Perlis · 11 August 2022
14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 192 turns · 31,259 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerlis publishes one PDF per sitting day, but nothing after 9 Aug 2023 although the assembly has kept sitting. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan mula bersidang.
Doa
Doa.
(Bacaan doa oleh Penolong Setiausaha Dewan)
Pemasyhuran daripada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis
Pemasyhuran oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri.
Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menerangkan kepada Ahli Yang Berhormat sekalian tentang aturan perjalanan Mesyuarat Dewan kita pada hari ini. Selepas ini, soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian akan dijawab oleh pihak Kerajaan mengikut turutan seperti di dalam Kertas Perintah Mesyuarat. Dewan kemudiannya akan berehat sebentar dan apabila disambung semula, Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja akan dibuka semula bagi membolehkan pihak Kerajaan memberi maklumbalas dan seterusnya menggulung perbahasan. Sekian.
Soalan-Soalan LisanQuestions
Soalan-soalan lisan.
Soalan-soalan lisan, dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang.
Terima kasih Dato’ Speaker. Saya kemukakan soalan nombor 1.
(Soalan 1 : Apakah kejayaan yang dicapai setakat ini dalam menarik modal langsung tempatan dan luar negara ke negeri ini?.)
Bismillahirahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbil a’lamin, wabihi nasta’in. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih Tambun Tulang. Mengenai pencapaian Kerajaan
Negeri di dalam menarik modal langsung tempatan dan luar negara ke negeri ini. Saya ingin memaklumkan bahawa sepertimana yang telah saya sebutkan di dalam salah satu soalan lisan kelmarin ni, jumlah pelaburan yang telah pun berjaya kita rekodkan, ini tidak termasuk… ini termasuklah yang belum dilaksanakan, ialah sebanyak RM25.16 billion. Bagaimanapun, angka ini bukanlah merupakan suatu angka yang kemas kini. Saya mempunyai satu angka yang lain, yang saya telah masukkan juga tambahan pelaburan oleh Baladna yang direkodkan pada awalnya ialah RM2 billion tetapi kalau mengikut laporan yang kita terima dan juga kenyataan akhbar yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, jumlahnya adalah RM4.5 billion. Ini bermakna pertambahan RM2.5 billion lagi. Dan… saya juga telah mengeluarkan sebenarnya satu atau dua pelaburan yang mungkin kita nampak tidak boleh berlaku seperti Empayar Paradigma yang berjumlah RM112 juta dan juga Lhoist… Lhoist Malaysia Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat perkuarian yang jumlah pelaburan RM220 juta. Dan saya tidak memasukkan itu di dalam book order kita sebab kita tak nampak perkembangan yang positif dalam hal itu. Jadi, kalau berdasarkan kepada itu, maka jumlah yang ada di tangan pada masa kini ialah RM27.157 billion. Ini adalah merupakan book order lah kita kata. Ok, itu adalah merupakan pelaburan yang telah… diperolehi melalui syarikat swasta tetapi ada lagi sebenarnya yang belum kita rekodkan seperti misalnya, pelaburan oleh Kangar Jaya… di Kangar Jaya. Dan kita ada… Kangar Jaya itu sendiri merupakan satu bentuk pelaburan… pelaburan hartanah. Ini tidak diambil kira lagi. Pelaburan yang dilakukan oleh McDonalds, juga di Kangar Ja… Kangar Jaya, tidak diambil kira lagi. Oleh Kentucky Fried Chicken, oh sorry McD di… di Kampung Bakau itu lebih kurang RM5 juta yang dilakukan sebelum 2018, Kentucky Fried Chicken yang baru, Giant yang berjumlah lebih kurang dalam… kalau tak silap saya RM38 juta juga tidak dimasukkan di dalam hal ini. Starbucks misalnya, itu pun menelan belanja berjuta juga sebenarnya. Dan selain daripada itu, kita juga ada pelaburan kerajaan. Pelaburan kerajaan adalah dalam bentuk prasarana awam yang diperlukan untuk menjadikan negeri kita lebih menarik kepada pelabur-pelabur dan saya telah membuat calculation di sini, perkiraan. Dan saya dapati, kerajaan sahaja yang melibatkan pelbagai bentuk pelaburan kerajaan ya, projek-projek yang dibiayai oleh kerajaan negeri dan juga persekutuan dan book value yang kita ada sekarang ini yang telah pun siap dan sedang dilaksanakan adalah berjumlah RM1.6 billion. Jadi itu adalah merupakan… jumlah… pelaburan yang diterima pada masa kini oleh negeri Perlis sejak saya mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri bermula pada bulan 5 tahun 2013 sehingga kini. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Dato’ Speaker, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat, ada satu para yang tidak dibahaskan oleh kawan-kawan tentang beggar-thy-neighbour tu. You… If we prosperous our neighbour, we will prosper along with it. Lebih kurang macam tu lah. Dato’ Speaker, dengan izin. Tuanku membangkitkan kekesalan apabila berlaku persaingan tidak sihat di kawasan sempadan yang tak sepatutnya berlaku kerana kita sebagai jiran terdekat apatah lagi dalam sama-sama negara sudah tentu saling memakmurkan ni harus menjadi prinsip utama kita. Apa komen Yang Amat Berhormat berhubung perkara ini, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, memang saya… perhatikan bahawa tidak ada seorang pun Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh mengenai ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja semasa perbahasan kelmarin. Sebenarnya adalah merupakan… sebenarnya apa yang telah dibangkitkan atau telah ditimbulkan oleh atau yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku itu sebenarnya adalah sesuatu yang benar berlaku. Dan saya sendiri di dalam beberapa siri mesyuarat di peringkat tertinggi… yang melibatkan Perdana Menteri daripada beberapa orang Perdana Menteri sebenarnya. Saya telah membangkitkan mengenai perkara ini tentang… bahayanya kalau sekiranya kita bertembung atau pun kita bersaing untuk melakukan benda yang sama melalui projek-projek pembangunan yang bersifat wilayah bagi negeri-negeri berjiran. Kerana pada saya, ini… dan apa yang telah disebutkan atau pun yang dititahkan oleh Tuanku Raja menggunakan istilah beggar-thy-neighbour… yang mana lebih berbahaya berbanding… ataupun ia berbanding dengan prosper-thy-neighbour. Dan ini juga sebenarnya saya telah bangkitkan di dalam mesyuarat-mesyuarat yang berkenaan malah di dalam saya dengan pihak NCIA, ya… rakan-rakan EXCO boleh mengesahkan perkara ini berkali-kali malah di… juga dibincangkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bahawa kita tidak perlu sebenarnya untuk… kita bersaing di antara satu sama lain. Dan kalau kita bersaing itulah yang dikatakan prosper… yang dikatakan beggar-thy-neighbour. Jadi kita saling membunuh di antara satu sama lain, itu konsep beggar-thy-neighbour. So, siapa yang lebih, dia lah yang akan dapat. This is like survival of the fittest, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker. Berbanding dengan prosper-thy-neighbour, di mana dalam konteks ini, apa yang sepatutnya berlaku, pembangunan di antara dua wilayah ini seharusnya saling melengkapi di antara satu sama lain, contoh… kerajaan negeri telah pun mengambil inisiatif di awal 2014 untuk memajukan Perlis Inland Port. Dan ketika itu, hanya Perlis sahaja yang telah mengemukakan syor ini untuk dibawa kepada MPFN yang saya terangkan kelmarin iaitu Majlis Perundingan Fizikal Negara, sebuah badan tertinggi di peringkat persekutuan, yang mensyaratkan supaya mana-mana projek yang melebihi daripada… kalau tak silap saya 500 ekar, mestilah mendapatkan kelulusan daripada MPFN, yang mana keahliannya terdiri daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai pengerusi, Timbalan Perdana Menteri sebagai ahlinya dan juga menteri-menteri di peringkat persekutuan dan juga pegawai-pegawai kanan… di peringkat persekutuan dan keahliannya juga termasuklah Menteri-Menteri Besar… dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing. Itu telah diluluskan. Dan kita telah melalui proses-proses yang lain sehinggalah yang terakhir sekali yang kita lalui sepertimana saya katakan kelmarin, value management lab. Dan itu kita telah selesaikan. Walau bagaimanapun, baru-baru ini telah timbul iaitu… sebuah syarikat ataupun pembangunan yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan sendiri, yang juga telah mengesyorkan diwujudkan pelabuhan darat di salah sebuah negeri jiran sebagai sebahagian daripada pembangunan wilayah di negeri yang berkenaan. Dan saya rasa ini tidak sihat. Dan ini akan menyebabkan berlaku persaingan… apatah lagi satunya dimiliki oleh kerajaan persekutuan, di bawah Kementerian Kewangan dan yang satu lagi adalah merupakan inisiatif daripada kerajaan negeri yang diluluskan oleh kementerian… oleh kerajaan persekutuan… yang dibiayai juga oleh kerajaan persekutuan. Jadi saya rasa ini adalah merupakan satu yang sangat-sangat tidak sihat. Dan apa yang dilakukan di Perlis ini sebenarnya adalah juga merupakan sumbangan kepada ekonomi negara. Dan kita ada kelebihan-kelebihannya dengan jalan kereta api yang telah pun sedia ada. Dan jalan kereta api ini untuk makluman Dewan yang mulia ini, dengan izin kalau saya boleh menggunakan perkataan ini, is severely under utilisation. Tak sampai 5% pun jalan kereta api yang menghubungkan Padang Besar sehinggalah ke selatan itu, yang digunakan untuk pengangkutan kargo tak sampai 5%. Dan bukan itu sahaja, malah jalan kereta api ini juga, hanya 3… tak sampai 30% digunakan untuk mengangkut penumpang. Jadi, kalau sekiranya kita tidak menggunakan infra yang ada ini dengan sepenuhnya, ini merupakan satu kerugian kepada negara. Dan kerana itulah idea untuk mewujudkan PIP di Padang Besar, yang mana kerajaan telah bersetuju untuk membelanjakan RM200 juta lebih untuk membina satu spur line yang baru, yang akan menghubungi PIP dengan jalan kereta api yang sedia ada, yang jumlahnya tidaklah begitu besar, tetapi faedah yang boleh diraih nanti adalah sangat besar dan ini merupakan sebenarnya untuk negara, bukannya untuk Perlis semata-mata. Kerana sebahagian besar daripada hasil yang akan dijana oleh projek ini tidak akan masuk ke kon… ke… kantung kerajaan negeri, tetapi akan masuk ke kantung kerajaan persekutuan. Kerajaan negeri hanya memperolehi apa? Kerajaan negeri hanya memperolehi cukai tanah sahaja. Dan selain daripada itu mungkin ada kesan-kesan… kesan-kesan sampingan… ya… yang dikatakan spill over… economic spill over. Itu yang mungkin diperolehi oleh kerajaan, oleh rakyat negeri Perlis termasuk juga peluang-peluang pekerjaan. Itu pun belum ada jaminan. Kalau sekiranya tidak ada di kalangan rakyat negeri Perlis yang berkelayakan yang boleh diambil untuk bekerja, maka peluang itu mungkin akan direbut oleh mereka yang datang daripada luar negeri Perlis. Jadi itulah penjelasan saya mengenai perkara ini. Sebenarnya saya boleh menerangkan dengan lebih banyak lagi sebenarnya apa yang sedang dilakukan, yang akan bersaing dengan negeri Perlis ini. Begitu juga dengan pavillion. Kalau tuan-tuan Ahli-ahli Yang Berhormat…
Sedikit Yang Amat Berhormat Bintong, kembali balik kepada isu neighbour-thy… sorry, beggar-thy-neighbour tu. Adakah dengan sebab lambatnya kita membuat keputusan yang menyebabkan pelabur-pelabur ini lari ke… ke… ke negeri lain lah? Itu yang pertama dan saya kalau boleh nak mencadangkan kat sini kalau yang dimaksudkan oleh Yang Amat Berhormat tu adalah Kedah, minta Yang Amat Berhormat berbincang dengan Sanglang lah, minta Sanglang tolong bercakap dengan kawan dia dekat sana tu. Jangan dok… dok… dok ambil sangat hat kita ni. Ha… minta tolong yang tu.
Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Ini sebenarnya bukan cerita pelabur lari. Dan juga tidak berkenaan dengan… tidak ada kaitannya dengan projek ini lambat dilaksanakan. Dan kelambatan itu bukan kerana kita. Saya dah terangkan dengan jelas kelmarin. Bukan disebabkan oleh kita. Kalau boleh saya nak harini buat keputusan, besok siap. Tapi tidak boleh berlaku di dalam realiti… realiti yang tidak boleh berlaku begitu, sebab kita menghadapi pelbagai isu dan pelbagai masalah. Masalah yang paling besar sekali di sini ialah wang. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat boleh dapatkan… ya… tolong kerajaan negeri, pergi minta dekat mana-mana pihak, datang bawa kita RM5 billion, insya-Allah kita tak perlu melalui proses yang begini panjang. Dan itu pun alhamdulillah, melalui jawatankuasa, koordinasi dan juga pemantauan yang diwujudkan, kita telah berjaya menyelesaikan masalah-masalah ini. Malah kita wujudkan lagi mekanisme yang lain seperti… kalau sekiranya projek itu menghadapi isu-isu tertentu, maka saya wujudkan sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri yang dinamakan Jawatankuasa Projek Spesifik. Dan kalau sekiranya ada isu dalam projek itu yang dilihat begitu sukar untuk diselesaikan, saya telah mewujudkan sebuah lagi mechanism yang dinamakan Jawatankuasa Isu Spesifik pula. Tackle isu itu, yes… semata-mata untuk diselesaikan. Yang satu, overall tadi…
Yang Berhormat, minta penjelasan… kalau dulu… kalau dulu lah… saya tetap teruskan… menguruskan beberapa individu yang mungkin mempunyai kepentingan di tempat berkenaan yang mencetuskan cadangan-cadangan idea baru dan mungkin kita dah kurang komunikasi sikit antara kita dengan jiran kita itu… mungkin, saya tak tahu. Tapi kalau ikut atas persefahaman, spill over yang Yang Amat Berhormat bangkitkan tadi, saya rasa dua-dua pihak mempunyai advantage dan perkara ini kalau dibiarkan ataupun mengikut perancangan jangka masa panjang, spill over itu akan dua-dua merasa nikmat dari segi latihan, dari segi… apa… dua-dua institusi besar, pengurusan kewangan ada sebelah… kat sebelah mereka. Kita boleh menyediakan dari segi teknikal, profesional dan sebagainya, ada contohnya. Tapi kenapa kita tak cuba cadangkan menghidupkan balik lebuh raya di sempadan tu untuk kita mengatasi masalah ini. Biar… sebelum kita sebut, Bukit Kayu Hitam, dia berfungsi untuk pengangkutan darat tapi untuk prime mover dan juga wagon ini dioperasi oleh negeri Perlis. Saya rasa ini tidak… bukan satu masalah besar pun kerana kita dua-dua ni juga melibatkan NCIA…
itu badan yang ditugaskan untuk pembangunan wilayah bagi negeri-negeri di utara. Apa ulasannya Yang Amat Berhormat? Terima kasih.
Ok terima kasih. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tambun Tulang sebenarnya memang betul. Saya tidak nafikan benda tu itulah juga sebenarnya argument kita ataupun justifikasi kita kenapa tidak perlu wujud persaingan di antara kedua-dua bentuk pembangunan yang berjiran ini, kerana kita… sebab tu saya katakan we should be complementing each other. Kita harus me… apa nama ni… melengkapi… saling melengkapi di antara satu sama lain. Saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tambun Tulang mengenai lebuh raya, itulah yang Kerajaan Negeri telah mencadangkan dan telah pun diterima dan diluluskan pelaksanaannya oleh Kerajaan Persekutuan iaitu Northern Corridor Highway dan ini akan menghubungkan Changkat Jering sehinggalah sampai ke Bukit Kayu Hitam, dan daripada Bukit Kayu Hitam saya telah mencadangkan supaya dia mengambil jalan KESBAN untuk masuk ke Perlis sehingga ke Padang Besar. Dan laluan ini sebenarnya akan memudahkan lagi perjalanan kargo-kargo yang datang melalui jalan darat dan clearance mungkin agaknya perlu… boleh dilakukan di Bukit Kayu Hitam dan akhirnya dia akan terus menuju ke Padang Besar, ke PIP yang tidak pun sampai 30 kilometer berbanding dengan perjalanan daripada Bukit Kayu Hitam ke mana-mana port yang terdekat di Selatan, seperti di Pulau Pinang itu sahaja telah melebihi 160 kilometer. Kesannya, kita punya lebuh raya kita akan digunakan dengan begitu kerap dan akan berlaku kerosakkan dan maintenance akan menjadi tinggi. Yang kedua, lori-lori yang mengangkut tu, lifespan-nya juga tidak akan sam… tidak begitu panjang dan mengikut maklumat yang saya dapat, kajian telah dilakukan 3 tahun sahaja, truck-truck ini akan hapus, maksudnya tidak boleh digunakan lagi, dan bayangkan kos pengangkutan daripada sempadan menuju ke mana-mana pelabuhan terdekat juga tinggi berbanding dengan hanya 29 kilometer. Jadi yang ini yang saya maksudkan sebagai bagaimana kita boleh complement dan projek kerajaan iaitu projek pem… membina lebuh raya ini adalah sesuatu yang menyokong ke arah tersebut. Dan sebenarnya kalau Ahli Yang Berhormat dan tuan-tuan dan puan-puan dengar, statement Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pelancaran projek ini, ia telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja. Di dalam statement yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri dan menyebutkan bahawa nilai perdagangan sempadan di antara Malaysia dan Thailand berjumlah 30 bilion US Dollar. 30 bilion US Dollar, bukan Ringgit Malaysia dan saya yakin bahawa cake ini besar untuk dikongsi bersama, tanpa kita bersaing di antara satu sama lain tetapi kita mencari niche kita sendiri. Negeri-negeri yang bersempadan ini mencari niche sendiri dan digunakan untuk dieksploit dengan cara yang terbaik untuk kita mendapat faedah 30 bilion US Dollar ini… nilai perdagangan di antara kedua-dua negara. Jadi kerana itulah Yang Amat Berhormat Dato’ Speaker, memang bertepatan sekali dengan apa itu dibangkitkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja bahawa beggar-thy-neighbour tidak baik. Sepatutnya prosper-thy-neighbour. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang dan Yang Berhormat Bintong. Dipersilakan Yang Berhormat Sanglang, soalan.
Yang Berhormat Dato` Speaker, soalan saya nombor 2.
(Soalan 2 : Sistem saliran air ke sawah padi amat uzur yang menyebabkan hasil padi gagal ditingkatkan. Oleh itu, apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah ini?)
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Sanglang berkenaan dengan sawah-sawah yang amat uzur dengan salirannya. Pihak kerajaan terutamanya di kaw… dia ada dua cara di Perlis ni, kawasan bendang yang pertama sekali kawasan Luar MADA iaitu kawasan Luar Jelapang… Luar Jelapang, yang kedua kawasan MADA. Di kawasan Luar MADA saliran-saliran ni dikelolakan oleh JPS dan juga Jabatan Pertanian. Masalah di kawasan MADA, pihak MADA telah mengenal pasti beberapa-beberapa kawasan yang terlibat terutamanya bagi kawasan-kawasan yang tinggi sikit. Pihak pembangunan sistem pengairan tersier di bawah projek pemacu pertanian bagi meningkatkan pendapatan infrastructure kepada 30… 30 meter sehektar. Sehingga 15 Julai 2022, sejumlah 2 blok penyiaran telah selesai dibangunkan untuk kawasan seluas lebih kurang 696 hektar dengan anggaran pesawah yang terlibat sebanyak 398 orang. 3 buah blok sedang dalam pembinaan, keluasannya 1,563.3 hektar dan anggaran pesawah yang menerima manfaat banyak… 893 orang, manakala 6 blok pengairan dirancang untuk dibangunkan sehingga penghujung RMKe-12 iaitu dari tahun 2023 hingga 2025. Melaksanakan penyelenggaraan ke atas infrastructure di kawasan sawah padi MADA melibatkan kerja-kerja seperti pembersihan saliran air, pemulihan dan pengubahsuai instructure, penyenggaraan jalan-jalan ladang dan sebagainya. Pelaksanaan kerja-kerja ini mengguna pakai peruntukan tahunan yang disediakan oleh kerajaan pusat. Menggalakkan usaha penjagaan dan pemulihan sistem pengairan sawah iaitu sungai, parit dan tali air berada di kawasan pihak yang terlibat seperti Pertubuhan Peladang, kawasan PPK, unit-unit kecil dan juga penggunaan… kumpulan penggunaan air. Saya juga mencadangkan kepada peladang, petani-petani yang berada di kawasan pinggir ban untuk menanam sayur-sayuran kontan supaya kawasan-kawasan tu dia akan jadi cuci seperti biasa. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Simpang Empat, kawasan dah… yang telah di… yang telah dibina blok-blok YB sebut tadi di mana? Dalam DUN mana?
Kawasan-kawasan yang sedang dalam pembinaan ARBD 3 di tam… di satu Tambun Tulang 658 hektar, ARBD 1C Kangar 38 hektar, blok tersier di bawah pemacu pertanian yang sedang dalam pembinaan ARBD 3, di Arau sebanyak 600… 819.9 hektar, ARBD 7b B-1 Kayang 157… 157 hektar, ARBD 7c, d, e B-1 Kayang 586.4 hektar. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan, yang ni… yang saya minta tolong Yang Berhormat Simpang Empat. Kesedihan petani-petani masih berterusan Yang Berhormat bila padi angin bom ni agak… agak drastik. Mungkin Yang Berhormat pun ada telefon saya sebelum saya balik baru-baru ni, cuma saya nak minta Yang Berhormat soal undang-undang ni… undang-undanglah. Kita akui kita tak boleh langgar dan sebagainya, cuma budi bicara… di tengah kesedihan petani kita ni, saya mintak… Yang Berhormat mintak tolong lah dengan Ketua Polis dan juga pengarah JPJ. Kurang-kurang sikitlah dari jalan tengah tu…Tambun Tulang tu tiap-tiap hari. Jadi, driver lori yang bawak ni kadang-kadang… padi tu penuh tapi berat dia tu kadang-kadang 800 kilo, 500 kilo yang saya rasa sangat… amat-amat sukar yang bila Yang Amat Berhormat dengar sendiri hasil apabila musim tuaian ini berakhir, saya ingat sangat-sangat menyedihkan untuk petani di negeri Perlis. Cuma mintak Yang Berhormat bagitau budi bicara sebenarnya dituntut di tengah kesedihan petani kita pada musim ini. Yang kedua soal nak tanam semula. Soal levi. 1,005, dulu 345 untuk tiga bulan. Memang ada kaitan dengan KDN, dengan imigresen, tapi kita kategori 1,005 ni, ditafsirkan pembayaran ini untuk ladang. Mereka yang bekerja di ladang. Kalau 345 ni, sawah ni, bukan tetap. Dia hanya tiga bulan ja… tiga bulan orang tani, orang ni balik. Sebab kalau kita nak bergantung dekat orang
Myanmar, dengan Bangladesh ini… Bangladesh, dia kadang-kadang dia mai 5, 6 taun jadi tauke dah. Lemak menguasai keadaan, jadi lebih pandai tanam. Lebih baik kalau tanam sekarang lebih sesuai dari… daripada sistem yang lain. Nak menggunakan mesin, saya ingat ada tempat tanah yang sesuai, ada yang tak sesuai, masih lagi kita terikat dengan kaedah konvensional, kaedah tanaman masa dulu. Orang petani ni kalau dia tanam, dia tanam lurus ja. Dia tak macam negara lain. Ditanam dia kan tengah-tengah dia kona, jadi ada dua kos yang akan ditanggung oleh petani. Diminta Yang Berhormat selaku EXCO Pertanian terutama road block minta Pengarah, Tuan Pengarah, Yang Berbahagia, Tuan Yang Berusaha, Tuan Pengarah JPJ dan Yang Berbahagia Datuk Ketua Polis, tolong kurang-kuranglah. Saya tau tu undang-undang, tapi kita baru lepas pandemik dan hasil padi pula menjunam dengan begitu teruk, rakyat sangat sedih. Tolong kita kurang-kurangkan sikit tekanan rakyat dan kita pun ke dekat-dekat pilihan raya kena faham-faham jugalah ok, jadi levi saya tau benda ni kuasa Datuk Hamzah. Yang Berhormat tulis surat dekat Datuk Hamzah untuk kita minta balik asal… bayar asal untuk mengambil pekerja penanam padi daripada Selatan Thailand RM345.00 untuk 3 bulan. RM1005.00 beban ni… ini akan di bagi kepada petani. Petani kena lagi kalau semua RM500 dengan semai bila levi naik dia akan RM600, RM700, dah… nak cari modal untuk nak mengusahakan kawasan baru Yang Berhomat mengambil sangat-sangat berat dan mereka terpaksa tanggung hutang secara berterusan, kerana kaedah menanam dia. Tapi yang lebih baik untuk menggalakkan padi angin karah apa semua ni, dalam musim kedua ini, mintak Yang Berhormat tolong. Yang ni tak yah jawab tak apa, Yang Berhormat ambil tindakan telefon Ketua Polis, telefon semuanya minta tolong sat. Ini hasrat petani-petani saya kawasan DUN Tambun Tulang. Kalau kawan-kawan yang terlibat tu pakat-pakat tolonglah. Sama-samalah untuk kita mengatasi kesedihan yang dialami petani di negeri Perlis, terima kasih Dato’ Speaker.
Yang Berhormat Tambun Tulang, saya nak maklumlah, sebelum perasmian MAHA, saya dah berjumpa dengan wakil-wakil petani yang bawa masuk orang menanam ni bersama dengan MADA, dan saya sendiri berjumpa dengan Pengerusi MADA selaku Ahli Parlimen Sik, dan juga Pengurus Besar MADA memaklumkan kepada mereka berkenaan dengan benda-benda ni, dan pihak MADA di sini sedang ambik angka-angka yang sebenar daripada agen-agen yang masuk menanam ni. Sebab bila kita jumpa depa, depa bagitau macam-macam cer… ni kan, seolah-olah depa nak sembunyi keuntungan. Dan bila angka tu dah… pihak MADA dah bagi dah kepada Pengurus Besar dan juga Pengerusi MADA. Saya ingat benda ni dalam perbincangan depa lah, sebab Ahli Parlimen saya cakap dengan dia, dia boleh bercakap lah untuk nak minta kurang daripada…
Apa kata dengan KDN dia orang uruskan... ahli Pengerusi MADA sekarang…
Ya, saya dah bagi dekat pengerusi…
Boleh dak saya nak minta sepucuk surat rasmi dia Yang Berhormat? Saya tunggu bawah…
Alright, boleh, no problem sebab saya akan…
Minta sepucuk surat kalau YAB bagi, bagilah.
Yang kedua berkenaan dengan polis dan JPJ. Setakat sekarang mai ke hari ni dah cukup-cukup bagi kerjasama. Boleh dikatakan cukup cukup bagi kerja. Cuma pihak polis dan JPJ mintalah tiap-tiap lori, walaupun muat secupak ka dua cupak ka, minta tudung… yang pertama. Yang kedua, tu lori tu bagi nampak macam lori sikit.
Yang Berhormat, saya turun sedikit petang kelmarin, di kawasan saya, saya turun sekali petang kelmarin, saya tau jadi tunggu tu pun depa boleh terjun padang dah, dengan keadaan buat kerja ni, dalam keadaan tekanan, dalam keadaan depresi Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh cakap secara general. Tu di kawasan Yang Berhormat… saya bercakap di kawasan saya…
Dak… saya nak maklum, pihak JPJ memang tiap-tiap kali musim padi ni, kita buat perjumpaan dengan orang lori dan juga pegawai…
Ya, perjumpaan-perjumpaan Yang Berhormat, saya mintak musim lain saya tak pernah complain pun…
Kalau… kalau berlaku macam tu jugak, bagi nama kepada saya, pegawai JPJ yang orang kata honaq sangat tu. Ha… nampak dak? La mintak bagi nama sebab kerjasama daripada Pengarah JPJ cukup-cukup baik takat hari ni… dalam dua tiga musim ni,.Kalau lah ada yang honaq sangat tu bagi nama…
Polis?
Polis pun sama lah. Kita kan cuma minta… minta tolong kepada mereka-mereka…
Ok, terima kasih Yang Berhormat, tolong buat surat rasmi…
Mintak tolong kepada mereka-mereka ni supaya ikut tatatertib lah kenderaan bertudung, sebab dalam kita ada WhatsApp setau saya lah… orang kampung ni kan, tanah jatuh seketoi pun dia WhatsApp dah… ya dak? Lori tak tudung pun dia WhatsApp dah. Hat ni yang menjadi masalah kepada pasukan perkhidmatan atau pihak berkuasa yang ada. Minta tolong. Sekian, terima kasih.
Nampak pembelaan untuk petani ini… diambil tanggungjawab oleh dua-dua pihak. Adalah lagi soalan?
Sambung hat daripada jawapan Yang Berhormat Simpang Empat tadi, saya tengok dalam projek yang dibuat ni banyak sebelah Tambun Tulang… sebelah Kangar… bila nak sampai sebelah Sanglang ni?
Dia semua ada perancangan kalau YB jalan kut dalam kawasan Kuala Sanglang ni sebab kita ni masalah kita macam YB tahulah kan… pengambilan tanah dah buat dah, lepas tu kita terberhenti dulu 22 bulan… 2… jadi orang tak buat apa langsung masa tu. Sekarang dalam peringkat orang kata mula balik kerja ni dan banyak ditumpukan di Tambung Tulang dan Guar Sanji bersama dengan Kayang. Simpang Empat dengan Sanglang kita dua duduk, jangan bergaduh, duk diam-diam.
Terima kasih Yang Berhormat dan silakan Guar Sanji.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan saya nombor 3.
(Soalan 3 : Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menambahbaik pengurusan parkir kenderaan di negeri Perlis?)
Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kawasan yang dikatakan sebagai parkir awam terletak di bawah seliaan MPK. Antara aspek-aspek berkaitan dengan pengurusan parkir awam yang dilaksanakan oleh MPK ialah memastikan susun atur petak tetap parkir disediakan secara terancang dan sistematik bagi kemudahan orang ramai dan tidak mendatangkan kacau ganggu kepada lalu lintas. Di samping itu, MPK juga melaksanakan kutipan caj parkir yang digunakan untuk tujuan menyelenggara kawasan-kawasan parkir yang dikawal selia oleh MPK. Pada ketika ini, MPK menggunapakai sistem bayaran parkir kenderaan secara berkupon di mana kupon-kupon letak kereta ini boleh dibeli di pejabat MPK dan juga kepada agen-agen sah yang sah lantik oleh MPK. Bagi menambah baik sistem pengurusan parkir kenderaan, MPK telah perancangan… mewujudkan pelan perancangan pembangunan parkir di mana MPK sedang meneliti cadangan pelaksanaan sistem parkir-parkir pintar ataupun smart parking system bagi menyokong dasar pemikiran negeri Perlis ke arah Perlis Go Digital. Apabila dilaksanakan kelak sistem parkir pintar ini akan dapat memberikan kemudahan kepada pengguna seperti sistem pandu arah carian petak parkir kosong dan kemudahan bayaran tanpa tunai dan transaksi digital, di samping memudahkan pihak MPK untuk menjalankan pemantauan dan juga analisa dan sistem secara menyeluruh. Fasa pertama pelaksanaan sistem parkir pintar ini dijangka akan dimulakan di kawasan Arked Niaga di Gapura Square Padang Besar sebelum diperluaskan ke kawasan-kawasan parkir lain di bawah kawal selia MPK. Sehingga kini, terdapat beberapa buah syarikat yang telah pun menunjukkan minat dalam perkara ini, dan pelaksanaan cadangan ini akan dibuat secara direct… iklan terbuka kepada semua pihak yang berminat. Sekian.
Sedikit Yang Berhormat Dato’ Speaker… berkenaan dengan parkir juga Yang Berhormat Santan. Di Kuala Perlis, adakah kerajaan negeri bercadang untuk menambah baik sistem parkir kereta ke Langkawi… di… di sekitar Jeti Kuala Perlis?
Yang Berhormat Kuala Perlis, memang matlamat kerajaan untuk memastikan bahawa keselesaan pelancong-pelancong yang datang khususnya dan juga yang local untuk kemudahan parkir. Jadi dalam… dalam sistem yang akan dilaksanakan oleh pihak MPK ini, memang melibatkan kawasan Kuala Perlis… kesemua kawasan yang belum digazetkan lagi.
Dipersilakan Yang Berhormat Sena.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan no 4.
(Soalan 4 : Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam usaha mengumpulkan data jaguh-jaguh dalam kalangan atlet anak kelahiran Negeri ini sejak dari tahun 1960-an sehingga kini yang telah menjulang nama Negeri dalam kejohanan sukan baik di persada kebangsaan mahupun antarabangsa? Mohon senaraikan bentuk penghargaan tertentu yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri kepada jaguh-jaguh ini sebagai suatu tanda bagi mengenang jasa dan sumbangan besar mereka dalam mengharumkan nama Negeri.)
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi barakatuh. Yang berhormat Dato' Speaker, Yang Berhormat Sena, usaha mengumpulkan data-data jaguh-jaguh dalam kalangan atlet anak-anak kelahiran negeri Perlis telah pun dilaksanakan pada tahun 2005 dan pengumpulan data ni hanya pada ketika itu terhad kepada ahli sukan dalam… dalam atlet sukan bola sepak sahaja. Dan bagi atlet-atlet sukan-sukan yang lain yang terdahulu, agak rumit untuk kita dapatkan data kerana mungkin sukan-sukan yang disertai tu mungkin kurang popular di negeri ini. Selain daripada tu juga, di pihak Majlis Sukan Negara, di bawah Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan ataupun YAKIN, kita ada juga data atlet-atlet kebangsaan yang berasal daripada negeri Perlis ini yang berjumlah seramai lebih kurang 30 orang yang telah berdaftar dengan YAKIN. Selain daripada itu juga, kita juga sedang membangunkan satu sistem maklumat atlet dan jurulatih di bawah Majlis Sukan Negeri dan sistem ini merupakan satu pengkalan data berpusat untuk kita simpan data-data atlet dan juga jurulatih yang aktif dan juga yang tidak aktif. Berkaitan dengan bentuk penghargaan, untuk makluman Yang Berhormat, kita secara dasarnya mempunyai tiga insentif bagi menghargai jasa-jasa jaguh-jaguh juga sebagai mengenang jasa mereka dalam mengharumkan nama negeri Perlis ini. Dan antara insentif yang telah diberikan oleh pihak kerajaan negeri iaitu dalam bentuk insentif kewangan. Untuk makluman Yang Berhormat, mungkin saya boleh sebutkan di sini pada tahun 2018 seramai 27 orang atlet kita dan juga jurulatih telah menerima insentif kemenangan Para SUKMA Perak 2018 berjumlah RM104,650 ringgit pada tahun 2018, juga iaitu dalam sukan Sukma di Perak. Pada tahun 2018 juga, seramai 49 orang atlit kita dan juga jurulatih dan juga pegawai menerima insentif kemenangan berjumlah RM111,750. Pada tahun 2018 juga, 10 orang atlet Perlis yang bertanding di Sukan Asia Indonesia 2018 dan juga sukan Para Asia Indonesia 2018 juga telah menerima insentif berjumlah RM34,500. Pada tahun 2019, 10 orang atlet Perlis yang bertanding di Sukan SEA Filipina juga telah menerima insentif kemenangan berjumlah RM14,500. Pada tahun 2021, atlet kita iaitu Datuk Abdul Latif Romly yang telah memenangi pingat emas di kejohanan Paralimpik Tokyo tahun 2020 juga telah menerima insentif tambahan daripada kerajaan negeri Perlis berjumlah RM150,000. Pada tahun 2022, 6 orang atlet Perlis yang bertanding di Sukan SEA Hanoi 2021 telah pun juga kita berikan insentif kemenangan berjumlah RM7,500. Jadi jumlah keseluruhan sejak tahun 2018 yang telah kita sumbangkan kepada atlet-atlet yang berjaya mengharumkan nama negeri Perlis ni di persada antarabangsa berjumlah RM422,900. Selain anugerah insentif kewangan kepada jaguh-jaguh sukan di negeri kita ni, kerajaan negeri juga turut mengiktiraf peranan mereka dengan turut mencalonkan dan juga mencadangkan untuk mereka ini menerima anugerah pingat ataupun darjah kebesaran negeri dan pada tahun 2022 ini, seramai 3 orang daripada penggiat sukan iaitu dua orang jurulatih iaitu Encik Hamzah Abdullah daripada sukan tinju dan juga Encik Syam Hussein daripada sukan kanu telah menerima Pingat Jasa Baik iaitu ringkasannya PJB dan seorang atlet kita iaitu Yang Mulia Tengku Ahmad Tajudin Tunku Abdul Jalil, atlet hoki juga telah menerima Pingat Mahkota Perlis ataupun PMP. Untuk makluman Yang Berhormat, selain daripada anugerah insentif kewangan dan juga anugerah pingat, kita juga telah mencadangkan satu Majlis Anugerah Sukan Negeri Perlis yang diilhamkan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Bintong yang kita akan laksanakan pada hujung tahun ini, insya-Allah, yang mana dalam Majlis Anugerah Sukan Negeri Perlis ini, kita akan meraikan ataupun kita akan anugerahkan insentif-insentif dalam bentuk kewangan bagi kategori olahragawan negeri, olahragawati negeri, olahragawan para negeri, olahragawati para negeri, anugerah khas pencapaian sepanjang hayat, juga… kita raikan juga jurulatih terbaik dan juga olahragawan harapan negeri dan insya-Allah, ini akan kita laksanakan pada hujung tahun ini, insya-Allah. Sekian.
Yang Berhormat Speaker, terima kasih atas penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Kayang, saya menyambut baik cadangan majlis penghargaan yang akan dilaksanakan hujung tahun ni. Mungkin pandangan Yang Berhormat kalau untuk nak mengumpul… Yang Berhormat maklumkan ada kesukaran kita nak kumpul, kita ada lagi… kita ada jaguh-jaguh yang daripada zaman… yalah… 60-an 50-an… 60-an kalau masih ada sampai sekarang ni mungkin boleh diuar-uarkan untuk majlis penghargaan tu. Walaupun depa tidak mendapat ni… sekurang-kurangnya depa ada ruang untuk dihargai menghadiri majlis yang sama dan sebab kita tengok ialah dalam sukan bola sepak contohnya, olahragawan… olahraga kita ada banyak juara-juara yang mana kalau kita dapat garapkan semua dalam satu ni, mungkin ada boleh… dok dalam majlis konsultasi atau perundingan untuk kemajuan peningkatan kemajuan sukan di Perlis… dari masa ke semasa depa boleh sekurang-kurangnya… kalau bukan sebagai jurulatih pun depa boleh bagi motivasi dan sebagainya kepada atlet-atlet kita yang kita nak lahirkan sebagai juara akan datang. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat atas cadangan tu. Insya-Allah kita akan pertimbangkan.
Silakan Yang Berhormat Indera Kayangan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker, soalan saya soalan no 5. Terima kasih.
(Soalan 5 : Apakah perkembangan tentang pertambahan peruntukan, lokasi dan jumlah tangki statik tambahan yang telah dimaklumkan dalam Persidangan DUN pada bulan Ogos 2021 untuk menangani bekalan air?)
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Indera Kayangan. Untuk makluman pada tahun 2022 ini, peruntukan yang kita suntik daripada kerajaan negeri kepada pihak SAP adalah sebanyak 1.5 juta…
Yang Berhormat… boleh jawapan untuk soalan nombor 18 sebab soalan yang bersama. Boleh tak?
Ok maafkan saya Dato Speaker… saya memohon soalan ini dijawab sekali dengan soalan nombor 18 daripada ADUN Kuala Perlis.
(Soalan 18 : Berkenaan masalah kebocoran air terawat yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini di seluruh negeri Perlis, apakah persediaan SAP untuk membantu penduduk yang terkesan akibat ketiadaan air di sesuatu kawasan?)
Untuk soalan nombor 5 ini Yang Berhormat, peruntukan yang kita suntik ataupun yang kita salurkan kepada pihak SAP pada tahun 2022 ni adalah RM1.5 juta. Ini adalah bagi tujuan untuk membantu SAP dalam mengatasi gangguan bekalan air terutamanya untuk membaiki paip-paip air yang bocor dengan segera dan sebahagian daripadanya tu adalah sebagaimana yang kita maklumkan tempoh dalam sidang yang terdahulu adalah untuk kesediaan pembelian tangki-tangki statik bagi membantu menguruskan aduan-aduan yang berlaku ataupun membantu pengguna-pengguna yang terlibat semasa gangguan bekalan air tersebut. Dan sehingga kini pihak SAP menguruskan lebih kurang sebanyak 10 unit tangki statik dan juga tangki- tangki agihan yang disediakan di atas lori-lori penghantaran yang mana lori-lori ni kita sediakan sebanyak dua tangkilah untuk 1 lori dan keperluan lori adalah mengikut… keperluan ataupun permintaan pada… pada ketika gangguan tersebut dan… untuk menjawab soalan yang 18… nombor 18 daripada ADUN Kuala Perlis, kesiapsiagaan SAP ataupun kerajaan negeri dalam mengambil tindakan membantu penduduk yang terkesan akibat ketiadaan air, penyediaan tangki-tangki statik dan juga penghantaran lori itu adalah sebahagian daripada kesiapsiagaan kita. Selain daripada penyediaan tangki-tangki dan juga bantuan-bantuan penyaluran air ini, kita juga membuat kerja-kerja pembaikan kebocoran paip air utama ni kita buat pada waktu… di luar waktu puncak dan kita percepatkan proses pembaikan tu dilakukan dengan secepat mungkin untuk mengurangkan kesan gangguan ketiadaan air kepada pengguna. Selain daripada tu juga, kita selaraskan penghantaran lori-lori dan juga pemulihan tangki-tangki air ni melalui mekanisme yang kita ada iaitu melalui JPKK yang ada supaya tangki-tangki ini dapat diletakkan di tempat-tempat yang strategik, terutamanya di dewan orang ramai, di surau ataupun masjid, di sekolah dan juga bagi kawasan-kawasan taman perumahan. Kita letakkan di kawasan-kawasan lapang bagi memudahkan para pengguna untuk mendapatkan bekalan air tersebut. Itu dalam tempoh masa yang kita sediakan semasa berlaku kekurangan bekalan air dan untuk jangka masa panjang, kita… SAP juga sedang merangka pelan penggantian paip menyeluruh sebagai langkah jangka masa panjang. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Kayang atas penjelasan yang… yang detail tersebut. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat… apa nama ni… Kayang berkenaan pembaikan paip-paip ini di waktu… bukan waktu puncak. Cuma problem-nya kat sini Yang Berhormat Kayang, bila kita buat bukan waktu puncak, ok lah, kita tak dapat aduan tak dak ayaq, cuma esoknya tu bila bangun pagi nak pi kerja ayaq tak dak. Sebabnya saya kena sebut kat sini. Mungkin bila takdak aduan malam tu, jadi takdak… takdak penggunaan ayaq daripada pengguna ni, jadi ada air lock. Air lock ni bila dah takda aduan ni, takda orang bukak paip, air lock tu sentiasa ada. So pagi baru kita nak maklum bahawa ada ayaq takdak ni, jadi air lock tu masih ada dalam tu. Yang tu saya mintak kalau boleh… pihak yang berkenaan ni, dia ada buat pembaikan, make sure release semua air lock air lock yang ada dalam… dalam paip tu supaya pagi esok tu dah terus boleh ada ayaq, dah tak perlu kita terima aduan daripada pengguna. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis, ya memang selepas pembaikan selesai, pegawai-pegawai SAP akan sendiri ke kawasan-kawasan yang mempunyai air valve untuk membuka valve-valve udara ini supaya air lock tadi dapat di… apa ni… dapat diatasi. Dan sebagaimana yang saya maklum pada sidang yang terdahulu, ada kawasan-kawasan yang mungkin akan agak lambat untuk mendapatkan air disebabkan oleh air lock yang berlaku ini.
Soalan tambahan… ok. Boleh saya tau bagaimana pengurusan perancangan untuk menyediakan tangki-tangki sementara ataupun statik jika berlakunya gangguan air di sesuatu kawasan? Kira… pengurusannya akan tersedianya akan dilakukan sebelum… selepas… sejurus selepas bagi notis ataupun apabila penduduk ramai mengadu takdak air sampai dua tiga hari baru tangki sementara tu akan disediakan? Saya mohon penjelasan dan pencerahan, terima kasih.
Ok… untuk makluman Yang Berhormat, apabila berlaku satu-satunya gangguan… terutama ataupun gangguan ataupun kebocoran paip, kita telah mengenal pasti kawasan mana yang akan terganggu. Jadi di sini pihak SAP akan meletakkan tangki-tangki statik ini di kawasan-kawasan yang terlibat terlebih dahulu. Dan biasanya kita bagi notis ini… kita akan maklumkan dalam notis… pembaikan ni akan mengambil masa mungkin dalam 8 jam. Dan biasanya kalaulah tidak ada, kalau keadaan pembaikan itu berjalan lancar, insya-Allah pembaikan itu akan dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Dan pengguna akan dapat menikmati air selepas pembaikan tersebut. Walau bagaimanapun, di dalam kerja-kerja pembaikan ni ada kadang-kadang tu berlaku kejadian-kejadian luar jangka, seperti mesin rosak ataupun keperluan ataupun… apa ni… sambungan itu… apa ni… kembali bocor. Dan ini akan menyebabkan ruang ataupun jangka masa yang telah ditetapkan itu akan berubah atau menjadi lebih panjang. Jadi keadaan-keadaan ini akan di… dipantau dan juga… apa ni… pihak SAP akan bersedia dengan lori-lori penghantaran air dan juga tangki-tangki yang telah kita kenalpasti. Kemungkinan-kemungkinan gangguan air ini lambat disediakan. Itu yang kita… apa ni… lakukan pada masa ini.
Yang Berhormat Speaker…
Saya benarkan satu soalan lagi.
Ya… terima kasih atas penjelasan Yang Berhormat Kayang. Saya nak tahu sejauh mana dari masa… kita ada masa 5 bulan, jangkamasa daripada sidang DUN yang lepas? Yang Berhormat ada umum kita nak reduce dalam 2% ke 3% NRW. Sejauh mana kelancaran ataupun atau mungkin boleh berkongsi Dewan yang mulia ni, success story dalam masa tempoh 5 bulan ni, program mengurangkan NRW di Negeri Perlis, terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Dato’ Speaker saya nak minta celahan jugalah satu soalan. Saya cadangkan kan, untuk pemberian makluman dan juga notis, saya mohon jika boleh SAP sila maklumkan jugalah kawasan yang akan disediakan tangki-tangki statik ataupun sementara dalam notis itu juga. Jadi dengan itu, penduduk yang baca notis tu, mereka tau di mana mereka boleh dapatkan air daripada notis itu juga apabila gangguan air berlaku. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan… apa ni… keberkesanan program-program yang kita jalankan… yang memberi impak kepada apa ni… nilai NRW yang ada. Untuk makluman Yang Berhormat, kita sebenarnya tidak ada apa-apa kesan lagi sehingga kini, kerana program ataupun projek NRW kita baru saja hampir siap iaitu dalam 99%. Ada lagi komponen-komponen yang masih belum siap, dan kita jangkakan akan siap sepenuhnya pada Oktober tahun ini. Dan komponen-komponen yang terlibat dalam NRW ni ada yang telah siap seperti tangki air di Kuala Perlis dan juga di Simpang Empat dan juga di loji Arau. Tetapi, pemasangan SIV dan juga meter pengguna dan juga pembinaan bangunan… untuk apa ni… unit NRW masih lagi dalam proses akhir… dalam proses testing and conditioning, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker. Dan… dan disebabkan kita masih lagi belum run program ini, jadi tidak ada kesan lagi terhadap… apa ni… NRW kita. Dan berkaitan dengan cadangan daripada Yang Berhormat Indera Kayangan berkenaan dengan pernyataan kedudukan tangki-tangki statik di dalam notis nanti itu adalah satu cadangan yang baik, dan insya-Allah kita akan maklumkan, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 6 .
(Soalan 6 : Banyak kawasan rumah di persisiran pantai negeri Perlis dan di sepanjang muara Sungai Perlis dimasuki air laut ketika air pasang besar, malah terdapat juga air laut yang memasuki bendang-bendang yang berdekatan dengan laut. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah-masalah ini?)
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Kawasan tanaman padi di pinggir, sepanjang pantai yang melibatkan daripada Kuala Sanglang hingga ke Padang Cina, apa sempadan. Melibatkan dua PPK, satu PPK A1 Simpang Empat yang kedua PPK B1 Kayang. Setakat yang kejadian yang berlaku, yang terakhir ialah 16 Mei 2022, tetapi tiada kemasukan air ke petak sawah. Kerana kita dah cuba bagi minimakan kes macam ni dengan kita bina parit pekeliling atau borrow pit yang dibina sepanjang persisiran pantai. Air laut yang melimpah ke daratan akan masuk ke borrow pit terlebih dahulu sebelum di alir keluar ke laut melalui tandop-tandop pasang surut sepanjang persisiran pantai. Pihak MADA sentiasa memantau limpahan air yang dari masa ke semasa. Selain daripada Jabatan Pengairan dan Saliran, sedang dalam proses menaik taraf ban-ban pantai ke level 3.6 meter di lokasi projek-projek, buat masa ini di Kampung Padang Cina hingga ke tembok sempadan. Diharap dengan pembinaan menaik taraf ban-ban ini dapat mengurangkan kesan pasang besar memasuki kawasan perumahan dan bendang-bendang yang berdekatan dengan persisiran pantai. Sekian, terima kasih.
Sikit Yang Berhormat Dato’ Speaker, ok yang ni mungkin jawapan berkenaan bendang-bendang. Dan juga ada satu lagi, actually bukan sebab… di… daripada pantai dia masuk ayaq… boleh confirm Yang Berhormat Simpang Empat, boleh confirm dengan JKK Kampung Seberang Aloq Kak Ila tu, dekat kedai dia tu kadang-kadang ayaq pasang besaq dekat nak masuk Kampung Seberang Aloq tu, melimpah jugak… yang tu mungkin nak kena level kan balik jalan tu sikit. Boleh confirm dengan JKK Seberang Aloq. Itu yang pertama Yang Berhormat Dato’ Speaker. Yang kedua berkenaan tindakan untuk… apa ni… rumah-rumah pulak. Macam mana tu?
Berkenaan dengan masuk kampung tu saya nanti maklum pada JPS la. Sebab saya tengok soalan ni pasai kes bendang… saya jawab kes bendang kan. Terima kasih.
Terima kasih ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, soalan-soalan lisan ditangguhkan setakat ini. Bagi soalan-soalan yang belum sempat dijawab, pihak kerajaan akan mengemukakan jawapan secara bertulis. Dewan ditangguhkan sebentar dan akan disambung semula pada jam 11:00 pagi. Terima kasih.
(Persidangan ditempohkan sementara pada jam 10.18 pagi)
(Persidangan disambung semula pada pukul 11.12 pagi)
Sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula.
Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku RajaMotion
Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja dibuka semula untuk perbahasan. Dipersilakan pihak Kerajaan untuk memberikan maklumbalas terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan dan seterusnya menggulung perbahasan. Dipersilakan Yang Berhormat Titi Tinggi.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan bin Man, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan seluruh hadirin, para-para pemerhati yang dihormati dan dikasihi sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera. Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, maklumbalas dua cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Indera Kayangan. Yang pertama, bagi pelaksanaan pembangunan solar di CVIA, pihak Berkuasa Negeri telah membuat keputusan untuk menangguhkan semua cadangan pembangunan di atas lot yang telah diperuntukkan untuk loji jana kuasa solar berskala besar kerana ia kurang memberi limpahan ekonomi kepada rakyat buat masa ni. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tiada halangan bagi pembangunan solar di atas tanah milik sendiri… persendirian dan menyokong pembangunan solar di atas bumbung untuk dilaksanakan di bangunan atau premis Kerajaan. Bagi pemasangan solar di taman perumahan pula, ianya perlu dipohon terus oleh pemilik rumah berkenaan. Yang kedua, dalam memastikan pelaksanaan pembangunan Geopark Perlis tersusun, Kerajaan Negeri sedang dalam proses menubuhkan jawatan kuasa pelaksanaan Geopark Perlis yang mana selari dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk mendapatkan pengiktirafan Geopark Kebangsaan. Dalam usaha ini, penglibatan komuniti turut diberi penekanan. Sehingga kini, pelbagai program yang melibatkan komuniti telah dilaksanakan. Antaranya, Kursus Asas Lanjutan Geoguide Perlis Geopark, Program Extreme Geopark Bukit Lagi dan Program Komuniti di Geotapak-Geotapak. Selain itu, pihak Jabatan Mineral dan Geosains telah melaksanakan inisiatif QR Code di Geopark bagi memudahkan para pelancong mendapat maklumat dan informasi berkenaan geotapak dan membangunkan sebuah galeri terbuka Paleo-Tethys di Timah Tasoh.
Yang Berhormat Dato' Speaker dan sidang Dewan yang mulia ni, izinkanlah saya pada pagi yang berbahagia ini untuk mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli-ahli yang berhormat khususnya di atas pandangan yang bernas dan berbeda daripada semua pihak sepanjang kita berada di dalam Dewan yang mulia ini. Saya ingin menzahirkan penghargaan terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan khidmat terbaik dalam mentadbir dan membangunkan negeri Perlis. Pelbagai inisiatif dan insentif telah dilaksanakan dalam membantu membangunkan semula ekonomi negeri dan mengurangkan beban rakyat terutama dalam tempoh pandemik COVID-19. Yang Berhormat Dato' Speaker, beberapa isu dan terdapat juga cadangan baru yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis yang berkaitan dengan portfolio saya di mana cadangan itu yang boleh memberikan manfaat bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Jabatan Mineral dan Geosains sedang dalam proses pengiraan dossier bagi pembangunan Geopark Perlis. Proses seterusnya adalah untuk memastikan Geopark Perlis juga mendapatkan pengiktirafan kebangsaan. Dengan melalui pengiktirafan itu, ini… saya juga berharap ia dapat membuka mata lebih ramai pelancong tidak kira dari dalam mahupun luar negara untuk berkunjung ke Perlis bagi melihat sendiri kelebihan Geotapak-Geotapak Warisan di Perlis. Justeru itu, saya mengharapkan usaha ini akan terus mendapatkan sokongan daripada semua pihak terutamanya daripada Kerajaan Persekutuan dan penduduk komuniti setempat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkaitan dengan pelaburan rendah karbon dan low carbon, dengan izin, dan teknologi hijau, beberapa langkah telah dilaksanakan di peringkat ibu pejabat dan juga negeri. Antaranya menggalakkan amalan teknologi hijau di kalangan pemain industri dan menggalakkan aktiviti pengilangan yang bersih (cleaner production), dengan izin, dan berpotensi untuk menarik pelaburan asing terutama pelaburan rendah karbon dan teknologi hijau dalam usaha memelihara eko-sistem dan meningkatkan kepelbagaian biologi negara. Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam menjayakan Program Penghijauan Malaysia, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di mana sebanyak 1 juta pokok disasarkan untuk ditanam di sekitar negeri Perlis dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12. Sehingga 31 Julai 2022, sebanyak 120,299 pokok atau bersamaan dengan 60.44% pokok telah ditanam daripada sasaran tahunan sebanyak 200,000 pokok setahun. Usaha penanaman ini diselaraskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan melibatkan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuklah agensi kerajaan, institusi pendidikan, swasta, komuniti setempat, persatuan dan orang awam.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan menjadikan Perlis membangun maju dengan pelbagai infrastruktur yang efficient dan lestari bagi keselesaan rakyat di negeri ini, justeru kerajaan negeri sentiasa berusaha dengan gigih melalui pelbagai platform dalam memastikan Perlis pemilikan infrastruktur terbaik yang selaras dengan agenda mentransformasikan negeri ini untuk menjadikan negeri pintar bertaraf antarabangsa dan menyediakan kehidupan berdaya huni kepada rakyat. Oleh itu, kerajaan negeri mengalu-alukan kerjasama semua pihak termasuk swasta dan kerajaan persekutuan untuk merealisasikan sebarang perancangan projek infrastruktur. Semoga dengan kerjasama yang erat di antara semua pihak, negeri Perlis akan terus bergerak maju ke hadapan dan membawa kemakmuran kepada rakyat. Akhir kata, Titi Tinggi berharap agar diambil perhatian atas beberapa perkara yang disebutkan oleh ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis agarnya memberi manfaat kepada kita semua. Untuk itu, Titi Tinggi menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah DiRaja sempena Persidangan Kelima, Dewan Undangan Negeri Perlis kali ke-14. Sekian, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Titi Tinggi. Dipersilakan Yang Berhormat Mata Ayer.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia, salam kasih sayang, salam Perlis. Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju. Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Bintong, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua jabatan wakil wakil jabatan, rakan-rakan media sosial hadirin, sidang Dewan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, terima kasih dan syukur kepada Allah kerana kita telah pun sampai ke hari ketiga dan juga sidang ini berlangsung dengan begitu harmoni sepertimana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Dato' Speaker kemarin bahawa sidang kita begitu berjalan dengan baik tanpa ada jarum-jarum yang menyucuk kalbu. Yang Berhormat Dato’ Speaker, di sini juga saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana memberi ruang dan peluang kepada Mata Ayaq untuk sama-sama dalam ucapan menggulung dan juga usul menjunjung kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja pada hari perasmian 9 hari bulan yang lalu. Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk permulaan izinkanlah untuk saya berbicara tentang program-program yang telah dilaksanakan oleh agensi-agensi di bawah portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Perpaduan Masyarakat dan Tugas-Tugas Khas. Yang pertama, Yang Berhormat Dato’ Speaker dan hadirin Dewan yang dimuliakan, dengan jumlah peruntukan yang telah disalurkan oleh kerajaan negeri, pihak jabatan Pembangunan Wanita bersama dengan tenaga daripada Kolej Komuniti Arau kita telah melaksanakan program bengkel kemahiran kepada wanita-wanita di luar sana yang berminat untuk menjadi usahawan usahawan kecil. Antaranya ialah penghasilan ataupun bengkel menghasilkan hotcake yang mana ianya telah berlangsung sebanyak 17 siri ataupun 17 sesi pembelajaran mulai Februari sehinggalah tamatnya pada Julai yang lalu. Ini adalah yang telah diusahakan sama dengan Kolej Komuniti. Begitu juga bengkel-bengkel kemahiran lain yang bersama dengan syarikat-syarikat swasta ataupun orang-orang perusahaan perseorangan terus dilaksanakan dari masa ke semasa, juga dengan sumber ataupun bantuan kewangan daripada kerajaan negeri. Terima kasih kepada pihak kerajaan yang begitu prihatin dan juga mempunyai ambil pedulinya kepada wanita-wanita dan juga kawan-kawan kita yang sangat memerlukan khidmat ataupun nasihat ataupun pembelajaran daripada mereka-mereka yang begitu mahir dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan. Dalam pada itu, Jabatan Pembangunan Wanita melalui program memperkasa pemerkasaan wanita ataupun 4K telah melaksanakan program- program di atas talian sepanjang… sehingga Julai 2022, sebanyak 52 program atas talian yang telah pun dipancarkan ke laman Facebook Pejabat Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Perlis dan telah ditonton oleh lebih kurang 17 ribu orang sepanjang pelaksanaan program tersebut. Manakala program yang telah dilaksanakan secara fizikal, sebanyak 20 program yang telah dilaksanakan oleh Pejabat Pembangunan Wanita dan daripada 20 program tersebut, seramai 1,900 orang peserta telah pun menjadi… telah pun menyertai program secara fizikal ini. Begitu juga dengan LPPKN, mereka terus melaksanakan program-program terutama sekali saringan kesihatan secara percuma yang diberikan terutama sekali kepada golongan wanita di luar sana bagi memastikan semua wanita berada dalam sihat sejahtera dan menjaga keluarga dengan sebaik-baiknya. Walaupun program-program yang dianjurkan oleh pihak Pembangunan Wanita, LPPKN adalah secara atas talian atau pun secara motivasi, tapi kami mengharapkan supaya apa yang telah diperolehi daripada program-program ini mendapat dapat memberi dorongan dan juga sebagai penyuntik semangat untuk mereka terus berusaha untuk memajukan keluarga dan juga diri sendiri dan seiring dengan kaedah ataupun perkembangan semasa, di mana sistem pemasaran produk hari ini dengan melalui media sosial, maka pihak Pembangunan Wanita juga terpanggil untuk mengadakan bengkel-bengkel pemasaran secara digital dan yang ini juga kita mendapat kerjasama daripada Kolej Komuniti untuk melatih para usahawan kecil kita, terutama golongan wanita untuk terus mengikut peredaran semasa di… iaitu dengan melalui media sosial, mempromosi produk-produk hasil keluaran mereka, ataupun menjual hasil produk mereka. Terima kasih pada Kolej Komuniti atas usaha baik ini.
Saranan yang… saranan yang telah dizahirkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja sempena perasmian pada 9 hari bulan yang lalu berkenaan dengan pentingnya untuk kita mengekalkan perpaduan dan keharmonian di seluruh warga Perlis, maka Jabatan Perpaduan dengan melalui 138 KRT dan juga 95… 96 pertubuhan SRS yang ada di seluruh Perlis sentiasa memastikan segala dasar dan juga apa jua peraturan dan juga pihak perlembagaan-perlembagaan… minta maaf… dasar yang telah dibentuk oleh kerajaan dipatuhi oleh semua rakyat. Jadi pihak Jabatan Perpaduan tidak sekali-kali mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka. Begitu juga untuk menyuntik semangat kepada golongan pelajar, golongan orang muda di seluruh Perlis. Sebanyak 104 Kelab Rukun Negara ditubuh di sekolah rendah dan juga menengah dan 7 sekretariat Rukun Negara ditubuhkan di 7 IPTA yang ada di seluruh Perlis ini. Ditambahkan lagi dengan penubuhan Jiran Muda di setiap cawangan KRT yang ada di seluruh Perlis iaitu 138 buah KRT yang ada. Jadi kita mengharapkan dengan penubuhan kelab-kelab dan juga sekretariat dan juga Jiran Muda ini, anak-anak muda kita akan lebih mendekati erti perpaduan, dan juga keharmonian yang ada di Perlis harus dikekalkan, harus disemat dalam diri bahawa penting perpaduan diamalkan di negara… di negeri kita dan negara kita.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, di kesempatan ini jugalah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan yang ada dalam Dewan ini ataupun di luar sana yang tidak dapat hadir bersama di atas kerjasama hebat yang telah pun diberi untuk DUN Mata Ayer untuk bersama-sama kita membangunkan, untuk menyelesaikan banyak masalah yang berlaku di kawasan Mata Ayer, dan di kesempatan ini juga saya ingin menzahirkan menjunjung setinggi kasih kehadapan Duli Yang Maha Mulia… Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda kerana sentiasa sudi berangkat untuk menyantuni asnaf di kawasan-kawasan di seluruh negeri Perlis dan Mata Ayer tidak tertinggal sentiasa mendapat perhatian daripada Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja. Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana sentiasa juga turun ke padang untuk menyantuni… untuk melihat dan juga untuk menyelesaikan beberapa kesukaran-kesukaran yang telah berlaku di kawasan-kawasan yang sepatutnya diselesaikan, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ucapan terima kasih juga saya zahirkan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Setiausaha Kerajaan, Yang Berhormat PKN, Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang, Yang Berhormat Ahli-ahli EXCO yang juga sentiasa bercambah dan juga berkongsi idea bersama-sama dengan saya sepanjang perkhidmatan di dalam kerajaan. Dan di sini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada MAIPs dan JAIPs kerana telah pun meluluskan sebuah pusat transit untuk mangsa keganasan rumah tangga di sebuah rumah wakaf di Masjid Alwi Kangar. Terima kasih bagi pihak Jabatan Pembangunan Wanita kepada MAIPs dan JAIPs dan terima kasih juga saya zahirkan kepada Jabatan Perpaduan, Jabatan Pembangunan Wanita, LPPKN yang sentiasa bersama-sama dengan saya untuk melaksanakan segala tugasan yang telah diamanahkan dan tidak pernah tinggal dan tidak pernah melupai saya dalam setiap program yang dianjurkan oleh mereka. Dan tentulah tidak lengkap ucapan saya jika saya tidak ucapkan rasa terima kasih dan kasih sayang saya kepada JPPK DUN Mata Ayer yang sentiasa bersama-sama, tidak kira hujan panas, susah senang, sentiasa bersama-sama dengan saya. Terima kasih dan ingatlah bahawa sayang YB Mata Ayer tetap pada JKK dan seluruh warga Mata…
Banyak kasih sayang dalam ucapan. Kami dok jumlah dekat berapa belas. Takp alah saya faham kedudukan Yang Berhormat tentang kasih sayang ni.
YB Tambun Tulang, YB Mata Ayer ni dia kurang sikit kasih sayang. So dia minta kasih sayang daripada orang.
Yang Berhormat Mata Ayer sayang dak YB Tambun Tulang?
Aaa.. hmm… sayang. Yang Berhormat Tambun Tulang, terima kasih atas kasih sayang kepada YB Mata Ayer. Paham… dan sebenaqnya kita kena ucapkan jugak terima kasih dan sayang kepada Yang Berhormat Sanglang sebab kesudiaan beliau untuk bergelombong biru hari ni.
Sanglang merenung panjang tengok.
Usik-usik membawa bahagia.
Harap Tambun Tulang tak la… apa… berebut dengan Tambun Tulang… Tambun Tulang. Sanglang jangan berebutlah pesan Speaker.
Tak berebut Yang Berhormat Dato’ Speaker. Sebenaqnya mungkin ada kuota lagi kot satu atau dua. Yang Berhormat Tambun Tulang tak dak dah kan? Tak dak gangguan dah kan?
Tak dak, tak dak…
Ok, terima kasih. Habis dah… lupa nak kata. Nak kena tutup dah kalau macam tu. Eh… akhir… sebelum akhir kalamnya, sekali lagi ingin diucapkan tahniah dan terima kasih kepada Puan Setiausaha Dewan bersama kakitangan Dewan yang begitu bersungguh-sungguh dengan keindahan-keindahan yang ada dalam Dewan ini, dengan hasil usaha idea daripada Puan Setiausaha Dewan, maka kita rasa wangi-wangian yang ada pun begitu selesa untuk kita meneruskan sidang walaupun rasanya kalau lima hari lagi pun boleh lagi. Terima kasih dan tahniah kepada Puan Setiausaha Dewan dan tahniah juga kepada yang Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih kerana menyumbangkan ataupun memberi cenderahati ribbon merah kepada kami, sangat-sangat bermakna dan kalau boleh Yang Berhormat Dato’ Speaker, janganlah kata sidang yang terakhir. Kalau boleh kami kami semua ni masih memerlukan Dato’ Speaker dan kami pun nak jadi calon lagi untuk penggal yang akan datang. Yang sebenaqnya Dato’ Speaker, banyak lagi agenda di kawasan yang belum dapat diselesaikan, Jadi agak tak eloklah kalau nak suruh berhenti satu penggal kan. Sekurang-kurang tiga atau empat penggal. Terima kasih Yang Amat Berhormat Bintong atas prihatinnya pada kami semua. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana sokong benda ni. Jadi, rasanya takat tu ja. Sat lagi Yang Berhormat Tambun Tulang nak dok bangkit dah… nak dok tekan tu… saya tak bagi dah. Ok, akhir kalam, dengan rasa rendah dirinya Mata Ayer menyokong sepenuhnya usul menjunjung kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sempena perasmian sidang Dewan kita pada kali ini. Sekian wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam menyambut Hari Kemerdekaan dan salam kasih dan sayang.
Yang Berhormat, yang hujung-hujung tu, mintak bisiklah. Menerusi perhubungan Yang Berhormat…
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Faham… bisik tu bisik dah, rapat pun rapat dah, hati ke hati pun selesai dah.
Insya-Allah, dipersilakan Yang Berhormat Pauh.
Terkedu saya… jangan terbawa-bawa dalam ucapan saya sudah. Apa pun, sikit-sikit yang dah disampaikan oleh Yang Berhormat Mata Ayer sama… perasaan kami sama… hat hujung-hujung hat nak pm tepi tu. Terima kasih yang berhormat Dato' Speaker membenarkan saya untuk memberi ucapan dan juga seterusnya memberi sedikit maklum balas dan menggulung perbahasan. Bismillahirahmanirahim, ahamdulillahi rabbil alamin, wassalatu wassalamu ala asrofil ambia mursalin wa ala alihi wasahbihi ajma'in. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Salam Perlis, Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju. Salam rakyat Perlis ke arah mentaliti kelas pertama dalam tindakan… seterusnya Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Yang berhormat, ketua-ketua jabatan dan agensi rakan-rakan media, seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. Ini saya mulakan ucapan saya ini dengan memberi maklum balas kepada beberapa perkara yang telah pun disampaikan oleh rakan-rakan yang berhormat semasa pembahasan kelmarin. Yang Berhormat Guar Sanji, untuk maklumat… untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pendidikan Perlis telah memanjangkan permohonan pembaikan kepada Bahagian Sukan Kesenian dan Kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia BSKK terhadap Sekolah… padang hoki, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis yang tidak memuaskan. Saya berpeluang dan berkesempatan untuk melihat keadaan padang sekolah tersebut semasa perasmian Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah dan Jerayawara AADK di sekolah tersebut baru-baru ini dan memang kelihatanlah keadaan padang hoki yang tidak apa… padangnya yang tidak stabil dan sudah tentu keadaan yang tidak memuaskan ini menyukarkan para pelajar ataupun pemain untuk berlatih dan mereka terpaksa mencari kawasan lain untuk mengadakan latihan. Jadi, BSKK bersetuju untuk pembaikan tersebut dan status semasa adalah pada tahap dokumentasi dan ulasan teknikal dan kita doakanlah Kementerian Pendidikan akan melihat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk kebaikan sukan hoki di Negeri Perlis.
Seterusnya Yang Berhormat Guar Sanji, berkenaan dengan lawatan ke SK Serdang yang mana kelas tidak mencukupi kerana bilangan pelajar telah bertambah. Bangunan baru tambahan juga telah dimohon tetapi tiada sebarang maklum balas dan bagi aduan ini merujuk kepada Sistem Maklumat Sekolah Pengurusan Pendidikan iaitu EMIS. Bilangan bilik darjah fizikal, bilangan kelas yang berjadual dan perabot dan prasarana adalah mencukupi dan optimum untuk jumlah pelajar seramai 408 orang. Di Jabatan Pendidikan Perlis telah memberikan kelulusan kepada SK Kampung Serdang untuk mengoperasikan 3 kelas tahun satu mulai sesi persekolahan 2022 dan selain itu, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Pejabat Pembangunan Negeri Perlis tidak menerima pun sebarang permohonan untuk menaik taraf SK Serdang memandangkan tidak ada keperluan untuk bangunan tambahan. Seterusnya bagi Yang Berhormat Tuan Azam Karap, Yang Berhormat Kuala Perlis berkenaan dengan status pekerja kontrak di SUK Perlis yang tidak diserap sebagai kakitangan tetap. Urusan pengambilan dan pelantikan ke perjawatan tetap di pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dilaksanakan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia iaitu SPA selaku pihak berkuasa melantik jadi calon yang memenuhi syarat lantikan skim layak memohon sebarang jawatan yang berstatus tetap dengan keutamaan kepada anak kelahiran negeri Perlis. Kakitangan lantikan kontrak di pentadbiran ini turut boleh memohon kekosongan jawatan tetap sekiranya memenuhi syarat lantikan skim perkhidmatan dari proses pelantikan ke jawatan tetap hanya boleh dilaksanakan oleh pihak SPA selaku PPM bagi negeri Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan. Jadi untuk lantikan, saya tetap ni adalah di bawah pertanggungjawaban Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan pada saya sekiranya pekerja-pekerja kontrak ini memenuhi kriteria ataupun syarat, jadi saya rasa tak ada pun kebimbangan kita bahawa mereka ini tak boleh diserap.
Sedikit Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima Kasih Yang Berhormat Pauh atas maklum balas berkenaan kerja kontrak SUK. Saya kena sebutlah kat sini, dia bukan pasai… orang cakap married ka apa, saya kena sebut kat sini, ini luahan pekerja daripada SUK, pakai kabel. So, kena tengoklah benda ni. Harap Pauh faham dan maklum maksud saya pakai kabel tu. Terima kasih.
Baiklah Yang Berhormat Kuala Perlis, kita akan lihat kali ini dengan lebih serius kerana ia melibatkan integriti dan insya-Allah kita rasakan bahawa keadaan ini akan dapat kita elakkan di masa akan datang… sekiranya ada. Baiklah, bagi soalan daripada Yang Berhormat Indera Kayangan tentang bilangan murid yang masih buta huruf dan perlahan membaca di negeri Perlis dan apakah tindakan jabatan mengenai masalah ini, data murid tidak menguasai iaitu menguasai 3M lah…
membaca, menulis, dan mengira melalui modul pemulihan dalam sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid, APDM… kita ada satu sistem APDM untuk melihat data pelajar-pelajar ni. Pada bulan Mac, sesi persekolahan 2022 dan 2023 adalah seramai 2,161 orang murid tahun 2 hingga tahun 6 di seluruh sekolah rendah negeri Perlis di pelbagai program dan aktiviti dan intervensi dilaksanakan di negeri Perlis dan antaranya adalah sekolah-sekolah melaksanakan pelbagai kaedah sebenarnya ya. Untuk pendekatan terkini telah melaksana pengajaran dan pembelajaran seperti pedagogi yang berbeza… pedagogi terbeza, mastery learning, pendekatan didik hibur dan karnival gamifikasi iaitu pembelajaran dalam bentuk permainan dan fun learning. Peranan dan fungsi guru-guru pemulihan yang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang khusus kepada murid-murid ni di dalam kelas pemulihan pada waktu Bahasa Melayu dan Matematik. Jadi untuk pelajar-pelajar yang lemah membaca Bahasa Melayu dan mengira dalam Matematik, mereka ada guru pemulihan dan mereka akan masuk kelas pemulihan berjadual. Setiap sekolah mempunyai seorang guru pemulihan kecuali sekolah kurang murid. Guru-guru pemulihan akan memastikan murid-murid menguasai 32 kemahiran dalam pemulihan Bahasa Melayu dan sembilan topik dalam Matematik ini menunjukkan memang ada modul lah untuk penilaian dan untuk membimbing pelajar-pelajar yang tidak dapat menguasai 3M ini. Seterusnya penggunaan Modul Pemugaran Program Pemulihan Khas daripada KPM kepada murid-murid yang tidak menguasai 3M. Jadi, ada modul daripada KPM untuk mereka menilai balik sepanjang pelajar ini mengikuti kelas-kelas pemulihan. Jadi kita akan ambil tindakan intervensi yang lain sekiranya pelajar-pelajar masih belum menguasai dan kita akan pastikan setiap pelajar menguasai 3M itu. Semua pentadbir sekolah iaitu Guru Besar diberikan taklimat tentang kebugaran program pemulihan khas dan sekolah perlu melaksanakan intervensi yang bersesuaian mengikut sekolah masing-masing. Jadi kelonggaran ataupun kebebasan kepada guru kerana permasalahan murid-murid ini berbeza… latar belakang yang berbeza daripada setiap sekolah. Jadi berapa? Berpandukan modul juga. Jadi… apa… kreativiti guru-guru ni memang telah pun kita lihat dan kita sentiasa mengikuti latihan-latihan… beri latihan pada guru tentang macam mana untuk melaksanakan program-program ataupun latihan intervensi kepada pelajar-pelajar supaya mereka cepat ataupun dapat menguasai 3M. Jadi, ada banyak lagilah perkara-perkara yang melibatkan usaha untuk memastikan pemulihan literasi dan numerasi murid ini iaitu 3M ini dapat di… apa… diteruskan dan dioptimumkan dan memastikan murid-murid juga dapat mencapai kemenjadian mereka. Apabila berlakunya kejayaan, itulah kepuasan pada guru-guru apabila pelajar-pelajar ini dapat menguasai 3M. Kita dapat kata itulah kemenjadian murid kita ada daripada tak boleh membaca, menulis, mengira dan mereka dapat menguasai walaupun secara perlahan-lahan daripada pelajar-pelajar yang lemah ini sebenarnya mereka ada pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri keperluan Pendidikan Khas. Jadi, kita akan ada outreach. Program outreach ini akan melibatkan doktor-doktor pakar dan juga guru-guru pemulihan untuk melihat apakah kecacatan yang mungkin ada kepada anak-anak ini. Jadi mereka ini dikategorikan sebagai ciri-ciri murid berkeperluan khas. Jadi bila ada ciri-ciri murid-murid berkeperluan khas, kita sebagai guru ataupun ibu bapa dia tak boleh kata anak saya ada ciri-ciri ni. Hanya doktor saja yang boleh ada authority untuk membuat keputusan pada murid-murid ini dan murid-murid ini akan ditempatkan di sekolah pendidikan khas yang lebih sesuai dengan kecacatan mereka ada. Seterusnya, data murid tidak menguasai 3M ini akan berlaku penurunan lah. Apabila ada sahaja kejayaan, maka kita lihat akan ada penurunan kepada data yang kita mengharapkan sehingga 2023 nanti, kita pelan-pelan akan… tiadalah murid buta huruf ini kerana kita…
Nak minta pencerahan sikit, tentang akademik saya tertarik jugak… Dato’ Speaker, terima kasih. saya nk bertanya Yang Berhormat atapun berkongsi pandangan lah, berhubung kanak-kanak yang tidak dapat menguasai 3M ini disebabkan oleh… penyakit yang ada, bukan down syndrome, tu nampak. Macam kalau menghampiri autism dia tak begitu nampak. Tapi adakah pihak sekolah apabila pelajar-pelajar yang seumpama ini dia memang belajar tak masuk, tak boleh fokus, tak boleh control, tak boleh segala-galanya ada atau tidak… bila ibu bapa… kadang-kadang ibu bapa ni dia sukar untuk mengakui perkara ini terjadi kepada anak dia. Sapa yang nak terima anak dalam keadaan itu? Mungkin… mungkin saya rasa sekarang banyak ibu bapa yang lebih terbuka dan mereka mendapatkan rawatan di sana sini. Jadi kalau ianya terjadi di sekolah yang melibatkan golongan B40, memang keluarga tak melihat ini sebagai satu benda yang serius. Adakah pihak sekolah akan memanjangkan perkara ini untuk tindakan pihak hospital yang akan terus mengambil tindakan membawa pelajar berkenaan ke sekolah khas yang saya tahu mungkin mempunyai semua ciri-ciri penyakit yang mereka dapat tangani hasil daripada latihan yang diperoleh tenaga pelajar? Terima kasih pada Doktor Ismuni, Pengarah Kesihatan… baru ingat dia pun boleh… boleh ambil… ambil tindakan. Saya tau dia seorang yang tegas, dia dengan saya ni kes COVID-19 tapi saya minta maaf banyak-banyaklah itu hal professional, hal kapal dulu… kru saya dengan kes Labuan, tapi alhamdulillah Doktor Ismuni mai di Perlis, kami orang Perlis terima doktor untuk berkhidmat dengan cemerlang di negeri yang kami cintai, terima kasih.
Terima Kasih Yang Berhormat Tambun Tulang, ok memang saya pernah lalui kerana saya pernah berada di Jabatan Pendidikan untuk melihat… kerana saya masa itu ialah pegawai Linus. Pegawai Linus ini adalah pegawai yang melihat kepada kelemahan pada pelajar menguasai 3M ini dan memang ada ibu bapa yang tak boleh menerima bahawa anak mereka adalah pelajar yang mempunyai kecacatan dalam pembelajaran ini. Jadi sudah tentu bila pelajar-pelajar ini dikenalpasti dan diputuskan oleh doktor pakar tentang kelemahan yang mereka ada ataupun kecacatan yang mereka ada, terpulang sebenarnya. Kita tidak boleh memaksa. Kalau saya silap mungkin JPN akan boleh ni lah kot ada sistem yang baru, jadi ibu bapa dan sekolah pun kita tak boleh memaksa ibu bapa hantar anak mereka sekolah Pendidikan Khas dan mereka berada dengan arus perdana. Jadi di sinilah consent daripada guru-guru sebenarnya untuk membimbing pelajar-pelajar ini dan kan kita dapat lihat. Kalau ada kecacatan tu mungkin “A” terbalik… “B” terbalik, ini pandangan mata mereka. Kalau tengok cerita Hindustan yang… apa… siapa yang down syndrome? Bukan down syndrome… autism… autism. Amir Khan kan dalam cerita tu menunjukkan bahawa pelajar ni at the end of the day, mereka adalah insan-insan yang lebih percaya na. Mereka boleh menguasai, mereka lebih cemerlang. Sebab itulah apabila pelajar-pelajar ini mungkin daripada B40… mereka kurang ilmu, kurang pengetahuan… dia kalau tak boleh menerima mungkin pandangan bahawa anak mereka mengalami…. apa keadaan ini… jadi memang pihak sekolah akan sentiasa beri ruang, tak ada murid-murid yang left behind. Mereka akan diberikan pengajaran mungkin di kelas-kelas pemulihan untuk pemerhatian guru yang lebih optimum untuk mereka.
Sedikit Yang Berhormat, Dato’ Speaker saya nak bertanya pandangan Yang Berhormat. Kadang-kadang benda ni tak mungkin doktor lebih mengesahkan kenyataan ini… dia tidak juga berpunca daripada baka ataupun gen dan sebagainya. Sebab trend baru ni, golongan ibu bapa agak sibuk atau sengaja menyibukkan diri dia melepaskan anak dia tu terdidik seawal umur satu atau dua tahun dengan gajet dan juga dengan telefon di peringkat awal. Jadi kesan dia sebenarnya di antara punca juga yang menyebabkan delay speech, dengan izin, berlaku Dato’ Speaker berpunca daripada masalah ini. Bila anak-anak ini tidak didedahkan dengan secara konvensional, pembesaran mereka… tumbesaran mereka yang menyebabkan mereka tak mahu bercakap, tak mahu apa… mungkin orang-orang kaya di Kuala Lumpur sana dapat menghantar ke sekolah khusus yang ada sampai sebulan RM10 ribu siap dengan doktor, lima cikgu untuk satu pelajar dan boleh diatasi. Tapi kalau kita masyarakat kampung macam dia tau perkara ini, dia nak atasi jadi trend ini saya rasa akan jadi yang lebih berbahaya. Di masa akan datang anak-anak ni akan membesar, anak-anak yang besarkan dengan gajet ini akan menjadi pengundi juga… ni sekarang ni pengundi 18 tahun ni… semua nak kena ditangani dengan sebaik mungkin dalam sistem kita supaya kita di masa depan ini antara aset negara yang cukup berharga yang kita melatih mereka menjadi insan sebaik mungkin di negara kita ini, terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat atas pandangan Yang Berhormat Tambun Tulang, memang benarlah bila berlakunya pandemik, maka bila kita melaksanakan PDPR salah satu alat ataupun gajet peranti yang digunakan untuk mereka belajar dalam handphone dan ianya walaupun sekat… telahpun ke sekolah secara bersemuka. Jadi tak boleh secara drastik. Mereka ni lekang daripada memegang handphone. Tetapi inilah cabaran hari ini yang mana kepada ibu bapa mestilah control. Parenting juga di pihak sekolah mungkin JPN, PIBG boleh mengadakan program-program ataupun taklimat ringkas berkenaan dengan… apa… parenting tentang penggunaan ataupun lekanya anak-anak kita dengan gadget. Saya rasa itu sajalah mungkin pandangan kita, cara-cara masing-masinglah ibu bapa untuk mengekang ataupun untuk control anak-anak mereka menggunakan handphone. Sebab tu dah dapat sorang satu handphone mungkin dari segi time dengan kita dapat buat jadual, time balik sekolah kita bekalkan mereka dengan jadual harian.
Seterusnya Yang Berhormat Dato' Speaker saya respond kepada Yang Berhormat Tambun Tulang juga tentang bilangan murid cicir tahun 1 ke tahun 2 ya…. kalau tak salah saya soalan Yang Berhormat kelmarin ni untuk maklumat Yang Berhormat, tiada sebenarnya murid cicir bagi murid tahun 1 ke tahun 2 pada tahun 2022 di Negeri Perlis. Manakala bagi bilangan murid tahun dua ke tahun… murid tahun dua berisiko cicir tu ada. Bagi keseluruhan Negeri Perlis adalah berikut… kita ada data itu 58 murid aliran Perdana dan 341 murid Pendidikan Khas. Jadi bila kita buat pecahan ni kita tengok mereka ni cicir pada bulan Jun… banyak cicir, sebab pada saya bulan Mei kita raya, bulan Jun cuti penggal. Jadi ada penurunan kehadiran pelajar-pelajar ni ke sekolah dan berikutan juga masih lagi dengan suasana kita… apa… berjaga-jaga, mungkin ibu bapa, mungkin pelajar tentang COVID-19 dan influenza yang terkini. Jadi sakit saja dah tak dapat hadir ke sekolah. Jadi, mungkin itulah kita harapkan yang berisiko, bukan simple tetapi walaupun seorang cicir itu, dah cukup membimbangkan kita. Tapi kita mengharapkan kita tengok apa dalam proses. Bulan yang ke hadapan kita boleh melihat kepada perbezaan ya… mungkin ada perbezaan tersebut. Jadi macam tadilah saya cakap kan tadi risiko cicir disebabkan oleh satu jugalah, B40 sosioekonomi… saya tak kata semua B40 ini kurang beri perhatian pada anak-anak ye, tetapi apabila kekalutan kita… apa… memastikan sosioekonomi keluarga itu dapat diberi fokus tadi, persekitaran anak-anak pelajar ni… anak-anak murid mungkin kurang diberi perhatian dan mungkin jugalah keciciran ni apabila mereka dah terbiasa menggunakan… apa… gajet ataupun handphone, mereka dah bangun lambat ke sekolah kerana kelekaan menggunakan handphone sepanjang hari. Ok baik, saya rasa itu saja respons saya kepada… ataupun maklum balas berkaitan dengan soalan-soalan yang diberikan kelmarin.
Jadi ucapan yang seterusnya, saya ingin menzahirkan rasa syukurlah… sedikit berita, kalau nanti selepas ni saya akan bercakap sikitlah tentang, apa… portfolio saya. Tapi sekarang ni saya nak fokus separuh, iaitu kawasan saya yang mana dengan izin-Nya juga, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak, kerana tugas yang diamanahkan ini dapat dilaksanakan dengan baik, dengan kerjasama, yang memastikan keperluan, baik diperingkat jabatan dan agensi, mahupun di peringkat saya dapat dilaksanakan dengan berkesan. Yang pastinya objektif dan matlamat kita dapat membantu rakyat di sekeliling kita. Jadi dalam banyak-banyak perkara tumpuan ni, saya mintalah kalau dapat difokuskan dengan keadaan rumah, banjir, dan penghayatan nilai-nilai murni. Jadi dalam setahun ni… tiga tahun lah dalam saya menjadi wakil rakyat di DUN Pauh, sepuluh permohonan pembinaan rumah baru keluarga B40 dan asnaf. Jadi realitinya masih ada lagi sebenarnya rumah-rumah baru yang perlu dibina pada keluarga-keluarga baru ini ya. Kebanyakkannya mereka keluarga baru, di mana apabila mereka berkahwin masih lagi tinggal dengan ibu bapa. Kadang-kadang kita… memang kita jumpa. Dalam satu keluarga, ibu bapa ni anak-anak dia yang berkeluarga dalam satu rumah tu, ada dua tiga keluarga. Jadi dah tentu keadaan yang tidak kondusif, keadaan yang menyesakkan. Jadi ini dah tentu macam mana kita nak… melahirkan satu keluarga yang baik, keluarga yang teguh, keluarga Malaysia yang kita laung-laungkan. Jadi ini kita wajar bantu. Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Bintong, kerana baru-baru ini, dan mungkin sebelum ni, sebenarnya dia telah berjaya beri rumah baru, membina rumah baru… di kawasan saya, dan semoga di masa-masa akan datang kita dapat teruskan usaha-usaha murni ini. Dan saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak BPD, ICU, PBT, MAIPs, JKM dan UniMAP yang membantu dalam memastikan rumah-rumah yang daif ini dapat ditambahbaik. Tidak ketinggalan permohonan pembaikan bumbung-bumbung rumah. Memang… di Perlis ni semua kita tak ada gelandangan… ya… kita ada rumah, tetapi struktur rumah amat tidak elok, siling yang bocor ya… papan… maknanya rumah-rumah tradisi, dia tinggal rumah-rumah mak ayahnya. Jadi, keluarga B40 yang tak mampu ada rumah baru ni, terus tinggal di rumah berkenaan. Jadi risikonya ni ada rumah tu dah uzur, dah dimakan anai-anai. Jadi diharapkanlah kita akan terus beri perhatian, kalau boleh kita akan minta lebihan ataupun peruntukan yang lebih untuk tujuan menaik taraf ataupun membaiki keadaan rumah ini, kerana apabila berlakunya ribut dan sebagainya… jadi Pauh ini, jadi tempat yang apa… tak ketinggalan. Bukan kita doa tetapi Allah bagi ujian kepada kita dan Alhamdulillah, di sepanjang berlakunya keadaan tersebut banyak pihak yang membantu, dan tak ada pun satu rumah yang terkecuali dari dapat bantuan. Terima kasih MAIPs, terima kasih JKM dan semua pihak yang telah pun pahadoi dengan keadaan ini. Jadi cumanya kita mengharapkan lah permohonan peruntukan dapat disalurkan dengan lebih banyak bagi kita membantu mereka-mereka yang memerlukan. Bagi Indera Kayangan terima kasih, ucapan terima kasih untuk… apa… semalam berkata tentang Puan Saviatri ni ha… memang beliau… rumah beliau tu terlibat dengan ribut, sebelum ni terbakar dan roboh. Cumanya sekali kita sedang dalam progress untuk apa… membersihkan kawasan untuk kita bina rumah baru. Terima kasih ICU, GiatMARA yang mana akan mengambil inisiatif membina rumah baru, bagi keluarga ini. Dan seterusnya, saya ingin juga nak cakap bab banjir lah di Pauh… Ulu Pauh ni, yang mana selain pada kerosakan rumah…ya… rumah-rumah baru, jadi kawasan-kawasan yang memang kalau empat jam hujan, memang akan berlaku banjir yang sangat hebat lah, di kawasan FELCRA Ulu Pauh, Kampung Tengah Hulu Pauh, yang selalu dinaiki air. Di jalan… di highway tu… kalau hujan saja, akan fokus pada highway lah kerana dari situlah akan bermulanya banjir. Kemudian dengan perkara ini diharapkanlah agar usaha-usaha berterusan kita bersama untuk memastikan dan memulihkan keadaan saliran perparitan dan sebagainya. Dan bila bercakap dengan… dengan perkara ini juga, saya nak sentuh, kadang-kadang ni bila kita mengharapkan sahaja daripada kerajaan itu adalah tidak tepat. Seterusnya kita mengharapkanlah semua pihak kepimpinan memberi penghayatan nilai-nilai murni, yang mana perlu dioptimumkan kepada rakyat-rakyat… di… kepada masyarakat ataupun sekeliling, agar tidak terlalu tumpu kepada bantuan daripada kerajaan semata-mata. Jadi, kesedaran, membudayakan sifat murni, sama-sama mengadakan aktiviti, menjaga keceriaan, gotong-royong pembersihan dan menjaga keselamatan kediaman kejiranan dan kampung-kampung ini menjadi satu perkara yang… kebiasaan yang menjadi rutin dalam kehidupan kita, supaya dapat menyemai, budaya tolak ansur dan memahami antara satu sama lain, kerana ini dapat memupuk semangat perpaduan, yang jitu dalam kalangan rakyat tanpa mengira ideologi, agama, kaum dan keturunan.
Seterusnya menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang sangat prihatin, yang telah menyentuh pelbagai perkara yang menjurus kepada kesejahteraan rakyat. Kita juga bertuah kerana keluarga DiRaja turut berkenan berangkat, ke mana-mana saja program-program yang dianjurkan. Sekali lagi menjunjung kasih Tuanku, dan di dalam titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku membuatkan kita semua berusaha agar rakyat sentiasa mendapat manfaat. Kita juga turut mendoakan agar usaha-usaha RMK-12 terus mendapat kerjasama padu daripada kerajaan pusat agar semuanya berjalan lancar dan prestasi baik ini, pastinya menarik perhatian. Banyak yang ingin melabur di negeri kita. Justeru sekali lagi sebagai mengakhiri ucapan saya, saya mengucapkan terima kasih kepada semua, sekali lagi menjunjung kasih kepada Duli-Duli Tuanku, terima kasih Yang Amat Berhormat Bintong yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, terima kasih Yang Berhormat Ketua UMNO bahagian-bahagian yang juga daripada bahagian Arau, yang juga Parlimen Arau dan juga Menteri Wilayah, penghargaan juga kepada semua rakan-rakan Yang Berhormat yang banyak memberi suntikan semangat dan kerjasama, pada pihak swasta, jabatan agensi, semua cawangan dan juga, sepertimana yang diucapkan oleh YB Siti tadi kepada semua JPKK yang kita sayang. Tanpa-tanpa mereka, sudah tentu kita tak berupaya untuk melaksanakan apa saja program di peringkat cawangan. Semoga banyak lagi usaha ke arah mensejahterakan pendidikan dan sokongan kerjaya, terima kasih Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Tahniah… SPM 2021, dengan cemerlang Perlis mendapat peningkatan 88.39%, iaitu ranking kelapan seluruh Malaysia, negeri-negeri seMalaysia… tepuk tangan sikitlah dekat Jabatan Pendidikan dan sekolah-sekolah. Dan kita target tahun 2022 ni ialah 89%. Kita juga meningkat GP negeri, iaitu Gred Purata Negeri iaitu 44.99, kita ditangga yang ke-12… tak apa… kita dah meningkat… sebelum ni kita tak… kita ke bawah… dan kita berupaya untuk meningkatkan… apa… pencapaian lulus semua mata pelajaran dan kita mengharapkan tahun ini, program wake-up SPM akan terus bagi keputusan yang cemerlang kepada pelajar-pelajar SPM kita. Jadi sekali lagi tahniah kepada Jabatan Pendidikan, khususnya… sokongan kerjaya, terima kasih kepada PERKESO yang sangat aktif… apa… dengan myfuturejob nya, NCIA, GiatMARA dan sebagainya, kemudian UniMAPs yang… yang sentiasa membantu dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berdaya dalam sains teknologi inovasi kita akan teruskan program karnival kita perintis dan juga… program-program yang berbentuk rekacipta dan kita optimis dengan kuasa internet yang berupaya membuka jalan ke hadapan untuk merapatkan jurang digital antara kawasan-kawasan di Perlis. Akhir kata dari saya, saya menyokong usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja. Sekian wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Pauh. Dipersilakan Yang Berhormat Beseri.
Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin, wassalatu wassalamu ala asrofil ambiya iwal mursalin, nabiyyina muhammad wa ala alihi wasahbihi ajma'in. Robbisrohli sodri, wayasirli amri, wahlul uqdatan min lisaani, yaf kahu kauli. Ya hayyu ya qayyum, bi rahmatika astaghith, aslih li shani kullahu, wa la takilni ila nafsi tarfata ‘ayn. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker. Usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja. Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan agensi, wakil-wakil jabatan dan wakil-wakil agensi, urusetia-urusetia Dewan yang diketuai oleh Setiausaha Dewan, rakan-rakan media dan tuan-tuan dan puan-puan dihormati sekalian. Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan limpah kurnianya, dapat kita mengadakan Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri yang Ke-14, dalam suasana yang saya rasakan… cukup tertib, harmoni dan penuh dengan maklumat-maklumat yang boleh dikongsikan bersama. Saya tertarik titah Duli Tuanku pada perasmian sidang Dewan Undangan… pada hari Selasa hari tu, iaitu perkara 37, iaitu… salah guna media sosial untuk menyebarkan fitnah, hasutan dan amat ekstremis perlu dikekang dan ditangani segera demi mengelakkan perpecahan dan konflik dalaman masyarakat pelbagai kaum dan bagi menjaga kestabilan dan keharmonian rakyat negeri Perlis. Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah hentikan penggunaan media sosial yang dijadikan platform untuk menabur fitnah, hasutan… maklumlah PRU15 tidak lama lagi. Semakin banyak perkara yang timbul untuk meraih sokongan politik.
Yang Berhormat Dato' Speaker, kelmarin ada usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Indera Kayangan iaitu berhubung dengan ribut yang berlaku di Indera Kayangan, yang mana agensi-agensi swasta yang telah membantu di dalam kawasan beliau. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Speaker, apabila berlaku sebarang bencana ataupun malapetaka melibatkan banjir, ribut ataupun kebakaran, langkah yang pertama yang perlu diambil oleh… masak-masak… adalah membuat laporan polis. Selepas itu, agensi-agensi kerajaan negeri, JKM, pihak MAIPs terus turun untuk mendapatkan maklumat-maklumat dan akan memberi bantuan awal. Bantuan awal ni termasuklah pusat-pusat khidmat dan Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Itu untuk bantuan awal. Selepas itu pihak JKM dan pihak MAIPs akan bekerjasama membuat bancian tentang jumlah ataupun kos kerosakan yang akan dibaiki. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Speaker dan seluruh ahli-ahli Dewan, negeri Perlis kita saya rasa cukup cepat sampai bantuan. Contohnya pada 12 hari bulan Julai yang lepas, jadi hari Selasa, kerajaan negeri melalui JKM telah mula menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa ribut dan saya rasa pihak MAIPs cepat sehari. Jadi ini dah menunjukkan bahawa, kerajaan negeri Perlis itu pahadoi, begitu prihatin dan kerjasama di antara pihak jabatan bantuan kerajaan untuk membantu rakyat negeri Perlis. Saya rasa… memanglah mungkin orang berkata, alah… Perlis negeri kecik… noh… tapi untuk makluman semua, tenaga-tenaga kerja daripada pihak JKM dan pihak MAIPs sendiri, tidak mencukupi juga. Sebab apa? Terdapat 127 rumah yang terkena ribut, dalam masa 3 hari boleh selesai, dan untuk makluman Yang Berhormat Dato' Speaker dan sidang Dewan yang mulia pada hari ini, bila berlaku petang ribut, malam dah telah mula dah pihak JKM dan pihak MAIPs untuk mengambil maklumat daripada mangsa-mangsa ribut dan alhamdulillah, bila benda ni terus berjalan… terus berjalan sehingga sampai bila-bila untuk membantu rakyat negeri Perlis. Dan ada juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Kayangan berhubung dengan penempatan bagi mereka yang kena ribut, yang… apa ni… menumpang di rumah keluarga. Jadi pihak JKM… kami kalau dibawa berbincang, kita akan bawa mungkin untuk penempatan sementara iaitu di dewan ataupun di dewan sekolah untuk bagi penempatan sementara untuk mangsa-mangsa ribut ni. Jadi kita sentiasa terbuka… kerajaan negeri Perlis sentiasa terbuka untuk membantu rakyat negeri Perlis ini.
Seterusnya isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Guar Sanji berkenaan penghinaan agama Islam. Contohnya yang terjadi pada hari ini, jadi seorang wanita yang telah mengaku dia boleh menghafalkan 15 juzuk, dan mengaku beragama Islam, telah membuka baju kurung dan membuka tudung di pentas satu kelab komedi. Untuk makluman Yang Berhormat Dato' Speaker dan semua hadirin yang berada di Dewan pada hari ini, di dalam Malaysia ni ada dua mahkamah, kalau isu penghinaan agama Islam ini… iaitu yang pertama, Mahkamah Sivil dan yang kedua, Mahkamah Syariah. Tetapi dalam isu ni, kita bawa dalam Mahkamah Sivil kerana hukuman yang lebih berat untuk diterima oleh mereka yang menghina agama Islam. Untuk maklumat Yang
Berhormat Indera Kayangan… saya sambung balik tadi, berkenaan dengan bantuan yang telah kerajaan negeri peruntukkan, untuk bantuan ribut iaitu bermula…
Yang Berhormat Guar Sanji…
Ok.
Terima kasih Yang Berhormat Beseri.
Tak nampak… sat. Ha… bangun sat.
Terima kasih Yang Berhormat Beseri. Berbalik kepada kes yang dibicara di Mahkamah Sivil tu. Apakah… kenapakah tidak dibicarakan di Mahkamah Syariah sama? Kalaulah Mahkamah Syariah itu rendah hukuman dia, apakah Yang Berhormat setuju… suatu akta ataupun enakmen yang baharu perlu diperkasakan untuk memberi ganjaran ataupun balasan pendidikan lebih baik kepada pelakunya?
Yang Berhormat Guar Sanji, saya rasa benda ni kita pun tau, bahawa dalam Malaysia ni constitution ataupun perlembagaan di pusat lebih tinggi. Oleh kerana itu, Mahkamah Sivil dia lebih tinggi daripada Mahkamah Syariah, dan saya rasa Yang Berhormat Guar Sanji pun tahu RUU355 kita pun dah tak bangkitkan lagi, di Sidang Parlimen tak dibangkitkan. Jadi sebenarnya untuk memartabatkan Mahkamah Syariah, RUU355 tu lah yang perlu diperkasakan dahulu. Saya rasa itu penjelasan tu cukup untuk Yang Berhormat Guar Sanji.
Sedikit Yang Berhormat Beseri, Yang Berhormat Beseri sokong dak RUU355?
Of course la kita kena sokong. Yang Berhormat sokong dak? Ok, Ok… saya sambung… untuk bantuan ribut sebanyak 476 kes yang berjumlah RM208, 110 bermula daripada Januari sehingga Ogos. Dan untuk bantuan kebakaran ada 10 kes yang berlaku berjumlah 19,420. Ini peruntukan daripada kerajaan negeri yang disalurkan yang diuruskan oleh pihak JKM Negeri Perlis. Dan MAIPs juga ada, daripada Januari hingga Ogos 2022 telah mengagihkan bantuan bencana sebanyak RM633, 561 yang diagihkan kepada 235 penerima. Inilah menunjukkan bahawa kerajaan negeri Perlis ini prihatin dalam membantu rakyat negeri Perlis itu. Seterusnya Yang Berhormat Dato' Speaker berhubung dengan persoalan daripada Yang Berhormat Tambun Tulang iaitu isu gejala sosial di kalangan murid-murid sekolah di Tambun Tulang yang melakukan aktiviti tidak bermoral di hotel dan homestay. Untuk makluman pihak JAIPs sebagai agensi pelaksana Hal Ehwal Agama Islam sentiasa komited terhadap isu-isu yang berkaitan agama Islam termasuklah daripada aspek pencegahan mungkar yang melibatkan penguasaan khususnya kesalahan-kesalahan yang termaktub di bawah Enakmen Jenayah Dalam Syarak (EJDS) Tahun 1991 dalam usaha membanteras dan menangani isu gejala sosial yang melibatkan aktiviti tidak bermoral JAIPs telah melaksanakan operasi pencegahan jenayah syariah secara berjadual di seluruh negeri Perlis dengan kekerapan sekurang-kurangnya sekali seminggu termasuk cuti umum dan kelepasan am selain berdasarkan aduan-aduan yang diterima. Sejak Januari sehingga Ogos 2022, sebanyak 41 operasi telah dilaksanakan yang melibatkan 170 tangkapan termasuk beberapa individu yang berasal daripada Tambun Tulang. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 110 kes telah didaftarkan dan didakwa di mahkamah syariah negeri Perlis. Berhubung dengan kesalahan-kesalahan di bawah EJDS 1991 tadi, di hotel-hotel dalam bilik-bilik sewa yang melibatkan pelajar-pelajar yang masih bersekolah, terdapat dua tangkapan yang melibatkan pelajar perempuan tingkatan 5 dan 6 bagi tahun 2022. Kes tangkapan sedemikian jarang berlaku berikutan pemilik hotel dan bilik sewa hotel tidak menerima tempahan daripada pelajar di bawah 19 tahun. Dalam usaha membendung gejala tidak bermoral di peringkat remaja bawah 18 tahun, JAIPs ataupun Jabatan Agama Islam Negeri Perlis telah mengadakan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri bagi mengadakan kempen kesedaran jenayah syariah diseluruh sekolah menengah dalam negeri Perlis. JAIPs dari semasa ke semasa akan terus komited dalam usaha melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Mungkar demi memastikan kesejahteraan umat Islam di negara ini… di negeri ini.
Seterusnya persoalan daripada Yang Berhormat Guar Sanji, aduan berkenaan pembaikan bumbung Masjid Arau yang sering bocor dan prasarana yang tidak lengkap, apakah status pembaikan terkini? Yang Berhormat Dato' Speaker, untuk makluman projek naik taraf Masjid Negeri Arau Perlis termasuk pembaikan bumbung dilaksanakan oleh pihak JKR Perlis. Projek tersebut telah bermula pada Ogos 2022 dan dijangka siap pada 6 Ogos 2023. Pihak Jabatan Agama Islam Negeri Perlis dan JKR telah beberapa kali melakukan lawatan tapak di Masjid Negeri Arau dan telah mengenal pasti kerosakan pada struktur utama masjid termasuk di bahagian bumbung yang kerap kali bocor. Selain itu, pembaikan ini juga akan menaiktaraf dewan solat yang baru, tempat wuduk dan bilik air semua pembaikan ini untuk menaik taraf Masjid Negeri Arau ini akan menggunapakai bajet RM1 juta daripada kerajaan persekutuan yang telah diluluskan, projek ini dijangka akan dilaksanakan pada tahun ini juga dan sekarang adalah peringkat akhir penyediaan pelan. Yang Berhormat Dato' Speaker, persoalan daripada Yang Berhormat Kuala Perlis, berkenaan dengan isu orang yang kurang waras di Maybank Kuala Perlis. Saya rasa sidang yang lepas pun cuba dibangkitkan, jadi kalau orang yang kurang waras ni bukan di bawah JKM na, bukan di bawah JKM dan saya rasa Yang Berhormat Kuala Perlis pun tahu bahawa ialah di bawah Jabatan Psikiatri, Hospital Tuanku Fauziah Kangar. Bagi orang yang kurang waras, dan ia perlu dirujuk juga kepada pihak PDRM untuk tindakan penguatkuasaan dan seterusnya dihantar untuk rawatan di HTF.
Yang Berhormat Dato' Speaker, persoalan daripada… Yang Berhormat Gua… daripada… Sena mohon pihak MAIPs menyenarai hitamkan kontraktor yang yang tidak menjalankan projek dengan sebaiknya… contoh rumah Asnaf di Kampung Sempering, tidak siap lagi sehingga sekarang yang sepatutnya dijangka siap pada bulan Mei. Apabila ditanya kontraktor menyatakan projek ni tiada keuntungan. Pengurusan MAIPs mempunyai kaedah dan prosedur dalam pelantikan tukang dan kontraktor bagi membaik pulih atau membina rumah asnaf serta telah menetapkan kaedah dalam menamatkan pelantikan ataupun terminate bagi mana-mana kontraktor yang gagal mematuhi syarat-syarat penyaluran bantuan. Dalam hal ini MAIPs memandang serius isu gejala mana-mana kontraktor dalam membina dan membaik pulih rumah asnaf yang akhirnya menjejaskan penerima bantuan. Seterusnya Yang Berhormat Dato' Speaker, persoalan daripada Yang Berhormat Kuala Perlis iaitu pemberian kuota baikpulih kawasan Kampung Nelayan, pengusaha MAIPs mengambil maklum mengenai isu dan keperluan bantuan rumah bagi kawasan di Kuala Perlis. Beberapa tindakan seperti perbincangan tambahan kuota telah diberi telah diperbincangkan dalam Bengkel Penyediaan Bajet MAIPs Tahun 2023 yang akan dilaksanakan setelah mendapat persetujuan pihak pemegang taruh. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekali adalah dipohon rakyat negeri Perlis yang telah berkahwin di luar negara terutamanya di Thailand dimohon untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut di Jabatan Agama Islam Negeri Perlis. Ini bagi menyelesaikan status anak yang dilahirkan ketika membuat pendaftaran di Pejabat Pendaftaran dan bagi kes yang melibatkan harta pusaka. Dengan ini saya menyokong penuh usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja. Sekian, wabillahitawfeek walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Beseri, dipersilakan Yang Berhormat Kayang.
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah… alhamdulillahi rabbil alamin wabihi nasta'in assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana memperuntukkan ruang dan peluang kepada saya dalam sesi penggulungan ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya dengan sepenuhnya menjunjung setinggi-tinggi kasih atas titah ucapan perasmian Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis yang mana dalam titah ucapan baginda Tuanku Raja Perlis terserlah akan kasih sayang dan keprihatinan baginda terhadap segala aspek yang berkaitan dengan negeri dan rakyatnya. Dalam titah ucapan baginda Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis turut menzahirkan penghargaan terhadap kesungguhan kerajaan negeri dalam memberi khidmat terbaik dalam mentadbir dan membangunkan negeri Perlis ini sehingga pertumbuhan ekonomi negeri ini meningkat sebanyak 0.6% pada tahun 2021 berbanding pada tahun sebelumnya. Malah baginda Tuanku Raja Perlis turut menzahirkan ucapan syabas kepada kerajaan negeri terhadap kecemerlangan pentadbiran kewangan sehingga kerajaan negeri Perlis berjaya mendapat sijil Bersih Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Negeri berakhir 31 Disember 2021. Sesungguhnya penzahiran penghargaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis terhadap usaha-usaha kerajaan negeri ini menunjukkan satu pengiktirafan yang amat-amat membanggakan dan telah mengimarahkan lagi semangat kepada kita semua untuk terus menumpahkan khidmat bakti terhadap negeri tercinta ini menjunjung kasih tuanku.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam fasa peralihan endemik ini, semua sektor ekonomi dan pembangunan kembali rancak dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis turut menzahirkan rasa gembira dengan perkembangan perlaksanaan projek-projek berimpak tinggi yang kembali turut rancak dan giat dilaksanakan, seperti yang dalam ucapan titah Tuanku Raja disebut tentang projek-projek di CVIA, PIP, Kangar Jaya, Kangar Sentral, Plaza Ria dan juga Pavilion Padang Besar dan juga lain-lain projek. Ini menunjukkan juga bahawa perkembangan-perkembangan pembangunan projek-projek ini diberi perhatian serius… serius daripada Tuanku Raja Perlis termasuk semua sektor seperti sektor pelancongan, food security, penjagaan alam sekitar, tentang teknologi komunikasi pendigitalan, kebajikan rakyat terutamanya dalam usaha-usaha pembasmian kemiskinan dan program-program membantu kehidupan rakyat terutamanya kelompok B40. Turut ditekankan juga adalah agenda memperkasakan syiar Islam di negeri ini dan penekanan terhadap integriti, kejujuran dan amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita semua turut disentuh untuk perhatian kita semua. Semoga teguran, nasihat dan cadangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dapat kita ambil iktibar dan menjadikan dorongan kepada kita semua untuk melaksanakan tugas kita dengan terbaik supaya akhirnya end-users ataupun… dengan izin, ataupun rakyat dapat menikmati hasil kebaikan ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis juga turut menyentuh tentang usaha-usaha kerajaan negeri dalam memperbaiki mutu perkhidmatan bekalan air di negeri ini, termasuklah menasihati pengguna untuk membayar tunggakan bil-bil air yang mencecah RM35.28 juta sehingga kini. Dan pihak Syarikat Air Perlis akan terus berusaha untuk mendapatkan tunggakan-tunggakan ini melalui penguatkuasaan dan juga cadangan bayaran ansuran serta cadangan untuk melantik pemungut hutang. Yang Berhormat Dato’ Speaker dalam sesi perbahasan kelmarin, oleh Yang Berhormat daripada barisan rakan-rakan, barisan daripada sebelah sana, ada dibangkitkan persoalan-persoalan ataupun aduan-aduan turut melibatkan sebahagian daripada portfolio saya. Berkaitan dengan aduan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat… daripada Guar Sanji, tentang aduan pokok di tepi jalan Kampung Serdang sehingga Kampung Tebuk tidak dipangkas ataupun ditebang. Untuk makluman pihak Yang Berhormat, pihak JKR menjalankan kerja-kerja penebangan pokok di Jalan Kampung Serdang setiap tahun pada tahun 2021 sebanyak 25 pokok telah ditebang. JKR juga telah mengambil tindakan untuk melantik kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja pemangkasan ataupun trim serta penebangan pokok yang akan bermula secara berfasa mulai pertengahan Ogos 2022 sehingga Oktober 2022 nanti. Selain daripada tu juga, Yang Berhormat Guar Sanji turut membangkitkan tentang aduan berkenaan dengan penutup longkang di Sekolah Chemumar dan untuk aduan ini pihak JKR juga telah mengambil maklum dan proses perolehan bagi melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan penutup longkang ini di Sekolah Kebangsaan Chemumar ini akan dilaksanakan segera pada tahun ini juga. Selain daripada itu juga, YB Guar Sanji turut bertanya bilakah kerajaan negeri akan memperbaiki longkang di Kampung Hutan Kandis. Yang ni Yang Berhormat kita mengambil maklum memandangkan dalam longkang ini adalah merupakan di bawah bidang kuasa jalan persekutuan iaitu di bawah jalan Arau-Kodiang dan pihak JKR sedang memohon peruntukan daripada kerajaan persekutuan dan pada masa ini masih lagi belum diluluskan. Kemudian berkenaan dengan aduan tentang kerosakan tangki air di Taman Cempaka Putih yang telah rosak sejak 2018, yang ini Yang Berhormat pihak kerajaan negeri akan bekerjasama dengan pihak SAP bagi mengatasi isu tangki air ini dan sebenarnya bukan isu di Taman Cempaka ni juga dan kita sebenarnya ada juga isu-isu yang berkaitan di beberapa Rancangan Perumahan Awam yang lain dan insya-Allah dengan siapnya projek-projek naik taraf loji dalam program mitigasi jangka pendek dan juga jangka sederhana nanti, insya-Allah, tangki-tangki ini terutamanya di taman-taman ini akan dapat diguna sepenuhnya nanti insya-Allah. Ada nak tanya? Okey, sila.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO, takdan tanya lagi dah bangkit nak tanya, dia siap tanya, “Nak tanya?” Ha… insya-Allah tanya… berkaitan dengan masalah aduan yang sejak dibuat 2018. Jadi Yang Berhormat sebut tadi, pihak Yang Berhormat akan bekerjasama dengan pihak SAP untuk mengambil tindakan. Patutnya 2018 diambil tindakan. Bukan dalam sidang ni akan diambil tindakan. Jadi apa sebenarnya isu yang berlaku di sebalik masalah yang berlaku di tangki di Taman Cempaka Putih dan juga di taman-taman yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi?
Terima kasih Yang Berhormat. Berdasarkan pengalaman sayalah, berdasarkan pengalaman saya, projek-projek rancangan perumahan awam ini sebenarnya… di bawah ketika itu di bawah… pembinaannya di bawah pihak kerajaan negeri. Dan pada ketika itu SAP belum jadi lagi sebuah syarikat dan masih lagi merupakan sebuah agensi di bawah jabatan kerajaan. Jadi saya ber… saya anggap ataupun saya agak lah pada ketika pembinaan projek-projek ni mungkin ada berlaku ketidakfahaman tentang proses penyerahan apabila siapnya sesuatu projek pemindahan terutamanya di bawah kerajaan. Jadi memandangkan mungkin projek ini ialah projek kerajaan G2G, jadi mungkinlah proses penyerahan… apa ni… utiliti berkenaan tidak dapat ataupun tidak disempurnakan dengan secara proses yang betul dan apabila berlaku pertukaran ataupun penswastaan, bekalan air kepada Syarikat Air Perlis ini dan proses itu tidak berlaku. Dan ini menyebabkan pihak Syarikat Air Perlis tidak... dapat apa ni... membuat penyenggaraan ataupun menilai kerosakan di tangki-tangki air ini juga. Sementelah dengan apa ni kedudukan keupayaan loji-loji kita yang tidak mampu pada ketika itu dan sekarang ini yang masih lagi berada di tahap negative reserve margin maksudnya kita tak ada apa ni simpanan untuk menyimpan air. Jadi dengan keupayaan loji yang saya maksudkan tadi yang akan kita pertingkatkan di dalam program-program mitigasi jangka pendek dan juga sederhana nanti, insya-Allah, tangki-tangki di taman-taman ini akan kembali berfungsi sepenuhnya. Kemudian Yang Berhormat…
Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Yang Berhormat sebut tadi berkaitan dengan penyerahan, kalau diikutkan taman tersebut dan taman-taman yang lain tu disiapkan lebih 10 ke 15 tahun yang lalu, semasa Yang Berhormat… YB Shahidan mungkin menjadi Menteri Besar. Jadi kenapakah tidak ada sebarang penyerahan taman tersebut ataupun tangki tersebut kepada SAP?
Itulah yang saya sebutkan tadi Yang Berhormat mungkin kelemahan ataupun salah faham tentang konsep ataupun proses penyerahan utiliti kepada apa ni agensi-agensi yang berkaitan. Mungkin pada masa itu tidak dilaksanakan dan bila berlaku perubahan penswastaan Syarikat Air ini, benda itu tidak di diteruskan dan mungkin terlepas pandang jadi sebab itulah apabila Yang Berhormat bangkitkan isu ini saya mengambil maklum dan saya Insya-Allah kita akan… akan usahakan.... apa ni untuk… memastikan kembali berfungsinya tangki-tangki air tersebut bersama dengan siapnya projek-projek di dalam program mitigasi jangka pendek dan juga jangka sederhana yang saya maklumkan tadi. Seterusnya, Yang Berhormat turut membangkitkan tentang penyelenggaraan aset-aset kerajaan terutamanya di diberi contohnya diberi contoh di Dewan 2020. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis sentiasa memberi keutamaan terhadap penyelenggaraan aset-aset kerajaan bagi memastikan keselesaan pengguna. Setiap aduan mengenai kerosakan akan diambil tindakan oleh pihak syarikat yang telah dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan melibatkan semua fasiliti di bawah pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Dan kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan ini dilaksanakan secara berterusan dan pemantauan mengenainya dibuat secara berkala. Jadi itu berkaitan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Guar Sanji. Seterusnya aduan juga turut dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sena berkaitan dengan aduan pokok pokok jati di jalan-jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan Behor Mali dan Sekolah Menengah Agama Islahiah, yang ini… untuk makluman Yang Berhormat, bermula pada tahun 2017 Jabatan Perhutanan Negeri Perlis telah melaksanakan usaha penebangan pokok melalui kaedah pengusahasilan hutan yang bertujuan untuk mendapatkan hasil penuaian pokok-pokok balak. Terutamanya yang ditanam di tepi jalan-jalan di sekitar negeri Perlis. Pelaksanaan penebangan pokok melalui kaedah pengusahasilan hutan ini dilakukan… dilakukan secara berfasa, yang mana pada fasa 1 iaitu pada tahun 2018, 2019, beberapa jalan telah terlibat iaitu Jalan Guar Jentik, Jalan Kaki Bukit, Jalan Santan, Jalan Padang Siding dengan jumlah hasil adalah sebanyak RM408,250. Fasa 2 pada tahun 2019 hingga 2020 iaitu di Jalan Simpang Empat, Jalan Padang Melangit, Jalan Kok Klang yang mana hasilnya adalah RM142,614 dan fasa 3 pada tahun 2021 dan 2022 iaitu Jalan Batu Bertangkup Bukit Keteri, Jalan Jejawi Ngulang, Jalan Kampung Tebuk, Jalan Sungai Padang. Manakala, pelaksanaan penebangan pokok… pokok-pokok bahaya ini dilakukan mengikut permohonan dan mengikut keutamaan tahap risiko pokok tersebut. Dalam konteks… penebangan pokok-pokok bahaya khususnya pokok-pokok yang di tepi jalan ni… secara dasarnya… aduan yang diterima, permohonan penebangan serta semakan di lapangan bagi mengesahkan permohonan tersebut. Jadi kena buat permohonan dulu dan setelah semakan dibuat, permohonan ini akan dipanjangkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan selanjutnya. Dan berkaitan dengan permohonan penebangan pokok di Sekolah Menengah Agama Islahiah, ini jabatan telah mengemukakan maklumbalas kelulusan permohonan untuk menebang 2 buah pokok 2 batang pokok melalui surat bertarikh 12 Januari 2021 yang lalu dan pada dasarnya Jabatan Hutan tiada halangan untuk meluluskan permohonan ini. Dan pada tahun 2022, sekali lagi Jabatan Hutan ada menerima permohonan yang sama dan permohonan ini telah dipanjangkan kepada pihak JKR untuk pertimbangan selanjutnya dan ia-Allah kerja-kerja pemangkasan pokok pokok jati di jalan tersebut akan dilaksanakan oleh JKR Perlis di bawah skop kerja komited pada tahun ini, insya-Allah. Seterusnya, Yang Berhormat turut membangkitkan ataupun membuat aduan tentang permohonan untuk sambung balik air paip di Dewan Orang Ramai Taman Muhibbah. Yang ini untuk makluman Yang Berhormat, SAP telah menerima permohonan penyambungan untuk dewan ini dan ianya dalam sedang dalam tindakan dan juga perhatian pihak SAP.
Selain daripada itu juga, Yang Berhormat turut membangkitkan tentang bumbung stor di Dewan Orang Ramai Taman Muhibbah di Bakong, dan untuk makluman Yang Berhormat juga pihak pentadbiran ini juga telah menerima permohonan daripada dewan orang ramai ini pada 9 Ogos yang lalu dan pihak di BPD, Bahagian Pentadbiran Daerah akan melaksanakan siasatan dan penilaian kerosakan dengan kadar segera sebelum kerja-kerja baikpulih akan dilaksanakan. Kemudian Yang Berhormat turut mencadangkan pemasangan signboard untuk mengelak kemalangan kecil di Taman Sena Indah seperti No Entry, berhenti, anak panah yang berkaitan, garisan putih dan lain-lain. Yang ni pihak MPK saya rasa pihak MPK ambil maklum berkenaan isu yang dibangkitkan. Dan tindakan penyelenggaraan papan tanda isyarat lalu lintas serta penandaan permukaan jalan di lokasi-lokasi yang perlu akan dilaksanakan di kawasan ini bagi meningkatkan lagi aspek keselamatan pengguna terutamanya di kawasan tersebut. Yang Berhormat turut membangkitkan tentang aduan-aduan longkang yang perlu dinaiktaraf di dalam Kampung Bakong. Yang ni pun sama juga Yang Berhormat, pihak BPD akan menyiasat dan juga akan menilai kerosakkan dan akan apa ni… akan tindak dalam tindakan… pihak BPD selanjutnya lah.
Seterusnya berkaitan dengan parkir di kawasan Hospital Tuanku Fauziah yang tidak mencukupi. Untuk makluman Yang Berhormat, masalah kekurangan parkir di hospital sebenarnya dihadapi oleh semua hospital di negeri terutamanya dalam waktu pejabat terutamanya di HTF lah. Kawasan parkir di jabatan kecemasan hospital diutamakan untuk parkir ambulans dan pergerakan keluar masuk kes rujukan kecemasan. Namun pihak hospital juga menyediakan sebanyak 900 kemudahan parkir dalam kawasan HTF untuk kegunaan pelawat. Selain daripada selain daripada itu juga pihak jabatan JPS Jabatan Pengairan Saliran juga telah membenarkan tempat letak kereta tambahan di dan turut di… yang telah disediakan di kawasan Sungai Kechor di belakang HTF. Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan juga pihak pengurusan hospital akan terus komited untuk memastikan isu parkir ini ditangani sebaik mungkin lah terutamanya bagi menambahkan bagi memastikan penambahbaikan berterusan perkhidmatan ini.
Seterusnya Yang Berhormat Indera Kayangan, dalam ucapan penggulungan kelmarin turut membangkitkan tentang bagaimana SAP untuk mengutip semula tunggakan-tunggakan ayaq ini. Sebagaimana yang telah saya maklumkan, kutipan semula tunggakan air yang dilaksanakan adalah melalui tindakan penguatkuasaan dengan notis makluman, notis amaran dan juga dengan kaedah pemotongan bekalan juga. Dan juga dengan pelaksanaan pelan penyelesaian tunggakan secara ansuran. Maksudnya kita bincang dengan pengguna dan kita cadangkan tentang bayaran ansuran yang perlu dilakukan oleh pihak pengguna. Dan bagi tunggakan hutang lama ataupun akaun tidak aktif pihak SAP merancang untuk melantik pemungut hutang untuk menuntut hutang-hutang tersebut. Kemudian Yang Berhormat turut membangkitkan tentang apakah SA… SOP aduan SOP aduan SAP, untuk mendapatkan air. Untuk makluman Yang Berhormat dan sebenarnya… selain daripada berhubung rapat dengan pegawai-pegawai di SAP, Yang Berhormat juga boleh merujuk kepada ketua-ketua komuniti ataupun pihak JPKK untuk mendapatkan bekalan air atau pun mendapat bantuan tambahan lori-lori tambahan ataupun lori-lori penghantaran air ke kawasan-kawasan tersebut. SOP-nya adalah dalam bentuk carta alir tetapi saya simpulkan bahawa pihak SAP akan berhubung lebih memudahkan urusan penghantaran air. Pihak SAP akan berhubung dengan ketua-ketua komuniti terutama di taman dan juga dalam kampung-kampung dengan pihak pengurusan JPKK. Dan Yang Berhormat juga turut membangkitkan tentang notis yang tidak sampai secara menyeluruh, dan untuk makluman Yang Berhormat sebenarnya notis ni kita salurkan juga melalui siaran radio, hebahan radio melalui Perlis FM dan juga kita muat naikkan juga melalui media sosial Facebook Syarikat Air Perlis. Kita juga blast dalam kumpulan WhatsApp yang terdiri daripada wakil JPKK dan juga PBT yang ada, juga kita panjangkan juga notis-notis ini dalam telegram aduan awam dan juga dalam laman web rasmi SAP. Dan yang terakhir berkaitan aduan yang berkaitan daripada Yang Berhormat Kuala Perlis banyak sangat aduan dia. Tebal juga ni saya nak kena baca. Berkaitan dengan cadangan laluan sungai ke bukaan laluan sungai ke Pulau Petang ke Seberang Sing. Sekiranya perlu bagi mengelakkan ini cadangan daripada Yang Berhormat. Sebenarnya pembukaan laluan sungai terutamanya melibatkan pantai ataupun muara akan dipertimbangkan selepas merujuk kepada kajian-kajian pemendapan muara serta hakisan pantai yang dilaksanakan oleh pihak JPS Malaysia. Dan setelah itu kajian terperinci adalah diperlukan bagi menilai risiko dan impak pembukaan laluan berkenaan kepada alam sekitar khususnya. Setelah itu Yang Berhormat, walau bagaimanapun terima kasih di atas cadangan tu, dan saya yakin pihak JPS akan mengambil maklum tentang cadangan ini juga. Seterusnya yang berhormat turut bangkitkan tentang status pengoperasian tangki air Kuala Perlis. Untuk makluman Yang Berhormat, tangki air ini telah pun siap dan kita jangka akan beroperasi pada pertengahan Oktober 2022 nanti. Apabila penyerahan secara rasmi oleh pihak bahagian bekalan air KASA kepada pihak SAP. Sebenarnya projek ni di bawah pemantauan dan juga penyeliaan pihak KASA dan siap apabila siap nanti pihak… Kementerian ataupun bekalan air akan membuat penyerahan dan Insya-Allah kita akan mulakan operasi pada Oktober nanti Insya-Allah.
Seterusnya aduan kesesakan lalu lintas di di Jeti Kuala Perlis. Yang ini untuk makluman Yang Berhormat, pihak JKR Perlis telah pun membuat ujian penilaian dalam tempoh hampir 6 bulan tentang traffic flow, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker, di dalam kawasan jeti itu untuk tujuan penyuraian trafik. Secara dasarnya, kita hendak fokuskan trafik-trafik ataupun kenderaan-kenderaan ni kepada lobby ataupun pintu hadapan Konkos dan bukan masuk ke dalam kawasan jeti pelepasan. Dan untuk itu pihak JKR telah membuat kajian selama lebih kurang 6 bulan, dan dalam tempoh kajian tersebut tidak ada bantahan ataupun aduan-aduan yang diterima berkaitan dengan kesesakan yang berlaku. Ini kita buat kajian ni adalah disebabkan kerana pada masa ketika itu, laluan bas yang menurunkan penumpang-penumpang turun di hadapan jeti ataupun terminal feri dan ini menyebabkan kesesakan dan dengan keadaan itu maka kita telah membuat satu kajian dan akhirnya kita telah memutuskan supaya bas penumpang ataupun kenderaan-kenderaan persendirian di-divert kan atau pun dihalatujukan melalui pintu hadapan Konkos supaya penumpang boleh turun dan boleh membeli tiket-tiket di dalam bangunan Konkos sebelum ke terminal feri dan ini akan mengurangkan kesesakan. Namun apa yang berlaku pada ketika Yang Berhormat maklumkan itu, kemungkinan operasi Roro operasi feri Roro yang mana jadualnya mungkin sama dengan jadual feri dan penumpang-penumpang kenderaan pemilik-pemilik kenderaan yang nak menggunakan feri Roro ni tidak ada tempat untuk menunggu. Jadi disebabkan queue ataupun apa ni kenderaan-kenderaan ini beratur di atas jalan itulah yang menyebabkan berlaku kesesakan yang luar biasa pada ketika itu. Ditambah pulak dengan keadaan pada ketika itu adalah hari Jumaat dan masjid… Masjid Terapung Masjid Terapung tu pun orang nak keluar masuk jadi itulah yang menyebabkan berlaku kesesakan di kawasan apa ni jeti sehingga kepada simpang empat traffic light di di di di dalam kawasan apa ni, di luar sana lah. Dan saya, kita mungkinlah kesesak kesesakan ini mungkin kita boleh selesaikan. Mungkin kita boleh aturkan ataupun maklumkan pengusaha feri Roro agar menjadualkan sedikit jadual apa ni perjalanan feri Roro supaya tidak bertembung dengan ataupun tidak sama dengan apa ni penumpang feri supaya dan juga kita boleh cadangkan juga kepada pengusaha feri Roro supaya menyediakan satu tempat menunggu khas dan, dan penumpang-penumpang yang hendak menggunakan Roro tidak perlu berbaris di atas jalan dan disebabkan kerana itulah berlakunya kesesakan pada ketika itu.
Sedikit Yang Berhormat, saya setuju dengan Yang Berhormat berkenaan kita minta apa nama pihak pengurusan Roro untuk menyediakan kawasan menunggu tapi saya kurang bersetuju untuk minta Roro ni ubah jadual sebab problem dia jadual Roro dengan feri ni selalunya lebih kurang sebab air pasang surut jadi mungkin itu bukan bukan solutionnya lah. Yang bab menunggu untuk kat tapak menunggu tu lah saya bersetuju lah yang tu.
Mungkin itulah antara cadangan-cadangan yang kita boleh lihat untuk apa ni…cadangan-cadangan yang kita boleh lihat untuk memperbaiki traffic flow di kawasan tersebut. Seterusnya Yang Berhormat turut mencadangkan feasibility study di Kuala Perlis… oh …yang ni pihak… yang untuk perkara ini permohonan peruntukan bagi kajian kemungkinan pembangunan Kompleks Terminal Jeti Kuala Perlis berjumlah lima juta, RM5 juta. Yang ni kita telah pohon di bawah Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12 RP3, RMKe-12 tahun 2023 oleh pihak berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan permohonan masih dalam pertimbangan pihak EPU. Kemudian Yang Berhormat bangkitkan juga tentang aduan kenaikan harga tiket feri. Yang ni untuk makluman Yang Berhormat, yang ni di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri. Ini adalah di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia dan sebenarnya Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 22 April yang lalu telah setuju dengan cadangan tambang baharu feri sektor Langkawi dan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 Julai 2022 telahpun bersetuju dengan keputusan ini dan akhirnya MOT ataupun Kementerian Pengangkutan Malaysia juga telah setuju supaya jemaah supaya keputusan Jemaah Menteri ini diumumkan oleh operator feri pada 5 Ogos 2022 yang lalu. Seterusnya cadangan pembinaan bumbung di laluan pejalan kaki ke pejabat pos dan Klinik Kesihatan Kuala Perlis. Yang ni, untuk makluman, pihak JKR masih lagi belum menerima apa-apa permohonan jadi mungkin pihak jabatan ataupun Jabatan Kesihatan ataupun Klinik Kesihatan Kuala Perlis boleh membuat permohonan secara rasmi kepada pihak JKR.
Itu cadangan Yang Berhormat, itu cadangan daripada saya tanya sebab sidang DUN yang lepas itu saya ada sebut perkara ini.
Yang Berhormat boleh panjangkan kepada pihak jabatan kesihatan untuk membuat permohonan lah secara rasmi.
Sebenarnya Yang Berhormat yang tu cadangan tu dia sehingga ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis cuma manfaat dia boleh selain daripada pelajar dan juga kepada penduduk yang jalan kaki lah nak ke klinik apa semua sebab klinik di antara Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis dengan sekolah menengah tapi permohonan ni cadangan ni adalah untuk pelajar lah sebenarnya.
Ok... terima kasih Yang Berhormat atas cadangan tu tetapi permohonan secara rasmi ataupun bertulis perlulah dikemukakan kepada JKR untuk kemukakan peruntukan permohonan. Seterusnya berkaitan dengan aduan tentang masalah tekanan air rendah di Taman Harmoni, Taman Sena Indah, Taman Ira yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sena kemudian berkaitan dengan SAP juga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Perlis tentang tanah mendap kerana pembaikan paip air jalan tidak berturap semula dan tekanan air di Taman Semarak yang terlalu rendah. Untuk makluman Yang Berhormat pihak kita memang sedia maklumlah masalah tekanan air rendah di taman-taman tersebut dan sebagaimana yang telah saya dimaklumkan dalam sidang sidang yang lepas, tekanan bekalan air ni dijangka pulih apabila sepenuhnya Projek Mitigasi Sederhana yang melibatkan peningkatan keupayaan bekalan air di loji rawatan Air Arau dan Timah Tasoh pada pertengahan tahun 2024 nanti. Ok kemudian berkaitan dengan kerja-kerja penurapan semula tempat-tempat pembaikkan tempat-tempat pembaikan paip air yang ni aku sepatutnya dilaksanakan tidak sepatutnya dilaksanakan dalam tempoh seminggu selepas kerja-kerja pembaikan paip dilaksanakan bagi membolehkan struktur tanah menjadi lebih padat dan penurapan tempat-tempat pembaikan paip air di jalan-jalan utama JKR akan dilaksanakan secepat mungkin di bawah pemantauan pihak JKR yang dan ni apa ni penyelarasan di antara pihak JKR dan juga dia pihak SAP tentang kerja-kerja patching ni lah… dengan izin Allah. Seterusnya tekanan air terlalu rendah di Taman Semarak, yang ni insya-Allah yang kita jangka akan pulih apabila pembekalan air melalui sistem tangki air di Kuala Perlis berfungsi sepenuhnya pada Oktober 2022 nanti, insya-Allah. Jadi kita harap dapat pulih lah apabila tangki air di Kuala Perlis itu berfungsi.
Boleh-boleh Yang Berhormat. Sikit… semalam saya tak sempat nak masukkan dalam saya punya perbahasan… ini sebab hari-hari nampak di pejabat simpang nak masuk ke RPA Bukit Kubur bocor, JKKK kat situ Pak Murad pun sendiri pernah complain, dah buat dah dan bocor balik teruk. Yang ni kena tolong tengoklah betul-betul apa nama ni… Yang Berhormat Kayang. Saya pun dah… dah mesej dah kepada SAP kepada semua, even Encik Hamid sendiri pun saya dah mesej dah nak tolong tengok balik sebab dia semakin teruk.
Ok Encik Hamid SAP… CEO SAP pon ada dalam ni insya-Allah dan saya yakin nanti SAP akan tengok lah isu. Em…Berkaitan dengan pemakluman notis pihak SAP mengambil maklum akan cadangan agar pemberitahuan berkenaan notis gangguan bekalan air dan apa-apa maklumat lain akan dilakukan turut dilakukan secara kaedah siaraya supaya maklumat berkenaan sampai kepada penduduk kampung ini kita ambil maklum dan untuk makluman pemakluman ataupun hebahan berkenaan gangguan bekalan air atau lain-lain perkara buat masa ini memang kita salurkan melalui medium-medium yang telah saya sebutkan sebentar tadi.
Seterusnya Yang Berhormat turut membangkitkan tentang status bangunan Konkos, untuk makluman yang berhormat memang kita sedang dalam membaikpulih bangunan Konkos ini yang dilaksanakan oleh pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis ataupun PKENPs dan sepatutnya kerja dijangka siap pada Januari 2023 namun ada masalah sedikit dalam pembinaan dan pihak kontraktor telah ditamatkan dan …. tidak dapat di ok projek… ni di bawah ICU walaupun kontraktor memohon untuk menamatkan projek ini tetapi pihak penamatan kerja ni tidak dapat dipertimbangkan atas sebab ketidakmampuan kontraktor sebenarnya bukan disebabkan faktor-faktor luaran atau pun mungkin disebabkan kemungkiran kontraktor sendiri dan pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis telah dinasihatkan untuk memulakan tindakan ke atas kontraktor supaya penamatan kontrak ini dapat dibuat dalam tempoh yang sewajarnya. Untuk makluman Yang Berhormat pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis telah melantik satu kontraktor pelaksana satu kontraktor iaitu kontraktor AE Bayu Enterprise sebagai kontraktor pelaksana bagi projek ni berdasarkan keputusan Mesyuarat Lembaga Perolehan Persekutuan Negeri Perlis yang telah dipengerusikan oleh pihak ICU Perlis dan kerja-kerja sepatutnya tamat pada Januari 2023 nantilah dan untuk makluman Yang Berhormat juga sebelum kerja-kerja pembinaan dimulakan pihak kontraktor telah menyediakan sepuluh unit tandas mudah alih sepuluh unit tandas mudah alih dan kemudian selepas sebulan berkata berikutan dengan kos sewaan yang tinggi pihak kontraktor kemudiannya telah membuat permohonan ataupun membuat perubahan dengan membina tandas sementara iaitu sebanyak 10 unit dan tandas awam tersebut telah diwujudkan pada 13 Mei yang lalu di lot di di lot 11 bangunan 3 tingkat bangunan kedai pejabat Kuala Perlis iaitu premis yang berdekatan dengan kompleks tersebut dan setelah tandas tersebut digunakan lebih kurang dalam dua bulan lebih kita dapati ke semua tandas-tandas tersebut telah rosak akibat perbuatan vandalisme saya tak pastilah macam mana pengguna-pengguna ni menggunakan tandas yang gambar-gambar kerosakannya daripada saya ni sangat teruklah dia sepatutnya kalau kita sebagai manusia normal lah tak sepatutnya berlaku kerosakan-kerosakan tandas yang sebegini teruk macam seolah-olah…..
Nanti minta Yang Berhormat WhatsApp kat saya gambar-gambar tu senang saya nak balun balik depa ni.
Dan disebabkan oleh kerosakan-kerosakan tandas ini jadi sudah semestinya pengguna atau penumpang tidak dapat menggunakan tandas-tandas ini dan insya-Allah pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis akan … akan memastikan tandas-tandas yang baru ni dapat disediakanlah untuk keselesaan pengguna. Jadi Yang Berhormat Dato' Speaker itu sahaja maklumbalas terhadap persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat kelmarin di dalam perbahasan mereka dan sebagai penutupnya Yang Berhormat Dato’ Speaker saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan ataupun wakil serta petugas-petugas dewan dan juga media yang telah banyak membantu melancarkan Persidangan Dewan kali ini dengan baik dan juga lancar dan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan juga terima kasih kepada sahabat saya CEO Syarikat Air Perlis Encik Hamid Sahid yang akan bersara wajib pada hujung bulan ini dan saya juga mewakili rakan-rakan di sebelah sini ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau di dalam proses ataupun dalam mengharungi kehidupan sebagai pesara nanti. Yang Berhormat Dato’ Speaker saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan Yang Berhormat Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelah sana dan juga di barisan rakan-rakan Yang Berhormat di barisan kerajaan dan juga Yang Berhormat ex-officio dan terutama sekali kepada Yang Berhormat Bintong lah di atas tunjuk ajar nasihat dan teguran dalam menjayakan agenda rakyat ini. Jadi… saya... Yang Berhormat Dato' Speaker, saya dengan akhir kalam saya mohon menyokong usul titah ucapan perasmian oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kayang, silakan Yang Berhormat Santan.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker yang saya kasihi Yang Amat Berhormat, yang saya kasihi rakan-rakan Yang berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negeri, rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan dan agensi semua wakil-wakil media tuan-tuan lepaskan Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Taala kerana dengan limpah kurnia-nya pada hari ini merupakan hari terakhir sidang Dewan Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri Perlis yang ke-14. Pertama sekali saya menzahirkan sokongan yang tidak berbelah bagi atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis semasa perasmian sidang ini pada 9 Ogos yang lepas. Keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku bagi memastikan sistem pentadbiran negeri Perlis dalam apa jua bidang baik dari segi kebajikan, ekonomi dan juga kesejahteraan rakyat amat dialu-alukan. Saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri yang mewakili DUN Santan dan juga selaku Ahli Majlis Mesyuarat Negeri sentiasa menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja bersama-sama saf kepimpinan kerajaan negeri Perlis pada hari ini mewakili seluruh masyarakat DUN Santan saya merakamkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri yang begitu komited dan amat pahadoi kepada kebajikan rakyat serta arah tuju pelan pembangunan di negeri Perlis pada masa ini. Dalam menangani semua isu serta masalah rakyat saya nak berterima kasih kepada kepimpinan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga komitmen dari semua jabatan kerajaan baik dari persekutuan dan mahupun di peringkat negeri. Semua pihak telah bekerjasama dengan baik dan akhirnya apa sahaja masalah yang timbul dapat di selesai dengan baik lumrahnya ada yang mengambil sedikit masa dan ada yang dapat diselesaikan dengan masa yang singkat. Apa yang penting seluruh golongan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama dapat mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan negeri Perlis seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan dan juga prosedur jabatan Insya-Allah segalanya akan menjadi mudah dan juga dengan berkat doa pada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Dalam ucapan penggulungan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri dari enam kawasan yang telah mengemukakan soalan-soalan lisan ditujukan kepada kerajaan dan jawapan dari semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri melalui portfolio masing-masing yang saya kira merangkumi perkara-perkara penting setakat hari ini. Sebelum saya menamatkan penggulungan serta menjunjung kasih atas titah Duli Yang
Maha Mulia Tuanku raja pada kali ini izinkan saya untuk menjawab soalan-soalan tambahan yang telah dikemukakan. Yang pertama aduan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kuala Perlis iaitu mengenai ketiadaan tandas awam di laman menda selera berdekatan laman Hotel Brasmana Kuala Perlis, untuk makluman Yang Berhormat terdapat 2 unit tandas bersebelahan Hotel Putra Brasmana untuk kegunaan para pengunjung di laman medan selera.
Bagi menjawab dan juga menghormati cadangan daripada Yang Berhormat Indera Kayangan iaitu berhubung kait dengan hebahan Dasar Pembangunan Hartanah Negeri Perlis ataupun DPHPH, untuk makluman Yang Berhormat, DPHPH ataupun Dasar Pembangunan Hartanah Negeri Perlis diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berkuat… dikuatkuasakan 1 Jun 2022. Bahagian Perumahan telah membuat hebahan kepada agensi-agensi berkaitan mengenai pelaksanaan DPHPH ini. DPHPH ini juga akan dibuat setelah selesai dicetak insya-Allah. Secara umumnya, Dasar Pembangunan Hartanah Negeri Perlis adalah penambahbaikan daripada garis panduan syarat-syarat bukan teknikal dalam pembangunan tanah negeri Perlis yang menyelaras keperluan dan pelaksanaan pembangunan terutamanya perumahan dan menjadi polisi serta panduan kepada pemaju sebelum kemajuan perumahan dapat dilaksanakan. Misi DPHPH adalah untuk memastikan penduduk negeri Perlis terutamanya kumpulan isi rumah berpendapatan rendah ataupun B40 dan pertengahan M40 memiliki rumah kediaman yang mampu milik dan daya huni ke arah peningkatan kualiti kehidupan dan kelestarian kediaman. DPHPH mungkin dua bab utama iaitu yang pertama pendahuluan dan pengenalan yang merangkumi informasi perkembangan perumahan Malaysia serta Perumahan Awam Perlis perkembangan di DPHPH ini dan hala DPHPH ini visi misi dan matlamat. Bab yang kedua ialah garis panduan bukan teknikal di DPHPH yang mengandungi enam bahagian utama iaitu bahagian pengenalan dia dan bahagian kedua keperluan penyediaan rumah mampu milik dalam pemajuan perumahan dan kedai mampu milik. Bahagian ketiga iaitu panduan, saiz keluasan dan anjakan pembangunan anjakan bangunan mengikut jenis rumah. Bahagian keempat meliputi panduan penyediaan kemudahan infrastruktur. Bahagian kelima ini syarat permohonan Pemilikan Kota Pemilikan pelepasan kuota dan oratorium dan yang keenam kadar premium tukar syarat denda dan caj pemajuan. Adalah diharapkan dengan adanya dasar ini dapat merancakkan lagi pembangunan perumahan di negeri Perlis dan menjadi polisi friendly kepada pemaju swasta.
Cadangan daripada Yang Berhormat Sanglang, yang ini penguatkuasaan terhadap pembuangan sampah di tepi sungai. Secara umumnya negeri Perlis adalah tertakluk kepada Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di bawah akta 672 dalam konteks ini pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan awam ataupun SWCORP mempunyai bidang kuasa utama dan khusus bagi melaksanakan perkhidmatan kutipan sampah dan penguatkuasaan terhadap pembuangan sampah secara haram pihak Majlis Perbandaran Kangar MPK pula masih mempunyai bidangkuasa penguatkuasaan dalam skop tertentu melalui Akta Jalan, Parit dan Bangunan, Akta 133. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sanglang semasa sesi perbahasan Dewan adalah berkaitan dengan pembuangan sampah di sungai dan di tebing sungai, dalam konteks ini sungai dan tebing sungai adalah kawasan yang telah dirizabkan kepada jabatan pengairan dan saliran ataupun JPS sebagai pegawai penyelenggara dimana pihak JPS mempunyai bidang tugas bidang kuasa kawal selia dan penguatkuasaan yang sewajarnya. Sehubungan itu, sekiranya berlaku aktiviti pembuangan sampah di tepi sungai JPS akan melaporkan kepada SWCORP bagi tujuan tindakan penguatkuasaan. Buat masa ini JPS terlibat dalam aktiviti hebahan kesedaran melalui pemasangan satu unit billboard dan sepuluh papan tanda cintai sungai kita ataupun jangan buang sampah di samping hebahan melalui laman-laman rasmi Facebook JPS Perlis supaya tiada aktiviti pembuangan sampah di buat di tepi sungai. Selain itu aduan-aduan yang telah dinyatakan di sini ialah aduan dari… yang pertama, daripada YB Sena tentang tong sampah yang tidak mencukup… tong sampah yang tidak mencukupi di kawasan kampung. Apakah tindakan kerajaan negeri sekiranya penduduk kampung berhasrat untuk membayar perkhidmatan tong dan cara permohonan bagi mendapatkan perkhidmatan kutipan sisa pepejal di tepi sungai? Bagi aduan ini, untuk makluman dewan yang mulia ini, pihak MPK dengan kerjasama Bahagian Kerajaan Tempatan, SWCorp dan Bahagian Pentadbiran Daerah telah membentangkan cadangan projek rintis perkhidmatan kutipan sampah domestik di luar kawasan perkhidmatan MPK yang akan melibatkan semua kampung dalam DUN… sebuah kampung bagi setiap DUN. Dan cadangan ini telah pun diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 3 Ogos baru-baru ini. Projek rintis ini akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun depan hingga hujung tahun depan… hingga Disember. Di mana beberapa buah kampung akan dilaksanakan kaedah penyediaan tong sampah individu, yakni kutipan rumah ke rumah. Manakala, baki kampung-kampung lain pula akan dilaksanakan kaedah penyediaan tong sampah berpusat. Peruntukan bagi menampung kos perkhidmatan kutipan sampah dalam tempoh pelaksanaan projek rintis ini akan ditanggung oleh kerajaan negeri. Kelebihan dan kekurangan yang dikenal pasti kelak sepanjang tempoh pelaksanaan projek rintis ini akan diteliti dan dibentangkan kepada kerajaan negeri untuk menentukan hala tuju kaedah perkhidmatan kutipan sampah yang paling efisien untuk dilaksanakan secara kese… luruh… seluruh negeri Perlis kelak. Termasuk dari segi kadar bayaran dan yang sesuai… dan paling minimum untuk dikenakan kepada penduduk yang terlibat.
Mohon celah.
Ya sila.
Kita tengok ada banyak sampah sarap yang telah… yang masih tidak dapat kita tangani di negeri Perlis dan dalam soalan lisan saya rasa berkenaan dengan penggunaan polisterin, boleh saya tahu kenapa kerajaan negeri secara umumnya tidak mahu melaksanakan pelupusan penggunaan polisterin? Dan kedua, berkenaan dengan hari tanpa plastik. Apakah perkembangan berkenaan dengan kutipan RM0.20 tu? Saya rasa pelancarannya telah dibuat di hadapan The Store, saya rasa mungkin 2 tahun yang lepas, Mac ya… 2019 atau pun 2020. Apakah perkembangan tentang pelaksanaan kempen ini? Dan ketiga adalah… kerajaan juga menyarankan supaya peniaga yang menggunakan plastik pembungkusan penggunaan plastik tu untuk digunakan… untuk tukar kepada biodegradable plastic ya. Saya nak tahu, apakah sebabnya kerajaan men… menggalakkan penggunaan biodegradable berbanding dengan plastik. Dan di mana biasanya kebiasaan plastik yang digunakan untuk pembungkusan makanan adalah pet plastic. Dan dia boleh di… digunakan untuk kitar semula. Manakala untuk biodegradable dia tidak boleh dikitar semula malahan dia akan menje… dia akan meng… meng… menghasilkan microplastic yang lebih membahayakan manusia dan alam sekitar. Dan ketiga adalah… apakah penguatkuasaan pihak kerajaan negeri terhadap pelancaran Perlis Bersih dan Ceria? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan. Ada empat soalan situ ya. Yang pertama berhubung kait dengan penggunaan polisterin. Untuk makluman semua, sebenarnya… kempen yang dibuat itu, adalah untuk mengurangkan dan akhirnya akan terus lupus. Tidak ada penggunaan lagi polisterin. Tetapi, pada hakikatnya, penggunaan polisterin ini daripada laporan KKM, Jabatan Kesihatan, tidak memudaratkan makanan… apabila kita menggunakan polisterin untuk bubuh makanan. Jadi, walau macam mana sekalipun, kempen untuk mengurangkan penggunaan plastik dan juga polisterin dibuat terus menerus sehingga akhirnya rakyat faham apakah maksud atau pun apakah tujuan kempen dibuat. Di mana penggunaan beg-beg kertas yang mudah reput itu pun akan diperkenal… sedang diperkenalkan. Dan akhir sekali, rakyat akan tahu macam mana, apakah fungsi, apakah sebab kita… kita mengurangkan, akhirnya tidak… tidak ada lagi beg plastik. Dan akhir sekali, kita menggunakan beg-beg kertas atau pun benda yang lain yang boleh membantu untuk keadaan alam sekitar. Jadi, pokok utama sekarang ialah penggunaan polisterin yang mana yang YB sebut tu, mengapa tidak di… dilupuskan, itu adalah kita buat secara… secara berfasa, tidak secara drastik. Ini untuk memberi peluang kepada peniaga-peniaga dapat membekalkan perkara-perkara yang… yang dibolehkan semasa di masa hadapan. Yang kedua tadi berhubung dengan caj RM0.20. Caj RM0.20 tu memang kerajaan negeri dah pun… pada dasarnya mempersetuju, tapi pada peringkat ini… pada peringkat sekarang ini, pihak MPK sedang… sedang membuat kajian atau pun undang-undang kecil untuk mempas… untuk mempastikan kemanakah apa… atau pun penggunaan RM0.20 tu kemana, dan kita bukan… bukan cuma nak caj RM0.20 tu caj, tapi untuk memberi kefahaman kepada rakyat bahawa caj sebenarnya itu adalah untuk penggunaan atau pun kita gunakan duit itu, fund itu untuk keceriaan kita bersamalah. Keceriaan bagi pihak MPK untuk menggunakan fund untuk melestarikan keceriaan. Jadi, setelah undang-undang kecil di… dibuat, maka ianya akan digazetkan supaya caj tersebut boleh dilaksanakan dari semasa ke semasa. Jadi, sekarang ni peluang diberi kepada rakyat untuk memahami apakah tindakan-tindakan itu, kenapakah tindakan itu dibuat. Yang ketiga tadi… apa tadi… lupa dah saya pun.
Penggunaan PET plastic berbanding dengan biodegradable.
Oh iya lah, memang lah… memang tak… tak dapat dinafikan, beg plastik ni memakan masa berkurun-kurun untuk nak reput, jadi terlibat dalam alam sekitar. Apabila kita… kita bawa beg plastik yang mana yang… yang… yang sisa makanan yang dibubuh dalam beg plastik tu kita…
Bukan beg plastik, PET plastic.
Pet?
P.E.T, PET plastic.
PET plastic?
Ya.
PET plastic ni pek packing makanan tu?
Dia satu jenis bahan yang menghasilkan plastik tu, PET plastic. Benda… molekul dia dalam chemical dia… dia tidak memu… memuda… memudaratkan kesihatan dan dia diluluskanlah untuk penggunaan untuk pek makanan. Dan dia boleh di recycle. Berbanding dengan biodegradable, dia tidak boleh recycle dan dia boleh menghasilkan microplastic yang memudaratkan kesihatan dan juga alam sekitar. Terima kasih.
Ya… yang paling penting sekarang ialah sisa pepejal… sisa-sisa yang ada harini. Kita kumpul sisa tu untuk di… di bawa ke landfill, kan… jadi makna kata bila ada pengurangan bermakna kita, keadaan yang cantik, yang elok… environment yang cantik lah, kalau kita tak ada lagi bahan-bahan yang… yang demikian. Walau macam mana sekali pun, pihak kerajaan telah pun mempastikan… untuk memastikan kepada rakyat bahawa penggunaan-penggunaan PET plastic atau pun beg plastik atau pun polisterin, lama-kelamaan kita akan buat secara… konsep untuk kita beri memahami dulu apakah sebab-sebab kita nak menghapuskan benda-benda demikian. Jadi lama-kelamaan, keadaan environment kita akan lebih baiklah, itu tujuan. Jadi kita tak drastikkan sangat supaya yang penting sekali rakyat faham, penerimaan itu… penerimaan. Apa sebab kita buat macam tu… yang penting.
Tapi… YB, proses ni rasanya mengambil masa yang sangat panjang, bertahun-tahun masih tak boleh diperkembangkan dan dimajukan. Terima kasih.
Ya, seperti yang disebut tadi, kita… konsep kita sekarang kita kempen, masa ke masa bagi rakyat faham betul-betul apakah sebab kempen dibuat. Jadi, tindakan-tindakan akan dibuat secara tidak… tidak drastik sangat. Jadi, yang penting sekali dia memahami dulu apa sebab-sebab dia. Jadi, apa ni… tindakan boleh dibuat, insya-Allah, benda tu akan berlaku, cuma masa…
Maaf Speaker, mohon sedikit pencerahan. Berapa… bolehkah Yang Berhormat maklumkan kepada Dewan yang mulia ni berapa lamakah masa yang diperlukan untuk proses pendidikan tu? Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Dari segi kempen, berterusan ya YB. Dari segi kempen berterusan hari ke hari ada saja kempen dan billboard pun ada. Mengapa kita… mengapa kita harus meninggalkan benda-benda yang begitu supaya rakyat ni dia faham lama… dia… dia faham masa ke masa lah. Tapi, kalau ikut polisi kerajaan pusat pun dia kata sehingga 2030 benda tu akan diharamkan terus. Jadi ada negeri yang dah pun buat, kita peringkat kita sekarang ni dalam peringkat membuat dasar atau pun undang-undang kecil untuk digazetkan.
Ahli Yang Berhormat… seterusnya aduan daripada Yang Berhormat Kuala Perlis berhubung kait dengan Padang Bandaran Kuala Perlis yang tiada bekalan air dan letrik. Pihak RPK mengambil maklum isu pokok yang telah dibangkitkan tersebut. Bagi isu di Taman Muhibbah dan Taman Utara di Jawi, pihak MPK telah mengenal pasti empat batang pokok, di bawah seliaan MPK di mana tiga batang perlu ditebang mana satu lagi perlu dibuat pemangkasan. Kerja-kerja berkaitan akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.
YB satu soalan lagi tak dijawab ya, Penguatkuasaan Perlis Ceria dan, Bersih dan Ceria. Terima kasih.
Penguatkuasaan Bersih dan Ceria. Ohh, Perlis Bersih Indah. Ya, semenjak 1 Januari dulu masa Tuanku Raja merasmikan Bintong Food Avenue, dalam masa yang sama Tuanku telahpun… berucap dan bertitah untuk perkara itu, dan kita mengambil maklum dan juga pihak Kerajaan telahpun memutuskan bahawa bermulanya pada 1 Julai tahun ini, jadi dalam masa 6 bulan tu…, semua kempen-kempen daripada pihak BKT, MPK, SWCorp dan sebagainya, telah pun berjalan di semua tempat. Jadi penguatkuasaan berlaku, dan ada, ada dah pun yang telah pun didenda dan dibagi amaran. Tapi, konsep yang kita buat, kita tidak terus mendenda, kita tidak terus mengambil tindakan, malah 1 Julai pun pihak penguatkuasaan bersepadu… turun ke tempat premis perniagaan…, tidak lagi, tak tak lagi lah mendenda terus malah kita bagi warning kita bagi amaran supaya kadang-kadang memang sifat manusia sifat kita ni memang tak dapat elak benda-benda macam tu. Jadi, ada jugak lagi yang tak pakai apron, ada jugak lagi tak pakai cap, ada yang tak pakai kasut. Jadi benda tu memang berlaku. Jadi walau macam mana sekali pun, pihak penguatkuasaan dah pun turun ke padang untuk mempastikan bahawa kempen tersebut dilaksanakan dan mematuhi undang-undang. Insya-Allah. Aduan daripada Yang Berhormat Kuala Perlis iaitu MPK memberi perhatian kepada isu penutup longkang, telahpun dijelaskan tadi oleh YB JKR kita, YB Kayang. Status seterusnya YB Kuala Perlis bertanya berkaitan dengan status pemindahan peniaga ke Pasar Kuala Perlis. Para penyewa Pasar Kuala Perlis telah diberi surat tawaran, masuk semula pada 1 Mei yang lepas. Mereka juga telah menjelaskan bayaran deposit sewaan, deposit elektrik dan air serta telahpun mengemukakan permohonan kemasukan meter bagi bekalan air dan elektrik pada pihak SAP dan TNB. Walau bagaimanapun, terdapat isu tekanan air rendah di pasar tersebut menyebabkan para peniaga memohon untuk terus berada di bawah khemah, sementara disediakan oleh MPK. Sehingga isu bekalan air tersebut dapat diselesaikan. Perbincangan MPK bersama Syarikat Air Perlis, telah dibuat pada dan kaedah penyelesaian yang akan bersetuju ialah pihak SAP akan menghantar bekalan air secara berkala mengikut keperluan untuk disalurkan ke dalam tangki air di Pasar Kuala Perlis. Sehingga isu tekanan air rendah dapat diatasi seterusnya oleh SAP. Justeru itu, dijangkakan para peniaga akan mula mengisi ataupun memulakan aktiviti di Pasar Kuala Perlis menjelang September tahun 2022. Aduan yang kelima berhubung daripada YB Kuala Perlis, isu banjir kilat di deretan kedai di sekitar kawasan Kuala Perlis dan Petronas. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bila naik pun hujan kelam atas nu, tau dah sapa nak tu dekat saya, salah seorang Yang Berhormat lah. Di Kuala Perlis selalu ya, banjir kilat. Dalam yang sama selepas telefon dekat saya, saya terus direct bagi whatsapp kepada pengarah-pengarah yang berkaitan iaitu JKR dan juga pihak MKP, dan pihak MPK telahpun membuat lawatan tapak ya, yang sedang dilanjut kerja naik taraf yang perlu dilaksanakan serta jumlah kos yang perlu diperuntukkan bagi membolehkan sistem perparitan di kawasan tersebut berfungsi dengan sempurna bagi mengelakkan banjir kilat. Saya ucap terima kasihlah pada pihak MPK dan juga pihak JKR yang diberi notis atau pun kita bagitau saja benda-benda tu, terus mereka turun ke tempat tu tapi makan masa sikit lah, untuk lain-lain perkara-perkara pelaksanaan lah. Insya-Allah benda tu akan selesai. Yang keenam iaitu daripada YB Kuala Perlis berhubung kait dengan taman permainan berdekatan jeti Kuala Perlis, tidak diselenggara oleh pihak dengan baik. Insya-Allah pihak MPK mengambill maklum akan perkara ini, dan tindakan awal untuk penutupan telah dilaksanakan pada Julai 2022, bagi mengelakkan sebarang isu yang tidak diingini. Pihak MPK juga sedang menyelaraskan peruntukkan bagi kerja-kerja penggantian alatan permainan di kawasan tersebut. Tertakluk kepada keputusan peruntukan oleh yang akan diperolehi kelak. Dato’ Speaker, akhir kata saya ucapkan terima kasih pada pihak semua pihak yang terlibat pada sidang DUN kali ini.
Sedikit Yang Berhormat Dato’ Speaker dan Yang Berhormat Santan. Ada beberapa soalan yang saya bangkitkan ketika perbahasan semalam yang belum dijawablah. Tadi saya ke tandas sekejap, saya sempat jugak tengok melalui live, Yang Berhormat ada menjawab berkenaan tandas yang saya bangkitkan semalam. Actually, isu di… di Laman Brasmana tu bukannya takda tandas, ada tandas, tekanan ayaq rendah. Itu yang pertama, ini menyukarkan lah… pengguna di kawasan tersebut, itu yang pertama bab tandas, yang keduanya adalah berkenaan tandas di pekan Kuala Perlis, belakang gerai MPK tu. Ini dah lama dah, saya sendiri pun dah berhubung dengan pihak MPK tapi masih belum ada tindakan lah. Sebab peniaga-peniaga di kawasan tersebut, yang berdekatan tu, di gerai MARA, gerai MPK tu pelancong kadang-kadang pi ke situ takda tempat nak melepaskan hajat. Itu yang kedua, yang ketiga tadi saya dengaq Yang Berhormat nak jawab pasai Padang Bandaran tu tapi tak terjawab. Yang Berhormat terskip kot saya rasa. Bab masuk api dengan ayaq dekat Padang Bandaran tu, yang tu mintak tolong tengok dan satu lagi, Yang Berhormat tak jawab jugak yang saya bangkitkan semalam berkenaan pembinaan pagaq penghadang di Taman Semarak tu, di Taman Permainan Taman Semarak, yang tu ja Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Saya ambil maklum…, apa yang disoal tadi insya-Allah saya akan beri jawapan bertulis kalau kita tak sempat harini. Yang Berhormat Dato Speaker, Dato Speaker, saya telah pun mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, akhir kata saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat pada sidang DUN kali dengan wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Santan. Ahli Yang Berhormat, memandangkan keadaan waktu yang mungkin mengambil masa yang lebih panjang petang ini, dan kelesuan di kalangan Yang Berhormat dan tuan-tuan dan puan-puan. Dewan ditangguhkan sebentar untuk rehat dan makan tengah hari. Dewan akan disambung semula pada jam 2.15 petang. Terima kasih.
(Persidangan ditempohkan sementara pada jam 1.33 petang)
(Persidangan disambung semula pada pukul 2.34 petang)
Sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula. Dipersilakan Yang Berhormat Simpang Empat.
Bismilahirrahmaniirahim.. assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Keluarga Malaysia, Salam Perlis, Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju’. Terlebih dahulu saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana bagi ruang kepada saya untuk menjawab beberapa pertanyaan daripada rakan-rakan kita. Yang pertama sekali, berkenaan dengan Yang Berhormat daripada Tambun Tulang berkenaan dengan pengagihan dividen BERNAS pada petani-petani. Melalui perjanjian konsesi yang ditandatangani, kerajaan telah menetapkan beberapa obligasi yang memerlukan BERNAS untuk menyumbang dana kepada mereka yang akan memberi manafaat langsung kepada para pesawah iaitu Dana Tabung Bencana, Dana Stockpile Biji Benih, Dana Neutral Tanah. Untuk makluman, sebahagian obligasi BERNAS melalui perjanjian konsesi yang ditandatangani antara BERNAS dan pihak Kerajaan, BERNAS juga bercadang untuk mengadakan projek di Perlis iaitu Projek SBB yang akan mula di
PPK Bintong musim akan datang ialah antara 100 hektar. Di samping BERNAS, pihak kerajaan atau MAFI jugak telah melibatkan FGV dalam bidang industri padi beras. Di Perlis dicadangkan seluas 100 hektar di kawasan tanah timbun Mukim Chuping sebagai ladang padi benih. Ladang padi benih wangi Malaysia untuk tahun 2025. Untuk pertanyaan daripada YB Sanglang berkenaan dengan penglibatan perparitan dan jugak fungsi sungai di kawasan Sanglang, untuk makluman YB…
Yang Berhormat, mintak laluan sikit, pasal BERNAS sebelum pi laju lagi… terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat sahabat saya Simpang Empat. Yang Berhormat umumkan tentang projek-projek usahasama tadi yang melibatkan FGV dan jugak BERNAS, saya ingin tanya dari segi pelaburan, sepatutnya BERNAS yang keluar duit untuk pelaburan ataupun BERNAS keluarkan apa perbelanjaan dari segi teknikal dan sebagainya. Kalau melibatkan FGV, FGV ni telah diberi pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia untuk terlibat dalam food industry, jadi saya nak tanya Yang Berhormat, saya nak yang BERNAS terlibat secara langsung, kita tunjuk ladang ataupun satu… apa… kawasan tertentu yang diusahakan yang boleh menjadi contoh dan kalau boleh petani dilibatkan sebagai peserta lah, itu yang saya nak. Terima kasih Dato’ Speaker.
Untuk macam saya maklum tadi, untuk permulaan di Perlis, BERNAS akan bermula di PPK Bintong seluas 100 hektar dan petani akan dibantu dari segi bantuan modal tanaman, bantuan teknikal, cara penanaman mengikut jadual kerja ladang, bantuan jentera ladang, khidmat nasihat mengenai input pertanian dan racun yang bersesuaian untuk tingkatkan hasil dan kawalan serangga tetap penyakit yang akan BERNAS adakan sekiranya petani terlibat dalam program SBB. (Yang Berhormat Simpang Empat duduk) Oh lupa… nak duduk… dia tak berapa kenan dengan Sanglang pasaipa…
Tak kan baru satu soalan dok kira kelam kabut dah? Banyak nak tanya ni.
Dak tu, dia tak berapa berkenan ngan Sanglang, dia jadi lagu tu. Untuk makluman YB daripada Sanglang, sistem perparitan dan fungsi sungai di kawasan Sanglang, pihak MADA telah… kawasan tersebut melibatkan Blok ALBD 7 di mana masalah kawasan dalam keadaan untuk menyukarkan saliran air keluar. Langkah jangka penyelesaian jangka pendek pihak MADA telah menjalankan kerja-kerja pemulihan saliran di air di talian ARBD 8A dan Parit ARBD 8A sepanjang 3 kilometer dengan kos RM20,000 pada bulan April lalu. MADA jugak telah menjalankan kerja pembaikan jalan sepanjang 1.03 kilo melalui peruntukan pemerkasaan sebanyak RM33,000 dalam bulan Jun. Bagi tindakan penyelesaian jangka panjang, MADA telah memohon peruntukan dalam RMKe-12 bagi membina stesen pam elektrik berkapasiti 2x10 Cusec melibatkan kos RM450,000 bagi mengatasi masalah saliran di kawasan tersebut. Selain daripada itu juga, MADA merancang untuk memohon peruntukan bagi menjalankan kerja-kerja cucian berat beserta meningkatkan ban, meninggikan ban di parit sekunder ARBD 8 DR yang melibatkan kos sebanyak RM150,000. Dalam masa terdekat ini, YAB telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta kepada MADA untuk membaiki berapa-berapa prasarana yang rosak dan kerja-kerja akan dijalankan dalam masa sekarang juga. Bagi, apa… YB Asrul berkenaan dengan pembersihan di Sungai Bakong, kerja-kerja untuk menguruskan pembersihan, MADA sedang mengatur dari masa ke semasa dan penyaluran berjumlah nilai RM1.19 juta pada tahun 2021 dan RM0.8 juta 2022 bagi menyelenggarakan infrastruktur berkaitan Penyaluran Pembangunan Kumpulan… Sumber Wang daripada peruntukan pembangunan Kumpulan Wang COVID sebanyak RM2.7 juta pada tahun 2022 kepada
MADA untuk penyelenggaraan infrastruktur pertanian. MADA juga membelikan mesin dan jentera milik MADA seperti backhoe, jengkaut dan sebagainya untuk aktiviti penyelenggaraan di kawasan tersebut. Berkenaan dengan perikanan, cadangan kawasan untuk penamatan bot bagi YB Kuala Perlis sebenarnya untuk penamatan bot C2, tak dak… tiada di kawasan Kuala Perlis, cuma kawasan pendaratan ikan di kawasan Zon A sebanyak boleh mendarat kali serentak sebanyak 15 buah bot. Untuk maklumat YB, cadangan untuk pendaratan bot di masa akan datang ialah selepas Jeti Bersepadu Sanglang itu siap di bina. Untuk YB Kuala Perlis jugak, berkenaan dengan tentang lesen bot nelayan yang tiada lesen untuk membeli minyak subsidi mengikut Prosedur Operasi Standard, pemberian minyak subsidi oleh LKIM menetapkan syarat-syarat seperti berikut Syarat Kelayakan Pemohon Subsidi Diesel dan Petrol, yang pertama memiliki MyKad biru, yang kedua memiliki Lesen Vesel Perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Yang ketiga Lesen Vesel Perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Laut daripada Sabah. Selain daripada itu, nelayan juga diwajibkan untuk mengisytiharkan pendaratan kepada… ikan kepada LKIM bagi membuktikan bahawa nelayan yang benar-benar turun ke laut dan menjalankan aktiviti perikanan bagi mengelakkan sebarang penyelewengan subsidi. Yang tu ja. Untuk YB daripada Guar Sanji berkenaan dengan tebing sungai… kawasan yang terlibat adalah di hiliaq tandop B sebelah jalan JKR dan pihak MADA telah memohon kepada JKR Perlis untuk membantu kerja-kerja pembaikan tebing tersebut. Pihak JKR telah membuat peruntukan pembinaan shapefile di kawasan tersebut. Untuk makluman semua, saya ucap terima kasih lah kepada semua yang telah bekerjasama terutamanya YB-YB kawasan-kawasan yang telah membantu untuk kepada saya yang di bawah portfolio pertanian kebanyakannya mereka-mereka ini adalah di bawah kategori B40. Harapan saya dari masa ke semasa, pihak semua yang ada terlibat ni dapat bantu. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat Dato' Speaker, Yang Berbahagia Setiausaha Dewan dan geng-geng nya, YB-YB semua, Ketua-Ketua Jabatan, media, tuan-tuan dan puan-puan yang telah membantu terutamanya penduduk kawasan Simpang Empat dari masa ke semasa. Sebarang masalah yang dikemukakan oleh rakyat saya, kebanyakan diselesaikan oleh tuan-tuan dan puan-puan yang terlibat semua ni. Apa yang saya harap, kerjasama seperti ini akan berkekalan dari masa ke semasa. Dan sebagai mengakhiri ni, saya menjunjung kasih usul menyokong penuh titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sempena Perasmian Mesyuarat Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Perlis yang ke-14. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Empat. Dipersilakan Yang Berhormat Chuping.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Keluarga Malaysia, salam Perlis Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Bintong, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan agensi, rakan-rakan media serta para pemerhati sekalian. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana mengizinkan saya untuk turut serta membahas berbahas bagi menyokong usul titah ucapan Duli Yang Maha Tuanku Raja Perlis sempena Perasmian Penggal Persidangan Kelima, Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Ke-14. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T. kita berada di hari kedua persidangan dan mungkin persidangan kali ni adalah yang terakhir bagi penggal ini. Justeru itu, saya ingin mengambil kesempatan awal untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, Setiausaha Dewan, Yang Amat Berhormat Bintong, Ahli-Ahli Yang Berhormat di pihak kerajaan, Yang Berhormat SUK, Yang Berhormat PUU, Yang Berhormat PKN serta rakan-rakan Yang Berhormat di backventures yang sentiasa memberikan kerjasama dan pandangan yang baik semasa saya menjalankan tanggungjawab ke atas portfolio yang diamanahkan. Tak lupa juga penghargaan setinggi terima kasih kepada ketua-ketua jabatan dan agensi baik negeri mahupun persekutuan yang selama ini banyak beri kerjasama yang baik di bawah portfolio saya serta sentiasa turun padang dan menyelesaikan masalah rakyat khususnya di DUN Chuping. Saya ada serangkap pantun Yang Berhormat Dato’ Speaker, “kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada nama di PRU yang akan datang, boleh kita berjumpa lagi”. Itu hint secara tersurat dan tersirat YAB.
Pengerusi perhubungan ambil maklum dah tu, dua kali dah berbunyi tu.
Bagi mendokong titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja yang berkaitan sektor pelancongan, kerajaan negeri amat komited bagi menjayakan sektor ini dengan berteraskan atau berpandukan Pelan Induk Perancangan Fizikal Pelancongan Negeri Perlis 2021 hingga 2030. Ianya merupakan satu pelan strategik dan bagi merangka hala tuju pembangunan pelancongan ke arah lebih dinamik dan holistik di negeri Perlis. Setiap perancangan tindakan yang telah dinyatakan di dalam pelan ini akan dipantau pelaksanaannya melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pelancongan Negeri yang dipengerusikan oleh saya sendiri manakala Ahli-Ahli Mesyuarat adalah terdiri daripada jabatan dan agensi negeri ataupun persekutuan serta wakil-wakil pengusaha pelancongan yang sentiasa memberikan input maklumbalas, tindakan serta membuat penambahbaikkan untuk kelestarian sektor pelancongan di negeri ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kerana saya faham sidang dun kali juga adalah live kepada seluruh rakyat negeri Perlis dan berterima kasih kepada seluruh rakyat negeri Perlis kerana anda juga telah memainkan peranan penting untuk bersama-sama dengan kerajaan negeri bagi menjayakan sektor pelancongan ini. Ramai rakyat sudah pandai mengambil peluang untuk mengusahakan perniagaan yang boleh menarik pelancong untuk datang ke negeri ini contohnya inap desa, kedai makan, kedai kopi, kedai cenderahati, tempat camping, pakej pelancongan, aktiviti riadah, kayak, bicycle, perahu layar, jungle trekking, rock climbing dan lain-lain yang telah merancakkan lagi pertumbuhan sektor ini. Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga menekankan aspek kebersihan dalam sektor ini. Justeru itu, saya menyeru kepada pengusaha-pengusaha produk pelancongan baik kedai makan, inap desa mahupun premis-premis pelancongan perlulah menitikberatkan isu kebersihan sama ada di tandas serta persekitaran mesti bersih. Selain itu, etika pemakaian bagi pengusaha kedai makan, restoran perlulah mematuhi dasar kerajaan negeri iaitu mestilah berpakaian kemas, berapron, bertutup kepala, bersarung tangan dan berkasut tutup. Secara tidak langsung anda semua telah menjadi duta kepada kerajaan untuk menjadikan Perlis bersih, indah, serta menggalakkan lagi pelancong untuk ulang datang ke Perlis.
Berbalik kepada persoalan yang dibangkitkan dalam perbahasan kemarin iaitu daripada YB Kuala Perlis tentang adakah kerajaan negeri merancang untuk memperluaskan produk pelancongan ke Selatan Thai bagi menarik pelancong asing ke Malaysia, ya sudah tentu kerajaan negeri ada perancangan. Yang Berhormat, ini adalah selaras dengan polisi-polisi kerajaan dalam sektor pelancongan termasuklah dasar perancangan utama di dalam Rancangan Struktur Negeri 2030 iaitu dan juga dalam Pelan Induk Rancangan Fizikal Pelancongan Negeri Perlis dan Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle Vision 2036. Kerajaan negeri melalui jabatan ataupun agensi berkaitan telah melaksanakan beberapa program bagi tujuan mempromosi produk Pelancongan Perlis ke luar negara merangkumi seperti berikut pertamanya kita telah membuat webinar Perlis virtual product update pada 7 Julai 2021, yang keduanya webinar Rindu Malaysia “Explore Perlis” pada 12 ogos 2021, yang ketiganya penyertaan di MATTA Fair Siri 1
2022 pada 9 dan 10 April 2022 dan yang keempatnya promosi pelancongan Perlis sempena pembukaan perkhidmatan kereta api Padang Besar-Hatyai pada 17 Julai 2022 dan yang kelimanya kita kerajaan negeri memberi komitmen untuk menyertai MATTA Fair bagi siri kedua 2022 pada 2 hingga 4 September. Sebagaimana yang saya sebut tadi Pelan Induk Perancangan Fizikal Pelancongan Negeri Perlis merupakan satu manifestasi kerajaan negeri dalam merangka hala tuju pembangunan pelancongan yang lebih sistematik, holistik, inklusif dan lestari. Pelbagai program dan produk telah digariskan dalam pelan ini termasuklah pelancongan rentas wilayah ke Thailand dan insya-Allah kerajaan negeri komited dalam melestari melestarikan sektor pelancongan rentas wilayah cumanya Perlis tidak berhasrat untuk tidak berhasrat untuk tidak bersaing dengan berlayar di Thailand tapi sebaliknya mahu menjadi pelengkap kepada pakej-pakej pelancongan yang dibangunkan.
Yang Berhormat Kuala Perlis juga ada bertanya tentang program-program tahunan untuk maklumat Yang Berhormat Pesta Angin Timur 2020@Hybrid telahpun diadakan secara talian pada 21, 22 Mei 2022. Manakala Perlis Marathon, Pesta Air Kuala Perlis tak dapat diadakan pada tahun ini disebabkan kita peralihan fasa pandemik epidemik berlaku pada April 2022. So awal tahun haritu kita tak dapat lagi penjelasan untuk fasa peralihan endemik ni, kita masih dalam pandemik tu sebab kita tak sempat untuk merancang untuk dapatkan bajet untuk buat pesta ayaq dan sebagainya. Tapi Insya-Allah pada tahun hadapan kita telah mula merancang untuk kita adakan secara fizikal kesemua… semua program tersebut. Dan sehubungan dengan itu, saya ingin menyeru penduduk tempatan terutamanya rakyat Perlis untuk sama-sama membangun dan melestari melestarikan produk-produk pelancongan setempat sedia ada melalui konsep komuniti based tourism bagi merancakkan lagi sektor pelancongan negeri sektor, sektor pelancongan negeri adalah milik kita semua dan perlu dijayakan oleh semua pihak secara inklusif dan dalam masa terdekat ni ada-ada program-program yang telah kita komited yang akan diadakan pada tahun ini iaitu pertamanya program Merdeka Wings Fun Fly 2022 dan Program Santai Malam 2022 ia ini aku pertunjukkan wau berlampu di Dataran Layang-layang Trek Kurung Tengar pada 26 27 Ogos 2022 dan satu lagi program North Wall 1.0 Rock Climbing Competition di Bukit keteri pada 27 dan 28 Ogos 2022. Satu lagi persoalan daripada Yang Berhormat Kuala Perlis, berkaitan jalan berturap di Taman Eko Rimba Bukit Kubu yang ni adalah lokasi eko-pelancongan di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan dan Jabatan Perhutanan memaklumkan pada tahun 2030 permohonan untuk menurap kawasan parkir di jalan berlubang itu akan akan dipohon pada 2023 tahun hadapan dan seterusnya bagi menjawab pertanyaan daripada YB Indera Kayangan, senarai peruntukkan yang diberi kepada NGO dan sukarelawan. Sebagaimana dalam titah Tuanku, peruntukkan yang dinyatakan itu adalah lebih kepada menambahbaikkan infra termasuklah papan tanda tempat-tempat pelancongan dan sebagainya. Kerajaan negeri… walau bagaimanapun, kerajaan negeri menghargai komitmen daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO dan dalam sama-sama merancakkan pembangunan negeri secara holistik dan inklusif berdasarkan pada rekod, kerajaan negeri melalui BPEN telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM23,495 kepada persatuan dan sukarelawan pada tahun 2022 bagi menganjurkan program-program seperti berikut. Persatuan Basikal OBMX bagi Majlis Perasmian Skate Park berjumlah RM3000. Yang keduanya, Kelab Hickers Perlis bagi aktiviti memanjat Gunung Kinabalu berjumpalah RM1000, yang ketiganya Kelab Paramotor Fly High Perlis bagi aktiviti penebangan paramotor berjumlah RM1000, yang keempat kumpulan permotoran D’Lancong Fleet bagi fleet bagi program kunjungan dua tular dua roda ke destinasi pelancongan berjumlah RM1000, yang kelima Persatuan Pemain Layang-Layang Moden dan Tradisi Perlis bagi program Merdeka Wing Fun Fly 2022 iaitu RM15,495 dan yang terakhir kelab peminat P Ramlee dan Saloma Negeri Perlis juga mendapat RM1,000. Walaupun kerajaan negeri mempunyai kekangan peruntukan, namun ianya tidak menghalang hasrat kerajaan untuk membantu NGO dalam penganjuran program melalui peruntukan aktiviti sokongan pelancongan sukan dan rekreasi. Dalam hubungan ini, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan mana-mana NGO dan sukarelawan yang ingin mengadakan sebarang program untuk kemukakan cadangan dan perincian kewangan kepada kerajaan negeri bagi mempertimbangkan proses selanjutnya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, demikianlah maklum balas yang saya dapat berikan saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan terima kasih terutamanya kepada ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan yang setia berada dalam dewan sepanjang persidangan ini berlangsung. Semoga segala input-input yang telah dibangkitkan dalam dewan ini dapat diambil tindakan bersama sama. Saya juga ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Bintong dan juga pentadbiran kerajaan negeri kerana telah menjadikan Chuping sebagai hub industri Agrovelly dan juga hub logistik. Semoga segala yang dilaksanakan sekarang ini dan yang akan dilaksanakan akan menjadi penanda aras negeri menuju Perlis sebagai Negeri Bandaraya menjelang 2030 kelak. Akhir kalam saya menyokong dan menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis pada persidangan kali ini. Sekian wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Chuping. Akhir sekali saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Bintong.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih banyak Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertama sekali saya mengambil kesempatan ini untuk menjunjung setinggi-tinggi kasih dan penghargaan di atas titah ucapan yang telah disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja pada 2 hari yang lepas. Yang ini adalah merupakan titah ucapan yang menentukan hala tuju dasar kerajaan negeri untuk tempoh 1 tahun yang akan datang dan… saya juga menyokong titah ucapan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah memberikan maklumbalas, memberikan jawapan ke atas soalan-soalan yang dikemukakan sepanjang perdebatan kita pada kali ini dan juga terima kasih kepada semua yang Ahli-ahli, rakan-rakan Ahli Majlis Kerajaan Negeri yang telah memberikan sokongan keatas usul titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, terutama sekali 6 ahli Yang Berhormat di atas ucapan dan juga mengambil bahagian secara aktif semasa perjalanan sidang kita pada kali ini, terutama sekali dalam membahaskan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuan Raja berkaitan dengan hala tuju dasar-dasar kerajaan negeri untuk tempoh 1 tahun yang akan datang dan saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas secara profesional dan bukan itu sahaja, malah begitu tertib dan beradab di dalam menyampaikan isi kandungan perbahasan masing-masing. Dan satu observation ataupun pemerhatian yang saya ingin lakukan di sini di peringkat awal ini adalah mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti mana pemerhatian saya di sidang-sidang yang sebelum ini, saya lihat isu-isu yang mendominasi sidang Dewan adalah merupakan isu-isu yang bersifat aduan ya... mengenai longkang tersumbat, parit yang tidak diselenggara dengan baik, jalan-jalan yang juga mungkin tak terselenggara ataupun terlepas pandang, isu pokok-pokok yang mungkin mendatangkan bahaya kepada penduduk dan bermacam-macam lagi lah isu yang saya lihat bersifat aduan. Walau bagaimanapun, saya juga dapati ada di kalangan Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu-isu yang menyentuh mengenai dasar kerajaan negeri yang…
Yang Berhormat Speaker, mohon sedikit celahan. Setujukah Yang Amat Berhormat Bintong… saya dapati yang persoalan tentang isu-isu yang dibangkitkan khususnya melibatkan aduan rakyat, setujukah Yang Amat Berhormat Bintong kalau kita… kalau pihak kerajaan negeri mula mengkaji ke arah untuk memperkasakan kerajaan yang ke-3 iaitu PPT, yang mana kalau ada pendemokrasian di kalangan Ahli-ahli Majlis PPT, dipilih oleh rakyat, dia akan ada konsep prinsip akauntabiliti dan lebih bertanggungjawab kepada tu yang akan melaksana lebih… memfokuskan gerak kerja yang bersifat local punya government yang sebagainya itu… dan akhirnya menyebabkan kami di pihak ahli ADUN akan lebih fokus dapat memfokuskan kepada isu-isu dasar. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Sena…
Yang Amat Berhormat, bagi saya tanya sekali la… sekali…
Bila saya nak jawab?
Sekali, sekali, sekali. Bagi sekali ja.
Bila Yang Berhormat Speaker dah bagi Yang Berhormat setengah jam lebih perbahasan dan semasa apa ni… ucapan-ucapan yang dibuat oleh Yang Berhormat daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri saya tengok Yang Berhormat pun kerap juga bertanya. Kalau saya tidak boleh bagi saya punya pandangan, bagi la saya bercakap dulu.
Sekali, sekali, sekali. Jawab sekali ja. Lebih kurang ja.
Later you can comment, no problem..
Yang Berhormat Kuala Perlis, bagi Bintong sambung nanti...
Ok… ok… Yang Berhormat Speaker dah bagi arahan, saya kena duduk..
Saya nampak Bintong ni akan… banyak… akan keluarkan buah fikirannya.
Dia kalau sama tak payah tanya lagi dah… saya akan jawab…
Dia lebih kurang, tapi ada sikit observation.
Ok terima kasih kepada Yang Berhormat Sena dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat daripada Kuala Perlis mengenai perkara ini. Saya rasa mechanism yang ada pada ketika ini telah mencukupi tetapi mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat tidak menggunakan mekanisme yang ada ini dengan sepenuhnya. Ya, jabatan-jabatan kerajaan saya rasa… menyediakan ruang-ruang untuk perjumpaan dengan Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya tak fikir ada larangan daripada jabatan-jabatan ini untuk tidak membenarkan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk berjumpa dengan pegawai mahupun dengan ketua jabatan itu sendiri untuk menimbulkan isu-isu yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat ini. Saya rasa pintu sentiasa terbuka, malah di penggal yang lepas, Yang Berhormat Indera Kayangan ketika itu… pergi, malah saya lihat macam MPK ni macam pejabat dia ja. Dia masuk ke dalam MPK… bangunan MPK untuk berbincang dan kadang-kadang mencari isu dengan pegawai dan sebagainya, at will, dan tidak ada pun tegahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri ketika itu. Jadi… dan ada buruk, ada baiknya, dan saya rasa mechanism yang sedia ada ini sudah mencukupi untuk membolehkan kita mengetengahkan isu-isu rakyat untuk diselesaikan dan isu-isu itu pun sebenarnya dia… the… dia recure… dia ada recurrence dia. Kalau jalan misalnya kan, kalau katakan telah dibaiki pada tahun ini, 3 bulan down the line disebabkan kita itu, kita gunakan gigantic harvester ini dan jalan kita rosak semula dan itu pun kerajaan negeri mengambil tindakan untuk mengatasinya, menurap semula dan sebagainya. Jadi saya rasa… isu yang berkaitan sama ada… untuk mengikut istilah yang digunakan oleh Yang Berhormat Sena untuk mendemokrasikan Majlis Perbandaran itu akan menyelesaikan masalah. Saya tak nampak perkara itu dipolitikkan seperti mana yang berlaku banjir besar, misalnya yang berlaku di Selangor, banjir besar yang berlaku di… tempat-tempat lain di Malaysia ini dia bukan kerana… apanya… mechanism itu tidak ada. Mechanism itu sudah cukup untuk mengatasinya tetapi tidak digunakan dengan sepenuhnya. Malah dibangkitkan isu-isu yang bertujuan untuk dipolitikkan, bukannya untuk menyelesaikan. Jadi saya rasa dalam konteks Perlis, setiap Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang ada ini terutama sekali ni… apa ni… the front bench ini, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ini sentiasa terbuka dan tak pernah pun saya mendengar anggota-anggota pentadbiran rakan-rakan saya ini yang menolak ataupun marah-marah termasuk saya sendiri. Malah saya memberikan lagi pandangan yang baik untuk memperbaiki bentuk-bentuk tindakan yang akan diambil oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Seperti mana Yang Berhormat Indera Kayangan sebutkan, saya pernah menasihatkan dia untuk sesuatu tindakan, kita kena check ini dulu supaya kita tidak bertembung dengan masalah kemudiannya. Jadi saya rasa tak ada masalah. Mechanism sudah cukup, ada. Jadi Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, sedia… gunakanlah apa-apa yang tersedia ini dengan sebaik-baiknya dan gunakan Dewan ini untuk bercakap mengenai perkara-perkara yang menyentuh soal-soal dasar dan itulah the spirit of the speech oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja sebab itu ucapan itu tersangat general dan ada yang spesifik kerana penekanan diberikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku kat atas perkara-perkara tertentu berkaitan dengan dasar itu.
Jadi saya rasa cukup sebenarnya apa yang ada pada hari ini. Kalau kita nak menyelesaikan isu-isu yang… dilihat bersifat rakyat centric, insya-Allah, jadi izinkan saya Yang Berhormat Dato’ Speaker untuk saya meneruskan draft ucapan saya saya tak berhasrat untuk bercakap panjang sudahnya. Jadi walau bagaimanapun, saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang di dalam perbahasan tadi telah menyentuh beberapa perkara yang sebenarnya untuk diri… untuk portfolio saya hanya ada satu sahaja isu tentang ketum dan ganja. Itu je satu yang saya nampak. Apa pun saya juga akan memberikan juga sedikit ulasan kepada perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di dalam portfolio rakan-rakan saya yang lain, tetapi secara ringkas sahaja, hanya menyentuh perkara yang tidak disentuh oleh rakan-rakan yang di sebelah sini. Pertamanya, Yang Berhormat Sena ada bertanyakan di dalam soalan lisan, ada bertanyakan mengenai apakah lagi namanya sumber hasil yang boleh menyumbang kepada peningkatan hasil kepada kerajaan negeri ini dan beliau memfokuskan kepada industri perlombongan dan memfokuskan lagi kepada perlombongan dolomite sebenarnya. Saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat berkenaan dengan industri perlombongan dolomite ini dan juga di dalam ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja menyentuh perkara yang sama dan sememangnya kerajaan negeri telah mempunyai dasar-dasar bagaimana kita nak… menjadikan industri itu lebih mempunyai potensi dalam menjana hasil kepada Kerajaan
Negeri. Sebab seingatan saya lah, industri dolomite di Perlis ni hanyalah tujuan dia untuk ambil batu. Dulu ni dipanggil batu reput Dato’ Speaker kan, batu reput saja dulu ni, dan pada hari ini tak dijadikan batu reput lagi. Tetapi diambil dolomite itu untuk dijual luar daripada negeri Perlis dan setiap tan metrik yang dijual dahulunya tujuh ringgit… lepas tu kerajaan kita revised kembali harga itu menjadi 10 satu tan metrik… malah satu tan metrik RM10 itu pun sebenarnya tersangatlah rendah kalau dibandingkan dengan harga yang dijual kepada pembeli-pembeli di luar daripada negeri Perlis terutamanya daripada Melaka daripada Johor… dia tahu kita mempunyai rekod ini sebenarnya yang dijual dengan harga ratusan ringgit per tan… per metrik tan. Jadi kerana itulah kerajaan negeri telah pun membuat satu dasar, dasar ni memang dah ada pun sebenarnya… yang kita buat lebih awal daripada dasar yang dibuat daripada Kerajaan Persekutuan iaitu untuk mewajibkan pengusaha-pengusaha lombong dolomite ini untuk terlibat di dalam industri hiliran, downstream activities, yang mana ada value addition kepada dolomite yang di lombong tersebut. Kita telah menetapkan, mesti setiap permohonan yang dikemukakan oleh syarikat-syarikat perlombongan ini, sama ada yang baru ataupun yang sedia ada, mereka mestilah mempunyai pelan… perniagaan mereka ataupun business plan dan juga menunjukkan kepada kita cashflow plan untuk membolehkan mereka bergerak daripada hanya menjadi syarikat melombong semata-mata kepada untuk mewujudkan satu lagi aktiviti, ataupun beberapa lagi aktiviti yang bersifat hiliran itu di mana value addition itu dapat di… dibuat dan akhirnya Kerajaan Negeri akan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi. Dan keduanya dia akan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak dan ketiganya dia juga akan menghasilkan lebih banyak lagi… kesan-kesan sampingan ataupun spill over effect itu kepada kepada ekonomi Negeri Perlis. Jadi ini sebenarnya tujuannya. Tidak lain tidak bukan adalah sepertimana yang disarankan oleh Yang Berhormat daripada Sena adalah untuk kita meningkatkan lagi pendapatan Kerajaan Negeri secara kreatif sebab kita melihat potensi yang besar… kepada industri perlombongan dolomite itu sendiri dan itu pun dikatakan satu-satunya mineral ataupun galian yang ada di Perlis yang kita boleh eksploit dengan cara yang terbaik. Tetapi malangnya pada hari ini, belum ada lagi satu syarikat pun sama ada yang telah melombong ataupun yang akan melombong yang mempunyai business plan yang seperti mana yang dikehendaki oleh kerajaan negeri itu. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri masih lagi fleksibel dalam hal ini, kita membenarkan mereka meneruskan perlombongan dan di masa yang sama meminta mereka menyediakan pelan-pelan perniagaan masing-masing bersama dengan aliran tunai… pelan aliran tunai masing-masing untuk kita akhirnya meminta mereka untuk melibatkan diri dalam industri hiliran. Kalau mereka sendiri pun… kalau mereka sendiri tidak boleh melakukannya, maka kita nakkan sebelum mereka membawa syarikat-syarikat yang boleh… melakukan value addition itu… dan kita tahu bahawa mineral ini… magnesium yang digunakan itu yang boleh ditarik keluar daripada dolomite ini sangat berharga dan dapat digunakan, malah untuk tujuan pembinaan kapal terbang sekalipun ia adalah lebih baik daripada komposit ini. Kita dengar sekarang ini kalau kapal terbang dia menggunakan komposit, malah dolomite ini… hasil benda yang diekstrak daripada dolomite itu sebenarnya lebih baik daripada komposit dan lebih ringan daripada komposit, malah dia boleh digunakan juga untuk membuat alloy wheel untuk kereta-kereta yang lebih berkualiti. Kena tahu itu semua. Sebab itu kita mendesak kepada syarikat-syarikat ini untuk pergi kepada industri hiliran yang berkenaan. Jadi itu salah satu isu yang saya ingin tambah… walaupun perkara ini telah pun di dibangkitkan semasa perbahasan ya oleh Yang Berhormat tadi. Kemudian…
Yang Berhormat Speaker…
Sila.
Sebelum YAB Bintong beralih ke tajuk lain, terima kasih YAB Bintong telah… apa ni… memberi penegasan pada dasar kerajaan dari segi aktiviti perlombongan dan jugak… kita nak explore lagi, lebih daripada sekadar perlombongan, bahkan untuk… industri… aktiviti yang bersifat downstream, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker. Dalam kelmarin semasa perbahasan saya rasa dah tegahkan di Dewan yang mulia ni, dah ada dah Yang Berhormat Bintong, satu company yang mana… nama company ni adalah Angkatan Hasil Bumi Hijau Sdn. Bhd. yang bekerjasama dengan Koperasi FELDA Rimba Mas Perlis Berhad. Yang la ni kalau Yang Berhormat punya kelapangan, insya-Allah saya mungkin boleh… saya mengatur ruang untuk berjumpa dengan pihak Yang Amat Berhormat Bintong untuk kita lebih… mengadakan perbincangan yang lebih lanjut tentang aktiviti hiliran ni. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Ok terima kasih Yang Berhormat Sena… di atas minat… ya, untuk membantu syarikat ini, untuk memperbaharui lombong… lesen melombong ataupun permit melombong ini. Saya tak pasti sama ada pihak urus setia di PTG ada menerima permohonan yang sedemikian, tetapi saya tahu koperasi FELDA itu memang ada, kita telah pun memberikan lesen ataupun permit untuk melombong sejak sekian lama, tetapi saya nak bagi tau kat sini bahawa, sejak dikeluarkan lesen ataupun permit itu kepada koperasi FELDA ini, dan kita pun telah bertemu dengan mereka dan menerangkan kepada mereka bahawa kita tidak boleh terus menerus memberikan permit hanya untuk melombong… batu reput semata-mata. Dia mesti berubah dan…
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sedikit...
Dan… dan… ok, izinkan saya untuk habiskan dulu. Dan kalau pun ada syarikat-syarikat yang berminat untuk bekerjasama, tapi berdasar pada rekod yang ada pada masa kini, saya tak nampak lagi. Sebenarnya kita ada satu jawatankuasa khas, yang menimbangkan perkara ini… yang perlu dibawa kepada… apa namanya… MMK untuk perbentangan.
Sikit ja Yang Amat Berhormat Bintong, saya nak sambung untuk menghasilkan pellet.
Sena… Sena. Sekejap.
Belum ada lagi. Sebenarnya yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri berkaitan dengan industri hiliran itu. Sila Yang Berhormat.
Cuma nak maklum sedikit Yang Berhormat Bintong, daripada menghasilkan pallet, maknanya bukan sekadar aktiviti pelombongan, yang raw tu dah dihasilkan dalam bentuk pallet, so yang… yang mana ni… itu yang saya kata tadi, mungkin nanti saya boleh berkongsi dengan Yang Amat Berhormat Bintong selepas ni, depa punya template… pamphlet yang saya dapat. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Yang Berhormat… pengeluaran pallet itu baru first… baru second stage ataupun third stage sebenarnya. Ya…ya… itu… sekarang ni kita pun dah ada sebenarnya yang dibuat value addition itu, tetapi menjadikan… apa namanya… dolomite ini sebagai debu ataupun tepung… ada… untuk dijadikan baja dan banyak digunakan untuk menyegarkan tanah dan pokok-pokok... ada. Tapi kita nak pergi lagi kepada satu peringkat yang lebih jauh lagi seperti oxidation kepada dolomite itu sendiri, menambahkan nilai lagi kepada dolomite itu. Dan mungkin ekstrak lagi apa benda lagi yang ada… apa dia… punya komponen-komponen yang ada di dalam dolomite itu. Itu yang kita nak. Dan kalau sekiranya pallet ini adalah merupakan salah satu proses hiliran itu, kita… memang kita galakkan tetapi kita tidak hanya boleh melihat hanya intention semata-mata, sebab kerajaan negeri harus adil kepada diri sendiri dan kepada rakyat. Segala proposal atau pun cadangan yang diterima itu akan diteliti, dan kita akan lihat sama ada betul-betul viable atau tidak, atau pun dia mempunyai kapasiti, dari segi tenaga kerja dan kewangan, dan juga aspek teknikal yang lain… dan itu semua diambil kira Yang Berhormat, sebelum kita meluluskan sesuatu permit, untuk terlibat di dalam industri hiliran itu. Dan bukan itu sahaja, malah kerajaan negeri menyediakan insentif kepada mereka, terutama sekali insentif yang post COVID-19 itu. Kita ada 5 atau 6 atau 7 insentif yang kita berikan kepada mereka termasuk… di samping apa yang ditawarkan oleh kerajaan pusat, juga yang berkaitan dengan post COVID-19 itu. Dan ini memang sebenarnya tujuannya adalah untuk memberi galakan kepada mereka. Tetapi yang datang ini mesti betul-betul mempunyai keupayaannya dan mesti betul-betul jujur. Bukan hanya sekadar untuk nak melombong dolomite dan untuk nak jual dolomite secara mentah, keluar sebab kita tahu dan mereka tahu hanya dengan melombong dolomite mentah ini sahaja dan menjual kepada kilang-kilang di luar daripada Negeri Perlis, mereka mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Itu kita tahu sebab kita mendapat rekod daripada jualan daripada pembeli-pembeli yang membelinya daripada luar daripada negeri Perlis ini. Itu adalah merupakan syarat kerana mereka terpaksa melaporkan perkara ini kepada Jabatan… JMG dan kita mendapat laporan itu daripada JMG. Kerana itu kita tahu bahawa harga jualan itu jauh lebih tinggi berbanding dengan nilai… apa namanya… ataupun kadar yang dibayar kepada Kerajaan Negeri. Dan apa… kenapa tidak kita bawa kilang-kilang ini ke Negeri Perlis instead of berada di Melaka, di Johor, dan sebagainya? Jadi itu tujuan sebenarnya kenapa dasar itu ada ataupun dibuat oleh Kerajaan Negeri yang jauh lebih awal daripada apa yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan. Satu lagi… saya juga sebenarnya menjawab apa yang di… di…. ditimbulkan oleh Yang Berhormat daripada Indera Kayangan juga bercakap mengenai industri dolomite ye. Dan industri dolomite ini kosnya bukan rendah ya, kosnya agak tinggi.
Dan saya ingin menyentuh mengenai satu lagi perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Kayangan mengenai industri solar ya… solar farm… Yang Berhormat merujuk kepada solar farm bukan? Dan memanglah kita di sini matahari… ya, memang bagus dan kita mendapat solid 5 jam cahaya matahari untuk setiap hari ini jauh lebih baik daripada mana-mana tempat di Malaysia sebenarnya. Tapi malangnya kita tidak cukup tanah, dan untuk membuat satu solar farm sepertimana yang saya pernah terangkan di dalam Dewan ini sebelum ini, dia memerlukan paling kurang 250 ekar kalau untuk tujuan 50 Megawatt. Dia memerlukan 250 ekar, dan 50 Megawatt itu dari segi gross investment value-nya lebih kurang dalam RM300 juta… RM250 ke RM300 juta. Dan pekerja yang diperlukan tak sampai pun 10 orang sebab dia very highly technical. Dan kita cuba membuat comparison ya dengan… kalau kita menarik pelaburan yang lain di atas tanah berkeluasan yang sama, kita mendapat pelaburan yang jauh lebih besar dan kita mendapat peluang pekerjaan yang jauh lebih banyak dan di masa yang sama kita juga mendapat kesan limpahannya yang jauh lebih besar kepada negeri Perlis. Dan kerana itulah, Kerajaan Negeri sebenarnya telah tidak lagi menggalakan permohonan untuk lesen ataupun permohonan tanah-tanah untuk membuka ladang-ladang solar ini di negeri Perlis. Bukan kerana dia tidak bagus, tapi kerana hasil yang diperoleh oleh Kerajaan Negeri secara comparative-nya berbanding dengan projek-projek yang lain kita lihat tidak begitu bersemangat.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Bintong. Saya lagi tertarik… tentang solar ni. Apa pandangan Yang Berhormat kalau kita tengok kerajaan negeri boleh explore seperti di China? Solar farm tu bukan sekadar solar farm, dia ada value added tu. Ada penanaman sekali. Macam saya difahamkan di Kuala Perlis pun dia ada 2… melibatkan 2 ni lah… 2 aktiviti. Jadi kita boleh manfaatkan sektor pertanian sekali. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Ya, ya... kita kita sedar mengenai perkara itu sebenarnya. Memang pun ada cadangan yang sedang… setengah itu nak buat macam double deck lah, di atasnya solar farm di bawahnya dibuat pertanian, ditanam apa tu… macam… apa ni… apa tu… tembikai, tembikai… apa… tembikai madu rock melon itu. Ada, tapi keluasannya tak begitu ni… Macam di Kuala Perlis, kita menggunakan land field ya. Land field itu memang tidak boleh digunakan untuk tujuan yang lain. Tetapi mereka menghadapi masalah sebenarnya di sana, sebab masalahnya masalah maintenance kerana tikus-tikus terlalu banyak, dia gerit wayar-wayar tu. So the cost dia agak tinggi sebenarnya untuk dia orang maintain benda tu di sana. Jadi… memang ada juga sebenarnya cadangan untuk membina… solar farm ini di dalam air. Ada cadangan di buat untuk dalam Timah Tasoh. Tetapi malangnya Timah Tasoh ini kita ada sekatan-sekatan tertentu yang… Yang Berhormat sendiri pun faham, dia adalah kategori security number one, dia sebab di situ lah perbekalan air minuman kita dan di situ juga lah bekalan untuk sawah-sawah dan juga kawasan-kawasan pertanian di… boleh dikatakan untuk seluruh negeri Perlis, dan disitu jugalah merupakan tempat kawalan banjir. Jadi kita tak sanggup ataupun kita tidak can’t afford to allow for any activities, dengan izin, yang boleh membahayakan… ya… rakyat dan juga ekonomi negeri Perlis. Memang ada itu dan kita menggalakkan kalau sekiranya ada… kita sebenarnya menggalakkan supaya syarikat-syarikat ini untuk membina solar farm di atas bangunan-bangunan kerajaan, bukan hanya di bangunan-bangunan kerajaan negeri yang tak pun begitu banyak, tetapi juga di atas bangunan-bangunan kerajaan persekutuan yang jauh lebih banyak. Seperti bangunan-bangunan persekutuan ya, pejabat-pejabat persekutuan dan juga di sekolah-sekolah, sebab-sebab sekolah adalah merupakan bangunan milik Kerajaan Persekutuan dan kita ada 100 lebih sekolah di seluruh negeri Perlis, dan kita juga menggalakkan ada syarikat-syarikat tertentu untuk membina solar ini… solar farm ataupun… bukan solar farm, solar panel ini di atas bumbung-bumbung masjid yang mana masjid juga boleh mendapatkan pendapatan, dan di masa yang sama depa dapat menjualnya kepada pihak TNB, malah kalau Yang Berhormat masih ingat di penggal dari pertama dahulu, saya telah memperkenalkan… ini ada disebutkan Yang Berhormat daripada Indera Kayangan ya… kita telah melibatkan penduduk-penduduk tempatan dan ketika itu saya sebagai wakil rakyat DUN Pauh kita telah memilih 20 buah keluarga ataupun 20 buah rumah untuk kita bina solar panel di bumbung-bumbung rumah mereka ataupun kita bina satu struktur yang baru di hadapan ataupun di halaman rumah mereka untuk mereka menjana tenaga elektrik dan di masa yang sama, lebihannya dijual kepada TNB. Dan Alhamdulillah saya rasa mereka memperolehi benefit itu sehingga hari ini dan se… second round kita cuba memperkenalkan ke seluruh negeri Perlis, tapi malangnya pertukaran kerajaan, dasar itu telah dibatalkan.
Jadi itu berkenaan dengan solar farm dan yang satu lagi saya nak saya nak menyentuh mengenai ada yang dia juga disebutkan oleh Yang Berhormat Indera Kayangan mengenai industri penanaman ketum dan ganja. Saya gunakan ganja ni hemp lah, itu yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat bukan? Ok… sebenarnya di pihak kerajaan pusat kita masih lagi ada isu-isu yang berkaitan dengan… ini maklumat yang saya baca dan saya… saya perolehi, kita masih lagi ada isu yang berkaitan dengan legal framework ataupun perundangan harus dilakukan pindaan-pindaan yang sewajarnya kepada undang-undang yang sedia ada ini untuk membolehkan industri ini di dilaksanakan. Dan di masa yang sama, pindaan-pindaan yang dibuat itu juga juga harus mengambil kira akan aspek penyalahgunaan ketum dan juga hemp ini kemudiannya nanti… dan kebetulan saya melihat beberapa video di dalam… saya ada melihat Al-Jazeera dua tiga malam lepas yang menunjukkan satu documentary film mengenai kehidupan masyarakat di New Orleans di Amerika Syarikat di mana di New Orleans dibenarkan penjualan ganja, ia berdasarkan kepada perundangan yang mereka ada. Tidak tahu semua itu… di Thailand pun dibenarkan tapi Thailand baru lagi. Tapi di New Orleans salah satu contoh bandar di mana ganja ini dibenarkan untuk dijual. Dia mengatakan bahawa masalah jenayah telah meningkat dengan agak tinggi di sana, dan masyarakat di sana nampaknya bergantung hidup kepada ganja… hemp lah yang saya maksudkan di sini. Bukannya untuk tujuan perubatan tetapi lebih kepada untuk memenuhi ketagihan. Ini adalah realiti sebenarnya. Sebab itu saya mengatakan bahawa apa-apa pindaan sahaja dilakukan kepada undang-undang yang sedia ada itu harus mengambil kira aspek pengawasan kepada penyalahgunaannya, dan ini merupakan live evidence yang ada pada ketika ini. I don't think we want to follow the same road, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Speaker, ataupun to follow the same path. Orang terjun telaga kita pun nak terjun telaga, tak boleh. Jadi kerana itu perundangan ini mesti dilihat dengan teliti dan ini bukan sahaja kita… ini adalah tugasan kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara di peringkat Persekutuan dan agensi-agensi yang berkenaan. Saya percaya bahawa mereka melihat dengan teliti dan sebelum pindaan-pindaan itu dilakukan dan sebelum industri-industri ini dapat di… dilaksanakan di… di Malaysia ini. Dan kalau sekiranya itu dilakukan, kita tidak ada masalah sebab saya sentiasa sahaja menyatakan bahawa kita tidak boleh membenarkan bahan-bahan ini disalahgunakan, dan akhirnya akan merugikan masyarakat dan cost yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan mungkin jauh lebih besar daripada hasil yang boleh diperolehi daripada industri tersebut. Jadi there must be, orang kata apa… a balanced analysis ke atas perkara ini supaya tidak merugikan kita. Mungkin kita nampak macam bagus, but in the long run, we are going to pay more for that. So, kita tak nak itu berlaku di dalam masyarakat kita.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dan… saya juga nak menyentuh mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Kayangan, juga mengenai peluang pekerjaan dan Yang Berhormat menyentuh secara spesifik Syarikat JABIL ya? Yang ada cadangan untuk membuka kilang di negeri Perlis ini, dan juga peluang-peluang pekerjaan yang dapat mereka sediakan. Memang betul kita ada satu urusan pengambilan pekerja oleh pihak JABIL dengan kerjasama oleh pihak NCIA dan juga PERKESO, dan PERKESO sendiri ada inisiatif-inisiatifnya dalam usaha untuk menawarkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Perlis. Dan memang exercise tu ataupun urusan tu berjaya kerana pada ketika itu, 350 orang lebih rakyat negeri Perlis di kalangan orang muda yang telah ditemuduga dan ditawarkan pekerjaan pada hari itu juga, dan mereka ini semua dibawa ke Pulau Pinang untuk ditempatkan di kilang-kilang JABIL di Pulau Pinang, untuk diberikan latihan, diberikan kemudahan kepada penginapan dan juga makan minum tapi bukan free lah, ditolak daripada gaji mereka. Hari ni kita hanya ada 47 orang sahaja lagi daripada 350 lebih yang telah diambil itu. Yang lainnya semua cabut, kita tak tahu ke mana. Mungkin ada setengahnya meninggalkan kerja itu sebab ada tawaran yang lebih baik tetapi yang saya dengar banyaknya balik kembali untuk tinggal di Perlis. Jadi usaha telah dilakukan sebenarnya, kalau katakan 354 orang lebih ini kekal dengan apa yang ditawarkan pada mereka dalam JABIL yang saya difahamkan mereka mendapat pendapatan yang agak tinggi, sehingga mencecah RM2,000 atau lebih dan mereka ini semua kalau sekiranya menunjukkan prestasi yang baik dan menepati kualiti yang ditetapkan oleh pihak JABIL, mereka ini semuanya akan kembali ditempatkan di kilang JABIL nanti yang akan diwujudkan di CVIA. Itu perancangannya, tetapi nampaknya perancangan ini tak menjadi sebab daripada 350 hanya tinggal 47 orang sahaja lagi dan
Yang Berhormat daripada Chuping sendiri melawat kan? Melawat kilang JABIL dan mereka telah diberikan taklimat mengenai perkara ini. Inilah merupakan suatu yang kita nak menyelesaikan masalah, kita nak menyediakan peluang pekerjaan tetapi tak menjadi. Bukan kerana kita tidak berusaha tetapi mungkin tidak ada komitmen yang penuh daripada mereka yang telah pun diberikan peluang tersebut untuk meneruskan bekerja di tempat-tempat yang mereka tawarkan tersebut. Jadi Yang Berhormat, walaupun dia pun itu bukanlah menjadi satu faktor yang menyebabkan kita merasa harus berundur ke belakang, kita akan teruskan juga dengan program-program yang lain yang boleh membantu mereka untuk memperoleh pekerjaan mereka yang berminatlah mereka yang berminat dan serius dalam hal ini, dan dengan peluang-peluang pekerjaan yang akan diwujudkan di sebelah Padang Besar ni terutamanya di kawasan Chuping secara kebetulan saya… saya percaya bahawa ramai lagi rakyat negeri Perlis yang akan dapat memperolehi peluang-peluang ini, tetapi they must be prepared and as I always said in the past, you must equip yourself properly untuk menjadikan kita layak ya, untuk ditawarkan jawatan-jawatan itu apabila peluang itu datang.
Mengenai… Yang Berhormat Kuala Perlis ada menyebut dalam perbahasannya mengenai menangguhkan bayaran hutang kepada kerajaan pusat terutama sekali yang berkaitan dengan isu industri air di negeri Perlis ini. Sebenarnya hutang kepada kerajaan persekutuan ini kita tak dapat bayar pun Yang Berhormat, sebab hutang kita kepada utilities-utilities companies ini jauh meningkat setiap-setiap bulan. Ini adalah realiti sebab pendapatan kita tak sama ataupun ber… jauh berkurang berbanding dengan kita punya operating expenditure, dan ini dengan tangki-tangki yang baru… dengan… apanya… kita punya pam-pam air yang telah pun beroperasi sepenuhnya dan juga dengan bangunan baru, aset baru yang akan diserahkan… saya tak pasti sama ada diserahkan lagi atau tidak Yang Berhormat? Belum lagi. Yang akan diserahkan kepada… kepada SAP dan pertambahan 7 lagi pekerja yang tersyarat di dalam kontrak… kontrak di antara kerajaan persekutuan dengan syarikat yang berkenaan, maka kos yang terpaksa ditanggung oleh Syarikat SAP akan meningkat lagi, dan dengan kadar kutipan yang ada pada masa kini dan dengan tunggakan yang agak besar, saya sebenarnya melihat bahawa perjalanan itu masih jauh. Sebelum SAP ni boleh menjadi sebuah syarikat yang dikatakan viable, yang boleh mengaut keuntungan daripada industri yang mereka terlibat itu… tetapi itu satu perkara yang lain. Yang pentingnya disini kita nak mempastikan supaya rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik dan perkhidmatan yang terbaik ini diterjemahkan dalam bentuk kurangnya gangguan bekalan air, kualiti yang tidak dikompromi dan juga kurangnya kerosakan-kerosakan yang berlaku pada sistem perpaipan kita, sama ada di dalam sistem perpaipan utama ataupun dalam sistem retikulasi dan ini memerlukan belanja yang besar sebenarnya dan kita mengucapkan terima kasih kepada Encik Hamid yang telah berusaha dengan begitu bersungguh-sungguh tetapi… ya… kita berikan tepukan bergemuruh kepada beliau. Dia nak berhenti lama dah, kerajaan negeri yang kata tolonglah tunggu sat, tunggu sat, tunggu sat… lusa kita ada banyak lagi benda yang nak diselesaikan. Dan… saya banyak kali minta dia mesti disegerakan, mesti ini dipercepatkan, ini mesti dibuat perancangan yang teliti dan sebagainya. Malah pada satu ketika saya minta Encik Hamid untuk datang ke Mesyuarat EXCO setiap minggu dan sebelum kita mulakan mesyuarat, dia kena brief dulu apa dia yang telah dilakukan berdasarkan kepada arahan-arahan dan keputusan-keputusan yang dilakukan oleh kerajaan negeri dalam konteks untuk memperbaiki perkhidmatan air terawat itu. Dia tak banyak yang dapat dilakukan sebab kita menghadapi masalah dari segi sumber kekurangan sumber, kita tak ada dan masalah yang terbesar sekali kita hadapi bukan hanya sekadar ditemui tunggakan bayaran dia tinggi, tetapi akaun kita yang kecil. Kita hanya ada lebih kurang 75 ribu akaun sahaja dan daripada jumlah tersebut hanya seribu lebih kalau silap saya adalah merupakan akaun korporat. Yang lain yang merupakan akaun yang biasa, akaun yang dipanggil domestik. Dan alhamdulillah, ini dengan keputusan telah dibuat oleh kerajaan persekutuan untuk menaikkan tarif ataupun kadar harga air itu kepada kategori industri atau korporat disebut di sana, dia akan mengurangkan sedikit bebanan kewangan yang dihadapi oleh pihak SAP kerana itu akan menyumbangkan tak silap saya, secara umumnya lebih kurang dalam RM500,000 sebulan lagi. Tetapi itu tidak cukup sebenarnya untuk menampung keseluruhan operating cost SAP itu. Saya masak sangat ni dengan isu SAP ni sebab di hari pertama saya mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sebagai Menteri Besar pada 7 hari bulan 5 tahun 2013. Walaupun perjanjian telah pun ditandatangani untuk migrate JKR air… bahagian air itu pada 2010 sehingga 2004… 2013, tidak ada satu tindakan pun yang diambil terutama sekali yang berkaitan dengan penyediaan dokumen-dokumen perjanjian dan sebagainya. Tidak ada business plan… Yang Berhormat daripada Tambun Tulang sebagai pengerusi SPAN ketika itu sedar perkara ini. Business plan pun tak ada, cash flow plan tak ada, list of asset sama ada movable ataupun non-movable tak ada, dan juga migration pekerja daripada JKR untuk masuk ke SAP tak ada. Bukan itu sahaja, Encik Hamid can confirm this, tidak ada pelantikan sebagai CEO yang dilakukan pada ketika itu. 2014 apabila saya mengetahui perkara ini baru kita mula melantik, yang pertama sekali kita melantik Encik Hamid sebagai ketika itu KPP Jabatan Bekalan Air di JKR untuk menjadi CEO dan daripada situlah baru bermulanya proses-proses untuk kita memperbaiki perkhidmatan air terawat di negeri Perlis ini. Dan berpindah daripada bekalan air menjadi SAP dan proses-proses yang berikutnya yang berlaku. Itu merupakan proses-proses yang diperlukan mengikut undang-undang, yang ikut perjanjian yang ditandatangani yang entah mungkin ada hambatan-hambatan tertentu, masalah-masalah tertentu yang tidak dapat dilakukan, dan saya mengambil inisiatif itu ketika itu saya datang ke Perlis dengan zero knowledge mengenai perkhidmatan air. Tapi hari ini saya rasa kalau nak katakan saya tahu semua daripada A to Z atau A to Z mungkin tak bolehlah. Mungkin I’m being boastfull, tetapi isu-isu yang dihadapi oleh SAP pada ketika ini saya rasa saya faham… kesemuanya… tetapi tak boleh menyelesaikan kesemuanya. Jadi ini apa yang… apa ni… berkaitan masalah air ni yang saya harap… saya dapat apa tu… memberikan penjelasan yang baik dan hutang-hutang ni kita pun nak berterima kasih pada kerajaan persekutuan, kerana telah memaafkan hutang kita yang dah berkurun-kurun dulu, tak pernah berbayar… 158 juta kalau tak silap saya… RM158 juta telah pun di-being written off by the federal government. Tapi itu mendatangkan masalah pula. Apabila hutang itu telah dimaafkan, di dalam akaun kita menunjukkan kita dapat RM158 juta dan sekarang SAP dibebankan pula dengan masalah membayar cukai wang RM158 juta yang telah diperolehi daripada kerajaan persekutuan yang mana ianya merupakan kertas, tetapi tidak ada wang yang sebenarnya diterima. Now that SAP is being laden with this issue, nak bayar RM158 juta hasil yang diterima daripada kerajaan persekutuan, jadi… Encik Hamid pun tak tahan daulat lah. Sebab tu dia kata saya takat 31 Ogos saja, hari Merdeka dia pun merdeka. So itulah dia. Kalau saya nak ceritakan isu ni banyak lagilah ya… banyak lagi sebenarnya. Hutang kita dengan TNB is not decreasing, but increasing. Kita dah berapa kali… berapa kali nak kena naik mahkamah, tapi kita masih lagi dok negotiate dan sebagainya supaya kita… dia ini… dia nak mai tutup SAP berapa kali dah, dia nak seal SAP bayangkan… kalau SAP di-seal, the whole Perlis mengamuk, depa angkat parang masing-masing akan datang. Kerajaan negeri punya… jadi kita berusaha. Dalam kita punya kehambatan yang ada ini, di dalam limitasi yang ada, kita berusaha untuk mempastikan perkhidmatan air itu bertambah baik. Tapi alhamdulillah ya, setelah kita membuat pembaikan kepada pam-pam kita, kita membuat pembaikan kepada kita punya tangki-tangki dan sebagainya. Sekarang ini, air yang di… apa tu… kita punya tawaran itu dia… air-air yang mengalir masuk di ke rumah-rumah ni nampaknya dah kurang dah masalah sedikit. Bukan nak kata semua ada di atasi, tapi saya rasa dah berkurang. Jadi itulah dia, tetapi itu tidak bermakna baru kita harus berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa lagi sebab masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan dia masih banyak lagi modal diperlukan untuk membolehkan kita mengatasi sepenuhnya isu-isu air terutamanya NRW yang merupakan di antara yang tertinggi di Malaysia iaitu 63%. Kita next to Sabah sahaja kalau tak silap saya, Sabah atau Sarawak. Sarawak lagi tinggi atau Sabah ke Sarawak… Sabah dia lagi tinggi lagi daripada kita, tapi kita akan berusaha bersungguh dalam dalam hal ini, insya-Allah.
Kemudian… Yang Berhormat daripada Kuala Perlis juga ada menyebut mengenai… Dewan terbuka di… di Kuala Perlis. Dewan terbuka ni kerajaan negeri dah buat keputusan, dia boleh disewakan kepada sesiapa sahaja untuk tujuan nak mengadakan majlis-majlis tertentu dan sebagainya. Dan saya juga telah meminta… apa ni… pihak kerajaan negeri, bahagian yang berkenaan untuk menyediakan apa namanya… orang kata bunting ni kan… papan iklan tu yang untuk memaklumkan kepada rakyat bahawa ini boleh disewakan dengan kadar sekian, sekian, sekian. Dah ada pun sebenarnya… dah ada pun, tapi mungkin rakyat di Kuala Perlis tak sedar mengenai perkara itu, jadi Yang Berhormat war-warkan kepada rakyat-rakyat di Kuala Perlis bahawa Dewan ini boleh digunakan oleh mereka tetapi of course lah kena bayarlah sikit dia, bukan free.
Pos keselamatan untuk jeti, pos keselamatan… dekat bukit Batu Putih. Terima kasih di atas… apa nama… cadangan ini yang diharapkan agensi-agensi yang berkenaan dapat mengambil maklum dan mengambil perhatian akan cadangan telah dibuat oleh Yang Berhormat daripada Kuala Perlis dan tujuan dia saya percaya tidak lain tidak bukan untuk mempastikan keselamatan kita punya nelayan-nelayan dan juga masyarakat di Kuala Perlis itu.
Dan pengambilan yang terakhir sekali pengambilan pekerja kontrak secara tetap. Pengambilan secara tetapi ni dia mesti mengikut kriteria-kriteria tertentu. Dia tidak semestinya mereka telah pun bekerja secara kontrak itu boleh diambil secara automatik kerana mereka juga masih tertakluk, Yang Berhormat ya, kepada syarat-syarat yang ditetapkan di dalam skim perkhidmatan itu. Dia mesti sekurang-kurangnya memenuhi minima syarat-syarat minima yang ditetapkan dan proses-proses interview yang dilakukan dan sebagainya. Tetapi seboleh-bolehnya memanglah kita nak memberikan mereka jawatan yang tetap. Tapi ada setengah-setengahnya yang mungkin tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, dan atas sebab-sebab tertentu mereka tidak ditawarkan jawatan tetap dan mereka meneruskan berada terus berada di jawatan kontrak itu. Jadi itulah sistem yang ada, yang kita guna pakai, dan kita sentiasa memperbaikinya daripada masa ke semasa, insya-Allah lah.
Jadi itu sahaja Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang telah… yang telah saya catatkan di sini, beberapa perkara yang dibangkitkan di dalam perbahasan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kelmarin, dan saya nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua lah yang terutama sekali pegawai-pegawai kerajaan, ketua-ketua jabatan dan wakil yang bukan sahaja yang berada dalam Dewan ini tetapi juga yang berada di pejabat masing-masing, saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada mereka yang telah memberikan kerjasama yang begitu rapat kepada kerajaan negeri. Walaupun kita tahu kita ada hambatan-hambatan dan limitasi-limitasi tertentu, tetapi secara umumnya saya mengatakan bahawa negeri Perlis ini telah bergerak ke hadapan. Walau tak banyak, sedikit pun dah ada dah nampak dah sebenarnya, dan ini kita tribute kepada penjawat-penjawat awam yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas-tugas mereka itu. Dan saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang ini telah memberikan kelonggaran pada kita untuk makan awal. Sejarah juga… ini pun mencatatkan sejarah juga agaknya dalam Dewan Undangan Negeri Perlis ini. Saya tak tahulah sebelum-sebelum ni sama ada Speaker-Speaker yang sebelum ini pernah membenarkan dia sedemikian tetapi yang ini kita dibenarkan. Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih juga di atas pengendalian mesyuarat sepanjang kita bersidang pada kali ini dengan betul lancar dan tertib sekali terima kasih. Dan terima kasih juga kerana telah menghiasi Dewan kita dengan bunga-bunga segar… Setiausaha… dengan menghiasi kita dengan bunga-bunga segar. Bukan saja dalam Dewan, di luar Dewan pun terhias dengan bunga-bunga segar ini. Terima kasih, nampak lebih ceria dan juga saya mengucapkan terima kasih kepada yang… Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri. Walaupun baru, tapi nampaknya dia dah fit into it. Yang Berhormat LA, Yang Berhormat PKN yang telah tanpa jemu-jemu sentiasa sahaja melayan kerenah… bukan karenah yang tak ketahuan… maksudnya dalam konteks kita bekerja untuk meningkatkan lagi tahap pembangunan di negeri Perlis ini. Terima kasih kepada mereka dan juga semua kakitangan mereka yang bertungkus-lumus semua… sekali juga kepada Setiausaha Dewan dah staf daripada urus setia yang telah bekerja dengan begitu rajin sekali untuk mempastikan perjalanan Dewan ini berjalan dengan lancar dan tertib dan saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada petugas-petugas yang lain ya… yang telah… yang telah memberikan tenaga mereka untuk mempastikan kita berada dalam keadaan selesa dalam Dewan ini. Dan terima kasih juga pada pihak yang telah dilantik ataupun telah dipilih oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri, sistem komunikasi kita, yang sekarang ini dia dilancarkan secara terus dan setiap orang dapat melihat… setiap rakyat sebenarnya dapat melihat perjalanan mesyuarat kita pada kali ini, termasuk juga yang… yang penggal yang lepas. Dan oleh kerana kita mungkin tidak akan bertemu lagi dalam persidangan yang sebegini kecuali dalam persidangan khas untuk menimbangkan mengenai pindaan kepada sama ada Undang-Undang Tubuh Negeri ataupun untuk mewujudkan suatu enakmen yang baru bagi orang kata untuk kita adopt apa yang telah pun di… diluluskan di peringkat persekutuan mengenai anti lompat itu. Mungkin kita akan bertemu lagi. Jadi… tapi dalam mesyuarat yang biasa. Saya rasa it’s a very likelihood that we will not sit again and that we will sit after the election.
Jadi saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang begitu profesional di dalam tugasan yang telah mereka lakukan, kepada rakan-rakan daripada MMK semua sekali yang telah memberikan kerjasama dan saya mohon maaf yang banyak daripada hujung kaki sampai… daripada hujung rambut ke hujung kaki sekiranya semasa saya menjalankan tugas ini ada perkara-perkara yang dilihat sebagai satu kelemahan dan itu adalah sesuatu yang wajib ada sebab saya manusia bukannya malaikat. Saya mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu dan terima kasih kerana kelemahan-kelemahan itu sebenarnya di-complement ataupun diringankan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di sini dan juga semua ahli ex-officio dan juga pelbagai jabatan kerajaan yang ada di sini, terima kasih banyak semua. Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Bintong. Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya minta persetujuan ke atas Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja. Ahli-Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan.
(Semua Ahli-ahli Yang Berhormat mengangkat tangan)
Ahli-Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.
Usul ini diluluskan.
Penangguhan DewanAdjournment
Penangguhan Dewan.
Penangguhan Dewan, silakan Yang Berhormat Tambun Tulang kalau ada ucapan.
Terima kasih Dato’ Speaker kerana tak lupa kami di pihak backbench ini. Saya juga mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya kepada… terutamanya Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat yang telah menjalankan tugas dengan baik dengan barisan EXCO nya, termasuk mengalu-alukan perkhidmatan YB Setiausaha Kerajaan Negeri dan rakan-rakan yang merupakan tenaga baru di negeri kita dan termasuk pengarah-pengarah yang baru datang, termasuk Dr. Isfudi, Pengarah Kesihatan yang baru datang, insya-Allah akan bagi kerjasama yang baik untuk negeri kita dan semua pengarah-pengarah dan wakil-wakil jawatan termasuk para media, pemerhati yang turut memberi kerjasama yang baik, termasuk pihak urus setia dan dipimpin oleh… dibantu oleh Setiausaha Dewan kita, wanita kali ini dia hias semua, semua cantik. Cuma saya tak nampak muka Speaker seperti selalulah sebab ada bunga, jadi Speaker kena cakap. Walaupun begitu, sekalung tahniah atas satu persidangan yang pada saya bersifat keluarga, baik kita dalam harmoni dan kami minta maaflah ya kalau ada di antara kami sering keluar sebab kadang-kadang ada yang mengambil vitamin secara curi-curi di luar sana. Jadi sekali lagi ada salah dan silap bagi pihak kami backbench kami memohon ampun dan maaf dan insya-Allah bertemu lagi. Mungkin bajet sempat kot agak-agaklah lebih kurang. Jadi apa-apa, itulah daripada backbench, saya ucapkan terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang bagi pihak backbenchers. Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti Yang Berhormat-Yang Berhormat sedia maklum bahawa Parlimen Malaysia melalui Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan [Pindaan] (No.3) 2022. RUU ini akan dibawa untuk Perkenalkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Rang Undang-Undang ini antara lainnya bertujuan pertama memasukkan fasal baharu bagi membolehkan sekatan ke atas hak untuk menubuhkan persatuan berhubung dengan Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri… Dewan Undangan mana-mana Negeri. Yang keduanya Fasal baharu untuk membolehkan mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang melepaskan keahliannya untuk bertanding semula dalam pilihan raya pada bila-bila masa selepas dia melepaskan keahliannya dalam Dewan Rakyat, dan Fasal yang ketiga, Fasal baharu untuk memasukkan Perkara baharu yang memperuntukkan seseorang ahli Dewan Rakyat hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan itu dan kerusinya hendaklah menjadi kosong sebaik sahaja suatu tarikh kekosongan luar jangka dipastikan oleh Yang di-Pertua. Maksudnya Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Sehubungan dengan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan ini, Negeri Perlis juga akan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas untuk melaksanakan pindaan yang perlu kepada Perlembagaan Negeri Perlis ataupun Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis supaya ia selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang dipinda. Persidangan Khas ini dijangka akan diadakan pada bulan September 2022 sebaik sahaja Rang Undang-undang Perlembagaan [Pindaan] (No.3) 2022 dilulus… dilulus dan diperkenankan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya juga ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan Yang Ke-65 bertemakan “Keluarga Malaysia, Teguh Bersama”. Semoga semangat Keluarga Malaysia ini kita semarakkan dalam usaha kita mengukuhkan kembali asas-asas perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Semoga perasaan cinta kepada Negara ini menjadi tali pengikat utama kepada perpaduan bangsa di negara ini dan seterusnya menjadi pemangkin ke arah pemulihan semula ekonomi dan kehidupan rakyat ke arah yang lebih baik. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, semua Ahli-ahli… semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan serta agensi yang hadir, rakan-rakan media, para pegawai dan kakitangan serta petugas Dewan. Dewan juga merakamkan ucapan terima kasih kepada jabatan-jabatan yang banyak membantu melancarkan persidangan Dewan selama tiga pada kali ini, khususnya Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Pejabat Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis, Majlis Keselamatan Negara dan lain-lain yang saya tidak dapat sebut satu persatu. Dan tidak lupa juga saya juga merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua staf pejabat Dewan Undangan Negeri Perlis yang diketuai oleh setiausaha Dewan Undangan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sekian. Wabillahi taufik walhidayah. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
(Persidangan ditangguhkan pada jam 4.05 petang)