Perlis · 10 August 2022
14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 114 turns · 25,305 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerlis publishes one PDF per sitting day, but nothing after 9 Aug 2023 although the assembly has kept sitting. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan mula bersidang.
Doa
Doa.
(Bacaan doa oleh Penolong Setiausaha Dewan)
Pemasyhuran daripada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis
Pemasyhuran oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri.
Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya jua, Istiadat Perasmian Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Ke-14 telahpun selesai disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja kelmarin. Dewan merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda di atas kesudian Duli-duli Tuanku berangkat mencemar duli bagi menyempurnakan istiadat tersebut. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan kepada semua jabatan dan agensi yang telah memberikan bantuan dan kerjasama yang baik kepada Dewan bagi menjayakan Istiadat Perasmian kelmarin, terutamanya Pejabat DYMM Tuanku Raja, Pejabat YAB Menteri Besar, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran Kangar, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Jabatan Kesihatan, Hospital Tuanku Fauziah, RELA dan lain-lain yang tidak dapat saya nyatakan semuanya di sini. Saya juga ingin mengucapkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin yang telah membantu dalam membuat siar langsung Majlis Perasmian Persidangan DUN bermula dari dataran hingga ke dalam Dewan. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan media yang turut hadir bagi membuat liputan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Penggal Persidangan DUN pada kali ini mungkin merupakan penggal persidangan yang terakhir bagi Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Ke-14. Sebagai ucapan terima kasih atas kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat, saya bagi pihak Dewan ingin memberikan sebuah cenderamata kepada Ahli-ahli
Yang Berhormat seperti yang terletak di hadapan meja Yang Berhormat. Sudilah kiranya Ahli-ahli Yang Berhormat menerimanya sebagai kenang-kenangan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sedikit pemakluman untuk semua. Untuk makluman Yang Berhormat, Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (National Health Screening Initiative, NHSI) 2022 kini sedang berlangsung sehingga Disember tahun ini. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). Selaras dengan Inisiatif NHSI ini, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perlis ingin mengambil kesempatan untuk melaksanakan aktiviti pemeriksaan kesihatan bagi ahli-ahli sidang Dewan Undangan Negeri Perlis termasuk kepada semua ketua-ketua jabatan yang hadir semasa sesi Dewan bersidang. Sehubungan dengan itu, Yang Berhormat dan semua yang hadir boleh membuat pemeriksaan terus di aras 4 bangunan ini atau mengadakan temu janji untuk menjalankan saringan kesihatan di mana-mana fasiliti kesihatan di Perlis. Tiga jenis pemeriksaan yang akan dijalankan adalah seperti yang berikut: (a) Indeks Jisim Tubuh (BMI) (Ukur berat dan tinggi); (b) Tekanan darah dan (c) Paras gula dalam darah. Saya berharap Yang Berhormat dapat manfaatkan inisiatif ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat, di kesempatan ini saya ingin menerangkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian tentang aturan perjalanan Mesyuarat Dewan kita untuk hari ini. Sejurus selepas ini, Kertas Dewan yang telah disenaraikan dalam Buku Perintah Mesyuarat Dewan akan dibentangkan di atas meja mesyuarat tanpa dibahaskan, selaras dengan Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan.
Sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat ingin menyentuh sebarang perkara berhubung mana-mana Kertas berkenaan, ia bolehlah dibangkitkan semasa perbahasan kelak. Setelah Kertas Dewan dibentangkan, soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian akan dijawab oleh pihak Kerajaan mengikut turutan seperti di dalam Kertas Perintah Mesyuarat Dewan. Dewan kemudiannya akan berehat sebentar dan apabila disambung semula, Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja akan dicadangkan dan dibuka untuk perbahasan. Saya akan memberi ruang yang sewajarnya pada hari ini kepada keenam-enam Ahli Yang Berhormat di sebelah kiri saya untuk membahaskan usul berkenaan. Setelah itu, Dewan akan ditangguhkan dan akan disambung semula pada pagi esok untuk maklum balas serta penggulungan oleh pihak Kerajaan.
Kertas-Kertas Dewan
Kertas-Kertas Dewan yang dibentangkan.
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar.
Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahirabbilalamin, Rabbi’nastain… salam Perlis, selamat pagi, Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, sukacita saya membentangkan di atas meja mesyuarat, Kertas Dewan Bilangan 2 Tahun 2022 (Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2020 Siri 1). Terima kasih.
Soalan-Soalan LisanQuestions
Soalan-soalan lisan.
Soalan-soalan lisan, dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang.
Terima kasih Dato’ Speaker Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, Yang Berhormat Speaker soalan saya, soalan nombor 1.
(Soalan 1 : Sejauh manakah prestasi yang dicapai dalam usaha memulihkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selepas memasuki era endemik?)
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Tambung Tulang, bagi prestasi tahun 2020, saya dapati bahawa KDNK kita telah menyusut sebanyak 6% peratus berbanding tahun 2019. Walau bagaimanapun, penyusutan ini telah didapati berubah kepada positif pada tahun 2021 apabila KDNK Negeri Perlis telah mencatatkan 5.9 bilion nilai KDNK dan ini adalah merupakan peningkatan sebanyak 1.5% berbanding dengan tahun 2020 dan kalau boleh saya sebutkan sedikit apakah sektor-sektor ekonomi yang telah menyumbang kepada pengembangan KDNK kita pada tahun 2021. Sektor perkhidmatan adalah merupakan penyumbang yang tersebar yang mewakili 70.2%, diikuti dengan sektor pertanian sebanyak 17.4%, sektor pembuatan sebanyak 8% dan diikuti oleh sektor pembinaan 2.6% dan perlombongan pengkuarian 0.5%. Beberapa usaha-usaha telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk memulihkan KDNK yang dapati mengucup pada tahun 2020… yang telah pun memberikan tanda-tanda positif pada tahun 2021. Pertamanya, kita telah dengan kerjasama pelbagai agensi, pusat dan negeri, kita telah melaksanakan projek-projek pembangunan khususnya projek-projek infrastruktur dengan kemudahan yang menjadi pemangkin kepada pelaburan swasta sebab kita percaya bahawa pelaburan swasta ini merupakan suatu engine growth… ataupun peranan swasta itu merupakan engine growth bagi negeri Perlis dan kita juga telah memperkenalkan pakej-pakej inisiatif pelaburan pasca COVID-19 yang merangkumi elemen-elemen berbentuk fiskal dan bukan fiskal yang bertujuan untuk menarik lebih ramai pelabur untuk datang melabur di negeri Perlis dan kita yakin bahawa peranan yang dimainkan oleh pihak swasta ini akan menyumbang kepada peningkatan KDNK kita pada tahun ini dan juga tahun-tahun yang mendatang, insya-Allah. Dan sukacita juga saya memaklumkan bahawa sehingga Julai 2022, nilai keseluruhan pihak swasta pelaburan swasta ini yang bukannya jadi lagi tapi sebahagiannya telahpun menunjukkan komitmen sebahagian lagi telahpun menjalani proses-proses yang tertentu di pihak Kerajaan Negeri. Nilai keseluruhannya sekarang ini kita dah ada dalam rekod kita 25.16 billion. Jadi bagi membantu merangsang semula ekonomi ini, kita juga ada usaha-usaha yang lain iaitu melalui pakej rangsangan ekonomi. Di bawah pakej ini, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak 10 juta ringgit bagi membiayai atau melaksanakan sebanyak 338 projek-projek kecil yang dilaksanakan oleh pelbagai jabatan dan agensi, sama ada di peringkat Negeri mahupun di peringkat Persekutuan. Selain daripada itu, kita juga telah membelanjakan sebanyak RM19.6 juta lagi, juga untuk membiayai projek-projek kecil yang berjumlah 488 dan pakej ini adalah di bawah pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau ringkasnya PEMERKASA. Jadi selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah mempergiatkan lagi usaha-usaha pemulihan ini dengan mengambil kira 5 teras strategi pemulihan bagi memastikan Perlis bukan sahaja kembali berada di atas landasan yang tepat, tetapi juga untuk memastikan supaya matlamat di dalam rancangan struktur negeri 2030 mencapai objektifnya. Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih dan alhamdulillah atas usaha-usaha yang dibawa Kerajaan Negeri setakat ini bagi memulihkan kembali KDNK negeri ini. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Bintong tentang ada atau tidak kepentingan negeri dalam Baladna kerana Baladna ni… dua tiga hari ini adalah berita yang cukup panas lah… hot… termasuk semalam pun Perdana Menteri sendiri mengumumkan dia antara pelabur terbesar… antara yang terbesar di negara ini. Saya ingin bertanya Yang Berhormat, ada atau tidak penglibatan kepentingan syarikat-syarikat negeri Perlis atau yang berkaitan dengannya, sekurang-kurangnya ada interest dalam projek yang begitu besar. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Saya ingin menyorot kembali akan inisiatif projek tenusu ini yang telah pun sebenarnya bermula rundingan awalnya pada tahun 2019 apabila saya telah di… ditemui oleh wakil daripada Syarikat Baladna yang berasal daripada Qatar dan rentetan daripada perjumpaan… beberapa siri perjumpaan itu, saya telah menerangkan kepada mereka bahawa Kerajaan Negeri tidak mempunyai tanah yang luas sepertimana yang mereka kehendaki iaitu melebihi daripada 5,000 ekar. Jadi tak mungkin Kerajaan Negeri mempunyai tanah seluas itu dalam satu keping tanah. Dan saya telah mencadangkan supaya mereka bekerjasama dengan pihak ketika itu MSM merupakan sebuah subsidiari FGV dan jugak pihak FELDA sebenarnya… tetapi pihak FELDA telah memaklumkan mereka tidak mempunyai tanah yang luas dan saya juga telah mencadangkan pula supaya mereka bekerjasama dengan pihak FELCRA kerana FELCRA masih lagi mempunyai tanah… sebidang tanah yang agak luas yang sebelum ini ditanam dengan getah, Yang Berhormat Tambun Tulang pun sedia maklum. Dan hasil daripada cadangan itu, mereka telah bertemu kembali dalam beberapa siri rundingan dan akhirnya itulah mereka telah bersetuju untuk memilih Perlis kerana Perlis ini menjadi iklim yang begitu sesuai untuk industri berkenaan dan akhirnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah pergi melawat projek ini di Qatar. Ni saya menyorot kembali ini supaya kita dapat memahami akan sejarah bagaimana dia berlaku dan oleh kerana kita tidak mempunyai tanah… tanahnya adalah merupakan tanah milik FGV… eh… milik MSM yang kemudian telah pun diambil alih oleh FGV dan ini adalah merupakan suatu projek usahasama tiga parti yang melibatkan Baladna, FGV dan juga sebuah syarikat lagi iaitu syarikat Touch Group Holding Sdn. Bhd. Dan Kerajaan Negeri memang tidak ada perkongsian di dalam projek ini kecuali Kerajaan Negeri mempunyai peranan untuk menyediakan infrastruktur-infrastruktur yang diperlukan oleh syarikat ini ataupun oleh projek ini seperti jalan raya, penyediaan air dan juga elektrik dan lain-lain sistem komunikasi dan sebagainya. Jadi itu sebenarnya… dia tidak ada penglibatan Kerajaan Negeri. Terima kasih Yang Berhormat Dato` Speaker.
Yang Berhormat Sanglang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya nombor 2.
(Soalan 2 : Apakah pendekatan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk menyegerakan pembangunan yang dirancang seperti Jeti Bersepadu Sanglang, Kangar Sentral dan Pelabuhan Darat Perlis (Perlis Inland Port)?)
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Sanglang berkenaan dengan apakah pendekatan yang diambil Kerajaan Negeri untuk menyegerakan projek-projek seperti Jeti Bersepadu PIP dan juga Kangar Sentral. Saya mulakan dengan Kangar Sentral dulu. Kangar Sentral kita tidak ada masalah dari segi pelaksanaan. Tidak ada kelewatan yang berlaku sebenarnya setelah Kerajaan meluluskan peruntukan yang berjumlah RM30 juta untuk melaksanakan projek ini dan pada masa ini, prestasi projek adalah seperti jadual dia. Kalau mengikut jadual 40.38%, tetapi jadual sebenar 39.25% dari kiranya jadual dan kerja sebenar berjalan agak seiring, tidak ada masalah di dalam projek ni dan kita menjangkakan projek ini akan siap pada bulan April tahun 2023. Itu tadi saya bagi itu adalah merupakan progress di tapak sehingga 25 Julai 2022 yang mana projek ini adalah diawasi di bawah pihak JKR negeri Perlis dan mengenai projek ini juga dia tidak begitu besar, dan oleh kerana tidak begitu besar maka keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh agensi-agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri tidaklah begitu strict dan sebab itulah projek ini dapat kita laksanakan dengan cepat. Walau bagaimanapun, bagi projek-projek seperti Pelabuhan Darat Perlis dan juga Jeti Bersepadu, projek ni agak besar dan kita terpaksa melalui proses-proses yang diwajibkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan juga pihak Kerajaan Negeri dan apakah sebenarnya proses-proses yang terpaksa dilalui? Pertama sekali kita terpaksa mendapatkan kelulusan daripada MPFM iaitu Majlis Pelaksanaan Fizikal Negara yang ini dipengerusikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di peringkat Persekutuan. Alhamdulillah projek telah pun berjalan… agak dah lama kelulusan diperolehi. Jadi, bagaimanapun kita mempunyai beberapa lagi proses-proses yang perlu dipatuhi oleh Kerajaan ataupun oleh pihak-pihak pihak pemaju pertamanya seperti Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), Penilaian Kesan Trafik (TIA), laporan Environment Management Plan (EMP), laporan Penilaian Impak Sosial (SIA), laporan audit keselamatan jalan raya (RSA) dan macam-macam lagilah dan alhamdulillah semua proses ataupun dari requirement ini… keperluan yang wajib ini telahpun dipenuhi dan dia memakan masa yang sangat lama. Jadi kerana itulah projek ini walaupun telah diinisiatifkan tujuh tahun lebih yang lalu dan sehingga hari ini kita masih lagi terpaksa melalui proses-proses yang terpaksa dipenuhi oleh pihak-pihak pemaju dan juga Kerajaan Negeri.
Jadi, apakah proses yang selainnya? Yang selainnya, projek ini juga terpaksa masuk ke makmal pengurusan projek yang diurus setiakan oleh pihak EPU… bukan EPU Perlis tetapi EPU di peringkat Persekutuan dan alhamdulillah itu pun telah… telah diluluskan. Baru saja lulus sebenarnya tahun lepas. Dan selepas itu ada lagi value management lab lain… teknikal pula… itu juga telah diluluskan. Bila berlaku? Juga di akhir tahun lepas dan akhirnya Kerajaan telah meluluskan sebanyak sepertimana yang dimaklumkan oleh… ataupun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa melancarkan projek ini pada pada awal tahun haritu iaitu sebanyak RM341 juta telah diluluskan untuk melaksanakan projek-projek ataupun infrastruktur sokongan. Tanpa infrastruktur sokongan ini, iaitu seperti bonded road ataupun jalan kepungan, spurline ataupun jalan kereta api yang akan menghubungkan PIP dengan jalan kereta api yang yang sedia ada, dan juga flyover yang diperlukan kerana ada jejantas… apa tu… pertindihan di antara jalan kereta api dan jalan raya. Dan ini memakan masa yang panjang sebenarnya. Tapi alhamdulillah kerana semuanya telah pun diluluskan, malah bonded road telah pun dilaksanakan. Yang belum dilaksanakan lagi hanyalah spurline yang mana proses tender telahpun bermula tetapi malangnya disebabkan oleh kepentingan tertentu… tender yang pertama tu telah dibatalkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan sekarang telah pun ditender semula dan saya mendapat maklum daripada pihak NCIA sebab urusan-urusan tender ni semuanya dilakukan oleh pihak NCIA… yang di bawah EPU ya… di bawah EPU, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya. Dan insya-Allah saya rasa mungkin pada akhir September, projek ini mungkin akan dipilih kontraktornya oleh pihak NCIA dan dapat dilaksanakan. Jadi setelah semua prasarana sokongan ini telah dilaksanakan, maka barulah PIP itu sendiri akan dilaksanakan. Jadi ini yang yang dilakukan oleh pihak Kerajaan kerana kita telah melakukan usaha-usaha koordinasi dan menyelesaikan isu-isu ini dengan segera, tetapi ia melibatkan agensi-agensi bukan sahaja di negeri Perlis, tetapi juga agensi-agensi di peringkat Persekutuan. Saya boleh sebutkan agensi-agensi dan Kementerian terlibat seperti EPU sendiri, Kementerian Kewangan, MOT, Kementerian Pengangkutan, JKR, RAC iaitu… apa tu… Railway Assets… Railway Assets Corporation, KTMB dan juga syarikat-syarikat yang yang berkait juga… dan juga Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri melibatkan pemindahan beberapa tempat-tempat… apa tu… Gerak Khas ini, dia PDRM dan juga pihak pengawal sempadan ini untuk mengelakkan ya… mengawal penyeludupan dan sebagainya. Jadi banyak sekali koordinasi yang perlu dilakukan dan isu-isu yang perlu diselesaikan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat Negeri, yang mana orang awam tidak tahu mengenai perkara ini, yang mungkin Yang Berhormat juga tidak tidak tahu, dan di masa yang sama, kita ada isu-isu tempatan yang terpaksa kita selesaikan… contoh, isu untuk membolehkan kita membina bonded road itu ataupun jalan kepungan itu kerana jajarannya itu melibatkan sebuah perkuburan Cina dan untuk menyelesaikan masalah perkuburan Cina ini sahaja dia memerlukan hampir dua tahun rundingan diadakan. Tapi alhamdulillah, akhirnya isu itu diselesaikan pada tahun lepas dan kerana itulah baru projek itu dapat dilaksanakan.
Apa isu lagi? Kita ada satu saluran komunikasi yang sangat besar iaitu merupakan satu gateway di antara Malaysia dengan Thailand, saluran telekomunikasi kita yang ada di sana yang juga perlu diubah dan ini juga memakan masa yang lama yang melibatkan MCMC, yang melibatkan Kerajaan Negeri, yang melibatkan kontraktor juga, dan juga melibatkan pihak berkepentingan di sebelah Thailand dan rundingan terpaksa dilakukan di antara Malaysia dengan Thailand untuk membolehkan pemindahan saluran-saluran telekomunikasi ini. Begitu banyak sekali sebenarnya masalah-masalah dan isu-isu yang terpaksa dihadapi dan proses-proses yang terpaksa dilalui oleh Kerajaan Negeri sebelum projek ini dapat dilaksanakan. Alhamdulillah semua itu telah pun kita selesaikan dan hanya yang ada sedikit sahaja lagi… tunggu ni… pertindihan-pertindihan bidang kuasa ya… di antara pihak RAC dengan pihak JKR, dan ini saya telah meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri semasa pertemuan di dalam mesyuarat MB-MB yang dilakukan baru-baru ini, saya minta supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mencari jalan penyelesaian akan perbezaan pandangan yang ada di antara pihak KTMB, pihak RAC dan juga pihak JKR dalam hal ini. Ini berkaitan dengan ruang udara yang akan digunakan, jalannya akan di… di… di-upgrade dan juga dibina dan sebagainya. Jadi insya-Allah Yang Berhormat Sanglang, saya beri jaminan bahawa sebaik-baik sahaja spurline dan flyover ini dilaksanakan, yang dijangkakan mengikut maklumat yang saya perolehi daripada pihak NCIA pada akhir bulan September ataupun bulan Oktober, maka dilaksanakan sahaja projek spurline ini yang merupakan infrastruktur-infrastruktur sokongan, maka pihak pemaju PIP ini akan terus memulakan pembinaannya yang mana mereka telah pun memilih sebuah syarikat kontraktor untuk melaksanakan… syarikat kontraktor tempatan, untuk melaksanakannya dan urusan-urusan yang berkaitan dengan kewangan yang melibatkan syndicated loan, yang melibatkan 3 buah bank oleh pihak developer ni juga telahpun diselesaikan. Insya-Allah, jaminan dalam Dewan yang mulia ini, Ahli-ahli Yang Berhormat semua dengar, wakil-wakil jabatan apa semua dengar, ini akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat insya-allah. Dan, kaitannya dengan Sanglang? Sanglang dia adalah merupakan developer yang sama ataupun syarikat yang sama, apabila sahaja PIP telah bermula maka pihak pemaju telah memberi jaminan bahawa enam bulan selepas itu, maka SIJ pula akan mula dilaksanakan. Dia tidak boleh disiapkan lebih awal sebab dia tak mahu jadi macam gajah putih, sebab dia ada running cost, dia ada kos operasi yang terpaksa ditanggung oleh pihak… oleh operating cost ataupun cost maintenance yang terpaksa ditanggung kalau sekiranya projek itu siap lebih awal, tetapi dia tidak memberikan pulangan hasil, begitu juga dengan PIP. So, sebab itu dia nak memastikan supaya infrastruktur sokongan ini berjalan terlebih dahulu dan di masa sama, mereka juga akan memulakannya. Jadi, koordinasi itu sangat sangat sangat diperlukan dalam hal ini untuk memastikan tidak ada cost overrun dan tidak ada kos-kos yang terpaksa ditanggung yang secara tidak diperlukan oleh pihak… semua pihak yang terlibat. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Soalan tambahan, terima kasih Yang Berhormat atas usaha keras yang telah dibuat dan telah pun menampakkan kejayaan, cuma saya ingin bertanya Yang Amat Berhormat berhubung dengan apakah perancangan dibuat oleh Kerajaan bagi merebut kedudukan kita yang merupakan kedudukan yang paling strategik supaya gateway untuk jalan sutera yang kita harapkan bahawa flyover ini akan menjadi pengangkutan utama dan dengan kedudukan kita yang begitu baik, laluan utama dan pintu utama masuk ke negara ini, ada alternatif perancangan-perancangan terkini yang telah dibuat oleh pihak Kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Saya… mungkin Yang Berhormat merujuk kepada dasar negara China ni ya? Sebenarnya apa yang kita lakukan di Padang Besar ini, iaitu untuk kita membina dia sebagai satu hub logistik adalah bertepatan sebenarnya, adalah cuba untuk kita meraih faedah daripada dasar negara China tersebut dan kita mempunyai kelebihan dari segi kedudukan kita yang strategik dan kita juga mempunyai jalan kereta api yang kita tidak perlu lagi sebenarnya untuk membuat pelaburan yang besar sebab kita dah ada pun jalan kereta api di sana dan jalan kereta api itu akan menjadi sebahagian daripada apa yang telah dibangunkan oleh negara China, di negara-negara yang lain akan menghubungi negara China melalui Thailand dan sebagainya sampailah ke Semenanjung Malaysia. Dan jalan kereta api itu akan menyambung terus di sana dan sebab itu kedudukan kita di PIP di Padang Besar ini kita jadikan sebagai bubu untuk… sebab kemasukan barangan ataupun kargo daripada… daripada Thailand ini dan juga daripada… mungkin daripada negara China sendiri untuk kita nanti edarkan ataupun dihantar sama ada ke Malaysia sendiri ataupun ke negara-negara yang lain yang berhampiran ataupun ke Eropah misalnya. Dan kita nak mengambil kesempatan ini dan kerana itulah keupayaan PIP ini kalau mengikut pelan dia, dia boleh mengendalikan kargo sehingga dua juta TEU setahun. Tetapi itu kapasitinya akan dibangunkan secara beransur-ansur. Di peringkat awal, dia akan mengendalikan lebih kurang 300 ribu TEU dan dia akan meningkat kepada 1 juta, 1.5 juta dan juga kepada 2 juta akhirnya. Ini merupakan satu kapasiti atau potensi yang sangat besar dan kita menjangkakan harga kargo yang akan melalui Padang Besar ini akan meningkat jumlahnya sekiranya PIP disiapkan dengan segera dan dia menjangkakan PIP ini akan siap dalam tempoh 2 tahun setelah dia dilaksanakan. Kalau sekiranya pembinaannya bermula pada bulan Oktober, say for example, maka pada bulan mid-November tahun 2024 dia akan siap dan dapat dilaksanakan. Jadi Itulah sebenarnya dan di masa yang sama juga kita tahu bawa UniKL… UniKL ada satu sekolah yang akan mengkhusus dalam bidang logistik ini akan… dia akan memberi penawaran kepada tenaga kerja sebab kita nak wujudkan hub logistik di sini, maka dia akan menyokong sebenarnya. So, in short, what I can say, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker, we are creating an ecosystem that is suitable for Perlis to be a logistical hub for the region. It is not only for Perlis, it is not only for Malaysia, it is for the region and of course we are taking advantage of the policy of China in this case. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak tanya soalan cara orang tak reti lah. Agak-agak Yang Amat Berhormat, bila nak siap? Tujuh tahun dah berlalu. Kalau budak pun dah masuk darjah 1, lepas tu nak sampai tingkatan berapa?
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Sanglang, saya dah terangkan tadi, saya ada orang tanya soalan ni juga pada saya jugak. Apabila saya membuat satu posting mengenai tenusu… ladang tenusu ini yang akan dilaksanakan oleh pihak FGV Baladna dan juga oleh pihak Touch Group ini, dia kata ada seorang hamba Allah ni dia tulis dalam FB saya dia kata banyak dah MOU dok signed. Saya bagi jaminan kepada Yang Berhormat dan juga Dewan Yang Mulia ini, tidak ada MOU yang ditandatangani Kerajaan Negeri. Tapi MOU tu ditandatangani oleh pihak yang berkenaan sahaja. Saya memang memberikan tumpuan ini pada perkara ni, saya tak mau kerana menandatangani MOU, tak jadi. Sebab itu saya tidak pernah ada menandatangani sebarang MOU dengan mana-mana pihak dan hamba Allah ini mengatakan banyak dah MOU dok signed tapi tak pernah jadi. Saya kata kalau kita nak buat rumah, walaupun rumah tu kecil, harini kita lantik kontraktor besok kita nak expect rumah ni siap, tak boleh. Dia mengambil masa. Walaupun rumah tu kecil sekalipun, dia kena mengambil masa untuk menyiapkannya, walaupun rumah tu kecil. Samalah juga seperti projek-projek PIP seperti… apa namanya… Sanglang Integrated Jetty ni. Apatah lagi kita tidak pernah ada pun di negeri Perlis ni satu jeti yang seperti pelabuhan. Ini merupakan pengalaman baru kita dan kita tak pernah ada lagi satu bentuk pembangunan di kawasan di dalam laut. Ini kali pertama. Dan apakah keperluan ataupun mekanisme yang diperlukan untuk membolehkan projek ini dilaksanakan? Kita kena memberikan kuasa kepada MPK misalnya supaya MPK mempunyai jurisdiction ataupun bidang kuasa untuk membangunkan kawasan laut yang tak pernah ada dan itu pihak MPK. Alhamdulilah telah pun dibuat sebenarnya mengikut Akta yang berkenaan, 172 kalau tak silap saya yang memberikan kuasa. Ini kita terpaksa selesaikan, tetapi ini adalah proses dalaman yang berbentuk pentadbiran yang tidak diuar-uarkan kepada rakyat ataupun… mahupun dalam Dewan ini sebab ini adalah proses... ia merupakan administrative process yang perlu dilakukan. Jadi tadi saya dah terangkan banyak proses-proses yang terpaksa kita lalui apatah lagi gangguan-gangguan yang berlaku apabila Kerajaan telah berubah kepada PH, 22 bulan. Bayangkan 22 bulan we have wasted our time, we cannot do anything during those 22 months. We wasted our time. Even selepas itu 17 bulan lagi pun ding dong ding dong dan inilah yang menyumbang kepada kelewatan, selain daripada requirements ataupun syarat-syarat yang wajib dipatuhi oleh pemaju dan Kerajaan Negeri sebelum melaksanakannya. Bayangkan, nak mendapatkan peruntukan sebanyak RM341 juta sebab estimate yang awal apabila kita membuat permohonan di bawah RMK-11 Yang Berhormat, kita hanya memohon RM150 juta. Tetapi cost escalation berlaku sehinggalah akhirnya setelah dimuktamadkan melalui lab management, melalui technical punya management, assessment dan macam-macam lagi assessment yang dikehendaki dan disyaratkan oleh Kerajaan… ini bukan Kerajaan Negeri, ini adalah syarat-syarat jabatan dan juga kementerian di peringkat
Kerajaan Persekutuan. Itu menyebabkan mengambil masa yang panjang dan apatah lagi rundingan di peringkat awal dahulu dengan satu syarikat telah gagal kerana dia tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Kita terpaksa membatalkan itu dan kita lantik semula yang baru dan inilah yang sedang kita lakukan sekarang ini. Jadi Yang Berhormat, itulah sebenarnya proses yang terpaksa dilalui oleh Kerajaan Negeri sebelum projek ini dapat dilaksanakan. Saya memahami akan penderitaan yang dihadapi oleh Yang Berhormat Sanglang kerana rakyat di bahagian Sanglang memang dok tanya “eh… bila ni?”, sebab saya dok bercakap benda ni lama dah, tetapi proses-proses yang terpaksa dilalui saya tidak boleh elakkan benda ni. Jadi saya harapkan supaya Yang Berhormat memahami dan menerangkan kepada rakyat this is the thing that we have to go through. We have no other way, but this is the only way dan Yang Berhormat yang pernah berada dalam pentadbiran akan memahami perkara ini sebenarnya. Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, itulah penjelasan saya dan saya harapkan penjelasan ini dapat memberi pemahaman kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga rakyat diluar sana. Terima kasih.
Yang Berhormat Speaker…
Yang Berhormat Sena, saya nak teruskan soalan. Yang Berhormat boleh masuk dalam perbahasan nanti. saya bagi masa nanti, terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji. Soalan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Yang Berhormat Speaker soalan saya, soalan nombor 3.
(Soalan 3 : Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menjadikan Perlis sebagai hub pertanian dalam skala sederhana dan besar bagi menjamin bekalan makanan untuk masa akan datang?)
Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah lebih awal memulakan pengeluaran makanan secara komersial di peringkat negeri bermula dari tahun 2014 dan gerakan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan 2021 sehingga 2025. Bagi tujuan itu, beberapa projek berskala besar dan kecil yang telah dan sedang dilaksanakan antaranya ialah Projek Superfruits Valley seluas 50 hektar di Hutan Simpan Rimba Mas Mas oleh FigDirect Sdn. Bhd dengan tanaman lemon, buah tin, gac, markisa dan mulberi. Yang kedua projek tanaman Nanas MD2 seluasa 87 hektar di Wang Kelian oleh GG Eco Farm Sdn. Bhd., yang ketiga Projek Tanaman Pisang Cavendish seluas 160 hektar di Hutan Simpan Kekal Lubuk Sireh oleh PCE Retails Sdn. Bhd. Berikutnya Projek Penanaman Kopi Secara Bersepadu (CICP) seluas 101 hektar di Hutan Simpan Kekal Lubuk Sireh oleh Agrikorp Sdn. Bhd. Projek Penanaman Ubi Kayu (Cassava) seluas 160 hektar di Hutan Simpan Kekal Lubuk Sireh oleh Biorainforest Sdn. Bhd., Projek Ternakan Lembu Fidlot seluasa lima hektar di Bilal Udoh oleh Syarikat Eastern Agro & Farming Sdn. Bhd, Projek Ternakan Lembu Daging, Bebiri dan Ayam Kampung seluas 4.05 hektar di Bukit Temiang oleh Saudagar Bijak Ternak Sdn. Bhd, Projek Ternakan Lembu Daging seluas 3.15 hektar oleh Koperasi Penternak Negeri Perlis, Projek Integrasi Ternakan Chuping (PITC) seluas 500 hektar di Felda chuping oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dengan menyasarkan pertumbuhan induk lembu dari 485 ekor pada masa ini kepada 1,200 ekor menjelang 2031 dengan anggaran pengeluaran 500 ekor bibit pedaging setahun untuk sembelihan. Dengan kerjasama Pihak Berkuasa
Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Kerajaan Negeri juga sedang membangunkan Zon Ekonomi Pertanian Bio Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NAEZ) yang diterajui oleh pihak swasta. NAEZ secara keseluruhannya akan menyasarkan lebih daripada RM2.5 billion pelaburan dan 2,000 peluang pekerjaan yang mampu untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing rantaian nilai industri pertanian melibatkan sektor aliran dan huluan dan pendidikan pembangunan pengkomersialan modal insan dan aspek pembinaan projek. Bagi tujuan tersebut, kawasan Chuping Perlis merupakan satu kawasan utama yang dizonkan bagi membangunkan NAEZ di negeri Perlis yang merupakan sebahagian dari jaringan pertanian utama NAEZ Chuping, Bukit Kayu Hitam FGV yang merupakan salah satu rakan strategik berskala besar dalam membangunkan NAEZ Chuping melalui Chuping Agro Valley dengan sasaran jumlah pelaburan melebihi 2 bilion. Chuping Agro Valley seluas 4,498.99 hektar mempunyai dua projek utama iaitu, Integrated Dairy Farm bagi ternakan lembu tenusu seluas 3,258.92 hektar dan Intergrated High Value Cash Crop bagi tanaman nanas MD2, pisang cavendish, dan mangga Harumanis seluas 1,240.07 hektar. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian melaksanakan program dan aktiviti seperti berikut. Program Pertanian Bandar / Kebuniti, Jimat Belanja Dapur (PBJB) dan Projek Pertanian Pemacu Ekonomi Hidroponik (PEH). Program ini sebagai salah satu strategi bagi membantu isi rumah dalam berdepan dengan isu kekurangan bahan makanan dan peningkatan kos sara hidup. Di bawah Program Pertanian Bandar / Kebuniti, sehingga kini sebanyak 228 projek telah dilaksanakan melibatkan seramai 6,138 orang peserta dengan perbelanjaan berjumlah RM1 juta melalui peruntukan pembangunan Persekutuan. Projek Pertanian Pemacu Ekonomi Hidroponik (PEH) kita sedang jalankan sekarang ialah sebanyak 15 DUN untuk 125 peserta, iaitu bermakna satu DUN dalam 10 orang dengan nilai sebanyak RM750,000.00 dan juga ladang benih padi yang kita sedang usahakan oleh di luar MADA sebanyak 330 hektar, di kawasan MADA 237 hektar. Begitu juga jagung bijiran yang sedang kita usahakan dari masa ke semasa dengan… untuk jangka masa sehingga tahun 2025, kita anggarkan sebanyak 500 hektar. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Empat yang telah memberi penjelasan berkaitan dengan perancangan Kerajaan untuk menjadikan Perlis sebagai hub pertanian. Soalan saya yang pertama, adakah kesemua projek-projek pertanian tadi memberi impak yang baik dan manfaat kepada masyarakat dalam negeri Perlis? Yang kedua, apa yang diterangkan oleh Yang Berhormat berkaitan projek-projek yang dibuat oleh Kerajaan Negeri, pada pengetahuan saya lah, sebenarnya ia tidak sampai kepada pihak luar, pihak masyarakat setempat berkaitan dengan progress kemajuan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Yang ketiga berkaitan dengan projek Kerajaan Negeri khususnya untuk di kampung-kampung dalam DUN sejak 2 tahun kebelakangan ini, projek tanaman di sekeliling rumah… di sekitar rumah, adakah ianya memberi pulangan hasil yang baik kepada pengusaha dan sejauh mana pemantauan yang dibuat oleh pihak berkaitan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Sebagai makluman semua, projek-projek yang kita buat ni ada setengah yang melibat… yang kebanyakkan melibatkan negeri, yang menguntungkan kepada masyarakat tempatan. Berkenaan dengan projek-projek yang sedang berjalan di dalam kawasan tu kebanyakkannya kan, kalau tak tau pun saya ingat 3 ADUN saja yang tak tau, mungkin la kan. Sebab ada penyelaras-penyelaras kan. Tapi DUN-DUN lain semua saya rasa Jabatan Pertanian akan minta senarai nama-nama, 1 DUN 10 orang yang sedang berjalan projek hidroponik, sedang buat apa… diri bangun bangunan… bangunan. Tanaman tu tak mula lagi dan akan datang saya akan minta lagi kepada tiap-tiap DUN mungkin 40 orang asnaf-asnaf untuk tanaman dalam polybag di tiap-tiap rumah. Kita try hidroponik, kita minta senarai nama pun, banyak kata tak dak kawasan lah, sedangkan keluasan kawasan yang kita minta 8 kaki kali 25 kaki saja, bukan luas. Ha… sekarang kita nak ubah kepada dalam hidroponik mungkin 1 DUN kita akan ada 40 orang masa akan tiba dari… apa sebab kita… saya baru mohon peruntukan daripada Yang Amat Berhormat, YAB Menteri Besar sebanyak 172,000, dia pun pada dasarnya lulus cuma saya akan buat… minta jabatan buat kertas kerja sikit lah untuk ni dan juga saya baru ni kebetulan masa Hari Penternak Nelayan MAHA kan, saya jumpa dengan Pengerusi MADA bersama dengan Pengurus Besar MADA, saya maklum kepada depa… saya mintak kepada depa, saya nak mintak tanam sayur-sayuran di kawasan pinggir-pinggir, ban-ban yang sebelum ni. Dulu orang biasa tanam depa tak bagi, tahun ni saya dah mintak bercakap dengan dia, saya nak minta kebenaran daripada MADA untuk tanam sayur-sayur di ban-ban. Bukan tanam pisang na… bukan tanam pisang, bukan tanam pokok nyok, bukan tanam pokok mempelam. Nak mintak tanam sayur-sayur di ban-ban yang ada, yang tu… sekian, terima kasih.
Sedikit Yang Berhormat Speaker, saya nak buat pembetulan sikit kepada Yang Berhormat Simpang Empat berkenaan… dia kata konon kami pun tak dapat, sebenarnya Jabatan Pertanian pun berhubung dengan kami untuk apa ni… bantuan… apa ni… pertanian tu. Saya rasa Yang Berhormat Simpang Empat yang tak mau bagi kat kami ni, haa... terima kasih na.
Bukan tak bagi, saya nak test tengok, hampa nak habaq ka tak habaq kat aku.
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Sena, soalan.
Yang Berhormat Speaker, soalan saya soalan nombor 4.
(Adakah Kerajaan Negeri Perlis mempunyai perancangan program peningkatan sekuriti makanan bagi menangani isu kenaikan harga makanan ayam contohnya seperti mengusahakan tanaman jagung bijirin berskala besar dalam usaha mengurangkan kebergantungan bekalan makanan import, khususnya kepada ternakan ayam, dengan memanfaatkan tanah lapang atau tanah terbiar sediada di negeri ini sebagaimana projek yang diusahakan bersama oleh Kerajaan Negeri Sembilan dan Selangor dengan sasaran pengurangan kebergantungan bekalan import jagung bijirin anatara 2% hingga 3% ?)
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Sena. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pertanian telah terlibat dengan penanaman jagung bijian sejak tahun 2017, 2016… pada tahun 2018, Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Makanan (MAFI) telah mengambil inisiatif memulakan Projek Pembangunan Industri Bijian di bawah Program Sumber Kekayaan Baharu yang mengurangkan 30% import makanan ternakan dalam Rancangan Malaysia ke-12. Pembangunan tanaman jagung bijian telah diletakkan di bawah projek pembangunan tanaman ternakan. Sehingga kini, jabatan menerima sejumlah 980,000 peruntukan pembangunan melibatkan 47 usahawan penerima insentif berkaitan untuk pembangunan projek tanaman jagung bijian. Antara inisiatif yang telah diberikan melibatkan pembangunan dan penyediaan infrastruktur input pertanian, jentera, peralatan di bawah Jabatan Pertanian. Untuk memastikan kejayaan industri ini, Jabatan Pertanian Malaysia telah melibatkan dan menerbitkan Buku Pakej Teknologi Jagung Bijian pada tahun 2020 dan Buku Pelan Tindakan Kawalan Ulat Ratus Fall Armyworm pada tahun 2021 untuk panduan dalam penanaman dan pengurusan jagung bijian. Negeri Perlis merupakan antara kawasan tumpuan penanaman jagung bijian kerana kesesuaian iklim dan cuaca dalam Zon 1 bagi tanaman berkenaan. Pada tahun 2022, keluasan tanaman jagung bijian yang dibangunkan di negeri Perlis sebanyak 3,000… 3,000, besaq saya habaq tu… 378 hektar dengan melibatkan 10 pengusaha individu dan swasta. Keluasan dijangka… bertanam pada tahun ini adalah sebanyak 255 hektar. Berdepan dengan kenaikan harga makanan ternakan pada tahun ini, industri ini diberi penegasan untuk diperluaskan. Justeru itu, Jabatan Pertanian telah mewujudkan kerjasama strategik melibatkan peneraju yang terdiri daripada syarikat swasta. Antara peneraju yang sedang mengusaha tanaman jagung bijian di negeri Perlis, ladang kontrak dan… adalah Syarikat Green World Genetics Sdn. Bhd. (GWG). Syarikat ini telah mengusahakan seluas 117 hektar penanaman jagung bijian melibatkan 10 kontrak grower di negeri Perlis dan syarikat ini telah mempunyai loji pemprosesan yang lengkap di Pauh. Sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada import makanan ternakan, Jabatan mensasarkan 500 hektar tanaman jagung bijian berjaya diusahakan menjelang tahun 2025 dengan menjadikan Chuping sebagai hub pengeluaran jagung bijian yang terbesar di Malaysia. Selain daripada itu, seluas 3,500 hektar dalam Chuping Agro Valley akan dibangunkan dengan penanaman jagung bijian. Pengeluaran jagung bijian ini disasarkan akan menyumbangkan 5% sasaran MAFI. Pada ketika ini, FGV sedang berusaha mengusahakan kawasan seluas 100 hektar sebagai ladang perintis memilih benih jagung yang terbaik serta keadaan tanaman yang sesuai sebelum penanaman secara besar-besaran dilakukan. Di samping itu, GWG… satu lagi syarikat induk di bawah NCIA akan turut melibatkan bagi menyelitkan bekalan benih secara khidmat nasihat teknikal dalam projek perintis. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat Simpang Empat. Alhamdulillah, saya begitu gembira mendengar penjelasan daripada Yang Berhormat. Cumanya saya tengok yang sebelum 2 tahun sudah, kita ada buat bersama-sama program jagung… tanaman jagung bersama dengan petani-petani dalam kawasan. Saya nak kalau ada… orang kata ada minat lagi daripada pihak depa, kalau nak laksana mungkin Yang Berhormat cakap tadi dari segi… apa nama… jagung untuk ternakan dan sebagainya, kalau boleh dibuka lagi ni saya rasa kita boleh dapat lagi peladang-peladang daripada kemungkinan setiap kawasan DUN ni. Jadi secara tidak langsung kita boleh reduce bil import makanan kita dan juga kita boleh jana pendapatan untuk peladang-peladang tempatan kita. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Memang bagi pihak kita terutamanya Kerajaan Negeri suka sangat la dengan cara petani-petani yang ada tanah, kalau boleh tu melebihi, bahasa kampung di sini, 2 relung ka atau serelung lebih, kita boleh bagi cara tunjuk ajaq dan jugak benih-benih yang akan disediakan oleh GWG. Dan bukan setakat bagi benih apa sebagainya, GWG akan bantu keseluruhan tanaman tu dan dia beli balik. Untuk makluman la semua kan, sekarang ni jagung… apa… bijian ni, harga dia melebihi RM1,200 tan… RM1,200 setan, dan dijangka mencecah kepada 1,800 kan. Kalau kiraan saya 1 relung boleh dapat melebihi RM3,000 kepada petani-petani, dan orang kata kalau kira dengan kawasan lot MADA tu kalau mereka tanam adalah sesuai. Kalau tapi cuma, tengok keadaan tanah sebab melebihi
RM3,000 satu relung tu tinggi lah bagi saya kan… kawasan-kawasan lot MADA yang ada ni. Sekian, terima kasih.
Kalau boleh tu Yang Berhormat, saya bersedia untuk nak initiate benda ni sebab kita ada permintaan dari segi tanaman jagung ni dan kawasan mana nak diusahakan. Saya rasa insya-Allah kita boleh dapat dari segi keluasan tu sebab dia lebih kepada nak usahakan tanah-tanah terbiar dalam kawasan khususnya di DUN Sena. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.
Bagi peminat-peminat ataupun petani-petani yang minat nak tanam tu boleh berhubung dengan Jabatan Pertanian dan juga GWG dari masa ke semasa.
Saya tertarik tentang jawapan yang diberikan oleh ADUN Simpang Empat kerana saya tau kuota import kita sekarang ni masih berlaku dan berterusan sekitar 3 juta setahun. Kerana sebelum ini, benda ni telah dicuba di beberapa tempat dan dilihat tidak begitu berjaya. Yang nampak berjaya ni di Perlis, ada sedikit sinar. Mungkin disebabkan oleh cuaca ataupun soil tanah kita bersesuaian dengan ini. Saya ingin tanya Yang Berhormat, sebab apa yang berlaku di negara kita ni banyak kaitan syarikat-syarikat yang datang melabur dan membuat engagement dengan petani ini, mereka sebenarnya mempunyai hak exclusivity ataupun exclusivity right dalam Bahasa Inggeris tu, dengan izin, yang diberikan oleh Kerajaan. Jadi boleh atau tidak dalam perkara ini bantuan yang dibuat mungkin dalam pengawasan Yang Berhormat sendiri dalam sektor pertanian, supaya mereka benar-benar tulus ikhlas dalam mengurangkan import makanan negara ni? Kita sebenarnya… Malaysia ni bermain dengan kerja ad hoc, saya bukan niat untuk mengkritik dasar Kerajaan, tapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun pernah kesal baru-baru ini atas apa yang berlaku di negara kita ni tidak mendapat butiran facts ataupun satu angka yang tepat demi merancangkan tindakan atau polisi sosial. Saya ucapkan tahniah atas… walaupun tidak… sorry, sudah terlewat dan tidaklah begitu terlewat pun, kerana kita telah bergantung terlalu lama dengan import selama ini. Jadi bila berlaku kenaikan harga makanan ternakan, ayam naik dalam pasaran, telur naik dan mungkin tak dak shortage di sana sini, barulah kita buat program ini. Tetapi apabila benda ni dah reda hilang, program tu nampak akan mati. Apa jaminan Kerajaan dalam pastikan perkara ni dibuat dengan bersungguh-sungguh untuk kita zero import ini, zero import bawang, zero import kubis, zero import kelapa, yang akan berlaku di negara kita ni supaya kita tak lagi menjadi terumbang-ambing? Kata ramalan-ramalan apa… di masa depan, cuaca tak menentu, akan berlaku banjir besar, akan berlaku itu dan ini. Bersediakah negara kita menghadapi keadaan ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Kita, sebab tu dari awal tadi saya maklum kepada yang minat tanaman jagung bijian ni depa boleh berjumpa dengan Jabatan Pertanian untuk apa-apa yang depa perlu dapat bantuan. Di samping itu juga, syarikat yang diwujudkan GWG ni dia dah ada semua kilang, saya rasa kalau dalam Malaysia kilang dia yang termoden sekali untuk proses bijian jagung ni dan permulaan dia sekarang ni ada agensi yang mula tanam, yang pernah YB Tambun Tulang jadi chairman dulu, iaitu KENAF dia dah mula tanam, tuaian dia 1 hektar melebihi 10 tan yang dituai baru ni kan, kalau ikut awal yang kita tuai tu dapat 14 tan tetapi dengan hujan yang tak berenti tu dia lewat sikit tuaian, orang kata dah masak terlebih, dapat juga 10 tak lebih. Sekian, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan..
Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker soalan saya, soalan nombor 5.
(Soalan 5 : Berapakah jumlah unit yang bertukar status daripada lot bumi kepada lot bukan bumi yang telah dijual dan jumlah nilai jualan sejak perlaksanaan pecahan kuota mengikut bumi dan bukan bumi yang terbaru iaitu 70% : 30%?)
Bismillahiraahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullah barakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker, terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan. Secara keseluruhannya ya sebanyak 95 unit hartanah yang telah bertukar status daripada lot bumi kepada lot bukan bumi dengan nilai jualan sebanyak RM40.6 juta. Huraian seperti berikut, rumah sebanyak 35 unit dengan nilai harga jualan RM14.2 juta. Kedai atau pejabat berjumlah 48 unit berjumlah RM23.7 juta dan juga penggunaan bengkel sebanyak 12 unit dengan harga RM26 juta. Sekian harap maklum.
Dipersilakan Yang Berhormat…
Yang Berhormat Speaker, soalan tambahan Yang Berhormat Santan. Saya nak tanya pendapat, apakah Kerajaan Negeri Perlis sedia… kalau kita tengok di Kedah, dia lebih… memang dia pun menjaga dari segi bumi dan sebagainya, tetapi saya tengok kut-kut kita boleh laksana di Perlis dia tukar… dia tidaklah maknanya yang dari segi non-bumi, kalau dia beli… dia beli kepada bumi, dia hanya perlu cari dia mana-mana untuk gantikan balik sahaja. Gantikan lot bumi, walaupun di Kedah, jadi mana tau yang saya bangkitkan ni, kut-kut Kerajaan Negeri Perlis boleh follow, dia lebih cepat untuk dari segi pembangunan dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Sena. Nisbah itu adalah hak mutlak Kerajaan Negeri untuk menentukan nisbah itu. Tapi walau macam mana pun, pemaju boleh mengemukakan permohonan pelepasan kuota Bumiputera selepas dua tahun daripada dapat CCC, dan permohonan itu boleh dikemukakan bersama-sama dengan iklan penjualan. Dia ada peluang untuk non-bumi pun boleh memiliki, selepas dua tahun yang tak laku. Sekian.
Dipersilakan…
Soalan tambahan…
Sila-sila.
Apakah pelaksana sistem kuota ini telah membawa kepada pembangunan dan juga kemajuan dari segi penjualan unit-unit rumah ataupun rumah kedai ni? Dari segi ekonomi ni lah… penyumbang ekonomi kepada negeri Perlis. Terima kasih.
Yang Berhormat Indera Kayangan, memang peluang dibuka sebenarnya kepada non-bumi. Setelah seperti yang sebut tadi lah, selepas dua tahun tak laku rumah tu, peluang kepada non-bumi dibuka. Sebab dasar Kerajaan Negeri begitu. Nisbah daripada orang Bumiputera dengan non bumi agak tinggi. Bumiputera ramai, non-bumi tak ramai, jadi nisbah tu ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Jadi peluang masih ada selepas dua tahun tak laku.
Yang Berhormat Kuala Perlis.
Terima Kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan saya soalan nombor 6.
(Soalan 6 : Mengapakah nelayan yang layak perlu membeli rumah Projek Perumahan Nelayan di Taman Wai Permai dengan kos berganda daripada pinjaman bank sedangkan kos membina Projek Perumahan Nelayan itu ditanggung oleh MOA (MAFI)?)
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis, Dato’ Speaker. Untuk makluman, penetapan harga rumah dan skop projek PSN ataupun penempatan semula nelayan ditetapkan dan dilaksanakan berdasarkan garis panduan pelaksanaan projek khas perumahan nelayan dan dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian dan Institusi Makanan ataupun MAFI. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah mempertimbangkan dan bersetuju meluluskan agar penetapan semula harga jualan rumah pangsapuri Wai Damai. Yakni, projek penempatan semula nelayan Negeri Perlis Fasa Pertama. Di Kuala Perlis, daripada RM70 ribu kepada RM50 ribu sahaja bagi setiap unit. Harga RM70 ribu ini adalah berdasarkan kepada asas penilaian oleh Jabatan Perkhidmatan Nilaian Hartanah ataupun JPPH. Harga jualan unit rumah RM50 ribu ringgit seunit dilihat wajar dengan mengambil kira kos pengambilan dan pembangunan awal tanah berjumlah RM4.7 juta yang perlu ditanggung oleh Kerajaan Negeri serta pembangunan fizikal projek PSN yang diperuntukkan berjumlah RM10.5 juta, menjadikan keseluruhan kos berjumlah RM15.2 juta. Dengan mengecualikan binaan kemudahaan harta bersama dan infrastruktur lain dalam kawasan PSN, harga pembinaan setiap unit PSN adalah sebanyak RM113 juta… RM113 ribu. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri dan Persekutuan tidak mengambil keuntungan malah memberikan subsidi sebanyak RM63 ribu bagi setiap unit rumah. Dengan mengambil kira purata penempatan bulanan nelayan sekitar RM1 ribu sebulan, termasuk elaun sara hidup nelayan, nilai ini jauh lebih murah berbanding harga semasa dua unit rumah awam atau swasta yang lain dan ianya membantu golongan nelayan dalam memiliki rumah sendiri yang selesa. Bayaran bulanan yang perlu ditanggung oleh nelayan yang layak ialah sebanyak RM289 sebulan. Sekian, terima kasih.
Sedikit Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Santan atas penjelasan tersebut. Saya juga terima aduan daripada pemohon-pemohon projek penempatan semula nelayan ni. Berkenaan isu selepas diberi… orang cakap apa ni… perjanjian untuk memiliki rumah tersebut, mereka perlu mengosongkan rumah lama. Masalahnya di sini, kadang-kadang tu satu rumah ada dua tiga kelamin, anak menantu ada dua pasangan. Jadi bila nak berpindah ke Projek Penempatan Semula Nelayan ini… ini masalah rumah sempit. Jadi depa mohon agar tidak dimansuhkan rumah lama ini sehingga satu projek pembangunan jika ada untuk dibuat di dalam kawasan tersebut, dan depa cukup tak selesalah kalau dah nak kena pindah rumah baru, rumah lama terus nak kena dikosongkan. Itu yang mereka tak setuju lah. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Perlis, memang Kerajaan Negeri memikirkan dah lama perkara itu, jadi penempatan itu penempatan yang dibuat itu fasa pertama, kita akan buat fasa-fasa lain, dengan peruntukan lain. Sekiranya kita tidak membenarkan ahli keluarga, mungkin dalam satu rumah tu satu dua tiga kelamin contohnya, tapi ini memanglah bermasalah untuk mereka yang lain. Tapi, asas permulaannya, asalnya pemohon itu dia ada keluarga, tapi insya-Allah yang keluarga yang lain-lain tu boleh memohon. Anak-anak lain boleh memohon lain rumah-rumah yang ada di sekitar Negeri Perlis ini, dan juga sekiranya rumah itu tidak dikosongkan ataupun sekiranya rumah itu dibiarkan yang lama tu, maka akan jadi masalah lain. Masalah lain ialah masalahnya pandai lebih. Dia akan jual dekat orang lain pulak. Rumah tu dia buat sendiri dengan tanah milik Kerajaan, tanah setinggan, jadi peluang dia untuk nak jual rumah kepada orang lain, mungkin pendatang-pendatang daripada mana yang kita dok tengok selama ini. Jadi itulah… pihak Kerajaan mengambil langkah supaya perkara ini tak jadi. Jadi rumah tu kena kosong dan kena roboh, tidak dibenarkan untuk ahli keluarga lain tinggal situ. Tapi walau macam mana sekali pun, yang lain-lain tu kita boleh melihat kepada rumah PPI yang lain, memohon secara biasa, dan juga Kerajaan Negeri sudah pun mula untuk membuat rumah-rumah murah di enam kawasan yang telah ditetapkan insya-Allah. Request of Proposal dah pun dapat, jadi pihak Kerajaan akan menitik beratkan penyediaan rumah-rumah murah yang lain lah… PPR yang lain, insya-Allah.
Sedikit Yang Berhormat Dato Speaker. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Santan berkenaan jika rumah itu dibiarkan… digunakan keluarga yang tinggal, kemungkinan kemudian hari depa cuba jual kepada orang lain dan cuba untuk claim lah. Why don’t, dengan izin Dato’ Speaker, diadakan perjanjian antara pemilik rumah penempatan semula rakyat ini dengan Kerajaan Negeri mengatakan bahawa jika kami benarkan duduk sehingga kamu dapat, orang cakap menyewa di kawasan lain yang kelamin yang tinggal di ni, sehingga dapat menyewa di kawasan lain, sebab kita ada juga kekangan dari segi masalah rumah murah, rumah projek perumahan rakyat untuk disewa untuk digunakan oleh penduduk ni, jadi Kerajaan buat perjanjian dengan pemilik projek rumah Wai Damai tu, kata ok kami benarkan keluarga yang tinggal ni duduk sehingga kamu dapat rumah lain, kena usaha lah yang tu, kalau dah dapat kena kosongkan. Kalau kamu cuba jugak jual ka apa kita akan ambik tindakan, kena mungkin itu salah satu cara lagi untuk kita nak mengekang daripada depa jual rumah ni kepada pihak lain nanti. Insya-Allah.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Cadangan itu agak baik, tapi pihak Kerajaan Negeri memikirkan lebih baik daripada itu. Sebabnya, sebab benda itu akan berlaku perkara-perkara yang tidak dapat dielak, akan berlakunya pertelingkahan dengan pihak Kerajaan dan sebagainya. Kalau kita tak ambil tindakan awal maka ia berterusan… berterusan akan selama-lamanya akan menyatu, tak dapat rumah lain… maka ya lah masalah tu memang betu llah. Tapi cerita dia kalau kita tak buat tindakan yang tegas, maka akan berlakunya keadaan yang berterusan begitu. Jadi cara-cara lain ialah kita cuba untuk membina rumah-rumah baru dan inisiatif diambil oleh pihak Kerajaan untuk memperbanyakkan lagi… apa ni… proses untuk memohon ataupun proses untuk menyediakan rumah PPR untuk mereka.
Sikit lagi… sikit lagi. Yang Berhormat Santan, bab ni saya bagi jaminan dekat Yang Berhormat Santan, jika ada kes macam tu, yang jenis bantah takmau pindah kalau depa dah dapat rumah lain ka apa, saya akan menyokong penuh yang Berhormat Santan. Cuma kita buat dulu, insya-Allah saya menyokong penuh.
Ya terima kasih.
Saya nampak macam Yang Berhormat ada semangat nak sambung lagi sebagai Yang Berhormat Kuala Perlis.
Saya tak mau sebut, sat gi orang kata riak.
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, soalan-soalan lisan ditangguhkan setakat ini. Bagi soalan-soalan yang belum sempat dijawab, pihak Kerajaan akan mengemukakan jawapan kemudian secara bertulis. Dewan ditangguhkan sebentar dan akan disambung semula pada jam 11.15 pagi, terima kasih.
(Persidangan ditempohkan sementara pada jam 10.30 pagi)
(Persidangan disambung semula pada pukul 11.19 pagi)
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula.
Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja PerlisMotion
Usul menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja. Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan mengemukakan cadangan.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Speaker, semua mencadangkan satu usul yang berbunyi : “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja yang berbunyi: Ampun Tuanku, Patik, Speaker dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri di dalam Persidangan Dewan, merafak sembah memohon ampun dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku semasa merasmikan Penggal Persidangan Kelima, Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Keempat Belas pada 9 Ogos 2022.” Terima Kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya dengan rendah diri menyokong Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja yang telah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebentar tadi.
Ahli Yang Berhormat, Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja dibuka untuk perbahasan. Saya menjemput Ahli yang… Ahli Dewan membahaskan usul dan saya berharap 20 minit diberi kepada setiap Ahli Yang Berhormat. Sila menjaga waktu supaya kita dapat habis dengan waktu yang cukup baik dan saya berharap isi-isi kandungan pembahasan ini kita tujukan kepada titah ucapan Tuanku. Dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang.
Sedikit celahan Yang Berhormat Dato’ Speaker, awal-awal tadi Yang Berhormat Dato’ Speaker ada khabar ini mungkin sidang yang terakhir untuk penggal ini dan tak tau lah kami akan ada lagi ke dak dalam Dewan ini. Jadi kalau boleh tambahlah masa bagi jadi 30 minit sebab saya pun duk buat teks semalam saya baca balik pun 30 minit lebih. Mesti saya rasa semua-semua sini bersetuju ni. Bagilah peluang, lagipun boleh ya Yang Berhormat Dato’ Speaker?
Yang Berhormat kita ada sebenarnya satu lagi persidangan khas untuk membahas Rang Undang-Undang Lompat Parti yang akan diadakan selepas pihak Parlimen dan Istana Negara membenarkan negeri-negeri membahaskan. So kita ada satu hari lagi iaitu kita bolehlah beri peluang kepada Ahli-ahli Yang Amat Berhormat. Sekarang kita… tujuan kita ialah kepada teks ucapan titah ucapan Tuanku, saya ambil kira lah kalau Yang Berhormat nak bercakap 30 minit saya akan beri, tapi saya bermula dengan Tambun Tulang. Tambun Tulang pun kata dia pun dah nak bercakap pendek ya. YB Sanglang pun macam tu juga. Jadi tak membuang masa, silakan Yang Berhormat Tambun Tulang, 20 minit.
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan ucapan untuk menyokong titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku semalam. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam para 8 Tuanku telah bertitah iaitu tentang jaminan bekalan makanan yang dilihat adalah tidak begitu stabil pada masa ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita melihat kita pernah… saya sendiri pernah berbahas di sini iaitu kita sebenarnya saya tak tahu sebab apa ia terjadi tetapi perancangan untuk jangka masa panjang iaitu satu jaminan makanan negara yang mencukupi, tak kiralah kedudukan import bill yang meningkat saban tahun yang masih berlaku sedangkan negara kita ini adalah negara yang dikurniakan oleh Allah SWT negara yang subur, tanah subur, tidak ada laluan gunung berapi, tidak ada laluan… apa… garis api antarabangsa tidak ada. Kadang-kadang terjadi ribut itu pun dikira tidaklah begitu teruk dan sebagainya. Tetapi kita masih tidak mampu menghasilkan satu dasar ataupun undang-undang yang menjamin makanan kita mencukupi mungkin 3 tahun, 5 tahun, 7 tahun dan ada negara yang 10 hingga 12 tahun seperti di negara China dan di Amerika. Jadi kenapa benda ini berlaku? Adakah benar ianya berlaku disebabkan oleh kekerapan penukaran dasar daripada negara pertanian menjadi negara industri? Daripada itu… adakah daripada itu kita lihat sekaligus apa yang berlaku di bawah ini dia tidak menjadikan fokus? Kalau kita dah tukar kepada negara industri, kita mengetepikan pertanian, tetapi dari masa ke semasa perkara-perkara ini akan timbul isu… isu bekalan yang tidak mencukupi, isu harga yang ketidaktentuan dan apabila berlaku peperangan di antara Rusia dan Ukraine, satu dunia menjadi masalah. Kita mungkin boleh mengkambing hitamkan itu sebagai fakta. Kalau rakyat ataupun public outcry, dengan izin Dato’ Speaker, menyerang kita, kita beli orang politik. Dia orang gambarkan macam-macam hak yang tak baik tu semua dilemparkan kepada kami. Ha… jadi kami lah itu. Kami lah ini dengan label-label yang tertentu. Jadi kami lah menjadi kambing hitam sepanjang masa untuk berhadapan dengan masalah rakyat. Jadi dalam lain kita perlu penggembelingan, kawan-kawan dalam perkhidmatan contohnya. Bukan kita nak tegur Dato’ Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Bintong dia pernah menjadi diplomat. Cuba kita balik… memanglah di China tu satu parti, parti menguasai kerajaan, tapi orang di negara China, orang-orang parti ini mengatasi struktur kekuasaan apa yang berlaku di negara China. Kalau Setiausaha Agung parti dia duduk di atas sekali, di tempat Dato’ Speaker dia di atas sekali, di bawah ni barulah ketua-ketua mentadbir, panglima-panglima angkatan tentera dan sebagainya, itu mereka mengiktiraf dan kedudukan orang politik yang dijadikan sebab politik dia menentukan polisi, dia yang memberi pengarahan. Directing, controlling semua datang, dengan izin, adalah daripada politik. Jadi benda-benda ini sebenarnya adalah satu benda yang perlu difahami. Dan bila tadi saya tertarik, Yang Amat Berhormat bangkitkan tentang bila 2018, dalam keadaan tak menentu ada dasar baik dihentikan, ada perkara ini dihentikan, dihentikan… ada perkara yang against the law yang terdengar dengar undang-undang masih jugak tidak dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Saya tak mahu bagi tahu tapi kalau ada celahan, yang minta penjelasan, saya boleh terangkan perkara apa sebab apa. Contohnya kadang-kadang perkara itu dibuat mendatangkan kerugian sampai sekarang yang tidak boleh diatasi pada masa ini. Begitulah dengan jaminan makanan food security terminal ni patut kita ada lama dah. Dan mungkin tak boleh salah juga 2018, sebelum itu juga ada berlaku. Macam contoh kita membenarkan sebuah syarikat makanan bermaharajalela dalam pengimportan ayam beku, daging beku dan sebagainya. Walaupun daging beku yang diimport itu bukan lembu, tapi kerbau tapi masih dibenarkan sehingga sekarang ini. Kita mengkaji semula dan melihat perkara ini dengan lebih terperinci apa yang menyebabkan pengimportan-pengimportan ini sebenarnya merugikan dan juga menggerunkan pengguna akhirnya. YB SS daripada KPDNHEP dia tahu perkara ini. Rantaian-rantaian yang menyebabkan berlaku kenaikan harga, berlaku ketidaktentuan pasaran, berlaku juga mungkin soal halal. Kedudukan halal itu sebenarnya perlu kita perlu pertikaikan. Jadi Dato’ Speaker, dalam hal ini kita sebagai negeri yang boleh dianggap subur, tanah baik… tanah kita ni kalau dikategorikan dalam jenis tanah, kita boleh dikatakan negeri ‘A’. Tak perlu ada soil treatment, dengan izin, pada tanah kita untuk kita menanam sesuatu. Sebab itulah apabila Yang Amat Berhormat melangkah tegas menjadikan negeri ini, digunakan tanah-tanah ini, digunakan sepenuhnya, termasuk tanah-tanah terbiar, saya amat memuji langkah Kerajaan Negeri yang begitu proaktif dalam menyelesaikan dan menolong, sekurang-kurangnya menyelesaikan food import bill negara yang semakin lama semakin meningkat. Kita ambil contoh sebagai perbandingan Dato' Speaker dengan negara Indonesia. Negara Indonesia ni dalam struktur pentadbiran dia, menteri tidak dilantik di kalangan ahli politik. Dia dilantik daripada di kalangan orang profesional, menduduki kerusi kabinet. Tapi apabila mereka masuk, mereka nampak negara subur mereka itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya, jadi mereka menggunakan sistem zero bawang dulu, zero apa… zero beras. Jadi benda itu akhirnya berjaya dan tak perlu pun menggunakan pendekatan subsidi untuk nak menggalakkan petani untuk menanam tanaman-tanaman kontan ini yang… yang konsisten kerana mereka ada FAMA Mart yang besar yang dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya di setiap daerah dan setiap provinsi dan petani terus langsung menghantar hasil tanaman mereka kepada FAMA Mart ini.
Dan FAMA Mart dibuat dengan begitu profesional dan sama dengan Harrods, sama dengan gergasi-gergasi apa… market dan juga conglomerate market yang besar itu, sama-sama level dan akhirnya mereka berjaya. Tak perlu keluarkan subsidi, tidak ada bebanan kepada kerajaan, tapi perjalanan makanan itu berjalan dengan lancar dan begitu juga dengan Singapore, negara yang tak ada tanah itu Dato’ Speaker, ialah pulau kecil, tak ada tanah. Tapi mereka membuat reverse investment dengan izin, mereka pi pajak tanah-tanah yang ada di sekitar pulau Singapura. Mereka tanam dan konsisten, hak tu tak boleh dijual kepada mana-mana orang lain. Hak milik mereka mereka bawa balik negara mereka dan akhirnya kita lihat Singapore boleh berada dalam tahap 6 atau 7 tahun kalau tak silaplah. Macam YB Sena tolong cari… kalau tolong cari kalau ada di antara kenyataan saya ni mungkin agak ada silap, tapi tak banyak, tapi jaminan makanan mereka dalam keadaan begitu. Kita ni baru-baru ini apabila selepas pandemik kita dikejutkan lagi dengan ketidak stabilan harga barang makanan dan alhamdulillah, bila YB Sham beritahu usaha-usaha yang dibuat Kerajaan Negeri, saya nampak ada kesan. Walaupun skala kecil. Tapi di situ kita bermula dan kita bermula ini dapat menghasilkan sesuatu yang amat manfaat, bukan saja kita menolong petani untuk meningkatkan taraf sosioekonomi mereka, kita juga dapat menolong mengurangkan import bill negara yang begitu banyak.
Dato’ Speaker, kadang-kadang apa yang berlaku di negara kita ni sangat pelik… sangat aneh. Kadang-kadang kita tengok cabai… cabai Melaka lah, masuk Langkawi sehari 7 pontun. 7 pontun ni 7… dia orang kata tarik daripada Surabaya mai ke Langkawi. Cabai tu pergi mana saya duk pikiaq. 7 pontun jumlah yang besaq tu. Jadi adakah cabai… cabai Melaka selain kat di Langkawi tu cucuk tang mana pun naik. Allah bagi kita tanah macam tu, adakah sebab tidak ada usaha dan sebagainya? Sebab itu Dato’ Speaker, dia rantai ini berakhir. Bila kita berjuang di Dewan ni, sebenarnya ada berlaku perkembangan baik. Macam dulu kita tak mahu jentera berat masuk ketika musim tuaian dan sekarang petani telah mula sedar tak payah buat undang-undang kita masuk mesin tuaian 1 tan dah mula buat, jadi tanah kita tak perlu lagi subsidi perataan tanah, tanah kita dia tak tenggelam, mesin padi kecik dan berfungsi dengan baik semua-semua ini, alhamdulillah. Dewan kita ini jugak, bila kita menyuarakan pandangan rakyat dengan rakyat mula melihat sesuatu yang baik yang kita sarankan demi kebaikan mereka sebenarnya boleh berlaku di negeri kita yang kita cintai ini.
Dato' Speaker, berkaitan dengan orang tengah ada kaitan dengan jaminan makanan. Orang tengah ni dah lama dan saya pun tadi YB Sham, YB Simpang Empat dengan YB Kuala Perlis sembang pasal apa yang berlaku di laut. Di laut ni pun dia ada kartel. Nak kutip siput tu pun dia ada kartel siput yang kita nak makan tu. Jadi saya pun terkejut juga lah, buat naik atas kartel. Dia bukan berlaku di daratan ya, di lautan pun berlaku. Jadi yang saya nak bagikan jihad memerangi orang tengah. Orang tengah ni bukan apa Dato’ Speaker, kita kesian dekat petani kita. Benda ni berlaku secara turun-temurun daripada ayah kita, daripada tok wan kita dulu dia berlaku. Kita ni berharap pada orang tengah. Dia kalau dia ada, kedai kita beli barang kedai dia pakai tulis buku tiga lima. Kemudian la ni, kita ni, petani pun pakai sistem sama, mungkin tak… tak dak kedai, mungkin orang tengah duduk di kampung ada lori, ada mesin padi, ada apa… bila tak ada duit pi pinjam duit nak makan, duit nak hantar anak belajaq, duit segala-galanya. Kita beruntung pada orang tengah dan akuan ini hanya atas based on trust, hanya berdasarkan atas dasar kepercayaan sahaja kepada orang tengah dan kita tak tau dia tipu ka, tak tipu, wallahualam. Tapi saya dok peringat dah petani Malaysia ni daripada awal. Kita jaga padi penat-penat, kita jaga padi daripada tanam jagalah sampai besaq-besaq dan dah dapat apa… dah masak dan boleh dituai dan sebagainya. Tetapi ketika menjuai, pasal apa kita tak pi sendiri masa timbang? Kita hanya biaq percaya dekat dreba lori, percaya pada orang tengah. Yang tu lah masa nak menentukan hasil pendapatan kita untuk 3 bulan. Kita jadi la ni bila ada kemudahan telefon, ada WhatsApp, ada sebagainya. “Esok padi aku nak ambil, hang pi ambil, hang pi hantaq timbanglah bawa balik, bawa duit tunjuk dekat aku”. Tang tu sebenarnya adalah kita nak… nak… nak kena didik petani kita. Dia kena pi… tuan-tuan, Dato’ Speaker, petani Thailand dia tak biaq macam ni. Dia akan pi sendiri, turun di tempat timbang. Dia akan menjalankan proses tawar-menawar dengan orang yang timbang sebab kilang-kilang ni… Bernas ok-lah dia professional, kalau kilang-kilang lain ni mungkin ada kali kilang agak patuh syariah, dia tak buatlah jual beli yang meragukan. Tapi banyak kedai-kedai kalau tengok kilang-kilang ni boleh dikatakan sedikit sebanyak dekat timbang 2-30 kilo dah dia boleh main dah di situ. Sama lah komputer, macam-macam dia boleh buat. Jabatan timbang dan sukat, dia bukan mai selalu. Bila mai, dia pun dah tau nak mai, jadi dia perbetul balik pada alignment asal. Jadi di sini lah petani-petani kita dok jadi macam tulah sampai dah kalau nak bertukaq keadaan, perubahan sosioekonomi keluarga, anak masuk universiti belajar dapat kerja bolehlah hantar duit tiap-tiap bulan. Berubahlah keluarga tu. Rumah yang tak berapa elok jadi elok dan sebagainya tapi hak hasil yang dia buat tiap-tiap tahun ni tidak pernah dihargai untuk dia check sampai membolehkan dia mendapat pendapatan sebenar titik peluh yang telah dibuat sepanjang 3 bulan.
Dato’ Speaker, saya ingin juga… Tuanku juga ingin membangkitkan tentang… terutama sekali tentang MAIPs lah, tahniah MAIPS kita kerana bekerja keras bantu rakyat ketika pandemik dan juga tahniah kepada Kerajaan Negeri yang bagi apa… bebas perniagaan, ada bantuan daripada MAIPs dan sebagainya. Cuma saya nak minta MAIPs ni di kawasan saya, DUN Tambun Tulang, ada beberapa hotel dan homestay yang beroperasi lah macam biasa. Ada salah guna saya mendengar dan saya pernah pi tempat tu untuk tengok, tapi saya pi tak ada apalah oleh pelajar-pelajar sekolah Dato’ Speaker, bawah umur yang ada aktiviti-aktiviti tak berapa elok lah, negatif, dan ada yang ditangkap oleh MAIPs. Saya minta… saya ucapkan terima kasih kerja keras intipan sebulan yang dibuat oleh MAIPs dan minta dilipat gandakan bukan takat kawasan Tambun Tulang, mungkin DUN-DUN lain depa tak berapa tau. Tapi DUN saya dia nampak ketara sikit dah berlaku banyak kes. Saya minta kekerapan pengintipan dibuat oleh MAIPs untuk kita atasi masalah gejala sosial yang berlaku di kawasan saya.
Dato’ Speaker, saya ingin menarik soal perkara 26 yang dititahkan oleh Tuanku tentang kerugian tunggakan bil air yang mencecah RM35 juta… RM35.28 juta. Pada saya besaq lah dan saya ucapkan tahniah kepada Syarikat Air Perlis dengan kerjasama syarikat itu… SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) yang telah mengadakan operasi besar-besaran di Perlis. Ada yang kena RM100,000 kerana daripada dulu makna kata bil air tu dicuri untuk menjalankan operasi basuh kereta untuk restoran dan di rumah… ada yang curi, dan saya dengaq sebab ada bendang nu sikit dia sebab ayaq dia tu dia dapat percuma, dia pun masuk ayaq dalam bendang. Bila padi tak jadi kena penyakit… kena penyakit karah ka apa ka, jadi bah, dia nak salahkan Tuhan, nak salahkan Kerajaan, nak salahkan wakil rakyat. Tapi hok dia dok buat benda tak halal, dia serve makanan ayaq tu daripada titik benda yang haram, dan saya minta MAIPs, Dato’ Sahibus Samahah, tak dak… ada wakil kita terapkan di khutbah Jumaat. Air ni banyak ni… mandi wajib, membersihkan diri, ambik wuduk dan sebagainya. Tapi ayaq kita ambik tu ayaq haram. Kita curi membesarkan anak satu generasi. 2008, tahun 1990 lebih pun ada lagi paip lama. Encik Mid dia sebagai CEO dia tau benda ni. Tapi la minta sebab saya tau Syarikat Air Perlis ni dia tak ada penguatkuasaan kepada syarikat. Dia… dia tak boleh tangkap sebab tidak ada kuasa-kuasa Kerajaan yang diberikan ataupun penguatkuasa kepada syarikat, dia tak boleh. Dia kena ada tindakan bersama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan sekarang nampak progressive… pi saya minta rumah-rumah… kekerapan unit… kita ada satu unit rondaan ni, ronda pi cek, mesti ada double layer punya piping yang harus diperhati, di atas meter memang elok tapi dia bawah tu dia ada benda ni. Kalau benda-benda ni diperbetulkan, kita dapat balik RM35 juta. Oh besaq. bayangkan, rolling capital, CapEX semua seperti YAB katakan tadi begitu besar untuk SAP untuk operasi. Saya minta Yang Berhormat, satu lagi lah, nak pimpin syarikat ayaq tak semudah Yang Berhormat. Siapa-siapa yang nak ganti Encik Mid dia kena masuk tolonglah belajar daripada dia, sebab dia nak jadi CEO ni, sebelah kaki saya dah kata CEO ayaq ni dalam penjara. Kalau ayaq yang dihasilkan ada E. coli, ada heavy metals, ada besi, ada zat apa dia… CEO yang nak masuk penjara. Kalau orang sakit daripada ayaq Perlis, treatment dia buat orang sakit, yang nak masuk penjara Ketua Pegawai Eksekutif. Ha… dia kena orang yang tahu selok belok. Walau apa pun keadaan, dia… dia kena belajar dengan CEO yang sedia ada. Kita tengok contoh macam CEO Kedah, Datuk Azmi… Tok Mi. Dia sakit, tapi tak pernah di jawatan dia tu orang tak… tak… tak diganti lagi sebab tak semudah siapa-siapa nak duduk, nak mengendalikan urusan ayaq, kecuali orang yang dah berpengalaman dan melalui proses-proses. Memang Encik Mi 18 tahun dah, tapi tak apalah… siapa nak ganti tu YAB, mintak dia pi belajarlah dulu akta dan sebagainya, bagaimana mengendalikan urusan urus tadbir air dengan berkesan dan baik di negeri kita ini. Insya-Allah kalau kata pendekatan ini pendatang agama, kita buat amalan tindakan berterusan yang dilakukan bersama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Insya-Allah kita dapat mengecilkan jumlah tunggakan ini, kita juga dapat memastikan orang sedaq sendiri… dia minta gunakan meter kerana dia dok buat benda-benda yang tak… tak betul. Di awalnya dia nak solat tu kita tak tahu boleh diterima atau tak terima ayaq yang diambil ayaq haram tu ayaq curi. Dia siram, dia mandi, dia menjalankan perniagaan dia. Bila berlaku aktiviti yang Allah bagi yang tak bagi kat dia, dia tak sedaq, dia tak tau kerana daripada punca-punca inilah yang menyebabkan tidak ada barakah dalam hidup kita di hadapan kerana ada sesuatu yang kita mulakan dengan sesuatu yang haram yang memang tak sepatutnya kita lakukan dalam kehidupan kita berkeluarga menjalankan perniagaan dan sebagainya.
Perkara 28 Dato’ Speaker saya nak sentuh sikit tentang juga yang berkaitan dengan makanan.
Yang Berhormat, saya bagi 5 minit lagi. Saya pun tertarik hujah-hujah Yang Berhormat ni.
Saya boleh berhenti bila-bila.
Saya bagi lagi 5 minit.
Sebab saya tak pakai teks, saya boleh berhenti. Bila Dato’ Speaker kata berhenti, saya berhenti lah. Jadi saya bercakap sebab nak bagi cukup masa saya yang diperuntukkan. Cuma tentang BERNAS… YB Simpang Empat, bukan saya nak kutuk BERNAS, tak… saya tak kutuk. BERNAS berjaya… dengan perjanjian dia dengan kerajaan untuk menjadi buying at the last resort. Dia berjaya lah, dia menjalan kos operasi subsidi… dia berjaya. Dia untuk mempastikan kenaikan Bumiputera diperkasakan, tak berapa berjaya. Adalah satu dua di Perlis, kemudian di Malaysia pun tak dak berapa orang pun yang berjaya. Usahawan ni dibimbing mungkin dalam peringkat pemborongan adalah yang mencapai kejayaan, tapi dalam peringkat peruncitan dan sebagainya masih dalam angka yang yang tidak begitu baik dalam membimbing usahawan-usahawan bumiputera. Saya nak tanya, bila BERNAS ni keuntungannya hanyalah berdasarkan exclusivity rights yang diberikan oleh kerajaan, iaitu AP. AP lain ni semua kerajaan dah hapus dah. Hanya dibagi kepada AP BERNAS. Saya dok mengaji BERNAS ni, walaupun dulu saya memang lahir produk BERNAS, kerja sana daripada Eksekutif, Eksekutif Kanan, Manager, Senior Manager dan sebagai-bagainya lah… sampai kerja di Bangkok dan sebagainya. Saya nak tanya, bila kita tengok macam ada keuntungan dividen… dividen setiap tahun, pasaipa pemegang saham terbesar dia… dia bagi sama rata lah, tapi dia lebih kepada dividen sebab BERNAS ni dia operasi tahun pertama pun dia catat keuntungan luar biasa, yang dah ok. Kalau dibandingkan dengan LPM dulu betul-betul bebanan kewangan yang begitu besar kepada Kerajaan. Dari segi penguasaan berjaya, tapi ada yang rentetan daripada itu, daripada keuntungan itu ada ataupun tidak kita ada satu skim khas periuk nasi ataupun ladang yang dikendalikan oleh BERNAS macam di seberang Perak. Contoh dia buat satu ladang BERNAS yang menjadi contoh. BERNAS ni dia dok berbangga dengan orang lain. Kalau di Chui Chak, di Tanjung Karang, di Kuala Selangor, yang berjaya petani-petani kita ni hasil daripada usaha kerja keras mereka. Tapi ethics ini, BERNAS sendiri ada tak ladang sendiri yang besar, punya nak tunjuk. Boleh buat sebenarnya. Berapa lama dah dia ada di dalam negara. Tunjuk dekat LPP, tunjuk dekat PPK, macam mana kita nak menguruskan satu ladang profesional dan berskala besar. Tunjuk macam tu. Jadi buatlah satu yang ni, barulah boleh kita tengok nak panjangkan ataupun tidak, sebab negara kita ni kadang-kadang kita suka bagi seorang ja biaq mengendalikan semua urusan. Dia kadang-kadang kita tak teguq… kalau Menteri pun tak pandai teguq, EXCO Pertanian pi mesyuarat di pusat dia kena teguq la. Kena berani. Walaupun dia tu asal daripada BERNAS, tapi kena berani lah, faham tak? Tunjuk bahawa BERNAS pada masa ini perlu buat macam ni, menolong mengurangkan… dia import tu, dia menambah import bill negara. Dia patut menggalakkan penghasilan beras di peringkat domestik. Dia… dia dok aim hat tak cukup 38%. Hat tu yang dia dok kira, dok pulun. Tapi yang hat penghasilan tempatan dia dok mula relax, santai-santai, bro kan. Sampai bila dia tengok untung, ha… tauke besaq hat yang pemegang saham besaq dia duit banyak. Hat yang lebih sikit tu dapatlah. Macam biasa dia aim yang tu ja, tapi apa yang dia nikmati dia kena bagi balik dekat petani. Bagi balik dekat dalam bentuk apapun. Dia kena pulangkan balik kepada petani kerana kita lihat dalam keadaan sekaranglah, kalau kita tak bersedia… kita pernah berlaku di zaman Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri kita terpaksa buat spot buying… buying spot… spot buying dengan izin, kepada Thailand dengan harga yang begitu mahal kerana tak cukup beras pada musim itu. La kita ok, kita dah cukup makanan. Tapi tiba-tiba mai macam ramalan-ramalan climate changes, ramalan yang berlaku tu akan ada bah besar, akan ada apa ka, macam-macam dalam negara dan sekarang ni ada banyak negara pun yang turun di bawah paras laut dan sebagainya. Semua-semua ini adalah perlu untuk kita lihat dari segi persiapan-persiapan yang mencukupi dalam kita menyediakan makanan negara ketika kita berhadapan dengan bencana. Dato' Speaker, saya orang yang akur dengan arahan maka saya mendukung titah ucapan Tuanku dan Tambun Tulang berpuas hati kerana Tuanku adalah seorang Raja Berdaulat yang sentiasa mengambil berat atas semua perkara. Walaupun Tuanku menegur kita tentang sikap Ahli-ahli Dewan, saya rasa apa yang Tuanku nak dapat dihasilkan oleh ADUN-ADUN kita ni iaitu menghasilkan hujah yang rasional untuk demi kebaikan rakyat negeri Perlis yang kita cintai. Terima kasih. Wassalamualaikum, warahmatullahi taala wabarakatuh.
Kalau saya bercakap 5 minit, 15 minit lagi tu masih hak saya dan saya tak izinkan siapa-siapa ambil.
Saya akur janji-janji Yang Berhormat.
Ya…
5 minit ya?
Bukan 5 minit. Contoh kalau saya ambil 5 minit.
Saya akur, saya akur. Terima kasih.
Orang lain tak boleh ambil sebab saya cadang nak balik awal. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak… nak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. Saya ingat segala titah ucapan Tuanku Raja Perlis ni, kita ambil iktibar dan kita dapat laksanakan bersama demi kesejahteraan rakyat dalam negeri Perlis ni. Tu yang pertama. Yang keduanya saranan saya supaya hasil apa yang dititahkan oleh Tuanku supaya pelancongan ni dipertingkatkan lagi di negeri
Perlis dan kita mesti bersihkan negeri Perlis. Penyediaan tong-tong sampah dan juga penguatkuasaan kepada penduduk yang membuang sampah, khususnya di tebing-tebing sungai hendaklah dikuatkuasakanlah. Saya lihat banyak tebing-tebing sungai ni dijadikan tempat longgokan sampah yang menyebabkan pemandangan dia jadi cukup tidak menyenangkan. Itu kebersihan, yang pertama lah. Yang keduanya tong sampah yang tidak mencukupi dan di sebelah Sanglang pun apabila ditempatkan tong-tong sampah yang besar-besar tu adalah di kalangan penduduk ni yang minta supaya disediakan tong-tong di tiap-tiap buah rumah… bukan semua lah, sebahagian daripada penduduk tu ada dia minta. Dia kata YB kalau boleh minta pihak Kerajaan sediakan tong sampah di rumah, dan ambil sewa dengan kadar yang berpatutan lah. Seringgit dua ringgit sebulan tak jadi masalah sebab… tadi pun tak tau apa jadi, penyakit, saya tak tahu lah apa yang dibuat oleh Yang Berhormat EXCO Pertanian, itu yang pertama. Yang keduanya sistem perparitan di kawasan bendang ni. Saya ingat baru-baru ni dihubungi oleh pihak JPS bahagian banjir ni, saya ingatkan saliran tu nak buat kesemua lah tak mau bagi banjir. Sanglang ni alhamdulillah, seingat saya daripada dulu lagi tak pernah banjir. Allah Taala bagi kelebihan dekat Sanglang ni. Air pasang besar tu ada lah. Sikit-sikit kawasan banjir.
Dia bagi ribut lah.
Ribut dia mai dari Simpang Empat… Yang Berhormat Simpang Empat sebab Simpang Empat dia angin sebelah sana. Kalau angin sebelah sini ni dia sepoi-sepoi bahasa, angin timur orang kampung kata. Sistem perparitan ni, saya dah hubungi ketua-ketua unit dan juga JKK berhimpun di rumah saya lah. Ingat JPS ni mai nak baiki, nak bersihkan sungai apa semua, lepas tu dia kata dia ni bahagian banjir ja. Saya kata kalau bahagian banjir, jom kita pi makan mee udang, kita balik lah. Sanglang tak pernah banjir, alhamdulillah… ribut ada juga lah. Banyak sungai yang diselenggara sendiri oleh petani-petani belanja sampai RM2,000 lebih. Bila berhimpun tu dia ceritalah gilir-gilir apa semua sampai kumpul duit RM2,000 lebih bersihkan rumput dalam sungai, macam-macam. Jadi kita harap kerja yang macam ni dapat diselesaikan oleh pihak MADA… pihak JPS, tapi JPS tak terlibat sangat dengan kawasan sebelah MADA ni. Kemudian fungsi sungai ni, fungsi sungai ni dia jadi sungai yang sepatutnya membekalkan air kepada petani untuk sawah, dia tak jadi sungai tu dah. Dia kemudian sungai untuk petani buang air lebihan dalam daripada sawah, dia jadi sungai yang untuk membekalkan air, macam di bendang baru kawasan Sanglang tu. Saya dihubungi oleh petani supaya melihat keadaan di sana. Bila saya turun, saya pun tak berani nak teguq, semua marah sebab dua tiga hari duk pasang pam ayaq, dua kali tabur dah padi, mata semua merah. Kalau tinggal depa kata orang curi. Enjin senyap pukul satu tu antara dua, curi ataupun minyak habis. Jadi kalau kita berhenti tu, saya kena teruk, semua pakat marah. Baru nak mai tengok kami dekat nak mampuih dah. Jadi benda-benda yang macam ni, saya pun telefon MADA lah, tapi tak boleh buat lagi sebab musim ni dia tak dak kemarau… dia tak dak musim kering. Itu saya faham lah. Saya pun dah terang dah dekat petani sebab sungai di bendang baru tu dia berterusan sampai ke Kedah, yang menyebabkan susah kita nak control ayaq… saya rasa Sanglang tu pun sampai ke Sungai Mengkula nu… YB EXCO Pertanian tau lah. Jadi nak control ayaq, nak tahan ayaq buang dengan ayaq masuk tu dia jadi… dia jadi masalah. Banyak pandangan daripada ketua-ketua unit dan juga JKK, orang kampung, bagi masa kami perjumpaan dengan JPS. Kemudian yang ini saya minta sungguh-sungguh lah, bersih sungai pun kena buat selalu. Sistem racun ni saya pernah sebut dah dalam
Dewan ni. Biar racun pakai kereta tu, habih dengan pokok-pokok, pokok serai dia racun, yang pokok besaq-besaq yang naik tak ketahuan hala tu dia tak racun. Yang pokok serai tu racun buat apa? Bukan kacau apa pun. Orang kampung tanam YB juga suruh… makanan tambahan, ini satu benda yang tidak menyenangkan lah. Kita tengok balik lah. Kemudiannya, pihak Kerajaan kena bersedia, sebab musim ni saya rasa tidak ada musim kering. Kalau sekali lagi… semusim lagi tidak ada musim kering, hujan berterusan, maka bendang ni mungkin tidak dapat diusahakan. Kalau diusahakan pun mungkin nak tabuq baja, tabuq racun boleh pakai drone. Tapi bila nak ambil padi, mesin padi tak boleh turun. Kalau mesin padi satu tan sepertimana yang YB Tambun Tulang kata dia mudah terbalik, kalau mesin padi yang besaq tu dia tak boleh masuk, dia mudah tenggelam. Jadi kena kena ada persediaan supaya petani ni tidak… tidak kena berhenti semusim untuk mengusahakan sawah padi. Habis pasal ayat saya di Sanglang, saya nak masuk sikit pasal kita di Perlis ni tentang perpaduan ummah. Sebenarnya saya agak kecewa dengan kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kata UMNO nak bertanding, tak mau kalah dengan PAS sedangkan kita tengah usahakan perpaduan ummah dan masa YAB sebut tu pun, masa tu pun majlis hari raya, saya ada di situ. Apapun dalam kekecewaan itu saya bersiap sedia jugalah dan dari satu segi memudahkan saya sebagai Pesuruhjaya PAS Perlis, Pengerusi Perikatan Nasional, sebelum ni saya pening kepala, nak letak calon di mana sedangkan Arau nakkan kepada muafakat nasional. Padang Besar pun nak kepada muafakat nasional. Saya dapat khabar daripada Janda Baik… janda semua baik… katanya Arau nak melalui muafakat nasional di negeri Perlis. Nak menjadikan contoh untuk seluruh negara, alhamdulillah, kami di Arau khususnya di Arau mengalu-alukan hasrat UMNO bahagian Arau, Barisan Nasional bahagian Arau dan yang saya kata memudahkan saya tu sebab kalau kami nak letak calon letak di Kangar ni lah. Sebab Yang Amat Berhormat Ketua Bahagian UMNO bahagian Kangar tak mau kawan dengan PAS, kita lawan di Kangar. Di Padang Besar kita tak lawan sebab kita ada muafakat nasional, sebab bahagian Kangar hendak bersama dengan PAS. Arau pun nak bersama dengan PAS kita boleh berunding elok-elok, alhamdulillah. Jadi itu tak jadi masalah. Walau macam mana pun, harapan saya masih lagi… pintu masih terbuka. Kalau kita sebut jajaran baru, kawan-kawan kita kata bukan jajaran baru, kalau boleh jajaran Melayu dan juga kawan-kawan kita yang bukan Melayu yang tidak ekstrem untuk bersama dengan kita, kita jadikan satu suasana yang baru, yang lebih harmoni dalam negara kita, khususnya negeri kita Perlis ini. Jadi saya ingat tak payah panjanglah kalau saya ingat. Setakat tu ja.
Boleh tanya… boleh tanya?
Tak payah tanya lah. Kalau… saya ingat Kuala Perlis pun tak payah tanya lah.
Bagi lah peluang sikit.
Sebab khemah besaq kami memang dah tolak tak mau buat. Sikit lagi saya ingat itu saja Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih banyak. Masa saya ambil tak panjang dan masa saya lebih saya tak bagi kat orang sebab saya nak balik awal. Wallahualam saya menyokong penuh titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan menjunjung kasih titah di atas ucapan yang amat baik untuk kita jadikan pedoman dalam kehidupan kita dalam mentadbir Negeri Perlis ini, wallahualam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat, hebat ni Pesuruhjaya PAS ni. Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wassalatu Wassalamu ‘Ala-Asyarafil Anbiya’e Wal Mursalin, Wa’ala Alihi Wasahbihi Ajma’in. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat ADUN, Yang Berhormat pengarah-pengarah, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai yang turut hadir dalam persidangan DUN pada hari ni. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana pada hari yang mulia ini saya dan kita semua dapat sama-sama dalam mesyuarat Sidang Kedua DUN Negeri Perlis dalam sesi perbahasan usul menjunjung titah menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis sempena perasmian pembukaan mesyuarat pada kali ini kelmarin. Persidangan ini persidangan yang kedua selepas ditamatkan perintah kawalan pergerakan PKP yang dilaksanakan bagi memboleh Kerajaan negeri, negara menangani isu kesihatan penyakit berjangkit dan wabak yang melanda dunia dua tahun lepas. Pesta wabak ini sangat mencabar negeri dan negara apabila masalah inflasi, ekonomi yang merudum, harga barang naik melambung dan isu kesihatan yang berlarutan. Dalam perkara ini Kerajaan Persekutuan dan Negeri telah memainkan peranan bersama mengurangkan bebanan dengan kos sara hidup yang meningkat dan terus meningkat. Kita akui bahawa Kerajaan telah melaksanakan beberapa pelan dan tindakan untuk mengurangkan kesan inflasi semasa ini namun, ia tidak bermakna jika langkah-langkah seperti penguatkuasaan, kawalan harga barang, keperluan harian tidak diambil secara berkala dan membanteras orang tengah ataupun kartel yang hangat dibicarakan beberapa bulan yang lepas. Hari ni hampir semua penduduk dan masyarakat Malaysia negeri ini letih dan sengsara dengan masalah yang sedia ada yang dihadapi oleh mereka, masalah lama belum pun selesai, mai pula masalah yang baru, sama ada yang berpendapatan ataupun yang tidak berpendapatan tetap ini semuanya merungut dan merungut dan juga menyatakan perasaan yang sama dengan situasi yang berlaku pada pasca COVID-19 ini. Oleh kerana itu, lebihan kemampuan yang ada pada Kerajaan Negeri dan juga kerjasama agensi dan pihak swasta boleh lah untuk membantu ekonomi dan juga mengurangkan bebanan ekonomi dengan pelbagai program yang dekat dengan hati masyarakat khususnya di negeri Perlis ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, pendidikan memainkan peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti kerana pendidikan merupakan antara petunjuk…
Guar Sanji, minta maaf nak tanya sikit. Saya tahu ada… sikit ja. Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Guar Sanji, saya nak tanya bila Guar Sanji menggunakan perbahasan tentang keluhan rakyat yang tidak memiliki pendapatan tetap, yang sekarang ini dalam keadaan yang begitu sengsara dan tidak baik. Cuma saya nak tanya Yang Berhormat, petunjuk-petunjuk yang ada di hadapan kita macam pelancaran… apa ni… Proton… kereta-kereta semua ni, hari ni seminggu dibuka, puluhan ribu tempahan daripada rakyat Malaysia, adakah semua petunjuk ini menggambarkan rakyat Malaysia tak dak duit? Bukan orang yang bekerja tetap dengan Kerajaan ni, orang kampung pun sampai mula-mula kita boleh bagi kelonggaran kepada rakyat untuk bercuti untuk dalaman, semua hotel boleh dikatakan penuh. Adakah petunjuk ini menggambarkan kita masih lagi dalam keadaan tidak berkemampuan untuk sara hidup keluarga sedangkan petunjuk-petunjuk ini menggambarkan semua rakyat Malaysia ada duit? Kedai emas sampai beratuq penuh dan barang emas tu boleh dikatakan setengah kilo. Ha… jadi adakah petunjuk ini menandakan rakyat Malaysia tak dak duit? Tapi bila Guar Sanji mengatakannya saya pun nak tanya penjelasan sikit, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Itu yang kita lihat yang tersurat, yang tersirat ramai lagi. Bukan semua orang boleh beli kereta macam Yang Berhormat… apa nama… Tambun Tulang. Melihat keadaan semasa ini… tetapi masih ramai lagi yang tercicir… dengan bergelumang dengan untuk mencari sara hidup... pendapatan mereka meneruskan kehidupan mereka ketika ini. Jadi berbalik kepada ucapan saya, secara umumnya proses pendidikan terhadap manusia berlaku sejak azali lagi apabila Allah SWT mencipta Nabi Adam AS. Seperti firmannya, (Yang Berhormat Guar Sanji membacakan ayat Al-Quran, Surah al-Baqarah, 2:31)
Jadi, Tuhan ajar Nabi Adam AS seluruh benda. Tidak satu pun yang tertinggal kepada Nabi Adam. Jadi pendidikan adalah kunci utama pengeluaran atau hasil kehidupan pelaburan dalam pendidikan yang bermula dengan peringkat peringkat prasekolah hingga peringkat pendidikan tertinggi mampu memperbaiki dan meningkat kualiti hidup seseorang. Justeru itu penyediaan individu sebagai tenaga kerja merupakan agenda utama pendidikan. Setelah dua tahun Coronavirus yang melanda negara, sudah pasti meninggalkan kesan negatif dan pelbagai isu yang timbul kepada para pelajar, terutama murid pra-sekolah buta membaca, menulis, mengira sebelum ke darjah satu. Selain itu, jumlah keciciran pelajar sedia ada meningkat dan semakin meningkat di sekolah rendah, sekolah menengah jika tiada langkah pencegahan diambil, sekaligus meningkatkan jurang sistem sosial ekonomi negara terutama mereka yang datang daripada keluarga B40 ini sebanyak 79.5% atau 8 daripada 10 orang kanak-kanak yang dikenalpasti sebagai mereka yang tercicir adalah… sebahagian mereka yang tercicir adalah golongan B40. Pendidikan mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan apatah lagi kepada anak-anak kecil. Sehubungan itu, Islam tidak melihat pendidikan dari skop yang sempit. Ia tidak terbatas kepada pendidikan duniawi semata-mata, bahkan meliputi dua lapangan iaitu dunia ataupun duniawi dan juga ukhrawi. Oleh kerana itu, semua pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan seperti sekolah, pusat asuhan rumah anak-anak yatim atau apa sahaja nama pusat-pusat ini, selain memberi pendidikan fisiologi fizikal, perlu dan wajib juga memberi pendidikan agama ataupun rohani kepada mereka. Jangan hanya kita memberi prasarana yang cukup seperti tempat tidur, pakaian, makan sahaja tetapi kita juga kena memberi ajaran agama sebagai tambahan untuk mereka lalui pada masa yang akan datang.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, syariat Islam itu adalah satu syariat perundangan yang lengkap dan syumul merangkumi seluruh peraturan yang diperlukan oleh manusia. Selain menjelaskan perintah dan maslahat dan pelbagai manfaat kepada manusia, di sebalik larangan ini ia juga mengandungi faedah, hikmah, rahsia pensyariatannya, sama ada dari segi keimanan, ibadat kekeluargaan, muamalat, jenayah hubungan antara rakyat dengan perintah dan akhlak yang mulia. Merujuk kepada ucapan Titah Duli Baginda Yang Maha Mulia Tuanku Raja dalam Majlis Sambutan Ma'al Hijrah, seribu empat ratus… di Hotel Seri Malaysia ada menyeru supaya umat Islam bersatu menghadapi isu penghinaan terhadap agama, khurafat dan sebagainya di media sosial yang berleluasa akhir-akhir ini. Ini termasuk yang dikatakan menghina dan juga merendahkan agama mempertikaikan status keislaman seorang seseorang terutama kes pengislaman Islam di bawah umur. Dalam perkara ini kalau kita ingat berlaku di negara paling awal tahun ini di mana pihak tertentu mempertikaikan status keislaman tiga orang anak mualaf di Perlis sedangkan mereka memeluk Islam dengan kerelaan diri masing-masing. Isu seumpama itu dari dulu hingga ke hari ini semakin menjadi-jadi dan berani dilakukan secara terbuka. Hina agama Islam, hina nabi kita, hina negara terbuka dan dikongsi di dalam media-media sosial yang ada pada hari ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerisauan masyarakat Islam di Malaysia berkaitan isu murtad, isu penghinaan terhadap Islam telah mencapai tahap yang membimbangkan sudah banyak perbincangan seminar dan bengkel diadakan untuk membincang dan cuba mencari satu penyelesaian konkrit untuk isu tersebut. Oleh kerana itulah di sinilah perlunya kita bersatu hati menyokong sahaja usaha dalam memartabatkan dan memperkasakan peranan bidang kuasa Mahkamah Syariah agar lebih banyak perkara berhubung soal yang menyentuh aspek akidah dan syariat khususnya enakmen-enakmen yang berlaku di Negeri Perlis ini. Jika berlaku Insha-Allah dengan sedia enakmen yang diperkasakan itu kita dapat membanteras kalau-kalau ada berlaku isu-isu demikian di dalam Negeri Perlis yang kita sayangi ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Islam itu tidak sempit. Islam sebuah agama yang sesuai dengan fitrah naluri manusia. Manusia ni perlu kepada hiburan perlu kepada keseronokan dalam hidup sebab itulah antara benda yang boleh membahagiakan kita, menenangkan kita ialah hiburan. Asalkan hiburan itu tidak melalaikan kita dan juga tidak bertentangan dengan syariat dan juga batasan agama yang ditetapkan oleh Al-Quran dan hadis Nabi SAW. Sebab itulah, hiburan-hiburan yang ada pada hari ini mestilah hiburan yang berlandaskan syariat. Kalau kita tengok hiburan hari ini lebih kepada perfileman, aktiviti sukan bola dan sebagainya memang mendapat sambutan. Hari ini bulan lepas… 2 bulan yang lepas tayangan video Mat Kilau dan seluruh dunia memuji ada satu produk baru yang mengangkat martabat anak bangsa Melayu dan juga agama di dalam perjuangan di awal kemerdekaan dahulu. Jadi hiburan-hiburan ini digalakkan malah kalau dibuat di negeri kita, kita sokong kita beri apa nama sokongan dipelbagaikan lagi supaya kita dalam suasana yang tertekan dan suasana kelam kelibut ini kita dapat apa bergembira. Kalau hiburan yang negatif memang kita tentanglah kan, kalau bertentangan syariat-syariat Allah SWT, hiburan yang berasaskan kepada arak, berasaskan kepada khayalan, berasaskan kepada arak judi ini memang kita tentang kan. Kalau ada benda-benda yang berlaku di negeri Perlis ni yang ada dan pengetahuan Kerajaan perlulah diambil tindakan supaya hiburan itu tidak dipengaruhi oleh masyarakat-masyarakat Melayu Islam yang ada dalam negeri kita.
Seterusnya, Yang berhormat Dato’ Speaker, saya ingin fokus kepada permasalahan perusahaan sawah padi ni. Sejak akhir-akhir ini, terutama musim penanaman padi bagi tahun 2020 dan juga 22 para pesawah berdepan dengan pelbagai cabaran sama ada cabaran dalaman dan juga luaran untuk mengurus sawah-sawah mereka. Pesawah berdepan dengan masalah-masalah pembekalan input seperti baja walaupun isu ni lama kan, berdepan dengan masalah pembekalan input baja racun walaupun pembekalan tersebut telahpun diberi pelbagai alasan oleh Kerajaan. Kadang-kadang boleh terima, kadang-kadang sukar hendak terima alasan yang telah diberi oleh pihak kerajaan no. Masalah pembekalan import racun tanaman sehingga nak keluar nak padi nak keluar baru sampai, kadang-kadang padi dah masuk dah minggu bulan yang kedua selepas tabung baru baja sampai. Jadi masalah-masalah ni dihadapi oleh para petani dalam musim ni juga dalam musim tahun 2020-2022 ini, isu pembekalan ayaq yang terlewat berlaku juga khususnya di kawasan MADA lah… di DUN Guar Sanji, sebelah Sanglang… ada kelewatan ayaq yang menyebabkan pengurusan untuk mengendalikan sawah ni cukup susah dan akhirnya bila berlaku kelewatan untuk bekalkan air, rumput naik. Bila rumput naik, banyak tumbuh padi angin. Bila padi angin banyak, sampai satu masa dia akan rebah di atas padi-padi yang yang elok menyebabkan kos pengurusan dan kerugian itu. Pada musim ini, rata-ratanya para pesawah merungut dengan hasil yang yang ada. Sebab itulah, saya nak mencadangkan kepada pihak MADA na, walaupun saya rasa benda ni dibuat tetapi kena lihat semula. Pertama sekali pihak MADA mungkin ataupun pihak berkaitan boleh menstrukturkan semula jadual penanaman padi mengikut kesesuaian cuaca semasa bagi mengelak penyakit yang berjangkit. Perjuangan tersebut oleh Yang Berhormat Sanglang tadi berkaitan dengan apa nama… musim 2 akan datang ni kalaulah hujan berterusan… hujan yang banyak, mungkin pesawah akan berdepan dengan tanah yang lembut menyebabkan jentera berat tak boleh masuk dan sebagainya. Jadi, mungkin di sana boleh kita menstruktur semula… menyusun semula jadual-jadual penanaman padi mengikut kesesuaian cuaca yang ada. Yang kedua, memantau dengan kerap selepas pesawah tabur benih mengelak kelewatan penghantaran air. Ketiga, mencari alternatif dan pembekalan lain bagi racun, bagi baja, untuk kita nak mengelak kelewatan tersebut yang menyebabkan pesawah terpaksa mengeluarkan modal lain untuk membeli racun-racun di kedai. Sedangkan, kita ada subsidi daripada Kerajaan… racun-racun yang baja-baja yang disubsidikan oleh Kerajaan kepada para petani. Yang ketiga… yang keempat, memperkenalkan program-program perlindungan kepada pesawah seperti takaful insurans tanaman padi apabila pesawah, para petani ini dia berdepan dengan masalah-masalah yang yang kita tidak… tidak jangka.
Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mengambil kesempatan yang berbaki ini untuk mengemukakan beberapa masalah yang berlaku di dalam DUN Guar Sanji dan DUN yang sekitar. Pertama sekali berkaitan dengan kebocoran bumbung dan juga bumbung Masjid Negeri Arau, negeri Perlis. Saya terima aduan daripada Jawatankuasa masjid dan orang ramai berhubung dengan bocor… bumbung bocor dan juga prasarana masjid yang masih lagi belum sempurna. Jadi, apakah status memperbaik pembaikan yang difahamkan dah lama dah kejadian ini dan tidak ada tindakan oleh pihak yang berkaitan. Yang kedua, tangki air Taman Cempaka Putih Guar Sanji dan juga sebahagiannya Tambung Tulang. Taman Cempaka Putih ni dia duk atas sempadan, ada sebelah Guar Sanji, ada sebelah Tambung Tulang. Jadi saya terima aduan mengatakan bahawa tangki air ni dah lama dah, sejak dari 2018 tak berfungsi dan bila dibuat aduan, aduan itu di… di-passing. Katanya hat ni SUK punya. SUK passing SAP, SAP passing balik. Jadi duk ting tong ding dong, tidak ada penyelesaian menyebabkan berlakunya ketidak cukupan air kepada pengguna yang duduk di Taman Cempaka Putih itu. Jadi saya nak nak tahu, apa tindakan yang telah dibuat atas aduan sejak 2018 ni? Maknanya 4 tahun ke 5 tahun dah benda ini tak berfungsi dengan… dengan baik. Yang ketiga, penyelenggaraan aset-aset Kerajaan. Saya terasa lah… bukan terasa, mungkin orang lain yang hadir pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dibuat oleh Kerajaan Negeri di Dewan 2020 hari tu ni. Bila kita hadir, ok lah… ramailah sambut, alhamdulillah. Cuma tempat parking tu, kalau tuan-tuan masuk tengok prasarana dalam sudah taulah macam mana keadaan di tandas dia, dewan dia. Kemudian tempat parking tu… minta maaf, semua orang lupa benda kecil, tapi ini Kerajaan Negeri… event Kerajaan Negeri, tengok tempat parking dia berlecak, berlubang. Lepas tu dengan tak di apa… trim. Dia potong rumput rumput tu semak. Jadi tidak sepatutnya lah benda ini berlaku. Mesti di sana ada perancangan oleh pihak yang berkaitan untuk membuat penyelenggaraan-penyelenggaraan tersebut, apatah lagi kita nak menyambut sesuatu event yang yang besar. Kemudian, yang keempatnya, semasa satu program lawatan ke Sekolah Kebangsaan Serdang, saya melihat pihak sekolah terpaksa menggunakan kelas tambahan, menggunakan bilik pusat sumber untuk dijadikan kelas tambahan disebabkan pelajar yang bertambah apabila lebih-lebih lagi apabila selepas pembukaan PKP itu. Jadi pelajar ramai. Bila pelajar ramai menyebabkan kelas tak cukup dan sekolah ni dia tidak dapat lagi pembangunan sekolah yang baru seperti sekolah-sekolah yang lain. Kalau saya ingat di sekolah dalam Perlis ni dah semua dah ganti bangunan baru, tapi sekolah ni masih lagi bangunan yang lama yang sedia ada dan pelajar dia bertambah, tak mencukupi. Jadi katanya pernah dah mohon untuk menambah bangunan baru, jadi apakah status tu? Yang kelima, aduan yang setelah buat berkaitan dengan tanah runtuh tebing sungai runtuh di Tambun Tulang, sampai ke hari ini tuan-tuan, setahun dah… setelah hampir setahun tidak ada tindakan. Dia… dia duk di sungai Tambun Tulang. Kalau tuan-tuan naik daripada Simpang Empat nak ke Guar Sanji, Tambun Tulang, tuan-tuan akan nampak kon betul dekat dengan belat Che Ok lama mana dah duk situ. Tak dak tindakan yang diambil oleh pihak berkaitan. Jadi kadang-kadang saya pun tak faham bila aduan yang kita buat… saya sendiri buat, bila aduan yang kita buat, dia kata tak berapa kritikal. Kadang-kadang tak faham apa maksud kritikal tu. Adakah kritikal ni meragut nyawa baru kita kata bahaya? Adakah menyebabkan binaan rosak dan melebarkan sebagainya merbahaya, baru itu dikatakan kritikal? Jadi saya nak tanya kenapa tidak ambil… apa nama… tindakan tersebut? Kemudian, lawatan juga ke sekolah…
Yang Berhormat, banyak lagi ka?
Nak habis dah.
Nak habis dah?
Ok na? Saya tambah sikit. Yang Berhormat Tambung Tulang ambil masa saya 2 minit. Ok yang keenam, saya dimaklumkan oleh pihak PIBG Sekolah Cemumar berkaitan permohonan mereka kepada JKR, dah 2 sesi pertukaran Yang DiPertua PIBG itu berkaitan dengan memohon penutupan longkang sekolah. Kebiasaannya longkang sekolah di bawah kendalian JKR lah rasanya. Jadi katanya dah 2 kali dah 2 orang Pengerusi PIBG mohon tetapi tidak ada apa-apa tindakan lagi. Jadi saya mohonlah pencerahan tindakan segera yang dibuat oleh pihak yang berkaitan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebahagian masalah-masalah yang saya adukan di sini, kalau Yang Berhormat Dato’ Speaker perasan, saya pun masih duk terngiang-ngiang lagi, kadang-kadang nak berucap di sini pun nak sebut benda yang berulang pun saya seriau juga pasal Dato’ Speaker kata Yang Berhormat Guar Sanji ni duk ulang benda yang sama kan. Tapi Yang Berhormat Dato’ Speaker, oleh kerana kesuntukkan masa, oleh kerana tidak ada tindakan yang dibuat, saya terpaksa mengulangi walaupun 10 kali, walaupun 100 kali sebab saya diberi amanah oleh orang-orang masyarakat di Guar Sanji ni untuk mengutarakan permasalahan mereka yang sampai ke hari ni belum selesai. Ok tuan-tuan, Yang Berhormat Dato’ Speaker, longkang yang berhubung berkembar dengan jalan raya di Kampung Hutan Kandis sampai hari ini tidak ada tindakan. Permohonan demi permohonan ditolak. Kita pun hairan pasal apa. Katanya tak kritikal. Yang itu saya tak faham. Padahal kalau ikut spek tu longkang tu patutnya diubah sebab dia boleh mengalami banjir kilat dan sebagainya. Benda ni lama diutara. Kemudian berkaitan pokok-pokok di tepi jalan di Kampung Serdang, Kampung Tebuk menuju ke kawasan… cantik bangun… sampai ke hari ini tak ada perubahan. Adalah potong pokok... satu dua pokok, lepas tu terhenti. Bila kita ketuk di Dewan ni sekali dia jalan, bila kita berhenti tak bersuruh, senyap. Bila ketuk pula dia berjalan. Jadi, sampai bila? Adakah perlu menambah masa empat tahun lagi, lapan tahun lagi untuk kita menghabiskan menyelesaikan aduan-aduan yang telah lama saya sebut di sini? Oleh sebab itu, Yang Berhormat Dato’ Speaker, alhamdulillah Perlis ni kalau kita lihat masalah yang besar tu tak banyak kan. Semua masalah-masalah teknikal yang kecil-kecil yang kalaulah kita duduk bersama, semua agensi kan, saya ingat masalah ini boleh diatasi dengan dengan segera… masalah dapat diatasi dengan baik dan segera dan kita boleh bincang benda-benda yang lebih besar di dalam yang… dalam Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di akhir ucapan saya, saya ingin membuat ucapan penghargaan mungkin ini orang kata apa walaupun Dato’ Speaker kata ada lagi persidangan khas tapi saya nak ucaplah na penghargaan kepada seluruh ketua-ketua jabatan naik khususnya jabatan yang dekat dengan rakyat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat masyarakat, MAIPs Majlis Agama Islam Negeri Perlis, jabatan pihak MADA, JPS, ICU yang telah pun banyak memberi bantuan menyelesaikan masalah-masalah isu-isu yang berbangkit di DUN Guar Sanji dan juga tidak ketinggalan kalau pihak Bahagian Pentadbiran Daerah yang siang malam yang sering berhubung saya dengan saya untuk menyelesaikan beberapa aduan-aduan yang segera yang perlu diselesaikan demi manfaat dan juga keselesaan keselamatan penduduk di DUN Guar Sanji. Jadi akhir sekali, apa yang baik itu daripada Allah SWT, yang lemah itu daripada diri saya sendiri. Jadi saya memohon menyokong usul titah ucapan perasmian Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis kelmarin. Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Guar Sanji. Saya nak ambil sedikit ulas, kesian Yang Berhormat Guar Sanji. Permintaan dia tu yang kecil-kecil ja. Jadi, saya ingat Kerajaan Negeri dan juga ketua-ketua jabatan tolonglah. Sebab cara dia bercakap tadi, macam hujung perkhidmatan dia dalam ADUN Guar Sanji. Jadi, kalau kata dia jadi wakil rakyat lagi, saya rasa tak dak lagi lah permintaan-permintaan ini. Ada permintaan lain mungkin akan disebutkan, insya-Allah. Saya persilakan Yang Berhormat Sena.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker yang telah turut memberikan ruang kepada saya untuk membahas bagi menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja kelmarin bagi pembukaan sesi sidang penggal kelima ini. Antara lainnya, Tuanku ada… saya terus kepada ni kerana masa pun… saya rasa saya ada banyak isu yang nak dibangkitkan, masa pun terhad, 20 minit. Tuanku ada bangkitkan tentang keperluan supaya Kerajaan Negeri terus berkreatif dalam mempelbagaikan sumber pendapatan negeri, yang mana Tuanku Raja telah highlight tentang industri hiliran bagi menambah nilai dolomite yang dilombong. Saya pun… untuk maklum… Yang Berhormat Speaker, saya pun ada… memang ada soalan tentang dolomite, soalan jatuh kat giliran kedua harini.
Tapi saya tengok, malangnya kali ni agak masa suntuk, sekali saja round. Saya tengok kali pertama, selalunya sekurang-kurangnya dua round setiap seorang ADUN. Nak buat macam mana, masa suntuk kan… jadi, saya ambil ruang di dalam perbahasan ni untuk menyentuh tentang dolomite ini. Yang mana saya telah… seingat saya kalau tak silap dua tahun lepas kot, Yang Amat Berhormat Bintong pun memang ada highlight di Dewan yang mulia ini tentang nak memperkasakan industri hiliran bagi perlombongan dolomite ni. Namun, saya pun… saya dikunjungi oleh pihak yang terlibat dalam industri yang ni bersama dengan syarikat… sebuah syarikat iaitu Angkatan Hasil Bumi Hijau yang telah mengadakan usahasama dengan koperasi FELDA Rimba Mas… Rimba Mas Perlis Berhad mengusahakan sedikit produk hiliran… hiliran bagi dolomite. Depa memang amat ni la… mengharapkan supaya Kerajaan Negeri ada insentif-insentif, inisiatif-inisiatif tertentu untuk memperkasakan… tidak hanya sekadar melombong bahan raw material dolomite ni, bahkan menghasilkan industri hiliran bagi kita merancakkan sektor pertumbuhan ekonomi di negeri Perlis dan dengan sendirinya menambah peluang pekerjaan bagi penduduk di negeri Perlis. Saya… saya memang… saya dapatkan sekali Yang Berhormat Speaker dari segi… saya tengok banyak dia punya… hasil-hasil yang kita dapat… dapat jana daripada kalau kita tunjukkan, ni apa… industri hiliran bagi dolomite ini. Antaranya kita boleh… dolomite ni berfungsi untuk meneutralkan tanah… pH tanah, membantu pembentukan struktur tanah yang baik, yang mana tadi tu kita tengok ada masalah dengan sawah padi contohnya di negeri Perlis ni, mana tahu… dan kita ada sektor penanaman besar-besaran jagung. Mungkin kalau kita manfaatkan dolomite ini yang mana dihasilkan dalam bentuk pallet-pallet, kita boleh naikkan lagi… kalau kita ni… dalam sektor baja contohnya Yang Berhormat Speaker, kita boleh tingkatkan lagi hasil… harvest yang… produk-produk daripada… kalau daripada tumbuhan… apa ni… pertanian… sektor pertanian di negeri Perlis. Bahkan dia menyuburkan tanah, mendorong penyerapan fosforus, nitrogen, sulfur dan lain-lain oleh… daripada tumbuhan. Bahkan memperkuatkan akar, dari sudut akar tumbuhan tu meningkatkan pembentukan akar, meningkatkan daya tahan terhadap serangan makhluk pesakit… perosak seperti anai-anai dan bakteria perosak. Mana tahu, kita ke arah untuk… mengurangkan penggunaan racun dalam sektor pertanian kita, kita tingkatkan… kita gunakan yang… bahan yang lebih sustainable ni. Dan, Yang Berhormat Speaker, dia juga apa ni… boleh meningkatkan daya tahan terhadap serangan yang mana saya bagi tahu tadi… serangan dan juga pertahanan dan… dan… bahkan penyembuhan kepada penyakit, meningkatkan daya tahan terhadap penyakit bagi tumbuhan, meneutralkan zat yang beracun seperti aluminium dalam tanah. Jadi dia boleh merawat struktur tanah kita. Memperbaiki fungsi membran dinding sel dan menguatkan dinding sel. Bahkan saya difahamkan oleh industry player, dengan izin Yang Berhormat, kita… untuk… orang kata membersihkan sungai kita ke, kita punya saliran, kita boleh gunakan juga dolomite untuk… bagi memulihkan struktur dalam air ini yang mana kita boleh memanfaatkan kalau sungai kita cantik semua, boleh memanfaatkan bagi sektor industri contohnya industri pelancongan. Dan juga Yang Berhormat Speaker, saya ambil ruang ini juga untuk… bagi… tentang dolomite ni dari segi apa kegunaan-kegunaan yang lain iaitu antara dia dalam sektor minyak dan gas, maknanya saya nampak peluang dia amat besar untuk negeri Perlis. Dengan Tuhan bagi kita ada dolomite yang agak… saya difahamkan antara yang bermutu tinggi di dunia, jadi kita bayangkan kalau kita manfaatkan untuk sektor industri hiliran. Minyak dan gas, makanan haiwan… makanan haiwan, jadi kita bercakap tadi ni tentang permasalahan negara yang kita hadapi ini, ternakan ayam kita, ayam kurang di pasaran, ayam mahal… kerana bekalan makanan yang kurang. Why not, kita nampak kita dah ada sedia ada. Di samping kita nak tunggu jagung harvest tadi Yang Berhormat Simpang Empat bagi tahu, seratus hari nak harvest, kita dah ada sedia ada dah dolomite kita, yang mana kita boleh manfaatkan untuk makanan ternakan khususnya haiwan. Yang mana lebih… saya nampak lebih organik yang dia tidak ada… bebas kepada bahan kimia dan juga boleh dimanfaat dolomite ni, juga boleh dimanfaatkan dalam pembuatan bahan-bahan pembinaan dan pembuatan seperti keluli, cat, plastik, kertas dan bata. Dan juga industri farmaseutikal dan kosmetik. Yang ni antara industri yang kalau kita… krisis ekonomi seteruk manapun dunia, antara industri yang… yang akan bertahan adalah industri kosmetik. Betul tak Yang Berhormat Chuping? Ya? Ha… Mata Ayer ya, saya lupa seorang lagi Mata Ayer dengan Pauh… dan Indera Kayangan. Dan juga bahkan industri seramik, kaca dan marmar. Dan satu lagi industri kimia. Banyak memang dapatan yang ni dan saya juga dimaklumkan oleh pihak pemain dan industri yang saya sebutkan tadi ni, depa ada buat kunjungan bertemu dengan pegawai kepada Yang Amat Berhormat Bintong berapa tahun yang sudah, tetapi tidak ada… apa nama… depa maklum dukacitalah… tak ada ni… mungkin Yang Amat Berhormat Bintong tolong check baliklah. Kot-kot boleh panggil depa boleh lepas ni. Depa berusaha… berusaha untuk nak buka ni… hat sewa lot industri di kawasan Kuala Perlis. Apa ni… yang pertama Yang Amat Berhormat Bintong, satu… depa ada buat ni… ada berjumpa dengan pegawai Yang Berhormat… Yang Amat Berhormat. Yang kedua dengan Pejabat Tanah. Jadi saya harap supaya dapat dikorek balik, apa nama… mungkin Setiausaha DUN pun boleh tolong, bekas pengarah tanah. Kan… untuk mana tahu yang mana kita boleh jadi, di samping kita ada harum manis yang adalah permata bagi negeri Perlis, kita ada satu lagi permata yang kita boleh perkasakan untuk pertumbuhan ekonomi Negeri Perlis, insya-Allah. Saya tak tahu saya cukup berminat tentang mempelbagaikan kreatif untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negeri.
Yang Berhormat Speaker, dalam berapa tahun yang sudah saya ada bangkitkan tentang industri ganja dan ketum. La ni bukan apa… nak, nak ni… nak, nak, nak tanyalah kot-kot ada dasar baru dari kerajaan negeri kerana kita tengok Yang Berhormat Menteri Kesihatan pun ada positif ke arah nak tubuh jawatankuasa dan sebagainya untuk mengkaji… industri bagi ketum ni. Yang mana Yang Berhormat Menteri Kesihatan… umumkan mewujudkan jawatankuasa induk bagi meneliti penggunaan ketum cannabis untuk tujuan perubatan. Ini baru lagi, Julai. Dan juga kita ada ahli parlimen diri kita juga Yang Berhormat Timbalan Menteri Komunikasi, Pelanggan dan Komunikasi yang saya tengok baru ni masa beliau mengunjungi program nilai setitik darah di HTF ada membangkitkan lagi untuk… bagaimana kalau, bukan sekadar negara bahkan negeri Perlis ni kita ke arah kita… ada usaha positif ke arah untuk memperkasakan penanaman apa ni… untuk cari jalan untuk legalisasi dan komersialkan dua produk, dua penanaman yang saya… tanaman yang saya sebut tadi ni. Yang mana kalau kita tengok nilai… bukan apa nilai pasaran industri ini pun difahamkan mampu mencecah sehingga RM60 bilion yang mana negara jiran kita pun dah… dah bebaskan. Bukan apa Yang Berhormat Speaker, baru ni ada lawatan kerja ke Thailand dan saya menyaksikan sendiri Yang Berhormat Tambun Tulang, adakan baru ni… sebelum ni… kalau kita bebaskan apa kan… saya masuk ke seven eleven nak beli nasi goreng dia tu yang halal, saya dapati tak… dalam tu ada cannabis dan sebagainya dalam peti sejuk tapi tak berebut-berebut pun orang. Dan Alhamdulillah tiga hari perjalanan tu pun memang tidak jumpa accident dan sebagainya kot-kotlah kata dah legisasikan ganja ni akan mabuk ke di jalan kan… tapi mabuk arak… mabuk arak ada. Ada kita nampaklah kan. Tapi yang kata dari segi kemalangan, Alhamdulillah tidak ada sebarang… tiga hari tu tidak ada kemalangan. Mana tahu kot-kot kerajaan negeri boleh merangka, mengorak langkah ke arah untuk mengkaji bagi tujuan penanaman dan juga kita mengkomersialkan untuk tujuan bagi memperkasakan, meningkatkan ekonomi negeri dan dalam masa yang sama kita meningkatkan pendapatan bagi rakyat negeri Perlis.
Yang Berhormat Speaker, Tuanku Raja ada juga menitahkan tentang Perlis yang bersih. Perlis yang bersih dalam yang mana kita ada agenda Perlis Bersih Sihat 2021 sehingga 2025. Yang mana baginda turut menegaskan di samping kita menekankan aspek pendidikan untuk… bagi tujuan ke arah yang lebih bersih kita juga, baginda juga turut menitahkan supaya aspek penguatkuasaan lebih dititikberatkan. Maknanya lebih baik dia berjalan seiring dan sejalan dan baginda menitahkan supaya kerajaan melihat contoh-contoh bagi amalan baik kebersihan ni seperti mana yang telah dilaksanakan dan ada kejayaan, success story dengan izin Yang Berhormat Speaker daripada negara jiran kita yang terdekat, Thailand, Singapura dan Brunei. Kalau menyebut tentang Singapura, memang kita kagum yang mana negara tu lebih kecil daripada negeri kita, dia… dengan mengetatkan peraturan kebersihan, CCTV merata ceruk, rakyat pun jadi akhirnya lebih disiplin, rakyat jadi… apa nama… tak boleh tengok ada sampah, depa sendiri akan kutip, jadi… apa nama… kita merindui kalau kita boleh ke arah tu, yang mana dia bukan saja kebersihan di sudut yang fizikal, akhirnya akan membawa kepada… kita pun sendiri akan ada sifat yang bersih dalam etika kita, dalam semua yang kita dipertanggungjawabkan, yang mana Tuanku ada memetik hadis Rasulullah SAW tentang “kullukum ra'in wa kullukum mas'ulun a’ra i yati”. Jadi, yang tu yang kita akan dipertanggungjawabkan tentang apa yang satu-satu aspek yang kita dipertanggungjawabkan ni, kita nak ke arah lebih, kita lebih integriti dan sebagainya. Dan juga satu yang mana yang mungkin kita boleh contohi daripada Singapore, dia di samping kawasan kita boleh kata yang negara dari negara kota, tetapi dia masih mengutamakan pokok… landmark pokok. Seingat saya Yang Berhormat Titi Tinggi ada memaklumkan kita nak tambah pokok tu, saya memang… amat menyarankanlah kalau kita boleh dapat tambah sebanyak mungkin kita tanam pokok dan mungkin kita bersama-sama ahli-ahli Yang Berhormat pun kita turut serta untuk program-program menanam pokok, macam mana yang Singapore dia bandar tetapi kota dalam taman. Macam mana kalau itu kita boleh laksanakan ini, Alhamdulillah, kita pun lebih ni… dari segi orang kata… perubahan. Kita macam mana kita nak tangani perubahan iklim yang kita sedang hadapi ni antara lainnya dengan menanam pokok. Ada berapa tajuk lagi Yang Berhormat Speaker tapi saya… memandangkan saya nak mematuhi masa Yang Berhormat Speaker beri, jadi saya nak fokus kepada akhirnya 5 minit terakhir ni kepada aduan-aduan rakyat yang saya terima dalam kawasan.
Yang Berhormat Speaker, antara lainnya saya terima aduan daripada Kampung Bakong tentang longkang, longkang yang perlu dinaiktaraf, saya mohon pertimbangan Yang Berhormat apa ni kerajaan supaya dapat bantu penduduk Bakong dia ada kawasan lagi yang berlongkang tu bukan kata longkang dah tahun tahun berapa kita tahun 60-an kut dan ada yang bakal dah tercabut dan longkang tu parit lagi setiap kali hujan lebat ya memang depa kena…kena ni lah kena buang air… sian saya pi melawat baru ni jadi saya harap supaya pihak kerajaan boleh tengok sat Kampung Bakong Sena dan juga aduan daripada apa Taman Muhibbah di Taman Muhibbah dan juga Taman Utara Jejawi yang mana pokok-pokok dalam pokok-pokok besar dalam taman tu Yang Berhormat Santan depa minta tolong ni lah sebab depa bimbang takut ni lah kita ada dengan musibah sedikit musibah angin ribut dibimbangi timpa ke rumah noh minta tolong kerajaan supaya dapat pi tengok trim pokok-pokok tu dan juga di… bagi pen… ada penduduk yang terlibat dengan pertanian… ni pesawah padi di sawah di kawasan Bakong tu, depa minta agensi yang berkenaan untuk memastikan kerja-kerja pembersihan dapat dilaksanakan mengikut jadual dan juga aduan jalan-jalan ban di ban…bendang tu ada yang agak rosak mintak tolong repair. Dan… dan juga satu lagi di bagi kawasan ni dewan orang ramai untuk makluman pihak kerajaan dewan orang ramai di Taman Muhibbah Bakong ni depa baru saja komited, baru ni buat apa nama gotong-royong bersihkan tebang habis semak-samun dah pokok pun dah tinggi pada manusia lagi dah dibersihkan depa ada satu komitmen yang ni untuk nak nak sesiimarahkan dengan pelbagai program, program memasak dengan AIMnya apa ni AIM kan dia ada 5 kelompok situ depa nak buat program ni saya kata be… bagus tambah lagi 5 mana tau boleh tubuh 5 group lagi jadi ramai lagi yang boleh meniagakan jadi di situ ada sedikit kerosakan di store bahagian bumbung dia tu store tempat simpan peralatan agak, agak usang mohon supaya pihak kerajaan dapat tengok sat untuk repair dan juga satu lagi bila… yalah 2 tahun kita dengan pandemic-nya, PKP, PKP, PKP, macam-macam PKP yang kita hadapi. Jadi, 2 bulan, 2 tahun tak dapat beroperasi dewan tu, ayaq dipotong saya fahamlah… ayaq dipotong tu. Jadi, saya mohon… surat pun ada depa bagi kat saya, JKK ada bagi kelmarin ada di-CC-kan kepada BPD dan juga SAP mohon minta bantuan pihak Kerajaan supaya ayaq pun dapat disambung baliklah. Bilnya tak banyak mana cuma proses nak menyambung baliklah… saya kata yang ni kita ikut procedure lah kan. Saya tak mahu lah depa sambung macam haram tu semua itu antara yang bagi kawasan ni dan juga Yang Berhormat Speaker ada aduan lagi tentang… ok masalah ni EXCO Yang Berhormat EXCO Kesihatan ada berbangkit lagi aduan tentang di... pemasangan parking lah. Kita semua sedia maklum parking di kawasan HTF yang kepadat… kepadatan yang mungkin pihak Yang Berhormat Exco Kesihatan boleh berbincang dengan pihak HTF untuk macam mana kita nak atasi. Sikitlah kan sebab yang paling ni sekali tu yang mana yang melibatkan kecemasan mungkin ada ruang ruang boleh parking-parking tertentu yang disediakan untuk waris yang hantar pesakit-pesakit yang kecemasan ni sebab dia mungkin kritikal sikit separuh kritikal, jadi ada yang ni dia tidaklah perlu sampai sebab yang hat parking lebih luas tu kita kita faham ada di belakang bilik mayat tu, tapi agak jauh ni untuk yang… terutamanya bagi yang kecemasan dan juga masalah air biasa lah saya faham… apa ni… ni mungkin ni di kawasan ni Yang Berhormat Kayang, di kawasan Taman Senai Indah, Taman Harmoni. Taman-taman yang sekitar tu ada berapa taman berjiranan dengan taman ataupun guru jawi santan… ha… yalah masa air selalu ada problem di situ. Bila ditanya kita pun faham pembaikan paip dan juga pam rosak sebagainya mungkin boleh tengok dari segi tekanan air dan sebagainya dan juga termasuk Taman Ira. Yang Berhormat, Taman Ira pun saya masih menerima rungutan sampai sekarang ni tekanan air rendah dan bagi kawasan Taman Perniagaan di Taman Sena Indah, Yang Berhormat Santan ada permintaan daripada penduduk khususnya dan juga peniaga tentang perlunya dipasang signboard-signboard tertentu, tanda-tanda berhenti, tanda anak panah dan sebagainya yang dia ada melibatkan kemalangan-kemalangan kecil apabila tidak ada, tu jalan pun depa minta supaya diada garisan putih tu sebab kurang jelas. Jadi mana yang ni kita takmau bagi, kalau no entry tu dia lebih jelas dan sebagainya supaya tidak berlaku kemalangan yang kecil dan ada… ada kakitangan daripada sekolah-sekolah Behor Mali, Islahiah yang mana pokok-pokok jati di persekitaran sekolah tu, di jalan berdekatan dengan Sekolah Menengah Agama Islahiah dan Sekolah Rendah Islahiah tu, ada… ada mengganggu penglihatan-penglihatan untuk daripada keluar sekolah dan ada kes dah… ada kes accident kereta berlanggar dengan pokok dan bertambah bahaya faktor angin, ribut yang kita hadapi. La ni kita bimbanglah dengan ada pelajar-pelajar dan sebagainya supaya benda ni dapat ditengok lah, pokok jati tu kut di-trim dan sebagainya. Dan satu lagi Yang Berhormat Speaker… ok, tak apa saya nak nak pergi, nak landing dah. Yang terakhir baru-baru ni saya ada menerima aduan tentang bantuan rumah MAIPs. Alhamdulillah saya ucapkan terima kasih kepada MAIPs kerana telah meluluskan permohonan kepada Asnaf ni, ada oku sekali, tapi saya amat kecewalah Yang Berhormat Speaker, tidak ada sensitiviti bagi saya di pihak kontraktor. Projek rumah Asnaf sepatutnya bulan lima ni dah siap dah, tetapi malangnya ni pun dah masuk Ogos dah tak siap lagi. Kontraktor tu boleh kata pula… mengadu, boleh kata pula projek tu tak ada untung, mampuih. Apa nama… saya mohon supaya pihak MAIPs dapat…
Di mana YB?
Di kawasan Sempering… kampung-kampung Sempering ya. Saya tak mahu bagi tahu kontraktor mana sebagainya, tapi saya mohonlah supaya pihak MAIPs maksudnya dapat senarai hitamkan kategori kontraktor-kontraktor yang bersikap macam ni, yang telah gagal menjalankan… melaksanakan kerja setelah mendapat kontrak. Jadi itu antara lainnya yang saya dapat simpul. Sebenarnya banyak lagi Yang Berhormat Speaker. Mungkinlah nanti sidang yang Speaker cakap yang Sidang Khas tu, insya-Allah kami tak sabar-sabar nak sokong ni undang-undang anti-lompat bagi negeri Perlis. Saya ucapkan… saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih banyak kepada dan tahniah kepada seluruh kakitangan Pejabat DUN Negeri yang telah menjayakan sidang kita kali ini dan juga seluruh jabatan yang telah terlibat. Alhamdulillah, jazakumullah khairan katsiran. Dengan ini, saya menyokong penuh titah ucapan Tuanku Raja Perlis. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, assalamualaikum.
Terima kasih Yang Berhormat Sena, dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang berhormat, ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media, para hadirin yang dihormati sekalian. Selamat tengah hari dan salam sejahtera. Terima kasih kerana diberi peluang kepada saya untuk membahaskan usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. Mungkin ini adalah kali terakhir kita bersidang, saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada pihak SUK yang menganjurkan persidangan ini dengan baik. Saya terus masuk ke titah ucapan Tuanku usul berkenaan dengan pelancongan, sebab isu pelancongan kita tengok dari pelancongan kita telah melihatkan satu perkembangan yang baik sejak selepas PKPD dan saya ucapkan tahniah kepada semua yang berusaha dan kita tengok banyak… kita ada peruntukan mungkin daripada kerajaan pusat dan sebagainya. Saya berharap peruntukan-peruntukan seumpama ini dapat digunakan dengan sebaiknya dalam semua bidang… dalam bidang pelancongan khususnya dan jika boleh, peruntukan ini juga saya mohon untuk diberikan sebahagian kepada NGO-NGO dan juga sukarelawan khususnya yang banyak membantu dalam bidang eco-tourism ataupun agro-tourism dalam pembangunan pelancongan di negeri Perlis. Selain daripada itu, saya juga… Tuanku juga bertitah dan juga menyentuh berkenaan mempelbagaikan sumber pendapatan negeri. Salah satu yang telah disentuh adalah dolomite seperti mana yang telah YB Sena kemukakan. Saya rasa ini adalah satu sumber yang kaya di negeri Perlis di mana kita boleh mendapatkan dengan mudah, dengan kos yang lebih rendah dan ia terjamin. Dia tidak banyak dipengaruhi oleh peperangan antara negara yang mengeluarkan baja dan sebagainya dan kewujudan bahan ini yang mempunyai banyak magnesium yang dapat meneutralkan tanah ini sebenarnya dapat membantu dalam hasil pertanian, memberikan keadaan pokok yang lebih sihat dan sebaginya. Selain daripada itu, adanya bahan ini ia dapat menyenangkan pengagihan baja bahan ini di seluruh negara. Selain daripada itu, saya juga ingin kemukakan sedikit cadangan berkenaan dengan ketum seperti mana yang telah disebutkan oleh YB Sena juga. Saya berpendapat bahawa ketum adalah satu bahan pertanian yang dapat menghasilkan produk hiliran. Jika kita gunakan dengan baik dan elok, ia adalah satu jenis ubat tradisional dan penghasilannya tidak mengikut musim dan ia boleh diusahakan oleh kebanyakan penduduk di negeri Perlis yang memiliki tanah. Jika kita ada mana-mana badan-badan ataupun agensi yang mengendalikan dan membuat kajian tanaman ketum ini, saya pasti dia akan memberikan satu keuntungan yang memanfaatkan negeri Perlis dengan kutipan cukai dan seterusnya jika dia diluluskan dengan bersyarat, ia juga dapat mengelakkan penyeludupan ke negara jiran ataupun sebagainya. Selain daripada itu, saya ucapkan tahniah kepada Jabatan Pertanian Negeri Perlis juga dan atas usaha EXCO juga mengusahakan bidang pertanian dan juga penternakan. Walaupun secara kecil-kecilan, tetapi dia serba sedikit dapat membantu keluarga dalam memberikan makanan dan sebagainya dan sebagai asas untuk mereka membangunkan dan melibatkan diri dalam bidang pertanian dan penternakan. Memandangkan negeri Perlis mempunyai cuaca yang panas, matahari yang terik, saya berpendapat kita boleh memperbanyakkan lagi kegiatan dan juga pelaburan dalam bidang solar. Walaupun kita ada satu projek solar di Kuala Perlis, tetapi saya rasa dengan tanah yang luas yang masih kita ada di Chuping Valley khususnya, bidang solar ini mungkin boleh diperkembangkan lagi dan dia pasti akan memberikan hasil pendapatan yang tinggi kepada Negeri Perlis. Jika kita tengok dari segi pendidikan seperti mana yang telah banyak…
Yang Berhormat Indera Kayangan, sebelum pergi ke tajuk lain, solar tadi… saya berminat, apakah pandangan Yang Berhormat kalau dalam sektor solar ini kita perkembangkan di sudut kariah-kariah pendudukan, taman-taman yang mana kalau boleh secara berkelompok tu mungkin boleh reduce kos dan akhirnya membawa kepada kita boleh reduce kepada electricity punya bil. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih YB Sena, ini memang satu cadangan yang baik malahan pada pihak TNB, kalau mempunyai inisiatif yang baik dia boleh memberikan tawaran tenaga elektrik, TV untuk dijual balik kepada TNB dan ini dapat menjana pendapatan kepada keluarga berkenaan juga. ok… bagus, satu cadangan yang baik. Kalau kita sentuh berkenaan dengan pendidikan, saya setuju dengan apa yang dibahaskan oleh YB Guar Sanji. Pendidikan adalah sangat penting, tidak kira sama ada dia secara pendidikan formal di sekolah ataupun pendidikan agama dan malahan jika kita mempunyai generasi yang berpendidikan, dia bukan sahaja mendapat lebih banyak peluang dalam mencari kerjaya ataupun peluang untuk mendapatkan dan menjana ekonomi yang lebih baik, malahan secara keseluruhannya ia dapat mengubah nasib sesebuah keluarga ataupun sesebuah negeri malahan negara. Dan melalui pendidikan juga, jika pendidikan yang luas didedahkan kepada generasi muda, kita tidak perlu lagi risau apabila kita ingin memperkembangkan digital di negeri Perlis dengan banyaknya mereka didedahkan melalui social media dan sebagainya dan cara mereka untuk menerapkan lebih lagi pendedahan kepada pendidikan ini, mereka secara langsung akan menyerap dan mengamalkan pendidikan digital dan seterusnya saya pasti ia akan berselari dengan apa yang dikehendaki oleh Kerajaan Negeri. Selain pada itu, Tuanku juga telah mengemukakan… telah melalui titah Tuanku berkenaan dengan kebersihan di negeri Perlis. Masalah sampah di negeri Perlis memang wujud lama dan kita… dan saya telah kemukakan sejak dari dulu lagi masalah yang apakah masalah yang menyebabkan polisterin tidak dapat dibanteras penggunaannya di negeri Perlis? Adakah sebab tiada penguatkuasaan yang tegas yang diambil, ataupun pihak Kerajaan tidak menyediakan kemudahan yang dapat memberikan penduduk untuk membuang sampah, ataupun disebabkan tiada peruntukan ataupun kekangan kewangan yang tidak diperuntukkan dalam bidang kebersihan? Saya mohon pencerahan untuk…
Mintak penjelasan sikit Indera Kayangan. Nak tumpang sebab Yang Berhormat tak pakai teks. Jadi takpa lah, saya tumpang untuk tanya EXCO Pendidikan. Kadar buta huruf yang dibangkitkan di negeri Perlis ini akibat pendidikan melalui online, saya rasa dibangkitkan juga oleh saudara Guar Sanji. Nak tanya berapakah… kita ada tak jumlah sebenar mereka yang berada di tahun 2 sekarang dan tahun depan nak masuk tahun 3 yang masih tidak boleh baca ataupun baca dalam keadaan yang masih dalam keadaan yang perlahan dan sebagainya? Adakah atau tidak jumlah statistik yang berlaku di tiap-tiap sekolah di negeri Perlis? Dan juga apakah tindakan yang dibuat oleh pihak sekolah dalam mengatasi masalah ini? jadi saya cuma nak menyinggung perkara ini melalui Indera Kayangan, terima kasih.
Terima kasih. Ok… saya juga ingin menyentuh isu berkenaan dengan tempat perlindungan rumah yang sangat penting dan dalam masa terdekat ini, iaitu pada penghujung bulan Mei dan juga lebih kurang 10 ataupun 9 hari bulan Julai, negeri kita telah dilanda angin kuat dan menyebabkan banyak rumah yang terlibat. Pada hujung bulan Mei, lebih kurang 100 lebih rumah. Daripada 9 ataupun 10 hb julai pun melibatkan lebih kurang 100 rumah… melebihi 100 rumah. Saya rasa apa yang dimaklumkan oleh Tuanku adalah satu perkara yang penting di mana kita tahu jika berlaku… apabila berlakunya bumbung ditiup angin kuat, sebenarnya dia akan melibatkan banyak kerugian oleh mangsa-mangsa. So, saya ingin mintak pihak Kerajaan supaya boleh memberikan lebih banyak peruntukan jika boleh ataupun pihak MAIPs untuk membantu membaik pulih rumah dan seperkara ini. Saya ingin mengucapkan taniah kepada YB Pauh yang telah sudi turun ke rumah Puan Safitri a/p Mariapan dan saya ucapkan tahniah kepada YB Pauh kerana YB Pauh sanggup untuk membina sebuah rumah baru kepada Puan Safitri. Saya bagi pihak dia mengucapkan terima kasih kepada YB Pauh dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada YAB Menteri Besar juga atas tunjuk ajar beliau tempoh hari yang memaklumkan kepada saya jika membaiki rumah, banyak isu yang perlu dipertimbangkan khususnya isu tanah. Saya ambil maklum YB dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak NGO yang telah banyak bekerjasama dengan pusat khidmat saya yang setakat ini telah membuat 43 rumah sejak daripada 2018… sejak angin tiup pada Februari 2018 dan memakan belanja lebih kurang RM 576,000.00. So, saya ucapkan terima kasih kepada pihak NGO yang sangat berprihatan yang sudi memberikan tajaan sepenuhnya kepada rakyat negeri Perlis saya ucapkan terima kasih.
Selain itu, saya juga ingin sentuh berkenaan dengan isu air yang… isu air… tunggakkan air yang mencecah 35.28 juta adalah satu angka yang besar. Saya ingin tahu bagaimana pihak SAP akan menangani tunggakan wang yang sebanyak ini, sebab wang yang sebanyak ini jika dikutip balik dia dapat banyak membantu untuk membaiki ataupun menjalankan tugas dan kerja penyelenggaraan air di negeri Perlis. Saya juga ingin tahu daripada pihak SAP sebab selalu saya mendapat aduan daripada penduduk, lebih-lebih lagi bila berlakunya gangguan air, dia punya prosedur SOP dia, macam mana rakyat nak tahu? Sebab setiap kali air… kalau air tidak ada, mereka akan dalam keadaan serba salah, tak tahu nak cari bantuan air dari pihak mana, macam mana nak dapatkan air, bila tanker akan datang dan seterusnya. Selain daripada itu, saya juga mendapat makluman daripada penduduk kerana mereka tidak dapat notis awal. Mungkin pihak SAP ada memberi notis tetapi ia tidak disalurkan sampai ke pihak penduduk. Saya rasa mungkin SAP atau agensi-agensi berkaitan take note atau ambil maklum supaya perkara gangguan air dan sebagainya disampaikan kepada penduduk lebih awal dan cara yang lebih berkesan, terima kasih.
Selepas pandemik COVID-19, kita tengok ada pertambahan yang banyak daripada keluarga yang miskin tegar dan juga miskin. Sejajar dengan itu, saya rasa pembangunan ekonomi di negeri Perlis yang ada kemajuan juga harus berlipat ganda, sejajar dengan indeks pertambahan keluarga miskin dan juga miskin tegar. Sebagai orang yang diberikan amanah, saya rasa setiap antara kita mesti bekerja, dengan izin, extra mile untuk menjamin dan juga memastikan rakyat… kehidupan rakyat dan kebajikan rakyat sentiasa dijamin dan diutamakan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada banyak agensi yang terlibat, yang banyak berusaha dalam semasa pandemik COVID iaitu pihak JKM, pihak PDRM, PERKESO, KPDNHEP yang juga telah menganjurkan jualan keluarga dan saya berkesempatan menyertai salah satu jualan Keluarga Malaysia. Saya rasa ini adalah satu inisiatif yang baik. Aa bukan saja memberikan barangan dijual dengan harga yang lebih murah, malahan ia telah melibatkan peniaga yang ingin membantu rakyat. Perkara ini saya rasa harus digalakkan dan diuar-uarkan kepada seluruh keluarga. Saya juga ingin ucapkan banyak terima kasih kepada ICU, dan pihak KPRV dan tidak lupa kepada pihak MPK juga yang telah memberikan permit bebas niaga untuk memudahkan penduduk di negeri Perlis untuk menjalankan perniagaan menyebabkan mereka lebih berdikari mencari wang untuk berdiri di atas kaki sendiri, bergantung kepada diri sendiri. Tahniah kepada semua dan kepada agensi yang tidak saya ungkitkan, saya ingin ucapkan terima kasih kepada anda semua kerana banyak lagi, mungkin banyak lagi… mungkin JPS, JKR dan sebagainya terlibat… sentiasa terlibat dalam kerja-kerja untuk menyokong dan juga memberi bantuan kepada rakyat dan juga pihak APM juga kalau musim angin kuat, mereka banyak membantu juga. Selain daripada itu, saya ingin ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri juga telah banyak berusaha untuk pembangunan di negeri Perlis. Cuba juga untuk menaikkan infrastruktur di negeri Perlis. Walau bagaimanapun, kami berharap setiap wang yang dilaburkan tidak menjadi gajah putih pada suatu hari. Maka dengan itu, kami berharap agar semua pelabur yang commit… yang ber-commit untuk datang ke negeri Perlis akan berada di sini. Saya tengok pada bulan pada 11 haribulan April, JABIL telah mengadakantemuduga di negeri Perlis untuk mendapatkan lebih kurang 500 peluang pekerjaan kepada anak-anak Perlis. Saya berharap perkara ini akan direalisasikan dalam masa terdekat dan saya berharap anak-anak Perlis akan mengambil peluang kepada pelabur yang datang ke negeri Perlis agar bekerja dengan bersungguh-sungguh dan berharap mereka akan dapat satu peluang kerja yang baik di negeri sendiri. Untuk penjawat-penjawat awam, saya rasa setiap kali kita tukar kerajaan kita tukar menteri, kita tukar dan sebagainya, mungkin cara dan budaya kita, kerja kita berubah mengikut pertukaran ini. Namun saya ucapkan tahniah… saya rasa mungkin banyak-banyak pertukaran penjawat awam pun tak tension sangat. Kerja pun lebih relax sikit, tetapi dapat perform dengan cara tersendiri yang lebih baik. Saya ucapkan… saya berharap anda semua teruskan bekerja dan perform, dengan izin, atas landasan anda sendiri dan cuba lah bantu rakyat sejauh mana yang boleh di negeri Perlis yang kita sama-sama sayangi untuk rakyat di negeri ini.
Untuk isu perumahan, saya ingin tahu sebab Tuanku ungkitkan pasal Dasar Perumahan Hartanah di negeri Perlis iaitu yang berkuatkuasa mulai 1 Jun 2022. Sebagai ADUN pembangkang, mungkin kami tidak sangat faham berkenaan dengan dasar ini. Saya berharap pihak Kerajaan dapat memberikan lebih makluman kepada kami dan seterusnya memberikan dan menyalurkan maklumat ini kepada rakyat supaya rakyat yang memerlukan dapat dimanfaatkan melalui dasar yang dikemukakan ini. Selain daripada itu, mungkin yang paling akhir yang saya kemukakan adalah sama-sama kita menjaga alam sekitar. Walaupun kita tengok negeri Perlis di antara paling kecil di Malaysia dan penduduknya yang lebih kurang
284,900 orang, antara yang ketiga kurang selepas Putrajaya dan juga Labuan, namun saya rasa peranan kita walaupun sebagai sebuah negeri yang kecil harus kita selalu ambil maklum, ambil peduli kerana kalau negeri ini kotor dan juga sampah-sampah kita tidak diuruskan dan sampah-sampah dibakar di tepi ban-ban, di tebing-tebing sungai dan akhirnya sampah-sampah ini akan disalurkan keluar daripada Kuala Perlis dan sehingga ke Lautan Pasifik dan mana-mana… Lautan Selat Andaman dan sebagainya saya rasa. So, ini saya rasa walaupun kecil, tetapi peranan kita untuk menjaga alam sekitar adalah besar dan saya berharap kita sama-sama usahakan untuk pihak Kerajaan Tempatan, mungkin anda boleh galakkan penggunaan basikal, berkongsi kenderaan, mungkin seperti yang telah… kalau tak silap mungkin YAB pernah maklumkan nak buat cycling di sekitar Perlis. Itu satu inisiatif yang baik. Saya pasti mereka yang suka kayuh basikal memang suka dan selain daripada itu, saya juga mohon agar pihak Kerajaan cuba memperbanyakkan dan juga membangunkan pihak kemudahan pengangkutan awam supaya lebih ramai rakyat Perlis boleh berkongsi kenderaan dan untuk mengurangkan karbon itu… iaitu zero carbon, dengan izin…
Yang Berhormat ada cadangan nak berhenti ke?
Paling akhir, satu lagi, untuk Geopark… very interesting, dengan izin. Saya rasa Geopark ini adalah satu khazanah yang begitu berharga di negeri Perlis kerana… sebab kita ada banyak Geopark di sini. Untuk memperkembangkan Geopark ini saya cadangkan untuk adakan satu task force dan juga ada pakej pengenalan yang khas untuk diberikan kepada pelancong-pelancong yang datang ke negeri Perlis untuk memperkenalkan mereka atas kurniaan alam semula jadi yang indah dan unik ini. So, itu saja. Sebelum saya beredar, saya ucapkan tahniah dan penghargaan kepada semua yang berada di Dewan dan tidak berada di Dewan ini yang sentiasa memberi sokongan kepada kami semua sebagai ADUN dan dengan ini saya menyokong sepenuhnya titah ucapan DYMM Tuanku Raja Perlis. Sekian, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana turut memberikan ruang kepada saya untuk turut sama berbahas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis semasa Persidangan… Perasmian persidangan semalam. Yang Amat Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan juga wakil rakan-rakan media serta semua hadirin yang yang di dalam Dewan yang mulia ini. Alhamdulillah hari ini kita semua dapat berkumpul sekali lagi dalam Dewan ini, atas satu tujuan dan matlamat yang sama iaitu kita semua nak duduk nak bincang nak bagi elok negeri ini. Alhamdulillah banyak juga yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku semalam adalah untuk tujuan yang sama, untuk beri manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat. Semoga apa yang kita bincangkan hari ini dan juga esok kita realisasikan… realisasikan perkara-perkara ini, insya-Allah. Suka untuk saya mulakan dengan isu yang saya rasa semua terkesan iaitu air lah di Perlis ni. Umum maklum banyak masalah kebocoran di negeri Perlis ni masalah air terawat dan mineral water, dengan izin Yang Berhormat Dato' Speaker, sangat tinggi di negeri Perlis. Tapi saya faham Kerajaan Negeri bukan tidak berusaha… berusaha untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Cubaan untuk memohon geran, meminjam wang daripada pihak Kerajaan Persekutuan, ya… ada disebut sebelum- sebelum ini. Tetapi saya rasa jawapan yang sama akan diberikan setelah empat tahun saya berada di sini ialah kita tidak mempunyai peruntukan yang cukup untuk menyelesaikan masalah paip-paip bocor ni. Jadi saya di sini ingin mencadangkan agar jika kita ada hutang yang nak kena bayar balik kepada Kerajaan Persekutuan tu, memandangkan Kerajaan pun tak boleh nak bagi banyak pinjam ke… bagi geran untuk kita, jadi jadual balik bayaran berkenaan hutang… hutang-hutang negeri kepada Kerajaan Persekutuan ni kita tangguhkan dulu. Kita guna duit hutang ni untuk kita selesaikan masalah-masalah perpaipan yang ada dalam negeri ini. Sebab kita semua kena maklum, ini adalah perkara asas. Kalau kita tak boleh selesaikan perkara ini, akan menyebabkan ada pelabur-pelabur dari luar yang tidak berminat untuk melabur dalam negeri kita ini, insya-Allah. Tadi Yang Berhormat… banyak Yang Berhormat di sebelah sini yang berbahas, sebut juga berkenaan aduan-aduan air ni tadi, juga yang terakhir Yang Berhormat… apa nama ni… Indera Kayangan sebut berkenaan makluman aduan. Saya tak nafi Syarikat Air Perlis ada memberikan notis awal. Ya, mungkin dalam Dewan ni kita terima melalui group WhatsApp, Facebook tapi tidak bagi penduduk-penduduk yang berada di dalam kawasan kampung, mereka tidak dapat maklumat, mereka tidak ada Facebook. Sekarang lah, telefon pun bukan telefon yang… yang internet Android ni ke apa, jadi saya mohon Syarikat Air Perlis jika ada pembaikan, tolong buat… apa… makluman awal kepada penduduk-penduduk dalam kampung ni melalui kaedah siar raya. Gunalah mic… apa ni… speaker ka apa ka masuk dalam kawasan-kawasan kampung yang terlibat ni. Tolong buat siar raya kepada penduduk-penduduk kampung ni, insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, alang-alang sebut pasal air ini saya nak sebut juga bab isu-isu air dalam kawasan ni… kawasan saya bab penurapan premix selepas pembaikan apa nama ni… paip yang bocor ni. Ya, saya tak nafi kalau dua tiga hari penduduk mengadu kat saya, saya akan jawab balik sabar sat, bagi tanah tu mendap dulu nanti depa ni… tapi kadang-kadang ni aduan ni dah lama… sebulan, dua bulan, tiga bulan… ada yang setahun pun belum diturap kembali. Saya mohon balik Syarikat Air Perlis tengok balik jadual pembayaran kepada kontraktor yang buat tu. Kalau dalam checklist untuk buat kerja tu kena turap, kena masukkan penurapan semula tu selesai baru buat bayaran balik kepada kontraktor-kontraktor yang… yang diberikan kerja untuk baik pulih paip bocor tu. Kemudian di Kuala Perlis semua tahu nak pi Kuala Perlis, nampak tangki air tu cantik, dekat simpang kat kedai nak masuk kat highway tu dimaklumkan sidang yang lepas, dalam proses untuk memasukkan… apa ni… elektrik TNB di kawasan tersebut. Saya tak pasti sampai sekarang apa status dia, insya-Allah. Saya yakin dengan siapnya sepenuhnya dan boleh digunakan sepenuhnya tangki air di di di Kuala Perlis tu akan menyelesaikan banyak masalah-masalah tekanan air rendahlah di kawasan Kuala Perlis, insya-Allah. Sukanya saya sebut kat sini ada beberapa masalah yang berulang. Masalah tekanan air rendah di kawasan Kampung Padang Besar Selatan, di kawasan Taman Semarak jalan dia tu saya lupa, tapi nanti saya akan cuba dapatkan balik… saya akan cuba berhubung balik dengan pihak yang berkenaan untuk maklumkan supaya ambil tindakan sebab ada berapa rumah… satu lorong satu Taman Semarak tu memang bermasalah bab tekanan air rendah. Depa dah cuba pakai pam tapi sedut kalau dengan air tak ada, ni tak boleh keluar angin ja. So saya dah tak tahu nak jawab apa dah dekat dengan pengadu-pengadu ni.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, semalam Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga sebut berkenaan program dan projek pembangunan yang bersifat rakyat centric. Jadi di sini saya nak nak bangkitkan kembali beberapa isu dalam kawasan yang saya rasa terkait dengan niat yang dimaksudkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Incorporation mungkin boleh lihat kembali untuk membina satu jeti bersepadu untuk pengusaha-pengusaha bot nelayan laut dalam. Sebab saya sendiri dah dapat banyak aduan daripada pengusaha-pengusaha bot laut dalam ni yang mereka menjadi masalah untuk kita sebut bahasa kitalah nak menambat bot depa nak tambat bot depa ni tak ada tempat jadi depa ni pengusaha-pengusaha bot ni adalah syarikat-syarikat besar yang mempunyai ramai pekerja. Dan ada yang dah sudah berbunyi mungkin kami tak ada tempat YB lepas ni kami nak pindah pergi ke Perak ke dan ada yang nak sanggup pindah pi ke Thailand sebab apa… sebab bila dia tak ada kawasan nak tambat bot ni bermasalah untuk depa simpan storages pukat depa barang-barang berkaitan dengan alat tangkapan ikanlah. Jadi perkara ini juga berkait rapat juga dengan sekuriti makanan yalah kalau dah depa pindah pi ke Perak kita kurang pula ikan kat sini, pindah pi Siam ikan tak masuk kat sini tak mendarat kat sini. So saya berharap kerajaan negeri melalui selain daripada Menteri Besar Incorporation atau jabatan-jabatan berkenaan boleh tolong lihat perkara ini secara haluslah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker masih lagi dengan isu pembangunan yang bersifat rakyat centric. Saya juga nak tanya berkenaan peruntukkan naik taraf kawasan Medan Selera makan Medan Plaza Kuala Perlis, bersebelahan Plaza Plaza Kuala Perlis, bersebelahan Pasar Utama sebab diumumkan pada belanjawan yang lepas, untuk tahun 2020 ada peruntukan, tapi sampai sekarang saya tak nampak lagi ada… ada apa nama ni… sebab sebarang bentuk fizikal bahawasanya kerja pembaikan itu akan bermula, dah masuk bulan lapan ni. Begitu juga dengan market Kuala Perlis. Dah siap dah, elok. Memang ada isu sedikit daripada… apa ni… penyewa-penyewa di situ yang depa bangkitkan. Benda saya dah… saya sendiri pun nak sampaikan kepada MPK dah lama dah, dah tiga empat bulan tapi masih belum ada nampak usaha untuk memindahkan depa ke dalam kompleks market yang baru tu. Kemudian satu lagi, Dewan Serbaguna di Jalan Serawak saya tengok pada majlis hari raya aidilfitri yang lepas, Yang Amat Berhormat dengan ada menganjurkan majlis rumah terbuka di kompleks di Dewan Serbaguna Jalan Serawak tapi itu saja yang saya tahu sesuatunya majlis yang pernah dibuat di situ. Jadi saya nak tahu kenapa dia… dewan ni masih tak nampak boleh digunakan? Siapa yang bertanggungjawab, pemegang taruh yang nak kena uruskan… apa nama ni… dewan tersebut? Kadar sewaan macam mana? Dan mungkin ada sebab lain kah kenapa dia tidak boleh digunakan buat masa ini? Juga sebab saya nak sentuh sedikit berkenaan padang bola Majlis Perbandaran Kangar di Kuala Perlis. Kalau kami di Kuala kami panggil Padang Bandaran lah. Dah lama dah saya pernah bangkitkan isu tak ada bekalan air dan bekalan elektrik. Mungkin MPK boleh buat perjanjian dengan pihak yang yang sanggup untuk orang cakap memegang amanah menjaga kawasan Padang Bandaran tersebut. Mungkin MPK boleh sewa kan kepada… apa ni… pemegang amanah tersebut dan pemegang amanah tu… cara macam mana dia nak run padang tersebut terpulang sebab ramai maklum Kuala Perlis ni banyak kelab bola sepak dan banyak pemain bola sepak lah. Jadi kami pula kawasan terhad untuk menggunakan padang bola sepak. Jadi mungkin mungkin Majlis Perbandaran Kangar boleh tengok, halusi lah perkara ni dan kalau boleh saya minta mohonlah bantu mempercepatkan, masukkan… mempercepatkan pendaftaran… apa ni… penggunaan air dan juga elektrik di padang bandaran tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, semalam ada juga disentuh berkenaan pembinaan jeti baru bersepadu yang lebih moden untuk jeti penumpang ke Langkawi, perkara ni ya… kita semua maklum berkait dengan isu mendapat di sekitar muara sungai Perlis itu di kawasan bahagian depan jeti penumpang feri ke Langkawi mungkin saya boleh nak mencadangkan sedikit di sini. Kalau boleh kita adakan feasibility studies untuk sama ada kita boleh membuka kembali laluan sungai yang menyambungkan Pulau
Ketam dengan Seberang Seng kami panggil Seberang Seng tu dekat kedai Mat Rock Der tu, dulu memang Pulau Ketam tu adalah kampung yang memang pulau laluan feri dulu, hujung tahun 80-an dan juga awal 90-an masih melalui kawasan yang menghubungkan Jalan Pulau Ketam dan juga Seberang Seng tu. Jadi mungkin ini adalah salah satu sebab yang menyebabkan kenapa berlaku mendapan yang yang agak serius di kawasan muara sungai Perlis. Orang Pulau Ketam jangan risau kalau even dapatan kajian mengatakan ia ini puncanya kita kena buka balik laluan mungkin dibina jambatan tu pun laluan yang menghubungkan Pulau Ketam dengan Seberang Seng tu. Semoga dengan apa nama ni… kajian-kajian tersebut, insya-Allah, saya akan menyokong pembinaan jeti baru. Kalau dapatan kajian mengatakan bukan itu puncanya… kalau itu puncanya dan kita cuba mungkin ini boleh dapat membantu mengurangkan kos daripada kita perlu membina jeti bersepadu baru penumpang untuk ke Langkawi, insya-Allah. Di sini juga saya nak nak sebutlah berkenaan isu harga tiket feri yang naik baru-baru ini. Yalah, banyak terkesannya penduduk Langkawi lah. Depa yang banyak menggunakan feri untuk datang ke ke tanah besar ni. Mungkin saya boleh mencadangkan kat sini kita Kerajaan Negeri cuba ambil peluang tengoklah. Kita pun boleh menubuhkan anak syarikat ke… apa ke… untuk orang cakap bina konsortium feri kita sendiri sebab saya dimaklumkan pengusaha feri ada sekarang ni di Langkawi itu adalah daripada negeri Sarawak. Jadi seolah-olah macam ni Yang Berhormat Tambun Tulang sebut tadi, kartel ni ada di mana-mana. So kita nak mengelak kartel feri ni, ke apa… insya-Allah kita tubuhkan sendiri konsortium feri kita sendiri untuk cakap mengawal harga feri tersebut… harga tiket feri tersebut.
Masih berkenaan dengan dengan apa nama… sekitar kawasan jeti Kuala Perlis Yang Berhormat Dato' Speaker, saya nak tahu apa status… apa nama ni… projek baik pulih kawasan konkos jeti? Saya tengok dah memang haritu dah start buat tapi la ni diam kembali. Sebab saya mendapat rungutan yang sangat banyak di media sosial melalui WhatsApp, melalui telefon, kena maki pun pernah. Isu bab tak ada… tak bilik air apa ni… tandas awam di kawasan jeti tersebut. Dalam terminal feri yes, memang ada. Tapi itu hanyalah untuk kegunaan penumpang yang telah check-in, dengan izin Dato’ Speaker. Problem dia sekarang ni adalah penumpang yang perlu menunggu di luar terminal feri tu tak ada bilik air sendiri pernah dapat video apa nama ni pelancong anak dia nak nak buang air kecil tak tahan, terpaksa melepaskan hajat di tepi jalan sahaja, ini sangat memalukanlah dah benda tu video tu viral jugalah dalam media sosial so saya nak tengok apa-apa penjelasan daripada pihak berkenaanlah berkenaan apa ni Jeti Konkos Kuala Perlis. Satu lagi berkenaan isu di kawasan Jeti Kuala Perlis iaitu kesesakan trafik ketika waktu puncak kadang-kadang sesak punya trafik ni sampai dekat lampu isyarat berdekatan Komalaut tu. Ok-lah kalau orang… kalau orang Perlis sendiri, kalau dia nak kena pi Langkawi dia mai la last-last minit dia mungkin tahu geographically jalan daripada traffic light ke Konkos tu jauh mana senang dia nak budget masa tapi problem dia adalah bila pelancong luar ini pun saya terima aduan juga dia pun terkejut bila mai jammed dia pun tak tahu jarak daripada traffic light tu nak pergi ke terminal feri tu jauh mana jadi terlepas feri banyak kali dah even orang tempatan kita pernah terlepas kerana kesesakan trafik dan saya nampak di sini adalah sebab bottleneck yang ada dekat dengan pejabat pelancongan negeri Perlis tu sebab ada di bina orang cakap road curve… road curb kat situ, dengan izin Dato’ Speaker, jadi bottleneck kat situ, dekat dengan kawasan kaunter tiket Roro apa semua tu. Jadi kita tengok baliklah kenapa… apa diisu yang menyebabkan traffic problem kat situ.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di sini saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang bertungkus-lumus membanteras… apa nama… pencerobohan bot siput dari negeri Kedah. Saya tak nak sebut lain, saya nak sebut pasal buat siput dia pada negeri Kedah banyak tangkapan dibuat akhir-akhir ni dan kita semua maklum bot siput ni bermaharajalela sebab adanya tonto. Jadi kita tak tahulah macam mana nak handle tonto. Tonto ni boleh kita consider the cartel juga lah, ada pun boleh control kawasan laut kita ni apa semua. Apa nama ni… berkaitan juga dengan kedaulatan negara dan juga perairan negara kita ni, saya mohon untuk mencadangkan mungkin melalui Majlis Keselamatan Negeri untuk memohon peruntukkan mencadangkan kepada pihak Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan jeti bersepadu yang mengunjur ke laut 100 meter ka… 200 meter ka… berdekatan dengan apa nama ni… sempadan pos Bukit Batu Putih. Sebab ya kita ada tembok binaan yang kukuh di sempadan darat yang memang susah sukar untuk ditembus… ditembusi oleh apa penyeludup dan juga musuh-musuh daripada anasir luar, tapi problem dia kita tidak ada satu pos yang berdekatan laut yang untuk membanteras penyeludupan kepelbagaian yang tidak diingini lah untuk mencegah kedaulatan negara kita ditembusi. So saya mencadangkan untuk kita… melalui Majlis Keselamatan Negeri ataupun pihak-pihak yang berkenaan untuk cuba mendapatkan membuat kertas cadangan membina satu jeti yang mengunjur ke laut berdekatan dengan pos sempadan Bukit Batu Putih. Masih lagi berkenaan dengan laut juga isu air pasang besar semua maklum, dulu 10 tahun lepas 20 tahun lepas kurang isu ni mungkin dua tiga bulan sekali dia baru jadi isu air pasang besar ni tapi sekarang ni boleh kata kekerapan dia tiap-tiap bulan jadi isu air pasang besar ni. Yalah, rumah orang-orang kampung dulu bina rendah sebab tak expect tak jangka air pasang ni akan masuk dalam kawasan rumah tapi la ni dah… dah kata dah… dah banyak masuk apa semua jadi mohon pihak yang berkenaan tambahkan keluasan untuk membina benteng penahan air pasang air ombak lah ataupun air pasang ni daripada masuk ke kawasan-kawasan kampung ni.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sedikit saya nak sentuh bab nelayanlah, baru-baru ini diterima juga aduan daripada nelayan dari kawasan Kurung Tengar berkenaan depa nak beli minyak diesel di stesen minyak di dalam kawasan Kuala Perlis tidak dibenarkan sebab depa tidak mempunyai lesen. Ya saya akui depa tidak mempunyai lesen tapi saya juga akui mereka ni bukanlah penyeludup mereka ni memang betul-betul nelayan. Isu lesen ni memang isu yang lama dah yang pernah saya dibangkitkan daripada pertama kali saya bersidang di sini jadi, Jabatan Perikanan perlu halusi lah perkara ini dan saya juga pernah selesaikan isu macam ni di mana ada nelayan yang memang keluar pukat hijau ni depa tak ada lesen tapi memang betul-betul depa mengusahakan ni saya kumpulkan depa ni yang betul-betul yang buat apa pukat hijau ni jumpa dengan Jabatan Perikanan jumpa dengan kastam jumpa dengan KPDN dan saya tak ingat tahun bila exactly saya rasa tahun 2019, kot kumpulkan depa dan selesaikan isu depa ni dengan cara beri memberi kebenaran kepada senarai nama yang yang betul-betul mengusahakan bot ini sahaja jadi tak menyusahkan beliau untuk terpaksa pergi ke sampai ke Simpang Empat beli apa nama ni minyak diesel untuk kegunaan ni. Sedikit isu lagi berkenaan nelayan ni berkenaan bot siput dari Kedah lah apa semua ni terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada pihak Maritim saya tak tahulah macam mana apa kita nak buat ni dengan bot siput daripada Kedah ni. Maritim dah buat kerja nelayan pun dah mengadu tonto ni dah tak tahu macam mana sebab mungkin pihak yang berkenaan di agensi yang berkenaan ni perlu berbincang dengan agensi-agensi di negeri Kedah macam mana kita nak sekat daripada bot-bot Kedah ni masuk dan curi hasil apa ni di perairan kita inilah dan seterusnya merugikan nelayan-nelayan dalam kawasan lah. Ok Yang Berhormat Dato' Speaker, sedikit berkenaan isu status kontrak pekerja status kontrak. Pekerja di SUK ini, ada pekerja yang dah orang kata tiga tahun memegang status kontrak, kemudian tak diserapkan sebagai tetap tetapi sebaliknya dia ambil pekerja baru. Jadi kita mohon, tengok baliklah isu ni. Kalau boleh status pekerja kontrak ni, di SUK ni, kita terapkan dan depa ni… kalau depa ni cemerlang. Kalau depa ada isu, saya tak boleh nak kata apa lah. Kita nak minta tengok balik isu ni.
Yang Berhormat Dato' Speaker, sedikit berkaitan isu pendidikan, padang hoki Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis saya pelik sebab saya tinggal sekolah tu tahun 2002. Lepas tu barulah sekolah tu jadi projek untuk hoki lah di negeri Perlis. Dibina stadium mini untuk padang hoki. Kajian tanah masa tersebut cantik lah orang kata, boleh guna tapi saya pun baru dapat maklumat baru ni kata padang hoki tu, kesesuaian tanah dah tak boleh guna dan padang tu tak boleh guna dan perlu bina… apa nama ni… padang baru di… di kawasan lain. Bukan di dalam kawasan sekolah. Saya pun pelik tengok balik, rungkai balik, tengok apa patut pihak berkenaan buat untuk selesaikan masalah ini. Kemudian infrastruktur dalam kawasan sekolah ni ada yang masih tidak memuaskan jadi saya mohon Yang Berhormat Pauh tolong minta peruntukan lebih sikit bantu sekolah-sekolah dalam kuala ni, boleh na, insya-Allah. Sikit lagi berkait dengan isu pendidikan saya juga pernah sebut pada sidang saya tak ingat bila tapi memang saya sebut dalam ni saya mohon dibina bumbung pejalan kaki bermula daripada Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis sehingga ke kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis, alleyway pejalan kaki tu dah ada cuma bina bumbung. Sebab itu bermanfaat bukan sahaja kepada pelajar juga kepada penduduk-penduduk kampung ataupun penduduk daripada Seberang Ramai yang berjalan kaki nak ke pejabat pos dan juga Klinik Kesihatan Kuala Perlis ini sangat membantu, insya-Allah. Yang Berhormat Dato' Speaker, apa nama ni isu pelancongan lah yang juga disentuh oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku semalam, sebelum ni kita ada Perlis Marathon kita ada Pesta Angin Timur kita ada Pesta Air. Tahun ni, saya tak pasti kenapa kita tak buat tak apa cuma saya berharap tahun depan kita banyakkan balik event-event macam ni event-event besar dan kalau boleh kita tambah lagilah Perlis Cyclist Event ke apa kan macam tu nak tarik orang supaya datang. Dan saya nak menyatakan penghargaan kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri yang lepas ni sebab atas usaha banyak juga dibantu dengan diberi kerjasama oleh juga EXCO pelancongan dah banyak orang cakap produk-produk pelancongan muncul dalam dalam negeri kita cumanya mungkin ini satu cadangan untuk kita kembangkan lagi, orang cakap produk-produk pelancongan kawasan selatan Thailand masuk dia kita cuba bawa apa nama ni buat program dengan pihak sana lah untuk bawa pelancong-pelancong yang banyak pi ke kawasan selatan Thailand, Tanjung Pauh, Pak Bara, Setoi… apa nama apa tu… sampai ke Krabi lah, semua di Selatan Thailand nak mai sini, tak jauh mana. Cuba kita tengok apa yang kita boleh untuk tarik pelancong-pelancong yang banyak ke kawasan selatan Thailand untuk juga hadir dan melancong dalam negeri, insya-Allah.
Yang Berhormat, boleh tak habis dalam dua minit lagi? Tak payahlah 30 minit.
Tak apalah, saya cuba tengok berapa isu penting sebab tadi awal saya dah request dekat Dato’ Speaker. Dato’ Speaker punya kuasalah ni Dato’ Speaker.
Ok, saya bagi dua minit lagi.
Lima minit lah boleh na? Ok, terima kasih Dato’ Speaker. Sikit… Yang Berhormat Dato’ Speaker, mana tadi dah. Ok, lupa pi dah kena tegur. Ok berkenaan isu orang kurang waras, alhamdulillah dua tiga hari ini, minggu ni depa tak ada dekat Maybank sebab Maybank tengah renovate. Saya dah tak tahu nak buat apa sebab la ni semalam saya tengok ada orang baru pula mai… muda. Saya dah tak tau dah nak buat apa dah. Pernah saya tengok depa ni nampak bersih. Mai sat, lepas tu seminggu dua lepas tu depa mai balik lepas depa hilang seminggu dua lepas depa bersih balik rupanya…
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak bagi cadanganlah supaya YB pi duduk sama situ. Boleh mandi dengan depa.
Sampai hati Sanglang… tak apa, nanti saya juga… tapi saya dengar… saya nak sebutlah… saya dengar salah seorang tu dia mai daripada orang ni asal dari kawasan Simpang Empat. Tak tahu kot daripada Sanglang ke dia singgah tu baru mai ke Kuala Perlis, kena siasat balik yang tu. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon lah yang tu sebab apa orang lelaki ok, tak ada masalah. Kita tak risau sangat. Tapi orang perempuan, depa takut… depa cukup takut sebab depa ni dah agresif, ketuk pintu kereta, pi minta duit sungguh-sungguh. Jadi tolong tengoklah balik betul-betul macam mana kita nak selesaikan perkara ni. Isu titi pejalan kaki dalam kawasan Kampung Hujung Tanjung dan juga Tanah Baru dah buat aduan reban orang nak lalu tak boleh tolong tengok balik. Ok ini masalah berulang, penutup longkang. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya kena sebut. Saya tengok ada setengah penutup longkang tu, dua tiga kali dah buat, rosak lagi… dua tiga kali buat, rosak lagi… lepas tu tak tahulah pasal apa bina tak kukuh. Majlis Perbandaran Kangar selalu saya complained benda ni. Tolong tengok balik betul-betul lah dan ada satu lagi penutup longkang yang agak membahayakan di kawasan berdekatan dengan flat Kuala Perlis tu memang dah mendap dah, besi dia tu kalau orang tak biasa lalu kot situ, lalu… memang akan masuk dalam. Tolong tengok balik pembinaan isu penutup longkang ni. Jalan Miri Satu dan juga Jalan Miri Dua, kawasan depan Plaza Kuala Perlis tu, peniaga itu marah kat saya tak sangga sebab pita sekerat saja, sekerat lagi tak tau. Jadi depa berbunyilah hat dia jalan satu letak sekerat, kat jalan dua pon letak sekerat. Sepatutnya kalau betul nak buat jalan hat satu ni lebih ramai orang guna, pi sambung hat pi buat bagi perabih buang tu… saya pelik, depan buat sekerat, belakang buat sekerat. Tolong tengok baliklah yang tu.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, isu tandas awam sekitar Kuala Perlis, tadi di jeti saya dah sebut dah, di laman bras… Laman Brasmana… Laman Plaza, Laman Ikan Bakar Brasmana. Tu pun isu juga, pelancong mai makan makan sakit perut ke apa nak pi bilik air tak ada. Kadang-kadang terpaksa pergi ke Hotel Brasmana, itu pun kadang-kadang Hotel Brasmana tak bagi. Saya depa bagi pi lah. Orang lain tu minta tolong tengok balik. Di belakang kedai MARA dekat pekan Kuala Perlis pun isu yang sama juga, masalah banjir kilat ni Yang Berhormat Santan saya pun pernah berhubung tapi memang sentiasa berhubung dengan Yang Berhormat Santan lah di Taman Kuala Perlis isu dia bila hujan terlalu lebat dan bertembung dengan air laut, yang tu saya boleh jawablah dekat penduduk kalau bertembung dengan air pasang ni tapi kalau bukan air pasang tiba-tiba hujan lebat sat ja bertakung kawasan tu jadi lembah, minta tolong tengok betul-betul, dua lagi tak selesai isu masalah banjir kilat dalam kawasan Kuala Perlis ni situ dan juga di deretan kedai sebelah Petronas Kuala Perlis tu dan juga satu lagi, sorry saya terlupa… tadi longkang tidak diselenggara dengan baik di kawasan berhadapan stesen bas ekspress Kuala Perlis menyebabkan limpahan air masuk ke kawasan kampung belakang kilang, kat situ tolong tengok balik betul-betullah isu-isu ni. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sikit lagi tak banyak dah, taman permainan tidak diselenggara dengan baik di Taman Semarak, Taman Berlian, Taman Peladang Jaya… tolong tengok balik takut membahayakan balik kanak-kanak lah. Dan satu taman permainan di kawasan jeti tu kalau dah memang rosak saya dah report dah, memang dah dikuadronkan, dengan izin Dato’ Speaker kalau boleh dah tak boleh repair buang terus lebih baik. Di Taman Semarak depa minta dibina pagar penghadang dekat taman jalan… Jalan Semarak 7 tu sebab budak-budak main bola sepak masuk kawasan rumah orang banyak kali, jadi dah pecah tu pecah ni, di Taman Semarak juga Jalan Dua dapat minta yang ni pun lama dah 2 tahun, dah rasa minta bonggol jalan sebab bahayalah dekat Taman Semarak Jalan Dua, satu lagi isu berkenaan speedbump di sekatan jalanraya nak pergi ke Seberang Ramai penduduk tak complain sekatan jalan raya tu cuma penduduk bunyi berkenaan apa ni bumper yang dibuat daripada tali tu ada lima saya sendiri kira motor lalu tu kalau kerap lalu memang bahayakanlah kerana merosakkan motor jadi depa minta mohon speedbump yang proper untuk buat saya… saya tahu tak boleh buat speedbump yang permanent tar tu tapi cuba tengok yang macam dalam shopping mall tu tengok option dia. Last isu saya nak sebut berkenaan yang disentuh juga oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja semalam berkenaan projek perumahan rakyat, saya sendiri dah terlalu banyak hantar permohonan melalui KPLB, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, kepada pejabat Pembangunan Luar Bandar di Alor Setar. Tapi dukacita dimaklumkan kebanyakannya permohonan yang dalam kawasan kampung-kampung nelayan ni ditolak. Saya berbincang atas alasan apa sebab macam inilah disebut, “YB, kalau kami buat yang rumah A, rumah sebelah dia betul-betul tu pun nampak rumah dia pun daif”, minta lagi… tapi sebenarnya rumah-rumah dalam kampung nelayan yang daif betul ni memang perlu banyak, tak cukup peruntukan yang diberikan untuk baikpulih ni. Jadi saya mohon pihak MAIPs yang juga banyak membantu untuk baik pulih rumah ni, kami di Kuala Perlis ni tanah bergeran ni tak dak, Ustaz Nazim noh, jadi kalau boleh kuota yang bagi sebiji untuk bina baru tu tukarlah jadi ke baik pulih dan kalau boleh tambahkan lagi untuk kuota jadikan kuota baik pulih untuk dalam kawasan-kawasan kampung nelayan dalam kawasan Kuala Perlis, insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di kesempatan ini saya ingin mengambil keputusan untuk menyokong penuh ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku semalam dan saya ingin mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang ada di dalam Dewan Yang Mulia ini sebab kita semua dah cuba yang terbaik untuk memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat, saya tak mahulah secara spesifik sebut satu-satu jabatan mana jabatan tu jabatan ni, termasuklah juga Setiausaha Dewan dan juga petugas-petugas daripada Setiausaha Dewan. Jadi sekali lagi, saya nak ucapkan terima kasih yang baik itu daripada Allah subhanahu wa ta'ala yang buruk itu daripada saya assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Penangguhan DewanAdjournment
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis, ulas sikit lah… ini kita ambil masa seminit dua. Pertamanya, Yang Berhormat Kuala Perlis dilanggar sikit, dia kata 30 minit… lebih 30 minit. Tak apalah orang muda tapi apa yang menarik di Perlis ialah Dewan Undangan Negeri sampai ke perkara longkang… tutup longkang pun kita masuk dalam Dewan Undangan Negeri. Yang pastinya kalau di Parlimen Malaysia tu macam kita tengok selalu lah, tak pernah disebut tapi asyik saya sebutkan di sini salah faham cukup banyak. Jadi sidang Dewan Undangan Negeri Perlis ini kita macam seolah satu keluarga, yang memberi teguran kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri juga memberi sedikit sebanyak bantuan kepada pihak-pihak di sebelah back benchers.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan dan akan disambung semula pada hari Khamis, 11 haribulan Ogos 2022, jam 9.00 pagi.
Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
(Persidangan ditangguhkan pada jam 1.46 petang).