Perlis · 30 March 2022

14th Assembly, 5th session, 1st meeting · 219 turns · 21,033 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerlis publishes one PDF per sitting day, but nothing after 9 Aug 2023 although the assembly has kept sitting. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan mula bersidang.

Doa

Penolong Setiausaha Dewan

Doa.

(Bacaan doa oleh Penolong Setiausaha Dewan)

Pemasyhuran daripada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis

Setiausaha Dewan

Pemasyhuran oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri.

Speaker

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada tahun ini kita masih lagi bersidang dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara. Justeru, saya ingin mengingatkan agar kita semua dapat mematuhi SOP yang berkuatkuasa bagi memastikan persidangan sepanjang 2 hari ini berjalan dengan lancar. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan sedikit teguran mengenai kehadiran Ketua-Ketua Jabatan terutama sekali bagi Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri. Di pihak Dewan, saya tidak ada halangan sekiranya Ketua-Ketua Jabatan tidak dapat hadir disebabkan oleh masalah kesihatan. Walau bagaimanapun, ada Ketua Jabatan yang tidak hadir ke persidangan pada kali ini tanpa sebarang alasan yang kukuh.

Persidangan Dewan Undangan Negeri adalah mesyuarat yang tertinggi kepentingannya di negeri ini dan kehadiran Ketua-Ketua Jabatan adalah penting bagi mewakili jabatan tertentu bagi menjawab sebarang soalan yang berkemungkinan akan timbul di sepanjang tempoh persidangan. Jadi, saya berharap agar semua ketua jabatan hendaklah mengambil perhatian mengenai kepentingan untuk hadir ke persidangan Dewan Undangan Negeri pada masa-masa yang akan datang. Di kesempatan ini juga, saya ingin menerangkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian tentang aturan perjalanan Mesyuarat Dewan kita pada hari ini. Sebagai makluman Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan kita pada kali ini tidak ada sebarang usul atau rang undang-undang yang akan dibentangkan oleh pihak Kerajaan, dan ini bermakna tidak ada sebarang perbahasan pada persidangan kita pada kali ini.

Sejurus selepas ini, Kertas Dewan Bil. 1 Tahun 2022 iaitu Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Jabatan Negeri Perlis Tahun 2020, yang telah disenaraikan dalam Buku Perintah Mesyuarat Dewan akan dibentangkan di atas meja mesyuarat tanpa dibahaskan, selaras dengan Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan.

Setelah itu, soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian akan dijawab oleh pihak Kerajaan mengikut turutan seperti di dalam Kertas Perintah Mesyuarat Dewan. Memandangkan aturan urusan mesyuarat kita pada kali ini tidak melibatkan sebarang perbahasan, saya akan memberikan ruang yang lebih luas kepada Yang Berhormat sekalian untuk bertanyakan soalan-soalan tambahan. Kesemua soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat akan dijawab pada hari ini juga. Untuk itu, saya akan membahagikan sesi soal-jawab lisan ini kepada 2 bahagian, dimana Dewan akan berehat sebentar untuk jamuan ringan kira-kira pada jam 10.00 pagi dan apabila disambung semula, soalan yang masih berbaki akan dijawab oleh pihak Kerajaan sehingga selesai.

Kita berharap pada sidang kali ini semua soalan yang dikemukakan oleh Wakil Rakyat dapat diselesaikan pada 2 hari ini. Setelah itu, Dewan akan ditangguhkan dan akan disambung semula pada pagi esok untuk maklumbalas dan penggulungan oleh pihak Kerajaan sekiranya ada, serta bagi menyelesaikan urusan Dewan yang telah disenaraikan.

Sekian. Terima kasih.

Kertas Dewan

Setiausaha Dewan

Kertas Dewan yang dibentangkan.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang… Yang Berhormat Dato’ Speaker, Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh… Yang Berhormat Dato’ Speaker, sukacita saya membentangkan di atas meja mesyuarat, Kertas Dewan Bilangan 1 Tahun 2022, Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Jabatan Negeri Perlis Tahun 2020.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Soalan-soalan lisan.

Speaker

Soalan-soalan lisan, dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Dato’ Speaker. Saya kemukakan soalan nombor 1.

(Soalan 1 : Apakah langkah-langkah pengawalan yang lebih efektif yang akan dilaksanakan dalam mendepani cabaran COVID-19 sekiranya semua sempadan negara dibuka nanti)?)

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Selamat pagi dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Speaker, fasa peralihan ke endemik dan pembukaan semula sempadan negara secara selamat bermula 1 April 2022 telah diumumkan oleh Perdana Menteri… Yang Berhormat… Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dalam fasa ini, kerajaan menetapkan hanya satu prosedur operasi standard yang masih menguatkuasakan SOP itu mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342). Langkah-langkah pengawalan yang akan dilaksanakan bagi pembukaan semula pintu masuk antarabangsa Padang Besar, Wang Kelian dan pintu masuk antarabangsa Kuala Perlis dengan selamat adalah pertama, pengembara perlu memuat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera sebelum berlepas ke Malaysia dan melengkapkan borang pre-pelepasan di MySejahtera melalui ikon pengembara bagi mengurangkan kesesakan di tempat saringan di pintu masuk antarabangsa. Pengembara juga perlu memberi insurans COVID-19. Yang kedua, bagi pengembara yang telah menerima vaksinasi lengkap atau vaksinasi lengkap, tiada keperluan untuk menjalani sebarang tempoh kuarantin dan hanya perlu menjalani ujian pengesahan COVID-19 RT-PCR… dua hari sebelum berlepas… serta ujian RTK-Ag dengan profesional 24 jam selepas ketibaan di fasiliti kesihatan swasta. Yang ketiga, bagi pengembara yang tidak vaksinasi lengkap atau tidak menerima vaksin perlu menjalani ujian pengesahan COVID-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta ujian RTK-Ag 24 jam selepas ketibaan di fasiliti kesihatan swasta. Pengembara perlu menjalani kuarantin di hotel-hotel atau tempat penginapan di sekitar… di sekitar Perlis selama 5 hari dengan kos ditanggung sendiri. Ujian ulangi RT-PCR pada hari keempat dan RTK-Ag pada hari kelima perlu dilakukan. Yang keempat, bagi pengembara yang didapati positif COVID-19 selepas ketibaan di negeri Perlis, pengembara tersebut akan menjalani tempoh isolasi di hotel-hotel atau tempat penginapan di sekitar Perlis dengan kos ditanggung sendiri. Yang kelima, kes-kes positif yang memerlukan perawatan lanjut akan dirujuk ke hospital atau pusat kuarantin rawatan COVID iaitu PKRC dan selanjutnya bagi yang daily commuter dikecualikan dari pengujian sebelum berlepas dan semasa ketibaan. Pengujian RTK-Ag boleh dilakukan secara berkala atau sekiranya pekerja mengalami gejala berdasarkan kepada deklarasi kendiri. Selain itu, penguasaan dan pemantauan SOP secara bersasar melalui kerjasama pelbagai agensi kerajaan juga akan terus digiatkan bagi memastikan tiada pelanggaran SOP dilakukan oleh warga tempatan mahupun pelancong asing yang akan tiba di negara ini mulai 1 April 2022. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Titi Tinggi atas jawapan yang begitu baik. Saya ingin tanya Yang Berhormat, sebelum ini kalau ketibaan kita dari… sebelum era masa pandemik, bukan endemik… kita sampai di… airport, kita di… bagi negara kita ni, kita buat… kalau dulu kita buat PCR, walaupun telah dibuat PCR di negara… di negara asal sebelum kita bertolak, tapi bila kita tiba di… di KLIA ataupun di mana-mana pintu sempadan, dibuat PCR kali yang kedua. Yang jawapannya hanya diketahui pada esok hari. Jadi, bermakna kata kalau keputusan… pelancong berkenaan adalah positif, dia telah pun membawa virus itu ke tempat kuarantin dia. Tapi, yang ini tidak berlaku di negara lain… negara lain dia… mereka mendapat keputusan dalam 2 atau 3 jam bagi ujian PCR. Ini lebih meyakinkan. Kalau positif dihantar balik ja. Jadi, saya tahu akan berlaku sesakan yang luar biasa dan terutamanya KKM mungkin kekurangan kakitangan untuk mengendalikan di kemasukan yang saya rasa akan berlaku dengan luar biasa. Apakah tindakan KKM atau Pejabat Kesihatan Negeri bagi memastikan kita kurang mengalami kesesakan dalam mengendali kedatangan pelancong yang kita juga perlukan dalam memulihkan ekonomi negara kita yang kita kasihi ini?

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon 1 soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Ok, saya sikit ja soalan saya. Adakah hotel penginapan dalam negeri Perlis ini cukup untuk menampung kemasukan pelancong asing itu? Sebab baru ni masa Program Aspirasi Keluarga Malaysia pun, hotel tidak mencukupi dalam negeri Perlis. Terima kasih.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Terima kasih Yang Berhormat. Yang pertama sekali untuk Yang Berhormat Tambun Tulang, di negara kita memang kita tiada airport lah. Buat masa ni belum ada lapangan terbang untuk menerima pelancong di negeri Perlis.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Pintu masuk negara… tak… tak semestinya airport. Jadi kita mesti saring dengan menggunakan kaedah apa pun yang memerlukan jawapan segera untuk mengelakkan mereka yang positif masuk dan tinggal sehari dan besok baru mereka dapat jawapan. Itu maksud saya. Ini berdasarkan pengalaman, Yang Berhormat.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Ini… ini akan diambil… kemasukan ini akan dikawal oleh… dengan keselamatan, MKN di… di negeri Perlis dan juga Jabatan Kesihatan untuk memastikan pesakit-pesakit…

Speaker

Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat agak bimbang jawapan tu tak tepat, boleh rujuk… esok boleh jawab balik.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Ok, terima kasih…

Speaker

Saya ingat itu lebih baik sebab ini masalah yang… yang boleh… tak boleh… tak boleh buat andaian-andaian kan. Ok.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Sebab ni yang melibatkan sempadan di negara antara Malaysia dengan… Malaysia dengan negara luar, jadi esok saya akan jawab secara lisan. Terima kasih.

Speaker

YB Kuala Perlis ada bertanya tadi mengenai cukup ke tidak bilik-bilik hotel.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Buat masa ni, kita hotel ni… masa… masih… boleh menampung pelancong-pelancong yang masuk… yang ni… ada… yang… penyakit COVID lah, sebab sini kita ada juga PKRC yang belum tutup lagi di negeri Perlis. Jadi, mungkin masalah ni akan diatasi.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker soalan saya no 2.

(Soalan 2 : Sektor pelancongan Perlis semakin memberangsangkan, apakah ada rancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan persisiran pantai?)

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera dan terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi kawasan sedia ada, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis telah membangunkan Dataran Integrated Multipurpose Attach Block (IMAB), dengan izin, dan Dataran Trek Kurung Tegar di kawasan persisiran pantai sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti riadah dan rekreasi. Bagi pembangunan akan datang, terdapat satu projek pelaburan swasta yang akan membangunkan kawasan persisiran pantai Bukit Batu Putih dengan nilaian pelaburan sebanyak 24.5 juta Ringgit Malaysia. Pelaburan swasta ini merangkumi pusat makanan laut, taman rekreasi dan motel. Permohonan ini sedang dalam proses kelulusan kebenaran merancang oleh pihak berkuasa tempatan. Selain itu, kerajaan negeri turut mempunyai cadangan untuk membina dataran riadah pesisir pantai dan menaik taraf siar kaki sedia ada di Laman Brasmana Kuala Perlis iaitu kawasan yang berhadapan dengan Hotel Putra Brasmana. Kawasan ini berpotensi untuk menarik kehadiran pelancong memandangkan ianya menghadap ke laut dan mempunyai pemandangan yang indah terutamanya apabila matahari terbenam dan cadangan ini telah pun diangkat kepada Kerajaan Persekutuan untuk kita memohon peruntukkan. Dari masa ke semasa, Kerajaan Negeri sentiasa mengenalpasti potensi-potensi ataupun kesesuaian sebarang pembangunan di sepanjang persisiran pantai sepertimana yang telah dibuat di kawasan Kurung Tengar dimana terdapat pemasangan lampu-lampu jalan untuk menambah tarikan pengunjung ke kawasan tersebut. Yang Berhormat Sanglang juga boleh mengemukakan cadangan secara bertulis kepada Kerajaan Negeri sekiranya dilihat ada kawasan-kawasan yang berpotensi terutamanya kawasan Yang Berhormat sendiri untuk Kerajaan Negeri pertimbangkan. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak cadang lisan. Yang Pertama, minta kerajaan negeri pertimbangkan untuk membina jambatan daripada Sungai Baru ke Sanglang sebab selalu kalau pelancong ataupun pengguna kenderaan nak lintas dari kuala sungai baru ke sanglang dia terpaksa melalui perkampungan nelayan yang agak sukar dan yang keduanya apabila ada jambatan daripada sebelah sungai baru ke sanglang ia akan memeriahkan lagi sebelah Sanglang… kehadiran pelancong… dan kawasan persisiran pantai di sebelah Kuala Sanglang berhampiran dengan cadangan jeti Sanglang tu adalah kawasan yang cukup cantik. Saya tengok di kawasan yang kaki lima yang luas, tebing sungai yang luas untuk dibina gerai-gerai makanan, insya-Allah bersambungan dengan anjung nipah yang sedia ada, insya-Allah. Tu cadangan sayalah. Yang kedua saya perabislah dah Yang Berhormat Dato’ Speaker kata tak ada ucapan apa dah. Pelancongan di Perlis ni saya tengok cukup amat baik, cukup memberangsangkan seperti perkara tersebut, tapi kadang-kadang dia ada gangguan bangunan-bangunan yang dibina secara haram oleh pihak-pihak tertentu seperti rumah ibadat contohnya, kadang-kadang kerajaan yang ada saya dapat maklumat, saya tak pasti betul atau tidak, dah dibayar pampasan oleh kerajaan tapi tidak dirobohkan seperti yang saya dapat maklumat yang berlaku di Padang Besar. Ada bangunan yang dibina secara haram atas tanah kerajaan mengganggu pembangunan dan mungkin sektor pelancongan pun akan terganggu juga dan ini apa tindakan kerajaan selepas daripada ini? Insya-Allah.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Ok, terima kasih Yang Berhormat Sanglang atas soalan tambahan. Yang pertamanya pembinaan jambatan, Yang Berhormat cadangkan untuk pihak kerajaan negeri melihat supaya ada kemudahan di situ. Insya-Allah kita akan pertimbangkan dan kita ambil maklum. Yang Kedua pasal soalan tambahan tentang bangunan mengganggu penglihatan pelancong yang datang. Saya rasa kalau… apa nama… Yang Berhormat maksudkan itu adalah di KTM Padang Besar, yang tu saya difahamkan tanah RAC tanah dibawah KTM yang ada pengurusan tertentu yang tanah tu yang dibawah RAC. Jadi saya rasa itu saya tidak boleh jawab sini, mungkin saya dapat sedikit maklumat yang berkaitan dengan itu untuk saya jawab lisan esok. Insya-Allah. Terima kasih.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Yang Berhormat Dato Speaker, soalan tambahan. Terima Kasih Yang Berhormat Dato Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Chuping. Saya ada 3 soalan tambahan tapi simple sahaja. Yang pertama…

Speaker

3 Yang Berhormat…

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Tapi simple. Yang pertamanya ialah bagaimanakah… apa ni… kerajaan mengatasi masalah trafik kesesakan trafik di jeti kuala perlis bermula dari selekoh nak naik ke Ocean Glow tu tiap-tiap hari minggu dan waktu petang memang jem teruk. Kadang-kadang orang cakap terserempak dengan ketibaan feri dari langkawi atau pelepasan feri melibatkan setengah penumpang nak ke langkawi tercicir. Tu yang pertama. Yang kedua, di sekitar kawasan perniagaan makanan berhadapan dengan Dataran IMAB tu, apakah perancangan kerajaan negeri untuk menaik taraf kawasan tersebut? Dan saya juga terima aduan juga kawasan tersebut pada waktu malam tiada lampu yang mencukupi untuk menerangi kawasan jalan tersebut. Yang terakhir berkenaan land reclamation di kawasan Bukit Putih, kalau boleh saya nak tau berapa jumlah land reclamation tersebut dan siapa yang dapat projek tersebut. Terima kasih.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Terima kasih YB Kuala Perlis. Yang berkenaan trafik di Ocean Glow tu betul, yang tu kita telah pun bincang dengan Exco Pengangkutan, kita dah buat flow dia. Mungkin pengguna tu tak ambil perabih tentang flow yang kita dah atur di situ supaya untuk memudahkan… melancarkan lalu lintas di situ. Memang dah dibuat oleh pihak pengangkutan… Exco Pengangkutan yang ada di sini. Jadi saya ingat itu masalah pengguna jalan raya tersebut yang tidak mematuhi flow yang kita telah adakan di situ. Yang Kedua tu saya tak berapa nak clear tadi. Boleh YB ulang?

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Di kawasan perniagaan makanan, gerai-gerai makanan di hadapan di dataran IMAB, kalau dekat traffic light tu jem highway kalau nak pi Kurung Tengar. Start belok ke kiri nak pi ke Kurung Tengar tu kan ada kedai, gerai-gerai banyak dekat situ berhadapan dengan dataran yang YB sebut tadi kita nak naik taraf di situ. Kawasan tu… sebab situ-situ pun petang-petang jem dan sesak.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Ok soalan tu. Ok yang tu dia adalah perancangan pihak kerajaan negeri untuk membangunkan semula kawasan gerai-gerai di situ. Ini memang kita ada perancangan dah kerajaan negeri tapi jangka masa taklah yang jangka masa pendek, dia jangka masa panjang. Dan ketiganya berkenaan Bukit Putih, tadi saya ada sebut pelaburan yang akan dinilai pelaburan yang akan terlibat di pembangunan di Bukit putih tu adalah sebanyak 24.5 juta ringgit. Yang ni kos pelaburan yang akan terjadinya pembangunan di situ. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker. Tadi ni Yang Berhormat ada sebut tentang pembangunan di pantai Kurung Tengar untuk pelancongan. Saya baru-baru ni pun ada kesempatan kawan ajak pi minum di situ. Saya tengok ada deretan kontena yang cantik dan dah dibangunkan cuma pertanyaan saya bilakah akan diusahakan untuk mendapatkan pengusaha untuk mengoperasi tempat tu? Tempat tu memang cantik. Kurung Tengar untuk makluman Speaker dan Dewan yang mulia, saya dapati memang mendapat sambutan dengan cuaca yang sekarang ni angin yang nyaman. Petang-petang penuh orang. Terima kasih yang Berhormat Speaker.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon untuk… apa ni… mencelah sedikit. Saya dapati soalan-soalan tambahan yang dibangkitkan Ahli-ahli Yang Berhormat kadang-kadang dia mungkin terletak di bawah portfolio atau tanggungjawab Exco yang berlainan berbanding dengan Exco Pelancongan. Jadi saya mohon mencadangkan supaya soalan-soalan yang tidak berkaitan dengan portfolio Exco yang berkenaan, dalam konteks soalan sekarang adalah Exco Pelancongan, saya berharap soalan-soalan ini diambil oleh Exco-Exco berkenaan dan mereka akan menjawab secara bersekali apabila tiba giliran mereka untuk menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan di sini Yang Berhormat Dato’ Speaker. Dan sebelum itu kalau diizinkan saya ingin menjawab soalan tambahan yang dibangkitkan Yang Berhormat Kuala Perlis tadi berkenaan dengan kos reclamation atau kos tebus tanah, yang ikut fahaman saya Yang Berhormat, merujuk kepada pusat pelancongan yang akan dibuka di Wai tu. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya tidak ada kos yang dikenakan kepada kerajaan negeri untuk menebus guna kawasan pantai tersebut. Apa yang berlaku ialah batu-batu yang telah dikorek ataupun yang dipecahkan daripada salah satu daripada fasa flat integration project, dengan izin, iaitu yang berhampiran dengan terowong atau di sebelah terowong ke bawah yang menghala ke Kuala Perlis. Itu batu-batu yang digunakan untuk menebus guna kawasan tersebut. Jadi tidak ada kos, kos itu sudah termasuk di dalam kos keseluruhan bagi projek itu sendiri, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Jadi tidak ada kos tambahan yang kena kepada Kerajaan Negeri Kerajaan Negeri, hanya mengambil peluang untuk membangunkan semula kawasan tanah yang telah pun dibuat tebus guna itu untuk pembangunan, dalam konteks ini pembangunan yang berkaitan dengan pelancongan dimana kita akan mewujudkan pusat satu pusat makanan di sana. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Ada satu soalan tambahan yang benar-benar berkaitan dengan YB Chuping, iaitu tentang penginapan bila pelancong datang kita perlukan penginapan Yang Berhormat, tapi kawan-kawan saya yang duk mai selalu Perlis ni, depa complaint tentang ketidakselesaan ataupun tempat penginapan yang tidak berkualiti, mungkin taraf 4 bintang yang agak ni. Walaupun ada cadangan membina hotel saya tau, tapi itu merupakan jangka masa yang lama. Boleh atau tidak Yang Berhormat meninjau kemungkinan untuk kita mencari operator-operator hotel-hotel yang sedia ada seperti Putra Regency yang mana-mana ada duit la, Putra Brasmana dan juga hotel di Bintong tu saya nampak ada potensi… Jalan Bintong tu, saya tak tau nama hotel apa, cuma saya tengok hotel tu wujud dan tak tau diuruskan oleh siapa. Tapi depa komplain pasal tu, penginapan agak… yang malah dia mereka kata setengah homestay yang memenuhi kriteria yang orang kata agak selesa, yang tu kita agak kekurangan. Jadi saya minta Yang Berhormat… tak apalah yang ini tak perlu dijawab pun, kalau ni Yang Berhormat take note dan cubalah cari cara untuk kita memberi keselesaan di tengah orang syok-syok dengan negeri kita yang kita cintai. Terima kasih Dato’ Speaker.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, memang Kerajaan Negeri amat bersetuju yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tambun Tulang tadi. Memang kita akui, hotel-hotel yang ada di Negeri Perlis ni tidak mencukupi bilik lah. Kalau sekiranya kita ada event yang besar di mana baru ni aspirasi keluarga Malaysia kita kurang, cumanya kita boleh menampung dengan homestay-homestay ataupun inap desa yang banyak tumbuh di negeri Perlis ni. Cumanya memang kita ada tahap 3 kualiti yang masih rendah lagi kalau ikut tak mencapai kepuasan yang melancong ni maksudnya penginap-penginap di hotel-hotel ni. Tapi kita akan ambil maklum apa yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Tambun Tulang itu tadi. Terima kasih.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Baik terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Chuping. Saya nak tanya berkaitan pelancongan juga, mungkin ada kaitan dengan pelancongan berkaitan dengan kecantikan laut di mana yang kita kata fenomena selalu berlaku itu. Apakah perancangan jangka panjang untuk mengatasi masalah tersebut? Yang kedua, baru-baru ni dah lebih setahun la kita dapati ada satu badan mengkaji tentang keperluan terminal baru… feri pengangkutan itu. Jadi apakah status kajian tersebut dan apakah status pelaksanaan projek tersebut dan bagaimana ataupun apa yang akan berlaku kepada terminal yang sedia ada kalau berlakunya terminal baru wujudnya pembangunan terminal baru? Terima kasih.

Speaker

Dato’… pihak Kerajaan Negeri jawab ke?

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Ya ini, soalan ini sebenarnya Yang Berhormat bangkitkan, Dato’ Speaker, tidak berkaitan dengan tanggungjawab YB Pelancongan tetapi dia berkaitan dengan pembangunan ekonomi negeri. Kalau Dato’ Speaker izinkan saya boleh jawab sekarang ataupun…

Yang Berhormat Speaker, mencelah…

Speaker

Saya fikir lebih baik kita tangguhkan supaya Kerajaan boleh prepare jawapan yang mencukupi semua.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Saya boleh jawab sekarang Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Silakan, silakan.

Yang Berhormat Speaker, saya… Yang Berhormat Speaker saya mohon untuk menjawab Yang Berhormat… menjawab Yang Berhormat, menjawab sekali dengan pertanyaan tentang kontena tadi. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang kontena tu…

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Oh ok, yang itu yang itu dibawah… sebenarnya dibawah Kerajaan Tempatan tapi tak apa saya boleh jawab tak ada masalah itu, ok. Yang Berhormat Guar Sanji telah menyebutkan mengenai berlakunya… apa tu… deposition ataupun pemendapan yang agak kuat di muara sungai kita di Kuala Perlis dan juga di kawasan persisiran pantai kita. Jadi itu ada kesannya kepada fasiliti-fasiliti yang ada di kawasan persisiran pantai terutama sekali di kawasan Kuala terutama sekali Kuala Perlis. Jadi apakah kesannya kepada terminal feri yang ada pusat loading ikan, offload ikan dan sebagainya. Memang ada kesan dan Kerajaan Negeri… yang ini saya nak maklumkan bahawa dia bukan terletak di bawah tanggungjawab ataupun bidang kuasa kerajaan negeri, sebab kerja-kerja untuk meningkatkan kualiti pantai itu sebenarnya terletak di bawah tanggungjawab pihak Maritim… Jabatan Maritim ataupun Jabatan Laut dan Yang Berhormat sedar bahawa sekarang ini usaha-usaha sedang dilakukan oleh pihak Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Laut Malaysia untuk melakukan pengerukan atau dredging di kawasan tersebut. Baru-baru ini timbul isu mengenai kedalaman air di terminal feri itu yang sudah tidak mampu lagi untuk membolehkan feri-feri penumpang termasuk juga roro untuk berlabuh dan kerajaan negeri… walaupun ini bukan merupakan tanggungjawab direct kerajaan negeri, tetapi kerajaan negeri telah mengambil juga inisiatif untuk mengingatkan kementerian yang berkenaan terutama sekali Kementerian Pengangkutan dan juga Jabatan Laut mengenai keperluan untuk melakukan pengerukan itu secepat mungkin dan kita faham akan proses-proses kewangan yang perlu dipatuhi oleh pihak kementerian dan juga oleh jabatan oleh isu untuk di dalam proses procurement, dengan izin Yang Berhormat Speaker, dan saya telah bercakap sendiri dengan yang berhormat Menteri Pengangkutan, Dato Seri Dr. Wee Ka Siong, dan beliau telah mengambil tindakan segera dengan menggunakan satu peruntukan kecemasan di dalam peraturan kewangan untuk membolehkan kontraktor dilantik dengan segera dan melakukan pengerukan itu dengan segera. Jadi itu telahpun dilakukan sebenarnya dan selepas itu kontraktor yang sama seperti mana yang difahamkan telah dilantik untuk melakukan kerja-kerja pengerukan di muara sungai tersebut, dan itu sedang berlaku pada masa kini dan berkaitan dengan pembangunan, apakah langkah Kerajaan Negeri ataupun tindakan Kerajaan atau perancangan Kerajaan untuk mengatasi masalah yang berlaku itu? Sama ada kita perlu membina satu terminal feri baru atau tidak? Kalau mengikut perancangan Kerajaan Negeri, sebenarnya telah pun bercakap mengenai perkara ini tiga atau empat tahun yang lepas bahawa memang ada keperluan untuk kita mempunyai satu feri terminal yang baru dan kita mungkin tidak boleh lagi menggunakan pendekatan atau konsep yang sama untuk membina terminal feri yang baru ini sebab masalah pemendapan lumpur yang berlaku di kawasan persisiran pantai kita, terutama sekali di kawasan muara sungai adalah agak kuat dan kita tidak boleh sebenarnya untuk mengelakkan perkara itu daripada terus berlaku kerana pertamanya lumpur itu dibawa dari hilir daripada hulu sungai perlis dan didamparkan di hadapan muara sungai tersebut. Yang kedua, lumpur yang dibawa oleh arus daripada utara Malaysia ia daripada utara iaitu daripada Thailand sebenarnya sebab kita tahu bahawa di dalam wilayah-wilayah Thailand di sebelah Andaman terdapat sungai-sungai yang besar yang sungai-sungai ini membawa lumpur masuk ke laut dan lumpur-lumpur itu disebabkan arus laut itu dia menuju ke selatan daripada Thailand, dia menuju ke selatan dan akhirnya lumpur itu dibawa dan didamparkan di hadapan muara sungai kita. Kenapa? kerana arus itu tidak boleh membawanya… semua lumpur itu ke tengah laut sebab kita ada halangan di hadapan iaitu Pulau Langkawi. Jadi arus itu terganggu di sana, itulah yang menyebabkan lumpur-lumpur ini terdampar di kawasan pantai kita. Itu puncanya kenapa berlakunya pendamparan lumpur yang agak… yang agak banyak di kawasan-kawasan pantai kita. Jadi apa cadangan kita untuk mengatasi masalah ini? Saya telah pun berbincang sebenarnya di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sekalipun iaitu kita mesti mempunyai satu konsep dan pendekatan yang baru untuk membina feri terminal ini. Kita tidak boleh lagi membina feri terminal yang selari ataupun yang diatas di kawasan pantai. Sepatutnya kita kena mengatasi masalah itu dengan membina satu feri terminal jauh di di laut dan kita kena membina satu… apa nama tu… dia panggil stilted… stilted bridge, maksudnya kita kena... dia... saya mohon izin Yang Amat Berhormat Dato’ Speaker untuk menggunakan istilah stilted bridge, maksudnya jambatan yang ditingkatkan di atas paras air untuk pergi ke terminal dan inilah kajian yang sedang dilakukan oleh pihak Kerajaan sebenarnya dan melalui NCIA, pihak Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan jumlah tertentu dan alhamdulillah semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri datang sewaktu program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia baru ini, Yang Amat Berhormat telah pun mengumumkan peruntukkan sebanyak RM5 juta, diperuntukkan untuk tujuan mengkaji kesesuaian untuk membina feri terminal seperti mana yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri. Jadi itulah dari segi perancangan. Kita tak tahu berapa lama masa akan diambil oleh pihak yang berkenaan untuk melakukan kajian ini. Tetapi, insha-Allah peruntukkan ini sudah ada dan kita mengharapkan supaya perancangan kajian itu dapat dilakukan dengan secepat mungkin, insha-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Satu lagi Yang Berhormat, soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat… Yang Berhormat daripada Sena tadi iaitu mengenai Kurung Tengar ni iaitu mengenai ada 2 tempat berniaga yang menggunakan kontena itu. Sebenarnya saya boleh jawab sekali la daripada soalan daripada yang sepatutnya dijawab oleh Yang Berhormat daripada Kerajaan Tempatan tadi… oleh Yang Berhormat daripada Santan. Tapi sebenarnya kedua-dua tempat itu telah pun diluluskan kepada sebuah syarikat untuk dibuat pengoperasiannya dan saya percaya syarikat berkenaan sedang melakukan persediaan sebelum boleh melakukan operasi pada tempat berkenaan. Insha-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi Dato’ Speaker. Soalan saya soalan nombor 3.

(Soalan 3 : Berapakah jumlah terkini warga emas yang telah didaftarkan di rumah kebajikan)?)

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih YB Guar Sanji, YB Dato’ Speaker. Jumlah terkini warga emas yang telah didaftarkan dan menghuni di rumah kebajikan Negeri Perlis adalah sebanyak 146 orang penghuni. 117 daripadanya merupakan penghuni di rumah Seri Kenangan Kangar yang didaftarkan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis. Manakala, terdapat 29 orang penghuni lagi yang ditempatkan di 3 buah rumah kebajikan dibawah Rumah Kebajikan Badan Bukan Kerajaan (NGO) merangkumi, yang pertama Pusat Jagaan Rumah Sejahtera Baitul Hannan, 9 orang penghuni, Kedua Pusat Jagaan Rumah Sejahtera Kaki Bukit, 12 orang penghuni dan yang ketiga Pusat Jagaan Rumah Sejahtera Batu Bertangkup, 8 orang penghuni.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Soalan tambahan. Dato’ Speaker. Terima kasih YB Beseri, cuma saya nak tanya satu berkaitan dengan prosedur lah ataupun syarat yang ditetapkan untuk kita letakan warga emas yang tiada waris dimana-mana pusat jagaan ni. Antaranya ialah mesti mendapatkan kebenaran waris, tetapi bila kita menghubungi waris, waris ada dia tak bagi tapi dia tak peduli, macam mana kita nak buat? Benda ni… sebab tu kita lihat ramai orang bertebaran ataupun kita sebut seniman jalanan yang berada tepi bank, berada di jalan raya dan juga ada di pendalaman kampung ni. Yang kedua, adakah khidmat khusus daripada mana-mana kerajaan, agensi berkaitan untuk urus diri depa ni sekali sekala? Terima kasih.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Terima kasih YB Guar Sanji. Untuk makluman YB Guar Sanji, waris-waris ni perlu kita minta kebenaran dan persetujuan untuk meletakkan warga-warga emas ini di pusat jagaan memandangkan jika berlaku kematian ataupun hal-hal yang berkaitan, contohnya harta pusaka, kita perlu maklum juga kepada pihak waris-waris sebab apa. Satu lagi pihak-pihak waris ni senang kalau kita kata berlaku macam contohnya jika waris… apa nama ni… jika warga emas ni tidak ada atau meninggalkan sementara di rumah sejahtera ini, jadi kadang-kadang pegawai-pegawai di pusat jagaan akan berhubung dengan pihak waris. Inilah yang sebenarnya yang perhatikan pihak waris. Kemudian berhubung dengan warga-warga emas yang kata berkeliaran contohnya di bank, di tempat premis-premis Kerajaan sebenarnya ada pihak NGO dan pihak JKM mengambil maklum dan mengambil tindakan dengan membawa mereka. Kita ada banyak lagi selain daripada Rumah Sejahtera ataupun rumah untuk warga emas ni, JKM juga ada iaitu folkware iaitu pusat kegiatan warga emas. Jadi maksudnya tu kesimpulan yang boleh kita buat ialah warga emas tidak dibiarkan begitu sahaja Yang Berhormat. Terima kasih.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

YB Dato’ Speaker sedikit tambahan.

Speaker

Soalan mengenai warga emas tau…

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Sedikit... dia hampir warga emas. Terima kasih YB Beseri, isu saya tak pastilah orang kurang waras di kawasan Kuala perlis… di kawasan Maybank Kuala Perlis, tapi saya rasa dia warga emas. Saya minta selesaikan isu orang kurang waras di kawasan Kuala Perlis. Saya rasa ada dua atau tiga orang. Yang ni saya dah cuba macam-macam cara, kepada pihak polis pun kita dah bercakap, kepada pihak JKM pun kita dah bertanya, sehingga sekarang belum selesai dan ini memang memberi gambaran buruk kepada Kuala Perlis. Berkenaan… saya mungkin rasa dia dah lemah dah sebab yang seorang tu macam dah tua dah. Minta tolong tengok sikit isu tu.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Terima kasih YB Kuala Perlis, isu yang belum selesai tu maksudnya macam mana?

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Orang kurang waras berkeliaran di kawasan Maybank dan sekitar Kuala Perlis dan saya ada video pernah rekod dia bogel, jadi kita tak tau macam mana nak selesai masalah tu. Pernah sekali saya tengok yang seorang tu pernah kena ambil, hilang sat seminggu dan dia datang dalam keadaan kemas dan lama-lama lusuh balik baju dan sekarang memang tak selesai lagi masalah tu. Saya selalu terima aduan dan sekarang depa dah berani ketuk pintu kereta orang untuk minta duit dan mengganggu ketenteraman kawasan tersebut.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Untuk makluman YB Kuala Perlis, isu orang kurang waras ni pihak JKM ada juga ambil tindakan dan makluman yang pertama sekali apa yang perlu buat adalah kita letak dulu di pusat jagaan. Tetapi ialah kadang-kadang perlu perhatian pihak waris dan pihak penjaga. Bukan saja di kawasan Kuala Perlis, saya ingat di kawasan-kawasan YB lain pun ada juga isu yang… penting sekali penglibatan waris untuk mereka yang kurang waras ni. Cuma isu yang telah dibangkit oleh YB Kuala Perlis ini akan kita ambil perhatian kembali dan kita akan cari kaedah sementara macam mana cara-cara nak buat untuk kita tidak biar mereka terbiar dan saya pun faham maksud dia tu, pi ketuk rumah orang. Macam di kawasan saya depa naik basikal tetapi depa ada waris, cukup masa depa balik rumah juga. Yang tu tiada isu sebab apa jika jadi apa-apa benda di luar jangkaan, kita boleh berhubung dengan pihak penjaga waris mereka yang kurang waras ni dan saya ulang sekali lagi kesimpulan yang boleh dibuat, saya ambil maklum dan akan bertindaklah di atas maklumat yang diberikan YB Kuala Perlis. Sekian.

Sedikit soalan tentang warga emas. Saya nak tanya sejauh mana kerajaan negeri ada pelan… pelan tindakan untuk menangani warga emas ataupun penuaan sebab pasal apa, kalau saya tak silap saya difahamkan Perlis antara negeri kategori penuaan itu tinggi. Adakah satu pelan tindakan daripada pihak kerajaan negeri supaya kita dapat membangunkan satu masyarakat yang prihatin terhadap penuaan ni dan juga mendaya upayakan masyarakat ke arah menghadapi hari tua.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Penuaan yang dimaksudkan YB Sena sebenarnya pelan ini yang saya faham adalah daripada Kerajaan Pusat, cuma pihak kerajaan negeri akan bekerja sama dan akan berbincang dengan kerajaan pusat macam mana hala tuju yang kita bawa untuk warga emas di Negeri Perlis. Cuma nak tanya YB Sena, umur berapa tu warga emas yang YB Sena faham? Kategori tu…

60 tahun…

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Oh… tak kena… dia umur 65 tahun ke atas. Terima kasih.

Speaker

Silakan YB Sena untuk soalan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, Yang Berhormat Speaker, soalan saya, soalan nombor 4.

(Soalan 4 : Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk melakukan kajian persempadanan kampung-kampung di negeri Perlis yang terkini, lebih jelas, praktikal dan menyeluruh mengikut kategori kampung seperti yang terkandung di dalam Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara (DPF Desa Negara) 2030 bagi memudahkan pentadbiran dan perancangan pembangunan Kerajaan mengikut sempadan mukim dan pilihanraya yang sama?)

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Terima kasih YB Sena, YB Dato’ Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat, persempadanan mukim, bandar atau pekan agak sukar diubah kerana ia akan memberi kesan yang amat besar kepada urusan pentadbiran tanah seperti perubahan kepada nilai tanah, maklumat surat hakmilik, maklumat pelan tanah dan pangkalan data ukur kadaster yang melibatkan banyak pihak dan kos yang sangat tinggi. Struktur dan sistem pentadbiran kampung yang sedia ada juga adalah mencukupi dan kajian persempadanan semula kampung-kampung seda tidaka akan dirombak kecuali terdapat pertambahan kampung yang mendadak. Berdasarkan semakan, kajian Penentuan Sempadan Kampung dan Penandaan Kedudukan Spatial Kemudahan Awam Kampung di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan telah disediakan oleh PLANMalaysia, Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia pada tahun 2019, Fasa 1 dan 2020 Fasa 2. Negeri Perlis merupakan negeri pertama yang terlibat dalam kajian Fasa 1 dan hasil kajian telah dibentang serta diluluskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Perlis Bil2/2020 bertarikh 21 Julai 2020 yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Perlis. Secara dasarnya, kajian ini memperincikan strategi dan dasar yang telah digariskan dalam Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara (DPF Desa Negara) 2030 dimana matlamat utama kajian adalah bagi mewujudkan satu perancangan dan penyelarasan penyediaan kemudahan awam kampung yang lebih berkesan. Kajian ini memfokuskan kepada penyediaan sempadan kampung dan penandaan kedudukan spatial kemudahan awam kampung iaitu melalui pengenalpastian dan penetapan kriteria spatial berdasarkan kriteria-kriteria yang dipersetujui oleh semua pihak. Di samping itu, kajian ini turut menyediakan maklumat sempadan kampung dan lokasi unit kediaman, bangunan utama serta kemudahan awam secara spatial. Antara tujuan utama kajian ini adalah, yang pertama memastikan perancangan dan pembangunan desa yang lebih efisien melalui pengkongsian data dan maklumat spatial bersama kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Yang kedua, memperkemaskan pentadbiran kampung-kampung dengan penetapan sempadan kampung yang telah dikenal pasti dan yang ketiga, memastikan maklumat sempadan kampung dan kedudukan spatial kemudahan awam kampung dapat diintegrasikan dengan sistem sedia ada bagi tujuan analisis. Hasil kajian tersebut, jumlah kampung yang dikenalpasti adalah sebanyak 358 buah kampung yang terdiri daripada 5 kategori kampung iaitu Kampung Tradisional, Kampung Nelayan, Kampung Tersusun, Kampung Felda, Felcra dan juga Kampung Baru Cina. Majoriti kampung di Negeri Perlis adalah kampung Tradisional iaitu sebanyak 340. Daripada jumlah 358 buah kampung ini, diuruskan melalui 387 pentadbiran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan satu pentadbiran MPKK boleh mempunyai 1 atau lebih kampung di bawah pentadbirannya termasuk kampung induk dan kampung rangkaian. Sebagai makluman Dewan yang mulia ini, persempadanan bahagian atau daerah pilihan raya pula bersifat dinamik dan boleh diubah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya apabila keadaan menghendakinya. Justeru itu, ianya akan diteliti lanjut bagi memudahkan pentadbiran dan perancangan pembangunan Kerajaan mengikut sempadan mukim dan pilihan raya yang sama. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon supaya pihak Kerajaan dapat mengambil serius benda ini sebab saya tengok dari segi mukim contohnya, dia akan mengganggu kita accountable pengundi yang dalam kawasan kita secara dasarnya tetapi dia akan jadi isu pentadbiran apabila mukim tu… apa… sesetengah mukim tu sepatutnya mukim tu kita faham dalam DUN yang lain tetapi ada locality dalam mukim kampung tertentu tu, contohnya di Abi Batas Paip saya pun terkejut rupanya duk dalam Sena punya sedangkan tu dalam Bintong. Terima kasih.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Selamat pagi, Yang Berhormat Dato’ Speaker soalan saya, soalan nombor 5.

(Soalan 5 : Apakah usaha dan langkah penyelesaian jangka panjang masalah di Pangsapuri Seri Sena yang melibatkan lebih daripada 400 keluarga khususnya masalah kebersihan dan kerosakan lif yang sudah terbatal projek tukar gantinya?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kerajaan Negeri sentiasa memastikan kebajikan penduduk pangsapuri Sena terjaga dengan mengambil usaha dan langkah penyelesaian terhadap isu dan masalah termasuk lah kebersihan dan juga kerosakan lif. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri telahpun menyalurkan peruntukkan sebanyak RM333,120.00 kepada Jabatan Pelaksana iaitu JKR Negeri perlis untuk melaksanakan penyelenggaraan secara berkala, supaya lif di PPR tersebut berada pada tahap yang optimum dan sedia untuk digunakan. Manakala dari segi kebersihan, Kerajaan Negeri melalui Bahagian Perumahan juga turut melantik syarikat untuk melaksanakan kerja-kerja pencucian dan pembersihan di PPR Sena, Kangar secara kontrak. Dengan kos perbelanjaan tahunan adalah berjumlah RM552,000.00. Sebagai usaha memastikan isu kebersihan dan kerosakan lif di PPR dapat diatasi dalam jangka panjang, Kerajaan Negeri akan menjadikan Dasar Kemunitian Negara sebagai aspirasi untuk panduan dalam membudayakan norma baharu kepada kehidupan penduduk PPR. Fokus akan diberikan untuk merubah mentaliti dan juga sikap itu sendiri kepada penduduk PPR. Selain itu, Kerajaan Negeri turut bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, Syarikat Swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan dalam merealisasikan objektif utama Dasar Komunitian Negara iaitu mendaya upaya anggota komuniti supaya mempunyai rasa kepunyaan, prihatin terhadap harta benda, ruang dan fasiliti yang dikongsi bersama serta rasa tanggungjawab terhadap komuniti dan kawasan tempat tinggal. Melalui dasar ini, Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti ataupun PSMK telahpun diwujudkan di PPR Sena Kangar dan diuruskan oleh Pegawai daripada KPKT sendiri. PSMK ini menjadi platform dan penghubung antara komuniti PPR dengan pelbagai agensi bagi membudayakan penduduk dalam menangani isu setempat, melaksanakan program dan menyemai rasa tanggungjawab dan kepunyaan. Dengan adanya perubahan minda dan budaya hidup masyarakat PPR, isu seperti vandalisme, isu kebersihan jenayah dan perkara negatif yang lain akan dapat ditangani dengan efisien dan efektif. Untuk tindakan yang sedia ada, bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukkan kepada JKR Negeri Perlis sebagaimana yang berikut. Yang pertama peruntukkan penyelenggaraan berkala lif untuk sehingga bulan Disember 2022, berjumlah RM 57, 600.00. Manakala yang kedua, peruntukkan untuk pembaikan segera dua lif di Unit Blok A dan juga dua lif Unit Blok B berjumlah RM275,520.00. Selain itu, Kerajaan melalui Bahagian Perumahan juga turut melantik syarikat untuk melaksanakan kerja-kerja pencucian dan pembersihan di PPR Sena Kangar secara kontrak bagi menjaga kebersihan kawasan PPR tersebut dengan perbelanjaan tahunan berjumlah RM552,000.00. Bagi perancangan jangka masa sederhana, menyasarkan kepada kerja-kerja penggantian lif baru di PPR Sena, Kangar dimana Bahagian Perumahan telah membuat permohonan baru peruntukan berjumlah RM3.8 juta bagi gantian 6 unit lif baru yang dijangka akan mula dinikmati oleh Penduduk PPR Sena, Kangar mulai tahun 2023. Selain daripada itu, Bahagian Perumahan juga telah mewujudkan Kempen Sifar Vandalisme di PPR, di mana kempen ini akan memberikan ganjaran kepada pengadu yang boleh memberikan bukti salah laku vandalisme. Yakni, kerosakan lif atau kebersihan, sehingga tertangkapnya pelaku vandalisme tersebut. Kempen ini dilihat akan dapat meminimumkan isu-isu berkaitan… dengan kerosakan lif dan juga kebersihan kawasan PPR. Sekian terima kasih.

Yang Berhormat Dato Speaker, soalan tambahan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Santan. Sebagaimana Yang Berhormat pun tahu, baru-baru ni saya ada menghubungi Yang Berhormat kerana saya dapati masih berterusan isu lif rosak, saya faham ada isu dari segi penggantian ambil tempoh. Saya nak tahu sejauh mana telah dibaiki ataupun belum. Sebab yang paling kritikal saya difahamkan Blok A. Blok A satu unit lif pun tidak beroperasi, apa yang menyedihkan ada warga emas yang sakit, yang tidak boleh turun untuk terima rawatan ada yang kaki telah kena potong, tak boleh naik terpaksa tinggal di rumah kawan, jadi saya mohon penjelasan Yang Berhormat adakah telah diperbaiki? Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Dan satu lagi Yang Berhormat, dari segi lif itu, adakah akan disediakan sekali pakej dengan hidden CCTV? Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Baik terima kasih Yang Berhormat Sena. Sebenarnya kontraktor bagi untuk maintenance kepada lif telah pun dilantik dan saya sendiri micro manage benda ni, menghubungi kontraktor apabila saja aduan diterima daripada pelbagai pihak termasuk YB sendiri menghubungi saya dan juga penghuni-penghuni berkaitan. Sebab lif tu memang teruk sangat-sangat, dan masalahnya sekarang ialah mengikut kontraktor, dia telah pun order semua barangan dan dijangka sampai pada bulan 4 katanyalah, Insya Allah lah. Perkara ni memang saya ambil perhatian penuh, untuk memastikan bahawa kejadian lif rosak ni begitu… kadang-kadang masa tiga empat hari seminggu. Jadi memang masalah besar kepada penduduk. Walaubagaimana sekali pun, pihak saya dan juga pihak pegawai yang dilantik oleh KPKT yang berada di situ hari-hari, akan menghubungi kontraktor berkaitan dan saya pun telah menghubungi sendiri untuk kita kata melihat perkara itu supaya benda itu tidak berlaku begitu lama.

Lif di Blok A tu belum dibaiki lagi ka sebab dah tiga minggu Yang Berhomat, rosak. Belum dibaiki lagi?

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Memang dah baiki dah, last week pun dah dibaiki. Kemudian duk esok jadi pula, jadi puak-puak ni tak tau nak kata cerita tangan jahat ni, saya pun tak boleh nak fikir teruk-teruk sangat benda tu. Jadi cerita dia begitulah keadaan dia.

Makna ada isu berkaitan dengan vandalisme?

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Ya, saya sebut tadi ya. Pihak kita akan cuba bagi ganjaran tentang kalau ada isu, ataupun ada laporan bukti yang nyata, pihak kita akan bagi ganjaran tapi jangan takut kita takkan bagitau siapa.

Mungkin Yang Berhormat boleh share dengan pihak kami video, grafik ka untuk kita war-warkan kepada KRT, Persatuan Penduduk dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Ya, insya Allah, terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat… Ahli-ahli Yang Berhormat, saya dok perhati isu Pangsapuri Seri Sena ni, sepanjang saya jadi Speaker saya ingat peruntukkan-peruntukkan yang diberikan pangsapuri ni terlalu tinggi. Boleh tak Kerajaan berikan berapa jumlah… berjuta-juta ringgit, pasal lif saja, saya ingat setiap kali sidang kita bercakap. Walhal keluarganya dalam 400 keluarga ja, kan? Jadi saya nampak macam satu yang tak kena. Saya minta pihak Kerajaan cuba beri peruntukkan sebab kita dapat amount tu terlampau banyak, berjuta-juta ringgit pula ni. Tak apalah, harap pihak Kerajaan boleh respond. Sebab saya tengok daripada dulu… dari penggal dulu saya jadi Speaker macam tu juga.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Soalan tambahan Dato Speaker, boleh saya tau trend statistik tunggakan hutang sejak satu tahun kebelakang ni, setiap bulan? Saya difahamkan memang ada tindakan diambil seperti yang YB Santan maklumkan. Tapi kita nak tahu trend dia, perkembangan dia, setiap bulan macam mana kutipan dia, improvement, dengan izin, tunggakan tu. Terima kasih.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Ok YB Indera Kayangan. Ya, sidang lepas saya dah sebut jumlah tunggakan hingga sidang lepas 2.4 juta tunggakan jumlah dia, jadi sepanjang masa tu, memang kita… pihak saya pun telah pun berbincang dengan pihak perumahan, supaya buat tindakan… tindakan reminder dan sebagainya lah. Tapi Alhamdulillah nampaknya ada perkembangan dari segi bayaran, sebab nak minta tunggakan banyak-banyak ni, on the spot ni masalah besar bagi penduduk situ. Kebanyakannya ada yang terima bantuan Asnaf, ada yang terima bantuan Baitulmal, sendiri nak bayar sewa sekalipun, dan banyak B40 lah. Jadi apa yang kita buat kita berbincang dengan penghuni supaya bagi jalan ataupun kita struktur kembali macam mana, cara mana untuk kita meringan bebanlah. Kalau contoh, pinda tunggakan sampai 5 ribu, kita tidak lah kata nak panggil dia nak minta separuh, memang tidak akan dapat membayar. Tapi kita bincang balik supaya struktur semula pembayaran dimana jumlah bayaran biasa RM120.00 tu, mungkin campur sikit dengan bayaran tunggakan, mungkin 5-60 ringgit, mungkin dia mampu, jadi lebihan tu lah kita minta dia bayar campur tambahan untuk mengurangkan tunggakan yang sedia ada. Itulah yang kita buat tindakan daripada pihak perumahan.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sedikit soalan tambahan…

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Yang Berhormat Dato Speaker, sedikit cadangan…

Speaker

Mana satu ni?

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Kuala Perlis.

Speaker

Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya setuju dengan Yang Berhormat Santan berkenaan isu tunggakan. Cumanya sekarang ini, isu ini bukan di Flat Sena ja, di Kuala Perlis ada, di PPR Permai ada, sama ja. Isu bila kita dah bagi kemukakan solution untuk mudahkan yang tertunggak ni, tetapi masih ada yang bantah. Itu satu yang pertama, dan yang keduanya pemohon lain yang tidak pernah mohon lagi, mereka sedar bahawasanya ada yang tertunggak dan bantah nak bayar. Jadi bila depa mai ke Pejabat Pusat Khidmat apa semua, depa duk meluahkan perkara ini. Jadi kita mohon lah Kerajaan Negeri tengok balik kepada yang bantah nak bayar… yang betul-betul bantah lah, bukan yang kata yang on-off bayar ni, yang betul-betul bantah tak nak bayar langsung. Sebab pemohon pun banyak yang cakap daripada keluarga tak mampu B40. Tetapi insya-Allah kalau depa dapat rumah-rumah PPR ni, depa mampu bayar. Berbanding kita masih biarkan kepada penyewa yang bantah nak bayar ni. Mohon tindakan terhadap perkara-perkara tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Ya, terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis, jadi tak apalah yang tu kita akan ambil maklum. Mungkin pelbagai cara kita akan laksanakan macam ada sistem bank pun boleh buat macam tu juga, dia halau macam tu saja, kalau tak bayar, dia rampas kan. Jadi, pihak Kerajaan pun kita akan melihat benda tu sebaik mungkin lah. Satu lagi tambahan untuk lif tadi kan, baru-baru ini kita ada buat request for proposal untuk perumahan-perumahan baru dia tanah Kerajaan. Jadi saya mencadangkan lah kepada pihak developer lah, supaya lepas ni kita tidak akan buat lagi rumah PPR ni, mampu milik ni tingkat yang tinggi lah. Mungkin kita buat tingkat yang rendah, dua atau tiga tingkat pun cukup. Jadi masalah ini akan berterusan, sebab yang mohon beli tu, B40. Jadi nak ambil tambahan duit untuk security macam di kondominium mewah, memang tak boleh dan tak akan buat macam tu. Memang tak akan buat macam tu. Jadi kita sarankan ke developer yang buat proposal tu supaya kita buat landed ataupun takat 3 tingkat cukup kot, jadi tak perlu lif tak teruk sangat nak panjat kalau jadi macam tu kan. Jadi kita ambil benda tu perhatian yang serius, kedepan nanti tiada lagi yang tinggi-tinggi macam tu, insya-Allah.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Yang Berhormat Dato Speaker, sedikit cadangan.

Speaker

Silakan satu soalan.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Baik terima kasih Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat Santan. Jadi memanglah, sebagaimana Dato’ Speaker sebut bahawa isu ni isu lama kan, dan isu ini isu berbangkit, dah dua penggal atau pun lebih berkaitan dengan kependudukan mereka, hutang mereka. Jadi macam-macam lah Yang Berhormat sebut… bengkel seminar, perjumpaan bersemuka untuk kita kutip hutang ni. Jadi saya nampak itu tindakan yang bagus lah, baik. Cuma saya nak cadangkan untuk Kerajaan supaya buat auto-debit, potong direct ke akaun. Boleh buat perjanjian, jadi siapa-siapa yang nak memohon rumah PPR ini, sign dokumen, agreement bank potong bulan terus. Jadi depa dapat bantuan banyak… Bantuan Keluarga Malaysia, Prihatin dan sebagainya. Jadi, bila masuk potong. Jadi depa pun takda masalah dengan kita, kita pun rilek ja. Jadi kita nampak… apa nama… perubahan-perubahan tunggakan tu akan kurang dari bulan ke bulan. Terima kasih.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih YB Guar Sanji, jadi lah… terbaik cadangan tu. Jadi kita boleh lah buat auto-debit. Jadi kalau sekiranya masuk duit asnaf ka dalam akaun contohnya, direct debit, jadi tak tahu lah… kalau buat auto debit pun duit tak pernah ada juga, masalah juga. Tak apalah, itu kita ambil maklum, mungkin perkara tu kita boleh perbaiki, dipermudahkan, insya-Allah.

Yang Berhormat, sedikit soalan tambahan berkaitan dengan tunggakan, tadi tentang kerosakan lif. Yang Berhormat Santan, sebelum ni saya tak ingat sidang yang bila, tetapi berapa sidang yang lepas saya pernah cadangkan dari segi tunggakan ni untuk supaya adakah Kerajaan bersedia untuk mengkaji diadakan sistem agreement, berbincang dengan pihak LA contohnya. Agreement yang mana agreement tu dia ada lebih kurang macam bank, dan juga ada sistem grantor supaya grantor tu yang akan mengambil macam mana bank dia bolek tarik kereta, macam tu juga kita buat, sebab permintaan untuk B40 yang dok minta tu sampai la ni Yang Berhormat Speaker, tiap-tiap minggu ada dok minta bantuan kita surat sokongan dan sebagainya. Tetapi kita difahamkan kekosongannya amat terhad, tetapi tu macam kita telah menzalimi orang yang sepatutnya boleh masuk kerana masih membiarkan yang kategori yang dah orang kata yang teruk punya tunggakan ni. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Saya ingat yang Berhormat, isu pangsapuri ni, kalau saya macam dah give-up sebab tak habis-habis. Jadi saya ingat resolusi yang sangat patut YAB minta buat satu paper khas saya ingat. Ini macam ni lif sampai berapa juta, berapa biji buah rumah kita boleh buat. Jadi macam saya kata pihak Kerajaan akan menjawab lebih lengkap. Kalau macam cadangan, cadangan dah buat daripada dulu dah. Kita kesian pada orang bayar bulanan tu, dia jadi mangsa, dia yang jujur, dia jadi mangsa. Jadi saya nak terus dengan soalan daripada yang terakhir sebelum kita keluar minum, daripada Kuala Perlis, dipersilakan.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih Dato Speaker, soalan saya soalan nombor 6.

(Soalan 6 : Berapakah jumlah nilai kontrak kerja-kerja pengorekan kecemasan di muara Sungai Perlis bagi mendalamkan kawasan di sekitar jeti feri penumpang Kuala Perlis dan sekitar dan syarikat kontraktor manakah yang mendapat kontrak tersebut? Juga minta beri penerangan bagaimana prosedur membersihkan mendapat selut tersebut dibuat?)

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan yang keenam ni berkaitan dengan pengerukan tadi dan isu dan juga konsep telah pun diterangkan dengan panjang lebar oleh Yang Berhormat Bintong. Cuma soalan ni lebih kepada teknikal, jadi soalan ini berkaitan dengan nilai kontrak kerja-kerja pengorekan kecemasan. Kerja-kerja pengorekan kecemasan ini telah dilakukan oleh Syarikat See Song & Sons Sdn. Bhd. dengan nilai anggaran kerja pengerukan adalah RM1.2 juta dan prosedur membersihkan mendapan selut tersebut telah dilakukan dengan menggunakan dredger, dengan izin, dan hasil kerukan dibuang ke kawasan pembuangan yang telah diwartakan iaitu sejauh 15 batu nautika dari daratan bagi memastikan mendapan selut ini tidak memberi kesan yang buruk terhadap alam sekitar dan pengerukan kecemasan ataupun darurat ini dilakukan di sepanjang labuhan 2 sehingga labuhan 4 Terminal Feri, maksudnya dekat dengan tempat pendaratan jeti sahaja, iaitu daripada Point 2 ke Point 4. Just untuk membolehkan feri mendarat dan mengambil penumpang dan menurunkan penumpang sahaja, yang ni pengerukan ni dibuat pengerukan kepada kedalaman antara sehingga 1 meter bagi membolehkan feri mendarat, merapat di labuhan tersebut semasa air pasang 1.5 meter. Terima kasih.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mohon saya memberi cadangan dan bertanya lah memandangkan kita tak boleh berbahas. Sepatutnya saya plan untuk berbahas tentang perkara ni lah, tapi sidang harini kita tak boleh berbahas, saya rasa kebanyakan Yang Berhormat-Yang Berhormat di sebelah Kerajaan dan jugak Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya pernah share tentang satu gambarajah berkenaan apa ni… isu…

Speaker

Ringkas Yang Berhormat, kita nak keluar minum nanti na, ringkas sikit…

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Tak pa, ni perkara penting berkenaan orang cakap untuk menambah… untuk nak elak orang kata pasal Kuala Perlis… pasal negeri Perlis sebab isu ayaq jangkat ni, satu Malaysia orang nak pi Langkawi, orang marah kat kita padahal orang tak tau masalah dia. Jadi, kita perlu terang kat sini. Sebenarnya ni yang saya punya pendapat dan jugak mungkin cadangan, kawasan jeti Kuala Perlis ni start bermasalah bila adanya pembinaan LKIM dan jugak penutupan kawasan sungai di kampung saya sendiri, di Kampung Pulau Ketam. Dulu, Pulau Ketam tu betul-betul pulau tahun 92, seingat saya masa tu dia dah ditambak untuk dijadikan jalan, kalau kita masih ingat dulu awai 90-an dan hujung tahun 80-an, semua feri dia lalu kot sungai, kot kawasan Pulau Ketam. Jadi, isu kawasan cetek, di kawasan berdekatan dengan apa nama… Jeti Kuala Perlis tu, bukan muara sungai lagi maksud saya, kawasan jeti yang tempat feri nak merapat tu, dia isu dia sebab menggangu LKIM tu mengganggu aliran ayaq pasang dan ayaq surut, sebab dia dah block dah ke tengah sungai, itu yang pertama. Dan bila jadi macam tu ayaq yang kalau masa surut dia nak turun daripada hulu sungai tu dia akan hentam ke bawah tambakan LKIM tu dulu menyebabkan arus ayaq tu berubah. Kalau sebelum ni tu dia tak dak, LKIM tu dia straight terus dia akan lalu depan jeti tu. Jadi bila ada ayaq pasang dia akan bawak sekali mendapan yang masuk masa ayaq pasang. Sekarang ni, the problem dekat kawasan tu dia jadi macam segi tiga, sebab saya tak print pun dia punya tu kalau tak boleh tunjuk dekat situ. Jadi, itu masalah dia dan mungkin cadangan untuk menyelesaikan masalah ni, saya pun maklum baru ni, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun dah umum, 5 juta kajian untuk kajian saja sama ada kita perlu membina jeti baru atau tidak untuk kawasan Kuala Perlis ni. Cuma saya punya cadangan saya tak pasti lah sebelum ni pun saya ada bangkit kepada Yang Berhormat Setiausaha Sulit Kerajaan Negeri tapi dah dia tak dak harini dia dah pi ke KSU. Tahniah diucapkan. Saya bangkitkan cadangan, saya tak pasti sama ada ini short term ataupun long term. Ini mungkin perlu kepada kajian tersebut lah, mungkin kita boleh bina satu floating deck, floating jetty…

Speaker

Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat dah explain dah tadi…

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Macam mana…

Speaker

Yang Amat Berhormat dah cerita panjang dah tadi, tak payah ulang lah… tak payah ulang.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Ya betul betul… ni saya kurang pasti, tadi Yang Amat Berhormat dia sebut pasal membina jeti jauh daripada laut, ini kita tak perlu ubah kawasan jeti. Kita masih di kawasan terminal tersebut, cuma kita mintak bina floating deck berdekatan dengan kawasan jeti tersebut sepertimana di jeti Kuah, Langkawi. Ini mungkin kos lebih rendah, kita tak perlu ubah kawasan orang cakap, kawasan untuk jeti tersebut, tak perlu bina bandar baru. InsyaAllah, itu antara cadangan yang saya mungkin boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri. Saya rasa itu sebab saya terima banyak sangat aduan daripada pekerja-pekerja di kawasan jeti depa merungut lah bila sehari sekali sahaja apa nama ni… jadual feri daripada Kuala Perlis ke Langkawi menyebabkan pendapatan depa sangat-sangat terjejas. Kita mohon kita pertimbang balik benda ni, kita tengok balik, insyaAllah.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, boleh saya ulas sikit?

Speaker

Sila Yang Amat Berhormat.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato’ Speaker. Yang Berhormat Kuala Perlis, mungkin cadangan Yang Berhormat itu, sebagai satu langkah sementara, yang mungkin boleh dipertimbangkan oleh Jabatan yang berkenaan dan insyaAllah Kerajaan Negeri akan menyampaikan maklumat ini kepada Jabatan yang berkenaan tetapi untuk jangka panjang, kita bergantung kepada kajian apakah dapatan kajian yang akan dibuat itu? Dan itu yang akan menentukan sama ada kita nak buat di tempat yang sama ataupun di lokasi yang lain yang lebih sesuai untuk mengelakkan pemendapan yang berlaku secara berterusan dan bukan saja berterusan malah rapid, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker. Jadi kita tunggu keputusan kajian ni dulu, baru kita tahu sama ada lokasinya sesuai atau tidak, di mana dan apa reka bentuknya sama ada dia bersifat sesuatu yang perlu, dengan izin, far through ke laut ataupun di pesisir pantai. Tadi saya hanya menyebutkan suatu cadangan sahaja sebenarnya, mungkin kita perlu ada sesuatu yang jump out, dengan izin, ke luar daripada pantai dan menggunakan stilted bridge. Itu hanya cadangan, tetapi bergantung kepada apa dapatan yang akan diperolehi nanti oleh pihak yang berkenaan yang melakukan kajian ini. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Yang Berhormat Dato’ Speaker, ya saya setuju sebab peruntukan yang disediakan tu adalah untuk kajian jangka panjang, tapi sekarang ni kita nak selesai masalah yang jangka pendek, itu yang saya mintak. Saya pun sebut tadi di… semasa saya mencelah tu saya sebut saya tak pasti sama ada cadangan saya ni jangka pendek atau jangka panjang. Yang saya maksudkan ni, kita nak selesai the current issue, jangka panjang ni kita tak pasti mungkin 10 taun lagi, 15 tahun lagi, tapi masalah ayaq jangkat ni berlaku setiap tahun dan masalah ni memang merugikan kita. Itu yang saya mintak pertimbangkan untuk bina jeti sepertimana di Jeti Langkawi, itu sekejap ja tak lama benda tu.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kuala Perlis, tetapi isunya di situ kenapa air tu cetek? Air cetek kerana berlaku pemendapan yang begitu kuat, lumpur di kawasan tersebut. Jadi kalau kita gunakan pelampung sekali pun, jadi kalau saya boleh gunakan istilah itu ya, dia tidak akan menyelesaikan masalah sebab kerja-kerja pengorekan mesti dilakukan jugak. Kalau seperti di Langkawi dia tidak mengalami masalah pendamparan lumpur sebab dia berada di laut yang terbuka dan lumpur-lumpur yang dibawa itu dihanyutkan terus ke laut yang dalam dan didamparkan di lautan yang dalam itu. Tapi kita ni masalahnya pendamparan lumpur itu berlaku di tepi pantai dan di muara sungai. Kalau kita melakukan pengorekan hanya di terminal sahaja, dia tidak menyelesaikan masalah sebab laluan feri ataupun bot-bot ikan ini juga akan nanti tertutup disebabkan pendamparan itu berlaku di situ juga. Jadi sebab itu Yang Berhormat daripada Kayang tadi telah menyebutkan bahawa selain daripada kerja-kerja pengorokan di tepi ataupun di sisi terminal itu, pengorokan juga perlu dilakukan untuk laluan feri-feri dan jugak bot-bot ini untuk pergi ke laut. Jadi, sebab itu saya katakan tadi, saya bersetuju kalau itu merupakan satu langkah yang bersifat sementara tetapi itu bergantung kepada kerja-kerja pengorokan juga sebab kerja pengorokan mesti dilakukan sepanjang tahun sebab dia berlaku sepanjang tahun pendamparan itu. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Yang Berhormat Dato’ Speaker…

Speaker

Nak jawab jugak?

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Ini bukan… bukan, tak pa… satgi mungkin, satgi masa makan kita explain balik lah kita tunjuk gambarajah tu. InsyaAllah.

Speaker

Yang Berhormat, kita ada lagi sesi soal lisan selepas ini. Jadi, saya tangguhkan buat sementara waktu. Sebelum kita keluar saya nak ingat sekali lagi bahawa soalan lisan akan diteruskan sehingga berapa lama yang boleh kita selesaikan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan sementara dan akan disambung semula pada jam 11.00 pagi. Terima kasih.

(Persidangan ditempohkan sementara pada jam 10.30 pagi)

(Persidangan disambung semula pada pukul 11.18 pagi)

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula. Sesi soal jawab lisan akan diteruskan dan sebagai peringatan saya akan cuba selesaikan semua soalan. Tapi kalau nampak ahli-ahli Yang Berhormat serta para hadirin nampak letih layu, kita akan tangguhkan dan pihak Kerajaan akan menjawab soalan-soalan yang belum dapat diselesaikan pada hari ini. Saya mempersilakan Yang Berhormat Tambung Tulang.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya nombor 7.

(Soalan 7 : Apakah langkah-langkah segera yang perlu diambil oleh Kerajaan Negeri dalam membantu mengurangkan food import bill negara yang telah mencapai kenaikan luar biasa?)

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk mengurangkan Food Import Bill. Bagi tujuan ini, antara projek-projek berskala besar yang telah dilaksanakan di negeri ini ialah Projek Chuping Agro Valley, bagi ladang tenusu bersepadu dan ladang tanaman bernilai tinggi bersepadu di Chuping Valley oleh FGV. Yang kedua Projek Super Fruit di Hutan Simpan Rimba Mas-Mas Chuping Oleh Fig Direct Sdn. Bhd.. Ketiga Projek Lemon Myrtle di Hutan Simpan Rimba Mas-Mas Chuping oleh Team Associates Sdn. Bhd.. Empat Projek Tanaman Nenas MD2 di Wang Kelian oleh EG Eco Farm Sdn. Bhd. yang sedang dituai masa kini. Projek Tanaman Kopi di Hutan Simpan Kekal Mata Ayer Felcra Lubuk Sireh oleh Agricorp Sdn. Bhd.. Projek Tanaman Pisang Cavendish di Hutan Simpan Mata Ayer Felcra Lubuk Sireh oleh PCE Retail Sdn. Bhd.. Projek Tanaman Ubi Kayu Cassava di Hutan Simpan Mata Ayer Felcra Lubuk Sireh oleh Biorainforest Sdn. Bhd.. Projek Ternakan Lembu Fidlot di Hutan Simpan Rimba Mas-Mas oleh Koperasi Ukhuwah. Projek ternakan lembu daging di Titi Tinggi oleh Koperasi Penternak Negeri Perlis Berhad. Projek lembu daging bebiri dan ayam kampung oleh Saudagar Bijak Ternak Sdn. Bhd.. Pelbagai tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran seperti tembikai, pisang, betik, cili, bendi dan terung di Chuping. Sekian, terima kasih.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Simpang Empat atas jawapan yang begitu baik dan tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri atas usaha murni ini. Saya ingin bertanya Dato’ Speaker, pagi tadi Menteri Kanan MITI telah pun mengumumkan bahawa projek Agro Chuping Valley ini antara pelaburan negara yang terpenting. Hasil lawatan Perdana Menteri ke Qatar baru-baru ini beberapa hari yang lepas dan merupakan satu di antara langkah yang amat komprehensif yang diambil oleh Kerajaan Negeri. Saya ingin bertanya kerana projek ini adalah penjagaan kepada perniagaan. Apakah langkah yang diambil untuk melibatkan partisipasi ataupun penglibatan rakyat tempatan supaya mereka juga turut menyertai dan berapakah peluang pekerjaan yang setakat ini kalau Yang Berhormat dapat data mungkin boleh jawab secara bertulis supaya saya ingin mengetahui perkara ini. Terima kasih Dato’ Speaker.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Untuk yang selanjutnya saya yang detail la kan sebab pebincangan ni banyak di buat oleh YAB, jadi saya minta YAB tolong bantu saya.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya tengok soalan ini dia ada berkaitan juga dengan soalan Yang Berhormat yang kemukakan tapi bukan Yang Berhormat Tambun Tulang lah, ada Yang Berhormat yang lain dan saya akan jawab sekali dengan soalan tersebut insyaAllah. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sedikit soalan tambahan berkaitan dengan Chuping Agro Valley tu, saya tengok maknanya ada orang kata popular dah la ni di seluruh negara, kalau boleh pihak Yang Berhormat mungkin boleh jelaskan berapa lagi kawasan keluasan yang masih ada untuk kita tawarkan kepada pengusah-pengusaha supaya benda ni media boleh pick up dan jadi satu ni lah offer kita hari ini kepada public. Yang kedua Dato’ Speaker, tentang kita bicarakan tentang untuk mengurangkan food import bill yang telah mencapai kenaikan luar biasa sampai ternakan punya apa… bahan makanan ternakan pun kita import berbilion-bilion, dari segi food security itu kita adalah daripada sebahagian jelapang padi, saya nak tahu dari pihak Yang Berhormat sejauh mana kawasan padi kita terutamanya MADA… dalam kawasan MADA dan luar MADA, berapa banyak kawasan ni dan kebimbangan saya tu ada saya tengok ada projek dibangun telah mengalami pembangunan, tanah-tanah bendang adakah diganti supaya benda ni penting Yang Berhormat Speaker kerana kita nak memastikan kita dilandasan sebenar untuk menjaga dari segi food security terutamanya makanan ruji kita beras. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih Yang Berhormat Sena. Berkenaan dengan keluasan tanah yang berbaki tu dah habis kita bagi pada awai tahun yang baru ni, cuma kita tunggu kemungkinan beberapa syarikat kot kot dia gagal ka boleh kita ganti permohonan baru. Berkenaan dengan tanaman padi, keluasan tanaman padi memang berkurang, tapi kita dalam program ni… dalam program industri padi kita akan cuba hasilkan padi daripada enam tan ke sepuluh tan sehektar.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.

Yang Berhormat Dato’ Speaker soalan saya nombor 8.

(Soalan 8 : Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam memastikan prasarana sukan yang hebat dimiliki Kerajaan Negeri dapat dimanfaatkan oleh para belia tempatan?)

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kerajaan Negeri komited dalam memastikan prasarana sukan dimanfaatkan secara optimum oleh belia-belia tempatan melalui Majlis Sukan Negeri Perlis dan juga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Sehingga kini sebanyak dua puluh dua jenis fasiliti sukan telah disediakan oleh Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan untuk kesemua penggiat sukan dan juga atlet yang mewakili Negeri Perlis dan dua puluh dua jenis fasiliti sukan tersebut di letakkan di bawah seliaan MSN Perlis dan digunakan untuk aktiviti latihan di bawah program pembangunan sukan negeri seperti program akad, program pelapis dan juga program elit SUKMA dan manakala bagi fasiliti bagi sukan masa seperti bola sepak, badminton, tenis, futsal, skuasy adalah dibuka untuk sewaan kos sesi dengan bayaran minimum dikenakan. Sewaan fasiliti sukan ini menerima sambutan yang baik oleh rakyat Perlis dan dengan hampir setiap hari jadual tempahan penuh terutamanya melibatkan penggunaan padang bola sepak. Tempahan ini boleh dibuat dan dikemukakan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Perlis sebagai penyelarasan penggunaan. Dan selain daripada itu juga, beberapa inisiatif telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk dimanfaatkan melalui aktiviti-aktiviti berikut, terutamanya iaitu program pencarian bakat yakni kita telah lakukan sebanyak tiga program setakat ini melibatkan sukan olahraga, sepak takraw dan angkat berat. Selain daripada itu juga kita lakukan klinik-klinik asas sukan kepada anak-anak muda Negeri Perlis melibatkan dua jenis sukan iaitu memanah dan juga boling padang. Dan program ini diadakan untuk memfailkan fasiliti yang sedia ada. Selain daripada itu juga untuk makluman Yang Berhormat kita juga mengadakan Program Sukan Jelajah Komuniti dan program ini ialah program turun ke padang melalui pusat khidmat ADUN untuk mencari bakat-bakat baru di kampung atau pun di kawasan perumahan. Yang ni telah pun kita laksanakan di dua kawasan iaitu di DUN Kayang dan juga di DUN Guar Sanji, dan yang terbaru kita baru laksanakan di DUN Santan. Selain daripada itu juga, kita juga baru selesai mengadakan liga bola sepak Perlis yang telah berlangsung tiga hari yang lepas dan ini melibatkan hampir empat ratus orang anak muda di Negeri Perlis. Sebanyak sepuluh pasukan telah menyertai liga ini dan perlawanan akhir telah pun berlangsung tiga malam yang lepas dan menyaksikan kelab lain Junior FC telah berjaya memenangi liga bola sepak edisi pada kali ini dengan mengalahkan Guar Syed Alwi FC dengan tiga berbalas dua gol. Selain daripada itu juga, untuk makluman Yang Berhormat, kita juga ada akan menganjurkan liga sukan rakyat ataupun dengan namanya Malaysia’s Sports League yang akan dijalankan pada bulan Mei dan Jun ini, dan antara sukan yang akan dipertandingkan adalah sukan futsal lelaki dan wanita, bola jaring, sepak takraw lelaki, bola keranjang dan juga badminton secara berpasukan. Dan program ini juga akan memanfaatkan fasiliti sukan sedia ada sebagai satu platform aktiviti sihat kepada anak muda di negeri ini. Selain daripada itu juga, pembinaan baru-baru ini Kerajaan Negeri Perlis telah pun berjaya menyiapkan Perlis Skate Park dan ini telah membuka lembaran baharu kepada peminat sukan lasak di Negeri ini. Prasarana sukan ini telah dimanfaatkan dengan baik oleh golongan belia di negeri ini dan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti sukan di tempat yang sesuai, di tempat yang kita disediakan tersebut dan secara terkawal. Terima kasih.

Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Apakah penggunaan kemudahan sukan ini khususnya macam bola sepak dikecualikan sewa kepada pasukan-pasukan negeri daripada majlis sukan sekolah-sekolah negeri ataupun yang SUKMA ka, ataupun dikenakan juga sewaan? Terima kasih.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya kita menjalinkan kerjasama dengan pihak terutamanya Jabatan Pendidikan Negeri dan bila kita menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri untuk sukan-sukan bola sepak di bawah Majlis Sukan-Sukan Sekolah Malaysia, jadi ianya adalah sebahagian daripada program MSN itu sendiri dan tidak dikenakan apa-apa… apa ni… cas lah untuk kegunaan apa ni… terutamanya untuk kegunaan bola sepak yang dilaksanakan oleh pihak jabatan negeri. Selain daripada itu juga, untuk makluman Yang Berhormat, untuk Liga Malaysia, Liga M Three, Liga Piala Belia dan juga Presiden, Kerajaan telah memberi sokongan dan juga dokongan kepada pasukan negeri Perlis iaitu PUFC melalui PFA dengan memberi memberi penggunaan padang A dan C dan juga penggunaan stadium secara percuma sepanjang Liga M Three dan juga Liga Piala Presiden dan juga Piala Belia yang sedang berlangsung kini dan jumlah sokongan daripada pihak Kerajaan terhadap penggunaan padang dan juga fasiliti sukan ini adalah hampir setengah juta ringgit.

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Kayang. Tentang tadi saya tertarik ada 22 fasiliti sukan. saya nak tanya pihak Kerajaan sejauh mana 22 sukan ini? Adakah sukan-sukan yang berlainan dan sejauh mana Kerajaan punya persiapan pelan tindakan untuk mengasah bakat-bakat ni dan melahirkan juara-juara supaya khususnya kejohanan SUKMA kita akan dari semasa ke semasa target untuk kita tingkatkan pertambahan pingat? Yang Kedua, tentang akademi, kita ada akademi yang mungkin dengan Majlis Sekolah Sukan… sejauh mana kerjasama Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan kecemerlangan, bantuan dan sebagainya untuk Akademi Bola Sepak Negeri Perlis. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih Yang Berhormat. Ya memang dua puluh dua fasiliti sukan tu memang kita bina untuk pembangunan atlet kitalah seperti mana yang saya sebutkan tadi iaitu kita gunakan fasiliti sukan ni untuk program pembangunan sukan seperti program BAKAT. Program BAKAT ni maksudnya kita cari bakat-bakat barulah sebagaimana yang saya maklum tadi, pencarian bakat-bakat baru tu dengan program-program yang saya maklum tadi, kita turun ke kawasan-kawasan dan juga kita lakukan apa ni... klinik-klinik untuk menimbulkan minat-minat ataupun seterusnya pencarian bakat-bakat baru. Dan selain daripada itu juga, kita ada program Pelapis dan juga Program Elit SUKMA, maksudnya Program Elit SUKMA ni mana-mana atlet yang telah kita kenalpasti yang telah disenaraikan dalam kesebelasan utama SUKMA mewakili SUKMA Negeri Perlis kita akan ada satu program khas untuk atlet-atlet ni. Selain daripada itu juga, soalan YB yang kedua tu berkaitan dengan kerjasama dengan Majlis Sukan… Majlis Sekolah Sukan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri, memang Jabatan Pendidikan Negeri merupakan salah seorang ahli tetap dalam Majlis Sukan Negeri yang mana kita sentiasa membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan sukan terutamanya di sekolah… di dalam mesyuarat-mesyuarat penyelarasan yang kita adakan setiap dua ataupun tiga kali sebulan… sorry… dua ataupun tiga bulan sekali.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji. Soalan.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 9.

(Soalan 9 : Sejauh manakah kerajaan berusaha mendaya upayakan potensi golongan wanita dan ibu tungga muda pasca COVID-19?)

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Bagi mengurangkan ataupun mendaya upayakan golongan wanita selepas pasca COIVD-19, kerajaan negeri bersama dengan pelbagai agensi telahpun mengambil pelbagai inisiatif untuk dilaksanakan terutama sekali untuk membantu golongan wanita. Pertama sekali, kerajaan negeri melalui Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar sentiasa membantu golongan-golongan yang asnaf terutama sekali bagi mendapatkan kehidupan baru ataupun memulakan kehidupan baru dengan menyalurkan bantuan-bantuan peralatan perniagaan ataupun ada juga permohonan-permohonan peralatan-peralatan perniagaan bagi menambah baik urusniaga mereka dan dikalangan-kalangan permohon ini termasuklah wanita juga diberi kesempatan untuk mendapatkan bantuan-bantuan tersebut. Begitu juga dengan Baitulmal ataupun MAIPs dengan program Peningkatan Ekonomi Asnaf, yang ini memang ditumpukan kepada golongan asnaf dan dikalangan asnaf itu tentulah mempunyai golongan wanita yang terlibat secara sepenuhnya dimana ibu-ibu tunggal yang dikenalpasti sebagai ketua keluarga sentiasa memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupan sebagai seorang ketua keluarga dan juga bagi menampung ahli-ahli keluarga yang dibawah tanggungan mereka. Di MAIPs, bantuan yang diberi adalah seperti bantuan peralatan seperti mana yang disalurkan Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang saya sebutkan tadi. Ini adalah peluang-peluang yang boleh kita nampak ke arah membantu… saya suka sebut sini golongan wanita sebab soalannya adalah golongan wanita, jadi golongan wanita dan ibu tunggal sangat-sangat dibantu dua agensi yang saya sebut terawal ini dan kita juga ada NCER dimana ada program Jom Empower bersama NCER dan juga Jom Niaga bersama NCER. Dimana program Jom Empower NCER ini melibatkan kursus-kursus yang boleh dihadiri bukan sahaja oleh golongan wanita tetapi juga semua kawan-kawan kita yang berminat untuk meneruskan ataupun mengambil peluang dalam bidang perniagaan, dimana di dalam tempoh seratus jam yang diperlukan untuk menghadiri kursus, selepas tamat tempoh seratus jam tersebut mereka akan dibekalkan dengan peralatan-peralatan perniagaan sepertimana didalam kursus yang dipilih. Contoh sekiranya kursus jahitan mereka akan dibekalkan dengan mesin jahit begitu juga dengan kursus pembuatan kopi moden sekarang ni sepertimana yang kita selalu pi dekat Starbucks dan sebagainya juga ada disediakan di dalam kursus anjuran tersebut. Begitu juga dengan Jom Niaga mereka diberi sijil kemahiran. Jadi ini sebenarnya peluang mau dengan tak mau, rajin dengan tak rajin, jadi kita tidak boleh menidakkan bahawa Kerajaan tidak ada menyalurkan bantuan ataupun tidak mengambil peduli tapi sebenarnya adalah program pahadoi yang sangat-sangat baik yang perlu diambil peduli oleh semua golongan, apatah lagi golongan wanita dan juga golongan ibu tunggal.

Tadi saya ada janji dengan Yang Berhormat Guar Sanji untuk tanya soalan, saya tertarik kenapa di dalam soalan itu ada perkataan ibu tunggal muda, apakah ibu tunggal tua-tua ini tidak berguna? Tapi tak apa, tak payah jawab di sini, jawablah bila-bila sebab soalan itu special sikit ibu tunggal muda disebut di situ. Jadi saya rasa mungkin Yang Berhormat Guar Sanji di kawasan yang mungkin ibu tunggalnya sangat-sangat muda, Yang Berhormat Guar Sanji ingin bantu sepenuhnya. Jadi saya rasa maklumat-maklumat yang saya bagi tadi tiga perkara tu dan sebenarnya melalui Jabatan Pembangunan Wanita, walaupun kita tidak mempunyai peruntukan untuk membantu, tapi kita mempunyai saluran media maya. Kita buat melalui media sosial dengan cara kita jemput usahawan-usahawan untuk bagi motivasi kepada semua siapa yang berminat untuk menyelak kita punya media, laman sosial tersebut. Jadi saya rasa setiap 2021 kita telah laksanakan 93 program melalui media sosial dan hingga Mac 2022, 18 program telah kita adakan melalui Jabatan Pembangunan Wanita. Ini juga, sebenarnya bagi saya tidak perlulah kita tumpu sepenuhnya untuk mendapatkan bantuan peralatan atau bantuan kewangan tetapi kalau ada dengan kemahuan bantuan motivasi juga salah satu yang boleh kita bantu wanita-wanita yang ingin meneruskan kehidupan, tambah-tambah lagi untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga. Dan juga, di dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui JKM dimana pelanggan-pelanggan JKM yang ingin membuka perniagaan juga kita bagi iaitu kita ada program 2-Year Exit Policy, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker, dimana pada tahun 2021 seramai 5 orang telah dibantu dengan sejumlah peruntukkan RM13,500.00. Mereka ini kita bagi peruntukkan untuk membuka perniagaan-perniagaan kecil ataupun apa sahaja perniagaan yang mereka minat tetapi yang ada adalah pelanggan JKM sahaja. Jadi yang bukan pelanggan JKM kita mempunyai agensi seperti yang saya sebut tadi, Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga MAIPs, tapi mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Begitu juga bantuan-bantuan lain saya rasa ada yang dikeluarkan oleh agensi-agensi swasta yang mempunyai minat ke arah membantu golongan wanita di bawah sana. Jadi disini saya rasa Yang Berhormat Guar Sanji maklumkan kepada kawasan ataupun Yang Berhormat-Yang Berhormat lain bahawa wanita dan ibu tunggal ini tidak ditinggalkan dan sentiasa kita bantu walaupun menempuh pandemik COVID-19 hari itu dan juga untuk kita menuju ke pasca endemik COVID-19. Itu saja dari saya, sekian terima kasih.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Kayang, cuma soalan berbangkit bagaimana cara dan mekanisme untuk mengenal pasti kemahiran di kalangan wanita dan ibu tunggal muda ini terutama? Sebab apa yang saya sebut wanita dan ibu tunggal muda ini kerana mereka berpotensi untuk lebih anjak ke hadapan dalam mencari sumber pendapatan. Bukanlah ibu tunggal tua tu tidak bermanfaat, tapi depa dah berpengalaman. Yang keduanya, saya mencadangkan di setiap parlimen ini ada pusat pemerkayaan golongan wanita dan ibu tunggal dan mendapat bimbingan terus daripada agensi-agensi yang berkaitan macam ada pusat jahitan, pusat masakan, pusat apa sahaja kemahiran yang boleh dibantu diberi Kerajaan bantuan kepada mereka. Ia memang kursus yang dibuat oleh apa nama… NCER tadi ni tapi kerajaan pusat jauh daripada mereka, nak pi nya susah dan pelbagai alasan. Jadi mohon penjelasan.

Ok, saya rasa soalan yang kedua tu saya jawab… yang kedua dulu berkenaan tiap-tiap parlimen kita kena ada pusat-pusat latihan tu sebenarnya pihak KEMAS di tiap-tiap parlimen ada juga menyediakan latihan-latihan ataupun kursus-kursus jangka pendek yang kita bagi kepada siapa yang berminat termasuklah kawan-kawan wanita kita. Kalau nak lebih satu pusat yang khas saya cadangkan soalan ini dibawa ke Parlimen pasai yang tu peruntukan… kalau kerajaan negeri nak buat setiap satu parlimen mungkin bukan di dalam bidang kemampuan kerajaan negeri kita sedangkan kita mempunyai KEMAS yang memang betul-betul membantu rakan-rakan di tiap-tiap kawasan untuk menjadi… walaupun sebenarnya bukan menghadiri latihan ataupun kursus-kursus yang disediakan tu bukan untuk tujuan komersial tetapi cukup untuk membantu kita di dalam keluarga kita. Kalau selebih daripada itu saya rasa kita boleh usulkan di parlimen. Yang keduanya berkenaan dengan mekanisme yang ditentukan untuk membantu golongan wanita, seperti yang saya sebut tadi semua agensi swasta juga mempunyai… mungkin saya tidak boleh sebutkan satu-satu di sini Yang Berhormat Guar Sanji, nanti saya akan karangkan setiap satunya untuk saya jawab kepada Yang Berhormat secara lebih detail dan teliti berkenaan dengan agensi yang boleh membantu kawan-kawan golongan wanita. Dan golongan wanita, ibu tunggal muda ini sepertimana Yang Berhormat kata tadi mempunyai daya usaha yang lebih, insya-Allah kita akan cuba dekati Jabatan Pembangunan Wanita, JKM, MAIPs dan juga Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kita akan cuba lebih tumpukan kepada golongan wanita dan ibu tunggal yang muda, tapi kalau depa dah kahwin sila maklum balik na kepada kita na sebab semasa bantuan disalurkan mereka adalah ibu tunggal. Tapi yang muda muda ni kita bimbang bila dah berjaya dia akan menjadi daya tarikan kepada kawan-kawan lain, kaum-kaum adam yang ada. Jadi itu sebenarnya… nanti hasrat untuk kita melatih ibu tunggal dia jadi kona menjadi isteri pulak. Itu sahaja terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan…

Speaker

Ni bila sebut, berebut ni, jadi saya nampak… Sanglang dulu lah…

Sanglang dulu lah, terima kasih lah Dato’ Speaker, saya nak bagi laluan, bagi laluan Dato’ Speaker. Saya mintak kalau boleh Mata Ayer senaraikan ibu tunggal muda ni dan edarkan kepada semua Ahli di dalam Dewan, jadi selesai. Kalau tak boleh pun khusus untuk Dato’ Speaker lah, wallahu'alam.

Speaker

Saya setuju Yang Berhormat. Sila Sena.

Yang Berhormat Dato’ Speaker soalan tambahan sikit. Saya menyambut baik apa yang Yang Berhormat Mata Ayer jelaskan tadi ni. Saya berharap supaya kita mungkin boleh bekerjasama dengan setiap pusat khidmat ADUN-ADUN untuk kita memperkasakan lagi… memperdayakan… usahakan lagi untuk golongan wanita ni, terutamanya macam kami pun di Sena, kami ada kelab wanita. Mungkin insya-Allah lepas ni kita boleh bekerjasama untuk apa-apa aktiviti yang… ni dan kalau boleh, saya mohon supaya pihak Yang Berhormat dapat kongsikan program-program yang berkaitan dengan setiap ADUN melalui Whatsapp ka ataupun sebagainya. Sebab kadang-kadang kita pun kita terlepas pandang nak tengok dekat media sosial berkaitan supaya kita boleh war-war… bantu war-warkan di… ke grass root di setiap DUN. Lepastu yang kedua Yang Berhormat, Yang Berhormat Speaker tentang… soalan ya Yang Berhormat, ha… ok soalan, soalannya… bukan ni… bukan, cadangan soalan… sejauh mana kejayaan kalau boleh dari segi statistik supaya kita perlu statistik untuk kita nak ukur bila kejayaan tu kita kan tambah lagi kejayaan yang Yang Berhormat jelaskan tadi tentang usahawan yang berjaya di… ibu tunggal yang dimasukkan ke dalam program usahawan dan sebagainya dapat keluar daripada virus kemiskinan, dari B40, sejauh mana dia punya apa nama… impact yang kita dapat? Kalau boleh Yang Berhormat kongsikan dalam jawapan bertulis secara statistiknya. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Jawapan… jawapan bertulis, boleh Yang Berhormat?

Nak jawab Sanglang sikit…

Speaker

Ok.

Ok, terima kasih kepada dua-dua Yang Berhormat Sanglang dan juga Yang Berhormat Sena, untuk Yang Berhormat Sanglang insya-Allah saya akan detail-kan ibu tunggal muda untuk pilihan Yang Berhormat Sanglang.

Speaker

Siap dengan foto tu Yang Berhormat Sanglang mintak.

Ya kita akan buat profile…

Masuk gambaq Yang Berhormat Mata Ayer sekali.

Tak boleh sebab saya dah habis gas dah. Saya tak kategori muda dah… saya walaupun kecik tapi tua dah. Ok Yang Berhormat Sena insya-Allah kita akan cuba bincang bersama tapi satu kot saya suka kongsikan disini bahawa pihak Pejabat Pembangunan Wanita pernah mengeluarkan satu surat telah dihantar kepada pusat khidmat-pusat khidmat untuk kita daftarkan ibu tunggal dalam kawasan masing-masing tetapi sehingga ke hari ini belum kita dapat apa-apa jawapan. Yang tu surat tersebut telah dihantar pada 2021, saya tak ingat tarikh dan bulannya, tapi saya pernah tengok surat tu di pusat khidmat saya pun sampai tapi sampai ke hari ni kita belum dapat maklumat yang sepenuhnya lah daripada pusat khidmat-pusat khidmat. Sekiranya dapat insya-Allah saya boleh klasifikasikan tiap-tiap satu dan daripada mana pusat-pusat khidmat yang memerlukan pembahagian ataupun agihan-agihan tu saya akan bagi. Tapi mintaklah kerjasama untuk pusat khidmat semua, sila cari balik surat tersebut atau minta semula daripada Pejabat Pembangunan Wanita untuk kita sama-sama kongsikan data berkenaan dengan ibu-ibu tunggal di kawasan kita supaya senang sepertimana Yang Berhormat Sanglang nak tadi, jadi kita dah ada dah. Sebab dia masih lagi kosong tiga, Yang Berhormat Dato’ Speaker pun kosong lagi tiga, jadi inilah caranya tuan-tuan dan Yang Berhormat dan sidang Dewan sekalian untuk kita bantu ibu tunggal ni keluar daripada kemiskinan sebab kita boleh kawin dengan depa. Itu saja terima kasih.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan satu. Soalan ini kes menarik, kes menarik soal gas. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Mata Ayer soal gas ni saya tak paham apa maksud beliau, natural gas ka gas apa sebab sekarang ni kalau maksud Yang Berhormat yang sebaliknya tu dia ada pembedahan-pembedahan ataupun ka… cara-cara saintifik yang memboleh memastikan gas itu lancar? Jadi Yang Berhormat tuan-tuan pernah buat pembedahan ke?

Yang Berhormat Tambun Tulang, terima kasihlah sebenarnya kita pm tepi la Yang Berhormat. Dia tak boleh… kena praktikal, tak boleh teori.

Speaker

Takpa Yang Berhormat, nanti jawab tempat makan nanti. Ya, dipersilakan Yang Berhormat Sena untuk soalan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, Yang Berhormat Speaker, soalan saya, soalan nombor 10.

(Soalan 10 : Baru-baru ini Kerajaan Negeri memperkenalkan Persiaran Makanan Bintong sebagai produk pelancongan di DUN Bintong untuk merealisasikan Program Satu Tarikan Satu DUN. Mohon Kerajaan Negeri nyatakan program yang akan turut dilaksanakan di kawasan-kawasan DUN yang lain, kos ditanggung Kerajaan Negeri bagi menjayakan program di DUN Bintong tersebut, serta perincikan kajian komprehensif tentang impak keberhasilan program berkenaan dari segenap aspek.)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Sena. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan nombor 11 daripada Yang Berhormat Indera Kayangan.

(Soalan 11 : Berapakah jumlah kos perbelanjaan yang telah digunakan untuk perhiasan lampu dan keseluruhan projek Persiaran Makanan Bintong serta berapakah indeks peningkatan jualan penjaja di situ selepas berbanding sebelum projek berkenaan?)

Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif bagi mempromosikan kawasan Dewan Undangan Negeri masing-masing menjadi satu produk tarikan pelancong dan juga mempromosikan Perlis khususnya. Sebagai contoh, yang berlaku lama di DUN Mata Ayer iaitu DUN Mata Ayaq mempunyai pusat pengeluaran kuih tradisional yang begitu hebat dan jugak di DUN Berseri kita ada mempunyai produk hasil air tawar Timah Tasoh. Inisiatif ini tidak memerlukan kos yang begitu besar memandangkan produk-produk memang telah sedia ada dan hanya memerlukan sentuhan penjenamaan dan promosi. Inisiatif ini akan diteruskan di kawasan-kawasan DUN yang lain tertakluk kepada perincian pelaksanaanya. Bagi perbelanjaan penyediaan Persiaran Makanan Bintong, kos yang terlibat adalah berjumlah RM1,059,978.00 dengan pecahan seperti berikut. Pertama, kerja-kerja mengecat kedai makan di gerai sedia ada, struktur besi susur tangan di sepanjang jalan, struktur kerb di sepanjang jalan dan konkrit penutup longkang di sepanjang jalan berjumlah RM50,000.00. Kedua, Projek Pemasangan Pencahayaan Khas di Jalan Raja Syed Saffi (R102) sebanyak RM910,000.00. Dan yang ketiga, Pojek Pemasangan Pencahayaan Khas di Jalan Kurong Batang (R115) sebanyak RM99,978.00.

Aktiviti perniagaan di kawasan Persiaran Makanan Bintong merangkumi perniagaan di dalam premis atau kedai dan perniagaan berbentuk penjaja meja jualan, kereta surung dan penjaja bergerak. Berdasarkan rekod sehingga Januari 2022, bilangan peniaga sedia ada di kawasan Persiaran Makanan Bintong adalah sebanyak 92 peniaga. Indeks peningkatan jualan tidak diukur secara terperinci namun berdasarkan pemerhatian dan tinjauan, dilihat bahawa inisiatif ini telah dapat menarik ramai pengunjung ke Persiaran Makanan Bintong bagi menikmati makanan yang dijual di samping menikmati suasana ceria dengan lampu-lampu hiasan yang telah di pasang. Ada dikalangan peniaga juga meningkatkan stok bagi menampung permintaan yang semakin meningkat. Perkembangan ini dapat dilihat dengan… dengan batu loncat… sebagai batu loncatan kepada peniaga untuk terus menaikkan kualiti dan servis perniagaan makanan mereka. Selain itu, terdapat peningkatan kesedaran di kalangan peniaga-peniaga perkhidmatan makanan dalam meningkatkan aspek kebersihan di premis perniagaan masing-masing melalui Kempen Pembudayaan Kebersihan dan Peningkatan Standard Kualiti Perkhidmatan Perniagaan Makanan Negeri yang mana secara tidak langsung mengetengahkan konsep pelancongan gastronomi di negeri ini. Sekian.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan.

Speaker

Ya, silakan.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Tahniah kepada Kerajaan Negeri telah menjadikan Bintong Food Avenue ni sebagai salah satu tarikan yang… yang menarik. Cuma saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat ada atau tidak cadangan-cadangan untuk kita bagi Food Bintong Avenue ni lebih happening dan mengancam terutamanya khidmat konsultasi… mungkin kita boleh adakan kursus mingguan menerusi Giat Mara dan sebagainya yang mereka ada kepakaran dan pakar-pakar, tenaga pengajar yang benar-benar terlibat dalam industri seperti mereka bentuk landscape di situ supaya lebih cantik, interior design lebih cantik, kebersihan, cara melayan tetamu dan juga nilai tambah yang mungkin kita boleh buat pada sajian kali ini termasuk kebersihan lah sepertimana Yang Berhormat Santan katakan tadi. Boleh atau tidak kita berhubung? Ini sebenarnya tidak ada kos, Giat Mara baru telah menyediakan khidmat nasihat dan mereka mempunyai kepakaran iaitu orang-orang yang memang berpengalaman dan terlibat dalam industri. Saya rasa ini akan menjadikan Bintong Food Avenue ni lebih menarik dan lebih… bukan sahaja orang-orang tempatan dan juga daripada pelancong dalam negeri dan mungkin luar negeri apabila endemik sudah bermula di negara kita ini.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Memang kita menyediakan perkara-perkara yang disebutkan tadi. Kita bagi peluang kepada semua peringkat apa saja perkara-perkara yang membolehkan, memajukan tempat itu dan juga bukan tempat itu saja malah tempat lain kita bagi peluang kepada semua sektor-sektor bukan kerajaan ataupun untuk macam tadi untuk Giat MARA dan sebagai memang cantik dan baik, tapi buat masa sekarang ni kita bagi peluang kepada semua peringkat. Contohnya seperti penambahan dari segi perniagaan food truck ataupun car boot sale dan sebagainya. Setiap kumpulan diberi peluang apa saja benda yang boleh mereka buat untuk memastikan ada impak itu. Di pihak kerajaan bersedia untuk membantu terus apa saja cadangan. Kita tidak perlu lagi memikirkan hal-hal lesen dan sebagainya malah itu telah pun kita bagi keutamaan kepada mereka-mereka yang ingin meneruskan apa jua bentuk-bentuk perniagaan. Dan juga kita bagi juga peluang kepada premis-premis berdekatan seperti kita memberi peluang kepada mereka membuka untuk parking lot sebagainya supaya mereka boleh mencari makan jugak sekurang-kurangnya tempat parking tu boleh di buat di rumah-rumah di premis-premis berdekatan dengan persiaran tu. Itu yang kita utamakan.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Yang Behormat… sikit ja Dato` Speaker. Terima kasih kerana memberi peluang. Apa yang paling… kelemahan paling ketara dalam sistem perhidangan makanan bukan di negeri kita di negara kita ialah cara melayan tetamu kalau kita compare dengan Thailand… di mana-mana negara lain lah, mereka melayan tetamu dengan sopan sekali tapi anak-anak kita yang… yang ada ni, negara ni, kita bukan boleh berhenti di bukan takat di Perlis, di RNR, di mana-mana restoran cara mereka tidaklah begitu baik, menggunakan bahasa-bahasa yang kadang-kadang… muka tak senyum, cara berdiri tak sopan, dan semua ini yang sepatutnya kita terapkan menjadi etika ataupun menjadi amalan mereka… sopan. Mereka ada setengah orang panggil pakcik dia marah, tak boleh, ada setengah orang memang benda itu berlaku. Macam YB Sham, kalau orang panggil pakcik dia marah, tapi dia tak sedaq kata dia memang dah tua pun kan. Tapi contoh… kita bagi sebagai contoh. Saya pernah pi kedai dengan dia, orang panggil saya abang, orang panggil dekat dia pakcik, dia lebih tua daripada saya, contoh dia macam tu. Cara melayan tetamu yang menjadi aspek penting tarikan orang yang nak mai makan di kedai kita Yang Berhormat itu yang kita sangat… makin sangat-sangat bukan lah benda tu kecik tapi tidak menjadi amalan adik-adik kita yang bekerja sebagai pelayan ni di kafe ka, di restoran ka, di mana-mana menyebabkan orang mungkin walaupun sedap, orang mungkin takkan ulang untuk kali kedua dan menjadi pelanggan tetap dan sebagainya. Ini amat penting dalam mengembangkan… mintak Bintong Food Avenue ni jadi macam ni, ada pelayan-pelayan sopan, baik, “Assalamualaikum encik”… guna “cik” perkataan yang lebih formal dan agak lebih… contohnya macam tu lah.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, satu idea yang bagus yang… yang perlu diketengahkan… padahal semasa perasmian Yang Tuanku Raja masa perasmian Bintong Food Valley… Food Avenue haritu ada menekankan perkara-perkara tersebut dan juga pihak Kerajaan Negeri pun menekankan perkara-perkara berhubung dengan Perlis Bersih dan Sihat. Jadi dalam itu… dalam agenda itu kita banyak menekankan soal-soal itu, soal-soal attitude, soal-soal pembersihan dan malah kita akan bagi masa sehingga bulan 6 ini selepas itu, bulan 7 start… 1 bulan 7 sekiranya penguatkuasa mendapati keadaan-keadaan tersebut berleluasa berlaku lagi maka tindakan-tindakan denda akan dikompaun, akan dikenakan itu… biasalah, tapi dari segi attitude, dari segi lain-lain tu insya-Allah kita akan melihat satu perkara yang boleh kita khusus kepada mereka yang terlibat sebab semasa dalam agreement, semasa memohon lesen perniagaan pun memang ada semua tu dari segi etika kerja, dari segi etika…. etika sopan santun semua ada. Jadi kita akan menguatkuasakan benda tu, jadi cadanganya Yang Berhormat Tambun Tulang kami ambil maklum dan bersedia untuk melaksanakan, insya-Allah.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Persiaran Makanan Bintong.

Speaker

Soalan ka?

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Saya nak tanya lah Yang Berhormat, macam mana nak mengatasi masalah ayaq dekat kawasan perniagaan, kawasan Persiaran Makanan Bintong? Baru ni ada kawan mai dari Melaka, bila tanya nak makan kat mana, saya habaq lah Persiaran Makanan Bintong tu sebab depa tidoq dekat Hotel Regency. Hotel Regency pun depa complain, satu ayaq slow, taik cicak dalam bilik ayaq, dalam bilik… cuma kira ni lebih kurang soalan ni, lebih kurang sama macam mana nak mengatasi masalah ayaq di kawasan Persiaran Makanan Bintong tu, sebab susah bagi depa.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis, masalah ayaq ni saya nak jawab pun tak kena jugak, sebab… tapi dari segi impak tempat tu insya-Allah saya akan bincang balik dengan pihak SAP dan juga pihak bertanggungjawab lah sebab kalau saya nak cakap benda ni pun tak kena apa tindakan-tindakan yang akan diambil tu. Insya-Allah saya akan jawab secara bertulis dan juga mungkin secara personal saya akan jawab. Terima kasih.

Soalan tambahan daripada penanya soalan. Terima kasih Yang Berhormat Santan, cuma saya ada minta kali ini detail dari segi kawasan-kawasan DUN yang lain, apakah yang cadangan yang akan diangkatkan untuk dilaksanakan dan tentang untuk pertanyaan tentang impak penghasilan daripada program itu saya fikir itu, satu benda yang penting kerana kerajaan telah membelanjakan lebih daripada RM1.5 juta Ringgit, jadi kita nak tengok berbaloi dengan wang rakyat yang telah digunakan tu apa hasil kita dapat tu. Kalau tidak macam mana Yang Berhormat Speaker maklumkan tadi dari segi PPR Sena Kerajaan dah habiskan RM1.5 juta Ringgit tapi masalah sering berulang. Kita tak mau benda tu akan terus menjadi mimpi buruk, igauan buruk kita lah kan. Kita lebih bertanggungjawab kepada wang rakyat yang kita perlu diuruskan dan juga saya tertarik dengan Yang Berhormat Tambung Tulang sebut tadi tentang nilai tambah kursus-kursus yang kita boleh sediakan di samping customer service yang saya rasa tadi lebih customer service, saya nak tekankan kalau boleh dari segi branding, sebab branding ni penting kita boleh… manatau kita punya peniaga-peniaga tempatan boleh pasarkan sampai ke luar negara apabila branding dia ada branding power dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima Kasih yang berhormat Sena, berhubung dengan tempat-tempat dan DUN-DUN yang lain yang saya tak sebut tadi, dari semasa ke semasa insya-Allah akan dinguar-nguarkan dalam media-media massa berhubung kait dengan perkara yang akan diperkenalkan DUN-DUN berkaitan. Jadi hari ini saya tak boleh nak cakap apa yang terutama di tempat lain. Jadi insya-Allah, selepas ini kita akan nguar-nguarkan dalam media dalam suasana yang memudahkan sebab memikirkan setiap kawasan ada punya daya tarikan dia kan. Berhubung kait dengan yang kedua tadi berhubung dengan value, maksudnya kerajaan negeri khususnya kita mengeluarkan belanja untuk menyediakan prasarana yang ada di situ… di Bintong. Jadi kita memikirkan bahawa sekiranya perkara itu kita tidak buat, tidak mulakan, maka kita tidak tahu. Bila kita buat akan dapat feedback, akan dapat punya… adalah macam-macam diperkatakan dalam media dan group whatsapp dan sebagainya dan kita ambil maklum dalam group-group ataupun dalam viral-viral yang kita baca khas haritu dan kita akan tengok… melihat apa dia yang cantik dan apa dia yang tak cantik. Dan apa yang cantik kita teruskan dan yang tak cantik kita akan cuba memperbaiki. Dari segi nilai kos, ada setengah- tengah tu ada yang mempertikaikan dari segi kos dan sebagainya. Memanglah apa benda pun yang tiada kos memang tidak akan berlaku. Jadi kita melihat benda tu keperluan bagi negeri, kemungkinan selepas ini kita akan buat tempat lain, Bintong bukan sebab tempat tu kawasan YAB Menteri Besar tapi kita melihat tempat tu kita ambil tempat tu sesuai sebab hari-hari kita melihat bahawa di kiri kanan jalan ada peniaga, jadi aktiviti berjalan dengan hebat di situ. Bukan disebabkan kawasan MB kita nak keluarkan belanja situ, tidak. Sama seluruh negeri kita melihat benda tu mendatangkan kebaikan. Insya-Allah kita akan cuba memperuntukkan berapa sahaja yang perlu tetapi dengan kadar yang tidak banyak sebab promosi yang kita buat tu belanja tak banyak tapi impak yang besar kepada peniaga-peniaga khususnya. Perlis kita bebaskan untuk kita berniaga, jadi itulah caranya kita membantu peniaga-peniaga ni khususnya. Sekian.

Speaker

Silakan Yang Berhormat.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Ada soalan tambahan.

Speaker

Ya, sila Yang Berhormat.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Tahniah atas segala usaha untuk persiaran Jalan Bintong, cuma saya rasa mungkin gerai-gerai di kawasan itu, kebersihannya dan juga struktur pembinaan gerai-gerai di situ mungkin Kerajaan Negeri boleh pertimbangkan untuk membantu peniaga di situ untuk membaiki ataupun menaik taraf gerai-gerai mereka sebab sekarang jalan sudah cantik, lampu pun sudah cantik. Tapi saya perhatikan kualiti gerai tu tak sekata. Ada yang lama… so saya minta kalau boleh pihak Kerajaan jugak usahakan untuk membantu para peniaga agar semua tu diselaraskan, terima kasih.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan, kita menyediakan prasarana… kita menyediakan kemudahan tapi peniaga-peniaga haruslah memikirkan macam mana untuk mempertingkatkan lagi keupayaan mereka dari segi keadaan gerai mereka. Di sinilah gunanya agensi-agensi kerajaan yang ada peruntukkan contohnya seperti MARA dan lain-lain, contohlah yang boleh beri mereka bantuan dan sebagainya, itu kita… selalu dalam unit keusahawanan dalam BPEN kita ada unit keusahawanan. Mereka berdaftar dengan persatuan perniagaan dan kita menyediakan kursus-kursus misalnya kursus yang melibatkan pemberian-pemberian geran dan sebagainya dan bantuan-bantuan sebagainya jadi itulah cara-cara kita melihat macam mana bantuan… kalau Kerajaan nak bagi bantuan semua sekali mungkin tidak sesuai dengan jumlah yang mereka kehendaki. Ada yang perlu sikit, ada yang perlu banyak. Tapi kita buka peluang ini. Bila kita buka peluang kepada kursus-kursus sebagainya, kita jemput mereka mengadakan kursus, maka situ dapat membuka minda di mana mereka dapat mencari dana dan sebagainya. Sebab kita nak bagi… Kerajaan nak bagi tu memang adalah tapi tidaklah banyak sangat benda tu, sebab benda tu taktau kos-kos yang tertentu berapa. Sekian.

YB Speaker, ada sedikit tentang… saya terlupa ada peniaga mintak tolong nguarkan kepada YB, di Simpang Empat ada satu kawasan lapang bersebelahan supermarket… iyalah supermarket Simpang Empat itu… Pekan Simpang Empat itu, yang dilesenkan oleh MPK ada permasalahan yang berlanjutan tentang bekalan permintaan permohonan untuk bekalan air. Saya mohon supaya sekiranya pihak Kerajaan Negeri dapat mengatasi masalah mereka itu. Sebab mereka itu telah mendapatkan lesen, mereka nak bersedia untuk dimasukkan bekalan air, dan untuk bayar. Terima Kasih Yang Berhormat Speaker.

Speaker

Depa tu hantar mesej atau telefon Yang Berhormat kah? Lama dah?

Saya baru teringat.

Speaker

Ok sekarang dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis, soalan.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, Yang Berhormat Dato’ Speaker soalan saya, soalan nombor 12.

(Soalan 12 : Berapakah jumlah lesen perahu bagi nelayan persisir pantai yang telah diluluskan di negeri Perlis semenjak 10 tahun yang lepas bermula tahun 2012, dan jumlah permohonan lesen yang diterima oleh Jabatan Perikanan Negeri Perlis (juga bermula tahun 2012)?)

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih yang Berhormat Dato Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, lesen sampan di bawah bidang kuasa Jabatan Perikanan Malaysia dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan iaitu MAFI. Bagi negeri-negeri, pihak negeri menerima permohonan melalui persatuan nelayan kawasan dan Jabatan Pejabat Perikanan Negeri akan memproses, menyiasat, ditemubual dan seterusnya akan dipanjangkan ke Ibu Pejabat Perikanan Malaysia. Permohonan sejak tahun 2012 hingga 2021 sebanyak 293 permohonan diterima dan permohonan yang lulus hanya 137 sahaja. Sekian terima kasih.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Sedikit tambahan Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya dekat Kuala Perlis terdapat banyak aduan banyak nelayan pasal… apa nama ni… banyak yang mohon lesen tapi tidak lulus… tetapi mereka terpaksa keluar ke laut. Kadang-kadang ada operasi kena tangkap. Kos lagi antara rungutan mereka adalah berkenaan lesen. Mereka sebut yang saya pun susah nak jawablah tu yang saya minta data 2012 ke 2018 tu kalau boleh by year nak tau kelulusan tu berapa, sebab depa selalu duk cakap, tunggu tahun pilihan raya baru nak lulus lesen. Kita taktau nak jawab apa sebab saya tak dak data tersebut. Saya tak boleh nak pusing kat depa balik, tu yang pertama. Yang kedua, depa duk merungut sebab ialah kita duk galakkan mereka ni jadi nelayan moden, ikut paling latest teknologi apa semua, tapi kadang-kadang lesen depa ni dia lari sikit daripada spek seperti dalam peraturan akta semua ni. Jadi depa mohon kalau boleh Perikanan ataupun pihak-pihak berwajib cek balik untuk modify spesifikasi bot depa tu untuk menyesuaikan supaya mereka dapat lesen. Kadang-kadang mereka tidak lulus sebab spek depa lari. Contoh katakan peru 32 kaki, mungkin depa terpaksa terlebih sikit untuk menjadi 35 kaki. Enjin mungkin satu mereka terpaksa pakai dua untuk mempercepatkan proses hasil tangkapan. Mungkin sebab ni mereka susah dapat lesen dan susah nak cari makan. Jadi saya mohonlah pihak-pihak perikanan dan pihak terbabit ni tolong cek balik tentang spesifikasi yang peru-peru yang mohon-mohon lesen ni. Depa sangat memerlukan dalam keadaan sekarang ini pasal lesen, itu yang pertama. Yang keduanya, berkenaan lesen jugak, ini untuk bot-bot pukat tarik lah yang saya sebut depa dulu ini pernah kena pasang blackbox ni. Blackbox dia punya ni technician didatangkan melalui Pejabat Perikanan, jadi depa nak renew lesen depa ni, tak boleh renew sebab blackbox tu tak berfungsi sudah banyak tahun dah. Jadi depa taktau nak cari technician ni kat mana. Jadi kerana technician pun takdak, Perikanan pun tak boleh sediakan balik. Siapa yang boleh perbaik blackbox ni, dengan lesen depa pun tak boleh nak renew, jadi saya mohon tolong tengok baliklah tentang perkara ini untuk permudahkan urusan mereka ini. Tujuan kita kat sini untuk permudahkan urusan-urusan rakyat balik, insya-Allah. Terima Kasih.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Makluman daripada Yang Berhormat Kuala Perlis kita akan ambil ingatan, cuma saya haraplah kepada semua pemohon-pemohon lesen tu melalui kalau boleh dapatkan maklumat daripada persatuan nelayan yang sedia ada, kerana semua maklumat-maklumat semua tu akan diberi persatuan nelayan. Kalau boleh pihak nelayan nak bagi dapat lesen banyak tu kalau sembang di pelantar tu sembanglah kata dapat ikan banyak. Ni duk habaq takdak ikan… takdak ikan nak bagi lesen macam mana? Yang tu yang saya kemusykilan saya. Bukan saya nak kata, hari-hari di pelantar ikan tu takdaklah, tapi peratus saya di pelantar Kuala Sungai Baru balik mai takdak apa YB, balik mai takdak apa YB. Jadi tidak bermakna kita… kalau boleh depa cakap dapat banyak, dapat banyak… cuma kelmarin kot saya pi di pelantar tu saya tengok-tengok, ikan tak dapat tapi tulis 80 kilo.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Saya setuju jugaklah sekarang hasil tangkapan sekarang ini tak berapa nak bagus sebab salah satu faktornya yang nelayan berbunyi sebab siput, selut merosakkan air, yang merosakkan tangkapan, tu yang pertama. Ni bunyi jugak dari nelayan yang tiada lesen ni, bila depa cakap, bagi saya saya tau benda ini benda tidak betul, tapi orang cakap pasal nelayan yang tiada lesen ni, setengah ni buat buku naga. Tapi kadang-kadang depa terpaksa buat sebab depa nak dapat macam orang cakap kais pagi makan pagi. Depa berbunyi jugak dekat saya takleh ka berlembut sikit ka apa ka. Yang ni terpulanglah dekat pihak berkuasa untuk tengoklah. Kalau setakat depa pi… pi memukat buat tangkapan hanya untuk… bukan untuk senang, cuma untuk makan hanya untuk dapat duit sikit ka. Kita tengoklah, kita manusia dalam keadaan sekarang ini, bagilah muka dekat depa sikit. Insya-Allah, terima kasih.

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Perlis, pihak kerajaan dan agensi-agensi yang ada ini. Berkuatkuasa boleh kata pejam banyak mata, bukan pejam sebelah mata. Kalau kira ikut nak ambil tindakan memang boleh ambil hari-hari, tetapi banyak pejam mata. Cuma sampai kepada saya jugalah pihak nelayan yang ada tu bertanggungjawab bersama-sama dengan persatuan dia, dan kedua kalau boleh tu… contohlah saya beri contohkan, pasaipa YB tak tangkap? Dia taktau kita duk perhati dia, kita kesian, saya cakap betui-betui. Kita boleh ambil bila-bila masa sahaja, tetapi kita kesian. Dia yang kata awat tak ambil tindakan tahan pukat pari, tapi dia nak pi mengai dia yang pukat pari. Yang tu saya mintak tolonglah, saya kalau boleh kita sama-sama kita ni benda benda tu kita nafikan, diam, buat semakan pelan-pelan. Tak payah semak sama-sama sendiri. Macam saya nak keluar lesen siput mcm YB mintak penggal yang lepas, nak mintak lesen siput, saya pun kata nak keluar. Bila nak keluar depa kata jangan keluar. Tapi bila kita tak buat operasi depa marah. Bila buat operasi, apa kita dapat bukan orang siam, bukan orang burma, dapat orang kita ni, nak kata apa? Sekian, terima kasih.

Speaker

Ok Yang Berhormat, panjang cerita tu. Yang last sekali…

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Saya nak menyatakan yang saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sanglang… sorry Yang Berhormat Simpang Empat, sebab kami ni sama-sama duk belah Kola ni insya-Allah, saya setuju la maksud dia kita ambil pertimbangan tu, kita ambil keputusan tu kita tengok la rakyat ni yang mana yang sebetul-sebetulnya, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Simpang Empat.

Speaker

Ok, terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Sekarang kita masuk pusingan terakhir ya. Dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan nombor 13… eh bukan-bukan salah ya. Soalan nombor 13, terima kasih.

(Soalan 13 : Apakah langkah-langkah segera yang perlu diambil dalam usaha menggalakkan kemasukan modal langsung asing ke negeri Perlis dan sejauh manakah pencapaian Kerajaan Negeri terutama selepas lockdown seluruh negara berakhir?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Tambung Tulang pening juga ni pasal cerita ni gas dah habis jugak ka? Kalau gas dah habis kita kena tambah sikit la. So kita kena wujudkan stesen gas pula di Perlis ni. Insya-Allah kita akan go for carbon free. Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Apakah langkah-langkah segera yang diambil untuk menggalakkan kemasukan modal langsung asing ke Negeri Perlis? Kita sebenarnya ada satu atau dua pakej rangsangan galakan pelaburan yang dipersetujui oleh Kerajaan Negeri. Salah satunya adalah pakej rangsangan Insentif Pasca-COVID19, yang ni kita bersama-sama dengan pihak NCER dan apakah bentuk insentif yang ditawarkan oleh pihak pelabur? Ini bukan sahaja pelabur daripada dalam, ini juga daripada luar negara. Pertamanya adalah pengurangan premium tanah. Di dalam banyak keadaan apabila kita menerima permohonan daripada pihak pelabur sama ada dalam atau luar negara, isu premium tanah iaitu untuk memohon diskaun ke atas tanah premium memang menjadi pokok perbincangan atau rundingan pertama dan setiap kali Kerajaan Negeri memang sentiasa memberikan pertimbangan untuk mengurangkan jumlah premium yang ditetapkan mengikut keadaan dan dalam keadaan kes-kes yang sebelum ini kita malah menimbangkan pengurangan premium sehingga ke tahap 30%, yang itu contoh ya. Selain daripada pengurangan premium tanah, kita juga bagi faedah melalui bayaran cukai tanah secara berjadual terutama sekali mereka yang buat pelaburan yang besar, mungkin melibatkan pembayaran cukai tanah tahunan sampai berjuta-juta ringgit. Jadi di sini kita menyediakan satu kaedah dimana mereka tidak perlu membuat bayaran sekaligus, sebaliknya membayar secara berjadual mengikut jadual yang telah disediakan oleh Kerajaan melalui PTG. Yang berikutnya adalah pengecualian bayaran caj perkhidmatan cadangan pelaburan. Yang ini jumlah tak besar lah, RM1 ribu dikecualikan. Keputusan dasar MMK juga mengenai pelaburan swasta dalam tempoh yang singkat ini bermaksud pertama sekali kita menerima permohonan yang lengkap, dan setelah dibuat tapisan yang sewajarnya oleh pihak jawatankuasa teknikal negeri maka insya-Allah prosesnya amat singkat sekali sebelum dibawa… apabila dibawa kepada MMK atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Dan yang kelima pengurangan cukai taksiran di sektor perdagangan dan pembuatan bagi pelabur baru dan yang keenamnya… yang kelima ni sebab kita sedang memberikan penekanan kepada sektor industri logistik. Itu sebabnya kita memberi pelepasan… bukan pelepasan tapi pengurangan cukai taksiran bagi sektor pergudangan kepada pembuatan itu dan keenamnya pengurangan bayaran lesen kepada sektor pergudangan dan pembuatan kepada pelabur baru juga. Itu adalah merupakan juga insentif… pakej rancangan insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri. Tetapi pada masa yang sama, pihak NCER atau pihak NCIA juga menyediakan insentif tertentu iaitu sepertimana yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu pakej galakan cukai NCER atau pendeknya NTax. Itu salah satunya, satu lagi ditawarkan oleh kerajaan dan juga pihak NCER ada juga menawarkan pakej rangsangan Pasca COVID-19 juga selain daripada apa yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan Negeri. Pencapaian pelaburan secara keseluruhannya berdasarkan kepada apa yang telah diterima oleh Kerajaan Negeri dan apa yang telah diluluskan sama ada yang telah atau sedang atau belum dilaksanakan saya kini mempunyai pelaburan terkumpul kasar mempunyai RM26.84 billion. Itu dari segi jumlah yang terkumpul pelaburan masa kini. Di dalam rekod Kerajaan Negeri, bilangan projek adalah sebanyak 20, pelaburan domestik adalah sebanyak RM281… kalau diikutkan di sini, pelaburan yang kecil-kecil ini ada RM281 juta dan selain itu juga saya ingin menyentuh juga soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi berkaitan dengan pelaburan oleh pihak Baladna iaitu perkongsian bagi tiga pihak Baladna, FGV dan juga Felcra Berhad, dan sepertimana laporan yang telah yang Berhormat baca di dalam pihak akhbar ekoran daripada lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Qatar dan lawatan beliau ke pusat tenusu pihak Baladna di Qatar. So saya dah tengok sendiri statement oleh pihak Yang Amat Berhormat tadi yang telah dilaporkan oleh pihak surat khabar, jumlah pelaburannya adalah RM4 billion. Ini adalah apa yang saya petik apa di dalam laporan akhbar ya, dan bilangan pekerjaan yang akan dihasilkan oleh pelaburan kerjasama… kerjasama pelaburan ini adalah 2,000 kerja. Jumlah susu yang dicadangkan untuk dikeluarkan adalah 2.88 juta liter. Jumlah lembu yang akan dibela adalah 14,000 ekor dan sebenarnya memorandum of corporation ini telah ditandatangani ketiga-tiga pihak yang berkenaan iaitu pihak FGV, Felcra Berhad dan Baladna pada bulan Mac… bulan Ogos tahun 2021 yang dahulu. Sebenarnya saya juga turut dijemput oleh pihak Perdana Menteri sama-sama lawatan beliau ke Qatar tapi saya terpaksa tolak dan tidak dapat bersama kerana persidangan Dewan ini dan juga lawatan Tuan Yang Terutama Gabenor Melaka tiga hari lepas. Apakah bentuk bantuan Kerajaan? Yang Berhormat ada menyentuh mengenai bentuk bantuan Kerajaan Negeri, salah satunya insentif yang diberikan pihak Kerajaan Negeri. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga melalui NCIA akan menyediakan prasarana asas di dalam kawasan ini… kawasan ini melibatkan 11,838 ekar. Keseluruhannya tanah ini adalah milik MSM dahulunya yang kemudiannya diambil alih oleh pihak FGV dan kerajaan dalam kes ini Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri akan menyediakan prasarana asas di dalam kawasan tersebut seperti jalan, telekomunikasi, sistem pembentungan, air, elektrik, gas. Ini semuanya akan disediakan oleh pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bagi membolehkan pengoperasian pelabur-pelabur ini. Selain daripada ladang tenusu yang dicadangkan itu akan ada juga industri hiliran berdasarkan tenusu tadi iaitu pemprosesan susu yang dihasilkan tadi. Yang itu belum ada maklumat daripada FGV tapi itulah satu daripada pakej yang ada daripada FGV, pelaburan yang telah dibincangkan. Perbincangan ini telah berlaku sebelum ada COVID lagi, kalau tak silap saya 2018 kita telah mulakan perbincangan ini. Ya, jadi kita akan menyediakan prasarana ini untuk mereka dan selain daripada itu juga, pihak FGV mewujudkan ladang untuk ditanam dengan jagung. Ini akan melibatkan kalau tak silap saya, mengikut ingatan saya iaitu seluas lebih kurang 2000 hektar… 2000 hektar kalau tak silap saya untuk ditanam dengan jagung, dan jagung ini akan ditanam untuk makanan binatang. Selain itu juga diwujudkan ladang untuk tanaman nanas MD2, telah pun bermula dan mereka juga menanam… mewujudkan ladang apa yang saya sebutkan dalam Dewan yang lepas, jerusalem artichoke. Dan semasa Program Aspirasi Keluarga Malaysia yang lepas… ya… yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, pihak FGV ada menyediakan satu booth dimana ditunjukkan apakah itu yang dikatakan jerusalem artichoke. Saya sudah melihat dan saya telah pun merasanya. Ia… ia seperti… apa namanya… kunyit, ya… tetapi rasanya seperti seakan-akan bawang putih. Ini adalah merupakan makanan, satu bentuk macam ubi yang dimakan dan itu akan diwujudkan ladang di sana. Jadi untuk keseluruhan 11,838 ekar itu. Jadi itu sebahagian daripada penjelasan yang dapat saya berikan kepada soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Tambun Tulang tadi tu. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Amat Berhormat atas jawapan yang begitu jelas. Sejajar dengan pemulihan negara, Perlis telah pun mengambil langkah-langkah awal untuk kita turut memberi insentif dalam menggerakkan kembali ekonomi negara yang tertangguh akibat COVID-19 ini. Yang Berhormat, saya ingin bertanya adakah penglibatan kita ini begitu minima ataupun dalam peringkat medium ataupun pertengahan terutama dalam pastikan partisipasi rakyat tempatan untuk terlibat dalam contract farming, untuk terlibat dalam industri hiliran seperti Yang Amat Berhormat bangkitkan tadi untuk supaya syarikat-syarikat tempatan juga menikmati dengan pelaburan yang besar? Yang kedua Yang Berhormat, saya nak tanya Yang Berhormat, mengenai Yang Berhormat bangkitkan tentang Perlis Inland Port tadi. Cuma ingin tanya setakat ini ada engagement dibuat dengan players. Bermakna kata operator kita ni untuk operator yang mempunyai kekuatan dengan industri… dengan pemain-pemain industri dalam… dalam… dalam shipment ini ataupun dalam kontena ini seperti Yang Berhormat umumkan dalam ucapan di Chuping Valley baru-baru ini. Terima kasih Dato’ Seri.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat… mengenai penglibatan rakyat di dalam projek…. di Chuping Agrovalley. Itu yang ada tenusu, ladang artichoke, ladang nanas dan juga ladang jagung tadi. Memang itu salah satu daripada perancangan yang telah dilakukan oleh pihak… ketiga-tiga pihak terutama sekali FGV dan juga Felcra Berhad iaitu di dalam penanaman nanas dan mungkin juga di dalam penanaman jagung dimana mereka akan mewujudkan plot-plot tertentu dalam keluasan yang tertentu yang tidak diputuskan lagi untuk membolehkan rakyat tempatan, peladang ataupun petani-petani tempatan mengusahakannya secara contract farming, dengan izin, sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Dan perkara ini sedang diperhalusi, saya percaya oleh pihak pelabur yang mana tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membolehkan rakyat mendapat faedah terus daripada pelaburan yang dilakukan tersebut. Dan mereka tidak perlu pening kepala memikirkan mengenai bagaimana untuk memasarkan hasil daripada penamanan sama ada MD2, nanas MD2 tadi ataupun jagung tadi ataupun lain-lain tanaman yang akan diusahakan. Saya di… saya difahamkan bahawa mungkin mereka juga akan menaman cassava ataupun… apa nama… ubi kayu. Ubi kayu juga. Dan mungkin diwujudkan ladang-ladang yang mempunyai plot-plot untuk diusahakan oleh penduduk-penduduk tempatan juga yang dalam kaedah contract farming. Jadi itu memang ada di dalam perancangan dan telah pun diperbincangkan dengan pihak Kerajaan Negeri di dalam beberapa siri rundingan awal yang telah kita adakan 2 ke 3 tahun sebelum ini.

Dan berkenaan dengan PIP, memang… tujuan kita, Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita nak mewujudkan suatu ekosistem di dalam sektor industri logistik di negeri Perlis ini. Dan ini akan diterajui oleh PIP itu sendiri. Bukan sahaja akan wujud pelabuhan itu tetapi juga akan wujud aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pelabuhan itu sendiri. Sistem pergudangannya, sistem… apa tu… dalam MRO-nya untuk sektor logistik ini. Dan juga aktiviti-aktiviti yang lain yang berkaitan dan ini semuanya penting untuk mewujudkan satu ekosistem yang membolehkan rakyat tempatan turut memainkan peranan. Bukan hanya sekadar syarikat-syarikat besar ataupun syarikat-syarikat bersaiz sederhana. Dan dalam konteks PIP ini, pemiliknya adalah Mutiara Perlis Sdn. Bhd., tetapi pengoperasian PIP ini akan dilakukan oleh KTMB Berhad. Jadi disana sudah ada suatu persefahaman dan perjanjian malah kelulusan sekalipun oleh pihak KTMB dan juga pihak Kementerian Kewangan untuk membolehkan KTMB melakukan pengoperasian PIP setelah siap kelak. Dan kita bayangkan kalau sekiranya aktiviti ini berlaku nanti, kesan-kesan limpahan ekonomi tentulah besar sekali. Dan kalau kita melihat kepada angka… trade ataupun perdagangan di antara khususnya dalam soal kargo ini, di antara pihak Thailand dengan pihak Malaysia, saya tidak sebut hanya melalui Padang Besar tetapi keseluruhannya di Malaysia ini antara Thailand dengan Malaysia ialah bernilai yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, 30 billion US Dollars. Angkanya sangat besar dan untuk Padang Besar sahaja, saya rasa kalau sekiranya kita berjaya, menyiapkan projek PIP ini dalam tempoh yang ditetapkan, dan kita sudah tentu akan dapat meningkatkan lagi volume kargo yang akan masuk melalui Thailand ke Padang Besar dan seterusnya ke pelabuhan-pelabuhan yang ada di Malaysia ini. Dan bukan itu sahaja, malah saya menjangkakan bahawa industri-industri yang akan diwujudkan di Chuping Valley Industrial Area itu sendiri termasuk juga dengan industri-industri yang bakal diwujudkan di Bukit Kayu Hitam yang bersempadan dengan Perlis itu juga mungkin akan dapat menggunakan kemudahan-kemudahan yang akan disediakan oleh pihak PIP ini. Bayangkan, dia punya kesan limpahan itu sangat besar sekali dan insya-Allah ini akan memberikan impak yang besar kepada negeri Perlis apatah lagi apabila SIJ nanti… Sanglang Integrated Jetty juga akan mula dibina setelah beberapa bulan PIP itu bermula, insya-Allah.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Sedikit Yang Amat Berhormat Bintong. Tak teringin ke kita nak memiliki sedikit ekuiti dalam Multimodal Freight untuk kegunaan tujuan ekonomi negeri Perlis?

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Ok terima kasih Yang Berhormat… Tambun Tulang. Sebenarnya memang MPSB adalah merupakan… SPV, apa tu… Special Purpose Vehicle… yang merupakan kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan juga Mutiara Infra iaitu syarikat induk kepada MPSB ini. Dan memang Kerajaan Negeri mempunyai ekuiti ataupun share di dalam syarikat MPSB. Begitu juga dengan SIJ, insya-Allah. Iaitu memang, I would say, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker, the interest of the state is while taken care of, insya-Allah.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Ok Yang Berhormat, untuk anak cucu kita di masa akan datang untuk Perlis dah ada sedikit harta yang boleh dibelanjakan.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Insya-Allah, insya-Allah.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sikit. Berkenaan peluang-peluang kerja yang… tahniah lah kepada Yang Amat Berhormat Bintong dan juga Kerajaan membawa masuk pelabur-pelabur luar ni. Cuma berkenaan peluang-peluang kerja ni, kalau boleh… kalau perjanjian kita dengan depa tu, kita masukkanlah sikit klausa 70% ke, 50% ke, pekerja-pekerja yang memegang jawatan utama dalam syarikat-syarikat ni mestilah anak tempatan daripada Perlis. Kita seboleh-bolehnya kita bawa balik pekerja-pekerja kita, anak tempatan Perlis ni yang duduk di luar tu untuk mengisi jawatan-jawatan ni. Sebab ini pelaburan-pelaburan ni daripada syarikat-syarikat besar. Kalau boleh masukkan dalam klausa tu Yang Amat Berhormat Bintong.

Speaker

Soalan yang berikutnya akan dijawab. Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.

Yang Berhormat Speaker soalan saya, soalan nombor 14.

(Soalan 14 : Berapa banyak peluang pekerjaan yang telah diisi hasil pembangunan Lembah Chuping?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker. Mengenai peluang pekerjaan, ini saya sangat… saya boleh jawab sekali soalan terakhir tadi iaitu yang dikemukan oleh Yang Berhormat daripada Kuala Perlis. Berapa banyak peluang pekerjaan yang telah diisi hasil pembangunan Lembah Chuping? Kisahnya merujuk khusus soalan ini Lembah Chuping ya. Ok, Lembah Chuping ni dia punya kawasannya seluas 2,500 ekar dan 500 ekar lagi menjadikan 3,000 adalah PIP dan pelaksanaan dari segi CVIA melibatkan 2 fasa. Fasa pertama ialah 440 ekar dan fasa kedua akan melibatkan lebih kurang dalam 2,050 ekar lagi dan bakinya itu adalah sebenarnya untuk pembinaan IBC dan sebagainya. Ok, berapa banyak dah sehingga kini pekerjaan telah diwujudkan? Pada hari ini kita dah dapat mewujudkan 280 pekerjaan dah. Ya, hasil daripada pelaksanaan asa pertama CVIA itu yang seluas 440 ekar hari ini. 175 pekerjaan dari segi detail-nya adalah tempoh pembangunan infrastruktur dan juga utiliti di kawasan CVIA dan 105 peluang pekerjaan lagi bertempat di IBC yang kini beroperasi dan saya juga beri maklumat tambahan berkaitan dengan anak-anak Perlis. Ya, yang telah bekerja ni. Salah sebuah syarikat pelabur di CVIA juga telah mengambil seramai 354 orang anak perlis di dalam sesi temuduga terbuka pada April 2021 yang lalu dan 179 orang daripadanya sekarang ini sedang mengikuti latihan bekerja di kilang mereka di Pulau Pinang sebelum mereka ini akan ditempatkan semuanya di Perlis apabila kilang mereka mula beroperasi di CVIA nanti. Insya-Allah dan kini kita dah ada 5 pelabur yang telah pun commit untuk melabur di CVIA dan insya-Allah daripada 5 pelabur ini kita akan dapat mewujudkan 2,480 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Perlis dan juga pencari-pencari kerja yang lain daripada negeri luar Perlis. Kita tidak menghadkan hanya untuk Perlis semata-mata.

Ok, berbalik kepada soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat daripada Kuala Perlis tadi yang meminta supaya diwujudkan satu klausa khusus supaya 70% daripada jawatan-jawatan utama di dalam syarikat-syarikat pelaburan ini dikhususkan untuk rakyat Perlis yang berkelayakan. Yang ni Yang Berhormat satu benda yang sukar. Saya tak pernah dengar lagilah negeri-negeri lain mengenakan syarat yang sama. Walau bagaimanapun, saya boleh ya… mungkin ya, apa saya yang saya katakan di sini tidak mungkin tidak boleh mengenakan syarat sebegini dalam perjanjian kita. Ya, sebab syarikat dia nak motif utamanya adalah untung dan untuk untung syarikat ni mesti diurus oleh orang-orang yang cekap ya dan berkebolehan yang berkelayakan. Kalau sekiranya rakyat Perlis 100% serba boleh saya nak kan 100% mereka ini daripada rakyat Perlis untuk bekerja di dalam posisi-posisi yang penting ini. Kalau boleh, jadi itu hasrat kita tetapi kita tidak boleh mengenakan ini sebagai salah satu syarat di dalam perjanjian kita. Jadi kerana itulah dalam siar sidang yang lepas saya selalu menekankan bahawa ini telah saya telah tekankan semasa di penggal pertama saya lagi. Saya kata insya-Allah, cadangan-cadangan ini semuanya kalau jadi kelak dia akan membuka ruang pekerjaan yang besar kepada rakyat Negeri Perlis. Oleh itu, saya kata saya masih ingat lagi saya menggunakan istilah bahasa Inggeris di sana. Saya kata Perlis… rakyat Perlis must keep themself with the necessary knowledge and skills so that once the opportunity comes then there are hopefully available diambil bekerja di sana. Jadi alhamdulilah, sekarang ini peluang itu telah datang setelah kita merancang begitu panjang dan makan masa lama dan hari ini peluang ini datang. Jadi soalan sekarang ini adakah rakyat Perlis yang bersedia untuk memikul tanggung jawab ini? Jikalau ada alhamdulillah. Kalau tak cukup lagi kita kena tambah lagi dan itulah kita harapkan UniMAP misalnya yang dimana ada ramai rakyat Perlis yang menuntut di sana dan juga di universiti-universiti lain yang dalam dan di luar negara. Kita tahu ada rakyat Perlis yang berkebolehan. Ada rakyat Perlis yang mempunyai kepakaran-kepakaran tertentu, insya-Allah. Jadi saya harapkan ini semuanya akan membuka ruang yang besar kepada rakyat negeri Perlis lah untuk mencari makan di negeri sendiri, insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker untuk sedikit soalan tambahan. Terima kasih penjelasan Yang Amat Berhormat Bintong berkaitan dengan peluang pekerjaan kepada anak Perlis tu. Saya… adakah Kerajaan Negeri akan lebih tengok dari segi… macam saya tengok bagus, contohnya PIP itu ada dalam peluang pakej projeknya dengan… apa nama kita… pembinaan pembangunan UniKL di situ so akan sediakan ruang untuk yang logistik dan sebagainya yang mana boleh apply praktikal dan sebagainya. Akhirnya dan kita harapkan ia akan mungkin jawapan YB Kola tadi ni yang mana anak Perlis ada peluang belajar logistik, praktikal di situ dan akhirnya boleh… anak boleh bekerja di sektor-sektor PIP itu dan bukan setakat bekerja, dia akan membawa menjadi usahawan satu masa nanti. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji, soalan.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. soalan saya nombor 15.

(Soalan 15 : Berapakah perbelanjaan memasang dan mengurus lampu bercahaya seluruh negeri Perlis?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman Yang Berhormat, perbelanjaan memasang dan menguruskan lampu bercahaya seluruh negeri Perlis adalah mengguna pakai belanja mengurus negeri, Projek Pembangunan Negeri, Majlis Perbandaran Kangar, MARIS dan PEMERKASA. Perbelanjaan ini merangkumi kerja-kerja pemasangan dan penyeliaan lampu jalan dan hiasan seluruh negeri Perlis. Berdasarkan rekod data 2021, kos keseluruhan perbelanjaan lampu bercahaya di Negeri Perlis adalah sebanyak RM3,376,869.26. Untuk makluman tambahan Yang Berhormat, yang pertama penyelenggaraan lampu hiasan, peruntukkannya daripada belanja mengurus RM456,708.60, daripada PEMERKASA berjumlah RM249,995.00, daripada MPK RM35,780.25. Bagi penyelenggaraan lampu jalan, peruntukan MARRIS berjumlah RM187,085.00 daripada PEMERKASA berjumlah RM779,968.69, dan daripada MPK berjumlah RM141,619.72. Untuk pemasangan lampu hiasan, daripada Bajet Pembangunan Negeri berjumlah RM876,543.00, dan yang akhir sekali pemasangan lampu jalan, daripada Bajet Pembangunan berjumlah RM649,169.00. Sekian, harap maklum.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Soalan Tambahan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Santan berkaitan nilai perbelanjaan mengurus lampu bercahaya dan pemasangan. Jagi saya nak tanya apakah perancangan atau alternatif lain untuk mengurangkan perbelanjaan kos ini? Kalau kita lihat na, perbelanjaan dia sejuta lebih setiap tahun la. Kalau tahun 2021 RM1.5 juta… RM3.76 juta dan juga pengurusan dia. Apakah alternatif untuk kita mengurangkan kos penggunaan cahaya lampu? Kalau kita tengok di negara-negara luar, sebagai contohnya mereka meletakkan ketetapan apabila sampai satu masa, lampu-lampu bercahaya di dalam negeri depa di dalam satu kawasan dia akan mati secara automatik. Yang kedua, depa ada menggunakan solar untuk menjimatkan perbelanjaan mereka di sana. Jadi macam mana di negeri kita? Adakah ada alternatif lain untuk mengurangkan kos tersebut. Terima kasih.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Memanglah kita memerlukan pengurangan kos dan cadangan yang terbaik untuk kita menggunakan lampu solar, itu satu cadangan yang baik. Tapi setakat sekarang kita belum menerima proposal dari mana-mana syarikat untuk mungkin mengganti lampu-lampu yang sedia ada dengan lampu solar dan sebagainya. Jadi cadangan itu amat amat-amat baik dan kita akan melihat kesesuaian kalau tiada halangan. Insya-Allah.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sena.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, Yang Berhormat Speaker, soalan saya, soalan nombor 16.

(Soalan 16 : Memandangkan kedudukan strategik Perlis sebagai negeri yang bersempadanan dengan negara jiran di samping gelombang Revolusi Industri 4.0 yang dikuasai oleh aplikasi digital terkini serta perkakasan berteknologi tinggi yang mampu melonjakkan lagi pertumbuhan industri halal, adakah Kerajaan Negeri mempunyai visi menjadikan Perlis sebagi Global Halal Centre dan sekiranya ada, apakah perincian inisiatif demi merealisasikan visi tersebut?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Sena. Mengenai visi untuk menjadikan Perlis sebagai Global Halal Centre, kita tak ada sebenarnya visi untuk menjadikan Perlis ini sebagai Global Halal Centre. Walau bagaimanapun, kita menjadi sebahagian visi Malaysia iaitu untuk menjadikan Malaysia ini sebagai Global Halal Centre. Dan di Chuping Valley itu sendiri ataupun khususnya di Chuping Industrial… Chuping Valley Industrial Area itu sendiri, kita mengkhususkan daripada 2,500 ekar tanah yang akan dibina plot-plot untuk pengurusan itu seluas 400 ekar khusus disediakan untuk tujuan Halal Industries dan ini akan menjadi sebahagian daripada usaha kita untuk menjadikan Malaysia Halal Global Centre… Global Halal Centre. Insya-Allah. Jadi itulah dia yang sedang kita lakukan Yang Berhormat. Terima kasih Dato’ Speaker.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Speaker soalan saya, soalan nombor 17.

(Soalan 17 : Berapakah jumlah pembinaan rumah baharu atau yang dibaik pulih serta nilainya yang di bawah program PPRT atau baik pulih rumah agensi kerajaan pada tahun 2021 dan sasaran target 2022 mengikut DUN?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan. Yang Berhormat Dato’ Speaker. Secara keseluruhannya, Kerajaan Negeri bersama agensi-agensi pelaksana telah membelanjakan sejumlah RM11,060,952 bagi tujuan bantuan baik pulih dan bina baharu rumah kepada golongan asnaf dan B40 pada tahun 2021. Ini merangkumi yang pertama bina baru rumah sebanyak 106 unit dengan peruntukan RM4.55juta, dan keduanya baik pulih berjumlah 394 unit dengan peruntukkan berjumlah RM6.51 juta. Manakala, khusus bagi Program Perumahan Rakyat termiskin ataupun PPRT tahun 2021, sebanyak 23 buah rumah bina baru dengan nilai peruntukan sebanyak RM1.183 juta telah berjaya dibina menerusi 4 fasa sepanjang tahun. Manakala, sebanyak 131 buah rumah telah dibaik pulih dengan nilai peruntukan sebanyak RM1.703 juta. Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAPs) turut memberi bantuan baikpulih mikro yang juga dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kariah seluruh Perlis juga melibatkan 510 orang penerima dengan nilai bantuan sebanyak RM2,550.00 untuk seorang penerima. Pada tahun 2022, Kerajaan Negeri melalui Bahagian Pentadbiran Daerah mensasarkan sebanyak 2 unit bagi bina baharu rumah dan 3 unit bagi baik pulih rumah yang melibatkan setiap DUN dan dijangka siap sepenuhnya sebelum hujung tahun 2022 dengan peruntukan sebanyak RM2.0juta. Manakala MAIPs pula mensasarkan bantuan baik pulih dan bina baharu untuk 204 unit rumah pada tahun 2022 dengan peruntukan sebanyak RM20.4 juta. Sekian, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat, soalan ke?

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Sedikit cadangan.

Speaker

Soalan tambahan?

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Soalan tambahan… cadangan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Minta tak banyak…

Speaker

Cadangan ke soalan tambahan?

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Cadangan… sedikit… permintaan.

Speaker

Boleh la. lain kali tak boleh dah na Yang Berhormat. Harini kita bagi.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Dato’ Speaker habaq dah awal-awal tadi, dia bagi can sikit sebab tak dak perbahasan. Bagi la can sikit. Ok… sedikit la cadangan dan permintaan la daripada saya untuk penduduk Kuala Perlis, mohon kalau boleh tambah sedikit peruntukan untuk baik pulih rumah kawasan Kuala Perlis. Banyak sangat problem. Minta tolong tengok lah yang tu. Boleh Yang Berhormat Santan?

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Sila buat permohonan, insha-Allah kita akan melihat itu. Sekian… takpa takpa, insya-Allah kita tengok balik. Insya-Allah.

Speaker

Minta Yang Berhormat, Kerajaan suruh minta… minta. Silakan Yang Berhormat untuk soalan yang terakhir hari ni.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, Yang Berhormat Dato’ Speaker soalan saya, soalan nombor 18.

(Soalan 18 : Apakah perancangan Majlis Perbandaran Kangar untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan Taman Kuala Perlis, Taman Indera Indah dan juga kawasan deretan rumah kedai bersebelahan Petronas Kuala Perlis kerana setiap kali berlakunya hujan lebat berterusan beberapa jam tanpa henti, kawasan ini mudah dinaiki air yang merosakkan harta benda penduduk dan peniaga.)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Majlis Perbandaran Kangar sentiasa melaksanakan kerja-kerja baikpulih kerosakan kecil terhadap sistem perparitan di Taman Kuala Perlis dan Taman Indera Indah serta di Taman Utara Jaya bersebelahan Petronas Kuala Perlis bagi memastikan aliran air dalam longkang dalam taman dan kawasan sekitar dapat mengalir dengan lancar ke titik curahan terakhir iaitu laut melalui parit monsun tepi jalan utama serta parit buang. Permasalahan banjir di kawasan ini lazimnya berlaku apabila air pasang tinggi berpunca daripada air sungai yang tinggi menyebabkan air tidak dapat mengalir terus ke laut apabila bertembung dengan air pasang tinggi. Ini akan mengakibatkan banjir kilat berlaku khususnya di kawasan berhampiran laut termasuk di Taman Kuala Perlis dan sekitar. Manakala, bagi deretan rumah-rumah bukan taman bersebelahan Petronas Kuala Perlis pula, pengaliran air dari kawasan deretan rumah ini adalah secara terus ke parit monsun tepi jalan utama. Pihak Majlis berpandangan bahawa masalah banjir kilat akibat pertembungan air pasang ini boleh diatasi dengan pembinaan kolam takungan, stesen pam dan kerja-kerja memperbaiki keadaan sungai seperti melebar, mendalam, melencong serta membina ban di tebing. Kerana ini, dapat menambah keupayaan mengalirkan keluar lebihan air hujan serta mengurangkan kekerapan serta luas kawasan yang dilanda banjir. Walau bagaimanapun, sungai dan kolam takungan sediada adalah di bawah seliaan JPS, manakala parit jalan pula berada di bawah seliaan JKR. Buat masa ini, pihak JPS turut membantu dengan menyediakan sistem pam pada titik akhir sambungan parit monsun ke laut. Justeru itu, dalam soal ini saya akan meminta pihak BPEN untuk mengadakan mesyuarat penyelarasan yang melibatkan agensi-agensi utama yang berkaitan seperti JPS, JKR, MPK supaya perancangan secara menyeluruh dapat bersepadu dapat dibuat termasuk dari segi penyediaan peruntukan yang bersesuaian kepada jabatan atau pun agensi yang terlibat mengikut skop masing-masing, insyaAllah.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih Yang Berhormat Santan atas penjelasan tersebut. Saya paham dan penduduk pun paham bila ada berlakunya ayaq pasang besaq bertembung time hujan, biasanya ayaq tak boleh keluaq, itu pun depa memang paham dan tapi yang masalah dia sekarang ni, kadang-kadang tu bukan bertembung dengan ayaq pasang pun, dia memang hujan lebat dan masalah dia sekarang ni adalah ayaq tak boleh keluaq daripada kawasan taman tu ke parit besaq. Saya tak nafi, JPS dah naiktaraf dah bahagian depa. Lani problem dia, adalah bahagian MPK. Saya kena sebut yang tu, sebab contohnya Taman Kuala Perlis dengan Taman Indera Indah, sebelah taman saya lah, jalan kaki ja nak pi tengok, memang tiap-tiap kali hujan saya akan lalu kat situ. Ayaq nak keluaq daripada kawasan taman tersebut ke parit yang taman sebelah ni tak boleh sebab satunya kawasan Taman Kuala Perlis ni, Jalan Senangin 4, Jalan Senangin 5 ni, dia jadi lemah sebab tu dulu rumah ni dibina tahun hujung 80-an, awal 90-an, dia jadi lemah dah lani ayaq tu nak keluaq tak boleh dan longkang dia sempit. Memang dia jadi macam… dah situ dia jadi kolam, dia nak serbu keluaq ada 2 atau 3 kawasan sahaja. Longkang dia kecik, bukan longkang besaq pon. Jadi ni yang saya maksudkan, mintak tolong tengok yang bahagian tu. Bahagian ke laut ni alhamdulillah JPS dah selesaikan. Dan masalah sampah, masalah sampah ni yang sentiasa berlaku lah, itu kita tak boleh buat apa, kita cuba buat yang terbaik. Kita dah usaha tapi ini masalah penduduk. Cuma, yang saya nak tekankan bab Taman Kuala Perlis tu, sebab kawasan dia lembah, kalau hujan lebat dia jadi kolam bertakung. Nak keluaq ayaq daripada situ ke kawasan JPS punya masalah dan jugak sama jugak lebih kurang keadaan dia untuk kawasan deretan kedai tepi Petronas Kuala Perlis. Saya tak nafi, tiap-tiap kali hujan lebat memang saya akan cuba pi tengok, dan saya cuba cari punya apa masalah dia. Mintak tolong tengok yang tu saja bahagian MPK. Dulu kami penah pi tengok dah, ramai-ramai sekali JPS, MPK, BPD even apa nama ni… MADA pun kami pi sekali masa tu, then dah masa tu kita dah bincang dah, kawasan sapa ni kawasan sapa, bila saya dah tau tu benda tu mintak apa ni… pihak yang berkenaan tu tolonglah tolong usahakan, depa tak larat dah complain kat saya pasal ayaq bertakung ketika hujan lebat di Lorong Senangin 4, Lorong Senangin 5, itu cukup-cukup bermasalah. Terima kasih Yang Berhormat Santan.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Insya-Allah, kita akan melihat itu sebagai prioriti untuk ke depan lah. Insya-Allah. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, ada persamaan dengan sahabat saya dari Kuala Perlis, berkenaan dengan banjir kilat yang berlaku… kekerapan berlaku apabila taburan hujan tinggi di dalam pekan di jalan Kaki Bukit berdekatan dengan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis. Itu dah saya rasa berlarutan banyak tahun dan saya adakan sesi dialog dengan penduduk tak silap dan selepas tu kita telah forward kepada agensi berkenaan tetapi masih belum ada… dan penduduk makluman kepada YB Bintong pernah adakan sesi dialog dengan dia orang sebelum Pilihan Raya 2018. Jadi saya merayulah mudah-mudahkan kali ini Kerajaan Negeri ambil tindakan serius untuk atasi masalah ini dan sebab memang kerap berlaku dan menjejaskan rumah-rumah. Di Kampung Baru pun bertakung air dan menyusahkan… kedai perabot dekat trafic light tu pun memang mengadu dah banyak tahun dah saya pun tak larat tulis surat dah, saya rasa dah banyak kali dah. Mohon YB Speaker. Saya pun Dewan kali ni untuk selesai masalah ini. Sekian, terima kasih.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih YB Dato’ Speaker. Untuk kawasan Indera Kayangan pula ya perkara yang sama berlaku iaitu kawasan Taman Perlis Lorong 3, banjir kilat sering berlaku bila hujan lebat dalam setengah jam ataupun 15 minit dan saya telah pergi turun bersama

JPS dan MPK berkenaan perkara ini, telah dimaklumkan bahawa mungkin air pasang daripada longkang besar di tepi jalan. Tapi saya nak tau jugak apakah tindakan MPK apabila ada di Taman Kemajuan selepas Taman Perlis dan juga pembangunan fasa 1, 2, 3 sehingga keempat di Taman Hijrah yang begitu besar projek perumahan tetapi kapasiti longkang di Taman Perlis yang masih lama tu tidak dinaik tarafkan dan ini mungkin salah satu sebab yang menyebabkan air banjir kilat berlaku semasa hujan. Saya minta YB Santan perhatikan isu ni. Terima kasih.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Baik, terima kasih kepada ketiga-tiga YB Sena, YB Indera Kayangan dan YB Kuala Perlis. Benda ini adalah fasa yang sama dari segi saliran yang tidak terurus kemungkinan. Insya-Allah dalam masa yang terdekat ni saya akan cuba berbincang dengan pihak berkaitan untuk mempercepatkan tindakan. Insya Allah, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi soal lisan untuk hari ini 18 soalan semuanya telah selesai dijawab oleh pihak kerajaan dan saya pun telah mendapat maklum makanan diluar sedang dihidangkan. Jadi saya mohon sangat para hadirin makan dulu sebelum balik ke tempat masing-masing, makanan masih panas dan esok kita berjumpa lagi dengan 18 soalan juga dan saya percaya soalan-soalan yang telah dikemukakan hari ini telah memuaskan sebab Speaker sebenarnya kalau ikutkan peraturan dia boleh bentangkan satu soalan tambahan sahaja, tapi kita bagi tak tau berapa kali dikemukakan.

Penangguhan DewanAdjournment

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan untuk hari ini dan akan disambung semula pada hari esok, Khamis, 31 haribulan Mac 2022 jam 9.00 pagi.

Sekian, terima kasih.

(Persidangan ditangguhkan pada jam 1.28 petang)