Perlis · 9 December 2021

14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 175 turns · 31,235 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerlis publishes one PDF per sitting day, but nothing after 9 Aug 2023 although the assembly has kept sitting. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan mula bersidang.

Doa

Penolong Setiausaha Dewan

Doa.

(Bacaan doa oleh Penolong Setiausaha Dewan)

Pemasyhuran daripada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis

Setiausaha Dewan

Pemasyhuran oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri.

Speaker

Bismillahirahmanirahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Berhubung aturan mesyuarat kita pada hari ini, urusan Mesyuarat Dewan selepas ini akan diteruskan dengan sesi soalan jawab lisan berdasarkan turutan soalan seperti yang terkandung di dalam Kertas Perintah Mesyuarat Dewan. Saya akan cuba untuk memperuntukkan tempoh masa supaya semua soalan dapat dijawab secara lisan tetapi sekiranya ada yang tidak sempat, jawapannya akan dikemukakan kemudian secara bertulis oleh pihak Kerajaan. Setelah itu, Dewan akan berehat sebentar dan apabila disambung semula, Usul Anggaran Pembangunan Negeri Perlis Tahun 2022 dan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2022 yang kedua-duanya membentuk anggaran bajet negeri Perlis tahun 2022 akan dibuka semula untuk sesi maklumbalas dan penggulungan oleh pihak Kerajaan, dan seterusnya untuk diluluskan. Kesemua urusan mesyuarat pada kali ini akan diselesaikan pada hari ini juga dan setelah itu, Dewan akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sekian, terima kasih.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Soalan-soalan lisan.

Speaker

Soalan-soalan lisan, dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan ni saya rasa dah dijawab oleh Yang Amat Berhormat dalam pembentangan bajet, Wallahu’alam.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 3.

(Soalan 3 : Sejauh manakah kemajuan Pelan Strategik Pembangunan Perlis (PSPP) 2012-2030 untuk mencapai matlamat peningkatan ekonomi dan mentransformasikan Perlis menjelang 2030?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahirabbilalamin wahibi nasta’in. Salam sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Berkenaan dengan kemajuan Pelan Strategik Pembangunan Perlis dalam mencapai matlamat peningkatan ekonomi dan mentransformasikan Perlis menjelang tahun 2030 iaitu Wawasan Perlis Negeri Bandaraya. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum saya pergi kepada sejauh manakah kemajuan Pelan Strategik ini, saya ingin memaklumkan dahulu bahawa ada tiga aktiviti-aktiviti utama atau ekonomi utama yang telah diberikan tumpuan khusus dalam usaha kita untuk mencapai Wawasan 2030 ini iaitu Wawasan Negeri Bandaraya, Perlis Negeri Bandaraya. Pertamanya ialah tumpuan kepada ekonomi sempadan dan logistik. Yang keduanya pelancongan eko. Ketiga, tenaga yang boleh diperbaharui dan seterusnya ialah pertanian yang bernilai tinggi. Yang Berhormat Dato’ Speaker… sehingga kini kita telah pun mula nampak progress atau kemajuan yang dicapai berhubung dengan keempat-empat tumpuan yang kita berikan dari segi ekonomi… pembangunan ekonomi ini. Pertamanya ialah dari segi pertanian bernilai tinggi. Semalam Yang Berhormat Sena telah menyebut mengenai Chuping Super Fruit… Super Fruit Valley. Itu adalah salah satu kemajuan yang telah pun dicapai. Kemudian kita ada lagi iaitu juga di bawah pertanian bernilai tinggi. Pengwujudan Chuping Agro Valley, yang ini melibatkan lebih daripada 11,800 ekar tanah yang sekarang ini dimiliki oleh Syarikat FGV, yang mana Syarikat FGV adalah merupakan pelabur utama dengan kerjasama dengan pihak FELCRA Berhad dan juga sebuah syarikat pelabur daripada luar negara iaitu Baladna Incorporated or Baladna Limited, sebuah syarikat daripada Qatar yang akan terlibat di dalam pelaburan di kawasan yang seluas 11,800 ekar ini. Dan pihak FGV telahpun memulakan salah satu komponen pelaburan mereka di atas tanah ini iaitu untuk mewujudkan ladang tanaman komersial. Dan mereka telah pun mula menanam nanas MD2 di atas tanah secara berfasa-fasa, di atas tanah seluas 1,200 hektar. Dan sepertimana yang saya sebutkan dalam ucapan bajet saya dua hari lepas, dia ada… selain daripada nanas, mereka juga bercadang untuk menanam tanaman-tanaman komersial yang lain seperti Jerusalem Artichoke or vanilla dan juga jagung, yang mana jagung ini akan digunakan sebagai makanan binatang untuk satu lagi komponen pembangunan yang akan berlaku di atas ataupun di dalam kawasan Chuping Agro Valley iaitu penternakan tenusu yang dicadangkan di sini ialah untuk sebuah ladang tenusu yang akan menempatkan 10 ribu ekor lembu di kawasan tersebut. Dan selain daripada itu, ada juga sebenarnya… juga dalam konteks pertanian bernilai tinggi ini, pengwujudan ladang-ladang ternakan ruminan yang bersaiz sederhana dan kecil seperti di Bukit Temiang yang menggunakan tapak yang dimiliki oleh Jabatan Veterinar seluas 7 ekar yang telah kita berikan, kita sewakan kepada pihak swasta untuk dibela ayam, kambing, lembu dan telah pun mengeluarkan hasil sebenarnya. Kalau sekiranya Yang Berhormat… Ahli-Ahli Yang Berhormat pernah merasa ayam D’Canggung kalau tak silap saya, itu adalah merupakan keluaran daripada ladang ternakan di Bukit Temiang yang tanahnya adalah merupakan tanah milik Jabatan Veterinar dan kita juga telah meluluskan dua lagi ladang ternakan di tapak veterinar sekarang ini di Batu 20, Jalan Kangar - Padang Besar. Dan satu lagi di Bilal Hudoh, dan di satu lagi tempat di Bilal Hudoh juga akan diwujudkan satu pusat pengeluaran makanan binatang dan itu dari segi yang saya boleh sebutkan di antara lain apa yang telah pun kita capai, sejauh mana yang telah kita perolehi setakat ini dalam sektor pertanian bernilai tinggi.

Dan dari segi pelancongan, Yang Berhormat sendiri sedar bagaimana situasi sektor pelancongan kita di Perlis pada masa kini dengan kehadiran ramai sekali pengunjung-pengunjung ataupun pelancong-pelancong ke negeri kita terutama sekali di Padang Besar, di Bukit Ayer, di Batu Pahat dan juga di Kuala Perlis. Ini adalah merupakan tempat-tempat yang sering dikunjungi oleh pelancong-pelancong. Dan semalam… dan kesannya amat besar kepada ekonomi Negeri Perlis dan juga kepada rakyat negeri Perlis yang telah dibukakan peluang… dibukakan peluang untuk mereka berniaga terutama sekali perniagaan makanan. Dan semalam pun saya di dalam kesibukan tugas harian, semalam saya sempat untuk singgah di sebuah restoran makanan di Jejawi, berhampiran dengan Masjid Sungai Adam dan di sana saya sempat bertemu dengan seorang pengusaha penjual sate dan saya tanya dia, bagaimana sekarang ni perniagaan?

Jawapannya sangat positif. Dia kata, bisnes dia sangat lumayan sekarang ini. Jadi, itu juga adalah merupakan salah satu lagi… tetapi ini kita belum dapat buat pengukuran dari segi nilai kepada ekonomi kita tetapi itu merupakan suatu pencapaian sebenarnya. Dan selain daripada itu, untuk ekonomi sempadan dan logistik CVIA, kita telahpun dapat melihat fasa pertama telah pun dilaksanakan yang seluas 440 hektar untuk ditempatkan… untuk diletakkan infra-infra yang diperlukan oleh pelabur-pelabur dan telahpun ada sekurang-kurangnya tiga pelabur yang telah bersetuju untuk melakukan pelaburan di sana dan Kerajaan Negeri juga telah pun meluluskan permohonan mereka untuk melakukan pelaburan di sana. Jadi Yang Berhormat, kalau saya nak sebutkan satu-persatu memang banyak, tetapi itulah di antara beberapa projek pembangunan yang telah pun kita rancangkan untuk dilaksanakan dalam konteks untuk kita mencapai Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012 - 2030 dan saya boleh sebutkan satu-persatu di sini, Pusat Perniagaan Bersepadu misalnya bernilai 30 juta… 39 juta telah pun siap. Ini di CVIA. Perlis Inland Port, ini dalam proses. Saya nak jawab tadi soalan Yang Berhormat daripada Sanglang, tapi Yang Berhormat Sanglang kata tak perlu lagi, sebab dah jawab di dalam bajet… dalam ucapan bajet saya. Kemudian, Kangar Sentral sudah pun berjalan. Kalau Yang Berhormat perasan, itu sebelah highway kat Behor Temak… kat Behor Lateh telah pun berjalan kerja-kerja fizikal dari segi superstructure… eh sorry, dari segi substructure akan bermula tidak lama lagi, kerja-kerja tanah telah selesai dan yang lain-lain itu merupakan adalah merupakan projek-projek yang akan dilaksanakan tidak lama lagi seperti MRCG misalnya akan membina kilang di sana yang dianggarkan bernilai RM54 juta dan kilang ini kemudiannya akan disewa oleh juggle circuit iaitu sebuah syarikat pelabur daripada Amerika Syarikat yang akan melabur di dalam bidang di dalam pengeluaran cip… pengeluaran cip. Pelaburan ini dijangka bernilai RM53 juta dan bakal menyediakan peluang pekerjaan lebih kurang seribu peluang pekerjaan lebih. Biotech Birdnest juga akan ditempatkan di CVIA dan satu lagi ini agak besar, Next Generation Oil, ini adalah merupakan satu syarikat yang akan melabur untuk mengeluarkan minyak daripada algae ya, dan ini dianggarkan pelaburan dia RM2.44 juta dan akan membuka peluang pekerjaan sebanyak 1,600 lebih peluang pekerjaan. Jadi itu… dan kos CVIA yang lain, CVIA infra sahaja nilai pelaburannya sekarang ini yang dilakukan oleh Kerajaan ialah sebanyak 20 juta… eh… RM200 juta lebih. Jadi kalau kita kumpulkan keseluruhan senarai pelabur-pelabur ini, termasuk juga pelaburan yang dilakukan oleh Kerajaan, ia membawa kepada angka RM6.576 bilion dan peluang pekerjaan yang akan dapat diwujudkan ialah lebih kurang 6,000 lebih peluang pekerjaan. Jadi itu sejauh sehingga kini progress yang telah dicapai dalam konteks kita untuk menuju ataupun memenuhi Pelan Strategik 2012-2030 dan juga mencapai Wawasan Perlis Menjelang Bandaraya 2030. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sena.

Assalamualaikum Dato’ Speaker soalan saya, soalan nombor 4.

(Soalan 4 : Berapakah jumlah taman perumahan yang terdapat di kawasan DUN Sena? Senaraikan setiap taman perumahan tersebut serta perinciannya dari segi pemaju, jumlah unit perumahan, serta kemudahan infrastruktur dan utiliti termasuk loji pengolahan kumbahan.)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Sena. Yang Berhormat Dato’ Speaker, terkini senarai maklumat taman perumahan yang terdapat di kawasan DUN Sena adalah sebanyak 34 taman dan jumlah keseluruhan unit rumah adalah 1,606 jumlah rumah. Kesemua perumahan ini adalah tertakluk kepada kepada peraturan dan garis panduan yang berkuatkuasa yang mana perlu dipatuhi oleh pemaju dalam membina kemudahan infrastruktur dan utiliti termasuk loji pengolahan kumbahan di taman perumahan-perumahan tersebut. Pembangunan projek perumahan perlu menyediakan kemudahan infrastruktur dan juga utiliti. Mengikut garis panduan yang sedang berkuatkuasa untuk pembangunan hartanah di Negeri Perlis, pemaju perlu mematuhi syarat-syarat seperti berikut untuk penyediaan kawasan lapang. Yang pertama, pembangunan perumahan bertanah, landed housing, dan permohonan pembangunan bercampur ataupun mix development yang berkeluasan 3 ekar ke atas hendaklah memperuntukkan sekurang-kurangnya 10% daripada keluasan tapak pembangunan untuk tujuan kawasan lapang; atau yang kedua permohonan pembangunan perumahan bertanah dan permohonan pembangunan bercampur yang berkeluasan kurang daripada 3 ekar tanah hendaklah dikecualikan daripada syarat penyediaan kawasan lapang dan dikenakan caruman gentian kawasan lapang yang dikira pada harga semasa tanah tersebut atas kategori ataupun syarat bangunan berdasarkan nilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah. Berdasarkan kepada Garis Panduan Perancangan Perumahan, PLAN Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, berikut adalah keperluan penyediaan kemudahan infrastruktur dan utiliti. Ya… yang pertama, loji pengolahan kumbahan. Skim perumahan melebihi 30 unit kediaman perlu menyediakan loji pengolahan kumbahan. Reka bentuk dan kelas-kelas loji rawatan, penyediaan zon pemampan… penampan dan keperluan-keperluan lain perlu menepati kaedah dan garis panduan terperinci berkenaan penyediaan dan perancangan kemudahan utiliti yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, termasuk… yang kedua, Garis Panduan Industri Pembetungan Malaysia. Yang ketiga, Spesifikasi Teknikal untuk Sistem Rawatan Kumbahan bagi Produk Loji Pakej Kolam Takungan perlu disediakan dengan keluasan 5% daripada keluasan tapak pembangunan. Reka bentuk kolam, pemilihan lokasi dan keperluan-keperluan lain perlu menepati Manual Saliran Mesra Alam (Jabatan Pengairan dan Saliran, 2002). Seterusnya tapak Pencawang Elektrik Penyediaan bekalan elektrik di kawasan perumahan perlu mengikut keperluan dan permintaan semasa dan masa hadapan. Keperluan penyediaan pencawang elektrik terbahagi kepada empat kategori berdasarkan fungsi dan jumlah kapasiti iaitu pencawang masuk utama iaitu PMU, pencawang pembahagian utama PPU, stesen suis utama (SSU) dan pencawang elektrik (PE). Perancangan Tapak dan segala aspek berkaitan bekalan elektrik perlu merujuk kepada “Electricity Supply Application Handbook, Third Edition, Nov 2011” dan Buku Panduan Piawai Reka Bentuk Pencawang Elektrik, 2011 atau terkini terbitan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Seterusnya, laluan kemudahan bagi menempatkan utiliti-utiliti seperti kabel elektrik, komunikasi, paip air, paip gas, laluan perparitan, saliran, pembetungan dan penempatan bagi talian lampu awam, pondok telefon dan sebagainya. Lebar minimum laluan adalah 3 meter. Perincian kepada keperluan penyediaan laluan kemudahan utiliti sama ada dalam bentuk koridor khas kemudahan utiliti bersepadu atau di dalam rizab jalan digariskan di dalam Garis Panduan Perancangan Laluan Kemudahan Utiliti, JPBD Semenanjung Malaysia. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Santan. Saya mohon supaya Yang Berhormat Santan dapat beri jawapan secara bertulis senarai nama-nama taman yang ada di dalam Sena yang sebut tadi… yang sebut dari segi jumlah. Saya perlukan data dan termasuk pemaju dan sebagainya... takpa, itu selepas ini. Saya telah diajukan terutamanya daripada penduduk di dua taman, jadi saya perlu penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat Santan tentang terutamanya berkenaan loji kumbahan iaitu Taman Seri Pulai. Saya ingat saya pernah sebut di Dewan yang mulia ini pada sidang lepas atau tahun lepas, dua tahun lepas, tetapi tidak ada apa-apa perubahan. Taman Seri Pulai dan yang terbaru adalah Taman Seri Firdaus dimana fasanya banyak. Memang strateginya dibuat di bawah 30 unit seolah-olah macam nak pemain undang-undang kan… itu pandangan penduduk. Jadi… dan depa maklum depa… Yang Berhormat kata tadi berkenaan dengan caruman. Caruman bermakna tabung telah diwujudkan untuk tujuan-tujuan utiliti kumbahan dan sebagainya tetapi malangnya sampai sekarang ni berapa lama dah, fasa bertambah terutamanya Taman Seri Pulai dah jadi berbelas fasa dah, tapi depa bimbang sampai la ni tak dak kumbahan dan la ni apa nasib depa dan macam mana kumbahan kalau tidak ada satu sistem pembentungan kumbahan dan sebagainya… loji kumbahan, macam mana dengan sisa-sisa tu? Adakah sisa-sisa tu keluar ke longkang dan dia akan timbul aspek masalah tentang alam sekitar. Macam mana dari segi alam sekitar dan depa maklum kat dua taman ni selalu berlaku masalah denggi, apa ni… nyamuk aedes… pembiakan nyamuk aedes. Depa rasa ada kaitan dengan yang ni, apabila tidak ada loji kumbahan berpusat, tidak ada rawatan, mungkin menyebabkan dari segi aspek alam sekitar tercemar dan akhir sekali bawa kepada isu kesihatan. Jadi saya minta benda ni dibawa secara serius la kerana melibatkan penduduk yang ramai. Ya la, depa dah bayar dari segi tabungan semua. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Sena, saya akan bagi detail-kan perkara-perkara yang disebutkan tadi. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan saya, soalan nombor 5.

(Soalan 5 : Apakah pakej atau insentif tawaran Kerajaan Negeri dalam membantu menarik pelabur ke negeri Perlis dan bagaimanakah Kerajaan Negeri boleh menjamin setiap pelaburan ke negeri ini dapat membantu warga negeri Perlis?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan. Berkenaan dengan pakej dan rangsangan negeri Perlis, kita ada dua insentif atau pakej… apa… yang ditawarkan oleh pihak pelabur untuk menjadikan Perlis lebih menarik kepada pelabur-pelabur. Yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri yang dinamakan Pakej Intensif Rangsangan Pasca COVID-19 dan berkuatkuasa mulai 21 Februari 2021 sehingga 31 Disember 2022. Kita ada enam insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri. Pertamanya ialah pengurangan premium tanah pada kadar 10% kepada kadar 30%. Dan ini tertakluk kepada kadar rundingan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri dengan pelabur berkenaan. Kedua, kaedah bayaran cukai tanah secara berjadual. Ini mengurangkan bebanan kepada pelabur di mana kalau katakan jumlah orang kena bayar RM5 juta, ya, jadi boleh dijadualkan secara beransur-ansur kepada kadar yang ditetapkan di pihak Kerajaan Negeri. Ketiga pengecualian bayaran caj perkhidmatan sebanyak RM1,000, tak besar la yang ni tapi sekurang-kurangnya ini satu insentif. Keempat, keputusan dasar Kerajaan Negeri dalam tempoh dua minggu sahaja… keputusan dasar MMK dalam tempoh dua minggu sahaja dari tarikh pembentangan dalam Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Negeri Perlis. Kelima, pengurangan cukai taksiran sebanyak 10% bagi sektor pergudangan dan pembuatan dalam tempoh dua tahun bagi pelabur baru dan yang keenam, pengurangan bayaran lesen bagi sektor pergudangan dan pembuatan dalam tempoh dua tahun bagi pelabur baru. Itu adalah merupakan insentif yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan jika boleh dibuat perbandingan keempat-empat negeri yang berada di dalam Koridor Utara iaitu Pulau Pinang, Perak, dan Kedah, Perlis adalah merupakan insentif yang paling menarik berbanding keempat-empat… ketiga-tiga negeri di dalam Koridor Utara itu. Ini bukan saja nak buat cerita tetapi itu maklumat yang dimaklumkan kepada saya oleh pihak NCER, iaitu pihak pelaksana Koridor Utara. Dan di masa yang sama terdapat juga pakej galakkan cukai NCER dan pakej ransangan insentif pasca COVID-19 NCER. Jadi apakah sebenarnya pakej galakan daripada pihak NCER ataupun NCIA ni? Yang pertama, pengecualian cukai ini adalah merupakan pakej yang telah ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan dan ia diterjemahkan dari segi pelaksanaannya oleh pihak NCER ataupun NCIA. Pertama, pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100% untuk tempoh sehingga 15 tahun, iaitu 5 plus 5, plus 5. Tiga kali untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang digalakkan, aktiviti yang digalakkan ini ialah aktiviti yang dipanggil promoted activities oleh para pelabur. Yang kedua, pelabur-pelabur juga boleh memilih elaun cukai pelaburan, investment tax allowance, 100% untuk tempoh 15 tahun, 5 plus 5 ya, yang boleh ditolak 70% daripada pendapatan berkanun pada setiap tahun taksiran. Ketiga, sebagai galakan tambahan kepada salah satu pilihan di atas, para pelabur juga boleh memohon pengurangan duti setem ke atas surat cara pindah milik tanah atau pajakan tanah dan keempat, para pelabur juga boleh memohon pengecualian duti import ke atas loji dan mesin, peralatan, alat ganti dan bahan mentah dan komponen yang tidak dikeluarkan di dalam negara dan digunakan secara langsung di dalam aktiviti pengeluaran. Kedua-dua pakej ini adalah merupakan pakej yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Yang Kerajaan Negeri yang pertama yang disebutkan tadi, itu adalah galakan atau insentif yang ditawarkan untuk menarik pelabur-pelabur ke negeri Perlis dan bagaimana Kerajaan Negeri nak mempastikan ini? Factor punya question, dengan izin Dato’ Speaker, Yang Berhormat selalu merapu tanya tentang soalan berangkai, tiga dalam satu, jadi part dua, bagaimana Kerajaan Negeri boleh menjamin setiap pelaburan ini dapat membantu negeri Perlis? Pertamanya peluang pekerjaan lah dan ini rakyat negeri Perlis harus bersedia dengan kelayakan-kelayakan dan kemahiran-kemahiran tertentu untuk membolehkan mereka merebut peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan dan Kerajaan Negeri sendiri telah mengambil inisiatif secara bersendirian mahupun dengan kerjasama agensi-agensi di peringkat persekutuan dengan NCER menawarkan kursus-kursus tertentu yang diperlukan oleh industri-industri yang bakal wujud di negeri Perlis ini. Pertama kita ada kerjasama dengan Jabatan

Sumber Manusia, di mana program-program latihan yang kita anjurkan di ILM, di ILP… sorry, di Institut Latihan Perindustrian itu, kita bayarkan… kita bayarkan yuran kemasukan kepada pelajar-pelajar khususnya di negeri Perlis ke institut berkenaan. Dan pihak NCER of course memang menawarkan banyak program-program latihan untuk meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar yang keluar… yang telah memasuki pasaran sama ada untuk bekerja di negeri Perlis ataupun di luar… luar negeri Perlis. Banyaklah program-program yang dianjurkan oleh NCER dalam perkara ini dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan kita ada juga kerjasama dengan institusi-institusi latihan yang lain, misalnya dengan pihak MARA pun ada untuk kita berikan kemahiran-kemahiran tertentu kepada rakyat negeri Perlis khususnya school leavers, dengan izin, dan ini adalah merupakan kaedah bagaimana untuk kita memastikan supaya rakyat negeri Perlis dapat merebut peluang hasil daripada pelaburan yang datang. Walau bagaimanapun, ini bukan satu gerenti kerana, dengan izin, at the end of the day, it is you. You have to have the qualification to secure… to secure the job. Dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker. Jadi, saya harapkan penjelasan yang saya berikan ini memenuhi tuntutan soalan Yang Berhormat. Terima kasih Dato’ Speaker.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Bintong. Jadi, saya ingin tanya pendapat Yang Berhormat… bukan pendapatlah… maksudnya saya pernah cuba browse portal data terbuka untuk nak check… nak cari tentang maklumat promosi pelaburan ke Perlis dan sebagainya. Kalau saya tak silap, dia agak outdated. Kalau saya tak silap lah… apa nama… Yang Berhormat Speaker, tahun 2017 kot. So, maklumat dia, apa Yang Berhormat Bintong tu bagi tahu sekarang dah berbeza lah kan. Dia pakej saya tengok lebih menarik. So, saya mohon supaya pihak… unit bahagian pelaburan yang bertanggungjawab untuk update dengan… update di portal data terbuka dan juga website Perlis… perlis.gov.my, promosi berupa satu investor presentation dan juga brochure yang menarik. Dan yang kedua, saya mohon pihak Yang Berhormat, kita pernah… kita ada universiti yang agak berprestij, banyak… UniMAP… Perlis, banyak dia punya impak yang dia bagi. Kalau saya tengok last punya… kita… dengan ni… saya mohon supaya dapat di… depa pun dari segi… orang kata industri dan sebagainya. Apa ni… engineering. So, dapat… kita dapat manfaatkan. Makna kata jadi dapat manfaatkan UniMAP untuk mengadakan research… research ataupun… apa dipanggil… dari segi untuk meningkatkan… apa… keupayaan kita untuk menarik pelabur dan sebagainya. Sebab saya difahamkan UniMAP pernah… pernah buat… dia dapatkan geran untuk Perlis Maju 2015 dulu untuk membantu dari segi mendapatkan data-data dan sebagainya. Jadi, saya mohon supaya kita dapat manfaatkan UniMAP dalam pelan yang terbaru… pelan perancangan pembangunan negeri yang terbaru. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Sena. Saya menyambut baik saranan itu. Dan sebenarnya dengan UniMAP ini memang kita dah ada collaborative efforts di antara Kerajaan Negeri dengan UniMAP for quite sometime, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker. Betul, kita memang mendapat kerjasama dan pertolongan daripada pihak UniMAP dalam konteks Perlis Maju 2015 iaitu mereka membantu kita dari segi pengutipan data-data, statistik untuk kita melihat dari segi pencapaian Perlis Maju 2015 itu. Dan sehingga hari ini pun sebenarnya kita masih ada collaborative efforts ataupun usaha-usaha kerjasama dengan pihak UniMAP itu. Dan UniMAP memanglah kita tahu sebuah institusi yang mengeluarkan pelajar-pelajar yang berkelulusan dalam bidang teknikal dan bidang engineering dan ini sebenarnya… saya tak sebut tadi, tapi of course lah apa yang dikeluarkan oleh universiti itu juga akan masuk ke pasaran. Dan bukan sahaja pasaran tapi juga… pasaran di luar… tapi juga di negeri Perlis. Jadi, kalau pelajar-pelajar daripada Perlis yang graduate daripada Unimap ini, dengan ketika itu ada peluang pekerjaan di negeri Perlis, maka peluang itu perlulah di… di… di… be assisted by them. Jadi insya-Allah lah itu dia punya ni… Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Soalan tambahan ya. Ada tak Kerajaan Negeri pernah terfikir selain daripada peluang pekerjaan yang diwujudkan untuk memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga Perlis dan sekiranya warga Perlis tidak dapat memenuhi kriteria dan kemahiran tersebut, ada tak Kerajaan Negeri terfikir untuk berkerjasama dengan syarikat-syarikat ataupun mendapatkan dana yang lebih daripada NCER untuk menarik lebih ramai pemuda-pemuda dari luar negeri Perlis dan memberi insentif… mereka mungkin insentif penginapan ataupun perjalanan untuk mereka memulakan pekerjaan di negeri Perlis? Dan dengan cara itu, mungkin kita boleh meramaikan orang di Perlis dan dapat secara tidak langsung menjana dan membangunkan ekonomi di negeri Perlis. Terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Baik Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan. Sebenarnya bukan kita boleh berfikir, memang dah fikirkan pun (ketawa). Ini pun dah lama kita fikirkan. Cuma yang saya nak sebutkan di sini bahawa peluang yang diwujudkan di negeri Perlis ini kita tidak boleh wujudkan satu resurrection. Bahawa ini hanya khusus untuk rakyat negeri Perlis semata-mata. Dia adalah merupakan peluang yang terbuka kepada rakyat negeri Perlis dan juga rakyat yang daripada luar Perlis. Kalau sekiranya pihak employers mendapati bahawa orang daripada luar Perlis lebih berkelayakan dan ditawarkan peluang-peluang ini, maka peluang itu akan pergi kepada mereka yang daripada luar Perlis. Dan memang kita tak… tak adalah satu program khusus ya untuk melatih ataupun memberikan insentif kepada mereka yang daripada luar. Pekerja-pekerja daripada luar dok datang ke Perlis khusus… ya, tak ada. Apa yang kita adakan adalah merupakan program yang ditawarkan yang terbuka untuk semua. Tetapi untuk rakyat negeri Perlis, kita ada program yang khusus yang diwujudkan dengan pihak… dengan kerjasama pihak NCER itu. Jadi apapun, apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi mungkin kita boleh fikirkanlah tengok nanti. Insya-Allah. Terima kasih Dato’ Speaker.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.

Soalan saya nombor 8.

(Soalan 8 : Apakah perkembangan pembangunan jeti Kuala Sanglang?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Berkenaan dengan Jeti Kuala Sanglang, soalan ini pun Yang Berhormat ada sebutkan kelmarin di dalam ucapan Yang Berhormat ke atas Bajet 2022 dan di dalam Bajet 2022 pun kita ada sebutkan perkara ini. Apakah perkembangan pembangunan di jeti di Kuala Sanglang? Pembangunan fizikalnya belum bermula Yang Berhormat. Tetapi, aspek-aspek yang berkaitan dengan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, kelulusan-kelulusan yang perlu diperolehi… telahpun diperolehi kesemuanya cuma mungkin pelan pembangunan, pelan rekabentuk itu belum ada lagi, belum dikemukakan kepada pihak… saya rasa kepada pihak MPK. Ini boleh disahkan oleh pihak MPK, YDP ada di sini. Dan pelaksanaan pembangunan jeti bersepadu Sanglang ini dia berkait rapat, Yang Berhormat, dengan pelaksanaan yang akan berlaku ke atas Perlis Inland Port. Jadi, apabila Perlis Inland Port… pembangunan Perlis Inland Port itu bermula, selepas 6 bulan barulah Sanglang Integrated Jetty ini akan bermula. Sebab dia adalah merupakan… dia saling berkait di antara satu sama lain. Dan kita tidak mahu… mengikut perancangannya yang dibuat oleh pihak pemaju, dia tidak mahu apabila Sanglang Integrated Jetty itu siap tetapi PIP tidak siap. Ya, sebab dia will be… dengan izin… operating cost… involved dan dia tidak boleh beroperasi tetapi dia kena bayar maintenance dan sebagainya. Jadi, dia nak selaraskan supaya apabila PIP siap, maka di masa yang sama, Sanglang Integrated Jetty juga akan siap. Jadi, kedua-duanya siap serentak. Jadi itu yang… yang sedang berlaku sekarang ni Yang Berhormat. Terima kasih.

Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Jeti Kuala Sanglang ni dia… perancangan tu lama dah. Dia seolah-olah macam orang, dia bertunang lama, lepas tu dia dengar berita macam-macam. Yang pertamanya saya dapat maklumat yang tak sahihlah, yang tak sahih. Cuma ini mungkin Yang Amat Berhormat boleh bagi maklumat. Banyak pihak yang tak bersetuju. Yang pertamanya… kawasan persisiran pantai itu akan menghadkan untuk nelayan pantai. Yang keduanya akan hilang luasnya kawasan industri makanan, bendang… di kawasan tu. Sebab dia ada pembinaan jalan daripada Kuala Sanglang ke… sampai ke pelabuhan darat di Padang Besar apa semua. Yang ini saya ingin dapat penjelasan daripada Yang Amat Berhormat.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Sebenarnya, isu yang mengatakan bahawa dia akan menjejaskan kehidupan nelayan-nelayan tradisional, nelayan pantai ni sebenarnya tak timbul. Dan… semasa projek ini sedang dirancang, sebenarnya sesi libat urus telahpun diadakan dengan penduduk-penduduk tempatan dan juga persatuan-persatuan nelayan yang berkenaan. Dan… peruntukan di dalam undang-undang telah dipenuhi sebenarnya, iaitu untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak-pihak yang dikatakan akan terkesan dengan projek ini. Dalam tempoh itu, tidak ada satu pun maklum balas yang diterima. Jadi, pihak pemaju… sebab ini tindakan ini diambil oleh pemaju. Pihak pemaju… disebabkan tidak ada respon yang diberikan dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka pihak pemaju menganggapkan bahawa tidak ada… tidak ada bantahan yang dilakukan. Yang kedua, projek ini telahpun melalui kajian-kajian yang diwajibkan oleh Kerajaan. Pertamanya adalah EIA iaitu Environment to Impact Assessment, juga telah… dah diluluskan. Yang kedua, SIA iaitu Social Impact Assessment. Ini adalah merupakan kajian yang melihat apakah impak yang negatif yang akan timbul sekiranya projek ini dilaksanakan. Itu juga telah diluluskan sebenarnya sebab dia tidak akan timbul isu-isu yang negatif. Dan saya sendiri di dalam perancangan mengenai reka bentuk projek ini, saya telah secara personal, saya telah memberitahu kepada pihak pemaju bahawa reka bentuk ini mesti jangan menghalang nelayan-nelayan tradisi pantai ini untuk mencari makan. Dan kerana itulah kita lihat reka bentuk Sanglang Integrated Jetty ini, dia membenarkan untuk nelayan itu melepasi trestle yang akan dibina. Maksudnya trestle itu berada di atas, mereka boleh melepasi di bawah. Jadi dia tak sama macam jambatan yang telah dibina di Yan, Kedah. Yang menghubungkan pulau… apa tu… Pulau Bunting ke apa ka, daripada Yan tu kan yang pergi ke Pulau Bunting, dimana nelayan-nelayan tak boleh lalu di bawah. Dia kena pusing. Yang ni tak ada. Nelayan boleh melepasinya. Sebab ketinggian itu telah diambil kira untuk memastikan supaya dia tidak menjadi penghalang kepada bot-bot ikan yang menggunakan perairan tersebut untuk menangkap ikan. Dan yang ketiga, Yang Berhormat bangkitkan mengenai isu… dia akan menyebabkan berlakunya pengurangan kawasan pengeluaran padi. Tak timbul itu Yang Berhormat. Sebab pertamanya, SIJ ini dia tidak menggunakan kawasan bendang langsung. Tak ada kawasan bendang yang akan digunakan. Dan yang keduanya, jalan yang Yang Berhormat maksudkan itu adalah merupakan jalan yang sedia ada. Hanya jalan itu sahaja yang akan dibuat upgrading. Ya… dan kalau ada pun tanah yang akan digunakan, tanah yang extra yang akan digunakan, dia tidak banyak. Sebab dia hanya akan menaik taraf jalan itu sahaja. Dan saya bagi jaminan ini kepada Yang Berhormat, itu tak… tak akan berlaku. Katakan nak pengambilan tanah yang sampai… hilang… ya, punca pendapatan kepada penduduk itu tak akan berlakulah. Jadi, saya rasa… perancangan SIJ ini telah dibuat sedemikian rupa… dengan hasrat dia meminimakan ataupun tidak ada langsung kalau boleh kesan-kesan negatif kepada penduduk tempatan dan juga kepada persekitaran di kawasan Sanglang tersebut. Malah, dia sebenarnya akan membuka peluang yang lebih besar, yang lebih banyak kepada penduduk tempatan, kalau sekiranya penduduk tempatan merebut peluang-peluang yang akan diwujudkan nanti. Bukan hanya sebagai tempat baru untuk bekerja, tetapi juga peluang-peluang limpahan yang akan wujud di sekitar kawasan tersebut. Sebab SIJ ni, Sanglang Integrated Jetty ini, dia bukan hanya jeti semata-mata… dia ada sistem pergudangannya dan sebagainya di sana. Jadi, kalau kita melihat projek ini daripada kaca mata yang positif, dan juga melihat pada masa depan penduduk-penduduk bukan sahaja di kawasan Sanglang tetapi juga di negeri Perlis, sebenarnya dia akan membuka peluang yang lebih luas untuk rakyat negeri Perlis mencari rezeki dan menambahbaik kehidupan masing-masing. Insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Dipersilakan… dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya nombor 9.

(Soalan 9 : Sehingga tahun 2020, berapakah jumlah penduduk negeri Perlis yang telah diberikan tanah Kerajaan untuk mendiami dan apakah syarat-syaratnya?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

YB Guar Sanji mengenai kelulusan tanah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk mendiami ya… sehingga Disember 2020, sebanyak 14,886 kelulusan telah diberikan kepada rakyat negeri Perlis yang melibatkan 12,325 penduduk. Itu dari segi kelulusan dan apakah syarat-syaratnya? Syarat-syaratnya seperti mana yang ditetapkan di bawah Seksyen 43 Kanun Tanah Negara, sebab ini merupakan kitab yang kita ikuti, Akta… Akta

Tanah Kanun Tanah Negara atau National Land Code 1965 iaitu orang-orang benar selain daripada remaja. Orang-orang benar ni maksudnya, ialah mereka yang berumur 18 tahun ke atas lah, iaitu takrif orang-orang benar itu. Dan… perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa dibawah perlembagaan mereka untuk memegang tanah, Raja-Raja pemerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain yang diberi kuasa memegang tanah dibawah peruntukan-peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Consulate 1957 dan badan-badan yang diberikan kuasa secara nyata untuk memegang tanah dibawah mana-mana undang-undang bertulis lain. Dan dalam konteks di negeri Perlis ini, kita ada sebab permohonannya banyak… dan permohonan ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, ada yang 50, 60 tahun dulu, 30 tahun dulu ya… dan ada yang seawal mungkin lima tahun sebelum ini, dan kita telah menetapkan syarat bahawa, permohonan yang diberikan pertimbangan utama adalah permohonan-permohonan yang melebihi 10 tahun. Jadi adalah tidak adil kalau kita memberikan keutamaan ataupun memberikan pertimbangan yang sama rata kepada permohonan yang berumur tiga tahun atau lima tahun atau empat tahun berbanding dengan yang telah dibuat 50 tahun. Jadi sebab itu kita menggunakan tempoh itu sebagai satu satu cut-off… cut-off point untuk membolehkan kita memberikan keutamaan kepada pemohon-pemohon yang telah pun melakukan permohonan lebih awal lagi. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Bintong, saya duk dengar Yang Berhormat penjelasan tu seolah-olah macam satu jumlah yang besar permohonan. Boleh dak saya nak dapat data berapa jumlah permohonan tu, dan apa isu-isu yang timbul yang menyebabkan agak lama untuk nak diluluskan dan sebagainya. Kerana ini bagi saya kalau kita dapat mempercepatkan ia adalah satu… dapat menambahkan… revenue kepada Kerajaan Negeri. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih, saya tak dapat bagikan butiran terperinci sekarang ini ya. Tapi…

Secara bertulis ya Yang… Yang Berhormat.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Ya… ya insya-Allah itu akan kita bagikan nanti. Tapi ni bukan soalan lisan, ini soalan tambahan. Takpa, kita akan… kita akan… kita akan… apa ni... jelaskan dalam bentuk bertulis nanti. Saya nak… nak menjelaskan di sini bahawa walaupun kita tidak dapat memberikan kelulusan yang banyak pada satu-satu tahun ya, tapi kita melalui proses yang sangat teliti, sebenarnya sebab kita nak wujudkan keadilan di dalam kelulusan-kelulusan yang kita berikan itu. Kalau ada satu permohonan itu misalnya, kerana satu permohonan ni proses sahaja dia mungkin mengambil masa yang sangat panjang, kadang-kadang mungkin melebihi pada satu tahun. Jadi Yang Berhormat mungkin mengatakan mengarut depa ni buat kerja, satu tahun tak selesai. Memang tak boleh selesai kalau sekiranya kes itu complicated. Pertamanya, permohonan yang bertindih, dan tidak ada kompromi di antara pihak-pihak yang menuntut ke atas tanah tersebut. Kalau katakan tiga parti yang terlibat, tiga individu yang terlibat ke atas satu tanah, kita terpaksa memanggil ketiga-tiga individu ini, untuk duduk semeja. Dan kadang-kadang kita bernasib baik, kita boleh mendapatkan persetujuan, dua orang beralah dan seorang yang dipersetujui. Tetapi dalam banyak keadaan, dan realitinya, ketiga-tiga ni takmau beralah. Satu tahun tak selesai… dua tahun tak selesai Yang Berhormat, tiga tahun pun tak boleh selesai. Jadi dari itu prosesnya kemudiannya kita lihat latar belakang kepada pemohon-pemohon, kita tidak mahu kalau ada pemohon-pemohon yang dia dah ada tanah 30 ekar dan somewhere else, dia memohon lagi. This is not fair. Sebab itu untuk mewujudkan situasi yang dikatakan fair atau adil itu. Orang-orang yang telah mempunyai tanah ini, dan memohon lagi, kita tidak benarkan. Sebab kita tak mahu… kita nak bagi kepada mereka yang tak bertanah, bukannya kepada mereka yang dah pun bertanah, sebab ini tanah Kerajaan. Jikalau saya nak cerita tu panjanglah, itu… itu menyebabkan setiap satu proses itu, setiap satu permohonan itu prosesnya agak panjang. Kerana kita nak mempastikan supaya permohonan itu betul-betul genuine dan yang keduanya menyelesaikan complication yang seperti mana saya sebutkan tadi, dia… dia bertindih diantara beberapa permohonan ke atas sekeping tanah itu. Jadi saya harapkan dari ini dapat menjelaskan kenapa sesuatu permohonan itu mengambil masa yang agak panjang, kita pun mempunyai kekangan di Pejabat Tanah sendiri, sebab kita tak cukup kakitangan ya. Nak menyelesaikan satu keping tanah saja, perlu ada satu team untuk pergi melihat tanah itu, panggil orang-orang yang berkenaan dan sebagainya. Kadang-kadang kita terpaksa berhadapan dengan mahkamah pula. Kalau sekiranya mereka tidak bersetuju, mungkin kes dibawa ke mahkamah, itu menjadikan proses lagi panjang sebenarnya. Jadi saya rasa Yang Berhormat Dato’ Speaker, cukuplah kalau saya terangkan itu, beri gambaran sedikitlah bagaimana keadaan yang kita terpaksa lalui dalam meluluskan… ataupun me… me... menimbang dan meluluskan permohonan-permohonan tanah yang dibuat pada Kerajaan itu. Terima kasih Dato’ Speaker.

Speaker

Dipersila Yang Berhormat Sena, soalan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 10.

(Soalan 10 : Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam memastikan Food Truck dapat beroperasi dengan lebih sempurna dan terjamin? Senaraikan lokasi yang dikenal pasti untuk tujuan operasi Food Truck di seluruh Negeri Perlis?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Sena, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kerajaan Negeri Perlis amat peka terhadap golongan usahawan, peniaga iaitu kecil atau sederhana ataupun IKS. Di negeri Perlis juga terdapat persatuan food truck, dimana ahli-ahlinya terdiri daripada peniaga-peniaga food truck, pelbagai inisiatif dan bantuan telah diberikan kepada golongan ini seperti bantuan peralatan meja plastik dan kerusi lipat untuk memudahkan urusan jualan perniagaan mereka. Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Perlis dalam pembangunan Perlis Go Digital, Kerajaan Negeri amat menggalakkan penggunaan cashless dalam kalangan peniaga food truck ini. Kebanyakan peniaga food truck juga telah menyediakan perkhidmatan atas talian atau perniagaan digital untuk kemudahan pengguna. Pembeli yang membeli di kawasan tersebut tidak lagi perlu mengeluarkan tunai. Bahkan mereka perlu mengimbas QR… QR Code yang disediakan untuk menyempurnakan transaksi pembelian dan jualan. Kerajaan Negeri juga turut menjalankan kerjasama dengan pihak Persatuan Pengguna Siber Malaysia dalam menawarkan penggunaan aplikasi mesin kira. Kursus mengenai penggunaan aplikasi mesin kira ini telah diberikan kepada para usahawan dan IKS Negeri Perlis. Aplikasi mesin kira ini, merupakan satu aplikasi yang menggunakan kod sistem untuk merekod urusan perniagaan seperti transaksi jualan, harga barang, stok barang, laporan jualan dan sebagainya. Kedua, aplikasi Me Want To Pay dimana program ini memberikan geran dengan perkakasan digital kepada para usahawan yang… ialah RM5,000.00. Melalui pendekatan digital ini, para peniaga khususnya peniaga food truck akan lebih terjamin dan mudah menjalankan perniagaan. Selain itu, operasi food truck dalam kawasan Majlis Perbandaran Kangar, adalah tertakluk kepada Undang-Undang Kecil Penjaja Majlis… MPK, dimana pemohon yang diluluskan akan diberikan Lesen Penjaja Bergerak dan dikenakan fi lesen sebanyak RM120.00 setahun, ataupun purata sebulan RM10.00 saja. Pada dasarnya, pihak MPK sentiasa mendukung hasrat Kerajaan Negeri untuk mempermudahkan aktiviti perniagaan selaras dengan dasar Perlis Bebas Niaga yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri. Secara umumnya, tiga aspek utama yang diambil kira dalam menimbang permohonan lesen termasuk aktiviti food truck ialah dari segi kebersihan, keselamatan dan kacau ganggu ataupun 3K, dimana penjaja boleh menjalankan perniagaan di lokasi-lokasi yang selamat tidak mendatangkan bahaya dan kacau ganggu kepada masyarakat dengan menitik beratkan aspek kebersihan. Justeru itu, sebarang permohonan oleh mana-mana pihak bagi melaksanakan aktiviti perniagaan food truck di mana-mana kawasan yang sesuai akan diberikan pertimbangan sewajarnya berdasarkan kriteria asas 3K yang telah ditetapkan tersebut. Beberapa lokasi yang sesuai dan boleh diberikan pertimbangan sewajarnya sekiranya terdapat permohonan sama ada daripada peniaga-peniaga food truck sendiri secara individu ataupun daripada pihak-pihak lain yang berminat untuk menganjurkan aktiviti food truck, antaranya kawasan yang telah ditetapkan ialah yang pertama Dataran Dato’ Sheikh Ahmad Kangar, Dataran Sena Indah Kangar, Dataran Kompleks Bazar MPK Jejawi, Tapak Lapang Kurong Tengar, Dataran Niaga Perniagaaan Kuala Perlis, Dataran Kompleks Bazar MPK Simpang Empat, Tapak Pasar Malam Arau, kawasan lapang hadapan Balai Bomba Padang Besar dan juga Brasmana Food Truck di Flea Market. Untuk makluman, pihak MPK tidak mengeluarkan lesen khusus bagi perniagaan food truck, sebaliknya peniaga food truck diberikan lesen penjaja bergerak yang mana lesen juga dikeluarkan kepada peniaga yang menggunakan kenderaan bermotor jenis lain untuk peniaga, contohnya van ataupun motor roda tiga. Sehingga Oktober tahun 2021, bilangan penjaja bergerak yang aktif berjumlah 104 orang. MPK juga mengalu-alukan sebarang cadangan oleh mana-mana pihak untuk menyediakan kawasan yang berpotensi untuk dijadikan sebagai tapak operasi perniagaan food truck. Sebelum ini juga terdapat beberapa pihak yang pernah menganjurkan aktiviti food truck di tapak masing-masing tapi malangnya inisiatif tersebut tidak dapat bertahan lama disebabkan kurang mendapat sambutan, antaranya MARA sebelum ini pernah menganjurkan aktiviti food truck di tapak parking bangunan pejabat MARA di Kangar setiap hari Sabtu dan Ahad, dan juga PKENPs juga sebelum ini pernah menganjurkan aktiviti food truck di tapak parkir UTC. Sekian harap maklum.

Yang Berhormat Speaker soalan tambahan. Terima kasih atas penjelasan Yang Berhormat Santan. Saya tengok ada… kira ada berapa dataran, sebab… tujuan saya ni… saya telah mendapat aduan sebenarnya dah… dia dah ada rentetan agak lama, dua tahun pun ada, tapi… daripada motor pun ada, sebab dia ada juga yang kategori motor kan? Seingat saya aduannya tu adalah depa komplain dari segi, waktu tu timbul katanya, yang di kawasan… yang di… dibenarkan adalah Dataran 360 Yang Amat Berhormat… Yang Berhormat sebut tadi ni, Dataran Dato’ Sheikh, yang mana depa pada kata kita tu faham Dataran Dato’ Sheikh yang depa tak berapa nak setuju tu sebab dari segi… apa ni… dia kawasan tu tidak sale… sale kurang dan lesen yang… yang depa kompelin tu pada ketika tu lesen yang diberikan… sebab depa adalah food truck jadi saya… maknanya ada perubahan la kot na, dari segi pada ketika tu, lesen maknanya… lesen bukan lesen bukan concept mobile tetapi depa…

Speaker

Yang Berhormat, ringkaskan soalan.

Ya, jadi… maknanya ada perubahan dari segi lesen dia boleh bergerak ke satu tempat ke satu tempat. Jadi okey… maknanya dia bersesuaian dengan dia lah. Saya nak… nak… nak… nak dapatkan penyelesaian itu lah. Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Baik terima kasih Yang Berhormat Sena, jadi tak ada masalah sekiranya individu ataupun persatuan peniaga food truck, sekiranya ada masalah tertentu berhubung kait dengan penambahbaikan dipersilakan untuk kita berbincang. Malahan kita menggalakkan dimana saja tempat yang difikirkan terbaik, insya-Allah pihak MPK tidak teragak-agak untuk mengeluarkan lesen, insya-Allah. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 11.

(Soalan 11 : Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk lihat semula dan hidup semula kawasan perindustrian kecil dan sederhana yang terbiar di sekitar Negeri Perlis?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan, Yang Berhormat Dato Speaker. Untuk makluman, kawasan perindustrian kecil dan sederhana telah diserahkan kepada pemilik persendirian. Walau bagaimanapun, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis mempunyai beberapa kawasan industri kecil dan sederhana (IKS) yang bertempat di Padang Besar dan juga Seriab. Bagi IKS Padang Besar, PKENPs dalam rundingan bersama beberapa pengusaha untuk menjalankan perniagaan di kawasan tersebut. Pelbagai promosi telah pun dilaksanakan bagi menarik usahawan-usahawan untuk menjalan perniagaan seperti iklan di media sosial, pemasangan banner pada bangunan IKS dan sebagainya. Daripada 12 unit IKS Padang Besar, tiga unit telah pun dijual, manakala enam unit dalam proses penjualan dan hanya tiga unit sahaja yang berbaki, manakala bagi IKS Seriab pula, PKENPs telah menyewa keseluruhan 29 unit bangunan-bangunan tersebut kepada usahawan-usahawan tempatan. Oleh demikian, tiada isu kawasan perindustrian kecil dan sederhana yang terbiar. Setakat ini PKENPs tiada sebarang perancangan sekiranya ada keperluan PKENPs akan membangunkan kawasan IKS yang baru. Bangunan yang disewa untuk tujuan perniagaan industri pada awalnya dijadikan gudang simpanan semata-mata pengakhirannya. Kesannya kawasan IKS milik PKENPs dilihat seakan-akan terbiar. Sekian.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, soalan-soalan lisan ditangguhkan setakat ini. Bagi soalan-soalan yang belum sempat dijawab, pihak Kerajaan akan mengemukakan jawapan secara bertulis. Dewan akan ditangguhkan sebentar dan akan disambungkan semula pada jam 11.00 pagi. Terima kasih.

(Persidangan ditempohkan sementara pada jam 10.17 pagi)

(Persidangan disambung semula pada pukul 11.00 pagi)

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula.

Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2022 dan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2022Bill

Setiausaha Dewan

Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2022 dan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2022.

Speaker

Dipersilakan pihak Kerajaan untuk memberikan maklumbalas dan seterusnya menggulung perbahasan. Dipersilakan Yang Berhormat Titi Tinggi.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan bin Man. Ahli-ahli Berhormat dan ketua- ketua jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya dikasihi sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera, Salam Perlis, Raja Berdaulat Rakyat Berilmu Negeri Sejahtera Perlis Maju. Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertamanya terima kasih kepada… dan setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat atas pembentangan Belanjawan 2022 dan secara keseluruhannya bersifat saksama dan adil dalam usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat negeri ini. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada ketua-ketua jabatan dalam melibatkan, merangka halatuju yang jelas demi pembangunan negeri Perlis yang lebih mampan. Jika diimbas semula banyak program dan projek-projek baharu yang bermanfaat diperkenalkan pada rakyat untuk dilaksanakan dalam tahun 2022. Tidak dilupakan penghargaan buat semua Ahli-Ahli Yang Berhormat termasuk di pihak luar pembangkang yang bersama kerajaan negeri dalam melontarkan hujah berbentuk cadangan, nasihat dan teguran bagi memacu masa depan yang konsisten selari dengan agenda pembangunan yang membawa Perlis ke arah yang lebih baik. Yang Berhormat Dato’ Speaker, inilah tradisi yang diamalkan Yang Berhormat di Negeri Perlis walaupun berada di dalam jalan yang berbeza kami tetap bersikap terbuka dan saling menerima pandangan terutama yang berkait dengan keluh kesah rakyat, ini lah bukti kesungguhan kami dalam menjaga dan mengukuhkan kesejahteraan negeri Perlis tercinta. Namun apa yang pasti kesungguhan dan kegigihan dipihak kerajaan negeri yang telah merangka dan menyuntik dimensi baharu kepada ekonomi negeri dapat memacu Perlis ke arah negeri maju yang mempunyai ekonomi berpendapatan tinggi. Saya percaya, tiga strategi pemulihan ekonomi yang dirangka yang melibatkan sektor pertanian dan penternakan, aktiviti keusahawanan serta pemerkasaan sektor pelancongan membolehkan hasil berbuah manis, sekaligus membantu meringankan… meningkatkan ekonomi dalam masa yang singkat. Bagi mencapai matlamat ini tiada pilihan lain kecuali cukup berani menghadapi realiti dan mengambil risiko untuk melonjakkan setiap rancangan yang direncanakan. Saya turut berpandangan bahawa peruntukkan berjumlah RM74.81 juta bagi projek-projek bekalan air adalah tepat pada masanya. Biarlah kerajaan negeri berhutang agar ke semua rakyat negeri ini dapat menghela nafas lega dan menjalani rutin hari dengan sempurna. Besar harapan yang dipertaruhkan saya agar melalui pernambaik itu sedikit sebanyak dapat meruntuhkan segala keluh kesah rakyat kerana menjadi impian semua agar Perlis terus membangunkan maju... membangun maju dengan infrastruktur yang efisien dan lestari bagi keselesaan rakyat negeri ini keseluruhannya. Yang Berhormat Dato’ Speaker, memandangkan kita masih dalam cengkaman COVID-19, saya ingin menyeru kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dan semua pihak secara amnya, untuk saling ingat mengingati meskipun kita telah lengkap divaksin dan diberi kelonggaran pergerakan jangan kita leka terus patuh SOP, bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19. Demikianlah penangguhan Belanjawan Negeri Perlis Tahun 2022, saya mohon menyokong, sekian Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Titi Tinggi, dipersilakan Yang Berhormat Mata Ayer.

Bismilahirahmanirrahim, assalamualaikum warrohmatullahiwabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-ahli rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, seterusnya hadirin sidang Dewan yang dimuliakan. Alhamdulillah, syukur akhirnya kita setelah 3 hari bersiaran dalam sidang Dewan, harini hari terakhir kita selesai menjalankan tugas dan tanggungjawab, pertama-tamanya saya ingin ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana telah berjaya mengendalikan sidang Dewan kali ini dengan begitu baik dan dapat diselesaikan begitu juga sepertimana Yang Berhormat Dato’ Speaker katakan, banyak soalan yang telah dapat dijawab sepenuhnya sepanjang 2 hari bersidang. Dan jugak, ucapan terima kasih, tahniah jugak kerana harini sejarahnya kita dibekalkan dengan rehal, ni membawa kepada sejarah zaman-zaman kita mengaji jahama dulu. Terima kasih banyak-banyak atas bekalan rehal ni dan jugak… kita jugak melakar sejarah kali ni di mana kita telah berjaya bersiaran di atas talian untuk seluruh warga Perlis mendengar dan menonton sidang Dewan kita kali ini. Dan juga ingin saya zahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Setiausaha Dewan, Cik Mawar yang cantik kerana bersama dengan anggota, bala tenteranya telah dapat membawa sidang Dewan kali ini dengan begitu baik. Kita dibekalkan dengan buku-buku yang sangat menarik untuk diteliti oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dan di kesempatan ini juga saya nak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri bersama dengan kakitangannya yang menyediakan Kertas Pembentangan Bajet 2022.

Sebelum saya nak teruskan dengan penggulungan, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan soalan daripada Yang Berhormat Indera Kayangan berkenaan dengan Projek krematorium di negeri Perlis. Untuk makluman, pada Bajet 2021, kerajaan negeri telah pun memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk kegunaan penganut agama lain selain daripada Islam, iaitu khusus untuk pembinaan krematorium dan selepas beberapa sesi perbincangan dan jugak lawatan tapak bersama dengan agensi dan jabatan-jabatan yang berkaitan, pihak kerajaan negeri telah pun mengenalpasti lokasi yang sesuai untuk dibina krematorium ini, iaitu di Wat Kubang Tiga di kawasan Chuping. Dan agensi pelaksana yang telah diberi tanggungjawab sebagai Penyelia kepada projek ini adalah Jabatan Kerja Raya, dan untuk makluman sidang Dewan, sekarang Jabatan Kerja Raya sedang dalam proses untuk merangka reka bentuk yang bersesuaian mengikut garis panduan yang telah ditetapkan bagi pembinaan krematorium tersebut dan insya-Allah pada tahun 2022, projek ini akan dapat dilaksanakan. Dan kita doakan ianya akan dapat disempurnakan pada sebelum akhir 2022. Insya-Allah.

Terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Indera Kayangan, dan menyentuh kembali kepada saranan daripada Yang Berhormat Guar Sanji berkenaan dengan bantuan kepada golongan wanita dan jugak ibu tunggal, saya selaku pemegang portfolio berkenaan ingin sekali… ingin sangat-sangat berkongsi dengan sidang Dewan semua bahawa, sepanjang Januari sampai November 2021, walaupun kita tidak dibenarkan bersemuka ataupun mengadakan program-program secara bersemuka, tetapi secara atas talian banyak program yang dilaksanakan dan telah pun disiar melalui facebook Jabatan Pembangunan Wanita, LPPKN dan jugak facebook media sosial yang lain. Cuma saya mengharapkan, wanita-wanita di luar sana telah pun mengambil manfaat daripada siaran atas talian tersebut. Kalau mengikut rekod yang telah dibekalkan kepada saya, bahawa sepanjang mengikut bengkel, program-program yang dilaksanakan Jabatan Pembangunan Wanita daripada Januari sehingga lah November dan sedikit pada Disember, kita mempunyai 74 program yang telah pun dilaksanakan termasuk lah jugak bengkel masakan, bengkel kursus dan sebagainya. Manakala di LPPKN pulak, setakat September sehingga November, 30 program atas talian telah pun dilaksanakan dan kita mendapat view dan jugak like yang begitu memberangsangkan daripada seluruh… terutama sekali wanita-wanita di luar sana. Manakala Jabatan Perpaduan jugak, tidak ketinggalan telah melaksanakan 9 program atas talian. Jadi, saya rasa ini bukanlah sesuatu yang boleh kita letakkan bahawa pandemik COVID-19 ini membataskan kita untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Jadi, cuma mau dengan tak mau. Itu yang sebenaqnya dan saya harap ini dapat menjawab kepada saranan oleh Yang Berhormat Guar Sanji… dan untuk tahun 2022, program-program akan diteruskan dan kita berharap supaya pandemik ini akan terlerai dengan sendirinya dan kita semua akan dapat bersemuka, maka akan bertambahlah program-program yang lebih baik… telah pun dirancang oleh pihak Jabatan Pembangunan Wanita dan jugak LPPKN bagi membantu rakan-rakan wanita kita yang memerlukan khidmat ataupun memerlukan sokongan bagi meneruskan sara hidup keluarga dan jugak menjadi sebagai punca pendapatan dan jugak rezeki terutama sekali ibu-ibu tunggal di luar sana.

Dan, saya jugak ingin menzahirkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di atas Pembentangan Bajet oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar pada 7 haribulan, dengan lebih 2 jam Yang Amat Berhormat berdiri membentangkan bajet untuk kita dan di sini jugak terletaknya peruntukan untuk wanita, untuk Portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak ditinggalkan walaupun dalam keadaan kita negeri Perlis sedang menuju bergerak laju untuk menuju ke arah negeri yang maju, membangunkan ekonomi dan jugak memperkasakan ekonomi rakyat, tetapi golongan wanita tetap tidak dilupakan. Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri dan jugak Kerajaan Negeri di atas peruntukan yang telah diperuntukkan. Kalau mengikut Yang Amat Berhormat sebut kelmarin, 7 haribulan tersebut, pembangunan wanita telah diperuntukkan sejumlah RM135,000.00. Alhamdulillah, saya mengharapkan sokongan daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat apabila program-program pembangunan wanita akan dilaksanakan pada 2022 nanti, sila lah bagi kerjasama untuk kita menjayakan apa yang telah kami agenda kan di portfolio saya. Dan, sedikit jugak ingin saya kongsikan bersama dengan tuan-tuan dan puan-puan sidang Dewan yang saya muliakan, bahawa di sini ingin jugak saya ucapkan terima kasih kepada Jabatan Pembangunan Wanita yang telah pun dapat mendaftar seramai 2476 orang ahli Skuad Waja. Untuk makluman sidang Dewan semua, ahli Skuad Waja ini adalah hasrat ataupun cadangan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan sukarelawan-sukarelawan wanita yang bersedia pada bila-bila masa untuk membantu terutama sekali rakan-rakan wanita yang mendapat tempias keganasan rumahtangga dan jugak lain-lain berkenaan dengan keganasan terhadap wanita. Jadi, saya harap Ahli-ahli Dewan yang ada mungkin mendapat sedikit maklumat berkenaan dengan Skuad Waja ini, dan terus lah bagi sokongan kepada Skuad Waja. Jugak ucapan terima kasih kepada Majlis Agama Islam yang jugak telah meluluskan Pusat Transit Keganasan Rumahtangga yang mana telah pun membenarkan asrama di Masjid Alwi untuk digunapakai sebagai Pusat Transit. Terima kasih banyak-banyak di atas keprihatinan tersebut. Sebenarnya, untuk makluman jugak kita telah mencadangkan 2 tempat, 3 tempat untuk dijadikan sebagai Pusat Transit, tetapi untuk permulaan pihak MAiPs telah bersetuju untuk membenarkan Masjid Alwi sebagai permulaan Pusat Transit tersebut. Jadi, berkenaan… selari lah dengan apa peruntukan yang telah pun diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada wanita bagi merealisasikan Keluarga Malaysia supaya golongan wanita mendapat manafaat sepenuhnya… maka bajet yang telah dibentang pada 7 haribulan untuk 2022 nanti, marilah kita sama-sama berganding bahu bekerjasama agar agenda yang telah dibawa oleh bajet ini yang memfokuskan 3 perkara dapat dilaksanakan dan dijayakan sepenuhnya. Dan, saya juga di kesempatan ini sebelum saya menutup kalang saya, saya ingin mengucapkan terima kasih…

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Yang Berhormat, sedikit pembetulan... boleh?

Boleh.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih kepada Yang Berhormat.

Speaker

Yang Berhormat, minta kat Speaker tau. Bukan mintak kepada Yang…

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker di atas teguran. Ok baik, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Mata Ayer. Tadi, Yang Berhormat menyebut berkaitan dengan program-program yang dibuat dalam pasca COVID-19 ni, daripada Januari sampai awal Disember lebih kurang 70 lebih program-program yang dilakukan sama ada berbentuk maya ataupun di lapangan. Jadi, satu, saya… kami di Pusat Khidmat lah, Wakil Rakyat sama ada Kerajaan atau pembangkang, kita tidak ada maklumat berkaitan penganjuran program-program tersebut, satu. Yang kedua, kalau ada maklumat-maklumat berkaitan, insya-Allah kita di Pusat Khidmat DUN kita ada banyak cabang-cabang yang boleh kita bekerjasama untuk kita hantaq peserta-peserta wanita yang di DUN Guar Sanji ni untuk bersama program tersebut. Yang kedua, sejauh mana program… bengkel yang dibuat itu mendapat sambutan. Sebab kita tak tau mengukur keberangsangan ataupun sambutan tersebut, sebagaimana yang kita… program pencarian kerja yang dibuat oleh… apa nama… PERKESO dengan beberapa agensi 1 hari bulan baru-baru ni, kita mendapat maklum bahawa program pencarian kerjaya itu tidak mendapat sambutan. Antaranya sebab saya dok perati ialah kerana tidak mengguna medium-medium yang ada untuk kita berkongsi, menguar-uarkan apa sahaja program yang dibuat oleh Kerajaan untuk mendapat sambutan di kalangan penduduk negeri Perlis ini. 40% sahaja ataupun target yang disampaikan… yang dicerita oleh PERKESO pada hari tu tak memberangsangkan. Kira sapa yang mai hari tu hampir 40% dapat semua, malah perjawatan kosong masih lagi diperlukan. Jadi, maknanya penyebaran maklumat… tawaran tu perlulah disebarkan dan dijemput kepada semua pihak. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Menyentuh berkenaan dengan promosi atau pun maklumat berkenaan dengan program sepertimana yang saya sebutkan tadi, program ni kita adakan atas talian, jadi rakan-rakan di luar sana rajin-rajin lah bukak facebook sebab kita uar-uarkan jugak pun melalui facebook dan sekitar bandar Kangaq memang kita ada letakkan satu dua banner, sebab kita kalau boleh kita nak jimatkan peruntukan, lagi pun program ni diadakan secara atas talian, jadi pihak Pusat Khidmat patutnya uar-uarkan, rajin-rajinlah bukak facebook, kaih-kaih laa facebook kami, Jabatan Pembangunan Wanita, LPPKN dan sebagainya. Dan untuk makluman berkenaan dengan kerjaya, pihak Jabatan Pembangunan Wanita bersama dengan PERKESO juga pernah mengadakan Karnival Kerjaya pada Ogos lepas dan setakat yang saya tengok dalam view tu kita mendapat 120 orang yang mendaftar dan daripada 120 tu, 77 ditawarkan pekerjaan ketika bersiaran. Sebab, sistem konsep temuduga jugak dibuat melalui atas talian tetapi 77 orang yang ditawarkan tu hanya 11 orang yang meneruskan untuk sesi ke-4 temuduga. Makna kata yang lain tu memutuskan talian. Jadi, saya tak pasti di mana salahnya kami, di mana salahnya Jabatan sebab kita dah tawar yang terbaik untuk mendapat pekerjaan kepada anak-anak kita tetapi begitu lah seadanya. Dan, kita harap minda kita akan dapat diubah mengikut kesesuaian semasa dan insya-Allah cadangan daripada Yang Berhormat Guar Sanji akan saya ambik maklum sepenuhnya, dan sekiranya untuk 2022 nanti kalau ada lagi kita akan cuba kaedah yang baru atau pun kaedah yang lebih berkesan supaya semua maklumat akan dapat disampaikan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dan jugak warga Perlis sepenuhnya. Dan, saya sambung kembali, di kesempatan ini jugak lah saya ingin mengucapkan terima kasih sangat-sangat kepada barisan JPKK terutama sekali kawasan Mata Ayaq yang bekerjasama dengan Wakil Rakyat Mata Ayaq dalam menjayakan apa jua agenda atau pun program yang dilaksanakan di kawasan. Dan JPKK ini jugak lah yang begitu banyak memberi maklumat dan jugak mendorong kita terutama sekali sepanjang Pandemik COVID-19 2021 dan jugak 2020. Jadi, tanpa JPKK siapa lah Wakil Rakyat Mata Ayaq. Terima kasih banyak-banyak. Wakil Rakyat Mata Ayaq memang sayang JPKK Mata Ayaq… dan jugak ucapan terima kasih saya kepada semua sekali, kepada semua sekali Ketua-Ketua Jabatan yang mungkin saya tak sebut di sini yang jugak begitu banyak membantu kawasan Mata Ayaq dan jugak negeri Perlis seluruhnya dalam menjayakan agenda kita pada 2021 ini. Dan saya mengharapkan hubungan baik ini akan dapat diteruskan dari masa ke semasa demi kesejahteraan dan jugak keharmonian rakyat negeri Perlis di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang begitu komprehensif untuk membantu negeri kita menuju ke arah negeri maju, dan saya rasa itu sahaja dan saya dengan berbesar hatinya menyokong sepenuhnya dengan sukacita dan berbesar hatinya menyokong sepenuhnya Bajet 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 7 haribulan. Sekian terima kasih… terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat, dipersilakan Yang Berhormat Pauh.

Bismillahirahmanirrahim, alhamdullilahi rabbi ‘alamin wassalatu wassalamu ‘ala asyrafil anbiya’e wal mursalin saidina muhammadin wa’ala alihi wasahbihi ajma’in, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Keluarga Malaysia, Salam Perlis, Raja Berdaulat Rakyat Berilmu Negeri Sejahtera Perlis Maju. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat, seterusnya sidang Dewan yang dimuliakan. Alhamdullillah, mari kita melafazkan setinggi rasa syukur kita ke hadrat Allah S.W.T. dengan izin-Nya juga kita berada di dewan yang mulia ini bagi melaksanakan persidangan dewan keempat pada tahun ini. Dan sebelum itu marilah kita mendoakan kedua sahabat kita yang Yang Berhormat Tuan Nor Azam Karap dan juga Yang Berhormat Dato’ Ismail Kasim yang tidak dapat bersama-sama dengan kita pada kali ini agar mereka dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Dewan yang pada kali ini persidangan kita dapat disiarkan secara live melalui facebook Pejabat SUK Perlis @ SUK Perlis Official, kita menyokong #PerlisGoDigital. Semoga usaha ini antara lainnya dapat mempercepatkan sistem penerangan dan penyampaian maklumat Kerajaan kepada rakyat dan kita menyokong sistem ini terus diperkasakan. Pelan Perlis Go Digital merentas semua sektor pasti melonjakkan pelbagai kaedah pintar kemaskini, up to date dan pengalaman yang menarik dan paling teratas carta pengamal pendigitalan ialah sektor pendidikan di mana murid-murid dan pelajar kita daripada sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke pendidikan pengajian tinggi terus menggunakan peranti-peranti dan atas cadangan baru juga, kita juga mencadangkan… untuk pembinaan sebuah perpustakaan digital Perlis dan menyediakan sudut pembelajaran secara alam maya atau virtual education corner yang mana saya cadangkan agar ditempatkan di perpustakaan cawangan Arau. Semoga pihak NCIA dapat memberi nasihat dan panduan ke arah pelaksanaan… bagi kita merealisasikan cadangan ini. Dan tahniah kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan team yang sentiasa berusaha yang merupakan pencetus kepada Perlis Go Digital ini. Juga tahniah, kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang telahpun berjaya membentangkan Bajet Negeri Perlis pada tahun 2022 bertemakan kesalingan pimpinan rakyat pemangkin kelangsungan kemakmuran dan kesejahteraan. Menerusi bajet ini juga, saya lihat akan usaha Yang Amat Berhormat Dato’ Seri yang komited walaupun berdepan dengan kerencatan hampir kesemua aktiviti akibat pandemik. Namun, berdaya dan mencangkupi keseluruhan agenda pembangunan yang diharapkan akan dapat membawa Perlis cemerlang sebagai Negeri Bandaraya menjelang 2030 dan seiring dengan usaha ini juga semua barisan kepimpinan di semua peringkat perlulah untuk menyampaikan berita setelah diterima agar rakyat tahu tentang usaha dan hala tuju strategik kerajaan. Namun bukan saja hanya sekadar kita beritahu kemudian bercita-cita, kemudian kita berharap, ataupun menaruh harapan. Seterusnya, kita sebenarnya harus membangunkan rakyat, agar mereka turut sama menyokong, melaksana dan mempergiatkan pembangunan di negeri Perlis yang tercinta ini, barulah kita berdaya untuk mencapai yang bukan hanya seratus peratus, malah tidak mustahil akan lebih daripada percentage yang disebutkan tadi.

Sidang Dewan yang dimuliakan, syukur juga kerana pendidikan dan sains teknologi, inovasi, ekonomi dan digital memberi kita kejayaan untuk memperhebatkan lagi sumber manusia dalam kehidupan. Pemulihan ekonomi rakyat melalui fasa yang sesuai dengan latar belakang rakyat sebelum ini, telah pun membuktikan kemenjadiannya, dan kini kita bawa dan perkenalkan lagi pelbagai inisiatif kerajaan yang efektif yang bercirikan STIE ini iaitu Sains Teknologi, Inovasi dan Ekonomi serta Digital. Terima kasih kerana melayakkan pertanian untuk kehidupan yang disebut sebagai KEGUNA untuk diperkenalkan. Kesinambungan projek sedia ada, tanaman sayuran secara hidroponik diharapkan berpotensi untuk menginovasi dan memodenkan industri. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, KEGUNA mini yang pertama akan berlangsung pada 19 Disember ini, dengan 93 peserta ini adalah cubaan pertama yang mana program di awal hidroponik ini adalah sebagai pengenalan kepada pertanian dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis yang mana mengekalkan matlamat usahawan @library yang bermula sejak tahun 2019 lagi bagi menyokong program-program bercirikan STIE dan digital. Terima kasih Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Saya sangat gembira kerana STIE dan digital sangat memainkan peranan yang penting bagi memboleh daya bagi memacu pertumbuhan ekonomi. Satu dasar mengenainya telah pun digubal yang berkuatkuasa dari tahun 2021 hingga 2030 yang menetapkan visi untuk mewujudkan masyarakat mampan, inklusif dan saintifik ke arah negara industri dan berteknologi tinggi. Kita ambil kelebihan dasar ini untuk menjadikan program dan sokongan yang dirancang agar lebih kondusif yang memberi impak dan nilai kepada setiap sen yang dibelanjakan. Tahniah Yang Amat Berhormat Dato’ Seri dan semua pihak yang terlibat, goodluck kepada semua peserta.

Sidang Dewan yang budiman, lebih lima ratus ribu ringgit telah pun diperuntukkan kepada program pendidikan pada 2022. Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri kerana beberapa program telah diangkat sebagai program tahunan setelah mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan seperti wakeup SPM yang melonjakkan Perlis dari tangga ke-16, naik ke tangga ke-8 pada tahun lepas, iaitu tahun 2020 yang menekan subjek Sejarah supaya lebih ramai pelajar kita lulus. Dan bagi 2021, tiga subjek lagi iaitu Matematik, Bahasa Malaysia dan juga Sains ditambah untuk meningkatkan keputusan SPM bagi tahun 2021. Tahniah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Alhamdulillah sekali lagi, terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, Karnival ataupun Ekspo STEM 2022 yang mana menekankan sains teknologi kejuruteraan seni dan matematik diteruskan dengan tambah nilai elemen-elemen lebih baik bagi meningkatkan keberhasilan murid dalam mereka cipta menggunakan teknologi, idea yang segar dan menarik. Majlis penutup Karnival STEM 2021 dan penyampaian hadiah akan diadakan pada 25 Disember ini. Tahniah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan pihak yang terlibat.

Tahun ini adalah kejayaan yang ketiga pelaksanaan PERINTIS iaitu pertandingan rekacipta dan inovasi institusi pendidikan tinggi negeri Perlis. Syukur pada tahun 2022, program diteruskan dan terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri dengan penyertaan 101. Insya-Allah kita mohon akan bertambah kerana pada tahun lepas mungkin kerana PKP, jadi penyertaan agak terhad dan diharapkan pertambahan pada tahun 2022 termasuk peserta sekolah rendah dari luar negeri Perlis. Semoga lebih banyak kejayaan dan anugerah di peringkat kebangsaan antarabangsa berpotensi agar produk-produk yang dihasilkan dipatenkan atau mendapat penawaran untuk jualan atau menerbitkan prototype. Tahniah penganjur Kolej Komuniti, Jabatan Pendidikan, Institusi Pendidikan Tinggi dan semua pihak yang terlibat. Permohonan baru yang menyasarkan seratus pelajar SPM mencapai straight As bagi semua subjek dan diharapkan semua pihak, iaitu jabatan dan agensi agar sama-sama terpanggil dan dapat melaksanakan CSR masing-masing untuk turut sama membiayai program ini kerana Perlis yang pernah berada di tangga teratas ya… untuk pencapaian SPM, dan kita mahu kalau boleh kejayaan ini dapat kita capai lagi dan saya yakin dan percaya kita mampu, dan Jabatan Pendidikan boleh meletakkan pendidikan negeri Perlis di tempat yang sebaiknya sepertimana yang telah pun kita capai pada tahun sebelumnya. Begitu juga program robotik iaitu menjana jurutera lokal yang mana kerjasama program ini kita anjurkan bersama dengan UNIMAP. Dan diharapkan pada tahun 2022 program ini dapat dilangsungkan supaya kita dapat membina pelajar yang berdaya mereka cipta supaya dapat mencapai objektif program bagi mereka lebih bersedia dengan kemahiran-kemahiran dan bersedia untuk bersama-sama mencapai kejayaan dalam Revolusi Industri 4.0 dan juga menyahut cabaran internet of things.

Sidang Dewan yang sangat saya hormati, saya ingin mengambil peluang di sini untuk menyatakan penghargaan kepada semua jabatan dan agensi yang terlibat di bawah portfolio saya iaitu Pendidikan, STI, Pengurusan Sumber Manusia dan Komunikasi di bawah empat kementerian. Semua sangat memberi kerjasama dan berkongsi ilmu dalam bekerjasama dan saya berharap agar semua pihak dapat meneruskan kerja baik kita. Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, sekolah, PIBG, swasta, NGO, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis serta Institusi Pengajian Tinggi dan lain-lain untuk sentiasa berkolaborasi untuk menjana kecemerlangan pendidikan. Bahagian Sumber Manusia, PERKESO, MAIPs, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Tenaga Kerja dan lain-lain sangat memberi kerjasama mengutamakan kerjaya, informasi kesihatan dan keselamatan pekerja. Dan Bahagian Inovasi Teknologi Maklumat, MCMC, Perlis Comm yang mengutamakan kelajuan dan ketepatan informasi. Juga tidak ketinggalan jabatan yang membantu Pauh ketika menghadapi banjir dan musibah seperti JKR, JPS, THB, MPK, PDRM, SAP, APM, RELA, BOMBA, BPD, ICU, JKM dan HTF. Memang saya nak sebut semua kerana mereka-mereka ini sangat supporting dan sangat helpful kerana pada masa kita menghadapi bencana, inilah support teams yang menjadikan kita semangat untuk menghadapi apa jua keadaan dan kita berjaya. Kalau boleh kita ingin keadaan-keadaan ini dapat kita baiki dan untuk kesejahteraan penduduk-penduduk di kawasan kita. Thank you juga kepada team pengamal media yang efisyen… RTM, TV3 dan sebagainya yang tidak dapat saya sebutkan kerana selalu support kerana apabila keadaan-keadaan sesuatu itu sama ada keadaan itu keadaan yang baik ataupun tidak, baik kita sentiasa berkongsi supaya ianya mendapat satu titik tolak bagi melengkapi dan untuk memperbaiki apa saja yang ada.

Menjujung kasih ke bawah Duli Tuanku, terutama yang teristimewa Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berbahagia Setiausaha Dewan dan team, Yang Berhormat SS, YB PKN, YB PUU, YB MP, YB ADUN-ADUN yang supporting yang bekerjasama untuk rakyat negeri Perlis seterusnya untuk rakyat Pauh ku sayang, Arau ku kasih dan negeri Perlis yang ku cinta. Dan saya tidak lupakan juga kepada Pengerusi JPKK, Ketua-Ketua Cawangan dan juga barisan jawatankuasa yang sentiasa beri kerjasama bagi memastikan kerja buat kita di peringkat kawasan dapat dilangsungkan dengan cemerlang. Justeru, saya mohon juga untuk memastikan kawasan saya, Pauh, sentiasa berada dalam keadaan terbaik, dapat perhatian infra, mendapat fasiliti yang baik dan dapat kemudahan-kemudahan asas yang dibaik pulih sama ada bina baru atau sebagainya, dapat membantu lokasi-lokasi yang berpotensi untuk pembangunan dan juga kemajuan. Jadi dengan ini saya memohon maaf jika ada kesilapan dan tutur kata dalam bicara saya dan sekian dari saya. Saya mohon menyokong Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Perlis tahun 2022 dengan hebatnya. Sekian, wabillahi tawfiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih YB Pauh. Saya ingat YB Pauh ucap terima kasih kepada seluruh rakyat Negeri Perlis. Jadi kalau siapa tak dapat terima kasih dari YB Pauh, saya ingat tak kena lah… banyak sungguh, kan? Terima kasih dan dipersilakan Yang Berhormat Beseri.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Bismillahirahmanirahim, alhamdulillahi rabbil ‘alamin wassalatu wassalamu ‘ala-asyarafil anbiya’e wal mursalin saidina muhammadin wa’ala alihi wasahbihi ajma’in. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Perlis, Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Bersejahtera, Perlis Maju. Yang Berhormat Dato Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, ketua-ketua agensi, wakil-wakil jabatan dan agensi, urus setia Dewan yang diketuai oleh Cik Mawar, rakan-rakan media dan seterusnya Tuan-Tuan dan Puan-puan yang dihormati. Bersyukur kita kepada Allah kerana dapat mengadakan Mesyuarat Kedua, Penggal Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Keempat Belas dalam suasana yang harmoni dan ilmiah yang berkisar hal-hal yang berkaitan dengan rakyat dan Bajet Negeri Perlis tahun 2022. Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 72, yang bermaksud :

“Sesungguhnya kami telah mulakan tanggungjawab, amanah kami kepada langit dan bumi serta gunung-ganang untuk memikulnya, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya dan ketika itu, manusia dengan persediaan yang ada padanya sanggup memikulnya, ingatlah sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia suka melakukan kezaliman dan suka membuat perkara perkara yang tidak patut dikerjakan.”

Hadis dari Ibnu Omar, sabda Nabi SWT :

“Setiap orang adalah pemimpin dan akan meminta bertanggungjawab atas kepemimpinannya. Seorang ketua negara diminta bertanggungjawab kepada rakyat yang dipimpinnya, seorang suami akan ditanya berkaitan keluarga yang dipimpinnya, seorang isteri yang memelihara rumahtangga suaminya, akan ditanya perihal tanggungjawab dan tugasnya, bahkan seorang pembantu atau pekerja rumah tangga yang bertugas memelihara barang milik majikannya juga akan ditanya hal yang dipimpinnya, dan kamu sekalian pemimpin akan ditanya berkaitan diminta bertanggung jawab daripada hal yang dipimpinnya”, hadis riwayat bukhari dan muslim.

Petikan ayat Al-Quran dan Hadis Nabi menunjukkan bahawa kita semua manusia adalah pemimpin, sekurang kurangnya pemimpin kepada diri kita sendiri iaitu perlu sanggup memikul tugas, bertanggungjawab dan amanah. Dalam konteks politik, tugas kita sebagai Wakil Rakyat, adalah satu amanah yang cukup besar kerana ia melibatkan rakyat atau orang ramai iaitu di kawasan kita wakil dan seluruh negeri Perlis. Alhamdulillah, kestabilan politik di negeri Perlis, melancarkan segala perancangan yang telah diatur oleh kepimpinan Negeri untuk kesejahteraan dan manfaat rakyat. Berhubung dengan Bajet tahun 2022 yang bertema kesalingan pemimpin rakyat pemangkin kelangsungan, kemakmuran dan kesejahteraan. Boleh dibuat kesimpulan bajet ini adalah untuk kesejahteraan rakyat, oleh kerana ramai rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang mengambil masa untuk rakyat pulih kembali dalam menghadapi hari-hari yang semakin mencabar. Oleh kerana saya EXCO yang diberi tanggungjawab, bersyukur kerana Kerajaan Negeri di bawah Program ‘Perlis Pahadoi’ telah membelanjakan RM3.44 juta untuk bantuan makanan asas ataupun terutama kepada mereka yang berkelayakan. Selain daripada itu, bantuan peralatan perniagaan dan premis perniagaan, i-Suri, bantuan belanja petrol bagi motosikal, bantuan katil bagi pesakit kronik, bantuan kos untuk perjalanan mendapatkan rawatan sakit kronik di hospital luar negeri Perlis, Program Bina dan Baiki rumah yang telah uzur.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi Bajet tahun 2022, beberapa elemen-elemen yang baru telah ditambah di dalam Program Perlis Pahadoi iaitu yang pertama, penambahbaikkan dan pendawaian elektrik yang uzur bagi rakyat golongan B40, yang kedua program khas kepada orang kurang upaya, iaitu bantuan peralatan yang untuk perniagaan OKU, bagi program masjid, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM4.6 juta untuk menaiktaraf dan penyelenggaran masjid-masjid di Perlis. Antaranya adalah Masjid Ar-Rahman, Masjid Darul Ulum dan Masjid Nurul Hikmah. Dua buah masjid yang terbakar iaitu Masjid Al Taqwa Alor Redis dan Masjid Al Makmur Bongor Kudong. Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM900 ribu untuk pembaikan kedua-dua buah masjid tersebut. Elemen baru dalam pembangunan masjid adalah peruntukan sebanyak RM300 ribu bagi iaitu bagi pembaharuan bagi masjid-masjid yang kritikal yang dikenal pasti yang melebihi 15 tahun. Sejumlah RM350 ribu disediakan untuk menaiktaraf dataran parking Masjid Al Munir, Batu 5 yang telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis untuk dinamakan sebagai Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Alhamdulillah, marilah kita sama- sama berdoa pada Allah SWT supaya Allah memberikan keberkatan dan keredhaan serta mempermudahkan setiap apa yang dirancangkan di dalam Bajet Negeri Perlis tahun 2022 supaya dapat direalisasikan demi untuk kepentingan rakyat seluruhnya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan daripada Yang Berhormat Sanglang iaitu mengharamkan judi dan menghadkan penggunaan arak di Perlis. Isu berkaitan perjudian dan arak merupakan perkara yang sensitif bagi semua pihak di pihak non-muslim ianya agak sensitif dalam masa yang sama, dia juga sensitif bagi umat Islam. Mendepani isu ini, kita harus menjunjung tinggi syariat Islam yang dijamin dalam Perlembagaan Negara iaitu Islam adalah agama rasmi dan sebagai agama negara. Dalam sudut punca kuasa terhadap umat Islam kesalahan berkaitan perjudian telah dinyatakan dalam Seksyen 27A Enakmen Jenayah dalam Syarak Perlis pindaan 2007. Manakala kesalahan berkaitan arak dan minuman memabukkan telah dinyatakan dalam Seksyen Jenayah dalam Syarak 1961, negara kita yang terdiri dari berbilang kaum, bangsa dan agama… dan perkara ini harus ditangani dengan sebaik mungkin, cermat, teliti dan penuh berhikmah. Namun begitu, perlu ditegaskan bahawa kesan buruk aktiviti perjudian ini iaitu perjudian dan meminum arak adalah jauh lebih besar dibandingkan dengan kebaikan terhadap mana-mana individu tanpa mengira agama. Bagi umat Islam perjudian dan minum arak ini adalah satu kemungkaran yang perlu dijauhi dan dielakkan kerana di dalam Islam judi dan arak adalah perbuatan yang haram. Oleh kerana itu, kerajaan negeri akan meneliti isu ini dengan sebaik-baiknya dan menjamin akan mengutamakan prinsip keadilan sama ada kepada umat Islam atau non-muslim. Soalan Yang Berhormat Sanglang, saranan merapatkan saf. Merapatkan saf merupakan satu sunnah yang penting dalam solat berjemaah, hukum merapatkan solat adalah sunat, dan merupakan salah satu daripada sunat-sunat hai’ah atau sunat ab’adh, sebuah hadis maksudnya :

“Luruskan saf-saf kalian kerana meluruskan saf termasuk dalam sebahagian menenggakkan solat berjemaah. Menjadi hakikat ini, adalah menjadi harapan agar pelaksanaan solat berjemaah dapat dilakukan dengan sempurna termasuklah dengan merapatkan saf”...

Sepertimana sunnah Nabi SAW, pihak berkuasa agama negeri sentiasa komited dalam melaksanakan syariat solat berjemaah ini dengan sempurna dan sentiasa mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa untuk menentukan masa yang sesuai untuk kembali merapatkan saf ketika solat berjemaah. Nada yang sama telah dinyatakan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis yang sentiasa berusaha memastikan syariat solat berjemaah dengan sempurna dan merapatkan saf dapat dilaksanakan di Perlis. Perbincangan dan rundingan bersama dengan pihak berkepentingan dalam perkara ini dan perbincangan di kalangan Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Perlis telah sentiasa dilaksanakan sebelum diangkat kepada pihak MAIPs untuk mendapat ampuni limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Pemerintah. Harus juga diingat kewujudan varian-varian baru, contoh varian Omikron dan peningkatan kes COVID juga mempengaruhi pihak berkuasa untuk memberi kebenaran merapatkan saf ketika solat berjemaah. Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berdoa semoga penyakit COVID-19 ini segera lenyap dan keadaan akan pulih seperti sediakala.

Sidang Dewan yang dihormati, soalan daripada Yang Berhormat Sanglang, apa perancangan Negeri dalam menguatkuasakan semula solat Jumaat dalam kalangan rakyat Perlis? Pada asasnya undang-undang sedia ada iaitu Enakmen Jenayah dalam Syarak cukup untuk membendung isu ini. Selain itu, kefahaman secara berperingkat mengenai kewajipan menunaikan solat Jumaat bagi lelaki mualaf, telah diberikan kepada masyarakat melalui beberapa siri khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis. Dalam masa yang sama pihak JAIPs juga bersedia menggunakan peruntukkan undang-undang sedia ada untuk mengatasi isu ini. Sementara itu, bagi menangani pandemik COVID-19 yang melanda Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis ataupun MAIPs bersama-sama agensi bersamanya yang terdiri daripada Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis telah mengambil langkah proaktif dalam membantu mengurangkan risiko jangkitan dan penularan. Antara langkah awal yang diambil adalah dengan menangguhkan aktiviti-aktiviti pengimarahan masjid termasuk menjadikan solat Jumaat di masjid-masjid seluruh negeri Perlis. Walaubagaimanapun, dengan izin Allah SWT, Perlis telah menjadi negeri terawal yang membuka masjid bagi aktiviti pengimarahan, bahkan telah membuka masjid untuk melaksanakan aktiviti berjemaah dengan sepenuhnya. Dari sudut penguatkuasaan solat Jumaat, beberapa program termasuk penerangan bahkan menggunakan saluran media rasmi dan media sosial telah dilaksanakan demi memberikan kesedaran kepada masyarakat berkaitan kewajipan melaksanakan ibadah solat Jumaat. Namun begitu, pihak Penguatkuasaan Agama Islam Perlis yang diberikan tauliah oleh pihak MAIPs, melalui kawal selia Bahagian Penguatkuasaan JAIPs, sentiasa bersedia dalam menguatkuasakan kewajipan ini berdasarkan lunas undang-undang dan kuasa yang telah diperuntukkan. Antaranya seperti terkandung dalam Seksyen 27 Enakmen Jenayah dalam Syarak Perlis 1991, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000.00 atau penjara tempoh tidak melebihi 6 bulan, atau kedua-duanya sekali. Justeru, seluruh anggota masyarakat adalah diharapkan, dapat menyalurkan maklumat berkaitan kesalahan tersebut, demi mencegah kemungkaran yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan daripada Yang Berhormat Guar Sanji, permohonan bantuan Masjid Al-Muttaqin bagi tujuan pembaikan masjid yang mengalami kerosakan teruk. Permohonan berkenaan tidak diambil tindakan. Adakah ini berlaku dari ketiadaan Pengarah JAIPs? Ketiadaan Pengarah JAIPs tidak menghalang perjalanan JAIPs untuk menjalankan tugas dan fungsi Jabatan yang bertanggungjawab sebagai pelaksana kepada dasar-dasar MAIPs.

Pengurusan JAIPs sentiasa berusaha melaksanakan tugasan dan tindakan memantau penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh jawatankuasa kariah masjid di seluruh negeri Perlis, berdasarkan tanggungjawab yang telah dinyatakan dalam Peraturan Kariah Negeri Perlis 1990. Bagi tujuan pembaikan Masjid Al-Muttaqin Kurong Anai, tindakan selanjutnya akan diambil oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Perlis atau pun JAIPs. Persoalan daripada Yang Berhormat ADUN Guar Sanji. Adakah terdapat perancangan oleh pihak JAIPs, untuk meletakkan tong-tong pemadam api di masjid-masjid? JAIPs telah melaksanakan usaha secara berterusan dalam meningkatkan tahap keselamatan masjid di seluruh negeri Perlis dengan menjalinkan kerjasama yang erat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis. Beberapa sesi taklimat berkaitan keselamatan kebakaran bangunan khususnya masjid telah diadakan bersama-sama pegawai masjid. JAIPs juga telah memaklumkan kepada pihak pengurusan masjid untuk menyediakan alat pemadam api, menggunakan dana masjid bagi tujuan persiapan menghadapi kecemasan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, persoalan daripada Yang Berhormat ADUN Guar Sanji, apakah status pembukaan surau-surau di Perlis semasa pandemik? Sehingga kini Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis ataupun JAIPs, masih melaksanakan keputusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui warkah titah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Yang DiPertua MAIPs, dengan kurnia limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis yang bertarikh 12 Oktober 2021, menetapkan supaya surau atau tempat solat umum, awam kekal tidak dibuka. Larangan ini termasuk kepada surau di kawasan agensi, institusi, parti, maahad tahfiz dan sebagainya. Walau bagaimanapun, JAIPs telah memberi kebenaran khas kepada surau di Jabatan Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi yang hanya melibatkan komuniti yang terhad dan tidak dibuka kepada awam. Perlu ditegaskan, bahawa keutamaan pengimarahan adalah kepada masjid-masjid kariah berbanding surau yang ada pada masa kini masih lagi mampu menampung kehadiran jemaah pada satu-satu masa. Untuk makluman Dewan yang mulia, dalam menentukan sesuatu dasar berkaitan pengurusan Hal Ehwal Islam ketika pandemik COVID-19, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis sentiasa mengutamakan prinsip syura dan tabayyun, serta turut mendapatkan pandangan golongan pakar dalam satu permasalahan yang terlibat. Sesuatu titah perutusan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis selaku Tuanku Yang DiPertua berkaitan limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis selaku Ulul Amri telah melalui proses perbincangan dan semakan yang rapi dan teliti sebelum dikeluarkan. Selari dengan hasrat untuk merealisasikan masjid sebagai contoh pematuhan SOP, MAIPs berpandangan buat masa ini adalah mencukupi untuk aktiviti pengimarahan dilaksanakan di masjid dengan mengambil kira justifikasi berikut. Yang pertama, elemen pemantauan terhadap pengurusan masjid yang terdiri daripada pegawai lantikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis dan jawatankuasa kariah masjid dapat dilaksanakan secara optimum. Bilangan sedia ada masjid dengan kapasiti yang tersedia adalah mencukupi untuk menerima kehadiran jemaah untuk pengimarahan. Dan yang ketiga, kedudukan lokasi dan jarak masjid di seluruh Negeri Perlis adalah munasabah untuk kehadiran jemaah, untuk menunaikan solat secara berjemaah, termasuk aktiviti pengimarahan lain, seperti kuliah, ceramah, forum dan sebagainya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, persoalan daripada Yang Berhormat Guar Sanji, tentang kenaikan harga barang-barang binaan secara mendadak yang memberi masalah kepada kontraktor-kontraktor binaan berkaitan harga yang ditawarkan oleh pihak MAIPs, untuk membina rumah asnaf MAIPs. Pihak MAIPs telah melaksanakan semak silang dengan jadual kerja, dengan jadual cara kerja tahun 2021 yang dikeluarkan oleh pihak KKR. Insya-Allah, nilai baru sudah pasti akan diambil kira oleh pihak KKR untuk dilaksanakan oleh Agensi Kerajaan seperti standard pelaksanaan amalan terbaik, yang ditekankan oleh pihak Audit. Sidang dewan sekalian, saya lihat penyata rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Perlis yang Keempat Belas, atau pun persidangan yang lepas, berkaitan kos pengurusan jenazah COVID yang mahal, yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Perlis ketika itu. Jadi pada hari ini saya nak buat pengumuman bahawa kos pengurusan jenazah COVID-19 sekarang ini adalah percuma.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, persoalan daripada ADUN Indera Kayangan, senarai maklumat mangsa COVID-19 yang terkesan dan kehilangan tempat bergantung di DUN Indera Kayangan.

Untuk makluman, pihak JKM memaklumkan tiada maklumat khusus berkenaan mangsa COVID-19 yang terkesan dan kehilangan tempat bergantung di DUN Indera Kayangan, mahupun di seluruh negeri Perlis. Pihak JKM hanya mempunyai maklumat sekiranya kes-kes tersebut dirujuk oleh agensi dan pemimpin-pemimpin tempatan. Maklumat tersebut direkodkan dalam borang permohonan Bakul Prihatin Negara Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sekiranya, terdapat permohonan bantuan kewangan dari mana-mana individu, atau keluarga yang terkesan, proses siasatan seperti biasa akan dijalankan dan bantuan yang sewajarnya akan dipertimbangkan. Sementara itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, sentiasa komited dalam memberikan bantuan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19 ini. Sebanyak RM13,051,975,00.00 telah diagihkan mencakupi pelbagai inisiatif bantuan ketika pandemik tahun 2020 dan 2021. Untuk makluman Dewan yang mulia, MAIPs mempunyai rekod seramai 18,179 penerima bantuan rangsangan asnaf bagi tahun 2021, dan seramai 14,679 penerima pada tahun 2020. Rekod berkenaan boleh disemak secara dalam talian melalui http://asnaf.maips.gov.my/semak. Dalam masa yang sama, pihak jawatankuasa kariah masjid turut mempunyai rekod terima baharu bantuan kecemasan dalam kariah masing-masing.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sesungguhnya usaha meninggikan syiar Islam adalah merupakan tanggungjawab yang harus dimainkan oleh semua pihak, ada pemerintah ataupun rakyat. Satu usaha yang dilaksanakan sudah pasti akan dapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah S.W.T. Atas maksud itulah, Kerajaan Negeri dan agensi-agensi Agama Islam yang terdiri daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Jabatan Agama Islam Negeri Perlis, Jabatan Mufti Negeri Perlis, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis dan seluruh jenteranya sentiasa komited dalam melunaskan amanah yang begitu besar ini. Naungan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis yang merupakan Ulul Amri adalah wajib ditaati selaras dengan perintah agama dan prinsip bernegara. Bagi pihak Kerajaan Negeri mempersembahkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih di atas segala usaha dan komitmen yang telah dizahirkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis selaku Yang DiPertua MAIPs. Pihak Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam melengkapkan prasarana umat Islam, antaranya yang terkini dengan tersergamnya masjid baru Batu 5, Jalan Kuala Perlis yang telah diperkenankan untuk dinamakan sebagai Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Synergy kukuh antara Kerajaan Negeri Perlis dan pelbagai pihak sentiasa diutamakan demi kesejahteraan rakyat seluruh Negeri Perlis. Di kesempatan ini, saya turut mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak, sama ada agensi Persekutuan dan Negeri yang telah menjayakan Projek DiRaja Kampung Warna-warni, Program Transformasi Seberang Ramai yang dilaksanakan oleh pihak MAIPs dan Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis. Kepada warga DUN Beseri yang saya kasihi, terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan amanah ini. Insya-Allah, jika ada pandangan dan idea untuk penambahbaikan, sangat dialu-alukan untuk kebaikan warga DUN Beseri dan warga negeri Perlis. Dengan ini, saya menyokong Bajet 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis, pada 7 haribulan dua belas 2021. Sehingga kita berjumpa dalam persidangan seterusnya. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Beseri, dipersilakan Yang Berhormat Kayang.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Alhamdulillah, Alhamdulillahirabbil `alamin, wabihi nasta`in, Robbi shrohli sodri, wayassirli amri, wahlul uq`datan millisaani yagqohu qauli. Salam Perlis dan Salam Sejahtera Raja Berdaulat Rakyat Berilmu Negeri Sejahtera Perlis Maju. Yang Berhormat Dato` Speaker, segala puji bagi Allah S.W.T tuhan empunya seluruh alam, salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, kita diberi kesihatan yang baik untuk hadir pada Dewan yang mulia ini, untuk meneruskan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat di negeri Perlis ini. Yang Berhormat Dato` Speaker, pembentangan Bajet tahun 2022 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Bintong sepanjang 189 paragraph menunjukkan bahawa agenda rakyat tidak pernah diabaikan oleh pihak Kerajaan dan pembentangan Bajet tahun 2022 juga menunjukkan bahawa kestabilan politik, kestabilan Kerajaan membawa kemakmuran kepada rakyat. Oleh itu, menjadi kewajipan antara kita untuk memastikan kemakmuran ini dikekalkan dengan mengekalkan kestabilan.

Yang Berhormat Dato` Speaker, tiga fokus utama telah dibentangkan di dalam Bajet tahun 2022, yang mana di dalam tiga fokus utama ini mempunyai 12 strategi iaitu pada fokus yang pertama ialah pemulihan ekonomi rakyat yang mengandungi tiga strategi dan yang kedua, fokus… kedua adalah peningkatan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup rakyat yang mempunyai enam strategi dan juga fokus ketiga adalah pengukuhan ekonomi yang mampan juga mempunya tiga strategi dan fokus yang kedua ini iaitu peningkatan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup rakyat telah memberi kesan, penekanan khusus dalam pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam. Yang ni berkait rapat dengan portfolio saya, antaranya ialah infrastruktur bekalan air. Sejumlah RM74.81 juta telah diperuntukkan bagi projek intigasi jangka pendek dan jangka sederhana yang sedang dalam pembinaan, RM13.8 juta bagi menangani isu Non Revenue Water ataupun NRW juga dalam proses pelaksanaan yang dijangka siap pada Julai tahun 2022 dan peruntukkan daripada Kerajaan Negeri sendiri sebanyak RM1.6 juta untuk meneruskan program sedia ada bagi penggantian paip di negeri Perlis ini. Kerajaan Negeri mengambil maklum cadangan Yang Berhormat Sanglang tentang kepentingan kerja-kerja penggantian paip air berbanding penukaran meter SIV di dalam program NRW. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penukaran meter air ini memang telah tersedia ada di dalam kontrak NRW dan sebenarnya kepentingan pemasangan meter ini adalah bagi membantu pihak kerajaan negeri ataupun pihak SAP untuk menilai kadar peratusan NRW dengan lebih tepat. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan terus berusaha selain peruntukan yang kita salurkan sebanyak RM1.6 juta itu untuk penggantian paip-paip air yang usang. Kerajaan Negeri akan terus berusaha untuk mendapatkan dana bagi kerja-kerja penggantian paip di keseluruhan negeri Perlis daripada Kerajaan Pusat supaya apabila loji-loji yang sedang dalam pembinaan ini, tangki-tangki air baru yang sedang dalam pembinaan ini siap kelak dapat memberi impak yang lebih baik dalam penyaluran air kepada pengguna. Begitu jugak dengan isu yang dibangkitkan oleh YB Indera Kayangan tentang isu air ini, kita yakin bahawa apabila program intigasi jangka pendek ini… intigasi jangka sederhana serta program NRW yang sedang dalam pelaksanaan ini siap, ianya dapat meningkatkan lagi kualiti kebersihan air terawat ini. Dan bagi isu yang dibangkitkan Yang Berhormat tentang kualiti paip air yang dipasang yang tidak menepati piawaian SIRIM, kita akan dakwa, kita akan siasat dakwaan ini dan kita akan mengambil tindakan sewajarnya. Untuk cadangan pembekalan air kepada komuniti setempat jika terputus bekalan air kelak, pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menyediakan peruntukan ataupun menambah peruntukan bagi penyediaan tangki statik, tambahan statis… tangki statik tambahan yang akan ditempatkan di lokasi-lokasi terpilih bagi membantu penduduk setempat untuk mendapatkan bekalan air apabila berlakunya masalah gangguan bekalan air nanti.

Yang Berhormat Dato` Speaker, dalam pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam yang difokuskan dalam fokus kedua dalam bajet tahun 2022 ini iaitu peningkatan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup rakyat juga telah menitikberatkan infrastruktur tebatan banjir, pengairan dan saliran, dimana sejumlah RM2.56 juta diperuntukkan bagi mengatasi masalah banjir kilat yang merangkumi kajian dan projek pembangunan untuk kawasan-kawasan berisiko banjir. Sejumlah RM1.51 juta untuk penyelenggaraan sistem tebatan banjir dan menaik taraf sistem kawalan banjir, dan RM2.95 juta ringgit lagi bagi memulihara dan menyelenggara sungai menjadikan jumlah keseluruhan dalam strategi ini berjumlah RM6.02 juta ringgit disediakan untuk perkara-perkara berkaitan sungai dan pengurusan banjir. Dalam hal ini, isu dan cadangan oleh Yang Berhormat Guar Sanji berkaitan pembinaan tandop di kawasan belat batu akan kita pertimbangkan di bawah peruntukan ini selanjutnya, manakala isu banjir di Kampung Jelempok pula telah dan memang dalam perhatian pihak MADA, dan pihak MADA Insya-Allah akan dapat menanganinya sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Bintong semasa dalam lawatan bersama di tapak tempoh hari.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, infrastruktur jalan dan pencahayaan jalan juga telah diperuntukkan sebanyak RM4.62 juta disediakan untuk projek pembangunan infrastruktur jalan dan juga persimpangan serta RM2.95 juta untuk pencahayaan jalan. Cadangan Yang Berhormat Guar Sanji tentang pembinaan roundabout di Simpang Empat, Kampung Chemumar, permohonan lampu jalan di kawasan jambatan Guar Sanji ke Kampung Mempelam dan cadangan lampu isyarat dalam pekan Simpang Empat, pihak Kerajaan Negeri ambil maklum dan saya minta pihak JKR untuk tengok cadangan ini untuk kita timbangkan pelaksanaanya pada tahun depan dengan menggunakan peruntukan yang telah dicadangkan ini nanti, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato` Speaker, masih lagi dalam fokus yang kedua iaitu, peningkatan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup rakyat dan satu lagi strategi iaitu strategi yang keenam yang disebutkan di dalam fokus kedua ini ialah pembangunan sukan. Pembangunan sukan juga turut diberi perhatian dalam pembentangan Bajet 2022 dan ianya juga merupakan di bawah portfolio saya. Sepanjang tempoh tahun… tahun 2020 dan juga tahun 2021 ini, banyak aktiviti dan program-program sukan yang tidak dapat kita laksanakan akibat kekangan keselamatan kerana pandemik COVID. Malah Perlis Marathon, SUKMA 2020 di Johor serta pertandingan-pertandingan sukan yang lain turut terjejas dan dibatalkan penganjurannya. Sama-samalah kita berdoa agar tahun 2022 nanti memberi sinar yang lebih baik dan wabak penyakit ini diangkat dari bumi ini oleh Allah SWT. Untuk tahun 2022, selain meneruskan program-program sukan sedia ada, Kerajaan Negeri turut melihat sukan pelancongan ataupun sports tourism sebagai satu platform yang baik untuk kembali memakmurkan negeri ini, di samping melihat bahawa sukan ini dapat mengukuhkan perpaduan dan silaturrahim sesama kita yang hidup dalam kepelbagaian bangsa dan agama. Program Perlis Duathlon dan Perlis Explorace adalah program baru yang mempunyai serampang dua mata dari segi mempromosikan pelancongan negeri Perlis dan pada masa yang sama jugak akan memberi impak limpahan ekonomi segera pada penduduk-penduduk di negeri Perlis ini dan seterusnya membantu rakyat negeri Perlis dari segi pendapatan harian, terutamanya bagi mereka yang mengusahakan kedai makanan, inap desa dan juga lain-lain perniagaan.

Kerajaan Negeri jugak memahami hasrat dan keresahan peminat bola sepak yang dahagakan sukan popular ini di Perlis dan merindui kelibat pasukan Perlis dalam liga di peringkat nasional. Kerajaan Negeri juga memahami situasi yang berlaku dalam PFA, Persatuan Bola Sepak Perlis sehingga berlakunya penggantungan pasukan bola sepak Perlis untuk menyertai liga FAM. Namun usaha-usaha pengurusan baru persatuan… pihak persatuan PFA yang begitu komited untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain secara berhemah amatlah baik dan pihak Kerajaan Negeri menyokong usaha ini. Walaupun Kerajaan Negeri tidak dapat membantu daripada segi kewangan dalam penyelesaian tunggakan gaji pemain ini kerana kita terikat dengan prosedur kewangan kerajaan selain kita lebih menumpukan soal-soal kebajikan dan juga pembangunan rakyat terutamanya dalam pandemik COVID ni, tetapi kerajaan negeri tetap membantu PFA dalam soal-soal logistik dan program-program pembangunan bakat bola sepak sebagaimana yang telah saya nyatakan dalam Dewan ini pada sidang DUN Ogos yang lalu. Untuk makluman Yang Berhormat, ingin saya nyatakan sekali lagi bahawa PFA telah membentuk sebuah pasukan baru iaitu Perlis United Football Club dan melalui usaha yang baik oleh PFA, pasukan ini berjaya dan layak untuk menyertai Liga Malaysia Divisyen Tiga ataupun M3. Namun malangnya, liga yang sepatutnya diadakan pada bulan Jun 2021 yang lalu tidak dapat dilaksanakan akibat kekangan keselamatan dalam tempoh darurat dan jugak PKP dan telah dibatalkan oleh pihak FAM. Namun… walau bagaimanapun, pencapaian terkini ataupun progress yang terkini, Perlis United FC telah ditawarkan untuk menyertai Liga Premier pada tahun 2020 nanti. Jadi, insya-Allah, kita di Perlis akan ada satu pasukan Perlis untuk bermain di Liga Premier pada tahun depan. Untuk makluman Yang Berhormat juga, perwujudan pasukan bola sepak kelab ini selaras dengan dasar penswastaan Liga Malaysia (FAM) yang mewajibkan pasukan Liga Malaysia diswastakan dengan melakukan pemisahan Persatuan Negeri (FA) kepada Kelab Bola Sepak (FC). Dasar ini akan mendorong pengurusan sukan ke arah pengurusan profesional sepenuhnya dan dalam erti kata yang lain, kelab bola sepak ini akan mempunyai pemilik tetap, dan pemilik tetap ini akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan pemain serta strategi pembangunan bakal pemain untuk bermain dengan kelab ini. Dalam konteks PFA ini, PFA telah mewujudkan sebuah syarikat iaitu Syarikat Optimus Sports Sdn. Bhd. yang mana kerajaan negeri membantu dengan memberi sokongan kepada pihak Pesuruhjaya Sukan Malaysia untuk pendaftaran kelab ini pada Januari 2021 yang lalu.

Yang Berhormat Dato` Speaker, berkaitan pertanyaan Yang Berhormat Guar Sanji tentang peranan MSN dan jugak peranan Jabatan Belia dan Sukan dalam sukan bola sepak, saya ingin maklum bahawa peranan MSN bukanlah untuk membentuk sebuah pasukan bola sepak negeri, tetapi peranan MSN adalah lebih kepada membantu persatuan sukan dari segi penyediaan infrastruktur sukan dan penyediaan kepakaran serta khidmat nasihat untuk membantu persatuan bagi semua sukan dan terutamanya untuk sukan yang berprestasi tinggi lain yang dipertandingkan dalam Sukan SUKMA, termasuklah persatuan sukan bola sepak Perlis. Begitu jugak peranan Jabatan Belia dan Sukan. Peranan agensi ini lebih kepada pembangunan belia dan sukan-sukan masa ataupun suka rakyat dengan hasrat untuk membudayakan sukan dalam kehidupan rakyat dan agensi ini lebih memberi fokus kepada sukan-sukan di kalangan golongan OKU. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam sukan bola sepak ini, MSN meman… memantau pembangunan bakat muda bola sepak melalui program pembangunan bola sepak negara ataupun National Football Development Programme (NFDP). Dalam program ini, tiga program sokongan iaitu tiga akademik tunas, tiga pusat latihan daerah dan satu sekolah sukan negeri… dan kita telah melahirkan bakat-bakat muda yang akhirnya mereka ini berjaya ditempatkan di Akademi Mokhtar Dahari, Gambang, Pahang di mana sejak tahun 2016, seramai 12 orang pemain dari Perlis dan 6 orang pemain telah mendapat panggilan skuad pelapis Malaysia bawah 17 tahun dan akhirnya semua pemain ini telah diikat oleh pasukan profesional tempatan. Antara bakat muda bola sepak Perlis yang mempunyai pencapaian yang baik di peringkat kebangsaan adalah antaranya Muhammad Syahmir Norhisham yang bermain dengan Terengganu FC 4, Muhd Faizal Abdul Razak yang bermain… yang juga bermain dengan Terengganu FC yang keempat, Azannis Adzri Abdul Halim bermain dengan pasukan Selangor FC 2, Muhammad Firdaus Khaironnisam bermain dengan pasukan JDT 3, Zulhilmi Sharani bermain dengan JDT 4, dan Muhd Izzudin Ibrahim… Ibrahim bermain dengan Selangor FC 3. Jadi dalam pembentangan bajet 2022 melalui strategi keenam ini, iaitu melalui pembangunan sukan, selain sukan-sukan berbentuk sports tourism yang saya nyatakan tadi, maka kerajaan negeri bersetuju untuk mengadakan sebuah pertandingan bola sepak liga tempatan bagi memeriahkan lagi sukan ini di kalangan anak muda dan peminat bola sepak Perlis dan melalui liga tempatan ini, pihak PFA bolehlah jadikannya sebagai satu platform pencarian bakat baru di kalangan anak muda untuk diketengahkan pada peringkat yang lebih tinggi kelak.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Sanglang ada mencadangkan pelebaran jalan Wang Kelian bagi mengatasi masalah kesesakan dan untuk keselamatan pengguna. Untuk makluman Yang Berhormat, jalan ini adalah merupakan jalan persekutuan dan jalan ini telahpun dinaiktaraf dan dibuat pelebaran pada tahun 2004 yang lalu. Kos untuk melebarkan jalan Wang Kelian ini terlalu tinggi kerana melibatkan pemotongan bukit dan memerlukan struktur penahan cerun yang sesuai dengan geoteknik tanah bukit tersebut dan kerja-kerja pelebaran hanya terlibat di ruang selekoh tertentu dan tempat-tempat yang mempunyai keluasan yang sesuai sahaja tanpa melibatkan pemotongan bukit ataupun pemotongan cerun. Dan pada tahun 2010 yang lalu, kita pernah mengangkat sekali lagi cadangan jalan Wang Kelian ke pihak Kementerian Kerja Raya, namun ianya tidak diluluskan. Yang Berhormat Sanglang turut membangkitkan aduan tentang tunggul pokok jati yang ditebang dan dibiarkan tunggulnya sahaja, serta pokok-pokok lain seperti pokok jawi dan pokok pukul lima yang membahayakan kepada pengguna jalan raya, serta papan-papan tanda yang menghalang pandangan. Saya ambil maklum aduan ini dan akan mengarahkan pihak JKR untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Yang Berhormat Dato` Speaker, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi berkaitan yang telah membantu portfolio saya sepanjang tempoh perkhidmatan ini dan sama-samalah kita jayakan tahun 2022 dengan lebih meriah dan makmurkan lagi negeri Perlis ini, insya-Allah. Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekian sahaja saya punya pembentangan dan penggulungan, saya menyokong usul Bajet 2022 ini. Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Kayang, silakan Yang Berhormat Santan.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Bismillahirahmanirahim, alhamdulillahi rabbil alamin wasalatu wasalamu alamualaashrafil ambiya iwal mursalin, saidina muhammadin, wa’ala alihi wasohbihi ajmain. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Menteri Besar Perlis, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat semua ADUN kawasan, Yang Berbahagia semua ketua-ketua jabatan dan semua rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Pertamanya saya bersyukur kepada Allah SWT, di kesempatan untuk saya menggulung perbahasan pada sidang kali ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar yang telah membentangkan Usul Anggaran Belanjawan 2022 dan telah mendapat sokongan padu dari seluruh rakyat termasuk dari semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Bagi pihak masyarakat DUN Santan, saya menyokong usul ini.

Tiga fokus utama Kerajaan dalam usul anggaran, justeru, sokongan saya kepada anggaran belanjawan tersebut juga ada tiga sebab utama dan sikap sedia ada oleh pihak kerajaan negeri. Yang pertama, sikap Pahadoi Kerajaan Negeri kepada rakyat Perlis secara keseluruhannya. Yang kedua, sikap usaha berterusan kerajaan Perlis hari ini meneruskan legasi kerajaan Perlis yang terdahulu. Yang ketiga sikap ingin berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah seiring dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Yang Berhormat Dato’ Speaker, tiga sikap inilah yang membolehkan Kerajaan Negeri dan dibantu oleh semua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan menjalankan tugasan dengan sempurna, insya-Allah. Dari pelbagai sudut perolehan hasil negeri dan perbelanjaan yang dicadangkan, saya tidak nampak ada masalah besar apabila kerajaan pusat sentiasa membantu apabila diperlukan. Insya-Allah, kehadiran pelabur dalam beberapa projek besar ke Perlis akan banyak membantu dalam tempoh yang dirancang. Ini mengambil kira perkara-perkara yang telah disentuh oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semasa membentangkan anggaran belanjawan pada 7 hari bulan yang lepas. Insya-Allah, salah satu dari pengisian manifesto kerajaan BN Perlis adalah menyediakan peluang-peluang pekerjaan serta mengurangkan kadar pengangguran dapat disempurnakan. Saya di sini saya ingin menekankan dari segi persediaan kepada anak-anak cucu kita atau rakyat negeri Perlis untuk mendapatkan peluang-peluang tersebut. Sudah semestinya aspek capaian kemahiran amat perlu untuk mendapatkan pekerjaan di kilang-kilang yang bakal dijadikan contoh di CVIA. Tempoh dari empat hingga kelima tahun, CVIA menjadi industrial area ataupun kawasan industri adalah masa yang sesuai untuk anak-anak kita memasuki institusi dalam bidang kemahiran.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin juga menyentuh mengenai Perlis ke arah negeri bersih dan sihat. Insya-Allah menjelang tahun 2022, penguatkuasaan akan dilakukan kepada semua aspek terutamanya gerai-gerai makan di seluruh negeri Perlis. Sepuluh sektor utama dalam menjaga kebersihan atau kempen pembudayaan kebersihan dan peningkatan standard perkhidmatan perniagaan makanan negeri Perlis adalah, yang pertama, menjaga kebersihan diri kepada peniaga-peniaga dan pembantu. Yang kedua menjalani pemeriksaan kesihatan untuk semua sekali, peniaga dan pembantu, memakai apron, menutup kepala dan kasut bertutup. Yang keempat, tiada kacau ganggu. Yang kelima menjaga kebersihan am dan alam sekitar. Yang keenam menjaga keselamatan. Yang ketujuh memastikan penyediaan pengendalian dan penyimpanan makanan terjaga. Yang kelapan, mengelakkan penggunaan plastik sekali guna. Yang kesembilan, menggalakkan pembayaran tanpa tunai ataupun cashless… yang… dan yang kesepuluh mematuhi SOP COVID-19. Insya-Allah pada 1 Januari 2022, seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri Besar kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dan juga Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis telah berkenan untuk berangkat untuk merasmikan program tersebut, Program Perlis Bersih Indah dan serta Bintong Food Avenue bertempat di Jalan Syed Safi Bintong. Cetusan idea ini adalah hundred percent daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ini amat baik dan apa yang diharapkan rakyat Perlis melihat positif akan perkara ini dan matlamat tercapai. Dalam hubungan berkaitan, rangsangan ekonomi yang datangnya dari hasil limpahan pelancong ke Perlis adalah amat baik. Suasana iklim ekonomi sudah menampakkan cahaya insya-Allah. Kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang turut membantu.

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan para hadirin sekalian, seterusnya saya ingin menyentuh tentang masalah usahawan dan peniaga-peniaga kecil yang ni kurang mendapat info mengenai bantuan, dana atau geran untuk perniagaan dari agensi kerajaan yang ada menyediakan dana tersebut. Bagi mengatasi masalah ini saya mengambil inisiatif dengan menjemput wakil-wakil dari persatuan peniaga yang berdaftar dengan unit keusahawanan di BPEN setiap kali mesyuarat jawatankuasa MMKN di bawah portfolio keusahawanan. Dengan yang demikian, para usahawan akan mendapat informasi dengan cepat dan tepat dan semua kriteria dapat difahami. Semua para usahawan dinasihatkan supaya menjadi ahli persatuan untuk memudahcara, untuk apa-apa aktiviti keusahawanan yang ditawarkan oleh pelbagai agensi kerajaan.

Kerajaan Perlis juga tidak lupa untuk memikirkan tentang masalah perumahan. Sehingga kini lebih 1,800 keluarga yang tidak mempunyai rumah ataupun setinggan. Jumlah ini dikenalpasti. Bagi mereka yang layak terutamanya dari kategori B40, usaha berterusan dilakukan untuk mereka memiliki rumah sendiri menjadi kenyataan. Sehingga kini terdapat lebih daripada 800 keluarga mendaftar di Pejabat Perumahan untuk mendapatkan rumah PPR. Jabatan Perumahan dari semasa ke semasa akan memanggil temuduga sekiranya ada kekosongan. Bagi pemohon yang berpendapatan 3,000 ringgit ke bawah, berkeluarga dan tidak mempunyai tanah untuk… tidak mempunyai tanah milik sendiri adalah layak memberi keutamaan semasa pemilihan dibuat. Keprihatinan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi program baik pulih dan membina rumah yang uzur serta penambahbaikan dan pendawaian letrik yang uzur sangat-sangat disanjung tinggi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Besar. Inilah yang dikatakan kerajaan Perlis yang pahadoi dalam segenap aspek.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, izinkan saya untuk memberi respons kepada beberapa persoalan tambahan yang telah melibatkan portfolio saya yang diucapkan oleh Ahli-Ahli Dewan kelmarin. Yang pertama, respons untuk Yang Berhormat ADUN Sena, iaitu apakah perancangan kerajaan bagi menaik taraf longkong-longkang di RPA. Bagi tahun 2021, Bahagian Perumahan telah membelanjakan peruntukkan sebanyak RM366 ribu dibawah peruntukan pembangunan negeri, yakni P04 untuk menaik taraf longkang di lima RPA yang meliputi kawasan Kuala Perlis, Repoh, Beseri Paya, Mata Ayer dan Arau. Selain daripada itu, melalui peruntukan MARRIS, Bahagian Perumahan juga telah membelanjakan sebanyak RM6,636.90 untuk membuat penyelenggaraan longkang di lima kawasan RPA atau PAKR yang meliputi kawasan Tambun Tulang, Pauh Lama, Mata Ayer, Kuala Perlis dan Beseri Paya. Manakala bagi tahun 2022, sebanyak RM860 ribu telah diperuntukkan di bawah peruntukan pembangunan untuk menaiktaraf ataupun menyelenggara infrastruktur parit dan longkang di kawasan-kawasan sepertimana yang disebutkan berikut. Yang pertama, RPA Padang Besar Utara, di Taman Bunga Cempaka. Yang kedua, RPA Padang Besar Utara yang ni Taman Bunga Bongor, yang ketiga RPA Simpang Empat Lama di Taman Bunga Trompet, yang keempat RPA Mata Ayer 1 di Taman Bunga Mawar dan yang kelima PAKR Chuping 2 Taman Bunga Angsana. Selain itu Bahagian Perumahan juga turut memohon peruntukan di bawah peruntukan MARRIS bagi melaksanakan projek menaiktaraf menyelenggara infrastruktur parit dan longkang pada tahun 2022 di lima kawasan RPA yang telah dikenalpasti berisiko untuk berlaku banjir.

Menjawab soalan seterusnya kepada Yang Berhormat Sena, iaitu berapakah bangunan yang belum memperolehi sijil certificate of fitness atau CF dan sijil certificate of completion of compliance ataupun CCC. Berdasarkan kepada soalan Yang Berhormat, projek-projek yang dilaksanakan mengikut garis panduan urusan perundingan bagi projek-projek kerajaan yang diurus dan siapkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya tidak memerlukan certificate of completion and compliance ataupun CCC. Memadai hanya Certificate of Practical Completion ataupun CPC. CCC hanya di… diperlukan untuk projek reka dan bina. Jika dilihat data tempoh sepuluh tahun kebelakang ini, iaitu dari tahun 2012 sehingga tahun 2021, hanya terdapat tujuh projek bangunan, sekolah dan dua projek bangunan kerajaan lain yang dikemukakan oleh melalui OFC di peringkat MPK bagi tujuan kelulusan CCC. Bagi projek pembangunan sekolah, daripada tujuh projek tersebut, dua projek masih dalam pembinaan, satu telahpun siap dan mempunyai CCC dan manakala bagi empat baki empat lagi telah siap tetapi CCC belum lagi dikemukakan oleh arkitek perunding yang dilantik. Bagi projek bangunan lain pula, daripada jumlah dua projek tersebut, satu telah pun siap dan pun mempunyai CCC, manakala satu lagi projek belum lagi bermula. Untuk makluman Yang Berhormat Sena, CCC adalah perakuan siap kerja yang dikeluarkan oleh para profesional yang terdiri daripada arkitek profesional yang mendaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia. Jurutera profesional yang mendaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia ataupun pelukis pelan bangunan yang mendaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia. CCC telah diperkenalkan pada tahun 2007 bagi menggantikan CF yang sebelum ini dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Seterusnya soalan daripada Yang Berhormat Guar Sanji, sejauh manakah keberkesanan dan notis usaha yang dibuat membenarkan ada PPR lain yang ada mengalami masalah yang sama. Penghuni PPR adalah merupakan kumpulan B40 dan berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan. Bagi penyewa yang mempunyai tunggakan sewaan, notis peringatan tunggakan sewaan akan dikeluarkan setiap dwibulanan. Berikut adalah maklumat kutipan bayaran tunggakan di PPR Negeri Perlis. Yang pertama bagi PPR Sena, jumlah tunggakan sehingga November 2021 berjumlah RM1.56 juta dan kutipan tunggakan berjaya dikutip adalah sebanyak RM120,456. Bagi PPR Wang Ulu, jumlah tunggakan sehingga November 2021 adalah berjumlah RM439,014 dan kutipan tunggakan yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM34,643. Bagi PPR Wai Permai, jumlah tunggakan sehingga November 2021 berjumlah RM229,824 dan kutipan tunggakan yang berjaya dikutip berjumlah sebanyak RM78,886. Jumlah keseluruhan tunggakan sehingga November 2021 adalah sebanyak RM2.23 juta manakala kutipan tunggakan yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM233,985. Bagi notis peringatan sewaan yang telah dikeluarkan sehingga November 2021 adalah sebanyak 2,220 daripada usaha pengeluaran notis-notis ini dilihat timbul kesedaran kepada penyewa untuk menjelaskan bayaran tunggakan sewa.

Bagi soalan Yang Berhormat Guar Sanji, apakah perancangan untuk mengkaji semula nilai projek bawah RM20,000 melibatkan rumah asnaf untuk dinaikkan ke nilai RM20,000 hingga RM25,000 serta rumah bantuan yang berharga RM40,000 kepada RM45,000 memandangkan terdapat kenaikan harga barang binaan untuk membantu kontraktor. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat beberapa agensi ataupun jabatan yang terlibat secara langsung untuk membaikpulih rumah, antaranya ialah Bahagian Perumahan, Bahagian Pentadbiran Daerah, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis dan juga Majlis Perbandaran Kangar. Bahagian Perumahan terlibat untuk melaksanakan projek-projek pembangunan di perumahan awam Negeri Perlis sebagaimana jenis-jenis kerja yang berikut. Yang pertama, membina baru atau menaiktaraf atau menyelenggara kemudahan infrastruktur awam atau jalan di PPR, RPA dan PAKR, membaik pulih rumah PPR sebelum kemasukan penyewa baru bagi kerosakan major yang bukan disebabkan oleh pelakuan vandalisme dan yang ketiga, membaik pulih rumah PAKR sebelum kemasukan pembeli baru yang telah menyelesaikan bayaran penuh rumah. Di samping itu, BPD telah menaikan had siling sehingga RM38,000 bagi kos bina baru rumah pada pertengahan tahun 2021 dengan mengambil kira kenaikan harga barang binaan. BPD juga menaikkan had siling rumah kos baikpulih rumah berdasarkan keperluan dan kerosakkan rumah tersebut bagi membantu yang memerlukan dan turut mempertimbangkan rungutan kontraktor akibat kenaikkan berterusan harga barang binaan. Justeru itu, BPD bersedia agar kajian nilai projek bagi Perlis dan bina rumah baru… baru rumah akan diteliti semula dari masa ke semasa. Berdasarkan kajian pasaran bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas. Berdasarkan semakan ICU, JPM, projek-projek baikpulih ataupun bina rumah yang dilaksanakan adalah berdasarkan garis panduan Program Perumahan Rakyat Termiskin ataupun PPRT yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar berdasarkan garis panduan tersebut, kadar bantuan bina baru dan baikpulih rumah mengikut kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah seperti berikut. Bagi kawasan Semenanjung, jenis rumah tiga bilik, kadar rumah RM56,000. Di Sabah dan Sarawak, tiga bilik RM68,000 dan rumah panjang RM68,000. Kadar bantuan baik pulih Wilayah, kos maksimum baikpulih adalah RM13,000, di Semenanjung dan juga Sabah Sarawak RM15,000. Dalam hal ini, ICU, JPM mengambil maklum terhadap kenaikan harga barang binaan yang sedang berlaku pada waktu ini dan bersedia untuk membincangkan perkara-perkara tersebut bersama agensi yang bertanggungjawab untuk mencari jalan penyelesaian. Dalam menentukan harga atau nilai bantuan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis telah melaksanakan semak silang dengan jadual kadar kerja 2021 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya. Semakan berkenaan telah dilaksanakan oleh Seksyen Teknikal MAIPs yang diselaraskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan MAIPs sebelum diperakukan oleh Mesyuarat Majlis Pelaksanaan. Nilai bantuan MAIPs telah diselaraskan dan akan dikuatkuasakan bermula Februari 2022. Untuk makluman juga, MPK menerima peruntukan daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi melaksanakan kerja baikpulih rumah di kawasan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) berdasarkan had nilai yang ditetapkan oleh KPKT iaitu maksimum sebanyak RM13,000 bagi setiap rumah. Pihak MPK telah memberikan pandangan atau cadangan mengenai perkara ini namun sebarang keputusan untuk mengkaji semula bagi menaikkan had siling atau nilai projek terletak di tangan KPKT.

Bagi menjawab soalan seterusnya kepada Yang Berhormat Sena, apakah perancangan kerajaan negeri untuk mengekalkan bilangan unit rumah mampu milik memandangkan terdapat banyak bilangan permohonan dan senarai menunggu bagi semua rumah kosong untuk rumah-rumah Program Rancangan Perumahan Awam (RPA), Perumahan Awam Kos Rendah dan juga Perumahan Rakyat. Dalam usaha meningkatkan bilangan unit rumah mampu milik di negeri Perlis untuk memenuhi keperluan rakyat yang memerlukan… yang memerlukan, Kerajaan Negeri komited dan mempunyai perancangan ter… seperti, yang pertama sinergi bersama kerajaan persekutuan dalam melaksanakan projek pembangunan perumahan yang merangkumi perkara-perkara berikut. Yang pertama, Projek Penempatan Semula Nelayan Kuala Perlis fasa pertama yang telah ditawarkan kepada 56 orang penduduk Kuala Perlis. Seterusnya permohonan untuk melaksanakan projek ini di fasa dua juga telah dibincangkan dan permohonan peruntukan akan dipohon. Dan yang kedua, perancangan yang berterusan di dalam melaksanakan projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PRIMA) dan juga rumah mesra rakyat. Kerjasama kerajaan Negeri dan pemaju swasta di dalam melaksanakan konsep Request For Proposal ataupun RFP bagi membangunkan perumahan awam Perlis yang melibatkan di enam lokasi perumahan dengan harga jualan antara RM80,000 sehingga 150,000. Sehingga kini, proses penilaian telah dilaksanakan kepada 21 tawaran RFP yang diterima dan pelantikan pemaju swasta akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini, menggunapakai dasar penggunaan hartanah di negeri Perlis yang telah dimuktamadkan bagi menggantikan polisi perumahan sedia ada dalam memacu swasta ke arah pembangun… membangunkan rumah mampu milik.

Soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Sena, apakah tindakan dan pelan strategik jangka pendek dan panjang yang telah diambil oleh kerajaan negeri bagi program perumahan awam negeri Perlis. Kerajaan negeri amat komited dalam merancang dan melaksanakan program perumahan awam negeri Perlis rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan rakyat yang memerlukan berpandukan kepada Rancangan Struktur Negeri 2030 sebanyak 53,063 unit rumah terancang akan dimida… dibina merangkumi 15000 unit rumah mampu milik ataupun rumah kos rendah. Berdasarkan kepada laporan stok kediaman perumahan yang dikeluarkan oleh pusat makluman harta tanah jabatan penilaian dan perkhidmatan hartanah Malaysia sehingga suku tahun pertama 2021 Perlis sudah mempunyai 10 891 unit rumah mampu milik atau pun rumah kos rendah yang telah siap dibina. Data ini menunjukkan bahawa selesaian RSN 2030 bagi rumah mampu milik ataupun rumah kos rendah dibina di Perlis sudah berada pada tahap 72.51% dan akan teruskan sehingga 2030. Justeru, langkah utama kerajaan negeri dalam merealisasikan perkara ini adalah… dengan menyediakan lebih banyak program perumahan awam negeri Perlis ataupun rumah mampu milik melalui 2 peringkat pelaksanaan iaitu yang pertama jangka pendek dan yang kedua jangka panjang. Bagi jangka pendek, aktiviti program jangka masa pendek memberi fokus kepada kerja-kerja selenggara yang berterusan dan pembaikan kecil di program perumahan awam negeri Perlis sedia ada bagi memastikan infrastruktur dan kemudahan awam di di kawasan perumahan tersebut berada di tahap optimum. Bagi tahun 2021 kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM3,205,000 dan pihak KPKT telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM1.9juta bagi tujuan tersebut. Bagi jangka masa panjang, sinergi bersama kerajaan persekutuan di dalam melaksanakan projek pembangunan perumahan yang merangkumi perkara-perkara berikut, yang pertama projek penempatan semula nelayan Kuala Perlis fasa pertama telah ditawarkan dan yang kedua perancangan yang berterusan di… di dalam pelaksana projek perumahan awam PPAM bersama program perumahan rakyat PRIMA.

Soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Sena, Dasar Perumahan telah mengehadkan penjualan kepada Bukan Bumiputera. Perkara ini telah memberi keuntungan kepada negeri jiran di mana mereka membeli rumah di Changlun, Kedah. Kerajaan Negeri Perlis perlu mewujudkan alternatif untuk mengekalkan penduduk negeri Perlis menetap di negeri jiran bagi merancakkan ekonomi negeri Perlis. Polisi kerajaan negeri… untuk penetapan kuota Bumiputera dan bebas adalah berpandukan kepada demografi dan komposisi penduduk di negeri Perlis. Polisi 70:30 Bumiputera dan bebas di tanah lengkungan bebas adalah wajar dan adil kepada semua pihak dalam mengambil nisbah komposisi penduduk Perlis 89:11 Bumiputera dan Bukan Bumiputera. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri fleksibel dalam perkara ini dimana sekiranya terdapat lot Bumiputera yang tidak dapat dijual boleh dilepaskan ke pasaran bebas tertakluk kepada kriteria dan syarat-syarat yang dikenakan. Oleh itu, Bukan Bumiputera boleh membeli rumah Bumiputera tersebut.

Menyambut soalan daripada Yang Berhormat Indera Kayangan, menyatakan perincian kutipan bagi tunggakan secara bulanan yang diterima… di PPR Sena. Tunggakan keseluruhan PPR Sena sehingga November 2021 berjumlah RM1.563 juta. Manakala jumlah kutipan tunggakan sehingga November 2021 adalah RM120,400.56. Perincian kutipan bayaran adalah seperti berikut, Januari kutipan berjumlah RM10,926, Februari berjumlah RM9,906, Mac berjumlah RM22,370, April berjumlah RM10,164, Mei berjumlah RM8,096, Jun berjumlah RM7,438, Julai berjumlah RM5,934, Ogos berjumlah RM11,424, September berjumlah RM12,112, Oktober berjumlah RM13,820 dan November berjumlah RM8,466. Disember akan menyusul.

Seterusnya soalan daripada Inde… Indera Kayangan, DUN Indera Kayangan. Apakah perkembangan projek Market Lama Kangar kerana sehingga kini dilihat masih tiada tindakan. Untuk makluman semua, di bawah Rancangan Struktur Negeri 2030 dan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar 2035 penggantian, terdapat tapak Pasar Lama Kangar telah telah dicadangkan sebagai Bazar Ria Kangar. Bagi mencapai maksud itu sebelum PRU ke-14, kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan RM10 juta kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan projek itu. Namun, setelah PRU 14, kerajaan Pakatan Harapan telah membatalkan kelulusan peruntukan tersebut. Kerajaan negeri… kerajaan negeri kemudiannya telah membuat pelawaan… cadangan pembangunan secara request for proposal untuk tapak tersebut. Pelawaan dokumen cadangan RFP telah dibuka mulai 8 November 2019 sehingga 5 Disember 2019. Terdapat 3 pihak yang menyertai lawatan tapak pada 14 November 2019, namun tiada dokumen cadangan diterima. Kerajaan negeri juga tiada halangan sekiranya ada cadangan daripada mana-mana pihak yang berminat. Buat masa ini, pihak MPK hanya diminta untuk menguruskan kawasan berkenaan buat sementara waktu sehingga pembangunan semula kawasan tersebut hendak dilaksanakan ketika ini. Terdapat sebuah bangunan ataupun pasar lama yang di… yang sebahagiannya disewakan kepada peniaga Musa Raja Lelong, Kontraktor Kebersihan E-Idaman dan beberapa peniaga lain.

Bagi menjawab soalan Yang Berhormat DUN Indera Kayangan, apa… adakah pihak MPK bercadang untuk menubuhkan task force bagi memantau pembaikan jalan raya ataupun pothole dan penutup longkang. MPK telah mewujudkan Unit Tukang… Unit Tukang sebagai pasukan tugas khas yang ditugaskan secara khusus bagi melaksanakan kerja-kerja melibatkan kerosakan jalan… pothole dan penutup longkang di kawasan perumahan dan komersial di bawah seliaan Majlis. Bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan yang lebih besar pulak, ia memerlukan kaedah pelantikan kontraktor mengikut tatacara perolehan yang sedang berkuatkuasa. MPK jugak sedang meneliti beberapa alternatif yang sesuai bagi mempercepatkan pelaksanaan kerja-kerja memperbaiki kerosakan jalan ataupun pothole dan penutup longkang. Antara alternatif yang sedang dipertimbangkan ialah mewujudkan panel kontraktor yang dilantik secara kontrak… bermasa bagi memastikan masa tindak balas ke atas aduan yang diterima dapat ditangani dengan lebih cepat dan efisien. Pertimbangan akan dibuat dengan mengambilkira kaedah yang lebih kos efektif untuk dilaksanakan.

Seterusnya, soalan daripada YB Indera Kayangan. Apakah peranan kerajaan dalam memastikan aktiviti perniagaan tidak menimbulkan kacau ganggu penduduk dan menghalang jalan raya serta perancangan dalam menguatkuasa penggunaan perangkap minyak ataupun grease trap oil yang memastikan pencemaran dapat dikurangkan. Menyedari beban masyarakat yang terkesan daripada pandemik COVID-19, kerajaan negeri telah memperkenalkan konsep “Perlis Bebas Niaga” pada tahun 2021. Konsep ini adalah selaras dengan Seksyen 8 Undang-undang Kecil Penjaja penjaja MPK 1992, namun perlu mematuhi 3 syarat utama iaitu kebersihan, keselamatan dan jugak kacau ganggu. Dengan dasar ini, setiap penjaja dibenar untuk menjalankan aktiviti perniagaan di lokasi-lokasi yang selamat, tidak mendatangkan bahaya dan kacau ganggu kepada masyarakat dengan menitikberatkan aspek kebersihan. Sekiranya terdapat ketidakpatuhan kepada perkara ini, peniaga boleh dikenakan denda dan tidak lebih daripada RM2,000.00 atau 6 bulan penjara atau dua-dua sekali di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja MPK. Berkenaan isu penggunaan perangkap minyak, sejak 2018 lagi, kerajaan negeri melalui Majlis Pe… Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perlis yang bersidang pada September 2018 telah menerimapakai dasar berkaitan kerajaan tempatan iaitu garis panduan pemasangan perangkap minyak di premis makanan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan… sebagai satu dasar di peringkat negeri. Melalui garis panduan ini, pelaksanaan penggunaan perangkap minyak merupakan syarat kepada pemohon ataupun pembaharuan lesen premis makanan. Melalui pemakaian garis panduan ini, pemilik premis perniagaan makanan adalah dilarang sama sekali membuang atau mengemba… mengembalikan semula sisa… yang dikumpul ke sistem saliran, parit, sungai, sistem pembentung atau tangki septik seperti yang dicatit dalam Seksyen 69 dan 70 Akta Tempatan.

Seterusnya, soalan daripada Yang Berhormat Indera Kayangan, apakah usaha kerajaan negeri dalam membantu industri kecil dan sederhana (IKS) peniaga di Pekan Kuala Perlis, Pekan Lama Kangar dan sebagainya. Bagi membolehkan kerajaan menjana pendapatan tambahan selaras dengan dasar Perlis Bebas Niaga, MPK telah melaksanakan strategi mempermudahkan pengeluaran lesen dan permit perniagaan di lokasi-lokasi yang sesuai kepada permohonan yang memenuhi aspek 3K iaitu kebersihan, keselamatan dan tidak menimbulkan kacau ganggu, serta berkonsepkan mobil mudah dialih. Berbentuk struktur tidak kekal dan 3 jenis pre… dan jenis perniagaan tidak berisiko tertakluk kepada syarat-syarat pengoperasian yang ditetapkan. Selain itu, MPK jugak membenarkan jenis perniagaan tertentu untuk beroperasi di rumah kediaman dan taman perumahan, jugak tertakluk kepada prinsip 3K tadi. Bagi tempoh Januari hingga November tahun ini sahaja sebanyak 567 permohonan lesen dan permit perniagaan baru telah diluluskan kepada para peniaga di seluruh negeri Perlis termasuk Kuala Perlis dan Kangar. Selain itu, MPK juga telah meluluskan pengurangan bayaran fi lesen kepada penjaja-penjaja melibatkan diskaun sebanyak 20 peratus bagi setiap permohonan baru dan permohonan lesen yang… yang telah memberi manafaat kepada 3048 orang penjaja di seluruh negeri Perlis pada tahun ini. Untuk makluman, insentif ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan, insya-Allah. Bagi kawasan Kuala Perlis, kerajaan telah memperluluskan peruntukan sebanyak RM500 ribu dalam Bajet Negeri 2022 bagi projek menaik taraf gerai-gerai di tapak medan selera bersebelahan Plaza Kuala Perlis. Disamping itu, MPK jugak sedang dalam proses untuk memohon peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membangunkan gerai berkonsepkan kabin bersebelahan Jeti penumpang Kuala Perlis yang kini disewakan kepada Persatuan Teksi sebagai tempat letak kereta. Kerajaan Negeri melalui agensi yang terlibat sentiasa komited untuk membantu IKS dan peniaga dan meningkatkan tahap ekonomi mereka.

Soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Indera Kayangan, apakah status dan tindakan yang telah diambil oleh MPK susulan daripada lawatan ke Taman Putra Utama, Taman Mutiara dan Taman Seri Guar dan sekitar Indera Kayangan pada November 2019 bagi bina baru penyelenggaraan dan baikpulih. Hasil lawatan yang dijalankan oleh Jabatan Landskap MPK ke beberapa buah taman perumahan di sekitar DUN Indera Kayangan, beberapa permasalahan yang timbul telah dikenalpasti dan tindakan yang sewajarnya telah pun dilaksanakan sebagaimana berikut. Yang pertama, Taman Putra Utama iaitu isu pertama penyelenggaraan kawasan lapang, rumput panjang. Kerja-kerja penyelenggaraan padang ataupun kawasan lapang di Taman Putra Utama telah dijalankan oleh kontraktor lantikan, SWCorp, mengikut jadual yang telah ditetapkan. Isu kedua, ketiadaan peralatan permainan kanak-kanak. Berdasarkan cadangan pemajuan yang telah diluluskan oleh MPK penyediaan peralatan dan permainan kanak-kanak akan dibangunkan pada fasa 3 pembangunan taman tersebut. Cadangan pembangunan di kawasan tersebut akan dirujuk kepada pihak pemaju bagi menentukan tempoh masa pembangunan yang akan dilaksanakan. Bagi Taman Mutiara, Taman Kechor Indah, Taman… dan Taman Pertama. Isunya kerosakan peralatan permainan. Kerja-kerja menaikkan taraf peralatan taman permainan kanak-kanak di taman-taman ini telah selesai dijalankan oleh pihak MPK. Yang keti… seterusnya, Taman Seri Guar iaitu isunya ialah penyelenggaraan gelanggang futsal. Gelanggang futsal taman ini tidak dibina oleh MPK. Justeru itu, isu ini akan dipanjangkan kepada jabatan-jabatan yang berkaitan.

Seterusnya, soalan daripada Yang Berhormat Indera Kayangan berhubung kait… nyatakan perancangan pihak MPK untuk menambahkan bilangan alat senaman untuk warga emas di taman rekreasi awam. Untuk makluman, pihak Majlis… pihak MPK telah menyediakan kemudahan riadah atau rekreasi untuk warga emas di kawasan-kawasan berikut. Yang pertama, Taman Awam Bukit Lagi, yang kedua Taman Poket, yang ketiga taman permainan atau kawasan lapang Taman Kemajuan, yang keempat kawasan lapang… tanah lapang Taman Hijrah dan jugak yang kelima Taman Gunung Medan. MPK juga mengambil maklum keperluan bagi meningkatkan lagi kemudahan-kemudahan tersebut di beberapa kawasan yang lain. Sehubungan itu, bagi tahun 2022 MPK dalam perancangan untuk menyediakan peralatan senaman dan riadah bagi memenuhi keperluan warga emas di kawasan-kawasan berikut. Yang pertama, Taman Lencongan 2 dan yang kedua, Taman Rekreasi Sungai Batu Pahat.

Seterusnya, soalan yang… soalan daripada YB yang sama, Indera Kayangan. Peruntukan pembersihan dan peparitan di kawasan perumahan dimohon agar dinaik supaya kerja penyelenggaran dapat dilaksanakan dengan kerap bagi mengelakkan penyakit berjangkit seperti denggi… apakah peranan kerajaan negeri di dalam hal ini. Untuk rekod, sejumlah RM180,597.00 telah disediakan melalui Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) di bawah peruntukan pembangunan P04 VOT 04101 dan peruntukan bagi… khas program strategik memperkasa rakyat dan ekonomi memper… PEMERKASA untuk kerja-kerja baik pulih parit longkang dalam kawasan Majlis Perbandaran Kangar pada tahun 2019, meningkat kepada RM200 ribu pada tahun 2020 dan RM250 ribu pada tahun 2021. Dengan peruntukan tersebut, kerja-kerja pembersihan, pembaikan dan penyelenggaraan longkang di taman-taman perumahan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan isu penyakit berjangkit malah dapat mengatasi isu banjir di kawasan tersumbat. Bagi projek yang sama di dalam kawasan perumahan awam, Bahagian Perumahan telah membelanjakan sebanyak 366 ribu di bawah peruntukan pembangunan negeri di mana 5 rancangan perumahan awam pada tahun 2021. Manakala 606 ribu melalui peruntukan MARRIS dibelanjakan bagi menyelenggara longkang di 5 taman RPA dan PAKR. Manakala, pihak berkesempatan berdasarkan perjanjian 3 pihak yang ditandatangani pada tahun 2011 antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan MPK, perkhidmatan pelupusan sisa pepejal yang ini sampah dan juga pembersihan awam di kawasan MPK yang melibatkan skop pemotongan rumput, pembersihan longkang dan sapuan jalan telah diambil oleh… diambil alih oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam SW Corp. Pihak SWCorp pulak telah melantik E-Idaman sebagai syarikat konsesi bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut. MPK memperuntukkan sebanyak RM530 ribu sebulan untuk pembayaran kepada SWCorp bagi menguruskan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam terutamanya di taman-taman perumahan, dimana kira-kira 30 peratus ataupun RM115 ribu daripada jumlah tersebut adalah untuk tujuan pembersihan awam yang meliputi pemotongan rumput dan pembersihan longkang. Kerajaan negeri mengambil maklum akan saranan supaya kekerapan penyelenggaraan dapat ditingkatkan bagi mengelakkan penularan denggi dan pertimbangan akan dibuat tertakluk kepada peruntukkan. Dalam aspek berkaitan komuni, komuniti setempat juga disarankan agar dapat bersama memainkan peranan dengan melaksanakan aktiviti gotong-royong sebagai sokongan terhadap kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum saya mengakhiri penggulungan, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jabatan-jabatan Kerajaan yang telah memberi kerjasama sepenuhnya selama tempoh saya berkhidmat sebagai EXCO kerajaan negeri dan terima kasih kepada semua kakitangan pejabat SU Dewan yang terbaik menjalankan tugas untuk menjayakan sesi persidangan kali ini. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat, dipersilakan Yang Berhormat Simpang Empat.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Penat…

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Perlis, salam sejahtera dan selamat tengahari, Raja Berdaulat Rakyat Berilmu Negeri Sejahtera Perlis Maju. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker Yang Berhormat Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, Setiausaha Dewan dan petugas, para petugas media, tuan-tuan dan puan-puan. Saya dah banyak kawan-kawan bantu dah jawab, saya gulung bagi pendek ya… Apa yang saya nak cuba respon daripada kawan-kawan pihak sana ialah tentang yang pertama sekali YB Shukri, kuarters MADA, kongsi sungai, buang sungai takung, saliran Jawi Seratus, padang ke Padang Keria, Kampung Kuala Sanglang Kedah, ayaq bertakung di bendang baru… pihak kami di bawah Pertanian akan ambil perhatian dan sedang membuat pemerhatian. Ada sesetengah tempat tu sedang diselenggarakan dah. Kerjasama di antara sama-sama kita ini diharapkan akan membantu ianya berjalan dengan lancar. Berkenaan dengan pembinaan saliran… YB Teh untuk pertanian, YB ada tanya sapa yang bertanggungjawab… agensi yang terlibat untuk kawasan pertanian. LPP di luar MADA, MADA dan juga JPS. Sebelum pembinaan saliran ini dibuat dari masa sekarang dan akan akan datang kita… akan bawa dalam berapa bilangan terutamanya dalam PPK di pihak kampung sebelum saliran-saliran dimulakan. Bagi meresponkan soalan YB Guar Sanji iaitu Jualan Prihatin Racun, pihak jabatan yang terlibat iaitu Jabatan Pertanian dan juga PPK-PPK akan mencari pembekal-pembekal… kalau bahasa kampung saya kata “tauke”… kalau bahasa kampung. Timbalan Speaker tak tau la depa panggil apa, gangster ka apa kita tak tau la kan. Kita akan cuba bincang untuk dapat harga cara pukal, mungkin dapat kurang sikit daripada harga biasa. Di samping… Perdana Menteri mengumumkan inisiatif input pertanian daripada RM200 sehektar kepada RM300 sehektar. Berkenaan bekalan jentera di PPK, buat masa sekarang mungkin kita tak dapat penuhi lagi tetapi kita dah ada sebanyak dua biji backhoe dan satu excavator di MADA wilayah. Tujuannya adalah untuk masa-masa kecemasan dan kemungkinan juga pihak kita, pihak MADA yang terlibat, akan memanggil kontrak-kontrak yang ada di kawasan dan pembekal-pembekal terutamanya backhoe yang ada di kawasan berdekatan bagi masa-masa kecemasan. Untuk YB Sena, dia tak dak tapi saya kena habaq pasni dia tanya pulak… dia cerdik nih… YB Sena ni. Semua kawan-kawan saya jawab dia tak dak. Sidang DUN pulak dia tanya la sebab dia tak dengar. Hat tu yang jadi masalah kita kan tapi bagitau baliklah saliran di Repoh yang diminta tiga tu pihak JPS akan tengok balik. Kemungkinan beberapa tempat yang dikenal pasti akan dibuat atau dibina oleh JPS sistem saliran bagi memudahkan atau mengelakkan limpahan air sungai masuk ke longkang-longkang sepanjang sungai Repoh pada masa akan datang. Yang tu jawapannya dan saya banyak-banyak terima kasih terutamanya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang di bawah kepimpinannya bersama Ketua Jabatan yang memberi peruntukan yang saya kira untuk pertanian… walaupun agensi pertanian saya ni banyak daripada Persekutuan tapi saya kira-kira tengok campur-campur dengan JPS hampir 10 juta dapat… 10 percent jumlah yang diberi tu, tujuan dia untuk meningkatkan hasil pertanian kepada petani, penternak dan nelayan dan diharap kerjasama adalah sangat-sangat diperlukan terutamanya daripada… sama-sama YB-YB tolong perati balik di kawasan masing-masing supaya senang kita nak buat apa-apa perubahan atau tindakan bagi memacukan pertanian di negeri Perlis ini terutamanya, segala peruntukan-peruntukan ini kita cuba baik sebaik-baik mungkin. Sekiranya pandemik COVID-19 ni terlerai ataupun tak dak lagi, jika masih banyak ataupun kita kurang tak dengaq, ingkar perintah, mungkin peruntukan yang ada akan jadi semacam tahun ni untuk tahun 2022, digunakan untuk membantu rakyat-rakyat kita yang susah dan akhir sekali saya bagi pihak terutamanya penduduk-penduduk kawasan DUN Simpang Empat mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua jabatan-jabatan dan agensi yang kawan-kawan saya sebut yang telah membantu memajukan kawasan DUN Simpang Empat dari masa ke semasa. Saya dengan itu menyokong bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat dengan tema Keselingan Pimpinan Rakyat Pemangkin Kelangsungan Kemakmuran dan Kesejahteraan untuk tahun 2022. Sekian, wabillahi taufik, wassalamualaikum warahmatullah.

Speaker

Sekarang dipersilakan YB Chuping.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Bismillahirahmanirrahim, alhamdulillahi rabbilalamin, wassalatu wassalamu ala asyrafil anbiya'i wal mursalin, saidina muhammadin, wa’ala alihi wasahbihi ajma’in. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam Keluarga Malaysia, Salam Perlis Raja Berdaulat Rakyat Berilmu Negeri Sejahtera Perlis Maju. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Bintong, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan Negeri Persekutuan, wakil-wakil Ketua Jabatan dan pengamal media yang dihormati sekalian. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker kerana menjemput saya untuk memberi… turut berbahas. Sejuk getar dah ni, tunggu lama punya giliran, terima kasih. Dan seterusnya menyokong isu anggaran pembangunan negeri Perlis pada tahun 2022. La… kena turun dah? Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang diperkatakan oleh Yang Amat Berhormat Bintong pada hari pertama persidangan. Sedikit perhargaan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Bintong di atas pembentangan Bajet negeri Perlis bagi tahun 2022 yang dilihat terangkum dan inklusif yang menyentuh tentang proses pemulihan negeri selepas pasca PKP akibat pandemik COVID-19. Walaupun sekarang kita masih lagi berhadapan dengannya, namun setelah pembukaan semua sektor serta kebenaran merentas negeri maka amat bertepatan sekali bajet yang dibentangkan ini. Alhamdulillah kita bersyukur dengan suasana politik di Perlis masih lagi berada di dalam zon yang damai. Walaupun ada perbezaan pandangan, namun ianya adalah suatu yang positif dan terkawal dan dengan itu, kerajaan Negeri mentadbir urus negeri ini dengan baik, agenda pembangunan di… terus dirancang dan dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat. Permasalahan dan kebajikan rakyat menjadi perkara penting yang perlu diutamakan. Saya melihat dalam ucapan Ahli-Ahli Yang Berhormat di sebelah sana pada hari kedua persidangan turut menyokong usul anggaran permohonan negeri Perlis pada tahun 2022. Ini menunjukkan kebersamaan dalam menjayakan segala agenda atau dasar Kerajaan Negeri diterima dan dipersetujui oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat demi kesejahteraan rakyat negeri Perlis.

Menyentuh mengenai sektor pelancongan dalam bajet kali ini, terima kasih pada Yang Amat Berhormat Bintong kerana memperuntukkan sebanyak RM7.16 juta untuk membangunkan sektor pelancongan ke arah lebih mampan dan tersusun. Kerajaan negeri melihat sektor ini mempunyai potensi yang besar dan secara tidak langsung limpahan ekonomi akan terus kepada rakyat amnya dan juga negeri khususnya. Ini adalah sektor yang paling cepat untuk menjana pendapatan berbanding dengan sektor-sektor lain seperti pembangunan yang mana akan mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapatkan spillover, dengan izin, kepada rakyat mahupun negeri. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum kita dibolehkan merentas negeri pada bulan Oktober 2021, Kerajaan Negeri telah berusaha bersungguh-sungguh selama tiga tahun lebih dengan kerjasama jabatan-jabatan yang menyelia produk-produk pelancongan ini untuk memastikan produk-produk pelancongan ini dinaiktaraf dan diselenggara dengan baik serta kreatif. Kalau ikutkan ianya bukanlah satu tugasan yang hakiki jabatan, namun Kerajaan Negeri telah meletakkan garis panduan agar jabatan-jabatan yang mempunyai produk pelancongan ini perlulah berfikir diluar kotak. Segala aspek pembangunan yang akan dilakukan di kawasan mereka perlulah menerapkan elemen-elemen ataupun ciri-ciri pelancongan, sebagai contoh, mestilah ada keceriaan, kebersihan terjaga, kreativiti, dan yang paling penting mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Inilah hasilnya, dan saya ingin mengambil kesempatan disini, untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada ketua-ketua jabatan yang menyelia produk pelancongan, seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Veterinar, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Perlis, Yayasan Tuanku Syed Putra dan juga serta agensi-agensi Persekutuan yang terlibat. Malah setelah Kerajaan Negeri berusaha bersungguh-sungguh berkaitan sektor ini, maka peluang ini turut diambil oleh rakyat. Sedar atau tidak sedar, rakyat sudah pandai mengambil peluang ini. Contohnya saya ingin kongsi di sini, rumah-rumah penginapan, atau dikenali sebagai homestay yang bukan di bawah MOTAC telah tumbuh bagaikan cendawan, lebih kurang 100 lebih telah wujud di negeri Perlis. Data ini ada dengan Kerajaan Negeri boleh kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat yang sudi nak tau lebih, kita boleh bagi. Begitu juga kedai-kedai makan viral, yang begitu pesat membangun di negeri Perlis ini, nak sarapan pagi ada senarai kedai dia. Nak makan tengahari ada senarai kedai dia dan nak makan petang pun ada kedai yang disenaraikan dan apatah lagi yang nak makan malam. Banyak kedainya, malah kalau kita nak tumpang pi makan pun, kena tunggu ruang kosong seperti mana yang disebut oleh YB Sanglang kelmarin. Dan pada 01.01.2022, Kerajaan Negeri akan melancarkan satu tempat makan baru, yang dinamakan Persiaran Makanan Bintong yang ilham daripada Yang Amat Berhormat Bintong, yang mana Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis akan berangkat untuk menyempurnakan perasmiannya. Ini menunjukkan bahawasanya Kerajaan Negeri amat komited untuk menjayakan sektor pelancongan ini, pada masa sama industri ini turut berkembang kepada rakyat ataupun NGO yang mempunyai produk tersendiri seperti Nipah Klasik di Simpang Empat, Kashah Bukit Chabang, Santuari Ikan Air Tawar, Nira Klasik di Sanglang, koleksi barang-barang lama di Mata Ayer ini baru ditemui, serta usahawan-usahawan kraf, Batik Inderawasih di Mata Ayer, batik di Simpang Empat pun ada kasut capal di Perlis, stable kuda di Chuping, serta banyak lagi yang saya tak dapat senaraikan di sini. Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Bintong dalam ucapan bajetnya menyentuh untuk setiap kawasan Dewan Undangan Negeri agar dapat melihat apa-apa keistimewaaan yang boleh dibuat dan dimajukan khususnya dalam sektor ini, dan diangkat kepada Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan. Dalam keadaan bersiaran langsung terus kepada rakyat hari ini, saya juga ingin mengambil kesempatan kepada Dewan yang mulia ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat negeri Perlis yang sama-sama menyahut seruan Kerajaan, mengambil peluang yang telah disediakan bagi sama-sama kita merancakan sektor pelancongan dan sekaligus limpahan ini akan terus sampai kepada rakyat. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia, pencapaian hasil sektor pelancongan kita ini walaupun tidak secara bertulis, tidak nampak mahu pun tidak mempunyai sijil dan sebagainya, namun ianya menjadi titik tolak, pencapaian hasil usaha kerajaan Negeri selama ini kenapa yang kita usahakan memberi impak yang tinggi contohnya Galeri 3D di Gua Kelam telah pun dijadikan contoh dalam lawatan KSU Kementerian Tenaga dan Sumber Manusia (KeTSA) pada awal tahun 2020… 2020 telah meminta bantuan team Perlis, yang terdiri daripada Jabatan Perhutanan, Persatuan Pelukis Negeri Perlis untuk memberikan khidmat nasihat dan permohonan semula galeri di Taman Eko Rimba di Bukit Nanas dan juga cadangan pembangunan Taman Herba di Perak yang berkonsepkan rimba herba Perlis. Selain itu, awal tahun dan baru-baru ni, saya menerima kunjungan daripada dua orang EXCO Kerajaan Negeri iaitu daripada Terengganu dan juga Kedah. Mereka memuji Perlis dapat wujudkan pocket tourism dan cuba mencontohi dan dibuat di tempat mereka sendiri. Begitulah pandangan orang luar terhadap di negeri Perlis, walaupun kecil tapi Perlis mempunyai keunikan yang tersendiri. Pada masa yang sama, bagi mewujudkan pelancongan yang lestari dan harmoni, Kerajaan Negeri menekankan dari sudut kebersihan. Justeru itu, satu dasar baharu kerajaan Negeri iaitu kempen Perlis Bersih Indah telah diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Bintong, kerajaan Negeri amat komited untuk menjayakan kempen Perlis Bersih Indah ini dan akan bermula pada 01.01.2022 tahun depan. Bukan sahaja kepada peniaga, malah kepada seluruh rakyat negeri Perlis perlu menerapkan budaya bersih ini agar menjadi satu amalan kita seharian. Kita ambil contoh negeri Melaka, memang susah untuk mengubah minda manusia, namun Melaka berjaya menerapkan pembudayaan bersih ini. Apa depa buat? Kenakan denda selama setahun. Maka bagi negeri Perlis, kalau masih ada yang degil, mungkin pelaksanaan denda ini akan dikuatkuasakan. Jadi kita harap dapat lah didengari oleh rakyat yang diluar sana. Saya ingin menyentuh… memberi maklumbalas kepada YB Indera Kayangan di dalam perbahasannya kelmarin berkaitan dengan aktiviti kebudayaan Siam, kerajaan Negeri menyambut baik sebarang cadangan untuk mengadakan program atau aktiviti kebudayaan Siam seperti pesta Songkran di negeri Perlis bagi tujuan itu banyak perkara yang perlu kita kaji dari segi penganjurnya, keperluan kewangan, perjalanan program dan sebagainya. Tapi bagi untuk pastikan program ini dapat dianjurkan dengan baik dan lancar, kerajaan Negeri dengan kerjasama tourism Malaysia akan mengambil tindakan seperti berikut, mungkin mengadakan famtrip dengan menjemput agensi-agensi pelancongan serta media datang ke negeri Perlis bertujuan meninjau acara ini serta membangunkan pakej-pakej pelancongan yang bersesuaian, yang keduanya mengadakan kerjasama antara agensi-agensi di selatan Thai dan Perlis. Yang ketiganya mempromosikan tempat-tempat menarik di Perlis di samping memanjangkan jemputan penyertaan peserta daripada negara jiran seperti di dalam program pesta Songkran dan lain-lain. Yang keempat jaringan perhubungan laluan kereta api antara Padang Besar dan Hatyai, ini pun boleh buat. Dan seterusnya yang kelima, di samping itu, informasi menarik mengenai pesta Songkran yang dimasukkan ke dalam risalah pelancongan tourism Malaysia dan akan dimuat… dimuatkan di laman sesawang kerajaan Negeri serta media sosial yang boleh diakses oleh semua dan akhirnya yang kelima… yang keenam, memasukan acara-acara negeri yang berpotensi di dalam kalender acara pelancongan negara dan saya ingin memberi maklum balas kepada YB Sena jua, iaitu berkaitan… rumah spa di Batu Pahat, untuk makluman Yang Berhormat Sena, pusat rawatan alternatif dan spa ini merupakan projek yang diluluskan di bawah Kementerian Pelancongan dalam RMK ke-10 tahun… dan siap dibina pada tahun 2010. Yang berjumlah kos RM4,729,046.80 dan berdasar… walau bagaimanapun berdasarkan teguran audit tersebut kerajaan Negeri Perlis telah memperuntukkan sejumlah RM178,000.00 melalui bajet Projek Rangsangan Ekonomi (PRE) pada tahun 2020 yang dilaksanakan cabutan undi perdana pada 4 Jun 2020 dan sebanyak RM25,000.00 melalui bajet PEMERKASA pada tahun 2021 untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan tersebut. Setelah siap kerja-kerja penyelenggaraan sekitar bulan Jun 2021, tapak ini telah pun diiklan secara RFP oleh BPEN untuk diambil alih pengurusan pihak swasta sehingga November 2021 sebanyak 14 syarikat telah datang untuk melawat tapi tak ada respon balik. Jadi, untuk akhirnya Yang Berhormat Dato’ Speaker saya ingin mengambil…

Yang Berhormat Speaker, sedikit pencelahan. Terima kasih atas penjelasan daripada Yang Berhormat Chuping, saya memang tengok list tu dalam yang… apa masa perbincangan… mesyuarat PAC, nama-nama besar dalam industri beauty dan sebahagian tu kalau boleh tu dapat depa tu saya yakin operator tu sustain… apa ni dia boleh develop lagi tempat tu dengan kreativiti depa dan dia akan pertahan untuk operate untuk akhirnya mendatangkan menjana pendapatan kepada negeri. Saya harap supaya dapat cari jalan lah… inisiatif apa-apa tertentu… sebab nama-nama besar, antara lain nama.. yang saya… yang saya ingatlah Hanna Beauty ada… jadi sayanglah kalau ni… mungkin kita push depa sikit, terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Okey, terima kasih YB Sena, untuk makluman YB Sena, mungkin apa nama yang… yang melawat itu, pengusaha-pengusaha tersebut, dia tak tau disitu terletaknya… spa tu terletak di bawah kawasan hutan simpan, dia akta-akta tertentu yang tidak boleh dipajak dan disebagainya. Dia tak boleh ambil dalam tempoh-tempoh yang tertentu, jadi mungkin disebabkan itu. Tapi walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan mengambil… mungkin atau usaha-usaha lain yang boleh kita membantu pihak-pihak pengusaha ini. Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih terutama sekali kepada semua agensi dari jabatan… baik persekutuan atau pun negeri yang telah banyak memberikan kerjasama yang baik sepanjang saya memegang portfolio ini dan bagi pihak rakyat negeri… kawasan Chuping. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua-semua lah ketua-ketua jabatan yang banyak menyelesaikan permasalahan rakyat bagi kawasan Chuping. Jasa anda amat dihargai dan kenang sampai bila-bila.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Mohon celah Dato’ Speaker, seperti yang YB maklum tadi, memandangkan kawasan tu berada di kawasan hutan simpanan. Boleh tau dak… boleh dak saya tau kenapa bila dia berada di kawasan hutan simpanan, dia masih boleh dibangunkan dan tanah tu boleh diterokai untuk buat struktur-struktur pembinaan? Terima kasih.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Untuk makluman Yang Berhormat Indera Kayangan, kalau kita naikkan dalam… di bawah Kerajaan Negeri, pembangunan yang kita lakukan ini adalah di dalam Kerajaan sendiri iaitu tidak menjadi masalah. Tapi kalau kita nak pajak sesuatu projek itu ataupun satu… diberi hak milik sementara, maksudnya pajakan kepada pengusaha-pengusaha lain, itu tidak dibenarkanlah. Dia boleh menggunakan permit penggunaan tanah sahaja.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Oh, itu bukan saya nak tanya. Saya nak tanya sebab kenapa dulu dia boleh di… di… dibangunkan? Hutan simpanan tu boleh dibangunkan untuk pembinaan. Okey, terima kasih.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Tadi Kerajaan buat sendiri, bukan kita bagi pada pengusaha-pengusaha lain, bukan kita bagi kepada syarikat.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Tapi kan dia punya… simpanan dia mesti ada garis panduannya. Bukan kalau Kerajaan buat dia boleh buat sesuka hati dia, dia mesti ada garis panduan dia kan untuk hutan simpanan dan sebagainya, terima kasih.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Saya ingat yang tu Yang Amat Berhormat Bintong boleh jawab sat gi…

Yang Berhormat Speaker, kita dalam… laporan audit dan juga PAC mendapati antara permasalahan berlaku untuk ni… sebagai… apa ni…

peringatan untuk ke depan kan, di… didapati kebanyakannya tidak ada feasibility study maknanya saya agak terkejut lah, jadi saya harap supaya kedepan, apa-apa projek yang dirancang mesti kena ada feasibility study, dengan izin, terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Ok… Yang Berhormat Sena dan Indera Kayangan, sebenarnya yang ni… pembangunan yang berlaku ini adalah di zaman pemerintahan yang dahulu. Tapi sekarang kita telah melihat di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Bintong, kita melihat penggunaan… hutan simpan ini tidak boleh dikekalkan, maksudnya kita tak boleh penggunaan ini diberi pajakan kepada pengusaha-pengusaha lain selain daripada… kita mengutamakan hutan simpan ini. Jadi apa pun nanti, Yang Amat Berhormat Bintong akan lebih elaborate tentang itu. Jadi… akhir kalam Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, puan Setiausaha Dewan, puan… Penolong Setiausaha Dewan, Bentara dan urus setia yang terlibat yang telah membuat satu banyak perubahan, pembaharuan disisi Dewan… di Sidang DUN pada kali ini dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dan terima kasih jua saya ucapkan kepada pihak BPEN, yang bertungkus lumus menyiapkan jawapan kepada soalan-soalan lisan dan jawapan penggulungan pada hari ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, ada satu pantun untuk akhiri ucapan saya pada petang ni… petang ni… teruk-teruk… teruk-teruk berakit ke hulu, pasai nak pikat anak dara jelita, jenuh bersusah payah dahulu, untuk majukan sektor pelancongan ke persada negara. Dengan ini jom pi menyokong, sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Chuping, dipersilakan Yang Amat Berhormat Bintong.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbil a’lamin, wabihi nasta’in. Assolatuwassalamu a’la ashrafil ambiya iwal mursalin, saidina Muhammad wa’ala alihi wasahbihi ajma’in. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Tiba giliran saya untuk melakukan penggulungan ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat semasa perbahasan yang diadakan pada kelmarin. Saya dapati tak banyak isu-isu yang dibangkitkan yang terletak di bawah portfolio saya. Dia lebih banyak menyentuh kepada portfolio di bawah rakan-rakan saya. Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keempat-empat Ahli Yang Berhormat… yang… iaitu daripada Sanglang, Guar Sanji, Sena dan Indera Kayangan, yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan bajet 2022 bagi Kerajaan Negeri Perlis. Ada beberapa perkara yang telah disentuh yang berkaitan dengan portfolio saya dan saya akan cuba memberikan jawapan ke atas isu-isu yang telah dibangkitkan, insya-Allah. Ada satu, dua observation yang saya ingin lakukan disini. Pertamanya, saya melihat bahawa isu-isu yang dibangkitkan di dalam perbahasan adalah merupakan isu-isu yang sifatnya spesifik. Dan mungkin saya terlepas pandang ataupun tak dengar. Tak ada isu-isu yang bersifat dasar yang telah disentuh oleh Ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan diadakan kelmarin. Dan juga tidak ada cadangan-cadangan yang dilakukan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sama ada untuk menambahbaik kepada cadangan-cadangan perbelanjaan yang telah dibuat seperti yang dibentangkan di dalam bajet 2022 itu. Mungkin agaknya cadangan bajet itu komprehensif, agaknyalah. Dan mungkin tak banyak ruang yang perlu diperbaiki. Walau bagaimanapun, suka saya menyentuh disini bahawa penyediaan bajet itu kali ini ada sedikit perbezaan sebab kita telah mengambil kira pandangan netizen daripada saya sendiri telah membuka ruang dan platform itu untuk membolehkan netizen memberikan pandangan mereka melalui platform media sosial dan pandangan-pandangan, komen-komen dan juga feedback atau pun maklum balas yang diberikan itu telah dianalisa dan pihak kerajaan, saya sendiri telah meminta supaya diadakan satu retreat khusus selama dua hari di Langkawi, melibatkan semua Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan untuk kita meneliti, kita menganalisa, kita mencadangkan idea-idea dan inisiatif-inisiatif yang baru untuk dimuatkan di dalam cadangan bajet kita pada tahun ini. Jadi kerana itu, saya berpandangan bahawa kita telah dapat mengurangkan kelemahan-kelemahan di dalam penyediaan bajet pada tahun ini. Jadi Alhamdulillah lah, tahun ini… kerana itulah kita dapati bahawa ucapan bajetnya lebih panjang, 103 muka surat dengan sejumlah 188 paragraph dan saya mengambil tanggungjawab di dalam penyediaan bajet ini. Saya telah menyemak satu-persatu, paragraph by paragraph, page by page, dengan izin… dan saya telah melakukan penambahan, pengurangan dan juga penambahbaikan kepada draf yang telah disediakan itu. Dan saya boleh ceritakan di sini bahawa sepanjang seminggu sekurang-kurangnya sebelum bajet itu dibentangkan, saya memang tak cukup tidur. Sebab saya terpaksa go through satu-persatu dan saya menaip sendiri… apa tu… pindaan-pindaan yang terpaksa dilakukan ataupun yang dilakukan. Dan apa pun saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan di atas ucapan-ucapan tahniah yang telah diberikan oleh Ahli Yang Berhormat ke atas bajet pada kali ini. Dan sesungguhnya apa yang kita lakukan ini adalah untuk melakukan yang terbaik demi faedah dan kepentingan rakyat. Dan saya juga mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat sama ada yang berada di sebelah sini mahu pun yang di sebelah sana, kerana saya tak dengar seorang pun yang tidak menyokong bajet 2022 ini. Terima kasih banyak saya ucapkan kepada semua. Dan kita mengharapkan agar kesefahaman ini, kebersamaan ini, saling bekerjasama di antara kita akan dapat diteruskan walaupun kita tidak ada MoU yang ditandatangani. Saya rasa ini merupakan suatu yang sangat baik dan Perlis seharusnya menjadi contoh kepada kerajaan persekutuan yang memerlukan MoU untuk mendapatkan situasi yang sedemikian.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, ada beberapa isu spesifik yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat semasa perbahasan kelmarin. Pertamanya ialah apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Sena. Yang Berhormat Sena telah membangkitkan tentang isu berkaitan dengan perancangan dan pelaksanaan. Saya berpandangan bahawa ini adalah merupakan isu yang relevan sebenarnya, dan bukan hanya Yang Berhormat yang telah membangkitkan ini, di dalam dewan ini, malah saya sendiri di dalam mesyuarat-mesyuarat yang diadakan terutama sekali Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri, saya selalu membangkitkan mengenai isu koordinasi yang perlu diada… perlu ada… di kalangan agensi-agensi kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan malah di kalangan anggota pentadbiran sekalipun untuk memastikan supaya tidak ada gap, tidak ada jurang diantara apa yang dirancang dengan apa yang dilaksanakan dan apa yang dicapai. Dan kerana itulah kerajaan negeri dan saya sendiri telah mengambil inisiatif sebenarnya telah mewujudkan satu jawatankuasa khas yang saya sendiri menjadi pengerusinya, dianggotai oleh beberapa orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang relevan dan juga ketua-ketua jabatan untuk kita mengkoordinasi dan juga untuk memantau pelaksanaan, perancangan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang… di negeri Perlis ini. Dan alhamdulillah, kita ada tiga jawatankuasa sebenarnya. Satu adalah Jawatankuasa Pemantau… Pelaksanaan dan Pemantauan Projek-Projek Pembangunan di Negeri Perlis iaitu saya sendiri sebagai pengerusi dan kita ada jawatankuasa yang melihat secara khusus mengenai isu-isu yang dihadapi oleh mana-mana projek yang kita laksanakan dan saya telah mencadangkan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengepalai jawatankuasa ini. Dan satu lagi adalah merupakan jawatankuasa yang menangani isu-isu spesifik, bermaksud, jika ada dalam satu projek itu ada suatu isu yang dilihat menjadi penghalang atau hambatan kepada pelaksanaan atau kelancaran pelaksanaannya, saya akan memanggil mesyuarat dan cuba mencari jalan penyelesaian melibatkan mereka yang relevan dan kita cari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan bagaimana isu itu dapat diselesaikan dan akhirnya projek itu dapat dilaksanakan atau diteruskan dengan lancar. Jadi, apa yang dibangkitkan itu amat relevan sebenarnya dan itulah juga yang menjadi hasrat kita di pihak kerajaan supaya jurang yang wujud diantara perancangan dan juga pelaksanaan itu dapat dikurangkan. Alhamdulillah, banyak isu-isu yang telah dapat kita selesaikan dengan wujudnya ketiga-tiga mechanism yang telah saya sebutkan tadi.

Yang Berhormat Guar Sanji ada membangkitkan mengenai masalah perbekalan tar ataupun premix yang tidak mencukupi oleh anak syarikat kerajaan Negeri iaitu Pens Industries. Memang… ada kebenarannya Yang Berhormat mengenai perkara ini. Tetapi ada sebabnya kenapa ianya berlaku. Salah satunya ialah kerana pelaksanaan PKP itu sendiri. Untuk satu tempoh tertentu, pihak Pens tidak dapat beroperasi. Kita tertakluk kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak… oleh pihak kerajaan terutama sekali Majlis Keselamatan Negara. Dan kemudiannya apabila peraturan-peraturan itu dilonggarkan berdasarkan kepada pencapaian kita dari segi pengawalan COVID itu, maka kapasiti Pens Industries dapat ditingkatkan. Walau bagaimanapun, masa yang diambil itu agak panjang… ya… tempoh PKP itu panjang dan masa untuk kita nak catch up balik dengan apa yang tertinggal itu pendek, jadi timbul masalah di sana sebab permintaan tinggi, supply pula tak dapat memenuhi permintaan yang datang secara mendadak itu. Yang kedua, keadaan cuaca, kita semua tahu tahun ini kita menerima hujan… jumlah hujan yang agak besar dan hujan yang turun dengan agak lebat dalam tempoh yang panjang pula itu. Ini juga menjadi sebenarnya penghalang, penyebab juga kepada masalah yang kekurangan tadi yang ditimbulkan tadi. Dan ketiga pula kekurangan stok, kita kekurangan stok sebanyak 20 peratus berbanding dengan yang biasa 100 peratus dan ini juga ada kaitan dengan peraturan PKP yang telah ditetapkan dimana kita tidak boleh melakukan pengeluaran 100 peratus kapasitinya. Dan ini sudah tentu juga akan mengekang kepada penawaran untuk… apa namanya… pengguna-pengguna bahan ini di dalam pasaran. Dan di pihak pengguna pula, juga ada kekangannya kerana di Perlis ini, saya difahamkan hanya ada dua… pasukan penurap atau pun kontraktor yang menjalankan penurapan bagi jalan-jalan di seluruh Perlis, yang saya difahamkan, ada dua sahaja. Jadi, penggilirannya itu mungkin juga akan memberikan kekangan dan yang seterusnya ialah pengangkutan sebab bilangan lori yang ada. Dan ini ada kaitannya juga dengan PKP itu sebab ada lori-lori ini pemilik-pemiliknya atau pun lori-lori, pemilik lori-lori ini daripada Kedah. Dan ketika itu tidak dibenarkan rentas negeri dan kerana itulah dari segi aspek logistik ini ada kekurangannya sebab kita hanya dapat menggunakan lori-lori tempatan sahaja. Dan yang seterusnya kerosakan luar jangka kilang dan jentera ini memang berlaku. Kadang-kadang ada peralatan tertentu yang rosak disebabkan penggunaan yang berterusan itu. Dan bagaimana kita nak mengatasinya. Di tapak, pertamanya kita telah mengambil… maksudnya dalam kes ini Pens Industries sendiri telah mengambil… melakukan kerja lebih masa di luar masa bekerja. Daripada 7 pagi sehingga 10 malam. Kemudiannya, operasi… pelanjutan operasi jualan… sampai hari Sabtu. Tidak hanya terhad kepada hari Jumaat, Isnin - Jumaat semata-mata, malah hari Sabtu pun office dibuka untuk menerima tempahan dan sebagainya. Dan kita juga mengutamakan projek-projek tempatan berbanding dengan projek-projek daripada luar negara sebab batu yang dikeluarkan oleh Pens Industries ini juga menemui pasaran di luar negara terutama sekali di Thailand iaitu di Selatan Thailand. Dan sebagai langkah jangka panjang, kita ada telah membuat keputusan iaitu untuk membeli jentera yang baru… crushing plant, dan telah diluluskan peruntukannya RM3.4 juta dengan kapasitinya iaitu 250 tan satu jam dan diharapkan crushing plant ini akan di… dapat disiapkan pada pertengahan tahun 2022 nanti, insya-Allah. Dan apabila siap dipasang, mungkin kita dapat mengatasi masalah yang dihadapi sepertimana yang kita hadapi pada tahun ini.

Yang Berhormat Sena ada membangkitkan mengenai pelaksanaan… status pelaksanaan CCTV di beberapa persimpangan, ya… di… di negeri Perlis ini yang telah dicadangkan di dalam belanjawan atau pun bajet 2021 seperti di R6 iaitu Simpang Pekan Pauh, di R1 Simpang Balai Polis Trafik Kangar, R11 Simpang Batu 2, Jalan Abi Batas Paip dan R162 Jalan Santan, R101 Simpang Almarhum Kayang dan R137 Simpang Jalan Padang Nyu. Sebenarnya, projek-projek ini masih berjalan, dalam progress. Dan insya-Allah, berdasar kepada maklumat… maklum balas ataupun maklumat yang saya perolehi, keseluruhan projek-projek ini akan siap iaitu pada 15 Disember 20… tak berapa hari lagi. Hari ni dah 8 haribulan… 9 haribulan, so 6 hari, 7 hari lagi siap, insya-Allah, mengikut maklumat yang kita perolehi di sini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon sedikit pencelahan. Terima kasih atas penjelasan daripada Yang Berhormat… Yang Amat Berhormat Bintong. Cuma… alhamdulillah, apa ni… dah tak berapa hari nak pasang. Cuma saya… sedikit nak bagi… apa orang kata… selalunya kalau kita… ni dari segi kita… apa… ada… ada masalah yang timbul dari segi untuk maintenance selalunya. Kita install, tapi akhirnya apabila kita tidak jaga dari segi maintenance, rosak benda tu kan. Saya harap kerajaan negeri akan ada pertimbangan untuk maintenance sama. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Ya terima kasih Yang Berhormat, memanglah dia punya pakej dia akan datang dengan maintenance dengan penyelenggaraannya sekali lah. Erm…Yang Berhormat ada juga menyentuh mengenai projek-projek RMK yang berlaku kelewatan atau terbengkalai, di mana peranan kerajaan negeri dalam hal ini, sebenarnya semua projek-projek di bawah RMK yang seperti mana saya sebut di dalam bajet yang dua hari lepas ini adalah merupakan projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan sebenarnya kerajaan negeri langsung tak terlibat dalam pelaksanaan projek-projek ini walau bagaimanapun kerajaan negeri turut memantau secara tidak langsung sebab kebanyakkan projek-projek persekutuan yang dilaksanakan di negeri-negeri seperti di negeri perlis ini, dia sebenarnya diletakkan di bawah Jabatan Kerja Raya kita ada satu mekanisme khas yang diwujudkan oleh pihak ICU iaitu yang dinamakan Majlis Tindakan Pembangunan Negeri yang mana saya sendiri menjadi pengerusi dan dihadiri oleh agensi yang terlibat. Walau bagaimanapun berdasarkan kepada peraturan pekeliling yang berkenaan iaitu kita tertakluk kepada pekelliling persekutuan mesyuarat hanya sekali setahun jadi… unsur pemantauan itu terlalu panjang walau bagaimanapun, ada mekanisme lain yang dilakukan oleh pihak pelaksana dalam kontak pihak JKR negeri dan juga agensi-agensi yang berkenaan atau kementerian-kementerian jabatan yang berkenaan mereka mewujudkan pemantauan turun… secara turun padang secara berkala dan kemudiannya ada juga kaedah yang lain seperti mesyuarat di tapak yang dilakukan oleh agensi pelaksana bersama-sama dengan jabatan-jabatan yang terlibat yang menjadi milik projek itu, dan juga pihak kontraktor ini pun satu mekanisme yang ada yang digunakan untuk pastikan mana-mana projek yang didapati terlewat untuk mengenalpasti apakah isu-isu yang dihadapi dan perlu diselesaikan.

Yang Berhormat juga ada membangkitkan mengenai tempoh pajakan 99 tahun bagi Rancangan Perumahan Awam (RPA) yang hampir tamat. Sebenarnya banyak lagi, yang panjang lagi Yang Berhormat nak tamat ni… 73 tahun lagi kalau tengok kat sini dan kita ada dasar dalam hal ini bagi mana-mana RPA ni dia kalau sekiranya mereka dah bayar habis memang ada geran lah diberikan, geran 99 tahun itu. Tapi kalau tak habis bayar tak ada, sebab syarat dia. Tapi ada juga tak bayar langsung, from first day dia occupied house until today, they haven't paid a single cent, dia tak bayar, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker. Ada, tapi dalam kes ini bagi mereka yang dah bayar dan dah pun diberikan geran 99 tahun dan geran itu kalau ikut rekod disini paling minima, yang terpendek yang ada 73 tahun lagi Yang Berhormat. Jadi tak ada satu yang perlu dirisaukan dalam hal ini kerana tidak ada rekod di dalam Pejabat Tanah Negeri Perlis yang mana kita telah membatalkan tempoh 99 tahun atau 50 tahun atau 30 tahun setelah tamat tempoh kita tarik balik, tak ada. Hampir… bukan hampir, semuanya kita sambung balik, malah ada yang disambung lebih awal disebabkan ada harta-harta berkenaan nak digadaikan dan sebagainya untuk tujuan-tujuan tertentu. Jadi dasar yang ada sekarang ataupun peraturan yang ada sekarang ini apabila hampir… apabila dua tahun… dalam lingkungan dua tahun sebelum berakhir, permohonan boleh dilakukan kepada Kerajaan dan kita akan mengambil tindakan susulan yang seterusnya untuk kita menyambung dia punya list itu tadi. Insya-Allah, itu tak da masalahnya Yang Berhormat, tak ada rekod jahat membatalkan itu sepanjang beberapa pentadbiran yang ada ni.

Dan menyentuh mengenai apa yang disebutkan oleh YB Indera Kayangan pasal hutan ni… pasal struktur yang dibina di dalam kawasan hutan simpan atau hutan simpan kekal. Sebenarnya memang dalam ni, Kerajaan dibenarkan untuk membina struktur-struktur tertentu untuk tujuan pentadbiran dan sebagainya. Cuma dalam konteks ini, sekarang apa yang dibuat oleh pentadbiran-pentadbiran sebelum ini saya hanya dapat memberikan suatu justifikasi kenapa agaknya dibuat sedemikian. Mungkin untuk explore kekayaan yang ada itu sebab kita nak jadikan hutan ni sebagai satu tourism product, jadi orang datang, kalau datang tu dia nak ada fasiliti tempat duduk dan sebagainya dan mungkin itu agaknya justifikasi kenapa dibina struktur-struktur yang sedemikian dalam hutan tersebut. Cuma yang menjadi kekangannya ialah apabila dia dibina di dalam hutan simpan atau hutan simpan kekal, dia tidak boleh diberikan hak milik. Kalau milik Kerajaan itu tak menjadi masalah di… kerana itu adalah sukar untuk pihak Kerajaan untuk melantik operator, orang yang boleh mengendalikan seperti chalet, seperti Spa dan sebagainya. Oleh kerana itu dia telah… ter… apa tu… disebab keupayaan Kerajaan untuk mengurus dan mengendalikan agak sukar sebab Kerajaan tidak ada kepakaran di dalam pengendalian rumah-rumah chalet ataupun tempat… tempat ini semua bersifat komersial, jadi kalau tidak ada kepakaran itu sampai satu ketika benda itu terbengkalai dan Jabatan Hutan pula dia punya tugas menjaga hutan, bukan menjaga aset-aset seperti ini. Tetapi Jabatan Hutan diberikan tanggungjawab untuk menjaga aset-aset ini tetapi tidak ada keupayaan dari segi pertambahan personnel yang khusus untuk menjaganya. Jadi kerana itulah berlaku… apa tu… aset-aset sebegini tidak dapat dijaga dengan baik dan sebagainya dan akhirnya sedikit demi sedikit berlaku proses kemerosotan ya… dia deteriorate dan kita sedar masalah itu dan sebab itu kita cuba…

bukan sebab hanya kerana teguran yang dibuat oleh pihak Audit sebenarnya lebih awal lagi. Tahun… pada penggal pertama juga saya pun telah mengambil tindakan sebenarnya, telah berusaha mengambil tindakan untuk menyerahkan… untuk mencari pengusaha untuk mengendalikan, membaik pulih aset-aset dan untuk digunakan memajukan pelancongan dan sebagainya. Memang ada syarikat yang datang mengemukakan cadangan dan setelah rundingan dilakukan mereka akhirnya menarik diri kerana kita tidak berupaya memberikan tempoh pajakan yang panjang sebab di dalam kawasan hutan kita tertakluk kepada Akta Hutan itu yang tidak membenarkan untuk kita menyewa ataupun untuk kita buat long term list. Jadi yang boleh dilakukan hanyalah dalam bentuk pajak… permit penggunaan tahun ke tahun. Jadi ini tidak commercially viable bagi mereka yang berminat untuk mengambil operasi aset-aset ini. Itu puncanya Yang Berhormat, dan insya-Allah lah kita cuba cari jalan penyelesaian terbaik bagaimana kita dapat menggunakan aset-aset yang ada ini… sesuai dengan… progress yang berlaku di dalam sektor pelancongan di negeri Perlis. Yang tu kita nak kena cari suatu kaedah yang proaktiflah Yang Berhormat. Kita cuba fikirkan benda tu. Kalau Yang Berhormat ada idea-idea yang baik bolehlah kemukakan kepada Kerajaan untuk kita pertimbangkan nanti.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Ya… mohon celahan sat. Boleh tak? Terima kasih atas penjelasan YAB Dato’ Seri. Boleh tak kita simpulkan bahawa perancangan awal program seumpama ni pada dulu-dulu adalah satu perancangan yang kurang sempurna sebab walaupun dia telah dibina pada masa yang dah lalu tetapi dia telah memberi masalah penyelenggaran kepada Kerajaan sendiri dan sekarang, dan juga tidak menyenangkan pentadbiran pada masa sekarang untuk mengatasi masalah yang telah timbul. Dia juga tidak menyenangkan pengurusan dan juga macam apa yang YB Bintong sebutkan tadi lah atas kekangan mungkin Akta-Akta Hutan Simpanan kekal. Terima Kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Saya memberi pandangan yang berbeza mengenai hal ini ya… sebab kadang-kadang keputusan yang dibuat berdasarkan consideration tertentu dan mungkin pada ketika itu, berdasarkan consideration yang diambil pada ketika itu, mungkin keputusan yang terbaik dan setiap keputusan itu seperti juga keputusan-keputusan yang dilakukan oleh pentadbiran sekarang, dia mempunyai kelemahan-kelemahan sendiri dan saya boleh mengandaikan mungkin in the next ten or fifteen years when there is a new administration, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker, mereka juga akan mendapati keputusan yang dibuat oleh Kerajaan sekarang ini di dapat menimbulkan masalah. Jadi yang penting disini ialah bagaimana isu-isu dapat ditangani dengan cara yang terbaik, cara yang proaktif untuk kita dapat menggunakan dengan sebaiknya dan memberikan faedah kepada rakyat negeri Perlis.

Yang Berhormat Dato’ Speaker saya juga ingin menyentuh mengenai satu lagi yang dibangkitkan oleh… oh, habis dah saya punya… saya ada empat ja isu yang dibangkitkan Yang Berhormat. Apa pun saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan cadangan-cadangan yang baik, commentaries yang baik dan saya yakin bahawa semua cadangan-cadangan ataupun isu-isu yang dibangkitkan ini dilakukan dengan tujuan tidak lain melainkan untuk melihat ianya memberi faedah kepada negeri dan rakyat negeri Perlis. Saya suka mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih dan juga penghargaan kepada pihak sekretariat Dewan terutama sekali dan juga kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana telah dapat melaksanakan keputusan yang dibuat Kerajaan Negeri berhubung dengan penyiaran langsung Sidang Dewan melalui FB ini dan juga kepada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan kerjasama yang telah dilakukan ini, maka pada tiga hari berturut-turut Sidang Dewan kita telah dapat dilihat secara live oleh rakyat negeri Perlis dan mungkin juga rakyat Malaysia dan yang keduanya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB DS dan tahniah juga pada Dato’ Speaker kerana dapat mengendalikan mesyuarat Dewan selama tiga hari berturut-turut dengan lancar dan tidak ada timbul masalah-masalah yang dapat memberikan kesan yang negatif kepada perjalanan mesyuarat kita dan taniah juga Yang Berhormat Sanglang kerana sempat juga duduk di kerusi Speaker walaupun tak sempat panas. Mungkin kedepan-kedepan agaknya ada kot harapan nak jadi permanent Speaker. Kedepan-kedepan, insha-Allah.

Harapan tak mau Dato’ Seri…

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Dan… saya juga ucapkan terima kasih kepada Setiausaha Dewan, pasukan Urusetia dan juga staff di sekretariat yang telah bekerja bertungkus lumus untuk memastikan supaya persediaan Dewan pada kali ini, dokumen-dokumen yang digunakan dalam persidangan kali ini, disediakan dengan lengkap dan kita telah dapat melaksanakan tugas sebagai tugas Ahli-Ahli Yang Berhormat semasa sidang tiga hari ni dengan lancar dan licin dan juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ketua jabatan, wakil jabatan negeri dan persekutuan, yang telah memberi kerjasama yang begitu erat kepada pentadbiran Kerajaan Negeri, kepada urusetia Dewan dan kepada YBS juga dan saya yakin kepada kesemua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berurusan dengan mereka jadi terima kasih banyak kepada semua ketua jabatan dan wakil-wakil jabatan dan juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli-Ahli yang memberikan kerjasama yang begitu erat dan padu untuk membolehkan kerajaan negeri berjalan dengan lancar dan licin terutamanya soal yang berkaitan dengan pentadbiran. Pentabdiran bukan sesuatu yang mudah dan ianya amat sulit jadi dengan kerjasama yang telah diberikan aaa… kerajaan negeri telah berjaya ataupun dapat menjalankan tugas ini dengan lancar dan kita dapat menyelesaikan isu-isu yang timbul dengan begitu pantas, Alhamdulilah dan juga terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan dan Yang Berhormat Pegawai Undang-Undang atau pun Penasihat Undang-Undang Negeri, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri dan semua ketua jabatan yang telah memberikan kerjasama yang begitu erat kepada kerajaan negeri dalam memastikan pentadbiran kerajaan negeri berjalan dengan lancar dan tidak lupa juga yang lebih penting lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat negeri Perlis yang mungkin sedang menonton perjalanan persidangan dewan pada kali ini di atas feedback ataupun maklumbalas yang telah diberikan, input-input yang telah diberikan, komen-komen yang dilontarkan yang semuanya sebenarnya melalui media sosial ini memang saya lihat dan saya baca dan saya yakin mana-mana yang tidak sempat baca dibaca oleh rakan-rakan saya dan ketua jabatan dan ini sebenarnya diambil kira mana-mana yang dilihat praktikal, mana-mana yang dilihat relevan mana-mana yang dilihat bersesuaian dilaksanakan memang kita diambilkira termasuk lah juga cadangan-cadangan, feedback-feedback yang telah diberikan dalam konteks penyediaan bajet dalam tahun 2022 ini. Diucapkan ribuan terima kasih banyak kepada seluruh rakyat yang telah memainkan peranan yang begitu positif dalam usaha melihat kerajaan ini berfungsi dengan cekap dan berkesan dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada pemerhati-pemerhati yang telah dijemput melakukan pemerhatian selama tiga hari persidangan ini berjalan. Terima kasih kepada pihak media kerana tidak jemu-jemu untuk melakukan siaran ataupun coverage kepada perjalanan persidangan kita dan akhir sekali saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk memohon maaf kemungkinan ada kekasaran bahasa, kesilapan-kesilapan yang saya sendiri lakukan dan bagi pihak kerajaan negeri kerana kita sebagai manusia tidak ada seorang pun yang perfect walaupun kita telah berjaya come out with a good system but that good system unnecessarily perfect, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker. Itulah sahaja penggulungan saya pada petang ini sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat Bintong. Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan Tahun 2022 dicadang untuk dibaca bagi kali kedua. Ahli yang setuju sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama “Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perkhidmatan bagi tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta persetujuan supaya Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2022 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2022 dibawa ke dalam Jawatankuasa. Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara kecuali YB Hamizan bin Hassan yang berada di luar Dewan)

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

(Bentara menurunkan cokmar daripada kedudukan asalnya)

Setiausaha Dewan

Jadual.

Pengerusi

Jadual. Kepala Bekalan B.01 berjumlah RM4,359,000.00 di bawah Pejabat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.01 berjumlah RM4,359,000.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara kecuali YB Hamizan bin Hassan yang berada di luar Dewan)

Kepala B.01 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.02 berjumlah RM2,332,000.00 di bawah Dewan Undangan Negeri dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.02 berjumlah RM2,332,000.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara kecuali YB Hamizan bin Hassan yang berada di luar Dewan)

Kepala B.02 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.04 berjumlah RM50,766.600.00 dan Kepala Pembangunan P.04 berjumlah RM70,519,880.00 di bawah Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.04 berjumlah RM50,766,600.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.04 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Perbelanjaan di bawah Kepala P.04 berjumlah RM70,519,880.00 hendaklah diluluskan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Perbelanjaan di bawah Kepala P.04 menjadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan.

Kepala Bekalan B.05 berjumlah RM5,666,000.00 di bawah Pelbagai Perkhidmatan dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.05 berjumlah RM5,666,000.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.05 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.06 berjumlah RM3,812,100.00 di bawah Pejabat Perbendaharan Negeri dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.06 berjumlah RM3,812,100.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.06 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.07 berjumlah RM8,867,300.00 di bawah Pejabat Perbendaharaan Negeri untuk Caruman Kepada Kumpulan Wang Berkanun dibuka untuk perbahasan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon sedikit penjelasan tentang, dalam Kepala B.07 ni, bagi program… yang kod 34000 kenderaan dan jentera. Saya mohon penjelasan di pihak Kerajaan, apakah ini… kenderaan apa yang nak dibeli ni? Adakah kenderaan rasmi lagi? Sebab tahun lepas saya pun ada, saya mohon penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Sena, terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Ini adalah merupakan Kerajaan Rasmi… ni kenderaan rasmi Kerajaan. Kenderaan yang telah pun mencapai umur, dan didapati sudah tidak lagi… telah memakan belanja dari segi maintenance, terpaksa digantikan kerana belanja yang besar terpaksa digunakan. Jadi kerana itu, pertukaran perlu dilakukan. Dan kerajaan negeri telah mengambil pendekatan untuk tidak menukarkan kereta-kereta ini secara sekaligus, tetapi dilakukan secara berperingkat-peringkat. Sebenarnya, benda ni telah pun dilakukan mulai tahun 2021, tahun 2020 sebenarnya. Dan itu dibeli… dua tiga biji dahulu, kemudian disambung pada tahun 2021 juga sejumlah tertentu dan bakinya dibawa lagi ke tahun 2022. Supaya tidak ada beban ataupun kekangan dari segi kewangan begitu. Itu tujuan dia. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Pengerusi.

Pengerusi

Kepala B.07 berjumlah RM8,867,300.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.07 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.09 berjumlah RM21,254,800.00 dan Kepala Pembangunan P.09 berjumlah RM47,565,020.00 di bawah Jabatan Kerja Raya dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.09 berjumlah RM21,254,800.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.09 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Perbelanjan di bawah Kepala P.09 berjumlah RM47,565,020.00 hendaklah diluluskan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Perbelanjan di bawah Kepala P.09 menjadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan.

Kepala Bekalan B.11 berjumlah RM6,434,700.00 dan Kepala Pembangunan P.11 berjumlah RM3,910,010.00 di bawah Jabatan Pertanian dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.11 berjumlah RM6,434,700.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.11 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Perbelanjaan di bawah Kepala P.11 berjumlah RM3,910,010.00 hendaklah diluluskan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Perbelanjaan di bawah Kepala P.11 menjadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan.

Kepala Bekalan B.12 berjumlah RM3,814,200.00 dan Kepala Pembangunan P.12 berjumlah RM775,010.00 di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.12 berjumlah RM3,814,200.00 menjadi sebahagian daripada jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.12 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Perbelanjaan di bawah Kepala P.12 berjumlah RM775,010.00 hendaklah diluluskan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Perbelanjaan di bawah Kepala P.12 menjadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan.

Kepala Bekalan B.13 berjumlah RM14,520,200.00 dan Kepala Pembangunan P.13 berjumlah RM5,645,000.00 di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.13 berjumlah RM14,520,200.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, silakan angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

B.13 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Perbelanjaan di bawah Kepala P.13 berjumlah RM5,645,000.00 hendaklah diluluskan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Perbelanjaan di bawah Kepala P.13 menjadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan.

Kepala Bekalan B.14 berjumlah RM1,143,300.00 di bawah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.14 berjumlah RM1,143,300.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.14 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.15 berjumlah RM9,315,200.00 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.15 berjumlah RM9,315,200.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.15 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.16 berjumlah RM6,008,300.00 di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.16 berjumlah RM6,008,300.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.16 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.17 berjumlah RM1,669,900.00 di bawah Jabatan Mufti dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.17 berjumlah RM1,669,900.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetjukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.17 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.18 berjumlah RM2,315,300.00 di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.18 berjumlah RM2,315,300.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.18 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.19 berjumlah RM596,300.00 di bawah Pejabat Pembangunan Negeri dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.19 berjumlah RM596,300.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima Kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.19 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.23 berjumlah RM3,804,400.00 dan Kepala Pembangunan P.23 berjumlah RM1,830,090.00 di bawah Jabatan Perhutanan dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.23 berjumlah RM3,804,400.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.23 menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbelanjaan di bawah Kepala P.23 berjumlah RM1,830,090.00 hendaklah diluluskan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Perbelanjaan di bawah Kepala P.23 menjadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan.

Kepala Bekalan B.25 berjumlah RM7,408,190.00 di bawah Jabatan Tanah dan Galian dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.25 berjumlah RM7,408,190.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.25 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.57 berjumlah RM10.00 dibawah Membeli Tanah dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.57 berjumlah RM10.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.57 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha Dewan

Fasal 1 hingga Fasal 2 dan Tajuknya.

Pengerusi

Fasal 1 hingga Fasal 2 dan Tajuknya menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Fasal 1 hingga Fasal 2 dan tajuknya menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2022 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2022 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Dewan bersidang semula.

(Bentara meletakkan kembali cokmar ke tempat asalnya)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2022 telah pun ditimbang di dalam Jawatankuasa dan dipersetujui. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali ke-3 dan diluluskan.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2022 dicadangkan untuk dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2022. Maka diperbuat undang-undang ini oleh Dewan Undangan Negeri Perlis seperti berikut. Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tahun 2022.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2022 telah pun ditimbang di dalam Jawatankuasa dan dipersetujui. Saya mohon mencadangkan supaya usul ‘’Bahawa Dewan ini, mengikut Seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, mengambil ketetapan bersetuju meluluskan perbelanjaan sebanyak RM130,245,010.00 (Satu Ratus Tiga Puluh Juta, Dua Ratus Empat Puluh Lima Ribu, Sepuluh Ringgit sahaja) seperti yang tersebut di dalam Anggaran Pembangunan Negeri Perlis Tahun 2022 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bilangan 13 Tahun 2021’’ diluluskan.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, usul ‘’Bahawa Dewan ini, mengikut Seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, mengambil ketetapan bersetuju meluluskan perbelanjaan sebanyak RM130,245,010.00 (Satu Ratus Tiga Puluh Juta, Dua Ratus Empat Puluh Lima Ribu, Sepuluh Ringgit sahaja) seperti yang tersebut di dalam Anggaran Pembangunan Negeri Perlis Tahun 2022 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bilangan 13 Tahun 2021’’ hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Usul ini diluluskan. Terima kasih.

Rang Undang-Undang Enakmen Fi Negeri Perlis 2021Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Fi Negeri Perlis 2021. Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan mencadangkan.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang Enakmen Fi Negeri Perlis 2021 dibaca bagi kali pertama.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Fi Negeri Perlis 2021. Bacaan kali pertama.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, menurut priviso kepada peruntukan Peraturan 56 Dewan, saya mohon kebenaran untuk membaca Rang Undang-Undang ini bagi kali kedua pada hari ini juga.

Speaker

Yang Amat Berhormat, dibenarkan.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Fi Negeri Perlis 2021. Bacaan kali kedua.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama ‘’Suatu Enakmen bagi mengadakan peruntukan bagi melevi fi dan bayaran untuk lesen, permit dan perkara-perkara lain yang boleh dilevi oleh Mahkamah Syariah, pejabat awam dan Jabatan Kerajaan di Negeri Perlis’’. Adapun tujuan Rang Undang-Undang ini ialah untuk membuat peruntukan berkenaan dengan melevi fi dan bayaran untuk lesen, permit dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya, Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tentang permulaan kuatkuasa Enakmen yang dicadangkan. Fasal 2 mentafsirkan ungkapan-ungkapan tertentu yang digunakan dalam Rang Undang-Undang ini. Fasal 3 memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mengenakan dan menetapkan fi dan bayaran yang boleh dilevi oleh Mahkamah Syariah, pejabat awam dan Jabatan Kerajaan negeri. Fasal 4 memberi kuasa pegawai untuk enggan bertindak sehingga bayaran dibuat. Fasal 5 memberi kuasa untuk mendapatkan semula fi sebagaimana denda di Mahkamah Majistret. Fasal 6 membuat peruntukan mengenai fi yang ditetapkan oleh undang-undang bertulis lain. Fasal 7 memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Kewangan Negeri untuk meremitkan kesemua atau sebahagian daripada apa-apa fi di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain. Dengan penjelasan itu, Yang Berhormat Dato’ Speaker saya mohon mencadangkan.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Fi Negeri Perlis 2021 dibuka untuk perbahasan secara dasar.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, memandangkan ini adalah satu Rang Undang-Undang untuk satu Enakmen yang baru, saya mohon pihak Kerajaan dapat memberi huraian yang lebih jelas, apa significant-nya? Kenapa baru sekarang baru nak buat? Sedangkan maknanya saya faham dari segi bayaran, kenapa tidak dibuat dahulu? Mungkin ada yang perlu diperjelaskan lagi. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Terima kasih kepada Yang Berhormat Sena di atas soalan yang dikemukakan. Sebenarnya, pengenalan undang-undang ini adalah untuk mengambil kira akan kelompongan yang berada… yang wujud di dalam sistem Kerajaan. Apa yang berlaku ialah jabatan-jabatan Kerajaan tidak boleh mengutip sebarang bentuk bayaran sama ada seperti fi misalnya, ke atas perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang. Dan, ini termasuklah seperti kutipan yang dilakukan untuk masuk ke taman-taman misalnya, seperti taman-taman hiburan misalnya, seperti di Jabatan Hutan kita ada… kita mengutip fi bagi pengunjung-pengunjung yang berkunjung ke sana. Jika sekiranya tidak ada instrument undang-undang yang membenarkan kutipan bayaran ini dilakukan, maka kutipan itu dikira sebagai tidak sah. Jadi kerana itulah undang-undang ini atau enakmen ini telah dicadangkan untuk membolehkan supaya kutipan ini dilakukan ini adalah sah dan mengikut undang-undang yang ditetapkan. Jadi, itu adalah merupakan alasan kenapa undang-undang ini telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri. Dan, sememangnya ada kebaikan untuk kutipan-kutipan ini dilakukan kerana ia boleh menambahkan hasil kepada Kerajaan Negeri, yang mana hasil yang dikutip ini boleh kemudiannya dicurahkan kembali ataupun dilaburkan kembali ke dalam apa-apa aktiviti-aktiviti yang dilakukan untuk menambahbaikkan perkhidmatan dan juga apa-apa perkhidmatan apa-apa yang di… apa tu… yang dikemukakan, what is being serve atau servis yang diberikan oleh jabatan-jabatan tersebut. Ini tujuan sebenar kenapa undang-undang ini diperkenalkan Yang Berhormat. Jadi, saya harapkan penjelasan itu dapat difahami dengan jelas. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Yang Berhormat Speaker, sedikit lagi… terima kasih atas penjelasan yang diberi oleh Yang Amat Berhormat Bintong. Jadi sedikit sebanyak memberi pencerahan… jadi, tadi ni kita ada permasalahan tentang Pusat Spa, yang mana kita ada dari segi kalau operator swasta dia ada bersangkutan dengan halangan untuk pajakan dengan tempoh tertentu kerana kawasan reserve hutan. Jadi ini makna dengan adanya RUU Enakmen Fi ni, kita boleh… jabatan sekarang sudah boleh… apa nama… operate tu dan mengenakan bayaran lah. Jadi mungkin kita boleh habaq dengan satu mekanisme, ada unit tertentu ka di Jabatan yang berkenaan untuk operate Pusat Spa tu. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Saya kira itu merupakan clarification yang dilakukan oleh pihak Yang Berhormat sendiri, dan dia tidak memerlukan respond daripada pihak Kerajaan. Terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Fi Negeri Perlis 2021 dicadang untuk dibaca bagi kali kedua. Ahli-ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang yang bernama ‘’Suatu Enakmen Bagi Mengadakan Peruntukan, Bagi Melevi Fi dan Bayaran Untuk Lesen, Permit dan Perkara-Perkara Lain Yang Boleh Dilevikan Oleh Mahkamah Syariah, Pejabat Awam dan Jabatan Kerajaan di Negeri Perlis.’’

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya minta persetujuan supaya Rang Undang-Undang ini dibawa ke dalam Jawatankuasa. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli-ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Speaker

Dewan bersidang secara jawatankuasa.

(Bentara menurunkan cokmar daripada kedudukan asalnya)

Setiausaha Dewan

Fasal 1 hingga Fasal 7 dan Tajuknya.

Pengerusi

Fasal 1 hingga Fasal 7 dan Tajuknya dibuka untuk pembahasan.

Fasal 1 hingga Fasal 7 dan Tajuknya menjadi sebagian daripada Rang Undang-Undang ini hendaklah disetujukan, Ahli-ahli yang setuju sila angkat tangan, terima kasih. Ahli-ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Fasal 1 hingga Fasal 7 dan tajuknya menjadi sebagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Fi Negeri Perlis 2021 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Dewan bersidang semula.

(Bentara meletakkan kembali cokmar ke tempat asalnya)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sukacita saya memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang Enakmen Fi Negeri Perlis 2021 telahpun ditimbang di dalam Jawatankuasa dan dipersetujui. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Dan sebelum itu Yang Berhormat Dato Speaker, saya ingin membetulkan sedikit penjelasan saya tadi berkenaan dengan Rang Undang-Undang Fi 2021, sebab saya telah memasukkan juga dalam penjelasan tadi mengenai kutipan Fi dari Taman-Taman Awam. Sebenarnya dia tidak termasuk Taman Taman Awam tetapi hanya sekadar sewaan dewan di premis kerajaan, tiket masuk sewaan penggunaan dan cas yang berkaitan untuk Stadium Tuanku Syed Putra, sewaan tapak, gerai dan kedai di bawah kawalan Kerajaan Negeri, cas perkhidmatan dan permohonan dari agensi negeri seperti cas pemprosesan, kebenaran merancang bahagian pembangunan ekonomi negeri, itu adalah merupakan kenapa Rang Undang-Undang diperkenalkan dan saya mohon supaya ini dimasukkan di dalam rekod. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Ahli Yang Berhormat, sebutan yang dibuat oleh Yang Berhormat tadi dimasukkan ke dalam rekod untuk enakmen.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya memohon menyokong .

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Fi Negeri Perlis 2021 dicadangkan untuk dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli-ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan, terima kasih.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Fi Negeri Perlis 2021. Maka diperbuat Undang-undang ini oleh Dewan Undangan Negeri Perlis seperti berikut, Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Fi Negeri Perlis 2021.

Rang Undang-Undang Enakmen Lagu Negeri Perlis 2021Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Lagu Negeri Perlis 2021. Yang Amat Berhormat Negeri Besar akan mencadangkan.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang Enakmen Lagu Negeri Perlis 2021, dibaca bagi kali pertama.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Yang Berhormat Dato’ Speaker saya mohon menyokong.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Lagu Negeri Perlis 2021. Bacaan Kali Pertama.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, menurut proviso kepada peruntukkan Peraturan 56 Dewan, saya mohon kebenaran untuk membaca Rang Undang-Undang ini bagi kali kedua pada hari ini juga .

Speaker

Yang Amat Berhormat dibenarkan.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Lagu Negeri Perlis 2021. Bacaan kali kedua.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama “Suatu enakmen yang berhubung dengan aturan, tatacara, kesalahan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Lagu Negeri Perlis”. Adapun tujuan Rang Undang-Undang ini ialah untuk membuat peruntukkan berkenaan dengan Lagu Negeri Perlis dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Fasal 1, mengandungi tajuk ringkas dan peruntukkan tentang permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan. Fasal 2, mengandungi makna perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam Enakmen yang dicadangkan. Fasal 3, memperuntukkan berkenaan aturan dan tatacara memainkan Lagu Negeri. Fasal 4, memperuntukkan berkenaan cara penghormatan Lagu Negeri Perlis. Fasal 5, memperuntukkan berkenaan kesalahan dan hukuman. Fasal 6, memperuntukkan berkenaan kesalahan dan hukuman. Fasal 7, memberi kuasa kepada pihak Berkuasa Kewangan Negeri untuk meminda, mengantikan atau mengubah jadual. Dengan penjelasan itu, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Lagu Negeri Perlis 2021 dibuka untuk perbahasan secara dasar.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Lagu Negeri Perlis 2021 dicadang untuk dibaca bagi kali kedua. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli- ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan, terima kasih.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang yang bernama “Suatu Enakmen yang berhubungan dengan aturan, tatacara, kesalahan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Lagu Negeri Perlis.”

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya minta persetujuan supaya Rang Undang-Undang ini dibawa ke dalam Jawatankuasa. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli-ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Dewan bersidang secara Jawatankuasa.

(Bentara menurunkan cokmar daripada kedudukan asalnya)

Setiausaha Dewan

Fasal 1 hingga Fasal 7 dan tajuknya.

Pengerusi

Fasal 1 hingga Fasal 7 dan tajuknya dibuka untuk perbahasan. Fasal 1 hingga Fasal 7 dan Tajuknya menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli-ahli yang tidak setuju sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Fasal 1 hingga Fasal 7 dan tajuknya menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Lagu Negeri Perlis 2021 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Dewan bersidang semula.

(Bentara meletakkan kembali cokmar ke tempat asalnya)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sukacita saya memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang Enakmen Lagu Negeri Perlis 2021 telah pun ditimbang di dalam Jawatankuasa dan dipersetujui. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Lagu Negeri Perlis 2021 dicadangkan untuk dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Ahli-Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Lagu Negeri Perlis 2021. Maka diperbuat Undang-Undang ini oleh Dewan Undangan Negeri Perlis seperti berikut. Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Lagu Negeri Perlis 2021.

Rang Undang-Undang Enakmen Taman Awam Negeri Perlis 2021Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Taman Awam Negeri Perlis 2021. Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan mencadangkan.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang Enakmen Taman Awam Negeri Perlis 2021 dibaca bagi kali yang pertama.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Taman Awam Negeri Perlis 2021. Bacaan kali pertama.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, menurut proviso kepada peruntukan Peraturan 56 Dewan, saya mohon kebenaran untuk membaca Rang Undang-Undang ini bagi kali kedua pada hari ini juga.

Speaker

Yang Amat Berhormat dibenarkan.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Taman Awam Negeri Perlis 2021. Bacaan kali kedua.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama “Suatu Enakmen bagi mengadakan peruntukan untuk memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk membuat peruntukan berkenaan dengan penubuhan dan kawalan terhadap Taman-Taman Awam Negeri termasuklah pemeliharaan dan pengurusan sumber-sumber asli, sejarah, pertanian, penternakan, pengairan, sukan, tempat hiburan awam, rekreasi awam, fi, perundangan subsidiari dan berkenaan perundangan subsidiari dan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan atau yang bersampingan dengannya”. Adapun tujuan Rang Undang-Undang ini ialah untuk membuat peruntukan berkenaan dengan Taman Awam Negeri dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya: Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tentang permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tentang permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan. Fasal 2 mentafsirkan perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan tertentu yang digunakan dalam Rang Undang-Undang ini. Fasal 3 membuat peruntukan mengenai penubuhan Taman Awam Negeri oleh Pihak Berkuasa Negeri. Fasal 4 menyatakan tujuan penubuhan Taman Awam Negeri. Fasal 5 membuat peruntukan mengenai kuasa dan tugas-tugas Pegawai Diberi kuasa. Fasal 6 memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri dan Pegawai Diberi kuasa untuk membenarkan mana-mana tanah dalam Taman Awam Negeri diguna. Fasal 7 mengadakan peruntukan mengenai kesalahan utama dalam Taman Awam Negeri dan penalti bagi mana-mana orang yang melanggarnya. Fasal 8 mengadakan peruntukan mengenai penalti am bagi kesalahan-kesalahan yang disenaraikan di dalam perundangan subsidiari. Fasal 9 mengadakan peruntukan mengenai kuasa kepada Pegawai Diberi kuasa dengan izin bertulis Pendakwa Raya untuk menawarkan kompaun. Fasal 10 menetapkan pegawai yang mempunyai kuasa untuk menyiasat. Fasal 11 menetapkan pegawai yang mempunyai kuasa untuk menyita dan menangkap. Fasal 12 menetapkan Pegawai Diberi kuasa dengan izin bertulis Pendakwa Raya boleh memulangkan barang-barang yang disita tertakluk kepada jaminan yang secukupnya diberikan kepada Pegawai Diberi kuasa. Fasal 13 menetapkan perkara berkaitan tatacara untuk melucutkan hak benda yang disita. Fasal 14 menetapkan perkara berkaitan tatacara untuk melucutkan hak kenderaan dan sebagainya yagn disita. Fasal 15 bertujuan untuk melindungi Pihak Berkuasa Negeri dan Pegawai Diberi kuasa dari apa-apa tuntutan atas kos atau kerosakan bagi barang-barang yang disita secara sah. Fasal 16 memperuntukkan bahawa pendakwaan hanya boleh dimulakan dengan keizinan bertulis daripada Pendakwa Raya. Fasal 17 memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah untuk membicarakan mana-mana kesalahan di bawah Enakmen ini. Fasal 18 memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk membuat perundangan subsidiari. Fasal 19 memperuntukkan kuasa kepada Pegawai Diberi kuasa untuk mewakilkan kuasa kepada mana-mana orang yang difikirkan sesuai untuk menjalankan kuasa Pegawai Diberi kuasa dan peruntukan kad kuasa kepadanya. Fasal 20 memperuntukkan kuasa kepada Pihak Berkuasa Kewangan Negeri mengecualikan atau mengurangkan mana-mana fi yang dikenakan. Fasal 21 memperuntukkan perlindungan terhadap mana-mana pegawai yang dilantik di bawah Enakmen ini. Fasal 22 berkenaan Enakmen hendaklah dibaca bersama-sama dengan undang-undang lain. Dengan penjelasan itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Taman Awam Negeri Perlis 2021 dibuka untuk perbahasan secara dasar.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih. Saya ingin untuk turut memberikan pandangan dan input sedikit… sedikit pandangan tentang taman ini. Saya alu-alukan penubuhannya, saya faham kita dalam usaha untuk merancakkan pertumbuhan khususnya dari segi sektor pelancongan di negeri Perlis ini. Dan juga untuk dari segi kelestarian Perlis, jadi kita boleh… boleh susun dengan ini… di taman-taman yang berkenaan. Cumanya saya, dari… dari… saya nak sentuh dari aspek taman-taman awam yang akan diwujudkan ni, adakah Kerajaan Negeri… saya nak tahu dari… penjelasan lanjut dari pihak Kerajaan Negeri dari segi, apakah ni… jabatan atau agensi yang akan menguruskan jabatan…

taman-taman awam ini. Perlu dijelaskan sebab saya tak nampak pun di situ sebab saya bimbang benda ni satu benda yang besar, kalau kita nak ni… kita perlu ada penjelasan tu. Atau pun kalau kita tidak mahu bebankan jabatan sedia ada, kemungkinan wujudkan satu badan berkanun atau sebagainya supaya ia jelas dari segi ni ada pihak yang incharge untuk memastikan kejayaan perancangan kita dalam mewujudkan taman-taman awam di negeri Perlis ni. Itu antara yang saya nak ni… saya rasa itu sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sena. Sebenarnya memang telah pun ada jabatan yang berkenaan yang akan diberikan kuasa dan tanggungjawab ini. Contohnya adalah seperti Taman Agrovet Perlis di Batu 20 iaitu yang diletakkan dibawah Jabatan Veterinar Negeri, Taman Buah-Buahan Eksotik Perlis iaitu di Sungai Batu Pahat yang mana ianya diletakkan dibawah Jabatan Pertanian. Memang pun taman ini yang sebelumnya dikenali sebagai Taman Anggur telah… telah dijenamakan semula setelah dibuat penyesuaian di dalam… mengenai kandungan di dalam taman tersebut. Itu di bawah Jabatan Pertanian. Kompleks Pertanian Bukit Temiang, ini memang di bawah Jabatan Pertanian. Dan tanggungjawab itu diberikan kuasanya oleh enakmen yang berkenaan kepada Jabatan Pertanian. Dan yang terakhir sekali ialah Pusat Kecemerlangan Mempelam Harumanis Bukit Bintang, obviously ini adalah merupakan di bawah bidang kuasa Jabatan Pertanian mengikut undang-undang ini…

Maknanya Yang Amat Berhormat, dia penjenamaan semula pusat-pusat sedia ada ja… tapak-tapak sedia ada ni lah. Saya ingatkan satu… kita nak create taman-taman awam yang baru. Tu yang saya agak excited juga lah kan. Terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat Rang Undang-Undang Enakmen Taman Awam Negeri Perlis 2021 dicadang untuk dibaca bagi kali yang kedua. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama “Suatu Enakmen bagi mengadakan peruntukan untuk memberi kuasa kepada peruntukan untuk memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk membuat peruntukan berkenaan dengan penubuhan dan kawalan terhadap Taman-Taman Awam Negeri termasuklah pemeliharaan dan pengurusan sumber-sumber asli, sejarah, pertanian, penternakan, pengairan, sukan, tempat hiburan awam, rekreasi awam, fi, perundangan subsidiari dan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan atau yang bersampingan dengannya”.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta persetujuan supaya rang undang-undang ini dibawa ke dalam jawatankuasa. Ahli-ahli yang bersetuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak setuju sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Dewan bersidang secara jawatankuasa.

(Bentara menurunkan cokmar daripada tempat asalnya)

Setiausaha Dewan

Fasal 1 hingga fasal 22 dan tajuknya.

Pengerusi

Fasal 1 hingga fasal 22 dan tajuknya dibuka untuk perbahasan. Fasal 1 hingga fasal 22 dan tajuknya menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang setuju sila angkat tangan. Terima kasih. Ahli-ahli yang tidak setuju sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Fasal 1 hingga fasal 22 dan tajuknya menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Taman Awam Negeri Perlis 2021 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli yang setuju sila angkat tangan, terima kasih. Ahli-ahli yang tidak setuju sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Dewan bersidang semula.

(Bentara menaikkan kembali cokmar ke tempat asalnya)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sukacita saya memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang Enakmen Taman Awam Negeri Perlis 2021 telah pun ditimbang di dalam Jawatankuasa dan dipersetujui. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Taman Awam Negeri Perlis 2021 dicadangkan untuk dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Ahli-ahli yang bersetuju sila angkat tangan, terima kasih. Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Taman Awam Negeri Perlis 2021. Maka diperbuat undang-undang ini oleh Dewan Undangan Negeri Perlis seperti berikut. Enakmen ini boleh dinamakan Enakmen Taman Awam Negeri Perlis 2021.

Penangguhan DewanAdjournment

Setiausaha Dewan

Penangguhan Dewan.

Speaker

Saya ingin memberi ruang… silakan Yang Berhormat Sanglang untuk memberikan ucapan penangguhan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Alhamdullillah saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah serta terima kasih kepada semua pihak terutamanya Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Pegawai Kewangan, Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pengarah-Pengarah jabatan, seterusnya Setiausaha Dewan. Begitu juga dengan rakan-rakan wartawan yang membuat liputan secara langsung daripada awal. Anggota RELA yang juga banyak membantu, semoga perjumpaan kita ini akan mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon mencadangkan satu perkara lah. Yang pertamanya, tahniah kepada Setiausaha Dewan kerana kreatif menyediakan kotak fail yang begitu cantik tapi tak muat. Kalau dokumen yang kita bagi tu tak muat, saya nak cadangkan supaya penggal depan ni, Setiausaha Dewan sediakan beg macam dibawa oleh Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang. Jadi kita bagi sekali dah lah. Saya teringin tengok dia dok bawa. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf jika ada salah dan silap, terkasar bahasa dan sekali lagi terima kasih, jaga diri, jaga keluarga, jaga semua, wallahualam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Saya juga ingin mengambil memberikan ucapan terima kasih bagi pihak rakan-rakan saya, Setiausaha Dewan, Penolong Setiausaha Dewan dan rakan-rakan yang berjaga siang dan malam termasuk hari Ahad, hari cuti, untuk kita menjayakan persidangan kita kali ini. Dan sudah tentu lah, saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, semua ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri, dan Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan serta agensi yang hadir, rakan-rakan media yang telah kita beri peluang untuk masuk ke Dewan pada kali ini, pada pegawai dan kakitangan serta petugas dewan selama tiga hari kita bertugas. Juga rakaman ucapan terima kasih kepada jabatan-jabatan yang banyak membantu melancarkan persidangan Dewan pada kali ini khususnya Jabatan Kesihatan Negeri yang telah memberikan nasihat kepada kita, pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Majlis Keselamatan Negara dan lain-lain yang saya tidak dapat sebut satu persatu.

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sekian, wabillahitawfeek walhidayah, assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih.

(Persidangan ditangguhkan pada jam 3.15 petang)