Perlis · 21 December 2022
15th Assembly, 1st session, 1st meeting · 93 turns · 26,633 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerlis publishes one PDF per sitting day, but nothing after 9 Aug 2023 although the assembly has kept sitting. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan mula bersidang.
Doa
Doa.
(Bacaan doa oleh Penolong Setiausaha Dewan)
Pemasyhuran daripada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis
Pemasyhuran oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri.
Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Didoakan kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T. Di kesempatan ini, saya ingin menerangkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian tentang aturan perjalanan Mesyuarat kita untuk hari ini. Selepas ini, Mesyuarat Dewan akan diteruskan dengan sesi soal jawab lisan berdasarkan turutan soalan seperti di dalam Kertas Perintah Mesyuarat Dewan. Saya akan cuba untuk memperuntukkan tempoh masa supaya semua soalan dapat dijawab tetapi sekiranya ada yang tidak sempat dijawab secara lisan, jawapannya akan dikemukakan kemudian secara bertulis oleh pihak Kerajaan.
Selepas sesi soal jawab lisan, Dewan akan berehat sebentar dan apabila disambung semula, Usul Anggaran Pembangunan Negeri Perlis Tahun 2023 dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2023 yang kedua-duanya membentuk Anggaran Bajet Negeri Perlis Tahun 2023 akan dibuka untuk perbahasan secara dasar. Seperti yang telah saya sebutkan kelmarin, saya akan memberikan tempoh masa kira-kira 25 minit setiap seorang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat di sebelah kiri saya untuk berbahas. Saya harap masa tersebut dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk Yang Berhormat sekalian membahaskan bajet serta memberikan input-input yang baik ke atas cadangan usul berkenaan. Setelah itu, Dewan akan ditangguhkan dan akan disambung semula pada pagi esok untuk maklum balas dan pengulunggan oleh pihak Kerajaan serta bagi menyelesaikan urusan Dewan yang telah disenaraikan. Sekian, terima kasih.
Soalan-Soalan LisanQuestions
Soalan-soalan lisan.
Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera, selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya yang pertama.
(Soalan 1 : Apakah perancangan dan tawaran kebajikan Kerajaan Negeri kepada mahasiswa dalam negeri Perlis seperti bantuan pendidikan, kewangan, perubatan dan kecemasan?)
Yang Berhormat Tuan Speaker. Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian kepada sektor pendidikan sebagai mekanisme pencegahan kepada pewarisan kemiskinan dalam kalangan rakyat. Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melaksanakan agihan bantuan kebajikan kepada mahasiswa seperti yang berikut yang pertama, bantuan serta-merta IPT MAIPs secara one-off di peringkat sijil, diploma, sarjana muda, dan pascasiswazah antara RM1,200 - RM2,500 yang kedua, Bantuan Dermasiswa Tahunan kepada Pelajar Perlis di Timur Tengah sebanyak RM6,000 dan RM11,000 bagi pelajar di Jordan. Ketiga Biasiswa Tinggi Pendidikan MAIPs di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang merangkumi tajaan yuran dan wang saku bulanan, yang keempat Tabung Kafaah MAIPs di Kolej Universiti Islam Perlis bagi pelajar yang terdesak, yang kelima Penubuhan Tabung Dana Zakat MAIPs di Universiti Malaysia Perlis, Universiti Teknologi MARA Perlis, IPGM Perlis dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Pauh yang diuruskan oleh pihak Institusi melalui pemantauan Jawatankuasa Pengurusan Bersama MAIPs dan yang keenam Sumbangan Ibnu Sabil bagi pelajar luar berdasarkan keperluan. Kerajaan Negeri Perlis turut menyediakan bantuan pendidikan secara one-off yang diperuntukkan mengikut peringkat pendidikan seperti berikut yang pertama Ijazah Luar Negara, Sarjana, PHD berjumlah RM2,000.00. Yang kedua, Ijazah Dalam Negara, Sarjana, PHD berjumlah RM1,200.00. Yang ketiga Diploma berjumlah RM1,000.00 dan yang keempat Pra-Diploma, Matrikulasi, Asasi dan lain-lain yang setaraf berjumlah RM700.00.
Selain itu, pinjaman Pelajaran mengikut peringkat pengajian secara sepenuh masa juga diperuntukkan di bawah Lembaga Pemegang Amanah Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis mengikut taraf dan kos pengajian seperti berikut, yang pertama Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Bidang Sastera boleh mendapat pinjaman sehingga RM6,500.00 setahun manakala mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Bidang Sains boleh menerima pinjaman sehingga RM7,000.00 setahun bagi tempoh pengajian maksimum selama 4 tahun dan yang kedua Mahasiswa Sarjana dan Doktor Falsafah ataupun PHD pula boleh menerima pinjaman sebanyak RM10,000.00 bagi tempoh pengajian maksimum selama 4 tahun. Yang ke… maaf. Mahasiswa Sarjana dan Doktor Falsafah (PHD) pula boleh menerima pinjaman sebanyak RM10,000.00 setahun bagi tempoh pengajian maksimum selama 2 tahun. Sehingga tahun 2022, sebanyak 134 orang pelajar telah menerima manfaat bantuan ini dengan peruntukan sebanyak RM248,000.00 di bawah Kerajaan Negeri. Selain itu, Tabung Bantuan Segera (TBS) bagi bantuan kecemasan kepada kes-kes yang berkelayakan dan layak menerima bantuan turut diwujudkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis. Dalam aspek kesihatan, mahasiswa yang memerlukan rawatan kesihatan boleh dirujuk ke Hospital Tuanku Fauziah. Bagi rawatan kecemasan, mahasiswa boleh mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma yang beroperasi 24 jam dan surat rujukan adalah tidak diperlukan bagi kes-kes kecemasan. Mahasiswa juga layak untuk mendapatkan rawatan secara percuma di mana-mana fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan hanya menunjukkan surat pengesahan pelajar atau kad pelajar. Bagi golongan yang kurang berkemampuan, bantuan kos rawatan tertentu akan dirujuk kepada Tabung Bantuan Perubatan melalui Unit Kerja Sosial Perubatan bagi bantuan psikososial dan kos rawatan akan dirujuk kepada agensi berkaitan atau pihak MAIPs bagi tujuan bantuan pembayaran kos. Sekian.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Santan di atas penjelasan yang diberikan berkaitan dengan kebajikan Kerajaan kepada mahasiswa berkaitan kewangan, perubatan dan juga kecemasan. Setelah saya mendengar penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat Santan, bentuk bantuan kecemasan yang saya maksudkan di dalam soalan ini sebagaimana saya terang kepada bahagian DUN, suasana apabila sesuatu yang berlaku kepada mahasiswa, pertama adalah musim COVID sebagai contoh. Apakah bantuan yang kita bagi kepada mereka sama ada dalam bentuk perubatan ataupun kecemasan? Saya bangkitkan soal ini kerana semasa COVID dulu, pelajar mahasiswa kita ini tercicir daripada mendapat bantuan makanan, bantuan kecemasan, perubatan dan sebagainya. Sama ada yang ada di dalam negeri Perlis ataupun yang berada diluar, pertama. Yang kedua soalan saya, apakah Kerajaan bercadang untuk memberi diskaun ataupun hapus kira kepada pelajar-pelajar mahasiswa yang cemerlang dari segi pinjaman mereka… mahasiswa yang cemerlang yang meminjam ataupun diberi biasiswa dihapus kira terus dengan kecemerlangan mereka? Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Guar Sanji di atas soalan tambahan. Yang pertama, mahasiswa yang terkesan pada COVID yang lalu, yang pertama bantuan dari sudut kewangan kita mendapat makluman bahawa ada agensi-agensi yang terlibat memberikan sumbangan kepada mahasiswa tersebut dari sudut bantuan kewangan dan juga bantuan keperluan asas… keperluan asas yang dihadapi oleh mereka, dan yang kedua dari segi pinjaman… pinjaman. Apa yang Yang Berhormat Guar Sanji utarakan tadi pihak Kerajaan Negeri akan teliti dan akan berbincang dengan pihak-pihak yang berkaitan tentang cadangan tersebut dalam usaha untuk memberikan galakan kepada pelajar-pelajar khususnya Negeri Perlis menyambung pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda ataupun Ijazah Sarjana seterusnya kepada peringkat seterusnya PHD, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 2.
(Soalan 2 : Apakah status projek Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) di hadapan Hotel Brasmana, Kuala Perlis dan langkah yang diambil untuk mengatasi perpindahan peniaga-peniaga ikan bakar di Medan Ikan Bakar di hadapan Hotel Brasmana, Kuala Perlis?)
Yang Berhormat Tuan Speaker, Berdasarkan kepada perancangan sedia ada, gerai-gerai makanan laut di Medan Selera Laman Brasmana akan dibangunkan semula untuk dijadikan dataran esplanade. Projek pembangunan dataran esplanade ini akan dilaksanakan oleh PKENPs dan turut melibatkan penempatan semula peniaga-peniaga Medan Selera Laman Brasmana iaitu medan ikan bakar ke lokasi berhampiran iaitu Kabin Kontena Komalaut 2 yang juga dibangunkan oleh PKENPs. PKENPs telah memohon projek Cadangan Membina
Semula Dataran Riadah Pesisir Pantai dan Menaik Taraf Siar Kaki Sedia Ada di Laman Brasmana Kuala Perlis, Perlis di bawah peruntukan RMKe-12, Rolling Plan 3 (RP 3) ke EPU, Jabatan Perdana Menteri (JPM). Dalam perkara berkaitan, proses perpindahan peniaga-peniaga Ikan Bakar di hadapan Hotel Brasmana ke tapak baru medan selera masih belum dapat dilaksanakan kerana isu Certificate of Completion and Compliance (CCC) daripada pihak Majlis Perbandaran Kangar (MPK) yang belum diperolehi, yang belum diperolehi. PKENPs telah melaksanakan penambahbaikan sebagaimana teguran pihak MPK melalui lawatan pemeriksaan projek untuk pengeluaran CCC dan kelulusan CCC dijangka akan diperolehi 15 Februari 2023. Untuk makluman, masalah CCC ini ada berkaitan dengan pembinaan oleh pihak yang berkaitan yang tidak memenuhi pelan asal yang diluluskan oleh MPK. Selain itu, terdapat juga isu tekanan bekalan air yang rendah dan gangguan bekalan di kawasan Kuala Perlis terutamanya di kawasan tumpuan pelancong. Perkara ini masih dalam perbincangan lanjut bersama pihak Syarikat Air Perlis (SAP). Untuk makluman, PKENPs telah menyediakan tambahan tangki air bagi menampung keperluan peniaga di kawasan tersebut. Bagi menyelesaikan perkara ini dalam jangka masa pendek, 13 peniaga yang masih aktif menyewa di Medan Selera Laman Brasmana daripada pihak MPK telahpun membuat penyelarasan dengan pihak PKENPs di mana mereka akan dipindahkan atau pun ditawarkan untuk penyewaan di Kabin Kontena Komalaut 2 yang dimiliki oleh PKENPs. Pihak MPK akan membantu proses perpindahan supaya ia berjalan lancar apabila pihak PKENPs bersedia untuk memulakan operasi Kabin Kontena Komalaut 2 kelak. Sekian.
Yang Berhormat Speaker, soalan tambahan. Sepertimana yang kita tahu, pihak-pihak peniaga ada menghubungi pihak saya apabila Majlis Perbandaran telah mengeluarkan notis perpindahan pada hujung bulan ni, di mana surat tu telah… notis telah dikeluarkan kepada semua peniaga-peniaga ikan bakar di kawasan berhadapan dengan Putra Brasmana Hotel. Yang menjadi kegusaran para peniaga-peniaga dan saya sendiri apabila kita melihat kawasan di situ agak terhad dan gerai yang telah dibina untuk perniagaan khususnya ikan bakar saya rasa terlalu kecil. Apabila terlalu kecil, dia menyukarkan peniaga-peniaga untuk berurusan semasa urusniaga berjalan. Jadi perkara-perkara macam ni seharusnya pihak Kerajaan dan juga pihak-pihak terlibat mengkaji dulu sebelum kita keluarkan notis dari segi kebajikan dan juga dari segi… apa nama… keperluan tempat yang akan diduduki oleh peniaga-peniaga tersebut. Jadi apabila berlaku macam ni, kita mendapat rungutan terlalu banyak… keadaan yang tak sempurna. Sampai hari ni, saya nampak antara dua agensi di antara Majlis Perbandaran dan juga Perbadanan ada sedikit… apa nama ni… maklumat yang kurang kepada peniaga-peniaga kerana dari segi Majlis Perbandaran telah mengeluarkan notis, tetapi apa nama… pihak Perbadanan mengatakan gerai tersebut telah siap sepenuhnya. Apabila pengunjung… apa nama… peniaga-peniaga ke tempat yang akan dipindahkan yang baru itu, ada sedikit, ada beberapa perkara-perkara yang tak diselesaikan. Jadi saya minta dan… apa nama ni… Kerajaan Negeri khususnya pemegang apa nama… portfolio berkaitan dengan ni tolong turun ke bawah, melihat sendiri keadaan yang berlaku. Kita tidak boleh…
Yang Berhormat sila… sila kemukakan soalan.
Soalan saya adakah perancangan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan badan-badan berkaitan memfokuskan kepada kebajikan dan juga apa nama… kesesuaian tempat dan juga saiz yang… di tempat yang disediakan? Terima kasih.
Yang Berhormat Speaker, terima kasih kepada sahabat saya daripada Kuala Perlis yang membangkitkan ataupun yang menimbulkan rungutan daripada pihak peniaga secara khusus yang bersangkutan dengan projek yang disebutkan tadi. Jadi, mewakili pihak kerajaan, saya ingin memberi jaminan bahawa kita sentiasa komited dalam meneruskan usaha berbincang dan libat urus yang terbaik lah di antara para peniaga dan juga pihak yang terlibat dalam pembangunan iaitu pihak MPK itu sendiri. Dan insya-Allah lepas ni bagi pihak EX… EXCO lah, saya… Kerajaan Negeri, kita akan turun untuk lebih menjiwai suara para peniaga ini, insya-Allah. Dan perbincangan saya rasa akan terus dilakukan oleh pihak MPK supaya kemudahan yang kita tawarkan itu dan sebarang permasalahan yang timbul akan diselesaikan dengan cara yang terbaik, insya-Allah. Terima kasih kepada Kuala Perlis.
Dipersilakan Yang Berhormat Beseri.
Yang… Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya nombor 3.
(Soalan 3 : Apakah status pembinaan Masjid Al Hakim Padang Malau? Adakah proses pembinaan masih ‘on track’?)
Yang Berhormat Tuan Speaker. Projek Masjid Al-Hakim Padang Malau dimulakan pada April 2021 dan dijangka siap pada April 2023. Buat masa ini, projek pembinaan tersebut di peringkat pembinaan struktur papan dan juga… papan lantai dan juga tiang di tingkat atas. Walau bagaimanapun, projek ini telah mengalami kelewatan dengan kemajuan sebenar 39% berbanding dengan kemajuan yang dijadualkan iaitu 55% bersamaan dengan kelewatan 57 hari. Jabatan Kerja Raya telah menjalankan sesi intervensi (tindakan pembetulan) pada 11 November 2022, dah… dan mengenalpasti punca utama kelewatan projek tersebut. Iaitu yang pertama kekurangan dan kesukaran kontraktor mendapat pekerja… menyebabkan aktiviti sangat minimum di tapak tersebut. Masalah kekurangan pekerja telah pun diatasi baru-baru ini. Bilangan pekerja telah bertambah kepada 20 orang pada Disember 2022 yang lalu dan dijangka bilangan pekerja akan bertambah lagi secara berperingkat untuk meningkatkan kemajuan di tapak. Selain yang kedua, ruang kerja yang terhad di kawasan projek tersebut memandangkan tapak dikelilingi oleh rumah-rumah penduduk kampung yang menyukarkan dari… dari aspek logistik dan kawasan simpanan bahan binaan. Di mengata… bagi menga… mengatasi masalah ini, pihak JKR akan memantau supaya kontraktor menyediakan dan memastikan bahan binaan adalah mencukupi supaya aktiviti pembinaan boleh berjalan dengan lancar. Pihak JKR juga mengambil inisiatif mengadakan mesyuarat pemantauan mingguan untuk memantau rapi perkembangan projek ini. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang.
Speaker, soalan nombor 4.
(Soalan 4 : Masalah perparitan di kampung-kampung sekitar Tambun Tulang telah menyebabkan berlakunya banjir dan peraka ini telah pun diajukan kepada pihak berwajib berkali-kali malahan bertahun-tahun. Apakah ada perbincangan untuk mengatasi masalah ini?)
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih sahabat saya dari Tambun Tulang. Insya-Allah suara saya okay kot hari ni, kelmarin dia hilang sat. Kerajaan Negeri melalui Fokus Belanjawan Tahun 2022 telah memperuntukkan perbelanjaan pembangunan bagi setiap kawasan Dewan Undangan
Negeri (DUN) dalam memastikan dasar-dasar dan inisiatif Kerajaan dapat dilaksanakan dan direalisasikan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM140,000.00 bagi melaksanakan kerja menaiktaraf longkang-longkang di kampung-kampung bagi DUN Tambun Tulang. Sepanjang tahun 2022, melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), kawasan yang berisiko banjir telah dikenalpasti bagi pelaksanaan projek menaik taraf longkang-longkang dengan menggunakan peruntukan DUN ini. Untuk kawasan Tambun Tulang, dia berada di dalam penyeliaan MADA. Memandangkan ia merupakan kawasan dalam jelapang padi, manakala JPS terlibat secara langsung dalam hal-hal isu berkaitan tebing sungai, masalah banjir sistem perparitan, struktur lintasan dan lain-lain perkara yang melibatkan kawasan luar jelapang MADA. Walau bagaimanapun, JPS sentiasa bersedia untuk memberikan input, pandangan teknikal serta tenaga kepakaran bagi menjaga kepentingan negeri Perlis secara keseluruhan. Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) memaklumkan kejadian banjir pertanian di kampung-kampung sekitar Tambun Tulang adalah disebabkan oleh keadaan tanah dan kadar aliran air yang meningkat di Sungai Kangar, kesan daripada turunan hujan. Ketika berlakunya hujan lebat, Sungai Kangar akan menerima kadar aliran air yang tinggi daripada kawasan tadahan di hulu untuk disalirkan ke laut melalui Sungai Perlis. Kawasan sawah padi… Kampung Behor Gelam, Kampung Alor Redis yang terletak bersebelahan dengan Sungai Kangar merupakan antara kawasan yang kerap mengalami banjir pertanian. Faktor keadaan tanah dalam, turunan hujan lebat serta keadaan aliran tinggi di Sungai Kangar menyukarkan air lebihan keluar melalui sistem perparitan sedia ada iaitu parit… parit banyak sangat ni… P1, Kepala 20, P2, P3, P4, P6 dan Kepala 60 yang kemudiannya disalirkan keluar ke Parit Sekunder ARBDr 4 sebelum masuk ke Sungai Kangar untuk menyumbang… menyumbang kepada kejadian pokok padi tenggelam. Dia ayaq banyak… sungai dia tala sekali gitu lah. Di antara tindakan MADA bagi meminumkan… me… meminum… minimumkan kejadian ini adalah seperti berikut. Satu… memi… meminimumkan… adalah seperti berikut. Satu, melaksana kerja-kerja pembersihan secara berkala iaitu empat kali setahun untuk parit-parit sekitar kawasan ini. Pihak MADA turut menyediakan kemudahan pam… saliran elektrik A35. Dan parit sekunder ARBDr 4 yang dapat membantu mengalirkan air saliran bendang secara terusan ke Arau… dia panggil ni saliran belakang, back drainage, kot belakang lah. Kedua, dalam tempoh jangka panjang dan berterusan, kerja-kerja nyahlodak untuk parit sekunder dan tersier perlu dilaksanakan pihak MADA untuk berpandangan keadaan fizikal Sungai Kangar yang uzur sukar mengalirkan air ke laut kerana melibatkan air pasang surut laut. Kerja-kerja untuk menstabilkan dan membaikpulih cerun sungai ini perlu dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian banjir berterusan seterusnya memberi kesan kepada penduduk dan pesawah. Ketiga, pihak MADA bersedia untuk bekerjasama dengan lain-lain agensi berkaitan untuk berbincang dengan lebih lanjut bagi mengatasi permasalahan ini dari semasa ke semasa. Dalam perkara berkaitan, Jabatan Kerja Raya (JKR) juga telah melaksanakan Kerja-Kerja Rutin Menyenggara, Membersih dan Mencuci Parit Serta Lain-Lain Kerja Yang Berkaitan Di Jalan Tambun Tulang (R4) bagi tempoh dua (2) Tahun. Pusingan pertama bagi kerja mencuci parit ini telah dilaksanakan pada bulan Julai 2022. Dan jangkaan pusingan kedua akan dilaksanakan pada bulan Januari 2023. Dua kali lah. Kerja-kerja menyelenggara, membersih dan mencuri… mencuci parit ini dilaksanakan secara berkala enam bulan sekali bagi menangani isu parit, longkang tersumbat dan mengakibatkan banjir yang berpunca dari parit tepi jalan. Agensi jabatan kerajaan merangkum JKR, MADA, JPS, BPD dan MPK akan sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama, komitmen dalam menangani dan menyelaras isu berkaitan banjir yang terjadi di kawasan Tambun Tulang amnya di negeri Perlis. Okay, terima kasih.
Speaker, soalan tambahan. Selepas saya mendengar penjelasan daripada YB Titi Tinggi, saya… nak bertanya sebab apa ramai sebenarnya yang daripada Tambun Tulang yang menyampaikan aduan kepada saya terutama petani, pesawah dan sebagainya. Antara… perkara-perkara yang dibangkitkan adalah isu persempadanan bidang kuasa. Macam contoh tadi… Titi Tinggi ada sebut, bidang kuasa MADA… kan. Tapi apa yang berlaku di luar sana ialah apabila rakyat ataupun penduduk di Tambun Tulang melakukan ataupun mengajukan aduan ke mana-mana agensi contoh agensi A, agensi A akan suruh pi kepada B, B akan suruh pi kepada A, A akan suruh pi kepada B, ulang situ last sekali depa pun fed-up. Jadi, ini yang… ini yang saya minta. Kalau boleh isu persempadanan bidang kuasa ini, kita strukturkan kembali, kita elokkan kembali agar dapat di… di… di tambah baik dan mudahkan urusan rakyat itu. Dan saya nak tanya, apakah kaedah-kaedah yang dapat kita lakukan untuk mengekang daripada isu ini berterusan? Terima kasih.
Terima kasih Tambun Tulang. So, maaflah yang tadi tersasul sikit Tambun Tulang no… sat gi suruh ulang balik. Okay berkenaan kaedah tu, saya ada turun daripada JPS sendiri… JPS saya tak jumpa lagi, mungkin saya jumpa dengan SAP dan JKR sendiri, memang ada. Dari segi keadaan tu, tapi kadang… depa satu… kita… saya akan cuba buat satu perjumpaan, semua-semua jabatan kita cuba selaras. Ataupun tiap-tiap daripada ADUN sendiri pun boleh bagi bersama… kita sama-sama kita susun balik. Memang ada. Saya pun dari segi… saya tengok dari kawasan kampung saya pun kadang-kadang ada jalan yang… untuk… daripada daerah, ada jalan untuk persekutuan, ada jalan federal. Dia terhad, seperti macam Tambun Tulang cakap tu memang… dia ada juga pertindihan antara… antara… antara jabatan. Tapi, dari segi kita nak selari, kita akan bersama-sama semua jabatan, kita cuba selaraskan balik, kita susun balik yang mana… yang mana elok, yang mana tak ni lah… bagi kita faham keadaan dia. Terima kasih Tambun Tulang.
Dipersilakan Yang Berhormat Kayang.
Bismillah Walhamdulillah. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 5.
(Soalan 5 : Bagaimanakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menaik taraf sistem saliran di bendang bagi membantu para pesawah mendapatkan hasil padi yang optimum?)
Yang Berhormat… Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Kayang yang mengajukan soalan pada sesi pagi ini. Pengurusan air yang cekap dan sistematik menjadi antara faktor yang dapat membantu meningkatkan hasil secara umum secara optimum. Di Kawasan Muda negeri Perlis, terdapat 23 blok pengairan secara keseluruhan. Tujuh blok pengairan telah pun dilengkapi dengan sistem pengairan tersier yang dibangunkan di bawah Projek Muda II sejak 1979 sehingga 1987. Usaha berikut dilaksanakan oleh pihak MADA bagi menaik taraf sistem pengairan dan saliran padi bagi meningkatkan kecekapan pengurusan air di Kawasan Muda, melengkapkan keseluruhan blok pengairan, bagi menaik taraf sistem pengairan… melengkapkan sistem pengairan baki 16 blok di Kawasan Muda dengan sistem pengairan tersier melalui Projek Pemacu Pertanian 3P. Pembangunan sistem tersier akan dapat meningkatkan kepadatan infrastructure daripada 18 meter sehektar kepada 30 meter sehektar. Kedua, sehingga kini, dua blok telah siap dibangunkan, empat blok sedang dalam pembinaan, enam blok dijangka dibangunkan dalam tempoh RMKe-12 dan empat blok lagi akan dibangunkan dalam tempoh RMKe-13 dan yang ketiga, melaksanakan penyelenggaraan di antara infrastructure pengairan di kawasan sawah padi MADA melibatkan kerja-kerja seperti pembersihan saluran air, pemulihan dan pengubahsuaian structure, penyelenggaraan jalan ladang dan sebagainya. Pelaksanaan kerja-kerja ini menggunakan pakai peruntukan mengurus tahunan agensi yang tersedia. Manakala, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis (JPS) pula melaksanakan tindakan-tindakan seperti yang berikut. Pertama, menaik taraf infrastructure pengairan di kawasan luar MADA dengan menggantikan sistem pengairan sedia ada yang telah uzur dari longkang V ke longkang U sepanjang 120,000 meter dari 1,402… 892 meter panjang keseluruhan longkang yang melibatkan 33 buah skim pengairan. Yang kedua, mengganti dan menaik taraf 54 buah Struktur Ibu Bekalan ya ini Belat yang telah uzur daripada 95 buah secara berperingkat. Yang ketiga, memohon peruntukan untuk menaik taraf kepada skim pengairan dan dua skim pengairan baru telah diluluskan peruntukan iaitu Skim Pengairan Titi Tinggi Fasa 2 dan Skim Pengairan Panggas Sungai Serai dengan jumlah RM50.0 juta di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi menjamin sistem pengairan dan saliran yang sempurna kepada petani di luar kawasan MADA. Yang keempat, menyelenggara 107,062 meter panjang tali air tanah, dalam dan luar kawasan skim pengairan yang melibatkan 10,166 hektar sawah kawasan luar MADA dan yang kelimanya, melaksanakan kaedah pengawalan pelepasan air secara berjadual bagi membantu para pesawah mendapatkan hasil padi yang optimum. Manakala, Jabatan Pertanian Negeri telah melaksanakan tindakan-tindakan seperti yang berikut. Satu, mewujudkan 3 Projek Padi Pintar iaitu melibatkan Kampung Panggas Besar, Chuping Kampung Belukar, Beseri dan Kampung Padang Siding, Arau sebagai projek perintis yang bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran hasil padi ke arah 8 metrik tan per hektar dengan memberi penekanan kepada amalan agronomi dan kerja-kerja menaik taraf infrastructure sawah seperti sistem saliran sedia ada secara berperingkat. Yang kedua, membangunkan sistem saliran meliputi pemasangan kok U dan kerja mencuci parit tanah melibatkan kawasan projek padi pintar, kelompok padi Santan Baroh, Selatan serta kelompok padi Hutan Lembah, Oran seluas 618.41 hektar. Jabatan juga memberi keutamaan bagi kerja menaik taraf infrastructure selarin… saliran di kawasan yang terlibat dengan Skim Kecil (JPS) dengan kerjasama pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis dan yang ketiganya meningkatkan aktiviti pengembangan dengan menggalakkan petani mematuhi jadual aktiviti tanaman berdasarkan manual Rice Check dan penumpuan bagi kawasan berpotensi serangan penyakit dan perosak. Sekian.
Soalan Tambahan.
Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.
Yang Berhormat Speaker, soalan tambahan… Guar Sanji. Terima Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Berhormat Simpang Empat di atas penjelasan berkaitan dengan projek-projek dan juga tindakan kerajaan naik taraf sistem saliran di bendang, di seluruh kawasan yang terlibat. Saya nak berkongsi sedikit dan juga akan bertanya berkaitan dengan projek tersier yang dibuat di dalam DUN Guar Sanji khususnya, bila projek ini dilaksanakan pada tahun 2021 kalau tak salah saya dan dijangka siap pada tahun 2023… tahun depan. Apa yang mendukacitakan, atas kertas ataupun teorinya cantik, tetapi di tapak… di tapak pelaksanaannya tidak cantik, maknanya tidak berjalan seperti yang dirancang. Sebagai contoh, satu longkang yang diguna tidak mengikut spec yang ditetapkan oleh MADA. Ini dari JPS lah, projek ini bawah JPS yang tidak mengikut spec yang ditetapkan MADA. Sebagai contoh, MADA kalau dengan orang kampung, dia minta nak buh longkang melintas kampung, kok tu… kok tu… longkang tu mesti kena 6 kaki… 5 ke atas… tetapi JPS letak kurang daripada tu. Menyebabkan air tak boleh keluar dengan cantik, dia kecik. 3 ke 4 kaki saja. Satu… yang kedua, projek yang dilaksanakan itu atas kertas cantik tapi tidak berlaku di tapak sebagai contoh, air masuk… daripada… tingkat… daripada… tindakan awal air masuk kot depan, keluar kot belakang. Masuk kot atas, keluar kot bawah, tetapi bila dilaksana tak menjadi sebagaimana yang dia rancang. Bila saya semak balik rupanya tidak ada perbincangan dengan tuan tanah ataupun penduduk kampung yang Kerajaan terpaksa masuk kot depan air dan keluar kot depan juga. Jadi persoalan saya, apakah projek tersier ini dipantau oleh jabatan, agensi berkaitan dari masa ke semasa? Adakah di sana berlaku penyelewengan? Minta kok lain, longkang lain, tapi mai saiz kecil, satu. Yang kedua, apakah perbincangan serapi, sebaik, se-detail, sebaiknya dengan orang kampung, jadi hat ni yang saya terima. Jadi, saya mohon penjelasan daripada EXCO yang berkaitan ataupun boleh memberi jawapan selepas ini, insya-Allah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam masalah parit tersier di… yang berlaku di Guar Sanji ni. Apabila dimaklumkan… terima kasih pada YB Guar Sanji yang kemukakan perkara ni… Oleh kerana perkara ni perkara baru lah bagi saya., saya minta saya akan bagi jawapan secara bertulis kelak, selepas saya akan buat siasatan dengan pihak-pihak yang berkenaan atas perkara ini dan apa yang perkara bangkitkan memang suasana… kalau beginilah suasananya, aliran air masuk seperti yang berlaku, bermakna sistem ni tak… tak… tak… tak… tak baik lah na. Jadi konsep kita, kita nak buat aliran air tu masuk di depan keluar ke belakang, tapi walau bagaimanapun, insya-Allah kita akan ambil tindakan… ambil maklum balas selepas ini. Sekian, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 6.
(Soalan 6 : Apakah tindakan yang akan dilakukan Kerajaan Negeri untuk mengembalikan semula kegemilangan bola sepak dan memperkembangkan sukan anak-anak muda di negeri Perlis?))
Yang Berhormat Tuan Speaker, Kerajaan Negeri sentiasa peka dengan pengembangan sukan bola sepak dan bakat anak muda. Antara tindakan yang telah dirangka untuk memartabatkan sukan bola sepak di Perlis ini iaitu penganjuran Liga Bola Sepak Perlis 2022 (LBSP22). Penganjuran liga ini telah dianjurkan dengan jayanya pada tahun 2022 sepanjang bulan Februari hingga Mac. Seramai 400 orang anak muda negeri telah disediakan platform untuk mengembangkan bakat sukan bola sepak ini serta diberi pendedahan untuk menguruskan pasukan dan liga secara profesional mengikut standard setaraf dengan anjuran Amatuer Football League (AFL). Pada tahun hadapan, penganjuran Liga Bola Sepak Perlis 2023 ini akan diperkukuhkan dengan beberapa inisiatif tambahan antaranya yang pertama permohonan kebenaran rasmi daripada pihak AFL, Amatuer Football League untuk diiktiraf sebagai Liga M5. Pengiktirafan ini akan membolehkan Liga Bola Sepak Perlis 2023 diiktiraf dan dijalankan secara rasminya di bawah pemantauan AFL yang merupakan badan induk yang diberi kuasa menguruskan liga di peringkat amatur. Yang kedua pengiktirafan ini juga memberi peluang kepada pasukan yang bermain di liga ini untuk mendapatkan tempat bersaing di Liga M4. Selain itu, yang ketiga penganjuran LBSP23 akan disediakan format pertandingan yang lebih baik dalam usaha memberi lebih peluang bermain kepada pasukan dengan jumlah pasukan juga akan ditambah. Dan yang keempat aspek penajaan liga juga akan diperkukuhkan melibatkan syarikat tempatan yang akan diberi peluang dalam platform pemasaran sepanjang tempoh liga berlangsung. Dan yang kelima untuk memastikan liga ini dianjurkan dengan lebih baik maka aspek fasiliti dan kepengadilan akan diberi perhatian yang lebih baik.
Bagi perkembangan sukan bola sepak di Perlis di peringkat awal, Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) telah dilaksanakan. Terdapat dua Akademi Tunas, yang pertama di kawasan Arau, di Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah dan Akademi Tunas Kangar di Sekolah Kebangsaan Behor Empiang di bawah usia 12 tahun. Selepas Akademi Tunas tersebut, pusat terbabit selepas mereka bermain di Akademi Tunas pada usia 13 tahun, terdapat tiga Pusat Latihan Daerah (PLD) disediakan. Di kawasan… di kawasan Kangar PLD Kangar di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, PLD Arau di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin dan di PLD Padang Besar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Jaafar Hassan. Hasil daripada PLD ni ataupun pembangunan akar umbi ini, seramai tiga orang pemain mudia… muda telah diserapkan ke Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Pahang… di Pahang dan pada tahun ini dan menjadikan sehingga kini, seramai 11 orang pemain Perlis, anak-anak Perlis yang berada di Akademi Mokhtar Dahari tersebut.
Kerajaan Negeri juga tidak mengabaikan program sukan-sukan lain yang diberi berdasarkan kepada Pelan Pembangunan Sukan Negeri Perlis 2022 – 2026. Antara tindakan yang diambil dan akan dilaksanakan untuk terus memastikan dan meningkatkan pembangunan sukan negeri merangkumi yang pertama, Program Sukan Jelajah Komuniti dan Program Sukan Jelajah yang bertujuan untuk mencari bakat baru dan dari kalangan pelajar sekolah dan juga Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang ada di Perlis ni merangkumi sukan tinju, sepak takraw, olahraga, petanque, memanah, berbasikal dan lain-lain. Yang kedua, Program Liga Sukan Rakyat dianjurkan untuk menyediakan platform kepada anak muda negeri ini untuk menyertai pertandingan yang kompetitif dan mengikut standard khusus bagi sukan-sukan yang popular di kalangan rakyat. Jadi tahun Oktober… pada tahun ini Oktober 2022, Kerajaan Negeri telah menganjurkan Pesta e-Sukan Perlis yang telah disertai oleh lebih daripada 268 orang anak muda dan yang ketiga Program pencarian bakat yang… yang bersasar dan terus-menerus merangkumi Program Bakat untuk atlet bersekolah rendah, Program Pelapis yang… untuk atlet bersekolah menengah, dan juga Program Khas Young Lions untuk atlet berpotensi meraih podium dan Program Elit untuk atlet persediaan ke temasya sukan atau pun SUKMA. Pada tahun 2022, sebanyak 34 program sukan telah dianjurkan merangkumi kejohanan, liga, klinik, seminar, majlis rasmi dan kem atlet tersebut antaranya pertama Kejohanan Petanque Double Utara pada bulan Januari, yang kedua Klinik Sukan Memanah Program Bakat Negeri Perlis, ketiga Seminar Refresher Sempena Liga Bola Sepak Perlis 2022 dan Program Sukan Jelajah Komuniti DUN Guar Sanji pada bulan Januari yang lalu, sekian, terima kasih.
Soalan tambahan, Speaker. Saya ada satu soalan berkenaan dengan sukan bola sepak dan juga sukan-sukan lain yang mana kita dapat lihat perkembangan sukan di negeri Perlis yang mana kita tengok daripada awal… daripada didikan awal di sekolah, kita dapat tengok memang penekanan… ataupun kita banyak memberi perhatian kepada atlet-atlet ini, namun apa yang menjadi persoalan ialah selepas habis sesi persekolahan, contoh kalau bola sepak selepas bawah 18, mereka ini kebanyakannya bertebaran. Jadi saya nak tanya, apakah langkah… langkah-langkah dalam menjaga atlet-atlet ataupun ahli-ahli sukan yang mana datangnya dari negeri Perlis ini dalam… apakah usaha kita dalam membantu untuk mengembangkan karier-karier ataupun karier… sukan mereka? Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih pada sahabat saya Tambun Tulang di atas soalan yang dikemukakan. Yang pertama, sukan merupakan perkara yang semestinya pentinglah kepada khususnya golongan anak muda. Yang keduanya dari segi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tambun Tulang tadi, selepas umur 18 tahun ke mana arah tuju mereka, dan hasil daripada perbincangan yang telah dibuat, mesyuarat yang telah dibuat bersama Majlis Sukan Negeri Perlis, dari segi akademik atlet-atlet yang ditempatkan di… apa… di asrama dan juga selepas daripada itu lah… selepas 18 tahun, maka yang pertama… mereka mampu untuk menyambung pengajian di negeri Perlis, di universiti-universiti yang ada di negeri Perlis sama ada UniMAP, UiTM, Politeknik dan seumpamanya. Dan hasil daripada mesyuarat tersebut, wakil daripada reaktor UiTM Perlis telah pun memberikan satu galakan yang baik iaitu pihak UiTM memberi laluan khusus kepada anak-anak Perlis terutamanya atlet lah untuk mohon menyambung pengajian mereka di… di UiTM Perlis. Yang kedua, dan juga mungkin universiti-universiti lain contohnya mereka mohon untuk menyambung pengajian universiti-universiti yang ada dalam negara kita ni, tak dapat, maka institusi pengajian yang ada di Perlis ni boleh menawarkan, dan pihak MSN boleh berbincang dengan pihak UniMAP, pihak UiTM dan juga Politeknik dan seumpamanya untuk memberikan peluang pendidikan seterusnya kepada mereka, bukan sahaja mereka cemerlang dari sudut sukan malahan sudah pasti mereka akan cemerlang dari segi dari sudut pencapaian akademik, dari segi mungkin mereka mampu untuk berada… diploma sambung lagi ijazah… ijazah sarjana dan seterusnya. Jadi peluang ini telah pun ada dan kita, bagi pihak Kerajaan Negeri, akan melihat secara tuntas dan juga secara serius perkara ini supaya keciciran anak-anak Perlis lah khususnya tidak lagi berlaku sepertimana yang ada sebelum ni. Terima kasih Speaker.
Soalan tambahan…
Tadi YB Guar Sanji dah bagi dah, biar YB Beseri pula. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan. Berkaitan bola sepak ni ia amat menarik lah. Sebab kita merindui suasana kegemilangan bola sepak zaman Phillimon Chepita dan… dan Zachariah Simukonda dulu kan… banyaklah yang kita tengok tokoh-tokoh yang ada. Sebenarnya saya yakin kita dapat membina kembali kegemilangan bola sepak ni jika kita uruskan dengan urus tadbir dengan baik kerana apa, apabila kita lihat sebenarnya ramai pakar-pakar bekas pemain-pemain di zaman kegemilangan bola sepak Perlis tu ada di Perlis. Contoh-contoh… contohnya adalah goalkeeper kan, Amran Omar, Khairi defense dan… dan sebagainya dan kita… kita nampak juga selalu Yusri Che Lah ada di Perlis. Jadi, mungkin kita boleh susun, kita boleh atur dan kita libatkan pakar-pakar, bekas-bekas player yang saya yakin mereka ini ada hat… ada… ke… keinginan dan juga semangat untuk bangkitkan kembali Sin… Singa Utara di persada liga ni. Jadi mungkin kita boleh susun…
Soalan, YB. Soalan.
Ya soalannya adalah, bagaimana kita nak menggembleng pakar-pakar yang ada dan juga pelabur-pelabur yang ingin melabur di dalam arena sukan ni supaya sukan bola sepak ni menjadi keutamaan dan juga kita dapat kembalikan kege… kegemilangan ngauman Singa Utara sepertimana yang ada di dalam tawaran Perikatan Nasional? Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Beseri di atas soalan tambahan tentang tadi. Apa yang dicadangkan Yang Berhormat Beseri insya-Allah kita akan selaraskan dan juga laksanakan perkara tersebut dan itu juga merupakan satu cadangan yang baik untuk kita sama-sama menggembleng kepakaran, menggembleng idea untuk memastikan bukan sahaja sukan bola sepak malahan sukan-sukan lain yang lain di negeri Perlis ni maju ke depan dan lebih cemerlang lah. Dan dalam Pelan Sukan 2022-2026 telah pun ditekankan aspek sebab apa perlunya dibuat pelan tersebut dan untuk memastikan agenda sukan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Antara tujuan pelan ini… perancangan pembangunan sukan negeri adalah… tujuan utama pelan rangka untuk memacu kemajuan sukan di negeri ini… yang pertama. Yang kedua, menjulang nama negeri dalam bidang sukan di peringkat kebangsaan. Dan insya-Allah, dalam usaha untuk mengembalikan sukan bola sepak ataupun sukan-sukan yang lain ni tak dapat tidak lah. Pengalaman orang-orang lama itu akan kita ambil dan juga kita ketengahkan untuk memastikan pihak Kerajaan akan sama-sama membantu ke arah cemer… mencemerlangkan bola sepak dan juga sukan di negeri Perlis ni, terima kasih.
Soalan tambah Yang Berhormat Speaker, berkaitan dengan bola ni. Orang muda dia minat bola. Terima kasih Yang Berhormat Santan berkaitan… di atas penjelasan berkaitan dengan yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perlis tentang status sukan bola ni. Untuk melahirkan pemain-pemain yang disebut oleh Yang Berhormat Beseri, player-player yang hebat dulu dan mengharumkan nama negeri Perlis, sudah pasti sokongan dan juga dukungan dari pelbagai pihak untuk melahirkan pemain-pemain untuk mengharumkan nama Negeri Perlis pada masa akan datang. Dulu orang main bola, budak-budak sekolah main bola di sekolah, kita orang kampung pun main bola di sekolah. Harini oleh kerana prasarana tu tak ada, orang main bola di internet, e-sport dan sebagainya yang menyebabkan suasana tradisional tu tak ada dah. Disebabkan kita tidak ada sokongan, seperti sekolah, hari ini dah tidak boleh bagi dah orang main di padang sekolah. Jadi, anak-anak kita tak ada tempat permainan. Habis main dalam rumah, main game dengan kawan. Jadi apakah usaha kerajaan untuk mempermudahkan perbincangan di antara Jabatan Pendidikan, Sukan, MSN untuk permudahkan anak-anak kampung kita di bawah tu main bola menggunakan padang sekolah, menggunakan padang sedia ada untuk kita melahirkan pemain-pemain di pada masa yang akan datang? Mohon respons.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Orang yang minat bola ni Dewan ni. Insya-Allah sama-sama lepas ni kita boleh kot bawa team Yang Amat Berhormat Menteri Besar lawan dengan team Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah kan. Baik, kepada soalan yang diajukan tadi, yang pertama sudah pasti lah, dalam proses untuk melahirkan suatu perkara itu dia perlu kepada faktor sokongan, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Guar Sanji tadi, yang pertama kewangan sudah pasti lah. Yang kedua, pengurusan… pengurusan dan juga urus tadbir persatuan ka, majlis dan seumpamanya, dan yang ketiganya insya-Allah bagi pihak Kerajaan Negeri kita akan melihat tempat-tempat yang ber… berpotensi. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Guar Sanji tadi, sebelum ini kita… di… di setiap Parlimen lah kita kata, kita ada dewan, kita ada padang. Cuma ada padang yang kita dok main dulu dah jadi semak samun, maka bagi pihak Kerajaan Negeri kita dalam usaha untuk cuba mengenalpasti tempat-tempat ataupun padang-padang yang dulunya menjadi sejarah juga nostalgia bagi bola sepak ni. Kita akan melihat dari sudut keadaan padang dan kalau perlu, kepada naik taraf. Kita akan naik taraf untuk memastikan anak-anak muda lah khususnya, bukan anak muda saja lah, golongan veteran juga yang ada roh ataupun yang ada bakat yang terpendam kita akan sama-sama bantu untuk menjayakan perkara tersebut dan mungkin kita boleh sasarkan satu Parlimen satu padang… padang bola untuk sama-sama kita jayakan misi juga matlamat tersebutlah. Sekian, Yang Berhormat Speaker.
Dewan ditempohkan sebentar dan akan disambung semula pada jam 10.30 pagi.
(Persidangan ditempohkan sementara pada jam 10.02 pagi)
(Persidangan disambung semula pada pukul 10.30 pagi)
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula.
Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2023 dan Rang-Undang-Undang Perbekalan Tahun 2023Motion
Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2023 dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2023.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Usul Anggaran Pembangunan Tahunan 2023 dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2023 dibuka untuk perbahasan secara dasar. Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahi rabbil ‘alamin, wassalatu wassalamu ‘ala asyrafil mursalin, waala alihi wasahbihi ajmain. Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perlis, seluruh Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis, seluruh ketua-ketua jabatan dan agensi, pegawai-pegawai serta bentara Dewan yang hadir pada pagi ini. Terlebih dahulu syukur kepada Allah S.W.T di mana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat sama-sama kita bersidang pada hari yang ketiga untuk berbincang dan berbahas berkaitan dengan Bajet Negeri Perlis bagi tahun 2023 pada pagi ini. Terlebih dahulu di kesempatan yang ada pada pagi ini, dahulu ucapan saya nak ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Speaker kerana telah dilantik menjadi Speaker Dewan Undangan di negeri Perlis bagi Dewan Undangan Negeri perlis yang Ke-15. Saya juga mengambil ucapan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sanglang kerana telah dipilih dan diangkat menjadi Menteri Besar Negeri Perlis pada PRU yang Ke-15 ini, dulu Yang Berhormat bersama dengan saya di barisan ini sebelah dengan saya, hari ni Yang Berhormat menang besar. Alhamdulillah dia duk sana, saya masih di sini untuk bersama-sama dengan Kerajaan untuk membantu apa yang patut, insya-Allah. Yang penting saya nak pesan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya mentadbir dan mengurus Negeri Perlis ini dengan kepimpinan diri sendiri, tidak dikawal ataupun dikuasai mana-mana pihak dalam membuat keputusan dan mesti menguasai apa yang kita tadbir di negeri Perlis ini, insya-Allah, untuk melihat sesuatu keputusan yang baik dan jelas untuk memakmurkan negeri Perlis ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada barisan EXCO kerana telah dipilih untuk menguasai pentadbiran Negeri Perlis dalam menjalankan dasar-dasar Kerajaan Negeri Perlis dan barisan EXCO mestilah lebih peka dan lebih agresif serta proaktif dalam membantu Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyelesaikan masalah yang begitu banyak di Perlis, tetapi diurus dengan baik. Oleh kerana itu, barisan EXCO jangan berada di Dewan, jangan berada di pejabat, mestilah ke pejabat-pejabat agensi berbincang ke tapak untuk melihat masalah yang ada, yang sekian lama 40 tahun yang ditinggal, diwariskan UMNO kepada kita. Kemudian kepada barisan-barisan Yang Berhormat saya mengucapkan tahniah kerana telah pun berjaya memenangi PRU Ke-15 dengan jaya dan gemilang dengan mendapat majoriti yang tertinggi… majoriti yang tinggi… cuma Kuala Perlis, hah… 153… dia berdepan dengan calon yang hebat, anak muda. Jadi dia pun hebat jugak dan hari ni dia menang dan duduk bersama-sama kita di Dewan Undangan Negeri Perlis pada tarikh ini. Cuma kita ucap takziahlah kepada UMNO kerana tidak ada sorang wakil pun daripada mereka untuk berbahas dan berada di Dewan Undangan Kelima Belas pada kali ini. Itulah UMNO…
Saya nak buat pembetulan sikit, bukan UMNO, Barisan Nasional sebab UMNO tak masuk Pilihan Raya.
Baik, terima kasih Yang Amat Berhormat. Jadi, Barisan Nasional kerana dia tidak menang di negeri Perlis kerana keegoan mereka… kesombongan mereka yang menyebabkan mereka dihukum oleh seluruh rakyat negeri Perlis dan rakyat di negeri-negeri yang lain. Itulah sebab kita ajak bersama sebelum ini, berapa kali di Dewan Undangan ini, tegas bahawa muafakat kita jika kita bawak bersama, insya-Allah akan menguntungkan seluruh rakyat… seluruh penduduk rakyat di negeri Perlis dan juga negara Malaysia.
Yang Berhormat Speaker, saya memulakan perbahasan Bajet Negeri Perlis tahun 2023 dengan firman Allah S.W.T., (Yang Berhormat Guar Sanji membacakan ayat Al-Quran, Surah al-Qasas, 28:23)
yang bermaksud, “Salah sorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah ambillah dia menjadi orang upahan mengembala kambing kita. Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah mengambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah.”
Yang Berhormat Speaker, dalam kepimpinan ini, melalui ayat tersebut, Allah S.W.T. tegaskan bahawa pemimpin yang baik mestilah menpunyai ciri yang pertama… iaitu kuat, cerdik, cepat dan yang kedua berintegriti ataupun beramanah. Jadi hari ini kita dipilih oleh rakyat untuk menjadi pimpinan peringkat negeri dan menjadi wakil rakyat di seluruh negeri Perlis. Sudah pasti sifat yang disebut di dalam Al-Quran… cerdik, kuat bekerja ini… mengurus hal ehwal rakyat mestilah kita laksanakan dengan sebaik mungkin, apatah lagi kita diamanah dengan tanggungjawab yang besar untuk memikul amanah setiap bahu pengundi-pengundi rakyat yang ada di negeri Perlis ataupun di DUN kita masing-masing. Sebab itu apabila kita disebut dengan integriti, amanah untuk mengurus duit mengurus harta, mengurus kuasa yang diberikan kepada kita sudah pasti kita kena laksanakan, tunaikan kepada rakyat kerana kita akan berdepan dengan Allah S.W.T. suatu hari nanti, insya-Allah.
Yang Berhormat Speaker, mengambil ucapan dan kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sanglang kerana telah pun berjaya membentang Belanjawan Negeri Perlis bagi tahun 2023 dengan tema “Merangka Perubahan, Menjana Kestabilan, Mendepani Cabaran” dengan satu peruntukkan yang banyak, RM293.36 juta berbanding tahun lepas sebanyak RM309 juta lebih dengan anggaran hasil yang akan dikutip pada tahun 2023, RM112.23 juta. Walaupun kita melihat di sini, Bajet Negeri Perlis ini setiap tahun termasuk tahun depan ada defisit… yang sebanyak lebih kurang tahun depan 68.1% ataupun 0.8% berbanding tahun 2022, ini biasa berlaku sebab negeri kita sebuah negeri yang tidak ada mempunyai sumber pendapatan yang banyak, yang kukuh, menyebab kita terpaksa belanja lebih tinggi daripada pendapatan negeri kita. Yang penting ialah kita mesti pandai mengurus, pandai berbelanja, berjimat cermat dalam setiap duit ataupun wang kupang yang kita belanja di peringkat negeri Perlis ini.
Yang kedua Yang Berhormat Speaker, dalam ucapan perbahasan ataupun ucapan Yang Berhormat Sanglang berkaitan beberapa teras yang dia gariskan kemarin, cuma saya nak fokus kepada teras yang pertama berkaitan dengan peningkatan ekonomi melalui pelaburan. Jadi sebagaimana kita maklum bahawa pakar-pakar ekonomi Malaysia, pakar ekonomi luar negara menyatakan bahawa tahun 2023 ialah tahun begitu mencabar bagi ekonomi Malaysia… seluruh dunia di mana kita akan berdepan dengan situasi begitu dahsyat apabila kekurangan bekalan makanan ataupun berlaku inflasi menyebabkan kita pun akan terkesan. Oleh kerana itu, 2023 merupakan tahun yang begitu mencabar. Kerajaan Negeri Perlis mestilah mewujudkan hubungan komersial ataupun hubungan perdagangan dengan negeri-negeri yang ada di dalam Malaysia khususnya negeri yang dipimpin oleh Perikatan Nasional. Kita ada Kedah, bincang elok-elok dengan Kedah kan, kita ada Kelantan, negeri yang berpengalaman memerintah, kita ada Terengganu, negeri yang ada berpengalaman memerintah… bagaimana mengawal aset, bagaimana menjana pendapatan dan memberi manfaat kepada rakyat. Jadi negeri Perlis kena belajar juga dengan mereka. Begitu juga kita kena meluas hubungan perdagangan dengan negara serantau, negara yang terdekat dengan kita… Thailand kan, negara jiran, negara Brunei Darussalam. Apakah kita tidak berminat melabur dengan sebuah negara yang begitu kaya dengan hasil masyhurnya, menggunakan mata wang Dolar? Jadi tuan-tuan yang dirahmati Allah S.W.T., ini benda-benda yang kita perlu buat perubahan, menerima apa sahaja pandangan. Selain itu kita boleh meningkatkan hasil cukai sebagaimana yang disebut Yang Berhormat Sanglang berkaitan dengan pendapatan negeri Perlis salah satunya bergantung pada… pada cukai. Jadi kita perlu memperkemaskan… mengemaskini sistem percukaian kita dan juga mengutip cukai-cukai yang ada. Kita kena kemaskini balik status-status tanah yang mungkin dibuat perniagaan atas itu tetapi tidak ditukar milikan tersebut. Tanah-tanah pertanian sedangkan dia berniaga, dia buka syarikat, pendidikan dan sebagainya, tanah dan kemudian bangunan-bangunan yang didirikan oleh pihak PKENPs, Pembangunan Ekonomi Perlis, boleh kita serah kepada pihak tertentu untuk kita dapatkan cukai yang lebih banyak, sebab ini yang dibuat oleh negeri-negeri yang tidak ada pendapatan. Jadi kita boleh kemaskan bilik ini semua supaya kita mendapat pulangan yang lebih baik pada masa akan datang.
Kemudian yang ketiga kita perlu persiapkan siap sediakan pasaran baru untuk kita tarik para pelabur untuk datang ke negeri Perlis. Sebagaimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang lalu, Perlis sekarang dalam persediaan dan telah melakukan persiapan untuk membawa pelabur negeri Perlis melabur di Perlis dan kita, Kerajaan Perikatan Nasional, mesti menguruskan apa yang telah dirintis oleh Kerajaan dulu. Yang baik, kita terus dan yang tidak baik kita nilai semula untuk kita menyakinkan para pelabur untuk bersama-sama dengan kita pada kali ini. Insya-Allah 5 tahun tak lama… 5 tahun yang diberikan oleh rakyat tidak lama kepada kita. Sebab itu, sebulan yang lalu telah kita tinggalkan apa yang telah kita dah dapat, kita akan masuk bulan kedua, tahun pertama, tahun kedua, lima tahun yang akan datang… begitu cepat kita akan tempuhinya. Sebab itulah ambil peluang untuk terus bekerja demi rakyat negeri Perlis.
Kemudian saya nak menyentuh tentang teras yang kedua iaitu peningkatan kualiti hidup rakyat. Sila fokus kepada siswa dan kebajikan, sebagaimana yang saya sebut berkaitan soalan yang dijawab oleh Yang Berhormat Santan berkaitan dengan siswa dan kebajikan. Bila sebut mahasiswa, ramai masyarakat dan kita berpandangan belajar yang biasa membawa beg, buku ke sekolah, ke kampus… sebenarnya mahasiswa ini merupakan satu kelompok pelajar yang berada pada peringkat tertinggi dan sistem pendidikan formal dalam sebuah negara. Sebab itu, kita tengok penggemblengan mereka, tenaga mereka, kelompok ini akan berteras daya keintelektualan yang bersifat idealis yang mampu mencapai matlamat dan melahirkan arus gerakan yang sentiasa bersama kebenaran. Tuan-tuan, kita menang dalam Pilihan Raya PRU Ke-15 tidak lain, sumbangan itu daripada mereka. Mereka inilah kumpulan tiktokers, kumpulan-kumpulan pemain media massa yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri Perlis terutama kepada anak-anak Melayu. Kita mendapat undian orang-orang Melayu mengundi Perikatan Nasional 60%... lebih 68% ke atas disebabkan apa? Gerakan, bukan. Anak-anak muda yang memainkan peranan untuk memberi sokongan dan juga kemenangan kepada Perikatan Nasional Perlis dan saya yakin apabila Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Digital Komunikasi menghalang dan mem-block tiktokers-tiktokers ini menyebabkan mereka akan lagi marah dan lagi bersemangat untuk bersama-sama dengan Perikatan Nasional dan membuat perubahan di beberapa buah negeri pada tahun hadapan, insya-Allah. Saya yakin Perikatan Nasional akan menang besar dan lebih bergaya pada PRU yang akan datang insya-Allah.
Kemudian berkaitan nasional juga, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini agar mahasiswa negeri Perlis ini diberi hak yang sewajarnya sama ada mereka yang belajar dalam di negeri Perlis ataupun luar, kerana apa, isu yang berbangkit ialah yang pertama tidak ada tempat yang khusus untuk kegiatan mahasiswa di negeri Perlis ketika mereka pulang ke negeri mereka. Saya dapat aduan daripada mahasiswa, bila balik depa nak bersidang, nak bermesyuarat, tidak ada tempat. Cuma diberi tempat untuk dipinjam dan sebagainya. Mereka nak bilik khusus kecil pun takpa, bagi depa boleh himpun buat kegiatan mereka, untuk mereka juga menyumbang idea-idea pemikiran mereka kepada Kerajaan Negeri Perlis. Kemudian di negeri-negeri lain ada Dewan Muda Johor, Pahang, tapi di negeri Perlis ni ada Majlis Perundingan Belia. Cuma saya nak tahu sejauh mana Majlis Perundingan Belia ini berkesan sejak ditubuhkan sehingga hari ni? Apakah dia telah mengangkat kedudukan mahasiswa negeri Perlis atapun dia hanya sekadar satu majlis yang ada nama tapi tidak berfungsi, berperanan dengan baik. Semasa COVID melanda… 2020, negeri Perlis juga terancam. Yang terlibat antaranya mahasiswa. Kita mendapat maklumat Kerajaan tersalah memberi bantuan, yang tak salah memberi bantuan yang tersasar, tidak kepada mahasiswa yang ada di negeri Perlis. Ada, depa bagi kepada orang lain. Anak Perlis ni tercicir dalam Perlis, apatah lagi yang di luar negeri Perlis yang langsung tidak ada bantuan, ini yang pertama. Jadi benda-benda ini menyebabkan mahasiswa ini terasa na. Sedangkan mereka lah orang-orang yang akan bersama-sama dengan kita pada masa akan datang. Kemudian di luar negeri Perlis tidak ada persatuan anak negeri di kampus-kampus luar, di IPT-IPT luar. Jadi saya haraplah kepada EXCO yang berkaitan mesti mengambil maklum perkara-perkara ini supaya apabila kita ada persatuan, ada pertubuhan anak Perlis di negeri-negeri luar, di IPT-IPT, IPTS luar, kita dapat menjaga kebajikan mereka dengan baik, sama ada berbentuk kewangan, berbentuk masyarakat, berbentuk apa sahaja yang saya sebutkan dalam soalan lisan pagi tadi berkaitan dengan kesihatan mereka, kecemasan mereka yang kadang-kadang kita terlupa untuk ambil… ambil peduli.
Kemudian berkenaan pendidikan Negeri Perlis supaya mewujudkan satu Yayasan Pendidikan Negeri untuk kita lebih agresif dan meluas, menjaga kebajikan dan jugak bantuan kepada anak-anak muda kita yang berada fisabilillah ini untuk menuntut ilmu dan juga menyebarkan ilmu serta berkhidmat kepada negara pada satu hari nanti. Kemudian, fokus saya dalam Pembentangan Bajet kelmarin ialah Kerajaan Negeri perlulah memberi tumpuan kepada fasiliti asas dalam setiap DUN di negeri Perlis ini. Kalau kita lihat dalam manifesto Perikatan Nasional negeri Perlis, ada kita menyenaraikan antara satunya kita nak pastikan setiap negeri, setiap DUN akan terlaksana ataupun selesai masalah-masalah fasiliti utama. Sebab tu saya bangkit tentang padang bola, bangkit tentang prasana tempat-tempat anak-anak kita nak bersukan, nak beriadah, dewan-dewan untuk kegunaan orang ramai di DUN, sebagai contoh di DUN Beseri ada dewan kan, Simpang Empat ada dewan, Guar Sanji tak dak dewan untuk kita berhimpun dan insya-Allah, benda ni kita akan panjangkan dan saya sendiri akan berjumpa dengan Yang Berhormat Datuk SUK untuk berbincang dengan serius supaya kita dapat manfaatkan… memberi manfaat di DUN Guar Sanji ni, insya-Allah. Jadi fasiliti asas ni penting. Negeri Perlis ni tak payah la kita buat pembangunan yang hebat-hebat, bukan tak penting, penting. Tetapi kita kena menyelesaikan dulu masalah-masalah utama dalam negara… negeri ini supaya bila benda yang utama itu diselesaikan. Insya-Allah saya yakin benda yang seterusnya kita akan berjalan di atas landasan dan on-track yang baik. Insya-Allah, sebab kalau masalah infrastruktur tak sesuai…
Yang Berhormat Guar Sanji, celahan sikit.
Seminit ja.
Seminit ja. Terima kasih kepada Yang Berhormat Guar Sanji dan jugak Yang Berhormat Tuan Speaker. Setujukah Yang Berhormat Guar Sanji jika ditubuhkan pusat komuniti terutamanya kepada anak-anak muda di setiap DUN supaya komuniti itu dapat hidup terutama di kampung-kampung sepertimana yang YB Guar Sanji sebut ada di sesetengah DUN sahaja, di Guar Sanji tak dak. Jadi setujukah andai dibentuk, diwujudkan pusat komuniti di setiap DUN? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat… apa nama… Beseri di atas cadangan yang baik. Memang saya alu-alukan. Benda ni saya bangkit lama dah daripada tahun… daripada pimpinan Kerajaan yang lepas supaya diwujudkan satu pusat komuniti, pusat yang boleh menghimpunkan orang ramai, masyarakat setempat untuk kita melakukan aktiviti di peringkat DUN. Jadi, berbalik kepada apa yang saya sebutkan tadi tentang pengairan kita, tentang kemudahan-kemudahan… apa nama… kampung kita, infrastruktur, pembangunan fizikal yang berbentuk asas perlulah kita utamakan na sebab benda ni bagi orang negeri Perlis ni benda ni simple, tetapi dah cukup menyempurna hidup mereka. Kalau kita boleh buat pembangunan tu lebih baik… kalau kita boleh buat benda-benda yang besaq lebih baik, kita lihat pengairan tentang bendang bawah kawasan MADA, berapa lama isu yang dibangkitkan, kan… kan. Pengairan disebut oleh… apa… Yang Berhormat Tambun Tulang, berkaitan dengan pengairan MADA, isu lama sedang hak Kerajaan Perikatan Nasional harini jangan segan jangan malu, biaqlah Menteri nak kata apa pun. Kan macam Rafizi sebenaqnya Yang Berhormat Rafizi tidak profesional. Dia tidak faham konsep federal dengan state. Apa yang state perlu dapat, apa yang federal perlu bagi? Ini dah termaktub dalam Perlembagaan. Jangan perleceh. Saya pun terasa jugak bila dia sebut kat Menteri Besar saya, kawan saya sebelah ni dulu. Ha, terasa juga. Dia terasa, saya terasa juga. Sedangkan cubit kaki paha kanan, paha kiri pon terasa na, dia kena profesional sebab jika tak bantu maka banyak masalah yang tidak akan kita selesaikan.
Yang Berhormat Speaker, saya ingat ucapan saya 2, 3 minit lagi saya nak akhiri dengan beberapa aduan na. Salah satunya berkaitan dengan pengairan sawah padi di Kampung Che Ok yang mana lebih 40 tahun yang mengalami masalah kesukaran membuang air ketika musim hujan yang berlarutan. Saya turun padang waktu masa kempen pilihan raya, sebelum tu saya turun dengan Dato’ Seri Azlan Man. Kami bincang, duduk semeja makan minum (ketawa), makan minum di situ. Dia pon cerita tong tang tong tang tong teng, cerita tak dak peruntukan, tak dak hat nu, tak dak hat ni apa semua, dan saya kata kat dia, dia banyak ni… dia cerita, cerita, cerita. Saya kata insya-Allah, jika Kerajaan Perikatan Nasional menang, insya-Allah Perikatan Nasional akan selesaikan masalah yang belenggu penduduk di Kampung Che Ok ini khususnya para petani. Dia tepuk meja, dia kata retorik belaka ni. Dia kata kat saya, saya kata insya-Allah Dato’ Seri. Jadi hari ini kita menang, saya nak ajukan masalah kali ni kepada Yang Berhormat EXCO Pertanian supaya mengambil maklum dan juga mengambil langkah yang drastik untuk menyelesaikan masalah yang lebih 30 tahun yang berlaku di Kampung Che Ok ini. Insya-Allah saya harap Yang Berhormat Speaker, apa nama… EXCO boleh buat perubahan pada kali ini untuk menyelesaikan isu-isu yang saya bangkitkan tadi.
Kemudian, di akhir ucapan saya ini saya nak ucapkan penghargaan kepada pengurusan dan jugak pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional yang telah pun merintis laluan-laluan kejayaan yang kita menikmati pada hari ini. 60 tahun lebih Barisan Nasional mentadbir negeri Perlis. Telah banyak kebaikan, kebajikan, sumbangan yang mereka taburkan kepada negeri Perlis. Jadi, mudah-mudahan apa yang mereka buat itu menjadi amal kebajikan, amal jariah yang akan memberatkan timbangan, membantu mereka pada hari akhirat kelak, insya-Allah. Dan saya mengambil kesempatan ini nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JPS yang menyelesaikan masalah dan isu di Kampung Titi Besi hari ni. Alhamdulillah. Yang Berbahagia Pengarah, hari ni isu banjir di Kampung Titi Besi pada saya alhamdulillah selesai. Terima kasih banyak-banyak di atas kerjasama yang diberikan. Begitu juga dengan Pengarah JKR yang begitu baik dan rapat dengan saya menyelesaikan masalah-masalah yang kita bangkitkan di dalam Dewan ini dan juga saya ambil kesempatan ini nak ucapkan terima kasih kepada semua pengarah-pengarah dan agensi-agensi yang membantu saya secara langsung ataupun tidak langsung untuk menyelesaikan masalah-masalah di DUN Guar Sanji pada penggal yang lepas. InsyaAllah… dan saya harap hubungan kita, hubungan saya dengan tuan-tuan terus harmoni dan rapat untuk kita mencapai matlamat untuk memakmurkan negeri Perlis ini dengan dasar Perlis Bersih, Cekap dan juga Stabil, insyaAllah. Jadi Yang Berhormat Dato’ Speaker, Dato’ nuu… Yang Berhormat Speaker, saya mengambil ucapan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker kerana telah memberi peluang dan saya nak tegaskan sekali lagi bahawa saya menyokong penuh ucapan bajet yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat Sanglang pada tahun 2023 dengan tema ‘’Merangka Perubahan, Menjana Kestabilan, Mendepani Cabaran’’. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Baru 3 hari jadi Speaker, dapat Dato’ dah. Terima kasih Guar Sanji kerana menepati masa. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.
Bismilahirahmanirrahim. Alhamdulillahirabbilalamin, wassalatu wassalamu ala-asyarafil anbiya’e wal mursalin, wa’ala alihi wasahbihi ajma’in. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Di kesempatan ini, saya ingin jugak mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Rus’sele Eizan di atas perlantikan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri dan tak lupa juga untuk saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tuan Mohd Shukri Ramli di atas perlantikan sebagai Menteri Besar Perlis. Apabila kita dengar ucapan yang telah diaju, dibuat oleh Yang Berhormat Guar Sanji, saya amat tertarik kerana inilah seorang anak muda yang boleh bercakap dan bagi saya inilah pertama kali dalam sidang Dewan Undangan Negeri saya dapat bercakap dan inilah pertama kali saya jadi wakil rakyat. Tahniah kepada orang-orang lama, Yang Amat Berhormat dan juga Yang Berhormat ADUN Guar Sanji yang begitu komited dan dipercayai akan menjadi pemimpin yang besar pada masa-masa yang depan. Apabila Yang Berhormat Guar Sanji memulakan ucapan beliau dengan sepotong ayat, saya jugak ingin memulakan ucapan saya dengan sepotong ayat yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW iaitu “Islam itu agama mudah, hendaklah kamu permudahkan. Jangan kamu menyulitkan dan hendaklah kamu gembirakan, jangan kamu mendukacitakan.’’ Kerana Islam telah mendidik kita untuk mempermudahkan, jadi kita sebagai pemimpin setia, kali ini sebagai Kerajaan Perikatan Nasional, kita perlu mempermudahkan apa juga urusan rakyat, urusan pentadbiran dan juga urusan-urusan yang berkaitan dengan rakyat. Jadi, rakyat adalah hakim untuk menilai kita semasa pemerintahan khususnya Kerajaan Perikatan Nasional. “Teguh rumah kerana tiangnya, teguh tiang kerana serinya, teguh tulang kerana sendi dan teguh sendinya kerana isinya.’’ Apa pun perpaduan yang kita lakukan, kebajikan yang kita lakukan, adalah semata-mata untuk membela rakyat. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah berjaya membentang Bajet Negeri Perlis Tahun 2023 bertema ‘’Merangka Perubahan, Menjana Kestabilan, Mendepani Cabaran’’. Dengan kejayaan pembentangan tersebut, maka Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM293.36 juta bagi tujuan Bajet 2023. Satu bajet yang agak besar. Tapi saya yakin dan percaya, dengan kebijaksanaan Yang Amat Berhormat bersama-sama dengan Yang Berhormat Datuk Seri Setiausaha Kerajaan, Yang Berhormat Pegawai Kewangan, Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang, dengan dibantu oleh ketua-ketua jabatan, maka bajet tersebut dapat direalisasikan semata-mata untuk membangunkan Perlis dan juga untuk membela rakyat. Saya mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis, saya menyokong penuh bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat dan yakin bahawa bajet ini akan menjadi kemakmuran untuk rakyat dan juga negeri Perlis.
Yang Berhormat Tuan Speaker, sesungguhnya PRU 15 merupakan sejarah negeri Perlis apabila Kerajaan Perikatan Nasional berjaya memperolehi 14 daripada 15 Dewan Undangan Negeri. Seolah-olah kita berada dalam satu mimpi yang pemerintahan Perikatan Nasional hampir 60 tahun lebih, sudah lama berakar berumbi di peringkat negeri. Tetapi harini dengan gelombang Perikatan Nasional, kita berjaya menumpaskan Kerajaan Perikatan Nasional daripada 14 kepada 15 kerusi… menumpaskan Kerajaan Barisan Nasional. Jadi, hari ni hanya ada 1 sahabat kita daripada Indera Kayangan, kita ucap tahniah kerana dia satu-satu wakil daripada Pakatan Harapan yang berada dalam Dewan ni. Tapi saya yakin dan percaya dalam masa yang terdekat, beliau jugak akan mengikut rentak Perikatan Nasional dalam negeri Perlis. Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis, saya ingin menjunjung kasih kepada Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis yang telah berusaha menaikkan taraf Kampung Seberang Ramai dan kampung persekitarannya dengan suasana ceria, berwarna-warni dan menarik. Kampung Seberang Ramai yang dahulunya tidak dikenali kini menjadi bualan terutamanya pelancong daripada luar dan dalam negara. Kalau kita pergi ke sebelah seberang sana, saya juga amat terkejut apabila pertama kali berkempen melihat keadaan suasana yang cukup cantik. Inilah usaha Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis. Raja Muda Perlis seorang yang begitu gigih, yang senantiasa berada di kampung tersebut, apa jugak program yang dilakukan beliau akan bersama-sama dengan rakyat. Jadi bagi saya, pihak saya sebagai ADUN Kawasan Kuala Perlis saya menjunjung kasih sekali lagi dan berharap kepimpinan anak Raja yang macam ni perlu dicontohi oleh negeri-negeri dalam Malaysia. Kuala Perlis dan kawasan persekitarannya mempunyai keunikan tersendiri, sektor pelancongan merupakan industri yang boleh dikomersialkan. Jadi saya yakin dengan kebijaksanaan Yang Berhormat Mata Ayer sebagai EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian dapat menggerakkan industri pelancongan dapat ditingkatkan dalam negeri Perlis dan pemfokusnya kepada Kuala Perlis sebagai “Bangunlah Kuala Perlis’’. pantai yang sedia ada walaupun kecik tetapi kita yakin sektor pelancongan dapat menarik pelancong-pelancong daripada luar untuk bersama-sama dengan orang-orang Perlis menikmati keindahan yang sedia ada. Kerajaan Negeri seharusnya menyokong segala usaha daripada pihak tertentu dan saya juga terlibat dalam meletakkan manifesto saya sebagai Kuala Perlis perlu… ataupun
Kampung Seberang Ramai perlu diberi pengikhtirafan sebagai Kampung Warisan. Ini penting, kalau ada pengikhtirafan maka Kuala Perlis dan kawasan-kawasan persekitarannya akan dapat ditingkatkan pembangunan ekonomi dan sebagainya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, pada kesempatan ini juga saya ingin menyarankan segala perancangan yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan mesti melibatkan agensi pelaksanaan yang terdiri daripada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis, MBI, Majlis Perbandaran dan lain-lain agensi Kerajaan kerana inilah tonggak pembangunan Kerajaan Negeri Perlis. Untuk melihat kejayaan sesuatu pembangunan yang dirancang, seharusnya diberi keutamaan kepada tiga perkara, yang penting pertama sekali kebajikan kepada rakyat, kebajikan penempatan yang sempurna, kehendak rakyat dan seharusnya diberi penekanan yang utama. Yang kedua, Kerajaan sebagai agensi pelaksana yang merupakan perancang utama dalam sesuatu pembangunan. Dan yang ketiga, badan swasta adalah merupakan agensi pelaksana yang akan membantu Kerajaan untuk membangunkan sesuatu Kerajaan. Jadi, pendekatan yang kita buat harus diberi penekanan. Rakyat adalah isu pertama dalam apa jugak pembangunan yang kita lakukan. Selain daripada perancangan Kerajaan, badan-badan swasta harus diberi peluang untuk melabur di Perlis dalam bidang-bidang yang tertentu untuk kita yakinkan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional mampu memerintah pada masa-masa yang akan datang. Dan kita jangan tunjuk lekeh kepada Barisan Nasional yang hampir 60 tahun memerintah, tetapi harini dalam pendekatan dan sokongan daripada rakyat, kita bakal memerintah pada masa-masa yang akan datang.
Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin menjelaskan bahawa sebarang pembentukan jawatankuasa yang melibatkan pembangunan, perancangan dan pentadbiran di peringkat Dewan Undangan Negeri mestilah membabitkan pemimpin-pemimpin tempatan terutama sekali Ahli-Ahli Yang Berhormat di semua kawasan. Kerana apa saya sebut? Kalau tidak melibatkan wakil-wakil rakyat ataupun pemimpin-pemimpin tempatan, maka keciciran maklumat dan juga berlakulah pembangunan-pembangunan swasta, pembangunan Kerajaan yang meminggirkan rakyat. Ini perkara yang harus kita bagi penekanan agar perjalanan pentadbiran Perikatan Nasional di Perlis harus berjaya dan mendapat sokongan daripada rakyat negeri Perlis dan khususnya kawasan Kuala Perlis mestilah selari dengan pembangunan di Langkawi dari segi pelancongan, pengangkutan air, perdagangan dan sebagainya. Kebetulan juga, ketika ini Perlis dan Kedah merupakan pentadbiran di bawah kerajaan Perikatan Nasional, saya amat yakin Yang Amat Berhormat… cara Yang Amat Berhormat memerintah, kita yakin bahawa di sebelah kita adalah negeri Kedah adalah hubungan baik di antara Perlis yang kebetulannya Parti Islam SeMalaysia beran… menjadi Menteri Besar di Kedah dan juga Perlis, PAS juga menjadi Menteri Besar. Hubungan yang sedemikian perlu diterapkan agar kita contohi negeri Kedah agar Perlis juga setanding dengan negeri-negeri yang berada dalam negara Malaysia.
Yang Amat Berhormat Dato’... Tuan Speaker, seperti yang semua maklum bahawa… berkenaan Padang Besar, Wang Kelian dan jugak Kuala Perlis adalah merupakan pintu masuk ke Thailand. Apa yang dikesali pintu masuk ke Thailand telahpun dibuka kecuali Kuala Perlis. Kuala Perlis masih ditutup. Kalau kita tengok konkos yang berada dulunya untuk kita cop passport untuk orang Malaysia ke Thailand, dan orang Thailand nak masuk ke Kuala Perlis, konkos tersebut menjadi sesuatu tempat gajah putih yang seharusnya Kerajaan Negeri memikirkan apa kaedah, apa cara untuk kita bangunkan Kuala Perlis dan jugak pintu masuk Kuala Perlis dibuka semula. Kalau kita tengok juga penempatan orang-orang Kuala Perlis apabila… apa nama ni… orang-orang daripada Thailand tak dapat masuk dengan sempurna di Kuala Perlis, maka berlaku banyak perkara iaitu kita rugi penempatan… apa nama… peniaga-peniaga di situ akan berkurangan kerana mungkin Kerajaan sedang mengkaji apakah langkah untuk membuka semula di Kuala Perlis. Aaya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis amat berharap badan Kerajaan Negeri dan agensi-agensi terlibat perlu membuka semula Kuala Perlis untuk laluan masuk ke negara Thailand.
Yang Berhormat Speaker, sekali lagi saya ingin sentuhkan buat masa sekarang ni berkaitan dengan term… terminal feri penumpang di Kuala Perlis masih lagi dalam pembinaan dan pengubahsuai… suaian. Jad… jadual perjalan feri tidak beroperasi sepenuhnya kerana air yang cetek dan kedalaman air tidak sampai satu meter apabila surut, kemudahan awam yang disediakan di kawasan tersebut masih lagi tidak sempurna, penumpang tidak dibenarkan masuk ke balai menunggu sebelum feri berlepas dan terpaksa menung…menunggu di luar menyebabkan berlakunya kesesakan. Penumpang hanya dibenarkan menggunakan tandas awam di dalam terminal sudah berada dalam balai menunggu. Hal demikian menyebabkan pelancong atau penumpang yang menunggu giliran di luar terpaksa mencari gerai-gerai, kedai-kedai untuk menggunakan tandas dan juga bilik air. Yang menjadi sasarannya ialah Masjid Al-Hussain yang merupakan pilihan utama kepada pengunjung menyebabkan berlaku kesesakan terutama bila tiba waktu solat. Pelancong atau penumpang yang bukan beragama Islam jugak menggunakan perkhidmatan yang sama. Jadi kita minta pihak-pihak tertentu pastikan perkhidmatan, kemudahan awam bilik ayaq, surau dan sebagainya perlu di…di…di…di… diberi penekanan utama agar penggunaannya tidak melibatkan masjid yang tempat beribadat bagi orang-orang Islam digunakan sebagai bilik ayaq. Jadi kita sebagai orang Islam, kita tidak ada masalah tetapi bagi penumpang-penumpang, pengunjung-pengunjung yang bukan beragama Islam turut menggunakan perkhidmatan masjid di situ pada kebetulan juga kita nak tunaikan solat apabila tiba waktunya. Kita minta Kerajaan Negeri memberi penekanan khusus untuk… melihat keadaan yang berlaku sebenarnya di terminal feri yang ada di Kuala Perlis. Kesesakan menjadi lebih serious apabila menjelangnya musim cuti. Tiada kawalan keselamatan dan penguatkuasaan daripada agensi terlibat dan pihak yang bertanggungjawab menyebabkan masalah ini berlarutan. Daripada penelitian yang saya buat, bersama dengan kawan-kawan, masalah pergerakan feri dapat diatasi dengan sekira… sekiranya kerja-kerja pengorekkan dapat dite… disegerakan, disiapkan dengan segera. Bagi mengatasi masalah kesesakan, Kerajaan ini mestilah membina suatu tempat rehat sebelum pengunjung beredar ke Langkawi. Dicadangkan jugak kepada Kerajaan Negeri membina satu jalan alternatif dan mele… melebarkan pintu keluar terminal yang sedia ada apabila pelancong tiba daripada Langkawi untuk mempercepatkan pergerakan bagi mengelakkan kesesakan. Agensi penguatkuasa yang terlibat hendaklah ditempatkan secara berterusan di kawasan tersebut terutamanya pada musim cuti sekolah dan cuti hari perayaan. Untuk cadangan penambahbaikan dan keceriaan, Kerajaan Negeri perlu menaik taraf semula gerai peniaga kecil yang berhadapan dengan terminal feri kerana mencacatkan pemandangan khususnya dalam kalangan pelancong. Kalau kita bil… lintas di kawasan hadapan terminal feri, kita lihat begitu marhaennya rakyat, begitu marhaennya peniaga-peniaga di Kuala Perlis… hanya membina gerai buatan dengan kain, dengan tikar, dengan kanvas saja… mencacatkan keadaan. Jadi, Kerajaan Negeri perlu kaji semula agar peniaga-peniaga itu diberi tempat yang sempurna selain daripada mencari rezeki untuk keluarga dan membangunkan kawasan dengan kehadiran pengunjung-pengunjung. Cadangan pembinaan parking bertingkat juga harus dan… perlulah dipercepatkan dengan mengambil kira kebajikan ulat-ulat parking, anak-anak tempatan yang tumpang mencari rezeki dengan kehadiran pelancong daripada luar. Saya dengar lama dah kes parking bertingkat, tetapi sampai harini Kerajaan Negeri yang terdahulu belum dapat melaksanakan dan juga cadangan untuk membina satu parking tingkat… bertingkat yang sempurna untuk keselesaan pelancong-pelancong dan juga pengunjung yang datang ke negeri Perlis.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan stesen bas Kuala Perlis. Sepanjang pemerhatian saya, tiada kemudahan tempat meletakkan kenderaan untuk pekerja di situ. Kemudahan awam seperti tandas dan surau juga yang sedia ada tidak sempurna, bekalan air juga kerap dan sering terganggu disebabkan tekana rendah yang berlarutan. Perkara tersebut menimbulkan masalah terutama kepada penumpang bas. Tambahan pula, pada keadaan yang sama, surau yang ada berbau tidak menyenangkan. Kita nak beribadat tuan-tuan, Yang Amat Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, semua kita orang Islam yang beribadat. Dalam keadaan kita nak beribadat perlu tempat suasana yang cukup selesa. Walaupun tak cantik, tetapi keadaan bau yang agak kurang menyenangkan, lebih-lebih lagi apabila pengunjung daripada luar hadir, maka perkara ini perlu diberi penekanan agar station bus Kuala Perlis diberi penumpuan kerana banyak pelancong yang nak ke Langkawi. Selain daripada menaiki kenderaan biasa mereka menaiki bas. Jadi pada ketika mereka turun daripada bas, kegunaan bilik ayaq dan sebagainya perlu diberi penekanan yang utama. Selain daripada itu, kita tengok di persekitaran dia, di belakang Brasmana berhampiran dengan station bus, semak samun yang tak terurus. Saya faham dan yakin bahawa itu kawasan pembangunan. Tetapi secantiknya, semoleknya, kawasan itu perlu ditebas… dicuci agar suasana yang cantik, suasana yang sempurna dapat diadakan di kawasan tersebut. Kalau kita tengok berhadapan dengan di sebelah belakang… bukan, hadapan di sebelah belakang koma laut terus ke Kurong Tengar, apa yang berlaku, semak samun, hutan meme… memenuhi di kawasan itu. Jadi kita minta pihak-pihak tempatan… Kerajaan… Kerajaan Negeri dan pihak-pihak tertentu pastikan kawasan itu dicuci, diselia. Walaupun Perlis ni kecik, tetapi… walaupun tidak ada pembangunan ataupun pusat-pusat pelancongan yang hebat, tetapi memadai apabila pelancong berada di tepi pantai melihat feri, melihat Langkawi dan juga suasana angin petang yang… di kawasan Kuala Perlis dapat kita nikmati bersama-sama.
Yang Berhormat Tuan Speaker, berkaitan satu lagi iaitu rumah pangsa di Kuala Perlis, pada awalnya menjadi rumah transit, pada awalnya orang-orang ataupun penghuni diberi masa duduk dalam keadaan sementara, tetapi hari… hari ini sudah menjadi rumah kekal. Kerana apa? Kerana ada di kalangan rakyat penghuni-penghuni tidak ada rumah terpaksalah kerajaan bagi peluang. Saya mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis khususnya Pens Industries yang bagi peluang, yang tidak jemu-jemu melihat situasi yang berlaku di situ. Tetapi kita minta Kerajaan Negeri dan… apa nama… pihak-pihak tertentu, tolonglah apabila rumah pangsa tersebut menjadi rumah kekal, sewa kekal, maka kita kena adakan yang pertama, surau dan juga dewan untuk mereka bersolat dan membincangkan perkara-perkara yang membabitkan kepentingan rakyat. Jadi penghuni di situ hampir 900 orang dan rumah di situ 150 buah. Tuan-tuan lihat apa yang berlaku, keadaan di situ terlalu masalah. Jadi sebolehnya kita minta Kerajaan Negeri khususnya jabatan yang terlibat berkaitan dengan keagamaan, kita kena pastikan ada surau ataupun tempat pengurusan jenazah yang kita boleh bina secara biasa, secara pakai kontena, untuk kita jadikan surau dan juga anak-anak kecil belajar Al-Quran di situ. Satu lagi perkara yang amat kita… kita risau, tunggakan di situ hampir mencecah hampir RM700 ribu. RM700 ribu satu tunggakan yang agak besar, kerana apa? Kerana orang di situ tak… tak mampu dah. Walaupun sewaannya sebanyak RM100 saja sebulan, puratanya sehari RM3, tetapi kemampuan seseorang itu tidak lagi… tak mampu untuk membayar sewaan. Jadi apapun kita kena pastikan rakyat dibela, rakyat diberi pengiktirafan, rakyat dihargai dengan mencari satu alternatif untuk mengatasi masalah tunggakkan ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, Kerajaan Negeri ni diharap dapat menyusun atur tempat tambat bot atau perahu kecil agar ianya menjadi lebih tersusun, tiada tempat yang tetap dan selesa untuk di… yang disediakan menyebabkan keadaan di pesisir pantai Kuala Perlis di tepi sungai berselerak dan tidak terurus. Jadi pihak-pihak tertentu khususnya Kerajaan Negeri bagilah penekanan, peluang kepada nelayan-nelayan kecil, susun tempat agar tempat nak letak bot sementara yang kecik, perahu kecik… yang besar tidak ada masalah, yang kecik-kecik ni. Kalau keadaan ini sempurna dalam suasana yang cantik, maka susunan… jadi pel… pelancong-pelancong yang mencucuk… menyusuri… menyusuri sungai itu dapat menikmati keadaan yang sempurna. Dan satu lagi, kita mintak pihak-pihak tertentu pastikan sampah di kawasan itu, sampah dalam sungai pun masih lagi banyak, kerana apa? Feno… fenomena alam juga selain daripada manusia yang mengerjakan yang buang sampah merata-merata yang mengakibatkan sungai kita tak berapa cantik. Satu lagi sistem perparitan yang sedia ada dalam kawasan Kuala Perlis amat mendukacitakan.
Yang Berhormat Speaker, saya terpaksa sebut di Kuala Perlis, sebab apa? Saya di situlah tempat saya nak beri perkhidmatan. Jadi perparitan yang sedia ada amat mendukacitakan. Tiada perancangan yang sistematik berkaitan pembinaan bangunan lain-lain pembangunan dalam kawasan Kuala Perlis menyebabkan aliran air tersekat. Keadaan ini menyebabkan air bertakung, limpahan air dan pencemaran bau. Masalah akan menjadi lebih serius apabila tiba musim hujan dan paras air laut yang naik tinggi menyebabkan Kampung Seberang Tok Pi adalah menjadi kawasan yang selalu tersekat dengan aliran air. Jadi bagi pihak… pihak yang berkenaan, tolong pastikan perkara ini dapat diselesaikan. Isu ni bukan isu baru, isu lama tetapi masih lagi tertunggak kerana sistem aliran air yang tersekat. Pembinaan dewan serbaguna di Kuala Perlis juga adalah satu faktor kerana kawasan tu bila ditimbus dijadikan bangunan, maka aliran air tak dapat mengalir dengan sempurna. Ini adalah juga merupakan faktor yang menyebabkan peningkatan kes denggi dalam kawasan Kuala Perlis, yang kes… yang menyebabkan kes kematian juga ada baru-baru ini. Walau bagaimanapun, dari tinjauan saya, Kementerian Kesihatan Malaysia begitu hampir, setiap hari depa pantau bagi semburan dan sebagainya, tetapi keadaan ini masih berlarutan kerana sistem aliran air yang tidak sempurna. Saya amat berharap agar Kerajaan Negeri dan agensi terlibat mengambil maklum dan bertindak segera bagi mengatasi masalah ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dikesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri Setiausaha Kerajaan yang menggerakkan program peningkatan aspek pembersihan di Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis dan beberapa kawasan hot-spot tertentu sekitar Kuala Perlis melalui Operasi Bersepadu Pembersihan Kuala Perlis, Gotong-royong Mega 2.0, Basmi Aedes dan aktiviti gotong-royong yang berterusan dengan pelbagai bentuk penglibatan, pelbagai jem… bentuk kerajaan… penglibatan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti setempat. Saya ingin menegaskan juga bahawa saya juga bekas daripada Ahli Majlis Perbandaran Kangar, dan harini dengan kuasa Allah S.W.T. saya telah dilantik dan dipilih untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Perlis. Apa yang saya mintak kepada Majlis Perbandaran supaya contohi Majlis Daerah Muar yang telah mendapat… yang tengah mendapat pengiktirafan sebagai bandar terbersih dan… oleh UNESCO dan jadikan ianya sebagai contoh dan penanda aras untuk kita majukan Perlis… kita majukan Kuala Perlis dan negeri-negeri, kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri lain agar ianya bersih, dan saya yakin Majlis Perbandaran Kangar yang merupakan kerajaan nombor tiga dalam negeri dapat menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin menyentuh berkaitan dengan pengurusan tanah negara adalah satu amanah yang melibatkan pentadbiran… sesuatu parti yang telah diberikan amanat untuk mentadbir. Pengurusan tanah mesti mengikut perundangan undang-undang yang telah ditetapkan dan mesti berpandukan kepada perlembagaan dan undang-undang Kerajaan Tempatan. Pihak Kerajaan mestilah mengambil tindakan yang drastik bagi memastikan pengurusan tanah terurus dengan baik. Sebarang pengurusan tanah perlu dikenakan TOL atau lesen menduduki sementara untuk memberi pulangan kepada Kerajaan.
Yang Berhormat Kuala Perlis masa dah cukup. Saya tambah dua minit na.
Okay baik. Yang pentingnya Kerajaan ini mesti memudahkan urusan pindah milik terutama melibatkan urusan lepas sekatan… untuk kuari pihak Kerajaan Negeri harus memastikan kategori tanah yang dikeluarkan, pelanggaran syarat dan pencerobohan tanah perlu diuruskan secara berhemah. Pembangunan homestay boleh dimajukan dengan mendaftarkan semula homestay atau rumah inap di bawah satu pentadbiran. Untuk tanah perkampungan nelayan seperti Kuala Perlis, Kurung Tengar, Kuala Sungai Baru, Kuala Sungai Padang dan Kuala Sanglang disyorkan diwartakan sebagai kawasan perkampungan nelayan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, berkaitan dengan bola sepak di negeri Perlis, kegemilangan ngauman Singa Utara amat dirindui peminat bola sepak di negeri Perlis. Kerajaan Negeri seharusnya menggemblengkan segala usaha untuk menaikkan kegemilangan tersebut dan menghidupkan semula kesatuan bola sepak negeri Perlis. Penganjuran pertandingan bola sepak untuk mencungkil bakat-bakat baru seharusnya diperbanyakkan. Kita minta Yang berhormat EXCO Belia dan Sukan perlu aktif dan peka dengan peng… dengan perkara ini. Satu lagi kita sarankan agar Kerajaan Negeri mencari penajaan daripada pihak-pihak swasta untuk menghidupkan Persatuan Bola Sepak Negeri Perlis. Seharusnya Kerajaan Negeri pada lapan belas haribulan yang lalu perlu mengambil inisiatif mengadakan tayangan big screen pada malam pertandingan akhir kejohanan piala dunia. Ini benda yang perlu untuk menghidupkan balik sebab kejohanan piala dunia ini empat tahun sekali, pilihan raya lima tahun. Ini benda yang perlu untuk kita bagi penekanan supaya pesta bola ataupun kejohanan bola sepak dunia perlu diberi peluang… apa nama… kepada anak muda untuk berhimpun. Tayangan big screen sepatutnya pada lapan belas haribulan itu diadakan. Tetapi takpa, benda dah lepas. Pastikan selepas ini Kerajaan Negeri khususnya Belia dan Sukan perlu mencari satu alternatif baru untuk memberi peluang kepada anak-anak muda untuk mencungkil bakat. Sesungguhnya segala pandangan dan teguran ini adalah dari hati murni demi kemajuan dan pembangunan negeri Perlis. Apa yang dirancang semestinya mengutamakan kebajikan rakyat. Rakyat akan menilai dan akan membuat keputusan apabila tiba masanya nanti sebab rakyat adalah hakim. Saya akhiri perbahasan saya dengan petikan kata-kata pujangga, “rahsia untuk berjaya adalah menghormati orang lain, saya percaya esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku, tetapi hari ini boleh mengubah apa yang akan terjadi pada esok hari”. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan, semua… Yang Berhormat Kewangan Negeri, ketua-ketua jabatan yang sudi mendengar apa yang saya luahkan untuk pertama kalinya, dan saya yakin dan percaya bahawa Kerajaan Perikatan Nasional akan kekal memerintah sehingga masa-masa yang akan datang. Sekian wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dipersilakan Yang Berhormat Chuping.
Au’zubillah himinashsyaitanirrajim, bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, wassalatu wassalamu ‘ala asyrafil mursalin, waala alihi wasahbihi ajmain. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera dan salam Perlis baharu. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Sanglang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan agensi-agensi dan tuan puan sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Pertama dan selamanya marilah sama-sama kita bersyukur kepada Allah S.W.T., Allah Yang Maha Esa kerana Kerajaan Negeri Perlis yang kita cintai ini dapat terbentuk dengan lancarnya dan jayanya serta selesa kita menghadapi Pilihan Raya Umum yang Ke-15 yang lalu. Seterusnya saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana dipilih bagi Dewan Undangan Negeri Perlis sesi yang Ke-15 ini. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Sanglang kerana telah diangkat sebagai Menteri Perlis yang kesepuluh bersamaan dengan Perdana Menteri yang kesepuluh juga… kelapan. Saya tengok macam yang ke sepuluh. Ha… tak pa. Dan juga seluruh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah dipilih, tahniah dan takziah diucapkan. Semoga dengan perlantikan semua mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T. dan seterusnya dapat memajukan lagi negeri Perlis dengan jayanya. Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Ahli Yang Berhormat daripada Kerajaan, Ahli Yang Berhormat daripada semua… daripada pihak pembangkang… tak dak keluar pi mana tak tau (Yang Berhormat Indera Kayangan tiada dalam Dewan). Ketua-ketua Jabatan, Setiausaha Dewan, Bentara dan semuanya lah, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Speaker kerana memberi laluan kepada saya yang baru, yang pertama kali berucap dan saya pun tak nak berucap panjang dan tak berapa pandai nak berucap panjang macam sahabat-sahabat kita ni.
Yang Berhormat Tuan Speaker, ucapan sulung saya pada kali ini akan menyentuh hanya beberapa perkara sahaja. Au’zubillah himinasyaitonirrajim, (Yang Berhormat Chuping membacakan ayat Al-Quran, surah Al-Imran, 3:26)
yang bermaksud “Katakanlah wahai Muhammad, “Wahai Tuhan yang memiliki kekuasaan, engkau beri kekuasaan kepada sesiapa yang engkau kehendaki dan engkau cabut kekuasaan dari sesiapa yang engkau kehendaki, engkau muliakan sesiapa yang engkau kehendaki dan engkau hinakan sesiapa yang engkau kehendaki, di tangan engkaulah segala kebajikan, sesungguhnya engkau maha kuasa atas segala sesuatu”.
Tuan Yang Berhormat Speaker, berdasarkan ayat dan maksud yang dibaca ini kita hendaklah mengambil maklum dan memahami terdapat empat perkara yang dikaitkan bersama-sama di dalam ayat yang tersebut terutamanya kita di pihak Kerajaan yang diberi amanah untuk memerintah negeri Perlis pada sesi ini. Yang pertamanya, kekuasaan Allah dalam memberi kuasa kepada sesiapa dan dalam mencabut kuasa kepada sesiapa pun sebenarnya di bawah kehendak-Nya juga. Yang keduanya, atas kehendak Allah jugalah dalam urusan memberi kemuliaan dan menghina seseorang. Yang ketiganya, dalam genggamannya jugalah segala urusan memberi kebaikan dan juga kebajikan. Dan yang keempatnya, semua urusan sebenarnya berada dalam lingkungan kekuasaan Allah. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan daripada Allah S.W.T.
Yang Berhormat Tuan Speaker, demi Kerajaan yang bersih dan kestabilan Kerajaan yang dipilih rakyat pada pilihan raya umum yang baru lepas ini, dalam mempertahankan dan mengekalkan kuasa yang ada hendaklah kita tidak melupakan dan mengabaikan kebajikan dan hak-hak rakyat Perlis keseluruhannya, sama ada kita juga berharap kepada Kerajaan yang ada supaya meneliti dan memperhalusi segala perancangan kewangan negeri supaya meliputi semua aspek sama ada melibatkan golongan dewasa, golongan muda, golongan luar bandar, golongan petani dan sebahagiannya yang telah memberi sokongan kepada kita untuk menubuhkan Kerajaan pada kali ini. Dari segi anggaran belanjawan yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat pada hari semalamnya, hasil untuk tahun 2023 yang dianggarkan berjumlah RM112.23 juta, ianya bagi pandangan saya berkemungkinan ianya dapat ditambahkan lagi sekiranya diberi tumpuan yang lebih kepada pengutipan cukai, bukan sahaja kepada cukai tanah, sewa cukai bandaran yang dilihat masih banyak tertunggak dari segi pengutipannya. Cukai dan sewa kepada di pihak bandaran juga hendaklah dipertingkatkan dan diberi juga tawaran seperti mana yang diberi kepada cukai tanah yang dimaksudkan di dalam belanjawan yang disebut pada hari semalamnya. Saya menyokong cadangan-cadangan yang telah dibentangkan semalam dalam belanjawan, cuma saya menyarankan juga agar dapat pihak Kerajaan memberi perhatian iaitu menubuhkan contohnya Jawatankuasa Pemantau antara agensi Kerajaan yang memberi bantuan contohnya seperti di Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar, RISDA dan beberapa agensi yang lain. Di mana untuk membuat pemantauan secara berkala kepada penerima bantuan yang bantuan bergeran dalam bentuk barang-barang, sama ada dalam bentuk perniagaan ataupun pertanian supaya barang-barang bantuan tersebut diguna dengan sebaik mungkin oleh penerima bantuan berkenaan. Sebab apa yang dimaklumkan, terdapat bantuan dan geran-geran yang diperolehi itu, apabila dapat sahaja tak… tak seberapa lama, barang-barang itu dijual untuk mendapatkan wang untuk dibelanja lah ya. Tak digunakan seperti mana hasrat yang bantuan yang diberi. Ini adalah disebabkan oleh tiada pemantauan daripada agensi-agensi yang telah memberi bantuan kepada pihak-pihak yang berkenaan. Yang keduanya, pihak Kerajaan juga perlu membuat penyelarasan jenis-jenis bantuan oleh agensi-agensi berkaitan kalau masing-masing agensi ada bantuan-bantuan tertentu dan tiada penyelarasan. Sebagai contoh, ada juga penerima-penerima bantuan yang dapat lebih daripada satu agensi. Sama ada daripada agensi Negeri ataupun agensi Persekutuan. Oleh yang demikian, perlulah kita wujudkan Jawatankuasa Penyelaras Bantuan yang boleh dipengerusikan oleh sama ada daripada pejabat ICU ataupun mana-mana agensi berkaitan supaya bantuan dapat disalurkan dengan kaedah yang betul dan tidak bertindih di antara satu agensi dengan agensi yang lain. Dan saya menyokonglah… apa ni… belanjawan yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat… apa ni… Menteri Besar pada hari semalamnya.
Dan sedikit adalah pemasalahan yang terdapat di kawasan Chuping, yang masalah ditimbulkan oleh penduduk-penduduk Chuping hanya satu yang nak saya sampaikan pada hari ini iaitu lah mengenai Sekolah Kebangsaan Chuping. Sekolah Kebangsaan Chuping yang dah kita sedia maklum telah ditutup dan dipindahnya sekolah itu murid-murid bersama dengan guru-gurunya ke Sekolah Menengah Mata Ayer. Apa yang mendapat rungutan daripada ibu bapa adalah mereka bermasalah untuk menghantar dan mengambil anak-anak mereka disebabkan jauh dan tiada pengangkutan yang kita kata untuk kemudahan-kemudahan kepada anak-anak mereka. Dan bagi murid-murid yang ditumpangkan di sekolah tersebut pula, mereka ini terpaksa menumpang. Contohnya, dari segi kantin, kantin sekolah yang hanya ada satu dan sekolah rendah terpaksa menumpang dengan sekolah menengah dan juga dari segi padang permainan dan banyaklah permasalahan yang timbul dan banyak daripada penduduk di persekitaran persekitaran Sekolah Kebangsaan Chuping itu memohon agar Sekolah Kebangsaan Chuping itu dibuka semula kerana yang mendapat maklum ditutup buat… mungkin buat sementara dengan permasalahan yang ada, tetapi sekolah sahaja ditutup, masjid yang bersebelahan dengan sekolah itu masih dibuka dan masih… penduduk yang persekitaran juga masih belum dipindahkan. Inilah yang hasrat daripada penduduk-penduduk di persekitaran Sekolah Kebang… Kebangsaan Chuping. Jadi sekadar itu sahaja. Saya bagi pagi ini menyokonglah pembentangan belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat semalam dengan tajuk “Merangka Penubuhan, Menjana Kestabilan dan Mendepati… Mendepani Cabaran”. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Chuping. Dipersilakan Yang Berhormat Sena.
Bismillahirahmanirahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera dan salam Perlis. Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Segala puji bagi Allah Tuhan pemilik alam, Dialah Yang Maha Kaya, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, penyedia segala sumber ke atas negeri tercinta ini dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. yang diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh alam. Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita berkumpul dalam Dewan yang mulia ini untuk melaksanakan tugas untuk Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Pertama, Dewan Undangan Negeri Perlis Yang KeLima Belas pada pagi ini. Terlebih dahulu saya merakamkan rasa syukur dan terima kasih kepada pengundi Sena yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri bagi mewakili Sena. Insya-Allah, kepercayaan adalah satu amanah yang akan disempurnakan dengan sebaiknya. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Speaker atas pelantikan ke jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis yang baru. Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Cikgu Mohd Shukri bin Ramli atas lantikan sebagai Menteri Besar Perlis yang baru. Tahniah juga diucapkan kepada semua barisan EXCO dan sahabat Ahli DUN yang lain. Semoga kita akan terus menjadi pasukan yang akan memastikan Negeri Perlis ini maju dengan acuan kita sendiri. Keyakinan politik rakyat negeri Perlis telah merubah telah berubah mendadak. Sokongan kepada Perikatan Nasional dalam PRU Ke-15 ini membuktikan bahawa rakyat negeri Perlis mahukan pembaharuan. Selaras dengan itu, maka saya berharap kebersamaan kita ini akan menghasilkan impak yang positif kepada rakyat negeri Perlis. Saya yakin dan percaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan menjadi pakar rujuk terakhir dalam setiap keputusan yang kita buat atas kepentingan rakyat. Cerita-cerita lalu biarkan berlalu, kita cipta buku baru untuk masa yang panjang bagi dikenang generasi mendatang.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam ucapan sulung saya ini selaku ADUN bagi kawasan Sena, saya ingin sekali mengharapkan agar segala perancangan yang diluluskan oleh Kerajaan terdahulu di dalam kawasan Sena ini diteruskan dengan sempurna. Ada beberapa projek melalui Jabatan Pengairan dan Saliran yang diluluskan pada tahun 2022 melibatkan Sungai Repoh seperti menaikkan taraf kemudahan dan utiliti di kawasan Taman Tok Paduka, menaik taraf jalan ban li… ban litar kepada litar berbasikal. Ini merupakan antara projek yang telah diluluskan dalam tahun 2022. Kawasan DUN Sena merupakan satu DUN yang berada di dalam kawasan pekan, maka saya berharap Kerajaan Negeri akan terus memberi tumpuan dan layanan kepada DUN Sena sama seperti kemudahan asas sebuah perbandaran yang dirancang di Pekan Kangar. Saya berterima kasih kepada ADUN Sena yang lalu kerana berjaya meminta Kerajaan terdahulu membantu menyelesaikan masalah banjir dengan membaik pulih pintu kawalan banjir dan meninggikan ban sungai yang dilakukan di Kampung Sena bagi mengatasi masalah banjir. Saya juga berharap agar penyelenggaraan sistem aliran jalan, penyelenggaraan sistem pencahayaan serta lampu jalan dan juga lampu isyarat akan terus diberi keuta… diberi tumpuan. Malah saya difahamkan pihak MPK telah pun mempunyai Pelan Kebenaran Merancang bagi cadangan-cadangan pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan Sena ini. Saya berharap kawasan dataran Sena diberi perhatian khusus disebabkan ia berada di kawasan laluan utama sama ada penduduk tempatan dan pelancong luar. Penyusunan gerai-gerai jualan serta penurapan premix mestilah diberi keutamaan serta sistem pencahayaan yang lebih baik dan meriah tanpa berlebih-lebihan. Kawasan tersebut berpotensi besar untuk dijadikan sebagai kawasan menjana ekonomi rakyat. Kerajaan perlu menyediakan kemudahan-kemudahan yang tersusun dan teratur supaya rakyat Sena boleh mendapat manfaat dalam sektor ekonomi. Saya difahamkan PKENPs atau MPK pernah merancang penambahbaikan di situ. Saya juga difahamkan permohonan sebuah sekolah menengah untuk dibina di DUN Sena ini, jika ura-ura ini menjadi kenyataan maka saya berharap cadangan wakil rakyat terdahulu untuk memastikan sekolah menengah berstatus harian menjadi kenyataan. Jika tidak upaya maka saya mencadangkan agar pihak Kerajaan dapat berbincang dengan Jabatan Pendidikan Perlis dan pengurusan sekolah untuk menukarkan taraf Sekolah Menengah Kebangsaan Lailatul Shahreen dari sekolah kawalan kepada sekolah harian biasa. Ini akan mengurangkan pelajar-pelajar Sena ke Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin, Sekolah Menengah Kebangsaan Putra dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Abi secara langsung mengurangkan beban rakyat di Dun Sena ini.
Tumpuan kepada DUN Sena ini adalah selaras dengan peranan saya sebagai wakil rakyat yang menjadi pembimbing dan penggerak untuk memajukan sosioekonomi di kawasan masing-masing. Saranan ini bertujuan supaya rakyat di peringkat akar umbi dapat meningkatkan taraf ekonomi keluarga dan komuniti. Yang Berhormat Tuan Speaker, kita menerima kenyataan bahawa senario ekonomi dunia pada tahun 2023 ini diunjurkan dengan kadar sederhana namun ia bukanlah satu kenyataan yang kita tidak boleh menggerakkan ekonomi kita. Dalam ruang lingkup di Perlis, data ekonomi di Perlis telah membuktikan bahawa 70.2% kadar KDNK negeri Perlis adalah datang dari sektor perkhidmatan. Justeru itu, dalam Teras Pertama dalam pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam, meletakkan peningkatan ekonomi melalui pelaburan adalah teras utama pembangunan negeri Perlis untuk tahun 2023. Maka dalam kita menggerakkan penjana untuk kemajuan negeri Perlis tercinta ini, kita perlu melihat dengan sepenuhnya dengan aset yang kita miliki kerana ia adalah alat untuk memastikan kehidupan rakyat negeri Perlis tercinta ini sejahtera. Selaras dengan manifesto yang kita lontarkan dalam Pilihan Raya Ke-15 yang lalu dan apa saja yang kita cadang kita perlu sedar bahawa kita hanya ada di tapak tanah yang berkeluasan sebanyak 821 kilometer persegi, bersamaan dengan 81,705.98 hektar, menjadikannya sebagai negeri terkecil di Malaysia. Dari jumlah keluasan ini hanya 34,511.53 hektar sahaja yang boleh dibangunkan untuk menyemarakkan ekonomi negeri Perlis, manakala selebihnya telah dihakmilikkan mengikut kategori khusus seperti hak milik bangunan, pertanian, perindustrian, hutan simpan kekal, Ampang Timah Tasoh dan Tasik Melati. Apa saja transformasi yang akan kita ketengahkan perlu kita selaraskan dengan ke tahap cukupan tanah kita. Daripada 821 kilometer per keluasan itu, kita terpaksa mengagihkan kit kepentingan yang sama rata supaya tempat tinggal rakyat tersedia. Keperluan tempat tinggal mestilah sepadan dengan jangka hayat masyarakat. Kita mahu supaya masa akan datang supaya tidak ada rakyat negeri Perlis yang merempat. Dengan keluasan itu juga lah tempat untuk menggerakkan ekonomi terjamin serta tempat untuk menyelesaikan keperluan sosial rakyat tidak diabaikan. Pemerkasaan sistem pusaka perlu disegerakan agar tebus guna tanah yang terlibat dengan krisis pusaka dapat dipercepatkan. Walaupun kita menyedari agenda Kerajaan yang terlibat dalam kerja-kerja ini telah mencipta pelbagai kaedah untuk memastikan urusan pusaka ini diselesaikan dengan segera, namun kekangan masih ada. Maka selaku Kerajaan baru, saya mencadangkan perkara ini diberi perhatian agar dapat mengurangkan keresahan rakyat yang terlibat. Tebus guna tanah haruslah diaktifkan dengan mengambilkira pemilikan tanah persendirian dan juga tanah Kerajaan.
Kawasan-kawasan strategik yang mempunyai impak ekonomi yang tinggi seperti di Kuala Sanglang, Kuala Perlis dan sebagainya lagi perlu diperkemas. Naik taraf jalan pesisir pantai dan juga jalan-jalan sekunder di kawasan tersebut perlu diperbesarkan dan diberi kenaikan taraf agar penduduk negeri Perlis dapat menjana ekonomi mereka. Pembinaan food street di pantai Kuala Perlis yang telah diusahakan oleh Allahyarham Menteri Besar terdahulu harus dilihat semula kerana kawasan tersebut telah menjadi daya tarikan pelancong dan sentiasa menerima lambakan pelancong. Juga saya mencadangkan agar peniaga-peniaga di Kuala Sungai Baru menerima impak dari naik taraf kemudahan-kemudahan yang dicadangkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional kita ini. Isu tanah yang juga menggelisahkan rakyat ialah permohonan pecah geran tanah di mana Kerajaan terdahulu menetapkan tanah yang tidak cukup dua ekar tidak boleh dipecah geran. Syarat ini menyebabkan berlaku pertelingkahan keluarga. Ini akan mendorong kepada terjejasnya keharmonian masyarakat. Oleh itu, saya mencadangkan hal-hal ini disemak semula. Dalam pada itu juga, Kerajaan perlu mengenal pasti kawasan rekreasi yang berisiko gelinciran tanah supaya kes-kes seperti Batang Kali tidak berlaku di Perlis. Pembangunan ekopelancongan di mana kawasan-kawasan bukit dan gunung serta kawasan hutan simpan di seluruh negeri Perlis perlu diberi perhatian. Terdapat NGO yang berusaha menarik pelancong luar datang ke negeri Perlis seperti Persatuan Perlis Climbers dan Perlis Nature and Wildlife yang di anggotai oleh golongan-golongan yang perlu diberi kemudahan untuk mereka meneroka kawasan hutan Perlis yang sememangnya berpotensi untuk digerakkan dalam lingkaran eko-pelancongan Perlis. Namun yang penting, pengekalan tanah rizab Melayu di negeri Perlis diberi perhatian khusus. Dalam keghairahan kita mengejar pembangunan, kita juga bertanggungjawab menjaga tanah rizab melayu. Prihatin Kerajaan terhadap tebus guna tanah ini akan mengubah landskap rakyat. Ini membolehkan rakyat menjalankan lebih banyak lagi aktiviti ekonomi harian dan berpeluang mencari punca pendapatan untuk mengurangkan bebanan kos hidup keluarga.
Yang Berhormat Tuan Speaker, kebajikan adalah sinonim dengan perkataan kesejahteraan dan kebajikan untuk sebuah masyarakat dan komuniti. Program dan aktiviti yang diwujudkan untuk menjamin kesejahteraan individu keluarga dan masyarakat serta meningkatkan kualiti kehidupan dari segi mental, fizikal, ekonomi, kerohanian dan keperluan ekonomi. Keperluan kepada perkembangan negeri dan keperluan kesempurnaan diri supaya dapat meningkatkan cara gaya hidup masyarakat, maka pelaburan dalam urusan-urusan kebajikan ini amatlah penting untuk menjaga kepentingan masyarakat dan memastikan keselamatan terjamin. Usaha Kerajaan untuk membudayakan sukan adalah satu usaha murni yang sewajarnya disokong dengan aktiviti-aktiviti yang boleh menarik masyarakat ke arah gaya hidup tersebut. Semua fasiliti yang ada di seluruh negeri Perlis harus digerakkan oleh pemegang taruh supaya masyarakat dapat mengerumuni kawasan tersebut untuk beraktiviti. Aktiviti berskala… berkala haruslah dijadikan sasaran tumpuan sama ada membenarkan NGO melaksanakan program atau dianjur sendiri oleh semua pihak yang mempunyai fasiliti tersebut. Gerak kerja ke arah pemulihan, persatuan-persatuan sukan, persatuan-persatuan belia, persatuan-persatuan kebudayaan mestilah diusahakan oleh Kerajaan. Skim galakan kepada ahli masyarakat dan persatuan mestilah difikirkan supaya ahli masyarakat mempunyai minat untuk berpesatuan. Pengiktirafan kepada masyarakat yang melibatkan diri dalam kegiatan persatuan perlu diperkenalkan supaya masyarakat, terutamanya golongan belia dan beliawanis, berminat untuk menceburkan diri di dalam aktiviti berpersatuan. Memberi kemudahan dengan mengurangkan kadar sewa kepada golongan masyarakat melaksanakan aktiviti di premis-premis Kerajaan yang mempunyai kemudahan dengan pemiliknya meningkatkan kawalan risiko akan dapat menyuburkan rakyat untuk berpersatuan.
Mentadbir urus masalah sosial yang mengancam kehidupan masyarakat sudah berada pada tahap yang amat menggalakkan. Maka saya ingin mencadangkan agar NGO seperti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan segala organisasi yang ada dalam masyarakat diperkasakan agar tanggungjawab itu dapat dipikul bersama antara Kerajaan dan masyarakat. Institusi-institusi sosial di negeri Perlis perlulah membuka peluang-peluang untuk memajukan potensi yang ada di dalam diri masyarakat di mana akademi kemahiran dapat disekalikan dengan pusat-pusat transformasi ekonomi masyarakat, sebagai contohnya membina akademi kemahiran automotif bersekali dengan litar track motorsikal, secara tidak langsung pelajar-pelajar tersebut dapat sama menjadi tenaga utama dalam menggerakkan aktiviti permotoran di negeri Perlis ini disamping menimba ilmu dalam bidang otomobil.
Kebajikan untuk rakyat meliputi pelbagai aspek seperti kesihatan yang baik, keselesaan dan kesejahteraan hidup. Bagi memastikan semua aspek kebajikan ini terpelihara, pihak yang bertanggungjawab perlu memastikan rakyat diperkasakan dengan bantuan-bantuan yang bersesuaian. Kesejahteraan hidup yang meliputi pelbagai dimensi seperti merasa aman, merasa selamat dan dilindungi serta wujudnya peluang untuk meningkatkan kualiti hidup individu dan keluarga ke tahap yang lebih baik juga adalah antara fokus penting bagi program dan dasar berkaitan kebajikan yang perlu diberi perhatian. Kita selaku pemimpin yang memperoleh kuasa secara sah perlu melaksanakan amanah kepimpinan dengan penuh rasa tanggungjawab dan sentiasa cakna tentang kebajikan rakyat. Kita juga perlu mempunyai kebijaksanaan dan berani melakukan perubahan-perubahan yang penting bagi memastikan kebajikan dan keperluan masyarakat negeri Perlis yang memberi kepercayaan penuh kepada kita untuk menguruskan kesempurnaan mereka. Walaupun kita sedar kita tidak akan mampu menyempurnakan kesempurnaan total kepada masyarakat, apabila kebajikan rakyat diletakkan sebagai satu keutamaan, saya yakin dan percaya kita akan terus membela nasib rakyat. Keikhlasan sebenar seorang pemimpin terhadap misi kepemimpinannya ialah apabila rakyat merasa selesa dengan dasar-dasar pemerintahan yang jelas dan sentiasa berterusan. Pemimpin yang dipilih untuk melaksanakan amanah kepemimpinan dalam apa jua kapasiti sama ada sebagai pemimpin negeri, organisasi, masyarakat dan komuniti perlu sentiasa prihatin terhadap kebajikan kelompok yang dipimpin. Kesedaran berkenaan perkara ini adalah penting kerana kuasa kepimpinan itu datangnya dari mereka yang dipimpin dan jika amanah ini tidak dilaksanakan dengan sebaik-baiknya maka masyarakat akan hilang kepercayaan terhadap keupayaan kita untuk memimpin.
Yang Berhormat Tuan Speaker, selepas abad yang ke-20, peranan wanita tidak lagi terhad sebagai tenaga simpanan. Desakan sosial dan ekonomi seluruh dunia telah membuka peluang yang luas kepada golongan wanita. Semakin ramai wanita yang masuk dalam lapangan dan berjaya menjawat jawatan yang bertaraf penting sama ada dalam Kerajaan mahupun swasta. Secara keseluruhannya, perjuangan wanita untuk membela nasib kaum sejenis dan memainkan peranan mereka dalam pembangunan negara menampakkan kesan yang nyata meskipun masih belum begitu cemerlang. Pemerkasaan wanita dalam sektor e-dagang terutama di Perlis, bantuan latihan kepada wanita terutama dalam managing e-commerce, online marketing, digital advertisement skill, digitalise product dan sebagainya, dengan izin, fokus Kerajaan dalam membantu golongan wanita mestilah lebih kepada membuka ruang dan peluang perniagaan melalui agensi-agensi Kerajaan dan separa Kerajaan ataupun swasta dengan NGO wanita yang terdapat di negeri Perlis ini. Usaha untuk menggalakkan program pendaya upayaan wanita melalui elemen-elemen latihan dan penambahbaikkan kemahiran dan tenaga kerja contohnya seperti pembersihan kawasan, masakan, jahitan akan menjadikan pendapatan lumayan jika diurus dengan baik dan berkesan. Kewujudan grab untuk wanita juga akan membuka peluang pendapatan kepada golongan wanita serta peluang-peluang perniagaan online secara sistematik. Usaha-usaha mendedahkan wanita kepada perniagaan berskala besar di samping mewujudkan linkage atau network dengan sektor usahawan dari luar perlu dilangan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan golongan wanita sentiasa bersama dengan Perikatan Nasional di negeri Perlis ini. Wanita hari ini kian bergerak maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kemahiran pekerjaan, kepimpinan dan sebagainya. Keadaan wanita boleh dibanggakan berbanding lebih 50 tahun dahulu. Kita harus membetulkan tanggapan masyarakat hari ini yang meletakkan wanita sebagai pihak kedua dalam pembangunan. Ini adalah kerana tuntutan untuk memperkemaskan generasi dan ummah yang akan datang tidak lagi yang hanya dibebani pada bahu lelaki, tetapi sebaliknya memerlukan sokongan dan dokongan wanita. Apabila kita mengatakan wanita itu amat penting dalam masyarakat dan negara, ia boleh ditafsirkan sebagai melengkapi antara satu sama lain. Memang kita akui wanita sendiri kadangkala tidak dapat melakukan sesuatu kerja sepertimana lelaki namun, dalam sesetengah keadaan, golongan lelaki juga tidak boleh melakukan sesuatu kerja yang boleh dilakukan oleh wanita. Justeru itu, kita ingat bahawa tanggapan ini harus dibuat secara positif dan rasional. Kita tidak harus meletak wanita sebagai golongan lemah kerana mereka juga berkemampuan dan berkredibiliti. Wanita sebagai isteri, wanita juga sebagai ibu dan tidak kurang juga sebagai pemimpin. Maka wanita harus mengubah paradigma untuk melihat bahawa mereka juga mampu bersama-sama setaraf dengan lelaki dalam semua keadaan. Sebagai contohnya dalam Islam, ketokohan Saidatina Khadijah sebagai tokoh korporat dan ahli perniagaan yang berjaya menjadi inspirasi wanita dan lelaki. Tidak kurang juga ketokohan Saidatina Aisyah sebagai seorang ilmuwan dan pakar rujuk kepada sahabat dan keluarga Baginda Rasul telah membuktikan bahawa Islam telah meletakkan wanita pada tempat yang tinggi. Peranan mendidik generasi serta kerjasama semua pihak sama ada dalam keluarga, tempat kerja, jiran tetangga dan masyarakat setempat perlu diperhebatkan untuk menjadikan wanita sebagai penyumbang kepada pembangunan di negeri Perlis ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, ringkasnya untuk bergerak maju kehadapan dengan pantas, negeri ini memerlukan pemain-pemain sama ada pemimpin, penjawat awam, pihak swasta dan rakyatnya bersifat amanah, fatonah, yang siddiq dan yang tabligh. Inilah kualiti yang diperlukan untuk membolehkan kita bergerak ke hadapan dengan pantas. Akhir kata saya menyokong Bajet Negeri Perlis 2023 dengan tema “Merangka Perubahan, Menjana Kestabilan dan Mendepani Cabaran.” Sekian wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tahniah ADUN Sena. Hebat, menepati masa dan menepati kehendak perbahasan. Dipersilakan ADUN Beseri.
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, alhamdulillahi rabbil ‘alamin, wassalatu wassalamu ‘ala asyrafil Anbiya'i wal mursalin, Saidina Muhammaddin waa’la Aalihi wasahbihi ajmain. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, seterusnya pegawai yang hadir di Dewan yang mulia ini. Pertamanya marilah sama-sama kita merafakkan… marilah sama-sama kita mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana Allah telah mengizinkan kita untuk berada di Dewan yang mulia ini, untuk memastikan kebajikan rakyat, untuk memastikan suara rakyat itu didengari. Untuk memastikan negeri kita berada di dalam keadaan harmoni, insya-Allah. Selawat dan junjungan kepada Rasulullah S.A.W., kerana tanpa pengorbanan dan juga tanpa usaha daripada Baginda, Rasulullah S.A.W., hari ini kita tidak dapat melihat khudwah, contoh bagaimanakah Rasulullah S.A.W. memimpin sesebuah negara dan negeri. Alhamdulillah, selepas Pilihan Raya Umum yang Ke-15, hari ini kita bermesyuarat buat kali pertama. Mesyuarat yang sangat penting untuk memastikan hala tuju kerajaan Negeri kita berada di jalan yang benar… berada di jalan yang betul, supaya kita dapat memacu negeri kita dalam keadaan yang terbaik, insya-Allah. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Speaker di atas pelantikan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis yang baru. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis kerana telah diangkat menjadi Menteri Besar Perlis yang baharu dan telah membentangkan bajet negeri Perlis untuk tahun hadapan bertemakan “Merangka Perubahan, Menjana Kestabilan, Mendepani Cabaran” yang saya rasa telah merangkumi semua aspek dan insya-Allah akan mensejahterakan negeri Perlis ini sebagai Perlis yang baharu. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi, terima kasih dan tahniah kepada pengundi seluruh rakyat Perlis terutamanya di DUN Beseri, kerana telah mempunyai kebijaksanaan dan keberanian untuk memastikan negeri kita berada dalam keadaan yang terbaik. Ini merupakan sejarah berlakunya perubahan Kerajaan Negeri Perlis sejak negara kita merdeka. Insya-Allah melalui slogan Prihatin, Bersih dan Stabil, Perikatan Nasional akan memastikan negeri kita lebih keterhadapan di masa hadapan.
Sebelum saya menyambung perbahasan saya sebagai… saya sebagai wakil anak muda Perlis, saya berasa sangat kecewa dengan kenyataan Ahli Parlimen Pandan yang bersikap offensive kepada Kerajaan Negeri Perlis. Tidak sepatutnya seorang Menteri mengucapkan perkataan sedemikian. Pilihan Raya sudah tamat, cukup-cukuplah berpolitik… cukup-cukuplah mencari publisiti dengan cara berpolitik. Sepatutnya menteri fokus kepada untuk membina negara, bukan untuk mencari publisiti, bukan bersikap offensive. Sepertimana yang disebut oleh YB Guar Sanji sebentar tadi, sepatutnya seorang menteri perlu faham konsep federal, federalisme, hubungan di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat, G to G… tetapi kenapakah perkara ini ditimbulkan? Tak sepatutnya ditimbulkan perkara begini. Orang ajak kita pi makan kenduri, kita pi makan kenduri, tiba-tiba pi makan kenduri, kata kita minta makanan. Ha… tak sepatutnya benda tu berlaku, takut orang tak mau pi dah kenduri kita lepas ni.
Baik, jadi insya-Allah saya akan teruskan perbahasan saya Yang Berhormat Tuan Speaker. Pertama sekali ucapan saya, saya cerakinkan kepada 2 perkara iaitu pelaburan yang mampan serta yang keduanya kewangan yang stabil. Berdasarkan pembentangan bajet negeri Perlis oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, pelaburan adalah satu elemen penting untuk meningkatkan ekonomi negeri sehingga menjadi teras pertama di dalam pembentangan bajet iaitu peningkatan ekonomi melalui pelaburan. Kita perlukan pelaburan yang mempunyai high impact, dengan izin, dan kita cuba elakkan, dengan izin, low impact invest… investment. Jadi, apa yang kita perlukan… sukacita saya ingin kongsikan, di sini saya gariskan sembilan kaedah untuk memastikan Perlis mampu bersaing dengan negeri lain dalam pelaburan yang saya kira sesuai dengan tema Perlis Baharu. Yang pertama, tiada cengkaman politik kepada para pegawai Kerajaan. Ini perkara yang penting untuk kita amati bersama. Amalan tadbir urus yang beri kepercayaan sepenuhnya kepada pegawai Kerajaan Negeri mengikut profession dan bidang kepakaran mereka. Tiada cengkaman politik kepada para pegawai. Kepimpinan Kerajaan Negeri yang diterajui Menteri Besar perlu memberi kepercayaan dan bersama dengan para pegawai untuk memastikan negeri kita ini dipimpin secara bersama. Jika ada campur tangan daripada mana-mana ahli politik ataupun ada unsur politik, Menteri Besar akan bertanggungjawab penuh ke atasnya dan perlu memastikan perkara ini diselesaikan, insya-Allah. Apabila tiada cengkaman politik, hal ini akan meningkatkan produktiviti di kalangan pegawai Kerajaan, sekaligus akan memberikan impak positif kepada Kerajaan Negeri.
Yang kedua, pegawai Kerajaan bersedia berkhidmat demi rakyat. Apabila kita lihat perkara ini bukan sahaja wakil rakyat, apabila disebut ADUN, Ahli Dewan Undangan Negeri, tetapi seharusnya kita ada collect… dengan izin, collective responsibility, iaitu kita berjalan seiringan bersama untuk memastikan negeri kita berada dalam keadaan terbaik, rakyat kita akan menerima hasil daripada hak Kerajaan. Dan apa yang penting adalah Kerajaan itu berada di dalam hati rakyat. Kita tak nak Kerajaan yang jauh daripada rakyat, tetapi kita nak Kerajaan itu dirasai, dinikmati dan berada di dalam hati rakyat. Apabila pegawai Kerajaan telah mendapat kepercayaan penuh tanpa gangguan dan belenggu politik kepartian, insya-Allah mereka bersedia untuk bekerja dengan optimum demi manfaat rakyat negeri Perlis. Sanggup korbankan masa dan tenaga demi membangunkan negeri, sekaligus akan memberi impak kepada rakyat. Sinergi antara kepimpinan Kerajaan Negeri, pegawai Kerajaan, komuniti dan rakyat amat penting untuk memastikan agenda besar yang kita gariskan bersama tercapai. Kita… banyak perkara yang telah kita gariskan, apa yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sangat besar, pelaburan-pelaburan yang disebut high impact, projek yang ada… dengan izin, perlu kita jalankan secara bersama, dan bukanlah kita letak di atas pundak Menteri Besar sahaja. Saya yakin insya-Allah, pegawai dan staf yang ada sedia berkhidmat bersama dengan kita semua, yang penting adalah untuk kepentingan rakyat.
Yang ketiga adalah produktiviti tinggi, meningkatkan kutipan hasil. Di sini saya ingin mengambil contoh Kerajaan Negeri Kedah, bagaimana hasil daripada produktiviti para pegawai Kerajaan… Kerajaan Negeri Kedah berjaya mengutip hasil berjumlah sehingga RM688 juta pada tahun 2021. Antara yang tertinggi bagi negeri Kedah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kutipan cukai dilaksanakan pada pengusaha-pengusaha yang mempunyai tunggakan yang tinggi. Simpanan Kerajaan Negeri Kedah juga mencapai nilai tertinggi iaitu sebanyak RM600 juta. Insya-Allah, jika kita gerak bersama untuk memastikan perkara ini berlaku, ianya dapat direalisasikan.
Yang keempat untuk pelaburan… untuk memastikan pelaburan pelabur-pelabur sedia untuk bersama Kerajaan Negeri berada di Perlis, apa yang penting adalah prasarana asas dan sistem yang memudahkan pelabur. Suka untuk saya kongsikan, prasarana asas penting untuk menarik pelabur asing datang melabur di negeri kita. Bila orang nak mai rumah kita, dia mesti tengoklah rumah kita ada apa kan? Lengkap dak kan? Orang nak mai meniaga, dia mesti tengok, dia tanya ayaq ada dak, letrik ada dak, kan? Benda yang simple, yang kita boleh mudah faham kepada rakyat. Paling penting adalah infrastruktur komunikasi… komunikasi yang kuat dan stabil kerana kebanyakan perkara hari ini memerlukan internet, dan kita berada di zaman revolusi industri 4.0 kan… bagaimana revolusi industri 4.0 ini sangat penting untuk kita hadapi bersama dan kita boleh lihat bagaimana hari ini internet telah mencapai status 5G. Adakah 5G ini dapat direalisasikan di negeri Perlis? insya-Allah. Dan jadi kita harap sistem… apa… capaian 5G ini dapat direalisasikan di Perlis. Selain itu mempercepatkan proses birokrasi pentadbiran melalui sistem teknologi E10 atau permit pembinaan express. Sistem yang disediakan ini khusus kepada pelabur yang datang ke negeri Perlis yang menjimatkan proses undang-undang, dengan izin, legal process kepada hanya 10 bulan sahaja. Contoh seperti expenditure di Kulim High-Tech yang hanya mengambil masa 10 bulan untuk mendapatkan Return on Investment (ROI) di Kedah.
Yang Berhormat Tuan Speaker, yang kelima adalah meneruskan projek lama yang memberi manfaat kepada rakyat. Saya dengar tadi ramai Yang Berhormat sebut tentang perkara ini. Suka lah untuk saya ulang, insya-Allah Kerajaan Negeri perlu meneruskan projek dan pembangunan negeri Perlis yang telah dirancang dan yang memberi manfaat kepada rakyat, dan mengambil masa yang panjang telah menelan kos yang banyak. Saya teliti pembentangan bajet di mana Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkata,
Kerajaan Negeri tidak mengamalkan amalan membuang perancangan yang telah dibuat oleh Kerajaan terdahulu. Bagi melindungi kos tenaga dan masa yang telah digunakan, demi kebaikan rakyat dan negeri Perlis, budaya politik scrap off, dengan izin, tidak menguntungkan rakyat dan perlu dielakkan. Perkara pertama yang perlu kita lihat adalah manfaat untuk rakyat, bukannya kepentingan politik semata-mata.
Kemudian yang keenam, kita perlu menggembleng tenaga pakar yang ada di negeri Perlis. Kita ada universiti-universiti yang mempunyai tenaga pakar, profesor-profesor, profesor madya-profesor madya yang kita… kita tahu ada kepakaran dalam memastikan keadaan negeri kita untuk sesuai untuk pelabur-pelabur. Di dalam kita menggembleng tenaga pakar ini, kita ada pusat R&D, dengan izin, Research and Development untuk pelaburan, iaitu kita mengkaji kesesuaian, locality-locality yang ada untuk kita pastikan pelabur-pelabur berminat untuk melabur. Contohnya, bagaimana kita tengok di Chuping Valley, pernah satu ketika Chuping Valley mencapai suhu sekitar 4.1 darjah celcius, dan perkara ini perlu diambil kira, adakah kesesuaian pelabur-pelabur untuk datang… kan… untuk melabur… terutamanya daripada sudut pertanian dan sebagainya. Kemudian kita lihat bagaimana pelaburan ini perlu kita luaskan, bukan sahaja pelaburan daripada sudut industri, industri… industri… pembangunan infrastruktur dan sebagainya, tetapi tenaga pakar ini perlu melibatkan kepada semua perkara… semua bidang iaitu pelancongan, pertanian dan lain-lain. Jadi ini adalah perkara yang perlu kita lihat bagaimana kita… perlu melibatkan tenaga pakar di dalam kita memastikan pelabur-pelabur datang dan insya-Allah, pihak-pihak universiti boleh membantu para-para pelabur untuk datang ke negeri Perlis.
Yang ketujuh adalah keadaan politik yang stabil dan berprinsip. Saya yakin faktor ini adalah faktor yang utama untuk menarik pelaburan di Perlis. Apabila politik… keadaan politik negeri berada di dalam keadaan yang stabil, pelabur-pelabur akan yakin… pelabur-pelabur akan rasa selesa dengan dasar yang telah kita buat. Tiada konsep flip flop, dengan izin, di dalam konsep dan juga dasar dan polisi Kerajaan Negeri. Jadi perkara ini penting untuk kita lihat bersama. Alhamdulillah di pihak Kerajaan hari ni, empat belas, satu dan kita yakin YB Indera Kayangan juga bersama kita sepertimana YB Kuala Perlis sebut, insya-Allah kan… jadi 15 lah, kita letak 15… ha… 15 akan bersama. Jadi keputusan itu tiada bangkangan dan penting juga YB Indera Kayangan untuk menjadi check and balance lah kan. Kalau tak dak check and balance payah juga kan… ha… Jadi, saya harap YB Indera Kayangan juga dapat menjadi pembangkang yang constructive lah kan… untuk… dan juga produktif untuk memastikan negeri kita berada di dalam keadaan yang baik. Bukan pembangkang yang kita lihat berada di Parlimen yang sepertimana disebut oleh Perdana Menteri iaitu zoo… sepertimana yang berada di dalam Zoo Negara.
Okay… seterusnya adalah kita lihat agenda yang kelapan iaitu perkukuh agenda bumiputera dalam pelaburan. Bagaimana kita lihat dalam pelaburan ini kita perlu libatkan bumiputera supaya bumiputera juga dapat merasai pelaburan yang ada di dalam… pelaburan melibat bumiputera ini. Yayasan Islam Perlis adalah satu-satu agensi dalam negeri Perlis yang mendapat peruntukan saham khas bumiputera atau, dengan izin, IPO iaitu Initial Public Offering untuk membuat pelaburan. Jadi perkara ini penting untuk kita lihat bersama supaya pelabur-pelabur bumiputera dapat merasai nikmat untuk melabur di negeri Perlis.
Seterusnya yang kesembilan adalah pemimpin berkaliber, mahir dan beriman. Saya lihat kekuatan pemimpin Perikatan Nasional terutamanya Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri adalah mereka ini mesra. Kalau kita tengok YB DUN Titi Tinggi tu semalam dia ronda habih satu Dewan kan. Ha… jadi perkara ini adalah satu benda yang positif dan saya yakin dengan kemesraan ini kita dapat bergerak bersama, kan… kita dapat bergerak bersama untuk memastikan Kerajaan Negeri dipimpin dengan sebaiknya. Bila kita tak mahir, kita boleh belajar. Kita… terutama kami yang baru ni, tak mahir, kita boleh belajar. Tapi apabila soal sikap payah untuk dibentuk, kita perlu ada kemesraan, kita perlu ada hubungan dua hala yang baik, kan… senyum sentiasa. Tiada budaya saya tau semua di dalam kerajaan Negeri, kita belajar. Ini adalah perkara yang penting untuk kita pastikan negeri kita berada dalam keadaan yang terbaik. Marilah kita doakan supaya Kerajaan Negeri kita berada di dalam keadaan yang terbaik. Apabila pelabur-pelabur datang ke negeri Perlis, pelaburan meningkat maka yang akan dapat kesannya, yang akan dapat hasilnya adalah rakyat. Itulah yang utama, bukan poket sendiri, bukan poket pimpinan Kerajaan Negeri, tetapi kita hendak penuh poket… dalam poket rakyat, bukan poket yang ada di dalam Dewan ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya saya hendak menyentuh tentang kewangan yang stabil. Sepertimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di dalam perbahasan, di dalam pembentangan negeri Perlis mencatatkan pertumbuhan yang positif dari sudut KDNK dengan pertumbuhan 1.5% berbanding penyusutan 6% pada tahun 2020. Ini merupakan satu tanda positif tetapi kita tak boleh rasa selesa dengan perkara ini. Kita perlu berusaha untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri dan juga hasil pendapatan hasil Kerajaan Negeri daripada semasa ke semasa. Jadi kita perlu berganding baru untuk menjayakan projek berimpak tinggi Kerajaan Negeri supaya rakyat dapat merasai nikmat yang telah kita jalankan. Insya-Allah.
Dengan baki masa yang ada ni lebih kurang 5 minit, Yang Berhormat Tuan Speaker, saya hendak bawak isu tempatan. Isu tempatan isu yang melibatkan DUN Beseri yang utamanya Beseri adalah satu lokasi strategik di samping Padang Besar di dalam Parlimen Padang Besar ini, Beseri adalah lokasi yang sangat strategik kerana dia berada di laluan utama daripada Kangar ke Padang Besar... “Kangar” macam orang KL... Kangaq kan. Jadi, apabila kita lihat Beseri berada di dalam keadaan geografi dan lokasi sangat strategik, maka kita saya cadangkan untuk kita cuba bangunkan satu bandar yang berada di Parlimen Padang Besar. Kita lihat di Parlimen Arau pembangunan sangat pesat. Di Parlimen Kangar, pembangunan sangat pesat, tetapi bagaimana di Parlimen Padang Besar? Jadi, kita perlu lihat supaya berlakunya pembangunan dan juga di Parlimen Padang Besar dan saya lihat Beseri adalah satu lokasi yang sesuai kerana ia menjadi tumpuan, berada di tengah-tengah laluan utama Kangar ke Padang Besar kan. Pelancong luar yang nak ke Thailand, dia akan melalui jalan utama Beseri tu, Kangar ke Padang Besar. Pelancong Thailand nak ke Kuala Lumpur dia akan lalu jugak jalan yang sama dan juga Beseri ini dia dekat dengan Chuping Valley. Jadi ianya sangat strategik untuk dimajukan, insya-Allah. Kemudian seterusnya adalah di rejuvenasi Wang Kelian. Kita lihat pertamanya apabila kita memperbaharui kembali Wang Kelian ini menjadi satu lokasi pelancongan yang menarik. Insya-Allah di sepanjang jalan tu rakyat dapat menerima hasil… rakyat dapat merasai hasilnya dengan boleh meniaga kecil-kecilan apabila pelancong menuju ke Wang Kelian. Saya ada sebut dalam soalan semalam berkaitan Arked Pekan Sehari. Sebenarnya Arked Pekan Sehari ni yang saya dapat maklumat sewanya adalah RM800 sebulan. Apabila kita lihat sewanya RM800 sebulan maka saya rasa ianya tidak mampu milik kepada warga tempatan. Mungkin perkara ini perlu dilihat kembali. Saya mohon kepada agensi-agensi yang terlibat, mohon jasa baik supaya melihat kembali nilai yang telah ditetapkan… sewa yang ditetapkan, kerana ianya tidak mampu milik. RM800 sebulan dalam keadaan sekarang ini orang mai beli seringgit dua kupang, seringgit.. seringgit, dua ringgit… nak bayar sewa macam mana? Jadi, perkara ini perlu dilihat dan juga sebenarnya apa yang penting adalah konsep bebas berniaga yang kita tetapkan iaitu yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Konsep nat ini tak leh lari daripada Wang Kelian. Bila Wang Kelian hidup dengan nat-nat yang ada di tepi-tepi jalan, pasar-pasar dan gerai-gerai yang ada di tepi jalan sehingga Wang Prachan di Wang Prachan sendiri, depa pun ada arked niaga. Tetapi arked niaga depa pun tak hidup. Yang hidup adalah gerai-gerai… sebab apa? Gerai-gerai ini lah yang akan memberikan impak kepada masyarakat… masyarakat-masyarakat tempatan. Apapun kita kena lihat secara lestari, secara yang terbaik bagaimana kita nak bergabung jalinkan konsep nat dan juga arked niaga yang ada. Kemudian saya mencadangkan supaya diwujudkan free flow bersyarat. Free Flow bersyarat ni iaitu kita tetapkan 500 meter hingga ke kawasan negara Malaysia dan juga 500 meter ke Thailand dan apabila pelancong datang, pelancong perlu menyerahkan IC ataupun pasport supaya kita dapat mengenal pasti siapakah pelancong yang datang dan kita akan bagi pass lah kepada mereka yang datang. Yang penting kita ambil dan juga ambil IC dan juga pasport untuk keselamatan.
Yang keduanya isu haiwan liar. Saya minta seminit dua na YB Tuan Speaker?
Dua minit dibenarkan.
Terima kasih… terima kasih. Yang keduanya adalah isu haiwan liar yang menggangu penduduk tempatan di Beseri. Dua haiwan liar yang kita tengok, yang pertamanya kerbau pendek. Kerbau pendek tu saya tak mau sebutlah nama betui dia…
Saya sebut khinzir.
Terima kasih YB Titi Tinggi. Kemudian adalah kera-kera dan juga beruk… bukan yang disebut di Parlimen naa… bukan kera dan beruk, beruk yang disebut di Parlimen tu tapi kera dan beruk ni yang mengganggu kawasan-kawasan dusun dan juga kawasan-kawasan tempatan yang ada di Beseri sehingga kita saya tengok mendapat aduan di Semadong, di Bukit Kedah dan juga di Bukit Manik sehingga tak mampu nak rasa hasil-hasil tanaman. Ada pekebun yang tanam Musang King dan juga duri… durian hitam dan hanya boleh dapat hasil 40% sahaja. 60% lagi sedekah katanya. Jadi perkara ini kita kena lihat kerana ini merupakan aduan daripada rakyat, bagaimana perkara ini sangat merisaukan masyarakat dan juga rakyat tempatan. Kemudian kerbau pendek ada setengah yang sampai sondoi dinding rumah… sampai sondoi dinding rumah… jenis tak tau la dia makan ubat apa. Jadi menyebabkan ada penduduk tempatan yang sangat takut. Saya minta jasa baik kepada agensi-agensi yang terlibat, jabatan-jabatan yang terlibat untuk ambik perhatian berkaitan isu ni.
Jadi, yang seterusnya, yang terakhir berkaitan Pos Keselamatan Wang Kelian. Pos Keselamatan Wang Kelian ini saya rasa saya ni muda 31 tahun, tapi saya rasa last tahun 1998 saya pi, sampailah la 2022 bangunan yang sama saja post keselamatan tu. Sampai ada program-program imigresen dan juga yang melibatkan Thailand dan juga Malaysia terpaksa dibuat hanya dibuat di tapak parking saja. Jadi perkara ini sangat-sangat mengecewakan, sangat-sangat sedih dan bagaimana juga kita boleh lihat di DC board elektrik tu berada di dalam Pejabat Imigresen…
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya nak tanya sedikit. Bangunan uzur di Wang Kelian tu babi tak kacau ka? Tadi kata kalau orang kampung, babi dok pi sondoi mai ke rumah. Dah YB dok pi di situ tak kan tak tau kot?
YB Speaker, saya minta laluan sedikit. Tadi… tadi YB Beseri ada cakap masa dia mengalu-alukan tentang Indera Kayangan untuk menjadi ikutan bersama, tapi dalam ucapan beliau tadi kalau tak silap saya la, mungkin yang lain, mungkin perasan atau tak perasan dia kata sekarang ini, apa Yang DiPertua Dewan kata suasana pembangkang ni seperti perkataan ayat tadi yang tidak disebut dengan jelas tadi. So, untuk difahamkan pada YB Beseri sekarang ni, YB pembangkang adalah kita yang bercakap, perkara tu adalah daripada Kerajaan. Tolong tarik, betulkan balik saudara YB Beseri. Terima kasih.
Terima kasih kepada YB Simpang Empat… di Perlis. Kalau di Kerajaan Pusat kitalah pembangkang, cuma di Perlis kita Kerajaan. Terima kasih. Untuk berkaitan isu ini saya masa pun telah lebih jadi saya minta kepada para agensi untuk bantulah supaya selesaikan masalah ini terutamanya di ICQS ni adalah di Pos Keselamatan Wang Kelian ni sangat-sangat daiflah. Ia juga mencerminkan negara kita, sebab apa, bila pelancong Thailand masuk dia nampak Wang Prachan tu elok. Bila dia masuk ke Malaysia dia tengok bangunan di post keselamatan Wang Kelian tu macam tahun 1970-an. Jadi sepatutnya benda tu saya minta jasa baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya dapat bawa perkara ni ke pihak Kerajaan Pusat… Kerajaan Persekutuan untuk pertimbangan pihak yang berkaitan lah. Jadi, untuk yang terakhir saya menyokong penuhlah… saya menyokong penuh pembentangan bajet yang dibentang oleh YAB Menteri Besar, insya-Allah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan di sisi Allah S.W.T., wallahuallahualam. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih YB Beseri. Saya pun kalau boleh nak ubah rupa paras boleh jadi macam YB Beseri segak, cantik, tapi tak boleh la kan. Tapi perangai, perbuatan… perangai kita tu boleh diubah sekiranya kita berusaha, insya-Allah. Jadi saya jemput… Tambun Tulang.
Bismillahirahmanirahim. Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis, barisan EXCO, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Pertama sekali sebelum saya mulakan ucapan perbahasan saya pada hari ini, saya dahulukan ucapan tahniah kepada Tuan Speaker atas pelantikan yang mana berlaku baru-baru ini, saya ucapkan tahniah. Juga setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Menteri Besar Perlis yang mana daripada DUN Sanglang, kepada barisan-barisan EXCO yang telah pun dilantik, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah pun dipilih oleh rakyat. Namun segala apa yang kita peroleh hari ini ataupun kemenangan kita pada hari ini yang membolehkan untuk kita duduk di atas kerusi yang empuk pada hari ini sehingga menyebabkan mata kita hampir terlelap sebenarnya merupakan satu amanah yang besar yang mana kita semua sedang diperhatikan satu demi satu. Makanya amanah ini saya yakin mampu untuk kita galas dan mampu untuk kita bawa andai kata kesemuanya daripada kita bekerjasama dan mempunyai niat yang sama, yakni dalam membawa Negeri Perlis ke aras yang lebih tinggi. Dan tak lupa juga kepada ketua pembangkang, YB Indera Kayangan yang mana dalam gelombang dia masih mampu berenang hingga kepada kejayaan. Saya ucapkan tahniah selaku orang muda… bukan Beseri sahaja orang muda, saya pun muda lagi. Jadi selaku orang muda, saya sebenarnya agak terkilan. Nak kata kecewa tu tak lah kecewa sangat dengan kenyataan… saya sambung sikitlah, kenyataan YB Pandan di Parlimen baru-baru ini. Namun saya nak tegaskan, walau apapun yang berlaku di Parlimen, apa sahaja yang mereka nak kata di sana, saya tetap akan menjaga YB Indera Kayangan. Jadi jangan risau YB Indera Kayangan, you are with me, dengan izin… tapi bukan dalam perbahasan lah. Cumanya mungkin saya nak kita ingat bersama janji-janji kita kepada rakyat yang mana kita ingin membawa beberapa perubahan dan saya yakin masa semakin hari semakin suntuk, semakin hari semakin dekat sehingga tempoh 100 hari. Sekarang dah jadi trend untuk rakyat melihat, untuk rakyat tengok pencapaian sesebuah Kerajaan dalam masa 100 hari. Jadi saya memohon… saya memohon di pihak YAB Menteri Besar dan seluruh Barisan EXCO serta kita semua di di sini agar kita dapat memberikan yang terbaik kepada rakyat terutamanya di Tambung Tulang untuk pihak saya.
Jadi saya sebenarnya selepas meneliti dan melihat kepada teks ucapan bajet yang mana dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis, yang mana saya ingin ucapkan tahniah di atas kemenangan tersebut, saya tertarik dengan ayat “Merangka Perubahan, Menjana Kestabilan, Mendepani Cabaran.” Saya suka untuk memetik perkataan perubahan. Bila kita sebut berkenaan dengan perubahan, cabaran utama yang ada untuk Kerajaan Negeri hari ini adalah untuk melakukan perubahan… untuk melakukan satu-satu perubahan, yang pastinya pihak Kerajaan harus berani… berani untuk membawa dan membentangkan idea-idea perubahan kepada rakyat negeri Perlis. Namun, bila kita menyebut tentang perubahan, juga pasti ada halangan… kerana apa? Kita harus ingat Kerajaan yang sebelum ini sudah puluhan tahun… sudah pun puluhan tahun dan sudah meresap ke dalam jiwa dan minda masyarakat dan juga penduduk di negeri Perlis. Makanya kita perlukan penerangan yang tuntas untuk diberikan di atas setiap perubahan yang ingin kita bawakan. Saya ada beberapa perkara yang mana saya tidak mahu banyak menyentuh tentang angka ataupun numbers daripada bajet yang mana dibentangkan semalam. Kerana apa? Kerana ratusan juta itu tidak bermakna sekiranya bajet kali ini tidak dekat ataupun tidak menyentuh rakyat. Saya ada beberapa perkara yang saya rasa saya boleh ataupun saya mintak pedoman. Saya minta untuk pihak Kerajaan renung dan mungkin boleh untuk diutarakan idea ini kepada jabatan-jabatan yang berkaitan. Yang pertama sekali, seorang wakil rakyat, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri makanya sudah pasti akan ada aduan-aduan, akan ada… pengadu yang mana hadir dan bagitau, “YB, saya berniaga sekian… sekian… sekian…, saya ada masalah ini sekian… sekian… sekian…” Jadi bila saya melawat ke beberapa kawasan, saya dapati hampir keseluruhan… di seluruh negeri Perlis mengalami masalah yang sama. Sebagai satu contoh… saya setuju bila YB Beseri sebut tadi pasal nat-nat dan sebagainya. Cuma kita… dah terlampau banyak tempat-tempat perniagaan. Dan di tempat-tempat perniagaan ini… yang banyak ini, kita lupa untuk menekankan satu perkara yakni kebersihan. Banyak tempat-tempat perniagaan yang mana saya pi sebagai contoh… sebagai contoh di Titi Chai. Di Titi Chai ni… kita… bila kita masuk, tapak dia sangat luas… luas dan peniaganya banyak. Namun dicemari oleh tong sampah yang bertimbun-timbun, sebagai contoh. Dua tiga hari tak ambil, sebagai contoh. Sebab tu saya kata tadi… bila kita nak buat sesuatu, kita perlukan planning, dengan izin. Yang proper planning. Sebagai contoh saya tengok orang yang berniaga di pasar… berniaga di pasar daripada mungkin 10 orang, sekarang dah tinggal 2 orang. Bila disembang, kita… kita bertanya kepada dia apa concern utamanya ialah dibuka tapak pasar di hadapan… di… di… di tapak pasar… pasar Titi Chai tu. Kemudian, orang daripada luar mai berniaga di situ, buka meniaga ikan di depan, jadi yang berniaga pasar di belakang. Makanya dekat situ dah berlaku satu masalah. Sebab apa saya kata masalah? Orang ni duduk dalam pasar, dalam market… tiba-tiba ada orang mai berniaga di depan. Dan saya tak salahkan peniaga, sebab apa? Sebab kita yang membenarkan peniaga-peniaga daripada luar itu masuk dan memberikan kepada mereka peluang untuk berniaga. So, dia orang pun niaga. Sebab tu saya minta rangka yang lebih baik setiap kali. Macam semalam saya ada bangkitkan dalam soalan tambahan saya, saya ada bertanya… apakah setiap pusat-pusat perniagaan yang baru dibuka itu telah melihat kepada data-data jumlah peniaga? Sebab apa, saya tengok lambakan-lambakan bangunan-bangunan perniagaan yang ada pada hari ini… tak kisah daripada Majlis Perbandaran ataupun Perbadanan dan sebagainya. Lambakan-lambakan ini bukan bermaksud kedai itu tidak penuh, tapi kedai tersebut ada tuan tapi tak beroperasi. Ini yang sebenarnya menjadi masalah dan bila kita tanya pada peniaga kenapa tidak beroperasi, jawapan utama mereka ialah tak dak sapa nak mai kedai saya. Sebab apa tak dak sapa mai kedai saya? Sebab utamanya adalah kurangnya promosi dan hebahan kepada masyarakat. Ini yang berlaku di Simpang Empat. Saya merupakan seorang penyewa di Simpang Empat suatu masa dulu. Apa yang berlaku adalah macam mana peniaga nak menarik pelanggan sekiranya kedai mereka berada di dalam… di sebuah kawasan… kawasan dah cantik, cuma kedudukan bangunan tak cantik. Dan bila saya tanya… maksud saya bila saya bertanya bukan untuk kita runtuhkan bangunan tersebut, tapi saya nakkan satu proper planning which is, dengan izin, yang mana kita perlukan sebuah agensi ataupun sekiranya hendak didirikan sesuatu bangunan itu perlulah ada rangka yang menepati kehendak dan juga market sesuatu benda yang kita nak buat. Jadi, kita tengok apa yang berlaku adalah banyak pusat-pusat perniagaan, tapi orang tak tau ada orang berniaga. Sebab apa? Tak dak signboard, tak dak billboard, tak dak sebarang bentuk hebahan. Itu antara yang saya nak utarakan. Namun, bagaimanapun benda itu boleh… masih boleh dibantu… masih lagi boleh diperbetulkan. Dan saya mohon berkenaan dengan kebersihan premis-premis ini. Kadang-kadang bila kita ada kedai, bila kita ada tempat untuk berniaga sebagai contoh, namun, keadaan kedai tersebut, sebagai contoh tak dak tong sampahnya… tong sampah tidak disediakan. Jadi, itu telah… akan menyebabkan tuan-tuan kedai ni tadi melakukan vandalism… sorry bukan vandalism, membuang sampah merata-rata. Jadi itu akan jadi punca masalah. Dan bila kesihatan mai pula, kena saman. Yang kena saman, tuan kedai. So, dekat sini saya kata punca utamanya adalah kita perlu sediakan dahulu fasiliti sebelum kita buat… menguatkuasakan sesuatu. Itu yang kedua.
Kemudian, daripada sudut lain, saya juga antara seorang bapa kepada seorang anak kurang upaya, dan saya rasa saya boleh dan berkemampuan untuk membawa suara anak-anak kurang upaya. Saya agak sedih, kerana apa? Baru-baru ni saya ada bertemu dengan beberapa orang yang mana duduk di atas wheelchair, disability… mereka tidak boleh berjalan dan sebagainya. Dia mengadu kat saya… dia kata… “YB… kami ni nak berjalan pi ke pusat pusat…” , contoh The Store lah, kita bagi contoh tempat-tempat berbelanja ni. “Tapi kami tak dak facilities yang… yang membolehkan kami naik ke tingkat dua, paling kuat tingkat satu ja.” Tingkat satu cuma boleh kalau di The Store tu, tingkat satu tu… tu pun kena ada orang yang tolak. Kalau sorang-sorang tak boleh. Itu juga sama… sama juga dengan pengangkutan. Kita tak dak bas yang membolehkan orang-orang yang mana orang kurang upaya ini… kelainan upaya ini menggunakan bas ataupun perkhidmatan pengangkutan yang mana ada di negeri Perlis. Tak dak ramp ataupun apa-apa kemudahan untuk mereka. Jadi saya mohon pihak yang berkenaan untuk kaji balik sebelum meluluskan sebarang reka bentuk bangunan yang mana selepas ini akan diadakan. Dan jika tiada, kalau boleh saya minta diadakan… sebab apa tak dak? Sapa nak bersuara? Dan lebih menyedihkan saya tanya dia orang, “So, jadi shopping di mana?”, “Shopping di Alor Setar.” Jadi dekat situ kita dah rugi. Sebenarnya di pihak kita pun rugi. Dia orang kita tak nampak di Perlis, cuba kita tengok di mana-mana… di Arau ke… di Kangar ke… di mana-mana… susah untuk kita nampak facilities.
Yang pertama kita tak dak lif. Di bangunan-bangunan kita ni kebanyakan tak dak lif melainkan bangunan Kerajaan. Bangunan Kerajaan depa tak boleh beli baju. Yang boleh beli baju hanya di pusat membeli-belah, sebagai contoh. Jadi mereka rasa terpinggir. Selain daripada itu saya juga ingin kita tekankan tentang beberapa perkara terutama tentang anak-anak autism. Anak-anak autism yang mana saya rasa perlu untuk kita berikan perhatian tentang bagaimana ataupun cara… kempen… dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Kerana apa? Ramai lagi di luar sana yang mungkin berada di dalam kampung-kampung yang masih belum tahu tentang apa itu autism. Ada setengah orang yang mana anaknya itu sebenarnya mild autism tapi dibiarkan…
dibiarkan… dan dianggap lembab. Maka disebabkan itulah… bukan salah mereka. Tapi disebab kurangnya kesedaran tentang masalah autism itu sendiri.
Kemudian, saya ingin menyentuh perkara yang ketiga… mengenai belia. Macam saudara daripada Beseri tadi… YB Beseri kata… kami ni kira umur belia lagi lah. Jadi, apa yang saya nak sampaikan adalah belia pada hari ini, mereka ini agak dinamik. Sebagai contoh, apa yang mereka bawa… perubahan yang mereka bawa baru-baru ini dalam pilihan raya kita tengok begitu drastik. Macam mana cara mereka menghukum satu-satu Kerajaan yang pada mereka tak kena dengan mereka. Jadi saya minta Kerajaan kita pada hari ini… Kerajaan baru yang ada di Perlis pada hari ini, untuk kita berikan perhatian kepada mereka ini. Sebab apa saya kata? Saya dah round hampir satu Tambun Tulang, boleh kata hampir keseluruhan padang futsal ataupun court futsal ni semua perlukan perhatian. Dan cuba bayang kalau diikutkan hampir 10 tahun dah… hampir 10 tahun dah court futsal ini tidak beroperasi dengan baik. Jadi mungkin andai kata pihak berwajib boleh untuk bawa benda ini… untuk lihat dengan lebih mendalam tentang perkara ini. Selain daripada itu, mereka juga saya setuju tentang pusat komuniti. Pusat-pusat komuniti tak dak… kurangnya pusat-pusat komuniti yang ada di Perlis. Tapi, andai kata kita ada pusat komuniti sekalipun, pengisian yang diletakkan untuk pusat komuniti itu juga harus… haruslah kena pada tempatnya dan juga pada masanya. Sebab apa… di pusat komuniti inilah sebenarnya tempat untuk kita asah… untuk kita polish, dengan izin… bakat-bakat… bakat-bakat muda dan di sinilah juga tempat untuk kita berikan penerangan daripada sekecil-kecil isu kepada sebesar… sebesar-besar isu. Bakat-bakat muda ini sebenarnya tiada tempat untuk mereka pergi berkumpul. Tak dak tempat untuk mereka luahkan pandangan. Tak dak tempat untuk mereka pergi bagi idea-idea bernas. Yang ada pada mereka sekarang hanyalah tempat-tempat… tempat saya orang panggil para anbiya’. Pusat-pusat yang tak baiklah… tempat-tempat tak elok. Jadi, saya mahu mereka ini semua diberikan perhatian dan diberikan peluang agar mereka ini semua diangkat…
Yang Berhormat Tambun Tulang.
Ya.
Saya mohon Yang Berhormat perbetul istilah para anbiya’. Anbiya’ ni para nabi.
Oh maaf… maaf… maaf… maaf…
Haa sebut bagi jelas.
Saya tarik balik… saya tarik balik… bukan anbiya’ yang itu… biak yang lain… maaf, ya. Terima kasih. Saya terleka sedikit tadi, terima kasih. Jadi, selain daripada itu, saya… kalau boleh saya nak mohon untuk para belia, kita perbanyakkan kepada mereka program-program yang mana mengenengahkan softskill yang mana mengangkat jati diri mereka. Sebab apa, pada dunia hari ini bukan hanya pelajaran itu yang menjadi utama, malahan softskill sebab berdasarkan apa yang kita lihat sekarang, graduan-graduan universiti, sebagai contoh, masih ada lagi yang belum mampu untuk mendapatkan pekerjaan. Kerana apa? Bila ditanya pada interviewer, dengan izin, bila ditanya kepada penemuduga, kurangnya softskill… kurangnya… dia orang panggil softskill ni… kurangnya… apa orang panggil dalam bahasa melayu softskill ni ya…
Kemahiran lah senang… kemahiran.
Kemahiran… ya.
Saya perbetul balik tu na… tadi saya tak betul. Perbetul la ni…
Tang mana tah tadi? Haa… okay.
Haa kemahiran.
Jadi, kemahiran. So, kemahiran diri ni sangat penting. Survival skill sangat penting. So, ini semua sebenarnya yang mana yang mampu untuk melonjakkan bakat seseorang anak muda. Kemudian, perkara ini sebenarnya bukan hanya boleh dilakukan… perlu dilakukan di sekolah menengah, malahan, perkara-perkara ini ataupun kempen-kempen kesedaran seperti ini harus dimulakan bermula dari peringkat yang paling rendah. Kita boleh tengok bagaimana hari ini anak-anak kita… tercicir, Terutama di Perlis. Tercicir maksudnya daripada banyak perkara. Jadi, dengan adanya program-program seperti ini, dengan adanya pusat-pusat komuniti ini, maka kita boleh untuk mem… memperbanyakkan lagi ataupun mengangkat bakat-bakat baru. Kemudian, negeri Perlis ini juga kita harus meneliti dan kita harus memberikan perhatian kepada peluang-peluang pekerjaan yang mana harus kita banyakkan dalam negeri yang saya percaya satu hari nanti akan dilaksanakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, insya-Allah. Yang mana di dalam negeri dan jangan lupa… kita juga perlu bantu anak-anak Perlis yang ingin berkerja di luar. Kita kena bantu. Sebab apa? Saya selalu tengok karnival-karnival kerjaya, saya selalu masuk expo, exhibition dan sebagainya. Agak mengecewakan bila mana kita tengok… bila karnival kerjaya ini… bila dibuat di Perlis, syarikat-syarikat yang masuk ni orang kata boleh kira. Dan sambutan hebahannya pun kurang. Jadi apalah salahnya andai kata kita besarkan sedikit skalanya itu. Kita jemput syarikat-syarikat yang baik, kita jemput syarikat-syarikat yang besar untuk datang dan tengok sendiri talent pool, dengan izin, ataupun bakat-bakat yang ada di negeri Perlis. Orang Perlis bukan lekeh. Anak-anak muda Perlis bukan anak-anak muda yang tiada daya saing… tidak. Berapa ramai anak-anak muda Perlis di luar sana yang menempa nama? Ramai. Di pelbagai bidang. Saya bagi satu contoh… satu contoh yang saya suka untuk cerita kepada semua orang. Kita ada beberapa ikon negeri… dalam negeri Perlis, yang mana di luar daripada Perlis diangkat. Seronok orang luar tengok baguih budak Perlis ni. Tapi malangnya di Perlis, orang kenal pun tak. Ramai. Salah satunya orang yang buat kunafa tu. Popular dalam online. Bila minum di Kangar, siapa pun tak kenal dia, sebagai contoh. Jadi saya minta untuk diangkat ikon-ikon ini. Libatkan mereka dalam libat urus. Berikan mereka peluang untuk duduk bersama dengan Kerajaan… duduk untuk menyumbangkan idea-idea mereka dan mereka ini boleh menjadi mentor kepada anak-anak muda yang lain. Jadi, saya pohon perbanyakkan karnival-karnival kerjaya yang mana membolehkan anak-anak muda daripada Perlis ini untuk tengok ruang-ruang di luar sementara menunggu kerja-kerja yang bakal ada di negeri Perlis ini kelak, insya-Allah. Dan bila kita mendekatkan jurang di antara Kerajaan Negeri dan juga anak-anak muda ini nanti, insya-Allah… makanya kita akan lihat bagaimana anak muda ini akan memberikan komitmen mereka. Sebab orang Perlis macam mana sekalipun dia tetap sayang negeri dia. Dia pi lah ke mana sekalipun, dia akan cerita, saya orang Perlis. Suatu ketika dulu waktu saya belajar, saya ingat lagi. Saya tanya orang Johor, dia tanya saya daripada mana… saya kata daripada Perlis. Ada ka negeri nama Perlis? Saya marah. Sebab apa? Takkan tak belajar Kerajaan Tempatan. Tapi ini yang berlaku di luar sana. Sebab apa? Saya setuju dengan kenyataan Guar Sanji tadi bila mana dia sebut tak dak persatuan-persatuan pelajar di luar yang mana anak Perlis. Sebab orang Perlis akan pi duduk dengan Kedah.
Kebanyakannya last sekali akan pi duduk dengan Kedah. So, kalau boleh, kita mohon perkara-perkara ini. Jadi, apa yang saya bentangkan pada hari ini adalah antara perubahan-perubahan. Sebab apa… kita kena tengok pada dunia hari ini. Sebagai contoh, kita berdepan dengan satu dunia yang mana dinamik. Hari ini lain, esok lain, lusa lain, tulat lain. Setiap hari ada perubahan. Makanya kita kena bergerak seiring dengan perubahan tersebut dan kita tidak boleh leka. Terutama sekali kita kena ingat di masa hadapan pemimpin-pemimpin muda ini lah yang akan mengembleng, yang akan memimpin negeri dan juga negara ini. Saya harap sangat-sangat agar Kerajaan Negeri pada hari ini, yang mana ada pada hari ini, melihat dengan lebih dalam terutama tentang teknologi. Kita kena ingat hari ini kita ada pelbagai jenis nama-nama baru sebagai contoh blockchain industry, kita ada artificial intelligence. Yang mana saya yakin andai kata kita tengok sedalam-dalamnya berkenaan perkara-perkara ini, insya-Allah, kita akan mampu untuk memberikan perubahan dalam Kerajaan Negeri Perlis. Jadi, apabila kita sudah berjaya membawa perubahan, insya-Allah kita akan mendapat kestabilan. Dan bila kita sudah stabil dan mendapat kestabilan tersebut, makanya insya-Allah kita… anytime boleh berdepan dengan sebarang cabaran yang mendatang, insya-Allah. Jadi saya menyokong pembentangan bajet daripada YAB… Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis dan saya habisi ucapan saya ataupun perbahasan saya pada hari ini dengan ucapan assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan untuk makan dan solat. Dewan bersidang semula pada jam 2.00 petang.
(Persidangan ditempohkan sementara pada jam 1.05 petang)
(Persidangan disambung semula pada pukul 2.00 petang)
Ahli-Ahli Yang Berhormat sila duduk. Dewan bersidang semula. Dijem… dipersilakan Yang Berhormat Kayang.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam petang, salam kekenyangan. Alhamdulillahi rabbil alamin, wabihi nasta’in, waa’la udduwa nailla naa’la dholimin. Wassalatu wassalamu ala ashrofil ambiya’i wal mursalin, waala alihi wasohbihi ajma’in. Amma ba’du. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Tuan Menteri Besar, seluruh kepimpinan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ahli-Ahli Dewan Yang Dimuliakan, Ketua-Ketua Jabatan dan agensi, wakil-wakil jabatan, rakan-rakan media dan tidak dilupakan tetamu yang turut hadir dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri pada kali ini. Alhamdulillah, sama-sama kita rasa syukur kepada Allah S.W.T. kita berada dalam Persidangan Bajet 2023 yang merupakan persidangan pertama untuk penggal ini. Saya memulakan ucapan pada petang… dalam kesempatan ini dengan memetik firman Allah S.W.T. dalam Al-Quran Nur Karim, surah Al-Hajj Ayat 1… Ayat 41 (Yang Berhormat Kayang membacakan ayat Al-Quran, Surah al-Hajj, 22:41)
Kesempatan pada petang ini, dalam ucapan dan ruang yang diberikan ini, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Speaker yang baru diangkat dilantik sebagai Speaker bagi Penggal Ke-15 Dewan Undangan Negeri Perlis. Yang Amat Berhormat Menteri Besar selaku wakil Sanglang yang diangkat sebagai Menteri
Besar bagi ke… penggal… Menteri Besar Yang Ke-8 bagi negeri Perlis, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Allah S.W.T. berfirman dalam ayat dalam Suratul Hajj ni, dalam sebut dan peringatkan kepada kita bahawa :
“Orang-orang yang jika Kami berikan kedudukan di Bumi ini, Kami berikan kepada mereka kuasa kedudukan di atas muka bumi ini, mereka melaksanakan solat. Mereka menunaikan zakat dan membuat kebaikan menyuruh kepada benda yang baik dan mencegah kepada perkara yang mungkar dan Allah akan kembalikan segala urusannya.”
Para ulama menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan “amru’ bin ma'ruf, wanahyu ‘anil munkar” ialah kuasa pemerintah. Apabila Perikatan Nasional diberikan kuasa memerintah di negeri Perlis ini, kita terus berusaha untuk memperkasakan apa yang telah menjadi teras Kerajaan Perlis baharu. Sama ada dari segi pembangunan mental, fizikal mahupun spiritual. Peringatan Allah S.W.T. yang berikan di dalam ayat ini cukup jelas kepada kita. Yang pertamanya, Dia menyuruh untuk kita mendirikan solat. Ini perkara yang utama yang diperintahkan Allah S.W.T. kepada kita dan dia juga merupakan perkara yang pertama yang akan dipersoalkan kita sebagai umat Islam apabila kita dibangkitkan apabila bertemu Allah S.W.T kelak. Ertinya elemen berkaitan dengan solat ini hendaklah diberikan keutamaan dalam setiap perkara, pasti di sana akan lahirnya “baldatun thayyibatun wa rabbun ghafur” sebagaimana yang kita impikan dalam kita memerintah Kerajaan ini. Yang keduanya Allah Taala nyatakan berkaitan dengan keluarkan zakat. Perintah ini merupakan za… perintah hikmah dan juga fasal-fasal zakat ini sudah pastinya diberikan kefahaman dan kena dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Dan yang ketiganya, berkaitan gerakan “Amar Makruf, Nahi Mungkar”, digerakkan secara bersepadu dalam semua agensi Kerajaan. Kita pastikan bahawa apa yang telah diperintah oleh Allah S.W.T. untuk kita mengajak kepada perkara yang baik, perkara yang elok, maka kita ajak secara bersama gerakan secara bersama. Masih sama, perkara yang mungkar mesti kita tegahkan, kita cegah. Setiap agensi perlu memainkan peranan yang lebih aktif dan berkesan agar perkara ini dapat kita realisasikan secara bersama. Yang keempatnya, Nahi Mungkar ataupun mencegah perkara yang ma'ruf itu haruslah seiring dengan perkara ma'ruf yang kita ajak, yang kita seru orang untuk laksanakan melalui penguatkuasaan undang-undang yang lebih bersungguh dan memberi kesan kepada seluruh masyarakat. Alhamdulillah, saya suka untuk menyentuh perkembangan yang berlaku tempoh hari, rata-rata Pilihan Raya Umum Yang Ke-15 menyaksikan Perikatan Nasional melalui Parti Islam Se-Malaysia dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia muncul sebagai parti yang menjadi pilihan rakyat melebihi lebih 2.6 juta undi popular. Kita tidak pernah merasa angkuh dengan kejayaan ini tetapi kita mengambil pedoman daripada yang telah disebutkan dalam Al-Quran Nur Karim, saat menyambut kemenangan itu hendaklah kita sambut dengan istighfar dan kita sambut dengan memperbanyakkan taubat kepada Allah S.W.T. Sebenarnya penampilan pentadbiran Perikatan Nasional yang bebas rasuah serta komited dalam menyempurnakan amanah dan tanggungjawab yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. adalah merupakan faktor kejayaan kita menawan hati para pengundi segenap lapisan masyarakat. Bukan saja di kerusi majoriti Melayu malahan termasuk di kerusi campuran. Kerajaan besar di kerusi-kerusi Dewan Rakyat dan di Dewan Undangan Negeri ini membuktikan betapa rakyat Malaysia amnya dan anak muda khususnya bersepakat menolak rasuah dan memilih parti yang berintergiti, yang teguh mempertahankan kesucian agama sebagai agama rasmi Persekutuan. Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada pengundi-pengundi muda, seawal usia 18 tahun, mereka adalah generasi yang akan menentukan hala tuju negara kita. Mereka telah membuat satu keputusan yang betul dan tepat walaupun kita tahu apa yang akan berlaku pada mas… walaupun kita tidak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang, tapi kita perlu melihat secara positif… rakyat pada harini mendapat maklumat yang betul dan tepat. Maklumat di tangan masing-masing. Mereka telah memilih parti yang betul-betul melaksanakan tanggungjawab dan amanah untuk memimpin negara kita.
Yang Berhormat Tuan Speaker, alhamdulillah juga syukur kita kepada Allah S.W.T. kerana pada hari ini kita dapat meneruskan Sidang Dewan Undangan Negeri bagi Bajet 2023. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah membentangkan bajet yang terkandung di dalamnya tiga teras utama dengan pelbagai insentif yang boleh saya simpulkan sebagai satu bajet yang komprehensif dan inklusif. Walaupun kita berdepan dengan pelbagai cabaran, sama ada dalam menangani konteks politik semasa mahupun peringkat nasional mahu… tetapi kita mampu untuk mengeluarkan satu bajet yang begitu baik dengan tema “Merangka Perubahan, Menjana Kestabilan, Mendepani Cabaran”. Menunjukkan kepada kita dengan memberi satu bayangan bahawa kita akan berdepan dengan cabaran-cabaran yang besar pada tahun 2023 dan daripada bajet yang telah dibentangkan menunjukkan kepada kita bahawa persiapan rapi yang telah dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut dengan kita mengenengahkan satu bajet merangkumi semua aspek khususnya aspek memberikan kebajikan-kebajikan kepada rakyat dalam mendepani kemungkinan krisis ekonomi yang sudah tentu akan memberikan kesan yang… kesan kepada rakyat khususnya terhadap golongan fakir miskin dan mereka yang hidup dalam kesusahan. Kerajaan Negeri perlu berwaspada dengan beban ekonomi semasa yang dilihat semakin memenatkan menjelang tahun 2023. Benar, situasi Malaysia hari ini jauh berbeza dengan situasi… jika dibandingkan pada tahun krisis 1998, 1999, 2009 dan 2020. Apa yang kita alami sekarang bermula dari tekanan inflasi global telah pun menyebabkan ketidaktentuan di pasaran kewangan di serata dunia. Impaknya termasuk pengurusan akses kepada dana dan juga kadar pembiayaan yang meningkat hasil… pasti akan terus menjejaskan ekonomi. Tempias ini akan turut dirasai oleh negara kita bermula tahun hadapan 2023… tentunya akan memberikan kesan yang signifikan untuk negeri kita. Dalam konteks Perlis ini melalui tiga teras Belanjawan 2023, saya yakin Kerajaan Negeri sangat menyedari tempias ekonomi dan keperluan untuk kita berdaya tahan. Justeru, selain agenda peningkatan kualiti hidup rakyat, teras peningkatan ekonomi melalui pelaburan dan pembangunan negeri yang mampan dilihat sebagai pemangkin utama kita harungi cabaran ekonomi semasa secara bersama. Saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan agar memperkenalkan pakej perintis kepada pelabur-pelabur dengan memberi kemudahan pengecualian cukai atau cukai yang sangat rendah termasuk jika berkeupayaan memberikan dasar subsidi upah bagi pekerja yang diambil dari kalangan rakyat Perlis. Paling tidak untuk tempoh 6 bulan yang pertama, bagi mendorong kemasukan pelabur-pelabur beraksi di negeri kita ini.
Yang Berhormat Tuan Speaker, saya tertarik dengan pelbagai insentif yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam ucapan bajetnya kelmarin. Antaranya ialah berkait dengan anak muda dan belia dari sudut pemerkasaan ekonomi, pelaburan dan seumpama dengannya. Apa yang menarik untuk saya kongsikan di sini ialah berkait rapat dengan program pembangunan usahawan, industri kecil dan sederhana supaya ia dapat ditingkatkan serta diperkasakan lagi pada masa-masa akan datang dengan seiring dengan teknologi masa kini. Pembangunan belia juga harus diikat dengan pembangunan rohani agar dilihat generasi ini lah yang mampu mencorak negara sejahtera suatu masa nanti. Maka sewajarnya pihak Kerajaan mengambil inisiatif menjadikan institusi masjid sebagai one stop centre, dengan izin, di samping dapat memudah seluruh masyarakat menjadikan… memudahkan seluruh masyarakat menjadikan masjid itu dekat di hati masing-masing. Pengisian ilmu khususnya pembangunan ilmu Al-Quran perlulah diberi penekanan terhadap segenap lapisan rakyat termasuk kita menjadikan dataran masjid dijadikan pusat sukan setempat bagi menampung kepadatan penduduk dengan ruang aktiviti yang terhad. Belia-belia dan tokoh anak Perlis juga mestilah diangkat sebagai ikon dalam masyarakat sebagai idola dan sumber inspirasi terhadap rakyat memandangkan mereka telah menumpahkan jasa yang begitu banyak sehingga menempa nama ke peringkat yang tertinggi. Organisasi-organisasi yang melibatkan para belia hendaklah menjadi perantara terbaik dengan pihak Kerajaan. Dengan itu, saya mohon pihak Kerajaan menyenaraikan pertubuhan-pertubuhan belia di negeri Perlis agar dapat dimanfaatkan oleh semua pihak masyarakat setempat.
Dari aspek pembangunan sukan bola sepak, sejajar dengan hasrat manifesto Perlis baharu, suka untuk saya mengambil perhatian pihak Kerajaan agar mengambil cakna yang serius dalam mewujudkan kem pembangunan bola sepak bermula seawal usia pra sekolah agar murid ini terus mendapat bimbingan secara langsung sehinggalah mereka itu diserap sebagai pemain di peringkat negeri, nasional mahupun antarabangsa, di samping mereka mendapat sokongan padu serta sokongan penuh daripada… dan tajaan daripada pihak Kerajaan. Dalam persoalan yang dibangkitkan berkaitan dengan padang bola oleh… padang bola di sekolah oleh Guar Sanji pagi tadi, ia perlu diadakan perbincangan secara lanjut dengan pihak yang berkaitan supaya pusat permainan buat masyarakat ini dapat kita berikan kerjasama dan juga sediakan ruang yang terbaik buat mereka… bagi mereka memastikan mereka mengisi masa ruang yang terbaik pada sebelah petang dan seumpama dengannya. Dan sekurang-kurangnya mungkin boleh diusahakan di peringkat DUN diwujudkan satu padang seperti yang tersendiri boleh dimanfaatkan dengan pelbagai acara. Bukan sekadar acara berkaitan dengan permainan, mungkin tetapi acara berkaitan program, kenduri dan seumpama dengannya.
Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk akhirnya, suka saya menarik perhatian sidang Dewan agar memastikan segala visi, misi dan perancangan Kerajaan dirasai oleh segenap rakyat dengan kita memasarkan gerak kerja di lapangan untuk pengetahuan semua. Memanfaatkan media sosial sebagai medium rasmi untuk pengetahuan masyarakat dengan kita mewujudkan urus setia penerangan Kerajaan Negeri sebagai pengendali utama dalam memasarkan segala gerak kerja dan juga produk negeri, termasuk kita menerbitkan buletin secara bercetak untuk disampaikan kepada segenap pelusuk kampung bagi warga masyarakat menyedari tentang hasil kesungguhan Kerajaan dalam mengurus tadbir Negeri dengan cemerlang. Dalam masa yang sama, Kerajaan mestilah mengoptimumkan penggunaan teknologi maklumat dengan mewujudkan aplikasi sistem tersendiri bagi memudahkan orang ramai mengakses setiap maklumat dan info negeri dari segenap aspek termasuk pelancongan, tempat makan, penginapan, bengkel kereta dan seumpamanya. Ini perkara yang mungkin kita manfaatkan dalam teknologi hari ini, masing-masing dia mempunyai akses di tangan dia, dia hanya buka apps dia akan dapat segala-galanya untuk tengok di negeri kita ini, insya-Allah.
Dari sudut yang lain, saya suka juga untuk bercakap berkaitan dengan alam sekitar. Kita… kita menyedari di kita… di Perlis ini merupakan antara negeri yang mendapat sambutan pelancong setiap kali cuti sekolah. Hari ini kita berada di cuti sekolah, betapa ramai, sibuknya jalan kita disebabkan pelancong daripada luar yang hadir. Memandangkan Perlis dengan suasana yang aman damai, kurang sibuk dan seumpamanya menjadi tarikan kepada pelancong. Justeru itu, pihak berkaitan perlulah meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan di negeri kita. Dan mohon kepada pihak Kerajaan berkaitan untuk memberikan respon terhadap sejauh mana kah kita memastikan agar alam sejagat kita ini dijaga dengan baik, dengan kita mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat dalam bentuk pendidikan komuniti setempat umpamanya bagi memastikan rakyat kita ini terus sedar bagi memastikan negeri kita ini bukan sekadar negeri yang nama dia negara pegang agama rasmi sebagai Islam, tapi dia juga mengamalkan berkaitan Islam khususnya dengan aspek kebersihan itu sendiri.
Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya suka untuk saya bercakap soal permasalahan di Dewan Undangan Negeri yang saya wakili, di kawasan Kayang. Yang pertamanya saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak SAP khususnya yang telah mengambil tindakan yang begitu pantas dan aduan yang kita berikan baru-baru ini terhadap satu paip yang bocor yang berlaku di Gunung Medan. Walaupun isu tersebut timbul sejak sekian lama, dimaklumkan oleh penduduk setempat, tapi apabila kita maklum dia memberikan satu respon yang baik dan hari ini saya mendapat perkhabaran bahawa kita… pihak SAP telah menyelesaikan masalah yang sekian lama berlarutan lebih dua tahun paip bocor itu. Dan berikutnya berkaitan dengan paip juga, iaitu paip utama yang tersumbat di sekitar kampung Almarhum Kayang, dia melibatkan di antara kawasan di sekitar muzium tersebut. Apabila yang berlaku paip yang lama, yang dia tidak melancarkan pergerakkan air dalam paip tersebut… disebabkan tidak mampu… berlaku… kerosakan dan juga sekatan melalui karat dan seumpamanya sehingga mengalami gangguan air terhadap masyarakat sekitar tersebut yang juga setelah sekian lama. Jadi saya harap dengan tindakan telah berlaku… tindakan pantas berlaku di Gunung Medan yang saya sebutkan tadi, juga akan berlaku tindakan yang seumpamanya di kampung Almarhum Kayang.
Seterusnya saya mohon untuk pihak Kerajaan kita dapat mewujudkan satu fasiliti yang kondusif dan juga lengkap dan menarik di kawasan ba… bandar baharu kita iaitu Kangar Jaya. Di sana kita lihat bahawa mempunyai premis yang cukup banyak. Premis apa saja kalau kita nak beli dan sebagainya ada di sana. Daripada soal berkaitan dengan benda-benda di dapur, benda pakaian, semua ada. Alhamdulillah, tapi satu yang masih kurang iaitu berkaitan dengan tempat surau, tandas dan seumpama dengannya. Jadi sekiranya ada ruang dan kawasan lapang yang hari ini pun telah diwujudkan adanya pada ha… malam minggu, adanya up-town di sana, jadi apa lah kiranya kita wujudkan berkaitan dengan premis-premis yang penting ini iaitu surau, tandas dan mungkin juga dewan terbuka yang boleh adakan event-event yang tertentu apabila kita nak menyebabkan menarik ramai lagi orang boleh hadir ke bandar baharu kita itu, pengunjung untuk mereka mendapat manfaat di kawasan tersebut.
Seterusnya Tuan Yang DiPertua, dalam ruang lingkup di negeri kita yang kecil ini, kita harus mengambil peluang untuk mewujudkan satu institut, institut kecemerlangan kepimpinan ke arah untuk kita melahirkan generasi pelapis yang terbaik buat negeri kita, meliputi perkara yang berkaitan dengan aspek kemahiran di sudut kita menyediakan kemahiran-kemahiran sebagai seorang pemimpin. Ini akan menjadi satu pakej yang lengkap, pemimpin masa depan untuk negeri kita ini. Termasuklah dalam kita melibatkan golongan kepimpinan mahasiswa kita yang berada di perantauan. Yang anak-anak mahasiswa… anak Perlis di perantauan ini ramai sebenarnya yang memimpin Persatuan-Persatuan Pelajar sama ada di dalam negeri ataupun di luar negara sana. Marilah kita mengambil peluang untuk kita mewujudkan institusi yang seumpama ini. Sekurang-kurangnya kita dapat menyediakan satu pakej yang lengkap untuk melahirkan kepimpinan buat negeri kita pada masa akan datang. Saya sering juga dalam perkara yang nak sama tuan yang… Speaker, saya sering mendapat rungutan rakyat walaupun dalam tempoh baru sebulan ni. Antara yang kerap mengadu adalah berkaitan dengan isu… apabila orang kita ini… orang kita yang diberikan amanah dan tanggungjawab ini, dia suka memilih bulu, puak, kabilah masing-masing dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku. Masalah benda-benda ini sudah pastilah berlanjutan sejak sekian lama dahulu. Jadi saya berharap dengan Kerajaan Perlis baharu ini kita dapat mensifarkan sikap yang tidak baik seumpama dengan ini dan menjadikan seluruh rakyat
Perlis berhak untuk mendapatkan haknya. Kita tinggalkan politik berpilihan raya, segi tiga yang sebenarnya… politik pilihan raya ini telah selesai pada 19 November yang lalu, jumpa pulak dalam siri PRU… kempen PRU yang ke-16 pada 2027 yang dijangkanya itu. Jadi waktu itulah kita jumpa, kita lawan balik na YB Gan… YB Indera Kayangan. Jadi, kali ini kita terus memberi khidmat terbaik buat rakyat mudahan dengan tema Perlis menuju Perlis baharu dengan tema Bersih, Cekap, Stabil dapat kita realisasikan secara bersama. Kerajaan juga perlu mewujudkan Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi kita memfokuskan ke arah kejayaan kita merealisasikan manifesto PRU yang ke-15 yang sudah pasti ditunggu-tunggu oleh rakyat. Rakyat ingin melihat kita telah selesai satu bulan nanti sebagaimana kita sebut seratus hari rakyat akan lihat sejauh mana kita telah capai berkaitan dengan manifesto yang telah kita utarakan. Mengambil contoh umpamanya negeri Terengganu Darul Iman yang berjaya mencapai 100% manifestonya menjelang PRN mereka tidak berapa lama lagi.
Tok Sidang lantang dengan bermadah, Madah diungkap kena sasaran; Bajet 2023 dibentang sudah, Rakyat disantuni tiada ketinggalan.
Doa dipohon mengambil berkat, Tangan ditadah memohon restu; Teras utama ekonomi di tingkat, Komitmen untuk rakyat tetap nombor satu.
Mat Kilau gagah berpencak di bumi, Mengatur langkah secara berdepan; Teras kedua tingkatkan hidup berkualiti, Sektor pertanian jadi harapan.
Unggas berkicau di siang hari, Bersama mentari sedang menerangi; Teras ketiga pembangunan negeri, Alam sekitar sentiasa dilindungi.
Kayang mohon menyokong. Sekian bismillahi taufik, assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarokatuh.
Terima kasih Kayang, kalau satu pantun nak jawab lah… ni banyak sangat pantun, tak jawablah. Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan EXCO, Ahli-ahli Yang berhormat, pengarah-pengarah jabatan dan agensi, rakan-rakan media, serta hadirin yang dihormati sekalian. Selamat tengah hari dan salam perpaduan. Mula-mula saya ingin mengucapkan terima kasih kepada warga Indera Kayangan khususnya atas kepercayaan dan sokongan anda semualah yang membolehkan saya kembali ke Dewan yang mulia ini untuk penggal yang kedua, bersama barisan rakan-rakan daripada Perikatan Nasional dalam usaha untuk berganding bahu untuk memberikan segala perkhidmatan yang terbaik kepada Rakyat negeri Perlis dalam segala aspek berkenaan pembangunan, kebajikan untuk rakyat dan negeri Perlis. Saya mohon rakyat negeri Perlis secara keseluruhannya memberikan sokongan padu dan kerjasama yang sepenuhnya kepada kami semua dalam merealisasikan negeri Perlis yang kita impikan. Peningkatan ekonomi melalui pelaburan ini adalah satu… salah satu target dan juga dan apa yang diperbincangkan dan dibentangkan dalam Bajet 2023 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dalam memberikan peluang dan juga ruang untuk pelabur asing datang ke negeri Perlis, saya harap dan saya berasa ruang dan infrastruktur yang lengkap harus disediakan oleh pihak Kerajaan supaya ia memberikan satu kemudahan dan memudahkan pihak pelabur untuk datang ke negeri Perlis. Selain daripada itu, kestabilan politik, khususnya di negeri Perlis adalah penting untuk memberi keyakinan kepada para pelabur untuk datang dan melabur di negeri Perlis, seterusnya memberikan peluang pekerjaan yang lebih kepada rakyat di negeri Perlis. Justeru, negeri… Kerajaan Negeri juga harus bersedia untuk menyediakan anak-anak Perlis ataupun pekerja yang mahir mempunyai kemahiran dan juga ilmu dalam bidang-bidang yang akan dilabur oleh pelabur asing. Dengan itu, anak-anak Perlis akan melibatkan diri secara langsung dalam pembangunan ekonomi di negeri Perlis. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga boleh mengadakan kerjasama dengan institusi-institusi… institusi tinggi awam ataupun swasta ataupun universiti dalam menyediakan tenaga kerja untuk pihak pelabur.
Dalam bidang pertanian dan juga penternakan, kita haruslah menitikberatkan peranan yang dimainkan oleh para petani ataupun penternak dalam memberikan keselamatan makanan, dengan izin, food security dan juga produk-produk pelancongan ekoran daripada bidang pertanian dan penternakan. “Agrotourism”, dengan izin, boleh dimajukan dan diusahakan oleh negeri… Kerajaan Negeri Perlis untuk memangkinkan lagi kegiatan ekonomi di negeri ini. Dengan bentuk muka bumi dan juga alam sekitarnya yang cantik dan unik di negeri Perlis, eko-pelancongan memang menjadi salah satu aspek yang boleh memberikan keuntungan daripada segi kegiatan ekonomi. Dalam pada masa itu, Kerajaan Negeri harus memberikan sokongan dan juga kemudahan yang sebanyak bolehnya kepada pengusaha-pengusaha untuk menjalankan aktiviti mereka dan menjadikan mereka lebih mantap dalam pengusahaan mereka. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga boleh mengusahakan dan menggalakkan tanah-tanah yang terbiar itu digunakan… untuk digunakan sepenuhnya dalam kegiatan pertanian melibatkan pertanian yang berteknologi tinggi. Contohnya menggunakan AI, IOT dan sebagainya, dengan izin. Dalam bidang pelancongan juga seperti yang saya telah maklumkan kelmarin kepada Mata Ayer, indeks yang lengkap harus disediakan iaitu satu indeks yang secara menyeluruh membolehkan pelancong yang berminat datang ke negeri Perlis, pada satu muka surat website sahaja untuk mencari maklumat-maklumat yang mereka boleh ketahui mengenai keseluruhannya tempat pelancongan, makanan yang disediakan dan sebagainya.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, pengangkutan awam juga adalah salah satu kemudahan yang perlu kita titikberatkan kerana ramai pelancong yang datang ke negeri Perlis mereka mungkin tidak mempunyai kemudahan kereta dan sebagainya. Walaupun negeri kita ada yang bawa Grab dan sebagainya, tetapi pencapaian untuk kemudahan awam memang masih perlu dibaikikan… diperbaiki dan dinaik tarafkan lagi. Di samping itu, saya pun juga ingin bertanya sama ada Kerajaan Negeri Perlis akan menganjurkan lagi tak Perlis Marathon pada tahun akan datang, di mana ramai pengunjung dan juga mereka yang berminat dalam bidang ini boleh datang ke negeri Perlis dan mengambil peluang ini berkunjung ke negeri Perlis.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Yang Berhormat Tuan Speaker, kebersihan untuk alam sekitar, udara dan sebagainya menjadi salah satu aspek yang harus dititikberatkan untuk Kerajaan Negeri Perlis baru. Saya ucapkan tahniah kepada pembentangan Yang Amat Berhormat yang telah membentangkan bahawa kutipan sampah akan bermula di beberapa di kawasan kampung yang kita memang uar-uarkan sejak daripada sidang yang di penggal yang lepas. Walau bagaimanapun, saya ingin cadangkan bahawa lebih banyak pusat pengumpulan barangan pengumpulan kitar semula di… diadakan selain pada yang akan diadakan di Padang Besar kerana kos yang kita gunakan untuk membuat kutipan sampah itu boleh ditransformasikan menjadi pusat pengumpulan bahan kitar semula yang boleh memberikan lebih banyak pulangan kepada negeri. Dalam pada masa itu, Kerajaan Negeri juga harus mengambil langkah untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada rakyat supaya mereka boleh memainkan peranan dan bekerjasama agar segala usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri disambut dan dilengkapkan oleh rakyat di negeri Perlis supaya sasaran kita akan tercapai.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, dari segi kebersihan juga saya ingin menekankan di negeri Perlis yang ada banyak makanan enak dan sedap, kita jangan abaikan bahawa penggunaan grease trap untuk penjaja harus dititikberatkan juga dan diambil kira kerana air kotoran yang dibuang daripada sisa makanan itu juga akan menjadi satu unsur dan faktor yang mencemarkan air sungai di negeri Perlis. Saya berharap jika langkah yang lebih baik untuk menjalankan program-program grease trap ini dia akan membantu penjaja dan juga mencegah alam sekitar kita di... di... di-pollutant… dicemari. Selain daripada itu, kita boleh mempergiatkan program-program hijaukan negeri Perlis. Kita ada banyak pokok jati yang memang menjadi salah satu sinonim yang terkenal di merata tempat. Boleh juga negeri… Kerajaan Negeri usahakan untuk menanam lebih banyak pokok yang berbunga… bermusim seperti Tecoma contohnya di mana musim itu orang ramai boleh datang ke negeri Perlis dan dengan cuaca yang panas terik saya pasti bunga Tecoma ini akan menjadi satu tarikan dan dia akan menjadi paling cantik apabila dia berbunga berbanding dengan negeri lain. Dalam pada masa itu, Kerajaan juga harus mengambil peluang penanaman pokok… penghijauan… program penghijauan ini untuk mentransformasikan negeri Perlis menjadi negeri sifar karbon dioksida iaitu dengan izin, “Zero CO2 State”. Implementasi insentif “Carbon Tax Reduction”, dengan izin, mungkin boleh dilakukan kepada peniaga ataupun pengusaha yang menjalankan aktiviti dan menyahut perancangan Kerajaan Kegeri jika dimahu… jika mahu. Dengan cara itu, dia akan menjamin kebersihan dan kualiti udara di negeri Perlis pada satu indeks yang lebih selamat, sihat dan baik untuk semua orang.
Pada masa yang sama, saya ingin mengetahui bahawa tentang status operasi Stesen Janakuasa di Kuala Perlis dari segi operasinya dan juga ke manakah hasil penjanaan kuasa disalurkan? Dalam masa kita menyahut dan menjaga kebersihan seperti yang telah saya selalu ungkitkan dalam sidang-sidang yang lepas adalah… adakah Kerajaan Negeri ingin dan mahu mengambil inisiatif untuk menghentikan penggunaan bekas polisterin khususnya untuk penjaja? Dan juga susulan daripada itu, Kerajaan Negeri yang dulu telah menjalankan “zero plastic day” dengan kutipan RM0.20… 2 kupang di stesen-stesen seperti di Petronas dan juga di Giant. Dan saya telah berkunjung… saya sendiri telah berkunjung ke Giant dan juga Petronas, mereka memang mengutip 20 sen tu untuk mereka yang mengambil plastik tu pada “plastic free day”. Saya ingin minta pihak Kerajaan Negeri tengok balik berkenaan usaha yang telah dijalankan dan tetapi tidak dilaksanakan dan tidak dilengkapkan oleh Kerajaan yang terdahulu. Saya mohon Kerajaan Negeri ambil maklum perkara ini.
Saya juga ingin berterima kasih kepada pembentangan… pembentangan daripada Yang Amat Berhormat berkenaan dengan naik taraf dan kemudahan serta infrastruktur digital. Tahniah kepada 59 lokasi sasaran yang merangkumi 85% kawasan untuk liputan 5G pada tahun 2023. Ini memang adalah satu sasaran dan sejajar dengan “Perlis Go Digital” yang diidamkan dan diuar-uarkan oleh Kerajaan Negeri. Dan dengan sis… dengan wujudnya sistem pengkalan data e-Rakyat Negeri Perlis, saya ra… saya pasti pengagihan kebajikan dan skim-skim membantu rakyat dia dapat diagihkan dengan lebih rata dan lebih saksama kepada mereka yang memerlukan. Saya juga sarankan Kerajaan
Negeri untuk memberikan insentif ataupun potongan yang khas ataupun istimewa kepada mereka yang sanggup membuat e-Bayar ataupun dan juga membuat e-Aduan kalau boleh untuk agensi-agensi seperti MPK dan sebagainya… SAP dan sebagainya. Ini dapat memangkinkan dan mempercepatkan proses pengguna menggunakan sistem yang di… sistem digital yang diuar-uarkan oleh pihak Kerajaan. Dengan kebe… dengan cara pembayaran e-Digital, saya pasti keberkesanan kutipan cukai dan sebagainya dapat dipercepatkan dan secara tidak langsung dia dapat mengurangkan defisit negeri Perlis. Terima kasih atas keprihatinan Yang Amat Berhormat juga.
Yang Berhormat Tuan Speaker, satu lagi unsur yang… perkara yang ingin saya bawa adalah berkenaan dengan RIBI iaitu Rumah Ibadat Bukan Islam. Saya ingin cadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk membuat penyusunan semula struktur ahli jawatankuasa anggota tetap yang terdiri… yang terdiri daripada kaum bukan Islam. Ini adalah sangat penting kerana mereka yang disasarkan iaitu ahli jawatankuasa tetap kaum bukan Islam lebih mengetahui keperluan, kehendak dan selok belok komuniti berkenaan. Saya rasa ini adalah satu langkah yang dapat membantu melicinkan proses dalam segala urusan berkenaan dengan RIBI. Contohnya… satu contoh adalah krematorium yang telah diluluskan perbelanjaannya pada bajet 2021. Walau bagaimanapun, tiada tindakan drastik yang telah diambil oleh pihak kaum bukan Islam dalam mempercepatkan proses membina krematorium yang berkenaan. Saya berharap… ingin saya untuk mengungkitkan cadangan ini adalah supaya kita sama-sama menggunakan bajet yang diturunkan oleh Kerajaan Negeri ini dengan cara yang lebih berkesan dan memberi impak kepada masyarakat yang memerlukan.
Dalam perkara lain, berkenaan dengan gerai-gerai yang di… yang di… yang diabaikan ataupun yang terbiar daripada pihak MPK, saya cadangkan pihak MPK halus… harus perhatikan dan buat semakan serta penilaian tentang struktur kegunaan berkenaan gerai-gerai yang kosong yang tidak disewa oleh orang ramai. Saya rasa sebagai penyewa… sebagai seorang customer, dengan izin, kita harus memenuhi kehendak mereka, daripada mereka memenuhi kehendak kami sebagai orang yang menyewa. Dengan itu saya cadangkan pelbagai aspek seperti infrastruktur yang lebih baik, kemudahan tandas dan sebagainya harus dibina berdekatan dengan gerai-gerai dan saya juga tertarik dengan apa yang telah dicadangkan oleh Tambun Tulang adalah dia mesti ada kemudahan universal design, dengan izin. Di mana dia boleh digunakan oleh orang OKU dan sebagainya. Dengan erti kata lain, gerai-gerai yang dibina oleh MPK haruslah lebih customer orientated.
Terima kasih kepada pihak Kerajaan juga untuk memberikan peruntukan pada bajet 2023 untuk rumah-rumah khususnya kepada golongan yang memerlukan. Saya ingin sarankan beberapa perkara yang telah saya… banyak kali saya ungkitkan iaitu penyelenggaraan di PPRT, khususnya flat-flat seperti flat Sena, Wang Ulu dan sebagainya. Usaha untuk penyelenggaraan yang bersih, tempat yang sihat dan selamat haruslah kita titikberatkan supaya Kerajaan Negeri boleh membekalkan, memberikan satu tempat penginapan, perlindungan yang selesa dan harmoni untuk penduduk, khususnya rakyat negeri Perlis. Dalam usaha untuk menyelenggarakan pangsapuri, rumah-rumah PPRT berkenaan, saya pasti kutipan balik tunggakan sewa harus kita pergiatkan khususnya. Saya rasa tadi ada YB-YB yang berkenaan menyatakan ada tunggakan sebanyak RM700 ribu. Kalau dibandingkan dengan flat Sena, saya rasa flat Sena… tunggakan flat Sena mencecah jutaan ringgit. Saya mohon agar pihak Kerajaan ambil langkah yang bijak, prihatin dan bertimbang rasa dalam mengutip balik tunggakan sewa berkenaan.
Selain daripada itu, perkara kebajikan yang telah diungkitkan amat dialu-alukan khususnya untuk golongan OKU dan jangan lupa untuk golongan wanita juga. Kebajikan wanita khususnya ibu tunggal, ibu tinggal dan juga ibu warga asing yang perlu menjaga dan membela anak mereka yang berwarganegarakan Malaysia, khususnya suami mereka yang meninggal dunia tetapi mereka masih tidak dapat lagi kewarganegaraan Malaysia. Itu adalah perkara yang kita harus perhatikan, ambil berat dan juga ambil maklum dan mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah mereka. Kerana anak-anak mereka adalah anak-anak negeri… negara Malaysia juga. Saya mohon agar insentif istimewa dalam menyokong mereka berkaitan dengan perkara ini diambil maklum. Selain daripada itu, inisiatif istimewa harus diberikan kepada wanita-wanita yang giat aktif dalam bidang keusahawanan dan kegiatan ekonomi, supaya wanita juga boleh memainkan peranan mereka dalam usaha membantu membangunkan ekonomi di negeri Perlis secara khususnya.
Dengan ini saya juga ingin membawa beberapa isu tempatan di kawasan Indera Kayangan. Kampung Bakau memang terkenal dengan tahap airnya yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, saya ingin minta daripada pihak Kerajaan dan juga agensi yang berkaitan untuk turun memantau apakah cara yang masih boleh digunakan untuk membantu penduduk di kawasan berkenaan. Dan setahu saya sebidang tanah di tepi Kampung Bakau baru ditambun dan ditinggikan paras… parasnya. Saya mohon pihak Kerajaan, agensi Kerajaan untuk berkunjung dan lawatan… mengadakan lawatan tapak ataupun teknikal di Kampung Bakau untuk cari… tolong cari, menyelesaikan masalah banjir di kawasan berkenaan. Untuk menyantuni dan juga membangunkan negeri ini menjadi satu negeri yang mampan dan juga memberikan kualiti hidup kepada rakyat, saya rasa kehidupan rakyat di sini harus juga disantuni dengan budaya dan sejarah lamanya. Saya mohon Kerajaan Negeri hidupkan semula kawasan di pekan Kangar lama… pekan… pekan lama Kangar. Memandangkan dia ada ciri-ciri, unsur-unsur sejarah yang boleh kita bawa balik kepada negeri Perlis. Selain daripada itu, saya juga ingin mohon pihak Kerajaan pantau balik berkenaan dengan market lama dan juga Dataran Keris sama ada dia dinaik taraf ataupun dibina semula dalam masa pembangun… dalam perancangan kepada pembangunan negeri ini. Akhir sekali saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berkaitan khususnya jabatan-jabatan Kerajaan dan agensi yang berkaitan dalam membantu saya sepanjang menjalankan tugas saya di DUN Indera Kayangan, dan dengan ini saya mohon sokong Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima kasih.
Terima kasih Indera Kayangan.
Penangguhan DewanAdjournment
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan untuk hari ini dan akan disambung semula pada hari esok, Khamis, 22 haribulan Disember 2022, jam 9.00 pagi. Sekian, terima kasih.
(Persidangan ditangguhkan pada jam 2.55 petang)