Perlis · 26 August 2021

14th Assembly, 4th session, 1st meeting · 253 turns · 33,483 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerlis publishes one PDF per sitting day, but nothing after 9 Aug 2023 although the assembly has kept sitting. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan mula bersidang.

Doa

Penolong Setiausaha Dewan

Doa.

(Bacaan doa oleh Penolong Setiausaha Dewan)

Pemasyhuran daripada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis

Setiausaha Dewan

Pemasyhuran oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri.

Speaker

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menerangkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian tentang aturan perjalanan Mesyuarat Dewan kita pada hari ini. Selepas ini, soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan dijawab oleh pihak Kerajaan mengikut turutan seperti di dalam Kertas Perintah Mesyuarat Dewan. Setelah itu, Dewan akan berehat seketika dan apabila disambung semula, Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja akan dibuka semula bagi membolehkan pihak Kerajaan memberi maklum balas dan seterusnya menggulung perbahasan. Seterusnya satu usul dan rang undang-undang yang telah tersenarai yang perlu diselesaikan pada hari ini iaitu Usul Pemilihan Ahli Dewan Undangan Negara dan Rang Undang-Undang Enakmen Industri Berasas Kayu (Pindaan) 2021. Setelah usul dan dan rang undang-undang yang tersenarai diselesaikan, persidangan Dewan akan ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sekian.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Soalan-soalan lisan.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Dato’ Speaker, saya kemukakan soalan nombor 1.

(Soalan no. 1 : Apakah perkembangan terkini Syarikat Air Perlis (SAP) dalam mengatasi masalah Non-Revenue Water (NRW) di Negeri Perlis?)

Dijawab bersekali dengan soalan no. 11 :

(Soalan no. 11 : Apakah usaha pihak SAP untuk menambah baik tekanan air dan kualiti air yang bersih serta mengurangkan Non-Revenue Water (NRW) di Negeri Perlis?)

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan nombor 11 daripada Yang Berhormat Indera Kayangan. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan dan juga Yang Berhormat-Yang Berhormat, berkenaan dengan isu NRW ini sebenarnya kita telah melalui satu proses yang panjang di mana kita telah melalui satu proses yang… proses perolehan dan sekarang perkembangan yang terkini adalah kita dalam proses pembinaan untuk menaik taraf sistem perkhidmatan air di negeri Perlis ini, dan dalam proses pembinaan ini, kita sedang membina tiga program... tiga komponen utama untuk memastikan perkhidmatan air ini ditingkatkan iaitu antaranya ialah program NRW Nasional Pendekatan 1, yang mana komponen-komponen yang ada di dalam program ini adalah kita membaik pulih dan membina baru tangki-tangki air sebanyak 6 unit iaitu di Kuala Perlis, Simpang Empat dan juga di Arau. Selain daripada itu juga, komponen yang terdapat di dalam program ini adalah penggantian meter air pengguna berjumlah 32,000 unit, pemasangan 14 unit meter SIV di semua Loji Rawatan Air SAP, dan juga kita akan membangunkan satu unit khas pemantauan NRW termasuk pembinaan satu buah Pusat Kawalan NRW di Repoh, Perlis. Di dalam proses pembinaan ini, sudah semestinya ada beberapa halangan semasa proses pembinaan ini dan antaranya ialah program-program yang dijalankan ini turut terkesan dengan pandemik COVID yang telah berlaku sejak 2020 yang lalu dan ini sebenarnya memberi kesan kepada tempoh penyiapan pembinaan projek ini dan kalau kita lihat dalam Program NRW Nasional Pendekatan 1 ini adalah… jadual asal penyiapan adalah pada Mei 2022 tetapi dengan terkesannya proses pembinaan ini maka penyiapannya telah menjadi lewat dan dijangka siap pada Julai 2022 nanti. Untuk makluman Yang Berhormat, NRW ni memang kita dalam proses membaik pulih ataupun mengatasi masalah NRW ni tetapi dengan program-program ini ianya tidak dapat diselesaikan secara terus atau apabila siap projek ini nanti kerana ini adalah... ianya dalam salah satu fasa yang kita sedang lakukan. Dan untuk makluman Yang Berhormat, siap projek-projek ini nanti NRW tidak akan turun secara mendadak daripada 62% kepada 30% atau apa-apa saja nombor yang kita akan pantau nanti, tetapi ianya adalah satu sistem yang merangkumi semua... merangkumi program-program loji, program-program tangki air, sistem bekalan dan juga sistem rangkaian dan sekarang kita dalam Fasa 1 untuk membaik pulih tangki-tangki air ini untuk menambah bekalan air kepada pengguna, dan dalam Program yang Kedua nanti insya-Allah kita sedang berusaha untuk memastikan program Fasa Kedua penggantian paip-paip air ini akan dilakukan dan program ini... projek-projek ini telah kita usahakan untuk dimasukkan atau dijayakan dalam RMKe-12 nanti. Selain daripada itu juga makluman Dewan, walaupun program atau pembinaan ini sedang berjalan, tetapi... Kerajaan Negeri turut membantu pihak SAP dengan menyuntik dana peruntukan pada tahun ini sebanyak RM4.1 juta. Dan RM4.1 juta ini adalah bagi membantu SAP untuk kerja-kerja segera, kerja-kerja baik pulih paip air untuk senggaraan sistem, retikulasi paip air dan juga penggantian paip-paip air yang lama yang dilakukan secara segera. Dan selepas program ini, dalam Program NRW Nasional Pendekatan 2, Pendekatan 1 nanti kita juga akan menubuhkan satu unit khas NRW yang mana kita akan ada satu team atau satu pasukan untuk memantau atau serta mengkaji isu-isu NRW ini dan akhirnya akan... dan akan mengambil tindakan dan juga cadangan-cadangan untuk melakukan pengurangan secara sistematik. Sekian.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan, terima kasih Yang Berhormat Kayang. Saya tau proses ini akan dapat diselesaikan insya-Allah. Semua tanggungjawab ini akan diberikan kepada Syarikat Air Perlis, untuk mengendalikan sepenuhnya, untuk drive efficiency dan lain-lain lagi la dan ini semua akan dijawab oleh Syarikat Air tetapi ianya tergantung kepada sebagaimana kita nak menggemblengkan tenaga pentadbir dan pelaksana kita tu di peringkat SAP dan contohnya kita mewujudkan unit rondaan misalnya, yang mungkin dibuat berkala secara menyeluruh di seluruh negeri Perlis, untuk membuat inspection kawasan-kawasan yang ada kebocoran dan sebagainya. Satu lagi kita harus buat pendekatan untuk menyedarkan rakyat tentang kebocoran dan sebagainya. Lagi satu kita harus buat pendekatan untuk menyedarkan rakyat jadi kita tau paip pecah depan rumah. Kita ambil paip dulu, yang penting yang lain-lain yang mereka sendiri di rumah paip tak pernah dilihat sering berlaku kebocoran, tidak disedari semua tu yang melibatkan syarikat yang mengalami kerugian dulu. Kerana kadar kita ni juga tinggi berbanding dengan Pahang, kita adalah jaguh NRW ni di seluruh negara. Bagaimana kita nak menimbulkan kesedaran rakyat... di kalangan rakyat sendiri untuk mereka sedar dan mereka membuat laporan dan kesiapsiagaan SAP untuk menerima aduan-aduan yang diterima segera bagi mereka yang diambil menolong untuk mengatasi kadar NRW di negeri Perlis ini? Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih Yang Berhormat, saya melihat ada dua strategi yang kita usahakan. Yang pertama, adalah kita membangunkan sistem GIS sendiri supaya akhirnya apabila siap projek ini nanti pihak SAP mempunyai satu sistem jaringan ataupun satu peta secara sistematik dibangunkan melalui sistem GIS supaya lebih memudahkan sistem pemantauan oleh SAP dan selain daripada itu juga, kesedaran rakyat terhadap kepentingan perkhidmatan kualiti air ini juga kita telah berada di tahap yang memberangsangkan kerana rakyat telah dilibatkan dengan melibatkan mereka dalam penyampaian informasi-informasi bagi membantu pihak SAP, terutamanya dalam sistem pengaduan awam yang mana kita telah wujudkan group-group WhatsApp di kalangan kepimpinan komuniti tempatan, di mana akhirnya aduan-aduan dapat disalurkan terus kepada SAP. Dan dalam pada masa yang sama, penyaluran maklumat berkaitan tindakan-tindakan pembaikan, status pembaikan ataupun amaran atau maklumat-maklumat awal tentang program-program paip dapat disalurkan secara terus di dalam group-group ini dan kita berharap agar sistem organisasi yang ada melalui jentera Kerajaan iaitu jentera melalui JPKK dapat menyalurkan maklumat-maklumat ini terus kepada rakyat dan saya rasa ini suatu keadaan secara tak langsung dapat menimbulkan kesedaran di pihak rakyat tentang kepentingan dan juga tentang... untuk membantu pihak SAP dalam meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan air.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan kedua Yang Berhormat, sikit... sikit ja. Kalau di main road, di manhole, nampak. Itu semua orang akan report. Tapi kalau di kawasan terpencil, di hujung-hujung taman, saya bercakap ni sebab ada bukti, saya tengok dah setahun lebih dah, air memang... nanti saya bagitau dekat Tuan Haji Hamid, saya dah buat aduan dah banyak kali. Tapi saya tak bagi tau nama dan perkenalan la... saya bagitau di taman sekian... depan rumah bekas pemain bola sepak kita Malaysia dulu ni, memang dah setahun lebih aduan dah buat. Saya boleh bawa SAP pi tengok, YB pi tengok lepas ni pun takpa dan kerana tempat terpencil ni orang tak nampak dan air keluar setiap hari dan saya sayang... saya kata yang ni income untuk SAP tapi kalau ada unit rondaan sekurang-kurangnya Yang Berhormat, depa akan ronda, depa akan tau. Mungkin hari ni depa buat rondaan tiga taman, empat taman, kawasan-kawasan yang terpencil. Manhole tak dak masalah, orang boleh nampak, orang lalu lalang hari-hari, yang tempat-tempat terpencil ni yang saya minta unit rondaan tu kerap kali mengadakan rondaan. Ni salah satu. Dia banyak lagi cabang-cabang NRW, ni salah satu untuk kita melihat hasil SAP dapat ditingkatkan, terima kasih.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, memang kita ada unit rondaan di SAP, pada masa kini memang kita ada 7 orang yang telah ditugaskan untuk membuat rondaan-rondaan ini selain maklumbalas penyebaran kebocoran paip air melalui sistem aduan yang telah kita adakan.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan, ok saya nak tau apakah perkembangan penyambungan illegal, sebab kita tau mungkin banyak penyambungan illegal, bagaimana SAP menangani masalah ini? Dan kedua, adalah bagaimana pula dengan bahagian pengurusan kutipan untuk sisa SAP sebab saya rasa ini adalah juga satu bebanan yang ditanggung oleh SAP jikalau kita hadapi tanggungan tunggakan yang banyak daripada pengguna oleh pihak SAP?

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Berkaitan dengan penyambungan illegal ni memang kita ada satu unit penguatkuasaan ini yang sentiasa melakukan rondaan dan ada banyak tindakan-tindakan pemotongan dan juga tindakan-tindakan membawa kes-kes ke mahkamah tentang isu-isu penyambungan illegal ini telah pun kita ambil tindakan, dan penguatkuasaan ini sentiasa dilakukan dari masa ke semasa. Ia termasuk juga berkaitan dengan tunggakan. Tunggakan ini macam biasa YB, dari pemobilan yang kita buat... lakukan, kita akan hantar notis dan kebiasaannya apabila bil-bil itu RM2,000 maka tindakan penguatkuasaan dan tindakan pemotongan akan dilakukan.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 2.

(Soalan no. 2 : Berapa ramaikah rakyat Perlis yang telah menerima vaksin dan berapakah bilangan penerima mengikut jadual yang ditetapkan?)

Dijawab bersekali dengan soalan no. 4 dan no. 18 :

(Soalan no. 4 : Apakah jaminan atau mekanisme Kerajaan Persekutuan bagi memastikan vaksin COVID-19 akan diagihkan secara adil dan saksama kepada Negeri Perlis; dan sehingga ini berapakah unjuran terperinci rakyat Perlis yang telah mendaftar dan sudah menerima vaksin dari segi umur; serta adakah Kerajaan Negeri yakin bahawa 70% daripada penduduk Negeri akan menerima vaksin bagi membentuk imuniti berkelompok (herd immunity) menjelang penghujung tahun 2021?

(Soalan no. 18 : Bilakah jangkaan masa 100% imuniti kelompok (herd immunity) bagi Negeri Perlis akan dicapai?)

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon jawab soalan ini bersekali dengan soalan no. 4 daripada Yang Berhormat Sena dan soalan no. 18 daripada Yang Berhormat Kuala Perlis. Sehingga 19 Ogos 2021, seramai 136,189 atau 53.4% orang rakyat Perlis daripada 254,900 orang telah menerima suntikan pertama dan 17,479 atau 42.2% orang telah menerima suntikan lengkap 2 dos. Secara keseluruhannya, bagi semua penduduk dewasa 18 tahun dan ke atas yang dianggarkan berjumlah 181,200 orang, negeri Perlis telah mencapai 75.2% suntikan dos pertama dan 59.3% suntikan lengkap dos kedua. Peratusan pendaftaran vaksin bagi populasi berusia 60 tahun dan ke atas adalah pada kadar 90.1%. Sekiranya vaksin dapat dibekalkan lancar dan teratur, negeri Perlis dijangka mencapai imuniti berkelompok pada Oktober 2021. Terima kasih.

Speaker

Ada nak tambah Yang Berhormat?

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Dato’ Speaker dan Yang Berhormat Titi Tinggi. Saya ingin bertanya pandangan Yang Berhormat, ada laporan mengatakan guru yang anti vaksin yang tidak mau mengambil suntikan langsung. Jadi mereka ini akan menjadi tenaga pengajar di sekolah dah tentu menimbulkan kebimbangan di kalangan pelajar dan ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah. Jadi apa tindakan Yang Berhormat dalam mengatasi ini? Saya tak tau.. mungkin ada dalam diri Yang Berhormat, kalau tak dak boleh boleh jawab dalam penggulungan nanti. Terima kasih.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Yang Berhormat, izinkan saya jawab dalam ucapan penggulungan sekali.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Apa tidak tersedia satu tempatlah... Pengetua dengan cikgu tu depa duk tempat situ, duk ajar kucing dan sebagainya. Jangan duk bagi terlibat orang...

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, selamat pagi. Soalan saya soalan nombor 3. Terima kasih Dato’ Speaker.

(Soalan no. 3 : Berapakah kos perbelanjaan persiapan Program Pesta Angin Timur 2020?)

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker, terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Bagi kos keseluruhan perbelanjaan Pesta Angin Timur Perlis 2020, bagi kali yang kelapan yang telah diadakan pada 28 Februari hingga 1 Mac 2020 di Kampung Oran ialah sebanyak RM 275,000.00. Pecahan peruntukan adalah seperti berikut. Peruntukan Kerajaan Negeri Perlis adalah sebanyak RM 135,000.00 dan Peruntukan dari MOTAC sendiri adalah sebanyak RM140,000.00. Sebagai maklumat tambahan, bagi tahun 2021, Pesta Angin Timur dilaksanakan juga tetapi dengan pendekatan yang berbeza bukan lagi secara fizikal kerana mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk menganjurkan program ini secara dalam talian. Bagi menyambung acara tahunan ini, dengan mengambil pendekatan semua aktiviti yang dilaksanakan adalah secara rakaman dan dipancarkan melalui media sosial. Untuk tahun 2021, perbelanjaan pelaksanaan Pesta Angin Timur bagi kali ke sembilan yang telah diadakan secara online pada 4 hingga 5 Jun 2021 adalah RM37,780.00 dengan menggunakan peruntukan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia sepenuhnya. Sekian.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker. Soalan saya soalan nombor 5. Terima kasih.

(Soalan no. 5 : Apakah langkah Kerajaan Negeri Perlis dalam menyediakan lebih banyak Rumah Mampu Milik atau Program Perumahan Rakyat (PPR) sewa beli untuk menampung keperluan rakyat pada harga yang berpatutan?)

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker. Berkenaan dengan soalan ini, kita... langkah utama Kerajaan Negeri Perlis dalam menyediakan lebih banyak Rumah Mampu Milik sudah semestinya... langkah Kerajaan adalah dengan meningkatkan stok atau bahasa mudahnya kita tambah kuantiti stok tawaran bagi rumah-rumah terancang bagi memenuhi keperluan rakyat dan berdasarkan statistik Jadual Stok Harta Kediaman yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara ataupun NAPIC, sehingga suku tahun pertama tahun 2021 ini, Perlis sebanyak 18,588 buah unit mampu milik telah disiap dibina dan manakala 2,242 unit buah pula adalah dalam perancangan komited yang akan dilaksanakan pada tahun ini juga oleh pihak pemaju. Sekian.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Assalamualaikum dan selamat pagi, Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 6.

(Soalan no. 6 : Selain bantuan-bantuan yang diumumkan oleh Kerajaan Pusat, apakah inisiatif Kerajaan Negeri Perlis sendiri untuk membantu peniaga-peniaga kecil dan penduduk yang terjejas akibat pandemik COVID-19?)

Dijawab bersekali dengan soalan no. 13 dan no. 17 :

(Soalan no. 13 : Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu golongan peniaga kecil dan sederhana bagi membina kembali perniagaan mereka yang terjejas teruk selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?)

(Soalan no. 17 : Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu peniaga-peniaga yang terkesan akibat penguatkuasaan PKP3.0?)

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker. Saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan no. 13 daripada Yang Berhormat Tambun Tulang dan soalan no. 17 daripada Yang Berhormat Indera Kayangan. Dia agak panjang sedikit jawapan dia. Antara inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu golongan peniaga kecil dan sederhana yang terkesan selama tempoh PKP ialah antaranya kita kecualikan sewaan gerai premis Kerajaan Negeri berjumlah RM60,720, kita kecualikan juga sewa sewaan gerai premis MAIPs yang berjumlah RM343,317, pengecualian sewaan gerai premis MPK dan juga Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis berjumlah RM864,000, pengecualian sewaan tapak RM38,000, serta kita juga membantu di dalam bantuan pemasaran di dalam produk pertanian dan sebagainya. Kita Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan dasar Perlis Bebas Niaga yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2021 yang lalu berteraskan kepada tiga syarat utama iaitu kebersihan, keselamatan dan kacau ganggu. Dan sehingga kini melalui data yang kita perolehi dari pihak MPK ianya telah memberi manfaat kepada seramai 425 orang peniaga ataupun penjaja. Selain itu, pemberian diskaun turut diberi kepada mereka ini sebanyak 20% ke atas kadar bayaran lesen penjaja yang merangkumi Lesen

Meja Jualan, Lesen Kereta Surung, Lesen Penjaja Bergerak dan Lesen Peniaga Pasar Malam ataupun Pasar Sehari. Ini kita 20% diskaun. Inisiatif ini sebenarnya telah memberi manfaat kepada 3,207 penjaja yang melibatkan implikasi kewangan kepada MPK berjumlah RM22,400.00 sepanjang tempoh pelaksanaan PKP dari bulan Mac 2020 sehingga Julai 2021 nanti. Dan memandangkan PKP 3.0 yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2021 yang lalu telah menetapkan syarat hanya penjaja yang mempunyai lesen daripada PBT ataupun Pihak Berkuasa Tempatan sahaja yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP ini, maka pihak MPK telah... dengan inisiatifnya telah mengeluarkan satu Permit Khas Sementara kepada penjaja-penjaja yang tidak berlesen ini bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti penjajaan tanpa dikenakan tindakan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan. Dan Permit khas ini tidak dikenakan sebarang bayaran. Daripada 524 permohonan yang diterima, sebanyak 425 permohonan telah diluluskan manakala baki 99 permohonan lagi tidak dapat diluluskan atas beberapa faktor seperti lokasi yang tidak sesuai, permohonan bertindih, peniaga bermastautin di luar negeri Perlis dan sebagainya. Selain daripada itu juga, bagi membantu meringankan beban golongan peniaga yang terjejas yang menyewa hartanah MAIPs, pengurangan bayaran telah dilaksanakan oleh pihak MAIPs dengan implikasi kewangan sebanyak RM515,000. Sekian.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Sedikit soalan tambahan Yang Berhormat Dato Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Kayang atas penjelasan walaupun mewakili Yang Berhormat Santan lah. Jadi saya nak tanya sikitlah berkenaan Premit Khas Sementara tu, adakah syarat-syarat permohonan dia tu sama dengan syarat-syarat permohonan lesen? Itu saja.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih Yang Berhormat. Permit Khas Sementara ni adalah kita bagi kelonggaran untuk... berdasarkan kepada untuk memenuhi dasar yang kita perkenalkan iaitu Perlis Bebas Niaga. Jadi syarat dia tu mestilah memenuhi 3K tadi tu lah dan bila memenuhi syarat-syarat tiga ni insya-Allah kita keluarkan Permit Khas Sementara ini.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.

Yang Berhormat Dato Speaker, soalan saya nombor 8.

(Soalan no. 8 : Apakah perkembangan bola sepak Perlis? Adakah Kerajaan Negeri langsung tidak mahu campur tangan untuk mengembalikan kegemilangan Singa Utara dan menyelamatkan pemain muda yang berbakat?)

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker. Perkembangan pertandingan bola sepak Perlis terkini PFA Persatuan Bola Sepak Perlis telah mewujudkan satu kelab bola sepak tempatan iaitu Perlis United Football Club, PUFC dan melalui usaha yang baik daripada PFA, pasukan ini berjaya dan layak untuk menyertai Liga Malaysia Divisyen 3 ataupun M3. Pengwujudan pasukan bola sepak kelab ini adalah selaras dengan dasar penswastaan Liga Malaysia oleh FAM yang mewajibkan pasukan Liga Malaysia diswastakan dengan melakukan pemisahan persatuan negeri (FA) kepada kelab bola sepak (FC). Dasar ini akan mendorong pengurusan sukan bola sepak ini ke arah pengurusan profesional sepenuhnya dan dalam erti kata lain kelab bola sepak ini akan mempunyai pemilik tetap. Dan pemilik tetap inilah yang akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan pemain serta strategi pembangunan bakat pemain untuk bermain dengan kelab ini. Dalam konteks PFA ini, PFA telah mewujudkan sebuah syarikat iaitu Syarikat Optimus Pop Sdn. Bhd.

yang mana kita di pihak Kerajaan Negeri membantu dengan memberi sokongan kepada Pihak Pesuruhjaya Sukan Malaysia untuk pendaftaran kelab ini pada Januari 2021 yang lalu. Untuk makluman Yang Berhormat, sebagaimana yang telah saya maklumkan pada sidang yang lepas, Kerajaan Negeri tidak mencampuri hal ehwal pentadbiran dan pengurusan dalaman PFA dan juga barisan pengurusan PFA yang baru ini yang diketuai oleh Presidennya iaitu Lawyer Zambri Ibrahim ini sedang mengurus dengan baik isu-isu dalaman PFA ketika ini. Dan maklumat yang diperolehi berkaitan urusan PFA ini sangat positif dan insyaallah akan dapat diselesaikan. Berkaitan pembangunan bola sepak untuk pemain-pemain muda yang berbakat, kita ada program khas berkaitan program ini iaitu Program Pembangunan Bola Sepak Negara ataupun NFDP ataupun Nasional Football Development Programme dan juga program pembangunan akar umbi oleh pihak FA sendiri dan dianggarkan seramai 415 orang pemain bola sepak remaja konsisten menjalani latihan di Negeri Perlis ini yang mana pelaksanaanya dipantau oleh pihak MSN Negeri Perlis. Bagi menyokong dan menjayakan program NFDP ini, MSN Perlis menyediakan kemudahan padang latihan dan tempat pertandingan, bantuan peralatan sukan, kemudahan tempat kursus dan klinik bola sepak, bantuan pengangkutan untuk menyertai kejohanan serta bantuan kepakaran melalui peralatan sains sukan yang ada di MSN. Dan melalui program sokongan yang terdapat di dalam program NFDP itu, program akademi tunas, tiga pusat latihan daerah dan satu sekolah sukan negeri telah melahirkan bakat-bakat muda yang akhirnya mereka ini berjaya ditempatkan di Akademi Mokhtar Dahari di Gambang di mana sejak tahun 2016, di mana 12 orang pemain daripada Perlis telah berjaya ditempatkan di akademi ini dan 6 orang pemain telah mendapat panggilan skuad pelapis Malaysia bawah 17 tahun dan akhirnya kesemua pemain ini diikat oleh pasukan profesional tempatan. Sekian.

Dato’ Speaker, Yang Berhormat Kayang, terima kasih di atas jawapan. Dan makluman yang saya dapati, PUFC ni, pejabat dia tumpang pejabat lawyer… Presiden persatuan... Presiden, Presiden persatuan sahaja. Jadi, apakah tak boleh ruangan di Stadium Utama Negeri tu yang bahagian atas tu diserahkan kepada persatuan untuk dijadikan ruang pejabat? Begitu juga dengan sukan-sukan yang lain dikumpulkan di stadium utama tu dan saya rasa lebih terurus lagi stadium kita. Saya lihat makluman yang dimaklumkan banyak kerosakan yang dah berlaku di situ dan ruangan itu pun kalau boleh diberi secara percuma kepada persatuan-persatuan sukan di negeri Perlis untuk dijadikan ruang pejabat. Terima kasih.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih Yang Berhormat Sanglang atas cadangan tersebut. Memang, syarikat Optimus ni memang… iya lah, dia memang… anak kepada PFA lah. Jadi, memang syarikat ini tumpang pejabat PFA buat sementara waktu ini. Apa yang menariknya ialah pengurusan PFA yang baru ni dia low profile, maksudnya tak dak lah nak mempromosi secara keterlaluan apa yang sedang dilakukan. Dan, walaupun tindakan-tindakan low profile ini… sifat-sifat low profile ini dilakukan oleh pihak PFA tetapi banyak perkara-perkara penting yang telah dapat diselesaikan secara dalaman. Berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat Sanglang untuk pihak MSN menyedia secara percuma tempat-tempat di MSN, sebenarnya kita pernah sediakan tempat-tempat ataupun ruang di MSN tetapi malangnya banyak persatuan-persatuan akhirnya tidak membayar sewa ataupun tidak membayar bil-bil utiliti yang mana akhirnya terpaksa ditanggung oleh pihak Kerajaan. Dan dengan sebab itu, kita telah mengecualikan ataupun tidak membenarkan semua persatuan-persatuan ini untuk bersama di dalam kompleks stadium dan salah satu reason-nya adalah kerana kita mempunyai pejabat… pejabat MSN sendiri di dalam kompaun tersebut. Dan, ruang yang disediakan tu adalah bersama dengan pejabat tu, jadi, kita tak mahu ada isu-isu keselamatan timbul ataupun berbangkit kelak. Tetapi, kita juga… walaupun kita tak sediakan tempat ataupun pejabat ataupun ruang untuk operasi persatuan-persatuan ini, tetapi kita menyediakan ruang untuk persatuan-persatuan mengadakan aktiviti, seperti bilik mesyuarat dan boleh digunakan pada masa-masa tertentu. Dan sebagaimana yang YB Sanglang maklum, mungkin YB berhasrat supaya pihak MSN menyediakan ruang sebagai pejabat dan itu memang pada masa kini... memang kita tak dapat sediakan untuk persatuan.

Sikit lagi Yang Berhormat Dato’ Speaker. Tadi YB ada sebut tentang pengurusan Persatuan Bola Sepak Perlis ni dia low profile. Saya kata dak… ada masalah yang menyebabkan dia low profile ni. Yang saya perhatikan dia… hutang banyak lagi, yang tak selesai. Itu yang menyebabkan low profile.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Ok low profile ni sebenarnya strategi lah Yang Berhormat Sanglang. Memandangkan Presiden yang baru ni seorang lawyer, jadi pengurusan PFA berkaitan dengan hutang-hutang ni, PFA menguruskan secara... sedang mengkaji documentation ataupun dokumentasi-dokumentasi berkaitan hutang-hutang ni. Dan daripada semakan ataupun housekeeping yang telah dilakukan oleh pihak PFA yang baru ni, ada isu-isu pembayaran gaji yang tidak memenuhi kontrak ataupun tidak mempunyai dokumen-dokumen yang sah. Dan pihak PFA sedang menyiasat tentang perkara ini dan juga merujuk dengan agensi-agensi tertentu tentang tuntutan-tuntutan tertentu, terutamanya tuntutan gaji daripada pemain-pemain import yang mana tidak mempunyai dokumen-dokumen untuk menyokong tuntutan mereka. Dan benda-benda inilah yang sedang diurus oleh pihak pengurusan PFA yang baru ni.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Yang Berhormat Kayang, tentang implikasi yang disebut tu… hutang-hutang tu, adakah akan terdapat implikasi dari segi penyertaan pasukan yang disebut tadi ni… PUFC… yang merupakan… yang di bawah anak syarikat PFA? Adakah akan ada implikasi… apa orang kata… nanti nak… penyertaan dalam pertandingan yang melibatkan dengan FAM? Terima kasih.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Tidak, Yang Berhormat. Yang Berhormat Sena, tidak. Tidak akan mengganggu penyertaan pasukan lah. Sebab PFU merupakan kelab tempatan dan liga-liga tempatan yang sedang dilaksanakan oleh PFM ini adalah semuanya daripada kelab-kelab tempatan dan bukannya daripada persatuan negeri. Dan ini tidak melibatkan isu-isu dalaman PFA… tidak terlibat dalam proses penyertaan PUFC dalam liga tempatan Malaysia.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya soalan nombor 9.

(Soalan no. 9 : Berapakah jumlah bengkel yang telah dibina oleh pihak MADA dan RISDA bagi tujuan meningkatkan pendapatan petani dan penoreh getah serta bilangan peserta dan pengoperasian bengkel-bengkel ini?)

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Mengikut rekod, seramai 25 orang telah menerima geran skop bengkel di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda iaitu MADA mulai tahun 2018 sehingga 2021. Manakala di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dari tahun 2000 sehingga 2020, terdapat 7 orang usahawan yang menerima bantuan bengkel serta baik pulih untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil. Kesemua penerima bengkel di bawah MADA dan RISDA masih aktif dan beroperasi sehingga kini. Sekian.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan tambahan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Empat. Saya nak tanya, adakah program ni dia berterusan dan apabila berlaku pandemik ni, sudah pasti mereka juga terjejas. Dan apakah kita terus… Kerajaan Negeri terus memberi bimbingan kepada mereka? Kalau saya lihat, kita berjalanlah… masuk kampung… kita tengok banyak pengendali atau pengusaha-pengusaha yang dapat bantuan RISDA ke MADA ini, hanya tinggal signboard ja. Kedai tak tahulah ke mana. Bengkel pun tak tahulah ke mana. Jadi, apakah kita hanya bagi... biarkan mereka sendiri ataupun kita ada bimbingan lain, berterusan ataupun berkala? Terima kasih.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih Yang Berhormat. Program ini dia berterusan dan ikut rekod kita masih aktif sehingga hari ini. Dan mereka-mereka ini kebanyakan mereka berdaftar dengan SSM. Bantuan daripada pihak Kerajaan Pusat masih berjalan dan difahamkan antara mereka ini memperolehi bantuan antara 5 ke 6 ribu dah setakat terkini, semasa bantuan pandemik COVID.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sena.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 10.

(Soalan no. 10 : Nyatakan pembangunan infrastruktur yang telah dijalankan di kawasan DUN Sena dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini. Mohon perincikan mengikut jenis, lokasi dan jumlah peruntukan serta apakah pembangunan infrastruktur yang dirancang untuk dilaksanakan di kawasan DUN Sena dalam tempoh terdekat ini? Nyatakan bentuk perancangan, lokasi dan peruntukan yang diluluskan.)

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat Sena, jawapan ni panjang sikit sebab dalam tempoh 10 tahun ni banyak… terlalu banyak projek yang telah dilaksanakan oleh pihak JKR dan juga pihak JPS. Kebanyakannya projek-projek ni dilaksanakan oleh JKR dan juga JPS di dalam kawasan Sena. Bagi projek-projek yang telah dilaksanakan oleh JKR di dalam kawasan Sena bagi tempoh 10 tahun kebelakang ini, terdapat 17 projek iaitu kerja mengecat semula bangunan masjid di Masjid Tuanku Syed Putra berjumlah RM60,500.00, kerja-kerja penyelenggaraan Masjid Tuanku Syed Putra, Kangar berjumlah RM50 ribu, membina dan menyiapkan masjid baru dan lain-lain kemudahan di Batu 2 Lama, Jalan Kaki Bukit, Mukim Sena, Perlis berjumlah RM6.89 juta, pemasangan lampu jalan di Jalan Behor Pulai - Guar Syed Alwi (FT186) ke Jalan Guar Syed Alwi (R147) berjumlah RM50 ribu, pemasangan lampu jalan di Jalan Padang Behor di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Lailatul Shahreen berjumlah RM50 ribu, pemasangan lampu jalan untuk projek naik taraf jalan belakang Pasar Sena, Kangar berjumlah RM72 ribu, kerja menaik taraf sistem lampu isyarat segerak (green wave) bagi persimpangan jalan-jalan negeri, persimpangan Jalan Sekolah Menengah Derma (R8), persimpangan Jalan Kampung Pondok (R108), persimpangan Jalan kaki Bukit - Santan (R170), persimpangan Jalan Kampung Salang (R110) dan persimpangan Jalan Abi Batas Paip (R11) berjumlah RM271,790.00, kerja menaik taraf jalan belakang Pasar Sena, Mukim Sena berjumlah RM920,866.00, menaiktaraf Jalan Kampung Bakau / Simpang Tiga Kangar, Perlis berjumlah RM25,087,246.00… yang ni pada tahun 2013. Membina Jalan Padang Behor ke Jejawi pada tahun 2013, membina Jalan Lintasan Tengah pada tahun 2013, penyenggaraan permukaan Jalan Santan (R135) pada tahun 2018 dan 2019, penyenggaraan permukaan Jalan Santan ke Batu Dua (R163) pada tahun 2018, penyenggaraan permukaan Jalan Jejawi Tok Kayaman (R133) pada tahun 2018, penyenggaraan permukaan Jalan Mata Ayer ke Beseri pada tahun 2016, 2019 dan 2020, penyenggaraan permukaan Jalan Jejawi Tambun Tulang (R175) pada tahun 2017 dan 2018, penyenggaraan permukaan Jalan Jejawi Permatang Behor Pulai… Jejawi Permatang ke Behor Pulai pada tahun 2020. Dan selain daripada itu juga, pihak JKR telah memohon beberapa projek jalan dan saliran yang lebih menyeluruh setiap tahun di kawasan DUN Sena berpandukan kepada keadaan di sesuatu kawasan tersebut. Manakala bagi JPS pula, antara pembangunan infrastruktur di kawasan DUN Sena telah… pihak JPS telah melakukan kerja menaik taraf longkang ‘v’ ke longkang ‘u’ bersaiz 900mm di Skim Pengairan Santan Selatan sepanjang 3.5km berjumlah RM200 ribu, kerja penstabilan tebing sungai di Sungai Repoh dan Sungai Korok berjumlah RM310 ribu, kerja menaik taraf pintu kawalan di outlet Sungai Korok berjumlah RM50 ribu, pembinaan parit saliran banjir dari Jalan Kangar (Taman Ira) ke Sungai Repoh sepanjang 408 meter dan pembinaan parit saliran banjir di Jalan Kangar Arau (Repoh) ke Sungai Repoh sepanjang 370 meter. Dan antara perancangan pembangunan di kawasan DUN ini pada tahun hadapan adalah menaik taraf kemudahan dan utiliti di koridor Sungai Repoh iaitu kawasan Taman Tok Paduka, menaik taraf laluan dan jalan ban Sungai Repoh (Litar Sena), penggantian perangkap sampah sedia ada dan membina tempat pengumpulan sisa pepejal di pertemuan Sungai Perlis dan Sungai Repoh serta menaik taraf longkang. Sekian.

Dato’ Speaker, soalan tambahan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kayang yang telah menjawab bagi pihak… memang Yang Berhormat kan. Tentang naik taraf longkang, kalau kita dapati di Jejawi, Jalan Jejawi Sematang, itu adalah kawasan yang kerap berlaku banjir kilat apabila taburan hujan yang lebat. Pihak saya dah memohon kepada… dan dapat kelulusan pada suatu ketika dahulu daripada TPM tetapi jumlah kelulusan tu tidak cukup untuk… saya ingat RM300 ribu kot… tidak cukup untuk menampung kos bagi naik taraf, bagi menyelesaikan masalah banjir kilat di situ. Itu berlarutan agak lama, saya ingat, banyak tahun dah. Dan saya difahamkan daripada pihak ICU, Kerajaan Negeri akan mengusahakan untuk masuk… memohon peruntukan RMKe-12. Jadi, saya nak tahu sejauh mana tu… adakah projek naik taraf longkang di Jalan Jejawi Sematang, apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Perlis? Terima kasih.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk projek ini memang kita masukkan ke dalam Rolling Plan pertama RMKe-12 nanti, insya-Allah. Jadi, RMKe-12 pun masih belum dibuat sidang Parlimen lagi, tetapi insya-Allah projek ini dalam senarai pihak JKR dan insya-Allah kita akan buat follow up berkenaan dengan permohonan projek ini nanti.

Speaker

Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan saya soalan nombor 12.

(Soalan no. 12 : Apakah tindakan yang akan diambil oleh Bahagian Perumahan untuk menyelesaikan isu-isu berkenaan kesukaran untuk menyewa rumah-rumah milik

Kerajaan seperti di Taman Wai Permai dan isu tunggakan sewa yang terlalu tinggi kerana penyewa enggan membayar sewa?)

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat, kalau... kalau kita merujuk Taman Wan Permai ni, Taman ini dibina khusus untuk mangsa-mangsa kebakaran yang mana telah berlaku dua kebakaran iaitu pada tahun 1994 dan tahun 2004 iaitu di kampung Seberang Tok Pi dan juga Kampung Puju. Pihak Kerajaan telah membina 200 unit rumah PPR di taman ini dan kesemua 129 mangsa yang terlibat dengan dua kebakaran tu telah pun kita tempatkan di taman ini manakala baki 71 unit rumah PPR ni telah pun kita buka pada penyewa-penyewa yang pada kalangan penduduk Kuala Perlis dari golongan B40 yang layak yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dan kesemua 71 unit tersebut telah pun diisi bermaksud 200 unit tu penuhlah... maksudnya mempunyai penyewa, dan jadi tidak timbul isu kesukaran untuk menyewa ruma-rumah ini kerana telah pun diisi. Selain daripada itu juga, berkaitan isu tunggakan sewa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, Bahagian Perumahan telah melaksanakan Ops Sedar bagi menguruskan isu tunggakan sewaan ini. Ops Sedar ini merangkumi pengeluaran notis peringatan sewaan secara konsisten setiap 2 bulan sekali... setiap bulan, sorry... setiap bulan kepada penyewa-penyewa dan kita juga mengedar notis maklumat kesedaran melalui media sosial dan kepada penghuni PPR berkenaan berkaitan tanggung jawab berkaitan kesan tunggakan ini kepada mereka. Selain daripada itu juga, kita mengadakan sesi libat urus bersama penyewa dan juga wakil-wakil komuniti di PPR ni dan bersama dengan pusat khidmat DUN bagi tujuan penerangan dan informasi dan akhir sekali kita mempamerkan senarai top 30 penyewa yang mempunyai tunggakan tertinggi setiap dua bulan. Jadi setiap dua bulan tu kita paparkan 30 orang penyewa mempunyai tunggakan paling tinggi dan ini sebenarnya telah memberi kesan yang agak positif pada psikologi penyewa-penyewa ini dan kesannya adalah penyewa ini telah mula… mula bayarlah tunggakan dan juga telah hadir ke pejabat… apa ni... Bahagian Perumahan untuk berbincang berkaitan tentang alternatif penyelesaian tunggakan mereka dan juga kita membantu mereka dalam memberi fleksibiliti dalam kadar bayaran yang mampu depa bayar. Jadi kalau depa mampu RM30 sebulan, kita terima asalkan dia dapat secara konsisten dapat membayar tunggakan tersebut. Sekian.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang

Yang Berhormat Dato’ Speaker soalan saya nombor 14.

(Soalan no. 14 : Bagi melancarkan pembelajaran dari rumah, apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan liputan internet dapat dinikmati dengan lebih sempurna?)

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi memastikan penyediaan liputan internet yang berkualiti dapat dinikmati oleh semua rakyat, beberapa projek di bawah inisiatif Pelan Tindakan Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah dirancang untuk pelaksanaan bermula daripada tahun 2020 sehingga 2022, iaitu antaranya pembinaan 6 buah struktur menara baharu, menaik taraf sejumlah 198 alat pemancar sedia ada dan pelaksanaan gentian fiber optik di 7,331 premis. Sehingga 30 Jun 2021, sebanyak 5 buah struktur menara baharu telah dibina, 189 alat pemancar sedia ada telah dinaik taraf dan sejumlah 4,890 premis telah dilengkapi dengan gentian fiber optik. Kerajaan Negeri menerusi One Stop Centre, Majlis Perbandaran Kangar membantu menyelaraskan kelulusan projek dari pelbagai agensi teknikal bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dan penyediaan infrastruktur komunikasi ini.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan saya nombor 15.

(Soalan no. 15 : Berapakah jumlah Ringgit Malaysia (RM) yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk program kebajikan dan pemulihan ekonomi penduduk Perlis sejak pandemik COVID-19 melanda negeri ini?

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Untuk makluman Dewan yang mulia ini dan juga Yang Berhormat Guar Sanji, secara keseluruhannya Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM7, 996,167.00 bagi tujuan kebajikan pemulihan ekonomi penduduk negeri Perlis pada tahun 2020 dan sebanyak RM17,277,783.00 bagi tahun 2021 sehingga Julai 2021. Selain daripada itu, pihak MAIPS juga telah mengagihkan sebanyak RM13,051,975.00 di bawah Program Inisiatif MAIPs bagi menangani COVID-19 bagi tahun 2020 dan 2021. Terima kasih YB Dato’ Speaker.

Speaker

Soalan terakhir, Yang Berhormat Sena.

Yang Berhormat Dato’ Speaker soalan saya nombor 16.

(Soalan no. 16 : Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi pembangunan anak-anak tempatan khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)?)

Terima kasih Yang Berhormat Sena. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri Perlis melalui Jabatan Pendidikan Negeri Perlis melaksanakan STEM melalui dua kaedah iaitu melalui bidang akademik dan bidang kokurikulum akademik. Satu Task Force Penawaran Pakej Mata pelajaran telah pun diwujudkan mulai bulan Jun 2021 bagi memberikan bimbingan pemilihan pakej mata pelajaran kepada pihak sekolah dan menggalakkan murid memilih pakej mata pelajaran STEM di Tingkatan 4. Terdapat juga program yang melibatkan kerjasama daripada beberapa agensi Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat STEM Negara, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Institut Aminuddin Baki juga sedang mengadakan Program STEM Executive Consultation mulai bulan Julai 2021. Program ini mengkhususkan kepada seminar, bengkel, kursus, wacana, dialog atau forum pendidikan STEM untuk murid. Selain itu, sebanyak 17 pertandingan Kokurikulum Akademik STEM telah dijalankan di sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 dalam usaha membangun dan memperkukuhkan budaya STEM di kalangan murid sekolah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perlis bagi tahun 2021 dengan sasaran penglibatan melebihi 10,000 orang murid sekolah seluruh negeri Perlis.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Terima kasih pada Yang Berhormat Pauh. Apa yang saya dengar jawapan dari Yang Berhormat itu adalah program yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Soalan saya adalah Kerajaan Perlis... apa inisiatif yang dijalankan

Kerajaan Negeri Perlis untuk membantu memperkasakan STEM ini yang mana dia akan bawa pada AI, IOT semua ni daripada STEM? Sebab yang saya tanya tu sebab ada negeri-negeri lain tu dia ada inisiatif itu sendiri contohnya geran, kalau kita tengok Penang, kita nilai yang ni saya memanglah... kita nak bandingkan Penang mungkin tinggi tapi sekurang-kurangnya Perlis ada suatu front yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Perlis sendiri untuk memperkasakan STEM. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sena. Sebenarnya Kerajaan Negeri Perlis memang telah pun membantu Jabatan Pendidikan Negeri, Institusi Pendidikan Tinggi di negeri Perlis untuk kita nak memperluaskan lagi budaya STEM ini di kalangan para pelajar. Yang mana mulai 2019, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan khas kepada Institusi Pendidikan Tinggi melalui Kolej Komuniti dan juga UniMAP untuk mengadakan program-program yang berunsurkan reka cipta sains teknologi dan inovasi yang mana UniMAP telah mengadakan program Robotik Menjana Generasi Global dan seterusnya ini tahun kedua, Kolej Komuniti menganjurkan perintis iaitu Pertandingan Inovasi Institusi Pendidikan Negeri Perlis yang menggalakkan tenaga pelajar dan pelajar untuk terlibat dalam mereka cipta. Ini adalah satu inisiatif untuk menarik minat pelajar semua bagi institusi pendidikan seluruh negeri Perlis mengambil bahagian mereka cipta, menjadikan teknologi sains inovasi itu satu perkara yang jadi budaya khususnya pada keadaan pandemik ini adalah sasaran yang kita nak menjadikan digital ataupun inovasi ini satu pendekatan yang terbaru dalam kita nak menggalakkan mereka mereka cipta. Akhirnya, melalui buku ini daripada Kolej Komuniti memang terhasil produk-produk baru yang inovasi yang telah pun ada diantaranya yang mencapai pengiktirafan di peringkat antarabangsa dan kita akan adakan pertandingan perintis ini bagi tahun 2021 dan kita juga sedang membantu Jabatan Pendidikan Perlis untuk mengadakan program Karnival STEM yang mana akan diadakan di negeri Perlis pada satu tarikh yang akan dimaklumkan. Terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Alhamdulillah kita telah selesaikan semua soalan lisan hari ini dengan baik dan bijaksana. Terima kasih untuk semua Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dewan ditangguhkan sebentar dan akan disambung semula pada jam 10.50 pagi. Sekian.

(Persidangan ditempohkan sementara pada jam 10.20 pagi)

(Persidangan disambung semula pada jam 10.55 pagi)

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula.

Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja PerlisMotion

Speaker

Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja. Ahli-ahli Yang Berhormat, Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja dibuka semula untuk perbahasan. Dipersilakan pihak Kerajaan untuk memberikan maklum balas terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan dan seterusnya menggulung perbahasan. Dipersilakan Yang Berhormat Titi Tinggi. Kalau ada...

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan bin Man, Ahli-ahli Yang Berhormat, pengarah-pengarah jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera, Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju. Izinkan saya menjawabkan soalan Sena dahulu, iaitu bagaimana cara atau kaedah untuk memcepatkan capaian 80% herd immunity. Untuk maklumat, sehingga 24 Ogos 2021, seramai 145... 5... 145,583 orang telah menerima satu dos vaksin iaitu 80.3% dari populasi dewasa negeri Perlis dan 114,465 orang telah lengkap dua dos vaksin iaitu 63.2%. Dijangkakan menjelang pertengahan bulan November lebih 80% populasi dewasa akan lengkap dua dos vaksin. Dan dalam usaha memperhebatkan aktiviti vaksinasi di negeri Perlis supaya mencapai vaksinasi lengkap 80% kepada penduduk Perlis, Kerajaan Negeri telah melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut. Pertama, mengikut menggesa jawatankuasa khas jaminan asas vaksin COVID-19 supaya unjuran bekalan vaksin ditambahkan. Yang kedua, melanjutkan tempoh masa operasi pusat pemberian vaksin awam dan swasta dengan sasaran melalui 3500 dos sehari. Yang ketiga, kerjasama dengan pelbagai kementerian bagi program vaksinasi bergerak menjangkau komuniti kepada golongan sasar mengikut sektor seperti Program Mobilisasi Vaksin, Komuniti MOVAK, Program Vaksinasi Barisan Hadapan, Industri Agro, Makanan dan lain-lain, pengesahan kontak rapat kluster baru, vaksinasi secara walk-in di zon merah dengan skala dan bersasar ke atas penduduk setempat yang berisiko, Mobile Vaccination dari sumber dalaman Jabatan Kesihatan Negeri kepada golongan di luar bandar diteruskan dengan kerjasama kepimpinan peringkat negeri serta komuniti, pembukaan operasi PPC awam baru di Dewan UniMAP, Kubang Gajah. Selain operasi PPV Dewan Warisan diteruskan dengan kapasiti untuk pemberian dos kedua setelah kerja baik pulih diselesaikan, menggalakkan penduduk yang layak untuk mendaftar sebagai penerima vaksin dan hadir mengikut tarikh yang telah ditetapkan, meningkatkan usaha mempromosi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kepada penduduk di kawasan masing-masing dan membuat hebahan dan mengenai program suntikan secara walk-in yang akan dimaklumkan pada awal September nanti... September 2021. Untuk jawapan YB Indera Kayangan, to intake... put incentive, untuk menggalakan orang-orang bawah awam... orang awam melakukan swab test, ujian saringan COVID-19 di Perlis dijalankan secara bersasar. Mereka yang berisiko akan dinilai dan jika perlu akan menjalani ujian saringan COVID-19 sama ada di fasiliti kerajaan atau swasta. Semua fasiliti kerajaan dan sebahagian fasiliti swasta di Perlis mempunyai kapasiti bagi melakukan ujian saringan COVID-19, sama ada ujian polymerase iaitu RT-PCR, kit ujian pantas antigen iaitu RTK-Ag dan ujian molekular pantas. Bagi memantau penularan dalam komuniti, saringan secara rawak bagi pemantauan differential like illnes dan semua kes Severe Acute Respiratory Illness iaitu SARI dilakukan. Saringan kit kendiri juga boleh dilakukan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Dan juga soalan tadi, YB Sena iaitu cara pencegahan yang telah... cara pencegahan yang telah dilaksanakan bagi pekerja yang merentas negeri dari luar… dan... dari luar adalah... sorry...

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Titi Tinggi. Saya ingin sikit penjelasan daripada Yang Berhormat, berhubung dengan status terkini, kedudukan berapakah golongan frontliner ataupun OKU yang belum mendapatkan suntikan di negeri Perlis dan adakah tempat-tempat yang dikhaskan untuk mereka khusus contohnya di Dewan Melati contohnya, ada bahagian khusus yang disediakan untuk kumpulan-kumpulan ini, kerana saya difaham ada frontliner yang masih belum mendapat suntikan dan juga OKU yang sepatutnya diberikan perhatian. Kalau dilihat di Kuala Lumpur, di Selangor, dan di negeri-negeri lain, mereka membuat program drive-thru, iaitu untuk golongan-golongan ini di mana mereka tak payah turun dari kenderaan, dan mereka dicucuk supaya mereka sampai ke tempat PPV. Jadi adakah perkara ini dilaksanakan juga di negeri kita ini? Terima kasih Dato’ Speaker.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Terima kasih kepada YB Tambun Tulang, dan untuk suntikan vaksin kepada frontliner Malaysia, memang kita di.. di negeri.. memang kita dah selesai, mencapai lebih kurang 90%, saya ada lebih tak kurang lagi, banyak itu yang kita selanjutkan…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Berapa percent Yang Berhormat? Kuat sikit,. tak berapa dengar.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Nak sampai... nak sampai tahap yang kita 90% untuk frontliner, yang telah divaksinkan, jadi cuma tinggal orang-orang OKU yang lumpuh di rumah, mungkin kita cadangkan... ada cadangkan vaksin untuk ke rumah kepada OKU-OKU atau pesakit-pesakit di rumah.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Ini termasuk yang... Yang Berhormat yang... polis, bomba, RELA, APM sebab ada pengumuman yang mengatakan masih ramai mereka yang belum divaksin. Ada pengumuman rasmi, jadi... kalau Yang Berhormat kata kita sedang mencapai sasaran yang sebegitu rupa, saya ucapkan terima kasih lah. Sama ada ini mungkin berlaku di tempat lain, bukan di negeri kita.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Ok, terima kasih. Sebab memang YB kalau nak dapatkan yang muktamad, mungkin saya akan bagi secara bertulis kepada YB untuk maklumat yang tersebut. Saya mengikutkan soalan kepada YB Puan Gan kepada ADUN Indera Kayangan iaitu cara pencegahan yang telah dan sedang dilaksanakan bagi pekerjaan dan merentas negeri dari luar itu adalah... Kerajaan Negeri, pada 5 Ogos 2021 telah membuat ketetapan bahawa semua penjawat awam yang khidmat di jabatan negeri yang tinggal di luar negeri Perlis atau di kawasan zon merah, adalah diarahkan untuk bekerja dari rumah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2020. Dasar pekerjaan bekerja dari rumah, walau bagaimanapun, kebenaran bekerja di pejabat boleh diberi kepada pegawai yang perlu hadir ke pejabat bagi menyelesai tugas yang mengganggu perjalanan fungsi jabatan. Seterusnya, ketua jabatan adalah diarahkan untuk memantau... mematuhi SOP terhadap pegawai yang terlibat. Dalam hal ini semua penjawat awam jabatan persekutuan di negeri digalakkan untuk menggunakan... guna pakai arahan ini bagi membendung penularan wabak COVID-19. Bagi sektor awam... swasta pula, majikan perlu memainkan peranan dengan memantau anggota kerja masing-masing terutamanya yang tinggal... yang berulang dari negeri kawasan berisiko. Jika skop kerja yang dilakukan boleh diselesaikan di rumah, arahan BDR boleh diberikan. Pematuhan SOP dan norma baru ditempat kerja hendaklah dilaksanakan sepanjang waktu pekerjaan. Selain itu, penguatkuasaan pergerakan rentas negeri oleh Polis Diraja Malaysia masih diteruskan seperti berikut. Permit rentas negeri PDRM hanya... permit rentas negeri PDRM hanya dikeluarkan mengikut SOP Majlis Keselamatan Negeri Fasa I, II dan III yang melibatkan bidang yang dibenarkan dalam SOP sahaja. Dan pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) ke atas pekerja-pekerja yang menggunakan surat MITI dan kebenaran kementerian yang berkaitan-berkaitan. Dengan soalan yang terakhir kepada YB Indera Kayangan, itu tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas individu dan tidak mematuhi arahan kuarantin yang dikenakan dan juga cadangan pemantauan yang lebih ketat oleh YB Tambun Tulang iaitu individu-individu yang diarahkan menjalankan kuarantin dikehendaki untuk duduk di rumah dan tidak boleh melakukan sebarang aktiviti di luar. Bagi pemantauan ke atas individu yang dikehendaki menjalani kuarantin adalah di bawah pasukan task force pemantauan diketuai PDRM. Oleh itu, mana-mana individu yang didapati ingkar kepada arahan kuarantin di rumah boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti dikenakan kompaun mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 Akta 342. Selain itu, kegagalan mematuhi arahan kuarantin adalah salah satu kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta 342, boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama dengan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan. Sehingga bulan Ogos...

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Mohon laluan ya... saya nak tanya, kalau kita nak bergantung kepada Task Force PDRM untuk buat pemantauan saya rasa agak susah juga, tapi saya nak tanya katakan ada orang awam mendapati ada individu keluar semasa kuarantin, apakah hotline ataupun tempat yang boleh membuat aduan talian ka atau apa-apa?

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Ok… terima kasih kepada YB, untuk melaporkan orang yang ingkar peraturan yang keluar atas kuarantin kita boleh laporan di… dengan PDRM di hadapan Seriab.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Ada nombor hotline? Senang kalau orang nak tahu, terima kasih.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Mungkin nanti saya bagi lain. Ok, Dato’ Speaker. Kes hingga bulan Ogos 2021 hanya 1 kes pelanggaran yang dikenakan tindakan kompaun dengan nilai sebanyak RM5,000.00. Bagi tahun 2020, 2 kes telah dibawa ke mahkamah oleh Polis DiRaja Malaysia di bawah seksyen 2070... di bawah seksyen 270 kanun keseksaan Akta 574 dan disiasat bawah Seksyen 14 dan 5 akta 342. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan penuh takzim, patik mengangkat izin sembah penghargaan atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis yang berangkat hadir pada perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Keempat Belas pada 24 Ogos. Pada kesempatan ini, terlebih dahulu patik merafakkan doa yang ikhlas semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Perlis terus memperolehi keafiatan dengan penuh kedaulatan dan kebesaranNya. Keberangkatan Tuanku telah memberikan dorongan yang kuat kepada kami sebagai pemimpin dan wakil rakyat untuk terus menabur khidmat bakti serta berusaha membawa kemajuan kepada Negeri ini dan rakyat keseluruhannya. Sesungguhnya, komitmen dan kesungguhan Tuanku menerajui pentadbiran Negeri ini serta melaksanakan tugas dan tanggungjawab curahan jasa bakti kepada rakyat serta negeri ini telah menjana semangat kami untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebaik mungkin seperti diamanahkan.

Yang Berhormat Dato Speaker, dan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin dengan... mula dengan merakamkan penghargaan dan syabas kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang sesi perbahasan ucapan langsung. Penglibatan semua ahli-ahli yang berhormat dalam memberi dan menyumbang idea serta cadangan sememangnya amat membantu merangka hala tuju yang jelas dalam memerangi pendemik COVID-19 dan mengimbangi kesejahteraan negeri Perlis. Lama juga tempoh kita berada dalam keadaan selesa dengan jumlah kes harian COVID-19 yang direkodkan begitu rendah berbanding negeri lain… negeri-negeri lain di Malaysia. Namun kebelakangan ini pertambahan mendadak kes harian memberi kebimbangan kepada kita semua. Di pihak Kerajaan Negeri dan Yang Amat Berhormat Menteri besar sendiri pun telah membangkitkan perkara ini dan dengan serius memantau jumlah kes harian COVID-19 sekiranya ia melibatkan kesan dari pembukaan beberapa sektor ekonomi. Namun, pastinya gelombang baru yang buruk tidak berlaku jika semua pihak di negeri ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kerajaan. Pembukaan sektor-sektor ekonomi bukanlah alasan untuk kita mengambil remeh tentang pematuhan SOP. Jika tiada kes yang dapat dikaitkan dengan pembukaan sektor ekonomi, maka jelas ini adalah kejayaan pada Perlis kerana membuka sektor ekonomi tanpa wujud kluster-kluster baru yang berkaitkan dengan pembukaannya. Ketika ini Kerajaan Negeri bersungguh-sungguh mahu memulihkan sektor ekonomi dan melihat golongan perniagaan dapat kembali bernafas dan meneruskan aktiviti perniagaan seperti sedia ada. Dalam masa yang sama, kita juga mahu rakyat dapat kembali menikmati kehidupan normal seperti mana sebelum kita dibadai pandemik ini. Namun untuk mencapai kedua-dua nikmat itu, semua pihak haruslah bekerjasama dan saling menasihati antara satu sama lain agar tidak berlaku kelalaian. Formula untuk kembali kepada kehidupan normal adalah komitmen dari rakyat sendirI yang mematuhi peraturan dan SOP ditetapkan Kerajaan. Saya juga ingin mengingatkan agar semua pihak tidak mengelak dari mengimbas MySejahtera atau mengisi nama dan nombor telefon pada buku yang disediakan sebelum memasuki mana-mana premis. Ini adalah langkah-langkah terawal yang memudahkan kita mengesan kontak rapat dan terus membuat pengasingan kendiri bagi mengawal jangkitan dari terus merebak.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, di sebalik populariti dan kekaguman ramai di atas kejayaan Negeri Perlis dalam menandingi penularan COVID-19, saya ingin berterima kasih pada Kementerian Perpaduan Negara serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di atas insentif-insentif bagi melaksanakan program Vaccine Community Mobilisasi iaitu MOVAK yang mana dapat membantu dan meningkatkan proses pemberian vaksin kepada rakyat terutamanya masyarakat luar bandar. Sehubungan dengan itu, ia sebenar didorong jasa dan pengorbanan besar dari semua petugas barisan hadapan dan juga di balik tabir termasuk petugas Kementerian Kesihatan Malaysia KKM, Polis DiRaja Malaysia PDRM, Angkatan Tentera Malaysia ATM, Jabatan Sukarelawan Malaysia RELA, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APAM, Jabatan Imigresen Malaysia JIM dan pelbagai agensi yang komited memberikan perkhidmatan mereka sepanjang kita mendepani kejadian luar biasa akibat pandemik ini. Saya menghargai dan berterima kasih kepada barisan hadapan yang bertugas dengan penuh dedikasi demi melindungi masyarakat keseluruhanya daripada penyakit dijangkiti wabak yang mengancam nyawa ini. Terima kasih sekali lagi diucapkan.

Sidang Dewan yang saya muliakan, di kesempatan ini saya doakan segala apa yang direncana dan dilakarkan dapat berjalan dengan lancar demi masa depan negeri kita. Semoga semuanya menjadi mudah dan mampu diperbuat dan dicapai dengan adanya kerjasama ikhlas sepasukan. Terima kasih sekali lagi kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat kerana kita mempunyai kerjasama yang erat walaupun berbeza pandangan parti. Akhir kata, Titi Tinggi berharap agar diambil perhatian atas beberapa perkara yang disebutkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis agar ia memberi manfaat kepada kita semua. Untuk itu, Titi Tinggi menyokong usul Menjunjung Kasih Titah DiRaja sempena Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri Kali Keempat Belas. Sekian, Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Mata Ayer.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. YB Dato’

Speaker, YAB Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, wakil-wakil jabatan, pengamal-pengamal media seterusnya hadirin sidang Dewan yang saya muliakan. Alhamdulillah syukur kerana dengan kebijaksanan oleh YB Dato’ Speaker, Dewan kita telah dapat bersidang selama tiga hari tanpa ada berlakunya persengketaan di antara kita dan melaksanakan... dan jugak dilangsungkan dengan penuh keharmonian dan kesejahteraan. YB Dato’ Speaker, suka saya untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh YB Sena berkenaan dengan kes bunuh diri yang berlaku di Negeri Perlis sepanjang PKP. Untuk makluman YB Sena dan jugak hadirin yang dimuliakan, tidak ada sebarang kes bunuh diri yang berlaku yang disebabkan tempoh kawalan pergerakan tersebut dan kalau ada pun kes-kes bunuh diri yang berlaku adalah sebab-sebab yang lain, terutama sekali dari segi masalah ekonomi rumah tangga dan sebagainya. Cuma untuk... suka jugak saya memaklumkan bahawa dalam tempoh PKP ini berlaku keganasan rumah tangga dan jugak tekanan jiwa ataupun stress di mana sepanjang tempoh Januari hingga Ogos 2021, terdapat 12 kes keganasan rumah tangga yang melibatkan warga wanita. Manakala kes tekanan ataupun stress kita mencapai 31 kes, jadi ini adalah jugak di dalam tempoh PKP Januari hingga Ogos tersebut. Tekanan-tekanan yang dialami oleh golongan wanita telah menyebabkan mereka menghadapi tekanan perasaan yang sangat-sangat membebankan dan mungkin saya boleh kongsi dengan hadirin sekalian bahawa dalam kes tekanan perasaan ini bukan sekadar wanita yang terlibat tetapi jugak lelaki. Kita mempunyai 5 kes lelaki yang menghadapi tekanan perasaan dan semua hadirin ataupun sidang Dewan sekalian mesti sedia maklum bahawa ini berlaku kerana tekanan ataupun kekangan dalam menghadapi atau mengharungi perjalanan kehidupan di dalam tempoh PKP ini yang mana kebanyakan ada yang diberhentikan kerja, ada yang dikurangkan gaji, dan ada isteri yang tidak bekerja dan suami juga telah diberhentikan kerja. Inilah sebenarnya tekanan-tekanan yang telah diterima oleh warga di luar sana dan ada maklumat berkenaan dengan penceraian yang berlaku ataupun kes-kes rumahtangga yang berlaku di Negeri Perlis sepanjang tempoh Januari hingga Ogos. Di mana bagi perbandingan kes rumah tangga yang mungkin menyebabkan kepada penceraian pada tahun 2020, kes yang telah direkodkan oleh Jabatan Agama Islam ialah 576 kes, manakala Januari hingga Ogos tahun ini 2021, kes yang direkodkan adalah 264 kes perceraian dan menjawab juga soalan yang sama daripada YB Sena, inisiatif yang diambil ataupun kaedah yang diambil bagi membantu masalah-masalah kes rumah tangga ini di mana dalam keadaan SOP kita sekarang kita tidak boleh mengadakan runding cara ataupun bersemuka untuk sesi-sesi kaunseling. Walau bagaimanapun, pihak JAIPs, MAIPs, JKM, LPPKN yang mempunyai kaunselor ataupun pegawai-pegawai perunding cara telah mengambil inisiatif dengan cara kita berhubung melalui telefon bersama-sama klien ataupun kes-kes yang telah dilaporkan kepada agensi-agensi yang saya sebutkan tadi. Jadi... walau bagaimanapun, bila kita tengok kadar perceraian yang tinggi sebanyak 264 kes tersebut, kita mengharapkan kaunselor-kaunselor kita akan terus bekerja dan saya yakin dan percaya kaunselor-kaunselor yang telah dilantik, yang diiktiraf oleh jabatan-jabatan yang berkenaan telah mengambil inisiatif untuk menghubungi, menasihati dan memberi khidmat yang terbaik kepada semua walaupun ianya telah jugak berlaku kes penceraian.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Pohon gangguan... terima kasih YB Dato’ Speaker dan terima kasih kepada YB. Saya ingin apa... bertanya Yang Berhormat kes-kes penceraian juga kes-kes tekanan ini yang memang kita tau dia banyak berlaku bukan saja di Negeri Perlis, malah di tempat-tempat lain di lain juga. Mungkin kes ini adalah kes universal sekarang berlaku di seluruh dunia. Tapi dalam menyelesaikan... kita ada cara-cara yang telah kita buat, seperti YB kata tadi, langkah-langkah yang diambil tu adalah di antara langkah-langkah yang telah dilaksanakan sehingga kini. Ada dak khidmat talian secara langsung yang kadang-kadang tidak di dalam pengetahuan penduduk kita iaitu mereka boleh langsung telefon atau menggunakan kaedah-kaedah aplikasi yang lain untuk membuat pengaduan sekiranya berlaku sesuatu yang dia ingin di dalam rumah tangga, mungkin anak anak kecil jugak kita harus fahami mereka dalam-dalam mungkin YB boleh buat promosi-promosi melalui Facebook dan sebagainya. Jadi adakah perkara-perkara ini juga telah dibuat dalam menolong menyelesaikan masalah yang boleh jadi di antara masalah utama dalam keadaan tekanan ketika COVID ini. terima kasih.

Terima kasih YB Tambun Tulang. Ya, kalau YB Tambun Tulang pernah tengok dalam bulan lepas saya ada siarkan di dalam surat khabar berkenaan talian-talian yang boleh dihubungi oleh mangsa-mangsa sepanjang tempoh PKP ataupun di luar tempoh PKP ini. Kita dah bagi secara personal nombor talian telefon kaunselor-kaunselor yang berdaftar tersebut dan kita ada Talian Nur yang juga boleh dihubungi dan untuk makluman YB Tambun Tulang dan juga sidang Dewan yang dihormati sekalian, kebanyakan klien kita memang menghubungi melalui talian-talian yang telah disediakan dan sekiranya masih ada yang belum mengetahui, saya syorkan kepada Ahli-ahli YB dan juga ketua-ketua jabatan dan juga JPKK yang berada di luar sana untuk selalulah menyelak laman sosial... media sosial kami iaitu LPPKN dan jugak JPW dan jugak JKM. Di situ tertera nama-nama...

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

YB sendiri patut buat live jugak seminggu sekali sekurang-kurangnya bersama-sama dengan ustaz dan sebagainya satu jam. Saya ingat itu lebih berkesan. Cuba YB berani lah, sendiri lah sikit make-up elok-elok masuk live atau Facebook dan tolong selesaikan masalah ini. Insya-Allah boleh.

Terima kasih Yang Berhormat...

Speaker

Yang Berhormat… ingat YB Mata Ayer tak berapa cantik ka nak suruh make-up?

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Saya pun nak kena touch up muka saya. Muka Yang Berhormat pun dia masuk TV dia jadi macam lain.

Terima Kasih YB Tambun Tulang. insya-Allah kita akan buat cadangan yang telah disyorkan itu dan insya-Allah lepas ini muka saya akan lagi segak daripada hari ini lah. Saya rasa hari ini dah segak dah tapi lepas ini kita akan segakkan lagi insya-Allah dan YB Tambun Tulang tunggu dan lihat penampilan terbaru saya (sambil ketawa). Ok, saya rasa saya telah menjawab 2 soalan daripada YB Sena. Untuk meneruskan ucapan, saya ingin jugak kongsikan bersama sidang Dewan yang saya muliakan pihak Jabatan Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Perlis telahpun... sepanjang tahun 2020 telah berjaya mengumpul data ibu tunggal sejumlah 4,250 orang iaitu melalui permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal ataupun BKIT di mana 4,250 orang telah memohon dan data ini kita simpankan sebagai data ibu tunggal. Sebenarnya, data kita bukanlah sepenuhnya sebab ada lagi ibu-ibu tunggal yang belum memohon ataupun yang rasa memang dia orang tak layak untuk memohon dan tidak memohon. Jadi, walau bagaimanapun, rentetan daripada data tersebut, pihak JPW Negeri Perlis telah menghantar link-link untuk permohonan data untuk memasuk... memohon. Jadi kita bukan mendaftar tetapi untuk meletakkan nama-nama ibu tunggal yang ada di seluruh Negeri Perlis kepada Pengerusi-pengerusi JPKK seluruh Perlis melalui pejabat BPD dan juga saya rasa Pusat Khidmat ADUN Kawasan juga mempunyai maklumat berkenaan dan saya mohonlah sekali lagi kalau boleh kita war-warkan supaya semua ibu-ibu tunggal yang ada di seluruh Negeri Perlis membuka link tersebut untuk kita isi, kita sempurnakan link berkenaan supaya data berkenaan dengan ibu tunggal di Negeri Perlis ini dapat dikemaskini sepenuhnya dan kita dapat jumlah yang sebenar-benarnya yang ada di Negeri Perlis. Dan ini jugak adalah arahan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sepanjang tahun 2021 ini dan harapan saya supaya bukan... bukanlah kita mendaftar sebagai ibu tunggal kita mengharapkan bantuan, tetapi inilah data yang perlu kita kumpul sejumlah ibu tunggal yang terdapat di Negeri Perlis ini. Sedikit… dan bertepatan juga dengan apa yang telah dilaksanakan dalam tempoh PKP ini, pihak JPWK Negeri Perlis sentiasa dan jugak sepanjang masa telah melaksanakan program-program untuk membantu golongan-golongan wanita kita yang terkesan ataupun kawan-kawan wanita yang menjadi ketua keluarga di luar sana dan kaedah pelaksanaan program tentulah kita semua sedia maklum telah dilaksanakan secara online ataupun secara maya. Walau bagaimanapun, secara dasar alhamdulillah memang kita mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada wanita-wanita untuk bersama-sama berkongsi ilmu dengan JPWK Masyarakat Negeri Perlis terutama sekali apabila adanya bengkel-bengkel masakan yang ditunjukkan oleh tenaga pengajar yang dipilih oleh JPW dan kita paparkan video berkenaan di dalam laman Facebook dan juga IG Pejabat JPW. Dan bila kita kaji balik view yang ditunjukkan, memang sangat-sangat menggalakkan dan saya mengharapkan ini... ilmu ini dapat dikongsi dan dapat digunapakai oleh wanita kita yang menjadi tonggak pada pencari rezeki di dalam keluarga ataupun wanita-wanita yang ingin membantu menambah rezeki keluarga. Jadi itulah sangat-sangat komitmennya daripada JPW untuk membantu terutama sekali golongan wanita di luar sana. Kita nampak memang benda ni macam “alah video saja, bila-bila masa kita boleh tengok, bila-bila masa kita boleh rakam”, tetapi daripada kajian yang dibuat oleh JPW ada di kalangan rakan-rakan yang telah pun mendapat manfaat daripada view tersebut… daripada video-video tersebut dan kini telah boleh... walaupun tidak sekaya mana tetapi telah boleh membantu keluarga untuk menambahkan pendapatan. Dan YB Dato Speaker, bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk kita semua meningkatkan peratus penerima suntikan vaksin, jadi Jabatan Perpaduan, Jabatan… dan juga Jabatan Kerajaan, Bahagian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri Perlis dan jugak pusat-pusat khidmat ADUN telah memberi kerjasama yang baik untuk kita melaksanakan MOVAK ataupun Mobalisasi Vaksin Komuniti yang mana kelmarin telah disebutkan oleh YB Tambun Tulang berkenaan MOVAK ini. Tetapi… untuk makluman sidang Dewan, semua MOVAK yang dilaksanakan sebelum ini bersama anjuran bersama Kerajaan Negeri, Jabatan Perpaduan dan juga BKT ini telah dilaksanakan mulai 25hb Julai sehingga 1hb September. Ini adalah apabila lengkap 1 September ini, makna kata penerima-penerima tersebut telahpun lengkap 2 dos berkenaan yang disebutkan oleh YB Tambun Tulang adalah sesi kedua ataupun Fasa ke 2 MOVAK yang juga dilaksanakan bersama dengan PR1MA selama 3 hari berturut-turut yang melibatkan... sesi pertama, kita telah dapat menyuntik seramai 4,000 orang... digenapkan kepada 4,000 orang manakala untuk yang MOVAK yang sesi kedua yang disebutkan oleh YB Tambun Tulang kelmarin melibatkan lebih kurang 7,500 ataupun

8,000 penerima suntikan. Jadi inilah salah satu yang telah kita ambil pendekatan untuk membantu supaya semua warga Perlis menerima suntikan vaksin. Semua orang akan cuba untuk bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa warga Perlis akan sepenuhnya mendapat suntikan vaksin dan semoga kita akan beralih ke Fasa 4 dengan kadar yang segera. Walau bagaimanapun, kerjasama dan juga hubungan baik di antara kita perlu untuk kita memastikan apa jua yang dibantu oleh sama ada individu atau jabatan-jabatan bagi merealisasikan peningkatan peratusan penerima vaksin ini tidak akan berjaya kalau kita tidak bersatu hati. Bersatu hati itu sangat penting tidak kira parti, tidak kira apa jua kaum kita, dan suka jugak saya sebutkan MOVAK yang pertama itu kita libatkan semua kaum di dalam negeri Perlis. Kita ada kaum Cina, kaum India, Siam dan sebagainya yang mana yang telahpun mendaftar di MySejahtera semuanya kita pilih untuk disuntik di dalam program MOVAK tersebut. Jadi saya ucapkan terima kasih dan sangat-sangat penghargaan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Tanpa JKN Perlis mungkin MOVAK ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya sepertimana yang telah sidang hadirin semua lihat sepanjang 8 lokasi yang terpilih MOVAK tersebut.

Dan di kesempatan ini jugak saya Mata Ayaq ingin merakamkan ucapan menjunjung kasih kepada DYMM Tuanku Raja di atas sumbangan hamper makanan sempena hari Keputeraan DYMM Tuanku pada 17hb Julai yang lalu. Sumbangan hamper tersebut walaupun 50 satu DUN, tetapi saya rasa ianya sangat-sangat memberi erti kepada warga asnaf yang terpilih untuk menerima sumbangan berkenaan. Dan sekali lagi DUN Mata Ayaq ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih kepada DYMM atas sumbangan berkenaan. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jabatan, ketua-ketua jabatan dan juga agensi-agensi yang begitu bekerjasama dengan DUN Mata Ayer dan juga DUN-DUN lain dan juga seluruh kawasan di mana pelbagai masalah yang timbul telah dapat diselesaikan. Mungkin saya tak dapat sebut satu-satu di sini tetapi semua jabatan, agensi di mana yang berkaitan, semuanya memberi kerjasama yang sangat baik terutama sekali kepada DUN Mata Ayaq dan ini adalah kerja buat yang tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian tunjukkan kepada kami semua ADUN-ADUN kawasan yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Dan hanya Allah yang dapat membalas jasa baik tuan-tuan dan puan-puan, ketua-ketua jabatan sekalian. Dan tidak lupa untuk saya sebutkan jutaan terima kasih pada YAB Menteri Besar yang telah meluluskan sejumlah peruntukan untuk kita berikan sumbangan ataupun barangan hamper Perlis Pahadoi sepanjang tempoh PKP 3.0 ataupun sebelumnya dan juga dalam tempoh lockdown. Banyak ertinya walaupun sebenarnya kita tidak boleh memberi setiap hamper itu kepada setiap orang ataupun setiap rumah di dalam kawasan, tetapi ianya sangat membantu dan telah pun dilafazkan rasa syukur oleh rakyat-rakyat di bawah sana di atas sumbangan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu kawan-kawan kita yang betul-betul terkesan dengan keadaan PKP... dengan keadaan lockdown tempoh hari dan saya mengharapkan segala yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri yang telah dilaksanakan yang telah dibuat baiknya oleh Kerajaan Negeri ini kita akan manfaatkan kepada semua warga di bawah sana. Dan sekali lagi jugak saya ingin mengucapkan terima kasih setinggi-tinggi penghargaan kepada pengerusi-pengerusi JPKK yang ada dalam kawasan DUN Mata Ayaq dan juga aktivis-aktivis parti ataupun aktivis-aktivis dalam kawasan yang juga sering membantu untuk melaksanakan apa jua program terutama sekali semasa kita mengagihkan barangan Perlis Pahadoi tempoh hari. Sangat-sangat baik dan berbudinya JPKK ini dalam melaksanakan tugasan masing-masing. Akhir kalam, saya bagi pihak DUN Mata Ayer dengan ini menyokong dan menjunjung kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sempena Perasmian sidang Dewan kali ke-14 pada 24 haribulan tersebut dan harapan tinggi menggunung agar kita semua dapat memperincikan segala Titah Tuanku agar kita dapat meneliti dan kita menggenggamnya sebagai satu amanah untuk kita laksanakan bersama-sama dengan rakyat di bawah sana. Dan ini adalah amanah besar yang perlu ditanggung, yang perlu digalas bersama-sama untuk kita majukan, untuk kita sayangi Perlis yang kita cintai ini. Dan kasih sayang kita kepada Kerajaan Negeri Perlis ini tak boleh kita tidakkan bahawa ianya memang perlu dinyata dan ditunjukkan... diterjemahkan pada PRU-15 nanti bahawa Perlis perlu berada di landasan yang sebetul-betulnya. Dan saya rasa tidak terlambat untuk saya juga mengucapkan tahniah kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri kita yang ke-9. Moga beliau akan dapat menggalas tanggungjawab untuk membantu seluruh Malaysia... seluruh Negeri Perlis dengan sebaik-baik dan sewajarnya. Jadi itu sahaja daripada saya. Kita Jaga Kita, Kita Jaga Keluarga Kita, Kita Jaga Komuniti Kita. Salam dan selamat menyambut Hari Kebangsaaan serta Selamat Hari Malaysia.Sekian, Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Pauh.

Bismillahirrahmanirrahim, wassola tu wassola mua’la asyrafil ajmai’n, waala alihi wasahbihi ajmai’n. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Salam Perlis, Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju. Yang Berhormat Dato Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Agensi, rakan-rakan media, urusetia Dewan yang mulia seterusnya hadirin yang dihormati sekalian. Pertama sekali ingin saya panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnianya diberi kesempatan untuk saya menyampaikan ucapan bagi Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja sempena Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Keempat Belas dan menggulung perbahasan. Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku adalah sangat menyeluruh dan tepat masanya menyentuh pelbagai aspek pentadbiran dan berpaksikan kepada khidmat terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negeri dan rakyat. Peranan Duli Yang Maha Mulia Tuanku kepada Ahli-ahli Yang Berhormat tentang pelbagai etika yang murni dan baik tentunya kami terima dengan hati yang terbuka. Keprihatinan Duli Yang Maha Mulia juga kepada pembangunan negeri Perlis adalah amat tinggi sekali. Patik turut menjunjung kasih atas keprihatinan Tuanku dalam menitikberatkan tentang kejayaan negeri dan kesihatan rakyat, selalu mengikuti perkembangan usaha menangani COVID-19 dan menyokong program pemulihan nasional agar rakyat kembali dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Bukan kecil peranan silat, langkah perkasa tua dan muda, rakyat dan baginda berpisah tiada. Apabila negara melalui satu gelombang penularan pandemik COVID-19 2020, Perintah Kawalan Pergerakan telah pun dilaksanakan bagi membendung penularan COVID-19. Semasa tempoh ini, semua sekolah telah terpaksa ditutup. Dan pada waktu ini, kita tidak banyak pilihan, namun kita sedar bahawa proses pengajaran dan pembelajaran anak-anak tidak boleh terhenti ataupun terganggu. Pendidikan perlu diteruskan. Dan sejak setahun yang lalu, proses pembelajaran dan pengajaran telah banyak bergantung kepada pembelajaran atas talian yang kini telah menjadi kebiasaan baru dalam sistem pendidikan kita. Pendidikan digital menjadi pilihan sebagai kaedah pembelajaran bagi memastikan murid-murid dapat belajar walaupun sekolah ditutup. Perubahan yang berlaku jelas membuktikan bahawa konsep pembelajaran tidak terperangkap antara forwall and classrooms, dengan izin, dan konsep pembelajaran yang baik mestilah relevan pada setiap masa dan setiap...

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Dato’ Speaker, tolong pelan sikit. Dah macam pengumuman di airport dah. Intonasi yang YB pakai… soalan tambahan, ya... penjelasan... penjelasan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat ya, jangkaan berlaku PDPR ni sepertimana sering kali saya bangkit-bangkitkan selalunya berlaku golongan buta huruf terlalu ramai di kalangan anak-anak Darjah 1 terutamanya. Ada atau tidak jangkaan ataupun perangkaan di Jabatan Pendidikan Negeri berapa jumlah anak… anak yang terpaksa menghadapi… atau yang itu yang kena selesaikan. Yang kedua Yang Berhormat, saya takkan ganggu lagi dah, Yang Berhormat boleh terus dah. PDPR ni dia memang sebenarnya amat membebankan kepada ibu bapa yang tidak mampu terutama mereka pembelian kuota internet dan sebagainya yang tidak ada Wifi di rumah, memang ada Kerajaan menolong, pelbagai agensi menolong, macam-macam pihak menolong, menolong memang banyak masih ada lagi tetapi masih ada lagi dan menjadi masalah besar yang dihadapi oleh ibu bapa yang tidak mempunyai pendapatan tetap yang kehilangan pendapatan di dalam masa pandemik ini. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat kalau sekiranya jangkaan yang dijangka oleh Jabatan Pendidikan Negeri itu amat membimbangkan, maka apa tindakan-tindakan susulan ataupun perancangan yang bakal diambil untuk kita mengatasi masalah ini? Yang Berhormat tentu sedap hilang mengantuk, teruskan dengan cara di menara tu.

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Sebenarnya setelah berlaku pandemik COVID-19 ini, memang kita terkesan... semua aspek terkesan, bukan sahaja Malaysia tapi seluruh negara khususnya pendidikan dan kita lihat bacaan Negeri Perlis, melalui data kita ada, pelajar pemulihan yakni pelajar-pelajar ini tidak menguasai Bahasa Melayu dan Matematik. Dan daripada ini juga kita dapat kesan sejauhmana kesan mereka dalam dua subjek ini, adakah mereka boleh membaca dan adakah mereka boleh mengira. Ok bagi Bahasa Melayu ya, untuk Tahun 2, kita ada 20% pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang pemulihan dan enrollment bagi tahun 3 kita ada 13%, pelajar-pelajar tahun 4 ada 5.2% dan juga bagi pelajar tahun 5 ada 1.26%. Maknanya percent itu semakin menurun apabila mereka telah melalui proses-proses pembelajaran Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4 dan sehinggalah mereka selesai tahap dua Tahun 6. Jadi di sini apabila berlaku pandemik COVID-19, sudah tentulah kita mengalami kesukaran untuk guru-guru pemulihan ini kerana kita tahu cara untuk mengajar pelajar-pelajar yang mengalami masalah atau pun kesukaran untuk menguasai Matematik dan Bahasa Melayu ni, pendekatan ialah close contact dengan cikgu itu sendiri. Bersemuka adalah cara yang paling baik, kalau di rumah, tentulah kalau kita mengharapkan ibu bapa di rumah untuk mengajar depa dengan cara-cara atau kaedah yang lebih baik tentunya ibu bapa. Ada ibu bapa yang berusaha untuk membantu anak-anak mereka, menguasai 3M ini, dan ada juga ibu bapa yang mungkin tidak mempunya inisiatif, tidak mempunyai pendekatan, tidak tahu apa kaedah yang sesuai, maka anak-anak ini ketinggalan dan tetapi haruslah guru-guru itu sendiri mengambil inisiatif ini, mungkin melakukan outreach dan sebagainya untuk memastikan anak-anak belajar dalam konteks dalam keadaan pandemik COVID-19 dan melalui pembelajaran secara maya. Walaupun dalam kesukaran tetapi tetap ada kaedah-kaedah untuk mereka mengajar dan supaya mereka melepas... insya-Allah suatu ketika melepasi dan menguasai 3M. Boleh saya teruskan Yang Berhormat?

(YB Dato’ Ismail bin Kasim mengganti sebentar tempat YB Speaker)

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Boleh teruskan. Boleh saya minta penjelasan dak?

Dia duk situ dia jadi baik sikit la. Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Saya teruskan ya ucapan saya tadi. Dan sejak tahun 2020, proses pembelajaran bergantung kepada pembelajaran atas talian. Dengan ini, kita tidaklah terperangkap dalam... seperti saya katakan tadi, kita tidak terikat dengan formal classroom dan konsep pembelajaran ini boleh dilaksanakan di mana-mana yang mana-mana sesuai untuk dilaksanakan program itu. Dan dalam suasana norma baru ini juga, penyampaian perkhidmatan secara maya ini juga meluas dan ianya juga mencabar atau meminta ataupun menyarankan kepada kita warga pendidik khasnya untuk terus memajukan diri agar dapat melalui proses PdPR dengan anak-anak muridnya dengan keadaan yang menarik dan memotivasikan anak-anak murid supaya sentiasa berada dengan guru apabila PdPR dapat dilangsungkan. Jadi, ini adalah perhatian yang semakin meluas, peranan dan fungsi dapat dimainkan dan dengan lebih baik. Dan ini menjadi satu pelan, satu keadaan yang lebih baik dan lebih bersedia kepada guru-guru apabila berada di bawah Pelan Pemulihan Negara di mana pengajaran dan pembelajaran di rumah yang dinamakan PdPR itu jauh lebih bersedia. Dan walaupun kita nampak sekolah mungkin belum boleh dibuka, mungkin tiga bulan lagi, pelajar-pelajar akan meneruskan PdPR, dan kita mengharapkan ibu bapa dan keluarga di rumah dapat membuat satu inisiatif untuk meneruskan dan memastikan perancangan dan persediaan yang lebih kepada anak-anak untuk menjayakan PdPR. Ini lah masa dan ketikanya keluarga itu sendiri merupakan guru yang lebih dekat dengan anak-anak murid, dan guru-guru di sekolah... dan akan mendapat satu bantuan ataupun kerjasama daripada keluarga itu memastikan PdPR dapat dilangsungkan dengan lebih berkesan.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Yang Berhormat, sikit soal tentang ketarikan... antara PdPR dengan PUBG, anak-anak tahun 1 ni saya rasa mereka lebih tertarik dengan PUBG. Saya dengar rungutan dari guru-guru ni, mereka lebih tertarik dengan PUBG dan mereka tidur 5 atau 6 pagi. Macam mana mereka nak masuk PdPR di sebelah pagi?

Tu lah saya katakan peranan…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Kes ini adalah serius, semua guru-guru tahun 1 merungut...

Sebenarnya Yang Berhormat Tambun Tulang, kita ada parent control di handphone kita tapi kita... PUBG ni juga ada. Saya rasa ada pengerusi PUBG di sini saya rasa. Kita rasa benda ni adalah satu perkara yang kita tidak dapat nak elak. Apabila setiap pelajar ada peranti ini, mereka akan dengan game ni juga tetapi inilah yang dikatakan dengan cabaran parenting. Parents mesti juga ambil tahu apabila anak-anak pegang ja handphone, pastikan pada masa PdPR dapat dilangsungkan dengan baik dan jadikan PUBG itu sebagai hadiah kepada murid apabila mereka melaksanakan PdPR dengan sempurna. Dan kita tidak boleh elak PUBG ini adalah cara untuk mereka menghabiskan masa dengan COVID-19, mereka tidak boleh pergi ke mana-mana daripanya berlaku…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Masalahnya adalah ibu dan bapa bekerja mencari nafkah, anak diharap kepada anggota keluarga lain, kakak abang dan sebagainya yang kita taulah kalau mereka ni pun kalau kakak-kakak dan abang-abang pun belum sampai proses atau tahap kematangan yang sebenarnya. Jadi ini juga bukan turut juga menyumbang kepada keadaan ini? Terima kasih.

Memang lagi lama dia duk di situ, dia lagi bahaya, mic dekat dia.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya tak setuju la Speaker duk bertoje dengan wakil rakyat ni.

Terima kasih YB Sanglang, saya teruskan ya, Kerajaan Negeri telah merancang pemberian vaksin di negeri ini melibatkan 3 fasa. Pertama membabitkan kira-kira 3,000 petugas barisan hadapan yang merangkumi petugas kesihatan, polis, bomba, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan guru bermula bulan April dan alhamdulillah guru ditafsirkan sebagai antara petugas barisan hadapan yang diberikan keutamaan untuk menerima vaksin dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan Pengarah Pendidikan Negeri yang melihat keperluan ini dan menurut saya apabila guru-guru ini divaksin, para pelajar juga turut dilindungi. Seboleh-bolehnya semua kakitangan sekolah tidak ketinggalan dalam usaha untuk memberikan mereka vaksin dan saya dengan ini juga ingin menjawablah soalan daripada Yang Berhormat Tuan Asrul berkaitan apakah tindakan yang memastikan bahawa kerja dalam sektor pendidikan divaksin sepenuhnya. Pekerja dalam sektor pendidikan merangkumi guru, anggota pentadbiran, pelaksana, pegawai Jabatan Pendidikan Negeri dan juga pekerja khidmat sokongan. Dan jumlah pekerja di dalam sektor pendidikan negeri ada seramai 7,582 orang yang terdiri daripada 4,710 orang guru, 917 orang anggota kumpulan pelaksana, 270 orang pegawai Jabatan Pendidikan dan juga 1,683 orang pegawai. Antara inisiatif pegawai Jabatan Pendidikan dalam memastikan semua pekerja dalam sektor pendidikan telah mendapat vaksin antaranya ialah membuat pendaftaran vaksin dalam MySejahtera. Jawatankuasa Bencana dan Pengurusan Vaksin Jabatan Pendidikan telah mengambil inisiatif dengan membuat pendaftaran vaksin untuk semua pekerja sektor pendidikan di dalam MySejahtera bagi memastikan mereka mendapat tarikh temujanji vaksinasi secepat yang mungkin dan sehingga 25 Ogos 2021, 100% untuk pendaftaran vaksin bagi sektor pendidikan telah berjaya dilaksanakan dan kesemuanya telah mendapat tarikh temujanji vaksin. Seterusnya pengisian maklumat vaksin dalam eOperasi, Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil baik sistem maklumat guru dan bersedia iaitu satu sistem eOperasi dengan menambah baik item maklumat vaksinasi untuk dikemaskini oleh pihak sekolah. Dan melalui sistem ini juga semua guru melalui pengetua dan guru besar selalu mengemaskini maklumat vaksin dalam sistem berkenaan. Pengemaskinian ini akan selalu dilakukan setiap hari dan selepas guru dan anggota kumpulan pelaksana itu menerima vaksin dan bagi pegawai Jabatan Pendidikan dan pekerja khidmat sokongan jugak melakukan perkara yang sama. Dan apabila mereka menerima vaksin, mereka akan kemaskini dalam sistem yang telah pun disediakan. Dan apabila terdapat guru-guru yang menolak vaksin, ada satu siasatan terperinci untuk individu yang menolak vaksin ini. Di mana daripada 7,582 orang pekerja dalam sektor pendidikan, seramai 85 orang telah menolak vaksin dengan alasan. Daripada 85 orang yang telah menolak vaksin berkenaan seramai 26 orang telah dikenalpasti sebagai anti vaksin, 24 orang kerana faktor kesihatan, 28 orang mengambil langkah wait and see kerana mahu melihat keberkesanan vaksin kepada individu, 4 orang kerana takut untuk divaksin dan 3 orang adalah atas sebab-sebab tersendiri. Dan peratusan warga sektor pendidikan yang menolak vaksin ini 1.12% daripada warga sektor pendidikan Negeri Perlis. Jadi ada beberapa lagi pendekatan-pendekatan yang diambil oleh Jabatan Pendidikan untuk memastikan semua anggotanya untuk menerima vaksin. Dan insya-Allah kita harap semua guru satu ketika setelah melalui mungkin kita akan buat satu pendekatan kaunseling pada guru yang anti vaksin ini. Kita mengharapkan semua...

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Minta laluan sikit Yang Berhormat. Boleh atau tidak golongan yang guru-guru anti vaksin ini kita tempatkan di sekolah Pendidikan Khas untuk mereka satu kumpulan sahaja? Kerana bukan... kebimbangan ni kita tau kes yang berlaku di Kuala Perlis dua tiga hari lepas apabila ketika proses vaksinasi ini berlaku, semua orang kampung tengok ada sorang tu bekas pesakit COVID, semua orang lari habis. Sampai kesian kat bomba kita terpaksa buat sanitize serta merta untuk mengelak orang dah mula sedar dan takut kepada keadaan ini. Ini apa pulak cikgu yang tidak divaksinkan dan kebetulan guru kelas kepada anak dia. Ibu bapa mungkin tak bagi anak pergi sekolah kerana takut perkara ini akan berlaku kepada mereka. Jadi Jabatan Pendidikan walaupun tadi agak jenaka, agak lawak sikit, tapi yang seriusnya apa tindakan yang kita buat kalau mereka juga masih tak mahu? Tidak boleh diambil tindakan undang-undang kepada mereka ataupun diperintahkan apa-apa kepada mereka tapi mereka masih tak mahu. Jadi mereka akan mengajar anak-anak di sekolah... apa tindakan harus dibuat tegas kepada mereka ini? Ada Pengetua sorang kan? Pengetua ada tak?

Pengetua, difahamkan ada di kalangan mereka... ada.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Satu sekolah...

Yang Berhormat Tambun Tulang, apabila satu pendekatan itu diambil, dia akan ada satu prosedur dan kriteria-kriteria yang dibuat. Dan melalui perkara ini saya merasakan at the end of the day akan ada satu prosedur bagi memastikan tindakan-tindakan ataupun melalui syarat-syarat bahawa individu-individu yang terlibat yang tak mau vaksin ini khusus kepada guru-guru yang dimaksudkan dia mungkin akan ada tindakan-tindakan untuk guru-guru itu dan kita. Sekarang ni masih dalam proses kaunselor kita memujuk lagi guru-guru sebab sekolah belum dibuka dan apabila satu keputusan melalui semua Jabatan-Jabatan Pendidikan Negeri... dan saya faham dan insya-Allah. Dan saya rasa ada tindakan dan mungkin untuk kita melihat kepada apa yang perlu dilakukan kepada guru-guru yang masih berdegil atau anti-vaksin tersebut. Adakah saya menjawab.?

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Atau YB EXCO pi jumpa mereka secara peribadi? Eye to eye contact.

Maybe, insya-Allah bila kita dapat yang the latest guru yang tak mau itu kita akan buat.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Saya ingat tindakan itu yang paling tepat la. Terima kasih.

Baik Yang Berhormat Tambun Tulang. Adaptasi idea kreatif dan inovatif menyokong Sains Teknologi dan Inovasi. COVID-19 seakan pencetus dan pemangkin pelaksanaan pelbagai kaedah dan persembahan walau banyak menjejaskan pelaksanaan pembangunan situasi ini tidak boleh dibenarkan berterusan. Don’t just wait and see, lama-lama lepas ke tepi. Adaptasi kepada pendekatan mekanisme pelaksanaan proses kerja dan lain-lain idea yang kreatif dan inovatif perlu diperkasakan di semua platform dan juga peringkat dan hasilnya sangat menyeronokkan dan bermotivasi bagi yang bersungguh-sungguh berusaha menghasilkan produk-produk yang bercirikan idea yang segar dan menarik. Hasil produk inovasi yang berpotensi boleh dikomersialkan malah akan dipaten bagi memelihara hak cipta pemilik. Kerajaan Negeri telah mendampingi semua peringkat dan membuka minda kepada mereka yang ingin berubah dan Kerajaan Negeri juga turut melaksanakan beberapa program bagi tujuan menggalakkan Sains dan Teknologi serta Inovasi ini. Seterusnya memanfaatkan information dan communication technology ICT. Pelaksanaan pendidikan digital sebagai elemen dalam pembelajaran abad ke-21 juga adalah sejajar dengan Anjakan Ketujuh, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia atau PPPM 2013-2025 dalam melaksanakan e-pembelajaran iaitu pengajaran berteraskan ICT. Arus globalisasi ini telah pun membentuk hala tuju baharu pendidikan dunia dan aspek ini guru-guru berperanan penting dalam mengadaptasi kandungan pedagogi berteras teknologi dalam PDP. Bertepatan dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam memperkenan dan membudayakan platform digital selaras dengan Pelan Digital Perlis 2021-2025, pembelajaran maya atau e-learning dalam tempoh PKP ini akan menjadi pemangkin kepada pembudayaan platform digital rakyat Negeri Perlis dan sekaligus menjadi laluan bagi mencapai objektif yang disasarkan dalam Pelan Digital Perlis 2021-2025. Menyedari hakikat ini, Kerajaan Pusat melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial, PERKESO jugak telah memperkenalkan dua inisiatif yang amat signifikan dan belum pernah dilaksanakan bagi membantu majikan mengekalkan pekerja mereka sewaktu krisis COVID-19 iaitu program mengekalkan pekerjaan dan program subsidi upah, bertujuan menstabilkan pekerjaan, mengelak pemberhentian pekerja beramai-ramai.

(YB Speaker mengambil kembali tempat di dalam Dewan)

Yang Berhormat Speaker, mohon celahan sikit, sebab YB Pauh sebab tadi dah masuk topik lain dah dia tentang Perlis... Pelan Perlis Go Digital kelmarin saya tak dan nak sentuh dalam ni sebab masa... keterbatasan masa.

Speaker

Dengan ini Yang Berhormat, kita teruskan dengan tajuk yang ni dahulu. Nanti saya bagi peluang pada Yang Berhormat nanti.

Baik, tuan Speaker.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Sena. Jadi tujuan-tujuan yang dimaksudkan tadi adalah untuk menstabilkan pekerjaan dan seterusnya membolehkan pekerja khususnya dalam kumpulan B40 mampu menyara diri dan keluarga ketika waktu sukar ini. Tiada kakitangan di peringkat Kerajaan Negeri mahupun kalangan pekerjaan-pekerjaan syarikat Kerajaan Negeri yang telah diberhentikan kerja semasa tempoh pandemik. Antara norma baharu dan hala tuju pengurusan sumber manusia... Yang Berhormat Dato’ Speaker... duduk di rumah, jaga jarak sosial dan penjagaan kebersihan adalah mesej yang sentiasa diulang sejak Perintah Kawalan Pergerakan PKP dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 sehinggalah kita melalui pembaharuan, perubahan status perintah kawalan pergerakan sehingga negara telah dapat kembali menjalani kehidupan hampir seperti biasa seperti keluar bekerja, berniaga, membeli belah, beriadah, bercuti dan balik kampung untuk bersama keluarga. Pandemik COVID bukan sahaja menyebabkan krisis kepada kesihatan awam, malah ekonomi dan pasaran buruh keseluruhannya. Ia telah menambah beban dan cabaran kepada golongan pekerja, majikan dan juga Kerajaan. Tambahan pulak dengan pelaksanaan arahan penjarakkan sosial dan perintah kawalan pergerakan, majoriti pekerjaan terutamanya yang bergantung kepada interaksi kepada pelanggan secara fizikal turut terkesan. Jadi PERKESO telah memperkenalkan skim-skim perlindungan yang sesuai untuk melindungi pekerja yang mencarum di mana melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri yang diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri di bawah Peruntukan Akta Keselamatan Sosial Sendiri 2017, yang mana peruntukan ini telah pun memberi perlindungan skim keselamatan yang diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan. Ini memberi motivasi kepada semua pekerja yang diberhentikan kerja, yang hilang pekerjaan dan sebagainya supaya untuk mencari kerja lain yang mana melalui kerja-kerja yang dikhaskan akan mendapat perlindungan PERKESO. Faedahnya sangat banyak sehingga keluarga pun akan dilindungi apabila berlaku sesuatu kejadian semasa pekerjaan itu dilangsungkan. Bagi pihak Kerajaan Negeri, kita menyambut baik inisiatif-inisiatif yang telahpun diperkenalkan. Adalah menjadi harapan kita agar masyarakat dan rakyat Negeri Perlis setiap peringkat akan dapat manafaat dan peluang ini sebaik yang mungkin. Isu kebajikan pekerja dan majikan adalah menjadi keutamaan dan sudah tentu kita tidak akan sama sekali berkompromi tentang perkara ini. Penamat bicara saya, sekalung tahniah penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Anggota Keselamatan, pihak swasta, korporat, Pengerusi dan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung, semua pemimpin masyarakat, frontliners, orang perseorangan dan komuniti dalam usaha bertugas memerangi pandemik COVID-19 untuk memastikan semua urusan pentadbiran berjalan lancar dan sempurna, bersama dalam menghadapi cabaran ini meskipun kita berbeza pandangan dan pendapat. Membaca buku sambil berkelah, jadi acara sangat berguna, moga semua dirahmati Allah, selamat negeri selamat semua. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Beseri.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, wassala tu wassala mu’ala ashrafil anbiya iwal mursalin, nabiyyina muhammad, wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju. Usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, jika kita hayati, jika kita teliti, ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, kita mendapati ia merangkumi berbagai-bagai aspek ke arah perpaduan, kesejahteraan, keharmonian, pembangunan untuk kebaikan rakyat negeri Perlis. Apa yang tertarik ataupun apa yang menjadi isu utamanya adalah kita sebagai wakil-wakil rakyat di pihak Kerajaan dan pihak bukan Kerajaan, kenalah kita bersama-sama bekerjasama bagi mewujudkan suasana politik yang tenang dan stabil bagi negeri Perlis. Dan sama-samalah kita berganding bahu untuk memajukan negeri ini dalam suasana pandemik COVID-19 ini. Tahniah juga di atas pelantikan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9. Dan insya-Allah dengan pelantikan ini, hubungan lebih erat akan terjadi ataupun akan terjalin di antara kerajaan negeri Perlis bersama dengan kerajaan persekutuan. Berhubung soalan daripada Yang Berhormat Guar Sanji iaitu macam mana data penerima bantuan e-kasih JKM, ataupun e-kasih ataupun daripada pihak ICU bagi memastikan penerima yang layak sahaja menerima bantuan. Ada beberapa kaedah iaitu yang pertama, kaedah temu bual. Kaedah temu bual ini telah dijalankan yang mana pihak JKM ataupun pihak ICU turun ke padang sendiri untuk berjumpa bagi mereka-mereka yang dirasakan layak untuk mendapat bantuan tersebut. Siasatan juga akan dibuat bagi mereka yang mana siasatan ini ditujukan kepada jiran-jiran ataupun penduduk-penduduk yang berhampiran untuk penerima bantuan tersebut. Dan akhir sekali, pengesahan daripada pihak JPKK untuk kita memastikan bahawa mereka ini memang benar-benar layak. Seterusnya, berkenaan dengan proses pemutihan…

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Mohon pencerahan Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat Beseri di atas penjelasan ringkas berkaitan dengan penetapan kelayakan penerima bantuan JKM dan juga kit baru-baru ini. Berkaitan dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat berkaitan dengan penetapan yang dibuat di peringkat itu ok, cuma kalau dilihat, bila kita nak bagi Kad Kasih Ibu Perlis ini, pertama, ada yang mati. Makna bila dah mati, makna tak buat kerja lah. Tak betul macam mana yang dilaporkan. Mungkin ada dua, tiga kes bila kita rujuk dengan JKK, JKK tu pun tak tahu. Sebab tu timbul masalah kebelakangan tu berkaitan dengan pengagihan bayaran sumbangan tersebut. Jadi, YB mungkin kena cari teliti lagi jawapan tu. Wallahu’alam.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Untuk makluman Yang Berhormat Guar Sanji, data mereka yang untuk… yang dapat bantuan eKasih ini sebenarnya telah dibuat kajian ataupun telah di… untuk mendapatkan fakta tersebut lebih kurang dua atau tiga tahun yang ke belakang. Jadi, daripada maklumat-maklumat tersebut, memang didapati ada yang telah meninggal dunia. Tetapi, untuk makluman Yang Berhormat Guar Sanji, kita sentiasa akan membuat perubahanlah. Kita akan buat perubahan jika berlaku nama-nama yang tercicir itu, untuk kita masukkan untuk peringkat yang seterusnya, peringkat yang kemudian. Berkenaan dengan proses pemutihan, data dan kemaskini tetap dijalankan iaitu secara temubual melalui telefon. Jadi, sekarang ini, dalam keadaan COVID-19 ini kita tidak boleh menjalankan secara temubual secara bersemuka. Diantara perkara maklumat-maklumat yang dikemaskini, yang pertama adalah pertambahan atau pengurangan daripada isi rumah. Yang kedua, makluman pekerjaan dan pendapatan isi rumah. Dan yang ketiga, mengemaskini maklumat tentang bantuan yang diterima. Berhubung dengan soalan daripada Yang Berhormat Sena, iaitu kebersihan hendaklah dimasukkan dalam teks khutbah. Untuk makluman Yang Berhormat Sena, jadi kita telah… sebelum ini kita telah memaklumkan pada Jabatan Mufti untuk memasukkan teks khutbah berkenaan dengan kebersihan, cuma pada kali ini mungkin kita buat secara… secara panjang ataupun secara tetap atau berterusan untuk kita memberi pesanan kepada jemaah berhubung dengan kebersihan yang perlu dimasukkan di dalam teks khutbah.

Yang Berhormat Speaker, mohon celahan sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Beseri atas... apa nama…orang kata terima apa ni kan… untuk ni… ini tujuan untuk kita memastikan Perlis… agenda untuk kita... Perlis Bersih itu berjaya. Cuma saya… kelmarin ni saya tak dan nak sebut ada satu lagi yang saya nak mohon ni dalam isu integriti. Yang mana integriti ni dia ada kaitan bermula pada bersih, program integriti saya mohon supaya kalau boleh integriti pun di highlight juga dalam... yang terbaik dalam khutbah-khutbah supaya kita ada menunjukkan sikap yang… kita tunjuk rakyat yang bersih, mahukan bersih dan juga elemen integriti. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Selain daripada integriti, ada lagi yang perlu kita masukkan dalam teks khutbah iaitu berkenaan hutang… hutang… yang mana saya ada berbincang dengan CEO… apa nama ni… SAP bahawa hutang-hutang yang tertunggak yang mana mereka hendaklah wajib membayar hutang dan ada juga saya beritahu kepada Jabatan Mufti untuk dimasukkan pada teks khutbah untuk yang akan datang. Jadi, hutang ni pun ada setengah tu dia ambil kesempatan… dia ambil kesempatan, maksud saya tu, ada setengah tu dalam keadaan COVID-19 ini, ada yang kita rasa yang terjejas, oleh kerana COVID-19, dan mungkin mereka tidak mampu membayar, tetapi mereka yang mampu membayar, depa ambil kesempatan ke atas tu tidak membayar, ya. Sesungguhnya, usaha untuk menggalakkan Islam sentiasa diberikan keutamaan oleh pihak kerajaan selaras dengan kedudukan istimewa agama Islam, Al-Sunnah Wal Jamaah dalam Undang-Undang Tubuh Negeri 1948. Besarlah harapan agar segala inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Perlis melalui agensi agama Islam seperti Jabatan Mufti Negeri Perlis, Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Perlis (JAIPs) dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis sentiasa didukung oleh semua. Antara yang sedang dirangka dan telah dilaksanakan adalah berkaitan pemerkasaan pengurusan hal ehwal Islam serta pemantapan pentadbiran masjid, sekolah agama dan qariah di negeri Perlis. Di kesempatan ini, pihak dewan turut mempersembahkan setinggi-tinggi tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja di atas segala ketetapan dan perkenan yang dikeluarkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis selaku Tuanku Yang di-Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis. Sepanjang tempoh penularan pandemik COVID-19 yang merangkumi ketetapan SOP ibadah, inisiatif bantuan serta pelbagai program yang dilaksanakan demi kemaslahatan dan kebajikan…

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Mohon pencerahan Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Kuala Perlis lah.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Yang Berhormat Beseri, sedikitlah, semalam saya ada terima panggilan daripada ni lah… daripada penduduk berkenaan dengan pengurusan jenazah. Saya mungkin… mungkin benda ni ada bawah inisiatif MAIPs ataupun mana-manalah agensi dalam negeri Perlis ni. Pengurusan jenazah COVID-19, boleh Yang Berhormat Beseri terangkan sikitlah, nilai dia berapa nak kena bayar? Perincian-perincian dia apa semua. Baik, terima kasih.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Perlis dan Dewan yang mulia, pada permulaannya, bayaran untuk pengurusan jenazah adalah sebanyak RM1,700. Jenazah-jenazah yang terlibat dengan COVID. Tetapi, hasil perbincangan yang telah dilakukan oleh pihak MAIPs, sebanyak RM1,500 sahaja yang dikenakan untuk masa yang terkini. Ini adalah keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Perlis bagi membincangkan kaedah yang terbaik untuk pengurusan jenazah COVID-19 bagi mengawal penularan wabak ini terhadap petugas kesihatan yang menguruskan jenazah dengan menggunapakai kaedah rukhsah dan tajhiz janaiz. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Perlis, telah kita lihat daripada segi pengurusan, dari segi logiknya pengurusan tu... untuk mengangkut ataupun untuk mengangkut jenazah COVID tu sebanyak 7 orang diperlukan. Seorang akan dibayar sebanyak RM700… ok 7 orang, RM700. Itu tak termasuk lagi kos keranda. Kos untuk kita mengapankan jenazah tersebut. Kemudian, maklumat terkini… maklumat terkini bagi kos mengorek kubur ataupun liang untuk pesakit COVID-19 adalah ditanggung oleh pihak masjid... adalah ditanggung oleh pihak masjid. Jadi... dan satu lagi untuk makluman sidang

Dewan pada hari ini, pihak NADMA juga ada memperuntukkan sebanyak RM5,000 untuk mereka yang terlibat ataupun ahli keluarga yang terlibat kematian akibat COVID-19 ini. Jadi, RM5,000 total RM1,500, saya ingat ada lagi lebihan untuk rakyat Malaysia ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon sedikit celahan. Jadi, alhamdulillah Yang Berhormat Beseri, saya lega dengar tu sebab yang mana isu jenazah… pengurusan jenazah COVID ni kalau kita tengok di negeri-negeri lain jadi kontroversi. Jadi sampai ke tahap berebut kereta jenazah pun, berebut ni pasal dia dok nampak duit, dia dok ligan duit tu kan. Dan menjadi pertikaian, pergaduhan antara keluarga dengan pengurusan. Jadi, Alhamdulillah kita tengok dengan ada bantuan daripada MAIPs dan masjid semua ni, jadi saya ingat kita boleh… di Perlis ni tak timbul isu akan… apa nama… ni kan… jadi, dah lah sedih, lepas tu bergaduh pula kan. Terima kasih.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Insya-Allah, Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Yang Berhormat Sena.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Yang Berhormat Sena. Jadi, walau bagaimanapun, pihak Kerajaan mengalu-alukanlah jika ada pihak sukarelawan yang berhasrat untuk menguruskan jenazah COVID-19 secara sukarela namun tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Yang Berhormat Dato’ Speaker, celahan sikit. (sambil mengangkat tangan). Ok terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Beseri. Tadi dalam ucapan bahas Yang Berhormat ada sebut berkaitan Mahkamah Syariah. Tadi saya dapat aduan juga lah berkaitan dengan penundaan bicara kes di Mahkamah Syariah sejak 1hb Januari 2021. Katanya, Hakim Yang Arif Mahkamah Syariah belum dilantik. Jadi, apa masalah sehingga hari ini belum dilantik... diisi lagi jawatan Yang Arif Mahkamah Syariah Negeri Perlis?

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Oleh kerana kes ni pun, saya rasa ia melibatkan pelbagai pihak. Jadi saya ingat saya akan beri jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Ahli-ahli Dewan sekalian, Islam adalah agama yang indah yang sentiasa mengutamakan kedamaian dan kesejahteraan. Kedamaian dan kesejahteraan inilah yang menjadi dasar Kerajaan dalam mengurus tadbir dan mengimarahkan bumi ini. Justeru, saya menyeru kepada semua pemimpin, bermula daripada kita ini sebagai wakil rakyat sehinggalah semua pemimpin di peringkat akar umbi untuk sentiasa mengutamakan mesej kedamaian dan kesejahteraan dalam setiap urus tadbir serta menyebarkan mesej ini demi kesejahteraan dan kemakmuran negeri Perlis yang tercinta. Mengakhiri penggulungan pada hari ini, marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah, ayat 8 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-sekali kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Sorry... dipersilakan Yang Berhormat Kayang.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Bismillahirrahmanirrahim (membaca doa pembuka bicara) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri sejahtera, Perlis Maju. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memperuntukkan ruang dan peluang kepada saya dalam sesi penggulungan ini saya ingin memohon untuk turut menggulung dan memberi maklum balas bagi pihak Yang Berhormat Santan. Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli Yang Berhormat, saya dengan sepenuhnya menjunjung setinggi-tinggi kasih atas titah ucapan perasmian Duli Yang Mulia Tuanku Raja Perlis yang mana dalam titah ucapan Baginda Tuanku Raja Perlis terserlah akan kasih sayang dan juga keprihatinan Baginda terhadap segala aspek yang berkaitan dengan negeri dan juga rakyatnya. Dalam titah ucapan Baginda, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis menyentuh semua aspek antaranya tentang kepimpinan yang sepatutnya ditunjukkan kepada rakyat di kalangan kita. Penularan pandemik COVID-19 sangat merisaukan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja terhadap rakyat jelata dan baginda sentiasa mengikuti perkembangan terkini terhadap usaha-usaha Kerajaan Negeri memerangi penularannya. Malah selain memantau perkembangannya penularan wabak ini, Baginda turut memandang jauh ke hadapan terhadap pemulihan dan pemantapan semula ekonomi pasca COVID-19 nanti. Kebajikan, permasalahan dan kualiti hidup rakyat turut disentuh oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis melalui program-program keusahawanan dan modal insan selain keperluan asas hidup terutama isu perkhidmatan seperti air antaranya. Program memakmurkan negeri dalam sektor pelancongan, sektor pertanian, komersial, perumahan mampu milik, budaya integriti, kestabilan politik dan juga kelicinan pentadbiran Kerajaan Negeri. Semuanya yang disentuh oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis mencerminkan keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis terhadap rakyat dan negeri ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam sesi perbahasan kelmarin ada beberapa persoalan yang berkaitan dengan tugasan saya atau portfolio saya, juga portfolio Yang Berhormat DUN Santan telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, antaranya yang berkaitan dengan NRW yang mana telah dibangkitkan oleh ADUN Tambung Tulang, Sanglang, Guar Sanji dan juga Indera Kayangan dan saya ingin memberi maklum balas terhadap isu yang dibangkitakan oleh Yang Berhormat ADUN Indera Kayangan tentang Program NRW yang didakwa lewat seperti tidak mempunyai kemajuan sehingga kini seolah-olah seperti tiada kemajuan yang dicapai dan saya menganggap Yang Berhormat ADUN Indera Kayangan mungkin tidak dapat maklumat yang tepat berkaitan dengan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Untuk makluman Yang Berhormat, sebagaimana yang saya jawab dalam sidang yang terdahulu, kita memang mempunyai... dalam usaha untuk mengatasi masalah NRW ini. Memang kita mempunyai beberapa program berperingkat antaranya saya maklumkan tadi... peringkat pelaksanaan, peringkat perolehan, peringkat pembinaan dan juga peringkat pasca pembinaan dan sebagaimana yang saya maklum dalam sidang Dewan... dalam sesi soalan lisan pagi tadi kita telah pun berada dalam sesi pembinaan tetapi mungkin saya ingin berkongsi dengan YB ADUN Indera Kayangan tentang kronologi usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri sejak 2014 lagi. Di mana kita telah berusaha untuk mengkopratkan Syarikat Air Perlis untuk dengan tujuan meningkatkan lagi perkhidmatan kualiti air di negeri Perlis ini dan pada 2015, kita telah melantik syarikat untuk pengambilan... untuk menjalankan kerja-kerja pengambilan dan juga bacaan meter bagi memastikan ketepatan bacaan meter dan ianya telah mencapai 99% dan mengatasi masalah-masalah meter yang tidak dibaca. Itu pada tahun 2015 dan pada tahun 2016 dan juga 2017, kita telah berjaya menyiapkan master plan, dengan izin, ataupun blueprint, dengan izin Dato’ Speaker, tentang langkah-langkah ataupun strategi bagaimana kita nak mengatasi masalah NRW. Terakhirnya itulah 3 program utama yang telah kita usahakan iaitu NRW Nasional pendekatan satu, fasa satu mitigasi jangka pendek dan juga mitigasi sederhana yang mana jumlah keseluruhan untuk 3 program ini sebanyak RM186 juta yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Perlis. Walau bagaimanapun, berlaku sedikit kelewatan apabila berlaku perubahan landskap politik pada tahun 2018 hingga 2019 yang mana saya rasa Yang Berhormat ADUN Indera Kayangan juga sedia maklum bahawa dalam tempoh 2018 sehingga 2019, berlaku kelewatan hampir 2 tahun program-program mengatasi NRW ini tidak dapat dilaksanakan di tapak... dengan perubahan-perubahan polisi oleh pihak kerajaan PH ketika itu yang mengadakan... apa ni... semak imbang, review semula... apa ni... tender-tender, kajian semula staff semula telah mengadakan re-tender untuk projek-projek yang telah diluluskan ini, proses-proses ini akhirnya telah menyebabkan kita di negeri Perlis... rakyat Negeri Perlis kerugian hampir dua tahun kerana kita tidak dapat menjalankan program-program ini di tapak. Dan akhirnya pada 2020 sebelum Kerajaan bertukar... PH bertukar kepada Kerajaan BN, maka kita telah berjaya melaksanakan program ini di tapak. Namun demikian, pada tahun 2020 dan juga sebagaimana kita sedia maklum pada tahun 2021 ini juga, kerja-kerja pembinaan juga berlaku kelewatan akibat daripada pandemik COVID yang telah berlaku. So sekarang ini kita dalam proses pembinaaan dan proses pembinaan ini mempunyai tarikh siap dia dan dalam tempoh menyiapkan program-program ini, sudah pastinya masa di antara program ini ada sedikit masalah yang sedang kita hadapi iaitu masalah kebocoran paip, masalah tekanan air rendah dan kita usahakan semua ini untuk mengatasinya melalui suntikan-suntikan daripada pihak Kerajaan Negeri Perlis sebanyak RM4.1 juta pada tahun ini. Dan untuk makluman Yang Berhormat juga, pendekatan ataupun pendekatan Kerajaan Negeri Perlis dalam menjalinkan hubungan profesional ataupun friendly relationship, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan pihak Kerajaan Federal sebenarnya telah memberi keuntungan kepada pihak rakyat negeri Perlis dengan terlaksananya program... 3 program usahakan selama ini.

Selain daripada juga, Yang Berhormat ADUN Indera Kayangan membangkitkan tentang perancangan atau plan khusus yang diwujudkan untuk bekalan air sekiranya terdapat gangguan bekalan air ataupun bekalan air terputus. Kita mempunyai proses-proses pelaksanaan khusus untuk mengatasi isu ini, antaranya ialah kita menggunakan media-media seperti pengumuman gangguan air melalui radio Perlis, Perlis FM dan juga media sosial pada para pengguna di kawasan terlibat dan menerangkan sebab-sebab gangguan yang berlaku. Selainnya, kita melaksanakan penghantaran bekalan air kecemasan menggunakan lori tangki ke tempat yang kritikal, menyediakan tangki-tangki statik di tempat-tempat yang sesuai mengikut keperluan, melaksanakan penghantaran air melalui lori tangki dan diselaraskan melalui JPKK supaya ianya lebih teratur. Dalam hal ini, YB DUN juga boleh membantu menyediakan lori-lori tambahan bagi melancarkan lagi operasi penghantaran ini. Dalam kes ini, YB Sanglang, YB Sanji... YB Guar Sanji dan YB DUN Sena sentiasa bekerjasama dalam menyelaraskan ataupun membantu menyalurkan maklumat ke atas pihak SAP untuk pihak SAP bagi menyelaraskan bantuan-bantuan juga penghantaran lori-lori tangki air ini ke kawasan yang terjejas. Dan selain daripada itu juga, kita memberi maklumat kepada pengguna mengenai status gangguan dan maklum balas yang berkaitan dari masa ke semasa melalui kaunter aduan-aduan dan juga khidmat pelanggan. Dan yang penting... dan di antara semuanya ini adalah yang paling penting adalah bagaimana kita dapat menyebarkan maklumat ataupun menyelaraskan maklumat di antara penduduk dan juga yang terjejas yang juga dengan pihak SAP supaya akhirnya rakyat di kawasan yang terjejas dapat kita bantu. Dan untuk makluman Yang Berhormat juga, pihak Kerajaan Negeri telah sejak tahun 1996 lagi dengan tarif air sebanyak 40 sen semeter kiub ini telah memberi perkhidmatan yang sangat baik untuk kepentingan rakyat. Yang Berhormat Dato’ Speaker, selain daripada isu yang dibangkitkan oleh ADUN Indera

Kayangan berkaitan dengan kuarters berdekatan rumah pam di simpang tiga Guar Sanji yang dilihat usang dan uzur...

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Salam... tentang tarif ni. Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Kayang. Tentang tarif air, apakah cadangan kadar yang diminta oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air kepada Syarikat Air Perlis untuk pastikan operational expenditure mencukupi dan kita juga boleh mencapai keuntungan pada tahun-tahun berikutnya? Terima kasih.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Kajian telah pun dilaksanakan oleh pihak kementerian ketika itu iaitu Kementerian KeTS dan telah disambung pada Kementerian KeTSA dalam apa ni... yang telah disambung Kerajaan PN yang mana pihak pusat telah membuat kajian tentang keberhasilan... tentang tarif air di negeri Perlis ini telah dibentangkan Kerajaan Negeri Perlis dan kita sebenarnya tiada halangan Kerajaan Pusat tentang cadangan menaikkan tarif daripada 40 sen kepada 70 sen semeter kiub. Walau bagaimanapun, untuk makluman Ahli-ahli Dewan, 70 sen pun sebenarnya tidak memberi sebarang keuntungan kepada Kerajaan Negeri ataupun kepada pihak syarikat kerana tarif 70 sen ini hanya sekadar orang kata balik modal sahaja. Tapi sekurang-kurangnya tarif baru ini insya-Allah kita akan dapat mempertingkatkan lagi taraf kualiti perkhidmatan air yang disediakan oleh pihak SAP nanti jika tarif ini diluluskan di Parlimen nanti.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, isu rumah pam yang terbiar yang dibangunkan... dibangkitkan oleh Yang Berhormat DUN Guar Sanji, pihak Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan untuk merobohkan bangunan kuarters yang usang dan uzur di kawasan rumah pam berkenaan. Seterusnya bagi pihak Yang Berhormat DUN Santan ada dibangkitkan berkaitan dengan... daripada ADUN Indera Kayangan berkenaan berkaitan jumlah kutipan cas yang dikenakan untuk membeli bag plastik dan jumlah bag plastik yang telah dikurangkan sepanjang pelaksanaan kempen tanpa bag plastik. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini MPK... pihak MPK masih belum kenakan sebarang cas kepada 8 kategori premis-premis perniagaan yang telah dilesenkan oleh MPK di bawah program ini. Walau bagaimanapun, MPK sedang dalam tindakan untuk menyediakan rang undang-undang kecil, cas pencemaran merangkumi perkara ini. Kita tidak dapat pastikan lagi berapa sebenarnya kutipan yang dibuat kerana kutipan itu diuruskan oleh premis-premis itu sendiri. Tetapi memandangkan kita tidak ada lagi rang undang-undang kecil yang membolehkan pihak MPK menguatkuasakan ini, kita tidak dapat membuat kutipan lagi. Tetapi kutipan-kutipan ini ada di premis pasar raya-pasar raya yang terbabit. Seterusnya isu yang dibangkitkan oleh ADUN Sanglang berkenaan apakah cadangan dari Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah sampah sarap, pokok tumbang sewaktu fenomena air pasang besar di persisiran pantai Kuala Perlis. Untuk isi ini, Kerajaan Negeri memandang serius kesejahteraan negeri khususnya melibatkan aspek kebersihan. Penekanan ini dizahirkan melalui fokus belanjawan negeri Perlis pada setiap tahun dengan aktiviti mass awareness, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker, di bawah Program Perlis Bersih Indah (PBI) bagi menyelesaikan isu yang dibangkitkan apa-apa tindakan yang diambil oleh jabatan dan agensi seperti berikut... tindakan melalui Kerajaan Tempatan, Majlis Perbandaran dan SWCorps, iaitu kita melaksanakan aktiviti plogging race, program recycle for life, tiada penggunaan styrofoam, program gotong royong taman perumahan, program menaik taraf nat di sekitar Perlis dan kempen bebas plastik dan kedua, pelaksanaan aktiviti trash for cash, wool clean up day, program plogging race di kawasan pantai, Hari Alam Sekitar dan Mencintai Sungai Perlis dan Kerajaan Negeri juga menambah 5 unit tong berpusat jenis GV 1,110 liter GV 1,100 liter dan kekerapan kutipan dilaksanakan sebanyak 7 kali seminggu di sepanjang persisiran pantai Kuala Perlis. Kemudian...

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Pohon celah YB Kayang. Saya nak tau kalau kita tak buat kuitipan... kalau kita tak buat persediaan macam rang undang-undang kecil terdahulu untuk kutipan... kalau beli bag plastik tu, kita tidak melaksanakan kerja yang kita buat lah... program kita buat. Kalau kes macam tu, kita dah buat banyak-banyak program kempen tu dia tidak memberikan kesan yang kita mau.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Ya, Yang Berhormat Adun Indera Kayangan. Memang sebenarnya apa yang kita buat itu adalah kempen. Kempen dalam tempoh... dalam strategi kita untuk mind setting ataupun mind conditioning, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker, supaya rakyat mempunyai kesedaran awal mengenai kempen yang kita usahakan ini sebelum pelaksanaan dilaksanakan... dijalankan. Itulah strategi kita Yang Berhormat. Jadi saya sambung berkaitan dengan isu yang dibangkitkan ADUN Sanglang tadi. Seterusnya kita melaksanakan Operasi Berani Tegur terhadap orang awam juga peniaga sepanjang pesisir pantai Kuala Perlis agar tidak membuang sampah sewenang-wenangnya ke dalam laut dan bersama-sama menjaga kebersihan awam. Manakala program-program melalui Jabatan JPS pula, ialah permohonan meninggikan ban sedia ada bagi menangani masalah pantai Kuala Perlis ke Kuala Sungai Baru dan Pantai Sungai Padang ke Kuala Sanglang. Pelantikan Perunding bagi kajian bagi kerja-kerja ini dijangka akan dimaklumkan pada suku terakhir 2021 ini. Selain daripada itu, pelaksanaan kerja-kerja kebersihan dari Kampung Wai hingga ke Sungai Padang secara one-off dan ia telah siap dilaksanakan pada 5 Julai 2021 yang lalu. Seterusnya isu berkaitan perkembangan semasa kes COVID-19 yang berlaku di kawasan Pasar Sena. Adakah peniaga telah membuat swab test dan proses sanitasi telah dibuat. Untuk makluman Yang Berhormat Adun Indera Kayangan, berdasarkan maklumat dari MPK, pelaksanaan ujian calitan atau swab test kepada peniaga-peniaga kawasan tersebut adalah bergantung kepada penilaian risiko oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri, seterusnya Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis juga telah menjalankan sanitasi awam di pasar sena pada 14 Ogos 2021 yang lalu. Manakala Jabatan Kesihatan Negeri memaklumkan semua kontek rapat yang dikenal pasti telah dikuarantin seisi keluarga. Saringan COVID-19 juga telah dijalankan oleh kontek rapat yang berisiko dan bergejala. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekian sahajalah maklum balas daripada saya.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Yang Berhormat Speaker, mohon pencerahan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Yang Berhormat Kayang, saya ingat soalan saya dalam perbahasan semalam banyak ada terkait dengan portfolio Yang Berhormat tetapi tak menjawab. Jadi tak menjawab sidang DUN depan saya akan bangkitkan yang sama. Saya mohon Yang Berhormat respon sikit berkaitan isu tekanan air rendah Kampung Jelempok, Taman Utara Guar Sanji, Pemendapan Jalan di simpang tiga Guar Sanji, perkembangan pemotongan pokok kayu besar di Jalan Kampung Serdang... jadi hat tu kena jawablah. Respond sikit sekurangnya ada jawapan. Kalau tidak saya nak kena bawa DUN… sidang DUN ke depan pulak. Jadi benda tu berlarutan. Hat ni yang ditegur oleh Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Ok, terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Sebenarnya bukan saya tak nak jawab tetapi sebenarnya jawapan ataupun maklum balas kepada isu-isu yang dibangkitkan... aduan awam yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan dijawab sendiri oleh Yang Berhormat Speaker nanti tetapi walau bagaimanapun, tentang tekanan air rendah di Taman Utara, Guar Sanji dan Jelempok, masalah tekanan air rendah ini sebenarnya hanyalah boleh diselesaikan apabila siapnya tangki air di loji air di Arau dan pembinaan tangki air di loji air Arau ni dah siap 60% dan insya-Allah dengan siapnya tangki air tu nanti, insya-Allah masalah tekanan ayaq yang berlaku di kawasan YB sebutkan tadi dapat diatasi. Sebenarnya bukan kita tidak ambil tindakan tetapi sebenarnya tindakan penyelesaian yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan itu memerlukan masa untuk diselesaikan. Sebagai contoh, pembinaan tangki ayaq tadi tu lah. Ha... na... insya-Allah dan lain-lain aduan yang dibangkitkan oleh YB ADUN Guar Sanji dan juga YB ADUN Kuala Perlis insya-Allah akan dijawab oleh Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih sekali lagi kepada semua. Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan atau wakil serta petugas Dewan dan juga media yang telah banyak membantu melancarkan persidangan kali ini dengan baik dan lancar. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya memohon menyokong usul titah perasmian rasmi oleh Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. Sekian.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan YB Simpang Empat.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju. Patik menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku merasmi Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Ke-14, di mana Duli Yang Maha Mulia Tuanku berharap kita semua pemimpin-pemimpin, pegawai-pegawai kerajaan dan rakyat jelata bekerjasama antara satu sama lain, untuk menghadapi pandemik COVID-19 yang sudah hampir 2 tahun berlaku. Baginda juga turut berharap supaya rakyat Perlis ke hadapan dan amat sejahtera. Untuk itu, saya juga akan memberi maklum balas sedikit berkenaan dengan pertanyaan daripada YB Kuala Perlis berkenaan dengan maklumat daripada Jabatan Perikanan. Dasar-dasar Kerajaan Perlis dan Persatuan Nelayan Kuala Perlis telah membeku pengeluaran lesen tangguk, tunda siput retak seribu pada tahun 1986. Lesen tangguk tunda retak seribu telah menerima bantahan dari nelayan-nelayan pantai dan aduan pencerobohan. Dasar semasa menggariskan penangkapan siput retak seribu adalah untuk diesel atau sampan di zon A sahaja sebagai alat tambahan. Lesen ini hanya dikeluarkan di negeri Kedah dan telah dibekukan pengeluaran lesen ini di Selangor, Perak dan Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Yang Berhormat Dato’ Speaker, minta laluan sikit. Okay, saya setuju Yang Berhormat Simpang Empat berkenaan pembekuan untuk... lama dahulu... tapi masa tu berubah, sampai bila kita nak beku? Yang tu yang kita minta kita bangkit di sini, sebab supaya kita boleh halusi balik benda ni, sebab benda ni bukan selalu, yang tu yang kita minta tu. Begitu juga berkenaan lesen, kalau dah jawapan dah asyik dok beku, beku, beku... tak dak jawapan kepada rakyat ni. Itu yang kita nak… nak tau yang sebenarnya.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis, saya baru bismillah… Yang Berhormat dah bangkit dah. Hat tu yang jadi masalah na… tu yang dok jadi bertumbuk tu… kes tu. Jabatan Perikanan Negeri Perlis bersedia untuk membuka permit sementara, penangkapan siput retak seribu hanya dengan menggunakan tangguk bergalah sekiranya mendapat persetujuan dari ibu pejabat perikanan... mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri Perlis tiada bantahan daripada nelayan-nelayan tempatan. Jabatan Perikanan mencadangkan untuk menetapkan syarat-syarat seperti berikut. Hanya kepada pemilik diesel zon A di negeri Perlis sahaja, dilesen sebagai peralatan tambahan diesel zon A, muatan diesel tidak melebih 25 grt, dihadkan maksima kuasa kuda enjin tidak melebihi 200 kk bagi diesel muatan 10 grt ke atas dan 120 kk bagi sampan kurang 10 grt ke bawah, mesti mendarat di pangkalan yang ditetapkan, masa operasi dihadkan dari jam 7 pagi hingga 6 petang, mesti usaha sendiri menangkap di kawasan yang ditetapkan sahaja, tempoh sah lesen dihad untuk 3 bulan sahaja dan boleh diperbaharui mengikut ketetapan Jabatan Perikanan.

Yang kedua, berkenaan dengan maklumat kelulusan permohonan lesen perahu. Untuk makluman Yang Berhormat, prosedur kelulusan permohonan lesen sampan adalah seperti berikut. Permohonan lengkap ke Jabatan Perikanan Negeri, siasatan awal oleh Pejabat Perikanan Daerah, temuduga nelayan yang akan dinilaikan oleh 3 panel, terdiri daripada Jabatan Perikanan, wakil dari Lembaga Kemajuan Ikan dan wakil daripada Persatuan Nelayan Kawasan. Pemohon yang dipilih akan disenaraikan pendek dan Pejabat Perikanan Negeri akan mengemukakan senarai nama yang disertakan ke Ibu Pejabat Perikanan Putrajaya untuk kelulusan. Kelulusan lesen sampan khas juga akan mengambil kira status sumber yang ada di perairan negara. Sebarang pertimbangan oleh kelulusan lesen sampan khas akan dipertimbangkan jabatan, tertakluk kepada status nelayan tulen dengan kebanyakannya pengalaman melebihi 10 tahun. Proses pemutihan sering dilaksanakan jabatan dari masa ke semasa dan juga daya tampungan sesebuah kawasan berbanding dengan sumber perikanan sedia ada. Ini adalah untuk memastikan sumber perikanan dapat diuruskan secara mampan, bagi mengurangkan kesesakan di zon tangkapan serta konflik nelayan di kawasan. Yang tu yang YB… boleh? Dia deras sikit la. Tengah dok mengantuk, pi kerlip geletek.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Cengei harini Yang Berhormat.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Kementerian Kesihatan, Malaysia terutamanya negeri Perlis yang telah menyediakan berbagai-bagai program vaksin. Terutamanya yang terbaru ni, Program Vaks… Mobilisasi Vaksin Komuniti MOVAK oleh KPKT, Jabatan Perpaduan dan PR1MA di kawasan saya sendiri yang melibatkan saya anggarkan melebihi 80% penduduk kawasan DUN Simpang Empat, terutamanya lapisan muda dan kawasan jiran saya ialah yang terlibat juga beberapa ramai di kawasan Sanglang dan kawasan Kayang. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga berterima kasih kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah memberi kerjasama yang terbaik membantu saya, dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh rakyat khasnya warga peladang, petani, penternak dan nelayan dalam hadapi... menghadapi masalah pandemik COVID-19 yang melanda dunia, negara dan negeri Perlis, khasnya. Saya juga mengucapkan banyak terima kasih kepada semua frontliner-frontliner yang ada di negeri Perlis yang telah membantu menjayakan segala aktiviti dan juga program-program di bawah Jabatan Pertanian kerana setakat harini, apa… aktiviti sama ada tanaman, penternak atau peniaga-peniaga di bawah agensi pertanian diberi kebenaran khas untuk bergerak seluruh tempat yang mereka inginkan pergi. Akhir sekali, dengan ini saya menyokong Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis pada ini… pada Persidangan Yang Keempat, Kali Yang Ke-14 Dewan Negeri Undangan Negeri Perlis. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-64. Malaysia Prihatin. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat, dipersilakan Yang Berhormat Chuping.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, wassalatu wassalamu ‘ala syafi ambiya iwalmursalin, wa’ala alihi wasahbihi ajma’in. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, Salam Perlis, Raja Berdaulat, Rakyat

Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Bintong, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan Negeri, Persekutuan, wakil-wakil jabatan, pengamal media serta tuan-tuan puan-puan yang dihormati sekalian. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberi laluan kepada saya dalam sesi penggulungan ini dan seterusnya menyokong Usul Menjunjung Kasih Ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja. Menjadi perkara yang penting yang ditekankan oleh Baginda adalah tentang kestabilan politik serta perpaduan kerana tanpa keduanya, agenda pembangunan negara tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya. Alhamdulillah kita bersyukur, suasana politik di Perlis amat berbeza walaupun ada perbezaan pandangan namun ianya masih terkawal dan dengan itu kerajaan negeri Perlis boleh mentadbir urus negeri dengan baik. Agenda pembangunan terus dirancang dan dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat, permasalahan dan kebajikan rakyat adalah menjadi pokok yang penting yang perlu diutamakan. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi ucapan tahniah kepada Perdana Menteri yang Ke-9, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Semoga hubungan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri berjalan dengan sebaiknya. Saya yakin dan percaya dengan kerjasama serta perpaduan antara parti-parti politik di negara ini mahupun di Perlis sendiri mampu menjadikan sebuah negara yang mantap dengan pendekatan semak dan imbang. Jangan berterusan berpolitik mengejar kepentingan sendiri akhirnya rakyat yang sengsara. Mari samalah kita sama-sama mengambil iktibar dia atas saranan dan nasihat ke atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja pada 24hb yang lalu. Berbalik kepada maklum balas yang saya nak bangkitkan, ada beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat telah menyentuh dengan berkaitan dengan portfolio saya. Iaitu yang pertama daripada Yang Berhormat Tambun Tulang bertanyakan tentang hotel yang tidak dapat menjalankan operasi semasa tempoh PKP. Berdasarkan rekod Yang Berhormat, terdapat 54 premis penginapan pelancongan yang kita short kan jadikan PPP, yang telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Seni Budaya dan MOTAC. Dalam tempoh PKP 1.0 dan 2.0, 52 PPP tidak beroperasi dan hanya 2 premis sahaja yang dibenarkan beroperasi sebagai pusat kuarantin dengan kelulusan NADMA, manakala dalam tempoh PKP 3.0 hingga 25hb Ogos 2021, kelmarin, iaitu ada 12 PPP di negeri Perlis telah diberikan kelulusan oleh MITI tertakluk kepada SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Ini menjadikan 40 PPP yang masih belum beroperasi, dimaklumkan bahawa mereka yang... PPP yang menutup sementara dalam tempoh PKP ini, dah fasa ketiga kerana terdapat beberapa SOP yang mereka tak dapat patuhi. Walau bagaimanapun, pelbagai tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk membantu pengusaha-pengusaha hotel serta sektor pelancongan termasuk bantuan tersebut adalah subsidi upah di bawah pakej Prihatin, PEMULIH dan PERKASA, tawaran dana pinjaman daripada bahagian industri MOTAC, insentif dan promosi menggalakkan menginap di PPP daripada Tourism Malaysia, bantuan teknikal dan sokongan untuk mendapatkan kelulusan MKN untuk beroperasi di dalam fasa yang kedua, bantuan kewangan one-off kepada agensi pelancong, pemandu pelancong, homestay dan pengusaha spa, serta pusat urutan kaki dan yang akhirnya promosi dan penyenarai… penyenaraian pengusaha PPP dan premis inapan lain di dalam tourism product directory.

Dan seterusnya saya ingin memberi maklumbalas kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh YB Guar Sanji... tuan punya diri tak dak pula di tempat. Berkaitan apa yang disentuh oleh YB Guar Sanji adalah berkaitan dengan Program Kasih Ibu (KIP) Kasih Ibu yang disebutnya tadi dan saya faham yang di… memberi maklum balas yang sahabat saya YB Beseri tapi saya ingin maklumkan… memberi maklumat serba sedikit di dalam Dewan Yang Mulia ini, tentang kronologi Program Kasih Ibu Negeri Perlis. Program ini sebenarnya bermula di Kedah pada tahun Mei 2020… 20… 2019 yang dinamakan Kasih Ibu Darul Aman, semasa zaman Tun Mahathir sebagai PM. Ketika kerajaan PH memerintah, dia telah buat di Kedah terlebih dahulu, Yang Amat Berhormat Bintong, iaitu Menteri Besar kita telah mengemukakan cadangan kenapa tidak dipanjangkan ke negeri Perlis pada ketika mesyuarat eksekutif NCER bersama Perdana Menteri Tun dan menteri besar dan ketua menteri, iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dan pada masa yang sama Perak juga memohon untuk dibuat di Perak juga. Disebab itu, terjadilah Program Kasih Ibu Perlis yang telah pun bermula pada 1hb Ogos 2021 hingga Disember 2021, dan begitu juga di Perak dia bermula serentak sebagaimana di Perlis. Seramai 3600 yang dipilih itu adalah berdasarkan data eKasih yang diberikan oleh pihak ICU kepada agensi perlaksana penduduk utara NCER...

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Mohon mencelah YB...

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Ya, sila.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Boleh tak dari pihak-pihak ADUN… Pejabat ADUN dapatkan senarai nama penerima Kasih Ibu supaya kami boleh tahu la perkembangan penerima. Terima kasih.

Yang Berhormat Speaker, sebelum Yang Berhormat, saya nak ni… maknanya cadangan daripada sahabat saya daripada Indera kayangan tu, kalau kita dibekalkan data tu, kita tidak akan berlaku pertindihan bantuan, mungkin kita ada mana-mana bantuan syarikat. Jadi kita tak… kita boleh bagi pada orang lain. Terima kasih.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Terima kasih Yang Berhormat Sena dan Indera Kayangan, nama-nama ini... tu la saya tak dan habis lagi ucapan (YB ketawa). Ayat saya tadi… Kerajaan Negeri hanya sebagai permudah cara saja, kita tak keluar nama. Nama ini dikeluarkan oleh ICU dan diuruskan oleh agensi pelaksana Koridor Utara NCER dan Kerajaan Negeri. Kita hanya memudah cara pelaksanaan ini supaya ianya berlaku dengan baik dan insya-Allah, sepertimana yang dipohon oleh ni… pihak ICU ada di sini dan mungkin pihak NCER kita akan maklum supaya senarai tu boleh diberi kepada YB-YB supaya tidak bertindih dengan bantuan-bantuan lain di peringkat kawasan masing-masing. Dalam… untuk makluman YB Guar Sanji... tak masuk lagi… untuk makluman YB dan Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini, susulan daripada perubahan PJK, Pendapatan Garis Kemiskinan 2016 kepada PJK 2019, data eKasih jugak turut terkesan dan mereka yang dahulunya berada dalam kategori terkeluar, maksudnya kategori terkeluar ini dia berpendapatan melebihi daripada kategori miskin dan miskin tegar dan tetapi data yang terkeluar ini bukan terkeluar daripada sistem eKasih, dia masih ada dalam sistem eKasih. Cumanya bila… contohnya kita PJK ni bergerak, kita dah berubah kepada PJK 2019, maka golongan-golongan yang terkeluar ini di akan masuk semula ke dalam miskin tegar. Sebab itu, kalau kita lihat contoh sehingga tahun 2020, miskin tegar kita 0 tetapi sehingga 20 Ogos 2021, setelah kita menguna pakai PJK 2019, miskin tegar kita 7,914 orang dan sehubungan dengan itu, pihak pejabat Kerajaan Negeri Perlis iaitu ICU tidak berkesempatan untuk membuat pemutihan keseluruhan kerana disebabkan musim PKP yang menghadkan pergerakan pembanci turun melihat sendiri orang-orang yang memohon tersebut. Hanya dibuat secara online dan tidak secara bersemuka walaupun bagi fasa yang kedua. Nanti insya-Allah 2022, tahun hadapan, KPI Program Kasih Ibu ini ICU Perlis akan menyemak semula semua peserta yang sedia ada ataupun peserta yang baru, maksudnya pendaftaran baru sekiranya ada pertambahan peruntukan serta peserta-peserta yang tidak layak jadi kita akan proses baik pulih, maksudnya penambaikan kepada yang sistem yang sekarang kita akan tengok balik pada untuk fasa yang kedua pada tahun hadapan. Jadi perkataan berkaitan Kasih Ibu dan seterusnya ni saya ingin maklum balas kepada Yang Berhormat Indera Kayangan berkaitan dengan ecotourism, wow-factor yang dimaksudkan, secara definisinya mercu tanda atau landmark, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker, merupakan satu objek yang mudah dicam sebagai panduan menentukan lokasi suatu tempat. Jadi, mercu tanda bukanlah menunjuk kepada pembinaan bangunan menara semata-mata. Kita telah mempunyai satu mercu tanda iaitu berkaitan dengan ecotourism yang semakin popular di Negeri Perlis iaitu View Point, Wang Kelian. Kawasan ini dahulunya suram namun telah dinaik taraf oleh Jabatan Hutan dengan beberapa kemudahan pelancongan dengan kekuatan... kalau kata macam sekarang dok hujan ni kita akan nampak awan karpet tu, mcm hari ni hujan, esok you all pi akan nampak awan karpet dan pengaruh media sosial ini main peranan, terutama sekali apabila kawasan ini menjadi tumpuan pelancong ketika tahun 2020 sehingga aliran trafik meningkat di kawasan tersebut. Dalam perkara yang sama juga, penandaan tempat-tempat menarik dengan papan tanda frasa “I LOVE PERLIS” juga telah menarik banyak pelancong berkunjung dan mengambil gambar. Kerajaan negeri juga tiada perancangan dalam membina mercu tanda bangunan, menara, memandangkan keupayaan kewangan yang terhad dan juga keutamaan kepada program-program yang lain. Walau bagaimanapun, kita tidak... apa… tiada halangan sekiranya ada pelabur yang ingin membuat pembangunan secara RFP.

Bagi soalan yang kedua daripada YB Indera Kayangan berkaitan dengan slogan pelancongan Negeri Perlis, slogan pelancongan Negeri Perlis adalah “Persona Perlis” dan “Perlis Permai Lagi Mempesona” sepertimana yang kita telah putuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 7 April 2021 yang lalu. Berkenaan indeks pelancongan Negeri Perlis pula, ianya tidak diukur melalui indeks pelancongan tetapi diukur berdasarkan statistik kedatangan pelancong. Bagi negeri Perlis, data berkenaan dikumpulkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Negeri Perlis dan diambil daripada pintu masuk ke negeri Perlis, iaitu melalui Jabatan Laut di Jeti Penumpang Kuala Perlis dan penggangkutan RORO dan Jabatan Imigresen iaitu di Kompleks ICQ Padang Besar, Stesen Keretapi Padang Besar, Kompleks ICQ Wang Kelian dan Jeti Pendaratan Antarabangsa Kuala Perlis. Kalau mengikut rekod yang ada bagi tahun 2019, bilangan pelancong yang datang ke Negeri Perlis adalah 179,724 orang. Bagi tahun 2020, 1.6 juta. Sehingga Julai 2021, 356,081 orang. Yang ni disebabkan tahun... kita mula balik… apa nama… PKP. Ok, bagi tujuan promosi, untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia, terbaru, Kerajaan Negeri akan menyertai Virtual Tourism Expo, VTE 2021 iaitu... program ini adalah anjuran Digital Travel Technology Association of Malaysia yang akan bermula pada esok, 27 haribulan sehingga 29 haribulan lapan secara 3D. Yang ni dibuat secara maya. Ada 3 pemain industri pelancongan Perlis yang akan menyertai ekspo tersebut, antaranya ialah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis yang akan melibatkan dengan produk ecotourism, Syarikat Unic Astana iaitu sebuah syarikat travel agency yang turut terlibat dan Tasoh Lake By Tasoh... Tasikku, yang ni syarikat swasta yang di Tasoh tu. Ini adalah… ada 3 jabatan dan syarikat yang akan turut terlibat dalam Virtual Tourism Expo yang akan diadakan pada esok sehingga 29 Ogos dan usaha promosi juga digalakkan di kalangan independent iaitu media dan secara sukarela. Jadi kita harap sama-sama membantu untuk meningkatkan... apa nama... untuk promosikan sektor pelancongan di negeri Perlis. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi dan jabatan, baik negeri mahupun persekutuan yang telah banyak memberi kerjasama yang baik sepanjang saya mengendalikan portfolio saya dan tak lupa juga yang membantu saya menyelesaikan permasalahan rakyat bagi kawasan Chuping. Jasa kalian amat dihargai dan dikenang sampai bila-bila. Akhir kalam, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, Setiausaha Dewan, Penolong Setiausaha, bentara dan urus setia yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan persidangan selama 3 hari ini dengan penuh teratur. Dengan ini, Chuping menyokong. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Dipersilakan Yang Amat Berhormat.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Pertama sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk juga bersama-sama dengan rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk merakamkan junjungan kasih dan menyokong titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis yang telah pun sempurna dilakukan semasa perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Ke-4, Dewan Undangan Negeri Perlis yang ke-14 pada 24 Ogos 2021 yang lalu. Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita menjunjung kasih, menghayati dan sudah tentunya kita peka dengan perkembangan-perkembangan politik tempatan yang berlaku pada ketika ini dan sebenarnya kita di negeri Perlis ini Alhamdulillah, mentaati titah perintah dan kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku di dalam memayungi negeri Perlis ini untuk melihat Perlis ini kekal menuju menjadi sebuah negeri yang lebih maju, rakyatnya lebih selesa, kemaslahatannya dijaga dan kerana itu, saya ingin secara peribadi di sini untuk melahirkan rasa gembira kerana kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan Yang Berhormat, sama ada mereka yang berada di front bench ini dan juga di sebelah sana. Kerjasama yang begitu rapat yang membolehkan iklim politik di negeri Perlis ini bagi saya berbeza dengan iklim politik keseluruhannya di Malaysia ini. Keadaan politik kita dilihat lebih stabil, dilihat tenang dan kerana itu dia memberi ruang sebenarnya kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan perancangan-perancangan yang telah dibuat dalam usaha untuk membawa pembangunan kepada rakyat negeri Perlis. Dan Alhamdulillah, daripada feedback-feedback ataupun maklumbalas yang saya terima sama ada secara rasmi mahupun melalui media-media sosial yang telah diluahkan oleh pihak netizen, kita dapati mereka telah memberikan respons yang positif dan mereka telah mula menyedari dan melihat akan bibit-bibit positif pembangunan yang sedang berlaku di negeri Perlis dan insya-Allah penerusan kepada program-program pembangunan ini akan lebih digiatkan lagi walaupun ianya terjejas sedikit akibat daripada penularan pandemik COVID-19 ini. Dan kita lihat, projek-projek yang bersaiz besar, yang mempunyai potensi kesan limpahan yang besar telah pun mula berjalan contohnya seperti di CVIA, fasa pertama kepada projek keluasan keseluruhan 3 ribu ekar di CVIA iaitu seluas 440 ekar telah pun mula dilaksanakan. Dan insya-Allah, fasa berikutnya, fasa kedua, walaupun dalam jangkaan saya mungkin akan berlaku sedikit kelewatan, akan dilaksanakan pada tahun 2022, insya-Allah. Jadi, iklim politik yang sebegini sebenarnya amat-amat diperlukan supaya negeri kita dilihat menarik dan disokong dengan program-program atau projek-projek infrastruktur yang sedang dilaksanakan, ianya akan menjadikan negeri kita lebih menarik kepada pelabur-pelabur untuk datang. Dan ini sudah tentu akan memberikan faedah kepada rakyat negeri Perlis keseluruhannya terutamanya dalam konteks untuk meningkatkan lagi taraf sosial ekonomi dan kemaslahatan bagi penduduk di negeri Perlis. Dan insya-Allah, itu mungkin merupakan langkah-langkah pertama untuk kita menuju dan mencapai wawasan negeri Perlis sebagai negeri bandaraya menjelang tahun 2030, insya-Allah.

Dan, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT dan di masa yang sama kita mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob yang telah diperkenankan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-9. Dan kita berdoa dan mengharapkan agar pentadbiran kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob ini akan mendapat kestabilan… memberi kestabilan politik, akan dimantapkan lagi kedudukan politiknya dan dimasa yang sama dapat meneruskan agenda-agenda terutama sekali, pertamanya untuk menangani isu COVID-19 yang sedang dan masih melanda negara kita. Yang kedua untuk melihat aspek kebajikan rakyat di negara kita dan yang ketiganya untuk memastikan supaya program economic recovery ataupun pemulihan ekonomi negara itu berjalan dengan lancar dan seterusnya membawa kita keluar daripada krisis yang sedang kita hadapi sekarang ni, insya-Allah. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam membahaskan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja kelmarin dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan daripada sebelah front bench ini di atas respons, maklumbalas yang telah diberikan ke atas isu-isu yang dibangkitkan oleh rakan-rakan ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan kita pada kali ini. Dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan beberapa isu yang pada pandangan saya inilah merupakan isu-isu yang memang menyentuh dan memberikan faedah ataupun kesan terus kepada rakyat. Dan insya-Allah, kita akan memberikan respon yang terbaik dan bukan hanya setakat memberikan respon, malah kita akan mengambil susulan-susulan dalam bentuk tindakan untuk memastikan supaya isu-isu ini dapat ditangani. Kalau ia merupakan masalah, ianya dapat diselesaikan dengan cepat. Cumanya di dalam penyelesaian kepada sesuatu masalah atau isu yang dibangkit itu, kadang-kadang kita tidak dapat menyelesaikannya dengan cepat kerana dia melibatkan proses. Sebagai contoh, Yang Berhormat Guar Sanji ada menimbulkan tadi semasa diberikan respons oleh Yang Berhormat Kayang mengenai isu pokok… penebangan pokok yang dilihat merbahaya di tepi jalan misalnya. Iya, permohonan itu diterima sebenarnya. Permohonan itu datang sebenarnya kepada pejabat saya dan saya telah memberikan arahan kepada… dalam kes ini Bahagian Pentadbiran Daerah untuk mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Walaupun Bahagian Pentadbiran Daerah ini mempunyai peruntukan untuk melaksanakan proses penebangan itu, tetapi dia tidak boleh mengambil tindakan secara sebelah pihak atau pun unilateral, dengan izin, dia terpaksa merujuk perkara ini kepada agensi-agensi tertentu. Pertamanya, pada pihak JKR dan keduanya ialah kepada Jabatan Hutan Negeri Perlis kerana penebangan pokok di tepi jalan mahupun di dalam hutan mesti mendapat kebenaran daripada Jabatan Hutan kerana dia dikawal oleh suatu undang-undang, dalam konteks negeri Perlis dia ada enakmennya yang mengawal perkara ini. Jadi, setelah perkara ini diselesaikan, barulah boleh… orang kata apa… pelaksanaan pemotongan itu dilaksanakan atau pun dilakukan. Jadi, proses itu biasanya mengambil masa yang tidaklah terlalu panjang, ya. Tetapi tidak boleh dilakukan serta-merta. Jadi, yang inilah sebenarnya salah satu contoh dan bukan ini sahaja malah ada contoh-contoh yang lain… yang mana projek ataupun permintaan-permintaan ini tidak dapat dilaksanakan dengan segera... kerana dia melibatkan agensi-agensi dan kerana itu perlu ada koordinasi di antara agensi-agensi ini untuk membolehkan supaya peraturan-peraturan ini dapat dipatuhi dan peraturan-peraturan ini bukannya sebenarnya untuk melambat ataupun menjadikan kerja itu lebih complicated, tidak. Tetapi kerana kita hendak memastikan supaya... misalnya dalam konteks pokok ini, kita nak jaga... kalau tepi jalan sama ada pokok itu merbahaya ataupun dia memberikan shape kepada jalan itu, iya dengan izin… teduhan.

Dan yang kedua kalau dalam konteks hutan, kita tak mahu nanti wujud ketidakseimbangan di dalam kita punya alam sekitar kita. Jadi kerana itu, koordinasi dan pandangan-pandangan daripada agensi-agensi ini diperolehi terlebih dahulu, jadi itu dari segi proses bagaimana sesuatu tindakan itu diambil sebenarnya. Dan, walaupun ini dilakukan, biasalah netizen ini… dia… harini dia nak kan… dia melaporkan benda itu, dia expect besok daripada itu berlaku. Ada yang boleh berlaku demikian, ada yang tidak boleh. Contohnya, kalau yang immediate ini, ini pun bergantung pada resources yang ada. Paip bocor misalnya seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Kayangan. Memang sepertimana telah disebutkan oleh Yang Berhormat Kayang tadi, kerajaan telah memberikan peruntukan satu program khas dilakukan atau pun dibuat pertama kali dalam… apa tu… dalam bajet kita, kita memberikan peruntukan khas sebanyak RM2 juta hanya khusus untuk menangani isu-isu yang berkaitan paip bocor di negeri Perlis sama ada di dalam sistem water main atau pun di dalam sistem retikulasi. RM2 juta diperuntukan. Kerana itulah kita dapati tahun ini, kalau saya tengok dari segi prestasi, kita dapat… SAP dalam konteks ini dapat mengatasi masalah-masalah ini dengan cepat. Tetapi bukan semuanya dapat dilakukan dengan cepat sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Kayangan mengenai masalah beberapa kawasan, beberapa mukim yang terjejas dan tidak ada bekalan air selama 3, 4 hari, betul. Kerana apa... kerana pam di satu loji, pam utama di satu loji telah rosak. Dan setelah dibaiki, pam tu rosak kembali. Jadi, ini yang menyebabkan berlaku kelewatan. Kalau tidak mungkin isu itu telah pun dapat diselesaikan dalam masa 1 atau 2 hari sahaja. Jadi maklumat ini sebenarnya telah pun disebarkan kepada orang awam. Itu... arahan itu datang daripada saya sendiri sebenarnya supaya pihak SAP memaklumkan kepada orang awam dan supaya orang awam dapat bersedia dengan alternatif yang lain buat sementara waktu, sementara pam itu dibaiki dan akhirnya air dapat disalurkan semula ke rumah-rumah pengguna di kawasan-kawasan yang terjejas. Jadi, itulah kita memerlukan pemahaman, kita memerlukan kerjasama dan kita memerlukan supaya pihak-pihak ahli Yang Berhormat juga memainkan peranan untuk menenangkan masyarakat, bukan menyimbah lagi dengan api atau minyak supaya kebakaran itu menjadi lebih besar. Jadi ini sebahagian daripada peranan yang kita boleh mainkan dan memberikan penerangan keadaan yang sebenar. Saya tidak percaya kepada retorik. The time to be rhetorical is over, this is not the time, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker. We tell the truth, we tell what is happening. Bukan kita… benda yang kecil, kita besar-besarkan. Benda yang besar, kita kecilkan. This is not the way. Bagi saya, kita mesti jujur memberitahu rakyat apakah perkara yang sebenarnya yang berlaku. Jadi kita tidak mahu timbul confussion di dalam hal ini. Ini yang kita nak berlaku dan itulah insya-Allah yang kita praktikkan, yang kita ingin terapkan supaya masyarakat mendapat maklumat yang sebenar dan kerana itu masyarakat memahaminya dan saya yakin bahawa rakyat faham… dia tahu bahawa kerajaan ini is not perfect. It has its own imperfectionist. Manusia… begitulah, kerana kelemahan berlaku disebabkan sikap.

Kelemahan juga berlaku kerana sumber-sumber yang kurang, apatah lagi dalam konteks SAP. Kita mesti tahu bahawa sehingga hari ini, walaupun SAP ni telah pun diwujudkan secara rasmi pada tahun 2015, SAP masih lagi tidak dapat membuat keuntungan. Yang Berhormat Tambun Tulang tahu. Yang Berhormat Tambun Tulang dulu adalah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Kita selalu berhubung dengan dia di peringkat awal untuk menyelesaikan beberapa perkara yang berkaitan dengan pengkorporatan SAP itu. Kita telah menyediakan business plan, kita telah menyediakan cash flow plan dan kita kemukakan kepada pihak SAP… kepada pihak SPAN, tetapi tidak diluluskan kerana didapati tidak viable dan mereka telah memberikan pandangan-pandangan dan sebagainya dan itu back and forth, back and forth, dengan izin, sehinggalah akhirnya mengambil kira pandangan-pandangan yang diberikan oleh pihak SPAN, pihak kementerian, KeTS ataupun KeTSA sebelum itu, kita akhirnya business plan yang dikemukakan oleh kerajaan, oleh pihak SAP dan juga cash flow plan yang diberikan, funding arrangement yang telah dicadangkan, akhirnya diterima. Dan kerana itu kita telah dapat menandatangani perjanjian ini pada tahun ini, sebenarnya, pada bulan Mac... bulan Mei kalau tak silap saya. Dan kerana itu kita telah diluluskan peruntukan dalam bentuk grant dan juga pinjaman yang berjumlah keseluruhannya RM205 juta itu untuk melaksanakan major projects, saya sebutkan major projects, dalam usaha untuk menangani masalah NRW dan di masa yang sama untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan air terawat di negeri Perlis ini oleh pihak SAP.

Tetapi, pada hari… sehingga hari ini, saya nak bagi tahu ni… Dewan yang mulia ini… SAP masih lagi tidak dapat membuat keuntungan disebabkan ada kos-kos tertentu yang masih lagi tinggi. Contohnya, kos utiliti untuk elektrik, tinggi… satu bulan melebihi RM1 juta. Dan banyak daripada kita punya hasil air yang diterima, pergi kepada kos utiliti ini. Bayangkan setahun kita terpaksa membelanjakan lebih daripada... kalau tak silap saya dalam RM15 juta untuk kos utiliti tenaga elektrik semata-mata. Hasil yang kita kumpulkan, kadang-kadang kita ada masalah, walaupun kita punya billing process kita telah mencapai 100%, bacaan meter kita telah mencapai bacaan 100%, tetapi masalah bayaran pula yang kita hadapi, masalah kutipan, dan apatah lagi dengan PKP dan pandemik ini, kita telah memberi pengecualian dan sebagainya dan rakyat menghadapi masalah dan rakyat tidak dapat menjelaskan bil-bil yang telah dikeluarkan kepada mereka. Itu menyumbang lagi kepada pengurangan hasil yang boleh diterima atau dikutip oleh pihak SAP, jadi saya harapkan supaya Ahli-ahli Yang Berhormat memahami situasi ini. Kita lakukan yang terbaik. KIta dah mulakan usaha untuk memperbaiki kita punya perkhidmatan air terawat di Perlis ini sejak tahun 2014 lagi. Kita telah mulakan daripada Yang Berhormat Tambun Tulang sedar perkara ini kerana ketika itu ada hubungan rapat dengan SPAN. Yang Berhormat sebagai Pengerusi SPAN ketika itu, jadi itu yang saya nak tunjukkan bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh rakyat atau Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri ada yang kita dapat selesaikan serta merta, ada yang terpaksa mengambil masa sedikit dan ada setengah yang lain hanya dapat diselesaikan dalam jangka masa panjang. Tidak mungkin isu NRW yang pada ketika ini kadarnya 63.2% kita akan dapat selesaikan hanya dalam masa beberapa tahun semata-mata. Tidak mungkin paip air utama kita di Negeri Perlis ini yang sepanjang hampir 1,997 km kita dapat selesaikan dalam jangka masa 3 tahun. Tak mungkin dan kita tau paip air kita ni tua, dah reput sebenarnya tekanan air dia dah tak boleh ambil lagi tekanan air tu, berlaku ja tekanan maka dia akan jadi burst, pecah di mana-mana dan dia sentiasa ja mencari ruang untuk di keluar. Baiki ja di sini, pressure burst up dan akhirnya dia akan cari satu kelemahan tempat mana-mana lagi dan pecah lagi. Jadi ini yang berlaku sebenarnya, sebab itu kejadian paip pecah di negeri Perlis ni adalah daily of current, dengan izin Dato’ Speaker. Tapi kita cuba selesaikan dan kerana itulah Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM2 juta khusus untuk tujuan itu semata-mata, dan alhamdulillah kita ada nampak la sesuatu yang positif yang berlaku pihak SAP tidak menghadapi kekangan kewangan kerana sebelum ini dia terpaksa bergantung hasil yang dikutip semata-mata. Dan Kerajaan Negeri terpaksa step in untuk membantunya kerana kita tahu SAP tidak mungkin akan dapat melakukan ini sendirian. Itu yang harus kita lakukan. Jadi insya-Allah lah saya rasa sedikit demi sedikit kita cuba mengatasi masalah NRW ini, sedikit demi sedikit ya, kita tahu keupayaan yang tinggi daripada sumber-sumber kita banyak bergantung kepada Kerajaan Persekutuan dan alhamdulillah dengan kerajaan yang baru ini kita mengharapkan seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Kayang tadi hubungan profesional dan mesra dengan Kerajaan Persekutuan itu, mungkin kita dapat eratkan lagi iaitu mungkin dapat membantu kita untuk memudahkan kita mendapat peruntukan yang lebih banyak dan besar dan kita boleh gunakan untuk memperbaiki lagi perkhidmatan air terawat di Negeri Perlis ini, insya-Allah.

Yang Berhormat daripada Tambun Tulang, ada menyebutkan mengenai pelantikan wakil orang Siam... ya, dan ini merupakan amalan yang diamalkan oleh pentadbiran-pentadbiran terdahulu dan juga pentadbiran saya, kita sentiasa saja mengekalkan wakil-wakil daripada komuniti-komuniti yang ada di Perlis ini... kaum Melayu, kaum Cina, kaum India dan juga kaum Siam. Di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri, pada masa kini, secara khususnya Yang Berhormat, kita ada wakil kaum Siam dalam pentadbiran kita yang dilantik di bawah unit Pembangunan Komuniti. Kalau dulunya di pentadbiran yang sebelum ini, dikenali sebagai UPI, Unit Pembangunan Insan. Sekarang ni Unit Pembangunan Komuniti, ada wakilnya... ada wakil daripada keturunan India, ada wakil daripada keturunan Cina juga dan pada masa yang sama, kita juga melantik wakil-wakil ini untuk berada di dalam agensi yang rapat dengan masyarakat supaya mereka dapat memberikan input-input tertentu untuk membolehkan agensi-agensi ini memainkan peranan untuk menangani isu-isu yang ditimbulkan dalam masyarakat bagi kaum mereka masing-masing, contohnya di dalam MPK itu sendiri. Tapi kita ada keterbatasannya, kita tidak boleh melantik lebih ramai orang, sebab kita ada kekangan dari segi sumber kewangan. Tetapi kita cuba buat yang terbaik dalam keadaan yang minima tetapi dapat dipergunakan dengan sebaik mungkin sebagai agen kepada suara-suara yang ada di Negeri Perlis ini insya-Allah.

Dan Yang Berhormat daripada Tambun Tulang juga ada menyebut mengenai kursus-kursus lanjutan untuk pegawai-pegawai awam. Yang ini memang kita lakukan secara berterusan dan kita sebenarnya memang ada menghantar pegawai-pegawai kita… misalnya di MPK sendiri ada menghantar pegawai untuk dibuat attachment ke apa tu… secara sementara lah, jangka pendek, untuk mereka melihat apakah best practices, dengan izin, di tempat-tempat lain yang boleh dipelajari, boleh dibuat adaptasi dan adaptation di negeri Perlis ini khususnya dalam konteks MPK, pegawai-pegawai sebab kita punya pegawai ni sebenarnya kebanyakannya pegawai federal, mereka ini memang dari masa ke semasa, sentiasa saja diberikan peluang untuk mengikuti kursus-kursus yang bertujuan untuk membangunkan pembangunan kerjaya mereka dan pada yang sama untuk meningkatkan mobiliti kerjaya mereka dari segi career development dan juga career advancement. Ini memang dilakukan, malah tahun ini... insya-Allah pada tahun ini saya rasa ada dua tiga orang pegawai di peringkat pengurusan pertengahan yang akan ditawarkan untuk menjalani kursus-kursus di peringkat Masters, peringkat Sarjana di universiti-universiti tempatan di dalam, luar negara. Insya-Allah ini memang diakukan secara berterusan dan secara sedar oleh pihak kerajaan.

Dan Yang Berhormat Tambun Tulang ada juga menyentuh mengenai, oh... itu sahaja yang disentuh oleh Yang Berhormat Tambun Tulang. Yang Berhormat daripada Sanglang ada membangkitkan mengenai syarat-syarat kerja tanah, adakah dia hanya terhad kepada masa jam 8 hingga 5 petang sahaja dan pada hari kerja semata-mata, maknanya hari Isnin hingga ke hari Jumaat. kalau sekiranya strictly speaking la dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker, memanglah kalau mengikut undang-undang itu sajalah masa yang dibenarkan, ya, sebab dia melibatkan pengawasan dan pemantauan oleh pihak kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan dalam hal ini. Walau bagaimanapun, ada dalam kes-kes tertentu kita faham bahawa ada kerja-kerja yang tidak dapat dilakukan dalam tempoh masa kerja seperti hujung minggu atau sebelah malam untuk mengelakkan daripada penglibatan orang ramai dan sebagainya, dan mengelakkan gangguan orang ramai kepada kehidupan mereka seharian dilakukan sebelah malam misalnya. Ini sebenarnya yang saya bagi jaminan kepada Yang Berhormat Sanglang boleh dilakukan tetapi pihak yang berkenaan perlu membuat permohonan dan kes-kes yang sebegini dapat dilihat dan dipertimbangkan dalam konteks ini oleh pihak PTG untuk membenarkan kerja-kerja pemindahan tanah ataupun kerja-kerja tanahnya yang nak dilakukan itu dapat dilakukan di luar daripada masa yang telah pun ditetapkan, daripada 8 sampai ke 5 petang itu, malah di sebelah malam sekalipun tetapi itu lah... kita ada kekangan kadang-kadang kita perlu memantau perkara ini, supervision perlu dilakukan tetapi insya-Allah saya cuba mengambil pendekatan yang lebih flexible dalam hal ini kerana kita faham akan ada kekangan-kekangan yang ada di dalam masyarakat ya. Jadi insya-Allah kita akan melihat cadangan ini daripada kaca mata yang positif dalam konteks kehidupan rakyat itu.

Yang Berhormat Guar Sanji ada menyentuh mengenai pentingnya koordinasi di antara jabatan dan agensi-agensi kerajaan dan ini juga telah dititahkan di dalam Titah Perasmian Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja dan pelaksanaan sesuatu perancangan dan melaksanakan perancangan itu di dalam pemantauan perancangan itu dan di dalam menilai pelaksanaan sesuatu program projek-projek itu dia sangat memerlukan sebenarnya koordinasi. Koordinasi dalam konteks ini koordinasi di kalangan-kalangan agensi-agensi jabatan-jabatan itu. Yang itu jugalah yang merupakan perkara yang sentiasa saya tekankan dan Ahli-ahli Yang Berhormat, yang ada di dalam sini, di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pihak senior official yang hadir, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat LA, dan Yang Berhormat Pegawai Kemajuan Negeri eh… sorry Pegawai Kewangan Negeri... tahun ini saya sentiasa saja dari masa ke semasa mengingatkan, menekankan mengenai pentingnya koordinasi daripada jabatan-jabatan dan agensi-agensi ini. Kita mesti mewujudkan satu sistem koordinasi dengan yang seamless, yang tidak ada banyak hitches dengan izin, supaya pelaksanaanya lancar dan cepat mengikut jadualnya dan kalau ini berlaku, kita boleh sebenarnya dalam jangka panjang menjimatkan perbelanjaan. Sumber-sumber kita dapat diselamatkan. Jadi ini memang yang saya sangat bersetuju, dengan saranan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat daripada Guar Sanji dan itulah yang dibuat dalam pentadbiran ketika ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Guar Sanji, penempatan pegawai mengikut kesesuaian, betul. Memang ni juga merupakan salah satu lagi perkara yang kita tekankan. Saya sentiasa sahaja memberikan pandangan dan berbincang dengan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri berhubung dengan perkara ini. Sebab kita nak pastikan kesesuaian itu, kita tak mau jadi sesuatu situasi letakkan orang yang salah di tempat yang salah. Di dalam... apa tu... pepatah Bahasa Inggeris, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker, mengatakan bahawa when you put the wrong people, dengan izin, in the right place... wrong people in the right place, it is only creating a confusion. When we put the right people in the wrong place, then it creates a disappointment. When you put the wrong people in the wrong place it will only create disruptions dan only if we put the right people in the right place, that it creates a progression. Itu prinsip yang sebenar yang digunakan dan saya rasa dalam Islam itu juga yang digunakan di dalam perkhidmatan awam, dalam pentadbiran awam untuk meletakkan mereka yang bersesuaian di tempat yang sesuai. Sesuai dengan kelulusannya, dengan pengalamannya, sesuai dengan sikapnya dan sebagainya. Di mana penilaian kesesuaian dibuat secara holistik, tidak dilihat hanya kerana “Ooo… saya suka dia tu pasal dia sokong saya”, maka kita pun ambil dia. “Ooo... saya suka tengok dia, dia bagus, nampak memang cekap”, nampak cekap tetapi di belakang mungkin tidak. Jadi semua ini diambil kira dengan penempatan…

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon tambahan. Maaf, nak sokong sikit Yang Berhormat Bintong, mempertegaskan lagi memang betul apa Yang Berhormat Bintong, kita letak pada kena ni... sebab itulah keadilan yang menurut Islam, keadaan dalam Islam yang meletakkan suatu kena pada tempat dia, mengikut hak. Terima kasih Dato’ Speaker.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Sena di atas sentimen yang diluahkan tersebut dan cadangan juga telah dibuat oleh Yang Berhormat daripada Guar Sanji supaya dilakukan potongan ke atas pinjaman pelajaran. Memang kita ada satu skim ya, pemberian pinjaman pada mereka ini melanjutkan pelajaran di peringkat treasury ataupun di peringkat postgraduate yang telah kita perkenalkan baru-baru ini. Sebelum ini hanya di peringkat first degree sahaja, diploma dan peringkat sijil sahaja tapi sekarang ni kita dah kembangkan sehingga ke peringkat Master dan juga PhD ataupun post PhD, ataupun post Degree sekali pun dan ini semua dalam bentuk pinjaman, kita berikan dan mengambil kira situasi yang berlaku pada masa kini saya kira pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Guar Sanji, boleh kita lihat untuk diberikan pertimbangan dan berdasarkan kepada kedudukan kewangan yang ada, mungkin kita boleh perakuan di sana misalnya tetapi ini saya serahkan kepada sekretariat untuk melihat perkara ini dengan teliti sebelum keputusan itu dapat kita lakukan. Jadi saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Guar Sanji di atas cadangan ini.

Soal pembaziran itu memang kita selalu tengok lah daripada masa ke semasa dan saya tidak berhasrat untuk mengulas dengan lanjut perkara ini kerana ini merupakan rutin yang dilakukan oleh pentadbiran kerajaan Negeri Perlis ini. Yang Berhormat Indera Kayangan ada menyentuh mengenai pertanian berteknologi tinggi, walaupun ini adalah portfolio rakan saya Yang Berhormat Sanglang... eh... Yang Berhormat Simpang Empat, tetapi saya ingin menyentuhkan sikit ja, sekarang ini kita tahu bahawa sektor pertanian tradisi ini memang kita sentiasa terus dan untuk sentiasa kita tambah baikan dari masa ke semasa. Dari segi teknologinya, pembinaannya, bajanya dan sebagainya, benihnya seperti mana yang diterima oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, semasa soalan lisan tetapi sekarang ni selain daripada memberi penekanan sektor pertanian yang bersifat tradisi ini, kita sekarang ni juga melihat kepada satu lagi sektor pertanian yang lain yang bersifat komersial dan dalam hal ini kita menggalakkan sebenarnya pelabur-pelabur untuk datang ke Perlis untuk melabur dalam sektor pertanian yang bersifat komersil ini. Alhamdulillah kita telah memulakan langkah kecil beberapa tahun yang dulu. Kalau kita ingat, saya yakin Ahli-ahli Yang Berhormat semua sedar telah pun wujud Superfruits Valley di Chuping yang berkeluasan seluas lebih kurang seribu ekar yang telah kita parcel out berkeluasan 70 ekar dan sebagainya untuk kita berikan kepada syarikat-syarikat yang berminat dan telah wujud salah satunya yang berjaya ialah Superfruits Valley yang kita ada ladang komersil bagi buah tin. Ladang tin ini adalah merupakan the single largest tin plantation in ASEAN, dalam ASEAN, bukan di Malaysia sahaja. The single largest dan sekarang saya rasa jumlah pokoknya pun mecapai 60 ribu pokok dan kita ada tanaman getz, lemon, malah sekarang ni dikembangkan lagi dengan penanaman mulberry dan saya tak tau lagi la apa yang akan ditanam di sana. Ini sebenarnya sektor pertanian yang bersifat komersil yang mempunyai high value, dengan izin, itu kita galakkan dan kita juga meluluskan 10 ekar Yang Berhormat. Di Wang Kelian untuk penanaman nanas MD2 dah pun dimulakan secara berfasa sebenarnya. 60 ekar fasa pertama telah ditanam. Ini golongan orang-orang muda... pelabur-pelabur muda yang kebetulan bukan daripada Perlis lah. Daripada Johor, dan alhamdulillah mereka telah mengambil pekerja-pekerja tempatan untuk bekerja dengan mereka. Ini satu lagi sektor... satu lagi projek komersial, pertanian komersial ini, dan yang besar sekali insya-Allah kalau ini terjadi yang mana perbincangan secara detail... secara perinciannya sedang berlaku sekarang, ini juga melibatkan sektor swasta di atas sebidang tanah yang dimiliki oleh MSM iaitu sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur, tanah yang melebihi daripada 11 ribu ekar yang akan diwujudkan ladang MD2 dan ladang cassava. MD2 dah tanam dah pun, dah mula dah pun, iaitu yang keluasan keseluruhannya mengikut pelannya yang terbaru yang telah saya perolehi dari CEO

FGV sendiri seluas 1,000 hektar ataupun bersamaan 2,500 ekar. Saya rasa ini merupakan ladang MD2 yang terbesar di Malaysia.

Yang Berhormat Speaker, nak mohon jelas sikit lagi. Terima kasih atas pencerahan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Bintong. Saya amat menyambut baik pelabur-pelabur daripada luar, cuma yang mana itu di kawasan darat kita. Cuma, yang mana satu aspek kita dari segi persoalan rakyat-rakyat di Negeri Perlis ni, saya nak lontarkan lah... apa nama... di kawasan darat ni dari segi sistem pengairan terutama yang ada bendang yang banyak juga, tapi saya duk tengok memang bermasalah sebab faktor pengairan berbanding di kawasan MADA ni. Jadi nak tanya pendapat Yang Berhormat, adakah Kerajaan Negeri punya perancangan untuk mengubah minda terutama dari pesawah-pesawah kawasan darat ni supaya... sebab hasil... sebab kadang-kadang setahun dua ni saya dengar macam-macam penyakit dan ada berlaku mengadu kepada saya pesawah 16 relong di kawasan Bintong iaitu di kawasan darat jugak yang penyakit dan dia usaha juga, dia kata nak menuai jugak kot-kot dia dapat hasil. Tapi apabila menuai rugi. Jadi kita agak simpati la kan dan kita tau pesawah adalah golongon yang paling miskin. Adakah perancangan dari Kerajaan Negeri untuk mengubah revolusi minda kepada petani-petani ni terutama pesawah di kawasan darat supaya bertukar... supaya Kerajaan Negeri ada inisiatif untuk menukar daripada sawah 60 tahun duk buat tanaman padi tukar kepada tanaman komersial sebagaimana kejayaan syarikat-syarikat besar ni. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Sena, memang sebenarnya kita pernah berbincang di dalam mesyuarat exco tetapi sambutannya mesti datang dari petani itu sendiri, daripada pemilik-pemilik tanah itu. Memang kita nampak bahawa ada masalah di kawasan darat ini, kawasan Bintong, kawasan Santan, kawasan Beseri, Titi Tnggi dan sebagainya. Sebab dia merupakan kawasan tanah tinggi dan agak sukar sikitlah kalau kita nak buat bendang untuk menyalurkan air itu sepertimana yang berlaku di kawasan-kawasan MADA sebelah Baroh dalam kes ini. Walau bagaimanapun, dengan penaiktarafan kita punya Timah Tasoh, sebenarnya kita dah berjaya untuk mengalirkan air dikawasan-kawasan di luar kawasan MADA ini. Tetapi itu tidak mencukupi sebab mereka masih juga mempunyai pergantungan yang agak besar kepada hujan yang turun dan kerana itulah berlaku kes di mana... apa tu... drop apa tu... kemarau musim panas yang panjang, sawah kering padi-padi tak dapat berhasil. Ya, silakan Yang Berhormat.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Ya, terima kasih Yang Amat Berhormat, Dato’ Speaker dan Yang Amat Berhormat Bintong. Memandangkan kerjasama dan langkah-langkah yang telah diambil oleh Yang Berhormat untuk kita beralih kepada pertanian komersial telahpun bermula dan kebetulan kita pun telah menjalin hubungan yang rapat dengan FGV, kita juga perlu lihat dari sudut pengeluaran beras Yang Berhormat. Kerana Yang Berhormat, apabila CEO yang sekarang, CEO yang sama dengan FELCRA yang menjadi bos di FGV, jadi urusan tu perlu diteruskan lah sebab saya difahamkan sekaranglah FGV apabila dia gagal mengeluarkan beras wangi di Perlis untuk MRQ 76 dan 78 dia telah beralih ke Selangor dan sekarang ini mereka telah mencapai kejayaan yang agak membanggakan. Jadi saya pohon Yang Berhormat untuk mempertimbangkan balik kerjasama tu untuk melihat kita menjadi pengeluar beras wangi yang utama di negara kerana beras wangi ini harganya adalah lebih baik dari penanaman padi biasa, cuma dari segi penjagaan yang memerlukan teknik-teknik terbaru dari pertanian ini. Terima kasih Dato’ Speaker.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Insya-Allah kita akan terus memberikan sokongan dan galakkan yang sedemikian kepada syarikat-syarikat yang bersifat komersial of course. Dalam hal ini mereka punya main consideration ialah sama ada projek itu sesuatu yang menguntungkan mereka dan sekiranya pelaburan yang mereka lakukan itu tidak menguntungkan maka agak sukar bagi mereka. Tapi saya difahamkan bahawa memang betul sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Tambun Tulang tadi bahawa mereka telah memindahkan interest mereka ke negeri lain berbanding dengan Negeri Perlis. Tetapi kalau dilihat di Perlis ini ada kelebihan yang lain dan sebab itu mereka mempunyai tanah yang luas, 11 ribu ekar lebih, dan diwujudkan ladang cassava dan juga ladang MD2 dan juga ladang tanaman jagung untuk dijadikan makanan kepada satu lagi projek yang mereka akan buat kerjasama yang melibatkan FGV, FELCRA dan juga BALATNA daripada Qatar. Iaitu untuk mewujudkan satu ladang tenusu di Perlis ini yang mereka telahpun bersetuju dan insya-Allah mereka akan menandatangani perjanjian usahasama ini semasa suatu exhibition yang akan diadakan pada bulan November tahun ini di Dubai dan mereka telah menjemput juga Kerajaan Negeri untuk sama-sama menyaksikan majlis menandatangani perjanjian ini melibatkan ketiga-tiga syarikat ini. Saya difahamkan bahawa mereka akan mewujudkan satu fasiliti tenusu, 10 ribu ekor lembu ini sebenarnya besar. Bukan sekadar sahaja untuk bela lembu, nak perah susu, tapi mereka akan mewujudkan aktiviti-aktiviti hiliran yang lain, pemprosesan kepada susu-susu yang dihasilkan tersebut dalam bentuk susu yang dikotakkan dan lain-lain keluaran yang bersifat hiliran itu dan insya-Allah... dan jumlah pelaburan itu pun saya difahamkan akan mencapai 4.5 bilion ringgit. Ini yang dimaklumkan kepada saya oleh pihak FGV. Hanya beberapa hari yang lepas sahaja saya telah meminta information ini daripada mereka. Insya-Allah ini semua yang kita akan nilai dan memang kita akan sentiasa menggalakkan rakyat untuk terlibat di dalam aktiviti-aktiviti komersial ini secara kecil-kecilan kerana kita tahu mereka tidak mempunyai tanah yang luas... mereka tidak mempunyai modal yang besar, tetapi mereka mesti mempelajari teknologi baru dan mesti employ dan menggunakan teknologi-teknologi yang baru untuk mengusahakan cash crop ini. Di belakang rumah yang walaupun ruangnya kecil boleh digunakan dan boleh mendatangkan hasil sebenarnya dan saya difahamkan pihak FGV akan melibatkan petani-petani tempatan untuk mengusahakan ladang-ladang ini yang mana mereka akan memberikan parcel tertentu, seluas tertentu kepada petani-petani tempatan untuk mereka terlibat bersama di dalam projek ini. Itu yang difahamkan kepada saya dan insya-Allah kita doakan akan perkara ini menjadi realiti dan rakyat Negeri Perlis akan mendapat faedah.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Satu lagi yang… minta Yang Berhormat. Terima kasih Dato’ Speaker dan Dato’ Seri Yang Berhormat Bintong. Apabila Yang Berhormat bangkitkan tentang industri hiliran, saya sangat tertarik dengan… dengan penjelasan Yang Berhormat kerana… bidang yang berkaitan dengan industri hiliran ini terutamanya yang… komponen-komponen yang terlibat dalam perancangan itu adalah terlalu besar, dan saya lihat terlalu banyak bisnes-bisnes yang boleh dilibatkan oleh vendor-vendor ataupun anak-anak Perlis sendiri, terutamanya yang kilang yang menghasilkan makanan lembu, bila kita ada menghasilkan jagung untuk animal feed dan sebagainya. Tapi Yang Berhormat, tentang kedudukan di Padang Besar juga berkaitan itu... berkaitan tentang peternakan ayam melalui tanah yang kita… kita luluskan dulu tu, jadi bagaimana status terkini perkembangan berkenaan? Terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, sebenarnya selain daripada menggalakkan pelabur-pelabur yang berskala besar untuk terlibat dalam projek-projek yang besar... yang mempunyai impak yang lebih besar kepada negeri Perlis ini, kita juga sebenarnya menggalakkan pengusaha-pengusaha yang bersaiz sederhana dan kecil. Dan ini kita telah pun meluluskan pada ketika ini sebanyak 5 projek penternakan lembu secara fidlot system dan juga secara grazing, merumput, makan rumput ni, combination lah kedua-duanya, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker, dan juga penternakan ayam, ayam kampung, penternakan itik, penternakan kambing dan kita telah ada 5 projek telah kita luluskan. Satunya kita telah menyewakan satu tapak di bawah Jabatan Veterinar di Bukit Temiang yang seluas 7 ekar, telah pun bermula operasinya, dan telah pun mengeluarkan hasilnya, dan kalau… Ahli-ahli Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan, biasa beli ayam kampung, apa... La Canggung… La Canggung something like that, itu adalah merupakan hasil daripada keluaran oleh pengusaha di Bukit Temiang. Dan di Bilal Udoh Yang Berhormat, Ahli Yang Berbahagia Dato’ Mufti boleh confirm kan kita ada satu syarikat yang telah mengusahakan ternakan lembu secara fidlot, ini tepi rumah dia, dia duk lalu balik rumah dia nampak. Western something ya, eastern something saya tak ingat, itu satu syarikat daripada Johor yang telah membeli tanah tersebut dan mengusahakan ternakan lembu secara fidlot dan sekarang ni mereka dah kembangkan untuk menghasilkan lembu-lembu apa tu… sebagai… apa namanya, lembu induk.. dia panggil saya pun terlupa dah, veterinar… ya... untuk melahirkan lembu-lembu ni lah untuk dijual dan sebagainya. Dan juga dalam bentuk sifat grazing ini untuk ada tempat untuk dia makan rumput tu. Itu satu dan satu lagi kita dah pun bersetuju menyewakan seluas 30 ekar kepada satu syarikat daripada Selangor yang akan membela lembu secara fidlot sebanyak 1,500 ekar... eh... 1,500 ekor. Dan ada dua lagi sebenarnya, satu kesatuan daripada Perlis juga telah kita luluskan di tempat yang lokasi yang sama dalam kawasan veterinar itu untuk dia orang juga terlibat dalam aktiviti yang sama dan satu lagi kalau tak silap saya Koperasi Ukhwah... Koperasi Ikhwan… Ukhwah juga kita luluskan keluasan seluas 70 ekar kalau tak silap saya untuk fidlot system yang juga di dalam kawasan di Chuping itu berhampiran dengan Super Fruit Valley. Jadi kita memberikan penekanan yang… apa... daripada yang besar sehingga yang kecil. Insya-Allah ini penekanan yang diberikan oleh kerajaan.

Yang Berhormat Indera Kayangan, mengenai commercial agriculture sepertimana Yang Berhormat sebutkan dalam perbahasan kelmarin, insya-Allah jadi... kalau ada lagi di kalangan pelabur-pelabur yang ingin melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sebegini, insya-Allah kita boleh timbangkan dan kita masih lagi ada sebenarnya selain daripada tanah... tanah-tanah yang dimiliki oleh individu-individu secara private, kita juga ada tanah-tanah kerajaan yang masih lagi ada sedikit lagi yang kita boleh timbangkan. Sama ada yang bersifat sederhana ataupun yang bersifat besar, insya-Allah, jadi itu memang menjadi keutamaan kepada kerajaan negeri. Dan Yang Berhormat daripada Indera Kayangan juga ada menyebut mengenai… ini adalah bukan hanyalah Yang Berhormat Indera Kayangan lah, ada lain-lain... daripada Kuala Perlis pun ada sebut, daripada Sena pun ada sebut… iaitu mengenai siaran langsung sidang Dewan. Yang ini saya akan serahkan kepada pertimbangan dan budi bicara Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini adalah portfolio mengenai hal ehwal yang berkaitan dengan Dewan ini, saya serahkan kepada budi bicara Yang Berhormat Dato’ Speaker untuk melihat dari segi kesesuaian untuk kita mengadakan siaran langsung persidangan Speaker…

Yang Berhormat Dato’ Speaker...

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Dan saya rasa... saya rasa… sebentar ya YB Sena. Saya rasa dalam konteks untuk kita apa tu... ketelusan dan apatah lagi kita tidak berniat untuk menipu sesiapa, seperti yang saya sebutkan tadi, kita menceritakan yang sebenar, saya menyokong penuh. Ini komitmen yang pernah saya lahirkan secara terus, direct ya. Sebelum ni saya tidak mengatakan secara terus, ya insya-Allah kita akan tengok perkara ini, bagaimana kesesuaian dan harini saya kata insya-Allah ini adalah suatu komitmen yang saya berikan dan itu tetakluklah kepada pertimbangan pihak Yang Berhormat Speaker, sama ada ada kesesuaian ada dari segi keupayaan sebab ini melibatkan perbelanjaan juga, kita nak menyediakan peralatan dan sebagainya. Dan kita minta pihak secretariat lah untuk tengok perkara ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon keizinan Yang Berhormat untuk melihat perkara ini insya-Allah. Ya silakan Yang Berhormat Sena.

Yang Berhormat Speaker, yang mana bagi saya memang pentinglah dan kita pun dah ada fasiliti dah, kita nak sikit ja lagi ni, sebab kalau tidak… maknanya bagi saya dari segi fasiliti tu nak infra tu tak perlu keluarkan banyak kos… memerlukan kos kewangan yang tinggi. Dan yang kedua, yang paling penting tu, ke arah kita nak maju sebagainya kita sebab kami rasa lekeh sangat, Perlis saja tau, ikut rekod… kalau dari segi rekod ni, negeri lain semua dah ada live dah. Sekarang dalam masa sama kita bersidang di sini, DUN Perlis, sidang DUN Selangor sedang berlangsung... juga sedang berlangsung, terus-terusan daripada pagi sampai habis. Tiap-tiap hari live, di website kerajaan negeri Selangor. Jadi saya dok rasa Allah… awat kita ni kan… jadi kita pun maknanya tak pa la daripada tak dak kita usahakan kan. Dan kita pun tak mau jadi yang negeri hanya satu-satunya negeri yang tidak ada sidang... siaran langsung sidang DUN. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Sena, tapi saya ingin tegaskan di sini bahawa siaran langsung is not the only criteria. Untuk menampakkan keefisienan ataupun kecekapan di dalam kita mentadbir ataupun tadbir urus yang baik yang bagi sesuatu kerajaan itu. Itu bukannya the only criteria, it is just one of the criterion orang kata. Jadi saya menyambut baik sebenarnya cadangan itu. Sebenarnya bukan itu saja malah ada yang lain-lain lagi, kesungguhan kita, keikhlasan kita, sebenarnya itu lebih penting lagi. Apakah kita hanya di sini... berdiri untuk mencari populariti? Itu tergantung kepada Yang Berhormat sendiri.

Yang Berhormat Speaker, sebab kita ketelusan, integriti tu, ketelusan integriti tu bukan saja kita amalkan, bahkan mesti kita tunjukkan diamalkan, terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih banyak, itu memang saya menyokong penuh.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Sebenarnya saya kadang-kadang... Yang Berhormat, kita kena tengok dari pelbagai sudut, saya setuju, walaupun adinda kita Sena membangkitkan bahawa live itu ada menggambarkan segala-galanya mengikut kehendak zaman. Tapi ada beberapa parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri macam kita di barat, di negara maju, mereka tak buat live kerana mereka mempertahankan tradisi. Contoh di… di… di... what... UK sendiri mereka tak buat live, dan kerusi pun tidak diubah sejak tahun 18 lebih, itu ja… tempat mic pun hanya bercakap satu. Walaupun zaman telah berubah, kita telah menukar beberapa kali. Mereka tetap kekal. Itu identiti yang menggambarkan cara dan budaya mereka. Itu kita kena fikir dari positif. Saya setuju dengan cadangan Yang Amat Berhormat tu.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, dia... ini kadang-kadang kita juga harus mengambil kira, bukan saja dari segi apa yang kita fikir dengan betul dilihat dengan betul, tetapi di masa yang sama kita juga harus mengambil kira akan tahap kematangan, bukan tahap kematangan kita, tetapi juga tahap kematangan mereka yang di luar. Sebabnya di luar tu dia interpretasi tu macam-macam, jadi salah signal nya atau pun signal yang tidak jelas maka itu akan menyebabkan timbul kekeliruan dan boleh menimbul interpretasi yang berbeza sebenarnya. Jadi bagi saya, tahap maturity itu mesti ada, bukan saja di kalangan kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah diberikan amanah oleh rakyat, tetapi juga di kalangan rakyat juga mesti ada 1 level tahap majority dan alhamdulillah saya tengok keadaan ini dia dah makin berubah, masyarakat kita dah makin berubah, dah makin pendidikannya dah makin tinggi dan sebagainya. Buat bendang pun sekarang ni banyak pemegang ijazah sebenarnya walaupun mereka tidak melakukan secara... apa ni... full time, part time, tapi banyak yang dah pemegang-pemegang ijazah yang melakukan apa ni... kerja-kerja yang sedemikian, terima kasih. Itu lah insya-Allah.

Okay, saya nak menyentuh juga apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Indera Kayangan lagi... panjang sikit masa Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak bagi penjelasan ni kita, bagi habis kita bagi perabis semua ya, jangan ada yang tertinggal sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Guar Sanji. Dia kata tak jawab, dia kata penggal depan pulak, haa… jadi saya nak jawab bagi habis. Walaupun ini bukan portfolio saya, tapi saya nak kena sentuh jugak sebab Yang Berhormat Indera Kayangan ada menyebut mengenai pelancongan seolah-olah di dalam perbahasan kelmarin seolah-olah Yang Berhormat bercakap macam Kerajaan Negeri tak buat apa… ya… we have started long time ago sebenarnya tetapi kita ada kekangan-kekangan tertentu. Pendekatan kita kepada sektor pemajuan... sektor pelancongan dahulunya ialah dengan melihat apakah benda-benda baru yang boleh kita jadikan sebagai tarikan kepada negeri kita. Ketika itu dalam kepala kita ni... bukan kita sahaja malah di negeri-negeri yang lain pun… Taman Tema Air... ha... ini kepala... yang kita mesti bina, hotel-hotel yang bertaraf antarabangsa dengan kemudahan-kemudahan persidangan yang canggih dan sebagainya, tidak mungkin negeri Perlis akan mencapai ataupun berupaya untuk melakukan perkara-perkara yang sedemikian dan kerana itu kita telah mengubah haluan…

Yang Berhormat Speaker... Yang Berhormat Speaker mohon sedikit pencelahan.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Baru bismillah ni.

Pasai dak... saya nak apa nama... Yang Berhormat Tambun Tulang pertegaskan antara yang... ada negeri kononnya sidang-sidang Parlimen di negara maju yang mengekalkan exclusivity dia tu yang tak adakan secara langsung…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Tak, ini bukan konon... ini bukan konon. Itu, dia… it’s a fact… di Holland tak, Holland tak dak, Westminster dia tak dak live…

Ini saya nak, saya nak...

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Makna kata, itu ada… jadi different angle... different ni orang kata.

Parliament, House of Common... ini British House of Common…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Bukan saya anti-establishment, tidak. Saya tak anti, saya boleh mengikut...

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat... Ahli-ahli Yang Berhormat...

Yang Berhormat, ada Parlimen buat live... nanti saya… parliamentlive.ed. Boleh... boleh semua boleh dia semua boleh. Tekan tu boleh tengok. Maknanya sebab 2 kali dah saya ingat Yang Berhormat kata tak dak kononnya eksklusif…

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, nanti saya jawab untuk soalan nanti.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Saya nampak dari pelbagai sudut. Yang Berhormat faham dari satu sudut...

Pasal Yang Berhormat tak betui sebenarnya ada live, British House of Common ada live, boleh buka website yang saya habaq, website daripada House of Common sendiri, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Yang Berhormat, saya akan jawab soalan mengenai streaming live nanti insya-Allah.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker… saya tak perasan untuk memanjangkan isu itu, saya punya pendirian jelas dan insya-Allah kita akan memberikan kepercayaan yang sepenuhnya kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker untuk melihat dari segi apa tu keupayaan dan sebagainya untuk melaksanakannya. Okay saya nak patah balik kepada isu pelancongan, ini saya nak kena cerita, ini nak bukaklah sedikit sejarah sikit ya… kita telah mengubah haluan kita daripada melihat pelancongan ini dalam kaca mata yang saya sebutkan tadi, kepada satu pendekatan yang baru dan pendekatan yang baru itu ialah kita nak menjual negeri kita ini, kita tak payah wujudkan satu benda yang baru lagi sebenarnya, kita dah ada pun semua itu di negeri Perlis dan kerana itu lah tema kita dalam memajukan pelancongan ini ataupun menggalakkan pelancongan adalah berdasarkan natural beauty kita, kecantikan asli negeri kita ini. Dan kerana itulah di dalam... ini telah menjadi dasar Yang Berhormat, lama dah ni sebenarnya di dalam Pelan Induk Perancangan Fizikal Pelancongan Negeri Perlis… ini yang telah dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia ya, Pelan Induk Perancangan Fizikal Pelancongan Negeri Perlis yang telah disempurnakan pelancarannya oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis pada 22 November 2020… apakah perancangan kita ini adalah untuk mempastikan keseluruhan Perancangan Pelancongan adalah komprehensif, menyeluruh dan berasaskan kaedah goal achievement, ini the overarching, dasar, the overarching policy kita dan apakah dia skopnya? Skopnya ada 5 yang telah kita klusterkan, pelancongan eko dan kita telah mengenal pasti dalam pelancongan yang bersifat eko ini apa dia. Taman Negeri Perlis semuanya berdasarkan kepada natural beauty, kita perlu tambah, tak perlu kurang. Apa yang ada itu yang kita jual. Taman Negeri Perlis of course lah kita tambah dari segi infranya lah... kita perbaiki infranya. Kompleks eko pelancongan Gua Kelam, Bukit Chabang, Hutan Rekreasi Bukit Jernih, Bukit Keteri, Bukit Tok Dun, Gua Cenderawasih, Bukit Lagi, Hutan Lipur Bukit Kubu, Trail Pintu Wang Gunung, Taman Ular dan Reptilia di Batu Pahat, Taman Eko Rimba Bukit Air, Timah Tasoh dan Wang Kelian View Point, ini Yang Berhormat daripada Chuping dah sebut dah tadi iaitu mengenai viewpoint Yang Indera Kayangan nak cari apa... satu mercu tanda, itu ada sebenarnya. Tapi semuanya berdasarkan kepada natural beauty, bukan kita bina satu... apa tu... tower sepertimana KL Tower ka atau CNN Tower ka ataupun Melaka dia ada tower dia sendiri bukannya yang macam itu tapi kita sesuaikan dengan kita punya natural beauty kita. Pelancongan agro, ini satu lagi sektor ataupun klusternya, Ladang Nipah Kipli… ini asli. Belacan Madu Sungai Berembang, sawah padi… saya sebut ini secara khusus, sawah padi kita boleh jadi produk pelancongan kita. Pusat Kecemerlangan Harumanis, ini kita... Ladang Harumanis kita lah ataupun kebun-kebun Harumanis kita. Taman anggur dah tak ada lagi dah, kita dah tukar kepada Taman Eksotik sekarang ini. Ada lagi sebut FF Harmoni, Bee Farm, Rimba Herba Perlis, dusun durian, ini memang saya sebut. Dusun-dusun ini memang saya sebut secara khusus. Stesen Penyelidikan FRIM ya, Taman Agrovac, Taman Santuari Ikan Air Tawar yang di Timah Tasoh, Pusat Pelancongan Agro Bukit Temiang, Superfruit Valley dan Tanaman Nanas MD2 Wang Kelian. Kluster ketiga, pelancongan sejarah, seni dan warisan. Yang ni saya tak payahlah sebut satu persatu ya, saya sebutkan cluster stream sahaja. Pelancongan membeli belah dan makanan, jejak pelancongan sukan dan rekreasi malah yang terbaru inisiatif kita adalah mewujudkan bicycle trail. Saya telah memberikan arahan khusus kepada Yang Berhormat Chuping yang menjaga tourism untuk mewujudkan ini, saya kata kita paling-paling kurang kena ada 5 bicycle trails ataupun laluan... apa dia panggil tu… laluan, trial and route ni apa nama dalam Bahasa Melayunya... laluan dan juga lorong-lorong basikal yang mana kita sediakan dia punya routing nya, kita tunjukkan peta dan tempat-tempat menarik yang diorang boleh berhenti di sepanjang trail tersebut dan kita boleh galakkan mereka-mereka yang berminat untuk kayuh basikal bukan sahaja di Perlis tetapi daripada luar Perlis untuk datang dan menikmati perkara ini sambil apa ni... menikmati sukan yang mereka minati itu. Jadi Yang Berhormat, sebenarnya benda-benda ini telah pun kita rancang awal lagi dan saya telah menyebutkan perkara ini…

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Mohon celah... bolehlah promote jugak Perlis jadi State For Cyclist, terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

(YAB beri isyarat tidak mendengar).

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

State For Cyclist

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Oo… State For Cyclist, that’s what it is. It is for cyclist. Bicycle trails untuk orang kayuh gerek sambil menikmati keindahan-keindahan ataupun tarikan-tarikan yang ada di sepanjang trail tersebut dan saya telah lancarkan ini... ini yang dilancarkan di Kota Kayang ka?

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Taman Sakura.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Taman Sakura, Kota Kayang yang sepanjang berapa kilometer?

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

20 kilometer.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Lebih, saya rasa 30 kilometer lebih ataupun 20 kilometer lebih, trail yang satu-satunya mungkin 2, 3 jam lah ya, jadi puaslah orang mengayuhnya dan dapatlah menikmati apa yang depa dapat lihat di sepanjang trail tersebut jadi itu, ya… dan sebenarnya benda ni saya tekankan di dalam bajet... saya pun untuk Bajet tahun 2019 yang telah dibentangkan pada bulan Disember 2018 Yang Berhormat, dan apa yang saya sebutkan di dalam Bajet ini yang merupakan dasar Kerajaan Negeri yang menentukan hala tuju sektor pelancongan ini. Saya telah menyebutkan bahawa ini adalah merupakan pelancongan baru untuk para pelawat dan produk-produk pelancongan seperti Gua Kelam, Taman Negeri, Bukit Ayer, Taman Pertanian, Taman Agropelancong dan sebagainya ini dari segi dasar dan ini telah saya ulang sekali lagi dalam ucapan Bajet saya tahun 2020 untuk tahun 2021. Ya, saya menyebutkan bahawa Kerajaan Negeri telah mula mengambil inisiatif baru untuk melonjakkan industri pelancongan Perlis terutama yang berasaskan tarikan dan keindahan alam semulajadi Yang Berhormat, ini di awal tahun 2019 kita telah lancarkan benda ini sebenarnya. Kerana itu untuk nak melaksanakan perkara ini saya telah membawa ini ke mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan kita spell out apakah strategi dan pelan kita untuk kita nak melaksanakan perkara ini dan kerana itulah saya ambil satu salah satu keputusan yang kita buat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada tahun 2019 ya, yang mana dalam keputusannya kita telah menyatakan berikut menggunakan platform... ni salah satu strategi kita gunakan. Menggunakan platform NCIA untuk menjalin kerjasama di antara agensi dan syarikat pelancongan di keempat-empat negeri di dalam NCER bagi mewujudkan pakej pelancongan padu yang merangkumi negeri-negeri berkenaan. Empat negeri tersebut Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak. Contohnya, ini salah satu contoh pakej percutian dengan menaiki ETS. Ketika itu ETS masih berjalan dari Kuala Lumpur ke Ipoh, daripada Ipoh ke Butterworth, Butterworth ke Alor Setar, Alor Setar ke Padang Besar di samping bermalam dan melancong tu membeli belah di destinasi-destinasi berhampiran stesen-stesen ETS tersebut. Di Perlis ada 3 saja ETS, Arau, Bukit Keteri dan juga di Padang Besar. Ini kita spell out dari segi strategi kita apa kita nak buat. Kedua, mengaturkan pertemuan di antara agensi syarikat pelancongan di Perlis dengan agensi-agensi syarikat pelancongan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi dan sebagainya bagi merangka kerjasama yang erat dan berterusan bagi menarik pelancong mengunjung ke Pulau Pinang, Langkawi untuk singgah dan bermalam di Perlis. Ini juga adalah salah satu strategi dan ketiga, mengenalpasti keunikan tempat-tempat pelancongan di negeri Perlis secara khusus. Kita sebut perkara ini iaitu khususnya dari segi tarikan alam semulajadi dan mempelawa operator-operator yang berkelayakan untuk menjalankan program aktiviti bagi menarik pengunjung, contohnya aktiviti rock climbing, flying fox, aktiviti air dan sebagainya dan mengenalpasti yang berikutnya produk atau tempat yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai daya tarikan baru. Salah satu contohnya yang saya berikan Pulau Batu Layang tapi belum ada lagi lah. Walaupun ada cadangan untuk memajukan Pulau Batu Layang ni sebagai pusat pelancongan. Ada kita terima 2, 3 cadangan daripada pihak-pihak tertentu tapi belum jadi lagi dan aktiviti-aktiviti sukan pelancongan seperti basikal lasak. Selain daripada itu, elemen tarikan pelancongan juga boleh diterapkan dalam pembinaan bangunan atau masjid baru di Perlis, ini jugak saya sebutkan di dalam surat EXCO dan dipersetujui contohnya dari segi reka bentuk yang unik, tema warna, identiti khusus seperti konsep Masjid Seribu Selawat dan Masjid Seribu Doa di Pangkor, ini contoh sahaja... contoh. Kita boleh fikirkan yang lain seperti mana yang… di Masjid Batu 5, Duli Yang Teramat Mulia ada memberikan satu idea, kita buat macam masjid di Rusia dengan kubahnya yang berwarna yang menarik dan sebagai... itu salah satu sebenarnya tarikan. Yang berikutnya membantu membangunkan pemandu-pemandu pelancong yang berkemahiran dan berpengalaman mengenai selok belok keunikan dan daya tarikan di Perlis. Kena ada orang yang pandai, boleh cerita dan sebagainya, barulah kita boleh tarik orang tu datang kita boleh cerita, cakap bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Siam atau bahasa apa… boleh belaka. Kemudiannya membuat video-video pendek, ini merupakan arahan daripada Kerajaan Negeri secara khusus bagi menonjolkan keunikan dan daya tarikan yang terdapat di Perlis bukan sahaja dari segi alam semulajadi tetapi juga dari segi makanan, kraftangan, kegiatan tradisional, destinasi membeli belah dan sebagainya bagi tujuan promosi secara intensif melalui platform media sosial, laman sesawang dan juga melalui agensi syarikat pelancongan di seluruh negara dan yang terakhir, menaja penginapan dan makan minum individu-individu yang mempunyai pengaruh di media sosial ataupun social influencer bagi membolehkan mereka memuat naik pengalaman mereka melancong ke Perlis ke dalam media sosial masing-masing sebagai sebahagian daripada strategi promosi. Ini yang telah diputuskan oleh Kerajaan Negeri, dan inilah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan

Negeri dan inilah juga kalau tengok Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri buat video dan menerangkan ini dia salah satu... ini keputusannya, ini adalah merupakan inisiatif daripada Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Indera Kayangan. Kita buat ini secara sedar dan kita tahu kelebihan yang ada itu dan kerana itulah kalau kita lihat, hasilnya walaupun negeri-negeri yang lain masih lagi mengalami masalah COVID yang serius dan kebetulan Perlis pada ketika itu menjadi negeri hijau untuk satu tempoh yang lama maka orang dah datang berkunjung ke Perlis... begitu ramai sekali bulan 12 tahun 2020, dan kehadiran itu membawa bersama kes-kes yang tinggi dan kerana itu kita masuk merah balik, ini yang berlaku. Jangan kata bahawa kita tidak sedar... kita sedar kita melakukan ini. Perancangan ini adalah keputusan dan sebahagiannya adalah merupakan idea-idea yang saya telah syorkan untuk dilaksanakan dan itu yang kita buat sebenarnya. Jadi Yang Berhormat, sektor pelancongan ini is something that is... dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker... is something that is close to my heart. I‘m trying my level best along with my colleagues here in the government, ya… try to do whatever we can in order to promote and enhance the development of the tourism sector in the state of Perlis, insya-Allah. Sila Yang Berhormat...

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Yang Berhormat Dato’ Speaker, laluan ya… sikit sahaja Yang Amat Berhormat Bintong. Kita ni... Perlis ni kecik, tak adalah tempat pelancongan tapi orang Perlis ni dia dok pusing-pusing dia dah agak stress dah dok pusing dalam Perlis ni. Boleh dak pada sidang mesyuarat MKN yang akan datang, sebab ini permintaan ramai jugak lah, penduduk Perlis ni Yang Amat Berhormat cuba usulkan kita mungkin tak boleh rentas negeri, sekurang-kurangnya kita boleh rentas pi Langkawi lah, hilang stress sikit tu dok pusing dalam Perlis. Mintak yang tu ja, senang… at least membantu jugak orang-orang Kuala Perlis yang kerja belah jeti tu… hat tu saja… boleh no? Kalau tidak kami sokong penuh kepimpinan Yang Amat Berhormat kalau berjaya.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Ok… (sambil ketawa) ok, terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Pasai apa ni? Rindu ka? Ataupun ada cawangan ka di Langkawi? (sambil ketawa)

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Dato’ Seri, mintak celah sikit Dato’ Seri...

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Macam ada pengalaman sahaja Dato’ Seri…

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Apa yang berlaku sekarang ni, of course, benda ni sebab kita masih lagi bergantung kepada situasi di dalam…

Speaker

Yang Amat Berhormat, Titi Tinggi nak bercakap.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Titi Tinggi… sila-sila.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Terima kasih Dato’ Seri, tadi permintaan cadangan YB Kuala Perlis, saya teringat sidang Dewan yang lalu sebab dalam soalan ni mungkin YB Kuala curiga kepada Kerajaan Negeri bermesyuarat di KL, membazirkan kewangan di negeri tapi hari ni cadangan YB pun lain pulak, jadi kita nak ikut hak mana satu?

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Ok… terima kasih Yang Berhormat Titi Tinggi.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Yang Berhormat Bintong, actually saya rasa Yang Berhormat Titi Tinggi tu salah faham kot, kita bukan pasai stress ni pasai mesyuarat, ni nak bagi orang pi bercuti… saya dok pi Wang Kelian apa semua jemu dah… nak pi tempat lain pulak ni kalau boleh… na?

Speaker

Sila Yang Amat Berhormat.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Izinkan saya untuk teruskan Yang Berhormat Dato’ Speaker. So apa yang Yang Berhormat sebutkan tadi, sebenarnya dari segi dasar ada… iaitu Kerajaan telah pun mewujudkan apa yang dikatakan sebagai gelembung pelancongan itu, tourism bubbles… tetapi kita mesti mematuhi beberapa kriteria, mesti mencapai herd immunity 80 percent, kalau kita pun nak wujudkan gelombang… gelombang pulak… gelembung pelancongan di Perlis boleh juga, tetapi kita kena pastikan supaya kita ada herd immunity itu dulu, dan insya-Allah saya rasa disebabkan Langkawi itu dia dekat sangat dengan Perlis, dan kebanyakkan daripada pelancong-pelancong yang berkunjung ke Langkawi, memang sebahagian besarnya melalui Kuala Perlis jadi kenapa tidak? Tetapi kita kena usaha lah supaya kita dapat herd immunity. Kita tak mau baru-baru ni, memang dia orang telah mulakan tetapi akhirnya akibat kedatangan orang ramai maka kes-kes COVID di Langkawi telah meningkat, termasuklah di Bukit Malut dan sebagainya. Jadi itu Yang Berhormat penjelasan saya berkaitan dengan pelancongan. Walaupun kita dah... sebagai maklumat tambahan lah, kepada apa yang telah pun diterangkan lebih awal oleh Yang Berhormat daripada Chuping, dan program peruntukan kepada ADUN, ini kita dah bagi… kita dah bagi kepada semua ADUN-ADUN, tapi of course jumlahnya terhad lah… kita bukannya duit banyak, bukan?

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Kita mintak lebih…

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Tapi gunalah dengan sebaiknya… malah untuk pengurusan pusat-pusat khidmat pun kita bagikan peruntukan, bukan?

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Ya… itu untuk program, tapi tidak untuk macam staf semua… tak dak itu...

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Kita untuk staf pun, Ahli-Ahli Yang Berhormat, dalam Kerajaan pun keluar poket sendiri jugak sebenarnya, ya… (sambil ketawa). Jadi yang tu kita kena kreatif lah dengan cara kita sendiri kalau kita tau di Perlis ni kita tak banyak sumber, berdikit-dikit lah, saya pun sama… saya pun sama. Saya tak hire banyak orang tapi banyak volunteer. Seorang dua sahaja yang saya boleh apa ni… dengan jumlah elaun yang kecil setiap bulan, dan dia orang pun bukan kerja sepenuh masa tapi depa ada kerja-kerja lain yang dilakukan bukan untuk menampung kehidupan mereka dan saya tidak berniat untuk mempolitikkan bantuan-bantuan yang diberikan ini. Bantuan PAMA sekali pun walaupun yang baru ini kita tak salurkan terus kepada Yang Berhormat pembangkang tetapi penyaluran itu dibuat di pusat-pusat khidmat wakil rakyat… eh... pusat-pusat khidmat MB yang diwujudkan di tempat-tempat tersebut dan Yang Berhormat sebenarnya boleh datang berbincang dengan pusat-pusat khidmat MB ni untuk beritahu ya… keperluannya di mana… sebab saya telah memberikan arahan yang jelas kepada pusat-pusat khidmat MB ni, tidak ada diskriminasi dari segi fahaman politik dan sebagainya. Sesiapa sahaja yang layak dan dia orang itu ikhlas, kita kena check dulu background, ha ini yang saya lakukan. Kita check background supaya kita tak mau timbul cerita-cerita, tanya dia, “Dah dapat bantuan pak cik?”, “Uh... tak dapat apa pun.” Tapi bila kita check dia dah 5… 6, dia dah dok susun beras dalam rumah dia, bertingkat-tingkat dah… kita tak mau jadi macam tu. Jadi, memang kita buka untuk semua yang layak sahaja kita bagi, malah pusat khidmat saya sendiri secara bulanan berterusan setiap bulan kita bagi kepada mereka yang berkelayakan ini, tetapi dia orang ni kena ikhlas lah, dan kita tahu bahawa mereka ini memang betul-betul memerlukan, dan saya ingin tegaskan di sini bahawa tidak ada di sini warna dan ideologi politik yang didiskriminasikan. Semua sama rata tetapi bagilah kita maklumat yang tepat dan berbincanglah dengan pusat-pusat khidmat, malah dengan pusat-pusat khidmat wakil rakyat daripada Barisan Nasional sekalipun boleh dengan wakil-wakil rakyat daripada PAS sekali pun boleh pergi… kalau kawasan Sanglang, Guar Sanji misalnya, boleh pergi insya-Allah-

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Mintak mencelah sat na… ok… ya la, mungkin YB Bintong tak ada nak bezakan antara fahaman politik atau apa-apa, tapi apa yang saya nyatakan adalah sesetengah antara mereka, mungkin YB boleh bagi sikit teguran atau apa-apa pengetahuan kepada orang bawahan yang menjalankan tugas, terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Baik, terima kasih, insya-Allah, tetapi bila kita bagi untuk kawasan, contohnya, katakan untuk Kuala Perlis... hanya untuk orang Kuala Perlis sahaja lah… kalau kita bagi untuk orang Indera Kayangan, untuk Indera Kayangan. Tetapi kalau penghuni Yang Berhormat ada di Bukit Keteri, janganlah Yang Berhormat pergi mencari pulak dia dan bagi di sana, sebab di sana orang Titi Tinggi dah ada. Ha yang ni saya tak mau...

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Sedikit sahaja Yang Amat Berhormat, boleh dak? Saya faham apa yang Yang Amat Berhormat ingin sampaikan, tak dak colour apa semua… kami pun buat benda yang sama, cumanya tiga orang ni… (sambil menunjukkan tempat duduk beliau, YB Puan Gan Ay Ling dan YB Tuan Asrul Nizan), boleh dak kalau bantuan tu bagi kat kami? Maksud dia Pusat Khidmat Menteri Besar kalau nak pun berhubung dengan kami sebab Yang Amat Berhormat kena faham, orang tak akan kacau pusat khidmat Menteri Besar ka apa, orang akan kacau Pusat Khidmat Wakil Rakyat kawasan, ha… itu isu dia.

Yang Berhormat Speaker, mohon sedikit pencelahan. Untuk... bukan apa nak bagi pencerahan sikit, mungkin Yang Amat Berhormat Bintong tak dapat maklumat sampai ke complete, apa yang berlaku. Ini pengalaman di DUN saya, saya dikunjungi oleh seseorang daripada JPKK satu kawasan di dalam DUN Sena, yang mana dia memang marah, maki kami semua kerana pasal tak dapat bantuan yang di… itulah apa nama tu… Perlis Pahadoi... yang tu... program tu. Jadi saya kata, “Yang tu bukan kami yang uruskan, yang tu kena pi pusat khidmat MB” la saya habaq, tapi dia kata memang dia memang bukan AJK, dia jawatan bukan Pengerusi tetapi bawah sikit tapi bukan AJK. Dia pun, bayangkan dia pun kena diskriminasi tambah la yang hak lain, itu yang berlaku. Tapi saya punya style saya tak mau... kita nak cuba menyantuni juga, kita pun ada barang, ok tak pa, kita nak bagi dia senang la kot, dia pi ni kan… kita bagi kita lah... kalau nak rekod, saya ada rekod la di Pusat Khidmat. Terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Sena dan terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang… eh… Yang Berhormat daripada Kuala Perlis. Sebenarnya itulah yang saya maksudkan. Saya tahu bahawa dia akan ada perbezaan… ya, perbezaan daripada satu individu ke satu individu, apa tah lagi kita dalam parti yang berbeza, dia mesti ada perbezaan. Tetapi saya yakin bahawa kita ada satu titik pertemuan di sana, satu titik persamaan itu, kita boleh bincang benda ni. Pergilah ke pusat-pusat khidmat yang ada itu, saya rasa dia orang ni tak lah bengis, di Pusat Khidmat saya di... pusat khidmat Menteri Besar Indera Kayangan, saudara Zul, boleh bincang dengan dia. Dengan pusat khidmat di Sena adalah Kak Chik Azihani, pusat khidmat di Kuala Perlis adalah... apa namanya… Haji Kamarudin Malik. Dia orang ini adalah orang tempatan dan dia orang tahu keadaan di sana. Jadi bincanglah elok-elok, leraikan apa perbezaan yang ada dan tujuannya untuk kita membantu, insya-Allah. Jadi ambillah spirit ini, ya… untuk kita bekerjasama itu saya masih berpegang kepada spirit itu. Kita serve semua untuk rakyat, sepertimana yang dititah oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja, insya-Allah itu yang kita amalkan di sini.

Dan saya nak teruskan apa nama ni… saya punya response. Kalau ada lagi yang tertinggal, saya rasa saya dah sentuh hampir keseluruhanlah. Ada yang tertinggal lagi, tolong bagitau dan saya rasa itu sajalah yang saya ingin berikan response kepada isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan ini dan saya mengambil kesempatan ini, pertamanya untuk saya melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker yang telah memastikan supaya perjalanan mesyuarat kita pada kali ini lancar. Walaupun dalam keadaan kita terpaksa mematuhi SOP yang begitu ketat dan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan kesemua yang hadir di mesyuarat Sidang Dewan Undangan Negeri kita pada kali ini dan saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekretariat yang diketuai oleh Setiausaha Dewan yang baru dan juga petugas-petugas yang membantu beliau, terima kasih di atas kelicinan kerja, dokumen-dokumen yang saya tengok begitu lengkap dan dengan pendekatan baru... kali ni kita tengok pun tak jemu, ada warna, ada warninya... terima kasih kepada sekretariat yang diketuai oleh Setiausaha Dewan. Terima kasih saya ucapkan kepada Ketua-Ketua Jabatan yang hadir, yang telah memberikan kerjasama yang begitu rapat kepada semua isu-isu yang telah dibangkitkan, terima kasih banyak di atas kerjasama, teruskan kerjasama ini semoga kita dapat memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat negeri Perlis. Dan saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada barisan hadapan kita yang telah bekerja dengan begitu kuat dan dengan begitu tekun dengan melakukan banyak pengorbanan. Malah ada di kalangan mereka yang telah dijangkiti oleh COVID itu sendiri, ya la… walaupun ada yang… tak adalah yang sampai hilang nyawa tapi inilah di antara beberapa pengorbanan yang terpaksa mereka dilakukan untuk memastikan kita rakyat ini... di negeri Perlis ini kekal sihat dan selamat tanpa dijangkiti oleh kuman ataupun virus COVID ini. Dan tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada barisan belakang yang kita tak nampak memainkan peranan tapi memainkan peranan yang sangat penting, ya... orang dalam pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri, orang dalam jabatan dan sebagainya. Ini semua telah memainkan peranan masing-masing yang kita tak nampak, jadi kita ucapkan terima kasih juga kepada mereka dan akhir sekali saya tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan kerjasama yang begitu rapat sekali... dengan semangat yang begitu tinggi dalam usaha kita untuk kita memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Dan saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang di dalam barisan Kerajaan yang telah memberikan kerjasama kepada saya selama ini, dan juga kepada barisan Ex-Officio kita, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang dan juga Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri yang sebenarnya mereka juga memainkan peranan yang sangat penting, memberikan maklumat-maklumat, input-input dan juga memberikan nasihat-nasihat secara profesional. Yang ini saya tekankan bahawa jangan ada fear of favour, when we give advice, we give it professionally. Tak ada fear of favour, jadi selamat kita, insya-Allah dan ini semua kita buat dalam konteks untuk kita membangunkan negeri kita supaya rakyat kita akhirnya mendapat manfaat itu. Jadi terima kasih semua saya ucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua yang hadir di sini. Terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh, terima kasih.

Speaker

Pada petang ini sehingga... ada 2 usul dan 1 rang undang-undang. Sebelum itu, saya ada janji dengan YB Sena tadi, ada soalan tadi. Kalau ada soalan, sila ajukan, kalau tidak kita teruskan. Terima kasih. Bagi menjawab mengenai life stream, jadi kita sebenarnya sepanjang saya duduk di sini 9 tahun banyak telah kita buat perubahan dan insya-Allah kita akan cuba buat. Cuma... pun kita dapati bahawa rujukan kita adalah di Parlimen, bukan daripada Dewan Undangan Negeri lain. Di Parlimen, kita dapati bahawa berlaku banyak gangguan... hacked, yang kadang-kadang kita sebagai rakyat kita tak nampak tetapi kerana kepakaran ahli-ahli IT di Parlimen Malaysia itu maka didapati bahawa... masalah-masalah itu dapat diselesaikan. Malah mereka ada menggunakan, dipanggil firewall untuk menghalang gangguan-gangguan. Kita pun di Dewan ini pernah juga dikacau ganggu sebelum ini. Terutama cubaan melalui audio dan gangguan sound system. Dan kita dapat atasi dan lebih daripada itu kita sedang mengadakan satu peralatan untuk kita letakkan... mengubah daripada ucapan kepada teks iaitu yang pada saya lebih penting bila iaitu Yang Berhormat bercakap terus ditukar kepada tulisan. Dan kita akan membeli yang itu, sebab itu saya percaya hansard kita akan dapat kita segerakan. Ahli-ahli Yang Berhormat, yang lain itu kita serahkan implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri. Dan walau bagaimanapun, dalam Dewan ini kita sentiasa bersikap positif dan komited untuk kita majukan Dewan ini dan meningkatkan kecemerlangannya supaya persidangan ini… persidangan Dewan ini menjadi antara yang terbaik daripada negeri-negeri yang lain, insya-Allah. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita teruskan dengan meminta persetujuan usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja. Ahli-ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).

Usul ini diluluskan.

Usul Pemilihan Ahli Dewan NegaraMotion

Setiausaha Dewan

Usul Pemilihan Ahli Dewan Negara.

Speaker

Usul Pemilihan Ahli Dewan Negara. Ahli-ahli Yang Berhormat, selaras dengan perkara 45 dan Jadual Ketujuh Perlembagaan Persekutuan, notis pemakluman daripada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis bagi memaklumkan bahawa 2 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis sebelum ini telah tamat tempoh perkhidmatan masing-masing pada 25 Julai 2021 yang lalu. Sehubungan dengan itu, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis telah berkenan menitahkan supaya Dewan Undangan Negeri Perlis membuat pemilihan bagi mengisi kekosongan-kekosongan tersebut dengan segera. Maka pada hari ini kita akan menjalankan tugasan untuk memilih 2 orang Ahli Dewan Negara. Dalam hubungan ini, Dewan telah menerima 2 cadangan, daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Justeru itu, saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk menzahirkan cadangan tersebut dan seterusnya mengemukakan pernyataan bertulis sepertimana yang disyaratkan.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi kekosongan pertama, sukacita saya mencadangkan supaya Tuan Haji Aziz bin Ariffin dipilih untuk dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong cadangan tersebut.

Speaker

Terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi kekosongan kedua, sukacita saya mencadangkan supaya Tuan Seruandi bin Saad dipilih untuk dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong cadangan tersebut.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Dato’ Speaker, sedikit sahaja. Saya tidak berniat mengganggu perjalanan pencalonan ini. Dan insya-Allah lepas Yang Amat Berhormat memberi penjelasan, saya sendiri juga... untuk bersetuju diputuskan secara consenses sepertimana yang kita buat tadi. Kerana ikut peraturan, kuasa mutlak untuk pelantikan ini adalah daripada DUN sendiri. Daripada DUN, tapi tradisi yang kita amalkan, kita bagi peluang kepada bahagian-bahagian ataupun parti mencalonkan calon berkenaan. Cuma sikit di sini ada Yang Amat Berhormat boleh jelaskan tentang... kerana ada sedikit kekeliruan dan teknikal yang melibatkan bahagian Arau dan saya tidak... tidak membantah pencalonan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat. Saya minta penjelasan sedikit.

Speaker

Sila Yang Amat Berhormat. Sekejap ya.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker. Berhubung dengan pencalonan daripada yang mengikut tradisinya daripada bahagian Arau ini, saya suka menjelaskan di sini bahawa kita menerima cadangan daripada ketua UMNO bahagian Arau di atas nama Hajjah Sabani binti… Hajjah Sabani… binti Mat. Iya, Hajah Sabani binti Mat. Dan sebaik-baik sahaja saya menerima surat daripada ketua UMNO bahagian Arau, saya telah menerima beberapa panggilan telefon yang menyatakan tidak persetujuan di kalangan kepimpinan di beberapa peringkat di bahagian Arau berhubung dengan pencalonan tersebut. Dan, saya menerima beberapa lagi telefon atau pun call dan juga messengers daripada kepimpinan di beberapa peringkat ini di hari berikutnya dan juga ia makin besar. Dan kerana itu saya telah sebenarnya membincangkan perkara ini secara ringkas di dalam perjumpaan saya dengan ahli-ahli Yang Berhormat sebenarnya di… ahli-ahli EXCO lah dalam hal ini. Dan ketika itu saya telah membuat satu rumusan bahawa cadangan untuk memperakukan seseorang individu itu mestilah melihat kepada kemudaratan ataupun kebaikan yang boleh ditimbul daripada sana. Dan bagaimana saya nak menentukan apakah sebenarnya… apakah kurang atau lebihnya kemudaratan akibat daripada cadangan-cadangan yang akan dibuat itu. Dan, untuk menterjemahkan itu, saya telah membuat keputusan untuk saya mendapatkan pandangan daripada setiap orang daripada kepimpinan pelbagai peringkat di bahagian Arau. Dan saya telah menghubunginya... dan saya telah menghubungi Jawatankuasa Bahagian Arau... Jawatankuasa UMNO Bahagian Arau, saya telah menghubungi Jawatankuasa Wanita Bahagian Arau, maksudnya ahli-ahli Jawatankuasanya, saya telah menghubungi Jawatankuasa Pemuda dan Jawatankuasa Puteri. Dan rumusannya, saya mendapati bahawa lebih daripada 60% daripada kepimpinan di pelbagai peringkat di bahagian Arau ini menjurus kepada menyokong pencalonan Tuan Seruandi bin Saad. Dan, saya boleh jelaskan di sini bahawa pencalonan untuk Hajjah Sabani… Puan Hajjah Sabani binti Mat adalah kurang daripada 5%. Perbezaannya telah pergi kepada calon-calon yang lain yang telah dicadangkan oleh beberapa orang individu di peringkat… peringkat kepimpinan di bahagian Arau itu. Jadi, saya telah… berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi ini, jadi, kerana itu Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan untuk wujudkan fairness itu, keadilan itu dan saya yakin bahawa dengan pencalonan ini, maka dia adalah yang paling kurang dari segi mudaratnya, ya… kepada…. sebab ini adalah berdasarkan kepada suara majoriti yang telah dilahirkan itu. Jadi kerana itulah, Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan untuk mencadangkan Tuan Seruandi bin Saad sebagai calon untuk Ahli Majlis… Ahli Dewan Negara mewakili bahagian Arau. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Dan saya harapkan penjelasan ini…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih YB Bintong atas wisely menyelesaikan masalah ini.

Speaker

Terima kasih banyak-banyak kepada Yang Amat Berhormat dan juga kepada Yang Berhormat Tambun Tulang. Saya rasa ini kita, kekeluargaan kita... mula daripada keluarga di keluarga Perlis... keluarga Perlis, kita sampai ke keluarga Malaysia. Jadi Alhamdulillah dapat kita selesaikan dengan baik. Jadi seterusnya saya meminta Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar untuk menyerahkan pernyataan-pernyataan bertulis bagi kedua-dua pencalonan tersebut sepertimana yang disyaratkan. (YAB Menteri Besar menyerahkan pernyataan-pernyataan pencalonan kepada Bentara untuk diserahkan kepada YB Speaker).

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah pun menerima pernyataan pencalonan Ahli Dewan Negara. Yang pertamanya ialah... dia kena mengikut abjad... dalam Perlembagaan Persekutuan dia sebut mengikut abjad, jadi saya baca dulu, yang pertama ialah Tuan Haji Aziz bin Arifin, Nombor Kad Pengenalan, 530321095097. Tandatangan pencadang ialah Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Azlan bin Man. Penyokong, Yang Berhormat Tuan Ruzaini bin Rais dan calon pun telah pun menandatangani menunjukkan persetujuan ia. Pencalonan yang kedua ialah Tuan Seruandi bin Saad, Nombor Kad Pengenalan, 670319095009. Pencadang ialah Yang Amat Behormat Dato’ Seri Azlan bin Man, penyokongnya ialah Yang Amat Berhormat… Yang Berhormat Puan Rozieana binti Ahmad. Dan calon juga telah menandatangani persetujuan untuk menerima pencalonan ini. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan saya ialah pernyataan bertulis yang telah saya bacakan tadi dan masing-masing sebagai... Yang Berhormat telah mencadangkan... Tuan Ruzaini bin Rais, minta maaf saya... Yang Amat Berhormat Dato’ Seri bin... Azlan bin Man, sebagai pencadang Yang Berhormat Tuan Rais Ruzaini bin Rais... apa sebab saya silap pula ni... tak makan lagi kot...

Dato’ Speaker nak jadi Speaker… nak jadi Senator ni….

Speaker

Sebab saya seronok sebab kita dapat selesaikan dengan baik. Saya baca sekali lagi lah. Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan saya ialah pernyataan-pernyataan bertulis daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Azlan bin Man sebagai pencadang dan Yang Berhormat Tuan Ruzaini bin Rais serta Yang Berhormat Puan Rozieana binti Ahmad, masing-masing sebagai penyokong. Berdasarkan pernyataan-pernyataan ini terdapat dua orang calon yang dicadangkan iaitu Tuan Haji Aziz bin Ariffin dan Tuan Seruandi bin Saad. Dan kedua-dua mereka telah menurunkan tandatangan masing-masing sebagai persetujuan untuk berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara jika di Perlis. Sehubungan dengan itu saya mohon persetujuan Yang Berhormat ke atas calon-calon yang dicadangkan. Bagi mengisi kekosongan yang pertama calon yang dicadangkan adalah Tuan Haji Aziz Bin Ariffin, Ahli-Ahli yang bersetuju sila angkat tangan,terima kasih. Ahli-ahli Yang tidak bersetuju sila angkat tangan, terima kasih.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).

Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa Tuan Haji Aziz Bin Ariffin dipilih untuk dilantik sebagai Ahli Dewan Negara. Tahniah. Bagi mengisi kekosongan yang kedua, calon yang dicadangkan Tuan Seruandi bin Saad. Ahli-Ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).

Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa Tuan Seruandi Bin Saad dipilih untuk dilantik sebagai Ahli Dewan Negara. Tahniah. Saya dengan ini menjemput Tuan Haji Aziz Bin Ariffin dan Tuan Seruandi Bin Saad masuk ke dalam dewan untuk diperkenalkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sila bentara.

(Bentara menjemput Tuan Haji Aziz bin Ariffin dan Tuan Seruandi bin Saad masuk ke dalam Dewan melalui pintu utama di sebelah kanan Dewan. Kedua-duanya menunduk hormat dan kekal berdiri di sebelah kanan Yang Berhormat Speaker).

Tuan Haji Aziz bin Ariffin dan Tuan Seruandi bin Saad tahniah dua-duanya. Mereka adalah senator... bakal senator yang akan diangkat sumpah di Dewan Negara nanti, mewakili Dewan Undangan Negeri Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mintak depa buka mask sikit, kot ada yang tak kenai. Bang Seruandi tu kenai...

Speaker

Ya, ya. Tuan Aziz bin Ariffin dan Tuan Seruandi, depa nak tengok hidung la, mulut la. Boleh?

(Tuan Haji Aziz bin Ariffin dan Tuan Seruandi bin Saad membuka face-mask buat seketika).

Terima kasih Tuan Haji Aziz bin Ariffin dan Tuan Seruandi.

(Tuan Haji Aziz bin Ariffin dan Tuan Seruandi bin Saad keluar dari Dewan).

Usul Rang Undang-Undang Enakmen Industri Berasas Kayu (Pindaan) 2021.Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Industri Berasas Kayu (Pindaan) 2021.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang Enakmen Industri Berasas Kayu (Pindaan) 2021 dibaca bagi kali pertama.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Yang Berhormat Dato’ Speaker saya mohon menyokong.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Industri Berasaskan Kayu (Pindaan) 2021. Bacaan Kali Pertama.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, menurut proviso kepada peruntukan Peraturan 56 Dewan, saya mohon kebenaran untuk membaca Rang Undang-Undang ini bagi kali kedua pada hari ini juga.

Speaker

Yang Amat Berhormat dibenarkan.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Industri Berasaskan Kayu (Pindaan) 2021. Bacaan Kali Kedua.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang yang bernama “Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Industri Berasas Kayu 1987 [Enakmen Bil. 3 Tahun 1988]”. Adapun tujuan Rang Undang-Undang ini adalah untuk meminda Enakmen Industri Berasas Kayu 1987. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Enakmen ibu dalam takrif “pengarah” dengan menggantikan gelaran jawatan kepada Pengarah Perhutanan Negeri dan Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 3 Enakmen ibu bagi memasukkan subseksyen baharu (2A) dan (4). Subseksyen baharu (2A) mengadakan peruntukan bagi denda sehingga lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan sehingga lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan melibatkan diri dalam industri berasas kayu tanpa lesen. Manakala subseksyen baharu (4) mengadakan peruntukan bagi denda sehingga dua puluh lima ribu ringgit atau kedua-duanya bagi kesalahan membantu dalam industri berasas kayu tanpa lesen. Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 6 Enakmen ibu bagi memasukkan subseksyen baru (1A) yang memberikan kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mendapatkan jaminan dan deposit tambahan daripada pemegang lesen atau gantian deposit yang dibuat terdahulu oleh pemegang lesen. Fasal 5 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 8A ke dalam Enakmen ibu bagi membolehkan Pengarah Perhutanan Negeri memperbaharui lesen bagi Pihak Berkuasa Negeri tertakluk kepada apa-apa arahan dan mana-mana kaedah yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Peruntukan ini tidak mengurangkan kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk menjalankan sendiri kuasa untuk memperbaharui lesen. Fasal 6 bertujuan meminda seksyen 17 Enakmen ibu untuk menaikkan amaun denda daripada dari lima ribu ringgit kepada dua puluh ribu ringgit bagi kesalahan mengganggu apa-apa barang yang disita di bawah Enakmen ibu. Fasal 7 bertujuan untuk meminda subseksyen 20(3) Enakmen ibu untuk menaikkan amaun denda dari dua ribu ringgit atau satu tahun penjara atau kedua-duanya kepada denda sebanyak dua puluh ribu ringgit atau dua tahun penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan menghalang pegawai hutan menjalankan kuasanya di bawah Enakmen ibu. Fasal 8 bertujuan untuk meminda subseksyen 21(3) Enakmen ibu untuk menaikkan amaun denda dari satu ribu ringgit atau enam bulan penjara atau kedua-duanya kepada denda sepuluh ribu ringgit atau satu tahun penjara atau kedua-duanya yang boleh dikenakan terhadap mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa kehendak pegawai hutan atau pegawai polis berhubung dengan apa-apa alat pengangkutan yang hendak disiasat yang berada di bawah kawalan atau tanggungjawab orang tersebut. Fasal 9 bertujuan untuk menggantikan seksyen 22 Enakmen ibu. Seksyen 22 yang baru mengadakan peruntukan bagi semua pendakwaan terhadap apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ibu tidak boleh dimulakan tanpa kebenaran bertulis Pendakwa Raya selaras dengan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. Fasal 10 bertujuan untuk membina seksyen untuk meminda seksyen 27 Enakmen ibu untuk menaikkan amaun denda dari dua ribu ringgit kepada sepuluh ribu ringgit sebagai penalti am. Fasal 11 bertujuan untuk meminda subseksyen 28(i) Enakmen ibu untuk menaikkan amaun denda dari dua ribu ringgit kepada sepuluh ribu ringgit bagi kesalahan di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen itu. Fasal 12 bertujuan untuk memasukkan subseksyen seksyen baru 28A ke dalam Enakmen ibu yang mengadakan peruntukan bagi pengkompaunan kesalahan. Dengan penjelasan itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Industri Berasas Kayu (Pindaan) 2021 dibuka untuk perbahasan secara dasar. Sekiranya ada Ahli-ahli yang berhajat untuk berbahas dipersilakan, jika tidak, saya teruskan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Industri Berasas Kayu (Pindaan) 2021 dicadang untuk dibaca bagi kali yang kedua. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang yang bernama “Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Industri Berasas Kayu 1987.”

Speaker

Ahli-Ahli yang bersetuju sila angat tangan. Terima kasih. Ahli-Ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).

Speaker

Dewan bersidang secara Jawatankuasa.

(Bentara menurunkan cokmar daripada kedudukan asalnya)

Setiausaha Dewan

Fasal 1 hingga Fasal 12 dan tajuknya.

Pengerusi

Fasal 1 hingga Fasal 12 dan Tajuknya dibuka untuk perbahasan. Ahli-Ahli Dewan yang ingin berbahas dipersilakan dan pihak kerajaan akan dijawab sekiranya ada. Terima kasih. Fasal 1 hingga Fasal 12 dengan tajuknya menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang hendaklah disetujukan. Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Fasal 1 hingga Fasal 12 dan tajuknya menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Industri Berasa Kayu dalam kurungan pindaan 2021 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).

Dewan bersidang semula.

(Bentara meletakkan kembali cokmar ke tempat asalnya))

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sukacita saya memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang Enakmen Industri Berasas Kayu (Pindaan) 2021 telah pun ditimbang di dalam Jawatankuasa dan dipersetujui. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Industri Berasas Kayu (Pindaan) 2021 dicadangkan untuk dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara).

Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

Rang Undang- Undang Enakmen Industri Berasas Kayu (Pindaan) 2021. Maka diperbuat Undang-Undang ini oleh Dewan Undangan Negeri Perlis seperti berikut. Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Industri Berasas Kayu (Pindaan) 2021. Penangguhan Dewan

Speaker

Ahli Yang Berhormat saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Tambung Tulang untuk sedikit ucapan sebelum kita tangguh.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Bagi pihak rakan di sebelah sini ada apa-apa nak bagi tau. Kami merakamkan jutaan terima kasih. Pertama kepada pejabat Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Pejabat Yang Berhormat Menteri Besar dan Yang Berhormat sendiri Pejabat Yang Berhormat Speaker dan Setiausaha Dewan yang telah memainkan peranan dengan berkesan, Pejabat SUK dan semua Jabatan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung hingga termasuk Pengarah-Pengarah, Pemerhati, Pengamal Media dan kakitangan Dewan yang telah memberikan kerjasama baik dan jitu dalam persidangan kali ini. Tidak lupa juga saya ucapkan tahniah kepada Dato’ Speaker sendiri yang telah mengendalikan Dewan dengan begitu harmoni sekali dan alhamdulillah kita bangga dengan apa yang kita ada sebagai ADUN-ADUN di Perlis yang walaupun kita tidak ikut cara-cara di tempat lain, tapi kita mengikut cara kita, self belonging kita kita, dengan cara kita dan juga tahniah kepada rakan-rakan yang dilantik sebagai Ahli Dewan Negara. Semoga mereka memainkan peranan dengan berkesan dan menyuarakan hasrat dan cita-cita negeri Perlis di peringkat nasional... apa tu.... peringkat Upper House di parlimen Malaysia dan terima kasih sekali lagi Dato’ Speaker.

Penangguhan DewanAdjournment

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Saya juga ingin merakam ucapan terima kasih kepada YAB Menteri Besar, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan serta agensi yang hadir, dan kepada rakan-rakan media yang telah pun membuat liputan yang terbaik sejak daripada hari 24hb dan 25hb ni, insya-Allah pada hari ini, para pegawai dan kakitangan serta petugas Dewan yang bertungkus lumus menyediakan semua persiapan untuk sidang kita kali ini dengan penuh dedikasi. Juga ingin saya ucapkan terima kasih kepada jabatan-jabatan yang banyak membantu melancarkan persidangan Dewan pada kali ini, khususnya Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat YAB Menteri Besar, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Majlis Keselamatan Negara dan lain-lain yang saya tidak dapat sebut satu persatu. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada mantan Setiausaha Dewan yang lalu, Tuan Norazlan bin Yahaya atas khidmat yang sangat cemerlang selama bersama dengan saya yang telah beliau berikan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri, terima kasih. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan Yang Ke-64 bertemakan “Malaysia Prihatin”. Semoga semangat “Malaysia Prihatin” ini kita semarakkan di segenap segi kehidupan masyarakat, bukan sahaja dalam usaha kita menamatkan terus... terus wabak COVID-19, malah kita perlu sematkan dalam usaha kita mengukuhkan kembali asas-asas perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Semoga perasaan cinta kepada negara inilah yang boleh menjadi tali pengikat utama kepada perpaduan bangsa di negara ini dan seterusnya menjadi pemangkin ke arah pemulihan semula ekonomi dan kehidupan rakyat ke arah yang lebih baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.

(Persidangan ditangguhkan pada jam 3.15 petang)