Perlis · 19 December 2022
15th Assembly, 1st session, 1st meeting · 42 turns · 3,278 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerlis publishes one PDF per sitting day, but nothing after 9 Aug 2023 although the assembly has kept sitting. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Ahli-Ahli Yang Berhormat, dipersilakan duduk.
Doa
Doa.
(Bacaan doa oleh Penolong Setiausaha Dewan)
Perisytiharan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis Memanggil Dewan Undangan Negeri Untuk Bermesyuarat
Perisytiharan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja memanggil Dewan Undangan Negeri untuk bermesyuarat.
Perisytiharan oleh Almu’tasimu Billahi Duli Yang Maha Mulia Raja bagi negeri Perlis dan segala jajahan takluknya.
Tandatangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Perlis. Diperturunkan mohor Kerajaan Negeri.
Bahawasanya telah diperuntukkan oleh Fasal 1 Perkara 55 di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis bahawa beta dari suatu masa ke suatu masa memanggil Dewan Undangan Negeri. Maka oleh yang demikian, beta, Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja dan Raja Pemerintah bagi negeri Perlis dan segala jajahan takluknya, pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepada beta oleh Fasal 1 Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis, dengan ini memanggil Dewan Undangan Negeri bagi mengadakan mesyuaratnya dan menetapkan mulai 19 Disember tahun 2022 pada pukul 9.00 pagi sebagai tarikh dan masa mengadakan Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Pertama, Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15, yang akan diadakan di Dewan Undangan Negeri Perlis bertempat di Kangar, Perlis.
Termaktub di Istana beta di Arau, Perlis pada 22 haribulan November tahun 2022.
Dengan titah perintah Duli Yang Maha Mulia.
Tandatangan Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis.
Pemilihan dan Angkat Sumpah Jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis
Pemilihan Speaker Dewan Undangan Negeri.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, menurut Perkara 56(1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis, Dewan Undangan Negeri hendaklah dari suatu masa ke suatu masa, memilih mana-mana orang yang ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri sebagai Speaker Dewan dan tidaklah boleh dijalankan apa-apa urusan semasa jawatan Speaker Dewan itu kosong selain daripada pemilihan Speaker Dewan.
Untuk tujuan itu, saya telah menerima hanya satu cadangan untuk pemilihan Speaker Dewan iaitu daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar melalui surat bertarikh 5 haribulan Disember 2022. Oleh yang demikian, saya dengan hormatnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menzahirkan cadangan beliau bagi memilih Speaker Dewan.
Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… Puan Setiausaha, saya dengan sukacitanya mencadangkan supaya Tuan Rus’sele bin Eizan dipilih sebagai Speaker bagi Dewan Undangan Negeri Perlis yang ke-15. Untuk tujuan itu saya juga telah memastikan terlebih dahulu bahawa beliau bersetuju untuk berkhidmat sekiranya dipilih.
Puan Setiausaha, saya menyokong cadangan tersebut.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, oleh kerana seorang sahaja yang dicadangkan dan disokong untuk dipilih sebagai Speaker Dewan, maka saya dengan ini menyatakan di sini bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mencadangkan Tuan Rus’sele bin Eizan untuk dipilih sebagai Speaker dan cadangan tersebut telah pun disokong oleh Yang Berhormat Santan.
Oleh itu, saya dengan ini memasyurkan bahawa Tuan Rus’sele bin Eizan dipilih sebagai Speaker bagi Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Ke-15 menurut Perkara 56 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.
Maka dengan itu, Majlis Mesyuarat Dewan dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Rus’sele bin Eizan untuk masuk ke Dewan.
(Tuan Rus’sele bin Eizan bergerak ke hadapan Dewan dengan diiringi oleh Betara Dewan)
(Setiausaha Dewan dan bentara membantu menyarungkan jubah dan songkok rasmi YB Speaker kepada Tuan Rus’sele bin Eizan)
(Tuan Rus’sele bin Eizan beredar ke meja YB Speaker)
(sambil berdiri dan mengangkat tangan kanan) Bismillahirahmanirrahim. Sumpah Jawatan dan Taat Setia Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis di bawah Perkara 56 (1B) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis.
Adalah saya, Rus’sele bin Eizan, setelah dipilih memegang jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri bagi negeri Perlis, dengan sesungguhnya mengangkat sumpah bahawa saya akan sebenar-benar menjalankan kewajipan saya sebagai Speaker Dewan dengan sedaya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada negeri Perlis dan bahawa saya akan memelihara, melindungi serta mempertahankan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.
(Yang Berhormat Speaker duduk di kerusinya dan menandatangani Surat Sumpah sebagai Speaker Dewan lalu menyerahkan kepada Setiausaha Dewan)
(Setiausaha Dewan kembali mengambil tempat)
Pemasyhuran daripada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis
Pemasyhuran oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri.
Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T. atas limpahan nikmat dan kurnia-Nya, kita semua dapat berada di Dewan yang mulia ini untuk menunaikan kewajipan dan tanggungjawab kita kepada Negeri dan rakyat. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Sesungguhnya saya merasa amat bersyukur atas kurniaNya atas perlantikan saya sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri bagi penggal Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Ke-15. Sesungguhnya pelantikan ini merupakan satu penghargaan yang sangat tinggi dan juga satu amanah besar yang perlu saya junjung dan pikul sepanjang saya melaksanakan tugas ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,
Tahniah saya ucapkan kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah terpilih di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Yang Ke-15 pada 19 November 2022 yang lalu.
Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, di atas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Perlis yang ke-8.
Dan tahniah juga kepada 6 orang Yang Berhormat yang berada di sebelah kanan saya ini yang telah dipilih sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis. Semoga dengan pelantikan tersebut, Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat menumpahkan seluruh usaha dan tenaga bagi membantu YAB Menteri Besar dalam memastikan pentadbiran dan pembangunan Negeri Perlis ini berada di tahap yang membanggakan, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Negeri-Negeri yang lain.
Di kesempatan ini juga, saya bagi pihak Dewan Undangan Negeri Perlis ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mantan Menteri Besar Perlis, YBhg. Dato’ Seri Azlan bin Man; Mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YBhg. Dato’ Haji Hamdan bin Bahari; serta Mantan-mantan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis bagi penggal Dewan Undangan
Negeri Ke-14 atas sumbangan besar mereka kepada Negeri Perlis sepanjang perkhidmatan mereka. Ucapan terima kasih juga kepada YB Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi bin Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, YB Tuan Haji Zepri bin Saad, Pegawai Kewangan Negeri Perlis dan juga semua ketua jabatan di Negeri Perlis yang sama-sama menyumbang kepada pembangunan Negeri Perlis. InsyaAllah, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri bagi penggal Dewan Undangan Negeri Ke-15 akan meneruskan legasi tersebut dan berusaha dengan lebih lagi bagi memastikan Negeri ini maju setanding dengan Negeri-Negeri lain.
Ahli Yang Berhormat sekalian,
Sukacita diingatkan bahawa kita semua tertakluk kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis yang telah diasaskan pada 1 haribulan Februari 1948 oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamaluilail. Ia merupakan lambang tiang seri kepada pembentukan sebuah Kerajaan yang berdaulat bernama Negeri Perlis. Selain itu juga, kita perlu mematuhi peraturan yang terkandung di dalam Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Dewan Negeri Perlis.
Berbahaslah dengan penuh integriti, penuh rasa tanggungjawab dan adil. Sesungguhnya:
Dari Ibnu Umar RA dari Nabi SAW sesungguhnya bersabda ; “Setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepimpinannya. Seorang kepala negara adalah pemimpin atas rakyatnya dan akan diminta pertanggungjawaban perihal rakyat yang dipimpinnya.” (HB. Bukhari dan Muslim)
Besarlah harapan saya agar Ahli-ahli Yang Berhormat dapat menghormati Dewan ini sebagai satu forum tertinggi lagi mulia dan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada saya agar perbahasan yang berlaku di Dewan yang mulia ini sentiasa berjalan dalam keadaan tertib dan harmoni.
Sekian, wabillahi tawfik wal hidayah, wassalammu'alaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh. Terimakasih.
Angkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri
Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri mengangkat sumpah jawatan dan taat setia.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang tibalah masanya untuk Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta menandatangani akuan sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri. Saya akan menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian seorang demi seorang untuk menyempurnakan angkat sumpah jawatan dan taat setia masing-masing. Apabila nama Yang Berhormat dipanggil, Yang Berhormat diminta bergerak ke tengah Dewan iaitu ke meja di hadapan Setiausaha Dewan untuk mengangkat sumpah.
Saya mulakan dengan mempersilakan Yang Amat Berhormat Tuan Mohd Shukri bin Ramli.
(YAB Menteri Besar bergerak ke meja untuk mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah)
(mengangkat tangan) Bismillahirahmanirrahim. Saya, Mohd Shukri bin Ramli, yang telah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dengan sesungguhnya mengangkat sumpah bahawa saya dengan setianya akan menunaikan kewajipan saya ini dengan seberapa daya upaya saya dan saya akan setia dan taat kepada negeri Perlis dan kepada Persekutuan dan saya akan menjaga, memperlindungi dan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis. Saya, Mohd Shukri bin Ramli, mengangkat sumpah bahawa saya akan setia dan taat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan ganti-gantinya menurut Undang-Undang.
(Yang Amat Berhormat Menteri Besar menandatangani Surat Sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan kembali ke tempat duduk)
Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Muhammad Azmir bin Azizan.
(YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan bergerak ke meja untuk mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah)
(mengangkat tangan) Bismillahirahmanirrahim. Saya, Muhammad Azmir bin Azizan, yang telah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dengan sesungguhnya mengangkat sumpah bahawa saya dengan setianya akan menunaikan kewajipan saya ini dengan seberapa daya upaya saya dan saya akan setia dan taat kepada negeri Perlis dan kepada Persekutuan dan saya akan menjaga, memperlindungi dan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis. Saya, Muhammad Azmir bin Azizan, mengangkat sumpah bahawa saya akan setia dan taat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan ganti-gantinya menurut Undang-Undang.
(YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan menandatangani Surat Sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan kembali ke tempat duduk)
Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Fakhrul Anwar bin Ismail.
(YB Tuan Fakhrul Anwar bin Ismail bergerak ke meja untuk mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah)
(mengangkat tangan) Bismillahirahmanirrahim. Saya, Fakhrul Anwar bin Ismail, yang telah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dengan sesungguhnya mengangkat sumpah bahawa saya dengan setianya akan menunaikan kewajipan saya ini dengan seberapa daya upaya saya dan saya akan setia dan taat kepada negeri Perlis dan kepada Persekutuan dan saya akan menjaga, memperlindungi dan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis. Saya, Fakhrul Anwar bin Ismail, mengangkat sumpah bahawa saya akan setia dan taat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan ganti-gantinya menurut Undang-Undang.
(YB Tuan Fakhrul Anwar bin Ismail menandatangani Surat Sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan kembali ke tempat duduk)
Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Izizam bin Ibrahim.
(YB Tuan Izizam bin Ibrahim bergerak ke meja untuk mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah)
(mengangkat tangan) Bismillahirahmanirrahim. Saya, Izizam bin Ibrahim, yang telah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dengan sesungguhnya mengangkat sumpah bahawa saya dengan setianya akan menunaikan kewajipan saya ini dengan seberapa daya upaya saya dan saya akan setia dan taat kepada negeri Perlis dan kepada Persekutuan dan saya akan menjaga, memperlindungi dan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis. Saya, Izizam bin Ibrahim, mengangkat sumpah bahawa saya akan setia dan taat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan ganti-gantinya menurut Undang-Undang.
(YB Tuan Izizam bin Ibrahim menandatangani Surat Sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan kembali ke tempat duduk)
Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Megat Hashirat bin Hassan.
(YB Tuan Megat Hashirat bin Hassan bergerak ke meja untuk mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah)
(mengangkat tangan) Bismillahirahmanirrahim. Saya, Megat Hashirat bin Hassan, yang telah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dengan sesungguhnya mengangkat sumpah bahawa saya dengan setianya akan menunaikan kewajipan saya ini dengan seberapa daya upaya saya dan saya akan setia dan taat kepada negeri Perlis dan kepada Persekutuan dan saya akan menjaga, memperlindungi dan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis. Saya, Megat Hashirat bin Hassan, mengangkat sumpah bahawa saya akan setia dan taat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan ganti-gantinya menurut Undang-Undang.
(YB Tuan Megat Hashirat bin Hassan menandatangani Surat Sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan kembali ke tempat duduk)
Dipersilakan Yang Berhormat Puan Wan Badariah binti Wan Saad.
(YB Puan Wan Badariah binti Wan Saad bergerak ke meja untuk mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah)
(mengangkat tangan) Bismillahirahmanirrahim. Saya, Wan Badariah bin Wan Saad, yang telah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dengan sesungguhnya mengangkat sumpah bahawa saya dengan setianya akan menunaikan kewajipan saya ini dengan seberapa daya upaya saya dan saya akan setia dan taat kepada negeri Perlis dan kepada Persekutuan dan saya akan menjaga, memperlindungi dan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis. Saya, Wan Badariah bin Wan Saad, mengangkat sumpah bahawa saya akan setia dan taat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan ganti-gantinya menurut Undang-Undang.
(YB Puan Wan Badariah bin Wan Saad menandatangani Surat Sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan kembali ke tempat duduk)
Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Razali bin Saad.
(YB Tuan Haji Razali bin Saad bergerak ke meja untuk mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah)
(mengangkat tangan) Bismillahirahmanirrahim. Saya, Razali bin Saad, yang telah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dengan sesungguhnya mengangkat sumpah bahawa saya dengan setianya akan menunaikan kewajipan saya ini dengan seberapa daya upaya saya dan saya akan setia dan taat kepada negeri Perlis dan kepada Persekutuan dan saya akan menjaga, memperlindungi dan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis. Saya, Razali bin Saad, mengangkat sumpah bahawa saya akan setia dan taat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan ganti-gantinya menurut Undang-Undang.
(YB Tuan Haji Razali bin Saad menandatangani Surat Sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan kembali ke tempat duduk)
Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Mohd Ridzuan bin Hashim.
(YB Tuan Mohd Ridzuan bin Hashim bergerak ke meja untuk mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah)
(mengangkat tangan) Bismillahirahmanirrahim. Saya, Mohd Ridzuan bin Hashim, yang telah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dengan sesungguhnya mengangkat sumpah bahawa saya dengan setianya akan menunaikan kewajipan saya ini dengan seberapa daya upaya saya dan saya akan setia dan taat kepada negeri Perlis dan kepada Persekutuan dan saya akan menjaga, memperlindungi dan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis. Saya, Mohd Ridzuan bin Hashim, mengangkat sumpah bahawa saya akan setia dan taat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan ganti-gantinya menurut Undang-Undang.
(YB Tuan Mohd Ridzuan bin Hashim menandatangani Surat Sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan kembali ke tempat duduk)
Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Abu Bakar bin Hamzah.
(YB Tuan Abu Bakar bin Hamzah bergerak ke meja untuk mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah)
(mengangkat tangan) Bismillahirahmanirrahim. Saya, Abu Bakar bin Hamzah, yang telah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dengan sesungguhnya mengangkat sumpah bahawa saya dengan setianya akan menunaikan kewajipan saya ini dengan seberapa daya upaya saya dan saya akan setia dan taat kepada negeri Perlis dan kepada Persekutuan dan saya akan menjaga, memperlindungi dan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis. Saya, Abu Bakar bin Hamzah, mengangkat sumpah bahawa saya akan setia dan taat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan ganti-gantinya menurut Undang-Undang.
(YB Tuan Abu Bakar bin Hamzah menandatangani Surat Sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan kembali ke tempat duduk)
Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Saad bin Seman.
(YB Tuan Haji Saad bin Seman bergerak ke meja untuk mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah)
(mengangkat tangan) Bismillahirahmanirrahim. Saya, Saad bin Seman, yang telah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dengan sesungguhnya mengangkat sumpah bahawa saya dengan setianya akan menunaikan kewajipan saya ini dengan seberapa daya upaya saya dan saya akan setia dan taat kepada negeri Perlis dan kepada Persekutuan dan saya akan menjaga, memperlindungi dan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis. Saya, Saad bin Seman, mengangkat sumpah bahawa saya akan setia dan taat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan ganti-gantinya menurut Undang-Undang.
(YB Tuan Haji Saad bin Seman menandatangani Surat Sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan kembali ke tempat duduk)
Dipersilakan Yang Berhormat Datin Marzita binti Mansor.
(YB Datin Marzita binti Mansor bergerak ke meja untuk mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah)
(mengangkat tangan) Bismillahirahmanirrahim. Saya, Marzita binti Mansor, yang telah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dengan sesungguhnya mengangkat sumpah bahawa saya dengan setianya akan menunaikan kewajipan saya ini dengan seberapa daya upaya saya dan saya akan setia dan taat kepada negeri Perlis dan kepada Persekutuan dan saya akan menjaga, memperlindungi dan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis. Saya, Marzita binti Mansor, mengangkat sumpah bahawa saya akan setia dan taat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan ganti-gantinya menurut Undang-Undang.
(YB Datin Marzita binti Mansor menandatangani Surat Sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan kembali ke tempat duduk)
Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Haziq Asyraf bin Dun.
(YB Tuan Haziq Asyraf bin Dun bergerak ke meja untuk mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah)
(mengangkat tangan) Bismillahirahmanirrahim. Saya, Haziq Asyraf bin Dun, yang telah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dengan sesungguhnya mengangkat sumpah bahawa saya dengan setianya akan menunaikan kewajipan saya ini dengan seberapa daya upaya saya dan saya akan setia dan taat kepada negeri Perlis dan kepada Persekutuan dan saya akan menjaga, memperlindungi dan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis. Saya,
Haziq Asyraf bin Dun, mengangkat sumpah bahawa saya akan setia dan taat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan ganti-gantinya menurut Undang-Undang.
(YB Tuan Haziq Asyraf bin Dun menandatangani Surat Sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan kembali ke tempat duduk)
Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Wan Zikri Afthar bin Ishak.
(YB Tuan Wan Zikri Afthar bin Ishak bergerak ke meja untuk mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah)
(mengangkat tangan) Bismillahirahmanirrahim. Saya, Wan Zikri Afthar bin Ishak, yang telah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dengan sesungguhnya mengangkat sumpah bahawa saya dengan setianya akan menunaikan kewajipan saya ini dengan seberapa daya upaya saya dan saya akan setia dan taat kepada negeri Perlis dan kepada Persekutuan dan saya akan menjaga, memperlindungi dan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis. Saya, Wan Zikri Afthar bin Ishak, mengangkat sumpah bahawa saya akan setia dan taat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan ganti-gantinya menurut Undang-Undang.
(YB Tuan Wan Zikri Afthar bin Ishak menandatangani Surat Sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan kembali ke tempat duduk)
Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Asrul Aimran bin Abd Jalil.
(YB Tuan Asrul Aimran bin Abd Jalil bergerak ke meja untuk mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah)
(mengangkat tangan) Bismillahirahmanirrahim. Saya, Asrul Aimran bin Abd Jalil, yang telah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dengan sesungguhnya mengangkat sumpah bahawa saya dengan setianya akan menunaikan kewajipan saya ini dengan seberapa daya upaya saya dan saya akan setia dan taat kepada negeri Perlis dan kepada Persekutuan dan saya akan menjaga, memperlindungi dan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis. Saya, Asrul Aimran bin Abd Jalil, mengangkat sumpah bahawa saya akan setia dan taat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan ganti-gantinya menurut Undang-Undang.
(YB Tuan Asrul Aimran bin Abd Jalil menandatangani Surat Sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan kembali ke tempat duduk)
Dipersilakan Yang Berhormat Puan Gan Ay Ling.
(YB Puan Gan Ay Ling bergerak ke meja untuk mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah)
(mengangkat tangan) Saya, Gan Ay Ling, yang telah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dengan sesungguhnya mengangkat sumpah bahawa saya dengan setianya akan menunaikan kewajipan saya ini dengan seberapa daya upaya saya dan saya akan setia dan taat kepada negeri Perlis dan kepada Persekutuan dan saya akan menjaga, memperlindungi dan mempertahankan Undang-
Undang Tubuh Negeri Perlis. Saya, Gan Ay Ling, mengangkat sumpah bahawa saya akan setia dan taat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan ganti-gantinya menurut Undang-Undang.
(YB Puan Gan Ay Ling menandatangani Surat Sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dan kembali ke tempat duduk)
Penangguhan DewanAdjournment
Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebelum saya menangguhkan Dewan pada hari ini, suka saya mengingatkan pertamanya kepada Ahli-ahli Dewan supaya berada dalam Dewan 10 minit sebelum Dewan bersidang ataupun sebelum Yang Amat Berhormat masuk ke dalam Dewan. Yang keduanya saya mohon, selepas penangguhan Dewan ini, Yang Berhormat dimaklumkan untuk berada di pintu hadapan untuk sesi bergambar, terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, dengan ini selesailah urusan kita pada hari ini. Dewan ditangguhkan dan akan disambung semula pada hari Selasa, 20 haribulan Disember 2022 jam 9.00 pagi.
Sekian, wabillahitawfeek walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
(Persidangan ditangguhkan pada jam 9.50 pagi)