Perlis · 22 December 2022

15th Assembly, 1st session, 1st meeting · 190 turns · 33,670 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerlis publishes one PDF per sitting day, but nothing after 9 Aug 2023 although the assembly has kept sitting. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan mula bersidang.

Doa

Penolong Setiausaha Dewan

Doa.

(Bacaan doa oleh Penolong Setiausaha Dewan)

Pemasyhuran daripada YB Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis

Setiausaha Dewan

Pemasyhuran oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri.

Speaker

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. berhubung aturan mesyuarat kita pada hari ini, urusan Mesyuarat Dewan selepas ini akan diteruskan dengan sesi soal jawab lisan berdasarkan turutan soalan seperti yang terkandung di dalam Buku Perintah Mesyuarat Dewan. Saya akan cuba untuk memperuntukkan tempoh masa supaya semua soalan dapat dijawab secara lisan tetapi sekiranya ada yang tidak sempat, jawapannya akan dikemukakan kemudian secara bertulis oleh pihak Kerajaan.

Setelah itu, Dewan akan berehat sebentar dan apabila disambung semula, Usul Anggaran Pembangunan Negeri Perlis Tahun 2023 dan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahunan 2023 yang kedua-duanya membentuk Anggaran Bajet Negeri Perlis Tahun 2023 akan dibuka semula untuk sesi maklumbalas dan penggulungan oleh pihak Kerajaan, dan seterusnya untuk diluluskan.

Kesemua urusan mesyuarat pada kali ini akan diselesaikan pada hari ini juga dan setelah itu, Dewan akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sekian. Terima kasih.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Soalan-soalan lisan.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi semua. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker soalan saya, nombor 1.

(Soalan 1 : Berapa literkah penyeludupan minyak mentah petrol ke negara jiran yang dapat dikesan dan bagaimanakah tindakan kerajaan mengawal situasi ini agar dapat dibendung supaya tidak berlaku pada masa hadapan?)

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Assalamualaikum dan selamat pagi, Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Guar Sanji atas soalan berkenaan minyak ni la seludup ni. Seludup minyak mentah petrol RON95 yang merupakan barangan kawalan bersubsidi bagi di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk kes tangkapan bagi tempoh Januari 2022 tahun ni lah, sehingga November 2022 yang direkodkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup adalah sebanyak 193 kes dan nilai rampasan 792,067 liter… kalau angka tu 792,067 liter. Kalau rekod PDRM pada tahun ni lah sehingga November, kes seludupan minyak mentah petrol ke negara jiran… negara jiran ni Thailand la, sempadan kita ni yang dapat dikesan adalah sebanyak 7,125 liter dengan nilai lebih kurang RM14,606.25. Daripada ini 10 tindakan telah diambil dan tujuh kes tangkapan. Pihak Kementerian kuatkuasa tak kompromi dengan mana-mana pihak dalam bab-bab ini… bab-bab segi barang kawalan kita ini lah. Dia macam-macam cara baik untuk mengawal untuk penyelewengan barangan kat sini lah untuk pergi ke negara-negara jiran ni. Banyak aspek yang kita kena tengok dari segi perundangan dan peraturan benda ni. Kita tak boleh harap dekat agensi penguatkuasa juga la termasuklah kita kena tengok stesen-stesen minyak jugak. Stesen minyak kalau kata depa tak jual tu mungkin benda ni tak akan berlaku jugak, tapi banyak jugak la peraturan dan perundangan yang perlu kita tengok pasai dia ada jenis jugak. Saya sendiri pun turun padang lepas tu. Lagi satu kita harap kita sendiri la, rakyat Malaysia, terutama orang Perlis kita ni la kena bagi kerjasama lah. Saya sendiri pun bab-bab minyak seludup ni Guar Sanji, saya pun memang di situ, memang saya turun padang, benda pertama saya naik daripada EXCO saya turun sendiri. Kalau segi undang-undang, kalau kita tengok tu saya cerita sikit perundangan yang saya faham, daripada saya selidik, saya turun bawah dari segi pickup-pickup Siam ni nak masuk apa semua memang mengikut syarat. Dari segi tangki dia standard, dari segi passport-nya, dari segi keadaan lesennya, dari segi barang-barang, salah tak ada. Cuma waktu dia masuk tu kita kena beri. Pasal tu dia cukup untuk melancong ke Malaysia… untuk masuk ke Malaysia. Waktu pi di stesen tu, stesen tu waktu tu kita perlukan daripada kita sendiri dan stesen-stesen minyak ni la… tak kira la di mana ka, di Abi ka, di Arau ka, di Kuala ka, di mana ka… kita kena beri kerjasama semua lah. Contoh PDRM memang… memang dia jalan operasi, memang berterusan lah. Dia kira dok kawal jugak la barang subsidi ni daripada seludup ke luar Negeri Perlis lah, kawalan tu tetap ada. Saya sendiri pun di tempat saya tu memang roadblock boleh kata hari-hari daripada JPJ sendiri pun… daripada Jabatan Polis sendiri pun depa… KPDNHEP pun depa bekerjasama, cuma dari segi perundangan dan keadaan tu banyak jugak. Dari segi teknikal-teknikal tu kena tengok lah pasal dia barang subsidi. Mungkin ada satu cara lain daripada Kerajaan Federal ka, sendiri ka, boleh buat cara penyampaian subsidi tu cara bersasar ka macam mana. Ketirisan tu… benda ni… benda ni berlaku lama dah ketirisan. Kot ada cara, usaha, kaedah ka nak pergi beli pakai kad apa kita tengok la Federal, kementerian-kementerian baru yang dok ada menteri baru yang dok ada kot depa boleh buat sesuatu. Kalau kita tahu ketirisan tu tetap berlaku. Lepas tu lagi kalau ikut tu banyak jugak la aduan-aduan yang kita buat. Macam contoh ni terdapat di-Portal aduan, call centre, email dan lain-lain lah ataupun turun sendiri ke pejabat penguatkuasa la yang terdekat. Terima kasih.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Soalan tambahan Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih pada Yang Berhormat Titi Tinggi di atas penjelasan berkaitan soalan 1. Sejauh mana kerjasama pihak Kerajaan ataupun jabatan agensi yang berkaitan dengan public… orang ramai khususnya dengan pembekal minyak atau pengusaha pam kedai tersebut? Satu. Yang kedua, adakah tindakan yang diambil dari segi undang-undang itu menginsafkan orang-orang yang seludup minyak ke luar… ke negeri sebelah ni? Jika kita tengok lah tiap-tiap tahun di laporan media atau TV akan keluar benda-benda macam ni, jadi bagaimana di pintu sempadan… bagaimana di pintu sempadan masuk Thailand mai ke Malaysia, Malaysia ke Thailand kita tidak buat pemeriksaan yang begitu rapi. Apakah kita tidak ada kaedah-kaedah yang boleh mengenalpasti bentuk yang tersembunyi ataupun bentuk tangki yang tersembunyi di kereta-kereta orang-orang yang menyeludup keluar ni? Mohon respons.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Terima kasih Guar Sanji atas soalan usahasama di antara agensi. Daripada pengetahuan saya, agensi ni memang bersama-sama semua boleh kata dari segi… dulu panggil AKSEM, sekarang jadi PGA… PGA, JPJ sendiri, kastam sendiri, imigresen sendiri memang ada kerjasama. Depa pantau… hari-hari boleh kata pantau. Macam Guar Sanji tanya tak ada kaedah-kaedah… kaedah-kaedah ni memang ada. Macam saya kata tadi lah, kalau Guar Sanji free ka bila-bila jom saya nak tunjuk di sempadan tu dia memang dia masuk. Saya cerita mudah lah. Cara kampung pickup-pickup Siam ni dia masuk… tak kira la pickup siam ka pickup-pickup sapa ka, tangki dia tu memang standard. Dulu depa buat tangki, kalau ikut undang-undang tu dia lepas tangki, dia memang sempurna. Ini bukan kata saya buat… ni saya sendiri turun, saya sendiri jumpa penguatkuasa. Memang kita tak boleh buat apa. Memang dia standard. Kalau dia standard, dia pickup tu contoh kereta Siam memang 50 liter, memang dia 50 liter… memang 20 liter kalau dia ubah suai, itu adalah hak kita untuk tangkap. Lepastu bila dia masuk pulak tu dia cukup passport-nya, keadaan keretanya cukup, pihak berkuasa check pun tak ada masalah, kita kene beri, kita tak ada halangan untuk masuk Malaysia. Yang masalah di stesen minyak… di stesen minyak tu. Kita perlu kerjasama daripada pengusaha-pengusaha stesen minyak tu. Ni saya sendiri yang alami, saya sendiri yang tengok, saya sendiri yang siasat. Saya bukan pergi ke atas-atas… saya pergi ke bawah, di stesen minyak tu. Kalau YB-YB depan ni semua ni kalau boleh jadi pemantau pun bagus jugak, dok depan stesen minyak tu tangkap gambar hantar pi kat penguatkuasa ka, mana ka. Tu saya kata, dari segi perundangan dia ada juga certain-certain yang kita boleh charge dan tak boleh charge dari segi kata… dari segi keadaan… apa.. undang-undang. Kaedah kita bagi undang-undang… apa… kita bagi pengajaran kat depa lah. Memang tiap-tiap kali kena peningkatan untuk… untuk dari segi subsidi ni memang bertinggi-tinggi, memang sampai 5… 60 ribu… 70 ribu memang, tetapi benda ni orang kata… apa… kalau kata cakap mudahlah, orang cari makan lah orang kata, tapi kita tak leh biarkan… kita… tapi kita perlu buat sesuatu cuma lagi kalau kita tak selesaikan untuk subsidi tu… ketirisan tu, cara pakai pi la pakai apa, dari pihak-pihak Kerajaan la. Pihak Federal yang baru ni, Kerajaan Perpaduan yang baru ni kena ada satu mekanisme yang baru, mungkin pakai kad pengenalan ka apa ka, tengok la cara kita ikut B40 ka, M40 ka, ikut tengok. Itu satu cara ja, kalau kita terbuka macam ni ketirisan ni tak akan berlaku.

Soalan tambahan, Yang Berhormat Speaker. Jika kita lihat yang seludup minyak ni, apa yang… yang buat kerja-kerja macam ni sebenarnya depa nak cari sumber pendapatan, tapi dengan cara yang tak berapa betui la. Jadi, soalan saya, ada… di pihak Kerajaan Negeri ada mekanisme tak untuk ubah sumber pendapatan depa ni? Apa yang depa buat ni kita boleh twist-kan, kita boleh ubah supaya dianya mengikut kaedah yang sebenar mengikut perundangan, mengikut peraturan, tapi sumber pendapatan depa pun terjaga. Sekian, terima kasih.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Terima kasih Beseri. Saya rasa Beseri tak faham ni orang yang mai ni, duk mai ni orang Siam, kita tak boleh la beri sumber pendapatan, mungkin… depa pakai tak kan kita nak pinjam, mungkin Beseri kena paham. Memang ada, memang ada budak-budak di kampung-kampung kita… ada dari segi budak kampung kita. Tapi kebanyakannya daripada jiran bab sempadan ni bukan kata bab minyak ja kalo kita nak sembang sehari tak habis. Tapi takat la ni memang terkawal la buat masa ni, memang terkawal. Bukan saya nak… bukan saya nak jaga penguatkuasa ka apa ka tapi dari segi saya sendiri, penduduk dari segi sempadan-sempadan daripada Malaysia ni saya ingat Padang Besar ni boleh terkawal lagi, macam-macam tangkapan dia buat. Tapi dari segi takat la kita nak abis 100% tu tak boleh lah. Tetap kita perlu… orang kata perlu sama-sama lah bantu. Tapi kalau kata bab sumber-sumber tu mungkin ada lah, kita tengok, kita siasat. Beseri kot ada luar-luar Beseri ka duk buat tarik minyak sikit-sikit tu kita pi la ajak depa ka macam mana kita susun la rangka. Insya-Allah.

Tuan Abu Bakar bin HamzahBERSATU · PNKuala Perlis

Soalan tambahan, Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Titi Tinggi di atas penjelasan berkaitan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah penyeludupan minyak. Bagi kita, kita amat menyokong dengan langkah-langkah yang telah dibuat oleh Kerajaan tapi yang merungsingkan kita hari ni khususnya di kawasan Kuala Perlis, nelayan-nelayan mengalami masalah apabila stesen minyak tak membenarkan beli lebih, kurang-kurangnya lebih takat berapa liter saja dia bagi. Nelayan kecik akan alami masalah apabila dia pergi ke laut dia tak boleh bawak bekalan spare minyak. Nak beli pun kena ada surat dan sebagainya. Perkara ini perlu diberi perhatian serius sebab kadang-kadang kita bawak minyak hanya satu tangki kecik. Seandainya berlaku di tengah laut minyak kering, apa yang akan berlaku kepada nelayan-nelayan kecik? Jadi Kerajaan kena… soalan saya apakah langkah-langkah Kerajaan nak mengatasi masalah nelayan? Yang sebenarnya kerja nelayan depa ni tak seludup minyak pun depa boleh beli sikit tapi bagi la pelepasan kepada nelayan untuk dapat bawa bekalan yang lebih untuk ke laut. Soalan saya berdasarkan kepada ciri-ciri ataupun kaedah yang akan dilaksanakan Kerajaan untuk membantu nelayan-nelayan kecik. Sekian, terima kasih.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Terima kasih Kuala Perlis, kawan saya lah. Bab ciri-ciri seludup ni sama ja di kawasan Padang Besar ka, di Kuala Perlis ka… tu kadang-kadang kita kata amanah jujur tu kena ada. Kadang-kadang Kementerian Penerangan dia ada… memang ada bagi surat untuk bawa minyak, saya faham bab tu. Daripada segi petani ka, di Kuala Perlis pun dia akan bagi surat penerangan boleh beli banyak mana… banyak mana. Tapi kadang-kadang benda ni dia jadi, sepuluh tu betul buat eh sepuluh ada, yang buat tu lapan, kali yang dua-dua tu kena. Tu kalau boleh Kuala Perlis pun kalau boleh kita bersama-sama, kita boleh turun sana, kita tengok… kita pantau tengok yang mana betul buat, mana tak betul buat. Dia sama ada kaedah dia memang ada dah Kuala Perlis, memang dah ada dah. Hang perlu ada bot banyak mana… banyak mana, berapa liter nak bagi, yang kaedah tu memang saya faham sikit lah. Ni saya kata kadang-kadang sepuluh orang tu… lapan orang yang ada buat seludup minyak tu tersangkut yang dua ni. Tu kita perlu bekerjasama sepenuhnya dengan pihak jawatankuasa lah. YB Kuala Perlis pun dah ada tu ha… mungkin kita boleh buat secara data yang elok, haa… dia ni betul, yang ni tak betul, mesti dia ada rekod-rekodnya. Saya kata banyak tangkapan juga di sana, tu di tengah tu. Ingat sebab-sebab tu kot kita kena tengok rekod balik. Kadang-kadang ni depa… ada yang depa kata depa tak dapat minyak, tapi kita boleh cek balik dengan agensi-agensi mungkin ada rekod sesuatu lah. Mungkin pernah kena tangkap ka apa ka. Jadi bila ada rekod tu automatik kadang-kadang surat tu depa tarik balik. Ha… tak pa kita cuba selaras, kita cuba bersih tengok macam mana. Terima kasih Yang Berhormat.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.

Tuan Abu Bakar bin HamzahBERSATU · PNKuala Perlis

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 2. Terima kasih.

(Soalan 2 : Apakah langkah kerajaan khususnya MADA untuk mengatasi masalah “Padi Angin”?)

Tuan Haji Razali bin SaadPAS · PNSimpang Empat

Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis dengan pertanyaan soalan. Jadi jawapannya, padi angin merupakan sejenis rumpai yang memiliki sifat biji padi yang mudah terlerai daripada tangkai. Di peringkat awal penamaman… penanaman sehingga padi masak, pesawah lazimnya tidak dapat membezakan di antara pokok padi dan juga padi angin. Infestasi padi angin di kawasan sawah padi akan menjejaskan dan mengurangkan hasil tanaman pesawah. Dalam usaha untuk memastikan sumbangan pengeluaran padi negara kekal terjamin, langkah khusus bagi menangani infestasi serangan padi angin yang dilaksanakan oleh pihak MADA adalah seperti berikut. Pertama, menggunakan benih padi sah yang dikeluarkan oleh pengeluar benih yang dilantik. Yang kedua, menyediakan Senarai Semakan Tanaman Padi iaitu “Rice Check” sebagai panduan kepada pesawah-pesawah bagi mengawal serangan padi angin ini dengan memberi penekanan bermula daripada peringkat… peringkat pemilihan benih padi sah, mengesyorkan kepada kaedah tabur terus dalam air atau melalui kaedah menanam, dengan kata lain mencedung, sama ada secara mencedung manual ataupun menggunakan jentanam mekanikal. Menjalankan kempen-kempen pengembangan di peringkat kawasan berkaitan teknik-teknik kawalan padi angin yang betul. Yang keempat, pengesyoran penggunaan varieti padi MR 220 CL2 khusus untuk mengawal padi angin dan yang kelima, kolaborasi dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang berpotensi untuk memperkenalkan teknologi dan langkah yang bersesuaian mengatasi padi angin.

Selain itu, antara tindakan yang telah dijalankan oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis bagi mengatasi masalah padi angin seperti berikut. Yang pertama, menjalankan Bancian Pengesanan dan Ramalan (P&R) bagi setiap point bancian yang telah ditetapkan dan membuat lawatan diagnostik sekiranya menerima aduan berkaitan isu padi angin ini daripada petani yang terlibat. Yang kedua, mengesyorkan kepada para petani kaedah penanaman secara tabur terus basah, tabur terus dalam air atau mencedung secara manual atau menggunakan jentera menanam padi “transplanter”. Yang ketiga, menggalakkan petani supaya mematuhi jadual aktiviti tanaman berdasarkan manual “Rice Check”. Petani hendaklah mematuhi setiap check utama untuk pertumbuhan yang baik ke arah meningkat peningkatan produktiviti dan kualiti. Yang keempat, menjalankan kursus tidak formal kepada petani kaedah rendaman benih padi dan rawatan benih padi, selain itu penggunaan benih padi sah dan berkualiti untuk menjamin peratus padi angin yang tiada dan hasil yang baik. Yang kelima, melaksanakan kursus dan mengadakan taklimat berkaitan pengenalpastian dan kawalan rumpai padi angin kepada petani di tujuh kawasan perkhidmatan iaitu di kawasan Beseri, Titi Tinggi, Chuping, Mata Ayer, Bintong, Paya dan Padang Siding. Yang keenam, khidmat nasihat berkaitan kawalan padi angin oleh Penolong Pegawai Pertanian atau Agen Pengembangan Tanaman (APT) di setiap kawasan perkhidmatan dan yang ketujuh, perkhidmatan mencedung atau menanam semula padi semaian menggunakan jentera menanam padi bagi bertujuan kawalan Padi Angin di kawasan Chuping dan Wang Kelian melibatkan kawasan seluas 54.19 hektar pada tahun 2021 dengan kos sebanyak RM75,866.00. Manakala, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah mengambil langkah bagi mengatasi masalah ‘Padi Angin’ dengan bekerjasama dengan pemain industri padi untuk mengadakan Program Hari Ladang bersama ACM “Agriculture Chemical Sdn. Bhd.” dan Pertubuhan Peladang Kawasan Beseri pada 1 Disember 2022 di Kampung Belukar, Beseri yang melibatkan Ahli Jemaah Pengarah, Ketua Unit dan AJK-AJK unit. Program ini bertujuan menerangkan penggunaan Senarai Semakan Tanaman Padi atau “Rice Check” sebagai panduan kepada pesawah bagi kaedah mengawal rumpai padi angin, makhluk perosak, penyakit tanaman padi dengan lebih berkesan. Di samping itu, demo plot menggunakan kaedah “Clear Fill” bagi mengatasi masalah padi angin diadakan bagi tujuan pendedahan dan keberkesanan penggunaan racun. Terima kasih.

Tuan Abu Bakar bin HamzahBERSATU · PNKuala Perlis

Soalan Tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Simpang Empat di atas penjelasan yang saya cukup panjang lebar. Tetapi kita tengok… cara kita punya mengendalikan ataupun mengatasi sesuatu masalah di atas kertas. Kita minta pihak Kerajaan mengkaji balik, turun ke bawah. Kalau kita tengok dari segi padi angin, kalau di zaman Yang Berhormat Speaker kita tau asalnya daripada orang petani. Zaman dulu padi angin tak pernah wujud pun, tak pernah disebut, ada la sikit-sikit tapi zaman yang saya tau padi angin pun tak dak nama dulu. Tapi hari ni dek kerana kecanggihan sistem cara drone, dia cara tabur padi, cara tabur penggunaan racun dan sebagainya. Bila berlaku keadaan yang kecanggihan itu maka padi angin wujud. Mungkin Kerajaan kena kaji dari segi pengambilan racun, baja dan sebagainya. Sebab berlaku permasalahan kepada petani-petani yang hampir ada yang tujuh, lapan relong tak dapat ambil kerana apa, kerana kalau ambil kos untuk bayar kepada mesin, padi terpaksa ditanggung, tak dak untung. Maka ada di antara petani buat keputusan untuk biar saja terus putar sebab takut nak ambil. Jadi yang pentingnya hari ini khususnya Kementerian Pertanian, kaji balik penggunaan racun dan padi benih. Padi benih juga kita kira yang MR sepertimana disebut… saya nak sebut pun saya tak tau, saya tak buat bendang. Tetapi saya duduk di dalam kawasan bendang. Kadang-kadang badi… benih padi tak dak, lambat dan sebagainya, terpaksa ambil daripada… apa nama… pembekal-pembekal persendirian. Jadi yang penting hari ni, Kerajaan kena kaji balik, turun ke bawah, kaji, atasi masalah padi angin. Sekian, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Chuping.

Tuan Haji Razali bin SaadPAS · PNSimpang Empat

Yang Berhormat… Yang Berhormat Speaker, saya nak maklum balik daripada soalan yang dibangkitkan oleh Kuala Perlis. Terima kasih Kuala Perlis dengan soalan tambahan. Jadi… untuk masalah padi angin saya akui… memang pada dulunya kita tak… tak dak pun istilah padi angin pada… orang-orang lama dulu ibu bapa kita dulu yang buat bendang memang tak dak istilah padi angin dan kecanggihan sekarang ni… banyak timbul masalah padi angin. Jadi, itulah langkah-langkah yang telah sepertimana yang telah saya maklum tadi, penggunaan padi benih MR 220 CL2 dan juga tabur terus dalam air tu memang memberi sedikit kesan kepada… kekurangan padi angin di dalam petak yang berkenaan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Chuping.

Tuan Haji Saad bin SemanPAS · PNChuping

Assalamualaikum, salam sejahtera, selamat pagi semua. Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya soalan nombor 3.

(Soalan 3 : Adakah pihak Kerajaan Negeri memperolehi hasil dari tanah rezab bahu jalan yang digunakan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Telekomunikasi dan sebagainya?)

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih. Yang Berhormat Chuping, untuk soalan nombor tiga ni, untuk makluman jalan-jalan dan rizab bahu jalan di negeri Perlis adalah tertakluk di bawah kawalan agensi tertentu mengikut jenis kategori jalan. Antaranya JKR, JPS, MADA, MPK, PTG dan lain-lain yang berkaitan termasuk yang persendirian. Berdasarkan semakan rekod di Pejabat Perbendaharaan Negeri, tiada sebarang hasil yang diperolehi Kerajaan Negeri dari tanah rizab bahu jalan yang digunakan oleh pihak TNB, syarikat telekomunikasi dan sebagainya. Antara… secara umumnya, pihak JKR dan MPK hanya mengenakan Wang Cagaran ataupun Deposit bagi memohon permohonan kerja-kerja pemasangan utiliti oleh syarikat utiliti di bahu-bahu Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri sepertimana Prosedur Permohonan Pemasangan Utiliti Tahun 2022 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya. Wang cagaran atau deposit ini adalah bertujuan sebagai jaminan kerja-kerja pembaikan semula sekiranya pihak syarikat utiliti gagal untuk melakukan pembaikan dengan sempurna. Sekiranya tiada sebarang masalah, maka wang cagaran ataupun deposit tersebut akan dipulangkan semula kepada pihak syarikat utiliti. Walau bagaimanapun, pihak MPK hanya memperolehi hasil lesen daripada aktiviti penjaja yang menjalankan perniagaan di atas tanah rizab bahu jalan. Aktiviti penjajaan yang dibenarkan adalah jenis mudah alih seperti meja jualan, kereta sorong dan penjaja bergerak “food truck” yang tidak melibatkan binaan struktur kekal di mana penjaja dikenakan syarat iaitu mematuhi… mematuhi syarat keselamatan, kebersihan, tidak menimbulkan kacau ganggu serta dikehendaki mengosongkan tapak niaga setiap kali selepas tamat waktu operasi perniagaan. Selain itu, bagi tanah-tanah yang belum diwartakan sebagai rizab jalan, pihak Jabatan Tanah dan Galian Negeri juga boleh mempertimbangkan kutipan hasil daripada permohonan kelulusan Lesen Pendudukan Sementara TOL dengan kadar pajakan berdasarkan penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta JPPH dan perakuan Pihak Berkuasa Negeri PBN. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang.

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, YB Tuan Speaker. Soalan nombor 4.

(Soalan 4 : Masalah air di negeri Perlis telah berlarutan sekian lama. Kita semua faham tentang kos rawatan yang tinggi dan sebagainya namun apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi memberi kemudahan kepada rakyat dari sudut hebahan berkenaan "Notis Catuan" air dan juga apakah mekanisme yang akan diambil bagi membantu rakyat yang terkesan akibat catuan tersebut terutama sekali bagi peniaga-peniaga?)

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Tambun Tulang. Tanya bab air ni lah. Catuan air ni bermaksud dia kawasan tersebut tidak akan mendapat bekalan air sepenuhnya, balik-balik rumah buka tengok, tak dak air. Dia betul-betul… SAP ni tidak pernah mengeluarkan Notis Catuan Air, dia hanya mengeluarkan Notis Gangguan Bekalan Air sahaja kepada pengguna. Dia kalau ganggu dia bawa keluar notis, tapi notis catuan air ni memang SAP jarang bawa, bukan tak pernah bawa keluarlah. Notis gangguan air dihadapi adalah secara terancang atau kecemasan. Dia ada dua, terancang atau kecemasan. Notis bekalan air… ada dua notis bekalan air ni. Kalau terancang dia dia ada dua warna kalau-kalau secara terancang ni dikeluarkan notis berwarna biru… kalau terancang-terancang ni maksudnya SAP ada nak tukar, bincang-bincang ada nak tukar paip lagi seminggu ka dia habaq awal lah. Pakat bersedialah tadah-tadah air apa yang patut. Yang kedua, notis gangguan bekalan air kecemasan dia warna merah. Ni mana nak tau ka, macam Beseri dia cakap apa, kerbau pendek pi dok sondol-sondol-sondol pok… pecah paip, hak tu kecemasan lah. Dia akan keluar notis berwarna merah. Benda ni nak bagi mudah pada pengguna lah, nak bezakan macam mana keadaan keadaan kecemasan ataupun berjangka masa lah. Jadi pakat boleh bersedialah. Bagi hebahan pula, notis ni dia kita pakai… SAP masih melaksanakan macam-macam kaedahlah. Macam kalau nak ikut tu, kalau semasa ni kita pakai multimedialah. Multimedia seperti website, whatsapp, telegram, facebook… tapi yang hebat SAP ni masih pakai hok lama-lama lagi, ni dia pakai radio. Tapi rasa Perlis ni pakai radio RTM lah, dia tak pakai la ERA apa semua tu, takat Perlis lah. Selain itu, depa pun ada juga buat perjumpaan sama-sama unit depa lah, kata perbincangan nak buat nak bagi cara benda lagi bagi elok lah. Pastu dia macam biasalah, kalau kata di kawasan kampung tu YB sendiri pun boleh bagi laporan ataupun daripada laporan ataupun notis ataupun daripada JKK-JKK tu kena buat kerja lah. Kalau notis air tak dak… apa… selalu bab-bab air ni selalu memang kita kena lah. YB sendiri pun fahamlah, bab air tak dak di rumah sikit pun air slow pun kita kena, habaq kat kita. Tu kerja YB. Pastu bagi yang tak dak air ni… apa semua ni, SAP pun dia menyediakan jadual penghantaran air yang mana jadual berkenaan menyatakan lokasi, laluan dan masa penghantaran air. Dia ada dah kita hantar air pakai tangki dah. Di sini, hal ini bertujuan untuk memudahkan pengguna mengetahui bilakah masa dan untuk mereka mendapatkan bantuan bekalan air daripada SAP. Jadi kita bagi jadual pakat tau dah, SAP nak mai pukul 2 pakat-pakat sedia tong depan lah… depan rumah. Jangan sampai SAP nak tarik paip air pulak masuk dalam rumah. Jadi pengguna pun kena sama-sama lah. Jadi kampung saya kerap jugak tak dak air, bukan… bukan kata kampung, rumah saya sendiri pun tak dak… tak dak air tak dak. Benda ni memang berpanjangan. Selain itu, SAP juga menyediakan tangki statik di kawasan atau lokasi tertentu yang mengalami gangguan bekalan air. Ada juga la depa buat tong, ada baru ni saya tengok ada satu kampung tu tong depa letak staging tu… tong besar hitam tu. Ha… tapi cuma SAP ni kalau boleh tutup atas tu kita kena bagi kuat, tu pun bagus juga Tambun Tulang tanya. Pasal ada satu laporan saya terima tong hitam tu budak-budak bukak dia terjun mandi dalam tu, budak-budak kampung. Pak cik tu bagus punya, buka air keluar… keluar air, tengok-tengok ada orang ka dalam ni. Keluar-keluar lima enam orang duk terjun dalam kolam tu. Ha… pak cik tu aku siap minum dah dia kata, “clear”. Ha… semua tu lah kita kena tambah baiklah. Untuk… untuk catuan ni YB Tambun Tulang, kalau kata bab catuan air ni la… catuan air ni bukan boleh buat mudah kita nak buat catuan air, kalau nak habaq air tak ada tu boleh lah, pasal catuan air ni dia banyak kelulusannya, daripada pihak Kerajaan kita sendiri. Yang penting sekali Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), tanpa depa ni kita tak boleh buat… tak boleh suka-suka orang kata… apa… nak buat catuan air lah pasal dia berkenaan keperluan-keperluan asas untuk rakyat. Lepas tu kalau kata air tak ada juga kita ambil… ambil… pendekatan, kita tutup lah aktiviti seperti kolam renang ka, car wash ka, lain-lainlah yang mana pakai air banyak. Kot rumah YB Tambun Tulang pun pakai air banyak. Kita tutup sekali dengan rumah YB Tambun Tulang tapi kalau pakai air banyaklah. Okay, terima kasih.

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Soalan tambahan, YB Tuan Speaker, jadi untuk notis gangguan bekalan air saya seronok bila dengar tadi katanya ada… pelbagai kaedah dan sebagai contoh notis-notis tersebut, saya perasan untuk orang-orang yang cakna dalam telegram dalam telegram lah yang saya tengok aduan tu. Jadinya tu saya nak tanya selain daripada tu, bila YB sebut tadi, YB Titi Tinggi sebut tadi adalah multimedia, saya pun taktau lah multimedia daripada mana. Sama ada sosial media kah ataupun media yang mana satu? Jadi… kemudian cuma satu soalan saya daripada saya… bila YB sebut tadi kata ada… bantuan-bantuan, maksudnya air sampai ada tong hitam dan sebagainya, tadi dah alang-alang sebut rumah saya tak pun pernah tak ada air, saya tak pernah dapat tengok lagi tang mana tong air tu. Sebagai contoh satu lagi kemudian saya nak tanya, itulah bila kita dah ada planning untuk nak buat pembaikan dan sebagainya, pastinya kita juga akan ada SOP ataupun Standard of Procedure. Maksudnya untuk menyenangkan rakyat di kawasan tersebut, di taman-taman dan sebagainya, pasti ada jadual berkala, pukul berapa air sampai dan sebagainya. Itulah yang saya nak tanya… kemudian lagi satu, saya nak tahu…

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Banyak sangat ni.

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Saya nak tahu bila tak ada air… bila tak ada air, bila setiap kali kita call sebagai contoh… kita call dia ada takat masa dia kadang-kadang air tak ada tengah malam, yang ada anak kecil dan sebagainya bila dia call tengah malam, dia nak call sapa? Itu persoalannya. Jadi, itulah… apakah ada cadangan ataupun idea daripada SAP untuk buat 24 hours hotline? Itu persoalan saya, terima kasih.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Terima kasih Tambun Tulang. Yang pertama bantuan air bila tong tak sampai, kan? Saya sendiri pun tak ada air pun… memang tong tak sampai, tapi di setengah kampung-kampung yang betul… dia tong ni macam… maksud dia kalau takat air tak ada sehari tu mungkin kita boleh lagi survive lah, tapi kalau selalunya kata dalam tempoh panjang tu, SAP akan cuba lah, tapi bagus Tambun Tulang cakap kita buat akan buat tambah baik bagus Tambun Tulang ni. Lepas tu SOP dia, prosedur dia, SOP ni, faham-faham lah Tambun Tulang kita pun baru menang baru jadi EXCO tapi tak dan tanya soalan lagi, tapi tengoklah kita tambah baik pegawai-pegawai SAP pun banyak di sini, nanti kita buat surat bertulis tak pun kita pi sekali lah jumpa bos-bos SAP ni, na? Mungkin ada SOP saya nak habaq SOP saya tak berani sat lagi saya takut silap pulak, na. Dan jadual berkala pun sama lah, cara-cara dia tapi bagus hotline tu saya tak tahu ada hotline ka.. tapi dari segi 24 jam tu rasa tak boleh dapat 24 jam tu, tengoklah kita tambah baik lah na YB Tambun Tulang, terima kasih banyak atas teguran, okay terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kayang.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warrohmatullahiwabarakatuh, Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 5.

(Soalan 5 : Mohon nyatakan projeksi dan perkembangan UTC Food Cabin?)

Assalamualaikum warrohmatullah iwabarakatuh, terima kasih kepada Yang Berhormat Kayang di atas persoalan yang berkaitan dengan perkembangan UTC Food Cabin iaitu di Medan Selera UTC. Untuk makluman Yang Berhormat, UTC Food Cabin ini mula beroperasi pada 25 Julai pada tahun ini 2022, dan waktu operasinya adalah bermula daripada pukul 5:00 petang sehinggalah pukul 11:30 malam setiap hari. Dengan kadar sewaan sebanyak RM350.00 sebulan. Dan ada satu gerabak kabin tu, bukan gerabak la, kabin yang besar-besar, ada satu unit yang tu sewaannya adalah sebanyak RM500.00. Dan keseluruhan bilangan kabin yang terletak di Medan Selera ini adalah sebanyak 21 buah dan kesemuanya telah terisi dengan peniaga-peniaga baru termasuk juga peniaga lama yakni peniaga yang telah lama atau pun telah mempunyai pengalaman membuka perniagaan. Dan kita dimaklumkan bahawa di UTC Food Cabin ini mempunyai ataupun menawarkan 150 lebih menu yang berbeza lah. Dan malam tadi pun saya berkesempatan untuk kali yang pertama sebenarnya tengok soalan-soalan harini berkaitan dengan Food Cabin, kalau saya tak pergi menjiwai awal-awal malam ni, dia agak kuranglah terkesanlah ucapan pada hari ini. Jadi, memang saya tengok menunya banyak lah, ada yang western, ada yang kampung, ada yang berbagai-bagai. Jadi tuan-tuan yang… ataupun YB-YB yang belum berkesempatan boleh lah bawa family untuk mengunjungi UTC Food Cabin di Medan Selera UTC ini. Dan konsep perniagaan adalah berkonsepkan “Beli, Makan dan Buang”. Beli, makan, buang. Buang tu buang yang makanan yang tersisa dan juga bahan pakai buang yang digunakan oleh para peniaga. Dan para peniaga ini sebenarnya dia bergantung kepada peraturan yang telah pun digariskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia sepanjang menjalankan perniagaan di Medan Selera UTC. Dan untuk maklumat juga, kebersihan dan keceriaan tapak diuruskan oleh Pengurusan UTC Perlis di bawah unit Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis. Dan alhamdulillah, setakat ini sambutan daripada para pengunjung amat menggalakkan dan peniaga dapat menjana pendapatan daripada aktiviti tersebut. Cuma dalam tinjauan saya semalam… saya yang Datuk Yang Dipertua… Datuk pula dah… Tuan Yang DiPertua, amin... masalah kucing berkeliaran. Yang ni biasalah sebab dia berhampiran dengan pasar bor… pasar borong dan juga pasar harian. Jadi masalah kucing yang berkeliaran ni, bagi setengah-setengah orang dan juga bagi setengah anak-anak ni dia… takut dengan kucing ni, dia rasa tak selesa. Semalam pun duk tengah-tengah makan tu pun ada banyak lah kucing yang duk mai bawah-bawah tu kan, merayu merengek dan sebagainya untuk diberikan makanan. Jadi perkara kucing ni pun saya rasa pihak yang berkenaan perlu mengambil tindakan supaya dia memberikan keselesaan kepada para pengunjung di masa-masa yang akan datang, insya-Allah, sekian.

Speaker

Rasa-rasa Speaker nak dapat Datuk dulu… dapat dulu dari YAB ni. Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Selamat pagi dan selamat sejahtera, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 6.

(Soalan 6 : Sebagai sebuah negeri yang bersempadan dengan Thailand, apakah idea dan pembaharuan yang bakal dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam mencari jalan untuk menarik lebih ramai pelancong berbelanja di Padang Besar berbanding di negara Thailand dan berbelanja di Kuala Perlis sebelum ke Langkawi?)

Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan. Pertama sekali saya mohon maaf ke atas kekhilafan saya pada hari Selasa yang menjawab soalan 7 daripada Yang Berhormat Indera Kayangan. Saya akan menjawab dulu soalan nombor 6 dan sekiranya diizinkan saya akan jawab semula soalan nombor 7. Yang Berhormat Tuan Speaker, Kuala Perlis dan Padang Besar merupakan salah satu nod pembangunan utama di Negeri Perlis khususnya dalam sektor ekonomi pelancongan. Selaras dengan objektif Rancangan Struktur Negeri bagi mencapai Perlis Negeri Bandaraya, terdapat pelbagai projek dengan tujuan meningkatkan pendapatan negeri serta, dengan izin, spillover kepada penduduk tempatan. Antara tindakan yang sedang dilaksanakan adalah seperti menyediakan ruang niaga bagi menggalakkan industri berasaskan makanan. Kempen pembudayaan kebersihan dan peningkatan standard perkhidmatan perniagaan makanan di kalangan peniaga kedai makan bagi meningkatkan imej perniagaan makanan di kalangan masyarakat sempat… setempat dan juga pelancong. Serta cadangan menambah baik sistem tempat letak kereta yang akan menerapkan teknologi pintar dan kaedah bayaran tanpa tunai, dengan izin, cashless bagi memudahkan masyarakat negeri Perlis serta pelancong. Fasa pertama pelaksanaan akan dimulakan dengan sistem letak kereta berpalang di kawasan Arked Niaga Padang Besar yang dijangka pada bulan Januari tahun depan dan fasa seterusnya akan diperluaskan ke kawasan-kawasan lain di seluruh negeri Perlis. Seterusnya menggalakkan penyertaan pihak swasta di dalam penganjuran karnival dan juga ekspo bagi menarik kunjungan orang ramai ke Kuala Perlis dan Padang Besar serta menaik taraf ataupun menyediakan infrastruktur lampu hiasan bagi menceriakan kawasan-kawasan tumpuan, termasuk di Kuala Perlis dan juga Padang Besar. Dan penyediaan digital billboard, dengan izin, di kawasan Jeti Penumpang Kuala Perlis bagi memberikan informasi kepada para pelancong mengenai tempat-tempat menarik di dalam negeri Perlis. Dalam hal berkaitan, pembangunan projek di kawasan Padang Besar dan Kuala Perlis turut diberi perhatian. Buat masa sekarang terhadap… terdapat dua projek besar yang sedang dilaksanakan di Padang Besar iaitu pembangunan Kompleks Plazaria Padang Besar yang boleh memuatkan 188 unit gerai yang lebih selesa kepada pengunjung dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2023. Di samping itu, Kompleks Pavilion Padang Besar yang berkeluasan seluas 9.86 ekar, yang mempunyai 11 blok gerai satu tingkat dan 110 unit gerai dengan nilai pelaburan sebanyak RM30.3 juta juga bakal dibuka kepada pengunjung pada suku tahun kedua tahun 2023. Manakala di kawasan Pantai Bukit Putih Kuala Perlis, terdapat satu pelaburan swasta yang akan membangunkan motel, pusat makanan laut dan rekreasi. Pembangunan ini dijangka akan melonjakkan lagi ekonomi kawasan Kuala Perlis. Selain itu, Kerajaan Negeri juga dalam tindakan untuk mewujudkan, dengan izin, Perlis Authentic Center iaitu satu pusat setempat pengumpulan barang-barang usahawan tempatan yang beridentitikan produk Perlis seperti Kebaya Perlis, gendang hadrah, capal kulit, batik, ikan pekasam, belacan, kordial harumanis dan sebagainya di bawah satu bumbung dan akan beroperasi di Bangunan Konkos, Kuala Perlis. Projek-projek ini dilihat akan dapat membantu meningkatkan prasarana awam serta menarik lebih ramai pengunjung untuk membeli-belah di negeri Perlis, insya-Allah, terima kasih.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Soalan tambahan Yang Berhormat Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Mata Ayer. Di Kuala Perlis tu ada satu tempat rekreasi lah berhampiran dengan persisiran pantai di Kurong Tengar. Di Kurong Tengar tu ada satu tempat cabin… cabin food yang telah lama disiapkan oleh MPK kan lah kalau tak salah saya. Cuma saya nak tanya, bilakah akan beroperasi? Dan setahu saya benda ni dimaklumkan di dalam Dewan Yang Mulia ni, berapa kali dah on track dan akan operasi, akan operasi, sampai ke la bangunan yang ada tu pun dah mengalami kebocoran, kerosakan. Jadi kita nak lah manfaatkan tempat itu, kerana tempat pelancongan yang boleh memberi manfaat kepada penyewa, peniaga di situ untuk meningkatkan pendapatan dan ekonomi peniaga, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Berdasarkan kepada soalan Yang Berhormat tadi, saya pernah berbincang berkenaan dengan masalah ini dan saya dimaklumkan bahawa ada orang perseorangan sekarang ni dal… berminat untuk berniaga di kawasan cabin di kawasan Kurong Tengar itu. Dan cumanya sekarang ni dia belum membuat permohonan secara rasmi lagi, hanya bertanya kepada… apa… orang yang berkaitan berkenaan dengan tempat tersebutlah, cumanya belum dapatkan permohonan secara rasmi dan difahamkan sekiranya dia berniaga di situ akan ada satu kelainan di situ yang saya dimaklumkan. Tak sama seperti mana di pinggiran Kuala Sungai Baru ataupun di Kuala Perlis lah, insya-Allah, terima kasih.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

YB Speaker, saya harap perkara ini dapat diselesaikan, pasal berjanji banyak. Berjanji di Dewan, berjanji di luar, tapi bagaimana promosi? Saya tak tahu lah sama ada dikongkol… dikongkong oleh seseorang ataupun apa masalahnya. Padahal orang nak berniaga banyak, sewa mahal ka apa ka? Kena perjelas dan selesaikan. Dah la la ni musim pelancongan, orang datang ke Perlis, ramai… jadi harap kita ambil tindakan tegas dan terus beroperasi, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji, insya-Allah saya akan berbincang dan juga mengambil tindakan yang segera, insya-Allah, terima kasih.

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

YB Tuan Speaker, soalan tambahan. Bila YB ada sebut berkenaan dengan kedai-kedai yang mana akan diadakan di Padang Besar, ratus-ratus lah saya dengar tadi. Tu saya nak tanya, apakah kedai-kedai tersebut bakal dihuni ataupun disewa oleh masyarakat tempatan ataupun peniaga-peniaga daripada Malaysia… daripada Perlis ataupun sama seperti arked yang lama? Sekian.

Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Bagi gerai-gerai yang… yang disediakan di Padang Besar itu, keutamaan adalah diutamakan kepada peniaga-peniaga warganegara dan proses untuk diterima itu adalah satu proses yang ketat. Saya difahamkan di mana Pihak Berkuasa Tempatan akan menjalankan interview, dengan izin, temuduga kepada peniaga yang bakal berniaga di situ dan saya juga berharap lah saya akan mengambil tindakan segera dengan… dan berbincang dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan juga pihak-pihak yang berkaitan untuk memastikan bahawa hanya warganegara yang benar-benar lah yang dapat berniaga di situ ataupun sekiranya ada warga asing yang akan berniaga, ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi lah oleh pihak peniaga di situ, insya-Allah.

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Maksudnya ada jugak lah warga asing? Maaf, soalan tambahan YB Speaker. Ada jugak lah? Maksudnya ada planning untuk bagi pada bukan warga asing lah… masyarakat daripada Thailand?

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Saya mencelah, saya tolong YB. Tambun Tulang bab… mungkin Mata Ayer dia bab pelancong sikit kan, bab pembangunan ni ada sikit patutnya bab daripada MPK. Dari segi bab-bab kedai tu memang dia cara ketat, memang ketat. Tapi kadang-kadang penghuni arked, kadang-kadang kita tengok di Arked Niaga tu kita tahu orang Siam kalau pi check betul-betul depa ada IC, lama dah zaman 60-an dulu. Kawan-kawan saya semua, ada yang bersekolah sini lama. Tapi bila kita tengok cara pakaian depa… kita… orang Siam, tapi cuba kita check balik depa, ada IC. Saya kawan daripada kecil semua boleh kata ada IC. Macam Mata Ayer kata tadi bab kawalan ketat, memang ketat. Kita memang ketat. Tapi bila kita sendiri tak pastikan kawan tu betul berniaga, dia sewa pula kot atas, salah orang kita. Tu kata terpaksa lepas ni… saya tak tahu lah kita tak mau salahkan yang lama-lama. Lepas ni kita akan buat satu… sendiri… saya sendiri pun boleh dalam jawatankuasa sendiri, mungkin YB Fakhrul boleh dalam jawatankuasa sendiri, ataupun saya dan Bintong… saya sendiri pun memang kena kita pastikan yang betul-betul berniaga. Lepas tu kita buat satu syarat, pasal di kedai Padang Besar ni, kadang-kadang pukul 6 pakat balik habis. Tu kedai-kedai baru ni. Kalau boleh kita kata pukul 6 kita letak syarat buka sampai pukul 9 malam. Baru kita meriah balik tempat tu, naik balik ekonomi kita… naik balik. Contoh buat di Bintong sendiri… apa… lampu-lampu… apa… yang ni saya buat taman dekat Mata Ayer. Minta maaflah saya mencelah tapi depa memang dari segi kedudukan tu memang. Kadang orang kita sendiri ni, nak salahkan banyak pihak tak boleh, orang kita sendiri ni. Kadang boleh senang nya bagi sewa. Benda ni berlarutan daripada dulu. Daripada dulu saya dok perhati tengok. Uih, ni bagi orang Siam saja, dak… cuba kita perhati satu-satu tengok. Lepas tu depa pula kalau duduk kedai tu memang cukup segala permit depa. Permit berniaga nya, permit kerja nya. Tapi tak semua lah. Ada juga… bukan saya kata semua elok, ada juga certain-certain yang YB Tambun Tulang cakap tu. Tak ni ka. Tapi kalau boleh lepas ni kita selaras balik, kita tengok keadaan, macam saya kata kita tak mau kira hat lepas-lepas tu, biar pi lah, benda dah lepas kita teruskan, terima kasih.

Speaker

Sebelum ni orang Malaysia kot… isteri orang Siam kot.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Selalu lagu tu lah… yang dok ada ramai lagu tu lah.

Speaker

Tak ada soalan tambahan? Tak ada?

Tuan Speaker, sekiranya izinkan saya ingin menjawab soalan yang nombor 7.

Speaker

Ya jawab, jawab.

Terima kasih. Berkenaan dengan soalan nombor 7, Yang Berhormat Indera Kayangan. Kerajaan Negeri sememangnya mempunyai satu blueprint dalam sektor pelancongan iaitu pelan induk perancangan fizikal pelancongan negeri. Satu pelan strategik, yang dilaksanakan untuk merangka halatuju pembangunan pelancongan di Negeri Perlis. Ia adalah seiring dengan pelancongan negara ke arah untuk menyatukan dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pilihan destinasi pelancongan dunia. Pelan induk ini juga menjadi panduan kepada Kerajaan Negeri dan agensi-agensi untuk membangunkan sektor pelancongan dalam negeri Perlis. Lokasi-lokasi pelancongan Perlis ini telah diklusterkan kepada 5 kluster pelancongan dan teras, strategi yang berbeza berpandukan kepada Pelan Induk Perancangan Fizikal Pelancongan Negeri Perlis. Salah satu daripada lima kluster tersebut adalah pelancongan budaya, sejarah, seni dan warisan. Pada tahun ini Kerajaan Negeri Perlis ada melaksanakan pelbagai usaha yang berkaitan dengan pelancongan bagi memastikan negeri Perlis sentiasa mendapat tempat untuk dikunjungi pelancong. Antaranya ialah melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf dan menyenggara pusat-pusat pelancongan di bawah seliaan sama ada jabatan ataupun agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri…menyertai pameran MATTA Fair…MATTA Fair National 2022, Siri 1 dan Siri 2, di World Trade Centre Kuala Lumpur, yang masing-masing dah diadakan pada April dan juga September tahun lepas, serta menyokong dari segi keperluan logistik syarikat rakaman televisyen yang menjalankan penggambaran berkaitan pelancongan di negeri Perlis. Dan untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Perlis ni adalah salah satu negeri yang menjadi pilihan syarikat produksi Zeel Production untuk menjalankan penggambaran drama di negeri Perlis. Dan saya difahamkan ada empat drama yang akan di jalankanlah, dia dirakam di negeri Perlis Insya-Allah. Dan berharapkan pelancongan negeri Perlis ni akan lebih maju dan sampai lebih luas lagilah sebarannya melalui…orang kita kata apa, bantuan daripada syarikat-syarikat rakaman. Seterusnya kerajaan juga menyokong dan beri bantuan kepada influencer Tiktok, YouTube dan juga Instagram dalam memperhebatkan promosi tempat-tempat pelancongan negeri Perlis. Serta sebelum ini Perlis terkenal dengan Pesta Angin Timur. Dan tahun lepas diadakan secara hibrid dan insya-Allah pada tahun depan Pesta Angin Timur akan diadakan secara hybrid dan juga secara fizikal, insya-Allah. Serta menyediakan papan tanda pelancongan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong bagi tujuan promosi, melanggan pakej pengiklanan dengan syarikat swasta untuk mempromosikan iklan- iklan pelancongan Negeri Perlis yang akan disiarkan di dalam laman web dan juga media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter serta YouTube. Serta mengedarkan risalah pelancongan bagi negeri Perlis dalam mesyuarat menteri-menteri dan mesyuarat pihak lain, Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMTGT) yang bertempat di Saii Laguna Phuket, Thailand pada September tahun 2022. Mengenai kawasan yang maksudkan oleh Yang Berhormat iaitu Dataran Keris, Wang Kelian juga Taman Ular, tindakan-tindakan penambahbaikkan sedang dalam tindakan oleh jabatan yang berkaitan bagi memastikan produk pelancongan negeri ini kekal berdaya maju. Sebagai makluman, sehingga November 2022, Taman Ular Dan Reptilia Sungai Batu Pahat telah menerima pengunjung lebih daripada 151 ribu pelawat dengan kutipan tiket berjumlah lebih kurang RM987,000.00. Pihak Taman Ular mensasarkan kutipan itu akan meningkat melebihi RM1 juta sehingga akhir tahun Insya-Allah. Bagi

Dataran Keris pula, pihak JPS, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perlis sentiasa menjalankan penyenggaraan secara bulanan. Dan aspek yang sama bagi kawasan Wang Kelian, Kerajaan Negeri dalam tindakan pelaksanaan kajian Rancangan Khas Kawasan Wang Kelian yang mana akan menjadi dokumen rujukan utama dalam melaksanakan pembangunan yang berteraskan pelancongan di mana beberapa not atau kluster, pelancongan yang berpotensi diterokai. Untuk makluman juga, View Point Wang Kelian telah mendapat pengiktirafan dengan izin, Gold Award Must Visit Place (Northern) sempena Malaysia Tourism Council Gold Awards 2022 yang diadakan pada Oktober yang lalu di Sarawak. Pengiktirafan ini adalah refleksi kepada komitmen dan dedikasi Kerajaan Negeri dalam terus melestarikan sektor pelancongan bagi mewarnai dan menambah rencah dalam sektor pelancongan, penyertaan komuniti setempat dan rakyat Perlis diperlukan memandangkan sektor ini juga boleh menjana ekonomi masyarakat setempat berdasarkan konsep dengan izin, low hanging fruits. Terima kasih.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Soalan tambahan Yang Berhormat Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Mata Ayer. Bila disebut tentang promosi tentang iklan ni, dalam sidang yang lalu dan sebelum tu pun dah sebut benda yang sama. Jadi saya harap Kerajaan Perlis baharu ini memberi satu jaminan yang betul-betul untuk mempromosi dan buat apa yang disebut dalam Dewan. Saya bimbang apabila kita bangkit sidang depan akan ada lagi benda yang sama. Jadi saya harap benda ni akan betul-betul dibuat dan mencapai sasaran dan juga matlamat untuk mempromosi negeri Perlis, pasal bab pelancongan Perlis ni kita mau sedia ada lama. Dah lama tahun… lama-lama dah, cuma kita masih lagi sembang bab promosi, sembang bab iklan. Jadi kita minta Kerajaan ini, dalam lima tahun ini, buat betui-betui untuk kita menggamit, membawa semua orang luaq mai negeri Perlis, satu. Yang kedua saya, nak tanya apakah betul untuk naik ke View Point dikenakan caj RM2 pada hari ini, apakah betul? sebab kalau kita tengok di atas tu takdaklah kemudahan… apa nama… perkhidmatan awam, contoh bilik ayaq ka… apa ka… jadi betulkah dakwaan demikian?

Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Guar Sanji atas cadangan dan juga persoalan. Untuk tujuan promosi ini insya-Allah saya akan bekerjasama dengan pihak agensi yang berkaitan dengan pelancongan untuk sama-sama kita selain promosi secara di dalam media sosial. Kita juga dalam sebelum ini yang sepertimana Kerajaan sebelum ini, berhasrat untuk menambah papan tanda di jalan untuk tempat-tempat pelancongan di Perlis dan insya-Allah kita akan cuba merealisasikan hasrat Kerajaan terdahulu dan juga hasrat pelancong-pelancong lah yang masuk ke negeri Perlis untuk mendapat lebih informasi tentang produk-produk pelancongan di negeri Perlis melalui papan tanda-papan tanda yang kita sediakan di jalan-jalan raya utama dan juga di pintu masuk sempadan negeri, insya-Allah. Dan untuk View Point, perkara…yang bayaran View Point Wang Kelian. Perkara ini telah dibincangkan sebelum ini dan telah diputuskan di dalam mesyuarat bahawa kita mengenakan bayaran yang minima untuk masuk ke View Point Wang Kelian ini adalah untuk tujuan senggaraan dan dalam jangka masa yang akan datang kita akan menyediakan lebih banyak kemudahan dan juga prasarana di… di kawasan View Point Wang Kelian tulah termasuk menyediakan tandas yang lebih selesa dan juga tapak-tapak untuk berkhemah, juga untuk menarik ramai lagi pelancong untuk hadir ke situ, bukan sahaja pada waktu siang juga pada waktu malam, insya-Allah. Terima kasih.

Soalan tambahan satu lagi, Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan tambahan berkaitan… saya tertarik dengan Dataran Keris. Berkaitan Dataran Keris ni… sebenarnya soalan saya tu menjurus ke arah bagaimana kita nak mencipta pusat pelancongan yang mempunyai impak yang tinggi yang kita tak nak kita buat pusat pelancongan banyak-banyak tetapi impaknya tiada… pelancongnya tiada. Saya… saya tengok kan kadang-kadang terbayang bila tengok Sungai Perlis tu seakan-akan sungai yang ada di Melaka yang ada River Cruise sebab Dataran Keris tu sangat menarik, tetapi bagaimana kita nak convert Dataran Keris tu supaya menjadi pusat pelancongan yang berimpak tinggi, berada di tengah bandar Perlis sebagai mercu tanda bandar Kangar? Jadi, bagaimanakah kita nak menjadikan… apakah usaha Kerajaan nak jadikan Dataran Keris tu sebagai pusat pelancongan yang berimpak tinggi? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Beseri. Berkenaan dengan Dataran Keris ni saya belum mendapat maklumat berkenaan dengan apa-apa aktiviti selain daripada di situ sahaja dan insya-Allah saya akan mendapatkan maklumat daripada pihak yang berkaitan terutamanya JPS, sama ada kita akan melaksanakan apa-apa program ataupun mewujudkan satu produk pelancongan di situ, insya-Allah. Terima kasih.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat…

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Soalan tambahan satu, Datuk… Tuan Speaker. Sejauh mana jabatan bahagian pelancongan komited untuk membangunkan pelancongan macam tahun melawat Perlis sebab yang bab-bab dulu selalu ditunda-tundakan Tahun Melawat Perlis dari setahun ke setahun atas sebab-sebab yang mereka nyatakan? So, sejauh mana komitmen Kerajaan Negeri untuk tahun melawat Perlis dan tarikh terbaru adakala pun kami keliru sebab setiap tahun dia tunda. So, adakah billboard yang besar di… dipaparkan untuk pengetahuan orang ramai rakyat negeri Perlis supaya sama-sama mempromosikan negeri Perlis kepada dunia luar dan juga komitmen Kerajaan Negeri memberitahu bahawa mereka serius untuk membawa agenda Tahun Melawat Perlis? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Indera Kayangan. Berkenaan dengan Tahun Melawat Malaysia saya belum mendapat maklumat sepenuhnya, tetapi yang pasti adalah pada tahun hadapan kita akan fokus kepada Pesta Angin Timur yang kita juga satu ikon untuk negeri Perlis, insya-Allah dan juga kemungkinan besar Pesta Air lah sepertimana yang kita adakan setiap tahun, insya-Allah. Cuma saya akan mendapatkan maklumat yang lebih lanjut daripada pihak-pihak yang berkaitan, insya-Allah. Terima kasih.

Speaker

Ok lah Yang Berhormat, setelah saya melihat persoalan-persoalan yang dibangkitkan rasa sedih jugalah, tidak dibangkitkan isu-isu berkaitan dengan pendidikan, keselesaan bilik darjah, ramai pelajar, guru PJJ, sekolah agama tak berapa orang banyak. Jadi Insya-Allah kita cuba bangkitkan. Kesian EXCO Pendidikan, tak jawab pun. Cuma saya tanya sat lagi boleh… boleh bawa dalam penggulungan EXCO Pendidikan. Jadi, Dewan ditangguhkan sebentar dan akan disambung pada pukul 10.40, insya-Allah.

(Persidangan ditempohkan sementara pada jam 10.09 pagi)

(Persidangan disambung semula pada pukul 10.40 pagi)

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sila duduk. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula.

Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2023 dan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2023Bill

Setiausaha Dewan

Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2023 dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2023.

Speaker

Dipersilakan pihak Kerajaan untuk memberi maklum balas dan seterusnya menggulung perbahasan. Dipersilakan Yang Berhormat Simpang Empat.

Tuan Haji Razali bin SaadPAS · PNSimpang Empat

Yang Berhormat Tuan Speaker. Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian. Saya akan menjawab soalan tambahan yang telah dikemukakan oleh Ahli-hhli Dewan daripada sebelah sana. Daripada Chuping. Tujuan utama menambah kepelbagaian spesies tanaman eksotik di Taman Buah-Buahan Eksotik Perlis seperti pokok keriang dot yang dimaksudkan adalah bertujuan untuk tanaman pameran dan rujukan sahaja. Ini bagi memastikan tanaman yang semakin pupus ini dapat dipelihara di samping memberi ilmu pengetahuan kepada generasi akan datang. Pihak penyelidik juga boleh menggunakan tanaman-tanaman ini sebagai bahan kajian. Sehubungan dengan itu, pada masa ini Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk mengkomersilkan tanaman keriang dot ini dan tidak menjalankan sebarang kajian kemungkinan untuk perkara meng… komersilkan ini. Dalam perkara yang berkaitan, Kerajaan Negeri mengambil maklum mengenai proses kajian kemungkinan yang perlu dilaksanakan bagi tujuan pembangunan sesuatu projek bagi memastikan projek tersebut berdaya saing dan mampan. Bagi tujuan ini, garis panduan penyediaan kajian kemungkinan telah dikeluarkan pada Jun 2022 oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis bagi projek bernilai RM500 ribu dan ke atas. Sekian.

Untuk menjawab soalan seterusnya daripada YB Kuala Perlis. Untuk makluman sidang Dewan sekalian, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Perlis telah menyediakan 28 buah jeti untuk kegunaan pendaratan dan tambahan bot kepada nelayan seluruh Negeri Perlis termasuklah di Kuala Perlis dengan kos sebanyak RM6.09 juta. Jeti-jeti ini mampu memenuhi keperluan sebanyak 613 buah vessel Zon A dan Zon B yang berdaftar dengan LKIM. Sekian untuk jawapan… dari… untuk Kuala. Manakala untuk jawapan bagi YB Guar Sanji. Kampung Che Ok terletak di dalam blok pengairan ALBD 6, lokaliti D1 Tambun Tulang yang berkeluasan 864 hektar. Blok ALBD 6 ini telah dilengkapi dengan sistem pengairan tersier yang telah dibina pada tahun 1980-an. Namun begitu, terdapat beberapa kawasan dengan anggaran 190 hektar dikenal pasti mengalami masalah saliran terutamanya ketika musim hujan di kawasan ini. Keadaan ini adalah disebabkan oleh keadaan tanah dalam dan faktor hujan lebat. Faktor pembinaan lintasan persendirian turut menjadi punca aliran utama saliran menjadi lambat. Siasatan MADA telah mendapati sebanyak 10 lintasan persendirian di parit P1 dan 52 lintasan persendirian telah dibina di sepanjang 6.037km parit sekunder ALBDr 7. Parit ini merupakan parit utama untuk mengalirkan air buangan sawah ke parit utama iaitu parit Sanglang Baru. Langkah berikut telah dilaksanakan bagi menangani permasalahan yang berlaku. Satu, membina sebuah stesen pam elektrik A40 di Kampung Tebuk berkapasiti 10 square feet yang mula beroperi… mula beroperasi pada Ogos 20… 2021 dengan nilai kos sebanyak RM0.25 juta peruntukan Rancangan Malaysia Ke-11. Yang kedua, membekalkan pam bergerak berkapasiti 5 square feet dan pam berkapasiti 3 square feet di kawasan bermasalah bagi mengurangkan kesan hujan lebat dan yang ketiganya pembekalan pam bergerak oleh JPS bagi membantu mempercepatkan pengaliran air keluar melalui terusan arau ketika kejadian hujan lebat pada bulan Oktober

2022 yang lalu. Sebagai langkah jangka masa panjang, MADA merancang untuk menjalankan kerja nyahlodak parit sekunder ALBDr 7 sepanjang 6.037km. Selain itu, agensi berpandangan bahawa linta… lintasan persendirian perlu dirancang untuk diganti secara sistematik dan dibina mengikut spec yang sesuai bagi mengalak… mengelak air buangan terganggu. Pelaksanaan langkah kerja ini adalah tertakluk kepada kesediaan peruntukan kewangan serta kolaborasi bersama pihak-pihak berkaitan. Pihak MADA akan sentiasa turun padang untuk mencapai jalan penyelesai… mencapai jalan penyelesaian ke atas isu-isu ini.

Manakala soalan yang telah dibangkitkan oleh Indera Kayangan. Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usaha agropreneur di dalam membangunkan industri agropelancongan di negeri Perlis ini. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah bertindak dalam menyalurkan bantuan dan insentif kepada petani di bawah Program Pembangunan Agrotourism Negeri Perlis. Melalui program ini, para petani yang telah memulakan langkah menjadikan lokasi projek mereka sebagai tumpuan pelancong akan diberikan insentif yang bersesuaian. Insentif ini bertujuan untuk menyokong usaha petani dengan mencantikkan kawasan sekitar dan menaiktaraf kemudahan di projek mereka sebagai tarikan kepada pelancong. Antara insentif yang diberikan meliputi keperluan menaik taraf kemudahan asas, infrastruktur ladang dan pemerkasaan teknologi serta bekalan peralatan sebagai sokongan kepa… bagi perkembangan projek mereka. Antara produk agropelancongan yang telah dikenal pasti mempunyai potensi tumpuan pelancong ialah Kelompok Mangga Harumanis Bukit Chabang, projek Serai Bukit Chabang, projek Serai Wangi Felda Chuping, projek Kelompok Dusun Buah-Buahan Genting Nakawan, Perlis Special Teens Centre (PeSTeC), Teluk Side Great Park Sungai Batu Pahat, Kebun Hidroponik Abi Agro dan Superfruit Valley Lembah Chuping. Semoga lebih banyak lagi pengusaha ladang akan menjadikan kawasan mereka sebagai kawasan agropelancongan. Seterusnya, jawapan untuk Beseri… YB Beseri.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Yang Berhormat… Yang Berhormat Speaker, mohon celahan boleh tak? Sikit? Mohon pencelahan… pence… pencelahan. Okay terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Simpang Empat, EXCO Pertanian di atas response yang baik kepada soalan yang saya bangkit berkaitan dengan kawasan pertanian… pengairan di Kampung Che Ok yang mana para petani yang terlibat dengan pengairan padi tenggelam ini, lebih kurang 190 hektar ini. Di sini kita memahami bahawa sokongan dan juga dokongan semua kerjasama di antara para Pejabat Pertanian dan juga MADA dan juga orang kampung. Kita akui kelemahan dan juga ketidakkerjasamaan para petani untuk membina kok-kok lintasan yang tidak ikut spec yang disebut oleh MADA, satu. Yang kedua saya mohon… mohon banyak-banyak supaya diwujudkan pam elektrik sebagaimana yang kita buat Kampung Tebuk. Saya tahu masalah ini bukan 20 tahun. Kalau tengok tadi Yang Berhormat sebut untuk mengatasi masalah jangka panjang ialah kita nak perdalam sungai ataupun cuci. Bagi saya benda ini tidak akan menyelesai dalam jangka masa panjang sebab kita dah lihat apa yang telah berlaku dan berlaku lagi. Kita letak pam JPS, letak pam MADA… berapa biji. Kadang-kadang mai pam pun, pamnya rosak. Sekali guna, rosak. Jadi jenuh para petani nak hello, nak handphone, nak… nak call. Kadang-kadang mai tak cukup. Jadi untuk jangka panjang, macam mana kita atasi air keluar daripada Kampung Tebuk, jadi saya mohon juga di Che Ok ini juga kita adakan pam yang statik… yang kos lebih murah, yang mampu untuk mengeluar air dalam kapasiti banyak di tempat yang kita telah lawati bersama beberapa ketika yang lalu. Saya rayu sangat supaya pam ini diwujudkan atas kebijaksanaan Yang Berhormat Speaker, aaa… EXCO. Terima kasih.

Tuan Haji Razali bin SaadPAS · PNSimpang Empat

Terima kasih pada Guar Sanji yang bangkitkan soal di Kampung Che Ok ni berhubung dengan banjir bila hujan lebat. Jadi insya-Allah kita akan ambil benda ni untuk perhatian, insya-Allah MADA akan memberi info yang seterusnya dan kita akan juga mengatasi tentang lintasan-lintasan yang terlalu banyak ni. Bila ALBDr untuk pengetahuan, saya faham bila dia disebut, bila ada ‘r’ di kecik di situ, makna kata sungai buang… sungai buang… makna kata sungai tu sungai buang… jadi banyak lintasan di situ, makna kata dia mengganggu aliran air. Jadi walau macam mana pun insya-Allah… dalam bajet yang kita ada, insya-Allah mungkin pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) akan mengenal pasti dan kita akan turun tengok, tinjau dan sebagainya, insya-Allah.

Dan berhubung dengan jawapan untuk soalan bagi YB Beseri, berhubung dengan Jabatan Perhilitan Negeri Perlis mengambil perhatian berkaitan isu gangguan konflik hidupan liar yang berlaku di sekitar Negeri Perlis. Pada tahun 2022, Perhilitan telah menerima sebanyak 46 aduan dan melaksanakan 63… 63 tindakan susulan berkaitan gangguan haiwan liar di DUN Beseri meliputi kawasan Semadong, Bukit Kedak… Bukit Kedak dan Bukit Manik. Perhilitan juga telah mengambil tindakan dengan membuat operasi bersepadu membasmi musuh tanaman yakni babi hutan sebanyak 2 kali di Kampung Tunjung Dalam, Kampung Seri Berangan dan Kampung Paya Kelubi serta pemasangan perangkap hidupan liar sebanyak 15 kali di kawasan DUN Beseri yang menghadapi gangguan konflik hidupan liar. Sehingga kini, data pelupusan haiwan liar bagi tahun 2022 adalah seperti berikut. Babi hutan 50 ekor dilupuskan di seluruh negeri Perlis termasuk 5 ekor di DUN Beseri. Kera, 1,543 ekor dilupuskan di seluruh negeri Perlis termasuk 242 ekor di DUN Beseri. Dalam mendepani isu gangguan konflik hidupan liar ini, Perhilitan senantiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa di sekitar negeri Perlis dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan kelestarian sektor pertanian. Sebarang aduan berkenaan perkara ini boleh disalurkan pada Perhilitan untuk tindakan segera. Dalam kes yang terbaru, dalam masa saya memegang beberapa hari sebagai EXCO Kerajaan, satu tular video berhubung dengan ba… serangan babi di Kampung Nesam dan saya telah pun turun ke kawasan tersebut dan terima kasih kepada pihak Perhilitan yang turut serta dan mengambil tindakan di atas kes berkenaan. Dan telah memasang perangkap untuk menangkap hidupan babi itu. Jadi, terima kasih kepada Perhilitan. Namun, pihak Perhilitan juga telah memaklumkan kepada saya berhubung dengan perangkap babi ni yang hanya ada 10 perangkap dan… dan daripada 10 tu… 2, 3 dah ada kerosakan dan tinggal berapa saja lagi dan perlu kita ambil tindakan untuk menambahnya, insya-Allah di masa akan datang.

Dan seterusnya untuk jawapan bagi soalan yang telah dibangkitkan oleh YB Sena berhubung Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melalui bahagian industri makanan menyediakan beberapan geran kepada pemain industri seperti usahawan untuk mengembangkan industri hiliran pembuatan hasil perikanan seperti belacan, pekasam, ikan kering dan sebagainya. Geran-geran tersebut termasuklah Change Upgrade Product (CUP), High Impact Product (HIP) dan Geran Agropreneur Muda. Seramai 10 orang telah menerima bantuan ini dengan nilai keseluruhan bantuan sebanyak RM255,000.00. Selain itu, LKIM juga menyediakan peruntukan pemberian bantuan peralatan yang melibatkan 6 orang penerima bantuan dengan jumlah keseluruhan RM28,300.00 bagi tahun 2021 dan 2022. Kerajaan Negeri melalui agensi pembangunan usahawan yang terlibat akan terus memberi sokongan dan bantuan kepada… usahawan industri hasil laut.

Yang… Tuan Speaker… Yang Berhormat Tuan Speaker. Seterusnya saya ingin meneruskan pada penggulungan saya sebagai… insya-Allah dalam masa yang singkat ni saya akan cuba menarik perhatian semua Ahli-Ahli Dewan yang hadir pada hari ini serta ketua-ketua jabatan yang berada dalam Dewan yang mulia ini, jadi dalam suasana kita… dalam suasana kita mentadbirkan Kerajaan yang baru dan kita masih… kami Ahli-ahli EXCO, ahli-ahli semua yang baru ini… kecuali beberapa orang yang lama, saya merakamkan jutaan terima kasihlah kepada semua pengarah-pengarah, pejabat-pejabat yang telah memberi komitmen yang baik kepada kami untuk kami menjalankan tugas sebagai me… memu… memudah cara bagi mendapat mencapai hasrat yang… apa yang di luar sana iaitu masyarakat setempat yang inginkan me… pembaharuan namun sekiranya tiada ada backing ataupun sokongan daripada anda semua, kami… pihak kami akan gagal untuk mencapai… Jadi, saya juga merakamkan terima kasih saya kepada semua dan juga saya juga merakamkan tahniah kepada YB Speaker yang dilantik menjadi Speaker untuk sesi tahun ini dan insya-Allah juga kepada Yang Amat Berhormat Cikgu Mohd Shukri Ramli yang dilantik menjadi Menteri Besar Perlis yang Ke-8.

Tuan-tuan dan puan-puan, muslimin sekalian yang dihormati sekalian. Sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di bawah portfolio pertanian ini serta yang lain-lainnya, saya masih lagi akan meneruskan agenda apa yang telah diputuskan dalam majlis Exco yang lalu, insya-Allah. Dan apa yang kita nak tengok sekarang ni ialah supaya… menjadi… kita sebagai menjadi pemudah jalan untuk masyarakat yang sedang kehausan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan sebagainya. Jadi, untuk itu, bagi industri padi, kita insya-Allah… kita akan perkemaskan lagi dan kita berharap di sana… di luar sana para petani dan sebagainya supaya dapat bersama-sama dengan jabatan-jabatan yang berkaitan seperti MADA, Pertanian dan sebagainya untuk kita memperkemaskan lagi untuk mencari jalan yang mudah kerana kalau kita tengok pada keadaan sekarang ni di luar masih banyak lagi tanaman padi yang sedang diusahakan sedangkan jadual yang telah ditetapkan oleh pihak MADA telahpun sampai melebihi masa yang telah ditetapkan. Namun begitu, beberapa agensi yang perlu kita ambil kira… MADA, JPS dan sebagainya dengan peruntukan pada tahun 2023 ni yang kita akan cuba membantu menye… me… mem… memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin ke arah mencapai matlamat… hasrat mereka. Dan begitu juga dengan tanaman Harumanis di… oleh Jabatan Pertanian di Bukit Temiang dan sebagainya, kita berharap para peladang ataupun pengusaha ladang manis itu supaya dapat ber… menyertai program-program yang diaturkan oleh… jabatan yang kita sediakan untuk bagi memudahkan mereka mendapat pengembangan ataupun cara-cara penyediaan, cara-cara menjaga bahan… pokok-pokok itu supaya lebih selamat dan selesa serta dapat mengeluarkan hasil yang terbaik untuk kita sebagai Kerajaan Negeri Perlis ini mengalu-alukan mereka supaya dapat mengeluarkan hasil dengan menjaga kualiti… kualiti buah Harumanis itu yang terletak hanya di Negeri Perlis. Insya-Allah, apa yang kita harapkan supaya semua yang kita rancangkan ini akan dapat kita laksanakan dengan sebaik mungkin. Dan begitu juga dengan lawatan saya ke LKIM baru-baru ini, ada beberapa rintihan dan sebagainya dan insya-Allah kita akan cuba bantu untuk menyelesaikan. Manakala bagi jabatan-jabatan lain di bawah saya yang belum lagi saya hadir untuk bertemu dan sebagainya, insya-Allah dalam tahun 2023 kita akan dapat bersama-sama mencari jalan penyelesaian permasalahan yang anda semua hadapi, insya-Allah sama-sama kita selesai bagi membantu… membantu di bawah agensi tuan-tuan untuk kita membantu masyarakat yang masih dahagakan pembangunan dan sebagai. Itulah sedikit sebanyak penggulungan daripada saya untuk kali ini, mudah-mudahan insya-Allah kita akan dapat mem… dapat bersama lagi untuk sidang yang akan datang, wallahualam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Mata Ayer.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh selamat sejahtera. Alhamdulillahirobbil alamin washolatu wassalamu ala asrofil ambiya iwal mursalin, wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Yang Berhormat Tuan

Speaker, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan usul Anggaran Pembangunan Tahun 2023 dan Rang Undang-Undang Pembekalan Tahun 2023 yang menyentuh berkenaan dengan isu-isu pelancongan, kebajikan dan bantuan bencana serta pembangunan wanita. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang berbahas dalam suasana yang aman dan harmoni dan saya mengambil kesempatan ini juga mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Speaker di atas pelantikan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis pada tahun penggal ini dan juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Perlis yang kelapan dan insya-Allah saya akan menjawab satu per satu persoalan dan cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat. Berkenaan persoalan pertama daripada Yang Berhormat Kuala Perlis bagi cadangan mewartakan kampung-kampung di Kuala Perlis sebagai perkampungan nelayan, pihak Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan cadangan ini dan mengkaji dari sudut undang-undang jika pewartaan ini boleh dilakukan. Seterusnya, soalan daripada Yang Berhormat Kayang, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa memandang serius terhadap bantuan kewangan yang semestinya terikat dengan peraturan dan prosedur kewangan. Sehingga kini, setiap penerima bantuan akan melalui proses siasatan dan penilaian serta tertakluk kepada garis panduan, prosedur dan juga syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Setiap jenis bantuan samada bantuan persekutuan atau negeri perlu mematuhi kepada syarat-syarat kelayakan yang telah disediakan mengikut jenis-jenis bantuan yang telah dipohon. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) juga sentiasa mengutamakan prinsip integriti dan menjunjung tinggi amanah dalam setiap urus tadbirnya. Pengagihan bantuan zakat secara terus melalui had kuasa dan garis panduan agihan zakat Negeri Perlis yang diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, sentiasa menjadi panduan pengurusan MAIPs dalam mengagihkan zakat kepada para pemohon. MAIPs turut memberikan perhatian kepada kelayakan had kifayah selain turut mendapatkan pengesahan daripada pemimpin masyarakat setempat terhadap setiap permohonan yang dikemukakan oleh golongan asnaf, fakir dan miskin yang membuat permohonan. Selain itu, terdapat beberapa bantuan yang turut diberikan kuasa dan mandat pemilihan kepada jawatankuasa kariah masjid seperti bantuan kediaman MAIPs, MAIPs Peduli, bantuan baik pulih rumah, bantuan baik pulih mikro rumah dan juga bantuan zakat fitrah. Cadangan penerima bantuan turut dipertimbangkan melalui cadangan oleh wakil MAIPs di kariah masjid seperti amir, imam dan juga pegawai masjid serta guru merangkap amir di sekolah-sekolah di negeri Perlis. Selain pusat-pusat Islam di institusi pendidikan di seluruh negeri Perlis, proses semak silang turut dilakukan… dilaksanakan dengan beberapa agensi seperti Pejabat Pembangunan Negeri, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) melalui bercorak focus group, dengan izin, Pembasmian Kemiskinan Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Perlis sendiri. Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bilangan 6 tahun 2022 yang dipengerusikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis turut berkenan untuk dilaksanakan penambahbaikan prosedur bantuan sara hidup berkala MAIPs yang diminta untuk mengemukakan pengesahan status eKasih ICU dan setiap permohonan yang dikemukakan.

Seterusnya, soalan daripada Yang Berhormat Guar Sanji berkenaan dengan tiada tempat untuk bersidang dan juga berhimpun bagi mengumpul idea mahasiswa di Perlis. Penyediaan generasi belia yang cemerlang adalah salah satu perkara yang diberikan perhatian oleh pihak Kerajaan. Dalam hubungan ini, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sentiasa terbuka mengadakan kerjasama dengan NGO-NGO belia di negeri Perlis melalui penajaan program dakwah dan kemasyarakatan seperti misi bantuan bencana dan khidmat masyarakat. Para belia disaran untuk mengadakan kerjasama dengan MAIPs bagi menjayakan pelbagai inisiatif ke arah pemerkasaan masyarakat melalui golongan belia. Sejajar dengan hasrat bagi menjunjung tinggi titah tujuh amanat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis berkaitan pemerkasaan kefahaman agama Islam di kalangan belia MAIPs melalui pelan tindakan agihan holistik MAIPs 2.0 telah bersetuju untuk memperkasakan generasi belia negeri Perlis melalui inisiatif pusat komuniti generasi muda. Sehubungan itu, MAIPs dan bakal memperkasakan pusat pembelajaran komuniti di masjid lama Seberang Ramai untuk menjadi pusat pendidikan komuniti, selain menjadi medium interaksi belia dalam memberikan bakti mereka kepada masyarakat. Kerjasama MAIPs dan juga beberapa NGO telah membuahkan pelaksanaan program tuisyen percuma selain program motivasi kepada pelajar… para pelajar sekolah di projek DiRaja Program Transformasi Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai Kuala Perlis dan mahasiswa juga diseru untuk hadir dan menyumbangkan idea ke arah masa depan negara. Selain itu, MAIPs telah melaksanakan pelbagai program dan libat urus bersama pihak industri melalui program latihan kemahiran dan penempatan pekerjaan di bawah Akademi Transformasi Asnaf MAIPs atau ringkasnya ATAM. Pelaksanaan program berkenaan diharapkan akan dapat memberikan peluang kepada golongan belia selain membina semangat dan jati diri mereka sebagai persediaan di hari muka. Bagi langkah seterusnya, pihak Kerajaan Negeri akan meneliti cadangan untuk membina pusat komuniti beliau di kawasan-kawasan DUN, insya-Allah. Seterusnya soalan daripada Yang Berhormat Chuping.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Yang Berhormat Speaker, mohon pencelahan. Terima kasih Yang Berhormat Mata Ayer, apa yang saya bangkitkan dalam ucapan saya kelmarin berkenaan mahasiswa, saya… satu soalan berkaitan dengan Majlis Belia tu tapi hak ni jawapan hanya belia. Yang saya fokus kemarin berkaitan dengan kebajikan mahasiswa… agensi mana yang ambil peranan, yang telah memberi bantuan yang saya maksudkan kelmarin? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji. Sepertimana yang kita maklum, MAIPs dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat, Institut Pengajian Tinggi yang berkaitan adalah agensi-agensi ataupun pihak-pihak berkuasa yang kita kata mengambil perhatian dan juga menjaga kebajikan para mahasiswa di universitI dan juga di kolej-kolej, insya-Allah. Saya sambung dengan soalan daripada Chuping berkenaan dengan keperluan mewujudkan Jawatankuasa Penyelaras Bantuan. Kerajaan Negeri melaksanakan penyelarasan bantuan-bantuan di negeri Perlis melalui forum… pelbagai forum seperti antaranya dalam Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Negeri (FGN), Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK), Kemiskinan dan Pengangguran, Mesyuarat Jawatankuasa Agensi Pemberi Bantuan dan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Perlindungan Sosial Negeri. Untuk makluman juga, Kerajaan Persekutuan sedang melaksanakan satu inisiatif baru iaitu pengumpulan semua maklumat bantuan oleh kementerian dan agensi pemberi bantuan seluruh Malaysia di bawah Majlis Perlindungan Sosial Malaysia atau ringkasnya MYSPC. Pangkalan data eKasih merupakan pangkalan data utama selain dari data-data yang dikumpulkan oleh semua agensi yang diselaraskan melalui Jabatan Perangkaan di bawah Sistem Pengkalan Data Perlindungan Sosial, PDPS ringkasnya, dengan mekanisme yang telah dinyatakan, isu pertindihan bantuan di kalangan pemberi dan penerima dapat dielakkan pada masa akan datang.

Seterusnya, menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Indera Kayangan mengenai dengan cadangan pembukaan pembangunan semula kawasan bangunan warisan di pekan Kangar, market lama dan juga Dataran Keris. Mengenai kawasan dimaksudkan Yang Berhormat iaitu kawasan Bangunan Warisan di pekan Kangar, market lama dan

Dataran Keris, tindakan-tindakan penambahbaikan sedang dilakukan dan dibuat oleh jabatan yang berkaitan bagi memastikan ia kekal terpelihara dan lestari. Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan pelabur yang berpotensi untuk mengemukakan cadangan pelaburan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk memajukan kawasan-kawasan komersial… maaf… kawasan-kawasan berkenaan. Sehingga kini, terdapat satu cadangan pembangunan komersial yang diterima daripada pelabur swasta di kawasan market lama Kangar dan masih di peringkat perbincangan awal. Menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kayang mengenai bantuan ataupun tidak akan membantu kebajikan ibu tunggal. Sebagai negeri yang berkonsepkan kebajikan, Kerajaan Negeri sentiasa mementingkan aspek kebajikan rakyat merangkumi golongan ibu tunggal dan ibu yang telah ditinggalkan. Pelbagai bantuan kewangan, peralatan dan program sokongan dilaksanakan bagi membantu kebajikan ibu-ibu tunggal menerusi jabatan dan juga agensi seperti Majlis Agama Islam Negeri Perlis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Wanita, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara. Sebagai contoh, MAIPs telah membelanjakan sebanyak RM3.91 juta bagi bantuan sara hidup berkala kepada 6,747 penerima wanita termasuklah ibu tunggal. Bagi anak-anak warganegara kepada ibu-ibu bukan warganegara, anak-anak tersebut juga layak menerima bantuan yang sewajarnya jika memenuhi kriteria permohonan.

Selanjutnya soalan daripada Yang Berhormat Indera Kayangan mengenai tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani isu banjir di Kampung Bakau. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, APM, selaku sekretariat pengurusan bencana negeri sentiasa bersedia dari segi peralatan dan juga tenaga kerja di samping tugasan untuk membuat pemantauan di kawasan berisiko banjir berdasarkan dapatan data dari agensi berkaitan. APM turut menubuhkan, dengan izin, Civil Defense Emergency Response Team Community (CDERTC) atau Pasukan Tindakan Kecemasan Pertahanan Awam di peringkat komuniti yang berisiko bagi mengurangkan impak sekiranya berlakunya bencana. Di antara projek-projek yang telah dilaksanakan bagi menangani isu banjir di kawasan Kampung Bakau adalah seperti berikut, iaitu meninggikan pintu kawalan air untuk mengelakkan kemasukan air banjir semasa air pasang besar dan juga hujan lebat berlaku, kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala juga dijalankan untuk membersihkan parit saliran daripada pada tumbuhan rumput dan sampah pada kalaan dua bulan sekali, mendalamkan parit saliran banjir untuk memudahkan aliran air ke dalam kolam Kampung Bakau serta menaik taraf sistem amaran banjir di Kampung Bakau merangkumi stesen siren amaran dan juga stesen hidrologi hujan dan aras air bagi tujuan memberikan amaran kepada amaran awal banjir kepada penduduk khususnya di Kampung Bakau. Projek ini dalam proses pengujian dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Februari tahun hadapan. Dan seterusnya memastikan rumah pam di Kampung Bakau berada di dalam keadaan yang optimum di mana rumah pam ini akan beroperasi sepenuhnya bagi mengurangkan banjir.

Seterusnya soalan Daripada Yang Berhormat Sena berkenaan dengan soalan mengenal pasti kawasan rekreasi yang berisiko mengalami gelinciran tanah. Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan tumpuan eko-pelancongan utama di negeri Perlis terletak di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis. Terdapat tiga kluster eko-pelancongan telah dibangunkan oleh jabatan ini iaitu Kompleks Eko-Pelancongan Sungai Batu Pahat khusus untuk riadah keluarga, Kompleks Eko-Pelancongan Gua Kelam khusus untuk pelaksanaan aktiviti lasak dan yang ketiga, Taman Negeri Perlis khusus untuk aktiviti pendidikan dan juga penyelidikan. Pengurusan kawasan-kawasan ini sedikit berbeza dari kawasan di tempat-tempat lain yang mana tapak eko-pelancongan diuruskan sendiri oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis. Walaupun setiap lokasi ini mempunyai kawasan perkhemahan, tetapi kemasukan pelawat adalah secara permohonan dan dibuat tapisan terlebih dahulu mengikut keadaan serta termasuk faktor cuaca. Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan, permohonan ini tidak akan diluluskan. Jabatan ini juga telah mengarahkan pihak NGO untuk mengenal pasti lokasi pendakian dan alur air sungai yang berpotensi membentuk mini empangan untuk dibuat semakan segera bermula pada 24 Disember tahun ini yang melibatkan kesemua kawasan eko-pelancongan di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis. Selain itu, terkesan kawasan rekreasi di bawah seliaan Majlis iaitu Sungai Batu Pahat, kawasan Taman Awam Bukit Lagi, Taman Bunga Kertas di Seriab dan Taman Lencongan Dua di Kangar. Berdasarkan laporan kajian pemetaan geologi pengenalpastian, semakan dan mengemaskini data-data cerun kritikal di Perlis yang dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), pada Mac 2021 hanya empat cerun yang didapati berisiko dan kesemuanya tidak terlibat dengan kawasan rekreasi selenggaraan MPK. Sekiranya perlu, pihak JMG ini akan diminta untuk membuat kajian lanjut bagi kawasan tersebut.

Soalan seterusnya daripada Yang Berhormat Sena berkenaan kawasan hutan simpan kekal. Cadangan untuk memperluaskan kawasan ekopelancongan negeri di dalam hutan simpan kekal merupakan satu cadangan yang baik. Untuk makluman, pentadbiran dan pengurusan kawasan hutan simpan kekal adalah tertakluk di bawah Akta Perhutanan Pemakaian 1987. Di bawah akta ini tiada siapa pun boleh menjalankan apa-apa aktiviti di dalam hutan simpan kekal melainkan ia adalah pemegang satu permit penggunaan sebagaimana di bawah Seksyen 32 kurungan satu. Dalam konteks ini, hutan simpan kekal dikelaskan kepada dua kategori iaitu hutan tertutup dan juga hutan terbuka. Bagi kawasan hutan terbuka seperti kawasan Taman Eko Rimba Bukit Ayer, Rimba Herba Perlis, Bukit Ayer Resort Gua Kelam, Viewpoint Wang Kelian, Arked Niaga Wang Kelian dan Taman Negeri Perlis, Kerajaan Negeri tiada halangan untuk aktiviti sektor pelancongan dijalankan dengan permit khas. Manakala bagi hutan tertutup, penguatkuasaan undang-undang untuk melakukan sebarang aktiviti perlulah dipatuhi. Jabatan Perhutanan juga telah menjalinkan kerjasama dengan pihak NGO seperti Perlis Climbers dan Kelab Mendaki dan Kembara Negeri Perlis untuk pelaksanaan aktiviti berkaitan eko-pelancongan seperti menjadi jurupandu untuk aktiviti pendakian di Wang Gunung, Bukit Pelarit dan juga Gunung Perlis, serta aktiviti penerokaan gua di Gua Kelam 2, Gua Kelam 3 dan Gua Wang Burma, serta aktiviti penyelidikan seperti ekspedisi saintifik kepelbagaian biologi hutan di Taman Negeri Perlis.

Seterusnya soalan juga daripada Yang Berhormat Sena berkenaan dengan pemerkasaan dan pembangunan wanita. Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan yang bermaksud dalam memperkasakan pembangunan golongan wanita. Untuk makluman Yang Berhormat, pemerkasaan golongan wanita di negeri Perlis ini diterajui oleh Jabatan Pembangunan Wanita atau ringkasnya JPW. JPW berfungsi sebagai agen pemerkasaan wanita untuk mencapai kesejahteraan wanita dan kesaksamaan gender melalui program pembangunan kapasiti, khidmat kaunseling dan nasihat sokongan psikososial serta mengarusperdanakan gender bagi kesejahteraan bersama. Untuk tujuan ini, JPW membangunkan modal 4K yang mengambilkira fungsi pemetaan kumpulan sasar serta dapatan dari kajian yang dijalankan berpandukan kepada empat domain iaitu keseimbangan, kewangan, kemahiran, kesaksamaan dan kepimpinan kendiri. JPW dan program secara online dan juga secara fizikal dan mana-mana wanita boleh melayari laman web JPW untuk mengetahui tentang program-program dan juga kursus yang dianjurkan oleh daripada JPW serta untuk penyertaan sebarang program. Pelbagai aktiviti dan program telah digariskan di bawah keempat-empat domain yang telah ditetapkan merangkumi aspek kewangan, kesejahteraan, kepimpinan, kesihatan dan ekonomi. JPW juga mengalu-alukan sebarang cadangan program pemerkasaan wanita. JPW akan digerakkan untuk melaksanakan program-program seperti yang dicadangkan dan penyertaan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat juga amat digalakkan.

Seterusnya berkenaan dengan soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Guar Sanji berkenaan dengan status operasi gerai kontena Kurung Tengar. Gerai Kontena Kurung Tengar sebenar telah pun ditawarkan kepada sebuah syarikat pengendali yang berpengalaman. Operasi gerai kontena tersebut telah tertangguh sebelum ini disebabkan berlaku beberapa kerosakan ataupun kebocoran dalam kejadian ribut yang melanda kawasan tersebut pada awal bulan Jun yang lalu. Kerja-kerja pembaikan telah dilaksanakan diikuti dengan kerja-kerja menaik taraf sistem bekalan dan tangki air, serta naik taraf longkang tanah kepada longkang konkrit di kawasan gerai tersebut bagi memastikan bekalan air tidak mengalami masalah seperti yang dialami di kawasan Kuala Perlis, dan bagi melancarkan aliran air larian yang akan terhasil daripada hujan lebat serta aktiviti perniagaan yang dijalankan kelak. Semua kerja-kerja ini telah siap sepenuhnya pada 8 November yang lalu. Pihak syarikat telah pun mengemukakan permohonan penyambungan bekalan air kepada pihak SAP dan juga bekalan elektrik kepada pihak TNB bagi tujuan memulakan operasi perniagaan. Penyambungan bekalan air telah pun dilaksanakan oleh pihak SAP, manakala permohonan penyambungan bekalan elektrik telah pun diluluskan oleh TNB pada 8 Disember baru-baru ni dan difahamkan pihak TNB akan melaksanakan penyambungan bekalan elektrik dalam masa yang terdekat, insya-Allah dan pihak syarikat akan memulakan operasi sebaik sahaja penyambungan bekalan elektrik selesai.

Itu saja jawapan daripada saya Tuan Speaker dan akhir kalam selagi… sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menerangkan pandangan serta cadangan penambahbaikan yang melibatkan kumpulan sasar yang berkenaan dan juga kepada ketua-ketua jabatan serta kakitangan Kerajaan yang membantu pihak kami dan kami amat menghargai segala cadangan, teguran dan juga pandangan serta kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan input yang diterima. Kerjasama dan sokongan yang ditunjukkan oleh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat diharapkan akan dapat memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya, insya-Allah. Kita umpama serumpun bak serai, seikat bak sirih, saling bekerjasama demi kemakmuran rakyat dan juga negeri Perlis insya-Allah. Sekian, wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima Kasih Mata Ayer. Dipersilakan Yang Berhormat Pauh.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh dan selamat pagi. Tuan Speaker, soalan perbahasan merujuk kepada Kuala Perlis, sungai utama yang melalui Kuala Perlis adalah Sungai Perlis. Jabatan Pengairan dan Saliran… Saliran sentiasa giat menyelenggara dan mengorek Sungai Perlis supaya aliran dapat mengalir dengan lancar terus hingga ke laut. Hasil pemantauan permasalahan denggi berkemungkinan berpunca dari faktor sampah yang berkumpul di dalam sistem saliran hingga tersumbat dan menyebabkan air bertakung dan menjadi sarang nyamuk Aedes. Sistem saliran di Kuala Perlis melibatkan seliaan pelbagai jabatan dan perkara ini akan diperhalusi sebaiknya bagi mengatasi masalah ini. Berdasarkan kepada maklumat Jabatan Kesihatan Negeri, sehingga Disember 2022,Perlis mencatatkan kes denggi sebanyak 146 kes iaitu peningkatan… sebanyak 126 kes berbanding bilangan kes denggi pada tahun 2021 sebanyak 17… sebanyak 20 kes. Sebanyak 17 wabak denggi turut dicatatkan sehingga tempoh yang sama untuk tahun 2022 iaitu peningkatan sebanyak 14 wabak denggi atau berbanding tahun 2021… hanya sebanyak 3 kes. 1 kes kematian turut dicatat pada tahun 2022. Bilangan kes denggi yang tinggi… yang tinggi direkodkan pada tahun 2022 mengikut mukim adalah seperti berikut. Mukim Kuala Perlis sebanyak 33 kes, Mukim Titi Tinggi 15 kes, Utan Aji 14 kes dan Sena 8 kes. Antara tindakan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri bagi menangani isu peningkatan kes dan wabak denggi di Kuala Perlis adalah seperti berikut. Pertama, aktiviti pemeriksaan dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes serta kawalan nyamuk Aedes dewasa dan jentik-jentik melalui semburan racun termal, dan aktiviti larviciding, aktiviti ini dijalankan oleh anggota kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis. Kedua, aktiviti promosi pencegahan demam denggi turut dilaksanakan oleh anggota kesihatan melalui hebahan awam banner dan bunting serta melalui media sosial. Ketiga dari segi… dari segi penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, sehingga 17 Disember 2022 sebanyak 29… 29 notis kompaun pembiakan nyamuk aedes dan 51 notis arahan pembersihan Seksyen 8 telah dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis bagi mukim… bagi mukim Kuala Perlis. Yang keempat ya isu berkaitan wabak di Kuala Perlis ini turut dibincangkan dalam Mesyuarat bersama pemimpin dan masyarakat setempat. Seterusnya yang kelima, aktiviti gotong-royong… Mega Perangi Penyakit Aedes 2.0 Negeri Perlis 2022 di pekan Kuala Perlis yang melibatkan pelbagai pihak dilaksanakan pada 18 Oktober 2022 bagi menghapuskan bekas-bekas pembiakan aedes dan memberi kesedaran masyarakat berkaitan pencegahan demam denggi. Semua pemimpin tempat… tempatan perlu sama-sama menggembleng tenaga untuk memerangi nyamuk aedes dan wabak denggi.

Merujuk kepada soalan Kayang… soalan perbahasan daripada Kayang, di dalam memastikan hebahan dan… dan penerangan mengenai program-program aktiviti terkini negeri sampai kepada rakyat, Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan-tindakan seperti berikut. Pertama menjalankan satu platform laman web Kerajaan Negeri Perlis, www.perlis.gov.my, yang mengandungi semua maklumat-maklumat terkini berkaitan Kerajaan Negeri seperti penganjuran program-program terkini, dasar kerajaan terkini maklumat bantuan rakyat dan lain-lain lagi, laman web ini boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat secara atas talian. Yang kedua, mempelbagaikan saluran media sosial bagi menyampaikan maklumat terkini hebahan promosi-promosi, program-program serta aktiviti terkini Kerajaan Negeri kepada rakyat kepada rakyat, sehingga kini Kerajaan Negeri aktif di dalam platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Tiktok dan Youtube. Yang ketiga, kerjasama yang erat di antara pengamal media dan Kerajaan Negeri di mana dalam setiap program-program dan aktiviti-aktiviti anjuran Kerajaan Negeri, pihak media akan turut dilibatkan bagi tujuan tersebut. Yang keempatnya, kerjasama yang erat dengan PerlisFM di mana hebahan secara berkala akan dilaksanakan untuk mempromosikan penganjuran apa-apa program dan aktiviti anjuran Kerajaan Negeri kepada rakyat. Seterusnya hebahan dan promosi secara turun padang turut dilaksanakan ke kampung-kampung atau kawasan tumpuan rakyat untuk memastikan ianya sampai kepada rakyat. Cadangan permohonan satu aplikasi komunikasi mobile adalah satu cadangan yang baik dan boleh dipertimbangkan pelaksanaannya.

Seterusnya, soalan perbahasan daripada Tambun Tulang, melihat kepada peningkatan kes autism… autisme di negeri Perlis, sudah tiba masanya golongan ini diberikan perhatian khusus pemulihan dan sokongan sosial kepada golongan ini memerlukan pendekatan holistik dari semua pihak seperti berikut. Jabatan Kesihatan bertindak untuk menjalankan saringan bagi pengesanan awal kes. Kes-kes yang telah dikesan akan dibuat rawatan susulan oleh pakar-pakar perubatan di klinik kesihatan dan juga hospital. Saringan bagi mengesan… penyakit ini dilakukan di semua klinik kesihatan kepada kanak-kanak berusia 18 bulan, 2 tahun dan 3 tahun semasa lawatan pemeriksaan rutin ke klinik kesihatan. Kanak-kanak yang disahkan… bermasalah ini akan melalui proses pemulihan dari rawatan yang… yang sepenuhnya yang di… yang memfokuskan kepada perkembangan, tingkah laku, komunikasi dan sosial. Ketika ini juga ibu bapa kepada semua kanak-kanak ini diberi penerangan mengenai kepentingan saringan dan kesedaran kepada penyakit berkenaan bagi meningkatkan kesedaran. Dicadangkan di kalangan masyarakat, Hari Autisme Sedunia disambut pada 2 April setiap tahun. Pada tahun 2022, satu forum telah diadakan di Hospital Tuanku Fauziah pada tahun… pada tahun-tahun sebelumnya. Seminar diadakan kepada anggota kesihatan, kepada anggota… kepada anggota kesihatan dan juga ibu bapa kanak-kanak tersebut. Terdapat juga perkongsian pengalaman oleh ibu dan bapa kanak-kanak tersebut. Yang seterusnya, badan… badan-badan kebajikan diperlukan untuk memberi sokongan kepada pesakit tersebut dan keluarga, mereka… mereka dengan kos yang tinggi penjagaan termasuk latihan dan pemulihan yang tinggi bagi golongan ini, menentukan perhatian khusus untuk memastikan kumpulan ini tidak terpinggir. Program NGO juga perlu diperkasakan bagi memberi sokongan moral dan bantuan teknikal pemulihan kepada golongan ini dan komuniti juga perlu diperkasakan, terutama kesedaran terhadap… penyakit ini untuk memastikan keseluruhan komuniti dapat memberi sokongan kepada golongan ini. Pendidikan dan promosi berkenaan penyakit ini perlu diperkasakan bukan sahaja oleh Jabatan Kesihatan tetapi NGO dan badan-badan kebajikan untuk memastikan masyarakat diberikan penerangan yang jelas berkaitan penyakit ini. Selain itu, MAIPs turut memberi perhatian kepada isu ini yang dilihat perlu diberi pendidikan yang sewajarnya. Sehubungan itu, MAIPs bersama Yayasan Tuanku Syed Putra telah bekerjasama dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui bahagian Genius… Genius Kurnia… bagi membantu melengkapkan penubuhan pusat Genius Kurnia, sebuah pusat pendidikan untuk golongan autisme di negeri Perlis. Sehubungan itu, satu keberangkatan lawatan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Muda Perlis telah dilaksanakan di Pusat berkenaan di Kuala Lumpur, KPM pada 9 Disember 2022 bersama Pihak MAIPS, Yayasan Tuanku Syed Putra, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Faizuddin Centre of Educational Excellence College, Universiti Islam Perlis. Seterusnya Tuan Speaker merujuk kepada soalan daripada Sena…

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Tuan Speaker, mohon pencelahan…

Speaker

Ya.

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

YB Tuan Speaker, soalan saya pada Yang Berhormat Pauh, saya faham berkenaan dengan rawatan-rawatan, kaedah rawatan-rawatan yang mana ada di hospital dan sebagainya kerana saya melalui proses-proses itu sama dengan anak saya. Cuma ada satu perkara yang saya nak tanya di sini… untuk satu proses daripada krisis rawatan dan sebagainya, ada satu masalah kelewatan ataupun lama tempoh menunggu. Sebagai contoh daripada satu proses kepada satu proses ada yang memakan masa berbulan-bulan. Jadi saya nak tanya pada pihak Kerajaan, apakah ada solusi untuk tempoh menunggu ni dari satu pemeriksaan kepada satu pemeriksaan dengan seterusnya ini… adakah ada solusi untuk dikurangkan tempoh menunggu pesakit ataupun kanak-kanak ini? Tu yang pertama. Yang kedua, boleh tak saya dapatkan berapa ramaikah pakar dan petugas kesihatan di Hospital Kangar terutamanya dan juga di klinik-klinik untuk perihal autism ini semata-mata? Terima kasih.

Terima kasih Tambun Tulang. Sebenarnya, saya baru-baru ini termasuklah anak YB sendiri… Tambun Tulang… saya ada satu lawatan ke satu Pusat di Pauh… ANIP tak silap saya, shortform to Anak... ya. Apabila saya melawat di tempat tersebut, soalan yang sama telah dikemukakan kepada saya. Insya-Allah kita akan beri perhatian serius terhadap apa yang ditimbulkan dan sebenarnya ada lagi perkara-perkara yang telah kita ni dan kita akan ambil tindakan sewajarnya selepas ni. Terima kasih. Merujuk kepada soalan perbahasan daripada Sena…

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Soalan yang kedua tadi… YB Tuan Speaker, soalan yang kedua tadi dan soalan tambahan tadi dalam… dalam pencelahan tadi saya nak tanya berapa ramaikah pakar dan petugas kesihatan di Hospital Kangar untuk perihal ini… untuk autism?

Saya… selepas saya berjumpa dengan di Pauh itu, kan... antara soalan yang saya sebut tadi kan... dan dicadangkan… dan dicadangkan satu pertemuan diadakan atas isu yang sama iaitu kaedah rawatan dan jugak pakar-pakar perubatan yang agak… agak apa... bukanlah kurang tapi kita akan ada dan saya telah masukkan dalam fokus Perkhidmatan Pendidikan dalam 2023. Insya-Allah, maklumat-maklumat akan dimasukkan dalam ni. Okay, terima kasih. Saya nak merujuk kepada soalan tambahan daripada Sena… soalan perbahasan… Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperuntukkan peruntukan bagi agensi-agensi JPW, LPPKN dan JKM di bawah kementerian ini untuk menggalakkan aktiviti berpersatuan, NGO. NGO dan persatuan ini wajib berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk mendapatkan bantuan kewangan melalui Program Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP) bagi kegiatan dan aktiviti berpersatuan. JPW berperanan dalam pemerkasaan dan pembangunan kapasiti wanita melalui Program 4K yang merangkumi aspek kemahiran, kewangan, keseimbangan serta kesaksamaan dan kepimpinan kendiri. Persatuan atau NGO yang berminat bagi tujuan ini boleh mengemukakan kertas kerja program secara atas talian untuk dipertimbangkan selanjutnya oleh pihak kementerian atau agensi. Terima kasih di atas soalan perbahasan.

Tuan Speaker, saya ingin menambah beberapa perkara sebab saya rasa Tuan Speaker pun lebih fokus kepada saya, tak bercakap. Jadi hari ini saya ambil kesempatan ini, ada saya nak sedikit ucapan daripada saya. Pertama, saya… pertama sekali, saya ingin merakamkan tahniah kepada Tuan Speaker yang telah dilantik sebagai Speaker dan saya tertarik dengan kaedah pemakaian samping Tuan Speaker. Kaedah dia, saya tertarik… terima kasih kan. Dan juga saya ingin merakamkan tahniah kepada sahabat saya, YB Sanglang yang telah ditambah ‘A’ sebagai Menteri Besar Perlis… YAB . Jadi tidak dia tak dak ‘A’ tu, jadi letak ‘A’. Memang patut dapat ‘A’. Dan saya berterima kasih dan saya menyokong penuh di atas ucapan Teks Bajet Kerajaan Negeri yang disampaikan oleh YAB dan saya menyokong iaitu berprinsipkan “Merangka Perubahan, Menjana Kestabilan, Mendepani Cabaran”. Tahniah dan juga saya mengambil kesempatan ini juga merakamkan kepada sahabat-sahabat saya barisan kepimpinan, YB-YB yang ada sini di atas kemenangan yang bergaya tempoh hari dan jugak tahniah juga kepada semua sahabat-sahabat saya yang di belakang ni yang saya percaya semua yang menyokong PN tapi dalam hati dia tak bagitau. Tapi saya… yang barisan yang hadapan ni adalah semua… adalah penyokong PN. Saya rasa semua PN kot. Ada BN angkat tangan? Tak dak na. Tak dak BN… betui YAB, semua PN... oh sorang (merujuk kepada Yang Berhormat Indera Kayangan). Sorang pun dia akan masuklah seperti…

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Elaun kena bagi banyak sikit kepada penjawat awam la macam ni.

Ha, okay. Terima kasih. Seorang pun lepas ni dia akan masuk lah kan. Kita consider dia masuk saya cakap tadi. Okay tahniah juga saya ucapkan kepada Setiausaha Dewan dan team. Saya tengok preparation, dengan izin Tuan Speaker, cukup baik pelancaran dia mesyuarat kita pada hari ni. Saya...

yang saya sebut ni bukan apa, sebab dia bagi kacang. Tadi dia dah bagi YAB Kuala Perlis saja dok makan kacang, jadi dia tak bagi kat YB Pauh. Ni letak kat YB Pauh, saya sentuh sikit lah...

Speaker

Jangan dok pergi banyak sangat.

Setiausaha ni banyak orang tak leh puji. Saya nak sentuh sikit kat Setiausaha… apa nama… Dewan pon tak boleh na?

Speaker

Ramai orang cemburu lah eh...

Akhir sekali, tuan-tuan dan puan-puan, saya ingin sikit sentuh berkaitan dengan… apa… saya di bawah EXCO Kesihatan tadi saya tengok bila perbahasan semalam ni, saya tengok di sebelah sana, saya tengok YB… apa… Kuala Perlis dengan ni saja orang lamanya, yang lain semua orang muda. Bila muda, hanya disebut tentang semua program, apa cadangan semua anak muda. Jadi, saya yang di sebelah sini yang lama ni YAB, bagi Kesihatan, jadi tak dak soalan tentang kesihatan-kesihatan ni. Jadi, saya nak sentuh sikit hal kesihatan dan bajet yang diberi kepada kesihatan ni sangat tinggi. Jadi, saya sentuh sikit saja tentang fokus Perkhidmatan Kesihatan 2023. Sebelum tu, saya ingin merakamkan terima kasih kepada Kerajaan terdahulu yang telah menyediakan prasarana yang cantik yang boleh digunakan untuk kita pada 2023. Antaranya ialah Klinik Kesihatan Pauh dan juga Klinik Kesihatan di Padang Besar… ada lagi la banyak… tapi antara dia yang akan insya-Allah… yang akan kita menikmati pada awal tahun 2023. Mungkin penyerahan atau pelaksanaannya pada bulan Mac 2023. Terima kasih kepada Kerajaan terdahulu. Dan antara fokus perkhidmatan kesihatan pada tahun ini, tahun 2023 adalah Program Transformasi Perlis, yang keduanya Objective Based Management, dengan izin, yang ketiganya kesiapsiagaan jabatan menghadapi sebarang kemungkinan bencana dan bencana kesihatan termasuk climate change. Yang keempat pengurusan dan fokus telus dan berintegriti. Yang kelimanya, perubahan sikap, pembudayaan kerja sebagai ibadah dan amanah. Yang keenamnya, pembangunan pelan perancangan perkhidmatan kesihatan Perlis. Yang ketujuhnya rebranding iaitu pengurusan dan program kawalan termasuklah pengurangan penyakit berjangkit, peningkatan saringan warga emas, primary care access, perkhidmatan pakar diteliti di kawalan pintu masuk dan perkhidmatan berse… bersepadu. Yang ke… tu antaranya. Yang kelapannya, perkhidmatan mesra komuniti. Yang kesembilan, pengguna data kesihatan berintegriti. Sepuluh, perkhidmatan mesra pelanggan termasuklah masa menunggu hospital klinik, lawatan-lawatan ke rumah iaitu meliputi Program Save and Technology, Everygated Services.Yang kesebelas, penyelesaian masalah parking dan ruang hospital. Yang kedua belas, perancangan permohonan kesihatan Perlis sumber. Yang ketiga belas, sumber yang mencukupi, kompeten dan teknologi yang terkini. Yang keempat belas, teknologi digital. Yang kelima belas, Pusat Ketarak Perlis yang akan dibuat di Padang Besar. Yang keenam belas, Program SEHAP dan Sihat Perlis. Tujuh belas, NCD Strategic Planning Perlis. Lapan belas permohonan perkhidmatan hospital serta status negeri dan sub kepakaran dan yang terakhi,r Perlis Sihat Milikku. Terima kasih kepada Ketua Pengarah Kesihatan yang telah memberi taklimat dan saya sangat tertarik dengan perancangan dan hala tuju yang akan dibuat pada tahun 2023. Sekian saja daripada saya. Terima kasih kepada semua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Pauh.

Yang Berhormat Tuan Speaker, mohon mencelah. So, pada hari semalam saya ada bangkitkan soal alam sekitar. Yang

Berhormat Pauh mungkin terlepas pandang berkaitan perkara tersebut. Makna kita menyatakan di sana adalah untuk kita melihat sejauh mana kita meningkatkan kesedaran berkaitan dengan pendidikan ke arah melestarikan alam sekitar kita ini. Kesedaran itu dibuat di segenap sudut kerana kita melihat bahawa warga kita khususnya orang-orang kita ini tidak mengambil berat soal untuk menjaga alam sekitar. Maka kita nak pastikan setiap agensi yang berperanan memainkan peranan yang baik untuk kita memastikan alam sekitar kita ni dijaga dengan baik seterusnya yang lebih penting bagaimana kita nak meningkatkan kesedaran di kalangan warga masyarakat kita ke arah memastikan negeri kita ini bukan sekadar indah permai dari sudut alam semulajadinya, bahkan masing-masing mewujudkan satu kesedaran untuk meningkatkan kesedaran berkaitan dengan soal kebersihan dan seumpama dengannya. Jadi, saya harap mengambil perhatian di peringkat Yang Berhormat untuk memastikan perkara ini dilihat sebagai satu perkara yang penting untuk kita. Insya-Allah.

Mohon laluan Yang Dipertua. Berkaitan dengan persoalan YB Kayang itu, saya akan membantu untuk memberikan jawapan masa sesi pergulungan nanti, insya-Allah.

Speaker

Terima kasih Pauh… dan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya akan cuba untuk menyelesaikan usul pergulungan daripada pihak Kerajaan ni, sesi pagi ni, insya-Allah. Jadi saya harap kalau ada benda-benda yang boleh dipendekkan, dipendekkanlah. Insya-Allah. Saya jemput Titi Tinggi.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Bismilahirahmanirrahim. Assalamualaikum, Selamat pagi. Salam Perpaduan. Salam Perlis Baharu. Yang dihormati YB Speaker, YAB MB... tadi Pauh kata ‘A’, kita tambah ‘A’, YAB. Saya pun panggilan sekarang ni memang YAB lah saya dengan dia. YB Setiausaha Negeri kita… SS Datuk Seri, Pegawai Kewangan kita, Ahli-ahli Mesyuarat YB sekalian, pengarah dan tuan, puan sekalian. Terima kasih lah kepada YB-YB di depan saya ni, kelmarin bergegar-gegar soalan-soalan dan panduan dan aduan. Untuk soalan tambahan daripada Guar Sanji berkenaan pengeluaran infrastruktur di kampung yang masih tidak mencukupi. Kerajaan Negeri melalui Belanjawan Tahunan setiap tahun memperuntukkan perbelanjaan pembangunan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri tiap-tiap DUN lah untuk memastikan dasar-dasar Kerajaan dapat dilaksanakan dan direalisasikan selaras dengan dasar strategik pelaksanaan DSP 6.2 di Rancangan Struktur Negeri RSN 2030 yang memberi fokus kepada pembangunan Pusat Pertumbuhan Desa sebagai Pusat Aktiviti Sosial dan Ekonomi. Ini semua untuk mengukuhkan pembangunan modal insan di kawasan desa serta DSP 7.1 bagi menyediakan kemudahan masyarakat mengikut hierarki penempatan, taburan dan keperluan penduduk. Melalui Bahagian Pentadbiran Daerah jugak, melaksanakan permohonan projek-projek berskala kecil dan seperti ad-hock segera lah di setiap DUN berdasarkan aduan. Aduan daripada YB-YB ataupun daripada JPKK di kampung tersebut lah. Pihak-pihak Kerajaan Negeri jugak mengalu-alukan cadangan melalui YB-YB jika ada cadangan ataupun pembangunan yang perlu dilakukan. Untuk pelaksanaan pembangunan Projek Infrastruktur Awam Desa, dia dibangunkan berdasarkan kepada kriteria pertimbangan tertentu. Kita tengok jugak bab satu tanah, projek-projek senggaraan, yang penting sekali peruntukan kita tu… peruntukan sedia ada lah. Pastu lagi satu, kajian kemungkinan dan kelestarian kemudahan awam tersebut. Semua ni penting untuk memastikan kemudahan awam ni… dibetul dan dipenuhi dan dinikmati oleh penduduk kampung untuk tempoh masa panjang. Sebagai maklumat tambahan, Kerajaan Negeri harus fokus Belanjawan Negeri 2023 akan melaksanakan projek bina baru Dewan Orang Ramai Kubang Arang, Bintong dengan kos projek dianggarkan sebanyak RM172,000.00. Semoga usaha kita semua dapat maklum balas dan maklum balas daripada YB-YB sekalian dapat dijadikan panduan untuk jabatan, agensi Kerajaan merancang dan melaksanakan projek kemudahan infrastruktur awam dan desa ini berpandukan kepada kehendak dan keperluan rakyat setempat. Ini soalan tambahan daripada Guar Sanji. Untuk soalan yang kelmarin tu, YB-YB banyak tu kot… Perlis ni saja lima untuk saya jawab… Kuala Perlis. Yang pertama, kaedah-kaedah untuk Kuala Perlis lah, sebagai pintu masuk antarabangsa. Saya pun YB Speaker ni kira saya cakap dia suruh ringkaskan seboleh yang boleh, saya pun akan ringkaskan sebolehnya. Untuk aktiviti keluar masuk ni lah, bot, perdagangan di Jeti Kuala Perlis, kita pi buat kajian untuk bukak sempadan ni lah sebagai pintu masuk antarabangsa. Banyak-banyak perkara kita dengaq contohnya sosial dan ekonomi terhadap penduduk, keperluan utitiliti serta impak kewangan terhadap negeri kita sendiri dan jugak Kerajaan Persekutuan, depa sangkut jugak dengan Kerajaan Persekutuan. Pastu kita perlu tengok kaedah dan laluan bagi pembukaan ni lah… sempadan ni dia ada kesan positif dan negatif kepada Kerajaan Negeri sendiri. Pastu kita kenali ekosistem untuk kita bukak pintu sempadan ni, untuk menyokong lah keadaan sempadan ni sesuai atau tidak. Sokongan, sistem pengangkutan, modal insan, pelaburan, struktur tadbir urus dan… sektor swasta untuk memacu pertumbuhan. Banyak aspek yang perlu kita tengok lah.

Yang kedua daripada Kuala Perlis jugak, perkhidmatan dan prasarana awam di kawasan terutamanya feri tidak berfungsi dengan baik, terutamanya tandas lah. Untuk makluman YB Kuala Perlis, naik taraf ni telah dilakukan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis di Kompleks Kemudahan Pelancongan Kuala Perlis. Berkenaan perubahan ni masih giat dijalankan bagi memastikan prasarana awam terminal feri berfungsi dengan baik untuk kegunaan pelancong dan awam lah. Semuanya tengah dinaik taraf dan dijangka siap pada bulan April 2003. Untuk makluman YB juga, bangunan lain turut mengambil insiatif yang membiayakan tanah awam sementaralah di bangunan kedai pejabat 3 tingkat milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis yang terletak bersebelahan dengan kompleks… kompleks kemudahan pelancongan Kuala Perlis untuk kegunaan pelancong dan awamlah, selain yang ada di feri-feri tu lah di… di terminal feri lah. Untuk bawah Jabatan Laut Malaysia juga secara keseluruhan terdapat 44 unit tandas. Lelaki 19 unit, perempuan 24 unit dan OKU 1 unit di Terminal lah Kuala Perlis. Untuk Terminal Kuala Perlis Jabatan Laut juga telah menempatkan rela lah bagi dia untuk time cuti-cuti sekolah ni nak elak sesak dan keselamatan penumpang di situlah yang terminal.

Tuan Abu Bakar bin HamzahBERSATU · PNKuala Perlis

Yang Berhormat Speaker saya minta laluan. Bagi perkhidmatan RELA tu saya akui memang ada tapi yang menjadi sesaknya bukan di situ, di luar di kawasan lalu lintas. Maknanya kita kena tempatkan penguatkuasaan bandaran ataupun PDRM trafik untuk kawal kenderaan keluar masuk. Terima kasih.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Bab laluan trafik lalu lintas tu memang saya pun ada turun baru-baru ni… turun sendiri. Ada juga cadangan-cadangan di situ. Pasal jalan tu saya pun tak… tak ketengah lagi perkara ni kepada agensi-agensi lah. Dia betoi patutnya benda tu kena satu jalan one-way pasal daripada Koma Laut tu daripada feri ni dia berlaga tengah-tengah tu, jalan tu dia kona nak pergi masjid apa… masjid terapung dia berlaga di tengah-tengah tu. Hok tu pun saya sendiri turun padang, memang dia cadang dengan saya tengok sendiri, memang berlaga di situ memang jem. Kalau bas mai 10 biji tu Kuala Perlis memang tak lepas. Yang daripada sana pun mai, dengan penumpang nak turun apa… saya tengok tu kalau boleh lalu lintas tu kalau boleh kita susun atur balik, ada one-way ja, ada keluar masuk… keluar masuk kot situ, keluar kot lain. Hok ni masuk situ keluar kot situ dia berlaga lah. Ada juga rancangan tu. Okay boleh saya sambung. Perbandaran Kangar juga ada memaklumkan terdapat 2 tandas yang boleh guna lah… orang-orang awam dekat feri tu lah. Tak apa lah di terminal tu sendiri pun ada juga tandasnya. Jabatan Laut pun dia sediakan juga dekat pelancongan Kuala

Perlis berhadapan terminal feri yang disedia oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis. Terdapat juga tandas lain di… dekat situ lah, Kompleks Makanan Laut Koma Laut. Selain perbadanan ada juga tandas seliaan MPK di medan selera laman Brasmana ada 6 ruang tandas, tandas di stesen bas ekspres Kuala Perlis ada 10 ruang tandas, di tandas gerai MPK jalan slot 8 ruang tandas. Untuk makluman YB juga, tandas di stesen bus ekspres Kuala Perlis sebelum ni mengalami masalah bekalan air, tetapi sebahagian besarnya telah dapat di atasi, manakala tandas di gerai MPK jalan slot pula sedang dinaik taraf dan akan operasi semula. Untuk lalu lintas yang tadi lah yang YB cakap tu, macam saya cakap lah, lalu lintas tu memang dari segi… saya tengok tu dari segi laluannya lah… laluan dia berlaga keluar masuk tu lah. Kerajaan ini akan meneliti lah isu itu secara terperinci dan akan minta pihak JKR untuk cuba cadang lah untuk selesaikan perkara ni, insya-Allah.

Untuk soalan ketiga juga dari Kuala Perlis juga bab perkhidmatan feri yang tak dapat beroperasi secara sepenuhnya, pintu masuk yang sempit menyebabkan kesesakan tempat menunggu. Untuk makluman Yang Berhormat, kerja-kerja pengerakan yang sedang dijalankan bagi mematuhi mendapan selut di alor pelayaran dan basin jeti penumpang Perlis bagi kelancaran dia, pasal dia… orang kata apa… tak tinggi… tak ni… pakat dok tambun lain tu lah. Buat masa ni, feri hanya sempat beroperasi pada air pasang 1.6 meter ke atas bagi mengelakkan feri terkandas atau perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Bagi pintu masuk yang sempit, pihak Ferryline telah memperkenalkan Peraturan baru pada 1 Ogos 2022, di mana penumpang perlu bagi MyKad atau pasport sebelum memasuki ruang terminal untuk berlepaslah, untuk bagi mengekang penjualan tiket yang tidak sah serta kesesakan penumpang di dalam kawasan jeti, teru… terutamanya ketika puncak. Ha… ni ulat-ulat tiket lah, depa buat kawal selia di pintu, YB. Untuk makluman YB, ruangan menunggu di dalam terminal boleh memuatkan 500 orang dalam satu masa. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri mengambil maklum akan aduan berhubung ruangan menunggu yang terhad dan akan melakukan perbincangan lanjut dengan pihak Jabatan Laut untuk kita selesaikan perkara ni lah.

Ok, soalan keempat daripada Kuala juga, kemudahan awam di stesen Kuala Perlis yang kurang memuaskan lah kepada pengunjung. Untuk makluman semua lah, sidang Dewan, yang… antara kemudahan yang telah diadakan di kawasan stesen bas ekspres Kuala Perlis adalah tandas, surau, kaunter tiket, tempat menunggu dan pencahayaan kawasan. Masih terdapat beberapa aduan lah yang diterima berhubung kepada awam yang kurang memuaskan, masalah ayaq, tandas awam, kebersihan semuanya dan melalui Majlis Perbandaran Kangar yang amat prihatin dengan aduan tersebut dan akan berusaha menambah baik kawasan tersebut bagi memastikan keselesaan pengguna di stesen tersebut lah. Pihak MPK juga telah melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan kawasan dan penyelenggaraan landskap yang dilaksanakan secara berkala di kawasan tersebut bagi memastikan kebersihan dan keceriaan di dalam keadaan yang memuaskan. MPK pun dia akan pantaulah tahap-tahap keadaan semua lah, memastikan keselesaan semua. Pihak ADUN juga, kita mintaklah pihak YB Kuala… Kuala Perlis, kalau boleh cuba lah perhati tengok tempat-tempat tu, bagi laporan macam mana dekat MPK terus.

Tuan Abu Bakar bin HamzahBERSATU · PNKuala Perlis

Yang Berhormat Speaker, saya minta laluan sekali lagi. Saya bersetuju dengan perlantikan kontraktor untuk kawal selia di kawasan-kawasan tertentu. Tapi apa yang merunsingkan kita adalah selain daripada stesen bas, ada hotel ada masjid persekitaran tu… kita nak tengok selain daripada tempat yang kontraktor lantik… dilantik oleh agensi, lantik kontraktor jaga kebersihan, jaga kawasan bagi… tetapi persekitaran tu A ke B tu contohnya daripada Koma Laut ke stesen bas, cuba tuan-tuan lihat dan lalu, banyak sangat sampah. Takkan dia jaga… dia jaga hutan, takkan jaga di kawasan tu saja persekitaran kiri kanan tu… sepatutnya sampah-sampah, pokok-pokok yang tak… tak boleh guna pakai kita buang dan semua agensi… saya tak fokuskan kepada Majlis Perbandaran, mana ada situ mana-mana agensi yang terlibat di kawasan tu perlu cuci, buang daripada persekitaran jalan sampai ke Kurong Tengar. MADA sendiri… tuan-tuan tengok di tepi MADA, saya rasa kalau bela rimau pun boleh di situ banyak sangat hutan. Dulu ada kes orang mati kena bunuh tauk di tepi tu. Mati tak tahu dua hari, tiga hari baru Nampak. Maknanya hutan terlalu tebal. Itu pandangan saya supaya pihak-pihak tertentu tolong pastikan semua kawasan-kawasan tu dibersihkan daripada hutan. Sekian, terima kasih.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Terima kasih Kuala Perlis. Saya pun ada juga bangkitkan hal-hal ni, bab-bab tepi rumput apa semua tu. Daripada segi maklumat daripada agensi terbabit, dia ada juga laluan daripada Wilayah Persekutuan, daripada state dia ada MPK macam YB Tambun Tulang kan ada bangkitkan kelmarin tu bertindih kadang-kadang. Kadang-kadang kita tanya, kawasan ni di sini jaga, hat sini jaga, Tambun Tulang tanya, kita nak selaraskan balik. Ada juga saya tanya, bukan YB Kuala pun tanya. Kuala Perlis bagus juga, tempat saya tu semacam juga. Saya tanya kadang-kadang ada jalan tu kalau tanya bukan persekutuan, ni state… kita tanya bab nu persekutuan, state buat siap dah sampai sekerat… oh, bukan kita punya, kawan ni buat. Hak tu kita nak kena selaras tu. Kalau bila… kalau kita nak mudah, kalau kita dengar cakap dulu-dulu tu kita tak mau salah mana-mana pihak lah, pasai kita duduk sini kita kena tanggungjawab lah.

Untuk soalan kelima daripada Kuala Perlis juga, projek pembinaan parking bertingkat kenderaan di Kuala Perlis perlu dipercepatkan. Projek ni adalah melalui Pembangunan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis telah memohon peruntukan daripada Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri EPU JPM di bawah Rolling Plan 1 hingga Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia Ke-2 bagi tujuan projek pembinaan parking bertingkat di Kuala Perlis. Namun begitu, permohonan tidak diluluskan. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis akan memohon semula peruntukan di bawah Rolling 4, Rancangan Malaysia Ke-12 yang akan dikemukakan pada akhir Disember 2022. Ha… last tahun ini… bulan ni, dia tak lulus. Di samping itu juga, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis dalam usaha untuk mendapatkan pelaburan swasta, namun sehingga kini tiada pelabur yang komited untuk bangunkan projek ini berdasarkan kepada faktor pulangan ke atas modal dijangka memakan masa lebih dari 15 tahun. Pelabur-pelabur ni tengok, dia untung tu lama sangat, nak keluar pun banyak. Kot Kuala Perlis ka boleh bawak keluar modal?

Tuan Abu Bakar bin HamzahBERSATU · PNKuala Perlis

Boleh…

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Boleh na. Bangunan bercampur mematuhi premis komersial baru bagi memastikan projek parking bertingkat ini berdaya saing. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis juga akan terus berusaha untuk mendapatkan pelabur bagi menjaya projek parking bertingkat di Kuala Perlis ni dan membuat agar semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk sama-sama membantu mencari prospek pelabur bagi memanjangkan projek ini dan keselesaan rakyat dan pelancong. Ha… baru cakap YB-YB… bukan YB Kuala ja, Tambun Tulang ka, Beseri ka, orang belia… dia orang muda boleh panjat naik-naik atas tu cari duit noh, pakat-pakat tolonglah, jangan YB-YB EXCO ja na. Awat ada nak kata apa?

Boleh… boleh… boleh tak ada masalah, insya-Allah.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Insya-Allah, oh kira luluih la tu, dah kata boleh, baru nak cari habaq kat dia. Ada soalan satu Kayang… daripada Kayang, YB Asrul, dari Kayang na… masalah perpaipan utama yang tersumbat di sekitar kawasan Kampung Almarhum Kayang yang memberi kesulitan kepada penduduk setempat, mohon tindakannya. Memang takdak ayaq ka macam mana… Kayang? Ada lah? Ada? Cuma slow?

Ya… slow dan ada kalanya tidak ada, tidak ada terus.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Terus?

Ya, terputus. Dia tangki hitam yang disebut pagi tadi memang ada kawasan tersebut tapi sudah lama lah benda tu. Perlu diatasi Yang Berhormat Dato` Speaker untuk kita selesaikan masalah tersebut.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Keadaan Negeri mengambil maklum akan aduan tersebut namun berdasarkan semakan perpaipan utama di kawasan Almar… kawasan Almarhum Kayang tidak mempunyai sebarang masalah. Tekanan air di kawasan tersebut juga adalah memuaskan. Buat masa sekarang pihak SAP telah melaksanakan servis ke atas failure-failure untuk memastikan tiada paip yang tersumbat daripada paip utama kepada paip komunikasi. Dia kata tak ada apa masalah kot, insya-Allah kot YB Kayang.

Untuk soalan Guar Sanji, cadangan untuk mewujudkan fasiliti asas utama dan Pusat Komuniti di setiap DUN. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perlis, terdapat sebanyak 130 balai raya Pusat Komuniti seluruh negeri Perlis yang boleh digunakan untuk aktiviti masyarakat setempat. Bahagian Pentadbiran Daerah (BPD) bersedia untuk menunjukkan fasiliti asas Pusat Komuniti di setiap DUN dan pembinaan Pusat Komuniti yang baru mesti mengambil kira satu usaha milik tanah dengan mengguna pakai peruntukan yang diluluskan. Untuk soalan daripada Indera Kayangan, khas untuk hasil daripada projek TVC. TVC ni sehingga tahun 2021 sebanyak RM36 juta… RM36.26 juta. Purata sebulan dalam RM480 ribu diterima oleh SAP lah, tapi untuk bayar kos-kos pengurusan ni dianggarkan RM460 ribu setiap bulan, dia ada terima… dia ada keluar tapi keuntungan tu dia margine dia ada naik ada turun lah keluar daripada kos. Yang kedua pula, daripada Indera Kayangan juga apakah perancangan Kerajaan Negeri membaiki sistem pengangkutan awam. Untuk makluman Yang Berhormat, perkhidmatan komuter, ETS, bas, feri, teksi, e-hailing dan perkhidmatan oleh syarikat travel agent adalah antara perkhidmatan pengangkutan awam yang terdapat di negeri Perlis. Buat masa ni perkhidmatan ni berada dalam tahap okay lah untuk logistik khususnya untuk pelancong. Kerajaan ni juga melaksanakan projek yang terbaru lah, Kangar Sentral, untuk pengangkutan awam ni dengan kos berjumlah RM30… RM32 juta untuk menggantikan Terminal Bukit Lagi yang sesak, yang telah uzur lah… lama dah… untuk memberi keselesaan lagi lah kepada pelancong yang masuk ke negeri Perlis. Manakala MyBas yang telah beroperasi pada 1 Ogos 2015 dilihat tidak digunakan sepenuhnya berikutan jumlah penumpang yang sangat rendah. Bas tu memang selalu kosong lah. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha menambah baik perkhidmatan Mybas dengan mengambil inisiatif membina hub bas di Arau dan Padang Besar Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) juga akan menyemak semula laluan MyBas dengan menambah baik laluan dengan menumpukan kawasan-kawasan pelancongan yang terdapat di negeri Perlis pada Ogos 2023 sempena memperbaharui kontrak baharu MyBas, tahun depanlah kontrak. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha membaiki sistem pengangkutan yang lebih sistematik dan dapat menampung keperluan pelancong yang masuk ke negeri Perlis.

Untuk daripada soalan daripada Beseri, kos keselamatan di Wang Kelian lah cadangan kerja-kerja menaik taraf pos kawalan Kompleks ICQS Wang Kelian telah dimasukkan dalam permohonan projek di bawah Rolling Plan Ke-3 Rancangan Malaysia Ke-12 dan merupakan senarai keutamaan negeri. YAB Menteri Besar sendiri telah memaklumkan permohonan untuk membina baru Kompleks ICQS Wang Kelian… dah mohon dah, kita nak buat lain. Soalan daripada Sena… Sena ada dua soalan. Kawasan Sena strategik… bandar… perlu diberi perhatian dan kemudahan awam. Untuk makluman Yang Berhormat, secara keseluruhannya semua kawasan negeri Perlis termasuk kawasan DUN Sena sendiri mendapat perhatian lah dalam untuk kegunaan kemudahan awam ni. Pembangunan dilaksanakan di Perlis juga dirancang supaya selaras dengan Rancangan Struktur Negeri 2030 dan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar 2035 serta Pelan Pembangunan yang telah ditetapkan… syarat-syarat yang ditetapkan lah. Penyediaan kemudahan-kemudahan awam sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan seluruh masyarakat di negeri Perlis dapat menikmati faedah ke atas pembangunan yang dilaksanakan. YB Speaker, minum ayaq sat… suara tak dak, dok pelan tak dak dah ni. Dari aspek jaminan jalan raya pula, pun senang dihubungkan melalui jalan persekutuan, jalan negeri, jalan bandaran dan juga jalan kampung. Kesemua agensi penyelia jalan… jalan-jalan ini komited dalam menyelenggarakan jalan di bawah seliaan jabatan bagi memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat setempat. Sekiranya YB ada cadangan dan aduan mengenai kenderaan bolehlah dipanjangkan ke jabatan yang terlibatlah.

Jadi, soalan daripada Sena lagi, projek tebus guna di kawasan Kangar. Untuk pengetahuan YB, Majlis Tempatan daripada Kangar, RTMPKPS 2001 telah diwartakan pada 31 Mac 2002, untuk kawasan pesisir pantai Perlis lah melibat tiga zon perancangan iaitu Zon 1, tidak sesuai untuk kerja-kerja tebus guna tanah. Kedua berpotensi untuk tebus guna tanah dengan syarat-syarat. Yang ketiga berpotensi untuk tebus guna tanah dengan syarat-syarat, dia ada tiga syarat. Di kawasan sepanjang persisiran pantai Perlis telah dijalankan pembangunan khusus berdasarkan RTMPKPS 2035, iaitu cadangan pembinaan jalan baharu, merangkumi cadangan jalan baru 20 meter, yang menghubungkan jalan negeri R152 Jalan Persisir Pantai Kuala Perlis dan Jalan Persekutuan 80, dalam Pauh Tiga Beradik, Sanglang, anggaran panjang 2.1km. Cadangan lain… cadangan yang baru 20km, yang menghubungkan Jalan Negeri R152, Jalan Pesisir Pantai Kuala Perlis, anggaran 0.91km. Yang kedua, cadangan Koridor Bersepadu Maritim Sanglang merangkumi komponen pembangunan seperti berikut. Satu, cadangan pembangunan komersial bercampur, taman tema keluarga, hotel, marine esplanade, dia ada empat cadangan depa lah… taman industri kecil dan sederhana IKS maritim, cadangan kawasan perindustrian maritim Sanglang (logistik), zon perumahan mampu milik, pembangunan semula Kampung Sanglang (Sanglang Integrated Feeder Port). Yang ketiga cadangan kes anti pesisir pantai yang merangkumi kiosk hentian Kurong Tengar, kiosk Kuala Sungai Baru, tiga kiosk Sanglang. Setiap kiosk pesisir pantai mempunyai konsep yang berbeza antara satu sama lain untuk mempelbagai lah jenis-jenis kiosk… untuk beri tarikan pada pengunjung. Untuk makluman, satu projek kiosk persisiran pantai iaitu laman Kurong Tengar telah pun dibina oleh MPK melalui peruntukan Kerajaan ini dan akan berlaku lagi pada bulan Januari 2023. Manakala cadangan foodstreet di Jalan persisir pantai bahawa memerlukan kajian yang lebih… lebih teliti mengambil kira faktor keadaan jalan persisir pantai sedia ada yang agak sempit boleh mendatangkan risiko keselamatan. Alhamdulillah, saya rasa dari segi itulah bahawa pandangan, cadangan dan aduan daripada YB-YB. Di kesempatan ini saya nak ambillah sikit…

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Mohon mencelah Tuan YB Speaker. Saya ada bangkitkan semalam berkenaan dengan kenderaan ataupun pengangkutan untuk OKU. Andai kata ada maklum balas, terima kasih.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Terima kasih Tambun Tulang. Saya ada reaksi… nasib baiklah saya pun ambil juga soalan-soalan ni. Bab OKU dan komuniti ni, bab dia memang terima kasihlah atas pandangan tu, tapi kita perlu tengok tempat-tempat juga, kadang ada premis Kerajaan ada juga premis persendirian.

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Aaa… pengangkutan… pengangkutan.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Pengangkutan? OKU?

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Ya.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Bukan pembangunan dua-dua? Pengangkutan...

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Hat tu pun ada juga. Dua-dua ada.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Dua-dua? Ha… saya jawab hat tu dulu, hat yang pengangkutan di belakanglah. Takpa saya start pengangkutan. Bab pengangkutan ni memang sebab… bab sebab MyBas pun kita akan ditambahbaik lah dari segi keadaan dia. OKU ni kita boleh kata memang kita perlu… perlu saya sendiri pun ada pengikut OKU lah juga, asnaf dan anak yatim. Malam ni kita insya-Allah kita akan cuba perbaik dari masa ke semasa. Tapi cadangan daripada Tambun Tulang tu amat baik lah, memang depa perlu perhatian. Lagi satu kalau untuk bangunan kan… bangunan dia terus lagi kita kena tengok juga kawasan-kawasan… ada agensi Kerajaan, ada persendirian. Tapi memang perlulah kita boleh MPK sendiri mungkin boleh buat syarat-syarat tertentu. Mana perlu kita ada… ada tengah-tengah tempat tu ram yang kita tolak sendiri kan, tapi kemudahan tu payah. Macam YB Tambun Tulang cakap yang nak naik tingkat dua pun payah kan. Memang betul saya tak nafikan ada masalah tu, tapi kita cuba tambah baik lah, kita sama-samalah kita cuba tengok yang mana perlu. Tapi OKU ini memanglah kita perlu perhatian ja lah. Ok, terima kasih.

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Aaa… premis yang dikatakan premis yang milik Kerajaan, milik persendirian tu boleh… boleh… boleh nyatakan tak?

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Contoh Kerajaan seperti ini, kita ambil mudahlah, seperti orang kata, kalau premis berkuasa macam balai polis, bomba apa semua, mungkin kita perlu ada juga dua tiga yang mudah pergerakan, ada juga yang ni. Tapi tak apa, kalau dari segi keadaan fizikalnya memang ada anggota-anggota dia sendiri lah.

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Saya celah sikit lagi nah. Maaf saya nak bangkitkan. Semalam saya bercakap berkenaan dengan isu utama dia semalam, bila sebut tentang OKU ialah berkenaan dengan kesusahan ataupun kepayahan golongan yang mana menggunakan wheelchair, kemudian disability dia melibatkan… dia tak boleh berjalan. Jadi antara dua tempat yang dia orang sebut adalah pusat membeli belah. Jadi saya percaya pusat beli belah tak dak lagilah orang Perlis ada bangunan yang disewa. Kalau ada bagitaulah. Tu saya nak minta tanya tadi tu. Untuk balai polis semua saya tak nafikan memang untuk kemudahan-kemudahan seperti itu, bangunan-bangunan Kerajaan kita ada fasiliti-fasiliti untuk itu. Cuma itu concern daripada yang mana golongan-golongan OKU nyatakan pada saya adalah depa tak boleh nak move around ataupun, dengan izin, nak berbelanja nak pi ke pusat membeli-belah dan sebagainya. Itu concern utama saya. Terima kasih.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Terima kasih Tambun Tulang. Saya tadi bagi contoh ja, tak dan contoh dia potong dah. Bab pusat beli-belah tu memang… memang tak dak… tak dak lah daripada kita sendiri ni. Tapi insya-Allah kita akan cuba tambah baik dari semasa ke masalah. Kalau kita nak jawab lebih pun saya pun sendiri pi tempat memang tak ada betul tapi kita cubalah tambah baik. Tapi terima kasihlah cadangan. Okay di kesempatan ini pula saya bercakaplah sikit bab-bab yang kita semua ni… YB-YB depan ni… kelmarin kita semua bercakap, banyak cadangan, banyak aduan, banyak sokongan. Tapi kita jangan lupa lah, belakang-belakang kita ni hebat-hebat orangnya. Pengarah-pengarah semua ni, yang mana-mana kita jawab ni banyakkan disediakan oleh depa. Kita cuma sampaikan. Betul di belakang nilah nadi-nadi bersama dengan kita. Cuma saya pesan kat pengarah-pengarah ni jangan risau, jangan takut lah. YAB sendiri daripada bahagian EXCO, YB-YB semua ni, saya rasa bezalah sikit dengan YB-YB tu, tapi kita minta sokongan…

Speaker

EXCO yang lama kalau tak dak suara dok minta simpati ka?

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Saya habaq dah suara saya nak abis tu yang saya minum ayaq. Saya minta pengarah-pengarah janganlah… jangan risau… jangan apa… kita sama-sama lah bangun. Speaker tegur tu kita kena dengar… cakap sikit lah. Jangan risau, insya-Allah kita sama-sama. Macam Guar Sanji cakap kadang-kadang kita perlu juga dalam kita dok Dewan-Dewan cakap-cakap benda ni tak lepas, duk di situ jugak. Tapi saya harap lepas ni tindakan daripada EXCO sendiri, YB sendiri, kita sama-samalah, kita terus… saya faham, kita semua baru, saya sendiri pun baru, tapi itu bukan alasan kita nak menidakkan tanggungjawab kita. Kita kena teruskan. Apa yang dulu kita teruskan. Benda yang baik kita… kita teruskan. Mana yang takdak, kita tambah baik. Kita sama-sama doa kita teruskan. 5 tahun bukan lama bagi saya, cukup tak lama tapi kalau kita di sini, di belakang-belakang pengarah ni, YB Menteri Kewangan sendiri, YB SS kita sendiri ni pun, bantuan depa kita amat perlukanlah. Tunjuk arah dan pandangan dan nasihat cukup. Kami di sini bukan ada apa-apa. Kita sama-sama untuk majukan negeri Perlis. Rakyat tengah perhati ja kita ni. Cuma saya pesan sikit YB daripada Indera Kayangan, kat kawan-kawan kita di atas tu, kat Perlis ni YAB sendiri kita pun dah pi jumpa pun. Kita kalau boleh janganlah Perlis ni… pujuk-pujuk sikit, kita duk aman damai. Cuma di sini kita pun tak mau panjang cakap. Cuma saya nak pesan satu lah berkenaan saya tengok viral baru-baru ni berkenan tak kiralah bab Wang Kelian ka, hat tiket dua ringgit seringgit tadi depa dok buat. Saya cuma nak pesan satu lah dekat orang lama. Kita bukan nak salah depa. Yang lepas, lepas. La ni peringkat-peringkat kami EXCO, kami cakap benda baik ja. Tak dak kami nak kata mana tak kena, hat nu tak kena, hat ni tak kena, cerita pi lah…

Speaker

YB, esok Mesyuarat Dewan saya nak tukaq, Setiausaha Dewan dok atas lah…

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Maaf mencelah. Maaf mencelah Titi Tinggi. Berkenaan apa yang telah dibangkitkan oleh YB Tambun Tulang, ada tak macam dalam perancangan pada masa akan datang ataupun pada masa sekarang juga ditentukan bahawa mereka mesti adakan universal design macam untuk ada ramp untuk OKU sebab nega… negeri ini pun negeri… manual sejak 2008. So, selain daripada kita mahu menjaga golongan OKU, saya rasa kita pun perlu prihatin dan menjaga warga-warga emas yang mereka banyak menghabiskan masa di negeri ini. So, ada tak perancangan untuk menentukan… untuk make sure, dengan izin, perancangan struktur bangunan khususnya yang lebih tinggi mesti ada lift, ramp dan sebagainya, terima kasih.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Terima kasih daripada Indera Kayangan. Sebenarnya tahun 2018 lagi MPK telah pun mensyaratkan agar kemudahan-kemudahan yang bersesuaian dengan bagi golongan OKU, disediakan dalam pembinaan bangunan-bangunan baharu, berdasarkan garis panduan reka bentuk sejagat yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Rupanya benda ni dah lama dah. Cuma mungkin keadaan que tu kadang-kadang kita perlu bantuan ka apa. Tapi tak apa, lepas ni daripada Tambun Tulang, Indera Kayangan sendiri ka, tak dak apa bagi laporan direct kepada saya lah, senang, kita kerjasama dari segi jabatan.

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Saya ulang balik soalan tadi. Apa yang saya faham berkenaan dengan celahan daripada Indera Kayangan ialah kita nak satu situasi yang jelas. Apakah ada planning? Contoh macam tadi kata daripada tahun 2018 sudah ada cuma kepada bangunan lama yang mungkin dah terbina sebelumnya. Apakah ada perancangan untuk menambah baik akses-akses bagi OKU ataupun warga emas yang mana ada di negeri Perlis untuk kemudahan mereka, terima kasih.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Terima kasih Tambun Tulang. Memang ada dari segi pihak MPK juga sedang dalam usaha untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang bersesuaian di tempat-tempat awam supaya lebih mesra OKU seperti ramp, tandas OKU dan sebagainya. Ada perancangan, insya-Allah. Dari masa ke masa kita tengok perancangan ni, progress dia macam mana, insya-Allah. Macam saya katalah, kata Tambun Tulang dah memang concentrate untuk kita sama-sama tengok progress dia macam mana. Bos MPK pun ada sebelah ni, EXCO MPK pun ada, kita tengok progress dia macam mana, ok. Beri masa kat saya na, ok na? Nak ulas sikit ja dan nak habis ni. Speaker pun nak target sebelum pukui 1.00. Ya, saya nak ulas tak banyak tapi macam saya ulang tadi, saya bukan nak kabur Mata Ayer tapi saya tengok dua tiga hari viral macam-macam bab RM2, RM1. Cuma la ni takat… kita ni EXCO baru, YB baru, kita tak dak pun habaq benda busuk. Tak pernah salah pun benda yang lepas-lepas. Bukan kita nak menidakkan Kerajaan lepas, tapi kita mohonlah, jangan… jangan… jangan di… bukan ugutlah, janganlah terlampau lebih sangat. Jangan cabar-cabar dengan EXCO ini. Ini bukan ugutan, peringatanlah pada kawan-kawan kita. Bukan semua, banyak feedback bagus. Tapi kalau bab sikit-sikit tu jangan terlampau tuju Kerajaan. Kami la… kami Kerajaan. Kami tak akan menyalahkan mana-mana pihak. Lagi yang ada itu tanggungjawab kami. Cuma beri masa dan peluang untuk kami menjalankan kerja kami. Saya mohon semua bagi pandangan dan nasihat. Terima kasih banyak. Assalamualaikum.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Bintong.

Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang dihormati Yang Berhormat Speaker. Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kerana memberikan ruang kepada saya untuk memberikan maklum balas. Yang pertamanya terhadap cadangan dan juga aduan yang dikemukakan oleh para YB semasa ucapan perbahasan semalam. Dan yang keduanya insya-Allah selepas itu saya akan memberi sedikit ucapan pergulunganlah sebagaimana yang telah digariskan. Agak mencabar memberikan maklum balas dan ucapan di ketika jam menunjukkan 12.30 tengahari, ditambah pula dengan kesejukan aircond dan dimulai dengan sembang santai oleh rakan saya sebentar tadi. Jadi harapnya saya lebih bersemangat dan bertenaga sikitlah pada sahabat saya daripada Titi Tinggi.

Yang Berhormat Speaker merujuk kepada aduan yang pertama yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kuala Perlis berkaitan dengan rumah pangsa Kuala Perlis, yang pada awalnya hanya dijadikan sebagai pusat transit, namun dijadikan sebagai kediaman kekal yang mempunyai kekurangan kemudahan awam, sama ada dari segi surau, dewan komuniti, dan juga Yang Berhormat Kuala Perlis telah bertanyakan soal tunggakan bayaran sewa rumah pangsa. Jawapan yang di ingin saya berikan pada kesempatan ini, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKENPs) melalui Perlis Properties Sendirian Berhad telah diberi tanggungjawab untuk menyedia dan menyelenggara rumah pangsa Kuala Perlis. Tidak dapat dinafikan bahawa pengurusan rumah pangsa Kuala Perlis menghadapi kekangan dan halangan untuk menyediakan infrastruktur serta kemudahan yang lebih baik kepada penghuni. Walau bagaimanapun PKENPS mengambil maklum aduan ini dan akan meneliti perkara ini sebaiknya Insya-Allah. Kemudian yang kedua juga daripada Yang Berhormat Kuala Perlis berkaitan aduan kawasan di belakang Koma Laut yang tidak terurus dan mempunyai semak-samun. Saya rasa saya tak perlu berikan jawapan sebab tadi pun dah dikemukakan persoalan itu kepada Titi Tinggi dan saya meneliti jawapan yang diberikan disediakan ini juga memberikan maksud akan mengambil maklum tentang aduan yang dikemukakan.

Yang seterusnya juga daripada Yang Berhormat Kuala Perlis berkaitan dengan cadangan agar MPK menjadikan Majlis Daerah Muar sebagai benchmark dalam meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat. MPK mengambil maklum akan cadangan tersebut dan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Komuniti Perbandaran di negeri Perlis. Sesi libat urus dengan Majlis Daerah Muar juga termasuk dalam perancangan untuk dilaksanakan pada awal tahun hadapan, bagi melihat best practices yang dilaksanakan oleh PBT tersebut. Untuk makluman juga, MPK sentiasa bekerjasama dengan Bahagian Kerajaan Tempatan (SWCorp), e-Idaman, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan lain-lain agensi serta komuniti setempat, sentiasa dilaksanakan daripada masa ke semasa, bagi meningkatkan aspek kebersihan dan penjagaan alam sekitar. Antara-antara inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan termasuk lah yang pertama, Program Perlis Bersih dan Sihat, yang kedua Program Gotong-Royong Komuniti, yang ketiga Kempen Pembudayaan Peningkatan Standard Perkhidmatan Perniagaan Makanan, yang keempat Kempen Amalan 3R Reduce, Reuse dan Recycle yang dilaksanakan dengan kerjasama SWCorp dan E-Idaman dan yang kelimanya, perniagaan fasiliti kitar semula secara drive thru di tapak Pasar Awam Sena dan tapak Pasar Malam Arau dengan kerjasama SWCorp dan E-Idaman. Usaha-usaha yang dilakukan oleh MPK ini akan diteruskan dan ditambah baik dengan penyertaan daripada seluruh lapisan masyarakat. Kerajaan Negeri juga menyeru agar rakyat negeri Perlis sama-sama menerapkan sikap menjaga kebersihan kerana ianya dituntut oleh agama Islam.

Berikutnya adalah soalan daripada Yang Berhormat Kayang, berkaitan dengan sejauh manakah respons dan langkah Kerajaan dalam memberikan kesedaran kepada orang awam mengenai kepentingan alam sekitar dan kebersihan. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, dari Ucapan Bajet 2023 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada hari pertama persidangan, Kerajaan Negeri akan meneruskan agenda Perlis Bersih Sihat melalui fasa kesedaran dan penguatkuasaan sehingga tahun 2025. Sejak tahun 2018, langkah Kerajaan Negeri terdahulu telah meletakkan aspek kebersihan dan keindahan alam sekitar sebagai salah satu fokus utama dalam agenda pembangunan negeri melalui Program Perlis Bersih Indah, kempen-kempen kebersihan dalam bentuk komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam. Communication, education dan public awareness (CEPA) telah digerakkan melalui aktiviti karnival, pameran, turun padang, walkabout, gotong-royong, hebahan, media massa dan hebahan dan media sosial secara berterusan. Kerajaan Negeri akan meneruskan penyediaan sejumlah peruntukan tahunan bagi mempergiatkan lagi kempen kesedaran di kalangan rakyat pada tahun hadapan seperti yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kempen-kempen kesedaran ini sikit sebanyak telah mendapat respons yang baik daripada masyarakat melalui penglibatan mereka dalam program-program yang dilaksanakan oleh pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan daripada masa ke semasa. Selain itu, respons yang baik oleh rakyat ditunjukkan melalui indikator-indikator dan program-program yang diadakan. Pertama, peningkatan kutipan barangan kitar semula iaitu sebanyak 179 ribu kilogram pada tahun 2019 hampir… 200 ribu kilogram pada tahun berikutnya 2020, 378 ribu kilogram 2021 dan 500 ribu kilogram pada oktober 2022… ada peningkatan pada tahun ke tahun. Kemudian yang kedua, keperluan pembukaan Pusat Pameran Kitar Semula Pusat drive-thru di recycle centre di Pasar Sena Kangar, Pasar Arau dan juga di Padang Besar. Yang ketiga, penyertaan masyarakat yang terdiri daripada komuniti, penduduk kampung dan sukarelawan dalam program-program gotong-royong World Clean Day yang diadakan oleh jabatan ataupun agensi Kerajaan dan oleh NGO daripada masa ke semasa. Yang keempat, sambutan… dia punya penyertaan sekolah-sekolah dalam Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah, PERKIS yang diadakan setiap tahun kelima Program Sekolah Lestari, Anugerah Alam Sekitar. Keenam, pencapaian sebanyak 38 aktiviti yang dirancang… pencapaian sebanyak 38 aktiviti yang dirancang iaitu 74% daripada 52 aktiviti yang dirancang dalam teras satu Pelan Strategik Perlis Bersih Sihat iaitu memantap promosi amalan cara hidup sihat dan bersih sehingga Oktober 2022. Yang seterusnya, sejumlah 9 hotspot kebersihan jalan dikurangkan kepada 3 hotspot pada tahun 2022. Yang kelapan, kempen penanaman sejuta pokok. Lebih kurang 1,795 pokok telah ditanam oleh jabatan, agensi pihak Swasta NGO pada tempoh Januari hingga ke Disember 2021 dan Program Amal Jariah melalui barangan kitar semula di seluruh masjid negeri Perlis. Di peringkat Negeri, Kerajaan Negeri turut menerima kerjasama daripada pelbagai agensi untuk turut sama meningkatkan kesedaran rakyat berhubung kepentingan menjaga alam sekitar dan kebersihan antaranya JAS dan Jabatan Perhutanan. Melalui JAS, pelbagai program sambutan tahunan yang bertemakan alam sekitar telah diadakan seperti sambutan Hari Alam Sekitar Negara yang disambut setiap 21 Oktober. Yang kedua, sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun, sambutan Hari Bumi pada 22 April, sambutan Hari Ozon Sedunia pada 16 September. Melalui program-program tersebut, pelbagai aktiviti kesedaran diadakan seperti ceramah, pameran, program kutip sampah sambil beridah, seminar, bengkel, taklimat dan dialog serta program-program pengumpulan buangan elektrik dan elektronik iaitu e-Waste isi rumah. Program pengumpulan e-Waste ini diadakan pada setiap hari Sabtu terakhir pada setiap bulan. Manakala di peringkat Jabatan Perhutanan, antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut. Penganjuran 42 kempen berkaitan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, penganjuran sebanyak 5 kem kesedaran berkaitan kepentingan biodiversiti di pelbagai peringkat umur yang mencakupi peserta daripada sekolah menengah-sekolah menengah, IPT, serta belia. Penganjuran tiga siri kursus komuniti berkaitan bidang perhutanan termasuk aktiviti pengecaman pokok, pengambilan sampel dan interpretasi trail dan penganjuran bersama treasero dalam melaksanakan aktiviti pendidikan alam sekitar melalui kaedah plogging di kawasan eko-pelancongan seperti Gua Kelam, Bukit Ayer, View Point Wang Kelian dan Taman Negeri. Jabatan Perhutanan juga turut menggunakan medium jurupandu yang membawa pengunjung meneroka kawasan di bawah seliaan Jabatan untuk menggunakan pendekatan communication, education and public awareness ( CEPA ) dalam mendidik orang awam mengenai kepentingan sumber biodiversiti pemeliharaan alam sekitar serta kesedaran mengenai kebersihan. Namun begitu, usaha dan tindakan daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan sahaja tidak cukup tanpa permintaan daripada pemimpin-pemimpin tempatan dan masyarakat setempat.

Empat belas soalan… saya nak ligan macam mana? Sat na amik nafas sikit. Yang kelima daripada Yang Berhormat Kayang berkaitan dengan aduan pembangunan di kawasan Kangar Jaya tidak dilengkapi dengan surau, tandas awam walaupun ianya ada dalam pelan pembangunan kawasan tersebut. Untuk makluman YB, pelan kebenaran merancang bagi cadangan pelan induk pembangunan kawasan Kangar Jaya telah pun diluluskan oleh MPK meliputi komponen pembangunan bercampur yang merangkumi 1,105 unit kedai pejabat, 185 unit industri ringan, 20 bangunan pejabat, 5 unit bangunan perniagaan, 1 unit tapak pasar raya, 1 unit tapak kompleks penjajar, 1 unit tapak hotel dan infrastruktur utiliti sokongan. Berdasarkan komponen-komponen tersebut yang merujuk kepada garis panduan perancangan yang berkaitan dengannya, keperluan penyediaan kemudahan surau dan tandas awam secara plot berasingan adalah tidak menjadi satu keperluan yang mandatori. Manakala sokongan surau dan tandas hanya perlu disediakan dalam premis pembangunan mengikut keperluan. Untuk makluman juga, pembinaan komponen pasaraya ini sedang giat dilaksanakan dan akan terdapat tandas awam dan surau di dalam kompleks berkenaan. Bagi tujuan solat, terdapat sebuah masjid berhadapan dengan Kangar Jaya iaitu bersebelahan dengan Kompleks Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Perlis iaitu Masjid Al-Mustaqim yang boleh diguna untuk tujuan solat oleh orang ramai.

Berpindah kepada cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Indera Kayangan yakni cadangan memperbanyakkan pusat pengumpulan barangan kitar semula di negeri Perlis. Kerajaan Negeri Perlis sentiasa menyokong pembukaan pusat-pusat serahan barangan kitar semula di negeri Perlis, tetapi tertakluk kepada kelulusan pelan bangunan dan tapak di peringkat MPK. Pada masa ini, pembukaan pusat-pusat serahan kitar semula ini diwujudkan dengan kerjasama diantara Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan Syarikat Konsesi Pembersihan Awam di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Perkara ini juga sejajar dengan Dasar Kebersihan Negara dan terletak eksklusif di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan selaras dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007. Namun demikian, sepertimana pembukaan pusat-pusat serahan kitar semula, drive thru recycle centre sedia ada di Pasar Sena dan juga di Pasar Arau serta cadangan pembukaan satu lagi di Parlimen Padang Besar, Kerajaan Negeri akan turut memberikan kerjasama dalam hal ini sebagaimana yang telah diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar melalui ucapan bajet 2023.

Berkaitan dengan soalan Yang Berhormat Indera Kayang juga iaitu mengenai apakah perancangan penggunaan polisterin dalam sektor gastronomi yang dilihat memberi kesan kepada alam sekitar. Sehingga kini tiada kajian di peringkat antarabangsa yang menunjukkan bahawa polisterin boleh menjejaskan kesihatan melalui migrasi terhadap makanan. Namun demikian, kajian KKM dengan kerjasama UPM mendapati kadar migrasi stirena adalah di bawah paras specific migration limit, SML, yang ditetapkan oleh European Union iaitu 60mg/kilogram. Paras SMLEU ini dijadikan panduan memandangkan tiada peraturan berkaitan migrasi polisterin ke atas makanan yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Kerajaan Negeri menyedari kebanyakan negara telah mengharamkan penggunaan polisterin atas faktor sukar dilupuskan dan tidak biodegradasi dan menyebabkan pencemaran alam sekitar. Maka sehubungan dengan itu, bagi memastikan penjagaan dan kelestarian alam di negeri ini terus dipelihara, maka polisi-polisi yang telah dilaksanakan dan digunapakai oleh Kerajaan Negeri berkaitan dengan alam sekitar bagi mengekang penggunaan politerin dalam sektor gastronomi terangkum melalui inisiatif-inisiatif seperti berikut. Yang pertama, kempen Hari Tanpa Beg Plastik di negeri Perlis, kedua Kempen Pengurangan Penggunaan Straw Plastik di Negeri Perlis, yang ketiga mengeluarkan Arahan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Bil 6 iaitu menghindari penggunaan plastik sekali guna. Yang keempat, single use plastik roadmap for sustainability yang diterajui oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), menjayakan Dasar Kelestarian Alam Sekitar 2020-2030 sebagai sumber rujukan Kerajaan Negeri bagi menyokong inisiatif-inisiatif yang digariskan agar alam sekitar dapat ditadbir urus dengan baik dan yang kelima, kempen Pembudayaan Kebersihan dan Peningkatan Standard dan Kualiti Perkhidmatan Perniagaan Makanan Negeri Perlis bagi aktiviti perniagaan di gerai, premis tetap, serta pasar segar di negeri Perlis yang dilancarkan pada 10 Januari 2022. Dasar ini juga turut menekankan larangan penggunaan polisterin kepada pemilik premis makanan dan digantikan dengan bekas makanan yang dibawa sendiri oleh pengguna ataupun dibekalkan oleh peniaga itu sendiri.

Soalan berikutnya juga daripada Yang Berhormat Indera Kayangan iaitu berkaitan dengan status dan perkembangan terkini serta perancangan akan datang berkaitan program Hari Tanpa Beg Plastik. Untuk maklumat Yang Berhormat pada masa kini, undang-undang kecil iaitu berkaitan dengan caj pencemaran untuk mengenakan kutipan RM0.20 bagi setiap satu helai beg plastik yang diberikan di kaunter 8 kategori premis yang dilesenkan oleh Majlis Perbandaran Kangar telah pun disediakan dan di peringkat akhir untuk dimuktamadkan. Memandangkan caj pencemaran ini merupakan satu bentuk undang-undang yang baru di pihak PBT, maka ianya perlu dilihat secara menyeluruh dengan undang-undang kecil yang lain. Selain itu, kutipan yang akan dibuat setiap bulan oleh pemilik-pemilik 8 kategori premis yang berkaitan akan dimasukkan ke dalam akaun amanah di MPK yang ditadbir oleh sebuah jawatankuasa yang berkenaan di peringkat MPK. Kerajaan Negeri melalui MPK juga terus mempromosikan kempen ini kepada rakyat Perlis melalui laman web, banner, sepanduk, risalah kempen, hebahan media, juga aktiviti turun padang ke lokasi… ke lokasi yang tertentu yang akan diteruskan sebagai usaha untuk meningkatkan komitmen semua pihak bagi memastikan keberkesanan kempen. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 8 kategori premis yang menjalankan program Hari Tanpa Beg Plastik iaitu pasaraya hyper, pasaraya besar iaitu supermarket, kedai serbaneka, kedai rangkaian, kedai serbaneka di stesen minyak, farmasi, kedai dan restoran makanan segera dan lain-lain kedai yang akan ditentukan.

Yang kesembilan, berkaitan dengan soalan juga daripada Yang Berhormat Indera Kayangan. Sidang Dewan kalau tak larat salahkan kepada… kalau tak larat mendengar salah kan pada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang menanyakan soalan yang banyak untuk dijawab pada hari ini. Saya seorang pun 14… ni baru nombor 9. Suara pun tak keluaq aih. Berkaitan dengan soalan apakah status penyelenggaraan dan kutipan sewaan di PPR-PPR negeri Perlis. Program Perumahan Rakyat merupakan projek usaha sama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi menyediakan kediaman yang lebih kondusif, selesa dan lengkap terutamanya kepada golongan yang berpendapatan rendah B40. Sebagai contohnya PPR Seri Sena yang mula didiami pada tahun 2008 mempunyai 480 unit dengan kemudahan lif, surau,taman permainan, premis, gerai, tadika dan kawasan lapang yang hanya dikenakan kadar sewaan sebanyak RM124 sebulan. Bagi memastikan keadaan dan memastikan kebersihan dalam keadaan optimum, maka Kerajaan Negeri telah melantik syarikat yang telah pun dipersetujui untuk menyelenggara dan menyediakan khidmat pencucian kebersihan dan juga kerja landskap dengan anggaran kos sebanyak RM552 ribu setahun. Manakala khusus bagi penyelenggaraan pencegahan, dengan izin, preventive maintenance, 6 unit lif, Kerajaan Negeri memperuntukkan anggaran RM60 ribu setahun. Peruntukan bagi pembaikan dan penyelenggaraan naik taraf bangunan daripada masa ke semasa yang mana jumlah yang telahpun dibelanjakan bagi kerja pembaikan sejak tahun 2007 hingga tahun 2022 adalah sebanyak RM12.095 juta. Terkini, Kementerian Pembangunan, KPKT… KPKT telah meluluskan projek penggantian di PPR Sena dengan kos sebanyak RM3 juta. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah tunggakan sewaan PPR sehingga November 2022 adalah seperti berikut. Yang pertama, PPR Sena RM1.939 juta, PPR Wang Ulu Bintong RM928,036.00, PPR Taman Wai Permai, Kuala Perlis RM284,036.00. Maka untuk mengurangkan jumlah tunggakan ini, Bahagian Perumahan telah melaksanakan tindakan “Ops Sedar” yang merangkumi perkara seperti berikut. Yang pertama mengeluarkan notis peringatan tunggakan sewaan secara konsisten, menyedarkan… mengedarkan notis maklumat flyers kesedaran kepada penghuni PPR berkenaan tanggungjawab dan kesan tunggakkan termasuklah melalui media sosial. Dan… dan juga kita difahami, peranan untuk menyedarkan tentang hutang dan juga keperluan untuk membayar hutang dan juga dimainkan oleh Jabatan Mufti melalui khutbah-khutbah Jumaat secara berkala. Kemudian yang keempat mengadakan sesi libat urus bersama penghuni, wakil komuniti termasuklah Pejabat Khidmat DUN kawasan PPR bagi tujuan memberi penerangan dan advokasi. Dan seterusnya mempamerkan senarai “Top 30” penyewa yang mempunyai hutang tertinggi pada setiap dwi bulan bagi tujuan kesedaran. Seterusnya menyediakan kemudahan bagi menyewa… penyewa membuat bayaran sewaan melalui syarikat penyelenggaraan yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Yang kesembilan memberi inisiatif pengecualian bayaran sewaan selama 6 bulan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan yang memberi implikasi kepada tunggakan yang terkumpul dan yang ke sepuluh, menawarkan inisiatif fleksibiliti dalam penstrukturan semula bayaran tunggakan sewaan.

Tindakan yang… juga mencadangkan bahawa… kepada pihak Kerajaan iaitu berkaitan dengan Ahli Jawat… Jawatankuasa Tetap Rumah Ibadat Bukan Islam RIBI, perlu dilihat semula dengan penyertaan personal bukan Islam yang lebih memahami selok-belok RIBI ini. Maka untuk maklumat Yang Berhormat Indera Kayangan dan juga Yang Berhormat Yang Berhormat yang lain, wakil-wakil kaum bukan Islam yang merangkumi kaum Cina, India, Siam, Kristian dan lain-lain telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemandu Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Perlis. Ini adalah untuk memudahkan Jawatankuasa membuat keputusan check and balance dan mengetahui perkara-perkara yang bersabit dengan anutan agama masing-masing. Selain daripada ahli-ahli tersebut, Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga selaku Pengerusi Jawatankuasa boleh menetapkan ahli-ahli jemputan jawatankuasa daripada masa ke semasa mengikut keperluan… keperluan perkara ataupun isu yang hendak di… diperbincangkan. Yang Berhormat Indera Kayangan juga mencadangkan perkara berikut yang di… yang di… yang itulah berkaitan dengan semakan dan penilaian struktur premis perniagaan yang tidak disewakan bagi memenuhi kehendak peniaga dan keperluan untuk menyediakan kemudahan awam seperti tandas bagi semua golongan termasuk golongan OKU. Maka sebagai jawapannya pihak MPK dan M… PKENPs mengambil perhatian akan cadangan Yang Berhormat Indera Kayangan dan juga Yang Berhormat Tambun Tulang mengenai penyediaan premis-premis perniagaan yang memenuhi kehendak peniaga dan perbincangan lanjut akan dilaksanakan bagi menambah baik reka bentuk dan kemudahan yang disediakan supaya memenuhi kehendak peniaga dan pengguna serta lebih mesra OKU, Orang Kelainan Upaya. Aduan berkaitan dengan aduan daripada Yang Berhormat Beseri iaitu lah aduan…

Speaker

Yang Berhormat Bintong, saya akan bagi masa bagi pihak Kerajaan menggulung selepas Dewan ditangguhkan. Dewan akan ditangguhkan untuk makan dan solat dan Dewan akan bersidang semula pada jam 2.00 petang. Terima kasih.

Tak dan nak dengar hat Beseri.

(Persidangan ditempohkan sementara pada jam 1.00 petang)

(Persidangan disambung semula pada pukul 2.00 petang)

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk. Dewan disambung semula dengan sesi penjelasan dan penggulungan oleh pihak Kerajaan. Dipersilakan Yang Berhormat Bintong untuk menyambung.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya meneruskan sesi maklum balas terhadap cadangan dan juga aduan dikemukakan oleh para YB dalam sesi dalam sesi perbahasan semalam dan pada sesi petang ni, insya-Allah. Menjawab kepada aduan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Beseri berkaitan dengan kadar sewaan sebanyak RM800 di Arked Niaga Wang Kelian yang dinilai sebagai terlalu tinggi. Jadi jawapan mudahnya bahawa kadar yang disebutkan oleh Yang Berhormat Beseri itu satu jumlah yang tidak betul di mana kadar yang sebenarnya di antara RM320 hingga RM400 sahaja na. Dan penelitiannya tu saya tak perlu bacakan sebab masa tidak mengizinkan, terima kasih. Kemudian berkaitan dengan aduan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tambun Tulang berkaitan dengan isu perniagaan di Titi Chai dan Simpang Empat tidak mempunyai pengurusan sistematik dari segi aspek kebersihan dan lambakan premis. Jadi secara ringkasnya aduan yang dikemukakan itu pihak Kerajaan Negeri akan mengambil maklum dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Seterusnya yang terakhir adalah berkaitan dengan juga aduan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tambun Tulang berkaitan dengan kekurangan fasiliti khususnya kepada golongan orang kelainan upaya. Jadi perkara ini juga insya-Allah kita pihak Kerajaan memberi jaminan akan mengambil inisiatif untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang bersesuaian di tempat-tempat awam supaya lebih mesra OKU seperti ramp tandas OKU dan sebagainya insya-Allah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, oleh kerana sesi pada hari ini dan juga hari-hari sebelum ni saya dimaklumkan bahawa inilah sesi yang pertama kalinya di peringkat Dewan Undangan Negeri yang disiarkan secara langsung melalui medium Facebook, jadi saya mengambil kesempatan untuk yang pertama sekali mengucapkan tahniah kepada pelantikan YB Speaker sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis pada kali ini dan juga tahniah kepada Yang Amat Berhormat ADUN Sanglang sebagai Menteri Besar. Mudah-mudahan kita mengharapkan agar Allah S.W.T. memberikan kekuatan dan juga bantuan kepada Yang Amat Berhormat untuk memimpin anggota EXCO yang lain untuk menjalankan dan menunaikan amanah memimpin dengan baik perjalanan pentadbir negeri Perlis dan juga saya mengambil kesempatan juga untuk mengucapkan tahniah kepada barisan EXCO yang dilantik dan kita menyedari bahawa ini adalah satu amanah yang besar apatah lagi inilah pengalaman kali pertama kita… apa nama… dipertanggungjawabkan sebagai barisan yang akan memimpin Kerajaan Negeri Perlis pada sesi ini. Mudah-mudahan dengan harapan insya-Allah kita juga akan diberikan kekuatan dan juga pertolongan serta bantuan, bukan sahaja daripada Allah SWT malahan kita mengharapkan bantuan dan juga sokongan daripada pegawai-pegawai pentadbir yang ada di negeri Perlis. Seterusnya saya mengambil kesempatan juga mengucapkan tahniah kepada barisan sahabat-sahabat saya, barisan Yang Amat Berhormat yang diberikan mandat, kepercayaan untuk memimpin sekurang-kurangnya di peringkat ADUN dan kita mewakili rakyat yang memilih kita dalam pilihan raya yang lalu dan kita amat menyedari bawah ini adalah satu mandat rakyat yang diberikan kepada kita yang inginkan melihat kepada perubahan dia lebih baik berbanding dengan kepimpinan-kepimpinan yang lepas, dan sudah tentu mengambil kira bahawa perubahan-perubahan yang bakal dilakukan itu dari aspek yang pelbagai, khususnya dari segi kualiti kepimpinan dan juga khidmat yang akan ditawarkan kepada rakyat dan kita sesungguhnya akan dipersoalkan amanah ini oleh Allah S.W.T. dan sudah tentunya kita amat menyedari bahawa kemenangan kita di dalam PRU yang Ke-15 itu adalah merupakan suatu anugerah daripada Allah dan bukan hasil daripada kerja kuat kita dan sebagainya dan mestilah kita menyedari bahawa dalam perjalanan pentadbir negeri Perlis ini mestilah selari dan juga bersesuaian dengan kehendak pemberi anugerah kemenangan itu dari Allah S.W.T. dan anugerah ini mestilah kita pelihara dengan sebaiknya dan janganlah dikhianati.

Tuan Speaker yang dihormati, dalam kesempatan pergulunggan di akhir ini izinkan saya untuk menyentuh tentang perubahan landskap negara yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam sebahagian daripada ucapan bajet yang menyentuh tentang perubahan yang dilakukan oleh rakyat dalam PRU yang Ke-15 dan kita menyaksikan bahawa perubahan ini bukan sekadar perubahan yang berlaku di negeri Perlis malah, perubahan adalah yang berlaku di seluruh negara dan kita menyaksikan bahawa di antara perubahan tersebut terbentuknya Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat. Oleh kerana itulah sudah saya ingin dan memberikan reaksi kepada satu kenyataan yang diberikan oleh Yang Berhormat Pandan, saudara Rafizi berkaitan dengan perjumpaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kita… saya selaku… apa nama… mewakili rakyat Bintong secara khusus amat menyokong satu reaksi yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri melalui keratan akhbar yang memberikan respons bahawa kenyataan yang diberikan itu telah mengguris perasaan majoriti rakyat Perlis dan ini ada suatu kenyataan yang amat tepat di mana kemenangan yang dilakarkan oleh Perikatan Nasional dalam PRU yang kelima belas adalah mewakili kehendak dan juga sokongan majoriti rakyat dan solidariti rakyat negeri Perlis dan kenyataan yang menghina dan persepsi buruk yang cuba digambarkan oleh Yang Berhormat saudara Rafizi ini perlu diperjelaskan kepada rakyat bahawa ini adalah satu tanggapan yang tidak baik dan telah mencemarkan nama Kerajaan Perpaduan yang dibentuk di peringkat pusat.

Sidang Dewan dan juga Tuan Speaker, menyentuh mengenai cabaran ekonomi 2023, sebagaimana yang kita ketahui bahawa krisis ekonomi makanan dan tenaga sedang menanti di tahun 2023 dan faktor penyumbang kepada cabaran ekonomi tersebut adalah dalam pelbagai antaranya COVID-19, inflasi global dan sebagainya. Dan kesemuanya itu menuntut kepada persiapan jangka pendek dan jangka panjang. Oleh kerana itulah, bagi pihak Kerajaan, sektor-sektor penyumbang kepada kenaikan KDNK di peringkat negeri kita yang direkodkan khususnya pada tahun 2022 ini perlulah diperkasakan dan pihak Kerajaan, insya-Allah, kita berazam untuk menggunakan peruntukan dan juga pembelanjaan itu cara berhemah dan kita akan memanfaatkan hubungan yang kita boleh namakan sebagai economic symbiosis, saling bantu-membantu, win-win situation, khususnya yang melibatkan kerajaan-kerajaan yang dipimpin oleh Perikatan Nasional. Namun, beberapa perkara perlu lah kita perhalusi dan kita mengambil sikap yang berhati-hati khususnya berkaitan dengan cadangan yang kita kira cadangan yang begitu simplistic dengan begitu mudah khususnya untuk mencari penyelesaian bagaimana untuk meningkatkan dan menjana pendapatan negeri apabila cadangan sebagaimana yang kita dengar melalui perbahasan untuk menaikkan cukai ataupun fees di peringkat negeri ini telah… apa jua bentuk, perlulah Kerajaan, insya-Allah, akan cuba meneliti dengan penuh berhati-hati dan penuh tanggungjawab supaya perkara-perkara tersebut tidak akan menambah beban kepada rakyat terbanyak di negeri Perlis ini.

Kemudian berkaitan dengan tiga teras yang disebut di dalam ucapan bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkaitan dengan pelaburan. Saya bagi pihak Kerajaan ingin memberikan penegasan bahawa kita mestilah berhati-hati dan melakukan post-mortem dengan kegagalan pelaburan-pelaburan yang telah pun dilaksanakan di peringkat Kerajaan sebelum ini khususnya projek yang dilakukan oleh beberapa agensi dan faktor yang… yang menyumbang kepada kegagalan pelaburan tersebut mestilah kita perhalusi dan kita melakukan bedah siasat apakah yang datang daripada kelemahan dalaman ataupun berpunca daripada kritikan pelabur-pelabur yang datang yang mengambil peluang, kemungkinan daripada kurangnya pengalaman orang-orang yang diberikan tanggungjawab untuk menguruskan pelaburan. Kemudian yang berikutnya apabila kita membicarakan tentang soal pelaburan ini, pelaburan sudah tentu yang mempunyai dua tujuan ataupun serampang dua mata lah, sekurang-kurangnya untuk berperanan bagi memberikan manfaat yang baik kepada Kerajaan iaitu lah dari segi memberikan hasil kepada negeri dan juga memberikan peluang pekerjaan. Oleh kerana itu, dua faedah ini perlulah kita melihat supaya ekonomi itu benar-benar dapat dirasai dengan kita memastikan bahawa pelaburan yang kita lakukan di peringkat negeri ini benar-benar satu pelaburan yang berjaya di masa-masa akan datang.

Teras yang kedua yang menyentuh tentang soal kualiti hidup rakyat. Jadi rakyat ini dia akan mengambil satu penilaian yang mudah dengan mengambil kira beberapa elemen untuk kita mengukur kualiti hidup khususnya apabila kita berjaya di peringkat Kerajaan, menawarkan pekerjaan, menambahkan pendapatan kepada rakyat, menyelesaikan masalah tanah dan perumahan, menyediakan kemudahan asas seperti air dan elektrik, menambahkan keselesaan dengan kita berjaya menangani isu kebersihan dan sebagainya dan kita memastikan bawah Kerajaan yang ditadbir urus di peringkat negeri ini adalah satu Kerajaan yang stabil, aman dan sebagainya. Dan itulah sebahagian daripada parameter mudah ataupun indeks keselesaan rakyat yang mesti diberikan perhatian oleh pihak Kerajaan.

Menyentuh kepada soal teras yang ketiga, pembangunan mampan. Kita saya selaku EXCO yang diamanahkan untuk melihat secara khusus tentang perubahan ini, kita bertekad untuk memastikan dasar perumahan yang akan kita laksanakan nanti, insya-Allah, bukan sahaja memenuhi citarasa… apa nama… rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sebagainya, malahan kepentingan pemaju-pemaju perumahan juga akan cuba untuk kita teliti supaya dasar perumahan dilaksanakan di negeri kita ini adalah satu dasar yang mesra kepada pelabur dan… apa nama… kita mengambil sikap supaya di negeri yang telah pun berjaya memberikan tawaran pelaburan dengan meletakkan dasar yang begitu mesra kepada pelabur dan sebagainya itu boleh kita contohi khususnya di negeri yang telah ditadbir urus oleh Kerajaan Perikatan Nasional seperti Kedah dan sebagainya.

Tuan Speaker, untuk akhir sekali saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang sebelah kiri Tuan Speaker yang cukup memberikan sumbangan yang besar dan saya kira ucapan-ucapan yang telah pun diucapkan sepanjang perbahasan pada kali ini, tak kira sama ada ucapan itu secara berpidato ataupun membaca teks, kesemuanya menggambarkan bahawa sahabat-sahabat Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian telah membuat suatu… apa nama… preparation yang baik, well prepared kepada ucapan yang diberikan dan tahniah kepada semua kerana Yang Berhormat telah memberikan sumbangan kepada perjalanan Dewan pada kali ini. Dan akhir sekali, mengambil kesempatan juga untuk saya pada kali ini mengucapkan terima kasih khususnya kepada pimpinan dan juga ketua-ketua Jabatan yang hadir. Mudah-mudahan penglibatan secara tuntas dan komitmen bersungguh daripada tuan-tuan semua diharapkan dapat memberikan sesuatu yang sangat berguna kepada kejayaan pentadbiran Kerajaan Perlis baharu yang kita pimpin pada sesi ini, insya-Allah. Jadi, untuk akhir sekali saya mengakhiri ucapan, aqulu qauli haza wa astaghfirullah al-aAzim liwalakum. Waalaikumsalam warahmatullahi wabarak,atuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Bintong, dipersilakan Yang Berhormat Santan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, seterusnya kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat saya terus kepada jawapan apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Kuala Perlis berkaitan dengan sukan proaktif, mencari alternatif untuk mencungkil bakat baru. Jadi, usaha majukan sukan peringkat umur muda ni memerlukan usaha secara kolektif dan juga holistik termasuklah integrasi di antara entiti utama Majlis Sukan Negeri Perlis, Jabatan Belia, Jabatan Pendidikan, Persatuan Sukan Negeri dan juga institut pengajian tinggi. Antara alternatif yang digerakkan bagi pelaksanaan tersebut, perkara… antaranya Program Sukan Jelajah Komuniti yang melibatkan komuniti melalui Pusat Khidmat ADUN. Yang kedua penganjuran liga sukan rakyat yang merangkumi Liga Bola Sepak Perlis Negeri, e-Sukan Perlis, program sukan luar bandar dan sukan tradisional yang telah pun diadakan. Jadi permulaan sukan bukanlah satu perkara yang mudah dan memerlukan tempoh masa yang panjang. Kerajaan Negeri juga turut menyambut baik cadangan Yang Berhormat dalam usaha melibatkan pelabur-pelabur swasta untuk membangunkan sukan negeri.

Seterusnya, soalan daripada Kayang, menjadikan masjid sebagai one stop centre. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sentiasa mengutamakan pembangunan insan, memperkasakan 102 masjid di seluruh Perlis. Antara program-program yang dianjurkan bagi mengimarahkan dan juga melaksanakan program tersebut antaranya pembudayaan penghayatan Al-Quran melalui bacaan dan tadabur Al-Quran di masjid, kuliah guru agama MAIPs, kuliah guru takmir dan juga kuliah mingguan Sahibus Samahah Dato’ Mufti. Peranan masjid turut diperkasa sebagai pemudah cara dan juga pendamping. Selain itu, terdapat beberapa program yang di hasrat untuk menjadikan masjid sebagai pusat khidmat dan komuniti. Antaranya penyediaan sistem amaran tsunami dan bencana di masjid persisiran pantai. Kedua, penempatan bazar wakaf MAIPs. Ketiga, kelas tuisyen di masjid-masjid terpilih dan yang keempat, perunding cara penasihat keluarga di masjid yang terpilih. Kerajaan Negeri menggalakkan masjid-masjid bagi melaksanakan program karnival pengimarahan masjid yang turut melaksanakan program kemasyarakatan, sukan, budaya dan sebagainya.

Seterusnya menjawab soalan Kayang juga mengenai Pertubuhan Belia. Terdapat 141 Pertubuhan Belia di negeri Perlis yang didaftarkan di bawah pendaftaran Pertubuhan Belia. Seterusnya menjawab persoalan Kayang juga… tanya banyak Kayang ni na. Mewujud dan memperluaskan kem perhubungan latihan bola sepak di… pada... kelmarin lah, saya telah menjawab soalan yang telah pun diajukan oleh Yang Berhormat Indera Kayangan. Apapun terdapat sedikit tambahan. Program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi sentiasa digiatkan sama ada di peringkat sekolah ataupun peringkat kelab komuniti. Usaha memperluaskan kem pembangunan bola sepak antara perkara penting yang perlu dijayakan untuk pengumpulan data pemain aktif berdasarkan minat anak kecil. Pada masa ini, jumlah pemain bagi Program MFDP mengikut peringkat umur adalah sebanyak 32 skuad Latihan, seramai 480 orang pemain muda aktif menjalani latihan. Kerajaan Negeri juga sentiasa menyokong membantu pelaksanaan program ini melalui bantuan penyediaan tempat pertandingan dan sentiasa menyokong agenda pembangunan bola sepak bawah Program MFDP melalui penyelarasan bersama Ketua Jurulatih Remaja negeri yang juga lagenda bola sepak Malaysia. Soalan seterusnya daripada Kayang lagi ni…

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Yang Berhormat Dato’ Speaker, boleh pencelahan sedikit? Terima kasih Yang Berhormat Santan. Saya terlewat sikit nak bangun berkaitan dengan program-program yang diimarahkan di masjid dan surau sekitar negeri Perlis. Terima kasih banyak kepada JAIPs dan juga MAIPs yang telah mengatur program sedemikian cuma saya nak mohon kepada Yang Berhormat EXCO untuk memantau program-program kerohanian dan juga pendidikan agama yang berbentuk sifat tambahan di institusi Pertubuhan-Pertubuhan Anak-Anak Yatim ataupun di… di rumah-rumah persatuan ni lah, sama ada mereka ini diberi pendidikan tambahan keagamaan ataupun tidak. Dulu saya pernah bangunkan perkara ini, sebagai contoh di rumah anak yatim di Jejawi. Apakah kita beri betul-betul pendidikan agama tambahan kepada mereka ataupun sekadar kita beri bantuan fizikal semata-mata? Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Guar Sanji, saya ambil maklum kepada perkara tersebut dan akan merujuk kepada agensi yang berkaitan lah. Seterusnya soalan Yang Berhormat Kayang, mewujudkan institut kecemerlangan kepimpinan bagi melahirkan pelapis. Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan mewujudkan institut kecemerlangan kepimpinan ini bagi mencungkil bakat kepimpinan. ILP, Institut Latihan Perindustrian, untuk makluman ILP Kangar menawarkan program latihan kemahiran. Yang pertama, program Sijil Penyelenggaraan Mekanikal ataupun Industri. Yang kedua, program Sijil Mekatronik. Ketiga, program Sijil Fabrikasi Logam, Oil dan Gas dan yang keempat, program Sijil Kimpalan. ILP juga kini dalam usaha memperluaskan program latihan kemahiran bagi tujuan menyokong keperluan industri dan juga komuniti setempat dengan menawarkan program kemahiran pendawaian elektrik. Manakala IKBN, Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis menawarkan latihan jurusan Penyelenggaraan Marin, jurusan Semburan Cat Automotif, jurusan Penyelenggaraan Kenderaan, jurusan Juru Perencah… Juru Perancah… jurusan Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan, jurusan Penyelenggaraan Jentera berat dan jurusan Lukisan Senibina.

Seterusnya menjawab soalan Guar Sanji, sejauh mana Majlis Perundingan Belia. Untuk makluman Ahli Dewan, Majlis Perundingan Belia Negara, adalah satu platform untuk belia menyuarakan pandangan, cadangan, permasalahan dan juga idea baru untuk diangkat ke peringkat tertinggi sama ada di peringkat negeri atau Kerajaan Persekutuan. Secara teknikalnya, usul-usul MPBN ataupun Majlis Perundingan Belia Negara peringkat Negeri Perlis akan diangkat dan dibentangkan di MPBN peringkat negara. Usul-usul yang diterima akan diambil tindakan oleh agensi ataupun kementerian yang terlibat. Dalam konteks ini, pihak Kerajaan ini akan sentiasa melibatkan pihak belia dalam merangka polis-polisi di masa akan datang. Menjawab persoalan Guar Sanji juga, persatuan, cadangan persatuan... penubuhan… penubuhan Persatuan Anak Perlis Luar Negeri ni, untuk makluman Ahli Dewan merujuk kepada Akta 668 Akta Pertubuhan Belia dan Pertubuhan Belia 2007 yang mana belia ditakrifkan sebagai seorang yang berumur tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak lebih daripada 40 tahun. Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan Persatuan Anak Perlis. Walau bagaimanapun, berdasarkan semakan terdapat pertubuhan yang diwujudkan bagi mewakili negeri dan menjaga kebajikan mereka, antaranya Persatuan Anak Perlis Kuala Lumpur, Selangor dan Persatuan Mahasiswa Anak Perlis di universiti tempatan.

Seterusnya menjawab… Yang… Yang Berhormat Chuping, berkaitan dengan Sekolah Kebangsaan Chuping. Untuk makluman Yang Berhormat, saya alumni Sekolah Kebangsaan Chuping. Untuk makluman Yang Berhormat, Sekolah Kebangsaan Chuping telah ditutup berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains melalui projek pemetaan bencana geologi kawasan batu kapur Bukit Chuping. Siasatan geofizik ataupun kaedah mikrograviti dan kajian pengkelasan cerun bukit kapur dan zon selamat bagi kawasan sepanjang kawasan Bukit Chuping Mata Ayer mendapati wujud… wujudnya zon bergraviti rendah dan kehadiran rongga dalam batu kapur yang terdedah kepada risiko mendapan tanah ataupun lubang benam. Yang kedua, Sekolah Kebangsaan Chuping terdedah kepada ancaman jatuhan batuan dari blok batuan Bukit Chuping, memandangkan ia terletak di sangat… di zon sangat bahaya. Pembukaan semula sekolah tersebut tidak akan dilaksanakan mengambilkira faktor keselamatan dan juga perjanjian persefahaman antara Sekolah Kebangsaan Chuping dan Sekolah Kebangsaan Mata Ayer yang telah ditandatangani merangkumi aspek pengiktirafan kepentingan ilmu, pembudayaan nilai-nilai murni, guna sama premis dan juga had sempadan dan juga kerjasama. Kerajaan Negeri juga mengambil maklum berhubung isu permasalahan ibu bapa dalam urusan penghantaran anak-anak ke sekolah dan akan mengadakan perbincangan lanjut bersama pihak JPN dalam membantu ibu bapa sementara Sekolah Kebangsaan Chuping yang baharu akan siap dibina.

Seterusnya, menjawab soalan Indera Kayangan berkaitan dengan Perlis Marathon, insya-Allah kita akan anjurkan semula acara tersebut pada tahun… edisi 2020 tidak dapat dilaksanakan disebabkan wabak COVID-19. Majlis Sukan Negeri bakal dilantik untuk menyelaras keperluan pelaksanaan acara sukan tersebut. Kerajaan Negeri juga mengalu-alukan penyertaan pihak swasta sebagai rakan strategik penganjuran. Perlis Marathon mempunyai satu imej yang berprestij yang tidak boleh disangkal dan mampu menarik minat pelari di seluruh Malaysia dan juga luar negara. Seterusnya menjawab soalan Tambun Tulang berkaitan dengan futsal… gelanggang futsal, pusat komuniti di lokasi yang bersesuaian. Jadi Majlis Sukan Negeri telahpun menggerakkan satu yang pertama dinamakan flying squad, sedang melaksanakan bancian penyelenggaraan dan naik taraf. Proses pembaikan akan bermula selepas pengumpulan data selesai serta permohonan kelulusan peruntukkan di… dilaksanakan. Selain itu, pemimpin-pemimpin tempatan juga boleh menjadi catalyst pembangunan bola sepak di kawasan masing-masing. Menjawab soalan Tambun Tulang… ada lagi Tambun Tulang na, program-program kerjaya. Penambahbaikan dalam program-program kerjaya bagi golongan anak muda, pertama perlu mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri bagi mempromosi aktiviti temuduga atau karnival, membentuk jawatankuasa khas untuk memantau program. Semua agensi yang berkaitan dengan kebolehpasaran kerja perlu berganding bahu dalam usaha mencapai hasrat Kerajaan Negeri. Untuk makluman, pihak PERKESO telah mengadakan sebanyak 31 temuduga sepanjang tahun 2022 dan pihak kami telah menjemput beberapa syarikat besar bersama-sama karnival tersebut seperti Proton, Panasonic, Shorubber, Masfloor dan sebagainya. Jumlah pendaftaran dalam karnival pekerjaan yang diadakan oleh PERKESO ialah 2,556 pencari kerja dan jumlah yang dibantu oleh PERKESO dalam penempatan pekerjaan ialah 1,138. Dan soalan yang terakhir daripada Sena, menukar taraf Sekolah Menengah Kebangsaan Lailatul Shahreen daripada aliran khas kepada aliran biasa. Berdasarkan kepada maklumat operasi sekolah-sekolah di negeri Perlis, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis berpendapat adalah wajar dikekalkan seperti sedia ada. Pengunjuran 5 tahun yang dibuat oleh jabatan mendapati tidak akan berlaku pertambahan permintaan pendidikan sungguhpun demikian Jabatan Pendidikan mengambil cadangan Yang Berhormat Sena dan akan meneliti perkara ini sebaiknya dari semasa ke semasa.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sekian jawapan, baru penggulungan… sedikit penggulungan. Pertamanya, tahniah diucapkan kepada Tuan Speaker di atas lantikan sebagai Speaker bagi Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Ke-15 dan juga tahniah juga diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Cikgu Mohd Shukri bin Ramli di atas pelantikan sebagai Menteri Besar Perlis yang ke-8. Seterusnya kepada Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, juga kepada sahabat-sahabat Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dianugerahkan kemenangan oleh Allah S.W.T. dan marilah sama-sama kita bekerja untuk membangunkan negeri Perlis dan yang sesungguhnya sekalung penghargaan kepada… khususnya kepada BPEN, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam melicinkan Sidang Dewan pada kali ini. Yang Berhormat Tuan Speaker, firman Allah S.W.T., A’uzubillah minashaitan nirajeem…

(Yang Berhormat Santan membacakan ayat Al-Quran, Surah al-A’raf, 7:96)

“Dan jika penduduk sebuah negeri itu beriman dan juga bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah ruah berkatnya dari langit dan juga bumi, tetapi mereka mendustakan Rasul kami lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”

Seterusnya bagi cadangan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Guar Sanji berkaitan dengan Yayasan Pendidikan Pelajar IPT, saya melihatnya ia sebagai satu cadangan yang positif dan cadangan ini ataupun perkara ini diperbincangkan dan diselaraskan bawah agensi yang berkaitan lah seperti di bahagian pendidikan dan juga dakwah Yayasan Islam Negeri Perlis. Seterusnya Yang Berhormat Tuan Speaker, pendidikan merupakan asas kepada kejayaan sesebuah tamadun peradaban manusia. Orang yang berpendidikan akan berupaya keluar daripada kemiskinan dan kesusahan, justeru program pembinaaan untuk melahirkan anak-anak pelajar bermula dari peringkat pra sekolah sehinggalah ke alam mahasiswa amat penting dengan merangka dan menyusun module serta pengisian berkesan untuk mencapai matlamatnya. Pembinaan sahsiah unggul dengan konsep ABC, anak yang baik lagi cerdik akan terus diperkasa agar anak-anak pelajar mampu membawa diri mereka menjadi insan yang mulia dari segi jasmani, rohani dan juga intelek. Penggembelingan tenaga, masa dan pandangan sama ada dari pihak guru-guru ataupun ibu bapa waris adalah diharapkan agar proses pembinaan anak-anak ini, pelajar ini berjaya dilaksanakan dengan sebaiknya. Yang Berhormat Tuan Speaker, dalam Sidang Dewan yang mulia, sesungguhnya tidak ada kemuliaan melainkan dengan kemuliaan Islam. Kemuliaan Islam merupakan satu keistimewaan yang telah dikurniakan oleh Allah. Saidina Umar Al Khattab R.A. telah berfirman yang bermaksud:

“Kita adalah golongan yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemuliaan selain daripada apa yang telah Allah muliakan, maka ia telah dihina.”

Pun begitu, apa yang menarik, kemuliaan Islam ini turut meluas kepada sahabat-sahabat kita bukan Islam ataupun non-muslim, dengan izin, kerana kemuliaan Islam, sejarah telah membuktikan semua masyarakat sama ada Islam ataupun bukan Islam telah terjamin keselamatan mereka di bawah kepimpinan Islam yang adil lagi beramanah.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya turut menzahirkan bai’ah dan taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis selaku Ketua Agama Negeri serta turut menjunjung kasih titah perkenan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Yang Dipertua MAIPs, selaku pemutus dasar agama di negeri bertuah ini, insya-Allah. Agensi bersama MAIPs seperti Jabatan Mufti, Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis termasuk Yayasan-Yayasan Perlis akan sentiasa seia sekata melaksanakan tanggungjawab yang mulia ini. Akhirnya, saya juga berharap agar agensi bersama di bawah portfolio saya iaitu Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Majlis Sukan Negeri, Jabatan Penerangan, Pembangunan Sumber Manusia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) akan terus mengorak langkah demi Perlis yang madani, berkat lagi sejahtera. Buat masyarakat di Santan, insya-Allah saya akan sentiasa bersama untuk menyumbang bakti serta memberi perkhidmatan yang termampu dan terdaya, insya-Allah. Sesungguhnya saya menyokong pembentangan Bajet 2023 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekian, assalammualaikum.

Speaker

Terima kasih Santan. Saya dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Sanglang.

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya nak response banyak juga ni daripada YB-YB yang bangkitkan isu-isu yang saya kena jawab. Yang pertamanya tentang perancangan pembangunan Perlis perlu dilibatkan rakyat… wakil rakyat untuk disampaikan keseluruhannya dapat rakyat memahami apa yang dilaksanakan. Tu yang pertama. Yang saya rasa… rakyat ni dia tak boleh nak libatkan semualah. Sebab kita habis duit banyak dah pilih wakil rakyat. Jadi wakil rakyat tu mewakili rakyat, insya-Allah. Kalau kita melibatkan semua rakyat, macam-macam jadi lah. Jadi wakil rakyat ni adalah satu institusi yang boleh kita libatkan untuk apa-apa pembangunan di negeri Perlis ni. Perancangan pembangunan dilakukan melalui meka… mekanisme hybrid top-down dan bottom-up approach, dengan izin. Top-down adalah berpandukan kepada dasar pembangunan negeri merangkumi Rancangan Malaysia (RMK)... Rancangan Struktur Negeri (RSN) 2030 dan lain-lain. Manakala bottom-up approach ini adalah melibatkan cadangan daripada jabatan dan agensi terlibat mengambil kira aduan-aduan masyarakat. Dan cadangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan masing-masing. Yang ini kita akan laksanakan secara yang telah tertulislah. Jadi, insya-Allah yang lain-lain tu kita akan sentiasa terlibat dalam sidang Dewan ni kita boleh bentangkan jika sekiranya tak puas hati.

Yang kedua, daripada Yang Berhormat Kuala Perlis juga. Yang ni saya dengar tadi YB Mata Ayer dah jawab dah tentang nak wartakan Kampung Nelayan ni. Sungai Baru, Sungai Padang… kampung saya lah tu. Kuala Sanglang, Kurung Tengar… yang ni kita kena teliti balik dari aspek undang-undang sama ada boleh ke tak boleh... apa… kekangan dia… apa… keistimewaan dia jika kita dapat wartakan kampung-kampung ni sebagai kampung nelayan.

Yang ketiga daripada YB Kayang. Pasal manifesto ni… pelaksanaan dia. Saya teringin juga nak jawab macam pimpinan dulu-dulu. Manifesto ni bukan kitab suci, tapi saya jawab bagi eloklah sebab saya bukan sebahagian daripada yang kata manifesto ni kitab suci. Pelaksanaan manifesto ni Kerajaan Negeri akan merangka projek-projek dan program-program yang bersesuaian… bagi memastikan setiap perkara yang digariskan dalam manifesto dapat dicapai. Setelah itu, satu jawatankuasa akan dibentuk bagi memantau pelaksanaan program-program dan projek-projek tersebut. Tu berkenaan dengan apa yang disebut oleh YB Kayang. Hat tadi kata manifesto bukan kitab suci tu… selingan saja lah. Satni pi duduk… viral dalam facebook pula. Kemudiannya Yang Berhormat Guar Sanji. Haa… yang ni panjang ni. Hubungan komersial di antara negeri-negeri khususnya pemerintahan Perikatan Nasional. Saya jumpa dengan pimpinan negeri yang diperintah oleh… ditadbir oleh Perikatan Nasional ni sebulan dua kali, tiga kali sebab mereka terlibat dalam… jawatankuasa PAS pusat, jadi jumpa selalulah. Dan banyak benda yang kita bincangkan yang boleh saling bantu-membantu untuk pastikan negeri-negeri di bawah Perikatan Nasional ni akan terus maju ke hadapan sepertimana yang… ada juga pelabur-pelabur yang mai jumpa dengan saya, dia kata karenah-karenah birokrasi yang ada di negeri ini contohnya sebagai… kita kalau kita nak buat satu-satu projek tu, dia makan masa yang terlalu lama, boleh belajar dekat YAB Menteri Besar Kedah. Saya kata saya nak buat cara saya sendiri lah. Kalau sekiranya perlu, kita belajar. Kalau sekiranya sesuai dengan negeri kita, insya-Allah. Begitu juga dengan… memperkukuhkan ekonomi negeri, Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle ni… yang ni pun nak kena… kita nak kena tengok baliklah… sejauh mana… perkembangan segi tiga ni yang kita boleh bawa balik pelabur-pelabur untuk memajukan negeri Perlis ni. Seterusnya daripada YB Chuping. Penambaikan meningkat hasil pendapatan melalui cukai tanah. Yang ni pun kita bagi rebat sebenarnya kalau bayar awal. Sebelum Mac, dia kalau tanah pertanian kita bagi rebat 8%, bangunan 5%, perindustrian 3%. Yang ni pun kita buat… kita buat bayaran secara tanpa tunai. Yang ni rakyat kena fahamlah. YB-YB kena terangkan kepada rakyat jangan bawa duit dah pi Pejabat Tanah. Bawa kad debit ataupun kad kredit untuk bayar cukai. Yang ni pun Alhamdulillah pada tahun 2022, kita dapat meningkatkan hasil dengan begitu banyak dan insya-Allah tahun 2023 ni kita tingkatkan lagi hasil. Kalau tak boleh juga, kita kutip tunggakan cukai yang banyak tidak dibayar oleh pemilik-pemilik tanah. Biar bagi banyak, lepas tu nak bayar tak dak duit. Insya-Allah, pada tahun 2022 kita dapat kutip tunggakan hasil ni sampai 3 juta lebih. Dan insya-Allah tahun 2023 kita akan cari lagi siapa-siapa yang tak bayar hasil tanah ni… tunggakan banyak. Begitu juga dengan tanah-tanah perindas… perindustrian apa semua ni kita akan cuba kutip. Kemudiannya, MPK di antara inisiatif yang sedang akan dilaksanakan adalah seperti berikut. Penilaian semula cukai taksiran yang tidak pernah dilaksanakan semenjak 1987. Kita nak tengok cukai hat tak pernah naik dari tahun 87 nu, kita boleh bincang. Kalau wajar, kita naikkan. Kalau tak wajar, kita… bertahan macam tu saja. Kalau nak tambah hasil, kita penaik. Lepas tu YB-YB jawab dekat rakyat.

Kemudiannya cadangan pelaksanaan sistem bayaran tanpa cukai. Ni macam dengan jabatan-jabatan lainlah. Cadangan pelaksanaan sistem pengurusan tempat letak kereta pintar (smart parking). Yang ni pun dalam perancangan. Cadangan pelaksanaan kajian semula kadar lesen perniagaan (UUK). Pelaksanaan track perniagaan perindustrian 1984. Inisiatif digital tanpa tunai bagi memudahkan masyarakat membuat semakan dan pembayaran cukai taksiran, lesen dan sebagainya menggunakan perbankan internet. Dia boleh guna kad kredit, kad… kad debit, kad kredit, jomPAY, FPX, PBTPay, digitalMPKANGAR dan lain-lain. Saya pun tak tau setengah lagu mana nak bayar. Yang saya tau kad kredit, kad debit. Hat lain… kena belajar, insya-Allah. JomPAY boleh kot. Kutipan secara kaunter bergerak kawasan-kawasan perumahan dan komersial. Haa yang ni bagus. Buat bagi selesai. Hutang tunggakan tak bayar rumah ni berjuta… yang kita terpaksa dari tahun 70 lebih. Bila saya tengok tu… mati dah. Tuan-tuan rumah ni mati dah. Jadi kita pun tak tau status dia macam mana. Exco Agama boleh jawab kot. Jadi hutang ni kena bayar. Yang saya tahu, hutang kena bayar. Kalau tak bayar, roh dia tergantung. Jadi, dalam status ni, saya tak tau lah… nanti. Saya dah bercakap dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kalau Dato’ Seri boleh tolong tang ni, Alhamdulillah. Boleh legalah roh-roh yang telah meninggal dunia. Sebegitu lama berhutang tak bayar. Jadi, saya kena rujuk dekat Sahibus Samahah Mufti kot. Nak ambik macam mana. Kalau boleh kita selesaikan bab hutang ni. Tapi kita ni negeri tak dak duit, nak selesai pun kita teruk. Jadi, itu yang dibangkitkan oleh YB Guar Sanji. Kemudian, YB Indera Kayangan… Gan Ay Ling. Saya ingat Gan Ay Ling… Gan Ay Ling. Gan Ay ni… Ay sejuklah. Ayaq orang Baling kata Ay tu, ayaq. Penyediaan infrastruktur lengkap untuk menarik pelabur datang melabur ke negeri Perlis, insya-Allah ini dalam proses kita… kita sediakan prasarana bagi memudahkan pelabur datang ke negeri Perlis. Dan menyediakan pekerja tenaga mahir ni… kita dah… buka pintu UniKL mai, depa belajar di situ kemudian depa akan… tenaga… kemahiran mereka tu boleh digunakan oleh para pelabur. Haa… haa itulah. Bersedia bekerjasama dengan institusi kemahiran… kemahiran MARA kita ada, GIATMARA kita ada, semua ada. Jadi… boleh sediakan tenaga kerja yang mencukupi. Itu daripada Indera Kayangan. Indera Kayangan lagi. Penggunaan tanah-tanah terbiar bagi tujuan penanaman pertanian bagi menyokong dasar food security. Haa yang ni insya-Allah… tanah-tanah terbiar ni tak banyak sangat di Perlis ni. Kalau ada tempat sikit-sikit tu, kita tak bagi buat sebab masalah… masalah yang tersendiri. Dan… Fasa 1 yang dilaksanakan jabatan pada tahun ini kesemuanya berjaya. Jadi di… banyak. Yang tanam sayur ni… nak makan sendiri tak habis… sedekah. Nak jual, pakat tak mau beli. Hang tanam mudah kerajaan bagi, takkan nak jual dia kata, mai free ja. Bagilah free. Kalau boleh jual, Alhamdulillah.

Kemudiannya, daripada YB Beseri. Hat ni saya jawab sekali dengan YB Kayang. Haa… jawab dah sekali dengan YB Kayang tadi. Saya nak jawab pendek-pendek saja sebab saya tau pakat duduk mengantuk semua dah ni… lewat. YB Beseri lagi, banyak sungguh. YB Beseri ni… jangan tanya bagi banyak sangat YB-YB, kot sidang pula tak dak soalan. Kami nak jawab apa. Pakat dok tanya semua kali ni. Syok baru masuk Dewan kan… tanya macam-macam. Kawan saya… mantan YB Simpang Empat dok whatsapp mai sini, dia kata jom pi makan kerabu belangkas. Sampai dia tak dak dalam Dewan nu dok ajak saya bertengkar lagi. Jadi saya kata tunggulah. Lepas sidang ni saya pi minum kopi dengan dia. Kerabu belangkas, orang gout tak boleh makan… saya boleh. Pembangunan di Beseri perlu dipergiatkan dengan mengambil kira faktor kawasan Beseri merupakan lokasi strategik. Laluan dari Kangar ke Padang Besar. Tak yah cerita lah YB. Sanglang nu laluan Kangar pi ke Alor Setar lagi sakan… dok kira tempat dia ja. Jadi kita mengambil kira cadangan tersebut. Sebagai makluman, cadangan tersebut diambil kira dalam Dasar Pembangunan Negeri berdasarkan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar Perlis 2035 yang telah diwartakan pada 31 Mac 2022, Beseri berfungsi sebagai pusat perniagaan dan perkhidmatan kepada penduduk setempat. Penduduk setempat saja, pelancong tak dak. Jadi minta maaf. Setakat ayam kampung. Terdapat kemudahan pendidikan dan institusi Kerajaan Negeri, Jabatan Pertanian Negeri Perlis semua dok di Beseri. Antara cadangan projek yang dicadangkan… cadangan naik taraf ladang orked sebagai kawasan… flo… floriculture di Kompleks Pertanian Bukit Temiang. Saya minta maaf, rehal ni dia rendah. Spek mata saya ni saya pi buat, dia letak takat tu ja, jadi saya selalu terlajak berhenti tak kena titik. Hat lain tu saya nampak lagi.

Speaker

Tua tu… tua.

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Cakap bagi cermat. Yang kedua, cadangan pengindahan persekitaran pekan Beseri melalui landscaping. Dan yang ketiga, pembesaran kawasan pembangunan di sepanjang jalan utama di pekan Beseri. Semoga cadangan projek-projek ini akan menghidupkan pekan Beseri di masa hadapan… Beseri lagi. Projek Rejuvenasi Wang Kelian diperlukan bagi meningkatkan tahap ekonomi penduduk setempat. Yang ni saya dah maklum… dah… saya dah bercakap dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya buka segera Wang Kelian untuk kita tingkatkan ekonomi rakyat tempatan. Jadi, kita kena tunggulah. Kalau lagi tak buka tu, tak yah dok rancang nak buat apa… dia tak boleh buat. Menubuhkan Jawatankuasa Tindak Khas Pembangunan Wang Kelian, menyelaraskan Rancangan Pembangunan Semula Wang Kelian dipengerusikan oleh YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri… pelancongan dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Ini YB Mata Ayer lah. Menyediakan Rancangan Kawasan Khas Wang Kelian dan Pelan Malaysia Perlis bagi mengkaji potensi pembangunan di Wang Kelian akan dijadikan kerangka asas pembangunan Wang Kelian berteraskan pelancongan. Rancangan Kawasan Khas merupakan manifestasi Kerajaan Negeri dalam membangunkan semula kawasan Wang Kelian dan akan dijadikan panduan kepada jabatan, agensi, komuniti dan pelabur dalam melaksanakan pembangunan di kawasan tersebut kelak. Dalam perkara yang berkaitan, Kerajaan Negeri turut menyenaraikan cadangan projek pembinaan baharu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan… IQ… ICQS Wang Kelian sebagai senarai keutamaan negeri dalam pembangunan projek di bawah Rolling Plan Ke-3, Rancangan Malaysia Ke-12. Sama-sama kita berdoa agar projek ICQS Wang Kelian ini diluluskan oleh kerajaan persekutuan. Kalau tak lulus, tunggu lagi.

YB Sena… jarang-jarang dengar. Dia tanya apa ni… agensi perlu menyemak semula berkenaan permohonan memecah geran tanah. Yang ni dah… dah jawab, saya pun setuju. Untuk makluman YB Sena, selepas pindaan Kanun Tanah Negara melalui Akta A1333, selepas ini dirujuk sebagai akta ini, umpukan atau bahagian… akibat pecah bahagian tanah kategori pertanian atau kepada syarat yang dikehendaki kegunaannya untuk maksud pertanian yang berkeluasan tidak lagi tertakluk kepada keluasan minimum 2/5 hektar. Haa ini boleh… dia kecil lagi pun boleh. Melalui akta ini juga, permohonan pecah bahagian boleh dikemukakan oleh mana-mana tuan punya tanah bersama tanpa mengira majority share yang dimiliki olehnya atau tanpa mendapat persetujuan daripada tuan punya bersama yang lain. Jadi, boleh pecah tanah sorang-sorang. Tak payah duduk tunggu tuan punya hat lain dalam geran tu. Bagi membolehkan pecah bahagian tersebut dilaksanakan, maka Seksyen 140, 141, 141A, 142 Kanun Tanah Negara telah dipinda serta menambah seksyen baru iaitu Seksyen 143A. Sena boleh faham kut lepas ni pi pecah bahagian tanah. Sena lagi, pemeriksaan pengurusan sistem pusaka bagi mengurangkan kesulitan dan permasalahan rakyat. Faraid la ni. Bila waris mati, … bila seseorang tu mati waris dia kena pi buat faraid bagi cepat. Yang ni saya baru… hadir di… Mahkamah Syariah dan inilah masalah yang paling banyak berbangkit. Bila mati seseorang tu dia tunggu lama sampai generasi yang kedua tu mati pulak tunggu sampai sebuah bas, nak pi buat faraid dia jadi susah. Jadi ini saya rasa… jabatan telah melaksanakan permohonan pusaka secara atas talian, secara online, tak payah duk pi dah. Jabatan ini turut mewujudkan sistem baru, MyLand, yang akan menggantikan sistem sedia ada MyeTaPP supaya proses permohonan pusaka lebih lancar. Jabatan juga telah menambah sumber manusia bagi melancarkan proses penyelesaian pusaka. Jabatan juga sentiasa komited memberi konsultasi kepada waris-waris dalam mencari penyelesaian terbaik bagi menguruskan kes pusaka yang dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak yang terlibat. Jadi pusaka ni kena buat cepat, takut ada terlibat anak yatim kita lambat bagi, kita duduk makan harta anak yatim, jadi masalah. Jadi tolong mana-mana rakyat yang dengar saya sebut ni kena kena ambil perhatian sungguh-sungguh tentang pusaka ni. agi… bagi jangan duk sembunyi waris, ada kes sembunyi waris yang sepatutnya dapat, pakat sembunyi lepas tu dia jadi kes yang berpanjangan. Dia si… si… apa ni institusi kekeluargaan juga akan jadi berceramuk habis bergaduh kes harta ni. Itu jawapan saya atas apa yang dibangkitkan oleh…YB-YB kita kelmarin. Saya ucapkan terima kasih banyak, tahniah hebat YB-YB kita berucap. Tak berlaga satu tajuk dengan satu tajuk itu satu penghargaan la, termasuk juga YB Indera Kayangan yang saya rasa dia nak daftar masuk Perikatan Nasional dan selepas daripada ini. Apa pun kalau dia tak masuk pun kita kerjasamalah untuk negeri Perlis ni. Dia jangan susah hati, duduk sorang-sorang pun kami tak buli aih.

Yang Berhormat Speaker, saya nak mengambil kesempatan ini untuk menjunjung setinggi-tinggi kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Perlis di atas perkenan Tuanku kepada kami untuk memimpin negeri Perlis ini. Insya-Allah. Mudah-mudahan akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Saya juga nak mengambil kesempatan ini nak merakamkan setinggi penghargaan terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang yang tak dak dalam Dewan bersama dengan kita, dia pi buat umrah dan saya rasa dia mengikuti kita secara langsung ni dan dia juga tengah berdoa kepada kita supaya Perlis ni aman sejahtera insha-Allah. Saya tau Pegawai Penasihat Undang… Penasihat Undang-Undang ni seorang yang baik hati dia sentiasa mendoakan kita di sana, di Baitullah. Saya juga nak merakamkan jutaan terima kasih kepada ketua-ketua jabatan yang telah bekerjasama yang mana saya hadir di mana-mana jabatan, saya disambut dengan begitu baik sekali dan kita teruskanlah hubungan kita ini untuk kita pastikan negeri Perlis ini menjadi negeri yang hebat dan dahsyat. Saya pinjam kata-kata kawan saya. Kemudian saya juga merakamkan tahniah dan terima kasih kepada Setiausaha Dewan dan team dia yang saya rasa hebat dan dasyat juga mengendalikan urusan Dewan sepanjang empat hari ini, jadi kita rasa selesa, Dewan pun sejuk. Yang saya… saya tengok Yang Berhormat Tuan Speaker menggigil di atas tu. Dia tak tahu kata Dewan ni sejuk dia pakai baju nipis. Tu untuk Setiausaha Dewan dan staf dia. Saya juga nak merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada team bajet yang buat bajet ni, Perbendaharaan Negeri dan menyediakan dokumen Bajet 2023 ni, dan team Bahagian Perancang Ekonomi Negeri kerana bantu bagi input untuk jawapan soalan-soalan yang dikemukakan. Kena bahasa yang lembut, bahasa yang kita selalu jumpa. Kadang-kadang kita jumpa dengan geng muda-muda ni sebab orang muda-muda ramai. Kalau tak salah saya nak sebut Yang Berhormat Tuan Speaker, kalau tak dak hampa mampuih aku, boleh kut guna perkataan tu? Saya minta izin lah kan. Jadi tahniahlah, terima kasih banyak. Saya dengar YB Setiausaha Kerajaan Negeri kata lepas ni kita bawa depa makan-makan belanja, tu YB Setiausaha Kerajaan lah, tu saya boleh sebutlah sebab dia tak boleh jawab, saya boleh juga jawab juga, insha-Allah. Akhir sekali semualah yang mana terlibat secara langsung tak langsung yang membantu kami dan membantu semua mudah-mudahan segala kerja buat yang dilaksanakan oleh tuan-tuan dan puan-puan akan dibalas dengan rahmat dan keberkatan oleh Allah subhanahu wa ta'ala, saya tak boleh balas. Setakat nak belanja, jamu sikit-sikit tu dah YB Setiausaha Kerajaan Negeri nak belanja dah. Dia potong tang corner, jadi saya tak boleh buat apa.

Akhir sekali saya nak pesan kepada seluruh kita dalam Dewan ni dan juga mana-mana yang mengikuti siaran langsung persidangan ini, hasrat saya sebagai peringkat permulaan ni, supaya semua Ahli-ahli Yang Berhormat ni dapat bekerja bersama dan saya tengok dari segi ucapan apa semua hebat dan mai lah kita ubah Perlis ni kepada negeri yang bersih daripada sampah sarap. Pelancong mai ni ramai, ramai sungguh saya balik semalam ada orang dari Johor, dia nak berjalan pi Kelantan, Terengganu banjir jadi dia mai ke Perlis. Cari homestay tak dak. Ada sapa hamba Allah habaq kata rumah saya ada bilik. Dia pi duduk di rumah saya lah… dia pi duduk rumah saya. Saya kalau tak ada bilik duk dalam surau. Tak jadi masalah tapi dia mai bawa ayah dia dalam keadaan itu menunjukkan kata Perlis ni ramai pelancong yang hadir dan kita rakyat Perlis ni kena sambut dengan elok, dengan akhlak yang elok, pekerti yang elok, sampah kena buang. Jangan biarkan sampah di merata-rata tempat. Wakil rakyat kena peduli yang ni. Ajak rakyat kita ni buang sampah di tempat yang sepatutnya. Jadi kalau sampah terlampau banyak negeri kita ni orang mai tengok sekali lepas tu orang tak mau mai dah. Jadi tolonglah. Kalau di sekolah dulu saya habaq kat budak-budak jumpa sampah kutip. Kalau tak kutip cikgu duk di belakang, penyakit. Rakyat saya tak boleh buat lagu tu lah, kalau saya buat lagu tu wassalam lah, saya mungkin tak jadi calon dah lepas ni. Kawan-kawan ni hak muda-muda ni nak jadi calon lagi, tak bolehlah. Jadi tolonglah… tolong jaga kebersihan pasar malam, pasar tani, nat. Kalau boleh selepas selesai pasar tani, pasar malam, nat ni bersih. Kalau di Hatyai, saya duk pi berjalan lepas pasar malam selesai bersih elok, pasaipa kita orang Islam yang kebersihan ni separuh daripada iman kita tak boleh buat? Sampah kalau nak lungguk, lungguk di belakang rumah. Jangan lungguk di depan rumah, di tepi-tepi sungai. Tak elok mata memandang, ni saya sebut ni kampung sayalah sebab saya duk bangkit selalu dalam Dewan, ada 33 lungguk sampah daripada rumah saya nak sampai ke simpang tiga tu. Jadi saya… kalau dengar siaran langsung ni tolong habaq-habaq. Bersihkan negeri kita, bagi orang mai elok apa semua. Kita kutip cukai sikit di Wang Kelian, RM2.00 sapa yang masuk, rakyat asing RM5.00, salah satunya adalah untuk kita nak memastikan kebersihan. Kita kesian dekat pekerja-pekerja Jabatan Hutan, orang balik dah pukul 6, depa sampai berjam-jam kena kutip sampah. Jadi, kalau semua berdisiplin, jaga… jangan buang sampah merata-rata. Botol air, polisterin ka apa ka, kita dapat hidup dengan selesa, sedap mata memandang, hati pun senang, rakyat pun makin ramai mai. Kita dapat cari makan mudah. Jadi tolonglah, yang ni tolong sungguh-sungguhlah. Itu tentang sampahlah dulu, hak lain-lain kita akan buat sekali sikit. Insha-Allah, kita akan ajak semua YB-YB saya ni turun ke pasar malam ka pasar tani bagi plastik sampah. YB-YB beli siap-siap dah plastik sampah. YB Gan lagi banyak dia kena beli sebab dia duduk dalam pekan. Dia lagi banyak kena bersihkan sampah. Begitu juga dengan parit longkang kita bersihkan supaya dia jadi elok negeri kita ni. Kita nak negeri yang elok… negeri yang elok.

Jadi saya ingat itu sajalah yang saya nak sampaikan hasrat saya di peringkat awal ni supaya negeri kita ni bersih. Dalam masa tiga bulan, kita nak tengok negeri ni bersih. Selepas tu, kalau tak jalan juga kita kena buat sedikit penguasaan supaya rakyat kita ni berdisiplin. Kita bayar cukai di pasar malam, di pasar tani RM2.00, RM3.00. Kita mengharapkan sampah semua dikutip oleh pekerja. RM2.00, RM3.00 kita bagi tu tak padan sebenarnya nak bagi mereka, nak dera mereka supaya kutip selesai pasar malam pukul 10 sampai pukul 1, duk sapu sampah lagi. Jadi kalau kita sama-sama bekerja bubuh dalam plastic, depa mai kutip ja alhamdulillah elok. Berleter sikit la… saya berleter, saya bukan berleter dalam Dewan ni, hak dalam Dewan ni semua dah alhamdulillah. Jadi saya ingat khutbah Jumaat pun selalu sebut tentang kebersihan, tentang semua ni jadi mari kita sambut bagi elok-elok, kita sempurnakan iman kita yang separuh tu supaya kita berhadapan dengan Allah S.W.T. kita dapat jawab dengan sempurna. Yang lain-lain tu kita bagi peluanglah. Saya pun… apa ni… tengok YB-YB kita ni berucap seolah-olah Kerajaan Negeri ini dah bertahun dah. Cadang nak buat yang nu, awat tak buat hat ni, nak buat hat nu. Baru sebulan macam mana nak buat. YB SS pun baru saya kenal sikit-sikit, macam mana cara gaya dia apa semua. Dia pun baru duk kenal saya tiba-tiba mai YB-YB buat hat ni, nak buat hat nu, kita buat sama-sama. Kami tak lepas kami cari hampa, boleh na? Kalau boleh saya sudahi ucapan saya ni dengan wallahualam, minta maaf banyak kut ada yang tersinggung. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Saya pun duk atas ni sejuk sungguh. Tapi kerana jubah ni ada orang tolong pakai kuranglah sejuk sikit. YAB dia duk idam… duk geram hat tu tapi tak pa, nak buka sat ni petang saya panggil dia tolong buka. Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2023 dicadang untuk dibaca bagi kali kedua. Ahli-ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Rang Undang-undang ini dibaca bagi kali kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama “Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perkhidmatan bagi tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu”.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta persetujuan supaya Rang Undang-undang Perbekalan Tahunan 2023 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2023 dibawa ke dalam Jawatankuasa. Ahli-ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan. (Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

(Bentara menurunkan cokmar dari kedudukan asalnya)

Setiausaha

Jadual.

Pengerusi

Kepala Bekalan B.01 berjumlah Ringgit Malaysia Empat Juta Sembilan Ratus Tujuh Puluh Tiga Ribu (RM4,973,000.00) di bawah Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli)

Kepala B.01 berjumlah Ringgit Malaysia Empat Juta Sembilan Ratus Tujuh Puluh Tiga Ribu (RM4,973,000.00) menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.01 menjadi sebahagian daripada Jadual. Kepala Bekalan B.02 berjumlah Ringgit Malaysia Dua Juta Tiga Ratus Tiga Puluh Dua Ribu (RM2,332,000.00) di bawah Dewan Undangan Negeri dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli)

Kepala B.02 berjumlah Ringgit Malaysia Dua Juta Tiga Ratus Tiga Puluh Dua Ribu (RM2,332,000.00) menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.02 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.04 berjumlah Ringgit Malaysia Empat Puluh Lima Juta Tujuh Ratus Lima Puluh Lima Ribu Sembilan Ratus (RM45,755,900.00) dan Kepala Pembangunan P.04 berjumlah Ringgit Malaysia Lapan Puluh Enam Juta Tiga Ratus Tujuh Puluh Dua Ribu Dua Puluh (RM86,372,020.00) di bawah Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli)

Kepala B.04 berjumlah Ringgit Malaysia Empat Puluh Lima Juta Tujuh Ratus Lima Puluh Lima Ribu Sembilan Ratus (RM45,755,900.00) menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.04 menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbelanjaan di bawah Kepala P.04 berjumlah Ringgit Malaysia Lapan Puluh Enam Juta Tiga Ratus Tujuh Puluh Dua Ribu Dua Puluh (RM86,372,020.00) hendaklah diluluskan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Perbelanjaan di bawah Kepala P.04 menjadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan.

Kepala Bekalan B.05 berjumlah Ringgit Malaysia Lima Juta Lima Ratus Lima Puluh Satu Ribu Dua Ratus (RM5,551,200.00) di bawah Pelbagai Perkhidmatan dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli)

Kepala B.05 berjumlah Ringgit Malaysia Lima Juta Lima Ratus Lima Puluh Satu Ribu Dua Ratus (RM5,551,200.00) menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.05 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.06 berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Juta Sembilan Ratus Lapan Belas Ribu Dua Ratus (RM3,918,200.00) di bawah Pejabat Perbendaharaan Negeri dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.06 berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Juta Sembilan Ratus Lapan Belas Ribu Dua Ratus (RM3,918,200.00) menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.06 menjadi sebahagian daripada Jadual. Kepala Bekalan B.07 jumlah Ringgit Malaysia Tiga Belas Juta Enam Ratus Sembilan Ribu Empat Ratus (RM13,609,400.00) di bawah Pejabat Perbendaharaan Negeri (Caruman Kepada Kumpulan Wang Berkanun) dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.07 berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Belas Juta Enam Ratus Sembilan Ribu Empat Ratus (RM13,609,400.00) menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.07 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.09 berjumlah Ringgit Malaysia Dua Puluh Tiga Juta Lapan Ratus Enam Belas Ribu Tiga Ratus (RM23,816,300.00) dan Kepala Pembangunan P.09 berjumlah Ringgit Malaysia Empat Belas Juta Enam Ratus Sembilan Puluh Enam Ribu Sembilan Ratus Sepuluh (RM14,696,910.00) di bawah Jabatan Kerja Raya dibuka untuk perbahasan sekarang.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.09 berjumlah Ringgit Malaysia Dua Puluh Tiga Juta Lapan Ratus Enam Belas Ribu Tiga Ratus RM23,816,300.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.09 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Perbelanjaan di bawah Kepala P.09 berjumlah Ringgit Malaysia Empat Belas Juta Enam Ratus Sembilan Puluh Enam Ribu Sembilan Ratus Sepuluh (RM14,696,910.00) hendaklah diluluskan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Perbelanjan di bawah Kepala P.09 menjadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan. Kepala Bekalan B.11 berjumlah Ringgit Malaysia Enam Juta Lima Ratus Lapan Belas Ribu Tujuh Ratus (RM6,518,700.00) dan Kepala Pembangunan P.11 berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Juta Sembilan Puluh Ribu Sepuluh (RM3,090,010.00) di bawah Jabatan Pertanian dibuka untuk perbahasan sekarang.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.11 berjumlah Ringgit Malaysia Enam Juta Lima Ratus Lapan Belas Ribu Tujuh Ratus (RM6,518,700.00) menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan. Kepala B.11 menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbelanjaan di bawah Kepala P.11 berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Juta Sembilan Puluh Ribu Sepuluh (RM3,090,010.00) hendaklah diluluskan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Perbelanjaan di bawah Kepala P.11 menjadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan.

Kepala Bekalan B.12 berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Juta Lapan Ratus Dua Puluh Tujuh Ribu Empat Ratus (RM3,827,400.00) dan Kepala Pembangunan P.12 berjumlah Ringgit Malaysia Lapan Ratus Tujuh Puluh Lapan Ribu Sepuluh (RM878,010.00) di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.12 berjumlah Ringgit Malaysia Tiga Juta Lapan Ratus Dua Puluh Tujuh Ribu Empat Ratus (RM3,827,400.00) menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Perbelanjaan di bawah Kepala P.12 berjumlah Ringgit Malaysia Lapan Ratus Tujuh Puluh Lapan Ribu Sepuluh (RM878,010.00) hendaklah diluluskan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Perbelanjaan di bawah Kepala P.12 menjadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan.

Kepala Bekalan B.13 berjumlah Ringgit Malaysia Empat Belas Juta Seratus Sembilan Puluh Dua Ribu Sembilan Ratus (RM14,192,900.00) dan Kepala Pembangunan P.13 berjumlah Ringgit Malaysia Lima Juta Enam Ratus Dua Puluh Lima Ribu (RM5,625,000.00) di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.13 berjumlah Ringgit Malaysia Empat Belas Juta Seratus Sembilan Puluh Dua Ribu Sembilan Ratus (RM14,192,900.00) menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.13 menjadi sebahagian daripada Jadual. Perbelanjaan di bawah Kepala P.13 berjumlah Ringgit Malaysia Lima Juta Enam Ratus Dua Puluh Lima Ribu (RM5,625,000.00) hendaklah diluluskan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Perbelanjaan di bawah Kepala P.13 menjadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan.

Kepala Bekalan B.14 berjumlah Ringgit Malaysia Satu Juta Dua Ratus Dua Puluh Enam Ribu Tujuh Ratus (RM1,226,700.00) di bawah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dibuka untuk perbahasan. Kepala B.14 berjumlah Ringgit Malaysia Satu Juta Dua Ratus Dua Puluh Enam Ribu Tujuh Ratus (RM1,226,700.00) menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.14 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.15 berjumlah Ringgit Malaysia Lapan Juta Tujuh Ratus Empat Puluh Satu Ribu Empat Ratus (RM8,741,400.00) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dibuka untuk perbahasan. Kepala B.15 berjumlah Ringgit Malaysia Lapan Juta Tujuh Ratus Empat Puluh Satu Ribu Empat Ratus (RM8,741,400.00) menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.15 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.16 berjumlah Ringgit Malaysia Lima Juta Sembilan Ratus Lima Puluh Enam Ribu Tiga Ratus (RM5,956,300.00) di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.16 berjumlah Ringgit Malaysia Lima Juta Sembilan Ratus Lima Puluh Enam Ribu Tiga Ratus (RM5,956,300.00) menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.16 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.17 berjumlah Ringgit Malaysia Satu Juta Enam Ratus Lima Puluh Tiga Ribu Lima Ratus (RM1,653,500.00) di bawah Jabatan Mufti dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.17 berjumlah Ringgit Malaysia Satu Juta Enam Ratus Lima Puluh Tiga Ribu Lima Ratus (RM1,653,500.00) menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.17 menjadi sebahagian daripada Jadual. Kepala Bekalan B.18 berjumlah Ringgit Malaysia Dua Juta Lima Ratus Empat Puluh Enam Ribu Tiga Ratus (RM2,546,300.00) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.18 berjumlah Ringgit Malaysia Dua Juta Lima Ratus Empat Puluh Enam Ribu Tiga Ratus (RM2,546,300.00) menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.18 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.19 berjumlah Ringgit Malaysia Enam Ratus Dua Puluh Empat Ribu Dua Ratus Sembilan Puluh (RM624,290.00) di bawah Pejabat Pembangunan Negeri dibuka untuk perbahasan.

(TIada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.19 berjumlah Ringgit Malaysia Enam Ratus Dua Puluh Empat Ribu Dua Ratus Sembilan Puluh (RM624,290.00) menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.19 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Kepala Bekalan B.23 berjumlah Ringgit Malaysia Empat Juta Tiga Ratus Tiga Belas Ribu Tiga Ratus (RM4,313,300.00) dan Kepala Pembangunan P.23 berjumlah Ringgit Malaysia Dua Juta Dua Ratus Lapan Puluh Lima Ribu Enam Puluh (RM2,285,060.00) di bawah Jabatan Perhutanan dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.23 berjumlah Ringgit Malaysia Empat Juta Tiga Ratus Tiga Belas Ribu Tiga Ratus (RM4,313,300.00) menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang bersetuju, sila angkat tangan. Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.23 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Perbelanjaan di bawah Kepala P.23 berjumlah Ringgit Malaysia Dua Juta Dua Ratus Lapan Puluh Lima Ribu Enam Puluh (RM2,285,060.00) hendaklah diluluskan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Perbelanjaan di bawah Kepala P.23 menjadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan.

Kepala Bekalan B.25 berjumlah Ringgit Malaysia Tujuh Juta Sembilan Ratus Tujuh Puluh Ribu Tiga Ratus (RM7,970,300.00) di bawah Jabatan Tanah dan Galian dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.25 berjumlah Ringgit Malaysia Tujuh Juta Sembilan Ratus Tujuh Puluh Ribu Tiga Ratus (RM7,970,300.00) menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan. (Semua Ahli bersetuju sebulat suara) Kepala B.25 menjadi sebahagian daripada Jadual. Kepala Bekalan B.57 berjumlah Ringgit Malaysia sepuluh ribu, sepuluh… sepuluh ringgit, RM10.00, minta maaf. Kepala Bekalan B.57 berjumlah RM10.00 dibawah Membeli Tanah dibuka untuk perbahasan. (Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Kepala B.57 berjumlah RM10.00 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan, terima kasih. Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Kepala B.57 menjadi sebahagian daripada Jadual.

Setiausaha

Fasal 1 hingga Fasal 2 dan tajuknya.

Pengerusi

Fasal 1 hingga Fasal 2 dan tajuknya menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan. Minta maaf, terlajak. Ahli-ahli yang bersetuju sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Fasal 1 hingga Fasal 2 dan tajuknya menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2023 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2023 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Dewan bersidang semula.

(Bentara meletakkan kembali cokmar ke tempat asalnya)

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2023 telah pun ditimbang di dalam Jawatankuasa dan dipersetujui. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2023 dicadangkan untuk dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan. Rang Undang-Undang dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tahun 2023. Maka diperbuat undang-undang ini oleh Dewan Undangan Negeri Perlis seperti berikut. Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbekalan Tahun 2023.

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon memaklumkan bahawa Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2023 telah pun ditimbang di dalam Jawatankuasa dan dipersetujui. Saya mohon mencadangkan supaya usul ‘’Bahawa Dewan ini, mengikut Seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, mengambil ketetapan bersetuju meluluskan perbelanjaan sebanyak RM112,947,010.00 (Satu Ratus Dua Belas Juta, Sembilan Ratus Empat Puluh Tujuh Ribu, Sepuluh Ringgit sahaja) seperti yang tersebut di dalam Anggaran Pembangunan Negeri Perlis Tahun 2023 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bilangan 15 Tahun 2022’’ diluluskan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, usul ‘’Bahawa Dewan ini, mengikut Seksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, mengambil ketetapan bersetuju meluluskan perbelanjaan sebanyak RM112,947,010.00 (Satu Ratus Dua Belas Juta, Sembilan Ratus Empat Puluh Tujuh Ribu, Sepuluh Ringgit sahaja) seperti yang tersebut di dalam Anggaran Pembangunan Negeri Perlis Tahun 2023 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bilangan 15 Tahun 2022’’ hendaklah disetujukan. Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Usul ini diluluskan.

Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) (No. 2) 2022Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan)(No. 2) 2022. Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan mencadangkan.

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan RUU Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan)(No. 2) 2022 dibaca bagi kali pertama.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon menyokong.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan)(No. 2) 2022. Bacaan kali pertama.

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Yang Berhormat Tuan Speaker, menurut proviso kepada peruntukan Peraturan 56 Dewan, saya mohon kebenaran untuk membaca Rang Undang-Undang ini bagi kali kedua pada hari ini juga.

Speaker

Yang Amat Berhormat dibenarkan.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan)(No. 2) 2022. Bacaan kali kedua.

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang yang bernama “Suatu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis”. Adapun tujuan Rang Undang-Undang ini ialah untuk membuat pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis. Dua, Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tentang permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan. Tiga, Fasal 2 bertujuan untuk meminda Fasal 4(3) untuk memperuntukkan bahawa tertakluk kepada Perkara 4, mana-mana syarat selain Perkara 5 dan 6 boleh dipinda melalui undang-undang yang diperbuat oleh Majlis Undangan Negeri tetapi tidak dengan cara selainnya. Empat, Fasal 3 bertujuan untuk meminda Fasal 5(2) untuk memperuntukkan bahawa agama Islam, agama lain boleh diamalkan oleh orang memelukinya di mana-mana tempat di dalam Negeri dengan syarat ia diamalkan secara aman dan tidak boleh dikembangkan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama itu dalam kalangan orang yang menganuti agama Islam. Lima, Fasal 4 bertujuan untuk meminda Fasal 76(1) bagi mengubah kedudukan aturan taraf dalam Negeri iaitu meletakkan Speaker pada kedudukan sebelum mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi yang lazimnya menjalankan kuasa dalam dan bagi Negeri Perlis. Pindaan Fasal 76(1) juga bertujuan memasukkan Waris Yang Kedua ke dalam aturan taraf selepas Bakal Ganti Raja bagi menangani perkara dalam keadaan Bakal Ganti Raja hadir semasa majlis atau berkaitan perkara aturan taraf. Pindaan Fasal 76(1) juga bertujuan mengubah kedudukan aturan taraf Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri sebelum Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan selaras dengan amalan semasa dan susunan syarat-syarat berkenaan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis di mana kedudukan mereka adalah di Perkara 38 manakala Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan adalah di Perkara 39. Pindaan Fasal 76(1) juga bertujuan menukar gelaran dari “Pegawai besar agama Islam di dalam Negeri itu” kepada “Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis” dan “Mufti Negeri Perlis” selaras dengan amalan semasa dan fungsi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Mufti sebagai pihak berkuasa utama di Negeri Perlis yang menasihati Raja Pemerintah berkenaan semua perkara Hukum Syarak menurut seksyen 45 Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 [Enakmen 4]. Dengan penjelasan itu Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, RUU Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan)(No. 2) 2022 dibuka untuk perbahasan secara dasar.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli)

Ahli-Ahli Yang Berhormat, RUU Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan)(No. 2) 2022 dicadang untuk dibaca bagi kali kedua. Ahli-Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-Ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang yang bernama “Suatu Enakmen bagi meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis”.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya minta persetujuan supaya Rang Undang-Undang ini dibawa ke dalam Jawatankuasa. Ahli-Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Dewan bersidang secara Jawatankuasa. (Bentara menurunkan cokmar daripada kedudukan asalnya).

Setiausaha

Fasal 1 hingga Fasal 4 dan Tajuknya.

Pengerusi

Fasal 1 hingga Fasal 4 dan Tajuknya dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli)

Fasal 1 hingga Fasal 4 dan Tajuknya menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Fasal 1 hingga Fasal 4 dan Tajuknya menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) (No. 2) 2022 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Dewan bersidang semula.

(Bentara meletakkan kembali cokmar ke tempat asalnya)

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Yang Berhormat Tuan Speaker, sukacita saya memaklumkan bahawa RUU Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) (No. 2) 2022 telah pun ditimbang di dalam Jawatankuasa dan dipersetujui. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) (No. 2) 2022. Maka diperbuat Undang-Undang ini oleh Dewan Undangan Negeri Perlis seperti berikut. Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) (No.2) 2022.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) (No. 2) 2022 dicadangkan untuk dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) (No. 2) 2022. Maka diperbuat Undang-Undang ini oleh Dewan Undangan Negeri Perlis seperti berikut. Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) (No.2) 2022.

Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Negeri Perlis (Pindaan) 2022Bill

Setiausaha Dewan

RUU Enakmen Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Negeri Perlis (Pindaan) 2022. Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan mencadangkan.

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan RUU Enakmen Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Negeri Perlis (Pindaan) 2022 dibaca bagi kali pertama.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon menyokong.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Negeri Perlis (Pindaan) 2022. Bacaan kali pertama.

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Yang Berhormat Tuan Speaker, menurut proviso kepada peruntukan Peraturan 56 Dewan, saya mohon kebenaran untuk membaca Rang Undang-Undang ini bagi kali kedua pada hari ini juga.

Speaker

Yang Amat Berhormat dibenarkan.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Negeri Perlis (Pindaan) 2022. Bacaan kali kedua.

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang yang bernama “Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis 1950”. Adapun tujuan Rang Undang-Undang ini ialah untuk meminda nama Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis kepada Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Negeri Perlis dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya bagi menepati maksud perjalanan semasa Kumpulan Wang, kedua, Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan. Ketiga, Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 1 Enakmen 19 dengan menukar nama Enakmen berdasarkan nama baharu Kumpulan Wang. Keempat, Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Enakmen 19 dengan meminda takrif “Lembaga” dan “Kumpulan Wang” kepada merujuk nama Kumpulan Wang yang baharu. Kelima, Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 3 Enakmen 19 dengan meminda nama “Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis” kepada “Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Negeri Perlis”. Ini memandangkan bantuan pendidikan yang diberikan tidak terhad kepada bentuk biasiswa tetapi juga termasuk pinjaman. Keenam, Fasal 5, 6 dan 7 masing-masing memperkatakan mengenai peruntukan penerusan penggunaan nama dan lain-lain perkara yang berbangkit dalam proses pertukaran nama Kumpulan Wang ini. Dengan penjelasan itu Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Negeri Perlis (Pindaan) 2022 dibuka untuk perbahasan secara dasar.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli)

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Negeri Perlis (Pindaan) 2022 dicadang untuk dibaca bagi kali kedua. Ahli-Ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-Ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali kedua sekarang.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang yang bernama “Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Perlis 1950”.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta persetujuan supaya Rang Undang-Undang ini dibawa ke dalam Jawatankuasa. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Speaker

Dewan bersidang secara Jawatankuasa. (Bentara menurunkan cokmar daripada kedudukan asalnya).

Setiausaha

Fasal 1 hingga Fasal 7 dan Tajuknya.

Pengerusi

Fasal 1 hingga Fasal 7 dan Tajuknya dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-Ahli)

Pengerusi

Fasal 1 hingga Fasal 7 dan Tajuknya menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara) Fasal 1 hingga Fasal 7 dan Tajuknya menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Negeri Perlis (Pindaan) 2022 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan. (Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Dewan bersidang semula. (Bentara meletakkan kembali cokmar ke tempat asalnya)

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Bacaan kali ketiga. Yang Berhormat Tuan Speaker, sukacita saya memaklumkan bahawa RUU Enakmen Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Negeri Perlis (Pindaan) 2022 telah pun ditimbang di dalam Jawatankuasa dan dipersetujui. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Negeri Perlis (Pindaan) 2022 dicadangkan untuk dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak bersetuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju sebulat suara)

Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Negeri Perlis (Pindaan) 2022. Maka diperbuat Undang-Undang ini oleh Dewan Undangan Negeri Perlis seperti berikut. Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Negeri Perlis (Pindaan) 2022.

Penangguhan DewanAdjournment

Setiausaha Dewan

Penangguhan Dewan.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya mempersilakan Yang Berhormat Guar Sanji untuk sedikit ucapan.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, selamat petang. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana pada petang yang mulia ini dapat sama-sama kita berada di penghujung Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Persidangan Pertama, Dewan Undangan Negeri Perlis Yang Kelima Belas beberapa hari yang lalu bermula pada hari yang pertama mengangkat sumpah, hari yang kedua pembentangan bajet, hari ketiga perbahasan usul di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis dan hari ini penggulungan dan juga… mewartakan beberapa enakmen di peringkat negeri Perlis. Dan Alhamdulillah harapan kami daripada barisan Ahli Dewan Undangan Negeri ialah supaya Kerajaan Negeri Perlis perlu berusaha memastikan rentak pembangunan yang progresif tidak terganggu dan tiada rakyat yang tercicir dalam penerimaan ataupun pelaksanaan pembangunan negeri. Dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa kerajaan perlu merangka dan juga membuat satu pelan dan strategi yang berterusan yang lebih bersinergi dengan tumpuan kepada peranan sektor swasta sebagai jentera pertumbuhan ekonomi tanpa mengenetepikan kebajikan dan kemaslahatan rakyat Negeri Perlis ini, insya-Allah. Jadi kami menaruh harapan dengan gemblengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perlis dan juga Yang Berhormat Datuk Seri SUK dibantu dengan Yang Berhormat Penasihat Undang-undang dan juga Perbendaharaan Negeri untuk memberi perkhidmatan dan juga bantuan dengan kemahiran juga pengalaman mereka bersama-sama dengan pegawai-pegawai dan ketua-ketua agensi di seluruh negeri Perlis untuk membangunkan negeri Perlis dan juga membuat pembaharuan Perlis baharu dalam PRU yang ke-15 ini, dan apa yang saya lihat daripada suasana yang berlaku dalam dua tiga hari sepanjang sidang DUN ini, kita lihat begitu harmoni, kita melihat kemesraan yang lebih di kalangan Ahli Dewan Undangan dan juga ketua-ketua jabatan serta kakitangan pentadbiran kerajaan SUK ini, dan kita harap keharmonian ini dapat kita teruskan untuk kita melancarkan segala program-program untuk pembangunan dan juga kemaslahatan serta kemakmuran rakyat di Negeri Perlis ini, insya-Allah. Jadi di akhir ataupun di hujung ucapan saya ini, saya nak merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Speaker kerana telah berjaya mengendali mesyuarat kita pada kali ini dan juga kepada barisan Yang Berhormat Menteri Besar sendiri, EXCO semua yang terlibat khususnya juga kepada Setiausaha Dewan yang telah pun melengkapkan, memudahkan proses mesyuarat kita pada kali ini, insya-Allah dan juga saya nak mengambil kesempatan ini merakamkan takziah kepada seluruh mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali dan juga kepada sahabat-sahabat kita mangsa banjir di Negeri Kelantan dan Terengganu pada ketika ini. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wa Ta'ala ganti dan beri yang lebih baik kepada mereka di pada masa yang akan datang insya-Allah. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Guar Sanji. Ahli-Ahli Yang Berhormat, di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat ada dikemukakan kad pengenalan YB-YB sebagai anggota pentadbiran dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Di bahagian belakang kad tersebut terdapat kod QR di mana apabila diimbas, Ahli-ahli Yang Berhormat dapat mengakses surat pengesahan kemudahan rawatan (GL) melalui sistem eDUN yang dibangunkan oleh Bahagian Dewan Undangan Negeri dan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat. Jadi jika Ahli-Ahli Yang Berhormat ingin mendapatkan rawatan di hospital kerajaan tidak perlu lagi tunggu surat GL daripada pejabat DUN boleh terus cetak GL melalui imbas kod QR tersebut, walau bagaimanapun buat masa sekarang sistem edun tersebut masih lagi kosong dan surat GL masing-masing akan wujud apabila maklumat peribadi YB-YB dimasukkan dalam sistem dalam masa yang terdekat. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, semua Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, kepada Penasihat Undang-Undang yang tidak bersama dengan kita, kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, kepada semua ketua-ketua jabatan, wakil-wakil jabatan, pengarah-pengarah jabatan semualah yang terlibat hadir daripada sidang hari pertama sehinggalah pada hari ini tolong bersama-sama untuk mendengar perbahasan Ahli-ahli Dewan dan jawapan daripada Exco-Exco kerajaan, dan saya doakan mudah-mudahan pertemuan kita semua akan diberkati dan mendapat keampunan keredhaan daripada Allah Subhanahu Wa Taa`la. Dan sekali lagi saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih saya kepada Setiausaha Dewan dan kakitangan Dewan Undangan Negeri Perlis yang telah membantu saya dan untuk melicinkan mesyuarat kita selama tiga hari berjalan dengan lancar dan sebaiknya dan insya-Allah kita jumpa lagi dan kita akan bersidang pada satu masa yang akan ditentukan tarikhnya kelak. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

(Persidangan ditangguhkan pada jam 4.00 petang)