Pulau Pinang · 29 November 2021
14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 325 turns · 48,756 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Absent: Lim Guan Eng (Air Putih), Kumaresan A/L Aramugam (Batu Uban), Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq (Bertam), Dato’ Seri Abdul Razak Bin Jaafar (Setiausaha Kerajaan Negeri)
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan, Undangan Negeri. Bacaan Doa. Soalan lisan.
Selamat pagi Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita bersidang semula dengan sesi soalan lisan. Silakan, soalan nombor 6.
Terima kasih Tuan Yang Di-Pertua.
Belum tanya lagi.
Selamat pagi Dato’ Yang Di-Pertua, soalan saya nombor 6. No. 6 Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan apakah bantuan yang diberikan kepada golongan ibu tinggal (isteri yang belum bercerai tetapi berasingan)? (a) Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan adakah Kerajaan Negeri bercadang menyediakan rumah perlindungan khusus kepada golongan ibu tinggal (isteri yang belum bercerai tetapi tinggal berasingan)?
Sila.
Terima kasih Tuan Speaker dan juga YB dari Permatang Pasir. Ini tentang ibu tinggal. Pada masa ini tiada bantuan khusus yang diberikan kepada ibu tinggal. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang telah melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan taraf ekonomi golongan wanita termasuk ibu tinggal. Antara program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut. (i) Projek Sokong Bisnes Ibu Tunggal merupakan kerjasama antara PWDC dan Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Keluarga JPWK yang telah dilancarkan pada Julai 2021. Melalui projek ini PWDC dan JPWK membantu mempromosikan produk-
produk yang dihasilkan oleh ibu tunggal mahupun ibu tinggal melalui laman facebook PWDC dan JPWK. (ii) Projek Kuih Raya 2020 telah membuka peluang kepada 49 wanita termasuk ibu tunggal dan ibu tinggal untuk menjana pendapatan. (iii) Projek Kudapan Raya 2021 yang melibatkan 60 orang pengusaha wanita telah menjana pendapatan secara keseluruhan berjumlah RM35,000.00 dengan menghasilkan kuih raya dan kudapan untuk diedarkan kepada petugas barisan hadapan. (iv) Projek Wanita Jana Rezeki 2020 telah melibatkan seramai lapan (8) usahawan wanita dan mereka telah berjaya menghasilkan pendapatan secara keseluruhan sebanyak RM28,000.00 atau secara purata lebih kurang RM1,200.00 sebulan sepanjang tempoh tiga (3) bulan iaitu dari Oktober sehingga Disember 2020. (v) Program Mentor Usahawan Wanita Pulau Pinang telah dilancarkan pada tahun 2020, 71 orang usahawan wanita daripada golongan B40 yang menyertai projek ini berjaya mencatat peningkatan pendapatan secara purata 60 peratus. Di samping itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang juga turut memberikan bantuan Tabung Bantuan Segera (TBS) iaitu bayaran RM300.00 secara sekali one-off dan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) minimum RM150.00 kepada mereka yang berkelayakan termasuk ibu tinggal. Pada masa ini kerajaan negeri tidak bercadang menyediakan rumah perlindungan khusus kepada golongan ibu tinggal. Walau bagaimanapun kerajaan negeri akan mempertimbangkan sekiranya ada keperluan pada masa hadapan dan bergantung kepada kedudukan ekonomi Kerajaan Negeri. Sekian, terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila Sungai Pinang.
Saya tertarik dengan soalan bahawa tentang golongan ibu tinggal tetapi adakah Padang Lalang bagaimana ada status juga tentang bapa tinggal. Kita nampak banyak ibu tinggal bagaimana dengan bapa tinggal?
Ini soalan ibu tinggal kena pusing pergi ke bapa tinggal.
Ia seperti golongan yang sama tetapi ini macam ibu tunggal memang ramai ibu tunggal kalau berbanding dengan bapa tunggal. Begitu juga senantiasa kita dengar ibu tinggal. Saya rasa tak pernah ada dengar ibu. Apa maksud ibu tinggal ialah isteri yang belum bercerai tetapi tinggal berasingan atau selalunya suami tidak pergi tidak tahu pergi ke mana dan selalunya tinggalkan ibu dengan anak-anak dan mereka memang menghadapi banyak masalah. Walaupun Kerajaan Negeri atau pun zakat pun memberikan banyak bantuan tetapi masih ada masalah seperti emosi seperti impak terhadap anak-anak yang ditinggalkan juga. Jadi saya rasa adalah mungkin adalah baik kita memulakan program untuk memberi perhatian kepada ibu tinggal dan anak-anak mereka dan mencari mengapa ada ramai mengapa ramai suami atau bapa meninggalkan rumah dan tidak balik-balik. Ada juga berhadapan dengan masalah dan tinggalkan ibu saja untuk menghadapi masalah perseorangan, saya rasa ini satu masalah yang besar. Terima kasih.
Terima kasih. Soalan pokok.
Terima kasih atas jawapan tersebut. Isu ibu tinggal ini agak kronik dikalangan masyarakat tidak kira apa kaum kerana kehidupan mereka dan juga anak-anak ini dilihat terabai. Jadi adakah JPWK sebagai satu entiti yang menguruskan hal ehwal kebajikan dan juga kehidupan, kemantapan wanita di Pulau Pinang ini berhasrat untuk memberikan khidmat yang lebih kepada golongan wanita bukan saja sudut pembangunan ekonomi mereka sahaja. Dari sudut kebajikan dan juga bantuan undang-undang kerana masalah ibu tinggal ini berkait rapat dengan masalah undang-undang. Mereka tidak tahu ke mana mereka harus mendapatkan perlindungan atau pun protection. Jadi soalan saya adakah JPWK akan mengembangkan perkhidmatan, servicesnya bukan saja sudut ekonomi tapi juga disudut kebajikan dan juga undang-undang?
Saya rasa ini satu cadangan yang boleh dipertimbangkan memang dia terlibat banyak undang-undang dan illegal. Kalau undang-undang sivil, kalau dia berpisah suami isteri berpisah melebihi dua (2) tahun, jadi mana-mana pihak boleh memohon cerai tetapi saya tidak tahu dalam Undang-Undang Syariah macam mana? Jadi mungkin kita should look into that. Macam mana kita hendak membantu mereka dari segi undang-undang. Terima kasih.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sila Permatang Berangan.
Terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua. Terima kasih Padang Lalang. Saya tertarik dengan soalan yang dikemukakan oleh Permatang Pasir yang mana banyak juga kes-kes berlaku di Permatang Berangan. Kebanyakkan ibu tinggal ini tidak diceraikan oleh suami tetapi tidak diberikan nafkah sejak beberapa tahun dan mereka terpaksa menanggung anak-anak yang
ramai. Jadi soalan saya, adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk meluaskan syarat-syarat baru bersesuaian dengan ibu tinggal sepertimana yang layak diterima oleh ibu tunggal sebab antara syarat yang dikemukakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat atau pun Pusat Zakat syaratnya adalah surat cerai atau pun sijil kematian suami yang membolehkan mereka berstatus ibu tunggal tetapi mereka ini masih lagi isteri yang ditinggalkan suami tidak bernafkah. Jadi apakah peluang-peluang yang boleh diterima oleh pihak ibu tinggal untuk membantu mereka setaraf dengan ibu tunggal? Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih kepada YB. Permatang Berangan. Ini memang satu situasi yang dihadapi oleh agak ramai isteri atau pun ibu tinggal ini. Saya rasa kita perlu melihat dalam semua syarat-syarat dalam semua kerajaan department di jabatan Kerajaan Negeri dalam bentuk bantuan seharusnya ada satu mungkin ada satu kategori ibu tinggal supaya dia tak perlu hendak buktikan dia adalah ibu tunggal, ini kerana adalah tidak sama tapi memang saya rasa kita sangat prihatin. Jadi dalam permohonan perumahan saya rasa kita ada memberi pertimbangan case by case tapi saya rasa mungkin ini kita memerlukan satu kempen kesedaran bahawa sekiranya ada masalah janganlah tinggalkan isteri dan anak-anaknya. Kita mesti berdepan, kalau ada masalah macam mana kita hendak tangani? Jadi saya menjemput semua YB-YB mungkin kita boleh adakan satu kempen untuk menangani isu ibu tinggal ini. Terima kasih.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terima kasih. Saya hendak menjemput soalan yang seterusnya, Yang Berhormat Telok Ayer Tawar.
Terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 7. No. 7. Apakah usaha dan langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi menggalakkan belia menjalankan aktiviti dan perusahaan pertanian? (a) Nyatakan secara terperinci, inisiatif Kerajaan Negeri dalam usaha menggalakkan peningkatan hasil pertanian pekebun kecil?
Yang Berhormat, sila.
Bismillahirrohmanirrohim. Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi. Soalan lisan berkenaan dengan langkah-langkah kerajaan bagi menggalakkan belia menjalankan aktiviti dan perusahaan pertanian. Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti dan perusahaan pertanian dan beberapa insentif dan inisiatif telah dilakukan. Program Petani Pelapis, Program Tabung Usahawan Tani dan juga program-program baru iaitu farmer to farmer untuk golongan belia yang bukannya petani tetapi menjadi petani. Program Pembangunan Petani Pelapis penting bagi menjamin kesinambungan generasi muda untuk terlibat secara langsung dalam sektor pertanian. Kumpulan sasar yang diberi tumpuan ialah belia, pelajar sekolah institusi awam, institusi pengajian swasta dan usahawan tani-tani muda. Pendekatan yang dilaksanakan dalam program ini ialah melalui capacity building kumpulan sasar dengan kaedah sesi latihan, taklimat, seminar, roadshow dan sebagainya dan juga pemberian geran RM20,000 yang diberikan dan juga untuk Farmer to Farmer RM32,000 untuk set up the fertigasi dan lain-lain. Pembinaan keupayaan ini disokong macam saya sebut tadi dengan bantuan dalam bentuk peralatan atau pun jentera dan input pertanian dan pembangunan dan infrastruktur yang disediakan melalui program ini. Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan golongan muda supaya melibatkan dalam bidang pertanian. Bagi golongan muda yang baru menceburi bidang pertanian Kerajaan Negeri menyediakan bantuan one-off kepada peserta dalam bentuk input pertanian atau pun pembangunan infrastruktur bagi memulakan projek pertanian. Selain itu Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri sentiasa melakukan pemantauan berterusan kepada projek petanian komuniti sedia ada dan memberi latihan dan bimbingan kepada peserta this year, actually kita involve juga non farmers yang menjadi farmer anak-anak muda yang menjadi mentor kepada komuniti farmers. Program Tabung Usahawan Tani yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri lebih kepada memberi pinjaman mudah kepada golongan belia dan actually also above 40 pun dah boleh sebanyak enam ribu yang perlu dibayar semula oleh belia dalam tempoh dua (2) tahun tanpa faedah. Pinjaman dalam bentuk modal ini adalah lebih bertujuan memperkembangkan lagi bidang usaha para belia sementara pendekatan, pemindahan pengetahuan knowledge transfer dalam bentuk teknologi pertanian dan khidmat nasihat kepada peserta-peserta tabung usaha tani. Perincian bantuan yang telah disalurkan melalui program-program seperti farmer to farmer dan Pelan Tindakan Pemulihan Negeri Pulau Pinang dalam sektor industri makanan saya dah in detail dalam lampiran. Saya nak sebut di sini beberapa program butiran program pembangunan khidmat pengembangan tekno pertanian, pembangunan kelompok tani, pembangunan petani pelapis, program perkhidmatan kejenteraan, pembangunan pusat inkubator, pembangunan tanaman seperti tanaman padi, sayur–sayuran, buah-buahan, tanaman industri kontan herba dan floriculture di mana bantuan peralatan jentera dan input pertanian serta infrastruktur ladang diberi, bantuan industri pemprosesan makanan kita juga telah memulakan komuniti retort technology yang telah diluluskan dua set machine retort untuk membantu usahawan-usahawan untuk membuatkan packaging secara sterilized. Untuk label pembungkusan, papan tanda dan bengkel pemprosesan, program pembangunan aktiviti jualan terus…(gangguan).
Yang Berhormat, lampiran itu boleh nanti kemukakan kepada Yang Berhormat yang bertanya.
Okey tapi saya nak highlights di sini ya, mungkin ADUN-ADUN di sini berminat untuk tahu berapa orang yang telah...(gangguan).
No, no Yang Berhormat, jawab yang ditanya dalam soalan lisan sudah.
Okey. Yang pasal just nak program farmer to farmer tu saya just nak sebut di sini untuk this year kita ada di Seberang Perai Utara di MPKK B-5 Kampung Selamat, Seberang Perai Tengah, MPKK Tun Sardon, Mengkuang Titi, Jalan Tenggiri, Kampung Terus dan Bukit Minyak. So di SPT - RM96,640. Untuk Seberang Perai Utara – RM37,440, Seberang Perai Selatan MPKK Sungai Duri – RM7,100, Barat Daya dan Timur Laut di MPKK Permatang Pasir, Sungai Rusa, Tanjung Tokong – RM51,200. Keseluruhan yang kita start perbelanjaan untuk farmer to farmer untuk golongan belia yang bukannya farmer untuk yang berminat untuk menjadi farmer ialah RM328,820.
Terima kasih. Soalan kalau ada. Sila Ketua Pembangkang. Soalan yang berkenaan dengan soalan pokok.
Terima kasih Yang di-Pertua. Sektor pertanian ialah merupakan sektor yang melibatkan tanaman, ternakan dan juga tanah air. Dan ianya memerlukan pelapis lah jadi memang ramai anak muda yang berminat dalam sektor pertanian cuma saya nak tanya satu soalan. Apakah persediaan Kerajaan Negeri untuk membantu sektor-sektor ini kerana di Negeri Pulau Pinang mengalami masalah kekurangan kawasan tanah. Begitu juga dengan ternak air kolam-kolam agak berkurangan. Apakah konsep lain yang boleh difikirkan, dirancang oleh Jabatan Pertanian untuk mengatasi isu ini? Isu kekurangan tanah selain daripada PKPM dan sebagainya kita nak juga ada kawasan pendekatan konsep lain yang boleh mengatasi isu kekurangan tanah, kekurangan kolam dan sebagainya.
Terima kasih.
Yang Berhormat, …(gangguan)
Habis yang ni saya bagi. Jawab soalan lisan tambahan ni dahulu.
Okey. Kita memang sedar masalah tanah sebagai contohnya seribu ekar di PERDA dekat Ara Kuda tu at the moment hanya tinggal seratus lapan puluh dua ekar. Dan kita I think at the final stages untuk dua puluh ekar untuk autonomous smart farm di mana the remaining ada lapan puluh ke seratus ekar tu digunakan untuk belia-belia yang support this autonomous smart farm. Kita buat program ni bersama dengan syarikat automasi dalam smart farm ni iaitu dengan RB Trucks sebuah syarikat tempatan di Pulau Pinang yang telah mengembangkan into smart farm. Actually, it is a semi-conductor automation company tapi dia memang dah buat the model for smart farming. Di samping itu macam saya sebut tadi projek farmer to farmer ni ialah di mana kita tengok bermula masa PKP, ramai anak-anak muda yang previously mungkin dia kerja kilang atau pun dia kerja graduan-graduan yang dalam bidang accounting. Ada juga yang dentist, so macam tanah-tanah terbiar sebagai contohnya kami guna kami beri fund macam kita masukkan dalam program farmer to farmer yang kita baru bermula dengan anak-anak muda dahulunya dia tak da tidak belajar dalam bidang pertanian tetapi sebagai contohnya mereka group and a few others mereka gunakan tanah-tanah terbiar. Actually, kalau kita nak buat cili fertigasi sebagai contohnya kita tak perlu tanah tu cantik dan juga di kawasan-kawasan seperti di MPKK PERDA. Pertubuhan wanita di situ tanah-tanah terbiar di dewan, kami berikan the whole peralatan untuk fertegasi timun dan sawi dan juga kita kembangkan lagi. Maknanya untuk menjadi petani tidak perlu tanah-tanah yang subur sebenarnya. Anak muda yang dibuat empat puluh ekar halia tu tidak menggunakan tanah pun. Menggunakan fertagasi basically cocopeat sama juga dengan tanah-tanah yang sewa dari bomba enam ekar untuk buat cili fertagasi and also setengah-setengah tempat dia boleh macam kawasan banjir tu ditinggikan. Di sawah padi juga kita juga ada anak-anak muda yang dalam bidang accounting yang buat tinggi. So saya nak bacakan kalau kita tengok di sini
Yang Berhormat, yang tu nanti bagi dekat Yang Berhormat yang bertanyalah. Lampiran itu.
Tapi untuk tahun ni kita buat kebun komuniti seramai melibatkan 55 projek dan 1302 peserta.
Okey. Sila. Satu lagi saya minta.
Terima kasih kepada… (gangguan)
Sungai Dua. Sungai Dua. Tutup.
Soalan saya berkaitan dengan isu anak muda yang diberi bantuan kemudahan dalam bentuk pertanian samada penternakan atau pun industri akua. Cuma kadang-kadang kita terlepas pandang satu perkara iaitu tentang hasil yang dapat ni apabila ada lambakan. Bila lambakan ni yang menyebabkan mereka orang-orang muda yang baru dan perlukan sekurang-kurangnya orang kata pa market bila berlaku macam sekarang ni halia dah pun turun harga. Jadi isu yang berkaitan dengan isu anak muda yang boleh dibantu dari segi pasaran. Adakah Kerajaan Negeri selain daripada agensi FAMA apa semua agensi yang ada macam di Kuala Langat, PPK di sana membantu petani-petani muda ni untuk buat collection hasil petanian itu supaya di Penang ni pun ada. Saya rasa mungkin ada agensi lain PPK atau pun apa-apa agensi yang berkaitan dengan pertanian ni willing bersama untuk Kerajaan Negeri membantu dalam kutipan hasil jualan tersebut. Terima kasih.
Okey saya terima kasih atas cadangan tadi. Setakat ni yang kita punya program farmer to farmer tu seperti yang saya sebut kita setakat ni takda masalah pemasaranlah sebab for example yang 50 ekar yang untuk betik dan cili mereka menjual kepada terus sebenarnya. Ramai juga farmers yang macam saya kata sebut projek-projek kita tu mereka hantar terus kepada kedai-kedai, restaurant so they cut the middle man dan dapat harga yang lebih baik sebenarnya. Dan untuk farm to farm juga macam saya kata kolam tu kita tak perlu pun korek kolam, kita projek farm to farm tu ialah ternakan ikan secara lestari yang tidak ada pencemaran yang projek tu lima puluh kolam untuk anak-anak muda belajar hands on sebab situ dah ada lima puluh kita tambah lagi lima puluh kolam jadi seratus kolam tapi bukan dalam tanah ya. Basically is simen dan basically guna organik takda any form of pencemaran.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan yang kelapan, sila. Yang Berhormat, soalan nombor lapan. Okey, Yang Berhormat tiada dalam Dewan maka soalan ini dilangkaukan. Soalan yang seterusnya soalan yang kesembilan. Sila.
Dengan izin Dato’ Speaker, soalan saya soalan sembilan. Terima kasih. No. 9. Apakah pendirian Kerajaan Negeri berkenaan dengan tuntutan Menteri Besar Kedah yang menuntut RM100 juta setahun daripada Kerajaan Persekutuan sebagai bayaran royalti pajakan Pulau Pinang? (a) Adakah Kerajaan Negeri akan menubuhkan jawatankuasa khas yang terdiri daripada Sejarawan dan pakar perlembagaan untuk mempertahankan pendirian Kerajaan Negeri?
Y.A.B. Ketua Menteri: Soalan lapan tak dapat jawab. Jawab soalan sembilan. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Untuk menjawab Yang Berhormat Kebun Bunga dan Ahli-ahli Dewan, kemiskinan bandar merupakan keadaan di mana seseorang individu atau sesebuah isi rumah yang tinggal di kawasan bandar adalah miskin dari segi kewangan dan ketinggalan dalam pelbagai aspek lain merangkumi kesihatan, pendidikan dan taraf kehidupan. Keadaan kemiskinan ini boleh berlaku disebabkan punca-punca berikut antara lainnya migrasi penduduk luar bandar dengan tahap pendidikan yang rendah ke bandar menyebabkan mereka gagal mendapat pekerjaan yang mampu memberikan pendapatan yang melebihi keperluan di bandar. Saiz isi rumah memainkan peranan yang penting dalam faktor kemiskinan bandar di mana keperluan isi rumah tidak dapat dipenuhi kerana hanya beberapa ahli keluarga sahaja yang bekerja. Keadaan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan pengganguran tanpa pemberhentian kerja serta meningkatkan kadar pengganguran dalam kalangan penduduk bandar dan tindakan majikan mengupah pekerja asing yang jauh lebih murah daripada penduduk tempatan menyebabkan penduduk bandar tidak dapat bersaing dalam pasaran kerja. Dasar dan strategi Kerajaan Negeri dalam usaha membasmi kemiskinan adalah melalui (5) lima Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan Daerah di mana setiap Ahli Dewan Undangan Negeri merupakan Ahli Jawatankuasa tersebut. Mesyuarat jawatankuasa tersebut diadakan pada setiap bulan bagi tujuan penyelarasan bantuan oleh pelbagai agensi dan Badan Bukan Kerajaan kepada pihak yang memerlukan.
Sebarang cadangan berkaitan usaha pembasmian kemiskinan akan dipertimbangkan melalui jawatankuasa ini. Hal ini kerana Kerajaan Negeri telah menurunkan kuasa kepada Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah untuk membuat sebarang keputusan berkaitan pemberian bantuan atau hal-hal berkaitan selepas siasatan ke atas individu yang terlibat untuk disenaraikan sebagai Miskin Bandar. Perkaitannya sejumlah 373 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung atau MPKK dan 40 Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga telah ditubuhkan di seluruh negeri. Sebagai perantara dalam sistem penyampaian awam untuk memberi laporan kepada ADUN untuk membawa sebarang isu kemiskinan dan isu berkaitannya sewaktu mesyuarat jawatankuasa berkenaan. Sasaran yang ditetapkan untuk mengeluarkan seseorang individu daripada kemiskinan adalah dalam tempoh (2) dua tahun. Walau bagaimanapun keadaan ini tertakluk kepada keadaan semasa misalnya pandemik COVID-19 yang telah memberi kesan kepada keadaan ekonomi seseorang individu tersebut Terima kasih.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terima Kasih. Soalan yang ke 10. Saya jemput. Sila.
Dato’ Speaker. Soalan saya No 10. No. 10. Konsep eco-tourism amat sesuai untuk kawasan Balik Pulau. (a) Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pelancongan konsep ini?
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Yang Berhormat Pulau Betong. Untuk jawapan soalan No 10. Mempromosikan ekopelancongan secara keseluruhannya di Negeri Pulau Pinang termasuklah kawasan Seberang Perai, Balik Pulau dan Teluk Bahang adalah satu teras yang penting dalam Pelan Induk Pelancongan Negeri Pulau Pinang tahun 2001 hingga 2030.
Antara rancangan Kerajaan Negeri dalam usaha membangunkan ekopelancongan adalah merangka dan melaksanakan pelan tindakan untuk menambahbaik perancangan pengurusan mampan, pemuliharaan pembiayaan dan promosi tapak ekopelancongan Kerajaan Negeri telah giat mempromosikan ekopelancongan melalui aktiviti-aktiviti seperti berikut. (i) Mempromosikan destinasi ekopelancongan di Negeri Pulau Pinang melalui pameran pelancongan dan pameran perdagangan dengan menerbitkan risalah, peta dan dokumentari untuk edaran umum; (ii) Memberi tumpuan kepada aktiviti bird watching dengan menerbitkan risalah “Bird watching in Penang” bagi meningkatkan minat kepada aktiviti ini; (iii) Menggalakkan konsep ekopelancongan dengan mengadakan pemilihan familiarization trip ke Balik Pulau dengan ejen – ejen pelancongan, media dan Key Opinion Leader ; dan (iv) Penerbitan video promosi seperti Experience all in Penang through the Lands The Other Side of The Island Teluk Bahang and Balik Pulau the opposite side of the island Seberang Perai mencerminkan keistimewaan dan kecantikan Telok Bahang, Balik Pulau dan Seberang Perai telah dihasilkan untuk mensasarkan tafsiran pelancongan. Risalah dan kertas seperti di The Other Side of The Island Balik Pulau, The Other Side of The Island Teluk Bahang, Seberang Perai juga telah dihasilkan dan digunakan dalam trip show, roadshow, sales missions serta ke Pulau Pinang dimuatkan turun secara online dari laman web Penang Tourism. Terima kasih.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terima kasih. Soalan seterusnya saya nak jemput yang ke-11.
Terima kasih Yang di Pertua-Dewan. Soalan saya No 11. No. 11. Tabung COVID-19 Pulau Pinang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri untuk mendepani cabaran pandemik tersebut. (a) Nyatakan secara terperinci jumlah sumbangan yang telah dikumpulkan dalam tabung tersebut mengikut bulan dan kategori penyumbang.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sila.
Y.A.B. Ketua Menteri: Terima Kasih Dato’ Yang di-Pertua. Untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat Seberang Jaya. Kerajaan Negeri telah tubuhkan tabung COVID-19 untuk menerima sumbangan dana daripada orang ramai bagi mendepani penularan wabak COVID-19 di Negeri Pulau Pinang. Sumbangan telah diterima dari pelbagai pihak seperti Jabatan atau Agensi Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri, Anak Syarikat Kerajaan Negeri, Syarikat Swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Individu. Sehingga 5 November 2021, sebanyak RM7,103,595.83 sumbangan telah dikumpul dalam tabung COVID-19 dan sejumlah RM2,547,741.00 telah dibelanjakan bagi menangani COVID-19. Maklumat sumbangan mengikut bulan dan kategori penyumbang serta perbelanjaan di bawah tabung ini adalah di lampirkan dan akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat yang bertanya ini. Terima kasih.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terima kasih. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat. Ketua Menteri atas jawapan itu. Mengikut makluman Yang Amat Berhormat maklumkan tadi baru RM2 juta lebih yang dibelanjakan. Apa perancangan Kerajaan Negeri untuk selebihnya kerana memandangkan kita sebenarnya kita sudah semakin keluar daripada pandemik COVID-19 ini and it became endemik. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan khusus untuk membelanjakan lebih RM5 juta yang telah dikumpulkan hampir dalam tempoh (2) dua tahun ini?
Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Yang Berhormat Seberang Jaya atas soalan tambahan. Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri sejak mulanya pandemik COVID-19 telah memperuntukkan RM195 juta untuk pelbagai pakej insentif dan bantuan kepada rakyat jelata yang terkesan. Bagi tabung secara khususnya masih ada RM4 juta lebih yang boleh digunakan daripada tabung ini dan pihak Kerajaan Negeri akan menggunakan wang ini untuk tujuan-tujuan berkaitan dengan COVID-19. Pihak Kerajaan Negeri juga selain daripada peruntukan dari Kerajaan Negeri juga menerima peruntukan daripada agensi Persekutuan seperti NADMA dan sebagainya bagi mengendalikan PKRC dan lain-lain perbelanjaan berkaitan dalam menangani COVID-19 di Negeri Pulau Pinang ini. Jadi pihak Kerajaan Negeri akan semestinya menggunakan baki daripada tabung ini untuk tujuan yang dimaksudkan.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri
Terima kasih. Soalan yang ke-12. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan ke 12. No. 12. Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP)
(a) Nyatakan secara teliti peranan yang dimainkan oleh LPNPP sejak penubuhannya dari segi pembekalan perumahan mampu milik dan penyelenggaraan perumahan awam.
Selamat pagi dan terima kasih kepada Dato’ Speaker. Kepada rakan saya daripada Pangkalan Kota. Dato’ Speaker soalan ini adalah yang begitu penting untuk kita, dan saya hendak minta izin untuk menjawab soalan ini yang ini satu soalan pokok umbrella which all answer at least another four questions because everything is interrelated.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri No. You jawab Yang Berhormat jawab apa yang ditanya. Sudah. Berapa soalan tanya yang tambahan yang akan tanya.
Kerana soalannya ini adalah berkenaan. Apakah Lembaga Perumahan Negeri.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Jawab. Jawab.
So when I answering the other question. will also be others.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri You answers first.
So just.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Tak tau soalan tambahan apa pun. Sila Jawab yang ditanya sudah.
When I’m answering I will inform the hall the others questions are the being answered in this question. Because this is be umbrella question That is the issued.
Y.A.B. Ketua Menteri: Dato’ Yang di-Pertua, pada lazimnya ahli EXCO yang menjawab boleh minta kebenaran Dato Yang di-Pertua untuk jawab sekali gus.
Sekali gus itu boleh tetapi...(gangguan).
Yang Berhormat perlu sebutkan lah soalan – soalan mana yang mau dijawab sekaligus.
I will coming.
You nak jawab sekaligus dengan soalan yang lain.
Yes. Yes because soalan ini akan sentuh semua soalan.
Then you said what is soalan tambahan yang.
Ini adalah soalan No. 12 yang akan menyentuh soalan No. 18 yang akan menyentuh soalan 32 yang akan menyentuh soalan 35. So more or less I completed everything under perumahan because this first question covers its all.
Okey.
That is what I mean Dato’ Speaker.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Ingat you nak dapat soalan tambahan.
And also one more add on since we have time No 55. So I got five under this soalan pokok because this covers it all.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Okey sila. Go ahead.
Housing Board in Penang and basically cover everything. So, Dato’ Speaker saya ingin terima kasih kepada rakan saya daripada Pengkalan Kota atas soalan yang begitu penting ini iaitu, Apakah peranan yang dimainkan oleh Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang sejak penubuhannya dari segi dua perkara yang penting iaitu asas kita di Pejabat Perumahan atau pun EXCO saya iaitu Nombor 1 pembekalan perumahan dan Nombor 2 penyelenggaraan perumahan.
So pembekalan perumahan of course were cover many of the others questions kerana ada pembekalan berjenis-jenis perumahan daripada PPR kepada kos rendah kos, sederhana rendah, RMM dan sebagainya. So that the reason why many questions will very very overlapping and of course penyelenggaraan is also the other very important aspect that I want to cover in this particular questions. Dato’ Speaker, Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang telah pun beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2021 iaitu selaras dengan keputusan daripada EXCO Bilangan 24 tahun 2010 dan perwartaan Enakman Lembaga Perumahan Pulau Pinang di mana secara umumnya LPN Pulau Pinang we called LPN it just for easy references Dato Speaker, kita masih menjalankan semua fungsi Jabatan Perumahan di bawah Pejabat SUK sebelum Lembaga diwujudkan. Selain daripada itu memandangkan LPN ini telah pun ditubuhkan selaras dengan satu peruntukan perundangan iaitu enakmen yang saya sebut tadi iaitu enakmen Lembaga Perumahan Pulau Pinang 2010 itu. Kita juga ada beberapa tanggungjawab terperinci di bawah peruntukan perundangan. Kita bertindak bagi pihak Kerajaan Negeri untuk memacu pembangunan serta melestarikan pemajuan perumahan Dato’ Speaker. Khususnya ialah perumahan mampu milik of course it was our priority. Dato’ Speaker. And of course, another very important aspects also pembangunan semula iaitu urban regenerations we called in English URC that why is two question that is well. that will cover in this answer. Selaras dengan Seksyen 17 enakmen tersebut yang jelas menyatakan fungsi Lembaga adalah selain daripada pembekalan rumah mampu milik penyelenggaraan juga. Itu juga soalan yang dibangkitkan tadi oleh Pangkalan Kota. Kita akan juga teruskan sepertimana dibuat sebelum ini Dato Speaker di bawah Jabatan Perumahan that time semua penyelenggaraan perumahan awam dan swasta yang pada pembelian dia principle that mean is principle purchase price is hundred and fifty thousands and below.
Last time and still in call penyelenggaraan tabung penyelenggaraan maksimum 80:20. So we will look at the types of applications and kita akan then pertimbangkan berapa peratus yang boleh diberikan di mana peratusan yang tertinggi adalah 80 peratus untuk yang kritikal. So fungsi pembinaan penyelenggaraan kawal selia pematuhan dasar berkaitan perumahan mampu milik ini yang dahulunya dilaksanakan oleh PDC, Perbadanan Ketua Menteri (CMI) and of course my Jabatan Perumahan sebelum ini sekarang semua dipusatkan Yang Berhormat Dato’ Speaker di bawah lembaga ini.
That is the whole point of the Lembaga kerana kita lihat bahawasanya ada terlalu banyak agensi yang memainkan peranan di dalam membekalkan perumahan, membuat penyelenggaraan dan sebagainya, so kita pusatkan dia dibawah Lembaga Perumahan. In fact here, maybe I just want to mention one point Yang Berhormat Dato’ Speaker because it is very interesting apabila kita buat ini di peringkat Pusat, Menteri Baru kita, Yang Berhormat Dato’ Sri Reezal Merican apabila beliau datang ke Pulau Pinang sudah enam kali dia datang ke Pulau Pinang, saya sudah jumpa dia everytime he comes, one of the thing that he mention is that he want to also pusatkan di peringkat Pusat semua agensi perumahan yang ada kerana di situ pun it is all scattered all over the place but in Penang im happy to say to Yang Berhormat Dato’ Speaker, we lead and they are looking at it and they might called it Lembaga Perumahan Negara that is what he is suggesting to me but let see how it goes, we have started ours, we have Lembaga Perumahan Negeri in Pulau Pinang. Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri kita akan sentiasa letakkan agenda untuk merumahkan setiap rakyat Pulau Pinang mengikut kemampuan kewangan terutamanya golongan B40 dan M40. Ini diterjemahkan melalui penetapan sasaran pembinaan kita, asalnya 200,000 unit rumah mampu milik melalui visi Penang2030 tetapi dalam perbincangan dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri beliau setuju kita naikkan dia kepada 10% iaitu sekarang ialah 220,000 unit pelbagai jenis rumah mampu milik dari kos rendah RM42,000 hingga rumah kos mampu milik berharga RM300,000 di bahagian Pulau dan RM250,000 di bahagian Seberang menjelang 2030 as I said just now. Now, Yang Berhormat Dato’ Speaker kita mempunyai beberapa cabaran as I said, and said this before, it is not easy, but we have come to a certain point whereby I want to give a quick report, the question is very open but it might as well response to everybody questions on this issue. Of course, pembekalan rumah mampu milik, it is the first priority, number one for Penang. Dalam visi Pulau Pinang 2030 Dato’ Speaker, untuk makluman semua dan saya peringati semua, Ketua Menteri saya sendiri mengakui bahawasanya ia perlu diberi keutamaan dan oleh itu ia adalah bab pertama di dalam dokumen itu, so we are looking very seriously into trying to ensure that we can deliver where this is concern ..…(dengan izin). Untuk makluman semua Dato’ Speaker kita telah pun di bawah Lembaga telah pun kenal pasti 10 lokasi atau pun tapak yang berpotensi untuk dibangunkan dan diletakkan dalam Pelan Induk Perancangan Pembangunan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang, so Dato’ Speaker, important for me to inform everyone we have Pelan Induk Perancangan Pembangunan and this is the first time I mention this so that all understand that under the Lembaga, the newly form Housing Board of Penang we actually have a masterplan and in that masterplan in the very short time not even one year now it was just started like I said just now, begin 1st January …..(dengan izin). Dato’ Speaker we have already identified 10 lokasi Dato’ Speaker and of course ini adalah untuk satu tempoh masa daripada tahun ini sehingga tahun 2025 and we have also given a jenamalah if I can say itu, kita akan bina rumah mampu milik Penang iaitu RNPG ini adalah di bawah Lembaga Perumahan ada dalam lampiran untuk makluman semua detail-detail yang lokasi tersebut Dato’ Speaker dan ingin saya nyatakan daripada ini sembilan projek adalah untuk rumah mampu milik dan baki dia adalah untuk pembangunan semula. Actually I would like to just menjelaskan bukan 10 is actually more, 14... 5 projek adalah untuk pembangunan semula just to clarify the answer, there is a typo there, so this is where we are dan this is what we have identified, kita kenal pasti. For your information Yang Berhormat Dato’ Speaker, for the entire time not just during Lembaga but also during Perumahan because this document existed before the Lembaga came into operation and our objective like i said tadi adalah untuk 220,000 unit.
Untuk makluman Dato’ Speaker, kita telah capai sekarang 126,816 unit iaitu 57.64 peratus sasaran kita untuk 220,000 menjelang 2030. Untuk makluman semua, saya juga telah merujuk kepada ucapan bajet oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri di mana disebut 119,000 lebih itu adalah setakat pertengahan tahun ini, ini adalah nombor yang terkini ingin saya perjelaskan kepada semua 126,816 Yang Berhormat Dato’ Speaker and this would answer question 18 that is why I want to mention this point in time kalau kita lihat soalan 18 rakan saya daripada Yang Berhormat Permatang Berangan tanya soalan yang begitu penting jugalah iaitu untuk membantu golongan tidak berkemampuan, bagaimanakah kita boleh bantu dan ini akan menjawab because the answer is the same, it is the number yang telah kita capai setakat ini but your in Tasek Gelugor of course we have got several project in that area and i think there is one question asked by … friends from Yang Berhormat Permatang Berangan berkenaan satu projek di Scientex Tasek Gelugor di mana saya dikatakan telah nyatakan rumah itu berharga RM75,000 saya hendak perjelaskan rumah itu adalah actually RM230,000, it is a landed housing, rumah mampu milik, double storey with a car park. In fact i went with my Chief Minister to launched it, it is a very very hot cake I can say lah, put it that way lah …..(dengan izin). Dato’ Speaker so I think dalam perbahasan mungkin saya merujuk kepada projek lain di mana kita ada juga projek Dato’ Speaker yang adalah berharga rumah kos rendah which is around RM72,000 to RM75,000 which is landed on the mainland side some of them I can give examples from my record is Taman Seri Desa, Taman Desa Tok Subuh and of course Taman Sejahtera Rakyat Kepala Gajah and i think Taman Tok Subuh. In fact I went with the minister herself Dato’ Zuraida in that point of time, landed, low medium cost housing, so kita di Pulau Pinang akan teruskan Yang Berhormat Dato’ Speaker dengan usaha kita untuk pastikan ada bekalan yang mencukupi and not only that but I think in the mainland side we are looking at definitely even landed of course the island I am trying to persuade the developer Dato', you know it is very difficult because of the kekangan, tanah dan sebagainya, and it is when you see that kind of properties being built, you can see the sparks in the eyes of the people who got the key, you can't get that anywhere, not just here in Penang, anywhere in the country.
So Dato’ Speaker, saya teruskan kita juga akan teruskan kajian kita untuk tambah prospek pembangunan RMM di Penang. Tadi saya dah nyatakan dalam masterplan perumahan kita di bawah Lembaga Perumahan sudah kita kenal pasti beberapa tempatlah untuk RMM dan juga PPR dan sebagainya URC juga now where are we, because kenal pasti boleh, you know because it is one year, I’m very happy to inform Yang Berhormat Dato’ Speaker we have actually open tender untuk yang pertama RMM di satu tapak yang dikenali sebagai Bukit Gedung, this is in front of the B’Braun facility in Bayan Baru or Bayan Lepas where we have gone down on site and not only that, the tender process has begun, we are waiting for it to close and this i hope to take my Chief Minister to do the ground breaking not very long more di mana kita harap tawaran dapat dimuktamadkan kepada bulan kedua tahun depan Dato’ Speaker and this where we are actually doing, already, now it is no longer just kenal pasti and planning, doing...That is number one. The second one, because we got RMM of course many places, we also have urban regeneration. Dalam Pulau Pinang, memandangkan saya kata tadi kita ada kekangan dari segi tanah kita perlu lihat kepada kaedah lain bagaimana kita boleh bekalkan lebih unit so satu dari kaedah telah saya nyatakan dalam Dewan yang mulia sebelum, saya akan peringati semua, saya ulangi dia adalah untuk kita buat pembaharuan semula bandar Urban Regeneration, Yang Berhormat Dato’ Speaker that means, if you have building that are old, 30 years old, 40 years old and we have such building Dato’ Speaker for your information, the biggest the oldest one in the whole country apparently is Rifle Range that is in Padang Tembak, 50 over years Dato’ Speaker, 52 years old now as i speak.
So what we can do is, we look at this old property especially the smaller size one saya nak maklumkan and just remind everybody what is urban regeneration kalau kita lihat ada satu walk up flat 5 tingkat dalam satu tapak itu kalau kita boleh baharukan ia semula, kita ada peluang untuk bina dalam tapak itu that means, we don’t look for other land, using the same land untuk bina satu bangunan lebih tinggi mungkin 15, 20 tingkat depending on kesesuaian, so that is where we can try to assist and this is very important, why am I giving that background is because apart from Bukit Gedung Dato’ Speaker, Lembaga is also moving very very aggressively now on urban regeneration, now URC unit in Lembaga kita telah pun dari dahulu kenal pasti satu tapak I said this before iaitu di Bayan Baru juga iaitu di Jalan Mahsuri Yang Berhormat Dato’ Speaker and for your information this one also we have already move forward and we are looking at now melantik konsultan dan juru ukur tanah dan sebagainya this one also by February.
Dato’ Speaker so it is we are moving very quickly and I would like to thank everybody in Lembaga for their cooperation. Now, i just want to come to close Dato’ Speaker, mungkin ada beberapa perkara yang hendak saya sentuh kalau saya tak sentuh soalan lain saya boleh jawab nanti tapi ada satu dua telah saya sentuh tadi of course satu perkara cabaran terbesar kita Dato’ Speaker is of course walaupun kita hendak buat program pembekalan perumahan pelbagai jenis rumah mampu milik, even at RM42,000 Dato’ Speaker for your information ada yang golongan tak mampu itu pun iaitu tak boleh get 10% deposit dan kalau pun dia ada pergi ke bank, bank akan tolak permohonan pinjaman mereka. So we have to look at kaedah lain, so kaedah yang kita lihat adalah kaedah sewa beli di mana kita dalam perancangan kita sasaran 220,000 unit itu kita telah bincang dan Ketua Menteri sendiri setuju 10 peratus akan disalurkan melalui kaedah sewa beli so 10 percent of 220,000 Dato’ Speaker would be by way of rent to own, we called it RTO dan untuk makluman semua di mana kita berada setakat ini kita sudah pun berada di 2510 unit which is about 11.41 percent of that target and this is only in this year Dato’ Speaker because this began this year so saya pasti kita punya sasaran 2,000 unit kaedah sewa beli boleh kita capai and okay what is sewa beli, just for your information Yang Berhormat Dato’ Speaker we are looking at around RM200 per month, around 15 to 20 years depending on the location and place and then you will become the owner or us and this is more important rather then you just do a PPR and rebuy sewa sepanjang hayat apabila kita meninggal we don’t have any property so it is better to go this way and we are moving better. Dato Speaker saya terus pada lagi satu soalan yang diajukan oleh Pengkalan Kota iaitu berkenaan penyelenggaraan. Terima Kasih soalan yang begitu penting. Untuk makluman semua kita selain daripada mengutamakan pembekalan perumahan mampu milik kita juga memberi keutaman untuk membantu mereka dalam Skim-Skim Perumahan Awam dari segi penyelengaraan. Dari sejak tahun 2008 sehingga sekarang iaitu 1 November 2021, Kerajaan Negeri telah belanja sebanyak RM285.684 juta untuk laksanakan projek-projek penyelenggaraan di kesemua perumahan awan dan swasta di seluruh Negeri Pulau Pinang yang layak. I won’t go through the pecahan but we got four (4) categories dalam tabung kita YB Dato Speker and this is for the answer everyone knowledge of course perumahan awam is the biggest RM210.8 and we got two (2) type of other of perumahan under both my Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Bandaraya di seberang dan juga di pulau and of course the second biggest the newly from Tabung Penyelenggaraan Maksima 80% yang saya sebut pada awal tadi itu RM45.943 juta yang membawa kepada jumlah besar RM 285.684 billion ringgit. Untuk makluman semua kita dalam 29 skim Perumahan Strata yang melibatkan 13342 unit di perumahan awam kita which is the bigger under our Lembaga now mempunyai banyak skop untuk mengurus termasuk pemprosesan, permohonan, pembuatan, penawaran, pengutipan sewa, fi, dan sebagainya dan of couse perlaksanaan kerja penyelenggaran seperti pengurusan lif dan sebagainya. Actually, senarai dia begitu panjang dan kita senantiasa add on kalau perlu and this is what im saying the biggest chance of RM210.84 juta yang kita telah pun belanja untuk
ini. I would not go through the rest of course like I say, Skim Penyelenggaran Lapan Puluh Peratus itu just for information RM44.94 million, apakah yang melibatkan adalah, 290 permohonan Dato Speaker, that mean 290 scheme this private sector is not under public housing but eligible private skim merangkumi 486 kerja telah pun dilaksanakan Dato Speaker, we have already executed and I won’t go through the details it's all there so that so I think for me today this are the main things I want to raise if I can say to Kebun Bunga also your question also is very related 32. Berapakah RMM dan sebagainya so kita telah pun jawab tadi secara am any others specific question to be ask all the same thing in relation to how we addressing the isu I said how the bekalan URC, PPR of course. Another question by Pengkalan Kota himself no 35 all related thats is again ini relation to PPR so I already answered the details are there, we have already identify five side whereby we are already given notice to the Federal Government and untuk record pada pagi ini ingin saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat di mana Dato Seri Rizal sendiri telah pun memberi komitmen Dato Speaker, untuk dua daripada tapak itu dibina PPR. First time even three ministers before him never committed but he have shown us very appreciative of the two so that is the relation to a YB Danial answer question. I think that about it for me YB. Dato Speaker, the last question is also PPR number 55 but also YB. Jason is not here. Kebun Bunga also the same in relation to PPR we already identified like I have answered YB Danial just now, same things and it include one of them I mention just now your Rifle Range which is very-very important nearby we are trying to move on quickly as possible and it is all under the Lembaga were by I come back to the question no 12 which uncompressed all the issued raise all by learned YBs here which and YB want to this. Sekian Terima Kasih
Terima kasih. Sila Pengkalan Kota dulu.
Terima Kasih yang Berhormat Dato Yang diPertua, terima kasih YB Datok Keramat di atas jawapan yang begitu teliti diberikan kepada soalan no 12 ini. Cumanya soalan tambahan saya ada dua yang pertama tadi Yang Berhormat Datok Keramat telah memaklumkan bahawa dengan penubuhan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang ini ia telah mengambil alih peranan sebagai pemaju tunggal bagi Projek-Projek Perumahan Mampu Miliik di Negeri Pulau Pinang ini. Jadi persoalan saya adalah sama ada secara langsungnya Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang telah mengambil alih peranan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang merupakan pemaju tunggal atau pun the development arm...(dengan izin), bagi Kerajaan Negeri bagi membangunkan projek-projek perumahan mampu milik, itu pertama dan yang kedua adalah saya rasa umum mengambil maklum bahawa pada terkini sistem pembinaan perindustirian atau pun (dengan izin)...Industrialised Building System (IBS) merupakan satu kaedah pembinaan dan pemajuan bagi bangunan-bangunan yang boleh dilakukan dalam masa yang cepat dan juga pada kos yang lebih berpatutan. Jadi persoalan saya adalah sama ada Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang akan mengambil kaedah IBS bagi pembangunan projek-projek mampu miliknya. Terima Kasih.
Okay. Thank you, Dato'. Very quick response. Yang pertama untuk soalan sama ada kita hendak kita akan ambil ahli dari pada PDC semua program-program perumahan yang hendak saya nyatakan adalah melalui Enakmen adalah jelas kerana ini diperuntukkan melalui undang-
undang which is enakmen di mana kita akan melaksanakan semua program perumahan tetapi seperti mana yang saya nyatakan tadi ia adalah tertumpu di bawah Lembaga Perumahan Pulau Pinang kepada semua perumahan jenis mampu milik Dato Speaker. Let me be very clear on that in fact for your information Dato Speaker dalam proses perbincangan supaya lembaga ditubuhkan dan diwujudkan ada proses peralihan di mana pada waktu itu PDC sememangnya sudahpun ada pelbagai program yang sudahpun dilaksanakan yang sedang dilaksanakan dan yang dalam perancangan untuk dilaksanakan. So kita ada satu kaedah peralihan di mana ada beberapa projek bukan saja daripada PDC also others agency like CMI like I said just now that why we want to make the umbrella body were by kita pusatkan semua di bawah lembaga di mana kita telah dan sedang dalam proses untuk ambil alih beberapa daripada projek mereka. But of course PDC is still a main, arm of the government which can build and will continue with the housing project but they can work with us especially which is for affordable housing but non affordable if they want to do now they can continue to do that, they have did before so but we Lembaga want to concentrate on the affordable unit Dato’ Speaker. So that is the answer to question number one. Number two is regarding of the IBS adalah salah satu kaedah pembinaan Dato’ Speaker, were by mereka gunakan sistem yang akan jimatkan kos dan jimatkan masa dan sememangnya ada banyak perumahan mampu milik di Pulau Pinang yang sudahpun menggunakan kaedah IBS kerana kalau tidak tidak ada viability and bukan visible and of course kita di Lembaga kita memanggil untuk RFP seperti di Bukit Gedung Dato Speaker, ia terpulang kepada developer atau pemaju yang berjaya dan dalam proses pemerolehan kerana kita akan terus telus rather they want to use but most likely it will because otherwise like the other one like I mention Dato’ Speaker, it won’t become viable or visible so we leave it to them. So that is the answer to Pengkalan Kota. Thank you very much and kepada Permatang Berangan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Datok Keramat di atas penjelasan termasuk memperbetulkan harga rumah di Scientex Tasik Gelugur. Okey, soalan tambahan saya kepada soalan 18 . Merujuk kepada skim-skim perumahan yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan Negeri termasuk RMM, Rent to Own and PPR. Apakah lagi skim-skim perumahan yang boleh ditawarkan kepada rakyat dibawah B40 dan N40 termasuklah syarat-syarat tambahan yang dikenakan kepada pemohon dan soalan kedua sehingga kini berapakah bilangan permohonan RMM yang masih menunggu giliran dan belum mendapat kelulusan. Terima Kasih
Thank you very much kepada rakan saya Permatang Berangan. Berkenaan soalan yang terakhir berapakah waiting list untuk RMM, pelbagai jenis A, B and C lah. Saya akan serahkan satu senarai kepada puan kerana ia melibatkan banyak details sememangnya ada terutamanya di bahagian Daerah Timur laut. Untuk makluman semua, thank you for the question kita mempunyai satu jawatankuasa untuk memilih mereka yang layak dan kita tahulah dalam
Mesyuarat yang diadakan in fact untuk makluman semua, ada 15 ahli daripada semua wakil rakyat yang datang, so we all always memantau but for your information YB. Dato’ Speaker they are some places were by kita sudah pun semasa that means kalau kita apply today when it comes to meeting we can get it not like dulu ada orang yang tunggu 30 tahun dalam senarai no more ada beberapa daerah especially in seberang ada beberapa kaum if u apply u can get it straight away. We are cleared the back lock but of course some places is different of course especially Daerah Timur Laut and we understand and that why we are giving more focus to that and looking others ways. Very good question others way likes or information Dato Speaker. When we do pemilihan the pemilihan now kalau kita apply daripada DTL kita perlu dapat unit di DTL that mean project at DTL so we are already open it up now why not allowed them to go other district because Penang maju pesat dulu orang daripada kawasan bandar kita DTL tak mau pegi tempat lain now DBD start actually from Bayan Baru, DBD already so majority is almost there and on top of that. Seberang maju dengan pesat so kita sedang bincang sama ada kita buka seluruh Pulau Pinang sekali gus then we can clear the list, very good question to Permatang Berangan.
I think the second question is of course, that is the main question the other one of course saya dah jawab secara apa ni am tadi. Apakah cara hendak kita bantu untuk lebih B40 dapat rumah? Of course, like I said kita dalam proses sedang, sudah dibina, sedang dibina rancang dibina. Sekarang kita 126,816 unit pelbagai unit RM42, RM725, RM250 maksimum on the mainland 300 here on top of that very important two thing kita buat rent to own I mention just now twenty two thousand ten percent out of two hundred and twenty two thousand, we ara already ata two thousand five hundred and ten. On top off that PPR lima (5) sudah kita kenal pasti dua telah pun course PPR is under federal in fact since you ask the question I want to ask u to inform your bos Dato’ Sri saya telah tanya dia, saya ucapkan jutaan terima kasih kita dah bagi lima (5) dan saya telah tanya dia dalam meeting kita yang ketiga atau keempat thank you very much to in Penang kita ada 5 daerah so saya nak lima so saya tau Permatang Berangan dan kawan saya dari Sungai dan Dato dari Sungai Dua boleh bantu kita jawab soalan itulah. Thank You very much
Terima kasih. Satu lagi
Terima kasih. Saya ingin dapat sedikit penjelasan tentang Lembaga Perumahan Negeri. Oleh kerana semua agensi-agensi disatukan di bawah Lembaga, adakah kakitangan itu akan efektif, sebab sebelum ini pun banyak aduan-aduan penyelenggaraan yang ambil masa untuk diselenggarakan dan kakitangan ini adakah mereka menerima skim gaji penjawat awam atau lain-lain dan yang keduanya tentang apa, perumahan siling ini, bawah RM300,000.00. Berapa banyak yang overhang atau pun yang tidak terjual. Adakah Lembaga Perumahan ambil berat dan berapa jumlah dan apa tindakan? Terima kasih.
Thank you very much. Good questions. I will just talk about the kakitangan first, Dato’ Speaker. Di Lembaga Perumahan yang telah diwujudkan kita serapkan semua kakitangan yang memutuskan untuk masuk pada Lembaga itulah daripada Jabatan Perumahan. So of course, earlier discussion like you’ve mention, lain agensi, PDC or CMI. Lepas discussion itu mereka
putus supaya mereka teruskan kerana unit mereka di situ akan digunakan untuk projek perumahan lain. Lembaga akan tumpu dan khususkan perhatian pada perumahan Rumah Mampu Milik. But in the Lembaga, Dato’ Speaker, for your information, Dato’ Speaker, and rakan saya, one of the delays, kita punya enakmen tahun 2010, tapi baru Januari 2021, 11 tahun kemudian baru kita dapat berfungsi, why? Kerana kita ada isu, Dato’ Speaker, berkenaan dengan perjawatan. Kerana itu, tadi diputuskan oleh JPA. So, we had a bit of delays because of that politic or whatever, that’s was the reasonlah. But what happened was apabila kita ada gap 22 bulan apabila kita memerintah negara, ada keputusan untuk diteruskan. In facts Menteri pada masa itu, Puan Zuraida, Yang Berhormat Zuraida sendiri nyatakan semua negeri sepatutnya ada Lembaga Perumahan Negeri supaya khusus boleh lihat pada perumahan. I agreed with that. We in facts come out with the enactment tapi cuma kita tak ada perjawatan. So, when she was there as a minister under our Pakatan Harapan, at the Federal level, kita dapat keputusan atau pun kelulusan Dato’ Speaker supaya boleh diteruskan and that is what happened. So what happen is, I think we have about 180 staff at kita punya Jabatan Perumahan, if I’m not mistaken, and we have manage to get around 120, 110 to come on board, if I’m not mistaken. I can get exact details. So ini adalah jawapan kepada soalan penting kepada rakan saya. Yang kedua also very important Dato’ Speaker, overhang. Saya ada maklumat tentang overhang. Overhang itu bermaksud apabila telah dibina, tak dapat dijual. Yang terkini yang saya ada pada rekod saya, di Pulau Pinang, 4638 unit tak dapat dijual, pada satu jumlah RM3.66 billon, Dato’ Speaker. Why is it so high? In facts we are probably the highest after, we are the highest, no, we are the second highest. Johor is 6509 at RM4.89 billion. Comes then, Penang number 2, 4683 at RM3.66 billion. Number 3, Wilayah Persekutuan 3863 at RM3.1 billion and Selangor number 4 at RM3.37 billion, 3376 units at RM2.9 billion. So actually KL, Selangor is higherlah if you put them together. It was separated because dua tempat tapi actually same place. They’re around 7000 over. So they’re the highest actually then comes Johor and then comes Penang. And Penang, the number has risen but saya nak nyatakan satu perkara Dato’ Speaker, saya ada satu carta di sini, nanti akan bagi. Very important to everyone to know. I’ve always said that dan selalu nasihatkan kepada pemaju, jangan selalu hendak lihat pada membuat keuntungan sahaja. Kita perlu bantu semua especially during pandemic ini. Di mana ekonomi semua terjejas. Kita boleh bina rumah RM1.0 juta tetapi you takkan jual kerana orang tak ada duit. So kita perlu bina rumah yang mampu dimilik dan itulah apa yang kita hendak buat. Soalan dia, pada apa yang ditanyakan rakan saya, then why do we have 4683 unit overhang? I tell you why. Untuk makluman semua, kita dalam Perumahan Mampu Milik, kita punya siling RM300,000.00. Kalau kita lihat daripada jadual yang saya ada untuk Pulau Pinang dari segi overhang, cuma 347 unit yang tak dapat dijual adalah di bawah RM300,000.00. That’s means it was only around 7% of the entire amount, 7 percent adalah di bawah RM300,000.00 yang tak dapat dijual. Which means yang lebih daripada RM300,000.00 iaitu yang tak mampu dimilik according to our criteria, is around 63 percent Dato’ and that is the reason why I keep advising developers, you should build affordable housing. This is the time for you also to breath. Mereka juga perlu nafas tapi perlu buka mata juga. Tengok number, number menunjukkan dengan jelas, this is the latest number I’ve got. Because our Chief Minister always ask me, do we have enough houses? Do we need more? He always prihatin on this. So the number Dato’ Speaker…(gangguan).
Tambahan, tambahan. Soalan silap sikit, kita tau pelan perumahan itu, kita yang luluskan untuk perumahan tadi termasuk dengan harga. Kenapa kita biarkan benda tu bebas? Berkenaan harga.
Itulah. Itu adalah agenda kita untuk pastikan rumah mampu dimiliki ada beberapa perkara yang kita buat. Nombor satu beri insentif kepada pemaju yang hendak bina rumah mampu milik. That’s means caj-caj seperti caj pemajuan, seperti dan lain-lain, banyak, dapat kita kurangkan supaya jadi viable and feasible untuk mereka. And the most important things adalah untuk rumah itu mampu dimiliki is senang sahaja, kita kawal harga. Kalau tidak, kalau open market, mereka akan jual RM500,000, RM800,000, sejuta. That’s the problem dengan overhang ini. Tapi kita punya control unit RM300,000.00 dan bawah, overhang cuma 7 peratus tapi masih ada but not in the lights of the non-affordable. Itu yang saya hendak nyatakan. I’ve always said this, the only one most important way to ensure prices are made affordable is to control the price and that’s the reason why we are doing this. Saya harap dapat difahami. Thank you very much. Good questions on that one. Thank you.
Terima kasih. Suka saya peringatkan, makluman dan jawapan yang telah pun panjang lebar dibagi dalam Dewan ini, tidak perlulah waktu penggulungan atau pun dalam sesi perbahasan itu, jawapan yang nak minta itu sama then elakkan supaya anda boleh tumpu kepada isu-isu yang belum dijawabkan. Terima kasih. Saya nak mempersilakan soalan 13.
Speaker, soalan saya adalah soalan 13. No. 13. Banyak kerja penurapan jalan tar telah menyebabkan paras jalan semakin tinggi dan membawa pelbagai masalah kepada pengguna jalan. (a) Adakah kajian kesesuaian penurapan jalan tar dijalankan sebelum kerja menurapan bagi setiap jabatan? (b) Bagaimanakah langkah menyelesaikan masalah jalan tar yang semakin tinggi dari jalan asal?
Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Berapit. Secara lazimnya Yang Berhormat, sebelum kerja-kerja penurapan dilaksanakan di tapak, pihak Jabatan Kerja Raya atau pun JKR perlulah terlebih dahulu mengadakan lawatan tapak dan mengenal pasti sama ada terdapat keperluan untuk menaikkan aras jalan di lokasi pembaikan. Manakala pihak MBSP pula akan melaksanakan kajian kesesuaian penurapan jalan sebelum kerja penurapan dilaksanakan. Bagi mengatasi masalah yang Yang Berhormat sebut iaitu jalan yang semakin meninggi daripada aras asal, pihak JKR terlebih dahulu melaksanakan kerja-kerja milling atau pun dia akan koreklah yang sedia ada ke atas premix sedia ada sebelum lapisan premix yang baru dihamparkan. Ini dapat meminimumkan kenaikan aras jalan pada sesuatu lokasi pembaikan. Manakala langkah menyelesaikan masalah jalan tar yang semakin meninggi oleh MPSP pula, agak sama Yang Berhormat, iaitu melaksanakan kaedah milling juga, membuang permukaan jalan pada kedalaman tertentu, dan kemudian menaik taraf bahu jalan, Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Bunga. Tetapi apa yang saya fahamkan adalah satu standard SOP yang akan dijalankan. Namun saya sendiri pernah menerima aduan yang berbagai katakan ada kedai runcit yang berada di satu taman dan selepas penurapan pav road dijalankan beberapa kali, entrance kedai runcit itu lebih rendah dari paras jalan dan masuk air ke dalam kedai itu. Macam mana kita dapat menyelesaikan masalah ini? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham kadang-kadang bila berlaku begitu, kita pun tertanya, sekiranya SOP yang sebetul-betulnya diikuti, maka tidak sepatutnya berlakulah perkara ini. Sebab kalau ikutkan, kita perlu buat milling terdahulu sebelum kita letak paving. Jadi sekiranya ada kawasan yang tertentu, Yang Berhormat boleh maklum kepada saya, saya akan minta JKR atau pun MBSP bergantung kepada tempat kawasan tersebut untuk melihat balik, masalah di lokasi itulah, kita cuba untuk baiki. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih dan, sila Jawi.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 14. No. 14. Sila nyatakan apakah perancangan khusus Kerajaan Negeri bagi golongan belia, terutamanya mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19. (a) Adakah skim pinjaman tanpa faedah khas untuk usahawan belia daripada Kerajaan Negeri dibekalkan?
Terima kasih kepada Dato’ Speaker dan juga Jawi yang saya jawab soalan 14. Kerajaan Negeri melalui PYDC telah merangka beberapa perancangan khusus bagi golongan belia terutamanya mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dengan menjalankan beberapa inisiatif atau program yang berkaitan dengan belia. Kebanyakan inisiatif atau program tersebut telah dilaksanakan secara dalam talian dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada golongan belia Pulau Pinang. Antara inisiatif atau program tersebut adalah seperti daripada aspek pembangunan ekonomi, kita ada inisiatif atau program “We Want You”, “Tales of Entrepreneurs”, “Digitalisasi”, “Youth Entrepreneurship Challenge”, “Penang Young Digital Talent”. Dari segi aspek untuk pembangunan diri, kita ada “Program Reskilling, Upskilling & New
Skilling: PYDC Essential Skills”, “Art In Motion”, e-sukan, “Youth Resilient Superstars”, “Empower Your Potential”, “Youth With Rhythm”. Dari segi aspek untuk pembangunan sosial, kita ada Kesedaran Sivik dan “Penang Youth Volunteer”. Untuk menjawab soalan (a), setakat ini tiada pinjaman tanpa faedah khas untuk usahawan belia daripada Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, usahawan belia boleh memohon pinjaman tanpa faedah kepada golongan usahawan melalui saluran seperti skim PEKA PKS 3.0, permohonan telah pun ditutup pada 29 Oktober tahun 2021. Dan yang kedua adalah Tabung Usahawan Tani iaitu TUT. Untuk maklumat terperinci, skim PEKA PKS 3.0 yang dibuka pada 7 Oktober tahun 2021 dan permohonan ditutup pada 29 Oktober 2021, bagi PEKA PKS 3.0 jumlah permohonan diterima adalah sebanyak 627 kes permohonan. Dari segi permohonan oleh golongan belia, adalah antara berumur 15 tahun hingga 35 tahun adalah sebanyak 178 kes. Setakat 19 November 2021, kelulusan yang telah diberi kepada golongan belia adalah sebanyak 125 kes. Terima kasih kepada program ini dan jenis perniagaan termasuk makanan, minuman, general trading, perkhidmatan, produk kesihatan, perniagaan online, perkhidmatan konsultan dan juga pusat penjagaan kanak-kanak.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Saya bagi lagi satu.
Kegiatan scam dan penipuan atas talian kebelakangan ini semakin kreatif contohnya scam tawaran pinjaman loan yang mudah dan cepat, Macau Scam atau pun Love Scam. Soalan saya adalah berkaitan dengan didapati golongan belia banyak yang dapat terperangkap dalam scammer ini. Apakah usaha dan tindakan yang telah diambil atau dirancang pada masa hadapan supaya golongan belia ini tidak begitu senang ditipu? Terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan daripada YB. Jawi memang saya setuju soalan yang bagus ini kerana kes penipuan yang berlangsung dengan banyak sejak pandemik COVID-19 tahun 2020. Memang pihak polis dari jabatan siasat jenayah komersial telah mencetakkan suatu risalah dengan izin YB.Dato Speaker, dalam risalah tersebut telah menerangkan bahawa kita bersama-sama untuk mencegah jenayah melalui saluran perkhidmatan yang telah diberikan seperti yang telah ditunjukkan dalam risalah ini yang telah dicetak oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Diraja Malaysia Pulau Pinang. Memang bukan sahaja edaran risalah tetapi juga mengadakan ceramah dan juga dialog dengan public atau pun komuniti bukan sahaja belia tetapi kepada semua golongan masyarakat di setiap KADUN.
Saya ada berbincang dengan pihak polis di mana pihak polis bersetuju bahawa kes ini adalah kes yang memang common...(dengan izin) YB. Dato’ Speaker, kerana banyak kes penipuan yang berlaku adalah kes penipuan Macau, kes penipuan pelaburan, kes pinjaman tidak wujud, kes penipuan tawaran pekerjaan, kes penipuan cinta internet, love scam seperti yang disebut oleh YB. Jawi dan juga penipuan e-dagang, so scam-scam ini berlaku dengan kerap kali saya rasa kes ini berlaku setiap minit yang ada di seluruh Malaysia bukan sahaja di Negeri Pulau Pinang dan saya telah bekerjasama dengan pihak polis menganjurkan beberapa program di kawasan KADUN saya dan saya juga ada minta polis supaya program ini berjumpa, bertemu atau pun mengadakan dialog dengan public di semua KADUN, memang pihak polis telah bersiap sedia dan merancang untuk mengadakan program-program sesi dialog di setiap KADUN supaya ADUN-ADUN kita bolehlah bekerjasama dengan MPKK dan biro belia, menggerakkan lebih banyak aktiviti berjumpa dan dialog kerana sebelum ini semasa PKP kita cuma menjalankan online, sekarang sesi dialog diizinkan dengan had tidak lebih 200 orang. Memang Kerajaan Negeri juga akan bekerjasama dengan setiap pihak yang berkaitan seperti pihak PYDC dan juga PDRM, memahami sebab-sebab yang menyebabkan belia mempercayai janji-janji scammer saya rasa juga ada segelintir belia yang akan dipengaruhi kerana mendapatkan pelaburan yang cepat dapat balik modal dan cepat mendapat keuntungan....(gangguan).
YB. Bagan Jermal, rumuskan jawapan.
Satu minit sahaja. Berdasarkan kempen kesedaran penipuan dalam talian untuk membentuk kesedaran awam tentang modus operasi dan penipuan dalam talian. Belia dididik dengan hak pengguna, hak pengguna perlulah dipertahankan supaya dapat mengambil sebarang tindakan bagi mendapatkan hak sewajarnya selain memastikan keselamatan dan ketelusan urusniaga. Kesedaran ini juga bertujuan meningkatkan mengingatkan belia supaya sebarang urusan melibatkan transaksi secara dalam talian perlu mendapatkan kepastian dengan pihak yang bertanggungjawab terutamanya dengan pihak bank dan berwaspada dengan taktik penipuan yang berleluasa. Terima kasih.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat untuk sesi soalan lisan 1 jam 30 minit telah pun tamat selaras dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Terima kasih.
Y.A.B. Ketua Menteri: YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja Ahli-Ahli yang bertanya dan akan dimasukkan di dalam Penyata Rasmi.
Terima kasih Y.A.B. Ketua Menteri, Ahli-ahli Yang Berhormat kita berada dalam sesi perbahasan atas Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2022 dan Usul Anggaran Pembangunan Untuk Tahun 2022 juga. Ahli-ahli Yang Berhormat saya hendak jemput untuk sesiapa yang ingin mengambil bahagian. Sila Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera, Bismillahhirahmanirrahim, Alhamdulillah Hirabbilalamin, Assolatuwassula Waala Aysrofil Ambiya Hiwalmursalin, Waala Alihi Wasohbihi Ajmain. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Y.A.B. Ahli Kawasan Padang Kota, Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, Ahli-Ahli Dewan, Ketua-ketua Jabatan, wakil-wakil jabatan, wakil-wakil media, tuan-tuan, puan-puan, hadirin yang dihormat sekalian. Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin limpah rahmat inayahnya pada kali ini, pada pagi ini kita dapat bersama-sama hadir dalam keadaan yang sihat untuk kita sama-sama berbahas berbincang memberi pandangan dan juga buah fikiran dalam kita menyelesaikan isu dan masalah rakyat dan juga masyarakat di kawasan masing-masing. Yang penting apa yang kita bangkitkan adalah untuk tujuan memberi kebaikan dan juga kesejahteraan kepada rakyat diseluruh kawasan di seluruh Negeri Pulau Pinang. Kita juga perlu sama-sama untuk memastikan segala perancangan dan pelaksanaan projek-projek oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, jabatan, agensi dan anak syarikat Kerajaan Negeri memberikan pulangan yang baik dan memberi kesejahteraan kepada rakyat dengan apa yang telah dan akan dilaksanakan. Juga setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T. di atas perlindungan daripada merebaknya COVID-19 dalam gelombang yang ketiga ini dan mungkin akan sampai ke gelombang yang keempat dan Alhamdulillah kita di peringkat Kerajaan Negeri dan juga semua jabatan agensi telah sama-sama menyusun pendekatan dan juga aktiviti untuk kita sama-sama bersepakat untuk memerangi dan memutuskan rantaian COVID-19 ini. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Sungai Dua mengucapkan ribuan terima kasih di atas peluang yang telah diberikan untuk terlibat dalam membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri 2022 yang telah dibentangkan oleh Y.A.B Ketua Menteri pada hari Jumaat yang lalu. Bajet yang bertema “Mempercepatkan Pencapaian Penang 2030” perlu kita ulas perlu kita bahaskan untuk melihat samada ianya akan betul-betul memberi hasil dan juga kesan pengagihan yang terbaik kepada rakyat marhain di Pulau Pinang dan golongan yang memerlukan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang memfokuskan kepada tuga (3) inisiatif utama iaitu yang pertama inisiatif setempat, kedua inisiatif pembangunan komuniti dan ketiga inisiatif libat urus industri Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, berbalik kepada masalah pendemik COVID-19 yang telah kita sama-sama hadapi sepanjang setahun tujuh (7) bulan kita telah mengharunginya bersama-sama mengikut fasa-fasa PKP dan sekarang kita ke fasa yang keempat PKP yang terbaru dan Alhamdulillah semua pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat telah sama-sama berganding bahu untuk mengawal penularan COVID-19 ini dengan menyediakan SOP dan mengawal pergerakan bagi mengelakkan jangkitan daripada terus berlaku. Dengan berlakunya pandemik ini yang kita pun tidak menginginkannya. Rakyat Pulau Pinang menghadapi pelbagai tekanan hidup ada yang hilang pekerjaan, ada yang tidak dapat menjalankan aktiviti ekonomi, ada yang tidak dapat berniaga dan sebagainya dan hampir 45
peratus telah hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan akibat pandemik COVID-19 ini. Terlebih dahulu saya mewakili pembangkang merakamkan terima kasih dan tahniah kepada Y.A.B. Padang Kota yang telah membentangkan bajet yang ke-14 Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi 2022. Saya pasti situasi ekonomi yang tidak memberangsangkan ini kos sara hidup yang meningkat serta harga barang yang tidak menentu tidak turun dan semakin meningkat dan yang pentingnya penularan COVID-19 menyebabkan bajet 2022 Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjadi bajet yang amat dinantikan oleh semua pihak. Antara benda yang akan ingin didengar dan dilihat oleh rakyat ialah pertama mereka ingin melihat dan mendengar apakah hala tuju Kerajaan Negeri dalam menghadapi keadaan ekonomi yang mencabar dan ekonomi pasca COVID-19. Kedua, apakah penyediaan peluang-peluang pembangunan ekonomi untuk rakyat bawahan di Negeri Pulau Pinang. Ketiga, apakah bagaimana pengagihan ekonomi yang akan disediakan kepada rakyat dengan adil. Keempat bentuk bantuan dan sumbangan yang akan diberikan kepada rakyat yang berhak menerimanya. Kelima daripada manakah sumber pendapatan atau hasil Kerajaan Negeri dan keenam penyediaan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat dan anak muda di Pulau Pinang. Dalam kita menghadapi ekonomi yang merosot ini dan juga COVID-19, rakyat dibawahan begitu tertekan dan merintih dan hidup dalam keadaan yang begitu susah sekali dan rintihan ini perlu saya sampaikan kepada Dewan yang mulia ini untuk sama-sama kita melihat dan sama-sama kita menyelesaikan isu yang berlegar di kalangan rakyat. Pertamanya harga barang keperluan harian semakin tinggi. Ini merupakan isu yang begitu panas diperkatakan baik dalam media sosial mahupun di peringkat kampung-kampung dan juga di kawasan-kawasan masyarakat, baik di surau dan sebagainya dibincangkan tentang isu ini. Isu harga barang keperluan harian semakin tinggi, jadi ini saya rasa benda yang perlu dilihat dan diambil tindakan bukan hanya kita menyerahkan kepada Kerajaan Pusat untuk menyelesaikannya tetapi di peringkat negeri juga perlu lihat bagaimana kita hendak menyelesaikan isu ini. Mungkin ia terlibat juga dengan isu orang tengah yang meningkatkan harga. Saya pergi check ada satu kebun sayur, seorang doktor gigi dia buat kebun sayur di kawasan Tasek Gelugor, kacang bendi dia tolak cuma harga dalam RM3 hinggga RM4 sekilo tetapi sampai kepada pengguna sehingga ke harga RM8 hingga RM9. Jadi ini mungkin disebabkan oleh kita tidak menyelesaikan isu orang tengah dan mungkin kita kena ambil tindakan penguatkuasaan ke atas harga-harga barang ini...(gangguan).
Minta penjelasan Yang Berhormat Dato Ketua Pembangkang, minta penjelasan.
Ya.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang yang telah membangkitkan khususnya isu yang begitu hangatlah diperkatakan baru-baru ini bukan saja di sosial media tetapi dikalangan masyarakat umum tentang barang naik, harga barang tiba-tiba naik mendadak. Jadi saya nak dapatkan pendapat Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang. Setujukah Yang Berhormat Dato' Ketua Pembangkang tentang kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang berkenaan bahawasanya insiden harga barang naik ini hanyalah
hearsay mengikut kenyataan yang telah dikeluarkan hanya khabar angin saja dan tidak mencerminkan keadaaan yang sebenarnya, jadi saya nak dengarlah apakah pandangan Dato' Ketua Pembangkang terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri dan Timbalan Menteri ini .
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor); Terima kasih Pangkalan Kota, seorang yang amat prihatin tentang masalah rakyat di kawasan. Pelbagai jawapan boleh dikeluarkan ada yang kata kerana musim hujan harga barang naik ada yang kata kerana masalah dalaman ditimpa penyakit, musuh dan sebagainya, macam-macam alasan boleh diberikan tapi apa yang penting saya dari segi pandangan Menteri dan Timbalan Menteri itu, yang mengatakan bahawa harga barang naik ini hearsay, apa dia?
Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen);
Hearsay. Khabar angin saja.
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhammad Yusoff bin Mohd Noor);
Hearsay. Kita menghadapinya di kawasan kita lihat kita pergi market kita tengok harga barang naik, harga barang-barang mentah memang ada kenaikan walaupun ada yang tidak banyak tapi ada kenaikan, bekalan minyak masak pun susah sekarang. Jadi benda-benda macam ni saya tak berapa setujulah dengan alasan yang macam tu, kita tak boleh menganggap semua hearsay kita kena turun tengok, turun tengok betul atau tidak? Jadi Kementerian yang terlibat Kementerian Pertanian, Kementerian KPDNHEP, Kementerian mungkin lain–lain Kementerian, perlu melihat benda ini sebagai satu isu yang perlu diselesaikan, perlu mengutarakan satu benda yang boleh kita ….(gangguan).
Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit);
Minta laluan, minta laluan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang saya di sini ada satu keratan akhbar daripada The Sun yang mengatakan “Vegetables prices in Melaka up by to 50%” ini pada 26 November yang baru-baru ini walaupun Pilihan Raya Melaka pada 20 November baru-baru ini, so 6 hari saja sudah ada berita vegetables prices pasaran sayur, harga sayur semua naik 50 peratus. Adakah ini berkaitan dengan kemenangan besar BN dekat Melaka?
Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhammad Yusoff Bin Mohd Noor);
Okey, terima kasih Pulau Tikus, saya rasa itu saya tak setuju lah. BN menang di Melaka barang naik, saya rasa tak ada kaitan langsung... (gangguan), tidak ada kaitan langsung dari segi kenyataan itu, dia ada sebab sebab lain mengapa barang-barang ada kenaikan harga? Kalau kita tengok dari segi teori ekonominya supply and demand, bekalan dan permintaan, dulu kita ada tangkapan dari segi pencatutan harga barang sorok, sorok barang dia nampak harga barang itu nak naik, dia sorok dia simpan. Dan mungkin benda-benda macam ni masih berlaku, keduanya mungkin tindakan orang tengah yang menaikkan harga, itu yang pihak kerajaan wujudkan FAMA untuk mengelakkan orang tengah tapi masih berlaku kegiatan orang tengah ini masih berlaku dan menyebabkan harga barang itu akan ada kenaikan dan ini tindakan yang perlu diambil oleh pihak sama ada Kementerian atau pun kita diperingkat negeri. Cari satu pendekatan untuk kita
selesaikan isu ini, sedangkan harga barang mentah kalau asal daripada pengeluar tak sampai ke harga itu sampai ke pengguna jadi tinggi, jadi mahal dan sebagainya. Ini saya rasa perlu kita lihat dan perlu kita selesaikan, ada peningkatan di peringkat kita sama-sama dengan peringkat Persekutuan untuk selesaikan isu ini secepat mungkin tidak mengira apa parti dan sebagainya.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri;
EXCO nak tanya kah? Nak gulung kah?
Nak tanya Sungai Dua.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri
Nak tanya mengapa?
Celah saja, celah, nanti saya akan gulung menjawab soalan Sungai Dua.
Nantilah. `
Okey.
Nantilah…
Sedarkah Sungai Dua bahawa PH dulu bawah Pantai Jerejak kita tak pernah alami harga minyak lebih daripada RM10 sampai RM30, harga ayam tidak melebihi RM10.
Sudah, okey.
Okey, terima kasih pada…saya lupa tempat…Batu Maung, terima kasih itu pencelahan yang ada niat tersirat terima kasih. Dan seterusnya tentang kos sara hidup semakin meningkat ini kita sedia maklum. Kos sara hidup sekarang semakin meningkat mungkin kerana perubahan zaman, masa dan keadaan. Kalau ikut kos sara hidup dulu masa saya sekolah rendah tahun 70’an kos sara hidup cukup rendah bawa pi sekolah saya cakap dah dulu ke sekolah bawa 15 sen cukup untuk masa itu mungkin masa itu nilai mata wang nilai duit kita tinggi, besar dan mungkin kos-kos barangannya rendah dan kita menghadapi kos sara hidup yang agak rendah pada masa itu dan ketiganya ramai pekerja hilang pekerjaan kita dapat ramai juga pekerja yang hilang pekerjaan semasa berlaku COVID-19 dan juga selepasnya dan ini kita perlu lihat bersama-sama dan mungkin ini perlu kita rangkumkan dalam bajet yang kita telah dibentangkan. Ke empat rakyat semakin tertekan bila kos sara hidup tinggi. Barang-barang tinggi harganya, rakyat semakin tertekan tidak ada pekerjaan, penggangguran semakin meningkat walaupun tak tinggi tapi ada peningkatannya, kejatuhan nilai mata wang dan juga lain-lain yang menyentuh tentang kesusahan dan keperitan hidup. Jadi benda yang, perkara-perkara yang macam ini perlu kita lihat bersama dalam kita nak membentangkan bajet kewangan untuk negeri kita tak boleh hanya melihat ke satu pihak saja. Tak boleh melihat kepada pihak-pihak yang terlibat dengan industri-industri besar Kita perlu melihat yang di bawah. Mereka ini yang ramai, golongan ini yang banyak, golongan ini yang menghadapi tekanan dalam hidup, jadi bajet perlu melihat benda-benda ini. Yang saya nampak bajet Kerajaan Negeri Pulau Pinang cuma kebajikan menyentuh tentang apa yang boleh disalurkan. Pertanian masih lagi belum dan juga benda-benda yang lain. Tentang bajet ini saya nak ulas dulu, pencapaian Bajet 2021 sehingga Oktober 2021. Pertamanya tentang mengungguli prestasi pelaburan dan perindustrian. Mungkin kerana masalah COVID-19 mungkin prestasi ini pelaburan dan perindustrian mungkin agak rendah dan tidak mencapai tahap yang kita rancangkan. Dan mungkin prestasi ini agak berada di tahap yang sederhana dan mungkin boleh dipertingkatkan pada tahun 2022 dan kita harap pencapaian ini akan dapat ditingkatkan seperti mana yang telah dibentangkan dalam Bajet 2022, prestasinya masih lagi rendah dan mungkinlah kerana COVID-19 benda ini perlu kita lihat bersama tentang pencapaian.
Mengupaya keberhasilan pertanian dan meluluskan kelestarian pertanian ini bajet yang lalu saya ulas balik pencapaian sehingga 2021. Sub sektor tanaman hanya menyumbang sektor pertanian negeri 20.6 peratus. Sub sektor ternakan 26.6 peratus dan perikanan 41.2 peratus, prestasi dan pencapaian ke arah mengupaya keberhasilan pertanian masih lagi belum dapat dibanggakan, dan mencapai tahap SSL untuk sebahagian komoditi termasuk padi. Padi juga masih belum capai SSL walaupun kita mempunyai keluasan tanaman padi yang agak luas. Kita ada 12,000 hektar di bawah jelapang padi dan lebih kurang 3,000 hektar di kawasan luar jelapang. Jadi kita masih belum mencapai walaupun Pulau Pinang mendapat ranking yang pertama hasil padi musim yang lepas 5.8 tan per hektar, itu yang paling tinggi kita boleh menandingi Selangor tapi masih lagi belum mencapai tahap SSL tahap sara diri kita perlu juga membeli beras daripada luar untuk makanan penduduk di Pulau Pinang. Yang melepasi SSL cuma ayam dan juga khinzir, dua ini melepasi SSL yang lain semua belum melepasi SSL. Jadi usaha-usaha dan penyusunan strategi perlu dibuat oleh Kerajaan Negeri bersama jabatan dan agensi bagi memastikan peningkatan pengeluaran komoditi penting untuk bekalan makanan rakyat Pulau Pinang dapat dilaksanakan. Jadi saya rasa EXCO akan jelaskan nanti kepada kita apa perancangan? Saya bangkitkan tadi tentang perancangan sebab kita nak kita mesti ada target, sayur-sayuran apa target kita? Dan ke arah mencari target itu kita mesti ada pendekatan yang dibuat oleh pihak jabatan, agensi bagi mencapai target kalau kita dapat capai
target, InsyaAllah kita tidak perlu membeli banyak barang daripada negara luar atau pun negeri lain. Jadi ini mungkin boleh memberi kesan yang baik kepada rakyat dan juga memberi hasil yang lebih tinggi dari segi sumbangan sub sektor pertanian dan juga ternakan dan juga perikanan.
Memacu pertumbuhan industri penternakan dalam tahun 2021 saya tak nampak usaha-usaha mentransformasi ladang-ladang tradisional kepada tahap semi komersial dan komersial dibuat selain untuk ternakan ayam dan khinzir. Jadi perlu dibuat segera macam mana kita nak transform, rancangan kita nak transform tradisional kepada komersial, semi komersial ladang ternakan lembu dan kambing, jadi apa pendekatan yang kita buat selain daripada kita memilih beberapa usahawan untuk terlibat tapi bagaimana dengan usahawan-usahawan yang lain? Dan bagi ternakan khinzir usaha mentransformasi juga terlalu perlahan kepada ladang tertutup, ladang moden dan ladang mesra alam. Isu ini dah dibangkitkan dalam Dewan ini berkali-kali tentang masalah pencemaran ini dan sampai tahap kita dah buat enakmen ternakan babi dan juga ternakan unggas. Jadi saya harap sangatlah tolong bagi tarikh yang tepat bila kita nak laksana dan penguatkuasaan ladang tertutup ini. Saya rasa dah ada 143 orang penternak ladang yang setuju untuk diberi lesen dan tukar kepada ladang tertutup. 143 orang daripada 166. Saya rasa ini dah lebih daripada 2/3 dan saya rasa boleh kita terus laksanakan. Disebut dalam jawapan bertulis tahun 2022, tak boleh sebut tarikh dulu? Tolong maklumkan tarikh tepat, kita nak buat bila? 1 Januari 2022 jalan. 2022 bulan 12 pun 2022 lagi. Kita tak mau extent sampai bulan 12 Disember 2022, kita nak Januari 2022 kita terus laksanakan ladang tertutup. Mungkin peringkat pembinaan dia tu makan besar dia nak tukar ladang kepada ladang tertutup sistem kumbahan dia dan sebagainya. Jadi mungkin ambil masa yang agak lama kalau tangguh sampai bulan 12 tahun depan mungkin lama dan mungkin banyak lagi masalah akan timbul. Di kawasan Jawi ka mana, banyak bangunan-bangunan kesan daripada gas ini, khinzir ini habis bangunan tu jadi karat, karat habis tiang-tiang besi sampai ke Astro pun rosak kerana kumbahan-kumbahan yang tak diurus yang tak melalui proses kumbahan atau pun penyulingan yang baik.
Dan seterusnya memperkukuh Industri Perikanan. Jadi sumbangan besar kepada Pulau Pinang 41.2 peratus. Tapi penternak masih lagi Penternak Akuakultur, nelayan-nelayan pantai masih lagi menghadapi isu pencemaran untuk ternakan ikan dalam sangkar, kolam masih lagi ada pencemaran-pencemaran yang berlaku yang menyebabkan ikan mati dan sebagainya. Nelayan pantai dan sungai pun menghadapi masalah tentang isu pencemaran dan juga isu berkaitan dengan tambakan laut dan sebagainya tak boleh lagi menangkap ikan di kawasan persisir pantai di kawasan pantai dia kena pergi lagi jauh ke laut.
Jadi ini saya rasa benda-benda yang perlu dilihat oleh kita Kerajaan Negeri, EXCO Pertanian bagaimana kita nak selesaikan isu pencemaran untuk Industri Perikanan sebab kita perlu menyediakan sumber yang banyak untuk rakyat Pulau Pinang dan perlu juga kita ubah mindset orang Pulau Pinang ini yang tak makan ikan ini, ikan air tawar. Saya makan, jadi yang tak makan ikan air tawar ada yang tak makan ikan akuakultur ini.
Seterusnya tentang menyemarak potensi industri pelancongan dan warisan. Ini saya jelaskan tentang pencapaian mohon penjelasan mengenai pencapaian pelaksanaan pasca COVID-19 yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke atas semua penggiat dan pengusaha industri pelancongan, saya mohon penjelasan tentang program-program dan juga perbelanjaan oleh George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) dengan peruntukan RM2.0 juta serta pencapaian peruntukan RM14.11 juta untuk pembangunan Bukit Bendera bagi tahun 2021.
Seterusnya tentang pelaksanaan RTB berimpak tinggi. Peruntukan RM96.13 juta tahun 2021 disediakan kepada JPS oleh Kerajaan Negeri. Mohon diperjelaskan pencapaian dan perbelanjaan projek yang dilaksanakan. Saya dapati banjir masih berlaku walaupun projek-projek
ini telah dilaksanakan. Jadi tang mana masalah dia? Dah buat belanja yang banyak daripada tahun 2007, 2008 sehingga sekarang habis beratus juta tapi masih lagi berlaku banjir-banjir kilat, banjir-banjir yang macam ini. Jadi ini perlu kita perjelaskan untuk memberi keyakinan kepada masyarat dan rakyat tentang apa kita buat.
Merancakkan pertumbuhan Negeri Pintar dan meluaskan pencapaian telekomunikasi, saya nampak dalam 2021 fokus Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya kepada Penang Smart Parking itu yang saya nampak mungkin ada benda lain tapi saya tak nampaklah dan pencapaian masih berada di tahap sederhana dan perlu mencari pendekatan untuk meningkatkan pelaksanaannya dan memperbaiki kelemahan. Capaian telekomunikasi walaupun kedua terbaik di Malaysia dengan kadar penebusan jalur lebar 139.7 peratus tapi masih banyak kawasan luar bandar dan kampung yang lemah capaian dan kadar penebusan jalur lebar. Ini perlu diberi perhatian oleh pihak yang terlibatlah dalam capaian telekomunikasi.
Manfaatkan Pendigitalan Komuniti. Pendigitalan komuniti masih perlu diberi perhatian dan penekanan kerana masih rendah pencapaiannya di peringkat komuniti dan juga premis usahawan ini usaha-usaha perlu diteruskan. Kesedaran kita tentang cara kita nak berbelanja tanpa cash dan sebagainya, kadang-kadang kita perlu lebih banyak turun ke bawah untuk kita sampaikan kesedaran ini. Kita tak perlu banyak bawa duit dah, kita kena terlibat dengan pendigitalan komuniti. Peruntukan latihan 2021 RM1.19 juta jadi kita masih belum capai. Kutipan hasil sehingga Oktober 2021, saya ucapkan tahniah kerana telah mencapai 113.54 peratus iaitu mencapai RM574.56 juta berbanding dengan anggaran hasil RM506 juta. Pencapaiannya melebihi sehingga Oktober sehingga Disember mungkin lebih lagi. Belanja Mengurus sehingga Oktober adalah berjumlah RM593 juta iaitu 65 peratus banding dengan anggaran perbelanjaan Mengurus 2021 RM909 juta, jadi dah capai 65.81 peratus tahniahlah kepada pihak Kerajaan Negeri yang telah mencapai hasil yang begitu tinggi.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan tuan-tuan dan puan-puan. Bagi bajet 2022 bagi kali yang ke-14, Yang Amat Berhormat Padang Kota bentangkan, pecahan Bajet 2022 adalah seperti berikut; jumlah keseluruhan bajet pendapatan hasil adalah RM485.42 juta, belanja Mengurus RM395.22, Pembangunan RM316.13. Ini merupakan satu bajet yang agak tinggi dari segi pembelanjaan mengurusnya dan tahniah kepada Padang Kota yang telah membentangkan bajet dan mencipta satu rekod di Negeri Pulau Pinang di dalam banyak aspek iaitu pertamanya bajet masih lagi defisit RM449.8. Defisit ini mencecah hampir 50 peratus. Tahun lepas tahun ini RM403.8 defisit tahun 2020, 273.5, tahun ini top paling top lah RM449.80 juta tu pertama. Kedua bajet 2022 menyaksikan perbelanjaan jumlah wang yang agak besar dalam sejarah Kerajaan Negeri khususnya perbelanjaan Mengurus iaitu RM935.22 juta lebih tinggi daripada tahun 2021 sebanyak yang dibajetkan 2021 RM909.82 lebih tinggi, perbelanjaan yang tinggi ini akan menyebabkan perbelanjaan tak dapat diselesaikan, saya takut tak dapat diselesaikan sebab pencapaian 2021 pun baru 65 peratus sehingga bulan Oktober dan kemungkinan akan dikembalikan sebagai pendapatan bukan hasil saya jangkalah.
Ketiga perbelanjaan Mengurus Pembangunan 2022, RM316.13 bertambah RM22.03 juta banding dengan bajet 2021 dan kita harap semua jabatan dapat menyusun dan juga melaksanakan prestasi Pembangunan ini untuk faedah dan juga untuk kepentingan rakyat bagi tahun 2022.
Keempatnya bajet yang tiada tambahan sumber hasil saya sebut dah dulu tidak ada tambah sumber hasil Kerajaan Negeri, hasil negeri hanya tertumpu kepada hasil cukai langsung, cukai tidak langsung, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil.
Kita ingin melihat janji Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mengenal pasti sumber alternatif hasil baru melalui pelaburan atau kaedah lain yang tidak membebankan rakyat, ini perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke mana hasil yang diperolehi daripada pelaburan yang dijangka meningkat di dua kawasan industri di Batu Kawan mungkin ada hasilnya mungkin kita tak masukkan lagi. Kelima bajet yang melihat anggaran hasil yang dimasukkan RM485.42 juta jauh lebih rendah jika lihat pencapaian sehingga Oktober 2021 RM574.56 juta dan perbelanjaan pula terlalu tinggi sedangkan pencapaian belanja sehingga 31 Oktober RM599.02 juta. Saya amat risau jika segala cukai tarif, surcaj akan dinaikkan pada tahun 2022 kalau tak naik Alhamdulillah, kalau naik ini akan membebankan rakyat kerana nak capai hasil yang lebih nanti mungkin berlaku benda-benda yang macam ini lah saya harap tidaklah.
Bajet yang melihatkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengunakan simpanan terkumpul Negeri yang berbaki RM887.78 juta untuk membiayai defisit yang berjumlah RM449.80 juta ini amat membimbangkan jika simpanan terkumpul Negeri akan digunakan untuk membiayai defisit.
Minta penjelasan Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang.
Ya, ya Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang, saya tertariklah dengan hujahan yang diberikan oleh Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang khususnya berkenaan dengan bajet dan juga perbelanjaan yang telah dianggarkan bagi belanjawan tahun 2022 tadi. Sememangnya saya pun rasalah Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang merupakan seorang wakil rakyat yang begitu prihatin kepada kesusahan rakyat di luar sana khususnya ketika pandemik COVID-19. Tapi hujahan yang dikeluarkan oleh Dato’ Ketua Pembangkang dimananya tadi Ketua Pembangkang telah menanyakan sama ada Kerajaan Negeri tidak menambah hasil atau pun jumlah yang melalui saluran yang baharu tapi pada masa yang sama Dato’ Ketua Pembangkang juga menanyakan supaya tidak meningkatkan sebarang cukai iaitu mengekang sumber hasil oleh pihak Kerajaan Negeri jadi itulah saya nak dapatkan pendirian daripada Dato’ Ketua Pembangkang, bagaimana kita nak seimbangkan sekiranya pada masa yang sama Dato’ Ketua Pembangkang menyarankan supaya Kerajaan Negeri meningkatkan hasil dan pada masa sama untuk tidak menaikkan surcaj dan cukai yang berkenaan? Terima kasih.
Terima kasih Pengkalan Kota. Saya bangkitkan isu itu sebab saya risau bila Kerajaan Negeri nak tambahkan hasil saya takut cukai-cukai pintu, cukai macam-macam cukai akan dinaikkan kepada rakyat, rakyat akan kena kecuali kalau Kerajaan Negeri akan kenakan cukai kepada syarikat-syarikat besar, kepada syarikat-syarikat yang bersama dengan yang jadi pelanggan atau pun yang membuat melaksanakan projek di Negeri Pulau Pinang ini mungkin kita kalau dia ambil dari segi itu saya ingat tak ada masalah, saya takut untuk tambahkan hasil saya
tak kata kita nak kena tolak cukai, cukai ini sumber pendapatan utama Negeri. Jadi saya takut dinaikkan bila nak capai pendapatan hasil yang lebih tinggi, saya takut cukai-cukai itu akan dinaikkan dan macam-macam surcaj dan sebagainya itu yang saya risau sangat kalau berlaku semacam itu. Okey ya, Padang Kota? Seterusnya, saya nak ulas tentang Bajet Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2022. Pertama tentang pelancongan dan ekonomi kreatif. Langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam memulihkan dan merancakkan semula aktiviti pelancongan pasca pandemik COVID-19 amat dialu-alukan dan diharapkan. Antara yang akan diberi perhatian adalah peruntukan RM50 juta, dengan peruntukan RM50 juta adalah projek-projek pembangunan pelancongan aktiviti promosi, destinasi dan sebagainya.
Bajet 2022 hanya memfokuskan potensi industri pelancongan dan warisan dengan norma baharu di kawasan yang tertentu sahaja. Saya sebut banyak kali dah dalam Dewan, seperti di kawasan George Town, kawasan pelancongan sebelah Pulau yang banyaknya. Adalah diharapkan semua pendekatan dan program yang akan dilaksanakan akan meliputi seluruh Negeri Pulau Pinang termasuk Seberang Perai dan industri pelancongan yang lain seperti inap desa, kawasan sejarah Seberang Perai, kawasan warisan Seberang Perai, tempat-tempat makanan di sebelah Seberang Perai dan lain-lain destinasi yang ada. Penganjuran festival juga perlu diadakan di semua kawasan, di kawasan sebelah Seberang Perai pun juga perlu dilibatkan kerana ia perlu kita dilibatkan semua penduduk di Negeri Pulau Pinang dan juga pemain industri pelancongan di Seberang Perai sama.
Saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri memansuhkan cukai, cukai apa, cukai katil. Nak masuk hotel kena bayar supaya kita meringankan sedikit levy, levy hotel. Meringankan beban kepada hotel-hotel dan pengusaha-pengusaha penginapan. Kita juga perlu mengawal, mengadakan kawalan harga makanan di hotel dan restoran. Sekarang top dah di Penang ni, sotong harga berapa? Depa bubuh gambar sotong pula di mercu tanda Penang itu dia bubuh sotong. Isu di Langkawi siakap, isu di Pulau Pinang sotong. Semalam isu di Kepala Batas kailan ikan masin RM18 ringgit.
Kailan ikan masin.
RM18 ringgit eh, RM18 ringgit sepinggan, semangkuk. Jadi mungkinlah dia ada link kena barang mahal kot. Tapi kita kena tengok, kena buat kawalan lah dari segi harga makanan di hotel dan restoran dan mungkin kita boleh mengadakan promosi makanan laut dan mewujudkan pasar-pasar nelayan lebih banyak untuk kita membantu.
Kedua tentang penswastaan. Dasar kerjasama awam dan swasta amat digalakkan dalam erti kata untuk menjimatkan kos kerajaan di samping mengurangkan beban kewangan. Di samping itu, pelaksanaan dan kejayaan projek dapat dipastikan. Cuma, pihak awam atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu memastikan matlamat pelaksanaan projek dapat dicapai dan pelaksanaannya tidak membebankan rakyat. Di samping pihak pemegang taruh mempunyai kepentingan serta kuasa untuk memastikan projek dilaksanakan dengan sempurna dan menepati tujuan projek dan bukan hanya untuk mencapai keuntungan semata-mata.
Ketiga, meluaskan capaian telekomunikasi saya ada sebut tadi dalam capaian 2021 kita perlu pastikan ketersediaan jalur lebar bertaraf 5G ke seluruh Pulau Pinang melalui pelan kesalinghubungan di Negeri Pulau Pinang dapat direalisasikan. Jangan hanya tertumpu di kawasan bandar dan pekan-pekan sahaja, perlu diteruskan pesat luaskan capaiannya sehingga ke kawasan kampung dan juga luar bandar.
Keempat, peluang pekerjaan kemahiran dan ekonomi golongan muda. Peluang pekerjaan perlu disediakan dan dijelaskan secara terperici dalam Bajet 2022. Saya tak nampak dalam bajet disentuh berkaitan peluang pekerjaan yang diwujudkan tahun 2022. Kita tak sebut berapa peluang pekerjaan. Disebut akan dibuka industri di kawasan Batu Kawan, Batu Kawan II di kawasan. Cuma peluang pekerjaan itu, berapa ribu, berapa puluh ribu kita boleh sedia pekerjaan kepada orang telah hilang pekerjaan ini? Berapa banyak? So, kalau boleh kita masukkan supaya lebih, lebih nampak kesungguhan dan juga realistik kita nak mewujudkan peluang pekerjaan dan peluang pekerjaan ini perlu diputuskan, ditetapkan untuk ambik orang tempatanlah. Kalau ambil orang luar tak ada makna juga, orang tempatan masih lagi menghadapi masalah pekerjaan. Okey, dan peluang-peluang kepada pelaburan dan juga peningkatan peluang usahawan kecil perlu dipertingkatkanlah untuk golongan-golongan usahawan kecil. Jadi kita tidak mahu hanya peluang diberi kepada golongan-golongan pertengahan atau pun yang tinggi yang dah besar dah kita nak yang kecil-kecil. Begitu juga peluang kemahiran, saya rasa memang dilaksanakan cuma kita pertingkatkan peluang-peluang kemahiran ini kepada seluruh pelusuk masyarakat di Pulau Pinang.
Pembangunan Belia dan Sukan, Bajet 2022 tidak, tiada tumpuan kepada golongan muda belia sebagaimana kita sedia maklum jumlah penduduk Pulau Pinang mengikut Jabatan Perangkaan adalah 1.8 juta sekarang dah mungkin bertambah. Ini 2018. Mengikut umur 40 peratus adalah merupakan golongan muda kita kategorikan di bawah 40 tahun dan pecahan Bajet 2022 yang mempunyai kaitan dengan anak muda hanyalah pelan tindakan pembangunan ekonomi belia pasca COVID yang tidak dijelaskan secara terperinci bentuk tindakan dan bantuan dalam mengurangkan pengangguran belia. Cuma pihak EXCO sebutkanlah ada program-program di bawah PYDC dan sebagainya tapi dalam pembangunan ekonomi belia tidak jelaskan secara terperinci apa yang akan dibuat selain daripada kita memberi khusus-khusus dan kemahiran.
Manakala bagi pembangunan sukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya memfokuskan kepada pembinaan fasiliti sukan di setiap daerah dan membangunkan Stadium Batu Kawan dan Kompleks Sukan MPSP di Jalan Betik dan bagi tahun 2022, RM7juta diperuntukan untuk pembinaan Nibong Tebal Arena dan selebihnya RM13.47 untuk pembangunan sukan dan kawasan lapang. Jadi, kalau boleh kita perluaskan sikit dari segi sukan supaya ia menepati hasrat rakyat dan masyarakat yang amat meminati bidang sukan dan bidang sukan merupakan bidang yang boleh menghimpunkan semua masyarakat. Semua masyarakat tidak kira kaum boleh bersama-sama dalam bidang sukan ini. Seterusnya kebajikan, selain daripada penyediaan bantuan-bantuan di bawah bantuan agenda usahasama dan JKM penggunan kadar pendapatan per kapita baru adalah 260. Agenda mewujudkan peluang pekerjaan, melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan meningkatkan kebolehpasaran adalah satu kaedah yang amat penting dan ianya perlu dilaksanakan. Saya rasa kita perlu melihat dari segi itu bukan hanya sekadar kita duk bagi kat dia bagi bantuan, bagi yang boleh, boleh buat kerja boleh berniaga dan saya rasa dah dibuat di bawah AES cuma kena betul-betul kenal pasti. Laporan dibentangkan kat saya pun ada yang masih gagal. Jadi kita kena pasti betul-betul mereka yang boleh kita bantu untuk tingkatkan dan keluarkan dia daripada kepompong kemiskinan, kita kena lihat dari segi mewujudkan peluang pekerjaan, kita kena tolong cari kerja dekat dia melahirkan modal insan berkemahiran tinggi bagi anak-anak dia berkursus
dan sebagainya dan meningkatkan kebolehpasaran. Kalau dia ada produk, kita tolong bantu pasaran untuk produk-produk yang dia buat. Itu dari segi kebajikan, yang lain-lain saya setujulah kita tambah bantuan berapa juta tahun depan untuk faedah dan mereka yang memang tak mampu untuk mencari pendapatan dan sebagainya.
Seterusnya berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan rakyat, saya dapatilah daripada buku bajet ini, Bajet 2022 tak banyak sangat atau pun tak adalah sebarang peruntukan kewangan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk perkara-perkara berkaitan kesihatan, kesihatan rakyat. Dulu disebut juga tentang klinik, tentang memogram, tahun ini saya tak nampak tentang kesihatan sebab era pasca COVID ini tidak semestinya memerlukan pihak Kerajaan negeri Pulau Pinang menyediakan sedikit bajet untuk tujuan kesihatan dan program kesihatan yang berkaitan dengan pasca COVID-19. Malangnya saya tak nampak langsung dan tidak menyentuh perkara ini dalam bajet yang telah dibentangkan. Harap dapat diberi pertimbangan dan perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri.
Dari segi perumahan, pembekalan rumah mesra rakyat masih diteruskan dan ini bermakna maklumat menyatakan RMM sudah mencukupi hingga 2025 adalah tidak begitu tepatlah sebab masih kita teruskan. Penekanan dan tambahan RMM perlu difokus kepada RMM A dan B selain daripada Rumah Mampu Milik C yang lebih mahal lah. Jadi saya nampak mereka yang mendaftar untuk Rumah Mampu Milik banyak yang nak beli yang RMM A dan juga B. C ini memang tak banyak, C ini di Seberang RM250,000 di Penang RM300,000. Jadi yang A, B ni yang perlu kita beri penekanan untuk pembinaan. Kita kena cari jalanlah mungkin di bawah Lembaga Perumahan boleh buat rumah A dan B, yang C mungkin kita serah kepada syarikat-syarikat swasta untuk buat dan rumah inilah yang mampu dibeli dan ramai pemohon pun yang berjumlah hampir 60,000 mempunyai pendapatan yang agak rendah B40 dan mungkin tak mampu untuk beli Rumah Mampu Milik C pun dia tak mampu nak beli. Manakala rumah PPR perlu dibina dan Alhamdulillah tadi Datok Keramat dah maklumkan daripada lima (5) dan kita mohon Kerajaan Negeri mohon dah dapat dua (2) Alhamdulillah dan InsyaAllah kita akan bincangkan lagi dalam untuk kita tambah sebab rumah PPR ini amat-amat diperlukan bagi mereka yang tak mampu nak beli rumah langsung, yang tak ada pendapatan tetap, yang ada masalah dari segi ibu tunggal dan sebagainya. Jadi mereka ini perlu rumah PPR dan yang sedia adapun tak mencukupi semuanya dah hampir penuh. Jadi perlu kita tambah dan Alhamulillah kita dah dapat dua (2) tempat dan saya akan bincang lagilah untuk kita tambah di Pulau Pinang supaya kita dapat di setiap daerah itu dapat satu rumah PPR.
Dan skim sewa beli saya amat bersetuju kalau boleh kita tambah, tambah bilangan dia bukan hanya sekadar 2,000 lebih tambah supaya kita dapat menyediakan lebih banyak rumah sewa beli, tak payah bayar deposit dia bayar sewa bulan bulan dan seterusnya sehingga tempoh tertentu dia dapat hak milik.
Yang seterusnya, bajet tak tumpukan keselamatan, ketenteraman awam dan selesai masalah gejala sosial masyarakat. Ini juga perlu diberi perhatian tentang masalah keselamatan, ketenteraman sosial dan selesai masalah sosial masyarakat bukan hanya serahkan kepada pihak berkuasa tetapi kita perlu laksanakan.
Yang Berhormat, peringatan mesra.
Banyak lagi.
Dah 60 minit, Yang Berhormat berucap sementara Yang Berhormat yang lain cuma diperuntukan 20 minit sahaja.
Okey, saya cepatkan. Seterusnya tentang bajet kurang fokus kepada penjagaan dan baik pulih alam sekitar. Bajet yang saya nampak tahun ini tidak banyak fokus kepada alam sekitar dan membaik pulih alam sekitar yang telah terjejas akibat pembangunan. Peruntukan yang disediakan untuk penjagaan dan pemulihan alam sekitar seperti pembaikan cerun, tanaman semula pokok di kawasan hutan yang ditarah, pemulihan sungai yang tercemar pemulihan laut yang tercemar langsung tidak ada disebutkan dalam Bajet 2022 yang disebut ialah Bukit Bendera, Project Circular Cities, Urban Agenda, sedikit berkaitan penanaman di pesisir pantai oleh Jabatan Perhutanan, pemeliharaan dan perlindungan hutan dan Taman Botani. Jadi kalau boleh kita fokuskan tentang pemulihan dan penjagaan alam sekitar. Agroteknologi, Keselamatan Makanan dan Pembangunan Luar Bandar. Jadi kepentingan sektor pertanian disebutkan tadi amat penting kita hendak kurangkan import hendak turunkan harga, memberikan barang kepada pengguna yang berkualiti. Jadi kalau boleh dengan bajet yang ada pada tahun 2022 ini kita fokuskanlah kepada pembekalan penyediaan bahan-bahan makanan. Kita fokuskan apa jenis yang perlu kita sediakan dan apa yang kita perlu laksanakan untuk mencapai matlamat penyediaan makanan oleh penternak atau pun penanam-penanam di kawasan Pulau Pinang. Okey.
Habis?
Banyak lagi.
Sementara Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan tidak akan berhenti rehat dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang perlu nanti makan tengah hari atau pun solat, sila mengikut kesesuaian masa Yang Berhormat nanti. Sila, sambung. Tengok Ketua Pembangkang sampai tidak dapat henti rehat.
Seterusnya tentang penternakan. Saya sudah sebut tadi bagi Veterinar, dia tetapkan penternakan moden bagi tahun 2022. Jadi saya mengharapkan sangat tentang isu ternakan khinzir boleh diselesaikan segera. Kalau boleh tahun 2022 bulan Januari terus dilaksanakan kepada 143 ladang ternakan khinzir yang telah dilesenkan dan penguatkuasaan perlu dilaksanakan dengan lebih tegas ke atas ladang-ladang yang tidak mengikut syarat yang tetap tidak mahu terlibat dalam ladang tertutup. Jadi ini perlu dilaksanakan dengan tegas dan juga segera. Tentang Hal Ehwal Agama Islam Bajet bagi tahun 2022...(gangguan).
Ketua Pembangkang. Minta celah. Tentang isu penternakan khinzir ini. Ada satu ahli parti yang selalu memainkan isu-isu sensitif untuk the political survival.....(dengan izin) memainkan isu khinzir ini. Adakah Ketua Pembangkang mengakui bahawa langkah-langkah yang telah diambil di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan mampu menyelesaikan masalah ini dalam jangka masa panjang yang sebelum ini tidak langsung dikendalikan oleh Kerajaan Barisan Nasional? Adanya pelbagai isu daripada ladang-ladang kinzir ini sebab isu Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini tiada ada satu dasar untuk mengawal ladang-ladang khinzir ini tetapi kita perlu akui yang kerajaan sedia ada Kerajaan Pakatan Harapan telah membawa satu enakmen di Dewan ini dan telah regulate the pig farming .....(dengan izin) di Pulau Pinang tetapi ada satu parti rakan saya daripada Penaga tidak ada, PAS dia selalu mainkan isu ini seolah-olah isu ladang khinzir ini baru wujud selepas 2013 selepas PAS keluar daripada Pakatan Rakyat. Mungkin mereka tidak mahu mengakui bahawa isu ini telah wujud dari dulu lagi dari zaman Barisan Nasional di mana tiada apa-apa langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Barisan Nasional dan telah berlakunya isu ini sampai tiada kawalan dan kini kita ada langkah-langkah kawalan yang telah dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Apa komen Dato’ Ketua Pembangkang yang tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Pakatan Harapan since ini termasuk dalam kawasan Dato’ Ketua Pembangkang juga? Terima kasih.
Terima kasih Bagan Dalam. Dalam ayat dia itu. Macam Bagan Dalam juga ia dalam sampai ke dalam. Jadi isu ternakan babi atau pun khinzir di Kampung Selamat ini memang semasa saya bertugas sebagai Pegawai Khas Tan Sri Dato’ Sri Mohd Shariff Omar dulu tahun 1996 dan ianya berlaku sebelum itu lagi. Memang keadaan ni cukup kritikal, pada masa itu air dalam sungai itu masuk ke bendang terlalu banyak dan menimbulkan masalah kepada tanaman padi. Usaha-usaha telah dibuat pada masa itu dengan cara kita buat pembersihan sungai dan sebagainya buat bakteria dan sebagainya tapi masih belum dapat menyelesaikan masalah. Saya setuju dengan langkah yang dibuat. Saya ucapkan terima kasih ke atas langkah yang dibuat tapi saya sebut tadi langkah itu kena segera tidak boleh hendak extend. Kalau extend lagi sampai 2022, sampai hujung tahun masalah ini akan semakin menimbulkan masalah. Jadi saya ucap terima kasihlah atas tindakan kita hendak wujudkan ladang tertutup sebab kita sedia maklum itulah isu dan itulah masalah kalau ladang tidak tertutup ini dia lepaskan dalam sungai. Itu masalah yang berlaku dari segi kumbahan-kumbahan hasil buangan ke dalam sungai.
Saya minta Dato’ Ketua Pembangkang nasihatkan PAS jangan mainkan isu ini. Cuba memusuhkan masyarakat Pulau Pinang yang hidup aman damai. Kononnya ladang-ladang khinzir ini baru wujud selepas Pakatan Harapan berkuasa. PAS ini parti penipu. Itu yang saya hendak nyatakan. Ketua pembangkang boleh terangkan kepada rakan saya dari Penaga suruh nasihatkan ahli-ahli mereka jangan mainkan isu ini untuk survival politik. Terima kasih.
Sambung.
Okey, terima kasih saya akan maklumkan.
Saya hendak mencelah sedikit. Bukan. Dato’ Speaker, Yang Berhormat Sungai Dua. Cerita ini memang sudah berlarutan beberapa tahun cuma yang menjadi punca paling teruk adalah kawasan DUN Permatang Berangan. Puncanya dari kawasan Pinang Tunggal tapi yang dapat rebanya itu daripada Permatang Berangan. Jadi kalau boleh kita semua hendak menyelesaikan isu-isu yang berbangkit ini, kalau boleh kita semua bincang secara keluarga supaya kes ini selesai dengan cepat.
Terima kasih. Sungai Dua.
Seterusnya tentang Hal Ehwal Agama Islam. Pada tahun-tahun yang lepas peruntukan yang disediakan untuk Pembangunan Agama Islam bagi Bajet 2022 sebanyak RM71.13 juta dan yang penting yang akan digunakan untuk pembangunan hanya 30 percent. Itu saya sudah sebut dulu. Kebanyakannya emolumen, yang tinggi emolumen. Kita kena jelaskan. Orang sebut kata Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi dekat Pembangunan Agama Islam ini tinggi. Peruntukan tinggi tapi sebahagian besarnya 70 percent adalah untuk emolumen yang banyak kakitangan, gaji-gaji dan sebagainya. Pembangunan sebenarnya untuk masjid, surau dan sebagainya hanya 30 percent atau pun RM21.33 juta. Itu kita kena perjelaskan supaya orang jelas dan jawapan bertulis memang maklum macam itu dekat saya. Emolumen 70 percent, pembangunan adalah 30 percent.
Minta laluan. Adakah Ahli Yang Berhormat Ketua Pembangkang dari Sungai Dua buat bantahan bahawa emolumen untuk kakitangan terlebih tinggi? Saya hendak tanya sama Ahli Yang Berhormat, berbanding dengan peruntukan
Sambung saja.
Peruntukan-peruntukan yang dibagi untuk agama Islam adakah telah ditambah setiap tahun? Ini kena pasti kerana dia sentuh begitu kerana cuba hendak main politik di sini.
Sambung.
Okey, terima kasih Sungai Puyu. Sungai Puyu pun main politik juga. Jadi mungkin, saya minta kalau boleh kita tambah dari segi RM21.33 juta untuk pembangunan ini kita tambah kepada RM30 juta bagi tahun 2022 atau pun 2023 nanti. Bagi Program Khaira Ummah, saya memuji tindakan yang dibuat oleh Pinang Tunggal untuk menjelajah, mengadakan program di seluruh qaryah melibatkan anak muda dan sebagainya. Ini satu pendekatan yang cukup baik dan yang pasti program ini setakat yang saya tengok mencapai kejayaan dan perlu diteruskan dan kalau boleh ditambah kepada RM350,000 itu kepada RM500,000 untuk tahun ini atau pun tahun depan supaya lebih banyak program dapat disusun sepanjang tahun. Bagi Infrastruktur dan Tebatan Banjir dalam pembentangan bajet 2022 yang disentuh adalah naik taraf jalan dan jambatan. PKNP yang mengandungi Bayan lepas Light Rail Transit, PAN Island 1 dan 2, Jalan-Jalan Utama Terowong Dasar Laut dan juga PSR. Kebanyakan projek-projek ini bergantung kepada pelaksanaan PSR dan ada projek yang masih dalam peringkat EIA. Cuma tiga projek yang telah memperolehi kelulusan EIA iaitu Bayan Lepas Light Rail Transit (BLLRT), PIL 1 dan juga Projek Jalan Utama. Manakala projek untuk tebatan banjir dan menyelesaikan isu hanya ditumpukan kepada dua (2) projek yang sudah siap. Itu bagi tebatan banjir. Cuma ditumpukan kepada dua projek yang sudah siap, lima (5) projek yang sedang dilaksanakan dan kalau boleh kesan dan impak kepada pelaksanaan ketujuh-tujuh projek ini perlu dikaji dan dilihat. Kita buat RTB, High Impact berjaya atau pun tidak, memberi hasil atau pun tidak? Kalau kita belanja banyak tapi kita tidak buat kajian dan juga kesan impak, akhirnya kita akan rugi. Kita belanja banyak tapi tidak selesai masalah. Manakala masalah banjir kilat yang berlaku di kawasan taman dan kampung masih tidak mendapat perhatian atau pun tidak diberi sebarang, diberi tidak banyak melalui majlis-majlis tapi masih lagi berlaku banjir-banjir kilat dan juga banjir yang disebabkan oleh saliran air longkang dan sebagainya masih berlaku di Negeri Pulau Pinang. Ini amat merisaukan masyarakat dan juga rakyat yang ada di taman-taman yang terlibat. Jadi dengan hanya RM34.72 juta disediakan kepada JPS bagi tahun 2022 untuk menyelesaikan masalah banjir, saya rasa mungkin tidak mencukupi tapi kalau boleh dapatkan juga daripada Kerajaan Persekutuan. Diharapkan pihak PBT juga perlu melihat dan berusaha untuk menyelesaikan isu banjir kilat yang semakin mengancam rakyat ini. Seterusnya dari segi Pembangunan Modal Insan, Pendidikan dan Sains Teknologi. Pelaksanaan program-program seperti STEM, Makerslab, Coding for All dan Penang International Science Fair oleh pihak yang terlibat seperti Penang Tech Dome, Penang Science Cluster, Penang Digital Library dan PSDC amat dialu-alukan dan mampu melahirkan modal insan yang cemerlang kepada para pelajar. Cuma apa yang perlu dilihat dan diambil perhatian dan tindakan ialah penglibatan pelajar-pelajar daripada luar bandar yang mungkin tidak seimbang dan setara dengan pelajar-pelajar di kawasan bandar. Pelajar-pelajar ini dilihat lebih memerlukan pendidikan STEM ini jika dibandingkan dengan para pelajar di kawasan bandar. Jadi kalau boleh mungkin libatkan pelajar-pelajar di kawasan luar bandar itu seimbang dengan penyertaan daripada kawasan bandar. Kalau boleh saya hendak mendapatkan maklumat nanti. Penjelasan kepada isu ini. Bagi Penang 4.0 Seed Fund amat dialukan dan dipersetujui cuma kriteria-kriteria yang diperlukan untuk melayakkan seorang usahawan mendapat Penang 4.0 Seed Fund ini perlu dilihat kembali kriteria-kriterianya dan perlu diberikan kepada mereka yang betul-betul memerlukan dan mempunyai potensi untuk dibantu dan juga untuk terus maju dan kalau boleh
ditambah untuk peruntukan ini. Sejuta ini pada tahun 2022 ditambah mungkin kepada RM2.0 juta lebih ramai usahawan akan mendapat hasil dengan Pembangunan Industri Dan Usahawan, langkah untuk membangunkan dua kawasan industri yang baru iaitu di Taman Perindustrian Batu Kawan 2 dan Batu Kawan Timur amat dialukan. Cuma kawasan ini perlu diperlengkapkan dengan kemudahan yang diperlukan oleh pelabur dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu menyediakan kemudahan yang terbaik, infrastruktur yang bertaraf lima bintang dan penyediaan tenaga kerja mahir yang ramai di kalangan rakyat Pulau Pinang dan tempatan. Penyediaan ini perlu diambil kira dan dijadikan syarat kepada para pelabur. Pihak KNPP juga, Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu merangka program-program untuk menarik pelabur asing ke Pulau Pinang ini dari segi perdagangan, industri dan pembangunan usahawan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, isu-isu yang penting saya nak bangkitkan ni berkaitan dengan isu Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kesejahteraan rakyat dan pengagihan ekonomi kepada rakyat. Pertama tentang isu alam sekitar. Cleaner, Greener, Penang, Negeri Hijau, pelestarian alam sekitar dan pembangunan mampan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam slogannya dalam pembentangan bajet ucapan oleh pemimpin-pemimpin negeri sering menyebut dan menyentuh tentang Clearner Greener Penang. Memastikan alam sekitar dijaga, pembangunan mampan, negeri hijau dan kelestarian alam sekitar. Apa yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperlihatkan perkara yang dilaung-laungkan itu tidak diberi perhatian. Alam sekitar telah menghadapi kerosakan yang semakin serius. Pembangunan bukit dan lereng bukit terus dilaksana dan diceroboh. Projek tambakan laut menjadi semakin menjadi-jadi dan tidak dapat ditahan lagi dan macam-macam aktiviti telah dan akan dilaksanakan. Pencemaran sungai dan laut juga semakin menjadi masalah dan tiada penyelesaian. Alam sekitar tidak dijaga oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam pelaksanaan projek-projek mega. Konsep pembangunan mampan tidak dilaksanakan sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dulu pihak Kerajaan Pembangkang pada masa itu membantah projek BORR, PORR, membantah projek Forest City di Johor, membantah projek tambakan laut di Melaka, tapi sekarang kita laksanakan di Pulau Pinang. Pembangunan mampan atau lestari bermaksud pembangunan yang dijalankan secara terancang dan berterusan dengan prinsip memenuhi keperluan sekarang tanpa mengorbankan keperluan generasi akan datang. Pembangunan lestari juga didefinisikan sebagai pembangunan yang dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan memastikan kerosakan minimum ke atas alam semulajadi. Pembangunan mampan perlu mengimbangi pembangunan ekonomi dengan keperluan sosial dan alam sekitar. Pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada musnah. Pemeliharaan bermaksud pembangunan perlu mengikut meliputi aspek perniagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi daripada diterokai dengan rakus oleh manusia. Saya nak sentuh satu tempat iaitu kerosakan alam sekitar adalah lebih banyak dibandingkan dengan yang dulu antaranya projek tambakan laut. Walaupun dahulu memang dah dilaksanakan untuk projek BORR, Projek Seri Tanjung Pinang tetapi bemula tahun 2008 tanah laut dah tambun meningkat begitu banyak dan mendadak iaitu Seri Tanjung Pinang Dua, Tanjong Bungah dan projek-projek lain. Dan yang terkini projek di kawasan Telok Ayer Tawar. Di kawasan tambakan laut di Butterworth iaitu rancangan menebus guna tanah Pantai Bersih yang tertangguh selama hampir dua puluh tahun telah dihidupkan semula menerusi perjanjian terkini dengan sebuah syarikat dengan kos RM2.0 billion dan memakan masa selama enam tahun. Tambakan pantai ini adalah daripada Terminal Kontena Butterworth sehingga ke Jalan Tunku Putra Teluk Ayer Tawar yang melibatkan kawasan pantai yang agak panjang iaitu 8 kilometer dengan keluasan tambakan 407 hektar. Kawasan pantai yang menjadi tempat nelayan
melabuhkan perahu dan mengumpul hasil tangkapan, kampung tradisi Melayu dan Cina, kawasan ini adalah kawasan ketenteraan dan alam sekitar iaitu pantai semula jadi akan dirosakkan. Kawasan ini akan dibangunkan dengan pembangunan bercampur yang telah diluluskan dalam pelan struktur walaupun mendapat bantahan. Pihak saya, masyarakat, NGO dan nelayan kawasan membantah pelaksanaan projek tambakan laut ini dan pembangunan bercampur dengan menghantar maklum balas dan bantahan kepada Jabatan Alam Sekitar. Meneliti ringkasan eksekutif laporan EIA dan Jabatan Alam Sekitar, bantahan adalah berdasarkan kepada faktor-faktor berikut,....(gangguan).
Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon mencelah dalam isu ini sebab tambakan terlibat melibatkan sebahagaian dari kawasan saya Bagan Dalam. Boleh tak Dato Ketua Pembangkang?
Boleh boleh.
Okey. Apa yang dinyatakan oleh ketua pembangkang ialah Projek Rayston. Tapi saya nak tahu kenapa sekarang sahaja ada pihak-pihak yang mengambil kira pandangan daripada golongan atau pun kumpulan nelayan. Bagaimana pula bila projek ini diluluskan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini? Mereka yang meluluskan. Kalau sekarang Kerajaan Negeri tidak mahu, if the state government wants to put the hands brake on this ada risikonya, Kerajaan Negeri akan disaman oleh mereka yang telah mendapatkan perjanjian ini daripada Kerajaan Barisan Nasional. Dan kita tahu Kerajaan Persekutuan tidak mahu bantu kita dari segi kewangan, untuk kita buat LRT di Pulau Pinang pun Kerajaan Persekutuan tak nak bantu kita. Kalau kita disaman dan you know, we have to tanggung risiko, beban kewangan, adakah Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri daripada UMNO Barisan Nasional akan bantu kita? Kalau kita nak bantah yang ini, kita perlu juga dapatkan satu komitmen daripada Kerajaan Persekutuan. Okey kalau Kerajaan Negeri disaman ke atau apa-apa kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri oleh kerana pembatalan projek ini yang diluluskan masa Barisan Nasional dulu, Kerajaan Persekutuan akan tanggung sepenuhnya. Kita nak perjanjian atau pun kita nak komitmen itu daripada Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.
Sungai Dua. Saya nak hentikan kalau Sungai Dua masih panjang lebar. Sila sambung.
Dato' Speaker, saya nak minta sedikit penjelasan kerana...(gangguan).
Saya ada banyak nak tanya lagi. Saya teruskan tentang isu ini.
Faktor-faktor yang silap di sini. Dia punya faktor silap. Dia kawan baik. Sepatutnya BORR telah dihasil pada tahun 1995. Dan pada tahun 1997 telah ditawarkan untuk auto revolt. Selepas tawaran mengapa Kerajaan Pusat arah Kerajaan Negeri untuk membagi tanah untuk mereka tahun sudah 665 hektar pada tarikh 16 haribulan Jun 1999. The question is why it was awarded, after awarded they keep continued to give them keistimewaan, Kerajaan Barisan Nasional.
Sudah. Sungai Dua sambung.
Faham tak? Don't misled the Dewan.
Terima kasih. Saya pun dah tau benda ni. Memang projek ni daripada dulu masa kita buat BORR dan sebagainya dan ada perjanjian dan sebagainya. Cuma saya bangkitkan ni sebab kita nak kalau boleh kawasan tu tidak dibangunkan dengan pembangunan bercampur yang melibatkan kos tinggi dan macam-macam lagi masalah. Jadi kalau boleh kita cari satu jalan macam mana kita nak selesaikan masalah, nak selesaikan isu perjanjian dan sebagainya itu. Saya rasa boleh kita bincangkan...(gangguan).
Boleh minta Kerajaan Persekutuan tarik balik saja. Bayar pampasan pada syarikat. Senang sahaja. Satu keluarga.
Okey saya dah buat laporan atau pun bantahan kepada Jabatan Alam Sekitar yang mana kita masukkan tujuh lapan perkara, yang pertama saya nak bacakan di sini supaya rakyat di kawasan Tasek Gelugor tahu yang kita dah bangkitkan dalam persidangan DUN ni. Pertamanya, tentang tiada keperluan mendesak untuk Kerajaan. Ini adalah alasan yang kita berikan atau pun maklum balas bantahan yang kita buat. Tiada keperluan mendesak untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menambak laut di Seberang Perai kerana mengikut deraf Rancangan Tempatan Seberang Perai, Majlis Bandaraya Seberang Perai telah merancang pembangunan menyeluruh Seberang Perai yang masih tedapat banyak tanah daratan yang sesuai untuk dibangun tanpa melibatkan kos menambak serta keperluan untuk memulihkan projek-projek pembangunan yang terbengkalai. Kedua projek ini akan memberi impak negatif jangka panjang kepada kampung-kampung tradisonal dan taman perumahan di sepanjang pantai itu akan menjadi lebih rendah dari kawasan tambakan laut dan akan menyebabkan berlaku banjir kilat terutamanya apabila berlaku hujan
lebat. Saluran-saluran air keluar banyak datang ke situ daripada situ taman-taman sekitar Bagan Ajam dan sebagainya. Ketiga, penambakan laut ini juga akan menjejaskan ekosistem paya bakau yang berdekatan iatu sekitar Telok Ayer Tawar dan ke Kuala Muda dan akan menjejaskan habitat burung-burung migrate yang datang daripada luar. Memang banyak di situ. Ada lebih kurang 75 jenis spesis burung saya dapatkan daripada Jabatan Alam Sekitar yang berada di situ sampai ke kawasan Penaga. Yang keempat, tentang keselamatan ruang udara negara dan rahsia ketenteraan akan dikompromi kerana projek ini berada terlalu dekat dengan pengkalan udara. Dekat sangat. Sebelah sini pembangunan, sebelah laut dan hampir tu tentera udara Pengkalan Tentera Udara Butterworth. Daripada atas bangunan mungkin lebih nampak segala aktiviti yang akan berlaku di dalam base pengkalan TUDM. Seterusnya tentang pengurangan hasil tangkapan laut ini memang akan berlakulah, tentang jaminan keselamatan makanan dan sebagainya akan berlaku dan menjejaskan kehidupan nelayan. Seterusnya penambakan laut akan menghasilkan karbon yang banyak dan ini bertentangan dengan hasrat MBSP menjadikan Seberang Perai sebagai bandar rendah karbon. Dan yang akhirnya dari segi bantahan yang kita buat cadangan tambakan laut ini akan melibatkan longgokan kira-kira 41 juta tan metrik pasir dan enam ratus pasir dan 650,000 metrik tan batu ke dalam laut. Sumber pasir yang dirancang diambil daripada persisiran pantai utara negeri Perak dan ini akan menjejaskan industri perikanan termasuklah di kawasan Negeri Perak. Itu antara perkara yang saya bangkitkan tentang isu ini dan seterusnya di kawasan itu juga pihak Kerjaan Negeri telah membangunkan kawasan eko-pelancongan iaitu di kawasan Taman Robina dan juga di kawasan Bagan Ajam itu sendiri dengan kos yang agak tinggi dan juga dah dirasmikan oleh…(gangguan)
Boleh minta penjelasan sekejap? Minta penjelasan.
Bagi Sungai Dua habiskan perbahasan....(gangguan).
Just nak tanya. Dia cakap pasal tambakan, saya rasa kurang adil di sini. Jika Pulau Pinang dia cakap tambakan ini salah, macam banyak kerugian, banyak hasil pencemaran, tapi dekat Melaka macam mana? Satu kerajaan, satu parti yang sama tetapi semua tak sama, polisi tak sama, di Pulau Pinang tak boleh di sana boleh.
Pulau Tikus, duduk, duduk... sudah, sudah. Kalau begitu degil, saya suruh keluar, duduk. Sungai Dua sambung. Saya nak bagi habiskan.
Yang seterusnya, mungkin juga akan melibatkan laluan kapal ke pelabuhan. Mungkin juga akan menimbulkan masalah. Jadi inilah perkara yang merisaukan dan juga menghantui saya dan juga semua penduduk di kawasan tu dan kalau boleh kita cuba untuk mencari satu jalan. Memang kalau kita nak salah orang, hang salah orang ni, orang ni salah orang ni, tak selesai masalah. Kita nak selesaikan masalah, nak cari jalan macam mana untuk pastikan bahawa pantai tradisi ini dapat dikekalkan. Dan kita tidak meneruskan projek ini dengan alasan-alasan yang telah saya sebutkan tadi boleh kita cuba untuk selesaikan masalah. Sama-sama kita bincanglah. Kalau kita duk bergaduh, berkelahi tak selesai masalah. Kita nak selesaikan masalah. Tentang isu-isu yang lain tentang…(gangguan)
Tuan Yang di-Pertua, satu komen sahaja. Satu sahaja. Kita kena berhati-hati dengan apa yang kita nak minta daripada Kementerian Alam Sekitar sebab Menteri Alam Sekitar sekarang daripada PAS. Parti saja hijau tapi dia tak tahu apa itu hijau. Balak berlambak di Kedah dan juga di Kelantan. So berhati-hatilah, nanti dia akan sabotaj Penang tapi dengan Kedah dan Kelantan dia akan berlembut. Ini pesanan sayalah.
Okey, tentang alam sekitar juga, saya juga ingin menyentuh tentang isu pembotakan bukit dan pencerahan hutan. Kalau boleh perkara ini juga kita cuba untuk selesaikan. Tentang isu pembotakan bukit dan pencerahan hutan yang saya rasa telah diambil tindakan, perlu tindakan yang lebih berkesan untuk kita pastikan benda ini tidak berlaku dan kita boleh buat mitigasi untuk selesaikan masalah.
Dato' Speaker, saya nak...nak..
Seterusnya tambakan tanah.
Saya nak minta sama dia bahawa bagi spesifik supaya kami siasat dan lapor balik sama dia, kerana dia buat satu tembak kosong, dia lari diri. Saya minta bahawa Ahli Yang Berhormat Ketua Pembangkang, orang yang bertanggungjawab bagi spesifik which cases kami akan siasat dan bagi laporan kepada anda supaya janganlah di sini tembak kosong.
Okay saya akan bagi. Seterusnya tentang tambakan tanah sawah saya rasa masih lagi berlaku dan ini perlu diselesaikan juga walaupun dah dimasukkan dalam mesyuarat PAC tapi tindakan-tindakan masih belum dilaksanakan dengan berkesan. Tentang pencemaran sungai dan laut telah saya sentuh tadi tentang isu khinzir dan sebagainya dan saya rasa ini juga perlu kita
selesaikan secepat mungkin bagi menyelesaikan masalah dan juga memberikan kelegaan kepada masyarakat dan rakyat di kawasan. Tentang isu kedai judi dan tempat perjudian, judi ialah perkara yang diharamkan oleh Islam. Judi juga boleh menimbulkan pelbagai kesan yang negatif dan tidak baik. Di Pulau Pinang terdapat banyak tempat-tempat perjudian yang berlesen dan tidak berlesen yang perlu diambil tindakan. Buat permulaan saya cadangkan supaya pihak Kerajaan Negeri menutup dan mengambil tindakan ke atas kedai-kedai judi dan pusat perjudian yang tidak berlesen yang haram. Banyak. Kedai nombor ekor banyak. Kawasan Sungai Dua pun ada lima enam tempat, jadi hapuskan yang tu dulu. Yang judi-judi haram dan tidak berlesen, yang berlesen ni kita kaji semulalah. Serah kepada Kerajaan Negerilah macam mana tetapi yang tidak berlesen ni kita ambil tindakan untuk penutupan dan juga penguatkuasaan. Yang tidak berlesen lah
Asingkan cukai-cukai yang telah dikutip. Kalau kata cukai daripada dijudi asingkan tepi dan minta sesiapa yang beragama Islam jangan pegang saham. Itu tidak elok dan juga jangan jadi ahli Perlembagaan.
Sungai Puyu pun jangan misleading the house lah.
Agrotourism, Hutan Pelajaran dan Inap desa. Projek agrotourism di kawasan sepanjang Sungai Perai daripada Sungai Kulim telah mula dilaksanakan dan melibatkan nelayan Sungai Koperasi dan penduduk di (3) tiga kampung iaitu Lebuh Banting, Air Hitam dan juga Pengkalan Machang. Ianya melibatkan Program River Cruise, Industri Kampung, Hutan Pelajaran dan kemudahan-kemudahan lain. Terdapat juga kemudahan inap desa di kawasan ini yang boleh diduduki. Adalah diharapkan industri ini dapat dimasukkan dalam senarai pelancongan negeri untuk dipromosikan. Selain itu terdapat 10 projek inap desa di di bawah Focus Group Pelancongan dan PERDA Negeri Pulau Pinang yang boleh juga dimasukkan untuk promosi kepada pelancong-pelancong luar dan juga syarikat-syarikat pelancongan.
Sebenarnya tentang pembinaan dan penyediaan gerai-gerai di tempat meniaga, saya harap perkara ini dapat diselesaikan dalam jawapan bertulis pun dimasukkan bahawa akan dibuat tempat pengumpulan bagi peniaga-peniaga yang tidak berlesen dan juga peniaga kecil di tepi jalan. Jadi kalau boleh dicari tempat yang strategik tak boleh kita pindahkan ke tempat yang tak stratergik. Orang tak datang pun. Jadi cari tempat yang sesuai yang strategik untuk kita selesaikan masalah-masalah peniaga kecil. Seterusnya tentang isu-isu sejarah Pulau Pinang, sejarah pembukaan Pulau Pinang yang jadi isu sekarang ini sejarah dengan Kedah dan sebagainya. Jadi saya sebagai Pengerusi Focus Group Kesenian, Kebudayaan Pelancongan dan Warisan saya telah mengadakan beberapa siri menyelusuri sejarah Pulau Pinang dan Seberang Perai bersama pengkaji sejarah dan pihak USM ada didapati terdapat fakta-fakta sejarah yang perlu diperbetulkan diperbaiki. Jadi perkara ini akan disediakan dalam bentuk buku, risalah dan dokumentari dan adalah diharapkan Pihak Jabatan Warisan Negara dan Arkib Negara akan bersama-sama mengambil perhatian dan juga melibatkan pihak Kerajaan Negeri dan kalau kita melihat kembali sejarah Pulau Pinang, Sejarah
berkaitan dengan Seberang Perai dan sebagainya untuk kita betulkan yang mana yang tidak betul.
Isu budaya, kraftangan dan kesenian dalam jawapan soalan bertulis didapati pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi sokongan kepada program berunsurkan kebudayaan, kraftangan, kesenian dan Warisan Melayu Islam. Penubuhan Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang adalah satu komitmen Kerajaan Negeri untuk memelihara warisan Negeri Pulau Pinang termasuk warisan Melayu dan Islam. Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga sentiasa menyokong usaha mempromosi kampung-kampung Melayu dan tempat-tempat sejarah, di samping memperkasa warisan Melayu dalam bentuk dokumentari, kajian dan filem. Usaha-usaha oleh NGO dan pihak universiti sentiasa mendapat sokongan oleh Kerajaan Negeri iaitu saya amat mengharapkan supaya usaha itu untuk mengetengahkan budaya, kesenian, kraftangan dan Kampung Warisan dapat diteruskan dan didokong oleh Kerajaan Negeri dan juga EXCO Pelancongan. Pihak Focus Group juga merancang untuk mewujudkan sebuah Muzium Melayu Islam di Pulau Pinang melibatkan NGO dan institusi-institusi Pengajian Tinggi dan Pesuruhjaya Warisan iaitu di Rumah Syed Hussein Al-Attas. Seterusnya tentang isu agama, saya sebut sikit ja lah peranan dan sumbangan zakat, kalau boleh kita pertingkatkan dari segi peranan zakat termasuklah hingga ke tahap kita mampu untuk mendirikan rumah-rumah untuk asnaf dengan bantuan daripada zakat. Tentang pelantikan isu pelantikan qaryah, AJK Qaryah kalau boleh perlu diteruskan pelantikan ditangguhkan oleh pihak Majlis Agama Islam hampir (2) dua tahun. Terdapat rungutan dan perbincangan di peringkat masyarakat berkaitan perkara ini. Jadi setelah pandemik COVID-19 berkurangan dan dalam Fasa 4 mungkin pemilihan dan pelantikan semula qaryah boleh dilaksanakan di semua qaryah di Pulau Pinang. Mohon pihak EXCO berikan penjelasan. Tentang wakaf Pulau Pinang, penubuhan wakaf Pulau Pinang oleh Majlis Agama Islam telah memberikan nafas baru dalam usaha membangunkan tanah wakaf Negeri Pulau Pinang dengan projek-projek yang memberikan manfaat dan kebaikan kepada masyarakat Islam dan pewakaf serta pihak majlis sendiri. Pihak Wakaf Pulau Pinang Sdn Bhd boleh menjalin usaha sama dengan pihak swasta, pihak GLC atau Zakat Pulau Pinang untuk membangunkan tanah-tanah wakaf sepertimana yang telah dilaksanakan di Wakaf Siti Aishah dan lain-lain tempat demi memastikan matlamat wakaf tercapai dan tanah ini dibangunkan. Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, saya minta EXCO tolong jelaskan mengapakah ini masih tertangguh setelah sekian lama dan harap dapat disegerakan pelaksanaan enakmen ini. Seterusnya, penjelasan daripada isu jawapan bertulis banyak ni tak sempat ni Dato'.
Kalau jawapan bertulis sudah ada jawapan kan.
Ada jawapan nak jelas.
Nak jelas, tanya yang tak jelas.
Pertamanya tentang Projek Dreams City, City Of Dreams, 1 and 2. Jadi jawapan bertulis saya dapat, projek ni merupakan projek Pangsapuri Perkhidmatan 572 unit dengan harganya RM1.2 juta hingga RM4.1 juta. Cuma saya nak penjelasan, adakah Pangsapuri Perkhidmatan ini dikecualikan daripada membina Rumah-Rumah Mampu Milik di kawasan yang terlibat. Sebab tak dak langsung cuma yang ada rumah yang ada harga dia RM1.2 hingga RM4.1 juta seunit. Jadi ini perlu dijelaskan.
Kedua tentang permohonan Qaryah Masjid Al-Amin untuk tanah perkuburan. Jadi saya mohon juga penjelasan daripada pihak EXCO Pinang Tunggal tentang isu ni sudah lama dipohon tapi masih lagi belum mendapat sebarang berita tentang pengambilan tanah untuk tujuan perkuburan di Masjid Al-Amin yang menjadi masalah sekarang. Penduduk di kawasan Sungai Dua, di taman itu menumpang terpaksa dikebumikan di kubur yang lain dan menimbulkan masalah kepada tempat yang lain.
Ketiganya tentang isu kesesakan di Sungai Dua, Alhamdulillah jawapan yang diterima akan ada tindakan untuk menyelesaikan isu ini. Ada (4) empat pilihan pertamanya untuk melaksanakan perubahan aliran lalu lintas tu satu cadangan, cadangan kedua membina Jalan Pintasan Sungai Dua ke Nyior Sebatang, ketiga cadangan bina jalan baru untuk menghubungkan Taman Sutera Utama dan Kampung Tanjung Putus, yang keempat cadangan bina jalan baru yang menghubungkan Jalan Guar Jering dengan Taman Lebuh Indah. Jadi saya harap perkara ini boleh diselesaikan, pilihlah salah satu pilihan itu untuk kita selesaikan kesesakan di kawasan Sungai Dua yang semakin hari semakin bermasalah.
Dan seterusnya tentang kawasan lapang. Jawapan tentang kawasan, peruntukan untuk kawasan lapang cuma saya nak tanya satu ja di sini, projek di Lot 4377 Mukim 12 SPU kalau ikut dalam senarai ini telah dimasukkan untuk projek tahun 2022. Jadi kalau boleh jangan miss lah untuk dilaksanakan pada tahun 2022 Pembangunan Kompleks Sukan di Tasik Gelugor di kawasan Pokok Sena. Pembinaan Kompleks Sukan Pokok Sena juga dimasukkan dalam cadangan Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang tahun 2022.
Dan tentang jawapan berkaitan dengan banjir kilat, jadi kalau boleh dapat jawapan dan penjelasan daripada pihak EXCO berkaitan dengan isu banjir kilat di taman-taman seperti saya sebutkan tadi tidak ada sebarang penyelesaialan yang tuntas bagi menyelesaikan masalah banjir kilat dan tentang isu banjir di Taman Desa Ara, saya harap jawapan bertulis ini menjadi kenyataan iaitu akan diambil tindakan oleh pihak pemaju dan pihak pemaju akan ditetapkan tidak diberikan sebarang kelulusan selagi tidak selesai masalah banjir di Taman Desa Ara, Desa Ara? Ara Permai, Taman Ara Permai di kawasan DUN Permatang Berangan untuk kita selesaikan.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, akhir sekali saya nak sentuh di sini tentang isu-isu di kawasan Tasek Gelugor dah saya sebut tadi dua tiga perkara isu Tambakan Laut Bagan Ajam, isu tanah, isu tambakan tanah sawah, isu kubur, isu kesesakan jalan, Kompleks Sukan, cuma saya nak masukkan di sini satu perkara berkaitan dengan Projek Tebatan Banjir di kawasan Parlimen Tasek Gelugor dan Alhamdulillah saya rasa dah dimasukkan untuk cadangan tahun 2022 di kawasan Sungai Lokan, Sungai Makhlum dan juga Sungai Perai. Jadi kalau boleh diteruskan untuk pelaksanaan bagi kawasan RTB di kawasan Sungai Dua.
Bagi isu yang baru depa hantar whatsApp dekat saya tentang isu dengan MBPP ini di luar kawasan. MBSP telah melaksanakan permohonan untuk mendapatkan nombor rumah fatel di MBSP, bagaimana pula dengan MBPP kalau boleh mohon penjelasan daripada pihak-pihak EXCO tentang program sepertimana di MBSP untuk berikan nombor. secara mudahlah bagi tanah-tanah sementara atau pun tanah yang tidak ada nombor lagi kita berikan juga di kawasan sebelah Penang. Ini kawan-kawan di Penang yang bangkitkan.
Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi pandangan, memberi celahan dan juga teguran, saya ucapkan terima kasih juga kepada semua jabatan dan agensi yang telah memberi kerjasama selama ni semasa saya menjalankan tugas. Terima kasih kepada frontliners kepada mereka yang terlibat dengan pandemik COVID-19, terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri yang telah banyak memberi sumbangan dan membantu rakyat di kalangan rakyat yang terlibat dengan pandemik COVID-19 ini. Jadi terima kasih banyak kepada semua dan saya dengan ini mengakhiri ucapan saya dengan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih. Ya. Seterusnya Pantai Jerejak.
Terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat tengah hari. Dato’ Speaker, terima kasih kerana memberikan saya ruang untuk ikut berbahas Bajet 2022 Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Saya mulakan dengan mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana berjaya membentangkan satu bajet yang saya sifatkan cukup komprehensif, mencakup pelbagai perkara. Penyertaan saya dalam perbahasan kali ini akan berlegar kepada beberapa perkara yang ada unsur teguran, ada unsur pandangan, ada juga unsur cadangan. Saya berharap ianya akan dapat membantu sedikit sebanyak Kerajaan Negeri dalam perkara-perkara yang akan saya kemukakan. Seperti biasa saya akan mulakan dulu dengan bercakap mengenai isu-isu di kawasan saya di DUN Pantai Jerejak. Dato’ Speaker, ada satu projek namanya Projek Rangkaian Paip Pembentungan Bayan Baru. Projek ini sebenarnya projek Persekutuanlah di bawah Jabatan Pembetungan. RM171 juta, mula kerja 9 Oktober 2015, patut siap 8 Oktober 2018. Sekarang dia dah lambat lebih pada 300 hari. Dia dah dapat lima (5) kali extension...(dengan izin), oleh kerana kelewatan lebih 300 hari, dekat setahun itu mewujudkan keadaan yang sangat tidak selesa untuk penduduk setempat dan kawasan sekitarnya. Bahkan kerana kedapatan hampir sembilan disebut pits atau lurang, lubang besar di Bayan Baru itu saja di kawasan saya, ada sembilan yang belum sempat disiapkan. Kesan yang kita paling takut adalah kemalangan dan memang berlaku pada 30 November tahun 2020, kemalangan membabitkan penunggang motosikal. Saya turun untuk meninjau kawasan itu. Kontraktor maklumkan saya ada dua (2) isu. Pertama, pengalihan utility, time.com dan seumpamanya. Kedua sebab mereka temui juga hard materials. Jadi dua (2) isu ini yang lambatnya tu sampai setahun. Saya telah bincang dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri beberapa minggu lepas di Parlimen ketika jumpa, beliau ikut mencadangkan supaya saya membawa perkara ini juga kepada Kementerian berkenaan di peringkat Parlimen. Saya akan bawa dalam perbahasan minggu ini. Saya mohon supaya tindakan susulan di peringkat Kerajaan Negeri dalam Mesyuarat Penyelarasan dengan Jabatan Persekutuan, dapat sekali lagi membuat susulan terhadap isu ini. Perkara kedua Dato’ Speaker, adalah projek Rancangan Tebatan Banjir Bayan Baru (RTB Bayan Baru). Ini akan sekaligus kita harap akan melegakan kesusahan atau keresahan penduduk terutama kawasan yang akan mengalami banjir. Tinjauan saya bulan lepas ke kawasan ini, kemajuannya sudah lebih 90%. Saya sempat berjumpa dengan kontraktor dan Jurutera Daerah, mereka cadangkan supaya permohonan segera ini, kalau boleh kita bantu khususnya pihak kerajaan adalah isu bekalan elektrik (TNB) untuk menggerakkan rumah pam,
turbine, pam besar itu. Sekaranglah masanya sebab kita akan hadapi musim tengkujuh. Kawasan kita ni November – Mac musim tengkujuh. Kalau saluran bekalan elektrik dapat kita masukkan kita boleh uji rumah pam itu dan keberkesanannya. Berapa cepat dia mengalirkan air dengan menggunakan turbine ke laut. Dan itu akan dapat kita tengok kesan segera bagi mengawal limpahan air yang menjadi punca banjir. Jadi di bawah perkara ini, hal yang saya angkat adalah untuk melakukan susulan agar bekalan elektrik di pihak TNB dapat segera dimasukkan untuk membolehkan rumah pam itu beroperasi dan kita uji.
Dato’ Yang di-Pertua, perkara ketiga adalah baru-baru ini, saya mengadakan pertemuan dengan Persatuan Kayak Pulau Pinang, Persatuan Bot Naga Pulau Pinang dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Kami sempat melawat kawasan pantai tepi Jeti Nelayan Sri Jerejak. Saya tertarik dengan idea mereka. Ideanya adalah untuk mengwujudkan satu Pusat Sukan Air di situ. Tanahnya, tanah Kerajaan Negeri. Sekarang ada jeti nelayan dijadikan tempat rehat mereka. Bila setting jauh rancangan Kerajaan Negeri yang dah ada di situ, sudah ada rancangan, dah dapat pun OSC daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang, kawasan sekitarnya ya, iaitu untuk dibina 1 multi-sport Arena, Dewan Tertutup, yang ada komponen gelanggang bola keranjang, gelanggang bola tampar, wushu, judo, karate, pusat akuatik, kolam renang dan sebagainya. Baik, bila saya gabungkan idea ini dengan rancangan yang sudahpun ada oleh Kerajaan Negeri, saya suka mencadangkan agar dimasukkan komponen lokasi itu dijadikan sebagai lokasi untuk sukan air. Tiga-tiga persatuan ini termasuk Majlis Sukan, mereka telah melakukan pemerhatian dan juga research...(dengan izin), memang kedalaman air laut kawasan sekitarnya itu sangat sesuai untuk sukan air ini. Bila saya baca sedikit sejarah Perahu Naga ini, lebih membanggakan ya, di Pulau Pinang ini bermula pada tahun 1956 lagi Dato’ Speaker. Masa tu sebab nak rayakan 100 tahun penubuhan Majlis Bandaraya George Town. Jadi dibuat satu Pesta Perahu Naga ini di Persiaran Gurney Drive Pulau Pinang. Jadi kita nak kembalikan bukan sahaja nostalgia itu, tradisinya yang kaya dengan sejarah tetapi kita juga kalau ini dapat dimajukan kita akan dapat mengalihkan sedikit tumpuan bukan hanya kepada Batu Feringgi dengan segala aktiviti di sana tetapi dialihkan sedikit ke kawasan Pantai Jerejak. Itulah saya nak angkat syornya.
Dato’ Yang di-Pertua, saya nak ucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah memilih Five Point Blok Mahsuri di kawasan saya yang dijangka akan dimulakan tahun depan. Ini dalam kerangka untuk kita lakukan pembaharuan semula bandar (urban regeneration). Saya difahamkan daripada 60 penduduk yang terlibat cuma dua (2) sahaja yang dikategorikan bermasalah. Itu pun kerana mereka telah memajak unit mereka tu dengan bank. Jadi itu akan diselesaikan melalui perundangan tapi penting saya anjurkan di sini agar jadual pembinaannya itu apakala dimulakan, akan dapat berjalan dengan bagus kerana jika ini sukses maka cabaran kita untuk membangunkan projek yang serupa akan lebih mendapat keyakinan daripada penghuni rumah yang terbabit. Daripada idea ini bermula Kerajaan Negeri mengambil masa yang lama untuk melakukan proses libat urus. Itu kerana pertama mereka bimbang kalau lepas unit mereka dibangunkan, apakah mereka boleh mendapat jaminan unit baru keluasannya bagaimana, harganya bagaimana, unitnya letak di tingkat berapa dan sebagainya. Jadi jika ini dapat diselesaikan, kalau untuk kawasan saya, di Blok Mahsuri ini, itu akan dapat memberikan kelegaan kalau nanti Kerajaan Negeri bercadang untuk bangunkan projek yang sama di Mayang Sari, di Jalan Tengah dan lain-lain. Jadi saya akan meneliti dengan dekat progress kemajuan kerja ini dan saya telah mengadakan perbincangan dengan Lembaga Perumahan untuk memastikan bahawa semua perancangan mereka telah susun dapat dilaksanakan mengikut jadual.
Dato’ Yang di-Pertua, Penang South Reclamation (PSR) ini, memang mengundang pelbagai reaksi. Saya lebih melihat dari satu sudut, saya mendengar penjelasan pihak Kerajaan Negeri tentang bagaimana kepatuhan terhadap pra-syarat pelaksanaan projek ini dari segi isu alam sekitar dan seumpamanya. Dan perlindungan terhadap kebajikan rakyat atau penduduk yang terlibat. Sekarang tersangkut kerana EIA dan disebut dalam ucapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, kita akan mohon semakan kehakiman dibuat. Saya sempat meneliti satu perkara yang kemungkinan boleh berlaku dalam istilahnya, kalau kita lakukan pre-mortem adalah what can go wrong pada tahap ini. Dubai, sebuah negara di United, sebuah bandar di United Arab Emirates ini, sebuah negara yang kaya dengan minyak. Bila minyak ditemui pada 1966 dan diusaha-hasil dengan 1999, dengan pandangan jauh pemimpinnya Rashid Maktoum masa itu, mengubah wajah United Arab Emirates, khususnya Dubai. Dan kerana lajunya pembangunan itu, tanah tak cukup. Dan bukan satu, bukan dua, banyak projek tambak laut adalah merupakan niche Dubai. Kemuncaknya ialah bila dia nak buat satu projek tambak laut yang namanya The World Islands, kalau kita naik kapal terbang, tengok di situ, seolah-olah peta dunia ada di situ. Itu semua dia buat di atas projek reclaim. Tapi itu semua terhenti pada tahun 2008. Tak terbayang oleh kita, negara kaya minyak, cucuk sahaja di darat, keluar minyak. Terhenti sebab satu saja, masalah kewangan, masalah kewangan. Itu dibangunkan oleh Nakhil Group Project. Besar punya syarikatlah ya, dengan reputasi yang hebat. Juga Palm Jabal Ali, pun tak dapat diteruskan juga. Ini impiannya sangat luar biasa. The Heart of Europe nak ada kat situ ya. Ada Lubnan Island, dengan segala bentuk, tak payah pergi ke Jerman, tak payah pergi ke Europe. Datang situ, boleh merasai pengalaman. Itu dreamnya. Ketika perancangan EIA semua lengkap. Semua ikut peraturan. Sangkut bila financial crisis 2008. Baik, apa pengajaran dia? Saya percaya, satu perkara penting yang Kerajaan Negeri harus beri tumpuan adalah keupayaan syarikat yang telah dipilih untuk melaksanakan projek PSR ini. Kita kena teliti sungguh-sungguh. Bukan sahaja keupayaan sekarang tetapi kemampuan syarikat untuk menangani kalau berlaku perkara yang di luar kawalan mereka. Sebab Kerajaan Negeri sebagai Badan Regulator, membuat peraturan, membuat segala tapisan. Itu tanggungjawab hakiki kita dan kita tahu prospek Pulau Pinang ini dari sudut pembangunan industri, pelancongan, prospek pelaburan, saya tau, ini dalam masa terdekat nanti Kerajaan Pusat akan umum lagi pelaburan dalam bidang electrical. Puluhan billion ringgit dan kita akan menikmati pula sebahagian besar daripada bajet MIDA, akan dialihkan ke Pulau Pinang khusus untuk menguruskan pelaburan dalam bidang electrical itu, niche kita, E&E ini adalah niche kita. Jadi, kerana itu, orang kalau datang dia tak nak pergi tanah besar, dia mesti nak cari pulau. Jadi saya nampak rasional kita perlu adakan projek ini. Yang saya sebutkan tadi adalah dalam senarai semak pre-mortem kita, kita harus mengambil pengalaman-pengalaman yang lain. Saya bukan melihat dari sudut pesimis, tidak. Saya tahu sebab tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk melihat keperluan dan tuntutan masa depan. Dia macam dulu, ketika Lapangan Terbang Subang nak dibuat. Dr. Tan Chee Khoon masa itu, adalah pengkritik tegar. Saya baca hansard dia dalam Parlimen, dia sebut: “Why must we plan such a big airport like Subang when there more mosquitoes than the plane?”. Masa tu. Sekarang, Subang itu dianggap kecil. Jadi kita perlu satu pandangan jauh untuk memenuhi tuntutan perubahan. Jadi yang ini terpikul berat di pundak, bahu Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Kerana itu, sementara kita mengambil pengalaman beberapa projek besar dalam negara seumpama UAE dengan kekuatan dana boleh tersangkut, apa lagi kalau kita mengadakan pula kerjasama dengan syarikat yang kita harus melakukan penelitian again and again and again sebab harapan rakyat itu sangat besar. Dalam pertemuan saya dengan T.Y.T. Gabenor, syor beliau kepada saya dan juga ahli Parlimen Balik Pulau waktu itu adalah bagaimana harus kita ikut libatkan rakyat Pulau Pinang khususnya orang Melayu yang tidak alergik melihat pembangunan berskala besar tetapi memikirkan jalan bagaimana mahu ikut terlibat dalam mengambil manfaat daripada projek-projek
mega yang disusun oleh Kerajaan Negeri. Itu nasihat beliau kepada kami. Sebelum itu, saya berkongsi sedikit dapatan itu.
YB. Dato’ Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Skim Insentif Kecemerlangan Bakat Muda Pulau Pinang RM500,000.00 nak dimula tahun depan Best Anak Penang umur 15 - 30, yang mengharumkan nama Pulau Pinang peringkat Kebangsaan dan antarabangsa, akademik dan kokurikulum. Saya mengulangi cadangan saya mengambil daripada idea ini, idea yang pernah saya lontarkan dan pernah juga saya bincangkan dengan YB. Timbalan Ketua Menteri iaitu Pulau Pinang dan Top Achievers saya tengok saya tanya satu soalan tambahan berapa banyak zakat Pulau Pinang dapat pada penduduk di kawasan saya RM700. Saya ucap terima kasih. Bakul Makanan, perubatan, Hari Raya, Ramadhan, pendidikan cuma seorang saja dapat RM7,500.00 untuk belajar di Naza Akademi iaitu yang saya maksudkan daripada 700 penerima, yang menerima duit zakat untuk pendidikan ini di kawasan saya, seorang. Jadi kalau kita sebut soal pelaburan human resource untuk masa hadapan, dengan memanfaatkan dengan kekuatan dana zakat Kerajaan Negeri mengikut bidang yang saya semak jawapan daripada Perai kepada saya, “Bidang keutamaan kerajaan ya, dalam hubungan ini Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Penang Skill Development Centre memainkan peranan untuk melatih modal insan dalam pelbagai bidang kemahiran bagi memenuhi kehendak industri berasaskan teknologi tinggi antaranya ialah bidang teknologi, teknologi pemesinan, kejuruteraan komputer, elektronik, mekatronik, telekomunikasi, data sains, IOT”.
Jadi ini bidang yang menjadi keperluan rakyat dan Negeri Pulau Pinang. Sebab itu, saya anjurkan supaya dana zakat itu diberikan kepada top achievers macam Skim Insentif Kecemerlangan ini nyatakan dengan jelas RM500,000.00 Best Anak Penang, Best Anak Pulau Pinang. Mulai 2022 saya tahu duit zakat telah dibelanjakan dengan penuh tanggungjawab yang saya anjurkan sedikit anjakan dari operasi biasa iaitu set sejumlah dana RM2.0 juta, RM3.0 juta khusus untuk top achiever anak-anak Melayu Islam Pulau Pinang yang cemerlang dalam bidang yang memang menjadi demand kepada pembangunan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Saya mahukan itu berlaku, saya cadangkan dan adalah lebih membanggakan jika Kerajaan Negeri boleh menggunakan daripada Kumpulan Wang Disatukan dolar to dolar kalau zakat bagi RM10 Kerajaan Negeri match RM10 juga begitulah seterusnya.
YB. Dato’ Yang di-Pertua, saya yang terakhir yang saya nak sebut ini ialah settle baru masa majlis jamuan di Istana, Menteri Besar Kedah ada berjumpa dengan Y.A.B. Ketua Menteri dia masuk dalam Facebooklah dia kata kenapa tak mahu bayar duit air, okey. Y.A.B. Ketua Menteri memang kata tak mahu bayar dan saya minta Y.A.B. Ketua Menteri kekal begitu jangan bayar. Kita akan bagi dokongan sebab jawapan itu betul. Apakah kita tidak menyokong tuntutan Kerajaan Negeri Kedah untuk minta pampasan kita sokong iaitu saya ucapkan terima kasih Y.A.B. Ketua Menteri yang menulis kepada Y.A.B. Perdana Menteri pada Mac 2021 idea untuk mewujudkan Ulu Muda Basin Authority iaitu Lembangan Ulu Muda khusus untuk menjaga (water catchment area) kawasan tadahan air yang merupakan lokasi strategik membekalkan air kepada Pulau Pinang, Perlis dan Kedah. Tiga (3) negeri ini memberikan KDNK berjumlah hampir RM150 bilion dan Kerajaan Pusat ambil cukai daripada tiga (3) negeri ini hampir RM18 bilion. Pemegang besar jadi kalau Kedah nak minta boleh, kita pun sokong ambil daripada portion RM18 bilion itu jangan minta dengan Pulau Pinang. Itu isu dia, kita wujudkan dulu sebab ini saya fikir apa kekuatan kita northern corridor dengan nilai pelaburan lebih RM70 bilion sebab infranya itu menyakinkan, pengurusan air kita menyakinkan bukan saja tarif paling rendah, ketika dia disenaraikan dia boleh caj tarif air harga paling murah ada di Malaysia tapi dia tak mengabaikan tanggungjawab sosial dia yang lain.
Kita ambil vaksin baru ini, Pusat Pengambilan Vaksin yang di bawah seliaan pusat Pejabat SUK kita, bil air percuma setahun. PBA boleh saja kenakan caj tetapi tak setahun percuma sepanjang PPV beroperasi subsidi kepada pengguna domestik RM96 juta bagi subsidi lagi dahlah bil rendah bagi subsidi lagi. Kemudian saya tengok moratorium sebab industri pelancongan hotel, tempat tarikan pelancong, pengusaha ini semua setahun COVID tak boleh beroperasi. PBA ini murah hati bagi moratorium setahun jadi senarainya panjang saya boleh semak sini caj air paling rendah 32 sen syarikat disenarai boleh bagi pulangan balik kepada rakyat dalam bentuk kehilangan hasil kepada PBA tak apa lagi tapi kalau kita tengok financials report dia masih menjana keuntungan. Ini bermaksud keupayaan pengurusan Pihak Berkuasa Air Pulau Pinang ini layak mendapat penghargaan daripada anggota Dewan yang ini saya nak kekalkan. YB. Dato’ Yang di-Pertua, kerana itu datang keyakinan sebab bekalan air terjamin jadi sekarang yang perlu ditumpu oleh Pihak Berkuasa Air ini adalah model sekarang boleh sustainable atau tidak? Jadi isunya adalah bekalan air. Saya difahamkan dan saya tahu sekarang rundingan juga dibuat dengan Kerajaan Negeri Perak yang menawarkan untuk menjual bekalan air terawat, saya pun menolak model ini ya, kita tahu Pahang dengan Selangor, itu air mentah, Johor dengan Melaka, itu air mentah.
Kita jual air mentah dengan Singapura, Johor kita beli balik air terawat okey, itu arrangement lain perjanjian air Johor – Singapura yang tamat 2061 tapi kita dengan Perak ini yang dia tawarkan harga terawat itu sebab kekuatan kita di sini dalah tarif yang rendah kalau dia jual harga tinggi kita tak boleh jamin kita jual air dengan harga murah. Jadi fokus kita adalah jaminan sumber air mentah supaya loji rawatan kita itu boleh berfungsi dengan baik dan kemudian pengurusan PBA dengan cekap dan profesional kita bagi balik kepada rakyat dengan tarif air yang sangat rendah tanpa mengabaikan tanggungjawab sosial kita. Jadi saya YB. Dato’ Yang di-Pertua, itu antara perkara yang saya pilih beberapa perkara yang nak dibangkitkan.
Yang terakhir ialah saya bertanya dengan Y.A.B. Ketua Menteri tentang jumlah ahli MPKK kita yang meninggal sebab kerana COVID. Saya bertanya dalam soalan bertulis, jawapan bertulis hanya enam (6) orang sahaja. Saya nak cadangkan begini sebab soalan saya ada tak kita bagi bantuan kematian kepada mereka, jawapan dia tidak sebab kita dah ada insuran takaful kelompok ni perlindungan kemalangan insuran perlindungan yang dapat RM20,000 ya dan sebagainya tetapi kerana jumlah yang meninggal ini mereka ini banyak bantu Pusat Khidmat kita semasa COVID mereka agih bakul makanan takdir berlaku mereka terkena positif dan meninggal. Berapa orang meninggal? Enam (6) orang saja. Saya cadangkan supaya Y.A.B. Ketua Menteri ketika penggulungan mengisytihar teruslah RM2,000.00 ka RM3,000.00 one off begitu saja kepada ahli keluarga MPKK yang meninggal boleh setuju macam itu Ketua Pembangkang? Ka sikit sangat RM2,000.00 sikit noo, kita terpulang kepada kebijaksanaan we leave it to the wisdom of Ketua Menteri lagipun jumlah mereka tak ramai enam (6), yang takaful tu takaful lah yang ini segera. Yang ni saya rasa yang ini cukup cantik. Akhir sekali YB. Dato’ Yang di-Pertua pasal food bank ini sebab saya ucap terima kasih kepada Y.A.B. Ketua Menteri, saya tak mahu naik sangat satgi orang kata masuk bakul angkat sendiri, saya nak ucap terima kasih banyak kepada rakan saya YB. Sungai Puyu masa idea ini kami buat bersama pada 1 Mei 2017 kami pun tak terbayang Mutiara Food Bank boleh jadi sebesar ini yang kemuncaknya Y.A.B. Ketua Menteri, CEO kita tu terplih sebagai Top 100 young CEOs yang anugerah yang disampaikan Tan Sri, Menteri Koperasi minggu lepas jadi kita rasa bangga masa kita rekrut dia, dia salah seorang daripada anak muda berumur baru 24 – 25 tahun.
Saya hantar dia kursus di Kuala Lumpur balik dan bantu dan kariernya berkembang dengan begitu bagus dan kini dia menjadi kebanggaan dan aset kita hari ini. Itu boleh dilihat kerana bagaimana kita menguruskan agihan pengumpulan makanan dan kerana brandnya bagus, reputasinya ada, kredibilitinya ada, integritinya juga ada, kita tak terputus bekalan orang
yang menyumbang ya. Pergi Kompleks Penyayang kadang-kadang ada satu nyonya bawa kereta mewah beritahu Dato’ ini sumbangan sebulan ini RM50,000 untuk beli barang tak semena-mena begitu saja kita terima dengan aset yang kita ada.
Saya ucap terima kasih kepada Y.A.B. Ketua Menteri kerana memberi kami satu lagi pejabat baru di sebelah Seberang sana. Kita akan mengukuhkan lagi operasi memberikan semangat yang besar, kuat kepada kami untuk terus memberikan bantuan saya ingin merakamkan ucapan khusus peribadi kepada YB. Sungai Puyu yang banyak membantu seawal penubuhan dan sehinggalah sekarang dengan memberikan banyak tunjuk ajar dan ini menjadikan kita satu-satunya negeri yang mempunyai model ini dan hari ini diperingkat Persekutuan kekal model itu kekal dituruti dengan penubuhan Yayasan Food Bank yang dipengerusikan oleh anakanda Sultan Selangor, Tengku Natasha sebagai Pengerusi. Jadi, itu antara inisiatif yang kita mulakan di sini berkembang dan menjadi contoh kerana falsafahnya sangat mudah mengakhiri ucapan saya food bank selain menyelamatkan lebihan jauh lebih penting adalah ketika orang lain memerlukan. Ada seorang Sahabat Nabi bertanyakan Nabi, dia tanya dengan Nabi “how do I soften my heart”, sahabat tak cakap orang putih la cakap Arab dan The Prophet said “To soften your heart, “feed the poor and pet the head of the orphan”, “Beri makan orang miskin jamah kepala anak yatim itu akan melembutkan hati”. Falsafah di sebalik Program Food Bank itu membantu orang miskin yang memerlukan dan saya bangga menjadi sebahagian daripadanya jauh lebih bangga kerana dokongan dan bantuan daripada Kerajaan Negeri. YB. Dato’ Yang di-Pertua saya menyokong bajet tahun 2022.
Terima kasih Yang Berhormat Pantai Jerejak. Dipersilakan Yang Berhormat Pulau Tikus.
Terima kasih YB. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi saya satu peluang untuk membahas bajet atau pun belanjawan yang baru saja dibentangkan Jumaat yang lepas. Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada Y.A.B. Ketua Menteri kerana sudah membentangkan satu belanjawan yang amat membawa manfaat kepada rakyat dan saya juga amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana membelanjakan RM191.22 juta untuk menolong rakyat dalam masa yang amat mencabar iaitu pandemik COVID-19 yang kita tahu hanya boleh ingati persidangan yang lepas kita melihat betapa susahnya masa itu pandemik telah melanda bukan saja di Negeri Pulau Pinang tetapi di seluruh negaralah. Oleh itu, kita amat bersyukur kepada bahawa kita sudah masuk ke satu tahap Fasa 4, yang kita boleh berasa lebih selamatlah. Tetapi, kita masih belum keluar lagi daripada bahaya, kerana kita tahu apa varian-varian COVID yang lain yang masih boleh timbul. Tapi, saya harap the worst is overlah....(dengan izin). Yang pertama sekali, saya juga ingin membuat perbandingan bahawa perbezaan ini adalah Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pakatan Harapan, yang berjiwa rakyat. Tetapi, macam tadi cakaplah berbanding dengan kerajaan yang bila dia menang satu pilihan raya, terus barang naik. Okey, tetapi tadi saya baru bangkitkan sahaja bahawa BN menang Melaka pada 20 November, 26 November surat khabar The Sun ada tajuk “Vegetables Prices in Melaka go up by up to 50%”. Adakah ini diberi katakan coincident lah...(dengan izin).
Tetapi, saya rasa boleh dilihat juga bahawa kerajaan semua kerajaan di seluruh Malaysia, kena bekerja keras untuk menolong rakyat dan ia satu-satunya harga macam ini. Kalau kerajaan mereka, bukan saja Kerajaan Negeri, tetapi Kerajaan Persekutuan kalau mereka tidak peduli atau tidak tahu apa yang sedang berlaku, memang isu ini akan timbul. Dan tetapi, walaupun mereka yang duduk atas kerusi pimpinan di negeri-negeri itu tidak tahu apa sedang berlaku, tetapi rakyat jelata yang menderita pula. Sekarang saya berada di sini, ingin mengatakan juga yang kepada, saya ingin berterima kasih kepada Kerajaan Negeri atas pelaburan dan terhadap Projek Gurney Wharf yang akan menjadi ikon kepada seluruh Negeri Pulau Pinang dan seluruh negara juga. Peruntukan RM60 juta untuk Fasa Satu, Gurney Wharf ini akan mewujudkan 100km Waterfront Promenade dan saya amat gembiralah dapat melihat. Dulu bila saya kecil, Gurney Drive, Persiaran Gurney memang ada pantai. Dan bila saya kecil, selalu bapa akan bawa saya pergi ke pantai untuk korek siput. Masa itu, ada siput lagi kan. I think banyak di sini yang ingat di Persiaran Gurney yang dulu, boleh tahu ada pantai dan boleh sampai boleh tangkap siput, boleh korek siput. Tetapi, akibat tambakan di masa itu oleh Kerajaan Barisan Nasional yang tidak bertanggungjawab, bukan sahaja seluruh pantai hilang, tetapi pula penuh dengan sampah. Saya masih ingat dulu kita ada Program Cleaning Gurney, sampai satu tilam pun boleh dicari dalam kawasan Gurney Drive. Saya nampak macam itu, ah hati sakit, sakit hati. Sebab tempat itu my childhood...(dengan izin). Tetapi, sekarang pula masa itu sebab tambakan yang tidak bertanggungjawab boleh melihat apa yang telah berlaku, sampai surat khabar The Star pada tahun 2007 pun boleh katakan boleh tunjuk gambar yang besar yang menunjukkan sampah di Persiaran Gurney. Itulah legasi mereka di Pulau Pinang. Tetapi, sekarang kita tahu bahawa kita akan mengembalikan zaman kegemilangan Persiaran Gurney dengan Gurney Wharf. Banyak orang memang sedang menunggu, dan kita boleh melihat pelan. And I’m very excited....(dengan izin), really I’m very excited because kita boleh mengembalikan dan juga membina satu legasi yang baru untuk Persiaran Gurney. Tapi, ini adalah juga kita boleh melihat contrast dalam penambakan laut. I think, ini adalah amat pentinglah. Kerana kalau kita tambak laut, atas motivasi berjiwa rakyat, memang kita akan mendapatkan tambakan laut yang bertanggungjawab. Tetapi, kalau seperti negeri-negeri Barisan Nasional yang lain, yang nak ingin menambak laut untuk keuntungan sahaja, memang boleh melihat. Just look at Melakalah, I need to say hampir semua pantai di sana sudah hilang. Ya, itu amat menyedihkan. Tetapi, di sana hal ehwal nelayan tidak penting pula. Tetapi di Pulau Pinang, walaupun Kerajaan Negeri akan membela dan menolong mereka, masih buat bising. Saya rasa, ini adalah sikap-sikap hipokrit yang kita memang tak boleh tahanlah. Memang tak boleh tahan. Di antara dua darjat. Boleh lihat satu, dia okey dengan satu, tapi yang lain tak okey. Walaupun penambakan laut di Melaka ia tidak bertanggungjawab telah membuat nasib nelayan di sana susah, amat susah. Tetapi, langsung apa pun tak dak. Kita di sini nak tolong, mereka pula buat bising. Kita bukan tambak seluruh negeri pun. Inilah perbezaan di antara penambakan yang bertanggungjawab dan penambakan yang tidak bertanggungjawab. Inilah adalah perbezaan di antara Kerajaan Negeri yang berjiwa rakyat yang dan Kerajaan Negeri yang berjiwa keuntungan. Seperti yang saya menyatakan pada hari Jumaat juga, dalam perbahasan saya atas Rang Undang-Undang Perpustakaan, pelaburan adalah sesuatu yang amat penting. Bukan sahaja di Negeri Pulau Pinang, tetapi di seluruh, Iya, Timbalan Speaker sedang kira. Ya, di seluruh negara. Mengapa. Tanpa pelaburan, bakat-bakat muda kita akan berpindah ke negeri lain, atau lebih teruk negara-negara lain seperti Singapura, Australia, New Zealand, UK dan lain-
lain. Mengapa? Kerana senang saja, iaitu untuk pekerjaan dan bukan sahaja pekerjaan, tetapi one of the most important thing is job creation. Dan saya rasa apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang, yang kita sedang berusaha untuk mendapat pelabur-pelabur asing. Walaupun tanah kita tak banyak, kita masih cuba sedaya upaya. Mengapa? Kerana kita ingin memberi satu peluang kepada semua rakyat Pulau Pinang untuk masih kekal dan boleh membesarkan anak-anak mereka di sini. Kita tak mau lihat apa yang telah berlaku atas banyak negeri-negeri yang berjiran dengan Negeri Pulau Pinang, yang bahawa semua mereka kena berpindah ke negeri lain atau negara lain untuk mencari makan. Nah, itu adalah kalau rakyat sendiri kena pergi ke tempat lain untuk cari makan, maksudnya Kerajaan Negeri itu telah pun gagal. Walau dia nak cakap apa pun, kalau rakyat sendiri kena berpindah ke tempat lain, ke negeri lain, ke negara lain untuk mencari makan atau mencari rezeki, maksudnya kerajaan itu memang sudah gagal. Tetapi, Negeri Pulau Pinang kita cuba menjanakan pekerjaan supaya anak-anak muda ini boleh kekal. Ini adalah Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab, untuk merancang satu masa depan untuk kita semua. Kalau tak ada harapan untuk masa depan, memang mereka tidak akan kekal. Ya, itu adalah penting kerana Pulau Pinang sentiasa mesti ada harapan. Dan where there is single meaning or double meaning, up to you. Tapi I emphasize Pulau Pinang mesti sentiasa ada harapan. Dan itu saya amat berterima kasih kepada agensi-agensi kerajaan seperti Invest Penang, dan juga PDC, PSDC yang telah melatih bakat-bakat kita untuk masa depan. Ini adalah penting kerana ini adalah rancangan untuk masa depan kita. Saya tahu, kita semua yang berada di sini telah dipilih oleh rakyat jelata untuk memastikan Pulau Pinang maju, dan masa depan yang cerah. Tiada siapa yang pilih kita untuk duduk disini sahajalah, memang tak adalah. Okay, saya rasa itu adalah sesuatu yang kita mesti memahami.
Pulau Tikus.
Ya.
Lagi lima minit sahaja.
Pressure ni.
Dihadkan kepada semua Yang Berhormat, ingat bahawa hanya 20 minit sahaja untuk seorang Yang Berhormat.
Okay, so ada injury time kan.
Tak ada. Ini bukan football game.
Saya juga ingin memanggil, merayu kepada Kerajaan Negeri untuk memberi perhatian kepada usahawan-usahawan dan peniaga kecil kita, yang amat penting kerana mereka merupakan juga masa depan ekonomi Negeri Pulau Pinang. Kerana, kalau kita nak bandingkan dengan negara-negara lain, mengapa kita masih memerlukan pelabur asing. Kerana di sini, kita masih sedang membangun. Kalau kita nak bandingkan dengan negara masa seperti Jepun yang sudah ada syarikat-syarikat besar yang cukup untuk memberi pekerjaaan kepada rakyat mereka sendiri dan sebaliknya, jadi pelabur asing kepada negara lain, kita pun boleh mencapai status itu satu hari. Tetapi ia bermula daripada peniaga-peniaga kecil, usahawan-usahawan mikro kita. Kerana tanpa mereka, kita tak akan sampai pada tahap bahawa kita sudah boleh melabur kepada negara lain. Kita kena memberi pekerjaan kepada rakyat kita sendiri dulu. Dan kita ini adalah hakikat, kita kena bekerja keras untuk menolong sebab kita rasa walaupun kita menjana pekerjaan kepada rakyat kita, kita juga mahu menjanakan entrepreneur-entrepreneur untuk masa depan. So, oleh itu saya ingin berterima kasih kepada Kerajaan Negeri atas SKIM Pinjaman Harapan dan juga SKIM PEKA yang telah menolong peniaga-peniaga dan juga usahawan-usahawan mikro. Saya juga harap, Kerajaan Negeri akan memberi lebih banyak fokus kepada pendidikan politik anak-anak muda, kerana ini adalah negara kita, ini adalah juga mereka juga adalah peminpin-pemimpin masa depan. Kalau mereka tidak memahami sistem yang kita ikut iaitu Demokrasi Berparlimen, dan kita ada masalah besar. Saya tahu dulu masa kita kat sekolah, mereka tak cakap banyak mengenai sistem yang kita mengikut. Mengapa, mungkin mereka nak memerintah tanpa pengetahuan kita, kita tak tau. Tetapi, itu bukan masa depan yang saya nak untuk anak-anak muda kita. Oleh itu, saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri atas program-program seperti Sidang Muda dan Sidang Wanita. Dan saya harap kita boleh memperbesarkan lagi program ini, mungkin ke peringkat-peringkat Parlimen dulu, kawasan Parlimen. Lepas tu, peringkat seluruh negeri. Ini adalah cara kita melatih dan juga juga boleh melihat apakah, manakah pemimpin-pemimpin masa depan kita. Saya harap succession plan selalu dalam bukan saja dalam Kerajaan Negeri, tetapi Kerajaan Persekutuan amat penting supaya tak ada power vacuum ada satu hari nanti...(gangguan)
Minta laluan.
Yes.
Pulau Tikus, masa kamu berjalan juga.
Sikit saja.
Tinggal satu minit lagi.
Memandangkan Pulau Tikus berada dipenjarakkan isu demokrasi dan juga pendidikan anak muda dalam melibatkan diri didalam demokrasi. Apa yang saya ingin persoalkan adalah, sejauh manakah Pulau Tikus melihat kesungguhan kerajaan dalam merealisasikan Undi 18 ini? Padahal sekarang pun, kalau kita lihat pilihan raya di Melaka contohnya, untuk urusan sebagai paca, paca bar pun masih lagi tidak boleh dibenarkan yang berumur 18 tahun. Bagaimakah Pulau Tikus menilai apakah kerajaaan perlu merubah kepada step ini supaya anak-anak muda ini terjebak secara terus dengan Sistem Pilihan Raya Malaysia, dan mereka lebih memahaminya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Lepas atas soalan ini tadi atau kenyataan yang telah diberi tadi. Yang paling penting sekali saya melihat sekarang pada masa ini mungkin apa yang mereka dekat Kerajaan Persekutuan sedang buat adalah mungkin wayang sahaja atau pun buat dulu, ikut cara lama, cuba memperlahankan pelaksanaan selama mungkin. Saya rasa itu tidak adillah. Dan semua orang di luar yang sedang melihat telecast ini, perlu ingat, kalau undi 18 tidak dilaksanakan pada Pilihanraya Umum yang ke-15 maksudnya Kerajaan BN, PN atau Kerajaan ini memang lagi gagal sekali lagi. Dan memungkir janji. Okey, saya harap…(gangguan).
Terima kasih Pulau Tikus.
Sat, sedikit lagi. Saya habiskan dulu, bagi saya habiskan.
Saya bagi satu minit sahaja. Okey?
Okey, saya nak akhir, ke akhir. Okey. Ahli-ahli Majlis PBT kita memainkan peranan yang amat penting dan saya amat berterima kasih dan menghargai pengorbanan mereka. Banyak di sini yang duduk di sini pada masa ini juga merupakan ahli, bekas atau mantan Ahli-ahli Majlis PBT di Pulau Pinang. Dan saya harap walaupun, elaun Ahli-ahli Majlis di Pulau Pinang di antara yang tertinggi di seluruh Malaysia, kita tidak boleh melupakan betapa banyaknya mesyuarat-mesyuarat yang mereka mesti hadiri untuk menjalankan tugas mereka. Lebih banyak mesyuarat kalau nak dibandingkan dengan ADUN atau Ahli Parlimen. Saya harap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan untuk memberi elaun atau peruntukan untuk tujuan Pegawai Seranta atau pejabat Ahli-ahli Majlis kita. Kita mesti menyokong Ahli-ahli Majlis kerana kebanyakan mereka telah menganggap jawatan ini sebagai pekerjaan sepenuh masa mereka dan bukan separuh masa. Kalau mereka nak buat separuh masa pun tak boleh sebab mesyuarat banyak. Kerja yang mana di luar sana yang boleh beri mereka ruang untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat Majlis. Oleh itu, saya rasa mustahillah untuk mereka buat kerja lain selain PBT. Dan akhirnya Penang Pac telah…(gangguan).
Akhirnya tiga kali dah. Saya bagi you setengah minit lagi sahaja.
Okey, okey. Penangpac. Dulu saya memang ahli dari actor’s studio dan pernah buat persembahan dekat Dewan Sri Pinang atau pun Green Hall dan juga Auditorium P. Ramlee. Saya memang sedih kalau Penangpac tidak boleh bertahan lama lagi. Saya harap, semua di bukan sahaja di Kerajaan Negeri tetapi Kerajaan Persekutuan akan menolong artis-artis kesenian, persembahan ini dan kesenian-kesenian lain sebab tanpa seni, itu adalah jiwa kita. Seni adalah jiwa kita. Dari masa P. Ramlee, sebelum itu pun, semua adalah jiwa negara kita dan saya harap kita boleh menolong mereka untuk bertahan lagi. Pandemik sudah menyerap banyak daripada kita dan saya harap kita boleh menolong satu sama lain untuk berterusan. Okey? So dengan itu, sekian terima kasih, saya amat berterima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua yang telah bagi saya banyak ruang di sini, saya mohon menyokong.
Terima kasih Pulau Tikus. Disilakan Batu Lancang. Satu peringatan sekali lagi kepada Yang Berhormat, tengok waktu sekarang, you ada 20 minit sahaja. Terima kasih.
Terima kasih Timbalan Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan Negeri, Pembantu-Pembantu Khas YB yang berada di luar dan para wartawan yang berada di atas talian. Salam Sejahtera, Salam Harapan dan Salam 2030.
Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua. Saya dengan sukacitanya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan yang mulia ini kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan ucapan Belanjawan 2022 Pulau Pinang oleh Ketua Menteri pada Jumaat lalu dengan slogan “Mempercepat Pencapaian Penang2030” yang memberi fokus kepada tiga inisiatif utama iaitu Inisiatif Setempat, Inisiatif Pembangunan Komuniti dan Inisiatif Libat Urus Industri. Ianya adalah strategi pemulihan ekonomi pasca pandemik COVID-19 dan pada masa sama mengurangkan beban rakyat. Sebagai pentadbir yang prihatin, Kerajaan Negeri menyediakan Pakej Bantuan Khas (Penang Lawan COVID-19) di mana sehingga November 2021 sebanyak RM158.13 juta telah dibelanjakan daripada jumlah keseluruhan RM191.22 juta. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah membelanjakan kira-kira RM14 juta sehingga tahun 2021 bagi pemberian insentif perkhidmatan kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah. Pemberian akan diteruskan tahun hadapan dengan bayaran sebanyak RM600 dengan peruntukan RM2.0 juta yang memberi manfaat pada 3,000 penerima. Walaupun Belanjawan 2022 adalah belanjawan defisit berjumlah RM449.80 juta, namun Kerajaan Negeri tetap prihatin menjaga kebajikan seperti penjawat awam. Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan padu semua penjawat awam Pulau Pinang, Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan akhir tahun bersamaan dengan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000. Bayaran melibatkan keseluruhan 3,962 penjawat awam dengan implikasi kewangan berjumlah RM5.59 juta itu akan dibuat pada Disember ini. Bantuan ini diharapkan meningkatkan semangat penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang. Bagi memulihkan sektor pelancongan pula, peruntukan berjumlah RM50 juta disediakan tahun hadapan oleh Kerajaan Negeri bagi projek-projek pembangunan pelancongan, promosi destinasi pelancongan, geran kepada anak syarikat negeri dan agensi yang berfungsi sebagai pemangkin pelancongan. Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, isu buang bayi. Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun telah ditahan pada 23 Oktober 2021 bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang bayi perempuan di dalam tong sampah di Taman Bagan. Menurut sumber polis, remaja ini mengaku melahirkan bayi perempuan cukup sifat di dalam tandas rumahnya, hasil hubungan intim bersama teman lelakinya yang juga berusia 17 tahun. Remaja itu mendakwa anaknya telah meninggal dunia ketika dilahirkan kerana tidak menangis atau mengeluarkan sebarang bunyi. Dia yang panik terus membalut bayi itu menggunakan kain lalu membuangnya ke dalam tong sampah berhampiran flat itu. Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat pula ditinggalkan dengan sekeping nota bertulis: “tolong jaga budak ini” di pintu pagar Pejabat Persatuan Perkembangan Kesihatan Keluarga Pulau Pinang, Jelutong pada 11 April 2021. Bayi itu ditemukan dalam keadaan berselimut kain tuala berwarna hijau muda oleh seorang lelaki berusia 43 tahun. Pihak polis yang ke lokasi kejadian bagaimanapun telah menyerahkan bayi tersebut kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut dan kes tersebut masih dalam siasatan. Kes terbaharu buang bayi ini membuktikan masalah sosial itu tidak pernah selesai di negara ini. Data daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan setiap tiga (3) hari akan ada seorang bayi dibuang sama ada dijumpai mati atau hidup. Berdasarkan statistik oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak PDRM, terdapat 577 kes buang bayi dan janin direkodkan antara Januari 2014 hingga Disember 2018. Sehingga 2021, kes buang bayi masih berleluasa dalam masyarakat Asia Tenggara. Malaysia mencatat peratusan tertinggi dan statistik juga menunjukkan purata 100 bayi terbiar setiap tahun di Malaysia.
Kebanyakan bayi ini dibuang ke dalam tong sampah, dengan 70 peratus didapati meninggal dunia kerana disumbat ke dalam tandas kemungkinan cubaan untuk membuangnya, dibuang ke dalam longkang atau dibakar sehingga tidak dapat dikenali. Secara purata, hanya 30 peratus bayi yang bernasib baik untuk diselamatkan. Membuang bayi adalah satu jenayah tetapi meletakkan bayi di dalam baby hatches bukanlah satu jenayah dan ia boleh membantu menyelamatkan nyawa dan memberi peluang kepada bayi untuk hidup. Peningkatan kes pembuangan bayi dipercayai berlaku kerana kurangnya kesedaran dan bantuan kepada wanita yang hamil luar nikah. Kesibukan ibu bapa juga dan kurang perhatian dilihat menjadi penyumbang kepada peningkatan kes ini. Sebaliknya anak-anak mencari orang lain untuk berkongsi tekanan. Selain itu kebebasan yang diberikan kepada anak-anak terhadap media sosial juga boleh mendedahkan mereka kepada gejala negatif. Ibu bapa kena lebih berhati-hati dan sentiasa periksa aktiviti anak-anak manakala pihak sekolah serta pakar kesihatan mental perlu dekati pelajar sekolah rendah dan menengah untuk didik mereka mana yang betul, mana yang salah. Badan-badan bukan kerajaan juga boleh memainkan peranan menghulurkan bantuan kepada mangsa. Golongan remaja atau wanita terlanjur yang tidak tahu langkah yang patut dilakukan juga boleh menghubungi Talian Kasih 15999 bagi mendapatkan bantuan. Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, isu obesiti yang amat sangat ditakuti di Malaysia sekarang ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendefinisikan berat badan dan obesiti sebagai ‘pengumpulan lemak berlebihan yang memberi risiko kepada kesihatan’. Berat badan berlebihan dan obesiti adalah risiko utama pada beberapa penyakit kronik termasuk kencing manis, penyakit kardiovaskular dan kanser. Berdasarkan Laporan Semakan Populasi Dunia 2019, kadar obesiti di Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara (15.6%), diikuti Brunei (14.1%), Thailand (10%) dan Indonesia (6.9%). Kementerian Kesihatan mendedahkan satu (1) dalam setiap dua (2) rakyat dewasa negara ini sedang mengalami masalah obesiti. Prevalence berlebihan berat badan dalam kalangan orang dewasa adalah 30.4 peratus pada tahun 2019. Bermula 1996, peratusan obesiti hanyalah 4.4 peratus dan ia meningkat lebih tiga (3) kali ganda dengan menjadi 14 peratus pada tahun 2006 di mana ia terus meningkat kepada 17.7 peratus pada 2015 dan pada tahun 2019, ia mencatatkan peratusan iaitu 19.7 peratus. Individu obes mempunyai risiko 81 peratus lebih tinggi untuk penyakit jantung dan 64 peratus lebih tinggi untuk strok. Menurut Pensyarah Perubatan Pelatih, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr. Muhamad Rafiqi Hehsan, obesiti boleh meningkatkan risiko kematian sekiranya dijangkiti COVID-19. Menurut WHO, kegemukan dikelaskan kepada tiga (3) kumpulan berdasarkan badan indeks jisim (BMI). BMI lebih daripada 25 dianggap sebagai berat badan berlebihan dan lebih daripada 30 adalah mengalami kegemukan. Dr. Muhamad Rafiqi berkata, “kelas satu kegemukan adalah individu yang mempunyai BMI 30 hingga 34.9, kelas dua kegemukan, BMI 35 hingga 39.9 dan kelas tiga, BMI melebihi 40”. Kajian menunjukkan, obesiti akan meningkatkan risiko penyakit kronik termasuk kardiovaskular seperti penyakit jantung dan angin ahmar, kencing manis, darah tinggi serta gangguan muskuloskeletal termasuk osteoarthritis. Ketika Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjadi tetamu dalam program Selamat Pagi Malaysia di saluran TV1, pada 10 November 2021, beliau berkata, Malaysia dianggap sebagai negara bukan sihat memandangkan jumlah rakyat yang menghidapi penyakit jantung dan obesiti adalah tinggi. Beliau berkata, kesedaran aspek kesihatan dalam kalangan rakyat juga masih di tahap rendah. Antara penyebab kematian COVID-19 di negara ini sebahagian besarnya daripada pesakit mengalami komobiditi atau kronik. Bayangkan di Malaysia seorang daripada dua (2) rakyat obesiti, manakala seorang daripada empat (4) rakyat Malaysia tidak amalkan kecergasan. Selain itu, seorang daripada 20 rakyat tidak mengamalkan pemakanan mengikut nutrisi yang betul. Malaysia mencatatkan 6.4 peratus kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang
mengalami masalah obesiti. Malaysia merupakan negara kedua tertinggi kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur 5 - 19 tahun di Asia Tenggara. Fahamkan bahawa kanak-kanak yang obes cenderung untuk membesar menjadi dewasa yang obes. Obesiti boleh menyumbang kepada kematian pramatang atau premature death.....(dengan izin) semasa dewasa disebabkan penyakit-penyakit tidak berjangkit berkaitan obesiti seperti diabetes, hipertensi dan penyakit kardiovaskular. Obesiti kanak-kanak ini boleh diatasi bermula dari keluarga di rumah. Wujudkan persekitaran yang sihat dan berikanlah pemakanan yang terbaik untuk anak-anak bagi mengelakkan faktor obesogenic. Sebab itu Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa berkaitan mengambil langkah segera mengawal bilangan kanak-kanak obes di negara ini yang dilabelkan sebagai paling gemuk di rantau ini CAP bercadang mengharamkan mesin layan diri di sekolah, hospital dan tempat awam lain. Makanan tidak sihat dan tidak tinggi lemak gula garam dan bahan penambahan seharusnya tidak digalakkan dengan perkenalkan cukai ke atas makanan itu. Mewajibkan pengurangan makanan, melabelkan jumlah nutrien dan mewajibkan pelabelan yang jelas bagi kandungan lemak dalam semua makanan. Kerajaan perlulah menyediakan kemudahan reaksi yang mencukupi di semua kawasan perumahan. Kerajaan perlu menjalankan kempen pendidikan untuk ibu-bapa dan kanak-kanak mengenai bahaya obesiti dan diabetes. Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang Di-Pertua, isu projek pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang, Ketua Menteri Pulau Pinang Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow telah dalam satu kenyataan media pada 6 Oktober lalu di KOMTAR memberitahu Kerajaan Pusat perlu memberikan keutamaan kepada pelaksanaan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP). Penangguhan projek berkaitan sebagaimana diumumkan Menteri Pengangkutan dalam sesi ucapan penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat perlu dinilai semula. Hakikatnya Pelan Kebenaran Merancang bagi projek ini telah lama diluluskan iaitu sebelum Kerajaan Pusat memutuskan pelaksanaan kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang (NASP) bagi semua lapangan terbang dalam negara sehingga tempoh 2023. Kerajaan Negeri telah beberapa kali mendesak supaya kerja-kerja naik taraf serta pembesaran (LTAPP) dilaksanakan tanpa perlu menunggu keputusan (NASP). Namun tiada maklum balas positif yang diberikan mengambil kira situasi COVID -19 kerja-kerja tersebut sepatutnya boleh dilaksanakan ketika ini disebabkan tiada kesesakkan penumpang, malah usaha ini sekaligus dapat menjalankan LTAPP pada tahap terbaik sebaik sekatan perjalanan serta pintu sempadan dibuka kelak. Menurut Laporan Akhbar The Star pada 29 Jun 2021 Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) ketika ini bersama syarikat juru perunding sedang memperincikan skop kerja pembesaran (LTAPP) antaranya ialah menaik taraf sistem automasi, mengoptimumkan ruang tempat meletak kapal terbang kemudahan tempat letak kenderaan, integrasi lapangan terbang ini sebagai hub pengangkutan. Ketika ini (LTAPP) memiliki kapasiti untuk mengendalikan 6.5 juta penumpang setahun. Manakala fasa pertama naik taraf ini membolehkan jumlah itu ditingkatkan kepada 12 juta penumpang setahun. Dijangka menjelang tahun 2033 ia akan menerima sehingga 16 juta penumpang. Projek menaiktaraf ini adalah mengikut pelan utama LTAPP manakala kemampuan MAHB untuk meneruskan perkara ini adalah tertakluk kepada keputusan kerajaan bagi membolehkan MAHB membiayai projek berkenaan. Projek menaik taraf ini yang berlangsung dalam 4 fasa dijangka mengambil masa antara 48 bulan hingga 60 bulan untuk disiapkan. Imbas kembali program pembesaran LTAPP bermula pada 1977 dan siap pada tahun 1979 untuk menampung 1.5 juta penumpang. Ia kemudian diperbesarkan dan dinaik taraf lagi pada tahun 1998 dengan kapasiti menanggung 3.5 juta penumpang dan 6.5 juta penumpang pada tahun 2013.
Pada masa ini program pembesaran LTAPP tertangguh berikutan semakan MAHB dan dijangka kajian ini akan selesai pada tahun 2023 mengikut sepertimana dalam dasar pengangkutan negara. Semasa pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan, Menteri Pengangkutan ketika itu telah meluluskan rancangan untuk membesarkan LTAPP dengan kapasiti minimum menampung 12 juta penumpang. Kebenaran Merancang telah pun dimajukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan kerja-kerja telah pun dirancang pada masa pandemik COVID-19 mula melanda. Kerajaan Negeri Pulau Pinang melihat projek menaik taraf sebagai mendesak kerana ketika ini LTAPP beroperasi di bawah kemampuan sejak tahun 2019. Begitu juga dengan isu pembinaan tempat letak kereta bertingkat di LTAPP dengan kos RM90 juta yang bermula pada tahun 2018 Ogos dan dijangka mengambil masa 14 bulan untuk disiapkan. Ia mempunyai 1,800 petak tempat letak kereta. Malangnya selepas dua (2) tahun kompleks ini masih belum boleh digunakan. Rakyat Pulau Pinang faham situasi pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merencatkan pelaksanaan projek. Tetapi mengapa mengambil masa sehingga dua (2) tahun? Sejauh manakah keberkesanan pihak MAHB dan kemampuannya terhadap projek pembesaran LTAPP ini? Kerana kelewatannya telah memberi kesan kepada penduduk Pulau Pinang selain fungsinya sebagai pintu masuk udara. Yang Berhormat Timbalan Yang Di-Pertua. Isu Jabatan Pengairan dan Saliran. Saya berterima kasih kepada EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran yang prihatin tentang isu banjir di Solok Van Praagh. Awalnya pada tahun 2020 pembinaan kolam kecil serta menaik taraf kawasan di situ telah siap dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang melibatkan kos RM378,000.00 untuk menyelesaikan isu banjir di Solok Van Praagh untuk jangka pendek. Bagaimanapun dia tidak menjadi seperti rancang. Ekoran kejadian banjir kilat yang berlaku beberapa kali. Saya bersama JPS dan EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri meneliti semula situasi semasa dan hasilnya bersetuju menambah baik serta mengatasi masalah banjir ini secara jangka pendek iaitu bagi tempoh 10 tahun. Pihak JPS kemudian telah melantik juru perunding bagi meneliti dari kawasan tersebut ada mengemukakan cadangan membina kolam takungan air bawah tanah yang juga pertamanya seumpamanya di Negeri Pulau Pinang. Satu pembentangan telah dilakukan pada Januari 2021 oleh juru perunding di mana ia melibatkan sebuah kawasan padang di Solok Van Praagh daripada enam (6) pilihan dijalankan, option kedua dipilih iaitu membina kolam untuk menakung air sebanyak 5,427 meter persegi air atau pun bersaiz dua (2) kolam renang Olimpik. Ini bakal menyelesaikan masalah banjir secara jangka pendek di Solok Van Praagh, Jalan Van Praagh dan Jalan Sir Ibrahim dengan kos projek kira-kira RM5.6 juta. Melalui perbahasan dalam Dewan yang mulia ini, saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pihak JPS apabila tender bagi kerja-kerja tersebut telah pun dibuka baru-baru ini. Tawaran tender bagi projek tebatan banjir di Solok Van Praagh, Jelutong yang dianggarkan mengambil masa selama dua (2) tahun ini memberi kelegaan kepada penduduk DUN Batu Lanchang. Dalam pada itu saya juga berharap Pihak JPS dapat melihat semula penyelenggaraan parit monsun yang ada di bawah Jalan Kurau sehingga ke Jalan Perak yang dikenali sebagai Pelan Lencongan Jelutong (Jelutong Diversion). Saya difahamkan parit ini dibina pada tahun 1973 dan siap pada tahun 1978. Tetapi sejak 43 tahun lalu tiada kerja senggaraan dilakukan. Saya berharap pihak JPS boleh melantik syarikat bertauliah untuk menilai ketahanan struktur parit, saiz Parit Monsun ini adalah besar iaitu menyamai saiz jalan raya dua (2) lorong atau selebar 40 kaki. Maka penting agar keadaan serta ketahanan parit monsun ini diperiksa kerana di atasnya adalah jalan raya. Pemeriksaan semula boleh mengelak kejadian tidak diingini seperti mana pernah berlaku satu kejadian apabila Jalan Kurau runtuh pada Disember 2005.
Yang Berhormat, satu minit lagi.
Bersambung pada jalan ini adalah Solok Perak dan Jalan Kurau di bawah Solok Perak terdapat parit besar menuju ke kawasan laut Jelutong. Bagaimanapun sejak pelan lencongan Jelutong dilaksanakan kenderaan dari tiga (3) Jalan Bayan Lepas, Batu Lanchang dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu mesti meminta Solok Perak sebelum melalui Jelutong. Pada tahun 2015 pernah berlaku kejadian jalan runtuh di sini. Dan menyaksikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membelanjakan RM462,000.00 untuk mengukurkan struktur parit besar di Solok Perak dan menyediakan sekatan jalan untuk mengelakkan kemasukan kenderaan berat. Kerja-kerja mengukurkan struktur kali kedua pula telah dilakukan di Solok Perak ke Jalan Kurau hingga ke laut Jelutong dengan kos RM13.3 juta. Pengukuhan parit besar tersebut bertujuan mengelakkan jalan runtuh di solok Perak dan kerja-kerja ini telah siap pada akhir 2020. Jadi amatlah penting pihak JPS melakukan pemeriksaan pada parit monsun di bawah Jalan Kurau sebagai langkah pencegahan demi memastikan keselamatan orang ramai. Di bawah DUN Batu Lanchang terdapat tiga (3) cabang atau anak Sungai Jelutong iaitu dari hulu meliputi Jalan Besi ke Jalan Gangsa ke tepi Sekolah Kebangsaan Convent Green Lane ke Taman Hijau dan lalu ke Jalan Kurau. Sungai kedua ialah terletak dari Taman Delima ke Lebuhraya Batu Lanchang dan Jalan Bagan Serai lalu ke Jalan Kurau. Taman Ghee Hiang ke Sekolah Jelutong dan terus ke Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim dan juga ke Jalan Kurau. Parit monsun ini sesetengahnya adalah sungai biasa iaitu sungai berpasir. Dan sesetengahnya dinaik taraf sebagai parit monsun pada tahun 60-an hingga tahun 70-an. Apabila kawasan di sekitarnya dibangunkan menjadi taman perumahan jadi kebanyakkan parit konkrit disini telah berusia 50 tahun di mana dinding konkritnya banyak telah banyak rosak, retak dan menjadi tempat habitat liar seperti ular dan biawak. Baru-baru ini berlaku tebing dinding parit monsun di Jalan Bagan Serai telah pecah dan hampir runtuh. Keadaan ini mengundang bahaya kepada penghuni rumah dan terletak di tepi parit monsun. Ada 3 parit berdekatan dibimbangi akan runtuh apabila keadaan dinding konkrit mula terkeluar daripada tanah, justeru itu perlu dielakkan. Difahamkan semasa dibina pada 60-an, 70-an dulu tiada garis panduan yang ditetap disediakan kawasan rizab menyebabkan rumah-rumah dibina berdekatan dengan parit sekiranya berlaku runtuhan yang boleh mendatangkan kecelakaan. Sehubungan ini, saya memohon kepada Kerajaan Negeri untuk menyediakan peruntukan lebih besar kepada JPS supaya melihat semula keadaan sungai-sungai di sini untuk membaiki dinding parit monsun sebelum berlaku kejadian tidak diingini. Untuk itu, Kerajaan Negeri juga tidak harus memotong peruntukan daripada JPS sebagai agensi yang penting dan bertanggungjawab dalam menyelenggara sistem perparitan dan sungai termasuk isu-isu banjir di Pulau Pinang. Pandangan saya isu banjir di Pulau Pinang disebabkan hujan yang lebat ketika ini tidak sama seperti mana puluhan tahun dulu kerana faktor perubahan iklim. Perbandingan ini sama juga seperti mana keadaan jalan raya di Pulau Pinang apabila jumlah kenderaan semakin bertambah menyebabkan keadaan jalan raya perlu dibaiki dan dinaiktaraf. Ini kerana semakin ramai penduduk maka semakin banyak keperluan dan perubahan perlu dilakukan. Maka atas sebab itu perlulah pihak JPS diberikan peruntukan secukupnya.
Terima kasih Batu Lancang.
Satu minit nak habis, one more minit to finish (dengan izin). Thank you. Agar agensi dapat melaksanakan tanggunggjawab dengan baik, jika tidak diperiksa saya bimbang musibah berlaku seperti kejadian bahagian tembok penahan di Lengkok Lebuh Halia, Tanjung Bungah runtuh sehingga menyebabkan sebuah kereta Proton yang sedang diparkir disitu terjunam dalam runtuhan pada 1 Oktober 2021. Ketika kejadian terdapat enam (6) buah kereta diparkir disitu, lima (5) kereta telah dialih oleh pemilik kenderaan manakala sebuah lagi kereta tidak sempat dialihkan. Kawasan itu merupakan tanah rizab JPS dan pihak MBPP telah meminta pihak JPS memperbaiki runtuhan tersebut. Pada 27 April 2021 kejadian tanah menggelongsor telah dilakukan di Jalan Paya Terubong, Air Itam, menyebabkan dua (2) kereta tebing terjunam dalam sungai dengan kejadian-kejadian tanah runtuh yang pernah berlaku ini saya amat berharap pihak JPS boleh mengambil tindakan lebih serius dengan mendapatkan lebih peruntukkan dari Kerajaan Negeri untuk melantik juru perunding memeriksa keadaan semua sungai-sungai lama lebih berusia 50 tahun dan dinding-dinding konkrit agar kukuh dan selamat khususnya yang berdekatan dengan kawasan kediaman. Kita tidak mahu kejadian sama berulang lagi dan ada kemalangan jiwa berlaku.
Terima Kasih Yang Berhormat. Dipersilakan.
Sebelum saya mengakhiri ucapan perbahasan saya sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dalam terlibat dalam sesi ucapan perbahasan pada kali ini. Sekian terima kasih dan saya memohon untuk menyokong.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan yang mulia ini kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai dalam sesi perbahasan atas Ucapan Belanjawan Negeri Pulau Pinang Tahun 2022 oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang. Izinkan saya untuk mengambil kesempatan ini untuk mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat sama ada daripada pihak pembangkang yang memberi pandangan yang bernas sama ada daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang untuk membantu Negeri Pulau Pinang mempercepatkan pencapaian Penang 2030 seperti terma dalam belanjawan tahun ini. Dato' Timbalan Yang di-Pertua, seperti dalam ucapan bajet oleh Y.A.B. Ketua Menteri dimana Kerajaan Negeri akan membangunkan dua (2) taman industri di daerah Seberang Perai Selatan iaitu Taman Perindustrian Batu Kawan 2 (BKIP2) dan Batu Kawan Timur dengan keluasan tapak lebih kurang 1500 ekar. Untuk makluman Dato' Timbalan Yang di-Pertua, kerja-kerja tambun tanah sudahpun bermula di kawasan Byram iaitu di BKIP2 dimana Jawi menyokong sepenuhnya
dalam perancangan ini, kami faham ia akan membawa banyak manfaat kepada Kerajaan Negeri mahupun rakyat tempatan pada masa yang akan datang. Walau bagaimanapun Jawi ingin membawa beberapa perkara penting untuk ambil perhatian dalam Dewan yang mulia ini. Perkara pertama ialah berkaitan dengan perancangan dan infrastruktur asas dan sistem saliran di BKIP2, Byram. Pemajuan melibatkan kawasan yang luas dan utama sistem saliran yang dicadangkan mestilah komprehensif dan berkesan dengan mengambil kira semua aliran permukaan di kawasan sekitar agar tidak terjejas. Kebelakangan ini, Jawi sering mendapat aduan daripada penduduk tempatan mahupun peladang-peladang kelapa sawit yang berhampiran di BKIP2 mereka memberitahu saya bahawa paras air di depan parit tanah kawasan kediaman mahupun ladang-ladang mereka tidak dapat bergerak langsung terutamanya bagi peladang kelapa sawit yang terpaksa mengalami kerugian besar di mana harga kelapa sawit pada masa ini amat tinggi. Untuk makluman Dato' Timbalan Yang di-Pertua, kawasan Byram adalah salah satu kawasan banjir di daerah Seberang Perai Selatan (SPS). Dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri yang lepas telah pun saya bangkitkan perkara ini di mana saya mencadangkan pihak PDC sebagai pemaju projek perlulah membina dua (2) biji pam saliran banjir dari jenis screw pump di PCG Kampung Kebun Baru dan PCG Pulau Burung di mana PDC juga perlu menaiktaraf bekalan kuasa elektrik, power supply, dengan izin bagi operasi PCG Pulau Burung bagi membantu keberkesanan, kecekapan sistem saliran di kawasan tersebut. Projek penaiktarafan ini perlu dilaksanakan serta merta di mana kerja tambun tanah ia berjalan sekarang. Anak syarikat Kerajaan Negeri PDC seharusnya mengambil kira tentang masalah yang dialami oleh penduduk tempatan khasnya dari kawasan Byram seperti Ladang Changkat, Kampung Changkat Baru, Kampung Kebun Baru, Kampung Cina dan juga peladang-peladang kelapa sawit berhampiran di BKIP2. Atas pimpinan Y.A.B. Ketua Menteri, pastinya terdapat langkah-langkah bagi PDC untuk menarik pelabur datang untuk melabur di BKIP2 akan tetapi masalah keadaan di tapak berhampiran harus diatasi dahulu. Lokaliti di kawasan BKIP2 adalah bersebelahan dengan tapak pelupusan sampah Pulau Burung, keadaan di tapak mungkin akan membawa imej yang tidak begitu baik atau pun imej yang buruk kepada pelabur-pelabur apabila terdapat lawatan ke tapak oleh pelabur yang ingin melabur di kawasan BKIP2. Izinkan saya memberi pandangan di dalam Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri harus merancang dengan teliti terutamanya di kawasan bersebelahan tapak pelupusan sampah masalah sedang berlaku adalah seperti berikut :-(i) Bau sampah yang tidak dapat dielakkan; (ii) Aliran trafik seperti lori sampah dan lori treler yang banyak; (iii) Jalan berhadapan tapak pelupusan sampah sering mengalami kerosakan yang teruk; (iv) Nilai dan harga tanah berhampiran akan terjejas dimana pelabur tidak berhasrat untuk membeli. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri dalam Dewan yang mulia ini seharusnya kita perlu menjalankan penjenamaan semula, repackaging image, di tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) perlu menjalankan tanggungjawab untuk membantu operator Pulau Burung tapak pelupusan sampah untuk menanam pokok di sepanjang atau pun di sekeliling kawasan tapak pelupusan sampah. Pokok yang ditanam ini bukan sahaja dapat mengindahkan kawasan, ia juga akan membantu untuk menahan habuk atau bau sampah dari tapak pelupusan sampah. Penglihatan dari luar ke dalam tapak pelupusan sampah juga akan dihalang secara semula jadi. Sediakan payung sebelum hujan, tanaman pokok di sekeliling tapak pelupusan sampah harus dilaksanakan dengan segera.
Saya percaya selepas penjenamaan semula tapak pelupusan sampah Pulau Burung, kerisauan kepada semua pelabur pasti akan dapat dikurangkan. Selain daripada itu di jalan negeri, P162 yang berhadapan antara tapak BKIP2 dengan tapak pelupusan sampah Pulau Burung boleh dirancang hanya diberi laluan keluar masuk sahaja untuk kenderaan yang ke tapak pelupusan sampah dan menjadikan ia sebagai bahagian lorong belakang bagi kilang-kilang yang akan dibina pada masa hadapan di sepanjang kawasan tersebut. Isu tekanan air adalah salah satu masalah yang besar dihadapi bagi keseluruhan Daerah Seberang Perai Selatan termasuk juga di kawasan Dato' Timbalan Yang di-Pertua, Sungai Bakap, apakah usaha yang telah diambil oleh PDC dan PBA supaya dapat memastikan bekalan air tidak terjejas kepada BKIP2. Tidak terlupa juga kepada semua kawasan kediaman di kawasan Jawi dan Sungai Bakap seperti di Taman Seruling Emas. Dato' Timbalan Yang di-Pertua, perkara kedua saya ingin membawa ke Dewan ini adalah berkaitan masalah infrastruktur pengangkutan jalan raya, saya berharap Dato' Timbalan Yang di-Pertua memberikan saya masa tambahan 5 minit disebabkan perkara-perkara yang disentuh adalah berkaitan Bukit Tambun dan juga Sungai Bakap. Sebagai wakil rakyat dan warga di daerah Seberang Perai Selatan, Jawi berasa bangga dimana penaiktarafan yang berterusan disepanjang jalan persekutuan FT001 dari Simpang Empat sehingga ke sempadan Perak. Walau bagaimanapun, ada bukit, ada paya sudah menjadi lumrah kehidupan. Jawi masih menerima banyak aduan daripada orang awam berkaitan isu kesesakan lalu lintas di mana Jawi sendiri juga sering mengalami masalah yang sama. Saya percaya Sungai Bakap dan Bukit Tambun juga tidak terlepas dalam isu ini. Masalah ini berlaku adalah disebabkan reka bentuk jalan di keseluruhan di kawasan SPS masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan. Saya ingin memohon Kerajaan Negeri supaya satu pasukan task force perlu ditubuhkan untuk melihat semula keseluruhan aliran trafik di kawasan SPS khasnya aliran trafik yang menuju ke Simpang Empat dan Batu Kawan Industri Park dan dari Sungai Bakap dan Jawi dan tidak terlupa juga kawasan-kawasan di Tasek, Jalan Tasek, Jalan Valdor dan sering kita menerima aduan daripada penduduk-penduduk di kawasan Jawi, di kawasan Tasek, di kawasan Tambun yang membawa anak-anak mereka semasa pergi ke sekolah, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jit Sin 2 SPS, mereka diberitahu, kami diberitahu bahawa jalan perhubungan antara kedua-dua taman itu masih belum disambung. Saya harap, selepas sidang Dewan ini, saya amat berharap Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) haruslah memastikan jalan tersebut dibina. Saya tidak kisah di mana pihak pemaju antara persaingan atau pun strategy marketing mereka tetapi kemanfaatan kepada rakyat harus diutamakan di mana pekerja yang berasal dari Nibong Tebal dan sempadan Perak terpaksa mengalami kesesakan lalu lintas setiap hari sama ada waktu pekerjaan mahupun pelepasan kerja. Masalah ini tetap akan menjejaskan logistik bagi semua sektor industri. Selain daripada itu saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, adakah apa-apa rancangan oleh Kerajaan Negeri untuk membina sebatang jalan yang berhubung dari jalan FT001, Jalan Persekutuan di depan persimpangan TOL Jawi ke BKIP2, Byram? Walaupun PDC akan membina sebuah jambatan yang menghubungkan BKIP dan BKIP2 pada tahun depan akan tetapi saya percaya ia masih tidak dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di bahagian kawasan perindustrian Valdor terutamanya di jalan perusahaan Valdor dan juga jalan persekutuan FT001 di depan Hijauan Valdor dan di depan JPJ. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri dimana sebatang jalan untuk menyambung antara jalan FT001 di depan persimpangan TOL Jawi perlu dipertimbangkan pada masa yang akan datang, perhubungan jalan ini pasti akan membawa banyak kemudahan dan memanfaatkan kepada semua pelabur di BKIP 2.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, Jawi mengucapkan terima kasih di atas kepimpinan Y.A.B. Ketua Menteri, Ahli Kawasan Padang Kota dengan memperuntukkan RM34.72 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi projek tebatan banjir. Tidak lupa juga kepada YB. Tanjong Bunga merangkap EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan. Untuk makluman Y.A.B. Ketua Menteri kejadian banjir sering terjadi di kawasan Jawi terutamanya berdekatan persimpangan FT001 berdepan pasaraya Econ Save. Banjir di kawasan tersebut disebabkan oleh beberapa faktor diantaranya up stream melibatkan dua (2) negeri iaitu Kedah dan Pulau Pinang di Relau hasil daripada aktiviti kerja-kerja tanah dan pemotongan bukit-bukit yang agresif di kawasan up stream di Negeri Kedah seperti di Relau telah menyebabkan kadar aliran air dengan had kelajuan tinggi di kawasan tersebut berlaku begitu laju dan juga menambahkan isi padu air yang berkapasiti tinggi yang masuk ke dalam Sungai Jejawi
Boleh minta sedikit penjelasan, mencelah sekejap YB. Ahli Kawasan Jawi.
Silakan.
Tadi apa yang telah diperkatakan oleh YB. Ahli Kawasan Jawi saya rasa kalau macam ini adakah Negeri Kedah patut bayar ganti rugi kepada Negeri Pulau Pinang, itu apa yang dia cakap, yang Menteri Besar cakap.
Saya rasa Menteri Besar Kedah perlu mengeluarkan perkataan-perkataan atau ayat-ayat yang tidak masuk akal langsung selalu minta tuntutan daripada Kerajaan Negeri untuk membayar wang kepada Negeri Kedah, di mana dia tidak tahu bahawa Negeri Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia sejak kemerdekaan pada tahun 1957. So, kalau dia hendak tuntut, Jawi pun sama mahu tuntut dari Kedah di mana air daripada Kedah turun Jawi menyebabkan Jawi dan Sungai Bakap banjir. Ini menyebabkan aliran air Sungai Jejawi mengalir dengan isi padu yang besar dan laju ke arah downstream, jumlah aliran sungai berisipadu besar serta laju akan menghentam struktur-struktur jambatan yang sedia ada terutamanya Jambatan Sungai Jejawi di FT001 dan Jambatan Changkat di jalan negeri JKR Changkat. Kedua-dua jambatan tersebut telah pun dinaiktaraf oleh pihak JKR semasa kerja-kerja menaiktaraf laluan jalan FT001 sekitar lingkungan enam (6) tahun ke tujuh (7) tahun yang lepas di mana jambatan sediada dikekalkan pada struktur asal dan dilebarkan mengikut struktur jambatan sedia ada. Saya difahamkan juga pihak JPS Malaysia telah pun menyediakan pelan jangka masa panjang untuk mengatasi masalah banjir dikeseluruhan Daerah Seberang Perai Selatan termasuklah mengatasi masalah banjir di kawasan Jawi dan juga berhampiran sempadan Sungai Bakap iaitu Kampung Setul. Kolam tadahan telah dicadangkan akan dibina diantara kawasan up stream dan down stream bertujuan untuk mengawal kadar aliran isipadu Sungai Jejawi. Izinkan saya mendapatkan sedikit maklumat terkini berkaitan dengan cadangan ini. Adakah projek ini
akan diteruskan atau pun projek ini seharusnya dilaksanakan serta merta di mana dengan adanya kolam tadahan ini isipadu aliran air daripada up stream terlebih dahulu akan memasuki ke dalam kolam tadahan dan akan di alih keluar dengan kawalan aliran isi padu yang rendah yang mana tidak akan memberi impak yang besar terhadap Sungai Jejawi walaupun berlakunya musim monsun dan juga kejadian air pasang dan surut di bahagian down stream. Dato' Timbalan Yang di-Pertua, satu projek menaikkan tebing Sungai Jejawi diluluskan baru-baru ini. Walau bagaimanapun untuk jangka masa panjang kaedah yang saya ingin mencadangkan dalam Dewan yang mulia ini amat berharap dapat dipertimbangkan, ia adalah dengan mendalamkan aras dasar (dengan izin)...invert level sungai dengan kedalaman 1 meter dengan mendirikan satu tahanan struktur di dalam sungai yang bernisbah kecerunan dasar 1:1.5 ke 1:2 bermula dengan jarak di antara 50 meter ke 100 meter daripada jambatan Sungai Jejawi berdekatan dengan pasaraya Econsave. Ini akan menambahkan isipadu sungai yang berada di bawah struktur Jambatan Sungai Jejawi dan Jambatan Jalan Changkat, panjang atau jarak kerja-kerja pedalaman asas aras dasar sungai dianggarkan di dalam lingkungan 1.5 kilometer sehingga ianya bertemu aras dasar sungai sedia ada. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling murah tanpa ada kerja-kerja pengambilan tanah dan menganggu struktur jalan, ianya juga melibatkan kaedah berkos rendah jika dibandingkan dengan kaedah emergency speedway atau pun tunnel. Walau bagaimanapun, kerja-kerja penyelenggaraan diperlukan seperti mendalamkan aras sungai mesti dijalankan bagi memastikan kedalaman yang dicadangkan dapat dikekalkan. Dato' Timbalan Yang di-Pertua, JPS Negeri Pulau Pinang telah menjalankan tugas dengan cemerlang namun kita masih memerlukan peruntukan yang lebih untuk melaksanakan perancangan kajian reka bentuk dan pelaksanaan pembinaan fizikal projek-projek tebatan banjir dan juga pengawalan hakisan pantai sistem saliran sungai dan peralihan monsun oleh yang demikian saya ingin mencadang Kerajaan Negeri perlu memperuntukan lebih banyak lagi bajet pada tahun depan untuk menangani banjir seperti pembelian pam untuk naik taraf sistem rumah pam dan pintu air. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, pembangunan sukan memang diberi tumpuan oleh Kerajaan Negeri, Jawi ucapkan terima kasih kepada Y.A.B. Ketua Menteri, Yang Berhormat Bagan Jermal tidak lupa juga kepada mantan Ketua Menteri, Yang Berhormat Air Putih atas projek pembinaan Nibong Tebal RnR yang merangkumi satu dewan serbaguna dengan 9 gelanggang badminton yang bernilai sebanyak RM7.0 juta sahaja. Di samping itu, Jawi ingin memohon satu trek balapan atau pun jenis konkrit dapat dibinakan di sekeliling padang Jawi supaya orang awam dapat bersenam pada bila-bila masa dalam bajet tahun 2022 sejumlah RM13.47 juta diperuntukkan untuk pembangunan sukan dan kawasan lapang di mana Jawi ingin memohon supaya Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan untuk mendirikan tiang lampu jenis spotlight di padang Taman Berjaya untuk pemain bola sepak khasnya pemain bermain selepas waktu bekerja. Saya rasa Dato' Timbalan Yang di-Pertua Dewan memang setuju dengan semua peminat –peminat bola sepak ini…….(gangguan).
Yang Berhormat Jawi, Padang Jawi atau Padang Taman Berjaya? correction.
Saya memohon Kerajaan Negeri supaya dapat memberi peruntukan untuk membina tiang lampu jenis spotlight di padang Taman Berjaya, okey, terima kasih. Seterusnya….(gangguan)
Dato' Timbalan Yang di-Pertua Dewan bagi masa lebih kepada Jawi….
Jangan ganggu saya, tolong duduk, tolong duduk. Isu perumahan Timbalan Yang di-Pertua Dewan… (gangguan).
Yang Berhormat Bagan Dalam jangan masuk campur dengan hal ini …(gangguan) saya kena bagi masa tambah masa 2 minit sebab dia sebut Sungai Bakap 10 kali dah....
Di dalam KADUN Jawi terdapat dua (2) rancangan perumahan di bawah Pengurusan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang LPNPP antaranya rumah pangsa kos rendah Nibong Tebal sejumlah 50 unit. Rumah Pangsa Jawi 3, 200 unit, Rumah Kos Rendah 1 dan 3 berjenis teres 396 unit. Masalah penyelenggaraan sistem pembentungan tangki najis yang berlaku di Taman Desa Jawi bukanlah masalah yang baru ianya telah berlaku lebih daripada 15 tahun yang lalui sebelum Pakatan Harapan memerintah Kerajaan Negeri lagi. Pelbagai masalah timbul antara Jabatan atau agensi mana yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menguruskan, sepertimana Jawi dimaklumkan bahawa LPNPP, telah melantik IWK untuk membuat penyelenggaraan bagi kesemua 9 loji tersebut secara kontrak basis dua (2) tahun, ini adalah kerana penyalahan tidak dapat dibuat kepada IWK atas sebab tidak mencapai piawaian yang ditetapkan oleh IWK. Dato' Timbalan Yang di-Pertua, Jawi amat memahami masalah yang dihadapi oleh LPNPP atas perkara ini tetapi tempoh yang lama telah diberikan supaya penyelenggaraan sistem pembentungan tangki najis telah diserahkan kepada IWK. Malangnya, sehingga hari ini masih tidak dapat diselesaikan. Walaupun beberapa kali mesyuarat telah diadakan tapi masalah ini masih tidak dapat diselesaikan saya difahamkan rumah pangsa Nibong Tebal juga menghadapi masalah yang sama iaitu di mana masih belum diserahkan pengurusan kepada IWK. Jawi amat berharap Kerajaan Negeri dapat memperuntukkan bajet pada tahun akan datang untuk LPNPP supaya dapat menaikkan taraf sistem pembentungan tangki najis di Taman Desa Jawi, di bawah jagaan LPNPP dengan mengikut piawaian IWK dan serahkan kepada IWK. Dato' Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta dalam Bajet Tahun 2022, ini adalah terbukti sektor memperuntukkan RM50 juta dalam Bajet Tahun 2022 untuk sektor pelancongan. Ini adalah terbukti sektor pelancongan amat penting di negeri Pulau Pinang kami semua memahami sektor pelancongan adalah salah satu sektor yang terjejas sejak tahun bulan Mac 2020. Saya amat menyokong Yang Berhormat Paya Terubong di mana saya ingin mendesak kepada Kerajaan Pusat supaya dapat senaraikan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Pelabuhan Pulau Pinang (Penang Port) dalam senarai laluan lengkap vaksin, vaccinate travel lane (VTL)
Terima kasih Yang Berhormat Jawi, satu minit tambah saja.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan dan Ahli-ahli Yang Berhormat ….(gangguan) dalam ucapan Y.A.B. Ketua Menteri ….(gangguan) pembangunan komuniti amatlah penting untuk melestarikan visi Penang2030 pada Ogos yang lalu Pulau Pinang mengalami cabaran yang serius di mana kes COVID-19 semakin meningkat saya berasa amat syukur di mana kawasan Jawi atas kerjasama daripada komuniti tempatan seperti Badan NGO, Pasukan Bomba Sukarela dan penduduk setempat kami telah menubuhkan satu Pasukan Tindakan Pencegahan COVID-19 ADUN Jawi bersama masyarakat setempat Nibong Tebal di kawasan DUN Jawi pada 31 Ogos 2021. Sejak hari itu sehingga 28 November sejumlah lebih kurang 400 keluarga yang mengalami penyakit COVID-19 telah kami membantu ingin saya mengambil kesempatan dalam Dewan yang mulia untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua anggota pasukan ini dan tidak lupa kepada semua anggota barisan hadapan yang berkhidmat untuk rakyat semasa pandemik....(gangguan).
Terima kasih Jawi.
One more. Saya menyambut baik dan menyokong atas pimpinan Yang Berhormat Padang Lalang dengan berusaha dan mengambil inisiatif untuk cadangan kepada Kerajaan Negeri supaya kerusi tambahan untuk wanita women only additional seat harus diwujudkan pada masa akan datang, saya juga ingin berharap semua parti-parti politik seharusnya menghantar calon-calon semasa pilihan raya sekurang-kurangnya 30 peratus dalam calon-calon tersebut. Sebelum akhir perbahasan, saya sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Y.A.B. Ketua Menteri di mana saya juga ada permintaan berkaitan dengan peruntukan kepada semua ADUN disebabkan benda-benda, barang-barang semakin, cost sudah naik, di mana Pulau Tikus pun kata selepas Melaka dimenang oleh UMNO barang sudah naik sayur pun sudah naik 50 peratus. So, saya minta kalau boleh sekiranya boleh dapatkan peruntukan yang lebih banyak tambahkan peruntukan kepada semua ADUN pada bajet yang akan datang. Sebelum akhir perbahasan sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi sedikit masa untuk saya teruskan dan ingin mengucapakan terima kasih Y.A.B. Ketua Menteri memberi Satu Belanjawan Negeri Bagi Tahun 2022 yang mengguntungkan seluruh rakyat Pulau Pinang dengan ini saya memohon untuk menyokong.
Terima kasih Jawi kerana membawa isu-isu Sungai Bakap juga. Dipersilakan Ahli Kawasan Air Itam.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Salam Sejahtera, Salam Harapan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan – puan yang saya hormati sekalian. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua Dewan kerana memberikan
peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan 2022 di Dewan yang mulia, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Padang Kota telah berjaya membentangkan satu belanjawan yang cukup lengkap dan tepat pada masanya bukan saja dalam memastikan pemulihan ekonomi negeri, pasca COVID-19 dilaksanakan dengan lancar tetapi pada masa yang sama memastikan misi Pulau Pinang2030 masih berada di atas landasan kejayaan yang terjamin. Syabas juga kepada barisan pimpinan Kerajaan Negeri dan penjawat awam yang telah berusaha tanpa mengenal penat lelah pada waktu yang amat mencabar ini demi menjayakan Belanjawan Tahun 2022. Sesungguhnya cadangan bayaran Bantuan Khas Kewangan akhir tahun bersamaan dengan setengah bulan gaji penjawat awam atau minimum RM1,000 adalah satu dasar yang tepat sekali demi menghargai pengorbanan anda semua. Dato' Timbalan Speaker, Untuk perbahasan ini walau pun kita telah berada dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara, dan pelbagai kelonggaran diberikan untuk fasa ini namun jangkitan harian wabak COVID-19 masih mencecah ribu di seluruh negara. Manakala jangkitan negeri masih mencecah ratusan kes baru setiap hari, oleh yang demikian saya akan meringkaskan hujah perbahasan saya setiap isu dan perkara yang dibangitkan adalah isu penting yang melibatkan kebajikan rakyat dan kemakmuran negeri kita. Maka saya berharap Kerajaan Negeri akan meneliti isu yang diketengahkan dan memperhaluskan cadangan yang dikemukakan oleh Air Itam pada hari ini. Dato Speaker, tidak boleh dinafikan bahawa penularan COVID-19 yang melanda gelombong demi gelombong sejak tahun 2020, telah menjejaskan kehidupan rakyat negeri ini terutamanya kepada golongan muda yang terkesan atau, dengan izin...honorable group seperti ibu tunggal, fakir miskin, orang kelainan upaya dan warga emas sebagai satu masyarakat penyayang, (dengan izin)...compassionate society Kerajaan Negeri telah menawarkan beberapa bentuk bantuan kepada mereka syabas diucapkan kepada mereka kepimpinan prihatin Y.A.B. Ketua Menteri Padang Kota. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di KADUN Air Itam ketika pelaksanaan PKP 3.0 dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan, kami telah menyediakan bantuan one off sebanyak RM80 kepada golongan muda terkesan bagi tujuan bill bekalan elektrik. Oleh yang demikian langkah pertama yang saya ingin bangkitkan adalah cadangan satu rebate sekali, (dengan izin)...one off rebate bil bekalan air Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dengan satu jumlah bersesuaian diberikan kepada akaun jenis kediaman dan perniagaan kecil sederhana. Ini sudah tentu sedikit sebanyak meringankan beban kehidupan rakyat Pulau Pinang dalam mengharungi cabaran malapetaka wabak COVID-19. Dato’ Speaker, sektor pelancongan adalah bidang ekonomi yang sangat dekat di hati saya ini kerana kawasan KADUN Air Itam memiliki bukan satu tetapi dua (2) tempat pelancongan yang tersohor iaitu Bukit Bendera dan Kuil Kek Lo Si yang penuh bersejarah pada masa yang sama sebagai ADUN saya juga mengambil langkah yang proaktif untuk menambah tarikan pelancongan di kawasan Air Itam dengan inisiatif seni lukisan dinding atau, (dengan izin)....mural art di sekitar kawasan tumpuan pelancongan berdekatan pasar Air Itam, lukisan dinding yang dihasilkan oleh pelukis tempatan memaparkan budaya makanan, minuman dan cara hidup zaman silam di Air Itam. Pengisytiharaan Bukit Bendera sebagai kawasan rizab biosfera Pulau Pinang oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik Dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNESCO pada 15 September 2021 bakal meletakkan Air Itam sebagai tumpuan pelancongan terkemuka di rantau ini. Namun begitu hakikat sebenar dilapangan adalah perniagaan dan punca pendapatan pengusaha industri pelancongan Air Itam yang terjejas dengan ketara ketika
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan usaha sektor pelancongan menderita bagai pepatah jatuh di timpa tangga. Apabila Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan tentang Tatacara Kegiatan Seragam SOP, (dengan izin)...Standard Operation Procedure yang tidak diperhalusi kesesuaian gunapakai kepada sektor pelancongan. Pada ketika itu SOP yang berubah-ubah dari hari ke hari dengan pelaksanaan dilapangan yang tidak jelas terbuka kepada budi bicara dan pemahaman yang berbeza-beza pegawai pelaksana dengan merumitkan lagi keadaan. Saya berasa dukacita untuk memaklumkan bahawa walaupun Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM1.0 juta melalui Penang Halal International untuk program kerjasama pintar dengan penyediaan platform market place digital commerce yang dilaporkan telah membantu lebih daripada 38 ribu usahawan Pulau Pinang dalam proses pendigitalan perniagaan mereka namun saya tidak nampak bahawa usahawan pelancongan Air Itam atau pun pengusaha kecil di sekitar Air Itam mendapat manfaat daripada program tersebut terutamanya pengusaha warga emas yang sangat memerlukan bantuan dalam usaha pendigitalan perniagaan mereka. Oleh yang demikian, saya berharap Kerajaan Negeri memberi perhatian kepada usahawan daripada kawasan Air Itam bagi memastikan mereka tidak lagi tercicir dari pelaksanaan program MMK Pembangunan Usahawan. Dato’ Speaker, perkara seterusnya yang ingin saya bangkitkan di Dewan yang mulia ini adalah isu lama sejak saya menjadi ADUN Air Itam namun masih belum mendapat perhatian Kerajaan Negeri iaitu isu kesesakkan lalu lintas dan kekurangan kawasan tempat letak kereta di sekitar Bukit Bendera, walaupun kawasan tersebut iaitu Bukit Bendera berada di KADUN Air Putih namun Air Itam dan Air Putih berpisah tiada. Saya ingin mengingatkan kawasan pelancongan Bukit Bendera dan sekitar stesen Kereta Api Bukit Bendera juga merupakan kawasan perumahan yang padat dengan penduduk tempatan dengan kelonggaran merentas negeri fasa 4, lalu lintas atau pun trafik di kawasan tersebut sekarang kembali sesak keadaan bertambah buruk dengan kemudahan tempat letak kereta yang tidak mencukupi untuk pelancong yang datang berkunjung. Penduduk tempatan yang perlu keluar masuk dari kediaman mereka terpaksa berdepan dengan derita kesesakan lalu lintas saban hari, begitu juga dengan pelancong yang ingin berjalan-jalan di Bukit Bendera. Saya berharap Kerajaan Negeri khususnya Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang akan memandang serius isu ini justeru membuat kajian dan perancangan untuk menyediakan isu tempat letak kereta dan lalu lintas kawasan tersebut dan bukan sekadar fokus hanya kepada stesen bawah dan stesen atas Bukit Bendera sahaja. Dato’ Speaker, isu yang keempat adalah berkenaan penempatan pekerja warga asing secara beramai-ramai di kawasan perumahan awam dan swasta di mana pangsapuri dan rumah teres dijadikan asrama pekerja kilang. Umum diketahui bahawa kes jangkitan wabak COVID-19 di tempat kerja terutamanya di kilang pembuatan yang melibatkan pekerja asing merupakan antara punca utama jumlah pesakit COVID-19 kian meningkat secara mendadak di negeri ini pada satu ketika. Tidak dapat dinafikan juga bahawa keresahan masyarakat tempatan terhadap kadar jangkitan yang tinggi di kalangan pekerja asing yang menular ke penduduk tempatan adalah satu kebimbangan berasas yang perlu ditangani, Air Itam percaya banyak rakan sekerja saya di dalam Dewan yang mulia ini di mana kawasan KADUN mempunyai isu yang sama telah menerima banyak aduan dan keluhan berulang daripada penduduk kawasan berkenaan kegiatan penempatan pekerja asing secara beramai-ramai oleh majikan di kawasan perumahan awam dan taman perumahan swasta. Perkara ini telah mencetuskan perasaan cemas dan gelisah (dengan izin)...unrest di kalangan masyarakat terutamanya pada ketika bilangan jangkitan COVID-19 harian yang masih tidak menurun maka saya ingin menarik perhatian Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Perumahan kepada isu ini yang semakin mendesak. Saya ingin membangkitkan beberapa soalan berkenaan masalah ini.
Pertama, apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah asrama pekerja ini? Kedua, apakah tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh pihak berkuasa terhadap majikan atau pun tuan rumah yang menjadikan rumah kediaman sebagai asrama pekerja asing? Ketiga, adakah perundangan yang sedia ada memadai untuk menangani masalah ini atau perlunya satu enakmen baru dirangka supaya kuasa boleh diberi kepada pihak Kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap majikan dan tuan rumah yang tidak bertanggungjawab. Dato’ Speaker, Projek Perumahan Rakyat Rancangan Perumahan Awam jenis Kos Rendah, Sederhana dan Mampu Milik adalah satu dasar yang dirangka untuk mengatasi isu kekurangan rumah mampu milik dan menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada rakyat Pulau Pinang. Oleh yang demikian apabila terdapat pihak yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan kewangan dengan menyewakan rumah tersebut kepada warga asing sama ada secara terus atau secara proksi melalui majikan warga asing untuk dijadikan asrama pekerja ini adalah satu kesalahan yang tidak boleh diambil ringan kerana perbuatan curang tersebut secara tidak langsung telah menafikan hak asas rakyat Pulau Pinang untuk menikmati tempat berteduh yang selesa.
Maka Air Itam dengan ini ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang yang baru ditubuhkan supaya menjalankan satu kajian dan audit yang teliti bagi mengenalpasti unit-unit perumahan awam kos rendah dan sederhana yang telah disalah gunakan sebagai rumah sewa pekerja asing dan pada masa yang sama juga memastikan setiap rumah yang ditawarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri benar-benar dimanfaatkan oleh rakyat yang memerlukan dan bukan dijadikan sebagai pelaburan hartanah kepada golongan kayangan dan borgeois. Saya juga mencadangkan supaya Jabatan Imigresen Negeri turut mengambil bahagian bagi menangani isu penyewa rumah kepada Pekerja Asing Tanpa Izin iaitu (PATI). Isu kelima adalah berkenaan pendidikan, susulan pengumuman Kementerian Pendidikan untuk membuka semula sesi persekolahan bagi melaksanakan pembelajaran dan pengajaran bersemuka secara berperingkat, Air Itam ingin mengingatkan pihak Kementerian dan Jabatan Pendidikan supaya memberi perhatian kepada aliran lalu lintas di kawasan sekolah dan pergerakan pelajar di sekolah supaya semua kegiatan boleh berjalan dengan lancar dan tersusun. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri juga perlu memastikan semua kakitangan sekolah divaksinasikan penuh. Dato’ Speaker, Air Itam sangat mengambil berat tentang kebajikan pelajar dan anak-anak murid di kawasan saya kerana mereka merupakan harapan masa depan negeri ini. Sebagai wakil rakyat yang prihatin, saya sentiasa bersedia membantu ibu bapa dan pelajar yang memerlukan bantuan terutamanya kepada mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Oleh yang demikian, Air Itam berharap pihak Jabatan Pendidikan Negeri tidak melarang atau menyekat pihak pengurusan sekolah dari bekerjasama bukan sahaja dengan saya tetapi juga dengan wakil rakyat Pakatan Harapan yang lain untuk menghulurkan bantuan kepada pelajar yang memerlukan di sekolah. Sebagai wakil rakyat tempatan, kami juga bertanggungjawab terhadap kebajikan masyarakat tempatan apatah lagi kepada anak-anak muda dan pelajar yang daif dan memerlukannya. Seandainya Jabatan Pendidikan Negeri ikhlas mendukung gagasan “Keluarga Malaysia” maka janganlah menghalang kami dari membantu keluarga Malaysia yang juga berada di sekolah rendah, menengah, sekolah agama rakyat dan Institusi Pendidikan Awam yang lain. Dato’ Speaker, boleh dikatakan bahawa pandemik COVID-19 telah membawa kesan terhadap setiap aspek kehidupan kita. Tidak dapat dinafikan juga bahawa kesihatan mental dan fizikal rakyat Pulau Pinang juga turut terkesan akibat penularan wabak ini. Oleh yang demikian,
Kerajaan Negeri tidak boleh terlepas pandang aspek kesihatan mental rakyat. Kejadian bunuh diri umpamanya, keganasan rumah tangga, warga emas terabai, penderaan kanak-kanak dan trauma kehilangan ahli keluarga akibat kematian dari COVID-19 semakin berleluasa dan adalah antara petanda jelas bahawa kesihatan mental masyarakat kian merosot. Maka bagi perkara keenam, Air Itam mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya merangka program bagi mengenalpasti dan mencegah gejala sebegini. Program seperti sesi kaunseling dan bantuan atau sokongan psikologi yang sewajarnya boleh dilaksanakan dan diperluaskan melalui PG Care Alliance. EXCO berkenaan perlu lebih terkehadapan dalam menangani cabaran norma baharu. Program kesihatan mental boleh dilaksanakan bersama dengan penglibatan wakil rakyat tempatan. Kerjasama dalam program agihan bantuan kesihatan, program vaksinasi, saringan COVID-19 dan khidmat nasihat kesihatan boleh dipertingkatkan antara pihak KKM dan wakil rakyat tempatan. Dato’ Speaker, Air Itam menyambut baik pembentangan Yang Amat Berhormat Padang Kota untuk mewujudkan suatu Daerah Digital Kreatif yang akan menjadikan pemangkin terhadap perkembangan ekonomi, keusahawanan, pemindahan teknologi serta peluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Dalam hal ini, saya mencadangkan supaya Digital Penang, Think City dan Penang Institute mengenalpasti Air Itam sebagai lokasi untuk melaksanakan dasar tersebut. Jentera akar umbi di Air Itam seperti MPKK, Pusat Khidmat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan yang berkenaan bersedia dan mengalu-alukan kerjasama dengan badan pelaksana inisiatif CD Square. Untuk makluman sekalian, Air Itam mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, oleh kerana itu Air Itam mempunyai bilangan belia celik IT yang ramai dan berbakat, dengan ini inisiatif Daerah Digital Kreatif adalah sangat sesuai untuk kawasan Air Itam. Dato’ Speaker, ada pepatah dahulu kala yang berbunyi ‘Tangan Yang Menghayun Buaian Mampu Menggoncang Dunia’. Pepatah tersebut bertambah relevan terutamanya pada zaman sekarang apabila berbicara tentang hak wanita, perwakilan wanita di peringkat penentu dasar dan keterangkuman gender. Cadangan kertas putih (dengan izin)...Top-up Women Only Additional Seats (TWOAS) adalah satu langkah yang tepat. Merujuk kepada ucapan libat urus TWOAS yang lalu, cadangan untuk meningkatkan perwakilan wanita di peringkat Dewan Undangan Negeri dengan menambahkan ADUN wanita dilantik apabila peratusan wanita yang menang dalam pilihan raya kurang daripada 30 peratus adalah satu penterjemahan jitu kesaksamaan dan keadilan untuk srikandi negeri ini. Akan tetapi, izinkan saya untuk memurnikan lagi kertas putih ini. Air Itam ingin mencadangkan supaya pelantikan ADUN wanita ini memberi keutamaan kepada anak kelahiran Pulau Pinang, golongan wanita teknokrat, wanita yang merupakan pakar bidang-bidang khusus dan tokoh masyarakat tempatan. Ini supaya mereka yang dilantik benar-benar boleh memainkan peranan yang mantap di dewan yang mulia ini. Air Itam juga berharap TWOAS tidak menjadi talian hayat untuk calon wanita pilihan raya, tidak kira dari mana-mana parti politik untuk memasuki Dewan yang mulia ini jika mereka tewas di kawasan yang ditanding mereka. Pada pendapat saya, mana-mana calon yang tewas pada pilihan raya tersebut perlu menerima dengan hati yang terbuka dan memilih jalan yang lebih terhormat dan bermaruah demi mencerminkan semangat demokratik yang jitu dan menghormati keputusan keramat pengundi sekaligus memastikan TWOAS tidak terpesong dari matlamat sebenar dan digunakan untuk terus berakar di sini atas alasan keterangkuman gender. Seandainya TWOAS dipergunakan untuk melantik calon yang telah kalah dalam pilihan raya pada penggal yang sama, ia seolah-olah membelakangi keputusan rakyat yang telah disuarakan melalui peti undi. Saya bersetuju bahawa TWOAS adalah satu langkah yang berani untuk membawa perubahan yang pantas namun kita juga perlu berjaga-jaga dan mengambil pendirian yang cermat supaya dasar ini tidak menjadi titik permulaan di mana demokrasi mula terhakis.
Yang Berhormat satu minit lagi.
Boleh Dato’ Speaker, saya menyambut baik bahawa dalam Belanjawan Negeri Tahun 2022, Kerajaan Negeri bakal menyediakan peruntukan berjumlah RM3,494,000 kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang untuk Pembangunan Industri Ternakan Dan Pembangunan Industri Nilai Tinggi. Isu utama pada masa ini adalah kenaikan harga barang harian yang meningkat secara mendadak. Walau bagaimanapun, terdapat unsur yang di luar kawalan domestik seperti kenaikan harga makanan, ternakan unggas dan ruminan yang mendadak. Namun terdapat unsur yang boleh dikawal di peringkat tempatan seperti kos kaedah penternakan dan kos pengeluaran di pusat penyembelihan. Saya berharap pihak jabatan akan memanfaatkan peruntukan tersebut untuk menjalankan kajian dan merangka kaedah baru yang lebih cekap dan menjimatkan kos penghasilan supaya punca protein asas telur seperti telur dan daging ayam tidak melambung tinggi sehingga membebankan pengguna.
Untuk isu terakhir Dato’ Speaker, menyentuh tentang pembangunan belia dan sukan di Air Itam, saya ingin merakamkan penghargaan kepada EXCO Belia dan Sukan kerana telah menyokong dan meluluskan pembinaan gelanggang sepak takraw di atas Padang Suria di Kampung Melayu. Saya berasa sangat bangga kerana gelanggang yang bakal siap pembinaan dapat dimanfaatkan oleh belia tempatan untuk terus mengembangkan sukan tradisional kita. Air Itam berharap dengan adanya kemudahan riadah yang sihat ini, ia akan mengembangkan bakat olahragawan sepak takraw tempatan. Saya ingin berkongsi sedikit sejarah yang mana Kampung Melayu, Air Itam pernah melahirkan pemain hebat sepak takraw juga. Saya berharap selepas siap pembinaan gelanggang sepak takraw terbuka dalam tahun ini, EXCO Belia dan Sukan, Yang Berhormat Bagan Jermal dapat meluluskan satu lagi permohonan Air Itam agar gelanggang sepak takraw terbuka Padang Suria di Kampung Melayu ini menjadi gelanggang berbumbung pada tahun 2022. Air Itam percaya peruntukan yang berjumlah RM13.471 juta untuk Pembangunan Sukan dan Kawasan Tanah Lapang di bawah Belanjawan 2022 dapat diagihkan sebahagian bagi tujuan naik taraf tersebut.
Dato’ Speaker, Air Itam dengan rendah hati berharap cadangan yang telah dikemukakan dapat diketengahkan dan diperhalusi demi kesejahteraan bersama. Marilah kita bersama-sama menggalas tanggungjawab ini demi kelangsungan hidup rakyat dan kemakmuran negeri Pulau Pinang. Izinkan saya mengakhiri perbahasan saya dengan serangkap pantun yang disediakan. Negeri Pusaka Tanah Air Kita, Dilanda Wabak Rakyat Menderita, Barisan Hadapan Bertarung Nyawa, Demi Menyelamat Kita Semua.
Kami Terpelihara Kerana Pengorbanan, Barisan Hadapan Yang Tiada Tandingan, Membantu Rakyat Tanpa Batasan, Baktimu Dikenang Sepanjang Zaman.
Saya dengan ini menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2022. Terima kasih Yang di-Pertua Timbalan Speaker.
Terima kasih Air Itam. Dipersilakan Komtar.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat…..(gangguan)
Masa 20 minit ya.
Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan 2022 Negeri Pulau Pinang di dalam Dewan yang mulia ini. Pertama kali, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada frontliner yang bertungkus lumus untuk mengawal jangkitan wabak COVID-19 serta memastikan keselamatan awam rakyat Pulau Pinang. Penghargaan juga turut diberikan kepada usaha Kerajaan Negeri yang berusaha untuk mendapatkan agihan vaksin bagi mencapai 101.2 peratus lengkap divaksinasi terhadap populasi dewasa. Ini telah membuktikan satu kejayaan kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Persekutuan. Saya amat bersyukur bahawa status Negeri Pulau Pinang yang telah beralih ke fasa empat (4) pada awal bulan ini dan saya memerhati bahawa sudah ada ramai pelancong yang mulai untuk kembali ke Pulau Pinang terutamanya di kawasan Warisan UNESCO kita. Akan tetapi kita masih perlu berwaspada dengan situasi wabak COVID dan mengambil tindakan secepat mungkin sekiranya kluster yang baru dijumpai agar risiko penyebaran dikurangkan. Malah di kawasan saya, baru-baru sahaja muncul satu kluster COVID yang baru iaitu di Tapak Penjaja Sementara New Lane yang terkenal dengan makanan tempatan dan merupakan satu hotspot untuk pelancong. Mujurnya dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, mereka telah mengambil tindakan untuk menutup tempat itu supaya wabak COVID tidak lagi merebak. Saya berharap agar semua pihak bukan sahaja penjaja malah pengunjung dapat bekerjasama dan melaporkan kepada KKM dengan segera jika menyedari diri sendiri atau ahli keluarga terdekat mempunyai symptom COVID-19. Kita semua perlu memainkan peranan masing-masing untuk memastikan wabak ini tidak terus berleluasa. Kita semua boleh lihat melalui statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan bahawa terdapat peningkatan kes positif COVID-19 sejak hari beberapa yang lepas iaitu dari 4,854 kes baru pada 21 November terus meningkat ke 6,144 kes baru pada 25 November. Ini menunjukkan bahawa situasi masih belum stabil dan COVID-19 masih berada di kiri kanan kita. Jikalau kita tidak patuhi SOP maka wabak COVID akan merebak.
Dato’ Yang di-Pertua, tahniah saya ucapkan kepada Ketua Menteri yang telah berjaya membentangkan Belanjawan Negeri Pulau Pinang Tahun 2022 yang bertemakan “Mempercepat Pencapaian Penang2030”. Ini bukan sahaja hasrat Kerajaan Negeri malah juga merupakan hasrat warga negeri Pulau Pinang untuk memulihkan sektor ekonomi pasca pandemik COVID-19. Walaupun Bajet 2022 yang dibentangkan juga defisit tetapi dalam waktu pandemik ini
Kerajaan Negeri perlu memperuntukkan lebih dana untuk membantu rakyat Pulau Pinang bangkit semula. Perbelanjaan mengurus berjumlah RM935.22 juta yang merangkumi perbelanjaan bagi emolumen berjumlah RM184 juta dan perkhidmatan dan bekalan berjumlah RM192.92 juta yang merupakan komponen besar. Oleh itu, saya setuju dengan cadangan Kerajaan Negeri yang telah mengambil langkah untuk mengawal dua (2) perbelanjaan ini. Kerajaan Negeri juga perlu giat mencari sumber pandapatan baru untuk menampung perbelanjaan yang kian bertambah.
Satu cadangan yang sering saya bangkitkan adalah berunding dengan Persekutuan supaya boleh memulangkan sepuluh peratus (10%) cukai dibayar oleh syarikat dan rakyat Pulau Pinang. Pagi ini Yang Berhormat Ketua Pembangkang pun ada sebut tentang perkara inilah tentang bagaimana untuk dapatkan hasil untuk Kerajaan Negeri supaya dan tidak meningkatkan cukai. Pengkalan Kota pun tanya macam mana untuk buatlah ada magic ka. Magic dia senang saja, sekarang Perdana Menteri ada daripada UMNO so mungkin pihak pembangkang di sana mungkin untuk membantulah…..(gangguan) telefon saja untuk membantu rakyat Pulau Pinang memberi peruntukan yang lebih banyak.
Dato’ Yang di-Pertua, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) perlu memainkan peranannya sebagai agensi pembangunan sosial ekonomi utama negeri dengan sepenuh kemampuannya sebagai menyahut cabaran membantu Kerajaan Negeri menangani pandemik COVID-19. Dengan kecekapan pengurusan, PDC telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM150.4 juta pada tahun 2020. Keuntungan ini patut diguna balik untuk membantu rakyat Pulau Pinang. Bangunan KOMTAR boleh dikira sebagai anak kepada PDC. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PDC kerana selama ini PDC tidak melepaskan tangan malah sentiasa memberi peruntukan untuk membantu Perbadanan Pengurusan KOMTAR membiayai projek-projek naik taraf. Tetapi satu cadangan yang saya asyik bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini adalah unit-unit kosong yang tidak disewakan sekian lama di KOMTAR. Saya ingin menawarkan diri saya sendiri untuk mengetuai satu task force bagi menangani isu ini. Saya cadang PDC untuk menawarkan zero rental bagi menjayakan cadangan ini.
Dalam pembentangan Belanjawan 2022 oleh Ketua Menteri, ada menyatakan bahawa Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu task force dengan pihak Digital National Berhad dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk pelaksanaan projek 5G di Negeri Pulau Pinang pada awal tahun 2022. Dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin mencadangkan bahawa bangunan KOMTAR boleh dijadikan sebagai projek perintis 5G. Dato’ Yang di-Pertua, ramai di kalangan kami salah faham dengan keputusan Lembaga Rayuan di bawah Jabatan Alam Sekitar yang telah bersidang pada 6 hingga 8 September 2021 dan memutuskan bahawa laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi projek Penang South Reclamation yang telah diluluskan pada 25 Jun 2019 oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam diketepikan adalah disebabkan oleh masalah alam sekitar. Sebenarnya bukan, keputusan ini dibuat atas masalah teknikal jadi kelulusan tersebut telah diberi sebelum Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 diwartakan dan berkuatkuasa. Saya percaya keputusan Lembaga Rayuan ini bukan sahaja memberi kesan kepada Penang malah juga negeri-negeri lain. Saya berharap EXCO boleh menerang lebih jelas semasa sesi penggulungan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan pendirian saya dalam Dewan yang mulia ini, saya tetap menyokong projek Tambakan Pulau Pinang Selatan demi pembangunan yang mampan. Dato’ Yang di-Pertua, Negeri Pulau Pinang selalunya dibuli oleh Menteri Besar Kedah dalam isu air mentah, mengepam air mentah dari Sungai Muda. MB Kedah ugut jikalau Kerajaan Negeri enggan membayar pampasan caj bekalan air, beliau akan minta orangnya untuk menyekat air sungai dan mengalir sungai itu ke tempat lain dan Pulau Pinang hanya boleh mengepam air selut dari Sungai Muda. Pendirian Negeri Pulau Pinang amatlah jelas,
kita tidak akan bayar kepada Negeri Kedah dan masalah ini patutlah dibincang di peringkat Persekutuan iaitu di Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). Selain itu, saya juga menggesa Kerajaan Persekutuan perlu melaksanakan Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS) secepat mungkin. Semasa menunggu projek SPRWTS, PBA boleh mengkaji untuk menjalankan Pilot Project Wastewater Recycling setelah air buangan kilang diproses, ditapis dan dirawat semula menjadi air bersih yang boleh diguna balik oleh kilang. Penggunaan air di kawasan kilang adalah agak tinggi berbanding dengan kediaman. Maka dengan kaedah ini, the pressure of needing raw water from Sungai Muda for treatment will be reduced. Saya berpendapat ini adalah satu penyelesaian jangka pendek sementara untuk menunggu SPRWTS dilaksanakan.
Dato’ Yang di-Pertua, Malaysia dijangka untuk mencapai status negara tua atau aging nation menjelang tahun 2030 dan dijangkakan sebanyak 15.30 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negara adalah berusia 60 tahun dan ke atas. Ini adalah berdasarkan unjuran data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia. Oleh itu, adalah penting bagi warga emas untuk terus kekal aktif dan produktif seiring dengan peningkatan usia mereka. Seramai 3.6 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) direkodkan mempunyai simpanan kurang daripada RM1,000. Manakala 6.1 juta lagi kurang daripada RM10,000. Ini adalah satu statistik yang agak membimbangkan kita. Ini menunjukkan lebih warga emas tidak mampu untuk menampung sara hidup harian mereka. Maka adalah penting bagi kerajaan untuk mewujudkan polisi untuk menjaga kebajikan golongan ini. Jikalau tidak, ianya akan menjadi satu masalah sosial yang sukar untuk dikendali. Antara solusi adalah mendirikan lebih banyak pusat jagaan warga emas, menggubal undang-undang supaya anak perlu menjalankan tanggungjawab mereka untuk menjaga ibu bapa yang sudah tua dan bukan melepaskan tanggungjawab ini kepada kerajaan. Saya mengalu-alukan hasrat Kerajaan Negeri untuk menubuhkan pusat Penang2030 di setiap KADUN sebagai shared space untuk menjalankan aktiviti. Sememangnya untuk menjayakan visi Penang2030 penglibatan komuniti adalah sangat penting. Dato' Yang Di-Pertua, Hino Motors Sales Malaysia Sdn Bhd dan Rapid Bus Sdn. Bhd. Rapid Bas telah menjalankan percubaan projek iaitu projek penggunaan sewa meter bas mini dengan 10 tempat duduk dan 21 tempat berdiri di Pulau Pinang mulai bulan lepas. Bas mini adalah lebih sesuai untuk di kawasan George Town kerana jalan yang sempit. Ianya juga dapat menyelesaikan masalah ruang parkir yang terhad. Bas mini juga sesuai untuk laluan yang kurang sambutan untuk menurunkan kos operasi. Saya percaya inisiatif ini amat bermanfaat kepada warga Pulau Pinang serta akan memberi impak yang baik terhadap sektor pelancongan tempatan kita. Walau bagaimanapun saya mendapat maklum balas daripada kawan-kawan saya yang pernah menggunakan perkhidmatan bas mini ini dan mereka memaklumkan bahawa ruang dalam bas mini jenis Hino ini agak sempit dan kurang selesa semasa digunakan dan saya dapat info mengatakan kos petrol bukan banyak jimat banyak berbanding dengan jenis bas 10 dan 12 meter. Di sini saya ingin memberi contoh kepada Yang Berhormat sekalian, mungkin Syarikat Rapid Penang boleh mengambil gambaran dari negara bukan negara, dari Hong Kong yang mana bas mini mereka hanya menyediakan 16 hingga 19 kerusi untuk satu bas sahaja sekaligus tidak membenarkan orang awam untuk berdiri. Jika kita lihat langkah ini akan dapat memberi lebih keselesaan kepada pengguna dan juga dapat mematuhi keperluan SOP kini tambah pula kita masih dalam pandemik COVID-19. Saya masih ingat semasa mantan Menteri Kewangan Yang Berhormat Lim Guan Eng, semasa membentangkan Belanjawan 2020 Kerajaan Persekutuan berhasrat menyediakan sehingga 500 buah bas elektrik e-bus pelbagai saiz dengan kos RM450 juta untuk pengangkutan di bandar terpilih seluruh negara. Saya berharap Kerajaan Negeri boleh berbincang dengan Kerajaan Persekutuan supaya Pulau Pinang boleh diperuntukkan 100 buah e-bus mini untuk memberi
perkhidmatan di Negeri Pulau Pinang. Ini adalah selari atau selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk menambah baik pengangkutan awam serta mewujudkan bandar bersih dan hijau.
Dato' Yang Di-Pertua, sejak 16 Julai 2001, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama-sama badan-badan bukan kerajaan (NGO), para pemain industri utama serta golongan profesional di Negeri Pulau Pinang telah berkolaborasi, membentuk PG Care Alliance atau gabungan PG Care bertujuan memberi sokongan dan bantuan kepada masyarakat yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Setakat ini sebanyak 28 pertubuhan telah bergabung di bawah platform PG Care Alliance. Melalui help line yang disediakan kami telah mendengar dan membantu seramai 4,445 orang dari segi kesihatan mental.
Selain itu 40 perundingan secara maya (virtual consultation) telah diadakan 660 pek makanan telah diberi, 197 peralatan perubatan telah dipinjam dan 95 pekerjaan telah disyorkan kepada mereka yang menganggur. Statistik ini tidak termasuk bantuan-bantuan lain yang banyak lagi diberikan oleh Kerajaan Negeri, pejabat wakil rakyat, pejabat NGO dan individu yang turut beri bantuan pada masa yang sukar ini. Sebagai Timbalan Pengerusi kepada gabungan PG Care, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Puyu adan AJK PG Care Alliance dan sukarelawan-sukarelawan yang tampil ke hadapan untuk membantu. Saya juga berharap agar inisiatif yang bermanfaat kepada masyarakat ini dapat diteruskan lagi selepas pandemik untuk menangani masalah sosial serta membantu golongan yang kurang berkemampuan.
Dato' Yang Di-Pertua, saya sering menerima aduan mengenai masalah burung perosak terutamanya burung gagak di sekitar kawasan KOMTAR dan juga kawasan sekeliling George Town. Isu ini saya pernah bangkitkan pada sidang DUN yang lepas dan setelah saya membangkitkan isu ini pihak Majlis Bandaraya memang sudah mengambil tindakan untuk menghalau burung-burung perosak tersebut. Masalah burung gagak berjaya dikurangkan untuk seketika tetapi malangnya mereka sering kembali ke tapak yang sama. Antara kawasan yang terjejas termasuklah di Jalan Macalister. Peniaga di sekitar sentiasa mengadu kepada saya dan hantar mesej, hantar video minta supaya masalah ini dapat diselesaikan. Semalam pengusaha restoran di sana hantar satu video klip, dia kata kereta customer dia kena, sini sana dan pekerjanya perlu tolong cuci sebelum customer itu balik ke rumah. Masalah burung gagak tidak terhad di kawasan KOMTAR sahaja malah ianya mendatangkan gangguan di seluruh kawasan George Town. Burung-burung ini bukan sahaja bising dan mengganggu orang ramai tetapi ianya juga meninggalkan tahi burung di merata tempat serta menjejaskan kesihatan penghuni setempat. Kita juga tidak mahu untuk terkena tahi burung semasa kita keluar berjalan-jalan dan najis burung akan menjejaskan imej negeri kita. Justeru saya berharap agar pihak majlis boleh mengkaji cara untuk menyelesaikan masalah burung ini secara jangka panjang seperti mengawal populasi burung-burung dengan memasang perangkap burung, merobohkan sarang burung, menembak burung gagak mencantas dahan pokok lebih kerap dan memastikan kawasan sekitar sentiasa bersih.
Dato’ Yang Di-Pertua, penaiktarafan Jejantas Octopus adalah satu CSR Project oleh Syarikat IGB Corporation Berhad dengan kos RM6.0 juta...(gangguan).
Yang berhormat, satu minit lagi.
Selepas kerja naik taraf pada tahun 2018, kami telah mendapati bahawa pengguna yang menggunakan jejantas tersebut semakin bertambah, bagi memudahkan mereka merentasi Jalan Penang, Jalan Burma dan Jalan Dr. Lim Chwee Leong. Saya berasa kecewa terhadap perbuatan vandalisme ke atas fasiliti jejantas khasnya lif dan escalator. Ini telah menyusahkan pengguna jejantas, pejabat saya sentiasa menerima aduan lif dan eskalator tidak berfungsi. Selepas aduan dilaporkan tindakan pembaikan biasanya mengambil masa yang agak panjang untuk baiki. Saya berpendapat bahawa MBPP perlu cari satu penyelesaian supaya vandalisme boleh dielakkan. Kebersihan jejantas juga perlu dipertingkatkan lagi, masalah pengemis dan gelendangan di atas jejantas diharapkan boleh diambil perhatian oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. MBPP dan polis perlu buat rondaan secara kerap di kawasan ini. Di samping itu, saya juga ingin mencadangkan agar kita boleh memberi peluang kepada warga negeri untuk membuka kiosk perniagaan di atas jejantas yang mana ruang jejantas adalah cukup luas dan memenuhi kriteria yang dikehendaki. Dengan ini saya harap MBPP dapat membuat kajian dan mempertimbangkan cadangan yang sudah banyak kali saya bangkit di DUN ini. Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua, dengan ini saya menyokong.
Terima kasih KOMTAR. Dipersilakan Sungai Pinang.
Terima kasih kepada Dato' Yang Di-Pertua, Salam Sejahtera dan Salam Harapan kepada Dato' Yang Di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan berada dalam Dewan yang mulia ini. Pertama sekali saya ingin memanjangkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Timbalan Speaker di atas peluang yang telah diberikan kepada saya untuk berbahas Rang Undang-Undang Perbekalan Dan Usul Anggaran Pembangunan 2022 yang bertemakan “Mempercepat Pencapaian Penang2030” di dalam Dewan yang mulia ini. Dato’ Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan syabas kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow selaku Ketua Menteri di atas pendekatan yang telah diambil oleh kerajaan negeri bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir dalam setiap inisiatif dan bantuan yang dihulurkan kepada penduduk negeri ini sepanjang musim penularan COVID-19.
Bantuan ini juga telah banyak membantu mengurangkan beban penduduk termasuk dari segi bantuan kebajikan demi kesejahteraan warga Pulau Pinang. Oleh itu sebagai wakil rakyat di Dewan yang mulia ini saya menyambut baik belanjawan yang telah dibentangkan oleh Ketua Menteri bagi tahun hadapan.
Dato’ Yang Di-Pertua, isu taska, tadika dan pusat jagaan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Datok Keramat, Yang Berhormat Sungai Puyu, Yang Berhormat Padang Lalang dan Ahli-ahli Majlis MBPP dan MPSP atas usaha kolektif semua pihak bagi memastikan pengusaha-pengusaha taska, tadika dan pusat jagaan mendapatkan lesen perakuan pendaftaran mereka dengan lebih mudah di bawah garis panduan yang baharu melalui Sistem e-Lesen. Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah membuktikan bahawa keprihatinan mereka terhadap pengusaha-pengusaha ini sememangnya benar apabila mereka telah komited untuk memberi pelbagai pengecualian kepada golongan pengusaha taska, tadika dan pusat jagaan. Pada masa yang sama memberikan lebih banyak taska, tadika dan pusat jagaan mampu milik
diwujudkan di negeri ini. Syabas saya ucapkan atas usaha murni Kerajaan Negeri ke atas taska, tadika dan pusat jagaan di Pulau Pinang. Usaha ini akan memberi impak positif kepada banyak pihak yang terlibat dan merupakan suatu usaha win-win kepada mahupun pengusaha atau pun ibu bapa dan kanak-kanak. Ia juga dapat menggalakkan wanita terutama yang telah berkeluarga bekerja dan menyumbang tenaga serta kemahirannya secara produktif dalam usaha meningkatkan ekonomi negara. Oleh itu, saya ingin menyeru dan merayu kepada pengusaha-pengusaha taska, tadika dan pusat jagaan untuk tidak berlengah lagi. Kerajaan telah memberi kemudahan yang begitu banyak dengan pelbagai jenis pengecualian kepada golongan pengusaha serta dengan adanya Sistem e-Lesen ini mereka juga boleh membuat permohonan secara atas talian iaitu dengan lebih mudah. Pastikan taska, tadika dan pusat jagaan anda didaftar dan berlesen.
Saya ingin sentuh tentang pusat jagaan ibu selepas bersalin. Dato’ Yang di-Pertua, sebagai wanita dan sebagai seorang wakil rakyat saya berasa isu pusat jagaan ibu selepas bersalin, (dengan izin)...confinement centre juga merupakan suatu perkara penting yang harus dibangkitkan di Dewan ini kerana selama ini kita masih menghadapi pelbagai cabaran bagi memastikan pusat jagaan ibu selepas bersalin ini dapat ditubuhkan dengan aspek keselamatan dan berpandukan garis panduan yang sesuai. Keadaan kehidupan buat masa kini telah membuatkan ramai golongan masyarakat mengalami perubahan ketara selaras dengan peredaran masa dan keperluan masyarakat.
Perubahan ini juga terkesan dalam keperluan kekeluargaan dan kepentingan keluarga ini telah dititikberatkan dalam Visi Penang2030 iaitu Negeri Pintar Dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara. Jikalau dahulu ibu selepas bersalin boleh bergantung kepada ibu kepada ibu mertua atau pun orang di kampung. Tempoh ini amat penting untuk ibu selepas bersalin untuk berehat badan serta menyesuaikan diri bagi menyusu bayi yang baru lahir. Namun demikian, persoalan yang kini telah timbul terutamanya di bandar apabila ibu atau ibu mertuanya tinggal berjauhan atau pun tidak biasa jaga ibu berpantang, penjagaan alternatif perlu dicari untuk memenuhi keperluan ini. Dalam hal ini, pusat jagaan ibu selepas bersalin telah didirikan oleh pengusaha. Walaupun begitu, tidak terdapat garis panduan pendaftaran di MBPP sementara di MBSP pula mengguna pakai garis panduan ringkas. Dato’ Yang di-Pertua, penyediaan pusat jagaan ini tidak boleh diambil dengan ringan. Perkara ini telah dibangkitkan pada Mesyuarat Jawatankuasa MMK Pembangunan Sosial pada 14 haribulan September yang lalu di mana YB. Padang Lalang telah melihat perkara ini dengan begitu serius dan penuh perhatian. Justerunya, melantik saya untuk mempengerusikan Jawatankuasa Petugas Mendraf Garis Panduan Pusat Jagaan Ibu Selepas Bersalin. Jawatankuasa tersebut juga terdiri daripada Yang Berhormat Berapit, Yang Berhormat Bukit Tambun, Ketua Pegawai Eksekutif PWDC serta Ahli Majlis Puan Soo Siang dan Puan Heng Yeh Shiuan. Sebanyak sembilan (9) mesyuarat berasingan telah diadakan bersama kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan dengan pengusaha-pengusaha dengan agensi kerajaan dan AJK Jawatankuasa Petugas. Garis panduan pusat jagaan ibu selepas bersalin sudah siap dan saya berharap Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengambil tindakan selanjutnya untuk menggunapakai garis panduan tersebut yang telah diselaraskan demi memastikan ibu-ibu mendapat perkhidmatan yang sewajar daripada pusat-pusat jagaan yang berdaftar. Jawatankuasa ini juga telah berjumpa dengan Yang Berhormat Datok Keramat bagi membincangkan mengenai draf garis panduan ibu selepas bersalin yang telah siap disediakan. Yang Berhormat Datok Keramat juga berpendapat bahawa garis panduan ini adalah suatu keperluan bagi menjamin keselamatan ibu dan anak-anaknya pada masa yang sama dapat memudah-carakan proses permohonan lesen bagi pengusaha tersebut. Maka kita berharaplah garis panduan pusat jagaan ibu selepas bersalin akan dapat dikuatkuasakan secepat mungkin.
Dato’ Yang di-Pertua, tentang dasar keluarga selamat. Saya berasa bangga dan terharu dengan semua pihak yang telah bekerjasama dengan menjadikan dasar keluarga selamat ini sebagai langkah awal dalam mewujudkan khidmat sokongan iaitu first support point di kaunter agensi-agensi Kerajaan Negeri. Setakat ini kita telah mempunyai sebanyak 42 khidmat sokongan iaitu first support point di Negeri Pulau Pinang yang terdiri daripada pelbagai NGO dan pusat khidmat ADUN. Namun begitu seperti yang saya bangkitkan dalam sesi Dewan yang lepas berkenaan pengwujudan lebih banyak first support point di Perbadanan Perumahan di Pulau Pinang akan lebih memudahkan mangsa-mangsa untuk mendapatkan bantuan segera pada masa yang sama juga dapat meningkatkan kaunter khidmat sokongan di tempat-tempat yang lebih memerlukan. Oleh itu, saya berharap Kerajaan Negeri di bawah EXCO Perumahan dapat mempertimbangkan cadangan saya. Dikesempatan ini saya ingin memaklumkan kepada Dewan ini mengenai kempen Penang Goes Orange 2021 yang bertemakan “Keluarga Selamat Berhubung: Komited dan Kolektif” yang telah dilancarkan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato Seri Utama Ahmad Fuzi pada 25 haribulan November yang lepas. Selaras dengan kempen Penang Goes Orange 2021, Kerajaan Negeri juga telah melancarkan aplikasi telefon bimbit Penang's First Support Point yang telah dicipta oleh PWDC bersama Pusat Sistem Maklumat Geografi Pulau Pinang iaitu (PEGIS). Aplikasi ini dapat membantu mangsa dan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai pusat sokongan first support point yang berdekatan bagi mendapatkan bantuan yang diperlukan dengan segera. Keluarga juga harus memainkan peranan untuk kekal berhubung melalui komunikasi, komited untuk mencegah sebarang bentuk keganasan serta secara kolektif untuk menjadi satu keluarga yang kukuh dan harmoni dan ianya juga selaras dengan Visi Penang2030 iaitu negeri pintar dan hijau berteraskan Keluarga Inspirasi Negara. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Padang Lalang dan PWDC di atas usaha bersama untuk meningkatkan Perwakilan Wanita sebanyak 30 peratus dalam Dewan Undangan Negeri dengan menyediakan kertas putih dan dokumen berkaitan inisiatif TWOAS. Saya yakin dengan adanya inisiatif sebegini maka kita dapat membangkitkan suara dan keperluan wanita dengan lebih banyak di Dewan yang mulia ini. Saya juga menyambut baik ucapan Belanjawan 2022 oleh Ketua Menteri di mana beliau juga menekankan mengenai pengiktirafan peranan wanita serta sentiasa sokong segala inisiatif yang memberi impak positif kepada kaum wanita dengan membuka atau memberi pelbagai platform kepada golongan wanita bagi membuktikan bakat mereka. Walau bagaimanapun, saya juga berharap pemimpin dari parti-parti politik juga boleh mencalonkan lebih ramai wanita di pilihanraya umum yang akan datang dan bukannya hanya bergantung pada pelantikan melalui TWOAS.
Sungai Pinang minta laluan boleh.
Okey.
Terima kasih Sungai Pinang. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua tentang TWOAS ini, Top-Up Women Only Additional Seats, saya menyokong penuh usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memperkasakan golongan wanita dalam negeri ini untuk memberi mereka ada representasi dalam Dewan. Saya ada satu persoalan apabila kita melihat kepada kertas putih ini, kalau ikutkan kiraan TWOAS ikutkan keadaan sekaranglah, so akan ada sembilan (9) ahli tambahan kalau ikutkan Dewan keadaan sekarang akan dapat sembilan (9) ADUN tambahan iaitu enam (6) untuk Pakatan Harapan dua (2) untuk Barisan Nasional dan satu (1) untuk PAS. Saya nak tanya Parti PAS ini dia calonkan dua (2) sahaja calon wanita, itu pun dia tahu kerusi yang dia akan kalah macam mana adil kalau PAS dapat satu lagi lebihan kerusi untuk diberikan wanita. Mereka tak calonkan wanita tetapi mereka pun dapat kerana kedudukan mereka dalam Dewan ini. Sebab ada seorang ADUN PAS dia pun akan dapat seorang ADUN wanita. Kalau dia ini, saya rasa TWOAS ini perlu ambil kira parti-parti yang calonkan betul-betul yang calonkan wanita yang cukup banyak baru mereka layak. Kalau layak, kalau calonkan 1, 2 sekadar token jangan bagi mereka seperti Parti PAS ini. Tak hormati wanita tak bagi wanita jadi calon dalam kerusi-kerusi yang menang seperti Penaga atau pun di tempat-tempat lain lah. Terima kasih.
Terima kasih kepada...(gangguan).
Rakan saya dari Penaga tak mau jawab.
Kepada Bagan Dalam, memang memang saya setuju sebab itulah sebab saya kata supaya pemimpin dari parti-parti politik calonkan lebih ramai wanita, bukan sahaja tunggu TWOAS sahaja ambil kesempatan ini. Memang kita ada ramai wanita yang berbakat cuma adakah pemimpin parti politik memberi peluang kepada mereka memberi kesempatan kepada mereka dan menyediakan platform kepada wanita yang berbakat ini.
Boleh hantar wakil perempuan dekat Bagan Dalam.
Ya nanti PAS boleh calonkan wanita di Bagan Dalam. Ya. Terima kasih.
Sungai Pinang waktu kamu berjalan juga tinggal lagi 3 minit.
Okey. Okey akan habis. Saya akan sentuh.
Kena tambah masa.
Kalau tambah masa depa nanti minta Timbalan Yang di-Pertua punya kerusi juga.
Okey. Okey, terima kasih. Peruntukan kepada Pembangunan Sukan Dan Kawasan Lapang, ucapan Belanjawan 2022 yang telah dibentangkan oleh Ketua Menteri juga telah menyentuh mengenai peruntukan bagi Pembangunan Sukan dan Kawasan Lapang berjumlah RM13.47 juta pada tahun hadapan. Saya ingin menyokong serta menyambut peruntukan ini dengan begitu baik sekali kerana saya secara peribadi selaku wakil rakyat telah mendapat manfaat yang begitu banyak daripada Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang di kawasan Sungai Pinang. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk turut menzahirkan rasa dukacita dan rindu saya kepada arwah Haji Akhbar yang telah begitu banyak membantu dalam membangunkan Kawasan Lapang di Taman Areca Sungai Pinang. Saya harus akui sekiranya tanpa idea dan nasihat beliau Taman Areca tidak dapat dibangunkan dengan begitu berjayanya pada hari ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada arwah, semoga roh arwah sentiasa tenang di sana. Oleh itu saya juga yakin dengan peruntukan yang diberikan kepada Perbadanan Stadium ini sememangnya akan membawa hasil yang bermanfaat kepada ramai pihak, saya juga ingin mencadangkan agar Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang juga mengguna pakai idea yang sering dibawa oleh arwah Haji Akhbar untuk mengadakan Dataran Keluarga iaitu Family Square di taman-taman Negeri Pulau Pinang sebagai satu inisiatif untuk menjalinkan kerjasama erat di antara komuniti dan Agensi Kerajaan pada masa yang sama ianya juga selaras dengan Visi Penang2030. Dato’ Yang di-Pertua, isu penuaan di Pulau Pinang, KOMTAR sudah sentuh tetapi ada sedikit perbezaannya memandangkan Pulau Pinang sekarang merupakan negeri masyarakat penuaan iaitu Aging Society ...(dengan izin) yang kedua di negara Malaysia selepas Perak, berdasarkan statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia. Data yang sama menunjukkan pada tahun 2040 populasi warga tua di Pulau Pinang akan meningkat kepada 26.2 peratus dan mengambil tempat Perak sebagai masyarakat penuaan pertama di Malaysia dalam tahun 20 tahun, dalam tempoh 20 tahun. Jadi saya nak sentuh tentang kebaikan active aging, kajian daripada Centre For Health Technology and Services Research, Institute of Biomedical Sciences Abel Salazar iaitu Sintence iaitu (CINTESIS-ICBAS), University of Porto, Protugal telah menunjukkan bahawa penuaan aktif dapat memberikan manfaat kepada warga tua dan juga masyarakat kita. Pertamanya warga emas dapat mengekalkan peranan warga emas dalam keluarga dan masyarakat sebagai individu yang masih mampu berdikari, sihat, aktif, produktif dan positif. Secara tidak langsung, peranan ini dapat mengurangkan stereotaip negatif iaitu anggapan negatif kepada warga emas yang sering kali dianggap sebagai golongan yang lemah dan membebankan. Selain itu, ini dapat membantu negeri mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam aspek kesihatan, penyediaan
kemudahan dan perkhidmatan sosial seperti penyediaan rumah orang tua, bantuan kewangan dan keperluan lain yang sewajarnya. Hal ini sangat penting kepada Negeri Pulau Pinang kerana ia dijangka tergolong dalam kelompok negara tua apabila bilangan penduduk berumur 60 tahun keatas mencecah 20 peratus menjelang tahun 2040. Pengalaman ini telah dijalankan di negara-negara seperti Australia, Jepun dan dibuktikan sangat efektif dalam meningkatkan kesihatan fizikal dan mental warga tua serta pembangunan negara. Jadi maka pada tahun 2020, Ketua Menteri pernah berkata bahawa Kerajaan Pulau Pinang akan menggunakan Visi Pulau Pinang 2030 sebagai pelan untuk menghadapi isu penuaan. Namun, saya ingin bertanya selain daripada menyediakan skim penjagaan dan kesihatan serta kemudahan tertentu bagi keselesaan kelompok penduduk terbabit. Adakah Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan untuk pengamalan penuaan aktif iaitu active aging? Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri terutamanya MMK Hal Ehwal Bukan Islam atas inisiatif bagi penubuhan Penang Harmony Corporation iaitu HARMONICO yang merupakan satu agensi pelaksanaan di bawah MMK tersebut. Inisiatif ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memacu agenda keharmonian dan inklusif dalam kalangan masyarakat di Pulau Pinang.
Tidak dapat dinafikan bahawa keharmonian dalam kalangan masyarakat adalah penting dan diperlukan dengan memahami dan mempunyai persefahaman antara agama. Saya mempercayai inisiatif HARMONICO ditubuhkan adalah untuk memenuhi keperluan ini dan kesefahaman ini dapat dicapai dengan pelaksanaan program yang berterusan.
Tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana Pulau Pinang merupakan negeri yang pertama untuk menubuhkan agensi sebegini. Tahniah juga diucapkan kepada HARMONICO kerana sejak penubuhannya walaupun negara kita berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, HARMONICO masih dapat melaksanakan beberapa program yang ketara seperti forum Perpaduan Peace 21 'Cycle The World, Cycle for Peace' sempena Hari Kedamaian Antarabangsa, penghasilan video “Ketahui Perayaan Kita”, penganjuran bengkel dan seminar untuk menggalakkan penganut-penganut dalam mengambil bahagian dalam program vaksinasi dan sebagainya.
Susulan daripada pengumuman Bajet oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, RM1.1 juta telah diperuntukkan kepada HARMONICO untuk menjalankan program dan melaksanakan dasar di bawah MMK Hal Ehwal Bukan Islam. Saya berharap lebih banyak program dapat dilaksanakan di bawah HARMONICO pada tahun akan datang dengan peruntukan yang diberikan.
Terima kasih Sungai Pinang.
Habis. Cahaya matahari begitu terasa hangat, Mengikat rakit bersama kawat, Hidup mesti penuh semangat, Pulau Pinang kita perlu kuat.
Anak kecil sukanya manja, Lucunya bila mengucap kata, Pulau Pinang terus bekerja, Nescaya Tuhan Bersama kita.
Maka Dato’ Yang di-Pertua, saya dengan ini menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2022 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang. Sama-sama kita bersatu bagi merealisasikan Visi Penang2030.
Terima kasih Sungai Pinang. Dipersilakan Seri Delima.
Salam Sejahtera, Salam Harapan dan Salam Mutiara. Terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2022 yang telah berjaya dibentang oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, mengambil kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada pihak kerajaan dan kerjasama dari rakyat dari Pulau Pinang. Dengan usaha yang baik antara pihak kerajaan dan juga masyarakat, hasilnya kita dapat ya, Pulau Pinang dapat beralih ke Fasa 4 tetapi dengan kewujudan strain yang baru iaitu Omicron, janganlah kita leka, jangan kita cuai. Kita harus teruskan usaha-usaha untuk melindungi diri dan juga yang dikasihi dari wabak COVID-19.
Pandemik ini telah memberikan luka yang parah kepada semua peringkat masyarakat. Ada antara yang telah terjejas dari segi ekonominya ada juga dari isu-isu jenayah rumahtangga yang semakin berleluasa dan saya juga bersimpati dengan anak-anak yang telah kehilangan kedua-dua ibu bapa mereka sepanjang pandemik ini. Jadi kalau kita rujuk data yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, seramai 4,422 murid sekolah telah kehilangan ibu bapa dan juga penjaga akibat wabak ini.
Pandemik ini juga telah menyebabkan ramai yang terkorban dan saya pasti juga bahawa semua di dalam Dewan yang mulia ini pernah mendapat berita secara langsung atau pun secara pihak ketiga bagaimana anak-anak sulung terpaksa berhenti sekolah untuk menyara keluarga mereka. Fenomena ini telah merampas peluang akademik, menafikan zaman kanak-kanak serta mereka terpaksa memikul tanggungjawab orang dewasa untuk bekerja.
Jadi, penubuhan Jawatankuasa Khas untuk memantau anak-anak yatim amatlah dialu-alukan dan tahniah kepada barisan pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan khususnya Yang Berhormat Penanti ke atas inisiatif yang prihatin dan penuh empati. Tetapi saya ingin juga menegaskan bahawa bantuan yang diperlukan bukan hanya pada sumbangan kewangan namun harus juga meliputi pendidikan, memantau salah laku atau sekiranya ada kes penderaan terhadap mereka baik rumah anak yatim Kerajaan atau Swasta untuk mencegah penderaan seperti yang sering kali kita mendengar di media massa.
Jadi, kanak-kanak ini ibarat mutiara yang bernilai untuk masa depan kita. Oleh itu, telah menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan kemahiran yang mencukupi yang boleh membantu mereka pada masa hadapan. Walaupun Yang Berhormat Penanti sebelum ini telah menyatakan bahawa di Pulau Pinang tiada anak yatim yang dimasukkan ke institusi kebajikan kerana mereka sering kali dijaga oleh ahli keluarga atau penjaga tetapi kita tidak seharusnya leka dan juga ambil sikap tidak peduli.
Sebagai pembuat dasar, kita mesti bersedia saat pada masa sedia kala dan juga merancang untuk masa depan anak-anak Negeri Pulau Pinang. Timbalan Speaker, menurut data daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat tahun 2018, hanya seramai 513,519 orang yang berdaftar dengan JKM yang digelar, kategorikan sebagai golongan orang kurang upaya dan ini menunjukkan peratusan golongan ini yang mendaftar masih rendah di negara ini.
Kalau mengikut kenyataan yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, dengan jumlah populasi negara kita yang lebih kurang seramai 32.4 juta, dianggarkan hanya 4.86 juta daripadanya adalah golongan OKU. Jadi kegagalan kita untuk mendaftar mereka yang layak dikategorikan sebagai OKU di bawah JKM sebenarnya akan menyukarkan lagi kehidupan mereka. Sekurang-kurangnya apabila mereka didaftarkan, segala bantuan dan juga insentif kerajaan dapat disalurkan dan dapat dirasai oleh mereka.
Masalah data ini bukanlah sesuatu perkara yang boleh kita pandang remeh, hari ini kita membincangkan mengenai Big Data...(dengan izin) yang di mana salurannya dapat diguna pakai oleh semua agensi Kerajaan baik pihak Kerajaan Persekutuan mahupun di peringkat negeri dan juga di peringkat Kerajaan Tempatan. Bukan itu saja, untuk memastikan kita bersedia untuk menerima lebih banyak pendaftaran baharu, sebagai badan kerajaan kita juga harus menyediakan pelan-pelan mesra OKU yang lebih mampan misalnya infrastruktur atau kemudahan golongan OKU di tempat-tempat awam sehingga hari ini masih ada yang perlu diperbaiki. Konsep aksesibiliti masih tidak memuaskan dan perlu diarusperdanakan. Jadi kemudahan-kemudahan yang disediakan perlu sering diselenggara dan kemudahan-kemudahan mesra OKU sekiranya tiada harus dibina mengikut kesesuaian dan juga garis panduan. Jadi beri jala dan bukan beri ikan...(gangguan).
Minta celah sikit Yang Berhormat Seri Delima.
Silakan.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Seri Delima, saya amat tertarik dengan kenyataan mengenai isu OKU tadi, aksesibiliti itu tadi lah. Memandangkan garis panduan Penang Accessibility Action Group telah diluluskan oleh pihak EXCO, adakah kita…saya rasa semua pemaju-pemaju yang baru patut mengikut garis panduan ini dan untuk memastikan bahawa pembangunan adalah mengikut spec yang betul dan tidak akan dibangun, dibina selepas itu baru nampak salah baru kena bina semula. Betul, adakah Yang Berhormat Seri Delima bersetuju?
Saya memang setuju. Disebabkan masa saya dan juga Yang Berhormat Pulau Tikus kita telah menjadi Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan di situlah kita dapat nampak di mana jabatan-jabatan perlu mengikut garis panduan dan sebagainya. Tetapi saya juga nak komen bahawa bukan hanya bangunan-bangunan yang baru tetapi bangunan-bangunan yang sedia ada perlu diubahsuai, perlu diperbaiki juga.
Jadi saya amat percaya bahawa salah satu konsep yang penting dalam kehidupan manusia adalah untuk mendapatkan pekerjaan yang sah, jadi hal ini membolehkan seseorang itu untuk berdikari dan bebas dalam membuat keputusan untuk dirinya. Bagaimanapun, kajian mendapati tanggapan umum bahawa peluang penggajian yang sama rata untuk OKU bukan keutamaan atau amalan dalam kalangan majikan di Malaysia. Masih lagi ramai golongan OKU Malaysia menganggur. Malah yang bekerja cuma memperolehi gaji yang rendah meskipun mereka mempunyai kelayakan akademik. Apatah lagi apabila masih terdapat kes-kes diskriminasi terhadap golongan OKU meskipun kita mempunyai Akta Orang Kurang Upaya Malaysia.
Jadi di sini saya menyeru agar keadilan dan layanan sama rata harus kita berikan kepada golongan ini juga. Dato’ Timbalan Speaker, Magdalena Andersson diumumkan sebagai pemimpin yang minggu lepas ya, tetapi telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri di Sweden selepas rakan gabungannya keluar daripada Kerajaan dan pembentangan bajetnya gagal dilulus. Dia dilantik sebagai seorang Perdana Menteri Wanita pertama Sweden yang hanya bertahan selama beberapa jam sebelum meletakkan jawatannya. Jadi di negara yang agak progresif di mana kedua-dua wanita dan juga golongan belia diberi peluang yang sama untuk bangkit, dilihat dan didengari, peletakan jawatannya bukan kerana dia seorang wanita, tetapi hanya cagaran dalam sistem politik matang Sweden.
Jadi di Malaysia, kita masih lagi jauh ketinggalan. Kita ada pemimpin yang memperkecilkan isu-isu pemeriksaan haid yang dijalankan di sekolah. Kita ada juga zuriat politik yang mengatakan kemiskinan haid tak wujud. Ia wujud. Kita ada juga pemimpin-pemimpin masyarakat yang menyatakan wanita seharusnya bertindak bodoh jika mereka mahu mendapati suami. Kita juga ada pemipin yang berdiam diri apabila wanita berani tampil untuk mendedahkan betapa ngerinya penderaan seksual. Jadi sudah tentu sistem semasa adalah sangat merisaukan. Berat sebelah dan tidak banyak juga membantu untuk meringankan. Jadi cabaran kita sebagai wanita dalam sistem yang agak patriarchy ini.
Sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya adalah salah seorang daripada 15 peratus wakil DUN, wanita, jadi saya faham cabaran-cabaran yang mungkin menakutkan kaum wanita lain untuk menyertai perjuangan yang baik ini. Tetapi golongan yang tidak cerdik ini tidak harus ya memberi platform atau pun melainkan tidak harus terus memerintah sebagai raja mereka-mereka yang berani melangkah dan giat melakukan perubahan untuk kebaikan.
Seri Delima, saya minta celah.
Boleh.
Mengenai isu wanita ini, tentang gangguan seksual di tempat kerja. Seri Delima telah menyatakan tidak harus diberi platform atau pun ruang untuk mereka ini bermaharajalela atau pun untuk remain in power. Itu yang saya fahamlah. Tapi saya nak tanya, apa pandangan Seri Delima apabila kita ada Menteri, bukan seorang, dua orang Menteri. Satu, Menteri Belia dan Sukan, bila Pandalela Rinong telah menyatakan beliau pernah menghadapi kes gangguan seksual daripada seorang jurulatih yang telah dituduh di Mahkamah, dikatakan kenapa sekarang saja beritahu, dia seolah-olah meremehkan.
Dan baru-baru ini Menteri Komunikasi, Tan Sri Annuar Musa, satu dari Bersatu satu dari UMNO dia pun menyatakan kes gangguan seksual dalam industri, entertainment industry...(dengan izin) adalah tidak sebesar seperti yang dinyatakan. So, apakah pandangan Seri Delima apabila kita ada Menteri-Menteri sebegini dan juga ada Menteri wanita sendiri yang minta wanita kita untuk bertindak bodoh atau pun bertindak bercakap dalam suara Doraemon, adakah ini konsep Keluarga Malaysia yang melayan wanita seolah-olah mereka ini tidak ada nilainya dalam sistem kita. Apa pandangan Seri Delima?
Terima kasih Yang Berhormat. Jawapannya senang saja. Ini adalah, ia satu result....(dengan izin) apabila kita mempunyai Kerajaan yang sah merompak mandate rakyat dan berlaku sebagai tidak bertanggungjawab dan memperlekehkan ya, memperlekehkan Keluarga Malaysia yang sah. Okey, jadi bebalik kepada 30 percent, 30 peratus kuota wanita minimum yang diletakkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai penanda aras, peratusan asas yang diperlukan untuk memecah “siling kaca” atau sekurang-kurangnya untuk membina pergerakan wanita yang berkebolehan untuk mendorong kesaksamaan gender. Kuota ini adalah anggaran minima yang diperlukan atau pun ativaffirme action, dengan izin yang mampu memberikan keyakinan dan inspirasi bagi wanita untuk melibatkan diri di arena politik. Jadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Padang Lalang selaku Exco Pembangunan Sosial dan juga Penang Women’s Development Corporation….(dengan izin) yang selalu memperjuangkan hal-hal dan juga hak-hak wanita dari menyediakan bengkel program yang mampu mencungkilkan bakat-bakat seperti Sidang Wanita dan juga yang terbaharu iaitu kertas putih yang diberikan nama Kerusi Tambahan untuk wanita atau lebih dikenali sebagai “Top Up Women Only Additional Seat (TWOAS) ternyata Kerajaan Negeri Pulau Pinang berani mengambil cadangan-cadangan yang progresif dan inklusif.
TWOAS tidak syak lagi akan menjadi isu yang kontroversial. Sekali imbas pencalonan wanita untuk memegang jawatan ADUN tanpa melalui pilihan raya menjejaskan demokrasi. Lagipun seramai 40 kita di dalam dewan ini diberi mandate rakyat melalui kertas undi. Kita melalui kesusahan, kehilangan beberapa kawan dan minta maaf ya dan juga memperolehi kita faham cabaran-cabaran dan apa yang diperlukan untuk berada disini. Oleh itu, apabila idea yang diciptakan dengan niat yang baik untuk melihatkan lebih ramai lagi wanita diberi peluang untuk memimpin, memang akan ada tentangan. Sekarang kita perlu bertanya kepada diri sendiri, adakah kita mengkritik dasar ini kerana betul–betul betapa dalamnya patriarchy dalam nadi kita atau pun adakah kita masih teragak-agak kerana kita terlalu malu untuk mengakui bahawa kita tiada wanita yang mencukupi. Jadi kita mungkin harus mempunyai keraguan serta kerisauan tentang dasar ini tetapi kita tidak boleh terus ya menafikan bahawa anak-anak gadis kita memerlukan sosok pemimpin wanita yang lebih kuat untuk bergantung harapan. Dengan kebangkitan media sosial, terutamanya TikTok kadang-kadang kandungannya tipis dan naratif yang diperlukan untuk mengubah gadis muda menjadi wanita yang kuat semakin berkurangan. Mungkin ini satu lagi risiko yang perlu diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Lagi pula,
slogan “Penang Leads” bukan sekadar slogan semata-mata tetapi peringatan tentang risiko yang kita ambil untuk memastikan kehidupan rakyat Pulau Pinang kekal adil, kekal saksama dan juga bebas.
Tidak ada apa-apa lagi yang harus kita ragu-ragu atau fikirkan tetapi saya sangat percaya bahawa perbincangan atau pun pendedahan lanjut amat diperlukan. Jika kita serius untuk menyesuaikan idea ini dalam kalangan rakyat, kita harus memastikan bahawa asas sesiapa yang dicalonkan, platform apa yang mereka layani dan juga isu-isu apa yang mereka memperjuangkan adalah kukuh dan cukup jelas untuk memastikan bahawa anak-anak gadis muda kita tidak ketinggalan. Kerusi yang sedang kita sandang ini diperolehi melalui keringat dan juga air mata. Mereka yang dicalonkan tidak boleh mengambil mudah atau pun membiarkan ego mengambil alih akal fikiran mereka. Hak wanita dan juga mempromosikan kesetaraan jantina adalah perjuangan yang harus kita perjuangkan dimana kita boleh meninggalkan kisah kejayaan dan juga kemenangan dimana kita sebagai wanita boleh berbangga.
Jadi, adakah kisah kejayaan dapat kita buktikan? Hanya masa akan menentukan adakah akan ada kegagalan mungkin kerana dalam kehidupan ini penuh dengan yang baik dan juga yang buruk. Tetapi pendidikan dan juga latihan berasaskan kemahiran adalah perkara yang penting perkara yang kita boleh mengawal sebagai pembuat dasar. Ingat ya Rom tidak dibina dalam sehari dan mewujudkan masyarakat yang inklusif dan progresif tidak akan berlaku dalam sekelip mata. Masih terdapat beberapa halangan yang wujud sebelum wanita benar-benar boleh memecahkan siling kaca kebencian terhadap perempuan. Halangan yang terjalin antara garis agama dan juga budaya berbahaya. Jadi kita perlu bincangkan tentang bagaimana kita boleh mencari penyelesaian untuk menutup mulut para misoginis yang terlalu bersemangat dan juga menghalangkan mereka daripada membuat kenyataan yang menggelikan yang mampu ya membuat nenek moyang kita kecut perut dalam kubur mereka. Bagi membantu dan memartabatkan dan juga meneruskan perjuangan hak wanita di Pulau Pinang. Saya menyeru agar kerajaan menubuhkan tempat perlindungan wanita – satu di Pulau satu di Seberang. Tempat perlindungan wanita ini boleh dijadikan satu safe sanctuary, dengan izin bagi yang didera, yang ditinggalkan dan yang memerlukan perlindungan.
Polisi Keluarga Selamat diperkenalkan pada Oktober tahun lalu, dimana setiap 40 KADUN dijadikan “First Point Support” ... (dengan izin) bagi membantu mangsa keganasan rumah tangga. Tetapi ia tidak mencukupi kerana ada juga tentangan dari segi masa operasi, komitmen kakitangan yang lain dan juga dari segi kualifikasi. Latihan psychology professional diperlukan untuk membantu mangsa dengan cara yang lebih sempurna, dengan izin the heavy mental burden needs to be addressed…..(gangguan).
Yang Berhormat satu minit lagi.
Jadi apa yang diperlukan adalah kita untuk memberi satu tangible physical place to ensure that these women and children are safe and taken care of, dengan izin. Jadi dengan ini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kerana YAB Ketua Menteri telah berjaya untuk meluluskan Creative Digital District. Inisiatif ini mampu memartabatkan lagi dunia seni kreatif di Pulau Pinang dan saya harap dengan pewujudan Creative Digital District ini kita boleh ya menubuhkan disetiap KADUN sebuah Creative Digital District. Di Seri Delima, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Mohamed Nor yang beralamatkan di Kampung Kastam,
Gelugor misalnya semasa itu kita masih lagi memegangkan pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Yang Berhormat Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan saya berkesempatan untuk membuka sebuah bengkel batik dan sebenarnya sekolah itu merupakan satu sekolah di mana mempunyai ramai pelajar yang berbakat. Bahkan kelab drama sekolah itu telah memenangi beberapa anugerah dalam Pertandingan Teater KOMSAS di peringkat negeri serta program Jom Teater di peringkat kebangsaan. Kawasan DUN saya juga terletak betul-betul di sebelah alma mater saya iaitu Universiti Sains Malaysia yang berada di dalam DUN Batu Uban. Universiti ini juga mempunyai sekolah seni yang sangat hebat di mana ia bertanggungjawab untuk melahirkan alumni yang hebat seperti Zakaria Ali, Aida Redza, Ahmad Tarmimi Seregar, Zaibo dan juga Marion D-Cruz. Apatah lagi keluarga Imuda masih tinggal di Kampung Sungai Gelugor dan penulis Cecil Rajendran menetap di Island Glades. Kita akan membina visi yang lebih baik dengan bekerjasama sebagai satu pasukan, sebagai sebuah keluarga dengan berkongsi sumber yang ada.
Industri kreatif adalah industri yang bergantung kepada minda, intelek dan juga kemahiran insaniah. Pandemik telah menunjukkan juga bahawa kita boleh bekerja dari jauh selagi terdapat kelajuan internet yang pantas, kerja boleh meneruskan dan mungkin dengan lebih cekap dan menjimatkan masa. Walau bagaimanapun, kita masih memerlukan bangunan fizikal, pejabat atau pun alamat untuk menghidupkan istilah konsep Daerah Digital Kreatif ini. Maka, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengkaji semula ya bahawa beberapa bangunan-bangunan yang terbiar boleh dijadikan tempat-tempat bekerja atau pun boleh dijadikan satu hub Creative Digital District untuk setiap KADUN. Saya bagi contoh di Seri Delima, terdapat 2 bangunan satu iaitu Udini Square dan kedua adalah Gembira Parade. Jadi mungkin disini kita boleh ya mengkaji semula bagaimana kita boleh bekerjasama sebagai contoh mensubsidikan sebahagian daripada penyewaan dan juga rundingan beberapa syarat dengan sektor swasta untuk menempatkan Creative Digital District dengan menggunakan lot ini untuk menjana idea, meremajakan komuniti dan juga menghidupkan semula bangunan komersial. Jadi YB. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan saya nak mengakhiri dah, jadi peranan kita sebagai wakil rakyat dalam memastikan rakyat di kawasan dapat hidup dengan aman, makmur, selesa jadi berikutan adalah perkara-perkara yang saya lontarkan adalah satu gagasan yang saya amat harap dapat dilaksanakan dalam seberapa segera. Jadi janganlah kita pula ya lupa mandate yang telah diberikan oleh rakyat untuk melaksanakan tanggungjawab kita. YB. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan dengan ini saya akhiri perbahasan saya dengan menyatakan Seri Delima menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Seri Delima. Seterusnya silakan.
Terima kasih YB. Timbalan Dato' Yang di-Pertua Dewan, terima kasih saya ucapkan di atas peluang untuk turut mengambil bahagian di sesi perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2022 dengan tema “Mempercepatkan Pencapaian Penang 2030” yang telah dibentangkan oleh Y.A.B. Ketua Menteri pada 26 November 2021 di Dewan yang mulia ini. Selaras dengan tema usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menjayakan aspirasi Penang2030 iaitu menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah negeri pintar, hijau, berteraskan keluarga yang menjadi inspirasi kepada negara akan rancak diteruskan dengan bajet
yang dibentangkan untuk tahun hadapan tetapi pada pandangan saya, saya rasa sememangnya sebahagian daripada visi Penang2030 tu saya rasa memang dah tercapai dah di mana konsep yang berteraskan keluarga dan menjadi inspirasi negara ini telah menginspirasikan Y.A.B. Perdana Menteri untuk memperkenalkan slogan “Keluarga Malaysia”, jadi dia tiru lah dia tiru konsep yang kita sudah sediakan pada tahun 2018 tapi saya harap beliau jangan saja tiru perkataan keluarga tu tetapi menerapkan nilai-nilai murni dan juga polisi yang baik daripada Negeri Pulau Pinang untuk manfaat keseluruhan rakyat Malaysia. Jadi secara jelasnya visi Penang 2030 yang dibentangkan oleh Y.A.B. Ketua Menteri pada Ogoslah sepertimana tadi saya maklumkan Ogos 2018 telah merangkumi keseluruhan aspek yang penting sekaligus dengan teras-teras yang nyata supaya kita dapat mencapai matlamat yang telah digariskan. Jadi terdapat beberapa isu yang ingin saya bangkitkan pada sesi perbahasan kali ini dan saya berharap isu-isu yang dibangkitkan ini dapat menerima perhatian Kerajaan Negeri serta tindakan selanjutnya dapat diambil bagi memastikan tema bajet kali ini iaitu “Mempercepatkan Pencapaian Penang2030” benar-benar dapat diterapkan dan direalisasikan.
YB. Timbalan Dato' Yang di-Pertua Dewan, saya menyambut baik perancangan Kerajaan Negeri untuk menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta ringgit bagi tujuan pemulihan sektor pelancongan serta industri yang berkait rapat dengan sektor tersebut. Umum mengetahui bahawa sektor pelancongan merupakan satu sumber pendapatan yang utama dan juga sektor penjanaan ekonomi yang penting kepada Negeri Pulau Pinang ini, namun musibah COVID-19 yang telah melanda telah menjejaskan sektor tersebut dengan impak negatif sama ada dari segi pengurangan pendapatan dan juga dari segi sumber manusia dan tenaga kerja. Meskipun impak COVID-19 ini telah mendatangkan cabaran kepada keseluruhan sektor pelancongan. Impak ini turut menjejaskan kesemua bandar pelancongan utama khasnya di rantau Asia Pasifik di mana bagi pasal endemik kesemua bandar termasuk Pulau Pinang kini berada di garisan permulaan yang sama ke arah pemulihan. Jadi sehubungan dengan itu, adalah penting untuk kita melihat kepada usaha pemulihan sektor pelancongan supaya Pulau Pinang dapat sekali lagi bersaing untuk menjadi destinasi pelancongan yang unggul.
Namun demikian adalah begitu mengecewakan apabila projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas masih tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dengan alasan bahawasanya projek menaiktaraf tersebut hanya akan dipertimbangkan selepas kajian National Airport Strategic Plan atau pun NASP yang dijangka hanya siap pada tahun 2023 jadi dengan pengumuman kebenaran merentas negeri dan juga laluan perjalanan vaksin atau pun (dengan izin)...vaccinated travel lane (VTL) baru-baru ini
Minta celah sekejap.
Silakan-silakan. Pulau Tikus.
Saya rasa amat tertarik dengan Yang Berhormat Pengkalan Kota mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Pulau Pinang adalah destinasi antara akses destinasi yang utama di Malaysia. Saya masih tidak faham mengapa Kerajaan Persekutuan cakap nak
kaji semula atau you know banyak alasanlah. Sepatutnya lama sudah dibuat satu atau dua dekad yang awal sikit, sudah dibuat. Kemungkinan besar yang nak tanya kepada parti-parti, wakil-wakil pembangkang di sini yang menjadi kerajaan di kawasan persekutuan adakah mereka ada menyokong usaha Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Negeri Pulau Pinang? Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada rakan saya daripada Pulau Tikus. Ya, memang sememangnya saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Pulau Tikus juga. Mengapakah kita membiarkan masa berlalu sahaja, sedangkan masa keemasan untuk kita menjalankan sebarang kerja-kerja menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa sepatutnya berlaku ketika pandemik. Ketika fasa-fasa Pelan Pemulihan Negara. Malahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan terlebih dahulu. Takkan kita nak hentikan penumpang, hentikan perkhidmatan dan menaiktarafkan Lapangan Terbang Antarabangsa kita, sedangkan pelancong-pelancong dari negeri jiran atau pun negara jiran yang mungkin akan datang ke Negeri Pulau Pinang selepas VTL ini diperluaskan kepada mereka dan itulah kita pun tidak faham mengapa Kerajaan Persekutuan akan mengambil tindakan sebegini. Jadi, itulah saya ingin menyeru kepada Kerajaan Negeri supaya dapat meneruskan perbincangan bersama dengan Kementerian Pengangkutan dan Kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan lagi usaha bagi meningkatkan kapasiti penumpang untuk menyokong keseluruhan pemulihan sektor pelancongan dan ekonomi secara keseluruhannya untuk Negeri Pulau Pinang. Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, saya turut menyambut baik usaha Kerajaan Negeri yang meneruskan usaha penggalakkan penggunaan pengangkutan awam dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk terus menyokong inisiatif yang baik seperti perkhidmatan Best Komtar, Bas Percuma CAT Bridge, Pas Perjalanan Tanpa Had iaitu Pas Mutiara dan juga perkhidmatan Feri Pulau Pinang. Namun demikian, inisiatif yang baik ini akan terkesan sekiranya prestasi perkhidmatan pengangkutan awam ini tidak dapat mencapai tahap yang memuaskan serta menawarkan jadual perkhidmatan yang lebih berkesan dan memudahkan para penumpang. Saya bagi contoh. Rata-rata orang awam telah membuat aduan terhadap perkhidmatan Feri Pulau Pinang dimana mereka terpaksa menunggu sehingga dua (2) jam bagi mendapatkan perkhidmatan feri. Tapi dua (2) jam ini, kalau ikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pelabuhan, adalah untuk mereka mensanitasi terlebih dahulu pengangkutan feri tersebut. Tapi bagi saya, masa menunggu selama dua jam tu, memang tidak munasabahlah. Jadi, aduan juga menjurus kepada jadual perkhidmatan feri ini khususnya hujung minggu dan cuti, cuti umum di mana aliran perkhidmatan feri akan dikurangkan. Sepatutnya ditambahkan pada hujung minggu dan cuti umum, tetapi pula dikurangkan. Dan juga aduan juga menjurus kepada jadual perkhidmatan yang akan hanya bermula di Pengkalan Sultan Abdul Halim pada jam 7.00 pagi. Manakala, untuk Pengkalan Raja Tun Uda dan Swettenham Pier Cruise Terminal hanya bermula pada 7.30 pagi. Jadi, untuk mereka yang terpaksa menghadiri sekolah misalnya, menghadiri ke pejabat pada pukul 7.00 atau pun 7.30, memang feri tidak akan menjadi pilihan merekalah. Dan ini juga, akan mendorong kepada peningkatan penggunaan kenderaan peribadi dan kesesakan lalu lintas khasnya di Jambatan Pulau Pinang.
Jadi, selaras dengan ini saya harap agar Kerajaan Negeri dapat menyampaikan aduan dan kehampaan orang awam terhadap prestasi perkhidmatan pengangkutan awam, memandangkan kini Kerajaan Negeri adalah pengguna tunggal atau pun (dengan izin)...sole consumer selaras dengan penyediaan peruntukan tersebut. Jadi kita taukelah. Kita yang akan keluarkan peruntukan tu. Jadi saya harap sepatutnya kita dapat meminta supaya perkhidmatan mereka dapat dipertingkatkan. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, pandemik COVID-19 ini merupakan satu ujian terhadap kesiapsiagaan dan keberkesanan sistem pentadbiran bagi mana-mana kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Ujian ini telah secara langsungnya, menunjukkan antara isu dan juga kelemahan yang perlu diperbaiki oleh mana-mana pentadbiran. Salah satu isu yang sangat ketara adalah isu kebajikan ketika pandemik COVID-19 melanda. Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan juga kehilangan pendapatan akibat dengan pelaksanaan perintah tersebut, ramai dikalangan rakyat yang teruk terjejas memerlukan bantuan segera dari segi makanan dan peralatan perubatan sehinggakan insiden bendera putih mengambil tempat di Negeri Pulau Pinang. Tapi saya rasa syukur, di atas tindakan yang pantas oleh Kerajaan Negeri untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi tersebut. Selain daripada Mutiara Food Bank yang sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pantai Jerejak tadi, yang menjadi sebahagian daripada polisi Kerajaan Negeri sebelum berlakunya pandemik COVID-19 ini. Penyaluran peruntukan dan juga penubuhan PG CAT Alliance yang fokus terhadap 4 Teras Utama iaitu Kesihatan Mental, Bantuan Pekerjaan dan Perundingan Kewangan, Bantuan Makanan dan Keperluan Asas serta Perkhidmatan Tele Kesihatan dan Penjagaan Maya juga memainkan peranan yang amat penting. Namun demikian, agensi yang berkenaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat seharusnya meningkatkan keupayaan dan kapasiti dengan pengajaran dan pengalaman yang ditimba sepanjang pandemik COVID-19 ini. Daripada jawapan bertulis yang dibekalkan, sejumlah 10,401 permohonan telah dikemukakan untuk mendapatkan bantuan kebajikan daripada JKM Pulau Pinang. Bagi tahun 2020 sehingga Oktober tahun ini, iaitu tahun 2021 dimana mengikut jawapan yang diberikan, kadar kelulusan adalah sebanyak 5,448 permohonan atau pun bersamaan dengan 52.4 peratus. Tadi dalam erti kata lain, masih terdapat rakyat diluar sana yang memerlukan bantuan, dalam bentuk kebajikan. Namun tidak dapat dipertimbangkan atau pun diluluskan, disebabkan oleh syarat-syarat yang tertentu. Jadi pada pendapat saya, Kerajaan Negeri seharusnya melihat kepada inisiatif-inisiatif yang berkenaan supaya kita dapat memastikan tiada sesiapa yang memerlukan bantuan, akan tertinggal. Di sini juga ingin saya bangkitkan tentang isu tentang pembayaran khairat kematian, khususnya mereka yang telah memohon Program i-Sejahtera di bawah Kerajaan Negeri. Kita sering kala menerima rintihan daripada orang awam di mana mereka memerlukan masa di antara tiga (3) bulan sehingga enam (6) bulan untuk proses keseluruhan pembayaran tersebut. Saya memahami memang kita ada prosedur-prosedur yang berkenaan untuk tujuan audit, tetapi saya rasa pada masa atau pun waktu ketika ini di mana rakyat diluar sana memerlukan bantuan daripada kita, kita seharusnya memudahcarakan dan juga cuba untuk meringkaskan dan memendekkan masa untuk bantuan tersebut dapat disampaikan kepada rakyat diluar sana. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, baru-baru ini Kerajaan Negeri melalui Penang Institute telah mengemukakan hasil kajian Indeks Kebahagiaan Pulau Pinang atau pun (dengan izin)...“Happiness in Penang Index (HIP)” yang telah berjaya mengumpul maklum balas daripada 3,011 rakyat Pulau Pinang, dari tempoh Oktober 2020 sehingga April 2021 iaitu
maklumbalas untuk kajian ini telah dilakukan ketika pandemik COVID-19 ini masih melanda di Negeri Pulau Pinang ini. Jadi kajian tersebut yang berasaskan kepada Bhutan Gross National Happiness Index telah menunjukkan hasil dimana secara umumnya daripada maklum balas yang diterima tersebut, 76.5% rakyat Pulau Pinang dapat merasai kebahagiaan, meskipun sepertimana yang saya bangkitkan tadi kajian dilakukan ketika pandemik COVID-19. Jadi pada pendapat saya, hasil ini boleh disifatkan sebagai tanda sokongan rakyat Pulau Pinang terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Harapan. Namun ingin saya menyeru agar Kerajaan Negeri dapat melihat kepada isu-isu yang telah dibangkitkan dalam kajian tersebut supaya kita dapat meningkatkan lagi prestasi, dan selanjutnya menjadikan rakyat Pulau Pinang di antara rakyat yang paling bahagia di negara Malaysia ini. Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, selaras dengan proses pemulihan secara kursus keseluruhan pada era endemik COVID-19, kini kebanyakan perusahaan dan industri telah kembali kepada kapasiti maksimum khasnya di Pulau Pinang yang disenaraikan dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara. Situasai COVID-19 yang melanda Negeri Pulau Pinang telah membawa banyak pengalaman dan pengajaran khasnya dengan insiden dimana klaster-klaster yang telah mengambil tempat di persekitaran kerja dan khususnya di kediaman dan asrama pekerja yang tidak rasmi seperti di Skim Perumahan Berstrata dan juga Perumahan Kos Rendah. Saya mengambil maklum bahawa Kerajaan Persekutuan melalui pengenalan Akta Standard Minimun Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990, Akta 446 serta Pindaan yang berkenaan pada tahun 2019 untuk memastikan persekitaran penginapan pekerja khususnya pekerja asing secara kondusif serta usaha Kerajaan Negeri yang telah memulakan usaha pembangunan asrama pekerja di negeri ini, sejak tahun 2014. Meskipun keseluruhan proses peralihan kepada sistem penginapan yang lebih teratur masih giat dijalankan, isu penginapan pekerja ini masih merupakan satu cabaran yang besar khususnya terhadap komuniti setempat. Pekerja-pekerja ini masih tinggal secara tidak tersusun di komuniti kita, dan sekiranya pembangunan asrama pekerja ini tidak dapat dipercepatkan, ia tetap akan mendatangkan isu yang besar. Ingin saya menarik perhatian dewan kepada laporan akhbar The Star pada 26 November, muka surat pertama untuk Edisi Kebangsaan dimana satu gambar yang cantiklah yang telah diambil dikawasan Gat Lebuh Macallum yang menunjukkan pekerja-pekerja asing baru balik daripada tempat bekerja, dan juga head line didalam surat khabar tersebut yang mengatakan “Having Foreigner Workers as Neighbors Has Become a Norm”...(dengan izin). Saya rasa kita tidak boleh menjadikan pekerja asing duduk di persekitaran kita sebagai sebuah norma, meskipun dalam pandemik ini kita terpaksa mengharungi norma baru seperti penjarakkan sosial dan sebagainya. Tapi saya rasa, dengan pekerja asing sebagai jiran kita tidak boleh jadikan satu norma yang baharu. Dan selain daripada isu.
Pengkalan Kota.
Ya, silakan.
Boleh saya celah sekejap.
Silakan. Silakan.
Terima kasih Pengkalan Kota. Adakah Pengkalan Kota bersetuju bahawa memang pendudukan warga asing di kawasan perumahan memang mendatangkan kesusahan kepada warga tempatan? Namun, tidak dapat dinafikan juga dalam industri-industri di Negeri Pulau Pinang ini, memang kita perlukan warga asing untuk bekerja demi production kita. So, dengan ini sayalah di sini diharapkan Kerajaan Negeri dapat mempercepatkan proses atau cadangan pembinaan asrama untuk warga-warga asing ini. Terima kasih.
Terima kasih rakan saya daripada Air Itam. Sememangnyalah isu-isu sosial yang kita hadapi di sekitar kawasan, dan saya masih ingat ketika pandemik COVID-19 apabila berlakunya sebuah klaster. Apabila saya menerima senarai nama pekerja-pekerja yang terlibat oleh sesebuah perniagaan yang telah menjadi kawasan klaster. Saya lihat senarai tersebut, mereka tinggal di blok-blok yang berlainan, tingkat-tingkat yang berlainan. Kalau saya nak cuba untuk menyampaikan bantuan kepada mereka, memang saya kena lari satu George Town lah. Jadi, itu antara isu atau pun cabaran yang dikenakan. Tapi, kita juga lihat dimana terdapat syarikat-syarikat tempatan yang telah dilaporkan kerana tidak mementingkan kebajikan khususnya dari segi penginapan pekerja-pekeja ini. Malahan mereka telah menghadapi isu di mana Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan terhadap bahan-bahan yang diimport. Jadi, saya rasa ini patut menjadi satu benda yang perlu kita lihat. Tapi saya faham jugalah, terdapat kekhuatiran komuniti setempat seperti rakan saya daripada Bayan Lepas. Mungkin, biar saya habiskan dulu. Nanti saya bagi laluan. Biar saya habiskan ini dahulu.
Okey, okey.
Saya faham kekhuatiran khususnya rakan saya daripada Bayan Lepas. Namun, sekiranya projek pembangunan ini tidak dijalankan, pekerja-pekerja tu tetap masih akan ada di negeri kita. Dan dengan pemulihan secara beransur-ansur dan juga peningkatan permintaan gunatenaga khususnya dalam sektor pembuatan dan elektrik, elektronik kemasukan pekerja ini dijangkakan akan berlaku tidak lama lagi. Tertakluk kepada situasi pandemik kitalah, dan kita perlu bersiap sedia menghadapi situasi tersebut. Saya bagi laluan kepada...(gangguan)
Pengkalan Kota, satu minit lagi sahaja.
Boleh, boleh.
Terima kasih kepada Pengkalan Kota yang memberi laluan kepada saya bagi menyuarakan isu asrama pekerja asing ini. Seperti yang saya telah jelaskan sebelum ini, saya tidak menentang atau menolak untuk Kerajaan Negeri membantu untuk membina asrama pekerja asing. Tetapi bagi saya biarlah Kerajaan Negeri dan juga pemaju cermat dalam perancangan untuk membina asrama warga asing itu. Jika sekarang kita dengar keluhan daripada KOMTAR dan tadi kita dengar keluhan daripada Air Itam, itu baru tak sampai 100 orang atau tak sampai 1,000 orang di satu penempatan. Bagaimana pula nak bawa jumlah sampai 40,000 ke DUN Bayan Lepas? Itu yang kena fikirkan. Alasan gated tak gated, itu saya rasa benda ini akan jadi outbreak dan bukan hanya melibatkan satu komuniti sahaja tetapi keseluruhan itu akan terancam. Tak ada keharmonian dalam kehidupan kita di Teluk Kumbar dan Sungai Batu. Bukan kita lawan, bukan tentang dan kesesakan jalanraya, nak pergi kerja, nak pergi sekolah dan sebagainya, nak parking kereta, bas, bukan kita lawan, tak. Carilah tempatnya, di Sungai Bakap ke? Batu Kawan ke? Jangan di kawasan perkampungan…(gangguan).
Bayan Lepas, senang masuk, senang keluar. Sungai Bakap, susah lagi, transport sesak.....(gangguan). Pengkalan Kota satu minit lagi.
Okey last, last. Bagi saya.....(gangguan), bagi saya betul penting warga asing ini untuk memacu ekonomi negeri tetapi rakyat, keharmonian rakyat, rakyat punya kehidupan, daya huni yang kita canangkan sebagai Tema A dalam Penang2030, kita telah tidak boleh kesampingkan. Itu hak rakyat, kita perlu jaga. Jangan warga asing masuk, orang tempatan lari keluar. Wallahualam, terima kasih.
Terima kasih rakan saya daripada Bayan Lepas, memang saya setuju…(gangguan).
Pengkalan Kota, satu minit ya.
Okey, memang saya setuju terhadap pengkhuatiran Yang Berhormat Bayan Lepas tetapi 40 ribu orang tu kalau kita tak bina asrama pun, memang mereka akan berada di sana juga. Jadi itu salah satu isulah yang ingin saya bangkit.....(gangguan). Mungkin ada dalam rumah-rumah kita tak tau. Itulah. Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, saya menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Ketua Menteri berhubung dengan perancangan Kerajaan Negeri untuk memangkinkan k-ekonomi dengan mengwujudkan hub inovatif digital melalui projek daerah digital kreatif atau pun creative digital district, CD-Square yang akan melibatkan kerjasama di antara Digital Penang, Penang Institute dan Think City di kawasan George Town. Jadi kita lihat balik kepada sejarah perkembangan aktiviti ekonomi di Pulau Pinang ini dari sebuah pulau perikanan, kita telah berjaya untuk mencapai status Silicon Valley of The East....(dengan izin), dengan penglibatan syarikat-syarikat antarabangsa. Dan jadi selaras dengan pandemik COVID-19 yang melanda juga, kini trend ekonomi dunia kini adalah dalam satu tahap yang memang istimewa di mana antara satu trend ekonomi yang menarik adalah penggunaan Crypto Currency ini. Dan meskipun Pulau Pinang mempunyai asas yang kukuh dari segi pembuatan dan hardware, inovatif digital yang berasaskan software dan kreatif perlu diberikan penekanan. Jadi saya menyambut baiklah inisiatif Kerajaan Negeri khususnya di bawah Penang Science Cluster, Pembangunan Perpustakaan Digital, Penang Future Foundation dan Penang i4.0 Seed Fund, dengan peruntukan sebanyak RM1 juta pada tahun 2022 untuk merangka satu asas yang kukuh kepada rakyat Negeri Pulau Pinang ini. Tapi menurut maklumat yang saya berjaya dapati, sejak 2018, kita telah memperkenalkan dana Seed Industry 4.0 Pulau Pinang ini di mana 37 syarikat start up...(dengan izin), telah menerima geran atau pun dana daripada seed fund inilah. Namun saya telah melakukan semakan ke atas 37 syarikat ini, saya mendapati bahawa sebenarnya hanya tinggal 18 syarikat yang masih aktiflah. Cumanya mungkin kita tak pasti sama ada mereka syarikat-syarikat yang lain telah teruk terjejas akibat pandemik COVID-19 tapi saya memohon agar perhatian dapat diberikan bagi memantau pelaksanaan dana tersebut untuk memastikan dana tersebut benar-benar memanfaatkan rakyat Negeri Pulau Pinang dan dengan harapan itu kita dapat mencungkil syarikat-syarikat unicorn...(dengan izin), dari Pulau Pinang.
Terima kasih Pengkalan Kota.
Dato’ Yang di-Pertua. Last, last, last. Last sudah. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri di atas pencapaian yang berjaya dicatat susulan daripada pengiktirafan Bukit Bendera sebagai Tapak Rizab Biosfera, UNESCO. Dan ini juga ditambahkan lagi ke atas bandar George Town di mana memang sejak tahun 2008, bandar George Town telah diiktirafkan sebagai Tapak Warisan Dunia, UNESCO, George Town. Dan ini saya merujuk kepada laporan yang disediakan oleh Think City yang telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Paya Terubong baru-baru ini yang mengandungi data dan statistik terperinci serta cadangan-cadangan yang bersesuaian dengan pembangunan ibu negeri kita. Antara strategi yang dirangka adalah untuk mempelbagaikan ekonomi, pelaburan ke atas aset kebudayaan awam, meningkatkan keselesaan dan daya penghunian serta peningkatan jumlah penduduk (repopulating) bandar George Town. Dan berbanding dengan kawasan yang lain,
kawasan George Town secara umumnya yang terdiri daripada warga emas dan juga keluarga yang bersaiz kecil telah kian merosot dengan penurunan sebanyak 32 peratus dari jumlah penduduk dari tahun 2009 hingga 2019. Ini turut dicerminkan oleh maklumat yang diberikan oleh SPR baru-baru ini, di mana tambahan kepada pengundi di kawasan Parlimen Tanjong, hanya mencatatkan sebanyak 6,460 di mana 2,066 di Padang Kota, 2,838 di Pengkalan Kota dan juga hanya 1,556 orang di kawasan KOMTAR saja. Jadi saya berharap Kerajaan Negeri dapat melihatlah kepada strategi untuk kita lihat bagaimana kita dapat meningkatkan lagi penduduk di kawasan George Town ini. Sememangnya projek-projek perumahan yang telah dan sedang dijalankan itu bakal menyaksikan peningkatan jumlah penduduk, namun sesetengah polisi atau pun insentif yang penting perlu juga dilihat untuk memastikan Bandar George Town tetap mempunyai daya yang menarik untuk rakyat Pulau Pinang. Akhir kata…(gangguan).
Sokong tak sokong? Sokong bajet? Tak sokong?
Akhir kata, akhir kata, saya melihat bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ini secara komprehensifnya meliputi pelbagai sektor dan bidang. Meski pun kita berhadapan dengan sebuah bajet defisit bagi tahun ini, namun demikian, tiada gunanya sekiranya hasil yang berjaya dikutip oleh Kerajaan Negeri tidak dibelanjakan dan digunapakaikan ke atas rakyat di luar sana yang sengsara seakibat daripada COVID-19. Malahan Negeri Pulau Pinang mempunyai daya tarikan unik tersendiri sehinggakan Menteri Besar di negeri jiran pun sanggup melanggar Perintah Kawalan Pergerakan untuk datang sini tengok kereta. Itu adalah kekuatan Negeri Pulau Pinang. Dan ini menunjukkan hasrat Kerajaan Negeri untuk terus berdiri teguh bersama dengan rakyat Pulau Pinang sama-sama mengharungi era pandemik dan endemik COVID-19 dan untuk menyegerakan proses pemulihan Negeri Pulau Pinang. Dan saya yakin Negeri Pulau Pinang akan menjadi negeri yang memulih dengan paling cepat di negara Malaysia ini sekiranya semua sokongan dan satu padu dapat diberikan oleh rakyat Pulau Pinang kepada Kerajaan Negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan. Jadi dengan kata-kata itu, Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang di-Pertua, saya memohon menyokong.
Terima kasih Pengkalan Kota. Seterusnya Bagan Dalam. Bagan Dalam masa yang diberi ialah 20 minit.
Sampai pukul 5?
Tak. Tak. Pukul 5, saya nak habiskan dua Yang Berhormat.....(gangguan)
Kalau saya habis dekat 20 minit, sudah 4.50.
20 minit saja bukan 4.50.....(gangguan)
Jangan cabar Speaker.
Jangan cabar Speaker. Timbalan Ketua Menteri sudah cakap. Okay 20 minit sahaja. Jangan cucuk orang dan jangan jadi batu api juga.
Okay terima kasih. Tak apa, saya akan bawa isu Sungai Bakap.
Saya tak mau.
Terima kasih kepada Dato’ Timbalan Speaker atas peluang yang diberikan untuk saya bangun berbahas dalam perbahasan Belanjawan Negeri Pulau Pinang untuk tahun 2022 dan juga saya mengucapkan, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas Belanjawan Negeri for tabling his forth Budget for the furture time in this assembly...(dengan izin), dan juga tahniah jugalah kepada Dato’ Timbalan Speaker atas pengurniaan last year dapat.....(gangguan). Bodek.
Itu cerita lama tu. Tak ada tambah masa.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin memulakan ucapan perbahasan saya dengan merakamkan penghargaan saya dan juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas usaha-usaha yang, diambil untuk membantu rakyat di kawasan saya terutama sekali saya ingin merakamkan terima kasih saya kerana saya telah lihat perkembangan dalam penempatan semula penduduk Kampung Ujung Batu daripada rumah mereka yang sedia ada, rumah kampung ada yang dah usang, saya pun bantu untuk mereka perbaiki dan akhirnya pada bulan lepas kami telah adakan beberapa mesyuarat dan sudah sampai ke peringkat terakhirlah untuk kita menempatkan semula mereka di satu bangunan baru yang akan dibina dalam masa
terdekat. Dan saya mengucapkan terima kasih atas komitmen Kerajaan Negeri dalam menyediakan projek perumahan penempatan semula ini.
Dato’ Yang di-Pertua, selain daripada itu saya juga ingin merakamkan terima kasih saya kepada Kerajaan Negeri yang meneruskan bantuan kepada institusi pendidikan dalam bajet tahun kali ini juga. Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Mubaligh. Semuanya akan dapat peruntukan dalam Belanjawan Negeri Pulau Pinang. Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri yang memberi peruntukan kepada ke semua jenis sekolah di negeri ini. Dan saya berharap negeri-negeri lain pun akan dapat contohilah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mengagihkan atau pun memberikan bantuan kepada institusi pendidikan. Ini selaras dengan Artikel 12, Perlembagaan Persekutuan di mana “tidaklah salah untuk Kerajaan Persekutuan atau pun Negeri untuk memberikan bantuan kepada institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh mana-mana pihak”. Dan kita lihat dalam negara ini ada segolongan orang yang akan tiba tiba muncul cuba cabar sekolah vernakular, seolah-olah sekolah vernakular ini adalah pemecah belah harmoni, keharmonian kaum dalam negara ini. Apakah tujuan kumpulan ini? Selalu datang bantah sekolah vernakular. Baru-baru ini ada seorang peguam yang telah memfailkan satu kes di mahkamah dan menyatakan sekolah vernakular sebenarnya tidak membantu bukan Bumiputera. Kononnya mereka yang belajar di sekolah vernakular tidak mahir dalam Bahasa Melayu.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin nyatakan di sini, saya seorang pelajar sekolah vernakular. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Perai. Saya boleh berbahasa bahasa kebangsaan dengan fasih. Saya boleh baca, faham dan tulis bahasa kebangsaan kita dan saya, I think ramai juga di sini yang belajar di sekolah vernakular. Bahasa kami, I think kami mahir. Kenapa selalu memainkan isu ini? Kenapa sekolah vernakular selalu dijadikan sasaran oleh pihak-pihak ini? Apakah tujuan mereka? Itu kita perlu soal lah. Kalau nak memerkasakan bahasa kebangsaan, sekolah vernakular bukan penghalangnya tetapi sistem pendidikan kita, something is wrong somewhere. Tolong kaji balik sistem pendidikan kita, dasar pendidikan kita. Kalau ada pelajar yang tidak mahir dalam bahasa kebangsaan selepas 11 tahun belajar di sekolah tersebut, something is wrong with the system. Not with the school, not with the student...(dengan izin), Dato’ Speaker. Saya ingin merujuk kepada satu Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Chung Ling di Butterworth, di mana kadar kelulusan Bahasa Malaysia dalam SPM, 100% semua pelajar lulus. Ini sekolah vernakular, semua lulus tetapi ada juga sekolah-sekolah menengah yang Sekolah Menengah Kebangsaan kita yang ada pelajar yang gagal kalau dibandingkan dengan sekolah vernakular dengan sekolah biasa ada juga pelajar yang gagal. So dimanakah kesilapannya? Dimanakah, where is the problem? So kita kena kaji perkara itu bukannya selalu menuding jari dan menyalahkan sekolah vernakular. Ini adalah satu tindakan dangkal oleh mereka yang ingin mengapi-apikan api perkauman di negara ini. Itu adalah pandangan saya, Dato’ Speaker. Dan mereka ini sebenarnya hipokrit. Mereka selalu akan selalu bantah Sekolah Jenis Kebangsaan kena tutup, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina kena tutup, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kena tutup. Tetapi tidak akan bantah Sekolah Antarabangsa di negara kita. Kenapa? Ramai anak-anak ahli politik yang selalu bantah ini, mereka hantar anak mereka ke Sekolah Antarabangsa. Itulah sebab, hipokrit mereka. Dato’ Yang di-Pertua, ada juga pemimpin yang hantar anak belajar ke Paris, seolah-olah sekolah di negara kita Sekolah Kebangsaan atau, dia tak percaya kepada Sekolah Antarabangsa di Malaysia juga. Dia hantar ke Sekolah Antarabangsa di Paris.
Sistem Pendidikan.
Sistem Pendidikan. That means dia sendiri tidak percaya, ini seorang pemimpin. Seorang Ahli Parlimen mantan menteri daripada parti ketua pembangkang. Nanti ketua pembangkang mungkin akan jawab. Ha okey...(gangguan). So, seperti yang saya nyatakan tadi kenyataan-kenyataan yang kononnya para pelajar sekolah vernacular tidak mahir dalam bahasa kebangsaan ini adalah satu kenyataan dangkal yang tidak boleh diterima di mana kita lihat ramai daripada pelajar sekolah vernacular dia mahir dalam Bahasa Malaysia sebab ini bahasa kebangsaan kita. Kita perlulah belajar bahasa kebangsaan. Kalau nak buat program pemerkasaan bahasa kebangsaan semua kita, kita alu-alukan. Janganlah mainkan isu-isu bahasa ini untuk survival politik semata-mata Dato’ Yang Di-Pertua. Dan saya ingin nyatakan di sini vernacular school are here to stay, whether they like it or not. Ini adalah hak rakyat Malaysia yang tidak boleh dinafikan oleh golongan extremist yang selalu bantah sekolah-sekolah vernacular di negara kita. Silakan Seri Delima.
Terima kasih. Saya cukup tertarik bahawa isu yang sedang Yang Berhormat cakapkan adalah mengenai bahasa ya. Jadi saya nak komen sikitlah bahawa Bahasa Malaysia ini sebenarnya digunakan atau pun meminjam perkataan-perkataan dari bahasa lain Sanskrit, Bahasa Portugis sebagai contoh. Jadi Bahasa Malaysia ini memang bahasa yang indah.Tetapi kadang-kadang masalahnya kita nampak dari segi penggunaan bahasa atau pun bahasa sms, kadang-kadang saya pun tak faham apa yang dituliskan. Dan ada kalanya pemimpin-pemimpin yang menggunakan bahasa-bahasa seperti roman, rekomen, walhal perkataan-perkataan ini dalam Bahasa Malaysia ada wujudnya perkataan. Jadi saya nak tanya kepada Yang Berhormat. Sama ada Yang Berhormat setuju bahawa isu yang sepatutnya dinyatakan the matter is...(dengan izin) adalah bahawa Bahasa Malaysia ini penggunaan itu tak mencukupi atau pun golongan-golongan yang sering kali yang membuat bising ya sebab mereka ada tujuan motif politik sepatutnya fokus pada mengapakah ya penggunaan Bahasa Malaysia ini nampaknya dah lain daripada dengan masa zaman-zaman dahulu la. Terima kasih.
Dato’ Yang Di-Pertua. Terima kasih kepada Seri Delima. Saya bersetuju dengan pandangan Seri Delima di mana mereka ini mempunyai agenda mereka untuk memainkan isu ini. Mereka ini extremist nak membara-barakan permainan perkauman mereka dan Pulau Tikus pun nak tambah. Boleh Pulau Tikus.
Nak tambah sikit. Saya rasa adalakala apa Yang Berhormat Bagan Dalam telah berkata bahawa banyak kala ini suka dimainkan demi kepentingan politik. Saya pada masa ini pun keliru adakah wakil rakyat dari parti PAS lebih setia kepada pemimpin mereka dekat Kedah daripada di sini. Adakah mereka akan berdiri bersama Negeri Pulau Pinang dalam isu air yang tuntutan yang Menteri Besar Kedah nak minta daripada Pulau Pinang. Boleh tak?
Sebab saya faham sebagai Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kita sudah menumpahkan, angkat sumpah dan menumpahkan taat setia sebenar kepada Negeri Pulau Pinang dan kepada Persekutuan. So, kita ikut. So, Saya harap semua di sini pun akan berbuat begitu dan tidak akan berdiri dengan..
Yang Berhormat Pulau Tikus. Ini bajet, you lompat ke air pula.
Nanti bila saya pergi ke air kita akan sama-sama tanya saudara kita dari Penaga. Esok dia jawab katanya. Okey, Dato’ Yang Di-Pertua seperti yang saya nyatakan tadi the vernacular school are here to stay. Nobody can question the exist once of the vernacular school in this country...(dengan izin) Dato’ Yang di-Pertua. Sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang secara terus menerus daripada tahun 2009 sehingga sekarang memberikan bantuan-bantuan kepada sekolah-sekolah vernacular dan juga sekolah agama rakyat. Ini adalah sebahagian daripada sistem pendidikan kita yang perlu kita dihargai. Tetapi ada pihak yang mahu main-mainkan seperti yang baru-baru ini Yang Berhormat Perai pun ada tulis satu artikel. Kenapa mereka cuba mainkan isu ini kerana the numbers of students, especially Malay student enrolling into the Chinese School (SJKC) sedang meningkat hampir 30 peratus. Mungkin ini salah satu sebab mereka cuba memain-mainkan isu ini. Mereka lihat sekolah vernacular pun boleh jadi sekolah yang di mana ada assimilation atau pun the unity semua pelajar boleh belajar di bawah satu sekolah. Dan mereka rasa ini adalah satu perkara yang perlu mereka bantah. Inilah sebabnya. Sekarang Bahasa Mandarin telah menjadi satu bahasa.
Minta kebenaran dulu. Dapat kebenaran mencelah.
Dia sebut nama saya. Jangan sebut nama. Kalau tak sebut nama, tak bangkit. Ini isu sekolah vernacular ini kita nampak baru-baru ini ada satu (1) kes mahkamah yang dibawa oleh 3 organisasi apa ni masyarakat Melayu telah dinasihatkan oleh Tan Sri Hanif Omar, bekas IGP. Tapi dalam kes mahkamah ini, ini ada berbeza dengan bantahan dari dulu. Bahawa sistem ini adalah sistem yang tidak selaras dengan sistem pendidikan nasional. Tapi cuba apa mereka katakan adalah kes mahkamah ini bahawa pelajar-pelajar di sekolah vernacular ini sekolah Mandarin dan Tamil tidak ada profesional dalam Bahasa Melayu oleh kerana mereka tidak profesional dalam Bahasa Melayu maka mereka tidak boleh bersaing dengan pelajar-pelajar lain untuk dapat kerja dan sebagainya. Itu hujah mereka, Hujah ini adalah lain daripada hujah dahulu. Hujah dahulu dia kata ini mungkin tidak selaras dengan sistem pendidikan nasional dan sebagainya. Jadi itu isu dia. Ini ada sedikit, maka ini mahkamah belum putuskan sama ada sebenarnya mereka minta apa ni keputusan mahkamah supaya melarang sekolah vernacular. Ini sama ada mahkamah ini berani membuat keputusan apabila saya buat komen. Mereka katakan saya sudah jadi sub judice. Mereka harap perkara ini dibincang di mahkamah maka Ramasamy ini adalah sub judice dan boleh kena tindakan mahkamah. Tapi saya pun tunggu lah. Apa-apa tindakan. Tapi isu dia adalah sikit berbeza daripada hujah–hujah yang mereka
kemukakan dulu. Jadi saya minta apa ini Bagan Dalam apakah sebab-sebabnya sekolah vernacular ini terus dipelihara di Malaysia. Dan apakah mungkin dalam secara ringkas adakah sistem ini berlainan dari sistem nasional atau pun dia juga memang ada bersangkut paut dengan sistem nasional.
Yang Berhormat Perai satu soalan. Sekolah pertama di Malaysia adalah apa? The first school in Malaysia whats school was its? History remembering maybe.
(tidak jelas, gangguan mikrophone)….sekolah vernacular, sekolah mandarin, sekolah tamil dapat diselaras mengikut kehendak Perlembagaan Malaysia. Tapi apakah sekolah vernacular yang pertama, saya tidak pasti lah. Kalau itu soalan apa ni Dato’ Speaker.
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Y.A.B. Ketua Menteri: Kalau nak sekadar menjawab sekolah rendah cina yang pertama mula dari Lebuh Chulia. Tetapi sekarang dikenali atas nama lain. Shang Wu di Air Itam sebelum itu berada di Lebuh Chulia adalah sekolah rendah cina yang pertama di negara ini.
First school in Malaysia was established in 1816 sekolah tamil di Free School. Dimulakan oleh missionaries bila mereka mulakan. So, bermakna sekolah Tamil di negara ini macam Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah nyatakan tadi Lebuh Chulia itu pun I think dalam 200 tahun. Sekolah tamil pertama di negara ini ditubuhkan pada 1816 sudah 205 tahun sekolah ni wujud di negara ini. Dan ada pula pihak-pihak. Saya pasti lepas 100 tahun lagi akan juga mereka akan cuba cari salah sekolah jenis kebangsaan ini. Walau pun masa itu.
Bagan Dalam masa dok jalan.
Kita berbeza Bahasa Malaysia dan Bahasa kebangsaan akan ada juga pihak yang terus tuding jari terhadap sekolah vernacular. Ini adalah salah satu agenda mereka yang berterusan la.
2 minit lagi ya.
Mana cukup. Okey saya cuba habiskan dalam masa terdekat. Okey, Dato’ Yang Di-Pertua, kerana masa yang suntuk, saya terus pergi kepada isu yang satu lagi yang telah hangat diperkatakan beberapa minggu lepas. Ini adalah penipuan oleh seorang oleh Ahli Jawatankuasa Parti PAS Negeri Pulau Pinang yang telah terus-menerus menghebohkan penipuan mereka untuk survival politik mereka...(dengan izin). Mereka terus mainkan isu kaum, isu agama untuk kekal berkuasa walaupun rakan saya dari Penaga dia tidak membuat itu, begitu atau pun tidak begitu ketara la. Tetapi rakan-rakannya dari Pulau Pinang sendiri mainkan isu ini secara berlebihan. Itu yang semasa Dato’ Ketua Pembangkang berbahas saya telah menyatakan kepada beliau. Beliau sendiri mengakui ladang-ladang khinzir di Seberang Perai Utara ini telah wujud sebelum tahun 1996 lagi. Bertahun-tahun wujud di sana. Tetapi ada AJK PAS Pulau Pinang yang telah nyatakan kononnya rancangan tempatan Seberang Perai akan menjadikan kawasan Seberang Perai Utara sebagai hub ladang babi. Apakah kenyataan ini bertanggungjawab? Kampung Selamat ini kita semua tahu dia wujud bertahun-tahun lamanya. Sekarang Kerajaan Pakatan Harapan in fact rakan saya daripada Seberang Jaya masa dia ada dengan kita, dia telah berusaha untuk kawal, untuk regulate the pig farm in the state. Tetapi mereka masih memainkan isu ini kononnya tiba-tiba ladang-ladang khinzir ini ditubuhkan di Seberang Perai Utara. Ini adalah satu penipuan yang harus kita tepis secara berterusan kerana mereka teruskan penipuan ini walaupun berulang kali kita telah pun menerangkan sama jugalah isu azan. Kononnya azan di Pulau Pinang telah diharamkan. Ada juga orang yang percaya benda-benda seperti ini, walhal Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri di mana azan pada pagi dilaungkan dua (2) kali sehari. Ramai tak tahu. AJK-AJK PAS walaupun dia tahu, dia akan tutup mata, tutup telinga dan akan the repeat the lies...(dengan izin) Dato’ Yang Di-Pertua, dan satu lagi kenyataan yang nyatakan dalam muktamar parti itu, Seberang Perai dimajukan kerana kononnya ingin keluarkan orang Melayu daripada Seberang Perai. Apakah hujah sebegini? Pembangunan dibawa ke Seberang Perai, bukan macam kerajaan BN dulu, Seberang Perai selalu dia anak tirikan. Apa-apa pembangunan tidak datang kepada Seberang Perai. Apabila Seberang Perai dimajukan di kata "oh ini semua salah satu konspirasi untuk keluarkan orang Melayu daripada Seberang Perai". Apakah hujah-hujah sepeti ini disokong oleh rakan saya dari Penaga? Ini soalan saya. Ini satu. Ini tak dak modal politik. Asyik-asyik main politik benci. Dan saya ingin nyatakan di sini ramai juga penduduk-penduduk daripada Kedah yang datang berhijrah ke Pulau Pinang. Sebab peluang pekerjaan di sini elok, gaji tinggi, perumahan yang selesa, air pun bersih. Bila tak ada air di Kedah, PBA juga yang hantar air pergi ke Kedah. Dan dia pula cuba ugut kita. Saya akan halang sungai daripada mengalir ke Pulau Pinang. Cuba halang la. Akan jadi banjir seluruh Negeri Kedah nanti. Ini tak tau la Menteri Besar ni dia bercakap tu, sebelum bercakap dia berfikir dulu atau tidak kita tidak tahu la. Kena tanya Penaga juga. Dia ambil gambar dengan Ketua Menteri dia cakap dia minta duit dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Apa punya orang ini.
Okey Bagan Dalam terima kasih.
Eh sekejap ada lagi. Ada masa tak dak orang boleh debat lagi Dato’ Yang Di-Pertua. Okey, ini adalah kenyataan dangkal yang ingin lihat perbalahan, permusuhan di kalangan rakyat Pulau Pinang. Pembohongan seperti ini haruslah ditepis. Kalau Pulau Pinang begitu menindas takkan ada penduduk-penduduk daripada Kedah yang berhijrah datang ke Pulau Pinang dan satu lagi point I want to raise here...(dengan izin) ramai juga rakyat Kedah yang bekerja di Pulau Pinang di Kerajaan Pulau Pinang di agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang sendiri. Saya lupa bawa statistik harini sebab saya ingat saya akan berbahas esok. Sebelum ini saya telah mendapat jawapan hampir 3,000 orang mereka yang pemastautin Kedah, mereka yang berasal dari Kedah, bekerja dengan agensi-agensi Kerajaan Negeri. So kita tidak pernah tutup pintu untuk rakyat Kedah.
Minta mencelah
Ya
Minta kebenaran YB. Ahli Kawasan Bagan Dalam dulu.
Ya boleh, YB. Ahli Kawasan Teluk Bahang, boleh
YB. Ahli Kawasan Bagan Dalam kata orang Kedah banyak berhijrah dan bekerja di agensi ini bekerja atas belas kasihan atau kelayakan dia?
Itu bukan saya bantah rakyat dari negeri Kedah datang bekerja di negeri Pulau Pinang, mereka pun datang ke negeri Pulau Pinang sebab peluang pekerjaan di sini lebih elok, bukan sahaja di pihak swasta, di sektor kerajaan sendiri malah ada juga staff saya sendiri juga yang datang dari Kedah bukan kita tutup pintu untuk mereka tetapi janganlah mainkan isu-isu kononnya Pulau Pinang ini menindas orang Melayu lah you know kemajuan yang dibawa ke Seberang Perai kononnya untuk membelakangkan orang Melayu lah ini semua I think tidak patutlah. YB. Permatang Berangan tadi pun telah menyatakan projek-projek perumahan baru di Seberang Perai Utara. Siapa yang akan datang duduk di sana di kawasan majority orang Melayu? Mestilah orang Melayu sendiri kan so ini penipuan seperti ini janganlah diteruskan ini nasihat saya kepada Parti PAS dan rakan saya daripada Penaga tolonglah jelaskan tolonglah nasihatkan mereka kalau mereka tidak hendak dengar nasihat keluar daripada PAS.
YB. Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya satu isu yang penting iaitu mengikut jawapan yang saya dapat daripada EXCO Kesihatan, di Pulau Pinang 46,271 pesakit diabetis direkodkan di Negeri Pulau Pinang tetapi tiada, saya telah tanya tentang pesakit yang memerlukan dialisis dan jawapan yang saya kecewa dengan jawapan yang saya dapat dia menyatakan tiada data atas mereka yang menjalankan dialisis kerana sakit buah pinggang yang disebabkan dan menyatakan hanya boleh dapat di National Renal Registry.
Renal Registry.
Sepatutnya Jabatan Kesihatan Negeri perlu beri jawapan itu mereka perlu rujuk kepada Renal Registry dan dapatkan jawapan itu tidak boleh beri jawapan begini lah, so saya kecewa juga dengan jawapan yang dapat dan diabetis ini sedang menjadi satu masalah kesihatan yang semakin meruncing di mana ramai juga kita lihat penduduk di Pulau Pinang telah dijangkiti oleh diabetis dan salah satu sebabnya adalah makanan kita, makanan kita sedap dan kandungannya lah gula kolestrol pun tinggi dan ini merupakan satu penyakit yang sedang menjadi satu masalah kesihatan yang runcing dan menurut jawapan yang saya dapat daripada EXCO Kesihatan juga luka diabetis atau pun diabetic wound dari 2018 sehingga 2020, 287 orang sedang mendapatkan rawatan daripada hospital kerajaan untuk diabetic wound. Ini satu angka yang tinggi dan tiada jawapan untuk tahun 2021 sehingga bulan Oktober. Ini pun perlu diperbetulkan kalau boleh saya minta dapatkan data ini juga dan imputasi imputation, diabetic imputation dari tahun 2018 ke tahun 2021, 928 orang di Pulau Pinang ini di hospital kerajaan sahaja tiada data daripada hospital swasta mungkin tinggi lagi. So ini semua membimbangkan saya di mana kita lihat kes-kes diabetis sedang meningkat, kes-kes dialisis sedang meningkat dan diabetic wound also is increasing...(dengan izin) dan imputation is also in the increase, so ini membimbangkan saya dan saya ingin mencadangkan dan meminta Kerajaan Negeri untuk menubuhkan pusat dialisis amal lah seperti yang dibuat pusat dialisis CAT di Balik Pulau. Saya ucapkan terima kasih kepada YB. Sungai Puyu telah merujuk kepada saya kepada syarikat yang mengendalikan pusat dialisis CAT dan saya cukup tertarik dan saya pun ingin mengajukan kepada Kerajaan Negeri supaya mengambil alih salah satu bangunan kerajaan di Jalan St. Marks, Butterworth untuk dijadikan pusat dialisis seolah amal yang dioperate, operated by the NGO. Saya minta Kerajaan Negeri memberikan peruntukan dan, merealisasikannya. Ini adalah permohonan saya untuk membantu golongan yang memerlukan
Yang Berhormat, better to be centrally located.
Ya, Butterworth.
Centrally located.
Kalau begitu kita minta satu untuk Sungai Bakap juga.
Centrally located di Seberang Perai Selatan.
Seberang Perai Selatan is not center, Seberang Perai Tengah is center.
Tapi I think Butterworth perlukan jugalah sebab kos dialisis ini tinggi YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan, kadang-kadang RM300, RM400, golongan B40 bukan selalunya mereka ada duit untuk mendapatkan rawatan ini dan kadang kala mereka terpaksa kalau seminggu kena dapatkan dialisis tiga (3) kali ada yang buat dua (2) kali ada yang buat satu (1) kali sebab tidak cukup duit. So kalau kita ada pusat dialisis seperti pusat dialisis CAT di Balik Pulau di bahagian Seberang di Butterworth di Sungai Bakap dan juga di Bukit Mertajam (BM) ia akan membantu golongan memerlukan ini dan saya juga cadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk menubuhkan juga diabetic wound care treatment center oleh Kerajaan Negeri boleh beri subsidi. Saya telah berbincang dengan syarikat yang mengendalikan pusat dialysis CAT di Balik Pulau mereka sedia untuk tubuhkan satu sebab senarai tunggu untuk dapatkan rawatan for diabetic wound di hospital kerajaan senarai dia panjang, dia akan ambil masa 3 minggu, 4 minggu dan luka diabetik itu akan menjadi lebih teruk dalam masa tersebut dan kalau pergi kepada swasta ada klinik swasta yang 2 hari sekali boleh dapatkan rawatan tetapi kos rawatannya tinggi, sekali pergi RM200 - RM300 ada lagi tinggi ini YB. Timbalan Speaker, ada lagi tinggi dan golongan mereka yang tidak berpendapatan rendah itu tidak boleh mendapatkan rawatan di institusi-institusi sebegini sangat mahal dan saya minta Kerajaan Negeri mengambil kira perkara ini sebab seperti yang saya nyatakan tadi hampir 1000 orang telah hilang kaki atau tangan mereka akibat daripada diabetic wound ini. So kita perlu tubuhkan as soon as possible to tackle this issue YB. Timbalan Yang di-Pertua dan ini isu diabetis seterusnya saya beralih kepada satu isu di kawasan saya, saya telah mendapat jawapan bertulis daripada rakan saya, jiran saya YB. Bagan Jermal
YB. Bagan Dalam sudah dapat jawapan kan?
No, no saya hendak point out di sini dikatakan tiada rancangan untuk buat gelanggang bola keranjang baru kerana sudah ada gelanggang bola keranjang di Jalan Bagan 13 dan 17 tetapi permintaannya tinggi di kawasan Bagan Dalam di kawasan-kawasan lain yang Taman Bagan hanya penduduk Taman Bagan sahaja yang memanfaatkannya so minta juga lah untuk bina gelanggang bola keranjang baru di kawasan saya dan juga saya minta gelanggang
silambam atau pun kabaddi dibuat juga di kawasan saya kerana ada kawasan kerajaan yang sedang diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab boleh mengambil tanah dan boleh membuat gelanggang silambam dan kabaddi ini. YB. Timbalan Yang di-Pertua, saya mengalih kepada isu yang satu lagi yang menjadi satu masalah kepada orang muda CTOS ini, Credit Referring Agency, ramai sangat orang muda yang datang berjumpa saya yang menjadi mangsa along berlesen iaitu syarikat kredit motosikal. mereka beri pinjaman untuk beli motosikal RM2000 bila seorang budak 17 tahun, 18 tahun dia pun pergi ambil bila dalam 3 tahun dia tidak dapat bayar tiba-tiba bila dia hendak pergi ambil mohon apa-apa loan tunjukkan CTOS blacklisted dah untuk hutang RM11,000.00, RM12,000.00 beli mereka pergi tanya CTOS kata you pergi selesaikan dengan agensi ini dan mereka tidak boleh bawa kes ini ke Mahkamah Tuntutan Kecil kerana tuntutannya lebih daripada RM5,000.00 dan along-along berlesen ini menggunakan CTOS untuk memeras ugut wang daripada peminjam-peminjam khasnya orang-orang belia so mereka pun tertipu dengan ini. So saya minta tidak ada mekanisme oleh CTOS untuk kawal mereka syarikat-syarikat kredit yang memberi pinjaman RM2,000.00 tetapi bila tuntut dia tuntut RM10,000.00, RM12,000.00 so kena ada satu mekanisme dan bila dirujuk kepada pihak CTOS mereka tidak mahu campur tangan dan mereka biarkan peminjam ini diugut dan saya minta Kerajaan Negeri atau pun agensi Kerajaan Negeri jangan gunakan Kredit Referring Agency CTOS ini dalam apa-apa perkhidmatan kita dan saya juga ingin cadangkan kepada bank-bank di negara kita supaya kalau boleh jangan gunakan CTOS ini sebab mereka tidak prudent and they don’t do the diligent...(dengan izin), so saya minta yang ini untuk selamatkan anak-anak muda kita yang menjadi mangsa tipu agensi-agensi kredit dan kedai-kedai motosikal ini. YB. Timbalan Yang di-Pertua, saya akan habiskan dua (2) isu sahaja lagi saya skip one issue. Okey, seterusnya beralih kepada isu yang saya nampak yang saya ingin merakamkan penghargaan juga kepada PYDC salah satu agensi di bawah Kerajaan Negeri. Penghargaan atas prestasi cemerlang dan saya nampak transformasinya yang begitu mendadak dua (2) tahun atau tiga (3) tahun kebelakangan ini setelah Yang Berhormat daripada Bagan Jermal mengambil alih kita nampak fokusnya lebih kepada pemerkasaan belia dan saya nampak memang ada transformasi yang begitu mendadak dan mereka mengambil pelbagai usaha untuk mencungkil bakat anak-anak muda dalam pelbagai bidang bukan sahaja politik, dalam penulisan, public speaking, film making, social courses dan sebagainya. Baru-baru ini hari Ahad yang lepas saya telah menghadiri satu Program Into The Lense Short Film Competition yang dianjurkan oleh PYDC dan saya galakkan perkara ini dibuat secara acara tahunan. YB. Timbalan Yang di-Pertua, di negara kita ini walau pun ada Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Belia dan Komunikasi, Kementerian Budaya dan Seni tidak ada pernah ada short film competition untuk anak-anak muda yang ingin menceburi bidang perfileman ini. FINAS dapat berjuta-juta ringgit geran untuk memantapkan atau untuk memperkasakan bidang perfileman negara tetapi mereka tidak buat benda ini, saya lihat PYDC sanggup mengambil inisiatif untuk menganjurkan program sebegini dan saya dan YB. Bagan Jermal telah duduk di sana dan telah menonton hampir 10 filem horror, horror movies dan memang ada kualiti ini anak-anak muda daripada Pulau Pinang kita dan saya cadangkan supaya pihak YB. Bagan Jermal dan YB. Paya Terubong bekerjasama dan mengujudkan satu kertas kerja ka apa merujuk kepada FINAS ambil geran untuk menggalakkan anak-anak muda kita yang menceburi bidang perfileman ini dan last sekali saya skip beberapa perkara saya akan rumuskan.
Satu minit lagi
Sudah habis, okey, YB. Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan disini the normalcy as to be back so kita perlu buat apa yang kita perlu buat kita perlu berani lagi kita tidak boleh forever in the sylo mind mentality di mana kita takut kepada virus ini. Program vaksinasi memang telah berjaya dan kita sedang melihat the normalcy is coming back dan saya berharap tidak akan ada lagi u-turn kita balik kepada era lockdown full lockdown, partial lockdown, half cook bake lockdown dan sebagainya so kita minta satu peralihan ke fasa yang di mana sektor-sektor kesemua sektor ekonomi dibuka sebab ekonomi is important for us dan YB. Timbalan Yang di-Pertua saya lihat EPL permainan atau perlawanan EPL di TV memang stadium mereka semua penuh kerana program vaksinasi telah berjaya dan kita harap kita pun dapat melihat keadaan itu kembali kita tidak mahu ekonomi kita terus merudum kerana tertutup selamanya apabila pelancongan adalah salah satu sektor yang penting untuk pemacuan negeri kita dan YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan ada isu lagi tetapi tidak cukup masa oleh itu saya ingin menyatakan saya sokong Rang Undang-Undang Perbekalan ini, terima kasih.
Terima kasih YB. Ahli Kawasan Bagan Dalam, Yang Berhormat-Yang Berhormat Dewan ditangguhkan dan Dewan akan bersidang lagi esok pagi pukul 9.30. Terima kasih.
Dewan ditangguhkan pada jam 5.00 petang.