Perlis · 16 March 2023

15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 169 turns · 23,987 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerlis publishes one PDF per sitting day, but nothing after 9 Aug 2023 although the assembly has kept sitting. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sila duduk. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dewan mula bersidang.

Doa

Penolong Setiausaha Dewan

Doa.

(Bacaan doa oleh Penolong Setiausaha Dewan)

Pemasyhuran daripada Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis

Setiausaha Dewan

Pemasyhuran oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri.

Speaker

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Yang Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Datuk Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli… Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pemerhati dan semua yang hadir pada hari ini. Alhamdulillah, pertamanya saya nak sentuh sikit tentang ketua-ketua jabatan yang dijemput untuk hadir… yang tak menghadir lah, jadi saya minta supaya benda ni diambil tanggungjawab semua lah. Berhubung aturan mesyuarat kita pada hari ini, urusan mesyuarat Dewan selepas ini akan diteruskan dengan sesi soal jawab lisan berdasarkan turutan soalan seperti yang terkandung di dalam buku Perintah Mesyuarat Dewan. Seperti mana yang telah dimaklumkan kelmarin, soalan-soalan yang berkaitan dengan portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Pelancongan, Kebajikan dan Bantuan Bencana; dan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan dijawab secara bertulis. Saya akan cuba untuk memperuntukkan tempoh masa supaya semua soalan dapat dijawab secara lisan tetapi jawapannya akan dikemukakan kemudian secara bertulis oleh pihak Kerajaan. Setelah itu, Dewan akan berehat sebentar dan apabila disambung semula, usul Menjunjung Kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis akan dibuka semula bagi membolehkan pihak kerajaan memberi maklumbalas dan seterusnya menggulung perbahasan. Kesemua urusan mesyuarat pada kali ini akan diselesaikan pada hari… hari ini juga dan setelah itu Dewan akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sekian, terima kasih.

Soalan-Soalan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Soalan-soalan lisan.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan saya, nombor 1.

(Soalan 1 : Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk melahirkan lebih ramai modal insan berkualiti khususnya dalam bidang pendidikan?)

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Guar Sanji. Bidang pendidikan merupakan salah satu perkara keutamaan Kerajaan Negeri dalam membina generasi baru melalui penyaluran sumbangan pelaksanaan program bagi memenuhi matlamat Pembangunan Lestari melalui pendidikan berkualiti selain memberikan latihan kemahiran dan penempatan pekerjaan yang produktif. Kerajaan Negeri melalui MAIPs dalam bidang pendidikan adalah seperti berikut : (i) Skim Bantuan Persekolahan Rendah / Menengah; (ii) Skim Agihan Pelajaran Serta Merta IPT; (iii) Skim Zakat… Agihan Zakat Pelajaran Dermasiswa Luar Negara; (iv) Program Latihan Kemahiran dan Penempatan Pekerjaan Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM); (v) Pelaksanaan Kursi Jamalullail MAIPs - UIAM - UIM; (ix) Pelaksanaan Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE). Selain itu, Program Modal Insan Berteraskan Rakyat di bawah kelolaan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), juga telah memberi manfaat kepada 13,096 penerima manfaat sejak 2019 sehingga Disember 2022. Dan 5,566 penerima manfaat bagi Januari - Disember… hingga Disember 2022 di negeri Perlis selaras dengan Pelan Pemulihan Nasional. Kerajaan Negeri turut menyalurkan peruntukan bagi pelaksanaan program CSR 09 Excellence Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPN) sebagai program pecutan akhir SPM kepada murid-murid cemerlang STEM A di seluruh negeri Perlis. Jabatan Pendidikan Negeri juga mewujudkan beberapa sektor bagi membangunkan modal insan. Pertama, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), kedua, Sektor Pendidikan Islam (SPI) melaksanakan program yang bertujuan untuk meningkatkan amalan berdasarkan Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah di samping meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar. Contohnya, Kem Pemantapan Aqidah (KEMPAK), Qiyadi Junior Sekolah-Sekolah (Q-JuSS), Kem Jati Diri (KEMJATI), Kem Insan Cemerlang (KIC), Nadwah Kepemimpinan Islam (NKI). Yang ketiga, Sektor Pendidikan Khas (SPK) melaksanakan program yang memberi peluang untuk murid berkeperluan pendidikan khas antara program tersebut, program kebolehpasaran dan jaringan dengan agensi luar dalam melatih pelajar ke bidang pekerjaan seperti Giat Mara dan juga Kolej Komuniti. Kedua, program transisi untuk pelajar MP… MBPK dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan keluar bekerja setelah tamat belajar. Sekian.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Soalan tambahan Yang Berhormat Tuan Speker. Terima kasih Yang Berhormat Santan diatas penjelasan berkaitan dengan perancangan Kerajaan Negeri untuk melahirkan lebih ramai modal insan, khususnya dalam bidang pendidikan. Cuma… saya ingin bertanya kaitan dengan apakah perancangan ataupun langkah Kerajaan untuk bekerjasama dengan kolej-kolej berkemahiran ini yang menawarkan kursus kemahiran inti untuk pengambilan ataupun kemasukan mereka. Sebagai contoh… Kolej Vokasional, Kolej Komuniti yang menawarkan kemahiran kepada pelajar- pelajar yang tercicir ataupun yang tidak ada potensi dalam pelajaran ini untuk kita masukkan mereka ke dalam institusi tersebut. Kalau kita lihat hari ini, ramai pelajar yang tidak dapat mengikuti kursus tersebut. Kelmarin, saya ada buat lawatan ke Kolej Komuniti untuk pengambilan tahun 2022 ni bagi Januari… 2023 ni hanya 10 orang. Jadi, apakah langkah Kerajaan untuk bersama-sama memberi kefahaman agar pelajar-pelajar kita ni mereka juga turut bersama dalam mendidik dan juga menambah kemahiran yang akan diberikan oleh pihak Kerajaan. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Speker, terima kasih Guar Sanji di atas soalan tambahan yang diajukan. Pertamanya, pihak Kerajaan akan berbincang dengan pihak yang berkenaan, untuk mengambil langkah-langkah seperti yang dicadangkan oleh Guar Sanji tadi. Yang pertamanya, mungkin kita war-warkan kepada sekolah… pelajar Sekolah Menengah, Kolej Komuniti ataupun kolej-kolej yang kemahiran lah… pergi ke Sekolah Menengah war-warkan ataupun adakan sesi dialog untuk memberi penerangan kepada pelajar-pelajar. Lepas tu yang kedua, hebahan-hebahan melalui radio, melalui… media dan seumpamanya dan yang ketiganya mungkin iklan kita paparkan di tempat-tempat di sekitar Perlis lah untuk tindakan tersebut. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Soalan tambahan… Tuan Speaker, soalan tambahan.

Speaker

Lepas Indera Kayangan, Beseri pula ya.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Bagaimana pihak Kerajaan Negeri untuk menangani pelajar-pelajar tercicir khususnya mereka yang tidak hadir ke sekolah dan saya telah mengadakan sesi dialog bersama ibu bapa dan juga anak pada… awal minggu ini dan saya dapati bukan… sebenarnya bukan para pelajar atau murid… murid-murid yang menghadapi masalah padahal, ibu bapa juga perlu memainkan peranan yang penting, adakala mereka tidak tahu tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah. So, saya nak tahu bagaimana Kerajaan Negeri ambil inisiatif yang lebih aktif dan proaktif untuk membantu golongan ibu bapa yang… tidak… yang kurang mengambil berat tentang persekolahan anak-anak mereka. Terima kasih.

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Indera Kayangan, saya akan jawab masa penggulungan. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Speaker

Dipersilakan… dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.

Satu… Yang Berhormat Speaker, satu.

Tuan Abu Bakar bin HamzahBERSATU · PNKuala Perlis

Yang Berhormat Speaker, soalan nombor 2.

(Soalan 2 : Pencerobohan nelayan asing ke perairan Perlis sering berlaku terutamanya nelayan dari negara jiran, Thailand. Pencerobohan bot nelayan tempatan dari negeri jiran Kedah juga berlaku setiap masa. Mereka membuat tangkapan siput retak seribu di perairan negeri Perlis sedangkan kawasan pengairan negeri Perlis adalah kawasan larangan. Apakah langkah Kerajaan untuk mengatasi permasalahan ini?)

Tuan Haji Razali bin SaadPAS · PNSimpang Empat

Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih pada Kuala Perlis. Sepanjang tahun 2022, Zon Maritim Kuala Perlis (ZMKP) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah berjaya membuat 47 tangkapan di bawah Akta Perikanan 1985 yang melibatkan sebanyak 25 tangkapan bot siput yang terdiri daripada 10 kes Bot Nelayan Tempatan (BNT) Kelas A (Kuala Kedah) dan 15 kes melibatkan sampan tradisional siput (Kuala Perlis) dan lain-lain kesalahan di perairan Perlis. Manakala, bagi jumlah individu yang ditahan dan didakwa oleh APMM daripada penahanan bot siput pada tahun ini adalah seramai 67 orang warganegara Malaysia. 41 daripadanya adalah daripada pencerobohan BNT kelas A (Kuala Kedah). Bagi kes pencerobohan Bot Nelayan Asing (BNA) pada tahun ini terdapat 4 kes di bawah kesalahan Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 yang membawa kepada penahanan 8 individu warganegara Thailand. APMM terus komited untuk membendung isu ini melalui tindakan seperti berikut, satu, melaksanakan rondaan operasi (Op Aman) di perairan Negeri Perlis bagi memastikan komuniti maritim terutamanya bot nelayan tempatan selamat serta mematuhi undang-undang yang berkaitan di Zon Maritim Malaysia. Ini adalah bagi mencegah jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan kontraban dan juga kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI). Pelaksanaan hukuman yang lebih berat dikenakan kepada pesalah dan yang ketiganya penerangan daripada Jabatan yang berkaitan mengenai isu-isu perlesenan khususnya melibatkan aktiviti pengambilan siput kepada komuniti nelayan bagi mengelak salah faham di antara komuniti nelayan serta menjamin ekosistem hidupan laut terjaga. Sekian, terima kasih.

Tuan Abu Bakar bin HamzahBERSATU · PNKuala Perlis

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Simpang Empat. Saya amat bersetuju dengan langkah- langkah yang dibuat oleh Kerajaan. Cuma, apakah langkah Kerajaan untuk mengatasi masalah pencerobohan, masalah nelayan kita, apa nama ni… membuat kerja-kerja penangkapan ikan ataupun lain-lain daripada tu di kawasan-kawasan yang tak dapat kita bagi kebenaran. Cuma, langkah Kerajaan perlu dikemaskan lagi… jadi langkah yang… maksud saya, contohnya di perairan pantai kita, pantai Perlis perlu diletakkan ataupun dia bagi pengusaha-pengusaha kerang ataupun untuk menjaga pantai, dengan adanya pengusaha-pengusaha kerang di perairan tepi pantai ini maka perkara-perkara nak mengelakkan daripada pencerobohan ni dapat diatasi segera. Jadi saya amat bersetuju dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat ADUN Simpang Empat, Exco Pertanian. Terima kasih.

Tuan Haji Razali bin SaadPAS · PNSimpang Empat

Terima kasih YB Kuala… yang… dengan soalan tambahan. Jadi untuk… mencegah pencerobohan ni, pihak penguatkuasaan akan meningkatkan rondaan-rondaan, insha-Allah dengan adanya perikanan dan juga… bagi pengusahakan kerang, kita dah… sedang mencari langkah-langkah mencadangkan supaya… peliharaan kerang ni ataupun kutipan kerang ni akan dilaksanakan tapi dalam proses kita mencari jalan dengan pihak Persatuan-Persatuan Nelayan kita akan berbincang dengan mereka. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Chuping.

Tuan Haji Saad bin SemanPAS · PNChuping

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 3.

(Soalan 3 : Apakah peranan Perlis Comm Sdn Bhd dalam memastikan kelancaran sistem telekomunikasi di negeri Perlis?)

Terima kasih Chuping, Yang Berhormat Speaker. Untuk makluman, Perlis Comm Sdn. Bhd. atau PCSB telah ditubuhkan melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 3 Ogos 2005 yang bertujuan sebagai syarikat Sokongan Kerajaan Negeri atau State Backed Company (SBC) dan dipertanggungjawab sebagai penyedia infrastruktur menara telekomunikasi di negeri Perlis. Kemudiannya, PCSB akan di… menyewakan menara tersebut kepada syarikat telekomunikasi yang menawarkan perkhidmatan rangkaian perkhidmatan telefon dan internet kepada pelanggan. Penubuhan syarikat SBC ini dilaksanakan di bawah kerjasama strategik di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan rangkaian infrastruktur menara telekomunikasi dengan matlamat meningkatkan kadar capaian tertinggi kepada perkhidmatan kesalinghubungan internet jalur lebar berkelajuan tinggi yang dipacu oleh teknologi telekomunikasi. Sejak beroperasi pada tahun 2007, PCSB telah membina dan menyewakan sebanyak 64 menara telekomunikasi kepada syarikat telekomunas… telekomunikasi yang beroperasi di negeri Perlis. Sejak penghujung tahun 2022, PCSB sedang giat menguruskan tempahan membina sejumlah 24 lagi menara baharu bagi syarikat Maxis, DiGi dan Celcom… Celcom. Jumlah ini akan meningkatkan bilangan menara telekomunikasi yang dibina oleh PCSB pada… kepada 89 unit menjelang tahun 2024. Pertambahan menara ini diunjurkan akan… akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri Perlis untuk menikmati capaian perkhidmatan internet jalur lebar berkelajuan tinggi di semua lokasi terbabit melalui peranti mudah-alih. Secara langsung, ianya akan berupaya merapatkan lagi jurang digital di antara penduduk bandar dengan penduduk luar bandar di negeri ini. Berdasarkan Laporan Pelaksanaan JENDELA pada tahun 2022, capaian perkhidmatan internet jalur lebar berkelajuan tinggi di Negeri Perlis telahpun meningkat kepada 99.85% iaitu setanding dengan kadar capaian negeri-negeri yang maju. Ketika ini, sebagai… sebagai SBC negeri, PCSB sedang bekerjasama dengan syarikat Digital Internasional… Nasional Bhd. (DNB) untuk melaksanakan Pelan Roll-Out rangkaian perkhidmatan telekomunikasi 5G… 5G atau 5G di seluruh negeri Perlis… Perlis. Ini… ini melibatkan 59 unit menara sedia ada dan menara baharu yang akan dibina oleh PCSB bagi kegunaan DNB. Projek naik taraf 59 unit menara sedia ada dan pembinaan menara baru dijangka selesai menjelang penghujung tahun 2024. Dijangka kadar capaian internet 5G di negeri Perlis pada penghujung 2024 akan mencecah 80%. Dengan peralihan teknologi 5G ini, Kerajaan Negeri yakin ianya akan membantu banyak pihak dalam menjayakan Pelan Digital Perlis (PDP) 2021-2030 dan memberi limpahan yang positif kepada semua. Terima kasih.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Soalan tambahan Yang Berhormat Tuan Speaker, boleh kot na… Okay, terima kasih kepada Yang Berhormat Pauh di atas penjelasan berkaitan dengan Perlis Comm Sdn. Bhd. ni. Jadi kalau kita tengok, penambahan sebagaimana laporan yang dibuat oleh Yang Berhormat memang nampak cantik, memang nampak clear, very clear. Makna capaian internet dan juga telekomunikasi kita ni lebih baik. Dengan akan berlaku penambahan sebanyak 84 unit pada tahun 2023, kalau tak salah saya. Tetapi, hakikatnya yang berlaku hari ini dari pencawang yang ada 64 hari ini, telekomunikasi ataupun line internet, telefon… termasuk telefon begitu teruk. Waktu kita bercakap ni boleh terputus daripada hujung tahun lepas sehinggalah hari ini. Jadi apa masalah kita pun tak faham, tak tau pun apa masalahnya. Waktu kita duk di pekan, antaranya macam saya sebut kan… telco macam Umobile, tak ada liputan, bar tu dua, satu… dalam pekan. Jadi apa masalahnya sebenar ni? Adakah pencawang? Ataupun apa masalah… ini sebab kita hadapi semua… kan? Jadi saya nak tanya, apakah masalahnya dan apakah langkah untuk mengatasi secantik yang kita laporkan di dalam Dewan ini. Terima kasih.

Terima kasih Guar Sanji. Sepertimana yang sedia maklum, kita ada MCMC yang boleh… kita buat laporan tentang tem… mungkin tempat-tempat yang tidak dapat apa… apa… apa… service tersebut. Walau macam mana pun kan, dalam penggulungan nanti saya akan menjurus kepada jawapan yang telah dipertanya tadi. Terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Beseri.

Yang Berhormat Speaker… Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 5.

(Soalan 5 : Apakah usaha Kerajaan Negeri Perlis untuk menjadikan negeri ini berstatus “Negeri Berteknologi Hijau”?)

Speaker

EXCO jawab.

Minta maaf bos. Dia soalan tu bila jarang-jarang, bila dia mai kerap tu dia jadi terlupa. Sorry. Yang Berhormat Speaker, Dasar Strategik Pelaksanaan atau DSP 11.3 di dalam Rancangan Struktur… Struktur Negeri Perlis (RSN) 2030 memberi fokus kepada memelihara dan memulihara persekitaran secara mampan dengan penerapan teknologi hijau di dalam pembangunan. Ini merupakan asas atau polisi Kerajaan… polisi Kerajaan Negeri dalam menjadikan Perlis negeri berteknologi hijau. Tujuan utama ke arah Negeri Berteknologi Hijau adalah bagi mengurang… bagi pengurangan karbon dan mitigasi perubahan iklim sepertimana hasrat Kerajaan Persekutuan yang dibentangkan dalam Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 10 November 2021… 2021. Dalam hubungan ini, Kerajaan Negeri tidak ketinggalan untuk bersama-sama ke arah menjayakan Negeri Berteknologi Hijau melalui usaha-usaha yang dilaksanakan seperti berikut. Pertama, Projek Inisiatif Bandar Rendah Karbon. Bandar rendah karbon adalah bandar yang mana masyarakatnya menggunakan teknologi hijau dan mengeluarkan karbon rendah untuk mengelakkan kesan ke atas perubahan iklim melalui sumber… penggunaan sumber efisien dan mengurangkan pembaziran. Dalam hubungan ini, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Kangar (MPK) telah mengemukakan permohonan projek-projek kecil inisiatif bandar rendah karbon kepada Kerajaan Persekutuan melalui Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon (GeRAK) di… di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Melalui permohonan geran ini, tiga (3) cadangan skop projek yang merangkumi pemasangan Sistem Penuaian Air… Air Hujan (SPAH), pemasangan atau penukaran lampu dalam bangunan dan lampu jalan sedia ada jenis HPV kepada lampu cekap tenaga (LED), dan penanaman tumbuhan hijau di sekitar kawasan pas… kawasan Pasar Sena. Output projek bagi pemasangan SPAH dijangka akan dapat mengurangkan pelepasan karbon setahun sebanyak 1,300 kilogram. Manakala bagi pemasangan lampu LED secara langsung akan dapat mengurang pelepasan karbon setahun sebanyak 18,000 kilogram, dan penanaman pokok-pokok berusia lima (5) tahun ke atas dapat mengurangkan pelepasan karbon setahun sebanyak 0.8 kilogram. Selain itu, pemakaian SPAH telah diwartakan melalui pewarta… pewartaan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Pindaan) 2012 seperti yang telah dibentangkan dalam Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan Ke-65 yang bersidang pada 21 Mac 2012 melalui pewartaan Jilid 56. No. 2 pada 17 Januari 2013… 2013. Sehubungan itu, pemakaian elemen SPAH adalah dikuatkuasa melalui permohonan Kebenaran Merancang yang dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Kangar. Yang kedua, Kempen Penanaman Pokok Negeri Perlis. Kempen ini telah digiatkan bermula sejak tahun 2022 sehingga kini. Sehingga kini, lebih daripada 5,700 pokok telah ditanam oleh pelbagai jabatan dan agensi di seluruh negeri dalam menyokong pembangunan hijau. Jumlah ini akan… tidak termasuk dengan pokok-pokok yang ditanam secara individu. Yang ketiganya, Pemasangan Lampu ‘Smart Instant Lantern’, pada tahun 2022, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM430,000.00… aaa… ringgit lah sebut dah kan? RM430, bagi mema… pemasangan lampu jenis ‘smart lantern’ iaitu LED ke arah penjimatan tenaga dan pengurangan pelepasan karbon di beberapa batang jalan utama di negeri ini. Pemasangan lampu jenis ‘smart lantern’ LED ini selain dapat mengurangkan pelepasan karbon, ia juga memberi pencahaya… pencahayaan yang lebih baik dan ceria di jalan berkenaan. Yang keempatnya, Pemasangan Lampu Solar. Kerajaan Negeri juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000.00 bagi pemasangan lampu solar di Dataran Kurong… Kurong Tengar di bawah Bajet Pembangunan Tahun 2023 yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Di samping itu, inisiatif lain bagi menyambut baik ke arah Negeri Berteknologi Hijau adalah melalui Kempen Hari Sabtu dan Ahad Tanpa Beg Plastik, Sambutan Hari Alam Sekitar… melalui Pusat Serahan Kitar Semula… Secara Pandu Laju dan lain-lain program kitar semula di peringkat komuniti, sekolah dan institusi keagamaan. Walaupun, projek ini ke arah bandar rendah karbon… ini diadakan pada skala yang kecil, komitmen-komitmen ini adalah langkah-langkah tindakan oleh Kerajaan Negeri ini menunjukkan Negeri Perlis bersedia menjadi Negeri Berteknologi Hijau… Negeri Berteknologi Hijau. Dalam merealisasikan Negeri Berteknologi Hijau, kesedaran dan kefahaman mengenai penggunaan teknologi hijau di dalam kehidupan seharian masyarakat negeri ini juga harus dipertingkatkan agar ianya didokong bersama oleh semua. Terima kasih.

Soalan tambahan, terima kasih kepada YB Pauh yang memberi jawapan berkaitan Negeri Berteknologi Hijau. Ada dua perkara yang saya nampak tidak tercatat di dalam jawapan tersebut berkaitan dengan Negeri Berteknologi Hijau. Yang pertamanya berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal atau recycling… kita punya recycling method kita, dengan izin. Bagaimana kita… soalan saya, apakah usaha Kerajaan untuk memastikan pengurusan sisa pepejal (recycling method) kita ni berimpak tinggi. Bukan sahaja kita meletakkan tong dan kita tunggu orang pi… pi letak. Sebab recycling ni satu benda yang sangat menarik, kita boleh manfaatkan dan menjadikan ia berimpak tinggi. Kemudian yang keduanya, cadangan saya lah berkaitan… mungkin YB EXCO boleh bawa kepada pihak federal berkaitan dengan had umur penggunaan kereta. Jika kita lihat di jalan raya, kadang-kadang umur kereta tu dah dekat 30 tahun… 20 tahun lebih masih berjalan dengan 40 km/j dalam keadaan bergoyang-goyang kan. Dan ini menyebabkan, dengan izin, carbon emission yang sangat tinggi. Apabila kereta tu semakin lama, maka carbon emission tu, dengan izin semakin tinggi… penggunaan karbon tu semakin tinggi. Jadi mungkin… apakah usaha supaya Kerajaan Negeri boleh bawa benda ni ke peringkat federal untuk dilihat? Sekian, terima kasih.

Terima kasih Beseri. Cadangan dan pandangan yang telah diberi pada 2… pernyataan yang telah diberi tadi saya akan ambil tindakan, saya akan ambil apa… akan bawa ke pengetahuan peringkat atas untuk cadangan tersebut, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kayang... dipersilakan Tambun Tulang. Maaf, Tambun Tulang.

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Speaker tak suka saya ka? Baik, terima kasih YB Speaker. Soalan saya nombor 6. Terima kasih.

(Soalan 6 : Bagi sukan-sukan yang melibatkan atlet pekak dan bisu, apakah ada perancangan Kerajaan Negeri untuk membantu atlet-atlet ini, terutamanya dalam soal kebajikan mereka yang dilihat agak daif terutama bagi atlet-atlet yang sedang menjalankan persiapan untuk ke temasya sukan Olimpik?)

Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Atlet pekak dan bisu, dari segi fizikal adalah sama dengan atlet normal dan keupayaan. Bersaing adalah sama dengan orang normal. Pada asalnya atlet pekak dan bisu berada di bawah pengurusan Jabatan Belia dan Sukan

Negeri… Negara, tapi pada tahun 2013, Persatuan Pekak Malaysia telah memohon agar acara mereka dikeluarkan dari pertandingan Para SUKMA, dan mengadakan kejohanan sendiri iaitu SOPMA (Sukan Orang Pekak Malaysia) seperti yang dimohon. Mereka ingin bergerak sendiri di bawah Persatuan Pekak Malaysia / Negeri tanpa melalui KBS dan juga MSN. Dalam perkara berkaitan, program sukan melibatkan penyertaan atlet para iaitu atlet kurang upaya ke Sukan Paralimpik, Sukan Para Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Para ASEAN adalah program di peringkat kebangsaan. Majlis Sukan Negara dan Majlis Paralimpik Malaysia adalah pihak yang bertanggungjawab. Namun begitu, Kerajaan Negeri tidak sesekali mengabaikan aspek kebajikan lain kepada atlet-atlet para negeri ini. Kerajaan Negeri telah menyediakan fasiliti sukan untuk membolehkan atlet negeri ini menjalani latihan secara kondusif dan ianya boleh dimanfaatkan oleh semua atlet termasuklah atlet para negeri ini. Para… pada masa ini, atlet-atlet para negeri ini turut menjalani latihan bersama atlet normal terutamanya bagi sukan olahraga, boling padang atau lain-lain jenis sukan. Selain itu, aspek kebajikan berhubung dengan pemberian insentif kemenangan merupakan komitmen Kerajaan Negeri kepada semua atlet negeri termasuklah atlet para yang cemerlang sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa. Untuk makluman, Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah memutuskan sejumlah RM80,500.00 kepada atlet para negeri ini yang cemerlang semasa Temasya Para SUKMA 2022 yang lalu. Kecemerlangan atlet para kebangsaan kelahiran negeri Perlis, Yang Berbahagia Datuk Abdul Latif Romly juga diberi perhatian sewajarnya apabila beliau telah berjaya membawa pulang pingat Emas dalam dua edisi Sukan Paralimpik. Kerajaan Negeri telah menyalurkan insentif kemenangan tambahan berjumlah RM150,000.00 di atas kejayaan tersebut pada tahun 2021 dan sekali lagi telah menerima insentif berjumlah RM3,000.00 pada Disember 2022 apabila cemerlang membawa pulang pingat Emas di Temasya Sukan Para ASEAN Solo 2022. Terima kasih.

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Soalan tambahan. Aaa… terima kasih atas jawapan daripada YB Santan. Cuma saya nak… minta kalau boleh… sebab apa saya ada bertemu dengan… dengan… jurulatih yang mana membawa atlet-atlet yang pekak dan bisu ini. Jadi… apa yang disuarakan kepada saya ialah daripada sudut kebajikannya mungkin benar di atas kertas 86,000 dan sebagainya namun apa yang menarik perhatian saya ialah… untuk pertandingan yang lepas, baru-baru ini ada satu pertandingan, dia orang ni sampai jersi pun tak dak. Baju dengan jers… apa ni, baju sut pun tak dak… satu sut pun tak dak. Jadi saya mohon kalau boleh pihak Kerajaan Negeri untuk ambil berat sedikit berkenaan ini ataupun mungkin boleh check lah the fact either it’s right or not, dengan izin. So… itu ja, terima kasih.

Yang Berhormat Speaker, saya ambil maklum perkara tersebut dan saya akan berjumpa dengan pihak yang berkenaan lah.

Speaker

Persilakan Yang Berhormat Kayang.

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera. Burung merpati burung puyuh, soalan saya nombor 7.

(Soalan 7 : Bagaimanakah strategi dan perancangan Kerajaan bagi menjadikan pandangan dan idea rakyat menjadi sebahagian daripada kerangka membangunkan negeri, dengan maksud bukan sekadar idea yang lahir dari bilik mesyuarat kita semata?)

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Kayang. Burung wak-wak burung puyuh, hari ini soalan untuk saya tak jujuh. Jawab balik pantun. Yang Berhormat Speaker, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan mengambilkira pandangan dan idea rakyat dalam merangka perancangan pembangunan negeri. Sebagai contoh dalam membangunkan sesebuah kawasan dalam Rancangan Kawasan Khas (RKK), Kerajaan Negeri akan mengadakan Program Publisiti dan Penyertaan Awam bersama rakyat. Setiap pandangan rakyat akan diambilkira dalam merangka cadangan pembangunan yang bagi kawasan tersebut. Selain itu, Kerajaan Negeri menerusi Bahagian Pentadbiran Daerah juga sentiasa menerima permohonan, aduan dan cadangan daripada pelbagai lapisan rakyat seperti individu, wakil komuniti, persatuan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) hinggalah ke Wakil Rakyat. Kebanyakan aduan dan cadangan yang diterima berkisar kepada isu pembangunan kawasan luar bandar. Setiap permohonan, aduan dan cadangan yang diterima akan diteliti dan sesiat… siasatan tapak akan dilakukan dengan terperinci agar cadangan dan idea pembangunan sesuatu kawasan itu selaras dengan agenda-agenda dan pelan strategik Kerajaan Negeri yang telah direncana seperti Pelan Strategik Pembangunan Perlis 2012-2030, Rancangan Struktur Negeri 2030, Pelan Digital Perlis 2021-2035 dan pelan-pelan pembangunan sedia ada di negeri Perlis. Kerajaan Negeri juga sentiasa mengadakan sesi libat urus bersama jabatan atau agensi bagi memastikan segala permasalahan isu yang dibangkitkan oleh rakyat diambilkira dalam perancangan pembangunan jabatan ataupun agensi. Bagi memastikan cadangan pembangunan yang diusulkan oleh jabatan atau agensi ada dalam viable, pihak Pengurusan Tertinggi Negeri akan melaksanakan lawatan turun padang atau pemantauan bagi melihat sendiri keperluan setiap cadangan pembangunan projek ataupun program yang diusulkan. Platform Aduan Integriti dan Aduan Awam juga turut disediakan bagi membolehkan rakyat mengemukakan aduan melalui email di [email protected] dan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA). Kaedah ini sekaligus membolehkan Kerajaan Negeri menerima kritikan yang membina dari kalangan rakyat dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan. Setiap langkah dan usaha yang dilakukan menunjukkan Kerajaan Negeri sentiasa memastikan bahawa pandangan dan idea yang dikemukakan oleh rakyat menjadi keutamaan untuk dipertimbangkan bagi dilaksanakan sekiranya tidak bercanggah dengan dasar dan peraturan yang berkuatkuasa.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya sendiri pun setakat ini tidak… ada, ada… tidak ada apa-apa masalah. Jika sekiranya ada rakyat yang datang berjumpa sendiri untuk membagi pandangan dan group Whatsapp pun banyak. Saya lebih kurang yang terlibat dengan seluruh rakyat tak kira apa-apa parti pun, lebih kurang empat, lima group sampai ada seorang sahabat dia kata, YB baca semua ka? Saya kata saya baca tapi saya tak tulis. YB boleh tahan dengan kritikan dan… apa ni… aduan yang dibuat oleh ahli-ahli group. Saya tau ada satu group tu dia melibatkan semua parti. Ada dah yang kena saman sampai berjuta-juta ringgit disebab komen-komen yang… tidak menentu, tapi saya tak pernah koyak pun apabila dikomen yang berbagai-bagai sebab saya dok lihat ahli-ahli group yang… aktif dalam group tersebut daripada selepas subuh sampai ke dinihari, empat lima orang tu saja lah. Kalau nak koyak ni, tak larat nak koyaklah. Marah sikit-sikit tu adalah. Tapi saya rasa ahli-ahli group yang bagi komen yang berbagai-bagai ni, saya pun tak tau anak isteri dia makan apa. Sebab saya tengok dia… whatsapp group dia tu dia aktif daripada subuh tu sampai ke pukui dua, pukui satu. Kita jaga malam tengok dia dok menulis lagi. Jadi saya nasihatkan, jika sekiranya ada apa-apa cadangan, ada apa-apa pandangan untuk diajukan kepada Kerajaan Negeri boleh direct berjumpa dengan kami lah, wakil-wakil rakyat ni, tak payah duduk balun dalam group whatsapp apa semua. Jadi, bila ada dikalangan ahli group tu yang saman sampai 10 juta, lepas tu dia… dia mai pula jumpa kita. Saya ni kena saman 10 juta, kata dok… duduk aktif sangat dalam group whatsapp. Jadi boleh, insha-Allah, kita terbuka sebenarnya menerima apa-apa pandangan. Selain daripada tu, e-mel yang ada ni pun, boleh masukkan di situ supaya kita dapat bagi perhatian sama ada boleh laksana atau tak boleh laksana, kita akan bincangkan di peringkat tertinggi lah. Wallahualam, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan… Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Soalan saya nombor 9.

(Soalan 9 : Adakah Kerajaan Negeri memiliki tabung dana pinjaman untuk anak Perlis yang berpendapatan sederhana bagi membina rumah?)

Yang Berhormat Speaker, pada masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai tabung dana pinjaman untuk tujuan pembinaan rumah. Dana pinjaman bagi tujuan pembinaan rumah boleh diperolehi daripada institusi kewangan yang ada dan juga Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) melalui program Rumah Mesra Rakyat. Dalam perkara yang berkaitan, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan bagi tujuan pembinaan rumah kepada golongan B40 yang berkeperluan melalui Pejabat YAB Menteri Besar tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan dan pelaksanaannya dilakukan oleh Bahagian Pentadbiran Daerah. Cuma nilai itu tak banyak lah sekadar 1 juta untuk tahun 2023. Dan sehingga kini sebuah unit rumah bina baru di kawasan Bintong telah pun siap dibina dan yang lain-lain permohonan masih dalam siasatan di tapak. Sekian.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Yang Berhormat… tak nampak… Bintong… amboi. Terima kasih di atas penjelasan yang diberikan berkaitan dengan tabung dana pinjaman untuk anak Perlis ini. Kita sedia maklum bahawa bukan sahaja golongan B40 yang tidak dapat mendirikan rumah, tapi pada hari ini dengan kos sara hidup yang tinggi, golongan-golongan seperti lain daripada B40 juga terlibat. Sebab itu saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya adakan satu tabung khas untuk penjawat awam juga yang tidak mampu untuk… membina rumah untuk mendirikan rumah. Sebagai contoh kalau kita tengok di negeri-negeri lain ada juga tabungan-tabungan yang dibuat oleh mereka dengan kerjasama perbankan-perbankan secara… maknanya kita buat win-win situation maknanya manfaat dia dapat diperolehi oleh penjawat awam dan juga kerajaan. Maknanya kerajaan mungkin boleh bagi sedikit potongan kepada pinjaman mereka yang… yang buat. Sebab hari ini kita sedia maklum bahawa ramai orang ada… kan, ramai orang yang tidak mampu untuk mendirikan, membangunkan, membina rumah walaupun dia bekerja dengan kerajaan ataupun makan gaji. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Guar Sanji. Kerajaan sedia untuk mengambil maklum tentang cadangan dan juga persoalan yang dibangkitkan dan sememangnya kita telah… memang mengetahuilah akan keperluan rumah di pihak ataupun dalam kelompok golongan B40 dan juga M40 itu dan insha-Allah dalam perhatian dan juga tindakan kerajaan. Sekian.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.

Tuan Abu Bakar bin HamzahBERSATU · PNKuala Perlis

Yang Berhormat Speaker, soalan saya soalan nombor 10.

(Soalan 10 : Apakah langkah atau keputusan yang dilakukan oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah perkhidmatan feri ke Langkawi yang hanya dapat beroperasi 1 trip sehari berbanding 3 atau 4 tahun dahulu di mana pengoperasian feri dapat dijalankan hampir 4 ke 5 trip sehari?)

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Assalammualaikum, Yang Berhormat Speaker. Saya pun nak pantun sikitlah. Saya dari kelmarin tak boleh… tak dak peluang langsung nak pantun, tapi dua kerat ja lah. Saiful Encik Roslan, ada pun soalan. Yang Berhormat Speaker, untuk makluman, faktor utama masalah perkhidmatan feri Kuala Perlis ke Langkawi adalah disebabkan oleh keadaan alur yang cetek… oleh fenomena pasang surut air. Perkhidmatan feri hanya selamat untuk beroperasi pada kedalaman air laut 1.6 meter dan ke atas. Sekiranya feri berlayar di bawah paras 1.6 meter, akan memberikan risiko kepada feri seperti terkandas atau perkara-perkara lain yang tidak diingini dan seterusnya memberi kesan negatif kepada penumpang. Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Laut telah dan sedang melaksanakan kerja-kerja pengerukan. Kos berjumlah RM26,578,450.00. Kerja-kerja ini dilaksana… dilaksanakan bermula 21 Februari hingga 2022 dan jangka akan selesai sepenuhnya pada bulan Mei 2023. Pada waktu tersebut, tiada halangan untuk syarikat perkhidmatan feri untuk merapat di Terminal Kuala Perlis dan dijangka operasi feri akan dapat ditambah. Untuk makluman juga, perkhidmatan feri akan ditingkatkan sempena dengan penganjuran LIMA 2023 di Langkawi. Sekian.

Tuan Abu Bakar bin HamzahBERSATU · PNKuala Perlis

Terima kasih Yang Berhormat Beseri… aaa… sorry, Yang Berhormat Titi Tinggi. Saya amat tertarik dalam isu ini berkaitan dengan feri. Jadi saya rasa dalam Dewan ni semua orang pernah pi ke Langkawi. Dulu perkhidmatan feri ini… tak kurang daripada 5 kali sehari ataupun kadang-kadang lebih… apa nama… apabila tiba musim-musim cuti. Hari ini yang menjadi masalahnya, feri boleh berjalan satu trip, dua trip. Jadi kesan daripada tu, pelancong-pelancong dah mula tak mahu mai ke Kuala Perlis… tak mahu ke Langkawi melalui Kuala Perlis. Jadi Kerajaan kena kaji balik, sebab yang saya suruh kaji ni, kita tengok projek sedut… apa nama… nak memperdalamkan muara sungai itu. Hari ini bila peringkat awal kontraktor tu dia sedut melalui… apa… dia punya ponton tu bawa pi ke tengah laut. Dia buang di tengah laut, satu. Yang kedua, selepas tu… dia mai sedut lagi… saya rasa satu kerja yang… tak berapa nak betul sikit. Yang kedua, dia sedut daripada muara tu dia tembak pi ke sebelah Pulau Ketam nu. Dia konon-konon, dia kata dia nak buat… apa nama… pulau. Nak bagi dia macam beting pasir di situ, jadi satu pembaziran. Jadi apalah kiranya kalau Kerajaan Negeri boleh merancang bersama Jabatan Pengairan, JPS, di kawasan tu, cari kawasan-kawasan yang sesuai untuk kita ambil sedut tu, tembak masuk ke situ, jadikan tambak dan sebagainya. Jadi soalan saya, soalan… apa nama ni… tambahan saya, apakah perancangan kerajaan untuk mempastikan bahawa perjalanan feri boleh beroperasi seperti sediakala dalam unt... dalam merencanakan pelancong-pelancong untuk hadir ke Langkawi melalui Kuala Perlis? Terima kasih.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Terima kasih Kuala Perlis. Berkenaan dengan feri di Terminal Kuala Perlis ni memang jadi satu tanggungjawab… satu yang saya ambil sebagai yang penting lah bagi saya. Tiap-tiap kali Mesyuarat EXCO ka mana, tiap-tiap kali saya ulang juga untuk feri ini. Satu yang kita… Kerajaan Negeri yang sedang usahakan adalah Jeti Sanglang. Salah satu alternatif yang boleh kita kurangkan untuk ganti pada kawas…

Tuan Abu Bakar bin HamzahBERSATU · PNKuala Perlis

Saya minta celahan boleh? Yang Berhormat Speaker, saya difahamkan jeti di Kuala Sanglang tu adalah jeti yang berbentuk perkhidmatan besar, contoh Roro dan sebagainya. Apakah kerajaan hari ini nak jeti di Sanglang tu dibina sekali dengan perkhidmatan Roro ataupun disekalikan dengan perkhidmatan feri? Kadang-kadang kerajaan… rakyat ni confuse, jeti di Sanglang, Alhamdulillah dengan kerjasama pihak-pihak tertentu, Yang Amat Berhormat sendiri berjaya untuk kita jadikan satu pelabuhan di Sanglang. Tapi Jeti tu sama ada operasi jeti yang sedia ada di Kuala Perlis dipindah ataupun hanya jeti yang berbentuk Roro dan sebagainya, persoalan saya. Terima kasih.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Berkenaan Kuala Perlis nanti saya serahkan soalan aaa… secara bertulislah… senang nak terang, panjang. Nanti kita bagi secara SOP yang syarat yang penuhlah, nak pakai di Kuala Perlis banyak mana, nak pakai di Sanglang tu apa dia. Senang, pakat-pakat boleh tengok, pakat-pakat boleh pilih. Okay terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Sena.

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 12.

(Soalan 12 : Sejauh ini, bagaimanakah kawalan sempadan kita dipertingkatkan dan statistik kemasukan pendatang asing ke negara kita melalui sempadan negeri Perlis secara haram adakah menurun atau meningkat?)

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Sena, terima kasih. Sidang Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Bilangan 1/2022, telah mengeluarkan Arahan Gerakan… Gerakan 1/2022 sebagai rujukan utama kepada pemakaian dan pemulihan Peraturan Kawalan Tindakan dan Perintah Tetap Operasi (SOP) kepada pasukan keselamatan. Arahan Gerakan 1/2022 menekankan bahawa aset-aset Pasukan Keselamatan akan diatur gerak secara bersepadu dan terkoordinasi supaya tindakan pencegahan dan pengusiran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan serta meliputi keseluruhan kawasan yang berpotensi sebagai laluan PATI memasuki negara. Jawatankuasa Perancang Gerakan Kebangsaan (JPGK) yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia telah membuat keputusan bahawa kawalan sempadan darat Malaysia-Thailand di Negeri Perlis dilaksanakan oleh Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia melalui Ops Wawasan. Pihak Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perlis juga senantiasa mengadakan dan mempertingkatkan jumlah operasi penguatkuasaan bagi mengekang kebanjiran PATI di negeri Perlis. Operasi yang dijalankan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia juga tidak tertakluk kepada rondaan dan pengawasan di pintu-pintu sempadan sahaja malahan turut merangkumi pemeriksaan dan kawasan-kawasan perkilangan, kawasan pembinaan, kawasan perumahan, kawasan tumpuan orang awam dan lain-lain. Selain itu, operasi-operasi lain turut dijalankan seperti OPS Sayang, OPS Sapu, OPS Mahir dan lain-lain. J… Jabatan Imigresen Perlis juga turut mengadakan OPS Bersepadu iaitu operasi yang dijalankan bersama-sama agensi lain contohnya Angkatan Tentera, PDRM, Kastam dan lain-lain dalam usaha menjalankan penguatkuasaan yang lebih mantap dan berkesan. Statistik tangkapan PATI pada tahun 2021 adalah berjumlah sebanyak 123 manakala pada tahun 2022 adalah sebanyak 334. Tidak dinafikan golongan PATI semakin meningkat disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk penglibatan oleh sindiket penyeludupan manusia namun kerajaan telah menguatkuasakan pelbagai akta baru untuk membendung golongan PATI ini. Ini dapat dilihat apabila selain melaksanakan akta-akta sedia ada, kerajaan mula menguatkuasakan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007, Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram 2001 dan lain-lain dalam usaha membendung golongan Pendatang Tanpa Izin ini. Statistik tangkapan di atas juga jelas menunjukkan peningkatan jumlah tangkapan yang menunjukkan bahawa operasi penguatkuasaan juga di… juga ditingkatkan dan usaha berterusan dilakukan agar berjaya mencapai matlamatnya dalam membanteras dan menahan PATI di negeri Perlis ini. Selain daripada itu, kerajaan juga mengumumkan pelaksanaan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia bermula 20 Janu… 27 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 untuk meregularisasikan PATI yang berada di negara ini sebagai pekerja asing yang sah yang digajikan oleh majikan yang layak tertakluk kepada syarat yang ditetapkan melalui program ini. Pati… program ini… PATI yang berhasrat untuk bekerja secara sah boleh menyertai program ini. Tambahan itu, Pasukan Gerakan Am juga turut memastikan kawalan di pagar sempadan diperketatkan bagi mengekang kemasukan PATI dengan melaksanakan operasi OPS Wawasan dan OPS Benteng. Itu sahaja jawapan saya. Cuma kadang-kadang ada di kalangan PATI ni dijadikan isteri atau suami penduduk tempatan… yang menjadi masalah kepada kerajaan selepas daripada itu. Kita harap ianya dapat dibendung sehabis baik yang boleh. Wallahualam.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Beseri.

Yang Berhormat Speaker, enaknya ketupat daun palas, soalan saya nombor 13.

(Soalan 13 : Apakah Kerajaan Negeri Perlis betul-betul serius untuk menghentikan lesen operasi premis perjudian dan loteri di negeri Perlis?)

Yang Berhormat Tuan Speaker, sepertimana yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar melalui Utusan Malaysia pada 5 Januari 2023 yang lalu, sewaktu Majlis Amanat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Bersama Penjawat Awam Negeri Perlis Tahun 2023, Kerajaan… Kerajaan Negeri memang mempunyai perancangan ke arah pelaksanaan tersebut. Ianya sedang diteliti secara mendalam dari aspek perundangan sebelum mengambil langkah untuk menghentikan lesen operasi sepenuhnya premis perjudian dan loteri di negeri ini. Sehingga kini, secara positifnya, tiada permohonan baharu yang diterima untuk kelulusan Kerajaan Negeri bagi pembukaan premis perjudian dan loteri. Perkara ini juga adalah merupakan persoalan dasar negeri yang perlu diputuskan di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terlebih dahulu. Untuk makluman juga, lesen operasi perjudian dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, manakala Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengeluarkan lesen premis perniagaan bagi tujuan menjalankan aktiviti perjudian berpandukan lesen operasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Justeru itu, walaupun pihak Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mempunyai bidang kuasa sama ada untuk mengeluarkan atau enggan mengeluarkan atau memperbaharui sesuatu lesen premis perniagaan dalam kawasannya, namun langkah untuk menghentikan operasi premis perjudian memerlukan penyelarasan bersama pihak-pihak yang terlibat, khususnya dengan Kementerian Kewangan Malaysia, supaya pelaksanaannya lebih teratur tanpa sebarang isu yang berbangkit kelak.

Speaker

Dipersilakan Tambun Tulang.

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Terima kasih YB Speaker, soalan saya nombor 14.

(Soalan 14 : Bagaimanakah persediaan bagi litar drag yang telah dijanjikan akan diadakan di Perlis melalui rakaman video di TikTok baru-baru ini?)

Yang Berhormat Tuan Speaker, cadangan awal penganjuran drag tersebut adalah menggunakan jalan utama dalam

Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA). Namun begitu, setelah lawatan tapak dan perbincangan bersama pihak yang berkaitan, acara ini tidak dapat diteruskan di kawasan tersebut atas justifikasi berikut. Yang pertama, bebanan yang berlebihan kepada jalan-jalan tersebut dikhuatiri akan mengakibatkan kerosakan kepada permukaan jalan yang masih dalam Tempoh Liabiliti Kecacatan. Yang kedua, reka bentuk dan ketebalan turapan jalan-jalan di CVIA adalah berdasarkan had laju 60 km per jam serta telah dikhususkan untuk kegunaan kenderaan berat. Yang ketiga, jalan-jalan tersebut tidak menepati kriteria aktiviti sukan permotoran. Pun begitu, Kerajaan Negeri dalam usaha untuk mengenalpasti tempat ataupun jalan baru lah. Dan kita… komitmen untuk mengadakan dan juga menganjurkan program drag ini… jalan baru yang kita… lihat, alternatif yang kedua tu jarak dia agak pendek, dia memerlukan jarak 500 meter sukan drag motor laju ni. Jadi jarak ataupun panjang jalan tersebut… jalan kedua yang kita telah pun lihat 410 meter sahaja. Jadi tidak menepati dan kita berusaha untuk menjadikan sukan drag ini di tempat asal itu dan pihak penganjur telah memberikan komitmenlah untuk menanggung kerosakan jika dibenarkan diadakan perlumbaan motorsikal ataupun drag tersebut di litar ataupun di tapak CVIA itu, pihak penganjur akan menanggung kerosakan. Jadi pihak penganjur telah hantar surat dan pihak Kerajaan Negeri, Portfolio Belia dan Sukan menyokong dan telah pun dihantar kembalilah kepada pihak CVIA untuk pertimbangan yang sewajarnyalah. Sekian.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Kayang.

Yang Berhormat Speaker, rombongan Cik Kiah naik bas, soalan saya nombor 15.

(Soalan 15 : Bilakah perancangan ke arah memastikan negeri bersih dan indah dapat direalisasikan dengan menitik beratkan kesedaran awam serta diperluaskan agensi yang menyelia kebersihan ke kawasan kampung dan pendalaman termasuk diberikan kuasa dalam mengambil tindakan pantas terhadap pesalah yang menyalahi peraturan?)

Yang Berhormat Tuan Speaker. Perancangan bagi memastikan negeri ini negeri bersih dan rakyat yang sihat telah diterjemahkan melalui rangka tindakan Pelan Strategik Agenda Perlis Bersih Sihat 2021-2025 yang telah bermula sejak tahun 2021 lagi. Melalui pelan strategik ini, 5 teras utama, 10 strategi, 44 program dan 145 aktiviti telah pun dirancang dan pelaksanaan oleh pelbagai jabatan dan agensi yang terlibat sehingga tahun 2025. Perancangan ke arah negeri bersih dan sihat ini dapat dilaksanakan melalui tiga proses fasa pelaksanaan iaitu fasa pembudayaan, fasa perkhidmatan dan pelaksanaan dan fasa penguatkuasaan mengikut tempoh-tempoh masa yang dirancang. Ianya diharapkan dapat direalisasikan melalui tiga fasa pelaksanaan yang diukur melalui indikator seperti berikut. Yang pertama, jangka pendek daripada 2021 sehingga tahun 2022. Dari segi fokus… menyedia ketersediaan agensi kerajaan, swasta dan masyarakat untuk menghayati budaya bersih dan sihat. Yang kedua dari segi pembudayaan. Peningkatan kesedaran dan tanggungjawab di setiap lapisan masyarakat dan organisasi. Yang ketiga, dari segi alam sekitar, pengurangan sisa dihantar ke tapak pelupusan dan peningkatan kadar kitar semula. Yang keempat dari segi urus tadbir dan penguatkuasaan, ‘enforcement concerned’, tindakan penguatkuasaan yang berkenaan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Yang kedua dari segi jangka sederhana bermula tahun 2022 sehinggalah 2024. Dari segi fokusnya menggerakkan inisiatif Perlis Bersih Sihat sepenuhnya agar pada peringkat ini budaya penerapan bersih dan sihat terserlah. Yang kedua dari segi pembudayaan, peningkatan penglibatan aktif komuniti, pertubuhan, sukarelawan dan pihak swasta. Yang ketiga dari segi alam sekitar, pengurangan kes pencemaran alam sekitar dan penurunan kes bawaan vektor. Yang keempat dari segi urus tadbir dan penguatkuasaan, ‘enforcement strict’, tindakan penguatkuasaan yang tegas berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Dari segi… dari segi jangka panjang… bermula tahun 2024 sehinggalah tahun 2025, fokus, budaya penjagaan kebersihan dan kesihatan disedari dan… dan tertanam merentasi kehidupan, pekerjaan dan persekitaran. Yang kedua dari segi pembudayaan, perubahan minda dan sikap masyarakat tentang aspek penjagaan kebersihan diri, kebersihan persekitaran… kesihatan keluarga dan kesihatan komuniti. Yang ketiga dari segi alam sekitar, pengurangan kos pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam melalui pembangunan ekonomi kitaran. Yang keempat dari segi urus tadbir dan penguatkuasaan, ‘enforcement less’, peningkatan pelaksanaan secara sukarela dan kenormalan. Kerajaan Negeri menyedari bahawa terdapat keperluan bagi memperluaskan skop perkhidmatan kebersihan melalui pelaksanaan kutipan sampah dan pembersihan awam di kampung-kampung di seluruh negeri ini. Walaubagaimanapun, perluasan kawasan perkhidmatan ini ke kampung-kampung memerlukan kos yang perlu diperuntukkan kepada Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Kangar (MPK) sepertimana ikatan Perjanjian Tiga Pihak yang telah dipersetuju… dipersetujui di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan sejak tahun 2011. Dalam hubungan ini, Kerajaan Negeri telah pun menyediakan sebanyak 54 buah tong sampah tambahan berpusat di lokasi-lokasi kritikal pembuangan sampah untuk kemudahan termasuklah di kawasan-kawasan kampung di seluruh Negeri Perlis bermula pada tahun 2021 sehingga kini. Pada tahun ini juga, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan tambahan untuk mengadakan perkhidmatan kutipan sampah rumah ke rumah yang melibatkan 15 buah kampung sebagai Projek Rintis Pengurusan Kutipan Sampah di Kawasan Kampung merangkumi lebih 2,300 buah premis. Justeru itu, masyarakat sama ada di bandar atau kampung disaran untuk bersama-sama berganding bahu dengan Kerajaan Negeri bagi menjaga kebersihan di negeri ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Soalan tambahan. Terima kasih Tuan Speaker… YB Speaker. Saya ada satu soalan tambahan berkenaan dengan penguatkuasaan dan juga mungkin tadi YB Bintong ada maklum berkenaan dengan projek rintis. Namun dalam projek rintis ini… tidak… orang kata apa… merangkumi kesemua kampung dan dia dalam masih… dalam proses orang panggil RND lah… ataupun di dalam proses percubaan. Cuma saya nak tanya macam contoh di Tambun Tulang ada beberapa kampung sebagai contoh Kampung Banat. Kampung Banat ni cukup… ada masalah yang cukup besar iaitu jarak untuk mereka buang sampah daripada kampung ke tong sampah yang besar sangat jauh. Jadi telah berlaku… telah ada pusat pembuangan haram dan telahpun dibersihkan sebelum ini. Aduan telah dibuat kepada saya, kemudian saya telah memohon bantuan agensi untuk membersihkan namun telah kembali sekali lagi. Jadi saya nampak punca dia tu adalah tak dak tong sampah yang besar. Dan tadi… Bintong ada maklumkan juga berkenaan dengan penguatkuasaan, cuma saya nak tanya, apakah pernah ada? Jika ada, berapa banyakkah saman yang telah pun dikeluarkan untuk kesalahan membuang sampah ni? Andai ada lah, mohon response. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tambun Tulang di atas persoalan yang dibangkitkan. Yang pertama sekali berkaitan dengan projek rintis. Projek rintis ni dia adalah projek yang digerakkan secara berfasa. Ada fasa… untuk projek permulaan ini ada fasa pertama dan ada fasa yang kedua. Fasa pertama melibatkan tujuh buah kampung. Dan fasa yang kedua, ada tambahan lagi lapan kampunglah. Jadi untuk fasa yang pertama ni, bermula pada bulan Mac 2023.

Antara kampung yang terlibat itu, yang dibenarkan untuk saya membacakan Kampung Bohor Gandil, Indera Kayangan; Kampung Pida 3 Baru, Guar Sanji; Kampung Chelong, Mata Ayer; Kampung Batu Hampar, Beseri; Kampung Gial, Mata Ayer; Kampung Jejawi Permatang, Sena; Kampung Sungai Padang, Sanglang. Itu yang pertamalah. Dan yang berikutnya fasa yang kedua bermula bulan Mac nanti… bermula lepas tu lah… yang melibatkan lapan buah kampung. Cuma dari segi… pelaksanaan… apa nama… projek rintis ni sepatutnya dimulakan dengan perasmian, saya difahamkan begitu oleh… oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Cuma ada masalah yang berbangkit pada tempoh hari, lalu… oleh kerana kita terikat dengan kekangan masa, maka dibuat penyerahan awal di Kampung Bohor Gandil di Indera Kayangan. Dan… peristiwa itu telah menimbulkan sedikit salah faham lah, seolah-olah projek ini dikeluarkan oleh… atas inisiatif Indera Kayangan tetapi sebenarnya dia adalah usaha yang melibatkan yang juga…

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Saya celah sikit boleh YB Bintong? Minta maaf saya celah sikit. Soalan saya ialah… apakah sementara menunggu proses projek rintis ini ataupun projek rintis ini, saya anggap percubaanlah sebab Perlis mustahil ada 15 kampung, dia ada banyak kampung. Jadi saya anggap ini sebagai percubaan… projek percubaan. Jadinya sementara menanti projek percubaan ini, apakah ada langkah-langkah daripada pihak berwajib untuk mungkin mengadakan tempat-tempat yang mana pada saya berkeperluan tinggi? Yang mana perlu untuk diadakan tong-tong sampah besar sebagai contoh. Itu adalah persoalan saya, terima kasih.

Pihak MPK akan mengambil maklum daripada pihak YB. Kalau di Tambun Tulang tu, tentang kampung-kampung yang berkeperluan kepada tong sampah berpusat, jadi insha-Allah pihak MPK dan juga SWCOrp yang diamanahkan akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah rakyat khususnya di Tambun Tulang. Sekian, terima kasih.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Indera Kayangan.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Boleh tujukan soalan tambahan dak Yang Berhormat Tuan Speaker?

Speaker

Teruskan soalan anda.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Okay terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 16.

(Soalan 16 : Apakah rancangan jangka masa panjang Kerajaan Negeri Perlis dan usahanya turut menyokong ke arah memenuhi Keselamatan Makanan Negara?)

Tuan Haji Razali bin SaadPAS · PNSimpang Empat

Yang Berhormat Speaker, terima kasih kepada YB Indera Kayangan. Kerajaan Negeri Perlis terus komited untuk memberi fokus kepada usaha memoden dan meningkatkan pengeluaran hasil pertanian bagi menjamin kestabilan bekalan dan harga makanan bagi memenuhi aspirasi Dasar Sekuriti Makanan Negara. Tindakan dan rancangan melalui jabatan dan agensi berkaitan adalah seperti berikut. Empat peranan daripada jabatan. Jabatan yang pertama ialah Jabatan Pertanian Negeri, memberi penekanan kepada usaha peningkatan pengeluaran beras, buah-buahan, sayur-sayuran bagi mencapai taraf… mencapai tahap sara diri yang disasarkan. Yang keduanya, meningkatkan pematuhan kepada piawaian-piawaian kualiti dan keselamatan makanan yang ditetapkan supaya produk pertanian yang dikeluarkan selamat untuk dimakan dan berkualiti antaranya piawaian kualiti Amalan Pertanian Baik (APB), Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) dan Skim Pensijilan Organik Malaysia (myOrganic). Yang ketiga, memperkukuhkan kerjasama antara jabatan, agensi serta institusi pendidikan dan penyelidikan berkaitan pertanian untuk memperkasakan pertanian moden dan penyelidikan ke atas proses penanaman, pengeluaran, peningkatan hasil dan pemasaran sumber makanan. Yang keempat, memantapkan bekalan makanan lestari melalui pelaksanaan projek pertanian yang berskala besar, komersial dan berteknologi oleh usahawan termasuk sektor swasta. Yang kelima, mendukung Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0) iaitu tahun 2021-2030 yang telah menggariskan 6 inisiatif dan telah dipersetujui dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri iaitu, (a) Meningkatkan keluasan tanah yang sesuai khususnya tanah milik Negeri untuk aktiviti pertanian; (b) Mengekalkan pengezonan kawasan jelapang padi; (c) Pewartaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang terbengkalai serta belum dimajukan; (d) Menyelaras bersama pihak berkuasa tempatan bagi memudahkan syarat dan proses kelulusan Kebenaran Merancang (KM) pembangunan sistem reban ayam tertutup dan aktiviti agro makanan yang lain; (e) Menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Tanah Pertanian Peringkat Daerah bagi memudah cara urusan membangunkan tanah pertanian milik persendirian yang tidak diusahakan; (f) Menetapkan kadar caj abstraksi bagi sumber air tawar dan air masin yang lebih rendah untuk sektor agromakanan. Yang keenam, memastikan Dasar Pertanian Komersial Negeri Perlis dilaksanakan khususnya dalam menggalakkan pelaburan syarikat swasta dalam sektor pertanian di samping terlibat dalam proses pemilihan awal syarikat yang berpotensi untuk ditawarkan bagi membangunkan tanah Kerajaan Negeri. Yang ketujuh, memberi sokongan teknikal dan bantuan berbentuk insentif serta khidmat nasihat terutamanya berkaitan teknologi pertanian dan yang kelapan, melaksanakan Program Kebuniti yang melibatkan pembangunan kawasan penanaman baru sayuran dan menaik taraf projek sedia ada bagi penduduk di kawasan bandar mahupun pinggir bandar, ke arah mewujudkan interaksi sosial dan menggalakkan pengeluaran hasil tanaman di kalangan… di kalangan komuniti bandar serta membantu dalam menjamin keselamatan makanan.

Manakala bagi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mengambil daya inisiatif, yang pertama, menyediakan peruntukan bagi pengusaha padi di bawah program Modenisasi Estet Padi yang melibatkan lima Pertubuhan Peladang Kawasan dengan keluasan sebanyak 200 hektar dan peserta seramai 233 orang. Antara skop peruntukan adalah penyediaan tapak infra seperti peraratan… perataan tanah, pengapuran, baik pulih batas sawah dan juga pembinaan parit jari. Yang kedua, mengadakan kursus berkenaan pengurusan kawalan padi angin, penyakit dan perosak tanaman padi bagi langkah-langkah kawalan yang boleh dilaksanakan oleh pesawah bagi mengurangkan risiko serangan yang menyedia… yang menyebabkan pengurangan hasil padi. Yang ketiga, menyediakan peruntukan dibawah Program Agropreneur Muda yang melibatkan peladang muda di peringkat Pertubuhan Peladang Kawasan. Yang keempat, melaksanakan Program Rise-Up yang mana telah menyalurkan geran 70:30 bagi para petani untuk memiliki teknologi pintar di dalam bidang pertanian bagi meningkatkan hasil keluaran dan menjimatkan kos seperti pemilikan drone dan Sistem IOT di dalam tanaman fertigasi serta memberi pendedahan tentang penggunaan teknologi pintar ini di dalam bidang pertanian. Dan yang kelima menawarkan Program Agriprentice yang berkonsepkan model perniagaan bagi membangunkan usahawan muda dengan mewujudkan pengurusan projek berkelompok terpilih melibatkan kerjasama di antara usahawan berjaya (Ikon) dengan usahawan yang berpotensi (Protege) untuk menceburi bidang agromakanan.

Manakala Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) pula mengambil inisiatif mengadakan pertama, Program Smart… Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) dilaksanakan bagi mencapai ekonomi berskala dan kecekapan kos. Kaedah penanaman ini dapat membantu mengatasi ibu saiz ladang yang… isu saiz ladang yang tidak ekonomik selain daripada penglibatan golongan… muda yang rendah di dalam industri. Model ini akan mengetengahkan konsep perladangan kontrak (contract farming) mengikut kesesuaian setempat agar dapat meningkatkan kecekapan pengurusan ladang serta penggunaan teknologi yang lebih berkesan. Yang kedua, kempen-kempen peningkatan hasil padi berdasarkan pendekatan baharu sesuai dengan perubahan masa seperti kempen pematuhan jadual tanaman, penggunaan benih padi sah, kawalan perosak dan penyakit, pakej teknologi tanaman padi terkini dan sebagainya. Dan ketiga, pelaksanaan projek-projek pembangunan semasa di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 melibatkan projek-projek infrastruktur untuk golongan sasar merangkumi pelaksanaan Projek Estet Padi melalui penanaman padi berskala besar, Program Peningkatan Kesuburan Tanah di Kawasan Muda, Pembinaan Sistem Pengairan dan Saliran Di Dalam Kawasan Muda, pembinaan dan naik taraf infrastruktur dan mekanikal guna semula jerami untuk… untuk kelestarian alam sekitar, Program Pembangunan dan Pemerkasaan Pembekal Perkhidmatan Mekanisasi dan Automasi Pertanian Yang Moden dan Bertauliah. Manakala bagi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia juga mengambil inisiatif pembinaan. Satu, Pembinaan Pengumpulan dan Pengedaran Ikan (CCDC) di Kampung Tok Kuning, Kuala Perlis. CCDC merupakan pusat pengumpulan ikan air tawar ikan keli yang telah beroperasi sejak tahun 2019. Tujuan pembinaan adalah untuk pengumpulan dan pemasaran ikan air tawar selain menampung kekurangan ikan air laut di pasaran. Bagi tahun 2022, kuantiti urusniaga adalah adalah sebanyak 55.3 tan dengan nilai RM431,460.00. Yang keduanya, pengeluaran produk Q-Fish Ikan Segar Beku untuk memastikan bekalan ikan diperolehi sepanjang tahun dan sebagai salah satu usaha untuk menstabil bekalan dan harga ikan dipasaran terutamanya pada musim tengkujuh. Bagi negeri Perlis, pusat pengedaran Q-Fish adalah di Persatuan Nelayan Kawasan Perlis Selatan, kuala… di Kuala Sungai Baru. Dan juga yang ketiganya pembinaan kemudahan pendaratan ikan dan hasil laut, merangkumi 28 buah jeti pendaratan dan tambatan serta sebuah kompleks pendaratan ikan iaitu Kompleks Pendaratan Ikan LKIM Kuala Perlis dengan pelbagai fasiliti sektor perikanan dan itulah antara inisiatif yang diambil untuk mengatasi perkara tersebut. Sekian, terima kasih.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, soalan-soalan lisan ditangguhkan setakat ini. Bagi soalan-soalan yang belum sempat dijawab, pihak kerajaan akan mengemukakan jawapan secara bertulis. Dewan ditangguhkan sebentar dan akan disambungkan semula pada jam 11.00 pagi.

(Persidangan ditempohkan sementara pada jam 10.28 pagi).

(Persidangan disambung semula pada jam 11.10 pagi).

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk.

Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja PerlisMotion

Setiausaha Dewan

Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dibuka semula untuk perbahasan. Dipersilakan pihak Kerajaan untuk memberikan maklumbalas terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan dan seterusnya menggulung perbahasan. Dipersilakan Yang Berhormat Simpang Empat.

Tuan Haji Razali bin SaadPAS · PNSimpang Empat

Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Pegawai Kewangan, Yang Amat Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, seterusnya tuan-tuan, puan-puan, hadirin hadirat yang dihormati sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izinnya persidangan Dewan Kali Kedua Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Perlis ke-15 dari 14 hingga 16 Mac 2023 berjalan dengan lancarnya. Sebelum saya meneruskan penggulungan, saya ingin menjawab persoalan yang telah dibangkitkan oleh Tambun Tulang pada hari kelmarin, berhubung dengan… Jabatan Perikanan Negeri Perlis setiap tahun mengemaskini data pemilikan lesen sampan di dalam sistem e-lesen Jabatan Perikanan Malaysia. Berdasarkan statistik sehingga kini, bilangan nelayan yang berdaftar dan mempunyai lesen adalah seperti butiran berikut. Sampan dalam Zon A, 309, vessel ataupun bot, Zon A ada 16, Zon B 8, Zon C 90, Zon C 215, jadi keseluruhannya sampan 309 dan vessel ataupun bot ada 161 buah. Manakala bagi nelayan tidak mempunyai lesen, Jabatan Perikanan tiada mempunyai maklumat lengkap kerana tidak mendaftar di dalam sistem e-lesen Jabatan Perikanan Malaysia, terima kasih. Jadi, balik pada penggulungan yang kita akan sampaikan, komitmen yang baik bila tunjukkan oleh semua menunjukkan tanda kesepakatan yang baik di bawah Pentadbiran Kerajaan baru ini. Perikatan Nasional telah dapat menguasai pucuk pimpinan Kerajaan Negeri ini di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Muhammad Shukri Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri Sanglang. Kecil… kecekapan… kecepakatan… kesepakatan yang baik dari semua agensi kerajaan sama ada Negeri dan Persekutuan yang berkhidmat di negeri ini memudahkan perjalanan pentadbiran masa kini. Perikatan Nasional dapat menundukkan kerajaan Nasional pada pertama kalinya dalam PRU ke-15 yang lalu.

Yang Berhormat Tuan Speaker, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk memberi kebaikan, kemudahan serta keselesaan kepada semua masyarakat dalam negeri ini. Kita tidak mengira warna kulit ataupun fahaman politik, selepas kita berjaya mentadbir negeri ini. Justeru itu, kita akan memberi perkhidmatan yang terbaik mungkin… yang sebaik mungkin dengan dibantu oleh penjawat-penjawat yang penuh tekun dan dedikasi. Kesemua yang terlibat ini bergerak dengan bermotifkan mencari keredhaan Allah dan berlumba-lumba mencari rahmat dari Allah. Oleh yang demikian, tidak… tiada kata ataupun ungkapan dari mereka untuk berehat, rehat bagi mereka adalah apabila Allah menjemput pulang di sisinya. Selagi ada kudrat, mereka semua akan terus berkhidmat kerana bertugas tugas ini amat mencintai negeri Perlis. Ada penjawat-penjawat awam ini apabila bertugas di negeri ini, tidak mahu bertukar ke negeri lain dan malah ingin berpencen di negeri ini. Tambahan pula, ada yang telah berkeluarga di sini. Yang Amat Berhormat Speaker, menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis melalui Titah Raja Muda, dalam pentadbiran yang baru melebihi satu hari, Kerajaan ini telah dapat menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Pesta Angin Timur, yang telah berlangsung baru ini telah dapat… kehadiran yang begitu ramai, 332,803 orang yang telah dapat berada di dalam Pesta Angin Timur… yang diadakan pada 3 hingga 5 Mac 2023 di Kampung Sungai Padang. Walaupun tapak di dalam DUN

Sanglang, namun DUN Simpang Empat ditugaskan untuk menjadi tuan rumah. Terima kasih pada YB Sanglang yang sanggup berkongsi bersama dengan Simpang Empat. Terima kasih juga kepada Jabatan Kebudayaan, Kesenian Malaysia, terutamanya kepada Pengarah dan kru-kru yang bertungkus-lumus dengan mengadakan pelbagai pertandingan yang dianjurkan, kenduri rakyat juga menjadi pengukur kesepakatan masyarakat di dalam DUN Simpang Empat dan DUN Sanglang yang dapat menyediakan hidangan yang dikehendaki. Alhamdulillah masyarakat setempat juga dapat menjana pendapatan yang luar biasa dengan ayana… dengan adanya tempat-tempat parking berbayar dari tuan-tuan empunya tanah di persekitaran. Difahamkan ada yang dapat mencecah ribuan ringgit hasil daripada program tersebut. Selain daripada itu, tuan-tuan punya tanah yang memberi keizinan dapat pula perataan tanah dan ini memberi kebaikan dalam pengusahaan tanah bendang tersebut. Difahamkan seluas 42 relung telah terlibat dalam program Pesta Angin Timur tersebut. Sumber pendapatan pada peniaga tapak tersebut pun cukup lumayan. Semalam… difahamkan ada perebutan daripada Yang Berhormat kawasan Guar Sanji dan juga daripada Kayang untuk tahun hadapan, ini terpulang lah kepada kebijaksanaan Kerajaan untuk menentukan tempat yang seterusnya untuk tahun hadapan. Yang Amat Berhormat Tuan Speaker…

Speaker

Yang Amat Berhormat Menteri Besar tuh, satgi dia marah saya…

Tuan Haji Razali bin SaadPAS · PNSimpang Empat

Ya… ya… minta maaf Yang Berhormat Tuan Speaker. Kemunculan siput mentarang di Kuala Sungai Baru baru ini menunjukkan satu keajaiban yang jarang sekali berlaku. Dalam masa 10 hari timbulnya telah dapat menjana pendapatan masyarakat nelayan di kawasan tersebut. Cara mengambil atau mengutip siput mentarang pada kali ini agak berlainan, hanya dengan menyelam dan mensauk ataupun dengan tanpa lagi menggunakan kedan untuk menyelup untuk mendapatkan hasil, ini satu perkara yang luar biasa. Manakala agensi-agensi lain, tidak terlibat untuk… sama-sama untuk merealisasikan tentang pembangunan yang begitu pesat di dalam pembangunan Negeri Perlis ini, contohnya Veterinar. Veterinar telah dapat membuka sebuah kedai di Batu 20 di Padang Besar, kedai Perlis di Best JPV Perlis di taman Agrovet. Masa operasi mulai pada 22 haribulan 2 haritu sehingga sekarang. Pelaksanaan program aktiviti penternakan unggas Kelab Sains dan Inovasi Sekolah di Perlis bermula Januari 2023. Selain daripada itu, saya juga ingin mencelah apa yang telah diperkatakan oleh ADUN-ADUN berhubung dengan perkara berbangkit. Bagi merancakkan sektor penternakan dalam kalangan anak muda, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis (JPV) melaksanakan program Agropreneur muda (PAM) untuk golongan muda berumur antara 18 hingga 40 tahun. Program ini bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan pengeluaran ternakan serta industri makanan dan asas tani. Objektif program ini adalah seperti berikut. Satu, menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang penternakan. Kedua, mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor peternakan sebagai industri yang berdaya maju. Ketiga, meningkatkan pendapatan agropreneur muda melalui peningkatan produktiviti, pengeluaran kualiti produk dan penggunaan teknologi dan inovasi serta penyediaan pasaran yang komen… kompetitif dan… dan yang keempat, menjadikan industri penternakan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan yang mampan. Bagi tempoh 2016 hingga 2022, sejak program Agropreneur Muda mula dilaksanakan dianggarkan sebanyak 40 penternak ruminan dan 32 penternak unggas telah dilahirkan di kalangan anak muda Perlis hasil program ini. Sebagai tambahan kepada program Agropreneur Muda pula, Program Penternak Sekolah-Sekolah Perlis telah dilaksanakan mulai tahun 2022 dan mensasarkan golongan remaja berumur 12 sehingga 17 tahun. Aktiviti ternakan ayam penelur dan puyuh pedaging sebagai aktiviti kelab Sains dan Inovasi di lima buah sekolah di Perlis telah dilaksanakan oleh Persatuan Penternak Unggas Perlis dengan kerjasama Jabatan Veterinar Perlis. Khidmat nasihat dan pemantauan kesihatan akan diberikan oleh Jabatan Veterinar Perlis, manakala tunjuk ajar teknikal serta pemasaran oleh Persatuan Penternak Unggas Perlis. Cadangan yang lain pada masa akan datang ia adalah seperti berikut. Satu, membangunkan Taman Agrovet yang mana yang telah saya maklumkan tadi insya-Allah telahpun dapat dilaksanakan.

Yang seterusnya juga berhubung dengan… dibangkitkan, pihak JPS telah menjalankan penyiasatan di konservasi yang telah terlibat di dalam 43 hektar yang di dalam… di dalam kawasan DUN Beseri dan pihak… insya-Allah… kawasan berkenaan akan cuba dibekalkan dengan pam… pam ayaq na. Jadi… manakala agensi-agensi lain seperti MADA, LPP bersungguh-sungguh di dalam sawah padi agar dapat mengeluarkan hasil tanaman turai… tuai… tuaian yang tinggi untuk menjamin keselamatan beras negara. Setakat kini, Negeri Perlis dapat memberi sumbangan 11% kepada beras Negara. Justeru itu, MADA berharap agar petani-petani dapat mengikut jadual penanaman serta rice chart dan penggunaan juga benih padi yang sah supaya hasil yang diperolehi adalah berkualiti. Manakala Jabatan Pertanian telah mengadakan kerjasama strategik dengan syarikat kejayaan… kayangan Agro Farm Sdn. Bhd. untuk memasarkan dan membangunkan industri harumanis di Perlis dan juga Program Mentor untuk projek tanaman sayur-sayuran kaedah hidroponik.

Yang Berhormat Speaker, LKIM dan Perikanan adalah agensi yang cuba memberi bantuan dan khidmat nasihat serta perundangan untuk nelayan-nelayan dibantu pula dengan Persatuan Nelayan Kuala Perlis, Persatuan Nelayan Sungai Baru Selatan dan Persatuan Nelayan Negeri Perlis. Gabungan yang kuat ini di antara negeri agensi-agensi ditambah pula dengan Penguatkuasaan Maritim telah dapat membendung pencerobohan pantai atau perairan negeri Perlis. Namun di dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin menarik perhatian dan pembetulan yang telah tular di dalam media sosial serta di dalam radio di dalam TV9 dan TV3 berhubung dengan kenyataan semalam selepas… yang bermaksud selepas 40 tahun diharamkan Perlis kembali benarkan tangkapan siput retak seribu. Yang sebenarnya itu adalah baru cadangan yang dikemukakan Institut Penyelidikan Perikanan Kampung Acheh FELCRA. Pihak kita sedang dalam cadangan untuk menarik balik… bukan… kita bukan dah lulus semalam. Jadi saya harap… pohon pihak akhbar serta media-media yang berkenaan membuat pembetulan di atas perkara ini kerana sehingga kini Kerajaan Negeri masih berpegang kepada keputusan-keputusan yang telah diambil oleh Persatuan Nelayan yang disebutkan tadi. Mereka tetap lagi membantah aktiviti tangkapan siput retak seribu ini. Saya juga berharap agar agensi-agensi yang berkaitan ini supaya dapat sama-sama kita meningkatkan taraf hidup masyarakat di luar bandar sana supaya dengan adanya agensi-agensi yang berkaitan, yang bersangkutan dengan pertanian ini supaya pihak-pihak yang berkenaan dapat mengambil peluang dan ruang yang ada di dalam agensi-agensi ini. Penglibatan daripada agensi-agensi, institut-institut pengajian tinggi, daripada profesor-profesor supaya yang berkaitan dengan pertanian saya harap dapat digabungkan dengan institusi-institusi atau jabatan-jabatan yang ter… yang ber… ber… ber… berkhidmat ini supaya dapat mengeluarkan satu idea yang baik supaya dapat hasil yang diperolehi insha-Allah setanding dengan negara jiran kita, Thailand. Kita juga masih lagi mengharapkan komitmen yang baik daripada luar sana… masyarakat di luar sana supaya melibatkan diri sukaya… supaya melibatkan diri dengan berkunjunglah ke pejabat-pejabat FAMA, FELCRA, RISDA, MADA dan sebagainya… veterinar untuk mendapat info-info yang berkaitan apa yang dapat kita kerajaan… sebenarnya kerajaan banyak menyediakan bentuk-bentuk peruntukan yang boleh membantu untuk membangunkan industri di luar sana. Jadi harapan ini supaya dapatlah pihak-pihak di luar sana. Dan selain daripada itu, sebaran-sebaran yang sebaik mungkin insya-Allah kita akan bantu agensi-agensi yang berkaitan supaya kita dapat… dapat… mendapat in… apa… info yang baik daripada masyarakat di luar. Jadi akhir kata, saya sekali lagi dengan serangkap pantun. Walaupun saya ni bukanlah pandai berpantun tapi oleh kerana nak jaga juga, saya pantun lah juga sikit nah… nah.

Anak ketitir terbang berkawan, hinggap seekor di atas dahan; Kita mentadbir biarlah mampan, semoga Perlis maju ke hadapan.

Saya dengan ini menyokong usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis yang telah dititahkan melalui Tuanku Raja Muda. Sekian wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Pauh.

Bismillahirahmanirahim, assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya nak… respons kepada… kepada persoalan yang ditimbulkan oleh… daripada Kayang. Jabatan Kesihatan… Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKN) memberi tumpuan khas untuk memastikan rakyat di negeri Perlis kekal melaksanakan gaya hidup sihat selari dengan pendekatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menjurus kepada penjagaan warga sihat dan mengekalkan cara hidup sihat. Pentadbiran baharu JKN sedang menjalankan transformasi perkhidmatan Jabatan Kesihatan untuk memastikan perkhidmatan lebih baik dan menjurus kepada pengekalan kesihatan yang baik untuk warga negeri Perlis. Transformasi ini meliputi penyediaan visi yang jelas untuk… iaitu Perlis Hebat, Perlis Sihat Peneraju Perkhidmatan Terbaik Negara dan dengan moto Merakyatkan Perkhidmatan Kesihatan Negeri Perlis. Tiga misi utama iaitu menjadikan perkhidmatan kesihatan di Perlis sebagai perkhidmatan terbaik negara, memaksimumkan potensi kesihatan warga Perlis dan menjadikan Perlis hebat, bersih dan sihat. Tuan Speaker, bagi mencapai hasrat ini dengan memastikan rakyat terus kekal menjalani hidup… cara hidup sihat, JKN telah merancang dua kempen secara besar-besaran iaitu Kempen Perlis Hebat Sihat Milik Semua dan Program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). Selain itu, JKN juga mengambil inisiatif tambahan bagi memastikan pembudayaan cara hidup sihat ini menjadi keutamaan dan sampai ke akar umbi masyarakat melalui program yang sedang dijalan dan sedang dirancang seperti berikut. Satu, Program Kayuan MAIPs dan kesihatan bersama DYTM Duli Yang Maha… Teramat Mulia Raja Muda dan MAIPs. Yang kedua, Program Rakan Agama sebagai One Stop Centre, Program Kospen Komuniti iaitu komuniti… untuk komuniti yang memfokus cara hidup sihat di komuniti dan yang terakhir Karnival Kesihatan Perlis yang dilaksanakan pada bulan Mei 2023. Kepada Indera Kayangan, Hospital Padang Besar telah diluluskan di bawah Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia ke-11 pada tahun 2017. Walaubagaimanapun, projek ini telah dibatalkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 24 Oktober 2018 atas justifikasi berikut. Pertamanya, Hospital Tuanku Fauziah Kangar masih dapat menampung keperluan perkhidmatan kesihatan bagi rakyat di negeri Perlis termasuk penduduk di Padang Besar dan yang keduanya, keutamaan untuk menaik taraf Hospital Tuanku Fauziah sedia ada untuk menampung keperluan perkhidmatan kesihatan di kawasan Padang Besar, Kerajaan telah membangunkan Klinik Kesihatan Jenis III di Padang Besar yang dijangka akan siap pada bulan Jun 2023. Sekiranya mengikut perancangan, projek ini dijangka dan… dijangka beroperasi… beroperasi pada Julai 2023 tertakluk pada tarikh penyerahan kepada Jabatan Kesihatan.

Bagi isu parkir di Hospital Tuanku Fauziah Kangar, dimaklumkan bahawa pada dasarnya parkir di hospital ini adalah mencukupi untuk menampung pengunjung-pengunjung termasuk pesakit di Hospital Tuanku Fauziah. Walau bagaimanapun, isu ini masih berlaku terutamanya di waktu puncak antara jam 9 pagi hingga 12 tengah hari. Kedudukan parkir di Hospital Tuanku Fauziah yang tidak setempat juga menyebabkan anggapan pengunjung yang parkir di Hospital Tuanku Fauziah tidak mencukupi. Dalam hal… hal ini, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Hospital Tuanku Fauziah telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan isu ini dapat diselesaikan melalui satu kerjasama daripada Jabatan Saliran dan Pengairan untuk penggunaan parkir di tepi Sungai Kechor untuk kegunaan pelawat hospital. Yang kedua, penyediaan parkir di samping… di sepanjang jalan berdepan dengan kompleks sukan. Yang ketiganya penyediaan parkir berdepan dengan Klinik Kesihatan Kangar. Sebagai langkah jangka panjang, JKM telah meneliti beberapa pilihan lain termasuk penyediaan parkir bertingkat sama seperti pelaksanaan di beberapa hospital lain seperti di HKL dan Hospital Selayang. Walaubagaimanapun, ianya masih di peringkat kajian disebabkan ia akan melibatkan kos kepada pengguna. Seterusnya, merujuk kepada soalan Tambun Tulang, untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri pada tahun 2018 telah meluluskan pindaan terhadap sekatan kepentingan di dalam dokumen hak milik tanah kategori bangunan tanah pertanian untuk didaftarkan di dalam hak milik seperti berikut, tidak dibenarkan menanam pokok-pokok ketum dalam kurungan biak. Bagi tanah TOL, Kerajaan Negeri juga tidak membenarkan pokok-pokok ketum ditanam, yang jelas dinyatakan sebagai syarat pada Borang 4A lesen pendudukan sementara serta Borang 5A notis bahawa hasil tanah harus dibayar, yang dikeluarkan kepada pemohon melalui pernyataan berikut, tidak dibenarkan menanam pokok-pokok biak. Selain itu, bagi proses pemberimilikan, pihak PTG akan mendapatkan ulasan daripada jabatan teknikal termasuk Jabatan Pertanian sekiranya tanah berkaitan didapati terdapat tanaman ketum. Pemberimilikan tidak akan diproses sehingga tindakan pembersihan dilaksanakan oleh pemilik lesen.

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Mohon mencelah… mohon mencelah YB Speaker. Terima kasih YB Pauh, cuma saya nak tanya macam contoh tadi saya diberitahu… kita diberitahu tadi tentang adanya… larangan-larangan oleh PTG dan sebagainya berkenaan dengan tanah, TOL dan sebagainya. Cuma saya nak tahu, apakah dari sudut penguatkuasaan yang telah diambil daripada PTG? Sebagai contoh kan… mungkin ada… orang-orang yang mana menanam tapi tak dak penguatkuasaan tersebut, apa tindakan-tindakan yang bakal diambil dan akan diambil? Terima kasih.

Okay… saya sambung sikit lagi lepastu saya… saya response. Pemilik tanah hendaklah mematuhi sekatan-sekatan kepentingan yang telah dinyatakan dalam hakmilik geran. Sebarang pelanggaran sekatan kepentingan tersebut, milik tanah boleh diambil tindakan di bawah peruntukan Seksyen 128 Kanun Tanah Negara untuk memulihkan kembali keadaan asal tanahnya. Jika tanah gagal dipulihkan, notis tunjuk sebab akan diberikan kepada pemilik tanah sepertimana peruntukan Seksyen 129 KTN dan boleh mengakibatkan perampasan tanah di… di bawah Seksyen 130 Kanun Tanah Negara. Kerajaan Negeri juga boleh membatalkan lesen pendudukan sementara jika syarat tersebut tidak dipatuhi. Kawalan ketum memerlukan pendekatan bersama melibatkan pelbagai agensi dan kesedaran masyarakat supaya ia dapat dikawal sebaik mungkin dan memastikan ia tidak memudaratkan kesihatan masyarakat. Namun begitu, ancaman penyalahgunaan dadah seperti dadah sintetik semakin menjadi pilihan penagih dadah. Kesan dari dadah sintetik ini juga adalah lebih buruk dan perlu diberi perhatian oleh agensi penguatkuasaan. Bagi menangani isu penyalahgunaan dadah termasuk ketum, merujuk pada persoalan daripada Tambun Tulang dari segi berapakah bilangan atau tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa terhadap apa yang saya sebutkan tadi, saya… sebagai makluman, saya akan menjawab secara bertulis sebab angka tu saya tak dapat tepat, okay.

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Saya mohon soalan jawapan bertulis tu sampai betul noh, sebab yang haritu punya perasan pun tak sampai… sampai harini. Terima kasih.

Okay, seterusnya saya merujuk kepada… juga Tambun Tulang, portal aduan awam sedia ada iaitu Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) telah diwujudkan dan dikawal selia oleh Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri… Jabatan Perdana Menteri. Pendaftar pula dilantik BPA dan jabatan-jabatan di negeri Perlis termasuk Jabatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Jabatan Kerajaan Negeri Perlis. Pentadbir-pentadbir yang dilantik ini tidak diberi kuasa untuk memberi akses kepada… akses ke dalam sistem SISPAA kepada mana-mana pihak mahupun Pusat-Pusat Khidmat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri. Sebagai alternatif, aduan-aduan boleh dibuat terus kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis melalui Unit Pengurusan Korporat dan Integriti (UPKI) melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) SUK Perlis… SUK Perlis… e-mel, telefon mahupun media sosial agar semua aduan dapat diberi perhatian dan ditangani dengan sewajarnya. Selain itu, jika terdapat aduan yang tidak dapat dipastikan bidang kuasa atau pemilik, kes boleh diadu kepada (UPKI) selaku penyelaras aduan awam. UPKI akan meneliti aduan dari… dan seterusnya memajukannya kepada jabatan atau agensi yang betul untuk tindakan penyelesaian. Tuan Speaker, sebagai mengambil bahagian Usul Menjunjung Kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis sempena Perasmian Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Perlis yang ke-15, saya mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan sama ada agensi kerajaan ataupun swasta yang telah memberi perkhidmatan yang terbaik kepada saya untuk sama-sama kita memajukan Perlis membantu YAB Menteri Besar yang saya tengok tenang dan berjaya mengurus dan mentadbir negeri dengan baik. Tuan yang… Tuan Speaker, sebagai penghargaan, kalau kita tengok pada hari ini, barisan kepimpinan kita yang ada bukan lama… ada yang muka baru… tapi banyak yang baru daripada lama. Saya ingin merakamkan terima kasih dan tahniah kepada tiga orang YB yang tak ada kawasan, yang membantu perkhidmatan kita dengan memberi segala tunjuk ajar, pandangan dan sebagainya dengan pengalaman yang ada tapi dua dah tak ada… tinggal satu kan… YB SS, YB Perundangan dan juga Kewangan. Tinggal Kewangan seorang ja… jadi, saya tak sampai… mesej tu tak sampai lah. Jadi, mungkin kita akan… terima kasih banyak ketiga-ketiga YB kita ini. Saya lihat dengan pengalaman yang ada telah memberi satu perkhidmatan yang sangat cemerlang, membantu kita-kita barisan yang baru ni kan… cuma yang lama macam YAB dan juga YB Guar Sanji kan… dan juga apa… Indera Kayangan, yang lain tu boleh kata baru tapi steady saya tengokkan… dan dibantu juga oleh Tuan Speaker kita yang lama kan. Tuan Speaker, orang paling lama lah. Okay, jadi tuan-tuan dan puan-puan, saya mengambil kesempatan ini juga ingin merakamkan terima kasih kepada jabatan-jabatan yang di bawah saya seperti Jabatan Kesihatan sendiri yang telah memberi komitmen yang sangat tinggi dengan perancangan dan aktiviti yang telah dan akan dijalankan. Saya tengok begitu baik sekali, jadi tuan-tuan barisan sahabat saya sebelah sana tak perlu bimbang tentang apa yang sedang dirancangkan, insya-Allah dalam masa… banyak masa lagi kita akan teruskan dan segala bantuan pandangan tuan-tuan dan puan, kita akan ambil makluman. Dan satu lagi saya ingin merakamkan tahniah, Datuk SS dok dalam tadi dengar kan, timing tu tak betul jadi saya mengambil kesempatan ini juga merakamkan terima kasih kepada agensi Jabatan Perpaduan yang saya tengok banyak perancangan dan antara yang saya bagi pandangan untuk… sebagai tambahan dan juga apa… supaya kita laksana dengan kadar segera ialah kita agak itu mungkin kelemahan saya. Kita agak terkurang dari segi program-program yang melibatkan kaum India dan juga kaum Siam. Jadi, saya dah buat satu perancangan aktiviti, mungkin saya akan bincang dengan lebih lanjut dengan Ketua Jabatan Perpaduan ini… Jabatan Perpaduan untuk senaraikan… sebab orang-orang Siam ni selalu tanya saya sebelah Guar Nangka sana, depa nak jumpa dengan YAB. Jadi, kita akan atur dan kita akan perbanyakkan supaya perpaduan kita lebih erat di antara kaum-kaum yang terbesar selain daripada kaum Cina dan Melayu, insya-Allah. YB Chuping pun saya akan minta kerjasama tentang isu ni, jadi… dan juga saya ucap tahniah kepada Jabatan Tanah dan Galian yang telah melancarkan satu program cashless iaitu bayaran cukai tanpa… tanpa tunai. Satu kaedah yang dibuat mungkin ramai kita tak tau di sini… mungkin tau, buat-buat tak tau kan… tapi satu kaedah yang menarik minat peserta untuk kita memperbanyakkan supaya rakyat kita mudah untuk membayar cukai. Tahniah kepada semua dan saya… banyak lagi ini… apa yang saya terlintas, saya nak sebut, tapi sebanyak… yang banyak lagi agensi-agensi kita yang telah membantu. Jadi saya tengok keseluruhan, saya ucapkan terima kasih. Cuma tadi bila tak ada saya sebut tiga orang tadi, saya tengok tak ada langsung daripada YB-YB kita sendiri… tentang bila saya sebut tahniah kepada tiga-tiga tu, tak dak langsung pun yang tepuk meja ni….

Speaker

Tadi gaya macam nak landing dah.

Tulah, tapi saya tengok YB Tambun Tulang dia tak berapa happy bila saya sebut YB Kewangan dia tepuk slow ja. Mungkin peruntukan di kerusi DUN tu agak kurang. YAB kita perlu tambah sikit kan baru dia kuat. Tang YB SS dia tepuk kuat, tang mai kewangan tu dia slow, jadi saya rasa warning dah diberi oleh… Tuan Speaker, saya ada lagi banyaklah nak cakap ni, tapi saya berhentilah nak bagi peluang pada orang lain. Akhir kalam, saya menyokong titah usul menjujung kasih ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. Sekian, terima kasih, assalamualaikum warahmatullah.

Speaker

Dipersilakan Yang Berhormat Titi Tinggi.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih YB Speaker, Yang Dihormati YAB Sanglang, YB SS, YB LA… tadi ada, tak da… YB PKN, ADUN-ADUN dan pengarah-pengarah semua lah. Untuk soalan ni dia banyak berkenaan air, saya rangkum sekali semua lah. Mengenai yang pertama sekali, isu kebocoran air daripada Kayang. Bukan Kayang ja bocor, Titi Tinggi lagi banyak bocor, tapi Insha-Allah, SAP dalam rangka untuk buat tindakan segera. Masih ada pembaikan lagi yang perlu kita uruskan. Memang aduan… memang banyak seperti di kawasan Titi Tinggi saya sendiri pun hari ini, dua hari dah start mula. Hari ni, kelmarin dengan hari ini… esok tiga hari memang tak da air, memang kritikal macam Kayang… bocor ja saya terus tak ada air. Memang terpaksa… apapun saya dah bantu SAP. JKR harini pun cuba hantar air… dari segi masjid-masjid, tapi bekalan air memang runcinglah. Yang kedua, daripada Guar Sanji berkenaan tangki Cempaka Putih. Tangki Cempaka Putih ni betul… daripada tangki Utan Aji. Bahagian Pengurusan Hartanah telah mengadakan sesi perbincanganlah dengan pihak SAP bagi… untuk pembaikan dan penyelenggaraanlah tangki di bawah seliaan bahagian ini termasuk tangki air di Cempaka Putih pada 11 Januari 2023. Baru-baru ini 2023, kita pun dah buat sesi lawatan dan kita akan segerakanlah keperluan tangki ini. Untuk pembaikan baru, serah kepada SAP… dalam proses lagi lah… dalam perbincangan, insya-Allah. Doakan semua selesai dengan jayanyalah. Yang ketiga daripada Tuan Haji Saad… berkenaan… eh Tuan Chuping, minta maaf saya selalu…. berkenaan tangki di kawasan Kampung Baru tak beroperasi ni, tangki ni memang betul lama tapi tangki ni masih belum siap, tapi di bawah selia oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Berhubung tekanan air tersebut, pihak SAP akan… akan membuat pemeriksaan lanjutlah. Buat tekanan di kawasan Chuping sendiri… tapi tangki tu belum buat penyerahan lagilah, tapi belum siap lagi. Insya-Allah dari masa ke semasa kita akan cuba check tengok keadaan tangki itu.

Berkenaan Indera Kayangan pula… berkenaan NRW lah kualiti air kita, saya di sini ada jawapan panjang tapi saya nak ringkaslah bab air ni, kita cakap yang benda betul jujur. Bab air ni betul lama dah. Saya sendiri pun dalam dua tiga bulan ni saya kaji balik bab air ni selagi… tukar pi lah tiga empat kerajaan pun, kalau tangki tu tangki lama… tu kalau kita tak buat sesuatu, tak cuba cari pelabur dari luar bantu kita kat Perlis ni, dia akan jadi macam tu juga kualiti air kita tu. Tapi Alhamdulillah dalam masa dua, tiga bulan ada pelabur-pelabur yang berminat. Dua, tiga pelabur, angka-angka dia pun boleh tinggi jugalah, tapi saya boleh rumus sikit, baru dalam perbincangan dalam 250 juta ke 1 bilion pun ada. Tiga empat pelabur yang berminat… pelabur-pelabur ni lama daripada dulu, kalau kita nak mudah lepaskan tanggungjawab, kita boleh salahkan pihak-pihak yang lepas tapi tak boleh… tu tanggungjawab kita. Kita dah dapat kuasa, rakyat percaya kepada kita, kita kena buat tapi bab bocor air… bocor kualiti air… selagi kita tak buat sesuatu daripada segi paip, segi loji pun alhamdulilah masih dalam proses. Ada yang loji baru tapi kalau paip… tapi kalau kita tak buat sesuatu juga, masalah ni tiap kali Dewan dia akan sebutlah akan masalah air ni. Tiap-tiap kali timbul, saya cakap benda yang nyata. Pasal kita dok sini, kita tak boleh tipu rakyat. Kita habaq benda yang nyata, memang kualiti air kita… air sini memang NRW kita pun dah 60 ke 65 peratus kehilangan. Air kita amat penting untuk kita stabilkan air balik, insya-Allah. Daripada segi atas YAB MB kita, daripada EXCO-EXCO, daripada ADUN sendiri pun kita akan berusaha cuba cari. Kita tak mampu… Perlis kita kena cari pelaburan dari luar pasal benda tu asas. Untuk daripada Chuping juga, berkenaan dengan pokok-pokok tepi jalanlah… pokok-pokok tepi jalan ni kita memang ada buat juga untuk pokok yang betul-betul bahaya untuk pengguna, kita menggunakan bajet daripada MARRIS. Tapi pokok ni daripada segi pokok ni… kita tengok yang betul-betul kritikal. Maksud dia macam condong nak ke… apa tumbang ka ataupun membahayakan kita baru cuba, pasal MARRIS… peruntukan MARRIS tak banyak mana. Daripada pihak JKR, dia terpaksa bahagi peruntukan tu untuk bidang-bidang yang lain… keperluan yang lain. Tapi kita akan sentiasa terima aduan daripada Ketua Kampung ataupun daripada ADUN kita sendiri, kita akan segerakanlah. Daripada kawasan saya ni pun… sendiri pun ada dua tiga tempat pokok-pokok, tapi jangan kata pokok tu elok pun, kita suruh nak tebang ka, apa ka, tapi kita tengok atas keperluan sebab bajet ni… dia… kita perlu… akan serahkan kepada kawasan lain… kepada jalan, kepada kampung, longkang… tapi kalau keperluan, JKR akan segerakanlah. Isu Banggol Sena daripada Chuping juga… banyak Chuping no… untuk Yang Berhormat, salah satu berlakunya banjir di Kampung Banggol Sena berpunca daripada pembetungan yang kecil yang melintas jalan di bawah seliaan JKR Perlis. Pihak JPS Perlis telah menerima peruntukan pembangunan daripada Kerajaan Negeri Perlis berjumlah 150 ribu bagi menyiapkan satu kajian reka bentuk bagi menaik taraf sistem saliran Guar Nangka yang mana ianya turut meliputi skop cadangan menaik taraf Sungai Banggol Sena dan ianya jangka disiapkan pada akhir tahun ini. Dengan penyiapan projek ini, dipercayai masalah banjir yang berlaku di Banggol Sena akan dapat ditangani. Untuk soalan daripada Tambun Tulang berkenaan jalan diturap beberapa kali… jalan yang diturap, diturap lagi. Kerajaan Negeri mengambil maklum akan isu yang dibangkitkan. Dalam hal ini, pihak BPD akan meneliti dan memeriksa lokasi yang dimaksudkan bagi menilai kerosakan yang berlaku dan kerja-kerja baik pulih akan dilaksanakan menggunakan peruntukan sedia ada dari YB DUN dan lain-lain peruntukan yang ada. Ha…. dia nak pakai peruntukan kita juga. Nanti saya tengoklah cari kot tepi-tepi yang mana ada ya Tambun Tulang, okay.

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Boleh mencelah ka?

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Ya, boleh.

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Saya tengok macam contoh kes jalan semalam la… itu memang di bawah BPD lah… maksud peruntukan DUN cumanya saya dah pi tengok dah. Dah buat ukur jalan dan sebagainya… kosnya terlampau tinggi, kos tu memang terlampau tinggi. Maksudnya peruntukan DUN tu satu jalan ja lah kiranya. Satu jalan tu habis terlampau tinggi sebab tu saya kata mungkin kalau kita boleh tengok peruntukan-peruntukan lain lah, mungkin kita boleh check. Cumanya… maksudnya kita boleh kaji balik andai kata lepas ni kita nak keluarkan kontrak tender dan sebagainya ataupun apa-apa projek sebaiknya kita kaji dengan lebih mendalam. Kita faham projek ni contoh dengan harga sedemikian-sedemikian, kita perlu pastikan kontraktor itu untung dan sebagainya… cumanya kita perlu kajian yang lebih mendalam berkenaan benda ini, terima kasih.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Terima kasih Tambun Tulang. Kita akan terima maklumbalas dan kita akan kaji balik. Memang ada betul kepentingan-kepentingan jalan di kampung bukan kawasan Tambun Tulang, Kampung Titi Tinggi pun sama… area saya. Memang kadang-kadang jalan tu patut tak diturap dah, diturap balik lagi dua tiga kali. Saya tak tau lah… macam saya kata lah… kita tak menyalahkan mana-mana pihak, dah kita dok di kerajaan, kita bertanggung jawablah. Kita selesai mana yang boleh. Berkenaan soalan daripada Sena… Sena ni saya cuba rangkum dua tiga soalan daripada Sena pasal banyak sangat soalan… Kalau baca ni, orang lain pula tak dan dua tiga soalan…

Tuan Abu Bakar bin HamzahBERSATU · PNKuala Perlis

Yang Berhormat Titi Tinggi boleh kuat sikit suara? Pelan sangat.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Saya tinggi, dengan… tu saya kadang-kadang nak angkat mic nak tunduk sikit... okay saya cuba kuat. Berkenaan roundabout persiaran Jubli Emas, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis mempunyai sebidang tanah seluas 1.2 ekar di tengah-tengah kawasan perniagaan di Taman Sena Indah berhampiran dengan roundabout Kangar tersebut. Dengar noh? Clear noh? Sebagai makluman, tapak tersebut dicadangkan untuk dibangunkan sebagai Pusat Digital Perlis (PDP) dan permohonan peruntukan telah dimohon di bawah peruntukan Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Ke-12 daripada Kerajaan Pusat. Buat masa ini, penempatan perniagaan di sekitar kawasan tersebut adalah di bawah MPK dan pada hari minggu adalah di bawah kelolaan pihak FAMA Negeri Perlis. Dari segi kemudahan asas, Kerajaan Negeri telah menyediakan kemudahan bilik air di kawasan tersebut, sekiranya pembangunan PDP direalisasikan, ianya dijangka dapat mengatasi isu kekurangan kemudahan awam di kawasan tersebut. Ini berkenaan roundabout Bulatan Persiaran Jubli Emas yang landskap punya. Untuk makluman YB, landskap bulatan Jubli Emas… bulatan tengkorak tu akan dibina semula mengikut kor… eh, tengkolok bukan tengkorak… tengkolok. Mohon maaf, akan dibina semula mengikut konsep baharu yang telah di rekabentuk dan akan disiapkan pembinaan sebelum Keputeraan Duli Yang Mulia Tuanku Raja Perlis Ke-80 nanti. Memang ada proses nak buat balik tengkolok bukan tengkorak, mohon maaf… ha… ha… kes tak cakap panjang kelmarin, hari ini bagi cakap… yang… Sena juga. Untuk pokok liar tumbuh di dinding longkang terutama di hadapan Pasaraya Sakan. Penyelenggaraan longkang jalan bagi jalan-jalan negeri dan jalan-jalan persekutuan diselia oleh Jabatan JKR, manakala Majlis Perbandaran Kangar (MPK) menyelia longkang dalam kawasan tanah perumahan. Bagi taman perumahan, pembaikan longkang dilakukan secara berperingkat mengikut kerosakan dan keutamaan, manakala pembersihan dan cucian longkang taman perumahan pula dilaksanakan oleh E-Idaman melalui penyerahan kawasan dan bayaran sumbangan perkhidmatan oleh pihak MPK kepada pihak SWCorp. Bagi longkang jalan utama berhadapan premis Pasaraya Sakan, penyelenggaraan dilaksanakan oleh pihak JKR. Yang ni dia rangkum… ada yang SWCOrp, ada E-Idaman, ada MPK. Kalau kita perlu tengok daripada source yang mana lah. Ha… JKR punya. Daripada Sena juga, untuk cadangan mengecat dan mewarnakan semula curb jalan di sekolah dan hospital serta papan tanda dilihat warna makin pudar. Untuk makluman YB, JKR Perlis akan melaksanakan semua perkara tersebut ni pada tahun… menggunakan peruntukan MARRIS 2023. Kebanyakkan MARRIS lah… dia akan bagi kawasan-kawasan. Dalam ucapan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, saya boleh rangkum keadaan dia banyak tekan bab pembangunan dan ekonomi dan rakyat. Jadi, saya tak mau hujah panjang, tapi kita di sini rakyat dah bagi mandat pada kita. Kita pasal kita pun letak Perlis Baharu, kita perlu baharukan. Dalam masa tiga bulan ni, saya tengok banyak benda-benda yang perlu kita baik pulih segera ataupun perlu cari peluang-peluang dari pelabur luar. Kita memang tak mampu. Daripada YAB MB Perlis sendiri, daripada EXCO-EXCO, kita cuba siang dan malam, cuba cari jalan selesai untuk majukan rakyat negeri Perlis. Yang utama kita letak rakyat di depan. Bagi saya ada tiga definisi… bagi saya sendiri lah, saya letak yang pertama dipanggil darurat, di mana maksudnya benda segera kita bantu. Wajib seperti yang kita… bab-bab air kalau kita dapat selesaikan bab air, asas yang penting kita selesai bab air, bab jalan, bab longkang contohnya seperti rumah tu sampai tak dak orang makan, kita kena usaha juga bagi makan. Itu asasnya. Kalau kita sembang bab pembangunan lain… kalau asas kita tak dapat lakukan, benda-benda lain dia takkan mai. Tapi kalau kita dapat selesaikan yang asas… yang keperluan rakyat ni… yang ekonomi pembangunan akan segera slow-slow mai. Kita kena utamakan rakyat di depan. Yang kedua baru kita fikir bab hajat. Hajat ni bila dah darurat tu… kita boleh selesai hajat ni. Boleh bagi selesa pada rakyat… rakyat boleh selesa. Kedudukan air, kedudukan infra-infra lain dah selesa baru boleh kita cakap bab hajat. Bab hajat kita tambah yang mana yang perlu… rumah tak elok ka, jalan tak elok ka, jalan yang perlu disegerakan, kita selesaikan. Yang ketiga, tu kita tambah baik. Kita orang kata apa… kita beli kereta baru, kita boh sportrim, contoh macam tu. Tiga tu, yang tiga tu bagi saya, kita pegang tiga tu… tapi ekonomi pembangunan amat perlu… tapi apa pun kita lakukan, rakyat mesti di depan. Lagi satu, saya sebagai EXCO sendiri… daripada ADUN-ADUN bersama dengan pengarah ni, kalau boleh kita dok sebagai satu keluarga. Jangan ada banyak jurang antara kita. YB SS pun orang lama di sini, YB PKN… saya pun dok buat baik YB PKN pasal duit ada kat dia, bodek-bodek jugalah tapi setakat la, Alhamdulillah… tapi kalau boleh, daripada agensi kerajaan sendiri… pengarah-pengarah sendiri… kalau boleh jurang antara kita… jangan terlampau ada jurang antara kita. Bukan tak da benda yang kita boleh… kalau boleh kita duduk sama-sama kita selesai sama-sama, bantu lah terutamanya saya. EXCO-EXCO kami ni orang baru, tapi tak baru sangat… tapi boleh, bukan tau semua… tapi bukan tak tau langsung… tapi kami cuba sedaya upaya pasal rakyat ni dia mudah, kita tak payah kata kita nak kempen teruk-teruk tapi kalau kita dapat selesaikan masalah rakyat, ekonomi keperluan depa cukup depa kata, boleh percaya kerajaan ni. Kita kena ambil kepercayaan daripada rakyat… peluang dan ruang kita kena perlu guna sepenuhnya. Daripada Guar Sanji, Kuala Perlis, Sena, Beseri sendiri, Tambun Tulang, Kayang, Indera Kayangan mai kita duduk sama-sama. Jangan kita pun ada jurang antara kita. Kita boleh dok sekali namanya EXCO… tapi kita boleh dok sekali.

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Mohon mencelah YB Titi Tinggi. Kita tengok apa masalah SAP… yang air ni memang banyak berlaku di banyak kawasan. Ada tak Kerajaan Negeri bersasarkan satu lokasi? Contoh paling ketara di Indera Kayangan adalah di Taman Mutiara. So, kawasan tu ada lebih kurang ada enam hingga tujuh lorong. Setiap kali paip tu kena baiki, ada kebocoran dan sebagainya. Dia menyebabkan jalan yang telah diturap rosak. Turap, rosak… lepas tu ada nak kena baiki piping dan sebagainya. Boleh tak saya cadangkan pihak Kerajaan Negeri bersasarkan satu kawasan dan saya cadangkan macam kawasan di Taman Mutiara ni untuk buat naik taraf ataupun buat piping semula? Buat piping semula sebab kawasan tu memang sangat teruk. Saya mohon perhatian YB Titi Tinggi, terima kasih.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Terima kasih Indera Kayangan. Macam saya ulang tadi, memang benda air ni memang kritikal. Kawasan Indera Kayangan ni boleh kata air ni… sampai juga kawasan Titi Tinggi ni… ada rumah berbulan tak ada air… memang kritikal. Tapi insha-Allah YB Indera Kayangan, saya cuba sembang dengan SAP… kita maklum balik. Memang ada tempat-tempat kita, kita cuba ambil satu kawasan tempat yang betul-betul kritikal macam tempat Beseri sendiri pun ada kawasan perumahan yang tak dapat masuk air tapi kami turun sendiri… memang dia bab tekanan memang tak sampai macam saya kata punca masalah daripada paip. Paip yang lama, tapi tak pa kita cuba juga. Kita takkan kata tak boleh, tapi kita kena buat. Bukan kata senang… bukan kata tak boleh… tapi kita kena buat. Saya pun tak mau panjang, tapi saya mohon kita bersama-samalah. Saya pun tak pandai nak berucap, nak berkata-kata yang enak-enak tapi saya bercakap dari hati saya, saya tak nak nak sembunyi-sembunyi hati… saya tak dak, nota-nota yang ni, niat saya nak buat kerja ikhlas. Kalau kita amanah, ikhlas… insya-Allah, Allah taala bantu kita. Ha…saya pun ada pantun, pantun dua kerat ni saya cubalah. Saya pun macam En. Li juga daripada Simpang Empat, saya pun tak… tapi saya cuba. Kelmarin Kayang puji saya…

Sanglang suka makan udang galah, Kayang pula bersih dan damai; Mohon maaf jika ada silap dan salah, moga Perlis Bersih dan Permai.

Dengan ini saya menyokong Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dan akhir sekali,

Suka sangat daun selasih, saya ucap terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Bintong.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, alladzi arsala rosulahu bil huda wa dinil haq. Liyuzhhirohu 'alad dini kullihi. Wa kafa billahi syahida. Asyhadu alla ilaha illallah, wahdahu laa syarikalah. Wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuluhu. Allaahumma sholli 'ala Muhammadin, wa‘alaa aalihii wasahbihii ajmain. Terima kasih Yang Berhormat Speaker, dan kesempatan ucapan penggulungan pada tengah hari ini, izinkan saya untuk memberikan maklum balas kepada soalan tambahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Kayangan berkaitan dengan prestasi dan indeks pencapaian yang telah dicapai daripada program-program kebersihan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perlis. Untuk maklumat untuk makluman Yang Berhormat prestasi pencapaian dalam bentuk-bentuk program dan aktiviti seperti mana yang telah dirancang melalui Pelan Strategik Agenda Perlis Bersih Sihat 2021-2025 adalah bermatlamat kan ke arah pendekatan aspek kebersihan dan kesihatan pasca COVID-19 di Negeri Perlis seiring kepada Agenda Nasional Malaysia Sihat dan Dasar Kebersihan Negara. Saya nak sihat ni… yang telah diadakan di peringkat Kerajaan Persekutuan secara ringkasnya melalui rangka pelan ini sebanyak 5 teras ditetapkan seperti berikut. Yang pertama, teras… teras yang pertama memantapkan promosi Amalan Cara Hidup Sihat Dan Bersih, teras yang kedua memantapkan perkhidmatan kesejahteraan rakyat wellness, teras yang ketiga memperkasakan kawalan kesejahteraan kendiri (3K), teras yang keempat memantapkan kebersihan persekitaran, teras yang kelima menyelaraskan peranan agensi penguatkuasaan secara bersepadu.

Sehingga Disember 2022, prestasi pencapaian diukur melalui pencapaian pelan tindakan yang telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak yang terlibat yang terdiri daripada jabatan dan agensi, pihak swasta, komuniti persatuan penduduk dan pihak-pihak sukarela. Prestasi pencapaian adalah berdasarkan teras yang telah ditetapkan dalam Pelan Strategik Agenda Perlis Bersih Sihat. Teras yang pertama, dari segi bilangan dan program yang aktiviti yang dirancang adalah sebanyak 52 aktiviti dan dari segi bilangan programnya 38 aktiviti iaitu sebanyak 74% dari segi pencapaian. Teras yang kedua, aktiviti yang dirancang adalah sebanyak 29 aktiviti dan dari segi aktiviti yang berjaya dilaksanakan adalah sebanyak 23 aktiviti ataupun 79%. Teras yang ketiga, aktiviti yang dirancang adalah sebanyak 14 aktiviti dan aktiviti yang telah dilaksanakan adalah sebanyak 12 aktiviti ataupun 85.5%. Teras yang keempat, bilangan program yang dirancang adalah sebanyak 30 aktiviti dan yang telah berjaya dilaksanakan sebanyak 21 aktiviti dari segi pencapaian 67%. Teras yang kelima, sebanyak 20 aktiviti yang dirancang dan bilangan aktiviti yang telah pun dilaksanakan adalah sebanyak 16 aktiviti.

Yang Berhormat Speaker, saya ingin memberikan respons ataupun maklum balas kepada beberapa persoalan yang dibangkitkan ketika perbahasan. Yang pertama, daripada Yang Berhormat Kuala Perlis berkaitan dengan perniagaan kedai borong yang… kedai Borong Din yang dilihat semakin bercambah dan secara tidak langsungnya dibimbangi memberi kesan kepada para peniaga kecil yang kemungkinan akan gulung tikar daripada pembukaan perniagaan kedai Borong Din tersebut. Jadi Yang Berhormat Kuala Perlis, sebenarnya pemberian lesen-lesen perniagaan yang dilaksanakan oleh MPK berdasarkan dasar dan ketetapan yang dibuat peringkat Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan yang sedang berkuatkuasa. Kedai Borong Din ini adalah dikategorikan sebagai perniagaan borong runcit, kedai kategori ini menjual pelbagai jenis barangan runcit secara langsung kepada orang awam untuk kegunaan sendiri dan isi rumah. Di peringkat MPK antara dasar ataupun garis panduan yang diguna pakai, dalam pertimbangan untuk menguruskan sesuatu permohonan lesen perniagaan borong runcit adalah dengan merujuk kepada Rancangan Tempatan yang telah diluluskan oleh... oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Berdasarkan Rancangan Tempatan MPK 2035, aktiviti borong runcit hanya dibenarkan di dalam kawasan yang di zonkan sebagai sebagai zon perdagangan. Justeru itu, sebarang permohonan bagi premis ataupun aktiviti perniagaan borong runcit yang diterima akan dipertimbangankan berdasarkan garis panduan yang berkuatkuasa tersebut. Setakat sekarang belum ada dasar lain sama ada di Peringkat Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan yang mengehadkan jumlah pemberian lesen bagi perniagaan borong runcit. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri melihat perniagaan berbentuk borong runcit, pasar raya dan pasar raya besar berkembang selari dengan pembangunan dan turut membuka peluang pekerjaan baharu kepada rakyat tempatan.

Persoalan yang kedua yang dibangkitkan oleh Kuala Perlis berkaitan dengan keadaan perumahan di kawasan flat di Kuala Perlis dimana kebanyakan rumah didapati berkeadaan rosak teruk dan penduduk pula menghadapi masalah untuk membaiki rumah mereka. Maka Yang Berhormat Kuala Perlis mencadangkan supaya kos pembaikan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri melalui potongan sewaan bulanan. Jadi respons daripada pihak Kerajaan Negeri bahawa penyelenggaraan bangunan dan kawasan rumah pangsa Kuala Perlis telah diserahkan kepada Pens Properties Sdn Bhd.

Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Hartanah, Bahagian Perumahan telah mengemukakan permohonan peruntukkan di bawah Program Penyelenggaraan Perumahan (PPP) kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Contohnya bagi tahun 2021 Kerajaan Negeri Perlis menerima peruntukkan di bawah PPP berjumlah lebih kurang RM1.7 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan yang merangkumi kerja mengecat 3 blok rumah pangsa Kuala Perlis kemudian kerja ganti bumbung 3 blok rumah pangsa Kuala Perlis dan yang ketiga kerja penggantian tangki air yang menggunakan peruntukkan sebanyak hampir RM500, 000.00 Kerajaan Negeri juga telah menyalurkan peruntukkan berjumlah RM184, 000.00 lebih yang diperuntukkan di bawah peruntukkan PPP pada tahun 2022. Bagi tahun 2023, Kerajaan Negeri telah mengemukakan permohonan berjumlah RM1.05 juta kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan masih menunggu kelulusan bagi kerja-kerja penyelenggaraan di rumah pangsa Kuala Perlis.

Seterusnya Yang Berhormat Kuala Perlis juga membangkitkan tentang projek pencahayaan persekitaran Bintong yang dianggap sebagai merugikan. Terutama sekali ianya melibatkan kos bil elektrik yang tinggi, tiada pemantauan yang mengundang bahaya kepada orang ramai. Maka respon di pihak Kerajaan Kerajaan Negeri mengambil maklum dan menyedari akan isu tersebut dan akan mengambil tindakan berdasarkan aduan awam yang diterima. JKR insha-Allah akan meneliti semula konsep pencahayaan kawasan tersebut dan mengambil kira kos yang efektif dan tarikan sebagai Persiaran Makanan. Seterusnya Yang Berhormat Kayangan… Kayang, menubuhkan persoalan berkaitan dengan pertumbuhan Kangar Jaya dimana Kerajaan Negeri disarankan untuk menyegerakan kemudahan asas di lokasi yang berkenaan. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Kayang, projek Kangar Jaya ini adalah sebuah projek pembangunan komersil yang dibangunkan pihak swasta iaitu Konsortium Bumita, Nepta. Pelan kebenaran merancang bagi pelan induk kawasan Kangar Jaya yang telah diluluskan meliputi komponen pembangunan bercampur yang merangkumi 1105 unit kedai pejabat, 185 unit industri ringan, 20 bangunan pejabat, 5 unit bagunan perniagaan, 1 unit tapak pasaraya, 1 unit tapak kompleks penjaja, 1 unit tapak hotel dan infrastruktur utiliti sokongan. Keperluan untuk mengadakan kemudahan asas di kawasan pembangunan tersebut telah diteliti di peringkat permohonan pemajuan sebelum diluluskan kebenaran merancang oleh Majlis Perbandaran Kangar untuk makluman pembinaan komponen kompleks membeli belah kini sedang giat dijalan… dilaksanakan dan apabila siap kelak akan terdapat tandas awam, surau di dalam kompleks untuk kegunaan pengunjung begitu juga dengan kemudahan-kemudahan yang lain akan diwujudkan dari masa ke semasa.

Kemudian menjawab persoalan Yang Berhormat Guar Sanji berkaitan dengan status kilang lama di Pekan Arau ataupun kilang padi di mana terdapat laluan di tengah-tengahnya itu. Maka untuk makluman Yang Berhormat, binaan kilang padi tersebut adalah di dalam kawasan Lot 1, Mukim Arau yang mana merupakan hak milik Perbadanan Aset Kereta Api berdasarkan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar, tapak ini terletak di dalam Kluster Perdagangan Pusat Bandar Arau dalam zon pengangkutan. Seterusnya persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Chuping, berkaitan dengan Rancangan Perumahan Awam contohnya di Taman Angsana Bukit Keteri masih ada…

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Yang Berhormat mencelah sikit na.

Tak boleh. Tak dibenarkan sebab saya ada 20 persoalan yang nak di… diberikan respons secara ringkas…

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Kita minta jawab bagi lengkap sikit hat berkaitan dengan kilang lama tu, nak roboh atau dak? Cakap tu ja.

Panjang ni Yang Berhormat saya… saya terpaksa skip kan. Nanti tengok balik jawapan bertulislah rasa. Boleh na? Kita akan bagi jawapan bertulis insya-Allah. Untuk makluman Yang Berhormat, tawaran Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) seperti Taman Angsana adalah secara jual beli. Oleh yang demikian, setelah selesai bayaran keseluruhan harga rumah, proses pindah milik akan berlaku dan menjadi pemilikan individual sepenuhnya dimana pemilik tersebut tidak boleh disangkal. Secara dasarnya, kuasa untuk mengambil tindakan ke atas rumah yang tidak didiami bukanlah menjadi bidang kuasa Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Hartanah dan ianya menjadi tanggungjawab pemilik untuk menyelenggara rumah tersebut supaya tidak menimbulkan kacau ganggu di kawasan kejiranan. Dan syarat-syarat permohonan rumah yang… di Taman Angsana ni, untuk makluman Yang Berhormat ada empat lah, yang pertama sekali warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan telah berkahwin. Yang kedua, warganegara yang belum berkahwin hendaklah berumur 30 tahun ke atas pada tarikh permohonan. Yang ketiga, pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan. Dan yang keempat, pemohon ataupun suami isteri yang telah memiliki rumah tidak dibenarkan memohon.

Seterusnya soalan yang di… bangkitkan oleh Yang Berhormat Indera Kayangan berkaitan dengan cadangan disegerakan perngoperasian gerai makanan di Persiaran Jubli Perak yang telah siap dibina ataupun diselenggara tetapi masih belum beroperasi supaya membolehkan peniaga yang terlibat untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Maka, maklum balas daripada pihak Kerajaan untuk makluman Yang Berhormat, lot tersebut dalam proses penempatan semula peniaga-peniaga sedia ada dan telah mendapat kelulusan khas daripada pihak SAP berkenaan bekalan air yang perlu disediakan tangki tambahan dan pengisian ini dijangka disempurnakan pada akhir Mac 2023 dan peniaga-peniaga akan mula beroperasi semula selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Yang Berhormat Indera Kayangan juga membangkitkan tentang kuota hak milik perumahan bumi dan non-bumi yang perlu dilihat semula mengikut demografi. Maklum balas daripada pihak Kerajaan bahawa polisi Kerajaan Negeri untuk penetapan kuota bumiputera dan bebas adalah berpandukan kepada demografi dan komposisi penduduk di Negeri Perlis. Atas faktor utama ini dan berpandukan kepada statistik Jabatan Perangkaan Malaysia bahawa peratusan bumiputera di Perlis adalah seramai meliputi 89% manakala bukan bumiputera adalah sebanyak 11%. Maka polisi 70 nisbah 30 bumi… bumiputera dan bebas di dalam lingkungan bebas adalah wajar dan adil kepada semua pihak. Namun polisi ini kuota yang ditetapkan ini bersifat tidak rigid dengan izin kerana Kerajaan Negeri amat fleksibel dan mempunyai kaedah alternatif dalam membantu pemaju swasta berhubung perkara ini. Seterusnya, Yang Berhormat Indera Kayangan juga membangkitkan mencadangkan untuk Perlis menawarkan skim My Second Home. Untuk makluman Yang Berhormat, perolehan hartanah untuk kepentingan asing dapat dijelaskan seperti berikut. Yang pertama, melalui Seksyen 433B Kanun Tanah Negara memperuntukkan bahawa warganegara ataupun syarikat asing boleh memperolehi tanah hanya hanya dengan kebenaran pihak berkuasa Negeri. Yang kedua, perolehan hartanah oleh warga negara asing boleh berlaku dengan cara pembelian dengan menandatangani surat perjanjian jual beli melalui warisan harta pusaka anggota keluarga yang meninggal dunia atau melalui pemberian atas dasar kasih sayang daripada anggota keluarga. Yang ketiga, perolehan hartanah oleh syarikat asing boleh berlaku dengan cara pembelian dengan menandatangani surat perjanjian jual beli. Pada masa ini tiada dasar ataupun polisi khusus bagi perolehan hartanah oleh warga negara asing yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Bagi Kerajaan Negeri pihak Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan Yang Berhormat. Dan perkara yang akan dikaji…

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Yang Berhormat Bintong.

Secara terperinci tetapi tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa Negeri. Yang Berhormat Indera Kayangan juga memohon supaya dibuat pertimbangan kebenaran berniaga dalam bidang hiburan untuk non-muslim dan pelancong luar. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mengambil maklum atas saranan tersebut tetapi tertakluk kepada undang-undang dan garis panduan berikut.

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Yang Berhormat.

Yang pertama Enakmen Hiburan Negeri Perlis 1987. Yang kedua, Garis Panduan Acara Persembahan Hiburan…

Puan Gan Ay LingPKR · PHIndera Kayangan

Yang… Yang Berhormat, mohon pencelahan.

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Boleh saya mencelah sikit? Sikit ja… sikit ja, satu minit ja. Seminit ja… tak sampai seminit pun.

Sat… sat… nak bagi air… nak bagi habis dulu..

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Sikit ja, dak… sini point penting, sikit ja. Boleh na?

Okay, okay.

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Setuju atau tidak Yang Berhormat tentang… saya mendengar dengan teliti tentang tiga pecahan soalan tadi, jadi setuju atau tidak Yang Berhormat andai kata kita sebenarnya perlu sedikit berhati-hati dalam… Saya takut kerana apa apabila ini melibatkan hak bumiputera sebagai contoh, yang pertama kemudian apabila melibatkan warga asing sebagai contoh kemudian ada juga satu lagi soalan mengabaikan membabitkan hiburan sebagai contoh mungkin kita boleh sedikit berhati-hati dalam pertanyaan kita sebagai contoh. Sebab apa, takut kita menguris hati-hati di luar sana, setuju ataupun tidak?

Terima kasih apa pandangan yang diberikan dan saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Tambun Tulang untuk kita meneliti dengan lebih cermat tentang cadangan-cadangan yang dikemukakan, insya-Allah. Sebab itu dasar berkaitan dengan apa nama… tawaran kepada warga asing dan juga berkaitan dengan hiburan tadi akan diteliti secara cermat dan penuh berhemah insha-Allah oleh kepimpinan Kerajaan Negeri ini. Saya sambung sikit lagi, dalam hal ini pemohon yang berminat untuk melaksanakan perniagaan dan aktiviti berbentuk hiburan boleh mengemukakan permohonan dan ianya akan dipertimbangkan berdasarkan garis panduan dan undang-undang yang berkuatkuasa serta perlulah memenuhi… me… me… mematuhi semua syarat yang telah ditetapkan.

Persoalan yang ke-12 yang dibangkitkan ketika perbahasan lagi sekali Yang Berhormat Indera Kayangan, bertanyakan mengenai isu keperluan penyediaan Rumah Kos Rendah kepada penduduk ataupun rakyat yang kurang berkemampuan. Jadi Yang Berhormat untuk makluman Yang Berhormat Kerajaan Negeri mempunyai rancangan jangka masa panjang dalam menangani masalah rakyat yang memerlukan rumah terutamanya golongan B40. Berpandukan Rancangan Struktur Negeri Perlis 2030 telah mensasarkan bahawa pada tahun 2030 Perlis perlu mempunyai 53,063 unit rumah terancang dengan merangkumi 15,018 unit rumah kos rendah. Indera Kayangan juga membangkitkan tentang kutipan sampah di Bintong, Indera Kayangan dan juga Kayang dan memohon supaya agensi berkaitan melihat masalah ini bagi memudahkan penjagaan kawasan tersebut. Jadi untuk makluman Yang Berhormat pengurusan kutipan sampah di negeri Perlis adalah terletak hak eksklusif di bawah kerajaan persekutuan. Apabila berkuatkuasanya Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 melalui serahan kawasan untuk diberikan perkhidmatan kutipan sampah oleh Majlis Perbandaran Kangar (MPK) kepada pihak persekutuan SwCorp. Pada masa kini, kawasan untuk diberi perkhidmatan kutipan sampah termasuk membekalkan tong sampah, jenis tong sampah serta bilangan frekuensi kutipan dibuat secara berperingkat dan beransur-ansur. Yang Berhormat Indera Kayangan, bertanyakan berkaitan Kerajaan Negeri adakah mempunyai perancangan untuk menggunakan bangunan agensi kerajaan yang terbiar dan tidak digunakan sama ada sebagai pusat pengumpulan kitar semula ataupun cadangan untuk dijadikan dewan orang ramai sementara. Maka respon daripada pihak Kerajaan Negeri melalui Bahagian Pentadbiran Daerah (BPD) bersedia untuk membaik pulih mana-mana bangunan milik kerajaan berdasarkan permohonan dan keizinan agensi pemilik bangunan tersebut untuk dijadikan dewan orang ramai sementara yang berada di luar bandar menggunakan peruntukan sedia ada bagi memastikan ianya kembali berfungsi dan dapat digunakan. Bangunan yang di baik pulih akan diserahkan kepada wakil pihak komuniti untuk pengurusan bersama. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri pada dasarnya tiada halangan bagi mentransformasikan bangunan agensi kerajaan yang terbiar. Walaubagaimanapun, setiap permohonan itu perlulah mengambil kira aspek kesesuaian lokasi, keselamatan bangunan dan cadangan tukar fungsi bangunan tersebut.

Seterusnya, menjawab Yang Berhormat daripada Tambun Tulang berkaitan dengan isu penjualan judi online yang perlu dan wajar ditangani segera sebelum ianya dinormalisasikan ataupun dianggap biasa oleh masyarakat. Maka sebagai responnya, tindakan pemberantasan judi online dan juga penerangan berkaitan judi online akan diteruskan supaya masyarakat mendapat kefahaman berkaitan dengan judi online. Setiap game judi online yang melibatkan sebarang bentuk pertaruhan terutama yang melibatkan wang dan tuah adalah merupakan perjudian dan perkara ini biasanya diketahui oleh pemain-pemain judi online itu. Bagi tempoh 2021 hingga Februari 2023 sebanyak 123 tangkapan telah dibuat dengan rampasan berjumlah RM28,455 yang melibatkan 50 premis telah dilaksanakan ataupun telah dibuat. Seterusnya merujuk kepada isu viral yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tambun Tulang berkaitan dengan operasi penutupan gerai maka kerajaan dipohon untuk memperincikan dasar Perlis Bebas Berniaga dan mencadangkan supaya hebahan diperluaskan kepada rakyat bagi mengelakkan salah faham berlaku. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Tambun Tulang, tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh pihak MPK baru-baru ini adalah bagi membersihkan kawasan rizab jalan daripada gerai-gerai yang terbiar dan kelengkapan niaga yang ditinggalkan di tepi jalan dalam tempoh yang lama. Namun bagi membolehkan rakyat mencari sumber pendapatan Kerajaan Negeri telah melaksanakan dasar Perlis Bebas Niaga yang membenarkan aktiviti perniagaan dijalankan di lokasi-lokasi di tepi jalan yang kurang berisiko tetapi dengan syarat peniaga tidak dibenarkan mendirikan struktur kekal atau meninggalkan gerai ataupun peralatan berniaga di tepi jalan sebaliknya ia hendaklah dialihkan ke tempat lain apabila selesai berniaga pada hari tersebut. Aspek 3K perlulah dipatuhi iaitu kebersihan, keselamatan dan tidak menimbulkan kacau ganggu serta bentuk perniagaan hendaklah mudah alih dan bukan berbentuk struktur kekal dalam erti kata yang lain dasar Perlis Bebas Niaga ialah bebas dengan berperaturan bukannya bebas tanpa sebarang kawalan yang kelak akan mengundang masalah lain yang lebih besar.

Seterusnya persoalan yang ketujuh belas yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Sena berhormat berkaitan dengan perubahan reka bentuk dan penyusunan pasu-pasu bunga serta tanaman yang ditanam di lorong-lorong belakang taman perumahan. Maka Yang Berhormat Sena, secara umumnya aktiviti penanaman pokok-pokok bunga tanaman hijau dan sebagainya ini sebenarnya dia adalah baik terutama sekali untuk membentuk komponen hijau di persekitaran dan taman perumahan. Namun demikian penanaman bunga dan pokok-pokok perlulah mengambil kira aspek-aspek yang telah ditetapkan di dalam garis panduan Perancangan Perumahan 2014. Dalam perkara ini penduduk adalah digalakkan untuk menjalankan aktiviti menanam ataupun mewujudkan kebun mini di kawasan premis kediaman sama ada di belakang, di depan, di beranda balkoni ataupun dalam bentuk taman atas bumbung. Namun masih lagi tertakluk kepada syarat-syarat PBT di kawasan masing-masing. Justeru itu, MPK pada masa ke semasa melaksanakan Program Rakan Taman Dan Kebun Kejiranan bagi meningkatkan kesedaran penduduk di komuniti perumahan. Kempen dan hebahan secara berterusan termasuk di media sosial serta edaran flyers di taman-taman perumahan juga dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran komuniti. Bagi taman-taman perumahan awam di bawah seliaan Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Perlis akan melakukan pemantauan daripada masa ke semasa bagi memastikan keadaan jalan dan infrastruktur seperti longkang dan kemudahan awam yang disediakan dalam keadaan yang baik. Seterusnya, persoalan yang kelapan belas yang dibangkitkan oleh juga oleh Adun Sena berkaitan dengan Persiaran Bintong. Pendekatan yang tindakan yang wajar diambil terutamanya dari segi kebersihan tata letak pon dan juga pengoperasian gerai. Maka Yang Berhormat Sena, kebersihan di Persiaran Bintong ini telah menjadi perhatian Kerajaan Negeri sejak jalan tersebut dijenamakan sebagai salah satu destinasi makanan di negeri Perlis dan bagi memastikan persiaran makanan Bintong terus mendapat tempat di kalangan pelancong aspek kebersihan sememangnya diberi keutamaan dan antara aspek penguatkuasaan berhubung pematuhan kepada perkara tersebut jabatan yang berkaitan seperti Jabatan Kesihatan, MPK, SWCorp sentiasa menjalankan aktiviti pemeriksaan premis dan penguatkuasaan bukan sahaja di Persiaran Makanan Bintong malah di seluruh negeri Perlis. Dan akhirnya, persoalan yang dibangkitkan dalam sesi perbahasan tempoh hari, dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sena juga berdekatan dengan Kompleks MPK baru cadangan untuk mewujudkan Kompleks MPK baru memandangkan bangunan sedia ada tidak sesuai dan mengambil kira peranan MPK dalam pencapaian negeri Bandaraya menjelang 2030. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, MPK mengambil maklum saranan tersebut dan sememangnya telah ada perancangan di pihak pengurusan MPK untuk mewujudkan bangunan Kompleks MPK yang baru ini. Sehubungan dengan itu, pihak MPK telah bercadang untuk mewujudkan taskforce bagi meningkatkan kemampuan kewangan MPK untuk merealisasikan cadangan untuk mewujudkan kompleks.

Seterusnya Yang Berhormat Speaker, izinkan saya untuk membuat penggulungan akhir dalam ruang masa yang dibenarkan. Yang Berhormat Speaker, untuk sesi per gulungan ini ingin saya mengambil kesempatan untuk mempertegaskan beberapa perkara khususnya keazaman pihak Kerajaan Negeri Perlis baharu ini tentang beberapa perkara yang pertama sekali mengangkat nilai Kerajaan Negeri Perlis sebagai negeri hidayah yang di negeri yang mendapat petunjuk, bimbingan dan diredhai oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah menjadikan Islam sebagai dasar dan juga petunjuk untuk kita menguruskan negeri ini. Salam di beri saat bersua, tangan dihulur di genggam erat, negeri hidayah harapan semua sejahtera rakyat dunia akhirat. Yang kedua, meningkatkan kesungguhan di dalam usaha dan program bina insan melalui modul pendidikan yang bersepadu dan tersusun melibatkan agensi-agensi yang berkaitan agar usaha menyediakan pekerja ataupun pemimpin yang komputen bersifat Al Qawiyyu Amin dengan nilai dan ciri-ciri keimanan akhlak insan, akhlak Ihsan, Ahsan Ehsan Fatonah Amanah diutamakan dan diberikan priority kita dalam menguruskan negeri ini. Bersimpuh sabar muda dan tua, menadah ilmu biarpun lama bangun kan lah diri berbekalkan taqwa agar terbela ummah dan agama. Yang ketiganya menggandakan usaha merangsang ekonomi negeri di zaman ekonomi yang mencabar ini melalui pendekatan yang pelbagai serta berupaya menyantuni kelompok dan teras peniaga sama ada mikro mikro kecil dan sederhana. Merancang ekonomi berimpak tinggi tak kira penat mahupun lelah, insan hebat berkeperibadian tinggi dikasihi manusia, dimuliakan Allah. Yang keempat, akan berusaha sedaya upaya bersama agensi dan jabatan yang berkaitan bagi merealisasikan agenda negeri Perlis Bersih Dan Sihat antaranya penglibatan dan kerjasama MPK, SWCorp dan juga Kesihatan. Bertempur di medan tak akan lari menggalas amanah menggenggam panji, bersih dan sihat agenda negeri ayuh bersama kotakan janji. Yang kelima, beramal dengan politik matang dan sejahtera sebagaimana yang dizahirkan di dalam titah Tuanku malah selari dengan kehendak dan tuntutan Islam bermuamalah sesama manusia dengan sifat Ihsan Ihsan Hikmah, menjauhi politik dendam fitnah adu domba dan mematuhi konsep federalisme state. Gerai tumbuh di sana-sini pelbagai kuih nasi dan kari, berpolitik matang amalan kini wajar dihayati di pusat dan negeri. Untuk akhir sekali, saya mempunyai pantun khas kepada ketua-ketua jabatan dan juga wakil jabatan yang istiqomah hadir selama 3 hari kita bersidang pada kali ini. Pantun yang berbunyi,

Ikuti sidang di era teknologi, handphone dibawa sebagai teman; Kerjasama tuan puan amatlah dihargai, bagaikan mawar mekar di taman.

Khusus juga buat petugas dan juga urusetia Dewan pantun yang terakhir,

Bersengkang mata malam dan siang, demi amanah dan tugas kakitangan; Siapalah kami tanpa kalian, dipepautkan lah ukhuwah bermusuh jangan.

Maka akhirnya Bintong menjunjung kasih di atas titah Tuanku dan menyokong di atas titah yang disampaikan oleh Tuanku. Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Bintong hampir 45 minit. Dipersilakan Yang Berhormat Santan.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil ‘ala min wabihi nasta'in wa ‘ala alihi wa sahbihi ajmain.. ‘amma ba’du. Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat Tuan Speaker merujuk kepada soalan tambahan daripada Tambun Tulang berkaitan dengan senarai sukan teras ada 16… olahraga, akuatik, tenpin boling, bola sepak, badminton, hoki, skuasy, gimnastik, berbasikal, wushu, pencak silat, pelayaran, menembak, memanah, bowling padang dan karate. Sukan bukan teras ada 46. Seterusnya, Tambun Tulang jugak, pihak Jabatan Imigresen melalui bahagian Penguatkuasa Negeri Perlis sentiasa melakukan pemantauan, risikan dan operasi berdasarkan aduan awam dari sumber-sumber dalaman dalam memastikan aktiviti ini tidak berlaku. Bukan hanya warga Rohingya sahaja tetapi juga meliputi keseluruhan warga asing bagi memastikan mereka mempunyai dokumen dan permit kerja yang sah di sisi undang-undang. Berdasarkan rekod, tiada data kemasukan warga Rohingya yang masuk ke Perlis kerana mereka ini menggunakan jalan masuk yang tidak diwartakan ataupun ataupun lorong tikus, tempat pendaratan tidak sah. Selain itu, berdasarkan hasil risikan dan pemantauan pihak pemantauan Imigresen sehingga kini tidak ada warga Rohingya yang menjalankan aktiviti perniagaan di Perlis.

Tuan Wan Zikri Afthar bin IshakBERSATU · PNTambun Tulang

Mohon mencelah… terima kasih YB Santan… maaflah saya nak tanya sikit tak dak tak dak langsung apa… aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh warga Rohingya di Perlis, saya rasa kena check back the fact mungkin kena go to the ground, kena masuk ke kampung-kampung, kene check betul-betul sebab banyak. Terima kasih.

Baik, terima kasih Tambun Tulang, saya ambil maklum perkara ini dan akan berbincang dengan pihak yang berkenaan lah. Seterusnya kepada soalan YB Kayang, pembangunan Dewan Orang Ramai ialah tertakluk kepada ketersediaan tapak dan juga lokasi. Pembinaan Dewan Orang Ramai juga memerlukan peruntukan yang agak besar namun Kerajaan Negeri melalui Bahagian Pentadbiran Daerah akan sentiasa melihat keperluan Dewan Orang Ramai ini dari semasa ke semasa. Kepada YB Kayang juga, fasiliti sukan perlu terus kekal inklusif untuk digunakan oleh setiap lapisan masyarakat dan tidak dikhususkan kepada program latihan sukan berprestasi tinggi sahaja. Jadi Kerajaan Negeri telah menyatakan komitmen dengan pelaksanaan konsep 1 Parlimen 1 Padang. Ia merupakan satu penyertaan hasrat untuk memastikan padang permainan yang baik dan kondusif terus diwujudkan dalam negeri ini. Kerajaan Negeri telah mengemukakan permohonan peruntukan kepada pihak Jabatan Belia dan Sukan melalui permohonan di bawah Rolling Plan Ke-4 Rancangan Malaysia ke-12. Seterusnya Yang Berhormat Chuping, Kompleks Tuanku, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra adalah kawasan yang dikhususkan untuk aktiviti riadah awam dan latihan sukan berprestasi tinggi. Aktiviti sukan permotoran dibenarkan untuk dianjurkan di kawasan Kompleks dengan syarat telah ditetapkan sebagai contoh… pernah dijadikan litar-litar lumba motosikal bagi perlumbaan kejuaraan Cup Prix. Selain itu, kawasan Kompleks sukan juga pernah menyaksikan dua kali perlumbaan ride motosikal tetapi ada masalah pencemaran bunyi sebab tu dihentikan. Manakala sukan lasak terdapat banyak tempat lain yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada penggemar-penggemar aktiviti-aktiviti tersebut. Pada tahun 2022, Kerajaan Negeri telah menyediakan sebuah tapak extreme park bersebelah dengan Hospital Tuanku Fauziah dan Dewan Warisan. Tapak tersebut bersesuaian untuk dijalankan aktiviti sukan lasak seperti skateboard, BMX dan rollerskate. Selain itu, Bukit Air juga menjadi destinasi bagi penggemar sukan lasak bagi berbasikal dan juga motocross.

Yang Berhormat Indera Kayangan, pelbagai aktiviti dan program telah dan akan dilaksanakan bagi mencapai matlamat yang dinyatakan di atas dalam melibatkan orang muda. Antara program yang dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis termasuklah Program Fellow Perdana yang akan mengasah kemahiran belia menyumbang kepada organisasi dan masyarakat. Program-program seperti Kem Belia Sejahtera, Program Jelajah Gentar Belia. Antara lain adalah Program Majlis Perundingan Belia Negara yang akan membincangkan hala tuju dan permasalah belia untuk diselesaikan di peringkat kementerian. Anugerah Belia Perdana untuk mengiktiraf Persatuan-Persatuan Belia yang cemerlang dan yang paling dinantikan adalah Program Hari Belia Negara. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) juga sentiasa memberikan peluang kepada generasi muda melalui beberapa program CSR kepada NGO belia dan pemuda antaranya penubuhan NGO kemasyarakatan yang menggerakkan pusat dakwah MAIPs, yang menjalankan aktiviti keharmonian antara kaum, agama. Kedua, Program Pendidikan Tusyen Percuma di Kampung Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis kawasan Kangar Utara dan kawasan Selatan oleh anak belia. Yang ketiga pelaksanaan Program CSR NGO Belia bagi misi kemanusia dan bantuan bencana di seluruh negara. Indera Kayangan juga, berdasarkan semakan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis tiada murid cicir di negeri Perlis. Namun begitu, murid berisiko cicir direkodkan mengikut perangkaan bahagian perancangan dan pendidikan dasar pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia berakhir 19 Mac 2023 menunjukkan murid berisiko cicir di negeri Perlis adalah seperti berikut: Yang pertama, murid menengah yang berisiko sederhana untuk cicir adalah 0.05% manakala berisiko tinggi untuk cicir adalah 0%. Murid rendah yang berisiko sederhana untuk cicir pula adalah 1.55% manakala berisiko tinggi untuk cicir adalah 0%. Faktor risiko keciciran ini adalah disebabkan murid bekerja akibat isu kemiskinan, membantu keluarga, keseronokan apabila mempunyai pendapatan yang dapat menjamin keluarga. Sungguhpun begitu, Jabatan Pendidikan sentiasa peka terhadap murid berisiko cicir. Akan memberi perhatian dan tindakan sewajarnya dengan kerjasama MAIPs.

Seterusnya, Yang Berhormat Beseri, Kerajaan Negeri mengambil maklum akan cadangan penubuhan unit Pembangunan Permodalan Insan khusus yang berperanan untuk memberikan tumpuan holistik daripada kepimpinan sehinggalah masyarakat. Untuk makluman, peranan ini telah dilaksanakan oleh Unit Kualiti, Inovasi dan Pembangunan Modal Insan di bawah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab dalam melaksanakan latihan khusus kepada penjawat awam negeri Perlis. Selain itu, program-program pembangunan permodalan modal insan juga turut dilaksanakan oleh jabatan, agensi lain. Antaranya program pengukuhan pembangunan kepimpinan dan membina sahsiah, program latihan kepimpinan di peringkat kampung oleh Bahagian Pentadbiran Daerah. Yang Berhormat Beseri juga, kaitan dengan penyediaan fasiliti Dewan Orang Ramai kepada penduduk kampung tertakluk kepada tapak yang bersesuaian di dalam sebuah kampung dan keutamaan diberikan kepada tanah milik kerajaan. Disamping itu, faktor lain adalah memerlukan peruntukan yang agak besar untuk merealisasikan hasrat ini. Walaupun begitu pihak Bahagian Pentadbiran Daerah akan menggunakan mana-mana peruntukan sedia ada untuk membaikpulih mana-mana Dewan Orang Ramai. Selain itu, Majlis Sukan Negeri Perlis juga sedang menggerakkan satu pasukan pemantauan bagi membuat pemerhatian dan mengumpul data untuk diselaraskan bagi mengkaji satu inisiatif yang mampu menyelesaikan isu fasiliti sukan rakyat di kampung di kawasan kampung dan taman perumahan. Alhamdulillah selesai untuk jawapan soalan… tambahan dan juga jawapan soalan perbahasan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, sempena Menjunjung Kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, izinkan saya untuk membacakan firman Allah S.W.T. Sorry Tuan Speaker mohon duduk nak minum ayaq. Allah S.W.T. berfirman, (Yang Berhormat Santan membacakan ayat Al-Quran, Surah Saba’, 34:15)

“Sesungguhnya bagi kaum Saba’ itu ada kebesaran tuhan. Di tempat kediaman mereka itu ada dua buah kebun yang terletak di sebelah kanan dan juga sebelah kiri. Maka makanlah olehmu daripada rezeki yang dianugerahkan tuhan mu dan bersyukurlah kepada-Nya. Negeri kamu adalah negeri yang baik, nyaman, sedang Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Pengampun.”

Allah S.W.T. menganugerahkan kepada kaum Saba’ sebuah negeri yang mempunyai dua buah kebun yang terletak diantara dua bukit menggambarkan indahnya kerajaan ataupun muka bumi ketika itu dan diberikan nikmat yang melimpah ruah daripada kebun-kebun yang mengeluarkan hasil yang banyak disebabkan mereka bersyukur di atas pemberian Allah. Maka negeri tersebut sentiasa dipelihara oleh Allah S.W.T. dan penduduknya berada dalam keadaan aman dan juga damai. Sampai satu ketika… sampailah satu ketika, mereka berpaling dari mengesakan Allah… berpaling dari mengabdikan diri kepada-Nya dan lalai serta alpa dari mensyukuri segala nikmat pemberian Allah maka ujian besar menimpa mereka. Firman Allah Taala, (Yang Berhormat Santan membacakan ayat Al-Quran, Surah Saba’, 34:16)

“Mereka berpaling, maka Kami kirim kepada mereka banjir yang besar yang meruntuhkan empangan ma'rib dan kami ganti kedua kebun mereka dengan dua kebun dan ditumbuhi pohon-pohon yang berbuah pahit, pohon ‘as, pohon cemara dan sedikit pohon sidr sejenis pohon bidara.”

Oleh itu, saya mengajak sidang Dewan sekalian agar sama-sama menghayati, memahami dan juga mengambil pengajaran daripada dua ayat al-quran tersebut sifat taqwa, ikhlas dan juga integriti dalam satu pekerjaan mestilah diterapkan dengan sebaiknya agar Allah S.W.T. sentiasa memberkati dan memelihara negeri Perlis yang dicintai ini dari sebarang musibah dan ujian yang besar dan seterusnya Allah S.W.T. akan menganugerahkan khazanah alam yang melimpah ruah kepada bumi Perlis dengan hasil-hasil yang baru seperti mana firman-Nya, (Yang Berhormat Santan membacakan ayat Al-Quran, Surah al-Talaq, 65:2-4)

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Allah S.W.T. akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan cukupkan keperluannya.”

Yang kedua, Yang Berhormat Tuan Speaker, merujuk kepada cadangan Yang Berhormat Beseri untuk menubuhkan Unit Pembangunan Insan. Pembangunan insan ini perkara yang amat penting maka Kerajaan Negeri komited serta berusaha sedaya upaya untuk membentuk rakyat di negeri Perlis ni menjadi rakyat minda kelas pertama cara berfikir dan juga cara bertindak. Orang yang mempunyai minda kelas pertama akan dapat menguasai ilmu pengetahuan, sikap proaktif, kaya moraliti dan menyumbang kepada kepentingan pembangunan negeri. Proses pembentukan tersebut merangkumi aspek jasmani, rohani, intelektual dan juga sosial untuk melahirkan manusia yang berkeupayaan membangunkan sesebuah negeri, melalui potensi yang ada kefahaman tentang pentingnya solat lima, menjaga solat lima waktu dan meninggalkan perbuatan mungkar perbuatan yang tidak baik hendaklah diterapkan di awal proses pembentukan. Pembentukan tersebut bermula dari individu, keluarga dan juga masyarakat bermula dengan pendidikan awal rendah menengah seterusnya institusi-institusi tinggi. Maka pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam proses pembentukan modal insan kerana orang yang berpendidikan akan mampu keluar dari kemiskinan. Maka sinergi di antara ibu bapa dan guru amatlah penting dalam proses pembentukan anak-anak. Pendidikan anak-anak bermula di rumah melalui mereka melihat dan juga mendengar. Anak-anak akan melihat tingkah laku ibu bapa dan tutur kata ibu bapa di rumah mereka. Begitu juga, guru-guru berperanan pula ibu bapa di sekolah antara peranan guru-guru ialah menggilap potensi, menjadi pembimbing, membentuk akhlak dan juga menjana perubahan dalam diri anak -anak. Anak-anak pelajar juga memerhati tingkah laku dan juga mendengar tutur kata daripada guru-guru. Maka oleh itu, Yang Berhormat Tuan Speaker saya mengajak diri saya dan juga sidang Dewan juga menjaga tutur kata dan juga tingkah laku kita juga supaya kita menjadi insan yang cemerlang di dunia dan juga di akhirat dan kita dapat menjadi ikutan. Yang ketiga, urus setia Penerangan Negeri Perlis, Yang Berhormat Pauh telah pun menjawab persoalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Kayangan. Maka pentingnya antara fungsi Unit Penerangan Negeri Perlis… urus setia Penerangan Negeri Perlis ialah menyalur maklumat dasar-dasar negeri Perlis untuk meningkatkan kefahaman dan sokongan rakyat. Yang kedua, memantau dan mengurus isu-isu semasa untuk meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan Kerajaan Negeri kepada rakyat dan yang ketiga menyediakan khidmat kepakaran penulisan strategik untuk pimpinan inisiatif kepada Kerajaan Negeri. Secara umumnya, urus setia Penerangan Negeri Perlis ini memainkan satu peranan yang besar dengan mengadakan sinergi dengan jabatan, agensi dalam penyebaran-penyebaran dasar serta maklumat Kerajaan Negeri kepada rakyat supaya sampai ke bawahnya. Kerajaan Negeri melalui urus setia Penerangan Negeri Perlis akan terus mengekalkan hubungan baik dengan yang terjalin dengan pengamal media sama ada arus perdana atau media sosial bagi memastikan berita negeri Perlis menjadi hebahan umum dan yang keempatnya, merujuk kepada titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja yang menekankan atau memberi fokus kepada penjawat awam supaya mengorak langkah dapat memacu kecemerlangan organisasi masing-masing dalam menghasilkan the great civil service iaitu tadbir urus yang baik bertanggungjawab, ihsan, kebertanggungjawaban dan fokus kepada matlamat dan akhirnya, saya mengucapkan sekalung penghargaan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan terutama di bawah portfolio saya lah serta agensi-agensi yang terlibat kerana menunjukkan komitmen yang tinggi membantu Kerajaan Negeri mengurus tadbir Kerajaan dengan jayanya. Jadi itu lah sedikit ucapan, asalnya nak syair bahasa arab tapi panjang syair ni mungkin dua tiga jam jadi saya pantun lah. Semua tema pantun kan.

Lembut-lembut si angin bayu, berenang-renang si anak puyu; Sungguh damai Perlis Baharu, ayuh kita berganding bahu.

Dengan ini saya menyokong titah ucapan Duli Yang Amat Mulia Tuanku Raja Perlis. Sekian.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat. Dewan ditangguhkan untuk makan tengah hari dan solat Zohor dan kita masuk ke Dewan pada pukul 2.20 petang.

(Persidangan ditempohkan sementara pada jam 1.20 petang).

(Persidangan disambung semula pada jam 2.26 petang).

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula. Ahli-ahli Yang Berhormat, Usul Menjunjung Kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dibuka semula untuk perbahasan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memberi maklum balas seterusnya membuat penggulungan.

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh hadirin yang berada dalam Dewan ni. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah Subhanahu Wa Taala dengan limpah kurnianya kita dapat hingga ke saat ini dan insya-Allah saya akan jawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh ahli Yang Berhormat kelmarin. Pertamanya daripada YB Tambun Tulang berkenaan dengan projek CVIA dan peratus jumlah pembelian yang dibekalkan oleh Pens Industries. Untuk makluman YB, Kerajaan Negeri tiada kontrak yang mensyaratkan pelabur untuk membeli barang daripada anak syarikat Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun… pihak pemaju banyak memesan crusher-run contohnya sebanyak 5,325.63 metrik tan. Kemudian asphaltic concrete, 28mm… sebanyak 1000… 1000 tan. Ini antara yang di… dipesan oleh kontraktor-kontraktor yang menjalankan kerja di atas projek CVIA, itu yang pertama. Seterusnya daripada Yang Berhormat Kuala Perlis. Kuala Perlis tak ada saya tak jawablah. Daripada Yang Berhormat Kayang… berkenaan dengan… peningkatan pelaburan dan mengenalpasti peluang baru teknologi maklumat, yang ini Kerajaan Negeri pula sentiasa peka dengan Dasar Pembangunan Negeri dan mengambil kira dengan mewujudkan pelan-pelan baharu seperti Pelan Digital Perlis 2021-2025, Pelan Induk Fizikal Pelancongan serta akan meneliti semut… semula Rancangan Struktur Negeri tahun 2030.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Mohon celahan Yang Berhormat. Yang Berhormat Guar Sanji.

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Tak dan jawab lagi nak tanya dah?

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Saya minta maaf lah berkaitan dengan soalan Yang Berhormat Kuala Perlis ni. Mungkin dia tanya tu ada juga maklumat yang boleh kami dapat dan berkongsi sekiranya ada kaitan, lebih baiklah dijawab untuk kami ada maklumat, sekiranya ada kaitan.

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Kita akan uruskan soalan secara bertulis, sebab jawab tuan tak dak satgi dia tak puas hati… dia tak boleh tanya. Jawab bertulis lebih baik lagi, insya-Allah. Boleh na? Tang mana tah terkerat tadi ni? Ha… belah belakang, Kayang kan tadi. Yang Berhormat Guar Sanji, lain kali minta kat Speaker. Minta kat saya, saya bagi… saya jadi kelabu asap. Di samping itu anak Perlis di luar, perlu bijak mengambil peluang untuk menceburi bidang-bidang dalam… dalam bidang-bidang yang berpotensi untuk memajukan diri dan negeri, seperti mana yang saya jawab dalam soalan lisan kelmarin bahawa… anak-anak negeri ini kita temuduga dan kita bagi peluang pekerjaan di… kilang-kilang industri di luar daripada Perlis dan insya-Allah apabila adanya kemudahan untuk mereka balik ke negeri Perlis ni kita akan jemput mereka balik dan berkhidmat di negeri Perlis, dan Kerajaan Negeri amat berharap lebih ramai anak rantau akan kembali dan terus menyumbang kepada negeri. Kemudiannya Kayang jugak ni, libat urus bersama masyarakat perlu diadakan. Yang ni pun saya ingat saya dah ulas tadi. Insya-Allah segala ruang dan peluang dan kita buka seluas-luasnya untuk anak-anak negeri memberi pandangan kepada kita tidak hanya berkisar di kalangan pimpinan sahaja untuk menghasilkan idea-idea yang baik untuk kita memajukan negeri. Kemudiannya daripada Guar Sanji, berkenaan dengan simpanan Kerajaan Negeri daripada perbankan konvensional kepada perbankan Islam. Yang ni pun saya ingat sidang dulu saya dah jawab dah bahawa kewangan negeri ini semua duduk dalam perbankan Islam. Jadi tak tahulah kot saya terlepas pandang tapi setakat yang saya semak dan bertanya dengan Pegawai Kewangan Negeri, semua simpanan kita berada dalam perbankan Islam. Kemudian puan argan…Yang Berhormat Indera Kayangan… tanah-tanah kosong, tanah kosong ni dia ada banyak kategori. Kadang-kadang kita tak nak… tengok kosong tapi ada tuan. Jadi kita tak boleh nak pi majukan tidak menentu. Kalau tak dak tuan yang hidup pun tuan yang mati. Jadi kita nak kena buat kajian dengan cukup telitilah kalau sekiranya kosong mungkin hutan simpan, tanah tu kosong kita tak boleh nak majukan sewenang-wenangnya juga. Jadi kita Perlis ni pun keluasan dia lebih kurang 81,900 hektar dan kesediaan pembangunan 41,432.86 hektar 50.57%. Ni lah kadang-kadang dia berbangkit, gerai-gerai yang dibina yang diambil tindakan oleh Majlis Perbandaran, dia kata tanah kosong, sebenarnya tanah yang bertuan. Jadi menyebabkan kita terpaksa alih gerai-gerai tersebut, dia viral. Dia kata Kerajaan Negeri tutup pintu rezeki dia. Kita tengok baliklah benda-benda yang seumpama itu. Itu yang jawapan kepada soalan-soalan dalam perbahasan kelmarin.

Saya juga nak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih, segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana kita dapat bersidang pada tiga hari ini dan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Muda yang mewakili Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja dalam merasmikan Dewan kita pada kali ini dan keutamaan yang kita perlu ambil adalah… berasaskan kepada lima tunjang maqasid syariah iaitu agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta benda. Kita bagi keutamaan kepada agama kemudian nyawa kita, kemudian akal, keturunan dan harta benda kitalah. Yang terakhir sekali tu harta benda dan kadang-kadang kita lebih tumpu kepada harta benda sebagai keutamaan. Lupa kepada keturunan, asalkan dapat kemudahan atau benda kita tak peduli dah yang lain. Matlamat pembangunan mampan yang kini menjadi tema ummah dan trend perbincangan di peringkat global. Dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja… ada menyebut tentang keperluan Kerajaan Negeri untuk meneroka sumber-sumber baharu yang boleh mendatangkan hasil kepada negeri. Justeru itulah Kerajaan Negeri pada ketika ini sedang meneroka potensi-potensi baru, antaranya menjadikan Perlis sebagai destinasi pelancongan, bukan sahaja domestik bahkan juga antarabangsa. Jadikan Perlis sebagai pusat benih negara juga sebagai hak perubatan dan kesihatan, antaranyalah. Pelancongan ni alhamdulillah, saya mengambil kesempatan ni nak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jabatan yang terlibat dalam penganjuran Pesta Angin Timur. Saya rasa tempat yang paling sesuai sekali di kawasan tu sebab dekat dengan rumah saya. Tahniah lah, walaupun saya teruk, dekat dengan rumah, nak bagi hadiah depa telefon, YAB mai bagi hadiah, saya pi. Saya balik sat dan duduk 10 minit, depa kata YAB mai bagi hadiah, saya pi. Tapi dengan kehadiran pengunjung sampai 332,000, saya rasa tak letih. Dan saya ucap tahniahlah kepada semua pihak yang telah menjayakan dengan baik. Cuma ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki seperti jalan masuk. Sebenarnya jalan masuk nak ke kampung saya tu boleh melalui Sungai Baru, boleh melalui Permatang Bongor, boleh melalui Kuala Sanglang, tapi pengunjung semua ambil dalam Sungai Padang. Jadi dia jem sampai dua jam. Tapi alhamdulillah, kalau saya nak balik rumah saya boleh balik cepat, sebab jalan lain orang tak guna, saya guna. Tu yang pertama. Yang keduanya saya dibisikkan oleh Timbalan Menteri Pelancongan yang hadir masa penutup dia kata, YAB tahun depan buat banyak hari lagi, dia akan bagi peruntukan. Dia akan tambah peruntukan. Jadi saya sebut dalam ni sebagai satu benda yang akan jadi sejarah selepas ni dan kalau dia tak bagi, kita boleh ungkit balik. Dia seronok sebenarnya… Pesta Angin Timur. Bukan itu sahaja, untuk menyahut titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis… yang diwakilkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Muda berhubung pemerkasaan modal insan Kerajaan Negeri dalam proses untuk menubuh… menubuhkan urusetia Pembangunan Modal Insan Negeri Perlis yang memberikan fokus kepada pembinaan sahsiah dan jati diri rakyat negeri Perlis, rohani, jasmani, intelektual, dan pelbagai lagi yang bertanggungjawab dalam membangunkan individu, masyarakat, keluarga, belia wanita dan pelbagai lagi yang merupakan aset utama kepada pembangunan negeri.

Tuan-tuan, Yang Berhormat Speaker, saya sebenarnya sedia pantun, terlupa pi dah. Pasal Pesta Angin Timur tu, orang viral kutuk pun ada… biasalah tu. Saya la ni bab-bab kena kutuk ni dia jadi mangli dah. Dia mangli… lali-lali kot no, kata perlis.

Aku tak reti pantun, pantun pun tak jadi; Janganlah dok pakat balun, kami duk pikiaq setengah mati.

Nak buat Pesta Angin Timur, dia pakat balun dalam Facebook tapi puji pun ramailah.

Gua Kelam gelap gelita, jangan ke sana bersama baby; Kawan saya selalu duk kata, siapa suruh jadi MB.

Dah orang duk balun hari-hari, saya pun kadang-kadang mengeluh juga kat dia, orang balun aku hari-hari. Dia balas balik kat saya siapa suruh jadi MB. Tu seronok jugaklah kan. Kerajaan Negeri juga mengambil maklum cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai isu perumahan terutamanya perumahan mampu milik. Permohonan untuk kategori B40 dan beberapa lagi dan tadi pun YB Indera Kayangan ada sebut perumahan untuk orang-orang bukan Melayu, Cina, India, Siam, dan sebagainya. Kita faham, mereka juga rakyat negeri Perlis dan kita akan pastikan mereka akan ada rumah duduk… dengan selesa. Hadis Riwayat Bukhari, antara tanda kebahagiaan seseorang ialah rumah yang luas, tu tanda kebahagiaan seseorang, jiran yang soleh dan kenderaan tunggangan yang elok. Kita la tak dak, tak ada kuda dah kut, kereta lah, kena ada Vellfire ada apa semua, menunjukkan kita hidup bahagia insya-Allah. Itu… ulasan saya sikitlah berkenaan dengan persidangan kita ni. Semua rumah ada karan, tak perlu lagi pasang pelita. Pakat bagi buah fikiran pasti hebat negeri kita. Bangun pagi terus mandi, pergi kerja naik kereta, jangan banyak kata puji, takut YB-YB tak buat kerja. Pakat dok puji semua seronok, pakat tak buat kerja. Depa kata hebat lah kita ni… tak payah buat kerja. Akhir sekali… saya bagi pihak keseluruhannya menjunjung kasih ke bawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku di atas titah perkenan yang kami akan jadikan ianya sebagai pedoman dan terima kasih juga yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Datuk Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Pegawai Kanan Kewangan Negeri, Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri, ketua-ketua jabatan yang ada dalam Dewan ni ataupun yang mewakilkan kepada pegawai-pegawai untuk hadir, Setiausaha Dewan dan pasukan, seluruh penjawat awam, wartawan, unit media… saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala melimpahkan rahmat, keberkatan, kesihatan, keampunan, kepada seluruhnya dan ini adalah segala kejayaan yang kita nikmati Ini adalah hasil daripada kerja kuat tuan-tuan dan puan-puan dan kecemerlangan kita bersidang pada 3 hari ini pun adalah kehebatan Setiausaha Dewan dan pasukannya dan kita ucapkan tahniah semua-semua orang.

Datang Dewan bersama-sama, balik esok bakar jerami; Saya bangga dengan anda semua, tanpa anda sapalah kami.

Habis dah kut, pantun pun habis dah. Jadi saya bagi… ya semua sekali lagi, selain nak merakamkan terima kasih juga nak memohon maaf kalau sekiranya sepanjang tiga hari sidang ni ada berlaku kesilapan, kekurangan yang menyebabkan tuan-tuan dan puan- puan tidak selesa berada dalam Dewan ni. Marilah kita menyematkan azam yang tinggi… di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat dan ketua-ketua jabatan supaya kita dapat meningkatkan hasil negeri dan keharmonian hidup dalam negeri ini bersama-sama dan insya-Allah sepertimana harapan dan sebut oleh YB Indera Kayangan, kami tidak akan kesampingkan rakyat-rakyat yang bukan Islam, bukan Melayu dalam negeri ini. Berkenaan dengan judi dan sebagainya insya-Allah kita akan teliti, kita akan tengok sepertimana YB Tambun Tulang sebut, judi online ni adalah sesuatu benda yang baru yang sukar dikesan, tapi ada. Di kampung saya pun ada, yang mendatangkan hasil yang cukup lumayan kepada budak-budak kampung, tapi haram. Di kalangan keharmonian hidup dia kena selesaikan benda-benda yang seumpama ini. Saya ada seorang kawan Cina yang duduk dalam teras UMNO daripada Jalan Tambun Tulang ke Tok Pulau. Dia sebut dekat saya, saya dah bina rumah baru bersama dengan abang saya hasil daripada sumbangan orang-orang Melayu di kawasan sayalah, sebab dia bina rumah dua tingkat. Saya kata bila yang orang Melayu bagi kat hang? Hari-hari dia pi tikam ekoq kedai aku. Jadi dia bagi sumbangan, yang orang Melayu yang tikam ekoq ni haram susah tak kena, dok kerja pi minta borang Baitulmal. Pi minta tandatangan saya. Dia kata bila tandatangan YB mudah dapat, balik tikam ekoq bagi kat kawan kita tu buat rumah dengan begitu hebat sekali. Begitu juga dengan ketum, sepertimana yang disebut oleh YB Tambun Tulang tu sama juga. Yang minum ketum ni muka hitam, gigi luruh. Yang meniaga ketum tu kaya raya. Ha ini perlu kita ingat bahawa rosaknya anak bangsa kita dengan benda-benda yang seumpama ini dan kita tak… tidak ada niat nak menutup pintu rezeki tauke-tauke judi, tapi kita berniat untuk kita nak harmonikan anak-anak negeri kita, anak-anak muda supaya mereka lebih hidup lebih selesa tanpa judi tanpa ketum dan dadah-dadah lain yang sebenarnya. Itu saja niat saya tak ada lebih daripada itu. Kalau sekiranya boleh buktikan kepada saya bahawa ramai kaki-kaki judi ni yang main judi, kaya boleh. Sebab saya dulu masa mengajar ada seorang guru kawan saya di Sarawak… di Kuching masa tu, dia tauke judi. Dia kata dekat saya jangan main judi, khususnya 4 nombor ekor, sebab kita kena pilih satu nombor daripada 10 ribu nombor yang kita perlu pilih. Kalau nak main juga judi, jadi tauke macam saya. Dia gaji tak pernah ambil. Gaji guru dia tak pernah ambil… dia harap duit judi itu sahaja. Saya tak tahu dia ada ke tidak lagi, kalau tidak saya boleh bawa dia datang ceramah di negeri Perlis ini. Itu judi. Dia pernah bela ikan kelisa dalam akuarium… tu sebab dia kata ada ong. Bini dia kata beli sampai tiga empat ribu seekor, kalau mampuih ikan tu, aku nak masuk cikgu tu dalam akuarium tu pula… dia kata, buang duit. Tu orang Cina kan… yang bukan Islam. Kita orang Islam ni dah hukum tak bagi kita tak payah duk pertikailah. Kalau sekiranya kita tutup premis judi dan YB Indera Kayangan boleh bantu saya untuk memahamkan orang-orang bukan Islam bahawa judi ini tidak ada menafaat, dia melainkan mudarat yang lebih. Ha… cuma la ni kita ambil jalan yang lebih selesa, kita akan buat kajian, kita akan tengok dari segi mana yang kita boleh… kalau kita nak tutup pusat judi pun, kita tak menyakitkan sapa-sapa, insya-Allah. Jadi kita tidak tergesa-gesa sebenarnya. Jadi… minta maaf, minta maaf dah, terima kasih pun terima kasih dah, jadi Yang Berhormat Speaker saya tunggu di sini… berhenti di sini dengan wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya minta persetujuan ke atas Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis. Ahli-ahli yang bersetuju sila angkat tangan, Ahli-ahli yang tidak bersetuju sila angkat tangan.

(semua Ahli bersetuju dengan seorang berkecuali iaitu YB ADUN Kuala Perlis yang tidak berada di dalam Dewan dengan kebenaran YB Speaker).

Usul ini diluluskan.

Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan) (No. 1) 2023.Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan)(No. 1) 2023. Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan mencadangkan.

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Yang Berhormat Speaker, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan)(No.1) 2023 dibaca bagi kali pertama.

Yang Berhormat Speaker, saya mohon menyokong.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan)(No. 1) 2023. Bacaan Kali Pertama.

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Yang Berhormat Speaker, menurut proviso kepada peruntukan Peraturan 56 Dewan, saya mohon kebenaran untuk membaca Rang Undang-Undang ini bagi kali kedua pada hari ini juga.

Speaker

Yang Amat Berhormat dibenarkan.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan)(No. 1) 2023. Bacaan Kali Kedua.

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Yang Berhormat Speaker, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang yang bernama “Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1987 [En.No. 1/1988]”. Adapun tujuan Rang Undang-Undang ini ialah untuk memotong perkataan “taman negeri” pada Perenggan (e) Seksyen 4 dan Perenggan (I) Subseksyen 10(1) bagi mengelak pertindihan setelah pemakaian Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [A1667] bagi negeri Perlis. Dengan penjelasan itu Yang Berhormat Speaker, saya mohon mencadangkan.

Yang Berhormat Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan)(No. 1) 2023 dibuka untuk perbahasan secara dasar.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan)(No. 1) 2023 dicadangkan untuk dibaca bagi kali kedua. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju dengan seorang berkecuali iaitu YB ADUN Kuala Perlis yang tidak berada di dalam Dewan dengan kebenaran YB Speaker).

Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang yang bernama “Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1987 [En.No. 1/1988]”.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta persetujuan supaya Rang Undang-Undang ini dibawa ke dalam Jawatankuasa. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju dengan seorang berkecuali iaitu YB ADUN Kuala Perlis yang tidak berada di dalam Dewan dengan kebenaran YB Speaker).

Dewan bersidang secara Jawatankuasa.

(Bentara menurunkan cokmar)

Setiausaha

Fasal 1 hingga Fasal 3 dan Tajuknya.

Pengerusi

Fasal 1 hingga Fasal 3 dan Tajuknya dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Fasal 1 hingga Fasal 3 dan Tajuknya menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju dengan dua orang berkecuali iaitu YB ADUN Kuala Perlis yang tidak berada di dalam Dewan dengan kebenaran YB Speaker dan YB ADUN Tambun Tulang yang tidak sempat mengangkat tangan).

Fasal 1 hingga Fasal 3 dan Tajuknya menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan)(No.1) 2023 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju dengan seorang berkecuali iaitu YB ADUN Kuala Perlis yang tidak berada di dalam Dewan dengan kebenaran YB Speaker).

Dewan bersidang semula.

(Bentara menaikkan cokmar).

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Yang Berhormat Speaker, sukacita saya memaklumkan bahawa RUU Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan) (No. 1) 2023 telahpun ditimbang di dalam Jawatankuasa dan dipersetujui. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan)(No.1) 2023 dicadangkan untuk dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju dengan seorang berkecuali iaitu YB ADUN Kuala Perlis yang tidak berada di dalam Dewan dengan kebenaran YB Speaker).

Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan)(No. 1) 2023. Maka diperbuat Undang-Undang ini oleh Dewan Undangan Negeri Perlis seperti berikut :

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan)(No. 1) 2023.

Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan) (No. 2)(Pemakaian) 2023.Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan) (No. 2) (Pemakaian) 2023. Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan mencadangkan.

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Yang Berhormat Speaker, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan) (No. 2) (Pemakaian) 2023 dibaca bagi kali pertama.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Yang Berhormat Speaker, saya mohon menyokong.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan) (No. 2) (Pemakaian) 2023. Bacaan Kali Pertama.

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Yang Berhormat Speaker, menurut proviso kepada peruntukan Peraturan 56 Dewan, saya mohon kebenaran untuk membaca Rang Undang-Undang ini bagi kali kedua pada hari ini juga.

Speaker

Yang Amat Berhormat dibenarkan.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan) (No. 2) (Pemakaian) 2023. Bacaan Kali Kedua.

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Yang Berhormat Speaker, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang yang bernama “Suatu Enakmen untuk menerima pakai Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [A1667]”. Adapun tujuan Rang Undang-Undang ini ialah untuk menerima pakai peruntukan Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [A1667] bagi negeri Perlis. Dengan penjelasan itu Yang Berhormat Speaker, saya mohon mencadangkan.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Yang Berhormat Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan)(No. 2) (Pemakaian) 2023 dibuka untuk perbahasan secara dasar.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Speaker

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan) (No. 2) (Pemakaian) 2023 dicadang untuk dibaca bagi kali kedua. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju dengan seorang berkecuali iaitu YB ADUN Kuala Perlis yang tidak berada di dalam Dewan dengan kebenaran YB Speaker).

Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali kedua sekarang.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang yang bernama “Suatu Enakmen untuk menerima pakai Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [A1667]”.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta persetujuan supaya Rang Undang-Undang ini dibawa ke dalam Jawatankuasa. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju dengan seorang berkecuali iaitu YB ADUN Kuala Perlis yang tidak berada di dalam Dewan dengan kebenaran YB Speaker).

Dewan bersidang secara Jawatankuasa.

(Bentara menurunkan cokmar)

Setiausaha

Fasal 1 hingga Fasal 2 dan Tajuknya.

Pengerusi

Fasal 1 hingga Fasal 2 dan Tajuknya dibuka untuk perbahasan.

(Tiada perbahasan daripada Ahli-ahli)

Fasal 1 hingga Fasal 2 dan Tajuknya menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini hendaklah disetujukan. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju dengan seorang berkecuali iaitu YB ADUN Kuala Perlis yang tidak berada di dalam Dewan dengan kebenaran YB Speaker).

Fasal 1 hingga Fasal 2 dan Tajuknya menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan)(No.2)(Pemakaian) 2023 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju dengan seorang berkecuali iaitu YB ADUN Kuala Perlis yang tidak berada di dalam Dewan dengan kebenaran YB Speaker).

Dewan bersidang semula.

(Bentara menaikkan cokmar).

Tuan Mohd Shukri bin RamliPAS · PNMenteri Besar · Sanglang

Yang Berhormat Speaker, sukacita saya memaklumkan bahawa Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan) (No. 2)(Pemakaian) 2023 telahpun ditimbang di dalam Jawatankuasa dan dipersetujui. Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Tuan Izizam bin IbrahimBERSATU · PNTiti Tinggi

Yang Berhormat Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan)(No.2)(Pemakaian) 2023 dicadangkan untuk dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Ahli-ahli yang setuju, sila angkat tangan. Ahli-ahli yang tidak setuju, sila angkat tangan.

(Semua Ahli bersetuju dengan seorang berkecuali iaitu YB ADUN Kuala Perlis yang tidak berada di dalam Dewan dengan kebenaran YB Speaker).

Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan)(No. 2)(Pemakaian) 2023. Maka diperbuat Undang-Undang ini oleh Dewan Undangan Negeri Perlis seperti berikut :

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan)(No. 2) (Pemakaian) 2023.

Penangguhan DewanAdjournment

Setiausaha Dewan

Penangguhan Dewan.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah memberi pelepasan kepada Yang Berhormat Kuala Perlis untuk tidak hadir pada sesi petang pada hari ini. Saya mempersilakan Yang Berhormat Guar Sanji untuk sedikit ucapan.

Tuan Mohd Ridzuan bin HashimPAS · PNGuar Sanji

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, alhamdulillahi rabbil ‘alamin wassalatu wassalamu ‘ala rasulillah amin wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat, seluruh barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, seluruh ketua jabatan dan juga ketua-ketua agensi, seterusnya kepada pegawai-pegawai dan juga pemerhati dan juga bentara dewan yang hadir pada petang ini. Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat sama-sama kita bersidang di dalam Mesyuarat Dewan Undangan pada kali ini selama tiga hari bermula pada 14, 15 dan hari ini yang ke 16 Mac 2023. Ucapan penghargaan saya nak dituju kepada seluruh ketua-ketua jabatan yang telah memberi kerjasama kepada kami di Bahagian Ahli-Ahli Yang Berhormat dan juga pejabat-pejabat Pusat Khidmat yang telah memberi kerjasama menyelesaikan masalah berbangkit yang ada di DUN kami. Kalau kita lihat sepanjang tiga hari ini banyak seluruh ahli-ahli Yang Berhormat telah pun memberi pandangan dan juga berbahas dan apa yang kita lihat perkara yang dibangkitkan itu merentasi kepentingan rakyat dan juga perniagaan dan juga negara. Dan yang diharapkan ialah marilah bersama-sama kita menggemblengkan tenaga supaya apa yang kita perbincangkan di dalam Dewan Yang Mulia ini akan direalisasikan dan akan dimajukan pada masa yang akan datang. Cuma apa yang kami utarakan itu bukanlah untuk kita merendah-rendahkan kerajaan ataupun untuk kita memandang lekeh kepada pihak pentadbir, cuma kita ingin melihat sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang berlaku. Tidak ada niat langsung untuk kita… istilah lain memburuk-burukkan kerajaan dan sebagainya, cuma di dalam ucapan penggulungan ini saya nak bangkitkan dan juga mencadangkan supaya kerajaan di bawah peruntukan melalui JKM ini menambah bantuan am kepada mereka yang layak. Kalau dulu lebih kurang seribu… lebih kurang seratus ke tiga ratus. Jadi kita harapkan supaya diberi lebih lagi peruntukan. Yang biasa kita beri kepada mereka ini disebabkan oleh dengan kos sara hidup yang meningkat hari ini menyebabkan ramai rakyat-rakyat di luar sana yang menerima bantuan daripada kerajaan yang tidak mencukupi. Jadi kita harapnya bantuan daripada JKM untuk bantuan am ini dinaikkan daripada seratus naik kepada dua ratus lima puluh atau tiga ratus, insya-Allah. Kemudian juga saya nak mencadangkan supaya suatu peruntukan khas diberi kepada ADUN ataupun pusat khidmat untuk mangsa-mangsa bencana yang berlaku dalam DUN-DUN di seluruh Perlis ini. Kita boleh wujudkan dalam bentuk pemberian token yang diberi… sebagai contoh yang diberi oleh kerajaan di luar sana, kerajaan Melaka dan Kerajaan Negeri lain. Maknanya bila bencana menimpa, jadi wakil rakyat boleh memberi terus sumbangan tersebut tanpa lagi kita nak menunggu proses-proses yang lama, ambil masa dua tiga hari untuk kita beri sumbangan. Jadi, secara tidak langsung kita telah menghargai dan juga kita telah bersimpati dengan apa yang berlaku kepada mangsa-mangsa… apa nama… bencana itu. Jadi ni kita nak masuk bulan peralihan monsun ni, bulan empat bulan lima ni dia akan berlaku lah ribut, petir dan saya rasa lah dia memang macam tu akan ada rumah-rumah yang rosak dipukul angin.

Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin ingatkan kepada kita semua dengan sebuah hadis Nabi S.A.W., (Yang Berhormat Guar Sanji membacakan sebuah hadis riwayat Abu Dawud 2932)

“Apabila Allah S.W.T. menghendaki kebaikan bagi seseorang raja atau pemimpin itu, nescaya dijadikan baginya pembantu (menteri atau penasihat) yang benar dan ikhlas. Jika pemimpin itu lupa atau leka, nescaya diberikan peringatan, jika pemimpin itu mengingati, nescaya akan diberikan pertolongannya. Sebaliknya jika Allah menghendaki selain daripadanya yakni keburukan kepada seorang pemimpin itu, nescaya dijadikan baginya pembantu yang jahat. Jika pemimpin itu lupa dan lalai, nescaya tidak diberikan peringatan, dan jika dia mengingati, nescaya tidak akan diberikan pertolongan kepadanya.”

Jadi Yang Berhormat Tuan Speaker, di akhir ucapan ini saya mengucapkan tahniah juga kepada seluruh Ahli-Ahli Yang Berhormat dan juga seluruh yang telah mengambil bahagian dalam Persidangan DUN kali ini dan saya nak akhir juga na… dengan beberapa kerat pantun. Oleh kerana saya tak berpantun kelmarin hari ini saya nak pantun jugalah. Baik pantun saya ada tiga rangkap, banyak… banyak.

Ramai lelaki digelar duda, janda berhias lagi mempesona; Sebagai pemimpin mestilah berlapang dada, agar agenda kerajaan terlaksana.

Negeri Perlis berada di hujung semenanjung, populasi rakyatnya tidaklah ramai; Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia dijunjung, agar seluruh rakyat negeri hidup aman damai.

Di atas bukit tanamnya ubi, burung tempua buatnya sarang; Bukan budi sebarang budi, budi baik akan sentiasa dikenang.

Jadi dengan itu saya mengakhiri ucapan penggulungan mewakili Ahli-ahli Yang Berhormat. WabiIlahi taufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Guar Sanji. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, semua Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan serta agensi yang hadir, rakan-rakan media, pegawai-pegawai dan kakitangan serta petugas Dewan. Insya-Allah, umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa pada hari Khamis, 23 Mac 2023 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1444 Hijrah. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa, semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan tahun lepas, insya-Allah. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

(Persidangan ditangguhkan pada jam 3.10 petang).