Perlis · 31 March 2022

14th Assembly, 5th session, 1st meeting · 127 turns · 14,183 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerlis publishes one PDF per sitting day, but nothing after 9 Aug 2023 although the assembly has kept sitting. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan mula bersidang.

Doa

Penolong Setiausaha Dewan

Doa.

(Bacaan doa oleh Penolong Setiausaha Dewan)

Pemasyhuran daripada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis

Setiausaha Dewan

Pemasyhuran oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri.

Speaker

Bismillahirahmanirahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, berhubung aturan mesyuarat kita pada hari ini, urusan Mesyuarat Dewan selepas ini akan diteruskan dengan sesi soal jawab lisan berdasarkan turutan soalan seperti yang terkandung di dalam Kertas Perintah Mesyuarat Dewan. Saya akan cuba untuk memperuntukkan tempoh masa supaya semua soalan dapat dijawab secara lisan tetapi sekiranya ada yang tidak sempat, jawapan akan dikemukakan kemudian secara bertulis oleh pihak Kerajaan. Setelah itu, Dewan akan berehat sebentar dan apabila disambung semula, soalan-soalan yang masih berbaki akan dijawab oleh pihak Kerajaan sehingga selesai. Kesemua urusan mesyuarat pada kali ini akan diselesaikan pada hari ini juga dan setelah itu, Dewan akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sekian, terima Kasih.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Soalan-soalan lisan.

Speaker

Soalan-soalan lisan, dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Dato’ Speaker. Sebelum itu, saya ingin mengambil masa sedikit Dato’ Speaker untuk merakamkan selamat datang dan selamat hari lahir kepada Yang Berhormat Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, SS kita yang baru… yang baru melaporkan hari ini sempena… dan juga sama dengan hari lahir beliau. Semoga Yang Berhormat dapat menyumbang khidmat tugas yang baik untuk menjayakan misi dan wawasan negeri kita yang kita sayangi ini, dan jugak terima kasih kepada Yang Berhormat Azman bin Mohd Yusof yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan kami pihak rakan-rakan di sebelah sini juga merakamkan terima kasih. Terima kasih Dato` Speaker, soalan saya nombor 1.

(Soalan 1 : Sejauh manakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu peniaga kecil di negeri ini dan berapakah jumlah premis baharu yang disediakan oleh Kerajaan Negeri setakat ini?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Bismillahirahmanirahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri Perlis sentiasa komited dalam membantu para usahawan dan peniaga kecil negeri ini. Berpandukan kepada Dasar Keusahawanan Nasional 2030, inisiatif dan bantuan yang diberikan akan mewujudkan ekosistem keusahawanan dan perniagaan yang holistik dan kondusif bagi menyokong agenda pembangunan sosioekonomi Malaysia yang inklusif, seimbang dan mapan. Bantuan ini juga akan mempertingkatkan keupayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta koperasi. Kerajaan Negeri melalui pelbagai agensi yang berkaitan melaksanakan beberapa tindakan seperti yang akan saya sampaikan. Yang pertama, sekali mengadakan Program Tahun Himpunan Usahawan membantu para usahawan dan peniaga kecil untuk menjana pendapatan, meningkatkan jualan produk dan meluaskan pemasaran dan mempromosikan produk serta perkhidmatan. Yang kedua, menyertai Program Satu Daerah Satu Industri ataupun (SDSI) mengetengahkan produk-produk dan perkhidmatan yang beridentitikan Perlis di samping dapat meluaskan pemasaran para usahawan dan juga peniaga. Yang ketiga, menyediakan Geran Food Manufacturing Practice ataupun (GMP) yang ni bantuan geran yang diberikan kepada usahawan dan peniaga yang layak bagi membantu industri pencapai, mencapai piawaian pengeluaran produk yang lebih tinggi. Yang keempat, membawa usahawan dan peniaga ke ekspo usahawan bagi memperluas pasaran produk dan juga jalinan hubungan perniagaan. Yang kelima, meneruskan polisi Perlis Bebas Niaga mempermudahkan pengeluaran lesen dan permit perniagaan di lokasi-lokasi yang sesuai dan perniagaan di permis kediaman. Sebanyak 553 lesen diluluskan pada tahun 2021.Insentif penjaja kecil pengurangan bayaran fi sebanyak 20% bagi permohonan baru dan pembaharuan lesen diberikan kepada penjaja kecil bagi kategori lesen meja jualan, penjaja bergerak, kereta sorong dan penjaja pasar malam ataupun pasar sehari. Bagi tahun 2021, sebanyak 3,044 penjaja memperolehi faedah melibatkan implikasi, dan melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM18,921.00. Seterusnya, menawarkan tempoh bertenang ataupun (grace period): bagi tempoh dua (2) bulan diberikan kepada peniaga-peniaga kecil yang menyewa di bawah seliaan PKENPs bagi membolehkan mereka memulakan perniagaan tanpa merasa terbeban dengan bayaran sewaan. Yang kelapan, pelaksanaan Program Transformasi Asnaf melalui Anak Syarikat MAIPs, Akademi Transformasi Asnaf MAIPs memberi bantuan dan latihan berterusan dalam perniagaan. Bantuan sumbangan daripada MAIPs telah mengagihkan sumbangan sebanyak RM1,103,430 bagi agihan bantuan peralatan dan modal perniagaan untuk manfaat seramai 497 pada tahun 2021.

Selain itu, pihak berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara juga telah tidak terkecuali dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif Bersepadu Yang Berteraskan Rakyat seperti yang berikut. Yang pertama, empowerNCER yang ni Latihan Kemahiran dan Keusahawanan bertujuan meningkatkan kemahiran berdasarkan keperluan pasaran dan industri sedia ada agar mereka mampu berdaya saing dan merebut peluang ekonomi di Negeri Perlis. Setakat Disember 2021, 200 orang peserta terlibat dengan peningkatan pendapatan perniagaan melebihi RM5 juta. Yang kedua, program entrepreneurNCER bertujuan untuk membangun dan mengembangkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui pinjaman pembiayaan kewangan dengan kerjasama institusi kewangan serta khidmat bimbingan daripada SIRIM. Jumlah penerima manfaat bagi program ini setakat Disember 2021 berjumlah 2,971 orang. Yang ketiga, program JomNiaga@NCER iaitu Program modal insan inklusif yang dilaksanakan secara fast-track bagi membantu menangani impak COVID-19 kepada golongan sasar B40 yang dapat meningkatkan taraf hidup mereka melalui latihan dan dalam bidang kemahiran, asas keusahawanan, dan e-dagang. Jumlah penerima manfaat bagi program ini setakat Disember 2021 adalah 596 peserta dengan peningkatan pendapatan melebihi RM1.55 juta. Yang keempat, program Dana Usahawan NCER Dana Usahawan (DUB@NCER) diwujudkan sebagai tipping point kepada inisiatif pelaburan swasta yang memberi geran sehingga 15% atau RM2 juta mana yang lebih rendah daripada kos projek bagi komponen infrastruktur, mesin dan kelengkapan. Sehingga tahun 2021 sebanyak 5 buah syarikat diluluskan yang mewujudkan 373 peluang pekerjaan baharu. Selain itu, pembinaan premis baru bagi peniaga kecil yang disediakan oleh jabatan ataupun agensi adalah seperti yang berikut. Yang pertama, MPK membina dan menyediakan 119 premis, PKENPs membina dan menyediakan 60 unit, BPD juga membina dan menyediakan 13 premis. Kerajaan Negeri sedar mengenai impak negatif yang diterima oleh sektor ekonomi khususnya perniagaan akibat pandemik COVID-19 dan penguatkuasaan PKP. Namun situasi ini mematahkan semua pihak untuk terus menyokong dan memberi bantuan kepada peniaga kecil. Sekian harap maklum.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Santan. Saya ingin… terima kasih kerana kita telah… Yang Berhormat telah mendedahkan pelbagai agensi yang turut membantu penjaja kecil di negeri kita ini. Soalan saya sekarang bet… untuk susulan dan pastikan kelangsungan perniagaan itu berjaya, kerana kita ingat setengah-setengahnya mereka menjalankan perniagaan sebenarnya tidak ada niat, cuma untuk meningkatkan taraf sosioekonomi dan juga meneruskan kelangsungan hidup, dan saya juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah dalam masa PKP terutamanya, kita telah memberi lesen-lesen perniagaan yang boleh dikatakan begitu banyak dalam menolong meningkatkan ataupun menyelesaikan keperitan mereka-mereka dalam sektor yang memang berkurangan di sana sini. Jadi disebabkan bantuan ini, saya telah menonton live Menteri Kewangan, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Tengku Zafrul yang saya ingat peluang ini terlalu banyak terutamanya di peringkat perniagaan mikro. Seperti Yang Berhormat bentangkan tadi iaitu kecil dan sederhana ini adalah begitu banyak, tapi pastikan kawan-kawan mendapat pengetahuan kerana kita ni satu bantuan ni tidak seper… tidak disalurkan melalui satu saluran dari pelbagai agensi, ada yang tahu ada yang tak tahu. Jadi bagaimana kita nak menangani masalah ini supaya peniaga-peniaga kecil kita mereka mendapat… mereka menjadi knowledgeable person, dengan izin, yang mereka mendapat tahu bahawa peluang itu ada dan boleh direbut berdasarkan kemampuan-kemampuan mereka miliki setakat ini. Terima kasih Dato’ Speaker.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, soalan yang cukup baik. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pihak BPEN… unit keusahawanan dalam BPEN dan saya sendiri bersama-sama dengan mereka, setiap kali kita bermesyuarat dalam Majlis-Majlis Kerajaan Negeri Jawatankuasa (AAMK) untuk keusahawanan, pihak BPEN telah pun menjemput kesemua sekali persatuan-persatuan, wakil persatuan-persatuan peniaga kecil di Negeri Perlis, ada 4,5 persatuan yang aktif dan sejumlah lebih kurang 1500 orang usahawan di Perlis ni yang aktif. Ada banyak… ahli banyak tapi yang aktif tu lebih kurang 1500 orang. Jadi semasa mesyuarat itu, kita membentangkan… membentangkan agensi-agensi yang terlibat dimana saluran daripada Menteri Kewangan menyalurkan kepada agensi-agensi seperti MARA, RISDA, LKN dan sebagainya. Jadi apabila kita memanggil mesyuarat, kita akan memberi taklimat kepada wakil-wakil dari persatuan supaya mereka tau apa yang sedang berlaku dan akhir sekali mereka akan memberitahu kepada ahli-ahli persatuan. Jadi itu yang kita buat. Bermakna tak timbul soalan kata mereka tak tau… tak timbul persoalan kata usahawan dalam Negeri Perlis tak tau apa yang sedang berlaku, dan apakah peruntukan-peruntukan yang ada pihak Persekutuan ataupun pihak agensi-agensi yang terlibat, tak timbul soal mereka tidak tahu asalkan mereka menjadi ahli persatuan contoh seperti Dewan Perniagaan Melayu, PERDASAMA, PERKOF dan sebagainya yang ada di dalam Negeri Perlis ini. Alhamdulillah.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum saya… soalan saya nombor soalan nombor 2 tu… saya nak peringatkan tentang tunggakan jawapan soalan saya kemarin minta diselesaikan. Soalan saya nombor 2 Yang Berhormat.

(Soalan 2 : Penyediaan tong sampah semakin kritikal, apakah ada rancangan penambahan untuk memastikan Perlis bersih?)

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih Yang Berhormat…

Speaker

Yang Berhormat… tunggakan soalan… jawapan?

Jawapan… jawapan.

Speaker

Jawapan pihak Kerajaan.

Terima kasih Yang Berhormat Sanglang. Yang Berhormat Dato’ Speaker, isu kebersihan merupakan salah satu isu yang sering diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri. Sehingga kini, sebanyak 404 unit tong sampah disediakan oleh Majlis Perbandaran Kangar yang melibatkan 168 lokasi telah disediakan di negeri Perlis, manakala baki unit 34 unit lagi dibiayai oleh Kerajaan Negeri. Daripada jumlah ini, terdapat beberapa lokasi pusat tong yang didapati kritikal akibat berlakunya janaan sampah yang tinggi. Hal ini berpunca daripada beberapa faktor antaranya seperti penambahan gerai dan pusat penjaja di lokasi berhampiran. Selain itu, sikap tidak bertanggung jawab pengusaha makanan, restoran, syarikat swasta, kontraktor kebersihan dan penganjur pasar kecil swasta yang mengambil kesempatan menggunakan tong sedia ada untuk kegunaan penduduk setempat yang juga menyumbang kepada faktor peningkatan janaan sampah dan ketidakcukupan tong. Melihat kepada isu ini dan dalam memastikan Negeri Perlis terus berada dalam keadaan bersih dan harmoni, Kerajaan Negeri telah melancarkan Pelan Strategik Agenda Perlis Bersih Sihat (2021-2025) yang bermatlamatkan ke arah negeri yang lebih indah, mampan dan sejahtera melalui pembudayaan gaya hidup sihat, keperluan kesihatan komuniti, mempraktikkan amalan cara hidup dalam norma baharu dan usaha melestarikan alam sekitar. Pelan ini merangkumi strategi, program dan projek berdasarkan (5) teras utama iaitu memantapkan promosi amalan cara hidup sihat dan kebersihan, memantapkan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan rakyat, memperkasa kawalan kesihatan kendiri (3K), memantap kebersihan persekitaran dan menyelaras peranan dan penguatkuasaan agensi secara bersepadu. Melalui pelaksanaan program dan projek melalui agenda Perlis Bersih ini, Kerajaan Negeri percaya bahawa ianya akan dapat meningkatkan kesedaran dan bertanggungjawab dalam aspek kebersihan dan kesihatan di setiap lapisan masyarakat dan dalam masa yang sama dapat membantu mengurangkan pembiayaan kerajaan bagi pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam dan pengurusan kesihatan. Untuk makluman Yang Berhormat, seperti umum maklum, hal berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam adalah di bawah tanggung jawab Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif bagi menangani isu kebersihan ini dengan melaksanakan inisiatif atau pun langkah penyelesaian seperti berikut. Yang pertama, memperuntukkan sebanyak RM40,000 pada tahun 2021 bagi menampung sepenuhnya kos 18 buah tong-tong pusat ke 16 buah kawasan di luar perkhidmatan kutipan untuk menampung lokasi-lokasi kritikal bagi menampung janaan sampah di kawasan tersebut. Pada tahun 2022, Kerajaan Negeri turut mengumumkan pertambahan peruntukan sebanyak RM73,440 bagi menambahkan tong-tong sampah berpusat. Yang ketiga, melaksanakan peraturan Industri, Komersial dan Institusi ataupun (ICI) kepada pihak yang menjana sampah yang banyak seperti pengusaha makanan, restoren, syarikat swasta, kontraktor kebersihan dan penganjur pasar kecil swasta. Peraturan ini akan dikuatkuasakan oleh pihak SWCorp bagi memastikan pihak berkaitan menguruskan sampah mereka sendiri sehingga dilupuskan ke Tapak Pelupusan Rimba Mas secara tidak langsung akan mengurangkan janaan sampah di tong-tong berpusat. Yang keempat, memperkasakan program melalui SWCorp berkaitan pembudayaan amalan kitar semula kepada masyarakat untuk mengelakkan barang-barang yang telah boleh dikitar semula di buang di tong pusat. Antara program-program yang telah dilaksanakan adalah program Trash to Cash, Amal Jariah Melalui Barang Kitar Semula, Pusat Pandu Lalu Kitar Semula dan Program Kitar Semula Tinggi dan yang kelima, meningkatkan penguatkuasaan yang ketat melalui Akta Jalan, Parit dan juga Bangunan 1974 di bawah seksyen 47 dan mengenakan denda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi mengatasi isu limpahan sampah di tong-tong sampah berpusat yang juga didapati berpunca daripada segelintir peniaga yang mengambil kesempatan membuang sampah ke dalam tong sampah berpusat. Melalui pendekatan ini dan inisiatif ini, Kerajaan Negeri berharap isu kebersihan ini dapat ditangani dan menjadi perhatian bukan sahaja di peringkat Kerajaan malah semua pihak terutamanya masyarakat negeri Perlis. Sebagai maklumat tambahan, pihak Kerajaan Negeri telah pun berurusan dengan KPKT iaitu kita akan memohon kepada pihak KPKT untuk penyerahan cadangan penyerahan kawasan di luar kawasan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan, luar bandar dan kampung-kampung untuk perkhidmatan pelupusan sisa pepejal di negeri Perlis. Ini bermakna sekiranya perkara ini berlaku, kesemua kampung kita akan sediakan. Pihak SWCORP akan menyediakan tong-tong sampah di setiap premis rumah. Manakala cas pada penduduk akan dikenakan tapi bergantung pada… bergantung pada… bergantung kepada keputusan ataupun pihak Kerajaan Negeri lah di bawah BPD supaya JPKK bersama-sama untuk membantu menyelaraskan perkara ini. Ini sedang dalam tindakan Kerajaan, insya-Allah. Sekian terima kasih.

Soalan tambah YB Dato’ Speaker. Tahniah lah kepada Kerajaan Negeri diatas pelancaran program Perlis Bersih 2021-2025, cumanya di sebelah saya lah tong sampah penuh tapi nak salahkan pengguna pun tak boleh lah sebab tak cukup tong. Jadi letak sampah di luar yang sakit mata memandang. Cumanya kadang-kadang kontraktor pemungut sampah dia tak ambil habis, apabila kita masuk dalam group aduan apa semua dia gamit dua tiga kali bersih, lepas tu dia jadi balik. Sampah tu dia jadi terlalu lama lalat apa semua jadi masalah. Jadi saya ingat… yang itu saja yang jadi masalahnya, kesedaran rakyat ni kita tengok cukup tinggi dah. Dulu saya risau apabila letak tong di Sanglang tu takut orang tak guna sebab syarat dibagi apabila kurang penggunaan tong akan diambil balik. Sampai bila satu masa tong tu tak muat dah sampah-sampah dibiar begitu saja. Jadi syarikat pungutan sampah saya ingat pun pihak YB kena bagi peringatan supaya dia pungut sampai habis. Terima kasih.

Tuan Azizan bin SulaimanUMNO · BNSantan

Terima kasih YB Sanglang, seperti saya sebutkan tadi penambahan tong-tong telah pun diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri iaitu kita menyediakan sebanyak 73,440. Ini bermaknanya tong-tong yang didapati penuh dalam masa yang singkat kita akan tambah kepada satu ke dua tong contohnya, jadi schedule daripada pihak pengutip sampah E-Idaman melihat perkara itu dan laporan sentiasa ada untuk kita mengetahui kat mana tempat yang terlalu kritikal dimana sampah-sampah dari kilang khususnya dan jugak kedai-kedai makan yang besar dimana depa ni tidak membayar sendiri penguatkuasaan akan dibuat selepas ini dimana kedai makan, restoran yang besar atau kilang-kilang, pukul 4 pagi baru depa pi bubuh tong pusat. Itu lah menyebabkan limpahan-limpahan yang berlaku di semua tempat tong berpusat. Jadi dengan adanya peruntukan Kerajaan Negeri insya-Allah benda akan selesai dalam masa terdekat.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Yang Berhormat Dato’ Speaker. Sebelum saya bertanya, izinkan saya nyatakan takziah kepada seluruh mangsa ribut kejadian ribut pada petang kelmarin. Semoga mereka yang ditimpa musibah tersebut diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian tersebut. Soalan saya soalan nombor 3.

(Soalan 3 : Berapakah jumlah perkahwinan yang tidak berdaftar dan apakah usaha mempermudahkan urusan pendaftaran tersebut?)

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Bismillahirahmanirahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji dan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Dalam konteks perkahwinan ini, ianya boleh dikategorikan kepada dua kategori iaitu pasangan beragama Islam dan bukan beragama Islam. Tiada data yang tepat dan sahih mengenai jumlah perkahwinan yang tidak berdaftar di negeri ini. Bagi pasangan agama Islam, ianya di bawah sediaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs). JAIPs tidak mempunyai data yang tepat dan sahih berkaitan pendaftaran yang tidak berdaftar ini. JAIPs juga tidak mempunyai mekanisme dalam memantau perkara ini. Untuk makluman, JAIPs menguruskan pendaftaran perkahwinan berdasarkan permohonan daripada pihak pemohon itu sendiri. Bagi memudahkan urusan pendaftaran, JAIPs melaksanakan kaedah 4P iaitu Permohonan, Penyiasatan, Pendakwaan dan Pendaftaran. Sistem 4P ini memudahkan pendaftaran perkahwinan yang berlaku di negeri ini. Apa yang paling penting ialah dengan kehadiran pemohon ke JAIPs untuk mendaftar perkahwinan. manakala bagi pendaftaran pasangan bukan Islam ianya dikendalikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selaras dengan peruntukan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (AKTA 164). JPN tidak mempunyai rekod bagi perkahwinan yang tidak didaftarkan di JPN. Bagi meningkatkan kesedaran mengenai pendaftaran perkahwinan, JPN melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti yang beriku yang pertama mempromosi perkhidmatan pendaftaran perkahwinan kepada orang ramai melalui pelbagai media. Yang kedua, program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) ke lokasi-lokasi tertentu untuk memberi khidmat nasihat kepada individu yang memerlukan. Yang ketiga, membangunkan Sistem Permohonan Perkahwinan Secara Atas Talian bagi memudahkan permohonan pendaftaran perkahwinan. Pasangan tidak perlu hadir ke kaunter untuk menghantar borang, mereka hanya perlu hadir sekali bersama dua (2) orang saksi semasa upacara perkahwinan dilaksanakan dan keempat, kajian semula Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) bagi membolehkan pendaftaran perkahwinan dibuat di mana-mana tempat di Malaysia selain berdasarkan daerah kediaman mengikut alamat di MyKad seperti yang ditetapkan. Kerajaan Negeri juga telah mewujudkan kerjasama rapat antara Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAIPs) dengan autoriti agama di luar negara bagi mempermudahkan lagi urusan seperti pendaftaran perkahwinan ini kepada telah ditetapkan. Sekian, terima kasih.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Soalan tambahan Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Beseri diatas penjelasan. Saya nak ubah sikit soalan, mungkin Yang Berhormat ada data boleh lah berkongsi di Dewan Yang Mulia ini, berapakah… berapakah jumlah perkahwinan di Thailand yang tidak berdaftar dan apakah usaha mempermudahkan urusan pendaftaran tersebut? Kalau boleh la jawab… kalau tak boleh tak payah sebab kalau kita lihat masalah yang datang pada kita hari ni bukan setakat di Perlis, bahkan seluruh negara. Apabila mereka berkahwin dan tidak mendaftar di Malaysia dia akan berlaku masalah yang berkait… masalah yang berkait dari pendaftaran persekolahan, perkahwinan, pusaka dan sebagainya. Jadi apakah caranya untuk kita mempermudahkan urusan mereka supaya kita pun tidak pening dengan beberapa orang… ataupun golongan majoriti ini. Terima kasih.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Agak-agak Yang Berhormat kenapa depa kahwin di belah Siam? Agak-agak Yang Berhormat lah… agak-agak. Ok… untuk maklumat Yang Berhormat Guar Sanji, Kerajaan Negeri Perlis melalui JAIPs memang mengharuskan pasangan dalam negeri Perlis ini mendaftar perkahwinan di negeri Perlis. Ok… sebab apa Yang Berhormat, Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Ahli-Ahli Dewan, ada masalah, sebab apa? Jika berkahwin di Thailand dan tidak membuat pendaftaran di Jabatan Agama Islam Negeri Perlis ia akan timbul isunya apabila anak-anak nak ke sekolah, sebab apa, di dalam Mykid anak-anak nak ke sekolah itu taraf dan tidak berbinkan ataupun berbintikan bapanya, kanak-kanak tersebut akan menghadapi tekanan, sebab apa, akan diejek oleh rakan-rakan bahawa ia tidak ada bapa. Ini ialah satu-satunya risiko yang dihadapi oleh pasangan yang tidak mahu berdaftar perkahwinannya di negeri Perlis. Kemudian tadi ada Yang Berhormat bagitau berkaitan dengan harta pusaka, ya betul sebab apa untuk daftar pusaka kena ada juga sijil perkahwinan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis. Mereka yang nak berkahwin di Thailand sebenarnya ada beberapa perkara, yang pertama nak poligami, okay poligami di negeri Perlis, Mahkamah Syariah juga mempermudahkan untuk berkahwin di negeri Perlis. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Dewan, pada hari ini Mahkamah Syariah di negeri Perlis adalah satu-satunya mahkamah yang tidak mewajibkan memberitahu kepada isteri pertama untuk berpoligami, tetapi dengan syarat segala maklumat-maklumat yang dihantar kepada pihak Mahkamah Syariah dipersetujui dan pihak mahkamah berpuas hati, dan jika tidak puas hati Mahkamah Syariah akan memanggil isteri pertama, itu syaratnya. Kemudian pasangan yang nak berkahwin di Thailand perlu juga… perlu juga cari… ni bukan saya nak menggalakkan, satgi kata saya menggalakkan. Na… bukan kata nak menggalakkan. Satgi kita sebagai Exco Agama Islam ni tak boleh… kita minta pasangan berkahwin di Perlis. Mereka yang berkahwin di Thailand sebenarnya… apa yang mereka perlu tahu pengiktirafan daripada Jabatan Agama Islam di negeri Perlis, contohnya Majlis Agama Islam Songkhla kita dapat pengiktirafan. Kebanyakan mereka ini yang berkahwin di Thailand depa… serta perkahwinan… ni cerita kita kongsi, kebanyakan bila berkahwin di Thailand, dah selesai majlis perkahwinan tu depa balik ke Malaysia… ni cerita sebelum PKP lah balik ke Malaysia, bila balik ke Malaysia surat pengesahan perkahwinan tidak disertakan bersama. Ini yang banyak berlaku pada mereka yang berkahwin di Thailand. Sebab apa, kita perlu pengesahan daripada Konsul Jeneral Malaysia di Thailand untuk mengesahkan bahawa perkahwinan itu telah berlaku dan bila ada maklumat-maklumat lengkap begini akan dihantar dan diuruskan oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Perlis. Dan yang kedua, ini kalau boleh elak lah, menikah sindiket. Kadang-kadang pasangan tak tau mana-mana cerita dia boleh berkahwin di Thailand tapi nikah sindiket ini tidak diiktirafkan langsung oleh pihak Agama Islam Thailand. Dia bernikah menggunakan sindiket, ini juga salah satu isu yang mendatangkan masalah kepada pasangan yang bernikah di Thailand. Jadi pada hari ini saya minta kepada pasangan-pasangan yang nak berkahwin ataupun yang telah berkahwin tolong rujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis. Sekian.

Ada soalan tambahan…

Speaker

Saya pun memang nak tanya… ada soalan lagi dak?

Yang kahwin sindiket tu kahwin dia sah ka tak sah?

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Sah tu ada dua. Sah dari segi syarak ka sah dari segi undang-undang?

Sah dari segi syarak lah… undang-undang tak kira lah.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Kalau cukup syarat dari segi undang-undang sah na… sah. Ada dua la pulak, kadang-kadang tak diiktirafkan oleh negara tersebut maka tak sah jugak, tapi bagi saya tak sah la.

Speaker

Ada lagi soalan?

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Ada lagi… sikit lagi. Terima kasih Yang Berhormat Beseri dan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Cuma tadi yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Beseri berkaitan prosedur, kesan-kesan dia cuma saya nak tau… bukan nak tau cuma saya nak cadangkan benda ni kita permudahkan, memang lah kita tau benda ni salah ka apa kan cuma benda ni jalan dalam keadaan selamat mungkin Kerajaan Negeri Perlis ataupun Kerajaan Pusat ada hubungan dengan Konsul di sana tu. Maknanya bila mereka daftar perkahwinan di sana tu di sini pun ada, maknanya surat menyurat dekat sini pun tau. Jadi bila dah pun mereka berkahwin, hat di sini ada maklumat terus hubungi bagi surat tawaran atau pengesahan tersebut. Kadang-kadang orang nak mohon nikah ni, dia malu. Walaupun sebelum tu tak pikiaq pun, tapi bila dia dapat permohonan atau tawaran surat tersebut jadi dia rasa tak malu lah, jadi makna permudahkan lah. Itulah cadangan.

Tuan Ruzaini bin RaisUMNO · BNBeseri

Sebenarnya kita dah memang permudah, Yang Berhormat Guar Sanji. Cuma perlu lengkap… lengkap tu maksud dia pengesahan daripada yang mula-mula sekali pengesahan perkahwinan dan pengesahan daripada Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Thailand, seterusnya di Songkla lah dan kita akan… semua maklumat-maklumat yang lengkap ni, maklumat dan dokumen-dokumen ni perlu dihantar kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perlis dan setakat la ni urusan kalau lengkap semua ni memang mudah la.

Speaker

Silakan Yang Berhormat Sena.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhi, Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya, soalan nombor 4.

(Soalan 4 : Adakah terdapat inisiatif daripada Kerajaan Negeri berbentuk insentif pemeliharaan dan pemuliharaan kepada pemilik bangunan premis yang diklasifikasikan sebagai antara kekayaan khazanah warisan negeri Perlis untuk membantu pemuliharaan berterusan fizikal premis tersebut serta adakah Kerajaan Negeri ada melakukan kajian menyeluruh bagi mengenal pasti mana-mana tempat di negeri ini yang layak dicadangkan kepada UNESCO untuk disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia?)

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Sena, Yang

Berhormat Dato’ Speaker. Berkaitan dengan hal ini, Kerajaan Negeri tidak menyediakan insentif pemeliharaan dan pemuliharaan kepada pemilik bangunan premis yang diklasifikasikan sebagai khazanah warisan negeri. Sebenarnya, pemberian insentif ini adalah dibawah tanggungjawab Jabatan Warisan Negara. Antara insentif tersebut adalah melalui Kumpulan Wang Warisan (KWW) yang diwujudkan dibawah Akta 645 yang mana perbelanjaannya adalah seperti yang dinyatakan pada Seksyen 21. (b)(i) iaitu pemuliharaan dan pemeliharaan apa-apa warisan dan kawasan pemuliharaan sama ada kawasan itu dipunyai oleh Kerajaan atau sebaliknya. Sehubungan itu, pemilik tapak atau bangunan yang telah diwartakan bolehlah memohon peruntukan KWW ini. Namun, ianya tertakluk kepada jawatankuasa penilai dan baki kewangan sedia ada selaras Seksyen 43 (1) yang menyatakan bahawa seseorang pemunya tapak warisan boleh, bagi maksud menjalankan apa-apa kerja pemuliharaan dan pemeliharaan di atas tapak warisan itu memohon kepada Pesuruhjaya bagi apa-apa pemberian atau pinjaman. Insentif lain yang boleh diperolehi adalah melalui potongan cukai untuk penajaan aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan. Potongan cukai ini adalah di bawah Subseksyen 34(6)(K) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang mana penerangan lanjut boleh diperolehi daripada pihak Bahagian Dasar Kebudayaan, MOTAC, Kementerian Pelancongan dan Seni dan Budaya Malaysia. Selain itu, terdapat juga peruntukan pembangunan yang disediakan oleh pihak MOTAC di bawah Program Penyelenggaraan Kemudahan Pelancongan termasuk Pemuliharaan dan Pemeliharaan Tapak ataupun Bangunan Warisan. Seperti mana yang telah disalurkan untuk penyelenggaraan termasuklah kerja-kerja mengecat kubah Masjid Alwi yang telah dijalankan pada tahun 2021. Bagi cadangan tapak Warisan UNESCO, Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama pihak Kerajaan Negeri Perlis akan meneliti dan mengenal pasti potensi tapak atau bangunan yang memiliki Nilai-nilai Keunggulan Sejagat ataupun dengan izin Outstanding Universal Value (OUV) sebelum sesuatu pencalonan itu diangkat ke peringkat UNESCO. Sehingga kini, kita tiada premis yang dikenal pasti berpotensi bagi tujuan tersebut. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Terima kasih kepada penjelasan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Chuping. Adakah pihak Yang Berhormat sedar bahawa terdapat… dijangkakan melalui maklumat yang saya dapati dari pembekal pemegang taruh tentang kemungkinan berpotensinya beberapa tempat ni untuk dicadangkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, antaranya adalah difahamkan Bukit Lagi dimana di Bukit Lagi ni pihak pemegang taruh masih dalam proses peringkat melaksanakan aspirasi mengesan maklumat bahawa tentang kewujudan tasik di bukit ini yang dikatakan pernah digunakan oleh tentera Jepun ketika zaman penjajahan Jepun. Jadi mungkin saya bangkitkan di sini supaya pihak Kerajaan Negeri mungkin dapat menjalankan kajian yang selanjutnya mengenai perkara yang berkenaan. Yang kedua Yang Berhormat Speaker, tentang Bukit Keteri dimana Bukit Keteri ni maklumat yang didapati daripada pemegang taruh bahawa terdapat penemuan tengkorak.

Speaker

Yang Berhormat, maklumat daripada mana?

Maklumat daripada beberapa NGO yang terlibat antaranya Perlis Climbers, Perlis Nature dan sebagainya. Tetapi saya bangkit kat sini untuk sebagai soalan supaya pihak Kerajaan negeri dapat mengenalpasti dari segi empirical data dan sebagainya untuk mengesahkan…

Speaker

Saya nak tegur sikit, kalau kita dengar macam tak sesuai masuk dalam Dewan. Tapi kalau ada maklumat terperinci lengkap dokumen, saya ingat elok dibawa masuk. Terima kasih.

Ya, maksudnya mungkin pihak Kerajaan Negeri boleh ni lah… saya bangkitkan dalam bentuk persoalan tentang yang mana tengkorak ni yang kemungkinan dapat… sekiranya kita dapat buat kajian kemungkinan sama ada dapat mengubah sejarah ketamadunan manusia yang mana ketika itu fakta-fakta sejarah tanah air ketika ini Perak Man dikatakan yang manusia paling tua. Mana tau… sebab maklumat-maklumat… apa nama… dalam bentuk…

Speaker

Tak apa Yang Berhormat, soalan tambahan.

Ya… mungkin buat kajian na tentang yang Bukit Keteri tu. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Terima kasih Yang Berhormat Sena. Insya-Allah, pihak Kerajaan Negeri akan melihat tapi cuma yang Bukit Keteri tu, memang Jabatan Warisan Negara sedang dalam sedang membuat kajian tentang penemuan tengkorak-tengkorak ini. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Selamat pagi dan selamat sejahtera. Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya nombor 5. Terima kasih.

(Soalan 5 : Sejauh manakah dan apakah cara penyelesaian ke keganasan rumah tangga yang pernah dilaporkan di negeri Perlis semenjak tahun 2018?)

Bismilahirahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Menjawab soalan nombor 5 daripada Yang Berhormat Indera Kayangan. Sukar untuk saya kongsikan beberapa data yang telah dapat dikumpul berkenaan dengan isu rumah tangga dan juga isu keganasan rumah tangga yang berlaku di negeri Perlis. Yang pertama ialah berkenaan data yang dikeluarkan oleh pihak LPPKN Negeri iaitu sepanjang 2018 sehingga 2021 terdapat 5 kes yang dirujuk kepada LPPKN. Yang keduanya adalah data daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mengikut turutan tahunnya iaitu 2018 sebanyak 11 kes dirujuk, 2019 12 kes, 2020 8 kes dirujuk, 2021 8 kes dan sehingga Februari 2022 terdapat 2 kes yang dirujuk kepada JKM ataupun Jabatan Kebajikan Masyarakat. Manakala statistik runding cara keluarga Islam di Jabatan Agama Islam Perlis pula menunjukkan rekod begini, 2019 terdapat 1,604 kes, yang ni sebenaqnya adalah runding cara, bukannya keganasan rumahtangga. Manakala 2020 terdapat 896 kes, 2021 716 dan sehingga Mac 2022 terdapat 197 kes yang dirujuk kepada Jabatan Agama Islam khas untuk runding cara dan statistik ni adalah melibatkan isu rumah tangga dalam keadaan runding cara dan tak semestinya ia adalah keganasan rumahtangga. Manakala bagi kaedah ataupun tatacara penyelesaian kes-kes keganasan rumah tangga ataupun isu-isu rumah tangga yang berlaku, agensi-agensi yang terlibat telah pun mempunyai modus operandi yang telah pun ditetapkan oleh agensi yang berkenaan, dimana Jabatan Kebajikan Masyarakat lebih menumpukan kepada kaedah-kaedah kaunseling dan jugak bantuan-bantuan dimana yang pertama iaitu bantuan mangsa keganasan rumah tangga, membantu untuk memfailkan satu perintah bagi IPO di mahkamah. Seterusnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat jugak mengadakan ataupun mengaturkan pengangkutan bagi mangsa-mangsa untuk mendapatkan rawatan di hospital ataupun pusat-pusat perubatan yang berkaitan. Dan seterusnya, JKM jugak mengadakan ataupun mengaturkan pengangkutan bagi mangsa ke kediaman altenatif ataupun kediaman transit ataupun kediaman yang diperlukan oleh mangsa keganasan untuk lebih selamat berada di situ. Sementara itu, JKM ada jugak menjelaskan ataupun memaklumkan ataupun menasihati mangsa-mangsa tentang hak-hak yang perlu diambil tahu, yang perlu dibuat oleh mangsa semasa dalam perlindungan ata pun apa yang dibolehkan untuk dituntut apabila mereka telah pun terlibat isu keganasan rumah tangga ini. Dalam pada itu jugak, JKM jugak mempunyai tatacara seperti menemani mangsa untuk balik ke kediaman asal bagi mendapatkan barangan-barangan yang diperlukan untuk dibawa ke tempat-tempat kediaman transit yang telah pun ditetapkan ataupun berpindah ke rumah lain yang telah pun dikenalpasti lebih selamat untuk mangsa-mangsa berkenaan. Manakala LPPKN jugak mempunyai inisiatif sendiri bagi membantu mangsa-mangsa keganasan rumah tangga ini. Pertamanya tentulah khidmat kaunseling yang disediakan, sama ada kaunseling kepada mangsa ataupun kaunseling ketika kaunseling perkahwinan. LPPKN jugak mempunyai talian tol-free yang boleh kita lihat dalam laman web LPPKN atau boleh saya kongsikan bersama tuan-tuan dan puan-puan dan juga sidang hadirin harini iaitu tol-free Helpline Family Care@LPPKN 1-800-82-0300 dan jugak mempunyai tele-kaunseling yang telah ditetapkan. Di samping itu, LPPKN jugak mempunyai khidmat aduan atas talian iaitu Talian Kasih 15999 dan jugak aplikasi WhatsApp di nombor 019-2615999. Dan jugak, LPPKN jugak telah mengambil inisiatif dengan jugak membuat hebahan untuk berkenaan dengan dalam bentuk sistem sokongan ataupun support system, dengan izin, bagi membantu keluarga dan jugak mangsa yang terlibat dalam keganasan rumah tangga ini.

Di samping itu, Jabatan Pembangunan Wanita di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat jugak telah menubuhkan Skuad Waja iaitu Waja ni Wanita Anti Jenayah dan salah satu tugasan kesukarelawan Skuad Waja ini adalah untuk mengambil peduli rakan-rakan yang terlibat di dalam keganasan rumah tangga ataupun yang terlibat dalam isu-isu rumah tangga. Para sukarelawan ataupun anggota sukarelawan ini dimintak ataupun dikehendaki untuk menemani dan jugak mengambil peduli rakan-rakan mereka yang telah pun diganasi oleh terutama sekali para suami yang tidak bertanggungjawab itu. Manakala, bagi pihak Jabatan Agama Islam pula, kaedah untuk penyelesaian kes keganasan rumah tangga ataupun isu runding cara saya sebutkan tadi iaitu mengadakan sesi runding cara dan jugak kaunseling bersama ustaz dan jugak ustazah yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam. Yang ni khusus untuk pasangan yang beragama Islam. Seterusnya ialah menyediakan tempat-tempat perlindungan bagi wanita yang dikenalpasti diganasi tersebut, dimana kalau boleh saya umumkan di sini tempat perlindungan yang telah pun dikenalpasti dan dipilih oleh pihak Jabatan Agama Islam bersama dengan Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perlis ialah di Asrama Penginapan Masjid Alwi, Perlis di Kangar tu, dan mungkin pihak Jabatan Agama Islam bersama Jabatan Pembangunan Wanita sedang mengenalpasti dua atau tiga tempat lagi yang boleh kita namakan ataupun kita labelkan sebagai tempat perlindungan untuk mereka-mereka wanita yang terlibat ini. Begitu jugak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional jugak mempunyai mediator yang boleh membantu rakan-rakan yang terutama sekali yang terlibat dalam keganasan rumah tangga, mungkin dengan keadaan dengan cara menasihati ataupun melindungi ataupun membawa mangsa ke tempat-tempat yang lebih selamat. Ini jugak tugas yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan semua mekanisme yang telah dilaksanakan ini adalah strategik dan jugak holistik dan… oleh jabatan dan agensi-agensi yang telah saya sebutkan tadi. Saya mengharapkan isu keganasan rumah tangga ini pada tahun 2022 akan makin berkurang dan kita mengharapkan belas ihsan daripada suami-suami yang tersayang di luar sana untuk membantu isteri dari banyak segi dan menghalang daripada berlakunya keganasan rumah tangga dan jugak isu-isu berkaitan dengan rumah tangga. Sekian, terima kasih.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Soalan tambahan. Ok… saya nak tau berapakah purata penyelesaian untuk… kes-kes yang purata lah, kira pada kes-kes yang telah dilaporkan secara dasarnya? Dan kedua adalah saya ingin tahu lah apakah sebab utama yang menyebabkan banyak kes keganasan yang berlaku khususnya di negeri Perlis yang dimana kita boleh merujuk perkara ini sebagai satu langkah pencegahan pada masa akan datang? Dan ketiga adalah saya nak tau ya, untuk Asrama Penginapan di Masjid Alwi tu adakah ia terbuka kepada semua-semua kaum di negeri Perlis? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan. Yang pertama, data penyelesaian akan saya bekalkan insya-Allah sama ada secara bertulis ataupun kalau saya boleh dapat hari ini saya akan maklumkan sebelum tamat sidang. Yang kedua, berkenaan dengan punca dan jugak penyebab, sepertimana yang kita tahu 2020 adalah pandemik COVID-19, tu salah satu punca masalah kewangan yang berlaku. Inilah satu-satu… bukan satu-satu, salah satu daripada puncanya ialah masalah kewangan. Yang keduanya, adalah sikap dan sifat suami atau kaum lelaki itu sendiri. Itu yang kedua, dan secara detail sepenuhnya akan saya dapatkan daripada pihak kaunselor untuk saya bekalkan kepada Yang Berhormat Indera Kayangan dan jugak yang saya rasa kalau sebut satu-satu di sini pun mungkin tak menepati apa Yang Berhormat Indera Kayangan nak, jadi saya akan dapatkan secara detail-nya daripada pihak Kaunselor, LPPKN, JKM dan jugak Jabatan Agama Islam Negeri Perlis untuk saya bekalkan. Pusat Transit di Masjid Alwi setakat hari ini kita utamakan kepada yang beragama Islam dulu, sebab seperti yang saya maklumkan tadi kita mempunyai dua lagi lokasi yang akan dikenalpasti sebagai tempat transit yang mungkin kita akan boleh bukakan kepada kawan-kawan kita yang bukan Islam dan bukan Melayu. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan tambahan. Sebab soalan ni dia datang daripada Indera Kayangan, saya rasa macam seolah-olah YB Mata Ayaq cerita tadi, dia berlaku di kalangan orang Islam sahaja. Kalau boleh ada data berapa banyak keganasan di kalangan orang Islam dan berapa banyak berlaku kes ni di kalangan orang yang bukan Islam khusunya di negeri Perlis. Terima kasih.

Speaker

Mungkin suami orang bukan Islam dia baguih-baguih kot.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya tak setuju kalau keganasan rumah tangga ni diletakkan semua pada suami sebab kalau kita tengok dalam group-group WhatsApp pun kadang-kadang suami pi minum teh ais di kedai pon lari balik… isteri ganas! Jadi tak boleh salahkan suami saja, sebab kami yang di sini baik-baik belaka.

Terima kasih Yang Berhormat Sanglang, memang saya akui semua yang berada di dalam Dewan ni adalah suami-suami yang sangat baik, yang begitu mulia semuanya. Tapi untuk data ni kebanyakan yang melaporkan kepada pihak LPPKN dan jugak Jabatan Agama Islam tentu lah orang melayu dan orang Islam. Yang data sebenarnya untuk kaum yang bukan Islam tu mungkin ada tapi mungkin 0.1% daripada yang tu dan kebanyakan yang bukan Islam ni dia pandai untuk tidak bercerita tentang hal rumah tangga kepada umum ataupun malu untuk berkongsi dan selebihnya saya rasa kita… sebab kita orang Melayu, orang Islam ni kita perlu khidmat nasihat yang lebih baik untuk kita boleh kekalkan rumah tangga yang sedia ada dan saya bersyukur hendaknya mempunyai rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat dan semua yang ada dalam Dewan ini yang begitu prihatin pada kaum wanita yang masih mengharap semua yang ada hari ini kita pakat balik-balik untuk tolong nasihatkan, terutama sekali Yang Berhormat Sanglang, untuk kita kenal pasti supaya selepas ini tidak akan berlaku dah keganasan rumah tangga terutama sekali seperti yang Yang Berhormat Sanglang kata tadi lah, orang Islam dan orang melayu kita. Terima kasih.

(YB Tuan Nor Azam bin Karap hadir masuk ke dalam Dewan.)

Speaker

Yang Berhormat Kuala Perlis, Yang Berhormat ok ka?

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Alhamdulillah ok, saudara… kematian saudara tadi… COVID.

Speaker

Silakan untuk soalan.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya, soalan nombor 6.

(Soalan 6 : Adakah Kerajaan Negeri Perlis melalui PKENPs bercadang membina pakir bertingkat untuk kenderaan pelancong yang akan bercuti ke Pulau Langkawi di kawasan tanah lapang milik PKENPs di kawasan jeti Kuala Perlis?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis, takziah daripada saya di atas kehilangan keluarga akibat COVID. Semoga Allah SWT memberikan kerahmatan dan keberkatan kepada arwah insya-Allah. Berkenaan dengan cadangan untuk membina parkir bertingkat di Kuala Perlis di atas tapak tanah milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, hanya rancangan membina parkir bertingkat ini telah lama dibuat, seingatan saya sejak RMK yang Ke-10 iaitu dari tempoh 2011 sehingga 2015 kita pernah meluluskan siling peruntukan oleh pihak Kerajaan Persekutuan yang ketika itu, kalau tak silap saya, RM24 juta untuk dilakukan parkir bertingkat di Kuala Perlis pada ketika itu. Walau bagaimanapun, peruntukan atau siling itu telah ditarik balik, kalau tak silap saya pada tahun 2014. Itu mengikut ingatan saya dan pada tahun… pada RMKe-11 iaitu bermula daripada 2011 hingga ke 2016 pun Kerajaan Negeri telah memohon supaya peruntukan diberikan di bawah RMK Ke-11 ini bagi membolehkan parkir bertingkat itu dibina. Di dalam RMKe-12, kita telah memohon… eh sorry… RMKe-11 telah memohon sebanyak RM26.14 juta mengikut estimate ketika itu, untuk membolehkan kita membina parkir bertingkat ini tetapi malangnya permohonan ini telah tidak diluluskan oleh pihak EPU, di Persekutuan. Dan kita tidak pernah serik untuk memohonnya sekali lagi pada tahun… RMKe-12, kita telah memohon semula iaitu bagi tempoh 2021 hingga 2025, kita memohon semula dan kali ini kita memohon sejumlah RM34 juta. RM34 juta… untuk RM34.385 juta… untuk membolehkan kita membina parkir ini, malangnya peruntukan ini juga tidak dipersetujui. Walau bagaimanapun, kita memohon semula supaya dimasukkan ke dalam RP3 di bawah RMKe-12 untuk dimasukkan peruntukan jumlah yang sama. Dan kita tidak tahu lagi lah tetapi pihak EPU telah memberikan perakuan untuk diluluskan, insya-Allah. Kita doakan bersama, semoga apa yang kita hasratkan ini menjadi kenyataan. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama kita telah menerima cadangan-cadangan daripada pihak swasta untuk membina parkir ini secara PFI ataupun Private Finance Initiative. Dan kita sebenarnya sedang melihat cadangan-cadangan ini dari segi kesesuaiannya sama ada visible atau tidak dari segi kewangannya sebab ini akan melibatkan kutipan bayaran oleh mereka yang akan meletak kenderaan di sana dan tanah pulak adalah milik Perbadanan, jadi harus ada syarat-syarat dan terma-terma yang bersesuaian yang memihak kepada kedua-dua pihak iaitu pemilik tanah dan juga pihak swasta yang akan memajukan projek ini. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga pihak kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan ditempohkan dan akan disambungkan semula jam 11.15 pagi.

(Persidangan ditempohkan sementara pada jam 10.44 pagi)

(Persidangan disambung semula pada pukul 11.15 pagi)

Speaker

Sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula. Sebelum saya meneruskan sesi soal jawab lisan, saya mempersilakan Yang Berhormat Mata Ayer untuk menambah sikit jawapan yang diperlukan, silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menjawab dan juga membuat pembetulan jawapan kepada Yang Berhormat Indera kayangan tadi, berkenaan dengan Pusat Transit ataupun asrama penginapan Masjid Alwi untuk mangsa keganasan rumahtangga. Dia sebenarnya bukan untuk Islam saja, tetapi dibuka kepada semua kaum. Permohonannya adalah melalui laporan-laporan yang diterima kepada pihak-pihak berkenaan, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat, dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Dato’ Speaker, soalan nombor 7.

(Soalan 7 : Sejauh manakah kejayaan yang dicapai dalam menarik pelancongan domestik berkunjung ke negeri ini?)

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Seperti yang kita sedia maklum, kebenaran merentas negeri hanya dibolehkan bermula Oktober 2021. Sejajar dengan itu, ianya telah merancakkan aktiviti pelancongan domestik di Negeri Perlis. Namun yang demikian, tiada data terperinci yang boleh mengukur kejayaan pencapaian ini. Kalau berdasarkan pelancong yang datang dan menginap di Negeri Perlis memang tiada data khusus. Tetapi bagi data jumlah kemasukan pelawat atau pelancong yang datang ke Negeri Perlis melalui keretapi dan sebagainya untuk tahun 2021 adalah 0.94 juta orang. Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pengusaha rumah sewa pelancongan yang ada di Negeri Perlis ini, ada diantaranya yang sudah habis ditempah sehingga ke pertengahan tahun ini. Selain daripada itu juga, tinjauan mendapati kedai-kedai makan terutamanya di sekitar Kuala Perlis penuh dengan kehadiran pengunjung pada setiap hujung minggu, hari kelepasan am dan cuti sekolah. Malah merujuk juga kepada laman-laman media sosial yang sentiasa memuat naik tempat-tempat pelancongan di Negeri Perlis, secara tidak langsung, ini merupakan medium promosi yang terbaik. Usaha untuk menarik pelancong tidak kira dalam mahupun luar negara sentiasa diteruskan melalui pelbagai usaha oleh semua pihak baik kerajaan mahupun swasta. Kerajaan Negeri yakin dan komited, kejayaan yang dicapai ketika ini akan berterusan dengan kerjasama dan sinergi oleh pemain-pemain industri sektor pelancongan yang sedia ada.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak bagi maklum balas berkaitan dengan kemarin ni yang ditanya oleh Yang Berhormat Sanglang berkaitan dengan isu pencerobohan di KTMB Padang Besar yang mencacatkan pemandangan dari aspek pelancongan. Yang Berhormat Sanglang, melalui Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Ibadat Bukan Islam Bilangan 1/2020, kuil Muniswara Kampung Kolam Titi Tinggi Padang Besar telah direkodkan sebagai kuil yang tidak mendapat kebenaran iaitu menceroboh di dalam kawasan tanah milik Perbadanan Aset Keretapi RAC ini. Di samping itu, pihak RAC telah mengeluarkan surat kepada Pengerusi Persatuan Kuil bertarikh 5 Januari 2021, berkenaan penamatan tempoh pengosongan tapak di tanah berkenaan. Susulan itu, pihak RAC turut memohon kepada Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis berkenaan permohonan notis di Bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara melalui surat bertarikh 26 April 2021. Dan melalui semakan dengan pihak RAC, satu lawatan tapak telah diadakan bahawa pada 11 Januari 2022, pihak RAC mendapati bahawa struktur yang berada di tanah RAC telah dirobohkan dan hanya lapisan lantai yang belum dialihkan oleh pihak kuil. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan, terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Chuping. Saya….. Yang Berhormat dengan keadaan fizikal yang menarik di Negeri Perlis ini terutamanya adventures yang melibatkan bukit dan juga kawasan-kawasan hutan yang menjadi menarik minat pelancong-pelancong yang mahu terlibat dengan adventure ni. Jadi saya melihat ini dah bermula dan saya tengok makin lama adalah makin berkembang. Ini berdasarkan maklumat yang diberikan oleh agen-agen pelancong yang terlibat secara langsung. Jadi apakah usaha Kerajaan Negeri dalam membantu untuk agen-agen yang terlibat dalam pendakian dan sebagai ini, sukan-sukan yang adventures ini, bagi menarik lebih ramai lagi minat orang selain kita disokong oleh culinary kita yang agak berbeza berbanding di negeri-negeri yang lain sebagai merupakan diantara senjata utama kita untuk kita merancakkan lagi kedatangan pelancong domestik dan juga international selepas semua sempadan negara dibuka kelak. Terima kasih.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Terima kasih Yang Berhormat Tambung Tulang. Memang kita akui Perlis memang ada satu apa nama… kita mempertahankan nature yang kita ada, ini yang ikon yang kita ada di Negeri Perlis ni. Bukit-bakau, Banjaran Nakawan dan sebagainya, dan kita memang alu-alukan agensi-agensi pelancongan mengadakan satu pakej yang menarik untuk kita tarik pelancong-pelancong untuk datang ke Negeri Perlis. Alhamdulillah, banyak yang kita lihat… ramai yang dah buat pakej-pakej yang menarik untuk menarik pelancong datang ke Negeri Perlis dan untuk pengetahuan Ahli Dewan yang mulia, kita Kerajaan Negeri akan bersama di MATTA Fair yang akan berlangsung pada 9 dan 10 April ini. Dan kita pada MATTA Fair nanti kita akan bawa agensi-agensi ini untuk sama-sama mempromosikan pakej-pakej yang menarik yang ada di Negeri Perlis ini. Terima kasih.

Soalan tambahan Dato’... Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkenaan dengan jawapan Yang Berhormat tadi, saya nak tanya dua soalan lah, adakah telah dirobohkan sepenuhnya dan apakah benar pampasan telah dibayar sebanyak sejuta kepada pihak kuil? Terima kasih.

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Terima kasih YB Sanglang, seperti yang saya maklumkan tadi, memang telah pun dirobohkan, cuma ada lapisan tapak lantai masih belum dibuat apa-apa. Bab pampasan tu… saya tak dapat makluman berkaitan dengan pampasan oleh pihak RAC, itu sahaja, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya ni saya ingat dalam suasana yang telah selesai dijawab, cumanya saya nak mengambil kesempatan ini untuk merakamkan junjungan kasih terhadap Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perlis, jadi soalan ni abaikan.

Speaker

Tak perlu jawapan. Silakan Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan saya nombor 9.

(Soalan 9 : Apakah peranan Kerajaan dalam memperkasakan NGO yang sedia ada di negeri Perlis?)

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kerajaan menyedari tentang pentingnya Pertubuhan Bukan Kerajaan ataupun NGO yang berperanan sebagai Third Executive Arm, dengan izin, selepas sektor Kerajaan dan swasta dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Dalam hal ini, kerajaan melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Perlis telah dan sedang giat perkasakan pertubuhan melalui yang pertama, pemberian geran insentif kepada persatuan penduduk yang berkelayakan seperti geran komuniti, untuk mereka menjalankan aktiviti komuniti serta yang bersifat keselamatan, kesihatan, pencegahan penyalahgunaan dadah, dan pencegahan denggi, serta Kerajaan memperkenalkan geran Malaysian Insentive Community Empowermen ataupun MyICE yang berjumlah sehingga RM10,000 bagi mereka menjalankan aktiviti-aktiviti pembangunan komuniti dan juga untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam mengurus tadbir pertubuhan, memupuk nilai kesukarelawanan dan juga untuk mengenal pasti nilai kepimpinan dalam komuniti serta mempertingkatkan lagi kerjasama antara komuniti dan juga agensi kerajaan. Selain daripada itu juga, kita memperkasakan NGO dengan mengadakan program-program pendidikan dan penerangan secara berkala berkaitan tadbir urus pertubuhan dalam memastikan pertubuhan diurus tadbir dengan baik serta mematuhi Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] dan Perlembagaan Pertubuhan masing-masing. Siri taklimat dan penerangan ini adalah melibatkan pemegang utama jawatan pertubuhan iaitu Pengerusi, Setiausaha dan juga Bendahari. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, MyICE adalah satu inisiatif pemberian geran yang diberikan kepada pertubuhan bagi kategori kebajikan, sosial, keselamatan dan hak asasi yang berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ataupun ROS yang mana ia bertujuan untuk membiayai program dan pembangunan kapasiti bagi meningkatkan apa ni tadbir urus persatuan tersebut dan permohonan dibuka mulai 1 Februari 2022 yang lalu hingga 31 Mei 2022 ini kepada semua pertubuhan dalam kategori kebajikan, keselamatan, hak asasi dan sosial yang berdaftar dengan JPPM tadi yang sesuai dengan Akta 335, sekian.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sena.

Yang Berhormat Dato’ Speaker soalan saya soalan nombor 10.

(Soalan 10 : Kadar Air Tidak Berhasil (Non Revenue Water - NRW) di negeri Perlis begitu tinggi di mana 63% bekalan air bersih hilang pada setiap hari, merupakan kadar NRW tertinggi nasional. Sejauh manakah penambahbaikan SOP bagi menangani aduan awam tentang kes kebocoran paip air demi mengurangkan kerugian air dan mengelakkan pembaziran serta bagi membolehkan SAP akan lebih berdaya mju untuk berada dalam radar sebenar ke arah pemulihan prestasi semasa Syarikat di samping komitmen dan tanggungjawab SAP untuk memastikan pelaksanaan Program Mengurangkan NRW di seluruh negeri Perlis akan mencapai objektif NRW nasional sebanyak 31% yang telah disasarkan?)

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih Yang Berhormat Sena. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan nombor 14 daripada Yang Berhormat Sanglang. Dalam menangani aduan-aduan orang awam, dalam kes-kes kebocoran paip air, pihak SAP selain daripada apa menerima aduan-aduan daripada melalui panggilan telefon dan juga aduan-aduan yang dibuat melalui kaunter SAP sendiri, SAP telah turut mempelbagaikan saluran penerimaan aduan antaranya melalui aplikasi whatsapp dan juga telegram melalui nombor 013-5902300 ataupun 011-15302300, melalui facebook rasmi SAP sendiri iaitu Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd. dan juga melalui e-mel dalam halaman sesawang SAP iaitu www.airperlis.com.my. Selain daripada itu juga, pihak SAP turut pick up dengan izin aduan-aduan daripada fb-fb yang tertentu seperti facebook Saya Anak Perlis, facebook Perlis Aktif dan juga yang lain-lain, facebook yang aktif di negeri Perlis ini. Dan selain daripada itu juga, aduan-aduan ini turut dibantu melalui group-group kumpulan-kumpulan whatsapp, aduan yang kita wujudkan melalui PBT ataupun group-group whatsapp kumpulan jabatan JPKK Negeri Perlis. Selain daripada group-group whatsapp yang lain yang ada di negeri Perlis ini… selain daripada itu juga, pihak SAP turut peka dan mengambil perhatian terhadap aduan-aduan yang diterima daripada saluran lain seperti saluran aduan jabatan dan facebook awam dan kesemua aduan-aduan awam yang diterima ini akan direkodkan segala butiran lengkap dalam sistem Customer Relation and Billing System ataupun CRBS sebelum disalurkan kepada bahagian agihan untuk tindakan pembaikan. Dalam kerja-kerja pembaikan paip-paip agihan dan paip komunikasi yang mengalami kebocoran ini yang SAP telah membahagian lima zon pembaikan di seluruh Negeri Perlis dan telah melantik serta menyelia kontraktor-kontraktor yang layak serta berpengalaman untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan yang berlaku di dalam zon-zon ini. Ini adalah sebagai usaha untuk memastikan aduan-aduan atau pun kebocoran-kebocoran yang dilaporkan itu dapat diambil tindakan dengan segera di dalam zon masing-masing. Selain daripada itu juga, notis hebahan makluman gangguan bekalan air secara bertulis akan dikeluarkan dan disalurkan melalui media sosial oleh Unit Khidmat Pelanggan SAP bagi kerja-kerja pembaikan kecemasan paip air agihan yang bocor dimana menyebabkan penutupan sementara jika berlaku gangguan ini untuk yang melibatkan bilangan pengguna yang melebihi 500 akaun. So notis akan dikeluarkan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, program NRW Pendekatan 1 yang kita laksanakan pada awal tahun 2020 dijangka siap sepenuhnya pada bulan Julai nanti, lebih kurang dalam tiga bulan lagi dan dengan siapnya projek ini insya-Allah, nilai sebenar peratusan NRW di Negeri Perlis akan dapat ditentu sah ukur secara lebih tepat. Dalam projek ini juga, kita mewujudkan satu pasukan khas untuk memantau NRW yang terdiri daripada jurutera NRW, Eksekutif, Eksekutif GIS dan Fitters yang akan diserapkan sebagai kakitangan SAP untuk meneruskan kerja-kerja yang berkaitan dengan NRW. Dan bagi menjawab soalan nombor 14 daripada Yang Berhormat Sanglang, program penggantian paip ini sebenarnya ada dua kaedah yang sedang kita lakukan antaranya ialah pihak SAP menguruskan sendiri penggantian ataupun penukaran paip ini dari masa ke semasa, tetapi dalam keadaan yang sangat terhad, bukan… bukan dalam keadaan kuantiti yang banyak tetapi lebih kepada dalam kawasan yang melibatkan kawasan kebocoran sahaja. Dan untuk makluman Dewan dan juga Yang Berhormat, program… apabila berakhirnya Program NRW Pendekatan 1 kita ini dalam bulan tujuh nanti, perancangan untuk melaksanakan Program NRW secara bersasar akan kita laksanakan supaya nilai peratusan NRW di Negeri Perlis ini dapat dikurangkan ke tahap yang disasarkan secara lebih berkesan. Dan pada masa kini SAP sedang menyediakan data-data dan juga list yang berkaitan dengan paipan air yang perlu ditukar dan kita sedang bekerjasama dengan Jabatan Bekalan Air di pihak Kementerian untuk mendapatkan jumlah sedikit jumlah peruntukan yang kita jangkakan sekitar 100 juta apabila selepas berakhirnya NRW secara NRW Pendekatan 1 ini untuk kita teruskan program-program penggantian paip secara bersasar ini. Sekian.

Soalan tambahan. Terima kasih atas penjelasan daripada pihak Yang Berhormat. Bolehkah Yang Berhormat kemukakan di Dewan Yang Mulia ini berapakah sasaran NRW pendekatan yang pertama yang disasarkan oleh negeri?

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Untuk makluman Yang Berhormat, nilai NRW yang kita sasarkan selepas siapkan penugasan sebenarnya tak banyak, dalam dua ke tiga percent sahaja kerana kita… masalah utamanya disini paip-paip yang bocor dan ini dengan program-program ataupun komponen-komponen yang ada di dalam program-program NRW pendekatan satu ni antaranya ialah pemasangan paip… apa ni… meter SIV dan juga penukaran meter-meter pengguna. So dengan pemasangan paip-paip ini kita akan mendapat lebih tepat bacaan NRW yang sebenar.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Soalan tambahan…

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Soalan tambahan…

Speaker

Mana dulu.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kayang. Saya nak bertanya sama setiap zon ni ada lima zon tu kontraktor yang dilantik tu adakah yang sama untuk sepanjang tahun ataupun berbeza? Tu yang pertama. Yang keduanya selepas setiap pembaikkan, selalu terjadi masalah, dengan izin, air lock. Jadi, adakah kontraktor ini jugak yang akan menguruskan air lock ataupun… apa nama ni… bahagian teknikal SAP yang akan menguruskan air lock sebab, yalah, kadang kita berhubung dengan SAP bahagian aduan dan maklum pembaikan dah siap tapi masih air tu masih belum terima ke kawasan yang hujung-hujung daripada kawasan pembaikkan nak tau bahagian air lock sebab selepas pembaikan tu kadang sampai dua hari masih lagi tiada air di kawasan yang terlibat lah. Terima kasih.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Okay untuk lima zon yang telah diadakan ini, kontraktor-kontraktor terlibat ini adalah kontraktor-kontraktor yang berlainan lah. Dalam satu zon ini ada dua ataupun kontraktor yang akan terlibat yang akan dilantik dari semasa ke semasa untuk apa ni… membaiki paip-paip air dan untuk soalan Yang Berhormat berkaitan dengan zon-zon ataupun kawasan yang lambat menerima bekalan air selepas pembaikan dibuat, ini akan dipantau sendiri oleh… apa ni… oleh SAP, bukan kontraktor. Kontraktor yang kita lantik ini hanyalah untuk kerja-kerja membaiki paip sahaja dan apabila paip telah dibaiki dan jika ada aduan-aduan tentang tekanan air rendah ataupun bekalan air yang tidak sampai ke kawasan, itu akan disemak… apa tu… disiasat oleh pegawai-pegawai SAP sendiri dan keadaan yang berlaku ini kadang-kadang apabila berlaku pembaikan paip air yang bocor ini kita akan shutdown ataupun kita tutup pam. Jadi apabila… dan ini akan menyebabkan paip air di dalam paip air itu akan kosong lah dan apabila pembaikan telahpun siap… jadi masa yang diambil untuk air sampai ke kawasan-kawasan tertentu yang mungkin juga berada pada paras yang lebih tinggi daripada kawasan-kawasan lain akan mengalami tekanan rendah ataupun lambat untuk mendapat bekalan air. Sekian.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Yang Berhormat Kayang. Saya ingin bertanya tentang pengauditan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara iaitu berapakah lebihan air yang terawat yang berada di negeri kita bagi membolehkan perancangan-perancangan pembangunan di masa yang akan datang? Terima kasih.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Saya tak jelas soalan… apadia soalan Yang Berhormat tadi?

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Lebihan air yang terawat di negeri Perlis… berapa percent khususnya? Kalau kita tak cukup, negatif, positif… itu kalau takdak jawapan, Yang Berhormat boleh bagi jawapan secara bertulis.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Okay untuk makluman Yang Berhormat, sekarang ni memanglah reserve margin kita tu dah negatif, dalam negatif 12 percent… 12 percent. So apabila siap komponen-komponen kita ni iaitu NRW pendekatan satu yang akan kita siap bulan tujuh nanti dan kita ada program mitigasi jangka pendek yang juga komponen-komponen yang ada di dalam program tu sedang dilaksanakan dan juga komponen yang ada dalam mitigasi jangka sederhana disiapkan nanti, insya-Allah kita mungkin akan mempunyai reserve margin 20 percent.

Speaker

Dipersilakan.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Kayang. Soalan saya ada dua soalan, satu cadangan. Satu saya nak tanya berkaitan dengan perobohan kuarters pam air kampung Guar Sanji, sebagaimana yang telah dimaklumkan di dalam Dewan Yang Mulia pada sidang yang lalu akan diambil tindakan yang segera. Tu yang pertama. Yang kedua, bagaimana status permohonan saya berkaitan dengan penggantian paip bagi Kampung Jelempok dimana di situ air kawasan tu bertekanan rendah dan air yang bertekanan rendah menjejaskan atau melibatkan ratusan buah kampung di sekitar Kampung Jelempok. Dan yang ketiga, kita sedia maklum bahawa di negeri Perlis ni dan negeri lain juga selalu bekalan air itu kadang-kadang terputus. Yang YB pun maklum tadi kita dalam penyelenggaraan dan sebagainya jadi saya cadangkan pada kerajaan supaya mewujudkan tangki-tangki tadahan air segera, bukan waktu kemuncak sahaja kita hantar ayaq dia jadi traffic jam. Jadi saya cadangkan setiap DUN ada satu tangki air boleh menampung ribuan gelen. Letak satu tempat yang strategik semua orang boleh ambil di situ. SAP hanya hantar air ke situ untuk kegunaan mereka sahaja. Benda ni saya nampak lebih praktikal daripada kita nak hantaq apabila berlakunya… apabila apa nama… bekalan air terputus. Terima kasih.

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Soalan pertama berkaitan perobohan yang telah dibangkitkan pada sesi yang sidang DUN yang lalu dan sebenarnya kuarters tersebut adalah merupakan kuarters Kerajaan Negeri dan berada di dalam kawasan… apa ni… SAP lah. Jadi proses untuk mendapat… sekarang ni proses… sedang dalam proses mendapatkan kelulusan pelupusan dan insya-Allah selepas kita dapat kelulusan pelupusan nanti kerja-kerja perobohan akan dilakukan lah. Yang kedua berkaitan dengan penggantian paip air di Kampung Jelempok yang telah di mohon oleh Yang Berhormat, sebenarnya isu tekanan rendah yang berlaku di Kawasan Jelempok ini… sebenarnya dia ada relate ataupun ada disebabkan oleh kerja-kerja dalam program NRW pendekatan satu juga iaitu program… iaitu projek penggantian pembinaan tangki air di dalam loji air Arau Fasa Empat yang mana tangki tersebut telah kita robohkan dan sekarang ni kita dah siap hundred percent cuma sekarang ni tangki tu dalam testing dan commissioning dan insya-Allah selepas siapnya tangki air tersebut, tangki air ni dia akan memberi supply… dengan izin, memberi supply ke kawasan Guar Sanji, kawasan Jelempok semua tu dan juga di persekitaran pekan Arau. Jadi insya-Allah Yang Berhormat apabila tangki air ini beroperasi nanti, masalah tekanan air di terutama di kawasan Jelempok tu insya-Allah akan dapat diselesaikan. Dan yang ketiga berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat tentang pembinaan tangki air yang segera ni memang telah kita usahakan dan pihak Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak 1.5 juta kepada pihak SAP dan di dalam peruntukkan tersebut memang kita minta SAP untuk sediakan tangki-tangki air statik kawasan-kawasan tumpuan ataupun kawasan-kawasan yang paling lambat untuk mendapatkan bekalan air apabila berlakunya gangguan bekalan air. Ini juga sedang diusahakan oleh Pihak SAP dan kita mohon juga bantuan daripada Yang Berhormat untuk menentukan lokasi kedudukan tangki apabila siapnya nanti, insya-Allah.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan saya, soalan nombor 11, terima kasih.

(Soalan 11 : Apakah pencapaian negeri Perlis untuk bebas dari terus menjadi salah satu negeri yang paling miskin di Malaysia?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker, terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan. Menurut Laporan Survei Pendapatan isi rumah dan Kemudahan Asas Malaysia yang telah dibuat dan data dikeluarkan pada tahun 2020 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, empat negeri telah merekodkan kadar kemiskinan tegar yang paling tinggi iaitu Kelantan, Sabah, Sarawak dan Perak. Alhamdulillah mengikut laporan tersebut Perlis tidak termasuk dan ia menunjukkan kita takdak lagi kadar ataupun kes kemiskinan tegar di negeri Perlis. Walau bagaimanapun, kajian ini saya rasa telah dilakukan pada tahun sebelumnya. Laporan dikeluarkan pada tahun 2020. Tetapi kalau berdasarkan kepada rekod semasa yang saya dimaklumkan oleh Pihak ICU atau Pejabat Kemajuan Negeri Perlis, kadar kemiskinan jumlah isi rumah miskin di Perlis telah meningkat sebenarnya, kalau tak silap saya angkanya melebihi 8,000 dan ini adalah akibat daripada COVID-19 yang berlaku dimana ramai yang hilang pekerjaan, ramai yang hilang pendapatan dan sebagainya. Walaubagaimanapun, saya ingin memaklumkan bahawa kita memang ada langkah-langkah yang dilakukan yang bersifat jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang untuk kita mengatasi masalah kemiskinan di negeri Perlis ini. Tujuannya ialah supaya kita dapat mewujudkan peluang-peluang untuk rakyat Perlis untuk memperolehi pendapatan, mempunyai pekerjaan dan iaitu mempunyai pendapatan yang lebih baik. Apakah langkah-langkah tersebut? Pertamanya ialah kita ingin membawa sebanyak-banyaknya pelaburan swasta ke negeri Perlis untuk projek-projek tertentu supaya dapat mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan mempunyai kesan limpahan ekonomi yang lebih besar di negeri kita. Yang keduanya, kita juga membelanjakan wang untuk memperbaiki infrastruktur awam dan ini juga mempunyai kesan positif kalau kita punya prasarana kita lebih baik dan ini akan menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur untuk datang melabur di negeri kita dan seterusnya ialah pembangunan modal insan itu sendiri untuk menyediakan Rakyat Negeri Perlis untuk memperolehi peluang-peluang bekerja yang telah dan bakal diwujudkan dan ini juga merupakan salah satu lagi langkah untuk membolehkan kita mengurangkan kadar kemiskinan di negeri Perlis ini. Kerajaan Negeri sebenarnya telah memberikan penekanan kepada pelaksanaan projek-projek yang berskala besar. Kerana kita percaya projek-projek yang berskala besar ini mempunyai kesan limpahan ekonomi yang lebih besar ataupun impak pada ekonomi yang lebih besar kepada negeri kita, dan apakah projek-projek tersebut? Ini sepertimana yang telah pun Yang Amat Berhormat ataupun Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja lancarkan baru ini, Projek PIP pada 15 Mac yang lepas, dan projek ini dikira agak besar, bernilai pelaburannya 1.2 billion Ringgit dan ditambah pula dengan sokongan prasarana-prasarana oleh pihak kerajaan yang bernilai 340 juta Ringgit dan kemudiaanya akan diwujudkan pula sebuah universiti yang juga berkaitan dengan aspek logistik yang akan komplemen perwujudan PIP itu sendiri yang akan menelan belanja hampir 200 juta Ringgit iaitu UniKL. Dan selain daripada itu, di Lembah Cuping itu sendiri ataupun CVIA tu juga kita menyediakan tapak-tapak untuk pelabur-pelabur untuk datang melabur nanti, insya-Allah. Fasa pertama sedang berjalan dan insya-Allah siap kawasan yang seluas 440 hektar ini pada bulan Oktober tahun ini dan kemudiannya akan bemula fasa yang kedua seluas 2,040 hektar lagi dan untuk menyediakan tapak-tapak perindustrian kepada pelabur-pelabur yang ingin melabur di negeri Perlis ini adalah merupakan… selain daripada itu, ada projek-projek besar yang lain, kita ada Sanglang Integrated Jetty, Superfruit Valley yang telah pun dilaksanakan… yang telah dilawati baru-baru ini oleh TYT Gabenor Melaka, kita ada commercial agriculture dan commercial… apa ni… ternakan-ternakan komersial, jadi ini semuanya akan mempunyai kesan-kesan limpahan ekonomi yang baik dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Perlis. Dan Dengan cara ini kita harapkan rakyat akan dapat keluar daripada kumpulan miskin itu ataupun daripada kemiskinan itu sendiri.

Yang Berhormat Dato Speaker, selain daripada itu kita juga memajukan sektor pelancongan. Alhamdulillah sektor pelancongan kita menunjukkan prestasi yang memuaskan dan ini juga memberi kesan limpahan ekonomi yang baik peniaga-peniaga misalnya mendapat faedah daripada kehadiran ramai sekali pelancong-pelancong ke negeri Perlis. Kita tahu pendapatan seperti yang disebut Yang Berhormat Chuping tadi kedai-kedai makan kita, gerai-gerai makan, restoran, jualan-jualan di tepi jalan meningkat dengan begitu… begitu baik sekali. Malah saya sebutkan kemarin ada restoran-restoran yang besar-besar yang mencapai pendapatan kasar harian sehingga 30 ke 35 ribu Ringgit satu hari. Itu di minggu… hari-hari minggu yang biasa, kalau hari-hari hujung minggu mungkin mencecah sehingga 40 ke 45 ribu Ringgit satu hari. Jadi itu kesan limpahan dari segi aspek pelancongan dan kita juga mempunyai dasar yang sangat mesra kepada rakyat terutama sekali peniaga-peniaga kecil dimana kita ada Dasar Bebas Niaga. Ini adalah merupakan suatu improvement ataupun penambahbaikan pada dasar yang telah dikenalkan oleh Kerajaan Negeri ini sebelum ini iaitu dasar untuk membenarkan rakyat mengunakan rumah mereka untuk dijadikan sebagai premis perniagaan. Tetapi ada syarat-syaratnya yang perlu dipatuhi dan Dasar Bebas Niaga ini telah memberikan banyak faedah kepada rakyat sebenarnya, dan ini dapat dilihat daripada perwujudan ataupun permohonan lebih daripada… mengikut rekod disini ada 900 lebih permohonan baharu lesen-lesen perniagaan kecil. Ini adalah juga merupakan satu lagi peluang kepada rakyat untuk menambahkan pendapatan dan mereka yang dikatakan dalam kategori miskin itu apabila mungkin dapat mengeluarkan mereka daripada golongan ataupun kemiskinan itu sendiri. Selain daripada itu, ada juga program-program yang bersifat kebajikan. Misalnya, di peringkat negeri kita ada program Perlis… program Perlis Pahadoi dan dibawah Program ini kita ada PAMA iaitu Program Agihan Makanan Asas kepada rakyat yang memerlukan… apatah lagi kepada mereka yang terkesan akibat daripada COVID-19 itu sendiri. Program PAMA ini berjalan berterusan dan tidak hanya terhad kepada tempoh covid tetapi juga selepas dan sebelum covid pun sebab telah bermula sebenarnya dan program ini diteruskan bagi membantu keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan seperti ini. Selain daripada itu ada juga program yang dilakukan yang telah dilaksanakan oleh Pihak NCIA dan kerjasama Kerajaan Negeri seperti Program Kasih Ibu Perlis yang memberi bantuan kepada ketua keluarga wanita RM250 sebulan untuk program selama setahun dan ada Program Latihan Keusahawanan terutama kepada golongan sasar B40 dan kita ada juga Program Pinjaman Pembiayaan Kewangan untuk kita mewujudkan kumpulan-kumpulan keusahawan kecil. Jadi banyak sekali lah. Kalau saya nak sebutkan satu persatu akan program-program ataupun langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat Negeri Perlis dan insya-Allah saya rasa dengan terlaksananya projek-projek pembangunan yang berskala besar yang saya sebutkan tadi, kita harapkan lebih banyak lagi peluang-peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan dapat diambil peluang itu oleh rakyat negeri Perlis dalam konteks untuk mengurangkan kadar kemiskinan di negeri kita insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan saya, soalan nombor 12.

(Soalan 12 : Apakah perancangan Bahagian Pentadbiran Daerah SUK, JPS atau jabatan dan agensi berkaitan bagi menaik taraf longkang-longkang di dalam akwasan kampung terutama sekali kawasan kampung nelayan di pesisir Sungai Perlis?)

Tuan Hamizan bin HassanUMNO · BNKayang

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri melalui Fokus Belanjawan Tahun 2022 memperuntukkan perbelanjaan pembangunan bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam memastikan dasar-dasar dan juga inisiatif Kerajaan dapat kita dilaksanakan dan direalisasikan. Untuk makluman Yang Berhormat, kebanyakkan atau majoriti saliran longkang atau pun parit-parit yang berada di dalam kampung, adalah secara semulajadi ianya mengikut aliran secara naturally… semulajadi dan tiada infrastruktur yang sistematik. Justeru, usaha-usaha untuk memperbaiki longkang-longkang di kawasan tersebut bolehlah menggunakan peruntukan DUN yang sedia ada bagi mengurangkan risiko banjir dan juga masalah-masalah lain yang berbangkit dari saliran-saliran tersebut. Yang Berhormat juga bolehlah memberi maklum balas dan info lokasi-lokasi berkaitan mengikut prioriti kepada pihak kerajaan untuk kita semak dan ambil tindakan jika perlu dan untuk makluman Yang Berhormat, terutama bagi Kawasan Kayang di pesisir Sungai Perlis ini, dalam jangka masa yang panjang, masalah ini kita boleh selesaikan dengan pembinaan perumahan yang bersesuaian untuk para nelayan. Kerajaan Negeri ada perancangan untuk memindahkan kesemua nelayan di penempatan sekarang ini ke suatu penempatan yang lebih sistematik, yang lebih lengkap kemudahan asasnya seperti jaringan perparitan yang lebih baik serta sistem pembuangan sampah yang teratur. Dan perancangan tersebut telah kita dilaksanakan dengan dimulakan secara berperingkat dengan pengwujudan projek Penempatan Semula Nelayan di Kampung Wai. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan yang ke 13.

(Soalan 13 : Apakah usaha-usaha yang dibuat dalam membantu menstabilkan penghasilan Harumanis terutama dalam mendepani keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini?)

Tuan Nurulhisham bin YaakobUMNO · BNSimpang Empat

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Keadaan cuaca yang tak menentu sejak kebelakangan ini jangkaan berlaku pengurangan hasil buah-buah Harumanis pada tahun ini. Oleh yang demikian, Jabatan Pertanian Negeri Perlis sentiasa mendapatkan maklumat perkembangan terkini berkenaan ramalan cuaca daripada Jabatan Meteorologi dalam merancang pengeluaran Harumanis setiap tahun. Pada tahun ini, Perlis telah menerima taburan hujan yang agak tinggi, tempoh kemarau pulak singkat. Dijangka di dalam bulan semasa pengeluaran bunga Harumanis pertengahan Disember dua minggu sahaja dan menyebabkan mangga Harumanis tidak mendapat kadar stress yang mencukupi bagi merangsang pengeluaran yang optimum. Hujan berlaku pada bulan Januari dan Februari sepanjang masa menyebabkan bunga dan sebahagian besar putik Harumanis gugur. Sebagai usaha daripada Jabatan Pertanian Negeri Perlis untuk mengambil beberapa inisiatif bagi terutamanya memberi latihan kepada penanam Harumanis secara intensif dengan kaedah hands on di lapangan khususnya pengambilan teknologi semburan baja foliar bagi membantu keadaan kadar kelekatan buah yang tinggi. Juga mengadakan kursus serta kempen secara berkala melibatkan pekebun-pekebun Harumanis seperti kursus kawalan bunga dan putik mangga Harumanis, kursus kawalan penyakit dan perosak, kursus membalut hands on buah Harumanis dan sebagainya dalam memastikan pengeluaran hasil Harumanis yang baik. Pada tahun ini sehingga 8 Mac, sebanyak 59 kursus telah dilaksanakan. Jabatan juga menjalankan kerjasama strategik dengan institusi penyelidikkan serta syarikat dalam menangani isu-isu pengeluaran Harumanis antaranya agensi yang terlibat ialah Agensi Nuklear Malaysia, MARDI dan My Bee Corporation. Objektif usahasama ini dijalankan ialah untuk meningkatkan kadar pengeluaran hasil dan kualiti buah mangga Harumanis. Jabatan juga menyediakan insentif kepada pengusaha-pengusaha Harumanis ini merangkumi penyediaan infrastruktur ladang, bekalan input pertanian, bekalan peralatan dan kelengkapan pertanian, juga program Integrated Pest Management (IPM) dan progam MyGAP. Bagi tujuan ini, peruntukan daripada Kerajaan Negeri sebanyak RM900,000.00, manakala, peruntukan kerajaan pusat sebanyak RM189 ribu. Sekian, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan saya, soalan nombor 15.

(Soalan 15 : Apakah dasar Kerajaan terhadap penglibatan anak muda dalam politik?)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji, sebenarnya Kerajaan Negeri tidak ada dasar asal khusus mengenai penglibatan anak muda di dalam politik. Walau bagaimanapun, tidak menjadi isu yang besar kerana sekarang ini kerajaan sudah pun mengubah atau meminda… Kerajaan Persekutuan telah meminda Perlembagaan dan meminda Rang Undang-Undang berkenaan yang telah pun diluluskan pada tahun 2019 yang membolehkan warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas layak untuk menjadi wakil rakyat dan juga had layak umur mengundi telah diturunkan ke 18 tahun. Jadi tidak perlu dasar lagi sebenarnya hal-hal untuk menggalakkan penglibatan anak-anak muda di dalam politik ini. Walau bagaimanapun, saya rasa apa yang perlu berlaku adalah untuk melahirkan golongan muda yang celik dan sedar mengenai pentingnya politik itu, dan pentingnya berpolitik. Politik sebagai satu wadah, sebagai satu jentera berkhidmat untuk masyarakat, dan negara. saya rasa itu yang perlu ditekankan dan kita harus melahirkan generasi muda yang mature dari segi politik yang tidak melihat politik itu sebagai hanya suatu cara untuk mencapai kepentingan peribadi semata-mata. Jadi ini yang harus ditekan, yang harus disedarkan kepada golongan muda dan saya rasa perkara ini walaupun tidak ada satu pun… ataupun dasar khusus di peringkat Kerajaan Negeri. Malah di peringkat Kerajaan Persekutuan pun saya rasa kematangan ini telah wujud dan ramai di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada pada hari ini yang telah melalui sekolah informal ini. Yang Berhormat Tambun Tulang misalnya pernah pernah dulu menjadi Ketua Pemuda dalam parti UMNO, Yang Berhormat Pauh pernah jadi Ketua Puteri, Yang Berhormat Chuping pernah juga menjadi Ketua Puteri, Yang Berhormat Kayang pernah menjadi Ketua Pemuda dan saya yakin Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada PAS dan PKR juga pernah melalui proses yang sama dalam dalam parti masing-masing dan tak lupa juga Yang Berhormat daripada Beseri, Yang Berhormat Simpang Empat, Yang Berhormat Santan, Yang Berhormat daripada Titi Tinggi dan termasuklah saya sendiri daripada Bintong. Jadi kita telah melalui satu proses pembelajaran secara informal dalam sekolah politik ini dan itu yang itu telah menyediakan kita untuk berada disini pada hari ini. Jadi saya rasa dengan pindaan kepada perlembagaan yang membolehkan rakyat atau warganegara yang berumur 18 tahun ke atas untuk dipilih menjadi wakil rakyat, saya rasa ini merupakan suatu yang baik yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan saya rasa menjadi tanggungjawab kita walaupun kita tak ada dasar yang khusus untuk menyekolahkan ya golongan muda supaya sedar dan celik dan make sure dari segi politik ini, saya rasa kita sedang menuju jalan yang yang betul disini dan insya-Allah, kita ini menjadi bapa-bapa dan ibu-ibu kepada golongan muda yang akan mengambil alih mewarisi tugas dan tanggungjawab kita di masa akan datang. Jadi saya rasa Yang Berhormat Dato’ Speaker, pindaan Perlembagaan yang telah pun dilakukan itu merupakan suatu yang betul, sesuatu yang sebenarnya positif untuk masa hadapan dan untuk membolehkan lebih ramai golongan muda untuk terlibat di dalam politik dan bukannya berpolitik. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sena.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi. Yang Berhormat Speaker, soalan saya, soalan nombor 16.

(Soalan 16 : Laporan Suruhanjaya Alam Sekitar dan Pembangunan Dunia (Suruhanjaya Brundtland), 1987 yang bertajuk “Masa Depan Bersama” mendefinisikan konsep pembangunan mampan atau lestari sebagai proses yang “memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka”. Apakah agenda Kerajaan Negeri khasnya berbentuk inisiatif dasar demi merealisasikan pembangunan mampan yang merangkumi pembangunan ekonomi, pembangunan sosial dan perlindungan alam sekitar yang sekaligus menangani isu-isu global antaranya perubahan iklim)

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Terima kasih YB Sena. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Matlamat Pembangunan Mampan merupakan komitmen global ke arah masa depan yang lebih mampan. Ianya merupakan rangka tindakan menuju ke arah pembangunan mampan, berdaya tahan dan inklusif yang mana… menggariskan 17 matlamat merangkumi lima bidang tumpuan iaitu kemajuan masyarakat, penjagaan bumi, kemakmuran, keamanan dan kerjasama. Kerajaan Negeri menyambut baik dan menyokong sepenuhnya komitmen Malaysia dalam merealisasikan Agenda Pembangunan Mampan 2030. Dari segi perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar, Kerajaan Negeri komited dengan dasar negara yang mengiktirafkan sumber hutan semula jadi sebagai sumber yang penting dan berharga dalam menyumbang kepada sosio ekonomi negara dan kesejahteraan alam sekitar. Komitmen ini terzahir melalui Dasar Perhutanan Malaysia yang dilancarkan pada tahun 2021 yang mana menyokong agenda kerajaan untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara sebagai hutan dan litupan pokok sebagaimana komitmen yang dibuat semasa kemuncak Bumi di Rio De Janeiro, Brazil pada tahun 1992. Dalam hubungan ini, pada tahun 2021 Kerajaan Negeri Perlis telah meluluskan Cadangan Hutan Simpanan Kekal seluas lebih kurang 900 ekar hektar melibatkan kawasan bukit bukau untuk diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal. Pada tahun 2021, seluas 110 hektar Hutan Simpanan Kekal yang baharu telah diwartakan menjadikan keluasan Hutan Simpanan terkini sebanyak 10,730 hektar. Pewartaan ini penting sebagai langkah memelihara dan memulihara khazanah alam semula jadi negara khususnya di negeri Perlis. Malaysia termasuk Kerajaan Negeri juga komited dalam melaksanakan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan untuk memastikan negara terus menikmati segala faedah yang diperolehi dari sumber hutan secara berterusan. Pada Majlis Tanah Negara yang ke-79 yang diadakan pada tahun 2021, Kerajaan Negeri telah bersetuju dengan pindaan Rang Undang-Undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2021 yang bertujuan memantapkan untuk tadbir sektor perhutanan di bawah undang-undang dan peraturan hutan yang ketat supaya sektor ini diurus secara sistematik. Selain itu juga, terdapat pelbagai program atau aktiviti yang diperkenalkan di peringkat Kerajaan Negeri dalam menyokong dan merealisasikan pelaksanaan pembangunan mampan. Antara seperti berikut. Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, Kempen Tiada Penggunaan Plastik Sekali Guna, Kempen Tidak Penggunaan Straw Penyedut Minuman, Kempen Pembudayaan Kebersihan dan Peningkatan Standard Perkhidmatan Perniagaan Makanan Negeri Perlis, Pelan Strategik Perlis Bersih Sihat ‘Perlis Go Clean, Healthy Perlis’, Program peningkatan kesedaran awam mengenai kepentingan kepelbagaian Biologi di Hutan Taman Negeri Perlis, Kelulusan pewartaan pengelasan hutan perlindungan, Program pengukuran dan penandaan sempadan Hutan persempadan Simpanan Kekal, Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Yang Sesuai di Persisiran Pantai Negara di Negeri Perlis, Kelulusan pembinaan Pelantar Interpretasi Hutan Paya Laut di KOMALAUT, Pemeliharaan Persisiran Pantai Negeri Perlis. Selain daripada pelaksanaan atau program-program aktiviti tersebut, Kerajaan Negeri juga telah menerima pakai beberapa dasar berkaitan Kerajaan Tempatan melalui Majlis Negara Kerajaan Tempatan yang mana berkait langsung dengan SDG 2030. Dalam menangani isu perubahan iklim, Kerajaan Negeri juga sentiasa komited dalam merealisasikan hasrat negara untuk menjadi negara neutral karbon seawal-awalnya pada tahun 2050. Antaranya, Kerajaan Negeri telah mewujudkan kawasan Perindustrian Lembah Chuping yang mana turut memberi fokus kepada kluster penjanaan tenaga boleh diperbaharui atau pengeluaran hijau. Kerajaan Negeri juga sentiasa terlibat secara langsung dalam Sesi Libat Urus bersama Kementerian dalam menjayakan agenda ini. Sekian, terima kasih.

Soalan tambahan, terima kasih atas penjelasan Yang Berhormat Titi Tinggi. Tadi Yang Berhormat ada ketengahkan tentang penanaman pokok bakau. Seterusnya saya nak tahu sejauh manakah komitmen Kerajaan Negeri dalam… berapa puluh ribu pokok kah yang untuk… kan sekarang ni dunia… SDG 2030 ni dia ada komitmen berapa jumlah pokok yang akan ditanam pada sampai sasaran dia berapa tahun. Yang kedua, dari segi… apa ni… tentang untuk menangani climate change terutamanya saya tengok kita perlu dan berlaku tadi ni daripada segi Harumanis pun tengok berubah tak menentu cuaca. Kebanyakannya dijangka… adakah ini berpunca daripada perubahan iklim? Dan sejauh mana komitmen Kerajaan Negeri… macam dari segi dasar bukit bukau kita akan dipastikan selamat, tidak mudah untuk ditarah dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Terima kasih kepada YB Sena, yang setahu saya matlamat untuk kita ni… macam menanam pokok 100 ribu pokok yang diadakan oleh pusat dan di Negeri Perlis kita telah mencapai 50%... melebihi 50% pada awal tahun. Jadi kita jangka dalam tahun ini kita akan capai 100% untuk menanam pokok di negeri Perlis. Jadi yang melibatkan Harumanis tu saya tak ada maklumat tepat, saya mungkin akan jawab bertulis. Terima kasih.

Dari segi bukit bukau untuk menangani climate change, bukit bukau tak mudah-mudah untuk ditarah dan sebagainya?

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Benda apa? Sorry…

Maksud saya dari segi bukit-bukau untuk kita preserve, kita… dengan izin Yang Berhormat Speaker, apakah dasar Kerajaan Negeri? Kita ni di tanah… jadi kebimbangan saya dari segi adakah satu dasar yang jelas tentang bukit-bukau khususnya dari segi untuk nak mengeluarkan apa-apa hasil daripada bukit kita di Perlis.

Tuan Teh Chai AanMCA · BNTiti Tinggi

Ok dasar-dasar bukit-bukau saya rasa dalam sidang Dewan yang lalu kita dan telah meluluskan untuk usul-usul untuk undang-undang untuk menjaga bukit-bukau ini, Hutan Simpan Kekal di Negeri Perlis. Jadi mungkin YB tak dengar. Takpa saya akan bagi secara bertulis kepada…

Tak… yang tu tu dari segi Hutan Simpan, tetapi maksud saya bukit-bukau yang tidak masuk dalam kategori Hutan Simpan.

Speaker

Yang Berhormat Sena, ada Yang Berhormat dapat pesan yang bukit-bukau kita di negeri Perlis ni telah ditarah?

Contohnya macam Chuping dan sebagainya, jadi saya nak tengok komitmen Kerajaan Negeri lah.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, boleh saya tolong jelaskan sedikit. Sebenarnya kita memang komited kepada SDG ini, itu pun kita adalah sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, yang memang kita cuba mematuhi komitmen-komitmen yang telahpun dipersetujui di dalam SDG itu. Di dalam konteks Negeri Perlis, kita telah mewartakan kawasan-kawasan hutan simpan kekal, dan kawasan hutan simpan kekal ini tidak boleh diganggu, tidak boleh ditebang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, saya tidak dapat menafikan bahawa berlaku pencerobohan ke dalam kawasan-kawasan hutan simpan kekal ini. Tetapi kita daripada masa ke semasa Jabatan Hutan misalnya sentiasa mengambil tindakan kalau sekiranya berlaku pencerobohan yang tidak dibenarkan sebab ada yang dibenarkan terutama sekali bagi mereka yang telah dikeluarkan permit untuk mengumpul hasil-hasil hutan misalnya, itu dibenarkan. Tetapi kalau berlaku tindakan-tindakan untuk menggondolkan bukit-bukit terutama sekali yang di dalam kawasan hutan simpan kekal ini memang tindakan akan diambil, itu kita tidak akan bertolak ansur. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat, dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Terima kasih, ok soalan saya nombor 17, terima kasih.

(Soalan 17 : Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pendapatan peniaga produk pelancongan tempatan? Berapakah jumlah catatan nilai pendapatan produk hasil kraftangan dan produk hiliran pertanian yagn telah dipasarkan kepada pelancong yang berkunjung ke negeri Perlis sepanjang tahun 2018, 2019, 2020 dan 2021?)

Puan Asmaiza binti AhmadUMNO · BNChuping

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha mempertingkatkan pendapatan peniaga-peniaga yang menjual produk pelancongan tempatan ni. Usaha ini dijayakan bersama dengan jabatan dan agensi yang mungkin maklumat ni yang agensi ataupun jabatan ini dibawah portfolio saya. Dan saya yakin dan percaya agensi dan jabatan yang lain juga turut menjayakan usaha ini. Yang pertamanya, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis telah melaksanakan aktiviti seperti mempromosi produk usahawan tempatan secara virtual dan maya di media sosial, mempromosi Baju Kebaya Perlis sebagai produk identiti negeri dan perancangan dalam mewujudkan Perlis Authentic Center (PAC) yang menghimpunkan produk-produk pelancongan yang beridentitikan negeri Perlis di bawah satu bumbung. Keduanya, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Perlis, telah melaksanakan aktiviti seperti mengadakan E-Kraf Bazar (EKB) inisiatif pemasaran dalam talian yang diperkenalkan pada 8 April 2020. Ianya memberi impak yang besar dan positif kerana dapat memasarkan produk terus kepada pengguna dengan lebih cepat. Sehingga 28 Februari2022, searamai 84 orang usahawan dan komuniti Negeri Perlis telahpun berdaftar sebagai ahli E-Kraf Bazar dan nilai jualan kraf yang telah pun dijana adalah sebanyak RM241,555.00. Yang keduanya, kraf ni juga membuat satu platform E-Marketplace khusus untuk memasarkan produk kraftangan tempatan. Platform yang mula `Go Live’ pada 15 Oktober 2020 ini menawarkan perkhidmatan jual-beli secara dalam talian… sehingga 28 Februari 2022 jugak platform inin berjaya menghimpunkan seramai 36 usahawan kraf Negeri Perlis dalam memasarkan dan mempromosikan sebanyak 1,267 Stock Keeping Unit (SKU) dengan nilai produk sebanyak RM180,000.00 secara digital. Dan jugak kraf jugak telah membuat satu aplikasi CraftOnTheGo (COTG) pada 1 April 2020 dengan menyediakan perkhidmatan secara digital dalam bentuk mobile apps, ianya juga boleh dimuat turun melalui aplikasi google play dan apps store. Sehingga 28 Februari 2022, seramai 35 orang usahawan kraf Negeri Perlis telah berdaftar di bawah COTG ini. Dan satu lagi program kemahiran dan peningkatan kemahiran iaitu Penjana, program ini bertujuan memaungkang dan memperkasakan usahawan serta komuniti kraf baharu dan yang sedia ada dari pelbagai bidang serta mempunyai dua kategori iaitu Program Pembangunan Perantisan Kemahiran dan program ini melibatkan sembilan orang peserta sehingga 2021 dan Program Permohonan Kemahiran Komuniti melibatkan 85 peserta. Pada masa yang sama pihak kraftangan juga telah mengenal pasti tiga tempat pelancongan yang ada di Negeri Perlis ini sebagai permulaan untuk ditempatkan hasil kraf oleh usahawan-usahawan kraf ni sebagai jualan cenderahati Perlis. Antara tiga tempat yang telah dikenalpasti untuk permulaan ini adalah di Gua Kelam, Taman Herba dan juga Taman Agro Lancong. Yang seterusnya ni Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) juga telah melaksanakan aktiviti seperti kraftangan bunga daun getah, menyediakan galeri daun getah dan bunga berasaskan daun getah untuk menarik kedatangan pelancong melawat dan membeli produk. Disamping itu, RISDA juga mengadakan ternakan dan pertanian mempromosi hasil pertanian negeri yang dijalankan di kawasan luar bandar contohnya ternakan ayam turki, tanaman cendawan dan juga menjual pengeluaran benih cendawan. Disamping itu Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga memberi bantuan melalui kemudahan pembiayaan perniagaan, penyewaan premis dan juga bantuan geran untuk pembangunan produk serta latihan keusahawanan termasuk pelaksanaan secara digital. Manakala berkaitan nilai pendapatan produk hasil kraftangan dan juga produk hiliran pertanian yang telah dipasarkan kepada pelancong yang berkunjung ke Perlis adalah berpandukan maklumat daripada jabatan dan agensi yang dinyatakan nanti. Yang pertamanya, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Negeri Perlis, kalau kita lihat pada tahun 2018, bilangan usahawan dia 34 orang dengan jumlah jualan 950,400 ringgit, 2019 bilangan usahawan dah meningkat menjadikan 40 orang usahawan sebanyak jualan yang telah dijual sebanyak 1,094,300 ringgit dan bagi tahun 2020 bilangan usahawan makin meningkat sebanyak 51 orang dan jumlah jualan 920,892 ringgit dan bagi tahun 2021 bilangan usahawan makin meningkat seramai 64 orang dan jumlah jualan 1,180,443 ringgit dan bagi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam tempoh empat tahun iaitu 2018 sehingga 2021 telah merekodkan seramai 135 orang usahawan produk hiliran keluaran pertanian dengan catatan iaitu 6,196,650 dan dari rekod itu sebanyak 2,478,660 telah dipasarkan kepada pelancong. Dan yang ketiganya daripada RISDA sendiri hasil yang direkodkan dalam tempoh tersebut merangkumi seperti yang berikut, agromakanan dengan hasil 234,128 ringgit dan kraftangan bunga daun getah dengan hasil 27,900 ringgit. Sekian terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan terakhir Yang Berhormat Kuala Perlis.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan saya, soalan yang terakhir, nombor 18.

(Soalan 18 : Adakah Kerajaan Negeri ingin membina satu pangkalan / jeti kegunaan khas bagi kemudahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Perlis berdekatan dengan laut / muara Sungai Perlis untuk memudahkan APMM Negeri Perlis memantau sempadan dan kawasan laut negara dari dicerobohi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab)

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Memanglah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memiliki satu pengkalan APMM di Perlis ini dan sebenarnya memang sudah ada komunikasi antara pihak APMM dan juga pihak Kerajaan Negeri melalui MBI untuk membolehkan pihak APMM mewujudkan satu pengkalan di Kuala Perlis. Sebenarnya lokasi dan tapaknya pun telah dikenal pasti iaitu sebidang tanah yang dimiliki oleh pihak MBI berkeluasan 0.82 ekar iaitu di Kampung Seberang Tok Pi. Cadangan ni ialah pengkalan ini atau jeti akan dibina oleh pihak MBI dan kemudiannya akan diserahkan atau disewakan kepada pihak APMM. Walau bagaimanapun, perkara ini belum lagi dimuktamadkan. Dia masih lagi di dalam proses perbincangan dan rundingan di antara pihak APMM dengan pihak MBI dan memanglah proses tidak mudah sebab pihak APMM perlu mendapat kelulusan berdasarkan kepada syarat-syarat Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 2011 iaitu kelulusan untuk menyewa ruang pejabat baru daripada Jawatankuasa Ruang Pejabat melalui Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri. Dan sebenarnya cadangan ini masih lagi di peringkat penilaian dan perbincangan lanjut masih lagi berlaku diantara pihak APMM dan juga pihak MBI dalam kes ini. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Tuan Nor Azam bin KarapPKR · PHKuala Perlis

Sedikit tambahan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih atas penjelasan Yang Amat Berhormat Bintong. Ini harapan daripada anggota APMM lah disegerakan lah benda-benda ni lah insya-Allah, terima kasih. Kemudian, harapan juga daripada anggota agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia agar kalau boleh dicadangkan untuk dibina pejabat khas untuk APMM dan juga kuarters untuk penempatan anggota sebab sekarang ni pejabat yang digunakan di di Seberang Ramai berdekatan kuil itu hanya disewa. Terima kasih.

Dato’ Seri Azlan bin ManUMNO · BNMenteri Besar · Bintong

Sebenarnya itulah juga hasrat Kerajaan Negeri apabila ada pengkalan itu yang mungkin bersaiz sederhana kita harapkan dia juga dapat menempatkan kakitangannya dan kerana itu memerlukan rumah pejabat dan sebagainya. Walau bagaimanapun benda ini tertakluk kepada hasrat pihak APMM itu sendiri. Dan sekiranya perbincangan yang diada… telah diadakan itu telah dimuktamadkan, insya-Allah kita akan seboleh yang mungkin menyediakan tapak yang bersesuaian untuk tujuan tersebut, insya-Allah. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih kepada semua Yang Berhormat dan juga pihak Kerajaan yang telah pun menyelesaikan tugasan kita ini iaitu menjawab 18 soalan lisan. Terima kasih.

Penangguhan DewanAdjournment

Speaker

Sebelum kita buat penangguhan Dewan saya menjemput dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang untuk sedikit ucapan.

Dato’ Ismail bin KasimUMNO · BNTambun Tulang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Bagi pihak rakan-rakan di sebelah sini, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha keras yang dijalankan selama dua hari ini untuk kita menjalankan mesyuarat kita dengan lancar, alhamdulillah dengan kerjasama rakan di sebelah sana dan sebelah sini. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker sendiri yang telah mengendalikan Dewan dengan baik dan dapat menjaga keharmonian Dewan dan Pejabat Setiausaha Dewan dan kakitangan yang telah mengendalikan dengan dengan sempurna. Begitu juga tidak ketinggalan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Bintong atas kerjasama yang diberikan kepada kami semua, kepada Yang Berhormat SS dan pejabatnya yang baru datang dan melihat sendiri perkembangan yang berlaku di Dewan ini, kemudian ini merupakan di antara Dewan yang harmoni dan baik kalau dibandingkan dengan Dewan-Dewan di negeri yang lain setakat inilah… saya merasakan hasil daripada kebijaksanaan Dato’ Speaker sendiri dan YAB, dan melahirkan kerjasama di antara pembangkang dan kerajaan. Sebenarnya kita boleh sehaluan apabila selepas pilihan raya kita bersatu hati, bulat muafakat. Kita sebenarnya melihat hasrat kepentingan rakyat adalah menjadi keutamaan kita dan kepada semua jabatan kerajaan yang telah bertungkus lumus, pengarah-pengarah dan wakil-wakil dan Yang Berhormat. Yang Berhormat Speaker sendiri telah menegur bahawa sebenarnya Dewan ini menjadi keutamaan iaitu pengarah-pengarah mesti hadir sendiri ke Dewan sepertimana yang berlaku di Dewan Parlimen dan sebagainya. Tanda komitmen mereka untuk menyelesaikan masalah dan hasrat hati rakyat dan terima kasih kepada para pemerhati, para pemberita dan rakan-rakan yang turut hadir untuk meriahkan Dewan selama 2 hari ini. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, saya juga bagi pihak Dewan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan pejabatnya, semua Ahli Majlis… Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan serta agensi yang hadir, rakan-rakan media, para pegawai dan kakitangan serta petugas Dewan yang dipimpin oleh Setiausaha Dewan. Ahli Yang Berhormat, insya-Allah umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa pada hari Ahad, insya-Allah kalau tak esok pun hari Ahad dan oleh itu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada jabatan-jabatan yang banyak membantu melancarkan urusan kita selama dua hari ini. Terutamanya daripada Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Majlis Keselamatan Negeri dan dan lain-lain saya tidak dapat sebut satu persatu. Pihak Dewan juga merakamkan ucapan selamat datang kepada Yang Berhormat Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang baharu. Dengan harapan semoga dengan pelantikan ini Yang Berhormat Datuk Seri dapat memberikan impak yang paling terbaik untuk negeri Perlis. Dewan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Azlan Man bin… Tuan Azman bin Mohd Yusof, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang telah bertukar ke Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebagai Ketua Setiausaha berkuatkuasa pada 30 Mac 2022. Dan di atas segala sumbangan dan hikmat bakti yang telah beliau curahkan kepada negeri Perlis sepanjang tiga tahun yang beliau berkhidmat di sini, kami rakyat Perlis mengucapkan dan merakamkan ucapan terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sekian, wabillahitawfeek walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

(Persidangan ditangguhkan pada jam 12.37 tengahari)