Pulau Pinang · 30 November 2021

14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 408 turns · 45,426 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Absent: Lim Guan Eng (Air Putih), Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail (Pantai Jerejak), Zulkifli Bin Ibrahim (Sungai Acheh), Dato’ Seri Abdul Razak Bin Jaafar (Setiausaha Kerajaan Negeri)

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Bacaan doa Soalan lisan

Yang di-Pertua (Speaker)

Selamat pagi Ahli-ahli Yang Berhormat dan kita bersidang semula dengan sesi soalan lisan. Sukacita saya hendak mempersilakan soalan ke-16

Terima kasih YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, soalan saya soalan nombor 16 No.16. Mohon senaraikan setiap minuman yang dikategori arak di Pulau Pinang. (a) Berapakah jumlah pembeli arak di negeri ini? Mohon disenaraikan bilangan mengikut DUN dan kaum. (b) Mohon disenaraikan kes dan bilangan kes serta kemalangan yang berlaku disebabkan arak atau mabuk..

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato' Speaker dan terima kasih YB. Ahli Kawasan Penaga merujuk kepada Akta Aksais 1976 tafsiran arak adalah liquor memabukkan dimana mempunyai RT yang diberikan oleh Seksyen 2(1) Akta Kastam 1967 iaitu termasuklah apa-apa alkohol atau apa-apa cecair yang mengandungi lebih daripada 2 peratus period proof yang sesuai atau bermaksud untuk atau yang boleh apa-apa cara diubah bagi digunakan sebagai satu minuman manakala beer adalah termasuk all star bottle dan segala liquor tapaian lain yang diperbuat daripada malt. Untuk menjawab soalan YB. Ahli Kawasan Penaga, Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat jumlah pembeli arak di Pulau Pinang ini kerana tiada peruntukan undang-undang mewajibkan pembeli untuk mendaftarkan nama bagi tujuan pembelian arak atau undang-undang mewajibkan premis merekodkan jumlah pembeli arak. Untuk bilangan kes kemalangan yang berlaku disebabkan arak atau mabuk adalah seperti di Lampiran A dan Lampiran B yang akan diletakkan di meja Yang Berhormat selepas selesai sesi soalan lisan. Terima kasih Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

Soalan tambahan, terima kasih YB. Dato' Speaker, terima kasih YB. Ahli Kawasan Tanjong Bunga atas jawapan yang telah diberi. Saya melihat isu arak ini bukan hanya berlegar dalam negeri kita sahaja tetapi negara kita dan banyak kes-kes yang melibatkan kehilangan nyawa atau pun kes-kes eksiden berlaku yang mengakibatkan kematian dan negeri kita pun pernah merekodkan tahun 2019 adanya pekerja MBPP yang maut dirempuh pemandu mabuk

dan juga ada kes pada tahun 2020 Februari, dua (2) sahabat mati apabila motosikal yang mereka naiki dilanggar oleh pemandu mabuk. Juga pada tahun ini pada 10 Jun 2021 berlaku juga kemalangan di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth akibat daripada pemandu mabuk juga kita melihat berlaku kes bagaimana SJR, Sekatan Jalan Raya yang dibuat oleh pihak PDRM juga berlaku kes bagaimana pemandu yang mabuk yang membawa Toyota Vellfire merempuh SJR di lebuhraya...(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

YB. Ahli Kawasan Penaga, soalan, soalan?

Jadi melihat kepada statistik yang saya sebut ini, soalan tambahan saya adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dan juga kawalan sebagaimana yang dibuat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah memutuskan untuk tidak membenarkan sebagai contoh pengawalan yang dibuat tidak membenarkan kedai runcit dan juga kedai serbaneka menjual arak mulai Oktober 2021 dan saya melihat respon yang baik juga daripada Sahibus Samahah, Mufti kita, Mufti Negeri Pulau Pinang yang juga mengesyorkan agar langkah itu diikuti oleh semua negeri dan ini juga mungkin termasuk Negeri Pulau Pinang. Jadi itulah soalan tambahan saya adakah kerajaan negeri juga bersedia mengambil langkah-langkah pencegahan dan juga kawalan? Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat, untuk menjawab soalan YB. Ahli Kawasan Penaga setahu pengetahuan saya buat masa ini kerajaan negeri tidak ada perancangan yang baru untuk membuat apa-apa sekatan tambahan. Saya rasa pada sedia ada pun sudah ada undang-undang tadi Yang Berhormat telah bangkitkan isu kemalangan jalan raya dan sebagainya kita ada Akta Pengangkutan Jalan 1967 khususnya Seksyen 44(1), Seksyen 45A(1) yang khusus untuk pemandu yang memandu ketika dalam pengaruh alkohol. Untuk kes sepertimana DBKL buat masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan untuk menghalang kedai-kedai yang boleh menjual arak. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

YB. Ketua Pembangkang.

Terima kasih YB. Yang di-Pertua, pertamanya tentang penguatkuasaan penjualan arak di kedai-kedai seperti 7Eleven dan sebagainya setakat ini saya rasa penguatkuasaan di buat oleh pihak Majlis Bandaraya, boleh atau tidak kita luaskan penguatkuasaan ini mungkin kepada pihak Jabatan Agama Islam dan lain-lain yang boleh memantau, kalau Majlis sahaja hendak pantau mungkin tidak ada kekuatan anggota untuk melaksanakannya. Kedua, tentang hukuman jadi saya melihat hukuman yang dikenakanmungkin tiada kaitan tapi saya cuma bangkitkan. Hukuman yang dikenakan kepada pemandu yang mabuk di bawah pengaruh alkohol yang melanggar dan ada kecederaan teruk dan kematian hukumannya itu agak rendah ataupun tidak memadai dengan kematian jadi kalau boleh mungkin kita boleh syorkan atau bincangkan setuju atau tidak? untuk kita tingkatkan atau pun bagi hukuman yang lebih berat kepada mereka yang telah melanggar di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kematian. Terima kasih

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat, Seperti Yang Berhormat pun maklum ini adalah isu undang-undang persekutuan namun saya rasa tidak ada masalah sekiranya Yang Berhormat ingin usulkan kepada kerajaan persekutuan untuk meningkatkan hukuman saya rasa ini ramai orang yang akan sokong dan dari segi penguatkuasaan ini kuasa untuk membuat penguatkuasaan Yang Berhormat, kita perlu tengok pada punca kuasa jadi buat masa sekarang memang penguatkuasa daripada pihak berkuasa tempatan mempunyai kuasa untuk pergi ke premis-premis untuk memastikan barang-barangan di jual dengan mengikut peraturan yang sedia adalah tetapi kalau Majlis Agama saya rasa tidak mempunyai punca kuasa yang begitu, Kerajaan Negeri mengambil maklum cadangan Yang Berhormat dan ini akan dibincangkan. terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. YB. Ahli Kawasan Sungai Pinang

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, soalan saya soalan nombor 17. No. 17. Setakat ini, berapakah MOU telah ditandatangani di antara Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) dengan IPT? (a) Apakah tujuan dan hasil selepas MOU tersebut ditandatangani?.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, terima kasih saya jawab soalan nombor 17. Setakat ini Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah menandatangi MOU bersama dengan 14 buah Institut Pengajian Tinggi (IPT) seperti USM, UOW Malaysia, KDU Penang, Penang Skill Development Centre (PSDC), Han Chiang University College, SEGi College, Tunku Abdul Rahman University College, Politeknik Seberang Perai, UNITAR International University, IPK College Penang, Management and Science University Penang, MSU, INTI (International College Penang), Disted College, Peninsular College Penang dan Advance Tertiary College. Tujuan dan hasil selepas MOU tersebut ditandatangani adalah

untuk membangunkan dan membantu serta mendorong penyelidikan, pendidikan, pemindahan, kemahiran, pertukaran pelajar, keusahawanan, pencungkilan bakat, kerjaya graduan dan pembangunan program pemerkasaan belia secara holistik. Menggalakkan perkongsian sumber antara kedua-dua pihak termasuklah kepakaran infrastruktur, kelengkapan dan sebagainya. Kerajaan menjadi satu platform membina antara universiti pelajar-pelajar mahasiswa mahasiswi untuk menyambung karier mereka sebelum mereka kerja. Maka kita juga menyediakan platform untuk mereka secure the job and also internship program akan dianjurkan kepada mereka. Pada masa yang sama tujuan tersebut juga untuk perkongsian pengalaman dan meluaskan perspektif para pelajar dalam pelbagai bidang yang telah dipersetujui. Di samping itu juga dapat menetapkan rangka kerja umum dalam hubungan akademik bagi membincangkan skop akademik dan industrial dalam kalangan pelajar. Memang IPT–IPT yang telah menandatangi MoU dengan kerajaan dan agensi PYDC kita menyasarkan beberapa program siri webinar dan forum dalam talian secara fizikal untuk membincangkan tajuk-tajuk berkaitan kerjaya, keusahawanan dan kemahiran insaniah, misalnya Live Streaming, Star Championship 2021, digital marketing course, web design competition, international youth conference 2021, web development training program, web development training dan juga virtual career fair, Industrial Talk: How to Write a Good Resume, projek pendidikan bertemakan keberkesanan, program (NEET) Not in Employment, Education and Training. Inilah program-program dan juga hasil yang kita bekerjasama dengan IPT.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Soalan tambahan

Yang di-Pertua (Speaker)

Silakan.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Terima kasih Bagan Jermal jadi maka adakah PYDC akan terus menandatangani MoU dengan IPT dalam Malaysia atau di luar negara Malaysia selepas itu? Dan selain daripada kolaborasi dari segi akademik adakah PYDC merancang untuk menyediakan satu platform di mana atau program untuk mahasiswa mahasiswi yang berada di IPT yang berlainan untuk berinterak si antara satu sama lain. Terima kasih.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih Dato’ Speaker, saya menjawab soalan tambahan daripada Sungai Pinang, memang PYDC selain daripada IPT yang telah menandatangi MoU, kita juga berhasrat untuk bekerjasama ataupun menandatangi MOU dengan IPT ataupun universiti di luar negara. Pada masa terkini kita tidak terhad, kita tengah menandatangi MoU yang di luar daripada negeri Pulau Pinang kerana kita difahamkan bahawa memang ada banyak pelajar-pelajar yang berasal dari negeri Pulau Pinang ada yang belajar di universiti lain dan juga di luar negara. Maka salah satu matlamat yang kita boleh capai supaya kita boleh bekerjasama dengan lebih banyak universiti untuk sama-sama mendidik, membangun dan memperkasakan belia ke arah pembangunan holistik so memang kita ada berhasrat.

Selain daripada kolaborasi dari segi akademik, PYDC juga ada merancangkan kerana bekerjasama dengan bidang-bidang yang lain antara kolaborasi termasuk program kepimpinan, projek perkhidmatan komuniti, latihan dan pembangunan bakat, pemerkasaan kemahiran insaniah, e-sukan, keusahawanan, program pertukaran dan sebagainya. Kolaborasi- kolaborasi ini adalah terbuka kepada pelajar-pelajar yang datang daripada IPT yang berlainan secara langsung. Kolaborasi tersebut telah menjadi platform untuk golongan belia yang datang dari negeri-negeri yang berlainan atau negara yang berlainan untuk berkongsi dan berinterasi yang merupakan pengalaman yang amat berharga bagi pembangunan belia. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Soalan tambahan, terima kasih Dato' Yang di-Pertua, saya amat tertarik dengan apa yang telah dihuraikan oleh Bagan Jermal berkaitan dengan pendekatan atau pun MoU yang telah dibuat dengan IPT, ini merupakan perkara yang penting sebab kita hendak mendekatkan pelajar IPT dan juga menambah skill dan sebagainya supaya mereka lebih berkualiti cuma saya agak risau dari segi penglibatan daripada pelajar IPT ini dalam pertubuhan ataupun persatuan, mereka ini agak kurang terlibat dalam persatuan dan juga pertubuhan, apakah pendekatan kita buat untuk memastikan mereka ini bila kita dah dekati mereka akan berminat untuk berpersatuan untuk melaksanakan aktiviti di bawah NGO-NGO dan persatuan-persatuan yang ada di kawasan masing-masing di negeri Pulau Pinang ini. Terima kasih.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih kepada soalan tambahan daripada Sungai Dua, memang soalan ini bagus di mana penglibatan dari segi pelajar-pelajar di universiti dari segi persatuan-persatuan memang mereka ada yang kurang aktif, ada yang memang aktif maka semasa kita berjumpa dengan semua universiti yang kita bincang macam mana untuk berkolaborasi dan bekerjasama untuk membangunkan pelajar-pelajar atau pun mahasiswa-mahasiswi yang belajar di universiti. Ada universiti di mana mereka ada program untuk komuniti servis seperti contoh MMU mereka ada banyak kelab, kelab-kelab yang telah ditubuh mereka setiap tahun akan menganjurkan beberapa program dan juga pada masa yang sama mereka juga akan turun ke negeri lain seperti bulan Disember 2021 beberapa universiti akan membuat rombongan pelajar mereka datang ke negeri Pulau Pinang dan mereka akan bekerjasama dengan Penang Youth Volunteer untuk turun ke kawasan-kawasan seperti di luar bandar untuk bekerjasama, berinterasi dan juga mereka akan menyumbang sedikit sebanyak knowledge mereka di pusat belia dan kita memang merancang untuk bekerjasama dengan pelajar-pelajar mereka dan pelajar-pelajar daripada universiti ini tak semestinya berasal dari Penang mereka ikut persatuan mereka untuk hadir bersama, ini adalah satu maklumat kerana di Penang buat masa sekarang kita terdapat 2030 youth volunteer daripadanya jumlah 7 kategori tersebut.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya? You want to ask question to EXCO? No need lah (tak jelas) no need, Bagan Jermal.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Maka dari segi youth volunteer yang kita ada 2030 memang daripada 7 kategori so kita akan memberikan mereka untuk berkongsi dan berinteraksi. Pada masa yang sama universiti-universiti yang telah menandatangi MoU dengan kita di negeri Pulau Pinang mereka juga bersiap sedia jika ada pelajar-pelajar daripada universiti yang lain datang mereka sudi berkongsi knowledge seperti USM, Politeknik dan Segi College, KDU dan lain-lain. Inilah matlamat yang kita nak capai supaya memberikan lebih banyak platform saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Sungai Dua memberikan banyak peluang atau platform kepada pelajar-pelajar atau mahasiswa mahasiswi untuk terlibat dalam komuniti servis.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih soalan MOU, seterusnya soalan yang ke-18 tapi soalan 18 telah pun dijawab bersamaan dengan soalan 12 semalam maka saya nak jemput soalan 19 sila.

Soalan saya soalan 19. No. 19. Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedar projek tambakan laut boleh hasilkan banyak karbon dioksida? Bagaimana menyelesaikannya serta mencapai bandar rendah karbon? (a) Senaraikan sesi Townhall yang diadakan oleh Konsultant/JAS. Huraikan hasil perbincangan. (b) Projek pembangunan bercampur Tambakan Bagan Ajam akan mendedahkan rahsia ketenteraan Malaysia. Sila jelaskan.

Terima kasih dan selamat pagi kepada semua rakan saya Dato’ Speaker terima kasih dan pada rakan saya daripada Sungai Dua Dato’ Sungai Dua thank you so much for your question iaitu yang penting sekali why? Soalan dia begitu relevant dalam keadaan semasa iaitu sama ada sedar atau tidak projek tambakan laut boleh hasilkan banyak karbon dioksida dan bagaimana kita hendak selesaikannya serta capai satu bandar rendah karbon. So I think your question is extremely relevant Dato’ mengapa? Kerana ia dalam masa di mana seluruh dunia sedang mengalami satu krisis iklim dahulu ia dipanggil perubahan iklim, sekarang ia ada krisis iklim last time it was climate change now it is climate crisis so sememangnya Kerajaan Pulau Pinang ada pelbagai projek untuk pastikan bagaimana kita boleh lihat kepada apa yang kita boleh buat untuk selesaikannya. Of course the question ada dua tempat satu adalah berkenaan sesi townhall dan consultant apakah hasil pembincangan dan of course that is another question yang khusus iatu projek pembangunan bercampur di tambakan Bagan Ajam akan dedahkan rahsia ketenteraan Malaysia. Saya terus pergi kepada jawapan dahulu, Dato’ Speaker, kita of course seperti mana kita saya nyatakan tadi Kerajaan Negeri sememangnya ambil perhatian bahawa mana-mana projek tambakan laut akan ada impak kepada alam sekitar.

Oleh yang demikian, kita selalu akan pastikan ada pematuhan kepada semua syarat-syarat yang perlu daripada semua agensi-agensi yang berkenaan. So sebagai tindakan susulan Dato’ Speaker kita telah pun luluskan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 yang mengariskan, Dato’ Speaker pengawalan pencemaran alam sekitar melalui pendekatan teknologi hijau dan amalan low carbon city framework or LCCF melalui dasar perancang utama 5.4 bagi mencapai bandar rendah karbon di negeri Pulau Pinang. We want to be become the leading state in Malaysia with the least carbon footprint and we will do it with all the projects that we have which I can explain to you but let me quickly respond to your question terlebih dahulu. Jadual kedua di bawah perintah kualiti alam sekeliling atau pun aktiviti yang ditetapkan penilaian kesan kepada alam sekeliling 2015 memerlukan, Dato’ Speaker, pameran dan ulasan awam daripada orang ramai. Pameran awam projek pembangunan bercampur tambakan Bagan Ajam untuk jawab secara khusus Dato’ Sungai Dua telah diadakan pada 13 September 2021 hingga 12 Oktober 2021. Nombor dua, Kerajaan Negeri juga kita akan beri perhatian kepada soalan kedua itu yang serius kita akan beri perhatian yang serius kepada aspek kerahsiaan ketenteraan Malaysia semasa pelaksanaan projek ini. I think that is no doubt about that kita ada kolaborasi dan akan mendapat input daripada Tentera Diraja Malaysia. Kerajaan Negeri telah mengadakan mesyuarat cadangan pelan induk projek ini sepertimana yang saya nyatakan dan telah pun dihadir oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia untuk bincangkan isu keselamatan tanah dan sebagainya. So all this have definitely has to be taken into account we cannot proceed with the project unless we get their input. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila soalan tambahan.

Soalan tambahan

Yang di-Pertua (Speaker)

YB, YB.

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, pertamanya tentang isu karbon, tambakan laut menghasilkan banyak karbon. Jadi ini merupakan perkara yang serius ia akan berlaku selepas pelaksanaan bukan sebelum pelaksanaan jadi apakah langkah-langkah yang kita akan ambil. Memang kita cakap di sini kita akan selesaikan tapi saya risau bila kita laksana esok dia akan berlaku dan tidak ada orang yang nak laksanakan penyelesaian pemuliharaannya dan ini akan melibatkan banyak kampung, taman di kawasan yang berdekatan Taman Tun Dr Awang, Kampung Contoh, Taman Mas dan sebagainya. Banyak taman di kawasan itu sampailah ke Teluk Air Tawar. Siapakah pihak yang mampu atau pun yang sepatutnya melaksanakan pemuliharaan dari segi karbon. Kedua tentang kerahsiaan keselamatan ini memang telah dibincangkan dan dibentangkan tapi kita nak satu consent ataupun satu surat penyataan rasmi daripada pihak Kementerian Pertahanan atau pihak ketenteraan tentang tidak ada masalah dari segi hal-hal berkaitan kerahsiaan ketenteraan di kawasan itu. Sebab kita sedia maklum bila naik bangunan

yang tinggi daripada atas boleh kita nampak apa aktiviti yang berlaku dalam base atau pengkalan udara itu. Ketiga tentang projek tambakan Bagan Ajam pembangunan bercampur ini saya nak juga penjelasan daripada pihak Datok Keramat adakah ia akan menjadi sama dengan projek Dream City dari segi pecahan bentuk-bentuk pembangunan rumah yang bernilai RM1juta – RM2 juta di kawasan tersebut sebab dia satu pembangunan yang cukup elite, tepi laut, nampak matahari terbenam, nampak pulau dan sebagainya. Kalau boleh kita nak consent pembangunan bercampur ni ada atau tidak RMM yang akan dibina di situ. Sekian terima kasih.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Dato’ Speaker boleh tambah sikit juga, because projek Gurney Wharf juga berkaitan dengan tambakan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan ini adalah soalan yang bersabit dengan Bagan Ajam.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Tapi saya nak tambah sikit yang Gurney Wharf apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menolongnya, ya terima kasih.

Terima kasih, Dato’ Speaker, thank you very much to Dato’ Sungai Dua, of course my answer will answer Pulau Tikus as well. Okey yang pertama I think we go to keselamatan kita kerana ada based tentera di situ TUDM sepertimana saya nyatakan tadi dalam perbincangan kita sememangnya dalam Pelan Induk projek ini ada perbincangan dengan pihak yang tertentu iaitu yang penting TUDM, Dato’ Speaker and of course Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, which is still on going ada beberapa permohonan ataupun permintaan supaya dilihat semula keseluruhan Pelan Induk so it’s the reason why and we are looking into this, we still have to continue with our conversation dan perbincangan kita dengan semua pihak yang tertentu tapi untuk isu keselamatan sememangnya kita tak akan kompromi. I give you that commitment, Dato’ Sungai Dua but of course this is will come also from the Federal Government kita akan lihat dan dengar kepada apa input dan cadangan pandangan mereka certainly without a doubt.

That’s is number one (1), number two (2), I think I want to come back to the most important issue that Dato’ Sungai Dua has probability had a four side to ask in relation to how do we reduce carbon emission and try to be zero, 1 negeri dan sifar karbon dalam krisis iklim yang kita lihat bukan perubahan iklim sekarang kita krisis, come back to that, let me give you a few example, because it’s very important I think it’s something new, you see because pandemic COVID-19 supposed to become endemic but then now we got the latest strange antico or something which I don’t know we are probably going to greaten to pandemic or not...(gangguan) was not going to but let me get to carbon, carbon reduction…..(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Use your Bahasa Kebangsaan more….

Boleh, boleh no problem, saya hendak nyatakan bahawa pandemik merupakan krisis yang pertama kita yang masih kita dalam sedang kita usaha untuk tangani tapi saya ingat Dato' Speaker, sekarang kita perlu lihat kepada satu pandemik lagi teruk iaitu krisis iklim, bukan perubahan iklim and why this is relevant kerana ia adalah relevant kerana di Pulau Pinang menurut dokumen terpenting kita iaitu Penang Vision2030, Dato’ Speaker, yang teras kita adalah supaya kita adalah negeri hijau dan apabila kita adalah negeri hijau, maka kita akan tangani dan jawab soal tentang krisis iklim ini Dato’ Speaker and kepada Dato’ Sungai Dua bukan sahaja di Bagan Ajam apabila kita buat tambakan and I answer your question regarding komponen yang ada di situ sememangnya ada komponen yang akan termasuk juga rumah mampu milik dan memandangkan ia adalah satu projek bercampur, Dato’ Speaker dan Dato’ Sungai Dua certainly kita akan ada semua komponen yang perlu yang akan disyaratkan seperti juga mungkin kos rendah kos sederhana rendah dan sebagainya. That is a normal requirement under both our PBT’s.

That is number one (1). Number two (2) saya hendak nyatakan berkenaan penambakan soalan yang ditanya tadi penambakan ini akan menyebabkan peningkatan dari segi emission carbon that is what was the question Dato’ Speaker. So let me put it in perspective actually I can give you a few examples, itu belum siap tapi yang satu sudah siap iaitu Gurney Wharf, and Gurney Wharf 115 ekar Dato’ Speaker, daripada itu banyak yang akan menjadi kawasan hijau dan apa-apa sebab saya nyatakan ini dalam peperangan kita dalam krisis iklim yang kita sudah alami kita perlu tanam lebih pokok, kita perlu ada lebih tempat hijau selaras dengan visi Pulau Pinang 2030 and Gurney Wharf is the best example it’s gonna be a green area Dato’ Speaker, which will then reduce the carbon emission and assist us in battling this crisis that we are facing not only that Dato’ Speaker let me give one (1) or two (2) examples kerana soalan ini begitu penting dan begitu relevan dalam keadaan semasa. Kita di Pulau Pinang juga hendak turunkan pemakaian kenderaan dengan lain-lain cara untuk kita travel one of them…..(gangguan) just give me a one minutes, one minutes I want to finish, very important Dato’ Speaker this one extremely important for me, for you, your children, for your grandchildren very important…..(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

And I know. But ringkaskan.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh); Let me finish up its still early…just give me another one or two (ganggguan) I give you a examples Gurney Wharf as one so Bagan Ajam certainly kita akan ada green area no issues, green area ini akan bantu kita perang carbon emmision yang sedang tingkat, no. 2 and already executed Penang Smart Parking Dato’ Speaker let me just said why is it important for carbon reduction reconcern footprint….(gangguan)

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan pokoknya bukan bersabit dengan Smart Parking, sila.

Soalan pokok ialah carbon……..(gangguan)

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak apa nanti gulung,…(gangguan) Terima kasih Datok Keramat saya nak persilakan soalan 20, sila, silakan.

Saya nak jawab just give me a one minutes, one minutes Dato’ if its okey one minutes that’s all I have.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri; Jawab soalan yang ditanya sudah jangan pusing ke lain.

We are giving a examples like Penang Smart parking how we reduce.

Yang di-Pertua (Speaker)

Smart parking dia tak tanya lah.

Alright then the others one is bicycle lane…..

Yang di-Pertua (Speaker)

Bicycle pun tak tanyalah……

Yes, this is all important for us to reduce carbon emission…(gangguan) you see we can laugh about this but one day you all talk about all this and become even worst and I’m saying we all to be ready for this crisis otherwise it’s goanna be too late.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat concern…(gangguan)

Datok Keramat tolong jawab tentang jenis rumah dan harga semasa, gulung, gulung nanti jawab tentang Dream City...(gangguan) tentang perumahan City tadi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dah kata ada pembangunan rumah bercampur. Soalan yang ke 20, sila.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Dato’ Speaker, soalan saya soalan No. 20. No. 20. Ekonomi Pulau Pinang (a) Apakah kesan ekonomi khasnya Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk Negeri Pulau Pinang akibat wabak COVID-19? (b) Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan pendapatan, keberhasilan dan pertumbuhan ekonomi terus utuh dan stabil? (c)

Y.A.B. Ketua Menteri; Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, sebelum menjawab Yang Berhormat Teluk Bahang pengalaman di Dewan Rakyat sekarang telah laksanakan Menteri jawab dalam 3 minit sahaja, soalan ditanya satu minit sahaja, kalau apa yang kita lihat di Dewan Negeri Pulau Pinang, mungkin kita fikirkan apa yang berlaku di Dewan Rakyat. Untuk menghadkan masa menjawab bukan menghadkan masa membahas juga. Untuk menjawab Yang Berhormat Telok Bahang wabak COVID-19 telah menjejaskan ekonomi negeri melalui pelaksanaan PKP serta penutupan sektor-sektor ekonomi yang berkenaan. Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia KDNK Pulau Pinang bagi tahun 2019 dan 2020 adalah RM94,666 juta bagi tahun 2019 dan RM92,631 juta bagi tahun 2020 yang menunjukkan KDNK menguncup sebanyak 2.1 peratus.

Inisiatif kerajaan negeri untuk memastikan pendapatan keberhasilan dan pertumbuhan ekonomi terus utuh dan stabil adalah seperti berikut yang sebenarnya telahpun saya sebutkan dalam ucapan Belanjawan termasuk menyediakan peruntukan untuk insentif-insentif membantu sektor-sektor yang terkesan, menubuhkan Jawatankuasa Penang Social Economic Recovery Consultative Council bagi membincang dan mengambil tindakan-tindakan dan juga Jawatankuasa ataupun Majlis Penasihat Pelaburan Strategik Pulau Pinang bagi memastikan perkembangan industri berterusan di Pulau Pinang. Dan ini juga menjadi satu platform komunikasi antara agensi kerajaan dengan pihak swasta dan pembukaan taman-taman Industri seperti saya nyatakan untuk menarik lebih banyak pelaburan dan mewujudkan lebih banyak kerja-kerja di negeri Pulau Pinang dan juga melaksanakan projek seperti Penang South Reclamation, projek-projek infrastruktur dan sebagainya yang akan membawa impak yang begitu besar kepada negeri Pulau Pinang.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Terima kasih, soalan tambahan, terima kasih kepada Yang Berhormat, kita faham bahawa semasa pandemik dan PKP ramai berhenti kerja dan mereka ini adalah sebahagian pembayar cukai kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan sekarang ni adakah kita ada plan ke arah untuk memastikan mereka kembali kerja sebab sebahagian yang berhenti ada yang menjadi penjaja dan ramai jadi penjaja di kalangan nelayan, mereka terjejas sebab mereka hanya bergantung pasaran di pasar basah sebab semua pasar malam tidak berfungsi menyebabkan ada masa lambakan ikan, harga jatuh dan sepanjang PKP berjalan mereka juga tidak pernah dapat bantuan

lagi seperti pukat dan seumpamanya. Dan kita tengok satu lagi sektor pelancongan macam di Balik Pulau sendiri kita ada….(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat tanya soalan saja, nak bahas nanti.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Dak, saya nak kena sebut….(gangguan) zoo dan muzium yang terjejas sebab tidak ada kehadiran dan yang terakhir ini ada sebab pekerjaan. Bukan masalah kita nak cari pekerja, kita kurang pekerjaan saya dimaklumkan industri terpaksa ambil ada ada tangan, ada kaki cukup tak ada sijil pun tak apa, sebab kita tak ada pekerja asing sekarang sebab kita tak ada pekerja asing sekarang dan ada kecurian pekerja bukan macam Bagan kata orang Kedah mai memang tak ada dicuri pekerja ladang sehingga dari Cameron Highlands bawa ke Penang pun masih tak cukup, bagaimana kita nak sustain kalau kita tidak cukup pekerja dan kita bawa pelabur.

Y.A.B. Ketua Menteri; Terima kasih Yang Berhormat Telok Bahang yang membawa satu isu yang amat relevan pada masa kini apabila banyak orang membincang dimananya peluang pekerjaan tetapi di negeri Pulau Pinang sebaliknya berlaku, itu kita pada ketika ini tidak ada pekerja yang mencukupi untuk sektor-sektor yang sudah pulih akibat daripada peralihan ke Fasa 4 seperti Yang Berhormat menyatakan kilang-kilang terpaksa membayar gaji yang lebih bagi menarik dan mencuri kerja-kerja dari sektor yang lain, yang menyebabkan sektor pelancongan khususnya perhotelan dan F&B pada ketika ini walaupun setelah pembukaan rentas negeri pelancongan domestik naik begitu mendadak.

Walaupun hotel-hotel boleh mencapai occupancy 100 peratus tetapi kebanyakan tidak, mengapa tidak, bukan dia tak mahu perniagaan itu tetapi oleh kerana setengah-setengah pekerja mereka dalam tempoh hotel-hotel ditutup mereka sudah cari kerja di sektor industri manufacturing dan sebagainya yang sememangnya sepanjang masa pandemik ini masih ada banyak peluang pekerjaan, sehingga sektor-sektor yang terkesan hilang pekerja kepada sektor- sektor pembuatan dan hotel-hotel terpaksa cuma mencapai occupancy 80 peratus tak sampai 100 peratus kerana kurang pekerja untuk memberi perkhidmatan yang sewajarnya. Jadi ini satu cabaran yang baharu, lain daripada apa yang kita menyatakan di mananya peluang pekerjaan, di Pulau Pinang kita perlu tanya, dimananya pekerja khususnya dengan pekerja-pekerja asing yang masih menghadapi cabaran pembukaan sempadan negara untuk membolehkan pekerja-pekerja asing dalam sektor-sektor yang tertentu dibenarkan masuk semula bagi mengisi kekosongan yang diperlukan oleh sektor-sektor ekonomi kita.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Minta penjelasan, soalan tak boleh minta penjelasan. Ini bidang saya sebenarnya…(gangguan) tak apalah saya pun tertarik dengan isu ini, banyak peluang kekosongan pekerja dan sebahagian besar pekerja yang datang adalah daripada Kedah dan Menteri Besar Kedah tidak tahu tentang itu saya cadangkan supaya kita bagi galakan supaya banyak pekerja dari Kedah datang sini haa so kalau begitu saya rasa habislah Kedah…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, terima kasih Yang Berhormat Perai bawa dalam EXCO bincang secukup-cukupnya…(gangguan)

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Perai kena faham bukan masalah, masa Pulau Pinang tak ada pekerja hospital private pun tak ada nurse, mana nak cari nurse di Kedah…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Sudah..sudah..seterusnya dijemput soalan 21.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

YB. Dato’ Yang di-Pertua Dewan, soalan saya soalan 21. No. 21. Nyatakan jumlah terkini penduduk dewasa Pulau Pinang yang telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 berbanding dengan negeri-negeri lain? (a) Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mendesak Kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan pelaksanaan dos penggalak vaksin COVID-19 untuk warga Pulau Pinang?

Yang di-Pertua (Speaker)

Tak ada jawapan.

Ada, it was on my table just now. Just looking on that…(gangguan)

Yang di-Pertua (Speaker)

Seterusnya.

Ada, dah jumpa. Baru jumpa okey soalan 21 berkenaan dengan data terkini on the booster dose dan bagaimana Kerajaan Negeri nak mendesak Kerajaan Persekutuan memang kita mendesak mereka sehingga 29 haribulan November, jumlah penerima dos penggalak vaksin di Pulau Pinang adalah 84,541 orang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih jawapan…(gangguan)

Belum...belum lagi…sekejap…sekejap belum habis lagi jawapan dia saya mahu bagi yang latest information on the booster dose, okey pihak Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sedang bekerjasama dengan PH Corp. ataupun Protect Health di bawah KKM bagi meningkatkan penglibatan fasiliti swasta dari segi bilangan dan juga penambahan dos di fasiliti yang sedang melaksanakan pemberian dos penggalak ataupun booster dose. Setakat 24 November bagi Negeri Pulau Pinang terdapat 86 klinik swasta dan 8 hospital swasta dan 3 PPV offsite yang terlibat dalam pemberian COVID-19. Mulai 22 November 2021, mereka yang ingin mendaftar sebagai back up list di fasiliti kesihatan swasta iaitu yang seperti yang saya sebut tadi itu termasuk di PPV offsite iaitu di Flextronics PPV di Tapak Ekspo Seberang Jaya dan juga di Sunshine di bahagian Pulau boleh menghubungi terus PPV ataupun klinik swasta dan hospital swasta yang disenaraikan di laman web Protect Health iaitu VaccineCovidProtectHealth.com.my. Ini terbuka kepada penerima dos penggalak yang layak especially yang berumur 40 tahun ke atas, warga emas, mereka yang 18 tahun ke atas yang mempunyai penyakit komorbid dan juga frontliners.

Setakat ni kita dalam senarai ini ada 503,000 orang yang digalakkan untuk mengambil booster dose dan kita telah mencapai 84,541 at the moment dan juga bagi mereka yang belum menerima vaksin mungkin dulu mereka mungkin dia tak nak ambil vaksin tapi sekarang dia buat keputusan untuk mengambil vaksin juga boleh terus menghubungi PPV ini telefon ke ataupun mereka yang terlepas dos kedua mungkin masa tu dia sedang kuarantin. Buat masa ini di Pulau Pinang kita menawarkan vaksin Pfizer tetapi dalam Mesyuarat MMK pada hari Khamis baru ini, saya telah diberitahu yang sebelum itu kita dah dapat pengumuman daripada Menteri yang Sinovac dan AZ juga telah diluluskan dan di Pulau Pinang kita ada lebihan 200,000 vaksin Sinovac yang kita akan buka kepada mereka yang tidak, tidak mahu mengambil vaksin Pfizer bermula bulan depan in Disember InsyaAllah.

Senarai fasiliti swasta yang terlibat dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan(PICK) bagi Negeri Pulau Pinang dan juga kenyataan media dari Protect Health saya senaraikan just nak beritahulah in term of keadaan Negeri Pulau Pinang of status, progress kita booster dose ni kita adalah bottom five antara negeri-negeri lain walaupun kita dah tingkatkan booster dose dalam mesyuarat di MMK Kesihatan pada hari Khamis 25 haribulan November saya telah tanya kenapa kita tercorot di bawah, jawapan yang saya terima ialah negeri-negeri lain seperti Sarawak dan Klang Valley dan juga di Johor, Negeri Sembilan ada walaupun Pihak Kementerian telah membuat pengumuman supaya semua PPV ditutup macam Pulau Pinang, kita sepatutnya tutup 15 haribulan kita dapat surat tapi kita mohon pelanjutan sampai 30 haribulan Oktober tapi banyak negeri lain disebabkan mereka ada isu nak expire dia punya vaksin so mereka telah bulan Oktober tu memberi booster dose sebelum PPV ditutup dan ada juga banyak especially di Sarawak semua itu mereka meneruskan pembukaan PPV, maknanya PPV itu tidak ditutup.

So that’s why sekarang ini saya nak minta daripada rakan-rakan ADUN di sini dan saya telah berbincang dengan Protect Health cara nak meningkatkan booster dose di Pulau Pinang adalah jika ADUN-ADUN ada dewan-dewan sebab sebelum ini kita buka mega PPV, semua itu ditanggung oleh kerajaan sekarang ini Protect Health hanya bayar kepada GP dan doktor-doktor swasta untuk bayaran cucuk sahaja tetapi dewan itu tak ada tapi kalau di kawasan masing-masing ada dewan-dewan yang you all boleh kurangkan kos dewan MPKK ka apa-apa then GP dan doktor-doktor swasta dan klinik-klinik dia boleh buka PPV offsite sebab kebanyakannya klinik-klinik dia hanya boleh buat 20 to 30 sahaja sehari PPV yang besar, yang offsite yang ada di Sunshine Bayan Baru ada kapasiti 1,500 sehari sebagai contoh PPV offsite di Seberang Perai Tengah di Tapak Ekspo oleh Poliklinik Bagan 1,600 sehari tapi 500 orang yang datang masuk dalam dewan dia balik sebab dia nak juga Sinovac…(gangguan)..

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat ringkaskan.

Okay just Flextronics di Bukit Minyak 1,500 so sekarang ini PPV offsite boleh buat 5,100 booster dose sehari….(gangguan)

Yang di-Pertua (Speaker)

Untuk soalan yang sabit dengan vaksin dan COVID-19 saya faham bahawa banyak maklumat yang boleh Yang Berhormat dapat daripada laman web dari Kementerian jenis itu saya rasa boleh dielakkanlah…(gangguan)..

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

YB. Dato’ Yang di-Pertua Dewan, saya rasa saya tak akan tanya soalan yang sudah dilaporkan cuma apa yang telah djawabkan oleh Yang Berhormat EXCO sudah tentu booster ini amat penting untuk pemulihan aktiviti ekonomi dan pembukaan sektor-sektor untuk kita boleh menghala ke pemulihan ekonomi dan sosial di Pulau Pinang. Daripada jawapan Yang Berhormat EXCO, kalau kita melihat perbandingan negeri-negeri lain seperti yang disebutkan tadi kita memang di tangga ke sembilan, tangga pertama Klang Valley booster shot yang telahpun diberikan adalah 697,546, di Sarawak 648,885 berbanding dengan Pulau Pinang yang hanya sekadar sekarang 84,541.

Tadi saya mendengar jawapan yang diberikan oleh MMK bahawa di negeri-negeri lain ini disebabkan mereka ada stok tambahan dan mereka menggunakan dahulu booster shot adalah satu-satu reason alasan kenapa mereka memulakan dan mendapat lebih banyak booster so soalan saya adakah ini menjadi satu soalan supply di Pulau Pinang, adakah kita tidak mencukupi supply booster shot vaccine untuk kita boleh menjalankan booster ini dan soalan yang kedua saya adalah seperti yang disebutkan tadi berkenaan Sinovac sekarang ini saya memang kita semua tahu banyak antara khususnya masyarakat Cina mereka sangat tak yakin ataupun ada hesitancy menggunakan Sinovac.

Soalan saya adalah apakah langkah-langkah yang kerajaan boleh mengambil untuk meyakinkan kebanyakkan orang-orang ini yang masih lagi tak percaya menggunakan Sinovac ini untuk mereka boleh diyakinkan supaya datang untuk menerima booster ini sebab saya rasa ini

juga satu isu yang mengakibatkan booster shot kita sekarang ni tahapnya rendah di Pulau Pinang, sekian, terima kasih.

Okey, actually dulu kita masa saya mula bangkitkan isu ni pada bulan Oktober ya dalam Jawatankuasa Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan oleh Perdana Malaysia, memang saya telah meminta supaya temujanji booster shot tu dipercepatkan kita tak ada isu Pfizer tak cukup, kita memang cukup Pfizer masalahnya masa kita mula-mula buka booster dose tu semua kelulusan hanya diberi kepada klinik swasta dan hospital swasta. Kita bermula masa mula-mula tu about 48 klinik sini tapi sebab mereka hanya boleh buat 20 to 30 sahaja dan 8 hospital dan saya telah bangkitkan isu ini kepada CEO Protect Health dan kita punya angka dah kira naiklah, ada ketika kita boleh buat hampir 7,000 sehari dan di actually yang ramai yang saya seperti sebut tu macam di PPV offsite booster macam di Tapak Ekspo dan juga tempat lain, ramai warga emas ke bila dia dah masuk dia tengok-tengok vaksin tu Pfizer dia about 500 orang sehari tak nak, dia nak tunggu juga Sinovac tapi ada juga yang terus ambil sebab tu saya mohon supaya Sinovac dibenarkan dan kita memang ada vaksin Sinovac yang berlebihan.

Lagi satu the other one yang di negeri-negeri lain selain daripada vaksin dia dah hampir nak expire ialah mereka still buka dia punya PPV dia masih buka PPV awam walaupun dah dapat arahan supaya ditutup tapi in our case kita tutup sebab kos PPV pun sangat mahal dan sebab tu sekarang ni kita buat PPV offsite jadi macam saya sebut tadi please kalau ada ADUN-ADUN, ada dewan-dewan yang boleh digunakan untuk PPV offsite bagi pada saya, saya boleh bagi kepada Presiden Persatuan Medical Society, Medical Practitioner Society untuk mereka…(gangguan)

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih…(gangguan)

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Soalan tambahan tentang vaksin ini tadi Yang Berhormat EXCO ada sebut tentang Sinovac antara sebab yang telah disebutkan semalam ada 500 orang pergi ke PPV Tapak Ekspo dan balik kerana mereka mendapati itulah adalah Pfizer. So saya nak tadi ada kata MMK sudah luluskan 200,000 dos untuk bulan depan. Saya cuma nak dapat satu kepastian, bagaimana kita dapat memberitahu kepada penerima-penerima dos booster vaksin itu bahawa dia akan dapat Sinovac dan bukan nanti dia pergi sana, dia dapati, “oh! Pfizer lagi”. Sinovac sudah tak ada. Then dia akan akan menimbulkan kelam kabut di Pusat PPV itu. So saya nak tau sama ada Kerajaan Negeri ada satu sistem untuk maklum kepada orang-orang yang tidak pergi untuk mendapat booster bahawa mereka akan menerima Sinovac pada hari-hari yang tertentu. Itu saja daripada saya. Thank you.

Ya, kita Insya-Allah akan buat pengumuman dan you know, war-war kepada media. Lagi satu, tapi macam mana pun, booster dose yang terbaik kalau ikut daripada apa yang diberikan data efficacy atau data keberkesanan booster dose adalah masih Pfizer dan juga AZ. Maknanya Sinovac tu kalau lepas second dose selepas tiga bulan boleh ambil Sinovac. Masalah dengan Pfizer, sebagai contohnya ialah one of the issues yang dihadapi oleh klinik-klinik, that’s why

klinik-klinik dia perlu buka offside sebab dia kena kena tunggu enam orang untuk sebelum dia boleh buat suntikan supaya tidak membazir vaksin Pfizer.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, terima kasih. Saya nak jemput soalan 22. Tak ada? 22 soalan Yang Berhormat Air Putih, tak ada di dalam Dewan.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Saya bersedia jawab. Boleh?

Yang di-Pertua (Speaker)

No, no. Tak perlu. Air Putih tak ada dalam Dewan, maka soalan dilangkau. Jemput soalan 23.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 23. No. 23. Adakah Belanjawan Persekutuan 20-22 adil kepada Pulau Pinang jika dibuat perbandingan cukai yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan dari rakyat Pulau Pinang? (a) Daripada tujuh (7) projek yang dicadang oleh Kerajaan Negeri berapakah projek telah mendapat peruntukan dalam Belanjawan Persekutuan 2022? (b) Senaraikan program/projek untuk Pulau Pinang dalam Belanjawan Persekutuan 2022.

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Bagan Dalam, mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia pada asasnya KDNK ialah konsep nilai ditambah. Ia adalah jumlah nilai ditambah bagi semua pengeluar residen ditambah dengan cukai dan ditolak subsidi atas produk yang tidak termasuk dalam pengiraan output. Berdasarkan KDNK Negeri Pulau Pinang bagi tiga (3) tahun kebelakangan ini, Pulau Pinang menyumbang antara 6.7 peratus hingga 6.9 peratus kepada KDNK negara. Kerajaan Persekutuan telah umum peruntukan Bajet 2022 berjumlah RM332.1 billion. Daripada jumlah tersebut, RM75.6 billion diperuntukan bagi perbelanjaan pembangunan. Anggaran peruntukan 2022 yang diluluskan untuk Negeri Pulau Pinang adalah RM996 juta iaitu bersamaan dengan 1.3 peratus peruntukan pembangunan. Sekiranya dibuat perbandingan secara terus dengan sumbangan kepada KDNK, Negeri Pulau Pinang sewajarnya mendapat peruntukan berjumlah RM5.2 billion. Iaitu perbezaan sebanyak RM4.2 billion. Itu mengikut sumbangan peratusan kita kepada KDNK Kebangsaan dengan mengambil kira jumlah yang diperuntukkan bagi Budget 2022 Persekutuan, kita sepatutnya menerima RM5.2 billion tetapi sebenarnya kita cuma menerima RM996 juta atau RM0.99 billion sahaja. Kerajaan Negeri sedar bahawa keseimbangan pembangunan antara negeri dan wilayah adalah penting bagi memastikan kesemua rakyat Malaysia dapat menikmati hasil pembangunan.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan sewajarnya mempertimbangkan peruntukan pembangunan yang lebih tinggi untuk Negeri Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang telah mencadangkan tujuh projek keutamaan untuk dilaksanakan di bawah Rolling Plan kedua, RMKe-12. Status kelulusan projek masih belum diketahui kerana Kerajaan Negeri belum menerima senarai terperinci projek yang diluluskan di bawah Bajet 2022 Persekutuan. Anggaran peruntukan yang telah diluluskan oleh, kepada Negeri Pulau Pinang adalah keutamaan diberikan kepada sektor ekonomi dan sosial. Iaitu sektor ekonomi adalah meliputi 63.9 peratus, Keselamatan 4.4 peratus, Pentadbiran 2.7 peratus dan Sosial bakinya. Kerajaan Negeri belum menerima senarai projek sepertimana saya katakan tadi, Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang memaklumkan bahawa projek-projek pembangunan yang diluluskan akan dikemaskini oleh semua Kementerian di dalam sistem myProject pada Januari 2022 kelak.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana menjawab dan saya terkejut dengan jawapan yang diterima. Walaupun merupakan penyumbang cukai, salah satu penyumbang cukai tertinggi di Malaysia, kita sering dianak-tirikan oleh Kerajaan Persekutuan dan selalunya kita dikatakan pembangunan, negeri yang sudah bangun tidak perlukan peruntukan yang banyak dan disalurkan kepada negeri-negeri yang kononnya tidak, tidak begitu bangun. Ini merupakan satu ketidak-adilan dan bagaimanakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengatasi masalah ini? Sebab setiap tahun kita sumbang kepada Kerajaan Persekutuan KDNK yang tinggi tapi apa yang kita dapat kurang dan setiap tahun belanjawan yang kita, we are tabling in this Dewan...(dengan izin), adalah defisit. Ada tak Kerajaan Negeri mempunyai kaedah ataupun mekanisma lain untuk menerima geran ataupun mendapat what we supposed to receive from the Federal Government in form of taxes to the Federal Agencies ataupun indirect taxes yang kita boleh kenakan ke atas Kerajaan Persekutuan ataupun indirect fees kepada mereka yang, syarikat-syarikat yang mendapat lesen daripada Kerajaan Persekutuan? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Bagan Dalam atas soalan tambahan. Memangnya pihak Kerajaan Negeri sering membangkitkan isu ketidak-adilan dari segi peruntukan kepada Negeri Pulau Pinang memandangkan Negeri Pulau Pinang mempunyai sumber hasil yang terhad. Jadi memerlukan peruntukan pembangunan daripada pihak Kerajaan

Persekutuan namun walaupun sumbangan KDNK kita begitu besar, apa yang kita terima adalah kurang daripada sepatutnya. Dan baru-baru ini pada hari Selasa yang lepas, sempena mesyuarat Perdana Menteri dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri, di mana pembentangan RMKe-12 diberikan dalam mesyuarat itu, saya menyuarakan ketidakpuasan Negeri Pulau Pinang kerana tidak diberi layanan yang setimpal dengan peranan dan sumbangan Negeri Pulau Pinang dan saya ada minta Menteri MITI dan Menteri Kewangan pandang ke Negeri Pulau Pinang. Jangan selalu, kita faham seperti apa yang saya jawab, seimbangan di antara negeri-negeri, wilayah-wilayah dan sebagainya, ada negeri yang memerlukan peruntukan yang lebih. Khususnya bagi Bajet 2022, enam buah negeri diberi perhatian: Sabah, Sarawak, Kedah, Kelantan, Terengganu. Ada sebuah lagi saya tak ingat tetapi kita faham bahawa mereka pun memerlukan peruntukan tetapi bagi Negeri Pulau Pinang untuk terus memainkan, saya bangkitkan, terus memainkan peranan sebagai negeri industri yang menyumbang kepada KDNK, menyumbang kepada eksport, menyumbang kepada surplus, kita memerlukan lebih banyak projek-projek infrastruktur, saya sebut di PKIP, kita membuka taman industri yang baru tetapi kita memerlukan peruntukan untuk melaksanakan projek-projek infrastruktur, sebelum taman-taman perindustrian ini dapat siap, land readiness untuk terima pelabur-pelabur. Jadi saya berharap Kerajaan Persekutuan berlaku adil kepada rakyat Negeri Pulau Pinang dan memberi projek-projek pembangunan lebih daripada RM996 juta bagi tahun 2022 sedangkan kita layak dapat sekurang-kurangnya RM5 billion. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sokong penuh.

Saya nak bangkitkan sedikit. Jadi apakah pengagihan peruntukan dalam Bajet 2022 Negeri Pulau Pinang diagihkan dengan adil? Saya nak satu jawapan dalam bertulis takpa. Pecahan agihannya, semua daerah termasuk kawasan Sungai Dua dan kawasan lain supaya adil dan keduanya adakah pengagihan peruntukan kepada rakyat di semua kawasan dalam pengendalian PBT ini diagihkan secara adil sebab semua rakyat bayar cukai. Sungai Dua bayar cukai, cukai pintu dan sebagainya tetapi pengagihan ini adakah setimpal dengan sumbangan cukai di kawasan Sungai Dua, Bertam, Penaga dan sebagainya. Sumbangan balik kepada kawasan tersebut, setimpal ataupun tidak dengan sumbangan cukai yang telah dihasilkan kepada Kerajaan Negeri. Itu yang yang pertama dan insya-Allah saya akan cuba untuk bincang untuk dapatkan beberapa jumlah projek pembangunan di kawasan cuma YB. Padang Kota tolong bagi senarai untuk saya…(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Pendirian, pendirian Sungai Dua, adakah sokong kita dianak-tirikan oleh Kerajaan Persekutuan? kita perlu layanan sama. Adakah Sungai Dua setuju?

Dari satu sudut. Dari satu sudut kita negeri yang dah membangun, dah maju, bila dah maju mungkin peruntukannya agak kurang.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Ketua Pembangkang kena nyatakan pendirian dulu.

Saya nak juga tanya pendirian tentang pengagihan kepada kawasan Sungai Dua dan sebagainya.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Saya minta nak mencelah boleh?

Yang di-Pertua (Speaker)

Jangan mencelah.

Y.A.B. Ketua Menteri: Walaupun Ketua Pembangkang tidak mahu sebut pendirian bahawa Negeri Pulau Pinang sepatutnya dapat peruntukan yang lebih daripada Persekutuan, saya cuba menggunakan logik Yang Berhormat Sungai Dua, kalau mengikut apa yang kita sebut, kalau sumbangan cukai lebih banyak kita sepatutnya dapat peruntukan yang lebih banyak. Maka menggunakan logik ini, kita tahu pembayaran cukai dari kawasan-kawasan yang disebut oleh Yang Berhormat, kalau dibanding dengan DTL atau Pulau, memang tidak setimpal. Tetapi pendirian kita, kita masih meneruskan pembangunan. Itu yang lebih penting. Tetapi sebalik apa yang kita katakan ini, kita pun mau menegakkan keadilan. Kita mau terus maju. Pepatah Orang Cina kata: “you mau kuda itu lari dengan cepat tetapi tidak bagi makanan kepada kuda itu”, seperti Negeri Pulau Pinang, kuda yang berlari begitu cepat dari segi pembangunan sosio-ekonomi, kita perlu projek-projek infrastruktur tetapi tidak dapat. Oleh itu kita perlu menggunakan kaedah PSR, PPP dan sebagainya. Contohnya PSR ada satu contoh. Kaedah menggunakan hasil tanah itu untuk membiayai projek LRT. Seperti kita sebutkan sejak hari pertama lagi. Itulah kaedah yang kita pakai bagi mengatasi kurangnya peruntukan daripada Persekutuan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. YB. Kuda? (ketawa).

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Tapi peruntukan dapat daripada Kerajaan Persekutuan tak sebut pun? Abah bagi berapa tak sebut pun?

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Persekutuan beri peruntukan kepada ADUN-ADUN...(gangguan).

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Abah, abah yang jaga. Abah yang jaga, abah sayangkan, minta sama abah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Tengok, tengok, tengok sekejap saja saya buat tidak tahu sudah kena. Soalan 24, hendak tanya tak?

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Tuan Speaker, soalan saya nombor 24, memang nak tanya. No. 24. Berikutan perubahan iklim dunia, adakah Kerajaan Negeri mengambil kira factor tersebut semasa merangka Rancangan Tebatan Banjir? (a) Adakah kaedah tenaga dan sumber asli seperti yang diamalkan di Singapura, China dan lain-lain ingin digunakan? Ia bukan sahaja membantu penduduk Pulau Pinang dan mengurangkan kesan pemanasan di pulau.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Speaker dan Yang Berhormat Batu Lanchang. Yang Berhormat, faktor perubahan iklim ataupun Climax Change Factor merupakan satu parameter yang kini diambilkira semasa penyediaan simulasi rekabentuk hidrolik sewaktu fasa reka bentuk awalan sebelum sesuatu konsep mitigasi banjir dipilih untuk direka bentuk terperinci selanjutnya. Kaedah Nature-Based Solution tidak digunapakai secara direct ataupun langsung. Walau bagaimanapun, pengurusan risiko banjir secara holistik sejajar dengan alam semulajadi dan ekosistem yang setaraf dengan kaedah-kaedah Nature-Based Solution telahpun dititikberatkan dalam Manual Saliran Mesra Alam ataupun MASMA yang digunapakai mulai tahun 2000. Pembangunan baru perlu mematuhi MASMA dengan antara lain memperkenalkan water quality pond, wetlands, swales, bioengineered channel dan ecological plans bagi pengurusan banjir. Lagi satu kaedah yang dititikberatkan adalah upstream water retention sebagai alternatif kepada kaedah yang lazim iaitu untuk sekadar menaiktaraf parit atau sungai di kawasan hilir semata-mata. Contohnya Projek High Impact RTB Sungai Permatang Rawa yang kini kita mereka bentuk semula dengan menggunapakai kaedah upstream water retention agar kita dapat menjimatkan kos pengambilan tanah selain daripada menyelesaikan isu banjir. Pada masa kini pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang sebagai usaha dalam pengurusan banjir yang holistik sedang melaksanakan pembinaan Kolam Takungan Banjir Alma di SPT serta dalam proses perolehan kerja untuk melaksanakan projek mitigasi banjir dwi fungsi yang mengoptimumkan penggunaan kawasan lapang dengan komponen mitigasi banjir di Solok Van Praagh dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Jadi pelbagai kaedah-kaedah yang kita guna ada yang mempunyai ciri-ciri Nature-Based Solution ada yang

kita guna sekarang ni lebih kepada menakung air di kawasan up stream daripada hanya fokus kepada naiktaraf parit dan sungai. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Soalan tambahan Dato’ Speaker. Memandangkan salah satu komponen Visi Penang2030 ialah menjadikan Pulau Pinang sebagai sponge city. So adakah kerajaan bercadang untuk menambahbaik kaedah pembinaan yang lebih mesra alam daripada grey to green seperti menukar balik sungai yang telah dikonkritkan kepada yang asal serta menggunakan bioswale untuk mengurangkan sisa pencemaran sebelum air itu dialirkan ke kolam takungan. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Batu Lanchang atas soalan tambahan. Yang Berhormat, agensi-agensi kerajaan sememangnya menyahut dan menyokong gagasan Penang2030 yang memberi tumpuan kepada perancangan projek bercirikan hijau khususnya bagi projek-projek baru tertakluk kepada keadaan dan juga ruang tapak. Cadangan Yang Berhormat iaitu menggunakan kaedah grey to green iaitu contohnya menukar balik sungai yang telah pun dikonkritkan kepada keadaan asal serta menggunakan bio-sway ini sebenarnya satu idea yang baik dan sejajar dengan konsep Nature-Based Solution. Namun begitu hanya kita boleh mempertimbangkan sekiranya kawasan yang kita hendak buat itu mempunyai ruang rizab sungai yang mencukupi dan saya rasa Yang Berhormat sendiri pun maklum bahawa di Pulau Pinang antara masalah yang dihadapi apabila kita hendak buat Projek Tebatan Banjir adalah rizab sungai selalunya tidak mencukupi ataupun sudah ada pembangunan sama ada secara sah atau haram di atas rizab-rizab kita khususnya di kawasan bandar lah. Jadi tidak begitu mudah kita hendak buat. Walau bagaimanapun, bagi mengawal pencemaran, Kerajaan Negeri beranggapan bahawa kawalan di punca ataupun control at source merupakan kaedah yang terbaik untuk mengawal dan mengurangkan pencemaran di saliran-saliran air kita. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Saya tidak ada soalan tambahan saya cuma minta tolong masukkan grey to green sungai mati di kawasan Sungai Dua dan tiga tempat yang menyebabkan banjir. Tiga di Merbau Kudung, Air Itam dan juga di kawasan sebelah Jarak.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Soalan 25 sila.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua, soalan saya soalan 25. No. 25. Sejauh manakah kemunasabahan dari segi undang-undang untuk Kedah menuntut RM100 juta setahun sebagai royalty pajakan Pulau Pinang? (a) Selain daripada tidak melayan tuntutan negeri Kedah, apakah usaha dan strategi Kerajaan Negeri dalam menangani isu diplomasi di antara Pulau Pinang dengan Kedah?

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Machang Bubuk atas soalan dan sebenarnya juga di tanya oleh Yang Berhormat Batu Uban yang tidak sempat kemukakan soalan semalam. Jadi untuk menjawab isu ini, isu ini menyentuh Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang di mana Negeri Pulau Pinang adalah sebuah negeri berdaulat dalam Persekutuan Malaysia sejak kemerdekaan pada tahun 57. Ini adalah Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri. Jelasnya Negeri Pulau Pinang diiktirafkan sebagai negeri berdaulat dalam Persekutuan Malaysia. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Persekutuan tidak apa-apa keperluan untuk menimbang apa-apa tuntutan daripada kerajaan Negeri Kedah dan apabila kedaulatan Negeri Pulau Pinang dipersoalkan saya dengan Kerajaan Negeri dan saya percaya semua ahli-ahli Dewan ini sama ada kerajaan atau pembangkang terpanggil untuk mempertahankan kedaulatan Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri menyaran supaya apa-apa dakwaan berhubung dengan isu ini iaitu Negeri Pulau Pinang milik Negeri Kedah sewajarnya dicermati dan diberi penilaian secara mendalam dan menyeluruh dari aspek undang-undang agar tidak menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan yang tidak perlu di kalangan rakyat khasnya rakyat di Kedah dan di Negeri Pulau Pinang. Sekian.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ya, Machang Bubuk.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Okey. Nanti. Soalan tambahan saya, saya hendak kenal pasti daripada Ketua Menteri. Apa peranan Kerajaan Persekutuan dalam dalam hal ini dalam bab ini saya nampak macam mereka merestui kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah ini. Tadi Ketua Menteri juga ada sebut Ketua Menteri juga menghadiri Mesyuarat Perdana Menteri yang Menteri-Menteri Besar dan juga Ketua-Ketua Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, adakah isu ini juga dibangkitkan oleh Menteri Besar Kedah jika dia hendak

menuntut apa-apa daripada Kerajaan Negeri adakah dia menuntut daripada Kerajaan Persekutuan, yang sepatutnya dia cari Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan royalti atau pampasan itu. Terima kasih.

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Yang Berhormat Machang Bubuk. Dalam mesyuarat berkenaan tidak dengar pun suara Menteri Besar Kedah dalam suatu forum yang melibatkan Perdana Menteri dan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri membangkitkan isu berhubung dengan ini. Mungkin Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Kedah tidak berani sebutkan dalam mesyuarat rasmi tetapi cuma berani sebut di luar melalui kenyataan-kenyataan atau respon kepada media sahaja. Setakat ini kita memang tidak terima apa-apa kalau Menteri Besar Kedah begitu serius dengan perkara ini, sepatutnya tulis kepada Kerajaan Persekutuan dengan terang dan jelas berhubung dengan perkara ini. .....(gangguan)

Okey saya hendak tanya satu. Saya juga orang Pulau Pinang, lahir di Pulau Pinang. Adakah pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai bukti sejarah yang tepat dalam menolak isu ini dan apakah tindakan jika terdapat bukti-bukti yang jelas dan sahih berkaitan perkara ini? Keduanya, bolehkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Kedah duduk berbincang untuk selesaikan masalah. Saya pun risau saya rakyat di bawah pun susah hati tension dengar cerita ini. .....(gangguan)

Saya sebagai Pengerusi Focus Group Warisan Sejarah dan sebagainya ada terdapat juga bukti-bukti macam itu di peringkat USM pun ada buktinya kita buat menyeluruh sejarah dan sebagainya. Kalau boleh kita duduk, ambil fakta-fakta ini dan kita selesaikan supaya tidak jadi masalah. Saya pun hendak benda ini diselesaikan segera supaya tidak jadi masalah yang besar.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Saya bila PAS tidak jadi kerajaan dekat Kedah baru akan selesai.

Y.A.B. Ketua Menteri:

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Dua. Di samping perbincangan mengikut lunas-lunas undang-undang dan perlembagaan yang begitu jelas seperti disebutkan tadi bukan sahaja sekadar Federal Constitution, State Constitution, Akta Sempadan Negeri Kedah dan Perlis yang berlaku pada tahun 86 dan sebelum itu Federation of Malaya 1948, pertikaian tidak perlu dibangkitkan. Negeri Kedah tidak pernah buat tuntutan bahawa Negeri Pulau Pinang sebahagian daripada Kedah. Melalui proses-proses ini menunjukkan sejak awal 90-an tidak ada pertikaian berhubung dengan kedaulatan Negeri Pulau Pinang. Itu tidak pernah dipertikaikan tetapi kalau ada mana-mana universiti, pakar sejarah, budaya hendak meneliti asal usul sejarah dipersilakan melakukan apa-apa dan mungkin sekiranya kita lihat dengan lebih jauh pengaruh Buddish, pengaruh Hindu di Wilayah Utara ini jelas boleh diselidikkan tetapi dari segi lunas-lunas undang-undang amat jelas Negeri Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang berdaulat dan tidak boleh dipersoalkan. Terima kasih.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Yang Di-Pertua, kejap satu saja.

Yang di-Pertua (Speaker)

Satu pun tidak ada. Sila duduk. Saya kena ikut peraturan lunas undang-undang juga.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dua minit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dua minit pun tidak ada. Sila duduk. Ahli-ahli Yang berhormat, untuk sesi soalan lisan 1 jam 30 minit telah pun selesai tamat selaras dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri. Maka sila Yang Amat Berhormat.

Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan yang dijawab tadi akan diberikan kepada ahli dan juga dimasukkan dalam Penyata Rasmi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Okey, Ahli-ahli Yang Berhormat maka kita balik ke sesi perbahasan lagi atas Rang Undang-Undang yang telah pun dikemukakan dengan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2022. Saya hendak mempersilakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian dalam perbahasan.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Mana?

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Berapit.

Yang di-Pertua (Speaker)

Oh, sila.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Salam sejahtera dan salam harapan saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, tuan-tuan, puan-puan yang bersama kami dalam Dewan yang mulia ini. Saya ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Pembekalan Dan Usul Anggaran Pembangunan 2022 yang bertema “Mempercepat Pencapaian Penang2030” yang telah berjaya dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Saya ingin mengambil peluang ucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan demi memperlindungkan kesihatan awam di negeri kita. Situasi pandemik COVID-19 masih belum balik seperti masa dulu. Jadi saya berharap para petugas menjaga diri semasa berkhidmat demi masyarakat. Dato’ Speaker, saya ingin menyentuh dahulu dengan isu di KADUN Berapit. Pertama, Rumah Rehat Bukit Mertajam. Telah sepuluh tahun Rumah Rehat Bukit Mertajam atau BM Rest House diabaikan. Sejak saya dipilih menjadi sebagai ADUN Berapit pada tahun 2018, saya sentiasa mengambil berat tentang tempat ini. Beberapa kali saya menanya mengenai status tempat ini tetapi jawapan saya terima adalah kawasan ini akan dipakai oleh pihak Hospital Bukit Mertajam. Namun, kini Klinik Bandar Perda telah siap dan pesakit luar daripada Hospital Bukit Mertajam akan dihantar ke sana. Jadi sudah pasti tempat ini tidak akan digunakan oleh hospital. Tanah lapang perlu digunakan dengan sepenuhnya. Baru-baru ini, saya terima satu surat bahawa pihak CMI memaklumkan akan menggunakan tanah lapang ini. Saya sangat menantikan projek ini akan berjaya nanti. Saya berpendapat kawasan ini amat sesuai untuk remaja dan keluarga melakukan aktiviti. Tambahan pula ianya berdekatan dengan empat (4) buah sekolah iaitu Jit Sin Independent High School, SMK dan SK Convent serta SJKC Kim Sen dan juga Institute Bukit Mertajam yang mempunyai lebih daripada 4,400 pelajar. Dalam lingkungan 500 meter itu kita sudah terdapat lebih kurang 4,000 pelajar. Jadi saya rasa adalah sangat sesuai tempat yang strategik ini yang bagus ini boleh dipakai dengan sepenuhnya. Saya amat berbesar hati dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tentang Kerajaan Negeri akan menubuhkan pusat Penang2030 di setiap KADUN sebagai shared space untuk menjalankan aktiviti komuniti pada tahun depan. Bersama dengan EXCO Belia dan Sukan juga mengumumkan pembinaan Pusat Belia di setiap KADUN pada sidang Dewan yang lepas. Inilah satu peluang yang sesuai untuk keluarga seperti misi Penang2030 yang berteraskan keluarga. Jadi saya rasa tanah lapang ini sesuai untuk Pusat Belia dan keluarga bukan sahaja di kawasan Berapit tetapi di keseluruhan Bukit Mertajam. Saya sendiri pernah bertanya dengan CMI, tentang perkembangan tanah lapang ini dan saya diumumkan mereka perlu membuat satu placemaking untuk memahami keperluan masyarakat tempatan. Dan proses untuk menilai keperluan setempat dengan memerlukan kos RM20,000. Saya bersetuju dengan proses ini untuk memastikan orang ramai berada dalam tempat yang selamat, selesa dan menarik. Saya berharap projek ini akan mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri. Lokasi BM Rest House terletak di hati Pekan Bukit Mertajam. Dan Pekan Bukit Mertajam adalah satu bandar lama yang semakin hilang daya saing ekonomi. Dengan menghidupkan semula BM Rest House kepada satu tempat shared space yang menarik, saya percaya ia boleh menjadikan satu pemangkin kepada ekonomi Bukit Mertajam. Saya juga difahamkan Stadium Jalan Betek akan membuat e-sport tempat untuk e-sport dan ini amat dinantikan oleh pemuda. Tetapi saya juga nak sebut di sini. Perlu difahamkan setiap pemuda mempunyai minat yang berlainan.

Jadi kita perlulah satu tempat untuk mereka menjalankan aktiviti bersama. Lagi satu tarikan lokasi BM Rest House ini adalah Pekan BM merupakan memori kepada golongan warga emas. Yang lahir dan dibesarkan di Bukit Mertajam. Tanah lapang ini boleh jadikan satu tempat di mana warga emas boleh belajar, bersenam, membaca dan banyak lagi. Bukit Mertajam kekurangan tempat seperti kesenian, bermain, pameran dan tempat yang kondusif kepada masyarakat. Saya percaya dengan adanya satu infrastruktur yang baik boleh menjadikan Bukit Mertajam kembali menyala dan melangkah ke misi Penang 2030. Seterusnya saya ingin menyentuh tentang perpustakaan digital. Pepustakaan digital fasa 1 Pulau Pinang dibina pada tahun 2016. Dan mendapat sambutan yang baik iaitu sebanyak 5,579 akses penggunaan. Pada tahun 2019, perpustakaan digital fasa 2 telah dibina dengan anggaran 188,000 orang. Jika dilihat dari sekarang terdapat empat (4) buah perpustakaan digital di Pulau Pinang dan dimananya tiga (3) buah perpustakaan digital di bahagian Pulau dan satu sahaja di bahagian Seberang iaitu di Butterworth. Penduduk di Seberang Perai sangat menantikan digital library ini. Dan saya selalu ditanya mengenai cadangan bilakah akan menubuhkan satu digital library di Bukit Mertajam. Tetapi jawapan yang saya terima melalui soalan bertulis di sidang dewan ini adalah tiada cadangan untuk menubuhkan perpustakaan digital memandangkan telah ada satu di Butterworth. Saya berasa keputusan ini boleh dikaji semula sebab jika dilihat daripada populasi dan keluasan tanah, Seberang Perai lebih besar daripada bahagian Pulau. Menurut buku Data Asas Sosial Ekonomi Pulau Pinang pada 2016, populasi keseluruhan penduduk adalah 1,725.8 juta di mana 791.8 juta di bahagian Pulau tetapi Seberang Perai ada 933.9 juta. Maka bagi keluasan tanah pula di bahagian Pulau adalah 292 kilometer persegi. Tapi Seberang Perai adalah 740 kilometer persegi. Jika di bahagian Pulau mempunyai tiga (3) buah digital library sepatutnya Seberang Perai mempunyai jumlah yang sama atau lebih mengikut populasi dan keluasan tanah. Saya pernah melawat salah satu perpustakaan digital di bahagian Pulau dan saya sendiri melihat mendapati ada 90 peratus pengguna adalah pelajar yang membaca dan belajar di sana. Komuniti kita kekurangan satu ruang terbuka menjadikan digital library ini sangat popular menjadikan satu tempat untuk mereka berkumpul dan belajar. Di Seberang Perai cuma ada satu digital library di Butterworth. Jika orang awam katakan yang dari Bukit Mertajam nak pakai digital library di Butterworth, sekurang-kurangnya kalau ulang-alik dia perlu satu jam atau lebih. Saya berasa ibubapa mereka mungkin tak ada masa untuk menghantar anak-anak mereka pergi ke digital library yang jauh. Jadi perkara ini tidak dapat memanfaatkan pelajar di seluruh Pulau Pinang. Saya mendapat satu tawaran daripada Persatuan Bekas Murid-Murid Jit Sin untuk Negeri Pulau Pinang supaya mencadang menggunakan tingkat satu dan tingkat tiga bangunan mereka dijadikan perpustakaan digital dengan keluasan 120 square meter dan 300 square meter. Sebab dia ada dua tingkat yang dicadangkan dengan kapasiti tempat letak kereta 50 buah kereta. Lokasinya berhampiran dengan Pekan Bukit Mertajam dan di sekeliling oleh High School, SMK Jit Sin dan Convent BM yang mempunyai pelajar jumlah pelajar yang ramai. Ini merupakan satu tempat yang strategik. Persatuan daripada pelajar Jit Sin ini juga telah menawarkan perkara ini pada beberapa tahun dulu kepada Kerajaan Negeri tetapi mereka mengatakan belum lagi dapat apa-apa keputusan diterima daripada kerajaan. Pada Julai dan Ogos ini mereka sekali lagi menghantar surat kepada Kerajaan Negeri. Jadi di sini saya nak tunjukkan dua pucuk surat daripada mereka. Yang satu adalah bertarikh 23 Julai. Tawaran kerjasama menubuhkan perpustakaan digital di Seberang Perai Tengah di bangunan Persatuan Bekas Pelajar Murid-Murid Jit Sin Bukit Mertajam dan lagi satu surat yang lebih detail adalah butiran bangunan cadangan penubuhan perpustakaan digital di Seberang Perai Tengah di Bangunan Bekas Persatuan Bekas Murid-Murid Sekolah Jit Sin Bukit Mertajam

yang bertarikh keluar adalah bulan Ogos. Di dalam surat ini juga disertakan dengan surat kelulusan Pelan Bangunan dan juga pelan lokasi, lakaran bangunan dan sebagainya. Ini kesemua menunjukkan Persatuan Bekas Murid-Murid Jit Sin ini adalah secara sincere untuk menawarkan bangunan mereka supaya boleh memanfaatkan komuniti atau pelajar di keseluruhan SPT terutamanya di Bukit Mertajam. Dato’ Speaker, saya berpendapat perpustakaan digital ini bukan sahaja digunakan untuk mengakses buku digital sahaja tetapi juga sebagai tempat perbincangan kepada ramai pelajar. Bukit Mertajam kekurangan satu ruang terbuka kepada pelajar. Jadi sekarang ramai pelajar terpaksalah pergi ke kafe atau kedai kopi yang lebih moden menjadikan spot mereka untuk mengadakan brainstorming atau belajar berbincang bersama-sama. Saya mencadangkan dan mengharapkan Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk menubuhkan banyak perpustakaan digital di Seberang Perai. Dengan kepadatan populasi yang lebih tinggi berbanding dengan bahagian Pulau. Isu yang seterusnya, kembalikan Pulau Pinang ke Lembah Silikon. Pulau Pinang telah digelar sebagai Lembah Silikon Timur di mana industri E&E iaitu elektrik dan elektronik yang mencecah 47 tahun sebelum hilang pengaruhnya kepada negara China. Perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China telah membuka peluang kepada Pulau Pinang untuk bangkit semula. Pulau Pinang adalah salah satu kawasan di Asia yang bersaing untuk rantaian, bekalan, yang mahukan lokasi baru atau dan tarif yang lebih rendah. Pelaburan langsung asing ke Pulau Pinang menambah 1360 peratus iaitu lebih kurang dengan RM8,500 juta pada suku tahun pertama tahun 2019 iaitu ketika perang perdagangan baru dimulakan. Dan industri E&E mendapat banyak manfaat, sebagai contoh saya tahu kilang Hotayi Electronic membuka kilang keduanya yang seluas 350,000 kaki persegi yang lebih besar berbanding dengan kilang pertamanya pada tahun tersebut iaitu tahun 2019. Dan kini syarikat tersebut memulakan pembesaran kilang lagi pada tahun ini yang dijangka akan membawa 600 peluang pekerjaan yang bergaji tinggi. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang memerlukan lebih banyak tanah perindustrian bagi menyokong keperluan pelabur dalam era Industri Revolusi 4.0. Saya menyambut berita baik di mana PDC sedang membangunkan dua taman industri baru secara berperingkat iaitu Taman Perindustrian Batu Kawan 2 dan Batu Kawan Timur yang seluas 1,500 ekar dan dijangka beroperasi bermula tahun 2023 dan 2024. Semasa kita menunggu taman industri baru dapat digunakan pada tahun 2022 dan 2023, saya berharap kita masih ada tanah perindustrian yang luas supaya dapat menarik pelabur terutamanya pelabur antarabangsa. Saya ingin menanya adakah taman perindustrian dalam negeri ini masih terdapat lot tanah yang melebihi 5 ekar supaya dapat dibekalkan kepada pelabur yang akan membawa impak besar kepada ekonomi negeri dan bagaimanakah PDC dapat membawa permintaan tanah oleh pelabur antarabangsa atau pelabur besar pada tahun 2022 dan tahun 2023 sebelum Taman Industri baru siap supaya tidak hilang daya saing kepada taman perindustrian negeri jiran kita. Dato’ Speaker, saya ingin menyentuh tentang Eko-Pelancongan, Eko-Pelancongan Pulau Pinang selama ini adalah tarikan pelancongan kepada dunia tetapi sektor pelancongan juga terjejas teruk akibat Pandemik COVID-19. Buat masa sekarang pelancongan kita masih belum buka kepada pelancongan antarabangsa. Jadi saya berpendapat bahawa kerajaan seharusnya mencari peluang untuk membangunkan lebih tarikan pelancongan domestik. Antaranya Eko-Pelancongan adalah salah satu produk yang sangat yang berpotensi tinggi. Saya difahamkan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini telah meluluskan tapak khas untuk membangunkan sebuah pusat Eko-Pelancongan SPU dekat dengan Pinang Tunggal, Kepala Batas. Pusat Eko-Pelancongan SPU di sini melihat potensinya yang tinggi sebab dia berdekatan dengan tempat-tempat menarik dan tempat tarikan semula jadi. Saya pernah melawat tempat itu dan saya setuju dengan keputusan Kerajaan Negeri. Tarikan Eko-Pelancongan SPU bukan sahaja satu boleh jual

produk pertanian tempatan seperti melawat kebun-kebun buah-buahan dan sayur-sayuran malah dia juga boleh, pelancong juga dapat menikmati alam sekitar semula jadi. Contohnya berbasikal di surrounding paddy field. Lokasi tersebut pasti dapat menarik pelancong dari negeri ini dan juga daripada utara Malaysia. Dato’ Speaker, saya berasa sangat hairan dengan satu berita yang baru-baru ini yang diumumkan oleh Kerajaan Kedah. Ya, Kerajaan Kedah yang dipimpin oleh PAS. Kerajaan Negeri Kedah baru-baru ini mengumumkan melarang pelancong menaiki bot masuk ke Pulau Songsong melalui Pulau Pinang dan kerajaan tersebut, saya rasa dia bukan sahaja yang seperti rakan-rakan saya di dalam Dewan yang mulia ini katakan dia buli Negeri Pulau Pinang. Tapi saya rasa dalam kes ini dia juga buli pelancong dari Pulau Pinang. Dengan tuduhannya EXCO Pelancongan membuat tuduhan bahawa pelancong yang masuk melalui bot dari Pulau Pinang ke Pulau Songsong tidak dapat membantu ekonomi mereka, tetapi hanya meninggalkan sampah sahaja di tempat itu. Jadi sekatan itu dibuat supaya pelancong dari Pulau Pinang tidak boleh masuk melalui bot atau saluran air. Saya amat terkejut dengan tuduhan ini sebab semua kerajaan yang membangunkan sektor pelancongan cuma akan cuba sedaya upaya untuk menyenangkan pelancong masuk ke negeri sendiri. Tidak seperti dengan apa yang diumumkan oleh Kerajaan Kedah. Memandangkan negeri jiran kita tidak menyambut baik pelancong dari Negeri Pulau Pinang. Saya berpendapat inilah masa yang keemasan kita mempelbagaikan produk pelancongan bagi pelancong terus tinggal di Pulau Pinang. Dengan ini kita juga tunjuk kepada warga Malaysia atau pelancong dunia bahawa Pulau Pinang sebuah negeri yang pentingkan kebebasan iaitu freedom dan mesra kepada pelancong. Tidaklah halang pelancong sesuka hati seperti negeri jiran kita. Saya menyambut baik dengan peruntukkan Kerajaan Negeri berjumlah RM50 juta bagi memulihkan sektor pelancongan pada tahun depan. Saya mencadangkan supaya negeri, supaya Kerajaan Negeri memberikan lebih prihatin kepada Eko-Pelancongan yang baru-baru kita nak bangunkan seperti menaik taraf jalan akses...(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Satu minit saja Dato’ Speaker. Sebab tempat Eko-Pelancongan biasanya berada di tempat yang lebih kampung ataupun mendalam. Access road mereka biasanya lebih kecil. Jadi saya dengan besar hati untuk meminta Kerajaan Negeri supaya membangunkan lah access road di tempat-tempat yang kita nak bangun sebagai Eko-Pelancongan supaya pelancong kita dapat diakses tempat itu dengan lebih senang dan juga cadangan saya mengadakan shuttle bus untuk membawa pelancong daripada bahagian Pulau ke bahagian tempat Eko-Pelancongan di Seberang bagi mempelbagaikan produk pelancongan Post COVID-19 bagi negeri ini. Akhir sekali saya ucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak yang untuk menyediakan Pelan Belanjawan 2022. Wabak COVID-19 ini telah membawa perubahan kepada wajah dunia dan cabaran adalah besar dihadapan kita. Kembali kepada kehidupan biasa sebelum COVID-19 adalah satu cabaran yang besar bagi semua. Dengan Bajet Kerajaan Negeri yang prihatin rakyat saya beryakin kita akan menang. Dengan ini saya mohon menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Berapit. Cepatnya. Yang Berhormat Permatang Berangan. Sila.

Nor Hafizah Binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, Assalamualaikum W.B.T, Selamat pagi dan Salam sejahtera. (Bacaan Doa). Atas segalanya kepada tuhan kita memohon pertolongan dan petunjuk. Selawat dan Salam serta seluruh puji-pujian buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Izinkan saya mengucapkan rasa hormat kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Yang Berhormat – Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Yang dihormati Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang dan barisan YB.-YB. Pembangkang, Ahli-Ahli Yang Berhormat Pulau Pinang, ketua-ketua serta wakil-wakil jabatan dan agensi, para media, urusetia dan pemerhati sekalian. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi untuk peluang masa yang terluang ini. Marilah kita sama-sama menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadratNya. Atas limpah kurnia dan izinNya yang memungkinkan kita berada di sini untuk bersidang dalam Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Sidang DUN Pulau Pinang kali ke-14. Kali ini Permatang Berangan sekali lagi mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian bagi membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan dan usul Anggaran Pembangunan bagi tahun 2022 yang bertemakan “Mempercepat Pencapaian Penang2030”. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Permatang Berangan menyambut baik usaha Kerajaan Negeri dalam merencanakan tindakan untuk mempercepatkan pencapaian misi dan visi Penang2030 dengan mengenepikan segala perbezaan pandangan dan bersedia untuk bersatu hati demi membanteraskan pandemik COVID-19 dan membantu memulihkan ekonomi rakyat. Merujuk kepada ucapan Bajet 2022 Negeri Pulau Pinang yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota selaku Ketua Menteri pada Jumaat lalu, Permatang Berangan ingin mengucapkan tahniah atas pembentangan tersebut. Namun beberapa perkara perlu diberi penekanan untuk memastikan peruntukan kewangan yang dimuktamadkan dalam Bajet 2022 mencapai sasaran dan matlamatnya. Setelah meneliti bait-bait ucapan tersebut Permatang Berangan amat berharap agar perancangan Kerajaan Negeri bagi merealisasikan tumpuan utama pemulihan ekonomi rakyat dapat menjadi kenyataan. Bajet 2022 Negeri Pulau Pinang tidak akan mencapai matlamatnya sekiranya hanya Kerajaan Negeri sahaja yang berasa selesa, sedangkan rakyat masih lagi kesedihan dan kemurungan kerana dibelenggu oleh masalah yang belum selesai seperti kemiskinan, ketidaklengkapan kemudahan asas, kenaikan harga barang, inflasi yang membebankan serta peningkatan kadar jenayah dan gejala sosial yang semakin membimbangkan. Siapalah kita Ahli-Ahli Yang Berhormat dan ADUN-ADUN jika kita tidak peka dengan permasalahan ini dan mengetahui setiap pandangan dan kupasan kita. Dasar ekonomi kita akan mencangkuk kepentingan bukan sahaja kepada negara dalam bentuk angka dan statistik tetapi lebih kepada kehidupan rakyat iaitu pendidikan anak-anak, harga barang, rakan-rakan kita di kota, kampung dan desa kesusahan mereka untuk mendapat peluang dan kemudahan-kemudahan yang baik. Apa yang kita lakukan di sini hari ini menetapkan belanjawan setiap tahun diputuskan oleh kita di Dewan yang mulia ini bukan sahaja memberi kesan kepada kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat tetapi kepada seluruh rakyat jelata yang menanti berita baik kepada pembaharuan dan pembangunan dalam kehidupan mereka.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebelum meneruskan perbahasan ucapan bajet ini. Permatang Berangan ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bersaksikan Dewan yang mulia ini. Sejauh manakah pencapaian Bajet 2021 direalisasikan. Adakah fokus bajet 2021 yang bertemakan “Transformasi Pemulihan dan Ketahanan Ekonomi Ke Arah Dimensi Baharu Terbilang” dengan empat strategi utama itu memenuhi matlamatnya. Dalam strategi pertama, prestasi pelaburan, potensi perindustrian, keberhasilan dan kelestarian pertanian, penternakan dan perikanan, industri pelancongan dan warisan. Adakah matlamatnya tercapai? Dalam strategi kedua. Jaringan pengangkutan, capaian telekomunikasi dan pendigitilan komuniti, prasarana sukan dan rekreasi serta persekitaran bersih dan selamat. Adakah telah mencapai matlamatnya? Dalam strategi ketiga, daya huni rakyat, kebajikan, kesejahteraan dan kesihatan rakyat serta kelestarian bekalan air. Mencapai matlamat atau tidak? Dan dalam strategi keempat, memperkasa peranan institusi keluarga, wanita dan belia, pembangunan modal insan dan pendidikan serta memartabatkan Agama Islam tanpa menidakkan agama-agama lain. Tercapaikah sasarannya? Maka dengan itu Permatang Berangan amat berharap Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dapat memberikan jawapan terperinci secara berdata untuk pencapaian prestasi Bajet 2021 sebelum kita menunaikan amanah untuk meluluskan Belanjawan 2022. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Sidang yang dimuliakan. Permatang Berangan bersetuju dengan pelaksanaan bantuan kepada rakyat dan kumpulan terkesan akibat pandemik COVID-19 melalui pakej bantuan khas rakyat Pulau Pinang yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sejak pandemik ini melanda tahun lalu. Bantuan sebegini wajar diteruskan bagi memberi galakan kepada rakyat untuk memulihkan kehidupan selepas dilanda wabak ini. Bantuan-bantuan ini akan menjadi galakan kepada rakyat untuk merancakkan semula pemulihan ekonomi pasca COVID-19. Permatang Berangan memuji Kerajaan Negeri kerana dapat bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan biarpun berbeza latar belakang demi kelangsungan survival rakyat Pulau Pinang. Pembukaan Pusat Pemberian Vaksin atau PPV untuk Imunisasi 2 Dos kepada dewasa, remaja dan kumpulan sasar serta pembukaan Pusat Saringan COVID-19 atau CRC mencapai matlamat untuk membendung wabak ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak termasuk jabatan, agensi, petugas barisan hadapan, pemimpin dan rakyat Pulau Pinang yang bersatu hati berusaha memutuskan rantaian penularan wabak ini. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, tidak dinafikan sektor pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, pelancongan dan pelaburan merupakan penyumbang terbesar ekonomi yang memerlukan usaha keras untuk memulihkan ekonomi negeri ini pasca COVID-19. Biarpun pertumbuhannya agak perlahan namun usaha-usaha yang lebih agresif perlu dilaksanakan untuk mengatasi kemerosotan ekonomi ketika ini. Dalam situasi semasa, Permatang Berangan boleh bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan pencapaian Penang2030 melalui 3 inisiatif utama yang digariskan. Antara lain pelaksanaan usaha-usaha tersebut akan dapat menyumbang ke arah pembangunan semula ekonomi negeri ini yang terjejas sejak lebih setahun lalu. Merujuk kepada jawapan kepada soalan bertulis saya nombor 14, kadar bilangan pengangguran di Malaysia pada tahun 2020 direkodkan seramai 711,000 orang yang mana 30,600 orang atau 4.3 peratus adalah dari negeri Pulau Pinang. Bagi mengatasi atau mengurangkan masalah pengangguran ini, Permatang Berangan ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar dapat membina rangkaian dengan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan

dan syarikat-syarikat swasta untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan khasnya kepada anak-anak muda dan belia lepasan sekolah atau pengajian serta golongan yang kehilangan pekerjaan ketika pandemik untuk menjadi sebahagian daripada pemacu kejayaan yang menyumbang kepada pemulihan sosio-ekonomi negeri ini. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, selain daripada itu Permatang Berangan juga boleh bersetuju dengan penubuhan Pusat SMART yang memberi pendedahan dan usaha meningkatkan keupayaan sesebuah syarikat dalam bidang perdagangan, industri dan pembangunan usahawan. Ini kerana lebih 300 usahawan dan peniaga kecil yang ada di Tasek Gelugor khasnya boleh turut menikmati peluang ini. Tambahan kepada itu, pemberian pinjaman tanpa faedah di bawah Skim PEKA bernilai RM45.0 juta diharap dapat membantu usahawan mikro, kecil dan sederhana dalam memulihkan prestasi perniagaan mereka. Dalam perkara ini, Permatang Berangan ingin menyarankan agar Kerajaan Negeri melalui pihak berkenaan dapat meningkatkan pemantauan dan penelitian tentang tatacara pemilihan dan pemberian kelulusan pinjaman tersebut supaya semua pemohon yang layak dapat menerima manfaat tanpa ada ketirisan dan penyelewengan serta birokrasi terpilih oleh pihak yang meluluskan permohonan. Selain daripada itu, Skim Pinjaman Harapan atau (SPH) telah membolehkan seramai 3,662 penjaja dan peniaga kecil sehingga 31 Ogos 2021 menikmati kemudahan ini. Ini bagi mereka yang berdaftar dengan SSM. Dalam perkara ini, lihatlah juga kepada mereka yang tidak berdaftar yang menjadi peniaga atau penjaja kecil selepas pandemik kerana kehilangan pekerjaan supaya mereka turut layak memohon bantuan untuk berpeluang mengembangkan perniagaan mereka. Tambahan kepada itu, penekanan harus diberikan kepada usahawan wanita yang rata-rata menjadi sebahagian besar penyumbang tenaga yang membantu merancakkan perkembangan ekonomi Pulau Pinang. Dalam perkara ini, Permatang Berangan ingin mencadangkan agar Pakej Bantuan Khas One-Off dapat diberikan kepada Usahawan Wanita sebagai galakan untuk memperkasakan ekonomi mereka menjelang endemik. Di samping menyokong usaha pemerkasaan ekonomi wanita, Permatang Berangan juga boleh bersetuju dengan Padang Lalang atas cadangan (TWOAS) Top-Up Women-Only Additional Seats...(dengan izin) untuk pencapaian 30 peratus wanita sebagai penentu dasar utama. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Permatang Berangan ingin beralih kepada keperluan asas rakyat khususnya di kawasan DUN Permatang Berangan, Tasek Gelugor. Di sini izinkan saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini untuk merujuk kepada isu-isu berkaitan kawasan. Pertama, Permatang Berangan menyambut baik usaha-usaha pembersihan dan penyelenggaraan parit, longkang dan saliran yang dilakukan oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri melalui PBT, Pejabat Tanah dan Daerah serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) secara berkala supaya tiada longkang atau parit tersumbat sehingga menyebabkan kebanjiran ketika hujan lebat. Terima kasih juga dirakamkan kepada Wira Oren yang turut terlibat membantu menebang pokok dan membersihkan laluan jalan di kawasan ketika dilanda ribut. Walau bagaimanapun, apa yang ingin saya tekankan di sini adalah isu terbaharu yang berlaku di Simpang Tiga, Pokok Machang, Pokok Tampang dan yang paling serius di Taman Desa Ara Permai, Ara Kuda ketika kejadian hujan lebat beberapa kali baru-baru ini telah menyebabkan banjir kilat yang teruk dipenempatan kediaman penduduk kawasan tersebut yang dipercayai berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sistematik. Adalah diharapkan agar ada usaha daripada pihak Kerajaan Negeri untuk melihat dan mengenal pasti punca penyebab banjir dan bagaimanakah usaha yang dapat dilakukan bagi mengatasi kebanjiran lagi terutama ketika menjelang musim tengkujuh setiap hujung tahun.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan Sidang Dewan yang di muliakan. Sekali lagi, isu ini pernah dibangkitkan terdahulu. Permatang Berangan ingin memohon kepada pihak Kerajaan Negeri melalui agensi ataupun pihak-pihak yang terlibat untuk meninjau kedudukan lampu-lampu jalan di jalan-jalan utama seperti Jalan Lahar Yooi menuju Lubok Meriam dan Pokok Sena, Jalan Pokok Tampang, Jalan Hashim Awang ke jalan masuk ke Taman Sepadu dan Taman Saga, Tasek Gelugor serta Jalan Jarak Atas menuju ke Padang Chempedak. Memang terdapat lampu jalan yang dipasang di sepanjang jalan tersebut, namun masih kelihatan gelap kerana daun-daun dari pokok-pokok besar menghalang pancaran cahaya dan menyebabkan laluan tersebut menjadi kelam dan membahayakan pengguna jalan raya di waktu malam. Perlukan tindakan segera daripada pihak PBT untuk memangkas dahan atau menebang pokok tersebut daripada melindungi pancaran cahaya lampu. Tambahan kepada ini, Permatang Berangan juga ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada team MBSP yang telah membakar sarang tebuan yang menghuni sepohon pokok tinggi yang telah lama dibangkitkan oleh penduduk di Padang Chempedak. Tindakan pihak MBSP amat dihargai kerana telah membantu menyelesaikan masalah keselamatan penduduk. Aduan dibuat kepada saya di Pusat Khidmat banyak tebuan ganggu. Keselamatan anak-anak khususnya jadi perkara ini dah selesai, terima kasih. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terdahulu juga pernah dibangkitkan bahawa Pusat Khidmat ADUN Permatang Berangan menerima banyak aduan berkaitan kelemahan capaian internet khasnya di kawasan Pokok Machang, Pokok Tampang, Permatang Indah, Ara Kuda, Labuh Banting, Nyior Sebatang, Lahar Yooi dan Pengkalan Batu yang mana sebahagian besar penduduknya tidak dapat menerima liputan internet secara menyeluruh. Isu berbangkit Yang Berhormat. Ramai terutamanya ibubapa yang merungut kerana tidak mendapat liputan internet dan sering ketinggalan kerana tiada signal untuk tujuan tersebut. Bagaimana anak-anak mereka selaku pelajar ingin membuat pembelajaran secara atas talian walaupun sekarang dah boleh ke sekolah. Namun mereka sendiri pula sebagai peniaga online sukar untuk mempromosikan jualan mereka tanpa liputan yang lancar dan terkini. Justeru mohon perhatian Kerajaan Negeri dalam mempercepatkan usaha untuk mendepani pendigitalan era norma baharu ini dengan kadar segera. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, ada lagi isu berbangkit. Isu berbangkit mengenai mengenai tambakan tanah sawah masih menjadi ulangan aduan di Pusat Khidmat ADUN Permatang Berangan. Diharap Kerajaan Negeri dapat memberi maklumat terkini status tanah sawah di kawasan Permatang Berangan yang bertukar syarat bagi membolehkan pihak yang mengadu mendapat penjelasan. Perkara ini juga perlu perhatian serius supaya tidak kehilangan tanah pertanian yang perlu dikekalkan sebagai tapak tanaman padi. Satu lagi permintaan adalah untuk memohon pihak PBT menyelenggara padang bola di Anjung Gelugor berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bakti Tasek Gelugor bagi membolehkan aktiviti riadah dijalankan dengan lebih selamat dan selesa. Terkini hanya ada lingkaran kabel untuk tujuan kerja-kerja menaik taraf kabel tembaga kepada fiber optic yang kelihatannya tidak berganjak dan membahayakan pengguna di situ. Jadi mohon tindakan segera oleh pihak PBT untuk menyelesaikan permasalahan ini. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, satu lagi rungutan daripada penduduk di Taman Sepadu dan Taman Koskam. Tentang kumpulan anjing liar yang berkeliaran di kawasan perumahan mereka dan menimbulkan rasa tidak senang dan risau akan keselamatan anak-anak mereka atas risiko dikejar atau digigit oleh haiwan berkenaan. Pihak pusat khidmat telah pun membuat permohonan beberapa kali namun anjing-anjing ni nampaknya cerdik dapat

menghilangkan diri ketika dicari namun saya mintalah pihak PBT memantau dan ambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah ini. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datok Keramat yang telah memberikan jawapan kepada soalan lisan dan soalan bertulis saya berkaitan perumahan di kawasan Tasek Gelugor. Bagaimanapun masih lagi ada soalan yang memerlukan penjelasan kepada rakyat Permatang Berangan khususnya tentang jawapan yang diberikan oleh beliau, saya rujuk kepada soalan No 5(a) tentang penyediaan rumah mampu milik atau RMM dan berdasarkan rekod terdapat 19 kemajuan di Tasek Gelugor yang melibatkan lapan (8) dalam pembinaan dan 11 telah diluluskan Pelan Kebenaran Merancang dengan jumlah unit bercampur sebanyak 5167. Bagaimanapun setelah meneliti kelapan-lapan pemajuan dalam pembinaan, saya dapat mengenal pasti memang ada rumah mampu milik berjumlah 3250 unit namun keseluruhannya adalah RMM C. Tidak ada RMM A ataupun RMM B dan untuk 11 projek yang telah diluluskan PKM daripada jumlah tersebut ada 660 unit RMM C dan tidak ada RMM A ataupun RMM B. Justeru saya ingin meminta jawapan daripada pihak Kerajaan Negeri tentang syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri kepada Pemaju Perumahan yang mengemukakan Pelan Kebenaran Merancang tetapi tidak memasukkan RMM A dan RMM B, walaupun kawasan-kawasan pembangunan, contohnya di kawasan Tasek Gelugor memang memerlukan lebih banyak RMM A dan RMM B berbanding RMM C dan apakah rasional atau justifikasi yang membolehkan pemaju tidak membina kedua–dua RMM tersebut dalam Pelan Pembangunan yang mereka kemukakan. Mohon penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri agar rakyat Permatang Berangan berpuas hati dengan jawapan dan keputusan keputusan ini.

Terima kasih. Mohon pencelahan.

Ahli Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) Sila

Saya tertarik dengan isu yang dibangkitkan oleh Permatang Berangan dan juga dalam Parlimen Tasek Gelugor. Iaitu berkaitan dengan Projek Perumahan yang sedang dilaksanakan dan akan dilaksanakan begitu banyak, lapan (8) sedang dijalankan, 11 dalam pelaksanaan dan mungkin dah dapat kelulusan Kebenaran Merancang. Tetapi saya tengok kecuali rumah yang kecil – kecil ini yang bilangannya tak banyak bawah daripada 150, bawah daripada 150 yang saya faham dulu kita ada syarat untuk pemaju bina Projek Perumahan yang melebihi 150 unit perlu ada rumah low cost ataupun low medium kos RMM A atau B. Jadi saya nampak tidak ada langsung tidak ada bukan tidak ada sebarang pun langsung tidak ada RMM A dan B untuk projek-projek yang dibangunkan di kawasan Parlimen Tasek Gelugor. Yang ada cuma RM250,000 ke atas di mana rumah mampu milik, adakah ini menjadi dasar Kerajaan Negeri yang baru dari segi perumahan ini iaitu diutamakan rumah mampu milik dengan nilai RM250,000 di sebelah Seberang dan sebelah Pulau RM300,000. Ini saya mungkin mintak ditambah dalam penjelasan. Terima kasih

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Minta penjelasan sikit Permatang Berangan. Sedikit sahaja

Ahli Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) Okey. Sila.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Okey terima kasih Yang Berhormat Permatang Berangan yang membangkitkan tentang isu khususnya perumahan. Saya tidak berniat untuk memberikan jawapan sebab nanti EXCO akan gulung la. Cumanya tadi saya tertariklah dengan hujahan Yang Berhormat Ketua Pembangkang tiada unit yang seperti ini pun di kawasan Parlimen Tasek Gelugor. Tapi hari ini kita bertuahlah kita mempunyai pengerusi PERDA bersama-sama kita dalam Dewan yang mulia ini mungkin kita boleh jemput Pengerusi PERDA pada rakan saya Yang Berhormat Bertam mungkin boleh kongsikan sebab memang kita tahu peranan PERDA salah satu tujuan utamanya adalah untuk membangunkan rumah-rumah yang benar-benar mampu milik khususnya di kawasan di sekitar kawasan tersebut. Mungkin kita boleh jemputlah Pengerusi PERDA untuk beri ulasan sedikit

Yang di-Pertua (Speaker)

Bukan cara ini lah, Bincang dekat luar. PERDA tak bertanggungjawab kepada Dewan ini. Sila.

Ahli Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman): Terima kasih Dato Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua yang membangkitkan isu yang sama yang biasa menjadi keperluan rakyat di kawasan kami di Tasek Gelugor. Terima kasih juga kepada Pengkalan Kota yang mencadangkan untuk pihak PERDA mengambil tindakan dan saya yakin YB Bertam memang ada perancangan yang dibawa oleh pihak PERDA dan kebanyakan pembangunan sebahagian besar pembangunan bercampur pun memang ada yang dicadangkan oleh pihak PERDA dan PERDA Ventures Incorporated. Terima kasih. Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya pentingkan jawapan tersebut supaya pihak kami dapat memberi penjelasan kepada rakyat kerana ramai di kalangan penduduk yang memang mencari peluang untuk mendapatkan rumah-rumah untuk dimiliki sebab ramai yang berkeluarga berpendapatan B40, M40 telah berumahtangga lebih 10 tahun masih tidak mampu memiliki rumah. Oleh yang demikian, daripada mereka menyewa tetapi masih lagi tidak mempunyai hak milik lebih baiklah diberi peluang untuk mereka memiliki rumah-rumah yang mampu dimiliki untuk masa hadapan.

Dato Yang di-Pertua, demi membina masyarakat yang sihat dan agresif terutama bagi memastikan kelangsungan kecemerlangan prestasi anak muda dan belia, Pusat Sukan mampu menjadi medan paling positif untuk meningkatkan stamina serta daya tahan fizikal mereka. Malah, lebih kepada tempat lepak yang baik untuk mengelakkan gejala tidak sihat. Di sini Permatang Berangan ingin bertanya kepada Bagan Jermal selaku Exco Belia dan Sukan tentang status pembinaan Kompleks Sukan di Pokok Sena. Apakah status terkini dan adakah pembinaannya mampu direalisasikan? Sebelum mengundurkan diri, nak habis dah Dato Speaker, Permatang Berangan mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua pasukan anggota keselamatan, petugas barisan hadapan, pekerja pembersihan semua pihak termasuk pemimpin tempatan dan warga penduduk khususnya di Permatang Berangan dan keseluruhan di Tasek Gelugor yang telah membantu menyalurkan maklumat dan bekerja bersama-sama Pusat Khidmat ADUN Permatang Berangan bagi membantu kumpulan-kumpulan yang terkesan dalam usaha memerangi COVID-19. Dan menjadi harapan Permatang Berangan adalah pencapaian matlamat ke arah pemulihan dan peningkatan ekonomi demi kesejahteraan rakyat secara keseluruhan dan semoga Bajet 2022 Pulau Pinang bermanfaat dan dapat dirasai oleh keseluruhan rakyat negeri ini. Sekian terima kasih

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Bertam. Sila Bertam

Khaliq Mehtab Bin Mohd IshaqBERSATU · PHBertam

Terima kasih Dato Speaker.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Oh Bertam sudah bangun.

Khaliq Mehtab bin Mohd IshaqBERSATU · PHBertam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Bismillahhir Rahmanirrahim puji dan syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia dan inayatNya kita semua dapat berkumpul dan bersidang di dalam Dewan yang mulia ini dalam masa Pulau Pinang berada di dalam fasa keempat Plan Pemulihan Negara. Seringkali bermain di minda kita sampai bilakah kita akan berhadapan dengan pandemik COVID-19. Rata-rata rakyat memikirkan jalan yang terbaik untuk meneruskan kehidupan mereka dengan sokongan kerajaan sama ada di peringkat Negeri ataupun Persekutuan, namun hidup mesti diteruskan perjuangan menghapuskan COVID-19 tidak akan terhenti. SOP yang dikuatkuasakan perlu diikuti dan penguatkuasaan perlu dilaksanakan tanpa mengenal erti jemu dan tidak boleh alpa dengan keadaan sekeliling. Mungkin sekarang rakyat sudah pun mangli ataupun sudah biasa dengan peningkatan kes malah ada yang sudah tidak ambil kisah. Ada yang menganggap ianya sudah sama seperti berita naik turun harga minyak setiap minggu. Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, pandemik COVID-19 telah pun memberikan kesan yang amat mendalam kepada negara. Pulau Pinang tidak terkecuali bahkan pernah mencapai kadar jangkitan harian sebanyak 2400 kes, namun atas kerjasama semua pihak yang berkepentingan kita sekarang sudahpun berada di dalam fasa keempat (PPN) dan Bertam

ingin mengingatkan kepada semua, janganlah kita leka, janganlah kita lalai, SOP haruslah sentiasa diutamakan. Bertam sekali lagi ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua frontliners dan juga sukarelawan yang telah membantu Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam melaksanakan kerja membantu rakyat di kala pandemik ini. Terima kasih juga Bertam ucapkan kepada seluruh rakyat Pulau Pinang yang telah menunjukkan dedikasi dan sifat bertanggungjawab demi memastikan pandemik COVID-19 ini dapat dikekang demi kesejahteraan semua. Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Pulau Pinang untuk tahun 2022 ini, beberapa isu ataupun harapan yang Bertam ingin ajukan, Bertam ingin mengutarakan sekali lagi mengenai permasalahan di Bertam kiosk atau Pusat Bandar Bertam Perdana dan Bertam sekali lagi memohon supaya kawasan kiosk Bertam mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri. Kawasan ini merupakan sebuah kawasan perniagaan yang menjadi nadi ekonomi kepada kawasan Kepala Batas dan kepada rakyat Kepala Batas. Apa yang Bertam ingin suarakan ialah sudah masuk kali kedua Bertam mencadangkan di dalam Dewan yang mulia ini agar kiosk Bertam diangkat menjadi hub makanan halal di Negeri Pulau Pinang ini tetapi masih belum mendapat jawab jawapan yang positif. Bertam berharap agar kawasan kiosk Bertam ini dapat disenaraikan di dalam Pelan Induk Pelancongan Negeri Pulau Pinang agar dapat dijadikan kawasan produk pelancongan yang baru di negeri ini. Begitu juga dengan cadangan untuk membuat lukisan mural di kawasan kios bagi pengindahan kawasan tersebut. Bertam amatlah berharap bahawa Majlis Bandaraya Seberang Perai dapat menyalurkan sedikit dana untuk tujuan ini. Bertam faham mungkin sekarang bukanlah masanya yang sesuai tetapi Bertam memohon agar pihak yang berkenaan membuat satu catatan penting mengenai permohonan ini. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Bertam juga ingin menyuarakan hasrat dan cadangan kepada EXCO Pertanian dan juga mana-mana agensi yang terlibat dalam Projek Ternakan Kerang di kawasan Pantai Butterworth sehingga ke Penaga. Bertam mohon untuk diperhalusi setiap permohonan yang dikemukakan dan peluang yang lebih diberikan kepada persatuan-persatuan nelayan kawasan tersebut. Ternakan kerang ini dapat juga menjadi satu lagi aktiviti untuk menambahkan pendapatan para nelayan yang berada di sekitar Bagan Tambang, Padang Benggali dan juga Penaga. Dato Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, aktiviti perkilangan di kawasan Bertam tidaklah sehebat kawasan-kawasan yang lain...(gangguan).

Mohon mencelah. Saya tertarik dengan Projek Ternakan Kerang yang telah dilaksanakan oleh pihak Exco Pertanian ternakan kerang di kawasan daripada Bagan Ajam sampai ke ke Penaga. Satu, kawasan itu dibuat ternakan kerang dan kawasan itu jugaklah yang akan dibangunkan dengan Projek Tambakan Laut. Kesannya nanti kita akan menghadapi kerugian, kedua, pemilihan peserta, Bertam dah bangkitkan saya juga nak bangkitkan kalau boleh kita buat secara berkelompok ataupun diwujudkan NGO dan juga persatuan yang terlibat untuk mendapatkan projek disitu. Saya nampak dalam senarai tu adik-beradik ramai, mak pak dengan ayah pun ramai yang dapat, jadi ini takkan mencapai matlamat kita nak buat ternakan kerang di kawasan tersebut. Terima kasih

Khaliq Mehtab Bin Mohd IshaqBERSATU · PHBertam

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua. Dato Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, aktivivti perkilangan di kawasan Bertam tidaklah sehebat kawasan-kawasan lain tapi dengan adanya kawasan industri kecil ini sekurang-kurangnya dapat memberi ruang membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat sekeliling. Apa yang Bertam gusarkan ialah masih masih terdapat kilang-kilang yang beroperasi tanpa izin dan ianya mengganggu kehidupan masyarakat setempat. Kawasan kilang yang didirikan walaupun atas tanah persendirian sepatutnya perlu mendapat kelulusan yang sewajarnya daripada pihak yang berwajib. Walaupun sudah beberapa kali disuarakan oleh penduduk kawasan setempat mengenai masalah kilang tanpa izin ini, responnya masih lagi kurang memuaskan. adakah kita hanya perlu memejamkan mata dan membiarkan rakyat di sekeliling akibat menderita akibat kesilapan dan kurang keberkesanan pelaksanaan undang-undang, Bertam pasti sekiranya kilang ni berada di sebelah rumah Ahli-ahli Yang Berhormat ataupun berdekatan dengan rumah kediaman-kediaman pegawai-pegawai kerajaan pastinya aduan bertalu-talu dan tindakan akan diambil dengan cepat. Tak tumbuh tak melata jika tak sungguh orang tak mengata. Dato Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Bertam mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memperuntukkan sejumlah RM71.137 juta bagi pembangunan agama Islam di Negeri Pulau Pinang.Bertam juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah memberikan ex-gratia kepada guru-guru di sekolah KAFA sebanyak RM50 sebulan. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, gaji dan elaun guru-guru KAFA pecahannya adalah seperti berikut.Pertama bayaran dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia adalah sebanyak RM1000 sebulan, Kedua adalah bayaran dari Zakat Pulau Pinang adalah sebanyak RM150 sebulan dan yang ketiga bayaran ex-gratia Kerajaan Negeri sebanyak RM50 sebulan. Jumlah keseluruhan adalah RM1200 sebulan. Persoalannya adakah ex-gratia ini sesuai ataupun bertimpal, setimpal dengan seorang guru yang bertugas lima (5) hari seminggu ataupun 20 hari sebulan. Bertam ingin mohon pihak Yang Berhormat Pinang Tunggal selaku EXCO Agama untuk melihat dan membuat penilaian semula berkenaan bayaran ex-gratia ini kepada guru-guru KAFA. Jika boleh berikanlah bayaran yang lebih setimpal dengan kedudukan mereka sebagai guru yang didik anak bangsa kita. Bertam juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa yang telah meluluskan permohonan dan melihat kekhilafan lalu. Alhamdulillah, guru-guru KAFA wanita yang berkahwin akan menikmati faedah cuti bersalin mulai Januari 2022. Faedah atau kemudahan ini sewajarnya diberikan kepada guru-guru ini seperti faedah-faedah yang dinikmati oleh kakitangan-kakitangan awam dan swasta yang lain. Dan Bertam harapkan agar pihak guru lelaki yang berkahwin juga mungkin dapat diberikan paternity leave...(dengan izin), untuk memudahkan segala urusan pendaftaran anak dan sebagainya yang dapat dilakukan dalam tempoh cuti tersebut. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Bertam ingin mengajukan soalan mengenai keberkesanan perkhidmatan bas percuma (CAT) di kawasan Bertam. Difahamkan memang CAT Bertam ini tidak lagi beroperasi sejak 4 April 2020 berikutan penularan wabak COVID-19 dan juga atas faktor bilangan penumpang yang rendah. Disebabkan laluannya adalah kebanyakannya melalui kawasan-kawasan taman, dan kita faham, kawasan taman ni selalunya penduduk di situ mempunyai kenderaan sendiri. Oleh itu, penggunaan bas percuma tersebut memang kurang, kurang dapat sambutan. Sebagai ganti Kerajaan Negeri telah melancarkan kolaborasi pembiayaan pas Perjalanan Tanpa Had ataupun My30 pada 1 Mac tahun ini menggunakan laluan Rapid Penang. Ini merupakan satu pendekatan yang baik oleh Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat kurang kemampuan yang masih perlu bergerak menggunakan perkhidmatan awam. Bertam ingin

menyarankan agar perkhidmatan Rapid Penang ini diubah ke laluan baru untuk memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar sekolah terutamanya di kawasan Permatang Sintok, Permatang Rambai, Permatang Kuala, Permatang Pauh, Permatang Berah, Penaga 2 sehingga ke Padang Benggali. Pelajar dan penduduk di kawasan ini menghadapi kesukaran kerana tiadanya perkhidmatan bas ulang-alik dan sudah tentunya akan menyukarkan pergerakan pelajar-pelajar untuk ke sekolah di kawasan-kawasan yang tersebut. Bertam berpendapat cukuplah sekadar menjadi bas harian untuk kegunaan pelajar sekolah yakni di waktu pagi dan juga di waktu selepas tamat persekolahan. Perkhidmatan ini amat diperlukan oleh penduduk di sekitar yang telah disebutkan tadi dan Bertam amatlah berharap agar pihak Kerajaan Negeri bersama dengan Rapid Penang dapat melihat dan memperhalusi cadangan ini. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Bertam ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada EXCO Belia dan Sukan Yang Berhormat ADUN Bagan Jermal di atas usaha beliau yang telah membaik pulih Stadium Hoki Bertam dan juga telah dipasang dengan lampu. Namun begitu kita masih menunggu kegunaan sepenuhnya Stadium Hoki ini di masa akan datang, insya-Allah. Diharapkan dengan Bajet 2022 Kerajaan Persekutuan dapat dimanfaatkan oleh Negeri Pulau Pinang untuk kemajuan sukan di negeri ini. Dan saya quote antara intipati Bajet 2022 Kerajaan Persekutuan untuk sukan adalah seperti berikut: “sebanyak RM159 juta diperuntukkan bagi membina, menaik taraf dan menyelenggara kemudahan sukan di seluruh negara dan RM50 juta bagi pembudayaan gaya hidup aktif ataupun Fit Forever dan Hari Sukan Negara. Dan sebanyak RM20 juta pula telah diperuntukkan bagi pembangunan e-sukan Kebangsaan termasuk RM5 juta bagi mewujudkan Pusat Kecemerlangan Sukan Dron”. Bertam mengharapkan agar pihak Kerajaan Negeri khususnya EXCO Belia dan Sukan dapat menggunakan bajet ini untuk pembangunan sukan sama ada sukan tradisi ataupun elektronik. Bertam juga mengharapkan limpahan daripada anjuran program-program sukan negeri di kawasan Bertam dapat memberi manfaat kepada penduduk sekitar. Dan satu lagi, sukan Lawn Bowl ataupun Boling Padang juga perlu diaktifkan semula di DUN Bertam. Bertam juga mohon kepada EXCO Belia dan Sukan supaya dapat memperuntukkan sedikit bajet untuk pembaikan semula padang Lawn Bowl di Stadium MBSP Bertam dan termasuklah pembaikan lampu serta kemudahan sekeliling padang Lawn Bowl tersebut. Stadium Bola Sepak MBSP Bertam juga memerlukan lampu limpah untuk memberi kemudahan kepada pasukan-pasukan bola sepak yang ingin menggunakan padang ataupun stadium di waktu malam. Ini bermakna perlawanan ataupun latihan atau apa sahaja penggunaan di padang tersebut dapat dilakukan juga di belah malam dan bukan terhad di waktu siang sahaja. Permohonan ni pernah Bertam ajukan tapi sehingga sekarang masih lagi belum jadi satu kenyataan. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Bertam ingin menarik perhatian pihak-pihak yang berwajib terutama yang terlibat secara langsung dengan pembinaan projek 2 Lorong kepada 4 Lorong di sepanjang Jalan Kedah, Jalan Butterworth ke Titi Merdeka yang melalui kawasan Bertam. Bertam ingin memohon agar pihak Jabatan Kerja Raya, Projek Khas untuk melihat masalah yang dihadapi oleh pengguna-pengguna jalan tersebut. Yang pertama sekali, keadaan papan tanda untuk memasuki kawasan simpang di jalan masuk Kampung Padang dan Lahar Kepar. Pengguna jalan agak keliru dengan papan tanda atau penunjuk arah terutama di waktu malam yang memang gelap. Penunjuk arah ‘Pusingan U’ di persimpangan Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi di hadapan kubur Lahar Ikan Mati dan ‘Pusingan U’ di persimpangan masuk ke Jalan Paya Keladi, kawasan ini juga agak gelap di waktu malam kerana kurang pencahayaan. Dan yang ketiga, kon-kon yang diletakkan untuk

pengasingan, divider...(dengan izin), jalan juga memberi masalah kepada pengguna di waktu malam terutama apabila jalan diubah secara tiba-tiba tanpa diletakkan lampu amaran. Bertam juga ingin memohon agar pihak berkenaan melihat kembali pembersihan longkang jalan di sepanjang kawasan projek ini kerana kebanyakan longkang-longkang baru, longkang-longkang yang baru ini yang yang sudahpun mula dilitupi oleh pasir dan juga rumput liar. Semoga pihak yang berwajib dapat memastikan kawasan projek tidak menyulitkan pengguna dan penduduk kawasan sekitarnya. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, menyedari hakikat bahawa kesukaran menempuhi kehidupan di kala pandemik ini tidak mengenal batas usia, tidak mengenal ras bangsa dan kawasan tempat tinggal. Bertam merasakan molek lah kiranya Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Ketua Menteri yang berjiwa besar, Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow dapat menyalurkan peruntukan yang sama kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri tanpa mengira blok dan parti. Kalau di peringkat Parlimen pun rata-rata Ahli Parlimen telah mendapat peruntukan yang sama. Baru-baru ini di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pun, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor, telah memaklumkan bahawa ADUN-ADUN Pembangkang pun akan diberikan peruntukan yang sama. Bertam mohon agar Kerajaan Negeri dapat memberikan kepada kami, kami tujuh (7) orang ini Blok Pembangkang dana Akaun Khas yang sama jumlahnya dengan ADUN-ADUN Kerajaan Negeri. Kita elakkan dari berpolitik yang remeh di kala pandemik. Nyawa rakyat perlu kita hargai dan Bertam percaya kepimpinan Kerajaan Negeri begitu prihatin terhadap rakyat Negeri Pulau Pinang tanpa mengira kawasan Dewan Undangan Negeri. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Bertam juga ingin mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas pembentangan Bajet 2022 yang bertemakan “Keluarga Malaysia Makmur Sejahtera” berlandaskan penekanan 3M atau 3R iaitu memulih kehidupan, recovery...(dengan izin), membina semula daya tahanan, resilient...(dengan izin) dan memangkin pembaharuan, reformed...(dengan izin), di mana Kerajaan telah menyediakan peruntukan besar sejumlah RM8.2 billion di bawah bantuan keluarga Malaysia yang akan memanfaatkan lebih kurang 9.6 juta penerima termasuk golongan bujang. Bajet 2022 memperuntukkan sejumlah RM322.1 billion merupakan bajet tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini dan merupakan kesinambungan kepada pakej bantuan dan rangsangan ekonomi yang telah diumumkan semasa pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional. Bajet ini bagi menyokong kesejahteraan dan kehidupan rakyat, memastikan kemampanan perniagaan dan memacu pemulihan ekonomi. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pandemik COVID-19 ini banyak memberi kesedaran kepada kita semua agar kita bersatu dalam memerangi wabak ini. Slogan “Kita Jaga Kita” yang membawa maksud kitalah sendiri yang menjadi benteng untuk memutuskan rantaian COVID-19. Tanpa mengenal bangsa, agama, umur serta taraf kehidupan setiap orang di antara kita wajib mematuhi SOP. COVID-19 tidak kenal Dato’ Yang di-Pertua, tidak kenal Ahli-Ahli Yang Berhormat ataupun rakyat biasa. Jika gagal mematuhi SOP, padahlah akibatnya. Kita juga belajar untuk bersabar di kala pandemik melanda. Kita diajar supaya berusaha untuk mengatasi segala masalah yang ada. Sesuatu musibah yang melanda pasti ada hikmah disebaliknya. Innama'al usriyusra, yang bermaksud “Sesungguhnya berserta kesulitan itu ada kemudahan”. Dan pantun: berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Insya-Allah.

Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, akhir kalam Bertam ingin memohon kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan Pulau Pinang khususnya untuk kita terus menyokong usaha kerajaan untuk memastikan rantaian COVID-19 ini dapat diputuskan. Kita jaga kita, insya-Allah, kita akan menjadi sebuah Keluarga Malaysia yang prihatin. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Dato’ Yang di-Pertua, boleh saya sentuh sedikit mengenai projek perumahan tadi yang dibangkitkan oleh…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Nanti bila waktu gulunglah.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Baik, baik. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Batu Uban? Batu Uban dulu. Sila Batu Uban.

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih. Salam sejahtera dan salam reformasi Batu Uban ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua Dewan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu, Batu Uban ingin mengucapkan terima kasih kepada semua frontliners atas pengorbanan mereka untuk mengekang penularan wabak COVID-19 ini. Seperti yang semua maklum, tahun 2020 dan juga tahun 2021 adalah tahun yang amat mencabar bagi semua frontliners kita dan Batu Uban juga mengucapkan setinggi tahniah kepada EXCO Kesihatan, taskforce COVID-19 dan semua yang terlibat bagi melawan COVID-19. Batu Uban juga mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang Di-Pertua Dewan kerana memberi peluang untuk membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Dato’ Yang Di-Pertua, Batu Uban ingin mengucapkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana telah membentangkan satu belanjawan yang terbaik untuk rakyat Pulau Pinang walaupun semua maklum bahawa dalam keadaan negara berdepan dengan kesan akibat daripada pandemik COVID-19, namun Batu Uban memuji langkah proaktif yang diambil oleh Kerajaan Negeri dengan belanjawan kali ini yang memberi fokus utama untuk pemulihan ekonomi negeri.

Tiga (3) sektor utama seperti Pembuatan, Perkhidmatan dan juga Pelancongan telah diberikan keutamaan yang sewajarnya dalam Belanjawan 2022. Kita memahami dalam keadaan berdepan dengan pandemik COVID-19 banyak IKS, PKS yang menerima impaknya, dalam soalan bertulis yang telah dikemukakan oleh saya iaitu saya bertanya tentang jumlah perniagaan yang telah bankrap, gulung tikar dan menghentikan operasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan saya telah mendapat maklumat bahawa berdasarkan statistik Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO, sebanyak 4,554 perniagaan terpaksa berhenti beroperasi sejak pandemik COVID-19 bermula iaitu dari Mac 2020 sehinggalah 12 November 2021. Manakala jumlah kes kehilangan pekerjaan tempatan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pula adalah seramai 13,009 orang yang telah kehilangan pekerjaan. Dato’ Speaker, saya menyambut baik dengan bantuan daripada skim PEKA PKS iaitu memberi pinjaman sehingga RM20,000 bagi tempoh 30 bulan dengan moratorium untuk enam (6) bulan pertama kerana saya percaya dengan bantuan seperti ini, ianya dapat memberi harapan dan juga sokongan kepada mereka untuk menghadapi tempoh yang sangat mencabar ini. Dato’ Yang Di-Pertua, dengan penubuhan Jawatankuasa Penang Socio Economics Recovery Consultative Council, jawatankuasa ini berperanan untuk merancang strategik jangka pendek dan sederhana bagi merangsang pertubuhan ekonomi negeri. Berdasarkan jawapan soalan bertulis saya, tadi saya telah pun bangkitkan bahawa lebih kurang 4,554 peniaga yang terpaksa berhenti beroperasi kerana akibat daripada pandemik COVID-19 ini. Namun saya juga ingin mengesyorkan supaya Kerajaan Negeri dengan kerjasama PERKESO dapat memperluaskan promosi-promosi untuk membantu penganggur untuk mencari pekerjaan yang baru. CAT Centre yang berfungsi sebagai job matching...(dengan izin), perlu lebih agresif untuk membantu golongan ini. Libat Urus bersama ADUN juga perlu dibuat supaya kami sebagai wakil rakyat dapat juga sama-sama membantu mereka yang sedang mencari pekerjaan. Dato’ Yang Di-Pertua, bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan berjumlah RM6.8 juta bagi Tabung Penyelenggaraan Maksima 80% (TPM80). Di kesempatan ini, saya sebagai wakil rakyat KADUN Batu Uban ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri dan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang kerana telah menyalurkan peruntukan hampir RM4.0 juta untuk 29 projek dari tahun 2018 sehingga 2021 di KADUN Batu Uban. Namun saya ingin menyampaikan sedikit feedback yang diterima daripada pemohon iaitu mereka perlu menunggu begitu lama untuk mendapatkan kelulusan. Ada JMB ataupun MC yang telah membayar atau pun menyelesaikan bahagian perkongsian mereka iaitu 20 peratus namun mereka masih tidak dapat menjalankan projek kerana masih menunggu kelulusan. Saya juga ingin memohon Lembaga Perumahan Negeri untuk mengkaji semula prosedur dan juga karenah birokrasi dan juga red tape ini juga harus ditangani dengan sebaik mungkin, projek-projek yang kritikal perlulah diberi pertimbangan dengan kadar segera. Satu lagi YB. Dato’ Speaker, saya dimaklumkan di luar sana tu ada penduduk daripada Centrio Avenue yang datang ke Dewan untuk menyerahkan satu memorandum kepada YB. Penaga. Centrio Avenue ini adalah satu rumah kos rendah yang berada di kawasan saya iaitu di Jalan Permai, Bukit Gambir. Untuk makluman YB. Dato’ Speaker, dan juga Ahli-Ahli Dewan yang berhormat, ketika saya menjadi wakil rakyat saya telah membantu apartment flat Centrio Avenue ini untuk memohon bantuan 80:20 untuk mereka membaiki bumbung yang telah bocor. Projek ini adalah projek daripada Boon Siew dan setelah kita telah membuat pembaikan melalui saya mendapatkan bantuan daripada tabung 80/20 ini kita telah membuat pembaikan dan kontraktor adalah dilantik oleh Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang.

Namun demikian tak sampai satu tahun berlaku lagi kebocoran di kawasan yang sama di tempat yang sama, saya telah banyak kali menulis tentang perkara ini kepada Lembaga Perumahan dan malangnya saya dimaklumkan bahawa kontraktor yang dilantik itu telah hilang, dia telah gulung tikar maka sepatutnya dalam tempoh warranty period ini iaitu kurang daripada satu (1) tahun selepas pembaikan dibuat, perkara yang sama telah berlaku tetapi kita tidak dapat mengambil tindakan pembaikan kerana kontraktor yang sepatutnya memberi waranti itu telah menghilangkan diri dan mendakwa kilang, syarikatnya telah gulung tikar dan dia tidak dapat membantu. Sudah lebih dua (2) tahun perkara ini berlarutan saya juga telah membawa isu ini kepada Lembaga Perumahan tetapi masih tidak ada satu penyelesaian, penyelesaian yang diberikan oleh Lembaga Perumahan iaitu meminta MC atau pun JMB untuk memohon semula tabung 80:20 itu. Namun demikian perkara yang dibangkitkan oleh penduduk adalah kenapa mereka perlu sekali lagi mengeluarkan 20 peratus perkongsian tersebut kerana sebelum ini mereka telah pun membayar 20 peratus itu tetapi dalam tempoh satu (1) tahun saja perkara yang sama, kebocoran yang sama di tempat yang sama berlaku semula maka saya ingin memohon kepada kerajaan negeri kepada EXCO Perumahan dan juga Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang untuk mengambil tindakan yang serius supaya kita dapat menyelesaikan perkara ini dan saya kalau boleh saya minta Lembaga Perumahan membuat semula pembaikan tersebut tanpa kita minta sumbangan ataupun perkongsian 20 peratus itu daripada penduduk kerana bagi saya tidak adillah kalau penduduk itu perlu mengeluarkan semula duit mereka kerana itu melibatkan kos pembaikan yang amat tinggi. Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon Lembaga Perumahan untuk segera mengambil tindakan dan membuat pembaikan dengan segera. Dato’ Yang di-Pertua, alam sekitar Batu Uban memuji tindakan kerajaan negeri yang memberi penekanan dan juga mengatasi isu perubahan iklim dan juga melindungi khazanah habitat dan juga sumber air. Saya menerima jawapan bahawa Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan untuk mewartakan seluas 5,386.77 hektar sebagai kawasan hutan simpanan kekal. 70 peratus hutan simpanan kekal di Pulau Pinang pula telah dikhususkan untuk tujuan perlindungan kawasan hutan tadahan air. Justeru saya juga ingin bertanya Kerajaan Negeri mengenai projek pembangunan berskala besar di Pulau Jerejak. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri berusaha untuk mewartakan Pulau Jerejak sebagai menjadi tapak warisan UNESCO. Dato’ Yang di-Pertua, semua ambil maklum bahawa Pulau Jerejak terkenal sebagai Pusat Pengasingan Koloni Kusta pertama di dunia pada awal tahun 1926. Ketika itu belum ada ubat atau pun vaksin yang boleh menyembuhkan penyakit berkenaan maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk komited dan juga memelihara warisan Pulau Jerejak dan mendapatkan penarafan UNESCO. Sebelum ini bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Ahli Parlimen Balik Pulau, YB. Dato’ Muhammad Bakhtiar Wan Chik juga pernah mengemukakan cadangan tersebut kepada Kerajaan Negeri, saya sebagai ADUN kawasan ini juga akan memberi sokongan sepenuhnya sekiranya Pulau Jerejak ini dapat diberikan atau menjadi tapak warisan UNESCO.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Minta laluan, saya nak maklum di dalam Dewan yang mulia ini bahawa Pulau Jerejak telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada 26 Mac 2020, Warta Kerajaan adalah PP nombor 322 dan seluas adalah 285.84 hektar iaitu semua telah dikekalkan dan tidak ada kemajuan selain apa yang telah dijual oleh kerajaan yang lepas. Ini telah diusahakan iaitu setiap

tanah telah dijual oleh kerajaan lepas yang selainnya telah diwartakan sebagai hutan simpanan kekal.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sambung

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk pemasangan sistem perangkap sampah dalam saliran untuk memelihara sungai daripada tercemar. Sistem perangkap sampah ini boleh digunakan dengan menggunakan sistem teknologi seperti modular floating rubbish track dan juga anti back flow rubbish track. Sistem ini berupaya menangani dan juga meminimumkan masalah yang paling ketara iaitu sampah dalam saliran sungai dan juga pencemaran air. Dengan menggunakan sistem dan kaedah pengurusan yang sistematik dan inovatif ini dan juga sistem ini telah terbukti berhasil dan mampu juga menyelamatkan sungai dan melestarikan sumber kehidupan. Saya mendapat maklum balas daripada JPS terdapat average satu tan sampah sehari yang dikutip di saliran Sungai Pinang. Terdapat lebih kurang satu tan sampah yang dikutip untuk satu hari di saliran Sungai Pinang. Bagi memastikan program pembersihan sampah ini berjaya maka perlu adalah kerjasama di antara dua agensi iaitu JPS dan juga PBT, JPS sebagai agensi pelaksana dan juga penyelenggaraan dan PBT perlu membuat pembersihan sampah-sarap yang diasingkan tersebut. Dato’ Yang di-Pertua, di KADUN Batu Uban saya sering menerima aduan daripada penduduk berkenaan dengan masalah daripada kontraktor pembersihan MBPP iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Ada kontraktor MBPP yang dianugerahkan tender namun gagal melaksanakan tugasan mereka dengan baik. Antara kegagalan mereka adalah tidak mengikuti jadual, tidak memenuhi jumlah pekerja yang diperlukan, buat kerja hanya bila terima aduan, MBPP memang ambil tindakan dengan memberi LAD tetapi kontraktor membayar dan mengulangi kesalahan kerana denda adalah amat sedikit. Penyeliaan pihak MBPP juga tidak tegas iaitu supervisor gagal mengambil tindakan yang tegas, Batu Uban ingin mencadangkan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang supaya kontraktor yang gagal melaksanakan tugas yang baik ataupun kontraktor yang banyak menerima LAD ini perlulah disingkirkan dengan serta-merta dan juga digantikan dengan yang baru. Wajibkan kontraktor menghantar laporan bertulis harian dan pegawai MBPP juga harus rajin turun padang memantau kontraktor-kontraktor ini. Saya juga ada menerima aduan bahawa hanya kontraktor yang sama mendapat tender walaupun rekod mereka tidak begitu baik, ada juga kontraktor yang hanya menukar nama syarikat dan menyertai proses tender baru ni. Ini macam pi mai pi mai tang tu. Dia hanya tukar syarikat tetapi adalah orang yang sama yang mengendalikan syarikat tersebut maka saya ingin memohon MBPP supaya meneliti dengan mendalam latar belakang setiap kontraktor yang mengambil bahagian dalam proses tender, kontraktor baru juga perlulah diberikan peluang yang sama. Dato’ Yang di-Pertua, Pulau Pinang kini telah beralih ke fasa 4 Pelan Pemulihan Negara namun seperti yang disebut Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dalam ucapan belanjawan bahawa kita masih belum menang sepenuhnya, kita perlu terus berusaha dan mengambil langkah berwaspada dengan mematuhi SOP dan memantau dengan lebih dekat penularan COVID-19.

Namun apa yang saya sendiri perhatikan ada kedai makanan, kedai serbaneka ataupun mini market yang tidak memantau SOP pelanggan mereka. Mereka tidak memeriksa suhu, scan Mysejahtera pelanggan dan juga tidak menyediakan buku log bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan gadget. Jarak sosial pun tidak diikuti. Saya menyeru KKM dan juga PBT memandang serius perkara ini dan melakukan pemeriksaan di semua premis serta mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang ingkar dengan arahan kerajaan. PBT kalau boleh jangan renew lah lesen peniaga yang tidak mengambil serius terhadap SOP COVID-19. Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan, saya juga ingin memohon kepada Kerajaan Negeri untuk meneliti peruntukan dalam Belanjawan 2022 bagi menjaga kebajikan untuk staf terutamanya staf-staf lantikan kontrak ataupun politik yang bekerja di pusat khidmat setiap KADUN. Perlu ada satu skim yang difikirkan bersesuaian ataupun pemberian ganjaran gratuti untuk tempoh sepanjang mereka berkhidmat setelah telah tamat perkhidmatan. Apabila Yang Berhormat tidak dicalonkan semula atau memenangi PRU apakah nasib staf-staf yang sudah lama berkhidmat dan juga memberi sumbangan kepada Yang Berhormat dan juga Kerajaan Negeri. Ada staf yang sanggup untuk berhenti kerja kerana hanya semata-mata nya mereka hendak memberi sumbangan ataupun bekerja dengan Kerajaan Negeri dan juga Yang Berhormat. Batu Uban mohon kita tak minta RM100 juta tetapi sedikitlah penghargaan untuk staf ini supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka. Dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Batu Uban. Ya Yang Berhormat Bukit Tengah, sila

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Terima kasih Dato’ Speaker, memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam bajet Perbahasan Bajet 2022. Saya ingin terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dalam membentangkan bajet yang keempat untuk negeri Pulau Pinang. Sudah tentu kita tahu dua (2) tahun ini memang susah seperti yang telahpun dibahaskan oleh ramai daripada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri kita, kita melalui satu masa yang cukup mencabar sekali dan saya ingin menyatakan di sini kalau bukan atas kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan seluruh barisan EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang kita sudah tentu tidak akan berjaya melalui masa yang paling susah dalam dua (2) tahun ini. Walaupun Dato’ Speaker, dengan izin kita berada dalam kekangan fiskal dengan kekurangan hasil pendapatan namun kita melihat dalam Bajet 2022 Yang Amat Berhormat Ketua Menteri masih lagi meletakkan kebajikan rakyat penduduk Pulau Pinang di depan dengan meningkatkan lagi sebenarnya peruntukan untuk pembangunan bagi tahun 2022 dan kalau kita lihat juga dari segi program-program yang memanfaatkan kebajikan rakyat seperti i-Sejahtera di dalam dua (2) tahun saja daripada 2018 sampailah Dato’ Speaker, sampai tahun 2022 kerajaan telah pun membiayai sebanyak RM100 lebih juta ringgit RM137,106,000 ini untuk i-Sejahtera. Bukit Tengah sahaja sebanyak RM3.467 juta telah dibiayai untuk memanfaatkan seramai 23,141 penerima. Dato’ Speaker, saya ingin mengatakan di sini bahawa yang dalam politik ini ataupun dalam kerajaan matlamat utama kita adalah untuk membawa perubahan yang positif, perbezaan a better difference, a positive difference kepada kehidupan warga Pulau Pinang dan secara amnya. Kita tidak boleh ada yang seperti kita lihat di sini yang cukup tidak sihat politik kebencian dan politik perkauman yang kita selalu melihat dalam keadaan di Malaysia dan Pulau Pinang,

Pulau Pinang sekarang menjadi sasaran PAS tak henti-henti PAS menyerang Pulau Pinang tidak lama not long ago...(dengan izin) Dato’ Speaker, Setiausaha PAS Pulau Pinang menyamakan orang Melayu penduduk warga Melayu disamakan dengan nasib orang Palestine di West Bank dan di Gaza. Ini tidak sepatutnya berlaku Dato’ Speaker. Saya ingin bertanya kepada kita punya Ahli-ahli Dewan Undangan daripada PAS daripada UMNO ada saya nak tanya di sini, adakah sama ada pernah tak Kerajaan Negeri dalam apa-apa dasar mereka di Negeri Pulau Pinang ini menindas atau mendiskriminasikan terhadap warga Melayu di Pulau Pinang? Saya rasa tidak, memang tidak. Kalau kita lihat pun daripada Bajet Pembentangan Hal Ehwal Agama di Negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM71 juta untuk hal ehwal agama bagi umat Islam. Saya minta pejabat saya untuk membuat bandingan bajet sebenarnya dengan bajet di Kedah. Kedah ini selalu suka serang kita ini, memang kalau kita bandingkan bajet yang diperuntukkan di Pulau Pinang dan Kedah, bajet kita untuk untuk hal ehwal Islam memang jauh lebih besar daripada Kedah. Jauh lebih besar, sekejap Dato’ Speaker, ini dia punya angka-angka ini ya, kita membelanjakan RM71.13 juta untuk peruntukan pembangunan syiar Islam di Pulau Pinang. Di Kedah hanya ada peruntukan kepada Majlis Agama Islam MAIP RM3.5juta. kita ada Program Gagasan Khaira Ummah 2030, Dato’ Speaker, Kedah saya rasa tidak ada, kita juga ada buat bayaran peruntukan kepada penyelia dan guru KAFA, Kedah tak ada saya ingat, kepada guru sekolah agama, rakyat sekolah guru sekolah menengah agama rakyat, guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina pun dapat, guru tahfiz kita bagi peruntukan, Kedah tak ada. Guru sekolah pondok kita bagi peruntukan daripada pihak negeri dan juga guru TADIS dan macam-macam lagi kalau dibandingkan dengan Pulau Pinang nampaknya yang saya nak stress di sini memang tidak ada penindasan pun terhadap warga Melayu di Pulau Pinang tetapi sebaliknya Kerajaan Negeri Pulau Pinang sangat berprihatin untuk menjaga kebajikan semua rakyat Pulau Pinang tak kira latar belakang, agama dan sebagainya. Bilakah kita akan henti untuk mengapi-apikan politik kebencian ini? Saya amat sedih kalau saya masih ingat lagi bicara PAS President dengan izin, Dato’ Speaker minta maaf yang telah pun terukir dalam minda saya dia pernah sebut “kalau itu pemimpin Islam jika zalimnya sekurang-kurangnya boleh menjadi gembala lembu, kalau pemimpin itu bukan Islam dia kata walau bagaimana baik pun akhirnya akan sampai di neraka juga”. Saya nak tanya kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, okay ka kalau Kerajaan yang ada sekarang ini Kerajaan Melayu majoriti dalam kabinet PN BN di Kerajaan Pusat boleh menghadiahkan tanah dan rumah bernilai RM100 juta kepada Bekas Perdana Menteri yang telah dijatuh hukum di mahkamah mencuri duit rakyat, bolehkah? Ini amat memalukan Dato’ Speaker, kita jangan lupa juga dengan Ketua Menteri...(gangguan).

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Pencerahan?

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Boleh. boleh. Silakan.

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, YB Gooi ini kadang-kadang dia okay kadang-kadang dia tak okay.

Yang di-Pertua (Speaker)

YB hari ini ada ujian kendiri ka? Ujian kendiri ada buat ka?

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Ada-ada. Memang negatif.

Yang di-Pertua (Speaker)

Memang negatif hari ini okey.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Hari ini ada check.

Isu berkaitan dengan peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan kepada mantan Perdana Menteri saya rasa benda ini memang dipersetujui ataupun telah diputuskan dibuat keputusan bekas Perdana Menteri layak untuk memohon dan dia mohon. PM sebelum ini tak ada, masa Tun Mahathir selepas onwards ada, Pak Lah pun dapat, jadi dia minta selepas dia jatuh selepas dia tak dapat jadi Perdana Menteri 2018 dan saya rasa tak diluluskan lagi pun, jadi itu kelayakan dia.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Tak cukup masa nanti saya tak dibenarkan bahas

Yang di-Pertua (Speaker)

Yes

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Saya nak kata jawapan saya senang sahaja mungkin Sungai Dua hari ini pun tak okey, mana ada Kerajaan walau memang kita akan memberi sumbangan kepada contribution Perdana Menteri pada masa biasa tetapi pertimbangan ini dibuat selepas mengetahui Perdana Menteri itu mencuri duit rakyat dan sudah dihukum mahkamah, itu isunya. Masih lagi dipertimbangkan skandal terbesar dalam Malaysia, bukan Malaysia, scandal financial yang paling besar di seluruh dunia 1MDB masa zaman dia.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat alih ke isu yang lainlah.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Ya.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Dato’ Yang di-Pertua,

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Sorry saya minta maaf nanti saya tak dibenarkan masa. Sama juga dengan Menteri Besar yang selalu nak target Pulau Pinang saya tak tau kenapa dia begitu obses dengan Pulau Pinang. Orang Kedah tak ada masalah ke? Saya nak bagi satu contoh Bandaraya Getah di Kedah yang telah pun dibangkitkan sejak 2011 dalam manifesto Barisan Nasional Aku Janji Barisan Nasional Election 2013 dia kata inilah projek yang paling bagus pikat generasi muda akan menawarkan beribu-beribu pekerjaan itu 2013 sampai hari ini, Dato’ Speaker, Getah Bandaraya air pun tak ada elektrik pun tak ada. Pergilah selesai masalah orang Kedah jangan buat mai kacau di Pulau Pinang Dato’ Speaker. Dato’ Speaker saya ingin menyatakan...(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Bukit Tengah sekejap saja tentang PAS dan pentadbiran Islam di negeri ini, saya nak tambah sekejap saja, Dato’ Speaker. Mengenai pandangan Bukit Tengah yang PAS yang selalu fitnah, selalunya PAS la yang akan fitnah Pulau Pinang menindas orang Melayu, menindas orang Islam dan sebagainya tetapi ini daripada pengamatan saya sendiri, saya lihat setelah Yang Berhormat Pinang Tunggal mengambil alih pucuk pimpinan MAINPP dan juga Zakat kita melihat di kawasan saya sendiri bila orang susah minta bantuan dapat senang bukan macam dulu masa PAS jadi Ketua dalam organisasi Islam di Pulau Pinang ini dia tak bantu orang susah sekarang hari itu ada makcik yang minta bantuan untuk pembedahan mata RM6,000 seminggu saja lulus. So memang saya nampak bantuan itu sampai kepada orang bawah, so saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Pinang Tunggal yang begitu dedikasi dalam tugasnya dan jangan kita dengar fitnah PAS ini jangan gentar dengan fitnah PAS teruskan berkhidmat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey cukup teruskan.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Saya bersetuju dengan YB Satees, di Pulau Pinang Kerajaan cukup berprihatin terhadap membangkitkan khususnya generasi muda dan golongan wanita sebab itu kita ada Perbadanan Pembangunan Belia di Pulau Pinang dengan pelbagai program-program kita ada tawarkan, kita ada Perbadanan Pembangunan Wanita untuk membangunkan modal insan golongan belia dan wanita di Pulau Pinang. Kita mahu golongan belia yang boleh berfikir secara terbuka, kita mahu yang liberal yang progresif yang inclusive, ini semua bukan ayat-ayat yang harus kita takutkan dan elakkan seperti hantu kalau untuk PAS ini semua ayat-ayat tak boleh digunakan, liberal itu memang haram tidak boleh digunakan. Tetapi kalau kita nak bersaing dalam dunia dan kalau kita nak membuat terbaik dalam dunia kita mesti adalah golongan-golongan yang boleh terbuka

dalam fikiran mereka dan kreatif untuk bukan sahaja nanti boleh dapat kerja tapi nanti juga mereka ini akan menjana pekerjaan untuk orang lain, tuan-tuan dan puan-puan.

Dato’ Speaker, saya ingin sentuh sedikit tentang peruntukan seperti yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri berkenaan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan, memang saya bersetuju dengan YB. Bagan Dalam juga kita memang dianaktirikan dan disebutkan tadi oleh Yang Amat Berhormat sepatutnya kita menerima RM5.4 billion setahun kalau mengikut sumbangan KDNK kita yang keempat dalam Malaysia. Tahun lepas kita punya KDNK sumbangan kita RM64.7 billion, Dato’ Speaker. Tetapi apa yang kita dapat balik memanglah tak seimbang dengan apa yang kita bagi kepada seluruh negara. Jadi kita perlu saya bersetuju dengan Bagan Dalam ada satu mekanisma, Dato’ Speaker, yang kita boleh gunakan untuk kita boleh kemudian berunding dengan Kerajaan Persekutuan untuk meminta apa yang sepatutnya diterima oleh Pulau Pinang. Oleh itu saya sebelum ini pernah mencadangkan satu Jawatankuasa Bebas ditubuhkan untuk mengkaji isu federalisma hubungan federal dengan negeri dan membuat syor-syor yang akan menjadi roadmap kepada Pulau Pinang untuk meminta apa yang sepatutnya diterima oleh Negeri Pulau Pinang. Satu isu yang saya rasa amat penting yang harus kita dibawa perhatian kepada Dato’ Speaker, adalah ancaman yang paling besar kepada tamadun kita, anak kita dan cucu kita, ini berkenaan dengan krisis climate yang sudah tadi kita dengar. Baru bulan lepas ini kita dengar dan saya sendiri membaca meneliti Cop 2006 The Conference Of Parties Di Glasgow. Apabila membaca apa yang sedang berlaku kepada iklim kita ini krisis climate ia amat Dato’ Speaker, sangat menakutkan. Kalau kita tak dapat mengawal suhu kenaikan negara satu dunia kita by 1.5 degree sampai 2050 it is a very very scary situation untuk satu dunia. Dalam laporan-laporan sains Dato’ Speaker, dinyatakan maybe in the future not maybe most probably some part benua tempat-tempat besaran kalau orang nak keluar daripada rumah tak boleh keluar lebih daripada 6 jam sebb terlalu panas dan badan kita tak boleh bersesuaian dan kita akan mati di luar rumah. Kalau nak keluar rumah kena pakai special mask sebab terlalu panas, polluted dan sebagainya. In Malaysia kita tidak juga akan dikecualikan dengan kesan climate crisis ini. Memang Penang Institute telah pun sebelum ini mengeluarkan satu laporan menyatakan bandar-bandar di negeri Malaysia ini termasuk Pulau Pinang is experiencing peningkatan suhu dalam 30 tahun ini dari tahun 1988 sampai 2020 the weather has gone up by a lot. Jadi kita mesti ada, saya nak syorkan di sini, mesti ada satu apa itu satu roadmap, satu pelan tindakan yang sewajarnya kita mesti ada track assessment adapt dan untuk membuat penilaian bagaimana kita akan buat mitigasikan masalah yang akan datang di Pulau Pinang ini. Saya menyambut baik, saya difahamkan bahawa Kerajaan Pulau Pinang telah pun memulakan usaha untuk membuat accounting. Maksudnya untuk mengira berapa karbon yang dikeluarkan daripada Negeri Pulau Pinang tetapi saya nak sarankan di sini jangan kita ikut seperti Kerajaan Persekutuan, mereka hantar satu laporan kepada United Nation dan digelak oleh komuniti antarabangsa, Washington Post beberapa minggu yang lalu keluar satu kenyataan investigative report yang mengejekkan laporan negara Malaysia sebab apa? Dia kata kita punya laporan di Malaysia ini seolah-olah seperti satu laporan daripada universe lain, kenapa dia sebut begitu Dato' Speaker? Sebab kita melaporkan dengan cukup aneh sekali pokok di Malaysia ini begitu special kita boleh serap karbon empat kali ganda daripada pokok-pokok di Indonesia. Dia kata tak mungkin ini mustahil mitos impossible pokok-pokok kita ini berkurangan daripada pokok-pokok Indonesia, tetapi pokok-pokok di Malaysia boleh serap karbon 4 kali lebih besar lebih cepat daripada negara Indonesia.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Tak hairan pun, menteri Alam Sekitar dari PAS.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Jadi memang saya nak katakan di sini, memang Kerajaan Negeri Pulau Pinang berprihatin tentang isu climate cuma mesti ada satu roadmap atau satu jawatankuasa take action plan to plan for the climate crisis yang akan datang. Saya amat digalakkan oleh Datuk Bandar Seberang Perai yang telah pun ada satu misi untuk menjadikan MBSP sebagai satu Carbon Low Carbon City dan telah pun memperuntukkan RM30 juta lebih untuk pelbagai program-program yang saya tidak ada masa untuk menyatakan bagi mencapai misi ini. Dato’ Speaker, jadi saya ingin penjelasan lah nanti semasa penggulungan, apakah langkah-langkah yang diambil untuk menangani climate crisis ini. Saya sekarang berulang kepada isu-isu kawasan saya, ada tidak banyak isu beberapa saja, izinkan saya 5 minit. Satu isu adalah berkenaan dengan isu kuari Dato’ Speaker. Isu kuari yang berada di Bukit Juru penduduk di sana sudah lama, sudah lama membantah aktiviti kuari yang telah pun tidak membawa sebarang manfaat tetapi sebaliknya rakyat di sana memang sengsara dengan apa yang sedang berlaku di kawasan itu, di sana ada lima (5) kampung ada tiga (3) masjid, ada satu sekolah, tiap-tiap hari kehidupan mereka terpaksalah mengalami pelbagai permasalahan daripada pencemaran kepada gangguan lori-lori, dan banyak lagi yang saya tidak ada masa untuk sebutkan di sini. Memang sebelum ini penduduk di sana telah pun membawa isu ini kepada Kerajaan Negeri dan penduduk sekarang cukup menyokong keputusan sebenarnya oleh kerajaan menolak permohonan permit 4C yang telahpun dipohon oleh pihak kuari untuk menjalankan operasi kuari ini, bagi apa ni usaha mereka bagi untuk memperbesarkan lagi kawasan kuari, itu niat pihak kuari, pengusaha kuari tetapi malangnya Dato’ Speaker, pengusaha kuari sekarang telah pun memulakan satu sivil guaman terhadap pentadbir tanah dan juga Kerajaan Negeri untuk meminta ganti rugi. Saya di sini bagi pihak penduduk di kawasan Bukit Juru ingin menyatakan bahawa penduduk di sana memang sepenuh-penuhnya menentang tindakan guaman sivil yang dibawa oleh pihak kuari ini terhadap Kerajaan Negeri dan mereka akan terus untuk sokong Kerajaan Negeri untuk melawan tindakan guaman yang tidak sewajarnya di bawah. Dato’ Speaker, isu yang kedua saya nak bangkitkan adalah berkenaan dengan Pelan Induk Pembaikan Kampung, saya pernah membawa isu ini saya pernah mencadangkan supaya meminta Kerajaan Negeri untuk menimbang mengadakan satu pelan pembaikan kampung ini bagi menaiktarafkan keadaan kampung-kampung khususnya untuk menyelesaikan masalah sistem perparitan dan pembentungan yang sudah lama menjangkiti kampung-kampung. Ini adalah satu isu yang saya rasa perlu dibuat ada 288 kampung di Seberang Perai, sebahagian besar daripada penduduk kampung-kampung menetap duduk di Seberang Perai ni, jadi kita mestilah dalam menghala ke depan untuk mempunyai satu Pelan Induk Pembaikan Kampung. Juga berkenaan dengan prasarana dan aset sivik, Dato’ Speaker. Prasana dan aset sivik ini sangat penting untuk masyarakat di mana-mana pun ianya tempat di mana masyarakat families, friends akan berhimpun, akan menjalankan aktiviti-aktiviti seharian mereka. Namun ada banyak aset-aset ini telahpun memerlukan telah pun diabaikan dan memerlukan untuk dinaiktarafkan. Saya nak kata di sini hampir semua kampung di KADUN Bukit Tengah tidak mempunyai fasiliti taman permainan, padang awam dan gelanggang sukan seperti yang terdapat dalam kawasan taman perumahan yang lain, dan pada masa yang sama masih ada lagi kampung- kampung yang tidak mempunyai kemudahan orang ramai, balai raya, seperti di Kampung Sekolah, Kampung Kebun Sireh dan juga Bukit Kecil Juru.

Saya nak katakan di sini Dato’ Speaker, ada 3000 penduduk di Kampung Sekolah 1,200 penduduk di Bukit Kecil Juru dan 3,880 penduduk di Kebun Sireh mengikut syor Jabatan Perancang Bandar Dan Desa kalau sesuatu kawasan itu penduduk di antara 2,000 dengan 5,000 mesti adalah satu wujudkan satu balai raya. Saya juga nak sebutkan di sini lagi satu isu adalah berkenaan dengan traffic jam ataupun kesesakan lalu lintas, khususnya di kawasan Persimpangan Jalan Chiang Heng Kai, Jalan Kebun Nenas dan Jalan Bukit Tengah. Ini adalah arteri utama, jalan utara ke selatan BM yang digunakan oleh orang ramai tetapi sehingga hari ini memang dengan peningkatan kenderaan dan sebagainya selalu berlakunya trafik jam. Dan saya harap lah kerajaan boleh melihat bagaimana untuk menyelesaikan masalah ni. Walaupun saya tahu, Dato’ Speaker, JKR pernah memohon kepada Kerajaan Pusat untuk peruntukan RM350 juta untuk melebarkan jalan daripada Persimpangan Bukit Minyak sampailah ke Bukit Tambun, Simpang Empat tetapi itupun tidak diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia ke-11. Inilah masalahnya masalah apabila kita dianaktirikan. Isu asrama pekerja asing two more isu sahaja …(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat tidak tepati janji, make it short dan rumuskan.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung);

Just two quick issues, satu (1) isu adalah berkenaan dengan penempatan-penempatan orang asing di tempat-tempat perumahan Bukit Tengah di mana kita tahu disebabkan tidak ada pengawalan yang baik maka semua warga asing ini dikumpulkan beramai-ramai dalam sesuatu rumah dan ini telahpun contribute, menyumbang kepada permasalahan pelonjakan kes COVID-19 sebelum ini. Saya minta kerajaan untuk meningkatkan lagi meningkatkan lagi penguatkuasaan di kawasan-kawasan ni khususnya dengan kerjasama pihak Jabatan Tenaga Kerja menggunakan akta-akta yang sedia ada seperti Akta Perumahan Minima, standard minimum standard yang sepatutnya digunakan di sana, dan isu yang terakhir adalah isu banjir di Kampung Dock. Saya harap bahawa kerajaan boleh melihat lah bagaimana nak menyelesaikan masalah ni memang saya tahu di kawasan itu adalah di kawasan tanah rendah tetapi sudah lama sistem perparitan di sana dan sebagainya perlu ditingkatkan, perlu dinaiktarafkan. Saya ingin katakan bahawa di sini bukan salah JPS memang kalau dari segi usaha Kerajaan Negeri pun sudah ada dua (2) projek besar yang telah pun dijalankan di Bukit Tengah 1 adalah RTB Parit 4, satu lagi adalah RTB Parit 5 dan RTB Parit 5 ini sejak diselesaikan memang kita tidak ada lagi berlakunya banjir di Taman Mangga, Kampung Juru, Taman Pinang, Taman Sentul dan Taman Sentul Jaya. So saya ingin meluahkan penghargaan saya khususnya kepada pihak Kerajaan Negeri dan JPS yang telah membuat suatu kerja yang baik dalam menyelesaikan sebahagian besar masalah banjir di Bukit Tengah. Dengan itu Dato’Speaker, saya memohon untuk menyokong bajet yang telahpun dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih pada Bukit Tengah seterusnya ya.. ya… Yang Berhormat Bayan Lepas, sila.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Terima kasih Dato’Speaker. Bismillahi Rahmanir Rahim Alhamdulillah Amin Alamin Wassalatu Wassalamu Ala Asrofil Ambia Mursalin Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajma'in, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Terima kasih Dato’ Speaker yang mengizinkan untuk saya menggunakan ruang yang ada ini untuk menyampaikan beberapa perkara mengenai kawasan saya. Terlebih dahulu saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah berjaya menyiapkan satu Belanjawan yang menyeluruh mencangkupi pelbagai aspek dan yang kedua saya ucapkan tahniah juga kerana kita berjaya kita membawa keluar negeri kita ini daripada pandemik COVID-19 yang agak teruk yang berlaku pada sebelum ini. Dato’ Speaker, setiap kali Sidang Dun perkara yang sama mungkin saya akan bawa sehinggalah perkara pokok ataupun perkara utama ini kita dapat selesaikan dengan sebaik mungkin tak kiralah sama ada Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Pusat. Perkara pokok atau perkara pertama yang menjadi permasalahan kami di DUN Bayan Lepas adalah masalah traffic jam, lalu lintas yang masih lagi tidak dapat diselesaikan iaitu daripada Bukit Belah ke Puspakom FT6. Setiap kali Sidang DUN perkara yang sama lah saya bangkitkan kerana apa? Kerana perkara inilah yang kita ataupun kami di sana perlu hadapkan sehari-harian terutama di waktu pagi dan juga balik kerja dan dalam soalan bertulis saya, saya mohon sedikit bantuan ataupun cadangan daripada pihak Kerajaan Negeri agar jika kita tidak dapat melakukan pembesaran jalan tersebut ketika ini, apakah langkah-langkah yang boleh Kerajaan Negeri bantu untuk mengawal ataupun mempraktikkan sesuatu bantuan? Contohnya meletakkan anggota PDRM ataupun juga warder jalan raya yang dilakukan oleh MBPP. Untuk makluman, memang sekali-sekala kita melihat ada anggota trafik berada di situ, tetapi itu kadang-kadang dan tak pernah nampak memang dalam setahun saya rasa tak pernah nampak, ada unit trafik MBPP yang gah bermotosikal berada di situ. Jadi saya mohon jika Kerajaan Negeri turut bantu untuk menyuraikan masalah trafik di Sungai Batu, Teluk Kumbar dan sebolehnya letaklah dua (2) anggota, dia tak boleh misalnya di persimpangan trafik Masjid Batu sahaja tetapi sebaliknya perlu ada satu seorang lagi berhampiran dengan Lexis. Jadi saya mohon akan ada satu solusi sementara untuk mengurangkan beban trafik di kawasan tersebut. Yang kedua, isu yang sama juga, Pasar Teluk Kumbar sampai sekarang ni masih hutan belukar di tapak berkenaan dah berapa kali site visit dah berapa kali Yang Berhormat EXCO telah menjawab ya ada yang jawab sedang ditender dan sebagainya lastly apa yang saya dimaklumkan adalah Pasar Teluk Kumbar ini telah dibuat RFP. Bagi kami di sana kita tidak kira sama ada RFP ataupun di tanggung oleh Kerajaan Negeri melalui MBPP. Cuma ada baiknya melalui RFP ini dia akan buat cara bercampur dan saya dimaklumkan ada rumah mampu milik akan disediakan, dalam kesempatan itu juga jika RFP ini telah atau sedang dirancang ataupun telah ditawar tender memohon agar Kerajaan Negeri ataupun MBPP siapkan ataupun sertakan satu elemen supaya ada satu kiosk untuk kemudahan rakyat di sana maksud saya adalah kiosk perbankan ataupun mini pos kerana kapasiti penduduk di Teluk Kumbar, Sungai Batu terlalu ramai, kalau nak pergi ke bank perlu melalui jarak 7 km atau 8 km nak pergi pejabat pos kena pergi Bayan Baru atau Batu Maung jadi saya mohon jika boleh dimasukkan elemen kemudahan rakyat ini di pasar baru tersebut. Yang ketiga ialah mengenai klinik Bayan Lepas, klinik Bayan Lepas dalam dua sesi Dun yang lepas, Y.A.B. Ketua Menteri telah umumkan kelulusan, kelulusan untuk pembinaan baru oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Federal namun sehingga sekarang status yang saya dimaklumkan dalam jawapan soalan bertulis saya pada sesi yang lepas bahawa seolah-olah cadangan untuk membesarkan Klinik Bayan Lepas ini ataupun membina baru Klinik Bayan Lepas ini terencat adapun telah ditarik balik daripada menggunakan wang daripada Kerajaan Pusat apabila telah

dimaklumkan jawapannya adalah pembinaan Klinik Kesihatan Bayan Lepas ini akan ditanggung oleh secara pembiayaan swasta, wallahualam. Pembiayaan swasta ini bagaimana rupanya adakah melalui seperti RFP juga atau sebagainya tapi kita pohonlah kita telah bangkitkan isu anak tiri dan sebagainya dan saya melihat Klinik Kesihatan Bayan Lepas ini adalah satu isu yang besar tak kira daripada sumber mana pun kita harapkan perkara ini ataupun Klinik Bayan Lepas ini dengan kemudahan yang lengkap dapat diwujudkan di kawasan DUN Bayan Lepas. Jadi dalam perkara-perkara yang di atas, saya berharaplah dalam cadangan dalam pembentangan belanjawan yang telah dibentangkan oleh Y.A.B. CM terdapat cadangan 111 projek dalam RMKe-12 bagi Negeri Pulau Pinang jadi saya nak mengharapkan perkara-perkara berkenaan dapat dimasukkan sekali. Dato’ Timbalan Speaker, apabila satu penempatan ataupun kawasan begitu rancak dengan pembangunan, sudah tentulah pelbagai masalah timbul, di kawasan-kawasan kampung tekanan air kurang ya memanglah kedudukan Teluk Kumbar ataupun Sungai Batu ini di penghujung jadi kita mahu kita nak PBA dapat merencanakan supaya tekanan air ini dapat bersedia untuk dimasa akan datang sedangkan sekarang pun tekanan air amat rendah di kawasan bukit. Saya baru boleh bagi contoh di Sungai Batu kawasan bukit dan juga di Kampung Matahari Naik dan Matahari Jatuh. Dato’ Timbalan Speaker, Alhamdulillah. Banjir di Teluk Kumbar buat masa ini kita nampak tak seperti dulu, hujan satu jam banjir, sejam dua jam lagi teruk banjir. Alhamdulillah telah siapnya rancangan tebatan banjir rumah pam dah siap. Alhamdulillah dan telah ditambah dengan jambatan baharu yang sedang dibina dan saya rasa telah siap dan akan dirasmikan pada 10 haribulan Disember ini. Satu kemudahan ataupun penyelesaian yang tuntas YB. EXCO pun baru masuk. Alhamdulillah, RTB Teluk Kumbar telah berjaya menyelesaikan masalah banjir namun bukanlah penyelesaian keseluruhannya. Bagus telah siap dan sebagainya namun bukan, bukan kata bila dah siap aktiviti telah dibina satu jambatan baharu tak banjir dah lepas empat (4) jam dia banjir juga ataupun keadaan hujan yang luar biasa dia banjir juga. Jadi di sini saya ingin menyeru kepada Kerajaan Negeri supaya buat satu perancangan supaya kita dapat selesaikan tadi kita hujan satu jam dah banjir. Okey sekarang kita telah langkau satu lagi kejayaan empat jam, lima jam baru banjir dan sebolehnya kita disana kita tak nak bagi rakyat susah dan kita tak nak banjir terus jadi kita mengharapkan agar JPS dan juga Kerajaan Negeri dapat merencanakan daripada awal lagi untuk macam mana fasa seterusnya untuk buat retentions pond untuk naik taraf parit-parit dan sungai-sungai yang sedia ada dan juga kena rancang bagaimana untuk membuat pengambilan tanah apabila kita nak membesarkan sungai atau parit berkenaan. Dato’ Timbalan Speaker, isu yang kedua atau perkara kedua adalah mengenai apa yang telah dicanangkan oleh kerajaan kita Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengenai visi Penang2030 di bawah Tema A iaitu meningkatkan daya huni bagi menambah baik kualiti kehidupan. Saya sangat gembira projek Kerajaan Negeri dengan peruntukan sebesar RM60 juta bagi sahabat sebelah saya Pulau Tikus iaitu Projek Gurney Wharf sebagai penyediaan kawasan hijau, tahniah. Tak ada sebelah mungkin dah makan kot, saya tak makan lagi. Dato’ Speaker, saya pun tak mau cakap banyak, kita nak makan ya. Saya juga berharap kawasan saya di DUN Bayan Lepas kekal hijau tanpa perlu korbankan kawasan bukit dan dijadikan untuk dijadikan penempatan warga asing. Rakyat tempatan boleh menggunakan rizab pantai seperti sekarang dan terus menghirup udara yang segar seterusnya menjadikan kawasan tumpuan untuk warga tempatan sebagai tempat tinggal yang untuk membina kehidupan berkeluarga yang kualiti hidup yang lebih baik.

Di Dewan yang mulia ini, saya ingin jelaskan sekali lagi dan menyatakan bahawa saya menolak perancangan untuk membina asrama warga asing di Teluk Kumbar dan Sungai Batu. Jelas kerana bagi saya ialah ianya satu penentangan ataupun berlawanan dengan hasrat untuk negeri kita menjadikan visi Penang2030 ini seperti kita maklum tadi meningkatkan daya huni dan menambahkan kualiti kehidupan rakyat di Negeri Pulau Pinang. Dari daerah Teluk Kumbar dan Sungai Batu malah seluruh DUN Bayan Lepas bagi tempat tinggal yang terbaik bagi pekerja daripada Malaysia yang menyumbang untuk ekonomi dan negara kita. Jika kita perlu dan amat perlu penyediaan asrama warga asing ini, dalam pembentangan bajet yang telah dibentangkan oleh Y.A.B. CM, kita telah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri melalui PDC sedia menyediakan sebanyak 1,500 ekar tanah di Batu Kawan, bukan Sungai Bakap. Sungai Bakap nak buat nak letak warga asing ramai-ramai pun saya tak nak, nak letak di Pengkalan Kota pun saya tak nak sebab bagi saya penempatan warga asing ini perlu berpusat ….(gangguan)

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Yang Berhormat minta… Yang Berhormat Bayan Lepas tak nak pun mereka memang sudah ada di sana untuk berpuluh-puluh tahun sudah. Jadi sekiranya asrama pekerja asing ini tidak dpat diselesaikan memang mereka akan kekal di sana selama-lamanya.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Jadi sebaiknya lakukanlah perancangan yang terbaik. Nak buat tempat penempatan warga asing ini bukan seperti kita nak buka kedai kopi bukan nak buka stor burger. Ya, perlu perancangan yang baik supaya tidak menyusahkan orang lain. Kita nak selesaikan satu masalah tetapi kita timbulkan masalah yang lebih besar. Sepatutnya kalau kita dapat gunakan cadangan saya jika dibolehkan untuk digunakan tanah yang PDC nak bagi untuk penjanaan ekonomi dan industri kita, buat di sana. Lagi mudah semua disana tetapi apa yang sedang dirancang di kawasan saya tiga penempatan 40,000 dalam jarak lima kilometer dan juga….(gangguan) dan juga mungkin YB. – YB. tak faham apa yang berlaku….(gangguan)

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Bayan Lepas, saya nak tambah sedikit. Saya just nak tanya pendapat sahaja….(gangguan)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bagan Dalam keluar tajuk apa ni pindahan pekerja asrama….(gangguan)

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Timbalan Speaker, masa tambahan dua minit. Bayan Lepas saya nak tanya satu sahaja kalau mereka yang bertempat yang kini ada di Bayan Lepas mereka bekerja di industri di kawasan sekitar Bayan Lepas, kalau kita nak letakkan mereka di Batu Kawan setiap hari mereka kena berulang alik itu satu carbon la itu mereka perlu gunakan Jambatan Kedua, itu satu isu. Lagi satu zon apa ni untuk Batu Kawan Industrial Park apa yang saya nampakdi Batu Kawan Industrial Park, I think rakan saya daripada Bukit Tambun memang sekarang syarikat-syarikat ataupun multinasional yang bina syarikat mereka di sana sekarang. Mereka bina,

menyediakan kuarters pekerja di kawasan mereka sendiri ya ada-adalah bukan semua tapi saya nampak sudah ada dan saya rasa satu cara juga bila in future PDC ataupun MBSB perlu syaratkan kalau kilang itu mereka bina dalam 100 ekar bina sekali dengan apa ini the workers quarters saya nampak di…(gangguan)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, Bagan Dalam cadangan bagus..boleh duduk…(gangguan) Bagan Dalam boleh duduk.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Terima kasih Bagan Dalam

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Kalau datang ke Sungai Bakap, boleh bawa sekali dengan syarikat-syarikat itu jangan pekerja saja.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Macam ini, bukan kita, saya dari awal-awal sudah terangkan kita bukan menolak cuma lakukanlah perancangan yang cermat supaya kita selesaikan masalah itu secara holistik, kita tak nak selesai ini kemudian komplen ini dan kita buat satu perkara yang menyusahkan untuk jangka masa yang panjang. Dengar dahulu saya punya hujah. Perkara pertama yang kita lawan, bukan saya yang lawan saya membawa suara rakyat. MPKK 16 MPKK saya, DAP ka, PKR ka, Amanah ka, semua tolak. Masjid, surau semua sudah tandatangan memorandum referendum. Ini suara rakyat, kena terima unit nelayan tolak, jadi kalau kita tak guna referendum saya sebagai wakil rakyat apa gunanya dan yang paling penting sekali tapak cadangan tersebut akan menjejaskan golongan nelayan sebanyak 70 buah bot lebih kurang parking di kawasan tersebut melabuhkan bot mereka di kawasan tersebut dan syarikat ini nak ambil tanah rizab pantai termasuk dalam kawasan mereka punya pembangunan, jadi nelayan ini nak buh bot tang mana nak sangkut tang flat ka jadi perlu melihat secara keseluruhan macam saya cakap tadi jangan nak selesaikan satu masalah tetapi kita timbulkan masalah lain jangan kita bubuh periuk nasi orang dengan pasir kita nak isi periuk kita dengan nasi beriani itu maksud saya ya. Dan lokasi yang nak dibuat apa tu hostel di lokasi nelayan parking ini untuk lindung daripada ribut angin selatan dan sebagainya. Yang kedua, kita bantah sebab lokasi dia berhampiran sangat dengan perumahan orang, perumahan awam rumah kos rendah, rumah orang kampung dan sebagainya. Saya rasa letak dimana-mana tempat pun YB mana pun mungkin satu pandangan, sependapat dengan saya perkara ini tidak wajar, sepatutnya perkara ini dapat penempatan ini diasingkan. Jangan termasuk dalam satu komuniti. Yang ketiga…(gangguan)…

Saya rasa elok Yang Berhormat Bayan Lepas jangan rasa tidak menyokong apa tidak menolak tapi terus dengan keputusan untuk menolak sebab saya rasa memang benda ini ada logik ada rasionalnya untuk menolak sebab semua orang di kawasan itu menolak, jadi jangan

sebut tidak apa, bukan menolak tadi teruskan ketetapan tidak menyokong dan menolak itu yang saya nak kepastian. Jangan kita nak lapik-lapik, kita bukan nak tolak tapi terus tetap kita nak tolak sebab macam saya tolak projek asrama di kawasan Taman Teluk Molek saya tolak tapi tetap dibuat itu yang masalahnya.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Saya mengambil semangat Ketua Pembangkang, saya tolak sepenuhnya. Kita tolak sebab ada alasan Ketua Pembangkang. Ya kalau dikatakan saya bagi contoh tadi di Batu Kawan tadi sebab kita nampak kawasan berkenaan adalah kawasan lapang, kawasan di Teluk Kumbar dan Sungai Batu kawasan padat dengan penduduk. Bagaimanakah kita nak menempatkan 40,000 orang di situ dengan prasarana tak ada jalan. Dalam saya punya hujah yang mula-mula tadi, dalam saya punya speech mula-mula pun masalah jalan raya sekarang ini pun tak boleh selesai, berapa kali sidang DUN dah dengan nak tambah lagi dengan masalah nak bawa 40,000 orang warga asing satu bas 40 orang, seribu bas….(gangguan).

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Minta laluan Bayan Lepas, boleh?

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Boleh, boleh.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bayan Lepas lagi satu minit saja membenarkan ramai mencelah-celah ni tak boleh, satu minit saja lagi Bayan Lepas.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Saya kagum melihat semangat yang ditunjukkan Bayan Lepas mewakili masyarakat di kawasan beliau dan beliau telah menyatakan dengan jelas tadi menolak projek Kerajaan Negeri. Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat, jika Kerajaan Negeri masih meneruskan projek ini adakah Yang Berhormat bersedia untuk menarik sokongan kepada Kerajaan Negeri….(gangguan)

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Tak payah laga-lagakan la…(gangguan)

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Ini ADUN berjiwa rakyat, dia fight untuk rakyat….(gangguan)

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Seberang Jaya jangan ingat, Bayan Lepas bukan macam Seberang Jaya…(gangguan). Pergi sayang abah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Duduk…duduk semua minta duduk….(gangguan)…Pulau Tikus duduk..semua duduk…satu minit lagi saja Bayan Lepas….(bersambung)

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Kita menghormati haknya untuk ....(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Duduk, semua minta duduk.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Tapi tak payah instigate macam ni. Yang Berhormat Seberang Jaya, kita semua duduk bagi dia jawab.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Pulau Tikus duduk, semua duduk. Satu minit lagi sahaja Bayan Lepas. Sudah 15 minit.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Terima kasih kepada Seberang Jaya yang mengeluarkan soalan cepu cemas. Kita, saya tidak terlintas langsung untuk menarikkan sokongan selagi kita boleh guna platform yang ada. Inilah platform terakhir saya selepas saya jumpa Y.A.B. CM untuk membawa suara rakyat. Kalau tak terima juga saya nak cakap macam mana? Apa yang rakyat nak, kita telah bawa dah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bayan Lepas.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Okey, okey.

Haji Mohd Tuah bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Bayan Lepas, bagi laluan kepada Pulau Betong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Pulau Betong tunggu di belakang.

Haji Mohd Tuah bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Soalan. Pulau Betong nak ke Bayan Lepas mesti melalui Jalan Teluk Kumbar. Jadi nak minta gambaran daripada Bayan Lepas sendiri, sekarang pun dah traffic jam di Jalan Bayan Lepas. Cuba gambarkan, sekiranya…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Minta Pulau Betong pakai facemask betul-betul dulu. Ikut SOP.

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Okey, terima kasih Pulau Betong.

Haji Mohd Tuah Bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Tolong gambarkan bagaimana sekiranya projek tu jadi, apakan berlaku di traffic ataupun di jalan Pulau Betong – Bayan Lepas?

Azrul Mahathir Bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Itu yang kita maksudkan. Bila nak buat sesuatu perlu perancangan yang hebat. Kita tak nak buat perancangan yang hebat, buat satu penempatan warga asing 25,000 orang ada 6 blok, 29 tingkat, jalan keluar 66 kaki, four lane, empat lane, tapi jalan yang ada sekarang ini, 2 lane. Nak pi mana? Nak terjun kot laut. Minta maaflah. Okeylah saya rasa yang tu penjelasan saya mengenai penempatan warga asing di sana.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih. Gulung ya.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Lagi, ada lagi. Okey, kemudiannya dalam kesempatan ini juga saya ingin membawa satu isu, iaitu isu rumah kos rendah. Yang ini isu rakyat Dato’ Timbalan Speaker, yang mana isu rumah kos rendah yang tak ada management. Saya mohon Kerajaan Negeri supaya dapat membantu mereka ini membina ataupun membuat satu badan pengurusan. Kita tak nak bila tangki air bocor, apa tu, bil melambung, tak ada sapa pun nak repair. Cari YB. Satu tangki air RM25,000.00. Jadi kita mintalah, dalam masa yang sama kita dapat mengurangkan pembaziran air dan juga kita dapat membantu PBA dalam menangani isu hutang lapuk. Jadi kita mintalah Kerajaan Negeri sama ada MPPP, JAB dan sebagainya carilah jalan supaya boleh dibuat juga satu jawatankuasa seperti JAB atau MMC untuk membantu mereka untuk collection duit dan sebagainya sebab sekarang ini kalau tengok yang mana rumah-rumah kos rendah ini, memang out, memang tak boleh, nak tolong pun tak boleh. Sekali tolong gotong-royong bolehlah tapi

kalau tiap-tiap hari gotong-royong, Timbalan Speaker pun lari. Okey saya ringkaskan, yang ini banyak yang saya kena skip, ada dua (2) perkara yang saya minta urus setia Dewan untuk perbetulkan jawapan yang diberikan kepada saya. Mengenai soalan saya yang soalan bertulis saya nombor 15, yang berbunyi: “Berapakah jumlah lesen jiualan runcit arak yang telah dikeluarkan dalam DUN Bayan Lepas bagi tahun 2018 hingga 2021”. Yang ini, nampak macam tak serius tapi modal inilah orang PAS hentam saya. Bila YB. Penaga buat satu soalan bertulis dan dipublishkan dalam Facebook, “oh! YB. Azrul (AMANAH) sampai 80 lesen arak kan?”. Padahalnya bila saya melihat saya punya soalan saya terus minta detailkan penama-penama berikut dan alamat-alamat berikut. Apa yang saya kesalkan daripada 114 lesen baharu yang dikeluarkan bagi 2018 hingga 2021, hanya 12 sahaja dalam DUN saya. Yang lain tu bukan dalam DUN saya. Memanglah Batu Maung, Bayan Lepas; Pantai Jerejak, Bayan Lepas; Sungai Ara, Bayan Lepas; saya minta penjawab soalan bagi pihak Kerajaan Negeri perlu tahu sempadan pilihan raya, melalui PEGIS dan sebagainya. Macam tadi jugalah, isu kilang dan sebagainya, jangan anggap kilang itu semua dalam Bayan Lepas. Dalam kawasan Bayan Lepas, kawasan DUN saya, kilang kecil-kecil sahaja. Yang itu semua dalam Pantai Jerejak dan Batu Maung. Kemudian ada juga yang kedua, yang perlu diperbetulkan adalah soalan nombor 7, kalau tak silap saya, cadangan saya untuk binaan Rumah Mampu Milik di Lot 244, Mukim 9, Teluk Kumbar. Tetapi dijawab oleh mereka jawapan yang diberikan adalah tersasar ke Mukim 12, Permatang Damar Laut. Yang itu, dua yang perlu diperbetulkan. Yang kedua yang terakhir adalah peruntukan untuk memperkasakan syiar Islam. Saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang begitu peka dengan Islam, syiar Islam di Negeri Pulau Pinang ini yang di mana peruntukan yang besar, RM71.13 juta telah dirancangkan, dilaksanakan bagi tahun hadapan. Cuma, saya mahu ataupun saya harapkan agar MAINPP perlulah diperkukuhkan supaya dapat melaksanakan tanggungjawab yang menguntungkan orang Islam dan bukan sebagai liabiliti dan agensi-agensi yang di bawah MAINPP ini yang tidak jelas peranannya. Projek-projek sakit. Mungkin saya tak perlu direct, perlulah dikaji nilai semula dan dibuat perancangan yang terbaik untuk umat Islam. Saya juga dalam kesempatan ini mengucapkan syabas kepada Zakat Pulau Pinang yang telah berkhidmat cemerlang dan sentiasa cakna isu rakyat. Saya pun terkejut. Bantuan untuk bina rumah baharu, daripada Zakat Pulau Pinang dan saya telah usahakan, RM73,000.00 satu buah rumah. State berapa ribu? RM56,000.00, sebelum ini RM42,000.00 kan? RM56,000.00. Dan satu peningkatan yang baik. Square feet dia single 800 dan kita sedang usahakan di Kampung Masjid. Dan juga saya juga ucapkan terima kasih pada Zakat Pulau Pinang kerana menyumbang bantuan banjir pada 18.08.2021 tersebut telah disampaikan pada hujung November kepada 259 keluarga di Teluk Kumbar. Akhir sekali saya ucapkan terima kasih kepada EXCO Belia dan Sukan kerana telah meluluskan naik taraf Padang Bola Sepak Teluk Kumbar. Sebelum ini kalau main pun bola boleh jalan sendiri. Tanah tak rata tetapi sekarang ini dalam proses menaik taraf bagi padang yang baiklah, yang boleh main untuk game dan sebagainya. Dan juga disediakan juga trek lompat jauh dan terima kasih juga YB. EXCO Sukan, kerana meluluskan juga naik taraf padang futsal di Sungai Batu dan saya berharap satu DUN ini sebenarnya satu gelanggang futsal tak cukup. Saya dah slow talk dengan YB. EXCO, satu gelanggang futsal pun tak cukup, kita minta tambah satu lagi moga-moga kali ini kita dapat yang berbumbung pula, insya-Allah. Wallahualam, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua, Ketua Menteri, YB. EXCO, rakan-rakan YB. sekalian, dan juga penjawat-penjawat awam yang sekian lama bekerjasama dengan saya. Wallahualam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, saya mohon menyokong bajet yang dibentangkan Y.A.B. CM.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih, Bayan Lepas. Dipersilakan dari Pulau Betong.

Haji Mohd Tuah Bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, kepada semua YB. EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, ketua-ketua jabatan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah kita sekali lagi telah diberikan keizinan untuk berada dalam Mesyuarat Kedua Penggal Keempat, DUN keempat belas dalam era pandemik dan norma baru ini. Selaku ADUN di Pulau Betong saya menyambut baik pembentangan bajet Kerajaan Negeri bagi tahun 2022. Bagi pemerkasaan wanita pula, saya juga menyambut baik pembentangan kertas putih bagi pelaksanaan tugas bagi menambah perwakilan wanita dalam Dewan yang mulia ini dan membuka ruang kepada ahli-ahli politik wanita untuk bergelar ADUN. Sidang perwakilan sekalian, saya juga bawa perhatian kepada Ahli Dewan tentang permasalahan yang akan saya bangkitkan berhubung di kawasan saya Pulau Betong iaitu masalah peniaga ayam proses yang mana meniaga di pasar-pasar awam. Pihak saya telah menerima aduan daripada Persatuan Peniaga Ayam tentang arahan memberhentikan aktiviti penyembelihan di pasar yang telah dikuatkuasakan pada Jun 2021 dan arahan telahpun dipatuhi oleh peniaga tetapi pihak peniaga mohon jasa baik Kerajaan Negeri Pulau Pinang khususnya Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk menyediakan rumah penyembelihan berdasarkan Akta 171, Seksyen 73 (1)(e) yang diperuntukkan. Fasilitasi rumah penyebelihan secara komersial belum lagi diwujudkan di kawasan Pulau bagi memudahkan peniaga-peniaga ayam basah menjalankan perniagaan dan melakukan aktiviti penyembelihan secara bersistematik di samping menjaga mutu produk dan dapat memelihara kebersihan di kawasan pasar dan alam sekitar. Selaku ADUN di Pulau Betong, saya menyelami keluh kesah peniaga-peniaga ini dan saya mohon pertimbangan sewajarnya untuk kita bersama-sama melihat isu ini secara serius bagi membantu golongan peniaga ini dan secara tidak langsung kita dapat bersama-sama memelihara alam sekitar secara yang lebih sistematik dan mesra alam. Saya mengharap terutamanya kepada EXCO Datok Keramat berkaitan rapat meneliti perkara ini dan dapat mencari pendekatan yang baik kepada semua pihak. Saya juga telah majukan isu ini secara bertulis kepada Pejabat Yang Berhormat Datok Keramat dan sehingga ini pihak saya belum menerima maklum balas. Dan saya amat berbesar hati sekiranya isu ini dapat dijawab oleh Yang Berhormat Datok Keramat dalam Sidang DUN dalam penggulungan ucapan nanti. Bagi membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang cakna dengan permasalahan rakyat khususnya dibangkit oleh Persatuan Penyembelihan Ayam ini yang mana telah mengharapkan supaya perkara ini saya bawa di dalam Sidang DUN ini. Sidang perwakilan sekalian, Dato’ Speaker, saya terima kasih kepada Yang Berhormat Paya Terubong selaku EXCO Pelancongan yang kreatif dalam menjawab soalan saya berkaitan dengan rancangan memajukan eko-pelancongan di Balik Pulau. Namun sukacita saya cadangkan beberapa penambahan idea. Selepas ini saya berharap penglibatan wakil dari Pejabat ADUN setempat sendiri khususnya wakil daripada Pulau Betong untuk turut serta dalam merancang dan memajukan eko-pelancongan di Balik Pulau. Selain itu wakil daripada pemain industri dan tiga eko-pelancongan yang sedia ada di Balik Pulau wajar dilibatkan bersama. Saya berharap diperincikan destinasi-destinasi eko-pelancongan di Balik Pulau yang telah dipromosikan oleh Kerajaan Negeri khususnya EXCO Pelancongan. Juga dimohon penjelasan berkaitan dengan bird watching yang telah dipromosikan oleh Kerajaan Negeri di mana lokasi bird watching tersebut, bilakah musim bird watching yang paling sesuai dan apakah rancangan penaiktarafan di tapak bird watching tersebut.

Saya berterima kasih banyak dengan penganjuran Familiarization Trip ke Balik Pulau. Diharap disenaraikan produk-produk eko-pelancongan yang ditonjolkan semasa penganjuran tersebut dan perlu dinyatakan juga destinasi-destinasi eko-pelancongan yang mana terlibat semasa penganjuran Familiarization Trip ke Balik Pulau. Penerbitan video-video promosi seperti video “The Other Side of The Island” yang bertujuan untuk menonjolkan keistimewaan kawasan Balik Pulau wajar juga diperbanyakkan. Oleh itu, saya berharap dan juga mencadangkan pewujudan hub eco-pelancongan di Balik Pulau. Semua pihak seperti Pejabat Daerah, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Ahli Majlis sendiri iaitu EXCO Kerajaan Negeri yang terlibat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya wajar berganding bagi merealisasikan idea ini. Sidang perwakilan sekalian, di Balik Pulau sebagai antara tabung oksigen di Pulau Pinang sewajarnya dihargai dengan projek pembangunan yang mesra alam dan aktiviti-aktiviti eko-pelancongan. Antaranya iaitu lokasi Pasir Panjang amat berpotensi untuk dijadikan pusat aktiviti eko-pelancongan, riadah dan rekreasi. Pantainya yang cantik dengan hembusan angin laut yang segar berpotensi untuk dimajukan dan dinaiktarafkan sebagai tempat tumpuan para pengunjung. Namun jalan tar yang menghubungkan dengan Pekan Pulau Betong ke Pasir Panjang perlu dilebarkan bagi dua lorong untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung. Cadangan membina trek jogging dan juga trek berbasikal yang melalui persiaran Pantai Pasir Panjang amat menarik jika hal ini dimajukan. Kedua, pemandangan matahari terbenam juga antara tempat yang menarik di lokasi Pantai Malindo iaitu di Sungai Burung yang mana perlu kepada pembinaan pelantar yang unik dan ikonik akan menjadi tarikan baru di Pantai Malindo iaitu terletak di Sungai Burung, Balik Pulau. Gerai-gerai jualan hasil laut segar, makanan dan minuman amat perlu dinaiktarafkan, ruang meletakkan kenderaan wajar ditambah. Begitu juga dengan papan tanda, papan pandu arah yang menarik untuk mempopularkan tempat yang menarik itu di Pantai Malindo. Begitu juga untuk menarik tarikan pelancong di antaranya ialah trek joging dan juga trek basikal perlu diperbaiki dan perlu diperbanyakkan untuk menarik perhatian kepada pengunjung-pengunjung yang datang ke Balik Pulau khususnya di Pulau Betong ini untuk dinaiktarafkan dan sebagai. Ini sedia dikenali peranan kita untuk mempopularkan kawasan iaitu di Balik Pulau. Sidang perwakilan sekalian, Kerajaan Pakatan Harapan telah menerajui Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2018 hingga kini dan telah banyak skim-skim kebajikan seperti yang disarankan ataupun yang disebut oleh kesemua wakil-wakil kita pada hari ini iaitu terserlah dengan kebajikan rakyat yang telah dibawa oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Diantaranya skim i-Sejahtera yang melibatkan golongan warga emas, wanita yang tidak bekerja, ibu tunggal, OKU dan penarik beca. Sudah tiba masanya bayaran skim-skim i-Sejahtera ini sudah wajar diberikan kenaikan daripada kadar biasa, seperti bayaran ibu tunggal sebanyak RM100.00 setahun perlu dinaikkan. Semua kita faham dengan kenaikan sekarang dan kesihatan kita sendiri khususnya wakil rakyat pun naik darah dengan kenaikan harga barang yang kini. Ini tidak dapat dinafikan, kita mengharapkan supaya Kerajaan Negeri yang mana terkenal dengan kerajaan kebajikan rakyat untuk melihat kembali di antaranya skim-skim i-Sejahtera ini dinaikkan untuk kebajikan rakyat. Begitu juga sumbangan-sumbangan ataupun peruntukan-peruntukan yang sedia ada di bawah wakil rakyat perlu dipertingkatkan seperti yang disarankan oleh Pulau Tikus, oleh semua di antara wakil-wakil rakyat untuk kita naikkan supaya mudah untuk kita beri kebajikan kepada rakyat. Sidang Perwakilan sekalian, untuk dirumuskan bahawa pada hari ini iaitu visi Kerajaan Negeri saya menyeru supaya Kerajaan Negeri memberi fokus kepada saranan yang telah diberikan tentang kebajikan rakyat, tentang eko-pelancongan, tentang masalah peniaga-peniaga

khususnya peniaga iaitu Persatuan Penyembelihan Ayam yang diminta supaya daripada wakil Datok Keramat supaya memberi ulasan di dalam ucapan perbahasan tentang apa yang di minta oleh Persatuan Peniaga Kecil iaitu penyembelihan ayam supaya pihak EXCO memberi respon yang terbaik di dalam ucapan nanti. Jadi saya menyeru Kerajaan Negeri memberi fokus kepada saranan tersebut dan memberikan untuk teliti dan memberi pertimbangan yang sewajarnya selaras dengan misi Penang2030 dan Dasar Keluarga Selamat ini dapat dicapai dengan efektif bukan sekadar kita lampirkan di atas kertas yang pembentangan semata-mata. Hujan turun taufan melanda, Patah satu anak tangga, Meskipun kita berbeza-beza, Hidup rukun harus dijaga.

Sidang perwakilan sekalian, saya dengan ini mohon menyokong. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Pulau Betong. Saya minta Yang Berhormat-Yang Berhormat contohilah Pulau Betong dengan masa yang tepat. Dipersilakan, saya nak peringatkan sikit kepada semua Yang Berhormat, kalau tidak hendak berbahas tidak apa, saya akan terus ke sesi penggulungan. Diminta untuk cepatkan perbahasan. Terima kasih.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Selamat tengah hari, Dato' Yang Di-Pertua, barisan EXCO yang dihormati, rakan-rakan seperjuangan, ketua-ketua jabatan sekalian. Salam bahagia. Terlebih dahulu saya ingin panjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya bersidang di Dewan yang mulia ini untuk membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Dan Usul Anggaran Pembangunan 2022. Berdasarkan prestasi hasil Kerajaan Negeri bagi tahun 2016 hingga 2020, hasil cukai adalah statik iaitu dalam lingkungan RM130 juta hingga RM136 juta. Oleh yang demikian, prestasi hasil Kerajaan Negeri adalah bergantung kepada prestasi hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil. Penurunan kedua-dua komponen hasil ini telah menyebabkan hasil yang diperolehi pada tahun 2020 hanya sekadar RM467.28 juta sahaja berlaku defisit sejumlah RM117 juta. Selepas mengambil kira defisit ini dan pindaan sejumlah RM150 juta ke Kumpulan Wang Pembangunan, baki terkumpul akaun hasil disatukan pada tahun bagi tahun berakhir 2020 hanya tinggal RM880.78 juta. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri perlu mempercepatkan pengkelasan tanah desa kepada tanah bandar dengan mengubah kawasan-kawasan desa yang pesat membangun atau sudah setaraf dengan bandar di bawah Seksyen 51(2)(a) Kanun Tanah Negara. Pada masa yang sama, apakah status Kerajaan Negeri untuk meminda sempadan bandar asal di bawah Seksyen 11(c)(a) Kanun Tanah Negara dan mewujudkan bandar-bandar baharu di bawah Seksyen 11(d) Kanun Tanah Negara. Kerajaan Negeri dijangka akan menjana hasil cukai melalui pelaksanaan program-program yang tersebut. Ini untuk memastikan sumbangan hasil bukan cukai berkaitan dengan urusan tanah kepada hasil Kerajaan Negeri meningkat secara mampan, PDC perlu menyempurnakan pembangunan Taman Industri Batu Kawan 2 dan Batu Kawan Timur secepat mungkin. Kedua-dua Taman Perindustrian sejumlah 1,500 ekar ini akan menyumbang hasil jualan tanah premium pemberian milik tanah, premium pemberian hak milik dan pemberian milik bayaran khas kepada Kerajaan Negeri.

Sehubungan dengan itu, PDC perlu melahirkan kepimpinan pengurusan yang cekap, inovatif serta sentiasa bersedia dalam menghadapi perubahan dan cabaran semasa. Kepimpinan yang baru juga perlu memupuk nilai dan budaya kerja yang berlandaskan prestasi, kualiti dan produktiviti. Kegagalan Projek Jambatan Batu Kawan, kepincangan Projek Jambatan Tanjung Berembang dan kecacatan Jalan Pengurusan Valdor perlu dijadikan iktibar.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Minta laluan Bukit Tambun. Saya amat tertarik dengan Bukit Tambun sebab menyentuh tentang taman perindustrian. Memang ini adalah sangat penting kepada negeri Pulau Pinang dalam pembangunan ekonomi kita tetapi apa yang saya faham Batu Kawan 2, iaitu Byram, right? Byram. Ia adalah dalam dua kilometer daripada tempat pelupusan sampah dari Pulau Burung sahaja dan saya hairan dan sebab saya selalu ditanya oleh investor juga yang kenal dengan saya, adakah ini akan membawa satu impak atau kesan yang negatif kepada pelabur asing yang ingin melabur di tempat itu dan macam mana kita dapat menyelesaikan masalah ini?

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Dato’ Timbalan Yang Di-Pertua, saya cuma hendak jawab kepada soalan yang dikatakan oleh Berapit. Memang dalam ucapan perbahasan saya memang kita faham bahawa saya ada satu permintaan di mana kita harus penjenamaan semula bagi tapak pelupusan sampah di Pulau Burung disebabkan kami risau apabila pelabur-pelabur yang datang yang hendak buat lawatan tetapi dalam keadaan dekat tapak memang membimbangkan. Sebagai wakil rakyat kawasan so saya pun hendak minta MBSP supaya lihat semula perancangan in future kalau master plan.....(dengan izin) oleh yang submit oleh PDC mungkin di bahagian depan jalan tapak pelupusan sampah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Jawi telah bagi tahu cadangan itu semalam to green the area around Pulau Burung.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Okey, terima kasih.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Bagi peluang sikit.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih kepada Jawi dan Berapit.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Saya hendak bagi sokongan kepada kedua-dua Yang Berhormat sebab tempat itu adalah salah satu sahaja yang tempat sekarang kita hendak bangunkan untuk taman perindustrian. Jadi walaupun saya bukan berasal daripada SPS tetapi saya rasa cadangan ini seharusnya dikaji dengan sangat teliti dan bagi tahu kepada keseluruhan warga Pulau Pinang baru kita ada keyakinan kepada kita.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Berapit.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih kepada Berapit. Memang seperti sedia maklum, saya sebagai salah seorang dari Ahli Lembaga dalam investPenang memang dari hari pertama, saya memang menyampaikan apa yang disampaikan oleh Berapit tentang ketidaksesuaian kawasan Byram untuk dijadikan kawasan industri bagi foreign direct investment .....(dengan izin) dan kawasan ini perlu dibangunkan dalam bentuk general industry. Industri yang lebih bersesuaian dengan keadaan sedia ada. Oleh yang demikian, saya merupakan orang yang selalu mempelopori untuk membangunkan Batu Kawan Timur dan isu-isu yang dihighlightkan yang disampaikan oleh Jawi memang telah diambil maklum dalam mesyuarat investPenang. Seterusnya sejak lima tahun kebelakangan ini, kemajuan infrastruktur terutamanya jalan raya dan pengurusan lalulintas jauh ketinggalan berbanding kepesatan perindustrian. Terutamanya di Batu Kawan dan kawasan sekitarnya. Ini telah menyebabkan kesesakan lalu-lintas pada waktu puncak di Jalan Bukit Tambun, Jalan Batu Kawan, Jalan Perusahaan Valdor dan Jalan Persekutuan dan ADUN Perai, Dato’ Timbalan Speaker, ADUN Jawi, ADUN Sungai Acheh antara ADUN-ADUN yang setiap hari terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ini. Saya bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Jawi untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menangani isu ini. Selain bergantung kepada hasil jualan tanah industri, sudah tiba masa untuk Kerajaan Negeri mengadakan program lanjutkan tempoh pajakan tanah industri yang akan tamat antara 10 hingga 15 tahun akan datang. Terutamanya di Bayan Lepas, Perai dan Mak Mandin. Adakah kajian sudah mula dilakukan bagi menentukan jumlah premium tanah yang boleh dikenakan untuk pajakan baru selama 60 tahun akan datang. Kerajaan Negeri sememangnya mahu mengekalkan industri di sini dengan harapan mereka akan menyumbangkan, mengembangkan operasi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Manakala pihak kilang pula memikirkan implikasi premium ini ke atas kos operasi mereka. Dengan pengalaman 52 tahun mentransformasikan pembangunan Negeri Pulau Pinang, PDC sewajarnya menawarkan diri untuk meremajakan kawasan perindustrian Mak Mandin bersama-sama dengan MBSP. Program pemerajaan ini boleh melibatkan penaiktarafan infrastruktur dan penyusunan semula jenis industri untuk menarik pelaburan yang bernilai lebih tinggi. Bagi pihak kilang pula mereka akan memperolehi manfaat daripada nilai pasaran tanah yang lebih tinggi. Selain itu, PDC perlu membuat perancangan ke atas tanah-tanah milikan mereka. Apakah perancangan PDC ke atas tanah yang lebih kurang 100 ekar berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang? Apa pula perancangan bagi tanah-tanah berbukit di Bukit Jambul dan juga Paya Terubong yang seluas lebih kurang 616 ekar?

Adakah PDC hanya terhad kepada Pembangunan Perindustrian? Adakah PDC bersedia untuk menceburi bidang-bidang seperti agro-pelancongan yang melibat yang mengandungi dusun durian terutamanya di kedua-dua kawasan ini. Untuk mengurangkan kebergantungan terhadap hasil tanah, Kerajaan Negeri perlu memperkasakan faedah dan perolehan daripada pelaburan. Kerajaan Negeri juga boleh melalui CMI dan PDC untuk menceburi pelbagai bidang perniagaan yang mampu membawa keuntungan. Selain daripada langkah-langkah untuk meningkatkan hasil, saya menyokong tindakan Kerajaan Negeri untuk mengawal perbelanjaan emolumen, perkhidmatan dan bekalan yang meningkat setiap tahun termasuk mengawal pewujudan jawatan-jawatan baharu. Walau bagaimanapun pada tahun ini, kita telah wujudkan jawatan Pengurus Besar bagi Penang FC dan pada tahun hadapan kita akan wujudkan jawatan Ketua Eksekutif bagi Perbadanan Perpustakaan Pulau Pinang dan juga yang bakal dibincangkan dalam sidang DUN ini iaitu mewujudkan jawatan Pengurus Besar CMI. Ini hanya beberapa contoh yang diketahui oleh saya tentang jawatan-jawatan yang diwujudkan. Adakah kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan penstrukturan semula GLC Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikat bawah CMI? Dato’ Yang di-Pertua, pada ketika Kerajaan Negeri mengawal pembiayaan projek atau program oleh jabatan-jabatan negeri, kos bahan-bahan binaan dan kos pengangkutan telah melonjak tinggi. Bagaimanakah Kerajaan Negeri dapat menangani cabaran ini? Misalnya, tender Projek Jambatan Batu Kawan - Byram terpaksa dipanggil semula kerana penender terendah adalah jauh lebih tinggi daripada anggaran kos projek. Antara bahan-bahan binaan yang berlaku ledakan harga ialah ready mixed concrete....(dengan izin). Berdasarkan pemahaman saya kenaikan harga konkrit campuran siap ini adalah disebabkan empat faktor. Pertama, kenaikan harga simen. Kedua, kenaikan produk kuari seperti pasir dan batu agregat. Kenaikan harga diesel. Keempat, kesulitan untuk mendapatkan pekerja terutamanya pekerja warga asing. Bekalan produk kuari telah menghadapi masalah selepas penutupan beberapa kuari di kawasan Seberang Perai Tengah dan pemberhentian operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Kini kuari-kuari hanya tertumpu di Jalan Tasek Valdor iaitu di kawasan DUN Sungai Bakap. Satu di Bukit Tambun, dan satu lagi di Juru. Kuari di Juru memang berdepan dengan isu hutan simpan kekal yang dimiliki Kerajaan Negeri. Kuari di Bukit Tambun pula semakin didekati perumahan dan perindustrian. Oleh itu, kuari di Jalan Tasek Valdor sahaja masih sesuai dan boleh diteruskan. Ini juga membawa masalah kepada ADUN Sungai Bakap. Namun demikian begitu, kuari-kuari di sini menghadapi masalah ketinggian aras melebihi 76 meter. Adakah Kerajaan Negeri bersedia membenarkan kuari sedia ada menjalankan operasi di kawasan aras yang melebihi 76 meter? Ini untuk kuari-kuari sedia ada. Kalau tidak, dimanakah kawasan baru yang bakal dizonkan sebagai kuari di Seberang Perai iaitu mengikut local plan yang dalam proses penggazetan. Dari batu saya beralih ke isu harga ayam. Harga ayam dan lain-lain harga makanan kini menjadi satu isu yang begitu besar terutama yang dihadapi oleh rakyat jelata. Untuk makluman sidang hadirin, harga sebenarnya bagi ayam ini kos untuk sekilo ayam di ladang mengikut Jabatan Veterinar pada ketika ini adalah lebih kurang RM5.50 sekilo dan harga ladang yang dijual adalah RM6.30. Harga pemborong RM8.40 dan harga ayam yang proses standard yang dijual secara runcit adalah lebih kurang dalam RM10 hingga RM10.50. Kita dari harga-harga yang saya bentangkan sebentar tadi kita dapat lihat dimanakah masalah utama tentang peningkatan harga ayam ini. Ini bukan sahaja berlaku kepada ayam tetapi juga kepada lain-lain makanan termasuk harga minyak kelapa sawit, harga sayur-sayuran.

Walaupun harga ayam kita nampak melonjak tinggi sejak September sehingga kini tetapi adakah kita sedar bahawa di sepanjang PKP ini, sepanjang dua puluh bulan ini harga ayam memang jatuh, harga ayam ladang memang jatuh di bawah paras harga kos. Syarikat-syarikat yang menternak atau terlibat dalam industri poultry ini mengalami kerugian sepanjang PKP. Dan berlaku banyak ladang ternakan ayam telah ditutup ataupun syarikat-syarikat tersebut telah mengurangkan ternakan ini menyebabkan apabila PKP ditamatkan, aktiviti ekonomi dan aktiviti sosial dikembalikan, permintaan telah melebihi bekalan. Oleh yang demikian, Kerajaan Persekutuan dalam perkara ini perlu meneliti mengapakah kos penternakan itu meningkat. Pertama, tentang makanan ayam, makanan ikan, ikan ternakan, semua kebanyakan adalah bahan-bahan mentah ini adalah diimport. Soya, jagung semua diimport dari Brazil, Argentina dan Amerika Syarikat. Apabila pertukaran matawang asing Ringgit Malaysia lemah, harga akan melonjak. Dan pada ketika ini kita menghadapi masalah kos pengangkutan iaitu kargo. Kos pengangkutan juga meningkat berlipat ganda. Dan pada masa yang sama, makanan ayam makanan ternakan juga menggunakan CPO (crude palm oil). Sebelum pandemik harga lebih kurang 2,400 metrik tan. Sekarang 5,500. Bahan mentah untuk memproses makanan ayam yang melibatkan tanaman tempatan iaitu kelapa sawit juga meningkat berlipat ganda. Oleh yang demikian bagi Kerajaan Negeri kita perlu bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan merancang kawasan yang sesuai untuk tanaman. Tanaman bukan untuk makanan sahaja, tanaman untuk makanan ternakan dan seperti yang saya selalu bincangkan iaitu tentang kawasan-kawasan ternakan perlu dipelihara. Kita perlu gazetkan dalam Local Plan untuk memastikan tiada projek terutamanya perumahan mendekati kawasan pertanian ataupun kawasan penternakan. Dato’ Yang di-Pertua, di sini saya juga akan membawa isu-isu tentang di kawasan. Pertama, seperti yang disebutkan tadi, kesesakan lalu lintas. Saya berharap ADUN Tanjong Bunga melalui JKR memastikan bahagian Jalan Persekutuan iaitu selepas Projek Penaiktarafan Fasa 5 perlu dinaik taraf sehingga sekurang-kurangnya ke kawasan persimpangan Jalan Persekutuan dan Jalan Perusahaan Valdor, itu pertama. Kedua, masalah kecacatan Jalan Perusahaan Valdor dan Jambatan Batu Kawan oleh PDC yang sudah berlanjutan satu tahun perlu disiapkan dengan kadar segera. Ketiga, jalan sambungan Jalan Tasek Mutiara 10 yang sepatutnya disambungkan ke Jalan Hijauan 1 yang telah dibawa oleh ADUN Jawi semalam. Jalan tersebut hanya sepanjang 380 meter. Saya dimaklumkan bahawa mesyuarat MMK sudah membuat keputusan. Oleh itu, saya berharap pihak MBSP memastikan pemaju yang terlibat menyambungkan jalan tersebut untuk memastikan penyuraian trafik di Bandar Tasek Mutiara dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. Seterusnya, keempat, tentang Stadium Batu Kawan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ADUN Bagan Jermal kerana telah melalui Perbadanan Pengurusan Stadium dan Tanah Lapang telah menaiktaraf track atau balapan di stadium tersebut. Di sini, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri dan juga Yang Berhormat Bagan Jermal. Baki tanah stadium yang lebih kurang 100 ekar lagi, apakah perancangannya dan bilakah projek yang berkaitan dengan stadium ini dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat? Isu, perkara kelima, tentang Jalan Paboi. Sejak 2018, saya telah mengemukakan persoalan kepada PDC tentang pengambilan tanah di Jalan Paboi sehingga kini masih lagi tiada tindakan selanjutnya dan pada masa yang sama, pemilik tanah tidak dapat membuat apa-apa disebabkan telah dibawakan dalam Seksyen 4 di bawah Akta Pengambilan Tanah.

Dan seterusnya, yang keenam, isu berkaitan dengan DUN Sungai Bakap iaitu isu banjir di Sungai Kecil iaitu di hadapan Kilang Kertas Nibong Tebal iaitu titi ataupun box culvert yang menentangi sebatang sungai adalah agak rendah iaitu di kawasan lebuhraya laluan air adalah lancar disebabkan jambatan di lebuhraya agak tinggi tetapi apabila tiba di Jalan Sungai Kecil, air tidak boleh melalui dan melimpah sepanjang jalan di hadapan Kilang Kertas Nibong Tebal (Nibong Tebal Paper Mill). Ketujuh, tentang banjir kilat yang sentiasa berlaku di Kampung Sepulau dan juga Kampung Sethu, sudah berlanjutan puluhan tahun. Apakah tindakan atau perancangan daripada Jabatan Pengaliran dan Saliran ataupun MMK Tebatan Banjir dapat mengatasi masalah ini. Ini termasuk juga di persimpangan Jalan Changkat dan Jalan Persekutuan dan sentiasa menghadapi limpahan air daripada Sungai Jawi. Dan seterusnya tentang isu ternakan ikan sangkar terutamanya di Perairan Sungai Udang. Setiap kali ribut, setiap kali sangkar akan mengalami kerosakan. Adakah kawasan tersebut iaitu di berhampiran Jambatan Kedua tersebut masih lagi sesuai untuk dijadikan kawasan ternakan ataupun pihak Jabatan Perikanan mempunyai teknologi yang lebih canggih untuk memastikan sangkar ikan ini tahan lasak, tahan angin ribut. Dan kawasan ternakan ikan dalam sangkar juga menghadapi masalah pengubahan atau pencemaran yang dihadapi iaitu pencemaran air, pengubahan eko-sistem perairan yang menyebabkan kekurangan oksigen dalam air dan kalau sekali ikan dalam sangkar dihadapi, menghadapi masalah kekurangan oksigen, semua ikan dalam sangkar tersebut akan mati dan kerugiannya adalah berjuta dan kita sedia maklum ternakan ikan dalam sangkar ini merupakan salah satu pendapatan utama dalam sektor perikanan di Pulau Pinang dan juga antara kawasan ternakan yang terbesar di Malaysia. Oleh itu, menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri bersama-sama dengan penternak untuk memastikan industri ini dapat dibangunkan, dikekalkan dengan mampan.

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Bukit Tambun, dua (2) minit lagi kecuali kalau ada isu Sungai Bakap.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Okey. Tentang Sungai Bakap, memang… Simpang Ampat di Sungai Bakap sebentar entara tadi selain daripada penyambungan Jalan Tasek Mutiara 10 kepada Jalan Hijauan 1, masalah utama juga adalah Jalan Tasek dan juga Jalan Valdor. Kajian TIA telah disiapkan dan tibalah masa untuk Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan terutamanya peringkat Kementerian Kerja Raya. Berdasarkan hasil kajian TIA untuk menaiktaraf sepanjang 1 loop jalan tersebut untuk dijadikan lingkaran Jalan Tasek Valdor, itu amat penting. Lagi satu tentang cadangan kawasan perindustrian di Sungai Bakap. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker selalu menyuarakan masalah tentang pergerakan lori tanah merah, lori batu daripada Tasek Valdor ke Byram ke Batu Kawan, adakah Sungai Bakap sesuai untuk dibangunkan kawasan perindustrian. Sebenarnya kawasan Sungai Bakap memiliki kawasan tanah tanaman kelapa sawit yang luas terutamanya di sepanjang jalan di Penjara Pulau Pinang, iaitu…

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan

Penjara Sungai Duri.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Ya, di Sungai Duri. Di sana memiliki satu kawasan lebih kurang 700 ekar. Kawasan itu mungkin sesuai dibangunkan sebagai kawasan perindustrian sebab tidak perlu melibatkan kerja-kerja tambun tanah. Apabila tidak melibatkan kerja-kerja tambun tanah, kita kurangkan pergerakan, pergerakan lori dan mengurangkan kesesakan pada masa yang sama untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar dan juga membolehkan perindustrian yang berasaskan penternakan atau pertanian dapat diusahakan di kawasan tersebut. Dan akhir sekali, isu tentang Dewan Dedaun di Bandar Cassia. Pada bulan yang lepas, pihak MPKK telah menerima makluman bahawa dewan tersebut dicadang, terdapat permohonan untuk ditukar guna kepada akademik zon. Untuk makluman kepada Kerajaan Negeri, Dewan Dedaun merupakan satu-satu saja dewan orang ramai untuk kawasan Bandar Cassia. Dewan itu memang terbiar lama tetapi telah dibaikpulih dengan peruntukan daripada ADUN Bukit Tambun pada tahun 2019 dan telah digunakan untuk aktiviti kemasyarakatan sebelum PKP dan sesuai dijadikan kawasan untuk latihan atau pertandingan badminton. Bukit Tambun tidak memohon RM700 juta, RM7 juta seperti Jawi untuk membina dewan, gelanggang badminton yang baru, dewan tersebut boleh menampung tiga (3) gelanggang dengan ketinggian yang mencukupi adalah memadai boleh dinaiktarafkan sebagai gelanggang badminton pertama di DUN Bukit Tambun dan pada masa yang sama boleh dijadikan dewan untuk kenduri-kendara apabila dibenarkan kemudian. Dan sebagai Ahli MMK Pembangunan Sosial, saya memang kagum dan juga sentiasa mendokong program-program yang diadakan oleh PWDC. Sepanjang tiga (3) tahun ini, sepanjang dua (2) tahun ini, PWDC selain daripada PWDC dan juga melalui program-program JPWK telah melancarkan, telah mengadakan pelbagai program yang berterusan termasuk juga di peringkat PKP, program juga tidak pernah terhenti. Dan tentang cadangan baru untuk Top-Up Women-Only Additional Seat, saya sebagai Ahli MMK Pembangunan Sosial, memang saya memberi sokongan penuh. Walau bagaimanapun, pengisian kouta ini bukan sekadar untuk mengisi sahaja. Kita perlu pastikan calon yang bersesuaian, calon yang berkebolehan, calon yang berkelayakan untuk mengisi tempat-tempat ini. Kita jangan hanya sekadar untuk menunjukkan kita inginkan kouta 30% dan calon-calon yang bakal diisi ini perlu membawa agenda tentang suara wanita professional, suara wanita ibu tunggal, suara wanita yang berkaitan, sebab sekarang pada ketika ini mengapakah wanita…

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Bukit Tambun, boleh ini kalau tak celah tengah-tengah, Bagan Dalam pun tak boleh tidur. Bagi dia satu (1) minit.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker atas recommend itu tadi. Okey, saya bersetuju dengan Bukit Tambun. Top-Up Women-Only Additional Seat sini, kita semua sokong. Dan seperti yang saya nyatakan semalam juga, parti yang tidak mencalonkan wanita, jangan diberikan peluang, itu satu. Walaupun mereka ada represantasi dalam Dewan ini. Itu satu, seperti PAS lah.

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan

Repeated again. Yesterday already talk about that.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Different point. Saya pun setuju dengan pandangan Bukit Tambun yang nyatakan jangan kita gunakan TWOAS ini seolah-olah untuk mencukupkan kuota 30 peratus itu. So, kita perlukan pastikan mereka yang dipilih itu sebab menurut pemahaman saya, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang dipilih melalui TWOAS itu tidak boleh melebihi satu term, hanya satu term saja, satu penggal saja mereka boleh jadi ADUN TWOAS. So, kita mau mereka yang dipilih itu, betul-betul faham fungsi dan apa yang berkebolehan dan paling penting mereka adalah pemaustatin dan juga penduduk Pulau Pinang. Kita tidak mau nanti sebab ketidakcukupan calon, pergi ambil daripada Selangor, pergi ambil daripada Kedah, pergi ambil daripada Negeri Sembilan, we don’t want. Dewan Undangan Negeri, ha bukan sekarang dia sudah jadi orang Penang.

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Bagan Dalam.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Ini.

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan

Masih, dah ulang sekali lagi. Semalam pun you cakap.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Yang ini tak cakap.

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan

Harini pun you cakap.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

No. No. No. Semalam ini tak cakap.

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan

Saya masih ingat lagi, semalam you cakap yang ni.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Tak, tak cakap.

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan

Diminta Bukit Tambun bersambung.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Tentang Pulau Pinang, tak cakap semalam. So, we want.

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan

You sudah cakap semalam.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Local Penang women to be presented.

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan

You are repeating the same thing.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

That’s my, that’s my.

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan

Please consult your doctor.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

No. No. No. didn’t. I didn’t say this yesterday.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Dato’ Speaker.

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan

Please consult your doctor, I remember you say it yesterday.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Saya minta, saya minta dua minit saja untuk ini.

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan

Bukit Tambun, your time is running.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Okay ah.

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan

Okay.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

It’s okay two minutes saja. Yang pertama, tentu semua top out women ini mereka ada misi yang tertentu, iaitu membawa suara wanita. Mungkin wanita bukan saja in the equal right, dia wanita dalam ekonomi, wanita dalam politik, wanita dalam pertanian, wanita dalam kesihatan, sektor kesihatan. Berbagai-bagai dan dia mestilah orang Penang, kerana ADUN yang dipilih pun mesti bermastautin di Penang kan.

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan

Betul.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Pun orang Penang. Ya, dan untuk memilih siapa dia sebenarnya ialah tertakluk kepada parti-parti masing-masing. Parti masing-masing yang memilih. Tetapi kita ada satu syarat iaitu dia mesti menyertai kursus gender, kursus gender, kesedaran gender PWDC. So, is there must be gender awareness and gender lens, supaya mereka bawa apa isu pun mereka akan mengingat wanita dan lelaki, boys and girl. Ini untuk sekarang saja. Okay, thank you.

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Padang Lalang, cadangan Bagan Dalam adalah kata quantity is okay, but quality they want. Ya, okay. Bukit Tambun.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Okey.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Di guarantee ada kualiti.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Okay, I think. Terima kasih, terima kasih kepada Padang Lalang dan juga Bagan Dalam.

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan

Bukit Tambun, satu minit lagi.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Okay.

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan

Sudah jelajah 10 minit dah you.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Okey. Tentang ni, balik kepada Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2022 ini, memang saya mengajak rakan-rakan seperjuangan sekalian untuk menjadi tulang belakang kepada Yang Amat Berhormat Padang Kota dan juga barisan EXCO yang dihormati untuk bersama-sama kita mencari hasil pendapatan kepada Kerajaan Negeri. Memang kita semua inginkan peruntukan yang lebih, perbelanjaan yang lebih untuk membawa manfaat kepada rakyat jelata di kawasan masing-masing. Namun demikian, pendapatan Kerajaan Negeri setakat ini adalah terhad. Oleh yang demikian, kita perlu kita perlu memastikan hasil pendapatan negeri meningkat terutamanya dari segi hasil cukai walaupun yang ini mungkin akan membebankan segelintir rakyat, tetapi kita perlu kita perlu melaksanakan bagi saya Penang Land Rule sudah tiba masa untuk kita laksanakan terutamanya kawasan-kawasan yang kampung sudah menjadi bandar perlu dikenakan cukai yang setimpal. Itu amat penting sebab cukai tanah kita hanya membayar sekali setahun. Perkara-perkara ini mungkin akan dimanipulasikan, dijadikan serangan daripada orang-orang politik. Saya harap, Ketua Pembangkang tidak membangkang tentang perkara sedemikian. Iaitu, sebab kita charged cukai tanah ini berdasarkan penilaian. Dan penilaian ini dibuat oleh Jabatan Penilaian Harta, peringkat Persekutuan.

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan

Bukit Tambun. One minute more.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Okey. Banyak satu minit ha. Terima kasih kepada Dato’ Speaker. Ini sajalah dan sebelum mengundur diri, saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Dato’ SUK, Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri yang akan berkhidmat di Kementerian Pengajian Tinggi dan terutamanya ketika pandemik, beliau yang mengemudi jentera Kerajaan Negeri untuk melawat, melawan COVID-19 terutamanya dari segi CITF, penyediaan program-program vaksinasi, membantu Kerajaan Negeri, membantu EXCO kesihatan untuk memastikan perjalanan, perjalanan vaksinasi ini dapat dilangsungkan dengan begitu lancar. Dengan kata-kata tersebut, di sini saya menyokong ucapan Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan Dan Usul Anggaran Pembangunan 2022 oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan

Terima kasih Bukit Tambun. Dipersilakan Machang Bubuk.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Salam Sejahtera dan Salam Harapan. Terima kasih kepada Dato’, kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam Perbahasan Bajet 2022. Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Ketua Menteri ini teramat penting untuk Negeri Pulau Pinang khasnya kepada rakyat yang untuk bangkit semula daripada impak pandemik COVID-19 yang begitu teruk. Kita tidak akan lupa pada pandemik COVID-19 ini. Tapi apa yang kita perlu ingat, apa yang kita belajar daripada pandemik ini. Walaupun, sekarang kita nampak pandemik ini macam sudah sampai ke penghujung, dengan kadar vaksinasi yang tinggi, malahan rakyat Malaysia juga diberi peluang untuk suntikan dos penggalak. Namun perbezaan di antara perjalanan yang dirancang dengan baik atau perjalanan yang kelam-kabut, akan diukur dengan berapa banyak nyawa yang terkorban. Keputusan yang dibuat oleh kerajaan, boleh mempengaruhi hidup mati seseorang. Kita seolah-olah sampai ke penghujung pandemik. Ia juga merupakan satu peluang terakhir, bagi kerajaan untuk menunjukkan apa yang kerajaan belajar daripada kesilapan yang dilakukan oleh mereka pada permulaannya. Sementara kita lihat ke depan, apa yang perlu kita jangkakan untuk kesihatan dan kehidupan seharian kita semua. Walaupun masa depan yang tidak menentu, namun jika kerajaan tidak dapat fikir semula tentang bagaimana kita sampai ke tahap hari ini, atau apa yang boleh kita elakkan maka ia akan menjadi malapetaka dan kegagalan untuk kerajaan dan wakil rakyat semua yang telah diberi amanah dan kepercayaan oleh rakyat. Maka Dato’ Yang di-Pertua, adakah kerajaan kita belajar untuk mengambil tindakan dengan pantas dan berkesan. Harapan untuk vaksin menghapuskan COVID-19 adalah naif, dan juga mustahil boleh dicapai. Yang lebih teruk lagi sekarang virus telah evolve ya dengan pelbagai varian ya daripada Alpha, Beta, Delta dan baru-baru ini kita juga dikejutkan dengan varian yang baru yang berpunca daripada Afrika Selatan iaitu Omicron yang merupakan vaccine resistant variant.

Ya, so berapa cepat kita boleh masuk ke peringkat endemik ya, ramai yang kita bincang tentang endemik tapi adakah kita sudah sampai ke endemik. Dengan Pulau Pinang masuk ke Fasa 4, Peringkat Pemulihan Negara serta pembukaan semula sempadan negara yang akan dilakukan pada tahun depan, kita akan terima ramai pengunjung dan pelancong asing pada tahun hadapan. Tiada sesiapa yang tau apa yang apa yang akan berlaku selepas ini. Ya, kita tidak ada sebarang bukti yang kukuh di mana kita akan menjadi imun dan virus itu akan hilang pada masa depan. Untuk kurangkan peluang virus ini bermutasi atau evolve ke arah yang lebih bermasalah lagi, hanya satu perkara yang perlu kita buat adalah pastikan kadar jangkitan menurun, bukan sekadar di negara kita tapi di seluruh dunia. Ya, memandangkan kita sudah tidak mampu untuk menjalankan lock down lagi. Ya, yang selama-lamanya kerana ia bukan satu pilihan yang wajar. Maka saya ada satu cadangan kepada pihak Kerajaan Negeri di mana ada satu kaedah yang relatively lebih murah iaitu Surveillance Strategy adalah membuat testing tentang sewage system kita. Iaitu monitoring the levels of sequency, sequencing genome of the virus in the municipal wastewater to get the rate of infection and detect or track the new variant. Ini adalah cara yang lebih murah untuk kita mengenalpasti sama ada sistem kumbahan kita mempunyai virus-virus yang mempunyai new variant ini. Ya, kita perlu mempertingkatkan kapasiti dan resilient untuk future pandemics kita. Dato’ Yang di-Pertua. Kita faham bahawa amat merbahaya untuk kita semua, sekiranya masyarakat kita tidak bersedia dan resilient untuk berdepan dengan pandemik pada masa depan. Ya, so maka adakah kita future ready? Ya, dan adakah kita dapat berdepan dengan cabaran yang begitu getir. Ya, terlalu banyak yang perlu kita lakukan. Saya cadangkan Kerajaan Negeri perlu merangka satu road map untuk bersiap sedia dengan pelbagai cabaran yang begitu kritikal, sebelum kita reopen untuk pelancong-pelancong dan juga penduduk-penduduk di seluruh dunia yang akan datang ke Pulau Pinang ini. Dan saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana berjaya mendapatkan peruntukan daripada Climate Adaptation Fund sebanyak US Dollar 10 juta untuk MBPP, JPS dan Think City melaksanakan projek-projek adaptasi iklim yang berasaskan nature-base solutions. Persoalan saya adalah kenapa hanya MBPP sahaja yang dapat peruntukan ini? Ya kenapa MBSP, Majlis Bandaraya Seberang Perai tidak termasuk dalam projek yang tertakluk dalam Climate Adaptation Fund yang bernilai US Dollar 10 juta ini? Saya mohon pihak Kerajaan Negeri juga boleh memberi penjelasan dari segi kenapa perkara ini MBSP tidak dimasukkan dalam perkara ini. Maka, saya juga rasanya ada sampai masanya untuk kerajaan menumpu juga dalam R&D. R&D ini amat penting untuk membangunkan teknologi yang mampu membentuk cara hidup bukan sekarang tapi untuk 10 tahun yang akan datang. Kerajaan perlu membangunkan serta mempersiap siagakan organisasi untuk menuju ke Penang2030. Walaupun terdapat kita perlu melalui gangguan election cycles ini ya. Tapi kita masih perlu merancang untuk Penang2030. Kerajaan perlu ada hala tuju yang jelas dan dengan keutamaan, kebangsaan yang mempunyai sasaran yang jelas. Ya kita perlu mengambil pengajaran pandemik ini, di mana keupayaan manusia untuk menghasilkan vaksin dalam masa, jangka masa yang pendek ini berbanding dengan dulu. Ya ini juga menunjukkan bahawa kerjasama di antara kerajaan dan swasta, public private partnership ini dapat membantu kita untuk berdepan dengan cabaran dalam tahun 2022.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Minta, minta laluan Machang Bubuk.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Okey.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Berkenaan dengan Seberang Perai tadi.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Okey.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Climax funding yang dapat daripada PBB ataupun United Nations hari itu saya pun dengar ia lebih khusus kepada bahagian pulau sahaja. Walhal Seberang Perai ataupun Majlis Bandaraya Seberang Perai telah ada aspirasi untuk menjadi Low Carbon City, in fact usaha untuk kehijauan ataupun lestari ini bermula di Seberang Perai apabila kami semua menjadi Ahli Majlis termasuk Dato’ Timbalan Speaker. So, Seberang Perai adalah I think Seberang Perai adalah satu Bandaraya ataupun satu Perbandaran pertama di Malaysia yang telah menyertai International Council of Local and Environment Initiatives. Masa itu Dato’ Maimunah jadi YDP, first. Selepas itu kami pun di Seberang Perai mengadakan Seberang Perai SPICEC (Seberang Perai International Conference on Ecotourism and Conservation), so I think Seberang Perai memang dia di on the right direction dan kita rasakan Seberang Perai pun perlu dapat the share kalau ia adalah khusus kepada bahagian pulau maybe in future Kerajaan Negeri bolehlah dari agensi-agensi lain dapatkan geran untuk Seberang Perai juga sebab memang aspek kehijauan ataupun inisiatif-inisiatif kehijauan itu salah satu dalam agenda Seberang Perai itu sendiri. Terima kasih Machang Bubok.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Ya terima kasih Bagan Dalam. Satu pandangan yang begitu bernas sekali dan saya memang berharaplah apa yang telah dilakukan oleh MBPP Kerajaan Negeri dalam adaptation climax fund ini yang boleh dijadi contoh untuk jabatan-jabatan lain juga yang berkaitan ya, di mana kita boleh cuba untuk mendapatkan lebih banyak hasil untuk negeri supaya lebih banyak lagi projek sementara kita tunggu Kerajaan Persekutuan untuk memberikan peruntukan. Inilah cara yang alternatif yang boleh kita usahakan. Ya syabas, syabaslah sekali lagi kita dapat US Dollar 10 juta itu walaupun tidak banyak sangat tapi ia memberi satu motivasi dan dorongan kepada kita semua. Dato’ Yang di-Pertua, yang seterusnya saya juga nak sentuh tentang isu accelerating in the digital world, saya mengalu-alukan usaha Kerajaan Negeri khasnya dalam ucapan bajet Ketua Menteri yang akan menubuhkan pusat Penang2030 di setiap KADUN. Saya mencadangkan agar pusat Penang2030 ini boleh bermula dari Pusat Khidmat ADUN-ADUN di mana pusat khidmat ADUN-ADUN ini sentiasa berdepan dengan penduduk-penduduk setempat dan ia juga merupakan destinasi untuk orang ramai untuk meminta bantuan, untuk

meminta nasihat atau sumbangan daripada pihak Kerajaan Negeri dan atau pihak-pihak kebajikan, ya, untuk mereka menghala tujukan aduan-aduan mereka juga. Maka pusat-pusat Khidmat ADUN-ADUN ini boleh ditransformasi yang menjadi sebuah Digital Integrated Services Center yang ini pernah disebut oleh Digital Penang, ya, yang telah menyatakan mereka nak bagaimana untuk menggabungkan semua perkhidmatan-perkhidmatan yang dibekalkan oleh, yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri kepada penduduk. Ya, mereka boleh datang ke pusat Khidmat ADUN-ADUN macam one stop center lah. Ya, mereka datang ada apa-apa masalah semua itu akan boleh diuruskan dengan menggunakan digitalize supaya isu-isu mereka dapat diselesaikan. Maka peranan digital Pulau Pinang itu perlu diperkasakan dengan menyediakan sistem IT yang dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan wakil rakyat kepada penduduk. Ya selain itu, saya rasa pusat Penang2030 ini boleh dilengkapi juga dengan first support point, first support point yang diusahakan oleh YB. EXCO Padang Lalang ya yang ditubuhkan oleh PWDC, ya untuk di setiap KADUN untuk di bawah dasar keluarga selamat ini supaya isu keganasan rumah tangga itu dapat ditangani dengan lebih baik dan juga professional. So saya rasa pusat Penang2030 ini dapat memainkan satu peranan ya, yang penting yang boleh menjadi satu destinasi yang mendekati rakyat dan rakyat akan rasa sangat senang hati, ada apa-apa masalah datang ke pusat Penang2030 masalah mereka akan dapat didengar atau ditangani dengan baik ya. So dan kita juga boleh tambah di pusat Penang2030 kita boleh letak juga SME Market Advisory Resources and Learning Smart Centre. Smart Centre yang berfungsi ya sebagai Pusat Khidmat Nasihat mengenai maklumat dan pengetahuan yang diperlukan untuk memulakan sesuatu perniagaan juga boleh dimulakan ditubuh di setiap KADUN-KADUN supaya memudahkan orang-orang muda yang ingin mencari peluang untuk menubuhkan perniagaan mereka boleh pergi ke pusat khidmat kita. Dato’ Yang di-Pertua, isu yang seterusnya adalah tentang infrastruktur di Machang Bubuk ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana kolam takungan Alma yang begitu penting untuk menangani isu banjir di kawasan Taman Impian, Taman Sukun Markisa yang akan siap pada tahun depan. Ini adalah salah satu projek yang dinanti-nantikan. Ya tambahan pula, kita juga mendapat berita, dimaklumkan bahawa perolehan perunding tentang Rumah Pam Junjung Mati juga sedang dilaksanakan dan dijangka pelantikan akan dibuat ya akan dibuat pelantikan perunding pada Disember 2021 bulan depan. Ya ini adalah satu berita baik untuk warga Machang Bubuk ya kerana ini juga sekaligus akan menangani isu banjir yang sudah sering kali berlaku di kawasan-kawasan Machang Bubok. Ya maka saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih khususnya kepada Kerajaan Negeri dan juga Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) yang memang sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan risiko banjir di kawasan Machang Bubuk ini. Dan saya juga ingin mengucap, mengucapkan terima kasih lah kepada Kerajaan Negeri kerana telah memutuskan untuk menaik taraf Jalan Bukit Minyak sehingga Alma yang fasa ke-2 yang belum siap dan saya difahamkan ada telah memperuntukkan RM3.8 juta untuk mempersiapkan projek tersebut dan yang seterusnya tentang Taman Eco Rimba Bukit Mertajam iaitu di Cherok Tokun di Cherok Tokun. Isu ini pun seringkali dibangkitkan dalam sidang DUN dan juga soalan saya yang bertulis No ke (9) sembilan ya kita sudah mendapat kita sudah mendapat kelulusan projek Pembaikan Cerun di bawah RMKe-12 dengan siling keseluruhan sebanyak RM15 juta. Ini kita nak ucapkan terima kasih lah kepada Kerajaan Persekutuan tetapi tahun 2021 dia hanya luluskan RM1.5 million sahaja. Ya untuk kerja-kerja awal ya tapi kita harap tahun depan ya 2022 mereka akan Kerajaan Persekutuan akan meluluskan yang yang remaining itu supaya kerosakan cerun-cerun di sepanjang jalan dari dari kaki bukit hingga ke puncak ada 66 spot yang telah mengalami ke ini tanah runtuh. Ya so perlu ada tindakan yang segera.

Ya, so saya maka saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memasukkan setiap Projek Infrastruktur yang utama ini ke atas satu public dashboard ya public dashboard iaitu kita boleh semua projek itu diletak secara online dan semua boleh mengikuti dan juga pantau perkembangan projek-projek tersebut secara online. Ya ini public dashboard ini dia akan pastikan pelaksanaan projek dan kontraktor akan accountable to the public ya dan juga pastikan projek yang dijalankan itu mengikut jadual yang telah ditetapkan serta bajet yang telah diperuntukkan. Ya maka setiap public atau orang ramai mereka yang prihatin terhadap kelangsungan projek itu mereka boleh pergi online untuk check macam jika katakan Tokun ya, Taman Eco Hutan Eco Rimba Bukit Mertajam, kita ada RM15 juta daripada Persekutuan, kita letak di sana jangka bila wang akan masuk kerja bila akan naik kita akan bermula kita boleh letak semua maklumat itu di atas talian supaya orang ramai yang berminat yang concerned citizen mereka boleh pergi check dan boleh menjadi mata telinga kepada kerajaan untuk pastikan projek-projek tersebut dapat dilakukan dengan sebaiknya dan juga pastikan the tax payer money, wang pembayar cukai itu diguna secara berhemah ya serta melibatkan orang ramai dalam proses pemantauan projek itu dilaksanakan. Dato' Yang di-Pertua, yang seterusnya adalah tentang digital democracy rowd sourcing adalah sebagai satu instrumen yang baru untuk kita membuat dasar polisi making ya demi mengembalikan legitimasi representative democracy serta keyakinan orang ramai terhadap sistem demokrasi kita terdapat keperluan kerajaan untuk membuat transparency kepada open government yang mengamalkan keterbukaan serta transformasi. Contohnya di Taiwan, sesiapa sahaja boleh memfailkan petisyen tanpa mengira latar belakang parti politik dia, ya setiap dua (2) bulan bagi apa-apa petisyen yang ingin difailkan kepada kerajaan yang mereka sekiranya sudah mendapat 5,000 tandatangan, maka kerajaan Taiwan maka mereka akan mengadakan collaborative meeting dengan kementerian-kementerian yang berkaitan untuk mengkaji dan juga mempelopori cadangan-cadangan yang telah dicadangkan oleh orang ramai itu ya dengan cara itu bagi orang muda yang belum layak untuk mengundi juga boleh mengambil bahagian dalam proses tersebut. Ya ini adalah salah satu cara yang boleh kita menghasilkan atau memberi motivasi kepada orang ramai untuk menghasilkan dasar-dasar yang inovatif. Dato' Yang di-Pertua, ini penghujung la searching for hope ya. This is not the time to feel hopeless, It's a time for us to stand up and make a differences....(dengan izin). Dalam masa krisis rakyat perlu sebut cerita yang boleh menyentuh tentang perasaan mereka dan juga kesusahan mereka ya. Kita perlu menyuarakan perasaan mereka dengan menceritakan apa kesusahan yang telah dilalui oleh mereka. Saya rasa semua orang dapat menjadi dunia ini lebih baik lebih cepat yang lebih, lebih kinder, ya kita boleh buat. Ini dengan lebih baik ini. Kini adalah saat-saat yang kritikal untuk kita bukan sekadar planet kita tapi untuk pimpinan kita juga. Keinginan untuk bertindak demi kembalikan keyakinan rakyat dalam urus tadbir serta kerajaan yang demokratik itu perlu dipertingkatkan. Ancaman bencana dan pendemik itu akan sentiasa wujud namun ujian adalah sama ada kita sentiasa bersedia dan juga responsif. Hanya dengan keyakinan dan kerjasama di kalangan kita semua tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik barulah kita dapat membuka tirai yang baru dan yang lebih baik. Bajet Negeri Pulau Pinang ini mungkin merupakan bajet yang terakhir sebelum DUN dibubarkan pada tahun hadapan. Ini saya tak tau ini mungkin Y.A.B. Ketua Menteri yang kita sayangi boleh tau. Bajet 2022 juga merupakan satu bajet defisit yang terbesar dalam sejarah iaitu mencecah RM 449.8 juta. Maka kita perlu making our spending works ya social spending itu works ya bajet itu bukan sahaja perlu dilaksanakan dengan penuh bertanggungjawab dan berhemah bagi memastikan setiap wang yang diperuntukkan itu mencapai sasaran serta memberi manfaat kepada rakyat marhaien. Sebelum saya mengakhiri perbahasan saya izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli-ahli

keluarga mangsa-mangsa khasnya para frontliners yang meninggal dunia akibat daripada pandemik COVID-19. Saya ada tanya satu soalan dalam soalan bertulis saya ya saya minta supaya Kerajaan Negeri dapat bagi senarai nama mangsa-mangsa yang telah meninggal dunia disebabkan oleh pandemik COVID-19 ini, khasnya untuk para frontliners dan juga kakitangan-kakitangan kerajaan yang telah meningggal disebabkan oleh pandemik ini, ya. Tapi senarai itu tak dapat dibekalkan mungkin atas sensitiviti keluarga atau apa. Tapi saya nak cadangkan di sini di mana kerajaan boleh menubuh membina satu memorial park untuk semua mngsa-mangsa COVID-19 ini supaya memperingati nanti kepada kita semua masa dan serta generasi yang akan datang tentang pandemik ini yang telah meragut nyawa begitu ramai dan juga memperingati kita semua tentang kesiapsiagaan kita untuk berdepan dengan pandemik yang akan datang. So saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua para frontliners yang telah bekerja bertungkus-lumus tanpa mengira penat lelah dan juga tidak lupa kepada semua kakitangan Kerajaan Persekutuan dan juga Negeri yang telah berkhidmat untuk rakyat khasnya bagi melaksanakan projek-projek yang berjiwa rakyat di kawasan Machang Bubuk ini. Dengan ini saya mohon menyokong.

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan

Terima kasih Machang Bubuk. Dipersilakan Kebun Bunga.

Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam hormat pada Yang di-Pertua Timbalan Speaker Dewan dan juga YB-YB sekalian. Saya juga berasa amat gembiralah kerana masih dapat berpeluang mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2022 Negeri Pulau Pinang. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dato’ Speaker, memandangkan saya cuma diberi masa 20 minit saja untuk sesi perbahasan ini maka saya memohon untuk menyokong terus Bajet 2022 ini. Ini beberapa ringkasan dan ulasan saja, I terus sokong dulu.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Saya tambah 5 minit untuk you

Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Terima kasih Yang di-Pertua Timbalan Speaker

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan

Dari mula dah menangis dah.

Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Terima kasih banyak ini keadaan yang luar biasalah. Yang Berhormat Timbalan Speaker, negara kita masih dilanda pandemik COVID-19 di mana kadar jangkitan masih dianggap tinggi walaupun program vaksinasi, imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilaksanakan di negeri Pulau Pinang telah mencapai seratus peratus untuk dewasa yang telah menerima dua dos. Dengan varian seperti Delta, Lambda dan kebelakangan ini kewujudan varian baru yang dikenali sebagai Omicron. Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu lebih berwaspada dalam mengambil tindakan yang lebih komprehensif untuk memastikan gelombang ketiga COVID-19 tidak akan berlaku. Untuk tujuan ini saya ingin mencadangkan supaya sanitasi yang berjadual dijalankan secara wajib di semua agensi, jabatan kerajaan dan tempat orang awam seperti stesen, terminal bas, keretapi, feri dan lapangan terbang. Amat ketaranya vaksinasi bukan cara yang singkat untuk penyelesaian COVID-19. Maka kempen kesedaran dan ilmu kesihatan dalam menguatkan daya tahanan badan (dengan izin)....immune system untuk setiap individu mesti diperkembangkan. Selain itu saya mencadangkan supaya vitamin serta supplements yang berkualiti diberikan kepada semua barisan depan. Saya juga mendapati bahawa sesetengah gerai makanan masih tidak selesa dengan kelonggaran yang diberikan oleh Kerajaan Pusat untuk beroperasi secara dine-in...(dengan izin) Dato’ Speaker di premis kedai. Ini adalah indikasi dalam menunjukkan kematangan warga Pulau Pinang dalam menangani perang COVID-19 ini. Walau bagaimana pun Dato’ Yang di-Pertua Speaker, kes-kes yang masih tinggi telah menjadi satu persoalan sama ada kita mengetahui punca kes ini dan sama ada kita boleh mengambil langkah-langkah mengikut kemampuan kita untuk mencegah virus ini dari terus merebak. Dalam pada itu saya mencadangkan supaya semua, semua pekerja asing perlu di vaksinasikan termasuk pekerja asing tanpa izin dengan secepat mungkin. Dato’ Timbalan Speaker saya sekarang ini saya nak beralih kepada topik pembangunan infrastruktur internet dan perkhidmatan bayaran tanpa tunai (dengani izin)...cashless payment. Menurut laporan McKinsey & Company, COVID-19 telah melajukan proses pendigitilan perniagaan sekurang-kurangnya tiga keempat tahun ke hadapan. Mesyuarat-mesyuarat dan program-program kini pun sering diadakan di atas talian melalui aplikasi zoom. Aksess internet sudahpun menjadi sesuatu keperluan dan bukan lagi setakat kehendak sahaja. Kadar penembusan jalur lebar juga kini dianggap sebagai petunjuk ekonomi utama. Sebagai langkah seterusnya bagi memberangsangkan ekonomi di Pulau Pinang dan juga untuk memastikan kewujudan liputan jalur lebar dan wifi, saya bersetuju dengan hala tuju Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memberi fokus kepada pembangunan infrastruktur internet dan pencapaian internet yang tinggi dalam negeri ini. Dengan adanya akses internet yang stabil dan laju, penggunaan perkhidmatan bayaran tanpa tunai dapat diperluaskan lagi sebagaimana yang telah berjaya dilaksanakan oleh Kerajaan Pulau Pinang yang kini telah melibatkan hampir semua jabatan dan agensi kerajaan. Saya sendiri juga telah banyak kali (dengan izin)...I have so many times in fact through cashless platform membuat bayaran di pelbagai agensi dan jabatan kerajaan secara elektronik. Contohnya di JPJ dan juga Jabatan Pendaftaran Negara. Saya pun pernah buat bayaran secara cashless. Contohnya peniaga-peniaga yang sebelum ini tidak menerima e-Wallet, FAVE atau bayaran digital boleh digalakkan untuk berbuat demikian sekiranya akses internet dan peranti disediakan terutamanya di tempat-tempat awam seperti di pasar ataupun di tapak pasar pagi dan pasar malam.

Laporan Berita Harian pada Julai, 2021 menceritakan kisah seorang pelajar luar bandar di Pulau Aman, Batu Kawan yang terpaksa pergi ke hujung pulau untuk mendapatkan akses internet. Sebenarnya masalah ini dapat diatasi sekiranya syarikat-syarikat komunikasi diarahkan untuk memperbaiki perkhidmatan internet di kawasan tersebut. Yang Berhormat Timbalan Speaker, sekarang ini saya nak sentuh tentang sedikit sebanyak mengenai Lapangan Terbang Kulim. Mengikut perancangan negara yang sistematik teratur dan saksama, ianya adalah tidak economical dan praktikal untuk membina dua lapangan antarabangsa diantara dua jarak yang terlalu dekat iaitu lebih kurang 30 kilometer di antara satu sama lain. Memandangkan Negeri Kedah sudah mempunyai satu lapangan terbang di Alor Setar. Lapangan Terbang Kulim yang bakal dibina di Kulim, Kedah sudah tentu akan bersaing dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dengan jarak yang terlalu dekat diantara satu sama lain. Keadaan sedemikian bukan saja tidak kondusif malahan tidak dapat mengoptimakan (dengan izin)...optimize sumber-sumber negara dengan berkesan dan strategik. Dato’ Yang di-Pertua Speaker..(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Boleh minta laluan sekejap?

Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Boleh.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Saya tertarik terhadap apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kebun Bunga tadi mengenai lapangan terbang yang telah dirancang atau masih dalam fasa perbincangan untuk di Kulim. Saya rasa kita, I mean kalau mereka nak buat lapangan terbang pun adakah demand berada di situ atau demand berada di Negeri Pulau Pinag. Adakah kalau mereka sengaja ingin membuat pembinaan lapangan terbang dekat Kulim? Adakah ini satu kes cutting up your nose to spite your face punya isu? You know kalau nak kalau Kerajaan Persekutuan memang nak membangunkan kawasan Utara Semenanjung, concentrate on Penang. Adakah Yang Berhormat Kebun Bunga bersetuju?

Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Terima kasih kawan saya daripada Pulau Tikus. Untuk tujuan ini, tujuan pembinaan satu lapangan terbang di Kedah ini kita tau banyak perkara telah dibincangkan, juga banyak debat telah diperbahaskan. Untuk ini saya ada satu cadangan lah, untuk menjadikan sebuah negara yang maju polisi Kerajaan Pusat harus berkembang mengikut trend dan sentiasa maju ke depan dalam memastikan semua negeri di Malaysia mempunyai kekuatan industri yang tersendiri dan berganding bahu dengan negeri-negeri yang lain. Padahalnya Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak boleh diintegrasikan sebagai satu "Golden Triangle" dengan economic connectivity...(dengan izin) yang bersepadu. Sebagai contoh di negara yang maju yang baru mendapat tempat nombor satu di dunia seperti negara China, hub kewangan (dengan izin)...financial hub, perdagangan, bursa saham, pameran berada di Guangdong, Hong Kong dan Macau yang dikenali sebagai the greater bay area...(dengan izin) sedangkan teknologi, logistik dan perkhidmatan kewangan adalah berpusat di Shenzhen. Manakala industri IT (information technology), industri berat mesin yang pesat membangun terletak di Hangzhou Bay, Zhejiang.

Dalam synergy yang sedemikian mengikut modul the greater bay area, semua wilayah atau semua negeri yang terlibat boleh membangun dan maju bersama.

Dalam keadaan ini rakyat, Kerajaan untuk semua wilayah atau negeri yang terlibat akan mengaut keuntungan. Maknanya kita tidak perlu persaingan dengan negeri-negeri lain malahan kita boleh, (dengan izin)... complement satu sama lain dan maju bersama demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara. Walau bagaimanapun sekiranya pembinaan Lapangan Terbang Kulim tidak dapat dielakkan Kerajan Negeri Pulau Pinang perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah bakal kehilangan pelabur-pelabur ke Pulau Pinang. Akibat daripada reaksi rantai (dengan izin)...chain reaction, kehilangan pelaburan yang akan menyumbang kepada kehilangan pelaburan, peluang pekerjaaan yang turut akan menjejaskan produktiviti kita. Dalam keadaan sedemikan kerajaan perlu mencari jalan untuk memperkasakan dan menaiktarafkan industri sedia ada di Pulau Pinang terutamanya dalam bidang electrical and engineering yang melibatkan OSAT atau lebih dikenali sebagai Outsource Semiconductor Assembly And Test, ATE, (automated test equipment), pembuatan waffler dan sebagainya. PSDC (Penang Skills Development Center) perlu dinaiktaraf sebagai sebuah universiti atau institusi pengajian tinggi yang mampu memberikan pengiktarafan ijazah kepada pelajar-pelajarnya selaras dengan keperluan IR 4.0. Pendek kata Industri E&E sedia ada di Pulau Pinang mesti diberi penekanan yang sewajarnya untuk, (dengan izin)...move up the value chain dengan kadar segera supaya kita tidak ketinggalan zaman dengan arus perkembangan IR 4.0, 5G dan pemantapan kegunaan EV (electrical vehicle) di mana kita perlu juga dapat menarik pelaburan dan pelaburan semula (dengan izin)...reinvestment sama ada daripada syarikat asing atau syarikat tempatan untuk R&D yang ,meliputi, (dengan izin)...integrated circuit designing, pembuatan microcip, microprocessors, motherboard, circuit board or NAND, storage and flush memory yang lain-lain produk-produk boleh menjana pendapatan yang lebih bernilai tinggi. Selain daripada sumber manusia yang cekap kita juga patut mendahului negara-negara jiran sebagaimana yang dicadangkan sebentar tadi dari segi infrastruktur fiber optik dan kelajuan internet. Ini merupakan di antara cara yang paling baik untuk menggalakkan pelaburan, perdagangan, perkhidmatan termasuk pelancongan dan seterusnya perkembangan ekonomi. Timbalan Yang di-Pertua, untuk mencapai Visi Penang2030 saya percaya kita juga harus mensasarkan supaya kemiskinan bandar sifar dapat dicapai menjelang tahun 2030. Di sini saya ingin mencadangkan supaya peruntukan untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dinaikkan ke RM30 juta supaya setiap isi keluarga miskin dapat dibantu dengan lebih berkesan dan laju. Di samping itu dengan wujudnya pembangunan yang pesat di Pulau Pinang kita juga harus ingat tentang pembekalan makanan di mana bidang pertanian kita juga mesti dipelihara dan diperkembangkan secara berhemah. Di kesempatan ini saya mencadangkan supaya peruntukan Jabatan Pertanian dinaikkan ke RM20 juta supaya galakan, (dengan izin)...Smart Urban Farming dengan penggunaan kaedah (AI) Artificial Intelligent dapat diperluaskan di kawasan bandar selain luar bandar. Dato’ Timbalan Speaker, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pulau Pinang yang berwawasan dan prihatin terhadap rakyat kerana bersama MBPP dan Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) telah berjaya menganjurkan satu pertandingan antarabangsa yang ditemakan sebagai, (dengan izin)...Rifle Range Penang Malaysia Urban Renewal Design Ideas Competition 2010 pada tahun 2010 semasa saya terpilih sebagai ADUN Kawasan Kebun Bunga pada penggal pertama. Ini merupakan satu pertandingan antarabangsa yang julung kali diadakan di Malaysia, Penang leads.

Baru-baru ini kita juga dapat berita baik bahawa Yang Berhormat Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh, EXCO Perumahan telah mengumumkan komitmen kerajaan Pulau Pinang melalui Urban Regeneration Committee (URC) akan melaksanakan Urban Regeneration untuk rumah pangsa Padang Tembak dengan size 800 kaki persegi seunit boleh menjadi realiti sekiranya Kerajaan Persekutuan melalui Menteri Perumahan yang baru ini juga menghulurkan bantuan dalam menyokong inisiatif ini dan lagi satu point Dato’ Timbalan Speaker, tadi saya sudah jumpa dengan Pengurus Besar CMI berkenaan dengan Smart Urban Farming di kawasan Kebun Bunga di tempat yang mewah ada sebidang tanah kerajaan lebih kurang 4 ekar boleh dijadikan tempat yang sesuai untuk Smart Urban Farming dan saya berharap Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memberi sokongan untuk inisiatif ini untuk tanaman seperti vanila dan juga buah-buahan yang bernilai tinggi. Akhir sekali Dato’ Timbalan Speaker, saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berwawasan dan berani dalam memperuntukkan lebih kurang RM317 juta untuk pembangunan yang sudah tentu akan membantu memulihkan ekonomi kita yang banyak terjejas oleh pandemik COVID-19. Sekian terima kasih Dato’ Timbalan Speaker dan sekali lagi saya memohon untuk menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

YB. Kebun Bunga, you masih ada lagi lapan (8) minit.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Oh, terima kasih tapi tak apa saya boleh bagi laluan kepada kawan saya daripada Seberang Jaya yang sudah tidak sabar hendak bangkit lah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Jadi minta Seberang Jaya.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, saya ucapkan terima kasih atas kesudian memberikan saya sedikit ruang untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Saya akan mulakan perbahasan saya pada petang ini dengan beberapa rangkap pantun :

Petik palas di tepi paya, Tangan sakit ubat tak dibawa, COVID-19 amatlah berbahaya, Penyakit berjangkit meragut nyawa.

COVID-19 tidak berupa, Membawa maut miskin atau kaya, Cuci bilas jangan dilupa, Agar tak terpaut penyakit berbahaya.

Pohon selasih banyak dikerpan, Pucuknya dipetik berbelas-belas, Terima kasih barisan hadapan, Keringat menitik membasmi COVID-19.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, saya ingin menarik perhatian Dewan tentang isu yang kita hadapi lebih daripada setahun dan hampir dua (2) tahun iaitu isu COVID-19 yang mana Pulau Pinang juga tidak terkecuali daripada berhadapan dengan situasi ini. Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan saya kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam kerana telah sudi untuk menjemput saya bersama di dalam sekretariat COVID-19 Negeri Pulau Pinang yang turut melibatkan ADUN-ADUN daripada pembangkang bagi turut sama memberikan idea dan juga buah fikir bagi membantu usaha Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan dan juga mengatasi masalah COVID-19 di Negeri Pulau Pinang. Dalam masa yang sama saya turut mengakui beberapa inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang terutamanya dalam mengatasi masalah COVID-19 ini termasuk dengan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. Sukacita untuk saya memaklumkan kepada Dewan, hasil usaha daripada Kerajaan Persekutuan di bawah Kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin ketika itu yang telah mengambil inisiatif untuk membeli vaksin lebih awal untuk menandatangani perjanjian COVAC dan memastikan bekalan vaksin dapat dibawa masuk ke dalam negara adalah sebenarnya langkah utama yang telah berjaya membawa kita keluar daripada krisis COVID-19 yang berlaku baru-baru ini. Nak tak nak kita kena terima fakta bahawa Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan ketika itu telah memaklumkan bahawa menjelang Oktober tahun 2021 maka jumlah kes akan menurun kerana imunisasi kelompok, imuniti kelompok telah dapat dicapai iaitu lebih 80 peratus daripada penduduk dewasa negara divaksinasi dan itu telah dicapai di Pulau Pinang seperti yang telah dilaporkan oleh pihak Kerajaan Negeri. Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada agensi-agensi Kerajaan Negeri terutamanya Jabatan Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah yang telah membantu juga usaha saya untuk sama-sama menggerakkan usaha vaksinasi di kawasan Seberang Jaya dan juga Permatang Pauh dan juga Daerah Seberang Perai Tengah yang mana dua (2) pusat vaksin berada di dalam kawasan saya sendiri iaitu di Dewan SP Arena dan juga di Dewan Tapak Ekspo Seberang Jaya. Terima kasih khusus saya ucapkan kepada pihak PDC kerana yang menyelesaikan masalah aircond yang berlaku di Dewan SP Arena yang akhirnya dapat memberikan keselesaan bukan hanya kepada frontliners kita tetapi juga kepada mereka yang dapat vaksin di Dewan SP Arena dan sekarang ini Dewan Tapak Ekspo Seberang Jaya digunakan sebagai dewan untuk memberikan booster yang ketiga untuk penduduk. Saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri saya telah bangkitkan sebelum ini tentang soal Tabung COVID-19. Kita ada lebih daripada RM4 juta yang masih belum dibelanjakan yang mana sumbangan-sumbangan ini telah hadir datang daripada individu daripada pihak swasta daripada agensi Kerajaan Negeri dan juga pelbagai pihak-pihak lain yang telah menyumbang

kepada Tabung COVID-19 Negeri Pulau Pinang. Kepada ADUN pun ada. Saya ingin mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga pihak Kerajaan Negeri baki peruntukan ini mungkin boleh dibelanjakan segera sebelum hujung tahun ini dengan melibatkan semua ADUN-ADUN dari segi program dan juga rancangan khusus yang boleh membantu dan lebih targeted atau bersasar kepada mereka yang memerlukan di Negeri Pulau Pinang. Saya juga ingin menarik perhatian ADUN-ADUN dan juga Kerajaan Negeri tentang pelaksanaan semua pakej-pakej bantuan rakyat 1.0, 2.0 dan 3.0 yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kenapa saya ingin bangkitkan perkara ini, saya terima bahawa memang peruntukan yang cukup besar telah disediakan tetapi masih ada lagi bantuan-bantuan kalau mengikutkan jawapan bertulis yang diberikan ini, yang menunjukkan perbelanjaan sebenar itu tidak reflect kepada peruntukan yang disediakan. Antaranya Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 ringgit secara one-off kepada penjaja, penggerai yang berniaga dalam kompleks makanan iaitu kedai persendirian untuk fasa 2, daripada 1,670 penjaja dan penggerai yang mana peruntukan hanya yang disediakan adalah RM1.5 juta hanya RM835,000 sahaja yang telah dibelanjakan, saya tidak pasti sama ada adakah semua penjaja ni telah menerima atau ada penjaja yang belum terima? Jadi saya harap pihak Kerajaan Negeri dapat melihat ini dan juga sebagai contoh bantuan khas kewangan sebanyak RM500 ringgit secara one-off kepada penjaja, penggerai yang mempunyai tagging dan berdaftar dengan pihak PBT. Yang ini juga peruntukan sebanyak RM2.83 juta disediakan tetapi hanya RM793,000 sahaja yang telah dibelanjakan setakat hari ini. Saya juga ingin menarik perhatian Yang Berhormat EXCO Pelancongan pinjaman tanpa faedah kelangsungan perniagaan Pulau Pinang atau Pinang Business Continuity Zero Interest Loan yang mana anggaran peruntukan sebanyak RM10 juta disediakan tetapi hanya RM3.245 juta sahaja yang telah disalurkan. Mungkin peniaga-peniaga ini tidak mahu loan, mereka mahukan geran atau bantuan prihatin seperti mana yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membantu mereka berhadapan dengan saat yang mana aktiviti ekonomi pelancongan ini masih lagi belum pick up sepenuhnya, masih lagi belum mencapai tahap optimum kerana kita punya sempadan masih baru nak dibuka, walaupun telah dibuka orang masih lagi bercongak-congak dan berkira-kira sama ada mahu melancong atau tidak dan sebab itu daripada semua fasa-fasa ini yang telah disediakan saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya diwujudkan satu sekretariat atau jawatankuasa khusus yang melibatkan semua pihak baik daripada kerajaan mahupun pembangkang untuk memantau segala bentuk perbelanjaan dan juga melihat sendiri bagaimana bantuan-bantuan ini disampaikan kerana saya rasa ini perlu dalam keadaan sekarang kita tidak lagi hanya boleh bergantung dengan cara lama kita bekerja. This is the age of data and science yang mana data boleh menunjukkan sama ada bantuan kita itu benar-benar mencapai sasaran atau tidak dan ini penting untuk Pulau Pinang kerana saya melihat Pulau Pinang ini sebuah negeri yang tidak begitu besar, penduduknya kalau ikut perangkaan yang baru 1.7 juta orang kita boleh lakukan itu dan di peringkat Kerajaan Negeri dari segi delivery of governance itu dapat kita pertingkatkan jika diwujudkan satu sekretariat seperti ini dan ini telah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dengan penubuhan agensi seperti LAKSANA yang mana melihat semua pelan-pelan pemulihan dan rangsangan ekonomi yang dibuat oleh Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan yang mana mereka telah melaksanakan dari segi auditing memberikan laporan berkala setiap bulan tentang semua prestasi program-program bantuan yang disediakan oleh kerajaan. Saya rasa ini penting kerana saya hargai usaha Kerajaan Negeri untuk memberikan bantuan tetapi masa yang sama kita kena pastikan bantuan kita itu benar-benar mencapai maksudnya dan bersasar kepada mereka yang memerlukan.

Dalam pada masa yang sama saya juga ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri dan juga Ahli-ahli Dewan sekalian, saya ada menanyakan soalan kepada Yang Berhormat Jagdeep Singh, Yang Berhormat daripada Datok Keramat tentang isu peniaga-peniaga kecil yang terjejas akibat COVID-19. Malangnya jawapan yang saya terima ni agak saya agak tidak berpuas hatilah kerana jawapan yang diberikan saya menanyakan jumlah peniaga-peniaga yang terjejas sehingga terpaksa gulung tikar khususnya di Seberang Perai Tengah, setakat ini MBSP tidak menerima sebarang permohonan pembatalan lesen dengan menyatakan alasan gulung tikar sebagai pembatalan lesen daripada peniaga di kawasan Seberang Perai Tengah. Saya rasa tidak logiklah jawapan ni, takkanlah orang tu dah gulung tikar dia nak pergi laporkan ke MBSP, “Saya dah bankrap saya hendak batalkan lesen saya”. Saya rasa ini bukan satu cara untuk kita melihat kepada data. Saya yakin ramai peniaga yang terjejas, ramai peniaga yang gulung tikar tetapi kalau beginilah jawapan daripada Pihak Berkuasa Tempatan maka apakah ini sebenarnya reflect kepada usaha kita untuk membantu mereka sebab itu tidak mustahil tadi peruntukan yang disediakan itu tidak habis sebab data kita tidak tepat, pegawai kita tengok tidak ada siapa datang lapor gulung tikar maka tiada siapa bankrap. Saya faham mungkin ramai yang kerja work from home tetapi jangan sampai kita langsung tidak melihat situasi sebenar, realiti sebenar peniaga-peniaga yang berhadapan dengan masalah-masalah ketika COVID-19. Jadi saya minta mungkin Yang Berhormat Datok Keramat boleh merujuk kembali kepada Pihak Majlis untuk mendapatkan data yang terperinci sebenarnya. Siapa yang benar-benar terjejas yang gulung tikar kerana saya tahu Pusat Khidmat saya setiap hari ada saja peniaga yang datang mengeluh memberitahu masalah mereka, tidak ada modal pusingan, tidak dapat berniaga akibat daripada arahan perintah kawalan pergerakan, tidak dapat melaksanakan aktiviti mereka maka mustahil untuk kita menyatakan bahawa tidak ada langsung yang gulung tikar. Jadi saya berharap Yang Berhormat Datok Keramat dapat memberikan saya sedikit pencerahan tentang perkara ini untuk sama-sama kita lihat dan selesaikan masalah peniaga-peniaga kita yang baru saja nak recover balik daripada COVID-19 ini. Dalam masa yang sama, saya ingin menarik perhatian Ahli Dewan tentang belanjawan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Tadi Yang Berhormat Machang Bubuk sebut mungkin ini Belanjawan yang terakhir sebelum pilihan raya, kalau saya tengok belanjawan ini macam tak ready nak pilihan raya sebab saya tidak nampak fokus, saya tidak nampak ada pengumuman besar yang benar-benar dapat stimulate semula ekonomi Pulau Pinang tetapi yang lebih meresahkan saya adalah tentang yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tentang jangkaan hasil negeri yang mana menunjukkan perbelanjaan mengurus dan belanjawan defisit yang bakal diumumkan untuk tahun 2022 yang mana jangkaan hasil negeri berjumlah RM485.42 juta dengan perbelanjaan mengurus berjumlah RM935.22 juta maka dijangkakan belanjawan defisit sebanyak RM449.8juta. Saya akui saya terima dalam keadaan kita berhadapan dengan pandemik dan dalam keadaan rakyat memerlukan bantuan maka kerajaan terpaksa berbelanja lebih tetapi yang menjadi pertikaian saya di sini ini adalah tahun kedua berturut-turut apabila Kerajaan Negeri ingin mengunakan simpanan terkumpul negeri atau reserved negeri bagi membiayai defisit yang akan dicatat pada hujung tahun perbelanjaan Kerajaan Negeri yang mana sekarang ini baki simpanan terkumpul negeri hanya RM887.78 juta pada akhir tahun 2020.

Kalaulah Kerajaan Negeri saya ambil pukul rata RM400 juta setiap setahun defisit maka tinggal dua (2) tahun saja lagi reserved kita, what will happen to our State reserved walhal Kerajaan Negeri seharusnya mengambil strategi yang baru memikirkan langkah yang baru, mengunakan semua state GLCs untuk menambahkan aset negeri dan juga menambahkan hasil negeri. Bukan menggunakan reserved negeri yang sebelum ini bernilai lebih daripada RM1 billion, this is the second year in the row...(dengan izin) Yang di-Pertua Dewan, Kerajaan Negeri menggunakan simpanan terkumpul negeri untuk menguruskan Kerajaan Negeri.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Minta laluan..

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Sekejap saya bagi selepas ini,sebab itu saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Ketua Menteri, saya melihat agensi-agensi GLC kita baik PDC baik PBA dan banyak lagi termasuk Majlis, kita kena melihat balik kepada perbelanjaan yang mana Kerajaan Negeri memberikan geran khusus kepada mereka termasuk kepada PDC yang mana PDC sebagai development arm kepada Kerajaan Negeri harus melihat strategi baru untuk mengembangkan lagi pendapatan negeri bukan lagi hanya bergantung kepada subsidi atau bailout daripada Kerajaan Negeri kerana jika ini terus berlaku takut-takut bila kami ambil alih Kerajaan nanti dah tak ada pula duit dalam reserved Kerajaan Negeri ini.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Minta celah

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Bagan Dalam dulu.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker, terima kasih Seberang Jaya kerana memberi laluan. Seberang Jaya menyatakan tidak perlu kita sentuh rezab negeri tetapi dalam keadaan pandemik sekarang, keadaan economic down turn di mana hasil Kerajaan Negeri pun telah berkurangan dan kita tidak boleh ambil tindakan tergesa-gesa untuk to go after those businesses in Penang...(dengan izin) sebab ini akan memberi kesan jangka panjang kepada Negeri Pulau Pinang tetapi saya nak tanya pandangan Seberang Jaya salah satu sebab kenapa kita tidak cukup wang ataupun kewangan kita lemah dan kita terpaksa sentuh rezab kita adalah kerana Kerajaan Persekutuan di Perikatan Nasional, Barisan Nasional, kita tidak pernah dilayan dengan adil.

Pagi tadi Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah menyatakan mengikut KDNK yang disumbangkan kepada Kerajaan Persekutuan kita sepatutnya dapat RM5 billion daripada Kerajaan Persekutuan sebagai geran tahunan tapi apa yang kita dapat kurang dari RM1 billion, RM960 million sahaja so saya minta Yang Berhormat Seberang Jaya bolehlah bawa suara ke parti atau bawa kepada pemimpin di Persekutuan ka layan Pulau Pinang dengan adil, give us what we deserve then we don’t have to touch the reserve...(dengan izin)

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Dalam, saya tak setuju dengan Yang Berhormat...(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Bagi laluan sikit dulu.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Pulau Tikus.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Bagi saya cakap sikit dulu, okay terima kasih Yang Berhormat Seberang Jaya tadi saya amat tertarik dengan apa yang Yang Berhormat Seberang Jaya mengenai macam dia cakap yang ini bukan bajet untuk pilihan raya tetapi saya rasa sekarang yang paling penting bajet adalah untuk sustain apa yang kita ada di sini dan bukan sahaja itu kerana macam Yang Berhormat Seberang Jaya yang telah membuat admission bahawa pimpinan masa PKP di atas Yang Berhormat Pagoh itu telah gagal dan juga saya ingin menyatakan bahawa juga amat penting bahawa yang GLC-GLC arm Kerajaan Negeri adalah untuk planning for the future dan apa yang kita buat sekarang dengan guna rizab adalah untuk sustain apa yang kita ada. Tidak there is no point kalau kita tak gunakan rizab dan lebih orang menderita pada masa ini, sebab apa damage is already done dalam PKP dan apa yang kita kehilangan mungkin ada yang tidak dapat dikembalikan, apa yang kita perlu buat sekarang ialah menolong, dengan Omicron lagi varian baru yang mari, kita mesti sustain apa yang kita sudah ada sekarang, pada masa yang sama bukan bailout GLC tapi GLC untuk planning untuk masa depan sebab kita tak mau selepas PKP, selepas pandemik ini terus berhentilah perkembangan negeri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ya, Sungai Dua.

Muhamad Yusoff Bin Mohd. NoorUMNO · BNSungai Dua

Seberang Jaya, minta sikit ja penjelasan ataupun persetujuan Yang Berhormat Seberang Jaya. Dalam bajet 2022 pendapatan hasil cuma RM400 juta lebih sedangkan, saya sebut dalam ucapan saya pencapaian sehingga bulan Oktober 2021 RM500 juta lebih, 113 peratus jadi mengapa dimasukkan anggaran hasil itu terlalu rendah daripada pencapaian 2021 dan adakah ada niat tersirat ataupun sesuatu yang dirancang, meletakkan perbelanjaan yang begitu tinggi RM900 juta lebih yang mana bila sampai ke hujung tahun perbelanjaan akan jadi berkurangan mungkin RM500 juta dan ada baki RM400 juta untuk reimburse balik kepada pendapatan bukan hasil. Saya nampak jadi macam itu, minta pandangan.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat -Yang Berhormat yang berminat untuk membantu saya dalam perbahasan ini. Saya sebutkan tadi, saya tidak questioned dari segi keputusan kenapa terpaksa menggunakan reserve sebab saya faham kerana dalam keadaan hasil kita yang berkurang dan kita perlu perbelanjaan yang lebih dalam keadaan krisis maka kita perlu tetapi this cannot continue, ini dah dua tahun berturut-turut. Yang saya maksudkan tadi adalah mungkin perlu difikirkan semula dari segi bantuan-bantuan khas kepada GLC-GLC Kerajaan Negeri yang mana sepatutnya GLC-GLC ini yang memberikan hasil kepada Kerajaan Negeri dengan lebih banyak bukan Kerajaan Negeri bailout GLC-GLC ini. Sebab itu strateginya harus berubah di mana kita lihat setakat pengalaman saya berada dalam Kerajaan Negeri dulu faham saya GLC-GLC di Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai langsung aset atau pelaburan di luar daripada Negeri Pulau Pinang. Walhal Kerajaan Negeri-Kerajaan Negeri lain melaksanakan itu melalui State GLC mereka dan ini saya rasa yang perlu kita fikirkan kerana if we are thinking of the future of Pulau Pinang yang mana saya belum masuk tentang visi Pulau Pinang2030 yang saya nampak mungkin terjejas dan sedikit kabur akibat beberapa isu bukan hanya isu COVID-19 tetapi kerana isu kelemahan pentadbiran kita sendiri di Negeri Pulau Pinang ini dan yang mengakibatkan visi ini mungkin terencat.

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Lack of support from the federal government

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Dalam, support from the federal government ini ada banyak peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan yang telah dikutip daripada hasil bukan hanya cukai Negeri Pulau Pinang tetapi cukai daripada seluruh negara dan dibawa untuk Negeri Pulau Pinang juga. Dari segi pembinaan hospital yang di mana Kerajaan Negeri tidak bina, pembinaan klinik kesihatan yang tak dibina oleh Kerajaan Negeri, pembinaan jambatan dan jalan yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan, itu semua dibina oleh Kerajaan Persekutuan, pelabuhan tidak dibina oleh Kerajaan Negeri. Jadi sebab itu kalau kita nak sebut bahawa Kerajaan Negeri patut terima banyak dia terima mungkin bukan dalam akaun Kerajaan Negeri.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Bukan Kerajaan Negeri tak nak tapi Kerajaan Persekutuan tak nak bagi

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Tapi manfaat Rakyat Negeri Pulau Pinang telah terima jadi sebab itu saya tak banyak masa minta maaf, jadi saya ingin sebab itu Yang Berhormat

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Satu soalan ja Yang Berhormat Seberang Jaya,

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri melihat strategi dan juga langkah baru dalam kita ingin menambahkan hasil negeri bukan hanya menambahkan cukai bukan hanya meningkatkan kutipan cukai tetapi dari segi pelaburan baru dan investment baru yang mana Pulau Pinang ini ada potensi sebab itu saya nak sebut tentang visi Pulau Pinang2030 yang mana..(gangguan).

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Sikit sahaja, terima kasih Yang Berhormat Seberang Jaya. Okey tertarik dengan dakwaan tentang kita menggunakan reserved saya pohon penjelasan sama ada tindakan menggunakan reserved sendiri ini lebih baik daripada belanjawan sesetengah negeri yang memohon hutang daripada Kerajaan Pusat dan satu lagi Kerajaan Pusat sendiri berhutang dengan wang rakyat untuk membeli vaksin. Tadi Seberang Jaya ada mengatakan bahawa vaksinasi dilakukan dengan baik kononnya dapat menyelesaikan masalah pandemik dan sebagainya tapi sedarkah Yang Berhormat Seberang Jaya bahawa Pagoh meminjam wang Tabung Amanah Negara untuk membeli vaksin sebanyak RM5 billion walaupun RM3 billion peruntukan dalam Belanjawan 2021 telah diperuntukkan. Saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat sama ada tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengunakan reserved negeri adalah lebih baik daripada Kerajaan Negeri lain.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pasir, sebab itu kalau Yang Berhormat tengok tadi sebab itu saya sebut reserve kita hanya RM887 juta sekarang ini tinggal yang saya sebut kita kena tambah. Saya tak kata ada masalah untuk ambil reserved, ambil reserved tak apa tetapi strategi kita untuk menambah hasil itu tidak ada sebab itu betullah Yang Berhormat Pagoh buat dalam keadaan pandemik dalam keadaan kita berhadapan dengan perang yang kita tak nampak musuh dia kita gunakan dana yang ada untuk beli vaksin untuk rakyat dia bukan beli...(gangguan).

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Itu dana rakyat wang amanah negara wang rakyat sedangkan belanjawan telah....(gangguan).

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Yang Berhormat tak setuju Kerajaan Persekutuan patut beli vaksin?

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Patut beli tapi bukan menggunakan wang tabung amanah rakyat...(gangguan).,

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Kumpulan wang amanah rakyat itu untuk digunakan dalam keadaan kecemasan...(gangguan)

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Apa jadi dengan RM3 billion dalam bajet yang telah diluluskan...(gangguan).

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Keadaan ibu bapa mati akibat COVID-19, anak mati akibat COVID-19, isteri kehilangan suami dalam keadaan itu tidak terdesak lagi ke Yang Berhormat?

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Okay, that is why we use our reserved, that is why we use our reserved.. for our own sustainability. ...(gangguan).

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Saya tak ada masalah Kerajaan Negeri guna reserved. ...(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Permatang Pasir boleh duduk. Okey Seberang Jaya.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Tetapi yang saya sebut tadi adalah dari hasil dan bagaimana nak mengembalikan balik reserved tadi...(gangguan).

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Bossku kata masalah adalah daripada Muhyidin, bossku kata so macam mana?

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Saya faham Yang Berhormat Perai sekarang sokong bossku takpa, saya tak ada masalah sebab saya kekal dengan prinsip saya kita tidak sokong kleptokrat dan juga bossku. Kalau Yang Berhormat nak sokong bossku tak apa.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Tapi bossku yang menyokong Kerajaan sekarang di Persekutuan macam mana?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Minta sorang-sorang

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Saya bagitau pandangan bossku disokong oleh Sungai Dua.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Disebabkan kalau Yang Berhormat Perai suka sangat nak quotekan bossku tak apa continue you can do it, Yang Berhormat you can say it in pergulungan.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Bukan saya sokong punca masalah dibawah COVID-19 dulu di bawah Muhyidin punca masalah

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Tak, punca masalah COVID-19, we only got one enemy here...(gangguan)

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Satu soalan saja, kenapa dulu cakap lain sekarang cakap lain? Dulu sokong Pakatan Harapan sekarang tak sokong Pakatan Harapan macam mana?

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Yang Berhormat, Yang Berhormat.. ...(gangguan).

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Minta laluan, minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Boleh tak?

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Boleh Yang Berhormat ini sahabat saya saya kena bagi.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Terima kasih nombor satu di dalam Dewan yang mulia ini saya hendak menarik perhatian bahawa dia sendiri mengakui bahawanya bajet sini bukan bajet election berbanding dengan bajet di Parlimen di mana adalah satu bajet orang kata untuk pilihan raya, kedua dan untuk bahawanya rizab telah jatuh sehingga RM885 juta adakah Ahli Yang Berhormat Seberang Jaya mengakui bahawa apabila kerajaan ini ambil alih daripada kerajaan yang lalu berapakah reserved semasa itu. Ini bermaksud bahawa kerajaan ini bukan main politik, kerajaan ini memang sentiasa nak jaga kepentingan rakyat berbanding di Parlimen Kerajaan Pusat. Berapakah peratusnya dibagi pada orang Bumiputera dan berapa yang lain bukan saya nak main pertanyaan di sini tetapi ini ada bukti yang kukuh bahawa...(gangguan).

Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif bin Bahardin); Yang Berhormat saya ingat kalau Yang Berhormat nak bangkit soal Bumiputera sebab pembahagian itu saya ingat Yang Berhormat kena lihat dengan jelas majoriti penduduk di negara Malaysia ni masih Bumiputera termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak dan majoriti penduduk yang masih memerlukan bantuan itu termasuk bukan hanya Bumiputera tetapi juga masyarakat India itu kita kena terima yang mana perlu bantuan kita bagi bantuan. ...(gangguan).

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees a/l Muniandy); Seberang Jaya kita tak bantah golongan Bumiputera dibantu sebab memang mereka tercicir dari segi ekonomi tetapi berlaku tidak adil kepada bukan bumiputera langsung if not from mainstream of the budget, it’s not fair, betul. ...(gangguan).

Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif bin Bahardin); Yang Berhormat Bagan Dalam, saya nak bincang Belanjawan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kalau saya nak bincang Kerajaan Persekutuan punya belanjawan kita tunggu penggal depan kalau saya masuk Parlimen. Kalau tak, saya bincang Kerajaan Dewan Negeri Pulau Pinang dulu.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees a/l Muniandy); Masuk dari mana? Shah Alam? ...(gangguan).

Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif bin Bahardin); Permatang Pauh ke mana ke nanti kita bincang tapi yang penting sekarang saya ADUN Seberang Jaya saya nak bincang soal belanjawan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Boleh ya, Yang Berhormat?

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil); Ulang sebut Permatang Pauh di luar Dewan.

Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif bin Bahardin);

Tak ada masalah Yang Berhormat saya dah sebut pun… (gangguan)

YB. Timbalan Ketua Menteri II; Saya sokong Seberang Jaya bertanding di Permatang Pauh. Saya sokong sama you. Boleh?

Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin); Terima kasih Yang Berhormat Perai. Saya ingin teruskan Yang Berhormat tentang Visi Penang2030 dalam visi ini saya tahu saya sendiri terlibat sama dalam merangka Wawasan atau Visi Pulau Pinang 2030 sebelum ini ketika saya masih menyokong Pakatan Harapan ketika itu antara isu-isu besar dibangkitkan adalah bagaimana kita nak menjadikan Pulau Pinang ini sebagai sebuah negeri yang berdaya saing dan mampu maju cara lestari dan sustainable dan antara projek-projek besar yang ingin dibangkitkan dalam PTMP (Penang Transport Master Plan) dan juga Penang South Reclamation. Saya melihat dengan teliti ucapan belanjawan Yang Berhormat Ketua Menteri apabila membicarakan soal PTMP dan juga PSR ini saya sedikit khuatir kerana projek PTMP ini kalau kita lihat daripada respond awam mendapat sokongan yang amat baik untuk projek Penang Transport Master Plan termasuk juga dengan projek-projek jalan dan juga lebuh raya yang ingin dibina di bawah Master Plan ini tetapi malangnya projek-projek ini bersangkut dengan PSR (Penang South Reclamation Project) yang mana Penang South Reclamation Project sekarang ini bersangkut dengan EIA yang akan dihantar semula untuk diluluskan. Jadi saya ingin bertanya pada Kerajaan Negeri, adakah Kerajaan Negeri masih lagi mempunyai political will untuk meneruskan projek ini? Ada projek ini bukan hanya menarik kontroversi daripada segi enviromentnya bukan hanya daripada segi politik tetapi bahkan telah disiasat di peringkat SPRM dan dalam perbicaraan sekarang ini antaranya yang melibatkan Yang Berhormat Air Putih. Semalam sahaja Yang Berhormat Padang Rengas yang memberikan pengakuan di dalam mahkamah bahawa beliau menerima sumbangan daripada kontraktor yang terlibat dalam projek PSR, Project Transport Master Plan lebuh raya ini, jadi saya khuatir...(gangguan)

Timbalan di-Pertua Dewan

Subjudis sini, ada kes di mahkamah, saya minta Seberang Jaya tak payah sentuh kes itu...(gangguan).

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Saya tak sentuh, dia keluar paper.

Timbalan di-Pertua Dewan

Saya tau.

Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin); Saya baca paper ja, saya boleh baca News Strait Times.

Timbalan di-Pertua Dewan

But its still in the house of justice...(gangguan)

Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin); Nazri reveals of meeting with Yang Berhormat Air Putih and Zarul in a park at ShangriLa…(gangguan)

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan; Seberang Jaya don't jump to conclusion.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Yang menerima itu tuan Timbalan Speaker, bukan daripada Pakatan Harapan, Nazri not from us, from BN, from his side.….(gangguan)

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Saya minta Timbalan Speaker buat ruling, so bukan apa ini.

Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin); Saya baca surat khabar tak boleh.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Not, surat khabar you bincang dalam you, walaupun ada kebal, it’s a sub judice. …(gangguan)

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Bukan, bagi saya habis ucapan saya, bagi saya habis soalan saya. …(gangguan)

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy);

Peraturan Mesyuarat, Dato’ Speaker.

Just a minute, Dato’ Speaker, I think Afif Yang Berhormat daripada Seberang Jaya, I think you must understand this is a court case ongoing setuju atau tidak? saya tanya soalan sekarang setuju atau tidak?

Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin); Betul, it's a court case.

Sampai hari ini setuju atau tidak? Listen and answer the question.

Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin); Yang Berhormat this is my floor Yang Berhormat.

I am asking you now so that I can get a ruling from the speaker.

Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin); Let me finished the question.

You answer the question.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Let me finished my question, saya belum habis soalan.

Sekarang kes itu masih berjalan betul atau tidak?

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Betul.

Sampai saat ini!....

Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin); I didn't duplicate anyone.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Di harap topik itu tak payah disentuh.

Yang boleh buat apa-apa keputusan atau apa-apa komen, listen first.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

This is my floor.

Yang boleh buat komen adalah hakim di dalam mahkamah itu.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Betul.

Ahli Kawasan Datok Keramat (YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh); So that’s the reason why kita ada peruntukan di dalam standing order kita yang menyatakan kalau ada apa-apa dalam mahkamah yang kamu setuju masih pada saat ini di dalam mahkamah tak boleh dibicarakan di sini!

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Okey, okey, saya tarik balik Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, Seberang Jaya sambung.

Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin); Saya refresh soalan saya okey, soalan saya tentang isu masa depan Negeri Pulau Pinang dari segi projek PTMP dan PSR ni kerana projek ini penting kepada saya penting kerana untuk mengekalkan vibrancy Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang maju berdaya saing dan mampu menarik pelaburan dan juga mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat tetapi bila projek ini bersangkut dengan banyak kontroversi dari segi environment, dari segi EIA yang belum selesai, daripada segi kes mahkamah yang sedang berjalan, ke mana hala tuju projek ini sebenarnya? Yang saya khuatir adalah we holding invested time, we holding invested money, kita telah beriuh rendah berbahas membincangkan isu ini tetapi sehingga hari ini kita tidak lihat lagi pelaksanaan projek. Ini yang saya nak bangkitkan Yang Berhormat. Kalau kita tidak selesaikan perkara ini one and for all maka saya takut Pulau Pinang akan hilang potensinya untuk menjadi sebuah negeri yang lebih maju pada masa akan datang.

Prof. Dr. P. Ramasamy A/L PalanisamyDAP · PHTimbalan Ketua Menteri II · Perai

Pulau Pinang tak akan hilang dari dunia.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Hang Perai.

Satees a/l MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Saya nak minta pandangan Seberang Jaya, PTMP ini, saya nak tanya pandangan saja berkenaan PTMP ini, setujukah Seberang Jaya sebenarnya dalam pembangkang semua I think Seberang Jaya bila datang kepada isu-isu seperti PSR, PTMP dia lebih reasonable, dia menyokong usaha Kerajaan Negeri sebab dia pernah jadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri sebelum ini. Saya nak tanya Seberang Jaya setuju ke kalau saya nyatakan di sini bahawa projek PTMP ini akan membawa kebaikan kepada Negeri Pulau Pinang dan masa itu Seberang Jaya pernah menjadi sebahagian daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah buat perkara ini. Adakah semuanya telah ikut peraturan dan juga prosedur mengikut fahaman Seberang Jaya yang masa itu menjadi ahli EXCO juga? Kalau tidak Seberang Jaya pun perlu ambil tanggungjawab juga sebab sebahagian daripada EXCO pada masa itu.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Dalam kerana membacakan sejarah hidup saya. Yang Berhormat Bagan Dalam dan juga Ahli-ahli Dewan seperti yang saya sebutkan tadi, I think you have to hear me clearly. Saya memang tidak ada halangan kepada projek ini kerana kalau saya halang projek ini atau saya tak menyokong projek ini munafiklah saya, sebab saya terlibat dalam jawatankuasa tu dulu bahkan the 1st EIA was approved when I was in the committee dan membantu Kerajaan Negeri untuk mendapatkan kelulusan itu dan sebab itu saya nak sebut tadi sekarang ni yang saya bangkitkan tadi adalah PSR ini bersangkut paut dengan PTMP itu jawapan daripada atau ucapan daripada Y.A.B. Ketua Menteri yang mana ia bergantung kepada kelulusan PSR.

Jadi sebab tu saya harap Kerajaan Negeri dapat benar-benar fikirkan bagaimana nak menyelesaikan isu PTMP & PSR hari ini kerana saya lihat dalam tempoh dua (2) tahun pandemik ini sepatutnya masa itu diambil untuk menyelesaikan masalah ini tetapi saya lihat itu tidak berlaku, mungkin, mungkin kerana dalam Kerajaan Negeri sendiri tidak ada kesepakatan di antara beberapa parti dalam Kerajaan Negeri...(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Minta laluan Yang Berhormat Seberang Jaya dekat parti kamu, gabungan parti kamu sendiri, mereka tidak sokongn oleh itulah kalau nak tau mengapa delay sebab tak boleh tanya....(gangguan).

Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif bin Bahardin); Tadi kita dengan Yang Berhormat Bayan Lepas sebut, Yang Berhormat Bayan Lepas sebut dia tidak sokong. Kalau backbenchers tak boleh yakinkan Bayan Lepas macam mana nak yakinkan rakyat? Dan saya difahamkan...(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Yang Berhormat Seberang Jaya dengar kalau....(gangguan).

Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif bin Bahardin);

Sebelum inipun...(gangguan)..

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan; Pulau Tikus. Yang Berhormat Pulau Tikus duduk.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Yang Berhormat Seberang Jaya. Okey, bagi laluan kepada Y.A.B. Ketua Menteri.

Y.A.B. Ketua Menteri: Kita boleh terima Ahli-ahli Dewan tidak menyokong projek ini tetapi kita tidak akan terima mana-mana Ahli MMK tidak sokong projek ini.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Saya harap Yang Berhormat Penanti, Pinang Tunggal, semua akan sokonglah projek ini tadi Y.A.B. Ketua Menteri dah sebut....(gangguan) Yang Berhormat Batu Maung sokong projek PSR? Yang Berhormat Batu Maung sokong?...(ganguan). Tak apa Yang Berhormat boleh jawab dalam pergulungan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat tak payah tujukan soalan kepada Yang Berhormat –Yang Berhormat lain, you face me and you talk to me, you jangan tarik orang lain untuk YB-YB. itu terlibat, saya minta semua Yang Berhormat, Seberang Jaya saya bagi you lagi dua minit saja …(gangguan)

Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin); Jangan Yang Berhormat, saya ada banyak lagi.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit); Dato' Speaker, dah bagi 20, 2 minit untuk 20 minit dah.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Saya nak sebut tentang masa depan negeri Pulau Pinang tadi bila saya nak sebut I leave it to the state government to answer tentang isu PTMP & PSR ini. Saya nak bangkitkan tentang isu industri di Negeri Pulau Pinang. Saya alu-alukan pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk mewujudkan Batu Kawan Industrial Park yang baru yang lebih besar yang mana ini saya yakin akan dapat membantu usaha Negeri Pulau Pinang untuk mengekalkan tahap pelaburan sebanyak RM5 bilion setiap tahun sasarannya. Walaupun tahun ini Pulau Pinang jatuh nombor 5 dari segi FDI tetapi ada berapa isu-is pokok yang saya rasa perlu diselesaikan di negeri Pulau Pinang. Saya setuju, tadi Yang Berhormat Bukit Tambun membangkitkan tentang soal pajakan tanah yang mana pihak industri telah memaklumkan terutamanya kepada saya sendiri juga memaklumkan baru tentang isu pajakan ini diharap dapat diselesaikan untuk mereka dapat melihat kepada pelaburan-pelaburan yang lebih besar, dan dalam masa yang sama isu kawasan perindustrian yang terhad ini kerana kebetulan saya sebelum ini mengepalai jawatankuasa focus group industri dan sumber baru bawah Majlis Bumiputera Negeri Pulau Pinang. Antara isu yang dibangkitkan adalah tentang keperluan atau lokasi-lokasi industri yang baru untuk golongan Bumiputera juga terjejas, yang mana mereka tidak mampu untuk membeli kerana harga yang mahal, harga tanah yang mahal, dan kurangnya viability kawasan-kawasan lot industri Bumiputera. Saya harap Kerajaan Negeri boleh fikirkan ini mungkin bukan dari segi membuat kuota tetapi menggunakan konsep sewa-beli juga untuk pemain-pemain industri Bumiputera ini yang mana mereka juga dapat membina kilang di negeri Pulau Pinang kerana bila saya bertanya kenapa nak buat kilang di Pulau Pinang mereka maklumkan kerana alamat tu penting alamat Pulau Pinang ni sangat vibrant dan sangat menarik perhatian business partner yang lain dan ni kita kena akui dan saya juga ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri tentang isu bekalan pekerja mahir dalam bidang teknikal untuk Negeri Pulau Pinang kerana banyak syarikat-syarikat besar MNC ini memaklumkan bahawa mereka terpaksa mengambil tenaga tenaga kerja luar daripada Negeri Pulau Pinang kerana bekalan daripada dalam negeri tidak cukup maka perlu ada satu lagi usaha mungkin daripada Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri, Perai dan juga Ketua Menteri untuk melihat bagaimana ditingkatkan lagi daripada skill development dan juga melatih lebih ramai orang-orang muda di Negeri Pulau Pinang dalam bidang teknologi dan sains ini kerana saya yakin Pulau Pinang mampu menjadi Hub atau negeri yang memacu Revolusi Industri 4.0 dan juga memangkin digital economy selari dengan usaha Kerajaan Persekutuan dalam pelan tindakan digital economy Malaysia.

Seterusnya Yang Berhormat, saya ingin membangkitkan beberapa isu di kawasan saya di Seberang Jaya. Pertamanya saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat EXCO Sukan tentang kolam renang Seberang Jaya yang mana saya harapkan Kerajaan Negeri dapat melihat supaya kolam renang ini dinaik taraf, dibaiki dan dijadikan kemudahan yang bertaraf dunia di Seberang Jaya kerana ini telah saya perjuangkan daripada 2013 lagi walaupun saya kini berada dalam pembangkang tak bermakna rakyat Seberang Jaya harus dinafikan pembangunan ini. Jadi saya harap kepastian daripada Kerajaan Negeri untuk melihat supaya kolam renang Seberang Jaya ini dapat dipertingkatkan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga Kerajaan Negeri kerana telah membolehkan dan memastikan pelaksanaan projek Kompleks Sukan Permatang Rawa, Stadium Mini Bola Sepak Permatang Rawa yang mana telah siap dibina dan merupakan lapangan padang sintetik yang pertama di Seberang Perai. Saya juga telah beberapa kali turun ke situ dan bermain bola sepak, lepas ni saya harap saya boleh atur satu perlawanan khusus saya dengan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Timbalan di padang itu dan…(gangguan) dua orang saja. kita akan buat, saya akan jemputlah ADUN-ADUN yang lain juga untuk bersama dalam perlawanan itu kerana padangnya sangat cantik dan memang menjadi kegunaan majoriti masyarakat dan peminat bola sepak sekarang ini. Dalam masa yang sama saya ingin bangkitkan tentang satu itu besar yang saya lihat kembali menghantui kita. Kenapa saya sebut menghantui ini sebab waktu PKP benda tu tak jadi bila dah habis PKP ini benda tu jadi iaitu kesesakan jalan raya. Waktu PKP tak ada orang kat jalan raya jadi tak ada masalah. Sekarang ni bila dah dibuka kalau hari Jumaat kami daripada Penang ni nak balik ke Seberang dia akan ambil kurang-kurang dua (2) jam. Kalau petang ni sat lagi kami nak balik kurang-kurang satu (1) jam dan antara kesesakan-kesesakan ini berlaku di saya percaya di bulatan di Seberang Jaya dan juga beberapa bottle-neck yang ada di kawasan Perai dan juga sebaik kita turun daripada jambatan. Jadi sebab tu, saya sebut tadi Penang Transport Masterplan itu penting sebab saya tak nak duduk dalam kereta dua (2) jam, sebab tu saya harap Kerajaan Negeri boleh juga melihat untuk kawasan saya ni, di Seberang Jaya tentang menaik taraf bulatan Seberang Jaya. Keduanya untuk melihat juga menaik taraf jalan Permatang Pauh kerana jalan Permatang Pauh ni telah menjadi jalan utama yang masih lagi satu lane, dua lane dah, pergi dan balik dan kalau kita dapat naik taraf jalan-jalan ini dan kita dapat lebarkan jalan ini dan membuka jalan-jalan baru, saya yakin ianya dapat mengurangkan sedikit kesesakan yang berlaku daripada situ dan juga yang membawa kepada jambatan Negeri Pulau Pinang dan kerana….(gangguan)

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Terima kasih kepada Yang Berhormat Seberang Jaya, saya tertariklah tentang hujahan yang diberikan oleh Yang Berhormat Seberang Jaya tentang isu kesesakan jalan raya ini. Setujukah Yang Berhormat Seberang Jaya, salah satu punca yang menyebabkan kesesakan lalu lintas ini adalah disebabkan Kerajaan Persekutuan telah membatalkan perkhidmatan feri untuk kenderaan kereta kita yang menjuruslah sebab memang mereka tidak ada jalan lain sudah sekiranya perkhidmatan feri ini telah diberhentikan untuk kenderaan kereta dan semua akan pergi ke jambatan ini yang akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas? Saya nak minta pandangan Seberang Jaya.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Ada feri pun jem Yang Berhormat. Feri ni saya tak nampak is a way of committing tetapi saya tidak nampak ianya satu penyelesaianlah. Penyelesaiannya harus melihat kepada a better public transport yang menghubungkan Pulau dan Seberang yang ini memang sangat penting sebab kita dapat lihat sebenarnya migrasi daripada generasi yang lebih muda, generasi saya dan ke bawah ni generasi Daniel sorry, Pengkalan Kota dan Bagan Dalam yang mana Padang Kota…(gangguan) generasi yang baru nak beli rumah Yang Berhormat yang mana majoriti mereka mengambil peluang untuk membeli rumah di Seberang dan bekerja di Pulau Pinang kerana mungkin harga rumah di sini sedikit tinggi maka mereka membeli rumah di Seberang dan Seberang sekarang memang banyak taman-taman baru dan perumahan baru yang dibina. Dan sebab itu saya lihat kalau kita tidak laksanakan The Transport Masterplan ni segera yang melibatkan to ease the congestion i antara Seberang dan Pulau ini maka ianya sedikit sebanyak akan mengganggu gugat….(gangguan) decision... (gangguan) mengganggu gugat keputusan individu untuk memilih untuk tinggal di Pulau Pinang...(gangguan). Bukit Tambun sila.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Seberang Jaya sekejap. Tadi Seberang Jaya sentuh tentang bulatan di Seberang Jaya sebenarnya bottle-neck kesesakan di Seberang Jaya dan Perai ini berpunca di Lebuhraya Utara Selatan yang di bawah tanggungjawab Lembaga Lebuhraya Malaysia. Oleh itu, diharap Seberang Jaya dapat sampaikan mesej ini kepada Menteri Kerja Raya terutamanya di persimpangan Jambatan Pulau Pinang, bulatan Seberang Jaya ini merupakan persimpangan antara BKE dengan Lebuhraya PLUS dan juga persimpangan di Autocity. kesemua bottle-neck kesesakan lalu lintas di Seberang Jaya dan Perai adalah berpunca daripada jalanraya atau bidang kuasa di bawah Kerajaan Persekutuan. Terima kasih.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tambun. Saya bangkitkan ini kerana saya harap perancangan itu dilaksanakan di kedua-dua belah pihak bukan hanya di peringkat, sebab dalam Mesyuarat Pembangunan Negeri yang dipengerusikan oleh YB. Dato’ Sri Reezal Merican juga kita bangkitkan tentang isu ini melalui ICU dan juga kita harap Kerajaan Negeri juga dapat membantu untuk kita melihat kepada perancangan ini kerana akhirnya ianya akan dapat membantu menyelesaikan masalah ini untuk semua rakyat Negeri Pulau Pinang...(gangguan).

Satees A/L MuniandyDAP · PHBagan Dalam

Seberang Jaya, just nak tambah sedikit saja isu ini sebab berhubung kait dengan Bagan Dalam juga, Seberang Jaya, Perai dan Bagan Dalam kita berjiran dan isu trafik ini satu isu yang satu headache lah yang kita hadapi bukan saja waktu kita balik ke Seberang dari Pulau tetapi setiap pagi dari Butterworth sampai mereka nak pergi ke Bandar Perda ia akan ambil masa kalau keluar rumah pukul 8.00 ia akan ambil masa 45 minit untuk pass just to that particular road saja. So saya minta yang ini saya sokong Seberang Jaya. Kerajaan Negeri juga Kerajaan Persekutuan juga perlu cari jalan khususnya di bottle neck-bottle neck di mana saya nampak rizab jalan raya masih ada lagi besar tetapi tidak dibangunkan langsung, so kena ada perancangan dan kita perlulah segerakan membesarkan jalan-jalan ini secepat mungkin dan seperti apabila kita turun dari jambatan, bottle neck itu berlaku sebab semua kereta sangkut di jalan yang sempit itu dan sekarang kita sudah ada jalan perhubungan di antara Seberang Jaya dan Perai menerusi melalui Prai Industrial Area so kena ada satu exit yang khusus untuk masuk ke Prai Industrial

Area dan ia akan sebaik mungkin ia akan kurangkan juga kesesakan di atas jambatan dan in the other parts of exit, thank you…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Seberang Jaya, dua minit lagi.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

5 minit lagi?

Timbalan Yang di-Pertua

2 minit lagi. Saya pun ada target juga.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang untuk berbahas pada petang ini. Saya ingin ucapkan sekali lagi terima kasih, merakamkan setinggi penghargaan saya kepada semua agensi-agensi kerajaan baik Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dan kepada semua barisan hadapan frontliners kerana telah membantu usaha Kerajaan Negeri dan kita semua di sini dalam menangani masalah COVID-19 dan saya berharap Kerajaan Negeri akan mengambil serius pandangan daripada kami di pihak Pembangkang kerana pastinya hasrat kami adalah sama, kita mahu kebajikan dan juga masa depan Negeri Pulau Pinang terjamin dan kita dapat sama-sama membangunkan Negeri Pulau Pinang ini pasca pandemik COVID-19 ini dan sebab itu saya ingin menyokong usul cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Bertam tentang perlunya allocation yang sama di antara ADUN Pembangkang dan juga Kerajaan kerana akhirnya peruntukan-peruntukan itu akan disalurkan kepada rakyat. Peruntukan–peruntukan itu akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Lebih-lebih lagi pula dalam keadaan sekarang ini di peringkat Kerajaan Persekutuan, Ahli Parlimen juga menerima peruntukan yang sama. Saya percaya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri juga menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan kalau Yang Amat Berhormat tak nak belanja yang itu boleh serah kepada kami, kami boleh belanjakan dan saya sekali lagi ucap terima kasih kepada Ahli Dewan kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya dengan ini tidak menyokong belanjawan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tolong ulang sekali lagi Yang Berhormat Seberang Jaya.

Dr. Afif Bin BahardinPKR · PHSeberang Jaya

Tidak sokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ya, Permatang Pasir...(gangguan).

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Bismillahirrahmanirrahim…(gangguan) Alhamdulillah al amin….mursalin…terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua memberikan peluang…(gangguan).

Sokong itu sebab ada MOU, kita Penang tak perlu MOU, kita hampir-hampir, strong majority, we have a strong majority...(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Permatang Pasir masa kamu dah mula. Okey I'm recording your time…(gangguan)

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Terima kasih di atas kesempatan ini, pertamanya saya ingin merakamkan terima kasih penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam tempoh dua (2) tahun kita berhadapan dengan satu fasa kehidupan yang begitu mencabar very challengers phase in our life yang tidak pernah berlaku, unpredicted dan......Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bersedia dan juga telah menyalurkan pelbagai bantuan kewangan, kita panggil cash handout….(dengan izin) Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan juga bantuan-bantuan, pakej-pakej bantuan rakyat kepada pelbagai segmen ataupun sektor ekonomi yang sekarang ini semakin pulih dan dalam membantu mereka untuk memacu bidang perniagaan mereka terutama PKS dan sebagainya dan juga terima kasih saya ucapkan sebelum saya membahaskan soal belanjawan Negeri Pulau Pinang 2022, saya ingin merakamkan dahulu ucapan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai kerajaan terutamanya frontliners yang telah menaburkan segala bakti, masa dan juga tenaga untuk memastikan Penang Lawan COVID itu benar-benar barjaya dan usaha ini insya-Allah akan berterusan, bersama-sama kita berusaha kerana usaha yang proaktif dan juga kebersamaan itu akan membuahkan hasil yang cukup baik, saya ingin mengambil kata-kata seorang ahli politik India, Sonia Gandhi yang menyebut, “together we can face any challenges as deep as the ocean and as high as a sky”. Jadi togetherness ataupun kebersamaan kita itu telah menunjukkan hasil yang cukup baik dimana sekarang ini Pulau Pinang telah kembali dirancakkan ekonominya, ramai pelawat-pelawat yang datang dari seluruh negara datang ke Pulau Pinang dan kita mengharapkan kebersediaan frontliners dan juga pegawai-pegawai kita untuk untuk berhadapan dengan apa juga kemungkinan yang boleh berlaku dan sesama kita mendoakan agar pandemik ini akan berakhir dan kita memang dalam fasa di akhir-akhir pandemik kita seluruh negara bersedia untuk fasa endemik COVID-19 di peringkat seluruh negara secara umumnya dan di peringkat Pulau Pinang secara khususnya, apa yang penting adalah bagaimana kita melihat kepada long term solution ataupun solusi jangka panjang, cash handout ataupun bantuan-bantuan pakej bantuan rakyat itu yang berjumlah lebih kurang RM176.45 juta itu adalah satu solusi jangka pendek, short term solution. Tapi bagaimana kita nak melihat beberapa kaedah ataupun rancangan ataupun polisi yang perlu dibentuk oleh pihak Kerajaan untuk memastikan kelangsungan ataupun kelestarian ekonomi Pulau Pinang ini atau pun kita boleh disebut sebagai sustainability. Bagaimana kita nak memastikan ekonomi rakyat Pulau Pinang ini terus stabil dan juga terus sustain. Dan di sinilah

perlu kita melihat kepada bagaimana kita nak mencari atau mencipta projek-projek yang mampu merangsang ekonomi. Kerana yang paling penting ketika pandemik ini adalah kita kehilangan banyak pekerjaan. Kalau kita melihat kepada statistik Jabatan Perangkaan, di seluruh negara unemployment ataupun jobless, pengganguran ini mencecah hampir 700-800 ribu dan tidak, tidak boleh kita kesampingkan masalah pengganguran ini di Pulau Pinang dan tahun-tahun yang mendatang nanti kita juga akan berhadapan dengan keadaan yang sama kerana populasi di Malaysia ini semakin meningkat dan jumlah graduan-graduan di universiti-universiti juga semakin meningkat saban tahun. Tapi mereka tidak mempunyai peluang pekerjaan yang baik ataupun tidak ada peluang pekerjaan langsung. Di sini kita sebagai pihak legislative perlu mengambil satu sikap yang jujur bagaimana kita nak menyokong usaha Kerajaan Negeri untuk mencipta projek-projek ekonomi yang boleh meransang ekonomi di bawah ini dalam erti kata peluang pekerjaan itu dapat dicipta. Peluang perniagaan itu dapat dicipta, membantu PKS-PKS di bawah ini. Sebab itu, apabila kita bercakap tentang beberapa projek yang disebut oleh beberapa ADUN di sini tentang projek PTMP, tentang projek PSR, kita sebagai ADUN, saya mengharapkan kita jujur dengan pandangan kita. Yang menyokong ada pandangannya, yang membantah ada pandangannya, tetapi biarlah pandangan itu jujur, jujur dari sudut bersifat konstruktif, bagaimana kita nak memberikan satu pandangan yang boleh membina ataupun pandangan yang memboleh memberikan nilai tambah kepada projek ini.

Bukan kita hentam projek ini, bukan kita membantah projek ini atas dasar perkauman, atas dasar mencipta polemik politik, mengambil kesempatan politik semata-mata untuk meraih sokongan rakyat di bawah, sedangkan rakyat di luar sana dahagakan sokongan Kerajaan. Kita tidak boleh membiarkan rakyat Pulau Pinang ini hidup tanpa pekerjaan. Memang akan ada golongan yang terkesan. Saya faham isu ini kerana sewaktu kita memerintah dulu sebelum kita dijatuhkan oleh ‘Langkah Sheraton’ pintu belakang ini, saya mengemudi satu entiti yang menguruskan kebajikan nelayan, ekonomi nelayan di seluruh negara yang dipanggil LKIM.

Jadi kita faham apa yang diperlukan oleh nelayan. Apa yang diperlukan oleh nelayan adalah satu bentuk bantuan oleh Kerajaan untuk merangsang ekonomi mereka, nelayan tidak boleh kita biarkan terperangkap lagi dalam kaedah lama, kaedah tradisional, kita mahukan nelayan yang moden, nelayan yang boleh pergi ke laut yang lebih dalam supaya hasil tangkapan mereka itu lebih banyak. Dengan hasil yang banyak itu mereka dapat meningkatkan pendapatan mereka dan inilah sebabnya kita mengatakan bahawa apabila kita mengkritik isu ini, kita perlu melihat bagaimana kita nak bantu golongan ini. Bukan semata-mata kita membantah tanpa ada satu constructive opinion ataupun view yang boleh memberi nilai tambah kepada projek ini kepada maslahah rakyat Pulau Pinang secara umumnya dan juga kepentingan dan kebajikan golongan nelayan. Sebab itu apabila saya bertanyakan soalan kepada Kerajaan Negeri tentang apakah bantuan ataupun pampasan yang telah dicadangkan dalam pertemuan-pertemuan dengan golongan nelayan, ada jawapan yang diberikan adalah ex-gratia, bantuan ex-gratia, pampasan tunai, bantuan bot dan juga enjin, pembinaan jeti-jeti baru, ada skim tuisyen atau pendidikan tuisyen percuma kepada anak nelayan, akan ada projek Perumahan Mampu Milik yang akan diberikan keutamaan priority kepada golongan nelayan. Dan ini semua menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri telah memberikan priority iaitu meletakkan golongan nelayan ini sebagai golongan yang diberikan keutamaan bagaimana nak selesaikan masalah mereka.

Jadi di sini kita perlu bersikap jujur. Kita sebagai ahli legislative dalam negeri ini, kita bertanggungjawab untuk bersama-sama membangunkan negeri ini baik kita di peringkat ruling party, ataupun di peringkat oposisi, kita mempunyai tanggungjawab itu. Kita perlu jujur dalam kita berpolitik. Jika projek ini baik untuk Negeri Pulau Pinang, masa depan Pulau Pinang sustainability of our people, why can’t we support this project if which, kalau kita melihat ada kekurangannya,

ada leakage-nya dalam dalam apa kebocoran dalam projek ini kita berikan pendapat yang boleh memberi tambah nilai. Sebab itu dalam pertemuan saya dengan golongan nelayan, ketua nelayan ketika saya memimpin LKIM dulu, saya mengatakan kepada mereka apa yang perlu dibincangkan adalah bagaimana kita menuntut beberapa perkara yang boleh membangunkan ekonomi kita dan saya percaya tiga (3) pulau ini akan melibatkan sebahagian kecil laut sedangkan laut itu lebih luas dan nelayan perlu digalakkan untuk pergi ke laut yang lebih dalam, dan ini yang perlu dilihat dan saya pesan kepada rakan-rakan saya dalam yang daripada parti PAS, parti UMNO jangan bermain dengan sentimen politik. Kita terkesan apabila bekas Menteri Pertanian, dan food industry, industri makanan sebelum Timbalan Menteri sebelum ini, sebelum Tan Sri Muhyiddin dijatuhkan, datang Pulau Pinang menyatakan bahawa ini usaha Kerajaan Pulau Pinang untuk mengusir orang Melayu. ini satu sentimen yang dimainkan tidak bagus. Jangan memanipulasi isu ini untuk kepentingan, meraih kepentingan politik murahan, jadi kita perlu bersikap jujur. Saya ulang lagi sekali supaya kelestarian ekonomi negeri ini apatah lagi kita baru keluar ataupun sedang keluar daripada fasa yang cukup mencabar ini, fasa pandemik dan kita masuk fasa endemik, dan kita akan melihat Pulau Pinang menuju 2030, Penang2030 dan kemudianya kita mahu anak-anak kita, kita mahu orang muda yang di luar sana, yang masih bersekolah, yang masih di universiti mempunyai peluang pekerjaan. Dan inilah antara-antara projek yang akan membantu rakyat Pulau Pinang dan saya juga melihat kepada soal isu sustainability ini. Kita tidak, Kerajaan Negeri juga perlu menggerakkan GLC-GLC ini sebagai the tools of the development, the tools of economic growth sebagai satu alat ataupun satu jentera untuk menggerakkan ekonomi di bawah. GLC-GLC di Pulau Pinang ini perlu memainkan peranan yang lebih aktif bagaimana nak membantu peniaga-peniaga di bawah ataupun kita golong sebagai golongan PKS untuk menjana lebih banyak peluang perniagaan dan seterusnya memacu kemakmuran ekonomi mereka. Dan saya ingin cadangkan antaranya Penang International Convention & Exhibition Bureau untuk mengadakan pameran perdagangan atas talian online ataupun dengan izin, Timbalan Yang di-Pertua, Virtual Trade Show secara percuma di mana PKS boleh memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara terus kepada pemain industri. Virtual Trade Show ini juga boleh mengadakan sesi business matching di mana PKS-PKS di dalam negeri ini boleh dihubungkan dengan pembeli atau vendor yg berminat. Tapi itu, saya juga ingin mencadangkan Penang Halal International Sdn. Bhd. untuk memberikan bantuan geran-geran sempadan atau matching grants...(dengan izin) untuk menolong lebih banyak PKS memperkenalkan produk halal dan seterusnya boleh dibantu untuk menembusi pasaran global. Kita perlu membantu golongan PKS ini untuk memasarkan produk mereka, masalah di bawah dia adalah their access to the market. Ramai orang-orang terutamanya orang Melayu di luar sana yang berkebolehan untuk menghasilkan produk-produk makanan TERutamanya tapi the access to the market is the crucial problem here, so kita menggunakan their assist sebagai contoh Penang Halal ini untuk membantu golongan PKS ini memasarkan produk mereka. Dan juga saya ingin mencadangkan untuk Kerajaan Negeri menjadi penjamin kepada PKS untuk pembelian bahan mentah secara kredit daripada vendor. Selain daripada kita telah memberikan cash handout sebelum ini, masih ada bila adapun dalam belanjawan telah menyebut tentang Pinjaman Harapan sebanyak RM1.0 juta tapi mungkin tidak mencukupi, jadi saya mencadangkan Kerajaan menjadi penjamin, menjadi guarantor kepada pinjaman mudah kredit ini untuk pembelian bahan mentah daripada vendor dan ia boleh digunakan juga melalui GLC-GLC untuk membantu PKS-PKS di bawahnya. Dan juga ingin mencadangkan bahawa di dalam kita berhadapan dengan endamik ini, bukan saja soal masalah yang saya sebut tadi, yang pertama, masalah peluang pekerjaan, yang kedua, membantu golongan PKS yang kita tahu sekarang ini telah terbeban dan ketiga, saya

ingin menyebut menarik perhatian dewan ini adalah bagaimana kita nak berhadapan dengan isu kos sara hidup. Hari ini isu kos sara hidup jadi isu yang begitu kritikal yang dihadapi oleh rakyat hari ini. Dalam negara, riuh rendah tentang kenaikan harga barang, kenaikan harga barang makanan. Minyak naik, bawang naik, sayur naik, daging telur semuanya naik. Ini berkait rapat dengan industri agriculture ataupun industri pertanian. Kita tidak boleh lari daripada masalah ini kerana makanan adalah intipati kehidupan kita the essence of our life is food sebab itu kita bercakap tentang soal food security dalam negara. Kalau kita mengambil perangkaan, keseluruhan import pertanian dalam negara mencecah lebih 50 billion setiap tahun. Ini satu perkara yang membimbangkan seolah-olah negara ini meletakkan pertanian itu bukan satu sektor yang penting, sebab itu usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjalankan satu projek yang kita panggil ZIA (Zon Industri Akuakultur) di Kepala Batas itu harus dilihat cara mendalam dan perlu diteruskan. Jika ia dibenarkan di sudut environment-nya, EIAnya dan kerana ini dapat bukan saja memberi peluang pekerjaan dan juga peluang perniagaan kepada golongan nelayan, tetapi juga dapat menghasilkan lebih banyak hasil makanan, kita punya food product kita. Dan seterusnya, dengan banyaknya produk pertanian ini atau bahan segar ini lebih banyaknya supply, automatik dari sudut ekonominya barang akan menjadi murah. Masalah yang berlaku hari ini adalah masalah disruption dalam supply chain itu dalam dalam dalam dalam rantaian perbekalan itu berlakunya kacau ganggu yang menyebabkan harga itu naik, bekalan itu kurang ataupun bekalan itu dimanipulasi oleh orang tengah dan sebagainya. Itu yang menyebabkan harga naik dan apabila harga naik dalam keadaan rakyat hilang pekerjaan hari ini, rakyat akan makin terbeban dengan poket yang kering, harga barang naik dan bahkan inflasi meningkat dan ini akan seterusnya akan beban itu akan ditanggung oleh Kerajaan. Akhirnya sebab nak bantu rakyat, sebab itu kita perlu melihat pada soal food security di dalam Negeri Pulau Pinang.

Zolkifly Bin Md. LazimBERSATU · PHTelok Bahang

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pasir, sebagai bekas LKIM, setuju atau tidak Yang Berhormat bahawa kenaikkan barang ini ada kena mengena dengan kes COVID-19 yang telah menyekat pergerakan seluruh dunia dan ia juga menyekat pengeluaran makanan di seluruh dunia dan ianya adalah suatu perkara yang kita dah anggarkan akan berlaku dan semua negara-negara ada membuat preparation untuk itu tetapi kesan daripada COVID itu lebih besar, bukan dia diganggugugat oleh tangan politik ataupun benda-benda orang tengah saja tapi ia adalah kesan COVID yang kita sama-sama kena kena pikul.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Kerajaan Persekutuan, The Federal Stage, Federal Level, kalau mereka mempunyai satu political will untuk mitigasi, mitigate, masalah ini di peringkat lebih awal lagi, dia tidak akan terjadi. Sebab itu dia perlu ada political will. Persediaan itu perlu ada. Kalau kita sudah menjangkakan harga barang akan naik ketika pandemik ini, kesan pandemik ini. Apa persediaan kita? Tapi tidak ada, kerana apa? Kerana mereka sibuk berpolitik. Diumumkan darurat dan sebagainya, akhirnya bertukar kerajaan, bertukar kerajaan bukan hasil daripada desakan Pakatan Harapan tetapi perebutan dari kalangan parti-parti dalam Pakatan Nasional sendiri. Antara UMNO dengan UMNO yang menyebabkan kerajaan jatuh. 18 bulan kita membuang masa dengan polemik politik, tidak ada political will di pihak Kerajaan, Menteri Kabinet untuk melihat kepada kepentingan menyelesaikan masalah ini daripada awal. Kenapa saya cakap begitu? Itu sebab tidak ada satu kaedah awal yang telah dibentuk.

Kita bercakap tentang harga barang. Saya cakap dalam formula ekonomi tadi, bila supply meningkat, harga akan menurun. Jadi sepanjang pandemik itu, tidak ada apa-apa skim yang dirancang tapi kita mencadangkan, saya mengeluarkan kenyataan media bersama dengan YB. Sim, bekas Timbalan Menteri Pertanian. Kita mencadangkan supaya pihak Kementerian Pertanian melalui LKIM menjalankan satu skim “Buy Back Scheme”. Sebab ketika pandemik itu berlaku lambakan hasil pertanian terutama dari sudut perikanan. Banyak hasil-hasil tangkapan tidak dijual. Berlaku lambakan. Dibuang begitu sahaja sampai dibuang ke laut. Bukan soal pembaziran sahaja kita bangkitkan tetapi soal bagaimana kita nak memastikan bahawa masalah kenaikan harga barang tidak berlaku. Kalau ada skim-skim begini, “Buy Back Scheme”, kerajaan beli awal, kerajaan bersedia dengan segala bilik sejuknya, cold room-nya menyimpan ikan-ikan, menyimpan hasil-hasil pertanian ini apabila berlaku kekurangan bekalan ketika ini, shortage of supply sekarang ini ataupun dia demand yang tinggi hari ini, kita ada bekalan-bekalan kita untuk kita pasarkan kepada rakyat. Dan ini dapat mengawal harga barang. Dan juga begitu juga dalam ketika Kerajaan Pakatan Harapan memerintah dahulu, kita ada skim. Harga maksimum di musim perayaan. Itu adalah kaedah-kaedah yang telah diambil oleh Pakatan Harapan yang mempunyai political will untuk mitigates kenaikan harga barang. Tapi sepanjang Pakatan Nasional memerintah termasuk 100 hari Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, kita tidak nampak apakah political will itu? Malah, jawapan-jawapan menteri menyakitkan hati rakyat. Bila harga naik, kecoh seluruh negara harga naik. Dikata, dijawabnya, ia bukan satu bebanan kepada rakyat, ia tidak membebankan rakyat. Ini satu jawapan yang tidak prihatin. Sebab itu saya katakan bahawa jawapan daripada rakan saya, it’s not, bukan berkaitan dengan pandemik. Tapi tidak ada political will di pihak Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah rakyat. Kita boleh lihat ekonomi di negara-negara jiran, Indonesia, mereka membangun dengan begitu baik. Sampai pelaburan dalam negara, Hyundai, Toyota lari daripada Malaysia, lari ke Indonesia. Kerana mereka menguruskan ekonomi mereka berbandingkan negara kita. Sebab itu jangan menyalahkan pandemik. Pandemik bukan masalah. Pandemik adalah cabaran kepada kita. It’s our new norm, norma baru tetapi kegagalan kerajaan yang dianggotai oleh rakan saya, di Pulau Betong, Teluk Bahang, minta maaf. Teluk Bahang, partinya sendiri yang gagal. Jadi eloklah bawa ke perhimpunan agung tahunan bawa isu ini dan persoalkan pemimpin yang ada dengan kegagalan mereka. Jadi balik kepada isu food security dalam negeri kita. Kita perlu ada satu wawasan yang jitu, yang tuntas bagaimana kita nak mencipta produk-produk pertanian ini supaya food security ini terjamin. Bekalan kepada rakyat Pulau Pinang ini terjamin. Bukan soal bekalan tidak cukup ataupun cukup, bukan terdiri setakat itu sahaja tetapi bekalan itu mesti mempunyai kualiti, kualiti bukan sudut kualiti the freshness of the food sahaja tetapi kualiti sudut harga. Jadi apabila ada kualiti itu, barulah kita dapat menjamin satu kehidupan rakyat yang berkualiti yang kita panggil hidup yang adil kepada rakyat. Ketua Pembangkang nak tanya ke?

Terima kasih Permatang Pasir. Saya amat bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Permatang Pasir tentang food security. Dan saya dah sebut dalam ucapan saya pun, kita perlu mempertingkatkan pertanian ke satu tahap yang lebih baik. Lebih hebat kerana kita nak bekalkan makanan kepada penduduk di Pulau Pinang. Kalau kita tak payah beli daripada luar, tak payah import, mungkin tidak berlaku masalah-masalah kenaikan harga dan sebagainya. Jadi memadaikah dengan peruntukan kepada pertanian hanya sekadar RM6 juta? Veterinar RM3 juta untuk kita bangunkan pertanian dalam konsep yang lebih baik, konsep yang lebih moden. Pihak pertanian, pihak Kerajaan Negeri perlu fikirkan konsep macam mana untuk Negeri Pulau Pinang

untuk penduduknya yang hanya lebih kurang 1.82 juta yang perlu kita penuhi sedangkan padi pun masih belum mencapai tahap SSL. Itu yang kita risaukan kerana kita kena minta Kerajaan Negeri tengok benda ni, melihat benda ni sebagai satu benda yang paling penting. Pertanian paling penting. Indonesia tak susah kerana dia ada pertanian. Setiap rumah ada kebun sayur, setiap rumah ada kolam ikan. Dia boleh makan, tak ada masalah walaupun berlaku kemelesetan ekonomi dan sebagainya, gajinya rendah pun tak ada masalah. Itu yang berlaku di negara luar, kita kena tengok. Konsep pertanian di Thailand, kita kena tengok. Untuk kita bangunkan di Negeri Pulau Pinang ini. Insya-Allah.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Terima kasih Ketua Pembangkang. Memang bajet itu kecil jika dibandingkan dengan keperluan untuk food security, Dato’ cakap tentang SSL, sufficient level, itu semua perlu dilihat dan jika ada keperluan untuk menambah bajet untuk pertanian ini saya rasa semua ADUN termasuk Seberang Jaya walaupun dia tidak hadir, mungkin dia juga akan menyokong wang rizab negeri untuk digunakan demi kelangsungan dan kelestarian food security dalam negeri kita. Jadi bercakap soal pertanian, saya ingin memberikan cadangan, selain daripada soal “Buy Back Scheme” yang saya sebut tadi, kita juga perlu boleh mewujudkan iaitu mencari solusi langkah panjang, Timbalan Yang di-Pertua, iaitu neighborhood farming, kita sebut. Kita ada smart farming, kita ada vertical farming, itu memang sudah disebut begitu popular di luar sana. Smart farming kita menggunakan pelbagai teknologi hari ini AI, drone dan sebagainya, itu perlu dipertingkatkan keupayaan itu. Kita perlu mewujudkan neighborhood farming iaitu tanah-tanah terbiar milik kerajaan itu, di setiap DUN perlu di dibangunkan untuk tanaman sayur secara besar-besaran. Jangan buat di Penanti saja. Buat juga di semua-semua DUN sebab Pulau Pinang ini melibatkan 40 DUN, jadi perlu dilihat keperluan itu. Kalau di Pulau, di KOMTAR ke mungkin tak ada tanah. Kita boleh usahakan vertical farming. Ini semua boleh diusahakan asalkan kita ada political will. Kerana zaman sekarang zaman tentang teknologi, tentang sains. Jangan melihat kepada pertanian satu sektor yang merugikan tapi ia satu sektor yang menguntungkan actually, Timbalan Yang di-Pertua.

Sikit jer saya nak tambah. Saya pernah cadangkan dalam ucapan dulu kita buat konsep hectare equivalent sebab kita kurang tanah di Pulau Pinang. Kampung-kampung sahaja ada tanah. Hectare equivalent ini memang pihak Jabatan Pertanian mungkin lebih faham. Kita buat konsepnya macam saya baru ini bagi pokok limau, limau nipis dan limau kasturi di kampung. Saya akan pilih kampung-kampung termasuk di Permatang Berangan untuk kita buat satu kampung, satu komoditi supaya kalau bagi seorang 10 pokok, kalau 20 orang dah 200 pokok, kalau tanaman limau tu dah hampir-hampir 2 ekar, dekat seekar lebih. Jadi mungkin kita boleh buat yang pentingnya kita kena lantik seorang untuk buat pemasaran. Dalam konsep ramai tu, seorang buat pemasaran. So dia akan pasarkan. So tidak ada masalah kalau kita nak pastikan kita boleh supply bekalan makanan ini kepada masyarakat cara hectar equivalent ini. Itu kita boleh laksanakan. Jabatan Pertanian memang maklum tentang perkara ini. Terima kasih.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Terima kasih di atas cadangan yang baik daripada Ketua Pembangkang.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Permatang Pasir tinggal lagi satu minit. I dah bagi you extra time dah. Walaupun games ini tak ada konteks?

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Banyak lagi walaupun sehelai tapi banyak.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Faster, faster.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Okey, balik kepada neighborhood farming itu. Kita wujudkan satu zon hijau setiap DUN. Sama ada by ways of vertical farming’s, smart farming tapi yang penting, kita ada satu sumber produk pertanian dalam setiap DUN yang mana golongan B40 ataupun asnaf ini boleh mendapatkan sumber-sumber output pertanian ini, sayur ataupun penternakan ayam daging ini dengan harga yang lebih murah sebab supply chain itu, rantaian bekalan itu kita dapat kurangkan. Menjadi satu falsafah ekonomi bahawa harga barangan ini boleh dikurangkan jika kita dapat memendekkan rantaian bekalan. Kita tak ada disruption dalam supply chain ini. Jadi ini perlu dilihat dalam tempoh jangka panjang. Ini satu solusi jangka panjang. It’s not short-term solution tapi long term solution yang memerlukan political will dan juga sokongan daripada rakyat di bawah. Bukan sahaja kita dapat mencipta peluang pekerjaan, ataupun peluang perniagaan bagi golongan-golongan PKS tetapi juga kita dapat membantu rakyat menebalkan poket mereka kerana mendapat harga barang yang murah. Saya ketika memimpin LKIM dulu, boleh berkongsi kita memperbanyakkan pasar nelayan. Pasar nelayan dibina di kawasan-kawasan yang ada pengkalan-pengkalan nelayan, nelayan sendiri yang menjual. Nelayan tangkap hasil mereka di laut dibawa ke jeti, isteri mereka menjual. Tidak ada orang tengah yang mempergunakan mereka dan pengguna ataupun customer boleh membeli dengan harga yang murah dan ini dapat membantu rakyat. Jadi ini semua antara cadangan-cadangan saya bagaimana kita dapat memastikan food security itu terjamin dan yang ketiga, golongan yang ingin saya titik-beratkan adalah golongan belia yang banyak terlibat dengan gig economic hari ini. Kerajaan ada membantu sehingga melibatkan 38,000 usahawan yang terlibat dengan gig economic ini dan hasilnya dalam tempoh lima (5) bulan, RM10 juta hasil dapat dijana dan saya mengharapkan lebih banyak GLC-GLC membantu Kerajaan Negeri Pulau Pinang, membantu golongan-golongan gig economic ini kerana ia satu sektor ekonomi yang baru, yang dilihat boleh membantu golongan belia, golongan orang muda di luar sana untuk mendapatkan sumber pendapatan mereka. Saya ada beberapa isu…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Permatang Pasir.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Sikit saja. Lima minit saya minta.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Injury time sudah out, fracture time pun sudah out. Games pun sudah over. Thank you Permatang Pasir.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Lima minit, lima minit. Saya ada isu tempatan. Lima minit. Saya go…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat yang akan masuk dia tak akan dapat waktu...(gangguan).

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Saya akan dapat, saya go point by point. Itu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Point to point please.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Yang seterusnya isu tempatan. Saya melihat kepada pembangunan yang setara antara bandar dan luar bandar. Masalah di luar bandar ini, pembangunan yang tidak setara dari sudut akar dia, from the roots problem lagi iaitu penjualan tanah lidi yang melampau. Bila tanah lidi dijual secara melampau tanpa ada kemudahan infrastruktur yang terkawal dan akhirnya menyebabkan berlaku banjir kilat dan sebagainya apabila rumah-rumah ini dibina. Jadi Kerajaan Negeri perlu mengambil langkah yang pro-aktif untuk menggubal undang-undang yang perlu untuk mengawal penjualan tanah lidi yang kita tahu daripada permohonan untuk menukar syarat dan sebagainya itu atau pembangunan yang sedang berlaku itu bertujuan untuk menjual tanah untuk lot banglo. Seterusnya saya juga memohon kepada Kerajaan Negeri untuk menyemak semula peruntukan kepada ADUN terutamanya P16(2) yang kita lihat terlalu kecil peruntukan RM180,000 setahun memang tidak cukup dengan harga besi yang meningkat, dengan harga construction equipment yang cukup tinggi hari ini, kita dapat memberikan banyak projek-projek infrastruktur kepada rakyat di bawah sedangkan kami di kawasan luar bandar Permatang Pasir memerlukan lebih banyak projek pembangunan infra bagi penduduk-penduduk di situ dengan peruntukan RM180,000 setahun ia memang tidak cukup.

Saya mengharapkan satu peningkatan jumlah yang lebih tinggi dan saya juga memohon untuk pekeliling yang di sebut Pekeliling Kewangan Negeri Pulau Pinang Bil.3 Tahun 2010 dipinda kerana masalah yang saya hadapi sekarang ini ada beberapa permohonan daripada individu untuk kita baiki rumah mereka tetapi tidak dapat diluluskan kerana ia termasuk dalam pekeliling ini yang tidak dibenarkan. Saya pohon untuk pengecualian rumah-rumah golongan yang susah ini. Kalau kita hendak membantu mereka untuk mendapatkan bantuan daripada AES ia tidak dapat dibuat kerana AES syaratnya cukup ketat iaitu gaji mesti RM1,500.00 sedangkan gaji RM1,500.00 ini terlalu mudah untuk dicapai. Jadi kita hendak bantu mereka yang di bawah kita perlu longgarkan pekeliling ini kerana kami di peringkat ADUN ada peruntukan tetapi tidak dapat digunakan. Jadi ini semua perkara-perkara birokrasi yang perlu dilihat semula yang perlu dikaji semula to be reviewed by the government for the interest of the people not for the interest for the ADUNS but for the interest for the people, Timbalan Yang Di-Pertua. Saya ingin memohon jasa baik local council untuk tidak mengambil tindakan yang drastik kepada gerai-gerai tepi jalan peniaga makanan ini. Kita mendapat aduan mereka dicegah untuk berniaga dan sebagainya kerana ada aduan kesesakan lalu lintas. Kalau Timbalan Yang Di-Pertua melihat kepada keadaan yang sebenarnya yang menyebabkan kesesakan ini bukannya gerai tapi ialah pembeli yang berhenti di tepi jalan. Jika pembeli-pembeli ini mereka berdisiplin untuk meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan dan berjalan kaki ke gerai-gerai ini tidak akan ada kesesakan tapi yang menjadi masalah ini ialah kurangnya disiplin di peringkat pembeli yang membeli di tepi jalan. Meletakkan kenderaan di tepi jalan membuatkan kesesakan. Jadi kita perlu smart dalam menguruskan perkara ini...(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Permatang Pasir.

Yang terakhir.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih.

Terakhir yang saya hendak sebut ialah...(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Just the point will do. You no need to such exaggerate.

Saya pohon juga pasar baru di Permatang Pauh kita ada tanah kerajaan yang boleh dibangunkan kerana Pasar Sama Gagah sudah begitu sesak. Kita berdepan dengan endemik perlukan pasar yang besar dan juga saya memohon untuk rumah PPR dibina di Permatang Pasir dan yang terakhir iaitu...(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tidak habis-habis.

Last, last iaitu bercakap tentang Khaira Ummah. Peruntukan RM350,000 saya mengharapkan kerajaan Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam melihat kepada bagaimana hendak membina umat yang terbaik ini di sudut pemahaman tentang konsep perpaduan, konsep toleransi supaya tidak wujud perpecahan di kalangan umat Melayu terutamanya. Umat Melayu perlu progresif dan dinamik dan memahami sikap toleransi perpaduan dan juga penyatuan dalam masyarakat. Saya terima kasih lagi sekali kepada...(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sokong?

Sabar dulu. Terima kasih kepada Timbalan Yang Di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri telah memberikan banyak bantuan kepada rakyat. Dengan ini saya pohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Permatang Pasir. Dipersilakan Telok Air Tawar, Dato’ Telok Air Tawar.

Dato’ Mustafa Kamal Bin AhmadPKR · PHTelok Ayer Tawar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Bismillahirrohmanirrohim. Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang Di-Pertua, Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Terima kasih kepada Dato' Timbalan Yang Di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Belanjawan Negeri Pulau Pinang Bagi Tahun 2022 yang telah berjaya dibentangkan pada hari Jumaat yang lepas dan Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah Subhanahu Taala kerana dengan izin dan limpahNya maka dapatlah kita berhimpun dalam Dewan yang mulia ini. Pertamanya saya mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri di atas pembentangan Belanjawan 2022 Negeri Pulau Pinang yang seimbang dan inklusif tanpa mengabaikan kebajikan rakyat dengan tema “Mempercepatkan Pencapaian Penang2030”. Dengan tiga (3) inisiatif utama adalah inisiatif setempat, inisiatif pembangunan komuniti dan inisiatif libat urus industri. Saya menaruh keyakinan bahawa Yang Amat Berhormat Ketua Menteri akan terus memimpin Negeri Pulau Pinang ke persada kejayaan yang lebih tinggi.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, persidangan kali ini kita masih lagi berada dalam suasana yang berbeza dengan norma dan kelazimannya. Ketika ini negara kita masih bergelut dengan bergelut dalam usaha memerangi penularan COVID-19. Namun demikian, kita telah menghadapi dan menangani wabak ini dengan bersatu padu sebagai sebuah bangsa Malaysia yang kuat, cekal dan berdisiplin dalam saat yang getir ini. Petugas barisan hadapan negara terutamanya perkhidmatan kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan lain-lain agensi yang turut terlibat dan tampil dengan penuh dedikasi yang tinggi menghadapi suasana wabak ini. Pengorbanan mereka tidak mengenal erti penat mahu pun takut hilang hinggakan nyawa dan keselamatan diri sendiri menjadi tuntutan demi menjaga kemaslahan dan kepentingan orang ramai. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, saya mengambil maklum bahawa pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang membimbangkan terhadap paradigma ekonomi secara significant di mana ia telah mengubah gaya hidup global di setiap negeri melalui pelaksanaan kuarantin serta sekatan pergerakan. Setakat 30 Jun 2021 yang lalu, ekonomi negeri mencatitkan hasil yang berjaya dikutip adalah sebanyak 76.46 peratus daripada anggaran hasil tahunan 2021 berbanding 90.06 peratus hasil yang dikutip bagi tahun 2020 berdasarkan kepada statistik tersebut saya yakin inilah waktunya untuk kita lihat ke belakang menilai semula pencapaian dan mengkaji kekuatan-kekuatan yang kita miliki dan juga mengenal pasti bidang-bidang yang boleh ditambah baik dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Dekat yang mendatang bukan sahaja penting malah boleh dianggap kritikal. Kita perlu berusaha secara berkesan dan berterusan untuk meringankan beban rakyat serta memastikan ekonomi dan agenda pembangunan diteruskan walaupun dihimpit pandemik yang berpanjangan dan penularan wabak yang belum menunjukkan sebarang tanda untuk berakhir dalam tempoh terdekat ini. Semoga bantuan-bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dapat sampai ke golongan sasar dan golongan terkesan tepat pada masanya untuk meringankan beban segolongan rakyat bagi meneruskan kelangsungan hidup. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, saya menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri untuk menerapkan budaya Revolusi Industri 4.0 dalam pendidikan dengan visi Penang2030. Revolusi Industri 4.0 merupakan pemerkasaan struktur pengurusan industri dan komersial yang menekankan pembangunan teknologi digital bagi mengurangkan kos tenaga manusia...(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Your tie is not straight.

Dato’ Mustafa Kamal Bin AhmadPKR · PHTelok Ayer Tawar

Dan meningkatkan produktivi. Terima kasih Dato’ Tuan Speaker. Perkembangan Revolusi Industri 4.0 memberikan kesan secara langsung kepada pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan kerana menjadi asas kepada penyedia tenaga kerja di masa hadapan. Oleh itu, penekanan terhadap sektor pendidikan merupakan satu keperluan agar tenaga kerja yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara dapat memenuhi keperluan pasaran pekerjaan berteraskan revolusi 4.0 yang berteknologi tinggi seperti sains dan sukan. Sistem Teknologi Digital juga memudahkan penggunaan data dalam skala meluas dan secara global bagi memudahkan pelbagai kerja dilaksanakan dengan pantas dan penjimatan kos jangka panjang yang efektif. Kelas tarian akademik harus ditambah baik dengan menerapkan elemen digitalisasi

dalam mainstream pembelajaran yang pastinya membantu pencapaian pelajar di samping mendidik minda mereka agar lebih bersedia terhadap persaingan kerjaya dan kehidupan. Dunia semakin hari semakin berubah, begitu juga dengan sistem pembelajaran, kita semua perlu menerima hakikat bahawa pengetahuan pendidikan digital menjadi tunggak pengetahuan dalam memastikan pencapaian akademik dapat dimanfaatkan sebaliknya nanti sebaiknya nanti. Pulau Pinang perlu menjadikan pendidikan digital sebagai sumber yang bergerak ke masyarakat yang berdaya saing dalam pembelajaran dalam pendidikan digital adalah sebagai pelaburan sumber daya manusia dan tanggungjawab moral. Hasilnya, Negeri Pulau Pinang akan mampu menyediakan tenaga kerja yang diupayakan dengan kemahiran soft skill dan kapasiti intelek untuk berdepan dengan cabaran dan pasaran pada masa depan. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, saya juga merakamkan kesyukuran kerana Kerajaan Negeri meneruskan usaha untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat terutamanya kanak-kanak, wanita, warga emas, orang kurang upaya dan golongan yang memerlukan. Bagi memperkukuhkan perlindungan dan hak kanak-kanak pula, usaha diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan mereka tidak dieksploitasi dalam apa-apa bentuk dan pada masa yang sama potensi penuh mereka dapat direalisasikan. Saya juga menyambut baik program i-Sejahtera yang diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM50 juta mewujudkan Pejabat Operasi Mutiara Food Bank di Seberang Perai, Bantuan khas kewangan, Pusat Transit Gelandangan dan lain-lain lagi yang beri dimensi baru kepada landskap kebajikan Negeri Pulau Pinang. Dalam pada itu, golongan terkesan pula perlu terus dibantu agar dapat menerima manfaat sewajarnya. Justeru itu, saya memohon agar kerajaan turut beriltizam untuk meningkatkan akses perkhidmatan kebajikan yang saksama kepada rakyat secara holistic. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, setiap tahun Negeri Pulau Pinang menjadi destinasi pilihan ramai pelancong dari seluruh pelosok negara dan luar negara hasil daripada usaha promosi yang berterusan oleh Kerajaan Negeri. Sesungguhnya sektor pelancongan adalah antara sektor yang terjejas teruk akibat penularan COVID-19. Namun saya percaya Kerajaan Negeri masih boleh memberi fokus pada waktu ini kepada pelancongan domestik sekiranya Kerajaan Malaysia membenarkan perjalanan merentasi negeri. Sebagai sebuah negeri pelancongan yang kaya dengan elemen kebudayaan dan sejarah Kerajaan Negeri Pulau Pinang diharap terus komited dalam memulihkan kembali sektor ini dengan memastikan produk pelancongan sedia ada yang terdiri daripada sejarah dan budaya, rekreasi pendidikan, sukan, kesihatan, convention, makanan, pusat membeli-belah, agro pelancongan, pameran dan lain-lain sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Di samping itu, usaha berterusan adalah perlu untuk membantu pemaju-pemaju sektor pelancongan terus bergiat aktif apabila dibenarkan beroperasi. Oleh yang demikian, saya bersetuju dengan perancangan Kerajaan Negeri bagi menghidupkan semula tarikan yang lebih tinggi terhadap pelancongan di Pulau Pinang. Antaraya membangunkan ekonomi tempatan dan menggalakkan perbelanjaan dalam negeri dengan memperkenalkan semula Experience Penang Year sebagai tema kempen pelancongan. Dengan pelancaran, pelancaran Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang 2021 dan 2030 pada 3 Mei tahun 2021 yang lepas, diharapkan dapat membantu dan mendorong pertumbuhan sektor pelancongan negeri sehingga tahun 2030. Di samping menetapkan matlamat dalam membangunkan sektor pelancongan lestari di Pulau Pinang serta mengukuhkan kedudukan kompentitif Pulau Pinang sebagai salah satu destinasi pelancongan utama.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pulau Pinang kerana memutuskan untuk meneruskan empat (4) program

bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di Pulau Pinang yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM10 juta. Program tersebut adalah seperti berikut: (i) Meneruskan Perkhidmatan BEST Komtar; (ii) Meneruskan Perkhidmatan Bas Percuma; (iii) Membiayai Pas Perjalanan Tanpa Had iaitu Pas Mutiara; (iv) Membiayai Tambang Perkhidmatan Feri Pulau Pinang.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, dalam menjalani kehidupan norma baharu, rakyat Pulau Pinang memerlukan tumpuan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dalam menyelesaikan segala permasalahan. Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, apa juga tindakan dan perlakuan Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa menarik perhatian umum. Oleh yang demikian, saya mohon supaya Ahli-ahli Yang Berhormat dapat mengamalkan nilai-nilai murni agar menjadi contoh kepada masyarakat umum dan mencerminkan kematangan pemimpin. Kita lakukan transformasi, menjadi landasan kearah kerjasama satu pasukan dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan Negeri Pulau Pinang yang kita cintai ini. Akhir kata, saya berdoa semoga negeri dan rakyat Pulau Pinang agar terus mendapat perlindungan Allah SWT dan sentiasa dilimpahi rahmatnya. Supaya rakyat yang berbilang kaum dapat bersama-sama berusaha menjamin keamanan dan kemakmuran yang dapat diwariskan kepada generasi yang akan datang. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah. Assalammualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Telok Air Tawar. Yang Berhormat-Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan dan Dewan akan bersidang esok pagi pukul 9.30 pagi. Terima kasih,

Dewan ditangguhkan pada jam 4.50 petang.