Pulau Pinang · 1 December 2021
14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 330 turns · 38,976 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Absent: Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail (Pantai Jerejak), Gooi Hsiao-Leung (Bukit Tengah), Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq (Bertam), Dato’ Seri Abdul Razak Bin Jaafar (Setiausaha Kerajaan Negeri)
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan Doa. Soalan lisan.
Selamat pagi Ahli-Ahli Yang Berhormat dan kita berada dalam sesi soalan lisan. Silakan soalan 26.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 26. Nio. 26. Infrastruktur telekomuniasi di KADUN Air Itam. (a) Senaraikan kawasan-kawasan yang mempunyai kemudahan Unifi di KADUN Air Itam. (b) Apakah status terkini dan garis masa pelaksanaan Projek Penaiktarafan Infrastruktur Copper milik Telekom Malaysia (TM) kepada Fiber Optik di KADUN Air Itam?
Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Air Itam atas soalan mengenai infrastruktur telekomunikasi. Yang Berhormat jumlah keseluruhan kawasan yang mempunyai kemudahan Unifi di KADUN Air Itam adalah sebanyak 114 kawasan yang melibatkan 13,500 port. Senarai kawasan-kawasan tersebut adalah seperti di lampiran A yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas selesai sesi soalan lisan. Untuk menjawab soalan kedua, sebahagian besar lokasi di KADUN Air Itam telah mempunyai infrastruktur Unifi Fiber-To-The-Home (FTTH) dan jumlah kapasiti yang telah dipasang adalah melebihi 13,500 port dengan peratusan langganan adalah sebanyak 57%. Walau bagaimanapun, terdapat enam kawasan yang masih dalam pelaksanaan FTTH dan dijangka siap pada hujung tahun 2021 hingga suku tahun kedua 2022, suku kedua tahun 2022 maksud saya. Senarai kawasan tersebut adalah BL Avenue dijangka siap Disember 2021, Kampung Shaik Madar dijangka siap November atau Disember 2021, Flat Kampung Melayu dijangka siap Disember 2021 atau pun suku pertama tahun 2022, Kampung Masjid suku pertama 2022, Pangsapuri Harmoni suku pertama 2022 dan Pangsapuri Harmoni Blok 10 suku pertama tahun 2022. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Soalan tambahan, terima kasih Yang Berhormat Tanjung Bungah, soalan tambahan saya untuk kawasan yang masih belum mempunyai capaian jalur lebar, sila nyatakan dasar Kerajaan Negeri dalam memastikan pencapaian jalur lebar bukan sahaja kepada kawasan Air Itam tetapi untuk seluruh Pulau Pinang terutamanya di kawasan desa kerana ini memandangkan capaian prasarana jalur lebar dan telekomunikasi adalah unsur utama bagi mencapai kemajuan negeri dibawah visi Penang2030. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan, sememangnya Kerajaan Negeri adalah amat komited untuk memastikan kesalinghubungan diseluruh Negeri Pulau Pinang, kita nak memastikan supaya kita boleh mengoptimumkan jaringan telekomunikasi dan oleh itu, Kerajaan Negeri bersama-sama dengan semua stake holder seperti MCMC dan juga PBT dan juga ni penguasa-penguasa jalan dan sebagainya akan terus memantau kawasan-kawasan yang masih menghadapi masalah liputan ini yang kita panggil underserve areas. Pada bulan Julai yang lalu, pihak MCMC telah pun melancarkan satu aplikasi Jendela Map dimana menerusi aplikasi ini orang ramai dapat mengenalpasti ketersediaan liputan di sesebuah lokasi. Bagi lokasi lokasi yang menghadapi masalah liputan, pengguna aplikasi bolehlah ya memaklumkan kepada MCMC mengenai masalah dikawasan tersebut. Jadi bila MCMC menerima aduan mengenai satu kawasan samada melalui aplikasi tersebut atau pun melalui Kerajaan Negeri maka MCMC akan memanjangkan isu tersebut kepada syarikat-syarikat penyedia telekomunikasi-lah, the operator di kawasan tersebut dan kemudan langkah-langkah akan diambil untuk meningkatkan infrastruktur. Jadi tambahan kepada itu, Kerajaan Negeri juga baru-baru ini telah mengumumkan bahawa akan menjalankan projek Smart Street Pole pada tahun hadapan dan ini juga akan membantulah untuk meningkatkan lagi liputan telekomunikasi di Negeri Pulau Pinang, terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih Yang di-Pertua, saya cuma nak maklum balas daripada pihak Tanjong Bunga, apakah bentuk halangan ataupun punca yang menyebabkan pelaksanaan naik taraf infrastruktur telekomunikasi ini menjadi slow ataupun perlahan, apakah puncanya adakah punca yang kita boleh sama-sama selesaikan saya pun nak selesaikan kalau boleh bantu, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua. Sebenarnya halangan yang paling utama adalah dari segi kos disebabkan penyediaan infrastruktur telekomunikasi ini kebanyakannya dilakukan oleh pihak swasta. Jadi bila sebagai contoh kita ambil apa ni contoh fiberlah bila kita
nak memasang kabel-kabel fiber ini kosnya sangat tinggi. Jadi untuk syarikat-syarikat penyedia infrastruktur seperti TIME atau TM atau pun MAXIS ia sudah tentu akan apa ni, isu yang pertama adalah boleh tak dia dapat return on investment jadi tapi untuk membantu perkara ini Kerajaan Persekutuan pun telah membuat satu dana dipanggil Universal Service Provider Fund (USP) jadi ini adalah untuk membantu syarikat-syarikat ini untuk menyediakan infrastruktur, dia sebenarnya, macam subsidilah 50 peratus untuk syarikat-syarikat penyedia telekomunikasi untuk apa ni di kawasan-kawasan yang underserve. Jadi kawasan-kawasan yang dikenal pasti sebagai underserve yang mempunyai kurang liputan maka syarikat-syarikat ni bolehlah ya mendapat subsidi daripada Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan. Jadi dalam hal ini Kerajaan Negeri memang telah bekerjasama rapat ya dengan pihak Kementerian dan juga MCMC. Kerajaan Negeri pada awal tahun ini sebenarnya telah membuat satu meminta MCMC untuk membuat review mengenai kawasan-kawasan underserve di Pulau Pinang sebab kita dapati semasa saya membuat kunjung hormat kepada Menteri Komunikasi pada ketika itu, pihak Kerajaan Negeri ini mendapati bahawa senarai kawasan underserve di Pulau Pinang adalah tidak mencukupi dia sebenarnya sangat lama senarai yang sudah lebih 10, 15 tahun yang tidak dikemaskini jadi Kerajaan Negeri telah minta MCMC buat pengemaskinian dan telah dibuat dan kini kawasan-kawasan underserve di Negeri Pulau Pinang telahpun bertambah dan oleh itu syarikat-syarikat penyedia telekomunikasi sudah mula masuk termasuk juga Syarikat Allo. Syarikat Allo ini adalah anak syarikat TNB yang kini juga memasuki dalam bidang telekomunikasi dan kawasan Seberang Jaya, kawasan Penanti dan juga di kawasan Barat Daya di Negeri Pulau Pinang adalah antara lokasi yang pertama untuk dipasang ya fiber oleh Syarikat Allo jadi begitulah cara Kerajaan Negeri minta bekerjasama dengan MCMC dengan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan jaringan telekomunikasi di Negeri Pulau Pinang dapat disediakan untuk semua, terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih YB. Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya dan juga berkaitan dengan infrastruktur telekomunikasi. Dalam sidang lepas dan juga tanya tentang Penang Free WiFi, masa itu YB. EXCO ada sebut tentang masih tidak mendapat pembekal yang sesuai, ya, so saya ingin tahu kalau ada apa-apa perkembangan tentang Penang Free WiFi ini memandangkan keperluan untuk Penang Free WiFi ini meningkat ya selain daripada infrastruktur yang perlu dibiayai oleh pengguna sendiri, kerajaan boleh juga mempertimbangkan tentang Penang Free WiFi itu dilaksanakan.
Terima kasih Yang Berhormat Machang Bubuk. Berkenaan dengan Penang Free WiFi seperti mana Yang Berhormat sendiri pun tahu, perkhidmatan ini telah ditamatkan pada tahun 2019 pada ketika itu kita mendapati banyak aduan bandwidth yang disediakan adalah tidak mencukupi dia punya connectivity itu adalah kurang memuaskan berdasarkan banyak aduan dan
tidak berbaloilah ya dengan peruntukan yang diberi pada ketika itu dan tambahan pula ramai pada sekarang pun mempunyai data ya dalam phone pun begitu disebabkan ada banyak permohonan ya daripada Yang Berhormat-Yang Berhormat semua, ramai orang ada juga segelintir mahukan lagi Penang Free WiFi maka Kerajaan Negeri telah pun membuat RFP dua kali Yang Berhormat melalui PDC Telco dan dua-dua kali pun kita tidak dapat syarikat mana-mana syarikat yang boleh mendapati spek-spek yang di apa ni yang disyaratkan oleh Kerajaan Negeri. Sebab kita kalau nak buat Penang Free Wifi pun kita tak nak buat yang di mana akan dapat banyak aduan seperti yang dahulu. Kita nak pastikan ada dia punya minimum specs tapi malangnya disebabkan Penang Free Wifi ini bukanlah satu boleh katakan bisnes yang boleh menguntungkan ya, banyak kepada syarikat penyedia maka untuk melabur ya, infrastruktur yang diperlukan adalah terlalu mahal dan oleh itu saya rasa tidak ada syarikat yang minat tapi kita tidak berputus asa dengan begitu sahaja. Oleh kerana Kerajaan Negeri ingin melaksanakan projek Smart Street Pole maka Kerajaan Negeri akan memasukkan komponen free wifi dalam projek Smart Street Pole. Jadi bila kita laksanakan Smart Street Pole pada tahun depan, ada lokasi-lokasi yang tertentu yang mungkin Yang Berhormat sendiri boleh maklumkan mana yang perlu, kita boleh masukkan elemen wifi dalam street pole tersebut maka akan adalah free wifi di kawasan-kawasan tersebut. Jadi begitulah cara Kerajaan Negeri untuk menangani masalah itu, Dato’ Speaker.
Terima kasih. Soalan yang seterusnya. Saya jemput 27.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan No. 27. No. 27. Huraikan keputusan Lembaga Rayuan EIA membatalkan kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi projek Penang South Reclamation (PSR). (a) Apakah implikasi keputusan pembatalan kelulusan EIA terhadap projek PSR? (b) Apakah tindakan susulan perlu dilakukan? (c) Adakah Penang Transport Master Plan (PTMP) dapat diluluskan sekiranya kelulusan PSR tertangguh?
Dijawab bersama Soalan No. 37 oleh Ahli Kawasan Air Itam: No.37. Apakah tindakan Kerajaan Negeri sekiranya permohonan kedua EIA bagi projek tambakan tiga pulau ditolak oleh JAS Malaysia? (a) Adakah Kerajaan Negeri harus menanggung segala kos yang telah dibelanjakan sekiranya projek tambakan Pulau Pinang Selatan tidak mendapat kelulusan?
Terima kasih Dato’ Speaker dan juga yang Berhormat Bukit Tambun. Dato’ Speaker, saya mohon menjawab soalan ini bersekaligus dengan Soalan 37.
37?
Kedua-duanya adalah berkenaan EIA PSR.
Boleh, sila.
Terima kasih Yang Berhormat. Okey, Yang Berhormat, Lembaga Rayuan di bawah Seksyen 36, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang bersidang dari 6 hingga 8 September 2021 telah memutuskan bahawa Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling iaitu EIA, Laporan EIA bagi projek PSR yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling pada 25 Jun 2019 diketepikan. Keputusan ini adalah kerana kelulusan tersebut telah diberi sebelum Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 digazetkan. Jabatan Alam Sekitar memaklumkan sekiranya Kerajaan Negeri berhasrat untuk meneruskan projek PSR ini, Laporan EIA yang baru dengan data terkini hendaklah dikemukakan untuk pertimbangan lanjut JAS. Implikasi daripada pembatalan keputusan EIA ini telah mengganggu perancangan awal Kerajaan Negeri dalam memulakan kerja-kerja penambakan Pulau PSR yang sepatutnya bermula pada penghujung tahun ini. Kerajaan Negeri akan mengemukakan semula Laporan EIA yang telah dikemaskini dan penyediaan dijangka akan mengambil masa sekurang-kurangnya sembilan bulan sehingga ke peringkat kelulusan. Pada masa yang sama Kerajaan Negeri juga akan memohon judicial review ataupun semakan kehakiman ke atas kes ini. Jadi dia sebenarnya satu strategi dua rampang, two-pronged approach. Juga Yang Berhormat, Kerajaan Negeri amat komited dalam melaksanakan komponen-komponen PTMP yang lain setelah kelulusan wajib diperolehi daripada agensi-agensi yang berkaitan. Yang Berhormat, untuk Soalan 37, dia ada tambahan sikit, dia bertanya mengenai kos untuk projek tersebut. Memandangkan kelulusan terdahulu telah diketepikan, Yang Berhormat Jawi atas sebab teknikal, Kerajaan Negeri yakin akan integriti Laporan EIA yang telah dikemukakan dahulu. Dia sebenarnya Dato’ Speaker, alasan yang diberi untuk penolakan ataupun, bukan penolakan tapi untuk mengetepikan Laporan EIA yang telah diluluskan bukanlah alasan, atas dasar kualiti ataupun persekitaran. Dia sebenarnya, ataupun hujah-hujah yang substantive, Dato’ Speaker. Dia sebenarnya satu isu teknikal yang di mana dikatakan apabila pada waktu kelulusan EIA diberi oleh Ketua Pengarah, projek tersebut belum lagi digazetkan dalam RSN. Walaupun pada ketika itu, projek PSR telahpun diluluskan boleh SPC ataupun Jawatankuasa Perancang Negeri iaitu Pihak Berkuasa Perancang yang paling tinggi di Negeri Pulau Pinang. Dalam erti kata lain, sudah pun lulus cuma belum gazet. Itulah yang dimaksudkan dalam keputusan tersebut, namun sekiranya kita baca peruntukan dalam Akta tersebut, dia sebenarnya bila sudah dapat kelulusan pihak berkuasa dan telah mendapat, dibentangkan Majlis Perancang Fizikal Negara, sudah memadai. Jadi di sini Kerajaan Negeri memang tidak setuju dengan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Rayuan dan oleh itu, Kerajaan Negeri memang yakin apabila dibawa ke Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi, Kerajaan Negeri boleh dapat satu keputusan yang positif. Tapi pada masa yang sama, kita tidak membiarkan sahaja berlandaskan semata-mata kepada
Semakan Kehakiman, Kerajaan Negeri akan juga, pada masa yang sama mengemukakan Laporan EIA yang baru supaya kita boleh buat dua secara serentak, Yang Berhormat. Jadi dari segi kos, Yang Berhormat Jawi ada tanya, di bawah PDP Master Agreement antara Kerajaan Negeri dan SRS Consortium yang dimeterai pada Julai 2020, kerja-kerja mendapatkan kelulusan PSR termasuk EIA, dipertanggungjawabkan di bawah SRS Consortium. Manakala kos kajian dan kos projek tersebut akan ditanggung melalui model pembiayaan dengan penjualan hasil tanah tambakan PSR. Sekiranya projek tambakan PSR tidak mendapat kelulusan walaupun kesemua syarat dipenuhi dan laporan dikemukakan kepada pihak berwajib, pihak Kerajaan Negeri akan berbincang secara terperinci mengenai pembayaran balik kos-kos yang telah dibelanjakan berdasarkan kepada Master Agreement. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri yakin bahawa kelulusan bagi projek tambakan akan diperolehi kelak. Terima kasih banyak-banyak, Dato’ Speaker.
Sila.
Dato’ Speaker, soalan tambahan. Terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Tanjong Bunga. Saya masih lagi berpendapat bahawa pelaksanaan pengangkutan awam perlu dimulakan sementara menunggu PSR. Adakah Penang Infrastructure Corporation Sdn Bhd mempunyai perancangan ke arah itu disebabkan kelulusan EIA sebenarnya telah diperolehi dua tahun yang lalu dan masalah kesesakan semakin berlanjutan. Oleh itu saya, adakah PIC akan mempunyai perancangan ke arah tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tambun. Seperti Yang Berhormat tau, selain daripada LRT, dalam PTMP ini dan berkait dengan rancangan untuk membangunkan PSR, kita juga sedang merancang untuk melaksanakan Pan Island Link 1, fasa pertama, iaitu dari Jalan Tun Awang ke Lebuh Raya Lim Chong Eu yang di mana urusan pengambilan tanah akan diwartakan selewat-lewatnya pada suku pertama tahun 2022. Tapi bagi menjawab soalan mengenai LRT, bagaimana kita nak teruskan sekiranya PSR ini tidak berlaku. Kerajaan Negeri sebenarnya yakin seperti saya sebut tadi PSR ini akan juga dilaksanakan cuma dari segi timeline lah. Jadi kalau ada delay, Kerajaan Negeri pun sedang mengkaji kemungkinan untuk memanggil sebuah RFP pada tahun depan. RFP ini mungkin satu RFP yang lebih terbukalah untuk menjemput mana-mana konsortium atau syarikat yang minat untuk membina LRT dan juga untuk menawarkan apa-apa business model yang mungkin boleh dipertimbangkan untuk membina LRT ini sebelum PSR dapat dijalankan. Tapi Yang Berhormat, yang ini tertakluk beberapa kajian yang sedang dibuatlah. Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Jawi, sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan juga Tanjong Bunga. Soalan tambahan saya adalah berkaitan dengan adakah pihak Jabatan Alam Sekitar memaklumkan kenapa permohonan EIA bagi projek tambakan ini begitu susah berbanding dengan projek tambakan di negeri lain yang saiz tanah adalah lebih luas daripada projek PSR di Penang. Contohnya di tambakan laut di Negeri Melaka.
Terima kasih Yang Berhormat Jawi. Sebenarnya Yang Berhormat semua, Kerajaan Negeri pun sebenarnya amat hairan. Kenapa PSR dimangsakan dengan begitu. Walhal kalau kita nak banding projek PSR ini tidaklah begitu besar kalau kita nak bandingkan dengan projek-projek tambakan berskala mega yang berlaku di negeri-negeri seperti Johor, di negeri-negeri seperti Melaka dan juga kawasan-kawasan lain. Malah alasan yang diberikan dalam pembatalan tersebut seperti saya ada sebut tadi, sebenarnya tidak boleh diterima langsung. Hakikatnya projek PSR telahpun diluluskan dan telah memenuhi kehendak-kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling. Jadi keputusan Lembaga Rayuan tersebut sebenarnya boleh dianggap sebagai satu ketidakadilan terhadap Negeri Pulau Pinang. Malah saya sendiri tertanya sama ada projek-projek tambakan besar, besar-besaran di Negeri Melaka, di Negeri Johor, adakah projek-projek tersebut terkandung dalam Rancangan Struktur Negeri tersebut? Adakah projek LRT, MRT, lebuh raya-lebuh raya di Kuala Lumpur, di Selangor, semuanya terkandung dalam RSN negeri-negeri tersebut? Kita tak tau dan sebenarnya Kerajaan Negeri tidak mempertikai, Kerajaan Negeri yakin bahawa proses perancangan dan perundangan di Negara Malaysia, tiada masalah. Cuma yang kita persoalkan adalah double standard dan pemangsaan (victimization), yang berlaku terhadap Pulau Pinang. Kenapa negeri-negeri lain nak buat projek besar tidak dipersoalkan. Boleh berjalan walaupun Negeri Pulau Pinang mematuhi segala yang diperlukan. Semua kehendak-kehendak dalam akta kita penuhi. Tapi dimangsakan juga. Inilah double standard yang selalu Negeri Pulau Pinang terpaksa menempuhi. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Satu. Yang Berhormat, saya nak cuba faham tentang isu PSR ini. EIA yang pertama kita dah dapat kelulusan sebelum ini. Dan sekarang ini, kalau mengikut laporan media yang saya ikuti, EIA yang kedua termasuk ada pindaan terhadap rupa bentuk pulau yang ingin dibina. Will this be a risk as do macam submit a new EIA yang mana dia akan lihat mana risk, kalau tadi Yang Berhormat sebut, kalau dah dapat kelulusan, keputusan Lembaga Rayuan itu sedang dicabar
oleh Kerajaan Negeri tetapi dengan submission EIA yang baru ini akan memberikan risiko kepada Kerajaan Negeri untuk tidak mendapat kelulusan langsung untuk projek PSR ini.
Terima kasih Yang Berhormat Seberang Jaya. Sebenarnya pindaan yang dibuat bukanlah banyak. Dia bukan kepada bentuk dan sebagainya. Cuma dari segi turutan sebab kelulusan EIA yang awal, turutannya adalah untuk membina Pulau B terdahulu, tetapi Kerajaan Negeri beranggapan bahawa Pulau A sebenarnya adalah pulau yang lebih penting kerana Pulau A adalah kawasan industri yang baru, yang diperlukan sangat-sangat oleh negeri ini bagi memperluaskan kawasan industri di Bayan Lepas yang sudahpun penuh, di Batu Kawan pun sudah penuh, Yang Berhormat. Jadi Pulau A adalah pulau yang lebih penting dalam tanggapan Kerajaan Negeri maka kita nak ubah turutan, kita nak buat Pulau A dulu. Sebenarnya sebelum pembatalan berlaku Kerajaan Negeri sememangnya sudah dalam proses untuk membuat pindaanlah kepada kelulusan EIA yang terdahulu untuk menukar turutan pulau tapi disebabkan sudah batal, perbincangan pun sudah dibuat dengan Ketua Pengarah JAS, maka keputusan adalah untuk membuat sedikit pindaan dan juga untuk mengemaskini apa-apa data yang terbaru dan kemudian kita akan submit dalam mungkin dua, tiga bulan yang akan datang dan kita yakin projek tersebut boleh mula pembinaan pada akhir tahun 2022. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Saya hendak jemput nombor 28. Sila.
Terima kasih YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, saya pun kerap bertanya soalan ini kerana amat penting bagi kawasan saya, soalan saya nombor 28. No. 28. Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk merancang dan mempercepatkan proses naik taraf ataupun pembinaan semula Pasar Pulau Tikus? Ini adalah kerana walaupun jawapan pada DUN yang lepas menyatakan bahawa pasar tersebut masih dalam keadaan yang memuaskan infrastuktur pasar sudah lama dan bangunan pasar tidak dapat diperbesarkan lagi untuk penjaja baru. (a) Adakah Kerajaan Negeri juga akan mempertimbangkan pembinaan tempat letak kereta baru di kawasan persekitaran pasar tersebut? Ini adalah untuk persediaan sebelum peningkatan pengunjung pasar.
Selamat pagi YB. Yang di-Pertua Dewan dan terima kasih kepada rakan saya daripada Pulau Tikus untuk soalan ini. Saya akan ringkaskan sebanyak mana boleh iaitu berkenaan dengan status pembinaan semula cadangan pembinaan semula pasar Pulau Tikus iaitu di kawasan YB. Kawasan. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, pada masa ini Kerajaan Negeri melalui pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang kita tiada perancangan untuk menaik taraf atau membina semula pasar Pulau Tikus.
Namun demikian pada masa yang sama kerja-kerja penyelenggaraan dan pemantauan sedang dan akan dilakukan dari masa ke semasa bagi memastikan pengoperasian pasar tersebut berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk peniaga-peniaga dan juga pengunjung ke pasar tersebut. Dalam pada masa yang sama kita dari pihak MBPP sedang meneliti dan mengkaji kesesuaian untuk mewujudkan tempat letak kereta baru di sekitar kawasan pasar untuk kemudahan pengunjung, sekian.
Terima kasih.
Soalan tambahan, adakah Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk menukarkan kedudukan kawasan Jalan Pasar di depan Pasar Pulau Tikus untuk memperluaskan tapak Pasar Pulau Tikus itu. Itu sahaja, terima kasih.
Sama ada kita boleh?
Mempertimbangkan?
Couldn’t really hear, really soft.
Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk menukar kedudukan jalan pasar di depan Pasar Pulau Tikus untuk memperluaskan kawasan Pasar Pulau Tikus itu sebab sekarang sudah lama macam ini saiz dia tidak bertukar dan semakin pesatlah, masa COVID-19 macam ini semakin susah. Terima kasih.
I think sebagai penduduk yang berasal di kawasan tersebut that’s our market that we go to, when I was born...(dengan izin), so I think you are talking about kawasan di depan ada satu kawasan perumahan and then there is satu kawasan tempat letak kereta oleh MBPP, so of course kita boleh pertimbangkan tetapi kalau kita lihat pada yang depan pasar Pulau Tikus pada waktu semasa, the issue is the car park is okay but the thing is the housing at the back of the car park if you all familiar itu jadi masalah, kita boleh pertimbangkan. I think your issue adalah yang penting iaitu untuk ada lebih tempat letak kereta that’s the main issue because kita lihat kesesakan yang teruk. So I think di kawasan seluruh kawasan tersebut di persekitaran ada beberapa tempat lain termasuk di bangunan-bangunan swasta juga yang boleh digunakan, I think if i not mistaken and
so this is how we are looking at it but your suggestion cadangan daripada Pulau Tikus, YB. Dato’ Speaker saya akan ambil pertimbangan. Terima kasih
Soalan tambahan.
Pasar Pulau Tikus.
Pasal pasar juga.
Pasar Pulau Tikus lah.
Bukan Pulau Tikus boleh tak?
Yang berkaitanlah.
Jadi naik taraf pasar ini masih banyak lagi pasar-pasar yang berada dalam keadaan kurang memuaskan atau pun tidak menarik termasuklah di kawasan Tasek Gelugor dan juga di kawasan Sungai Dua, jadi apakah ada perancangan untuk kita naik taraf pasar di semua kawasan termasuk di kawasan-kawasan di luar bandar bagi memudahkan dan menarik lebih ramai pengunjung di pasar-pasar berkaitan.
Terima kasih kepada YB. Sungai Dua. YB. Dato’ Speaker, untuk makluman semua Ahli Dewan di Pulau Pinang kita ada 56 pasar awam yang diselenggara oleh kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan iaitu kita ada I think 26 di kawasan Pulau dan bakinya di bahagian Seberang and kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan senantiasa melihat kepada kesesuaian pasar-pasar ini termasuk I think dalam pandemic also YB. Dato’ Speaker, when we talk about that we have to also ensure safety pengunjung keselamatan mereka and di mana ada beberapa pasar telah pun ditutup beberapa kali di sini dan di sana but tetapi apa yang dikatakan oleh YB. Sungai Dua selalu di dalam perhatian kita ada beberapa pasar YB. Dato’ Speaker, yang sudah pun ada perancangan untuk dinaiktarafkan. Sememangnya ada yang sedang dibuat saya boleh beri perincian nanti dan ada yang sedang dalam perancangan YB. Dato’ Speaker.
Terima kasih, saya hendak jemput YB. Ahli Kawasan Permatang Pasir
YB. Dato’ Speaker, soalan saya nombor 29. No. 29. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang nyatakan jumlah pengguna perkhidmatan feri bot laju dan catamaran sejak dilancarkan? (a) Adakah perkhidmdatan tersebut dianggap mendapat sambutan orang ramai?
Terima kasih. Yang Berhormat, EXCO jawab.
Nombor 29? Okay, terima kasih YB. Permatang Pasir. Perkhidmatan feri bot laju Katamaran bagi penumpang pejalan kaki telah dilancarkan pada 1 Januari 2021. Jumlah pengguna bagi perkhidmatan ini sejak dilancarkan sehingga Oktober 2021 adalah seramai 357,898 orang. Perkhidmatan feri bot laju bagi penumpang pejalan kaki dianggap mendapat sambutan yang memberangsangkan berdasarkan rekod ridership yang dikemukakan kepada Kerajaan Negeri setiap bulan. Peningkatan ridership secara konsisten juga dicatatkan setelah Kerajaan Negeri memperuntukkan subsidi dengan membiayai tambang feri secara sepenuhnya kepada semua penumpang pejalan kaki warganegara Malaysia sejak 1 Julai 2021. Selain itu, perkhidmatan ini juga mendapat sambutan baik oleh pengguna kerana lebih selesa, selamat dan cepat. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan YB. Dato’ Speaker, berkenaan dengan terminal atau pengkalan di kedua-dua sudut di Seberang dan juga di Pulau ada apa-apa perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan sebagai tapak pelancongan ataupun mengekalkan terminal tersebut sebagai tapak terminal. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, untuk makluman YB. Permatang Pasir, sebenarnya terminal-terminal tersebut adalah dimiliki oleh bukan oleh Kerajaan Neger, jadi sememangnya ada perancangan untuk menaik taraf oleh Syarikat Penang Port Sdn Bhd dan saya difahamkan kerja-kerja penaiktarafan sedang berlaku dan akan siap kelak nanti. Terima kasih Yang Berhormat.
Tentang feri ini cuma saya hendak tanya satu soalan. Daripada 1 Januari 2021 dilancarkan bot laju Katamaran adakah ia mencapai keuntungan sebab masalah feri ini dulunya rugi running in lost...(dengan izin), jadi kalau boleh maklumkan juga adakah Katamaran ini menguntungkan, menguntungkan kepada pihak yang melaksanakannya dan kalau boleh saya minta satu lagi feri yang ada enam (6) buah ini adakah ia akan dilupuskan atau pun akan dijual kepada pihak-pihak yang tertentu dan kalau boleh satu feri itu dijadikan sebagai feri untuk angkut penumpang kita baiki dan jadikan ia sebagai ikon, bentuk feri perlu ada di Pulau Pinang ini kalau boleh sebuahlah kalau tidak boleh enam (6) buah, sebuah itu kita jadikan sebagai ikon bersama-sama dengan Katamaran. Terima kasih
Pengerusi Penang Port Sdn Bhd sila.
Yang Berhormat sepatutnya tanya kepada kawan dalam Barisan Nasional sendiri sebab Pengerusi Penang Port Sdn Bhd adalah daripada parti MCA. Kerajaan Negeri bukannya pengoperasi feri juga bukan pemilik feri di Negeri Pulau Pinang semuanya di bawah seliaan Kerajaan Pusat. Namun idea YB. Sungai Dua untuk feri iconic yang lama itu sebenarnya adalah idea yang sama dengan idea Kerajaan Negeri, saya ucapkan terima kasih YB. Sungai Dua setuju dengan pendirian Kerajaan Negeri. Ini lah sebenarnya yang telah diminta oleh Kerajaan Negeri semasa pada akhir tahun lepas sebelum dimulakan servis perkhidmatan Katamaran ini sama ada sekurang-kurangnya satu buah feri yang lama boleh dikekalkan. Namun jawapan yang telah kami terima daripada pihak Penang Port Sdn Bhd adalah kos untuk penyelenggaraan serta penaiktarafan feri yang lama adalah terlalu mahal ini adalah alasan yang telah diberi kepada Kerajaan Negeri walaupun Kerajaan Negeri tidak setuju namun Kerajaan Negeri terpaksa menerima sebab ini adalah hak Penang Port Sdn Bhd dan bukanlah suatu dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Terima kasih. Saya hendak jemput YB. Ahli Kawasan Teluk Air Tawar.
Terima kasih YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, soalan saya nombor 30. No. 30. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk merapatkan jurang pembangunan sosioekonomi di antara luar bandar dan bandar supaya kekayaan ekonomi negeri dapat dikongsi bersama?
Terima kasih. Ada jawapan?
Ya ada jawapan, ya. Berkenaan dengan soalan lisan untuk merapatkan jurang pembangunan sosio ekonomi di antara luar bandar dan bandar serta kekayaan ekonomi negeri dapat dikongsi bersama. Kerajaan Negeri telah melancarkan Wawasan Penang 2030 dengan matlamat utama "a family focus green and smart state that inspire the nation", selanjutnya Rancangan Stuktur Negeri Pulau Pinang 2030 diwujudkan untuk menggariskan perancangan yang mengandungi polisi dan dasar-dasar perancangan Negeri Pulau Pinang dan disokong dengan gambar rajah utama peta cadangan guna tanah sehingga tahun 2030. Pada masa ini Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan dalam peringkat akhir penyediaan draf Rancangan Tempatan Pulau Pinang 2030 dan deraf Rancangan Tempatan Seberang Perai 2030. Rancangan Tempatan tersebut merupakan usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan pembangunan di kedua-dua PBT dipacu seiring dengan RSNPP 2030 dan secara tidak langsung dapat mengurangkan jurang pembangunan sosio ekonomi di antara luar bandar dan bandar. Masa depan Negeri Pulau Pinang adalah di bahagian Seberang Perai kerana dijangka mampu menawarkan kawasan pembangunan yang luas dan berpotensi tinggi. Di samping itu Kerajaan Negeri juga telah meluluskan pada tahun lepas pada Disember 2020 untuk meningkatkan Garis Panduan Program Peningkatan Pemulihan Ekonomi untuk bantuan bina baru rumah dan juga bantuan baiki rumah di kawasan luar bandar dan juga telah MMK Luar Bandar juga telah meluluskan garis panduan baru peningkatan bantuan peralatan ekonomi especially di waktu pandemic ini dan apa the gist of it ialah kita telah menukarkan kaedah-kaedah bantuan bina baru dan juga baiki rumah dan bantuan peralatan dengan menggunakan konsep decentrallization maknanya keputusan-keputusan dan kewangan terus diberi di peringkat daerah, jawatankuasa-jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tuan DO dan juga konsep bantuan baiki rumah dan juga bina rumah baru di luar bandar untuk rumah-rumah kampung menggunakan kaedah PK2.1 iaitu konsep gotong royong maknanya dipermudahkan tidak perlu ada kontraktor yang mengikut syarat-syarat tetapi konsep gotong-royong ini di peringkat kampung mereka boleh ini adalah salah satu cara untuk membantu tukang-tukang kayu atau pun kontraktor-kontraktor di kawasan MPKK untuk beli barang dan membaiki dan bina rumah di bawah pemantauan JKR. Kita juga telah meluluskan kenaikan bantuan bina rumah baru dari RM42,000.00 kepada RM56,000.00 dan bantuan baiki rumah kampung kita sudah naikkan dari RM15,000.00 kepada RM42,000 dan tambahan RM3,000 untuk kerja-kerja ataupun persiapan tanah dan saya ada garis-garis panduan ini terdapat dalam jawapan bertulis dan juga jawapan lisan. Di samping itu juga sebab kalau kita tengok daftar daripada bantuan peralatan pada tahun 2021 terdapat peningkatan yang sangat tinggi lah jadi apa yang saya telah buat supaya kalau di masa pandemik ini peruntukan untuk bina rumah baru dan baiki rumah tidak dapat digunakan disebabkan oleh kekangan SOP dan PKP gunakan duit itu untuk lebihkan bagi bantuan kepada bantuan peralatan ekonomi. Kita juga telah menaikkan syarat untuk supaya lebih ramai mereka yang bertungkus-lumus keluarga yang susah di luar bandar supaya syarat yang dulu ialah RM1,500 ke bawah pendapatan yang hanya boleh memohon baiki rumah dan bina baru sekarang ni kita dah naikkan syarat ..(gangguan) saya nak jawab soalan yang nak jawapan terkini sebab jawapan yang di key in hari tu ialah….
Jawab soalan yang ditanya sudah yang secara teknikal macam mana nak buat rumah itu nanti bagi kat makluman kepada YB saja lah.
Di samping itu kita telah memulakan di bawah MMK Luar Bandar iaitu program Jom Kerja Luar Bandar bersama dengan PERKESO terdapat 60,000 orang Pulau Pinang telah mendaftar di bawah ini dan kita dah bermula di DUN Penanti dan pada hari Sabtu baru ini sempena perasmian Pusat Belia Penanti oleh YB Soon dan di situ kita fokus kepada luar bandar dan kami akan, kami juga telah membuat latihan kepada Pusat-Pusat Khidmat yang lain oleh PERKESO dan sebagai contohnya sebelum diadakan Karnival Jom Kerja Luar Bandar tu satu-satu DUN semua resume-resume telah dikumpulkan
Yang Berhormat sila rumuskan.
Saya nak sebut di sini, anak-anak luar bandar cara kita untuk supaya mereka ini juga mendapat peluang kerja kerja yang berpendapatan tinggi, kita nak kekalkan kampung-kampung kita, tapi kita nak pendapatan di situ adalah tinggi jadi saya sebagai contohnya Pulau Pinang dulu di Pulau...(gangguan).
Yang Berhormat sudah saya nak jemput soalan 31.
Terima kasih Dato’ Speaker, YB EXCO ada dua isu yang saya bangkit dalam soalan tambahan. Yang pertama, “Jom Kerja” yang dimaklumkan tadi apa perancangan kerajaan untuk menyebarluaskan ataupun extend program ini ke DUN-DUN lain yang dikategorikan sebagai luar bandar kerana setakat hari ini saya di Permatang Pasir tidak mendapat apa-apa maklumat tentang program ini di Permatang Pasir akan diadakan walaupun didakwa tadi oleh Yang Berhormat bahawa ini adalah program di bawah MMK Luar Bandar tetapi nampaknya hanya berlaku di Penanti sahaja. Bagaimana dengan tempat lain? Yang kedua Dato’ Speaker, tentang pembangunan luar bandar kita bukan cakap soal tentang nak baiki rumah yang sedia ada sahaja atau bina rumah baru bagi orang golongan B40, asnaf di luar bandar hari ini tapi kita bercakap tentang masa depan pembangunan luar bandar yang berlaku hari ini yang paling crucial adalah penjualan tanah lot lidi. Tanah lot lidi yang dijual hari ini ataupun yang dibangunkan rumah-rumah banglo di kawasan luar bandar ini akan mengulangi masalah yang sama hari ini iaitu tidak ada pembangunan infrastruktur yang sekata antara bandar dengan luar bandar iaitu pembinaan rumah banglo ini tidak ada infrastruktur jadi masalah yang sama juga akan berulang lagi 10 tahun 20 tahun jadi apa perancangan Kerajaan Negeri untuk mengawal penjualan lot lidi ini selain daripada cadangan saya untuk digubal satu enakmen untuk mengawal tapi apakah perancangan lain yang sedang dirancang oleh Kerajaan Negeri untuk mengawal supaya pembangunan luar bandar dengan bandar ini pada suatu hari nanti akan menjadi setara? Terima kasih
Jelas, terima kasih Permatang Pasir, EXCO.
Berkenaan dengan...ini bukan kononnya sebab dibawa ke Mesyuarat MMK Luar Bandar it is not a kononnya dan untuk yang Jom Kerja Luar Bandar...
Tak ada berita apapun, tu saya kata kononnya.
Ya, tak dalam Mesyuarat MMK Luar Bandar kami telah membincangkan isu ini supaya kita nak anak-anak kampung kita tidak terjebak dalam you know kalau tak dapat kerja dia akan terjebak dalam aktiviti-aktiviti lain seperti dadah dan sebagainya. Okey …(gangguan) saya nak, saya nak, saya nak jawab. Okey, yang pertamanya untuk yang luar bandar ni program ini ialah untuk membantu golongan B40 di luar bandar untuk menemu duga pencari kerja daripada golongan especially penduduk di kawasan luar bandar dan sesi libat urus bersama penduduk komuniti untuk berkongsi berkenaan dengan peluang pekerjaan dan juga sesi profiling dilaksanakan dengan bantuan semua MPKK bagi mendapatkan profiling pencari kerja di kawasan sasaran, tahap pendidikan, jantina, pilihan pekerjaan dan maklumat peribadi. Majikan-majikan dijemput bagi mengadakan temuduga secara fizikal,…(gangguan).
Tidak menjawab soalan saya. Soalan saya simple sahaja. Bila nak extend? Sebab dalam program-program....(gangguan).
Saya nak jawab sekarang ni so far pada sesi taklimat oleh PERKESO yang melibatkan DUN Telok Air Tawar, Pulau Betong, Teluk Bahang, Kebun Bunga, Seberang Jaya, Penanti, Sungai Bakap, Sungai Acheh.
Penanti dengar sini, jawab secara terus kepada soalan.
Ni saya sebut DUN-DUN yang baru terlibat. Kita baru bermula, saya dah sebut ni Teluk Ayer Tawar, Pulau Betong, Teluk Bahang, Kebun Bunga, Seberang Jaya, Penanti, Sungai Bakap, Sungai Acheh, Bukit Tambun, Bukit Tengah, Machang Bubuk, Batu Maung setakat inilah yang telah datang…(gangguan).
Soalan tambahan ke atas soalan tambahan. Kenapa Permatang Pasir being excluded sedangkan kita berjiran dan memang dalam kawasan luar bandar?
Soalan jelas. Jawab sajalah.
Seperti yang saya sebut semasa kita buat karnival bersama dengan Perasmian Pusat Belia Penanti yang hadir kepada taklimat itu adalah DUN-DUN yang sebab ini adalah bawah Jawatankuasa Jom Kerja Luar Bandar di bawah dengan PERKESO jadi yang datang masa taklimat YB. Soon ada di situ mungkin bukan semua orang dapat datang masa kita buat pada baru hari Sabtu baru ni. Anyway, pada hari Sabtu tu 20 majikan serta 2,000 kekosongan jawatan pelbagai sektor iaitu 8 sektor perkilangan 4 sektor F&B.
Soalan yang kedua tadi Dato’ Speaker, soalan kedua?
Soalan kedua.
Ya. Yang Berhormat sudah faham jawapan soalan No. 1.
Yang pasal tanah lot lidi? Isu penjualan tanah lot lidi memang kami mengambil bila ada aduan-aduan ini berlaku memang kes-kes ini dirujuk kepada MBSP sebagai contohnya yang berlaku kami memang rujuk kepada MBSP untuk ambil tindakan kepada syarikat-syarikat tu adalah sebuah syarikat sebenarnya daripada Perak yang telah membeli tanah-tanah sawah lot-lot lidi untuk dijadikan bahan …(gangguan).
Soalan saya apakah perancangan, bukan apakah tindakan ni. Ada apa-apa perancangan? Kalau tak ada jawab tak ada, senang simple.
Kalau ikut Akta tambakan sawah secara, secara tanpa kelulusan itu in terms of hukuman sepatutnya ada masuk jail 2 tahun dan juga 50…(gangguan).
Hukuman tu saya tahu, saya minta maaf Yang Berhomat EXCO saya tanya perancangan, ada tak ada? Itu je, tak ada jawab tak ada, ada jawab ada, kita nak dengar kita nak dapat maklumat.
Actually dalam Mesyuarat SPC kami telah mula-mula ada all this permohonan-permohonan especially di kawasan-kawasan yang telah ditambak di Permatang Pasir pun memang banyak tapi kami telah memberi kepada...(gangguan)
Bukan itu yang saya soal. Saya soal perancangan..
Dalam SPC untuk stop this aktiviti, cadangan yang telah diadakan ialah jika mereka nak tambak guna tanah tanah perladangan yang tidak produktif seperti getah kelapa sawit, itu cadangan yang telah dibincangkan dalam SPC…(gangguan).
Saya bukan soalan tentang mekanisme tambakan, saya tanya apa perancangan untuk mengawal penjualan tanah lot lidi.
Penanti duduk. Permatang pasir juga duduk. Yang Berhomat berjiran, keluarga, satu keluarga nanti bincang dekat luar, saya sudah… saya nak ke soalan 31.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan ini ada kaitan dengan DUN-DUN lain.
Saya faham.
Saya nak tanya ada perancangan atau tidak itu saja?.
Yang Berhormat, sudah 10 minit.
Saya sudah jawab...(gangguan).
Itu tindakan, itu tindakan. Saya tanya perancangan?
Saya kata kita dah bincangkan isu ini dalam Mesyuarat SPC dan...(gangguan).
Is there any perancangan, polisi?
Tak, actually lot-lot lidi ni dia tak boleh membuat perumahan hanya boleh 4 rumah sahaja yang boleh....(gangguan).
Sudah, sudah, Penanti terima kasih. Permatang Pasir juga terima kasih. Saya nak dengar soalan yang bersabit dengan pasaran saham, turun jatuh itu terpenting. Soalan 31, sila.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya No. 31. No. 31. Adakah Kerajaan Ngeri membuat pelaburan dalam mana-mana pasaran saham (stock market)? Sekiranya ya, nyatakan. (a) Berapakah saham Kerajaan Negeri yang dilabur setakat ini dan keuntungannya? (b) Siapakah yang bertanggungjawab membuat keputusan untuk membeli dan menjual saham tersebut? (c) Siapakah Lembaga Pengarah dan apakah elaun dan keistimewaan lain yang diterima oleh mereka?
Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Speaker, namun Dato’ Speaker amat minat, saya tak ada tips untuk Dato’ Speaker. Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Batu Uban pelaburan Kerajaan Negeri dalam pasaran saham adalah melalui pegangan saham dalam tujuh (7) buah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, syarikat-syarikat tersebut adalah Petronas Dagangan Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad, Axiata Berhad, Malaysian Airport Holdings Berhad, PBA Holdings Berhad dan Maxis Berhad. Nilai kos saham-saham tersebut berjumlah
RM233,964,073.19 manakala nilai pasaran saham-saham tersebut di Bursa pada 10 November baru-baru ini bagi saham-saham yang dipegang oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM297,778,101.64 sekiranya saham-saham tersebut dijual mengikut harga pasaran Kerajaan Negeri akan memperoleh keuntungan sebanyak RM63,814,028.45. Di samping itu Kerajaan Negeri turut memperolehi pulangan dividen ke atas saham-saham yang dipegang. Bagi tahun 2021 sehingga 10 November Kerajaan Negeri telah memperolehi pulangan dividen berjumlah RM8,682,075.52. Ke semua saham ini dimiliki oleh Kerajaan Negeri melalui belian ke atas tawaran langganan terbitan awam atau IPO dengan harga saham ditetapkan oleh syarikat yang membuat penyenaraian di Bursa Malaysia. Bagi saham Maxis pula yang dipegang oleh Kerajaan Negeri ianya adalah belian saham melalui peruntukan dari Akaun Amanah Kumpulan Wang Amanah Pelaburan Negeri Pulau Pinang. Bagi tujuan pentadbiran Akaun Amanah Kumpulan Wang Amanah Pelaburan Negeri Pulau Pinang satu jawatankuasa yang disebutkan sebagai Lembaga Kumpulan Wang Amanah Pelaburan Negeri Pulau Pinang diwujudkan. Sebarang bentuk pelaburan yang menggunakan Akaun Amanah Kumpulan Wang Amanah Pelaburan Negeri termasuk cadangan melabur dalam ekuiti atau saham perlu dibentang untuk perbincangan dan kelulusan Ahli-ahli Lembaga ini, begitu juga keputusan bagi pembelian atau pelupusan saham yang akan dilaksanakan ianya berdasarkan kepada keputusan Lembaga ini. Ahli-ahli Lembaga adalah seperti berikut, Ketua Menteri sebagai pengerusi, ahli-ahli jawatankuasa terdiri dari Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan seorang pegawai dari Jabatan Kewangan Negeri sebagai Setiausaha. Ahli-ahli Lembaga ini adalah disifatkan sebagai perkhidmat awam dalam erti kata dalam erti kanun keseksaan dan tidak menerima sebarang keistimewaan tertentu. Walau bagaimanapun mereka dibolehkan untuk dibayar elaun seperti elaun perjalanan atau elaun sara hidup mengikut kadar sepertimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa negeri dari masa ke semasa. Terima kasih.
Terima kasih, ya sila.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga Ketua Menteri di atas penjelasan yang diberikan dan atas maklum balas yang diterima dikatakan bahawa ada peningkatan dan juga Kerajaan Negeri juga menerima dividen saya nak tahu, adakah Kerajaan Negeri membuat risk management sebelum kita membuat keputusan untuk melabur dalam tujuh (7) kaunter saham yang disebut tadi? Terima kasih.
Y.A.B Ketua Menteri: Sebenarnya Kerajaan Negeri ada melantik dua (2) buah syarikat pengurus iaitu Principal Asset Management Berhad dan Kenanga Investors Berhad sebagai penasihat kepada Kerajaan Negeri dan pada setiap mesyuarat kedua-dua syarikat ini akan membentangkan beberapa laporan termasuk kedudukan global ekonomi Malaysia serta potensi dan risiko saham-saham yang boleh dilabur sektor-sektor dan sub sector yang sebagainya mempunyai potensi pulangan sekiranya saham-saham ini dibeli.
Selain dari apa yang saya sebutkan tadi kedua-dua buah syarikat ini juga diberikan peruntukan untuk mereka buat pelaburan bagi pihak Negeri Pulau Pinang dan mereka juga jual atau beli saham-saham berdasarkan kepada penilaian mereka dan bagi tahun ini kita pun ada terima pulangan daripada pelaburan yang dibuat oleh kedua-dua buah syarikat ini bagi pihak Kerajaan Negeri dan setakat September ini terimaan adalah berjumlah RM2.69 juta. Jadi bagi menjawab soalan Yang Berhormat memang ada nasihat meneliti risiko potensi sektor-sektor senario impak pandemik COVID-19 dan sebagainya sebelum jawatankuasa membuat keputusan atau mengarahkan untuk pelaburan yang baru ataupun keputusan untuk melupuskan saham-saham tertentu.
Soalan tambahan.
Ketua Pembangkang dulu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, cuma saya melihat bahawa pelaburan dalam pasaran saham ini ataupun pelaburan dalam syarikat-syarikat yang menguntungkan ini adalah merupakan satu bentuk pelaburan atau pendapatan yang boleh mendatangkan hasil kepada Kerajaan Negeri adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menambahkan pelaburan yang kurang risiko yang menguntungkan seperti Petronas dan TNB dan mungkin syarikat-syarikat lain adakah dividen ini dimasukkan dalam pendapatan bukan hasil Kerajaan Negeri? Terima kasih.
Y.A.B Ketua Menteri: Sememangnya lembaga ini meneliti isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, salah satu pertimbangan apabila sesuatu saham mungkin memberi pulangan yang lebih tinggi tetapi ia juga membabitkan risiko yang lebih tinggi. Jadi pada mesyuarat yang terkini memang kita minta pandangan daripada pengurus dana ini untuk meneliti sebagai lebih conservative lebih selamat lebih baik daripada fixed deposit kita minta kaji sama ada kita boleh masuk kepada bon sukuk dan sebagainya kerana memberi pulangan yang lebih tinggi daripada fixed deposit tetapi tidak membabitkan risiko seperti saham-saham biasa. Jadi kita akan menunggu penganalisa daripada pengurus kita dan membuat keputusan dengan mengambil kira arahan amanah yang boleh kita buat sesuatu atau pun tidak boleh buat sesuatu.
Terima kasih, satu lagi sila.
Yang Amat Berhormat Padang Kota, selain daripada kita membuat pelaburan secara pembelian saham-saham, adakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai perancangan seperti kalau ada kilang pelaburan seperti pembinaan kilang yang baru mula secara kecil-kecilan adakah kita ingin boleh menjadi pelabur dalam sesuatu industri yang baru dimulakan contohnya seperti Green Tech, Inari, Vitox, UWC Pentamaster semua memula secara kecil-kecilan di Pulau Pinang membeli tanah daripada PDC dan kini semua telah listed dalam bursa saham dan keuntungan mereka adalah 20 – 30 kali ganda sebelum pada permulaan bertapak di PDC. Oleh itu, persoalan saya adakah kita boleh menjalankan macam pelaburan atau perkongsian menawarkan tanah kita untuk permulaan pembinaan kilang sebagai dagang saham dalam sesuatu syarikat setelah kita nilai berpotensi? Terima kasih.
Y.A.B Ketua Menteri: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tambun atas cadangan berkenaan. Ada pepatah bahawa sepatutnya that is no business for the government to do business tetapi di mana-mana Kerajaan pun memang di Negeri Pulau Pinang apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tidak akan dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri tapi apa yang boleh dilakukan adalah melalui perbadanan yang ada di bawah Kerajaan Negeri iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang sememangnya pada 2 – 3 tahun kebelakangan ini melihat kepada potensi yang disebutkan oleh Yang Berhormat kita mengkaji rip kita melihat bagaimana mendapat recurrent income daripada selain daripada menjual tanah sahaja pada satu ketika pulangan saja dan apabila sudah dijual tidak ada pulangan recurrent pada masa-masa hadapan maka PDC memang sedang mengkaji sama ada kita juga boleh terlibat dari projek membina dan seterusnya memajak kepada para pelabur supaya bagi pelabur pun mereka tidak perlu pelaburan yang besar sebab apa yang mereka ingin lihat adalah asset light investment yang tidak membabit terlalu banyak capital outlay dalam membeli tanah membina bangunan dan sebagainya. Satu badan yang boleh melakukan fungsi yang dinyatakan oleh Yang Berhormat adalah CMI Negeri Pulau Pinang walaupun mungkin dari segi kepakaran di dalam CMI mereka tidak akan menceburi apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat yang boleh dilaksanakan dengan lebih baik oleh PDC maka CMI akan menumpu perhatian kepada jenis-jenis projek yang boleh memberi pulangan juga kepada Kerajaan Negeri bagi menampung menjana hasil kepada Kerajaan Negeri yang menjadi isu yang diberi perhatian oleh ramai Ahli-ahli di Dewan ini.
Terima kasih soalan seterusnya 32 telahpun dijawab bersamaan dengan soalan 12 maka saya jemput soalan 33.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan 33. No. 33. Apakah perancangan dan program Kerajaan Negeri untuk menyantuni golongan anak muda lebih-lebih lagi mereka ini sudah pun didaftarkan sebagai pengundi iaitu Undi 18?
Terima kasih kepada Dato’ Speaker, Yang Berhormat Dato’ Speaker saya menjawab soalan 33 daripada Pulau Betong. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah merancang siri-siri program yang menyeluruh dan mengambil langkah untuk mendekati pengundi baru seperti berikut; (i) Berkerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan siri program kesedaran undi 18 yang merangkumi ceramah, bengkel, kuiz, soal selidik dan sebagainya di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Negeri Pulau Pinang terutamanya 14 buah IPT yang telah menandatangani MoU dengan PYDC; (ii) Program kesedaran diadakan secara bulanan di pusat belia yang telah ditubuhkan oleh PYDC; (iii) Siri kuiz di atas talian dibuka kepada semua pengundi baru; (iv) Mengadakan roadshow di tempat beli belah; dan (v) bekerjasama dengan ADUN-ADUN kawasan dan pertubuhan belia untuk menganjurkan program kesedaran undi 18 bagi pengundi baru selain itu PYDC juga menganjurkan program-program melibatkan golongan belia termasuklah sidang muda dan program tahun 18 Penang edition.
(YB. Haji Mohd Tuah bin Ismail): Soalan tambahan. Kementerian Belia dan Sukan telah menubuh Jawatankuasa khas anak muda yang dianggotai oleh ketua pemuda-pemudi parti politik utama, adakah Jawatankuasa ini melibatkan pemimpin muda dari negeri-negeri pembangkang termasuk Pulau Pinang?
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menjawab soalan tambahan yang dituju oleh Pulau Betong memang setakat ini kita masih belum menerima sebarang notis atau pemberitahuan atau pemakluman tentang penubuhan tersebut dan saya telah menyemak mesyuarat yang bulan lepas kita ada bertanya sama ada program-program untuk melibatkan kesedaran pengundi 18 dan menglibatkan agensi-agensi Kerajaan, pertubuhan-pertubuhan belia ataupun negeri-negeri yang terlibat buat setakat ini masih tak ada sebarang maklum balas dan kita masih menantikan maklumbalas daripada KBS ataupun Jabatan Belia dan Sukan di Negeri Pulau Pinang ini.
Terima kasih, sila.
Soalan tambahan, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih di atas jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Bagan Jermal tadi berhubung dengan isu undi 18 ini pada sesi yang lepas di mana kita telah meluluskan enakmen negeri bagi meluluskan calon yang umur 18 boleh menjadi calon di pilihan raya negeri sekiranya berlakulah.
Jadi soalan saya pihak SPR telah pun mengemukakan perkhidmatan untuk semak kepada mereka yang berumur 18 – 21 tahun dari 1hb sehingga 31hb Oktober tempoh lalu tapi malangnya kita masih nampak pilihan raya negeri Melaka yang berlaku masih tidak mengambil kira pengundi-pengundi yang berumur lingkungan 18 – 20 dan juga PRN Sarawak yang akan berlaku tidak lama lagi saya yakin pun masih belum melibatkan mereka dalam lingkungan ini. Jadi persoalan saya adalah sama ada pihak Kerajaan Negeri mendapat sebarang maklum balas daripada pihak SPR. Satu, sama ada pembentangan pindaan perlembagaan akan dibentangkan di Sidang Parlimen. Kedua, sama ada pelaksanaan pengundi kepada mereka dalam lingkungan 18 sehingga 20 akan dilaksanakan di negeri Pulau Pinang? Itu soalan saya.
Terima kasih soalan daripada Pengkalan Kota. Memang kita masih menunggu sama ada Kerajaan Persekutuan dan juga SPR dapat melaksanakan seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita pada dua bulan yang lepas semasa sidang Parlimen pada Oktober. Di mana kerajaan memang berhasrat sehingga 31 Disember ini semua maklumat untuk pengundi baru dapat diperincikan dan juga dapat melaksanakan pengundi umur 18 dilaksanakan pada pilihan raya PRU Ke-15 yang akan datang. Sementara waktu untuk menunggu pelaksanaan pengundi 18, kita telah merancangkan beberapa program supaya dapat menggalakkn golongan belia terutama yang berumur 18, 19 dan 20 untuk mereka melibatkan diri dan juga menggerakkan mereka mengapa perlunya untuk turun membuat undi. Saya rasa kesedaran dan pendidikan ini penting Terima kasih.
Terima kasih. Saya hendak jemput soalan 34.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua Dewan. Soalan saya nombor 34. No. 34. Pemimpin tertinggi Pakatan Harapan bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) di peringkat Persekutuan atas dasar kepentingan rakyat.
Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Seberang Jaya atas soalan berhubung dengan MoU. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak bercadang untuk mengadakan apa-apa memorandum persefahaman dengan barisan pembangkang negeri pada masa ini bagi mewujudkan permuafakatan politik antara gabungan politik yang berlainan. Walau bagaimanapun, beberapa agenda pembaharuan yang dibangkitkan dalam MoU telahpun dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Ini dapat dilihat dari Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012 yang menyekat seseorang wakil rakyat dari melompat parti. Selain itu, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang juga telah meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Pulau Pinang Pindaan 2018 untuk menghadkan tempoh jawatan Ketua Menteri kepada dua penggal. Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Harapan sentiasa peka kepada aspirasi rakyat maka Negeri Pulau Pinang sering mendahului dalam membawa
pembaharuan bagi menjamin hak rakyat dibela. Kerajaan negeri pada masa ini berada dalam keadaan yang stabil serta mendapat sokongan padu dari rakyat. Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan Yang Amat Berhormat. Yang Amat Berhormat, antara di dalam sesi itu saya percaya Yang Amat Berhormat pun faham. Selain daripada yang dibangkitkan tadi, antara lain adalah soal pembekalan yang mana Yang Amat Berhormat sendiri maklum bahawa Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan yang hampir sama kepada semua ahli Parlimen, baik daripada Pembangkang dan juga Kerajaan. Antara maksud soalan saya ini, pastinya adalah soal itu seperti saya bangkitkan dalam perbahasan saya sebelum ini dan juga oleh beberapa ADUN pembangkang. Kita maklum memang ada peruntukan yang disediakan untuk Pembangkang juga tetapi dari segi quantum itu saya rasa perlu ada satu pindaan atau perubahan kerana dalam kita, our democracy matured saya percaya soal peruntukan ini bukanlah satu faktor besar yang menentukan menang atau salah satu-satu calon dalam pilihan raya tetapi apabila as elected representative rasanya kita perlukan kemudahan-kemudahan ini untuk melaksanakan tanggungjawab kita. Baik sebagai kerajaan mahupun sebagai pembangkang kerana dalam amalan demokrasi, Kerajaan juga mempunyai peranan, Pembangkang juga mempunyai peranannya yang tersendiri sebab itu, soalan saya adalah adakah kerajaan negeri mengambil semangat daripada CSA yang telah telah ditandatangani di peringkat Persekutuan. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk meningkatkan amaun dan juga quantum dan juga memberikan kemudahan-kemudahan lain yang diterima oleh ADUN Kerajaan juga untuk ADUN pembangkang Negeri Pulau Pinang?
Y.A.B. Ketua Menteri:
Terima kasih Yang Berhormat Seberang Jaya atas soalan tambahan dan cadangan. Pihak kerajaan negeri memang sudah meneliti isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam Mesyuarat MMK dan dari maklumat yang pihak kerajaan negeri terima, pihak Kerajaan Persekutuan ada menyalurkan peruntukan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pembangkang di Negeri Pulau Pinang berjumlah RM300,000 ada yang mendapat RM400,000 tetapi peruntukan yang sama tidak diberikan kepada Ahli-ahli Dewan dari gabungan kerajaan. Itu beza dialah. Jadi setelah meneliti perkara ini didapati based on needs keperluan itu sudah pun diisi kerana Kerajaan Persekutuan murah hati dan memberi peruntukan kepada Ahli-ahli Dewan dari Pembangkang tetapi kemurahan hati itu tidak diberikan kepada ADUN dari Kerajaan. Jadi setelah meneliti perkara ini, dan didapati Ahli-ahli Dewan Pembangkang sudah terima satu jumlah peruntukan yang hampir sama dengan apa yang diterima oleh ADUN backbenchers maka Kerajaan Negeri memutuskan untuk mengekalkan peruntukan kepada Ahli-ahli Pembangkang pada paras yang sedia ada.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih Dato' Speaker, Ketua Menteri sebab saya rasa tadi jawapan daripada Ketua Menteri itu amat penting iaitu satu pendedahan di mana sebenarnya ADUN-ADUN Pembangkang di Pulau Pinang. Ini juga mendapat peruntukan yang RM300,000 setahun ini sama dengan ADUN-ADUN Kerajaan juga, backbencher. Kita juga dapat RM300,000 dan tambahan pula jika Kerajaan Negeri masih bagi mereka RM60,000 lagi maka mereka akan peruntukan setahun mereka akan lebih daripada BBC backbencher. Ini lagi tidak adil bagi backbencher yang dipilih oleh rakyat. Kita tidak menerima sebanyak sejumlah yang sama dengan ADUN-ADUN Pembangkang ini. So saya ini perlu diberitahu kepada orang ramai sebenarnya CSA itu sudah di secara tidak langsung sudah ditandatangani.
Terima kasih.
Y.A.B. Ketua Menteri: Ya. Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat.
Terima kasih. Saya hendak terus seterusnya pergi ke soalan 35 telah pun dijawab bersamaan dengan soalan 12 maka di langkau. Soalan 36 saya hendak jemput 36 dari Berapit. Berapit tiada di dalam Dewan maka soalan dilangkau. Soalan 37 telahpun dah dijawab bersamaan dengan soalan 27 seterusnya soalan 38.
Dato’ Speaker, soalan saya nombor 38. No. 38. Kemudahan awam di Teluk Kumbar dilihat ketinggalan. (a) Apakah perancangan pembinaan Pasar Awam MBPP di Teluk Kumbar disertakan elemen seperti Pusat Perkhidmatan Setempat untuk urusan harian dengan mengambil kira populasi penduduk kian meningkat? (b) Jika tidak, boleh ianya disertakan bagi membolehkan wuudnya system perbankan dan pejabat pos disitu nanti?
Terima kasih Dato' Speaker dan pada rakan saya daripada Bayan Lepas berkenaan kemudahan awam di Teluk Kumbar. Dato' Speaker, saya cuba ringkaskan dalam projek pembinaan pasar awam di Teluk Kumbar merupakan satu usaha dan Perancangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dalam menyediakan kemudahan awam melibatkan fasal dan rumah mampu milik kepada penduduk setempat di kawasan tersebut. Sehingga kini MBPP telah membuat panggilan RFP untuk pembangunan pasar awam dan rumah mampu milik di atas Lot 908 Mukim 9, Teluk Kumbar Daerah Barat Daya dan untuk makluman Dato' Speaker dan semua di Dewan, RFP tersebut telahpun ditutup pada 8 November baru-baru ini bagi memastikan petender boleh menyediakan konsep pembangunan yang terbaik. Pihak MBPP tidak menetapkan sebarang syarat khusus seperti penyediaan pusat perkhidmatan setempat, bank ataupun pejabat pos. Walau bagaimanapun, pihak petender perlu mematuhi semua garis panduan berkaitan perancangan bangunan yang berkuatkuasa dalam menyediakan RFP masing-masing dan MBPP seterusnya akan membuat penilaian ke atas RFP tersebut sebelum membentangkan keputusan penilaian untuk pertimbangan Mesyuarat Lembaga Perolehan di MBPP Dato’ Speaker. Secara umumnya, faktor-faktor yang diambil kira oleh sesebuah institusi kewangan dalam membuat penilaian bagi pembukaan cawangan mereka ialah kesesuaian lokasi, infrastruktur dan persekitaran, keperluan serta permintaan perkhidmatan kewangan seiring dengan pembangunan setempat. Selain daripada pembukaan cawangan bank terdapat saluran alternatif lain yang telah disediakan oleh institusi kewangan bagi menyokong dan meningkatkan penyampaian penyampaian kemudahan asas perkhidmatan perbankan di kawasan luar bandar. Antaranya Dato’ Speaker, termasuklah penyediaan ejen-ejen bank yang menawarkan beberapa perkhidmatan kewangan asas seperti penyimpanan dan pengeluaran deposit, khidmat pemindahan dana, pembukaan akaun, pembayaran balik pembiayaan dan pembayaran bil utiliti. Ejen bank ini terdiri daripada entiti perniagaan seperti kedai-kedai runcit, stesen-stesen minyak, pejabat pos dan koperasi yang dilantik oleh pihak institusi perbankan seperti Bank Simpanan Nasional, Agro Bank, Bank Rakyat, Maybank, RHB Bank dan Bank Islam antara untuk menyediakan perkhidmatan perbankan asas terutamanya di kawasan pedalaman yang jauh daripada cawangan bank. Sehubungan dengan itu, Dato' Speaker, MBPP akan meneliti keperluan semasa penduduk setelah proses Penilaian dan pemilihan RFP Pasar Awam Teluk Kumbar tersebut selesai dilaksanakan. Sekian terima kasih.
Cuma dalam kesempatan ini saya ingin bertanyakan kepada YB EXCO, memandangkan isu pasar Teluk Kumbar ini telah lama berlarutan. Jadi untuk masa ini, saya telah dimaklumkan bahawa projek ini tidak lagi dia buat sana terus oleh MBPP dan dibuat secara RFP. Okeylah, dalam soalan tambahan saya, berapa banyakkah syarikat yang berminat untuk dalam tender RFP ini dan juga memandangkan isu ini telah lama berlarutan, apakah jangka masa yang pihak kerajaan tetapkan agar pelaksanaan pembinaan pasar ini dapat dijayakan? Terima kasih.
Berkenaan RFP sepertimana saya nyatakan dalam jawapan baru ditutup saya akan dapat maklumat terkini berkenaan berapa yang telah masuk dalam proses RFP itu and of course jangkaan itu dan lain-lain juga saya akan maklum kerana ini adalah semua ditetapkan dalam RFP. I will beri maklumat dalam penggulungan nanti.
Maksud saya jangkaan awal YB EXCO mungkin sebelum pilihan raya atau pun selepas pilihan raya? Direct terus.
Kalau Yang Berhormat boleh bagi tahu bila pilihan raya mungkin saya boleh aturkan.
Terima kasih saya boleh terima lagi satu lagi soalan lisan 39.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan nombor 39. No. 39. Apakah status terkini hospital patuh Syariah yang hendak dilaksanakan di Bayan Baru? (a) Berapakah kos yang telah dikeluarkan dari awal projek ssehinga ke hari ini? Perincikan kos yang telah digunakan. (b) Bilakah dijangka siap dan bilakah dapat digunakan?
Dato' Yang di-Pertua, soalan 39 berhubung dengan pembinaan hospital patuh syariah di Bayan Baru. Projek adalah di dalam fasa pembinaan. Walau bagaimanapun, kemajuan projek telah tergendala disebabkan terutamanya oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik COVID-19. Bagi maklumat tentang kos dan funding projek ini adalah menggunakan konsep bullet payment yang bermaksud pihak kontraktor akan membiayai semua kos semasa pembinaan dan bayaran hanya akan dibuat setelah projek siap. Pihak yang terlibat di dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan projek adalah seperti berikut, kontraktor: Pembinaan APM Sdn. Bhd., perancang fasiliti perubatan; Teknireka Architect Sendirian Berhad dan perunding reka bentuk pembinaan diketuai oleh Zafa Architects. Untuk makluman Yang Berhormat Penaga yang bertanya soalan, pihak Yayasan Islam Pulau Pinang telah mengadakan, telah melantik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebagai Project Manager untuk menyelesaikan beberapa masalah semasa pembinaan dan untuk meneruskan dengan pelaksanaan projek ini. Sekian.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pinang Tunggal atas jawapan yang telah diberi berkaitan dengan hospital patuh syariah. Dalam soalan bertulis saya sesi sidang yang lepas ada juga saya kemukakan dan dimaklumkan bahawa hospital patuh syariah ini yang terletak di Bayan Baru akan siap projeknya pada tahun 2022. Bermakna tahun hadapan tapi atas jawapan yang telah diberi tadi masih dalam fasa pembinaan dan juga tergendala disebabkan oleh COVID jadi jangkaan siapnya bila boleh?
Mengikut kontrak asal tempoh pembinaannya adalah selama 30 bulan. Jadi disebabkan tergendala di peringkat awal ini dia akan berlanjutanlah. Mungkin dua (2) tahun atau tiga (3) tahun selepas dimulakan semula.
Terima kasih. Itu sahaja untuk sesi soalan lisan. Ahli-ahli Yang Berhormat, 1 jam 30 minit pun telah tamat selaras dengan Peraturan-peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletak di atas meja Ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.
Terima kasih Yang Berhormat dan Ahli-ahli Yang Berhormat kita beralih ke sesi perbahasan untuk Usul dan Rang Undang-undang yang telah pun dibentangkan. Sila, Penaga.
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan salam sejahtera. (Bacaan doa). Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, seluruh Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan, rakan-rakan Yang Berhormat dan semua tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian.
Salam pembuka mohon disambut, Salam hamba harap berbalas, Usul yang baik mohon disambut, ADUN Penaga mohon berbahas.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua memberi ruang dan peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan bagi Usul Pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2022 yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada Jumaat yang lepas, 26 November 2021. Satu belanjawan yang saya kira baik memberi manfaat kepada seluruh rakyat di Negeri Pulau Pinang. Belanjawan yang ke arah mengawal situasi pandemik COVID-19 oleh kerana kita masih lagi belum dapat mengamankan negeri kita daripada wabak ini dan kita harap langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan, Insya- Allah kita boleh mengawal, mencegah dan sekali gus kita dapat kembali semula kepada kehidupan normal kita setelah mana dua (2) tahun kita diuji oleh Allah SWT dengan pandemik yang bukan sahaja mengancam keselamatan dan juga kesihatan kita tetapi nyawa kita. Dan juga bajet ke arah memulihkan ekonomi negeri apabila kita terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan dan sekarang ini Alhamdulillah Negeri Pulau Pinang juga telah masuk fasa yang keempat Pemulihan Negara, Pelan Pemulihan Negara jadi ke arah memulihkan ekonomi negeri kita. Cuma Penaga juga berharap agar kerajaan boleh memberi jaminan bahawa cukai-cukai tidak akan dinaikkan bagi mengatasi defisit yang tinggi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dewasa ini. Tuan Yang di-Pertua, ada orang hidup untuk makan dan ada orang makan untuk hidup. Dalam erti kata lain, makanan adalah benda asas, perkara penting untuk semua makhluk yang hidup. Saya ingin tahu adakah status jaminan makanan atau food security di negeri kita ini benar-benar berada dalam keadaan selamat. Data yang diperolehi purata tahap SSL bagi sayur-sayuran dari tahun 2013 hingga 2018 ialah 91.78 peratus manakala tahap SSL bagi ayam pada tahun 2020 ialah 118.36 peratus. Dalam pembentangan bajet juga disebut pelbagai aktiviti untuk keselamatan makanan namun harga pasaran bagi kedua-dua bahan ini sebagaimana yang kita semua lihat pada hari ini terus meningkat di pasaran. Bagaimana pihak kerajaan hendak menjelaskan bahawa masalah kedua-dua barang ini bukan disebabkan oleh kekurangan pengeluaran barang tersebut. Jadi perlu dijelaskan oleh kerajaan untuk kita memastikan rakyat di Negeri Pulau Pinang ini Insya-Allah, dijamin makanannya dan juga keperluan asasnya. Dato’ Yang di-Pertua, berkenaan dengan terowong dasar laut, saya ingin tahu berapa lama lagi masa yang akan diambil oleh kerajaan dalam memuktamadkan kelulusan draf laporan kajian kebolehlaksanaan yang telah dikemukakan dan bila masyarakat boleh tahu tentang laporan tersebut. Projek ini telah lama dirancang dan Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM305 juta untuk kos kajian projek ini, satu kos yang tinggi. Jadi kita nak pastikan supaya duit rakyat tidak dibazirkan begitu sahaja. Dato’ Yang di-Pertua, berkaitan dengan memperkasakan syariat Islam yang juga disebut dan disentuh dalam Bajet 2022. Dalam belanjawan yang disentuh berkaitan dengan memperkasakan syariat Islam telah dimaklumkan bahawa tiga (3) masjid yang bakal siap dibina dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan pada tahun 2022. Semoga pembinaan masjid-masjid ini dapat dimanfaatkan dan dapat diimarahkan oleh seluruh masyarakat umat Islam dan kita nak pastikan Insha-Allah supaya masjid-masjid ini dapat beroperasi dan aktiviti-aktiviti di masjid juga dapat dijalankan apabila kita telah berada dalam fasa yang keempat ini dan kalau boleh pengimarahannya dirancakkan. Dan ini memberi manfaat yang sangat baik kepada masyarakat Islam di Negeri Pulau Pinang. Terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri dengan bantuan Kerajaan Persekutuan dan juga para EXCO yang bertanggungjawab. Kalau memilih tempat bermandi, pertama teluk, kedua sungai, kalau memilih pemimpin negeri, pertama bersih, kedua pandai.
Dato’ Yang di-Pertua, apabila membaca maklumat dan saya juga tertanya-tanya berkaitan dengan status hospital patuh syariah yang tadi dalam soalan lisan saya telah dijawab oleh EXCO yang bertanggungjawab yang kita telah dimaklumkan sebelum ini bahawa hospital patuh syariah ini akan siap pada tahun 2022, tahun hadapan. Seluruh masyarakat saya rasa bukan saya di kalangan orang Islam bahkan seluruh rakyat Negeri Pulau Pinang sememangnya ingin melihat bangunan hospital patuh syariah yang mungkin yang pertama di negeri kita. Jadi saya harap walaupun hospital ini masih dalam fasa pembinaan yang dijelaskan tadi tergendala disebabkan oleh situasi pandemik COVID-19 dan jangkaannya mungkin dua (2) tahun selepas daripada target asal 2022, saya harap Kerajaan Negeri serius dan suatu hari nanti kita nak lihat Insya-Allah apa yang kita hasratkan untuk kita melihat hospital patuh syariah ini benar-benar wujud dan dapat dimanfaatkan oleh seluruh rakyat bukan saja di kalangan orang Islam. Dato’ Yang di-Pertua….(gangguan).
Mohon mencelah Yang Berhormat Speaker. Okey berkaitan dengan hospital patuh syariah tadi saya dimaklumkan bahawa pembinaan tersebut akan dilaksanakan oleh PDC itu saya tak tahulah boleh dijelaskan lah nanti. Cuma sekiranya di apa, dibina oleh PDC apakah, apa nama pertimbangan asas yang difikirkan yang diminta supaya PDC laksana sedangkan apa wakaf sendiri pun penubuhannya juga adalah untuk pembangunan institusi Islam itu sendiri. Jadi kenapa tidak diserahkan terus kepada wakaf Pulau Pinang untuk pembinaan. So adakah Yang Berhormat Penaga bersetuju untuk diserahkan kepada wakaf dan asas pertimbangan kepada PDC itu disebabkan apa supaya ia lebih jelas dalam apa, pembinaan hospital tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Acheh dan sememangnya saya bersetuju dan minta nanti pihak EXCO akan respond atas apa yang telah dibangkitkan. Dato’ Yang di-Pertua, pada hari ini juga saya nak sentuh berkaitan dengan isu Naib Kadi di Negeri Pulau Pinang dan saya telah mengemukakan soalan dan jawapan yang telah diberi. Saya nak minta perhatian daripada Pinang Tunggal berkaitan dengan isu Naib Kadi. Tak ramai pun dan Naib Kadi ini fungsi dia tidak lain dan tidak bukanlah berperanan untuk melaksanakan tugas akad nikah bagi pasangan Islam yang nak berkahwin serta khidmat nasihat berkaitan isu kekeluargaan kepada masyarakat Islam. Lebih kurang dalam 23 orang Naib Kadi di negeri Pulau Pinang yang merangkumi empat (4) daerah lah, Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan. Jadi ada isu yang diminta untuk saya bawa dan diambil perhatian oleh kerajaan iaitu berkaitan dengan elaun yang mereka terima. Terlalu sedikit kalau nak dibandingkan dengan perkhidmatan yang mereka beri. Walaupun mereka bukan kita nisbahkan sebagai penjawat awam sepenuh masa tetapi saguhatinya dengan kadar RM600 sebulan. Itu pun berdasarkan jumlah tuntutan harian RM50 kali darab 12 kali dalam sebulan dibayar hanya RM600 sebulan dan tambahannya kalau pada bulan itu ada majlis akad nikah maka mereka dapat sedikit lagi saguhati daripada majlis tersebut yang saya difahamkan di Negeri Pulau Pinang ini hanya diberi sebanyak RM120. Seratus untuk Naib Kadi, dan 20 lagi dibahagi untuk dua (2) orang saksi. Amat sedikit saguhati yang diberi dan saya mencadangkan supaya kalau boleh dinaikkan bayaran khidmat akad nikah ini. Mungkin RM120 itu sudah tidak relevan lagi untuk dewasa ini dan mungkin kita boleh ambil contoh daripada negeri Selangor sebagai contoh dibayar kadar upah itu, akad nikah itu sebanyak RM250. RM150 diberi kepada Naib Kadi dan RM100 diberi kepada dua (2) orang
saksi. Maknanya dapat seorang RM50. Kalau di Pulau Pinang RM120, RM100 untuk Naib Kadi, RM120 untuk dua (2) orang saksi. Seorang saksi dapat RM10 saja. Bayangkan dia keluar daripada rumah dia mungkin bawa motorcycle pergi ke tempat majlis akad nikah kemudian dia hanya diberi RM10 sahaja. Jadi kalau boleh pertimbangkan supaya dinaikkan dan kalau boleh ya dimasukkan ataupun diberi caruman KWSP. Dibayar caruman KWSP supaya apabila mereka keluar untuk melaksanakan tugas kalau berlaku apa-apa musibah, kemalangan dan seumpamanya maka di sana ada jaminan untuk mereka meneruskan kehidupan mereka. Jadi naikkan elaun bayaran akad nikah, itu yang saya cadangkan boleh mengambil contoh Selangor dan caruman KWSP sama ada mereka layak mencarum ataupun tidak itu mungkin kita boleh rujuk dengan pihak KWSP. Jadi saya harap perhatian ini diberi oleh EXCO dan kita nak pastikan supaya Naib-naib Kadi kita dapat memainkan peranan dengan sebaik mungkin apatah lagi dalam situasi pandemik ini, dalam tempoh PKP hari tu majlis akad nikah pun tidak dapat diadakan jadi sangat sedikit wang yang mereka terima bulanannya dan bagaimana mereka nak meneruskan kehidupan ataupun nak menyara, memberi nafkah kepada keluarga mereka. Dato’ Yang di-Pertua, suka jaya suka juga saya nak menyebut dalam Dewan yang mulia ini, dalam nak menegakkan syariat Islam, gerak kerja bukan hanya sekadar menyediakan peruntukan dan membuat kebaikan namun perlu juga ada usaha dalam melarang kejahatan atau disebut nahi mungkar ini selaras dengan apa yang telah disebut di dalam al-Quran...(Bahasa Arab) yang bermaksud "Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dilahirkan bagi faedah umat manusia kerana sifat kamu senantiasa menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada perkara yang mungkar ataupun perkara yang salah yang buruk dan keji sedangkan kamu beriman kepada Allah SWT sebenar-benar keimanan". Inilah konsep dalam Islam disebut..(Bahasa Arab). "Kita mencegah lebih baik daripada kita mengubat". Ada penyakit-penyakit masyarakat yang perlu kita ubati dan di sana ada penyakit kita perlu mencegah lebih awal. Jadi saya nak mengambil kesempatan pada hari ini saya nak mengucapkan tahniah kepada DBKL kerana tidak membenarkan jualan arak di kedai runcit dan kedai serbaneka di Kuala Lumpur daripada bermula bulan lepas dan tahniah juga diucapkan kepada Kerajaan Negeri Kedah kerana tidak lagi akan memberi kelulusan lesen premis perjudian selain menghadkan aktiviti penjualan arak di Negeri Kedah. Islam sememangnya mengharamkan judi dan semua jenis arak kepada penganutnya tidak kira arak murah atau arak yang berada di pasaran dan ini selaras dengan firman Allah S.W.T. dalam Al-Quran yang bermaksud "Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad mengenai arak dan judi katakanlah pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya".
Wang ringgit jadi taruhan, Amalan judi membawa laknat, Judi punca perbalahan Permusuhan pincang binasa umat.
Adat Melayu pantang berjudi, Judi sambung membawa laknat, Jahatlah laku membuang kaji, Kaji dibuang binasalah umat.
Minta mencelah Yang Berhormat Penaga. Untuk memulakan pertama sekali saya tidak menyokong aktiviti perjudian dan juga mabuk. Tetapi saya nak tanya kepada Yang Berhormat Penaga ini sebab kita juga dalam dunia yang bertoleransi ini kita tahu bahawa kita ada rakyat yang bukan Islam dan kita menghormati walaupun kita tak sokong Akta Perjudian dan juga mabuk tetapi kita menghormati hak seorang untuk membuat keputusannya sendiri. Dan kita saya harap apa yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Kedah tidak akan saya tahu tidak akan diikuti Negeri Pulau Pinang dan saya harap Yang Berhormat Penaga juga akan menghormati hak rakyat Malaysia bukan Islam untuk membuat keputusannya sendiri mengenai isu ini. Boleh saya tanya pendirian Yang Berhormat Penaga tentang isu ini kepada hak rakyat Malaysia bukan Islam untuk membuat keputusannya sendiri? Adakah aktiviti judi dan juga mabuk kita tak sokong tetapi kita menghormati hak untuk membuat keputusannya sendiri?
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pulau Tikus. Ya, memang kita menghormati hak semua dan sebab itu saya sebut dalam isu ini kita mencegah itu lebih baik daripada kita mengubat. Dan dalam soal...(gangguan).
Isu ini semalam pun sudah bangkit. Isu ini sudah ada jawapan daripada pihak Kerajaan Negeri...(gangguan).
Dato’ Yang di-Pertua, saya pebetulkan Penaga. Dia nyatakan seolah saya memang...(gangguan)
Saya belum bagi...(gangguan).
Penaga, bagi saya laluan sekejap sahaja. Saya setuju kalau dinyatakan arak atau judi haram untuk orang Islam. Memang ada jabatan-jabatan agama Islam yang boleh mengambil tindakan terhadap orang Islam kalau mereka terlibat dalam aktiviti ini. Tetapi di sini, PAS khususnya di negara ini cuba menjadi moral police kepada bukan Islam di negara ini. Itu yang kita tak terima. Bukan kami sokong perjudian ataupun arak. Itu adalah the fundamental liberty of
any human being. Saya pergi ke Bahrain pun, Bahrain 90 peratus negara orang Islam. Saya nampak sana pun tak buat macam ni tetapi PAS nak bawa kita ke zaman batu. Dia nak tetapkan apa undang-undang untuk orang bukan Islam. Itu kita tak akan terima dan tak akan benarkan, kami akan lawan.
Terima kasih Bagan Dalam. Saya faham daripada semalam lagi dan semenjak bermula Sidang Dewan, nama PAS seringkali disebut walaupun...(gangguan)
PAS sedang merosakkan negara ini. Kami terpaksalah...(gangguan).
Penaga, penaga penaga. Pandang sini.
Nama PAS seringkali disebut di dalam Dewan mahupun diluar, biar diserang biar diugut. PAS melangkah takkan berundur.
YB jaga masa perbahasan ya.
Saya sebut tadi. Saya ucap tahniah. Saya bahas dalam isu permekasaan syiar Islam dan kita kena ingat di negeri Pulau Pinang juga sebahagian besar bahkan 50 peratus adalah orang Islam. Sebab tu saya ucap tahniah pada DBKL kerana tidak membenarkan jualan arak di kedai runcit dan kedai serbaneka sahaja. Bukan mengharamkan terus. Boleh dijual. Tapi kita nak menghadkan. Sama apa juga dibuat di Kelantan sejak tahun 1990. Tidak diharamkan arak di Kelantan. Cuma dihadkan. Premis dihadkan untuk orang-orang bukan Islam yang mungkin budaya mereka arak ini adalah budaya mereka, silakan. Dan juga kerana kita tahu dia punya manfaatnya kecil berbanding mudarat dengan saya dah sebut kelmarin saya dah sebut kalau tak salah dalam apadia jawapan lisan...(gangguan).
Dato’ Yang di-Pertua, saya nak betulkan arak ataupun judi bukan budaya mana-mana kaum di negara ini. Bukan budaya mana-mana agama tetapi itu lebih kepada fundamental liberty. Hak seseorang itu, jadi jangan katakan itu budaya mana-mana kaum. Bukan budaya mana-mana kaum. Mana-mana agama pun tak sokong; tapi PAS cannot be the moral police for the non-muslim. Itu yang saya nak katakan.
Hormati hak seorang rakyat Malaysia bukan keputusan dia sendiri.
Pulau Tikus, sudah, sudah.
Sebab itu kita tak kaitkan dengan mana-mana agama sebab kita tau arak ni bahkan judi ni memang semua agama mengharamkan ataupun tidak membenarkan judi. Tapi arak ada sebahagian agama yang mengizinkan...(gangguan).
Saya tak sentuh arak. Penaga, benarkan saya. Saya tak akan sentuh arak. Saya sentuh tentang isu air. Kalaulah PAS katakan arak itu haram, tapi mengapa MB Kedah kacau isu air di Pulau Pinang di persempadan negeri? Nak minta duit pula. Itu juga masalah kita. itu juga menjejas penduduk di Pulau Pinang.
Terima kasih Batu Lancang.
Sudah, sudah. Penaga, sila sila.
PAS selalu tuduh, macam seolah-olah Penang ini pusat maksiat. Apa pandangan Penaga tentang itu?
Menteri Besar patut panggil mai di Penang pula.
Duduk semua duduk. Penaga, saya dah kata masa perbahasan saya kena berlaku adil pada semua. Kalau Penaga izinkan semua yang ini nanti isu yang akan bangkit tak cukup masa. Dan isu arak dan perjudian ni pun ada jawapan dari kerajaan. Sudah. Semua yang ini akan ditolak.
Yang di-Pertua, semua kelemahan saya jadi saya ...(gangguan). Saya akan menghormati masa saya.
Semua yang ini akan ditolak.
Minta laluan sikit, terima kasih Yang Berhormat Penaga. Saya faham apa yang Yang Berhormat Penaga cuba bangkitkan. Ini soal polisi, polisi bukan soal kaum bukan soalan agama. Apa yang dibuat di DBKL, apa yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan juga sebenarnya ada banyak bandar-bandar lain di dunia juga menghadkan penjualan arak dan juga menghadkan juga masa untuk premis-premis menyediakan arak. Kerana kita kena ingat dalam tempoh setahun ke dua tahun yang sebelum ini, kita sendiri dapat lihat berita-berita yang mana ada sendiri pegawai kakitangan MBPP mati dilangar oleh pemandu yang mabuk. Mati kerana kemalangan jiwa. Apa kemalangan yang melibatkan pemandu yang mabuk. Dan ini sebenarnya ini soal isu keselamatan komuniti dan juga keselamatan masyarakat. Saya rasa adakah Yang Berhormat Penaga setuju jika Kerajaan Negeri melalui pihak PBT mengkaji secara holistik tentang soal penjualan arak in dan juga menghadkan dari segi masa dan juga time dari segi bila boleh arak ini djual. Itu yag saya...(gangguan).
Pandu lalai itu bukan sahaja yang minum arak tetapi yang minum ketum. Di Kelantan kemalangan menagih ketum, banyak accident. Itu macam mana?
Yang Berhormat Bagan Dalam, ini isu Pulau Pinang. Nak pergi Kelantan pergi bertanding di Kelantan.
Cakap arak yang menjadi punca kemalangan dan ada juga kemalangan melibatkan ketum dan dadah.
Yang Berhormat Seberang Jaya, kita ada pihak polis yang ada kuasa.
Yang Berhormat Seberang Jaya, sudah. Penaga, sila sambungkan. Yang lain duduk. Perkara yag dibangkit kalau boleh nanti EXCO akan jawab dan jelaskan tapi Penaga sambung ya. Tak da masa yang extra bagi dekat Penaga.
Terima kasih Yang Berhormat Seberang Jaya. Memang saya bersetuju dan akan sebut. Saya baru masuk tapi belum sampai kepada penjelasan saya apabila diganggu, ini masalah dia. Terima kasih juga kepada Batu Lancang atas soalan yang dibangkitkan tadi. Sebab itu saya nak baca berhubung dengan isu ini dan ke arah kita nak memperkasakan syiar Islam di Negeri Pulau Pinang ini. Jadi sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh DBKL dan juga Negeri Kedah sebab itu saya sebut untuk premis arak ini saya berharap agar Kerajaan Negeri turut sama mengambil langkah menghadkan bilangan premis, kedai arak di Pulau Pinang. Ini seiring dengan pendapat Sahibus Samahah Mufti Pulau Pinang agar langkah yang dilakukan DBKL diikuti semua negeri demi memelihara kesejahteraan rakyat tanpa mengira latar belakang agama, keturunan ataupun fahaman politik. Itu yang kita kena faham. Statistik dengan ini juga menunjukkan purata tangkapan pemandu mabuk yang dilakukan oleh dari tahun 2015 hingga 2019 ialah 115 kes setiap tahun. Satu angka yang tinggi belum lagi kira dengan kes yang tidak ditangkap. Adakah kita hendak terus membiarkan peristiwa seperti yang disebut dalam YB. Seberang Jaya tadi pekerja MBPP yang meninggal di Jalan Datuk Keramat kerana dilanggar pemandu mabuk pada tahun 2019 tidak berulang. Begitu juga dengan pasangan suami isteri menjual nasi lemak yang meninggal di kawasan pinang tunggal ataupun DUN Bertam yang dilanggar ketika mana mereka berniaga di dalam Bertam Indah. Anak-anak mangsa terus menjadi yatim piatu. Sekarang ini pun dengan pandemik ramai yang menjadi yatim piatu di tambah dengan isu ini. Anak-anak mangsa terus menjadi yatim piatu dan mereka tidak dibantu oleh Kerajaan Negeri. Ini jawapan yang saya terima dari Kerajaan Negeri dalam sesi yang lepas. Oleh itu saya berharap kita menjadi lebih bertanggungjawab dalam isu ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah sosial. Itu berkaitan dengan arak. Bila juga dengan judi. Untuk premis judi pula saya menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam usaha mengurangkan jumlah premis judi di negara ini. Berdasarkan jawapan yang saya terima pada mesyuarat Penggal Pertama lagi, terima kasih pada Datok Keramat yang telah memberi jawapan dikatakan Kerajaan akan berusaha, akan memastikan untuk mengurangkan premis judi walaupun mungkin tidak dimansuh ataupun diharamkan sepenuhnya sebagaimana yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kedah tetapi dalam usaha yang sama dalam masa yang sama untuk mengurangkan premis judi di negara ini supaya isu yang berkaitan judi dapat diatasi kerana ia melibatkan masalah keruntuhan akhlak, masalah pincangan dalam keluarga, rumah tangga dan seumpamanya...(gangguan).
Penaga, saya nak minta pendirian saja. Saya dengar Penaga selalu angkat Kerajaan Negeri Kedah ni seolah-olah dia sudah buat sesuatu yang sangat mustahil dan dicapai 100 peratus apa yang diinginkannya. Masalah sosial lagi tinggi di Kedah, berbanding Pulau Pinang. Dan seperti yang saya nyatakan semalam ramai yang daripada Kedah datang cari kerja di Pulau Pinang, itu satu. Saya nak tanya pendirian dari Penaga apa pendirian Penaga, tadi telah menyatakan Mufti Pulau Pinang telah mengalu-alukan dan sebagainya. Mufti Pulau Pinang juga telah nyatakan kekecewaannya terhadap Menteri Besar PAS Kedah yang melabelkan Pulau Pinang seolah-olah kita ni pusat maksiat. Apa pendirian Penaga tentang tu? Adakah menyokong Menteri Besar Kedah ataupun menyokong Pulau Pinang dalam isu ini? Nyatakan pendirian.
Terima kasih, terima kasih Bagan Dalam. Rancak sana rancak sini, polis menangkap pengedar dadah. Soalan YB saya amat fahami. Malangnya saya bukan wakil Kedah.
Nyatakan pendirian. So, sokong Pulau Pinang ya?
Saya sokong cuma saya bimbang Pantai Jerejak. Sebab satu kaki di Penang, satu kaki di Kedah. Pantai Jerejak ADUN...(gangguan)
Kenapa Pantai Jerejak pula?
He is not here to defend himself.
Sama-sama lah. Orang yang tak ada di sini YB. tadi pun sebut,....(gangguan). Yang lain cukuplah yang telahpun terhibur. Tapi Penaga saya nak ingatkan sudah lebih daripada dua puluh lima minit. Tak ada masa. Sila rumuskan.
Untuk Bagan Dalam saya bagi satu pantunlah.
KL City menang bergaya,
JDT terkejut tak terkata, Soalan YB saya percaya,
Hanya provokasi bukan nak fakta.
Dato’ Yang di-Pertua, saya nak...(gangguan).
Soalan undang-undang. Yang Berhormat Speaker. Ini soalan undang-undang
No. No. No....(hangguan), Kuasa Speaker orang lain jangan ganggu.
Kita tinggal isu tersebut. Saya nak masuk kepada isu baru iaitu isu Penipuan Dalam Talian. Sebagai mana semua sedia maklum dan sudah dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat- Yang Berhormat yang lain yang kita melihat dalam satu laporan berita yang disiarkan baru-baru ini. Yang menyebut bahawa sejumlah 67,552 kes penipuan scam membabitkan kerugian bernilai RM2.23 bilion sebenarnya yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Berdasarkan jumlah ini maka seseorang warganegara ditipu bagi setiap 30 minit. Disebabkan itu benda ini juga perlu diambil serius oleh Kerajaan Negeri terutama EXCO Belia untuk memastikan belia kita selamat dan saya juga nak mencadangkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang kalau boleh menyediakan teks khutbah dalam isu ini supaya rakyat kita khususnya di kalangan anak-anak muda tidak tertipu dan tidak mudah ditipu dalam isu penipuan dalam talian ini. Dato’ Yang di-Pertua, saya juga nak sentuh apabila kita bercakap tentang warisan. Di Penaga ada sebuah jeti sampan lama ia dipanggil juga dengan Pengkalan Tambang dan saya kira jeti sampan ini jeti ni lama dibina seawal ataupun sekitar tahun 1800 di Permatang Bendahari, Penaga. Jeti sampan ini diguna berulang-alik daripada Seberang Perai ke Kota Kuala Muda. Kira sempadan antara Pulau Pinang dengan Kedah. Dahulu ini adalah laluan dua hala bagi penduduk di sekitar Seberang Perai dan juga Kedah. Sampan ini dulunya adalah transport lah pengangkutan utama untuk menyeberangi sungai dan hari ini jeti sampan yang usianya saya kira mencecah lebih 200 tahun lebih itu terbiar begitu sahaja. Terbiar tidak dijaga dan tidak diberi perhatian. Setelah adanya jambatan baru yang dibina Jambatan Kuala Muda dan jeti sampan ini saya ingat dulu awal 80-an saya pernah naik dengan bayaran daripada Kota Kuala Muda ke sebelah Permatang Bendahari ini 50 sen pergi dan 50 sen balik. Jadi jeti sampan ini wujud semenjak Kota Kuala Muda menjadi ibu Negeri Kedah dahulu. Telah wujud. Dan jeti sampan ini juga sama masa dia dengan pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin II yang menjadikan Kota Kuala Muda sebagai ibu Negeri Kedah pada tahun 1821 dan sehingga 1842. Jadi Permatang Bendahari dia umpama bandar berkembar antara Seberang Perai dengan Kedah dan laluan utama adalah sungai. Sebab masa itu jalan raya, lebuh raya memang tak ada dan kalau ada jalan darat pun ada daripada Permatang Bendahari itu ke Penaga dan saya kira jalan itu pun dibuat oleh Pegawai Daerah Seberang Perai masa zaman British lagi yang disebut dengan Raja Omar atau disebut dengan Tok Raja. Laluan itu hanya digunakan untuk kenderaan apa, kereta kuda atau pun kereta lembu dan daripada situ mereka boleh pergi daripada Permatang Bendahari ke Penaga ke Bagan Tambang. Dan dari Bagan Tambang tu ada jeti juga yang mereka guna untuk mereka pergi ke Tanjung Penaga, Tanjung Penaga ini nama lama bagi George Town kita harini. Sebab itu saya minta perhatian kepada EXCO kalau boleh diwartakan sebagai monumen warisan yang perlu dijaga oleh kerana jeti sampan ini usianya lebih pada 200 tahun yang kalau dibiarkan ia akan rosak akan hilang dan generasi akan datang mungkin tidak lagi dapat melihat warisan sejarah negeri mereka itu sendiri. Itu berkaitan dengan isu...(gangguan).
Sekian, terima kasih.
Saya harapkan supaya dapat diwartakan sebagai monumen
Terima kasih.
Terakhir. Satu isu, Dato’ Yang di-Pertua saya nak bangkitkan juga oleh kerana pagi semalamnya Selasa saya dihubungi dan diminta oleh ada satu (1) kumpulan masyarakat yang mendiami Apartment Centrio Avenue, Jalan Permai, Gelugor. Jadi mereka nak bagi, nak menyerah memorandum atas isu yang mereka alami. Jadi saya keluar sekejap pagi semalam dengan Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang dan kita telah terima. Dan isu yang dibangkitkan kerosakkan di tingkat atas yang melibatkan lebih kurang 15 rumah yang penduduk ataupun penghuni rumah tu tidak boleh duduk dengan selesa. Bahkan memang tak ada, ada satu, dua buah rumah yang ditinggalkan....(gangguan).
Penaga.
Kerana kebocoran menyebabkan air daripada...(gangguan).
Penaga. Dengar sini. Memorandum ini nanti apa nama bawa kepada EXCO. Soalan ini telahpun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kawasan dan telahpun dijawab.
Baik betul. Saya minta jasa Insyaallah YB EXCO untuk terima dan untuk lihat atau untuk mengambil perhatian lah. Sebab saya yakin YB. Datuk Keramat memang beri respon yang baik. Penggal Sidang yang lepas bila saya bangkitkan isu rumah Taman Paya Terubung Indah dan hari ini difahamkan benda itu telah diselesaikan. Jadi sekali lagi bila diminta walaupun bukan kawasan saya. Saya yakin YB. Batu Uban juga sedia maklum isu ini dan mungkin boleh membantulah untuk menyelesaikan masalah mereka. Jadi Dato’ Yang di-Pertua saya akhiri
Pandemik COVID-19 Masih Belum Reda, Ikhtiar Usaha, Doa Kita Pohonkan, Kepada Semua Frontliners Negara, Ribuan Terima Kasih Penaga Rakamkan.
Dato’ Yang di-Pertua Senantiasa Memerhati, Masa Terlebih Amaran Diberi, Perbahasan Saya Berakhir Di sini, Penaga Mohon Mengundur Diri.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Okey, terima kasih Penaga. Air Putih, sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih pada peluang yang diberikan untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 dan juga Usul Anggaran Pembangunan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang ataupun Belanjawan 2022. Di mana kita boleh lihat bahawa belanjawan ini adalah bertujuan untuk mengatasi masalah Pandemik COVID-19 dan juga kemelesetan ekonomi. Sungguhpun dalam keadaan kekangan kewangan.
YB. YB. Boleh ikut amalan.
Ya. Ya, boleh. Saya tapi selalu cermin mata akan kabur.
Yang lain diminta. Saya tak mahu kecualikan lah.
Okey baik saya akur itu.
Terima kasih.
Dekat Dewan kita boleh tanggalkan.
Dewan kita kecik.
Ya baik-baik saya akur itu arahan daripada Yang di-Pertua. Jadi kadang-kadang cermin mata akan kabur la. Tak boleh nampak dengan jelas.
YB. You just bring your spec di atas.
Ya, tapi ini saya sudah cuba. Tapi oleh kerana N95 punya hal.
Yang saya punya murah la. Tak sama.
Ia kerana sekarang COVID-19 memang lagi serius. Itu sebab kita semua dinasihatkan pakai KN95. Seperti yang saya sebut tadi bahawa kalau kita lihat dari segi belanjawan di mana sebanyak RM935 juta telah diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus berbanding dengan RM910 Juta pada Belanjawan 2021. Dan juga untuk perbelanjaan pembangunan sebanyak RM316 Juta. Sehingga menyebabkan defisit sebanyak RM450 Juta yang akan dibiayai oleh penggunaan simpanan terkumpul negeri dan dijangkakan bahawa simpanan terkumpul negeri akan turun kepada RM887.78 juta. Memang kami faham keperluan untuk membuat perbelanjaan berikut kerana dalam keadaan Pandemik COVID-19 dan juga kemelesetan ekonomi perlulah kita ada pembiayaan defisit atau perbelanjaan defisit untuk mengatasi masalah yang dihadapi bukan sahaja oleh rakyat tetapi juga oleh mereka yang terjejas oleh Pandemik COVID-19. Tetapi pada masa sama perlu kita lihat impak negatif daripada kedua-dua krisis nasional ini telah juga menghakis simpanan terkumpul negeri kerana saya masih ingat apabila Pakatan Rakyat masa itu mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri. Simpanan terkumpul negeri adalah sebanyak RM849 juta. Sehingga pada tahun 2018 iaitu tahun terakhir sebelum, yang saya jadi Ketua Menteri, sebelum beralih ke Putrajaya untuk jadi Menteri Kewangan, simpanan terkumpul negeri adalah sebanyak RM2.1 Billion. So, sekarang dalam tempoh masa dua, tiga tahun ini kita boleh lihat betapa besar kesan kerana pendapatan hasil yang turun, tambah lagi dengan perbelanjaan tambahan yang perlu di diadakan. Menyebabkan simpanan terkumpul negeri telah turun daripada RM2.1 bilion kepada 400 kepada RM888 juta. So, dengan kata lain kedudukan kewangan Negeri Pulau Pinang nampaknya telah pun beralih ke tapak iaitu masa hampir masa 2008. Tapi masih lebih baik. Tapi tentu kita faham ini perlu untuk menampung keperluan perbelanjaan untuk menghadapi kedua-dua krisis nasional. Tapi pada masa yang sama kita kena lihat apakah cara kita boleh buat untuk menjana lebih banyak hasil dan pendapatan. Dan pada masa yang sama menjana penjimatan serta memastikan perbelanjaan dapatlah dikawal supaya kita dapat memaksimumkan pulangan yang sedia ada kepada Kerajaan Negeri.
Dan di sini saya ingin cadangkan bahawa kita buatlah suatu analisa ataupun satu kajian tentang keberkesanan ataupun keberhasilan perbelanjaan yang dibuat dengan mengikut apa yang kita sebut sebagai input activity, output, outcome impact. So, kalau kita gunakan model ini di mana apa yang kita suntikan input dengan aktiviti yang dijalankan kita nak lihat outcome nya. Dan output nya....(dengan izin). Output nya. Output nya kenalah dinilai dari aspek outcome iaitu keberhasilan untuk jangka masa tengah dan juga pendek. Tetapi impaknya pun penting supaya kita lihat impak jangka masa panjang. Saya bagi satu contoh di mana kita boleh lihat bukan sahaja outcome yang baik tapi impak yang baik. Iaitu Perpustakaan Digital Negeri Pulau Pinang. Satu-satu saya rasa di antara banyak pencapaian baik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Apabila Perpustakaan Digital Pulau Pinang diadakan. Kita boleh lihat outcome dari jangka masa pendek betapa di sambut dengan baik oleh rakyat Negeri Pulau Pinang. Dan impaknya meluas sehingga dapat dilihat bahawa dengan adanya Perpustakaan Digital ini adalah satu peralihan paradigma di mana bukan sahaja dapat menggunakan ruang dengan maksima tapi juga membolehkan anak-anak kita ataupun semua yang menggunakan kemudahan ini bergantung kepada internet dan juga liputan 4G sekarang harap boleh 5G dengan lebih pantas dan juga lebih meluas. Sehingga bukan sahaja apabila kita buat lagi satu dekat Butterworth sehingga diguna pakai oleh pihak Kerajaan Persekutuan di Negeri Kedah, Alor Setar yang sekarang pun saya difahamkan siap dibina. Dan juga di Ipoh. Ini adalah hasil daripada Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan masa itu. Mengambil model ini untuk membinanya dekat Alor Setar dan juga Negeri Ipoh. So, itu lah yang kita lihat kesan positif baik daripada input activity, output, outcome dan juga impact. Dan kita harap bahawa kalau boleh Kerajaan Negeri lihat macam mana kita boleh maksimakan perbelanjaan yang dibuat dan pada masa yang sama juga lihat macam mana kita boleh boleh menjana lebih banyak pendapatan untuk negeri. Dan dari ini tetapi tidak produktiviti adalah amat penting. So sekiranya tidak ini amat sukar. Tentulah kalau kita lihat dari segi peruntukan dan sini saya ingin menyokong apa yang disebut Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, sememangnya pihak Persekutuan harus memberikan peruntukkan yang lebih kepada Kerajaan Negeri. Kalau kita lihat dalam Belanjawan 2021. Peruntukan Pembangunan yang diberikan adalah sebanyak RM998 juta. Tapi untuk Belanjawan 2022 yang telah dinaikkan kepada tahap yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia iaitu kepada RM332.1 billion. Perbelanjaan Pembangunan untuk Negeri Pulau Pinang tidak dinaikkan sebaliknya dikurangkan daripada RM995 juta kepada RM996 juta. Dan bila saya bangkitkan perkara ini saya cakap mana ada konsep Keluarga Malaysia kalau Pulau Pinang terus di anak tirikan. Sungguhpun sumbangan kita dari segi cukai dan juga dari segi sumbangan JDP adalah di antara yang paling penting untuk negara Malaysia. Tentu itu ada sesuatu yang kami rasa tidak adil tapi saya tak mau hanya kritik sahaja. Di sini apabila kritikan ini dibuat balasan yang saya terima daripada Menteri Kewangan ialah bahawa mereka telah buat persetujuan untuk memberikan geran untuk menarik pelaburan luar negeri ke Pulau Pinang dan saya difahamkan bahawa pada bulan ini ini 1 haribulan Disember pada akhir bulan ini, satu pelaburan besar akan datang akan turun ke Pulau Pinang di mana ia akan melibatkan geran yang juga oleh pihak Kerajaan Persekutuan sama juga dengan Kerajaan Negeri sebagai satu word of confidents kepada bukan sahaja Pulau Pinang tapi juga Malaysia. Ini adalah satu pelaburan penting kerana melibatkan sebuah syarikat MNC Bergasi Chiek yang amat penting dan ini saya serahkan kepada pihak berkenaan untuk membuat penguguman. Dan kita harap bahawanya akan jadi supaya kita tidak lihat bahawa Pulau Pinang terus dipinggirkan tetapi pada masa sama saya juga ingin memberikan caution iaitu kita kena was-was jangan hanyalah lihat dari sudut pembuatan sahaja kerana sungguhpun pelaburan luar negeri itu
penting yang saya tak mahu sebut bahawa, saya tak mau dituduh bahawa, itu tidak dengan penting. Itu penting. Tapi kalau kita lihat limpahannya spillover effects atau felltery down effect yang telah disalurkan ke bawah ia tidak sebesar sektor pelancongan kerana untuk orang bawah, untuk orang biasa hasil daripada sektor pelancongan adalah jauh lebih tinggi daripada sektor pembuatan. So itulah satu hakikat kerana banyak di eksport keluar negeri melibatkan sektor-sektor tertentu tentu menjana bukan sahaja hasil tapi juga membolehkan peralihan teknologi dan juga kemahiran pekerja daripada luar negeri ke tempatan. tetapi pada masa yang sama kalau kita lihat hasil secara langsung adalah lebih tertumpu daripada adalah lebih tertumpu daripada sektor pelancongan di mana memberikan manafaat kepada penjaja dan juga peniaga-peniaga tempatan. So di sinilah Dato’ Yang di-Pertua,saya harap bahawa pihak Kerajaan Persekutuan boleh membantu sektor pelancongan sama juga yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri. Apa yang kita boleh buat amatlah terhad, kalau kita lihat impak, impak negatif daripada itu COVID-19, ini satu jawapan yang saya terima daripada soalan saya dalam Dewan yang mulia ini bahawa tentang impak daripada Perintah Kawalan Pergerakan penuh yang dilaksanakan sejak pendamik COVID-19 bermula bulan Mac tahun lepas, sistem insurans pekerjaan PERKESO sebanyak 4,554 perniagaan terpaksa berhenti operasi sejak COVID-19 bermula Mac 2020 hingga 12 November 2012. Manakala jumlah kes kehilangan pekerjaan tempatan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan penuh yang dilaksanakan adalah seramai 13,009 orang, 13,009 telah kehilangan pekerjaan dan maklumat Majlis MBPP menunjukkan bahawa 434 lesen perniagaan ditamatkan manakala bagi kawasan di bawah MBSP sebanyak 81 lesen perniagaan telah dibatalkan atas alasan perniagaan tidak dijalankan. Pemberian lesen adalah sesuatu yang amat didahagakan oleh rakyat Negeri Pulau Pinang. Kalau kerana PKP penuh ini, ada begitu banyak lesen dibatalkan, 81 di kawasan MBSP, 434 di kawasan MBPP, ini menunjukkan begitu teruk sekali impak negatif daripada PKP yang dilaksanakan. Tambah lagi mengikut Jabatan Tenaga Kerja Pulau Pinang, jumlah kilang sektor pembuatan yang telah menamatkan operasi di Pulau Pinang bagi tahun 2020 dan 2021 adalah seperti berikut: 2020 - 123 kilang ditamatkan operasi yang melibatkan pekerja pekerjaan ataupun 3,128 pekerja sedangkan pada tahun 2021 - 36 kilang ditamatkan operasi yang melibatkan 234 pekerja secara keseluruhan keseluruhannya untuk dua tahun ini 159 buah kilang ditamatkan operasi melibatkan 3,362 pekerja. So di sini kita lihat mengapa kita perlu ada deficit spending iaitu perbelanjaan deficit tapi pada masa yang sama kita perlu lihat macam mana kita boleh pastikan daya saingan untuk Negeri Pulau Pinang dan juga negara dapat dipertingkatkan. Itulah sebabnya apabila saya sebut sungguhpun kita sungguhpun kita nanti sungguhpun kita krirtik tentang peruntukan pembangunan yang tidak mencukupi. Kita harap perhatian juga harus diberikan untuk sektor-sektor lain. Yang satu pelaburan besar yang akan datang pada akhir bulan ini dengan pemberian geran daripada pihak Kerajaan Persekutuan yang besar juga ia akan bantu tentu tetapi kalau kita lihat dari segi holistik secara keseluruhannya kerana ini hanya dalam satu sektor elektronik tapi sektor-sektor lain macam mana dan dari segi skala ia adalah amat mendalam. So sungguhpun kita harap lebih banyak pelaburan luar negeri yang berteknologi tinggi dan mempunyai nilai yang tinggi dapat mendarat di Pulau Pinang. Saya rasa kita bukan hanya lihat satu sahaja, Kerajaan Persekutuan harus berikan penekanan juga kepada sumbangan Pulau Pinang berikanlah peruntukkan yang lebih seperti dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana Pulau Pinang juga adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.
Terima kasih Yang Berhormat Air Puteh. Saya tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat pada pagi ini kerana apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Air Putih juga telah saya bangkitkan semalam tentang soal perbelanjaan deficit ini. Kita faham keperluan untuk berbelanja dalam keadaan crisis dan terpaksa menggunakan reserved negeri. Saya ingin bertanya pendapat Yang Berhormat Air Putih, dalam any crisis there are always opportunity, adakah saya faham dulu Yang Berhormat Air Putih pernah dalam perbincangan kita sebelum ini Yang Berhormat menyebut bahawa is not government duty to do business tapi kita lihat sendiri dalam pelbagai bentuk pelaburan yang masuk ke dalam Negeri Pulau Pinang, sumber hasil kita hanyalah terhad melalui kutipan cukai, kutipan premium tetapi kita tidak ada investment wing , investment wing yang besar yang mampu membawa hasil yang besar untuk Negeri bahkan pengalaman Yang Berhormat Air Putih sebagai Menteri Kewangan melihat sendiri bagaimana MOF atau Kerajaan Persekutuan mengguna dana yang ada untuk melabur di dalam beberapa aktiviti-aktiviti yang membawa balik pulangan kepada kerajaan untuk kerajaan menjadikan itu sebagai aset dan juga sebagai dana untuk kerajaan berbelanja. Adakah Yang Berhormat Air Putih setuju kalau Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga melihat kepada potensi-potensi baru ni kerana kalau betul pelaburan masuk banyak macam contoh semikonduktor Pulau Pinang adalah pengusaha dan pengeluar terbesar tetapi berapakah sebenarnya pulangan dari segi skill semiconductor yang dihasilkan di Pulau Pinang tetapi yang Kerajaan Negeri sendiri ada ada state atau ada kepentingan dalam business seperti itu, adakah Yang Berhormat Air Putih setuju supaya strategi baru dilihat pendekatan baru dilihat supaya Kerajaan Negeri dapat meningkatkan hasil melalui kaedah-kaedah lain?
Terima kasih daripada Yang Berhormat daripada Seberang Jaya. Tentu kalau kita lihat daripada itu pelaburan luar negeri kalau ada lebih baik daripada tak ada. Tentulah kita harap mereka datang kerana seperti yang saya sebut not only technology transfer but also skill transfer yang ini akan menaikkan produktiviti dan juga kemahiran pekerja-pekerja tempatan. Tapi itu bukan segala-galanya kerana kita harus ada itu tempatan. Mengambil tahu tempatan tidak harus diusahakan oleh no kita harus ada itu teknologi kemahiran tempatan dan juga modal tempatan tetapi itu tidak harus dipimpin oleh kerajaan kerana kerajaan tak ada kemampuan sedemikian. Saya pernah sebut the business of government is not to be in business dan saya masih ingat apabila salah satu tugas pertama saya semasa saya jadi Ketua Menteri ialah saya terkejut bahawa kita menguruskan ataupun menjalankan operasi Kelab Golf dekat Bukit Jambul. Apakah what is business of government in running out of Golf Club tapi itu yang berlaku apabila ini sudah nyatakan daripada kerugian RM1.0 juta kita dapat keuntungan tiap-tiap tahun sejuta ringgit hasil daripada bayaran sewa. Itu YB. Seberang Jaya pun tahu. So, di sini kita lihat sekiranya kita tak ada kemahiran untuk jalankan perniagaan jangan kita cuba tunjuk pandai kerana akhirnya kita akan mengalami kerugian dan ini yang cuba kita usahakan semasa kita jadi Kerajaan dekat Putrajaya di mana kita lihat GLC dengan dana aset berbilion-billion, berpuluh-puluh bilion ringgit kita cuba membuat pengurusannya secara professional dengan melantik semua ahli Lembaga Pengarah daripada kalangan professional bukan ahli poltik seperti yang dibuat sekarang. Kalau ambil ahli politik apa yang mereka tahu. Akan angkat wang sahaja tahulah. Tapi kalau untuk jana hasil pendapatan apa yang dia tahu akhirnya kita boleh lihat banyak yang rugi teruk sekali. Itulah sebabnya saya selalu tegaskan, jangan kita tunjuk pandai untuk sesuatu yang kita tidak mahir langsung. Kalau seorang ahli politik tak tahu buat business tiba-tiba jadi Pengerusi
sebuah GLC berpuluh billion apa dia tahu. Hanya belanja wang dia tahulah. Itu yang jadi isu di sini. So, saya rasa yang penting ialah kita mesti berikan tumpuan dan dalam perbelanjaan deficit ini untuk peringkat Persekutuan. Masalah serius yang harus ditanggani tapi di negeri kita boleh lihat impak negatif daripada COVID-19. Di mana untuk anak syarikat suntikan dana telah dinaikkan daripada RM45 juta untuk belanjawan 2021 kepada RM108 juta untuk anak syarikat atau agensi Kerajaan Negeri. Itu lebih sekali ganda. Berbanding dengan sebelum ini keuntungan. Saya rasa kita tak perlu berikan itu pun saya bagi contoh Perbadanan Kereta Api Bukit Bendera. Kalau sebelum COVID mereka akan buat pulangan RM10 lebih juta setiap tahun kepada Kerajaan Negeri. Ini Pegawai Kewangan Negeri boleh confirm boleh sahkan tapi sekarang sebaliknya, so disinilah kita lihat tentu semua pun kita faham tapi saya harap pihak Kerajaan Negeri berikan secara terperinci daripada RM108 juta diberikan kepada anak syarikat dan juga agensi Kerajaan Negeri, bolehkah senaraikan syarikat-syarikat tersebut dan jumlah yang diberikan dan juga maksud apakah sebab juga diberikan? Pada masa yang sama tentang keberkesanan anggota-anggota ataupun kakitangan-kakitangan dalam syarikat tersebut. Saya rasa itu kita kena tahu dan pada masa sama janganlah kita terlalu keberatan untuk jalankan projek pembangunan dan saya nak ambil kesempatan untuk tanya tentang projek-projek PDC di Batu Kawan kerana saya masih ingat ada banyak projek pembangunan untuk infarstruktur dan jalan telah dirancang di kawasan Batu Kawan kerana ia adalah satu pemangkin perindustrian untuk seluruh Negeri Pulau Pinang. Malah kalau kita sebut Seberang Perai adalah pemangkin ekonomi masa depan Negeri Pulau Pinang. Tapak Industri Batu Kawan adalah di antara yang paling utama. So dari segi infrastruktur ia masih harus berjalan lancar khususnya dari segi kesesakan trafik. Jambatan-jambatan yang dirancang sebelum ini adakah ia dijalankan kalau tidak mengapa. So saya harap dapat berikanlah sedikit sebanyak tentang kedudukan seperti ini kerana kalau di Tapak Perindustrian Batu Kawan masih ada kesesakan lalu lintas saya rasa ia akan sedikit sebanyak menjejas pembangunan masa depan untuk perindustrian dekat tempat itu. Dato’ Yang di-Pertua, apabila kita sebut tentang pelaburan tentu kita harap bahawa pihak Kerajaan Persekutuan akan memberikan perhatian yang sewajarnya untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan juga untuk feri. Saya tak mau cakap panjang dengan perkara ini kerana ia telahpun disebut oleh baik rakan-rakan saya. Tapi ini lagi satu tanda di mana Kerajaan Negeri dianaktirikan dan saya harap Yang Berhormat Ketua Pembangkang tentu setuju bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang haruslah diperbesarkan. Harap perkara ini pun boleh dapat sokongan daripada pihak pembangkang. Ini bukan isu politik, itu bukan isu partisan itu adalah isu untuk semua rakyat Pulau Pinang yang mau feri dan mau Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang diperbesarkan. Kita harus memastikan ia tidak jadi isu yang memisahkan kita. Dan sebelum saya pergi kepada satu isu terakhir iaitu isu harga, saya nak sebut tentang itu hasil. Saya masih ingat bahawa apabila disebut tentang apa yang disebut sebagai hasil, hasil datang daripada penjualan judi ataupun arak kepada bukan Islam ia akan diberi masuk kepada satu dana terkumpul ada consolidated the fund. Itu wang yang disatukan.
Kalau ini menjadi satu isu kerana bagi saya, saya tidak lihat mengapa sesuatu aktiviti untuk hanya untuk bukan Islam menjadi satu perkara kontroversi. Kalau untuk Islam tentu saya setuju ia harus dihalangkan. Ini mesti ikut apa yang ditetapkan oleh agama Islam. Tapi untuk bukan Islam sekiranya aktiviti yang dijalankan mereka menjadi isu dan wang yang dimasukkan untuk tujuan ini menjadi isu. Kalau begitu, mungkinkah dipertimbangkan untuk diasingkan. Iaitu yang berkaitan dengan perkara yang mungkin rasa kurang senang hati oleh pihak agama Islam, kita asingkan supaya tidak jadi kontroversi dan jumlah wang ini yang dikutip saya rasa tidak banyak. Ini kita hanya untuk orang bukan Islam supaya tidak menjadi suatu isu yang memisahkan rakyat yang penting kita haruslah menyatupadukan rakyat. Saya rasa bila saya cakap dengan itu
kawan-kawan daripada Islam selalu disebutkan bahawa Islam menghormati semua agama. Agama anda untuk anda, agama Islam untuk orang, ummah orang Islam. So, mengapa harus jadikan isu ini untuk pecah belahkan rakyat. Kita jangan benarkan perkauman dan ekstremisme rosakkan harmoni di antara rakyat. Jadi Pulau Pinang sebagai Tapak Warisan UNESCO sedunia adalah satu simbol yang paling baik untuk menunjukkan macam mana rakyat boleh hidup secara aman damai dan harmoni. Tidak ada sebab kita benarkan itu pedagang-pedagang politik untuk gunakan isu-isu ini untuk pecah belahkan rakyat. Kita hadapi isu lebih besar, tengok pandemik COVID-19, tengok kemelesetan ekonomi dan yang baru-baru ini krisis yang paling menghantui rakyat ialah kenaikan harga barangan asas. Itulah satu isu yang amat penting. Kita pergilah ke pasar tengoklah harga ayam sampai RM14, RM15 tengoklah harga sayur sawi sampai RM8, cili RM20. Mana ada lihat cili RM20 lagi mahal daripada daging? Itulah yang jadi satu isu ataupun minyak masak sebelum serupa juga, tengok sekarang RM20 ka untuk 5kg, itu knife brand, brand itu pisau. Itulah isu yang paling besar untuk rakyat, jangan kita cuba alihkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang memainkan api dan tiub api perkauman dan ekstremisme. Yang penting ialah macam mana bantu rakyat yang hadapi masalah harga barang naik? Jangan-jangan kerana barang naik kita semua susah. Kita kena lawan BN (barang naik), BN jangan senyum dia pun sama-sama juga terlibat juga. Itu penting macam mana kita boleh berdepan dengan orang biasa? Pergi pasar yang dulu dia yang dia boleh beli sekarang tinggal separuh sahaja dari segi kuasa pengguna, kuasa penggunaan, kuasa pembelian pengguna telahpun diseparuh jadi tinggal separuh sahaja. Macam mana kita boleh bantu mereka? Apa-apa bantuan yang diberikan termasuk duit Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan kalau dengan harga naik melambung RM100, RM200 apa-apa bantuan kebajikan pun hilang sama sekali. Mungkin tak cukup kena tokok tambah lagi. So, itulah isu yang kita harus berikan perhatian dan walaupun cuba ditutup juga dicantikkan cuba dijelaskan ini adalah tanggungjawab penuh daripada Kerajaan Persekutuan. Kerana semasa Kerajaan Pakatan Harapan menjadi Kerajaan Persekutuan di Putrajaya tak pernah tengok kenaikan harga barangan yang begitu tinggi ini. Ini yang paling tinggi. Dan kita kena lihat apakah puncanya? Punca dia bukan pedagang ataupun peniaga-peniaga di pasar. Janganlah salahkan peniaga-peniaga dekat kawasan Sungai Dua ataupun dekat Penaga. Mereka pun adalah mangsa. Jalan pendek jalan paling mudah untuk pihak Kerajaan Persekutuan kerana gagal mengawal harga. Oh! salahkan peniaga, salahkan pedagang, salahkan itu, salahkan ini kecuali dia sendiri sahaja sampai hujan pun dipersalahkan. Itu tidak betul kerana mereka kena lihat apakah sumber dan puncanya itu sebab kita cadangkan untuk negara tubuhkan satu dana stabilasasi harga di mana kita boleh kurangkan kos logistik, kos pengangkutan, kos baja, kos pesticide, kos untuk pastikan kita dapat tambah bekalan kerana jangan salahkan mereka yang mangsa, peniaga-peniaga juga mangsa. Kalau nak salahkan mereka yang jadi mangsa saya rasa itu jalan mudah dan di sini saya harap bahawa pihak Kerajaan Negeri, EXCO yang bertanggungjawab, EXCO siapa sekarang?
Batu Maung.
Oh ya itu, ya Batu Maung. Simpati sikit tentang peniaga-peniaga dan pedagang-pedagang. Jangan ikut langkah itu Kerajaan Pusat. Hentam sahaja untuk eratkan daripada mengambil tanggungjawab. Simpati kerana mereka juga adalah mangsa jangan kenakan peniaga secara buta tuli, itu tidak adil kepada pihak mereka yang salah ialah Kerajaan Persekutuan gagal buat kerja. Mereka semua tidur, itu yang jadi masalah dan kalau perkara ini tidak diselesaikan saya rasa ini akan menjadi satu beban yang amat besar kepada semua rakyat Malaysia.
Di sini saya nak buat satu cadangan ya saya tahu dari segi itu hasil amat kurang. Bolehkah Kerajaan Negeri simpati tentang masalah yang dihadapi oleh itu peniaga, galakkan mereka tengok apakah cara untuk kawal harga barangan dengan memberikan satu diskaun untuk lesen mereka tahun depan. Kalau saya tak cakap itu kecualikan sama sekali tidak. Tapi sebagai satu tanda untuk bersama mereka, mungkin 30 peratus sekurang-kurang lesen dapat dikurangkan untuk mereka supaya dalam tempoh ini kita lihat macam mana kita boleh tunjuk bahawa kita bersama dengan mereka dan akan berusaha untuk bantu. Selain daripada mungkin pasar tani ada apa-apa dengan harga lebih rendah tentang harga barangan asas. Carilah jalan kerana memang rakyat amat susah dan menderita dan akhirnya Tuan Yang di-Pertua semasa saya berikan bantuan bakul dapur atau bakul makanan kepada pengundi-pengundi saya di Bagan kerana sebelum ini kita hanya bagi sahaja tapi kali ini mereka semua buat aduan tentang harga barangan yang naik tak pernah mereka hadapi keadaan sedemikian. So, saya rasa itu satu perkara di mana Dewan yang mulia ini harus mengambil satu pendirian yang tegas tak kira daripada Pembangkang ataupun daripada pihak Kerajaan. Kita sama-sama mesti simpati dan mesti berdiri bersama rakyat untuk lawan harga barangan naik itu yang penting. Jangan persalahkan mana-mana pihak hanya bila kita bersama barulah kita boleh mengatasi masalah ini kalau kita dah pecah belahkan rakyat, terus pecah belahkan rakyat dengan mengambil isu-isu perkauman ekstremisme yang tak boleh turunkan harga, saya rasa ini hanya sia-sia sahaja, marilah kita bersatu bukan sahaja lawan pandemik COVID, kemelesetan ekonomi tapi sekarang lawan harga barangan naik. Saya menyokong Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Air Putih. Sila Sungai Acheh sambung.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker terima kasih juga kepada ini. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera kepada EXCO-EXCO, rakan-rakan ADUN, kakitangan kerajaan, pegawai-pegawai dan juga para wartawan sekalian. Alhamdulillah saya tidak bercadang untuk bercakap panjang pada kali ini dan saya akan tumpukan kepada beberapa isu berkaitan dengan di kawasan DUN saya. Yang Berhomat Dato’ Speaker, pertama sekali saya ingin bangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan masalah jalan di kawasan Sungai Acheh. Saya juga telah mendapat jawapan-jawapan bertulis daripada EXCO yang berkaitan tetapi ada satu soalan yang berkaitan dengan jalan yang ditolak yang katakan bahawa tidak jelas antara Simpang Sembilan hingga ke Pekan Simpang Tiga Sungai Acheh. Maksud saya itu daripda kawasan Masjid Simpang Tiga daripada kawasan Simpang Sembilan itu sehinggalah ke pekan Sungai Acheh ha itu maksud saya dan saya rasa itu juga jelas sebab saya mohon supaya perlebaran di kawasan jalan tersebut
kerana ianya mengundang bahaya, melibatkan penunggang-penunggang motosikal bahkan sekiranya tidak dapat dibuat secara lebih luas tetapi sekurang-kurangnya ROW dalam lima (5) kaki di sebelah kiri dan juga kanan supaya jalan tersebut lebih lebar dan lebih luas. Begitu juga Yang Berhormat Dato’ Speaker, beberapa jalan di kawasan-kawasan Sungai Acheh ini yang sehingga sekarang ini masih lagi dalam keadaan daif terutama di kawasan Jalan Persekutuan selepas daripada jambatan Nibong Tebal di mana ia juga mengundang bahaya kepada penunggang motosikal kerana saya tengok dalam pembentangan Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bahawa peruntukan untuk pembangunan juga telah ditambah jadi saya mengharapkan bahawa penambahan ini tidak mengecualikan di kawasan Sungai Acheh itu sendiri. Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkaitan dengan kawasan-kawasan melibatkan jalan raya juga di kawasan Sungai Acheh ini saya juga melihat bahawa kawasan daripada jalan persekutuan yang melibatkan daripada Jalan Permatang Keling sehingga ke Pekan Nibong Tebal. Kawasan jalan tersebut terlalu teruk dia punya road line dia...(dengan izin), sebab saya tengok di kawasan Simpang Sembilan itu sendiri daripada traffic light, apabila dua jalan itu jadi satu itu daripada menghala ke Butterworth. Kalau orang situ memang dia perasan dia memang jalan itu ada satu lane sahaja tetapi sekarang ini line ini tak ada, orang ingat daripada dua lane traffic light itu dia terus sampai ke Datuk Keramat tu mereka masih menganggap dia masih dua lane. Sebenarnya ia satu lane sahaja tetapi bila saya rujuk dengan JKR kawasan peruntukan tersebut dia jalan persekutuan tetapi masih lagi apa mereka menunggu peruntukan persekutuan. Jadi saya rasa kalau ada lebihan daripada Kerajaan Negeri sebab yang road line sahaja sebab ia lebih bahaya walaupun ia melibatkan jalan persekutuan supaya diperuntukan untuk jalan dan juga kawasan tersebut. Isu lalu lintas di kawasan SPS ini saya rasa perlu juga kita titik beratkan dan juga kita lihat waktu-waktu sesak daripada waktu pagi sebelum kerja dan juga waktu petang sebab saya lihat di kawasan SPS ini Yang Berhormat Dato’ Speaker, sehingga ke Simpang Ampat jalan utama, jalan persekutuan ini kesesakan ini memang berlaku di setiap simpang traffic light. Saya rasa mungkin kita boleh synchronize balik seperti mana yang kita buat di kawasan Greenlane di mana daripada lepas roundabout tu dia boleh terus sampai ke dengan satu jangka waktu yang kita boleh lepas banyak simpang walaupun di kawasan SPS ini dia banyak traffic light simpang ini, tetapi di jalan utama ini sebab dia mengangu saya tengok waktu-waktu utama, waktu-waktu puncak ini. Jadi saya harap kawasan-kawasan ini dapat dilihat balik sistem-sistem lampu isyarat di kawasan tersebut supaya kita synchronizekan dengan lebih supaya lebih smooth dan juga lebih mudahlah. Isu yang kedua Dato’ Speaker yang saya nak bangkitkan di sini iaitu berkaitan dengan isu sistem saliran. Saya juga telah mendapat jawapan bertulis daripda Yang Berhormat EXCO kerana kawasan di Sungai Acheh ini juga ada dua (2) kawasan yang sering berlaku banjir kilat terutama di kawasan Taman Pekaka, Taman Sempadan dan juga di kawasan sekitar USM serta di kawasan sekitar Sungai Chenaam. Dimaklumkan bahawa kajian telah dapat di kawasan Taman Pekaka untuk dinaiktaraf ataupun penambahan pam air di kawasan supaya boleh kita pam air keluar daripada Taman Pekaka, Taman Sempadan supaya mengelakkan daripada banjir kilat berlaku kerana sistem yang ada ni tidak boleh lalu ke Kampung Haji Omar kerana dia punya graviti di situ lebih tinggi. Jadi walau bagaimanapun saya mohon supaya pada tahun hadapan peruntukannya yang sedia ada ini dapat disegerakan untuk pemasangan pam tersebut. Begitu juga di kawasan Sungai Chenaam Yang Berhormat Dato’ Speaker, kawasan ini dah lama sangat dah daripada saya mula-mula menjadi wakil rakyat juga saya dah bangkitkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah dan masalah isu yang dijawab oleh Yang Berhormat EXCO juga adalah saya bersetuju bahawa sistem saliran di dalam kawasan Sungai Chenaam itu sebab
dia melibatkan kampong-kampung tersusun (PPRT) dalam tu untuk dinaiktaraf, cuma masalah yang kita hadapi sebelum ni kita tak tahu tuan longkang siapa dia sebab masalah baru-baru ini bila longkang tersumbat sebab dengan sistem ataupun penambahan daripada pemilik-pemilik kediaman tu sendiri yang menyebabkan air tersebut tersekat, berapa rumah telah dimasuki air dan saya juga memaklumkan bahawa ada berapa perkara yang disyorkan termasuk dengan pemasangan pam tetapi telah telah dijawab oleh Yang Berhormat EXCO bahawa ianya terlalu tinggi kosnya melibatkan lebih kurang RM10 juta. Tapi walau bagaimanapun, saya mohon kepada Yang Berhormat EXCO supaya ia dipertimbangkan seberapa segera mungkin kerana bagi saya itu amat perlu sebab daripada sebelum saya jadi wakil rakyat di situ sehingga sekarang ni, masalah banjir kilat yang menyebabkan berapa rumah PPRT, dah kawasan PPRT, rumah air pula masuk jadi saya rasa mungkin jadi boleh dipertimbangkan di bawah orang kata apa kawasan-kawasan yang mendesak supaya ditambah pam di kawasan tersebut sebab di situ dia ada rumah pintu air yang besar tetapi masalah dia pam tu tak ada untuk pam keluar air yang daripada turun di kawasan kampung keluar ke kawasan laut sebab dia dekat dengan kawasan laut bila air naik dekat situ penuh air laut dia tak boleh keluar walaupun kita ada pintu pam kat situ. Jadi saya harap mohon pertimbangan Yang Berhormat EXCO supaya isu ini dapat jadi keutamaan pada tahun 2022 nanti. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga bangkitkan pada sesi yang lalu berkaitan dengan pendapatan nelayan di kawasan SPS terutama di kawasan Sungai Acheh kerana ramai di antara di kalangan-kalangan mereka ini adalah nelayan-nelayan pantai dalam zon A. Jadi saya mengharapkan pada tahun akan datang tahun 2022 nanti Yang Berhormat EXCO mungkin daripada peruntukan Kerajaan Negeri kepada Jabatan Perikanan supaya diwujudkan penambahan unjam walaupun ia menelan sedikit kos tetapi sekurang-kurangnya ia boleh membantu para nelayan-nelayan pantai ini dalam penghasilan dalam keadaan pandemik sekarang ini hasil mereka perlu ditingkatkan dan bukan sekadar penternakan yang ada di sana tetapi nelayan yang secara tradisional juga. Saya merasakan supaya pembinaan unjam-unjam ini dapat dibuat di kawasan persisiran kawasan Sungai Chenaam sehinggalah ke kawasan Bukit Tambun di kawasan SPS ini supaya peningkatan hasil para-para nelayan pantai ini dapat ditingkatkan. Yang Berhormat Dato’ Speaker juga, saya di kawasan Sungai Acheh ini dimaklumkan baru ini ada satu kes melibatkan kes JE dan saya dapat sahkan minggu lepas dari klinik daerah iaitu ia melibatkan kes daripada kemungkinan daripada babi hutan. Bahkan kes babi hutan ini saya bangkit sebelum ini lagi ia mengundang bahaya kepada bukan sahaja penduduk sekitar, tanaman bahkan penunggang-penunggang motosikal dan juga kenderaan lain sebab banyak kejadian-kejadian yang tidak diingini melibatkan babi hutan ini. Jadi saya juga mengharapkan pada Bajet 2022 nanti ada tambahan peruntukan kepada Jabatan Perhilitan kerana jabatan ini juga sentiasa memberi kerjasama untuk membasmi peningkatan khinzir atau babi hutan di kawasan-kawasan Pulau Pinang bahkan kawasan-kawasan kampung yang melibatkan Sungai Acheh, saya melihat ada keperluan. Waktu siang sekarang ini bukan menjadi ketakutan kepada mereka bahkan saya terima video baru ni waktu tengah hari ni, kita sibuk nak makan tengah hari, dia pun sibuk cari makan dekat luar bahkan dia mai tepi-tepi rumah ja la ni. Kalau dekat simpang Tok Mahat tu, dekat kedai Pak Omar tu kita makan nasi kita boleh tengok di belakang tu dia pun tumpang makan sama walaupun dia makan cacing atau tetapi dia tidak lagi takut kepada manusia sebab population yang cukup tinggi di kawasan Pulau Pinang ini. Jadi saya rasa mungkin Kerajaan Negeri boleh mmpertimbangkan supaya usaha pembasmian babi hutan ni di kawasan Pulau Pinang dapat diambil tindakan dengan segera oleh Kerajaan Negeri.
Minta pencerahan. Isu babi hutan ini saya rasa dah bangkitkan banyak kali penggal lepas, penggal sebelum itu dan dia dah jadi satu masalah yang cukup besar di kawasan termasuk di Sungai Dua, Permatang Berangan dan lain-lain kawasan. Babi hutan dah mula masuk ke kawasan kampung, mula membiak di situ dan mungkin kita kena cari satu kaedah lain selain daripada kita minta Perhilitan pasang perangkap, Perhilitan pergi tembak tak menyelesaikan masalah sebab babi hutan ni dia mencari makan di kampung ini masalah. Dia merosak tanaman. Jadi saya mintalah kalau boleh Sungai Acheh kita cari satu cara lain macam mana kita nak selesaikan isu ini bukan sekadar kita bagi peruntukan tambahan kepada Perhilitian untuk pasang perangkap tapi kita kena cari pendekatan macm mana kita nak selesaikan isu sama ada kita nak buat program gotong royong besar-besaran, bersihkan kampong sebab isu satu lagi kerana di kampung itu ada banyak sangat hutan-hutan kecil di kampung, itu juga satu benda yang perlu kita bincangkan bersama mungkin dengan pihak PBT dan sebagainya dan juga syarikat-syarikat yang beli tanah di kampung. Syarikat ini biar tanah itu semak tidak terjaga kadang-kadang menyebabkan babi hutan berkumpul di tempat semak tu di dalam kampung itu juga satu masalah dan jadi kena cari satu pendekatan untuk selesaikan.
Terima kasih, sambung.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua, saya bersetuju dengan padangan Sungai Dua iaitu kita perlu cari kaedah yang saya rasa pihak Kerajaan Negeri bersama dengan semua agensi ataupun badan-badan atau pun NGO yang berkaitan di kawasan tersebut untuk mencari jalan penyelesaian sekurang-kurangnya dapat membasmi ataupun meminimakan babi hutan ini di kawasan-kawasan kampung sebab dia melibatkan keselamatan bukan setakat penunggang-penungggang jalan raya, motosikal ataupun apa nama pengguna jalan raya tetapi di kawasan saya itu ada kes JE dah sekarang ini dan salah satu usaha yang telah saya sendiri ambil pendekatan saya telah berjumpa dengan beberapa orang, kumpulan-kumpulan orang yang telah beri kebenaran untuk orang kata apa memiliki senapang. Kita patutnya saya nak buat minggu depan tapi memandangkan padi dah masak untuk perlu diambil pada bermula 6 hari bulan kita terpaksa tangguhkan kepada 18hb ini dan insha-Allah saya bersama dengan PDRM dan Veterinar sendiri minta supaya mereka team ni turun sekali sebab nak ambil sampling babi tersebut, kerana JE tersebut kemungkinan kalau ikut dari nyamuk dia tiga (3) kilometer Sungai Acheh ni dengan kawasan ladang babi yang terdekat ni dia jauh lebih pada tiga (3) kilometer kecualilah kalau apa nyamuk tersebut naik grab ka, naik bas tumpang balik Sungai Bakau tetapi kita akan bekerjasama dengan institusi tesebut kita akan beroperasi besar-besaran seluruh DUN Sungai Acheh secara berkumpulan mengikut kawasan tumpuan supaya kita tembak supaya benda ni boleh diambil orang kata apa tindakan secara segera untuk pembasmian ni…(gangguan)
Terima kasih rakan saya dari Sungai Acheh. Sebenarnya saya nak tambah sedikit saja lah. Isu ini pernah saya bangkitkan sebelum ini juga, planet ini kita pinjam sahaja dan kita kongsi planet ini dengan hidupan-hidupan liar. Walau bagaimanapun, human-animal conflict ini bukan satu yang baru sejak dari manusia menjadi bertamadun, kita memang ada masalah ini dan
masalah ini berlaku kerana manusia sememangnya menceroboh ke hutan, untuk itu tidak boleh dielakkan juga sebab ketandusan tanah ataupun tanah tidak cukup, kita perlu expand and then kadangkala kita masuk ke dalam habitat haiwan liar ini dan mereka pun kadang-kadang datanglah ke habitat manusia. Daripada tindakan-tindakan menembak atau membunuh haiwan-haiwan liar ni, babi hutan, monyet dan ada satu monyet tu dia warna hitam, yang itu dia walaupun dikatakan liar, it's not harming the human, dia akan lari kalau tengok manusia, dia sangat seganlah bila berhadapan dengan manusia dan kita nampak cara-cara yang tidak berperikemanusiaan, potong atau meracunkan mereka ini saya tak setuju. Dan kalau boleh kita minta Perhilitan ambil satu pendekatan yang lebih berperikemanusiaan tambahkan peruntukan tangkap haiwan-haiwan ni dan hantar ke tempat yang lain di mana ada hutan, kita ada Taman Negara, bolehlah hantar ke sana dan human-animal conflict ini tak akan selesai selagi…(gangguan), satu minit sahaja, kita akan either satu manusia akan hilang dari muka bumi ni ataupun sepsis-spesis haiwan ini akan hilang, kita tidak boleh sampai ke tahap itu. So saya saja nak nyatakan apa yang kita hadapi di sini tidaklah seteruk di negara-negara lain. Saya baca surat khabar di India hari-hari gajah masuk ke dalam kampung, apa ni leopard, harimau kumbang hari-hari masuk ke dalam kampung so kita boleh lega lagi tetapi kena ambil….(gangguan).
Sungai Acheh kena buat rumuslah…(gangguan)
Kena ambil berperikemanusiaanlah itu saja, jangan tembak itu permintaan saya.
Terima kasih daripada Bagan Dalam. Isu tembak macam di kawasan Sungai Acheh kita tak pernah ambil satu pun kes tembak melibatkan monyet ataupun kera, saya akan siapkan perangkap menggunakan peruntukan sedia ada dan saya rasa saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Perhilitan sebab setiap kali kita call perangkap tu dah 30 - 40 ekor masuk dia akan ambil bukan setakat seekor dua, kawasan saya sekali masuk dalam ni monyet ataupun kera ni lebih daripada 20 ekor memang lebih. Ni saya cakap, memang lebih tahun depan saya nak tambah lagi sebab bukan sebab bila saya buat dua tiga kawasan nampak ada kesan sampaikan penduduk sendiri kata Alhamdulilah dah tak ada dah kera apa semua ni tetapi masalah babi ni dia ni mungkin cerdik sedikit kita buat apa perangkap saya pun buat ada tiga (3) perangkap kita buat, yang besar ni dia masuk seekor yang lain tak masuk sedangkan dia dalam satu kelompok yang besar yang banyak, jadi saya mengambil kira berkaitan dengan isu yang disebut oleh apa Yang Berhormat Bagan Dalam tetapi saya meletakkan keutamaan ataupun faktor keselamatan manusia itu di depan. Jadi saya rasakan itu adalah bukan tindakan yang kita akan buat secara selalu tetapi ini adalah pengurangan sementara sebab populasi dia tetap akan bertambah tetapi ia perlu diambil tindakan sekurang-kurangnya meminimakan kesan ataupun keselamatan nyawa penduduk di kawasan saya sendiri.
Dato’ Yang di-Pertua, berkaitan dengan apa nama isu yang seterusnya iaitu berkaitan dengan apa projek yang dilaksanakan di kawasan Sungai Acheh melibatkan kawasan Ampang Jajar dan juga di kawasan Taman Ilmu yang mana peruntukan tersebut diturunkan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini yang telah kita pohon apabila kita dapat, kita serah kepada Majlis tetapi amat mengecewakan walaupun saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO apa nama ni apa, Belia yang sebelum ini menjawab tentang pengindahan di kawasan Sri Ampangan tetapi walau bagaimanapun, amat mendukacitakan bahawa kontraktor yang diberikan amanah untuk menyiapkan projek tersebut yang sepatutnya disiapkan pada 22 November tidak dapat melaksanakan dengan baik walaupun telah diberikan EOT tetapi sehingga hari ini dimaklumkan bahawa projek di bawah Jabatan Landskap, MBSP tidak dapat disiapkan. Bahkan di Taman Ilmu tu kawasan padang yang elok dijaga oleh penduduk sebelum ini kita minta naik taraf tambahkan apa nama, elemen-elemen sukan tetapi akhirnya padang itu lagi-lagi teruk dan saya rasa dalam baru 70 ke 80 percent sahaja siap. Sepatutnya dah siap dah walaupun dah diberi EOT dua (2) minggu, belum siap lagi. Jadi saya harap perkara ini tidak berlaku di dalam Majlis dan saya berharap juga bahawa kontraktor-kontraktor yang melaksanakan projek seperti ini disenarai-hitamkan sebab saya rasa sepatutnya mereka lebih bertanggungjawab kepada projek-projek yang mereka laksanakan terutamanya di kawasan Sungai Acheh itu sendiri. Dato’ Yang di-Pertua, akhir sekali berkaitan dengan isu jalur lebar ataupun internet di kawasan Sungai Acheh. Sebelum ini juga saya telah membuat aduan kepada SKMM dan melibatkan beberapa tempat dia dahlah orang kata apa, line itu susah, tak ada bahkan apa nama, di kawasan-kawasan di Jalan Sepadan Permatang Tok Mahat, kawasan Permatang Tok Mahat tu kawasan pekan tapi Streamyx sahaja ada Unifi pun tak ada. Bahkan di Pekan Sungai Acheh itu sendiri, Streamyx juga tak ada langsung Unifi sepatutnya kawasan-kawasan tersebut perlu dinaiktaraf kepada Unifi. Saya juga dimaklumkan bahawa memang ada apa nama action daripada ataupun tindakan daripada TM itu sendiri tetapi birokrasi agensi ataupun jabatan-jabatan tertentu yang tidak ataupun ulasan kebenaran ataupun ulasan kepada pihak TM ini jadi lambat. Jadi tindakan mereka ini jadi tersangkut untuk naiktaraf fiber-optic di kawasan tersebut supaya Unifi ini ada di kawasan tersebut. Dan ia juga telah mendatangkan masalah bahkan kepada pelajar-pelajar especially 2 tahun hampir mereka PDPR dan amat terkesan sekali dahlah kawasan kampung, tertinggal pula, lepas tu dari segi pelajaran pun duk tertinggal bahkan telco-telco lain juga nampak kita hadapi masalah, saya ada berapa tempat yang saya pakai Digi di kampung, ada empat, lima tempat kampung yang tak dapat line di situ. Jadi saya mengharapkan supaya Kerajaan Negeri mungkin boleh mempermudahkan agensi-agensi ataupun jabatan-jabatan yang berkaitan untuk memberi ulasan kepada telco-telco ini agar dia dipermudahkan daripada menjadi birokrasi kepada naiktaraf ini. Jadi saya mengharapkan saya merasa itu perkara-perkara yang saya sudah bangkitkan di kawasan Sungai Acheh dan saya mengharapkan pertimbangan sewajarnya oleh pihak Kerajaan Negeri dan juga kepada EXCO-EXCO ataupun jabatan-jabatan yang berkaitan dan amatlah besar harapan saya, tinggi pengharapan penduduk Sungai Acheh supaya perkara ini dapat diberi keutamaan kepada pembangunan dan juga kepada sosial ekonomi dan juga infra di kawasan Sungai Acheh itu. Sekian dahulu, wabillahitaufiq walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat yang terakhir dalam sesi perbahasan. 20 minit dari sekarang, sila.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Alhamdulillahi robilalamin wassalamu tumussola waala-asyarafil anbiya'e wal. mursalin, waala wasahbihi ajmain. Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, barisan EXCO dan rakan-rakan ADUN serta pegawai dan kakitangan kerajaan. Saya ucapkan Alhamdulillah bersyukur kepada Allah Subhanahu Taala kerana dapat bersama-sama melibatkan diri dalam perbahasan Dewan. Bahawa kita telah pun menghadapi zaman pandemik COVID sepanjang dua tahun ini, Dewan kita terpaksa disingkatkan dan kita terpaksa menghadapi kemelut ini secara bersama dan kita berkongsi satu permasalahan yang besar yang melanda dunia ini bersama-sama tak kira daripada pembangkang ataupun kerajaan. Jadi oleh itu, saya harap bahawa Dewan ini akan kita jadikan satu Dewan untuk kita sama-sama merealisasikan harapan bajet kita iaitu “Mempercepatkan Pencapaian Penang2030”. Di mana saya teruja dan menunggu bajet ini tetapi bajet ini telah merakamkan bahawa penurunan empat peratus pendapatan kerajaan yang berlaku 2022. Ini adalah sesuatu yang saya juga tertanya-tanya sedangkan pada tahun sebelum, kita menghadapi lockdown ataupun PKP yang beberapa kali tetapi kita boleh membuat pendapatan yang lebih tinggi daripada anggaran yang kita buat. Jadi saya harap janganlah kerana pendapatan rendah ini sekali lagi saya punya peruntukan pun kena tahan. Jadi kita nak, kita adillilah keadaan ini bersama-sama dalam masa COVID berlaku kita terpaksa menghadapi bersama-sama. Kami daripada Pembangkang, Alhamdulillah nasib baik ada Kerajaan Persekutuan bantu untuk bersama-sama dengan kita membantu rakyat di sana. Bukan sekadar bakul makanan, kadang-kadang kita lihat peringkat awalnya mereka perlu kepada tunai kerana gas di rumah habis. Ini yang penting bagi kita dan kita harap bahawa bajet ini janganlah kita sekadar menumpang kasih mengharap ehsan sahaja tetapi kita kena berusaha seperti kawan-kawan lain kita minta supaya Kerajaan Negeri melihat prospek-prospek lain yang boleh menambahkan pendapatan kepada kerajaan dalam merealisasikan pencapaian kita Penang2030 ini. Saya juga telah bertanya kepada beberapa masalah perumahan di mana kita tahu perumahan Kerajaan Negeri telah bentangkan bagaimana perumahan rakyat itu telah usaha dilaksanakan untuk mencapai permintaan rakyat Pulau Pinang tapi perumahan yang dibina ini sekali juga ada memberi beberapa kesan kepada kita sebagai rakyat Pulau Pinang. Pertama sekali, kita telah membina perumahan di beberapa lokasi yang kita buat untuk rakyat tetapi dia juga akan menyusahkan rakyat. Saya mendapat aduan di kawasan saya dan juga di Balik Pulau, mereka yang di Teluk Bahang sendiri yang mendapat rumah, jauh daripada tempat mereka bekerja. Mereka nelayan, mereka ditawarkan rumah luar daripada kawasan dan mereka terpaksa berulang dan mereka sebahagian terpaksa menolak tawaran-tawaran ini. Begitulah juga rumah pekerja yang heboh juga, walaupun Bayan Lepas, Batu Maung tak berani nak bangkang, nak bantah. Kita bukan bangkang dan bantah sahaja, kita mesti mengambil konsep sepertimana Persekutuan lakukan kalau rumah jururawat dibuat di hospital, kalau rumah polis dekat dengan balai, kalau rumah pekerja buatlah di dalam kilang supaya dia akan mengurangkan risiko-risiko lain yang berlaku oleh kerana rumah yang jauh daripada penempatan, kita lihat sekarang ini keadaan jammed. Tambah lagi di luar di waktu hari ini selepas PKP ini, kita lihat kita terpaksa mengambil masa bagi orang melintasi Pulau dan Tanah Besar ini, satu jam sehingga dua jam. Kenapa? Kerana kita terpaksa menduduki rumah jauh daripada tempat kerja. Jadi perancangan kepada pembinaan rumah ini perlu dilihat kepada kesan-kesan lain yang boleh kita pastikan, apa, dia tidak berlaku. Limpahan parking kereta yang menyebabkan jalan-jalan utama yang kita guna hari
ini di belah malamnya itu terpaksa kita berhati-hati sebab letak kereta telah mengambil laluan-laluan utama. Tambahan lagi kawasan-kawasan rumah pangsa atau flat yang berlaku di sana. Dan dalam beberapa soalan dalam kita perbincangan sepanjang Dewan ini, kita juga telah dimaklumkan bahawa Pulau Pinang adalah nombor dua, limpahan ataupun lebihan pembekalan rumah. Jadi kita lihat kelebihan ini adalah sebab perancangan kita, bukan dia berlaku sendiri. Kelulusan yang kita berikan kepada perumahan, kepada pemaju untuk membuat rumah menyebabkan rumah ini berlebihan tidak dapat dijual. Jadi satu lagi yang keduanya, kalau kita harapkan kepada spekulasi harga sebagai penyelesaian masalah untuk rumah ni turun kita bagi banyak, mungkin Kerajaan Negeri bagi sebab nak pastikan harga rumah itu berlaku ketentuan harga atas spekulasi harga tetapi sebenarnya kita tidak boleh bergantung kepada kawalan harga atas spekulasi pasaran. Kita mesti ada kawalan, kawalan daripada pembinaan sehinggalah kalau boleh lebihan rumah ini, kerajaan mesti cari satu pendekatan memilikinya dan juga menukar status supaya rakyat bermanfaat kepada lebihan ini. Kita mempunyai beberapa cara, beberapa jalan, beberapa kaedah yang kita boleh gunakan supaya limpahan rumah ini menjadi rumah rakyat. Kita faham sebahagian besar limpahan ini adalah rumah-rumah yang berharga tinggi tetapi sebagai sebuah kerajaan, kita mesti pastikan dia ni tetap bermanfaat kepada rakyat Pulau Pinang. Itulah saya harap bahawa penyelesaian perumahan ini bukan semata-mata pembekalan rumah tetapi dia hendaklah dilihat daripada aspek-aspek sosial lain yang boleh menyebabkan Pulau Pinang terbantut di dalam beberapa perkara lain ataupun kita punya kesesakan, bebanan, tension bandar itu akan berlaku di Pulau Pinang ini. Jadi bagi dalam bajet ini, saya melihat bahawa dalam hal ehwal Agama Islam peningkatan kepada bajet ini sebanyak RM71 juta ini, saya melihat bahawa dianya hendaklah kita realisasikan dalam keadaan sebenar sebab kita faham bahawa dalam bajet Agama Islam ini, Guru KAFA masih lagi Kerajaan Negeri support RM50.00 ja. Walaupun kita tengok dia besar, Guru KAFA adalah sebahagian besar guru yang telah mendidik anak-anak kita di sini untuk bersama-sama di dalam masyarakat tetapi bantuan kepada mereka kecil daripada peruntukan negeri dan dianya banyak dari sumber zakat dan juga Persekutuan. Jadi saya kena lihat bahawa, kita kena lihat bahawa peruntukan Agama Islam ini hendaklah kita capai apa yang kita hendak kepada pembangunan. Sama juga seperti hospital patuh syariah yang kita nak bina. Kita ingin melihat masa depan hospital ini, dapat bertahan dan juga terus berfungsi dan dia tidak terbantut sekerat jalan. Jadi untuk adakan sebuah hospital ini, mestilah ada satu perancangan untuk kakitangan hospital. Dimanakah perancangan kita untuk mendapatkan tenaga pakar kita yang akan beroperasi di hospital ini? Apa perancangan kita? Di mana kita punya fokus untuk kita pastikan? Bukan bangunan hospital. Bangunan hospital ini kita boleh dapat dan kita boleh memiliki mana-mana bangunan tetapi untuk pastikan sebuah hospital ini berjalan mestilah ada perancangan. Kita tahu ada peruntukan pendidikan ataupun biasiswa kepada pelajar kita dalam medic yang kita bagi walaupun kecil tetapi untuk memastikan sebuah hospital swasta ini berdiri dia mesti ada perancangan, pemilikan kakitangan, jangka panjang yang baik supaya hospital ini menjadi realiti dan dia berfungsi dan manfaat untuk penduduk Pulau Pinang....(gangguan).
Minta penjelasan Teluk Bahang. Minta penjelasan sedikit. Terima kasih kepada Yang Berhormat Teluk Bahang. Tadi saya nampak tertariklah dengan hujahan Yang Berhormat Teluk Bahang tentang isu di mana peruntukan hal ehwal untuk Agama Islam yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri. Tadi saya nampak hujahan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Teluk
Bahang memang bernaslah cadangan-cadangan supaya peruntukan ini dapat digunakan secara bernasnya tetapi saya ingin dapatkanlah pendapat Yang Berhormat Teluk Bahang sebab baru-baru ini pemimpin Perikatan Nasional iaitu Pengerusi Gerakan Pulau Pinang telah mengkritik Kerajaan Negeri kerana telah memberikan peruntukan terlalu banyak kepada Hal Ehwal Agama Islam. Jadi merupakan sebahagian daripada Perikatan Nasional, saya nak mintalah pandangan Yang Berhormat Teluk Bahang tentang hujahan-hujahan daripada Parti Gerakan ini yang telah mengkritik Kerajaan Negeri kerana memberi terlalu banyak kepada Hal Ehwal Agama Islam. Saya minta pandangan.
Terima kasih Pengkalan Kota. Sebab itu saya katakan seperti hospital, kalau kita realisasikan hospital ini, saya rasa semua orang tak gaduh sebab dia boleh dimanfaatkan oleh semua orang tak kira dia ada parti politik ataupun agama ataupun bangsa sebab peruntukan ini kena dilihat bermanfaat, bukan dilihat di atas paper. Jadi kita nak pastikan bahawa peruntukan ini dirasai oleh rakyat Pulau Pinang, tak kira dari kumpulan mana. Dan dalam hal ini juga, saya ingin supaya peruntukan yang banyak ini, saya dapat lihat Masjid di Balik Pulau, Botanica City yang tertangguh sejak pertukaran kerajaan dari dulu Barisan Nasional kepada Kerajaan Perikatan, Pakatan Harapan yang sekarang Pakatan Harapan, masjid masih tak wujud. Lebih daripada perancangan 1000 buah rumah akan berlaku di taman ini, yang dari segi peraturannya mesti ada sebuah masjid, tapi sampai hari ini masjid itu tak berlaku, apabila soalan saya pada Sidang DUN yang lepas dikemukakan, siap ada satu lawatan telah dilakukan oleh pihak kerajaan ke kawasan ini tapi tak dimaklum pun kepada saya sebagai tuan rumah tapi tak apa Alhamdulillah, tetapi saya hendak lihat supaya peraturan dan apa yang kita bincang apa yang kita buat dapat direalisasikan sebagai sebuah bajet atau belanjawan yang dirasai oleh rakyat. Di sana telah sampai kepada keadaan perumahan yang banyak ini menyebabkan beberapa masjid sesak dan tidak dapat menampung jemaah yang hadir jadi Masjid Botanical City ini pun saya dimaklumkan berpindah tempat beberapa kali dan saya juga dimaklumkan bahawa tanah ini telahpun digadai kepada bank semasa pembinaan dan apa tindakan kerajaan kepada mempercepatkan dan melahirkan menghasilkan masjid di bawah peruntukan yang ada ini. Saya tidak melihat di dalam apa-apa peruntukan dan bentang belanjawan ini bahawa perkara ini ada penyelesaiannya dan di situ juga saya ingin nyatakan bahawa rakyat Balik Pulau berhasrat untuk melihat bajet ini sebagai sebuah bajet yang boleh dirasai oleh mereka. Di sana juga di Balik Pulau di kawasan saya adalah kawasan nelayan, kita kena yakin kita kena faham bahawa nelayan adalah mereka yang menangkap ikan dan memberi makan kepada kita Nelayan adalah salah satu entiti yang ada dalam masyarakat, mereka adalah penting. Dalam kita membincangkan isu PSR dan juga public transport juga kita telah menyentuh hak nelayan dimana sebahagian tempat mereka mencari makan kita telah ambil dan kita telahpun mengambil periuk nasi mereka jadi apa ganti kepada mereka yang kita lihat sebagai jangka panjang. Kita tahu bahawa dalam perbincangan saya juga terlibat salah satu daripada perbincangan lebih kepada pemberian wang tunai dan juga dalam bentuk wang tunai. Jadi beberapa kali saya katakan bahawa nelayan ini perlu dibela. Mereka adalah masyarakat yang berhempas pulas dalam bahaya untuk memberi makan kepada kita dan mereka perlu mendapat perhatian, mereka juga perlu dipastikan supaya dapat bersama-sama dengan Pulau Pinang sejauh mana kita maju. Saya suka mengambil contoh seperti mana selalu saya katakan di Balik Pulau di Barat Daya ini ada Sungai Ara dan Bayan Lepas. Di sana ada sebuah Koperasi Tunas Muda yang telah membangunkan kawasan hampir 1000 ekar di kawasan sana dan kawasan ini telah berlaku pembangunan lebih daripada 40 tahun dan tidak ada kita dengar rakyat di sana mengadu mereka
dihalau, mereka terpaksa lari, mereka terpaksa pindah sebab perancangan orang dulu-dulu telah meletakkan mereka sebagai salah satu daripada kelompok yang membangunkan di situ, mereka ditawarkan dengan ekuiti, kalau 40 tahun pembangunan di sana mereka telah ada tiga (3) rumah atau lebih dan bersama-sama itu kalau jiran mereka rumah RM5 juta harini dia pun rumah harga RM5 juta tetapi kalau pembangunan tambakan laut dan sebagainya ini mengambil kira meletakkan mereka sebagai salah satu pemain dalam ekuiti pembangunan ini saya yakin bahawa nelayan ini akan dilihat maju bersama Pulau Pinang dan mereka juga akan dijaga oleh kita. Kita janganlah ambil mereka mudah dengan kita meletakkan mereka ini boleh dijual beli dengan duit supaya mereka diam atas pembangunan tetapi akhirnya aktiviti nelayan mereka ini akan berakhir sebab mereka terpaksa berpindah tidak dapat bersaing di dalam kedudukan penempatan yang akan terus meningkat dalam kos dan sebagainya. Balik Pulau juga sebagai sebuah tempat yang telah diwar-warkan oleh EXCO dan Kerajaan Negeri akan dijadikan eko pelancongan atau pun eco pelancongan ini sebagai satu tempat baru atau special kepada Pulau Pinang, telah dinyatakan beberapa kali bahawa ia akan tumpu sebagai tempat eko pelancongan ini supaya rakyat boleh pilih. Kita tahu kita ada Taman Negara, YB. Satees A/L Muniandy, Ahli Kawasan Bagan Dalam tidak ada di sini, dari Bagan Dalam tidak ada, ia bukan tempat letak babi, Taman Negara kita bukan tempat letak babi, kita ada sebelum pandemik kita telah menerima lebih daripada 120,000 pengunjung Taman Negara kita. Sebuah Taman Negara terkecil di dunia dan mempunyai tasik yang paling diminati di seluruh dunia dan di sana kita lihat ada Taman Negara dan bagaimana kita memastikan Taman Negara ini terus menjadi hijau dan mereka tidak diceroboh sebab saya dimaklumkan di puncak Bukit Teluk Bahang diluluskan lagi ada beberapa projek pelancongan ataupun pembinaan tapak pelancongan yang akan memakan sebahagian daripada hutan simpan yang ada di sana. Jadi kita hendak pastikan benda ini berlaku dan dari segi undang-undang, dari segi peraturan apa yang disediakan supaya Balik Pulau ini berdiri sebagai eko pelancongan. Apakah peraturan dan apakah perancangan kita untuk memastikan hutan ataupun kebun durian ini tidak kita landa, tidak kita musnahkan dan kita tahu bahawa Pulau Pinang terkenal harum semerbak buah durian tetapi kita tidak membela tapak-tapak ini. Kita minta supaya suatu jawatankuasa khas ini dibentuk untuk pastikan bahawa produk pelancongan kita yang ada di sana ini terus dipertahankan. Kita ada beberapa zoo swasta di sana yang masa pandemik ini amat susah dan kita juga ada muzium yang terdiri daripada muzium hutan dan juga binatang yang diusahakan secara swasta yang perlu kepada Kerajaan Negeri melihat mereka sebagai satu entiti produk yang baik kepada Negeri Pulau Pinang untuk kita majukan dan kita juga faham bahawa dalam keadaan belanjawan yang begini bagi kami di Balik Pulau banjir masih tetap ada, walau pun dinaikkan taraf banjir tetap ada, masih ada lagi banjir bukan air hujan tetapi kami kena berdepan dengan air pasang, banjir air pasang sebab fenomena dunia yang berlaku hari ini tenggelam hampir 200 rumah berlaku masuk air pasang dan apa perancangan masa hadapan kita untuk pastikan perkara ini akan terus makin besar bertambah air pasang ini dan sampai hari ini kita belum melihat satu pelan perancangan untuk pastikan bukan hujan sahaja tetapi air pasang laut ini hendaklah dilihat sebagai salah satu fenomena baru yang perlu kita tangani. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Dewan ini saya diminta untuk pendekkan ucapan sebab masing-masing ada urusan untuk kita penggulungan dan sebagainya. Banyak benda yang saya letak di dalam soalan-soalan saya untuk saya pastikan bahawa Dewan ini berfungsi dan saya harap bahawa sidang ini akan dapat bersidang dengan baik dan sebelum saya tutup saya suka bagi sebuah pantun:
Dari Seberang ke Teluk Bahang Singgah berkebun di Bagan Dengan sedikit bajet dibentang Saya akan sama-sama jayakan.
Sekian, Wabillah Hitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh
Terima kasih, ajaklah pergi ke Teluk Bahang. Terima kasih YB. Ahli Kawasan Teluk Bahang, Ahi-ahli Yang Berhormat untuk hari ini saya hendak henti rehat dan Dewan ditangguhkan dan kita sambung balik pada jam 2.00 petang nanti ya, 2.00 petang.
Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 petang
Dewan bersambung semula pada jam 2.00 petang
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2022 Dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2022. Kita berada dalam sesi penggulungan, dipersilakan Penanti.
Bismillahirohmannirrohim, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat-berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, yang dihormati Ketua-ketua Jabatan, Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian, Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat dan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih untuk menggulung Ucapan Bajet Tahunan 2022 Negeri Pulau Pinang yang bertemakan Mempercepat Pencapaian Penang2030, Accelerating Penang2030 oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow. Saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Dewan yang mulia ini telah memberi peluang kepada saya dan saya akan terus pergi ke jawapan-jawapan sebab rasanya tak ada masa sangat. Okey saya nak ucapkan banyak terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah menyediakan peruntukan berjumlah RM6.25 juta kepada Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang untuk pembangunan Khidmat Pengembangan Techno Pertanian, pembangunan dan naik taraf Pusat Kecemerlangan teknologi pertanian, pembangunan tanaman padi, buah-buahan dan sayur-sayuran, pembangunan industri pemprosesan makanan dan lain-lain projek. Antara projek yang dilaksanakan adalah pakej intensif amalan teknologi bagi program Farmer to Farmer di mana orang-orang, anak-anak muda yang bukannya terdiri daripada petani menjadi petani. Kerajaan juga melaksanakan projek model pembenihan aruhan kerang bagi projek kebun kerang Pulau Pinang dengan kerjasama Fishery Research Institute (FRI) dan Jabatan Perikanan dan program penternakan ikan dalam kolam secara berkelompok iaitu projek Farm To Farm dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia. Diharapkan dengan pelaksanaan program-program yang telah dirancang ini, ia dapat membantu para penduduk di kawasan luar bandar dan komuniti-komuniti setempat bagi menjana pendapatan tambahan mereka selain dapat membantu meringankan bebanan dalam mendepani tekanan kehidupan pasca pandemik COVID-19 ini. Saya merujuk kepada soalan Yang Berhormat Sungai Dua untuk negeri Pulau Pinang perlu memastikan bekalan makanan rakyat dapat dipertingkatkan, meningkat tahap sara diri hasil pertanian dan menyelesaikan isu berkaitan bekalan makanan. Suka dimaklumkan bahawa SSL merupakan kayu ukur kebergantungan negara kepada makanan tempatan berbanding makanan yang diimport. Di tahap antarabangsa ia bermaksud pertanggungjawaban semua negara untuk memastikan pasaran dan harga makanan yang stabil di tahap kebangsaan diterjemahkan sebagai keupayaan untuk memastikan penawaran makanan yang stabil dalam pasaran domestik di tahap perseorangan ia bermakna bahawa setiap individu memiliki bekalan makanan yang bukan saja mencukupi tetapi juga memenuhi keperluan pemakanan yang dianggap standard
dalam memastikan bekalan makanan rakyat dapat dibekalkan. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian telah merancang beberapa inisiatif bagi merealisasikan sekuriti makanan di Pulau Pinang. Antaranya adalah memodenkan agro makanan dari sudut sumber manusia iaitu mendaya upayakan petani dengan kemahiran teknologi baru menggunakan variety berhasil tinggi sebagai contohnya benih-benih padi yang tidak memerlukan banyak air, khidmat pengembangan lebih efektif dan intensif, mendayakan koperasi dan PPK dan mengintegrasikan teknologi pertanian moden seperti penggunaan jentera penanam, penderia censor, pertanian tepat, drone, pembangunan data pertanian, berasaskan Internet of things dan yang dilaksanakan dalam pengurusan tanaman padi bagi meningkatkan pengeluaran hasil padi. Actually di Pulau Pinang adalah satu satu negerinya yang mempunyai profiling tanah dan nutrien untuk tanaman padi. Okey, Yang Berhormat Sungai Dua membangkitkan isu berkaitan tiada tindakan susulan yang diambil ke atas kes tambakan tanah di sawah padi. Saya ingin maklumkan bahawa pihak Jabatan Pertanian Negeri mengambil perhatian serius terhadap perkara ini dan memaklumkan kepada pihak PBT jika terdapat kawasan yang didapati telah ditambak tanpa kebenaran. PBT mempunyai kuasa mengambil tindakan, secara amnya Jabatan Pertanian tidak mempunyai kuasa bagi menghalang penambakan kawasan tanah sawah di atas tanah jelapang padi ataupun kawasan pertanian lain. Walau bagaimanapun sekiranya terdapat permohonan perlingkungan semula atau permohonan ubah syarat tanah dari kawasan pertanian jelapang padi kepada kawasan pembangunan lain, pihak jabatan tidak menyokong, tidak pernah menyokong permohonan tersebut dan seperti yang saya dah sebut tadi, dalam Mesyuarat SPC juga kita memberi tempoh dua tahun bagi mereka-mereka, syarikat syarikat logistik yang digunakan tanah sawah yang ditambak tu untuk untuk park dia punya lori tu kita bagi dia dua (2) tahun untuk keluar cari tempat lain. Dan telah dicadangkan dalam Mesyuarat SPC supaya kalau dia nak cari tempat untuk parking lori lori logistik ni, gunakan tanah-tanah pertanian yang tidak produktif sebagainya sebagai contohnya di ladang getah yang lama ataupun ladang kelapa sawit yang lama. Saya...ya...(gangguan).
Mohon pencerahan sikit. Terima kasih Dato' Timbalan Yang di-Pertua. Saya nak sentuh sikit tentang apa yang dibuat untuk sektor pertanian tanaman ni untuk kita meningkatkan pengeluaran bekalan kepada negeri Pulau Pinang. Jadi saya nampak usaha-usaha yang dibuat tu masih belum lagi mencapai ke tahap mencukupi iaitu mencukupkan bekalan negeri Pulau Pinang. Jadi saya harap kalau boleh pihak Jabatan Pertanian dan juga pihak YB EXCO untuk memikirkan satu kaedah atau satu cara lain untuk kita meningkatkan pengeluaran, menambahkan pengeluaran dan kalau boleh ada data, data keperluan, banyak mana yang kita perlu jenis makanan based on data untuk kita buat projek-projek pertanian. Kalau kita tidak ada asasnya jadi pelaksanaannya mungkin akan menimbulkan pula nanti masalah pasaran dan keduanya kita kena juga melihat dari segi pasaran, kita kena ada kelompok golongan yang melaksanakan pemasaran selain daripada FAMA, kalau tidak dia akan dimanipulasi oleh orang tengah dan mungkin menimbulkan masalah kenaikan harga dan sebagainya. Dan tentang tanah sawah tadi, kita dah bincang dalam PAC apa tindakan yang perlu kita buat cuma saya nampak kegiatan ini masih berterusan masih lagi berlaku dan tindakan yang disyorkan oleh PAC tidak diambil tindakan contohnya denda yang tinggi kepada mereka yang terlibat dengan tambakan tanah sawah dalam kawasan pengairan tindakan mahkamah yang saya rasa agak perlahan sampai tiga (3) tahun tindakan di mahkamah tidak ada keputusan ini menimbulkan masalah kepada tanah tu kepada jiran sebelah tanah tu, kalau tanah sawah ni dia akan menjadi tempat untuk musuh-musuh tanaman berkumpul di situ dan juga kalau boleh kita berikan kuasa kepada JPS di bawah Enakmen ataupun Akta Parit dan Saliran untuk diambil
tindakan bersama. Jadi ini mungkin lebih berkesan kalau kita turunkan kuasa itu kepada JPS ataupun kepada Pejabat Daerah untuk ambil tindakan yang lebih berkesan supaya kerja-kerja tambakan sawah ini tidak terus menjadi isu di kawasan padi, dan akan ada syarikat tertentu yang akan buat. Ini masalahnya syarikat yang agak besar contohnya Pinang Mewah. Ini kerja Pinang Mewah ni dia buat tambakan merata-rata. Terima kasih.
Okey saya bersetuju dan kami pun telah membincangkan masalah Pinang Mewah ini dalam Mesyuarat EXCO juga bersama dengan Datuk Bandar bagaimana kita boleh mengambil tindakan dan kita juga pernah menggunakan Akta Tali Air untuk mereka yang membuat pencemaran sungai. Jadi kita hanya macam setakat ni saya belum nampak JPS menggunakan akta ini untuk tambakan sawah jadi saya akan cadangkan ini, perkara ini kepada JPS tapi sebelum ini, inisiatif yang kita dah buat laporan polis untuk pencemaran sungai menggunakan akta ini, sedihnya ialah walaupun semua telah dibuat tetapi pendakwa raya tidak proceed with the case sebab dia tak dapat nak zoom in siapa yang membuat pencemaran tapi saya rasa kalau kes pinang mewah ini rasanya boleh sebab clear cut siapa adalah pemilik yang membuat tambakan-tambakan itu. Okey saya nak jawab berkenaan dengan apa ini kita di bawah portfolio saya kita ada Pelan Tindakan Pemulihan Negeri Pulau Pinang mesyuarat dalam task force industry makanan dan mesyuarat yang terkini 29hb Oktober 2021 di mana persatuan-persatuan industri sayur-sayuran apa ini penternakan semua ada dalam dan juga pengarah-pengarah dan dalam mesyuarat yang terkini iaitu Jawatankuasa Mesyuarat Sekuriti Makanan yang dipengerusikan oleh Menteri MAFI pada 15hb November dan juga ada jawatankuasa mesyuarat-mesyuarat EXCO-EXCO Pertanian dengan Menteri, kami telah berkenaan sebagai contohnya harga kenaikan harga jadi kami telah memutuskan supaya diluluskan Warta Cili Merah so Warta Cili Merah ini bukan untuk mengekang harga yang boleh diperolehi oleh petani-petani tetapi warta ini ialah untuk mendapatkan data daripada import-import supaya kita dapat mengawal harga dan ini adalah dibentang hari itu KPDNHEP dan saya telah bawa isu ini kepada persatuan-persatuan sayur-sayuran dan juga saya punya team dalam syarikat-syarikat anchor-anchor syarikat petani yang menjadi anchor dalam farmer to farmer dan maknanya diluluskan tanpa tanpa ada kesan yang negatif kepada pihak petani ini adalah satu inisiatif untuk apa ini mengawal harga cili merah sebagai contohnya, di samping itu.
Minta penjelasan YB EXCO terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, saya tertarik dengan penggulungan yang telah diberikan oleh YB. Penanti tadi, tadi YB. Sungai Dua juga ada sebut antaranya salah satu sebab puncanya kenaikan harga barang adalah supply bekalan makanan yang tidak mencukupi di pasaran, soalan saya adalah tadi di kementerian hanya bincang tentang cili merah sahaja tapi di pasaran agak semua sayur sudah naik harga dan kita tak boleh tunggu kajian lagilah jika nak kawal harga itu nak buat kajian saya tak tau sampai bila kajian itu akan menurunkan harga pasaran untuk sayur-sayuran ini. So, soalan saya adalah adakah kerajaan melalui Jabatan Pertanian ke atau FAMA sama ada kita boleh membeli lebih banyak sayur-sayuran daripada mana-mana tempat mungkin import ka dapatkan bekalan lebih supaya kita boleh kawal harga di pasaran sama ada cara ini ada dibincangkan bagaimana kita boleh meningkatkan bekalan yang mencukupi untuk pasaran supaya harga sayur-sayuran itu tidak dinaikkan dengan begitu mendadak dan ini juga berkaitan dengan keselamatan makanan ya.
Tadi YB. Penanti juga ada sebut tentang food security antaranya adalah bekalan mencukupi, bekalan mencukupi itu juga perlu dilihat dengan harga. Walaupun bekalan itu mungkin cukup tapi harga itu terlampau tinggi seperti apa yang berlaku di pasar sekarang. Maka ada peniaga-peniaga yang juga mereka rasa susah untuk menjualkan produk-produk mereka ya kerana orang ramai tidak mampu untuk beli so itu adalah salah satu yang saya rasa kita perlu menangani supaya bekalan itu cukup, harga itu juga dalam peringkat yang berpatutan itu yang saya minta boleh dipertimbangkan.
Dalam mesyuarat di Pulau Pinang iaitu task force industry makanan dan juga di jawatankuasa food security di peringkat national apa yang kami dapat daripada walaupun harga naik tetapi persatuan sayur-sayuran tidak members tidak menikmati kenaikan harga ini disebabkan isu-isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat di Pulau Pinang satu ialah berkenaan dengan harga racun dah racun rumpai dah naik 50 peratus dan juga harga baja juga telah naik dan diperingkat untuk bahan-bahan makanan haiwan seperti ayam especially dan lain-lain dah naik tiga kali disebabkan masalah apa ini dulu masa last year mereka dah ada stock pile soya dan jagung tetapi bila stock pile tu dah menurun import tidak sampai secepat mungkin untuk tingkatkan balik stock pile itu, itu masalahnya. Jadi sebab kebanyakannya makanan ternakan semua mengeluh yang mereka menghadapi harga bekalan mentah tu yang masalah itu because stock pile itu habis dan mereka telah membuat usul dan saya pun telah memberitahu dalam mesyuarat bersama dengan menteri ada dua mesyuarat back to back within seminggu dia mengusulkan supaya kerajaan menyediakan geran pembangunan ataupun pinjaman kadar faedah rendah bagi membantu pengeluar makanan dan penternak mengurangkan harga makanan dan mengurangkan kos makanan dan pihak diorang mereka minta supaya pihak Agrobank mempercepatkan kelulusan ini sebab ini adalah masalah. Di peringkat Kerajaan Negeri pulau kita telah memberi insentif untuk mengurangkan bebanan penternak kita telah memberikan pemberian bantuan makanan ternakan penokok diet iaitu seperti garam rupanya kita punya garam ternakan pun kita import dari Europe dan supplement telah dilaksanakan melalui Pakej Bantuan Rakyat 2.0 kepada 988 penternak dan juga kita juga telah beri pada tahun ini kepada 1088 penerima through drive thru kita buat melibatkan untuk tahun ini RM574,424 juga kita dalam mesyuarat juga kita mengalakkan penternak-penternak untuk membuat silage, maknanya silage is basically campur dengan gula merah and enzyme untuk bagi untuk membuat makanan ternakan tapi of course...(gangguan).
Silage itu adalah dibuat daripada batang jagung ataupun batang nipah yang dicincang kecil-kecil dan dicampurkan dengan gula merah dan garam dan difermented for at least 5 – 10 days
Ya betul so ya, I mean kita juga tengok adakah makanan ternakan
Minta laluan EXCO boleh? Saya tertarik dengan isu sedang hot ini iaitu kenaikan harga sayur dan barangan mentah...(gangguan),
Batu Uban soalan kah atau cadangan?
Cadangan saya kita tengok bagaimana negeri Selangor mengambil inisiatif dia bantu mengurangkan harga sayuran ini dengan dia bekal sayur terus dari ladang, dan jual di pasar tani dengan harga berpatutan. Saya juga ingin bertanya adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengambil tindakan sedemikian terhadap pertanian di tanah-tanah di CMI Agrofarm dan tanah kerajaan negeri. Adakah EXCO bersetuju jika kita beli terus dari petani-petani ini dan kita membuat pasar tani supaya kita dapat menjual dengan harga sepatutnya. Terima kasih.
Semasa pandemik bermula dulu tahun lepas memang ada ramai ADUN-ADUN yang telah dibantu masa itu PKP logistik secara percuma memberi lori-lori yang sejuk yang ada refrigerator supaya kita mengambil hasil-hasil dari petani straight dari ladang dan kita beli ikan daripada nelayan masa itu PKP masa mula-mula dan kita hantar direct kepada kawasan-kawasan yang nak yang kita nak hantar kepada penduduk yang susah di Pulau Pinang kita hadapi masalah kerana kita tak ada pasar tani kekal tahun ini kita telah FAMA telah mendapatkan kelulusan menubuhkan pasar tani kekal di tapak ekspo dan mendapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan about RM3.1 something million untuk buat pasar tani kekal so maknanya jika hopefully tak ada lah kan jika berlaku any lockdown pasar tani still boleh beroperasi. Okey the other one yang saya nak sebutkan di sini ialah cadangan untuk SSL disebabkan oleh kenaikan harga ternakan seperti ayam pengusaha persatuan penternak actually our President Persatuan Penternak Pulau Pinang adalah juga President Persatuan Penternak Malaysia, beliau telah mengusulkan cadangan supaya pihak Kerajaan menyediakan gudang penyimpanan sejuk beku bagi produk-produk ternakan sebagai stok penimbal. So kita ada stok maknanya apabila harga makanan haiwan itu tinggi dan ramai penternak terpaksa kurangkan bilangan haiwan tetapi kalau kita ada stock pile dalam gudang-gudang di Pulau Pinang kita dapat menjual dengan harga yang stabil itu yang mereka telah mohon untuk mendapatkan lebih poultry slaughtering plant bagi mengawal harga dan saya telah mengusulkan cadangan ini kepada menteri dalam mesyuarat yang saya sebut pada 15hb November. Selain daripada untuk penternak-penternak di Pulau Pinang ini kita telah mengusahakan bersama dengan FELCRA dan juga sebab kita ada lebih daripada 200 hektar ladang-ladang Felcra yang kita boleh menggunakan tanah-tanah sebab Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang kecil jadi kalau kita berkerjasama dengan FELCRA yang seperti kita dah buat kita boleh menanam high value crop di ladang-ladang Felcra maknanya ada high value crop together di ladang FELCRA di kelapa sawit yang Jabatan Pertanian is working on it now kita juga cuba actually buat ladang intergrasi bersama dengan FELCRA especially di Juru dan di Permatang Pasir sebelah pulau tetapi dalam mesyuarat yang terbaru Jawatankuasa Securiti Makanan di peringkat national saya diberitahu Pahang buat macam ini dan 1,000 ekor lembu di ladang intergrasi telah kena penyakit lampy skin disease sebab maknanya ladang intergrasi
lembu-lembu jadi kita pun juga ada beberapa ribu ekor lembu-lembu yang tidak mempunyai yang free grazing cows, yang tidak mempunyai their own...(gangguan).
Terbiar.
Ya Ia jalan makan rumput sendiri dia dan satu lembu dia makan empat ekar so dia memang memerlukan tanah so dia mula-mula memang saya dah jumpa dengan semua peserta FELCRA. Kita sudah seronok tapi bila sudah jadi lumpy skin disease ini saya rasa kita perlu lihat semula cadangan ini dan juga kita dapati di kawasan-kawasan FELCRA ini di Balik Pulau, di Permatang Pasir mengalami masalah banjir disebabkan oleh pintu air itu sering kali dicuri dan air masuk dan juga di Jeti Sungai Belanak di mana air masuk, air laut masuk ke ladang FELCRA di Juru yang menyebabkan ladang-ladang FELCRA ini pokok-pokok kelapa sawit tidak dapat hidup dengan baik dan kalau kita hendak tanam rumput-rumput napier ke untuk lembu-lembu itu makan pun kita kena selesaikan masalah di Jeti Sungai Belanak dan apa yang dipersetujui because there is a conflict between nelayan dengan petani. So kita telah bersetuju bersama dengan nelayan supaya tutup satu jeti supaya air masin tak masuk dan hanya satu jeti lagi satu yang kita panjangkan, LKIM panjangkan tambah 200 meter supaya hanya satu jeti sahaja digunakan. Itu antara inisiatif, yang terbaru dari dengan Persatuan Penternak India Pulau Pinang, kita telah mempersetujui supaya mereka mencadangkan penternak-penternak ini yang ada free grazing cows ini untuk meletakkan lembu-lembu mereka di bawah rintis TNB. Saya telah menghantar surat kepada TNB pada bulan Oktober untuk mendapatkan kebenaran because kalau bawah rintis TNB kita tidak boleh buat projek pembangunan. Baik kita guna pakai hanya yang kami perlukan ialah supaya TNB membenarkan membina kandang lembu 10 kaki sebab TNB dia hanya membenarkan sampai tujuh kaki saja just a little bit sahaja untuk you know untuk teduh penuh lembu itu. So saya juga telah hantar surat kepada JKP yang mempunyai 84 ekar di Sungai Semilang tanah itu sesuai untuk diletakkan, ia pun dekat rintis TNB juga untuk diletakkan lembu-lembu free grassing cows. Okey, untuk menjawab soalan ketua pembangkang berkenaan dengan projek kebun kerang yang disebut. Okey, projek itu berkenaan dengan sama ada ia adalah di kawasan tambakan laut project Rayston. Jawapannya ialah tidak sebab projek kebun kerang ini terletak dari Penaga ke Kuala Muda dan dua jeti baru telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk pendaratan kerang bernilai RM1.45 juta yang telah bermula sekarang yang jeti ini pun dipilih oleh nelayan sendiri iaitu pembinaan jeti baru pendaratan kerang di Jeti Sungai Tembus dan juga Jeti Bakau Tua. So memang tidak ada tidak kena dekat projek, projek apa ini Rayston. In terms of pendapatan.. Oh..Ahli-ahli tadi tu kan? Soalan berkenaan berapa ahli nama dia orang ini adik-beradik ke tidakkan? Jawapan yang saya terima sebab semua temuduga dibuat diketuai oleh Pengarah Jabatan Agriculture di HQ. Saya hanya duduk situ sebagai tidak dikira markah pun, saya duduk tengok saja sebagai pemerhati dari jumlah yang dimohon adalah 214, yang hantar permohonan 154, Jumlah yang dipanggil temuduga 140, jumlah peserta yang diperlukan ialah 104 peserta. Pecahan peserta because ada soalan berkenaan adakah ia dimanfaatkan oleh nelayan. Dari 154 yang mengembalikan borang permohonan, 119 adalah nelayan, 31 bukan nelayan, empat persatuan, lapan wanita tetapi hanya tiga orang sahaja wanita yang layak yang dipanggil temuduga. Pecahan 104 peserta yang berjaya, 103 adalah nelayan dan hanya seorang saja bukan nelayan, yang bukan nelayan tu seorang wanita yang berjaya dan
103 orang ini adalah peserta dari B40. Mereka yang tidak berjaya temuduga ialah kerana pendapatan melebihi RM4,000.00 dan ada yang tidak hadir temuduga. In terms of unit nelayan mana ya, Penaga 45 orang, Bakau Tua 22 orang, Teluk Air Tawar 16 orang, Bagan Ajam 13 orang, Kuala Muda 17, Ujung Batu seorang, Sungai Tembus empat, Bagan Jermal seorang. Jumlah yang bukan nelayan itu, sembilan daripada Penaga, Tasek Gelugor dua, Butterworth lima, Perai satu, Bukit Mertajam lapan, Permatang Pauh tiga. In terms of pecahan umur, 18 to 20 tahun seorang, 21 to 30 tahun 19 orang, 31 to 40 tahun 38, 41 to 50 tahun 36 orang, 51 to 60 tahun 42 orang, 61 to 70 tahun 8 orang, 71 ke 80 tiga orang. Ini kira mereka-mereka yang telah memohon. In terms of pendapatan. Anggaran pendapatan. KPI bagi setiap lot ternakan adalah 120 metrik tan setahun sekitar 10 metrik tan sebulan atau 300 ke 400 kilogram sehari 13 lot TOL di SPU seperti yang saya sebut tadi dari Penaga ke Kuala Muda. Mereka dijangka dapat mendaratkan sekitar 1560 metrik tan. Kalau kita bayar di tempat pendaratan kerang itu RM7.00 per kg. Anggaran nilai yang akan di untuk pendaratan kerang adalah RM840,000 per lot kali 13 lot ialah RM10.9 juta. Tapi harga sekarang I think about RM9.00 per kilo so boleh dianggarkan 12.5 juta pendapatan tambahan kepada nelayan di SPU yang 13 lot. Ini untuk di SPT, Sungai Juru dan juga di SPS Sungai Udang anggaran pendapatan di kawasan Beting Selatan ialah dia ada dua pecahan lot. 80 lot dan juga 158 lot menjadikan total 328 lot TOL. Untuk 80 lot yang ditawarkan, 120 matrix tan per lot kalau RM7.00 per kilo akan menjana hasil pendapatan kepada nelayan dan penternak kerang RM67.2 juta. Kalau harga dia RM8.00 per kilo dia dapat RM76.8 juta. Anggaran pendapatan untuk setiap peserta per tuaian ialah RM105,000 per tuaian dan 17,500 sebulan untuk setiap untuk setiap peserta. Jadi kesimpulannya, projek kebun kerang ini ataupun TOL kerang yang baru maknanya TOL kerang di SPU adalah kawasan baru tetapi di SPT dan juga di SPS itu adalah kawasan yang sedia ada dan satu sesi libat urus telah diadakan dan setakat ini dalam sesi libat urus kesemua nelayan, sorry ke semua penternak kerang telah bersetuju dengan pemindahan ke lot-lot baru. Lot-lot kerang ini, 1 lot ialah 21 hektar dan 1 lot ada lapan peserta. Jadi jawapan daripada Jabatan Perikanan dan juga daripada Jabatan Akuakultur HQ MAFI, dia kata tidak ada isu berkenaan yang adik-beradik yang masa pemilihan itu adalah adik-beradik tapi mereka hendak apa ini kalau dalam satu lot itu adalah orang-orang yang tidak akan bergaduhlah. Satu lot 8 peserta itu. Maknanya dalam projek ini keluasan, in terms of keluasan. Keluasan di SPU ia melibatkan 2,424 hektar kawasan. Kita terpaksa hanya 13 lot disebabkan oleh projek tambakan, tidak boleh hendak buat sampai ke Bagan Ajam semua itu. Lagi satu disebabkan oleh kabel komunikasi dasar laut so kita tak nak kebun kerang kita akan kena kawasan kabel komunikasi dasar laut itu. Kita telah menabur lebih 2 tan benih masa percubaan pada Julai dan Ogos di SPU dan telah mengukur. Maknanya dia sudah kerang itu dia naik dari sampai 25 ke 30 so kalau 30 itu adalah kerang yang premium so far semua hidup dan untuk di Beting Selatan, jumlah keluasan adalah untuk 234 lot bersaiz 21 hektar each lot ialah 6,063 hektar untuk yang 80 lot bersaiz 21 hektar adalah 3,491 hektar. Prestasi kemajuan setakat ini adalah 57.58 percent dan dijangka nelayan-nelayan boleh mendapat hasil kita jangka jeti itu akan siap hopefully untuk dapatkan hasil itu ialah pada bulan first quarter next year, bulan tiga, bulan empat macam itu. Jadi kalau kita tengok pengalaman di Perak, ramai yang peserta-peserta kebun kerang ini mula-mula mereka datang dengan motor tapi dengan pendapatan yang RM17,500.00 peserta itu ramai yang lepas itu sudah boleh beli Hilux cash. So kita harap yang projek-projek sebegini dapat membantu tambahkan pendapatan untuk nelayan, disebabkan kita offer 238 lot ia juga boleh dioffer kepada nelayan-nelayan di kawasan PSR. Untuk nelayan-nelayan yang terkesan dengan tambakan laut di kawasan DTL. Pelan Pembangunan Nelayan untuk unit nelayan Paramount Gurney Drive Tanjung Bunga dan juga ada empat unit nelayan dan Tanjong Tokong telah dibentangkan dan satu (1) pelan apa ni komprehensif yang di semua unit nelayan telah memohon supaya TOL
diletakkan di bawah mereka bukan di bawah LKIM supaya mereka dapat mendapat pinjaman bank dan macam-macam. Mereka juga minta slip way, minta jeti, floating jetty seperti di Batu Uban dan juga tempat pasar nelayan, juga di Jeti Changkat juga kita juga telah meluluskan bajet apa yang diperlukan oleh nelayan untuk pemasaran nelayan dan juga untuk pelancongan, untuk fishing, fish orang yang recreational fishing di situ dan juga unjang-unjang juga telah diletakkan oleh Jabatan Pertanian. Di samping itu Koperasi Ibu Tunggal dan Wanita SPT telah diberi dua (2) bot pelancong untuk pelancongan sungai di Jeti Kampung Terus.
Yang Berhormat dua (2) minit lagi saja.
Dua (2) minit ya..okey. Sebelum…untuk pertanyaan berkenaan dengan before that saya just nak ucapkan saya nak sebut di sini portfolio saya juga luar bandar. Di bawah luar bandar seperti yang saya sebut tadi kita ada yang macam bantuan-bantuan peralatan dan kita nampak kalau dari data-data memang tahun ini kita bagi peningkatan yang mendadaklah in terms of peralatan bantuan ekonomi, jadi di luar bandar kita bukan hanya bagi bantuan tapi kita membangunkan supaya mereka anak-anak sebab itu kita buat yang bersama dengan PERKESO ini ‘Jom Kerja Luar Bandar’ di bawah MMK Luar Bandar, sebab mereka fokus kepada luar bandar. Dan dan juga kita ada banyak program bersama dengan AADK dan juga PEMADAM makna bangunan-bangunan PEMADAM itu digunapakai dan mana-mana dewan dan jabatan-jabatan mana-mana dewan yang yang ada tanah-tanah terbiar atau di mana di Pulau Pinang ini kita nak gunapakai dan kita boleh bantu untuk bagi macam saya katalah set fertigasi yang farmer to farmer tu semua. Saya nak ucap tahniah ya kepada anak-anak kampung yang telah berjaya menjadi ni girls lah..Champion Beach Volleyball 2021 pada 27 November dan juga mereka dapat Johan U14 untuk 14 tahun, dan Naib Johan U16 di National Volleyball Skill Challenge MABA 2021 dan juga mereka jadi Johan kategori terbuka kepada Sekolah Rendah Penanti yang menjadi champion. Beach volleyball, Penanti tak ada tak ada beach, tapi mereka menggunakan kawasan bawah BKE tepi Sungai Kubang Semang untuk create a beach dan menjadi champion so ada banyak aktiviti-aktiviti yang kita telah kita telah mulakan sebelum ini tapi sebab PKP, kita terpaksa tunda tapi rasanya sekarang ni kita tengok di bahagian Pulau bagaimana kawasan-kawasan sawah padi masa dulu in the 70s telah create Intel and also. Sekarang ni Intel mempunyai 2000 IC designers…so nak sebut di sini kawasan-kawasan kampung kita di Pulau Pinang ni, kita nak bangunkan tingkatkan pendapatan tapi at the same time menjaga supaya pembangunan kampung itu di buat secara tidak melenyapkan kampung. Saya nak
Bagan Dalam, I think Penanti hanya ada 1 minit lagi.(gangguan)
Dato’ Yang di-Pertua, minta kebenaran dulu dari Penanti, saya nak… (gangguan)
Tak, tak, I just have 1 minute.
Bagan Dalam duduk, Bagan Dalam duduk...(gangguan).
No, its not fair. Semua program dirujuk di Penanti dan bagaimana pula kawasan-kawasan luar bandar lain...(gangguan).
It just not in Penanti. Yang tadi saya sebut tu bukan di Penanti saja.
Yang Berhormat Bagan Dalam, Penanti tak bagi you hujah, tolong duduk..tolong duduk....(gangguan)
Tak, tadi yang saya sebut semua tu projek-projek tu di kawasan lain, Okey, saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak JPS especially sebab selalunya bila berlaku pembangunan-pembangunan selalunya yang jadi mangsa kadang-kadang adalah orang-orang kampung dan saya tengok kerja-kerja yang JPS buat in terms of tebing runtuh tu semua saya nak ucapkan berbanyak terima kasih especially JPS di SPT dan semua JD-JD JPS dan semua team JPS yang telah membantu. Saya juga hendak merakamkan penghargaan saya kepada emergency COVID, Emergency Careline dan juga Kembara Kitchen yang telah membantu menyelamatkan 770 apa ni pesakit COVID dalam masa dua (2) minggu semasa kes kita sangat tinggi. Mereka-mereka ini telah membantu pesakit-pesakit CO.. COVID yang memanggil 999. Saya nak ucap banyak terima kasih kepada team Srikandi yang telah yang telah membantu seluruh Pulau Pinang, sebenarnya dan juga NAFAS ataupun Kembara Kitchen bawah William cheah dan Yi Lyn Chun yang telah memberi lima (5) COVID transport untuk transport the patients COVID dan bagi oksigen semua. Dan juga of course kepada PG Care dan juga SUK yang telah membuat all the calls center. Saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Pejabat-pejabat Daerah dan takziah kepada semua yang telah meninggal akibat COVID ni, saya punya Pejabat Daerah dan juga pihak SUK, Jabatan Kesihatan dan...(gangguan).
Dan juga saya mengucap terima kasih kepada Penanti.
Ya…wait...wait before that because of the new varian, saya nak I've been listening at meeting at the National level, dalam TV juga semalam saya tengok apa yang Menteri cakap, untuk melindungi kita daripada the new variant yang yang terbaru di South Africa dan pergi ke UK juga kita perlu pertingkatkan booster dos dan Alhamdullilah booster dos Pulau Pinang mula-mula tercorot tingkat empat, lima sekarang dah naik enam, I mean enam bukan ke bawah lah so dulu kita top bottom four, bottom five now dah bottom six. So we can still go up, jadi saya nak minta semua orang yang layak untuk mendapat booster dos Pfizer please take the booster dose dan kalau umur 50 ke atas, boleh ambil AZ tapi AZ rasanya mereka yang ambil bulan Jun dia hanya perlu ambil pada bulan Disember dan Sinovac dah boleh diambil.
Yang Berhormat can put it in the group of MPSPA so that we all will know and thank you very much, terima masih, dan..(gangguan)
Soalan isu kesihatan tak dijawab lagi?
Penjelasan sedikit tentang booster.
Dato’ Timbalan Speaker, soalan kesihatan belum jawab. Ini semua terima kasih....(gangguan).
Saya ingat masa yang diberi kepada Penanti adalah 45 minit yang maksimum tapi telah mengambil lebih kurang 55 minutes, 56 minutes so anything you all can ask her direct outside later...(gangguan) so we go to Bagan Jermal (gangguan) terima kasih.
Dengan ini saya menyokong..(gangguan)
Teruskan.
Terima kasih Timbalan Dato’ Speaker. Izinkan saya untuk menggulung. Yang Berhormat Ahli--ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan, Agensi Kerajaan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
Minta maaf boss ku, 45 minit ya.
Selamat petang dan salam sejahtera, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah buat semua ahli mesyuarat yang sangat berbesar hati untuk membahaskan isu-isu berkaitan portfolio Belia dan Sukan. Saya percaya bahawa isu-isu yang dibangkitkan untuk mengukuhkan lagi mutu pembangunan sukan dan juga pembangunan golongan belia di Pulau Pinang. Saya juga mengambil peluang ini untuk menyampaikan ucapan tahniah dan sekalung penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak atas pelantikan Tuan Yang di-Pertua sebagai Penaung Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang yang berkuatkuasa pada 25 Ogos 2021. Harapan kami, semoga sektor sukan Negeri Pulau Pinang bertambah maju dan makmur di bawah pentadbiran dan pemerintahan Tun Dato’ Seri Utama. Selaras dengan peralihan Negeri Pulau Pinang menuju fasa empat (4) maka semua pelbagai strategi dan pendekatan baharu juga turut dirangka bagi memastikan landasan pembangunan sukan dan belia di Negeri Pulau Pinang yang lebih menyeluruh di Negeri Pulau Pinang boleh diteruskan dan diusahakan dalam era endamik COVID-19 ini. Pembangunan sukan di Negeri Pulau Pinang pertama kali …. perlu dilihat sebagai satu formulasi sinergi yang memerlukan kerjasama erat oleh semua pemegang taruh yang bergerak seiring dengan program dan strategi yang bersesuaian bagi melahirkan seorang jaguh dan seorang atlet yang menyerlah untuk diketengahkan ke peringkat tertinggi sehingga ke Sukan Dunia dan Sukan Olimpik. Usaha yang digerakkan ini tertumpu khusus kepada penyelarasan dalam pelaksanaan program latihan atlet secara sistematik bermula dari fasa pembangunan bakat, fasa pelapis negeri dan fasa Sukan Malaysia atau elit negeri dengan semua pemegang taruh sukan negara, baik dari peringkat sekolah, daerah, kelab, persatuan, negeri mahupun kebangsaan. Penglibatan aktif mereka yang sangat berbakat akan diserap ke program latihan sukan negeri di bawah Majlis Sukan Negeri atau digelar sebagai Kontijen Negara untuk mewakili Malaysia. Oleh hal yang demikian, pembangunan sukan perlu dilihat dari sudut dan lensa yang lebih luas dan menyeluruh dan bukan saja sekadar dilihat pada jumlah pungutan pingat emas dalam temasya sukan berprestasi tinggi semata-mata. Izinkan saya berkongsi beberapa fokus. Sukan Malaysia Edisi Khas Kuala Lumpur Tahun 2022 (SUKMA). Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, kini berada dalam fasa persediaan yang melibatkan sebanyak 31 jenis sukan untuk menghadapi Sukan Malaysia Edisi Khas Kuala Lumpur 2022. Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Sukan Malaysia Edisi Khas Kuala Lumpur 2022 menggantikan Johor selaku tuan rumah asal yang telah menarik diri dari penganjuran temasya sukan ini. Walau bagaimanapun, keputusan muktamad berkenaan dengan jenis sukan yang akan dipertandingkan akan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA yang akan dipengerusikan oleh menteri kita, Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu. Keputusan lanjut juga masih bergantung kepada
pertimbangan di peringkat Kabinet Malaysia. Dimohon agar pihak Kementerian Belia dan Sukan boleh mengumumkan keputusan tersebut dengan lebih awal dan secepat mungkin bagi semua negeri untuk membolehkan atlet-atlet Negeri Pulau Pinang untuk membuat persiapan yang lebih ampuh. Untuk makluman Sidang Dewan yang mulia ini, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan Malaysia Pulau Pinang pada awal bulan November 2021 yang turut dihadiri oleh Persatuan Sukan dan juga Jurulatih di mana seramai 368 orang atlet lelaki dan 286 orang atlet wanita dengan jumlah keseluruhan sebanyak 654 orang atlet Negeri Pulau Pinang telah diserap masuk ke dalam Skuad Latihan SUKMA. Skuad Latihan ini akan ditapis dari masa ke masa berdasarkan kriteria kelayakan yang akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja SUKMA dan skuad terakhir (Final Skuad) dakan disenaraikan pendekkan shortlisted sebelum penganjuran SUKMA nanti. Program Penang Junior Coaches, selaras dengan usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan lagi bilangan jurulatih berkualiti serta membina landasan kerjaya yang progresif dan cerah untuk atlet Negeri Pulau Pinang, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan program ‘Penang Junior Coaches’ atau singkatannya ‘PJC’ pada 12 Ogos 2021 lepas di bawah program pembangunan atlet. Program PJC ini telah dimulakan bermula di peringkat Fasa 1, di mana melibatkan sepuluh (10) jenis sukan yang meliputi sukan-sukan seperti badminton, bola jaring, bola keranjang, hoki, olahraga, petanque, sepak takraw, silambam, silat dan tinju. Untuk maklumat semua, program PJC ini dijangka dapat menyediakan hampir sebanyak 200 peluang pekerjaan sambilan sebagai Jurulatih Sukan Muda bagi atlet dan bekas atlet negeri yang berminat dalam tempoh 12 bulan. Saya percaya melalui program PJC ini, ia dapat memantapkan lagi ruang sinergi pembangunan sukan negeri di mana lebih banyak jurulatih dapat dibentuk dan seterusnya menyuntik semangat gigih dalam pasukan bagi golongan atlet muda seawal mungkin. Penang Athlete Career dan Education, PACE....(dengan izin) Timbalan Dato’ Speaker, Program PACE telah diwujudkan pada 1 Ogos tahun 2020 melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan telah membuktikan keprihatinan dan inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu dan menyokong kejayaan atlet Pulau Pinang secara holistik ke arah bidang Pendidikan, Kerjaya dan Kebajikan. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, di bawah Program PACE terdapat dua jenis bantuan pendidikan yang merangkumi:
(i) Bantuan Insentif Pendidikan secara one-off yang dikhaskan kepada atlet-atlet Negeri Pulau Pinang yang telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam program Sijil Kemahiran Pra Diploma, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di Institut Pengajian Tinggi Awam termasuk Swasta juga. Dan juga Institut Latihan Kemahiran Awam dan Swasta di Malaysia; dan (ii) Bantuan Biasiswa Sukan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang yang juga turut ditawarkan kepada atlet Negeri Pulau Pinang yang pernah mewakili dalam temasya Sukan Malaysia bagi Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa. Ia adalah berdasarkan CGPA minimum yang telah ditetapkan.
Bantuan Insentif Pendidikan pula secara one-off telah berjaya membantu seramai 40 orang atlet negeri dengan jumlah peruntukan sebanyak RM42,300.00, manakala Bantuan Biasiswa Sukan PACE pun telah berjaya membantu seramai 31 orang atlet juga peruntukan sebanyak RM140,900.00 setakat 30 November tahun 2021. Di samping itu, Program PACE pada 8 November 2021 juga telah melancarkan tambahan satu lagi bantuan pendidikan berbentuk Intensif Galakan kepada atlet yang mendapat keputusan A, 5A keatas dalam Sijil SPM dimana telah menerima insentif sebanyak RM50.00 untuk SPM, untuk STPM RM100.00. Ini akan ditambah untuk tahun 2022 sebanyak RM100.00 untuk SPM, dan juga STPM sebanyak RM200.00. Dan jumlah keseluruhan tahun ini yang mendapat bantuan ini, seramai 25 atlet yang telah menerima insentif ini dan jumlah dengan RM9,550.00. Selain itu, Bantuan Skim Kebajikan Atlet Negeri Pulau Pinang juga turut diberikan untuk menjaga kebajikan atlet negeri melalui Insentif Bantuan Khairat Kematian, Bantuan Rawatan Penyakit, Bantuan Kos Pembedahan dan Bantuan Bencana Alam secara one-off sehingga hari ini seramai 2 orang atlet telah menerima Bantuan Kos Pembedahan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM40,000.00. Dari aspek bidang kerja pula, Program PACE juga telah berusaha memberi perkhidmatan dan bantuan dari segi khidmat nasihat dan membentuk landasan kerjaya yang lebih cerah dan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan termasuk PYDC khususnya kepada atlet yang lepasan SPM dan STPM. Di samping itu, satu usaha juga dijalinkan bersama Syarikat Nation Gate Solution (M) Sdn. Bhd. merupakan sebuah program kejayaan secara sambilan dan telah membantu seramai 11 orang atlet negeri untuk mendapat pekerjaan terutamanya dalam menghadapi era endemik COVID-19 ini. MSN Pulau Pinang melalui Program PACE, akan meneruskan usaha perbincangan untuk menjalinkan kerjasama dengan lebih banyak agensi dan juga pihak swasta untuk membantu peluang pekerjaan atlet dan juga masa depan mereka. Program PACE telah membantu seramai 107 atlet negeri dengan jumlah peruntukan sebanyak RM232,750.00 sejak pengwujudan dari 1 Ogos sehingga 30 November. Pembangunan Fasiliti Sukan, beberapa Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu untuk pembangunan fasiliti sukan semasa perbahasan mereka, dan berharap Kerajaan Negeri akan terus membina, menaiktaraf fasiliti sukan di KADUN masing-masing. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta sehingga RM1.6 juta setiap tahun bagi pembangunan fasiliti sukan di Negeri Pulau Pinang semenjak tahun 2018 sehingga tahun 2021 sebanyak 27 pembangunan fasiliti sukan baharu dan 35 penaiktarafan fasiliti sukan yang melibatkan sukan seperti padang bola, laluan basikal, futsal, badminton, sepak takraw, bola jaring dan laluan joging dan juga kabaddi. Baru-baru ini, saya juga turut merasmikan pembukaan dua gelanggang futsal dan sebuah gelanggang sepak takraw iaitu di iaitu gelanggang futsal awam yang pertama di Pokok Machang yang telah siap dibina pada tahun 2019 kerana pandemik, tidak dapat membuat perasmian maka telah membuat perasmian pada 23 September tahun 2021. Saya turut merasmikan gelanggang futsal dan gelanggang sepak takraw di Taman Sungai Dua Utama yang Dato’, Yang Berhormat Dato’ Pembangkang juga dijemput, tapi mungkin Dato’ sibuk pada hari tersebut, tidak datang, hadir maka kita telah merasmikan dua gelanggang, satu adalah gelanggang futsal dengan kos RM247,396.00 dan juga gelanggang sepak takraw pada 28 November tahun 2021.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, berdasarkan hasil kajian Penang Sports Index, ia menunjukkan bahawa permintaan terhadap laluan joging (53%), gimnastik gimnasium (35%) dan kelengkapan senaman untuk golongan tua, senior citizen...(dengan izin), ini Dato’ Speaker (33%) merupakan kemudahan sukan yang paling diingini oleh masyarakat Negeri Pulau Pinang. Sehubungan dengan itu, terdapat tiga laluan joging dan empat gimnasium telahpun dirancang dengan kerjasama ADUN Kawasan dan MPKK. Laluan joging Taman Bayu, Taman Ampang Jajar dan juga Sungai Udang. Maka untuk gimnasium, Kampung Maqbul KADUN Sungai Pinang, Sungai Gelugor KADUN Seri Delima, Taman Guar Perahu KADUN Penanti, Taman Sembilang KADUN Seberang Jaya. Bagi tahun 2022, seperti mana pembentangan Bajet Pembekalan yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri baru-baru ini, sebanyak RM13,471,080 akan dibelanjakan untuk tujuan pembangunan fasiliti sukan yang diselia oleh Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang merangkumi dua jenis projek iaitu Projek Sambungan iaitu Projek Penghijauan Woodhaven dan Nibong Tebal Arena dan Projek Baharu iaitu Kerja-kerja menaiktaraf Dewan Millenium Kepala Batas, Kompleks Sukan Pokok Sena, Pengasingan Meter TNB, menaiktaraf Padang di Kompleks Sukan Rekreasi Jalan Betek, Kerja-kerja menaiktaraf Kompleks Sukan Balik Pulau dan juga Menaik taraf Taman Supreme. Yang Berhormat ADUN Sungai Dua turut menyentuh berkenaan perincian pembangunan sukan di Stadium Batu Kawan, Jalan Betek dan Kompleks Sukan Tasek Gelugor dan juga pembangunan Kompleks Sukan Pokok Sena yang dimasukkan dalam Bajet 2022. Untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan yang dijalankan di Stadium Jalan Betek adalah menaiktaraf trek balapan yang dijangka siap pada 19 Disember 2021.
Minta penjelasan sedikit.
Ya, silakan Pengkalan Kota.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Jermal. Saya sememangnya menyambut baiklah tentang di mana Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah peruntukan kepada melalui Perbadanan Pembangunan Stadium dan Tanah Lapang bagi memajukan diantaranya fasiliti-fasiliti sukan dan juga tanah lapang yang sedia ada. Tapi, apabila kita cuba untuk membuat permohonan di antara sesetengah kawasan, mungkin di bawah jagaan Pihak Berkuasa Tempatan sering kali ada maklumbalas yang kita terima di mana terdapat antaranya kawasan lapang yang pada asalnya di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan, tetapi maklumbalas yang diterima itu adalah tanah-tanah ini akan dalam, dalam proses dan akan diserahkan kepada pihak Perbadanan Stadium dan Tanah Lapang. Jadi, itulah saya cuma nak dapat maklumbalas daripada Yang Berhormat EXCO sama ada pihak perbadanan juga akan mempertimbangkan kerja-kerja menaiktaraf daripada tanah-tanah lapang yang diserahkan oleh pihak PBT kepada perbadanan. Itu soalan saya.
Terima kasih kepada soalan yang dituju oleh Pengkalan Kota. Memang buat seketika ini, priority yang kita memberikan untuk penaiktarafan dengan menggunakan bajet untuk perbadanan stadium adalah sebanyak RM13 juta ini, untuk menyelenggarakan ataupun menaiktaraf kerja-kerja di tapak yang telah diambilalih oleh Perbadanan Stadium maka, untuk tapak ataupun fasiliti yang masih di bawah penyelenggaran untuk PBT, masih di bawah jagaan ataupun kerja penaiktarafan oleh kos PBT. Untuk kerja-kerja pembinaan baru di bawah Pejabat Daerah maka, akan menggunakan peruntukan state untuk membaiki ataupun menyelenggara fasiliti baru. Bagi pembangunan sukan yang dijalankan di Stadium Negeri Pulau Pinang iaitu kerja menaiktarafan trek balapan dan juga Stadium Negeri, kerja menaiktaraf lampu limpah, kerja membekal dan menghawa dingin di stadium dan juga kerja memasang lampu jenis high mast di Stadium Batu Kawan. Berkenaan dengan Kompleks Sukan Pokok Sena yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua dan juga Yang Berhormat Permatang Berangan ada dimaklumkan telah dimasukkan dalam Bajet tahun 2022. Sebanyak RM1 juta akan bagi kos permulaan untuk projek pembinaan Kompleks Sukan Pokok Sena Fasa Pertama maka beberapa komponen fasiliti sukan telah dicadangkan, dan akan menjalankan Perbadanan Stadium akan menjalankan sesi libat urus secara fizikal di sekeliling kawasan tersebut masa itu akan menjemput ADUN Sungai Dua dan ADUN Permatang Berangan untuk turun bersama dijangka akan diadakan pada bulan Disember tahun 2022 untuk mengumpul pandangan penduduk setempat supaya permintaan serta keperluan fasiliti sukan yang amat diperlukan oleh penduduk setempat dapat direalisasikan. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Seberang Jaya tentang projek penaiktarafan Kompleks Renang Seberang Jaya ada dimaklumkan bahawa pihak kontraktor Tetuan D Swim Academy akan mengemukakan pelan kepada MBSP dalam masa terdekat dan dijangka kerja-kerja penaiktarafan akan dimula pada tahun 2022. Yang Berhormat Bertam telah menyuarakan berkenaan Penggunaan Hoki Bertam, berkenaan Penggunaan Hoki Bertam sedang meningkat secara beransur-ansur susulan pembukaan semula sektor industri sukan selepas pelaksanaan perintah PKP. MSN, untuk maklumat MSN telah bekerjasama dengan Persatuan Hoki dan JPN serta MBSP merancang pembangunan hoki secara komprehensif melibatkan sekolah-sekolah berdekatan yang di kawasan Kepala Batas dan Daerah SPU untuk sama-sama membangunkan sukan hoki. Untuk maklumat, Klinik Sukan Hoki akan dilaksanakan pada 4 Disember iaitu hari Sabtu ini, di bawah antara anak-anak yang berusia di bawah 15 tahun dan juga 12 tahun. Yang Berhormat Bertam juga turut menyuarakan berkenaan peruntukan untuk sukan tradisi dan sukan elektronik. Untuk makluman, Majlis Sukan Negara telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta sebagai bantuan pembangunan Pusat Latihan E-Sports bagi wilayah tapak, Wilayah Utara di Tapak Bekas Kafe Lama Kompleks Sukan MBSP Jalan Betek dan kini sedang dalam proses penyerahan kertas konsep serta pelan cadangan lengkap melibatkan keseluruhan E-Sports. Di samping itu, untuk pembangunan Esports dituju hanya kepada penyerahan atlet-atlet negeri untuk dipertanding di sukan Malaysia. Namun secara umumnya MSN juga bekerjasama dengan PYDC untuk menganjurkan program-program untuk eSports. Berkenaan dengan peruntukan sukan tradisi,secara amnya tidak ada satu peruntukan khas tetapi sesiapa pihak yang ingin menganjur program-program sukan tradisional bolehlah memohon peruntukan dengan pejabat saya ataupun dengan Majlis Sukan Negeri bersama-sama untuk menjalankan program seperti contohnya penganjuran Klinik Sepak Raga Tuju adalah sukan tradisi akan dianjur pada bulan Disember di Bertam Pongsu Seribu.
Yang Berhormat Bertam juga membangkitkan membaiki padang lawn ball di Stadium MBSP Bertam. Buat masa ini MBSP tidak memperuntukkan bajet untuk membaiki padang lawn bowl di Stadium MBSP ia akan dipertimbangkan pada masa akan datang untuk membaiki. Mengenai lampu limpah di Stadium Bola Sepak Bertam, dimaklumkan bahawa memohon, MBSP telah memohon peruntukan sebanyak RM1.5 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan di bawah RMK12. Namun sehingga kini masih tiada jawapan yang diterima oleh MBSP. Kedua-dua projek untuk penaiktarafan padang lawn bowl dan juga untuk lampu limpah ini saya akan menerusi PBT untuk meminta sekali lagi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk menambah baik atau menaiktarafkan dengan secepat mungkin. Yang Berhormat Permatang Berangan juga ada minta untuk padang bola di depan SMK Bakti di mana ia sedang diselenggara oleh MBSP dan maka ketika ini MBSP minta peruntukan daripada KPKT untuk tahun 2022 tetapi masih belum dapat kelulusan dan tapak ini digunakan sebagai tapak pasar malam. Yang Berhormat Jawi, Air Itam dan juga Bagan Dalam juga ada meminta beberapa fasiliti yang akan dinaik tarafkan, saya rasa sehubungan dengan permintaan-permintaan ADUN-ADUN daripada berkenaan mereka boleh mengemukakan kertas kerja ataupun surat kepada pejabat saya supaya agensi atau jabatan berkenaan akan membuat penilaian kesesuaian dan membuat pertimbangan kepada permohonan-permohonan tersebut. Jika di bawah PBT maka kita akan minta untuk menaiktarafkan.
Ha minta laluan Yang Berhormat.
Ya, silakan.
Ini berkenaan dengan Perbadanan tempat riadah kita yang Perbadanan Stadium dan juga tempat awam. Dato' Yang di-Pertua, ini satu isu yang telah dibawa ke perhatian saya. Tapak-tapak ataupun kawasan awam yang sebelum ini dikendalikan oleh Majlis telah diserahkan kepada Perbadanan Stadium kita. Apabila Perbadanan Stadium ambil alih kita nampak ada masalah kepada rakyatlah. Mereka nak untuk sewa, kadar sewa dia yang tinggi ada satu liga bola akademi bola sepak yang nak adakan latihan di Padang Sony, dinyatakan harga yang dia dapat semasa di bawah MBSP murah sebab dia buat ini pun bukan untuk keuntungan, dia nak sebab dia nak majukan sukan ataupun sukan bola sepak dikalangan anak muda. Tetapi bila diambil alih oleh Perbadanan, I think Perbadanan pun sudah outsource kepada syarikat, satu syarikat yang lain. Di mana mereka lebih tertumpu kepada keuntungan dan saya nak minta ada tak cara-cara atau mekanisme untuk bila ada pihak-pihak yang ingin membuat klinik ataupun bengkel bola sepak, akademi bola sepak yang tidak the none profit things. Bolehkah mereka dapatkan discount dan sebagainya ataupun mereka perlu dapatkan sokongan daripada EXCO Sukan ke untuk dapatkan discount dan sebagainya. Itu satu. Kedua, adalah saya nak tahu macam mana mekanisme ini untuk naik taraf padang awam ataupun stadium ataupun tempat-tempat padang bola sepak dan sebagainya sedang dilakukan. Ada satu padang bola sepak di kawasan saya, saya nak minta untuk naik taraf tapi saya takut tempat itu cukup luas bila kita naik taraf takut pula Perbadanan masuk ambil alih dan lepas tu akan outsource kepada
orang lain. Pemuda tempatan sekarang ada tempat untuk main bola sepak bila diambil alih oleh Perbadanan saya takut mereka tak mampu nak bayar. Petang tu kalau dia nak guna its being outsource its being private type dan tiada lagi ruang. So ada tak apa-apa cara. Katakan Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri ataupun PBT ataupun Pejabat Daerah membuat naik taraf tetapi kekalkan di bawah PBT atau Pejabat Daerah daripada memberikan kepada Perbadanan. Saya faham Perbadanan itu satu syarikat dan mereka juga ada cara mereka meniaga ataupun menjalankan operasi. So ini satu my concern sebab kalau everything is based on the business, I...I worried that the quality of our athlete will go down…. (dengan izin) Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih soalan yang ditanya oleh Bagan Dalam. Sekali lagi saya rasa saya ingin memperbetulkan apa yang diulas oleh Bagan Dalam. Ini bukan kali pertama saya ulas. Buat ketika ini Sony Kompleks, Stadium Batu Kawan Negeri Pulau Pinang termasuk Stadium Jalan Betik, trek balapan termasuk Kompleks Sukan Balik Pulau termasuk fasiliti yang telah di ambil alih Perbadanan Stadium tidak ada naik harga untuk yuran penyewaan. Yang kedua, kita tidak outsource kepada syarikat-syarikat, tak ada. Sesiapa sekarang nak buat tempahan untuk volleyball court, sepak takraw court, padang bola sepak kompleks ataupun tennis court boleh terus hubungi kepada Perbadanan Stadium. Kosnya sama dengan sebelum di ambi alih oleh Stadium Board daripada MBSP. Saya rasa ini telah jelas tidak ada naik harga. Sesiapa persatuan yang katakan beliau telah dinaik harga mereka boleh minta satu surat, kepilkan kepada pejabat saya, saya akan memperbetulkan. Memang sampai sekarang tidak ada sebarang aduan yang saya terima, tidak ada naik harga. Yang kedua, buat setakat ini stadium, Perbadanan Stadium masih tidak ataupun belum mengambil alih sebarang kawasan lapang yang sedia ada yang sedang diselenggara oleh PBT. Cuma kawasan-kawasan yang tadi sebut oleh saya telah ambil alih, oleh Perbadanan Stadium. Okey untuk Penang Football Club…(dengan izin) Dato' Speaker, terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas kesudian TYT Yang di-Pertua Negeri merasmikan Penang Football Corner pada 11 November tahun 2021 yang lepas. Sudut ini bermotif untuk menarik perhatian individual dan masyarakat, khususnya kanak-kanak untuk mengenali pelbagai sukan seperti bola sepak, bola keranjang, ping pong, snuker dan e-sukan. Selain itu, ia juga memaparkan detik-detik kegemilangan dan pembangunan pasukan bola sepak Negeri Pulau Pinang di Perpustakaan Negeri Pulau Pinang Seberang Jaya. Untuk makluman sidang Dewan yang mulia, semenjak penubuhan Penang Football Club Penang FC telah mencatat pencapaian yang sangat mengagumkan di mana Penang FC mensasarkan top 6 dalam Liga Super Musim 2021, namun Penang FC telah berjaya mencapai tempat ke-3 dalam Liga Super Musim tahun 2021. Saya optimis Penang FC akan berusaha untuk mengekalkan top 6 meskipun pertandingan Liga Super yang akan bertambah sengit bagi musim 2022….(dengan izin) Timbalan Dato’ Speaker untuk saya sentuh isu belia, Best Anak Penang-Skim Insentif Kecemerlangan Bakat Muda Pulau Pinang. Kerajaan Negeri telah mewujudkan SKIMAS sebagai insentif galakan kepada atlet-atlet yang berjaya mengharumkan nama Negeri Pulau Pinang. Maka, bagi menghargai pencapaian golongan belia, Kerajaan Negeri Pulau Pinang. ...(gangguan).
Minta laluan.
Ya, silakan Batu Uban.
Terima kasih Bagan Ajam. Saya tertarik dengan Penang FC yang telah disebut oleh YB. EXCO sebentar tadi. Mengikut statistik daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Liga Super 2021, Penang FC mencatat jumlah pasukan ketiga tertinggi meraih tontonan iaitu 13.2 juta menerusi platform youtube rasmi unifi. Maka saya ingin bertanya adakah MFL, Liga Bola Sepak Malaysia membayar royalty penyiaran kepada Penang FC dan berapa jumlah yang diterima sekiranya ada. Terima kasih.
Saya jawab kepada soalan yang dituju oleh Batu Uban. Buat setakat ini tiada sebarang royalty yang dikutip oleh untuk Penang FC dengan MFL. Untuk makluman Best Anak Penang-Skim Insentif Kecemerlangan Bakat Muda Pulau Pinang melalui kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 30 Julai 2021 dan disahkan 04 Ogos 2021 untuk merayakan, meraikan kecemerlangan dan pencapaian pemuda-pemuda dari umur 15 tahun sehingga 30 tahun dari segi pencapaian akademik serta aktiviti kokurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Skim insentif ini adalah simbol keprihatian dan penghargaan daripada Kerajaan Negeri terhadap para belia yang berjaya mengharumkan nama Negeri Pulau Pinang di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa. Permohonan skim insentif ini akan dibuka mulai 1 januari tahun 2022. Pengumuman dengan informasi yang lebih lanjut akan dimaklumkan kelak. Biro Belia bagi memantapkan penguasaan pembangunan diri golongan belia, Kerajaan Negeri turut menetapkan kuota dua (2) orang biro belia, belia dalam, dua (2) orang belia dalam keanggotaan MPKK yang berkuatkuasa mulai 1 Januari tahun 2021 dari segi jumlah MPKK di negeri Pulau Pinang terdapat 375, di mana 310 MPKK telah memenuhi kriteria penetapan kuota dua orang belia dalam keanggotaannya. Manakala masih ada 65 MPKK yang masih belum memenuhi kriteria ini, saya minta memohon kerjasama Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri untuk membantu merealisasikan hasrat ini untuk menggerakan bersama-sama untuk pembangunan belia dalam kuota biro belia tersebut. Untuk makluman dalam Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui PYDC telah menjalinkan hubungan yang erat dengan MPKK Biro Belia dan telah menganjurkan sebanyak 29 program di bawah antara MPKK Biro Belia dan juga bersama dengan agensi-agensi dan juga persatuan-persatuan belia seperti dengan NGO-NGO dan juga menganjurkan program untuk kesedaran demokrasi seperti Sidang Muda, Bengkel Demokrat dan Calon 18 Edisi Penang. Di samping itu, untuk membangunkan belia, saya rasa MPKK Biro Belia amat memainkan boleh memainkan satu peranan yang penting untuk meningkatkan kesedaran kepada belia untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi berikutan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun dan juga meningkatkan pengetahuan literasi politik. Umur 18 jadi calon telah dilulus pada 1 September tahun 2021 dan pada 25 November tahun 2021 memang telah disiarkan di laman sesawang Pencetakan Nasional Malaysia Berhad dan penguatkuasaan enakmen ini dijangka akan dibuat selaras dengan kelulusan pihak berkuasa negeri semasa mesyuarat MMK yang seterusnya pada Disember tahun 2021 yang akan datang.
Selaras dengan usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kesedaran dan menarik perhatian belia berhubung isu ini, insiatif program Calon 18 Penang Edition juga dianjurkan oleh PYDC bagi mendedahkan para peserta untuk berinteraksi dan belajar secara langsung bersama wakil rakyat di samping melatih mereka jadi hero debat di Dewan Undangan Negeri. Program Calon 18 Penang Edition ini juga turut melibatkan semua belia dari 40 KADUN di Negeri Pulau Pinang serta memberi keutamaan kepada golongan tertentu seperti B40, orang kurang upaya (OKU) dan juga orang asli serta wanita. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Calon 18 Penang Edition ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 132 permohonan dan hanya seramai 80 orang belia yang telah dipilih untuk menyertai tujuh (7) sesi bengkel pendidikan politik yang dijalankan dalam tempoh lima (5) minggu. Bagi menjawab soalan yang dituju oleh, dibangkit oleh Yang Berhormat Pulau Tikus berkenaan pendidikan politik anak muda demokrasi berparlimen seperti Sidang Muda dan Sidang Wanita di mana Yang Berhormat telah mengesyorkan program lebih besar di peringkat parlimen untuk melatih pemimpin masa hadapan dalam succession plan Kerajaan Negeri. Selain inisiatif Program Calon 18, Penang Edition yang dilaksanakan, Kerajaan Negeri melalui PYDC turut menumpukan pendidikan politik jangka panjang dan menyeluruh di seluruh Negeri Pulau Pinang melalui usaha untuk terus menanamkan pemahaman serta memberi pendedahan kepada Ahli-Ahli Sidang Muda. Mengenai ciri-ciri kepimpinan seorang wakil rakyat yang unggul dengan mengadakan projek penempatan Ahli Sidang Muda ke pusat khidmat ADUN. Ianya merangkumi lawatan ke Persidangan Parlimen serta Pihak Berkuasa Tempatan bagi mengenali sistem ataupun struktur di peringkat kerajaan yang berbeza di Malaysia. Saya minta ADUN-ADUN Yang Berhormat yang ada di dewan ini bolehlah merancang semasa Ahli Sidang Muda ini dipilih ataupun dirancang untuk turun ke pusat khidmat bersama–sama dengan ADUN untuk bekerjasama untuk menjalankan training program.
Minta penjelasan.
Silakan Pulau Tikus.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Jermal, Yang Berhormat EXCO yang telah memberi keterangan mengenai yang aktiviti Sidang Muda tadi. Saya bersama Yang Berhormat Bagan Dalam dan juga Yang Berhormat Pengkalan Kota juga merupakan alumni untuk Sidang Muda ini dari masa dahulu dan kita amat menghargai peluang yang telah diberi untuk kami semua membahas dalam bukan sahaja dalam Dewan Yang Mulia ini. Tetapi dalam persidangan-persidangan sebelum tu pun. Oleh itu, saya nak minta apakah rancangan untuk memberi mereka lebih banyak peluang untuk pengalaman dalam pembahasan. Aktiviti pembahasan, kita tahu ada aktiviti turun padang bersama wakil rakyat itu adalah untuk kerja seorang wakil rakyat lah. Tetapi mungkin kita boleh memperbesarkan yang aktiviti untuk melatih pembahasan dalam Dewan yang mulia ini. Ini untuk memastikan pada masa depan kita tak ada perbahas-perbahas yang langsung kurang berkualiti macam yang di antara pembangkang kita sini. Terima kasih.
Terima kasih kepada cadangan dan juga pandangan daripada Pulau Tikus. Memang kita setuju dari segi Sidang Muda yang lepas baru-baru ini pada bulan November yang dirasmikan oleh Ketua Menteri kita. Memang dari segi penambahan baik untuk skill pembahasan, saya setuju kerana ada banyak yang mereka kurang berpengalaman. Mereka ada input tetapi skill kurang ada saya rasa cadangan ini kita akan masukkan dalam Sidang Muda yang akan dianjurkan sebelum bulan Mac yang akan datang tahun 2022. Pusat belia, bertepatan dengan konsep pembangunan sosial di bawah.
Minta laluan Bagan Jermal.
Isu Sidang Muda.
Sidang Muda, sebenarnya mengucapkan tahniah kepada Bagan Jermal dan Kerajaan Negeri yang telah menjadikan Sidang Muda ini sebagai salah satu (1) agenda Kerajaan Negeri. Apabila saya membuat sedikit bacaan pada minggu lepas saya mendapati Parlimen UK telah memulakan Parlimen Belia Muda pada tahun 2009 dan Pulau Pinang telah mulakan pada tahun 2010 dan di mana saya dan Pulau Tikus sendiri telah menjadi alumni Dewan Muda pada masa itu. ...(gangguan).
Bagan Dalam soalan. Soalan the same thing last term also I had Sidang Muda.
Laluan, Batu Maung telah mempengerusikan. Okey, okey Batu Maung telah mempengerusikan dan juga Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah hadir pada masa itu dan kita lihat transformasi sekarang sudah menjadi salah sebahagian daripada acara tahunan dan satu (1) saja concern saya apabila kita nampak ada pemuda mungkin yang kita tidak dapat daripada negeri ini. Saya nampak ada import player datang dari negeri-negeri lain dan mengambil bahagian dalam Sidang Muda ini. Bukan saya kata kita tutup pintu terus tetapi kalau boleh kita beri keutamaan kepada penduduk Negeri Pulau Pinang ataupun yang mereka memang yang ada di Negeri Pulau Pinang. Macam bola sepak juga saya tidak setuju kalau Penang FC ambil import player sama jugalah. So ini mungkin boleh diperhalusi lagi. Saya tak kata semua. ...(gangguan).
Tujukan pada BOD, Penang Football Club okay.
FAP dulu. So, Bagan Jermal ini saja. Bukan saya kata semua tu bukan penduduk Pulau Pinang. Tapi saya nampak ada juga yang datang dari luar. So, kita perlu penuhkan kita punya maximize our resources for Penang youth of Penang. Ini saja terima kasih.
Terima kasih soalan daripada Bagan Dalam. Saya rasa buat setakat ini kesemua program Sidang Muda yang dianjurkan oleh PYDC semua adalah yang berasal daripada Pulau Pinang. Program Belia daripada Pulau Pinang masih belum ada lagi penyertaan-penyertaan daripada luar daripada Pulau Pinang. Okey, untuk pusat belia. Belia Untuk Masa Depan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhasrat mewujudkan sekurang-kurangnya sebuah pusat belia di setiap KADUN untuk menarik penglibatan belia dalam program-program serta aktiviti berkaitan komuniti. Ketika ini telah ada empat (4) pusat belia di Negeri Pulau Pinang tengah berjalan iaitu Penaga, Balik Pulau, Bertam dan terbaharunya adalah di Penanti yang telah dirasmikan di Dewan Serbaguna Taman Guar Perahu pada 27 November 2021 bersama dengan YB. EXCO. Selain itu, empat (4) lagi pusat belia iaitu di KADUN Sungai Pinang, Batu Kawan, Seberang Jaya dan Bagan Jermal sedang dalam rancangan dan akan dirasmikan pada tahun depan 2022. Pusat ini membolehkan para belia berinteraksi serta berkongsi idea-idea kreatif dengan komuniti setempat selain menggalakkan lebih banyak program berkaitan belia dirancang di kawasan berkenaan. Seperti contohnya yang dibangkitkan oleh Permatang Pasir tadi semasa Karnival Jom Kerja Penanti Tahun 2021. Yang dianjurkan bersama dengan pihak PERKESO pada 27 November Tahun 2021 semasa perasmian Pusat Belia di kawasan KADUN Penanti.
Kita mendapatkan statistik daripada PERKESO jumlah pendaftaran pencari kerja di MyFutureJob Negeri Pulau Pinang tahun 2020 terdapat 27,264. Tahun 2021 meningkat sehingga ke 39,470. Jumlah pendaftaran pencari kerja dalam kalangan belia antara umur 15 hingga 35 di MyFutureJob Negeri Pulau Pinang tahun 2020 sebanyak 18,136 orang. Tahun 2021 meningkat sehingga ke 30,182 belia. Jumlah pendaftaran pencari kerja mengikut jantina di MyFuture Job Negeri Pulau Pinang tahun 2020 untuk lelaki sebanyak 12,985 untuk wanita ataupun ia ada sebanyak 14,279. Pada tahun 2021 sebanyak 19,292 untuk lelaki, bagi wanita sebanyak 20,178. Jumlah pemohon atau pencari kerja antara umur 15 hingga 35 yang berjaya mendapatkan pekerjaan dari MyFuture Job pada tahun 2021 sebanyak 12,620 pencari kerja berjaya. Jumlah kehilangan pekerjaan di Negeri Pulau Pinang antara umur 15 hingga 35 bagi tahun 2020 dan 2021 sebanyak 4761. Untuk Karnival Jom Kerja ini kita akan memperbesarkan sehingga ke setiap KADUN. Saya telah berbincang dengan PERKESO dan PERKESO adalah satu (1) partners... (dengan izin), Timbalan Speaker memang mereka setuju untuk memperluaskan kita akan mengadakan karnival ini ke setiap KADUN terutama ke kawasan-kawasan yang luar bandar. Supaya kita dapat membantu golongan belia golongan masyarakat untuk mencari kerja.
Yang Berhormat.
Yang Berhormat ADUN Sungai Dua...(gangguan).
Yang Berhormat, dua (2) minit lagi.
Ya, another four pages. Yang Berhormat ADUN Sungai Dua dan Permatang Berangan juga turut menyentuh berkenaan pembangunan belia di Negeri Pulau Pinang, umumnya dalam aspek ekonomi yang menyentuh isu pengangguran. Untuk makluman Yang Berhormat, Pelan Tindakan Pembangunan Ekonomi Belia Pasca COVID-19 Negeri Pulau Pinang tidak semata-mata bertujuan memperkasakan golongan belia negeri ini dari segi ekonomi dengan penganjuran kursus-kursus sahaja, malah pelan tindakan ini sebenarnya merangkumi pelbagai jenis usaha bagi membantu golongan belia di Negeri Pulau Pinang memainkan peranan penting untuk menjadikan Negeri Pulau Pinang pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara. Beberapa inisiatif telah pun dirangka dan membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam di kalangan belia. Platform pencarian kerja We Want You Jumlah permohonan adalah sebanyak 3,003 permohonan terhadap kekosongan pekerjaan dalam pelbagai bidang antaranya perakaunan, teknologi maklumat, sains, kejuruteraan dan sebagainya. Secara purata, sebanyak 34 peratus daripada pemohon kerja telah mendapat pekerjaan. Selain daripada platform We Want You, kita juga ada menjalankan zoom interview (dengan izin) Timbalan Dato’ Speaker bersama bekerjasama denagn syarikat-syarikat seperti Plexus Manufacturing Sdn. Bhd., Syarikat Flex dan lain-lain. Dan kita dah berjaya mendapat membantu seramai 40 orang pemohon untuk pekerja Plexus Manufacturing dan 42 orang pemohon untuk Syarikat Flex untuk mendaftar diri dan perjanjian interview zoom ini akan temuduga ini akan terus dijalankan di pusat belia masing-masing. Ekonomi GIG Belia, merupakan usaha sama antara PYDC, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan pemain industri untuk membantu belia yang mempunyai bakat digital untuk menceburi bidang GIG berbentuk digital. Seramai 1,000 orang belia yang disasarkan untuk menjalani latihan digital pada tahap fundamental. Lanjutan itu, mereka akan disyorkan untuk menjalani program latihan Global Online Workforce (GLOW) atas kerjasama MDEC untuk mempelajari set kemahiran digital dan tips menjadi seorang freelancer yang berjaya. Program ini akan menyediakan platfrom untuk mereka menceburi bidang ekonomi GIG di mana terdapat majikan tempatan dan antarabangsa yang menawarkan ribuan peluang pekerjaan secara digital seperti pereka grafik, pemasar digital, penulis isi kandungan, penterjemah, pembantu maya, programmer, webside designer dan pelbagai lagi aspek pekerjaan freelance yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam dunia digital pada masa kini. Program Inkubator, juga adalah penting ialah untuk program awalan belia yang berminat untuk menjadi peniaga yang berdurasi enam (6) bulan di mana pakar industri dijemput untuk menjadi mentor. Saya juga amat tertarik dengan cadangan Yang Berhormat Bagan Dalam berkenaan memohon geran filem untuk belia daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) untuk menggalakkan anak-anak muda menyertai penerbitan drama atau filem melalui PYDC. Sehubungan dengan itu, MMK Belia dan Sukan akan bersama PYDC mengkaji cadangan
berkenaan agar dapat terus mencungkil bakat-bakat muda dalam bidang penfileman ini. Untuk maklumat program Into The Lens kita akan terus akan menjalankan di Negeri Pulau Pinang. Laman sesawang dan sukan untuk semua edisi tahun 2021. Sebagai makluman tambahan bagi sidang dewan yang dihormati sekalian. Laman sesawang bagi sukan telah dimasukkan dalam Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada bulan November tahun 2020 manakala laman sesawang bagi belia pula dimasukkan pada bulan Ogos tahun 2021. Melalui tab tambahan “BELIA” dan “SUKAN” yang dipapar di laman web rasmi Kerajaan Negeri iaitu penang.gov.my, orang awam dapat akses ke laman web sukanpp.gov.my dan youthforfuture.my serta laman web agensi seperti Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang, Penang FC, Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang serta peta lokasi kemudahan sukan di Negeri Pulau Pinang. Di samping itu, buku “Sukan Untuk Semua Edisi 2021” juga telah diterbit baru-baru ini dan telah diedarkan kepada ahli-ahli Yang Berhormat pagi ini. Edisi ini merangkumi program “Sukan Untuk Semua” yang telah diadakan pada tahun 2021 termasuk sukan badminton, mendaki, sukan elektronik, silat tua, silambam, bola sepak, olahraga, sepak takraw dan kabaddi.
Yang Berhormat, injury time dah over.
Another two minutes. Ia juga merangkumi kandungan mengenai program PACE serta sesi temuduga atlet Negeri Pulau Pinang. Ini adalah sedikit sebanyak usaha Kerajaan Negeri dalam mempromosikan dan membangunkan pelbagai sukan di Negeri Pulau Pinang serta menunjukkan penghargaan terhadap atlet-atlet yang telah mengharumkan nama Negeri Pulau Pinang di arena sukan. Sekali lagi, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas keprihatinan, teguran dan sokongan yang berterusan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, khasnya terhadap usaha-usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi menambah nilai dan memperkukuhkan lagi mutu penyampaian di bawah portfolio Belia dan Sukan untuk pembangunan yang lebih cemerlang di peringkat negeri. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, tidak lupa saya kena jawab soalan yang dituju oleh Bukit Tambun. Sport City Masterplan akan dimasukkan sebagai projek untuk RFP untuk kawasan lapang di sekeliling Stadium Batu Kawan. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Bagan Jermal. Dipersilakan Paya Terubong.
Terima kasih. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.
Peringatan ya, 45 minit. Jangan ikut kawan sebelah. Okey.
Jangan bimbang Dato’, saya akan cuba mempercepatkan ucapan saya dan juga Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Salam Sejahtera. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kerana diberi peluang untuk membentangkan ucapan penggulungan saya. Yang Berhormat-Yang Berhormat, saya amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Dua yang telah menunjukkan keprihatinan yang tinggi dalam meneliti masalah yang dihadapi oleh pemain industri pelancongan. Sehingga kini, sebanyak RM116,473,079.00 telah diperuntukkan di bawah Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang dan sebahagiannya telah disalurkan kepada industri pelancongan melalui empat fasa yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Untuk membantu mereka yang terkesan akibat pandemik ini, bantuan-bantuan telah disalurkan untuk membantu golongan terkesan dalam sektor pelancongan seperti penarik beca, pemandu pelancong, pemandu bas atau van pelancongan, pemandu limosin, pengendali sukan air, pengusaha salun kecantikan dan spa dan perkhidmatan pusat refleksologi, pengusaha kuda rekreasi, pengusaha tempat tarikan pelancong dan sebagainya. Kerajaan Negeri juga merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta pinjaman tanpa faedah untuk menyokong perniagaan yang terjejas dalam industri pelancongan dan creative economy. Moratorium juga telah diberikan untuk pinjaman tanpa faedah tersebut dan juga bil air, cukai petak, cukai tanah, cukai pintu dan fi lesen perniagaan juga telah diberikan pengecualian kepada pemain-pemain industri pelancongan. Inisiatif-inisiatif tersebut adalah untuk meringankan beban dan impak kewangan dan membantu aliran tunai mereka yang terkesan. Fi hotel merupakan salah satu sumber yang penting untuk membantu pembangunan dan pemasaran sektor pelancongan. Pengecualian fi hotel telah diumumkan sejak bulan Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021 ini, dalam usaha menyokong proses pemulihan sektor pelancongan. Kerajaan Negeri akan terus mengkaji sama ada kutipan fi hotel ini akan dikecualikan berdasarkan situasi semasa dan akan membuat pengumuman sebelum tamatnya tahun ini. Kerajaan Negeri juga menggalakkan proses digitalisasi industri pelancongan dalam menghadapi cabaran norma baharu melalui pelbagai inisiatif. Dalam era teknologi dan digitalisasi yang baharu ini, seni, budaya dan warisan menjadi pemangkin untuk memandu dan memacu perkembangan ekonomi tempatan, terutamanya dalam membantu ekonomi pelancongan. Kerajaan Negeri mengambil maklum cadangan Yang Berhormat Sungai Dua bagi meneliti perkembangan warisan budaya dan seni orang Melayu dan kampung serta menggazetkan seni warisan orang Melayu Pulau Pinang. Warisan kebudayaan dan kesenian pelbagai kaum di Negeri Pulau Pinang merupakan aset yang penting dan sentiasa diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri. Antara usaha yang dilaksanakan untuk memulihara warisan kebudayaan dan kesenian Melayu adalah pelaksanaan pelbagai jenis program, aktiviti kebudayaan Melayu seperti boria, pantun dan sebagainya. Berdasarkan kepada Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat-Yang Berhormat dan orang ramai adalah dialu-alukan untuk mencadangkan mana-mana warisan kebudayaan tidak ketara kepada Pesuruhjaya Warisan Negeri untuk ditetapkan sebagai warisan negeri. Pihak Kerajaan Negeri juga akan mengkaji satu garis panduan dan tatacara bagi tujuan memelihara warisan kebudayaan ketara dan tidak ketara di Negeri Pulau Pinang demi menjaga warisan budaya di negeri ini. Bagi menjawab Yang Berhormat Berapit…(gangguan).
Minta laluan. Terima kasih. Cuma saya ada satu cadangan kepada YB. EXCO supaya dalam kawasan saya di Kampung Seronok mempunyai tarikan, dia ada Dewan Budaya dan ada rumah tradisional yang banyak di sana. Cuma saya dalam perbahasan saya, saya tak sempat untuk mohon supaya Kampung Seronok sebolehnya diwartakan sebagai Kampung Warisan. Dan jika YB. EXCO ada masa, saya boleh bawa YB. EXCO untuk melihat atau meninjau jika Kampung Seronok ini boleh diwartakan sebagai Kampung Warisan, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Lepas. Saya akan ambil maklum dan juga akan bincang dengan Yang Berhormat dan juga Pesuruhjaya Warisan untuk cadangan Yang Berhormat. Kerajaan Negeri mengambil maklum cadangan Yang Berhormat, sorry, sorry. Bagi menjawab Yang Berhormat Berapit, Pelan Induk Pelancongan Negeri Pulau Pinang telah diperkenalkan pada 3 Mei tahun ini bagi menetapkan hala tuju strategik pembangunan pelancongan sehingga tahun 2030. Pelan induk ini amat menitikberat keseimbangan pembangunan pelancongan dan kepelbagaian produk pelancongan di seluruh Negeri Pulau Pinang, termasuk Seberang Perai, Balik Pulau, Teluk Bahang dan tempat-tempat yang lain. Kerajaan Negeri juga menerbitkan risalah-risalah dan video bagi mempromosikan produk pelancongan di Seberang Perai dan juga bahagian pulau. Di samping itu, tempat-tempat baru yang berpotensi akan dikenal pasti. Pelbagai jenis program pelancongan dan ekonomi kreatif juga akan dilaksanakan bagi merancakkan aktiviti pelancongan dan ekonomi kreatif di seluruh kawasan Negeri Pulau Pinang. Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Air Itam berhubung pelaksanaan SOP yang perlu diperhalusi. Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan pemulihan keyakinan pelawat dan meningkatkan pendedahan Pulau Pinang sebagai satu destinasi pelancongan utama yang bertanggungjawab dengan mengetengahkan SOP seperti Program Sistem Akreditasi bagi Kesiapsiagaan Pasca COVID-19 dan Kempen Pelancongan Bertanggungjawab yang memperkenalkan SOP-SOP kepada penggiat-penggiat dan pelancong pada pasca pandemik. Proses pemulihan industri pelancongan merupakan proses yang mengambil masa kerana ia melibatkan berbagai pihak dan perlu mengambil kira situasi pandemik sedunia. Sektor pelancongan kini akan banyak bergantung kepada keadaan virus COVID-19. Dan contohnya sekarang kita mendengar virus baru, virus Omicron yang mungkin akan menjejas sedikit sebanyak keyakinan pelancong. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan sentiasa memantau dan meneliti situasi pandemik untuk memastikan pelan-pelan pemulihan adalah bersesuaian dengan keadaan semasa. Berdasarkan statistik yang diperolehi daripada Malaysian Association of Hotel (MAH) Penang Chapter dan juga Malaysia Budget and Business Hotel Association (MyBHA) Pulau Pinang, kadar penginapan hotel purata di Pulau Pinang setelah pembukaan rentas negeri adalah lebih kurang 70 hingga 80 peratus. Walaupun di hari mingguan, sesetengah hotel boleh mencatat kadar penginapan sehingga 90% atau yang sampai 100% tetapi kita mengambil satu angka yang lebih konservatif, purata lebih kurang 70 sehingga 80 peratus. Statistik ini jelas menunjukkan bahawa Negeri Pulau Pinang masih merupakan salah satu destinasi pilihan pelancong-pelancong domestik. Saya amat berterima kasih juga kepada Yang Berhormat Pulau Betong dan Telok Bahang yang mengambil berat perkembangan sektor eko-pelancongan di Negeri Pulau Pinang. Selaras dengan Pelan Induk Pelancongan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri berhasrat memperkembangkan dan mempromosikan eko-pelancongan sebagai satu produk pelancongan
baharu yang merangkumi seluruh Negeri Pulau Pinang. Penyertaan Pulau Betong dan Telok Bahang untuk mempromosikan kegiatan pelancongan khususnya eko-pelancongan di kawasan masing-masing adalah amat dialu-alukan. Pelan yang dirangka dan dilaksanakan untuk inisiatif ini adalah bertujuan untuk menambah baik perancangan, pengurusan mampan, pemuliharaan dan mempromosikan tapak-tapak eko-pelancongan supaya dapat memupuk minat aktiviti eko-pelancongan di kalangan orang ramai. Kerajaan Negeri memang bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Jawi dan telah menyeru Kerajaan Persekutuan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan juga Penang Port perlu juga disenaraikan sebagai Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) untuk menambah lagi kemasukan pelancong-pelancong antarabangsa. Langkah ini akan merancakkan lagi ekonomi pelancongan Negeri Pulau Pinang sementara menunggu sempadan negara dibuka sepenuhnya. Pelan Induk Pelancongan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa eko-sistem dan rangkaian komuniti kreatif adalah penting dalam menyokong kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak peluang perkerjaan, menarik pelaburan baru dan meningkatkan mutu kehidupan rakyat, terutamanya komuniti tempatan. Oleh itu, pelbagai inisiatif telah dilancarkan untuk meningkatkan kebertahanan industri dan juga merancakkan sektor ekonomi kreatif. Yang Berhormat-Yang Berhormat, selepas kebenaran merentas negeri yang dibenarkan sejak 11 haribulan Oktober, kita memang melihat kemasukan pelancong domestik yang beramai-ramai ke Negeri Pulau Pinang. Sebenarnya Kerajaan Negeri telah menyediakan pelbagai rancangan dan juga program-program yang sepenuhnya untuk menyambut tahun 2020 dan telah melancarkan kempen ‘Experience Penang’ tahun 2020 bersama Tahun Melawat Malaysia tahun yang sama. Penerbangan terus di antara Pulau Pinang dengan beberapa bandaraya antarabangsa telahpun dilancar, dirancang, pelbagai acara atau program antarabangsa juga telah dicadangkan, namun kesemua ini telah terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan susulan penularan pandemik COVID-19. Tidak ada penafian bahawa pandemik COVID-19 ini memang telah membawa kesan atau impak terhadap industri pelancongan. Boleh dikatakan sepanjang masa hampir dua tahun ini, dari permulaan tahun 2020 sampai hari ini, saya dan pasukan saya tidak pernah berhenti atau berehat untuk membantu sektor pelancongan dan ekonomi kreatif di negeri ini. Namun, saya boleh dengan bangganya menyatakan bahawa saya bersama pasukan saya, termasuk pejabat PETACE, Lembaga Nasihat Pemulihan Ekonomi Pelancongan Pulau Pinang (PETERAB), Penang Global Tourism (PGT) , Penang Convention & Exhibition Bureau (PCEB), George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) , Lembaga Muzium, MBPP, MBSP, Pejabat Daerah, Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN) dan kesemuanya pemegang kepentingan (stakeholders) telah bertungkus lumus untuk mengkaji cara penyelesaian, merangka pelan tindakan, mengurus dan mengurangkan impak negatif, dan juga memulihkan sektor pelancongan. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan pelbagai inistiatif, bantuan, kempen demi pemulihan dan juga ekonomi Negeri Pulau Pinang. Kepimpinan negeri adalah berprihatin terhadap rakyat. Dengan ini, Pulau Pinang telah mencipta beberapa ‘First in Malaysia’...(dengan izin), melalui inisiatif ‘Penang Leads’. Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang melancarkan Konsep Pelancongan Bertanggungjawab, menyediakan pinjaman tanpa faedah sejumlah RM10 juta kepada sektor pelancongan, negeri yang pertama mengadakan COVID-19 Akreditasi Program dan juga merupakan negeri yang menyediakan AED kiosk yang pertama di Malaysia dan juga negeri pertama yang memberikan subsidi bil TNB kepada penggiat-penggiat industri pelancongan dan juga feedback daripada tourist guard Negeri Pulau Pinang juga merupakan negeri yang memberikan dua (2) kali bantuan kepada tourist guard. Pulau Pinang juga negeri pertama untuk memperkenalkan garis panduan pembukaan sektor pelancongan dan sektor MICE.
Saya telahpun memberikan KPI kepada Ketua Pegawai Eksekutif Penang Global Tourism sebuah agensi promosi pelancongan di bawah portfolio saya supaya Pulau Pinang mesti dijadikan destinasi pelancongan yang utama di Malaysia. Terima kasih. Selepas pembukaan sempadan negara usaha-usaha akan terus supaya destinasi pilihan bertambah dikalangan pelancong-pelancong antarabangsa. Sebenarnya dalam Pelan Induk Pelancongan Tahun 2021 sampai 2030, misi dan juga visi saya kita mesti mempunyai satu minta yang luas dan juga vision yang jauh untuk membangunkan Pulau Pinang bukan sahaja sebagai destinasi pelancongan yang unggul di Malaysia sahaja, kita tak mahu jadikan, kita tak mahu kita bukan hanya hendak jadi juara kampung kita nak jadi Pulau Pinang sebagai juara di rantau ini sekurang-kurangnya di Asia Tenggara yang dapat bertanding dengan Singapura, Thailand dan juga Indonesia. Jadi dengan ini, oleh itu memandangkan tahun lebih kurang dua (2) tahun telah wasted, dibazirkan oleh pendidik jadi kita perlulah masa untuk memulihkan jadi pemulihan keyakinan pelawat dan juga meningkatkan pendedahan Negeri Pulau Pinang adalah sangat penting untuk memastikan ianya kekal sebagai destinasi pelancongan yang unggul dan seterusnya akan membantu untuk memulihkan ekonomi untuk rakyat kita sendiri. Dengan ini sekian terima kasih, saya mohon menyokong
Terima kasih, satu pencapaian yang baik. Diteruskan dengan Yang Berhormat daripada Batu Maung. 45 minit
Bismillahhirahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Y.A.B. Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri 1, YB. Dato’ Ir. Haji Ahmad Zainuddin, Timbalan Ketua Menteri II, YB. Prof. Dr. P. Ramasamy a/l Palanisamy, Dato’ Seri SUK, Ahli-Ahli MMK, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan sekian. Alhamdulillah kita syukur Allah S.W.T. kerana dibri kesempatan untuk sekali lagi bertemu menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14 pada petang ini untuk membawa amanah dan harapan rakyat Negeri Pulau Pinang. YB. Dato' Timbalan Speaker, saya ingin ucapkan setinggi tahniah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah menyertai mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dan mengemukakan soalan-soalan untuk di bawah portfolio saya untuk kita bersama memacu kemakmuran Negeri Pulau Pinang pasca COVID-19. YB. Dato' Timbalan Speaker, sepertimana ucapan bajet tahun 2022 oleh Y.A.B. Ketua Menteri pada November 2021 dengan tema Mempercepat Pencapaian Penang 2030 (Accelerating Penang 2030). Tema ini dipilih seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memulihkan sektor ekonomi pasca COVID-19. COVID-19 bermula pada tahun penghujung 2019 dari negara China dan hingga saat ini tidak menampakkan sungguhpun ada sikit kelegaan keredaan tetapi masih lagi kita dibelenggu oleh virus ini yang sekarang ini pun dimaklumkan ada varian baru yang memerlukan kita meneruskan menjaga SOP dan mempastikan kita rakyat Pulau Pinang dapat meneruskan semula aktiviti ekonomi seperti biasa back to normality. Sungguhpun kita tidak seperti dahulu kita dah ada norma-norma baru yang kita lalui dan kita masih lagi di fasa empat.
Saya akan terus ke soalan-soalan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat bermula dengan hal-hal yang melibatkan MMK Perdagangan dan Industri dan untuk menjawab soalan Yang Berhormat Sungai Dua, Ketua Pembangkang yang banyak soalan, sudah tentunya sebagai Ketua Pembangkang saya cukup berterima kasih yang prihatin untuk bersama-sama meningkatkan ekonomi Pulau Pinang pasca COVID-19. Saya juga ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Sungai Dua yang telah dilantik sebagai Pengerusi PERDA Ventures, saya berharap PERDA bersama-sama kerajaan negeri untuk membantu ekonomi rakyat Negeri Pulau Pinang. Yang Berhormat Sungai Dua membangkitkan tentang keperluan kerajaan negeri menyediakan infrastruktur bertaraf lima (5) bintang dan tenaga kerja mahir rakyat tempatan bagi menarik pelabur asing ke Pulau Pinang. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Dua, Kerajaan Negeri melalui Invest Penang secara berterusan telah menyediakan infrastruktur dan berusaha ke taraf lima (5) bintang dan tenaga kerja mahir untuk berusaha untuk membekalkan tenaga kerja mahir daripada kalangan rakyat tempatan untuk menarik pelabur asing ke Pulau Pinang dan juga supaya mereka rakyat tempatan mendapat pendapatan yang tinggi dan pelaburan yang datang juga pelaburan yang berkualiti dan bernilai tinggi. Sebenarnya Pulau Pinang dah melalui dasar Polisi Perindustrian sejak 50 tahun yang lalu telah meletakkan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang kita sebut sebagai Silicon Valley Of The East dan inilah yang dapat mempertahankan Pulau Pinang dalam membawa COVID-19 ini mempertahankan ekonomi Pulau Pinang. Kalau negari-negeri lain kita dapati terkesan teruk tetapi sektor perindustrian di Pulau Pinang dapat bertahan dan sebenarnya menampakkan keutuhan dan kemampuan untuk bangkit semula 2022 dengan lebih baik. Kekuatan Pulau Pinang untuk makluman Yang Berhormat Sungai Dua ialah kita mempunyai apa yang disebut (dengan izin) Pulau Pinang merupakan Semiconductor Assembly and Test Hub, itu kekuatan Pulau Pinang yang sudah matured, yang sudah matang dan untuk seterusnya kita memerlukan apa yang dipanggil sebagai semiconductor upstream value chain. Ini strategi yang perlu untuk kita terus melestarikan kekuatan Negeri Pulau Pinang dan kita juga, ini saya minta Yang Berhormat Sungai Dua dan Yang Berhormat Seberang Jaya selaku Pegawai Khas kepada MITI sebenarnya kita perlu promote apa yang dipanggil untuk apa yang dipanggil nature IC Design Industri dan untuk nature design industri di mana kita di sini ada ribuan IC Design Engineer, Jurutera IC design ini ribuan yang bekerja dengan syarikat-syarikat multinasional dan untuk kekuatan ini kita perlukan pihak federal untuk IC design ini kita perlukan ribuan untuk investment pelaburan dalam ini ribuan dan Inilah masa depan Pulau Pinang. Kita perlu R&D fund, fund untuk penyelidikan kita namakan untuk mewujudkan IC Design Incubation Centre yang ini industri kita our local large companies, syarikat-syarikat PKS tempatan kita tidak mampu kerana investment-nya terlalu mahal kerana dia kena melabur apa yang dipanggil IC Design Software Tool yang ini melibatkan berbilion ringgit. Kita ada tujuh (7) summarize kita nampak ada Intel, Motorolla datang sini, mereka di sini dan mereka masih bersama kita kerana mereka telah melabur berbilion ringgit dan tidak mudah untuk dia melabur berbillion ringgit dan dia pindah ke negeri-negeri lain. Tadi disebut oleh juga oleh Yang Berhormat Air Putih bagaimana kita perlu multinasional tetapi kita perlu nature membimbing local large company dan kita sudah ada local large company sebagai contoh Raytech, Winthrop, Pentamaster, PT Design Tech dan banyak lagi dan ini mereka ini yang sudah graduate dahulunya bekerja di syarikat-syarikat multinasional mereka dah graduate dan ini kita hendak cakap ini bukan sahaja menjadi syarikat tempatan yang sudah boleh terus kita hendak mereka juga menjadi regional player dan global player tetapi inilah dan kita tidak nampak dengan Pulau Pinang yang telah memberikan pendapatan ketiga terbesar dan sektor industri Pulau Pinang ni yang terus ke depan dari segi eksport barangan elektronik dan elektrikal dan juga machinery equipment yang nombor satu di Malaysia ini tetapi kita tak dapat daripada bajet yang diberikan Kerajaan Pusat kita perlukan minta daripada Kerajaan Negeri
Pulau Pinang kalau boleh RM5.0 billion kita boleh kenal bukan sahaja di asia tetapi kita boleh menjadi nombor satu di dunia. Kita lihat statement daripada ekonomis Taiwan misalnya menyebutkan Taiwan negara pengeluar cip terbesar dunia, dia kata Malaysia Pulau Pinang boleh memainkan peranan itu, ini yang kita perlu. Yang keduanya Industri 4.0 ini tentang tenaga kerja mahir, kita tidak boleh bergantung kepada foreign workers yang tanpa skill workers. Kita perlu terus menerajui keperluan automasi dan robotik. Ini kita perlu pergiatkan dan ini memerlukan geran dan inilah peranan kita minta kerajaan pusat membantu Negeri Pulau Pinang kerana kita bukan sahaja membantu tenaga kerja ini tidak semestinya di Pulau Pinang. Kita boleh tarik pekerja-pekerja kita daripada lepasan sekolah Sabah, Sarawak seluruh negeri ke Pulau Pinang. Saya baru baru-baru ini membangkitkan perkara ini dalam mewakili Y.A.B. Ketua Menteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Mustafa Mohamad tentang bagaimana kita apa dipanggil sebagai comparative advantage di mana keperluan tenaga kerja ini yang boleh ditarik daripada seluruh negara Malaysia biar Pulau Pinang fokus kepada ENE, fokus kepada IC design ini dan kita boleh tarik pekerja daripada seluruh Malaysia untuk ke Pulau Pinang bantu negara dan di Pulau Pinang kita ada dua (2) Penasihat, Majlis Penasihat yang kita panggil Penang Social Economy Recovery Conservative Council dan kita juga ada Penang Manufacturing Industry Council untuk membantu Kerajaan Negeri dari segi menasihati dari segi hala tuju masa depan Pulau Pinang. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Dua sebenarnya saingan Pulau Pinang Malaysia dari segi ENE semakin sengit kita lihat baru-baru ni banyak pelabur-pelabur pergi ke negara-negara jiran. Kita lihat negara-negara seperti Thailand, Vietnam bagaimana disebut juga ditanya juga tentang infrastruktur komunikasi bagaimana negara-negara ini sudah pun 5G Vietnam dan Thailand. So kita harap kerajaan pusat juga membantu kita supaya kita kena segera ataupun memacu keperluan 5G ini supaya connectivity ini menarik pelabur ke Negeri Pulau Pinang. Kepada soalan seterusnya oleh Yang Berhormat Sungai Dua juga tentang Industry 4.0 Seed Fund ini, Yang Berhormat Sungai Dua mencadangkan kepada kerajaan negeri melihat kriteria, syarat-syarat yang diberikan kepada mereka yang berpotensi untuk maju. Selain itu juga Yang Berhormat Sungai Dua mencadangkan supaya ditambah peruntukan RM1 juta lagi kepada RM2 juta agar lebih ramai usahawan yang mendapat manfaat. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Dua, Kerajaan Negeri melalui Invest Penang telah melancarkan Skim Insentif Industri 4.0 pada 10 Mac 2018 dengan nilai USD1 juta maknanya RM4.0 juta pada masa itu untuk projek-projek setaraf yang berpotensi tinggi khasnya yang melibatkan industri digital e-commerce dan IOT dan melalui program ini sebanyak 37 syarikat setaraf tempatan telah menerima dana antara 50,000 sehingga 25,000 sehingga 250,000 untuk menambahbaikkan produk dan perkhidmatan serta perkembangan operasi mereka. Seterusnya saya hendak teruskan kepada soalan daripada Air Hitam tentang perniagaan kepada usahawan warga emas agar mereka tidak tercicir, ketinggalan dengan peredaran zaman era digital ini untuk maklumat.…(gangguan).
Minta laluan, minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Batu Maung, tadi berhubung dengan isu Penang Seed Fund 4.0 tu saya pada hari tu dalam perbahasan saya, saya telah membangkitkan sebenarnya kita faham terdapat 37 syarikat start up telahpun diberikan sebahagian daripada dana Seed Fund 4.0 tersebut tapi melalui semakanlah, saya telah melakukan sedikit semakan khususnya melalui nama-nama syarikat yang terlibat di laman media sosial, di laman web yang berkenaan, saya mendapati dalam 37 syarikat tersebut hanya 18 saja yang aktif. Jadi di antaranya ada mereka di mana posting di dalam sosial media mereka adalah seawal mungkin akhir tahun 2019 maksudnya tidak aktif selepas itu jadi saya pohon mungkin
sekiranya pihak Kerajaan Negeri dapat memantau agar benar-benar dana ini dapat memanfaatkan untuk menjaminkan masa depan negeri kita.
Terima kasih Pengkalan Kota ke atas input yang diberikan. Itulah risiko sekarang modal teroka ini diberikan dia ada risiko ada yang berjaya di commercialize ada yang tak berjaya so Kerajaan Negeri akan sedaya upaya membimbing coaching sekarang ini, saya akan dapatkan maklumat khususnya apa yang berlaku kepada 10 yang tadi yang disebutkan oleh Pengkalan Kota yang sama mereka masih aktif ataupun start-up mereka tidak berdaya maju, terima kasih Pengkalan Kota. Berbalik kepada ADUN Air Itam tadi yang telah membangkitkan isu warga emas yang tidak cicir, ketinggalan dengan peredaran zaman era Digital dan Kerajaan Negeri melalui Digital Penang telah menganjurkan dah digital dimana bengkel diadakan untuk mengajar golongan warga emas untuk menggunakan teknologi seharian termasuk pendidikan perniagaan, bengkel ini diajar oleh digital coach dan merangkumi pelbagai topik seperti pengenalan untuk menjual secara maya e-wallet dan lain-lain lagi. Di samping itu program juga menyediakan perkhidmatan penubuhan dan pengurusan laman sosial instagram bagi penjaja makanan, warga emas yang berminat untuk menggunakan sosial media tetapi tidak untuk mempunyai pengetahuan yang mencukupi, inilah saya sebut tadi masa depan adalah golongan muda ,warga emas, mereka ada kekangan dari segi kesihatan kadang kita lihat mereka menggunakan digital nak tengok apa ni handphone pun dari jarak jauh eyesight, long eyesight so inilah keperluan anak muda untuk membantu mereka untuk bersama-sama mengharungi arus digital ini dan untuk menggunakan apa ini transaksi tanpa tunai. Kalau warga emas di negeri China kita lihat umur 75 dah biasa dengan dengan apa transaksi kenaikan tanpa tunai kita juga sudah tentunya mampu melakukan sedemikian. Soalan daripada ADUN Bertam tindakan sendiri terus kilang-kilang yang beroperasi tanpa izin Kerajaan Negeri melalui pihak PBT seperti MBSP telah mengambil tindakan-tindakan dan sekarang kilang yang beroperasi tanpa lesen seperti berikut mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa, mengambil tindakan penguasaan dibawah Seksyen 72 Akta Jalan Parit Dan Bangunan, mengeluarkan notis mengenai perniagaan dihentikan dalam tempoh tertentu, seterusnya mengeluarkan kompaun bagi kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen dan mengambil tindakan mahkamah bagi kesalahan perusahaan menjalankan perniagaan tanpa lessen dan mengeluarkan lesen perniagaan secara bertempoh kepada kilang-kilang tanpa lesen tertakluk kepada garis panduan pengeluaran lesen cara bertempoh yang disijilkan oleh contohnya ialah MBSP dan kita juga menjalankan program pemutihan kilang tanpa kebenaran ini diseluruh Seberang Perai khususnya Bertam juga mencadangkan kawasan kiosk di Bertam diangkat menjadi hub makanan. Okey…
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Batu Maung yang telah menjelaskan banyak perkara berkaitan dengan pelaburan industri dan juga berkaitan dengan 4.0 Seed Fund tadi cuma saya nak bangkit tentang isu kilang haram pemutihan ni jadi boleh tolong jelaskan konsep pemutihan yang akan dibuat sama ada kilang haram di satu kawasan itu akan diputihkan di situ dan dijadikan Kawasan Perindustrian yang baru ataupun dipindahkan ke kawasan perindustrian yang masih ada kekosongan, sebab yang saya faham dia akan diputihkan dibuat satu tempat baru kawasan tu untuk industri. Jadi kalau di kawasan pertanian mungkin dia
akan menimbulkan masalah pencemaran dan sebagainya sungai dan sebagainya jadi ini mohon penjelasan.
Terima kasih Sungai Dua, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan. Isu kilang-kilang yang tanpa izin atau kilang haram ini memanglah kalau kilang itu dah 15, 20 tahun memang sukar untuk kita bukan satu dia ada berpuluh cuma yang disebut pemutihan itu bagaimana untuk memperbaiki memastikan infrastruktur kawasan itu tidak terjejas dan kilang-kilang ini mencetuskan kegangguan dari segi perparitan dari segi keperluan jabatan-jabatan untuk membina parit dan sebagai membina jalan sebagainya dia mengambil itu yang kita sebut tadi pemutihan oleh pihak PBT. Bagaimanapun untuk dasar Kerajaan Negeri saya rasa rakan saya di pihak PBT, EXCO PBT. Sebenarnya kalau kilang-kilang baru kita mengambil tindakan seperti yang sebut tadi penguatkuasaan yang disebut tadi. Seterusnya kiosk Bertam ADUN Bertam ada kat sini kiosk Bertam dibina oleh Bertam Properties dan dijual kepada individu-individu serta merupakan premis perniagaan milik persendirian justeru itu berhubung dengan cadangan agar Kerajaan Negeri mengangkat kiosk Bertam sebagai hub makanan halal di Pulau Pinang. Kita akan teliti dan kaji oleh Kerajaan Negeri untuk pertimbangan sebelum tindakan selanjutnya diambil kita perlu ada perbincangan Penang Halal ke agensi halal Kerajaan Negeri dan juga pihak JHEAIP iaitu pihak yang mewakili JAKIM dan juga pihak PBT untuk perbincangan tentang cadangan yang diutarakan oleh ADUN Bertam tadi. Dan untuk makluman ADUN Bertam juga Kerajaan Negeri kita memperuntukkan geran sebanyak RM280,000 untuk pensijilan halal kita nak tarik mereka yang untuk bagi memudahkan peniaga melibatkan dalam industri halal dan juga untuk pembaharuan lesen juga 288,000 yang kita peruntukan tahun ini untuk pihak peniaga yang ingin kita nak memudahkan mengikuti kursus pensijilan halal. Seterusnya untuk menjawab geran ADUN Permatang Pasir yang mencadangkan supaya Penang Halal International memberikan geran untuk lebih banyak PKS di Pulau Pinang dan membantu memasarkan produk usahawan. Untuk maklumat ADUN Permatang Pasir Mesyuarat MMK Bil.7/2021 bersidang pada 17 Februari meluluskan Bantuan Khas Fasa 3.0, Penang Lawan COVID-19 antara bantuan yang diluluskan dalam pakej tersebut ialah program kerjasama pintar dengan menyediakan platform marketplace digital e-commerce dengan secara dasarnya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta sehubungan dengan itu Kerajaan Negeri melalui Penang Halal International telah bekerjasama dengan tiga penyedia platform e-dagang terbesar di Malaysia satu ialah Shopee, kedua ialah PG Mall syarikat tempatan dan juga Foodpanda adalah dimaklumkan bahawa dana untuk memberi geran kepada para usahawan PKS ini merupakan dana untuk disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada PHI selaku pentadbir untuk membantu memasarkan produk-produk PKS tempatan dalam keadaan COVID-19 ini supaya mereka tidak dapat mengadakan apa penjualan produk secara fizikal tetapi menggunakan platform e-dagang. ADUN Pulau Tikus terima kasih merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah Kerajaan Negeri kerana memberikan pinjaman skim SPH yang kita telah mulakan sejak 2009 lalu dan yang terkini ialah Skim PEKA PKS, kita ada PEKA PKS 1.0, 2.0. 1.0 ialah RM30 juta yang telah kita luluskan buka pada bulan April 2020 dan yang terbaru ialah Skim PEKA 3.0 yang kita buka pada 7 Oktober sehingga 29 Oktober yang lepas dan kita telah meluluskan kepada 411 peniaga tempatan dan juga 637 yang memohon, 411 yang telah berjaya dan kita telah luluskan RM4.7 juta setakat ini kepada peniaga-peniaga tersebut dan disbursement mereka akan dapat dana ini by Mid of December.
Soalan ADUN Permatang Berangan yang meningkatkan pemantauan dan meneliti secara tatacara dan pemilihan penerima bantuan SPH. Untuk maklumat Permatang Berangan, Kerajaan Negeri melalui PDC telah mengeluarkan Skim Pinjaman Harapan yang saya sebut tadi pada 2009 dan telah mengeluarkan pinjaman kepada seramai 3,662 usahawan dengan jumlah RM20.3 juta. Berkaitan dengan cara, tata cara dan pemilihan penerima bantuan SPH, team SPH akan menjalankan siasatan dan lawatan kepada semua pemohon sebelum meluluskan pinjaman dengan kadar kutipan yang memberangsangkan. Setakat ini kutipan kita mencecah purata 80%. Berkaitan syor SPH turut diberikan kepada peniaga kecil yang tidak berdaftar dengan SSM. Setakat ini Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk memberi pinjaman peniaga kecil yang tidak berdaftar, kerana dan syarat wajib pinjaman lah daftar dengan SSM kita nak mereka yang melibatkan dalam perniagaan supaya serius maknanya dia kena sekurang-kurangnya ada lesen PBT atau SSM dia tak boleh memohon pinjaman tanpa berdaftar mana-mana. Isu panas ini, Sungai Dua ada sebut tentang… Y.A.B. Ketua Menteri sebut tentang barang naik BN betullah, sejak BN pegang barang naik. Mengesyorkan Kerajaan Negeri perlu menyelesaikan isu kenaikan harga barangan yang semakin tinggi mohon penguatkuasaan ke atas harga barangan dan isu orang tengah yang menaikkan harga barang. Untuk maklumat Yang Berhormat Sungai Dua pemantauan adalah di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna kita ambil laporan setakat ini di Pulau Pinang laporan di KPDNHEP negeri seramai 126 Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Penguna sepanjang tahun ini telah menjalankan sebanyak 47,578 pemeriksaan yang melibatkan isu harga barang dan perkhidmatan sehingga November 2021 bagi memastikan harga barangan dan perkhidmatan tidak membebankan pengguna. Juga mengadakan sesi libat urus pengimport, pemborong, peruncit tentang kawalan harga barang dan juga memperkasakan penguatkuasaan Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011 yang telah menghasilkan setakat ini pada tahun ini sebanyak 373 kes dengan nilai kompaun RM46,850 kepada peniaga yang telah melakukan pelanggaran kepada akta di atas Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011 Pulau Tikus saya juga menjawab soalan yang sama daripada Pulau Tikus juga jawapan sama untuk soalan Pulau Tikus dan dibangkitkan lagi tadi juga oleh Air Putih tentang Sungai Dua tentang mengesyorkan Kerajaan Negeri.
Dato’ Speaker, maaf satu soalan untuk Batu Maung, saya hendak tanya, saya masih ingat pada masa dulu Kerajaan Negeri mempunyai satu team yang dipanggil consumer watch, saya hendak mengetahui masih wujud lagi kah consumer watch pada masa sekarang? Kerana ia dapat membantu dan turun ke padang untuk membuat pemantauan bersama KDNH, saya hendak mengetahui adakah consumer watch ini masih wujud atau tidak?
Consumer watch ini masih ada cuma di pada awalnya 2018 dia ada satu sahaja dulu kalau sebelum 2018 kita ada satu ditubuhkan di negeri satu ditubuhkan oleh pusat. Mulai 2018 hanya ada satu jawatankuasa penguna daerah yang masih wujud cuma kekangan dan tempoh COVID-19 itu untuk jawatankuasa ini untuk turun ke padang agak kurang tanggungjawab itu banyak dilakukan pihak penguatkuasa KPDNHEP itu sendiri dan cuma kita nak sebut di sini isu dia adalah.
Maaf, maksudnya masih wujud under state, di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang?
Digabung hanya satu bersama hanya satu saja maknanya pihak KPDN Negeri bersama dengan MMK Hal Ehwal Pengguna kita duduk dan hanya satu negeri iaitu pusat punya.
Maksudnya tetap aktif dalam tempoh COVID?
Tempoh COVID ini kurang sangat kita ada satu dua program yang sempat kita buat pada bulan sebelum penguatkuasaan Mei itu ada satu dua program sahaja kita dapat tapi untuk pemantauan kurang sikit sebabkan oleh SOP untuk berkunjung ke pasar-pasar itu semua dibuat oleh peringkat penguasaan KPDNHEP sendiri.
Minta penjelasan.
Saya agak Sungai Dua bangun dahulu.
Kita memang ada kumpulan ini atau team ini, dia gabungkan antara persekutuan kementerian dengan pihak MMK Negeri cuma mungkin tindakan penguatkuasaan kompaun saja tak boleh kita cuma boleh pantau so ini yang kita nak group untuk memantau harga so kita wujudkan di setiap tempat setiap KADUN dan sebagainya ada orang memantau harga di pasar, di pasaraya, di kedai-kedai runcit dan laporan ini akan dipanjangkan kepada kementerian ataupun penguatkuasa. So dia boleh ambil tindakan so cuma penyeragaman ini penyatuan penguatkuasaan ini perlu dibuat secara tersusun supaya orang tau peniaga pun tau oh ada orang mai check ini, ada orang mai pantau so mungkin dia akan lebih berhati-hati dan dia tak akan letak harga yang terlalu tinggi dalam barangan itu dan kita memang ada harga siling, harga lantai dan sebagainya jadi itu mungkin perlu dikuatkuasakan sepenuhnya di bawah perbincangan dua peringkat ini.
Machang Bubuk sila teruskan.
Soalan yang sama juga berkaitan dengan harga barang naik, Dato’ Speaker dan juga YB EXCO saya rasa tadi pagi tadi YB Air Putih juga ada sebut satu perkara yang amat penting di mana dari segi pemantauan harga itu kita bukan sasarannya hanya tumpu kepada pasar-pasar atau kedai-kedai runcit tapi saya faham ini adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan tapi bagi Kerajaan Negeri selain daripada kita pantau harga di pasar-pasar ini sebab penjaja atau peniaga runcit ini dia akan menaikkan sedikit harga untuk keuntungan untuk mereka dapat cari makan jugalah tapi apa sebenarnya punca yang berlaku kenaikan harga ini tadi Penanti juga ada sebut bahawa dia ada banyak impak jadi bagaimana kita boleh menanganinya dengan lebih berkesan khasnya daripada kos-kos pengeluaran makanan itu sudah meningkat dengan racun dengan makanan ternakan itu semua sudah meningkat, so bagaimana kita nak menangani masalah kenaikan harga barang naik ini dan bukan pergi ambil tindakan ke atas peniaga-peniaga kecil sahaja?
Saya dahulukan input yang diberikan oleh Machang Bubuk tadi Sungai Dua telah sebut perkara yang sama. Kita tahu pandemik COVID-19 dia memberi kesan antara penyebab dia ada banyak sebab lain , logistik kos memang naik tinggi, kemasukan barang-barang dari pada luar dia ada limitation-nya sebab itu Kerajaan Negeri pun, EXCO Pertanian kita akan tumpukan kepada agro tech bagaimana food safety menambahkan pengeluaran makanan kita dan lebih yang cuma disebutkan oleh Air Putih tadi kita tak boleh penalize peniaga kerana mereka sendiri nak ambil sedikit keuntungan tetapi seperti kita di bawah Kerajaan Negeri yang kita boleh selain pengawalan harga Akta Kawalan Barangan Terkawal dan Anti Pencatutan makna mengenakan harga kawalan supaya peniaga tidak mengenakan harga yang berlebihan itu di bawah akta. Tapi saya bersama bincang tadi dengan EXCO kita kena giatkan Urban Farming kita kena usahakan di sebut from farm to fork pendigitalan maknanya kurangkan inisiatif digital, kurangkan orang tengah itu yang boleh kita lakukan di bawah Kerajaan Negeri dan juga memudahkan orang ramai kita lihat sekarang ini dengan delivery mengunakan perkhidmat delivery mereka boleh membeli terus daripada peniaga.
Dato’ Speaker, Yang Berhormat Batu Maung izinkan saya hanya tambahkan sebab tadi Yang Berhormat Batu Maung memang maklumkanlah kita kena encourage urban farming dan di sini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk cuba kita cubakan gunakan tebing sungai atau tanah lapang yang kita ada untuk encouragekan lebih banyak komuniti menjalankan urban farming tapi malangnya sebelum ini saya memang mencadangkan satu reserve sungai di belakang pejabat KADUN saya sebagai satu tapak urban farming tapi telah ditolak oleh jabatan tersebutlah dan saya telah menuliskan satu surat permohonan lagi agar dapat diluluskan sebab ini adalah satu cara yang kita nak bantu orang awam dan urban farming yang telah dibuat itu kita boleh bagi secara percuma kepada penduduk tempatan.
Terima kasih Air Itam Insya-Allah kita akan pergiatkan lagi supaya di peringakt komuniti MPKK ini kita dapat accelerate-lah memacu usaha ini sebahagian daripada usaha kita makan kita sendiri yang menanam kita dapat sendiri manfaatnya cuma saya nak sebutkan di sini Pantai Jerejak dahulu jadi menteri KPDNHEP harga minyak masak 5 kg tak sampai pun RM23, RM22
masa PH memerintah Sungai Dua naik kepada BN, PN memang dia naik RM28, RM29 5 kg, harga ayam tidak pernah mencecah RM10 ke atas sekarang dah kita nak harga biasa normal dan inilah kita lihat di mana kecekapan menteri yang dipertanggungjawabkan hal ini so itulah elok PH perintah balik kawal harga barang. Isu Sungai Dua saya ada satu isu tentang yang diadukan tentang harga makanan di hotel dan restoran di Pulau Pinang harga sotong RM100 dan kailan ikan masin RM18, untuk maklumat Sungai Dua seksyen penguatkuasa KPDNHEP telah merakam percakapan kedua-dua pemilik restoran sotong dan kailan ikan masin kailan serta mengeluarkan notis pengesahan maklumat barangan serta notis bertulis di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011, anti harga yang tinggi untuk membantu siasatan lanjut, perkara ini masih dalam siasatan dan menunggu hasil siasatan keputusan kelak. Seterusnya saya nak akhiri dengan di bawah MMK Perdagangan tahun depan kita berharap dalam situasi ekonomi virus free kita harap program-program perdagangan misalnya Penang International Halal Expo & Conference dapat kita adakan tahun depan ada cadangan juga untuk pihak WIEF (World Islamic Economic Forum) untuk mengadakan round table WIEF Pulau Pinang sebagai host kita juga ada WCIT World Congress on Information Technology pada September tahun depan dan ulang tahun polisi Pulau Pinang ulang tahun ke-50 juga akan disambut tahun hadapan dan kita harap.
Dato’ sebelum habis satu soalan Dato’ Timbalan Speaker, saya ada terbaca daripada bajet negeri tentang akan adanya satu Ekspo di Dubai yang akan datang di Januari tahun 2022. Boleh saya difahamkan tentang matlamat dan tujuan objektif untuk ekspo ini saya mahu tahu ia akan memberi apa impak untuk negeri Pulau Pinang dan saya juga manfaatnya kepada syarikat yang mendapat manfaat dan bidang apa yang akan dimanfaatkan tentang ekspo di Dubai yang akan datang ini.
Saya tak dan habis lagi Ekspo Dubai 2020 tak sempat saya baca terima kasih Batu Lancang kerana membangkitkan. Kerajaan Negeri akan menyertai ekpo 2020 Dubai United Arab Emirates pada Januari 16 hingga Januari 22. Malaysia menyertai Kerajaan Negeri Malaysia menyertai Dubai Ekspo yang bermula pada 1 Oktober hingga 30 Mac kerana ekspo ini sepatutnya pada 2020 disebabkan COVID-19 tak dapat diadakan so diadakan bermula 1 Oktober dan setiap week setiap minggu penyertaan daripada agensi pusat kementerian pusat dan juga ada lima (5) buah negeri yang turut serta dan kita tahu kita pun agak lambat untuk serta sebab banyak kebimbangan sama ada isu pas lawatan dan sebagainya so Pulau Pinang telah diberi slot Januari 16 ke Januari 22 di bawah tajuk Entrepreneurship And Energy dan setiap minggu dia ada tajuk-tajuk tertentu dan Dubai Expo ini adalah ekspo dunia setiap lima (5) tahun kita ingat lagi sebelum ini 2015 diadakan di Milan Itali, 2010 mungkin ada YB sini yang pergi ke Shanghai 2010 Ekspo dunia 2010 dan menglibatkan banyak tahun ini Dubai Expo penglibatan sebanyak 192 buah negara menjawab soalan Batu Lancang kenapa kita pergi sudah tentunya sejak dua (2) tahun yang lepas kita tidak misi dagang kita untuk menarik pelabur atau pelancong ke Pulau Pinang tidak kita adakan sebabkan oleh wabak COVID-19. Jadi kesempatan dengan kelonggaran travel dan kurangnya wabak COVID-19 ini Pulau Pinang menyertai Ekspo ini kerana kita rasakan inilah peluang kita untuk mempromosikan Pulau Pinang destinasi pelancongan pilihan utama di rantau Asia ini termasuk pelancongan perubatan
mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi utama pilihan pelabur untuk sektor pembuatan tekonologi berkualiti dan bernilai tinggi khususnya sektor E&E sesuai dengan gelaran Pulau Pinang sebagai Silicon Valley of the East memperkenalkan Pulau Pinang sebagai buatan teknologi berkualiti dan bernilai tinggi khususnya sektor E&E sesuai dengan gelaran Pulau Pinang sebagai Silicon Valley of The East. Memperkenalkan Pulau Pinang sebagai gerbang industri halal dan agrotech. Seterusnya membuka peluang dan ruang kepada syarikat-syarikat Pulau Pinang untuk menerokai pasaran peringkat global khususnya di MINA Middle East dan North Africa. Sehubungan itu lapan (8) agensi yang terdiri daripada ada juga industri negeri dan persekutuan serta 10 syarikat setakat ini telah sertai ekspo ini dengan Penang Development Corporation sebagai lead agency dan juga BPEN.
Terima kasih.
Dato’.
Sudah masuk pantun tadi. Habis
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, sekejap sahaja.
Kena bagi tutup dulu. Dua minit.
Boleh minta laluan? Minta maaf Yang Berhormat Batu Maung sebab saya masuk lambat sikit tadi. Saya ada satu persoalan saja iaitu tentang harga barangan yang kita nampak, barangan pengguna yang semakin naik semakin hari. Ada tidak rancangan daripada pihak Kerajaan Negeri untuk memperkenalkan satu warta ataupun satu peraturan? Ada tidak kita kuasa untuk Kerajaan Negeri ada kuasa untuk seperti yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan. Apabila ada sesuatu isu mereka ada boleh keluarkan satu warta? Wartakan suatu perintah untuk kawal harga, ada tak rancangan di pihak Kerajaan Negeri untuk berbuat demikian di Negeri Pulau Pinang? Adakah rancangan untuk enakmen atau price control enakmen yang kita boleh mengenal pasti there is no profiteering on the end of the producers and also the middle man? Ada tak rancangan di sebelah Kerajaan Negeri? Terima kasih.
Di peringkat Akta yang saya sebut itu ialah Pusat. Dia ada Akta Anti Pencatutan 2011. Itu untuk kalau peniaga mengenakan harga yang berlebihan yang tidak munasabah. Kedua, ia ada Akta Kawalan Harga. Ini hanya tertakluk kepada harga barangan terkawal yang tertentu. Di peringkat ini kita tidak ada cuma apa boleh kita ajukan. Kita ada Gerakan Pengguna Daerah di setiap daerah yang akan bersidang setiap kali MMK Hal Ehwal Pengguna bersidang. Kita boleh bawa isu ini untuk kita tangani. So mungkin masa sudah cukup untuk ini. Dubai tadi tidak habis lagi. Tidak habis lagi so yang akan sertai PDC, BPEN, Penang Port Sdn. Bhd., Kolej Islam Teknologi Antarabangsa, pihak FAMA, InvestPenang, Penang Global Tourism. Untuk syarikat usahawan kita ada BOT Industries International Sdn Bhd, ini adalah F&B. Kita ada CHL Innovation Industries Sdn Bhd, ini jewellry. Untuk E&E kita ada Switch Breach Technologies. Satu lagi Al Hadat Marketing Sdn Bhd, this is an F&B. Satu lagi ialah Gin Hold Gold Injury Industries F&B. Kita ada Peninsula College dan juga Kolej Islam Teknologi Antarabangsa ialah pendidikan. Kita ada Bayan Greentech. Bayan Greentech is haunting culture dan seterusnya kita ada Penang Halal International Agency. Kita ada I Heal Health. Satu medical syarikat perubatan bersangkutan dengan perubatan. Kita ada Sim Leisurel Group Team Park, kita ada Federal Oat Milk Sdn Bhd yang turut bersama kita di bawah tajuk entrepreneurship dan energy. Cuma kita tidak ada di Pulau Pinang kita tidak ada syarikat yang terlibat dalam energy. Itu yang saya boleh berkongsi bersama dan untuk makluman, Perasmian Dubai EXPO minggu Pulau Pinang ini akan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak. Kita adakan sidang media kita akan adakan beberapa MOU dan MOA yang kita anticipate akan ditandatangani. Kita ada produk demo business matching dan lawatan kerja dan perbincangan kerjasama dengan beberapa agensi di UAE termasuk juga kita ada focus talk di sana sepanjang minggu Pulau Pinang di Dubai EXPO. Sasaran KPI yang ditetapkan Pulau Pinang tinggi oleh MOSTI. Kementerian yang dipertanggungjawab ialah RM500 juta. Penyertaan untuk program-program yang dinyatakan di sana disasarkan 200 orang, 50 business lead. Ini sasaran dan kita macam yang saya sebutkan tadi KPI sekurang-kurangnya satu tapi saya boleh katakan di sini kita sudah ada tiga, dua MOU dan satu MOA yang setakat ini dan kita jangkakan ada beberapa MOU yang boleh kita pada waktu itu yang kita akan tandatangani. Cuma kita tidak boleh sebut lagi. Itu sahaja. Kita harap penyertaan Pulau Pinang dalam EXPO Dubai 20 ini dilihat sebagai memberi manfaat berganda kepada pembangunan ekonomi negeri Pulau Pinang dan membuka ruang dan peluang usahawan tempatan untuk meluaskan jaringan pasaran dan perniagaan mereka. Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua agensi dan juga jabatan-jabatan yang telah bertugas bertungkus-lumus sepanjang tempoh PKP, sepanjang tempoh menangani wabak virus COVID-19. Ini satu pengalaman, learning experience yang pahit dan kita harap pengalaman ini mampu memberi kita kekuatan untuk menangani krisis di masa akan datang is about managing crisis. Kita harap jika berlaku pada masa akan datang kita dapat tangani dengan lebih baik. Itulah keperluan untuk sama-sama agensi Pusat dan Kerajaan Negeri tanpa mengira fahaman politik untuk tangani isu ini. Dengan itu terima kasih lagi sekali dan saya dengan ini menyokong bajet. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih Batu Maung. Yang Berhormat-Yang Berhormat, Dewan ditangguhkan sehingga esok pagi pukul 9.30 pagi. Terima kasih semua
Dewan ditangguhkan pada jam 4.50 petang.