Perlis · 8 August 2023
15th Assembly, 1st session, 3rd meeting · 236 turns · 22,565 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerlis publishes one PDF per sitting day, but nothing after 9 Aug 2023 although the assembly has kept sitting. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan mula bersidang.
Doa
Doa.
(Bacaan doa oleh Penolong Setiausaha Dewan)
Pemasyhuran daripada Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis
Pemasyhuran oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah hirobbilala’min, wassolatu wassalamu anbiya mursalin, waa’la alihi wasohbihi ajmain. Yang amat dihormati Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis, Yang dihormati Ahli Exco Kerajaan Negeri, Yang dihormati Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, Ahli-ahli Wakil-wakil Rakyat, Yang Dihormati Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, tuan-tuan, puan-puan muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian di kesempatan ini, saya ingin menerangkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian tentang aturan perjalanan Mesyuarat Dewan kita untuk hari ini. Sejurus selepas ini, Kertas-kertas Dewan yang telah disenaraikan dalam Kertas Perintah Mesyuarat Dewan akan dibentangkan di atas meja mesyuarat tanpa dibahaskan, selaras dengan Perkara 20, Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan. Sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat ingin menyentuh sebarang perkara berhubung kertas berkenaan, ia bolehlah dibangkitkan semasa perbahasan kelak. Setelah Kertas Dewan dibentangkan, soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian akan dijawab oleh pihak Kerajaan mengikut turutan seperti di dalam Kertas Perintah Mesyuarat Dewan. Memandangkan aturan urusan mesyuarat kita pada hari ini hanyalah melibatkan soalan-soalan lisan sahaja, maka saya akan memberikan ruang yang lebih luas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk bertanyakan soalan-soalan tambahan. Kesemua soalan yang telah dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat akan dijawab pada hari ini juga. Untuk itu, saya akan membahagikan sesi soal-jawab lisan ini kepada 2 bahagian di mana Dewan akan berehat sebentar untuk jamuan ringan kira-kira pada jam 10.30 pagi dan akan disambung semula, soalan-soalan yang masih berbaki akan dijawab oleh pihak Kerajaan sehingga selesai. Setelah itu, Dewan akan ditangguhkan dan akan disambung semula pada pagi esok untuk menyelesaikan urusan Dewan yang telah disenaraikan. Sekian, terima kasih.
Kertas Dewan
Kertas-kertas Dewan yang dibentangkan.
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Yang Berhormat Speaker, sukacita saya membentangkan di atas meja mesyuarat Kertas Dewan Bilangan 2 Tahun 2023 hingga Kertas Dewan Bilangan 4 Tahun 2023. Terima kasih.
Soalan-Soalan LisanQuestions
Soalan-soalan lisan.
Dipersilakan Yang Berhormat Guar Sanji.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera dan selamat pagi. Soalan saya soalan nombor 1.
(Soalan 1 : Nyatakan jumlah aduan loteri atas talian yang telah diterima daripada tahun 2018 sehingga kini dan tindakan perundangan yang dikenakan ke atas pengusaha terbabit?)
Yang Berhormat Speaker, Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Jumlah tangkapan loteri atas talian yang telah diterima pada tahun 2018 adalah sebanyak 201 tangkapan, tahun 2019 sebanyak 240 tangkapan, tahun 2020 sebanyak 160 tangkapan, tahun 2021 sebanyak 315 tangkapan dan tahun 2022 sebanyak 170 tangkapan. Bagi tahun 2023, sehingga Jun 2023, sebanyak 161 tangkapan dibuat untuk pengusaha loteri ini. Tindakan perundangan yang telah diambil adalah membuat tuduhan ke atas semua tangkapan ke mahkamah dan telah dikenakan hukuman. Selain itu, tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh TNB ke atas premis atau kedai yang menjalankan kegiatan loteri telah dibuat bagi menghentikan pengoperasian kedai-kedai tersebut. Terima kasih.
Yang Berhormat Speaker, soalan tambahan. Terima kasih Yang amat Berhormat Sanglang di atas penjelasan berkaitan dengan tangkapan terhadap pengoperasian loteri atas talian ni sejak 2018 hingga kini. Terlebih dahulu saya nak ucapkan tahniah dan kepada Kerajaan Negeri Perlis kerana telah mengambil satu keputusan untuk tidak menyambung lagi pemberian lesen kepada premis judi di seluruh negeri Perlis sekaligus menjadikan Perlis tahun depan tidak ada lagi kedai-kedai premis judi yang berlesen akan melakukan aktiviti tersebut. Berbalik kepada soalan tambahan saya, kenapa sesetengah aduan yang kita buat sehingga kini belum ada tindakan? Sebagai contoh di DUN Guar Sanji pernah saya hubungi pegawai maklumkan perkara berkaitan, sehingga kini premis tersebut dan dibina di atas tanah JKR berkembar dengan tanah MADA di tepi jalan tidak ada… apa nama… tindakan. Begitu juga dengan tempat-tempat yang lain yang banyak lagi pengoperasian judi loteri judi atas talian ni yang bergerak dan melakukan aktiviti ini secara berleluasa. Jadi mohon tindakan pihak
Kerajaan dan kita nak mengetahui apa proses selanjutnya, dan setelah kita buat aduan… dan berapa lama tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa. Terima kasih.
Premis judi buat atas tanah Kerajaan?
Ya…
Hebat… jadi bila kita report selalunya pihak berkuasa dia akan buat siasatan. Selesai siasatan dia akan buat apa-apa tindakan yang perlu dan ini kita serah kepada pasukan keselamatan dan kita sendiri pun tak boleh nak campur tangan dalam hal siasatan ni. Jadi kita serah kepada pihak berkuasa bila ada maklumat apa semua sudah tentu akan diadakan tangkapan. Insya-Allah.
Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, soalan saya soalan nombor 2.
(Soalan 2 : Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan permasalahan tekanan air rendah yang sering berlaku hampir keseluruhan dalam Negeri Perlis disebab sistem paip yang sedia ada sudah berusia hampir 40 tahun?)
Bismillahirahmanirahim, Yang Berhormat Speaker, saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan nombor 8 daripada Yang Berhormat kawasan Indera Kayangan.
(Soalan 8 : Apakah perancangan atau “Master Plan” Kerajaan Negeri Perlis dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah air di seluruh Negeri Perlis yang semakin serius dan kian lama berlaku?)
Yang Berhormat dibenarkan.
Perancangan dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah air di seluruh Negeri Perlis adalah dengan melaksanakan penambahbaikan pada sistem bekalan air secara holistik bagi menangani pelbagai masalah seperti gangguan bekalan air, tekanan air rendah, kualiti air terawat dan non-revenue water (NRW). Beberapa projek yang sedang dilaksanakan di bawah peruntukan Pembangunan Negeri Perlis bagi tahun 2023 bagi mengatasi masalah bekalan air. Selain daripada itu, Syarikat Air Perlis (SAP) juga melaksanakan penyelenggaraan paip-paip bocor berdasarkan aduan daripada pengguna. Sebagai maklumat, syarikat juga mensasarkan sebanyak 40% menggunakan air paip jenis asbestos cement (AC) daripada keseluruhan pelbagai jenis paip yang sedia ada. Bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air... dengan adanya pelaksanaan penekanan paip ini secara tidak langsung kualiti air juga bertambah baik. Terima kasih.
Soalan… berhubung dengan soalan yang saya bangkitkan tadi berkaitan dengan permasalah air di Negeri Perlis khususnya bagi kawasan saya lah, kawasan Kuala Perlis, dan baru-baru ini saya telah buat pemantauan dan didapati banyak kawasan-kawasan yang mengalami kebocoran air yang hampir puluhan tahun… hampir berbelasan tahun… jadi kawasan itu tak di pantau oleh… agensi yang terlibat mengakibatkan berlakunya banyak kebocoran dan ketirisan melalui paip-paip yang hampir 40 tahun. Jadi saranan saya sebelum saya buat soalan, saya nak menyarankan agar semua dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri perlu mengesyorkan satu (1) penubuhan jawatankuasa ataupun sukarelawan SAP. Ini perlu sebab kita perlu membantu Syarikat Air Perlis untuk mengenalpasti kawasan-kawasan yang selalu menjadi kebocoran dan saya mengesyorkan perkara ini kerana kita melihat bahawa kalau dari segi anggota ataupun pekerja daripada SAP tidak mencukupi. Jadi apakah kiranya tercantik sekali yang Ahli-ahli Yang Berhormat perlu menubuhkan sukarelawan di semua DUN untuk membantu Syarikat Air Perlis. Dan berbalik kepada soalan saya, apakah perancangan Kerajaan untuk mengatasi masalah… apa nama… paip yang hampir 40 tahun tidak terurus, yang mengalami bocor yang kita tidak lihat? Adakah Kerajaan hari ini perlu melihat perkara ini berlarutan atau perlukah Kerajaan membuat pinjaman kepada Kerajaan Pusat bagi membiayai… apa nama… peruntukan untuk kita menukar keseluruhan paip yang sedia ada dalam kawasan Perlis? Jadi soalan saya, apakah Kerajaan hari ini bersedia untuk membuat pinjaman kepada Kerajaan Pusat untuk membiayai ataupun menukar keseluruhan paip yang usianya hampir 40 tahun? Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan satu lagi kot boleh sekali daripada Beseri. Yang Berhormat Speaker, saya ada sedikitlah soalan ringkas berkaitan dengan isu tekanan air rendah ni dan ringkasnya adalah berkaitan bagaimanakah Kerajaan Negeri untuk memastikan clarify, dengan izin, kawasan-kawasan yang betul-betul kritikal untuk kita pastikan masalah air selesai? Contohnya, saya bagi di DUN Beseri ni, kes Taman Beseri Permai dah 9 tahun masalah tekanan air ni rendah dan ayaq hanya ada pada pukul 12 pagi sehingga pukul 5 pagi. Jadi, depa terpaksa tiap-tiap hari selama beberapa tahun ni tahan air pag. Jadi mungkin cadangan saya untuk kita tengok tempat-tempat yang betul-betul kritikal ni supaya kita dapat selesaikan masalah yang betul-betul menjadi bebanlah kepada rakyat kita. Terima kasih.
Sekali mungkin… saya bertanyakan berkenaan dengan Master Plan. Kami nak tahu sejauh manakah perancangan Kerajaan Negeri untuk adakan satu Master Plan, dengan izin, supaya kita tahu dalam jangka masa setahun, berapa peratus yang kita nak capai, tahun kedua, ketiga dan sebagainya. Supaya kita ada satu panduan yang lebih jelas dan lebih bersasar dalam menyelesaikan masalah air… masalah air sama ada dia membabitkan pinjaman kewangan daripada Kerajaan Persekutuan dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih Kuala Perlis, Beseri dan Indera Kayangan. Pertama, bab sukarelawan daripada SAP sendiri tu memang dalam perancangan. Kita sendiri pun bincang dengan SAP kita mungkin mula daripada pusat khidmatlah. Masih dalam perancangan tetapi benda tu dia akan disegerakanlah. Kemudian perancangan Negeri… Negeri ni secara saya sendiri pun memang ambil serius bab air ni. Memang dari segi… kita terpaksa cari pelabur luar macam saya ulang berapa kali dah Sidang Dewan. Tapi dalam proses, ada berminat. Ada juga macam pinjaman daripada Kerajaan… Kerajaan Pusat sendiri, daripada geran-geran. Ada satu, dua, tiga syarikat tu kita dah peringkat 90% dah. Cuma dari peringkat negeri… haa… tu terpaksa kita segerakan. Macam Beseri cakap, kalau berkenaan kita… apa… tengok keadaan… bukan kata taman YB Beseri saja, Titi Tinggi saya pun sama, Chuping pun sama, Kuala Perlis pun sama. Tapi bagi saya, ada kawasan-kawasan yang kritikal, ada kawasan yang masih okay. Macam saya sendiri pun, di Kampung Melayu Titi Tinggi, koi malam ada air, siang tak dak air. Hari-hari saya dapat aduan macam tu. Kita tak mau salahkan pada benda yang lama, tapi benda ni dah lama dah. Paip tu 30, 40 tahun. Yang tu kita nampak bocor kot atas, bocor kot bawah kita tak nampak lagi. Pasal kehilangan air kita ni hingga dekat 65% dah. Kalau kita tak dak usaha dalam masa 3, 4 tahun ni, mungkin boleh jadi sampai 70 ke 75%. Pasai benda tu dia keluar 100, sampai kat orang 35 ja, contoh. Jadi,
Kerajaan Negeri ni memang tiap-tiap kali kami Mesyuarat Exco, tau-tau perbincangan memang air ni jadi yang utama. Ada ruang dan peluang… cuma keadaan kita peringkat negeri ni dah settle, selesai. Ada juga pelabur-pelabur yang berminat… 3, 4 pelabur. Bermacam-macam cara mai. Tapi dari segi peringkat negeri ada yang okay, ada yang tak okay. Tapi, saya akan usahakan juga, dalam masa tahun ni, insya-Allah. Ada satu geran dipanggil geran… Matching Grant daripada SPAN. Terpaksa usaha lebih. Yang tu nilai pun ratus juta. Kita doa sama-sama dalam masa sebulan dua ni, insya-Allah, segala urusan selesai. Saya sendiri yang akan bawa kes ni, kita akan selesai juga dalam masa dua, tiga tahun. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Chuping.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan selamat pagi. Yang Berhormat Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat-Berhormat, tuan, puan yang dirahmati Allah sekalian. Yang Berhormat Speaker, soalan saya soalan nombor 3.
(Soalan 3 : Berapa jumlah terkini hak milik tanah telah diselesaikan dalam tahun 2023?)
Terima kasih Yang Berhormat Chuping. Yang Berhormat Speaker, bagi tahun 2023, sebanyak 113 pemberimilikan telah diluluskan dengan enam (6) hakmilik telah dikeluarkan, manakala baki sebanyak 107 proses pendaftaran hakmilik hanya boleh dibuat selepas bayaran penuh Notis 5A dibuat oleh pemohon. Notis 5A yang dikeluarkan perlu dijelaskan dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh notis bayaran disampaikan. Berdasarkan rekod PTG, sebanyak 360 Notis 5A yang telah dikeluarkan masih mempunyai bayaran tertunggak. Dan sebanyak 101 Notis 5A yang dikeluarkan tidak dijelaskan. Menurut Akta 828, Kanun Tanah Negara, sekiranya bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, Notis 5A tersebut terbatal dalam… dan tanah tersebut akan kembali berstatus tanah kerajaan dan boleh dibuka untuk permohonan. Terima kasih.
Soalan tambahan. Yang Berhormat Speaker, di kawasan Chuping ada satu tanah yang dimiliki oleh FGV. FGV berjumpa dengan saya maklumkan tanah itu nak diserahkan semula kepada Kerajaan Negeri. Mohon apa… status perkembangan yang terkini. Sekian.
Terima kasih, kita akan siasat balik, saya pun tak ingat. Nanti saya bagi jawapan bertulis dekat Yang Berhormat.
Dipersilakan Yang Berhormat Sena.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 4.
(Soalan 4 : Adalah menjadi tanggungjawab semua Wakil Rakyat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat lebih-lebih lagi dalam bidang pendidikan terutama di kawasan-kawasan yang telah memberikan mandat. Persoalannya apakah ada pekeliling dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang sedang berkuatkuasa sekarang ini yang menghalang atau tidak membenarkan Ahli-Ahli Yang Berhormat atau mana-mana Wakil Rakyat untuk bersama-sama membantu dalam program-program yang dianjurkan di sekolah demi untuk kelangsungan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak didik kita di sekolah-sekolah terutama di Perlis?)
Yang Berhormat Tuan Speaker, perkara ini boleh dirujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 4 Tahun 2023 rujukan KPM.100-1/3/1 Jld.8 (28) bertarikh 21 Februari 2023, iaitu Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Perkara 9 dan Perkara 10… Lampiran 5 dan 6 berkaitan prosedur permohonan kebenaran.
Garis panduan ini menyatakan bahawa orang kenamaan dan ahli politik perlu memohon kebenaran sekurang-kurangnya 30 hari sebelum lawatan atau program atau aktiviti yang ingin dilaksanakan di mana-mana premis institusi pendidikan. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan. Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullah. YB… YB Speaker, berdasarkan jawapan yang saya tengok tadi, ia agak canggung sedikit, sebab apa… saya rasa apa yang berlaku pada hari ini ialah… saya nak dapatkan sedikit penjelasan. Ada antara kita yang boleh masuk, ada yang tak boleh masuk. Sebagai satu contoh, saya minta maaf saya terpaksa cakap, YB Indera Kayangan dibenarkan masuk, manakala saya pula dinafikan untuk masuk. Itu yang menjadi masalah sebab apa saya kata… andai kata kita ikut betul-betul kepada apa yang dinyatakan tadi, sepatutnya semua prosesnya sama. Tu saya nak tanya, apakah ada memo ataupun pekeliling yang mengatakan sekian, sekian, sekian tak boleh masuk, sekian, sekian, sekian boleh masuk? Andai kata… sebab saya boleh tengok ada yang sampai buat banner. Tapi bukan gambar saya lah. Itu yang saya kata tu, itu saya nak tanya. kalau tak boleh, saya nak minta kalau boleh tunjukkan apa yang mengatakan tak boleh tu. Itu… itu yang saya nak minta pencerahan sikit. Sebab macam… macam mana yang dalam soalan ni tanya. Kita tengok ini… ini kenyataan yang mana sekolah banyak jumpa dengan wakil rakyat, tapi wakil rakyat tidak dibenarkan untuk masuk. Kita pun bukan masuk untuk berpolitik, kita masuk tu mungkin untuk merasmikan majlis dan sebagainya. Itu juga dinafikan. Dan saya tengok trend ini semakin berleluasa. Yang mana sampai YAB Menteri Besar juga ada acara-acara yang tak dipanggil. So, dekat sini agak janggal dan saya mohon penjelasan. Terima kasih.
Soalan tambahan lagi Yang Berhormat Speaker. Berhubung dengan soalan tambahan yang dibawa oleh Tambun Tulang, saya juga ingin menyatakan hasrat bahawa seharusnya pihak Kementerian ataupun Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis perlu melihat bahawa kita berada dalam kawasan pentadbiran Kerajaan Negeri, di mana digembar-gemburkan bahawa gambar Yang Amat Berhormat juga tidak dapat dipasang. Jadi, perkara ini seharusnya perlu diberi perhatian serius. Sepatutnya pihak-pihak tertentu perlu membuat perbincangan. Kalaulah gambar Yang Amat Berhormat sendiri kita tak dapat… tidak mendapat kebenaran untuk dipasang, ini bermakna suatu perbuatan yang seharus tak… seharusnya berlaku. Dan kalau kita melihat keadaan di sekolah… yang… yang banyaknya, yang perlunya kita tengok wakil-wakil rakyat sekalian dari segi sumbangan. Saya rasa kalau nak berlaku mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru, banyak sumbangan-sumbangan yang dihantar kepada wakil-wakil rakyat. Tetapi yang seronoknya sumbangan depa minta, tetapi kita nak menghadiri, sekurang-kurangnya bukan macam Yang Berhormat Tambun Tulang kata, bukan nak berpolitik. Kita yang pemberi sumbangan perlu memberi pendedahan ataupun bercakap mengikut orang-orang yang berada di kawasan pentadbiran kita. Jadi perkara ini tak seharusnya berlaku. Jadi apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menangani permasalahan yang berlaku di Kementerian Pendidikan khususnya Jabatan Pendidikan Negeri Perlis? Terima kasih.
Soalan tambahan. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, berkenaan dengan soalan yang dibangkitkan oleh Sena sebentar tadi, suka untuk saya tarik perhatian bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat semua ini dalam Negeri kita merupakan wakil kepada rakyat. Wakil kepada rakyat dengan maksud kita akan membawa suara rakyat. Jadi antara certain yang paling penting, dengan izin, dalam… dalam perkembangan di Dewan Undangan Negeri masing-masing, di kawasan masing-masing adalah anak-anak pelajar. Anak-anak pelajar ini harus dididik, dibentuk, dibuat program yang boleh memberikan penekanan kepada mereka untuk bawa perubahan dalam masyarakat. Apabila perkara ini timbul, menyebabkan di akhirnya dia satu masalah. Ada gap antara pihak wakil kawasan dengan pihak anak-anak di sekolah dan seumpama dengannya. Jadi saya harap perkara ini boleh kita jelaskan supaya perkara ini dapat kita jadikan sebagai satu penyelesaian di sini. Selepas kita keluar ni tidak ada lagi isu yang timbul kerana kita nak pastikan bahawa anak-anak ini juga turut untuk mendapat suntikan daripada wakil-wakil rakyat… yang paling-paling simple adalah bagaimana mungkin program-program berbentuk unsur motivasi, untuk berikan semangat, didikan kepada anak-anak ini mampu disampaikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat wakil rakyat sini. Sekian.
Saya nak… nak… apa ni… nak maklumkan sedikit. Saya ingin mewakili sekolah-sekolah cina, sekolah rendah cina… ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah berada di Sekolah Kebangsaan Khoon Aik pada 1 haribulan Ogos, adalah memberikan sumbangan kepada… surat khabar kepada pelajar-pelajar. Dan saya rasa, perkara ini kita tidak harus politikkan. Sebab saya tahu niat Yang Amat Berhormat Menteri Besar masuk ke sekolah untuk memberi sumbangan yang baik kepada pelajar. Saya rasa perkara yang baik kita tidak payah politikkan. Dan saya sendiri tidak dijemput juga walaupun di kawasan Indera Kayangan. Saya rasa yang… yang penting adalah niat kita untuk membantu rakyat. Sekadar mana kita boleh perform prestasi kita untuk rakyat, saya rasa rakyat tahu dan mereka…
Saya mohon mencelah… saya mohon mencelah. Kita tak dak siapa kat sini yang nak politikkan this issue sebenarnya YB Indera Kayangan. Ini kenyataan, said the fact. Saya… saya menyatakan kebenaran hari ini yang mana yang berlaku di Sekolah Seri Perlis, yang mana saya dinafikan hak untuk hadir pun. Okay, di Sekolah Kubang Gajah, saya tengok sehari yang saya dinafikan hak untuk masuk, yang mana saya dijemput, pukul 12 malam Guru Besar hantar kat saya, maaf, dapat arahan daripada atas tak boleh masuk. Esok keluar satu poster gambar YB Indera Kayangan merasmikan perkara yang sama saya… yang saya nak rasmikan sekolah lain. Itu yang… itu yang saya agak pelik. Kemudian, sebagai satu… sebab tu saya kata kalau kata contoh, kita nak… tak bagi, tak bagi semua. Bagi, bagi semua. Jangan bagi dekat A, tak bagi dekat B. This is not the time. Itu bukan masa kita nak berpolitik. Dan sebab tu saya tak setuju. Kami tak dak politikkan apa-apa. Ini cuma kita nak tanya, kalau ada memo… tunjuk memo. Kita akan ikut memo itu. Kita akan ikut peraturan yang ditetapkan. Kita takkan menceroboh masuk tanpa kebenaran, itu pasti. Ini macam tadi ni kata tadi… bila… bila sampai bab sumbangan, minta kat kita. Bukan kata kita tak mau bagi, tapi it’s quite unfair lah, pada saya. Sebagai contoh, andai kata ada… saya bagi sumbangan, datang daripada Tambun Tulang lah sumbangan itu, tiba-tiba diserahkan oleh orang lain. Dan saya agak pelik sebab apa baru-baru ini, ada satu sekolah yang malah membenarkan wanita UMNO… maaf saya terpaksa sebut… masuk buat program dalam sekolah. Ada bukti dalam Facebook. Sebab tu saya kata, mana… kalau betul tak boleh, bagitahu tak boleh, saya tak kisah. Kami pun tak apa, tak marah pun, cumanya… kena… kena telus… kena telus. Boleh, boleh… tak boleh, bagitahu tak boleh. Terima kasih.
Untuk pencerahan Tambun Tulang, saya pun bagi sumbangan kepada sekolah yang sama tapi saya tak dijemput dan tak diminta hadir juga YB.
Okay minta EXCO jawab.
Boleh, tambahan Yang Berhormat Speaker. Berkaitan dengan sekolah ni, untuk maklumanlah, pada… dalam bulan lepas berlaku masalah tekanan air rendah di Sekolah Kebangsaan Padang Besar Selatan, maka kita diminta bantuan dan saya bersama dengan Syarikat Air Perlis bagi bantuan dari segi tangki dan sehingga hampir seminggu. Tapi yang seronoknya, selepas kita bagi dan kita minta kebenaran untuk guna kantin saja nak berbincang, tak dibenarkan. Maka hari ni, apakah persoalan kita mempolitik… politikkan ataupun sengaja dibuat oleh pentadbiran sekolah? Jadi, soalan… ataupun jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Indera Kayangan tu saya rasa perlu kita kaji balik sama ada bukan kita nak mempolitikkan, tapi dalam keadaan sekolah memerlukan bantuan, kita bagi bantuan, tetapi kita sendiri tak dibenarkan masuk. Ini persoalan yang harus dipanjangkan oleh Yang Berhormat Indera Kayangan kepada Kementerian Pendidikan. Terima kasih.
Okay-okay minta EXCO jawab.
Yang Berhormat Tuan Speaker, rancak isu pendidikan hari ini. Baik, yang pertama sekali, berkaitan dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian lah. Surat yang bertarikh pada 1 Februari yang saya sebutkan tadi, garis panduan undangan ataupun lawatan orang kenamaan, ahli politik ke institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia ni yang pertama, kena mohon 30 hari lah, 30 hari sama ada… saya pun ada pengalaman, Sekolah Kebangsaan Sungai Berembang, jemput saya untuk… apa… rasmi mesyuarat PIBG. Saya kata boleh, tapi 30 hari. Depa buatlah, 30 hari mohon kepada pihak yang berkenaan, alhamdulillah lulus. Itu… itu yang pertama. Yang kedua, isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat tadi lah, Tambun Tulang, Kayang dan juga Kuala Perlis tadi, saya ambil maklum benda tersebut dan saya akan berjumpa dengan pihak yang berkenaanlah untuk kita selesaikan dan juga selaraskan dengan baik supaya manfaat kepada anak-anak kita di sekolahlah. Kita tolak tepilah isu politik, kita bergerak ke arah untuk membangunkan anak-anak kita di sekolah… sekolah rendah ka… sekolah menengah ka… Jadi, harap win-win situation lah Yang Berhormat Speaker supaya kita dapat bergerak ke depan untuk meningkatkan tahap pendidikan di Negeri kita. Sekian, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Beseri.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat Menteri Besar, ADUN-ADUN semua, Ketua-ketua jabatan. Soalan saya nombor 5.
(Soalan 5 : Apakah usaha Kerajaan Negeri Perlis ke arah memastikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) ke arah melahirkan modal insan terutama belia berkualiti di Negeri Perlis?)
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Beseri. Kerajaan Negeri komited dalam memastikan kelangsungan dan kelestarian Pendidikan Teknikal dan juga Latihan Vokasional ataupun TVET bagi manfaat rakyat Negeri ini sendiri. Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usaha-usaha institusi TVET dalam menghasilkan belia berkualiti tinggi, berkemahiran, inovatif dan berdaya saing. Antara usaha yang dibantu oleh Kerajaan Negeri adalah melalui promosi dan juga hebahan. Memasuki institusi TVET dengan sinergi TVET itu sendiri. Selain itu, Kerajaan Negeri dengan kerjasama pihak PERKESO juga mengadakan sesi padanan pekerjaan di antara TVET dan industri bagi memastikan kemahiran yang dipelajari dapat dimanfaatkan dalam sektor pekerjaan. Untuk rekod, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis merekodkan kebolehpasaran graduan tahun 2022, adalah 100% dengan purata gaji RM1,700.00. Selain itu, lapan (8) buah Kolej Vokasional di bawah Jabatan Pendidikan Negeri yang menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia ataupun SKM Tahap 1 dan Tahap 2 menerusi Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) untuk murid tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan kadar kebolehpasaran pelajar PVMA Negeri Perlis pada tahun 2021 adalah sebanyak 62.99%. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan, apakah hasrat dan juga usaha Kerajaan Negeri supaya apa yang disebut oleh Yang Berhormat Santan tadi untuk kita selaraskan dan juga kita letak di bawah satu badan supaya benda tu dapat diuruskan secara selaras lah, dan kita boleh centralize, dengan izin, supaya… dan juga bermanfaat untuk rakyat? Saya tengok banyak produk yang ada… yang penting untuk kita selaraskan dan juga kita sampaikan kepada rakyat di bawahan, mungkin juga ada yang berada di kampung-kampung tak mendapat maklumat dan mungkin ini perlu kerjasama lah.. kerjasama semua pihak. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Speaker, terima kasih Beseri, insya-Allah pihak Kerajaan akan merujuk kepada perkara... merujuk kepada mereka yang berkaitan untuk kita selaraskan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Beseri tadi berkaitan dengan TVET ni dan saya difahamkan juga Beseri telah menganjurkan satu kerjasama dengan pihak swasta untuk sama-sama membantu anak-anak Perlis ni yang pencapaian akademik dia tak la tinggi, tetapi mereka ada kemahiran… minat kepada kemahiran. Maka salah satu pendekatan yang dibuat oleh Beseri adalah yang terbaik lah. Dari segi pihak Kerajaan, kita mengambil maklum cadangan daripada pihak daripada Beseri… orang-orang Beseri untuk kita selaraskan dan memastikan anak-anak Perlis ni yang minat kepada kemahiran akan beri kerjasama dan juga akan mampu untuk mengeluarkan mereka lah daripada tahap yang mereka ada sekarang ni. Terima kasih.
Dipersilakan Tambun Tulang.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan saya nombor 6.
(Soalan 6 : Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam melayani permohonan Tanah Berstatus TOL?)
Terima kasih Tambun Tulang, Yang Berhormat Speaker. Pada masa ini, permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) baharu masih belum dibuka bagi membolehkan pihak PTG menyelesaikan permohonan pemberimilikan bagi pemegang LPS sedia ada. Walau bagaimanapun, permohonan sambung usaha masih dibenarkan. Selain itu, PTG berhasrat untuk membuka permohonan LPS bukan untuk tujuan pemberimilikan bagi memfokuskan kepada pembangunan tanah-tanah berkeluasan kecil dan sederhana yang tidak ekonomik untuk dimajukan. Pertimbangan kelulusan bagi permohonan ini adalah untuk tujuan pertanian dan perniagaan berskala kecil. Permohonan tersebut akan dibuka setelah mendapat kelulusan Kerajaan Negeri.
Bagi pemegang LPS sedia ada, Kerajaan Negeri melalui MMKN telah memutuskan bahawa pemegang lesen yang mengusahakan tanah tersebut melebihi 10 tahun layak untuk dipertimbangkan bagi memiliki tanah kerajaan mengikut jumlah keluasan seperti berikut. Pertanian tidak melebihi 2.0 hektar, bangunan tidak melebihi 500 meter persegi. Bagi permohonan yang telah lengkap dengan syarat yang ditetapkan, permohonan tersebut layak diproses untuk pemberimilikan. Terima kasih Yang Berhormat.
Dipersilakan Kayang.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh. Yang Berhormat Tuan Speaker, biji berangan biji selusuh, soalan saya nombor 7.
(Soalan 7 : Bagaimanakah strategi dan perancangan kerajaan bagi menjayakan Tahun Melawat Perlis 2024-2025 dan cadangan mewujudkan Lembaga Pelancongan Negeri?)
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, saya takdak pantun nak jawab kat YB Kayang. Takdan nak reka. Yang Berhormat Speaker, saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan nombor 16 daripada Yang Berhormat kawasan Indera Kayangan dan juga soalan...
Dibenarkan.
Soalan berkenaan strategi dan perancangan Kerajaan bagi menjayakan Tahun Melawat Perlis 2024-2025 akan dijawab bersekali dengan soalan nombor 10, 19 dan 25 selepas ini.
(Soalan 16 : Apakah perkembangan pembentukan Jawatankuasa Lembaga Pelancongan yang dirancang oleh pihak Kerajaan Negeri dalam usaha ke arah pengurusan industri pelancongan Negeri Perlis yang lebih cekap, berkesan dan produktif khususnya dalam usaha kita menyambut Tahun Melawat Perlis 2024 nanti?)
Berpandukan kepada Strategi 6 di dalam Pelan Induk Perancangan Fizikal Pelancongan Negeri Perlis, terdapat cadangan penubuhan Bahagian Pengurusan dan Promosi Pelancongan. Cadangan ini adalah bagi menangani punca kepada masalah sektor pelancongan negeri yang kurang berkembang kerana ketiadaan bahagian atau unit khas di peringkat negeri untuk memfokuskan kepada pembangunan industri pelancongan. Perkara ini sedang dalam tindakan pihak Kerajaan Negeri Perlis untuk mewujudkan satu badan khas berkaitan pelancongan Negeri Perlis dengan mengambil kira beberapa perkara seperti struktur perjawatan, emolumen, pengurusan organisasi dan juga tadbir urus yang berkaitan keperluan penubuhan bahagian. Bagi menjayakan Tahun Melawat Perlis (TMP) 2024-2025 pula, beberapa jawatankuasa telahpun ditubuhkan yang akan memainkan peranan penting bagi melaksanakan fungsi berdasarkan kepada terma rujukan yang disediakan. Antara jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan adalah seperti yang berikut. Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh saya sendiri selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bahagian Pelancongan, Jawatankuasa Kecil termasuk penglibatan kesemua Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebagai pengerusi yang merangkumi kewangan, promosi, senggara, keceriaan dan infrastruktur, pelancongan agro, pelancongan budaya, sejarah, seni dan warisan, pelancongan sukan dan rekreasi, pelancongan membeli belah dan makanan serta pelancongan agama.
Sementara itu, Sekretariat Tahun Melawat Perlis dan juga Jawatankuasa Task Force akan diurusetiakan oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri. Bagi menjayakan Tahun Melawat Perlis, satu calendar of event, dengan izin, sedang disediakan dengan pengisian program pelancongan yang akan menarik minat lebih ramai pengunjung untuk datang ke Negeri Perlis. Terima kasih.
Soalan… soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Mata Ayer atas penjelasan, cuma kalau kita tengok Tahun Melawat Perlis akan bermula pada tahun depan. Adakah masa tu terlalu dekat dan adakah kita bersedia untuk menghadapi kehadiran pelancong-pelancong yang datang? Dan pada anggapan saya ini satu masa yang cukup terhad. Sebab masa Tahun Melawat Perlis 2024… la dah bulan lapan (8)… persediaan, perancangan… kita bukan setakat nak mempamerkan dari segi tempat-tempat menarik, kita juga perlu mempamerkan kebudayaan yang ada di Perlis. Selain daripada kebudayaan, tempat-tempat menarik, kawasan-kawasan strategik perlu kita perkemaskan. Terutama sekali saya tengok, di kawasan Medan Ikan Bakar di Kuala Perlis, dan difahamkan dataran tu akan mula… dah mula berpindah, tetapi sampai hari ini perpindahan tu berlaku tanpa ada air, tanpa ada elektrik. Macam mana peniaga-peniaga tu nak memperkemaskan perniagaan mereka? Dan seterusnya dari segi kebudayaan, kita kena pamerkan… kita kena panggil segala apa juga bentuk kebudayaan di Perlis untuk kita perincikan ataupun kita memantapkan lagi. Dari segi silat, dari segi kebudayaan… apa semua kita panggil. Sebab ini dinamakan pelancongan… dan seterusnya kita tengok apa yang ada di Perlis. Di Kuala Perlis, kalau kita tengok harini, sepanjang pantai, kita nak meniaga di Perlis ni, meniaga view saja, meniaga pemandangan. Tetapi kalau kita biaq pokok api-api, yang selalu yang saya tengok harini di belakang koma laut dah mula tumbuh, dan saya yakin dalam masa 3, 4 bulan ni, kawasan tu akan ditumbuhi hutan-hutan pokok api-api yang menutup pemandangan untuk pelancongan yang hadir di kawasan tu. Jadi, perancangan Kerajaan perlu segerakan… kena disegerakan. Sebab Tahun Melawat Perlis merupakan suatu tahun untuk mempromosikan Perlis, kita bersetuju dan kita amat… apa nama… menghargai jasa Kebawah Duli Tuanku Pemangku Raja Perlis, mempromosikan Perlis di persada dunia… di Amerika yang telah diuar-uarkan, dimasuk dalam berita baru-baru ni. Ni satu… apa nama… kerjasama yang dibuat oleh Kebawah Duli Tuanku, kita amat menghargai. Tapi dari segi perancangan Kerajaan, kita kena bersedia. Bukan setakat nak… kita boleh baca teks, kita boleh cerita, tetapi perancangan perincian semua kawasan-kawasan pelancongan harus diperkemaskan. Jadi, soalan saya, apakah kita bersedia dalam masa terdekat untuk meng… apa nama… menghadapi kehadiran pelancong-pelancong yang akan tiba sempena Tahun Melawat Perlis? Terima kasih.
Baik terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Sebagaimana yang kita ketahui, 2024-2025 adalah untuk Tahun Melawat Perlis. Bagi tahun 2023, adalah tahun untuk persediaan kita untuk menaik taraf segala infra di semua produk-produk pelancongan kita dan juga kita memainkan satu jalinan kerjasama dengan para pemain industri pelancongan di mana kita sebagai Kerajaan membantu pihak pemain industri dengan kita memberikan gerai sempadan dan juga berbagai bantuan untuk menaik taraf infra-infra yang tersedia, di setiap produk-produk pelancongan kita, insya-Allah. Dan juga untuk pengetahuan sidang hari ini, para Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri telah diberi tanggungjawab untuk mencari dan juga menjaga satu kumpulan kebudayaan… bagi setiap Ahli-ahli Majlis Kerajaan Mesyuarat Kerajaan Negeri perlulah mencari dan juga mewujudkan serta membimbing mereka ini, sebagai artis budaya di bawah setiap tanggungjawab Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk kita mempelbagaikan lagi kesenian dan juga produk-produk budaya kita lah di Perlis, insya-Allah, terima kasih.
Soalan…
Soalan tambahan. Okay terima kasih YB atas pencerahan tersebut, cuma saya bila melibatkan pelancongan ni saya memang berminat sikit. Berminat tu bukan apa, cuma saya nak tanya beberapa perkara, antaranya yang pertama, antara masalah yang dihadapi oleh pelancong yang melancong ke Negeri Perlis adalah kita sebenarnya kekurangan bilik… kita kekurangan bilik. Jadi, room serta, dengan izin, kita kurangnya bilik. Dan saya nak tau apakah kita ada data… saya rasa pernah tanya sebelum ni… kita ada data ataupun tidak? Berapa jumlah keseluruhan bilik daripada sudut hotel, homestay, roomstay setiap satu itu? Itu yang pertama. Yang keduanya saya nak tanya, saya juga ada tengok kita tak silap saya kita ada senaraikan kedai-kedai makan yang mana popular di Perlis sebagai contoh. Saya rasa apakah itu sudah sentiasa di update dan siapa yang mengupdatenya? Sebab saya tengok ada kedai yang even… kita pada saya lah… kita perlu banyakkan lagi. Mungkin tak boleh kita sedikitkan benda tu. Mungkin setiap kedai tu ada… ada perbezaan ataupun kelebihan mereka sesama sendiri. Okey, kemudian berbalik kepada… saya ada satu lagi, kemudian berbalik kepada Kuala Perlis tanya tadi, saya suka untuk kita tengok macam contoh dari sudut promosinya. Saya nampak kita dah mula ada billboard dan sebagainya. Tahniah saya ucapkan. Cuma saya nak tanya, apakah satu ada… apakah ada satu langkah promosi besar-besaran? Itu persoalan saya. Apakah perancangan promosi kita secara berskala besar yang mana kita nak tunjuk, ataupun kita nak tarik sebab kita macam tadi kita shortage… short time, dengan izin, kita dah kekurangan masa. Kita tinggal beberapa bulan lagi. So, apakah langkah booster… haa ayat dia betui… booster dengan izin, sekali lagi, untuk kita dapat cover ataupun dapat, dengan izin, kita dapat tarik kesemua ataupun semua orang di luar sana untuk hadir ke Perlis? Terima kasih.
Yang Berhormat Speaker, mohon soalan tambahan. Terima kasih… takpalah bagi time kami tanya sat gi EXCO jawab. Terima kasih kepada Yang Berhormat Mata Ayaq dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, yang terdiri daripada Kuala Perlis dan juga Tambun Tulang. Saya sangat bersetuju lah dengan apa yang dibangkitkan oleh mereka berkaitan dengan persediaan kita untuk menghadapi Tahun Melawat Perlis 2024-2025 nanti. Juga, berkaitan dengan kesanggupan kita, persediaan kita dari segi penempatan para pelancong dan juga promosi kita secara besar-besaran untuk menyambut pelawat dan pelancong ke Negeri Perlis pada tahun depan. Dengan waktu yang singkat ni, saya tak tahu lah kalau tadi baru disebut tentang jawatankuasa baru ditubuhkan akan bincang akan… akan ini, cuma saya tak tahu lah sejauh mana yang akan boleh. Cuma dulu saya pernah buat lawatan kunjungan hormat kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat… apa nama… Hasnol Zam Zam, saya pernah tunjuk, pernah tanya kepada beliau apakah Kerajaan Negeri sudah ada suatu platform yang lengkap berkaitan dengan maklumat pelancongan di Negeri Perlis ini? Sama ada berkaitan dengan tempat-tempat destinasi yang menarik Perlis, penginapan, tempat-tempat makanan di Negeri Perlis… takdak lagi. Katanya akan dibangun, tapi saya dok cari portal tak jumpa. Bulan lepas… tahun lepas la sebelum kehadiran… apa nama… Yang Berhormat SS yang baru ni, jadi saya nak tanya perkembangan tu. Jadi, sebelum saya duduk ni, saya nak ucapkan selamat datang kepada Dato’ Yusran Shah bin Yusuf ke Negeri Perlis. Diharapkan dengan pengalaman beliau di kementerian-kementerian dapat membantu Negeri Perlis untuk kita bangunkan Negeri Perlis ini, sejajar dengan matlamat dan visi Kerajaan Negeri Perlis, insya- Allah. Jadi, itulah soalan saya… apakah wujud satu portal, portal yang lengkap berkaitan maklumat pelancongan di Negeri Perlis? Terima kasih.
Pelancongan macam Tambun Tulang juga. Okay, mula-mula saya ingin ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri, walaupun susah-susah mau juga menjayakan Tahun Melawat Perlis 2024 dan 2025. Sekian lama ditunda daripada 2018, 19, 20 something. So, walau bagaimanapun, kita tau banyak tempat pelancongan yang telah kita uar-uarkan dan ingin kita majukan. Tapi paling penting adalah apabila pelancong tu datang ke Negeri Perlis, katakan dia sampai ke Gua Kelam, siapa yang perlu mereka hubungi untuk mereka masuk ke Gua Kelam 1 ataupun Gua Kelam 2? So, itu pen.. perkara yang paling penting. Bila dia orang datang ke Negeri Perlis, dia dah sampai tapi kita tak boleh close case, kita tak boleh dapatkan duit daripada saku dia, so itu yang paling penting. Apa yang saya… mungkin dibangkitkan oleh Guar Sanji sama, kita perlukan satu indeks pelancongan supaya mereka yang datang ke Negeri Perlis, dah sampai sini nak belanja duit tu, nak cari siapa? Sekarang tu nak cari siapa untuk jadi tour guide dan sebagai dan itu masalah pelancongan datang ke Negeri Perlis. Dan yang kedua adalah tempat pelancong… tempat penginapan. So, untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan sekalian, yang… Dato’ Speaker… Tuan Speaker, pada jangka masa seminggu ni dan pada 10 haribulan Ogos ni, Persatuan Chiang Khor memang menganjurkan satu program yang berperingkat antarabangsa. Kehadiran mencecah 2,000 peserta dari seluruh dunia. Tetapi kita tidak ada satu tempat konvensyen yang untuk memenuhi keperluan mereka, maka mereka melak… menjalankan program ni di Negeri... Negeri Kedah. So, benda-benda… apa yang boleh masukkan ke dam… ke pendapatan Negeri Perlis ni tempias ke Kedah. Saya tau Negeri Kedah dengan Perlis kawan baik, tak apa lah, tapi walau bagaimanapun untuk keperluan rakyat, kebajikan dan pembangunan ekonomi rakyat, saya rasa kita perlu lebih titik beratkan. Apa yang perlu kita bawa masuk ke Negeri Perlis. Dan pada yang sama, program telah memberi sumbangan tempat penginapan ke Negeri Kedah. So, saya rasa mungkin pihak Kerajaan usahakan juga untuk Tahun Melawat Perlis, biar kita sama-sama usahakan untuk kebaikan Negeri Perlis dan untuk masa akan datang mungkin ada perancangan yang lebih baik untuk kita adakan, bina satu convention centre yang berprestij, berperingkat antara… standard antarabangsa. So, itu saja, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tambun Tulang, Guar Sanji dan juga Indera Kayangan. Berkenaan dengan promosi, pihak Kerajaan Negeri telah pun membuat beberapa hebahan dan juga promosi dengan kerjasama daripada Tourism Malaysia seperti membuat video penggambaran tempat-tempat pelancong yang terdapat di Negeri Perlis dan juga memasukkan penglipur lara Awang Batil ke dalam cetakan kalendar 2023 serta kita turut menyertai Matta Fair Penang serta bekerjasama dengan YouTuber daripada Singapura untuk membuat liputan tempat-tempat pelancongan di wilayah utara dan ini termasuklah Negeri Perlis, serta kita menganjurkan pertandingan video pendek yang bertujuan untuk mempromosikan pelancongan di wilayah utara, juga termasuk Negeri Perlis serta menarik golongan anak muda lah untuk menikmati pelancongan domestik sambil berkongsi pengalaman mereka. Dan kita juga menganjurkan program Northern Region Fruit Colour yang berkonsep lawatan suai kenal antara pengamal media cetak, media elektronik dan syarikat agensi pelancongan tempatan. Dan untuk promosi Tahun Melawat Perlis 2024-2025, kita telah mengadakan cetakan billboard promosi di dalam dan di luar Perlis. Sebagai contoh, kalau tuan-tuan melalui Lebuhraya Utara-Selatan, kita telah memasang di Kilometer 383.3 ke utara dari arah Tanjung Malim menuju ke Slim River dan juga ke selatan Perak iaitu di Kilometer 93 Lebuhraya Plus Utara dari arah Sungai Petani menuju ke Gurun. Kita juga telah menyertai pameran di Matta Fair National siri pertama pada 17 hingga 19 Mac 2023 di MITEC Kuala Lumpur serta kita mendapat kunjungan daripada Kerajaan Negeri Kelantan di dalam Festival Silang Budaya Negeri Kelantan dan Perlis pada 30 Mei 2023 hingga 1 Jun yang lalu di Kangar. Serta kita juga menjalinkan kerjasama dengan KTM Kerajaan… Keretapi Tanah Melayu Berhad melalui tayangan video pelancongan Negeri Perlis di dalam train ETS dan juga pemasangan Smart Map Pelancongan di Stesen Diraja Arau. Menutup soalan Yang Berhormat Tambun Tulang tadi berkenaan dengan masalah penginapan, kita sekarang dalam proses menyenarai pendeklah semua pengusaha-pengusaha, bilik-bilik ataupun rumah-rumah penginapan ini untuk kita kenalpasti berapakah bilik-bilik yang disediakan kepada pelancong untuk menampung kedatangan pelancong. Dan kita akan satu… keluarkan satu senarai yang lengkaplah, insya-Allah, selepas ini tentang bilik-bilik penginapan yang tersedia di Perlis, insya-Allah. Dan juga berkenaan dengan kemaskini segala informasi tu, kita sekarang ni… sekretariat lah, sekretariat Tahun Melawat Perlis akan… yang akan berusaha untuk ambil lah kita kata untuk kemaskinikan segala maklumat berkenaan dengan tempat-tempat pelancongan itu, juga kedai-kedai makan di dalam portal, insya-Allah. Dan untuk… platform sekarang ni, kita ada satu… hanya ada satu platform yang… melalui Facebook lah iaitu Perlis Tourism Official kalau tuan-tuan tengok dalam Facebook, segala aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pelancongan, seni dan budaya yang kita jalankan di Perlis, kita update di dalam Facebook tersebutlah.
Dan insya-Allah, cadangan daripada YB Indera Kayangan itu untuk convention centre dalam perhatian lah, insya-Allah. Kita memang… kita memerlukan satu convention centre sepertimana di MAEPS Serdang yang besar yang boleh kita buat segala aktiviti di situ, insya-Allah. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Dipersilakan…
Sikit saja soalan tambahan Dato’.
Guar Sanji.
Yang Berhormat Tuan Speaker.
Dipersilakan Guar Sanji.
Satu ja… satu ja.
Guar Sanji dipersilakan…
Satu ja, ni penting.
Beseri sila duduk.
Untuk masa depan…
Beseri duduk.
Saya nak…
Bagi Guar Sanji… bagi Guar Sanji.
Kalau boleh ada satu apps lah, untuk pelancongan ni, untuk kita nak hadapi tahun depan ni. Idea-idea…
Beseri sila duduk.
Bagi ada satu aplikasi yang orang boleh download daripada telefon untuk mudahkan depa mai, depa boleh tengok dalam telefon tu, itu saja, terima kasih.
Dipersilakan Guar Sanji.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 9.
(Soalan 9 : Berapakah jumlah lot Lidi yang terdapat di seluruh Negeri Perlis dari tahun 2010-2022?)
Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji, Yang Berhormat Speaker minta maaf ralit dengar pasal pelancongan sampai tengok-tengok soalan saya. Untuk makluman, dasar sedia ada yang terdapat di Negeri Perlis tidak membenarkan pecahan tanah lot lidi dilaksanakan dan ianya bercanggah dengan peraturan yang digariskan di dalam Kanun Tanah Negara (KTN). Lot lidi yang dijual secara tidak sah ini, tidak boleh didaftarkan untuk pengeluaran hakmilik. Ini akan memberikan kesan negatif kepada pembeli dan warisnya kelak. Kerajaan Negeri menasihatkan penduduk Negeri Perlis agar tidak terlibat sama ada menjual ataupun membeli lot-lot lidi kerana bukan sahaja menyalahi undang-undang yang sedang berkuat kuasa, malahan pembeli lot-lot lidi tidak boleh mendapat hak milik bagi lot lidi yang telah dibeli dan seterusnya tidak boleh diwariskan kepada warisnya kelak. Sebagai makluman, pada tahun ini sahaja, Jabatan Tanah dan Galian Perlis secara proaktif mengesan dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas dua (2) kes jualan lot lidi seperti berikut. Enam (6) lot lidi di Batu Bertangkup yang melibatkan Tanah Kerajaan; dan kedua, 22 lot lidi di Alor Redis yang melibatkan tanah individu. Saya sebut deraih Alor Redis tu pasal Tambun Tulang, Jabatan Tanah dan Galian Perlis telah mengambil tindakan dengan pengeluaran notis dan mengarahkan tuan tanah untuk memulihkan keadaan tanah yang terlibat kepada syarat asal. Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Sanglang berkaitan soalan tadi, saya tanya jumlah dari tahun 2010 sehingga 2023. Yang dimaklumkan tadi tahun 2023. Apakah tahun-tahun sebelum tu tidak berlaku penjualan lot-lot lidi ni sebab yang saya nampak banyak tempat kita tengok di Tambun Tulang, ada lagi banyak Tambun Tulang. Tambun Tulang banyak kawasan-kawasan dipecah lot lidi ni. Guar Sanji pun ada, jadi kalau dimaklumkan tadi untuk tahun 2023 sebelum tu mana? Ada data tak ditanya? Dan tindakan penguatkuasaan yang belum diambil lagi kepada tanah-tanah yang berbuat demikian dan berleluasa sebab kita bimbang perkara ni bila tidak ada pengawalan yang begitu sempurna ataupun baik menyebabkan nanti ke depan ni menyusahkan Kerajaan Negeri sendiri. Ya memang hat ni tidak di… dianjurkan, digalakkan oleh mana-mana pihak terutama Kerajaan untuk memberi lot-lot lidi ini berleluasa, akhirnya mendatangkan kesusahan, kepayahan kepada Kerajaan dari segi berbagai-bagai masalah yang akan timbul. Cuma nak tanya masih ada lagi… benda-benda ni yang berjalan dan tidak ada penguasaan yang dibuat. Saya boleh tunjuk di jalan utama… apa nombor Lebuhraya Changlun tu Kuala Perlis, kalau tuan-tuan tengok sebelah kiri tu, tengok la sepanjang tu ada lot-lot lidi yang dibuat tanpa ada sebarang tegahan ataupun bantahan dibuat oleh pihak Kerajaan. Mohon penjelasan dan tindakan.
Soalan tambahan Yang Berhormat. Yang Berhormat Speaker, bila kita bercakap bab isu tanah ni, saya juga terpanggil untuk menyatakan beberapa perkara dan soalan saya adakah masih wujud jawatankuasa ataupun penguatkuasaan yang diurustadbir oleh Pejabat Tanah dan Galian? Kerana perkara ni perlu diberi penekanan. Di Kuala Perlis saya nak bagi tahu, baru ni Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri juga terlibat, kita pi tengok pencerobohan tanah yang berlaku dalam kawasan MADA. Apabila kawasan tu dia bersebelahan dengan kawasan perindustrian, duduk di sebelah Tenaga Nasional punya tapak, dia tambun tanah sungai tu sampai harini. Jadi, apabila kita cuba berhubung dan difahamkan beliau tidak ada IC, dia hanya menggunakan passport daripada China mai ke Malaysia, difahamkan bahawa yang ada milik tanah tu hanya bini dia. Jadi penguatkuasaan seumpama itu perlu kita bagi penekanan. Kita nak bantu MADA sampai bila pengairan air sungai tu berjalan dengan lancar, kalau dia tambun dia hanya bubuh kok kecik tanpa kebenaran, tu satu. Yang kedua kita tengok MBI, kawasan-kawasan yang terlibat di kawasan Kuala Perlis, kita kena pastikan bahawa tidak ada lagi pembinaan baru. Kalau kita biar hari-hari macam ni, pembinaan akan berlaku setiap hari bila rumah baru dan tidak terkawal. Jadi dengan adanya penguatkuasaan, dibawah pentadbiran tak kisah lah mana-mana agensi, sama ada Jabatan Tanah ka, MBI sendiri, tolong pastikan penguatkuasaan ni ada agensi yang memantau tidak ada pembinaan baru yang berlaku. Jadi kalau berlaku pembinaan baru, dia mula nak minta letrik kita terpaksa minta dan saya nak mengesyorkan pembinaan baru adalah tidak dibenarkan untuk permohonan kemasukan letrik dan juga air. Kalau kita biar benda ni, sampai bila di Kuala Perlis habis kawasan tak ada dah. Kawasan yang kita boleh cadang untuk buat dewan dan sebagainya habis dia tambah, dia buat rumah baru. Jadi persoalannya, perlukah… apa nama… kita melihat keadaan yang seumpama itu? Jadi, penguatkuasaan perlu disegerakan… jawatankuasa ataupun unit penguatkuasaan mencegah pencerobohan haram tanah perlu disegerakan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Guar Sanji, Yang Berhormat Kuala Perlis… apa ni… angka untuk sebelum 2023 tu saya akan bagi secara bertulis lah sebab angka-angka ni saya tak ingat. Kemudiannya, setengah-setengah lot lidi ni kita payah nak kesan… payah nak kesan depa buat. Orang yang beli tu pula bila kita pi tanya dia tak mengaku… orang bagi duduk ja, tumpang duduk. Ni tak tau lah kot YB Tambun Tulang dia ada bagi lesen khas untuk duduk dia buat lot lidi apa semua. Kemudian ceroboh tanah Kerajaan ni, macam yang berlaku di Kuala Perlis tu, insya-Allah kita akan tengok dan kalau boleh YB-YB kena tolong lapor lah, kena tolong lapor kalau dia berlaku macam tu, tapi kalau di Sanglang saya duduk dulu. Bila saliran ni dia tambun, dia buat jalan ka, nak lintas ke bendang dia, takdan petang MADA pi korek buang balik. Tapi macam mana berlaku di Kuala Perlis macam ni saya pun tak faham, tanah MBI ni, bina baru memang dalam perhatian saya sendirilah. Sebab saya dah bincang dengan YB SS dan YB PKN semua lah kami dok bincang terlampau banyak rumah-rumah yang tumbuh baru ni, kita bimbang orang-orang Burma ni dia mai duduk di sini. Tapi yang paling banyak mohon masuk air masuk api ni, YB Kuala Perlis. Saya pun susah juga, tak sign satni anak budak kecik-kecik duduk, air tak ada nak basuh pungkoq macam mana apa semua, api tak ada, kipas tidur malam hangat. Jadi saya secara kemanusiaan kadang-kadang kita lulus lah. Tapi kalau YB-YB… kalau orang Burma, kalau masuk duduk atas tanah Kerajaan tolong maklumlah, jadi senang. La ni saya akan tegas sikit dah YB Kuala Perlis sebut macam tu, saya akan tegas sikit. Tapi dia akan ada juga NGO-NGO yang akan turun kata kita zalim tak bagi bekalan air, tak bagi bekalan api, orang nak duduk apa semua tu susah. Jadi dia… hat ni dilema lah sikit. Kita nak tegas boleh, tapi dari segi kemanusiaan dia ada juga lah ihsan dia tu. Jadi kita akan tengok balik yang… apa ni… yang berlaku di Kuala Perlis ni, kita tak mau selepas daripada ni orang-orang Burma ni yang di Bukit Malut katanya dah banyak turun mai ke Perlis. Sebab di sana dah nak di buat pembangunan, nak buat kemajuan di sana, depa berpindah ke sini dan kita akan perhati lah. Tapi masalahnya depa ada IC… depa ada IC. Cuma kita boleh kuatkuasakan sebab depa nak duduk atas tanah Kerajaan. Terima kasih.
Mohon pencelahan Yang Amat Berhormat. Yang Berhormat Speaker, saya setuju dengan saranan daripada Yang Amat Berhormat berkaitan kita kena mengehadkan permohonan, cuma harini kita keluarkan adalah yang kita…. sebelum kita nak menyokong kepada Yang Amat Berhormat agar diberi kelulusan, kita tengok dulu rumah-rumah yang minta adalah rumah lama, yang tak dapat bekalan letrik dan juga air. Dan seterusnya berkaitan dengan Yang Amat Berhormat sebut tadi, depa memang ada IC dan depa juga merupakan penyokong kita, ini perlu kita lihat dari segi kemanusiaan tu saya setuju, cuma saya… pandangan saya tadi supaya pembinaan baru maknanya MBI sendiri perlu membuat penguatkuasaan. Insya-Allah kita akan buat laporan sekiranya berlaku pembinaan rumah-rumah baru, tetapi dari segi kemanusiaan kita kena ambil kira dari apa pun yang terbaik, semua kita akan cuba pastikan bahawa tidak berlaku pembinaan baru yang menceroboh tanpa kebenaran. Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Boleh jawab tak jawab…
Takyah jawab, tak ada soalan pun.
Dipersilakan Kuala Perlis
Yang Berhormat Speaker, tadi saya rasa soalan nombor 10 ni dah dijawab sekali oleh… Titi Tinggi. Terima kasih Yang Berhormat Speaker.
Dipersilakan Chuping.
Yang Berhormat Speaker, soalan saya soalan nombor 11.
(Soalan 11 : Sehingga kini berapa pelabur yang sudah melabur dalam Negeri Perlis dan apakah jenis pelaburan yang diusahakan?)
Terima kasih Yang Berhormat Chuping, Yang Berhormat Speaker. Soalan nombor 11 ni dia… haritu saya buat kenyataan dah tak mau jawab bila ada orang tanya, tiba-tiba YB Saad tanya… YB Chuping tanya. Takpa lah, jawab lah. Sehingga kini, terdapat 19 pelabur yang telah dan komited untuk melabur di Negeri Perlis. Pelaburan ini melibatkan lapan (8) pelaburan… pelabur daripada sektor pertanian, dua (2) daripada sektor pelancongan, dan dua (2) pelabur daripada sektor infrastruktur dan tujuh (7) pelabur daripada sektor perindustrian dan lain-lain. Ni dasar kita lah Yang Berhormat Speaker, bahawa mana-mana pelaburan yang dia berlaku kepada Kerajaan sebelum ini kita… sekiranya dia mendatangkan kebaikan kepada Negeri dan memberi peluang pekerjaan yang tinggi, kita akan teruskan. Kita tak mau disebabkan kita ni Kerajaan baru semua yang dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum ni walaupun baik, kita nak kerat. Ini bukan kaedah yang baik untuk kita memastikan pembangunan di Negeri Perlis ini. Jadi itu dasar kita lah. Jadi itu saja jawapan saya kepada Yang Berhormat Chuping. Wallahu a'lam.
Dipersilakan Sena.
Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 12.
(Soalan 12 : Akhir-akhir ini ramai di kalangan guru terutama di Negeri Perlis yang memohon untuk bersara lebih awal dari umur persaraan yang wajib. Fenomena ini amat membimbangkan kerana guru-guru tersebut adalah dari kalangan mereka yang amat berpengalaman dalam bidang masing-masing seperti Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan lain-lain mata pelajaran teras dan kritikal samada di sekolah rendah mahupun menengah. Persoalannya adakah pihak pengurusan JPN Perlis telah mengadakan kajian berkaitan isu ini dan bagaimanakah dengan data kajian indeks kebahagiaan atau dengan izin Happiness Index di kalangan warga guru di Perlis. Jika kajian atau kutipan data ada dibuat, apakah dapatannya?)
Yang Berhormat Speaker, hasil pemerhatian JPN, majoriti guru yang memohon pesara pilihan adalah disebabkan faktor kesihatan yang telah cukup tempoh perkhidmatan serta tidak produktif lagi dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Statistik bagi guru Perlis yang memilih untuk bersara awal ataupun pencen pilihan pada tahun 2023 adalah seperti berikut. Jumlah guru bersara awal 110 orang. Mengikut jantina, 41 orang guru lelaki dan 69 gu… guru perempuan. Julat umur, 43 tahun hingga 59 tahun. Sekian, terima kasih.
Dipersilakan Yang Beseri.
Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 13.
(Soalan 13 : Apakah usaha Kerajaan Negeri Perlis bagi memastikan pertumbuhan ekonomi digital di kalangan rakyat Negeri Perlis semakin rancak?)
Yang Berhormat Tuan Speaker, Yang Berhormat kawasan Beseri, untuk makluman Yang Berhormat, pihak Kerajaan Negeri amatlah peka dan prihatin dalam memastikan pertumbuhan ekonomi digital dalam kalangan rakyat Negeri Perlis. Sejak negara dilanda pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sekitar tahun 2020, pihak Kerajaan Negeri turut merebut peluang ini dalam pertumbuhan dan pembangunan ekonomi digital dalam kalangan rakyat negeri Perlis. Pendigitalan ini merangkumi pelbagai aspek dari segi perkhidmatan awam, pemain industri, usahawan, peniaga, pelancongan dan sebagainya. Pendigitalan perkhidmatan awam pula terbahagi kepada dua sub kategori iaitu e-kerajaan yang menilai status agensi kerajaan dan e-pengguna. Antara usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri Perlis dalam pertumbuhan ekonomi digital adalah seperti yang berikut. Yang pertama, Padang Besar Cashless, di mana Kerajaan Negeri dengan usahasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara telah melaksanakan Program Peningkatan Produktiviti Melalui Transaksi Tanpa Tunai Di Padang Besar, Perlis pada tahun 2022. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan dan faedah transaksi tanpa tunai kepada peniaga di Padang Besar, Perlis. Program ini telah diadakan pada 12-14 Jun 2022. Seramai 337 peniaga di Arked Niaga, Padang… Padang… Padang Waremart dan Gapura Square telah mendaftar penggunaan QR Code. Yang kedua Pasar Malam Go Cashless@Perlis, Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan agensi-agensi berkaitan telah melaksanakan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail Digitization Initiative - ReDI) Pasar Malam Go Cashless@Perlis yang merupakan salah satu inisiatif dalam menjadikan agenda e-wallet atau transaksi tanpa tunai sebagai salah satu agenda utama digitalisasi khususnya di negeri ini. Sesi onboarding e-wallet kepada semua peniaga di enam (6) buah pasar malam utama di Negeri Perlis yang berdaftar dan mempunyai lesen perniagaan dengan Majlis Perbandaran Kangar (MPK), telah dijalankan pada 3 November hingga 10 November 2022. Seramai 200 orang peniaga telah berdaftar dengan penyedia e-wallet yang telah dilantik bagi program tersebut iaitu Maybank dan Boost. Yang ketiga Platform digital e-perniagaan (Aplikasi TAPAW), Program kolaborasi di antara kerajaan negeri bersama penyedia e-Dagang dan syarikat swasta seperti Tapaw Group dan Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) bermula pada tahun 2020. Aplikasi Tapaw (Tapaw application) menyediakan satu platform digital yang lengkap kepada usahawan yang terdiri daripada pelbagai sektor dan bidang sebagai contoh makanan dan minuman, perkhidmatan, pembuatan, automotif, pertanian dan sebagainya. Aplikasi ini dapat membantu para usahawan untuk meluaskan jaringan pasaran. Seramai lebih kurang 800 orang pekerja gig perlis telah diberikan latihan oleh pihak Tapaw Group bagi menggunakan aplikasi ini. Yang keempat Aplikasi Pos Sistem iaitu Mesin Kira dan ME12PAY. Manakala, melalui usahasama dengan MCCA telah memberi peluang kepada 100 orang usahawan untuk menggunakan Aplikasi Perniagaan Mesin Kira secara percuma. Yang kelima, Program Taklimat Penggunaan Aplikasi Mesin Kira ini telah diadakan pada 3 November 2020. Pusat Ekonomi Digital (PEDi), pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Perlis telah melaksanakan program usahawan digital menerusi pelaksanaan mendidik masyarakat menjadi usahawan secara atas talian menerusi 14 buah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang terdapat di 9 DUN di Negeri Perlis. Sehingga Jun tahun 2023, seramai 439 orang usahawan digital telah dilahirkan melalui program ini. Yang keenam, Brasmana Food Truck & Flea Market, menerusi inisiatif pendigitalan yang diterapkan bermula pada tahun 2020, setiap food truck yang beroperasi ataupun menjalankan perniagaan di kawasan Brasmana Food truck & Flea Market menawarkan pembayaran secara tanpa tunai. Yang ketujuh, sistem parkir pintar (smart parking) oleh Majlis Perbandaran Kangar, pelaksanaan smart parking merangkumi 2 fasa di mana fasa 1 telahpun bermula pada bulan Mei 2023 melalui pelaksanaan kaedah bayaran parkir tanpa tunai (cashless) di kawasan parkir berpalang di Arked Niaga dan Gapura Square, Padang Besar. Bagi fasa 2 pula akan melibatkan pelaksanaan sistem parkir pintar dan tanpa tunai di kawasan-kawasan parkir terbuka atau tidak berpalang di seluruh Negeri Perlis bagi menggantikan sistem kupon bergaris manual sedia ada. Dan yang seterusnya, pembayaran tanpa tunai di premis-premis perniagaan juga disediakan kepada para pelanggan seperti penyediaan pembayaran secara kad debit, kad kredit, kad Touch N Go, aplikasi e-wallet dan pembayaran QR bermula dari tahun 2020. Dan yang terakhirnya, Pembayaran tanpa tunai di kaunter-kaunter pembayaran jabatan dan agensi yang boleh kita lihat sebagaimana yang ada sekarang ini, sebagai contohnya seperti di Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis, Majlis Perbandaran Kangar, Jabatan Hal Ehwal dan Agama Islam Negeri Perlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang menawarkan perkhidmatan secara tanpa tunai di kaunter-kaunter pembayaran bermula sekitar tahun 2021. Sekian.
Mohon soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Bintong. Cuma, saya ada satu soalan saya nak tanyakan, apakah ada inisiatif dari Kerajaan Negeri yang mana untuk kita wujudkan satu portal khas ataupun mungkin satu online magazine, dengan izin, yang mana boleh kita himpunkan peniaga-peniaga dari segala jenis peniaga tak kisah dari makanan food industry ka ataupun apa-apa saja industri, yang mana boleh diguna pakai portal ini dan boleh diluas hebahkan kepada orang-orang diluar sana, yang mana bukan sahaja di luar malah dalam negeri jugak. So… ada… apa… apakah ada inisiatif-inisiatif yang menghala ke arah ini? Sebab bila kita sebut tentang digitalisasi ataupun digitalization, dengan izin, dia bukan sekadar cashless, dia lebih more than that, dengan izin. Tu saya nak tanya, apakah ada inisiatif yang menghala ataupun menjurus ke arah itu? Jadi ini jugak memudahkan… memudahkan peniaga-peniaga yang mana dalam Perlis, yang mungkin tak cukup modal untuk buat orang panggil siar raya ataupun buat promosi dan sebagainya. Jadi, kita boleh bantu peniaga-peniaga kecil terutama yang mungkin yang berdaftar di bawah MPK dan sebagainya. Terima kasih.
Soalan tambahan berkaitan dengan ekonomi digital ni… saya nak sentuh berkaitan Tahun Melawat Perlis… apa… berkaitan Tahun Melawat Perlis ni, adakah ada usaha daripada pihak Kerajaan untuk memastikan ekonomi digital ni lebih rancak untuk Tahun Melawat Perlis lah, dan bagaimana Tahun Melawat Perlis ni, walaupun dia tak mai ke Perlis ni, tapi dia boleh dapat produk… produk-produk yang ada di Negeri Perlis, contohnya dia tak boleh mai ke Negeri Perlis untuk melancong, tapi dia nak beli produk-produk yang ada? Dan jadi mungkin ekonomi digital ni bukan sahaja cashless, tetapi macam mana kita nak pasarkan hasil produk itu daripada se… sudut platform-platform digital, dan saya nampak tadi ada sebut tentang cashless dan QR Code, saya rasa itu satu perkara yang sangat baik. Cuma untuk Tahun Melawat Perlis ni diminta untuk cadangan untuk lebih rancak lah, supaya pelancong-pelancong mai ni dia tak perlu bawa cash banyak dalam beg duit dia, tapi dia boleh berbelanja dengan hanya menggunakan gajet. Sekian, terima kasih.
Okay, Yang Berhormat Speaker, berkaitan dengan soalan tambahan yang dibangkitkan oleh Tambun Tulang dan Berseri, saya kira berkaitan dengan portal yang melibatkan usahawan-usahawan untuk mempromosi produk dan jugak perkhidmatan yang ada di Negeri Perlis, yang pertama sekali saya ingin menyatakan bahawa itu cadangan yang baik daripada kedua-dua ADUN. Dan dari segi apakah ada… sudah ada ataupun belum di pihak Kerajaan sekarang ni, maklumat tersebut saya akan rujuk di bahagian… teknologi maklumat di pihak SUK dan insya-Allah jawapan yang lebih lengkap kita akan berikan kemudian nanti, insya-Allah. Dan apa-apa pun, sebenarnya… itulah sebenarnya kalau kita berjaya untuk mengelap usaha-usaha pendigitalan ini secara yang lebih bersungguh, tentu sekali dia akan berikan pulangan dan hasil yang baik kepada semua para peniaga sama ada yang terlibat secara online ataupun tidak kerana daripada situ rakyat dan juga para pengunjung akan mendapat maklumat tentang lokasi, tentang produk yang ada di Negeri Perlis ini dan insya-Allah semua itu memberi kemudahan yang baik kepada para pengunjung khususnya untuk Tahun Melawat Perlis dan juga rakyat Perlis dan juga rakyat Malaysia secara keseluruhan, insya-Allah. Terima kasih pada cadangan yang diutarakan kepada kedua-dua ADUN.
Ahli-ahli Yang Berhormat, tuan-tuan sekalian, Dewan ditangguhkan sebentar dan akan disambung semula pada jam 11.00 pagi.
(Persidangan ditempohkan sementara pada jam 10.23 pagi).
(Persidangan disambung semula pada jam 11.00 pagi).
Ahli-Ahli Yang Berhormat sila duduk. Dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang.
(Yang Berhormat Tambung Tulang belum masuk semula ke dalam Dewan Persidangan)
Dipersilakan Kayang.
Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 15.
(Soalan 15 : Sejauh manakah kerajaan mengatasi masalah sistem pentadbiran dan pengurusan di setiap agensi agar dapat dikawal selia supaya tidak berlaku salah guna kuasa dan dapat menghapuskan budaya kronisme yang berleluasa?)
Terima kasih Yang Berhormat Kayang. Yang Berhormat Speaker. Di peringkat Persekutuan, tanggungjawab mengawal selia sistem pentadbiran dan pengurusan adalah di bawah bidang kuasa Ketua Jabatan / Agensi masing-masing. Setiap Jabatan/Agensi mempunyai peraturan dan garis panduan masing-masing yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, Jabatan Akauntan Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam mahupun surat pekeliling edaran pihak kementerian yang perlu dipatuhi dan dijadikan panduan. Peraturan dan garis panduan ini merupakan kawalan dalaman bagi memastikan proses kerja yang dilakukan adalah betul, bersih dan tidak terlibat dengan mana-mana salah guna kuasa dan ketidakpatuhan kepada peraturan. Justeru, dalam memastikan segala peraturan tersebut dipatuhi, Jabatan Audit Negara menjalankan sebahagian fungsi mengawal selia setiap Jabatan / Agensi Persekutuan dan Negeri. Beberapa jenis pengauditan dijalankan seperti Pengauditan Penyata Kewangan, Pengauditan Prestasi, Pengauditan Syarikat dan Pengauditan Pematuhan. Penemuan Pengauditan akan dibentangkan di dalam Laporan Audit Negara bagi memberi teguran dan saranan agar isu-isu ketidakpatuhan, ketirisan, mahupun pembaziran yang berlaku agar tidak berulang dan diambil tindakan. Dalam konteks Negeri Perlis pula, Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk memastikan tiada penyalahgunaan kuasa serta budaya kronisme di dalam sistem pentadbiran dan pengurusan di setiap Jabatan / Agensi Negeri. Beberapa langkah pengawalan telah dan sedang dilaksanakan. Antaranya ialah, mewajibkan setiap jabatan / agensi Negeri Perlis menyediakan Organisational Anti-Corruption Plan (Pelan OACP) untuk dijadikan sebagai garis panduan dalam pelaksanaan urus tadbir masing-masing. Kedua, menyediakan platform aduan berkenaan penyalahgunaan kuasa di kalangan penjawat awam Negeri Perlis iaitu di e-mel [email protected] dan [email protected]. Yang Ketiga, memperkenalkan Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistle Blowing) bagi melindungi identiti pengadu yang mengemukakan aduan. Keempat, pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) Peringkat Negeri Perlis sebanyak 3 kali setahun. Yang Kelima, pelaksanaan Program Flying Squad sebagai semak silang bagi setiap aduan rakyat yang diterima. Keenam, pelaksanaan Program Pengukuhan Integriti dari semasa ke semasa seperti Kursus Pengurusan Tatatertib dan yang ketujuh, pelaksanaan Borang Akuan Integrity Pact dalam setiap urusan perolehan di mana tindakan tatatertib boleh diambil sekiranya berlaku perlanggaran terhadap Integrity Pact tersebut atau peraturan / undang-undang yang sedang berkuatkuasa. Selain itu, di peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Unit Audit Dalam turut ditubuhkan bagi memperkukuhkan kawalan dalaman di setiap Agensi / Jabatan supaya tidak berlaku sebarang ketidakpatuhan di dalam sistem urus tadbir. Pengauditan yang dilaksanakan terhadap sistem urus tadbir dan pengurusan kewangan ini dapat menghindari dari berlakunya ketirisan, penyelewengan, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa (3P1K). Wallahualam, terima kasih.
Soalan tambahan. Yang Berhormat Speaker, terima kasih Yang Amat Berhormat Sanglang, jadi menurut soalan ini, apa yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat satu perkara yang cukup baik telah diambil tindakan khususnya di peringkat persekutuan mahupun negeri. Apa persoalan yang mungkin ingin dibawa adalah sejauh mana kita di peringkat Negeri khususnya Kerajaan yang baharu berteraskan Islam yang bukan saja kita mengambil kira soal aspek pentadbiran mahupun pengurusan bahkan dari sudut pembangunan jiwa seorang kakitangan kerajaan, penjawat awam dan seumpamanya dengannya. Di sini saya ingin menyeru untuk kita mewujudkan program-program ataupun aktiviti-aktiviti yang ke arah keagamaan bagi memastikan isu berkaitan dengan soal integriti ini dapat kita kurangkan, dapat kita minimakan sehinggalah dapat sifarkan apabila seorang yang khususnya kita umat Islam dikaitkan kita dengan soal agama ini akan dia mengambil lebih tanggungjawab terhadap soal ini dan tidak akan timbul lagi perkara ini. Sekian.
Soalan tambahan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Soalan tambahan saya… terima kasih kepada Yang berhormat Sanglang berkaitan dengan jawapan yang telah diberikan, di mana-mana kerajaan pun dia ada guideline ataupun etika peraturan yang sedia ada, cuma penguatkuasaan itulah yang menjadi salah satu pertanyaan kepada kita semua. Tadi Yang Berhormat Kayang yang menyebut berkaitan dengan integriti kan dengan salah laku jika ada dalam kakitangan kerajaan. Cuma saya nak bangkitkan, nak tanya berkaitan dengan kualiti kerja kita, kualiti kerja staf ataupun penjawat awam di agensi-agensi Kerajaan Negeri. Saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya mengadakan pertukaran penjawat awam daripada satu agensi jabatan kepada jabatan lain setelah lima tahun bertugas sebab kita nak kongsi pengalaman mereka kepada jabatan lain. Dan juga kita takut kalau duduk lama di satu-satu tempat tu dia tak boleh berkembang potensi dia, dah tu mungkin dari segi negatif dia tak dak orang dah boleh tegur dia, jadi dia berakar umbi situ. Kalau dia boleh berpindah ke agensi lain, ke jabatan lain, dia boleh perbaik diri dia dan boleh memberi pengalaman untuk jabatan lain bergerak maju. Jadi apakah Kerajaan Negeri bersedia ke arah itu? Terima kasih.
Pembangunan insan ini insya-Allah lah kita dah banyak juga kuliah-kuliah di masjid-masjid yang dianjurkan oleh JAIPs, MAIPs apa semua ni dan selain daripada tu pembelajaran… apa ni… hal-hal agama ini adalah untuk menguatkan integriti lah, insya-Allah. Cumanya hadir atau tidak hadir ja lah dan insya-Allah, untuk ini kita akan merancangkan supaya kita ada program berkala la untuk semua jabatan, bukan kata apa ni, staf-staf jabatan saja kita di kalangan wakil rakyat pun kena ikut sekali. Saya kadang-kadang bila baca soalan ni macam nak libatkan kita sekali la, Ahli-ahli Yang Berhormat ni, tapi saya alhamdulillah bila hati buat keputusan kata anak-anak saya tak boleh terlibat dengan kerajaan saya patuh la. Anak-anak saya tidak terlibat cumanya membantu tu ada, katanya terlibat secara langsung apa semua tu saya cuba elakkan lah. Tapi anak-anak saya ni pun orang politik, kadang-kadang dia jawab dalam group WhatsApp apa semua tu. Ada orang report dekat saya anak hang ni teruk sangat jawab lagu ni lagu ni, saya kata lawan la dengan dia, dok report dekat aku buat apa, hang tak larat lawan nak minta tolong pak suruh berhenti jadi payah la. Ni benda yang ni la. Kemudiannya, peraturan tu ada cuma tak ikut nak ikut. Yang ni penguatkuasaanlah, insya-Allah yang ni pun kita akan cuba susun atur program supaya kita bagi bab Perlis ni kalau dia tukar pun antara jabatan lah, bukan dia ada daerah pun mau nak tukar sana sini nak ambik suasana baru. Bila dia tukar ke jabatan baru ni dia nak kena belajaq pula dekat situ. Lebih baik kita buat program bagi motivasi. Saya ingat orang-orang, petugas-petugas kita pun setujulah… penjawat awam ni setuju untuk kita buat berkala lah. Saya pun pernah ada saran dekat bahagian jabatan keluarlah, buat kursus di luar bersama dengan agensi yang sama dengan negeri-negeri lain supaya dia ada pandangan baru, dapat ilmu baru. Ini adalah kaedah yang kita nak tingkatkan prestasi kerja kita lah. Tukar ni yang terakhirlah. Kalau nak tukar kata kita tak mau dekat dia pun kita bagi lah yang terakhir. Kita pun kena tengoklah kebajikan penjawat awam ni kadang-kadang anak dia sekolah, keluarga dia ada di sini nak jaga mak ayah, kita tukar senang lah tapi kesan itu. Dan saya pun pernah kena tukar, kerap dulu, jadi saya rasa macam mana bila kena tukar. Jadi kita tak payah tukar la kita ubah dengan pendidikan semua, insya-Allah. Jadi saya ingat pertukaran ni langkah yang paling akhir, insya-Allah. Jadi itu saja lah jawapan yang saya boleh bagi.
Soalan tambahan. Yang Berhormat Speaker, saya bersetuju juga dengan sarana yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Sanglang tapi berbalik kepada cadangan daripada Yang Berhormat Guar Sanji berkaitan perlu pertukaran staf-staf kerajaan, maknanya kita tak perlu tukar ke luar daripada Negeri Perlis, kita tukar dari segi jabatan sebab apa perkara-perkara macam ni berlaku dalam… terutama sekali dalam agensi ataupun jabatan kerajaan yang terlibat dalam urusan tender dan kes macam ni banyak berlaku apabila pegawai yang dok urus urusan sebutharga, tender dah pun berakar umbi. Jadi sekurang-kurangnya kita anjak dia ke jabatan lain. Sekurang-kurangnya dapat juga kita bagi ruang dan peluang pegawai-pegawai lain untuk belajar dalam urusan yang berkaitan dengan urusan tender, sebab benda ni berlaku. Banyak… kita dengar banyak rugutan di luar mana pegawai tu dok berakar umbi di situ tubuh team, dia ada team dia pulak. Kalau masuk sebutharga ka, tender team lain tak akan dapat, depa akan cater pakai sistem tu. Jadi supaya dengan adanya cadangan pertukaran tu dapat juga… apa nama… bagi peluang juga pada kontraktor-kontraktor yang suka dok masuk sebutharga. Saya nak habaq masuk sebutharga bertahun tak pernah dapat sebab tak pernah terlibat dengan kumpulan yang dok atur sistem tender ataupun sebutharga. Jadi soalan saya apakah Kerajaan telah menilai ataupun meneliti perkara tersebut yang menjadi tomahan ataupun jadi buah mulut di luar berkaitan dengan… apa ni… pegawai yang duduk di jabatan berakar umbi bertahun-tahun monopoli projek-projek tertentu? Itu soalan saya.
Bab tender ni pun saya barulah sebab saya dengan kontraktor tak berapa kenal sangat. Tapi bila kita dah terlibat ni, setengah daripada setengah kontraktor tu dia sampai ada tiga puluh syarikat. Jadi mau tak mau, bila tender tu kadang-kadang dapat syarikat dia yang nombor satu, ada dapat nombor dua puluh lima, tiga puluh. Jadi, dia banyak. Kita nak halang pun tak boleh sebab dia bukan buat nama dia sorang… nama anak dia, nama isteri dia, nama sepupu dia, tapi hat dia la. Saya baru dapat kesan benda ni dan kita nak buat macam mana nak halang daripada dia tubuh syarikat tu banyak, tu yang pertama. Yang kedua, pegawai-pegawai yang duduk lama di situ ni dia mungkin dia jaga tender tu dan dia banyak… bila buat sistem macam tu dia dapat kawan-kawan dia yang ni kita tak tukar la kita anjak sikit. Anjak ni makna kata dia mungkin duduk di unit lain kemudian yang duduk sini unit lain, tapi benda-benda yang macam ni payah kita nak halang sebab Perlis ni boleh dikatakan semua adik beradik. Saya pi kucai… apa ni… bubuq Perlis di mana… di Bintong pi… pi jumpa dua tiga orang adik beradik, keluarga. Saya pi pula kampung lain jumpa lagi keluarga. Jadi, satu Perlis ni keluarga. Jadi nak kira kroni ni payah la, kroni belaka. Jadi, kita… apa pun yang disebutkan oleh YB Kuala Perlis ni kita akan tengok balik la supaya lebih terbuka kita punya pemberian kerja kepada kontraktor-kontraktor ni untuk semua dapat sorang sikit untuk menikmati… apa ni… hasil daripada pembangunan negeri Perlis ni lah, insya-Allah. Kita akan bagi perhatian, kita akan cari kaedah yang paling baik untuk kita atasi benda-benda macam ni lah. Tapi saya rasa kalau nak bagi puas hati semua orang tak boleh la, sampai bila pun tak boleh. Kita bagi puas hati YB Kuala Perlis, YB Tambun Tulang tak puas hati kawan-kawan dia tak dapat. Saya bagi puas hati Tambun Tulang, YB Kayang pula tak puas hati, jadi semua tak puas hati, last-last sekali hangat hati. Tu ja la yang boleh kita buat. Insya-Allah, kita buat yang terbaik lah. Wallahualam.
Guar Sanji.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 17.
(Soalan 17 : Jelaskan persiapan dan perancangan pihak kerajaan untuk memasuki musim penanaman padi di seluruh Negeri Perlis?)
Yang Berhormat Speaker, terima kasih kepada Guar Sanji. Penanaman padi dalam Kawasan Muda dilaksanakan dua (2) musim setahun di mana Musim Utama dilaksanakan pada Ogos sehingga Februari manakala penanaman Luar Musim dijalankan pada Mac sehingga Julai. Setiap kali memasuki permulaan musim penanaman padi, tindakan dan penyelarasan dilaksanakan secara menyeluruh di semua peringkat iaitu ibu pejabat, wilayah, lokaliti dan pesawah yang meliputi satu, menetapkan Jadual Penanaman Padi dan Bekalan Air sebagai garis panduan kepada pesawah bagi memulakan aktiviti tanaman padi berdasarkan tarikh mula bekalan air, tarikh akhir menabur dan tarikh berhenti bekalan air. Penetapan jadual ini akan mengambil kira beberapa faktor seperti status kemajuan aktiviti penanaman padi khususnya penuaian, jangkaan turunan hujan, kedudukan paras air di empangan dan juga pandangan pemimpin peladang setempat. Kedua, mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama pihak pengeluar benih yang beroperasi di dalam Kawasan Muda bagi menyelaraskan perihal berkaitan seperti keperluan benih mengikut fasa, varieti tersedia, status penanaman dan sebagainya. Yang ketiga, menyelaraskan Pembekalan Input Subsidi di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) meliputi pelaksanaan bancian baja, Mesyuarat Jawatankuasa Penapis, penyelarasan pembekalan dan juga agihan kepada peladang. Yang keempat, merancang dan melaksana program-program pengembangan seperti kempen, demonstrasi dan libat urus bersama peladang untuk membantu meningkatkan pengetahuan golongan sasar dalam menguruskan aktiviti tanaman padi. Aktiviti-aktiviti pengembangan ini meliputi peringkat aktiviti penanaman padi termasuk penyediaan tanah, penanaman, penjagaan tanaman dan seterusnya penuaian. Sebagai contoh program yang dilaksanakan adalah seperti kempen pematuhan jadual penanaman padi, penggunaan benih padi sah, pengesyoran penggunaan input yang betul, hebahan berkaitan peramalan serangan perosak dan penyakit dan sebagainya. Dan yang kelima, melaksanakan penyelarasan saluran air dan perparitan dari semasa ke semasa bagi memastikan kelancaran sistem pengairan dan saliran di Kawasan Muda.
Bagi persiapan dan perancangan di luar MADA oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis bagi memasuki musim penanaman padi musim 1/2023 adalah seperti berikut. Satu, melaksanakan kerja-kerja pembangunan di projek kelompok padi di kawasan Luar MADA melibatkan projek perataan tanah sawah, projek menaikkan taraf infrastruktur ladang seperti jalan ladang, parit ladang, pintu kawalan air, lintasan jentera, membina longkang konkrit dan penyediaan rumah burung pungguk untuk kawalan tikus melalui kaedah Integrated Pest Management (IPM). Kerja-kerja ini melibatkan peruntukan sebanyak RM263,748.00 di 16 lokasi projek kelompok padi di kawasan Luar Mada. Manakala, sebanyak RM502,135.00 telah diperuntukkan untuk kerja-kerja pembangunan infrastruktur di empat lokasi projek padi pintar. Yang kedua, Jabatan turut melaksanakan kerja-kerja pemulihan tanah sawah melalui program pengapuran pada awal tahun 2023 melibatkan tiga (3) lokasi projek kelompok padi dengan keluasan 250 hektar melibatkan 231 orang petani yang menghadapi isu tanah bermasalah melalui peruntukan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Yang ketiga, petani projek kelompok padi juga diberikan bantuan input pertanian melibatkan peruntukan sebanyak RM52,787.00 dan bantuan jentera kecil pertanian sebanyak RM70,610.00. Yang keempat, Jabatan Pertanian juga telah menjalankan kursus dan latihan secara hands on berkaitan pengurusan tanaman padi, kawalan perosak dan penyakit secara bersepadu (IPM), pengenalan perosak dan penyakit tanaman padi serta latihan kepada pasukan bridged tani yang menjalankan kerja-kerja pengurusan tanaman padi. Sehingga Jun 2023, sebanyak sembilan kali kursus dan latihan telah dilaksanakan di kawasan perkhidmatan melibatkan seramai 140 orang peserta. Yang kelima, Jabatan Pertanian bersama-sama pihak Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) juga telah membuat hebahan dari semasa ke semasa berkenaan jadual penanaman padi bagi musim 1/2023 kepada para petani di kawasan Luar MADA. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Speaker. Terima kasih kepada Simpang Empat di atas penjelasan berkaitan dengan prosedur dan juga perancangan Kerajaan bagi memasuki musim penanaman padi. Dahulu saya nak… nak perbetui kot, bukan burung pungguk… burung hantu, pemangsa, tak tau lah. Baik, berbalik kepada apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat EXCO berkaitan rancangan, saya nak tanya, adakah perancangan itu dibuat berlaku di lapangan? Realitinya adakah sama seperti yang di atas kertas yang dibaca oleh pihak EXCO khususnya MADA lah atau PPK, berkaitan dengan air, berkaitan dengan padi, input skim dan sebagainya yang disebut tadi ni? Untuk musim pertama, selalu musim pertama ni… dia selepas kemarau kan… musim kemarau. Jadi, bila musim kemarau, selalunya penyaluran ayaq ke bahagian-bahagian tanaman padi ni begitu sukar. Contoh musim 2001, 2023 hari… tahun ni dia berlaku kelewatan kita mengikut jadual yang sepatutnya kita buat. Daripada… ya lah, kawasan MADA tu, dia lanjut makna kelewatan berlaku menyebabkan semua terjejas kan, bila ayaq tak sampai. Bila kita semak balik rupanya pengairan tak diselenggara dengan baik. Rumput penuh dalam sungai, dalam parit. Bila kita semak tengok rupanya parit ni dibuang ayaq teruih, tak bertakung langsung dah. Bila tak takung menyebabkan rumput tu naik. Bila naik, berkerak kan… menyebabkan air tu bila kita lepas sangkut, tak sampai ke tapak-tapak pertanian. Bila dimaklum saya ada dalam group lah, pertanian. Bila maklum kepada pihak berkaitan, khususnya MADA, lambat ambil tindakan, kan. Jentera yang di parking, di turun oleh pihak MADA dikendalikan oleh staf MADA sendiri, kan. Bila mai kerja waktu kerja, pukul 10.00 baru sampai, lepas tu pukul 12.00 berhenti. Esok macam tu juga, berapa panjang dia boleh cuci. Jadi tuan-tuan yang dirahmati Allah Subhanahu Wataa’la, dia masalahnya berlaku, saya tak tau lah sebab apa kan. Bila Menteri mai, bawa Menteri mai ke tempat elok-elok, ke tempat projek… apa nama… penanaman padi berskala sebagai contoh Simpang Empat. Tempat masalah-masalah yang dihadapi oleh petani ni kita tak bawa, kita tak mau pi masalah yang dihadapi tu. Jadi fokus kita lari. Sebab tu saya sebut lah oleh kerana kita perbahasan ni Yang Berhormat Speaker, ni ruang kita. Jadi oleh kerana itu, selepas ni MADA dia kena pastikan ikut track dan mestilah mengatasi masalah-masalah yang selalu berulang kali, tiap-tiap kali kita runsing nak buat… nak buat kerja tu, khususnya kepada para petani tu. Jadi…
Saya nak minta pencerahan sikit boleh tak? Sikit ya YB…
Soalan saya, tak pa satgi kamu tanya no…
Nak celah, nak masuk dengan ni ja, saya nak tanya pendapat… boleh?
Baik.
Okay, saya nak tanya, nak minta pendapat YB Guar Sanji, terima kasih atas laluan. Saya nak tanya, setuju ka tidak YB andai kata, sebab saya tengah search juga tadi, MADA ni tak dak hotline. Saya rasa mungkin patut dah diwujudkan satu hotline MADA yang mana, sebab kita tengok masalah petani ni bukan kata berlaku bersekala, kadang-kadang berlaku 12.00 tengah malam, pukul 3.00 pagi, kadang-kadang pukul pada awai pagi. Tu saya tanya, apakah perlu untuk diwujudkan hotline ni sekarang ni? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tambun Tulang. Jadi saya setuju lah, benda yang baik ni kita sokong, cuma kaji dulu keperluan dia na. Kalau dia baik kita sokong, cuma kita harap Yang Berhormat Speaker, makna nilai balik adakah betul apa yang kita sebut dalam Dewan selari di lapangan? Sebab benda yang kita buat ni tak melambangkan kita mengikut apa atas… atas kertas. Jadi mohon respons Yang Berhormat Speaker… apa nama… EXCO untuk menjawab. Terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Speaker… yang tertarik berkaitan penanam padi lah khususnya kawasan-kawasan di bawah seliaan MADA. Kalau kita tengok hari ni banyak kawasan-kawasan yang diambil alih oleh PPK lah, untuk ambik alih apabila dia tengok… apa nama ni… pemilik-pemilik sawah yang usaha tak dapat hasil dan sebagainya diambil alih oleh PPK sebenarnya. Tapi yang jadi persoalan dia hari ini, kawasan yang diambil alih oleh MADA terus rugi… rugi. PPK ambil alih saya rasa saya tak nak sebut PPK mana, tetapi telah mengalami kerugian. Dipajak tu bertahun-tahun, rugi kalau sepatutnya bila pihak PPK yang mengambil alih akan ada hasil pendapatan. Kalau kita tengok dalam Dewan, Yang Amat Berhormat sendiri pun buat bendang, Yang Berhormat Speaker pun orang bendang, saya tak buat bendang walaupun duduk kawasan bendang. Tetapi hari ni hasil gerak kerja yang dilaksanakan oleh PPK mendapat rugi. Sepatutnya dengan ciri-ciri yang macam mana disebutkan oleh Yang Berhormat Guar Sanji, Yang Berhormat Tambun Tulang perlu ada suatu peningkatan hasil kerja. Jadi apakah perancangan Kerajaan khususnya PPK-PPK yang mengambil alih… apa nama… pajak sawah daripada petani yang mengalami kerugian? Apakah tindakan pihak MADA dan PPK khususnya Kerajaan Negeri menangani permasalah tanah yang terbiar, rang teruih… dan akan berlaku apabila musim-musim penanaman semula tabur benih, benih padi dan sebagainya tak mendatangkan hasil. Jadi apakah perancangan Kerajaan nak menangani permasalahan yang berlaku? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Guar Sanji, Kuala Perlis dan juga Tambun Tulang berhubung dengan masalah tanaman padi bagi tahun ni lah, yang kita harap sangat ni pada tahun ni. Untuk makluman bersama, yang pertama sekali MADA ni adalah di bawah pengurusan Persekutuan. Jadi, banyak peruntukan-peruntukan yang diperlukan untuk menyelenggara di kawasan pertanian ni memerlukan peruntukan daripada Persekutuan. Oleh kerana kedudukan kewangan yang meruncing yang dihadapi oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) pada kali ini menyebabkan operasi ataupun jadual yang telah dirancang pada awalnya oleh pihak pengurusan di bawah penyelaras MADA. Dia ada penyelaras yang buat jadual ni, dia berpandu pada faktor-faktor yang telah disebutkan di atas, perkara-perkara yang telah disebutkan tadi seperti faktor varieti padi, keadaan kedudukan di kawasan dan sebagainya. Tapi oleh kerana jadual yang telah ditetapkan itu, kadang-kadang oleh kerana yang terjadi juga pada kali ini adalah kerana fasa permulaan… padi ini… pengurusan padi ini, oleh kerana berlakunya pada bulan Ramadhan, pada bulan puasa, ada di kalangan petani kita yang nak tunggu lepas raya. Bila tunggu lepas raya, masa dan jadual akan lari, jadi dan sebagainya. Selain yang diakui juga adalah atas faktor saliran yang tidak terkawal pada masa kini. Dan untuk bagi PPK yang mengalami kerugian yang dibangkitkan oleh saudara YB Kuala Perlis, yang ni saya akan dapatkan jawapan bertulis lah. Terima kasih.
Sikit lagi… sikit lagi. Soalan tambahan. Kita tengok memang MADA berada di bawah pentadbiran Kerajaan Pusat. Jadi kalau kita tengok di tepi-tepi khususnya di tepi apa sungai, banyak kawasan-kawasan yang terbiar.
Jadi, dia boleh menjejaskan pemandangan mata dan kebetulan tahun depan Tahun Melawat Perlis, jadi kalau sekiranya benda berlarutan… saya simpati juga dengan MADA kerana apabila ditanya tentang cuci tepi sungai dan sebagainya itu tidak ada bajet. Tetapi kalau perkara ini berlarutan, apakah strategi Kerajaan? Kerajaan Negeri perlu mengambil alih untuk cuci, untuk bersihkan segala semak-semak samun yang tumbuh terbiar liar di tepi-tepi sungai. Jadi apakah perkara ini perlu diperhatikan oleh Kerajaan Negeri dan perancangan daripada Kerajaan Negeri dalam membantu MADA menangani permasalah hutan liar yang tumbuh banyak di tepi sungai. Terima kasih.
Soalan tambahan… boleh sikit lagi? Saya tadi tertarik bila YB Simpang Empat ada sebut berkenaan dengan peruntukan melalui Federal dan sebagainya. Apakah ini menyatakan bahawa memang Perlis MADA Perlis ini tak dapat peruntukan langsung daripada Federal? Terima kasih.
Okay, terima kasih kepada Kuala Perlis dan juga Tambun Tulang. Mahupun yang jawapan daripada Tambun Tulang tu peruntukan bukan tak dapat langsung, dia dapat. Peruntukan tu dia agihkan untuk pengetahuan pertama, MADA ni di Kedah Perlis. Di Perlis ni ada satu saja iaitu di wilayah satu, manakala Kedah ada tiga wilayah. Duit yang dapat daripada pusat tu diagihkan sama rata daripada tiap-tiap wilayah. Jadi, oleh kerana kelewatan duit sampai, dan juga jadi tak dan nak… tak sempat, nak… nak mengurus pada masa ataupun jadual yang telah kita tetapkan na. Manakala permasalah yang dibangkitkan oleh saudara Kuala Perlis berhubung dengan kawasan-kawasan tepi jalan yang tertinggal dan sebagainya, semak samun dan sebagainya, ini juga merupakan atas faktor kewangan juga untuk cuci parit dan sebagainya, dan yang keduanya adalah disebabkan oleh bendang di kawasan tu, kawasan jerluih, terjadinya kawasan jerlus makna kata bila jerlus ni untuk petani tu untuk nak buat bendang tu dia terganggu, ha… jadi tanah jerlus. Kita bagi pihak Kerajaan Negeri baru-baru ni semasa… kita dah panggil agensi-agensi yang berkaitan untuk kita bincangkan bagaimana untuk mengatasi masalah tanah jerlus. Insya-Allah, kita akan ambil pandangan yang serius dalam perkara ini. Sekian, terima kasih.
EXCO bela burung pungguk, burung pungguk dia rindu kat bulan. Burung hantu makan tikus. Kena perbetul balik tu. Bukan burung pungguk. Burung pungguk dia kerje rindu kat bulan ja, dia bukan ada kerja lain.
Sama Tuan Speaker. Pungguk dengan tu sama ja.
Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Perlis.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, soalan nombor 18.
(Soalan 18 : Sememangnya hasil pendaratan ikan di Kuala Perlis telah menyumbang 30% kepada pendapatan negara. Apakan strategi Kerajaan Negeri untuk memperkemaskan kawasan pendaratan ikan dan penempatan bot di Kuala Perlis agar ianya lebih tersusun dan teratur berbanding keadaan yang sedia ada, serta apakah kaedah yang diambil oleh agensi yang berkaitan dalam mengatasi masalah pencerobohan haram terutamanya penambakan tanpa kebenaran sungai-sungai yang menghalang pengaliran air?)
Yang Berhormat Speaker, terima kasih Kuala Perlis, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Perlis sentiasa berusaha untuk menambah baik kemudahan jeti, tambatan bot dan kompleks perikanan bagi kegunaan nelayan di Negeri Perlis. Bagi tempoh 2019 hingga 2022, LKIM Negeri Perlis telah diluluskan peruntukan sebanyak RM1.54 juta bagi membina dan membaik pulih jeti-jeti pendaratan ikan. Bagi tahun 2023 pula, LKIM telah diluluskan peruntukan sebanyak RM2.60 juta bagi membaik pulih Kompleks Perikanan Kuala Perlis dan RM0.25 juta bagi meningkatkan dan membaik pulih jeti Kampung Tandiap. Sehingga kini, terdapat sebanyak 29 buah jeti pendaratan yang melibatkan peruntukan pembinaan sebanyak RM8.056 juta dan sebuah Kompleks Perikanan yang menelan belanja sebanyak RM27.35 juta milik LKIM di seluruh Negeri Perlis. Selain daripada peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, LKIM Negeri Perlis juga memperolehi peruntukan daripada Kerajaan Negeri Perlis untuk menambah baik jeti melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) sebanyak RM0.79 juta pada tahun 2021. Pancang-pancang yang digunakan oleh nelayan untuk menambat vesel di Negeri Perlis diwarnakan dengan warna kuning dan biru bersempena warna bendera negeri Perlis dan bagi tujuan mewujudkan keseragaman. Bagi isu pencerobohan haram khususnya di kawasan rizab kerajaan perlulah mendapat kebenaran secara bertulis daripada agensi atau jabatan menyelia kawasan. Penggunaan rizab kerajaan tanpa kelulusan akan dikategorikan sebagai pencerobohan rizab dan pihak kerajaan berhak mengambil tindakan mengikut mana-mana peruntukan perundangan. Bagi mengatasi masalah ini, tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) adalah seperti yang berikut. Pertama, mengeluarkan notis pengosongan kawasan dalam tempoh 30 hari dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan perobohan berpandukan kepada perundangan. Sehubungan itu, pelaporan dan aduan pencerobohan rizab sungai boleh dilaporkan terus ke JPS bagi tindakan selanjutnya. Terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Speaker. Saya tertarik juga apabila Yang Berhormat Simpang Empat menyebut berkaitan pancang-pancang yang telah diwarnakan tapi saya rasa tahun tu tahun 2021 dah. Jadi di laut ni kalau kita lambat sikit pun dia cepat pudar. Jadi, adakah cantiknya kalau LKIM sendiri teruskan usaha itu untuk mengecat dalam kaedah warna warni di pancang ia akan nampak lebih cantik. Okay, berbalik kepada soalan nelayan, kalau kita tengok hasil yang disebut oleh Yang Berhormat Simpang Empat berkaitan peningkatan dan sebagainya. Tapi untuk makluman, macam mana saya suka sebut Yang Berhormat Guar Sanji kata tadi kita kena turun ke lapangan. Apa yang berlaku terhadap nelayan hari ni, hasil tangkapan tak dak. Bukan macam dulu, udang ketam ikan tak banyak. Ada pun siput, itu hari kita sebut bab siput retak seribu, tapi hari ini siput retak seribu pun dah habis. Jadi, Kerajaan kena kaji balik kebajikan-kebajikan nelayan-nelayan yang semata-mata menanti benda tu saja. Pi siput pun dah tak dak, udang tak dak, ketam tak dak, ikan pun tak banyak. Jadi langkah yang harus dibuat oleh Kerajaan memastikan kebajikan nelayan. Jadi, perkara-perkara macam ni kita kena tengok dan sebolehnya kita kena turun ke lapangan menilai, melihat sendiri apa masalah nelayan. Akan berlaku… apa nama… masalah sekiranya hasil tangkapan tak dak. Jadi, depa ada yang di kalangan depa minta pinjaman dengan Agrobank, pinjaman TEKUN dan sebagainya. Jadi, nak bayar balik pulangan… nak bayar balik tak dak sebab hasilnya tak dak. Jadi, apakah strategi… apakah langkah Kerajaan menangani masalah nelayan yang begitu… apa nama… tertekan dengan hasil pendapatan yang tak mencukupi? Terima kasih.
Terima kasih Kuala Perlis berhubung dengan kedudukan nelayan di Negeri Perlis ini. Yang pertamanya, soalan berhubung pancang-pancang yang telah warnanya pudar, insya-Allah kita akan ambil satu pendekatan ataupun inisiatif untuk kita catkan baliklah pancang-pancang itu. Yang… manakala yang bagi soalan dihadapi oleh nelayan-nelayan tentang kedudukan hasil laut yang telah begitu… memang diakui sekarang ni hasil laut memang banyak yang dah merosot sebab dengan…
sebab itu lah kita tengok harga-harga semakin tinggi, kita tengok di market-market sebagainya. Jadi, untuk mendapatkan kepastian ketepatan dan sebagainya, saya berharap LKIM dan Jabatan Perikanan membuat satu tinjauan ataupun statistik berhubung dengan permasalahan bagi mengenalpasti untuk kita ambil tindakan di peringkat Kerajaan. Sekian, terima kasih.
Dipersilakan Sena.
Terima kasih YB Speaker, soalan saya nombor 20.
(Soalan 20 : Apakah kriteria yang digunakan oleh kerajaan untuk menentukan bantuan e-kasih sampai ke sasaran?).
Bismillahirahmanirahim. Yang Berhormat Speaker. Saya mohon diizinkan untuk membetulkan sedikit kesalahfahaman di sini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, eKasih bukanlah bantuan, ia merupakan sistem pangkalan data bersepadu isi rumah miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.Pangkalan data ini dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dengan berpandukan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) sebagai asas dalam menentukan tahap kemiskinan Ketua Isi Rumah (KIR) tersebut. Dalam memastikan data eKasih sebagai rujukan utama untuk menyalurkan bantuan, Ketua Setiausaha Negara pada 6 Januari 2020 telah mengeluarkan arahan kepada semua kementerian dan jabatan agar data eKasih digunakan sebagai asas untuk mengenal pasti mereka yang benar-benar layak diberi bantuan. Kelulusan penyaluran bantuan dan juga tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berkenaan berdasarkan syarat dan kriteria lain yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.
Untuk makluman Dewan, sehingga kini antara program bantuan yang mengguna pakai senarai KIR daripada sistem eKasih adalah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Program Bantuan Baik Pulih Rumah Daif Di Bandar di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Program Rebat Bil Elektrik RM40 di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan juga Program Rezeki Tani di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Sumbangan Asas Rahmah (SaRA) di bawah Kementerian Kewangan. Bagi memastikan bantuan-bantuan yang menggunapakai sistem eKasih ini disalurkan atau dilaksanakan dengan jayanya, agensi-agensi pelaksana program perlu komited dan efisien dalam mengemaskini data eKasih. Terima kasih .
Soalan tambahan. Baik. Terima kasih banyak YB Mata Ayaq… Mata Ayer, Mata Ayaq pulak dah. Okay. Cuma saya… saya bila kita sebut pasal eKasih, terima kasih atas pembetulan tadi. Ialah saya rasa saya nak tanyalah, apakah ada pemutihan daripada sudut pengkalan data tadi? Bila kita sebut tentang data maksudnya saya nak tanya juga data-data tersebut diambil daripada mana yang pertama. Yang kedua… apa ni…. yang kedua, kita dah dengan Kerajaan yang baru sebagai contoh, apakah ada langkah-langkah untuk membuat pemutihan sebab ini berlaku saya tengok ada juga mungkin ketirisan… ketirisan maklumat tadi yang mana saya sendiri pun kadang-kandang terkejut yang sepatutnya dapat tapi tak dapat, yang tak patut dapat, dapat. So, benda ni dia akan berulang, berulang, berulang. Tu saya nak tanya apakah mechanism yang akan diambil… cara-cara yang akan di ambil untuk memastikan perkara-perkara begini tidak berulang dan tidak berlaku? Terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Speaker. Berkaitan dengan eKasih ini, apa yang kita tau dan terima kasih di atas penjelasan Yang Berhormat Mata Ayer, cuma hari ini kita tengok dari segi tempoh… tempoh yang diambil untuk seseorang itu telah mendaftar di pejabat ICU terlalu lama. Saya faham dari segi kekangan mungkin ada seorang ataupun dua saja yang menguruskan hal ehwal berkaitan dengan eKasih. Tetapi apa yang berlaku di Kuala Perlis baru ni kita buat… terima kasih Pengarah ICU bagi kebenaran anak-anak buah dia sampai pagi… daripada pagi sampai petang, daftar balik orang-orang yang… yang untuk nak… nak… nak memohon apa juga pemohonan melalui eKasih. Dapat daftar hampir 500 orang sebenarnya yang tak pernah berdaftar dengan eKasih. Itu sebabnya kadang-kadang permohonan melalui terutama sekali MAIPs lah borang kuning ni… borang kuning ni saya rasa kalau kita tanya semua wakil-wakil rakyat yang cukup famous wakil rakyat nak kena sign tiap-tiap hari borang kuning. Tetapi tak dak sebab tak dak eKasih. Jadi bila kita tanya, depa kata dah daftar, tak dapat. Mungkin kelewatan dari segi faktor pekerja tak cukup, dari segi apa juga benda-benda mungkin tak menepati. Tetapi apakah peranan Kerajaan sekiranya kawan seseorang tu tak berdaftar dengan eKasih? Tetapi memang susah, umur baru 27, anak sampai 8 dah. Jadi saya pun pening, jadi apa yang kita nak buat ni. Dia memang layak dah untuk dapat, tetapi bila dia termasuk anak tiri semua la, bukan anak dia sorang. Maksudnya dia… dia benda macam ni lambat sangat. Jadi, apa perancangan Kerajaan khususnya kebajikan bersama EXCO Kebajikan bersama dengan agensi yang terlibat yang mendaftar eKasih? Tolong percepatkan proses eKasih. Dah banyak lagi saya rasa banyak di tempat-tempat… Kuala ni memang lah, Kuala ni kawasan teruk sikit la. Teruk sebab dia… dia padat sangat penduduknya, banyak yang tak berdaftar dengan eKasih. Apakah langkah-langkah Kerajaan nak me… apa… me… mengatasi kelewatan bila seseorang itu mendaftar dalam program eKasih untuk mempercepatkan proses. Kesian dekat depa pakcik makcik, yang nak minta borang kuning MAIPs tapi tak dapat sebab tak dapat eKasih. Jadi, terima kasih, saya minta penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Perlis. Untuk makluman, untuk pendaftaran eKasih ini pemohon akan hadir sendirilah ke pejabat ICU untuk mendaftar dan juga pegawai-pegawai di ICU akan membuat semakan dengan mengadakan lawatan ke rumah pemohonlah. Jadi, memandangkan kita punya apa… pegawai pun tak ramai lah.
Saya mohon celahan sikit lah Yang Berhormat, Yang Berhormat Speaker. Cuma apa yang kita minta supaya permudahkan. Islam itu agama mudah, permudahkanlah hak dah susah dah, pemudahlah. Kita faham masalah data tu kita tau, tetapi kita bagi mudah sikit. Itu saranan saya supaya Kerajaan Negerilah khususnya yang memegang pendaftaran eKasih. Tolong permudahkan sikit. Tak payah detail sangat duit rakyat. Terima kasih.
Terima kasih Kuala Perlis lagi sekali. Sekarang pun kita telah memudahkan juga lah pendaftaran tu dengan bicara lebih mudah lagi… apa ni… orang kata boleh hadir sendiri kan. Jadi, pegawai-pegawai kita tu tiap-tiap hari orang kata apa… depa bekerja lah, bukan kata depa tak turun… tapi memang, pemohon memang-memang ramai dan kita bagi peluang dan masa bagi pegawai kita untuk sama-sama menyemak pemohon-pemohon ni sebab kita ada juga ramai lah macam mana yang… apa ni… Yang Berhormat Kuala Perlis cakap tadi, orang muda pun ramai dah sekarang ni, kalau dulu ni rasanya orang tua-tua saja kan. Jadi orang muda pun dah ramai, jadi perlukan satu mekanisma yang lebih terperinci lah untuk kita memberi kelulusan… beri kelulusan untuk didaftarkan di bawah eKasih ini dan kita cuba untuk percepatkan tempoh masa yang di ambil itu, insya-Allah. Terima kasih.
Dipersilakan Beseri.
Sat… sat soalan saya tak jawab lagi.
Beseri… Beseri. Dipersilakan Beseri.
Dak… soalan saya tadi tak jawab lagi, bertulis ka?
Berkenaan pemutihan data ka tadi?
Berkenaan pemutihan data, mechanism.
Ya… Okay. Dibawah eKasih sepertimana yang saya sebut tadi lah, data sistem pangkalan dan juga digunakan oleh agensi-agensi untuk memberi bantuanlah. Jadi dia ada kriteria-kriteria dia dan juga di bawah agensi yang lain juga dia ada kriteria-kriteria yang perlu dipatuhilah. Dan itulah dalam dalam pangkalan data tu dia ada… mungkin ada yang dah terkeluar, kita berpandukan kepada pendapatan garis kemiskinan tu. Sekiranya dia melebihi garis kemiskinan tu secara tidak langsung dia terkeluarlah daripada data tersebut. Terima kasih.
Dipersilakan Beseri.
Terima kasih YB Speaker, soalan saya nombor 21.
(Soalan 21 : Apakah kaedah Kerajaan Negeri Perlis bagi menangani masalah Pendatang Asing Tanpa Izin di Negeri Perlis?)
Terima kasih Yang Berhormat Beseri, Yang Berhormat Tuan Speaker, untuk soalan nombor 21 ni berkenaan dengan PATI. Negeri tak jaga PATI. Saya jagalah parti saya. Pihak Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perlis, JIM Perlis… JIM ni Jabatan Imigresen, bukan Jemaah Islam Malaysia. Kena faham tu JIM Perlis, J… I… M… sentia… senantiasa mengadakan dan mempertingkatkan jumlah operasi penguatkuasaan bagi mengekang kehadiran PATI. Kehadiran Perlis ni tak ramai parti. Ada dua, tiga, empat ja yang sahih kan. Bersatu, PAS… PKR, DAP. Hat tu parti kita lah. Operasi yang dijalankan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia juga tidak tertakluk kepada rondaan dan pengawasan di pintu-pintu sempadan sahaja, malahan turut merangkumi pemeriksaan di kawasan-kawasan perkilangan, kawasan pembinaan, kawasan perumahan, kawasan tumpuan orang awam dan lain-lain. Selain itu, pelbagai jenis operasi dalam usaha membanteras pendatang warga asing juga dilaksanakan. Antaranya ialah OPS Sayang… OPS Sayang tu nak cari PATI… OPS Sapu… kasar sikit… OPS Mahir… serta OPS Bersepadu yang dijalankan bersama-sama agensi penguatkuasaan yang lain. Pihak Kerajaan telah menguatkuasakan pelbagai akta baharu untuk membendung golongan PATI daripada meningkat. Ini dapat dilihat apabila selain melaksanakan akta-akta sedia ada, Kerajaan mula menguatkuasakan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007, Akta Pencegahan, Penggubahan Wang Haram 2001 dan lain-lain dalam usaha membendung golongan PATI ini. Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih banyak YB Speaker… Yang Berhormat… Yang Amat Berhormat Sanglang. Yang dalam soalan ini, saya sebenarnya nak… nak… nak… pi ke… keluar sedikit… bukan keluar daripada sangat banyaklah. Cumanya saya nak tanya ini berkenaan dengan PATI, cumanya kita ada satu lagi masalah. Saya pernah bangkitkan dulu soalan ini dan saya pernah minta data berapa ramai penduduk-penduduk… ah sorry… kedatangan-kedatangan orang daripada Rohingya yang sekarang sebenarnya kalau kita tengok di kampung-kampung, dia orang dah mula duduk dengan hebat dan gahnya. Ramai mereka ini. Itu yang saya nak tanya, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kita terutamanya dalam memastikan keberadaan mereka itu terkawal dan tidak mengganggu gugat daripada sudut ekonomi rakyat negeri Perlis? Sebab apa… kita tak mau apa yang berlaku di Pasar Borong Selayang sebagai contoh, berlaku di sini. Dan kita tidak mahu peluang-peluang pekerjaan yang sepatutnya diisi oleh anak-anak Perlis diisi oleh mereka hanya kerana mereka menawarkan harga yang lebih murah. Terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Speaker. Berkaitan apabila kita sebut masalah PATI ini, dia akan melibatkan pintu-pintu sempadan lah. Jadi, saya juga ambil kesempatan kerana tidak ada perbahasan. Jadi, saya bersetuju dengan langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan seperti Yang Amat Berhormat Sanglang bagitahu. Tetapi… apa nama… saya nak fokuskan kepada pintu sempadan Kuala Perlis. Jadi, penutupan masa tu adalah akibat COVID. Jadi, sampai harini kita tidak tahu status sama ada apa yang berlaku ni… ditutup disebabkan apa… dan sampai harini tak buka balik. Jadi, saranan saya, dalam… dalam… apa nama… ucapan saya ni… saya minta supaya Kerajaan Negeri letakkan status balik bagaimana kita nak buka balik pintu sempadan Kuala Perlis untuk nelayanlah khususnya. Jadi, seharusnya perkara ini diambil kira dan dipercepatkan proses pembukaan di Kuala Perlis sebab bermasalah bagi nelayan-nelayan yang daripada luar nak masuk hantar ikan dan sebagainya. Jadi, sebolehnya, suatu jawatankuasa perlu ditubuhkan. Saya tujukan soalan ini terutama kepada Yang Berhormat Exco sempadan. Supaya kena cepatkan proses pembukaan yang mendatangkan ekonomi. Jadi, sebolehnya kita percepatkan proses. Dan yang kedua, berkaitan dengan pendatang asing tanpa izin, Yang Amat Berhormat sebut tadi PATI… kita bersetuju langkah-langkah yang terbaik, tetapi apakah strategi yang boleh… apa nama… kita buat untuk sekurang-kurang tak… tak… tak… seratus-peratus kita nak selesaikan… sekurang-kurangnya setengah ataupun 50% perancangan bagi mengelakkan kehadiran pendatang asing tanpa izin? Terima kasih.
Soalan tambahan sebelum YAB jawab lah. Kenapa saya timbulkan soalan ni, yang… yang pertamanya saya nak ucapkan terima kasih dulu lah kepada Jabatan Imigresen. Baru-baru ni di Beseri pun ada masalah PATI… dalam bidang sektor pembinaan ni dan telah berjayalah kita dapat tangkap lebih ramai orang. Saya nak ucap tahniahlah kepada Jabatan Imigresen. Apa yang saya nak sebut adalah bagaimana kita nak kekang dan juga halang supaya benda ini tidak berlaku. Bagaimana dalam sektor pembinaan ni, para-para pemaju kontraktor ni mengambil pekerja-pekerja di kalangan PATI. Jadi, saya rasa perkara ni perlu dihalang supaya tidak menimbulkan masalah ke hadapan. Sebab… bila ambil PATI, bila mana PATI tu telah ditangkap, jadi menyebabkan proses pembinaan tu jadi lambat. Lambat daripada peratus sepatutnya siap cepat, jadi lambat. Jadi, mohon pandangan dan juga… soalan saya bagaimana kita nak atasi benda-benda ni… apa… pendatang asing tanpa izin dalam sektor pembinaan ni? Terima kasih.
Terima kasih. Rohingya ni dia ada kad UNHCR tu. Kita tak boleh buat apa lah. Kalau kita buat tak ketahuan kat depa, dunia akan marah kat kita. Tu kena faham lah. Cumanya bila duduk dalam kelompok depa tu, depa… bising lah sikit. Dia… dia riuh-rendah lah sebab depa menguasai tempat tu. Dan depa pun kalau yang… setakat yang saya tahu… sebab saya pernah bela Rohingya… dia tak boleh bagi gaji terlampau tinggi, dia ada had gaji dia. Bila kita bagi lebih, salah pula. Jadi, tu benda yang kita kena faham lah. Kemudiannya, bab kehadiran PATI ni, kalau kita nak bagi peluang depa kerja di Kuala Perlis tu, kita kena mohon sebenarnya. Pekerja luar ni kita kena mohon ikut saluran, dan insya-Allah bolehlah. Ambil pekerja daripada Thailand untuk jadi anak awak bot apa semua tu boleh, tapi… kalau boleh bagilah anak-anak muda kita buat kerja. Buat kerja baru ada peluang pekerjaan. Berkenaan dengan tempat pembinaan ni, kadang-kadang bila… mereka ada… mereka ada… ada permit masuk apa semua. Jadi pemaju tu dia kadang ambil masa sikit dia nak sambung balik tu semua, jadi dalam edah tu dia jadi PATI. Kalau kita terlampau keras sangat pun, dia akan jadi banyak pembangunan di negeri kita ni terbengkalai. Terbengkalai sampai bertahun-tahun. Sebab pekerja asing tak mau mai Perlis. Sebab YB Beseri suruh tangkap tiap-tiap kali ni, teruklah… nak kena bayar banyak. Jadi kita bagi ada edah lah. Depa akan sambung sebenarnya. Dia terhenti… dia terhenti sebulan ataupun 15 hari. Dalam edah tu orang pi check, kena lah. Kena, bangunan tu jadi terbengkalai, kita jadi masalah… sampai 13 tahun, 10 tahun… terbengkalai. Kalau terbengkalai setahun tu boleh tahan lagi, ni terbengkalai terlampau lama. Jadi, ada pertimbanganlah. Kita dok situ, walau mana… walau bagaimanapun, kita harap anak-anak muda kita ni akan mengisi ruang untuk pekerjaan yang di… di… tawarkan kepada PATI… kepada pekerja luar ni untuk diisi oleh pekerja tempatan. Itu lebih baiklah… lebih baik… insya-Allah.
Dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang.
Bismillahirrahmanirrahim, soalan saya nombor 22.
(Soalan 22 : Peniaga-peniaga di sepanjang laluan highway Kuala Perlis mengadu tentang harga sewaan / premium bulanan yang tinggi dan memohon agar kadar tersebut dikaji semula sesuai dengan keadaan ekonomi semasa yang mendesak dan menekan peniaga, apakah ada solusi yang mampu memberi sinar buat peniaga- peniaga ini?)
Yang Berhormat Speaker, terlebih dahulu saya nak mengucapkan terima kasih kepada ADUN Tambun Tulang dan juga nak mengucapkan tahniah lah… dia diantara ADUN yang aktif pada pagi ini bertanyakan soalan. Mungkin dia semangat dia lepas keluar Astro baru-baru ni kot… Astro Awani. Dia jadi semangat lain macam ni. Tapi… Yang Berhormat Speaker, soalan yang dikemukakan pada pagi ini ni berkaitan dengan… katanya para peniaga yang bersungut dan membuat aduan tentang kenaikan… bukan… tentang harga sewaan ataupun premium bulanan yang agak tinggi. Sebelum saya nak jawab details, saya nak bagi laluan dulu kepada Tambun Tulang. Aduan yang sampai tu setakat ni kadar yang disebutkan tu banyak mana? Takut sat lagi saya jawab satgi dia jadi macam kes hari tu ni… apa nama.. Yang Berhormat daripada… Kayang ke mana haritu ni… sebut di kawasan… apa nama, di… Wang Kelian… sewaan sekian-sekian ratus, tapi angka yang sebenarnya tak betul. Jadi, saya nak kepastian daripada Tambun Tulang yang… aduan yang sampai tu… berapa dia punya kadar sewaan dia?
Okay, saya rasa mungkin di sini… dalam soalan ini… sebenarnya soalan ini sepatutnya ini ditujukan kepada PTG. Saya rasa… YAB kot… YAB Sanglang. Cumanya mungkin di sini tak ada tulis. Dia sebenarnya… okay lah, saya cerita di sini. Soalan ini berkaitan dengan peniaga-peniaga yang menggunakan tanah TOL di sepanjang laluan Kuala Perlis. Kita ada beberapa kedai… kedai medan… di… kedai-kedai ikan bakar di situ yang menggunakan tanah Kerajaan Negeri yang berstatus TOL. Yang mana dibayar sewaannya setiap bulan. Jadi, itu yang… rungutan itu datang daripada mereka yang mana sewaan ini agak tinggi. Jadi, saya terus ja lah. Dah alang-alang dah bagi peluang, saya terus. So, apa yang menjadi masalah ialah rungutan ini datang daripada mereka peniaga-peniaga di Kuala Perlis. Di Kuala Perlis ni maksudnya kawasan itu merupakan satu kawasan tumpuan. Kawasan tumpuan maksudnya kita boleh tengok di sepanjang laluan highway Kuala Perlis itu, kebanyakan pengunjung-pengunjungnya adalah daripada luar. Apa yang sampai kepada saya adalah kadar bayaran kepada… premium kepada PTG ya, agak tinggi. Agak tidak bersesuaian dengan pendapatan mereka hari ini. Yang mana disebabkan COVID… selepas COVID jualan mereka semakin rendah. Maksudnya, dia orang punya sales, dengan izin, tak sama seperti sebelum COVID dahulu. Jadi, itu yang menjadi rungutan kepada mereka. Minta tolong agar mungkin kita boleh tengok in details, dengan izin. Andai kata boleh atau ada jalan penyelesaiannya. Terima kasih.
Yang Berhormat Speaker, yang ni tak masuk yang hat Kabin G-10 na?
Tak… tak… tak termasuk sebenarnya.
Sebab saya ni… dibekalkan dengan jawapan yang berkaitan dengan Kabin. Apa pun yang dibangkitkan oleh Tambun Tulang, insya-Allah kita akan beri perhatian dan kita akan melihat bentuk-bentuk bantuan yang boleh kita sampaikan kepada…
Saya bagi cadangan sedikit boleh eh? Okay, berkenaan dengan peniaga-peniaga di tepi highway, saya bagi ada beberapa kedai di situ yang saya rasa sangat-sangat memerlukan perhatian Kerajaan Negeri, kerana apa… saya lihat apabila kadar bayaran itu terlampau tinggi, ada… dan tak silap saya ada yang back dept, maksudnya diambil hutang lama semasa COVID itu dibawa sekarang ditambah dengan kadar sewaan sekarang, so dia bertambah… jadi double. So, sebab itu saya minta kedai-kedai ini bersempena dengan Tahun Melawat Perlis tahun depan, andai kata kita mampu untuk memberi insentif ataupun memberi kelonggaran sedikit kepada mereka agar kedai-kedai ini dapat di… di… di… di… diuruskan dengan lebih baik, memberi ruang kepada mereka untuk mereka boleh berniaga dengan lebih baik, sementara keadaan ekonomi sekarang ini bertambah baik. Sebab saya takut bukan apa… sebab peniaga-peniaga ini dah berniaga di situ, lama… bertahun-tahun lamanya. Jadi, kalau kata kita terlepas pandang… andai kata ada satu, dua kedai yang ditutup di situ hanya kerana tak mampu untuk membayar sewaan dan sebagainya, saya rasa kita akan rugi sebab kalau kita tengok pantai di Kuala Perlis, sepanjang jalan itu, dihiasi cantik oleh mereka. Kawasan tu cantik disebabkan mereka dan dipenuhi disebabkan mereka. Sebab tu saya kata kalau kata boleh… itu dah jadi kawasan tumpuan. Orang nak makan ikan bakar, orang pi situ. Kita boleh buat cantik, bangunan elok kat Kuala Perlis pun, tapi last sekali orang pi makan kat situ. So, sebab tu kalau boleh kita tengok sedikit, masukkan mereka… mereka sekali dalam senarai yang saya sebut tadi… dalam senarai pelancongan tadi, kalau boleh… untuk dihebah luaskan. Terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Speaker. Terima kasih… YB Tambun Tulang sebut Kuala Perlis.
YB Kuala Perlis.
Ya.
Biar EXCO jawab dulu. Exco tak jawab lagi.
Tak jawab lagi ya? Boleh saya nak celah? Pasal Yang Berhormat EXCO sebut tadi berkaitan dengan Kabin. Kabin di Komalaut kan? Maksudnya tadi, Gerai Kabin di Komalaut tu?
Kabin yang dekat dengan… apa nama… nasi… nasi daging tu.
Bukan Komalaut?
Kabin G-10 yang kat highway tu.
Oh tak pa, saya nak fokus kepada kabin yang ni… tu bawah seliaan MPK juga.
Yang ni bawah SEDC.
Okay, baik-baik. Terima kasih.
Yang Berhormat… Yang Berhormat Speaker, saya mengambil maklum tentang apa yang dibangkitkan oleh Tambun Tulang. Sekadar tu sajalah, insya-Allah. Terima kasih.
Yang Berhormat Tambun Tulang.
Dah.
Dah? Celaru saya pun, tak sat jadi bahas dah setengah. Dipersilakan Yang Berhormat Kayang.
Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 23.
(Soalan 23 : Apakah dasar dan polisi kerajaan dalam membantu mengurangkan tekanan dan bebanan tugas tambahan oleh golongan pendidik yang mempunyai tugas utama mengikut dasar kementerian di samping tugas sampingan yang tidak selari dengan kementerian bahkan sekadar mengejar popularity semata; pasti yang menjadi mangsa utama adalah murid kebanyakan?)
Yang Berhormat Tuan Speaker, dasar berkaitan perkara ini adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Polisi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membantu mengurangkan tekanan dan bebanan tugas guru diambil dengan melalui pelaksanaan Malaysian School Governance (MySG) yang telah dibekalkan kepada semua sekolah untuk dijadikan panduan kepada seluruh organisasi sekolah merujuk kepada deskripsi tugas (job description) untuk setiap perjawatan. Pelaksanaan MySG ini akan membolehkan guru tugas guru dilaksanakan secara komprehensif dan sistematik. Jabatan Pendidikan Negeri juga telah menghadkan program yang melibatkan guru keluar sekolah pada waktu pagi untuk memberi lebih masa instruksional serta sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan, saya bukan ni… saya cuma nak sampaikan. Baru-baru ni saya ke… apa orang panggil… Mesyuarat PIBG. Saya lah YDP, so depa panggil. Boleh lah… tu saya nak bagi clear dulu, satgi kata… ai, tadi kata tak boleh… boleh, cumanya kena jadi YDP lah. Okay, takpa, saya ada beberapa isu yang mungkin boleh YB EXCO bawa ataupun nyatakan di sana… di atas sana berkenaan dengan kekurangan guru. Banyak aduan-aduan yang diterima berkaitan dengan kekurangan di Perlis ni dan antaranya yang terkesan adalah Pra Sekolah dan juga didikan khas. Saya mohon kalau boleh pihak YB dan juga pihak jabatan agar mungkin boleh diketengahkan perkara ini supaya kita tidak tidak lagi mempunyai masalah yang sama, terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Santan, berdasarkan persoalan yang dibangkitkan tadi boleh untuk kita lihat adakah perkara yang dibangkitkan ini mempunyai perkara yang sama yang pernah dibangkitkan oleh Sena sebentar tadi, iaitu yang berkaitan dengan isu guru bersara awal? Tadi yang dibangkitkan oleh Sena adalah daripada satu sudut mengatakan… mengatakan subjek yang penting, data yang ditunjuk, yang diberikan tadi adalah data yang agak tinggi untuk tahun ini sahaja. So, kita minta untuk pihak Yang Berhormat nyatakan kadar kemasukan guru baharu berdasarkan… yang telah keluar daripada tahun ini, dengan data sedemikian lebih kurang data 100 lebih tadi untuk kemasukan baru ini adakah dapat menampung berkaitan dengan tugasan semasa yang berkait juga dengan disebut oleh Tambun Tulang tadi? Dalam masa yang sama mungkin perkara ini boleh dilihat dari sudut bagaimana pihak jabatan khususnya mengambil kira dengan aspek tenaga pendidik kita ini sudah pasti lah mereka ini mempunyai tugasan yang banyak mempunyai… pelanggan yang begitu ramai yang perlu mereka… kuasai anak-anak didik terutamanya dengan ibu ayah dan sebagainya. Jadi, di pihak jabatan sebolehnya menggunakan daya ataupun ihsan yang sebaiknya untuk mengendalikan perkara ini supaya tidak ada timbul tekanan yang menyebabkan mereka bersawa… bersara awal.
Data umum yang disebutkan tadi adalah seawal usia 43 tahun, ini suatu perkara yang kita boleh lihat bahawa satu yang agak mendukacitakan kita. Ia sepatutnya, usia itu… usia-usia kami ini sepatutnya mereka fresh, bertenaga untuk mencorak, berbakti buat… buat negara, buat bangsa. Tapi mereka bersara awal dengan… mungkin perkara-perkara yang bersoal dengan aspek di jabatan dan sebagainya yang menyebabkan mereka ini berlaku tekanan di peringkat mereka. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Speaker, terima kasih kepada Tambun Tulang, insya-Allah, ambil maklum perkara tersebut dan akan panjangkan kepada pihak yang berkenaan. Yang kedua, kadar guru ataupun jumlah guru baru hasil daripada kekurangan guru tu pun saya mohon ma… secara bertulis. Perlu rujuk kepada pihak yang berkenaanlah, terima kasih.
Dipersilakan Indera Kayangan.
Terima Kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 24.
(Soalan 24 : Apakah perkembangan perancangan satu pengkalan data penduduk Negeri Perlis yang pernah dimaklumkan sebelum ini dalam membantu perancangan Kerajaan Negeri Perlis ke arah usaha meningkatkan taraf hidup golongan asnaf dan membasmi kemiskinan di Negeri Perlis?)
Yang Berhormat Tuan Speaker, terima kasih pada Indera Kayangan tentang soalan yang ke-24, Pangkalan data penduduk negeri Perlis atau Sistem Data Rakyat Negeri Perlis (e-Rakyat) telah dibangunkan sepenuhnya pada bulan September 2022 yang lalu. Sistem ini berperanan sebagai satu platform pengumpulan data berkenaan bantuan yang telah diterima oleh rakyat Negeri Perlis. Proses penyelarasan bantuan sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa.
Dalam perkara sama, Kerajaan Persekutuan juga telah dalam perkara sama, Kerajaan Persekutuan juga dalam tindakan untuk mewujudkan Pangkalan Data Perlindungan Sosial (PDPS). Pangkalan data ini akan menjadi single gateway serta sumber rujukan utama program perlindungan yang meliputi elemen pekerjaan, insurans sosial dan bantuan sosial. Kerajaan Negeri menyokong usaha ini dan akan memberi komitmen sepenuhnya khususnya dalam mengintegrasikan sistem-sistem sedia ada bagi membolehkan bantuan dilaksanakan secara kolektif, holistik dan inklusif bagi mengelakkan keciciran bantuan kepada golongan sasar. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan, bila kita sebut tentang… terima kasih YB Speaker, maaf lupa. Terima kasih banyak YB Simpang Empat atas penjelasan tadi cuma bila kita bercakap pengkalan data, saya agak curious nak tahu tentang di manakah data-data ini disimpan dan bagaimanakah tahap security-nya? Berkenaan data sebab apa, data-data ini sangat-sangat penting terutama yang melibatkan PDPA ataupun terutamanya bila ini melibatkan data-data peribadi terutamanya rakyat Perlis. Jadi, di manakah ia disimpan dan tahap security-nya dan apakah yang telah kita lakukan untuk memastikan data-data ini selamat dan tidak ada breach? Terima kasih.
Terima kasih Tambun Tulang, memang tadi Fakhrul Bintong pun cakap, Tambun Tulang harini dia hebat… hebat. Jadi, terima kasih pada soalan yang dibangkitkan berhubung dengan security ataupun simpanan data yang telah diambil. Yang pertama sekali, data ni confirm dah perangkaan… perangkaan dia ada data, dia yang akan survey dan sebagainya. Yang keduanya ICU, dia tangkap ICU yang akan simpan data-data ni di atas permohonan eKasih tadi, eKasih data dia dah confirm tadi dimaklumkan oleh… Mata Ayer tadi tentang eKasih tu. So, untuk makluman bersama, saya nak sentuh juga tentang eKasih setakat la ni di Perlis ni, kedudukan Ketua Isi Rumah yang miskin tegar dok ada 4,257 orang… 4,257 orang ni miskin tegar. Manakala miskin 9,466 orang Ketua Isi Rumah. Apabila dicampur kedua-duanya sekali, setiap isi rumah itu, Ketua Isi Rumah dikali pula dengan empat, makna kata 25% rakyat di Negeri Perlis telah mendaftar dengan eKasih… dengan data eKasih bawah ICU. Dan masih lagi banyak borang-borang yang borang… eKasih ni yang dok tunggu untuk pemantauan untuk proses dan sebagainya, melebihi 2,000… lagi 4,000… 4,000 lagi dok tunggu. Jadi, sebab itulah tadi yang dibangkitkan oleh YB mana tadi saya tak perasan… lambat, bukan kata… Kuala Perlis bangkit tadi pasal apa lambat? Jadi, tuan-tuan, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian kena faham lah 4,000 lagi dok tunggu sehari nak boleh pi banyak mana penelitian yang rapi perlu dan sekarang kita minta perhatian pada semua YB-YB dan juga agensi-agensi berkaitan kerana sekarang ni, oleh kerana borang kuning tu kena ada juga eKasih dan juga memerlukan itu, kadang-kadang yang mai tu kita tengok yang nak dapatkan permohonan eKasih tu nak minta permohonan borang kuning tu, dengan hebat juga dia mai… dengan motor yang canggih, kita pun tak ada kadang-kadang kereta dengan pakaian yang nampak aii… bukan hebat, bukan calang-calang orang, tapi inilah kerana sikap kita. Masih ada juga yang golongan-golongan berada daripada yang eKasih yang telah terkeluar, mai merayu pasal apa saya terkeluar. Haa… sepatutnya saya tak terkeluar, sedangkan dia bila dia dok cakap-cakap tu jam Rado. Rantai tangan dia ada di… di… di tangan dan begitulah keadaan yang dihadapi oleh pihak-pihak yang berkenaan untuk mengatasi perkara ni. Jadi, satu lagi seperti bangkit… yang dibangkitkan oleh YB Kuala Perlis juga tadi, golongan muda… orang muda lagi dah mai nak duduk di bawah eKasih nak ambil. Jadi, sepatutnya peringkat tu belum lagi lah… sepatutnya berada bawah umur 27, 28 tu yang ada ruang, tenaga, bekerja lah dulu dan yang selebihnya saya berharap pada tuan-tuan, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, cuba libatkan penduduk-penduduk tuan-tuan supaya mendaftar di bawah PERKESO. PERKESO dia ada insurans dia tu untuk suri rumah, untuk petani, nelayan dan sebagainya dan supaya masa depan apabila berlaku sesuatu, depa boleh mendapatkan sedikit imbuhan daripada kecacatan dan sebagainya, wallahualam. Terima kasih.
Dipersilakan.
Soalan tambahan… soalan tambahan.
Kuala Perlis.
Soalan tambahan… satu. Okay, kita tau dia ada pangkalan data e-Rakyat, sekarang soalan saya ialah apakah yang boleh dilakukan dengan pangkalan data yang ada? Kita… kita bukan saja nak tau berapa miskin tegar atau miskin yang kita ada, kita nak tau dengan pangkalan data tu, maklumat-maklumat… maklumat bagaimana Kerajaan Negeri boleh membantu golongan-golongan ni, dan apakah inisiatif yang akan digunakan dan dijalankan untuk membantu mereka? Terima kasih.
Terima kasih Indera Kayangan. Untuk pengetahuan bersama, PMX… Perdana Menteri kita, Perdana Menteri kita masa kini, dia nak noktahkan kosong kemiskinan di Malaysia pada tahun ni. Makna kata 3, 4 bulan lagi… 4 bulan lagi nak noktahkan, kosong… zero. Tapi, pada hakikatnya bila saya terjemahkan tadi tentang kedudukan di Perlis saja pun, 25% rakyat kita masih berada di tahap kemiskinan iaitu langkah-langkah yang sebagaimana pihak Keraja… Perdana Menteri nak atasi benda tu saya tak pasti. Yang pastinya di Perlis kita senantiasa mengikut data memberi bantuan, sebagai contoh kelmarin kita telah adakan penyerahan peralatan-peralatan yang boleh membantu ahli-ahli ataupun yang telah mendaftar itu untuk keluar daripada paras kemiskinan. Jadi, itulah langkah-langkah yang Kerajaan Negeri Perlis ambil untuk membasmikan pelaksanaan ini dengan memberi bantuan peralatan di atas kesesuaian ataupun kehendak daripada pemohon itu sendiri. Sekian, terima kasih.
Dipersilakan Kuala Perlis.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 26.
(Soalan 26 : Apakah pelan Kerajaan Negeri khususnya Majlis Perbandaran Kangar dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan terutamanya dalam kawasan pekan yang dilihat masih berada pada tahap yang kurang memuaskan?)
Yang Berhormat Speaker, soalan daripada Kuala Perlis adalah berkaitan dengan apakah pelan Kerajaan Negeri khususnya Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dalam mempertingkatkan mutu gred perkhidmatan terutamanya dalam kawasan pekan yang dilihat masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Yang Berhormat Speaker, MPK sentiasa berusaha menambah baik perkhidmatan perbandaran yang disediakan untuk komuniti dan pembayar cukai taksiran dalam kawasan perkhidmatan MPK. Di antara fungsi-fungsi yang dilaksanakan oleh MPK termasuklah kawalan pemajuan, penyelenggaraan infrastruktur yang berkaitan, penyediaan kemudahan riadah dan rekreasi, keceriaan kawasan, pencahayaan, landskap, perkhidmatan sisa pepejal dan pembersihan awam dan lain-lain fungsi perbandaran sentiasa diberikan keutamaan bagi memastikan komuniti di kawasan perbandaran dapat menikmati perkhidmatan yang diberikan. Secara ringkasnya, MPK sentiasa berusaha mewujudkan dan menambah baik kemudahan-kemudahan perbandaran sesuai dengan keupayaan kewangan Majlis dan peruntukan yang diperolehi daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Dari segi kemudahan riadah dan rekreasi, MPK telah menambah baik secara berperingkat kemudahan-kemudahan di Taman Awam Bukit Lagi, Taman Lencongan 2, Kangar Street Art, Taman Merdeka dan lain-lain kawasan di bawah seliaan Majlis. Begitu juga dari segi landskap di mana MPK memberikan tumpuan terhadap pengindahan dan keceriaan kawasan-kawasan tumpuan dan pintu-pintu sempadan. Dari segi pencahayaan pula, MPK telah menambah dan menaik taraf lampu-lampu jalan bandaran dan lampu-lampu hiasan di kawasan-kawasan tumpuan utama di samping menanggung bayaran bil elektrik bagi lampu-lampu ini dan termasuk juga bayaran bil elektrik lampu-lampu jalan bagi Jalan-jalan Negeri iaitu pemasangan dan penyelenggaraan yang dibuat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan bil elektrik dibayar oleh MPK. Di samping itu, dari segi perkhidmatan sisa pepejal dan pembersihan awam pula, MPK daripada semasa ke semasa membuat serahan kawasan-kawasan baharu yang dikenakan cukai taksiran kepada SWCorp untuk diberikan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di mana bayaran bulanan yang perlu dibuat oleh MPK kepada SWCorp kini mencecah hampir RM600,000.00 sebulan.
Bagi menambah baik pelaksanaan perkhidmatan ini, SWCorp kini sedang menguatkuasakan Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Bagi Sisa Pepejal Komersial, Perindustrian dan Keinstitusian di mana premis-premis industri dan premis komersial serta premis institusi tertentu perlu melantik kontraktor pembersihan yang berdaftar dengan SWCorp bagi melaksanakan perkhidmatan kutipan sisa pepejal. Kekangan utama yang dihadapi oleh MPK dalam usaha untuk memastikan perkhidmatan perbandaran yang lebih baik dan menyeluruh dapat diberikan ialah sumber kewangan yang terhad. Untuk makluman Yang Berhormat juga, Majlis Perbandaran Kangar turut menjalankan jangkauan program-program bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat. Antara program aktiviti yang dijalankan adalah sepanjang tahun 2023 ini antaranya ialah Program Gotong-Royong Muhibbah Laman Brasmana, Kuala Perlis yang telah dibuat pada 8 Februari 2023. Di mana objektifnya ialah mengekalkan kebersihan dan keceriaan kawasan Laman Brasmana, Kuala Perlis yang menjadi lokasi kunjungan dan tumpuan orang awam. Yang kedua, Program Gotong-Royong Pembersihan Kawasan Taman Rekreasi Sungai Batu Pahat dimana program ini telah diadakan pada 22 Mei 2023 yang antara lainnya bertujuan untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam memulihara alam sekitar. Yang ketiga, Program Penanaman Pokok ‘Perlis Green Hour’ peringkat Majlis Perbandaran Kangar yang berlangsung pada 3 Jun 2023 dimana program ini bertujuan untuk mengekalkan kawasan hijau di seluruh negara terutamanya di kawasan rekreasi Majlis dan merakyatkan komitmen dan semangat pengekalan kawasan liputan hijau sebagai satu agenda. Seterusnya Kempen Tandas Bersih berlangsung diantara bulan Jun hingga Ogos 2023 yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kebersihan tandas awam. Dan seterusnya, Program Penggredan Premis Makanan yang berlangsung sepanjang tahun bertujuan untuk melakukan pemantauan kebersihan premis makanan dalam kawasan majlis. Seterusnya Program Penggredan Tandas Awam juga berlangsung sepanjang tahun bertujuan untuk melakukan pemantauan kebersihan tandas awam dalam kawasan majlis. Dan yang terakhir Program Semarak Komuniti Majlis Perbandaran Kangar, Program Kemapanan Komuniti Bandar (PKKB) yang diadakan pada 22 Julai 2023 dimana objektif program tersebut ialah meningkatkan kesedaran dan kesejahteraan sosial di kalangan masyarakat dari pelbagai peringkat komuniti dan umur. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan, saya ucap terima kasih pada Majlis Perbandaran lah khususnya dalam usaha membersihkan kawasan-kawasan pekan dan sebagainya, tapi saya rasa perlu ditambah lagi penambahbaikan kerana contohnya… saya bagi contoh, dalam pekan Kuala Perlis berhadapan dengan… apa nama ni… Pejabat Perbandaran ada di situ, Medan situ, apabila berlaku hujan lebih kurang dalam 15 minit ke 20 minit, kawasan itu jadi bah. Maksudnya longkang di situ tak diselenggara dengan sempurna. Kalau kita tengok bukan sampai ke belakang, ada juga kawasan-kawasan yang saya nak sebut… tak silap tapi saya kena sebut bahawa saya rasa hampir bertahun-tahun tak diselenggara. Jadi, longkang tersebut mengalami… bila berlaku air pasang, bila hujan lebat, dia jadi… jadi bah habis. Jadi, langkah yang harus dibuat oleh MPK sebenarnya kena pastikan longkang-longkang tu kena… dia.. dia tak akan makan perbelanjaan yang besar, sekadar kita cuci longkang saja dulu peringkat awal. Yang kedua, kita tengok masih ada lagi hutan-hutan dalam pekan, contohnya di hadapan Klinik Kesihatan di berhadapan dengan… bersebelah dengan DIY Kuala Perlis, masih lagi lah hutan yang seharusnya… saya tau memang hutan tu kawa… pemilik personal… persendirian, tetapi dengan kuasa-kuasa yang ada kepada Majlis dia boleh menghantar notis kepada pemilik untuk cuci hutan. Jadi, kita malu sebab bila berlaku tahun depan, saya fokus kepada tahun Melawat Perlis, hutan masih banyak dan insya-Allah, hari ini Perbandaran… di hadapan… di belakang Putra Brasmana hotel yang tu telah dalam proses perundingan dengan… apa nama… Perbadanan dan mungkin kita akan ambil alih untuk cuci tetapi hutan-hutan yang ada di hadapan Klinik Kesihatan Kuala Perlis. Perlu diberi notis kepada pemilik agar dicuci dan kita juga dengan kuasa-kuasa Majlis yang ada, bila kita boleh cuci dan kita hantar bil kepada pemilik. Dan soalan saya, apakah peranan dan juga usaha Majlis Perbandaran khususnya, bukan sekali Kuala Perlis, di rata tempat… seluruh Perlis… dalam menangani permasalahan longkang tersumbat dan juga banyak kawasan-kawasan terbiar ditumbuh oleh tumbuhan-tumbuhan liar? Tu soalan saya, terima kasih.
Soalan tambahan boleh kot?
Sat la nak jawab ni pun. Sat lagi tak terjawab. Terima kasih kepada Kuala Perlis. Yang pertama sekali berkaitan dengan longkang yang kurang baik aliran… aliran ayaq tu dan yang kedua disebutkan tadi hutan-hutan kecil yang masih ada di dalam kawasan pekan, gambaran bahawa kita kurang… apa nama… selenggaraan kawasan nampak tak cantik, semak dan sebagainya. Jadi, semua yang dibangkitkan oleh Kuala Perlis tu pihak Kerajaan ucapkan terima kasih di atas keprihatinan Kuala Perlis dan insya-Allah kita akan mengambil tindakan yang sepatutnya, sebagaimana yang disebutkan tadi, apatah lagi sempena dengan Tahun Melawat Perlis yang semakin hampir, insya-Allah perkara-perkara tersebut tentu sekali akan mencacatkan pemandangan dan kita akan memberikan keutamaan untuk memberikan imej yang baik kepada panorama dan juga Kerajaan Negeri Perlis, insya-Allah. Guar Sanji.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat… apa nama… Bintong… kalau kita ikuti perkembangan semasa na.. 2, 3 hari ni dia jadi trend pembakaran sampah dalam tong sampah kan. Jadi, apa tindakan MPK? Adakah dibakar itu kerana longgokan sampah yang banyak? Rakyat ni prihatin kot dia tengok sampah banyak dah tak pi amik dia terus bakar. Tentu YB Kuala Perlis sebut tadi ni banyak tumbuh-tumbuhan yang tak sepatutnya tumbuh, dia tumbuh naik tinggi, saya bimbang juga nanti rakyat tolong bakaq ha… pokok-pokok tu. Jadi, apa tindakan?
Terima kasih YB Guar Sanji di atas makluman berkaitan dengan budaya vandalisme. Soalan saya pada Guar Sanji, Guar Sanji nampak sendiri ke dak ke pembakaran itu? Kalau nampak, Guar Sanji jangan subahat la… kena lapor cepat. Jangan tunggu Sidang Dewan baru nak habaq. Jadi, MPK sentiasa…
Benda ni viral lah. Benda ni viral Yang Berhormat.
Saya nak kena maklumkan…
Yang Berhormat Tambun Tulang bangun banyak kali dah tu.
Saya mohon pencerahan, yang ni ada kena mengena dengan…
Kena bagi laluan rakan-rakan ni… jadi perkara viral ni bukan semua orang tau. Kadang-kadang… apa nama… nama yang DiPertua MPK pun… dia pun tak dapat maklumat termasuk dia punya kakitangan. Jadi, benda yang di viral-kan tu kalau la betul diberi, dibuat semakan dan juga tinjauan, Yang Berhormat-Yang Berhormat yang ada eloklah kita sampaikan segera kepada pihak yang berkenaan ataupun EXCO yang berkenaan. Jadi, tak perlu tunggu sidang, jadi lambat untuk action dan benda ni tidak ada mana-mana negeri… mana-mana negara pun yang waras yang boleh menyokong budaya vandalisme ni. Tentu sekali perkara ini sangat mengecewakan kita dan ini menggambarkan sikap rakyat yang perlu dididik secara berterusan, mungkin dengan nilai agama yang lebih mantap lagi di masa-masa yang akan datang, insya-Allah. Termasuk juga dengan kerjasama para ADUN-ADUN yang ada dan juga seluruh ketua-ketua agensi yang ada, insya-Allah bersama lah kita mengambil tanggungjawab secara collective, secara sinergi, insya-Allah, baru kita akan melihat satu perkembangan yang baik kepada rakyat dan juga negeri kita.
Boleh saya masuk celah sikit? Terima kasih banyak YB Bintong… Yang berhormat Bintong. Tuan Speaker, saya terkejut bila YB Bintong kata… apa… tak dapat maklumat tu sebab saya dah bubuh dalam group aduan. Saya rasa ada dalam tu, semua dalam tu… kuat kuasa ada, EXCO ada… jadi, sebenarnya benda tu kita pun tak tunggu Sidang Dewan. Kita dah bagitahu dari awal. Malah saya ni tak ada isu pun sebenarnya dengan Majlis, tak ada isu. Cumanya mungkin bila kejadian tu berlaku, di tempat saya dan saya yang mengadu, mungkin orang ingat saya ni ada isu. Cumanya saya kata… masalah pembakaran ni dalam tong sampah besar roro tu berlaku di Tambun Tulang. Saya… saya dapat aduan daripada orang ramai, dia dibuat pada waktu malam dan saya beri cadangan… saya beri cadangan bukan saja mengadu, saya juga beri cadangan supaya mungkin boleh difikirkan, jadi buah fikiran yang baru yang mana saya cadangkan pembakaran ini dibuat di waktu malam… kerana apa? Kerana kawasan pembuangan sampah di kebanyakan roro adalah di tempat yang sangat gelap. Jadi, saya cadangkan diletakkan lampu di kawasan-kawasan pembuangan ini. Namun, sampai sekarang masih lagi belum dapat apa-apa reply… sampai sekarang lah. Jadi, saya rasa mungkin kita boleh lebih cakna lah berkenaan dengan aduan… group aduan ditubuhkan untuk kita ni. Cakna dalam group aduan ditubuhkan, kita sendiri tak baca, kita tak tengok, lepas tu… so, kita rasa baik kita gugurkan saja group tersebut kan? Jadi saya mintak kalau boleh… dilihat, sebab memang betul, bukan satu tempat… dua tiga tempat dah berlaku terutama di kawasan Tambun Tulang, ada dua tempat di kawasan pembuangan sampah haram juga ada dibakar. So, saya rasa ini mungkin satu… rakyat pun of course, depa dah busuk… orang berniaga di situ ramai. Contoh kalau kata tong sampah tu berdekatan dengan tapak perniagaan kedai makan dan sebagainya, pastinya mereka ini susah nak berniaga. Pagi-pagi sapa nak makan kedai tepi tong sampah? Sebab tu saya kata kalau boleh kita tengok macam mana, angle mana yang kita boleh bantu berdasarkan situasi kewangan kita sekarang. Terima kasih.
Aduan dan pandangan Yang Berhormat Tambun Tulang diterima. Sekian, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Chuping.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor 27.
(Soalan 27 : Apakah SOP terkini yang diguna pakai oleh kerajaan dalam mengeluarkan permit kepada pekebun-pekebun yang mengusahakan tanah dalam kawasan Bukit Bintang Batu Pahat Perlis dan juga kawasan yang lain-lain?)
Terima kasih Yang Berhormat Chuping, Yang Berhormat Speaker, saya nak tanya Yang Berhormat Chuping, ada dusun ka di Bukit Bintang?
Saya tahu Yang Amat Berhormat ja ada dusun.
Mana tau? Secara amnya, terdapat 2 (dua) jenis status tanah dusun yang berada dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Bintang dan kawasan lain iaitu yang pertama, dusun status HSK yang disebut Permit Penggunaan dan yang kedua, dusun status Tanah Hakmilik. Dusun Permit Penggunaan merupakan aktiviti dusun yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan dikeluarkan Permit Penggunaan di bawah seksyen 32, Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 2023 oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis. Manakala Dusun status Tanah Hakmilik merupakan dusun yang dibuat di atas tanah hakmilik atau tanah persendirian dua jenis. Permit-Permit Penggunaan (Dusun) sedia ada adalah permit yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri pada tahun 1996 hingga 1998. Senarai peneroka yang diberikan permit ini telah disemak dan hanya peneroka yang memenuhi syarat sahaja dipertimbangkan dan diluluskan permit penggunaan iaitu penerokaan tanah sebelum tahun 1975 berdasarkan semakan saiz pokok buah-buahan yang ada dalam kawasan dusun yang telah melebihi 30 cm diameter. Manakala bagi penerokaan selepas daripada tempoh tersebut tidak diberikan Permit Penggunaan sebaliknya diberikan Permit Memasuki Hutan Simpanan Kekal bagi tujuan mengambil hasil buah-buahan daripada pokok-pokok yang ditanam pada musim buah. Sejak daripada itu tiada lagi kelulusan baharu permit penggunaan (dusun) diberikan kepada mana-mana individu sehingga kini. Setakat ini, tiada peraturan baru diperkenalkan daripada penerimaan pakai Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) Tahun 2023 mengenai permit penggunaan sebaliknya Jabatan hanya memperkemaskan peraturan sedia ada, seperti membawa mesin rumput dan mesin chainsaw ke dalam Hutan Simpanan Kekal. Di mana maklumat pemunya mesin rumput atau mesin chainsaw hendaklah didaftarkan dan menghadkan jumlah dari penggunaan di kawasan permit daripada tiga (3) bulan kepada 1 hingga 2 minggu untuk satu-satu kelulusan. Pelaksanaan ini bertujuan untuk mengekang aktiviti-aktiviti pencerobohan dalam kawasan lain kerana tempoh yang agak lama mengundang peluang pihak yang tidak bertanggung jawab untuk menebas atau menceroboh kawasan hutan simpanan kekal. Terima kasih.
Dipersilakan Sena.
Terima kasih tuan Speaker, soalan saya nombor 28.
(Soalan 28 : Bagaimana Jabatan Pembangunan Wanita menyesuaikan program yang telah ditetapkan oleh kementerian dalam memperkasakan hak-hak wanita di Negeri Perlis secara khususnya agar selari dengan keperluan dan situasi kita di Negeri Perlis?).
Yang Berhormat Speaker, soalan 28, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) berfungsi sebagai jentera pelaksana kepada dasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan menjalankan program dan aktiviti pembangunan wanita selaras dengan visi dan misi KPWKM. Program-program yang dirancang dan dilaksanakan oleh Jabatan Pembangunan Wanita adalah berdasarkan kepada Pelan Strategik KPWKM 2021-2025 dan Rancangan Malaysia Ke-12 yang melibatkan seluruh negeri di Malaysia. Di Negeri Perlis, perancangan dan pelaksanaan program dibuat melalui langkah strategik seperti berikut. Pertama, menjana semula Ekonomi Wanita di bawah Kluster Wanita dan Ekonomi yang merangkumi program-program penjanaan pendapatan untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam ekonomi. Antaranya adalah penekanan kepada keusahawanan, literasi kewangan dan ekonomi digital. Kedua, memperkukuh keselamatan, kesejahteraan dan inklusiviti wanita di bawah klaster seperti berikut. Yang pertama, Wanita Selamat melalui program-program keselamatan menangani keganasan terhadap wanita antaranya fokus kepada gangguan seksual Wanita dan Kanak-Kanak serta keganasan rumah tangga (KRT). Yang Kedua, Wanita Sejahtera melalui program-program kesejahteraan, kesihatan untuk mempertingkatkan kesejahteraan wanita. Antaranya adalah Program Klinik Perundangan (IRIS), Program Sokongan Psikososial (MATAHARI) dan pengenalan kepada Skuad Waja. Yang Pertama, Wanita dan Kepimpinan melalui program inklusiviti untuk meningkatkan kepada 30% penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan melalui program kepimpinan komuniti dan kolaborasi strategik dengan Suruhanjaya Sekuriti dan juga GLC serta mempertingkat kapasiti dan keupayaan wanita. Keempat, memperkukuh aspek perlindungan dan penjagaan terhadap wanita. Kelima, meningkatkan keperluan gender ke arah pembentukan masyarakat yang saksama. Dan keenam, meningkatkan kefahaman dan penerimaan masyarakat terhadap wanita OKU. Program-program ini dirangka dan dilaksanakan mengikut keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh wanita mengambil kira pelbagai aspek dan isu wanita di negara ini dan khususnya di negeri Perlis. Sekian, terima kasih .
Dipersilakan Yang Berhormat Beseri.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 29.
(Soalan 29 : Apakah status terkini projek pembinaan Jalan dari Semadong ke Bukit Cabang, Beseri yang terletak di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)?)
Yang Berhormat Speaker, terima kasih Beseri, berkenaan satu pembinaan Jalan Dari Semadong ke Bukit Chabang, sebelum tu saya nak habaq Beseri la jalan mula masuk tu… Beseri tengah tu, Titi Tinggi kita kongsi la jalan tu, Bukit Chabang tu. Untuk makluman, projek pembinaan jalan dari semadong ke Bukit Chabang, Beseri kini dalam fasa pembinaan. Tarikh milik tapak projek ini adalah pada 26 September 2022 dan tarikh siap semasa projek adalah 27 Mac 2025. Kemajuan fizikal semasa projek ini adalah 13% bersamaan dengan jadual kerja dan status projek adalah mengikut jadual. Antara aktiviti kerja yang dilaksanakan di tapak adalah melibatkan kerja-kerja awalan, pembersihan tapak, pemasangan longkang dan pemantauan kualiti alam sekitar. Dalam aspek pengambilan balik tanah, ianya dalam tindakan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) bagi pengeluaran borang H dan pembayaran pampasan oleh pihak kementerian. Di sini saya nak sambung sikit bab Kuala Perlis tapi tak apa lah, terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Tambun Tulang.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, soalan saya nombor 30.
(Soalan 30 : Apakah status anak-anak Negeri Perlis yang telah diambil bekerja secara kontrak secara besar-besaran oleh Syarikat Jabil semasa PKP?)
Yang Berhormat Tuan Speaker, melalui satu sesi pengambilan yang dijalankan bersama syarikat, merujuk kepada Syarikat Jabil pada April 2021 yang lalu, sejumlah 354 orang anak Perlis telah berjaya mendapat tawaran. Daripada jumlah tersebut, seramai 179 orang pekerja telah menerima latihan dan bekerja di kilang yang sama di Pulau Pinang sebelum ditempatkan semula di Perlis bagi pengoperasian di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping kelak. Kerajaan Negeri mengadakan… telah mengadakan lawatan kerja ke kilang pada 20 Jun 2022 yang diketuai oleh YB AMMK Pembangunan Sumber Manusia. Delegasi dibawa untuk melawat kawasan operasi kilang dan kediaman. Di dalam perbincangan bersama yang diadakan, pihak JABIL memaklumkan terdapat pengurangan yang begitu banyaklah pekerja Perlis daripada asal. Hanya 35 orang yang masih meneruskan kerja sehingga Julai 2023. Antara faktor pekerja berhenti adalah ingin pulang ke Perlis, mendapat tawaran yang lebih baik daripada pihak lain dan yang ketiga tidak dapat mengadaptasi dengan suasana kerja di kilang tersebut. Kerajaan Negeri dengan kerjasama pihak syarikat dan PERKESO dalam cadangan untuk mengadakan sesi temuduga kali kedua bagi tujuan dalam menarik lebih minat rakyat dalam mendapat pekerjaan yang lebih baik. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih banyak Yang Berhormat Santan. Berdasarkan penerangan tadi, lawatan yang dilakukan adalah pada Jun 2022 oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang lama lah. So saya nak tanya, apakah ada lawatan yang terbaru, kerana apa kita semua maklum dengan alasan-alasan atau jawapan-jawapan yang diberikan tadi oleh pihak mereka kita boleh tengok penurunan daripada ratusan hanya tinggal 35 orang. Kerana apa, saya concern berkenaan… saya agak… agak mengambil berat tentang perkara ini adalah kita tak mau orang ambil anak Negeri kita bawak kerja di luar hanya ketika mereka sesak. Mereka perlukan pekerja pada waktu itu dan saya nak kita check dengan lebih lanjut apakah kontrak yang mereka tulis itu, ataupun mereka berikan kepada pekerja tersebut dikaji oleh kita? Sebab apa, setahu saya pada waktu itu memang mass hiring dibuat berkali-kali, dengan izin, mass hiring… pengambilan secara besar-besaran, dibuat secara besar-besaran dan ramai anak Perlis dan saya agak terkejut bila kata tadi, ada yang balik ke Perlis, tak minat bekerja dan sebagainya. Itu alasan-alasan yang memang semua syarikat akan bagitau bila dia buang orang. Saya salah seorang yang pernah kena buang kerja pun dia bagitau macam tu juga. Saya pun nak kerja juga dulu. So, sebab tu saya kata kalau boleh kita kena get in detail sebab kesian pada anak-anak ini yang mana saya tengok ramai yang berseronok pun waktu itu, bercerita gaji mereka sekian-sekian, seronok bekerja di negeri orang dan sebagainya. Jadi ini antara yang saya rasa perlukan kepada penelitian andai kata selepas ini ada syarikat-syarikat seperti ini yang membuat pengambilan secara besar-besaran, mungkin saya rasa we have to interfere, dengan izin, a bit sebab saya nampak… saya takut ada orang yang cuba mengambil kesempatan pada waktu dan ketika itu. Terima kasih banyak.
Terima kasih kepada Tambun Tulang. Saya ambil maklum perkara yang diutarakan tadi dan saya akan rujuk kepada agensi yang di bawah portfolio sumber manusia untuk tindakan sebaiknya lah. Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Kayang.
Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya nombor 31.
(Soalan 31 : Di manakah peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam menangani kegusaran rakyat mengenai isu kesempitan hidup lebih-lebih lagi dengan peningkatan harga barangan keperluan harian di samping ketidaktentuan harga pasaran semasa?)
Yang Berhormat Speaker, perkara berkaitan isu peningkatan harga barang keperluan harian rakyat adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun di peringkat Negeri ni kita sentiasa memberi kerjasama yang baik kepada Kerajaan Pusat kerana itu adalah pendekatan Kerajaan Negeri, kita berpolitik secara matang dan sejahtera. Tindakan menangani kos sara hidup secara tuntas dan menyeluruh merupakan satu usaha berterusan Kerajaan yang memerlukan dukungan pelbagai pihak. Ini adalah kerana kos sara hidup bukan hanya masalah ekonomi tetapi juga cabaran-cabaran pelbagai dimensi termasuklah yang bersifat struktural. Pelbagai langkah dan tindakan yang telah dan sedang diambil oleh Kerajaan untuk menangani isu kos sara hidup telah dibawa ke pengetahuan serta diputuskan oleh Jemaah Menteri sebagai komitmen berterusan Kerajaan. Antara langkah jangka masa pendek yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) antaranya termasuk, inisiatif Payung RAHMAH sebagai pelan jangka pendek KPDN yang merangkumi lima (5) program utama. Yang pertama, Bakul RAHMAH iaitu inisiatif yang menyasarkan sumbangan berbentuk bakul makanan berbentuk keperluan harian bernilai RM100.00 dan RM50.00. Setakat ini sebanyak 75,842 unit telah diedarkan di seluruh negara melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tanpa sebarang peruntukan daripada pihak Kerajaan… promosi sikit lah ni RAHMAH-RAHMAH ni. Yang kedua, jualan RAHMAH melibatkan 19 pasar raya besar, pasar raya rangkaian dan pengeluar yang telah dilaksanakan di 3,557 lokasi di 158 kawasan Parlimen. Yang ketiga, Pakej RAHMAH yang telah melibatkan sektor perhotelan, fisioterapi, farmasi dan optik dan Pakej RAHMAH terbaharu yang dilancarkan sehingga 30 Jun 2023 adalah Pakej RAHMAH Insurans, Pakej RAHMAH Takaful dan Pakej RAHMAH iTTV e-Learning. Dan seterusnya, Kad Insentif Menu RAHMAH dan juga menu RAHMAH sendiri yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Seterusnya, Program Jualan Agro Madani yang menjual komoditi utama seperti sayur, buah, ayam, telur, ikan dan daging dan tertumpu di kawasan bandar dan pinggir bandar yang berkepadatan tinggi dengan penduduk B40 dan M40. Yang ketiga, Program Ekonomi Sempadan yang merupakan usaha KPDN dalam mengatasi ketirisan minyak petrol RON95 dan diesel terutamanya di kawasan berhampiran dengan sempadan negara. Projek Rintis (pilot) telah dilaksanakan di Perlis dengan pengwujudan dua (2) buah stesen minyak tanpa subsidi di Negeri Perlis iaitu satu di Wang Kelian, dan satu lagi di Padang Besar. Yang keempat, meneruskan subsidi ayam dan telur ayam bagi memastikan bekalan ayam dan telur ayam terjamin pada harga yang ditetapkan oleh Kerajaan. Yang kelima, meneruskan pemberian subsidi minyak masak paket agar semua golongan mendapatkan minyak masak pada harga RM2.50 per paket (1 kilogram). Yang keenam, penetapan harga siling bagi minyak masak sawit kemasan botol juga diteruskan bagi menstabilkan permintaan dan harga minyak masak sawit kemasan botol 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg. Yang ketujuh, Program Community Drumming merupakan program sedia ada yang memberi impak tinggi dalam membantu kos sara hidup rakyat iaitu Program Penyeragaman Harga tujuh (7) barangan asas iaitu beras putih, gula, minyak masak 1kg, tepung gandum, LPG, petrol RON95 dan diesel. Di samping subsidi dan kawalan harga, KPDN juga mengorak langkah dalam inisiatif jangka masa sederhana dan panjang melalui inisiatif DAYA. Antara inisiatif tersebut adalah seperti berikut. Pertama, Rezeki Suri adalah program baharu yang akan memberi peluang kepada suri rumah untuk menambahkan pendapatan dengan menjalankan perniagaan bahan keperluan asas daripada rumah. Dan kedua, KPDN juga akan meneruskan Program Pembangunan Francais Mikro dan juga Francais Mampu Milik bagi membantu golongan M40 dan B40 menjadi usahawan dengan menceburi bidang francais. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Indera Kayangan.
Terima Kasih Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan saya soalan 32.
(Soalan 32 : Apakah “Master Plan” Kerajaan Negeri Perlis ke arah Perlis Bersih dengan target dan sasaran yang ingin dicapai?)
“Master Plan” Kerajaan Negeri Perlis ke arah Perlis Bersih telah diterjemahkan melalui Pelan Strategik Agenda Perlis Bersih Sihat (2021-2025) yang telah dilancarkan pada Januari 2022. Pelan ini meletakkan sasaran bagi mewujudkan sebuah negeri yang bersih, sihat, indah, mampan dan sejahtera melalui pembudayaan amalan kebersihan diri, penjagaan kesihatan keluarga, komuniti dan masyarakat dalam usaha melestarikan alam sekitar. Kerangka pelan ini dirangka seiring dengan Dasar Kebersihan Negara dan juga Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan. Pelaksanaan pelan strategik ini diharapkan akan dapat memperkasakan kesedaran dan tanggungjawab kebersihan di setiap lapisan masyarakat melalui promosi dan publisiti berterusan, peningkatan tahap kebersihan negeri, pengurangan sisa dihantar ke tapak pelupusan dan peningkatan kitar semula melalui teras-teras strategik yang dirancang merangkumi 145 bentuk aktiviti yang telah, sedang, dan juga akan dilaksanakan oleh pelbagai pihak. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan. Setakat ini, sejauh manakah prestasi dan pencapaian Pelan Strategik ini? Terima kasih.
Yang ni kita akan bagi jawapan bertulis, sebab dia melibatkan percent. Jadi, benda-benda angka ni saya tak simpan dalam kepala, buat semak ja. Jadi, kita akan jawab kemudian, insya-Allah. Sekian.
Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak Kerajaan dan juga pihak yang bertanya soalan telah menyelesaikan semua soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dan kita telah sampai kepada penghujungnya lah. Menepati masa yang saya jangkakan, kita akan berhenti pada pukul 1 dan insya-Allah kita akan tangguhkan Dewan pada hari ini. Cuma saya ingin ingatkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, pastikan anda berada di dalam Dewan 5 atau 10 minit sebelum Dewan bersidang. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan untuk hari ini dan akan disambung semula pada esok, hari Rabu, 9 haribulan Ogos 2023, jam 9.00 pagi. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
(Persidangan ditangguhkan pada jam 12.55 tengahari).