Pulau Pinang · 26 November 2021

14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 213 turns · 25,614 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan Doa. (Doa). Pengumuman oleh Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Selamat pagi dan salam sejahtera khas Ahli-Ahli Yang Berhormat, sebagaimana yang Ahli-Ahli Yang Berhormat sedia maklum, seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kita iaitu Mendiang Dr. Khoo Soo Kheng telah pun meninggal dunia pada 13 Oktober 2021. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kawasan Bukit Tambun dari April 1982 hingga Julai 1986. Oleh itu hadirin, saya mohon untuk bertafakur selama satu minit. Sila berdiri.

Semua Hadirin Bertafakur selama satu minit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Hadirin sila duduk. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri telahpun menetapkan hari ini, 26 November 2021 sebagai hari permulaan Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Keempat Belas melalui pengisytiharaan yang diwartakan pada 30 September 2021. Ahli-ahli Yang Berhormat, pada sesi kali ini, kita akan mempertimbangkan sejumlah 67 soalan lisan, 665 soalan bertulis, 3 Rang Undang-Undang dan 1 Usul. Mesyuarat akan bersidang sehingga semua urusan mesyuarat selesai. Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum sesi mesyuarat kali ini masih kita bersidang dalam situasi yang kita masih berjaga-jaga dengan penularan COVID-19. Kita masih dalam zon merah. Meskipun negeri kita berada dalam Fasa Keempat Pelan Pemulihan Negara, sukacita saya ingin mengingatkan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan dan semua yang terlibat untuk sentiasa patuh kepada SOP yang telah pun ditetapkan. Sehubungan itu, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan serta semua petugas telahpun diwajibkan melakukan ujian saringan kendiri COVID-19 (RTK Antigen) pada setiap pagi di kediaman masing-masing sebelum anda menghadiri Persidangan Dewan dan semakan terhadap keputusan saringan itu tidak akan dilakukan. Dewan menaruh kepercayaan kepada semua agar kita sama-sama bertanggungjawab atas prinsip ‘Kita Jaga Kita’. Namun memandang kapasiti ruang yang terlalu terhad dan demi mematuhi SOP khususnya penjarakkan fizikal, masih ada mereka yang tidak mampu kita menjemput termasuk rakan-rakan media. Untuk ini saya mohon maaf ke atas kesulitan ini. Satu lagi Ahli-Ahli Yang Berhormat, selaras dengan Perkara 14, Pakaian Ahli-Ahli dan Perkara 117, Kelaziman Yang Diamalkan Oleh Parlimen, Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya ingin menggalakkan pemakaian baju batik berlengan panjang untuk persidangan pada setiap hari Khamis. Pemakaian baju batik ini bukan mandatori tetapi secara sukarela. Kalau tak rasa sejuk sangat. Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita bersidang semula.

Setiausaha Dewan

Pembentangan Risalah.

Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya mohon membentangkan di atas meja, Risalah Bilangan 8 hingga 20, Tahun 2021 seperti yang tersenarai dalam Susunan Urusan Mesyuarat.

Setiausaha Dewan

Soalan-soalan. Soalan Bertulis.

Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Jawapan kepada soalan-soalan bertulis, telah diletakkan di atas meja Ahli yang bertanya selaras dengan Sub Peraturan 15(1)(h), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Setiausaha Dewan

Soalan Lisan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-Ahli Yang Berhormat, seterusnya kita berada dalam sesi Soalan Lisan. Untuk memulakan sesi ini saya nak menjemput soalan nombor 1.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Speaker. Soalan saya Soalan Nombor 1. 1. Kadar kematian telah meningkat di Pulau Pinang akibat pandemik COVID-19. (a) Berapakah keluarga yang telah kehilangan ibu bapa dan menjadi yatim piatu? (b) Berapakah yang kematian ibu atau bapa? (c) Bagaimanakah dengan nasib anak yatim ini? Adakah mereka dihantar ke rumah kebajikan atau kepada keluarga terdekat mereka.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

No. 15. Berapakah jumlah kes kematian akibat COVID-19 di Negeri Pulau Pinang sehingga 15 November 2021? (a) Berapakah jumlah keluarga yang dikategorikan B40 yang terlibat? (b) Apakah ada inisiatif khas untuk golongan ini? (c) Bolehkah Kerajaan Negeri membuat satu mekanisme tetap untuk memantau golongan ini?.

No. 61. Mohon disenaraikan bilangan mereka yang menjadi anak yatim disebabkan COVID-19 mengikut bangsa dan DUN. (a) Apakah langkah yang diambil dan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada mereka?.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

No. 66. Sila nyatakan jumlah kematian COVID-19 dan kes jangkitan dengan berikan pecahan di antara varian yang wujud serta tindakan yang diambil untuk menanganinya serta jumlah permohonan bantuan RM5,000 daripada NADMA kerana kematian berpunca daripada COVID-19 dan bilangan yang masih belum diluluskan?.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sebelum soalan dijawab, ingin saya arahkan Yang Berhormat EXCO untuk menjawab soalan ini bersamaan dengan Soalan 15, 61 dan 66 yang semuanya bersabit dengan statistik kes kematian COVID. Sila EXCO, boleh.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi. Jawapan kepada Soalan Lisan Nombor 1, kadar okey, 1, setakat 23 November, data yang diperolehi dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, terdapat dua (2) keluarga yang kehilangan ibu dan bapa akibat COVID-19 di mana melibatkan empat (4) orang kanak-kanak. Jumlah kanak-kanak yang kehilangan ibu atau bapa dan ibu bapa akibat COVID-19 di Pulau Pinang adalah seramai 299 orang melibatkan seramai 224 kanak-kanak berbangsa Melayu, 47 kanak-kanak berbangsa Cina, 24 kanak-kanak berbangsa India dan 4 kanak-kanak berbangsa lain-lain. Senarai kanak-kanak ini adalah mengikut daerah dan kaum dan juga saya ada data dari segi DUN dan juga dan data ini adalah sehingga yang terkinilah yang saya baru dapat semalam. Saya just nak sebut di sini, kalau kita tengok balik di DUN, kejap ya, yang tanya soalan ialah DUN Batu Lancang, okay, kalau untuk Yang Berhormat DUN Batu Lancang, terdapat 17 kanak-kanak yang telah kehilangan ibu ataupun bapa akibat daripada COVID dan kalau kita tengok di sini, kalau mengikut daerah…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat?

Yang di-Pertua (Speaker)

Jawapan straight forward kepada soalan yang ditanya, sudah.

Ya, sekejap. Okey, so itu soalan yang 4 (a), berapa keluarga yang telah kehilangan kematian ibu dan bapa, saya dah jawab. Okey, bagaimanakah nasib mereka ya, saya ada, okey kalau mengikut jawapan daripada, saya ada mempunyai, bermesyuaratlah di dalam MMK Kesihatan, kalau kita tengok di sini, apa ni, saya ada bertanyakan semua agensi-agensi, Jabatan Pendidikan dan juga JKM sorry, dan juga KKM sama ada ada special task force ataupun yang telah di…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat. Proses itu tidak perlu dimaklumkan. Maklumkan kepada Yang Berhormat yang bertanya, jawapan itu.

Ya, saya nak sebut di sini, yang mengikut apa ni, apa yang saya dapat daripada semua agensi-agensi ia adalah di bawah pengawasan JKM. Bantuan telah diberi dan juga dari kita membuat keputusan untuk buat special task force juga, saya juga telah melawat kes yang di mana enam (6) anak yatim piatu, di mana yang telah kehilangan bapanya pada bulan tiga dan ibunya pada bulan September tetapi hanya ibu dia meninggal disebabkan oleh COVID-19 tetapi dah menjadi anak yatim piatulah. Jadi di sini, untuk anak-anak ini, kita dah decide dalam Mesyuarat MMK supaya kita buat special task force untuk membantu mereka dari segi kesihatan depression dan mental juga dan juga kebajikan mereka. Pada 22 hari bulan November, saya juga telah mengadakan Majlis Serahan COVID-19 Relief Fund sebanyak RM111,000.00 untuk membantu 111 Pelajar B40 anak yatim yang telah kehilangan ibu atau bapa akibat jangkitan COVID dari 21 sekolah. Yang ini, sumbangan ini telah diusahakan oleh presiden, Puan Lina, Lion Club Bayan Baru yang telah mengumpul dana untuk membantu beri kepada setiap pelajar RM1,000.00 seorang. Just nak bacakan statistik, daerah Timur Laut yang kanak-kanak yang telah kehilangan ibu ataupun bapa adalah sebanyak 95 orang. Seberang Perai Utara 46, Seberang Perai Tengah 84, Seberang Perai Selatan 33, Barat Daya 41 so totalnya adalah 99 orang dan kalau kita tengok daripada segi sekolah mereka 142 ataupun (47.4%) adalah bersekolah rendah, sekolah menengah 152 kanak-kanak (50.8%) dan sekolah agama lima (5) orang (1.7%).

Kebanyakannya telah kehilangan bapa iaitu the main income breadwinner, kehilangan bapa 194 orang dan ibu 78, yang hilang penjaga enam (6) orang dan macam saya sebut tadi kedua-dua ibu bapa empat (4) orang in terms of bangsa tadi saya dah sebutkan sekarang ini mereka berada dalam penjagaan bapa mereka 71 orang, (23.7%), ibu 187 orang (62.5%) dan penjaga ataupun saudara 41 kanak-kanak (13.7%). Data ini adalah sehingga 22 November 2021. Soalan seterusnya soalan 15 berkenaan dengan...(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato' Yang di-Pertua maaf menganggu. Menurut jawapan daripada Exco, 192 sehingga 22 November jawapan yang saya dapat untuk soalan bertulis dinyatakan 299…(gangguan)

Tak. 299 saya dah sebut tadi, saya bacakan tadi di detail out.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

But the detail is not tally from what you are saying, i just want found out Dato' Yang di-Pertua.

I was just reading the breakdown. The answer is two hundred and ninety-nine (299) saya dah bacakan, yang tadi saya baca itu adalah detail out. It is actually 299 the table saya akan semak semula table daripada Jabatan Pendidikan tapi memang 299 as of 22 November.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila sambung.

Untuk nombor 15 berkenaan dengan kes kematian Covid.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato' Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Nanti..nanti habis jawapan then saya akan izinkan untuk soalan untuk tambahan.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Sedikit sahaja soalan dari saya YB, Yang Berhormat terangkan tadi saya faham. Berapakah bilangan kanak-kanak yang dijaga oleh JKM? Yang Berhormat sebut under jagaan bapa dan ibu sahaja, soalan saya berapa yang bawah jagaan JKM?

Mengikut JKM data yang mereka dapat juga adalah daripada Jabatan Pendidikan. Jadi data yang JKM bagi dulu semasa mereka key in adalah kurang daripada sebab data yang dia key in dulu adalah masa bulan September so sekarang kita dah November. So data JKM dan JPN ikut daripada JKM adalah sama daripada maklumat yang sama juga menurut dalam mesyuarat MMK Kesihatan…(gangguan)

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Maksud soalan saya di bawah jagaan JKM dari jumlah 299 kanak-kanak.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Ada yang atas jagaan ibu, ada yang bapa dan ada yang atas jagaan saudara mara, jadi berapa anak yatim piatu yang dibawah jagaan JKM sahaja, maksud saya yang tak ada orang jaga tak ada ibu ataupun bapa yang jaga.

Tak ada sapa-sapa di bawah JKM.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Satu? Tak ada?

According, kalau ikut dari sini data dia, yang saya dapatlah 71 bawah bapa, 187 bawah ibu dan 41 bawah penjaga ataupun saudara.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Tak ada bawah jagaan JKM la?

Tak ada.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Baik, thank you.

Tetapi mereka memang dipantau oleh JKM. Okey, nombor 15 jumlah kes kematian COVID sehingga 23 November. Sebenarnya saya dapat data ini semalam ya, latest meeting MMK Kesihatan, so tak ada data yang i mean apa yang saya bacakan ini adalah berdasarkan apa yang telah di data yang saya dapat semalamlah adalah sebanyak 100 sorry 1,642 kes. Jawapan dia seperti yang saya dah sebutkan tadi yang kami ingin menubuhkan satu task force setelah membincangkan isu-isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat semalam iaitu untuk memastikan yang mereka teruskan sekolah sebab semasa lawatan saya ke rumah yang kehilangan ibu bapa yatim piatu itu enam (6) adik beradik tu yang kecil sekali 4 tahun, hanya tiga (3) orang yang sambung bersekolah, yang the oldest tu sebab mereka nak jaga adik-adik mereka, mereka tak sambung sekolah instead mereka melakukan perniagaanlah, perniagaan Enam Beradik Kitchen yang jual secara online mereka jual sambal. So at the moment I think kita dah bincang supaya kita adakan satu mekanisma dan satu task force untuk bantu mereka saya akan. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah melaksanakan langkah-langkah berikut. Satu ialah membuat siasatan ke atas keperluan keluarga yang terlibat terutamanya keperluan kanak-kanak dalam keluarga tersebut. Berdasarkan rekod JKM tiada kanak-kanak yang kehilangan ibu atau bapa akibat COVID dimasukkan ke Institusi Kebajikan maknanya semua dijaga oleh ahli keluarga ataupun penjaga. JKM juga menghubungi keluarga yang terlibat bagi menawarkan khidmat kaunselor jabatan kepada keluarga yang memerlukan, memberi bantuan bakul makanan dan juga memberikan borang permohonan bantuan I think borang 13 yang mengesyorkan skim bantuan yang boleh dimohon mengikut kelayakan dan macam yang saya sebut tadi pada 22 November kami telah beri kepada pihak sekolah RM1,000 untuk setiap kanak-kanak yang B40 dan kita harap dapat mengumpul lebih banyak dana dari situ untuk membantu mereka. Kerajaan Negeri juga telah melancarkan PJ Care Alliance kepada 11 Ogos 2021 dengan usahasama 18 agensi dan NGO dalam usaha mempercepatkan bantuan kepada individu yang terjejas oleh krisis COVID-19 dengan mewujudkan satu infrastruktur dalam perhubungan bantuan sokongan dan penyelesaian masalah-masalah sosial. Satu talian panggilan 24 jam 04-6427777 telah diwujudkan untuk pertanyaan orang awam berkenaan dengan bantuan dan sokongan mental dan panggilan-panggilan juga telah dipanjangkan kepada Pusat-pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri masing-masing. Bekalan makanan juga telah disampaikan melalui MPKK di setiap daerah dan di mana setiap daerah juga mempunyai jawatankuasa kecil urusan bekalan dan pematauan pesakit COVID yang menjalani kuarantin kendiri di rumah. Di samping itu, pasukan juga telah bekerjasama dengan NGO lain-lain untuk membuat pemantauan seperti Persatuan D’ Home dan lain-lain juga untuk membuat pemantauan secara berjadual melalui panggilan telefon kepada pesakit-pesakit dan keluarga pesakit bagi mendapatkan status semasa dan keperluan mereka. Untuk jawapan 61...(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Sama kan?

Ya, ya sama sebenarnya jawapan dia yang sama juga sebab soalan dia sama. Okey, soalan 66 berkenaan dengan jumlah kes kematian COVID sehingga bermula 1 Januari 2021 sehingga 22 November 2021, sebanyak 1,642 kes kematian akibat COVID telah diumumkan. Sehingga 18 November sebab ini data terkini yang dikeluarkan oleh DG saya tak taulah kalau today ada data lain, jumlah keseluruhan kes COVID dengan varian adalah 239 kes, 9 kes varian Beta dan 230 varian Delta. Walaupun terdapat kemunculan varian baru virus COVID-19 dari segi tindakan kesihatan awam sedia ada, ianya masih berkesan untuk tujuan kawalan dan pencegahan penularan COVID-19. Oleh yang demikan, masyarakat umum di minta agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan iaitu elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat, amalkan 3W iaitu Wash, Wear dan Warn. Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Dan pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan dan patuhi kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Bantuan Khas Pengurusan Kematian imuniti kelompok merupakan bantuan one off yang diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19 (kematian akibat COVID-19 ataupun kematian dengan COVID-19) yang dikendalikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Saya actually telah memohon juga kepada pihak NADMA untuk mendapatkan maklumat terkini berapa orang yang mendapat bantuan daripada NADMA tapi sehingga kini maklumat itu belum diterima, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, sila.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Dato' Speaker, terima kasih Yang Berhormat EXCO yang menjawab soalan-soalan yang daripada 1, 16, 61 dan 66 cuma dalam soalan saya dalam soalan nombor 15 (a) “Berapakah jumlah keluarga yang dikategorikan B40 yang terlibat yakni yang telah mengalami kematian”. Jika secara roughlynya tadi jumlah keseluruhan adalah 1,642. Tujuan saya menanyakan soalan ini supaya kita boleh melihat daripada segi mana untuk kita bantu mereka yang B40 ini yang telah kehilangan sumber pendapatan orang yang mencari pendapatan dalam keluarga mereka tersebut, terima kasih.

Ya. Buat masa sekarang ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai data kes kematian yang ada kategori B40 ataupun bukan B40. Kami juga hendak bekerjasama dengan pihak Zakat mepunyai data-data asnaf dan JKM yang mempunyai data-data berkenaan dengan keluarga yang ikut syarat JKM.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Buat sementara tiada?

Yang Berhormat Dato’ Speaker. Yang Berhormat EXCO, saya hendak mencadangkan data itu sebenarnya ada. Di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pendemik yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Ketua Menteri yang saya mengganggotai jawapan yang dibangkitkan oleh sahabat saya dari adalah “Apakah mempunyai perincian data kematian mengikut status sama ada M40 dan B40?”, termasuk kematian sebelum sampai ke hospital mengikut status pendidikan, ekonomi semuanya ada telah dibentangkan oleh Menteri Kesihatan. Granular Data. Saya ingin mencadangkan sekaligus saya tak boleh nak olah bentuk soalan tapi saya cuma membantu bahawa data itu ada kalau diberi jawapan tak ada tak betul sebabnya ada. Jadi saya cadangkan supaya dapat ditulis terus kepada Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan itu. Dulunya Majlis keselamatan sekarang ini sudah ganti NADMA dan itu akan membantu Dewan nanti bila EXCO membekalkan kita jawapan yang lebih lengkap dan semasa.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Okey yang itu cuma bantuan daripada YB. Saya hendak terima soalan tambahan.

Saya just hendak beritahu yang Mesyuarat MMK semalam yang saya buat pagi pukul 9.00 itu memang saya beritahu kepada menteri dan kita go through semua soalan tapi saya tak dapat terima saya tak terima pun jawapan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tidak mengapa nanti boleh angkat maklumat daripada Yang Berhormat Pantai Jerejak dan minta lagi. Saya hendak soalan tambahan sahaja. Tidak ada saya hendak.

Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, sila Penaga.

Terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua, soalan tambahan saya oleh kerana menjawab bagi YB. EXCO tadi dan juga soalan 66 soalan saya soalan tambahan adalah bila data telah diberikan oleh YB. EXCO tadi berkaitan dengan anak-anak yatim. Jadi disebutkan di sana ada yang berhenti persekolahan disebabkan untuk menjaga adik-adik yang masih kecil dan ada yang terpaksa mengambil tanggungjawab untuk mencari nafkah. Jadi soalan tambahan saya apakah ada usaha ataupun langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu anak-anak yatim ini terutama sekali yang telah berhenti sekolah untuk menjaga adik-adik mereka ataupun yang mencari nafkah untuk menyara kehidupan mereka setelah kehilangan ayah ataupun ibu. Terima kasih.

Seperti yang saya sebut saya telah tanya kepada Jabatan Pendidikan dan juga JKM agensi-agensi lain seperti LPPKN dan juga Jabatan Kesihatan buat masa ini jawapan yang saya terima yang terkini semalam itu belum ada satu task force khas mungkin di peringkat kaunselor dari segi jawapan daripada Jabatan Pendidikan daripada pengarah dan murid-murid ini dipantau oleh oleh kaunselor hanya kalau dia berhenti sekolah. Itu yang kita putuskan semalam untuk buat satu special task force kepada mereka sebab kita tak tahu sama ada bila dia dah berhenti sekolah adakah kaunselor itu masih memantau mereka yang saya dapat dalam kes ini mungkin sebab dia keadaan di mana dia yatim piatu dan kakak-kakak yang berumur 16 tahun dan 18 tahun itu mengambil tanggungjawab untuk menjaga adik-adik mereka.

Yang di-Pertua (Speaker)

Seterusnya. Ketua Pembangkang.

Terima kasih. Saya melihat kes-kes yang berkaitan dengan yatim piatu. Kematian ibu atau ayah ini merupakan satu kes yang perlu kita beri perhatian. Saya ada satu kes di Merbau Kudung. Kes ayah dia meninggal dulu bukan COVID tapi ibu dia meninggal kerana COVID. Ada enam (6) beradik saya takut kes yang sama itu.

Ya, mungkin. Ya betul.

Mereka ini menghadapi masalah dari segi rumah tempat tinggal. Jadi saya rasa boleh atau tidak kita melihat perkara yang macam ini bukan hanya sekadar kita melihat di segi sumbangan bantuan tetapi juga kita melihat dari segi keperluan lain, rumah untuk diduduki dan juga mungkin kaunseling buat kaunseling kepada anak sebab saya nampak anak ini sudah yang sulung ini sudah ada masalah. Dia sudah mula, Dia duduk di taman kita sewakan rumah taman. Rumah taman itu kita yang uruskan bayaran.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey Yang Berhormat soalan jelas.

Timbul masalah ada lelaki dating ke rumah dan sebagainya. Jadi kita kena ambil tindakan yang lain kalau boleh kita minta Kerajaan Negeri tengok benda ini.

Ya, sebab itu dalam Mesyuarat MMK Kesihatan saya ada bangkitkan isu inilah maknanya walaupun anak-anak ini semua tidak bukan berada dalam institusi anak-anak yatim ini mereka ada penjaga ataupun bapa saudara-saudara yang memantau mereka hanya bila kita pergi melawat macam saya pergi melawat saya memang nampak mereka memang memerlukan walaupun di bawah keluarga terdekat tetapi kita sebagai kerajaan kita perlu ada satu special task force yang melihat kepada dia punya bagaimana dia sebab in this case dia masak sendiri dengan keadaan rumah tu macam mana sebab dia orang ini budak-budak. Jadi kita perlu pemantauan especially dari segi dia punya persekolahannya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sila, saya jemput lagi. Ya.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Ada satu soalan yang saya kira penting kepada mangsa-mangsa yang meninggal akibat COVID berkenaan bantuan yang disediakan oleh NADMA seperti yang YB. EXCO jawab dalam soalan Air Putih tadi. Cuma saya hendak tekankan betapa perlunya bantuan NADMA sebanyak RM5000.00 ini disalurkan juga kepada kes kematian post COVID ataupun long COVID setelah sebulan duduk di hospital keluar daripada hospital kononnya ataupun telah disahkan release daripada COVID balik rumah meninggal. Adakah kategori ini juga boleh dibenarkan untuk memohon bantuan NADMA? Jika tidak boleh, saya mohon Kerajaan Negeri ataupun YB. EXCO pertimbangkan bawa perkara ini ke hadapan supaya boleh membantu kes post COVID ini. Sama ada kita buat satu duration. Okey tiga bulan selepas sembuh COVID masih lagi layak untuk memohon bantuan NADMA ini. Terima kasih.

Okey saya akan bertanya kepada pihak NADMA sebab kita memang ada kes-kes dipanggil long COVID. Maknanya ia tidak sembuh seperti biasa dipanggil post COVID maknanya long COVID. Saya akan membangkitkan isu ini dalam Mesyuarat MMK dan kita akan kerapkan lebih mesyuarat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli Yang Berhormat saya menjemput soalan seterusnya ialah soalan nombor dua. Sila.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua, soalan saya soalan nombor dua. No. 2. Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) (a) Apakah impllikasi strategi memulihara ekosistem semulajadi yang mensyaratkan Kerajaan Negeri mengadakan sesi pendengaran awam ke atas projek "Penang South Reclamation" (PSR)?

(b) Sejauh manakah pendengaran awam dapat mempengaruhi keputusan Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan PSR? (c) Apakah implikasi kewangan ke atas kerajaan sekiranya projek PSR tidak dilakukan atau ditangguh?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Speaker dan Yang Berhormat Machang Bubuk atas soalan. Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa mengamalkan dasar terbuka dengan mengadakan Sesi Pendengaran Awam untuk mendapatkan maklum balas rakyat termasuk perancangan dalam melaksanakan projek penting seperti Penang South Reclamation (PSR). Sejak 2016 Kerajaan Negeri dengan kerjasama rakan pelaksana projek ataupun PDP SRS Consortium telah menubuhkan Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN) dan mengadakan pelbagai program yang termasuk dialog awam, sesi taklimat dan sesi libat urus secara berkumpulan dan perseorangan dengan orang awam. Khususnya komuniti nelayan dan penduduk setempat di Pulau Pinang Selatan untuk menerangkan projek PSR dan juga untuk mendapatkan maklum balas mereka. Sehingga 31 Oktober 2021 seramai 13,957 orang telah ditemui melalui pelbagai program yang dijalankan dan sesi-sesi pendengaran ini masih berterusan mengikut keperluan. Dengan ini Kerajaan Negeri berpendirian bahawa syarat untuk mengadakan sesi pendengaran awam tersebut telahpun dipenuhi. Hasil pertemuan yang diadakan bersama orang awam khususnya di kawasan berhampiran tapak PSR mendapati sebilangan besar rakyat boleh menerima pelaksanaan PSR sekiranya tidak mendatangkan impak negatif yang besar ke atas alam sekitar dan komuniti nelayan. Mereka sedar akan kepentingan projek ini dan kebaikan yang akan diperolehi dari segi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan masa depan untuk menangani kesan alam sekitar projek PSR akan melaksanakan langkah kawalan alam sekitar sebelum dan semasa penambakan dijalankan seperti pemantauan kualiti air secara langsung kualiti udara, bunyi dan juga getaran. Pengurusan sisa bahan pencemar serta pembuangan bahan pengorekan, pemasangan tirai kelodak ataupun silk curtain juga akan membantu mengurangkan pencemaran air khususnya sewaktu kerja-kerja penambakan dan pengerukan ataupun dredging. Bagi meminimumkan kesan terhadap ekologi laut dan mewujudkan habitat baru untuk hidupan laut langkah-langkah offset ekologi telah dirangka dan akan dilaksanakan termasuklah program menanam pokok bakau, melepaskan benih ikan dan udang, melabuh tukun tiruan, membina garis pantai mesra alam yang menggalakkan pertumbuhan habitat micro serta menyediakan dana untuk penyelidikan ekologi laut, perikanan, penyu tukun dan lain-lain. Secara keseluruhannya langkah-langkah pengimbangan ataupun ecology off set ini juga akan menggalakkan kelestarian sektor perikanan untuk manfaat komuniti nelayan. Kerajaan Negeri yakin langkah langkah ini dapat menangani isu-isu yang telah menjadi tumpuan orang ramai dalam pembangunan PSR. Selain itu, pembangunan PSR juga akan mengambil kira nasihat dan cadangan laporan khas mengenai lautan dan Kriosfea oleh Intergovernmental The Panel On Climate Change (IPCC). Rangka kerja bandar rendah karbon ataupun Low Carbon City Framework dan matlamat pembangunan mampan ataupun sustain department gold oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kerajaan Negeri sedar betapa pentingnya isu perubahan iklim dalam kehidupan kita pada hari ini dan juga pada masa depan.

Malah reka bentuk pulau-pulau PSR mengambilkira ciri-ciri yang boleh diubahsuai untuk menghadapi perubahan iklim. Sebagai contoh platform perimeter pulau buatan akan mempunyai ketinggian minimum sebanyak 3 meter di atas paras laut untuk melindungi pulau daripada kenaikan paras air laut. Untuk bahagian lain ketinggian platform akan melebihi 3meter untuk memulihkan sistem saliran menangani peningkatan intensif hujan sebanyak 30 peratus. Selain itu, tapak untuk industri iaitu Green Tech Park yang akan direkabentuk untuk mematuhi syarat-syarat ESG - Environment, Social and Governance dan saya rasa Yang Berhormat sendiri pun amat arif dan tahu betapa pentingnya ESG. Baru kelmarin kita dapat berita bahawa satu sebuah syarikat tersenarai di Malaysia telah hilang kontrak besar daripada Syarikat Dyson oleh kerana ketidakpatuhan ESG lantas saham syarikat tersebut telah menjunam itulah pentingnya ESG dan inilah yang kita nak buat di Pulau A untuk memastikan green tech park di Pulau A akan mematuhi ESG dan menyasarkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui ataupun renewable energy sebanyak 100 peratus. PSR juga akan menekankan penggunaan basikal dan mobiliti hijau untuk mengurangkan pengeluaran karbon. Kerajaan Negeri juga akan memastikan pembangunan di PSR akan bersifat hijau dan mesra alam. Yang Berhormat, walaupun pada dasarnya pihak Kerajaan Negeri tidak menghadapi implikasi kewangan yang berat, sekiranya pelaksanaan PSR tertangguh atau terbatal, kesan kehilangan projek ini terhadap ekonomi Pulau Pinang adalah sangat besar untuk jangka masa panjang. Ini adalah kerana sebagai sebuah negeri perindustrian, Pulau Pinang juga perlu menyediakan tanah untuk menarik pelabur asing yang baru pada masa depan dan bukan sekadar tanah, Yang Berhormat. Tanah tu memang mungkin boleh dicari tapi satu persekitaran yang patuh kepada ESG yang saya sebut tadi. Ini yang kita cuba nak buat di PSR dan ketiadaan tapak industri seperti green tech park ini bagi perkembangan industri berteknolgi tinggi masa depan bermakna Pulau Pinang akan kehilangan peluang untuk menarik pelaburan bernilai berpuluh billion ringgit. Ini akan menjejaskan reputasi Pulau Pinang sebagai sebuah destinasi pelaburan dan pertumbuhan ekonomi negeri pada masa depan. Malah implikasi lain kepada Pulau Pinang ialah kehilangan peluang pekerjaan, perniagaan dan pendapatan kepada rakyat dan syarikat tempatan yang menanti peluang. Ketiadaan projek ini juga bererti kehilangan peluang untuk kawasan selatan Pulau Pinang untuk menikmati kemajuan. Komuniti nelayan juga tidak dapat menikmati manfaat yang sedang dirancang dan diatur di bawah Pelan Pengurusan Impak Sosial dan program penglibatan komuniti yang dijenamakan sebagai PELITAKU. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Nanti saya ada sedikit pembetulan. Saya baru terperasan bahawanya saya mungkin telah pun silap sekali atau dua kali membaca tahun 2021 sebagai 2012. So saya sedikit maaflah pembetulan sedikit. Soalan tambahan, sila.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih YB. EXCO. Soalan tambahan saya, PSR ini memang merupakan satu projek mega yang dinampakkan begitu penting untuk menjana ekonomi untuk Negeri Pulau Pinang. Soalan saya adalah, tadi YB. EXCO juga ada sebut tentang ESG Environmental, Social, and Governance di mana ia akan merupakan satu kriteria yang penting untuk pelabur-pelabur untuk datang ke sesuatu kawasan untuk melabur. Adakah projek PSR yang kita akan lakukan ini bertepatan dengan kriteria di mana kita boleh mendapat pelabur untuk melaksanakan projek PSR sendiri ya, sebab antaranya salah satu isu adalah dana di mana kita dapat dana untuk menjalankan projek PSR ini?

Adakah green financing yang selalu dibincangkan sekarang? Adakah kita akan menggunakan cara ini untuk mendapatkan dana atau ada apa-apa cara lagi dan saya juga difahamkan kita juga ada menubuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga ada menubuhkan Penang Infrastructure Corporation ya dan boleh kita tahu bahawa berapa peruntukan yang telah diperuntukkan kepada PICSB ini dalam melaksanakan projek PSR ini? Ya, so itu adalah soalan saya. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker dan Yang Berhormat Machang Bubok. Sudah tentu Yang Berhormat seperti mana Yang Berhormat sedia maklum juga ESG ini adalah kriteria yang sangat penting dan kebaikan apabila kita membina sesuatu kawasan daripada baru iaitu dalam erti kata lain green field development dengan berbanding dengan brown field development dalam green field ini kita memang boleh mereka bentuk sesuatu daripada from scratch ya. Jadi apa-apa keperluan ESG yang diperlukan oleh syarikat-syarikat besar, syarikat-syarikat MMC dan sebagainya boleh kita memasukkan ke dalam reka bentuk supaya tak payah kita, you know nak buat retrospectively, jadi ini adalah kebaikannya. Tapi point hujah Yang Berhormat mengenai green financing itu amat menarik juga. Malah kita akan ada satu green financing workshop ya berkenaan perkara ini yang akan diadakan pada 4 Disember dan di mana akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Ketua Menteri sendiri dan ini adalah antara perkara yang kita lihat juga Yang Berhormat pun sangat arif mengenai perkara ini. Mengenai soalan atas peruntukan kepada Penang Infrastructure Corporation, Yang Berhormat Speaker yang tu saya perlu semak dahulu perangkaannya dan saya akan bagi pada Yang Berhormat. Terima kasih.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ketua Pembangkang dahulu.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Projek PSR adalah merupakan satu projek mega yang mungkin akan membiayai projek apa transportation yang lain, pengangkutan yang lain. Cuma saya nak satu penjelasanlah tentang pembangunan PSR ni menepati pembangunan konsep pembangunan lestari ataupun tidak dari segi pemuliharaan dan juga pemeliharaan alam sekitar? Sila jelaskan sebab saya risau bila kita peringkat awal ni semua kita boleh penuhi, semua boleh kita atasi tapi peringkat perlaksanaan tu akan menimbulkan masalah dalam konteks alam sekitar dan sebagainya. Yang kedua dari segi sesi pandangan awam, adakah ianya dijalankan secara menyeluruh ataupun dan telus ataupun hanya melibatkan pihak-pihak tertentu dibuat oleh pihak konsultan kerana kita nampak dia setakat 13,000 orang saya rasa mungkin tak memadai dan adakah dia ambil pandangan daripada NGO-NGO yang berkaitan dengan alam sekitar. Saya risau tentang alam sekitar.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua. Kerajaan Negeri sememangnya mendapat pandangan daripada semua pihak termasuk orang yang menyokong termasuk juga orang yang membantah sepertimana Yang Berhormat kata ada juga NGO-NGO yang membantah tapi ada juga NGO-NGO yang menyokong. Baru-baru ini Kerajaan Negeri juga telah mendapat surat sokongan daripada seribu lima ratus dua puluh satu penduduk di kawasan PSR antaranya empat ratus tiga puluh lima adalah nelayan sendiri yang telah menyokong projek ini. Dan sudah tentu Kerajaan Negeri juga memberi perhatian kepada semua perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua termasuk pemuliharaan alam sekitar khusunya dalam semasa pelaksanaan pembinaan dan penambakan. Semua itu diberi perhatian yang khusus dan juga untuk memastikan periuk nasi nelayan dapat dijaga sebaik yang mungkin. Kerajaan Negeri memang akur akan ada impact projek ini adalah projek yang besar, penambakan itu penambakan yang besar memang ada impact. Tapi semua langkah-langkah mitigasi telah diambil akan diambil malah semua banyak apa ni kajian-kajian telah dibuat termasuk dengan bantuan saintis-saintis daripada UKM, daripada konsultan yang bebas dan sebagainya untuk membantu kita mengolah langkah-langkah dan program ekologi offset, SIMP untuk nelayan dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Satu lagi.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih Dato' Speaker. Seperti mana kita sedia maklum, Lembaga Nelayan pada 8 September 2021 telah mengenepikan kelulusan EIA yang diluluskan pada 25 Jun tahun 2019. Apakah tindakan yang akan dilakukan oleh pihak PIC? Semakan semula kehakiman ataupun mengemukakan semula EIA ini akan mengambil masa yang agak lama, oleh itu apakah implikasi kewangan terhadap PIC dan apakah PIC akan lakukan sepanjang tempoh ini? Terima kasih, Dato' Speaker.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Dato' Speaker, soalan yang sama ini adalah dalam soalan 27 dan 37. Saya rasa saya akan jawab semasa soalan dua puluh tujuh la. Terima kasih yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey. Boleh. Saya izinkan dan saya nak menjemput soalan nombor tiga.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Terima kasih Dato' Speaker. Soalan saya nombor tiga. No. 3. Di bawah Pelan Tindakan Pembangunan Ekonomi Belia Negeri Pulau Pinang Pasca COVID-19 yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, apakah usaha yang telah diambil bagi memastikan golongan belia menguasai kemahiran

dan kebolehpasaran yang memenuhi permintaan pasaran terhadap pekerja yang menpunyai pendidikan tertiari?

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker. Saya menjawab soalan nombor tiga. Pelan Tindakan Pembangunan Ekonomi Belia Negeri Pulau Pinang Pasca COVID-19 yang telah dirangka oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Pejabat EXCO Belia dan Sukan bertujuan untuk membantu golongan belia di Negeri Pulau Pinang memainkan peranan mustahak untuk menjalankan, menjadikan Negeri Pulau Pinang pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara. Bagi memastikan golongan belia negeri ini menguasai kemahiran dan kebolehpasaran yang memenuhi permintaan pasaran terhadap pekerja yang mempunyai pendidikan tertiari, pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah mengambil usaha untuk mencapai objektif kedua yang terkandung dalam pelan tindakan berkenaan, iaitu membantu mengurangkan kadar pengganguran dalam kalangan belia dengan membantu mereka mendapatkan pekerjaan. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui PYDC mengambil strategi menggalakkan penyertaan golongan belia dalam program latihan industri dan perantisan. Program perantisan di bawah Program Penang Young Digital Talent menawarkan konsep pembelajaran berasaskan kerja yang merupakan gabungan latihan tempat kerja melalui pembelajaran berasakan kelas bagi menyediakan belia dengan kemahiran dan pengalaman yang lebih praktikal bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka agar memenuhi permintaan pasaran. Objektif kedua yang terkandung dalam pelan ini pula adalah menggalakkan kemasukan golongan belia ke sistem pendidikan tertiari dan memperkukuhkan potensi serta kualiti mahasiswa-mahasiswi. Untuk memperkukuhkan potensi serta kualiti mahasiswa-mahasiswi, strategi yang diambil adalah memperkukuh kerjasama bersama Institut Pendidikan Tinggi (IPT) dan industri. Dalam pada itu, Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah menandatangani Mutual of Understanding (MoU)...(dengan izin) Dato' Speaker, Certification of Collaboration (CoC) bersama empat belas buah IPT. Ini termasuklah Universiti Sains Malaysia (USM), UOW Malaysia KDU Penang University College, Penang Skills Development Center (PSDC), Han Chiang University College, SEGi College Penang, Tunku Abdul Rahman University College, Politeknik Seberang Perai, UNITAR International University, IPK College Penang, Management and Science University, Penang (MSU), INTI International College Penang, DISTED College Penang, Peninsula College Penang dan Advance Tertiary College (ATC) Penang. Dengan pemeteraian MoU tersebut, ia bertujuan untuk membangunkan, membantu dan mendorong penyelidikan, pendidikan, pemindahan kemahiran, pertukaran pelajar, keusahawanan, pencungkilan bakat, kerjaya graduan dan pembangunan program pemerkasaan belia secara holistik. Di samping itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga bertekad untuk meningkatkan kebolehpasaran golongan belia seperti dinyatakan dalam objektif pelan tindakan ini iaitu meningkatkan kebolehpasaran golongan belia dan menggalakkan penyertaan mereka dalam program pembelajaran sepanjang hayat. Strategi-strategi bagi mencapai objektif tersebut adalah termasuk meningkatkan kemahiran teknikal golongan belia dan yang kedua meningkatkan kemahiran insaniah golongan belia. Sehubungan dengan itu PYDC telah menjalankan program-program seperti Penang Young Digital Talent Programme ia adalah merupakan program pensijilan yang melayakkan golongan belia menerima sijil yang diperakui oleh Kerajaan Negeri dan pihak industri dilaksanakan iaitu Penang Young Digital Talent Program. Program Exabytes Digitalize Penang for Youth turut dianjurkan untuk memperkasakan lagi kemahiran teknikal berasaskan digital dalam kalangan

belia. Selain itu, reskilling, upskilling and new skilling,...(dengan izin) Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, PYDC Essential Skills Programme juga menawarkan sebanyak 8 modul untuk meningkatkan kebolehpasaran golongan belia dengan memperkasakan kemahiran teknikal dan insaniah mereka. Di samping itu penganjuran Penang Youth Resilience Superstars (PYRS) yang dianjur oleh Pertubuhan Wanita Mutiara Pulau Pinang bersama dengan PYDC turut bertujuan untuk membina daya tahan yang mempengaruh harga diri dan tingkah laku prososial berasaskan atau berdasarkan modul prinsip terapi tingkah laku kognitif latihan kemahiran sosial dan persediaan kognitif sebagai sebahagian daripada intervensi

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, jawapan yang panjang lebar. Sila

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih YB. EXCO. Soalan tambahan saya selain memastikan golongan belia menguasai kemahiran yang memenuhi permintaan pasaran, adakah Pelan Tindakan Pembangunan Ekonomi Belia Negeri Pulau Pinang melalui MMK Sukan juga akan memperkasakan golongan belia dari segi keusahawanan? Terima kasih.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih kepada soalan tambahan yang diberi oleh YB. Air Itam, memang ini satu soalan yang bagus. Ya, bahawa Pelan Tindakan Pembangunan Ekonomi Belia Negeri Pulau Pinang pasca COVID-19 yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu merangkumi dua (2) lagi objektif yang boleh menggalakkan penyertaan golongan belia dalam bidang usahawan serta membantu usahawan belia memulihkan perniagaan dan kekal berdaya saing dan mampan. Saya percaya dengan dua (2) objektif ini memang penting kerana selepas pandemik berlaku kita dapat lihat banyak usahawan-usahawan memerlukan bantuan untuk membina balik atau memulih balik perniagaan mereka. Untuk menggalakkan penyertaan belia dalam bidang keusahawanan strategik yang diambil oleh Kerajaan Negeri melalui PYDC adalah mendedahkan golongan belia kepada aktiviti perniagaan dan keusahawanan contohnya seperti Youth Entrepreneurship Forum case of Entrepreneurship dan bengkel penawaran kerjaya yang ketiga-tiga ini adalah untuk bertujuan memberi inspirasi kepada usahawan belia supaya lebih berdaya saing serta dinamik dengan inovasi dan teknologi masa kini. Di samping itu juga menawarkan platform bagi golongan belia untuk berinteraksi dan berkongsi idea keusahawanan yang inovatif serta mengembangkan idea keusahawanan mereka. Idea-idea yang disumbangkan oleh golongan belia itu juga akan diberi tumpuan oleh industri-industri, dengan izin Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri kerana kita telah menganjurkan bengkel atau pun forum yang bekerjasama dengan para industri yang terkenal di Negeri Pulau Pinang ini. Selain itu bagi mencapai objektif berkenaan strategi membangun memupuk dan membimbing usahawan belia melalui inisiatif berteraskan inkubator juga dilaksanakan melalui PYDC Youth Entraprenuership Challenge yang dianjurkan oleh PYDC baru-baru ini bersama dengan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Pulau Pinang dan bahagian belia Dewan Perniagaan Thiong Hua Pulau Pinang (PCCH) serta Dewan Perniagaan

dan Perindustrian Kaum India Malaysia (MICCI) Pulau Pinang telah disempurnakan pada 20 November 2021 oleh Y.A.B. Ketua Menteri. Seramai 40 kumpulan peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini untuk tahun 2021 jika dibandingkan dengan penyertaan pada tahun 2020 sebanyak 19 kumpulan, tahun ini ia bertambah sehingga 40 kumpulan peserta yang mengambil bahagian, jumlah penyertaan kumpulan bagi tahun ini bertambah ini menunjukkan bahawa memang menarik banyak minat dari segi golongan belia. Selain daripada itu juga ada golongan-golongan...(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat sila ringkaskan

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Golongan-golongan belia ambil perhatian dalam program tersebut malah untuk pertandingan tahun ini pusingan akhir juga diadakan secara hybrid di mana pameran dijalankan secara maya manakala perbentangan dan majlis anugerah dijalankan secara fizikal ia dapat memupuk dan memberi bimbingan serta mentoring kepada belia dalam bidang keusahawanan malah strategi ini turut memberi pendedahan kepada belia untuk menimba pengalaman secara praktikal dalam bidang keusahawanan untuk membantu usahawan belia memulihkan perniagaan dan kekal berdaya saing dan mampan, salah satu strategi adalah dengan menyediakan pelbagai bantuan dan perkhidmatan bagi membantu usahawan muda yang terkesan dalam pada itu Skim Pinjaman Kelangsungan Perniagaan (Skim PEKA 3.0), 30 peratus daripada skim itu adalah untuk diberikan peruntukan kepada golongan belia strategi mempersiapkan usahawan muda dengan penggunaan teknologi juga diimplikasikan

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat saya nak tanya berapa panjang lagi? Nanti semua yang ini dikecualikan dalam penggulungan

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Ya, finale paragraph. Ya, ya saya tidak akan berulang lagi

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila ringkaskan. Soalannya standard sahaja

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Strategi untuk mencapai objektif ini penggunaan aplikasi digital adalah penting dalam memulihkan mentransformasikan atau pun memulakan perniagaan dalam era digital. Sehubungan dengan itu Kerajaan Negeri bertekad bekerjasama dengan pelbagai pihak lagi untuk membantu usahawan muda untuk berdaya saing dan juga membantu mereka supaya mencapai hasrat mereka atau menjadi usahawan yang berjaya contohnya perantisan Young Digital mampu memacu perniagaan di atas talian bagi usahawan-usahawan muda. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan nombor 4 saya hendak persilakan.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, soalan saya soalan nombor 4. No. 4. Huraikan prestasi hasil Kerajaan Negeri mengikut komponen hasil dan perbelanjaan mengikut komponen perbelanjaan bagi tahun 2020 dan 2021 (terkini). (a) Bagaimanakah untuk menangani perbelanjaan emolumen dan perkhidmatan dan bekalan yang meningkat setiap tahun? (b) Huraikan perbelanjaan melawan COVID-19. (c) Bagaimanakah untuk meningkatkan hasil cukai tanpa membebankan rakyat?

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan dari Yang Berhormat Bukit Tambun anggaran hasil tahun 2020 adalah berjumlah RM519.16 juta dan Kerajaan Negeri hanya dapat mengutip hasil berjumlah RM467.28 juta atau 90.01 peratus kesan daripada pandemik COVID-19. Anggaran perbelanjaan bagi tahun yang sama adalah berjumlah RM792.66 juta dan prestasi perbelanjaan sebenar ialah RM734.06 juta iaitu (92.61 peratus berbanding anggaran. Bagi tahun 2021 pula anggaran hasil adalah berjumlah RM506.02 juta dan jumlah yang berjaya dikutip setakat 31 Oktober adalah RM574.56 juta iaitu 113.54 peratus Anggaran bajet mengurus bagi tahun 2021 adalah berjumlah RM909.82 juta termasuk caruman ke Kumpulan Wang Pembangunan Negeri berjumlah RM200 juta dan perbelanjaan mengurus sehingga 31 Oktober 2021 adalah berjumlah RM593.02 juta (65.18 peratus berbanding anggaran. Makluman kutipan hasil dan perbelanjaan mengurus mengikut komponen adalah seperti di Lampiran A yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas sesi soalan lisan ini. (a) Kerajaan Negeri telah mengambil pelbagai langkah untuk mengawal perbelanjaan emolumen dan perkhidmatan dan bekalan yang meningkat setiap tahun. Antara langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut : (i) Mengawal pewujudan jawatan-jawatan baharu agar peningkatan peruntukan emolumen dapat dikawal sewajarnya (ii) Melakukan kawalan dalam perbelanjaan peruntukan mengurus jabatan-jabatan negeri bagi memastikan perbelanjaan dilakukan secara berhemah dan mengelakkan pembaziran. (iii) Perolehan Kerajaan Negeri dilakukan selaras dengan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT). Kaedah perolehan yang diamalkan secara telus dan terbuka telah berjaya memberi nilai optimum dan value for money bagi perbelanjaan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri. (iv) Pembiayaan untuk projek-projek dan program dikawal agar keutamaan diberikan kepada perbelanjaan yang benar-benar perlu sahaja. Antara perbelanjaan yang diberi keutamaan adalah Program Bantuan Khas (Penang Lawan COVID-19)

untuk membantu rakyat Pulau Pinang yang terjejas akibat pandemik ini dan meransang semula pertumbuhan ekonomi negeri. (b) Bagi perbelanjaan berkaitan pandemik COVID-19, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan berjumlah RM191.21 juta untuk membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik ini. Peruntukan ini merangkumi 5 Fasa Pakej Bantuan Khas Penang Lawan COVID-19 berjumlah RM176.44 juta dan insentif tambahan tahun 2021 berjumlah RM14.77 juta. Senarai bantuan di bawah pakej ini mengikut fasa adalah di dalam Lampiran B yang akan juga diberikan kepada Yang Berhormat. (c) Di antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan hasil cukai tanpa membebankan rakyat adalah: (i) Pemantauan tunggakan oleh Jawatankuasa Tunggakan Hasil; (ii) Pemantauan kutipan tunggakan hasil tanah oleh pasukan petugas khas yang diwujudkan di peringkat pejabat daerah dan tanah; (iii) Tindakan perampasan bagi tunggakan cukai tanah yang melebihi RM10,000.00 atau lima (5) tahun ke atas bagi amaun yang rendah; (iv) Pengelasan Tanah Desa kepada Tanah Bandar; (v) Pelaksanaan Task Force Interim Register iaitu proses tukar ganti hak milik IR kepada hakmilik di bawah Kanun Tanah Negara. (vi) Alternatif hasil Kerajaan Negeri selain cukai tanah dan Premium ubah syarat yang berkaitan dengan pengurusan tanah; dan (vii) Alternatif hasil-hasil lain yang tidak berkaitan dengan urusan tanah melibatkan terimaan daripada Jabatan Negeri seperti cukai hiburan, lesen dan bayaran pendaftaran dan permit. Bayaran perkhidmatan perolehan jualan barang-barang sewaan keuntungan pembiayaan dan perolehan pelaburan denda dan hukuman, sumbangan dan bayaran ganti serta pemberian daripada Kerajaan Persekutuan. Terima kasih

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sila.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Padang Kota atas peningkatan pendapatan iaitu RM574 juta berbanding dengan anggaran RM506 juta dan juga penurunan atau pembelanjaan yang lebih berhemah hanya 65 peratus daripada perbelanjaan yang dianggarkan. Di sini persoalan saya, apakah yang menjurus kepada peningkatan hasil sehingga 31 Oktober sudah lebih kurang RM68 juta dan juga apakah yang menyebabkan perbelanjaan sebenar ini hanya melibatkan 65 peratus dan satu lagi soalan lebih kepada hasil pada tahun 2020 iaitu walaupun pungutan hasil bukan cukai menurun sepanjang tiga tahun tetapi faedah dan perolehan dari pelaburan telah meningkat sebanyak RM44.8 juta pada tahun 2020 berbanding 2019. Persoalannya, apakah jenis pelaburan utama oleh Kerajaan Negeri? Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima Kasih Yang Berhormat Bukit Tambun atas soalan tambahan. Mengenai anggaran hasil ataupun pungutan yang melebihi dari apa yang dianggarkan ianya terdiri dari bayaran yang tidak dijangka. Misalnya bayaran premium tanah yang kita terima hasil daripada pengkelasan semula tanah-tanah pajakan kepada tanah-tanah freehold yang kita terima pada tahun yang berkenaan dan mengenai perbelanjaan yang kurang daripada apa yang dianggarkan adalah disebabkan oleh pandemik COVID ada projek-projek yang tidak dapat dijalankan ataupun dijalankan tetapi mengambil masa yang tidak menggunakan peruntukan yang sebenarnya tetapi perlu disambung pada tahun seterusnya. Jadi ini merupakan penjimatan daripada peruntukan asal tetapi ini tidak bermakna projek itu tidak berjalan cuma mungkin dianggarkan mula pada quarter yang pertama tetapi sebenarnya mula pada quarter yang keempat maka pembelanjaan tidak dapat dilakukan dengan sepenuhnya dalam tahun yang dibajetkan itu. Mengenai soalan yang kedua berhubung dengan pelaburan, sukacita dimaklumkan pelaburan Kerajaan Negeri tumpu kepada saham-saham yang di ada di Bursa Saham Kuala Lumpur dan kita ada dua buah syarikat pelaburan yang menjadi penasihat kepada Kerajaan Negeri dan sememangnya pada tahun ini apabila saya membentangkan bajet tahun 2022 ini akan diterangkan bahawa segi, dari segi pulangan daripada pelabuhan pelaburan saham ini juga, terjejas juga dan kurang daripada apa yang kita lazim terima pada tahun-tahun sebelum ini. Sebenarnya pun ada satu soalan daripada Yang Berhormat yang akan dijawab nanti. Terima Kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya nak jemput soalan nombor 5.

(YB. Lee Chun Kit) Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Saya kerap tanya soalan ini kerana amat penting kepada kawasan saya. Soalan saya nombor 5. Terima kasih. No. 5. Projek Gurney Wharf adalah amat penting untuk KADUN Pulau Tikus.

(a) Apakah status terkini projek Gurney Wharf? (b) Apakah reka bentuk dan komponen-komponen terkini dalam projek Gurney Wharf? (c) Apakah anggaran jangka masa yang ditetapkan bagi menyiapkan projek Gurney Wharf?

Terima kasih kepada Dato' Speaker dan kepada rakan saya daripada Pulau Tikus, atas soalan yang penting iaitu berkenaan projek Gurney Wharf dan apakah status dia yang terkini dan komponen-komponen disitu. Untuk makluman semua Ahli Dewan, kita telahpun putuskan supaya perolehan projek ini dilaksanakan secara tender terbuka untuk memberi peluang kepada lebih ramai pihak kontraktor berkelayakan untuk terlibat dan dapat beri tawaran harga yang lebih kompetitif kepada Kerajaan Negeri.

Untuk makluman semua juga, kita telah putuskan supaya JKR (Jabatan Kerja Raya) selaku pegawai penguasa ataupun dengan izin superintendent officer telah memutuskan agar (5) lima tender dibuka di mana satu tender adalah untuk pelantikan Kontraktor Utama. The main kontraktor dan bagi pelaksanaan Main Buildings Works dan kita ada (4) empat subkontraktor, we call it...(dengan izin) nominated sub-contractor untuk kerja-kerja seperti berikut iaitu. Kerja Penyediaan Landskap Taman iaitu soft landscape, Kerja-kerja penyediaan kawasan permainan The Skate Park and Playground...(dengan izin) Dato', nombor tiga (3) Kerja-kerja Kejuruteraan Pantai or Marine Engineering...(dengan izin), and finally nombor (4) (dengan izin)...Steel Roof Work untuk beberapa komponen terutamanya astaka yang akan dibina. Dato' Speaker dan rakan-rakan saya, tender untuk pelantikan kontraktor utama telah kita buka pada 15 Oktober tahun ini dan akan ditutup ataupun saya ingat sudah pun ditutup baru – baru ini iaitu pada 22 November dan pelantikan kita harap akan dapat dibuat pada akhir tahun ini, Dato' Speaker supaya kita boleh as soon as Surat Setuju Terima diterima. Kita akan buat kerja-kerja di situ. Tender bagi kerja-kerja Penyediaan Landskap Taman sekarang sedang diteliti bersama dengan konsultan dan dijangka juga akan dibuka pada akhir bulan ini anytime now dan akan disusuli dengan Tender Kerja Penyediaan Kawasan Permainan yang kita akan jangka sekarang untuk dibuat pada akhir tahun ini. Dan sama juga dengan kerja-kerja, tender bagi kerja-kerja Kejuruteraan Pantai dan Tender Steel Roof Works. Kita ada banyak kompenen disini mungkin saya hendak perulang just peringati semualah. Ini projek sudah pun lama dan dilewatkan akibat pandemik tetapi pada mulanya kita ada dua fasa untuk projek ini tetapi memandangkan ada kelewatan kita buat keputusan untuk menjenamakan fasa itu sebagai keutamaan or priority kerana fasa itu bermaksud kita perlu habis fasa yang sebelum-sebelum fasa yang akan boleh berlangsung. Jadi kita ambil pendekatan kalau boleh kita hendak buat secara priority supaya dimana-mana komponen tersebut yang boleh dilaksanakan secara serentak akan dibuat sedemikian rupa, Dato’ Speaker. So kita bahagikan kepada priority 1 dan priority 2. Priority 1 adalah terdiri daripada komponen seperti berikut Dato’ Speaker. iaitu Kawasan landskap dan taman rekreasi termasuk landskap kawasan Expressway Reserve kerana dalam Wharf, Gurney Whalf kita ada juga satu perancangan untuk satu Expressway iaitu jalan raya tetapi sementara kita hendak buat itu Expressway itu juga kita akan jadikan seperti satu taman because we can't just it bare there, is number 1. Of course, kita ada Kawasan Permainan Kanak-Kanak, kita ada Kawasan Permainan Skate Park...(dengan izin), kita ada Anjung Tinjau ataupun (dengan izin)...Viewing Deck at the South Vantage Point of course kita ada kemudahan awam seperti Tandas Awam very important kita ada Promenade Pejalan Kaki actually kalau kita lihat sekarang sudahpun siap itu. Kita ada Kiosk Penjaja. Untuk makluman semua di sini, astaka kita akan bina yang lebih besar di bahagian Utara Wharf yang akan menempatkan semula astaka yang sedia ada tetapi di bahagian Selatan Wharf iaitu kepada Jalan Pangkor kita lihat keseluruhan jajaran atau length is 1.2 kilometer Dato' Speaker. So we have decided also on the southern part of the Wharf, (dengan izin)...we were put many kiosk to have hawkers center so people can also have their drinks and foods while their walking on the southern parks of the Wharf. Of course, kita ada beberapa tempat letak kereta in fact tiga yang terbesar will be on astaka side that is bertingkat and then we have two more one on the middle and one of the southern part towards on Pangkor area. And of course, in priority No 1 yang terpenting juga yang juga diputuskan dalam keputusan kita berkenaan Wharf adalah penambakkan semula dua Kawasan Perairan we calling water bodies there are two water bodies Yang Amat, Yang Berhormat Dato’ Speaker on the Northern side closer to current astaka, (dengan izin)...which is estimated at the around 50 acres which is very big projek as well for us yang kita hendak jalankan dengan secepat mungkin kerana tenaga kerja sudahpun ada disitu. Oleh yang demikian kita punya seratus lebih daily 120 acres sudah

pun siap, so we are going to use our work force to go into two water bodies as part of priority no one component. Saya teruskan Priority no 2 iaitu keutamaan no 2 adalah terdiri oleh beberapa komponen seperti berikut iaitu sebahagian lagi kawasan landskap second part and Taman Reakreasi and of course we go back North on the Wharf on the Wharf Taman ataupun astaka kita Hawkers Center yang adalah begitu besar sekali Dato’ Speaker. Kita dapat menampung 200 tempat untuk penjaja berbanding dengan sekarang kita ada 139 dibahagian astaka di kawasan Gurney Drive dekat itu punya roundabout yang kita selalu mengunjung. Of course, kita juga akan adakan satu Kedai Serbaneka another viewing that this on the north point tadi saya nyatakan south vantage ini adalah North Vantage point and then of course on that side kemudahan awam like tandas and so forth, that is standard. We also have few more kiosk penjaja di situ like I says tempat letak kenderaan bertingkat and terbuka the biggest one will be on astaka North side and the big think also Dato' Speaker kita akan adakan satu kawasan pantai, a man-made beach and the broad walk that is going to happen that will be on the centre park of entire Wharf. We have Priority 2 water gardens of course other facilities like perparitan because that comes into play on the Northern side in Priority 2. Kita juga akan ada storm water channel and also very interesting Dato’ Speaker kita akan bina satu jeti, water taxi kerana kita harap Gurney Wharf ini dapat berhubung dengan dengan pulau baru dihadapan dia iaitu STP 2A, STP 2B dan 3 yang sedang ditambak sekarang. So we are getting ready that of course other facilities like surau. Kita juga ada penambakkan water body, I said that before just now the two (2) other water bodies. So Dato Speaker untuk menjawab rakan saya daripada Pulau Tikus, we actually on top of all this component which is part in parcel of agreement are actually looking in two several of other components which is in the stage of discussion of the moment in relation to jangka masa Dato’ Speaker. Anggaran jangka masa kita, yang kita perlukan untuk siapkan Gurney Wharf, is not very long, Dato' Speaker. But for the pandemic, actually our intention was to have that a groundbreaking last December. But now, most likely it will happen next month this December by my own Chief Minister and even the Governor of Penang has shown interest in man interest in this project, and we hope that we can go on the ground to have that groundbreaking. So kita bahagikan kedua-dua priority ini, satu dan dua tadi ini saya sebut. Yang satu akan dimulakan Januari tahun depan which is another few week’s times for 12 months dan kita harap dapat jangka kita siap pada suku keempat 2022, dan 2022 December that is the whole plan we will have the new year celebration for 2023 at the Wharf, this is our intention, our objective and I very certain we can archive it. Untuk Priority 2 pula, kita akan mula sepertimana saya nyatakan serentak 22, tapi ini adalah untuk tempoh lebih panjang 30 bulan secara berperingkat, kita akan harap dapat disiapkan pada akhir 23. And the until the second half of 24, because of the biggest structures that need to be built, so we are looking all in all priority 1 end of next year. Priority 2, some of it will be end of 2023 and all of it will be second quarter of 24. So, itulah soalan, jawapan saya kepada soalan ini yang begitu penting adalah satu ikon baru, terbaru kepada Negeri Pulau Pinang untuk rakyat Pulau Pinang kerana ini semua adalah kemudahan awam untuk mereka. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Soalan tambahan, boleh?

Yang di-Pertua (Speaker)

Satu jam tiga puluh minit untuk soalan lisan telah pun tamat dengan melalut melebihi sedikit masa kecederaan. Selaras dengan Subperaturan 26 (7), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Terima kasih kepada semua.

Y.A.B. Ketua Menteri:

Yang Berhormat Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi, akan diletakkan di atas meja Ahli-Ahli yang bertanya, dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum kita beralih ke sesi yang seterusnya selaras dengan Perkara 15 (3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya selaku Yang di-Pertua Dewan ingin mengusulkan kepada Dewan yang mulia ini, bahawasanya aturan urusan mesyuarat dipinda supaya Dewan boleh mempertimbangkan Rang Undang-Undang Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang 2021 terlebih dahulu. Perbentangan Bajet 2022, akan ditangguhkan ke sesi petang pada hari ini. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat yang sokong dan setuju, katakan “Ya”.

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya”.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju, katakan “Tidak”. Setuju semua. Usul dipersetujui.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang 2021.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk menubuhkan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dan untuk mengadakan peruntukan-peruntukan yang berkait dengannya, dibacakan bagi kali yang pertama.

Yang di-Pertua (Speaker)

Siapa akan sokong?

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Kali pertama. Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Nanti saya kena minta sokongan.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Okey.

Yang di-Pertua (Speaker)

Siapa sokong?

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Saya teruskan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang sokong?

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen Untuk Menubuhkan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, dan untuk mengadakan peruntukan-peruntukan yang berkait dengannya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Rang Undang-Undang telah pun dibacakan bagi kali yang pertama.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, mengikut Peraturan 59, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mencadangkan bacaan kali yang kedua Rang Undang-Undang ini diteruskan dengan serta merta. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua...(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Nanti.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Setiausaha.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Oh ya, Setiausaha.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang 2021, bacaan kali kedua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen Untuk Menubuhkan

Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dan untuk mengadakan peruntukan-peruntukan yang berkait dengannya dibacakan bagi kali yang kedua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh, sila.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Ya, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan. Salam Sejahtera. Saya dengan penuh takzim berdiri dalam Dewan yang mulia ini untuk mengemukakan satu usul cadangan pembaharuan Rang Undang-Undang Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang 2021 seperti yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada 28 Oktober 2021 dan telah diluluskan pada tarikh yang sama untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Dewan yang mulia ini. Pembaharuan Undang-Undang Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang ini bertujuan untuk memperbaharui dasar-dasar lama dan memperuntukkan kuasa-kuasa baru untuk Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang telah ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang 1972. Perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang adalah berteraskan dan berpandukan garis panduan yang ditetapkan oleh Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang 1972. Pembaharuan enakmen ini digubal mengikut peredaran masa serta berdasarkan perundangan terkini. Selain itu, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang juga memperkasakan perkara-perkara baharu yang lebih relevan dan dinamik seiring dengan usaha Kerajaan Negeri dalam polisi dan institution reform dalam Visi Penang2030. Selaras dengan inisiatif C4 dalam Visi Penang2030 iaitu mempercepatkan penyampaian program dan pembaharuan institusi, enakmen ini dapat membantu memperkukuhkan sistem pentadbiran dan institusi supaya menjadi lebih efektif serta efisien dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Enakmen ini dapat mengukuhkan lagi penstrukturan semula keahlian Lembaga Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Ahli-ahli yang dilantik adalah terdiri daripada pihak dan individu yang dapat memberi sumbangan idea, khidmat nasihat serta tenaga ke arah memperkasakan tadbir urus dan meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian perkhidmatan perpustakaan. Dari aspek pengurusan kewangan, pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dapat memastikan pengurusan kewangan adalah lebih terkawal dan sistematik, seterusnya diuruskan dengan lebih berintegriti berikutan adanya punca kuasa yang mengawal perbelanjaan yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus. Dengan adanya pindaan enakmen ini juga, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dapat menstrukturkan semula perjawatan iaitu jaminan kerjaya kepada kakitangan dengan memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk memajukan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi.

Penggubalan Rang Undang-Undang Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang 2021, adalah mengkaji semula dasar-dasar yang sedia ada, mencadangkan dasar-dasar yang baru dan menetapkan laras bahasa perundangan moden. Dasar-dasar yang perlu diterjemahkan ke dalam bentuk perundangan, dipastikan berupaya mempunyai kesan undang-undang yang efektif, dan tidak berupaya dilaksanakan secara pentadiran melainkan memerlukan kuasa perundangan terlebih dahulu. Enakmen yang diperbaharui ini menumpukan kepada ayat-ayat perundangan sedia ada yang boleh diubah ke dalam Bahasa Melayu Moden tanpa mengubah ketetapan undang-undang yang asal. Dasar-dasar baru yang dipersetujui oleh Kerajaan Negeri serta peruntukan baru digubal mengikut laras bahasa, dan istilah undang-undang terkini untuk dipastikan penterjemahan dasar itu dibuat secara tepat sepertimana dasar berkenaan diputuskan. Rang Undang-Undang Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang 2021 ini memberi pertimbangan kepada perkara-perkara baru iaitu perkara-perkara dasar yang akan digugurkan, dasar-dasar yang diperbaharui serta peruntukan undang-undang yang diolah seperti berikut :

(a) Untuk memastikan tafsiran yang digunakan bertepatan dan bersesuaian dengan situasi semasa, tafsiran diolah semula bagi memperkukuh serta memperjelaskan dengan lebih mendalam suatu perkataan dan frasa yang digunakan di dalam enakmen ini; (b) Keanggotaan Ahli Lembaga Perbadanan dikemaskini dengan menggugurkan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia dan Pengarah Pelajaran daripada Keanggotaan Lembaga dengan memasukkan dua (2) ahli umum menjadikan jumlah ahli-ahli lain seramai lapan (8) orang; (c) Pengurusan Sumber Manusia dari segi kelayakan yang bersesuaian sebagai sandaran bagi mengisi jawatan Pengarah, Perpustakawan, pegawai dan penjawat Perbadanan. Syarat-syarat pelantikan Pengarah dan Pustakawan dikemaskini dengan mengambil kira kelayakan-kelayakan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Keperluan syarat-syarat pelantikan yang lebih tepat ia membolehkan Lembaga melantik orang yang benar-benar berkelayakan; (d) Mengambil kira keperluan semasa, enakmen ini membolehkan Perbadanan memberi pinjaman bagi pembelian apa-apa perkara yang dalam pandangan Perbadanan layak diberi kepada pegawai atau pekerja; (e) Peruntukan undang-undang terkini, memberi kuasa kepada Perbadanan mempertimbangkan keahlian bagi individu yang tinggal menetap di luar Malaysia, bagi membolehkan perkhidmatan dan pelaksanaan aktiviti bukan sahaja dapat dimanafaatkan oleh rakyat tempatan malah diperluaskan kepada orang yang tinggal di luar Malaysia; (f) Memperkukuhkan kuasa Lembaga untuk menetapkan apa-apa kadar dan mengutip bayaran yang berkaitan dengan perkhidmatan Perbadanan termasuk memberi kuasa kepada Pengarah untuk menetapkan apa-apa kadar dan kutipan yang bersesuaian terhadap perkhidmatan yang dilaksanakan; (g) Peruntukan undang-undang terkini juga memberi kuasa kepada Perbadanan sebagai Pusat Penyerahan Negeri bagi memastikan nilai dan khazanah bahan setiap bahan terbitan Negeri terpelihara dan ada sepanjang masa dalam simpanan Perpustakaan. Mana-mana orang yang gagal menyerahkan bahan boleh dikenakan hukuman sepertimana yang diperuntukkan dalam Rang Undang-Undang yang dicadangkan; dan

(h) Bagi memastikan jaminan keselamatan harta benda di perpustakaan, nilai hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh para pengguna telah dinaikkan sesuai dengan peredaran semasa. Draf Rang Undang-Undang Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang 2021 terdiri daripada 10 bahagian iaitu: (a) Bahagian 1- Permulaan Terdiri daripada tajuk ringkas dan permulaan kuatkuasa serta tafsiran.

(b) Bahagian 2 - Perbadanan Bahagian ini jelaskan berkenaan penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Menterai Perbadanan, Keanggotaan Lembaga, Setiausaha Lembaga, Mesyuarat, Lembaga, Kuorum dan mewakilkan Kuasa.

(c) Bahagian 3 - Pengarah, Pegawai dan Penjawat Perbadanan Bahagian ini memperuntukan kuasa kepada Lembaga dan Perbadanan untuk melantik Pengarah Perbadanan, Pustakawan, Pegawai dan Penjawat Perbadanan. Selain itu Pengerusi hendaklah menjadi Ketua Pegawai Mengurus manakala Pengarah menjadi Ketua Eksekutif Perbadanan. Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948, kuasa menggunakan penasihat-penasihat dan Pejabat Perbadanan turut dinyatakan di bahagian ini.

(d) Bahagian 4 - Kewajipan-kewajipan dan Kuasa-kuasa Perbadanan. Bahagian ini menjelaskan tugas-tugas Perbadanan, kuasa-kuasa Perbadanan, kuasa meminjam dan kuasa memberi pinjaman.

(e) Bahagian 5 - Ahli Perpustakaan Awam. Bahagian ini menjelaskan keahlian Perpustakaan yang terdiri daripada orang yang tinggal dan menetap di dalam Negeri, negeri-negeri di Malaysia ataupun di luar Malaysia yang tertakluk kepada syarat dan peraturan di bawah Seksyen 38.

(f) Bahagian 6 - Kumpulan Wang dan Hasil Perbadanan. Bahagian ini diperuntukkan bagi penubuhan satu Kumpulan Wang Perbadanan; penggunaan Kumpulan Wang Perbadanan; kuasa melabur yang dibenarkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208] atau mengikut apa-apa cara yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri, akaun bank, perbelanjaan, penyediaan anggaran akaun dan audit serta kuasa Perbadanan mengenakan bayaran perkhidmatan.

(g) Bahagian 7 - Pusat Penyerahan Negeri Bahagian ini merupakan dasar baharu yang memperuntukkan kuasa kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang sebagai Pusat Penyerahan Negeri, penyerahan bahan yang diterbitkan di dalam Negeri, pemuliharaan, pendaftaran bahan, bibliografi Negeri dan rekod statistik, pelupusan bahan serta kewajipan sebagai tambahan kepada kewajipan di bawah undang-undang lain.

(h) Bahagian 8 - Pelbagai Bahagian ini meliputi kesalahan-kesalahan, kuasa untuk membuat peraturan-peraturan tetap, kuasa untuk membuat peraturan-peraturan dan kuasa untuk mengawal penerbitan.

(i) Bahagian 9 - Pembubaran Perbadanan Bahagian ini berkaitan pembubaran Perbadanan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

(j) Bahagian 10 - Am Bahagian ini mengandungi peruntukan am seperti obligasi menyimpan rahsia, kecualian dan peralihan serta pembatalan Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang 1972.

(k) Jadual Pertama Bahagian ini menjelaskan bilangan naskah bahan yang perlu diserahkan kepada Perbadanan.

(l) Jadual Kedua Bahagian ini menjelaskan bilangan naskah dan perihal naskah terbaik bahan yang diterbitkan.

Oleh yang demikian, saya memohon sokongan daripada Dewan yang mulia ini terhadap Usul Cadangan Pembaharuan Undang-Undang dan Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang 2021 ini. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Penyokong?

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Saya ingin mengambil kesempatan untuk berbahas dalam Rang Undang-Undang Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang yang telah dikemukakan oleh ADUN Perai. Perpustakaan merupakan aset penting dalam pembangunan masyarakat dan pembinaan budaya ilmu. Ia

memainkan peranan yang penting untuk orang awam terutamanya golongan terpelajar untuk mendapatkan bahan rujukan serta informasi pelajaran dan penyelidikan. Selain itu, ia juga merupakan pusat kegiatan belajar bagi orang awam untuk membaca buku, video, menikmati sudut bertema dan kemudahan lain yang menyimpan kekayaan tersirat luar biasa yang terdapat manfaatkan pembangunan peribadi dan perkembangan ilmu pengetahuan. Saya masih ingat, 30 tahun yang lepas memang saya juga sentiasa turun ke perpustakaan untuk mencari maklumat ataupun belajar, berkongsi, berbincang dan selainnya. Untuk memberikan perkhidmatan yang lebih sistematik, terancang dan efektif, penstrukturan semula Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang adalah amat diperlukan supaya ia dapat memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat sama ada di bandar mahupun di luar bandar dalam era perkembangan teknologi yang amat pesat, pada masa kini. Dalam pada itu, proses pendigitalan atas bahan bacaan merupakan satu trend baru yang perlu dan diambil berat di mana bahan bacaan dalam format digital atau e-book bukan sahaja mudah dicapai selagi sambung internet, malah ia juga boleh dikongsi atau diakses oleh golongan pengguna pada masa yang sama. Di samping itu, dengan kandungan yang berstruktur, pengguna juga mampu menggunakan pelbagai istilah, carian yang berkaitan dengan perkataan atau ayat melalui platform atau bahan bacaan digital tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, dengan adanya Pengurusan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang yang lebih berintegriti dan sistematik, pihak Perpustakaan Awam juga dapat bekerjasama dengan pihak sekolah, institusi pengajian tinggi mahupun sektor swasta dan indusri perkilangan supaya kemudahan perpustakaan dapat disampaikan kepada semua golongan pihak, golongan masyarakat dalam mencapai, mengamal pembinaan dan perkembangan intelek masyarakat dan juga mempromosikan budaya membaca. Dengan adanya ini, masyarakat Negeri Pulau Pinang dapat didedahkan kepada koleksi bahan bacaan yang menyeluruh. Mereka juga berpeluang untuk mengenali pelbagai karya yang dihasilkan oleh pelbagai penulis, penghayatan gaya sastera yang berlainan akan membantu melestarikan ilmu pengetahuan, warisan budaya, sejarah dan sebagainya serta merancakkan semangat pembentukan negara kita dan masyarakat moden. Contohnya, pagi ini, saya percaya semua ADUN di atas meja ada satu buku, buku Batu Lancang in the Olden Days, di mana Dato’ Speaker, memang satu buku yang baik, tadi saya telah baca di mana ada Jelutong Market, ada Jalan Perak dan juga old days yang bagus apa yang dicatatkan di Batu Lancang. Saya kira buku ini memang baik dan telah dilancarkan oleh ADUN Batu Lancang baru-baru ini, kalau tak silap, semalam. Ini satu bahan bacaan yang memang penting supaya generasi muda, mereka bolehlah mencari, memahami old days, apa yang berlaku, apa yang sebenarnya Batu Lancang dan juga apa yang dikembangkan sehingga kini tahun 2021. Dan bahan bacaan ini saya rasa, lebih banyak pengunjung-pengunjung juga boleh berkongsi di perpustakaan. Mungkin ADUN Batu Lancang kita minta, beliau boleh menyumbang kepada Perpustakaan Negeri Pulau Pinang supaya mereka akan edarkan kepada setiap perpustakaan termasuk perpustakaan desa, semualah rakyat jelata dapat kongsi dan juga di sini juga ada digital version iaitu e-book. Memang ini penting untuk semua orang. Dengan ini mengambil banyak individual dalam kalangan masyarakat dapatlah berpeluang mengenali keunikan dan sejarah untuk kawasan Batu Lancang. Khususnya Pembaharuan Undang-Undang bagi Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang merupakan anjakan paradigma yang tepat pada masanya untuk membentuk modal insan serta masyarakat Negeri Pulau Pinang yang berilmu, progresif, berakhlak dan berdaya saing tinggi. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Jermal. Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita berada dalam sesi perbahasan atas Rang Undang-Undang Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang 2021. Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil sesi perbahasan, sila. Ya, Bagan Dalam, sila.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Boleh buka mask tak? Parlimen UK benarkan buka mask.

Yang di-Pertua (Speaker)

Parlimen itu Parlimen. Sini, ruang Dewan Persidangan kita tak sama.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Cuba nasib sahaja. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Perai yang telah membawa atau membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang 2021. Dato’ Yang di-Pertua, saya berbangga untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang 2021 ini kerana Perpustakaan Pulau Pinang adalah sebahagian penting dalam sejarah perpustakaan di negara ini sendiri. Walaupun tadi saya telah membuat sedikit research, walaupun kita nampak nusantara ini ataupun Tanah Melayu sendiri pernah ada beberapa perpustakaan masa pemerintahan Sriwijaya dan juga Majapahit, tidak satu sejarah yang menyatakan wujudnya satu perpustakaan sebelum Perpustakaan Pulau Pinang ataupun Penang Library diwujudkan pada 1817, tahun 1817 adalah Perpustakaan Pertama di negara ini, diwujudkan di Pulau Pinang, Penang Library. Selepas itu pada tahun 1881, Perpustakaan Melaka atau Malacca Library ditubuhkan dan KL Book Club, pada akhir abad ke-19, telah ditubuhkan. Bermakna Pulau Pinang ada sejarahnya tersendiri di mana kita adalah rumah kepada perpustakaan tertua di Malaysia. Dan kita lihat kepada sejarah di Perpustakaan Pulau Pinang ini pada awalnya ia adalah satu kelab eksklusif pada masa itu, mungkin hanya untuk orang Inggeris sahaja. Kalau seseorang nak jadi ahli, perlu dapatkan sokongan dua pertiga daripada kesemua ahli yang sedia ada untuk menjadi ahli perpustakaan. Ini adalah catatan sejarah dan pada end of 1890 centuries, penglibatan Kerajaan Selat pada masa itu telah membuka peluang kepada orang awam untuk masuk ke dalam Penang Library ini. Dato’ Yang di-Pertua, walaupun Perpustakaan Pulau Pinang adalah tertua di Malaysia tetapi ia telah di bawah dalam satu struktur pada tahun 1972 dan hari ini adalah 49 tahun, enakmen yang kita guna pakai untuk Perpustakaan Awam Pulau Pinang ini. Dan saya melihat kepada enakmen lama itu, mungkin dalam 50 tahun lagi mereka yang membaca enakmen lama tidak akan dapat kenal sesetengah perkataan. Tadi saya pun telah melihat ada juga perkataan-perkataan yang tidak diguna pakai oleh kita lagi dan saya menyokong dan juga mengalu-alukan usaha Kerajaan Negeri untuk memperbaharui Rang Undang-Undang Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam ini selari dengan Visi 2030 Pulau Pinang, visi 2030 ini. Dato’ Yang di-Pertua, seperti yang saya nyatakan tadi, Perpustakaan Pulau Pinang ada sejarahnya tersendiri di mana kita adalah terawal dan mengikut sejarah, yang kedua adalah mungkin perpustakaan di FRIM, di Kuala Lumpur dan kita perlulah jaga perpustakaan ini dan

saya rasakan enakmen ini cukup relevan dengan peredaran masa kerana saya nampak ada bahagian-bahagian yang akan memodenkan pentadbiran perpustakaan kita dengan peredaran masa dan juga ia akan memelihara institusi perpustakaan itu sendiri di Pulau Pinang. Dato’ Yang Di-Pertua, enakmen ini dibentang untuk kelulusan Dewan yang mulia ini kerana enakmen yang digunapakai adalah boleh dikatakan lapok dan saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah juga kepada Dato’ PUU yang mengambil usaha atau inisiatif untuk memperbaharui Rang Undang-Undang yang lama bukan yang ini sahaja ada Rang Undang-Undang yang lama ada juga yang enakmen-enakmen yang lama sedang diperbaharui dalam Sidang Dewan kali ini dan saya mengucapkan tahniah atas usaha tersebut ia adalah selari dengan visi 2030 yang telah saya nyatakan tadi. Dato’ Yang Di-Pertua secara peribadi saya cukup bangga sebab sebagai seorang kanak-kanak yang membesar pada tahun 90-an perpustakaan ini adalah satu institusi yang penting untuk kami semua. Masa itu tiada smartphone komputer pun komputer lama Google pun tak ada masa itu masa kami belajar di sekolah. Sekolah menengah semua kalau saya betul dan kami terpaksalah bergantung kepada perpustakaan untuk rujukan-rujukan, buku-buku rujukan dan juga rujukan lain. Saya sendiri adalah pengunjung perpustakaan di Seberang Jaya itu. Apabila saya hadiri program yang dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun pada dua minggu lepas nostalgia telah kembalilah di mana, di mana kami duduk bersembang semua perkara itu telah melintas fikiran saya dan saya bangga saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang ini pada hari ini Dato’ Yang dipertua. Saya perlu menyatakan di sini koleksi bacaan buku ataupun bahan-bahan pengetahuan yang ada di Perpustakaan Awam Pulau Pinang telah membantu saya untuk pengembangan diri saya dan juga untuk pengembangan pengetahuan diri saya. Saya berterima kasih kepada Perpustakaan Awam Pulau Pinang di saat ini. Dato’ Yang Di-Pertua perpustakaan kita adalah pusat sumber yang menyimpan pelbagai koleksi pengetahuan bukan sahaja simpan tetapi juga memelihara koleksi pengetahuan itu bertahun lamanya. Sebagai contoh satu Bible yang berusia 344 tahun yang diterbitkan pada tahun 1677. I think more than hundred three years sudah tiga abad masih dipelihara dengan begitu baik sekali oleh perpustakaan awam kita. Bukan itu sahaja dan peta Georgetown yang dilukis tangan pada tahun 1877 masih lagi dalam jagaan PPAP. Ini menunjukkan perpustakaan awam kita bukan sahaja menyimpan bahan bacaan malah juga menjadi seolah-olah satu arkib di mana bahan-bahan sejarah kita dijaga dan dipelihara dan kosnya bukan murah walaupun kosnya tinggi dan perpustakaan awam kita sedang memelihara. Saya ingin merekodkan penghargaan saya terhadap usaha perpustakaan awam ini saya harap lepas ini tidak akan ada pemburu yang heritage yang akan pergi ke perpustakaan awam kita sebab kita memiliki Bible yang begitu lama di Malaysia saya I think tahun atau empat tahun lebih saya memang pernah nampak Bible itu kecil tetapi masih lagi dalam keadaan yang sangat baik dan peninggalan sejarah seperti ini haruslah dipelihara, Dato’ Yang Di-Pertua. Dato’ Yang Di-Pertua, saya merujuk kepada beberapa perkara dalam rang undang-undang ini sendiri iaitu Seksyen 32 yang baru dimasukkan mewajibkan bahan yang diterbitkan di dalam Pulau Pinang haruslah diserahkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Saya mengalu-alukan seksyen ini sebab ia akan membuatkan terbitan di Negeri Pulau Pinang dijaga dengan rapi oleh perpustakaan kita tetapi saya ingin bertanya kepada peraih adakah Seksyen 32 ini is referring to all the languages...(dengan izin) Dato' Yang Di-Pertua ataupun bahasa Kebangsaan Sahaja Terbitan Mana-Mana Bahasa Dalam Pulau Pinang Ataupun Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris saja. Saya perlu dapatkan penerangan ini dan seksyen 8 juga secara terang menyatakan apabila seseorang itu gagal menyerahkan pihak perpustakaan awam pun boleh menulis kepada penerbit dan boleh tuntut kos yang ditanggung oleh perbadanan bagi membuat keluaran ulangan bahan tersebut.

Saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan bagaimana perkara ini akan dilakukan. Kalau ada penerbit yang gagal merujuk kepada Perbadanan Perpustakaan Awam apa tindakan yang boleh diambil? Adakah ini merupakan punitive major ataupun secara sukarela. Saya perlu dapatkan penjelasan daripada Perai tentang perkara ini. Saya juga ingin mencadangkan supaya takrifan perpustakaan digital juga dimasukkan dalam Rang Undang-Undang ini kerana keupayaan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang kita sendiri ini. Kalau saya faham betul kita mempunyai akses kepada 50 juta bahan bacaan secara digital dan perkara ini tidak dimasukkan dalam Rang Undang-Undang ini dan saya kalau boleh kita minta Kerajaan Negeri untuk memasukkan perkataan ataupun takrifan perpustakaan digital itu juga walaupun kita ada lima (5) perpustakaan digital termasuk satu, satu-satunya perpustakaan digital di Seberang Perai di kawasan saya tetapi ia kini ditadbir ataupun diuruskan oleh Perbadanan Ketua Menteri. Adakah apa-apa perancangan perpustakaan digital ini akan dialihkan pentadbirannya kepada Perpustakaan Awam Pulau Pinang, ini persoalan saya juga. Apabila kita mempunyai akses kepada 50 juta bahan digital dengan kerjasama kita dengan Perpustakaan Negara, saya rasa sesuai kalau takrifan perpustakaan digital itu dimasukkan ke dalam Rang Undang-Undang ini. Dato’ Yang di-Pertua, perpustakaan awam kita adalah pusat sumber yang mengembangkan pengetahuan masyarakat dan haruslah dipelihara. Dato’ Yang Di-Pertua, saya ingin merujuk kepada satu pepatah Tamil yang berumur 2000 tahun....(Bahasa Tamil). Maksudnya adalah "knowledge is weapon to what of distraction is enough for those which enemies cannot destroy". "Pengetahuan adalah senjata yang mampu menghalang kemusnahan dan senjata yang tidak boleh dimusnahkan oleh musuh". Dato’ Yang Di-Pertua, untuk memelihara pusat pengetahuan pusat sumber pengetahuan tersebut dan pemuliharaan dan pemeliharaan bahan-bahan pengetahuan kita perlulah memelihara institusi pengetahuan itu sendiri iaitu perpustakaan kita. Dato’ Yang Di-Pertua, saya mengambil peluang ini untuk menyokong Rang Undang-Undang ini yang akan menjadikan institusi perpustakaan kita lebih efisien dan efektif. Terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua.

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terima kasih Bagan Dalam. Satu lagi Pulau Tikus. Sila.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Dato’ Yang Di-Pertua, terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahas Rang Undang-Undang Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang 2021. Pembaharuan enakmen ini adalah sesuatu yang patut lama dijalankan di dalam Dewan yang mulia ini kerana dalam zaman digital ini kita tidak boleh lambat lagi sebab zaman digital ini semakin pesat dan berubah. Kita boleh melihat dulu kita kena pergi perpustakaan untuk mendapatkan buku untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan sekarang satu laptop di depan meja ataupun satu phone buat permohonan untuk data plan sahaja akan dapat satu telefon yang baru handphone yang baru dan juga akan dapat data plan untuk mendapatkan ilmu tetapi masalahnya dengan ilmu yang diadakan di cyber space sekarang juga ada banyak fake news. Oleh itu saya harap kita sebagai untuk enakmen ini juga kita boleh mendapatkan pelbagai alat untuk menolong perpustakaan ini perpustakaan kita semua untuk up to date dengan institusi-institusi yang sedia ada sekarang terutamanya Malaysia yang kita mencintai ini adalah sesebuah negara yang masih membangun dan kita memerlukan banyak pelabur untuk menolong dalam pekerjaan untuk mendapatkan pekerjaan bagi rakyat jelata. Oleh itu apabila dalam dunia baru ini kita dapat.... (gangguan bunyi telefon bimbit).

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Nanti handphone kena diperintah keluar seminggu. Sila sambung.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Dalam zaman ini seperti yang saya katakan tadi ialah...(gangguan bunyi telefon bimbit). Seperti yang saya katakan tadi kita berada dalam zaman digital dan juga negara-negara jiran kita sudah menjadi competitor kepada kita untuk mendapatkan pelabur-pelabur asing. Oleh itu, kita tidak boleh lambat langsung kerana kalau kita lambat negara lain akan mendapatkan pelabur-pelabur kerana ilmu adalah penting untuk bukan sahaja negara kita membangun dan dapat mencapai satu masa depan yang cerah tetapi juga untuk pengetahuan kita sebagai individu. Kita boleh melihat bahawa Negeri Pulau Pinang yang kita mencintai ini kita mahu anak-anak muda kita untuk mendapatkan pengetahuan bukan sahaja pengetahuan tapi ilmu sebab mereka akan menjadi pimpinan masa depan. Kita semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada dalam Dewan ni satu hari akan memberi peluang kepada masa depan. Baru-baru ini kita adakan Sidang Muda dalam Dewan yang mulia ini juga dan kita melihat banyak anak-anak muda mereka telah datang ke sini dan membahas. Dato’ Yang Di-Pertua juga merupakan merupakan Speaker untuk persidangan itu. Kita boleh melihat bahawa anak-anak muda kita sekarang bukan satu golongan yang senang ditipu. Bukan satu golongan yang boleh senang mempercayai propaganda. Mereka mempunyai pengetahuan mereka sendiri dan mampu mencari ilmu. Oleh itu perpustakaan-perpustakaan kita mesti relevan sebab kalau kita tidak releven ilmu akan dicari di tempat lain. Kita mesti ingat sesuatu juga saya rasa kadang kala pihak lawan kita, pihak lawan politik kita tidak membaca banyak kerana kadangkala mereka keliru mengenai hak-hak Negeri Pulau Pinang...(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak perlulah jangan perlekehkan Yang Berhormat-Yang Berhormat yang dalam Dewan. Tidak seronok kita dengar.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Tidak mengapa. Kita ini mendapat ilmu dengan banyak pandangan kan. Oleh itu saya harap mereka pun boleh membahas dengan saya tak apa kita tidak takut tetapi yang paling penting ialah enakmen ini diluluskan dalam Dewan yang mulia ini kerana kita sekarang boleh melihat juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PH) yang juga selalu melihat isu dan memperbaharui cara kita menyelesaikan masalah. Mengapa boleh melihat juga dengan aset- aset yang ada di Negeri Pulau Pinang seperti Bukit Bendera. Dahulu memang ada masalah bila saya berada di saat bersama kawan zaman kolej, hendak pergi ke Bukit Bendera pun susah sebab infrastruktur-infrastuktur langsung macam tidak peduli oleh kerajaan zaman masa dulu. Selepas 2008 kita melihat isu, melihat masalah Bukit Bendera, Perbadanan Bukit Bendera ditubuhkan dan sekarang kita boleh melihat pelbagai inisiatif-inisiatif baru walaupun masih ada masalah memang semua institusi memang selalu akan ada masalah kalau tak ada masalah memang kita tidak diperlukan lagi. Oleh itu kita selalu mencari penyelesaian yang lebih inovatif itu adalah penting yang kita boleh melihat penubuhan ini enakmen perbadanan ini untuk mencari penyelesaian masa yang

baru sebab enakmen yang lama 1972 memang sudah lamalah kita mesti up to date dan kita mesti mara ke depan seperti yang saya katakan pelabur memang tidak akan menunggu. Mereka tidak akan menunggu kita mencapai tahap ilmu pengetahuan yang mereka perlukan ataupun profesion yang mereka perlukan. Kalau tak ada di sini akan pergi ke tempat lain. Kita merupakan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan kita tetap akan mahu melihat Pulau Pinang maju ke depan kerana bukan sahaja Pulau Pinang amat penting kepada kita tetapi kepada rakyat Pulau Pinang yang ingin menetap di sini dan juga mencari pekerjaan di sini dan juga berkeluarga di sini dan juga ingin melihat anak mereka dapat berbuat demikian juga. Bukan sahaja untuk rakyat Pulau Pinang tetapi rakyat negeri-negeri jiran yang datang ke Pulau Pinang kerana sana tak ada peluang pekerjaan. Oleh itu saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana membentang enakmen ini dan saya harap kita akan terus mara ke depan dan apa-apa juga masalah yang kita menghadapi kita tentu akan dapat mencari penyelesaian. Dengan itu saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Pulau Tikus. Seberang Jaya.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Saya ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana membawa enakmen ini untuk perpustakaan tapi saya ingin bangkit beberapa perkara. Saya menyokong enakmen ini tetapi saya ingat kita kena lihat pada sejarah Negeri Pulau Pinang dari segi fungsi ni kita tahu dari segi arabnya kutub khanah, tempat menyimpan buku, tempat menyimpan kitab dan Pulau Pinang ni adalah sebuah negeri atau dari segi sejarahnya sebuah negeri percetakan paling awal di rantau Asia Tenggara dan juga di negara kita Malaysia. Sejak 1806 penerbitan telah bermula di negeri Pulau Pinang dan ada banyak hikayat dan ceritera telah dihasilkan dari segi persuratan melayu, surat khabar-surat khabar terbitan awal bahkan kalau kita lihat banyak dokumen-dokumen atau terbitan-terbitan untuk menaikkan semangat rakyat ketika itu menentang penjajahan bermulanya di Pulau Pinang dan ada banyak lagi sejarah awal itu percetakan ini bermula di Pulau Pinang. Tetapi malangnya saya lihat sejak saya menjadi ADUN di Pulau Pinang dan berada dalam Kerajaan Negeri sebelum ini saya melihat kita masih lagi tidak berjaya untuk mengembalikan kegemilangan itu di Negeri Pulau Pinang. Bermakna selain daripada wujudnya perpustakaan sahaja kita dah berjaya mewujudkan Penang Digital Library tetapi saya mengharapkan Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan untuk melihat kepada inisiatif penerbitan untuk Negeri Pulau Pinang. Kembali menggali khazanah-khazanah negeri yang ada, persuratan-persuratan yang ada diterbitkan semula as simple as that. Bermula dengan yang itu dahulu. Menterjemah karya-karya daripada Bahasa Melayu lama, daripada Bahasa Mandarin saya percaya pasti ada. Mungkin juga Tamil di Negeri Pulau Pinang ini diterjemahkan untuk dijadikan mungkin tidak secara fizikal tetapi juga secara digital dan di simpan di perpustakaan-perpustakaan kita. Dan saya rasa ini antara usaha yang saya rasa dapat meningkatkan pengetahuan kita dan juga mengembalikan imej kita sebagai negeri pencetakan paling awal di rantau Asia Tenggara ini. Dan saya percaya inisiatif ini bukan baru dimulakan di Malaysia bahkan kalau saya boleh ambil contoh di negeri Selangor ketika pentadbiran Yang Berhormat Menteri Besar sebelum ini ada Dato’ Seri Azmin Ali telah dimulakan inisiatif Buku Darul Ehsan di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang mana hari ini banyak buku-buku telah diterbitkan diterjemahkan dan hasil-hasil daripada penterjemahan itu menjadi bacaan umum sekarang ini sehinggakan saya lihat inisiatif Buku Darul Ehsan ini telah berada di Shopee untuk menjual buku-buku karya-karya agung yang

telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu. Mungkin kita Pulau Pinang sedikit terlewat tetapi it's better late than never. Saya mengharapkan Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan saranan saya ini untuk bukan hanya kita mewujudkan Penang Digital Library, bukan hanya ada perpustakaan yang baik tetapi masa yang sama mula mengorak langkah masukkan dalam perbelanjaan Kerajaan Negeri mewujudkan sedikit dana daripada syarikat swasta dan kerajaan untuk kita terbitkan semula khazanah-khazanah lama persuratan yang ada di Negeri Pulau Pinang. Sekian. Saya menyokong usul ini.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Seberang Jaya.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey Ketua Pembangkang.

Assalamualikum dan selamat pagi. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Saya mengambil kesempatan untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-Undang ataupun Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Dato’ Yang di-Pertua dan semua Ahli Dewan, saya hidup dilahirkan dan bersekolah sekolah rendah zaman tahun 72 enakmen yang lama. Masa tu saya darjah tiga. Dan apa yang saya dapat belajar adalah hasil daripada perpustakaan. Di rumah masa tu buku kena beli. Semasa tu buku kena beli. Kalau nak tak boleh beli saya kena pinjam dekat kawan. Bila darjah lima, saya naik darjah lima saya ambil buku dia. Itu masalah yang berlaku dan perpustakaan adalah merupakan tempat untuk saya pada masa itu dapatkan maklumat dapatkan ilmu tambahan dan sebagainya. Tempat saya adalah di Pantai Road, Library Pantai Road. Itu library yang lama dekat hospital. Kebetulan ayah saya kerja hospital dan saya akan pi dengan dia bila time petang. Dia kerja petang dan saya akan ikut dia dan saya akan buat kerja di hospital di library itu sampai tutuplah. Sampai petang dan balik dngan dia. Jadi ini merupakan tempat yang penting yang amat penting. Tempat di mana orang yang tidak berkemampuan mungkin boleh mendapatkan rujukan bahan-bahan dan sebagainya. Dan di situ jugalah tersimpan Seberang Jaya sebut bahan-bahan atau khazanah dan penjajah dahulu bila menjajah sebuah negara ia akan musnahkan khazanah-khazanah ini ataupun bahan-bahan bacaan. Itu yang berlaku dan apa yang saya risaukan saya menyokong usul ini. Menyokong cuma saya risaukan bila diperbadankan, kita akan perlu melihat masalah-masalah yang kebajikan kepada kakitangan ataupun staf. Itu perlu dilihat mungkin kakitangan ni bila diperbadankan mungkin dia akan tak bersama dengan perbadanan mungkin akan berpindah. Dia perbadanan mungkin akan ke arah diperbadankan dan lepastu dia akan diswastakan. Jadi kebajikan staf keluar sumber kewangan perbadanan juga perlu dilihat. Sumber dia saya nampak tak banyak. Sumber daripada pinjaman Kerajaan Negeri mungkin daripada sumber-sumber kutipan sumbangan dan sebagainya. Sumber dia tak banyak. Sebab kita akan

memerlukan belanja yang agak banyak untuk kita pertingkatkan untuk kita tambah bahan-bahan dan sebagainya. Dan juga dari segi bidang tugas dan aktiviti perbadanan saya rasa kita perlu dah ada kuasa-kuasa perbadanan ni perlu kita lihat balik bukan hanya sekadar kita menjadi tempat menyediakan bahan-bahan bacaan, bahan rujukan tapi juga kena melihat dari segi latihan dan kursus dan sebagainya disusun kepada masyarakat ataupun orang lain.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Ketua Pembangkang nak minta laluan boleh tak?

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Sekejap. Saya nak tanya tentang pandangan Dato Yang di-Pertua tadi cakap tentang perpustakaan lama di Pantai Road. Apabila saya telah merujuk kepada beberapa bahan rujukan orang lama Butterworth kata memang library di Pantai Road tu cukup terkenal bagi orang seberang la dan cukup besar dan saya ingat masa tu saya kecil lagi lah tetapi saya ingin membawa ke perhatian Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini yang telah menjual tanah library itu kepada pihak swasta dan telah walaupun begitu lamanya sejarah perpustakaan itu. Telah hilanglah daripada Butterworth selama-lamanya. Kenapa mereka berbuat demikian sebab Dato’ memang seorang Ahli Barisan Nasional saya ingin tahu apakah rasional di sebalik penutupan ataupun memusnahkan terus demolished the building? Tiada lagi saya cari bahan-bahan tentang gambar lama library itu pun tak dapat. Kenapa kerajaan sebelum ini bertindak sedemikian dan menjual tanah itu tersebut kepada pihak swasta bukan sahaja pantai kita di Pantai Bersih telah dirampas, library pun telah hilang di bawah pemerintahan Barisan Nasional lalu. Boleh tahu kenapa mereka bertindak sedemikian? Terima kasih.

Saya nak jawab tak boleh sebab zaman tu saya kecil.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Bukan Dato’. Yang itu ditutup pada tahun 90-an. Kenapa apa rasional mereka untuk menutup library tersebut Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini?

Mungkin kerana pembangunan. Kawasan tu nak dibangunkan jalan dan sebagainya...(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Sekarang tanah tu kosong lagi Dato’. Dia tak buat apa-apa pun. Ini satu pengkhianatan kepada masyarakat seberang khususnya orang Butterworth oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Saya rasa bukan pengkhianatan. Dia mungkin ada alasan untuk apa jual ataupun serah kepada swasta. Mungkin kerana pembangunan. Dan mungkin kerana apa disediakan yang tempat yang lebih selesa dan sesuai. Gantikan tempat lain. Dan di Butterworth kan dah ada Digital Library....(gangguan). Tengok dah jawab. Terima kasih Perai tolong saya jawab. Okey ya? Saya ingat itulah saya cuma harapkan bila dah diperbadankan ianya lebih efisien lebih cekap dan lebih sebab dululah masa saya belajar sebagai mahasiswa pergi ke library Seberang Jaya bahannya masa tu tak banyak, rujukan tak banyak saya nak buat assignment pun susah. Jadi kalau boleh mungkin sekarang ni saya dah pi tak lama la mungkin dah dipertingkatkan. Kalau boleh dipertingkatkan dan kalau boleh perpustakaan tempat untuk kita simpan bahan-bahan sejarah khususnya sejarah Pulau Pinang. Ada di situ tak payah dah kita nak bergaduh dah Pulau Pinang sapa punya sapa buka Kedah punya sebagainya dah ada di situ. Tapi bahan sejarah ni perlu dikaji betul-betullah daripada sejarah awal. Tak boleh kita ambil daripada half way setengah jalan kita tengok oo bahan sejarah dan satu lagi kena fikir macam mana kita nak tarik golongan-golongan muda belia remaja untuk pi library. Sebenarnya golongan belia muda ni dia tak berapa minat pi ke library sejak ada kaedah lain untuk tarik dia ke library dan mungkin kita buat program dan sebagainya. Mungkin kita boleh buat bila kita dah diperbadankan. So saya ingat itu sahaja cuma saya dengan ini menyokong supaya kita pinda ataupun Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang diperbaharui, dipertingkatkan, diperbaiki. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, terima kasih.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih Dato’ Yang Berhormat di-Pertua di atas peluang untuk menyertai sesi perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang tahun 2021 ini. Dato’ Yang di-Pertua, sememangnya saya menerima baiklah usaha Kerajaan Negeri untuk kita memperkenal Rang Undang-Undang enakmen ini supaya kita dapat meningkatkan lagi keupayaan ataupun kecekapan sistem perpustakaan di negeri kita ini. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kita lihat sebenarnya khususnya dalam zaman era digital ini fungsi perpustakaan ini seolah-olahnya telah secara perlahannya telah digantikan oleh teknologi-teknologi digital yang baru seperti mana tadi rakan saya daripada Pulau Tikus turut membangkit tentang apabila kita perlu hanya perlu menggunakan telefon bimbit pintar dan Google, kita boleh dapatkan maklumat di mana-mana tempat di mana-mana masa berbeza dengan perpustakaan secara fizikal di mana ia ada waktu pembukaan dia. Jadi dalam era yang ini saya rasa adalah amat penting lembaga yang bakal ditubuhkan tadi itu untuk melihat cara-cara untuk kita menggunakan kemajuan digital untuk memudahcarakan penggunaan perpustakaan khususnya di negeri kita.

Saya ingin mengambil contoh khususnya apabila kita dilandai pandemik COVID-19 ini. Fungsi perpustakaan telah kian macam dilupakan oleh orang awam tetapi apabila pandemik ini menjejaskan dan menyekat mobiliti ataupun orang awam disebabkan oleh pandemik COVID-19 ini, kita dapat lihat langganan melalui aplikasi smartphone seperti Libby untuk mendapatkan satu kad digital Perpustakaan Negara Malaysia ia boleh dilakukan bila-bila masa sahaja walaupun tengah malam 12 tengah malam anda boleh melayari aplikasi tersebut dan memohon kad Perpustakaan Negara dengan senangnya dan cara dan prosesnya adalah agak senang dan selepas itu dapat akses kepada bahan bacaan melalui aplikasi smartphone tersebut. Saya rasa lembaga yang bakal ditubuhkan tersebut juga perlu memberi perhatian terhadap isu ini juga dan isu kedua yang saya ingin bangkitkan khususnya tentang Rang Undang-Undang ini rasanya menerima baik cadangan khususnya dengan memasukkan fungsi pusat penyerahan negeri di bawah Seksyen 31 dan juga mengikut Jadual-Jadual Subseksyen 32(1) yang dibelakang yang memasukkan perkataan media elektronik yang lain walaupun media elektronik yang lain ini secara lingkungan dia agak luas takrifan dia agak luas tetapi saya rasa adalah patut untuk kita masukkan dalam jadual ini disebabkan trend-trend yang terbaru selaras dengan perkembangan teknologi dan juga perkembangan digital yang kita dapat melihat sekarang. Saya bagi contoh baru-baru ini dengan mulanya trend untuk menggunakan non fungible token ataupun dalam erti kata dalam singkatan NFT kita dapat lihat tweet yang pertama yang telah ditulis oleh bekas CEO oleh twitter telah berjaya dijual dengan harga 2.9 juta US Dollar. Jadi untuk zaman dan era yang baru ini memang patut Kerajaan Negeri mengadakan satu enakmen yang baru untuk memperkukuhkan lagi perpustakaan kita, tapi kita perlu lihat juga kepada bahan penerbitan di mana aspek trend yang terbaru ini juga perlu dimasukkan dan juga diberikan perhatian. Ini saranan saya lah kepada lembaga yang bakal ditubuhkan tadi dan dengan kata-kata itu saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat terima kasih semua dan saya hendak Dewan berada dalam sesi Penggulungan Rang Undang-Undang Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang 2021, sila Yang Berhormat Perai untuk buat pergulungan.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Terima kasih Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dewan yang mulia ini. Saya akan membuat penggulungan secara ringkas dan saya sebenarnya secara umum terima baik cadangan-cadangan ini dan rasa akan dibincang dalam perpustakaan dalam lembaga kita cadangan-cadangan yang baik. Secara umum ini, enakmen ini adalah bukan suatu yang luar biasa mana-mana Dewan Undangan sama ada Akta di Parlimen ataupun enakmen di peringkat negeri mesti mengikuti peredaran masa mesti diubahsuai ataupun dibaiki mengikut zaman dan kehendak zaman dan sebagainya dan dari segi itu enakmen ini perlu pindaan kepada enakmen ini bukanlah satu yang luar biasa. Apa yang menjadi luar biasa kepda Dewan Undangan adalah untuk menghadapi cabaran baru, cabaran baru yang begitu hebat kita tidak boleh sentuh mana itu cabaran baru dan saya rasa tadi mereka yang berbahas ini ada satu. So jadi saya pergi kepada apa yang dibangkitkan oleh Bagan Dalam, satu adalah bahasa, ia ada semua bahasa, kalau ada buku-buku bahasa suahari pun boleh masuk, bahasa Kenya, kalau ada Bahasa Monggolia pun boleh masuk tidak ada masalah. Jadi tidak ada batasan kepada bahasa ataupun untuk buku atau bahan.

Kedua isu adalah tentang mereka yang peruntukan akta adalah mereka ini mesti serahkan copy, beberapa copy kepada perpustakaan. Ini memang ada saya rasa tetapi apakah tindakan, adakah ini primitif? Tidak, saya rasa mana-mana badan khususnya perbadanan tidak ada primitif supaya mereka dapat bahan ni saya rasa mereka akan gunakan cara yang lebih baik yang lebih perikemanusiaan bukan hukum mereka atau sebagainya, jadi itu jawapan dan kepada Yang Berhormat Pulau Tikus, jadi saya rasa pandangannya adalah sangat luas dan beliau telah sentuh dengan zaman digital dan begitu pentingnya ilmu, bagaimana kita akan memperoleh ilmu dan cabaran kita sekarang adalah ilmu ini dari pelbagai ilmu. So jadi ini memang merupakan suatu cabaran dan samada perpustakaan ini bersedia jadi apabila kita melihat Rang Undang-Undang ini saya berbalik kepada Yang Berhormat Bagan Dalam, tadi you ada timbul isu ini digital, ini terkandung tidak payah sebut digital dalam enakmen lah, bahan lain, itu memang ini akan meliputi digital dan sebagainya. So jadi bukan enakmen ini tolak digital sebenarnya biasa kita namakan perpustakaan mungkin di lima (5) tempat di Pulau Pinang sebagai digital tetapi dalam perpustakaan awam ini memang ada komponen digital mungkin ini masyarakat umum tidak tahu ada digital di perpustakaan dan saya rasa saya pun kagum bahawa banyak telah di digital. So jangan lupa bahawa walau pun ini perpustakaan awam ini tidak bermakna ia bukan perpustakaan digital, digitalization it's a digital komponen. Jadi ini akan jadi bertambah luas. Kepada Seberang Jaya saya rasa saya memang tertarik dan saya terima komen-komen cuma masalah yang dihadapi oleh perpustakaan adalah kekangan kewangan sejauh mana kita ini? Cadangan baik, ini khazanah-khazanah kemudian terbitan dan sebagainya sekarang kita dapat sebahagian besar daripada Kerajaan Negeri dan sebahagian daripada Kerajaan pusat dan saya rasa kosnya tinggi kita ada 100 lebih kakitangan, ada yang kontrak ada yang kekal dalam jawatan. So jadi dari satu segi kita menjaga periuk nasi mereka yang bekerja di perpustakaan. Jangan kita berulang perkara yang berlaku pada tahun 2008, 2009 apabila masa itu Pakatan Harapan mengambil alih tanpa pengetahuan saya, saya ingat beberapa ahli dipecatkan daripada kontrak tanpa pengetahuan saya sebagai Pengerusi, Pengerusi baru masa itu. So jadi ini saya rasa tidak boleh terima bahawa kita mahu jaga mereka, kebajikan mereka ini adalah perpustakaan awam, it’s a public body dan kebanyakkan pekerja adalah sangat-sangat penting. We cannot operate like a private body, jadi saya ingat perkara itu tidak akan dilakukan tidak akan diulangi selepas itu memang tu saya suatu yang kita mencegah oleh bukan sahaja perpustakaan mana-mana badan sebelum kita pecatkan, bincang sesama kita ambil satu keputusan yang lebih berperikemanusiaan. Jadi saya balik kepada Yang Berhormat Sungai Dua, isu-isu penswastaan tidak timbul langsung. Jadi janganlah kita khuatir bahawa lama-lama ini akan jadi badan swasta atau private atau sebagainya isu tidak timbul dan so isu setakat ini tidak timbul dan kakitangan di perpustakaan ini adalah terus dipelihara walaupun pekerja di Badan-Badan Berkanun tidak boleh wujudkan kesatuan sekerja jadi mereka ada suatu badan sendiri di mana mereka boleh berbincang perkara-perkara mereka semasa mereka bekerja dan Yang Berhormat Padang Kota saya tidak ada komen cuma ini, smartphone dan juga bagaimana perpustakaan ini akan memainkan peranan dalam masa kecemasan. Apakah mekanisme-mekanisme yang boleh diadakan? Jadi akhir sekali saya memang isu ini Pulau Pinang adalah tempat yang bersejarah. Saya menerima Yang Berhormat Seberang Jaya walau pun beliau fokuskan kepada khazanah yang lama dan sebagainya. Saya juga apa ini, sejarah Pulau Pinang ini bukan sejarah kolonial ini sejarah prakolonial 5000 tahun, 6000 tahun kita ada juga satu kawasan Gua Kepah di mana kita telah menemui tulang wanita berumur 5700 tahun dahulu. Jadi saya berharap saya sendiri walaupun saya bukan arkeologi, saya minat dalam arkeologi, saya minat dalam sejarah saya minat dalam benda-benda khazanah kepada negeri.

So jadi perpustakaan ini juga akan melihat juga bolehkan kita adakan satu komponen, bukan jabatan, satu komponen supaya dalam perpustakaan supaya kita memerhati tentang sejarah yang lama macam zaman neolotik dan sebagainya. Saya juga minat dengan isu ini persempadanan antara Kedah dan Pulau Pinang dengan pelbagai kontroversi yang wujud sekarang sama ada Pulau Pinang ini dipajak oleh Kedah atau tidak? Saya rasa saya ingat resolusi tentang perkara ini tidak ada lah sebab macam-macam pandangan tentang ini, tetapi kita bukan lihat kepada orang politik tetapi kita minat tentang sejarah, fakta, adakah? Hari-hari timbul juga perkara ini dalam media. So jadi Dato’ Yang di-Pertua, saya adalah kita akan bincang dengan Lembaga Perpustakaan dan saya rasa enakmen ini memberi suatu ruang yang luas supaya kita akan mengadakan pelbagai aktiviti, bukan tidak ada aktiviti di perpustakaan di Pulau Pinang, ada aktiviti tetapi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seberang Jaya semua ini sekali juga tetapi kita akan lihat semua sama ada kita boleh buat atau tidak apa kekangan kewangan dan sebagainya. Jadi Yang di-Pertua, itu sahaja penggulungan saya, komen-komen saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan saya terus menyokong enakmen ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Ahli Kawasan Perai, baik. Ahli-ahli Yang Berhormat masalah yang kita hadapi sekarang adalah Rang Undang-Undang Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang 2021 dibacakan bagi kali yang kedua, Ahli-ahli yang bersetuju katakan "Ya".

Ahli-ahli Kerajaan: "Ya"

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakan "Tidak". "Ya", lebih banyak.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama suatu enakmen untuk menubuhkan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dan untuk mengadakan peruntukan-peruntukan yang berkait dengannya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang kedua, Rang Undang-Undang ini sekarang akan dipertimbangkan dalam Jawatankuasa.

Setiausaha Dewan

Fasal 1 dan 2

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 1 dan 2, adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-ahli Kerajaan: "Ya"

Setiausaha Dewan

Fasal 3 hingga 9.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 3 hingga 9, adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-ahli Kerajaan: "Ya"

Setiausaha Dewan

Fasal 10 hingga 18.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 10 hingga 18, adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-ahli Kerajaan: "Ya"

Setiausaha Dewan

Fasal 19 hingga 22

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 19 hingga 22, adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-ahli Kerajaan: "Ya"

Setiausaha Dewan

Fasal 23

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 23, adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-ahli Kerajaan: "Ya"

Setiausaha Dewan

Fasal 24 hingga 30.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 24 hingga 30, adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-ahli Kerajaan: "Ya"

Setiausaha Dewan

Fasal 31 hingga 35.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 31 hingga 35, adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-ahli Kerajaan: "Ya"

Setiausaha Dewan

Fasal 36 hingga 39.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 36 hingga 39, adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-ahli Kerajaan: "Ya"

Setiausaha Dewan

Fasal 40.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 40, adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-ahli Kerajaan: "Ya"

Setiausaha Dewan

Fasal 41 hingga 43.

Yang di-Pertua (Speaker)

Fasal 41 hingga 43, adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-ahli Kerajaan: "Ya"

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama suatu enakmen untuk menubuhkan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dan untuk mengadakan peruntukkan-peruntukkan yang berkait dengannya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tajuk penuh dan fasal yang mengundangkan, adakah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang?

Ahli-ahli Kerajaan: "Ya"

Yang di-Pertua (Speaker)

Dewan bersidang semula. Sila Perai.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-Undang Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang 2021 telah pun dipertimbangkan sefasal demi sefasal dalam Jawatankuasa dan dipersetujui tanpa pindaan. Saya

mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini sekarang dibacakan bagi kali ketiga serta diluluskan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Perai. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah yang kita hadapi sekarang adalah Rang Undang-Undang Lembaga Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang dibacakan bagi kali yang ketiga. Ahli-ahli yang bersetuju katakan "Ya".

Ahli-ahli Kerajaan: "Ya"

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang tidak bersetuju katakan "Tidak". Sebulat suara kita terima usul.

Setiausaha Dewan

Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang 2021 maka dengan ini adalah diperundangkan oleh kuasa Undangan Negeri Pulau Pinang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan ditangguhkan untuk henti rehat dan kita bersidang semula pada jam 3.00 petang nanti.

Dewan ditangguhkan pada jam 12.19 Tengahari.

Dewan bersambung semula pada jam 3.00 petang.

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersidang semula.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2022 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2022.

Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan pada tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibacakan bagi kali yang pertama.

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Yang di-Pertua (Speaker)

Rang Undang-Undang telahpun dibacakan kali yang pertama.

Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, mengikut Peraturan 59, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mencadangkan bacaan kali yang kedua Rang Undang-Undang ini diteruskan dengan serta-merta.

Setiausaha Dewan

Rang undang-undang perbekalan tahun 2022 bacaan kali yang kedua.

Y.A.B. Ketua Menteri: Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang yang bertajuk Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2022, dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibaca bagi kali kedua sekarang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Y.A.B. Ketua Menteri: Tuan Yang di-Pertua serta Ahli-Ahli Dewan, saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada tuhan, kerana masih diberikan peluang untuk membentangkan Belanjawan Negeri Pulau Pinang kepada Dewan yang mulia ini.

Pembentangan kali ini merupakan Bajet Keempat saya semenjak memegang amanah selaku Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 2018. Hari ini saya berpeluang membentangkan kepada Dewan Yang Mulia ini Belanjawan Negeri Pulau Pinang Tahun 2022 yang bertemakan “Mempercepat Pencapaian Penang2030” atau (dengan izin) “Accelerating Penang2030”. Tema ini dipilih seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memulihkan sektor ekonomi pasca pandemik COVID-19.

Tidak dinafikan tahun 2021 adalah tahun yang sangat mencabar kepada kita dengan penularan pandemik COVID-19 pada tahap di luar jangka. Dalam tempoh krisis tersebut Negeri Pulau Pinang pernah mencatatkan jumlah kes positif harian tertinggi sebanyak 2,474 kes pada 8 September 2021. Walau bagaimanapun, saya merasa amat bersyukur dengan kerjasama yang erat oleh rakyat, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan kita. Dengan Kerajaan Persekutuan, kita telah pun berjaya mengatasi krisis ini. Buktinya pada 8 November yang lalu, kita telah beralih ke Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara (PPN). Namun kita masih belum menang sepenuhnya. Suka saya mengingatkan bahawa, kita perlu terus berusaha dan mengambil langkah berwaspada dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan mengamalkan pembudayaan norma baharu serta memantau dengan lebih dekat penularan COVID-19 di kalangan rakyat. Belanjawan pada kali ini juga membawa bersama harapan rakyat yang menggunung supaya situasi pandemik COVID-19 dapat dikawal dan ekonomi dapat dipulihkan dengan secepat mungkin. Saya difahamkan sehingga 24 November, seramai 1,521,637 penduduk Pulau Pinang dan warga asing yang kerja sini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin bersamaan dengan 85.8% populasi di negeri ini; dari jumlah tersebut, 1,493,689 penduduk bersamaan dengan 84.2% telah lengkap divaksinasi. Tahap populasi dewasa yang telah dilengkap vaksinasi telah mencecah 100.1%, manakala bagi remaja yang telah lengkap divaksinasi pula adalah 88.4%. Ini adalah pencapaian dan kemajuan yang amat baik. Tahniah saya ucapkan kepada seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang dan petugas barisan hadapan. Demi meningkatkan lagi perlindungan dan tahap kesihatan awam di negeri kita, saya menyeru kepada semua agar segera mendaftar dan mendapatkan dos penggalak bagi penerima yang disarankan. Sememangnya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), telah banyak membantu dalam meningkatkan kadar imunisasi di kalangan rakyat sebagai persediaan dalam pembukaan sepenuhnya semua sektor ekonomi.

Prestasi Dan Kedudukan Semasa Ekonomi Malaysia Dan Pulau Pinang

Yang di-Pertua (Speaker)

Dato' Yang di-Pertua, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menguncup 5.6 peratus pada tahun 2020. Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi negara dijangka bertambah baik pada kadar 3 hingga 4 peratus pada tahun 2021, dan seterusnya 5.5 hingga 6.5 peratus pada tahun 2022. Ini menunjukkan trend yang baik, kesan daripada pembukaan semula sektor ekonomi dengan kapasiti penuh berpaksikan asas ekonomi yang masih kukuh dengan strukturnya yang pelbagai.

Mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, semua negeri di Malaysia telah mencatatkan penyusutan KDNK pada tahun 2020. Pulau Pinang juga tidak terkecuali menerima kesan negatif tersebut dengan kadar penguncupan sebanyak 2.1 peratus. Meskipun begitu, prestasi tersebut adalah lebih baik berbanding kadar pertumbuhan di peringkat nasional. Penurunan KDNK Pulau Pinang pada tahun 2020, adalah dipengaruhi oleh sektor perkhidmatan yang menguncup 5.7 peratus yang didorong oleh penguncupan subsektor perdagangan borong dan runcit, penginapan serta makanan dan minuman. Selain itu, penurunan dalam subsektor pengangkutan dan penyimpanan, hartanah serta perkhidmatan perniagaan turut mempengaruhi prestasi sektor perkhidmatan ini. Walau bagaimanapun, pertumbuhan lebih baik dalam produk elektrik, elektronik dan electro optical pada tahun 2020 menyokong prestasi sektor pembuatan berkembang sebanyak 2.8 peratus berbanding 2.7 peratus pada tahun 2019. Secara keseluruhan, pertumbuhan positif di sektor pembuatan telah mengurangkan kesan kemerosotan ekonomi di Pulau Pinang pada tahun 2020. Pertumbuhan sektor pembuatan adalah disebabkan oleh peningkatan permintaan dunia terhadap produk elektrik, elektronik dan electro optical. Subsektor ini telah menyumbang sebanyak 30.8 peratus dalam KDNK Pulau Pinang dan meningkat sebanyak 6.4 peratus pada tahun 2020. Negeri Pulau Pinang telah menyumbang sebanyak 33 peratus daripada jumlah keluaran (E&E) di seluruh negara. Trend ini diramalkan akan berterusan bagi tahun 2021 dengan anggaran pertumbuhan yang lebih tinggi. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) bagi produk E&E menunjukkan pertumbuhan sebanyak 16.5 peratus bagi bulan Januari hingga Julai 2021. Nilai jualannya juga meningkat sebanyak 14.6 peratus kepada RM263.8 bilion bagi tempoh yang sama. Beberapa syarikat yang membuat pengumuman awam berkenaan dengan pelaburan di Pulau Pinang pada tahun 2021, juga adalah daripada sektor ini iaitu antaranya Simmtech Holdings Incorporation, JHM Consolidation Berhad, Greatech Technology Berhad dan usaha sama antara Applied Engineering dan QES Mechatronic Sdn. Bhd. Sektor pembinaan bagi tahun ini terjejas disebabkan oleh peningkatan kes COVID-19, dan pelaksanaan PKP 3.0. Sektor ini mencatatkan penurunan paling tinggi berbanding sektor yang lain iaitu sebanyak 15.5 peratus pada tahun 2020. Pertumbuhan sektor ini lebih perlahan disebabkan oleh permintaan terhadap input pembinaan yang lembab, selain peningkatan hartanah tidak terjual (overhang property). Sektor perkhidmatan bagi tahun 2021, juga dijangka mencatatkan penurunan berbanding tahun sebelumnya di mana perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan mengalami kemerosotan yang agak signifikan iaitu susut 9.5 peratus. Sektor ini didorong oleh aktiviti pelancongan yang sangat terkesan dengan pandemik COVID-19, di mana kebanyakkan negara menyekat perjalanan Antarabangsa untuk membendung penularan COVID-19 sejak bulan Mac 2020. Selain itu pelancong domestik ke Pulau Pinang juga telah mencatatkan penurunan sebanyak 42.2 peratus. Pelancongan Perubatan atau Medical Tourism dan Pelancongan Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) juga tidak terkecuali. Sektor Pelancongan Perubatan telah mengalami kekurangan pendapatan sebanyak 77 peratus bagi tahun 2020. Pelancongan MICE pula mencatatkan penurunan anggaran impak ekonomi sebanyak 95.7 peratus. Justeru, lebih banyak inisiatif yang kreatif dan inovatif perlu diberi tumpuan untuk membina semula sektor ini dengan kerjasama penggiat sektor pelancongan. Kerajaan Negeri melalui Penang Convention and Exhibition Bureau (PCEB) akan terus giat melaksanakan usaha-usaha promosi pada tahun 2022.

Prestasi pasaran buruh menunjukkan tanda pemulihan berbanding dengan tahun lepas. Sehingga 17 September tahun ini, jumlah perberhentian kerja Pulau Pinang yang dilaporkan melibatkan 2,770 pekerja berbanding dengan 10,465 pekerja pada tahun 2020. Aktiviti perberhentian kerja memuncak pada empat (4) bulan pertama tahun ini, apabila PKP yang lebih ketat dikenakan. Data daripada MyFutureJob, PERKESO menunjukkan peningkatan permintaan tenaga kerja pada bulan Ogos dan September 2021. Sebanyak 23,251 kekosongan jawatan diiklankan sehingga 17 September di mana sektor pembuatan terdiri daripada 60 peratus diikuti dengan sektor penginapan, 12.4% dan sektor pengangkutan 6.5 peratus. Tambahan pula sebanyak 55 projek pembuatan diluluskan di Pulau Pinang untuk separuh pertama tahun ini dengan kadar pelaburan RM1.3 bilion. Projek-projek ini dianggarkan akan mengwujudkan 2,705 peluang pekerjaan baharu di Negeri ini yang tentunya akan memberi limpahan ekonomi kepada rakyat.

JANGKAAN KEDUDUKAN EKONOMI TAHUN 2022 Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini, Sektor pembuatan, perkhidmatan dan pelancongan menjadi penyumbang terbesar kepada pemulihan ekonomi Pulau Pinang. Walaupun pertumbuhan ekonomi dijangka lebih perlahan. Menurut Bank Dunia, pada 28 September 2021, unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia telah dikurangkan kepada 3.3 peratus daripada anggaran 4.5 peratus sebelum ini. Pada tahun 2022, ekonomi Pulau Pinang dijangka akan pulih secara beransur-ansur. Aktiviti pelancongan dan perhotelan dijangka akan pulih pada kadar pertumbuhan yang sederhana. Disokong oleh pelancongan domestik. Keadaan ini diseimbangkan oleh kestabilan pertumbuhan sektor pembuatan khususnya dalam produk E&E. Pertubuhan positif ini, juga dicerminkan oleh eksport Pulau Pinang dengan sumbangan paling besar dalam eksport Malaysia sebanyak 29 peratus bernilai RM198.2 billion dari Januari hingga Julai tahun ini. Bagi tempoh yang sama eksport Pulau Pinang berkembang sebanyak 16.3 peratus berbanding dengan tujuh (7) bulan pertama tahun lepas. Trend ini akan berterusan disebabkan peningkatan permintaan semi-konduktor yang tinggi di samping kekurangan cip dalam pasaran global. Selain itu, beberapa pelaburan yang diluluskan yang mula beroperasi pada tahun 2021 dan 2022, akan menambah nilai keluaran pembuatan, memberi kesan gandaan dalam eko-sistem industri yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

RESPON KERAJAAN NEGERI Saya bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri menyedari keluh kesah rakyat. Tiada yang lebih utama bagi kami selain mencari jalan untuk menyediakan bantuan kepada golongan yang terjejas. Kerajaan Negeri sedaya upaya mengambil langkah proaktif untuk meringankan bebanan rakyat dengan menyalurkan pakej bantuan khas ‘Penang Lawan COVID-19’ yang dilaksanakan melalui tiga (3) fasa dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM191.22 juta. Sehingga November 2021, sejumlah RM158.13 juta telah dibelanjakan. Pada tempoh yang sangat mencabar ini, penjanaan semula ekonomi negeri bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, atas dasar keprihatian, Kerajaan Negeri berikhtiar memberi bantuan berdasarkan kemampuan semasa. Saya percaya walaupun pandemik COVID-19 dan sekatan yang berlaku telah menjejaskan ekonomi global, asas ekonomi Pulau Pinang yang kukuh terus menyerlahkan trajektori pertumbuhan dagangan Negeri. Maka, Kerajaan Negeri telah meneruskan usaha-usaha yang diputuskan dalam Jawatankuasa Penang Socio Economic Recovery Consultative Council (PSERCC). Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memastikan strategi jangka

pendek dan sederhana bagi merangsangkan pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan asing dan tempatan serta menentukan pembangunan sosio-ekonomi yang mampan pasca PKP yang mencakupi Sektor Industri/Industri Kecil dan Sederhana/ Perusahaan Kecil dan Sederhana/Peruncitan, Sektor Pasaran Tenaga Kerja, Sektor Perumahan, Sektor Infrastruktur dan Pengangkutan, Sektor Pelancongan dan Sektor Indusri Makanan. Di kesempatan ini, Kerajaan Negeri ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di atas pelaksanaan sesi libat urus dengan Kerajaan Negeri, khususnya melalui Program Jelajah Yang Berhormat Menteri Kewangan ke Negeri Pulau Pinang sempena Penyediaan Bajet 2022 pada 9 Oktober yang lalu dan Sesi Roadshow Pasca Rancangan Malaysia Kedua Belas Bersama Negeri Pulau Pinang yang dihadiri oleh Yang Berhormat Menteri Ekonomi pada 10 November tahun ini juga. Sesi libat urus tersebut telah membolehkan Kerajaan Persekutuan untuk lebih memahami keperluan Kerajaan Negeri terutamanya mengenai cadangan projek pembangunan serta isu-isu yang dihadapi. Kerajaan Negeri telah kemukakan kepada Kerajaan Persekutuan cadangan 111 projek pembangunan dengan anggaran kos keseluruhan berjumlah RM23.73 billion untuk dipertimbangkan pelaksanaannya di bawah Rolling Plan Ke-2. Tahun 2022, RMKe-12, saya memohon supaya Kerajaan Persekutuan dapat memberikan pertimbangan khusus kepada projek-projek pembangunan terpilih yang menjadi keutamaan Kerajaan Negeri.

Bajet 2022 : Mempercepat Pencapaian Penang2030Address / budget

Yang di-Pertua (Speaker)

Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini, Pada tahun hadapan, fokus kita semestinya untuk memulihkan semula setiap segmen sosioekonomi negeri kita. Usaha untuk memperkukuhkan daya tahan turut digerakkan bagi mengoptimumkan keupayaan fungsi ekonomi dan sistem kesihatan. Saya percaya, kita mampu melangkah ke hadapan dengan instrumen pembaharuan yang akan dilaksanakan supaya pencapaian Visi Penang2030 dapat disegerakan seiring dengan landskap dunia teknologi tanpa sempadan serta agenda kelestarian. Di peringkat Kerajaan Negeri, setiap projek/program mahupun inisiatif yang dilaksanakan semestinya menjurus ke arah untuk merealisasikan pencapaian Visi Penang2030. Pasca pandemik COVID-19 ini dilihat banyak mengubah ruang lingkup kebiasaan dalam norma seharian kita. Salah satu langkah dalam Pelan Pemulihan Kerajaan Negeri di bawah transformasi Penang2030 adalah agenda untuk ‘Mempercepat Pencapaian Penang2030’ bersandarkan tiga inisiatif utama iaitu:

(i) Inisiatif Setempat (The Place-Making Initiatives); (ii) Inisiatif Pembangunan Komuniti (The Community-Building Initiatives); dan (iii) Inisiatif Libat Urus Industri (The Industry Engagement Initiatives)

Bagi mencapai visi yang diaspirasikan untuk Negeri Pulau Pinang yang tercinta ini, saya merasakan amat penting untuk mewujudkan hab inovatif digital yang kreatif yang akan menjadi pemangkin kepada K-Ekonomi masa hadapan. Justeru, saya mengarahkan Digital Penang dengan kerjasama Think City dan Penang Institute untuk mengenalpasti kawasan-kawasan yang berpotensi untuk mewujudkan suatu Daerah Digital Kreatif atau Creative Digital District – CD Square yang akan menjadi pemangkin terhadap perkembangan ekonomi, keusahawanan,

pemindahan teknologi serta peluang untuk meningkatkan pengetahuan. Bagi mempergiat usaha ke arah pendigitalan Pulau Pinang, Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan satu taskforce dengan pihak Digital Nasional Berhad (DNB) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk pelaksanaan Projek 5G di Negeri Pulau Pinang pada awal tahun 2022. Selain itu, bagi terus memacu pencapaian dalam Visi Penang2030, Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran penyediaan kawasan hijau untuk tujuan rekreasi dan riadah bagi penduduk Negeri kita. Lanjutan itu, Kerajaan Negeri juga telah mengambil langkah untuk melaksanakan Projek Gurney Wharf di kawasan projek tambakan laut berhampiran Persiaran Gurney. Pelaksanaan Projek Gurney Wharf telah dirancang dengan sistematik dengan memaksimakan keseluruhan kawasan untuk manfaat penduduk Pulau Pinang. Fasa 1 projek ini dijangka siap pada hujung tahun 2022. Manakala Fasa 2 pula dijangka siap pada hujung tahun 2023 atau awal 2024. Kos keseluruhan projek dianggarkan berjumlah RM200 juta. Bagi tahun ini, Kerajaan Negeri akan menyediakan, bagi tahun 2022, bawah bajet ini, Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan berjumlah RM60 juta untuk Projek Gurney Wharf. Projek ini berkait rapat dengan Visi Penang2030 di bawah Tema A iaitu meningkatkan daya huni bagi menambah baik kualiti kehidupan dan sasaran pencapaian untuk mewujudkan 100 kilometer waterfront promenade atau persiaran tepi pantai. Pembangunan Komuniti amatlah penting untuk melestarikan Visi Penang2030. Saya melihat kerjasama rakyat amat diperlukan untuk memperkasa komuniti di negeri ini. Sehubungan itu, saya menyeru peranan yang lebih utuh daripada ahli-ahli pemimpin masyarakat di kawasan masing-masing untuk terus menjalinkan kerjasama erat dan berkolaborasi dalam penganjuran program dan aktiviti bersama syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC), Penang Green Council (PGC), Penang Harmony Corporation (HARMONICO) dan Digital Penang. Kerajaan Negeri dalam masa yang sama akan menubuhkan Pusat Penang2030 di setiap KADUN sebagai shared space untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tesebut pada tahun 2022. Sememangnya, setiap pencapaian dan kejayaan adalah bermula dari rumah kerana di sinilah lahirnya generasi belia yang mampu menggerakkan institusi kemasyarakatan. Inilah nilai yang Kerajaan Negeri sedang terapkan di setiap isi rumah di Negeri Pulau Pinang. Kejayaan untuk mempercepatkan Visi Penang2030 juga mampu diukur dengan inisiatif di bawah libat urus industri di mana penglibatan Kerajaan Negeri, masyarakat awam dan pihak swasta akan membentuk satu ekosistem yang lebih maju mampan yang mampu untuk memperluas asas pelaburan kita. Lebih-lebih lagi di era pasca pandemik ini kita sudah dibiasakan dengan norma pendigitalan tanpa sempadan. Saya juga menitikberatkan usaha pembangunan bakat kekal sebagai tumpuan utama. Penang Skill Development Centre (PSDC) contohnya, sebagai sebuah inisiatif sektor swasta dan kerajaan sebagai perintis dan terus berjaya melahirkan sejumlah besar tenaga manusia untuk sektor pembuatan berteknologi tinggi. Pada masa yang sama kita perlu menumpukan lebih banyak sumber untuk membangunkan keupayaan dalam bidang teknologi baru seperti Kecerdasan Buatan (AI), robotik, analitik dan sains kehidupan.

Perdagangan, Industri Dan Pembangunan Usahawan

Yang di-Pertua (Speaker)

Pelaburan Mengukuhkan Daya Saing Pulau Pinang. Dato’ Yang Di-Pertua dan Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, Pulau Pinang masih lagi menjadi pilihan pelabur asing dan tempatan. Justeru, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Negeri Pulau Pinang (PDC) telah membina Global Business Services, GBS@Mahsuri yang mempunyai ruang pejabat seluas 80,000 kaki persegi

untuk memenuhi permintaan syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri ekonomi digital. Keseluruhan ruang GBS@Mahsuri iaitu tepi bangunan PDC telah berjaya disewa kepada syarikat-syarikat GBS terkemuka global. Kerajaan Negeri juga mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif dan pembangunan infrastruktur yang berterusan dengan memberi penekanan kepada kemudahan untuk menjalankan perniagaan di Pulau Pinang, mengekalkan kos kompetitif serta pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur untuk menyokong keperluan pelabur dalam era Industri Revolusi 4.0. Bagi menyokong pelaburan strategik di Pulau Pinang, PDC sedang membangunkan dua (2) Taman industri yang baru iaitu Taman Perindustrian Batu Kawan 2 dan Batu K awan Timur. Kedua-dua taman perindustrian tersebut akan menambah jumlah kawasan perindustrian baharu seluas 1,500 ekar, lebih besar daripada Taman Perindustrian Batu Kawan yang sedia ada sekarang. Kedua-dua taman perindustrian tersebut akan dibangunkan secara berperingkat dan dijangka dapat mula operasi pada tahun 2023 dan 2024. Untuk terus memacu industri ekonomi digital di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menjadi tuan rumah Kongres Dunia Teknologi Maklumat (World Congress on Information Technology) atau dikenali sebagai WCIT pada tahun 2022. WCIT adalah diibaratkan seperti Olimpik dunia teknologi maklumat dan komunikasi dan bakal menghimpunkan para ketua industri, pemimpin kerajaan dan ahli akademik dari lebih 80 buah negara. WCIT pada mulanya dijadualkan diadakan di negeri kita secara fizikal pada tahun 2020 tetapi telah ditangguhkan dan kini akan diadakan secara maya kerana pandemik COVID-19 tetapi WCIT telah mengurniakan hak untuk menganjurkan acara yang sama kepada negeri kita pada tahun akan datang.

Pembangunan usahawan Dato’ Yang Di-Pertua, Kerajaan Negeri menyokong pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) pembuatan di Pulau Pinang. Penubuhan Pusat Penasihat Pasaran, Sumber, Latihan IKS atau SME Market Advisory, Research & Training - S.M.A.R.T Centre berfungsi sebagai pusat khidmat nasihat mengenai maklumat-maklumat yang diperlukan untuk memulakan perniagaan, permohonan lesen perniagaan, pendaftaran syarikat, insentif-insentif sedia ada dan sebagainya kepada IKS yang bercadang untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka. Sejak penubuhannya pada tahun 2010, Pusat S.M.A.R.T telah berjaya memberi khidmat nasihat kepada 2,231 syarikat daripada pelbagai sektor industri Bagi tahun 2022, Pusat S.M.A.R.T akan terus menumpukan usaha bagi meningkatkan keupayaan sesebuah syarikat dari segi pengetahuan mengenai jualan, pemasaran, sumber manusia, kewangan, digitalisasi dan IR 4.0 dengan penganjuran bengkel pembangunan keupayaan (capacity building workshop) dan sesi pemadanan perniagaan antara pelabur asing dengan usahawan tempatan. Antara bengkel pembangunan yang telah diadakan pada tahun ini adalah sesi perkongsian daripada Bank Negara Malaysia mengenai Dana Kemudahan Teknologi Tinggi - Aspirasi Pelaburan Nasional (High-Tech Facility - National Investment Aspirations) untuk membantu IKS yang terjejas dalam pandemik dan sesi perkongsian kepentingan e-commerce. Pusat IKS Pulau Pinang yang telah dibangunkan di kawasan Perindustrian Bayan lepas oleh PDC berobjektif membantu usahawan-usahawan baharu dan sedia ada bagi mengurangkan kos operasi mereka dengan menyediakan ruang operasi dengan kadar sewa bersubsidi. Kadar sewa bermula dari RM1.50 kaki persegi sebulan dan kemudahan yang disediakan termasuk lif, bilik mesyuarat, bilik pantri, lif kargo, kamera pengawasan dan ruang utiliti. Pusat ini kini mencapai 70 peratus kadar penggunaan di mana terdapat 13 syarikat sedang beroperasi dalam bangunan

tersebut. Saya ingin menyeru kepada usahawan IKS dan masih mencari tapak untuk perniagaan agar mengambil peluang yang disediakan di Pusat IKS Pulau Pinang. Selain daripada Pusat IKS, Kerajaan Negeri juga menyediakan plot kosong dan bangunan sedia ada sebagai pilihan untuk memudahkan usahawan baru menjalankan perniagaan di perkampungan-perkampungan IKS. Perkampungan IKS atau IKS Village biasanya dibina di lokasi strategik seperti Batu Kawan dan Bukit Minyak bagi memudahkan usahawan kecil beroperasi berdekatan dengan sasaran pelanggan di kawasan industri. Bagi menunjukkan komitmen Malaysia di peringkat kerjasama global, Malaysia menyertai Ekspo 2020 Dubai yang sedang berlangsung dari 1 Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022 selama 26 minggu. Pulau Pinang juga akan mengambil peluang ini dan telah diberi Minggu ke-16 dengan tema "Entrepreneurship and Energy" yang dijadualkan dari 16 Januari 2022 sehingga 22 Januari 2022. Antara objektif penyertaan Pulau Pinang ke Ekspo 2020 Dubai adalah untuk membuka peluang dan ruang kepada syarikat tempatan untuk memasuki pasaran di peringkat global di samping dapat mempromosikan kerjasama global, inovasi, pembangunan teknologi, kemajuan manusia dan pendidikan. Kerajaan Negeri melalui PDC akan meneruskan pelaksanaan Skim Pinjaman Harapan atau SPH pada tahun akan datang yang menawarkan pinjaman kepada peniaga-peniaga kecil bagi menambah modal dan mengembangkan perniagaan mereka. Skim pinjaman ini dimulakan pada tahun 2009 dan sehingga 31 Ogos tahun ini, seramai 3,662 penjaja dan perniagaan kecil telah menikmati kemudahan pinjaman ini dengan jumlah keseluruhan pinjaman yang telah dikeluarkan berjumlah RM20.3 juta. Manakala jumlah kutipan bayaran balik pinjaman sehingga 31 Ogos tahun ini adalah RM18.52 juta dianggap sebagai prestasi yang baik. Kerajaan Negeri akan menyediakan RM1.0 juta lagi bagi skim ini bagi tahun 2022. Bagi meringankan beban kewangan usahawan mikro, kecil dan sederhana yang terjejas semasa pandemik, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan untuk pinjaman tanpa faedah di bawah skim PEKA PKS 1.0 berjumlah RM30 juta, PEKA Pelancongan 2.0 berjumlah RM10 juta dan PEKA PKS 3.0 berjumlah RM5.0 juta. Skim PEKA PKS 3.0 dilaksanakan pada tahun 2021 khusus untuk membantu usahawan di bawah sektor non-essential yang terkesan teruk kerana tidak dapat menjalankan perniagaan seperti biasa. Kerajaan Negeri memberikan keutamaan kepada golongan terbabit dengan jumlah pinjaman antara RM5,000 hingga RM20,000 bagi tempoh 30 bulan dengan moratorium untuk enam (6) bulan pertama. Permohonan telah dibuka pada 7 Oktober sehingga 29 Oktober baru-baru ini. Senario ekonomi masa kini menunjukkan perkembangan gig ekonomi yang semakin berkembang seiring dengan platform teknologi digital. Pada tahun 2021 Kerajaan Negeri telah peruntukkan RM1.0 juta melalui Penang Halal International untuk Program Kerjasama Pintar dengan Penyedia Platform Marketplace Digital Commerce. Setakat ini Penang Halal International telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa platform digital iaitu Shopee, PG Mall dan Foodpanda melalui program tersebut dan telah membantu lebih daripada 38,000 usahawan Pulau Pinang dalam proses pendigitalan perniagaan mereka. Daripada jumlah ini lebih dari 10,500 adalah penjual e-dagang baharu dan lebih daripada 820 merupakan penjual produk halal. Melalui pemberian baucer diskaun ini anggaran jualan lebih daripada RM10 juta telah dijana dalam masa lima (5) bulan (April hingga Ogos2021) oleh usahawan Pulau Pinang.

Hal Ehwal Agama Islam

Yang di-Pertua (Speaker)

Dato' Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri akan terus komited memartabatkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan memperkasakan syiar Islam di Negeri Pulau Pinang. Dalam menjayakan wawasan untuk umat Islam khususnya dan rakyat Pulau Pinang amnya, Kerajaan Negeri telah melancarkan Gagasan Khaira Ummah 2030 pada 19 Ogos 2020 bersamaan 1 Muharram 1442 Hijrah di Masjid Albukhary Bandar Sri Pinang. Pelan ini merupakan misi pembangunan yang akan merangkumi lima (5) teras utama iaitu Hikmah, Ekonomi, Baiti Jannati, Anak Muda dan Tarbiyah. Sejumlah 70 program telah dikenal pasti di bawah program ini dalam sesi induksi yang telah diadakan pada September 2020 dan lapan (8) sesi jelajah penerangan telah diadakan di masjid-masjid seluruh negeri kita. Sejumlah RM350,000.00 diluluskan bagi tahun 2022 bagi menjayakan program ini. Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan telah membina banyak masjid baharu serta menaik taraf masjid di Negeri Pulau Pinang. Tiga (3) projek masjid telah siap pada tahun 2020 dan 2021 adalah Masjid Jamek Kampung Rawa (DTL), Masjid Albukhary (DTL) dan Masjid Qaryah Bandar Tasek Mutiara (SPS). Manakala Masjid Jamek Permatang Bogak di SPU dijangka siap pada penghujung tahun ini. Bagi tahun 2022, sebanyak tiga (3) masjid dijangka akan disiapkan pembinaannya iaitu Masjid al-Qahhar di Permatang Damar Laut (DBD), Masjid Jamek Sungai Puyu di Butterworth (SPU) dan Masjid Jamek Perai di Perai (SPT). Di kesempatan ini juga, Kerajaan Negeri ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas kerjasama yang diberikan dari segi peruntukan serta kepakaran dalam pembangunan masjid-masjid di negeri kita. Kerajaan Negeri juga bercadang untuk menjadikan Masjid Terapung Tanjung Bungah sebagai Masjid Daerah bagi Daerah Timur Laut (DTL) dan kini sedang dalam proses penambahbaikan prasarananya oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Kerajaan Negeri terus prihatin dengan perkembangan Pendidikan di Sekolah-sekolah Islam yang merangkumi Sekolah Agama Rakyat (SAR), Kelas KAFA, Maahad Tahfiz, Pusat Tahfiz, Sekolah Rendah dan Menengah Tahfiz, pondok-pondok pengajian tradisional serta Sekolah Rendah dan Menengah Agama Rakyat yang kini berjumlah 334 buah di negeri kita. Pada Januari 2021, SAR Saadah di Kuala Muda, Penaga telah siap dengan kerjasama pihak Kerajaan Persekutuan dan diserahkan kepada pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada 3 Februari 2021. Projek pembangunan sekolah agama dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri turut dijangka siap pada Disember 2021 iaitu Sekolah Agama Rakyat Masjid Tuan Guru di Tanjung Tokong, DTL. Manakala bagi tahun 2022, SAR Bertam Putra di Kepala Batas, SPU dijangka siap. Manakala, kerja-kerja awalan pembangunan dua (2) buah SAR baru juga telah dimulakan pada tahun ini bagi SAR Masjid Daerah SPU di Butterworth dan Madrasah al-Ittihadiyah al-Wataniyah di Cherok Tok Kun, SPT yang dijangka siap pada tahun 2023. Bagi tahun 2022, di bawah bajet ini Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sejumlah RM71.13juta bagi pembangunan agama Islam di Negeri Pulau Pinang. Peruntukan ini termasuk peruntukan mengurus bagi jabatan-jabatan negeri yang berkaitan hal ehwal agama Islam dan peruntukan pembangunan bagi masjid, surau, institusi Pendidikan Islam serta pelaksanaan program berteraskan Islam.

Pembangunan Sosial Dan Hal Ehwal Bukan Islam

Yang di-Pertua (Speaker)

Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa prihatin dalam mengekalkan keharmonian beragama di kalangan penduduk dan menawarkan perkhidmatan serta kemudahan asas dalam membantu penduduk mengamalkan hal ehwal keagamaan tersebut tanpa sebarang halangan. Salah satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dalam perkara ini adalah memperuntukkan tanah seluas 22 ekar di Daerah Seberang Perai Utara (SPU) yang bernilai RM17.65juta dengan infrastruktur asas yang bernilai RM9.20 juta dan sebanyak 35 persatuan keagamaan yang terdiri daripada Taoisme, Buddhisme, Hinduisme, Kristianiti dan lain-lain telah dipertimbangkan untuk ditawarkan tanah di atas tapak tersebut. Dijangka dalam tempoh dua (2) tahun, beberapa Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) akan dibangunkan dan mula beroperasi untuk orang awam di atas tapak tersebut. Penawaran tanah kepada 35 persatuan keagamaan selain Islam yang berbilang ini mampu mengekalkan keharmonian beragama di Negeri Pulau Pinang selaras dengan hasrat Visi Penang2030. Kerajaan Negeri telah menubuhkan Penang Harmony Corporation (HARMONICO) pada 10 Mac 2021 dengan matlamat untuk membina dan mempromosikan konsep baharu keharmonian beragama bagi menghadapi cabaran yang ditimbulkan oleh kepelbagaian agama dalam dunia global. Bagi tahun 2022, sejumlah RM1.1juta akan diperuntukkan kepada pertubuhan ini untuk melaksanakan program-program yang dirancang. Kerajaan Negeri bertekad untuk memperkasakan komuniti dengan meningkatkan penglibatan masyarakat supaya program yang dilaksanakan dapat dimanfaatkan bersama. Peranan yang dimainkan oleh ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) terutamanya semasa negeri kita dilanda pandemik amat disanjungi. Kerajaan Negeri akan terus komited untuk memperkasakan ahli MPKK melalui program-program pembangunan kapasiti pada tahun hadapan. Kerajaan Negeri juga telah meluluskan peruntukan sejumlah RM9.0 juta pada tahun 2022 untuk mengiktiraf peranan ahli MPKK.

Agenda Pemerkasaan Wanita Dalam usaha untuk mengangkat dan mengiktiraf peranan wanita, Kerajaan Negeri telah membentuk sebuah jawatankuasa kerja di bawah inisiatif Top-Up Women-Only Additional Seats (TWOAS) yang bertujuan untuk meningkatkan peratusan perwakilan wanita dalam Dewan Undangan Negeri. Satu Kertas Putih dan dokumen berkaitan yang menjelaskan tentang kaedah pelaksanaan dan kepentingannya telah pun dibentangkan dalam Dewan ini dan diedarkan kepada semua Ahli-ahli Dewan. Selain itu, Sidang Wanita 2.0 akan diteruskan pada 4 Disember 2021. Lima puluh peserta telah dipilih untuk menyertai simulasi Dewan Undangan Negeri dan masing-masing akan memainkan peranan sebagai Ahli EXCO dan ADUN Kawasan. Sehingga kini, semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri telah melengkapkan pelan tindakan Dasar Keterangkuman Gender Pulau Pinang pada tahun 2021. Sebanyak 28 taklimat kesedaran keterangkuman gender juga telah diadakan.

Pembangunan Modal Insan, Pendidikan Dan Sains & Teknologi

Yang di-Pertua (Speaker)

Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri sedar bahawa modal insan berprestasi tinggi merupakan faktor utama kejayaan sesebuah masyarakat. Kerajaan Negeri melalui Tech Dome Penang, Penang Science Cluster, Penang Digital Library dan Penang Skills Development Centre telah melaksanakan pelbagai program untuk membangunkan kemahiran STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) dalam kalangan pelajar sekolah. Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuklah MakerLab, Coding-For-All dan Penang International Science Fair. Inisiatif-inisiatif tersebut telah memanfaatkan lebih daripada 280,000 pelajar. Inisiatif-inisiatif ini menyokong aspirasi Kerajaan Negeri untuk terus membangunkan modal insan yang berkemahiran tinggi bagi menyokong kepelbagaian ekonomi negeri dan mengekalkan kedudukan Pulau Pinang sebagai Silicon Valley of East. Bagi mencapai Hasrat ini, Kerajaan Negeri akan menyediakan geran tahun 2022 kepada Penang STEM 4.0 berjumlah RM630,000.00, Penang Tech Dome berjumlah RM850,000.00 dan Penang Science Cluster berjumlah RM680,000.00.

Kerajaan Negeri melalui InvestPenang telah menyediakan peruntukan khas bagi membantu syarikat-syarikat baru atau “start-ups” teknologi dengan menawarkan bantuan kewangan. Pada awal tahun 2018, Kerajaan Negeri telah melancarkan Penang i4.0 Seed Fund dengan nilai USD1.0juta (RM4.0juta) untuk pembangunan projek-projek “start-up” yang berpotensi tinggi khasnya yang terlibat dalam industri digital, e-commerce dan Internet of Things (IoT). Setakat ini, melalui tiga (3) saluran sejumlah RM4.0juta “seed fund” telah dianugerahkan kepada 37 usahawan tempatan. Selain itu, pelbagai program telah dianjurkan khusus untuk penerima dana seperti program bimbingan dan latihan dari mentor berpengalaman, akses ke rangkaian industri, peluang pemadanan dengan pelabur berpotensi dan sebagainya. Bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan RM1.0juta untuk meneruskan Penang i4.0 Seed Fund 2.0. Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan hampir RM450,000.00 di bawah Jawatankuasa MMK Pendidikan dan Penang Education Council setiap tahun untuk pelaksanaan pelbagai program Pendidikan seperti Program Intervensi Bagi Kanak-Kanak Bermasalah Belajar Membaca, Program No Child Left Behind in Inclusive Education, Penang International Kids Storytelling Festival dan lain-lain. Selain itu, mulai tahun 2009 hingga kini, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan Bantuan Pendidikan kepada Sekolah Cina, Sekolah Mubaligh, Sekolah Agama dan Sekolah Tamil untuk mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang lebih selesa dan kondusif bagi membantu para pelajar dari semua lapisan masyarakat untuk mencapai potensi pembelajaran yang lebih tinggi. Pada tahun 2022, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM13.0 juta bagi tujuan bantuan pendidikan ini.

PERUMAHAN,

Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus berusaha dalam memperjuangkan perumahan kepada rakyat Pulau Pinang selaras dengan visi Penang2030 di bawah tema A1 iaitu menangani isu kemampuan dan kepelbagaian perumahan. Semenjak 2008 hingga kini, Kerajaan Negeri telah Berjaya memastikan sebanyak 38,190 Rumah Mampu Milik (RMM) jenis A, B dan C siap dibina manakala 19,640 unit pula sedang dalam pelbagai fasa pembinaan dan 61,286 unit pula berada di peringkat perancangan. Jika dihitung kesemuanya berjumlah 119,116 unit dan telah

melepasi jumlah komitmen 75,362 unit seperti dinyatakan di dalam Manifesto 100 Hari Perumahan Untuk Semua. Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri sejak 2014 merancang pembinaan 19 projek perumahan mampu milik yang bakal menyediakan sekurang-kurangnya 22,028 unit perumahan mampu milik melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan penswastaaan di bawah Perbadanan Ketua Menteri (CMI). Bermula 2021, selari dengan penubuhan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP), usaha penyediaan Rumah Mampu Milik ini dipusatkan di mana sebanyak sepuluh (10) lokasi tapak telah dikenal pasti bagi tujuan pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) yang bakal menyediakan sekitar 20,912 unit kediaman. Kerajaan Negeri turut membelanjakan purata RM18 juta setahun dalam menyelenggara Rancangan Perumahan Awam di kelima-lima daerah. Dari tahun 2008 hingga 2021, sebanyak RM202.9 juta telah dibelanjakan termasuk pada tahun ini berjumlah RM21.67 juta. Sebanyak RM28.27 juta pula diperuntukkan untuk penyelenggaraan di skim perumahan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). Selain itu, Kerajaan Negeri turut memberi perhatian kepada penyelenggaraan Skim Perumahan Kos Rendah / Sederhana Rendah Swasta melalui inisiatif Tabung Penyelenggaraan Maksima 80% (TPM80). Sejumlah RM45.24 juta telah diluluskan sejak tahun 2013 untuk inisiatif ini. Keseluruhan peruntukan terkumpul Kerajaan Negeri bagi penyelenggaraan perumahan awam dan swasta mencecah RM276.4 juta membuktikan keprihatinan dalam menyediakan perumahan yang selesa dan selamat. Bagi tahun 2022 pula, Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan berjumlah RM13.95 juta untuk pembangunan dan penyelenggaraan perumahan awam Pulau Pinang dan RM6.8 juta lagi bagi Tabung Penyelenggaraan Maksima 80% (TPM80). Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan menyediakan geran mengurus kepada Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) berjumlah RM12 juta pda tahun akan datang.

Kerajaan Tempatan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dato' Yang di-Pertua, Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah mempercepatkan transformasi digital yang berupaya mengurangkan transaksi secara bersemuka. Kerajaan Negeri bertekad melaksanakan inisiatif tanpa tunai di jabatan dan agensi kerajaan. Satu dasar untuk mewajibkan penggunaan perkhidmatan e-pembayaran sebagai salah satu platform terimaan hasil bagi semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri pada 2 September 2020. Pelaksanaan inisiatif ini bertujuan untuk memastikan penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan Negeri dapat dipertingkatkan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk membentuk negeri pintar bertaraf antarabangsa.

Hasil daripada pelaksanaan inisiatif tanpa tunai di jabatan dan agensi kerajaan, keseluruhan 23 jabatan penerima hasil di negeri kita telah menggunakan perkhidmatan e-pembayaran sebagai salah satu medium penerimaan hasil daripada rakyat Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri menyasarkan pada tahun 2022, 80% daripada keseluruhan kutipan akan dilaksanakan melalui kaedah e-pembayaran.

Perancangan Bandar Dan Desa

Yang di-Pertua (Speaker)

Kerajaan Negeri akan memperkukuhkan dan memudahcara pembangunan dalam negeri melalui pelaksanaan dan kawal selia rancangan-rancangan pembangunan. Kerajaan Negeri akan berpandukan kepada dokumen Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 (RSNPP2030) yang telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri pada 24 Oktober 2019. Bagi pemantauan yang lebih berkesan, PLANMalaysia@Pulau Pinang dalam tindakan untuk menyediakan sebuah Sistem Pemantauan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 (eMOSPLAN).

Alam Sekitar

Yang di-Pertua (Speaker)

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 15 September 2021 yang lalu telah mengisytiharkan Bukit Bendera sebagai kawasan Rizab Biosfera Pulau Pinang. Pengisytiharan ini menunjukkan komitmen dan usaha kerajaan kita dalam memulihara dan memelihara flora dan fauna, kehijauan alam semula jadi dan warisan budaya yang tidak ternilai bagi negeri kita dan penduduknya. Kejayaan ini adalah titik peluh dan usaha gigih pihak Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang dengan kolaborasi pelbagai pihak seperti The Habitat, ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia (USM), agensi negeri dan Persekutuan iaitu Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA). Bukit Bendera sebagai Rizab Biosfera Pulau Pinang merupakan penghargaan kedua oleh UNESCO kepada negeri kita selepas George Town diiktirafkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 7 Julai 2008. Pulau Pinang amat unik, pulau yang kecil tetapi ada 2 tapak warisan dunia. Kerajaan Negeri telah mengambil langkah dalam Projek Circular Cities, iaitu sebuah program di bawah European Union (EU) yang mempromosikan kerjasama dengan bandar dalam pembangunan bandar lestari, pembinaan perkongsian antara bandar-bandar di bawah EU dan di luar EU secara global. Projek ini merupakan satu projek kolaborasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan Negara EU melalui Penang Green Council (PGC) dan International Urban and Regional Cooperation (IURC). Program ini akan menyumbang kepada objektif United Nation New Urban Agenda, Agenda 2030 (SDGs), Urban Agenda untuk Kesatuan Eropah, European Green Deal dan juga di bawah Visi Penang2030 Tema D iaitu melabur dalam persekitaran terbina bagi menambah baik daya ketahanan. Untuk mengatasi isu perubahan iklim, sejak tahun 2005 sehingga Julai tahun ini, Jabatan Perhutanan telah menanam sebanyak 245,483 pokok yang melibatkan seluas 83.95 hektar di seluruh pesisir pantai Negeri Pulau Pinang. Program ini akan terus dilaksanakan bagi memperbaiki benteng semulajadi yang merupakan bakau dan paya laut untuk memelihara dan mengekalkan fungsi habitat tersebut untuk ekologi marin. Hutan-hutan Taman Eko-Rimba di Pulau Pinang terus menjadi sumber tarikan utama penduduk negeri bukan sahaja sebagai pusat riadah malah sebagai lokasi pendidikan dan penyelidikan. Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengimbangi pemeliharaan dan perlindungan hutan serta meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri ini. Bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan berjumlah RM2.2 juta kepada Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang bagi projek-projek pembangunan yang melibatkan hutan-hutan lipur di negeri kita. Taman Botani Pulau Pinang atau Penang Botanic Gardens adalah institusi botanical tertua di Malaysia dan juga yang pertama bagi kawasan zon utara Semenanjung Malaysia. Taman Botani Pulau Pinang kaya dengan koleksi tumbuhan, kepelbagaian flora dan fauna dan landskap semula jadi telah menjadi kawasan rekreasi yang dikunjungi oleh masyarakat tempatan

dan pelancong. Bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri akan memperuntukan sejumlah RM1.22 juta kepada Taman Botani Pulau Pinang yang merangkumi peruntukan untuk pembangunan, pembaikan dan penaiktarafan kemudahan, infrastruktur, landskap dan hortikultur. Baru-baru ini Dato' Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri juga telah menerima kelulusan peruntukan berjumlah USD10 juta dari Bank Dunia di mana pembiayaan dana akan dilaksanakan mengikut perjanjian rasmi di antara Lembaga Adaptation Fund dan UN-Habitat selaku “Multi-lateral Implementing Entity”. Pengagihan dana daripada UN-Habitat adalah kepada tiga (3) entiti pelaksana ‘Executing Entities” iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang dan Think City bagi melaksanakan program-program di bawah lima (5) komponen berikut:

(i) Urban Greening; (ii) Storm Water Management; (iii) Baseline Data; (iv) Perkasakan sosial dan pendidikan di kalangan generasi muda mengenai kesedaran iklim; dan kelima (v) Kapasiti Pembangunan Penang Climate Board dan pertukaran ilmu

Dana yang diluluskan ini akan digunakan bagi pelaksanaan ‘Penang Nature-Based Climate Adaptation Programme’ yang diusulkan pada tahun 2019 dan telah diluluskan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) selaku Pihak Berkuasa Negera dengan sokongan agensi-agensi kerajaan berkaitan. Program ini akan dilaksanakan dalam tempoh lima (5) tahun di George Town dan Bayan Lepas sebagai perintis dan demonstrasi keberkesanan penggunaan Nature-Based Solutions di Malaysia ini.

KEBAJIKAN

Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Dalam aspek kebajikan, Kerajaan Negeri sememangnya sensitif terhadap pengurusan kesihatan mental dan keperluan kehidupan rakyat Pulau Pinang. Justeru, Kerajaan Negeri dengan usaha sama lapan belas (18) agensi dan NGO telah menubuhkan PgCare Alliance pada 16 Julai tahun ini. PgCare ditubuhkan bagi membantu keluarga dan individu yang terkesan dengan wabak COVID-19 melalui bantuan makanan dan kewangan, bantuan dalam pekerjaan dan sokongan untuk kesejahteraan mental. Dasar Pembasmian Kemiskinan diperkenalkan pada Januari 2013 dan bantuan difokuskan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berjaya dikeluarkan daripada kemiskinan tegar. Selaras dengan pindaan kepada pendapatan per kapita Program Agenda Ekonomi Saksama (AES) digabungkan dengan bantuan Am di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dijenamakan semula sebagai Bantuan Agenda Ekonomi Saksama (BAES) dan bagi tahun akan datang RM8.2 juta akan diperuntukkan. Program i-Sejahtera merupakan program penghargaan yang sangat dekat di hati rakyat Pulau Pinang. Sumbangan Kerajaan Negeri berbentuk kewangan secara tahunan dan one-off ini diberikan sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan kepada rakyat Pulau Pinang yang terdiri

daripada warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal dan lain-lain kategori. Program ini akan diteruskan pada tahun 2022 dan peruntukan berjumlah RM50 juta akan disediakan bagi tujuan bayaran ini. Program Mutiara Foodbank telah diwujudkan bagi mengelakkan pembaziran lebihan makanan yang berkualiti yang boleh disalurkan kepada golongan yang memerlukan. Mutiara Foodbank telah menjadi model contoh kepada Kerajaan Persekutuan semasa menubuhkan Yayasan Foodbank Malaysia. Sejak mula penubuhannya pada tahun 2017 hingga September tahun ini, sejumlah 1,145 tan makanan telah berjaya diselamatkan yang memberi manfaat kepada 69,553 orang penerima. Unit Mutiara Foodbank juga telah menerima barangan kering daripada pelbagai pihak sejak mula pandemik COVID-19 dan Kerajaan Negeri sedang dalam perancangan untuk mewujudkan satu lagi pejabat operasi Mutiara Foodbank di kawasan Seberang Perai bagi meningkatkan kapasiti pengoperasian Program Mutiara Foodbank iaitu penambahan kepada Ibu Pejabat yang kini beroperasi di Kompleks Masyarakat Penyayang Sejak berlakunya penularan wabak COVID-19, bilangan gelandangan semakin bertambah terutamanya di kawasan KOMTAR dan di bandar Butterworth. Kerajaan Negeri tidak mengabaikan nasib golongan ini. Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bersama JKM dan agensi-agensi yang berkenaan dalam menangani isu-isu berkaitan golongan ini adalah menyewa empat (4) unit bilik Program Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Sungai secara percuma mulai 1 Julai 2021 hingga 30 Jun 2022, merancang penganjuran program “Empowering the Street Citizens” yang bertujuan untuk membantu dan mendaya upayakan golongan gelandangan di Pulau Pinang yang menggabungkan sektor kerajaan, swasta dan pertubuhan (NGO) serta membina Pusat Transit Gelandangan di Jalan CY Choy dengan peruntukan sebanyak RM4.4 juta yang dijangka siap pada 1 haribulan Mac 2022.

Infrastruktur Dan Tebatan Banjir

Yang di-Pertua (Speaker)

Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri akan meneruskan momentum dan kesinambungan projek pembinaan dan menaik taraf jalan raya serta jambatan di seluruh Negeri Pulau Pinang. Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan berjumlah RM41.21 juta kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Penang Transport Master Plan (PTMP)

Projek Bayan Lepas LRT Fasa 1 segmen 1 sehingga segmen 4 telah mendapat kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA) pada 21 Februari 2020 dengan 63 syarat. Kerajaan Negeri telahpun mengadakan perbincangan bersama pihak Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk memuktamadkan jajaran dan stesen Bayan Lepas LRT di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang seperti yang telah disyaratkan oleh pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sebelum kelulusan sepenuhnya diberikan. Namun, Kerajaan Negeri masih perlu mendapatkan kelulusan bagi EIA segmen kelima iaitu lokasi depoh LRT di atas Pulau A PSR yang kini tertakluk kepada kelulusan semula bagi EIA projek tambakan PSR.

Setelah Laporan EIA bagi projek Pan Island Link 1 (PIL 1) diluluskan pada 10 April 2019 dengan 56 syarat, Kerajaan Negeri bersama rakan Pelaksanaan Projek dalam perancangan untuk mendapatkan kelulusan Environmental Management Plan (EMP) daripada Jabatan Alam Sekitar.

Jalan – Jalan Utama Dan Terowong Dasar Laut Bagi Projek Jalan–Jalan Utama, kelulusan wajib yang diperlukan ialah kelulusan EIA telah diperoleh pada 7 November 2017 dengan 59 syarat. Kerajaan Negeri telah tandatangani perjanjian bagi fasa pembinaan untuk salah satu pakej projek Jalan–Jalan Utama iaitu Pakej Kedua dari Jalan Pintasan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Air Itam. Bagi projek Jalan Berkembar dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang Pakej 1 kini dalam proses menentukan opsyen jajaran yang bersesuaian manakala bagi Pakej ketiga Persiaran Gurney ke Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu kini juga dalam proses untuk menentukan opsyen untuk dimuktamadkan. Mengenai Terowong Dasar Laut, pihak Kerajaan Negeri masih dalam tindakan memuktamadkan kelulusan bagi draf laporan kajian kebolehlaksanaan yang telah dikemukakan. Mengenai Penang South Reclamation saya tidak cadang untuk mengulanginya kerana Yang Berhormat EXCO telahpun memberi jawapan yang lengkap pada pagi ini.

PENGANGKUTAN

Dato’ Yang Di-Pertua, Sebagai makluman, Kerajaan Negeri telah mula melaksanakan program-program untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam sejak tahun 2011 dengan memperkenalkan beberapa program seperti perkhidmatan Bridge Express Shuttle Transit (BEST), Central Area Transit dan juga Congestion Alleviation Transport (CAT). Tidak terhenti di situ, sewaktu pandemik melanda, Kerajaan Negeri telah membiayai Pas Perjalanan Tanpa Had My30 dan membiayai tambang feri Pulau Pinang. Justeru pada tahun 2022, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan empat (4) program bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di Negeri Pulau Pinang iaitu: (a) Meneruskan perkhidmatan BEST KOMTAR; (b) Perkhidmatan Bas Percuma CAT Bridge; (c) Membiayai Pas Perjalanan Tanpa Had iaitu Pas Mutiara; dan (d) Membiayai tambang perkhidmatan feri

Dan kesemua program ini melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta dari Kerajaan Negeri. Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengangkutan yang sudi turun ke Pulau Pinang pada bulan Oktober yang lalu untuk melihat dengan lebih dekat cadangan pembesaran Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Kerajaan Negeri sedia membantu Kementerian Pengangkutan bagi merealisasikan pembesaran lapangan terbang ini untuk kepentingan kita bersama. Dalam masa yang sama. Kerajaan Negeri menyeru agar pihak Kementerian mempercepatkan pelaksanaan projek ini demi kepentingan sektor pengangkutan, pelancongan dan logistik.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah membelanjakan kira-kira RM14 juta sehingga tahun 2021 bagi pemberian insentif perkhidmatan kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah. Pemberian insentif ini akan diteruskan pada tahun hadapan dengan bayaran sebanyak RM600.00 seorang. Sebanyak RM2.0 juta ringgit akan diperuntukkan untuk pembayaran insentif ini yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 orang penerima.

Tebatan Banjir

Kerajaan Negeri melalui JPS Pulau Pinang akan memberi tumpuan dalam usaha mengurangkan kejadian banjir serta impak perubahan iklim secara struktur iaitu dengan menjalankan pembinaan rumah pam, ban, pintu air, pengukuhan tebing sungai, mendalam dan melebar sungai, pencegahan hakisan pantai dan juga menaiktaraf struktur-struktur utama. Pada tahun ini, dua projek High Impact iaitu, Projek Tebatan Banjir Parit 4 dan Parit 5 telah berjaya disiapkan pada bulan Mei yang lepas manakala Projek Tebatan Banjir Mak Mandin, projek di Bayan Baru dan projek di Sungai Nipah dijangka akan siap sebelum penghujung tahun ini. Selain daripada itu, Projek Tebatan Banjir membina Kolam Takungan Banjir di Alma KADUN Machang Bubuk sedang giat dalam pembinaan yang dijangka siap pada 1 November 2022, manakala Projek Sungai Tiram di Bayan Lepas baru bermula pada Ogos 2021 dan dijangka siap pada tahun 2024.

Bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan kepada JPS RM34.72 juta bagi melaksanakan pelbagai projek yang berkenaan.

PENSWASTAAN

Dato' Yang di-Pertua, Dalam memastikan pembangunan mampan, Kerajaan Negeri menggunakan pendekatan penswastaan untuk menggurangkan beban kewangan serta membenarkan kuasa pasaran untuk menjana perkembangan ekonomi setempat. Kerajaan Negeri telah mewujudkan Garis Panduan Unit Kerjasama Awam–Swasta atau UKAS di Negeri Pulau Pinang yang menjadi panduan dan rujukan kepada pihak yang berkepentingan di kalangan jabatan dan agensi kerajaan dan sektor swasta di Negeri Pulau Pinang dalam mencadangkan dan melaksanakan Projek Kerjasama Awam Swasta di bawah konsep (PPP) atau Public-Private Partnership salah satu contoh di bawah Private Finance Initiative ini adalah Cadangan Pembangunan Perkhidmatan Kereta Kabel di Bukit Bendera.

Pelancongan Dan Ekonomi Kreaktif

Yang di-Pertua (Speaker)

Dato Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Dewan, Kerajaan Negeri akur dengan sektor pelancongan adalah satu sektor yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Pelan pemulihan pelancongan akan diberi keutamaan dalam bajet 2022 untuk merancakkan semula industri pelancongan. Sektor pelancongan mempunyai daya saing yang kuat di arena antarabangsa. Kerajaan Negeri akan memberi perhatian kepada aktiviti promosi pelancongan untuk menarik minat pelancong tempatan dan luar negara untuk memilih Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan dan seterusnya membantu memulihkan sektor pelancongan seperti sedia kala. Bagi tujuan memulihkan sektor pelancongan ini, Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan berjumlah RM50 juta pada tahun 2022 ini.

Bagi menggandakan impak ekonomi pelancongan pada pada tahun 2022, Kerajaan Negeri merancang untuk meneruskan penganjuran acara-acara pelancongan yang sinonim dengan Pulau Pinang yang terpaksa ditangguhkan sebelum ini serta mencadangkan acara–acara pelancongan baharu. Antara program yang dirancang adalah seperti Penang International Food Festival, Penang Anime Matsuri, Penang International Container Art Festival, Side Events. International Base Jump, Penang Bridge International Marathon, Penang International Dragon Boat Festival, Penang Bon Odori Festival, Miss Asia Global. Program Nusantara Festival of The Malay World, Penang Music Festival. Yang Berhormat EXCO Pelancongan tak sabar–sabar mahu mengusahakan supaya program ini dapat dilangsungkan pada tahun 2022. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang 2021 hingga 2030 pada 3 Mei 2021 bertujuan untuk mendorong pertumbuhan sektor pelancongan sehingga tahun 2030. Pelan Induk ini menetapkan matlamat dalam membangunkan sektor pelancongan yang lestari di Pulau Pinang serta mengukuhkan kedudukan kompetitif kita sebagai salah satu destinasi utama. Bagi meningkatkan keyakinan para pelancong, Kerajaan Negeri juga mempromosikan Garis Panduan serta langkah-langkah yang telah diambil dalam mewujudkan kawasan selamat daripada pandemik COVID-19. Pusat peranginan Pulau Pinang di Bukit Bendera juga tidak terkecuali menerima kesan akibat kawalan pergerakan dan penutupan sektor ekonomi yang dilaksanakan untuk membendung pandemik. Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang telah mencatat jumlah kedatangan pengunjung seramai 780,106 orang pada tahun 2020, berbanding 1,865 juta pada tahun 2019 iaitu penurunan sebanyak 58.2%. Bagi tahun ini pula kedatangan pengunjung juga telah merosot di mana seramai 104,519 pengunjung direkodkan pada suku tahun kedua, berbanding dengan 301,795 pengunjung bagi tempoh yang sama. Penurunan jumlah pelancong yang drastik ini, telah menjejaskan pendapatan Perbadanan Bukit Bendera pada tahun ini. Sehubungan ini, Kerajaan Negeri akan menyediakan Geran Mengurus berjumlah RM11 juta kepada Perbadanan Bukit Bendera pada tahun 2022, sementara sektor pelancongan kembali pulih.

Belia Dan Sukan

Yang di-Pertua (Speaker)

Pembangunan Belia Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri turut bertindak secara proaktif dengan memberi fokus yang lebih menyeluruh kepada kelangsungan pembangunan ekonomi dalam kalangan belia di negeri kita. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri melalui MMK Belia Dan Sukan, telah merangka Pelan Tindakan Pembangunan Ekonomi Belia Negeri Pulau Pinang pasca COVID-19 untuk mempertingkatkan lagi kedudukan golongan belia dari aspek ekonomi. Ia menetapkan visi untuk membantu golongan belia di Negeri Pulau Pinang, memainkan peranan penting dalam menjadikan negeri kita pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara. Berpandukan prinsip kerjasama antara swasta dan awam, Public Private Partnership, Pelan Tindakan tersebut memperlihatkan satu kerangka komprehensif yang menggariskan sebanyak lima (5) objektif dan 10 strategi yang dilaksanakan untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia negeri ini, melalui aspek pekerjaan dan perniagaan. Dan untuk melaksanakan Program Kecemerlangan Insentif, Kecemerlangan Bakat Muda Pulau Pinang peruntukan sebanyak RM500,000.00 akan disediakan.

Pembangunan Sukan

Kerajaan Negeri turut memberi tumpuan kepada pembangunan prasarana dan kemudahan sukan bagi mencungkil bakat muda dan membudayakan sukan dalam kehidupan harian masyarakat. Setakat 15 September tahun ini, Kerajaan Negeri telah peruntukan sebanyak RM3.73 juta untuk membina fasiliti sukan di setiap daerah, termasuk 10 gelanggang futsal, 8 gelanggang sepak takraw, 5 gelanggang bola keranjang, 3 laluan jogging, 1 gelanggang kabaddi. Di samping itu trek balapan di Stadium Batu Kawan dan Kompleks Sukan Dan Rekreasi MBSP Jalan Betek, kini juga sedang dinaik taraf dan dijangka akan dibuka semula kepada orang awam pada tahun depan. Kerajaan Negeri juga akan memperuntukkan RM7.0 juta pada tahun 2022 bagi projek pembinaan Nibong Tebal Arena yang merangkumi satu Dewan Serbaguna dengan 9 gelanggang badminton. Projek tersebut dijangka siap pada tahun 2023. Bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan bagi Pembangunan Sukan Dan Kawasan Lapang berjumlah RM13.47 juta.

Agroteknologi Dan Keselamatan Makanan Dan Pembangunan Luar Bandar

Yang di-Pertua (Speaker)

Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Bagi mengukuhkan rantaian nilai bekalan makanan sedia ada, Jabatan Pertanian Negeri dalam perancangan menambah kawasan tumpuan pengeluaran tanaman makanan seperti mana yang telah dilaksanakan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan di kawasan Ara Kuda dan Mayfield dan di Taman Pertanian Permatang Pauh dan Batu Kawan. Taman Agro Teknologi Pertanian Ara Kuda, merupakan perancangan jangka panjang di bawah RMK Ke-12 dengan kerjasama pihak PERDA untuk membangunkan kawasan projek pertanian moden dengan menggunakan pelbagai aplikasi teknologi agromakanan, seiring dengan perkembangan IR4.0 di kawasan yang dikenali sebagai TKPM 2 Ara Kuda, seluas 147 ekar. Perkembangan IR4.0 menggalakkan pengoperasian secara automasi bagi mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan tenaga manusia, dan ini juga membolehkan penjarakan fizikal dilaksanakan kerana aktiviti pertanian tidak memerlukan ramai pekerja melaksanakan satu-satu pekerjaan. Kerajaan Negeri telah memulakan Projek Pembangunan Permatang Pauh Agro Park pada tahun 2017 di SPT untuk menarik lebih ramai golongan petani muda dari Negeri Pulau Pinang untuk menceburi bidang pertanian. Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) telah diberi tanggungjawab untuk mengurus projek ini dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri. Pelbagai tanaman diusahakan oleh para peserta seperti halia, sayur-sayuran serta tanaman unik seperti vanila yang diusahakan oleh Kairos Agriculture. Berikutan permintaan pasaran dan nilai komersialnya yang tinggi, tanaman vanila kini makin mendapat tempat dalam kalangan petani moden. Malaysia First Vanilla Smart Farm di Permatang Pauh Agro Park, telah dirasmikan pada 15 Ogos 2020 serta mendapat pengiktirafan rasmi daripada The Malaysia Book of Records. Saya berharap agar usaha seperti ini, diharap dapat menjadi contoh kepada agropreneur muda terutamanya di negeri kita untuk melibat diri dalam bidang pertanian yang terbukti penting untuk menjana ekonomi setempat. Bagi tahun hadapan, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM6.25 juta kepada Jabatan Pertanian Pulau Pinang untuk pembangunan khidmat pengembangan tekno pertanian, pembangunan dan naik taraf pusat kecemerlangan teknologi pertanian, pembangunan tanaman padi buah-buahan dan sayuran, pembangunan industri pemprosesan makanan serta lain-lain projek yang berkaitan. Antaranya projek yang akan dilaksanakan adalah Pakej Insentif Amalan Teknologi Bagi Program Farmer To Farmer. Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan projek Model Pembenihan Aruhan Kerang Bagi Perusahaan Ternakan Kerang di Pulau Pinang dengan

kerjasama Fisheries Research Institute dan Program Penternakan Keli dan Puyu Pejal Berkelompok dengan kerjasama Jabatan Pertanian Malaysia.

Veterinar

Penternakan Moden merupakan halatuju Kerajaan Negeri bagi memastikan industri penternakan di negeri ini dapat berkembang maju dan mampan dalam pelaksanaannya. Ianya dimulakan dengan pewartaan Enakmen Perladangan Babi pada tahun 2016, sehingga kini sebanyak 143 ladang ternakan babi telah dilesenkan mengikut kriteria dan syarat yang telah ditetapkan dalam pelesenan. Seterusnya semua ladang babi perlu mengamalkan penternakan secara kandang tertutup sepenuhnya mula tahun 2022. Pewartaan Enakmen Perladangan Unggas Negeri Pulau Pinang 2020, menjadi kesinambungan daripada Enakmen Perladangan Babi sebelumnya untuk memastikan ladang-ladang ternakan beroperasi mengikut keperluan dan mematuhi kehendak asas regulatori veterinar. Peraturan-peraturan Enakmen Perladangan Unggas buat masa ini, dalam proses semakan undang-undang sebelum ianya dilaksanakan. Dalam Bajet ini, Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan sebanyak RM3.49 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang untuk pembangunan industri ternakan perkhidmatan regulatori veterinary, pembangunan industri nilai tinggi, penternakan industri unggas, pengawalan penyakit ternakan dan kesihatan awam veterinar serta lain-lain projek yang berkaitan.

Bajet Tahun 2022 - Perbelanjaan Mengurus Dan PembangunanAddress / budget

Yang di-Pertua (Speaker)

Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Bajet tahun 2022 telah disediakan secara berhemah dan cermat dengan mengambil kira kedudukan kewangan semasa Kerajaan Negeri. Strategi penyediaan belanjawan ini adalah untuk memastikan semua jabatan-jabatan negeri dapat berfungsi secara optimum dan efisien. Pelaksanaan projek-projek pembangunan negeri diteruskan supaya dapat merangsangkan semula pemulihan ekonomi negeri dan program-program kebajikan negeri sedia ada diteruskan. Selaras dengan itu, Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 adalah untuk mendapat kuasa berkanun bagi membolehkan Kerajaan Negeri membuat perbelanjaan bekalan sebanyak RM884,504,177.00 untuk 20 jabatan bagi tahun akan datang seperti mana perincian di Risalah Bilangan 8 Tahun 2021. Selain dari itu, peruntukan sejumlah RM50,718,542.00 diperlukan untuk Perbelanjaan Tanggungan 3 jabatan mengikut undang-undang di bawah Kumpulan Wang Disatukan. Oleh itu, jumlah keseluruhan Perbelanjaan Mengurus yang dianggarkan pada tahun 2022 ialah RM935,222,719.00 juta. Peruntukan Pengurusan tahun 2022 ini, meningkat sebanyak RM25.4 juta atau kenaikan sebanyak 2.79 peratus berbanding Bajet tahun 2021. Antara sebab peningkatan di bawah Bajet Mengurus ini adalah kenaikan emolumen tahunan, pemberian geran kepada anak syarikat Kerajaan Negeri, Pelaksanaan Pelan Pemulihan pasca pandemik COVID-19 dan lain-lain. Bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri menganggarkan hasil yang boleh dikutip berjumlah RM485,422,981.00 juta berkurangan sebanyak RM20.6 juta atau 4.07 peratus berbanding dengan tahun semasa 2021 yang berjumlah RM506,019,389.00 juta. Komposisi hasil tahun 2022 terdiri daripada hasil cukai RM165.71 juta atau 34.14%, Hasil Bukan Cukai RM219.59 juta atau 45.24 peratus dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM110.12 juta atau 20.62 peratus.

Anggaran Hasil yang agak rendah ini adalah disebabkan Kerajaan Negeri berhati-hati dalam mengunjurkan Hasil pada tahun hadapan setelah mengambil kira kesan pandemik COVID-19 yang sukar dijangka. Kerajaan Negeri juga amat prihatin dengan beban yang dialami oleh rakyat berikutan pandemik ini dan berhati-hati dalam merangka strategi untuk meningkatkan Hasil Negeri pada tahun hadapan. Selain itu, penurunan hasil ini turut disumbang oleh pengurangan kadar faedah untuk simpanan tetap dan pelaburan Negeri. Walaupun kutipan hasil tahun 2022 adalah terhad, namun Kerajaan Negeri masih perlu menyediakan bajet tahun 2022 setara dengan tahun 2021 untuk memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang efektif dan projek-projek untuk kesejahteraan rakyat dapat diteruskan. Dengan jangkaan Hasil Negeri yang berjumlah RM485.42 juta dan Perbelanjaan Mengurus berjumlah RM935.22 juta, maka belanjawan 2022 adalah belanjawan defisit berjumlah RM449.80 juta. Anggaran defisit ini akan dibiayai daripada Simpanan Terkumpul Negeri yang berbaki sebanyak RM887.78 juta pada akhir tahun 2020. Kerajaan Negeri sedar bahawa amaun defisit ini adalah tinggi, namun Kerajaan Negeri optimis bahawa kutipan hasil negeri akan dapat ditingkatkan semula dengan langkah-langkah pemulihan ekonomi yang sedang diambil oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Kerajaan Negeri telah bersiap sedia dengan strategi bagi meningkatkan hasil negeri seiring dengan pemulihan ekonomi. Kerajaan Negeri juga sentiasa berusaha untuk mengurangkan tunggakan hasil melalui beberapa langkah yang telah diatur melibatkan jabatan-jabatan Negeri. Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM935.22 juta bagi tahun 2022 adalah merangkumi perbelanjaan bagi Emolumen berjumlah RM184 juta, Perkhidmatan dan Bekalan berjumlah RM192.92 juta, Aset berjumlah RM7 juta, Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap berjumlah RM548.86 juta dan Perbelanjaan-perbelanjaan Lain berjumlah RM2.44 juta. Perbelanjaan Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap Kekal sebagai komponen terbesar mencakupi 58.69 peratus daripada Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri. Jumlah ini termasuk caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri berjumlah RM200 juta, pemberian di bawah program bantuan sosial dan kesejahteraan rakyat yang dianggarkan berjumlah RM95.49 juta, bayaran bagi badan-badan berkanun, anak-anak syarikat dan agensi berjumlah RM108.26 juta, bayaran pencen dan ganjaran berjumlah RM29 juta dan lain-lain pemberian. Kerajaan Negeri sedar Perbelanjaan Mengurus Negeri semakin meningkat pada tahun hadapan. Namun begitu, peningkatan ini adalah terkawal dan amalan perbelanjaan secara berhemah sentiasa diamalkan oleh jabatan-jabatan Negeri. Untuk bajet pembangunan pula, sebanyak RM316,132,788.00 bagi tahun 2022 iaitu peningkatan sebanyak RM22.03 juta atau 7.49 peratus berbanding anggaran tahun 2021 yang berjumlah RM294.11 juta. Peruntukan pembangunan tahun 2022 ini telah mengambil kira keperluan projek-projek kritikal dan berimpak tinggi serta memastikan kesinambungan projek-projek sambungan yang masih dalam pelaksanaan. Kerajaan Negeri juga berharap peruntukan pembangunan yang tinggi ini dapat memberi manfaat kepada kontraktor-kontraktor kecil dan membantu memulihkan sektor ekonomi Negeri yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Perincian peruntukan pembangunan yang disediakan untuk sembilan Jabatan Negeri adalah seperti di Risalah Bilangan 8 Tahun 2021. Peruntukan pembangunan yang disediakan di bawah Maksud Pembangunan Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan adalah berjumlah RM154.32 juta, diikuti oleh Jabatan Kewangan Negeri sebanyak RM87.47 juta, Jabatan Kerja Raya sebanyak RM26.51 juta, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam sebanyak RM19.95 juta, Jabatan Pengairan dan Saliran sebanyak RM14.72 juta, Jabatan Pertanian sebanyak RM6.25 juta, Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebanyak RM3.49 juta, Jabatan Perhutanan sebanyak RM2.2 juta dan Jabatan Taman Botani sebanyak RM1.22 juta. Peruntukan projek paling besar bagi tahun akan datang adalah bagi Projek Gurney Wharf dengan kos berjumlah RM60 juta.

Kerajaan Negeri akan melaksanakan perolehan bagi projek-projek pembangunan ini secara tender terbuka untuk memastikan tawaran dilakukan secara adil dan saksama.

Penjawat Awam Sebagai Pemangkin Pembangunan Negeri

Yang di-Pertua (Speaker)

Dato’ Yang di-Pertua, Saya bersyukur Negeri Pulau Pinang mempunyai pasukan penjawat awam yang mantap, profesional dan berintegriti. Peranan penjawat awam selaku barisan hadapan yang tidak pernah kenal penat lelah semasa mendepani pandemik COVID-19 amatlah disanjung tinggi. Peranan yang dimainkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang, Polis Di-Raja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan semua agensi Negeri dan Persekutuan amatlah dihargai. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Seri Setiausaha Kerajaan Negeri dan semua warga kerja Kerajaan Negeri yang sentiasa menunjukkan prestasi yang membanggakan walaupun terpaksa bekerja di bawah tekanan dan cabaran semasa mendepani wabak COVID-19 dan tidak lupa juga penjawat awam dan petugas-petugas di Pihak Berkuasa Tempatan dan juga di Pejabat Tanah dan Daerah di seluruh Negeri kita. Seterusnya sebagai tanda penghargaan kepada sokongan padu yang diberikan oleh semua penjawat awam Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri setuju meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan akhir tahun bersamaan dengan setengah bulan gaji penjawat awam atau minimum RM1,000. Adalah diharapkan Bantuan Khas Kewangan ini akan meningkatkan semangat penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang bagi tahun-tahun akan datang. Bayaran Bantuan Khas Kewangan ini melibatkan keseluruhan 3,962 penjawat awam dengan implikasi kewangan berjumlah RM5.59 juta. Bayaran ini akan dibuat pada bulan Disember 2021. Di samping itu, seperti tahun-tahun sebelum ini, pembayaran RM300 seorang kepada Penyelia dan Guru KAFA, Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat serta Guru dan Staf Sekolah Persendirian Cina dan bayaran RM200 seorang kepada Guru Tahfiz, Guru Pondok dan Guru TADIS Negeri Pulau Pinang yang akan melibatkan perbelanjaan berjumlah RM940,600 akan juga dibayar pada bulan Disember ini.

PENUTUP

Sebagai rumusan, Dato' Yang di-Pertua serta Ahli-Ahli Dewan, adalah menjadi matlamat Kerajaan Negeri untuk membangunkan Negeri secara mampan berteraskan prinsip-prinsip di bawah Visi Penang2030 di samping menjaga kepentingan rakyat Negeri kita. Oleh itu, dasar Kerajaan adalah disediakan dengan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan khususnya Ahli Parlimen, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, agensi kerajaan, sektor swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO), ahli akademik, wakil komuniti serta rakyat Pulau Pinang. Pembangunan yang mampan akan menyumbang kepada pemulihan ekonomi pasca COVID-19 melalui peningkatan peluang pekerjaan, perniagaan dan pelaburan serta berupaya meningkatkan taraf hidup rakyat. Di kesempatan ini, saya ingin memaklumkan bahawa walaupun berhadapan cabaran ekonomi pasca COVID-19, Kerajaan Negeri akan memastikan perbelanjaan Negeri dibuat secara berhemah dan disalurkan secara tepat ke sektor-sektor yang terkesan dalam usaha untuk memulihkan ekonomi Negeri dan memastikan kelangsungan hidup rakyat. Dengan sokongan

padu dan penyertaan semua pihak, Negeri Pulau Pinang akan terus maju dan berjaya ke arah merealisasikan visi Penang 2030: Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara. Sekian, Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Setiausaha Dewan

Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2022 daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Y.A.B. Ketua Menteri: Dato’ Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini meluluskan perbelanjaan sebanyak RM316,132,788.00 yang tertera di dalam Anggaran Pembangunan Tahun 2022 yang dibentangkan sebagai Risalah Dewan Undangan Negeri Bilangan 8 Tahun 2021 dan menetapkan bahawa jumlah yang tersebut hendaklah digunakan bagi tujuan-tujuan yang ditetapkan dalam Anggaran Pembangunan Tahun 2022 itu.

Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd. RahmanPKR · PHTimbalan Ketua Menteri I · Pinang Tunggal

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2022 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2022 akan bermula pada Hari Isnin akan datang, 29 November 2021, jam 9.30 pagi. Maka dengan itu, Dewan ditangguhkan.

Dewan ditangguhkan pada jam 5.00 petang.