuan dia.

Yang Berhormat Dato Speaker, kemudian saya lanjutkan, saya masuk berkaitan kebajikan dan COVID-19. Alhamdulillah Perlis hari ni dah masuk fasa ketiga di mana tahun kedua kita bermesyuarat dalam keadaan norma yang baharu ini. Jumlah jangkitan Negeri Perlis ni setiap hari meningkat lebih dah 1300 jumlah lebih jangkitan terbaru. Jadi ini sangat membimbangkan kita walaupun Yang Berhormat Bintong sebut tadi banyaknya jangkitan ini berlaku di dalam tahanan. Walaupun di dalam tahanan, kita perlu berwaspada supaya tidak berlaku keadaan yang lebih kritikal sebagaimana yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sebentar tadi di dalam soal lisan. Seluruh Yang Berhormat dan Yang Berhormat Dato’ Speaker, sudah tentu bila mana kita masuk tahun kedua ni banyak golongan yang terkesan dengan COVID-19 ini dari segi pendapatan kehidupan mereka, termasuk golongan T20, M40 dan juga B40 sejak pandemik ini melanda. Ramai yang hilang pendapatan. Alhamdulillah bila kita Perlis membuka ruang kita untuk bergerak dalam fasa ketiga ini, ada dah orang boleh berniaga, ada dah orang boleh buat aktiviti dengan agak bebas untuk menjana pendapatan keluarga dan juga negeri maka kita pun dari segi Kerajaan perlu memainkan peranan bagaimana nak menambah imbuhan ataupun bantuan kepada mereka. Oleh kerana itu, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Perlis supaya memberi potongan pinjaman pelajaran, walaupun Yang Berhormat sebut tadi tentang penangguhan membayar pinjaman tapi saya cadangkan kita potong terus 40-50 peratus pinjaman pembelajaran yang diambil oleh anak-anak Negeri Perlis ini. Kemudian saya cadangkan juga supaya diberi sumbangan one-off kepada keluarga ataupun waris si mati yang terkena jangkitan COVID-19 ini. Tak ramai di Perlis. Jadi saya harap boleh dipertimbangkan untuk kita beri sumbangan kepada mereka tanda kita bersama dalam mereka berdukacita tanda kebersamaan Kerajaan Negeri dengan mereka.

Selain itu juga, dalam mengawal pandemik COVID-19 ini, sudah tentu barisan hadapan, frontliner kita yang begitu bertungkus lumus sepenuh masa menjaga rakyat, menjaga kebajikan pesakit-pesakit, contohnya hospital, kita perlu beri perhatian kepada mereka. Mungkin ada satu insentif yang boleh kita bagi kepada mereka ni masa akan datang, menghargai jasa mereka kepada Negeri Perlis ini, insya-Allah. Jadi mungkin benda-benda yang saya sebutkan tadi kita boleh pertimbangkan pada masa hadapan. Selain daripada itu, Yang Berhormat Dato Speaker, dalam mendepani COVID-19 ini, sudah pasti banyak benda-benda yang kita perlu berbelanja dan perlu mengurangi perbelanjaan kita sebagaimana yang dititah oleh Tuanku Raja Perlis, ekonomi kita stabil. Sebab itu, saya nak sentuh sedikitlah berkaitan dengan Laporan Ketua Audit 2019 di mana ada beberapa jabatan antaranya Jabatan Hutan, Jabatan Veterinar dan Pertanian yang telah diaudit daripada tahun 2017-2019 yang telah melakukan sesuatu pembaziran melebihi RM17 juta lebih. Diharap benda ni takkan berlaku dah ke hadapan apatah lagi di dalam suasana kita nak memulih ekonomi kita pasca COVID-19 ni.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan seterusnya Dato Speaker, seterusnya saya masuk kepada isu dan permasalahan setempat DUN Guar Sanji dan juga tempat-tempat yang lain. Pertama berkaitan dengan tekanan air di Kampung Jelempok dan Taman Guar Sanji, benda ni saya bangkit setiap kali ucapan. Pasai apa, pasai tak selesai. Kalau dah selesai insya-Allah macam mana yang disebut oleh YB Sanglang tadi, tak akan bangkitlah kita boleh bagi A plus kepada Kerajaan dan juga pihak berkaitan. Tapi oleh kerana masalah tak selesai, saya akan bangkit jugak melibatkan tekanan air di Kampung Jelempok yang begitu rendah. Saya dah bawak dah CEO, bawak CEO air ke Taman Utara, Guar Sanji melihat sendiri tekanan air yang begitu rendah. Bila saya melawat ke sana depa kata, YB mai ni, ni kes politik ka? YB mai melawat ni politik belaka ni. Jadi, saya tak mau orang tempek kita pi ni kerana politik, tidak... tapi kita jaga kemaslahatan dan kebajikan mereka. Jadi kalau Kerajaan lambat ambil tindakan, nampak betul politik. Jadi yang kedua, isu pemendapan di jalan utama, Simpang Tiga Guar Sanji, dekat trafik light Simpang Tiga Guar Sanji tu berlaku pemendapan sikit. Bila mendap ni hujan lebat, hujan sikit ka lebat dia bertakung air. Bila bertakung air, berbahaya kepada pengguna di situ, tak perasan dan juga boleh menyebabkan banjir kilat lah di kawasan itu. Benda ni saya bawak dah Pegawai JKR, Pegawai UPD lihat secara dekat, namun sehingga kini tidak ada penyelesaian masalah yang berlaku. Malah, saya cadangkan juga dulu supaya JKR menurap kembali jalan utama Simpang Tiga Guar Sanji tu, masuk ke pekan DiRaja Arau. Kemudian yang ketiganya berkaitan dengan perkembangan projek penebangan pokok besar di bahu jalan Kampung Tebuk ataupun Jalan Serdang ke Chantek Bangun, hal ni katanya nak buat tahun 2021 tapi hingga hari ni tak ada apa-apa alamat ataupun tanda-tanda dilakukan dalam masa-masa terdekat. Saya haraplah kalaulah tidak ada syarikat-syarikat atau syarikat yang boleh di ambil tindakan, apa salahnya kita tawarkan lagi, buka lagi tender-tender supaya juga kerja-kerja kita bergerak dan kita dapat atasi banyak masalah, terutama berkaitan keselamatan rakyat di situ. Setiap kali hujan, ribut cukup bahaya, malah pokok-pokok tersebut pun duduk betul-betul hampir di bahu jalan, maknanya kalau kita naik motor, kalau kita buka tangan, kita depa maka kita kena pokok tu. Makna sangat-sangat hampir. Jadi saya mintaklah sangat-sangat perhatian pihak berkenaan khususnya oleh Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan tersebut. Kemudian yang keempat, berkenaan dengan status Kuarters Pam Air di Kampung Simpang Tiga Guar Sanji. Kalau tuan-tuan pun perasan, Yang Berhormat pun perasan, depan rumah ibu mertua beliau tu ada satu kuarters rumah pam lama. Saya tak tau apa kegunaan dia. Apa fungsi berada di situ dalam keadaan tidak terurus. Malah saya melihat terdapat aduan di situ menjadi sarang-sarang aktiviti tidak sihat. Jadi mohonlah kepada Kerajaan buat sesuatu, kalau nak guna buat cara nak guna, kalau tak guna mungkin kita ada pandangan yang lain lebih baik untuk kita atasi dan malah dia mencemar mata kita, kalau kita lalu kot situ lah. Kemudian yang kelima berkaitan dengan liputan dan pencapaian internet rendah. Bagaimana yang disebut oleh Kerajaan sendiri bahawa kita dalam program Perlis Go Digital dalam tempoh 2021 sampai 2025. Namun dalam era COVID-19 ini, dia memaksa kita ke arah lebih mempercepatkan… mungkin Kerajaan dia kena mempercepatkan daripada 25 ke 23, dengan kaedah-kaedah yang lebih agresif untuk membantu semua pihak melaksanakan tugasan mereka masing-masing. Sebab hari ni bila pandemik kita tak boleh nak kerja, kerja di rumah... bertugas di rumah, anak-anak belajar... staf Kerajaan pun belajar di rumah. Jadi bila mana, di Guar Sanji khususnya rendah, jadi mengganggu proses pembelajaran di rumah, proses pekerjaan pegawai-pegawai di rumah, aktiviti-aktiviti harian jualan dan sebagainya terganggu. Jadi mohonlah kepada Kerajaan supaya melihat perkara ini. Sangat penting untuk kita menjaga kebajikan dan juga kebajikan rakyat ni. Kemudian yang keenam, saya mencadangkan supaya memasangkan border di kawasan hotspot kemalangan seperti di Pauh... jalan Pauh nak ke Padang Besar. Kalau perasan tempat yang selalu accident tu dia jatuh gaung. Jadi mohonlah kepada JKR kalau melihat ini benda rasional perlu dibuat, kita pasang border supaya kereta ka langgar dia tak terjatuh. Mungkin risiko dia lebih rendah berbanding kalau tak dak pagar terus lajak jatuh gaung boleh mengakibatkan kematian dan sebagainya.

Yang Berhormat Dato Speaker, di kesempatan yang ada ini saya ingin membuat ucapan penghargaan terutama sekali jutaan terima kasih kepada front liner yang terus menerus berbakti menjaga rakyat Negeri Perlis khususnya dalam mendepani wabak COVID-19 ini. Yang kedua ucapan ribuan terima kasih jugak kepada Kerajaan Perikatan Nasional atas sumbangan dan bantuan segera sepanjang PKP 1.0 sehingga 3.0. Begitu juga ucapan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di atas sumbangan dan juga bantuan Program Agihan Makanan Asas (PAMA) yang diberikan setiap DUN dalam Negeri Perlis ini, alhamdulillah, terima kasih. Terima kasih jugak kepada semua jabatan, Ketua-Ketua Jabatan, agensi-agensi terlibat yang membantu menyelesaikan masalah di DUN Guar Sanji dan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, JPS, yang telah menyelesai masalah banjir kilat di Titi Besi, alhamdulillah. Setakat la hujan lebat tempat lain banjir jadi di situ air tak naik, alhamdulillah. Kemudian, ucapan terima kasih juga kepada JKR, MPK, Jabatan Tanah dan Galian PTG, Bahagian Pentadbiran Daerah... semua saya ucapkan terima kasih. Juga kepada semua pihak yang membantu memudah gerak kerja Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Guar Sanji khususnya, jentera di peringkat bawah JPKK, Ketua Cawangan PAS, UMNO dan Bersatu. Mengambil kesempatan yang ada jugak saya nak mengucapkan takziah kepada seluruh waris keluarga mangsa jangkitan COVID-19 sama ada di kalangan Islam ataupun bukan Islam kita ucapkan takziah. Dan juga takziah terbaru kepada waris mangsa bencana kepala air Gunung Jerai yang mengakibatkan beberapa kematian enam orang ataupun lebih kematian yang merosakkan lebih seribu buah rumah di sana. Mudah-mudahan Allah SWT beri sesuatu dengan gantian yang lebih baik kepada mereka insyaallah. Marilah kita sama-sama menyedekahkan alfatihah kepada mangsa yang mati akibat jangkitan COVID-19 dan juga yang terlibat dengan bencana kepala air di Yan dengan lafaz alfatihah. Sekali lagi saya mengambil kesempatan ini untuk menyokong ucapan ataupun titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dalam majlis perasmian kelmarin. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Sena.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Saya nak mohon… Yang Berhormat Speaker, saya nak buka boleh tak? (Sambil membuka face mask). Sebab saya memang lemas sungguh. Pernafasan saya ni… boleh ya Yang Berhormat Speaker? Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Alhamdulillahirobbil’alamin wabihi nasta’in wala ‘udwana illa ‘ala dzolimin, Asyhadu alla ila haillallahu wahdahu la syarikalah, wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu warasuluh, Robbisyrahli sodri wayassirli amri wahlul ‘ugdatan min lisani yafqahu qauli. Alhamdulillah terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana turut memberi ruang kepada saya untuk turut serta berbahas untuk titah perasmian penggal persidangan keempat Dewan Undangan Negeri Perlis ke-14 yang telah dititahkan oleh Tuanku Raja Perlis kelmarin. Alhamdulillah, kita tengok kalau dengan isu keutamaan yang kita perlukan sekarang ni yang mana Tuanku pun turut menitikberatkan adalah keperluan utama untuk kita mengekalkan kestabilan di negeri kita dan juga negara dengan kita meletakkan kepentingan rakyat sebagai suatu keutamaan yang mengatasi kepentingan politik individu mahupun mana-mana kelompok. Jadi, menginsafi kepada titah tuanku tersebut mengingatkan saya sumpah yang telah saya lafazkan di dewan yang mulia ini pada kali pertama saya menjejakkan kaki ke dewan yang mulia ini sekitar Julai 2018 yang mana kita bersumpah untuk... antara lain mempertahankan negeri, rakyat… jadi, itu memang mana mungkin untuk kita sekali-kali mengabaikan rakyat demi kepentingan politik individu mahupun mana-mana kelompok. Jadi, saya anjurkan untuk diri saya dan juga sahabat-sahabat saya ahli Yang Berhormat kita bersama untuk memfokuskan untuk menyantuni rakyat yang bagi kita ada… orang kata… mengeluarkan daripada penderitaan yang dialami. Alhamdulillah kalau kita tengok sebagaimana Tuanku pun mengakui politik Perlis stabil dan kita kekalkan satu kelainan yang mana kalau dibandingkan dengan negeri-negeri lain, sekurang-kurangnya kita ada benda yang kita boleh banggakan berbanding dengan yang… kalau kita tengok titah Tuanku pun Tuanku… memang Tuanku nampak kita punya kedudukan macam mana berbanding kalau saya dengar titah Tuanku Sultan Johor memang Tuanku Sultan Johor terus smash kaw kaw punya kan. Jadi, Alhamdulillah kita sekurang-kurangnya itu satu penghargaan yang mana… yang realiti kita, kita terus kekalkan keharmonian. Dan, juga saya mengambil kesempatan ini dengan kita ada satu pentadbiran baru di peringkat negara... supaya pentadbiran baru ini belajar pengalaman daripada pentadbiran sebelumnya yang mana kalau ada… kita perbaiki yang mana kita jangan ulangi supaya rakyat sedih, naik bendera putih ataupun marah. Yang itulah antara yang menimbulkan kemarahan yang kita tengok ni lah senario sedikit sebanyak untuk pengalaman kitalah belajar untuk… antara lainnya bab kalau kita tengok pengisytiharan darurat, jadi, yang mana kita tengok bagi satu kesan yang besar terutamanya melibatkan ekonomi negara, pelabur keluar. Jadi, tadi Yang Amat Berhormat Bintong pun kata ada 5 no? Mungkin depa delay tu sebab ada kestabilan politik, jadi kita harap mudah-mudahan kita dapat cepat tarik pelabur masuk kan, sekurang-kurangnya sikit sebanyak boleh… satu generate peluang pekerjaan untuk anak-anak muda tempatan di negeri Perlis ini. Dan yang mana yang bukan sahaja ekonomi negara merudum bahkan rakyat pun ada terkesan yang kehilangan pekerjaan, yang kerja tetapi terpaksa dikurangkan… dikurangkan jam pekerjaan dia ataupun ada yang terpaksa mengubah terus daripada bisnes, satu bisnes yang ni… dia pun norma-norma baharu terpaksa ubah… yang kata… sebab saya banyak temui yang tu, tapi Alhamdulillah dari satu sudut tu kita tengok ramai yang kreatif… dia jadi kreatif inovatif untuk mencari jalan macam mana nak survive. Dan kita juga dengar banyak rakyat mengalami tekanan mental yang mana kita tengok berlaku kenaikan drastik dalam kes bunuh diri dan masalah rumahtangga yang luar biasa. Saya juga memang tertengok YB Mata Ayer ada bawa keluar statement kenyataan media berkaitan dengan kes kenaikan kes masalah rumahtangga yang agak luar biasa juga bagi negeri kita. Jadi, mungkin nanti YB Mata Ayer boleh share dengan kita di dewan yang mulia ini data terkini tentang kes itu dan apakah inisiatif yang sudah, akan dan… apa ni… yang sudah, sedang ataupun akan dilaksanakan bagi yang mana harapan kita supaya kita boleh ke zero teruslah masalah rumahtangga. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah setakat ni kita tak ada rekod… setakat saya difahamkan kes bunuh diri di Perlis. Sekurang-kurangnya itu sebab... amat mengerikanlah kalau di negeri Perlis pun ada kan? Yang mana saya cukup… apa nama… agak yang mana kalau isu memang luar biasa kali ni sebab orang Islam saya dengar… banyak orang Islam pun yang sanggup bunuh diri. Agak menakutkan. Yang Berhormat Speaker, saya nak menyentuh juga tentang Perlis Bebas Niaga. Yang mana isu pandemik COVID-19 ini adalah satu isu yang sangat kritikal untuk kita tangani bersama demi kita bersama untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19. Dan juga dalam masa yang sama untuk kita memikirkan langkah-langkah drastik untuk kita memulihkan ekonomi rakyat khususnya. Jadi, bagi saya pelaksanaan dasar Perlis Bebas Niaga yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri sejak awal tahun ini bagi saya menampakkan hasil yang positif, Alhamdulillah.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Yang Berhormat, minta laluan sikit boleh tak? Terima kasih Yang Berhormat Sena. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya ingin tanya Yang Berhormat apabila Yang Berhormat bangkitkan soal distressed, mental disorder apa semua ni… yang berlaku dalam masyarakat kita di negeri ini dan juga di seluruh negara yang merupakan diantara kategori penyakit yang berbahaya selepas penyakit jantung dan penyakit-penyakit kronik yang lain lah. Since itu Yang Berhormat, berdasarkan… iya lah memang perkara ini berlaku kemungkinan tidak ada ketahanan diri dan sebagainya kerana keadaan yang berubah sekelip mata. Misalnya dia bekerja dengan… dia menjadi ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat, tiba-tiba syarikat itu ditutup, dia memiliki komitmen yang tinggi… itu yang berlaku Yang Berhormat katakan tadi. Tapi, saya pernah Yang Berhormat, sekadar berkongsi, kuarantin 14 hari di hotel. Salah satu kod yang diletakkan kalau kita berlaku tekanan mental, dia letak kod itu “sila scan dan bagitahu laporan dengan segera”. Tindakan dibuat oleh pihak Kerajaan sebenarnya... dalam menyediakan khidmat nasihat bagi mengatasi. Itu yang dikena kuarantin 14 hari lah. Jadi, sebenarnya benda-benda ni telah berada di dalam radar perancangan kerajaan untuk menolong menyelesaikan masalah ini secara complete. Apa pandangan Yang Berhormat Sena berhubung perkara ini?

Ya Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Yang Berhormat Speaker, yang mana… dalam isu masalah tekanan mental ini memang saya 100% memang kita kena… kerajaan khususnya kena… kementerian berkaitan, kalau agensi di peringkat persekutuan, kena memang benda ni memang kena ambil serius sebab kita… macam Yang Berhormat kongsi tadi syarikat, owner syarikat kan? Saya difahamkan ada satu kes T20, jatuh terus ke B40, dan bunuh diri. Satu yang agak memang… T20 boleh jatuh terus ke B40. Sebab kan macam-macam new norm yang berlaku dalam… dengan izin speaker ya... bila kita menghadapi pandemik ni kan. Jadi, maknanya kalau kita tengok ada depression, kadang-kadang… dengan izin Yang Berhormat Speaker, kadang-kadang kita, mungkin orang tu dia ada depressed, siapa yang tahu memang kena tolong take action untuk ini… sebab memang kita kena ambil benda itu serius. Dia mungkin… tu kita tengok macam Perlis, satu yang luar biasa bagi Perlis kenaikan masalah rumahtangga. Yang mana sebelum ni yang agak luar biasa berbanding dengan sebelum ini. Dia bermula mesti bagi saya dari depressed lah. Kerja ke… ataupun gaji ni kan… jadi, yang tu saya harap supaya kita bersama mencari jalan untuk mengatasi. Itu yang saya harap supaya zero tu. Sebab dia… kita bimbang daripada ok depressed lepas tu pi bawa rumahtangga takut yang hat benda yang saya kata zero di Perlis tu takut berlaku kan… Na’uzubillahi minzalik.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Yang Berhormat, sikit-sikit. Tentang perkara itu Yang Berhormat. Kita nak bagi dewan hangat sikit, hilang ngantuk. Tapi benda tu juga serius untuk diperbincangkan. Baru-baru ni saya ada bertemu dengan Datuk Seri Jamil Salleh, mantan KSU dulu, yang sekarang merupakan pengerusi HDF. Dia telah menyatakan pandangan dia tentang bila keadaan sekelip mata bertukar landskap kehidupan harian, memang perkara ini adalah perkara yang serius. Macam kita ambil contoh beberapa sektor, sektor perhotelan. Pekerja hotel sekarang dia kerja 15 hari, 15 hari dia terpaksa buat kerja sampingan dan kalau ikut basic hotel ni saya difahamkan, di KL lah, di KL punya rate lah kalau depa mula-mula kerja dalam RM600, RM1200 gaji basic kalau depa bergantung kepada star yang depa dapat tiap-tiap bulan. Jadi, mereka boleh... layak menerima zakat. Layak dikategorikan sebagai asnaf. Dan ini yang berlaku sebenarnya di… mantan-mantan cabin crew. Sebab penerbangan dihadkan sekarang kalau kita domestik, hanya terhad kepada domestik. Kalau antarabangsa ini kita tak begitu banyak… yang penerbangan antarabangsa. Jadi, cabin crew dan juga pilot ini menganggur. Ada yang setengah menjadi pemandu grab, e-hailing dan sebagainya. Ada yang buat grab, food panda dan sebagainya. Jadi, dalam hal ini, kita cuma mengharapkanlah kerajaan baru melihat perkara ini secara serius tapi langkah-langkah yang segera. Ada Datuk Seri Jamil beritahu saya, rumah banglo besar di Kuala Lumpur tu, ada swimming pool, kerana masalah kewangan, perceraian berlaku dan dia dok sorang-sorang ja, dan tak ada makanan di rumah. Makna kata, benda-benda tu bukan hanya dilihat daripada orang biasa ataupun medium class, yang high class pun sekarang dah jadi turun ke medium dan mungkin layak menerima zakat. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Sena berhubung perkara ini?

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang kerana menceriakan dengan mencelah. Saya bersetuju sepenuhnya sebab ni realiti dalam kawasan kita sendiri pun. Ada kawan tanya, tu kereta besar, pasal apa bagi juga kalau kita ada sedikit rezeki kan, kita share. Saya kata la ni tak boleh kira dah kereta besar pun 6 bulan tak bayar, kereta besar pun... installment tak boleh bayar kan… tapi makna bukan isu tu sebab dia… maknanya yang B40 tu kita kata ok lah dia dah ada… ada skim yang bantuan, apa semua… yang kita dok… apa nama... sepanjang daripada tahun lepas ni… yang betul-betul yang kena… bukanlah kita makna nak meninggalkan B40, tetapi yang lebih… sebab depa ni bukan ada dalam list, depa pekerja ya, mungkin T20 jatuh B40. Kita harapkan ramai lagilah yang tak bunuh diri lah kan. Sorang yang saya dengar tu lah.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Sekali lagi Yang Berhormat ya. Dalam pengurangan… dak bukan… saya nak bagi Sena dia ada pengalaman dalam ni. Bagus Yang Berhormat, membina sahsiah. Ada satu lagi, dalam konteks negeri Perlis contohnya, macam tindakan penguatkuasaan, kita setuju undang-undang tetap undang-undang dan harus dibuat kompaun, saman, license, tapi dalam MCO… dalam MCO… setengah agensi insurans ditutup. JPJ juga tak dapat menyediakan kemudahan road tax, tapi ada saman dikeluarkan. Yang terus bawa ke mahkamah. Kemudian ada kedai-kedai, butik kecantikan yang mereka tidak tahu datang rampas barang, dan tak tahu… setengah tu mereka tak ada knowledge, di bawah akta dadah, di bawah akta apa. Jadi, saya minta dari sini, saya tak dan cakap tadi sebab bila saya nak masuk point tu, tuan Speaker kata dah cukup masa. Bagilah sikit, orang kata keringanan, mereka nak mulakan perniagaan, baru nak buka kedai kemudian datang rampas barang. Memang salah, dari segi akta dadah, salah. Tapi janganlah sampai, tegur dulu. Bagi khidmat kaunseling. Ini berlaku...bukan, ini perkara benar. Kalau KKM bahagian farmasi nak tanya saya dimana kedai pun saya boleh tunjuk. JPJ yang saman insan berkenaan pun saya dok ada bukti. Semalam saya dok di pusat khidmat satu hari semalam macam-macam masalah yang timbul tentang masalah-masalah rakyat ni. Tolong ada budi bicara dalam melihat keadaan dan tekanan dan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat sekarang ni. Pandangan Sena berhubung perkara ini?

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Saya mohon Yang Berhormat Speaker dimasukkan ke dalam sebahagian daripada ucapan saya yang mana boleh dijawab oleh Kerajaan nanti kerana ini isu memang serius. Saya setuju sepenuhnya yang mana dalam... terutama saya pun dikunjungi oleh… ada dikunjungi oleh anak muda. Kadang-kadang tu lah bila saya kata isu SOP tadi ni, bukan kerana apa… dia… apa ni… kadang-kadang masalah dia tidak jelas tau. Dia tidak jelas bisnes dia tu dalam senarai ke tak dak dalam senarai. Pastu dia argue lah. Betullah… adalah kan… Jadi, macam dah jatuh, pastu kena sadung lagi kan. Dia dah kena RM3000 dah pastu kena RM10,000 pula kali kedua. Jadi, bukan apa… maknanya dalam kita… kita mengajak sekali dengan penjawat awam, penguat-penguatkuasa khususnya yang terlibat ni supaya maknanya semua… kita kena ada belas ihsan. Maknanya bukanlah nak suruh yang salah tu kita pejam mata, budi bicara tu. Kita mohon supaya ihsan, maknanya menyantuni derita rakyat-rakyat alami la ni. Yang Berhormat Speaker, saya teruskan dengan Perlis Bebas Niaga yang mana saya menyambut baik usaha kerajaan negeri ini yang saya menyokong sepenuhnya apa-apa program yang bersifat human economy yang ekonomi manusiawi, kalau kita ni… yang mana yang ni telah diperkenalkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim sejak beliau zaman ABIM lagi. Dan beliau firm sampai sekarang. Jadi, kalau kita tengok la ni, Yang Berhormat Speaker, di tepi-tepi jalan, hasil daripada Perlis Bebas Niaga ni ramai kita boleh nampak peniaga ada perubahan, ramai ni… baru nak survive, Alhamdulillah kita permudahkan bagi ni dan dengan sendirinya, MPK pun boleh lesenkan dan sebagainya dalam keadaan terkawal berbanding dengan dulu, kalau kita… tindakan kita pi ni… dia tak ada lesen apa kan… kita tak dapat… apa orang kata ni… ini sekurang-kurangnya bagi saya bagus sebab dia boleh generated revenue kepada MPK yang dalam jumlah kalau lagi ramai lagu bagus kan. Dan, cuma memang saya setuju ada sedikit hari tu masalah yang bermula daripada dataran Taman Sena Indah yang mana dia buat konsep macam pasar tani semua tu dan memang YB Santan sendiri pun menghubungi saya untuk ni... saya kata memang saya setuju sebab dalam keadaan pandemik, kita… bukan kita nak terus kacau tak mau bagi orang berniaga, kita galakkan berniaga, tapi kena ikut tu lah... sebab kalau boleh mendatangkan masalah, ya lah bila dah keadaan macam pasar tu boleh mendatangkan masalah kebimbangan takut penularan COVID, memang kita setuju kena ni… tapi, cantiknya kita bagi alternatif dia pi berniaga di jalan Padang Behor. Sampai la ni dekat pusat khidmat saya pun dah ada dah yang mana yang… Dato’ Speaker, dekat pusat khidmat saya tu, pelik… memang dan yang syok tu benda-benda pelik. Kalau dulu ni kita tengok berniaga tepi jalan ni, makan lah… gerai makan, minuman… la ni barang mainan pun ada. Dekat pejabat saya tu jual speaker, bukan Dato’ Speaker. Bukan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Jual speaker radio. Dan nak sampai dekat pusat khidmat saya, kita tolong promote dia sikit lah kan… dekat nak sampai pusat khidmat saya. Barang macam-macam, mainan kanak-kanak semua kan… So, kreatif, bagus… apa nama… maknanya orang nak survive ni… terpaksa ni… macam-macam… Tapi Alhamdulillah, makna sedikit sebanyak ini, ini cara kita semua menggalakkan, memberi peluang kepada rakyat untuk meniaga. Jadi, Yang Berhormat Speaker, dari segi aspek dalam negeri kita ni menangani pandemik, Alhamdulillah kalau kita tengok dari segi vaksin, kita antara yang tertinggi. Dan kalau tengok yang dewasa, Yang Amat Berhormat Bintong ada share tadi ni, tu statistik yang kita tak jumpa secara kat luar ni, Alhamdulillah. Maknanya sebab orang kata yang tu yang paling membimbangkan yang kita bimbang dari segi penularan tapi la ni, ni… yang kata wabak… apa… varian-varian terbaru ni, satu kebimbangan juga sebab umur-umur macam saya ni... 30, 40 yang tu kan. Mudah-mudahan kita semua selamatlah saya harap. Yang mana memang kita bersama dengan kerajaan negeri ke arah untuk kalau kita boleh... saya rasa kawan-kawan saya disini pun kita bersedia kalau nak berbincang sekali ka, nak cari jalan macam mana kita ke arah kita nak boleh mempercepatkan untuk capai 80% herd immunity. Dan pencapaian herd immunity memang bagi saya amat penting untuk kita segera mampu keluar daripada pandemik ini dan kita yang mana yang titah tuanku pun ada mengatakan perkara kita nak bawa kepada endemik. Yang mana endemik ni kita tengok Singapore dia dah announce dah dia nak hidup endemik makna hidup dengan COVID, COVID dianggap sebagai endemik maknanya macam flu biasa sahaja… demam, selsema… kita pun harap macam tu, so orang pun happy. Di Europe... saya rasa macam saya dok ni lah... saya rasa macam kita dok di Europe boleh hari tu… kan kita baru tengok European Cup kan, jadi bebas dekat stadium, kita mengharapkan supaya kita cari jalan macam mana supaya kita boleh duduk macam tu, happy sebab kita sekarang ni masih dibelenggu bukan takat pandemik tinggi, kita... saya tengok kelainan tu kita dibelenggu pandemik tu macam satu benda yang menghantui lah, maknanya dibelenggu ketakutan, itu kot bawak kepada depression apa semua kan. Jadi Yang Berhormat Speaker, saya juga nak menyentuh tentang kawalan sempadan negara yang mana alhamdulillah Tuanku… maknanya Tuanku concerned, benda ni berlaku macam tahun lepas Tuanku ada singgung… bagi saya memang isu tahap keselamatan di dalam usaha kita untuk mengawal sempadan negara ni memang satu benda yang perlu diberi perhatian serius, saya faham isu-isu yang berkaitan tu, dia melibatkan persekutuan, tetapi kita di pihak negeri ini perlu bersepadu suara untuk kita mengangkat tuntutan kita daripada negeri sebab ini, benda ni ialah kita dah ada satu orang kata malapetaka yang berlaku tahun lepas, kita tak mahu kejadian insiden macam tu yang melibatkan anggota keselamatan kita akan berulang lagi, jadi saya mohonlah supaya pihak Kerajaan Negeri kita boleh bersepakat la ni, untuk mengangkat segera tuntutan sebab saya tengok benda ni berlaku, saya pun rasa ada beberapa sahabat saya Yang Berhormat pun tahun lepas kita ada singgung di dalam Dewan, tapi maknanya bila titah Tuanku masih titah benda tu, maknanya pada saya masih tak ada apa-apa tindakan lah, jadi serius… kita kena ambil serius lah, sebab Tuanku sudah bertitah, sebab benda ni dah lapan bulan dah, lapan bulan… sembilan bulan dah berlaku, kan… tidak ada yang mana orang kata…

keperluan untuk naik taraf prasarana yang di sempadan tu, yang terutamanya tembok sempadan dengan CCTV dan juga operasi keselamatan supaya kita nak mengelakkan insiden dan bukan takat kita nak atasi masalah penyeludupan di sempadan, kita bimbang kalau sempadan kita dengan negeri Thailand ni mudah dibolosi Yang Berhormat Speaker, entah apa lagi varian akan diseludup masuk sekali ke Perlis, ha… yang tu kemungkinan yang akan terjadi dan kita kena ambil serius isu apa ni… sempadan kita yang mudah dibolosi.

Yang Berhormat Speaker, tentang Perlis Bersih, saya juga nak menyinggung tentang Perlis Bersih. Tuanku ada menganjurkan supaya kita bersama untuk berganding ke arah pelan tindakan untuk meningkatkan kebersihan di negeri Perlis ni yang saya percaya, saya setuju, ini perlu menjadi agenda… antara agenda penting kita semua di negeri Perlis ni, yang mana kalau kita tau dalam Islam pun kita menghafal hadis kan? “Innadzhofatu minal iman”, betul Mufti? yang tu kan… kita… apa nama “kebersihan itu sebahagian daripada iman”, tetapi tak tau, saya rasa macam, eh malulah… tahap bersih la ni, ni semua… non-muslim Jepun, padahal kita yang patut laksana tapi orang yang apa… non-muslim yang laksana Islam. Jadi kita harap yang tu kita ambil serius, kebersihan terutama yang mana yang kita tengok dari segi pendidikan, bagi saya pendidikan penting, kalau kita… mungkin kita boleh kaji pelan tindakan, kalau kemungkinan kita nak buat pelan tindakan nanti ni… saya harap kita dapat buat kajian tentang bagaimana Jepun berjaya untuk…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Yang Berhormat Dato’ Speaker, boleh bagi masa tambahan dekat Sena?

Saya ada banyak lagi Yang Berhormat…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Sikit sahaja… pasal pendidikan… terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat boleh kembangkan benda ni. Apabila sekolah-sekolah tidak dibenarkan, berlaku PDPR, kita ambik yang darjah satu sahaja, darjah satu ni saya rasa macam saya bangkitkan dulu YB EXCO Pendidikan, itu benda yang paling besar, saya minta pihak Kerajaan tolong jawab termasuk di dalam jawapan Yang Berhormat, apa tindakan kita untuk menolong mengatasi masalah anak-anak kita yang saya rasa, jumlah tak tau dalam percentage kerana saya difahamkan ada cikgu-cikgu di Perlis yang tak ambik vaksin, yang anti-vaksin pun ada. Jadi mereka ini tidak boleh mengajar anak-anak di sekolah. Ada beberapa orang ni, saya minta tolong EXCO Pendidikan tolong bangkitkan, ada yang tak ambil vaksin, Pengetua ada seorang tak silap saya, Pengetua sekolah mana saya tak tau… jadi kita nak mintak tolong serius melihat perkara ini.

Speaker

Yang Berhormat Sena, sila habiskan dalam 5 minit lagi…

Banyak lagi saya ada… saya mohon kalau…

Speaker

Tak pa saya bagi…

Saya mohon rakan-rakan sahabat, saya nak kena ni…

Speaker

Saya bagi lima minit, yang tu la Yang Berhormat…

Baik, apa ni… Yang Berhormat Speaker, saya mohon supaya soalan Tambun Tulang tadi dimasukkan ke dalam ucapan saya. Kemudian yang saya dok tekankan tadi ni… sistem pendidikan kita ni, saya mencari ruang walaupun pendidikan bidang persekutuan, tetapi di pihak kita ni, negeri, kita turut sama cari jalan macam mana kita nak menentukan sekolah ini untuk dalam isu... untuk satu pendidikan kebersihan ni, dan juga dari segi pendidikan ni mungkin antara yang negeri punya ni, saya cadangan Majlis Agama, Jabatan Agama… maknanya kita boleh sampai ke peringkat akar umbi iaitu khariah melalui masjid yang mana saya cukup hafal... apa ni... kalau teks khutbah tu maknanya isu kebersihan kita boleh ada dalam setiap kali khutbah Jumaat tu kita ada, kita boleh selit. Saya paling ingat, apa… rakyat Perlis kena berminda kelas pertama… ha, yang tu sebab lama-lama kita ni, dia akan jadi satu ni… kan? Maknanya yang tu yang saya harapkan, mungkin boleh pihak EXCO Agama boleh… ini cadangan saya na. Jadi… dan di dalam masa yang sama di samping kita… apa nama… untuk tujuan bersih itu kita apa ni... dari segi pendidikan kita juga tidak boleh… dari segi penguatkuasaan perlu ada… bulan 12 hari tu saya ingat, saya cadangkan supaya tempat-tempat, dia mesti ada penguatkuasaan, kita tau hotspot yang ada isu kebersihan dekat mana. Yang tu saya harap supaya ada dalam pelan tindakan yang nak dirancang nanti kena masuk sekali hotspot pemasangan CCTV di kawasan hotspot. Pemasangan ni macam mana saya ada lontarkan yang hari tu ni berkaitan dengan keselamatan, kita kena masuk sekali kos untuk maintenance cost supaya dia tidak jadi gajah putih lah.

Berkaitan Tuanku juga ada sebut tentang integriti. Jadi bagi saya integriti ni penting menjadi asas untuk mencapai Negeri Maju. Dalam saya menyokong Titah Tuanku terhadap kepentingan ke arah kita perkasakan program-program integriti dan anti rasuah, saya yakin ianya lebih berkesan kalau apabila kita semua Ahli-ahli Yang Berhormat dapat menjadikan diri kita sebagai tauladan yang baik, yang mempunyai integriti agar dapat menjadi ikutan kepada rakyat yang mana ini juga tauladan dan Tuanku juga sarankan kita jadikan tauladan kepada rakyat. Justeru, akhir sekali saya akan anjurkan inisiatif integriti ini. Firman Allah SWT, di dalam Surah Yusuf ayat 55, dia (Yusof) berkata, maksudnya, “Jadikanlah aku bendaharawan negeri (Mesir), sesungguhnya aku orang yang pandai menjaga.” Menjaga ni orang yang berintegriti, amanah dan lagi berpengetahuan, competent, brilliant... Surah Yusuf, Ayat 55. Jadi pemimpin yang terbaik itu adalah daripada kepimpinan yang kompeten dan juga berintegriti. Ini adalah dua yang mana formula tu dah ada dalam Al-Quran, kita cuma perlu amalkan. Macam mana kalau kita nak move ke negara maju dan kita tengok, kalau kita baca sejarah Nabi Yusuf menjadi seorang pentadbir menteri kewangan yang hebat, menjaga khazanah Mesir pun hebat masa Nabi Yusuf. Jadi, kita apply apa yang sejarah yang dah ada. Jadi, kompeten tu bermaksud mempunyai keupayaan, ilmu dan juga kemahiran untuk melaksanakan tugas kepimpinan dengan jayanya. Integriti pula merujuk kepada sifat kejujuran dan berpegang kepada prinsip-prinsip moral yang utuh. Jadi, jika kita dapat sepakat bersama, kita ada political will dalam usaha untuk menjadi tauladan kepada rakyat dengan mewajibkan kita semua Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis mengisytiharkan harta masing-masing melalui satu komitmen Kerajaan Negeri dalam merangka langkah-langkah awal misalnya dicadangkan agar Kerajaan Negeri mengemukakan Rang Undang-Undang, Enakmen Pengisytiharan Harta Ahli Dewan Undangan Negeri pada sesi sidang DUN yang akan datang. Maka, saya penuh yakin, ianya mampu direalisasikan dengan satu langkah ke hadapan dalam usaha kita bersama dalam kita menegakkan satu prinsip ketelusan dan penuh integriti kalau ianya berhasil untuk kita laksanakan maka negeri ini mencapai prasyarat penting untuk mencapai Negeri Maju yang mana setaraf dengan negara-negara kelas pertama dunia yang mana telah lama melaksanakan syarat itu dalam undang-undang dan polisi negara mereka. Kalau kita berjaya melaksanakan realisasi ini, negeri kita berada di landasan untuk mencapai status negeri yang saya percaya merupakan impian semua agar dikurniakan Allah SWT. Sebagaimana firman Allah seperti di dalam Al-Quran, saya yakin kita semua hafal “Baldatun Thoyibatun Warabun Ghofur” yang mana saya suka Professor Wan Mohd Nur Wan Daud merupakan pengasas dan Pengarah Center For Advanced Studies, Science in Islam and Mobilitation, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau mengupas tentang “Baldatun Thoyibatun Warabun Ghofur” ni, sebuah negara yang maju yang punya keupayaan untuk mensejahtera dan membahagiakan rakyatnya dalam mencapai maqasid syari’ah Itulah negara sejahtera yang diredhai Allah SWT.

Saya fikir saya tak boleh nak habis ni, menghormati masa yang YB Speaker dah bagi, saya mengambil kesempatan terakhir ini untuk mengucapkan... merakamkan jutaan terima kasih dan penuh penghargaan kepada barisan hadapan negara kita yang terus cekal dalam menjalankan amanah walaupun kita tahu betapa mereka sangat tabah. Saya dapat maklumat KKM juga ada yang terkesan, ada yang positif, ada terpaksa kuarantin, polis pun sama juga semalam kita sembang dengan KP. Terkesan juga tetapi depa tetap fokus, depa lup… oi habis kita. Jadi kita perlu bagi sepenuh penghargaan kepada mereka dan juga ni satu lagi yang bagi saya rasa sangat penting...

Speaker

Yang Berhormat sila segera… segera habiskan.

Guru-guru yang kita tengok sekarang ni sangat kreatif yang saya rasa saya perlu satu ni... depa susah payah tau cikgu-cikgu. Isteri saya cikgu, saya tau la lagu mana dia nak bagi budak-budak ni pukul 8, bukan senang. Jadi kita penuh penghargaan kita ucapkan kepada pendidik yang tekun mendidik anak kita, dan juga banyak lagi agensi yang tak disebutkan di sini. Akhir kata terima kasih dan kita wajar titipkan doa dalam setiap doa, doa kita moga-moga diberkati Allah dan diberi sebaik-baik ganjaran. Terima kasih kepada Setiausaha DUN dan seluruh pasukan Dewan Undangan Negeri yang telah menjayakan sidang DUN pada kali ini dan juga berterima kasih kepada penjawat awam yang terlibat, ketua-ketua jabatan membantu menjayakan sidang DUN kali ni, dan terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya dengan ini menyokong Titah Ucapan Tuanku Raja Perlis. Terima kasih.

Speaker

Silakan YB Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih Dato’ Speaker. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pengarah-Pengarah Jabatan, rakan-rakan media dan para hadirin yang dihormati sekalian. Dari hijau jadi jingga, dari jingga jadi merah, nombor COVID duk naik tangga, ayuh kita kawal jangan jadi parah. Pertama sekali saya ingin menjunjung kasih Tuanku atas Titah Ucapan Tuanku kelmarin. Bukan senang kita boleh bersua dan bersidang di dalam Dewan yang mulia ini lebih-lebih lagi pada masa pandemik COVID yang mencapai... di mana Perlis mencecah nombor yang tertinggi jangkitan COVID-19. Syabas dan terima kasih saya ingin ucapkan kepada pihak urus setia Dewan yang akhirnya dapat juga melaksanakan tugas dengan baik. Saya ingin memulakan perbahasan saya hari ini tak lain tak bukan tetapi isu berkenaan COVID. Ini bukan sebab saya kena COVID, bukan sebab isu panas pada hari ini, tetapi peningkatan nombor ini pada tahap R-nought yang tinggi amat membimbangkan dan relevan bukan sahaja kita yang berada di dalam Dewan ini, penduduk warga Perlis malahan seluruh warga Malaysia dan juga penduduk di dunia ini. Kita perlu tahu bukan sekadar cara pencegahannya tetapi cara menangani kes-kes COVID-19 dengan baik dan teliti adalah sama penting sebagai langkah pencegahan peringkat kedua apabila kita sudah berada di tahap jangkitan tempatan merebak di negeri Perlis. Saya ingin tahu apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menggalakkan orang awam menjalankan swab test, dengan izin, ataupun pemilihan swab test kepada individu-individu secara rawak kerana kes-kes dewasa kini menjadi kurang bergejala malahan tidak bersimptom. Kalau pesakit COVID yang tidak bersimptom ini masih berjalan merata-rata di jalan raya, kunjung-mengunjung dengan jiran tetangga, berkunjung ke kedai untuk membeli barangan, ia berkemungkinan besar sebarkan penyakit ini ke dalam rangkaian kenalan mereka dan meluas dengan cepat dalam masa yang singkat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam perkara lain saya ingin tahu berkenaan sedikit perkembangan semasa kes-kes COVID di negeri Perlis. Adakah semua peniaga di Pasar Sena ataupun medan makanan Sena menjalani ujian COVID-19 sebaik sahaja ada peniaga berdekatan situ yang telah disahkan positif COVID? Bagaimana pula dengan tempat kejadian? Adakah tempat itu dijalankan kerja sanitasi atau sebagainya? Dalam perkembangan lain, ramai penduduk di sekitar Taman Kemajuan begitu risau apabila dikhabarkan satu staff salah satu gudang atau kedai borong jualan di situ telah dikatakan dan disahkan dijangkiti kes COVID positif. Adakah tempat perniagaan berkenaan itu diperintah tutup sementara waktu untuk dijalankan kerja sanitasi atau dibiarkan meniaga seperti sedia kala? Saya mohon pencerah masalah ini kerana jika benar-benar berlaku perkara ini, adakah tindakan sewajarnya mesti diambil oleh agensi atau pihak berkenaan berkaitan untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan penduduk yang tinggal berdekatan kawasan berkenaan? Memang tidak boleh dinafikan kita mempunyai banyak kes yang dibawa masuk dari negeri lain khususnya negeri yang berdekatan dengan negeri Perlis.

Yang Berhormat Dato’ Speaker kita tahu ramai staff dan pekerja di negeri Perlis yang terpaksa rentas negeri setiap hari apabila datang bekerja di negeri Perlis. Setakat ini apakah cara pencegahan yang pernah dan sedang dijalankan? Kita pun terima banyak aduan mereka yang balik dari negeri lain tidak berkuarantin sebaik sahaja sampai di negeri Perlis. Ini mungkin salah satu sebabnya kenaikan mendadak kes COVID di negeri Perlis. Untuk ini, adakah sebarang pendekatan mencegah diamalkan untuk mengawal merebaknya kes-kes COVID-19 terutamanya selepas fasa 3 PPN bermula dan dari masa itu... dalam masa itu juga kita tengok nombor pesakit kes COVID-19 melonjak sehingga hari ini. Saya rasa kita tidak boleh lepas tangan macam itu sahaja sebab kita mesti ada tanggungjawab untuk melakarkan panduan yang lebih baik dan sesuai mengikut keadaan negeri ini untuk penduduk negeri ini walaupun keputusannya adakala berada di peringkat lebih tinggi. Namun usul dan cadangan itu sentiasa boleh dibawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar semasa bermesyuarat di Putrajaya. Dalam perkembangan lain kami juga dapat tau ramai sepatutnya menjalankan kaurantin kendiri tidak berbuat demikian. Saya rasa ini isu ini pun YB Kuala ungkitkan tadi. Kita… mereka masih membeli makanan kedai dekat berdekatan bergerak secara bebas untuk menjalankan aktiviti harian mereka. Apakah pendekatan dan tindakan pihak berkuasa terhadap kes-kes sebegini? Jangan ambil tidak serius. Rakyat sangat risau kerana mereka ini berkemungkinan punca jangkitan penyakit ini untuk rantaian seterusnya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya sambut baik segala cadangan dan peluang pelaburan yang diwujudkan tetapi pada masa sebelum pelaksanaanya apa kata jika Jabatan Pertanian Negeri Perlis teruskan lagi program-program pertanian seperti yang mereka lakukan pada tahun lepas? Walaupun ia bukan program berpanjangan tetapi ia harus dijadikan sebagai perangsang program yang akan datang lebih-lebih lagi kita dalam keadaan negeri yang ramai ada tanah dan ada yang masih belum bekerja lagi. Bolehlah mereka melakukan sesuatu dan jika diizinkan boleh menjana pendapatan untuk menampung perbelanjaan harian hidupan dan keluarga mereka.

Memandangkan kita sudah dan dalam proses pembangunan liputan jalur lebar, lebih banyak kursus secara teori dan praktikal di dalam pertanian berteknologi tinggi juga boleh dianjurkan dan dikongsi atas talian. Sehingga ke saat ini kita mesti terima hakikat bahawa kita perlu bersedia hidup bersama virus ini, menjalani kehidupan dengan mengikut norma baru. Alang-alang dah nak jadi Perlis Go Digital saya cadangkan Persidangan DUN pada masa akan datang juga harus disusun untuk dibawa ke pengetahuan rakyat jelata melalui atas talian. Kalau boleh mentadbir negeri dengan baik, sahutlah cabaran dan apa nak takut jika segala perbincangan dan perkembangan serta pendekatan Kerajaan dimaklumkan kepada rakyat jelata secara transparent, dengan izin.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, adakala kita tak payahlah ambil political mileage, dengan izin, dengan pemberian bakul makanan semasa pkp ini maklum secara tersurat dan jelas secara peruntukkan dan hanya diberikan kepada DUN Kerajaan Negeri. Tak payah buat ayat tersirat. Cakap kasi terang Ok? Tak payah takpa, kalau takda duit pun takpa, kami sebagai DUN ADUN pembangkang pun akan cuba cari dana demi kebajikan dan keperluan rakyat di negeri Perlis. Bak kata pepatah mahu seribu daya tak mau seribu dalih. Rakyat tak mau yang complicated, dengan izin. Ini jelas apabila ramai rakyat yang hantar gambar Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersama kenyataan media beliau yang mengumumkan Program Perlis Pahadoi kepada saya untuk membuat tuntutan dan permohonan. Apa pun keputusan yang memihak dan diputuskan oleh pihak Kerajaan kami tidak bantah. Pada masa yang sama, peruntukkan Kerajaan Negeri tidak boleh dikategorikan sebagai pemberian dan peruntukkan kepada mana-mana pihak parti politik. Sedangkan itu duit Kerajaan, bukan duit daripada parti politik. Ini mesti dijelaskan dengan baik kepada rakyat kerana rakyat keliru dan mengadu sumbangan bakul makanan pahadoi itu semasa PKP 3.0 itu adalah daripada parti politik. Kami bukan nak berpolitik tetapi ini telah dipolitikkan oleh setengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Perkara ini mesti diberi perhatian agar tidak berlaku lagi pada masa akan datang supaya Yang Berhormat-Yang Berhormat pada masa akan datang dapat bekerjasama dengan lebih harmoni ke arah pembangunan negeri dan perkembangan ekonomi rakyat walaupun dari parti politik yang berlainan seperti di dalam Titah Ucapan Tuanku Raja Perlis kelmarin. Apa-apa pun saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perlis atas segala bantuan yang telah diberikan kepada rakyat sepanjang PKP 3.0 yang lepas.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, NRW ini memang sudah bertahun diperbincangkan mungkin sebelum kehadiran saya untuk berkhidmat di Indera Kayangan. Sebagai sebahagian daripada struktur Kerajaaan Negeri, walaupun sebagai pembangkang, saya berharap perkara ini betul...

Yang Berhormat Dato’ Speaker boleh saya tanya soalan sedikit?

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Boleh.

Meralik... lambat hari tu bekas Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin offer dekat pembangkang untuk duduk sekali kerjasama nak bagi peruntukkan semua. Tolak mentah macam lagu tu ja. Kan PH tolak mentah lagu tu ja. Tak mau peruntukan, tak mau kerjasama, penghinaan apa semua... tapi YB tanya pulak dalam Dewan ni Kerajaan Negeri tak bagi apa semua tu. Minta perjelasan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Saya tak tanya... tak. Bagi saya, cakap kenyataan media itu diberi dalam ayat tersirat dan tersurat. Saya tidak minta tadi...

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Yang Berhormat Indera Kayangan, boleh saya tolong sentuh sikit berkenaan... terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Merujuk kepada soalan Yang Berhormat Sanglang lah dengan izin Dato’ Speaker, actually semua maklum masa PH jadi pembangkang seawal selepas langkah Sheraton tu kita dah kemukakan banyak perkara berkenaan bab urus tadbir ni sama adil apa semua. Dah kemukakan kepada Kerajaan Tan Sri Mahiaddin Yassin pada masa tu tapi ditolak kemudian seperti semua sedia maklum dalam Dewan yang mulia ini offer yang diberikan tu seolah-olah dah telur di hujung tanduk baru nak offer, dan bagi pandangan saya, sepatutnya offer sebegitu tidak perlu disebut di luar Dewan. Kalau betul dia ikhlas untuk offer perkara tersebut, offerlah ketika perbincangan dalam Dewan. Insya-Allah kita tak mau orang cakap tertipu lagi, orang cakap offer di luar Dewan bincang untuk dapatkan sokongan untuk undi yang dikatakan sepatutnya berlaku ketika waktu tersebut. Jadi pada pandangan saya, offer seperti tersebut sepatutnya dibincangkan di dalam Dewan Rakyat. Terima kasih.

Saya menjawab sedikit Tuan Speaker, sebab lepas Muhyiddin dah letak jawatan, Yang Amat Berhormat Datuk Ismail Sabri jadi Perdana Menteri, ajak pulak kerjasama sepertimana yang ditawarkan oleh Tan Sri Muhyiddin dulu. Macam mana rasionalnya apa yang YB kata tu?

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Ok, terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Ya betul pada pandangan saya dan ketetapan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan iaitu Datuk Seri Anuar Ibrahim, iaitu presiden parti saya pun sebut kita akur dengan keputusan yang diputuskan oleh Yang Dipertuan Agong berkenaan dengan pelantikan Perdana Menteri ke-9 dan kita juga akur kepada... apa ni... kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara semasa peletakkan jawatan selepas peletakkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yasin iaitu mewujudkan politik yang stabil dan juga bekerjasama... semua ahli politik perlu bekerjasama untuk memulihkan masalah ni. Jadi kita di peringkat Pakatan Harapan kita setuju perkara tersebut walaupun... dan kita juga berharap Dato’ Sri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang baru ni tolong hulurkan tangan kepada wakil rakyat pembangkan di Dewan Rakyat tu untuk sama-sama kita duduk berbincang, kita pastikan COVID ni selesai. Semua sedia maklum Titah daripada Istana Negara dah memaklumkan selesai masalah COVID ni capai herd immunity dan adakan pilihan raya. So kita tak tau lagi berapa lama tempoh lagi yang diperlukan oleh pemerintahan Kerajaan baru ni untuk selesaikan masalah COVID itu dan kemudian kita selesaikan masalah politik dulu kerana dengan masalah politik inilah penyebab segala isu yang ada di dalam negara kita ini tak boleh selesai. Jadi saya berharap kita di peringkat persekutuan dan juga di peringkat negeri macam yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Alhamdulillah, politik kita stabil. Jadi saya pun sebagai orang muda, saya cakap jujur di dalam Dewan yang mulia ini kadang-kadang saya yang orang muda ni fed up dengan apa nama ni... politik atasan ni terlalu nak berebut padahal kita ni ADUN yang betul-betul di bawah ni kita lihat sendiri apa permasalahan rakyat ni... tak cukup makan, tak boleh kerja, takda duit nak beli pampers, takda duit nak beli susu… Macam saya saya cakap memang saya sangat terkesan bila masa... bila mana Kuala Perlis ni kes tengah naik. Saya bagi sedikit contoh. Contoh kalau ada satu kes...

Speaker

Yang Berhormat, saya minta YB Sena teruskan perbahasan.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Bagi saya habiskan sikit Dato’ Seri. Bagi saya sikit...

Speaker

Ni masa dia...

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Tak pa saya rasa Yang Berhormat Indera Kayangan bagi saya habiskan sedikit. Boleh

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Sedikit na...

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Contoh saya cakap saya terkesan sangat Kuala Perlis bila kes naik. Contoh saya bagi na kes positif mungkin 10 orang nak kena kuarantin... 10 keluarga nak kena kuarantin. Kalau 10 kes dah 100 keluarga dengan keadaan kami ni yang tidak mempunyai peruntukan yang banyak yang ni semua. Ya, Kerajaan Negeri ada bagi peruntukan sebelum ni tapi bukan bantuan khas untuk bantuan makanan PAMA atau berkenaan benda tu, jadi kami terkesan. Nak harap duit gaji tu takkan boleh guna untuk semua tu, jadi bila masa dalam kita beperang ni kita mohon... saya mohon dan saya akan sebut dalam perbahasan nanti. Mohon kerjasama semua pihak untuk masa keadaan ini kita selesaikan masalah COVID ni. Bab negeri Perlis ni kita tak yah duk pulunlah kata “hang pembangkang, aku Kerajaan” apa semua, tak payah, tolak ke tepi dulu. Put aside political…

Speaker

Yang Berhormat masuk dalam perbahasan Yang Berhormat nanti. Akan diberikan masa yang lebih sikit.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Ok, tak pa. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. So berharap Sanglang fahamlah na apa yang cuba saya sampaikan. Terima kasih.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Ok. NRW sudah memang bertahun dibincangkan malahan sebelum kehadiran saya untuk berkhidmat di Indera Kayangan sebagai sebahagian struktur kerajaan. Walaupun sebagai pembangkang saya berharap betul-betul direalisasikan menjadi kenyataan sehingga ke tahap 30 peratus hendaknya. Dalam masa itu, saya rasa mungkin ada sedikit sebahagian kecil hal yang remeh temeh tetapi amat penting dan diabaikan iaitu Pelan Pembekalan Air kepada rakyat sekiranya mengalami gangguan air melebihi satu hari. Perkara ini bukannya tidak pernah berlaku. Sebagai Kerajaan yang sudah memerintah negeri ini berpuluh tahun, susah untuk saya bayangkan pihak dan agensi yang berkaitan tiada tanker dan bersiap sedia untuk memberikan bantuan bekalan air kepada mereka yang terkesan apabila menghadapi gangguan bekalan air melebihi satu hari pada awal bulan Ogos ini. Kerosakan dan kebocoran di loji air Batu Pahat telah mengakibatkan terputusnya bekalan air di beberapa kawasan khususnya dari Loji Air Batu Pahat sehinggalah kawasan-kawasan di Bintong, Kangar dan Sena yang terjejas teruk. Ramai penduduk tidak dapat bekalan air sehingga empat hari, bayangkan dalam keadaan PKP, semua orang ada di rumah tiada bekalan air. Macam mana rakyat nak menjalani kehidupan seharian? Kalau nak pi ke tandas pun diaorang cakap dengan saya nak kena pikiaq tiga kali. keadaan ini menyeksakan rakyat. Sedangkan kita ada pilihan untuk hantar bekalan kepada penduduk. Tetapi kenapa bantuan bekalan air tidak dirancang awal sehingga hampir pemulihan air baru bantuan bekalan air sampai? Itu pun tidak menyeluruh dan hanya melepaskan tangga di batuk… batuk di tangga. Ini suara rakyat mengeluh yang saya bawa masuk ke dalam Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Perlis sememangnya destinasi pelancongan yang berpotensi untuk diperkembangkan khususnya dalam bidang ecotourism ke tahap yang antarabangsa namun kita mesti ada satu mercu tanda mewakili Negeri Perlis yang beri wow-factor, dengan izin. Jika kita ada, kita mesti perkembangkannya. Jika kita belum ada, kita mesti reka dan bina satu petanda berkenaan. Kita mungkin banyak landmarks, dengan izin, tetapi kita masih belum ada yang julung, yang menonjol, yang mesti evergreen, dengan izin, sepanjang tahun. This is our selling point for tourism, dengan izin, if we do not have one, macam mana kita nak jual produk pelancongan kita? Tahun Melawat Perlis sudah banyak tahun, dan akan dijalankan dan sudah berapa kali ditunda beberapa kali. Saya nak tanya satu soalan, apa slogan kita untuk mempromosikan produk pelancongan kita dan juga negeri kita? Kalau di Selangor saya tau, “Pusing Selangor Dulu”. Kalau Air Asia, saya tau, “Everyone Can Fly”... ok mungkin sekarang bukan semua boleh fly la musim PKP kan. Tapi kalau di Perlis, setakat ini saya masih belum terdengar ataupun terbaca. Saya ada sempat tertengok satu video klip produk pelancongan di negeri Perlis kalau tak silap, Road to the North…

YB, boleh saya nak cadang? “Jangan Mai Lagi, COVID Masih Tinggi.”

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Bagus Yang Berhormat Sanglang. Tapi kita mesti sediakan payung sebelum hujan. Kan? Takkan dah masa hujan baru nak pi cari payung. Ok, video tu cukup cantik dan bagus. Tapi jangan indah khabar dari rupa. Saya nak tanya kalau saya nak beli tiket nak untuk nak tengok tarian tradisional Siam, di manakah saya boleh lakukan aktiviti ini? Kita cakap la bukan dalam tempoh masa PKP. Sila bagitau dan mana dia indeks pelancongan Negeri Perlis? Sekali lagi tolong maklum kepada saya jika saya terlepas pandangan atau saya tidak terlihat mana-mana. Yang Berhormat Dato’ Speaker, adakah kita sudah bersedia atau pun dalam persediaan atau pun hanya bertujuan untuk membuat pembikinan filem itu sahaja? Hidup kita mesti realistik, orang politik datang dan pergi, hidup rakyat jangan digadaikan. Biar ikhlas usaha ini mesti dilaksanakan untuk jangka masa yang panjang dan berkekalan dan suatu hari nanti kita bukan lagi wakil rakyat. Hidup ini kena bersabar, masam muka jangan bertengkar. Jalur Gemilang gagah berkibar, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. Sebelum saya berundur saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan agensi Kerajaan dan semua yang berkaitan dalam sepanjang masa PKP ataupun bukan masa PKP, telah bekerja bertungkus lumus untuk rakyat. Saya mohon kita menjalankan kerja kita dengan ikhlas dan cemerlang demi Negeri Perlis tercinta ini. Dengan ini, saya menyokong Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan, dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan, Ketua-ketua Pengarah, Pegawai Kerajaan serta semua hadirin di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberikan ruang kepada saya untuk sama-sama terlibat membahaskan tentang titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis semalam. Yang Berhormat Dato’ Speaker, di kesempatan ini juga sebelum saya terlupa, saya nak ucapkan tahniah kepada UMNO, terus teranglah… kerana telah mempunyai Perdana Menteri yang Ke-9, yang baharu… iaitu Dato’ Sri Ismail Sabri, kemudian saya juga nak mengucapkan kepada kesemua petugas daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan juga

Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga PR1MA di atas kesungguhan untuk memastikan proses vaksinasi di negeri Perlis ini berjalan dengan cepat seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Bintong tadi, dos kedua kita di negeri Perlis dah lebih kurang 63 percent, perlukan lebih kurang 17 percent lagi untuk kita capai 80 percent herd immunity, apa nama ni… kalau ikut 80 percent herd immunity tu di peringkat Dewan Rakyat apa semua tu, depa dok kira gila nak buat pilihan raya dah… kita berharap Yang Amat Berhormat Bintong tak yah dok pi ke situ lagi lah na? Walaupun kita telah pun mendapat 80 percent apa nama ni… herd immunity tu.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, tadi dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Indera Kayangan berkenaan sidang Parlimen… sidang Dewan Undangan Negeri Perlis ni, mungkin kita boleh tambah baik, ya… saya nampak ada kesungguhan daripada Setiausaha Dewan yang baharu… oleh Cik Mawar, semalam punya teks ucapan. Selain kita dah dapat dah teks ucapan daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku tu, keluar dah handsard... apa nama ni? Orang panggil… aii, nak sebut… handsard lah… saya nak sebut bahasa Melayu tu saya terlupa... ah… Penyata Rasmi. Alhamdulillah, cepat… dan tadi pun dimaklumkan oleh Setiausaha Dewan, insya-Allah, apa nama… apa yang diucapkan hari ini akan dikeluarkan sebagai Penyata Rasmi esok, tak macam sebelum ni lah. Minta maaf lah mungkin Setiausaha Dewan yang sebelum ni pun ada, bukan niat nak mengecilkan Setiausaha Dewan sebelum ini, tetapi kita perlu penambahbaikan begini supaya, bukan apa… supaya rakyat cepat dapat tahu apa yang dibincangkan dan kita perdebat…

Speaker

Yang Berhormat, saya nak perbetul sedikit, cepatnya kita mengadakan handsard ataupun butir perbincangan adalah hasil daripada usaha awal yang dibuat oleh mantan Setiausaha Dewan yang lalu, terima kasih.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Ok tak pa… yang tu saya tak habis lagi nak cakap sebenarnya Yang Berhormat Speaker, saya sebenarnya nak ucap terima kasih juga kepada mantan Setiausaha Dewan yang terdahulu, diteruskan juga oleh Setiausaha Dewan yang sekarang yang baharulah. Jadi saya mencadangkan di sini supaya mungkin di peringkat yang akan datang kita boleh jadikan, apa ni… benda ni saya pernah bangkitkan awal-awal dahulu semasa dilantik. Kita jadikan Persidangan Dewan Undangan Negeri kita ini disiarkan secara ‘live’ supaya rakyat di luar sana tahu apa yang kita berbincang. Ya, kita perlu tunjuk kepada mereka apa yang kita buat di dalam ni, saya mintak, itulah… cadangan itu diangkatlah oleh pihak Dewan Undangan Negeri.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, tadi bermula dengan Yang Berhormat Tambun Tulang, sehinggalah sampai ke jiran saya, kebanyakan semua Yang Berhormat semua dah bangkitkan berkenaan kestabilan politik ketika kita sedang berperang dengan wabak COVID-19 ini, ya… saya sangat setuju dan semalam Titah daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku pun menekankan perkara tersebut dan Alhamdulillah kita di negeri Perlis ini stabil dan senang dan dok nampak macam tadi dengan Yang Berhormat Sanglang tu saja nak bagi panas, no? Yang Berhormat Sanglang, bukan nak ni apa sangat pun, saja nak bagi panas sikit, dah mai tengahari… apa…

Ni panas-panas pun saya nak jawab juga tadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, YB Kola ni ibarat macam telinga lah… nak tutup hidung pakai mask ni gantung di telinga tapi kadang-kadang kita terlupa telinga, kena buat kerja sendiri lah…

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Faham… faham… terima kasih Yang Berhormat Sanglang, jadi itulah, Alhamdulillah semua pandangan daripada rakan-rakan Yang Berhormat menjurus ke arah perkara yang sama iaitu pada ketika ini kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat yang dipilih oleh rakyat ni, mereka cuma nak lihat apa kesungguhan kita untuk membantu mereka menyelesaikan kemelut mereka iaitu menyelesaikan masalah ekonomi mereka, ya… di peringkat kita ni, kita berbincang macam mana nak menyelesaikan masalah COVID sebab itu bukan masalah yang perlu dibincangkan oleh rakyat, tetapi bab ekonomi, kita yang di dalam Dewan yang mulia ini perlu fikir macam mana cara yang terbaik untuk kita bantu menyelesaikan masalah ekonomi mereka, jadi saya mohonlah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, kita put aside, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker, masalah politik di pihak Kerajaan atau pun di pihak pembangkang, tolak ke tepi for a time being, dengan izin Dato’ Speaker, kita fokuskan segala usaha dan tumpuan kita pada ketika ini untuk membanteras masalah COVID, seperti semua dalam Dewan yang mulia ini maklum, nombor satu kes mukim di Perlis ni, Kuala Perlis… nombor dua Sanglang… tak jauh, apa semua. Jadi kita fokus dahulu untuk… dalam keadaan ini kita fokus dahulu, ya… saya tak nafi….

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak kena perbetul sedikit, pasai dia sebut Sanglang banyak kali… Mukim Sanglang… bukan DUN Sanglang. Mukim Sanglang ni sebahagiannya Simpang Empat, dan sebahagian Guar Sanji. Ha… kalau dok kata Sanglang sahaja dok kena saya sahaja. Tolong perbetulkan yang tu… mukim… bukan DUN Sanglang.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Ok tak pa, saya faham Yang Berhormat Sanglang, yang tu…

Speaker

Yang Berhormat kita merujuk mukim di Perlis ni, 22 mukim, jadi Sanglang tu macam kata Yang Berhormat Sanglang lah… bukan DUN Sanglang tapi mukim Sanglang.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Ah, betui-betui… yang tu saya setuju dengan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Jadi kalau macam tu lah, kalau nak diceritakan maksud dia, Kuala Perlis ni bukannya DUN Kuala Perlis tu semua dalam tu, dia ada DUN Kayang juga, dia ada DUN Simpang Empat juga. Jadi kalau tolak-tolak kes yang di Simpang Empat dengan apa nama ni… Kayang ni… DUN Kuala Perlis tu mungkin jadi nombor dua paling tinggi. Mungkin Sanglang paling tinggi la kot… mungkin… mungkin, saya tak kata benda tu betul (sambil ketawa).

Kuala Perlis nombor satu Yang Berhormat Speaker, sebab Polis buat road block pun dia tak mai buat dekat dengan Sanglang ni, dia buat tang tangki air tu…

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Dia bukan apa, tu maksud dia orang sayang sangat dekat Kuala Perlis ni, kena faham tu orang tak berapa nak sayang orang Sanglang, Yang Berhormat Sanglang… ha, kena faham tu… (sambil tersenyum). Melawak na Yang Berhormat Sanglang, ok… kita kembali balik kepada urusan kita. Jadi di waktu-waktu dan ketika ini saya mohon lah kalau perlu sebut saya merayu pun, saya merayu lah rakan-rakan saya pembangkang di sini agar Yang Amat Berhormat Bintong mungkin boleh memperuntukkan bantuan Khas COVID ketika kes tengah naik di Kuala Perlis dan juga…

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Yang Berhormat Kuala Perlis, saya nak tanya, peruntukan yang dibagi baharu-baharu ni sebanyak RM300,000 tu untuk tiap-tiap parlimen tu tak kan dia tak bagi-bagi kot sikit?

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Ok, terima kasih Yang Berhormat Simpang Empat, ya… saya boleh tolong jawab, sebenarnya saya tak perlu jawab, itu bukan peruntukan saya, itu peruntukan Ahli Parlimen Kangar. Ya, Ahli Parlimen Kangar dapat RM300,000 untuk dibelanjakan dan saya mewakili Ahli Parlimen Kangar, saya jawab terus di sini supaya semua orang maklum. Garis panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan adalah RM100 untuk setiap bakul makanan tetapi Ahli Parlimen Kangar, dia berhubung dengan Menteri Kewangan dan berbincang, boleh tak kita kurangkan jumlah nilai tu supaya lebih ramai penerima dimaklumkan? Sepatutnya kalau RM100 satu kepala, hanya dapat 3,000 sahaja pax untuk bakul tu. Tetapi bila Ahli Parlimen Kangar dia berbincang dengan Menteri Kewangan ketika itu, ya, boleh dikurangkan atas budi bicara sendiri lah. Jadi Ahli Parlimen Kangar dia cuba dapatkan setiap bakul makanan itu bernilai lebih kurang RM60 dan boleh diberi kepada 5,000 orang penerima… apa ni… penerima bakul makanan ni dan Alhamdulillah baru ni, 22 haribulan, kita dah masuk fasa keempat di mana setiap kali fasa keempat, setiap fasa tu, empat kali tu… Yang Berhormat Ahli Parlimen Kangar dia bagi 1,000 set which is ada 5 DUN dalam Parlimen Kangar, satu DUN dapat lebih kurang 200 set. Jadi setakat la, untuk Kuala Perlis kita dah ada bagi lebih kurang 800 set. Ya tapi sebelum ni kita pecahkan kepada lebih kurang 33 kawasan dalam Kuala Perlis which is kampung dan juga kawasan taman lah. Kita pecahkan setiap kawasan kampung dan taman ada masing-masing ada kepala sendiri lebih kurang satu kawasan kampung atau taman tu dapat 5 atau 6 orang untuk setiap kali fasa apa semua. Jadi ya, saya tak nafi tapi dalam keadaan sekarang ni yang kita macam awal tadi saya mencelah ketika Yang Berhormat Indera Kayangan sebut tadi, berbahas tadi saya sebutkan tadi 1 kes positif lebih kurang 10 buah rumah apa nama ni kuarantin lebih kurang, saya tak pasti exactly berapa. Jadi kalau 5, 6, 10 kes kali sendiri lah dengan gandaan 10 jadi kita nak cater masalah ni pun tak boleh bantu semua sebab masalah dia bukan orang yang kuarantin ni, depa bukan tak mampu, depa mampu tapi isu dia adalah tak dak sapa nak tolong bantu depa beli barang. Itu ja kena paham macam Yang Berhormat tadi, Yang Berhormat Sena tadi sebut pun kita tak boleh tengok dari segi luaran depa ni tapi kena tengok dari segi isu apa yang sedang depa hadapi. Contoh macam orang kuarantin dia kena sebut tadi bukan depa tak mampu tak dak orang nak mampu nak tolong beli ya…

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Yang Berhormat Kuala Perlis, saya nampak tu seolah-olah macam di Kola Perlis tu banyak tak dapat bantuan. Saya cadangkan Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh bincang dengan wakil daripada pejabat MB yang YB lantik tu tengok sapa yang dah bagi dengan sapa yang tak bagi lagi. Saya takut 1 keluarga dapat 2, 3 kali termasuk JKM bantu, YB bantu, pejabat bantu, MAIPs bantu... last sekali depa boleh bukak kedai lepas ni.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Okay actually saya ada sedikit setujulah dengan apa Yang Berhormat Sanglang bangkitkan, ya tak nafi saya jugak ada berhubung dengan beberapa orang…

Speaker

Yang Berhormat Simpang Empat.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Yang Berhormat Simpang Empat, sorry. Saya juga ada berhubung dengan JPKK di dalam kawasan Kuala Perlis, ada yang berhubung depa akan mintak YB mana senarai yang YB dah bagi, bagi kat saya, depa akan mintak supaya tidak ada pertindihan tapi tak semua JPKK yang bekerjasama dengan saya.

Jadi itulah isu dia. Jadi saya mohon apa nama... Yang Amat Berhormat Bintong boleh tengok baliklah benda ni. Kita bagi sokongan kepada orang yang sedang dikuarantin ni selain daripada kita bagi bantuan sokongan makanan dan at least sekurang-kurangnya mengurangkan tekanan depa duduk di rumah tu. Daripada kena pikiaq tak dak makan anak, tak dak susu apa semua, at least kita bantu kalau macam tu insya-Allah dan saya percaya Kerajaan Negeri Perlis memang ada buat sebelum ni cumanya kali ni saya mintak agar disalurkan melalui kami jugak Ahli Yang Berhormat daripada pembangkang ni. Banyak jugak tadi dibangkitkan, ramai dah Ahli-ahli Yang Berhormat bangkitkan berkenaan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku semalam. Jadi saya rasa saya kurang nak sentuhlah tentang perkara tu, saya nak bangkitkan terus kepada isu-isu setempat dan cadangan-cadanganlah mungkin boleh diambil kira oleh Kerajaan Negeri. Seperti sedia maklum, Kuala Perlis kes tinggi. Kita pun dah tengok YB Indera Kayangan dok buat sanitasi jalan apa semua. Minta maaf Yang Berhormat Indera Kayang saya kurang bersetuju, sebab saya tengok daripada dapatan pakar, sanitasi jalan tu kurang memberikan kesan. Jadi kalau Yang Berhormat Indera Kayangan nak buat, lepas ni mungkin boleh bantu usaha dari segi sanitasi rumah ke rumah especially kawasan rumah yang positif ataupun kawasan rumah yang dikuarantin rumah ke rumah. Jadi saya juga nak mintak…

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Memang kami buat dari rumah ke rumah jugak YB.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Tapi masalah tu tak nampak. Yang kita nampak YB dok share live tu sanitasi jalan ke jalan, yang tu yang saya nampak. Sampai YB masuk kawasan saya pun tak maklum, saya kena sebut yang tu... saya kena maklum, alright, okay.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Saya bukannya apa, saya menyahut jemputan daripada NGO kawasan tu. So saya tak kenal kawasan mana. Kalau ada orang mintak saya tolong, saya bantu saja itu. I punya inisiatif dan saya punya tujuan bantu senang saja. Sapa nak bantuan saya turun, saya bantu tak kira mana, tak kira siapa, saya sedia membantu.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Tak kenai kot ADUN Kuala Perlis ni?

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Ha itu lah, tolong kenai. Okay dia lupa nak maklum kot, tak apa lah saya anggap dia lupa nak maklum, tak pa no problem.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Memang saya lupa, sorry YB.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Okay alright…

Speaker

Boleh saya bagi nasihat kepada Yang Berhormat semua sekali termasuk pihak Kerajaan. Dalam keadaan COVID ni dan persidangan kita akan diadakan besok dan sekali lagi Disember tahun ini supaya kalau keadaan ni berlaku boleh kurangkan sikit pergerakan. Tapi boleh gunakan anak-anak buah Yang Berhormat untuk sampaikan kepada pihak rakyat supaya bila persidangan diadakan pulak tidak ada orang yang ketinggalan, terima kasih.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Okay terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Maksud dia habaq kat depa awai-awai dah. Ha... ni... Shida hampa rajin-rajinlah tengok Facebook ka apa macam tu lah no Yang Berhormat. Okay tak pa, jadi saya nak mencadangkan jugak kepada pihak Kerajaan Negeri supaya dipergiatkan lah proses sanitasi dari rumah ke rumah dengan apa jua keadaan sekalipun. Dan saya jugak nak mencadangkan di sini supaya peningkatan sekatan ataupun tambahan kawalan dan pemantauan di kawasan hotspot dalam kawasan Kuala Perlis sebab sepanjang kes dok naik ni saya terima aduan banyak yang kuarantin bergelang pun keluaq rumah, yang tak bergelang lagi lah kita tak tau... jadi ditambahkan sikit pemantauan pada kawasan-kawasan hotspot tersebut. Juga aduan yang saya terima macam saya sebut tadi berkenaan depa dah contact CPRC, susah nak dapat nak menghubungi CPRC tu pusat kawalan COVID ni. Jadi mohon kita tengoklah apa yang patut, kita check balik. Kemudian sedikit berkenaan insentif lah kalau boleh Yang Amat Berhormat Bintong insentif kepada rakan-rakan yang bekerja di kawasan jeti Kuala Perlis. Dah berbulan-bulan dah depa ni terabai lah, nak kerja lain pun dah tak boleh, jadi banyaklah yang semakin terkesan depa ni. Mohon ditengok balik insentif kepada rakan-rakan yang bekerja di Kuala Perlis. Kemudian ini isu... isu yang agak lama jugak lah yang pernah saya bangkitkan, dah pernah dijawab oleh Yang Berhormat Simpang Empat iaitu berkenaan Lesen Perahu kepada nelayan pantai. Dalam keadaan macam ni banyak dah jugak... FB saya pun ada saya share sedikitlah berkenaan seorang rakan saya sebelum ni kerja offshore. Dia nak pi offshore pun susah sebab nak kuarantin dan gaji pun kena potong jadi dia ambil keputusan untuk beli perahu dan keluaq ke laut. Cumanya isu dia mintak lesen.... memang di dalam keadaan la lesen memang susah, bukan baru ni saja sebelum ni lagi. Jadi, tengok balik permohonan-permohonan lesen daripada nelayan ni, kita kalau boleh kita usahakan bagi lesen ni diluluskan. Itu, kemudian ada jugak isu baru ni berkenaan isu tangguk siput saya mohon mungkin boleh dipertimbangkan oleh Jabatan Perikanan untuk memberikan permit sementara di kawasan tertentu di dalam kawasan laut Kuala Perlis tu untuk depa pi menangguk siput ni. Mungkin apa yang kita boleh buat mungkin kita benarkan permit ni kepada mereka nelayan-nelayan yang mempunyai ahli persatuan nelayan. Walaupun mereka tidak mempunyai lesen perahu, kita benarkan sebab musim siput ni bukan selalu, dia bukan tiap-tiap tahun. Dijangka tahun ni sampai bulan 10 sahaja. Jadi bila depa nak keluaq ni risau kot kena tahan dengan Maritim ka apa. Saya pun ada berbincang perkara ini dengan pihak Maritim lah untuk tengoklah balik benda ni untuk nak bantu balik nelayan apa semua.

Selain daripada tu, isu longkang dan alhamdulillah banyak jugak diselesaikan di dalam kawasan Kuala Perlis, Taman Semarak. Macam petang semalam saya pusing dalam waktu hujan saya tengok banyaklah isu yang saya bangkit sebelum ni dah berjaya diselesaikan dan sedang diselesaikan cuma ada beberapa perkara sikit lah berkenaan lopak air lah. Ayaq bertakung di beberapa jalan yang sebelum ni saya pernah bangkitkan dan saya pernah buat aduan sendiri iaitu berhadapan dengan Kompleks MARA Kuala Perlis tu dekat dengan simpang nak pi ke kedai Eco tu di selekoh nak pi ke pekan Kuala Perlis tu. Selekoh tu kalau siang tak pa kita nampak lopak ayaq tu, kalau malam memang kita tak nampak, takut, orang yang biasa lalu situ insya-Allah lah dia tau. Yang tak biasa tu takut dia kona tu sambil tengah kona. Sebab tu bila ayaq dok bertakung dia berlumut, kalau motor tu possible untuk jatuhlah. Jadi kita mohon tengoklah balik. Benda ni tebuk ja lubang longkang tu, insya-Allah ayaq boleh masuk dalam tu. Dekat situ depan Shell, dekat traffic light KOMA Laut, depan rumah pam KOMA Laut, lepastu sepanjang lebuh raya… Bomba Kuala Perlis ke tepi laut, dia longkang dia tersumbat jadi kalau dia jadi macam condong sikit highway yang sebelah kiri tu dia ayaq dia pi ke tengah jalan ke lane tengah sangat berbahaya benda tu.

Kemudian, antara isu-isu dalam kawasan yang perlu saya bangkitkan di dalam sidang Dewan kali ni ialah berkenaan pengorekan muara Kurong Tengar. Baru ni saya dah bangkitkan kepada pengarah JPS lah. Saya berjumpa sendiri dengan nelayan di situ depa tak mau pun korek dalam kawasan tempat depa parking bot tu… depa nak korek nu luaq nu, luaq daripada muara sebab itu yang isu dia, isu dia bila ayaq pasang surut, tempat parking bot depa tu jadi kolam, bertakung. Depa boleh tak da masalah tapi bila depa nak keluaq ke laut depa kena keluaq awal. Contoh nak memukat pukul 7 depa kena keluaq dah pukul 2 nak tunggu air pasang apa semua. Nak balik pun macamtu jugak. Patut balik awai tapi kerana ayaq surut depa tak boleh masuk, jadi depa mohon tengok baliklah isu pengorekan tu. Kemudian isu papan tanda iklan di Kampung Wai. Isu dia banyak surat yang terlepas sebab posmen tak tau ke mana nak pi pos surat-surat ni sebab alamat di Kampung Wai tu kebanyakannya nombor berapa tak dak jalan, jadi susah untuk posmen mencari apa nama jalan untuk kawasan tersebut. Begitu jugak di Taman Seberang Jaya, dia papan tanda tu dah hilang dah sebab dulu Taman Seberang Jaya ni banyak jadi hostel... apa nama… UniMAP. Jadi mungkin dulu senang sebab dia berpagar apa tau lah nak pi mana. Tapi selepas UniMAP dah keluaq daripada situ, papan tanda jalan tu dah tak da jadi susah untuk posmen ni cari apa semua.

Kemudian berkenaan flat nelayan yang baru siap di sebelah Taman Wai Permai, saya dimaklumkan oleh penduduk yang terima flat tersebut masa berapa hari kemudian, beberapa hari yang lepas dimaklumkan dalam flat tu dimaklumkan setiap penerima ni perlu mengosongkan rumah sedia ada. Jadi saya perlu penjelasan lah berkenaan isu ini sebab ramai dah penerima yang dapat tu depa tu seakan-akan macam dah tak mau terima lah rumah flat tu sebab kalau nak, kena kosongkan rumah lama sebab depa terima rumah tu mungkin dalam satu keluarga depa tu ada 2, 3 kelamin. Jadi mungkin 1 kelamin ja yang boleh pi ke sana... hak yang pemohon, hak lain-lain, anak-anak mungkin boleh stay kat situ. Jadi kita mohon tengok baliklah perkara ni. Kemudian permohonan penduduk lah, penutup longkang di antara kawasan Taman Utara Jaya dan jugak flat Kuala Perlis lah... sikitlah lebih kurang 20 meter, 30 meter longkang sebab penghubung jalan antara 2 kawasan tu dia kecik sikit dia tak boleh kereta berselisih. Kadang-kadang terselisih dengan motor pun menyebabkan kenderaan yang kecik kadang-kadang terlepas masuk dalam longkang. Jadi lah... jadi kat Kedai Kak Ida orang panggil kat situ jadi mintak tolonglah bubuh penutup longkang. Kemudian satu lagi isu yang agak penting jugak bagi saya sebab ini pernah jadi kemalangan lah di kawasan tanah baru dekat selekoh dekat kedai Tok Banun tu ada satu kawasan semak sebelah kanan tu dekat selekoh tu situ. Saya sendiri pun pernah hampir-hampir terlanggaq orang lah sebab kawasan dia selekoh dan terlindung sikit semak dekat situ. Sebelah tu ada kawasan seliaan pelancongan jadi mohon tengok balik kat situ. Yang lain-lain saya minta ni lah... berkenaan longkang saliran di Kuala Perlis ni saya cuma tak mintak banyaklah... mintak balik betui-betui kalau boleh kita cuba selesaikan masalah saliran ayaq dan longkang ni janganlah kita pi ketika waktu kering. Waktu kering ni takkan selesaikan masalah. Kita cuba ketika waktu hujan, insya-Allah kita akan jumpa punca-punca dia. Macam semalam saya jumpa satu lagi punca masalah di kawasan Taman Semarak lah. Mungkin yang tu saya boleh mintak untuk MPK tengok balik benda tu nak tambah sebab kerja tengah dok buat kawasan tu... Taman Semarak tu mungkin nak tengok, nak tambah sikitlah kerja-kerja tersebut sebab dia nak kena korek sikit ja bagi aliran ayaq keluaq tu. Banyak lagi actually... apa nama ni... aduan-aduan daripada kawasan Kuala Perlis ni, tapi masa pun dah mencemburui saya. Saya dengan ini menyokong Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sempena pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Keempat Belas. Sekian daripada saya, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Penangguhan DewanAdjournment

Speaker

Terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan dan akan disambung semula pada hari Khamis 26 haribulan Ogos 2021 jam 9.00 pagi. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

( Persidangan ditangguhkan pada jam 1.40 petang )