Perlis · 8 December 2021
14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 117 turns · 20,813 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerlis publishes one PDF per sitting day, but nothing after 9 Aug 2023 although the assembly has kept sitting. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan mula bersidang.
Doa
Doa.
(Bacaan doa oleh Penolong Setiausaha Dewan)
Pemasyhuran daripada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis
Pemasyhuran oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri.
Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Di kesempatan ini, saya ingin menerangkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian tentang aturan perjalanan Mesyuarat Dewan kita untuk harini. Selepas ini Mesyuarat Dewan akan diteruskan dengan sesi soal jawab lisan berdasarkan turutan soalan seperti di dalam Kertas Perintah Mesyuarat Dewan. Saya akan cuba untuk memperuntukkan tempoh masa supaya semua soalan dapat dijawab tetapi sekiranya ada yang tidak sempat dijawab secara lisan, jawapannya akan dikeumukan kemudian secara bertulis oleh pihak Kerajaan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan sedikit pandangan mengenai soalan Dewan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat sekalian. Berdasarkan pemerhatian saya, terdapat soalan yang sama atau hampir sama yang sering diulang-ulang. Malahan, terdapat juga soalan yang baharu sahaja ditanya pada penggal yang lepas dan telah dijawab oleh pihak Kerajaan sekali lagi ditanya dalam sidang pada kali ini. Di pihak Dewan, saya tidak ada halangan jika Yang Berhormat ingin mengulangi soalan tetapi pada pandangan saya, adalah lebih elok jika ada selang tempoh yang lebih munasabah sebelum sesuatu soalan itu diulang supaya ada ruang untuk perkembangan sesuatu pembangunan tersebut. Selain itu, terdapat juga soalan-soalan yang menyentuh bidang kuasa Kerajaan Persekutuan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat terutamanya soalan yang menyentuh sesuatu dasar atau polisi Kerajaan. Soalan begini pada pandangan saya lebih sesuai disalurkan kepada Ahli Parlimen untuk dijawab di Parlimen oleh Menteri atau Timbalan Menteri. Walau bagaimanapun, di pihak Dewan, sebenarnya kita mengamalkan pendekatan yang lebih terbuka dan tidak terlalu rigid dalam hal sebegini dan kita cuba seboleh mungkin untuk membantu atau accommodate persoalan atau kemusykilan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Cuma saya berharap Yang Berhormat sekalian dapat mengambil sedikit ingatan mengenai perkara-perkara yang saya sebutkan tadi di masa-masa yang akan datang. Selepas sesi soal jawab lisan, Dewan akan berehat sebentar dan apabila disambung semula, Usul Anggaran Pembangunan Negeri Perlis Tahun 2022 dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2022 yang kedua-duanya membentuk Anggaran Bajet Negeri Perlis akan dibuka untuk perbahasan secara dasar. Seperti yang telah saya sebutkan kelmarin, saya akan memberikan tempoh masa kira-kira 25 minit untuk setiap seorang Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah kiri saya untuk berbahasa. Saya harap masa tersebut dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk Yang Berhormat sekalian membahaskan bajet yang memberikan input-input yang bernas di samping mengutarakan permasalahan di kawasan masing-masing. Setelah itu, Dewan akan ditangguhkan dan akan disambung semula pada pagi esok untuk maklumbalas dan penggulungan oleh pihak Kerajaan, serta memberikan penyelesaian urusan Dewan akan yang telah disenaraikan. Sekian. Terima kasih.
Soalan-Soalan LisanQuestions
Soalan-soalan lisan.
Soalan-soalan lisan, dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Yang Berhormat Dato’ Speaker dan semua hadirin soalan saya nombor 2.
(Soalan 2 : Berapa lama selangan masa membersih bahagian tepi jalan berturap yang ditutupi tanah dan rumput ?)
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Sanglang, tuan-tuan dan puan-puan Ahli Majlis… Ahli Dewan Undangan yang dirahmati Allah. Selang masa penyenggaraan tepi jalan adalah seperti berikut. Bagi penyenggaraan rumput tepi jalan, selang masa adalah dua kali sebulan, ataupun 24 kali setahun bagi jalan Negeri dan juga bagi jalan utama Persekutuan. Bagi jalan Persekutuan Sekunder, selang masa untuk kerja-kerja penyenggaraan rumput adalah 45 hari sekali dan semua kerja-kerja ini dilaksanakan oleh pihak JKR. Manakala bagi jalan Perbandaran pula juga 2 kali sebulan ataupun 24 kali setahun yang dilaksanakan oleh pihak MPK. Selain daripada itu, untuk makluman Yang Berhormat dan juga Ahli Dewan, kerja-kerja yang terlibat selain penyenggaraan rumput adalah kerja-kerja membaiki bahu jalan sama ada mengaras tanah atau menambun tanah di bahu jalan supaya bahu jalan menjadi searas dengan permukaan dengan tar jalan. Yang ini kita buat setahun sekali di lokasi-lokasi jalan terpilih untuk sekurang-kurangnya meliputi jarak 20 peratus daripada keseluruhan panjang jalan. Sekian.
Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat berkenaan dengan jalan tu di… di kaki lima jalan di tepi jalan lebih kurang sekaki tu di.... penuhi dengan tanah kemudian rumput tu dia naik sampai atas jalanlah, makna kata lebih kurang sekaki tu, pengguna tak boleh guna jalan raya tu. Mungkin disebabkan juga pokok-pokok yang ditanam di tepi jalan yang menyebabkan penunggang motosikal khususnya dia tak dapat guna menyebabkan jalan dia jadi sebegitu. Wallahualam.
Benar. Kalau mungkin soalan ni di… memandangkan soalan ni daripada Yang Berhormat Sanglang, jadi saya merasakan soalan ini mungkin ada kaitan di jalan di kawasan Yang Berhormat dan kita memang ambil maklum bahawa di sepanjang tepi-tepi jalan ni memang ada pokok-pokok yang ditanam oleh penduduk-penduduk sekitar ataupun tuan-tuan tanah yang berdekatan dengan jalan dan pokok-pokok yang pelbagai dan ini memang menimbulkan masalah terutamanya penyenggaraan di bahu jalan dan walau bagaimanapun, pihak JKR terutamanya tetap mempunyai program untuk apa ni… untuk menyenggara bahu jalan dan juga... apa ni… memotong rumput pada selang masa yang telah ditetapkan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Yang Berhormat, tentang kalau berkaitan dengan lampu jalan boleh juga kot na… saya nak tengok apa pandangan Yang Berhormat sebab selalu dah… kerap dah, lampu... apa… tiada ada… selalu gagal untuk menyala di kawasan sama, Repoh ataupun Jawi, dia selang-selang. Agak berlarutan benda ni, dia kawasan tu… dia bila takdak lampu tu dia agak gelap, dan membahayakan pengguna jalan raya. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Sena. Lampu tu maksudnya ada tiang lampu ataupun lampu… maksudnya lampu tak menyala lah. Ok… YB boleh maklum kepada kita ataupun melalui… ataupun kepada aduan awam yang hotline JKR supaya tindakan… apa ni… tindakan pembetulan ataupun tindakan pembaikan… Ya?
(Yang Berhormat Sena mencelah)
Ya, ok takpa YB, saya ambil maklum. Insya-Allah nanti kita akan semak lah tentang aduan tersebut. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, soalan saya nombor 3.
(Soalan 3 : Apakah Kerajaan Negeri bersedia mengkaji untuk menambahbaik peruntukan dan perundangan berkaitan hukuman jenayah syariah sebagaimana RUU355 di negeri ini?)
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah bidang kuasa jenayah pindaan 2016 ataupun RUU355 menjadi perdebatan dan persoalan orang ramai kerana kita lihat dan kita dengar berbagai-bagai persoalan meliputi adakah tangan kena potong? Adakah hukuman rejam? Jadi di kesempatan ini, makluman berhubung dengan Rang Undang-Undang 355 sebenar ialah pemerkasaan ataupun pemerkasaan untuk hukuman. Contoh, penjara maksimum 3 tahun ditukar kepada penjara maksimum 30 tahun, denda maksimum RM 5,000 diubah kepada RM100,000 maksimum. Rotan maksimum 6 rotan diubah kepada maksimum 100 rotan. Untuk makluman sidang Dewan, JAKIM sebagai urusetia Jawatankuasa Teknikal Sivil Syarak Kebangsaan sekarang sedang membuat draf untuk dibentangkan kepada Kerajaan Negeri dan mohon pandangan daripada Kerajaan Negeri sebelum dibawa ke Parlimen untuk dibahas dan untuk meminda Rang Undang-Undang 355. Berhubung persoalan daripada Guar Sanji, Negeri Perlis… Kerajaan Negeri Perlis berpandangan hukuman bagi kesalahan-kesalahan jenayah syariah yang diperuntukkan di bawah Enakmen Jenayah dalam Syarak 1991 tidak perlu dipinda. Cadangan kajian untuk penambahbaikan hukuman di bawah Enakmen Jenayah dalam Syarak 1991 akan dibuat selepas pindaan Rang Undang-Undang 355 dibentang dan diluluskan oleh Parlimen. Buat masa sekarang, Kerajaan Negeri menguatkuasakan hukuman jenayah syariah di bawah Enakmen Jenayah dalam Syarak 1991 Enakmen 4/1993 sepertimana yang diperuntukkan bidang kuasanya di bawah Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah 1965 Akta 355 sedia ada. Sekian.
Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Beseri di atas penjelasan berkaitan dengan kesediaan Kerajaan Negeri untuk mengkaji dan menambah baik peruntukan dan perundangan berkaitan hukum jenayah syariah negeri Perlis. Jadi saya bangun sekali lagi untuk menyatakan sokongan kepada Kerajaan Negeri supaya mengambil langkah ke hadapan selain daripada negeri-negeri lain seperti Kelantan dan juga Terengganu yang ke hadapan dalam nak menambahbaik peruntukan perundangan jenayah syariah ini. Sebab kalau kita lihat, Perlis ni kita merupakan sebuah negeri yang diberi julukan Perlis Darul Sunnah. Lebih dekat mengamali…
Yang Berhormat, ada rasmi dak Darul Sunnah tu? Kena semak balik dengan menteri-menteri.
Jadi… maknanya lebih dekat dengan pengamal Rasulullah, kita kena mengambil pendekatan lebih agresif untuk melaksanakan tuntutan Al-quran dan sunnah Rasulullah S.A.W. Jadi kesediaan itulah yang kita nak lihat supaya, di negeri kita yang kecil ini, menjunjung titah perintah Allah S.W.T. Terima kasih.
Soalan ka tu? Soalan ka huraian Yang Berhormat? Pandangan ka?
Huraian…
Dipersilakan Yang Berhormat Sena… soalan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, bismillahirrahmanirrahim, Yang Berhormat Dato’ Speaker soalan saya soalan nombor 3… soalan saya nombor 4.
(Soalan 4 : Senaraikan dengan terperinci struktur atau binaan haram di kawasan padang permainan RPA dan taman perumahan sekitar negeri Perlis dan apakah usaha dan tindakan yang telah dan sedang diambil bagi menyelesaikan isu yang sudah berlarutan sejak sekian lama ini?)
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Sena, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Bagi semua tanah lapang ataupun taman permainan, kawal selia adalah berada di bawah Pegawai Pengawal… Pegawai Pengawal iaitu Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Penyelenggara adalah agensi iaitu Jabatan terlibat sepertimana yang ditubuhkan di bawah perenggan 62 (2) Kanun Tanah Negara. Walau bagaimanapun, pihak MPK sentiasa membuat pemantauan berdasarkan aduan yang diterima dari semasa ke semasa. Antara kesalahan yang lazimnya dilakukan di kawasan lapang oleh penduduk-penduduk taman perumahan ialah menanam pokok bunga dan sayuran, membina garaj kereta, membina pondok ataupun gazebo dan membina setor penyimpan barang. Pihak MPK pada dasarnya telah pun mengambil tindakan-tindakan penguatkuasaan berdasarkan dari penemuan daripada pemantauan ataupun aduan yang diterima, namun ada juga penduduk yang kemudiannya mengulangi kesalahan berkenaan. Dalam hubungan ini, pihak MPK akan menggiatkan lagi pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan masalah pencerobohan dapat diatasi sepenuhnya. Sehingga kini, beberapa kawasan lapang yang telah dikeluarkan notis penguatkuasaan oleh pihak MPK. Di sini saya ingin bagi contoh beberapa tempat, kalau tengok senarai memang banyak. Tapi contohnya saya bagi tiga tempat yang telah diambil tindakan, yang pertama kawasan lapang padang permainan Taman Seri Bintong Maju ya, dimana terdapat pembinaan garaj kereta, pondok dan penanaman pokok oleh penduduk. Yang kedua, kawasan lapang Taman Tembusu, dimana terdapat binaan setor atau penyimpan barang-barang terbuang. Yang ketiga, kawasan lapang padang permainan Taman Mas Beseri, dimana terdapat penanaman pokok oleh penduduk. Dalam hal ini semua pihak dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat tentang pencerobohan yang berlaku di kawasan lapang dan padang permainan, taman perumahan atau… diambil tindakan lanjut. Selain itu, mana-mana pihak yang ingin mendirikan sebarang struktur binaan di atas kawasan padang permainan RPA dan taman perumahan yang merupakan kawasan lapang awam, hendaklah menghantar permohonan terlebih dahulu kepada pegawai… Pegawai Pengawal tanah berkenaan bagi pertimbangan lanjut. Pegawai Pengawal itu adalah Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri. Untuk makluman, sekiranya terdapat sebarang binaan haram di kawasan lapang, permainan… agensi ataupun jabatan bertanggungjawab perlulah merujuk kepada perkara-perkara berikut. Yang pertama berdasarkan kepada keputusan Majlis Perancang Fizikal Negara Bilangan 5 Tahun 2015, rizab-rizab tanah lapang awam sedia ada perlu dibekal… dikekalkan dan tidak boleh dibangunkan untuk tujuan kemudahan-kemudahan awam atau kegunaan pembangunan guna tanah lain. Yang kedua, merujuk kepada subseksyen dua Akta Perancangan Bandar dan Desa, tanah lapang telah ditafsirkan sebagai mana-mana tanah sama ada dikepung atau yang tidak disusun atau... dirizabkan untuk disusunatur keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman bunga awam, taman awam, padang sukan dan rekreasi awam, tempat makan angin awam, tempat jalan kaki awam atau sebagai suatu tempat awam. Berdasarkan tafsiran di atas, tanah lapang secara umumnya boleh didefinisikan sebagai suatu kawasan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan rekreasi aktif atau pasif. Tafsiran Akta Kerajaan Tempatan, Seksyen 2 ertinya tempat awam… mana-mana tempat lapangan terbuka, tempat letak kereta, kebun bunga, taman rekreasi dan bersuka… bersuka-suka atau medan, sama ada terkepung atau tidak yang dikhaskan atau diuntukkan bagi kegunaan orang ramai atau yang terbuka kepada orang ramai pada bila-bila masa. Yang keempat, definisi pewartaan mengikut Kanun Tanah Negara, Pihak Berkuasa Negeri atau PBN boleh, dengan pemberitahuan dalam warta, merizabkan mana-mana tanah Kerajaan untuk apa-apa maksud awam. Walau bagaimanapun, perkara tersebut di atas adalah bersifat garis panduan sahaja dimana Kerajaan Negeri berkuasa penuh ke atas segala hal berkaitan tanah sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hal ehwal mengenai tanah adalah dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, dan Kerajaan Persekutuan tiada kuasa ke atasnya melainkan di bawah Perkara 83, 84, 85, 86 Perlembagaan iaitu mengenai perizaban dan pelupusan tanah oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan bagi tujuan Persekutuan. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Speaker, soalan tambahan. Yang Berhormat, dari segi… ini… saya… soalan tu datang daripada banyak aduan daripada penduduk, jadi itu yang saya… bila dah banyak tu, jadi saya terpaksa kena buat dalam bentuk soalan. Sejauh mana dari segi… orang kata tindakan yang diambil? Sebab… apa nama… bila ni… macam seolah-seolah macam tak ada tindakan. Jadi… dan dari segi Yang Berhormat kata tadi banyak… kalau boleh saya nak minta dari segi jawapan bertulis lah yang senarainya tu. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih. Insya-Allah saya akan bagi bertulis secara detail apa yang telah pun dipersoalkan oleh Yang Berhormat. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan saya soalan nombor 5. Terima kasih.
(Soalan 5 : Berapakah peruntukan jumlah elaun JPKK setiap tahun sejak tahun 2018 sehingga ke hari ini? Selain daripada peruntukan elaun, apa lagi peruntukan yang diberikan kepada JPKK dan berapakah jumlah kesemua peruntukan JPKK setiap tahun dari tahun 2018 sehingga ke hari ini di negeri Perlis?)
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan. Perincian elaun JPKK pada tahun 2018 sehingga 2021 adalah berjumlah RM20,363,456.81, dengan perincian tahunan seperti berikut. Pada tahun 2018, jumlah peruntukan elaun yang telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak RM5,108,400.00 yang mana ketika itu, seperti yang mana kita sedia maklum, pada pertengahan 2018, tampuk pemerintahan telah pun berubah. Kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil alih yang mana satu keputusan oleh Jemaah Menteri telah diadakan pada 27 Jun
2018 supaya memutuskan JKKK tu dijenamakan semula sebagai MPKK iaitu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung. Dan negeri Perlis juga telah menerima cadangan penubuhan MPKK dan kita berkuatkuasa pada 1 Ogos sehinggalah 31 Disember 2019. Alhamdulillah, terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan pada ketika itu kerana tidak membelakangkan negeri-negeri pembangkang seperti negeri Perlis. Kita mendapat juga elaun daripada Kerajaan Persekutuan. Namun begitu pada 2019, Kerajaan Persekutuan masih lagi memberi elaun sebanyak RM4,816,600.00 dan juga pada masa yang sama kepada MPKK pada ketika itu, dia dapat geran… geran pembangunan MPKK kepada semua kampung-kampung kecuali yang mohon. Yang mohon dia dapat, yang tak mohon tak dapat iaitu sebanyak RM1,234,106.81. Dan pada 2020… tahun 2020, Kerajaan Persekutuan telah menamatkan program yang dinamakan Majlis… apa nama... Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ni disebabkan negeri-negeri pembangkang ni tak sehaluan dengan Kerajaan ketika itu, maka Perlis terpaksa menguruskan sendiri elaun-elaun MPKK ini dan kita jenamakan balik semula sebagai Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung yang mana ketika itu Kerajaan telah menguruskan elaun-elaun kepada JKK ini kepada pengerusi RM200 dan kepada setiausaha RM100, elaun pengendalian mesyuarat RM100… 6 bulan… 6 kali sebulan… setahun. 6 kali setahun. Dan juga elaun kehadiran mesyuarat RM50, 6 kali setahun kepada 11 orang anggota mesyuarat. Jadi, peruntukan yang diperuntukkan… elaun yang diperuntukan kepada… daripada Kerajaan Negeri pada ketika itu ialah sebanyak RM232,200.00 yang kita peruntukkan pada tu, tapi hanya singkat saja la daripada Januari sehingga Februari. Selepas itu, apabila kerajaan di… di… apa nama… tampuk pemerintahan kembali kepada Perikatan Nasional, maka, kerajaan Perikatan Nasional itu dia dah tukar nama pulak dah. Daripada kita JKKK kepada JPKK. JPKK tu maksudnya Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung. Jadi, pada ketika itu Kerajaan Persekutuan menyambung semula peruntukan elaun kepada JPKK ni sehingga Mac sehingga Disember 2020 iaitu sebanyak… diperuntukkan RM3,747,650.00 kepada negeri Perlis pun dapat. Jadi, sekarang ni tahun 2021, Kerajaan Persekutuan terus memberi elaun peruntukkan walaupun Kerajaan hari ini dinamakan keluarga Malaysia, tetapi dia terus menyambung daripada kerajaan Perikatan Nasional dan peruntukan telah dibelanja sebanyak RM5,224,500.00 dan kadar elaun JPKK sekarang adalah, pengerusi RM500, setiausaha RM300 dan elaun mesyuarat… pengendalian mesyuarat sepertimana yang saya sebut tadi sama dan kehadiran mesyuarat juga sama. Jadi itulah yang JPKK sekarang dapat. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang soalan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 8.
(Soalan 8 : Apakah kerajaan bercadang untuk mengkaji peraturan hutan simpan Bukit Bintang yang telah menjadi dusun buah-buahan?)
Salam sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Sanglang. Yang Berhormat Dato’ Speaker, aktiviti peneroka hutan bagi tujuan pertanian atau dusun telah dikenalpasti dan diambil tindakan oleh Kerajaan Negeri Perlis sejak tahun 90-an. Yang mana Jabatan Perhutanan Perlis telah di… menyenaraikan peneroka-peneroka yang terlibat bagi tujuan pertimbangan untuk pemberian permit penggunaan. Selepas beberapa siri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bermula pada tahun 1996 hingga 1998, Kerajaan Negeri telah mempertimbangkan hanya pemohon-pemohon yang mengusahakan dusun sebelum tahun 1975 untuk diberi permit penggunaan dalam hutan simpanan kekal Bukit Bintang melibatkan kompartmen 1 hingga 11. Manakala yang diusahakan… selepas itu diberikan kebenaran secara permit masuk ketika musim buah. Bagi permohonan mengusaha dusun yang baru mulai 1 Januari 1996 adalah ditolak. Pada Disember tahun 2019, Kerajaan Negeri telah memberikan mandat kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perlis untuk melaksanakan penguatkuasaan hutan khususnya penerokaan kawasan yang terbaharu termasuk pembatalan permit-permit penggunaan yang tidak diperbaharui 15 tahun dan ke atas. Sehingga kini, sebanyak 37 permit penggunaan telah dibatalkan. Manakala, sebahagian lagi masih dalam tindakan semakan di lapangan untuk pengesahan. Justeru itu, demi kepentingan perkhidmatan ekosistem, konservasi kepelbagaian biologi, perlindungan alam sekitar, Kerajaan Negeri telah menetapkan dasar untuk tidak memberikan permit penggunaan dusun baharu dalam hutan simpanan kekal. Pengurusan kawasan hutan simpanan kekal adalah tertakluk kepada Akta Perhutanan Negeri 1984 atau Akta 313. Akta ini telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Perlis pada 18 Oktober dan berkuatkuasa pada 1 November 1987, dikenali sebagai Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1987. Bagi tujuan pengemaskini, Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2020 sedang dalam proses akhir untuk diangkat semula kepada masyarakat... Mesyuarat Majlis Tertinggi Negara yang akan datang sebelum dibentang di Parlimen. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya nombor 9.
(Soalan 9 : Jelaskan usaha dan tindakan Kerajaan Negeri untuk memelihara dan memulihara tapak-tapak sejarah dan pra-sejarah dalam negeri Perlis?)
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Warisan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis sentiasa komited dalam memastikan tempat-tempat sejarah dan pra-sejarah ini terus kekal terpelihara dan sekaligus memberi impak kepada industri pelancongan negara mengikut Akta Warisan 2005 (Akta 645) yang telah diwujudkan adalah untuk pemuliharaan dan pemeliharaan warisan kebangsaan. Dalam akta itu termaktub warisan semulajadi, warisan kebudayaan ketara dan tidak ketara, warisan kebudayaan di bawah air, harta karun dan… bagi perkara-perkara yang berkaitan. Selain itu, menurut Akta Warisan Kebangsaan 2005 iaitu (Akta 645), tapak termasuklah mana-mana kawasan tempat, zon, warisan semulajadi, monumen atau bangunan yang melekat pada tanah, rizab arkeologi dan mana-mana tanah dengan bangunan, taman, pokok atau rizab negeri. Yang tu yang terkarung… terkandung dalam Akta 645. Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama daripada Kerajaan Negeri Perlis telah mewartakan… kita telah mewartakan 3 tapak di Perlis sebagai tapak warisan iaitu Istana Arau… tarikh warta dia 24 Februari 2011. Bangunan SUK lama… tarikh warta dia 24 Februari 2011 dan Masjid Alwi… tarikh warta dia 2 Februari 2018. Ketiga-tiga bangunan ini sentiasa dijaga baik dan diselenggara secara berkala. Kerajaan Negeri akan terus berkerjasama dalam melaporkan sebarang jumpaan yang mempunyai nilai warisan kepada pihak Jabatan Warisan Negara. Oleh yang demikian, semua pihak harus memberikan kerjasama erat untuk memelihara khazanah ini agar tidak mengambil kesempatan dan menceroboh ke kawasan yang mempunyai nilai sejarah ini. Kerana tapak-tapak sejarah dan pra-sejarah merupakan satu aset yang sangat berharga yang melambangkan identiti sesebuah negeri. Latar belakang sejarah inilah yang akan membentuk wajah dan jati diri bangsa Malaysia. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Sena.
Yang Berhormat Dato’ Speaker soalan saya, soalan nombor 10.
(Soalan 10 : Mohon Kerajaan Negeri sertakan perincian inisiatif-inisiatif membantu golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 termasuk yang positif COVID-19 dan yang dikuarantin, serta peniaga, petani dan pekerja pelbagai sektor akibat PKP serta perincian dalam jumlah penerima dan juga dana yang disalurkan bagi tahun 2020 dan 2021?)
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Alhamdulillahi robbil a’lamin, wabihinasta’in. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Sena. Untuk tahun 2020 dan 2021, jumlah keseluruhan perbelanjaan untuk membantu golongan yang terkesan akibat COVID adalah sebanyak RM38.48 juta… keseluruhannya. Dan kalau mengikut pecahan untuk tahun 2020, sebanyak RM12.7 juta dibelanjakan. Dan untuk tahun 2021, sehingga bulan November, kita telah membelanjakan sebanyak RM25.8 juta. Jadi apakah inisiatif-inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri… untuk membantu mereka yang terkesan ini dan berapakah nilai peruntukan yang diberikan dan berapa ramai yang terlibat? Di perincian kepada inisiatif-inisiatif ini seperti berikut. Pertamanya kita memperkenalkan polisi ataupun dasar Perlis Bebas Niaga bermula Januari 2021. Ini telah memberi manfaat kepada 480 orang peniaga ataupun penjaja baru. Ini lesen-lesen baru yang dikeluarkan ekoran daripada pengenalan Dasar Perlis Bebas Niaga. Dan ini tidak ada nilai. Sebab kita hanya mengeluarkan lesen kepada mereka yang berniaga. Kita ada insentif one-off iaitu peralatan kepada petugas kesihatan dan frontliners. Ini kita telah belanjakan sebanyak RM1.46 juta. Bantuan makanan asas, susu dan lampin pakai buang kepada semua yang terjejas termasuklah penduduk yang menjalani tempoh kuarantin sebanyak RM3.53 juta. Bantuan untuk pesakit... kepada pesakit COVID dan ahli keluarga… kita dah belanjakan RM46 ribu. Subsidi tarif air untuk 20 meter padu pertama kepada 66,735 akaun… ini melibatkan… berjumlah RM479 ribu. Bantuan kepada 2,037 orang pekerja cacat, 870 orang kurang upaya… orang kurang upaya... dan 587 bantuan kepada ibu tunggal melalui Jabatan Kebajikan Negeri Perlis yang berjumlah RM1.15 juta. Pengurangan kadar ataupun pengecualian sewa gerai premis Kerajaan atau agensi dan 778 unit rumah Program Perumahan, 142 unit rumah Rancangan Perumahan Kuala Perlis dan moratorium bayaran sewa beli 305 unit rumah Rancangan Perumahan Awam ataupun RPA. Selain daripada itu, kita juga… program Perlis Pahadoi iaitu pemberian bantuan makanan asas (PAMA) ini dan program i-Suri dan bantuan petrol sebanyak RM7.8 juta. Dan suka saya memaklumkan bahawa dibawah bantuan PAMA, keseluruhannya kita telah membantu 35 ribu kelamin di seluruh negeri Perlis yang telah kita ambil purata bagi setiap kelamin itu 4 orang, maka kita telah pun memberikan faedah kepada 140 ribu orang penduduk di negeri Perlis. Dan ini melebihi daripada separuh penduduk negeri Perlis… sorry, hampir separuh penduduk negeri Perlis. Selain daripada itu, kita juga ada bantuan alat-alatan pesakit dan kos perjalanan untuk rawatan pesakit kronik. Ada juga yang terkesan ini. RM127 ribu kita telah belanja… belanjakan. Sumbangan peralatan perniagaan dan pembaikan gerai-gerai IKS yang melibatkan 27 peniaga, kita belanjakan RM788 ribu. Program Pertanian Kebuniti yang memberi manfaat kepada 1,093 petani dan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM660 ribu dan juga program latihan pemasaran dan ternakan bagi usahawan tani dibawah FAMA ini sejumlah RM2.26 juta dibelanjakan. Kita juga memberi bantuan dan tuisyen online kepada pelajar sekolah dan ini kita telah belanjakan sebanyak RM221 ribu. Dan seterusnya pengecualian bayaran balik pinjaman pelajaran di bawah Kerajaan Negeri dalam tempoh 6 bulan selepas PKP. Itu… jumlahnya taklah begitu besar sangat dan bilangan yang terlibat pun tidak begitu banyak. Jadi itu adalah merupakan perincian kepada inisiatif bantuan yang telah diambil Kerajaan Negeri untuk diberikan kepada mereka yang terkesan bagi tahun 2020 dan juga 2021. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Terima kasih atas penjelasan Yang Berhormat Bintong. Cuma saya ingin sedikit penjelasan lanjut, saya ada menerima surat daripada MMK berkaitan dengan tindakan yang perlu diambil oleh ADUN untuk dalam menguruskan peruntukan bagi bantuan kepada mereka yang dikuarantin dalam kawasan. Tetapi, malangnya sampai saat ini saya ingat surat tu dah 2 bulan dah, kami tak dapat apa-apa maklumat lanjut. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk mereka yang terlibat dengan kuarantin ini, setiap keluarga yang dikuarantin diberikan bantuan automatik. Dan bantuan-bantuan ini kita salurkan melalui Pusat-Pusat Khidmat, DUN, Kerajaan dan juga Pusat-Pusat Khidmat Menteri Besar iaitu bagi DUN Sena, DUN Kuala Perlis dan juga DUN Indera Kayangan. Jadi ini yang telah dilakukan, memang kita bagi automatik… kita dapat saja laporan mengenai mereka yang telah dikuarantinkan, tidak ada soalan ditanya kaya atau miskin, semuanya diberi bantuan. Sebab kita tau yang kaya pun tak boleh keluar, jadi kita kena hantar makanan tu ataupun bekalan ini ke rumah. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan saya soalan nombor 11.
(Soalan 11 : Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani isu-isu pengurusan Pangsapuri Seri Sena yang merangkumi masalah tunggakan sewa, kerosakan rumah serta kemudahan awam bagi meningkatkan taraf hidup dan keselamatan penduduk di pangsapuri berkenaan?)
Terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam menangani isu tunggakan sewaan di Program Perumahan Rakyat PPR Sena, Bahagian Perumahan telah melaksanakan Operasi Sedar sejak tahun 2019 yang merangkumi perkara-perkara yang akan disebutkan. Yang pertama sekali, mengeluarkan notis peringatan tunggakan sewaan kepada penduduk secara konsisten, yang kedua mengedarkan maklumat atau flyers, kesedaran kepada penduduk PPR berkenaan tanggungjawab dan kesan tunggakan kepada mereka melalui saluran media sosial dan juga aplikasi WhatsApp. Yang ketiga mengadakan Sesi Libat Urus di antara penduduk dan juga Pejabat Sekretariat Muafakat, Kementerian Perumahan dan Tempatan bagi tujuan penerangan serta pendidikan serta evokasi. Yang seterusnya mempamerkan senarai top thirty, 30 orang yang paling top na… penduduk yang mempunyai tunggakan tertinggi pada setiap dwi bulanan bagi tujuan meningkatkan kesedaran kepada penduduk yang berkenaan agar membuat bayaran sewaan. Dan seterusnya menawarkan kemudahan penstrukturan semula bayaran tunggakan sewaan secara ansuran pada setiap bulan kepada penduduk yang mempunyai tunggakan sewaan yang tinggi. Bagi isu kerosakan rumah dan juga kemudahan awam di kawasan PPR Sena, Bahagian Perumahan telah pun mengambil tindakan, di antaranya ialah yang pertama, melaksanakan pembaikan rumah bagi kerosakan kecil dalam tempoh 3 minggu selepas aduan secara rasmi dan lengkap diterima oleh syarikat pembersihan yang dilantik. Yang kedua, melaksanakan kerja-kerja bina baru ataupun naik taraf atau selenggara bagi kemudahan awam yang rosak atau yang berusia lebih 5 tahun di PPR Sena melalui penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan jugak Kerajaan Persekutuan untuk memastikan semua kemudahan dapat berfungsi dengan baik. Dan seterusnya menjalinkan kerjasama yang erat di antara Bahagian Perumahan, Pejabat Sekretariat Muafakat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Persatuan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di dalam memastikan keperluan serta keselamatan penduduk PPR Sena terjaga. Program Perumahan Rakyat PPR Sena Kangar telah siap dibina pada tahun 2004 dan diserah kepada Kerajaan Negeri Perlis pada 29 Mac 2006 iaitu mempunyai 2 blok bangunan 14 tingkat dan 480 unit rumah. Bagi perbelanjaan tahun 2021 bagi tujuan melaksanakan projek pembangunan PPR Sena, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM34,650.00 dan daripada KPKT sebanyak RM270,225.90. Jumlah perbelanjaan tahun 2021 bagi tujuan melaksanakan penyelenggaraan lif di PPR Sena sebanyak RM385,063.93 dan akan dilaksanakan pada 1 Januari 2022. Jumlah peruntukan tahun 2021 bagi tujuan melaksanakan perkhidmatan pembersihan dan jugak pencucian di PPR Sena adalah sebanyak RM600,000.00. Sekian.
Yang Berhormat Dato’ Speaker sedikit soalan tambahan. Yang Berhormat Santan terima kasih, saya difahamkan tahun lepas kita sama-sama telah meluluskan satu peruntukan untuk menaik taraf lif di PPR Sena yang dijangkakan akan dilaksanakan tahun ni jadi saya nak… ingin penjelasan pihak Yang Berhormat projek tu akan dilaksanakan? Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih YB Sena. Lif itu akan dipasang pada 1 Januari dan telah pun diluluskan peruntukan. Terima kasih.
Soalan tambahan… terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker. Saya nak tanya soalan, sejauh mana keberkesanan notis dan jugak usaha yang dibuat untuk mengurangkan tunggakan itu? Kalau kita tengok ada lagi audit-audit yang mengatakan bahawa PPR-PPR yang lain di negeri Perlis jugak mengalami tunggakan yang sama. Ataupun kita wujudkan satu undang-undang diambil tindakan kepada mereka.
Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Memang ada, ada kesan daripada tindakan telah dibuat oleh Pejabat Perumahan na. Jadi, tunggakan tersebut dibayar. Walau macam mana pun kita tidaklah sekejam mana untuk kita nak mengambil tindakan menghalau. Walau macam mana sekali pun, sekiranya jumlah itu melebihi jumlah yang banyak la kita kata, kita tidaklah memintak untuk membayar penuh ataupun separuh dulu, jadi kita akan interview, bertanya berapakah yang boleh mampu dibayar untuk seterusnya. Jadi kemampuan tersebut kita ambik kira la dan tak boleh la kita nak kata, kalau let say kata contohnya tunggakan 5,000, encik kena bayar setengah… separuh baru boleh duk jadi kemungkinan ketika itu dia masalah kewangan yang kritikal malahan pulak musim COVID, jadi kita tidaklah sekejam untuk menghalau ataupun menghalang daripada dia membuat bayaran seminima yang dia boleh. Jadi kita terima berapa saja yang dia mampu tapi seterusnya struktur tu dibuat ikut bulan-bulan berapa kemampuan yang dia sanggup bayar. Sekian.
Soalan tambahan… ok… kita tau kan tunggakan sewa di Pangsapuri Flat Sena tu dia sampai mencecah belasan ribu, yang ada yang sampai 16,000, 17,000, dengan nombor tu kira penyewa tu dah melebihi 10 tahun dah tak bayar sewa. So saya rasa kalau bagi notis ka, tindakan ka, saya rasa pun sudah cukup lama dan boleh tak kami dapatkan kutipan… jumlah kutipan yang telah dikutip mengikut bulanan yang mereka berinisiatif untuk bayar selepas mungkin perbincangan dengan pihak Kerajaan ataupun Pengurusan Pangsapuri Seri Sena sebab kita tau ramai pulak yang sebenarnya membayar mengikut bulan, so mereka menyatakan adakala kawasan tu tidak bersih ka, tidak dibersihkan dan kotor sebab pihak pengurusan tidak mempunyai dana yang cukup untuk membiayai syarikat yang membuat pembersihan. Saya mohon YB untuk memberi pencerahan lah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan. Memang soalan tu soalan yang sama telah pun saya jawab pada sidang-sidang yang lepas iaitu dimana tunggakan tu melebihi… kalau ikut sekarang ni rekod yang kita dapati daripada Perumahan ialah jumlah kesemua sekali, jumlah kesemua keseluruhan PPR termasuk Sena lah iaitu 1.7 juta yang meliputi tunggakan yang belum dibayar. Jadi walau macam mana sekali pun tindakan-tindakan seperti yang telah disebutkan tadi memang tindakan yang agak aktif dibuat oleh pihak Perumahan, follow up dan jugak mengenal pasti lah penghuni-penghuni yang enggan… jadi tindakan seterusnya insya-Allah akan diambil… akan diambil tindakan lah. Dan detailnya tu, kalau Yang Berhormat hendak Insya-Allah kita akan bagi detail jumlah tindakan ya. Sekian.
Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 14.
(Soalan 14 : Apakah tindakan Kerajaan untuk membantu petani dan penduduk di atas kenaikan harga barangan yang terlalu tinggi?)
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Bagi membantu petani dan penduduk di atas kenaikan harga barang yang tinggi, pihak Kerajaan Negeri Perlis melalui Jabatan Pertanian mengambil inisiatif untuk membantu bagi mengurangkan kos sara hidup bila berlaku kenaikan harga barang yang terlalu tinggi iaitu dengan menggalakkan cara penduduk dan petani menanam sendiri sayur-sayuran ataupun tanaman-tanaman yang lain di sekitar kawasan rumah yang lapang. Kita jugak mengadakan pakej seperti Projek Pertanian Bandar bagi menjimatkan belanja dapur, bagi faedah pada terutamanya golongan B40. Kita menyediakan pakej input dan jugak peralatan pertanian dengan peruntukan sebanyak lebih kurang RM817,000.00 untuk B40 seramai 1500 orang dan pecahan 1 ADUN 100 orang dengan kos projek lebih kurang 1 projek 550 purata dia. Kita jugak mengadakan Projek Pertanian Pemacu Ekonomi Hidroponik secara tanaman hidroponik kepada golongan B40 yang diutamakan seperti golongan belia yang berumur 18 tahun hingga 25 tahun serta golongan asnaf yang melibatkan lebih kurang 210 orang dengan kos sebanyak RM658,000.00. Tindakan yang diambil apabila harga barang meningkat ni dilakukan oleh KPDNHEP iaitu kuatkuasa kawalan harga dan Antipencatutan 2011 untuk kawalan harga yang tidak munasabah, tanda-tanda harga jugak di-check tiap-tiap hari dan jugak kepada penjual-penjual, skim harga maksima terutamanya musim perayaan dan jugak kita menjalankan pemantauan dan penguatkuasa yang rapi sepanjang masa untuk pasti kestabilan harga barang di pasaran. Pihak KPDNHEP jugak memastikan setiap aduan yang diterima diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi 21 hari, dan dalam soalan ni jugak YAB Bintong telah menjawab pada soalan 10. Banyak lah, jadi saya cuma tambah. Sekian, terima kasih.
Mintak penjelasan sikit Yang Berhormat Dato’ Speaker… saya nak mintak penjelasan. Tahniah dulu lah kepada Yang Berhormat Simpang Empat, tapi kalau tak salah ingat saya yang bantuan hat bagi tu masa COVID dulu, bukan masa harga barang naik. Bantuan pertanian, bela ayam apa semua tu masa COVID dulu. Ka Yang Berhormat jawab sekali dengan hat tu kot?
Tadi saya bagi tau, kata nak mengurangkan bantu petani tu… apa… dengan harga tanaman-tanaman tu, jadi untuk kenaikan harga barang yang terlalu tinggi saya dah habaq dah na, 4 cara… 5 cara iaitu penguatkuasa-penguatkuasa. Yang tu yang kita boleh buat pun sekarang ni.
Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya no 15.
(Soalan 15 : Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam mengawal dasar pertanian dan perdagangan berkaitan peningkatan harga racun dan baja dalam sektor pertanian?)
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Untuk makluman Yang Berhormat, kawalan racun yang berada di bawah kawalan Kerajaan ialah di bawah Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna. Sebagai makluman bahawa di peringkat persekutuan, di peringkat negeri, mereka akan ikut arahan dari masa ke semasa untuk mengawal dan jugak peningkatan harga ni seperti yang sedia maklum, pihak Perdana Menteri telah mengarahkan 3 agensi iaitu KPDNHEP, MAFI dan jugak Kementerian Kewangan untuk berbincang melibatkan harga barang ni dari masa ke semasa. Pihak Kerajaan Negeri cuma akan menunggu arahan ataupun apa yang berlaku dari pihak Pusat bagi menggalakkan untuk kawalan harga dan racun dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri. Bagi mengurangkan kesan kenaikan harga baja dan racun, jabatan dan agensi di bawah Jabatan Pertanian iaitu MAFI mengambil inisiatif langkah seperti berikut. Menggalakkan petani menggunakan Pengurusan Perosak Bersepadu bagi mengurangkan kebergantungan kepada racun kimia melalui kawalan secara kultura, kawalan fizikal dan kawalan biologi, menggalakkan dan mempromosikan penggunaan input pertanian berasaskan microorganism dan bokashi, menggalakkan penggunaan bahan sisa tanaman seperti jerami untuk dijadikan baja kompos, menjalankan aktiviti pengembangan bagi mendidik petani untuk menggunakan baja dan racun mengikut keperluan dan sukatan yang tepat dengan teknik-teknik yang betul supaya pengurusan baja dan racun adalah berkesan. Sekian.
Soalan tambahan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Empat di atas penjelasan berkaitan dengan portfolio Kerajaan Negeri dan jugak Kerajaan Persekutuan. Namun, cadangan-cadangan yang diutarakan oleh Kerajaan Pusat antaranya… sebagaimana petani perlu mengurangkan penggunaan racun-racun bahan kimia… berasaskan kimia kembali kepada racun organik. Untuk pengetahuan Yang Berhormat dan juga sidang yang mulia, bahawa racun organik ni lebih mahai daripada… mahai jugak daripada racun dan baja kimia ni. Jadi dari sudut lain, apakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya bahawa di sana, kenaikan harga barang ini dieksploitasi oleh orang tengah yang pada hari ni Kerajaan Persekutuan gagal membuatkan dasar sehingga dilaksana oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri menyokong dasar tersebut. Terima kasih.
Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Perlis menerima lah cadangan daripada Yang Berhormat. Sekian terima kasih.
Satu lagi Yang Berhormat, saya nak tambah… saya cadanglah kepada Kerajaan Negeri, buat satu jualan prihatin rakyat… jual racun prihatin membantu para petani ni. Kerajaan Negeri Perlis cari satu program jualan racun prihatin rakyat, membantu rakyat. Insya-Allah.
Bagi pihak saya… bagi pihak Kerajaan Negeri akan berbincang terutamanya dengan Kementerian, jabatan-jabatan yang terlibat sebab penggunaan penjualan racun ni dia perlu dilesenkan. Dia tak boleh jual cara bebas.
Dipersilakan Yang Berhormat Sena.
Assalamualaikum Yang Berhormat Speaker. Soalan saya soalan nombor 16.
(Soalan 16 : Dalam situasi perumahan masih merupakan keperluan yang belum mencukupi di Negeri ini, adakah terdapat perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan Pangsapuri Wakaf di Negeri ini yang boleh menempatkan para asnaf dengan kadar sewaan berpatutan serta Pangsapuri Wakaf ini boleh menjadi contoh sebagai penempatan terkemuka negara yang memenuhi segala aspek yang dituntut oleh Islam?)
Terima kasih Yang Berhormat Sena. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri Perlis tidak merancang untuk membangunkan pangsapuri wakaf. Walau bagaimanapun, Bahagian Perumahan dan Hartanah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, telah menyediakan kemudahan perumahan pangsapuri rakyat untuk membantu golongan yang memerlukan. Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Islam Melayu Perlis (MAIPs) turut bekerjasama… dan Kerajaan Negeri Perlis, dalam membantu golongan asnaf zakat dengan merujuk kes-kes berkaitan, bagi tujuan mendapatkan penempatan dalam program perumahan pangsapuri rakyat, dengan kadar sewa yang sangat berpatutan. Terima kasih diucapkan kepada pihak MAIPs. Sebagai pemegang amanah tunggal hartanah wakaf dan amanah di negeri perlis, sebagaimana termaktub dalam Seksyen 89 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis 2006, MAIPs sentiasa komited dan menjujungi tinggi amanat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dalam melaksanakan fungsi dan peranannya untuk menggalakkan, mendorong, membantu, dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat di dalam negeri Perlis, khususnya umat Islam, selaras dalam hukum syarak. Dalam program ini, Program Bantuan Kediaman MAIPs Peduli, meliputi bantuan bina baharu dan baik pulih rumah golongan asnaf zakat, telah menjadi keutamaan MAIPs dalam membantu meringankan bebanan golongan yang memerlukan. Buat masa ini, MAIPs sedang menyemak keperluan untuk bekerjasama dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam LPPSA dalam membangunkan tanah-tanah wakaf am di negeri Perlis bagi tujuan perumahan kos sederhana untuk keperluan masyarakat di negeri Perlis. Walau bagaimanapun, kajian terperinci berhubung pembangunan pangsapuri dan perumahan di atas tanah wakaf perlu diteliti terlebih dahulu supaya selari dengan hukum syarak serta tujuan perwakafannya. Beberapa inisiatif yang telah digariskan dalam pelan agihan holistik MAIPs 2.0 turut diperbincangkan bersama pihak-pihak berkepentingan demi kemaslahatan umat Islam. Terima kasih.
Soalan terakhir, silakan Yang Berhormat Indera Kayangan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker, soalan saya soalan nombor 17.
(Soalan 17 : Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memelihara, memulihara dan memperkasakan warisan seni dan budaya negeri Perlis dalam kalangan rakyat di setiap peringkat umur di negeri ini?)
Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker, terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan. Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Negeri Perlis iaitu JKKN telah mengambil beberapa pendekatan dalam memelihara serta memperkasakan warisan seni dan budaya negeri Perlis di kalangan rakyat di setiap peringkat umur di negeri ini seperti melaksanakan pelbagai program dalam mempertingkatkan kesedaran, pengetahuan masyarakat terhadap kepentingan seni dan budaya serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Program-program yang dilaksanakan juga sebahagian daripada medium pembangunan modal insan ke arah melahirkan masyarakat yang mengamalkan budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam membentuk perpaduan dan keharmonian. Bagi mempertingkatkan dan… dalam pemuliharaan serta memperkasakan lagi warisan dan seni budaya ini, Majlis Kebudayan Negeri Perlis telah ditubuhkan sejak… mulai tahun 1982 sehingga sekarang. Di majlis ini kita ada 11 ahli gabungan persatuan yang bernaung di bawah Majlis Kebudayaan dalam usaha untuk memperkasakan seni dan budaya warisan di Negeri Perlis. Dan saya sebagai Yang DiPertua Majlis Kebudayaan Negeri Perlis, mengalu-alukan lah kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada di sini, sekiranya ada persatuan di dalam kawasan yang Ahli-ahli Yang Berhormat yang mempunyai ciri-ciri seni budaya dan warisan ini, boleh lah kemukakan untuk menyertai Majis Kebudayaan. Secara tak langsung, kita sama-sama memperkasakan seni dan budaya warisan di Negeri Perlis. Kerajaan Negeri juga telah pun berusaha memper… memartabatkan semula baju Kebaya Perlis. Alhamdulillah, pada tahun lepas kita telah pun berusaha untuk mencari penjahit-penjahit seramai 15 peserta… kita pun telah berjaya… apa nama… dan kita pulak telah pun menggalakkan pemakaian baju Kebaya Perlis dalam kalangan penjawat awam. Dan baju Kebaya Perlis ni merupakan pakaian tradisional yang menjadi warisan… warisan budaya wanita Melayu Perlis sejak dulu lagi. Dan untuk makluman semua, selain itu berdasarkan kepada penelitian dan penilaian daripada jabatan warisan, beberapa kesenian kebudayaan di negeri Perlis telahpun diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 iaitu (Akta 645) iaitu tarian canggung, berstatus warisan kebangsaan yang diwartakan pada tahun 2018. Dan yang keduanya, teater tradisional jikey, berstatus warisan kebangsaan yang telah pun diwartakan pada tahun 2015. Dan yang ketiga, muzik tradisi hadrah, berstatus warisan yang diwartakan pada tahun 2008. Dan akhir sekali, tarian terinai yang telah pun berstatus warisan yang diwartakan pada tahun 2008. Sekian terima kasih.
Alhamdulillah, semua soalan-soalan lisan… semua soalan lisan, telah dijawab dengan baik sekali. Dan diucapkan terima kasih pada Yang Berhormat di sebelah kiri saya dan kepada pihak Kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan sebentar dan akan disambung semula pada jam 11.15 pagi nanti. Sekian.
(Persidangan ditempohkan sementara pada jam 10.28 pagi)
(Persidangan disambung semula pada pukul 11.18 pagi)
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula.
Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2022 dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2022Bill
Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2022 dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2022.
Yang Berhormat… dipersilakan Yang Berhormat Sanglang untuk perbahasan. Masa yang diberikan 25 minit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahirabbil alamin, wal a’qibatul lilmuttaqin, walaudhwanailla a’lazzolimin wala hawla wala quwwata illa billahil a’liyil adzim. Yang berhormat Dato Speaker, Yang Amat Berhormat Bintong serta Ahli-ahli Yang Berhormat, seluruh hadirin yang berada dalam Dewan yang mulia ini. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat berada di sini untuk kita memastikan suatu permuafakatan agar kesejahteraan rakyat di bawah pimpinan kita dalam negeri Perlis ini akan mendapat kesejahteraan, insya-Allah. Dan Yang DiPertua, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perlis kerana telah berjaya membentangkan Bajet bagi tahun 2022. Mudah-mudahan, bajet yang dibentangkan ini dapat menghasilkan sesuatu natijah yang baik untuk rakyat keseluruhan dalam negeri Perlis ini. Saya juga nak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker dan pasukannya kerana telah berjaya mengadakan siaran langsung Persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis kita pada kali ini. Mudah-mudahan ianya akan menyampaikan maklumat yang lebih berkesan untuk rakyat keseluruhannya dan ia juga membimbing saya khususnya kerana sebelum-sebelum ini tak pernah saya tulis, type word, pakai bercakap begitu ja. Tapi alhamdulillah dengan adanya siaran langsung ni membuatkan kita lebih berhati-hati untuk berucap kerana ianya dihakimi oleh rakyat keseluruhannya yang mengikuti siaran langsung ini, insya-Allah. Apapun kita harap matlamat yang kita hajatkan itu akan tercapai. Begitu juga Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis kerana laman web SUK yang kita pakai untuk siaran langsung ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam bajet pada kali ini, peruntukan Kerajaan untuk membantu rakyat seperti mana bajet-bajet lepas jugak la, kita tengok ada yang berjaya kita laksanakan, ada yang terpaksa kita ulang-ulangkan bajet itu untuk kita selesaikan pembangunan yang kita nak laksanakan untuk rakyat negeri Perlis. Dan kita harap pada bajet kali ini seperti mana yang disebutkan dulu jeti Kuala Sanglang, pelabuhan darat umpamanya di Padang Besar, akan dapat atau berjaya dilaksanakan supaya ianya tidak menjadi percakapan di kalangan rakyat bahawa benda itu diulang-ulang berkali tapi sampai ke hari ini belum tercapai lagi. Selain daripada itu, peruntukan untuk petani khususnya untuk meningkatkan hasil. Kita nak pastikan rakyat kita ni hidup dalam keadaan yang lebih baik daripada sebelumnya. Ke arah 9 tan 1 hektar masih lagi belum kita dapat capai dan dia menjadi hanya angan-angan sebab pencapaian yang terkini sekadar 6 tan 1 hektar. Ini adalah satu benda yang perlu kita tengok balik dari segi prasarana di kawasan petani… di kawasan sawah padi supaya ianya dapat memudahkan petani mengerjakan sawah mereka dengan lebih baik. Saya memerhati keadaan ini, kadang-kadang JPS dan juga tu… MADA tu seolah badan yang dibawah kementerian berlainan kerana apa yang dilaksanakan oleh JPS tentang saliran kadang-kadang tidak sehala dengan apa yang dikehendaki oleh pihak MADA itu sendiri. Saya ingin menyarankan pihak yang berkuasa tentang MADA ataupun JPS ni supaya rumah-rumah penjaga belat atau tandop ini difungsikan semula. Banyak dah rumah-rumah yang patutnya kuarters yang sepatutnya didiami oleh penjaga belat ni supaya ia berada di tempat yang sepatutnya dia ada untuk menguruskan pintu-pintu belat ni, memudahkan rakyat untuk memastikan tidak berlaku banjir yang tidak menentu menyebabkan padi tenggelam dan sebagainya. Pengalaman saya sebelum ini, penjaga belat ni dia mudah dihubungi. Pukul 12 malam pun kalau hujan lebat, tenggelam, kita hubungi dan kita minta tolong dia buka pintu belat ni dia mudah untuk berkhidmat. Tapi sekarang ni, dia jadi masalah. Kadang-kadang waktu pejabat pun kita telefon… waktu pejabat, dia tak angkat telefon. Tapi sekiranya dia berada di kuarters yang berdekatan tu menyebabkan dia bersama dengan masyarakat setempat, dia rasa dia lebih bertanggungjawab dan rumah… kuarters-kuarter penjaga belat ni masih ada lagi sebagai contoh di depan rumah saya sendiri tu dah dibersihkan berkali-kali tetapi tidak ada penghuni. Memang ada masalah sedikit dengan nelayan, tetapi sekiranya dengan petani sawah, dia akan memudahkan kerja-kerja yang hendak dibuat.
Kemudiannya, fungsi sungai dalam kawasan MADA ni dia ada dua sungai. Satu sungai untuk buang air daripada bendang jika berlebihan. Yang satu lagi adalah untuk membekalkan air ke dalam sawah… musim untuk hendak tanam padi. Itu fungsi dua sungai yang ada. Tapi kita nampak yang sekarang ni seolah-olah kedua-dua sungai ni dia sama ja fungsi dia. Sungai buang tu kadang-kadang dia jadi sungai untuk membekalkan air kepada pesawah, begitu juga dengan sungai untuk membekalkan air ke dalam sawah, dia jadi sungai untuk buang air sekiranya berlebihan. Ini adalah suatu yang perlu diberi perhatian sungguh-sungguh kerana paras air dalam sawah ini adalah penentuan kepada elok ataupun hasil yang lebih yang akan didapati oleh petani itu sendiri. Jika air terlalu dalam, baja yang ditabur kurang berkesan dan ini menyebabkan hasil dia menjadi kurang. Jadi saya ingat pihak yang bertanggungjawab perlu kaji balik, mohon peruntukan daripada Pusat untuk kita dalamkan sungai tu ataupun kita pastikan air untuk sungai buang tu berfungsi. Sebagai satu contoh yang saya nak sebut disini adalah, saliran sungai daripada Kampung Jawi Seratus, sampailah kepada Padang Keria, terus ke Sanglang. Sungai ni dia buang di sungai di kawasan Kedah sebelah Kampung Mengkola di Kedah yang menyebabkan sukar bagi petani nak pastikan sungai ni air dia surut dengan lebih baik sebab pintu air ataupun belat ni berada di sebelah Kedah yang menyebabkan kadang-kadang air daripada sungai di Mengkola tu tinggi menyebabkan air tu masuk di sini… petani sini, petani di sebelah Perlis tidak dapat melepaskan air ke bendang. Apabila ada permohonan daripada petani di Padang Keria supaya diadakan satu saliran ikut kampung Padang Keria selepas daripada Kampung Permatang Lima Manis tu, ada bantahan daripada petani di sebelah pantai di sebelah kuala… apa ni… JPS suruh batalkan pembinaan itu menyebabkan kawasan yang di sebelah Kampung Tengah Permatang Lima Manis masih lagi mempunyai kesan hasil daripada tiada pembinaan saliran sungai untuk buang air sungai tu ke laut. Satu lagi pandangan daripada petani-petani, mereka bertani daripada sejak umur belasan tahun lagi, bahkan mereka memahami keadaan suasana setempat dan saya rasa pihak yang berwajib, JPS ataupun MADA, perlu mengambil pandangan daripada petani-petani juga apabila hendak membina saliran sebab setiap kali Mesyuarat Agong Peladang, Unit Peladang di kampung masing-masing… perkara ini dibangkitkan oleh petani tetapi tidak ada tindakan sampailah satu peringkat mereka terpaksa menggunakan khidmat wakil rakyat. Ini adalah sesuatu yang petani itu sendiri kata segan, benda-benda di kampung kami yang sikit-sikit macam ni pun tapi terpaksa… sebagai contoh Kampung Bendang Baru yang baru ni saya turun tengok selepas saya menerima laporan daripada ketua unit dia kata, sekarang ni serentak dalam satu masa 17 pam terpaksa kami guna untuk buang air daripada bendang. Setiap petani tu melebihi dua kali, ada yang tabuq lebih, sekali ataupun tiga kali. Makna kata, kos benih tu mahai dan juga kos bajak pun mahai menyebabkan kerugian di pihak petani. Tapi apabila saya turun sendiri pantau kawasan itu bukanlah 17 pam, 23 pam yang sebenarnya sedang berjalan untuk buang air daripada bendang. Ini adalah sesuatu yang amat menyusahkan. Saya turun sendiri pun tak berani nak tegoq yang lebih-lebih sebab mereka dalam keadaan marah terpaksa berjaga malam takut pam tu hilang. Ini satu hal juga, kalau pukul
10 malam diaorang kata tambah minyak pukul 1, pukul 2, kalau jaga tengah malam pam tak bunyi risau habis minyak ataupun pam kena curi. Ini masalah yang menyebabkan apabila kita mendekati mereka, mereka merasa marah juga sebab kita baru maklum benda itu dan saya harap benda itu dapat diselesaikan dengan lebih baik. Itu berkenaan dengan sawah padi lah. Berbangkit jugak perkara ini apabila ada kawasan-kawasan berhampiran telah dipasang dengan pam, kawasan Bendang Baru tu yang telah diminta lama tapi tak pernah dapat, jadi rasa marah tu kita pun tak boleh nafikanlah. Jadi saya harap ada tindakan yang sebaiknya daripada pihak MADA ataupun JPS. Saya pun tak tahu pihak mana yang bertanggungjawab sepenuhnya tentang perkara ini.
Yang keduanya tentang sungai saliran. Dua sungai yang saya sebut tadi ditumbuhi oleh pokok-pokok yang kadang-kadang menghalang pengaliran air dengan sempurna, dia sangkut dengan pokok-pokok yang tumbuh di tepi sungai. Dulu saya tengok ada khidmat racun yang dia tarik dengan lori tong racun apa semuanya tu, saya pernah bantah dalam Dewan ni juga sebab dia meracun tu di kawasan berhampiran dengan sekolah. Dia memberbahayakan pelajar-pelajar sekolah dan kawasan-kawasan kedai makan dan seumpamanya. Tapi sekarang ni dia tak racun dah, tapi pokok-pokok yang tumbuh tepi sungai tu dibiarkan macam tu saja semasa kecil. Apabila besar terpaksa tender. Tender ni kita pahamlah kos dia menelan belanja cukup tinggi. Jadi kita harap sekiranya ada pokok-pokok kecil yang tumbuh di tepi sungai dia kena segera ataupun buat kesedaran semasa Mesyuarat Agong Unit Peladang ataupun Mesyuarat Agong pertumbuhan Peladang boleh diminta atau dimohon kepada petani-petani ni supaya pokok-pokok yang tumbuh di tepi sungai tu mereka tolong buang, ataupun mereka racun batas bendang tu… mereka terus sampai ke tebing-tebing sungai tu untuk pastikan tak ada pokok-pokok yang tumbuh, makna kata kebersihan lebih terkawal.
Saya pernah juga bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini tentang sampah di tebing sungai dan dalam sungai. Dulu kalau tak salah saya dijawab ditebing sungai tu adalah di bawah penguasaan oleh Jabatan Kerja Raya. Di dalam sungai tu, apa ni… dikendalikan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran. Jadi, dua badan yang berasingan. Sampah pula diuruskan oleh pihak Majlis Perbandaran. Jadi tiga jabatan ini yang saya rasa perlu ada satu kesatuan, satu kesefahaman supaya ianya tidak menampakkan sungai itu cukup tidak bersih. Kadang-kadang saya tengok mungkin JPS yang ambik sampah di pintu-pintu belat ni… yang terkumpul di pintu belat. Segala botol, buah kelapa dan sebagainya dilonggok di tepi sungai. Kalau sekiranya pihak berkuasa tu lain-lain, saya minta JKR tolong bagi perhatian supaya JPS tak letak sampah di tebing sungai. Jadi, sebab pihak yang berkuasa tu dia berlain walaupun dia duduk berdekatan, yang ini ada saranan supaya JPS, MADA, dan mana-mana yang bertanggungjawab ni dia kena buat retreat di Langkawi ka, mana-mana tempat, selaraskan kerja, takla jadi masalah kepada petani. Kadang-kadang bila petani pergi rujuk dekat MADA, MADA kata JPS. Pergi rujuk dekat JPS, JPS kata tu bawah bidang kuasa MADA. Jadi dia… benda ni kadang-kadang jadi masalah. Pam air JPS kawasan MADA, jadi kalau tidak ada satu persefahaman yang macam ni, menyusahkan untuk kita mengendalikan sesuatu kerja dengan lebih baik. Contohnya pembuangan sampah di tebing sungai ni dari dulu lagi dia jadi masalah. Kesedaran perlu diberikan kalau sekiranya dah kita bagi pesanan, khutbah pun dah kita sebut macam-macam dah tentang sampah apa semua tak dengaq jugak, satu tindakan permulaan kita kena ambik la. Kalau kita duduk kekal macam tu kita tak boleh wujudkan negeri Perlis yang bersih. Yang akan jadi sakit mata memandang. Begitu juga dengan pokok-pokok yang besar. Pokok jati kita tengok tebang habis dah, di sebelah jalan di sebelah Sanglang semua buang habis dah, alhamdulillah. Tapi tunggul dia tu tak habis. Tunggul ni ada satu kemalangan yang menyebabkan kecederaan yang cukup parah sebab dia jatuh atas tunggul tu dia mendatangkan bahaya yang lebih besaq lagi kepada penunggang motosikal.
Itu yang pertama, kemudian pokok yang lain dari pokok jati, pokok buku lima contohnya, dah besar ranting, dah jatuh atas kenderaan. Saya kadang-kadang report masuk dalam aduan group… aduan whatsapps aduan tu tak dak tindakan. Ini yang kita tengok orang kampung ini, mintak tolong YB tolong selesaikan ni kadang-kadang timpa kereta, dahan reput apa semua, tetapi tak dak tindakan. Begitu dengan pokok jawi yang menjadi masalah kepada… kadang-kadang pemandangan penunggang kenderaan jadi masalah. Begitu jugak dengan papan tanda yang dipasang sendiri tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa. Boleh melindungi pemandangan pemandu, terpaksa lajak ke depan yang boleh mendatangkan bahaya atau kemalangan yang bahaya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, seterusnya saya mengambil kesempatan ini supaya pihak berkuasa agama ni kaji balik lah penjarakan solat dalam masjid sebab kita tengok negara ni kita dah boleh rentas negeri dah boleh bebas, tapi di masjid masih lagi berlaku penjarakan, keluar di luar dah takdak penjarakan dah. Saya… saya setuju dengan Sahibus Samahah Dato’ Mufti dalam Youtube, tengok dia kata tempat-tempat lain dah bebas, dah dalam feri nak ke Langkawi pun penuh, padat. Lepas tu dalam stadium pon duduk dekat-dekat, dalam bas pon penuh. Tiba-tiba dalam masjid ni masih jarak-jarak. Minta kaji balik lah supaya merapatkan saf tu. Mungkin dengan cara itu dia akan mengembalikan ukhwah di kalangan rakyat ataupun penduduk dalam kampung. Saya rasa yang salah satu sebab yang menyebabkan muafakat nasional ni dia tak boleh nak… nak boleh duduk lagi berlaku macam-macam ni sebab tak rapat ni lah. Saya rasa kalau kita rapat saf ni, Yang Berhormat Beseri boleh bersetuju dengan saya, insya-Allah supaya kita rapatkan saf ni. Makna kata penduduk kampung ni akan terbina silaturrahim dengan baik, insya-Allah. Selain daripada itu, pihak berkuasa agama juga kena pastikan bahawa kehadiran solat Jumaat ni… kita tengok penduduk-penduduk Islam sepatutnya kena hadir ke masjid, dia jadi macam… macam tak dak apa dah. Dia boleh naik motor waktu orang solat Jumaat sebab dulu kita bagi kelonggaran banyak. Pihak tak boleh hadir ke masjid disebabkan penjarakkan, disebabkan COVID ni kena ada cucuk vaksin dua kali, tiga kali… lepas tu dia dok segan dah dah dok malas ke masjid. Dia tanpa segan silu dia boleh lintas depan masjid masa orang pergi solat apa semua. Yang ini kena kuatkuasa balik supaya rakyat kita ni… masyarakat kita ni dia peduli balik tentang solat Jumaat ni, tentang kewajipan solat jumaat. Solat lain di rumah tu kita tak tau lah. Kalau dia tak buat pun kita tak la… ni sangat, kita tak… tapi apabila dia tak solat Jumaat, dia memancing tepi sungai, dia naik motor pergi ke bendang, kita nampak sangat bahawa kelemahan dari segi pentadbiran masyarakat ni dan kita harap sangat dapat dilaksanakan dengan lebih baik.
Saya juga ingin menyentuh tentang suasana dalam negara kita harini. Kita dah mengalami suasana dalam semasa pemerintahan Pakatan Harapan dan kita pun mengalami keadaan ini dan kita merasai keperitan dia, dengan janji dia tak tertunai apa semua dan peralihan daripada Kerajaan PN… pada… dan Kerajaan Keluarga Malaysia yang pada hari ini, dan kita rasa kita mendukung penuh kerajaan Keluarga Malaysia ni. Mudahan berterusan sampai ke… pada PRU ke-15 ni, insya-Allah, kita kekal. Perpaduan ini kita kena pastikan ianya terjalin dengan sebaik-baiknya. Mudah-mudahan ianya tidak lagi berlaku perpecahan yang menyebabkan kerugian yang cukup amat besar, dan saya berjiwa besar sebenarnya. Kita mengalu-alukan perpaduan ini supaya kita kerap adakan perjumpaan, berbincang mencari jalan penyelesaian sekiranya ada, yang tak puas hati di kalangan kita sendiri kita kena raikanlah kelemahan satu-satu pihak supaya kita dapat mencari satu titik pertemuan supaya ianya terus kita hidup harmoni dalam negara kita ini. Bagi negeri Perlis ni adalah… ada satu negeri, satu negeri kecil yang mudah untuk kita bermuafakat. Dia tak jadi masalah kalau boleh kita himpunkan kesemua di kalangan orang-orang kita ni, termasuk daripada kaum-kaum lain untuk bersama dengan kita, kita pastikan kecemerlangan dalam negeri Perlis ni.
Saya juga ingin menyebut tentang SAP ni. Syarikat Air Perlis, seperti mana yang disebut dalam Bajet ni bahawa ada peruntukkan untuk menukar meter air di rumah. Bagi saya meter air ni nombor dua, paip tu yang kena tukar dulu sebab sekarang ni kalau tengok dalam group aduan tu, SAP yang paling menanggung beban yang paling banyak. Paip pecah khususnya di Kuala Perlis sampai YB dia tak boleh mai hari ni. Boleh kata berlaku hari-hari paip pecah ni. Sebab tu bila saya bincang dengan SAP, dia kata tangki yang di Simpang Empat tu dah nak siap. Saya kata apakah paip yang ada sekarang ni boleh menampung jikanya tangki tu siap? Dan air tu dilepaskan ikut saluran yang ada, mungkin banyak paip yang akan pecah. Jadi apabila Yang Amat Berhormat sebut bahawa meter baru akan ditukar, banyak peruntukan yang ada saya rasa kena usahakan tukar paip seluruh negeri Perlis ini. Saya ingat tak berapa ribu kilometer… kot Perlis ni dia bukan negeri yang besar macam negeri lain… Kedah, Pahang dan sebagainya. Tapi boleh kita tukar saliran ni supaya lebih selesa lagi… pegawai-pegawai SAP untuk menjalankan tugas mereka, untuk mengendalikan air ni, sebab NRW Perlis ni suatu masa dulu dimaklumkan sampai 60%. 60% ni cukup banyak. Kalau keluar 100 timba daripada… apa orang kata… tempat bekalan air nu, 60 timba hilang gitu ja.
Loji Yang Berhormat.
Loji… ya, loji. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Seratus timba keluar daripada loji, yang dapat dekat rakyat 40 timba ja. 60 timba lagi hilang kot jalan. Yang ini yang perlu kita kendalikan supaya pendapatan SAP ni maksimum, untuk nak kendalikan air dengan lebih baik lagi, insya-Allah. Saya juga menyarankan supaya tempat-tempat pelancongan diberikan perhatian yang serius. Kami dah melawat kawasan pelancongan di Bukit Ayer, tengok kawasan tu perlu dikendalikan dengan lebih baik lagi lah. Rumah-rumah rehat yang sepatutnya ada di situ telah rosak dan kita harap selepas daripada ini, kita dapat kendalikan dengan lebih baik supaya pelancong-pelancong yang datang ke negeri Perlis ni dia dapat tinggal lebih lama di negeri Perlis. Beberapa hari ni saya tengok kedai makan di negeri Perlis ni penuh. Sampai kedai-kedai kecik di dalam zon Bintong tu pun, selain daripada jalan yang digazetkan sebagai kawasan makanan tu di Jalan Syed Saffi, kawasan kedai lain pun penuh dengan pelancong. Jadi kalau kita boleh sediakan tempat-tempat ni… tempat pelancongan ni dengan lebih baik, saya rasa akan lebih ramai yang akan datang ke negeri Perlis. Begitu juga di Kuala Perlis, kedai-kedai makan terpaksa… pernah saya… kawan saya hadir nak makan di Kuala Perlis, terpaksa kita berhubung dengan tuan kedai tu supaya dia tak angkat pinggan atas meja tu, biarkan di situ supaya kita boleh duduk di situ. Kalau tidak kita kena tunggu berjam-jam baru kita dapat giliran untuk makan di Kuala Perlis. Makna kata makanan di Perlis ni sedap. Sebab tu orang ramai dan harga pun tak berapa mahai sangat. Cuma dulu ada bangkit sikit tentang ikan-ikan bakar di Kuala Perlis mahal. Tapi lani kita dikalahkan oleh Langkawi dengan siakap seribu tu. Jadi, dia mungkin elok lah pandangan orang tentang negeri Perlis, dia boleh kat Langkawi. Jadi kita kena pertahankan ini, pastikan tempat-tempat pelancongan ni di… diiklankan dengan lebih sempurna lagi supaya ramai lagi orang dapat duduk di Perlis dengan lebih lama lagi, selepas tu baru dia pi ke Langkawi, dia kemana-mana. Kita ambil kesempatan daripada musim COVID ni orang tak boleh pi ke Thailand, dia berhenti setakat ni. Kalau habis COVID ni, dia buka sempadan, dia lajak pi sana terus lah. Kita kena ambil manfaat sungguh-sungguh dengan apa yang berlaku pada hari ni. Selain daripada kita pastikan semua pelancong yang hadir, rakyat yang hadir ni dia jaga SOP dengan sempurna supaya kita tak jadi penyebar COVID yang hebat juga nanti kalau sekiranya kita biarkan dia berleluasa.
Selain daripada itu, cadangan saya supaya jalan Wang Kelian diperbesarkan. Kalau nak biar dia bengkang bengkok macam tu satu keunikan, saya rasa cuma dia kalau dibesarkan sikit dia kurang berbahaya. Jangan kita tunggu dia berlaku kemalangan baru kita nak mohon peruntukan nak besarkan jalan. Selalunya kita ni macam tu lah. Bila kena pokok tumbang, timpa… apa ni… pengguna jalan raya, baru kita kelam kabut nak buang habis semua pokok. Kita buat dulu, kita baru lah… tempat menara pandang tu saya rasa satu idea yang cukup kreatif yang… mem… apa orang kata… mewujudkan menara pandang di Wang Kelian tu, di atas puncak Wang Kelian tu. Kita besarkan jalan tu dia lebih baik. Untuk penunggang-penunggang basikal boleh naik basikal dengan lebih sempurna lagi. Itu harapan saya lah supaya benda-benda ini dapat di… dibuat dengan lebih baik. Saya juga nak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat SUK kerana telah ada idea untuk nak pastikan gerai-gerai makan bersih dapat dikendalikan dengan tanpa tunai. Apa semua tu adalah satu benda yang menarik dan menjadi bualan sahabat-sahabat kita. Daripada luar daripada Perlis pun menjadi bualan dan saya rasa perlu dikembangkan lagi supaya ianya menjadi daya tarikan untuk negeri Perlis.
Negeri Perlis ni negeri kecil. Kalau kita boleh pastikan dia bersih dan kedai dia… makan kita boleh perbanyakkan lagi dengan menu-menu yang menarik, dan kawasan memancing yang saya tengok ramai pemancing-pemancing yang di tepi-tepi jalan, tepi sungai, tepi sawah apa semua kita dapat hidupkan lagi benda ni. Kita kurangkan penggunaan racun kimia ni seperti mana yang disarankan Yang Berhormat Simpang Empat. Makna kata ikan-ikan air tawar ni dapat hidup dan orang dapat memancing dengan lebih banyak, lagi satu sumber ekonomi untuk rakyat dan riadah mereka pada tiap-tiap hari dalam negeri kita ini. Saya rasa memancing ni dia cukup menarik minat peminat-peminat pemancing. Saya tengok pertandingan joran di pantai Sungai Baru Kuala Perlis ribuan orang datang. Ini adalah satu benda yang kita tengok boleh dilaksanakan selalu di negeri Perlis ini. Selain daripada itu, saya juga berharap bahawa Kerajaan Negeri dapat… seperti mana yang disebut Yang Amat Berhormat tentang pembentangan bajet dalam sukan. Kita ni kita tak boleh… kita abaikan sangat tentang sukan ni. Cubalah kita dapatkan peruntukan, selesaikan hutang Persatuan Bola Sepak Perlis ni, dan kita wujudkan satu pasukan yang kuat di negeri Perlis seperti dulu. Dulu Singa Utara, la ni Singa Utara tak dak gigi dah. Kita pun sedih, anak-anak kita hat muda-muda tak dak tempat nak lepak sampai tak dak kerja lain. Dia cari benda-benda yang tidak… yang salah dari segi moral, dari segi undang-undang, macam ketum dan sebagainya, disebabkan tak dak tempat riadah yang baik. Jadi yang ini kita minta semualah bahawa Kerajaan Negeri bagi perhatian supaya ianya dapat kita hidupkan balik… apa ni… bola sepak kita di negeri Perlis ni, dengan kita beri perhatian tentang hutang dan sebagainya untuk mereka mengendalikan pasukan. Saya rasa, saya dah bincang dengan Persatuan Bola Sepak Perlis, hutang mereka sejuta lebih lagi dan yang menyebabkan terpaksa tubuh persatuan lain supaya jika sekiranya Persatuan Bola Sepak Perlis tak boleh hantar team dah kecuali dia selesaikan hutang, jadi terpaksa buat persatuan lain pula supaya dia dapat… dapat bersama dengan liga. Saya pun tak tau lah, Perlis duk dalam liga FAM pun bukan dah rasanya. Dia bawah lagi pada liga FAM itu, menyedihkan lah. Saya rasa kita minat, anak-anak kita minat. Kita tak perlu ambil pemain-pemain daripada luar buat masa sekarang ni sebab ramai bakat-bakat bola sepak kita. Kita selalu jadi johan. Saya selalu sebut dalam Dewan, bawah 18 kita, bawah 15 kita selalu jadi johan ataupun naib johan di peringkat kebangsaan. Makna kata bintang-bintang bola sepak ni kita boleh gilapkan untuk depa mewakili negeri. Sekarang ni selerak. Ada main di Kedah, ada main negeri lain, yang menyebabkan rugi lah untuk kita biarkan mereka mengharumkan nama negeri lain. Negeri kita dibiarkan tercicir begitu sahaja.
Yang Berhormat dah lebih lima minit. Boleh ka Yang Berhormat meringkaskan sikit?
Lima minit? Oh, lebih lima minit dah…
Em… nak masuk enam minit dah.
Tambun Tulang dia pesan bagi kat saya, kalau Yang Berhormat Speaker izin lah. Tapi tak pa, sikit lagi last. Akhir sekali marilah kita laksanakan yang terbaik untuk negeri kita ni untuk kita mendapat redha Allah. Saya amat tertarik dengan apa yang diputuskan oleh Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah mengharamkan judi dan menghadkan arak di negeri Kedah, dan apa salah kita negeri jiran ni kita haramkan judi ni? Kita hadkan penggunaan arak walaupun kemarin saya… tak salah saya Presiden MCA mohon izin daripada Menteri Kewangan untuk kedai-kedai nak jual arak ni tak payah lesen. Saya sebenarnya cukup dukacita lah. Sepatutnya dia rakan kita, dia tak cabar kita sampai peringkat itu lah, sampai lesen arak ni. Arak ni tak perlu lesen, makna kata boleh minum di mana-mana sajalah. Sesuailah dengan negeri kita kecil ni mudah kita kawal. Kadang-kadang judi yang haram ni pun… judi semua haram. Judi yang tidak berlesen ni dia berleluasa, banyak tempat saya boleh bagi maklumat dalam DUN saya lah. Apabila pihak kuasa nak turun gempur di Sanglang tu saya bersedia. Sebenarnya saya nak membantu tapi saya tak tau mungkin digempur tanpa maklumat kepada saya, jadi ada yang share dengan Kedah sebelah sana, ada sebelah sini. Ada kedai baru buka dalam kampung saya tu, tapi cara dia mengendalikan kedai menyebabkan susah nak dikesan. Jadi kita Kerajaan kena ambil perhatian yang ni dan kita cadang supaya ianya kita ikut… yang baik ni kita ikut lah, bukan pasai kedah tu negeri PAS, tak. Pasai tu la… pasal kita nak dapat redha Allah S.W.T. Begitu juga dengan saranan supaya kita memartabatkan tulisan jawi. Dulu pernah saya sebut, martabatkan di papan-papan tanda di kedai dan tanda jalan diadakan tulisan supaya kita lebih seronok dok dalam negeri ni dan kita dapat martabatkan bahasa kita, tulisan kita, insya-Allah.
Dengan itu saya akhiri ucapan saya ni dengan menyokong penuh bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat. Semoga ianya dapat dilaksanakan sebaik-baiknya untuk kesejahteraan rakyat negeri kita, Perlis yang kita cinta ini, wallahualam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji. 25 minit.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim alhamdulillahhirabbil a’lamin, wassalatu wassalamu a’la asharafil anbiya iwal mursalin, wa a’la alihi wasahbihi ajmain. Robbish rohli sodri, wayassirli amri, wahlul uqdatan millisani, yafqouhu qauli. Terima kasih Yang Berhormat, Dato Speaker, Yang Amat Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Berhormat, seluruh hadirin hadirat Berhormat yang hadir dalam Sidang DUN Mesyuarat Kedua, Penggal Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri Perlis pada pagi ini. Terlebih dahulu pada pagi ini, saya mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar di atas kejayaan membentang Belanjawan Perlis Tahun 2022. Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat Dato’ Speaker, Allah SWT. berfirman dalam Al-Quran;
(YB Tuan Mohd Ridzuan membaca Surah Sad, Ayat 26)
Yang bermaksud;
“Wahai Daud, sesungguhnya kami menjadikan kamu khalifah di muka bumi, jalankanlah hukum di antara manusia dan hukum syariat yang benar yang diwahyukan kepadamu, dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu kerana yang dengan demikian itu akan menyesatkan kamu dengan Jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat daripada Jalan Allah akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal disebabkan mereka lupakan Jalan Allah itu.”
Kepimpinan adalah sebuah kemuliaan jika dilaksanakan dengan penuh amanah, sebaliknya membawa kehinaan jika dilaksanakan dengan kekhianatan dan pengabaian. Manusia adalah makhluk yang dicipta oleh Allah SWT dengan keupayaan untuk memimpin, yang melayakkan yang menjadi khalifah di muka bumi Allah SWT. Marcapada, kehidupan hari ini dibelenggu dengan pelbagai krisis kelangsungan hidup. Hakikatnya, biasanya manusia berjaya membina bangunan pencakar langit namun gagal menstabil ekosistem alam sekitar yang mengundang pelbagai bencana alam, mencipta pengangkutan yang menjelajah seluruh dunia dan angkasa, berjaya membina bandar idaman untuk masa hadapan, tetapi lupa gejala sosial menular di bandar-bandar besar. Berjaya membina rumah idaman yang selesa, tapi gagal mengurus keluarga yang bahagia. Berjaya mecipta pelbagai resepi makanan segera, mudah dan cepat, tetapi tidak mengandungi khasiat dan zat. Mencipta pelbagai inovasi, mereka cipta teknologi tetapi gagal mengawal hawa nafsu dan emosi lalu menyalahgunakan teknologi yang berjaya menguasai ruang angkasa lepas, tetapi gagal mengawal menguasai ruang hati dan jiwa sanubari. Saya ingin mengatakan bahawa segala bantuan dan rangsangan dari aspek ekonomi bukan saja tidak memadai tanpa penekanan pembangunan spiritual dan pendidikan agama yang kukuh. Nilai kerohanian dan hak kerohanian perlu dikembangkan, membimbangkan perkembangan manusia. Setiap individu adalah hamba dan khalifah Allah dalam hidup masing-masing, insan abra yang muhsin yang muhsinin yang bersifat insan, yang mustaqim yang bersifat orang-orang bertaqwa dan banyak melakukan kebaikan dan amal soleh dan juga boleh memperbaiki diri dan sekeliling orang yang berada di samping mereka. Yang berhormat Dato’ Speaker, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, negara berkebajikan menjadi tunjang kemajuan materialistik seiring rohani. Hujan batu negeri sendiri, penduduk negeri Perlis sangat ramah. Kemajuan materialistik seiring rohani, Islam rintis penyatuan ummah. Belanjawan 2022, bertemakan kesalingan kepimpinan rakyat memangkin kelangsungan kemakmuran dan kesejahteraan yang telah dibentang oleh Yang Berhormat pada kelmarin, 7 Disember, telah memberikan tumpuan terhadap usaha memulihkan ekonomi rakyat dengan pelbagai program dan usaha bagi membolehkan ekonomi rakyat dengan pelbagai program untuk menjaga kebajikan, membantu mereka keluar daripada kemiskinan ekoran wabak Corona Virus. Kita perlu fokuskan kepada tiga M… fokus perlukan kepada tiga M. Yang pertama memulihkan kehidupan, yang kedua membina semula daya tahan ekonomi negeri, yang ketiga, memangkin pembaharuan kemakmuran dan kesejahteraan. Segala perancangan dan garis pembangunan dan penawaran insentif Kerajaan Negeri sebagai yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat yang memerlukan pelbagai instrumen dan medium yang dimiliki agar pencapaian maklumat mengenai bantuan ini sampai kepada golongan sasar, khususnya golongan luar bandar. Implikasi pemulihan ekonomi melalui penyebaran maklumat yang berkesan, penggunaan aplikasi membantu penyebaran maklumat pada rakyat, di samping bantuan dari segi tertentu secara pantas, hanyalah melalui access di hujung jari. Selain itu, rakyat juga dan penduduk juga perlu cakna hala tuju dan penawaran Kerajaan kerana kita telah menjadi sebahagian kepada Kerajaan sedia ada. Kempen Perlis ‘Go Digital’ merupakan langkah yang tepat sebagai usaha bagi membangunkan ekonomi rakyat. Dalam hal ini, golongan belia, golongan muda, perlu diberi pendedahan berkaitan penggunaan peranti pemasaran digital secara lebih komprehensif. Kerajaan boleh kerjasama dengan IPT, Institut Pengajian Tinggi, untuk mengumpul usahawan muda di semua sektor khususnya bagi menjalani latihan pemasangan digital demi pembangunan ekonomi mereka dan ekonomi negeri itu sendiri. Golongan rentan… rentan golongan yang perlu disanjungi dan dibantu selain daripada golongan wanita, termasuklah golongan warga emas, dan golongan kurang upaya (OKU). Golongan ini perlu dijaga kebajikan secara berkala jangka, pendek dan jangka panjang. Apatah di era pandemik sekarang ini dengan pelbagai program yang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Wakil Rakyat serta penggerak komuniti dan masyarakat seperti Badan Bukan Kerajaan, NGO, perlu kelapangan khususnya bagi luar bandar untuk menyantuni dan membantu golongan sasar dalam mendapatkan maklumat tentang tawaran yang diberikan oleh Kerajaan. Di samping membantu mempermudahkan dan melaksanakan permohonan, sekali gus kita dapat menonjolkan keprihatinan kita semua dalam menjaga kebajikan rakyat marhaen.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, zakat pemangkin pembangunan ekonomi rakyat. Salah satu, instrumen penting dalam ekonomi Islam adalah zakat, dan ia perlu ditambah baik dan diperkasakan. Amatlah besar penting peranan zakat dalam kehidupan sosial masyarakat kerana ia dapat membantu memperbaiki taraf kehidupan masyarakat yang memerlukan bantuan dari segi keperluan harian, ilmu dan sebagainya. Zakat dilihat berfungsi sebagai agen pembasmi kemiskinan kerana dengan kutipan hasil zakat yang diperolehi, golongan asnaf dapat menerima manfaat yang sepatutnya mereka perolehi. Zakat perlu diurus dengan secara efisien dan sistematik supaya mampu melonjakkan potensi sebagai wadah pembangunan negeri. Kita sedia maklum bahawa pendapatan hasil zakat daripada kutipan dan sumbangan negeri ini sangat banyak. Dalam kesempatan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ucapan tahniah kepada pihak MAIPs di atas kejayaan mengumpul sumbangan dan zakat, walaupun ada sedikit pengurangan akhir-akhir ini. Dengan sumbangan yang banyak, program-program dapat disediakan oleh pihak berkaitan dan sangat membantu dan berguna kepada golongan asnaf. Namun apa yang kita lihat, sambutan tidak memberangsangkan. Oleh itu, saya mencadangkan kepada pihak MAIPs boleh menerokai trend dan pendekatan baru lebih bersasar agar tidak mengalami kerugian kepada program-program yang kita telah laksana dan akan laksanakan khususnya untuk membantu golongan asnaf yang ada potensi untuk merubah diri mereka ke arah yang lebih baik.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, hargai golongan belia. Kalau golongan belia dikatakan generasi penentu masa depan, sesuatu masyarakat dan negara, belia merupakan golongan aktif dalam masyarakat. Sejak kemerdekaan, belia negara kita telah turut sama, berperanan dan menyumbang kepada proses pembinaan dan pembangunan negara. Dengan ini, meliputi segala aspek baik dari segi politik, ekonomi, sosial budaya ataupun didikan. Golongan belia, sebenarnya mempunyai idea yang sangat berguna kepada negara terutama dalam era dunia tanpa sempadan. Golongan ini didedahkan dengan idea yang lebih progresif melalui penyediaan internet di dalam dan di luar negara. Oleh kerana itu, suara-suara golongan belia di negeri ini juga perlu didengari sebagai penyokong kepada agenda pembangunan negeri, terutama ketika pemulihan fasa pandemik ini. Dalam ucapan pembentangan kemarin, Kerajaan juga… Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan RM4.73 juta bagi pembangunan sukan negeri Perlis. Lihat juga program-program pembangunan sukan negeri juga akan memberi penekanan kepada penstrukturan program yang melibatkan kewujudan sukan teras Perlis, dengan pemilihan sukan-sukan utama yang akan dimulakan, program khas yang lain dengan keutamaan pada atlet berprospek pingat. Program SUKMA 2024 juga diteruskan untuk merealisasikan sasaran 8 pingat emas. Persoalannya di sini, berapakah pemain-pemain bola yang telah dilahirkan oleh MSN Perlis? Yang disebut oleh Yang Berhormat Sanglang sebentar tadi, cadangan beliau sebelum-sebelum ini, untuk melahirkan pemain-pemain bola yang berbakat. Persoalannya di sini ini, berapakah ramai… pemain bola yang berbakat dilahirkan oleh MSN ataupun Jabatan Belia dan Sukan? Berapakah atlet-atlet yang terbaik yang telah dilahirkan oleh MSN dan juga Jabatan Belia dan Sukan? Kita dapati di kampung-kampung Sena yang disebut oleh Yang Berhormat Sanglang berkemahiran dalam sukan-sukan yang ada dalam Negeri Perlis ini. Kita tak nampak jabatan-jabatan yang berkaitan turun menyantuni, mencari mereka dalam kampung-kampung itu. Sebab itu saya pun berasa keliru juga, peranan Majlis Sukan Negara dan juga peranan jabatan Belia dan Sukan ini. Jadi mohonlah buat sesuatu dan saya nak penjelasan. Bab sukan kita tidak boleh asingkan ataupun kisah daripada rakyat kerana ini pun antara yang boleh mendatangkan minat dan juga dapat menyatupadukan… apa nama… rakyat di negeri Perlis ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, petani dan cabaran pengurusan. Industri padi di Malaysia merupakan salah satu industri pertanian ketiga yang terpenting di Malaysia, selepas kelapa sawit dan getah. Peningkatan kos pengeluaran setiap tahun menjadi cabaran utama kepada pesawah bagi memastikan survival mereka dalam industri padi ketika ini. Lazimnya, para pesawah sebahagian besarnya merupakan golongan yang berada dalam kalangan golongan B40 dan mempunyai penempatan yang tidak menentu. Sebahagian mereka berada dalam kalangan miskin tegar. Sebagai golongan yang terlibat secara langsung dalam memastikan kelestarian seluruh rakyat negeri ini, kebajikan para pesawah, khususnya dalam kalangan B40 mestilah dibincang secara tuntas. Sudahlah harga import pertanian naik setiap tahun, masalah pembekalan padi benih, sistem pengairan dan perparitan juga tidak diselia dengan baik menyebabkan kos pengurusan bertambah dan membebankan para pesawah, selia parit ke dalam parit waktu air banyak, pada saya kuranglah tepat apabila timbul isu baru-baru ini, apabila hujan banyak di beberapa kawasan ditenggelami air di Kampung Tulang, Guar Sanji dan kawasan-kawasan yang lain. Bila diadu masalah kepada pihak berkaitan sama ada MADA ataupun pihak JPS, JPS sedang buat pendalaman ataupun pencucian parit ketika air banyak. Ya, memang itu tanggungjawab, tetapi kenapa buat pendalaman parit ketika air banyak? Berkali-kali kita sebut dalam Dewan ini. Sepatut-patutnya projek dibuat dalam waktu air cetek. Kalau nak buat juga boleh, dengan syarat perkeringkan air parit, buang segala-gala… apa nama… sampah sarap, baru angkat tanah ke tebing. Kalau tidak, tidak sesuai… rugi sahaja duit peruntukan kecemasan yang ada. Sebagaimana yang dibuat di Sungai Bakong ke Kampung Tulang, tidak selesai masalah. Jadi, kalau harga padi naik takpa, masalah harga padi pun tak naik kan, kos pengurusan tiap-tiap tahun naik, bencana pun alam pun banyak, jadi kalau harga padi naik alhamdulillah… ni tidak. Benda yang lain naik, naik pula tanpa kawalan, inilah isu dan masalahnya. Petani la ni runsing dan gelisah. Ada taboq sampai 4 kali, ada ka taboq se… apa nama… sampai 5 kali, last kali tinggai sahaja berpuluh-puluh ekar. Jadi percayalah masalah rakyat adalah masalah pesawah adalah masalah Kerajaan. Ha… ni ada kata-kata pimpinan kita lah nah. Tetapi kita tanya, di mana penyelesaiannya? Kerana itulah kita menggesa MAFI dan KPDN Hal Ehwal Pengguna perlu meningkatkan penguatkuasaan bagi membanteras ruang tengah, menggesa KPDN dan hewal… Hal Ehwal Pengguna bekerjasama dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia untuk memantau harga barang secara lebih kerap dan serius. Di… jika tidak, kesan akan berlaku. Pertama tambakan benang… bendang ataupun kawasan tanah pertanian, buat bangunan… nah. Bina bangunan, jual kepada syarikat-syarikat ataupun pemaju-pemaju yang akhirnya boleh menjejaskan pengeluaran padi dan juga beras ataupun jual tanah kepada pihak lain, malangnya jual tanah pulak kepada pihak warga asing, inilah yang berlaku di negara kita, di Sekinchan, di Selangor. Jadi kalaulah kita tidak dapat mengurus, membuat satu mechanism yang boleh menyelamatkan petani dan juga tanah-tanah ni, pada masa hadapan berkemungkinan akan berulang, apa yang berlaku di Selangor berlaku jugak di negeri Perlis ini. Yang Berhormat Dato` Speaker, jadi apa yang kita harapkan supaya Kerajaan Pusat dan jugak Kerajaan Negeri supaya mengambil cakna berkaitan aduan-aduan dan jugak permasalahan yang sering kita ulang di sini. Sebab itu bila Yang Berhormat Dato` Speaker mengingatkan kami ADUN-ADUN supaya jangan ulangi soalan yang sama, tetapi hakikat inilah yang berlaku sebab kita mewakili… wakil nak mewakili rakyat setempat, bila masalah tidak selesai, mereka ulang kepada kita. Yang Berhormat Dato’ Speaker mungkin tak tau berapa kali depa jumpa kita… kan? Siang malam telefon, mai jumpa di pejabat, jumpa di rumah, adu masalah yang sama kepada,.. kepada kita, sebab itu kita nak kerajaan nuri. Ok baik.
Seterusnya berkaitan dengan isu berbangkit di DUN Guar Sanji dan jugak kaitan dengan tempat lain. Pertama, lampu jalan raya dari jambatan Guar Sanji ke Behor Mempelam, saya pernah menulis surat buat permohonan kepada JKR untuk mencahayakan jalan daripada susur, turun jambatan Guar Sanji ke Kampung Mempelam, kerana kalau kita lihat waktu tu, waktu malam jalan tu sepi, ada kenderaan yang mengguna dan bila tak dak lampu ni dia gelap. Berbeza daripada Tambun Tulang ke atas, naik pada Tambun Tulang, dari Behor Mentalon ke Che Ok, ke Simpang Empat, ke Sanglang boleh dikatakan selang sebuah rumah ada lampu jalan. Tetapi di Behor Mempelam ke jambatan Guar Sanji tak dak lampu, gelap gelita. Jadi kawasan tu jugak kawasan yang kita kata hotspot berlaku kemalangan. Jadi saya mohonlah kepada JKR supaya melihat perkara ini kerana demi keselamatan pengguna jalan di situ. Kemudian yang kedua, bangunan Kerajaan dan kemudahan awam seperti masjid perlu dipantau keselamatan. Alhamdulillah dalam pembentangan ucapan perbelanjaan kelmarin, Yang Berhormat telah pun memberi komitmen untuk memantau bangunan-bangunan seperti masjid dan juga bangunan-bangunan kerajaan agensi lain ini dari masa ke semasa na. Kita lihat kebakaran yang berlaku di masjid, apa nama… masjid di Alor Redis dan jugak masjid di Sanglang na, Behor Kudong, ni berpunca daripada litar pintas katanya… pintas dan jugak pendawaian yang sudah lama. Jadi alhamdulillah, Kerajaan dah ambil komitmen untuk membantu masjid-masjid yang terlibat cuma kita nak sarankan kepada agensi berkaitan supaya meletakkan tong-tong pemadam api di masjid ataupun tempat yang berkaitan kerana tong-tong pemadam kecemasan penting na, untuk diletakkan supaya apabila berlaku kebakaran kecil, api kecil tu dapat kita kawal supaya tidak habis merebak di tempat-tempat yang lain. Kemudian, isu berkaitan dengan permohonan bantuan baik pulih di masjid Al-Muttaqin Padang Besar di Guar Sanji. Pernah dahulu saya menghantar… melalui saya lah na, penduduk situ minta saya hantar surat kepada… surat permohonan pembaikan kepada Pengarah Jabatan Agama yang lalu. Bila saya hantar, dia kata kami tidak menerima surat sokongan daripada ADUN. Saya kata, ni bukan sokongan tapi saya membawa mandat ataupun amanah tuan imam, jawatankuasa sampaikan kepada JAIPs… Pengarah JAIPS untuk baik pulih, jadi akhirnya bila disenyapkan begitu, masjid sekarang ini melan… mengalami kerosakan, kebocoran bumbung dan juga sistem lain terganggu. Apabila dipanggil kepada JKR, JKR kata, kami tidak ada bidang kuasa, tidak ada peruntukan, kena rujuk pada JAIPs. Tapi hal ini kita bawak dah, tapi masalah tidak selesai. Apakah mungkin ada kaitan jugak dengan tidak wujud pelantikan Pengarah JAIPs yang baru? Ha, mungkin dia tak tau kot ha... kan? Jadi nak… nak… mungkin masalah tu tak sampai kepada pemangku dia. Ha, ni pun kita perlu menyegerakan pelantikan supaya dapat mengurus selia masjid-masjid yang ada di dalam negeri kita ni. Di… alhamdulillah, masjid di negeri… seluruh perlis ni imarah na, berimarah, meriah dengan… apa nama… pelaksanaan solat, majlis muzakarah, majlis ilmu dan sebagainya, dengan SOP-SOP yang diperuntukkan oleh Kerajaan. Cuma kita nak tanya, bagaimana status pembukaan surau-surau dalam mas… di negeri Perlis ni? Kalau masjid boleh, apakah… bagaimana pulak status di surau-surau? Sedangkan surau ni jugak ada pengimarahan, ada orang yang akan mengimarah dia, orang-orang yang tak boleh ke masjid, jadi depa akan datang ke surau. Jadi bagaimana status pembukaan dia dalam era pandemik ni?
Kemudian, yang ketiga… yang berikutnya, yang kelima. MADA perlu memiliki jentera sendiri, PPK… setiap PPK perlu memiliki jentera sendiri untuk tindakan segera jika berlaku masalah kecemasan. Jadi kita sarankan kepada PPK supaya ada jentera seperti backhoe sendiri na, supaya ada masalah-masalah yang kecemasan ni dapat ditangani dengan segera… diambil tindakan dengan segera. Jangan tunggu daripada HQ lah, duk tunggu daripada pejabat besar lah, menyebabkan kelewatan dan jugak menjejaskan apa nama… tanaman-tanaman para pesawah. Kemudian yang keenam, lampu isyarat di Simpang Empat. Ha… saya mohonlah bagi pihak DUN Simpang Empat, pasai kita duk selalu pi mai, duk Simpang Empat ni, beli barang Simpang Empat, ziarah YB Sham selalu kerap-kerap pi sana, jadi nampak kekalutan di… apa nama… sebelah apa nama… bangunan arked niaga yang baru dibina tu… dia sibuk di situ, dan pernah berlaku kelemangan… kemalangan depan saya sendiri. Ha, sebab tu saya rasa terpanggil untuk mencadangkan pemasangan lampu isyarat di Simpang Empat tersebut. Kemudian, bulatan, roundabout kecil di Chemumar, jugak saya cadangkan supaya dibina roundabout kecil di persimpangan empat Kampung Chemumar, yang mana di situ kerap berlaku… Allahumasollia’lamuhammad, berlaku kemalangan. Baru-baru ni kemalangan melibatkan tuan imam sendiri noh, dalam kekalutan nak pi jadi imam di masjid menunaikan tanggungjawab, accident. Jadi, saya minta supaya pihak berkaitan melihat perkara ini dan mengkaji kebolehan melaksana, membuat roundabout di persimpang-persimpangan Simpang Empat di situ. Kemudian, yang kelapan, berkaitan dengan pembekalan tar na, oleh Syarikat Pen Industries Sdn. Bhd. dan wujudkan alternatif lain bagi mengelak kelewatan pelaksanaan projek sebagaimana dalam jadual-jadual yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan ataupun Negeri. Hal ini saya sebut dah, dalam sidang DUN yang lepas, bulan 12 jugak, sekali lagi saya sebut, sebab tar yang tidak mencukupi ni menyebabkan kelewatan kepada kontraktor-kontraktor untuk melaksanakan projek-projek penurapan tar. Kadang-kadang terbengkalai, buat sikit tinggai, lepas tu sambung pulak, ha… terutama melibatkan jalan-jalan utama, buat-buat tak habis, lepas tu letak kon-kon di tepi. Kadang-kadang orang tak perasan, men… mendatangkan kecelakaan kepada para pengguna. Sebab tu saya kata wujudkan alternatif… alternatif lain untuk membekalkan tar ini kepada kontraktor, menyelesaikan… melaksanakan projek dalam tempoh yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat. Kemudian yang kesembilan, saya ingin mencadangkan sebelum Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat mengkaji semula tawaran nilai projek 20k… bawah 20k yang melibatkan pembaik pulih rumah-rumah asnaf ini, sama ada BPD ka, ICU ka, supaya ia dipertimbangkan semula, kerana kos pembaikan dan kos dahulu berbeza dengan kos hari ni. Kos hari ni kalau kita tengok besi pun dah naik, daripada RM2,000 setan kepada RM4,000 dan kontraktor ni mengeluh tak mampu nak buat. Tapi saya cadangkan supaya ditambah nilai daripada RM17 ribu tu kepada 20K atau 25K. Begitu juga rumah bantuan MAIPs, kita cadangkan supaya ditingkatkan nilainya daripada 40-45 kepada 50-55 supaya benda ini berjalan seiring dengan tuntutan harga semasa. kemudian yang kesepuluh, isu banjir di Guar Sanji, saya ingat saya tak mau sebutlah tapi oleh kerana nak kena sebut juga, saya ingat kali keenam dah saya sebut isu banjir ni…
Yang Berhormat dah sebut… tu lah, masa pun ni dah lebih dah. Nak sebut tu sebut lah tapi ringkaslah sikit.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, tak banyak, saya ucap terima kasih kepada MADA, MADA Ampang Jajar dan pihak MADA Wilayah I. Kerjasama MADA Ampang Jajar telah mengeluarkan satu peruntukan, untung kita atasi masalah banjir di Jelempok, lebih 40 tahun ni masalah dia. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebab tu saya bangkitkan selalu, malah Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun pi, lima kali saya bangkitkan dalam Dewan ni, jadi benda ni lah kita bangkitkan selalu. Alhamdulillah saya harap peruntukan yang diberi pada tahun hadapan dapat menyelesaikan masalah banjir di Jelempok dan kalaulah tak selesai juga saya nak minta Kerajaan Negeri tampunglah kekurangan untuk kita selesaikan masalah pada masa hadapan nanti, insya-Allah. Begitu juga saya sebut berkaitan dengan banjir juga di Terusan Arau. Terusan Arau ni merupakan terusan yang menerima limpahan air dari sungai Lana Bulu, Alor Melaka dan Chuping dan juga ketiga-tiga sungai ini dia datang… dia mai Terusan Arau menyebabkan air di situ banyak dan melimpah. Bila kita kaji balik, tengok-tengok bila dia sampai di persimpangan tandop Belat Batu itu, rupanya Belat Batu itu kecil, tandop itu kecil, dia tak besar. Saya difahamkan dulu ni pernah ada peruntukan untuk pembinaan tandop di Belat Batu tu, tetapi dialihkan ke tandop di bawah, jadi saya nak tau juga kenapa tidak dibina tandop di Belat Batu? Kenapa dibina di bawah sedangkan kita nak ada peruntukan pembinaan tandop yang besar di Belat Batu agar air ini tidak melimpah masuk ke dalam kampung-kampung yang berdekatan. Akhir sekali, saya mengambil kesempatan pada persidangan kali ini mengucapkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perlis di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan kepada DUN Guar Sanji, kepada Pejabat Menteri Besar, kepada Bahagian Pentadbiran Daerah BPD, Jabatan Kebajikan Masyarakat, MAIPs, JPS, telah banyak membantu dalam menyelesaikan masalah dan mengurus masalah-masalah yang berlaku di DUN Guar Sanji khususnya. Jadi saya sekali lagi menyokong Anggaran Usul Pembangunan Negeri Perlis bagi tahun 2020 dengan tema Kesalingan Kepimpinan…
Tahun 2022 Yang Berhormat.
Pemangkin Kelangsungan Kemakmuran dan Kesejahteraan. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji, dan saya pun seronok tengok kali ni. Kalau tidak Yang Berhormat asyik dok rakam sepanjang persidangan. Tapi kali ni kita dah live kan, jadi tak dak lah kerja-kerja merakam sambil bercakap na. Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Sena.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Alhamdulillahirobbil ‘alamin, wabihi nasta’in wala nauzubilla illa álazolimin. Ashaduallahilahu wahdahulasyarikalah, wa ashhadu anna muhammadan ábduhu wa rasuluh. Robbisrohlisodri, wayassirli amri, wahlul uqdatan millisani yafqohu qouli. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana turut memberi ruang kepada saya untuk turut sama membahaskan sesuatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan negeri untuk perkhidmatan bagi tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu. Pertama-tamanya saya ingin merakamkan jutaan tahniah kepada khususnya kepada Yang Berhormat Speaker dan seluruh Ahli-Ahli Yang Berhormat kerana buat julung kalinya setelah bertahun-tahun kami perjuangkan, akhirnya alhamdulillah, tahniah setinggi-tingginya, kita dapat bersiaran secara langsung…secara langsung buat kali pertama dalam sidang DUN kali ini. Alhamdulillah, moga ini adalah satu bukti kita accountable… kita berakauntibiliti, kepada penduduk-penduduk ataupun pengundi-pengundi di kawasan kita kerana mereka nak tahu core business kita adalah ADUN sebagai penggubal di dasar di Dewan yang mulia ini. Mereka kena tahu apa yang kita dok buat… yang kita dok cakapkan, adakah kita bela penduduk dan sebagainya. Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Speaker dan seluruh pasukan Pejabat Dewan Undangan Negeri Perlis. Terima kasih banyak. Permulaannya saya ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Bintong di atas pembentangan suatu yang saya rasa paling panjang ni dalam sepanjang beberapa tahun ini… paling panjang dan paling lama saya tekun mendengarnya, alhamdulillah tahniah mungkin saya faham dia sekali dengan RMK-12 dan sebagainya. Bagi kita semua suatu rancangan itu memang cantik, molek dan sebagainya tetapi yang paling penting adalah dari sudut pelaksanaannya. Jadi saya mengharapkan supaya ada satu task force untuk pemantauan dari segi pelaksanaannya supaya kita dapat mencapai sehingga tahap seratus peratus apa yang kita rancangkan, baik dalam RM, dalam rancangan-rancangan… RT-RT kita, rancangan struktur dan sebagainya, struktur negeri ataupun… yang pentingnya belanjawan setiap tahun… bagi contoh saya nak… saya pernah tahun lepas dalam perbahasan belanjawan yang tahun lepas, 2021 saya pernah bertanya kepada Yang Berhormat Bintong, saya nak tahu sejauh mana pencapaian dari segi peratusan dan sebagainya, belanjawan yang tahun yang sebelumnya. Tetapi malangnya, saya tidak mendapat jawapan. Jadi kali ni saya mungkin saya kena fokus, taip tajuk yang tentang pembentangan yang lepas. Jadi saya pilih untuk satu, dari segi pembentangan Yang Berhormat Bintong, saya nak tahu sejauh mana pencapaiannya? Dah buat ka tak buat lagi? Dalam Belanjawan 2021 yang lepas, dimana Yang Berhormat… Yang Amat Berhormat Bintong ada menyebut tentang untuk memasang CCTV iaitu di… persimpangan lampu isyarat yang dicadangkan pengurusan CCTV adalah seperti berikut, Simpang Pekan Pauh R6, Simpang Balai Polis Trafik R1, Balai Polis Trafik Kangar, Simpang Batu Dua Jalan Abi Batas Paip R11, Jalan Santan R162, Simpang Marhum Kayang R101 dan Simpang Jalan Padang Nyu R137. Sejauh mana? Dah buat ka tak buat lagi? Mohon penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Bintong.
Seterusnya… apa ni… kalau kita tengok dari satu contoh yang lain ni, kenapa saya mengharap supaya kita tau Ahli-ahli Yang Berhormat, kita menitikberatkan tentang pelaksanaan projek dan apa yang kita rancangkan itu adalah kerana kita tengok kebanyakan dalam Rancangan Malaysia… yang lima tahun sekali, sekarang dah masuk Rancangan Malaysia Ke-12. Kalau kita tengok apa ni yang… dari segi pelaksanaan projek-projek dan Rancangan Malaysia 11 yang lalu, ini amat malang kerana dari segi ada penangguhan dan sebagainya, kita tengok dari segi Rolling Plan 4 khususnya, saya bagi contoh 2015… sorry 2019 untuk Rancangan Malaysia Ke-11 di mana ada keseluruhannya adalah 83 projek. Pada ketika itu ianya maknanya di pengakhiran hujung-hujung dah RMKe-11 bagi Rolling Plan 4, dimana tujuh pelaksanaannya… jap na (sambil menyelak dokumen)… contohnya, ada beberapa yang ada mendukacitakan dan ada akhirnya dah selesai dah, dah buat, dan ada lagi yang masih dalam status dalam pembinaan. Kita tengok kalau dulu-dulu ni, dari segi prestasi kemajuan projek, lewat jadual mengikut mesyuarat, itu antara lainnya adalah projek rumah keluarga angkatan tentera di Kem Oran, di mana pada suku kedua 2019, dia sekitar… lewatnya adalah 65%, jadi agak jauh ni, ok. Yang paling mendukacitakan kita sampai saat ini yang masih belum siap, ini saya rasa dah berapa puluh tahun dah ni, lebih daripada 10 tahun dah ni, iaitu projek Sekolah Sukan Malaysia, Perlis fasa satu, apa nama… yang mana dah berkali-kali ditamatkan kontraktor, berganti kontraktor lain. Saya faham, ini semua adalah projek Persekutuan, tetapi ini dia berkaitan dengan negeri kita, apa nama… dari segi pembangunan dan sebagainya. Jadi kita perlu memainkan peranan di pihak negeri untuk memastikan turut. Saya faham kita mesti ada dalam jawatankuasa yang berkenaan, kita perlu memastikan supaya projek itu tidaklah… dia berulang-ulang, ada projek yang sakit dan akhirnya terbengkalai, lepas tu ganti orang lain. Siapa yang menanggung kerugiannya tu kalau tidak rakyat? Ok kalau dari segi Sekolah Sukan… Projek Sekolah Sukan Yang Berhormat Speaker, projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis Fasa 1… di mana pada suku kedua 2019, rolling plan… rolling plan 4, 2019 lewat daripada jadual 45%. Yang satu lagi ada juga yang macam Mahkamah, tapi alhamdulillah sekarang saya difahamkan dah siap dah. Pada ketika itu memang agak lewat dalam 43%, banyak lah ada dewan besar… projek dewan besar UniMAP dan sebagainya. Kompleks Penyiaran Negeri Perlis ada yang dah siap dah, alhamdulillah siap. Tetapi itu yang kita tengok yang tidak siap, sakit lepas tu diganti yang lain. Jadi kita sakit mata kita dok tengok lalu kalau pi Padang Besar kan iaitu kawasan yang kita nak… apa nama… imarahkan lagi laluan tu nak pergi menuju kepada tempat shopping, syurga shopping dunia… apa nama… ataupun di semenanjung ni kan, Padang Besar terkenal. Jadi kalau boleh saya minta supaya pihak Kerajaan Negeri, kita pastikan kali ini projek itu akan siap, mudah-mudahan ya.
Yang Berhormat Speaker, sebagai… selaku salah seorang ahli PAC, saya perlu turut menyinggung tentang laporan audit… Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri Kedua. Sebelum itu, yang mana pada laporan audit yang kita dalam sidang yang lepas dimana kami ahli PAC terpaksa berbincang tentang… apa nama… pusat-pusat pelancongan yang apa nama… melibatkan pembaziran ataupun kerugian lebih daripada 15 juta, dan kita dapat… alhamdulillah, kita dapat ni… kita bagi tahniah khususnya pada jabatan-jabatan yang berkenaan yang telah bertungkus lumus untuk memastikan, ada orang kata action plan lah, daripada yang benda yang memalukan kita tu sebab yang paling saya cukup ni ya… apa… menyedihkanlah, pusat spa yang mana 2011 siap… 2011 siap, sekarang ni dah 2011 ka 2010, sekarang ni dah 2021. Lebih daripada 10 tahun. Nilainya jutaan ringgit tetapi dia cantik, ada jakuzi, kita pi sekali kan Yang Berhormat Speaker baru-baru ini, kita pi melawat dengan lawatan ahli PAC, cantik tempatnya, ada auditorium dan sebagainya tetapi malangnya tidak digunakan sepenuhnya. Saya yakin kalau kita guna tu sedikit sebanyak akan membantu apa nama… apa ni… apa yang kita rancangkan selama ini untuk meningkatkan kadar pelancong, itu menjadi satu produk bagi saya yang boleh… sebab ada sauna dan sebagainya, dan dekat tu di mana depan tu ada apa ni… rimba, apa ni… herba, taman herba yang cantik. Macam-macam dalam tu, kita pun dah pi test, apa nama… ayaq panas apa ni… minyak panas dan sebagainya itu memang menarik. Kalau itu kalau dipakejkan sekali, saya ingat di kawasan tu saja dengan ok macam mana taman anggur dulu, sekarang ni dah di upgrade oleh Jabatan Pertanian, alhamdulillah saya tengok kreatif, anak-anak muda kita, anak-anak Perlis di Jabatan Pertanian, Jabatan Perhutanan pun yang telah nak buat pantai buatan dan sebagainya. Saya rasa dekat situ pun kita dah boleh menunjukkan pakej yang mana kita boleh bagi orang menginap sekurang-kurangnya satu malam di Perlis. Dia ada beberapa produk yang boleh kita susunkan. Saya harap supaya di pihak Kerajaan Negeri, khususnya YB Chuping yang bertanggungjawab dalam pelancongan untuk memastikan agenda kita untuk Perlis apa ni… Tahun Melawat Perlis 2023 akan mencapai sasaran yang diharap-harapkan. Yang Berhormat Speaker, itu sedikit yang laporan audit yang lepas. Untuk yang kali ni kebetulan memang yang rupanya. Saya pun tak baca lagi sebenarnya sebelum ni, rupanya ada kaitan dengan rumah… apa ni… rumah awam, jadi kebetulan na. Tapi semua bukan kebetulan ni, mesti ada sebabnya. Ok, kalau kita tengok ni laporan audit mendapati bahawa rekod bilangan permohonan dan senarai menunggu yang berdaftar setakat 31 haribulan Disember tahun 2020, adalah melebihi rumah kosong yang boleh ditawarkan oleh Bahagian Perumahan. Jumlah permintaan bagi program RPA, PAKR Program Awam Kos Rendah, Perumahan Awam Kos Rendah dan PPR masing-masing adalah sebanyak 92,324 dan 1,395 unit manakala unit kosong yang ada hanyalah berbaki 97 unit untuk perumahan awam kos rendah dan 14 unit untuk PPR ini pada tarikh 31 Disember 2020, manakala tiada kekosongan untuk RPA… bagi RPA, dan semakan audit mendapati permintaan perumahan awam terhadap program PPR mendapat sambutan yang paling tinggi berbanding RPA dan PAKR. Sebagaimana yang kita tengok, demand tu memang terlampau tinggi. Jadi saya mengharapkan dengan sesungguhnya… apa nama… kita kena tegaslah, sebab saya difahamkan memang dasar ni selalunya… dan ada dalam ni kita kena tetapkan kepada pemaju untuk membina yang mana Yang Berhormat Santan bagitau tadi, apa istilahnya… perumahan mampu milik ni, pemaju perlu patuhi kerana ini perumahan adalah antara permasalahan besar di kalangan rakyat Perlis, dan saya juga turut suka untuk menyinggung sedikit tentang… saya difahamkan Dasar Perumahan Negeri Perlis yang mana 70 kuotanya… 70-30, saya tengok ini… agak tidak apa ni… dari segi business ataupun ekonomi itu tidak economical. Contohnya dasar ini, kita mungkinlah atas satu sebab kita nak kononnya suruh call kita nak… ni saya tengok bukan dari segi Melayu untuk hak Melayu dan sebagainya kerana Melayu pun tidak ni… yang mana kita tengok yang paling ketara la bagi saya dari segi… ni saya bercakap tentang bukan dari segi perkauman dan sebagainya, tetapi dari segi ekonomi ataupun business yang mana kita nak pertumbuhannya ekonomi di negeri Perlis ni. Contohnya, dasar ini telah menyusahkan ataupun menidak apa ni… mengurangkan possibility yang… dengan izin Yang Berhormat Speaker, kepada golongan non-bumi untuk membeli unit-unit perumahan di negeri ini kerana kuotanya hanya kecil. Contohnya saya bagi gambaran, kalau kita buat kajian pun saya rasa ramai… saya ada, sebab ni anak-anak muda tersebut yang memaklumkan ataupun mengadu kepada saya di mana anak muda non-bumi daripada Perlis dah kahwin, jadi dasar ini tidak membolehkan, tidak mengurang cukup… apa nama… ke boleh beli, yang ni lah. Dia nak beli rumah di sini, dia dah kahwin, dia ada peniaga, last-last yang untung Yang Berhormat Santan yang untung adalah kawasan Changlun yang bersempadanan dengan kita di Kedah. Jadi kebetulan pula UniMAP pun pi buat situ kan memang amat menguntungkan bagi negeri Kedah. Bukanlah kita makna kita nak bermusuh dengan Kedah atau sebagainya, tetapi kita sebagai yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi bagi rakyat negeri Perlis ini, kita kena memikirkan untuk kepentingan Negeri Perlis. Jadi, bukan sekadar rumah dia beli sana, yang lebih malang dia ada business, kedai handphone contohnya, ini memang saya sebut memang real Yang Berhormat Speaker. Memang orang yang antara pengadu tu dia ada perniagaan kedai handphone, dia adalah satu benda yang orang kata tak cerdik lah, dia pi beli rumah di Changlun, tapi dia masih meniaga di Kangar. Akhirnya, maknanya perniagaan dia terpaksa bawa ke Changlun, siapa yang untung? Jadi saya harapkan dengan penuh insafnya kita memikirkan dari sudut ini, sebab kita semua nak sama-sama, saya yakin… kita untuk nak meningkatkan kemajuan ekonomi dan sebagainya, GDP dan sebagainya, jadi ini saya mengharapkan satu… orang kata Kerajaan kena tengok pada perkara ini yang saya sebutkan tadi. Yang Berhormat Speaker, jadi saya nak minta kepada… untuk ringkaskan dalam hal Laporan Ketua Audit Negara 2019 siri 2 bagi aktiviti jabatan dan pengurusan syarikat Kerajaan Negeri ini. Saya minta kepada EXCO yang bertanggungjawab supaya respons kepada apa… dapatan daripada Laporan Ketua Audit ini berkenaan yang pertama, Program Perumahan Awam Negeri Perlis. Saya mohon supaya permasalahan itu… apa… yang dah tindakan yang diambil, apa plan jangka plan orang kata strategiknya jangka masa pendek jangka masa sederhana. Jangka masa panjang untuk mengatasi… pendapatan daripada audit ni.
Dan satu lagi adalah berkenaan dengan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis iaitu berkenaan dengan anak syarikat Perbadanan, Perlis Property Sdn. Bhd., jadi saya mohon yang ni Yang Amat Berhormat Bintong untuk respons tentang perkara ini. Yang Berhormat Speaker, masa berapa lagi? 17 minit. Ok, saya menyambut baik apa yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Bintong khususnya tentang projek alternatif, gantian tanaman padi luar musim kepada tanaman ubi keledek dan macam-macam tanaman yang Yang Berhormat Bintong senaraikan kelmarin. Alhamdulillah, terima kasih banyak kerana ini kita memikirkan dari sudut kesengsaraan… boleh dikatakan kesengsaraan para sahabat-sahabat kita dari kalangan pesawah, yang berada di luar daripada kawasan MADA yang mana dia di situ ada masalah pengairan dan sebagainya. Sekurang-kurangnya dengan bersama dengan insentif-insentif Kerajaan Negeri ini, sedikit sebanyak kita mengharapkan supaya sahabat-sahabat kita, pesawah di kawasan yang berkenaan dapat mengambil… mengambil apa ni… sepenuh ni la… turut bersama dalam menyokong dan melaksanakan. Berani secara skala yang ramai, bukan individu untuk mengubah kehidupan dan ekonomi mereka dan keluarga. Dan saya ingin turut juga, ingin mohon sikit tentang ladang benih padi di mana benih padi ni kita sering ketahui bahawa ia menjadi satu isu… dah berapa tahun dah… isu dan pemasalahan setiap kali sampainya musim untuk menanam. Jadi, tahun lepas saya saya ingat lagi Yang Berhormat Simpang Empat dah utarakan untuk Perlis masuk headline, ada headline dalam surat khabar Perlis nak laksanakan apa… nak ni… apa ni… nak kilang apa ni… padi benih… benih padi. Jadi yang ini tak apa, perbentangan Yang Berhormat Bintong ini yang akan datang perancangan, tapi yang tahun lepas tu saya nak tengok sejauh mana pencapaiannya, apa yang Yang Amat Berhormat Simpang Empat umumkan tu.
Yang Amat Berhormat Speaker, satu lagi tentang… berkenaan yang… berkenaan dengan padi ni iaitu kita merupakan sebahagian daripada jelapang padi penting, jelapang padi negara. Tentang projek padi organik, saya amat menyambut baik perancangan untuk menghasilkan padi organik di negeri kita, dimana kita sekarang ni ke arah orang kata sustainable economy. Sustainable semua ni kan ada semua nak kelestarian, kita nak kurangkan apa… kalau kita lawannya kepada padi organik adalah padi yang sedia ada semua ni, dia ada unsur-unsur bahan kimia dan sebagainya dan dia membawa kepada masalah kesihatan yang mana kita semua tau antara punca penyakit kita adalah daripada apa yang kita makan. Makna sekarang ni berbanding dengan dulu kurangnya racun, tapi sekarang banyak racun. Jadi kita ke arah… alhamdulillah tahniah, kita ke arah untuk membebaskan diri kita daripada makan benda yang beracun. Jadi, projek perintis ini… saya amat mengharapkan supaya projek perintis padi organik di Kampung Wang Kelian yang mana dijangka mengeluarkan beras organik secara komersial, saya harap harapkan supaya dapat mencapai kejayaannya dan dengan success story itu, dengan izin Yang Amat Berhormat Speaker, kita mampu untuk memperluaskan di kawasan-kawasan sawah yang lain di negeri kita. Jadi sedikit sebanyak bila kita… kita tau apabila kita dapat satunya sihat, yang kedua dari segi harganya pun orang kata pendapatan kepada petani lebih lumayan apabila organik dan juga apa ni yang orang kata… yang Kerajaan Negeri sasarkan untuk peningkatan hasil padi iaitu 7 metrik per tan… sorry, 7 metrik… 7 metrik tan per hektar, saya harapkan dapat direalisasikan. Oh, ini yang bagi luar… luar MADA la, saya difahamkan kalau dalam MADA targetnya adalah 8 metrik tan per hektar. Jadi, berkenaan dengan rentetan daripada pertanian tadi tu, dia akan membawa kepada pengairan dan sahabat saya tadi ada menyinggung agak panjang pemasalahan pengairan yang cukup… apa nama…. memberi masalah yang besar kepada kaum… sahabat-sahabat pesawah kita kerana saya pun sebut padi atau pesawah ni kerana Sena banyak jugak… apa nama… sebab walaupun Yang Amat Berhormat Bintong kata kawasan pekan tetapi ada semi-rural yang mana kawasan, yang apa nama… komposisinya adalah penanam padi, dan saya mengharapkan dari segi untuk menyelesaikan masalah pengairan yang agak berlarutan ini, saya mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini supaya satu keperluan untuk diwujudkan, satu taskforce supaya taskforce ini ada satu jalinan koordinasi antara agensi terutamanya yang melibatkan pengairan ini MADA, JPS, LPP dan juga PPK bagi mengatasi permasalahan pengairan yang sering dialami di sawah seluruh negeri ini yang mana telah menjejaskan pendapatan para pesawah. Yang kita semua tau pesawah ini diklasifikasikan sebagai golongan miskin di negara ini. Jadi, dengan saya cadangan taskforce tu diadakan suatu bengkel… mungkin bengkel, bengkel-bengkel susunan siri-sirinya, bengkel koordinasi di antara agensi berkenaan yang saya sebutkan tadi untuk sebagai satu langkah penyelesaian… mencari jalan satu langkah penyelesaian jangka masa pendek sederhana dan juga panjang. Cadangan saya supaya bengkel tersebut supaya lebih tersusun, diselaraskan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri kita yang cukup proaktif dan ni dengan apa… turut… apa nama… orang kata kerjasama yang erat dengan YB Simpang Empat sebagai selaku YB EXCO Pertanian. Saya harapkan supaya kita ini… supaya kita dapat sekaligus bila ada satu koordinasi saya tengok permasalahannya adalah koordinasi… saya tak mau kata menyalahkan atau satu agensi, atau agensi lain kan tetapi kita tak mau tengok dari nak segi salahkan sesiapa. Tapi, kita nak mencari jalan nak selesaikan masalah sesuatu secara konkrit.
Yang Amat Berhormat Speaker, berkenaan dengan permasalahan saliran jugak, terdapat penduduk di kawasan Sena yang menuntut kepada saya supaya mengetengahkan di Sidang yang mulia ini… Dewan yang mulia ini supaya penduduk, iaitu peta… pesawah di kawasan Repoh minta supaya diadakan 3 buah pintu belat di kawasan bendang yang bersempadanan dengan Tanjung Gorah Repoh dimana difahamkan, penduduk pernah ajukan kepada pihak agensi yang berkenaan. Hampir 2 tahun dah dimaklumkan tetapi belum ada, mungkinlah orang kata apa… que kan? Kerana makluman daripada penduduk, apabila air sungai melimpah akan menyebabkan limpahan ke bendang, dan seterusnya merosakkan padi-padi tanaman padi dan pesawah yakin kalau ada pintu belat, depa boleh kawal kemasukkan ayaq daripada sungai kepada ben… ke bendang dan kawasan bendang situ untuk makluman Yang Berhormat Speaker dan Dewan yang mulia, melibatkan 100 relung bendang dan ia juga mengatasi banjir kilat yang mana ayaq akan melimpah ke kawasan Tanjung Gorah, Repoh. Seterusnya Yang Amat Berhormat Speaker, masih dalam aspek pertanian iaitu Chuping Agro Valley, di mana saya… kawasan memang… di samping kita ada apa orang kata, Chuping Valley untuk industri, alhamdulillah, apa… saya menyambut baik usaha Kerajaan Negeri untuk ada kawasan zoning untuk kawasan lembah pertanian Chuping yang mana ini yang merupakan satu inisiatif tambahan kepada Super Fruit Valley yang telah pun wujud dan beroperasi. Saya pun baru… dah lama dah dengar yang Super Fruit tu, tapi baru-baru ni ja saya baru pi dan memang luar biasa la dan saya jadi kagum terus. Memang rasa… apa ni… lebih sihat, lemon saya terkena rupanya lemon yang kita duk makan selama ni penuh dengan racun, situ ada lemon yang organik. Saya harapkan supaya pihak Yang Berhormat… sebab saya tanya owner yang berkenaan, Mr. Lim, dia kata… saya kata kenapa tak pasarkan di Perlis ni? Depa kata orang Perlis ni ialah orang-orang kita selalunya nak tengok yang taste cantik. Jadi saya harap dapat dipasarkan sebab kita makan… ya lah, bila pandemik ni kita banyak consume lemon, saya memang pengguna lemon setiap hari, jadi tu yang saya rasa tu cukup ini apabila dengan… inject-nya dan sebagainya yang mana kita import tu, supaya kita dapat pasarkan daripada hasil daripada ladang di negeri kita sendiri yang mana bagi orang kita makan apa… lemon yang sihat. Ni saya haraplah… apa nama… pihak EXCO bertanggungjawab supaya dapat merealisasikan, sebab yang nak pi tu bukannya dekat. Yang Berhormat Chuping tak pa la kawasan Yang Berhormat kan? Kalau saya ni jauh sikit la nak pi, lepas tu agak masuk dalam sikit kan, tapi memang ni lah… dia dengan tin nya yang pelbagai, alhamdulillah Tuhan bagi nikmat… apa ni… hebat kita dari segi pertanian ni. Jadi, di mana situ saya tengok ada pokok tin rupanya ada banyak varieti, lepas tu pokok zaitun pun saya tengok ada. Saya ingin mencadangkan di Dewan yang mulia ini untuk ini dari segi tarikan yang mana Yang Amat Berhormat Bintong mencari-cari nak hasilkan banyak tarikan dan sebagainya, supaya kawasan itu yang mana ada pokok tin, pokok zaitun dan mungkin kita boleh boleh realisasikan… apa kita kata… lembah pertanian itu dengan syarikat-syarikat lain pun… dapat apa nama… dapat mengusahakan pertanian di kawasan itu dengan kita jenamakan. Cadangan saya, jenamakan dengan kawasan tersebut Taman Makanan Sunnah Perlis, yang mana itu kita tahu itu ada dalam Al-Quran. Auzubillahi minashaitan nirajeem, “Watti ni Wa Zaitun”, iaitu dua-dua tu ada yang kita ada di Perlis. Jadi saya nampak bila kita branding tu saya rasa… rasa saya dengan juga kita ada nilai tambah dari segi… apa orang kata… agrotourism-nya… pakejkan dengan agrotourism-nya di situ, dan bukan meragukan. Kita dapat itu sebagai pakej yang terbaru byproduct untuk menarik pelancong untuk berkunjung ke negeri kita yang dicintai ini. Dan di mana Super Fruits pun… tapi itulah Yang Amat Berhormat Bintong, kalau boleh… kalau boleh sebab saya… bila saya sembang dengan Mr. Lim, rupanya dahsyat daripada Harumanis. Harumanis kita terpaksa keluarkan kos yang agak tinggi, lepas tu… iya lah apa… kita ada persaingan la ni. Saya difahamkan Siam mengeluarkan yang hampir sama lebih besar, skala yang lebih besar iaitu satu persaingan baru bagi Harumanis. Saya nampak sebab Super Fruits ni di mana seperti saya difahamkan ROI nya cepat, hanya 6 bulan ja, 6 bulan dah dapat ROI… dah mula dapat ROI dah, dan pokok ini sustain sampai bertahan sampai 100 tahun. Jadi jangka hayatnya panjang, saya nampak dari segi ekonomi tu untuk khususnya... mungkin anak-anak syarikat Kerajaan Negeri ka untuk invest dalam Super Fruit dan permintaannya tinggi, sebab saya tengok dia… dia… dia… dia paling hebat tu. Apabila ditanam ni dia kita pun tak tau sebab produk tu bukan pasar sini, dia market dia… dia… apa… dia… online-kan dan dunia, dan Mr. Lim mencadangkan ini untuk saya sampaikan la, apa ni… masjid-masjid kita sebab dia ada kaitan dengan sunnah dan sebagainya. Kalau masjid-masjid kita, kalau ada projek ekonomi ni sedikit sebanyak mungkin boleh bantu asnaf… sedikit sebanyak mungkin boleh bantu asnaf di khariah masing-masing kan? Kita buat gerakan tu untuk Super Fruits ni, pokok Tin, kita… maknanya sampai ke merakyatkan benda tu.
Yang Berhormat Speaker, saya… saya bertukar kepada pelan apa ni… dari segi… ke arah untuk kita merealisasikan pelan tindakan Perlis Digital 2021-2025. Tahniah kepada Kerajaan Negeri, yang baru-baru ni telah mengadakan satu Konvensyen Perlis Digital, yang dapat… yang menarik. Saya tengok tontonan dan minat ramai kita mengharapkan… yang paling penting adalah dari segi apa orang kata… yang… aplikasi e-Bayar dan sebagainya itu, rakyat dapat apa ni… pertingkatkan penggunaan di samping maknanya lebih… kita lebih selamat, kurang cash, kurang menggunakan tunai, lebih efisyen. Jadi, sama-sama kita jayakan… apa nama kita… akhirnya kalau kita dapat ni, itu adalah salah satu orang kata… turning point untuk kita jadi smart city.
Yang Berhormat sudah melebihi lima minit. Sila ringkaskan.
Allahuakbar. Ya Allah banyak lagi.
Sila ringkaskan.
Minta maaf Yang Berhormat Speaker. terlampau excited sebab banyak lagi ni… Yang Berhormat Bintong punya ni kan.
25 minit ja kita bagi. Saya bagi 3 minit lagi.
3 minit lagi? Ya, ok lah, saya kena simpulkan lah. Ok sikit lagi, Yang Berhormat Speaker, kalau dari segi dasar ke Perlis Bersih dan Sihat ni, saya menganjurkan supaya pihak Kerajaan mungkin boleh tengok success story yang Penang telah laksanakan dalam Penang apa ni… Greener… Cleaner Greener, inisiatif tu sebab saya tengok dia sampai mengakar kepada rakyat. Ada program-program di sekolah-sekolah, program dengan budak-budak universiti, ada dibagi geran dan benda tu saya tengok menarik… apa ni… dan benda-benda yang membawa kepada sustainable development semua ni, dia ada geran. Saya difahamkan ada geran dimana, tahu kalau kita dapat maknanya bukan setakat Perlis Bersih Sihat, tetapi kita ada… kita tambahkan dengan hijau… hijau iaitu untuk sustaine ada kelestarian dan ini sedikit sebanyak kita susun. Dan yang saya nak mengulangi sekali lagi, dari aspek untuk kebersihan dan sebagainya ni, kita jangan tinggal aspek penguatkuasaan, penguatkuasaan penting. Kalau kita sekadar nak pendidikan ja tu boleh tetapi dia mesti kena selari kalau ni itu… bangkit tentang saya punya cadangan dulu, cctv. Kita dah tau dah berapa hotspot yang ada, dan itu culprit-culprit ni kalau dia memang ketegaq kalau kita... dia ni tak boleh kempen, macam mana Yang Berhormat Santan? PPR Sena, contohnya lif, tuntutan kita juga, kalau ada hidden cctv, sebab dia perlukan aspek penguatkuasaan tu penting. Sedikit banyak ini boleh membantu pihak penguatkuasa untuk menyelesaikan aduan-aduan jenayah yang berlaku.
Yang Berhormat Speaker, perumahan… saya menyambut baik ada perancangan yang agak teliti dalam Belanjawan kali ini. Untuk ini kita sama-sama merealisasikan untuk… kerana ini adalah orang kata tuntutan daripada rakyat kita ni dah lama dah dari segi perumahan ni. Sedikit saya nak menyebut tentang perumahan awam tu, yang mana dulunya istilahnya adalah RPA. Kita ada banyak taman-taman, dimana contohnya dalam kawasan Sena ni, yang paling lama RPAnya adalah Taman Gasing, tahun 78 dibina, diikuti Taman Merpati tahun 1980 dan seterusnya taman-taman RPA yang lain, dimana saya nk menyebut dari aspek kebanyakan RPA leasehold 99 tahun. Jadi penduduk-penduduk telah menuntut kepada saya supaya menyuarakan depa bimbang apa nak jadi ni sebab dah lama dah. Cerita dia ni macam kalau anak ni dah… silap-silap 40 tahun dah ada cucu dah. Saya tak dak cucu lagi, saya 40 tahun, jadi depa bimbang, dah nak dekat dah kan. Saya mohon supaya ada satu, Kerajaan Negeri mungkin… mungkin boleh ubah syarat ka? Kesian depa ni. Takkan kita habis 99 tahun depa kena keluarkan? Jadi kita harapkan suatu yang… yang positif daripada pihak Kerajaan Negeri tentang leasehold 99 tahun ni, dan satu lagi…
Yang Berhormat, sila buat…
Ya, last. Baik. Apa nama… longkang… dia longkang, pemasangan longkang di RPA ni kebanyakan RPA longkang agak daif. Saya mohon supaya...
Sila tamatkan perbahasan Yang Berhormat.
Dinaik taraf. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih pada semua Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dipersilakan Indera Kayangan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Bintong, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pengarah-Pengarah jabatan, rakan-rakan media, serta hadirin yang dihormati sekalian. Selamat tengah hari dan salam sejahtera. Bersyukur kita pada hari yang berbahagia ini atas kurniaan kesihatan yang baik oleh-Nya. Dan usaha serta kelancaran perancangan pihak SUK Negeri Perlis yang juga telah menjalankan siaran langsung, kita jua kembali di Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Ke-14 di dalam Dewan yang mulia ini. Pertama sekali, syabas dan tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar atas pembentangan Bajet Negeri Perlis 2022 semalam. Dan terima kasih juga kerana diberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan bahas saya berkenaan dengan belanjawan dan masalah setempat di kawasan saya. Yang Berhormat Dato’ Speaker, penularan pandemik COVID-19 sejak akhir tahun 2019 telah banyak memberikan cabaran dan menguji segala aspek kehidupan dan kesihatan kita. Ia termasuk kegiatan harian kita, aktiviti sosial dan ekonomi, kualiti dan tekanan hidup, hubungan kekeluargaan, gangguan emosi dan sebagainya. Gaya hidup seumpama ini telah menyebabkan dan memberikan kesan yang berlainan dan mengikut cara masalah atau perubahan corak hidup kita. Keadaan ini bertambah buruk apabila kestabilan ekonomi, politik dan ekonomi yang terumbang-ambing di negara kita. Walau bagaimanapun, ada yang menjadi lebih berdikari dan kuat dalam menghadapi dugaan hidup dan lebih berjaya. Ada pula yang benar-benar jatuh ke dalam lingkungan yang amat susah kehidupan mereka. Ada pula keluarga yang semakin susah dan ditambahkan dengan masalah dan keganasan rumahtangga. Ada yang kehilangan tempat bergantung hidup mereka apabila orang kesayangan mereka meninggalkan mereka. Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kebajikan kehidupan rakyat perlulah sentiasa diutamakan dan menjadi agenda utama dan pertama serta paling penting bagi kita sebagai wakil rakyat. Kenaikan indeks kemiskinan, pengurangan kadar pendapatan, kenaikan permintaan barang keperluan dan kos sara hidup yang tinggi secara mendadak serta peluang pekerjaan yang terhad adalah cabaran yang harus kita pikul bersama agar proses pemulihan kehidupan rakyat di negeri Perlis khasnya dan di negara ini amnya akan dapat ditangani dan berjalan dengan lancar. Walaupun sektor-sektor ekonomi dan kegiatan pergerakan tidak lagi disekat, saya ingin menyeru kepada semua pihak agar terus mematuhi SOP dan bekerjasama dengan pihak kerajaan serta mengambil segala langkah-langkah pencegahan penularan wabak COVID-19 kerana penyakit ini masih aktif dan terus berjangkit. Dalam masa ini juga, Perlis masih dalam bacaan R naught yang tinggi dan dalam lingkungan jangkitan yang tinggi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, penilaian pertanian dan penternakan. Memandangkan sektor pertanian dan penternakan adalah kedua tinggi iaitu 18.5 peratus selepas sektor perkhidmatan pada 69.7 peratus dan dalam perancangan untuk dipergiatkan. Saya cadangkan agar kelonggaran juga diberikan kepada golongan M40 dan terbuka kepada mereka yang berminat selain daripada B40 dan tanpa had umur. Ini adalah kerana mereka yang berminat bukan sahaja dijangka akan menjalankan kegiatan itu lebih serius malahan lebih gigih belajar dan terus dapat berkongsi pembelajaran sesama peserta program pertanian dan penternakan. Maka dengan itu, mereka akan memberikan motivasi dan saling mengaji sesama peserta. Disamping itu, sekiranya mereka ada lebih hasilan pertanian, mereka juga boleh memberikan hasil pertanian kepada jiran mereka yang tiada masa lapang untuk sertai program pertanian dan peternakan berkenaan. Selain itu, program rangsangan dan keusahawanan produk asas tani untuk wanita juga perlu dan boleh dipertimbangkan untuk kaum-kaum wanita khususnya untuk ibu tunggal yang kehilangan tempat bergantung dan yang memerlukan. Selain itu, kerajaan juga disarankan untuk mengambil perhatian masalah pengaliran bekalan benih padi, bekalan baja, racun serangga kepada para petani yang menjalankan aktiviti pertanian padi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, keusahawanan dan aktiviti perniagaan. Tahniah atas usaha Kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak peluang dan tempat perniagaan sejajar dengan dasar bebas niaga dalam membantu rakyat Perlis. Beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah kewujudan aktiviti perniagaan itu tidak memberikan masalah kesesakan jalan raya. Pihak yang bertanggungjawab harus sediakan tempat letak kereta yang mencukupi tanpa menyebabkan kacau ganggu kepada penduduk kawasan yang berkenaan. Selain daripada itu, alat penapis minyak juga harus dipraktikkan dan dikuatkuasakan kepada peniaga dan penjaja makanan untuk memastikan tahap pencemaran air buangan yang minima ekoran daripada akitiviti perniagaan. Dalam perkara lain, saya juga terima keluhan peniaga di kedai makanan dan minuman yang telah menghadiri taklimat syarat-syarat permohonan lesen minuman keras pada 17 November 2021 bersama dengan pegawai kastam dan BPD. Walaupun berita terbaru semalam telah memaklumkan terbatalnya permohonan di peringkat Kerajaan Persekutuan lesen untuk penjualan minuman berkenaan, namun kerajaan tempatan masih berkuasa untuk melaksanakan undang-undang kecil di peringkat kerajaan tempatan. Sebagai seorang wakil rakyat, saya telah membawa suara rakyat ke dewan persidangan yang mulia ini agar kerana para peniaga berharap dan merayu agar tiada sebarang perubahan syarat atau panduan aktiviti perniagaan ini akan berlaku kerana mereka baru sahaja kembali menjalankan aktiviti perniagaan mereka seperti biasa buat masa ini setelah sekian lama terpaksa berdepan dengan arahan dan panduan perniagaan PKP. Pada masa yang sama, saya menyarankan bahawa penguatkuasaan yang tegas terus dijalankan agar minuman ini tidak dijual kepada mereka yang tidak boleh membelinya. Keharmonian kehidupan rakyat berbilang kaum di Perlis harus terjamin dan kami berharap di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Bintong perkara ini akan terus berlaku. Budaya, sejarah, seni dan warisan...
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak tanya sikit.
Ya?
Memanglah kalau orang yang tak mampu beli, dia tak payah jual. Oh, tadi yang YB kata jangan jual kepada orang yang tak mampu beli.
Bukan tak mampu beli. Tak boleh… tak boleh beli.
Kalau tak mampu, siapa pun tak payah jual. Bukan kata minuman keras saja, rokok pun tak boleh jual.
Tak boleh maksudnya di atas kekangan, mungkin agama ke dan sebagainya.
Berapa kedai semua YB yang ada jual arak di Perlis ni?
Sorry?
Berapa buah kedai yang ada jual arak di Kangar ni?
Banyak juga kedai yang jual arak di negeri Perlis. Ok…
Yang tu kena tanya Yang Berhormat Santan lah.
Ok, budaya sejarah seni dan warisan, sesungguhnya negeri Perlis merupakan negeri yang paling utara dan mempunyai ramai penduduk keturunan Siam berbanding dengan negeri lain. Ini adalah satu kelebihan kepada negeri Perlis. Mungkin kita boleh memperkembangkan produk makanan dan kebudayaan Siam supaya dia menjadi satu produk pelancongan kepada negeri Perlis dan dengan harapan itu diharapkan…
Yang Berhormat Indera Kayangan, mohon pencelahan.
Ya, boleh.
Yang Berhormat Speaker, saya tertarik dengan apa yang disebut yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Indera Kayangan, aspek untuk dari budaya kaum Siam yang… yang telah lama… sebahagian penduduk kita di negeri ini. Dimana saya tengok depa ada… apa pandangan Yang Berhormat kalau contohnya depa ada Pesta Songkran, selalu ni kita cerita aspek dah buka… kita dah melalui post-pandemic dan sebagainya boleh ada festival… apa pandangan Yang Berhormat kalau kita… supaya Kerajaan Negeri pertimbangkan kita adakan start cara tahunan festival Songkran yang mana ini sedikit sebanyak sebagai satu produk pelancongan versi… maknanya daripada orang... ramai orang Malaysia ni saya tau, suka pi tengok pesta Songkran di negara jiran kita daripada… makna kata kita tahan daripada pi negara jiran, depa cukup sekadar mai ke Perlis dapat menikmati festival Songkran. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Ok, terima kasih Yang Berhormat Sena. Saya minta permohonan ini dimasukan dalam perbahasan juga dan saya minta sebolehnya EXCO Pelancongan, YB Chuping turut sama dan menyokong inisiatif ini.
Kaum Siam pun ramai di Chuping.
Ya betul, dan ini adalah satu kelebihan dan gunakan produk pelancongan yang kita ada di Perlis dan yang kita boleh perkembangan. Dan pada masa itu, kita juga tidak abaikan budaya untuk kaum-kaum lain mungkin India, Cina dan kita ada ramai kawan-kawan yang datang dari Sabah dan Sarawak juga. Apa kata dan apa salahnya kalau kita turut memperkembangkan budaya mereka. Projek pembangunan market lama, Kangar, saya ingin tau berkenaan perkembangan projek market lama, Kangar yang pernah saya ungkitkan beberapa tahun yang lepas memang dimaklumkan akan ada projek perkem… pembangunan yang akan dilaksanakan pada mesyuarat yang lepas. Namun, rasanya sehingga kini tiada sebarang tindakan yang telah diambil malahan, saya telah mendapati dalam masa yang terdekat ini ada kerja pembinaan dan ikat bata di bangunan market lama yang berkenaan, saya mohon penjelasan dan pencerahan berkenaan isu ini. Terima kasih.
Program perumahan rakyat, ok, terima kasih atas usaha dan inisiatif Kerajaan untuk menyediakan lebih banyak tempat kediaman mampu milik dan juga PPR untuk memenuhi keperluan rakyat. Walau bagaimanapun usaha penyelenggaraan dan baikpulih serta kualiti hidup penduduk yang mendiami di PPR setakat masih belum perhatian. Saya minta usaha dan jasa baik Kerajaan Negeri untuk melaksanakan dan juga mengambil langkah yang sepatutnya agar dapat menaikkan taraf dan kualiti hidup penduduk ini. Kerana menjamin kualiti hidup yang baik untuk rakyat kita juga adalah salah satu tanggungjawab kita sebagai Kerajaan. Ini berlaku di… seperti yang telah saya bangkitkan dalam soalan lisan saya di Pangsapuri Seri Sena dan kita juga tidak lupa untuk Pangsapuri Wang Ulu dan juga Pangsapuri Jalan Sarawak Kuala Perlis. Penyelenggaraan jalan raya dan infrastruktur, memandangkan Ahli… memandangkan Majlis Perbandaran Kangar bertanggungjawab menjaga satu Perlis yang luas, saya cadangkan Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Kangar harus adakan satu pasukan khas ataupun task force, dengan izin, porthole dan juga maintenance dengan pertambahan kakitangan juga untuk memantau dan menyelenggarakan jalan raya yang berlubang dan penutup longkang serta… dan sebagainya. Kerana kerja penyelenggaraan yang diadukan ada kala mengambil masa yang panjang dan terlalu lama untuk dilaksanakan. Satu contoh adalah di penutup longkang di persimpangan masuk ke pejabat J&T di Jalan Raja Syed Alwi. Laporan kerosakan telah dibuat pada 7 Mei 2021 kepada MPK dan sehingga ke hari ini kerja penutup… penutup longkang tu masih tidak disiap-siapkan dan kebesaran hanya dua puluh… lebih kurang 25 kaki persegi sahaja. Dan ini telah… ini merupakan kerosakan kali yang kedua yang telah saya laporkan dalam tempoh dua tahun. Maka dengan ini juga saya rasa mungkin kualiti kerja yang digunakan amat dipertikaikan juga.
Untuk kawasan permainan kanak-kanak dan juga taman rekreasi perumahan, pada 30 haribulan September 2019, saya telah mengadakan lawatan tapak bersama Pegawai Lanskap MPK ke beberapa kawasan permainan kanak-kanak iaitu di Taman Putra Utama, Taman Mutiara, Taman Seri Guar dan Taman Kechor. Di sekitar kawasan… di sekitar kawasan Indera Kayangan untuk tujuan buat baru, baikpulih dan penyelenggaraan taman-taman berkenaan. Mohon bagi pencerahan dan laporkan perkembangan ekoran daripada lawatan tapak berkenaan. Dan untuk Taman Putra Utama, atas permintaan penduduk, saya mohon agar pihak pemaju dapat menyiapkan taman permainan berkenaan dan bersama dengan peralatan serta kemudahan yang lengkap. Saya difahamkan kerja menyiapkan taman permainan kanak-kanak itu hanya akan dibina apabila pihak pemaju berkenaan menjalankan kerja pembinaan fasa baru perumahan dan ini tidak seharusnya dijadikan alasan kerana penduduk disitu sudah menghuni di kawasan berkenaan sejak enam hingga tujuh tahun yang lepas. Jika di tunggu-tunggu lagi, untuk pembina fasa baru perumahan mungkin anak-anak, kanak-kanak yang kecil tu sudah pun pergi ke universiti baru depa siapkan. Saya rasa tiada keperluan untuk terus menunggu dan kerja kemudahan taman kanak-kanak di Taman Putra Utama sebagai satu kemudahan kepada penduduk bukan tertakluk kepada fasa pembinaan baru perumahan pemaju tetapi kepada keperluan penduduk kawasan perumahan berkenaan. Dalam perkara lain, saya ingin memohon pihak MPK mempertimbangkan pertambahan peralatan senaman untuk warga dewasa ataupun warga emas di taman-taman rekreasi untuk memenuhi keperluan warga Perlis dan warga emas yang ramai, agar mereka juga boleh menjalankan senaman ringan dan beriadah di kawasan rekreasi awam.
Selain daripada taman rekreasi, saya juga ingin mohon agar kos pembersihan dan penyelenggaraan sistem saliran dan perparitan di kawasan peramahan… Perumahan sama ada untuk JPS ataupun MPK dinaikkan dan ditambah supaya kerja penyelenggaraan ini boleh dijalankan dengan lebih kerap dan berkesan agar kesihatan dan keselamatan rakyat terjaga, terjamin khususnya dalam mencegah penyakit denggi dan sebagainya, memandangkan ia juga bahaya dan boleh meragut nyawa. Untuk saliran dan perparitan, saya ingin memohon agar Kerajaan memberikan peruntukkan untuk menaikkan taraf sistem perparitan di Taman Perlis khususnya Lorong 3, untuk menyelesaikan masalah kilat… Banjir kilat yang berlaku sekiranya hujan lebat berlaku melebihi 30 minit. Perkara ini juga ingin saya bawa bersama daripada aduan daripada penduduk di Taman Seri Bintong Maju, Lorong 4, perkara yang sama juga berlaku ya… Jika hujan kebat berlaku melebihi 30 minit, banjir kilat akan berlaku. Saya mohon pihak MPK turun dan tolong pantau buat kajian untuk menyelesaikan masalah banjir ini. Terima kasih. Perlis Go Digital, ini adalah satu inisiatif yang sangat baik. Saya rasa YB SS telah banyak berusaha untuk membuat… untuk menjalankan kerja ni, dan penggunaan teknologi dalam memangkinkan ekonomi ini memang sangat bagus. Dan ia dapat meluaskan rangkaian dan juga lingkungan perniagaan. Dan juga aktiviti perniagaan dan dengan Perlis Go Digital ini, perniagaan bukan hanya boleh berlaku di Negeri Perlis, malahan di Malaysia dan seluruh dunia. So syabas saya ucapkan kepada Yang Berhormat SS dan juga Kerajaan Negeri Perlis. Selain daripada itu, Perlis Go Digital itu juga dapat menyalurkan maklumat tentang informasi negeri dan juga pendidikan kepada semua warga Perlis. Dan saya pasti dengan adanya saluran pendidikan...disalurkan kepada warga Perlis, dia akan memandaikan lagi rakyat Perlis. Untuk SAP, memang saya bersetuju dengan YB-YB yang lain bahawa penukaran paip mesti giat dijalankan kerana kita ada banyak paip yang lama. Dan kita ada banyak paip yang lama yang tidak menepati piawaian SIRIM. Saya mohon sekiranya boleh, sila lakukan kerja berkenaan, untuk mengelakkan kebocoran dari semasa ke semasa. Dan saya juga mendapat aduan daripada ramai penduduk di Negeri Perlis bahawa kualiti air di negeri Perlis yang kurang bersih. Saya mohon Kerajaan Negeri giat usahakan agar negeri Perlis dapat menyalurkan dan membekalkan kualiti air yang bersih dan bermutu kepada rakyat negeri ini. Dan juga tidak lupa juga apa yang telah saya ungkitkan di sidang yang lama, iaitu sidang yang lepas, iaitu pembekalan air harus dijadikan keutamaan juga semasa terputus bekalan air, kepada warga negeri Perlis, ok.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kebajikan rakyat. Perkara ini saya ingin ungkitkan khas buat kebajikan keluarga yang kehilangan tempat bergantung, atau sebab COVID-19. Saya berharap pihak kerajaan mengambil perhatian khas untuk keluarga ini, dan bantulah sejauh mana yang boleh. Saya ingin dapatkan maklumat mangsa yang terlibat di kawasan saya, supaya saya boleh turun sendiri, meninjau keperluan dan bantuan yang boleh saya hulurkan kepada mereka. Mohon jabatan yang ada maklumat berkenaan, sila berikan maklumat itu kepada saya. Terima kasih. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak JKM Negeri Perlis, yang sentiasa menyantuni rakyat, memainkan peranan yang penting dalam membantu masyarakat dan memastikan kebajikan… bantuan kebajikan sampai kepada mereka yang memerlukan. Selain daripada itu, saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada PERKESO Negeri Perlis yang juga membantu mangsa-mangsa dan keluarga… mangsa kemalangan… kemalangan dalam menghadapi segala dugaan.
Krematorium. Terima kasih saya ingin ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Bintong atas peruntukan yang telah diberikan dalam belanjawan 2021 ke atas perkara ini. Pada masa yang sama kami ingin tahu perkembangan yang lebih lanjut berkenaan dengan projek krematorium ini. Kerana ini adalah satu perkara yang diambil berat dan sangat penting serta keperluan oleh masyarakat bukan Islam di negeri Perlis.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, bangunan dan kawasan industri lama. Syabas dan tahniah atas kerja dan projek berimpak tinggi yang giat dijalankan seperti Perlis Inland Port, CVIA dan sebagainya. Apa pula usaha Kerajaan Negeri dalam membantu mengembalikan kegiatan industri kecil dan sederhana, di kawasan-kawasan sekitar Kuala Perlis, Jejawi dan sebagainya. Usaha memajukan kawasan pekan lama, dan rumah kedai yang terbiar di kawasan berkenaan… di pekan… pekan lama Kangar dan juga Kuala Perlis. Akhir sekali, saya ucapkan tahniah dan syabas sekali lagi, atas pembentangan Belanjawan 2021 Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, dan juga terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar atas kesudian beliau untuk memberikan peruntukkan kepada ADUN Pembangkang juga, agar kami juga boleh menjalankan tugas kami sebagai wakil rakyat yang men… berkhidmat untuk rakyat.
Kesempatan ini juga, saya ambil untuk mengucapkan terima kasih kepada semua agensi Kerajaan seperti BPD, MAIPs, MPK, JKR, SAP, Pertanian, Perhutanan dan sebagai yang… dan sebagainya yang tidak sempat saya sebutkan, saya berdoa atas anda, agar anda semua terus berkhidmat dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada semua rakyat di negeri Perlis. Akhir sekali, saya mohon menyokong belanjawan 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Sekian, terima kasih. Dan sebelum itu, saya berharap semoga segala perancangan dapat dilaksanakan dan yang penting membawa pembangunan kepada Negeri Perlis dan memanfaatkan rakyat jelata hendaknya. Sekian, terima kasih.
Penangguhan DewanAdjournment
Penangguhan Dewan.
Terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan, dan masa yang diambil pun sangat baik. Ahli-Ahli Yang Berhormat, terima kasih kerana dapat mengambil bahagian dalam perbahasan secara dasar ini untuk Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2022 dan Rang Undang-Undang Pembekalan Tahun 2022. Sekali lagi, terima kasih. Juga saya ingin menarik perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat, bahawa pihak Dewan telah berjaya menerbitkan draf Penyata Rasmi Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Perlis yang Keempat Belas yang bersidang pada hari kemarin. Jadi kita dah siap. Dan draf ini dapat dikeluarkan dalam masa 24 jam. Insya-Allah persidangan hari ini, kita akan keluarkan esok. Dan ini satu pencapaian yang baik.
Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan ditangguhkan untuk hari ini dan akan disambung semula pada hari esok Khamis, 9 haribulan Disember 2021, jam 9:00 pagi. Sekian, terima kasih.
(Persidangan ditangguhkan pada jam 1.30 petang)