Pulau Pinang · 1 June 2022

14th Assembly, 5th session, 1st meeting · 449 turns · 54,622 words · official PDF ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.

Absent: Dr. Afif Bin Bahardin (Seberang Jaya)

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Bacaan doa.

Timbalan Setiausaha Dewan

“Bacaan Doa”.

Setiausaha Dewan

Soalan lisan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan bersidang semula dengan sesi soalan lisan. Maka saya nak menjemput Yang Berhormat Air Putih.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua soalan No. 19. No. 19. Nyatakan butiran terperinci tentang kedudukan projek kereta kabel di Bukit Bendera termasuk kos projek, sumber kewangan dan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan sekiranya ada.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Air Putih atas soalan. Pertamanya Yang Berhormat saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kerana Air Putih sewaktu menjadi Menteri Kewangan telah pun meluluskan RM100 juta ringgit dalam Bajet 2020 untuk pembinaan projek cable car bagi Bukit Bendera malangnya kita semua tahu apa yang terjadi pengkhianatan yang telah menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan dan antara mangsa kepada keadaan tersebut adalah projek cable car yang telah dibatalkan oleh Kerajaan Perikatan. Namun begitu, Yang Berhormat Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk meneruskan dengan projek tersebut dengan memanggil RFP untuk bekerjasama dengan pihak swasta secara joint venture atau secara Build Finance-Operate-Transfer (BFOT) setelah Kerajaan Persekutuan menarik balik peruntukan yang telah pun diluluskan oleh Yang Berhormat terdahulu. RFP ini telah dipanggil pada 13 Januari 2021 dan tarikh tutup RFP adalah pada 30 November 2021. Proses penilaian sedang dijalankan dan akan dimuktamadkan. Hasil penilaian diangkat kepada jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa PEMANDU berdasarkan garis panduan projek kerjasama awam swasta Negeri Pulau Pinang 2021.

Tawaran kepada pembida yang berjaya dijangka akan dikeluarkan sebelum penghujung tahun 2022. Memandangkan projek ini merupakan projek BFOT melalui panggilan RFP maka semua kos pembinaan dan operasi adalah ditanggung oleh pihak pembida yang berjaya. Dan untuk menjawab soalan Yang Berhormat tiada peruntukan sama sekali yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih, sila.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Tanjong Bunga atas jawapan tadi, tentulah dalam aspek ini apakah syarat-syarat yang akan ditawarkan kepada pembida yang berjaya kerana kos untuk kereta kabel ini saya rasa bukanlah kecil bolehkah berikan anggaran kos dan macam mana mereka boleh mendapat pulangan kerana kalau kita nak hujah ini tentu dia mesti dapat keuntungan sekiranya tidak saya rasa ini bukan mungkin akan jadi masalah nanti. Tentulah saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri kerana tidak perlu keluarkan sebarang peruntukan tetapi saya juga bimbang tentang liabilitinya kalau tidak ada peruntukan kerana kita tahu Ia adalah satu sistem atau satu mode pengangkutan awam, adakah ini viable dan akhirnya tentang itu harga dan juga peruntukan yang mungkin dikeluarkan, apakah langkah-langkah lain sekiranya ia tidak dapat dilaksanakan oleh pihak pembida, sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan yang baik. Dia sebenarnya Yang Berhormat kita membuat RFP ini kita buat secara ada sedikit fleksibiliti dengan tempoh masa konsesi yang sesuai dan juga kita mengalu-alukan cadangan-cadangan business model ataupun finance model oleh pembida-pembida mereka juga dibenarkan untuk menambah beberapa value add supaya mereka dapat memberi dapat pulangan yang wajar dalam masa yang ditetapkan. Namun begitu saya, saya juga setuju dengan Yang Berhormat kita perlu memastikan ia bukan sekadar kita buat tender tapi kita nak memastikan projek ini dapat menjadi projek yang bersaing, yang dapat bersaing, yang kompetitif, yang juga dapat dilaksanakan secara baik untuk kemaslahatan di Pulau Pinang khususnya dalam industri pelancongan di kawasan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih dan saya nak menjemput soalan yang seterusnya Yang Berhormat Bayan Lepas. Bayan Lepas tak ada dalam Dewan maka soalan dilangkau. Seterusnya soalan yang seterusnya saya nak jemput Yang Berhormat Sungai Acheh. Sungai Acheh juga tak ada di dalam Dewan soalan dilangkau, maka sampai Yang Berhormat Sungai Pinang.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Dato’ Speaker soalan saya soalan No. 22. No. 22. Nyatakan fokus utama portfolio MMK Pembangunan Sosial. (a) Adakah portfolio ini hanya melibatkan aspek Wanita, Kanak-Kanak dan Keluarga sahaja? Terangkan. (b) Adakah perlu melibatkan golongan terpinggir seperti banduan, mangsa dadah, anak-anak yatim, dan lain-lain? Jelaskan. (c) Senaraikan program-program yang dilaksanakan di bawah portfolio Pembangunan Sosial serta golongan yang mendapat manfaat ini.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Pinang, Sungai Pinang tanya nyatakan fokus utama portfolio MMK Pembangunan Sosial, A ialah adakah portfolio ini hanya melibatkan aspek wanita kanak-kanak dan keluarga sahaja portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Keterangkuman Gender, Agama selain Islam telah dijenamakan semula sebagai portfolio Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam berkuatkuasa mulai 15 September 2020. Fokus utama MMK Pembangunan Sosial adalah untuk memperkukuhkan dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial di samping mewujudkan masyarakat yang mempunyai peluang untuk mengembangkan potensi diri masing-masing dalam persekitaran sosial serta berteraskan kesejahteraan rakyat. (B), adalah yang ada, “Adakah perlu melibatkan golongan terpinggir seperti banduan, mangsa-mangsa dadah, anak-anak yatim dan lain-lain lagi”. Jawapannya ialah pembangunan sosial adalah melibatkan pembangunan masyarakat secara keseluruhan yang mana wanita dan keluarga merupakan sebahagian serta unit asas dalam masyarakat bagi golongan terpinggir seperti bantuan mangsa dadah, anak-anak yatim dan lain-lain telah terdapat institusi atau agensi yang mempunyai kepakaran dan bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal mereka. Walau bagaimanapun MMK Pembangunan Sosial tidak halangan untuk bekerjasama dengan agensi-agensi terbabit untuk membangunkan masyarakat secara bersama. Bahagian C, ialah senaraikan program-program yang dilaksanakan di bawah portfolio Pembangunan Sosial dan golongan yang mendapat manfaat, untuk tahun ini ataupun add program di bawah Pembangunan Sosial adalah banyak tertumpu kepada dasar keluarga selamat yang kita telah dilaksanakan beberapa bengkel dan juga sesi kesedaran mengenai keganasan rumahtangga. Ada tiga (3) bengkelnya ialah di untuk anggota-anggota hadapan PDRM supaya mereka lebih faham tentang dinamik keganasan rumahtangga dan mereka lebih sensitif dalam mengendalikan kes-kes keganasan rumah tangga, juga ada sesi kesedaran dan juga bengkel untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, ini adalah kerana selepas, selepas kita dijenamakan kepada Pembangunan Sosial di bawah PWDC kita sudah mengwujudkan dan ada satu lagi department dipanggil Wanita Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kanak-Kanak, jadi kita mampu la buat program-program seperti ini setakat, setakat sekarang. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Lim Siew KhimDAP · PHSungai Pinang

Soalan tambahan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Lalang soalan saya adalah melihatkan portfolio telah diperbesarkan maka tadi yang seperti dikatakan telah melibatkan masyarakat keseluruhan, jadi apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri dalam mengendalikan portfolio Pembangunan Sosial dan apakah, adakah Kerajaan Negeri akan meningkatkan, ada bercadang untuk memberi peningkatan dalam peruntukan, terima kasih.

Chong EngDAP · PHPadang Lalang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Pinang, memang setiap portfolio ataupun setiap program dia memerlukan bajet jadi sama lah seperti kalau kita nak buat banyak program dibawah pembangunan sosial jadi kita perlu ada bajet. Tapi pada waktu sekarang saya belum minta lagi la. Kerana belum dilaksanakan secara lebih lagi. Jadi sekarang dia disokong oleh PWDC. Saya rasa sekiranya kita nak buat sepenuhnya umpamanya sekarang memang ada semakin banyak kekangan sosial dan sekiranya kita nak buat sepenuhnya saya rasa kita perlu adakan department social supaya dia boleh menangani masalah mental health. Dia boleh menangani kekangan ibu bapa kerana mereka pergi kerja mereka memerlukan jagaan perkhidmatan jagaan kanak-kanak dan juga warga emas. Semua ini dia melibatkan gubahan dasar program dan bajet. Jadi saya harap kita mampu untuk membuat lebih banyak lagi. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sekarang saya nak jemput Yang Berhormat Bukit Tengah.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Dato’ Speaker. Soalan saya soalan 23. No. 23. Apakah rancangan kerajaan untuk menangani kesesakan lalu lintas di KADUN Bukit Tengah yang semakin teruk?

(a) Nyatakan butiran terperinci projek-projek penaiktarafanl pelebaran jalan raya yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sendiri, dan yang mana telah dipohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk dilaksanakan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima Kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. dan Terima kasih YB. Bukit Tengah atas soalan. Bagi YB. Bukit Tengah, Kerajaan Negeri mempunyai beberapa cadangan lah untuk menangani kesesakan lalu lintas di KADUN Bukit Tengah.

Antaranya, pertamanya adalah untuk melaksanakan pelebaran Jalan Permatang Tinggi. Yang ini Yang Berhormat, JKR Negeri Pulau Pinang telah pun memohon dalam rolling plan ketiga dan kita mengharapkan kelulusan lah daripada EPU. Yang Kedua adalah melaksanakan pelebaran Jalan Kebun Baru SPT dan juga untuk menambah sedikit. JKR sedang melaksanakan projek pelebaran dari bulatan Penang Science Park sehingga Persimpangan Jalan Juru, Jalan Tok Kangar. Manakala PDC pula sedang melaksanakan projek pelebaran dari Persimpangan Jalan Juru, Jalan Dato’ Kangar sehingga Persimpangan Auto City. Pun begitu saya pun akur terdapat beberapa delay ya, khususnya bagi jajaran PDC, namun saya boleh maklumkan bahawa beberapa usaha sedang dijalankan untuk menangani isu-isu permasalahan di tapak. Yang ketiga, pelaksanaan ini untuk jangka masa panjang sikit lah. Pelaksanaan sistem BRT menerusi laluan Permatang Tinggi di Seberang Jaya yang mana ia merupakan salah satu mod pengangkutan awam dibawah PTMP lah. Jarak laluan ini dianggarkan sejauh 15 km yang mana 17 stesen telah pun dicadangkan. Namun begitu ini adalah komponen untuk masa depan dan kita sedang melaksakana fasa-fasa PTMP yang awal terdahulu. Keempatnya adalah untuk melaksanakan pelebaran jalan dan contra flow di Jalan Kebun Nenas, yang tu, idea yang tu akan jalankan setelah mendapat hasil daripada kajian EIA yang sedang dijalankan lah. Untuk maklumat lanjut yang diminta oleh Yang Berhormat ada dalam lampiran yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Gooi Hsiao-LeungPKR · PHBukit Tengah

Yang Berhormat, isu ini kesesakan lalu lintas semakin menjadi sangat teruk di Bukit Tengah dan seperti yang dimaklumkan Bukit Tengah ialah kawasan pembangunan sekarang ini cukup pesat dan penting untuk utara sambung ke selatan khususnya kepada kilang-kilang dan sebagainya. Jadi kita ini selalu mendapat aduan yang yang sangat ketara sekali lah daripada daripada penduduk-penduduk dan saya harap perkara ini dapat diselesaikan oleh Kerajaan Negeri. Cuma yang tadi saya dengar daripada soalan jawapan amat kecewa juga saya tengok PDC ini, sangat-sangat lambat. Memang sudah lambat. Kena perlu tukar mereka punya consultant tu, tukar sahaja. Saya harap ini dapat diselesaikan. Namun saya percaya Yang Berhormat sedang buat yang terbaik. Soalan saya yang seterusnya persoalan tambahan saya adalah bagaimana dengan Jalan Auto-City dengan Jalan Kebun Nenas? Kebun Nenas Auto-City ni interchange dia sangat-sangat teruk Yang Berhormat. Apakah rancangan untuk menyelesaikan kesesakan lalu lintas. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat dan saya juga minta maaflah atas consultant yang telah dilantik oleh PDC kerana reka bentuk asal yang perlu sekarang ini dipinda kerana terdapat masalah. Namun begitu untuk soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat untuk kawasan persimpangan Intersection Juru-Autocity dan juga Jalan Kebun Nenas kita telah pun melantik sebuah syarikat perunding dan TIA yang di sedang dijalankan dan akan mengambil masa tiga (3) bulan. Setelah TIA tersebut dijalankan kita akan bentangkan hasilnya dengan menjemput Yang

Berhormat sekali supaya kita berbincang apakah yang boleh dilakukan lah dari segi contra flow ke ataupun widening, mana yang perlu Yang Berhormat kita bincang bersama-sama dengan semua agensi yang terlibat. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Soalan tambahan. Terima kasih kepada Tanjung Bungah. Saya tertarik dengan cadangan BRT dari Permatang Tinggi ke Seberang Jaya. Adakah cadangan ini telah mempunyai cadangan yang lebih terperinci dan juga siapakah yang akan menanggung kos pembinaan bagi cadangan projek ini?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat. Projek-projek dibawah PTMP secara lazimnya adalah akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan cara pembiayaan adalah melalui projek-projek tambak tanah yang kita buat di PSR, namun begitu ada juga komponen-komponen yang mungkin kita yang ada juga kita memohon daripada Kerajaan Persekutuan contohnya ERL dan juga LRT supaya kita boleh mempercepatkan lah. Lagipun Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan antara penyumbang KDNK dan juga ekonomi yang cukai yang besar kepada Kerajaan Persekutuan. Jadi kita pun harapkan dapat peruntukan untuk melaksanakan projek-projek ini. Untuk projek BRT yang ditanyakan oleh Yang Berhormat ada sedikit details seperti 17 stesen telah pun dikenalpasti contohnya Permatang Tinggi, Asas Murni di Taman IKS Bukit Minyak, Taman Juru Jaya dan lain-lain. Yang ini, senarai ini saya boleh bagi kepada Yang Berhormat. Namun kajian terperinci belum diadakan, dilaksanakan setelah kajian terperinci dilaksanakan baru kita boleh finalized details-details lah. Tapi buat masa lani based kepada kajian terdahulu sememangnya sudah ada satu jajaran yang working draft lah. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Sekarang menjemput soalan yang seterusnya, Yang Berhormat Seberang Jaya, Seberang Jaya tak ada di dalam dewan, soalan pun akan dilangkau. Yang ke 25, Yang Berhormat Teluk Bahang, Teluk Bahang pun tak ada. Soalan pun akan dilangkau. Dan seterusnya saya nak jemput Yang Berhormat Berapit

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih kepada Dato’ Speaker. Soalan saya adalah soalan 26 No. 26. Nyatakan status dan perancangan "Car Free Day" di bahagian Pulau dan Seberang Perai.

Selamat Pagi dan Salam sejahtera kepada Dato' Speaker kepada rakan saya daripada Berapit atas soalan berkenaan dengan status dan perancangan Car Free Day di Pulau Pinang. Dato' Speaker (dengan izin)…. Car Free Day merupakan usaha kedua-dua PBT di Pulau Pinang untuk memupuk kesedaran lestari dalam kalangan masyarakat di Pulau Pinang sejak Tahun 2015. Di bahagian pulau program ini dijalankan pada setiap hari Ahad di kawasan Lebuh Pantai oleh MBPP. Pada hari tersebut masyarakat setempat berpeluang untuk amalkan gaya hidup lestari melalui program berbasikal dan menjalankan aktiviti jualan di sepanjang Jalan Lebuh Pantai. Selain daripada itu Car Free Day turut menarik minat pelancong tempatan dan luar negara untuk menyertai aktiviti yang dijalankan. Walau bagaimanapun Dato’ Speaker, aktiviti Car Free Day ini telah pun dibatalkan semasa tempoh pandemik COVID-19. Bagi kawasan Seberang Perai pula, Car Free Day diadakan di Jalan Todak di Bandar Sunway, Seberang Jaya pada hari Ahad minggu pertama setiap bulan. Dan Car Free Day Seberang Perai juga dihentikan sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan bangunan tambahan pusat membeli belah Sunway Carnival. Dan Kerajaan Negeri sememangnya bercadang untuk mengadakan semula Car Free Day secara berperingkat memandangkan negara kini telah pun memasuki fasa peralihan ke Endemik COVID-19. Sekian terima kasih

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Heng Lee LeeDAP · PHBerapit

Terima kasih Yang Berhormat Datok Keramat. Sememang pun Car Free Day ini adalah satu program perintis di Malaysia yang sangat bagus yang mulai daripada PBT kedua-dua dari pulau dan mainland. Dan sefaham saya Car Free Day adalah program antarabangsa yang telah bermula dari tahun 1998 dari Negara Perancis. Ini bukan sahaja untuk semata-mata satu program tetapi juga program untuk menggalakkan mencintai alam sekitar. Dan juga di Pulau Pinang saya rasa ini juga satu program yang menggalakkan pelancongan. Soalan saya adalah adakah perancangan Negeri Pulau Pinang bila itu tarikh tetap supaya kita boleh mula balik Car Free Day atas permintaan yang tinggi dari orang ramai. Yang soalan juga ada kedua adalah mainland bahagian seberang adalah satu kawasan yang sangat besar merangkumi utara, selatan dan tengah. Jadi kalau boleh kah ada satu perancangan supaya Car Free Day konsep itu boleh sampai bukan saja di Sunway Carnival. Tapi juga sampai utara dan selatan supaya orang ramai dapat menghayati dan enjoy keadaan ini? Terima kasih.

Dato’ Speaker, apabila kita mulakan Car Free Day pada tahun 2015 antara lain yang terpenting adalah biarlah selaras dan selari dengan misi Pulau Pinang untuk menjadi satu Negeri Hijau, Bersih, Sihat dan Selamat. Oleh yang demikian, kita buat keputusan ambil keputusan tersebut. That time of course kita tidak lihat pendemik COVID-19 akan melanda seluruh dunia bukan sahaja di sini. So, kita perlu stop that event for the time being. But you’re your question is very valid because now bukan sahaja kita masuk kepada peralihan kepada endemik di mana banyak sektor boleh dibuka, tetapi saya ingin menyatakan bahawasanya kita juga sedang mengalami krisis iklim. Dan krisis iklim itu memerlukan lebih program sebegini rupa. So, kita akan

buat sedaya upaya kita sepertimana saya jawab tadi. Sekarang kita sedang dalam berperingkat untuk memulakan semula Dato' Speaker, di bahagian pulau dan juga di bahagian seberang. Dan I agreed with you YB. Berapit, kalau kita boleh perluaskan kepada tempat-tempat lain, maka kita akan lihat sama ada itu boleh dibuat because their looking into re-opening. And what is important is also as I said di seberang of course adalah satu tempat yang begitu luas dan besar dan sememangnya saya akan minta kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan saya untuk lihat bagaimana kita boleh lihat pada tempat-tempat lain. Dan saya harap Dato’ Speaker, saya akan sarankan kepada kedua-dua PBT saya agar ia dapat dimulakan secara terdekat sekali. Thank You Very Much.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tambun.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Soalan saya, soalan 27. No. 27. Huraikan kronologi dan status Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS). (a) Nyatakan isi padu penggunaan air harian semasa dan unjuran keperluan pada lima (5) tahun akan datang. (b) Apakah tindakan jangka pendek untuk menangani krisis air di SPS? (c) Mengapakah PBAPP tidak bercadang merawat air mentah Sungai Kerian?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih YB. Bukit Tambun. YB. Bukit Tambun bertanya mengenai kronologi dan juga status skim penyaluran air mentah Sungai Perak. Untuk kronologi saya akan bagi dalam lampiran di atas meja. Untuk statusnya Yang Berhormat mesyuarat telahpun diadakan pada 1 Mac 2022 di antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan juga Kerajaan Negeri Perak. Ini adalah mesyuarat di antara kedua-dua ketua kerajaan iaitu Y.A.B. Ketua Menteri bertemu dengannya Y.A.B Menteri Besar Perak untuk membincangkan skim penyaluran air mentah Sungai Perak dan mesyuarat tersebut telah pun bersetuju untuk menunggu hasil laporan kajian akhir oleh pihak Kementerian KASA Kementerian Alam Sekitar Dan Air. Susulan daripada itu Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang telah pun mengutuskan surat kepada Yang Amat Berhormat Menteri KASA bertarikh 4 Mac 2022 menyatakan penglibatan KASA adalah diperlukan bagi menjayakan cadangan-cadangan yang dikemukakan untuk mendapatkan persetujuan daripada Kerajaan Negeri Perak dan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kajian Bilangan 4/2022 yang diadakan pada 7 April 2022 oleh Bahagian Bekalan Air KASA telah pun membentangkan draf final report penilaian option dan kajian pra reka bentuk kejuruteraan bagi cadangan projek tersebut. Wakil Lembaga Air Perak telah meminta KASA untuk mengambil kira pembangunan di bahagian downstream dalam laporan kajian ini. Jadi itu sedikit sebanyak status untuk projek tersebut. Kita masih lagi mengharapkan pihak kementerian dapat memainkan peranan yang lebih untuk memastikan kelangsungan air bagi kedua-dua Negeri Perak khususnya di bahagian utara

dan juga Negeri Pulau Pinang yang seperti mana Yang Berhormat tahu di SPS kita sememangnya memerlukan sekiranya kita ada projek penyaluran air dari Sungai Perak maka masalah dapat diselesaikan. Soalan yang kedua Yang Berhormat, PBA telah merekodkan penggunaan air yang tinggi secara konsisten di Negeri Pulau Pinang sejak tiga bulan lalu sambil berusaha untuk melaksanakan kawalan cuaca kering untuk mempertahankan kapasiti efektif empangan Pulau Pinang. Sehingga rekod terkini iaitu 31 Mac, penggunaan air bermeter adalah hampir 900 juta liter sehari ini adalah jauh melebihi purata bagi tahun 2021 iaitu 860 juta liter sehari. Dalam erti kata lain consumption air telah pun meningkat. Berdasarkan kajian terbaru unjuran permintaan air bagi negeri Pulau Pinang bagi keperluan lima tahun akan datang adalah sebanyak 1402 juta liter sehari bagi tahun 2025 dan 1532 juta liter sehari menjelang tahun 2030. Soalan seterusnya Yang Berhormat, senarai krisis air yang dihadapi di SPS ini keadaan yang sedang dihadapi oleh penduduk di SPS sebenarnya adalah suatu yang sangat mendukacitakan dan Kerajaan Negeri juga turut berasa kesal dan bersimpati juga. Walaupun begitu, Kerajaan Negeri telah pun mengarahkan pihak PBA untuk mengambil tindakan-tindakan yang segera bagi menangani isu yang sedang dihadapi iaitu tekanan air yang sangat rendah khususnya pada waktu puncak. Jadi oleh itu PBA telah pun melaksanakan beberapa langkah dan akan melaksanakan beberapa langkah tambahan lagi. Antara short-term measures yang telah dibuat adalah PBA telah meletakkan 34 tangki statik milik PBA dan juga milik pihak-pihak lain yang diletakkan ada yang disumbang oleh YB.-YB. juga. 34 tangki statik ditempatkan di lokasi-lokasi terjejas dengan pengisian melalui empat lori tangki air PBA serta lori-lori tangki air daripada yang kita pinjam daripada MBSP, Bomba Sukarela dan sebagainya. Kedua, PBA telah menjalankan pelan kontigensi bekalan air SPS di kawasan industri yang di mana bekalan air di kawasan industri akan dikurangkan dan disalurkan ke kawasan-kawasan perumahan SPS dari jam 6.00 petang hingga 6.00 pagi. Namun begitu, kita juga akur bahawa hasilnya belum lagi begitu efektif dan masih ada kawasan-kawasan yang tidak mendapat tekanan air yang mencukupi. Ada yang mungkin tengah malam baru dapat air. Jadi ini kurang memberangsangkan Yang Berhormat, dan PBA masih lagi sedang dalam proses untuk adjust valve-valve yang terlibat untuk memastikan aliran air dapat disampaikan. Tapi tambahan kepada itu Yang Berhormat, kita juga telah mengadakan perbincangan lanjut dan PBA telah pun setuju untuk memasang booster pam di lokasi yang strategik bagi mengepam air ke kawasan-kawasan yang terjejas. Jadi PBA sedang mengenal pasti lokasi terbaik dan akan memasangnya dengan secepat mungkin setelah membuat perolehan untuk pam tersebut. Tapi kita akan buat secara kecemasan, emergency procurement. Kita harap kita dapat pam tersebut dalam masa yang terdekat dan akan di pasang segera dan akhirnya PBA juga akan menaiktaraf Loji Rawatan Air Bukit Panchor dengan kadar segera supaya kita dapat meningkatkan bekalan air di SPS. Walaupun loji rawatan air ini tidak besar dan penaiktaraf pun mungkin kita tambah 5 hingga 10 mld tapi lima lima hingga sepuluh mld pun akan dapat membantu di kawasan-kawasan tersebut. Tambahan kepada itu Yang Berhormat, bagi maklumat Yang Berhormat Lembaga Pengarah PBA juga telah membuat keputusan untuk tidak menyokong kelulusan KM di kawasan industri selagi pemaju tidak membina tangki perkhidmatan ataupun service reservoir bagi memastikan bekalan air yang mencukupi. Kita hendak pastikan kalau nak buat kilang-kilang kalau nak buat taman perindustrian pun semua syarat-syarat perlu dipatuhi khususnya service reservoir Yang Berhormat. Okey, soalan terakhir Yang Berhormat, banyak soalan daripada Yang Berhormat Bukit Tambun mengenai Sungai Kerian. Sebenarnya, dalam skim pemindahan air mentah Sungai Perak ini cadangan adalah untuk mengambil air mentah daripada Sungai Kerian tapi ditambah

dengan air dari yang kita salurkan daripada Sungai Perak dan sekiranya tanpa air daripada Sungai Perak Sungai Kerian itu yang itu kita perlu lihat dengan lebih mendalam sebab dia ada perbezaan dari segi kualiti air dan juga sama ada air mencukupi semasa musim kemarau. Itu yang dikhuatiri sememangnya Sungai Kerian ada banyak air semasa musim hujan tapi kita memerlukan air semasa musim kering dan pada ketika itulah yang kita nampak Sungai Kerian mungkin tidak mempunyai kapasiti yang mencukupi tapi itu mungkin kita boleh mempertimbangkan dan perhalusi dengan lebih mendalam. Yang Berhormat terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Goh Choon AikPKR · PHBukit Tambun

Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Tanjong Bunga. Sebentar tadi Yang Berhormat Tanjong Bunga menyentuh tentang kadar penggunaan isipadu kapasiti air meningkat berbanding dengan keadaan biasa. Oleh itu, bolehkah Tanjong Bunga menjelaskan purata kapasiti efektif air di Empangan Telok Bahang, Air Itam, Mengkuang dan juga Loji Rawatan Sungai Dua bagi bulan April yang lalu. Kedua, adakah air mentah di Empangan Mengkuang ini dapat bantu menangani isu krisis air di SPS walaupun kita sedia maklum Empangan Mengkuang merupakan empangan strategik sebagai storage sahaja. Akhir sekali, kebelakangan ini banyak diperkatakan tentang penyahgaraman air laut. Oleh itu, saya ingin mendapat status kajian penyahgaraman di Pulau Aman. Sekian.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tambun. Yang Berhormat Bukit Tambun meminta statistik kapasiti efektif empangan-empangan kita pada bulan April. Saya tidak ada bulan April tapi saya ada setakat hari ini. Setakat hari ini kapasiti efektif untuk Empangan Air Itam adalah 26.5 peratus sangat kritikal Yang Berhormat. Kita mengharapkan hujan akan turun di empangan tersebut dan juga untuk Telok Bahang adalah 57.7 peratus manakala untuk Empangan Mengkuang 91.8 peratus. Jadi saya menjurus kepada soalan kedua yang berkait dengan Empangan Mengkuang. Seperti mana Yang Berhormat, sedia maklum tadi saya sebut Empangan Mengkuang dia punya kapasiti memang banyak dan Empangan Mengkuang merupakan empangan strategik. Sebenarnya saya hendak maklumkan di sini masalahnya bukan tak cukup air mentah, masalah yang kita sedang hadapi di SPS adalah yang di mana air itu penyaluran air tekanan dia akan menurun selepas Bukit Minyak. Jadi isunya bukan tak cukup air mentah tapi penggunaan air adalah sangat tinggi tadi saya ada sebut penggunaan yang paling tinggi. Malah dari segi penggunaan domestik pun adalah rekod tinggi. Tidak pernah kita ada penggunaan rekod air yang 305 liter sehari perkapita yang di mana sejak tahun 1999 apabila PBA telah memulakan statistik perangkaan ini tidak pernah mencecah 300 sekarang sudah 300 lebih dan sangat inilah. Jadi tambahan kepada itu apabila ekonomi buka jadi kita lihat dia punya air kalau kita cakap hendak cakap dalam secara mudah airnya tak cukup untuk sampai. Air yang dibekalkan dari Sungai Dua memang mencukupi tapi telah di guna habis jadi itulah yang kita akan mempertimbangkan untuk booster pump. Ini akan membantu untuk menyalurkan air ke kawasan-kawasan SPS. Ia sebenarnya tidak cukup pressure untuk sampai itu masalah yang kita hadapi. Jadi dari segi air mentah dari Sungai Muda

sebenarnya mencukupi tidak ada masalah dari segi itu dan air daripada Empangan Mengkuang akan digunakan apabila air dari Sungai Muda tidak mencukupi. Jadi buat masa ni kita tidak memerlukan itu lagi sebab dia bukan masalah production Yang Berhormat, sekiranya masalah production air di Loji Rawatan Air Sungai Dua dan mungkin itulah yang kita memerlukan air mentah yang lebih kita akan ambil daripada Empangan Mengkuang. Jadi telah saya cuma hendak menjelaskan. Ketiga Yang Berhormat, bertanya mengenai desalination di Pulau Aman. Saya difahamkan ada beberapa penambahbaikan yang dibuat yang akan dibuat di mana tender pun sedang dijalankan untuk membuat sedikit adjustment selepas mereka membuat kajian didapati ada perubahan yang perlu dibuat sekiranya Yang Berhormat, mahukan detail yang lebih saya boleh minta PBA bagi. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Batu Lancang. Sila.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Yang Di-Pertua, soalan saya nombor 28. NO. 28. Khidmat sukarelawan amat diperlukan dalam masa kecemasan seperti pandemik atau bencana misalnya banjir. (a) Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai data sukarelawan di seluruh negeri dan bagaimanakah mereka dapat dihubungi? Misalnya mempunyai satu talian khas seperti 999. (b) Adakah mereka ini sukarelawan terlatih dan sentiasa bersedia dipanggil sekiranya berlaku bencana?

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Terima kasih Dato’ Speaker. Dato’ Speaker saya mohon izin untuk menjawab soalan nombor 28 bersama soalan 53 kepada Ahli Yang Berhormat Machang Bubuk.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

No. 53. Sejauh manakah Kerajaan Negeri bersiap siaga berdepan dengan bencana alam serta mengurangkan risiko untuk menjadi Pulau Pinang resilient? (a) Terangkan peranan serta senaraikan bilangan mesyuarat yang diadakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah mengikut daerah serta isu-isu. (b) Bagaimanakah karenah birokrasi dapat dikurangkan dalam usaha pengurusan krisis bencana alam?

Yang di-Pertua (Speaker)

53?

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Soalan maksud tujuan adalah serupa.

Yang di-Pertua (Speaker)

Boleh, sila.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Terima kasih Dato’ Speaker. Sukarelawan masyarakat di Pulau Pinang amat prihatin membantu seluruh negeri Pulau Pinang kebajikan, keselamatan kecemasan, bencana alam, banjir, ribut dan kebakaran termasuk gotong-royong. Mereka sentiasa ada di lapangan. Kerajaan amat menghargai bantuan segera sukarelawan tersebut. Mereka telah mewujudkan sistem perhubungan mereka dengan masyarakat untuk kerajaan memang data sukarelawan dalam senarai Penang Green Council yang sedang membantu pengurusan bencana dalam pembangunan bekalan data adalah seperti berikut. Saya akan terserah kepada ahli yang berhormat dengan maklumat-maklumat ini. Kerajaan Negeri mempunyai satu talian khas 24 jam iaitu 04-2810110 untuk pandemik COVID-19. Selain daripada itu, talian hotline Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah 04-2637637 dan Majlis Bandaraya Seberang Perai adalah 04-2696969. Sukarelawan belia yang berdaftar dengan Badan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) adalah sebanyak 2200 orang dan sukarelawan wanita yang berdaftar dengan Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Keluarga (JPWK) adalah sebanyak 494 orang. Sukarelawan masyarakat sentiasa ada kursus latihan ulangan dan juga untuk ahli-ahli baru. Penang Green Council yang bertanggungjawab kepada Penang Green Agenda sedang membantu kesedaran dan perhubungan dengan masyarakat dan perindustrian telah memula latihan khususnya pembantu kecemasan khasnya yang menggunakan peralatan AED, CPR dan First Aiders, termasuk kesiapsiagaan bencana kepada Penang Chinese Chamber of Commerce Youth Section- Young Enterpreneurs Section (Yes) pada 9 April 2022. Kursus ini bertujuan untuk "Training of Trainers", semoga mereka dapat membantu melatih ahli-ahli mereka. Kerajaan juga memberi kesedaran kepada kilang-kilang semoga dapat wujudkan "Emergency Respond Team" di syarikat-syarikat masing-masing. Untuk sejauh mana Kerajaan Negeri bersiap siaga berdepan dengan bencana serta mengurangkan risiko untuk menjadi Pulau Pinang resilient. Memang ini adalah satu tajuk yang sentiasa dalam perbincangan lima (5) tahun yang dahulu. Daripada kini kita telah wujudkan satu unit, Unit Pengurusan Bencana yang telah dipengerusikan oleh Dato’ SUK sendiri. Di sini memang kami mengikut dasar Kerajaan Pusat iaitu kata MKN 20. MKN 20 juga dibahagi untuk negeri iaitu kata untuk wujudkan dasar-dasar dan di peringkat daerah-daerah, penguatkuasaan dasar-dasar dan juga siap siagaan kepada perkara ini. Di sini juga kita telah sebelum apa-apa kejadian, dengan data-data yang telah dikumpul oleh Penang Green Council, kami telah bahagi bahawanya pada bulan iaitu kata bulan April sehingga bulan Ogos, kita siap siaga menghadapi monsoon, North-South Monsoon, North-West Monsoon dan juga South-West Monsoon di mana angin bertiup daripada Indian Ocean. Pokok-pokok akan terbang dan lain-lain. Oleh yang demikian, dalam siap siaga ini kita telah mencantas pokok-pokok yang lebih tinggi atau lebih besar supaya elak pokok-pokok tumbang semasa. Memang ini kami telah buat dan bukan dapat selesaikan semua tetapi kebanyakan telah diselesaikan. Bulan Ogos, bulan September sehingga bulan Disember kita menghadapi musim hujan di Pulau Pinang dan daripada Disember sehingga bulan Mac, kami hadapi di musim kemarau di mana ada kebakaran. Ini semua download data-data. Kita juga merayu kepada

semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mewujudkan satu pasukan ERT melalui MPKK dan juga saya selalu sentiasa walaupun ada banyak yang tidak buat ambil tugas ini untuk mewujudkan satu profail kampung, profail KADUN di mana kita dapat. Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan saya khasnya di Datok Keramat, di mana bila-bila masa saya ada banjir, dia boleh bagi maklumat-maklumat yang tepat, di kampung ini siapa yang ketua isi keluarga dan ini juga jumlah berapa orang yang hendak nasi-nasi. Ini semua telah diwujudkan, oleh demikian, walaupun kami macam mana wujud nak siap siaga bencana ada satu perkara yang kadang-kadang tidak tahu macam mana dia akan datang tetapi kita mesti ada satu basis, kita mesti ada satu basis untuk menghadapi. Terima kasih Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Batu Lancang, sila.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Yang di Pertua, soalan tambahan. Program sukarelawan Penang2030 merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri untuk rekrut sukarelawan. Setakat ini berapa orang telah berdaftar di bawah Program Sukarelawan Penang2030 ini? Soalan yang kedua, berapakah jumlah bilangan sukarelawan yang berdaftar di bawah agensi, kerajaan? dan soalan ketiga saya, apakah perbezaan sukarelawan di bawah agensi kerajaan dan di bawah NGO?

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Memang jika kami berbanding dengan swasta dengan kerajaan, swasta ada lebih resources dan lain-lain. Mereka juga ada mereka punya sistem untuk menjaga apa-apa jika apa terjadi. Untuk sukarelawan yang berdaftar dengan PYDC adalah seperti saya punya data 2,200. Dan untuk wanita adalah 494 di bawah JPWK. Kerajaan Negeri ingin dan sedang melalui Yang Berhormat Dato’ TKM I telah mula membagi latihan-latihan pada MPKK…(gangguan).

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Yang di Pertua, soalan saya agensi. Bukan bilangan orang. Agensi yang berdaftar di bawah Kerajaan, agensi bukan bilangan orang.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Bukan, kalau agensi-agensi Kerajaan atau di daripada NGO?

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Ke semua ada tiga (3) soalan. Soalan kedua adalah berapa jumlah bilangan sukarelawan yang berdaftar di bawah agensi kerajaan. Maksud saya kerajaan. Dan soalan ketiga adalah sukarelawan di bawah agensi kerajaan dan di bawah NGO, perbezaannya.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Baik. Di bawah agensi memang ada di bawah arahan MKN 20. MKN Arahan 20 memang dia ada dia punya sistem tetapi saya rasa dan bahawanya MKN ini tidak seluruh. Dia mesti berkaitan dengan NGO-NGO kerana seperti saya mengatakan bahawa NGO-NGO ini mereka ada lebih kepakaran. Mereka ada sentiasa, mereka ada resources dan lain-lain. Agensi-agensi kerajaan semua mesti adalah di bawah MKN Arahan 20 di mana jika ada apa-apa dan kalau di daerah, Tuan DO akan menjadi pengerusi dan Ketua Polis Daerah akan jadi Commanding Officer dan untuk jalankan tugas adalah Timbalan Pengarah BOMBA dan Penyelamat dan pencegahan. Itu adalah MKN Arahan 20.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Soalan tambahan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada YB. Sungai Puyu yang menjawab separuh soalan saya sebab saya ada soalan saya adalah yang ada (a) lagi yang tentang peranan dan bilangan mesyuarat yang diadakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah dan apa isu-isu yang telah ditangani. Adakah mesyuarat pernah diadakan di peringkat daerah, Pengurusan Bencana Daerah. Kedua, soalan yang saya yang juga tidak dijawab iaitu bagaimana kerenah birokrasi dapat dikurangkan dalam usaha pengurusan krisis bencana alam ini memandangkan tadi YB. pun ada menyebut bahawa ada banyak agensi yang terlibat tapi yang penting adalah kerajaan bagaimana memainkan peranan untuk menyelaraskan agensi-agensi tersebut termasuk NGO atau sukarelawan. Tapi yang watak utama bukan kita bergantung kepada sukarelawan, mereka hanya boleh sekadar membantu tapi yang watak utama itu sepatutnya dipimpin oleh kerajaan di peringkat pejabat daerah dan juga agensi-agensi kerajaan. So bagaimana kita nak coordinate dengan lebih berkesan lagi sebab ini adalah satu soalan yang saya nak tujukan. Terima kasih.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Ya, memang seperti yang saya bagi satu penjelasan iaitu kata kita jika di negeri, negeri akan dipengerusikan oleh Dato’ SUK di mana semua agensi-agensi kerajaan yang ada kepentingan untuk urusan itu akan dijemput. Seperti untuk saya pun kata, untuk ketua operasi, di CPU Pulau Pinang, iaitu PDRM mesti ada di sana. Untuk pelaksanaan Pengarah daripada BOMBA mesti ada. Malahan untuk ini juga di daerah, untuk siap siagaan. Tadi saya ada bagi keterangan iaitu kata kita perlu ada data-data, data-data musim seperti bila musim kemarau, bila musim kemarau apa kita hendak buat? Dan memang Pejabat Daerah sentiasa sebelum musim terjadi mereka telah siap siaga untuk menghadapi musim yang akan datang. Ini sudah ada. Jika nak kira berapa siap siagaan, selalunya semasa mesyuarat tindakan daerah, juga ada bincang isu-isu ini. Ada banyak isu because it’s still overlapping iaitu semasa ke semasa. Dan selalunya kalau musim kata banjir, sebelum itu kita, Pejabat Daerah akan bermesyuarat, minta semua MPKK semak dia punya dewan-dewan untuk menjadi pusat perpindahan sementara. Semua ini

mesti dibuat. Jika nak kira, saya akan bagi maklumat sepenuh bila mereka, bulan berapa mereka bermesyuarat. Ini memang. Untuk orang kata birokrasi, memang tidak ada birokrasi kerana dalam semasa uruskan bencana, chain of command is there. chain of command, you tak boleh buat urusan bencana. Yang main orang kata, most active part adalah still NGO-NGO. Kita telah lihat, NGO Negeri Pulau Pinang, mereka begitu berpengalaman. NGO di Pulau Pinang macam mana mereka siap sedia untuk membantu. Baru-baru ini, di Selangor dan di Pahang, siapa punya bendera berkibar, yang banyak sekali ialah Pulau Pinang. So memang, memang mereka ada main peranan yang amat penting. Oleh yang demikian, sebelum apa-apa kejadian, bantuan dan operasi dengan NGO-NGO mesti dipertingkatkan. Saya mahu ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang telah bagi banyak kemudahan-kemudahan kepada seperti BOMBA Sukarela, seperti Pasukan Keselamatan dan juga CERP. Ini sudah siap sedia…(gangguan).

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

YB. Sungai Puyu. Yang saya tanya itu bencana. Bukan tanya isu-isu yang banjir kilat itu. Itu memang saya tau, Pejabat Daerah atau Jawatankuasa Tindakan Daerah, itu ada memainkan peranan tapi yang saya tanya itu, that’s why bencana kita di Pulau Pinang tak banyak. Yang baru-baru ini mungkin apa yang berlaku adalah di Pulau Burung. Itu boleh dikiralah satu krisis, pembakaran yang terbuka yang begitu lama. Itu saya nak tau sahaja bagaimana ia ditangani. Jawatankuasa Bencana, bukan pokok tumbang itu. Saya tau memang ada pegawai-pegawai kerajaan semua ada buat kerja. Birokrasi itu memang ada bertindak dengan cepat tapi yang saya maksudkan itu adalah bencana, bencana bukan ada banyak sangat. Kita 2017 adalah. Itu sahaja.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Machang Bubuk. Saya nak jemput Kebun Bunga.

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Saya kena jawab soalan dia kerana dia nak tau.

Yang di-Pertua (Speaker)

Dia yang kedua kali, YB berdiri tak ada soalan tambahan. Tak apa. Sila Kebun Bunga.

Jason Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya nombor 29. No. 29. Sama ada rumah pangsa Padang Tembak boleh dibangunkan semula atau diperbaharui melalui private funding initiative (PFI)?

Terima kasih saya ucapkan kepada Ahli Kawasan Kebun Bunga atas soalan berkenaan pembangunan semula ataupun urban regeneration di kawasan rumah pangsa beliau di kawasan

beliau di Padang Tembak sama ada boleh dilakukan melalui private funding initiative ataupun PFI? Dato’ Speaker, Rumah Pangsa Padang Tembak adalah satu daripada tapak yang telahpun dikenalpasti untuk pembangunan pembaharuan semula bandar ataupun urban regeneration yang dirancang dalam Pelan lnduk Perancangan Pembangunan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang 2021-2025 yang turut dikenali sebagai Rumah Mampu Milik Penang (RMMPg) atau Penang Affordable Housings (PAH). Ini adalah di bawah Lembaga Perumahan yang baru, yang baru kita mula beroperasi Januari tahun dahulu. So, it is part and parcel of our plan, kita ada lima (5) tempat, ini adalah satu daripada dia untuk urban regeneration. Antara perkara-perkara yang perlu kita beri perhatian adalah pelan pemindahan penduduk, reka bentuk, ketumpatan serta fasiliti dan kemudahan baharu yang perlu disediakan di kawasan yang akan dibangunkan semula ini. Permohonan projek ini telahpun kita majukan kepada Kerajaan Pusat pun semasa Rancangan Malaysia Ke-12 bagi pembiayaan kos pembangunan semula di situ, tetapi kita masih menunggu keputusan daripada mereka dan kita sedang follow-up dengan mereka. So pembiayaan pembangunan semula di Rumah Pangsa Padang Tembak melalui Private Financial Initiative ataupun PFI is sememangnya dalam perhatian kita, merupakan satu cadangan yang perlu kita ambil kira namun kita perlu juga lihat banyak perkara lain seperti subsidi silang yang perlu kita tanggung yang adalah tinggi selain daripada banyak isu teknikal dari segi pemajuan seperti berapakah densiti yang boleh diberi kepada pemaju yang akan masuk dan sebagainya especially for Padang Tembak because it is one of the biggest project out of five that we have for urban regeneration, Dato’ Speaker. So melalui produk pertama LPNPP iaitu melalui RMMPg, projek pembaharuan semula di Rumah Pangsa Padang Tembak kita rencanakan untuk pelaksanaan Fasa 1 yang kita jangka dapat dimuktamadkan perancangan tersebut pada 2023 dan selepas itu kita akan teruskan dengan pelaksanaan in fact for information just a little bit for update kita sememangnya di kawasan itu telah pun kenal pasti satu bidang tanah yang mana kita sedang lihat adalah more clean nature for the first face to begin so we are moving on as we speak . Terima kasih Dato’ Speaker.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terima kasih. Kebung Bunga. Sila.

Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Dato’ Keramat yang cukup perhatin tentang Pembangunan semula Padang Tembak. Kita dah tahu bahawa flat Padang Tembak telah melebihi 50 tahun. Jadi soalan tambahan saya, ialah sama ada Kerajaan Negeri akan memberi keutamaan, the first priority untuk pembina semula atau urban regeneration as what Datok Keramat has said 2023 keutamaan, the first priority for this project to kick off. Itu soalan saya Dato’ Speaker. Terima Kasih.

Sememangnya seperti mana yang saya nyatakan Dato’Speaker just for information kita ada 5 tapak yang telah pun kita kenal pasti iaitu di bahagian pulau kita ada di Padang Tembak is number 1, kita ada di Taman Free School, kita ada di Mahsuri dan di bahagian Seberang kita ada

dua iaitu di Mak Mandin dan Jalan Siakap. The the quickest one that we looking at will be at Mahsuri and Bayan Lepas area Dato’ Speaker 5 blok di mana it’s is only around 300 unit that we have to relocate and do the process berbanding dengan Padang Tembak yang ada lebih daripada 3000 unit yang mana kita perlu lihat dalam 9 blok, so that is issue so but anyway Padang Tembak like I said kita sudah pun kenal pasti satu tanah di mana kita boleh bina semula and then do the relocation process just like Mahsuri that is MT lot by the 5 point blok where by in fact kebetulan pada hari minggu baru kita ada satu sesi libat urus dengan penduduk again after many rounds we are going through agains because we wants to starts that project very early RFP is going very call soon and we want a get the input daripada penduduk. So, the same things will happen to Padang Tembak but there is a timeline especially because of the skills of that particular’s housings scheme, Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Ong Khan LeePKR · PHKebun Bunga

Dato’ Speaker. Penjelasan jadi terima kasih Dato’ Keramat, cuma tentang isu pemindahan penduduk. Mungkin kita boleh mulakan dengan Blok J dan Blok E yang dimiliki oleh Kerajaan so it’s easier to relocate sebab mereka semua sewa daripada kerajaan sahaja then we can be 1 blok and 2 blok so that be model for all. Terima kasih Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Bukan soalan tambahan.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Dato’ Speaker terima kasih. Soalan tambahan saya bukan tentang Padang Tembak tapi…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Ini kena tau la. Yang Berhormat Machang Bubok seterusnya.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat bantai saya.

(YB. Lee Khai Loon): Soalan saya No 30. No. 30. Bagaimanakah memastikan bekalan air / elektrik mencukupi untuk memenuhi keperluan industri teknologi tinggi Pulau Pinang? (a) Senaraikan keperluan bekalan air / elektrik mengikut kawasan perindustrian serta ramalan untuk lima (5) tahun yang akan datang. (b) Terangkan isu gangguan elektrik serta bangunan siap dibina tetapi tiada bekalan elektrik di Kawasan Industri Bukit Minyak.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila sila jawab.

Terima kasih Dato’ Speaker dan Yang Berhormat Machang Bubuk. Kerajaan Negeri sedar sebagai sebuah Negeri yang aktiviti ekonomi utamanya ialah sektor perindustrian, bekalan air dan tenaga elektrik, sumber-sumber tenaga alternatif lain adalah amat perlu bagi menjamin kehadiran ataupun menentukan kedatangan pelabur dalam dan luar negara ke negeri ini. Kerajaan Negeri juga sedar dalam keadaan sekarang di mana isu-isu climate change, perubahan cuaca dan juga bila berlakunya perang kita lihat negara-negara dalam dan juga negeri-negeri mula ke arah food security, water security dan sebagainya yang menyebabkan setiap negeri perlu mempastikan kita ada self santency dan juga dengan izin tahap keberdikarian untuk sesebuah negeri itu. Perancangan bagi memastikan bekalan air dan elektrik adalah mencukupi untuk menampung keperluan Industri Teknologi Tinggi Pulau Pinang adalah seperti berikut; Pihak Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. telah melaksanakan dan juga merancang beberapa inisiatif bagi memastikan kita teruskan menaik taraf infrastruktur air dan juga perlu mencari sumber bekalan air mentah tambahan untuk mempastikan kelestarian bekalan air Negeri. Projek Saluran Paip Dasar Laut Berkembar Ketiga 2 x 1200 mm telah beroperasi pada bulan November 2020. la mampu membekalkan 315 juta liter air terawat sehari dari loji Sungai Dua kepada bahagian sekitar pulau. Projek ini menelan belanja sebanyak RM 114.3 juta. Pada 1 Mac 2022, delegasi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh YAB Ketua Menteri telah bertemu dengan delegasi Kerajaan Negeri Perak diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak untuk membincangkan Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS). Pertemuan itu berakhir dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk menunggu hasil laporan akhir kajian kejuruteraan KASA. Mengambil kira senario SPRWTS ini iaitu penyaluran air mentah Sungai Perak ini rundingan ini pihak berkuasa air Pulau Pinang ini mengesyorkan desalination, desalinasi air laut di Pulau Pinang untuk memenuhi permintaan bekalan air mentah pada masa hadapan selepas 2030. PBAPP telah merangka dan melaksanakan Pelan Kontigensi Air Mentah 2030 demi memastikan keselamatan bekalan air Pulau Pinang (RWCP 2030) adalah sebahagian daripada lnisiatif Bekalan Air Pulau Pinang 2050. PBA merancang untuk menaik taraf loji rawatan air, membina loji rawatan air baharu dan meneroka Sungai Perai sebagai sumber air mentah tambahan untuk Pulau Pinang. Lima (5) projek utama kejuruteraan bekalan air RWCP 2030 akan dimulakan dari tahun 2022 hingga 2028 adalah seperti berikut:

1. Fasa 2 naik taraf Tangki Pemendapan Loji Rawatan Air (91 juta liter sehari); 2. Pakej 12A, LRA Sungai Dua Tambahan modul rawatan air baharu (114 jumlah liter sehari), 3. Fasa 1 LRA Empangan Mengkuang (114 Juta Liter sehari; 4. Fasa 1 LRA Sungai Muda (114 Juta Liter Sehari); dan yang 5. Skim Bekalan Air Sungai Perai (136 Juta Liter Air Sehari) Segala gangguan bekalan air dan pelaksanaan projek projek bekalan air yang dijalankan di Negeri Pulau Pinang adalah untuk memenuhi "Polisi Tiada Catuan Air". Matlamat utama polisi ini ialah untuk memastikan bekalan air terawat yang berterusan dan berkualiti pada semua pengguna industri dan domestik 24 jam sehari. PBA sentiasa menyarankan muatan simpanan minimum satu hari bagi pengguna domestik dan muatan simpanan minimum dua (2) hari bagi pengguna industri mengikut jenis premis seperti yang telah ditetapkan dalam kaedah-kaedah lndustri Perkhidmatan Air (Retikulasi dan Pemasangan Paip) 2014 bagi mengatasi kekurangan bekalan air semasa kerja-kerja pembaikan paip dan peningkatan yang drastik untuk jangka masa pendek dalam rangkaian paip retikulasi. Bekalan Elektrik. Pihak TNB telah merancang kaedah pemberian bekalan sewajarnya bagi memastikan bekalan elektrik dapat diberikan kepada pengguna mengikut garis panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh Akta dan dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Tenaga. Pada tahun 2021, output bekalan air Pulau Pinang adalah 1,222 juta liter air sehari. Unjuran permintaan air bagi Pulau Pinang pada tahun 2025 adalah dijangka sebanyak 1,402 juta liter sehari dan seterusnya 1,532 juta liter sehari. Menjelang tahun 2030 dan tiada unjuran khusus dibuat mengikut kawasan perindustrian. Balik kepada bekalan elektrik pula, pihak TNB akan memberikan penekanan kepada projek bekalan kawasan perindustrian Science Park dan Bukit Minyak dan status permohonan adalah seperti berikut: 1. Adalah terdapat sebanyak 11 permohonan bekalan elektrik yang telah diterima pada tahun 2020. Semua 11 projek tersebut telah dikeluarkan cas sambungan pengguna (CSP) di mana 9 projek telah dimula tugas dan baki 2 projek dalam pelaksanaan kerja ditapak dan dijangka selesai dalam masa terdekat. Bagi tahun 2020 jumlah Maximum Demand adalah sebanyak 6981 kilowatt; dan 2. Terdapat sebanyak 19 permohonan bekalan elektrik yang telah diterima pada tahun 2021. Semua 19 projek telah dikeluarkan CSP di mana 9 telah dimula tugas dan baki 10 masih dalam pelaksanaan kerja meliputi keperluan permit korekan dan kerja di tapak. Bagi tahun 2021, jumlah MD adalah sebanyak 16,649 kilowatt; 3. Terdapat sebanyak 12 permohonan projek yang telah diterima pada tahun 2022. Sebanyak 8 projek telah dikeluarkan CSP dan dalam proses pelaksanaan kerja di tapak meliputi keperluan untuk mendapatkan permit korekan dan kerja di tapak. Sebanyak 4 projek lagi masih dalam tindakan TNB untuk keluarkan CSP dan bagi tahun 2022 jumlah kehendak maksima MD adalah sebanyak 8963 kilowatt. Melalui semakan dengan pihak TNB, didapati tiada kes gangguan elektrik di kawasan industri Bukit Minyak yang dilaporkan dan setakat ini, semua projek baharu di kawasan tersebut telah dapat diberikan bekalan elektrik. Selain itu, semua permohonan baharu akan diberikan bekalan elektrik dengan merujuk kepada garis panduan TNB dan Peraturan Akta Bekalan Elektrik.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua. Terima kasih Batu Maung yang telah menjawab soalan lisan saya. Saya ada dua (2) soalan tambahan yang 1 adalah berkaitan dengan kebenaran merancang untuk pembinaan kilang-kilang yang baru yang tadi Tanjong Bunga ada sebut di mana sebelum ini kilang-kilang boleh diletakkan apa yang disebut oleh Tanjong Bunga tadi adalah kilang-kilang yang nak bina baru kena hantar kebenaran merancang dan syarat untuk mendapatkan kebenaran merancang adalah membina tangki simpanan. Saya nak tau tangki simpanan yang sebesar apa atau adakah sebelum ini kilang-kilang yang sedia ada tidak disyarat untuk membina tangki simpanan tersebut. Iya itu soalan saya dan kedua berkenaan dengan desalination ya, itu desalination yang dibawah sekiranya SPRWTS itu tidak dapat dilaksanakan maka Kerajaan akan melakukan desalination. So, soalan saya sebab isu yang sekarang yang bersangkut paut dengan SPRWTS itu adalah kita Negeri Pulau Pinang kita nak kita tidak ingin beli air rawat kita nak hanya nak air mentah tapi kos air rawat itu saya rasa juga sekiraya berbanding desalination…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Desalination.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Desalination itu akan jauh lebuh murah lagi betul. So saya nak pastikan kenapa kita tak nak beli air rawat daripada Negeri Perak padahal kita pergi nak menggunakan teknologi desalination ini untuk membekalkan air kepada Negeri Pulau Pinang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila.

Terima kasih Yang Berhormat Machang Bubok. Untuk isu tangki pam tu saya difahamkan pihak industri perlu menyediakan kapasiti 48 jam storage untuk keperluan bila berlaku pembaikan itu. Itu satu, yang kedua isu rundingan dengan Kerajaan Perak masih lagi dalam rundingan. Kita tunggulah hasil rundingan seterusnya…(gangguan).

Y.A.B. Ketua Menteri: Saya minta kebenaran untuk memberi makluman terkini. Sebenarnya dalam rundingan 1 Mac, pendirian Kerajaan Negeri telah disampaikan kepada Perak bahawa Negeri Pulau Pinang sedia untuk menerima air terawat sekiranya projek ini diluluskan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih pada saya nak jemput Yang Berhormat Pulau Tikus.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 31. No. 31. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menolong golongan belia secara individu dalam perniagaan hiburan atau kesenian dan bukan sahaja menerusi syarikat? (a) Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk menyokong inisiatif baru sukan atau hiburan combat seperti Mixed-Martial Art (MMA) dan gusti professional dan bukan sahaja hiburan tradisional?

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Dato’ Speaker dan terima kasih soalan yang dituju oleh Yang Berhormat Pulau Tikus. Pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu golongan belia dalam perniagaan hiburan ataupun kesenian sama ada secara individu atau melalui syarikat. Kerajaan Negeri melalui kerjasama antara PYDC telah menjalankan beberapa inisiatif seperti berikut; yang pertama i. Program Youth with Rhythm: Bakat Muzik Pemuda Pulau Pinang. ii. Youth with Rhythm: Open Mic yang merupakan salah satu platform kepada golongan belia untuk mempersembahkan bakat-bakat benda terpendam mereka di hadapan rakyat dalam bidang nyanyian, tarian, permainan alat muzik seperti biola, permainan alat muzik tradisional dan sebagainya. Penganjuran program ini juga adalah untuk mengenal pasti dan mencungkil bakat para belia serta membantu mereka membina rangkaian dengan para penganjur acara untuk membuat persembahan. Secara terperinci, belia-belia yang berbakat tersebut akan dikenalpasti melalui penilaian oleh ahli panel dan juga pertubuhan penghasilan muzik di Pulau Pinang yang turut bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan PYDC sama-sama untuk menjayakan program ini dan juga menilai bakat-bakat belia. Golongan belia dan ahli muzik di kawasan-kawasan yang sering dijadikan sebagai tempat busking juga turut dijemput menyertainya. Program Open Mic telah dijalankan sebanyak tiga (3) kali. Setakat 20 Mei 2022 sebanyak 76 orang belia telah mendaftar untuk menyertai platform tersebut dengan pecahan seramai 29 individu dan 8 kumpulan. Youth with Rhythm: Youth in Music – Musician Sharing Session (MSS). Satu sesi Musician Sharing Session (MSS) akan dilaksanakan atau diadakan bermula Jun 2022 di mana para pemuzik profesional Pulau Pinang akan ditemuramah bagi berkongsi pengalaman peribadi mereka sebagai pemuzik. Antara topik yang akan disentuh dalam program ini termasuklah perkongsian mengenai bidang akademik muzik, vocal muzik makan, peralatan muzik serta pengalaman perkongsian seorang penulis lirik dalam proses menyediakan lirik lagu.

Kerajaan Negeri bersedia untuk menyokong inisiatif baharu sukan atau hiburan combat soalan yang dituju oleh Pulau Tikus seperti Mixed Martial Art (MMA) atau gustri profesional melalui kerjasama antara Persatuan Sukan Negeri dan juga Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dalam menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa seperti Festival Kombat Pulau Pinang, dan akan turut menganjurkan bersempena dengan Pesta Pulau Pinang pada akhir tahun 2022 untuk memberikan pendedahan kepada atlet Negeri Pulau Pinang. Antara sukan kombat yang bakal dipertandingkan adalah seperti tinju, silat, Muay Thai, Judo, karate dan taekwondo. Program ini juga telah menarik minat peserta-peserta luar negara seperti Thailand, Singapura, Japan, Taiwan, Indonesia untuk menyertai.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Minta soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Jermal atas penjelasan itu tapi yang saya nak tanya I just nak minta pertanyaan dan klarifikasi apa maksud saya adalah adakah Kerajaan Negeri akan menyokong kalau idea-idea baru di bawa ke tumpuan Kerajaan Negeri untuk menyokong sebab kalau kesenian hari ini mungkin dari luar daripada yang tradisi, luar daripada kesenian tradisi ataupun what I mean tradisi, maksudnya bukan yang mainstream punya kesenian lah tetapi yang baru punya yang trend-trend yang baru? Adakah jika orang muda datang ke Kerajaan Negeri adakah Kerajaan Negeri akan menyokong? Itu nombor satu. Nombor dua ialah untuk Mixed Martial Art dan atau gusti profesional ini ada kebanyakan bukan dalam purview lah majlis sukan sebab ini adalah alternative sport yang masih belum take hold dalam negara kita tetapi di negara-negara macam Jepun, Amerika Syarikat memang dah established dah. Oleh itu, saya minta tanya kalau ia di luar purview mainstream sport authorities, adakah Kerajaan Negeri juga akan menyokong untuk jadi pioneer lah dalam negara ini? Sekian, terima kasih.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih soalan tambahan yang dituju oleh Pulau Tikus. Memang dari segi golongan kategori kesenian banyak golongan muda yang akan mencubakan kesenian-kesenian yang baru dan memang Kerajaan Negeri dari segi untuk menyokong dari segi persembahan ataupun dari segi industri kesenian ini, memang kita terbuka dan akan menyokong jika ada industri kesenian yang baru yang di bawa oleh golongan belia kepada Kerajaan Negeri. Soalan tambahan kedua yang saya akan jawab kepada Pulau Tikus, memang dari segi inisiatif Kerajaan Negeri selain daripada persatuan dan persatuan kesenian ataupun kelab seni untuk mempertahankan diri di Negeri Pulau Pinang juga terdapat banyak NGO-NGO ataupun persatuan-persatuan badan sukan negeri yang telah berdaftar dengan kita. Termasuk kelab-kelab juga. Di Negeri Pulau Pinang ataupun melalui pendaftaran di Pejabat Pesuruhjaya Sukan, sistem semakan status dalam talian sehingga 9 Mei 2022 terdapat sebanyak 146 jenis badan sukan negeri telah membuat pendaftaran dan 9 buah membabitkan persatuan seni mempertahankan diri di peringkat negeri dan 115 kelab ataupun Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah JPS.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Saya ada soalan tambahan. Memandangkan soalan ini adalah kait dengan Soalan Bertulis saya, saya cukup tertarik dengan inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri jadi Festival Combat Pulau Pinang ini mampu saya rasa untuk menonjolkan bakat-bakat kita sebenarnya. Bakat-bakat tempatan di Pulau Pinang banyak jadi sebagai seorang bekas, seorang yang pernah berlatih dan juga melatih dalam sukan kombat khususnya Muay Thai, saya faham tentang kekurangan yang berlaku dalam bidang sukan ini. Tetapi pada masa sama kita boleh tengok dari segi, (dengan izin)…sports entertainment difahamkan pada tahun 2014, WWE World Wrestling Entertainment telah mengadakan satu persembahan di Kuala Lumpur dan sekaligus ia dapat menarik pelancong, jadi soalan saya adalah sekiranya kita boleh ya menuju ke arah depan, boleh tak Kerajaan Negeri melihat bidang sports entertainment ini sebagai satu langkah untuk generate… (dengan izin), profit kepada sektor ekonomi yang boleh membantu membangun Pulau Pinang dan juga kedua, sebagai langkah untuk mengelak gejala dadah daripada berleluasa dan saya rasa ini dia lebih kita dapat membantu golongan belia.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Soalan tambahan yang begitu baik yang dituju oleh Yang Berhormat Seri Delima. Memang saya setuju di mana sukan bukan sahaja untuk kebaikan kesihatan seseorang warga, juga boleh membantu dari segi sektor pelancongan seperti yang kita mempromosikan bukan saja sports entertainment…(dengan izin), tapi juga sports tourism kerana dengan anjuran pertandingan-pertandingan kebangsaan ataupun antarabangsa dapat menarik pelancong-pelancong ataupun peserta-peserta dari luar negara datang bersama dengan ahli keluarga mereka dan dapat membantu membangunkan ekonomi negeri dan juga negara. Dari segi persembahan ataupun pertandingan Kerajaan Negeri di bawah EXCO MMK Belia dan Sukan Negara sukan dan juga MSN, kita bersiap sedia untuk menganjurkan lebih banyak program-program yang bertahap nasional ataupun bertaraf antarabangsa. Thank you.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya nak jemput Air Itam. Soalan Permatang Pasir telah pun dijawab bersama dengan soalan yang ketiga semalam lah. Ya.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 33. No. 33. Memandangkan kegiatan pelancongan semakin aktif, apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi melancarkan atau memperbanyakkan penerbangan terus?

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri memang komited dan telah mengambil inisiatif untuk memulakan dan mengadakan banyak sesi perbincangan dengan syarikat-syarikat penerbangan dalam negara dan juga antarabangsa bagi tujuan mengembalikan penerbangan tradisional serta menerokai penerbangan terus baru yang berpotensi. Kerajaan Negeri telah melalui pejabat PETACE mengadakan beberapa siri dan kali perbincangan dengan pihak syarikat penerbangan dan saya mempunyai keyakinan besar Negeri Pulau Pinang akan menyambut penerbangan terus dari negara Wilayah Timur Tengah tidak lama kemudian. Kerajaan Negeri masih berusaha mengendalikan prosedur-prosedur yang perlu diselesaikan dengan syarikat penerbangan yang releven dan juga termasuk agensi yang berkaitan termasuk pihak airport. Termasuk (MAVCOM) Malaysian Aviation Commission, termasuk (CAAM) The Civil Aviation Authority of Malaysia. Selain itu, Kerajaan Negeri juga melalui pejabat saya dan Penang Global Tourism (PGT) bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bagi menarik syarikat penerbangan berpotensi untuk mengadakan penerbangan terus ke Pulau Pinang. Di samping itu, kempen pemasaran juga giat diadakan oleh Kerajaan Negeri bersama syarikat penerbangan, pejabat MOTAC dan Tourism Malaysia untuk mempromosikan kesinambungan laluan antarabangsa ke Pulau Pinang. Kerajaan Negeri juga berkolaborasi dengan online travel agent (OTA) untuk mengadakan promosi dan memperkukuhkan jenama Pulau Pinang bagi meningkatkan kesedaran visitasi dan menggalakkan pelancongan ke Pulau Pinang. Kerajaan Negeri juga telah melalui Penang Convention and Exhibition Bureau (PICEB) untuk membentuk hubungan startegi bersama syarikat penerbangan seperti fly, Fire Fly dan Malaysia Airline untuk mempertimbangkan pertambahan penerbangan terus dari luar negara dan saya pun percaya bahawa YB. Bagan Dalam memang sangat berminat tehadap penerbangan terus dari India dan saya boleh memberi assurance bahawa PICEB masih berusaha untuk berbincang dengan syarikat penerbangan di India untuk merealisasikan penerbangan dari India ke Pulau Pinang dan Fire Fly juga telah menempatkan Pulau Pinang sebagai hub penerbangan dan bersedia melancarkan penerbangan terus ke destinasi antarabangsa dalam masa yang terdekat dengan menjadikan Pulau Pinang airport sebagai hub operasi penerbangan antarabangsa bagi Fire Fly. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Saya izinkan satu soalan.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Terima kasih Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua (Speaker)

Air Itam.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Terima kasih Paya Terubong, memandangkan Penang mempunyai begitu banyak rancangan untuk menarik balik pelancong ke Negeri Pulau Pinang, adakah kapasiti di Lapangan

Terbang Antarabangsa Pulau Pinang juga ditinjau atau di we looked it untuk menerima pelancong-pelancong yang bakal datang ke Pulau Pinang ini? Terima kasih.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Ini pun merupakan satu isu yang Negeri Pulau Pinang memang menyesal la. Baru-baru ini Mantan Menteri Pengangkutan YB. Anthony juga telah membangkitkan bahawa sepatutnya Lapangan Pulau Pinang patut di patut itu expansion semasa lock down ini dan memang kita menyesal bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mengambil tindakan tersebut dan sebenarnya sebelum pandemik, kapasiti Lapangan Pulau Pinang memang telah melebihi kapasiti dan kami memang berharap Kerajaan Persekutuan dapat mempercepatkan projek expansion ini supaya kita dapat betul-betul menampung kapasiti yang akan datang dan saya mempunyai keyakinan bahawa kita pasti akan mendapat lebih lagi banyak direct flights dan ini memang merupakan satu cabaran yang besar.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Maka satu jam 30 minit untuk Soalan Lisan pun telah tamat selaras dengan Peraturan-peraturan Majis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Sila Yang Berhormat.

Y.A.B. Ketua Menteri: Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, jawapan kepada Soalan-soalan Lisan yang telah dijawab akan diletakkan di atas meja Ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Ahli-Ahli Yang Berhormat, maka kita berada dalam sesi perbahasan atau usul-usul. Ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang telah pun memperkenan melafazkan ucapan kepada Dewan ini pada 27 Mei dan saya nak menjemput Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin sertai dalam sesi perbahasan. Sila. Sila Air Putih.

Lim Guan EngDAP · PHAir Putih

Terima kasih kepada Yang di-Pertua, saya nak merujuk dan ucapkan sokongan ke atas usul menjunjung kasih kepada ucapan Tuan Yang Terutama Tun semasa Perasmian Mesyuarat Dewan Undangan Negeri pada minggu lepas dan tentu saya nak nyatakan sokongan ke atas usaha Kerajaan Negeri ke arah Penang2030 untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah Negeri Pintar dan Hijau iaitu selaras dengan usaha untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri bertaraf antarabangsa. Kalau nak jadikan Pulau Pinang sebuah negeri pintar sememangnya kita mesti go digital…(dengan izin), dan ekonomi digital adalah komponen yang paling penting sekali. Tentu ini tidak hanya melibatkan infrastruktur iaitu penyediaan 5G, tetapi juga memberikan kemudahan supaya kita boleh menggalakkan bakat-bakat untuk bukan sahaja menceburi diri dalam bidang ekonomi digital tapi untuk meggalakkan kreativiti, daya kreativiti dan juga

keusahawanan, entrepreneurship dalam bidang tersebut. Di sini saya ingin dapat itu penjelasan sejauh manakah pelbagai program yang telah dijalankan selama ini telah pun dilaksanakan secara keseluruhanya dan saya sebut sungguh pun memang ada peruntukan yang telah diberikan tapi berapa banyakkah yang telah dikeluarkan dan apakah impak dan juga kesan dia. Kita tak mau apa yang berlaku dekat Kerajaan Persekutuan di mana banyak peruntukan diumumkan. Tapi ia tidak digunakan sepenuhnya atau kalau digunakan sepenuhnya berlaku ketirisan ataupun penyelewengan yang berlaku. Salah satu contoh seperti yang saya sebut semalam dan kita harus ingat sungguhpun, mungkin niat adalah baik, tetapi apabila pelaksanaan tidak dijalankan secara teratur maka apa-apa niat pun akan gagal. Sebagai satu contoh yang saya sebut semalam ialah subsidi ayam dimana sebanyak RM730 juta telah diluluskan tetapi hanya RM50 juta dibayar. Ini merupakan satu pengkhianatan ke atas usaha untuk membantu bukan sahaja penternak untuk menjaminkan bekalan ayam tetapi apabila perkara sedemikan berlaku, ini saya rasa menyebabkan bekalan ayam terputus dan itu adalah sesuatu yang tidak harus berlaku, so saya harap dalam aspek ini bila kita sebut tentang ekonomi digital, kita harap bahawa niat baik daripada Kerajaan Negeri dapat disalurkan, wang yang diumumkan dapat disalurkan supaya penggunaanya dimaksimakan dan bahawa kita boleh lihat impak. Kita tahu bukan semuanya berjaya kerana dalam bidang digital ini, itu bukan sesuatu yang boleh menjaminkan kejayaan. Biasanya dalam mungkin 10 atau 20, kalau boleh dapat satu yang berjaya itu pun dikira sesuatu pretasi yang agak baik. So kita harap bahawa boleh berikan satu apa ni analys KPI, analisa tentang pretasi yang dicerminkan. Tentu di sini saya nak ambil kesempatan untuk membangkitkan tentang Perpustakaan Digital dekat Pulau Pinang kerana ada jawapan yang diberikan kepada beberapa ADUN yang bertanyakan mengapa ia tidak dibuka sepanjang 24 jam seperti mana yang dihasratkan apabila ia ditubuhkan. Saya harap perkara ini mungkin kerana COVID dan saya harap perkara ini bolehlah dipulihkan supaya perkhidmatan 24 jam dapat dipulihkan dengan masa terdekat kerana ini memang menjadi satu benchmark dan satu daya tarikan untuk kejayaan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang membina Perpustakaan Digital yang pertama bukan sahaja di Malaysia tapi saya mungkin di rantau ini untuk 24 jam. Saya harap ia dapat diteruskan bukan sahaja di kawasan pulau tapi juga di Butterworth dan pada masa yang sama saya difahamkan bahawa ada permintaan bahawa kita menaik taraf kemudahan yang diberikan janganlah ia terus menjadi uzur atau usang tanpa diperbaiki seperti mana ada beberapa pandangan daripada pengguna untuk Perpustakaan Digital di Pulau Pinang. Saya juga ingin menyuarakan harapan bahawa untuk Perpustakaan Digital di Butterworth, dewan boleh diberikan kemudahan hawa dingin kerana memanglah terlalu panas dan itulah sebabnya susah untuk disewa apabila ia tidak berapa mengizinkan dan keadaan yang agak panas ini. Saya difahamkan Yang Berhormat daripada Bagan Dalam telah pun buat permintaan dan kami harap bahawa perkara ini boleh diberikan perhatian yang sewajarnya supaya seperti yang saya sebut tadi marilah kita maksimakan kemudahan yang telah diberikan kepada rakyat Pulau Pinang. Untuk makluman, Negeri Pulau Pinang sebagai Negeri Hijau, bukan sahaja kita nak pastikan bahawa kita amalkan, amalan-amalan, kita amalkan langkah-langkah hijau, bukan sahaja 3R tetapi juga kita mesti sediakan kawasan-kawasan hijau dan saya rasa itu adalah sesuatu yang menjadikan Pulau Pinang begitu menawan hati dan saya juga nak mengiktiraf usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk menaik taraf taman-taman atau taman rekreasi yang sedia ada. Saya harap perkara ini dapat diperluaskan supaya lebih banyak taman dapat menikmati taman hijau dan ini adalah sesuatu yang dekat dalam hati di kalangan ramai rakyat Pulau Pinang dan saya nak tahu apakah kemajuan tentang lorong basikal yang dirancang untuk

mengelilingi Pulau Pinang? Adakah juga rancangan yang sama dikawasan seberang? Memang kalau kita sebut satu benchmark macam mana Negeri Pulau Pinang boleh mencapai taraf antarabangsa adalah kemudahan-kemudahan rekreasi sedemikian. Pernah ditanya apabila Seberang Perai kalau sebut MBPP jadi bandaraya, semua tau ia sebuah bandaraya tapi bila MPSP jadi MBSP, apakah perbezaan, apakah ukuran yang kita boleh buat untuk melihat MPSP jadi MBSP? Apakah perbezaan? So sekiranya tidak ada perbezaan sama ada ia Majlis Perbandaran ataupun Majlis Bandaraya serupa sahaja. Dan itulah, salah satu yang boleh membuat differentiation ataupun perbezaan ialah lorong basikal di mana dengan kemudahan rekreasi sedemikian ia akan menaikkan taraf kehidupan rakyat di Pulau Pinang. Di samping itu, saya terpanggil untuk menimbulkan perkara air, ia adalah satu perkara yang dekat dalam hati semua rakyat Pulau Pinang kerana bekalan air adalah sesuatu yang amat dibanggakan oleh rakyat Pulau Pinang. Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak pernah adakan catuan air. Ini adalah satu rekod yang dibanggakan. Semua negeri di Malaysia, pernah lakukan catuan air kecuali Pulau Pinang sahaja dan kita harus kekalkan rekod sedemikian. Dan oleh itu, kita harap bahawa sekiranya ada apa sebarang masalah ia boleh diberikan perhatian dengan cepat. Tentu mungkin ada satu, dua tempat yang perlukan perhatian kita harap boleh dapat respon dan balasan dengan pantas. Itu saya rasa adalah sesuatu yang paling basic atau paling asas sekali. Dari segi itu bekalan air, bukan hanya tertakluk kepada bekalan air mentah ia juga kena lihat dari segi water demand dan water supply management. Kalau water supply management tentu adalah dari aspek bekalan air mentah tapi juga kita kena lihat dari aspek rawatan air dan juga stesen pam air. Kedua-dua ini mestilah diberikan atau diberikan keutamaan supaya pelaburan yang sewajarnya diberikan. Kita lihat banyak negeri yang hadapi masalah air, kalau bukan kekurangan air mentah timbul pula kekurangan stesen rawatan air ataupun stesen pam air. So oleh itu, pelaburan yang sewajarnya mesti diberikan. Kita tahu ada kes di mana air yang dirawat cukup, tetapi tak sampai kerana tak ada stesen pam yang mencukupi untuk menghantar air. So,itu logistik yang haruslah ditangani dan kalau tak silap saya dari segi pengeluaran air Pulau Pinang mempunyai rizab air rizab rawatan air atau rizab air dirawat yang paling tinggi di Malaysia iaitu sebanyak 30% bermakna kalau kita cakap secara kasar setiap 100 liter yang dikeluarkan hanya diguna atau diminta oleh pengguna adalah 70L, 30L kita cakap yang dikeluarkan tanpa diguna boleh sebut tidak secara sia-sia tapi itulah rizab air. Itu menunjukkan bahawa pemintaan boleh naik lagi so sekiranya ada sebarang masalah tentu ia datang daripada stesen pam air dan bukanlah kekurangan air mentah atau pun air dirawat mungkin masa depan itu lain tapi itulah yang saya faham adalah kedudukan sekarang. So tentu macam di kawasan Air Putih kita pun ada terima aduan bahawa dua tiga buah rumah dia tak dapat air itu perlukan perhatian supaya perkara ini dapat ditangani tapi apa pun masalah ini jelas mengekalkan rekod Pulau Pinang sebagai sebuah negeri di mana tidak pernah adakan catuan air saya nak ucapkan penghargaan kepada ke atas usaha yang dijalankan selama ini tetapi saya nak ingatkan biar kita pastikan perkhidmatan yang baik ini dikekalkan kerana sekiranya tidak ini akan mencemarkan pretasi baik yang dibina selama ini dan tentu akan pastikan keyakinan rakyat kepada pihak Kerajaan Negeri terus dapat dikekalkan. So dalam aspek ini saya berharap bahawa PBA boleh bukan sahaja kekalkan apa yang mereka telah capai selama ini tapi boleh tingkatkan prestasi yang saya sebut supaya kita capai taraf antarabangsa bukan sahaja berikan bekalan air dengan harga yang murah tetapi juga secara efisien dan bersih dan itulah hasrat semua rakyat Pulau Pinang tidak guna kita sebut Negeri Hijau sekiranya bekalan air pun tak terjamin. Itulah soalnya untuk negeri-negeri lain jika air tidak terjamin apa gunanya untuk sebut tentang negeri hijau dan memang sebagai sebuah Negeri Hijau saya rasa Pulau Pinang boleh bangga dengan pengiktirafan bahawa memang ia tidak pernah lakukan catuan air selama ini bukan macam negeri-negeri lain 40 tahun pun masih ada masalah bekalan air.

Di samping itu, kita pun kena berikan perhatian ke atas masalah banjir yang sekarang menjadi tajuk utama atau kebimbangan utama di kalangan rakyat sehingga ada banyak itu agen-agen insuran yang sebelum ini mereka jual insuran kereta tak pernah masuk itu insuran banjir tapi sekarang menjadi satu item yang lumrah. Sekarang banyak pengguna kereta dia juga beli insuran banjir itu menunjukan betapa serius perkara ini sungguh pun Pulau Pinang bernasib baik tidak ada mempunyai masalah yang serius seperti negeri-negeri lain jadi kita berharap kesiapsiagaan yang sewajarnya bolehlah dilakukan. Dalam aspek untuk mencapai Penang 2030 faktor paling utama adalah dari segi penyampaian perkhidmatan yang dijalankan amat penting sekali dan di sini saya berharap bahawa kita berikan perhatian kepada 3 aspek utama. Satu adalah untuk mengekalkan bakat-bakat yang baik yang sedia ada bukan mudah untuk mencari bakat-bakat yang berpengalaman dan juga berkebolehan dan ia harus dikekalkan. Kedua, sekiranya berlaku kelambatan dalam menjalankan projek usaha mesti dibuat untuk mengatasinya. Saya memang terima aduan bahawa beberapa projek yang dijalankan masih belum siap dihabiskan mungkin ini kerana COVID tapi bila kita masuk ke pasca COVID saya harap perkara ini boleh disegerakan kita memang mahu lihat baik daripada PDC ataupun PBA teruskan prestasi dapat menjalankan projek-projek dengan pantas dan juga dengan efisien. Khususnya apabila mereka menjalankan program-program di kawasan Seberang Perai sememangnya bukan saja PBA, PDC adalah salah sebuah agensi Kerajaan Negeri, agensi pembangunan ekonomi negeri yang paling efisien di negara dan kita mahu lihat ia terus dikekalkan. Ketiga ialah dari segi respon ataupun tindak balas ke atas sebarang krisis yang berlaku. Ia harus dibuat secara pantas sekiranya tidak dibuat secara pantas tentu ia akan memberikan imej yang kurang baik kepada Kerajaan Negeri dan ini kita berharap agensi kerajaan termasuk kakitangan kerajaan dapat membantu untuk memberikan perkhidmatan yang baik dan cemerlang kepada rakyat kerana ini yang diinginkan oleh rakyat. Kita kena ingat apabila sebarang aduan dibuat yang kena bukanlah agensi kerajaan yang kena adalah wakil-wakil rakyat dan tentu mereka harus atau wakil rakyat harus mendapat respon daripada agensi kerajaan tentang masalah yang timbul supaya masa tersebut diberikan perhatian yang sewajarnya. Kita memang tahu sebarang kekurangan akan dicerminkan dalam pilihanraya yang akan datang dan itu sesuatu yang kena dihadapi oleh wakil rakyat daripada pihak kerajaan dan kita harap ia dapat diberikan perhatian dengan cepat. Sebelum saya pindah ke tajuk lain, saya nak sebut lagi tentang pembangunan ekonomi digital ataupun pentadbiran digital tadi saya ada timbulkan perkara ini dan tentu saya faham bahawa usaha sedang dibuat untuk menjanakan digitalisasi dari segi pentadbiran Kerajaan Negeri. Satu aspek yang mungkin boleh diberikan perhatian khusus ialah di pejabat tanah tentu saya ingin menghargai usaha yang dijalankan oleh Pejabat Tanah dan Galian untuk mengkomputerisasi sistem pentadbiran tanah dan kita harap ia dapat dipercepatkan dan tentu peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Persekutuan amat diharuskan, amat harus dipercepatkan dan kalau kita lihat dekat Negeri Perak. Carian tanah boleh dibuat secara online secara atas talian. Mengapa tidaknya di Negeri Pulau Pinang? Tentu mungkin pihak kementerian memberikan keutamaan kepada Negeri Perak tetapi Negeri Pulau Pinang sebagai salah satu negeri utama di Malaysia juga harus diberikan keutamaan yang sewajarnya bukan sekadar untuk negeri-negeri lain baik Selangor ataupun dekat Negeri Perak dan negeri-negeri lain tapi Pulau Pinang juga harus mengambil tempat yang sewajarnya.

Saya difahamkan kalau tak silap kos untuk menjalankan komputerisasi proses tanah atau pun pentadbiran tanah melebihi ratusan juta ringgit. Saya pun tak tahu mengapa pihak Kerajaan Persekutuan perlukan perbelanjaan yang begitu besar tapi itu tentu bukan di bawah Kerajaan Negeri di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sekiranya kita nak jalankan pemkomputerasasi pentadbiran tanah dan memastikan bahawa kosnya dapat dikawal, bolehkah kita dapat bantuan daripada pakar-pakar bukan sahaja dalam negeri tapi di luar negeri yang saya rasa mereka ingin memberikan sumbangan atau membuat aplikasi secara percuma. Contohnya kita lihat tentang aplikasi Mysejahtera. Ratusan juta dijalankan untuk pembentukkan aplikasi Mysejahtera tetapi negara-negara seperti New Zealand ia dibuat secara percuma dan ia direka, dicipta dan disediakan oleh seorang rakyat Malaysia yang seorang yang dilahirkan di Malaysia sebelum berhijrah ke New Zealand. Bolehkah kita dapat bantuan daripada mereka ini kerana sekiranya mereka boleh bina satu sistem Mysejahtera untuk COVID-19 seperti mana dilakukan oleh seorang bekas rakyat Malaysia di New Zealand mengapa tidak kalau kita tidak boleh dapat bantuan untuk mereka aplikasi seperti ini di Pulau Pinang? Ini yang saya cadangkan kerana kalau kita nak jimatkan kos beratusan juta seperti yang dibelanjakan tentu apabila kos yang begitu tinggi ini kita pun tidak tahu apakah ia perlukan peruntukan yang begitu besar dan mungkin hanya akan memberikan keuntungan kepada pihak tertentu apabila kita lihat ia boleh dibuat dengan harga yang begitu murah ataupun percuma oleh negeri-negeri lain dan kita berharap perkara ini diberikan perhatian oleh Kerajaan Persekutuan tapi untuk Kerajaan Negeri kalau kita terpaksa tunggu begitu lama atau kita tak boleh tunggu lagi kerana proses digitalisasi mesti dibuat sekarang. Mungkin kita kena menjelajah atau melihat bantuan daripada mereka yang telah berikan perkhidmatan secara percuma ini. Dato’ Yang di-Pertua, untuk Pulau Pinang ke arah 2030 Negeri Pintar dan Hijau atau dengan kata lain menjadi negeri bertaraf antarabangsa tidak bermakna kalau ia tidak melibatkan rakyat dan memberikan manfaat dan juga hasil yang tangible kepada rakyat, oleh sebab itu saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri yang telah memberi perhatian kepada pembangunan asas di kawasan saya baik Air Putih ataupun di kawasan Bagan dan saya tadi saya dengar ucapan daripada wakil rakyat Pembangkang mereka juga dapat layanan serupa daripada Kerajaan Negeri yang jelas membuktikan bahawa Kerajaan Negeri tidak bersikap deskriminasi ke atas kawasan-kawasan parti pembangkang dan bertindak adil kepada semua kawasan tanpa mengira mereka sokong atau tidak sokong Kerajaan Negeri itu adalah sesuatu yang menunjukkan bahawa memang Kerajaan Pakatan Harapan adalah Kerajaan untuk semua rakyat di Pulau Pinang dan saya rasa itulah sikap adil, tidak diskriminasi yang harus dicontohi oleh Kerajaan Persekutan selari dengan Perlembagaan Persekutuan. Kita kesal Kerajaan Persekutuan suka main pilih kasih dari segi pembangunan selalu meminggirkan Negeri Pulau Pinang selain diskriminasi ke atas rakyat suka pecah belahkan rakyat. Baik di kalangan rakyat di Semenanjung Malaysia ataupun Sabah Sarawak dengan Semenanjung Malaysia. Itu saya rasa adalah sesuatu sikap yang salah sepatutnya kita harus mendukung Perlembagaan Persekutuan yang menjadi satu wadah untuk menyatupadukan rakyat berteraskan lima prinsip utama satu iailah menghormati kedaulatan undang-undang atau rules of law dan demokrasi. Apa gunanya unang-undang sekiranya tidak dilaksanakan sama rata dan ia harus dilaksanakan ke atas semua tanpa kira pangkat atau darjat. Itulah asas. Dan itu terpakai untuk Kerajaan Negeri. Mengapa sentiasa negeri Pulau Pinang didiskriminasi dan perkara ini saya rasa akan merugikan rakyat dan juga tidak mengambil kira sumbangan cukai yang begitu besar oleh Pulau Pinang kepada khazanah Kerajaan Persekutuan. So yang pertama mestilah mendukung prinsip rules of law dan juga demokrasi. Kedua, mesti menjaminkan kemakmuran ekonomi kepada semua rakyat Malaysia jangan juga main seperti yang saya sebut pilih kasih ataupun berat sebelah. Ini selalu di mana hanya kroni-kroni dan kumpulan elit sahaja yang dapat tapi selepas dibongkarkan pula mainkan isu perkauman untuk menutup amalan rasuah yang berlaku dan ini pergi kepada aspek ke-3, mesti

telus, mesti accountable dan lawan rasuah. Itu satu perkara yang amat serius, masalah rasuah kian menjadi runcing, meruncing. Kita tahu bukan sahaja di peringkat Kerajaan Persekutuan tetapi juga di peringkat bawah dan ini harus diberikan perhatian oleh semua dan keempat pastikan urus tadbir kerajaan yang baik hanya dengan urus tadbir kerajaan yang baik barulah rakyat ada sense of belonging bahawa inilah negara mereka yang jaga sama mereka, bukan susahkan rakyat mereka dan kelima yang semua ini didukung oleh Kerajaan Negeri yang harus dicontohi oleh Kerajaan Persekutuan. Yang kelima yang terakhir ialah kita harus menghormati semua rakyat Malaysia, jangan cuba pecah belahkan rakyat. Jangan oleh kerana kepentingan sendiri mainkan isu perkauman ataupun ekstremisme agama. Mengapa balik-balik gunakan momokkan rakyat tentang ancaman daripada bukan Melayu ataupun bukan Islam. Mereka juga rakyat Malaysia, mereka bukan orang luar berikanlah tempat yang sewajarnya. Mereka adalah yang kepada Malaysia dan juga cintai negara kita. So saya harap bahawa marilah kita jadi contoh di mana Pulau Pinang sebagai Tapak Warisan UNESCO di mana semua kaum boleh hidup secara harmoni, hormat saling hormat-menghormati, saling bantu-membantu. Pastikan bahawa semua rakyat ada tempat yang sama bukanlah didiskriminasi kerana kepentingan tertentu. Kita selama ini tunjuk kepada wakil rakyat pembangkang memang bersikap adil kepada mereka semua pun pandangan berlainan malah Ketua Pembangkang pun diberikan penganugerahan Dato’ oleh Kerajaan Negeri dan juga layanan yang sewajarnya. Ini sebagai penghormatan. Mungkin ada perbezaan lain tapi kita tidak nafikan sumbangan yang diberikan oleh beliau dan anggap sebagai kita semua anak negeri harus diberikan layanan sebagai anak negeri tapi jangan mainkan isu perkauman dan ekstremisme agama. Itu amat bahaya sekali dan akhirnya akan mencacatkan pembangunan negeri dan negara. Kita lihat negara-negara lain mereka tak mainkan isu isu tersebut dan lihatlah kemajuan mereka tak kira Vietnam ataupun Indonesia begitu maju sekali kerana mereka tak mahu terus terkongkong dengan isu-isu kaum dan ekstremisme agama. Itulah yang saya harap dapat juga didukung oleh semua wakil rakyat supaya kita berikan tumpuan kepada masalah sebenar rakyat, kos sara hidup, mutu kehidupan yang lebih baik dan yang paling penting sekali masa depan yang cerah kepada anak-anak kita supaya mereka yakin mereka akan hidup lebih baik daripada ibu bapa mereka. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Air Putih. Okay, Pantai Jerejak, sila.

Assalamualaikum WBT, Dato' Speaker, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat. Kita berada dalam Dewan ini mungkin tak sampai 12 bulan lagi daripada sekarang. Ketua Menteri maklumkan bahawa hasrat beliau, Kerajaan Negeri akan meneruskan tempoh kalau terus tempoh maksudnya tamat 16 Julai 2023 kalaupun Kerajaan Persekutuan bubar Parlimen 12 bulan daripada sekarang tempoh yang akan kita lalui. Dalam konteks Kerajaan Pulau Pinang, kita dah jadi kerajaan sejak tahun 2008 bermaksud kita dah masuk tahun yang ke-14, tahun yang ke-15. Biar saya berikan sedikit gambaran sekurang-kurangnya pemerhatian kasar tentang prestasi 15 tahun. Tujuannya supaya untuk kita melangkah ke hadapan tentunya tempoh 15 tahun tu ada banyak suri teladan.

Saya fikir dari sudut keupayaan menarik pelaburan dan mencipta peluang pekerjaan, kita menunjukkan prestasi yang membanggakan walaupun dalam tempoh itu ada turun naiknya dari sudut kebajikan saya fikir ini kekuatan kita yang tersendiri bukan sahaja Pulau Pinang bahkan Selangor negeri yang kita menjadi kerajaan, dasar yang dianggap sebagai pro-rakyat itu sangat terserlah bantuan tunai yang kita mulakan dan memberi manfaat kepada setiap segmen rakyat di negeri ini Orang Kelainan Upaya, warga emas, suri rumah dan segala macam yang sedia kita maklumkan dan itu kekal menjadi polisi kerajaan sehingga hari ini. Hal itu boleh kita lakukan tentu sahaja kerana pengurusan kewangan yang cekap dan baik. Hasil negeri kita manfaatkan sebaik mungkin dan lebihannya itu kita salurkan kepada rakyat. Prestasi dua Kerajaan Tempatan secara relatifnya dari sudut kebersihan longkang yang dibersihkan, prestasi pungutan sampah dan kebelakangan ini saya perhatikan di beberapa lokasi dalam inner city of George Town dengan izin ya ada inisiatif pengindahan lorong belakang yang sedang berjalan. Ini tentu sahaja akan memberikan peningkatan dari sudut keindahan bandaraya dan sekaligus memberikan makna yang besar kepada peningkatan gaya hidup (quality of life). Pada masa yang sama Dato' Speaker, sementara kita boleh berbangga dengan pencapaian itu maka ada juga berapa aspek yang kita perlu beri tumpuan. Pertama, bercakap tentang Pulau Pinang kita tak boleh lari daripada sekurang-kurangnya tiga (3) perkara. Pertama, pembangunan lereng bukit, pemuliharaan kawasan garden atau taman dan bangunan-bangunan warisan. Saya melihat dan menganjurkan bahawa Kerajaan Negeri harus mengambil pendekatan berhati-hati, (dengan izin)…cautious approach, pembangunan lereng bukit untuk tujuan komersial misalnya, Kita tahu bahawa pemaju mereka bukannya charity organization mereka masuk berniaga untuk tujuan keuntungan. Kalau yang dibangunkan itu adalah perumahan kita harus tahu bahawa polisi Kerajaan Negeri, dasar Kerajaan Negeri, perancangan Kerajaan Negeri sementara kita bersikap pro bussiness tetapi aspek kebajikan rakyat terutama golongan bawahan tidak boleh kita kompromi sama sekali. Kerajaan Negeri harus menggunakan atau leverage position kerajaan bertolak daripada acuan dasar dan prinsip ini untuk memaklumkan atau communicate dengan developer bahawa membangunkan satu projek terutama di kawasan lereng bukit sementara nak memenuhi tuntutan maknanya jenis rumah yang dibangunkan, ianya harus juga dipadankan dengan demand perumahan oleh untuk rakyat di negeri kita ini harus tak boleh berlaku mix match tu kalau dengan izin ya. Bermaksud dasar kita, prinsip pembangunan kita, perancangan pembangunan kita, pemaju ini harus disampaikan makluman kepada mereka bahawa kamu boleh bangunkan high ends housing project tetapi pendirian dan polisi Kerajaan Negeri adalah kamu juga harus mengambil kira the interest of the poors. Jadi ini peranan Kerajaan Negeri kerana pembangunan lereng bukit ini dia biasanya datang dengan kesan dia, kesan alam sekitar dan sebagainya. Jadi itu yang saya nak anjurkan pendekatan yang bersifat berhati-hati. Kita tahu bahawa tuntutan guna tanah juga sangat mendesak di sebelah pulau sebab itu wujud projek tebus guna ataupun reclaim. Yang ini saya fikir kerajaan juga harus memaparkan atau menunjukkan dasar yang prihatin, simpati dan pro rakyat sudah tentu cabaran kepada kita adalah mencapai keseimbangan di antara memenuhi keperluan dan tuntutan pembangunan dan pada masa yang sama ada segmen dalam masyarakat kita ini khususnya golongan nelayan yang terkesan dengan pencemaran alam sekitar, dengan sumber ikan yang semakin terhad, dengan tekanan inflasi dan dasar kerajaan yang saya maksudkan untuk kita terjemahkan sebagai manifestasi kepada sikap pro rakyat kita adalah mesti dalam bentuk skim bantuan yang lebih tangible kepada golongan ini. Targeted bersasar mereka ini di mana, siapa mereka ini, data yang berkaitan, pendekatan yang Kerajaan Negeri ambil jika kita tunjukkan sikap yang lebih pro rakyat tanpa mengabaikan kepentingan tuntutan pembangunan harus juga diberikan tumpuan itu perkara yang kedua.

Perkara ketiga adalah tidak semua perkara menguruskan negeri dan rakyat ini boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri sebab itu dalam masyarakat kita ini, ada golongan yang kita ambil sebagai golongan masyarakat sivil atau NGO dan mereka ini vibrant dengan izin aktif. Ada segmen masyarakat yang Kerajaan Negeri tak bagi tumpuan pun. Contohnya kita sedar dalam masyarakat kita ni ajal maut, jodoh, rezeki, pertemuan hanya Tuhan tentukan. Jadi untuk segmen masyarakat yang sudah melewati usia tua kalau ikut laporan perubatan itu dikenal pasti masalah penyakit dan sebagainya mereka mungkin ada beberapa bulan dan mereka ini menjadi tanggungjawab keluarga dan masyarakat. Di sana ada NGO yang mengisi peranan itu, hospice misalnya. Kalau di Singapura, Kerajaan Singapura dia bagi terang-terang. Dia kata kerajaan Kementerian Kesihatan takkan terlibat untuk menguruskan segmen ini tapi kalau ada NGO serta masyarakat sivil, kerajaan akan facilitate dana ataupun bantuan logistik. Saya fikir yang ini harus ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri sekarang mungkin ada, kita menyediakan mungkin cukup dan mungkin tidak cukup. Kita provide we do provide tapi mungkin belum cukup lagi tak inadequate kita kata. Jadi mereka ini mengisi dengan cara menjayakan program ini melalui volunteers, sukarelawan masyarakat sivil dan kerana peranan mereka itu mereka melegakan tanggungjawab kerajaan dan ini saya fikir kita tidak wajar terlepas pandang golongan mana yang mereka tangani ini yang terminally ills ya…(gangguan). Ketua Pembangkang….(gangguan). Terima kasih saya rasa terhormat menerima celahan Ketua Pembangkang. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang dibangkitkan dan diutarakan oleh Pantai Jerejak berkaitan dengan pembangunan lereng bukit, tambakan laut dan tertarik dengan saranan supaya Kerajaan Negeri melihat kepentingan rakyat, kepentingan golongan bawahan perlu dilihat dalam kita membangunkan projek-projek pembangunan rumah, pusat komersial, tambakan laut dan sebagainya. Dan apa yang saya lihat, apa yang saya nampak terdapat projek-projek yang dilaksanakan tidak mengambil kira sama ada dari segi alam sekitar dan sebagainya tak diletakkan benda tu di hadapan, tak diletakkan kepentingan rakyat tu di hadapan dan pandangan daripada rakyat juga kadang-kadang tidak diambil kira, bantahan dan sebagainya. Pandangan NGO yang berkaitan dengan alam sekitar juga tak diambil kira. Jadi setujukah Yang Berhormat Pantai Jerejak kalau kita meminta Kerajaan Negeri supaya melihat kembali tentang isu-isu ini supaya kekuatan Kerajaan Pakatan Harapan akan terus kekal saya nampak dia sekarang ini semakin menurun sedikit kerana isu-isu ini, kerana isu-isu rakyat, isu-isu alam sekitar dan sebagainya. Jadi benda ini kena tengok balik contohnya pandangan daripada bantahan daripada rakyat perlu dilihat bab asrama pekerja dan sebagainya. Kita kena ada satu ada satu alternatif lain untuk kita melihat bahawa benda ini di ambil tindakan oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, jelas.

Terima kasih rakan saya dari Ketua Pembangkang. Kerana itu Dato’ Ketua Pembangkang peranan kita dalam Dewan ini peranan semak dan imbang. Peranan pemantauan ya, peranan membuat polisi dan dasar. Okey, tu peranan kita. Jadi, inilah platform terbaik. Apakah usaha engagement di buat? Jawapannya ada. Ya di peringkat Kerajaan Negeri. Di peringkat parti, kami sendiri pun Presiden Keadilan, dialog berjumpa dengan mereka yang terlibat, dengar dan

menyampaikan mengikut saluran. Okey. Apakah Kerajaan Negeri langsung tidak mengambil kira? Tidak tepat yaa melalui maklumbalas yang kita terima proses itu berterusan dilakukan dan sehingga perkara itu mencapai penamatnya. Ruang sangat terbuka untuk kita terus menyampaikan pandangan. Kita bukan sahaja bercakap tentang isu tebus guna tanah di Negeri Pulau Pinang ya, Johor, Melaka, Kedah di Langkawi itu nilainya sampai RM40 billion tandatangan dengan bekas Perdana Menteri dari Pagoh dahulu melibatkan sebuah kerajaan sebuah syarikat dari Dubai ya. Itu mengikut kepentingan perancangan Kerajaan Negeri masing-masing. Tapi dalam konteks kita Dato’ Ketua Pembangkang saya sendiri melalui engagement penglibatan yang berterusan. Saya sampaikan dalam siri-siri pertemuan saya dengan Ketua Menteri kalau tidak melalui kenyataan media oleh pimpinan parti kami sekalipun, kami minta berjumpa saya duduk dengan beliau dua tiga jam sampaikan saya berjumpa dengan TYT, Tuan Yang Terutama Gabenor sampaikan saya mengambil pandangan dan menyampaikan terus.

Isunya adalah dari satu city permintaan guna tanah itu sangat tinggi. Kalau di bagi pilihan pulau atau tanah besar, dia pilih pulau lah, okey. Kemudian Kerajaan Negeri mesti di lihat bahawa polisi kita dalam mengurus isu ini mesti ada probusiness ya, pada masa yang sama cabaran satu lagi adalah menghadkan impak atau kesan kepada polisi itu ya, kerana itu titik keseimbangan itulah menguji kebijaksanaan kita dalam membuat penilaian, kerana itu saya menggunakan syor bahawa pendekatan berhati-hati dan menghadkan impak negatif supaya kita mencapai keadaan menang-menang. Itu cabaran mana-mana kerajaanlah, Kerajaan Dubai sekalipun yang cukup terkenal dengan projek tebus guna tanah yang terulung lah di negara kita pun menghadapi kesan yang sama. Dalam kunjungan saya ke Dubai pada bulan Disember lepas mengadakan kunjungan dan pertemuan kepada Presiden dan CEO Nahel Group. Nahel Group ya dan Sheikh Rashid Lootah dia memberikan pandangan yang serupa tentang cabaran-cabaran ini. Akan ada kos melepasnya itu, tapi terima kasih Dato’ Ketua Pembangkang kerana tertarik dengan idea yang saya lontarkan. Saya tadi Dato’ Speaker menyebut bahawa ada NGO yang menjalankan peranan yang kerajaan tak buat. Macam saya bagi contohkan Singapore dia clear, bantuan dana silakan. Logistik kami bagi kami sendiri melalui kementerian tak akan buat tapi kita tau kewujudan mereka ini, NGOnya kita tahu di mana siapa mereka yang jalankan. Mereka menguruskan orang yang melewati usia-usia hujungnya yang memberi kesan kepada keluarga mereka dan masyarakat juga dan NGO sini ada peranan dan apa namanya saya suka mengambil peluang untuk menganjurkan supaya Kerajaan Negeri boleh memberi sedikit perhatian terutamanya dari segi dana dan juga bantuan logistik. Saya tahu hal ini boleh dilakukan seperti mana kami memulakan inisiatif Mutiara Food Bank pada tahun 2017 dan hari ini membesar dan ikut dicontohi oleh beberapa pihak. Kerajaan Negeri memberikan sokongan dari segi logistik dan dana. Tapi waktu kita mulakan pada 1 Mei 2017 kami mulakan dengan kosong sehingga bila dia memberikan impak, Kerajaan Negeri tampil memberikan dokongan. Saya fikir kaedah yang sama boleh dijalankan.

Gooi Hsioa-LeungPKR · PHBukit Tengah

Yang Berhormat Pantai Jerejak, Yang Berhormat boleh saya mencelah sedikit? Mendapat pandangan Yang Berhormat. Yang Berhormat saya tertarik dengan isu yang dibawa oleh Yang Berhormat tentang peranan NGO dalam membantu sektor-sektor yang tertentu. Saya dengan khususnya ingin bertanya ataupun pandangan YB. isu kebajikan.

Kita lihat sekarang pun bahawa negara kita sedang menghala kepada satu negara di mana orang warga semakin menjadi tua. We are approaching aging population tetapi pada masa yang sama kita lihat welfare services ataupun perkhidmatan kebajikan yang disediakan tidak seimbang untuk kita prepared menyediai negara kita itu, negara kita ini untuk menjaga golongan

ini. Saya bagi satu contoh walaupun kita ada bagi bantuan kewangan, institusi-institusi jagaan untuk warga emas seperti rumah Seri Kenangan, seperti Rumah Ihsan yang dibina di negeri-negeri lain oleh Kerajaan Persekutuan tidak dapat perhatian yang sama. Di Pulau Pinang kita tidak ada satu Rumah Seri Kenangan yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan sendiri. Kebanyakannya di urus oleh actually I think tidak ada satu pun old folks homes yang diuruskan oleh kerajaaan dan kesemuanya adalah dari sektor, private sector ataupun NGO-NGO. Jadi persoalan saya adalah sama ada kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan ataupun Kerajaan Negeri boleh membuat lebih untuk yang pertama memberi sokongan dan dorongan kepada sektor, privet sector ataupun NGO-NGO untuk meningkatkan lagi services ini kepada warga emas dan yang kedua adakah they should be restructuring of our dasar-dasar khusus kepada menjaga warga emas. Sebab kalau saya lihat pun Dato’ Seri kalau kita pergi banyak tempat kampung masih lagi ada kita selalu pergi lawat we see a lot of old people yang cukup miskin dan tak berupaya untuk menjaga mereka sendiri and they don’t have any support …(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey Bukit Tengah. Kita dengar jelas.

Gooi Hsioa-LeungPKR · PHBukit Tengah

So saya ingin dapat pandangan YB.

Terima kasih rakan saya dari Bukit Tengah. Dato’ Yang di-Pertua, makanya kita terima hakikat kita harus menerima hakikat tidak semua urusan dalam menguruskan negara dan negeri ini terpikul pada bahu kerajaan. Kerajaan menyediakan kepimpinan, kerajaan mengadakan polisi, kerajaan menyediakan peruntukan, kerajaan ada agensi tetapi di sana juga ada aspek di mana peranan pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat sivil lebih berkesan. Jadi peranan kerajaan adalah jika perlu Bukit Tengah melakukan anjakan dari segi polisi. Saya dengan sahabat saya Air Putih, kami berpeluang Dato’ Speaker tak lama lebih kurang 22 bulan. Apa fakta di hadapan kita soal tentang dasar kebajikan kerajaan kita. Saya sebut semalam dalam kos sara hidup satu daripada sumber pendapatan rakyat negara kita adalah bantuan tunai kerajaan, bantuan subsidi. Kita sekarang, kita sedang bersidang ni angka subsidi kerajaan kepada rakyat jumlahnya RM27 billion. Satu kajian dibuat impak bantuan subsidi kepada rakyat, impak ini dilaporkan dalam OACD Report terhadap negara kita impaknya zero. Kalau bantuan subsidi itu tujuannya untuk mengeluarkan rakyat daripada kemisikinan. Impaknya zero. Dalam kes tadi yang dibuat oleh Profesor Amjat Palastine dan Profesor Jomo yang diantik oleh KWSP untuk membuat kajian itu ya puncanya adalah kerana ketirisan. Di Klang Valley daripada 10 yang layak menerima bantuan BR1M yang layak terima yang terima sebenarnya tiga (3) sahaja. Tujuh (7) lagi tu tercicir sebab apa dia tahu ada skim BR1M tapi dia tak tau kat mana nak lapor atau nak daftar. Dia tau ada bantuan BR1M, dia tau kat mana nak daftar tapi dia sibuk buat tiga (3) pekerjaan dalam satu hari. Dia cari barang di tempat buang sampah, barang lusuh, dia kerja di gerai cuci pinggan ambil upah jadi dia tak ada masa akhirnya dia tercicir. Yang paling teruk adalah kerana yang tak layak ambil BR1M pun ada dalam senarai. Yang ni saya dengan sahabat saya kami buat data analyst berdasarkan pada daftar JPJ, daftar income tax, daftar kebajikan, kami ambil 17 agensi kami saring data itu data penerima BR1M, Ketua Pembangkang yang 10 juta kita bagi, tujuh lapan tahun sebelum pakatan harapan pindah jadi

bantuan sara hidup, 30% daripada 10 juta itu yang ada BMW, merelit kat rumah. Yang ada kereta mewah yang tak layak dapat selamber je dia masuk dalam senarai penerima. Jadi kami eliminate, kami buang semua perkara itu. Jadi isunya adalah ketirisan dan miss target. Jadi saya setuju Bukit Tengah kita menuju ke usia negara tua, aging population dia bagi kesan kepada kos kesihatan, perumahan, makanan dan mereka bukan usia produktif bekerja sebaliknya mereka bergantung kepada ahli keluarga yang bekerja. Jika ada segmen civil society and NGO yang berpeluang mengisi peranan ini saya anjurkan Kerajaan Negeri untuk memberi sokongan dengan apa cara sekali pun.

NGO yang kedua yang memberi tumpuan kepada pendidikan ini. Dato’ Speaker adalah Bureau On Learning Difficulties. Ini mereka ini sasarkan kepada anak-anak yang slow learning ini atau lembab dalam bahasa kita ataupun hyperactive ini. Pendekatannya apa? pendekatannya mereka motivate anak-anak ini dengan pendekatan art, seni, ya. Mencintai aspek warisan, sejarah, alam sekitar, teater, lukisan, fotografi, nyanyian, tarian. Kreatif cara pendekatan mereka. Jadi kelompok ini kelompok sasaran anak-anak sekolah yang mempunyai masalah pembelajaran ini mereka boleh menjadi sebahagian daripada masyarakat kerana inisiatif yang didokong atau digerakkan oleh NGO seperti ini. Sama juga saya berpendapat supaya Kerajaan Negeri tidak menjadikan mereka ini kelompok yang tertinggal. Kalau sebelum ini kita tertinggal tapi saya mohon untuk ianya diketengahkan.

Dato’ Speaker saya minta izin sikit untuk, bangkitkan beberapa isu kawasan saya. Dato’ Speaker, Projek Jambatan Perkhidmatan Pembentungan Kementerian Alam Sekitar melalui Kontraktor Widad Builder dengan kos RM 171 juta ini betul-betul merimaskan penduduk di Pantai Jerejak. Kesesakan jalan raya yang berlaku. Ancaman nyawa kerana lubang tak ditutup, ada yang meninggal pada 6 Disember. Kemudian projek ditangguh, ditangguh dan ditangguh. Saya telah bangkitkan kepada menteri berkenaan di peringkat Parlimen masih tak buahkan hasil. Saya mohon sangat Dato’, Ketua Menteri supaya dapat mengangkat perkara ini atas kapasiti sebagai wakil rakyat kawasan berjumpa dan mendengar keluhan itu sudah maksimum tapi kita ada limit kita kerana itu dah masuk territory kementerian dan juga kontraktor. Jadi menangguh berulang kali kemudian keperluannya sangat mendesak. Dia dah siap hampir 85 peratus dah, kemudian terbengkalai begitu sangat tidak bagus untuk masyarakat atau rakyat di Pantai Jerejak.

Dato' Yang di-Pertua saya ucap terima kasih banyak Kerajaan Negeri kerana Projek Tebatan Banjir Bayan Baru dengan empat (4) pam telah beroperasi. Ini RM20 juta hari ini akan melegakan dari sudut ancaman banjir di kawasan kami tapi pada masa yang sama saya juga nak mohon sangat sokongan Kerajaan Negeri untuk menyegerakan atau menyokong kelulusan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Nibong. Ini di bawah JPS Barat Daya, sebab ini kalau dapat diteruskan ini sebab satu pam saja ini kerana belanjanya lebih kurang dari RTB Bayan Baru sebab aduan daripada rakyat di kawasan saya di Perumahan Pantai Jerejak, Jalan Aziz Ibrahim tapi Batu Uban juga tentu akan dapat manafat kalau RTB ini lulus ya. Kawasan Sungai Dua saya mohon sangat melalui ucapan Dewan ini supaya Kerajaan Negeri memberikan keutamaan kepada kelulusan RTB Sungai Nibong untuk disegerakan. Itu akan memberikan kelegaan dari segi ancaman banjir.

Dato’ Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih banyak-banyak kepada Kerajaan Negeri kerana memilih five point block di Mahsuri kawasan kami sebagai projek rintis untuk Pembangunan Semula. Buat masa ini rumah tu saiznya 350 ke 550 kaki persegi ja. Kalau aspek kualiti of life sangat tak kondusif ya dengan keadaan pencahayaan yang itu, kesesakan dan itu mempengaruhi pembesaran anak-anak dalam keluarga kerana itu mereka memilih kadang-kadang untuk berada di luar rumah dalam masa yang mereka tak sepatutnya berada di dalam. Bila Kerajaan Negeri telah memulakan rundingan ini dah sampai hujung dah apa hujungnya bahawa perbincangan dengan tuan punya rumah, dia separuh daripada tuan punya rumah ni tak

duk situ pun, dia sewakan tapi apa pun Lembaga Perumahan telah melakukan kerja yang sangat cemerlang. Mereka telah dapat mencapai berapa konsensus tentang saiz rumah yang akan dibina 850 kaki persegi dan itu melegakan cuma di sana adalah berapa permintaan lagi. Mereka diberi peluang untuk memilih tingkat mana mereka nak tinggal supaya maintenance fee itu pada kadar yang lebih munasabah mereka tuntut supaya green lounge area dapat diadakan. Saya fikir itu kemudian boleh tapi proses pertama adalah kalau ini berjaya kita laksanakan kick off saja maka dia akan memberikan keyakinan lebih besar kalau kawasan saya tu Mayang Sari, Jalan Tengah dan Blok 55 dia akan tengok orang putih kata ‘seeing is believing’, Lama dah kita cakap enam, tujuh tahun rupanya betul berlaku projek pembangunan semula ini. Jadi saya mohon supaya ianya dapat disegerakan. Dato' Yang di-Pertua saya nak point saya yang terakhir saya nak gulung. Pulau Pinang ni telah dijadikan sebagai hub Fire Fly untuk sektor penerbangan Pulau Pinang-Kota Kinabalu, Pulau Pinang-Kuching, Pulau Pinang-Johor Bahru mulai 1 Mei baru ini, Fire Fly bukan lagi pesawat kecil dah dan sekarang dia ada white body dan hub nya Pulau Pinang okey, dan sekarang baru masuk sebulan. Saya berpendapat ini peluang terbaik peluang besar kepada Kerajaan Negeri untuk menggalakkan sektor pelancongan dan trickle down benefit kepada pelbagai faktor lain khususnya daripada rakyat Negeri Sabah, Johor dan Sarawak. Saya percaya hal ini boleh kita manfaatkan. Saya sebut tadi Dato' Speaker, masa kunjungan saya ke Dubai Expo bulan 12 yang lepas dan berjumpa beberapa pemimpin GLC Kerajaan Dubai mereka sangat asing dah hampir tak dengar prospek pelancongan domestik daripada negara kita. Mereka tahu Vietnam, mereka tahu Filipina, mereka tahu Indonesia bahkan Dubai ini dia menjadi hub kepada buah-buah pemasaran buah-buahan tropika untuk sektor Middle East sana dia jadi hub makanan buah-buahan tropika, saya tanya di mana dapat buah? Dari Indonesia, dari Thailand, dari Vietnam. Kita buah rambutan, buah dokong, buat segala macam musim buah tak sampai, dia tak ada maklumat, jadi saya suka mencadangkan Ketua Menteri untuk kalau boleh diatur satu kunjungan rasmi dengan Kerajaan Dubai ini melalui, kita boleh saja buat hubungan langsung dengan mereka melalui networking yang ada, sebab prospek itu saya tengok sangat besar bila saya ceritakan tentang prospek industri pelancongan domestik, mereka tertarik, sangat tertarik. Saya terkejut kerana buah-buahan tropika mereka jadi hub. Maknanya mereka ambil daripada buah tropika daripada negeri Asian ini, mendarat saja Dubai mereka lah yang pasarkan atau merekalah yang edarkan ke negeri-negeri di blok Arab sana dan sedangkan kita memang kalau musim buah tu berlambak-lambak, dokong ni tak ada harga pergi ambil lah di atas pokok sampai begitu. Jadi saya percaya potensi tu sangat luas, jadi dengan pandangan yang sangat sederhana saya tadi sampaikan tentang 12 bulan menjelang pilihan raya kita akan serah nasib kita kepada rakyat, 15 tahun prestasi kita dari pelbagai aspek, perkara yang kita patut beri tumpuan melibatkan soal pembangunan lereng bukit ,tebus guna tanah, aspek kebajikan, kemudian perhatian kepada kelompok NGOs yang mengambil peranan membantu kerajaan tetapi mereka perlukan perhatian dan sokongan kita, kemudian saya bangkitkan berapa isu di kawasan saya, itu melengkapkan ucapan saya Dato’ Yang di-Pertua saya ucapkan terima kasih dan saya menyokong usul ucapan TYT, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Pantai Jerejak. Yang Berhormat Penaga sila.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. (Bacaan Doa). Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, seluruh Ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, Ketua-ketua dan juga Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. Salam pembuka mohon disambut, salam hamba harap berbalas, usul yang baik mohon di sambut, ADUN Penaga mohon berbahas. Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua kerana memberi ruang untuk saya turut berbahas bagi ucapan Tuan Yang Terutama Tun Ahmad Fuzi bin Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri sempena Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ke-14 pada 27 Mei 2022. Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita dikejutkan dengan satu insiden lagi kejadian bunuh diri, terjun daripada jambatan Pulau Pinang sekitar jam 5.30 pagi tadi jadi hari ini, mood rasa kurang seronok, sebab perkara ini amat membimbangkan kita semua. Seorang lelaki berbangsa India berusia, baru berusia 22 tahun yang difahamkan dan sekarang ni pihak Bomba sedang mencari dan menyelamat mangsa lemas dan ini perlu diberi perhatian oleh kita semua, kerana kita melihat statistik kes bunuh diri di jambatan ni setiap tahun meningkat daripada tahun 2019, lapan (8) kes, tahun 2020 sebabkan pandemik menurun kepada enam (6) kes tapi tahun 2021 meningkat kepada 12 kes dan tahun ini daripada Januari sehingga Mei 15 kes dan hari ini 1 Jun ditambah dengan satu (1) kes menjadikan jumlah 16 kes untuk kali ini. Kejadian yang diakibatkan oleh gangguan atau masalah kesihatan mental semakin membimbangkan di negara kita. Penyakit ini berpotensi menjadi penyakit kedua terbesar kepada rakyat Malaysia selepas penyakit jantung. Bulan Jun ini, satu insiden yang berlaku pada pagi tadi dan kalau bulan lepas lapan (8) kejadian kes terjun jambatan, empat (4) daripada lapan (8) diselamatkan dan empat (4) terbunuh ataupun meninggal. Jadi kita tak nak jambatan Pulau Pinang sebagai mercu tanda negeri kita nantinya menjadi masyhur ataupun disebut sebagai tempat berpotensi ataupun tempat yang menarik orang untuk membunuh diri. Daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim, kita melihat kes terjun diri ini ataupun kes bunuh dan terjun daripada jambatan ini setiap tahun meningkat sepertimana saya sebut dan punca kes ini disebabkan saya melihat yang pertama masalah kesihatan, yang kedua masalah kekeluargaan dan ketiga masalah isu kewangan apatah lagi kali ini negara kita juga terbeban dengan kos sara hidup sebagaimana yang telah dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa menjelang tahun 2030 kemurungan akan menjadi nombor satu (1) bebanan kesihatan global. Dalam Islam, penjagaan akal (Hifz al-'Aql) termasuk di antara objektif Pensyariatan Islam yakni Maqasid Syariah, Islam menuntut supaya setiap penyakit dirawat dan diubati mengikut kaedah terbaik yang tidak bercanggah dengan syarak. Justeru mendapat bantuan daripada pihak profesional dan keahlian adalah satu tuntutan agama berdasarkan firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam Surah An-Nahli yang bermaksud "Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-Rasul sebelumMu wahai Muhammad melainkan dari kalangan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu, bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan, jika kamu tidak mengetahui”. Maka kes-kes seperti ini perlu dirujuk kepada golongan profesional ataupun orang-orang yang berpengetahuan supaya dapat diselesaikan. Selain itu, kerajaan juga boleh mengambil tindakan membendung penyakit ini dalam masyarakat menerusi langkah-langkah berikut; yang pertama pewujudan persekitaran kerja yang harmoni, yang kedua membentuk sokongan sosial yang utuh, yang ketiga pengukuhan institusi kekeluargaan. Inisiatif-inisiatif ini penting bagi merealisasikan misi Penang2030, Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga.

Dato’ Yang di-Pertua, Isnin lepas 30 Mei bagi pihak pembangkang kami telah menerima tiga (3) memorandum daripada masyarakat ataupun daripada penduduk daripada tiga (3) pihak yang berbeza. Pertama, memorandum yang diterima daripada jawatankuasa bertindak membantah cadangan pembinaan asrama warga asing di Bertam, yang kedua memorandum yang diterima oleh pihak Pembangkang datangnya daripada persatuan penduduk dalam Shaik Madar dan yang ketiga memorandum daripada penduduk Kampung Paya Teluk Kumbar. Memorandum yang pertama yang kami terima ialah berkaitan isu pembinaan asrama warga asing yang ingin dibina di Bertam yang kita melihat dalam tempoh persidangan ini banyak pihak sudah membahaskan isu ini jadi hari ini saya tak berhasrat untuk panjangkan berkaitan dengan bantahan penduduk di Bertam yang saya difahamkan di dalam DUN Pinang Tunggal yang juga terletak di Teluk Kumbar di bawah DUN Bayan Lepas didengari dan tidak dibina asrama tersebut demi keharmonian penduduk. Dalam jawapan bertulis yang saya terima saya dapati kebanjiran warga asing turut menambah kedai-kedai yang mereka operasi secara haram. Pada tahun 2020 sahaja MBSP menyerbu 51 buah kedai manakala tahun 2021 meningkat kepada 99 buah kedai haram yang kita melihat warga asing ini turut berniaga dan ini memberi ataupun mengakibatkan tekanan dan bebanan kepada peniaga-peniaga tempatan. Kita boleh bayangkan sekiranya semakin ramai dimasukkan maka akan bertambah lagi kedai-kedai yang terpaksa diserbu. Ini belum dilihat lagi dalam isu masalah sosial di kawasan-kawasan terbabit dan juga isu jenayah yang turut kawasan jenayah yang meningkat, kes jenayah yang meningkat disebabkan oleh kebanjiran warga asing. Merujuk dengan sahabat saya ADUN Bertam sebagai peguam memang kes-kes mahkamah kita melihat ada kes-kes jenayah yang melibatkan warga asing. Sebab itu kita perlu beri perhatian dan pandangan yang kedua pembangunan semula di kawasan ataupun di Jalan Shaik Madar. Isu ini seperti yang telah dibawa oleh rakan juga daripada YB. Permatang Berangan kelmarin untuk tambahan daripada jawapan bertulis yang saya terima, pampasan akan diserahkan sepenuhnya kepada pemaju untuk diselesaikan. Diharap pihak Kerajaan Negeri tidak lepas begitu sahaja perbincangan ini memandangkan penduduk tidak ada tempat lain untuk tinggal sekiranya diarah keluar dan telah lama mereka telah lama menyewa di sana. Diharap juga perancangan yang dibuat dapat menyelesaikan segera masalah banjir di kawasan mereka memandangkan masalah ini dalam kawasan keutamaan pembangunan satu. Pampasan ini perlu dijelaskan sebab dalam jawapan yang diberi apabila saya bangkitkan soal pelan pembangunan Kampung Shaik Madar ini, jumlah pampasan tidak disebut dengan jelas dan belum dimuktamadkan hanya diserahkan kepada pihak pemaju dan sebab itu Kerajaan Negeri perlu campur tangan dan sekurang-kurangnya pampasan itu boleh memberi keselesaan kepada penduduk-penduduk Kampung Shaik Madar ini mungkin ataupun mereka akan terpaksa mencari kediaman baru untuk kehidupan mereka selepas ni. Dato’ Yang di-Pertua begitu juga dengan bantahan memorandum yang ketiga yang kami terima, bantahan ketiga, datang daripada penduduk Kampung Paya, Teluk Kumbar. Kampung ini telah juga lama wujud dikatakan lebih 100 tahun yang lalu dan terdapat 70 buah rumah di sini. Masalah mereka ialah apabila kawasan ini nak dimajukan mereka hanya mendapat pampasan yang tidak setimpal iaitu RM48,000 sahaja dari pemaju sedangkan harga kos rendah yang dibina Kerajaan Negeri pun berharga RM72,000. Bagi mereka yang kebanyakannya nelayan sudah tentu tidak mampu untuk membuat pinjaman bank. Daripada jawapan bertulis yang saya terima juga kerajaan menyerahkan perbincangan ini dengan pemaju dan kerajaan hanya memantau. Daripada apa yang saya faham dalam memorandum ini, tindakan ini tidak akan menyelesaikan masalah yang berlaku dengan sebab itu saya melihat perlu campur tangan yang serius oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan permasalahan penduduk-penduduk Kampung Paya Teluk Kumbar. Dato' Yang di-Pertua…(gangguan).

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Mohon pencelahan, terima kasih kepada ADUN Penaga. Dato’ Speaker apabila dibangkitkan isu Kampung Paya kononnya seolah-olah tiada tindakan daripada Kerajaan Negeri saya sebenarnya sebelum jadi wakil rakyat lagi sebagai Pegawai Penyelaras DUN saya telah ambil alih isu ini bagi membela penduduk di dalam kawasan berkenaan, untuk pengetahuan YB. Penaga sebanyak 67 buah rumah yang terlibat dengan pengambilan ataupun untuk dimajukan kerana tanah-tanah mereka ini yang dipunyai oleh Airmas Group untuk dibangunkan projek Rumah Mampu Milik. Dan untuk maklumat juga saya telah bantu menyelesaikan sebanyak 39 rumah atau 39 keluarga bagi mendapatkan rumah ganti ataupun membantu mereka untuk mendapatkan rumah sama ada di dalam DUN Bayan Lepas atau yang terakhir sekarang ini K-PARK. 39, yang mana 24 lagi mereka ini telahpun menandatangani persetujuan untuk menerima pampasan sebanyak RM48,000.00. Hanya empat (4) sahaja yang tidak menandatangani, yang tak ada respon, jumpa YB. pun tak, jumpa pemaju pun tak. Jadi jika dikatakan saya dan juga Kerajaan Negeri tidak membantu, maka itu adalah tidak benar saya bersama dengan Bahagian Perumahan dengan Lembaga Perumahan sentiasa mengalu-alukan jika mereka perlukan bantuan kita. Cuma apabila kita menyelesaikan isu ini banyak rencam dia. Ada yang nak dua (2) biji rumah, ada yang kata dalam rumah dia 11 orang. Macam mana kita nak bantu. Dan dalam masa yang sama apabila sampai ke tahap ini kita telah bantu dapatkan rumah RM42,000.00 ada yang ada yang dapat RM72,000.00. Apabila 39 buah rumah ini telah selesai, yang 24 rumah ini macam tergantung-tergantung. Jadi apabila nak di rundingkan semula agak susah. Dalam Teluk Kumbar itu hanya ada rumah RM72,000.00, tetapi yang diberikan oleh pemaju hanya RM48,000.00. Terima Kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey.

Terima kasih pada Y.B. Bayan Lepas atas penjelasan yang telah diberi berhubung dengan isu yang saya bangkitkan Kampung Paya, Teluk Kumbar. Sebagaimana saya sebut, saya tak sebut Kerajaan Negeri lepaskan tangan ataupun tak ambil perhatian oleh Yang Berhormat. Dan saya yakin Yang Berhormat sebagai ADUN kawasan terbabit turut terlibat untuk menyelesaikan masalah penduduk-penduduk Kampung Paya Teluk Kumbar ini. Tapi sebagai mana yang saya sebut lah dalam memorandum yang diterima. Memorandum ini memang kita terima ditekankan agar pampasan yang nak diberi mesti setimpal kerana kalau mereka dikeluarkan dan mereka nak beli Rumah Kos Rendah yang dibina oleh Kerajaan Negeri disitu pun dengan jumlah RM72,000.00 sedangkan pampasan yang mereka terima adalah RM48,000.00. Itulah yang saya minta supaya kerajaan turut menangani dan kalau ini berjaya mungkin ini boleh menaikkan imej negeri dan YB. pun mungkin kekal satu penggal lagi dikawasan terbabit.

Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Soalan yang sama kah?

Cuma saya nak rekodkan dalam hansard berkaitan dengan Jawatankuasa Bertindak Bantahan Bertam dan juga Jalan Sheikh Madar. Supaya pihak Kerajaan Negeri mengambil kira pandangan-pandangan dan juga bantahan daripada penduduk berkaitan dengan bantahan ini sama ada dilihat dibuat libat urus untuk membincangkan tentang isu di Bertam dan di ambil kira pandangan-pandangan penduduk tentang bentuk industri yang akan dibuat supaya boleh mengelakkan daripada isu-isu yang akan timbul pencemaran dan sebagainya. Impact Social dan sebagainya. Begitu juga dengan pembinaan asrama juga perlu melihat dari segi pandangan bantahan NGO penduduk kawasan itu…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Ok, Sungai Dua.

Keduanya Syeikh Madar juga perlu juga dibuat libat urus untuk menyelesaikan masalah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Nanti kita dengar dari EXCO. Sila,

Terima Kasih YB. Sungai Dua atas celahan dan juga pandangan yang telah diberi, boleh dimasukkan dalam ucapan saya juga. Dato’ Yang di-Pertua, sejarah Islam di Pulau Pinang dalam ucapan TYT saya tertarik dengan Projek Al-Hadis Center (AHC) yang dirasmikan oleh TYT yang merupakan Pusat Kajian Pemikiran dan Ketamadunan Islam Negeri Pulau Pinang. Fungsi utamanya adalah memfokuskan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) Ummah di Pulau Pinang. Dato’ Yang di-Pertua, Pulau Pinang telah lama disebut dibuka oleh Francis Light pada tahun 1786. Walau bagaimanapun Masjid Batu Uban telah dibina pada tahun 1734. Bagaimana boleh dikatakan orang yang datang dari luar sebagai pembuka negeri sedangkan sudah ada penduduk yang tinggal di negeri ini sebelum daripada tahun 1786? Saya berharap dengan adanya Pusat Al-Hadis Center ini sejarah-sejarah Islam di Pulau Pinang dapat dibongkarkan secara serius dan sejarah sebenar negeri ini dapat dijelaskan agar generasi yang akan datang tidak mendapat maklumat yang salah tentang sejarah Negeri Pulau Pinang yang kita cintai ini. Selain itu juga saya berharap Al-Hadis Centre ini dapat membantu menjadikan kampung-kampung tradisi di Pulau Pinang ini sebagai Kampung Warisan sebelum ditelan oleh pembangunan yang rancak membangun hari ini. Contoh yang boleh saya berikan yang boleh saya berikan ialah Kampung Batu Uban. Daripada jawapan bertulis yang saya dapat kampung ini telah dicadangkan untuk diwartakan sebagai Kampung Warisan dibawah Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang Tahun 2011. Walau bagaimanapun dalam jawapan yang sama saya terima dikatakan masih ada pertimbangan untuk diwartakan kerana tidak mahu menidakkan hak penduduk kampung untuk membangunkan tanah milik mereka. Diharap AHC boleh mengkaji perkara ini dan dapat diselesaikan masa ini. Rugi

apabila kawasan yang ada masjid sebelum kemasukan penjajah tidak dijadikan sebagai Kampung Warisan. Dato’ Yang di-Pertua saya hendak beralih kepada isu-isu tempatan di DUN saya iaitu DUN Penaga. Yang pertama saya nak bangkitkan di sini berkaitan dengan isu kesesakan Jalan Pekan Penaga. Terutama sekali kesesakan kita dapat lihat pada hari Khamis dan juga hari Ahad apabila adanya Pekan Hari. Dan kesesakan ini juga boleh lihat di hari-hari ataupun di musim percutian ataupun hari minggu apabila ramai pengunjung-pengunjung daripada luar, pelancong-pelancong dari luar yang mengunjungi ataupun yang pergi ke satu kawasan pelancongan hari ini yang agak terkenal di Penaga iaitu di kawasan Kampung Ah Gong. Kampung Ah Gong. Bukan di Kampung Agung. Tapi nama asalnya adalah Kampung Ah Gong. Di Bakar Kapur. Ini menyebabkan kesesakan que jem jalan agak ketara. Rungutan ini telah dibangkitkan oleh masyarakat setempat, penduduk setempat ke pusat khidmat saya dan saya minta kepada Pihak Berkuasa Tempatan PBT boleh mengkaji dan melihat mekanisme kaedah bagaimana penyelesaian untuk kita memastikan tidak berlaku kesesakan yang ketara di Pekan Penaga khususnya sebagaimana yang saya sebut tadi pada hari Khamis dan juga pada hari Ahad yang diakibatkan oleh adanya Pekan Hari disitu dan juga pada hari-hari cuti umum apabila ramai pengunjung daripada luar yang masuk ke Penaga…(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Terima kasih Yang Berhormat Penaga. Saya amat tertarik dengan yang apa yang telah dibangkitkan oleh masalah trafik di kawasan Penaga, saya juga ingin menanyakan apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang keluarkan Pelan Induk Pengangkutan di Pulau Pinang tetapi ditentang oleh parti anda juga. Oleh itu saya amat keliru apakah ya, apakah solusi daripada anda untuk menyelesaikan semua masalah trafik ini kalau rancangan-rancangan Kerajaan Negeri ditentang oleh parti anda?

Terima kasih Yang Berhormat Pulau Tikus. Sebagaimana saya sebut, saya ingat dalam Dewan ini Dato’ Ketua Pembangkang dan Dato’ Yang di-Pertua kita tidak tentang dan kita tidak menentang projek-projek yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri termasuk PTMP (Penang Transport Master Plan). Yang kita lawan PSR. Sebab tiada kena-mengena dengan Penang Transport Master Plan…(gangguan).

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

PSR link dengan PTMP juga. Jangan have one without the other. Sebab Kerajaan Persekutaan dah cancel kita punya loan.

Yang di-Pertua (Speaker)

Penaga, masa tak banyak untuk anda berbahas.

Baik terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Tikus bukan sebarang tikus. Tikus datang dari Pulau. Soalan daripada YB. Pulau Tikus saya tak boleh fokus sebab dia bangun untuk kacau.

Jadi saya kembali kepada apa yang sentuh tadi berkaitan dengan kesesakan jalan di Pekan Penaga supaya diberi perhatian juga dan masalah Pekan Hari ataupun Pasar pada hari Khamis dan hari Ahad yang diselenggara di bawah MPKK di situ. Kalau nampak MPKK tidak berfungsi atau tidak berperanan sebab daripada jawapan yang diberi oleh EXCO yang bertanggungjawab bila saya mengemukakan soalan lisan saya dapati bahawa di sana ada syarat yang ditetapkan supaya pihak yang bertanggung jawab ataupun yang mengurus MPSP ini daripada MPKK mesti memastikan keadaan lalu lintas itu dijaga dan teratur. Tapi saya melihat mereka hanya kutip duit di tapak-tapak ataupun petak-petak pasar hari ini dan tidak menjaga keadaan lalu lintas. Jadi saya nampak dari sudut pengurusannya perlu diperbaiki ataupun kalau boleh di ambil alih oleh Jawatankuasa Kariah Penaga itu sendiri lebih baik untuk mengurus dan memastikan keadaan di Pekan Penaga itu tidak berlaku kesesakan. Yang kedua saya nak sentuh juga dalam isu local di Penaga iaitu berkaitan dengan isu dadah dan juga isu air ketum. Terima Kasih kepada EXCO yang terlibat daripada Penanti yang telah memberi perhatian juga sebab di Penaga ini ada satu mukim. Adalah Mukim 1 yang melibatkan tiga buah kampung kalau tak salah. Kampung Bakau Tua, Kampung Pulau Mertajam dan juga Kampung Kuala Muda. Dan ini dikatakan Mukim 1 kawasan hotspot dadah dan pihak AADK saya ucapkan terima kasih. Syabas kepada mereka yang telah bertungkus-lumus daripada peringkat Kebangsaan, AADK Negeri juga turun termasuk di Peringkat SPU cuba untuk memastikan kes ataupun dadah ini dapat kita kurangkan dan daripada kawasan hotspot ini boleh menjadi kawasan hijau, sebab kita nak memastikan InsyaAllah apa yang telah di letak dalam misi AADK ini adalah Dadah Terkawal 2025. Kita bimbang sebab bukan hanya penagih-penagih harini tetapi dia melahirkan penagih-penagih baru. Di mulai dengan masalah remaja kita di peringkat sekolah menengah bahkan di peringkat sekolah rendah. Anak-anak kita, adik-adik kita. Diperingkat sekolah rendah pun dah mula merokok. Kemudian selepas itu di peringkat remajanya mereka dah mula minum air ketum. Ada port-port air ketum di Penaga dan daripada situ mereka beralih kepada pengambilan dadah. Dan ini amat merunsingkan dan kita nak memastikan supaya misi yang kita akan tercapai perlu diberi perhatian dan diberi penekanan oleh pihak yang terlibat terutaman EXCO yang bertanggungjawab. Mungkin dalam penggulungan boleh sentuh. Dan saya pernah mencadangkan berapa kali di kawasan persisiran Kuala Muda tu yang ada kawasan hutan, ada kawasan bakau, tempat port penagih-penagih dadah ini mengambil suntikan dan seumpamanya supaya kawasan itu dia bersihkan dan kalau boleh diberi dijadikan tempat rekreasi untuk orang ramai boleh bersukan, jogging dan seumpamanya supaya apabila kawasan itu dikunjungi oleh ramai penduduk ataupun orang ramai yang mula mengunjungi kawasan itu sebagai kawasan pusat rekreasi maka sedikit sebanyak dia akan menghilangkan port-port penagih dadah ini. Dan saya bimbang juga sebab dalam soalan saya, saya bertanya isu dadah ini sebabnya saya takut disebabkan punca dadah ini menyebabkan merebaknya apa dia penyakit AIDS atau HIV. Tetapi dalam jawapan yang diberi oleh YB. EXCO daripada Penanti menjawab bagi pihak Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Saya melihat statistik yang diberi HIV ini bukan hari ini tidak lagi menjadi masalah ataupun tidak. Punca HIV ini bukan lagi punca daripada perkongsian jarum suntikan yang diguna oleh penagih dadah. Kemudian disebut di sini di Peringkat Negeri Pulau Pinang saja statistik yang diberi adalah perkongsian jarum suntikan itu hanya 10 kes sahaja di Negeri Pulau Pinang daripada suntikan jarum ataupun perkongsian jarum dia membawa kepada terkena AIDS ataupun HIV. Tetapi yang membimbangkan saya dan ini juga perlu di perhatian dalam jawapan ini disebut dengan details ataupun jelas, yang perlu diberi perhatian oleh semua termasuk oleh Kerajaan Negeri dan kita juga bertanggungjawab untuk memastikan masyarakat kita, masyarakat yang baik dan kehidupan yang baik, tak berlaku kepincangan masalah sosial, masalah aktiviti songsang dan seumpamanya. Yang saya takut apabila di sana disebut dengan jelas yang mengakibatkan banyak ataupun ramai yang terkenal dengan HIV ini adalah disebabkan oleh hubungan songsang ataupun luar tabii (LGBT),

homoseksual dan seumpamanya. Dengan kes pada tahun lepas, tahun 2021 iaitu164 kes yang melibatkan LGBT. Dan juga kes-kes yang lain. Jadi ini amat membimbangkan kita takut satu hari nanti dan keadaan negara kita maju sepertimana yang disebut tadi negeri yang maju sama dengan di peringkat antarabangsa kes-kes ini boleh merosakkan masyarakat kita sebab itu supaya kita mendidik dan memastikan masyarakat Islam kita hidup dalam keadaan harmoni dengan nilai-nilai keagamaan. Semua agama sama ke arah kebaikan dan nilai-nilai itu perlu di terap supaya mereka tidak beralih atau pun mereka tidak mengikut keadaan songsang hubungan luar tabie dan seumpamanya. Ini juga perlu diberi perhatian oleh kita semua…(gangguan).

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Minta penjelasan sedikit Yang Berhormat Penaga. Terima kasih kepada Yang Berhormat Penaga. Terima kasih kepada Yang Berhormat Penaga kerana begitu prihatin khususnya tentang isu-isu berkait rapat dengan salah guna dadah. Tadi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penaga khususnya di kawasan beliau. Tadi Yang Berhormat turut sebut tentang penggunaan air ketum ini. Saya rasa ini adalah satu isu yang amat penting juga semalam Yang Berhormat Bagan Dalam turut membangkitkan tentang isu ini tapi ada ura-ura di mana terdapat seruan dari pihak-pihak tertentu kita menghalalkan penanaman tumbuh-tumbuhan ketum ini. Jadi saya nak minta pandangan Yang Berhormat Penaga tentang isu ini.

Terima kasih sahabat saya daripada Pengkalan Kota. Ada ura-ura, baru dicadangkan kita akan lihat nanti dan apa pun bagi saya perkara yang jelas boleh merosakkan akal manusia sebagaimana yang ditekan dalam Islam memang kita tentang sebab itu kita meletakkan antaranya dadah itu adalah haram dan termasuk juga yang berkaitan dengan ada hubung kait dengan dadah, ketum pun sama apabila ia boleh merosakkan akal. Ini saya bimbang sebab ini generasi muda kita, masa depan negeri kita kalau keadaan belia kita remaja kita yang terjebak dengan isu pengambilan dadah dan juga air ketum ini. Memang akan rosak negara kita sebab kita hendak generasi akan datang lebih baik daripada kita dan mereka boleh menguruskan pembangunan yang kita tinggalkan. Dato’ Yang Di-Pertua, antara masalah…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Sampai rumuskan, jauh lebih.

Ya. Terima kasih Dato’ Yang Di-Pertua. Pembangkang tinggal saya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada lagi, ada banyak lagi?

Dato’ Yang Di-Pertua, dalam isi Penaga juga saya hendak tekankan sekali lagi walaupun saya kira empat tahun sudah saya bangkitkan daripada persidangan pertama penggal ini 2018 itulah masalah permintaan masyarakat setempat untuk adanya mesin ATM bagi mereka mengeluarkan wang dengan lebih dengan lebih cepat, sebab sekarang ini di Penaga hanya ada satu mesin ATM dan ditempatkan di Shell, Stesen Minyak Shell di Pekan Penaga. Ada lagi stesen minyak dan ada kawasan-kawasan kita nampak berpotensi untuk kita buka kiosk ATM ini sebab orang Penaga ini sudah banyak duit…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Stesen minyak tidak ada?

Stesen minyak ada. Dua (2) lokasi di Pekan Penaga dan ada ATM ditempatkan di situ mesin ATM dan ada satu lagi dekat dengan Kampung Bakar Kapor itu masih belum ada lagi bank-bank yang berminat. Jadi saya harap supaya perkara ini diberikan perhatian terutama sekali oleh pihak bank sebab ada permintaan saya confirm maknanya mesin yang mereka letak itu akan dimaksimumkan penggunaannya…(gangguan).

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Kami menggalakkan pada masa kini menggunakan e-wallet. Ini lebih cepat, lebih selamat dan urus di mana tempat. Jika kita meletak cash machine itu juga satu soalan keselamatan.

Baik, terima kasih Sungai Puyu, pandangan yang baik yang kita boleh pertimbangkan. InsyaAllah. Dato’ Yang Di-Pertua, ada banyak isu yang saya hendak bangkitkan cuma ada permintaan juga berkaitan dengan isu masalah air yang kira ada beberapa daripada rakan-rakan Yang Berhormat telah bangkitkan di negeri Pulau Pinang yang berlaku khususnya di Seberang Perai Selatan walaupun tadi yang di sebut oleh Air Putih maknanya Penang ini hebat dan masih kita pegang rekod air ini tidak lagi tidak pernah dicatukan dan mungkin tidak akan dicatukan. Cuma bila isu air yang hari ini hangat diperkatakan khususnya di Seberang Perai Selatan dan lebih khusus di Taman Seri Emas, di Taman Widuri ini dalam DUN Sungai Bakap, DUN Sungai Bakap saya kira yang perlu di beri perhatian sudah berlarutan empat (4) tahun. PBA kena tengok sudah berlarutan empat tahun dan baru ini kritikalnya selepas daripada atau pun ketika mana umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kadang-kadang air tidak ada daripada pagi sehingga membawa kepada malam sampai ke malam. Jadi diminta untuk saya bangkitkan dalam Dewan ini oleh kerana kita punya YB. tidak boleh nak bercakap dia Timbalan Speaker, saya bangkitkan supaya kita berikan perhatian untuk kita selesaikan masalah air khususnya di Taman Sungai Emas dan juga Taman Widuri ini agar diselesaikan dengan secepat mungkin. Begitu juga saya hendak sentuh Dato’ Yang Di-Pertua, berkaitan dengan Manifesto Pakatan Harapan yang telah disebut oleh dibangkitkan oleh sahabat saya daripada Seberang Jaya walaupun tadi juga banyak yang menyentuh kejayaan ataupun pencapaian tapi sebagaimana yang di sebut oleh sahabat saya daripada Seberang Jaya dan hari ini dalam sesi

perbahasan saya, saya hendak tekankan bagaimana saya hendak sebut bahawa apa yang disebut sudah 90 peratus manifesto telah dilaksanakan masih belum sampai lagi itu Pembangkang boleh meletakkan hanya 60 peratus sahaja baru diselesaikan. Boleh rujuk, saya tak nak panjangkan kita boleh tengok dalam manifesto PH yang digubal pada 2018…(gangguan).

Zulkifli bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Mencelah sedikit.

Gubal pada 2018…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

YB Penaga.

Zulkifli bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Saya tertarik sebenarnya saya hendak masuk dalam perbahasan tetapi sentuh oleh Penaga tadi. Dia pelaksanaan manifesto yang baru dilaksanakan itu berbeza jadi saya hendak bangkitkan sama ada ada Penaga setuju tidak bahawa ia tidak mencapai 90 peratus sebab dia masukkan sekali dengan nak laksana. Nak laksana itu lain nak laksana ini baru nak buat bila baru bangun nak buat ini dia belum buat. Jadi sepatutnya 90 persen itu dia tak boleh bangkit lagi. Itu yang saya rasa setuju atau tidak Yang Berhormat Penaga?

Saya bersetuju sangat-sangat sebab belum dilaksanakan maka itu kita tidak boleh ukur pencapaiannya yang baru dilaksanakan. Jadi saya tidak hendak panjang oleh kerana saya jaga masa. Cuma boleh lihat dan boleh tengok balik dalam manifesto pada manifesto nombor 16 jadi kita dapat lihat lihat di situ bagaimana dua daripada manifesto yang telah di sebut itu tidak dilaksanakan sampai ke hari ini tahun 2022.

Dato’ Yang Di-Pertua, oleh kerana masa saya tidak mengizinkan jadi itulah saya hendak ambil ruang perbahasan pada hari ini dan saya menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Penaga. Ya, Sungai Aceh.

Zulkifli bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Hormat kepada semua. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, rakan-rakan ADUN, rakan-rakan media, pegawai-pegawai kakitangan kerajaan dan juga seluruh yang mengikut persidangan Dewan pada kali ini. Kita dapat bersama lagi dalam sesi kali ini dan

beberapa perkara yang saya hendak menyentuh berkaitan saya hendak ambil point sebab kita sudah masa tidak banyak, saya cuba ringkaskan. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada EXCO-EXCO yang telah menjawab terutamanya soalan-soalan bertulis yang telah dibangkitkan oleh saya sebelum ini pada kali ini saya lebih menumpukan pada soalan bertulis kerana sebelum ini juga saya masukkan dalam ucapan saya pada penggal yang lepas dan Alhamdulillah ada yang dapat diselesaikan dan ada yang masih dalam tindakan dan dalam proses. Pada kali ini semua ini, saya mohon supaya perkara-perkara ini diberi tumpuan terutamanya dalam isu yang berkaitan dan saya rasa paling panas sekarang ini ialah isu berkaitan dengan bekalan air. Tadi di sebut oleh Penaga tadi berkaitan dengan kawasan SPS ini kawasan Seri Emas, sebenarnya sampai ke Sungai Acheh. Pada hari-hari lepas beberapa jam air tidak ada di kawasan Sungai Acheh dan juga makluman sepatutnya diberi awal kepada pengguna-pengguna yang menggunakan air tetapi sampai satu tahap bila sudah keadaan kelam-kabut barulah ada satu notis dikeluarkan dalam Facebook yang diviralkan dalam Facebook PBA. Saya lihat bahawa satu mekanisme yang perlu diselesaikan terutamanya dalam isu air ini. Di kawasan Sungai Acheh Yang Berhormat Dato’ Speaker, sistem piping yang ada ini terutamanya di kawasan-kawasan yang di kawasan pedalaman yang melibatkan daripada kawasan jalan, bahu jalan daripada paip 4 inci ini masuk sampai 400 meter ke 500 meter dalam apabila pembangunan pesat di kawasan Pekan Nibong Tebal mungkin sampai ke apa nama beberapa kawasan yang lain tekanan yang sampai di kawasan sempadan di kawasan Batu Tiga, Paip Rasa hingga kawasan Che Naam ini dia memang slow sangat-sangat penerimaan bekalan air ini. Jadi saya mengharapkan supaya satu mekanisma yang lebih komprehensif di kawasan SPS ini dan saya juga mengharapkan supaya Kerajaan Negeri mungkin selain pada air bersih air yang perlu dirawat daripada Sungai Perai yang sedang dibuat oleh PBA mungkin daripada usahasama dengan ataupun menggunakan air di kawasan Negeri Perak dan saya juga tahu bahawa usaha tersebut cuma mungkin lebih serius kali ini. Saya rasa mungkin permohonan itu dibuat pada tahun 2010 tetapi mungkin Kerajaan Negeri dengan keadaan isu ini dalam pemanasan global dan air yang perlu dirawat ini kita menghadapi masalah, mekanisma ini perlu dipercepatkan dan kita juga tahu mungkin Perak ada alasan-alasan dalam perbincangan ataupun persetujuan yang perlu kita dapat daripada mereka jadi kita harap bahawa Kerajaan Negeri serius dengan Kerajaan Negeri Perak untuk mengambil inisiatif ini supaya bekalan air bersih dapat diselesaikan di seluruh Negeri Pulau Pinang ini. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga hendak bangkitkan isu di kawasan Sungai Acheh berkaitan dengan isu jalan yang melibatkan JKR dan pihak MBSP tetapi di kawasan JKR ini saya mengucapkan terutama sekali terima kasih kepada Puan Siti daripada JKR SPS yang membantu di kawasan jalan utama federal road…(dengan izin). Sudah lama kawasan itu kalau setiap tahun kalau air pasang ini dia akan melintas di kawasan apa nama jalan dia akan cross jalan itu di kawasan Datuk Keramat di kawasan SPS dan dia tak ada sistem saliran di kawasan Datuk Keramat ini. Sekarang ini dalam pembinaan cuma beberapa jalan lagi yang apa yang kita lihat yang perlu di tambah baik di kawasan Kampung Ruyung. Kawasan Kampung Ruyung ini saya rasa sudah buat aduan banyak kali dah dan sehingga kini tak ada apa-apa lagi tindakan cuma yang dibaiki adalah kawasan di Simpang Tiga yang kawasan itu pun masih elok. Jadi saya mengharapkan bahawa perkara ini diambil kira untuk keselesaan penduduk setempat. Begitu juga kawasan-kawasan yang melibatkan pengorekan di jalan JKR. Terutamanya apabila pembaikan sistem saliran ataupun paip oleh PBA. Kita lihat apabila kontraktor ataupun PBA korek apabila dia turap balik balik surface balik ini jalan tersebut berlubang teruk balik bahkan baru ini ada kemalangan yang melibatkan beberapa tempat di kawasan Sungai Acheh dekat dengan Caltex. Penunggang motosikal yang ada yang sampai patah kaki. Saya juga harap kontraktor-kontraktor yang selain daripada JKR ini dapat memastikan setiap projek yang

dilaksanakan JKR di kawasan kampung ini perlu diselenggara ataupun dibaiki semula dengan baik sebab ini demi keselamatan para pengguna jalan raya.

Dato’ Yang Di-Pertua, soalan bertulis saya yang berkaitan dengan pelebaran Jalan Kampung Kuyong sehingga ke Simpang Tiga pekan Sungai Acheh. Sebelum ini juga saya sudah bangkit dalam soalan lisan dan juga dalam perbahasan saya. Cuma saya pelik bila kita minta lebar jalan daripada simpang tiga sampai pekan Sungai Acheh tapi yang berlaku dia keluar tender buang rumput lama tanam rumput baru. Hat itu yang saya rasa sepatutnya tak berlaku buang rumput lama dia bubuh rumput baru sepatutnya peruntukan sebut lebar mengikut fasa. Maksudnya berperingkat-peringkat saya faham kalau kata kita buat sikit-sikit mengikut keperluan tapi bila orang bising bukan YB dulu minta untuk lebar jalan. Apa ini pergi buang rumput lama tanam rumput baru? Jadi, bagi saya itu satu pembaziran yang sepatutnya kalaulah sekiranya andai kata tahun depan permohonan untuk pelebaran jalan tersebut dapat kelulusan bukankah sudah membazir kita buat pelebaran semula di kawasan tersebut. Jadi saya harap perkara-perkara ini tidak berlaku dan saya juga mengharapkan supaya pelebaran ini dapat dipercepatkan walaupun permohonan peruntukan pembangunan untuk 2022 yang telah di jawab oleh YB. Tanjong Bunga tersebut sudah dimaklumkan bahawa telah ditolak dan permohonan semula akan dibuat untuk 2023 dan saya juga mengharapkan supaya permohonan tersebut dapat diberi kelulusan demi kepentingan pengguna-pengguna di kawasan Sungai Acheh. Satu lagi Yang Di-Pertua, saya juga menerima jawapan bertulis daripada Yang Berhormat Tanjung Bunga berkaitan dengan banjir di kawasan Sungai Che Naam. Sebelum ini juga saya sudah bangkitkan berkaitan dengan isu banjir. Saya ucap terima kasih sebab apa nama berkaitan dengan isu longkang yang jadi masalah di kawasan Sungai Chenaam tetapi walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat Tanjung Bunga, kawasan tersebut adalah kawasan yang duduk di kawasan berhampiran dengan laut. Dia ada pintu pam, pintu air kat situ, apabila air takungan ataupun air hujan yang turun tu lebat, banyak di situ, sebab itu banyak 50 rumah yang terlibat dalam kes banjir ini, bila dia beserta dengan pasang air laut ni tinggi. Bila air laut tinggi, jadi pintu rumah pam, pintu rumah air tu tak boleh buka. Kalau buka, air laut mesti masuk. Lagi masalah. Sebab itu saya minta supaya dipasangkan pam di kawasan pintu air sedia ada tersebut supaya air di dalam kampung tu dapat disedut keluar ke dalam laut. Dalam masa yang sama juga saya akan minta supaya baru mesyuarat yang lepas dapat tau siapa yang punya longkang sebab masing-masing dok bertolak sebelum ini. Jadi saya ada minta agensi tersebut supaya untuk naik taraf longkang yang sedia ada di kawasan PPRT. Bukan apa, kesian. Kadang-kadang bila air pasang, saya turun dok pi randuk air, bukan, dia tak selesai. Peti ais depa rosak, kabinet tv depa rosak, ini masalah yang saya rasa perlu kenapa yang perlu wujudkan rumah pam kat situ. Jadi saya mengharapkan dalam makluman bahawa RM12 juta untuk diadakan rumah pam tersebut dapat dilaksanakan sebab bagi saya, ia bukanlah, walaupun dikatakan satu jumlah yang besar tetapi demi keselesaan PPRT yang ada lebih kurang 300 biji rumah lebih sebab sekarang ini kalau tengok banjir di kawasan Chenaam ini, dia bukan kawasan PPRT dah, dia terlibat sampai ke kawasan Chenaam lama. Jadi saya mengharapkan supaya pihak Kerajaan Negeri ataupun JPS dapat pertimbangkan untuk mewujudkan pam di kawasan Sungai Chenaam ini.

Dato’ Yang di-Pertua, isu di kawasan Sungai Acheh yang perlu saya ambil kira di kawasan ini berlaku iaitu berkenaan dengan lampu jalan. Saya banyak kali dah, saya nak buat aduan dekat MBSP. Lampu jalan ni, saya pun tak tau apa sistem yang MBSP pakai, apabila saya maklumkan kat kontraktor, kontraktor kata kena tunggu arahan MBSP. Bila tunggu arahan MBSP, kadang-kadang ambil masa. Daripada kawasan Bukit Tambun, sampai ke Tasik Mutiara, daripada USM kawasan Sungai Acheh sampai ke Trans Kerian, kerap sangat tak dak, berkali-kali dah. Saya buat aduan kepada MBSP, saya buat aduan kepada kontraktor tapi tak juga selesai-selesai, bergelap di kawasan situ. Bahkan kalau ada jalan berlubang, kena geng-geng

yang bawa motor ini jadi bermasalah, membahayakan mereka ini. Jadi sebab itu, saya, isu ini saya tak mau cakap dalam DUN tapi sebab terpaksa bercakap sebab tak selesai sampai hari ini. Jadi saya harap supaya perkara ini diambil serius oleh pihak MBSP berkaitan dengan lampu jalan di kawasan Sungai Acheh dan juga SPS itu sendiri.

Dato’ Yang di-Pertua. Tidak lengkap saya rasakan setiap kali perbahasan saya, saya bangkitkan berkaitan dengan isu babi dan juga isu kera dalam kawasan saya. Bahkan secara bertulis juga telah dijawab oleh Yang Berhormat EXCO. Anjing pula dah, antara yang menjadi perhatian di kawasan saya ini, terlalu banyak sehinggakan menjadi bebanan kepada penduduk setempat. Bukan setakat tokak ayam, baru ni di kawasan Sungai Chenaam, dia masuk kandang kambing, gigit kambing dah. Ada kes mati dalam laporan dah yang telah dibuat. Jadi apabila binatang yang dalam kawasan penempatan manusia, mengundang bahaya, saya mohon supaya pihak-pihak yang terbabit dan saya ucapkan terima kasih kepada Perhilitan, kelmarin kita ada satu mesyuarat untuk melakukan proses untuk tembak babi secara besar-besaran di kawasan Sungai Acheh. Selepas ini dia akan pi belah Kepala Batas pula sebab dia telah mengundang nyawa, mengundang bahaya nyawa kepada manusia. Yang accident, baru ini accident lagi langgar babi. Kadang-kadang nak habaq pun jadi, accident pasal apa? Langgar babi. Accident pasal apa? Langgar babi. Jadi saya harap pihak-pihak yang berwajib terutamanya yang menguruskan tentang hidupan liar ini dapat membantu terutamanya saya sebab saya buat permohonan baru ini untuk tembak babi secara besar-besaran tapi sebabkan permohonan daripada pejabat saya ini tak boleh kepada PDRM, dia perlu Jabatan Perhilitan dan sebab itu saya minta Perhilitan untuk buat permohonan secara rasmi agar pelaksanaan di peringkat bawah ni, kita akan dapat adakan secara besar-besaran untuk mengekang pembiakan binatang hidupan liar ini yang mengundang bahaya dalam kawasan-kawasan penduduk. Silakan.

Terima kasih Sungai Acheh memberi laluan sikit untuk saya mencelah. Jadi isu yang dibangkitkan ialah berkaitan dengan isu babi liar ni. Dan saya tak taulah mungkin binatang ni dia cepat membiak. Makin banyak, makin banyak. Bukan sahaja di sebelah SPS tetapi sebelah SPU khususnya di Penaga. Saya kira di Permatang Berangan pun banyak. Baru ini YB, ada satu kes di Permatang Bendahari, sebelah malam, saya dihubungi dan saya pergi, beraninya babi ini, sekarang ini bukan orang yang langgar ataupun motorsikal yang langgar babi, babi yang langgar motorsikal. Dia keluar tu dengan jumlah yang banyak, berderu habis dengan anak-anak semua, langgar sebuah motorsikal dan kecederaan agak serius, dibawa ke hospital. Jadi saya harap supaya kes ini kita beri perhatian untuk memastikan penduduk, masyarakat hidup dalam keadaan selamat dan sekarang ini dia bukan sahaja makan sampah-sampah yang dibuang bahkan sampai ke peringkat yang seperti disebut tadi, kambing. Di Penaga, ayam, dia akan masuk dan dia akan makan. Jadi mohon penjelasan.

Zulkifli bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Terima kasih Dato’ Speaker. Saya setuju dengan pandangan YB. Penaga sebab dia, perkara ini dia telah mengundang bahaya, Yang Berhormat Dato’ Speaker sebab apabila kita duduk dengan kelompok ataupun binatang-binatang yang bahaya ini, macam babilah, bukan kata kita langgar dia kita teruk, dia langgar kita pun kita teruk. Jadi bila dia langgar kita pun kita teruk jadi ini kita perlu ambil serius perkara ini dan saya berharap sangat-sangat bahkan di kawasan Sungai Acheh ini adalah kawasan jelapang padi dan dia merosakkan tanaman padi dan juga tanaman yang ditanam oleh petani-petani. Baik penduduk di belakang rumah ke apa dia tanam, memang dia dah mula ganggu rumah. Bahkan di kawasan Sungai Acheh ini, untuk pengetahuan

Yang Berhormat Dato’, tengahari pukul 1.30 dia dok ada dah di Taman Pekaka, dia keluar, dah ada macam nampak anjing liar sampai orang nak pergi ke motor pun jadi takut. Masuk dalam taman, dah mula masuk dalam taman. Bukan kata waktu malam lagi dah tapi waktu siang. Dan saya harap perkara ini diambil serius bahkan banyak tempat di kawasan seperti disebut Penaga tadi, Permatang Berangan, Penaga sendiri, mungkin saya rasa Sungai Dua juga terlibat sama, dia dah mula masuk ke kawasan penduduk. Jadi bila dah masuk kawasan penduduk, saya rasa perlu ambil tindakan yang segera, tindakan yang serius supaya perkara ini dapat ditangani dan tidak lagi mengundang bahaya. Kita pun faham, kita dah masuk ke kawasan mereka tetapi kita, takkan kita nak tolak pembangunan semata-mata kerana “oh! dia kena kekal dok dalam hutan” tapi kita tak boleh bangunkan kawasan-kawasan yang perlu kita rasa…(gangguan).

Cuma…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila ringkaskan isu ini, banyak dengar.

Isu babi dah cakap lama. Semua kawasan dah ada sebab kita buat pembangunan, babi hutan ni dia masuk ke kawasan kampung dan kawasan taman. Jadi ada tak satu kaedah selain daripada kita tembak, perangkap dan sebagainya? Tak selesai masalah. Satu kaedah untuk memperniagakan babi hutan. Sebab ada satu syarikat, dia bincang dengan saya, dia sanggup turun untuk beli, untuk tangkap, dan dia nak jual benda tu. Saya rasa mungkin satu kaedah macam tu dapat mengurangkan populasi ini. Kalau setakat tembak, tembak pun ada syaratnya. Dia mesti ada keselamatan, mesti report polis nak buat operasi dan ada NGO yang sanggup tembak dan sanggup ambik balik babi hutan ini. Tak selesai masalah kalau ni. Saya ingat kita kena duduk satu hari untuk kita buat libat urus bincang tentang ni secara serius sebab dia dah menganggu gugat pertanian. Baru ni bendang dia, dia pi potong pokok padi, dia buat sarang dia, dia buat tempat dia. Habis hasil-hasil padi. Banyak lagi benda-benda lain yang saya rasa boleh memberi masalah…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Okey, nanti kita dengar jawapan dari Perhilitan.

Perbincangan yang khusus, yang serius sama juga seriusnya kita bincang tentang isu asrama pekerja asing, sini pun kena serius juga, dia pun dah jadi benda asing yang merosakkan.

Nor Hafizah binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Mohon mencelah.

Yang di-Pertua (Speaker)

Juga?

Nor Hafizah binti OthmanUMNO · BNPermatang Berangan

Sedikit sahaja, tambahan. Kalau ikutkan di kawasan Seberang Perai Utara, di Tasek Gelugor sahaja dan kawasan sekitar memang dah ada pembangunan untuk pembinaan perumahan, 14 projek. Jadi saya yakin kawasan-kawasan hutan dan belukar yang menjadi penempatan babi hutan ini dicerahkan dan gerombolan babi hutan ini tidak dapat penempatan jadi dia terpaksa berkeliaran di kawasan taman-taman untuk mencari tempat baru. Jadi mungkin kita boleh bincangkan cadangan yang khusus untuk kaedah menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.

Zulkifli bin IbrahimPKR · PHSungai Acheh

Terima kasih Sungai Dua dan Permatang Berangan. Saya setuju untuk pihak Kerajaan Negeri untuk mengambil inisiatif mengadakan satu task force ke apa ke berkaitan dengan babi dan juga kera yang duduk dalam komuniti sekarang ini. Dan saya juga mohon supaya melibatkan semua pihak baik daripada Pembangkang dan juga inilah ataupun ADUN-ADUN kawasan-kawasan yang terlibatlah dalam task force tersebut supaya benda ni dapat dibincangkan lebih serius bagaimana kaedah untuk kita tangani benda ini. Dato’ Yang di-Pertua, saya juga telah menerima jawapan berkaitan dengan kes anjing liar ini yang populasinya di kawasan Sungai Acheh ini memang terlalu tinggi. Cuma bila operasinya dijalankan oleh MBSP ini, banyaknya dibuat di siang dan waktu anjing ini aktif ini adalah pada waktu malam. Dan saya rasa mungkin MBSP boleh mempertingkatkan operasi ini ataupun dengan, bersama dengan komuniti ni, saya sanggup di kawasan Sungai Acheh ini untuk kita sit down sekali dengan apa, duduk dengan pihak Kesihatan MBSP untuk membincangkan waktu-waktu ataupun lokasi-lokasi yang anjing ni aktif sebab di kawasan Sungai Acheh ini, yang boleh banyak populasi anjing ini sebab ada kolam-kolam ternakan ikan, tanah apabila dia beranak dan dia tak dijaga dengan baik dan akhirnya dia duduk dalam kampung. Dia duduk dalam kawasan-kawasan penempatan manusia ini. Jadi saya harap mungkin ada kaedah ataupun pada waktu operasi pada waktu aktif, pada malam ni kita boleh bantu bersama dengan MBSP, lokasi-lokasi yang kawasan-kawasan anjing ini aktif. Dan satu lagi, saya sentuh berkaitan dengan apa yang telah disentuh oleh Tuan Yang Terutama Tun pada pembukaan Dewan baru-baru ini. Isu lalat. Isu lalat ini saya rasa daripada yang sebelum ini juga apabila T.Y.T. sebelum ini, di Jawi Golf, sama juga. Tengah makan, lalat. Baru ini, program di kawasan Jawi, saya duduk kebetulan satu meja dengan Tun, dok lagu tu Tun, dok ghibas. Sepatutnya kawasan-kawasan ini kita perlu, saya rasa di peringkat mungkin EXCO Pertanian boleh lihat balik kaedah ternakan sama ada ternakan ayam ataupun penanaman pokok-pokok yang menggunakan sisa ataupun tinja ayam ini, kaedah macam mana nak guna pakai supaya pembiakan lalat ni dapat kita hapuskan ataupun sekurang-kurangnya dapat kita kurangkan. Sebab kadang-kadang kita rasa malu, tambah saya pi Timbalan Speaker punya jamuan raya, hitam dekat makanan itu. Tapi saya tak taulah mungkin saya sampai lewat sikit pada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tapi memang lalat terlalu banyak yang saya rasa tak selesai sampai hari ini. Jadi sampaikan bila Tun dapat dalam pembukaan Dewan bila sentuh ini, saya rasa perlulah kita ambil tanggungjawab untuk menyelesaikan isu lalat ini di kawasan SPS dan saya rasa mungkin kawasan SPU juga tang mana ada ladang ternakan ayam ini, mungkin kita kena lihat balik termasuk dengan kawasan-kawasan penanaman macam di Ara Kuda, di

mana penggunaan tinja ayam dah berleluasa. Tambah dengan keadaan baja naik sekarang ni, orang dah tukar kaedah gunakan baja tahi ayam. Kalau di kebun-kebun kelapa sawit, saya tengok la ni, dia tak buat kaedah macam dia letak satu guni tu, dia cuma potong empat tu, dia biar air hujan tu dispose sendiri masuk ke pokok-pokok ini. Jadi saya rasa mungkin kena ada satu kaedah yang perlu mereka ambil tanggungjawab supaya perkara ini tidak menjadi orang kata apa masalah kepada kawasan terutamanya di kawasan SPS ini. Dato Yang di-Pertua, pukul 1 dah boleh sikit lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sikit boleh

(YB. Zulkifli bin Ibrahim): Sikit lagi boleh. Satu lagi saya nak sentuh berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Masjid-Masjid Qaryah di kawasan saya ini. Di kawasan apa nama ini Sungai Acheh di mana mereka telah diminta untuk apa nama mengambil ataupun apa mengadaptasi Sistem Pengurusan Masjid Pro ini. Saya pun ada terima satu surat saya rasa mungkin Kawasan Sungai Dua pun ada ini yang minta supaya mewajibkan bahawa syarikat apa nama Pengurusan Pihak Masjid Pro ini walaupun ada masjid yang telah ada apps dia sendiri ada apss dia sendiri untuk merekodkan anak-anak qaryah dalam masjid tersebut. Itu inisiatif yang dilaksanakan oleh masjid tapi dia tak mau guna pakai mesti minta untuk pengurusan ini kepada Syarikat Mairis Dinasty Network Sdn Bhd. Saya tengok saya pun search syarikat ini syarikat ini ditubuhkan pada Ogos 2020, 5 orang Ahli Lembaga Pengarah, Penyata Kewangan tak dak tapi telah diberikan apa nama satu kontrak untuk menguruskan data untuk Masjid-Masjid Qaryah yang sistem itu perlu beli dengan nilai RM10,000. Bila ada masjid bising ada masjid yang tak mampu oklah zakat keluarkan RM10,000, eh RM5,000 masjid keluarkan RM5,000 sahaja belum lagi maintenance jadi saya minta kenapa yang perlu adakan sedangkan kalau kita letak bawah Majlis Agama Islam uruskan benda itu macam mana MP buat saya rasa boleh bagi kepada masjid secara percuma. Tapi diuruskan dan pakai pula duit zakat RM5,000 setiap masjid yang ada 214 masjid hanya nak bagi kepada syarikat ini. Jadi saya rasa mungkin saya rasa mungkin sahabat daripada Pinang Tunggal boleh jawab isu ini nanti sebab masalah Mairis Dinasty ini dia tak ada rekod kewangan pun dan baru sangat tubuh dan diberikan banyak sekiranya projek ini semua masjid diminta untuk buat RM200,.. RM2.1 juta untuk menguruskan dan itu belum selenggara lagi dia hanya beli sahaja apps itu dulu lepas tu masjid perlu setiap tahun untuk selenggara jadi saya harap perkara ini dapat dilihat dengan lebih teliti sebab ada masjid-masjid yang tak mampu macam di Sungai Chenaam itu sembahyang Jumaat nak dapat RM500 nak dapat RM1000 pun payah jadi nak pakai pula ini jadi bila tak mampu pula minta pakai duit dana zakat pula. Jadi saya rasa mesti kita kena uruskan dengan baik bukan dengan cara macam ini. Jadi saya harap perkara sini diambil serius dan perlu kita lihat balik la terutamanya melibatkan semua qaryah-qaryah di dalam masjid di kawasan Pulau Pinang ini. Jadi saya rasa setakat itu dulu Yang Berhormat Dato’ Speaker dan insyaAllah saya juga apa nama mewakili memohon bertemu seisi petang sekiranya berkesempatan dan apa nama ini saya mohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang saya berada dalam DUN ini mengguris hati ataupun perasaan mana-mana pihak. Sekian Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih.

Y.A.B. Ketua Menteri Dato’ Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sila

Y.A.B. Ketua Menteri: Selaras dengan peraturan 6A (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mohon supaya masa persidangan pada hari ini dilanjutkan sehingga 6.30 petang.

Yang di-Pertua (Speaker)

Ada sokongan?

Phee Boon PohDAP · PHSungai Puyu

Saya menyokong.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih. Maka Ahli-Ahli Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun mengemukakan usul di bawah Peraturan 6A (1) untuk melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini 1 Jun hari Rabu sehingga jam 6.30 petang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan “Ya”.

Ahli-ahli Dewan: “Ya”

Yang di-Pertua (Speaker)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju katakan “Tidak”. Usul dipersetujui tanpa bantahan. Maka saya nak teruskan dengan sesi perbahasan untuk hari ini, sila. Siapa lagi. Okey, nasib baik kalau tak ada saya tutup. Sila.

Haji Mohd Tuah bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, Salam Sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ketua Menteri, Barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua Jabatan, Pihak Media.

Alhamdullilah syukur pada Allah kerana saya diberi giliran Pulau Betong untuk sama membahas beberapa isu penting yang ingin saya ketengahkan untuk perhatian pihak EXCO dan Kerajaan Negeri demi memperkasakan kebajikan rakyat di Negeri Pulau Pinang ini. Dato’ Yang di-Pertua, saya menyambut baik ucapan perasmian Tuan Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang menyentuh semua aspek diantaranya ialah menaik taraf ekonomi, perdagangan dan industri, ekonomi digital, Pembangunan Modal Insan, Pelancongan Agro Teknologi dan Pembangunan Luar Bandar. Meningkatkan kualiti kehidupan, Perumahan, Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Pengangkutan Projek Tebatan Banjir, Bekalan Air, Hal Ehwal Agama Islam dan berhubung dengan alam sekitar. Saya juga mengambil bahagian untuk membahas beberapa aspek yang diucapkan oleh Tuan Yang Terutama Tun begitu juga sidang ahli sekalian yang lain akan menyentuh aspek-aspek yang dinyatakan. Sebelum itu, saya menyokong penuh ucapan daripada Tuan Yang Terutama Tun, Kerajaan Negeri telah melancarkan kad laporan pencapaian tiga (3) tahun, Mei 2018 hingga September 2021 sebagai komitmen untuk mencapai visi Penang2030 dan memastikan Kerajaan Negeri berada pada landasan yang betul dan tidak tersasar daripada matlamat yang ditetapkan. Berdasarkan laporan tersebut, rata-rata tindakan untuk mencapai visi Penang2030 telah digerakkan serta menunjukan akauntabiliti Kerajaan Negeri. Sidang perwakilan sekalian, isu yang pertama ialah berhubung dengan kesempatan saya nak menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga Lembaga Perumahan di atas pelaksanaan Projek Perumahan Taman Idaman Prestige ataupun K-Park yang telah menawarkan sebanyak 1175 unit dan 612 unit daripada jumlah tersebut di bawah skim sewa beli RTO. Sidang perwakilan dan sidang barisan tuan-tuan sekalian, memandangkan unit-unit akan mula diduduki tidak lama lagi dan hanya satu jalan keluar sahaja di kawasan tersebut keluar masuk sudah pastinya yang akan timbul ia menyebabkan kesesakan lalu lintas terutamanya di waktu puncak pada awal pagi, tengah hari dan juga waktu pulang kerja. Maka ini merupakan isu tempatan saya syorkan jalan alternatif perlu dibina untuk diwujudkan bagi memberikan keselesaan kepada penghuni K-Park ini dan juga perumahan lain yang berdekatan yang saban hari menggunakan laluan tersebut. Isu ini semua kita bangkitkan. Berkenaan dengan perancangan tiga (3) lagi projek perumahan di KADUN Pulau Betong yang akan menyediakan sekitar hampir 2000 unit rumah maka saya menyeru Kerajaan Negeri supaya mengenal pasti unit-unit daripada tiga-tiga projek perumahan yang bakal dibina di KADUN Pulau Betong ini untuk ditawarkan skim sewa beli bagi membolehkan lebih ramai lagi warga di Daerah Barat Daya khususnya dan juga warga di KADUN Pulau Betong amnya yang sukar mendapat pinjaman perumahan bagi membantu golongan ini mampu miliki memiliki rumah.

Dato’ Yang di-Pertua, isu yang kedua berhubung dengan lalu lintas. Masalah kesesakan lalu lintas yang dibangkitkan oleh rakan saya iaitu Bayan Lepas, Bukit Belah ke Puspakom, Jalan Teluk Kumbar yang telah dinyatakan seingat saya pada sidang DUN November 2021 telah dibangkitkan kerana ia juga telah mengakibatkan jalan iaitu warga di Pulau Betong. Begitu juga di sepanjang sidang Parlimen wakil rakyat Parlimen juga bangkitkan isu ini minta supaya usaha JKR Pulau Pinang lakukan bagi menyelesaikan masalah ini supaya kepada Kementerian JKR ini, Kerja Raya ini difahamkan belum mendapat kelulusan EPU. Sidang perwakilan sekalian, pelbagai alternatif dilakukan oleh agensi-agensi berkaitan tetapi kesesakan masih belum dapat di atasi walaupun meletakkan anggota Polis Trafik bertugas bagi mengawal kesesakan. Maka sehubungan dengan itu saya mohon jasa baik Kerajaan Negeri meneliti mengenai cadangan pihak JKR melalui Mesyuarat JPPD, Jawatankuasa Perancang Penilai Projek Daerah di Barat Daya untuk pihak Kerajaan Negeri bantu dengan mengguna pakai

peruntukan Kerajaan Negeri ataupun MARRIS bagi menaik taraf sedikit jajaran jalan khususnya di pertembungan Jalan Bukit Belah hingga ke Simpang Tiga, Jalan Sungai Batu sementara menunggu kelulusan Kementerian. Begitu juga saya nak bawa isu di Air Putih Balik Pulau, pihak saya juga mohon Kerajaan Negeri untuk meneliti permohonan pemasangan traffic light di Simpang Tiga,Taman Manggis bagi menggatasi kesesakan berikut yang banyak kawasan perumahan yang telah dibina dan juga pusat komersial. Isu ini juga dibangkit setiap kali di Sidang DUN supaya mendapat gesaan kita mendapat perhatian permohonan daripada pihak MPKK daripada pihak penduduk setempat, daripada pihak masjid dan surau sekitar untuk supaya pihak wakil rakyat panjangkan perkara ini kepada pihak yang berwajib untuk selesaikan permasalahan ini. Sekali lagi saya bangkitkan di dalam Sidang Dewan ini untuk pihak Kerajaan Negeri mempertimbangkan melihat supaya masalah yang dibangkitkan oleh pihak tempatan ini mendapat perhatian. Dato’ Yang di-Pertua Speaker, perkara yang ketiga berhubung dengan pertanian dan juga apa yang berlaku sekarang di Pulau Pinang ialah tentang hasil buah durian. Semua kita tahu. Saya nak ucap tahniah kepada pihak Jabatan Pertanian yang mana telah mengadakan satu pendekatan iaitu diantaranya pendekatan Program Turun Padang ataupun disebut sebagai Hari Bertemu Pelanggan diantaranya ialah berjumpa petani dan juga usahawan memberi bimbingan di mana pihak jabatan telah mendapat gambaran yang jelas mengenai masalah yang dihadapi oleh petani ataupun usahawan. Begitu juga ucapan tahniah saya berhubung dengan buah durian ini pihak Pertanian telah fokus terdapat banyak klon-klon durian popular di Pulau Pinang yang berada di daerah Balik Pulau ini bagi menambah pengeluaran dan kualiti durian pada tahun ini. Untuk makluman, saya mendapat maklumat sebanyak 334,000 melibatkan projek peruntukan Kerajaan untuk pembinaan jalan ladang, tanaman semula dengan klon terpilih, pemasangan sistem pengairan, input racun dan baja dan sebagainya ini adalah untuk menambah pendapatan petani iaitu berhubung dengan durian dan saya nak maklumkan juga semua kita tahu di Balik Pulau tempat pengunjung yang datang untuk menikmati buah durian ini ialah di Anjung Indah, Balik Pulau tetapi apa yang saya dapat maklum bila saya meninjau di sana ialah rugutan daripada siapa pengujung-pengunjung yang datang ke Pulau Pinang yang mana nak menikmati kelazatan buah durian. Datang ramai, tapi masalah yang depa bangkitkan ialah bila kita sebut dalam ucapan Tun bagaimana tentang Visi Kerajaan telah melancarkan report card baik tetapi apa yang saya dapat daripada pelanggan ataupun pelancong yang datang disebut ‘Indah Khabar Dari Rupa’. Mengapa? Sebab kemudahan di sana di antaranya ialah tandas tidak mempunyai bekalan air. Tuan Yang Terutama Tun juga bangkit tentang isu air iaitu sepertimana yang telah sedia maklum bahawa bekalan air mentah merupakan perkara asas penting sebuah negara dan negeri. Bekalan air mentah adalah mustahak untuk rakyat dan pemangkin kepada pembangunan negeri ini. Sehubungan dengan ini, adalah menjadi perkara penting untuk Kerajaan Negeri mengambil berat isu ini. Semua banyak di antara perwakilan kita menyebut tentang isu air tetapi apa yang terpenting ialah bekalan air ialah untuk asas utama di tandas bila pengunjung datang, anak isteri nak ke tandas, masalahnya air tidak dapat dibekalkan di situ. Saya mengharapkan supaya Kerajaan Negeri banyak perkara yang kita dapat laksanakan. Nama Pulau Pinang harum dengan Visi 2030 nya, tapi masalah yang kecil ni tidak mungkin Kerajaan Negeri tidak dapat selesaikan. Saya ucap banyak terima kasih kepada pihak Pejabat Daerah berusaha untuk mendapatkan bekalan air dan juga saya menggesa kepada pihak Majlis Bandaraya untuk ketika ini, dalam musim durian ni dengan kita menerima pelancong di Anjung Indah, minta supaya pihak Majlis Bandaraya membekal air sementara dalam tempoh musim durian ini supaya dengan dapat menikmati kelazatan buah durian dan juga pelancong boleh datang ke Pulau Pinang khususnya di Anjung Indah. Perkara-perkara yang disebut tadi tentang kemudahan asas kita dapat selesaikan. Harapan saya, begitu juga dengan harapan pihak Pejabat Daerah supaya dalam

tempoh yang pendek ni, jangka pendek ini dapat membekal bekalan air khususnya pihak Majlis Bandaraya untuk kemudahan asas, kemudahan penggunaan tandas di Anjung Indah. Untuk makluman di Anjung Indah ini ialah sumber air ialah di bawah seliaan Jabatan Perhutanan yang mana kita telah maklum bahawa sistem tadahan air hujan ini telah digunakan untuk mendapatkan bekalan air di Anjung Indah. Saya mengharapkan supaya jangka panjang, supaya kemudahan asas tandas di Anjung Indah sesuai dengan kemasukan pelancong yang disebut juga oleh Yang Terutama Tun yang membuka pintu pelancongan ni supaya dengan menikmati buah durian ni begitu juga keselesaan tandas ini dapat diselesaikan. Tiga kali dalam Sidang DUN Pulau Betong bangkitkan, masih juga tidak selesai sedangkan air ini, tandas ini adalah salah satu masalah yang clear tetapi kita mengharapkan kali ini pihak Kerajaan Negeri melihat ia merupakan satu yang akan menjaga imej Pulau Pinang, imej kerajaan supaya selesai perkara ini. Terima kasih kepada Pejabat Daerah juga berusaha, Majlis Bandaraya untuk pastikan bahawa ada bekalan air untuk kemudahan asas menaikkan nama pelancong dan datang ke Pulau Pinang. Sidang perwakilan sekalian, perkara yang ketiga ialah nak bangkitkan tentang Program Kebajikan Rakyat, Program Kebajikan i-Sejahtera. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mula diperkenalkan sekitar tahun 2014 oleh Kerajaan Pakatan Harapan iaitu warga emas, ibu emas, anak emas, pelajar emas, ibu tunggal dan OKU. Pelajar emas juga telah dimansuhkan pada PRU14. Mohon Kerajaan Negeri mempertimbangkan semula Skim Pelajar Emas yang diperkenalkan semula tambahan dalam pembelajaran norma baru ini sudah pastikan akan membantu golongan pelajar di Pulau Pinang dapat membiayai kos internet supaya tidak tercicir dalam pelajaran. Kadar bayaran bagi skim-skim warga emas, ibu tunggal, dan ibu emas perlu dinaikkan dan diberikan secara berkala sebagai contoh 3 kali setahun. Kebanyakan ibu tunggal memerlukan lebih daripada RM100 untuk perbelanjaan bulanan dari nilai yang diberikan melalui skim ini dan hanya setahun sekali. Tambahan dalam keadaan peralihan ke era endemik, golongan seperti warga emas, ibu tunggal, nelayan dan OKU cukup terkesan dan terbeban dengan faktor ekonomi. Saya menyeru kepada Kerajaan Negeri untuk meneliti semula kadar bayaran yang telah ditetapkan dan sudah tiba masanya kadar bayaran ini dinaikkan dan diberikan secara berkala dan bukannya hanya setahun sekali. Ini ialah di antara suara yang kita dapat bila mana kita berhadapan dengan masyarakat. Faedah bulanan kepada pengundi warga emas Pulau Pinang sebanyak RM300 hingga RM500 adalah wajar dilaksanakan dan faedah-faedah lain kepada warga Pulau Pinang sebagai faedah kad perubatan keluarga RM500 hingga RM1000 setahun. Voucher pembelian barangan runcit RM500 sebulan kepada golongan B40…(dengan izin), dan warga emas. Mewujudkan kad warga emas untuk faedah pengangkutan bas Rapid percuma dan kad diskaun untuk perkhidmatan perhotelan merupakan yang diharapkan golongan pada masyarakat golongan B40. Sidang Dewan sekalian, Dato’ Speaker, di antaranya yang saya nak bangkitkan juga pada hari ini ialah pindah Pejabat JKM di Daerah Barat Daya. Isu pemindahan Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Barat Daya di Kompleks Majlis Bandaraya Pulau Pinang di Balik Pulau di aras bawah dengan keluasan 3500 kaki persegi dengan kekuatan kakitangan seramai 30 orang akan dipindah ke tingkat atas. Tingkat atas keluasannya ialah 1000 kaki persegi sudah pastinya dengan ruang tenaga kerja yang ramai dengan keluasan ruang yang baru yang ditawarkan bukan sahaja tidak memberi keselesaan kepada kakitangan JKM tetapi akan memberi impak kepada siapa? Kepada orang awam yang berurusan dengan JKM lebih-lebih lagi pada mereka yang kurang upaya, yang berkerusi roda, sudah pasti menyukarkan mereka untuk mendapatkan perkhidmatan kerana laluan ke tingkat atas hanya ada tangga dan tiada lif yang disediakan. Dato’ Speaker, Pejabat JKM yang sedia ada adalah bersebelahan dengan Pusat Dialisis CAT yang difahamkan pihak CAT memohon tambahan keluasan tetapi keputusan yang dibuat oleh pihak Majlis Bandaraya menawarkan pejabat JKM ini kepada ke atas permohonan tersebut

dan difahamkan pihak CAT telah menerima surat kelulusan. Saya juga memohon perhatian YB. EXCO untuk memberi keadilan yang sewajarnya bukan sahaja kepada warga kerja JKM dengan kapasiti keluasan yang sempit, juga memberi kewajaran kepada pesakit dialisis CAT tetapi juga mengambil kira orang awam selama hari yang mengunjungi JKM untuk mendapatkan perkhidmatan di JKM ini. Daripada tingkat bawah untuk ke tingkat atas, bagi mereka yang berkerusi roda, ini juga menyukarkan mereka. Kita mengambil kira juga tentang kebajikan keselesaan orang awam yang datang untuk berhubung dengan pihak JKM. Tindakan segera bagi menyelesaikan isu ini sangat penting supaya kedua-dua perkhidmatan ini dapat menjalankan seperti biasa dan tindakan tidak mengganggu operasi mereka yang lain. Sidang Perwakilan sekalian, dan di antara lain ialah yang nak dibangkitkan ialah isu berhubung dengan pemaju perumahan yang mana perlu menyediakan berhubung dengan tapak surau dan sebagainya. Ini juga dibangkitkan diantaranya ialah kesempitan kemudahan asas ini. Mutakhir ini pihak saya menerima aduan daripada keluasan tapak itu yang kecil dan tidak dapat memenuhi untuk membina kemudahan di surau. Syor supaya pihak PBT berbincang dengan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) ataupun MAINPP untuk atasi permasalahan ini. Sepatutnya tapak ini boleh memenuhi perancangan bagi kemudahan yang akan disediakan di surau termasuklah kemudahan yang ada dewan solat jemaah yang selesa dengan kapasiti 200 orang untuk tujuan beribadah dan juga majlis ilmu. Ruang belajar dan kelas pengajian yang lengkap, ruang mengambil wuduk dan juga tandas serta bilik mandi yang berasingan, kawasan khas pengurusan jenazah, sebab kita tau kapasiti rumah-rumah flat dan sebagainya ini akan menyukarkan pengurusan jenazah bila ada kematian. Ruang pejabat pentadbiran surau, ruang simpanan barang stor dan sebagai untuk ruang berasingan daripada bangunan utama surau begitu juga kawasan letak kereta ataupun motosikal untuk kemudahan jemaah. Saya mengesyorkan supaya pihak Majlis Bandaraya mengadakan perbincangan kolaborasi bersama dengan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang tentang kapasiti ini untuk mendapat keselesaan jemaah ataupun surau…(gangguan).

Kumaresan A/L AramugamPKR · PHBatu Uban

Mohon mencelah. Dato’ Speaker, mohon mencelah. Terima kasih. Saya tertarik dengan apa yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Pulau Betong sebentar tadi. Dalam ucapan perbahasan saya juga saya menyentuh tentang penyediaan tapak rumah ibadat dan juga Rumah Ibadat Bukan Islam dan setuju kah Yang Berhormat Pulau Betong kalau saya kata MBPP bukan sahaja perlu memberi penekanan tentang saiz tanah iaitu menjadi satu keperluan juga tetapi juga dengan lokasi-lokasi yang diberikan sebagai rumah untuk didirikan sebagai rumah ibadat dan juga Rumah Ibadat Bukan Islam kerana kebanyakan lokasinya kita lihat dia tidak bersesuaian. Contohnya berdekatan dengan kawasan perumahan, bersebelahan dengan loji tangki IWK dan juga tanah saiz tiga segi dan sebagainya. Maka setujukah Yang Berhormat Pulau Betong sekiranya pihak PBT perlu meneliti dengan dengan tepat sebelum menerima tapak-tapak ini. Sekian, terima kasih.

Haji Mohd Tuah bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Ahli Kawasan Bayan Lepas, nak masuk dulu?

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Pulau Betong. Isu yang sama yang telah saya suarakan dalam Sidang DUN yang lepas dan saya ambil kesempatan daripada perbahasan

daripada Yang Berhormat Pulau Betong. Isu yang dibangkitkan mengenai tapak ibadat orang Islam ataupun lebih kita katakan tapak untuk pembinaan surau. Untuk makluman tapak Surau Bayu Nyaman contohnya hampir enam (6) tahun masih lagi tidak dapat diselesaikan apabila keluasan tanah yang diberikan oleh HUNZA kira-kira hanya 2000 kaki persegi sahaja dan amat malang lagi, dia punya angle dia tak sama dengan arah kiblat. Jadi menyusahkan, menyukarkan untuk pembinaan dan juga untuk nak bagi selesa mengikut kiblat. Jadi apa yang saya dimaklumkan dalam soalan bertulis saya, perkara ini mungkin tidak berlaku di kawasan seberang di bawah MBSP. Ianya banyak berlaku di kawasan pulau kerana ataupun mungkin kerana MAINPP tidak dijemput ataupun tidak menjadi sebahagian daripada Ahli Majlis OSC. Jadi saya dengan ini mendesak supaya wakil MAINPP dimasukkan sebagai Ahli Jawatankuasa OSC MBPP bagi menjaga kepentingan-kepentingan Islam. Terima kasih.

Haji Mohd Tuah bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Terima kasih daripada Yang Berhormat Batu Uban dan juga Yang Berhormat Bayan Lepas. Saya mohon kepada Kerajaan Negeri dan juga Yang Berhormat Datok Keramat untuk memberi perhatian kepada dua (2) isu yang dibangkitkan dan saya bawa isu ini iaitu tentang surau untuk ajak bersama Majlis Agama Islam Pulau Pinang bersama dan begitu juga tentang RIBI ini tempat yang sesuai, yang munasabah untuk dijadikan tempat ibadah perlu perbincangan bersama supaya perkara ini tidak dibangkitkan ataupun menjadi rungutan pada masyarakat. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Dasar Keluarga Selamat ke Arah Pulau Pinang Bebas Keganasan diwujudkan sejak Julai 2020. Tahniah kepada Yang Berhormat Padang Lalang yang telah melaksanakan langkah awal dengan mewujudkan first support point di Pusat-pusat Khidmat ADUN ke arah Misi Penang2030. Mutakhir ini, kita sering dikejutkan dengan insiden mereka yang mengambil jalan mudah menyelesaikan kemelut kehidupan dengan mengambil tindakan seperti hari ini yang dibangkitkan oleh Sidang Dewan yang bersama iaitu tentang tindakan terjun daripada jambatan. Semua ini adalah yang kita dengar sama-sama di dalam media ataupun kita berhadapan bila kita lalu di Jambatan Pulau Pinang. Kita juga dikejutkan dengan kes doktor pelatih yang juga mengambil pendekatan terjun daripada bangunan. Kita mengucapkan takziah kepada keluarga yang terlibat. Maka, dapat disimpulkan tindakan begini cenderung diambil oleh siapa sahaja yang sarat dengan tekanan tanpa mengira latar belakang pendidikan, golongan profesional ataupun tidak. Masalah ini sangat serius. Masalah ini wajar ditangani oleh pihak bersama Kerajaan Negeri sejajar dengan Dasar Keluarga Selamat. Berdasarkan peningkatan kes penceraian yang luar biasa, Yang Amat Arif Dato' Dr. Hj. Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah Ketua Hakim Syarie (JKSN) memaklumkan kepada kita bahawa sebanyak 6,569 kes penceraian yang direkodkan sepanjang tempoh PKP iaitu mulai18 Mac 2020 hingga 18 Jun 2020. Dan kes bunuh diri melibatkan 609 kes pada tahun 2019, 631; 2020 dan 498 kes pada Januari hingga Mei tahun lalu berdasarkan statistik ini. Cara membunuh diri, kerap berlaku adalah gantung diri 75.1%, terjun bangunan 13.6%, makan racun 5.7%. Ini merupakan dasar peningkatan kes penceraian yang kita dapat daripada Yang Amat Arif Dato' Hj. Mohd Na'im, statistik ini. Justeru itu, sejajar dengan Dasar Keluarga Selamat ini, siasatan didapati tiga punca menyebabkan kejadian tersebut. Diantaranya ialah: 1. Masalah keluarga; 2. Masalah kewangan; dan 3. Masalah tekanan perasaan.

Justeru itu, semarakkan Dasar Keluarga Selamat ini maka sudah sampai masanya kita bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk merangka penubuhan Klinik Kesihatan Keluarga diaktifkan semula untuk sama-sama kita pastikan bahawa semua daerah secara efektif dan juga talian hotline diaktifkan di semua pusat first support point bagi memudahkan golongan sasaran berurusan kerana kebanyakan mangsa malu untuk hadir secara berdepan di pusat untuk mendapatkan bantuan. Kakitangan yang terlibat dengan first support point, diberikan latihan secara berkala bagi meningkatkan kecekapan membantu mangsa. Klinik Kesihatan Keluarga juga memberikan perkhidmatan dari segi kesihatan mental, dalam membentuk kesejahteraan psikologi. Berdasarkan Teori Hierarki Maslow, faktor yang menyumbang kepada kesejahteraan psikologi membabitkan lima keperluan manusia : 1. Keperluan asas; 2. Keperluan keselamatan; 3. Keperluan Kasih Sayang; 4. Keperluan Pengharapan; dan 5. Keperluan Sempurna Kendiri.

Apabila kelima keperluan ini tidak dipenuhi, maka wujudlah psikologi yang tidak sejahtera iaitu rasa sedih…(gangguan).

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat.

Haji Mohd Tuah bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Rasa kecewa…(gangguan). Ya.

Yang di-Pertua (Speaker)

Yang Berhormat. Masa sudah sampai.

Haji Mohd Tuah Bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Okey, sikit lagi.

Yang di-Pertua (Speaker)

Sikit lagi.

Haji Mohd Tuah Bin IsmailPKR · PHPulau Betong

Rasa tertekan, murung, bimbang dan sebagainya. Ini menyumbang kepada keganasan penceraian dan akhirnya tindakan membunuh diri. Maka sistem sokongan yang efektif amat perlu disegerakan secara efektif. Sidang perwakilan sekalian, Dato’ Speaker, selaras dengan Visi Penang2030 iaitu memberikan fokus dan penekanan terhadap pembangunan institusi kekeluargaan malah turut merangkumi aspek hijau dan pintar sebagai hala tuju dalam pentadbiran negeri dalam tempoh 10 tahun yang mendatang ini.

“Beli Gulai Satu Tempayan,

Gulai Bercampur Air Madu, Kehendak Rakyat Wajib Dilayan,

Mudah-Mudahan Masyarakat Bersatu Padu”

Bagi menjadikan negeri ini sejahtera dan membangunan, sudah pastinya peruntukan institusi kekeluargaan dan bahagia sejahtera dapat memakmurkan negeri dan rakyat. Saya akhiri dengan ucapan terima kasih. Saya menyokong ucapan Tuan Yang Terutama Tun, terima kasih.

Yang di-Pertua (Speaker)

Terima kasih Pulau Betong. Saya nak persilakan, siapa lagi yang ingin bahas. Sila, Telok Ayer Tawar.

Dato’ Mustafa Kamal bin AhmadPKR · PHTelok Ayer Tawar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat AhIi-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, Alhamdulillah, sekali lagi dan syukur dirafakkan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala, kerana atas izin dan kehendak-Nya jua, maka kita dapat berkumpul secara normal menghadirkan diri dalam Dewan yang mulia ini untuk mengadakan Persidangan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-14 ini. Hari ini, tanpa kita sedari sudah genap dua bulan Malaysia memasuki Fasa Peralihan ke Endemik. Kita hampir berjaya menghadapi dan menanggani wabak ini dengan penuh bersatu padu sebagai sebuah negara Malaysia yang kuat, cekal dan berdisiplin. Tentu sekali, ia juga datang daripada usaha kita semua, tidak kira di pihak kerajaan iaitu sahabat-sahabat saya di sebelah sini, mahupun sahabat-sahabat rakan strategik saya di seberang sana. Kerana di sini yang menjadi wadah dan pentas untuk kita sebagai Ahli-Ahli Yang Berhormat, bagi mengemukakan hujah, melontarkan pandangan konstruktif, berbahas dengan logik akal, berkongsi idea dan informasi, berfungsi dengan baik sebagai semak dan imbang berhubung sesuatu isu yang dibangkitkan.

Sudah pasti, kita lakukan semuanya ini tidak lain dan tidak bukan untuk menunaikan tanggungjawab. Bukan sekadar sebagai Ahli Yang Berhormat, bahkan lebih jauh daripada itu. Kita ialah wakil yang disokong oleh akar umbi, dipilih oleh rakyat melalui Pilihan Raya, bagi menggalas tugas yang penuh dengan cabaran, bagi menggalas tugas yang penuh dengan cabaran, waima kita boleh memilih tugas Iain yang lebih ringan untuk memikul amanah ini. Yang Berhormat Dato' Timbalan Speaker, dalam kesempatan ini, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih, kepada Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak atas kesudian menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang beberapa hari yang lalu. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan pujian kepada Yang Berhormat Dato' Speaker dan Yang Berhormat Dato' Timbalan Speaker, kerana mengendalikan sidang ini dengan begitu sempurna, lancar, teratur, mematuhi segala peraturan, menurut batas serta lunas undang-undang yang ditetapkan. Saya juga tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang benar-benar komited dalam membangunkan kompetensi profesional. Mereka amat berdedikasi, beriltizam dan memberi perkhidmatan yang cemerlang. Mereka juga mempunyai ciri tenaga kerja yang inovatif dan mendorong saya melakukan nilai tambah dalam perkhidmatan sesuai dengan situasi semasa yang memerlukan perubahan dari segenap segi. Melalui bimbingan dan bantuan yang disalurkan, saya gunakan sebaik mungkin dengan memberi penekanan dalam tadbir urus, penyelesaian masalah, komunikasi dengan rakyat serta, secara berkesan dan pelbagai aspek Iain yang diambil kira dalam memberi khidmat yang terbaik untuk rakyat di negeri ini dengan kualiti kelas pertama. Semoga ianya akan terus signifikan serta membentuk pentadbiran kerajaan yang bersih dan makmur. Yang Berhormat Dato' Timbalan Speaker, saya menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri untuk menerapkan budaya positif dalam membentuk sebuah negeri yang berdaya huni. Hal ini membolehkan rakyat semakin aktif dan cergas dengan akses secara optimum melalui aktiviti fizikal. Kerajaan Negeri telah merancang segala pelan ataupun pelan sendiri secara inklusif dan komprehensif yang menggariskan secara nyata, terperinci dan jelas akan dasar serta prosedur pelaksanaan sebagai negeri mesra sukan. lni termasuk kelulusan peruntukan pembinaan gelanggang sepak takraw di Pekan Darat, Telok Air Tawar. Lantaran, bagi menghargai sokongan itu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada EXCO Belia dan Sukan yang banyak membantu dalam melakukan transformasi di Telok Air Tawar. la memberi banyak kebaikan kepada komuniti setempat, kerana kemudahan sukan berupaya bertindak sebagai gambaran ketekunan kerajaan membangunkan infrastruktur sukan. Yang Berhormat Dato' Timbalan Speaker, apa yang lebih penting, rakyat terus rakyat tanpa mengira batasan usia dan ideologi politik dapat menikmati kemudahan yang disediakan. Kita juga mesti melihat perspektif matlamat yang lebih besar untuk melahirkan warga yang sihat dari sudut fizikal dan mental. Sukan bukan hanya dijadikan wadah dalam mencapai dasar kerajaan, malah ia menyatukan kepelbagaian kaum. Pembangunan sukan juga dapat memupuk persahabatan dalam kalangan rakyat.

Apabila sesuatu jenis sukan diwakili oleh peserta daripada pelbagai kaum, mereka sudah tentu akan bekerjasama dan saling membantu untuk mencapai satu matlamat, iaitu kejayaan. Semasa berada dalam satu kumpulan, timbul perasaan kekitaan dikalangan mereka. Semangat ini amat penting bagi mewujudkan perpaduan kaum di negeri ini. Selain itu, perpaduan juga turut dapat disemai dalam kalangan penonton apabila mereka menyokong pasukan yang sama. Nilai perpaduan yang menjadi landasan untuk rakyat membangunkan sukan negeri. Lantaran itu, setiap anggota masyarakat seharusnya menjinakkan diri dengan sukan yang sesuai dengan minat, kebolehan dan keupayaan masing-masing. Kesediaan pihak Kerajaan Negeri berbuat demikian adalah atas kesedaran bahawa sukan bukan sahaja mendatangkan manfaat kepada individu, tetapi juga memberikan sumbangan ke arah pembangunan negeri. Menyedari hakikat inilah, Kerajaan Negeri telah membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan infrastruktur sukan kepada orang ramai. Melalui kemudahan sebegini, kita dapat mempromosi kecaknaan Kerajaan Negeri dalam menyediakan keperluan rakyat. Saya sebagai wakil yang ditugaskan menjaga kebajikan rakyat di Telok Air Tawar mengharapkan agar kita mengambil pendirian yang teguh dalam usaha membangunkan bidang sukan di negeri ini dimana sikap ataupun skop kemudahannya lebih meluas yakni kemudahan yang berasaskan kepada apa yang diperlukan oleh rakyat. Kita perlu faham segala apa yang seharusnya dilakukan dulu demi memenuhi keperluan rakyat, memenuhi keperluan rakyat. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, saya juga ingin merakamkan kesyukuran kerana Kerajaan Negeri meneruskan usaha untuk menjaga kesejahteraan di Telok Air Tawar dalam menjadikannya sebagai hub pelancongan. Bagi memperkukuhkan usaha ini, tanggal 29 Mei yang lalu tahun 2022, Robina Eco Park Fasa Kedua telah berjaya dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Pertuan Negeri, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Tempat tersebut amat berpotensi dimajukan serta kedudukannya yang begitu strategik berdepan dengan keindahan lautan yang cukup mempersonakan. Tumpuan baharu ini direalisasikan dengan penuh perancangan rapi. Dalam pada itu, ia boleh menjana pelaburan yang berimpak tinggi, mewujudkan peluang pekerjaan, menambah ekonomi rakyat kepada yang lebih stabil memandangkan kos sara hidup dilihat semakin meninggi dek harga barangan diluar jangkaan, memperkasakan industri perlancongan negeri serta bertindak untuk menarik kedatangan pelancong luar ke negeri yang permai ini. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, kita sudah mula bertindak melangkah, merencana demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri dan kemakmuran negeri. Pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi, namun ianya telah membuahkan hasil, saya menyeru agar kemudahan dan manfaat yang cukup besar daripada Kerajaan Negeri ini tidak di sia-siakan, begitu juga begitu susah dan payah kita berusaha menjayakannya, begitu juga kentalnya energy kita untuk mempertahankannya. Kita tidak mahu Pulau Pinang dilabelkan sebagai kawasan tumpuan pelancong di atas kertas semata-mata malah kita perlu menjadikan ianya sesuai dengan realiti sebenar apabila melihat kepada pembangunan pelancongannya. Kita juga tidak mahu potensi Pulau Pinang dicemarkan dengan anasir-anasir yang tidak sihat. Kita perlu terokai dan manfaatkan sepenuhnya kerana ianya memberi kesan besar terutama kepada sektor eko pelancongan komuniti tempatan.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, apa jua tindakan dan usaha kita akan sentiasa menarik perhatian rakyat. Oleh yang demikian, saya mohon supaya Ahli-ahli Yang Berhormat bingkas bangkit, terus bekerja, seia sekata dalam pasukan. Satu perdu bagai buluh, seliang seperti tebu, seikat bak sireh, kita perkasakan Negeri Pulau Pinang, kita lakukan dengan hati yang tulus ikhlas dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan Negeri Pulau Pinang yang tercinta ini. Intihannya saya mengharapkan semoga negeri kita, rakyat Pulau Pinang akan terus mendapat perlindungan daripada Yang Maha Berkuasa dan sentiasa dilimpahi rahmat supaya rakyat yang berbilang kaum dapat menikmati keamanan, kemakmuran yang dikurniakan. Kepada Allah SWT kita mohon doa dan pertolongan, kepadaNya jua kita kembali, kembalikan akan segala urusan. Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon menyokong ucapan Tun. Sekian. Wabillahhi taufik, wal hidayah, Warahmatullahi Wabaruhkahtu.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Telok Ayer Tawar. Dipersilakan Permatang Pasir.

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin Wassalatu Wassalamu ‘Ala-Asyarafil Anbiya’e Wal Mursalin Wa’ala Alihi Wasahbihi Ajma’in. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana memberikan kesempatan kepada saya untuk sama-sama membahaskan, ucapan terima kasih usul terima kasih atas ucapan Tuan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Kita telah melangkau ke tahun ke-empat Pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang dan tahniah kepada Ketua Menteri juga barisan EXCO di atas kejayaan menunaikan 90% manifesto dan kejayaan ini tidak akan dicapai tanpa kerja kuat, komitmen dan juga sokongan semua Pegawai-Pegawai Kerajaan disemua peringkat sama ada di peringkat negeri ataupun daerah mahupun diperingkat semua agensi, GLC dan kita mengharapkan kerjasama ini akan berterusan kerana untuk menjayakan apa sahaja projek atau program Kerajaan yang memerlukan kolaborasi semua pihak yang terbabit begitu juga di Permatang Pasir tidak kurang banyaknya projek-projek pembangunan dan juga program-program kemasyarakatan. Saya juga mengambil kesematan juga untuk mengucapkan terima kasih. Takut ini yang persidangan yang terakhir sebelum kita menempuh Pilihanraya Umum Yang Kelima Belas. Menuju PRU ke-15 ini, itu saya tegaskan tadi bahawa kita telah memenuhi 90% manifesto. Saya agak hairan dan musykil Tuan Timbalan Yang di-Pertua, kenapa pihak Pembangkang dalam Dewan yang mulia ini mempersoalkan peratusan yang dinilai sedangkan mereka tidak ada apa-apa hujah yang konstruktif bagi saya biarlah kita menjadi Pembangkang yang konstruktif, menilai kepada pretasi, banyak projek-projek yang telah dijalankan dan sedang dalam proses pelaksanaan dan ini adalah satu indikatif bahawa manifesto ini telah dilaksanakan. Saya nak mengajak rakan-rakan Pembangkang untuk mencermin diri sendiri apa pula manifesto parti-parti Pembangkang diperingkat Persekutuan? Tidak ada satu manifesto. Kerajaan yang ada hari ini yang terdiri daripada Parti Umno, Barisan Nasional, Pas dan juga Bersatu ialah Kerajaan yang tidak berpaksikan kepada apa-apa manifesto. Cermin diri dulu sebelum nak menempelek Kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang. Nak kata 60%, 80%, 90%...(gangguan), itu penilaian tetapi hakikatnya Kerajaan Pulau Pinang yang berdiri hari ini, 4 tahun ada manifesto. Berbanding dengan Kerajaan Persekutuan tidak ada manifesto. Saya akan beri peluang kepada rakan saya.

Terima kasih Permatang Pasir. Awal-awal lagi dah mencabar. Terima kasih Permatang Pasir, cuma saya nak tekankan disini, kita di pihak Pembangkang, kita, saya dalam ucapan saya menyebut tentang kegagalan ataupun kekurangan sebagai satu teguran, kita melihat bahawa pencapaian 90%. Saya ucapkan tahniah, cuma saya sebut dari segi sudut impak, kesan dan juga kesamarataan keadilan pelaksanaan aktivti yang dibuat, program yang dibuat, tak semua ia mencapai kesan dan impak yang menyeluruh ataupun yang merangkumi pihak-pihak yang memerlukan dan ini perlu dilihat semula, tak boleh kita melihat dari segi fizikal sahaja tapi tidak melihat dari segi pencapaian, impak, kesan yang merangkumi pelbagai pihak yang memerlukan, rakyat yang memerlukan. Ada program, ada aktiviti di bawah tema-tema yang tertentu yang tidak lansung, yang tidak mencapai pencapaian yang terbaik kepada semua masyarakat. Itu perlu diperbaiki, perlu dilihat, itu satu teguran yang boleh memberi satu kebaikan kepada Kerajaan Negeri yang perlu diambil tindakan dan tentang manifesto, kalau nak tengok janji-janji ni banyak yang janji sebelum pilihan raya yang ada termasuk dalam manifesto yang masih belum ditunaikan, saya sebut haritu dari segi tol dan sebagainya masih belum ditunaikan dan dari segi tadi dia sebut kerajaan yang ada sekarang tidak ada manifesto, tak ada ini. Sebelum, selepas PRU Ke-14, PH yang ambil pentadbiran dan kita tahu Kerajaan BN, kerajaan yang bergabung, bergabung di antara 2,3 parti, ada gagasan di situ. Jadi mungkin memerlukan satu masa yang tertentu dan saya rasa dalam masa pentadbiran yang dijalankan di bawah sekarang ada gagasannya, ada perkara yang dibuat dengan pihak Pembangkang untuk buat MOU dan sebaganiya dan Keluarga Malaysia adalah merupakan satu gagasan yang sedang dilaksanakan sekarang dan saya nampak ada, ada kesan-kesan yang baik dari segi itu, dari segi pelaksanaan. Jadi ini benda-benda yang perlu disusun, yang dibuat yang juga sama dengan manifesto PH yang memerlukan satu pelaksanaan yang bersepadu di antara semua pihak. Jadi ini yang saya nampak.

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Dato’ Ketua Pembangkang di atas celahan tadi walaupun apa yang saya tegaskan…(gangguan), Dato’ Ketua Pembangkang adalah cermin diri dulu. Pakatan Harapan kalau letak cermin di depan dia akan reflection, tapi kalau Kerajaan Persekutuan hari ini kalau letak cermin tak akan nampak apa-apa sebab tak ada manifesto. Sebab itu saya katakan awal tadi bahawa banyak hujah-hujah, perbahasan yang diutarakan oleh rakan-rakan Pembangkang menyentuh tentang penilaian ini, kerana mereka tidak ada manifesto untuk dijual kepada rakyat. Jadi menjelang PRU ini, apa nak mereka jual kepada rakyat dalam kempen mereka? Kalau di pihak Pakatan Harapan, kita boleh katakan kita telah tunaikan 90%, baik ini bukan soal politik Timbalan Yang di-Pertua, ini soal fakta. Faktanya kerajaan yang berdiri hari ini ialah kerajaan pintu belakang yang tidak dipilih oleh mandat rakyat, maka tidak ada manifesto. Jadi bila tidak ada manifesto, mereka cemburu kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Itu yang berlaku kerana mereka tidak ada apa-apa modal untuk dijadikan bahan kempen bahawa mereka telah menunaikan janji mereka kepada rakyat. Dan ternyata kita telah berjaya mentadbir Pulau Pinang dengan baik. Bayangkan kalau tempoh yang sama diberikan peluang ini kepada Kerajaan Persekutuan pada PH mentadbir Kerajaan Persekutuan sudah pasti lebih banyak janji yang telah kita sandarkan kepada manifesto kita di PRU 14 dapat kita tunaikan. Tapi kita dikhianati, 22 bulan sahaja kita dapat perintah tapi mereka menolak kita dengan tidak ada ataupun gagal menunaikan manifesto. Ini tidak adil. Kita melihat kepada…(gangguan).

22 bulan saya rasa banyak janji yang tidak ditunaikan. Banyak benda yang telah…(gangguan).

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Dah tempoh tak habis sebab tu kita bandingkan 4 tahun dengan 22 bulan…(gangguan), 22 bulan tak sampai 2 tahun. Jadi kalau saya nak menjawab sedikit…(gangguan).

Banyak kalau saya nak sebut banyak benda tak buat…(gangguan).

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Apa yang tidak dibuat?

Banyak benda yang tidak dilaksanakan dari segi janji-janji…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tak apa Sungai Dua, cakap yang sudah dibuat oleh parti kamu dan juga yang tidak dibuat tidak payah disebut-sebutkan…(gangguan).

Dak, kita kena sebut.. (gangguan).

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Saya nak dengar apa yang tidak dibuat…(gangguan), apa yang tidak dibuat?

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Atau tidak dibuat?

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Ya, apa tidak dibuat?...(gangguan)

Dak, banyak…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Dipersilakan Permatang Pasir.

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

…(gangguan), mesti spesifik apa yang tidak dibuat…(gangguan).

(Gangguan) banyak benda tak dibuat, yang belum dilaksanakan, janji-janji contohnya kita nak, apa, hapuskan PTPTN. (gangguan) janji itu hari

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Itu dalam manifesto Penaga…(gangguan), Dalam manifesto parti Penaga ada nak hapuskan PTPTN. Dalam manifesto PH tidak disebut untuk hapuskan PTPTN…(gangguan).

Ada. Banyak lagi benda…(gangguan).

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Tidak ada. Kita hanya ada manifesto untuk mengurangkan bayaran balik. Jadi saya ingat Ketua Pembangkang tidak ada fakta, tak ada fakta, faktanya salah.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Sungai Dua mengadap saya. Kalau you tengok…(gangguan).

Banyak lagi…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sungai Dua mengadap saya, tolong jangan tengok belakang. You banyak sangat cakap ni…(gangguan).

Yang PH janji tak buat…(gangguan).

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

(Gangguan) Banyak, banyak. Saya, saya akan senaraikan untuk Ketua Pembangkang.

(Gangguan) Nak tanya tentang persekutuan.

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Okey.

Kita sebut pasal negeri, sebut pasal negeri la…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sungai Dua, backup backup sudah sampai dah belakang.

Dia bercakap…(gangguan), kadang-kadang kena mengadap muka…(gangguan).

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Okey. Kalau diberi peluang Timbalan Dato’ Pembangkang, dalam tempoh 22 bulan sahaja, kita telah pulihkan ekonomi negara, FDI RM82.4 bilion pada tahun 2019, hasil Kerajaan Persekutuan tahun 2019 meningkat 13.5% sebnayak RM31.5 bilion, GST kita hapuskan, minyak petrol kita stabilkan dengan menyuntik subsidi. Hari ni ramai rakyat termasuk Ketua Pembangkang menikmati harga petrol pada harga syiling RM2.08 seliter. Pengurangan kadar tol termasuk Jambatan Pulau Pinang. Itu antara kejayaan-kejayaan yang boleh saya kongsi dengan Dato’ Ketua Pembangkang tentang Kerajaan Persekutuan. Cuma saya nak katakan bahawa dalam tempoh empat tahun, kalau di Pulau Pinang kita boleh tunaikan 90% kalau peluang yang sama diberikan kepada kita di Persekutuan sudah pasti lebih 90% kita dapat tunaikan. Tapi kalau kita mempunyai kerajaan yang ada pada hari ini, dengar-dengar di hujung terowong GST nak ditunaikan semula, datang pula cadangan itu daripada “malu apa bosku”. Dah lah dia tak malu, hilang duit berbilion-billion nak implement pula GST dalam negara ini dan kesannya juga akan terkena pada rakyat Pulau Pinang. Kalau saya jadi Ketua Pembangkang saya akan bangun lawan dulu “malu bossku, boss dia”. Okey, jadi ini kejayaan yang kita nikmati empat (4) tahun. Jadi Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, menyusuri kejayaan ini melihat kepada laporan Ketua Audit Negara pada hari Selasa yang mengatakan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam keadaan yang cukup kukuh di mana jumlah wang dalam akaun yang disatukan berjumlah hampir RM1.821 billion. Ini satu kejayaan bagi Kerajaan Pulau Pinang dan saya merasakan bahawa hasil yang tinggi harus dikongsi bersama untuk memastikan bukan sahaja pembangunan fizikal di Pulau Pinang ini terus dilestarikan tetapi juga kehidupan rakyat itu terus sejahtera, Semalam kita telah meluluskan satu usul yang penting tentang food security dan saya semalam tidak dapat peluang untuk berbahas.

Saya juga memohon izin Tuan Yang Timbalan di-Pertua untuk membahaskan isu ini kerana isu ini dekat dengan jiwa kita, dekat dengan nadi rakyat, Timbalan Yang di-Pertua. Kita mengimport negara secara keseluruhannya mengimport barang makanan ini hampir RM55.5 billion setahun. Ini satu jumlah yang banyak dan negara kita juga kaya dengan sumber pertanian namun kenapa kita berhadapan dengan krisis makanan dan food security ini ataupun keselamatan makanan ini menjadi satu isu yang dibincangkan saban hari oleh rakyat Malaysia. Kita bukan sahaja berhadapan dengan harga barang yang tinggi melambung hari ini. Tapi kita juga berhadapan dengan satu krisis ketidakcukupan bekalan makanan. Jadi saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat menyalurkan peruntukan yang lebih dalam memastikan food security di Pulau Pinang ini terjamin. Bagi memastikan kesejahteraan hidup rakyat kita terus terjaga dan terbela. Isu yang terbaru yang kita baca di media adalah isu kekurangan bekalan ikan. Ikan juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan protein yang cukup kepada rakyat negeri ini. Dalam ucapan Tuan Yang di-Pertua Pulau Pinang, ada menyebut tentang ikan sangkar di Pulau Pinang ini adalah ikan sangkar yang tertinggi dalam negara kita tetapi saya percaya bahawa ikan-ikan ini untuk dieksport bukan untuk kegunaan tempatan dan kita hendak membicarakan hari ini bagaimana kita nak mencari kaedah-kaedah supaya bekalan ikan tempatan itu cukup? Terutamanya di waktu-waktu yang puncak seperti di musim perayaan dan sebagainya dan saya memohon mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui EXCO Pertanian untuk bergerak bersama-sama secara integrative dengan secara integrasi dengan agensi-agensi kerajaan sama ada Persekutuan ataupun di peringkat negeri. Untuk memastikan stok-stok bekalan ini sentiasa ada dan boleh digunakan ketika waktu-waktu kekurangan bekalan dan dengan itu kita perlu memperbanyakkan pembinaan cold room ataupun peti sejuk dan ini boleh diusahakan oleh Kerajaan Negeri tanpa menunggu tindakan Kerajaan Pusat yang memang lembap dan tidak ada apa-apa strategi ataupun pelan tindakan untuk mengawal perkara yang menjadi satu masalah yang begitu kritikal hari ini. Itu soal ikan, soal ayam, kita sedar bahawa harga-harga barang input makanan ataupun bahan asas kepada ayam seperti dedak ini mahal kerana kita mengimport input-input seperti jagung dan sebagainya ini yang telah melonjakkan harga barang, itu alasan yang diberikan. Jadi kita perlu ada satu tindakan yang tuntas, efficient, yang komprehensif, bagaimana kita nak membantu ternakan ayam yang banyak di negeri ini mendapat dedak yang murah. Jadi perlu ada satu tindakan atau pelan tindakan yang komprehensif yang integrative di antara pengeluar input makanan dan juga dengan peladang ternakan ayam. Saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengoptimalkan kegunaan tanah-tanah terbiar yang ada dalam Negeri Pulau Pinang supaya kita dapat menggunakan tanah-tanah ini, memajakkan ataupun dengan kaedah TOL kepada mereka player-player swasta yang berminat untuk membuat tanaman jagung dan juga biji-bijian yang sesuai untuk pembuatan dedak dan saya dalam tempoh ini juga menyeru kepada Kerajaan Pulau Pinang untuk sekali lagi saya tekankan sebelum ini untuk menggubal satu enakmen mengawal penjualan tanah-tanah sawah padi untuk dijadikan tanah lot lidi ataupun tanah perumahan yang telah mengurangkan tanah-tanah pertanian tanah sawah padi. Kalau di Seberang Perai Tengah, Timbalan Yang di-Pertua, dianggarkan tanah sawah padi telah berkurang sehingga 2389 hektar sahaja hari ini dan jika kita tidak mengawal usaha-usaha menjual tanah lot lidi ini atau tanah lot banglo ini maka tanah-tanah sawah padi ini akan semakin berkurangan dan ini akan menjejaskan bekalan makanan kita di masa depan dan kita akan berhadapan dengan masalah food security yang makin kritikal dan kita terpaksa bergantung kepada import, kalau kita bergantung kepada barang import kita terpaksa menilai barang import itu dengan kedudukan nilai ringgit kita kalau merosot lagi kita, lagi mahal harga barang itu kalau negara yang mengeksport itu berhadapan dengan masalah gandum seperti mana pada hari ini

dengan India menghalang sebarang eksport gandum itu ia akan menyebabkan harga barang semakin naik dan hari ini kita boleh lihat di kedai-kedai mamak tertentu roti canai dah jual RM2.70 sebiji. Nasib baik hari ini kita dapat makan roti canai, tapi kalau dekat kedai RM2.70 ini harga yang cukup mahal kepada rakyat apatah lagi golongan B40 yang menjadikan roti canai satu makanan yang lazim bagi rakyat di negeri ini. Jadi perkara-perkara ini perlu lihat secara komprehensif perlu ada satu pelan tindakan food security oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang terutamanya di sudut portfolio pertanian supaya satu tindakan yang lestari yang pantas dapat digariskan dan dibentangkan di Dewan yang mulia ini supaya kita dapat bersama-sama mengatasi masalah yang membelenggu rakyat hari ini. Kita juga berhadapan hari ini selain daripada food security adalah masalah bagaimana kita hendak membangunkan negeri ini secara seimbang. Hari ini kita telah mencapai pelaburan yang cukup tinggi dalam negeri, dikatakan pelaburan luar asing ke dalam negeri ini pada tahun lepas sebanyak RM74.4 billion dalam industri pembuatan tinggi sehingga RM76.22 billion. Ini adalah satu pencapaian yang baik tetapi kalau ekonomi digital ataupun teknologi 5G itu tidak dibangunkan dengan berkesan di negeri ini maka saya bimbang pelaburan-pelaburan yang cukup tinggi dalam negeri ini akan memberi kesan yang negatif kepada negeri ini pada masa hadapan. Kita telah menyaksikan dalam tempoh setahun dua tahun ini kerana kelembapan ataupun kelemahan Kerajaan Persekutuan setelah langkah Sheraton berlaku. Pelabur-pelabur telah mula lari, tahun 2020 sahaja pelaburan Malaysia telah merosot kepada 2.5 billion USD sahaja dan kita menyaksikan pelabur-pelabur luar seperti Toyota, Hyundai telah beralih pelaburan ke Indonesia. Toyota telah melabur di Indonesia sebanyak RM8.4 billion, Hyundai sebanyak RM4.02 billion dan ini satu pelaburan yang besar di Indonesia yang selama ini melabur di negara kita dan jika kita tidak memainkan peranan yang cukup aktif untuk memastikan teknologi 5G dilaksanakan di Pulau Pinang. Saya bimbang akan berlaku kesan yang negatif kepada pelaburan di Pulau Pinang yang akhirnya akan menyebabkan masalah pekerjaan, masalah pekerjaan IKS akan terkesan yang selama ini bergantung kepada pelabur-pelabur luar syarikat besar ini sebab itu saya menggesa supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjadikan teknologi 5G ini sebagai satu industri baru yang boleh memangkinkan ekonomi dalam negara ini dan saya juga mendesak EXCO berkenaan infrastruktur untuk bersama ataupun mendesak pihak kerajaan supaya memberikan tumpuan kepada Pulau Pinang dalam pasaran 5G. Kita sedar dalam pasaran 5G ini, ia terletak dibawah kuasa Kerajaan Persekutuan, banyak negara-negara ASEAN lain seperti Thailand telah melaksanakan 5G secara menyeluruh dalam negara mereka. Kita sampai sekarang tidak ada 5G, malah 4G pun teruk di Pulau Pinang sahaja masih ada kawasan-kawasan yang masih tidak mendapat perkhidmatan 4G ini. Apatah lagi 5G yang belum dilaksanakan. Di bawah Persekutuan, ia telah diberikan kepada sebuah syarikat milik kerajaan dipanggil DNB (Digital Nasional Berhad) dengan suntikan dana sebanyak RM15 billion. Suntikan yang banyak itu sampai sekarang masih belum dilaksanakan. Ini satu perkara yang cukup membimbangkan kerana ia akan memberi kesan kepada pelaburan dalam industri di Pulau Pinang. Jadi kita mahu Kerajaan Negeri melihat kepada masalah ini dengan serius dan memastikan pelaksanaan 5G bila dilaksanakan kelak memberikan tumpuan yang lebih khusus kepada Negeri Pulau Pinang dan saya juga dimaklumkan dalam jawapan bertulis saya bahawa terdapat 151 lokasi yang telah dikenal pasti untuk pelaksanaan 5G dalam Pulau Pinang dan tumpuan diberikan kepada kawasan Pulau. Memang tidak dinafikan banyak industri yang dipusatkan di Pulau berbanding dengan Seberang Perai. Jadi saya nak merayu sekali lagi dalam Dewan yang mulia ini kita menuju Penang2030 biarlah pembangunan Pulau dan juga Seberang itu sama rata. Saya tak mahu nanti jadi senget ini bahaya, biarlah pembangunan itu sama rata kerana rakyat di Seberang juga memerlukan, mendambakan perhatian dan juga kasih sayang daripada Kerajaan Pulau Pinang. Saya tidak mengatakan bahawa kerajaan memilih kasih tapi apa yang saya merayu supaya pembangunan

itu yang akan datang ini lebih setara supaya rakyat kedua-kedua zon ini mendapat manfaat yang sewajarnya. Jadi untuk menuju fasa 2 sekiranya berlaku saya pohon kepada EXCO berkaitan untuk memastikan lebih banyak lokasi di kawasan Seberang Perai dikenal pasti dan juga dijadikan fasa-fasa pelaksanaan 5G. Ini penting supaya kelestarian pembangunan di Pulau Pinang juga melibatkan pembangunan di kawasan Seberang Perai dan kita sedia maklum bahawa kawasan Seberang Perai ini terdapat beberapa kawasan yang dikategorikan kawasan luar bandar termasuklah kawasan saya di Permatang Pasir. Bila dikatakan kawasan luar bandar pembangunan itu terlalu kecil sedangkan pemikiran penduduk di Permatang Pasir telah meningkat intellectuality mereka telah meningkat mereka telah menjadi golongan middle class dan sudah pasti kami di Permatang Pasir mengharapkan pembangunan yang lebih banyak, saya merekodkan dalam Dewan yang mulia ini penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang selama ini banyak membantu Permatang Pasir dari sudut pembangunan termasuk dewan orang ramai Permatang Pasir, projek-projek tebatan banjir, gelanggang sukan termasuk futsal dan sepak takraw tetapi ia tidak memadai. Bak kata orang Melayu, “Dapat Betis Nak Peha”. Tapi bukan soal itu, Timbalan Yang di-Pertua, soalnya kita mahu pembangunan yang lebih banyak supaya kesejahteraan rakyat itu dapat terjaga. Jadi saya ingin mencadangkan supaya kerajaan melihat kepada keperluan bagaimana nak membangunkan lebih banyak infrastruktur-infrastruktur awam di Permatang Pasir antaranya ialah pembinaan Pasar Awam Permatang Pauh bagi menggantikan Pasar Awam Sama Gagah yang semakin sesak dan telah lama dalam keadaan uzur dan saya memohon agar pembinaan pasar awam baru dipercepatkan dan yang kedua ialah melebarkan Jalan Permatang Pauh yang cukup sesak itu mungkin mengambil satu solusi jangka panjang tapi untuk jangka pendek, saya memohon agar ada satu kerjasama di antara pihak kerajaan dengan pihak trafik polis untuk memastikan diwujudkan tempoh anjal untuk kenderaan berat lori melalui Jalan Permatang Pauh biarlah di waktu pagi itu, tidak ada kenderaan berat melalui jalan-jalan di Permatang Pauh supaya kesesakan lalu lintas itu dapat dikawal.

Dan yang ketiga, ialah Projek Tebatan Banjir di Permatang Rawa dapat disegerakan supaya masalah banjir di Permatang Rawa sehingga ke Tanah Liat itu dapat diatasi dengan segera. Dan yang keempat, pembinaan Sekolah Menengah Tok Elong dapat disegerakan kerana jumlah pelajar sekarang semakin meningkat. Dan yang kelima, ialah membangunkan Rumah Mampu Milik Type A dan Type B di Permatang Pasir. Setakat sekarang belum ada lagi projek sedemikian, saya memohon menuju ke arah mencapai 220,000 Rumah Mampu Milik ini, Permatang Pasir mendapat sedikit perhatian daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Saya juga ingin menyentuh tentang industri pelancongan kerana industri pelancongan adalah satu industri yang cukup penting bagi Pulau Pinang. Pulau Pinang kaya dengan tempat-tempat yang menarik termasuk tempat-tempat sejarah dan saya ingin mencadangkan untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang melihat kepada cabang kebudayaan dan kesenian sebagai satu cabang daya tarik kepada industri pelancongan ini. Kita mempunyai ramai bakat-bakat seni yang lahir daripada Pulau Pinang antaranya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan juga kita juga memiliki bakat seni yang lain yang tidak kurang hebatnya iaitu Allahyarham Nordin Ahmad. Nordin Ahmad ni, kalau Timbalan Yang di-Pertua ingat pantun dalam Sri Mersing yang cukup mashyur kalau saya nak ingin bacakan tapi nada Nordin Ahmad tak sama. Kajang Pak Malau, kajang berlipat, Kajang hamba, mengkuang layu, Dagang Pak Malau, dagang bertempat, Dagang hamba, musafir lalu.

Itu antara pantun-pantun yang diskripkan dalam filem Sri Mersing dan Nordin Ahmad ini memang terkenal dengan bahasa-bahasa yang puitis dalam filem. Kita sekarang berhadapan dalam satu dilema bagaimana kita nak mengangkat martabat Bahasa Melayu diadakan simposium Bahasa Melayu untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu, dan saya fikir anak seni seperti ini yang mempunyai bakat yang cukup hebat dengan bahasa puitis yang dalam perfileman boleh dijadikan sebagai ikon supaya anak-anak kita generasi yang muda ini menjiwai Bahasa Melayu. Inilah Bahasa Kebangsaan, dan inilah cara yang telus dan ikhlas bagaimana kita nak mengangkat martabat Bahasa Melayu, bukan bermain dengan Bahasa Melayu untuk dijadikan sentimen politik murahan bagi memecahbelahkan perpaduan rakyat. Tapi kita sebagai negeri yang cukup maju ni, negeri pintar ini menjadi the leading example bagaimana kita nak mengangkat martabat Bahasa Melayu dengan menjadikan …(gangguan).

Celahan.

Muhammad Faiz Bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Mereka sebagai ikon pada anak Melayu.

Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih sebab saya berbahas waktu petang ini sangat mencabar tapi bila disebut oleh Permatang Pasir, Nordin Ahmad dan sebagainya itu, menceriakan balik. Ia bukan saja pantun popular Dagang Pak Malau. Pantun Nordin Ahmad juga ada satu lagi yang cukup menarik dan dalam maksudnya. Bunyinya; Apa ada pada paya, Dalam tidak, tohor pun bukan, Apa ada pada saya, Kaya tidak, mashyur pun bukan.

Jadi saya nak mohon masuk dalam handsard, dalam ucapan Permatang Pasir, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Permatang Pasir, saya tau juga, Ahmad juga, Syed Ahmad saja saya tau.

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Terima kasih Pantai Jerejak. Saya izinkan pantun tadi sebahagian daripada perbahasan saya kerana ia mengambarkan satu kesedaran dalam diri kita, siapa kita? Kita yang berdiri dalam Dewan ini tiada siapa-siapa selain daripada membawa amanah rakyat untuk kita tunaikan. Jadi balik kepada isu tadi, saya mencadangkan supaya ada satu galeri Nordin Ahmad dibina di Permatang Pasir. Permatang Pasir boleh dijadikan satu lagi tempat daya tarikan pelancongan dalam Negeri Pulau Pinang. Kita sudah ada Makam di-Raja Kedah di situ, dan boleh dibangunkan

sebagaimana kita membangunkan Fort Cornwallis. Kita boleh bangunkan juga Makam di-Raja Kedah, tapi itu perlu mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Kedah, juga pihak istana. Tapi apa yang saya nak katakan bahawa di Permatang Pasir ada struktur sejarah ini, struktur warisan ini dan juga kita ada ikon rakyat yang boleh kita jadikan sebagai daya tarikan pelancongan yang boleh memantapkan lagi industri pelancongan dalam negeri ini.

Saya juga ingin menyentuh tentang sukan. Kita sedar bahawa sukan adalah satu aktiviti yang boleh menarik minat anak muda meninggalkan aktiviti-aktiviti yang negatif. Sekarang kita berhadapan dengan isu dadah yang cukup mencengkam. Tadi dibahaskan tentang isu ketum, tapi malangnya negeri jiran kita nak eksport ketum ke luar negara. Tapi di Pulau Pinang bercakap tentang isu ketum, dan kita juga bercakap tentang isu dadah dan sebagainya yang memang menjadi satu isu yang cukup serius terutamanya pada anak Melayu. Dikatakan hampir 65% orang belia Melayu ini terkait dengan dadah setiap tahun dan di Pulau Pinang antara negeri yang mempunyai rekod tertinggi dalam aktiviti dadah ini. Kalau dikatakan rekod daripada 2013 sehingga 2017 sebelum ini, Pulau Pinang mencatatkan rekod tertinggi hampir 19,048 kes. Saya tidak ada data terkini tapi saya mengharapkan satu tindakan yang tuntas, tindakan yang agresif supaya Pulau Pinang tidak lagi menjadi sarang dadah dalam negara ini. Jadi balik kepada isu sukan tadi, sukan dapat, kita yakin bahawa sukan itu dapat menghindarkan anak-anak muda ini daripada aktiviti yang negatif sebegini. Kita ada banyak acara sukan yang popular tetapi di kawasan-kawasan luar bandar, di kawasan-kawasan kampung ada juga permainan sukan tradisi yang dimainkan. Contohnya sepak raga tuju. Sepak raga tuju ini permainan yang melibatkan bola sepak, bola takraw tapi di mainkan di bawah paras buku lali. Satu permainan yang menarik yang memang menarik minat banyak golongan belia di kawasan kampung, dan saya yakin kalau dipopularkan, dikomersialisekan akan menjadi salah satu aktiviti yang boleh menghindarkan anak-anak muda ini daripada aktiviti-aktiviti yang negatif. Jadi saya mencadangkan supaya sukan-sukan tradisi ini diangkat oleh Kerajaan Negeri sebagai sukan-sukan ataupun acara sukan yang popular jadikan sebagai acara sukan tahunan dan sebagainya supaya lebih banyak anak-anak muda terutamanya golongan beliau Melayu di luar sana untuk terlibat dalam acara sukan. Dan kita tidak hanya terikat dengan acara-acara sukan yang lazim dimainkan. Berbalik kepada isu ini juga, saya ingin memohon kepada EXCO Sukan untuk menjelaskan, adakah terdapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Majlis Sukan Negeri daripada tahun 2018 ke tahun 2021 dan berapakah jumlah yang disalurkan jika ada, terutamanya pada persatuan-persatuan sukan termasuk persatuan sukan angkat berat. Dan satu lagi perkara yang penting Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua, sukan yang paling dekat dijiwa kita adalah bola sepak. Kita, melalui satu tahun yang cukup membanggakan daripada sukan bola sepak Pulau Pinang, tapi hanya bertahan setahun sahaja. Sayang, pasukan bola sepak Pulau Pinang hari ini telah merosot sepertimana merosotnya Manchester United. Minta maaflah kalau ada penyokong Manchester United, tapi itu hakikatnya, kita tidak mahu pasukan…(gangguan).

Y.A.B. Ketua Menteri: Terima kasih kerana samakan Pulau Pinang dengan Manchester United, walaupun apa berlaku di Manchester.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Saya pun sokong apa yang Ketua Menteri cakap.

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Saya ingat kalau cukup dana kita boleh jadi penaja di Manchester United.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

MU all the way.

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Okey, tapi kita perlu menjadi pasukan yang sentiasa kuat bukan semusim sahaja biarlah bermusim-musim sepertimana pasukan Liverpool ataupun Manchester City, “We Never Walk Alone”. Okey, jadi saya mencadangkan supaya pihak Kerajaan Negeri, EXCO Sukan untuk melihat apa pemasalahan yang berlaku dalam pasukan bola sepak Pulau Pinang. Hanya satu sukan yang dapat menyatukan rakyat, dapat menarik minat anak muda dan dapat mengikat perpaduan di kalangan kita dan saya percaya mungkin ada masalah-masalah tertentu yang berlaku. Bagi saya biarlah pasukan bola sepak Pulau Pinang ini diuruskan oleh golongan professional, golongan ataupun kumpulan yang mahir tentang bola sepak kerana mereka tahu apa yang diperlukan oleh satu pasukan, apa yang diperlukan oleh seorang pemain itu dan apa strategi yang relevan untuk sesuatu permainan ataupun satu pertandingan. Jadi di sini, biarlah pasukan ini dan juga mana-mana acara bola sepak dalam Pulau Pinang ini diuruskan secara professional oleh mereka yang berkelayakan juga berkemahiran dan kurangkan campur tangan pihak kerajaan ataupun apa saja pihak dalam mana-mana pasukan-pasukan sukan terutamanya dalam bola sepak. Saya juga ingin menyentuh tentang Hal Ehwal Agama Islam. Kita tahu bahawa Kerajaan Pulau Pinang telah melancarkan satu pelan tindakan 10 tahun Pembangunan Islam di Pulau Pinang, ini yang disebut sebagai Khaira Ummah. Saya cukup menyokong projek ini, pelan tindakan ini dan mengharapkan ada usaha-usaha yang ditumpukan lebih bagaimana nak mendidik golongan muda, golongan belia ini memahami betul-betul prinsip dan nilai Islam. Janganlah kita hanya melaung tentang Islam tapi pelaksanaannya, kita tak dapat laksanakan. Kita tidak laksanakan. Kita bercakap tentang Islam tetapi rasuah masih tinggi. Kita bercakap tentang Islam tetapi masalah moral tidak selesai. Kita bercakap tentang Islam, masalah dadah makin teruk. Jadi biarlah daripada kita bercakap tentang Islam kita dapat laksanakan betul-betul dan menanam, memupuk nilai dan prinsip etika Islam dalam pemikiran anak-anak muda. Ini penting bukan untuk saja kita memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang pelbagai etnik dalam negeri ini tetapi juga untuk kita mendidik anak-anak muda yang mempunyai kesedaran sivik yang tinggi, mempunyai akhlak yang cukup tinggi sahsiahnya supaya menuju Penang 2030 ini yang kita asaskan visi ini atas asas kekeluargaan on the family basis itu dapat dicapai. Tidak ada gunanya pembangunan yang pesat, yang rapid yang cukup membanggakan tetapi jika permohonan itu tidak diisi oleh modal-modal insan yang berkualiti bukan saja dari sudut ilmunya, dari sudut pemikirannya, tapi juga perlu diisi oleh mereka yg mempunyai sahsiah akhlak yang tinggi dan ini perlu dimainkan oleh Majlis Agama Islam ataupun agensi-agensi yang terlibat yang relevan dalam Projek Khaira Ummah ini supaya pelan tindakan ini benar-benar membina modal insan yang berkualiti dalam menjana ataupun memacu pembangunan negeri yang tercinta ini Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Seterusnya, saya juga ingin menyentuh tentang…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Permatang Pasir, satu (1) minit lagi.

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Satu minit lagi. Tak ada masa tambahan?

Timbalan Yang di-Pertua

Pasai you dah 45 minutes dah. You tak sedar pun.

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Dia subconscious, tak boleh sedar punya.

Timbalan Yang di-Pertua

Takpa, sekarang saya peringatkan.

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Terima kasih. Takpala saya hormati pendirian YB Timbalan Yang di-Pertua. Saya ringkaskan. Saya ambil isu yang terakhir. Yang lain-lain saya skip lah untuk kempen pilihanraya. Jadi, menyentuh tentang…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua

This is part of your campaigning?

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

No, no. Other issue will be part of my campaign. Okey, ini pembahasannya untuk pembangunan negeri ini demi kelestarian demi negeri yang kita cintai. Saya mencadangkan kita juga melihat kepada poket rakyat. Kita tadi cakap tentang food security, harga barang, itu juga poket rakyat. Tetapi, ada di sana golongan-golongan yang perlu dibantu secara terus. Yang perlukan pembelaan. Jadi, saya mencadangkan di bawah agenda ekonomi saksama ini, penilaian perkapita isi rumah itu dinaikkan daripada RM260 kepada RM300. Kerana hari ini, pendapatan rakyat tidak menentu. Ada yang dibuang kerja. Ada yang gaji dipotong. Dan pada masa yang sama, harga barang melonjak tinggi. Berlaku kesenjangan ataupun gap yang cukup ketara di antara pendapatan dengan harga barang yang menyebabkan kos sara hidup meningkat dan seterusnya inflasi akan meningkat. Jadi, penilaian perkapita dalam menilai pendapatan isi rumah itu dinaikkan daripada RM250 kepada RM300. Saya cadangkan untuk memulihkan lebih ramai penduduk-penduduk kita di luar sana, kemudian golongan orang Melayu di luar bandar mendapat bantuan di bawah AES ini dengan lebih ramai lagi dan saya juga memohon agar pembangunan luar bandar ini diaktifkan dan juga dipertingkatkan.

Kawasan saya berada di luar bandar, saya percaya bahawa di bawah portfolio luar bandar ini, ada peruntukan untuk pembinaan rumah baru ataupun membaiki rumah. Saya memohon agar projek-projek sebegini dapat dipertingkatkan supaya lebih ramai orang yang susah di luar sana yang memerlukan pembelaan dari sudut keselesaan rumah itu dapat diberikan perhatian terutamanya di kawasan Permatang Pasir. Saya dalam menjalankan tugas sebagai ADUN Permatang Pasir, kita ada dua (2) peruntukan, satu peruntukan, Timbalan Yang di-Pertua, satu peruntukan P02, satu peruntukan P03. Sebelum ini, peruntukan saya untuk P02 ada yang digunakan untuk membaiki rumah, tetapi saya difahamkan bahawa baru ini, P02 tidak boleh lagi digunakan untuk membaiki rumah individu. P02 hanya boleh digunakan untuk peruntukan awam, untuk kegunaan umum seperti jalan raya ataupun longkang, tetapi bukan untuk membaiki rumah individu. Sedangkan, mereka ini, yang susah ini, yang asnaf, yang memilik rumah yang usang ini, hampir runtuh ini, adalah juga golongan public, mereka adalah orang awam, mereka adalah rakyat. Rakyat adalah orang awam. Jadi saya memohon kerajaan menyemak semula pekeliling yang tidak membenar P02 ini digunakan untuk membaiki rumah usang dan saya juga memohon kepada MMK Pembangunan Luar Bandar untuk memberikan kemudahan yang lebih untuk projek ini dan kurangkan masalah birokrasi jika wujud. Janganlah hanya memandang setengah kawasan saja. Minta maaf saya terpaksa sebut, Penanti saja sebagai kawasan luar bandar. Sedangkan Permatang Pasir juga dikategorikan sebagai kawasan luar bandar. Jadi, saya memohon agar perkara ini dapat dilihat secara serius oleh pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan yang terakhir saya merayu kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, yang kita sayangi, untuk menaikkan peruntukan P02 dan juga P03. Apa salahnya jika dinaikkan RM100,000 setiap peruntukan. Saya rasa semua ADUN akan bersetuju kerana kita sebagai ADUN memerlukan satu peruntukan yang besar untuk kita memberikan khidmat secara terus, direct service kepada rakyat. Jadi, delivery of services kita itu dapat dinikmati oleh rakyat secara lebih dekat dan juga lebih cepat. Dan yang terakhir saya nak sebut, ini betul-betul akhir…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tiga (3) kali dah tak silap saya.

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Dia kalau tiga (3) kali tu betul-betul. Iaitu saya memohon, dulu kita ada perkhidmatan bas percuma dan bas percuma ini kebanyakannya dinaiki ataupun digunakan khidmat itu oleh warga asing. Saya rasa itu tidak, walaupun warga asing juga mempunyai satu hak disisi undang-undang ataupun hak untuk mendapat perkhidmatan dalam negara ini, ataupun dalam negeri ini, tapi bagi saya perkhidmatan itu perlulah lebih bermanfaat kepada rakyat sendiri. Jadi, saya memohon agar satu perkhidmatan bas percuma kepada pelajar-pelajar sekolah yang miskin. Di kawasan saya banyak terdapat kes-kes di mana pelajar-pelajar tidak ke sekolah kerana tidak ada kenderaan untuk mengambil dan menghantar mereka. Ada sekolah yang terpaksa membuat kutipan untuk menyediakan bas percuma. Jadi saya memohon agar perkhidmatan bas percuma ini dapat dinilai semula untuk memberikan satu perkhidmatan khusus kepada program pengambilan dan penghantaran anak-anak yang tegar dan miskin ini, golongan B40 ini untuk ke sekolah supaya mereka mendapat pendidikan yang sempurna sepertimana anak rakyat yang lain.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua memberikan tempoh masa yang cukup kepada saya dan juga terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sekian, terima kasih. Saya pohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Permatang Pasir. Ahli-ahli Yang Berhormat, selesai sudah sesi perbahasan dan Dewan akan henti rehat dan bersambung semula dengan sesi pergulungan pada pukul 3.00 petang.

Dewan ditangguhkan pada jam 2.40 petang.

Dewan disambung semula pada jam 3.10 petang.

Setiausaha Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita masuk ke sesi penggulungan. Dipersilakan Penanti. Kalau ada sakit perut bagi tahu saya boleh bagi break lagi no worry okay Penanti. Kita bagi masa 1 jam no injured 10, no extra 10, okay.

Okey, Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat tengahari rakan-rakan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Ketua-ketua Jabatan Kerajaan especially di bawah portfolio MMK Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Kesihatan Dan Luar Bandar. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan yang mulia ini kerana memberi peluang kepada saya untuk membentangkan ucapan penggulungan bagi menjawab soalan-soalan tambahan berkaitan isu-isu di bawah portfolio yang telah diamanahkan kepada saya. Bagi menjawab persoalan ADUN Seberang Jaya. Penurunan kadar sara diri ataupun SSL ayam tahun 2019 sebanyak 140.86 peratus kepada 2021, 111.27 peratus disebabkan penurunan bilangan ladang ternakan terutamanya bagi ayam pedaging dari 125 ladang pada 2019 kepada 120 ladang pada 2021. Dengan pengurangan populasi ternakan sebanyak 961,390 ekor ayam. Berikut merupakan jumlah pengeluaran nilai hasil Ringgit Malaysia dan kadar sara diri atau SSL bagi daging, ayam, itik tahun 2019, 2021. Pengeluaran metrik tan dari 95742.65 ke tahun 2020 (79755.13 tan metrik) ke 2021 (76553.94 tan metrik) dan nilai hasil dari 2019 adalah 650.71 juta ke 575.05 juta ke 2021 iaitu 783.54 juta. Maknanya nilai hasil dari segi Ringgit Malaysia telah naik. Hanya dia punya pengeluaran tan metrik berkurangan dan juga SSL dari 140.86 ke 113.27.

Berlaku penurunan pengeluaran pada tahun sebelumnya 2020 sebanyak 3201.19 metrik tan seiring dengan penurunan populasi ternakan ayam. Pengeluaran telur ayam atau itik bagi Negeri Pulau Pinang pada tahun 2021 adalah sebanyak 193 juta (983,700 biji) dengan kadar sara diri sebanyak 42.61, ini untuk pengeluaran telur ayam dan itik. Penurunan tidak ketara 0.2% kadar sara diri, pengeluaran telur ayam atau itik seiring dengan peningkatan jumlah penduduk di negeri ini. Terdapat penambahan bilangan penternak ayam dan itik keseluruhannya tetapi ia hanya melibatkan jumlah ternakan yang kecil jika dibandingkan bilangan populasi keseluruhan ayam yang terus berkurangan dari tahun ke tahun.

Pengurangan populasi ayam daging hampir satu (1) juta ekor ini memberi kesan besar kepada pengeluaran kerana tempoh pusingan ayam daging yang singkat dan pengeluaran lebih tinggi 5.5 ke 6 kali setahun jika dibandingkan sumbangan daripada ayam kampung atau ayam penelur dan pembaka takai.

Okey, saya tak akan baca the details lah ye, tapi pandemik COVID-19 memberi kesan langsung kepada penurunan populasi ternakan terutamanya ayam daging kerana disebabkan kekangan permintaan disebabkan kedai makanan tidak dibenarkan secara dine in dan kekurangan tenaga kerja yang akhirnya menyebabkan populasi ternakan terpaksa dikurangkan bagi memastikan pengurusan dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Selain itu, faktor seperti wabak penyakit menyebabkan penternak mengurangkan populasi pusingan seterusnya bagi mengurangkan risiko kematian ayam. Peningkatan populasi penduduk dari tahun ke tahun beri peningkatan kepada permintaan yang akhirnya menjejaskan kadar sara diri atau SSL sedangkan pengeluaran kian menurun.

Saya akan bahaskan isu kenaikan harga ayam bagi bekalan daging ayam. Negara kita mengalami situasi kenaikan harga ayam yang mendadak serta pengurangan bekalan ayam di pasaran. Kerajaan Pulau Pinang amat memandang serius situasi ini memandangkan ia memberi kesan kepada rakyat di mana ayam dan telur merupakan antara makanan utama rakyat Pulau Pinang dan Malaysia.

Kenaikan harga yang mendadak ini adalah daripada kesan pandemik wabak COVID yang berlarutan selama lebih dua (2) tahun di tambah pula krisis perang Ukraine-Russia yang menyebabkan berlakunya peningkatan harga bahan utama di dalam rumusan dedak ayam iaitu jagung dan soya kerana bahan-bahan ini diimport dari luar negara. Kedua-dua faktor ini telah memberikan kesan secara terus kepada penternak ayam yang menanggung peningkatan kos pengeluaran ayam akibat daripada peningkatan kos makanan ternakan. Saya akan bagi details sikit in terms of kenaikan harga makanan ternakan bagi komoditi utama.

Okey, bagi ayam ataupun unggas. Harga sebelum COVID untuk starter adalah makanan ternakan ya, harga sebelum COVID ialah RM112.00. Pada Februari 2021 harga naik ke RM120.00 untuk beg satu beg ternakan yang ada 50kg. Harga pada Jun 2021 adalah RM131.00 per beg 50kg dan harga pada Mei 2022 ialah RM152.00. Maknanya peningkatan harga kalau dibandingkan adalah sebanyak RM40.00 iaitu 35.7% peningkatan harga. Untuk grower ayam ialah harga makanan ternakan 50kg beg makanan ternakan ialah RM110.00 harga Februari RM118.00, harga Jun 2021, RM129.00. Harga pada Mei 2022 ialah RM150.00 peningkatan sebanyak RM40.00 jika dibandingkan dengan harga sebelum COVID iaitu peningkatan 36.4%.

Untuk harga makanan ternakan ruminan besar seperti lembu dan kerbau. Untuk gred A harga sebelum COVID ialah RM40.00, harga Februari 2021 RM46.00, harga Jun 2021 RM54.00, harga Mei RM71.00 pada Mei 2022 maknanya peningkatan harga makanan ternakan ialah RM31.00 atau pun 77.5%. Untuk gred C harga sebelum COVID RM28.00 dan peningkatan harga pada Mei 2022 ialah RM58.50 peningkatan harga adalah RM30.50, peningkatan sebanyak 109%.

Untuk kambing, ruminan kecil untuk gred A harga sebelum COVID RM43.00, pada Mei 2022 RM65.50, peningkatan harga RM22.50 peningkatan sebanyak 52.03% ini kira peningkatan satu beg la kiranya dan untuk gred C naik dari RM34.00 sebelum COVID sampai ke RM56.50 peningkatan harga RM22.50 iaitu 66.01%.

Okey, so, jadi disebabkan oleh kenaikan harga yang saya sebut tadi, makanan ternakan bagi mengatasi masalah bekalan makanan ternakan yang kian meruncing, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia mempertimbangkan permohonan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) bagi tujuan penanaman bijirin sekiranya terdapat permintaan. Sebuah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Menteri, Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow pada 24 Mei 2022 berkata walaupun Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang kecil daripada segi keluasan tanah, namun aktiviti pertanian dan penternakan amat digalakkan di negeri ini.

Dalam masa yang sama, Jabatan Pertanian Pulau Pinang mencadangkan agar sekiranya tanah TOL diberikan kepada petani untuk menghasilkan makanan ternakan adalah wajar untuk Kerajaan Negeri mengurangkan cukai tanah sekiranya tanah tersebut berstatus tanah pembangunan ada banyak juga tanah-tanah pembangunan di Pulau Pinang ini yang masih projek itu tak berjalan jadi tanah-tanah itu di pohon agar digunakan untuk sementara waktu untuk menghasilkan makanan ternakan. Sebagai contohnya harga import jagung, makanan ternakan dijangka akan naik, dulunya sebelum COVID RM800.00 per metrik tan tapi sekarang ini about RM1,800.00 ataupun RM2,000.00 per metrik tan dan dijangka naik sehingga ke RM 3,000.00 per metrik tan kerana Russia membekalkan 25% bekalan jagung untuk makanan haiwan sedang.

Okey, setakat ini harga jagung makanan haiwan mencecah RM1,800.00 ke RM 2,000.00 per metrik tan dan penanaman jagung di Pulau Pinang boleh dijalankan namun ianya tidak sesuai kerana cuaca mempunyai kadar kelembapan yang tinggi ini akan mengakibatkan hasil tanaman yang rendah dan penanaman jagung ini juga tidak akan mengurangkan masalah kos pengeluaran yang tinggi disebabkan jagung untuk makanan ternakan perlu kering kalau tidak dia akan jadi kulat. Jadi kalau jagung yang kita makan untuk manusia itu doesn’t has to be kering jadi itu adalah satu faktor yang disebutkan oleh persatuan penternak jadi cadangan yang dicadangkan oleh persatuan penternak kecil dan juga persatuan penternak ayam Malaysia dan juga ternakan lain dan juga di Pulau Pinang, mereka telah mencadangkan penggunaan beras hancur yang boleh mengantikan jagung dan juga beras hancur dan juga rice bran, rice bran ini maknanya beras yang kita di kilang beras dia ada polish rice kan yang putih itu, so, yang powder yang warna kuning itu, itu adalah sources of substitute kepada jagung yang sangat-sangat pahit iaitu dipanggil rice ground ataupun polish rice. So, ada dualah beras hancur dan apabila saya juga melawat di Koperasi Permatang Nibong di mana Jabatan Pertanian telah bagi mesin, mesin padi yang boleh serentak digunakan untuk mengeluarkan beras tapi juga boleh mengeluarkan beras hancur dan saya tanya beras hancur ini guna untuk apa dia kata untuk ternakan haiwan. So, maknanya kita di Malaysia kita mempunyai, memang kita dah ada banyak sawah padi jadi kita boleh ada solution ada penyelesaian kepada masalah yang kita hadapi ini, kita gunakan beras hancur atau pun polish rice atau pun rice bran.

Jadi Kerajaan Negeri akan membantu dalam untuk membantu penternak untuk mendapatkan harga beras hancur, untuk pengunaan makanan ternakan penternak ini haruslah digalakkan hanya…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Penanti. Permatang Pasir sila masuk dan tanyakan soalan

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Mencelah, satu soalan yang relevan.

Soalan ke? Nanti I punya turn lagi sikit tak.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tak apa nanti kita akan faham.

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Nanti saya buat permohonan extension time.

Okey.

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Okey, satu soalan YB. EXCO.

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Tadi YB. ada jelaskan tentang keperluan beras hancur gantikan jagung…(gangguan).

Dan juga rice bran.

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Rice bran. Kita ada tanah sawah yang agak luas walaupun terhad di kawasan Seberang Perai Tengah. Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah portfolio YB. berhasrat untuk melaksanakan projek beras hancur ini, penanaman padi beras hancur ini di Pulau Pinang. Seperti mana ketika Pakatan Harapan mentadbir dulu di peringkat persekutuan, kita ada jalankan projek tanaman beras pulut, tanaman padi untuk dijadikan beras pulut di Langkawi. So, adakan akan ada rancangan sedemikian untuk beras hancur di Negeri Pulau Pinang. Terima kasih.

Apa yang…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Permatang pasir I were add on to what she talking about beras hancur is the tip of the rice. Which is use and you will gran the tip of the rice and will become rice bran that’s all.

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Tau, tau. Adakah akan ada.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

That’s no rip for beras hancur okay. Thank you.

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Ada kan perancangan tak, perancangan maksudnya.

Sebenarnya beras hancur itu dengan polish rice ini dia adalah by product so bila kita, pengilang atau pun sekarang koperasi-koperasi sebagai contohnya kita bagi mesin dia buat sendiri beras yang cantik itu kita makan beras yang tak cantik itu yang you know yang macam kita polish the rice itu dia ada yang kuning-kuning itu, seredak seredak itu yang itu yang digunakan sebagai makanan haiwan. Maknanya kita tak perlu tanam lagi padi kita boleh guna 12,000 hektar kita yang ada sekarang ini memang pengeluaran hanya beras yang selalunya kita nampak macam mungkin tidak ada value ke tapi sekarang ini memang sangat pentinglah boleh digunakan sebagai substitute kepada jagung.

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Soalan saya sebab, minta maaf sebab kita ada perancangan sama ada untuk kalau kita nak meningkatkan hasil padi yang, menghasilkan beras yang elok kita akan tumpu pada rancangan itu, itu maksud saya. Akan adakah rancangan kerajaan untuk khas, khusus untuk projek ini?

Setakat ini I means saya boleh bincang, kita boleh bincang ya dengan macam kita ada 942 hektar yang masuk dalam smart sawah berskala besar itu dan juga yang kecil-kecil yang lain kita boleh berbincang dengan mereka maknanya satu kaedah di mana kita kumpulkan, kita buat satu kira satu progam baru lah maknanya beras hancur ataupun polish rice brand tu untuk makanan ternakan. Sekarang ni pun memang diaorang dah buat, hanya mungkin di pihak Kerajaan Pusat mungkin dia tak perasan benda tu, tapi memang sekarang ni memang bila kita

pergi ke mesin tu memang bila mesin tu orang itu running dia ada keluar dia punya beras hancur tu semua memang ada, memang telah digunakan…(gangguan).

Minta pencerahan sikit, pertamanya SSL ini kita nampak ayam ni memang melebihi, sampai sekarang masih melebihi, jadi kalau boleh kita maintain dan kita tambahkan. Cuma isu yang timbul penyakit, COVID dan juga isu bahan makanan itu yang paling penting bahan makanan, jadi saya rasa di pihak Kerajaan Negeri perlu melihat isu ini, pertama kita ada bahan-bahan asas tak perlu kita import kecuali beras….(gangguan).

Actually, dalam perbahasan saya, saya ada semua solution dia..(gangguan)

So kita minta Kerajaan Negeri tolong bincang (gangguan) bincang dengan BERNAS dengan kilang-kilang swasta untuk kita dapatkan kalau kita tak control yang itu depa akan gunakan depa akan polish untuk buat beras yang lebih baik campuran dan sebagainya jadi kita rugi untuk makanan ternakan.

Ya, betul-betul sebab tu saya rasa dalam penggulungan saya ni diminitkan jadi saya sebab saya pun duduk dalam Food Security Council di peringkat nasional dan saya sebelum ini dalam semua mesyuarat kita memang berbincangkan masalah kos kenaikan harga makanan ternakan tapi tak ada siapa bagi solution semuanya bila bincang dengan Kerajaan Pusat dalam Food Security Council dia akan bagi cakap okey subsidi-subsidi dan kita di Pulau Pinang pun kita ada subsidi yang kita beri, saya ada nombor sebab-sebab RM4 juta lebih lah kepada penternak dan hanya, hanya memikirkan in term of soft loan kepada daripada Agrobank dan juga subsidi, tetapi bila baru-baru ni bila saya membincangkan bila saya tahu ada usul food security ni saya dah panggil semua pihak-pihak penternak kecil dan Persatuan Penternak dan juga big big players juga ada tak solution substitute yang boleh gantikan jagung dan soya, rupanya memang ada. Jadinya hanya di peringkat Kerajaan Pusat bila kita duduk dalam mesyuarat tu mereka tak membincangkan itu, dia membincangkan berkenaan solution dia adalah subsidi dan juga soft loan itu saja, ini first time yang kita di Pulau Pinang bila kita berjumpa dengan semua pihak, kita tahu ada solutionnya dan saya akan sambung…(gangguan).

Saya ingat kita di Pulau Pinang kita buat macam tu YB…(gangguan).

Actually, kita ada solution lain lagi….(gangguan).

Di negeri ini lagi kita pastikan beras, kita panggil BERNAS, kita panggil semua kilang swasta kita buat. PKC pun kita buat, jadi makanan tu kita boleh dapat murah. Kilang-kilang kita ada di sini kilang makanan…(gangguan).

Ya, sama juga dengan CPO so CPO mereka penternak kata digunakan untuk membuat dedak sekarang ni harga dia RM7,500.00 so dia minta kalau Kerajaan Pusat boleh membantu mengurangkan jadi RM3,500.00. Lagi satu ialah mereka perlukan PKE dan PKC jadi sekarang ni bahan-bahan itu di eksport untuk membuat makanan ternakan untuk negara-negara lain. Jadi mereka juga memohon supaya Kerajaan Pusat lah membantu supaya PKC dan PKE juga diberikan kepada domestik.

YB. kita putuskan macam tu, kita bincang yang lain pula, kita bincang bab makanan ni kita kena buat yang itu.

Lagi satu cara yang Persatuan Penternak telah mencadangkan kepada kita ialah supaya maknanya satu adalah kos makanan tapi masalah yang dihadapi ialah masalah pekerja dan juga masalah Pulau Pinang tidak ada tempat untuk cold storage dan pusat sembelih ayam. Jadi Persatuan Penternak telah memohon kepada Kerajaan Negeri tujuh (7) ekar untuk dijadikan, untuk dibuat close farm, bukan closed room, rumah sembelih dan juga ayam-ayam ini bila kita ada sebab kita lebih SSL jadi bila kita masa bila tidak menghadapi masalah sangat kita boleh simpan dia dalam cold storage jadi lepas tu boleh distabilkan makanan dan ada food security untuk rakyat Pulau Pinang, itu yang dicadangkan dan saya telah berbincang bersama dengan Pengarah Pertanian dan juga CMI supaya tanah di Agro Park Juru, tanah CMI di situ ada zon ternakan tapi zon ternakan itu sekarang dah penuh, tetapi dengan perbincangan dengan Pengarah Pertanian kita boleh menggunakan tanah-tanah yang mungkin dia punya produktiviti tu tak berapa bagus, gunakan tanah tu bagi tujuh (7) ekar kepada Persatuan Penternak untuk kita panggil stock piling of ayam jadi supaya kita boleh stabilizekan harga, harga ayam dan sekarang ni di Valdor pun kita dah ada persatuan-persatuan penternak yang buat closed farm yang bertingkat-tingkat seperti ternakan babi jugalah kita boleh pergi closed farm babi kan dia dia banyak tingkatkan, anak dia kat bawah, mak dia kat atas, jadi ayam tu jugak kita ada Enakmen Ayam, Enakmen Ayam di Pulau Pinang memang penternak-penternak kalau ikut peraturan yang kita luluskan pada tahun ini, kalau bela 20,000 ekor lebih ayam ataupun unggas mereka perlu mengadakan closed farm dan kita telah memberi masa sehingga 2024 untuk melaksanakan closed farm seperti juga ternakan babi, tadikan ada masalah lalat semua tu kan yang dekat SPS tu, dengan closed farm ni maknanya Enakmen tu dia kena closed farm dan juga zero discharged. Jadi masalah lalat yang dihadapi sekarang Insya-Allah lepas ni tapi kita hanya akan menguatkuasakan pada 2024 kita bagi masa dua (2) tahun untuk penternak-penternak ayam yang mempunyai lebih 20 ribu ekor ayam atau unggas atau itik ke untuk melaksanakan closed farm tapi sekarang ni pun dah ada Persatuan Penternak yang ada yang 3 tingkat, 4 tingkat closed farm ayam kampung. Maknanya stock pile bekalan ayam ini, kita boleh mengadakan stock pile untuk enam (6) bulan atau sembilan (9) bulan di tanah yang tujuh (7) ekar tu asalkan cold storage itu mempunyai kapasiti secukupnya, juga kita mendapati di bahagian Pulau juga ada rumah

sembelih ayam yang bawah MBPP yang Persatuan Penternak apa ni ingin memohon untuk membuat rumah sembelih dan juga cold storage di bahagian Pulau, iaitu di DUN Batu Lancang…(gangguan).

Penanti, kita ada NAFAS ladang tempat NAFAS di tepi highway yang ada cold storage yang agak luas, bincang dak dengan pihak NAFAS untuk dijadikan stok di situ?

Okey, setakat ini saya selalu berhubung dengan NAFAS tapi dia tak pernah cerita pasal ni.

Dia ada kilang dekat tepi highway tu, saya ingat boleh bincang balik.

Sebab selalu saya bincang dengan NAFAS fasal benih padi kalau selalu kan petani akan minta tak sampai-sampai nanti kalau saya minta dia orang kan bagilah kepada petani. Okey pasal yang harga siling CPO tu, CPO dia diperlukan digunakan 3 hingga 5 % untuk production makanan ternakan, so sebab tu dia minta supaya harga sekarang tu kalau boleh diturunkan kepada 3,500 per metrik tan sebab sekarang ni harga eksport tu lebih tinggi daripada harga domestik tapi disebabkan oleh kepentingan CPO ni kita ada banyak ladang kelapa sawit kan tapi kalau semua dieksport kesian kita kan, jadi mereka meminta Kerajaan Pusat memberi priority kepada keperluan domestik untuk membantu masalah makan kos makanan haiwan dan juga mereka minta PKC dan PKE dan harga siling untuk harga penjualan di pasar tempatan. Okey untuk penternak-penternak kecil penternak ikan, ayam kampung semua mereka juga ada cadangan yang sangat bagus sebenarnya, sekarang ni macam kos harga-harga makanan haiwan ni banyak kalau kita bincang dengan dengan Veterinar dia kata dia banyak affect kepada penternak-penternak ayam yang besar tetapi because orang-orang kampung dia boleh mencari substitute lain sebagai contohnya petai belalang. Petai belalang banyak sebagai contoh di bukit-bukit, mudah didapati, itu adalah sumber protein yang baik, yang boleh menggantikan soya meal. Lagi satu kacang kelisa juga mempunyai kandungan protein yang tinggi. Negara Burma sudah lama menggunakan pengganti gandum sebab proteinnya hampir menyamai gandum. Okey andai dipakaiguna dalam pembuatan dedak pallet makanan haiwan selain mengurangkan pergantungan kepada gandum tentu akan mewujudkan peluang baru kepada petani untuk mewujudkan ladang kacang kelisa untuk dibekalkan kepada penghasilan pallet makanan, sumber energy dan fiber juga boleh didapati daripada ubi kayu, daun ubi kayu dan daun betik yang dikeringkan juga adalah substitute terbaik untuk protein dan fiber untuk penghasilan makanan ternak. Lagi satu yang kita boleh this is a win-win, dua-dua strategi yang boleh menyelesaikan dua masalah ialah black soldier fly ataupun BSF penggunaan nature black soldier fly oleh penternak-penternak kecil yang terhasil melalui kaedah semula jadi dari sumber dan persekitaran semulajadi bukan melalui kaedah kepungan atau kandang maknanya penternak kecik ramai yang ada black soldier fly semula jadi.

BFS ini terhasil setelah disediakan medium-medium yang diperlukan oleh induk BSF untuk bertelur seperti sayuran terbuang dan rebusan sisa-sisa ikan yang telah diproses, jadinya larva BSF terhasil lebih berkhasiat dan organik dan BSF boleh membekalkan protein hampir 100%. Harga larva BSF sekarang ni mencecah RM40 ke RM50 untuk 1 kg dan digunakan oleh banyak kilang pembuat dedak pallet makanan haiwan, jadi untuk penternak kecil dia boleh buat sendiri pun boleh. Makanan untuk BSF ialah sayuran terbuang, sisa buangan semasa proses penghasilan produk ikan yang direbus, sisa buangan buah-buahan atau buah-buahan busuk dalam erti kata lain sumber makanan bagi BSF hanya menggunakan sistem buangan makanan ataupun buah-buahan dan sayur-sayuran…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Penanti.

Ada berapa minit dah?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

30 minit, baru pertanyaan saja. You ada lagi kesihatan, dan ….(gangguan).

Tapi saya nak fokus pada isu yang how to solve kita punya problem sebab industri ayam kita adalah yang terbesar di Malaysia sebenarnya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

You are giving information how to improve the feed of animals…(gangguan).

It's not improving, to find a solution especially for the small… sebab harga macam saya sebut tadi memang dah naik yang saya sebut tu kan makanan dedak 50 per kilogram. Jadi kita disyorkan supaya diwujudkan satu tempat khas atau hub makanan haiwan untuk memproses dan menghasilkan dedak ataupun pallet makanan haiwan menggunakan sumber-sumber semulajadi ataupun sumber alam yang banyak di negeri-negeri kita. Okey untuk secara komersial kita tengok ada beberapa negeri dan Singapura especially dia dah buat BSF secara komersial yang tadi tu untuk penternak-penternak kecil, kalau kita tengok BSF protein meal dia boleh substitute 5 to 50% fish meal for example untuk kita punya industri akuakultur di Pulau Pinang ni adalah yang terbesar di Malaysia. Maknanya makanan daripada protein larva dari BSF tu boleh digunakan untuk menyelesaikan makanan fish meal 5 to 50% untuk shrimp dengan ikan dan juga 100% soybean meal untuk makanan ayam tanpa affecting dia punya growth of the ayam. Untuk telur, ayam penelur boleh membantu 7.5% in terms of their punya diet dan untuk broiler diet 10 to 16%. Jadi, mana kita nak dapat kalau kita nak buat secara komersial? Kalau kita tengok di Pulau Pinang ini, kita ada banyak sisa-sisa buangan daripada restoran, hotel dan pasar-pasar. Lagi satu kita ada wastewater

sludges, daripada katalah tenusu. Lagi satu kita boleh dapat dan Pulau Pinang ini adalah di antara pengilang terbesar di Malaysia in terms of food processing dan juga oil pump refinery. Jadi kita boleh dapatkan daripada hasil air fluent daripada depomycade. daripada pump oil refinery dan juga sisa-sisa daripada MBSP ataupun MBPP iaitu daripada pasar-pasar, hypermarket yang daripada instead of dibuang, digunakan untuk bagi makanan kepada black soldier fly larva ini. Lagi satu juga sugar processing industry di Penang. Kita boleh guna wastewater sludges, RBD waste product ini untuk sebagai sumber makanan kepada black soldier fly dan juga kita mempunyai FMB dan food manufacturing industry di Pulau Pinang dan juga trimming. Kalau orang jual-jual dekat kedai kan dia dah potong-potong. So, trimming-trimming itu boleh digunakan untuk makanan BSF dan juga untuk akuakultur. Kita kan ada sangkar ikan. Sangar ikan kita di Pulau Pinang yang terbesar. Selalu bila saya jumpa persatuan sangkar ikan, dia orang ada masalah. Kat mana nak buang dia punya ikan-ikan yang mati. Saya pi tengok dekat sangkar ikan itu ada ikan-ikan besar yang 40 kg pun ada. So, masalah dia nak buang kat mana? You tak perlu buang, bagi sebagai, dia orang ini tak ada tempat nak buang dia punya bangkai-bangkai ikan jadi boleh kita boleh invite this commercial companies seperti apa yang Temasik di Singapore buat di Johor. Kita boleh invite mereka untuk ambil that fish, shrimp, ayam yang mati digunakan untuk feed the black soldier fly dan sebagai contoh di Pulau Pinang kita boleh, actually produced 500 tan per day macam di Negeri Sembilan, dia punya sumber makanan tidak la banyak sangat tapi mereka boleh produced black soldier fly 300 tan per day. So, Pulau Pinang kita ada lebih banyak sumber sebenarnya. Sebab kita kalau kita guna sisa daripada food gred industry. Kilang-kilang yang food gred. Memang kilang-kilang itu buat makanan. Jadi, kalau kita guna sisa-sisa itu untuk bagi kepada black soldier fly itu untuk protein. Then is maknanya tak ada, kita tak payah worry lah tentang kimia ka, toksik waste ka sebagai contohnya. So, 500 tan per day for example organic waste dari stock kita boleh produced 10 tan per day BSF oil. Okay, actually nak buat benda ini pun tidaklah mahal sangat sebab banyak syarikat dia menggunakan dananya sendri. Hanya kita boleh mungkin buat JV antara state dan juga syarikat-syarikat yang buat seperti apa yang Termasik buat di Johor dan juga di US. Masalah yang dihadapi sekarang ini, BSF ini dianggap sebagai satu industri kecil yang dibuat oleh penternak-penternak kecil tapi kalau kita hendak buat secara komersial seperti di Negeri Sembilan, di Johor itu kita maknanya pihak Kerajaan Pusat perlu mengikhtirafkan BSF ini, larva itu adalah sumber protein kepada ayam dan ikan dan macam-macam. Kalau kita tengok di kampung-kampung dulu kan. Ayam-ayam kampung kan duk makan cacing-cacing dekat tanah. Sama ja maknanya lalat-lalat punya larva itu dia makanlah. Dimakan oleh, jadi sumber protein. So, kita tidak ada masalah kalau kita boleh buat itu dengan waste, kita boleh selesaikan masalah apa ini sisa yang dibuang ke sungai. Kalau tidak sisa-sisa itu dibuang di sungai. Untuk penternak babi sebagai contohnya, dia boleh menggunakan balik sisa-sisa daripada ternakan babi dan digunakan untuk makanan babi itu itself. Feed kepada black soldier fly dan gunakan larva itu untuk bagi makan protein itu kepada ternakan babi…(gangguan).

Saya ingat YB. Penanti. Kita dah tahu punca penyelesaian makanan tadi, beras hancur, PKC dan juga tadi cadangan YB. yang baru. Saya ingat kita tak payah panjang yang ini. Kita buat suatu, kena buat suatu lepas ini untuk bina satu kilang untuk BSF ka, bincang dengan BERNAS kilang-kilang untuk hadkan pengeluaran jualan beras hancur itu untuk digunakan penuh untuk makanan, PKC pun kita bincang kilang-kilang untuk jangan eksport semua. Kita kena 50:50. 50 guna untuk makanan, ternakan, 50 untuk eksport. Semua eksport habis la. So stop takat itu, kita tajuk lain boleh settle takut tajuk lain tak dan.

Ya, betul tapi macam tadi itu dia ada macam beras itu adalah substituted kepada jagung tapi soya meal itu dia adalah protein. So, kita perlu macam BSF itu kacang kelisa itu semua untuk sumber protein tapi macam saya nak kata usaha yang nak guna BSF ini actually, kita dah cuba dah beberapa tahun sebenarnya kita cuba hanya USM pun telah buat sebenarnya. Dan saya pun telah propose benda ini kepada Kerajaan Negeri tanpa kos kepada Kerajaan Negeri pun hanya I think masa itu, MBSP dia fokus sangat kepada tipping fee. Dia nak tipping fee RM10 ja. So, maknanya macam saya kata tadi, kita tak perlu bergantung nak attract syarikat BSF ini datang ke Pulau Pinang just untuk sisa pepejal. Kita, maknanya, jika ada dibuatkan BSF pelan yang macam kita pelan dulu itu, maknanya sampah-sampah tidak perlu dihantar ke Pulau Burung dan tidak. Kalau sampah-sampah organik tidak pergi ke Pulau Burung dan tidak perlu ada berlakunya kebakaran di Pulau Burung sebab Pulau Burung, sisa-sisa organik itu menjadi gas-gas yang berbahaya. Itu yang menyebabkan ia terbakar, jadi buat apa yang saya nak sebut di sini, sisa-sisa organik ini dari kilang-kilang yang ada di Pulau Pinang. Food great kilang-kilang ini yang memang dah ada banyak di Pulau Pinang ini dan juga sisa municipal waste ini boleh digunakan untuk create satu industri BSF seperti apa yang dibuat oleh Singapura sebenarnya dan juga negara-negara lain dan juga Negeri Sembilan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sudah sebut Singapura tiga kali dah.

Okey, jadikan. Saya nak tukar cerita kepada padi pula. Sebab tadi nak jawab soalan kepada padi…(gangguan).

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Yang di-Pertua, saya masih tunggu jawapan saya tentang akuakultur. Pada perbahasan saya yang baru lepas. Apakah option?

Saya ada jawapan untuk apa ni, sangkar ikan ke? Soalan pasal itu ke?

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Bukan, soalan saya pada masa perbahasan ada berkenaan dengan isu iklim, perubahan iklim, isu-isu nelayan. Macam mana kita nak membantu nelayan tentang perubahan iklim. Satu. Kedua tentang kerjasama dengan tiga (3) institut-institut penyelidikan yang termasyhur. Semuanya ketiga-tiga institut duduk di Pulau Pinang seperti WorldFish, FRI, semuanya ada di Pulau Pinang. Adakah YB. EXCO bekerjasama dengan mereka?

Ya saya hendak jawab tapi ingatkan lambat lagi selepas padi tapi saya jawab dulu lah ya sebab semua dah tanya. Saya ada jawapan dia ya. Okay, kos sara hidup kalau kita tengok

ikan akuakultur ataupun ikan sangkar, kalau kita tengok di Pulau Pinangnya banyak dia punya market sebagai contoh ikan kalau ikan sangkar dia punya market adalah banyak dari Hong Kong. So, bila berlaku pandemik itu, orang-orang Hong Kong susah nak datang disebabkan oleh PKP, so mereka mengalami masalah masa itu. Nak jual. Sebab ikan-ikan sangkar ini dia adalah kos sangkar, bila berlaku ribut ataupun ada penyakit dia mati dan memang kadang-kadang dan kita dah cari penyelesaian pasal isu inilah. Sebelum saya pergi ke penyelesaian itu, saya hendak cerita pasal ikan-ikan rakyat. Bila kita bersebut berkenaan dengan ikan rakyat, we are talking about pelagic fish, we are talking about there two type of fish in the sea, dempsey dengan pelagic fish. Pelagic fish ini kita tidak boleh sangkarkan dia. Dia go around Penang Island, dia pergi dari Perak and then dia go around macam itu lah. So, kita di sini apa yang kita buat masa PKP tahun 2020 itu ramai nelayan-nelayan ditangkap. Jadi mereka tak boleh nak p tangkap ikan because tak ada lesen. Sebab lesen di Pulau Pinang telah dibekukan sejak 1982. Alhamdulilah, saya dah memohon kepada MAFI Menteri dan MAFI telah memberi Pulau Pinang 535 lesen baru untuk nelayan dipanggil lesen sampan khas. So, ini membantu dan juga kita juga, Kerajaan Pulau Pinang sebagai contohnya baru-baru ini kita telah meluluskan jawatankuasa tanah pemberian TOL kepada unit nelayan di Taman Ilmu di Sungai Acheh. So, apa yang telah saya bangkitkan dalam mesyuarat EXCO dan juga kita punya mesyuarat Penang Economic Recovery Council ialah walaupun kita ini Pulau Pinang adalah pengeluar terbesar ikan sangkar dan akuakultur tetapi kalau kita tengok ikan-ikan ini mostly di restoran ataupun dieksport dijadikan fillet. Saya dah masuk ke kilang-kilang fillet ikan-ikan siakap ini dieksport ke Australia sebagai contohnya dan kita juga pengeluar ikan tuna yang terbesar di Pulau Pinang tapi dia tak ada downstream activity. Disebabkan oleh itu, sebagai contohnya kita telah memberi kelulusan untuk membina hub produk tuna kepada usahawan-usahawan IAT. Maknanya kita ada kapal-kapal tuna tapi dia pergi ke Penang Port lepas itu dia terus ja eksport ke Australia. Dia tak ada buat value added activity di sini. Jadi sebagai contoh, kita dah luluskan di Jeti Batu Musang baru ini untuk hub produk tuna kepada usahawan-usahawan yang buat produk tuna. Lagi satu yang kita telah dapat cadangan ialah untuk pembinaaan international fishery terminal bukan di laut tapi yang latest ialah dekat Bagan dekat Telok Air Tawar dekat kawasan restent itu supaya diadakan international fishery terminal yang mempunyai tempat katakanlah 300 kilang pemprosesan makan ikan dan juga sejuk beku kat situ dan juga untuk option. Maknanya industri tuna ini instead of dia just tak ada langsung industri hiliran di Pulau Pinang, kita create this industry tapi more on the processing, option market, sale semua itu. Yang itu kita dah dapat…(gangguan).

Maknanya Penanti, jeti yang di Bagan Ajam akan dibangunkan?

Bukan jeti itu. Jeti itu adalah dekat kawasan situlah.

Dekat kawasan lapang itulah?

Maknanya dekat restent kan dia ada I think 1200 ekar macam itu kan, yang latest yang kita punya discussion ialah persetujuan yang terakhir ialah untuk mengadakan international fishry terminal di darat supaya kita tak kacau laut.

Minta tolong YB. tengok kawasan itu dah ada kawasan yang luas, ditambun buat tapak jeti dulu. Memang luas. Baik ambil kawasan itu lebih sesuai.

Kita actually kita dah bersama dengan persatuan nelayan sebab nelayan dia tak nak macam bot-bot tuna yang besar-besar ini menganggu aktiviti nelayan, jadi keputusan terakhir yang diambil ialah supaya international fishry terminal itu dibuat di darat, di kawasan itu. Lagi satu usaha yang kita buat di darat di kawasan itu. Lagi satu usaha yang kita buat untuk mempelbagaikan pendapatan nelayan macam saya kata tadi tanpa nelayan tak ada siapa nak pergi ke laut untuk tangkap ikan dan ikan pelagic fish dan diamond fish ialah ikan yang murah yang mampu dibeli oleh rakyat Pulau Pinang berbanding dengan ikan sangkar ataupun ikan dalam kolam ikan aquaculture sebab kos lebih mahal. Jadi selain daripada pemberian TOL kita juga nak membangunkan beberapa jeti sekarang ini sebagai contohnya kalau tadi di SPU macam di kawasan Kuala Muda itu kita nak buat pembangunan yang cantik yang baik untuk tingkatkan pendapatan nelayan dan juga di pantai Robina juga kita telah Kerajaan Negeri telah allocate, Kerajaan Negeri telah membuat Robina Eco Park untuk membantu pusat penjualan ikan kering itu membantu nelayan tambah pendapatan dengan kos RM1.46 juta. Tarikh mula kerja ialah pada 15 Oktober 2019, tarikh siap 30 Mac 2020 dan ia ada dua fasa. Fasa kedua melibatkan kos RM2 juta dan tarikh mula kerja adalah pada 9 haribulan Ogos 2021 tarikh siap pada 11 Mac 2020. Di situ ada kompleks pasar dan ada macam-macam yang dibuat. Jadi kita, kita nak nelayan-nelayan kita sebab kita, kita ini mempunyai dikelilingi oleh laut. So kalau tanpa nelayan yang nak pergi ke laut memang susah jadi satu usaha baru yang kita jalankan bersama dengan FRI. Kita ada Fisheries Research Institute di Batu Maung itu adalah yang terbesar di Malaysia. Jadi bersama dengan FRI mulai tahun lepas kita telah memberi peruntukkan RM1.5 juta kepada FRI untuk membuat oceanography study dan biometric study untuk tengok kat mana laluan ikan, kat mana laluan kerang, kat mana yang kita patut pindahkan sangkar ikan yang tak kena ribut dan tak rosak. Jadi kita telah memulakan projek kebun kerang yang baru melibatkan kita beri tol baru kepada 104 peserta, 103 itu adalah nelayan seorang saja bukan nelayan iaitu seorang wanita. So kita telah create this kebun kerang, 1 lot kebun kerang ialah 21 hektar dan 1 lot itu mereka ramai do it together lapan (8) peserta, so setiap peserta kita bagi tol. Lagi satu projek yang kita buat ialah kita susun semula tapak-tapak kerang yang sedia ada di SPT dan juga di SPS. So tapak kerang di sana all together ada I think about 81 semua sekali about 13 lot di SPU kebun kerang baru dan the rest yang sedia ada. Kalau dulu kita tengok lot-lot kerang ini dia macam nelayan itu dia just ataupun penternak kerang dia mohon saja kepada Kerajaan Negeri iaitu melalui Pejabat Daerah dia just isi borang nak minta tol lot kerang. Lepas itu dia susun sendiri dia sama juga dengan sangkar-sangkar ikan. Apa yang kita telah buat sekarang ni melalui oceanographic study kita telah ada data menunjukkan kat mana yang kita patut buat lot itu, so kita buat lot itu macam parking lot. Kita create the lot dan kita bertemu dengan penternak sedia ada dan tunjuk data-data yang kita ada dan data-data itu menunjukkan dia boleh

melipat gandakan produktiviti penghasilan kerang. Makna kerang itu kita injakkan sedikit jangan bagi duduk di pantai sebab kerang ialah satu haiwan yang akan makan semua benda. So kalau dia duduk tepi muara sungai, kerang itu akan absorb semua pencemaran yang datang dari muara sungai dan juga susah juga kepada JPS untuk membersihkan sungai sebab semua lot-lot penternak kerang di situ. So apa yang kita telah buat bersama dengan Jabatan Perikanan, Jabatan Perikanan di Putrajaya juga terlibat dalam projek-projek ini dan juga FRI especially saya nak tabik spring kepada Doktor Hazli dan team di FRI Batu Maung dan mereka ini kami berbincang duduk dengan penternak sedia ada dan kita susun balik. Jadi kalau dulu kadang-kadang lot itu melintang dan kita sudah buka lot-lot baru juga di SPS supaya ia dapat menambah pendapatan kepada nelayan dan golongan B40. Itu proses yang telah kita buat dan juga penternak-penternak ini akan di bawa ke Perak di mana projek ini telah berjalan dengan sangat baik dan kita jangkakan mereka boleh dapat each person minimum di kebun kerang baru RM10,000 sebulan tapi kita kalau tengok matematik itu, Insya-Allah lah kita doa yang akan memberi tambahan pendapatan kepada nelayan. Makna nelayan dia still mesti tangkap ikan tapi dia juga dapat jadi penternak kerang ada tol dia sendiri dan juga kita membina tu dua (2) jeti pendaratan kerang yang baru bernilai RM1.4 juta yang dibina oleh JPS di Jeti Sungai Abdul dan juga di Jeti Lahar Endin untuk kebun kerang yang baharu. Untuk kebun kerang yang sedia ada kita Kerajaan Negeri telah tambah duit pada LKIM untuk upgrade Jeti Sungai Belanak...(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Penanti.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tiga minit lagi.

Tiga minit.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ya, masa yang diberi satu jam.

Okey.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Dato’ Yang Di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Batu Lancang.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Belum jawab lagi.

Wait. Saya jawab itu. Pasal nelayan itu.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Soalan saya tentang perubahan iklim?

Ya, perubahan iklim. Okey.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Macam mana kita hendak jaga nelayan daripada tangkap ikan mereka kerana perubahan iklim. Laut menjadi makin panas dan ikan akan pergi ke laut yang lebih mendalam dan sejuk.

Sekarang ini, sekejap ya saya ada dua minit saja. Untuk penternak sangkar ikan di Sungai Udang...(gangguan).

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Bukan, saya kata nelayan yang soalan saya nelayan.

Ya yang tadi itu semua untuk nelayan.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Bukan, maksudnya perubahan iklim akan terjejas pendapatan nelayan.

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Bincang tepilah bincang tepi.

Ong Ah TeongDAP · PHBatu Lancang

Ikat tepi saja.

Tak sekarang ini seperti saya kata. Kita cuba bagi apa yang nelayan...(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Batu Lancang duduk, nanti menjawab.

Okey, kita juga marine hub yang kita telah wartakan supaya yang sedang diwartakan marine hub untuk dipastikan yang stok ikan itu ada. Itu salah satu usaha. Lagi satu untuk yang penternak sangkar ikan Sungai Udang. Kita ada beberapa penternak sangkar ikan yang besar-besar di Pulau Jerejak dan di juga di Sungai Udang yang Sungai Udang itu apa yang kita buat ialah sekarang ini kita ada projek seperti kebun kerang di mana kita try pilot untuk pindahkan sangkar-sangkar udang yang dulu dia kena pencemaran dan kawasan itu lebih cetek penuh dengan mud dan tidak tersusun pindahkan ke beting tengah maknanya di antara Pulau Aman dan Pulau Gedung. Di situ laut dia lebih dalam ada proper flushing maknanya Persatuan Penternak Ikan Sangkar Sungai Udang dia akan buat dua jenis sangkar. Satu ialah HDPE pole circle sangkar dan other one ialah sangkar sedia ada dipindahkan about 5 kilometer dari kawasan sedia ada ke situ sebab kita nak selamatkan industri sangkar ikan kita tapi macam saya kata tadi untuk nelayan-nelayan yang biasa kita juga telah bagi untuk mereka yang daif, bagi apa ini bot-bot yang baru kepada mereka dan juga untuk menggalakkan pembangunan sebagai sebagai contohnya di Kuala Muda dan juga bagi TOL cuba untuk bagi tol kepada nelayan-nelayan yang sebagai saya bagi contoh itu unit Nelayan Taman Ilmu dan lain-lain tempat. Usaha lagi yang sangat penting ialah kita upgrade kan jeti-jeti sebagai contohnya di Changkat untuk agro pelancongan dan saya nak bagi usaha yang kita lakukan sebagai contohnya untuk mempelbagaikan pendapatan sebab kajian menunjukkan anak-anak muda bila mereka bawa fishing-fishing trip ini sekali dia bawa RM300 dia dapat pendapatan RM350 per trip, so kajian ada detail in term of berapa pendapatan yang dijana oleh anak-anak muda ini. Maknanya pendapatannya bukan setakat tangkap ikan tapi kita nak nelayan-nelayan itu masih jadi nelayan bukan kita nak nelayan itu jadi buat kerja kilang ke apa-apa ke…(gangguan).

YB.?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Penanti.

Wait.

Sebelum Penanti habis.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat…(gangguan).

Saya hendak habis. Wait. Sekejap sahaja.

Tak sentuh lagi…(gangguan).

Dua minit please, two minute sebab tadi ada interruption…(gangguan). .

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat-Yang Berhormat kalau nak jawapan untuk soalan-soalan yang dibangkit tu, boleh pergi ke pejabat ADUN Penanti terus.

Sebelum saya akhiri, sebab tadi ada interruption saya nak cakap.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Saya bagi dua minit untuk gangguan tadi.

Okey. Kita ada 64 ekar relau. 10 minit daripada airport apa yang kita buat sekarang ialah satu pertandingan untuk membina semula stesen pertanian relau. Kita buat pertandingan ini dengan hadiah RM30,000 terbuka kepada semua untuk dapat is master a plan competition…(gangguan).

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

YB. buat pertandingan ini bagus cuma ia tidak memenuhi permasalahan isu food security yang dibincangkan oleh ramai pada masa kini....(gangguan).

Sekarang ini kita ada relau stesen pertanian relau yang telah di situ dari tahun 1970an dan tanah itu adalah satu prime land kita nak supaya bila orang datang ke Pulau Pinang di situ show case Pulau Pinang sebagai Silicon Valley of high tech aquaculture that why kita nak buat di situ…(gangguan).

Terima kasih, terima kasih. Itu untuk pelancongan YB. Kami tanya tentang isu food security…(gangguan).

This is not just pelancongan....(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Diminta seorang at the time.

Bukan just untuk pelancongan that’s why kita minta idea daripada semua dari…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Duduk. Ha, Sungai Dua. Soalan Sungai Dua. Okey kita layan sampai tiga minit lagi.

Itu saya minta YB tolong.

Saya tidak habis lagi....(gangguan).

Itu saya minta YB tolong ambil ini sebagai satu peringatan untuk jawab dekat saya mungkin tidak jawab masa ini. Satu tentang saya bangkit tentang agro fest…(gangguan).

Ini saya hendak jawab sekarang ini....(gangguan).

Tak dan masa sudah habis…(gangguan).

Tak just one minute. Agro Fest memang kita ada peruntukkan untuk agro fest. Itu tak ada isu.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, tengok jawapan sudah dapat. Tahun ini ada agro fest.

Let me speak first. Selain daripada agro fest kita juga buat pesta padi antarabangsa Pulau Pinang sebab kita nak mengiktiraf bertapa pentingnya pesawah padi dan this time around kita buat competition jerami arca jerami padi untuk the whole siapa-siapa boleh masuk hadiah RM30,000....(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, Permatang Pasir, saya peluang you tanya soalan, tak apa.

Supaya jerami-jerami padi .....(gangguan)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

You sudah habis soalan. Sungai Dua duduk.

Satu saja. hli Kawasan Permatang Pasir YB. Muhammad Faiz bin Fadzil):

Saya hendak sebut. Saya menyanjung tinggi pesta padi tersebut cuma saya melihat ini lebih kepada faktor pelancongan.

Tidak, bukan.

Okey, apakah significant daripada pesta padi ini hasilnya untuk menyelesaikan masalah food security dalam Pulau Pinang ini?

Okey, Kampung Terus dulu siapa pun tidak tahu. Padi dia hasil dia sangat rendah selepas pesta padi kita buat dia punya hasil sekarang ini adalah yang tertinggi di Seberang Perai Tengah.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

That cover the food security. Permatang Pasir.

Ya. Maknanya menambah pendapatan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Paddy income increase, rice income increase. We get better rice now. food security.

Yes. Kita masukkan teknologi yang terkini dan di sawah padi kita ada projek-projek fertigasi yang anak-anak kampung kita develop IoT yang lebih canggih daripada vitra…(gangguan)..so im saying the pesta padi its not for nothing..(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey, Yang Berhormat Penanti, duduk sat. what she was telling all this while is how to increase the production of fish, beef, pig, chicken everything she has covered was else you want come out…food security?…(gangguan)..

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Masalahnya ialah belum …(gangguan).

Tak, kita kena fikirkan kalau kita nak ada food security pesawah-pesawah tanah-tanah sawah kita tu berharga ada nilai dan benar-benar menambah pendapatan..(gangguan).

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Betul, betul itu nilai…(gangguan). Okey, soalan terakhir, adakah hasil…(gangguan).

Thats why nelayan kita juga tambah…(gangguan)..mempelbagaikan pendapatan..(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Penanti, kalau depa ada soalan apa depa akan mai jumpa you. Okey, terima kasih..(gangguan)..

Tahu tak sekarang Kampung Terus boleh produce berapa tan? 7 tan per hektar lagi tinggi daripada Smart Sawah.…(gangguan)..

Muhammad Faiz bin FadzilAMANAH · PHPermatang Pasir

Adakah projek Kampung Terus akan diextend di Permatang Pasir…itu soalan saya…terima kasih..(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Okey pihak Yang Berhormat Penanti, berusaha bawa projek tanaman padi di Kampung Terus ke Permatang Pasir juga…(gangguan)..so that Permatang Pasir gets its all good rice on the table okey…(gangguan)…you now can give to them…(gangguan).

Macam mana nak selamatkan tanah sawah…(gangguan)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Saya dah bagi Yang Berhormat Penanti waktu masa satu jam, you dah lebih daripada satu jam minta maaf. Siapa-siapa soalan you nak jawab you write to them ADUN-ADUN yang tanya soalan itu, sekian, terima kasih. Diteruskan Yang Berhormat Ahli Kawasan Bagan Jermal. Lega Yang Berhormat Penanti. Tension sangat takut nanti you dah tahap satu level. Saya seorang doktor, saya faham.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Timbalan Speaker, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan, tuan-tuan, puan-puan. Selamat petang, salam sejahtera, saya rasa bukan pesawah ataupun sawah padi penting, atlet dan belia juga penting. Terlebih dahulu ucapan...(gangguan)..

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Saya bagi you 45 minit saja..(gangguan)..

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Ucapan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kelima pada 27 Mei 2022 hari Jumaat yang lepas berkenaan usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menyantuni golongan belia dan pembangunan sukan Negeri Pulau Pinang.

Saya juga ingin merakamkan sekalung terima kasih dan syabas, tahniah buat semua ahli mesyuarat yang sangat berbesar hati untuk membahaskan isu-isu berkaitan dengan portfolio Belia dan Sukan. Saya percaya bahawa isu-isu yang dibangkit adalah untuk mengukuhkan lagi mutu pembangunan sukan dan pembangunan golongan belia di Negeri Pulau Pinang.

Selaras dengan peralihan Negeri Pulau Pinang menuju fasa endemik COVID-19, Kerajaan Negeri sentiasa bersiap sedia untuk mengaturkan pelbagai strategi dan pendekatan baharu bagi memastikan kelangsungan Pembangunan Sukan dan Belia di Negeri Pulau Pinang. Untuk pembangunan sukan dan juga untuk atlet dan fasiliti sukan termasuk kebajikan sukan malah pembangunan galeri sukan juga penting. Umumnya, Negeri Pulau Pinang mempunyai sejarah sukan yang dinamik dan menarik serta dipandang sebagai sebuah negeri powerhouse…(dengan izin), dalam arena sukan tempatan. Kejayaan atlet Ooi Tze Liang, Rachel Yeoh Li Wen dan Lim Kok Leong di Sukan SEA Hanoi adalah bukti bahawa Negeri Pulau Pinang berkemampuan melahirkan atlet-atlet bertaraf antarabangsa.

Yang Berbahagia Dato’ Wira Lee Chong Wei (Badminton), Yang Berbahagia Dato’ Dr. Nicol Ann David (Skuasy), Chan Peng Soon (Badminton), Jiwa Mohan (Hoki), Jeffrey Ong (Renang), Yang Berbahagia Dato’ Thambukrishnan, PLBS Peyadesa, Yang Berbahagia Dato’ Zaiton Othman (Olahraga), Cheng Chu Sian (Memanah) dan ramai lagi adalah antara tokoh-tokoh sukan negeri yang telah banyak mengharumkan nama negara, menyumbang kepada perkembangan arena sukan tempatan dan memberi kebanggaan kepada Negeri Pulau Pinang.

Di Negeri Pulau Pinang, satu Galeri Sukan khusus untuk mempamerkan sejarah sukan dan atlet-atlet yang telah menyumbang kepada sukan tempatan masih belum diwujudkan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan mewujudkan satu Galeri Sukan Negeri Pulau Pinang yang berobjektif untuk mencapai matlamat seperti berikut:

i. Satu (1) ruangan khas untuk mencatat serta menyampaikan sejarah sukan Negeri Pulau Pinang kepada masyarakat umum; dan

ii. Satu (1) initiatif untuk mempamerkan penghargaan kepada atlet-atlet negeri yang telah menyumbang/mengharumkan nama negeri dan negara Malaysia di peringkat tertinggi.

Pewujudan Galeri Sukan akan dilaksanakan di dewan Kompleks Sukan Rekreasi Sony, Seberang Jaya, Daerah Seberang Perai Tengah yang diuruskan oleh Perbadanan Stadium & Kawasan Lapang Pulau Pinang (PSDKLPP). Ruangan tersebut akan diubah suai dan direka bentuk untuk menjadikan sebuah Galeri Sukan malah yang berkonsepkan arena sukan yang dipenuhi dengan artikel-artikel detik sejarah sukan tempatan dan mewujudkan ruang interaktif kepada pengunjung daripada golongan anak-anak muda, belia atau golongan warga emas supaya dapat menghayati sejarah sukan Negeri Pulau Pinang secara santai.

Untuk makluman Sidang Dewan sekalian, Galeri Sukan Negeri Pulau Pinang ini sedang dalam proses pembinaan dan dijangka akan siap pada awal bulan Julai 2022. Ia akan menjadi Galeri Sukan pertama peringkat negeri di Malaysia selain daripada galeri sukan di Majlis Olimpik Malaysia dan Majlis Sukan Negara…(gangguan)..

Syerleena binti Abdul RashidDAP · PHSeri Delima

Dato’ Speaker,minta celah sikit. Yang Berhormat Bagan Jermal, saya cukup tertarik dengan pembinaan galeri sukan tersebut sebab memang kita tidak boleh nafikan bahawa di Pulau Pinang ini kita ramailah tokoh-tokoh sukan yang mashyur jadi pada masa yang sama bila adanya ya galeri tersebut jadi ia boleh memberi satu teladan ataupun,…(dengan izin), menunjukkan role models kepada anak-anak muda kita tapi pada masa sama, saya ingin tahu sama ada bila membuat galeri tersebut adakah Kerajaan Negeri akan juga …(dengan izin), include Paralympians? Terima kasih.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih atas pandangan dan juga ambil berat tentang paralimpik. Memang di Negeri Pulau Pinang kita sentiasa jaga kebajikan dan nama semua atlet tak kira atlet biasa ataupun atlet daripada paralimpik kita akan masukkan semua, dan memang ini telah dirancang dan inilah satu semangat untuk mencapai visi sukan untuk semua..Sports For All Vision...thank you….(dengan izin), Dato' Speaker, PEMBANGUNAN AKADEMI SUKAN ELEKTRONIK NEGERI PULAU PINANG

Melalui visi Penang2030, usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk merealisasikan sebuah negeri pintar akan melibatkan usaha perkembangan sukan elektronik terkini di peringkat tempatan, iaitu tidak ketinggalan dalam perkembangan generasi teknologi maklumat dan elektronik yang kian pesat ini.

Oleh itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mewujudkan sebuah Akademi Sukan Elektronik Negeri Pulau Pinang bagi menerajui pembangunan sukan elektronik khususnya untuk mewujudkan pusat khas bagi sukan elektronik dan pelaksanaan program pengenalan, pembangunan, pengenalan dan latihan sukan elektronik dengan fasiliti dan kemudahan yang sesuai;

Melatih pemain-pemain sukan elektronik Negeri Pulau Pinang dengan asas-asas dan etika sukan yang baik agar masyarakat umum tidak mempunyai tanggapan yang negatif terhadap sukan elektronik terutama ibu bapa yang mungkin kurang memahami apa itu sukan elektronik malah kita dapat menjemput ibu bapa bersama anak-anak mereka turun bersama ke pusat akademi elektronik di KOMTAR yang akan dilaksanakan nanti;

Mengikuti perkembangan dan kemajuan dunia sukan elektronik serta mewujudkan usahasama bersama pemegang taruh yang berkaitan (contoh: Persatuan Sukan Elektronik Negeri Pulau Pinang, Digital Penang dan juga Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC).

Akademi Sukan Elektronik tersebut akan dibina di Tingkat 3, KOMTAR dan diuruskan oleh pihak Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) dan dijangka akan beroperasi pada awal bulan Julai 2022. Saya masih ingat pada sesi yang lepas, YB. KOMTAR pernah meminta bahawa cuba cari jalan untuk menghidupkan balik KOMTAR maka kinilah kita dapat merealisasikan wujudkan satu e-sport akademik di KOMTAR supaya golongan-golongan belia dapatlah datang beramai-ramai di KOMTAR dan pembangunan ekonomi, gerai-gerai yang berniagadi KOMTAR akan juga bermanfaat inilah untuk mencapai Visi 2030.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, selaras dengan pemberian insentif SKIMAS kepada atlet-atlet sukan berprestasi tinggi yang berjaya di peringkat temasya sukan antarabangsa, seperti di Sukan SEA Hanoi, saya selaku EXCO Belia dan Sukan turut mengambil maklum tentang segelintir golongan individu yang berjaya di kejohanan-kejohanan peringkat antarabangsa mahupun kebangsaan tetapi tidak tersenarai dalam kriteria SKIMAS maka mereka tidak dapatlah untuk disenaraikan layak menerima insentif-insentif tersebut.

Pihak saya dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) telah menerima senarai permohonan golongan yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam kejohanan selain daripada kejohanan bertemasya antarabangsa untuk dipertimbangkan pemberian berbentuk insentif seperti yang ditawarkan oleh SKIMAS. Maka, satu cadangan untuk mewujudkan Skim Sukan Awam Pulau Pinang 2030 atau SAP2030…(dengan izin), Yang Berhormat Dato’ Speaker telah dibincangkan. Garis Panduan dan Syarat-Syarat Kelayakan SAP2030 kini sedang dalam proses kajian dan seterusnya akan dibentang di Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk pertimbang dan kelulusan supaya dapatlah membantu memberi insentif kepada atlet-atlet yang berjaya diperingkat antarabangsa ataupun peringkat kebangsaan mahupun mereka bukan dibawah SKIMAS.

Penang Athlete Career and Education (PACE), setelah diwujudkan pada tahun 2020 dengan objektif untuk membantu dan menyokong kejayaan atlet Negeri Pulau Pinang ke arah bidang pendidikan, kerjaya dan kebajikan serta menyediakan platform peluang masa depan dan program sebagai asas dalam memberikan keyakinan kepada atlet-atlet negeri dan bekas atlet bagi menjamin masa depan mereka dalam bidang sukan.

Untuk makluman semua, sejak penubuhan PACE, terdapat seramai 157 orang atlet Negeri Pulau Pinang telah menerima manfaat dan bantuan daripada Tabung Sukan Negeri Pulau Pinang dengan jumlah peruntukan bantuan sebanyak RM372,330.00.

Perincian untuk bantuan ini seperti untuk Bantuan biasiswa sukan terdapat 46 orang. Insentif pendidikan secara one-off 71 orang. Insentif galakan kepada pelajar SPM yang 5A ke atas 25 orang. Insentif galakan kepada pelajar STPM mendapat 2A ke atas 2 orang. Bantuan dari segi kebajikan (kos perubatan) 2 orang. Elaun Jurulatih Program Penang Junior Coaches sebanyak 35 orang.

Usaha penambahbaikan bantuan seperti PACE ini turut sentiasa dikaji dan dilaksanakan dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, kadar Insentif Galakan STPM akan dinaikkan daripada RM100.00 hingga ke RM200.00 dan SPM akan dinaikkan daripada RM50.00 ke RM100.00 mulai tahun 2022.

Usaha untuk membantu bekas atlet dan atlet Negeri Pulau Pinang untuk memulakan kerjaya dalam bidang kejurulatihan juga dilaksanakan melalui program Penang Junior Coaches (PJC) yang telah berjaya dijalankan siri pertamanya pada bulan Januari hingga Mac 2022 melalui PACE.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, permohonan untuk mendaftar bagi program PJC terbuka kepada semua atlet dan bekas atlet Negeri Pulau Pinang untuk siapa yang berminat untuk menjadi jurulatih muda berumur dari 18 hingga 25 tahun dan menetap di Negeri Pulau Pinang. Objektif Penang Junior Coaches ini adalah untuk membantu mereka menggerakkan program latihan sukan bagi mengaktifkan kerjaya dalam kejurulatihan. Pengalaman sebagai atlet negeri di kejohanan peringkat kebangsaan atau setaraf dengan merujuk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dijadikan sebagai kelayakan asas PJC bagi memastikan kemahiran teknikal mereka berada pada tahap yang tinggi. Bagi Siri Pertama PJC ini, terdapat seramai 35 orang Jurulatih Muda, manakala bagi Siri Kedua pula, akan dilaksanakan mulai Jun tahun 2022, bulan ini seramai 39 orang diharap dapat membantu atlet ini untuk melakar sebuah landasan dalam bidang kejurulatihan dan pada masa yang sama, memperkasakan lagi sukan di peringkat akar umbi.

Pencapaian atlet Negeri Pulau Pinang di Sukan SEA Hanoi. Saya di sini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada kontinjen negara yang baru-baru ini telah beraksi di temasya Sukan Asia Tenggara ataupun Sukan SEA, yang ke-31 di Hanoi, Vietnam pada 12 hingga 23 Mei 2022. Kontinjen Malaysia telah berjaya memungut sebanyak 39 pingat emas, 40 pingat perak dan 90 pingat gangsa dan menduduki tempat ke-enam secara keseluruhan kejohanan tersebut. Syabas dan tahniah kepada semua atlet-atlet kebangsaan, jurulatih dan pegawai yang terlibat termasuk juga persatuan sukan yang terlibat. Selaku EXCO Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, sukacita dimaklumkan bahawa terdapat lima (5) orang atlet Negeri Pulau Pinang telah berjaya menyumbang kepada pungutan pingat emas kepada kontinjen Malaysia. Rachel Yeoh Li Wen (Gimnastik - Artistik), beliau menyumbang emas dalam Individual Palang Bertingkat dan Individual Batang Titian. Ooi Tze Liang (Akuatik -Terjun), beliau menyumbang Emas dalam 1M Papan Anjal Lelaki dan 3M Papan Anjal Seirama Lelaki. Lim Kok Leong (Billiard - Snooker 6-red Individu Lelaki), menyumbang satu Emas dan juga Geerijaieswaran Pillai Sivanesan/Muhammad Arif Afifuddin Ab Malik (Karate - Kumite) menyumbang Emas. Sebanyak enam (6) emas disumbangkan oleh atlet Negeri Pulau Pinang, dua pingat perak, 14 pingat gangsa. Tahniah dan syabas kepada semua yang menyumbangkan pingat-pingat ini kepada kontijen untuk Negeri Pulau Pinang.

Untuk makluman semua Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis Sukan Negara juga turut mengiktiraf atlet gimnastik artistik Negeri Pulau Pinang iaitu adik Rachel Yeoh Li Wen sebagai Atlet Terbaik Wanita bagi Kontinjen Malaysia di Sukan SEA Hanoi. Tahniah atas pengiktirafan dan kejayaan tersebut. Untuk Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20…(gangguan).

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Minta pencerahan.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Ya, silakan Batu Uban.

Kumaresan a/l AramugamPKR · PHBatu Uban

Terima kasih kepada YB. Bagan Jermal. Tahniah juga saya ucapkan kepada semua pemenang khasnya atlet daripada Pulau Pinang ini. Hanya saya nak tanya sedikit, adakah kita juga akan menyediakan sedikit sumbangan sepertimana kita bagi kalau mereka menyumbang pingat dalam Sukan Olimpik dan sebagainya. Adakah untuk Sukan SEA juga, mereka yang menyumbang pingat ini akan kita bagikan sejumlah wang tunai? Terima kasih.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Ya, terima kasih Batu Uban. Seperti apa yang disenaraikan oleh saya tadi, memang Sukan SEA adalah di bawah SKIMAS dan juga sukan seperti SUKMA, juga di bawah SKIMAS tetapi ada segelintir sukan-sukan yang bertaraf antarabangsa seperti kejohanan-kejohanan yang dianjurkan itu tidak di bawah SKIMAS maka tadi seperti saya katakan, saya tengah mengkaji untuk mengwujudkan satu Skim Sukan Awam Penang2030 supaya semua atlet-atlet yang bukan di bawah SKIMAS, mereka juga akan mendapat insentif ini. Memang Sukan SEA di bawah SKIMAS. Saya sambung. Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20. Majlis Sukan Negara. Program-program ataupun penganjuran untuk SUKMA yang Ke-20, sepatutnya dilangsung pada tahun 2020 di Johor tapi telah ditangguhkan kerana dibatalkan dan ditangguh ke 29 September hingga 8 Oktober 2022 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, Selangor. Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui MSN kini sedang dalam fasa persediaan bagi memastikan bahawa program latihan, penyediaan atlet berprestasi tinggi dan dapat diutamakan dan diteruskan untuk menghadapi SUKMA Ke-20 ini. Sebanyak 31 jenis sukan yang akan dipertandingkan di SUKMA 20 tahun 2022.

Penganjuran Karnival Olimpik Komuniti Pulau Pinang Tahun 2022. Sejak tahun 2019 Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama MSN telah mendapat pengiktirafan ataupun persetujuan untuk menganjur bersama dengan Olympic Council Malaysia sempena bulan Olimpik atau Hari Olimpik pada 23 Jun 2019, maka tahun ini, tahun 2022 sekali lagi kita telah diberi peluang dan mandat untuk menganjur ‘Karnival Olimpik Komuniti Pulau Pinang 2022’ yang akan berlangsung ataupun telah mula berlangsung mulai 15 Mei sehingga 23 Jun. Pada 23 Jun, Hari Olimpik kita akan menjalankan sempena Hari Olimpik, kita menganjurkan Bendang Walk yang buka untuk orang ramai yang mendaftar dan adalah percuma kepada semua peserta-peserta yang ambil bahagian. Ketua Menteri kita akan turun untuk bersama dengan President Olympic Council, bersama-sama untuk flag off dan menjalankan program Bendang Walk ini.

Perkembangan projek pembangunan sektor sukan melibatkan seliaan Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang. Izinkan saya berkongsi sedikit sebanyak termasuk status semasa projek yang diselia oleh pihak Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang selaku agensi pelaksana yang memantau projek-projek tersebut. Sport City di Batu Kawan, seperti yang saya telah jawab soalan pertama, soalan lisan Bukit Tambun di mana memang Kerajaan Negeri tengah merancang untuk membangunkan Sport City di Batu Kawan yang tanah-tanah yang balance sebanyak 144 ekar, akanlah dirancang dan dibangun untuk pembangunan fasiliti sukan di Sport City Batu Kawan ini. Dan tambahan pula Kompleks Sukan Pokok Sena. ADUN Permatang Berangan ada turut hadir bersama dengan kita semasa sesi libat urus cuma ADUN Sungai Dua dijemput tapi mungkin kerana masa lepas raya, banyak jamuan raya tak sempat untuk hadir bersama dalam sesi libat urus. Sesi libat urus telah dijalankan pada, kalau tak silap 14 Mei 2022 dan kita telah mengutip banyak cadangan-cadangan dan juga idea ataupun komen-komen untuk pembangunan sukan, Kompleks Sukan Pokok Sena dan tahun ini Perbadanan Stadium akan menjalankan kerja-kerja penaiktarafan bola sepak, gelanggang bola sepak yang sedia ada di Kompleks Sukan Pokok Sena. Dijangka projek ini akan dalam rancangan sepanjang tiga (3) tahun untuk tahun depan, mungkin kita akan menambah lagi fasiliti-

fasiliti sukan yang telah dicadangkan dan diberi pandangan penduduk-penduduk sekeliling semasa sesi libat urus fizikal dan juga sesi libat urus online yang fasiliti sukan akan ditambah.

Kompleks Renang Awam di Seberang Jaya yang telah pun diambil oleh pihak Perbadanan stadium dan juga menyewa atau lease Kompleks Kolam Renang Awam kepada Syarikat D’Swim Academy Sdn. Bhd. Projek dijangka akan disiapkan dan dibuka untuk orang awam awal tahun 2023. ‘WoodHAVEN’ projek yang ke-empat adalah projek ‘WoodHAVEN’ di mana tapak ‘WoodHAVEN’ di Jalan Betek. Cadangan mewujudkan Taman Rekreasi semula jadi, nature park...(dengan izin), Timbalan Speaker, yang dikenali sebagai ‘WoodHAVEN’ ini telah dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 22 Julai tahun 2020 dan kini Majlis Pecah Tanah telah pun diadakan pada 9 April tahun 2022 oleh Ketua Menteri Pulau Pinang. Penanaman tiga (3) batang Pokok Mertajam telah dilaksanakan semasa majlis tersebut sebagai simbolik kepada kawasan tersebut. Nibong Tebal Arena projek yang ke-lima yang sedang dijalankan, memang ini merupakan projek di bawah manifesto Kerajaan Pakatan Harapan tahun 2018. Hari ini Seberang Jaya tidak ada dalam Dewan. Kita telah mengumumkan pada 19 Mei oleh Ketua Menteri di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang Mencapai 90% manifesto yang telah disenaraikan pada tahun 2018. Ini adalah hakikatnya. Nibong Tebal Arena adalah salah satu projek yang disenaraikan. Pembangunan Fasiliti Sukan. Sebagai makluman, setakat 31 Mei 2022, peruntukan sebanyak RM5.64 juta telah digunakan bagi pembangunan kemudahan sukan di Negeri Pulau Pinang. Ini soalan yang dituju oleh Permatang Pasir tadi di mana sejak tahun 2018 sehingga kini, berapakah peruntukan yang telah diperuntukan untuk penaiktarafan dan pembinaan fasiliti sukan yang baru? Ini termasuklah 31 buah kemudahan sukan telah dibangunkan dan sebanyak 34 buah kemudahan sukan yang telah dinaiktarafkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah. Pada tahun 2022, sebanyak 10 projek telah diluluskan iaitu termasuklah satu gelanggang futsal, lima gelanggang sepak takraw, satu gelanggang sepak raga tuju, satu gelanggang bola keranjang dan dua lagi laluan jogging track dan juga ada beberapa projek yang masih belum diluluskan seperti di Pengkalan Kota, gelanggang bola keranjang, kita masih tunggu ulasan daripada MBPP untuk tarikh mereka akan menjalankan kerja-kerja penebangan pokok dan juga permohonan-permohonan di tempat-tempat yang lain seperti di Jawi, minggu depan akan menjalankan lawatan untuk mengkaji supaya untuk menguruskan penaiktarafan gelanggang bola keranjang di Bukit Panchor dan juga di Taman Berjaya untuk penambahan lampu limpah untuk jogging track tersebut. Izinkan saya Timbalan Dato’ Speaker untuk menjawabkan soalan-soalan yang ditujukan oleh ADUN-ADUN. Pewujudan pusat gim juga merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri dalam menyediakan kemudahan awam, kemudahan sukan yang lengkap kepada komuniti. Kini, terdapat empat (4) pusat gim iaitu di KADUN Seri Delima, di KADUN Sungai Pinang, di KADUN Penanti, di KADUN Seberang Jaya. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat ADUN Sungai Pinang yang menanyakan…(gangguan)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Itulah nampak Seri Delima fit sangat, gim.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Sungai Pinang juga fit, Norlela pun, YB. Penanti juga fit. Untuk makluman Yang Berhormat, satu majlis perasmian akan diadakan pada bulan ini dan saya percaya ia akan menggalakkan penduduk setempat untuk menjalankan aktiviti senaman di pusat gim berkenaan.

Tambahan pula, majlis perasmian bagi pusat gim di KADUN Seri Delima, Penanti dan Seberang Jaya juga akan diadakan pada masa yang terdekat. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Uban yang mengutarakan beberapa persoalan dan permohonan berkenaan penambahan peruntukan di bawah Pembangunan Sukan di bawah P01(59). Setakat ini, Kerajaan Negeri masih mengekalkan jumlah peruntukan sedia ada iaitu RM1.6 juta. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri juga akan meneliti perbelanjaan semasa dan akan membuat pertimbangan selanjutnya mengikut keperluan semasa dan kenaikan harga bahan-bahan pembinaan. Oleh itu, peruntukan tersebut bolehlah dikaji dan ditambah sehingga RM2 juta pada tahun depan. Saya selaku EXCO saya akan minta supaya dapat pertimbangan dan kelulusan daripada Pejabat Kewangan Negeri. Silakan Sungai Dua.

Terima kasih Bagan Jermal.Saya tertarik dengan apa…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Soalan atau?

Apa yang dibentangkan oleh..(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ha, Sungai Dua soalan atau cadangan?

Cadangan tambahan. Cadangan. Sikit. Tentang pembinaan kompleks atau gim tempat sukan, gim dan sebagainya semua kawasan dah ada saya tengok semua tempat DUN di Sungai Dua baru ada 1 futsal. Futsal court yang yang dah YB. buat terima kasih banyak. Cuma saya ada satu padang, satu padang samaada milik MBSP ataupun tanah lapang di Permatang Buloh. Hampir dengan sekolah. Saya rasa milik MBSP. Jadi saya dah mohon untuk untuk pembangunan tapi sampai sekarang masih belum dibuat dan kegunaanya agak ramai dengan kawasan kampung disitu. Kalau boleh dimasukkan dan satu lagi tadi gimnasium rakyat, jadi dikawasan Tasek Gelugor saya rasa belum ada lagi gim rakyat untuk kemudahan. Gim swasta banyak tapi kena bayar kena jadi members dan sebagainya tapi ini untuk orang kampung yang juga nak badan dia sado, so kena ada jugak supaya orang takut nak mai Tasek Gelugor orang badan sado tu banyak. Jadi kalau boleh di dimasukkan jugalah. Ini permohonan peribadi saya untuk kawasan.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih ADUN?

Sungai Dua.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

ADUN Sungai Dua yang memberikan cadangan dan juga permintaan. Saya mengalu-alukan surat daripada Sungai Dua untuk penaiktarafkan ataupun pembaikan ataupun pembinaan kerana...(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Bagan Jermal ada.

Goh Cheon AikPKR · PHBukit Tambun

Soalan minta pencerahan.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Sat, sat saya jawab Sungai Dua dulu. Maka juga daripada permintaan juga untuk gim rakyat sama ada di KADUN Sungai Dua ataupun KADUN Permatang Berangan, saya mengalu-alukan jika ada keperluan tulis surat kepada saya kita sama-sama turun untuk membuat lawatan dan mengkaji. Memang Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Pulau Pinang dan diseluruh Malaysia kita tak kira samaada kawasan parti pembangkang ataupun tidak. Kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa menjaga apa benefit ataupun keperluan daripada rakyat jelata. Ya silakan untuk Bukit Tambun.

Goh Cheon AikPKR · PHBukit Tambun

Ya terima kasih. Disini saya mencadangkan di Stadium Batu Kawan ini boleh diadakan Gim Rakyat ataupun Gim berbentuk komersial. Itu permintaan daripada Bukit Tambun.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Okey, diambil maklum. Saya akan mintakan CEO yang baru Encik Zulkahar untuk ambil maklum tentang cadangan tersebut dan kita akan kaji. Yang Berhormat ADUN Bertam ada memohon agar pemasangan lampu limpah di padang bola sepak Kompleks Sukan Rekreasi MBSP. Untuk makluman Yang Berhormat, padang hoki di Bertam telahpun dinaiktaraf dengan pemasangan lampu limpah. Maka saya rasa memang memerlukan untuk pemasangan lampu limpah untuk gelangang bola sepak supaya anak-anak muda pengguna-pengguna dapat menggunakan gelanggang itu pada waktu malam. Saya minta MBSP ambil maklum untuk kerja-kerja penaiktarafan lampu limpah di gelanggang bola sepak kalau boleh menggunakan bajet tahun ini. Yang Berhormat ADUN Permatang Pasir mempersoalkan tentang peruntukan daripada Majlis Sukan Negara kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2018. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan diterima oleh Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang pada

tahun 2018 adalah sebanyak RM9,168,000, manakala bagi tahun 2019 dan 2021 adalah sebanyak RM7 juta sahaja setiap tahun. Yang Berhormat ADUN Bukit Tambun ada menyuarakan pendapat berkenaan kepentingan mengadakan sesi post mortem…(dengan izin), Timbalan Dato’Speaker bagi Penang Football Club (PFC). Sehubungan dengan itu, satu sesi perjumpaan bersama jurulatih-jurulatih serta pemain-pemain Penang FC dengan pihak pengurusan telah diadakan pada 13 Mei semalam. Selain itu, post mortem juga sedang dijalankan sepanjang tempoh international break untuk mengkaji balik prestasi yang telah tercorot dalam perlawanan yang lepas musim ini. Ini adalah untuk memahami isu-isu yang dihadapi oleh para jurulatih dan pemain sepanjang musim ini. Saya yakin bahawa prestasi Penang FC akan dapat dipertingkatkan dalam perlawanan seterusnya. Saya memang faham di mana ADUN-ADUN di dalam Dewan yang mulia ini bukan sahaja bukan sahaja ADUN-ADUN peminat-peminat bola sepak rakyat jelata memang mengambil berat tentang perkembangan bola sepak di Negeri Pulau Pinang ini dan saya memang berpendapat bahawa bola sepak adalah salah satu sukan bukan sahaja penting di Negeri Pulau Pinang tetapi juga penting di Negara Malaysia dan juga negara-negara lain sebagai peminat bola dan juga penyokong-penyokong memanglah sentiasa nak melihat pasukan Negeri Pulau Pinang ini dapat sentiasa menang dalam gelangang bola sepak yang dipertandingkan. Ya silakan Bukit Tambun.

Goh Cheon AikPKR · PHBukit Tambun

Dato’ Timbalan Speaker, Bagan Jermal. Semalam saya baru sentuh sahaja tentang permintaan post mortem untuk Penang FC hari ini kita sudah dapat Ketua Jurulatih yang baru. So saya berharap dengan kehadiran Zainal Abidin Hassan, prestasi Penang FC ini akan dapat mencapai keputusan yang lebih memberangsangkan.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih dengan cadangan dan juga daripada Bukit Tambun. Saya yakin dengan adanya Head Coach yang baru dengan jawatannya yang pernah memimpin Pahang untuk memimpin Pahang FA menjuarai Piala FA pada tahun 2013. Coach Zainal Abidin dapatlah membantu membangkit balik pasukan-pasukan Penang FC ini supaya kita dapat mencapai KPI kita untuk tangga ataupun tempat keenam. Yang Berhormat ADUN Bukit Tambun juga ada mencadangkan untuk Penang FC menjadikan Stadium Batu Kawan sebagai stadium utama untuk Penang FC. Untuk makluman YB, pihak Penang FC sememangnya ada merancang untuk menjadikan Stadium Negeri Batu Kawan sebagai stadium utama. Oleh itu, Malaysia Malaysia Football League MFL telah dijemput untuk menjalankan satu pemeriksaan tempat latihan pada bulan Februari 2022 dan mereka berpendapat bahawa ada lagi sedikit kemudahan yang masih belum bersedia untuk penganjuran pengelolaan Liga Super Malaysia. Yang Berhormat Timbalan Dato' Speaker, saya menjawab soalan untuk Belia yang ditujukan oleh rakan-rakan ADUN kita seperti Batu Uban juga ada mencadangkan agar PYDC menambah kategori sukarelawan belia Pulau Pinang bagi menaik lebih ramai belia menyertai program ini. Untuk makluman YB. ADUN Batu Uban, buat masa ini kategori yang sedia ada setakat ini telah merangkumi kebanyakan aspek untuk disertai oleh Sukarelawan Belia Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, usaha-usaha bagi menarik lebih ramai belia untuk menyertai program tetap giat dilaksanakan oleh pihak PYDC seperti memperkuatkan platform sosial media, menjalankan roadshow di pelbagai program, mempromosikan program Sukarelawan Belia Pulau

Pinang kepada golongan belia. Yang Berhormat ADUN Batu Uban turut mencadangkan agar Jawatankuasa Belia Pulau Pinang (JBPP) perlu diberi pengiktirafan dan mengambil kira cadangan daripada Simulasi Sidang Muda. Untuk makluman Yang Berhormat, JBPP merupakan satu entiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui (PYDC) dalam usaha pembangunan belia di setiap KADUN mulai 1 Mei tahun 2022 dan Simulasi Sidang Muda merupakan satu sesi penyediaan pra-persidangan. Sidang Muda khas untuk Ahli Sidang Muda. Cadangan untuk melibatkan JBPP dalam Simulasi Sidang Muda boleh dipertimbangkan bagi tujuan pendedahan ahli JBPP kepada proses pembuatan keputusan di peringkat Negeri. Program Sidang Muda akan datang turut dibuka peluang bagi ahli JBPP serta golongan belia yang berminat untuk menyertai. Yang Berhormat ADUN YB. Seri Delima turut menyatakan bahawa inisiatif mencantikkan sesebuah kawasan dengan mural berkonsepkan seni dan muzik berupaya mempromosikan sesebuah kawasan. Sehubungan dengan itu, pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membuka peluang kepada golongan belia untuk mempersembahkan bakat mereka di kawasan tersebut. Golongan belia yang terlibat dalam bidang muzik turut tidak ketinggalan untuk menjana pendapatan melalui satu inisiatif di bawah “Youth with Rhythm” yang berhasrat untuk mengumpul maklumat mengenai bakat musik dalam kalangan belia di Pulau Pinang. Melalui inisiatif ini, satu komuniti untuk ahli muzik pemuda Pulau Pinang dapat ditubuhkan. Belia juga berpeluang untuk membuat persembahan di majlis-majlis yang memerlukan bakat-bakat seperti nyanyian dan sebagainya. Secara tidak langsung belia dapat menjana pendapatan daripada bakat mereka melalui platform yang ditubuhkan ini. Tamsilnya, Program Pencarian Bakat Belia Pulau Pinang juga dilancarkan untuk mengumpul belia berbakat dalam pelbagai bidang dan belia dipilih bakal membuat persembahan dalam Majlis Rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Program ini telah diumumkan dan tarikh penyertaan dan permohonan adalah mulai 26 Mei 2022 sehingga 26 Jun 2022. Saya juga turut meraikan pandangan Yang Berhormat Sungai Dua untuk melibatkan Pertubuhan Belia dalam usaha membangunkan golongan muda terutamanya di kawasan kampung malah saya mengalu-alukan Yang Berhormat Sungai Dua bolehlah cepat-cepat cari satu tempat yang sesuai untuk tubuhkan Pusat Belia di Sungai Dua. Kawasan rural area atau Permatang Berangan kerana pusat belia yang pertama telah ditubuhkan ada di KADUN Penaga dan selanjutnya di Balik Pulau dan juga Penanti dan tempat-tempat lain. Yang Berhormat Sungai Pinang ada menyebut berkenaan Pembangunan Golongan Belia Pulau Pinang termasuk aspek kebajikan, peluang pekerjaan dan perniagaan. Untuk makluman YB, bagi aspek peluang pekerjaan, Kerajaan Negeri melalui PYDC telah mewujudkan Inisiatif portal carian kerjaya dengan izin Dato’ Timbalan Speaker “We Want You” sepertimana ucapan saya tadi. Sebagai makluman tambahan, terdapat 29.02% kadar peratusan yang telah berjaya mendapat pekerjaan setakat Mei 2022. Selain portal berkenaan, PYDC juga mengadakan career fair dan open interview dengan izin Timbalan Dato’ Speaker. Selain itu, bagi aspek perniagaan, Kerajaan Negeri melalui PYDC juga ada melancarkan program Penang Start- Up Accelerator Program, Youth Entrepreneurship Challenge (YEC) 3.0 dan pewujudan peluang pekerjaan dalam bidang muzik iaitu melalui “Youth with Rhythm: Youth in Music”….(dengan izin), Timbalan Dato’ Speaker. Bagi semua ini, satu program keusahawanan untuk belia juga dilancarkan untuk memulakan perniagaan start-up dengan mendaftar dan menjalani latihan dan kursus yang akan dikendali. Program ini merupakan anjuran bersama PYDC, Vincaps Capital dan BigDomain. Manakala YEC pula merupakan inisiatif kerjasama strategik pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui PYDC dengan melibatkan usahasama Peniaga Melayu dan Persatuan Perindustrian Malaysia (PERDASAMA), Penang Chinese Chamber of Commerce (PCCC YES) dan Malaysian

International Chamber of Commerce & Industry (MICCI) di bawah inisiatif “Youth for Future” untuk memupuk minat belia dalam keusahawanan dan menggalakkan keusahawanan belia. Dato’ Timbalan Speaker, untuk penubuhan JBPP memang sudah ada JBPP di KADUN-KADUN telah memberikan kertas cadangan untuk penganjuran program yang selama ada lima (5) telah pun dianjurkan oleh JBPP mahu pun baru-baru telah menerima kertas cadangan daripada Yang Berhormat Sungai Pinang dan juga Yang Berhormat Penanti. Saya menggalakkan JBPP yang di KADUN-KADUN itu aktif dan bekerjasama dengan ADUN untuk menganjurkan program untuk golongan belia dan juga merapatkan lagi antara hubungan golongan belia dengan masyarakat kita supaya dapatlah memberi pandangan dan juga bekerjasama yang lebih erat untuk memajukan pembangunan belia. Sukarelawan Belia. Di samping itu selaras dengan Visi Penang2030 inisiatif ini telah menerima sambutan untuk menggalakkan selepas dilancarkan pada 1 Mei tahun 2020 untuk mewujudkan Sukarelawan Belia di Pulau Pinang. Setakat ini terdapat 2,205 orang Sukarelawan Belia Pulau Pinang yang telah mendaftar dan melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti dan program yang telah dianjurkan. Untuk makluman Sidang Dewan sekalian, Majlis Penghargaan Sukarelawan Belia Pulau Pinang telah diadakan pada 14 Mei 2022 yang lepas di mana ia merupakan majlis khas untuk merakamkan penghargaan dan pengiktirafan atas sumbangan dan usaha yang telah diberikan oleh barisan Sukarelawan Belia Pulau Pinang. Sempena Majlis Penghargaan tesebut, penghargaan sumbangan kecemerlangan telah disampaikan kepada 19 orang sukarelawan belia Pulau Pinang berdasarkan jumlah masa yang diberikan menyertai kerja-kerja sukarelawan yang telah dianjurkan. Catatan kehadiran yang paling tinggi adalah sebanyak 49 jam sejak tahun 2020 oleh Saudara Muhammad Afiq Danial Bin Mazli. Pusat belia seperti yang saya katakan tadi, setakat kini sudah terdapat tujuh (7) pusat belia telah dirasmikan. Pusat Belia Penaga, Pusat Belia Balik Pulau, Pusat Belia Bertam, Pusat Belia Pongsu Seribu, Pusat Belia Penanti, Pusat Belia Bagan Jermal, Pusat Belia Sungai Pinang dan baru-baru Ahad yang lepas, Pusat Belia Batu Kawan juga telah dirasmikan dan juga dalam senarai untuk perasmian, Pusat Belia Pulau Betong, Pusat Belia Seberang Jaya, Pusat Belia Bukit Bendera dan Pusat Belia Pinang Tunggal. Untuk BEST! Anak Penang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan ‘Best! Anak Penang-Skim Insentif Kecemerlangan Bakat Muda Pulau Pinang’ melalui kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 30 Julai tahun 2021 dan disahkan 04 Ogos 2021 untuk meraikan kecemerlangan dan pencapaian pemuda-pemudi dari umur 15 hingga 30 tahun dari segi pencapaian akademik serta aktiviti kokurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. PYDC telah terima enam (6) permohonan dan lima (5) permohonan adalah tidak layak maka kerana tidak layak kejohanan-kejohanan mereka adalah pada tahun 2021. Maka, terdapat satu permohonan telah dikemukakan oleh Encik Brenden Tang Yew Liang yang merupakan atlet SUKMA Golf Negeri Pulau Pinang berusia 19 tahun. Beliau telah dianugerahkan oleh pihak The Malaysia Book of Records dalam anugerah (1) Most Golf Training Aids Invented, (2) Youngest To Invent Golf Training Aids dan (3) Longest Non Stop Driving Relay. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru agar anak-anak muda Pulau Pinang yang berjaya mengharumkan Negeri Pulau Pinang memohon skim ini secara aktif kerana skim ini merupakan satu galakan positif daripada Kerajaan Negeri untuk memberi dorongan dan penghargaan kepada anak muda semua. Meskipun kategori berkenaan bukan kategori akademik / kokurikulum, namun permohonan berkenaan akan dinilai oleh jawatankuasa bagi BEST! Anak Penang.

Pengundi baru. Kesedaran politik. Untuk makluman Sidang Dewan yang dikasihi sekalian, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa prihatin dan cakna bagi menggalakkan penyertaan pengundi baru dalam usaha menyemai kesedaran politik yang ampuh terutamanya dalam

kalangan belia Pulau Pinang. Di Negeri Pulau Pinang pula, bilangan pemilih berdaftar pada tahun 2018 di Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 945,627 pemilih. Daftar pemilih terkini bulan Mac yang telah diwartakan pada 15 April 2022 di Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak 1,222,800.00 pemilih. Maka menurut statistik yang terkini adalah tambahan 277,173 ataupun pemilih baru sebanyak 22.67% di Negeri Pulau Pinang. Pecahan umur pemilih adalah seperti berikut: Untuk umur antara 18 hingga 20 sebanyak 52,479; untuk antara umur 21-29 sebanyak 230,295; dan untuk umur 30 hingga 39 sebanyak 240,897; Umur antara 40 hingga 49 sebanyak 217,361; Antara umur 50 hingga 59 sebanyak 198,810 pemilih; Antara umur 60 hingga 69 sebanyak 159,195; Antara umur 70 hingga 79 sebanyak 87,850 pemilih; Antara umur 80 hingga 89 di Negeri Pulau Pinang terdapat 29,222 pemilih; Antara umur 90 tahun ke atas terdapat 6,691 pemilih. Susulan penurunan umur mengundi serta Pendaftaran Pemilih Secara Automatik (AVR) yang telah diwartakan dan dikuatkuasakan pada 15 Disember 2021, PYDC juga melaksanakan Kempen Undi18 sebagai satu kempen am untuk meningkatkan lagi kesedaran golongan belia yang bakal melibatkan diri dalam pilihan raya yang akan datang. Program Kempen Undi18 merangkumi aktiviti seperti Jelajah Kempen Undi18, Video Animasi Kempen Undi18 dan Soal Selidik Kempen Undi18.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Minta penjelasan Yang Berhormat Bagan Jermal. Terima kasih Yang Berhormat Bagan Jermal kerana telah berkongsikan tadi tentang angka-angka kumpulan umur pengundi yang telah berdaftar selaras dengan Dasar Undi18 dan juga pendaftaran pengundi secara automatik ini. Tadi Yang Berhormat Bagan Jermal telah memberikan satu breakdown untuk keseluruhan negeri lah cumanya saya nak dapatkan maklumat sama ada Yang Berhormat Bagan Jermal mempunyai breakdown ataupun pecahan kumpulan umur ini mengikut kawasan Parlimen ke ataupun kawasan DUN dan tadi Yang Berhormat Bagan Jermal turut membangkitkan tentang inisiatif yang bagus untuk kita mengadakan program outreach bagi kita memberikan didikan ataupun maklumat khususnya kepada pengundi yang baru ini. Tapi saya rasa Yang Berhormat Bagan Jermal tujukan itu kepada mereka yang masih golongan belia lagi. Bagaimanakah mereka yang daftar secara automatik tapi umur lebih. Mungkin mereka yang warga emas ke tapi baru sahaja mereka daftar boleh dikirakan sebagai pengundi baru juga. Mungkin kita boleh lihat video ke atau bahan yang disediakan itu boleh ditujukan kepada kumpulan ini juga. Terima kasih.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Terima kasih soalan yang dituju oleh Yang Berhormat Pengkalan Kota. Memang ADUN yang paling muda di Dewan ini. Yang memang ambil berat tentang pengundi baru.. oh, sama Yang Berhormat Batu Uban, okey. Memang statistik yang ada dengan saya daripada SPR setakat statistik umur setakat diwartakan pada 15 April tahun 2022. Contohnya di Parlimen Tanjung P049, pengundi antara umur 18 hingga 20 sebanyak 775 dan pengundi antara umur 21 hingga 29 sebanyak 4,424, tapi pengundi antara umur 90 tahun ke atas ada paling banyak sebanyak 1,489 di Parlimen Tanjung mahupun dan di Parlimen P045 Bukit Mertajam adalah pengundi yang paling banyak untuk umur antara 18 hingga 20 sebanyak 5,525. Dan juga untuk umur antara 21 hingga 29 juga yang paling banyak di Bukit Mertajam, Parlimen Bukit Mertajam sebanyak 24,191. Memang ada pecahan-pecahan statistik untuk kategori umur tapi untuk yang soalan yang ditujukan oleh Yang Berhormat Pengkalan Kota yang mana sudah lebih umur 21 selama ini tak daftar jadi pemilih dan sekarang sudah ada pendaftaran pemilih secara automatik maka nama beliau akan automatik menjadi pemilih. Saya ada tanya dengan SPR banyak ke kategori ini, ada juga kategori itu tapi cuma tak ada statistik yang dapat dikepilkan kepada kita dan mengikut

statistik ini memang telah menunjukkan bahawa kepentingannya pengundi-pengundi baru untuk PRU yang ke-15. Maka, permintaan daripada pengundi baru golongan belia, suara daripada mereka, pandangan daripada mereka seperti hari ini Sidang Muda terdapat lapan (8) peserta telah hadir ke Dewan kita untuk hadir bersama untuk menyaksikan cara-cara perbahasan hujah-hujah yang dibangkitkan. Memang dengan adanya Program Sidang Muda dapat kita memberikan satu platform kepada golongan belia supaya mereka membawa usul atau membawakan isu-isu yang penting untuk dibahas. Usaha untuk Kempen Undi18 seperti yang disenaraikan untuk membolehkan para belia terutamanya pengundi pertama kali didedahkan kepada pengetahuan tentang pilihan raya di Malaysia serta mampu memahami proses pengundian di Malaysia melalui sesi simulasi. Saya percaya ia akan membantu meningkatkan kesedaran golongan belia terhadap kepentingan mengundi dan seterusnya meningkatkan kadar mengundi di pilihanraya yang akan datang. Untuk makluman sidang dewan yang dihormati sekalian, bagi aktiviti soal selidik Kempen Undi18, borang soal selidik telah disediakan sepanjang tempoh ketika itu untuk mendapatkan pandangan golongan belia di mana jumlah respondan semasa adalah seramai 842 orang. Pungutan suara semasa bagi soalan-soalan yang diajukan adalah seperti:

Soalan pertama - Pernah anda mengundi? Ya, sebanyak 36.4%. Pernah anda menyemak status pemilih? Ya, sebanyak 53.8%. Kesedaran atas 18 tahun boleh mengundi. Ya, sebanyak 83.2%. Kesedaran atas pendaftaran pemilih secara automatik. Ya, sebanyak 54.9%. Adakah anda berminat untuk mengetahui lebih tentang sistem demokrasi dan sistem pengundian di Malaysia? Ya, sebanyak 81.0%. Melalui kajian tersebut, menunjukkan bahawa setakat ini bolehlah ada banyak pengundi-pengundi baru atau pengundi-pengundi yang muda ambil berat tentang bahawa mereka berhak menjadi pengundi dan akan memilih pemimpin-pemimpin yang akan memimpin negara kita ataupun negeri kita. Sekali lagi saya ingin ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diatas keprihatian, perhatian, teguran dan sokongan yang berterusan oleh Ahlli-Ahli Yang Berhormat, khasnya terhadap…(gangguan).

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Dato’ Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Tidak cukup waktu.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Saya ada sedikit saja.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sukan?

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Sukan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Soalan atau cadangan?

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Er, pertanyaan. Sebab tadi saya memang tengah tunggu.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Sat lagi masa minum teh, you boleh tanya. Terima kasih. Ar, Bagan Jermal.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Ini memang berkaitan dengan banyak orang, Dato’ Speaker. Memang satu saja. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Silakan.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Yang Berhormat Bagan Jermal.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Jawab soalan Bagan Jermal.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Sat, saya ada satu pertanyaan. Terima kasih pada Yang Berhormat Bagan Jermal atas usaha untuk menyediakan tiga gelanggang sepak takraw dikawasan Air Itam, dimana dia diatas sebidang tanah di Kampung Suria dekat Kampung Melayu. Namun, saya ada tulis satu surat kepada Perbadanan Stadium dan Tanah Lapang untuk mengambil alih hal penyelenggaraan padang tersebut disebabkan tanah tersebut berada dibawah Daerah Timur Laut, Daerah Timur Laut dan tiada orang akan selenggara. Setiap kali hujan atau panas, rumput disana akan terus naik. Dan apabila kita, kami meminta MBPP untuk buat, bukan didalam bidang kuasa mereka. So, sekarang soalan saya. Gelanggang sepak takraw telah disediakan dengan cantik, tapi penyelenggaraan menjadi satu isu…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Air Itam, saya agak soalan ni telah ditanya.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Belum jawab lagi.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Ya, tapi telah ditanya.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Tak, pernah tanya.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Boleh bincang dengan MBPP?

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Tak boleh. Sebab itu I perlukan apakah tujuan kita untuk mengadakan atau menubuhkan Perbadanan Stadium dan Tanah Lapang untuk mengambil alih tanah yang lapang. Tetapi, permintaan saya ditolak tanpa satu lawatan tapak dibuat bersama saya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Minta Bagan Jermal respond ke soalan ini.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Ini masih soalan ataupun masalah yang timbul dikawasan Air Itam. Seperti yang dikatakan bahawa, Air Itam terima surat jawapan daripada Perbadanan Stadium yang tidak dapat diambil alih untuk penyelenggaraan. Maka, tanpa lawatan saya akan minta…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Buat site visit la.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Yang Berhormat, lawatan dibuat oleh Perbadanan Stadium tanpa pengetahuan saya juga. Saya langsung tidak dijemput.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Okey, okey.

Joseph Ng Soon SiangDAP · PHAir Itam

Terima kasih.

Soon Lip CheeDAP · PHBagan Jermal

Saya akan minta Perbadanan Stadium, kakitangan mereka ataupun CEO untuk menghubungi kawasan Air Itam supaya Air Itam dapat memahamikan situasi, mengapa tidak dapat diambil alih oleh Stadium Board, dan saya sambung last sentence. Ingin ucapkan terima kasih kepada sokongan dan teguran oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, khasnya terhadap usaha-usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menambah nilai dan memperkukuhkan lagi mutu penyampaian dibawah Portfolio Belia dan Sukan untuk pembangunan yang lebih cemerlang diperingkat negeri. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Bagan Jermal. Dipersilakan Paya Terubong. Masa sekarang 5.20, you ada satu jam.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Ya, okey. Terima kasih. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Salam Sejahtera. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan yang mulia ini, kerana di beri peluang untuk membentangkan ucapan penggulungan bagi menjawab soalan-soalan tambahan berkaitan isu-isu pelancongan dan ekonomi kreatif yang merupakan gabungan sektor seni, budaya, warisan dan sebagainya, yang telah dibangkitkan sepanjang sesi perbahasan saya, perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Pencapaian Pelan Tindakan Pemulihan Pelancongan Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, seperti Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri sedia maklum, Kerajaan Negeri melalui pejabat saya, (PETACE) telah melancarkan dan melaksanakan Pelan Tindakan Pemulihan Pelancongan untuk mengatasi krisis-krisis yang dihadapi oleh industri pelancongan dan ekonomi kreatif akibat penularan wabak COVID-19. Pelan tindakan ini dilaksanakan melalui tiga fasa, iaitu: Fasa Pertama - Mitigasi Impak, Mitigasi Impak (Impact Mitigation) dimana pakej rangsangan ekonomi dan mitigasi segera telah…(gangguan).

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Yang Berhormat Paya Terubong, increase your auditorium audibility please.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Oh, okey baik. Fasa Satu - Mitigasi Impak, (Impact Mitigation) dimana pakej rangsangan ekonomi dan mitigasi segera telah diperkenalkan dan dilaksanakan pada kadar segera untuk membantu dan mengurangkan impak kepada industri pelancongan dan ekonomi kreatif; Fasa Kedua - Pengurusan Krisis (Crisis Management) dengan mengutamakan kempen promosi yang fokus kepada pasaran domestik dan antarabangsa; dan Fasa Ketiga - Pemulihan Ekonomi (Economy Recovery) dengan mengutamakan strategi melantun dan memandu lawatan (Rebound & Drive Strategy) ke Pulau Pinang dengan memfokuskan kepada pasaran domestik dan juga antarabangsa. Pelan ini telah berjaya membantu industri pelancongan mengemudi kesan wabak dengan baik dan terus berkembang secara kukuh untuk masa yang akan datang. Kini, Pejabat PETACE memberikan fokus kepada Fasa Ketiga iaitu Pemulihan Ekonomi dibawah Pelan Tidakan Pemulihan Pelancongan. Antara strategi dan perancangan Fasa Tiga yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah bekerjasama dengan Online Travel Agent (OTA), syarikat penerbangan dan penggiat-penggiat industri pelancongan bagi memperkenalkan pelbagai kempen melancong untuk menarik minat pelancong serta merangsangkan ekonomi pelancongan Negeri Pulau Pinang. Berdasarkan statistik / data yang diperolehi daripada Online Travel Agent-Expedia, kempen promosi pelancongan ke Negeri Pulau Pinang yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri telah menerima sambutan yang sangat baik overwhelming response di mana Negeri Pulau Pinang telah dianugerahkan tempat kedua dalam senarai The Top Malaysia Cities Booked in Year 2021, selepas capital kita iaitu Kuala Lumpur. Negeri Pulau Pinang juga telah menerima lebih 15 juta impression daripada empat kempen Experience Penang yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Antara salah satu kempen Experience Penang yang dilaksanakan sepanjang tempoh 18 November tahun 2021 sehingga 13, sorry 31 Disember 2021 iaitu lebih kurang satu bulan setengah juga telah berjaya mencatat menjana pendapatan sejumlah RM1,188,899.00 kepada penggiat-penggiat industri pelancongan di negeri yang menyertai kempen tersebut.

PELAN PENGEMBALIAN PENERBANGAN TRADITIONAL DAN PENEROKAAN LALUAN PENERBANGAN TERUS BARU Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri percaya bahawa laluan penerbangan terus merupakan tulang belakang yang amat penting kepada industri pelancongan dengan kemasukan pelancong-pelancong antarabangsa ke Malaysia melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, ia juga membawa manfaat ekonomi kepada penggiat-penggiat industri pelancongan di Negeri Pulau Pinang dan juga di negeri berhampiran. Setakat 30 Mei tahun ini, Kerajaan Negeri telah berjaya memulihkan penerbangan lapan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Pulau Pinang ke lapan Lapangan Antarabangsa iaitu Lapangan Terbang di Singapura, di Ho Chi Minh di Taiwan, Medan, Jakarta, Surabaya dan Suvarnabhumi Airport di Bangkok dan juga Don Mueang Airport di Bangkok juga. Kerajaan Negeri memang bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Pantai Jerejak bahawa pentingnya pasaran Wilayah Timur Tengah seperti Dubai. Pasaran ini amat luas dan kerjasama boleh dilaksanakan daripada pelbagai aspek, dan bukan sahaja dalam sektor pelancongan dan ekonomi kreatif termasuk juga perdagangan dan juga trade dan sebagainya.

Kerjasama dan kolaborasi yang efektif akan menjana peluang serta membawa manfaat kepada negeri secara menyeluruh. Sehubungan dengan ini, Kerajaan Negeri kini sedang menorokai pasaran baru seperti Wilayah Timur Tengah termasuk Dubai, Iran, Turki dan sebagainya dengan giatnya untuk menjadikan Wilayah Timur Tengah sebagai satu hab kesambungan antara Pulau Pinang dan dengan antarabangsa. Usaha ini adalah selaras dengan misi Kerajaan Negeri untuk menerokai pasaran pelancongan negara, negara barat untuk menarik pelancong-pelancong dari rantau Eropah, Amerika Syarikat dan Timur Tengah. Ini adalah kerana pelancong-pelancong daripada kawasan tersebut mempunyai kuasa perbelanjaan yang lebih tinggi, higher spending power…(dengan izin), serta tempoh percutian yang lebih lama. Mereka akan mungkin akan mengambil lebih kurang satu bulan atau dua minggu untuk merantau dan melancong. Ini dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi Pulau Pinang dan Malaysia secara keseluruhan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah menghasilkan risalah ‘Muslim Travel Guides’ dengan specialnya dalam Bahasa Arabic dan juga telah melancarkan ‘Muslim Travel Guides’ ini secara khasnya di Dubai Ekspo tahun ini dan juga di Arabian Travel Market yang telah dilangsungkan di Dubai International Convention & Exhibition Centre yang telah mendapat juga sambutan yang sangat hebat daripada pasaran pelancong di Timur Tengah. Sepertimana yang dijawab oleh saya pada pagi ini, bahawa saya sedang berusaha untuk membawa balik penerbangan terus kapal terbang Timur Tengah ke Pulau Pinang. Sebenarnya strategik ini bukan hanya fokus kepada pelancong di Wilayah Timur Tengah ke Pulau Pinang sahaja. Sebenarnya ia juga merupakan satu strategik yang bagus untuk menghubungkan Pulau Pinang dengan negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Ini adalah kerana sebab airlines-airlines di Timur Tengah seperti Qatar Airways, Emirates dan Turkish Airline mempunyai connectivity yang sangat luas di dunia ini dan merangkumi bandar-bandar utama di Eropah, Amerika Syarikat dan juga Benua Afrika yang dapat membawa pelancong-pelancong dari barat melalui di Timur Tengah ni selanjutnya datang ke Pulau Pinang. Dan selain penerbangan antarabangsa dari aspek penerbangan domestik juga, Kerajaan Negeri juga sedang berusaha untuk berusaha dengan syarikat penerbangan untuk membuka lagi lebih banyak destinasi domestik dan termasuk laluan penerbangan terus ke Melaka yang juga diiktiraf sebagai Tapak Warisan bersama George Town dan ini untuk membangunkan pelancongan warisan dan juga membangunkan Twin City, Twin Heritage City. Di sini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merayu kepada Kerajaan Persekutuan supaya tidak menundakan lagi projek penaiktarafan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sehala dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai hab penerbangan yang unggul di Wilayah Utara Malaysia.

PEMBANGUNAN PELANCONGAN WARISAN DI SEBERANG PERAI Pembaikan dan Penyelara, Penyelenggaraan bangunan Warisan dibawah Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang melibat seluruh Negeri sebagaimana Peruntukan Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang. Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang telahpun melalu melakukan inventori dan cadangan pewartaan Warisan bagi seluruh Negeri Pulau Pinang.

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri telah meluluskan dan memperuntukan RM1.0 juta bagi kerja-kerja pemulihan konservasi dan restorasi runtuhan Gereja Lama Pagar Tras, di Bukit Mertajam yang diasaskan pada tahun 1882 oleh sekumpulan mubaligh Katolik dari Perancis bagi menjadikan tapak, tapak gereja lama tersebut sebagai produk pelancongan warisan Negeri Pulau Pinang yang baru. Gereja Lama Pagar Tras, merupakan salah sebuah gereja yang tertua di Pulau Pinang dan juga Malaya. Projek pemuliharaan ini bukan sahaja bertujuan untuk membuat restorasi dan pembinaan semula struktur bangunan gereja tersebut, malah untuk memelihara struktur runtuhan yang masih berdiri. Pendekatan ini telah dilakukan oleh banyak negara khususnya di Eropah ke atas bangunan-bangunan warisan mereka untuk dijadikan sebagai rujukan warisan dan objek tarikan pelancongan. Kerajaan Negeri dengan kerjasama Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) juga sedang melaksanakan pembangunan Galeri Warisan Arkeologi Guar Kepah sebagai destinasi pelancongan warisan berilmiah dan bernilai tinggi di daerah Seberang Perai Utara yang dijangkakan akan memberikan faedah kepada kerajaan, para ahli akademik, pelajar, pengunjung dan masyarakat tempatan. Pembangunan galeri tersebut adalah merupakan satu-satunya galeri lapangan on-site gallery dengan konsep archeo-edu-tourism iaitu bukan sahaja tempat untuk pameran bahan sejarah tetapi juga sebagai tempat pemulihan objek warisan dan tempat aktiviti riadah yang bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat. Selain itu, Kerajaan Negeri juga sedang menumpukan kepada kajian bagi tujuan pewartaan warisan Melayu seperti masjid, madrasah, rumah kediaman dan kampung tradisi. Program dan aktiviti bagi tujuan promosi dan pelancongan akan dilaksanakan selepas penyediaan Pelan Pengurusan Tapak Warisan. Pada masa yang sama perbincangan juga telah diadakan dengan Pertubuhan Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang dalam usaha untuk memulihara warisan Melayu seperti Rumah Syed Sheikh Al-Hadi dan Kediaman Tengku Kudin sebagai usaha memperkasakan warisan Melayu dan dibangunkan sebagai tarikan pelancongan. Sila.

Terima kasih Paya Terubong. Cuma saya tertarik dengan apa yang Paya Terubong bangkitkan berkaitan dengan pengeluasan kawasan untuk tarikan pelancongan. Cuma saya di Kawasan Sungai Dua ini, kita ada satu agrotourism, saya rasa memang pihak Paya Terubong dah tau. Kita buat menyusuri sungai daripada Labuh Banting, Air Itam ke Pengkalan Machang, memang kita buat pada tahun 2017 pelancaran dia, sampai sekarang ini masih lagi berjalan, dah ada pelancong yang turun cuma masih agak kekurangan dan saya pun dah minta dalam Rolling Plan 2 untuk kita bangunkan kawasan tersebut, tiga-tiga kawasan untuk dibangunkan sebagai pusat pelancongan yang terbaik yang berkaitan dengan menyusuri sungai, tiga-tiga tempat itu memang ada tempat-tempat untuk pelancong berehat dan juga melaksanakan aktiviti dan di Labuh Banting kita dapat peruntukan sebanyak RM1.0 juta untuk pembangunan kawasan itu daripada Kementerian Luar Bandar dan kalau boleh lah dimasukkan kawasan ini sebagai salah satu kawasan pelancong yang kita akan upgrade kan dan Kerajaan Negeri juga melihat perkara ini sebagai satu tempat untuk dijadikan sebagai tarikan pelancong. Yang keduanya tentang warisan tadi, saya rasa memang saya masukkan juga dalam soalan bertulis tentang warisan-warisan ini, kalau boleh dibuat pemuliharaan kawasan yang terpilih dari segi warisan-warisan Melayu, masjid, kawasan rumah-rumah tradisional dan sebagainya yang ada ciri warisan dan ketiganya dari segi kebudayaan, kalau boleh kita masukkan ciri-ciri kebudayaan ketiga-tiga bangsa ini sebagai satu tarikan kepada pelancong. Contohnya dulu, Hotel Bayview ada buat persembahan, persembahan ghazal ditempat makan di atas sekali, mungkin tempat-tempat lain juga boleh kita buat ditempat-tempat tarikan pelancongan ini, kita

masukkan unsur-unsur itu, sama ada unsur kebudayaan kaum Melayu, kaum Cina ataupun kaum India boleh kita masukkan sebagai tarikan pelancong macam mana dibuat di Indonesia. Dia ada kebudayaan-kebudayaan masyarakat tempatan bila kita masukkan. Jadi lebih menarik dari segi kalau pelancong datang, ia lebih menarik, dia ada kebudayaan, dia ada kesenian, dia ada juga kraftangan mungkin yang boleh kita masukkan sebagai tambahan kepada tarikan pelancong yang datang ke Pulau Pinang. Terima kasih.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih Sungai Dua atas input dan juga cadangan, Kerajaan Negeri memang sudi dan juga bersedia menerokai lebih lagi produk pelancongan yang baru termasuklah seperti yang disebut oleh Sungai Dua dan kita akan MMK akan mengkaji dan juga akan memasukkan di dalam Pelan Pelancongan Negeri Pulau Pinang dan mengenai culture, mengenai kesenian dan juga budaya Melayu, saya akan bentangkan sebentar lagi dan memang saya akan ambil maklum apakah yang akan dicadangkan oleh Sungai Dua dan akan tindakan akan diambil secara susulannya. Dan mengenai keseimbangan pembangunan pelancongan bahagian Pulau dan Seberang Perai, sehubungan ini dan juga telah diutarakan oleh Yang Berhormat Sungai Dua, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan pelbagai inisiatif, mempromosikan aktiviti-aktiviti pelancongan di Seberang Perai, sebagai contoh Kerajaan Negeri telah memperkenalkan bahan promosi “Opposite Side of The Island - Seberang Perai” bagi membawa aliran pelancong ke destinasi tempat pelancongan di kawasan Seberang Perai. Tambahan pula, 5 daripada 7 container art yang dihasilkan di bawah Penang International Container Art Festival (PICAF) telah dipindah ke Seberang Perai, dan ditempatkan di sekitar Bandar Cassia. Inisiatif ini adalah untuk mendorong orang ramai untuk mengunjungi dan melawat ke destinasi luar dari George Town. Kerajaan Negeri komited dengan akujanji akan terus membangunkan lebih lagi produk pelancongan di Seberang Perai dan membawa pelancong ke Seberang Perai. Dan seterusnya pengatasan kekurangan buruh di industri pelancongan. Sejak pembukaan dan pengoperasian semula kegiatan-kegiatan ekonomi pelancongan, industri pelancongan dihadapi seperti sektor manufacturing juga, juga menghadapi masalah kekurangan buruh yang juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Teluk Bahang. Sebenarnya, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Ekspo “Jom Cari Kerja” di bulan April bagi menangani masalah tersebut. Ekspo tersebut telah dijalankan di Pulau dan juga di Seberang Perai dengan penyertaan lebih daripada 60 unit penggiat-penggiat industri yang terdiri daripada hotel, tempat tarikan pelancong dan sebagainya. Tambahan pula, Kerajaan Negeri juga akan terus meneruskan perbincangan dengan pihak-pihak dan stakeholder yang berkenaan dan memberi sokongan yang sewajarnya.

EKONOMI KREATIF DAN JUGA PELANCONGAN MUZIK Dari segi ekonomi kreatif pula, untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pelancongan muzik adalah salah satu aspek pelancongan yang ditekankan juga oleh Kerajaan Negeri, selain pelancongan makanan, pelancongan warisan, pelancongan mesra-Muslim dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Seri Delima, di mana beliau mencadangkan bahawa pelancongan muzik patut dibangunkan sebagai tunggak pelancongan baru. Bagi menjawab cadangan Seri Delima dan juga Bagan Dalam yang bertanya berhubung pembangunan pelancongan muzik, adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah banyak menyokong program-program dan projek berdasarkan

muzik ataupun kreatif secara am, antaranya termasuklah open a weekend in Pulau Pinang di Penang.

Lee Chun KitDAP · PHPulau Tikus

Minta celah sekejap, minta celah. Terima kasih Yang Berhormat Paya Terubong, cuma nak minta clarification atas sesuatu institusi muzik di negeri ini iaitu Penang House Of Music. Penang House Of Music di Komtar dan saya difahamkan bahawa Penang House Of Music sedang mencari satu tempat yang baru untuk berpindah kepada, tapi, adakah Yang Berhormat Paya Terubong boleh berikan clarification atas information ini. Terima kasih.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Memang House Of Music ini, saya ingin menceritakan bahawa House Of Music ini merupakan satu aset yang memang bernilai untuk Negeri Pulau Pinang. Sesiapa yang pernah mengunjung House Of Music ini akan terkagum akan amazed apa yang berada dalam House Of Music ini. Dan sepanjang lockdown sepanjang PKP ini, memang House Of Music menghadapi masalah kekangan dan juga masalah untuk pelawat datang ke House Of Music ini. Now untuk makluman Yang Berhormat Pulau Tikus, sebenarnya Kerajaan Negeri telah membantu dan telah memperuntukan satu jumlah yang substantial untuk membantu House Of Music setiap tahun sejak pembukaan House Of Music ini. Memang ada cadangan daripada House Of Music untuk pindah keluar dari Komtar ini, dari ICT Mall ini sebab menurut House Of Music mereka berpendapat bahawa adalah lebih sesuai untuk mereka pindah keluar ke ICT Mall ini ke satu tempat yang mungkin lebih easy di access by the pelancong dan memang Kerajaan Negeri sedang berusaha dan sedang berbincang dengan House Of Music dan juga parti-parti yang releven supaya mendapatkan satu solusi yang lebih baik untuk House Of Music ini, dan kita memang mahu House Of Music ini dapat dikekalkan secara sustaible dan juga dapat dibangunkan dengan lebih cerah lagi.

Dan tambahan pula, Kerajaan Negeri telah berada, sebenarnya telah berada di peringkat terakhir anjuran konsert Andrea Bocelli dan juga Matteo Bocelli, penyanyi klasik tenor antara terhebat di dunia pada awal tahun ini. Konsep konsert tersebut juga menekankan penglibatan komuniti tempatan kerana kami telah mencadangkan untuk melibatkan artis-artis tempatan dalam konsert tersebut bagi memberi peluang kepada bakat tempatan untuk bersama-sama membuat persembahan dengan Andrea Bocelli dan Matteo Bocelli yang dianggap sebagai penyanyi klasik yang sangat hebat. Dan malangnya, konsert terpaksa dibatalkan kerana dihadapi dengan beberapa kekangan utama, terutamanya situasi pandemik yang masih belum dikawal pada masa ini. Oleh itu MKN pada masa itulah menasihat dan telah menolakkan permintaan untuk mengadakan konsert tersebut. Walau bagaimanapun, memandangkan situasi pandemik yang kini sudah pun menjadi endemik dan kami memang mempunyai pelan untuk mengaktif balik semula konsert sebegini dan memang kita pun berharap kita akan menjemput Andrea Bocelli dan Matteo Bocelli yang memang penyanyi yang terkenal ini balik ke Pulau Pinang untuk membuat konsert dan Kerajaan Negeri berada dalam perbincangan dengan artis-artis dari United Kingdom, Hong Kong, India, Korea bagi konsert yang dijangkakan dianjurkan mulai bulan Disember tahun ini.

Seterusnya, saya juga ingin memberi maklum balas kepada input Yang Berhormat Sungai Dua membangkitkan cadangan untuk mempromosikan budaya dan warisan bangsa Melayu. Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri dalam perbincangan penganjuran “Festival Melayu Nusantara” yang dijangkakan berlangsung pada bulan Oktober dan sememangya semua

persiapan sedang dalam proses. Festival Melayu Nusantara tersebut akan mempamerkan dan memaparkan budaya, warisan, tradisi, seni dan lain-lain aspek bangsa atau kaum Melayu dan termasuk ghazal parti, boria yang merupakan tradisi ini juga akan dimasukkan dalam Festival Melayu Nusantara tersebut untuk mempromosikan semangat silaturahim antara satu sama lain dan juga memperkasakan warisan Melayu ini dan juga ia akan menjadi satu tarikan dan juga satu festival yang iconic untuk Negeri Pulau Pinang juga. Dan mengenai pemuliharaan kawasan Bukit Bendera, bagi menjawab Yang Berhormat Sungai Dua juga, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang telah mengamalkan langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan pembangunan kawasan Bukit Bendera tidak memberi impak negatif kepada kawasan sedia ada. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan adalah projek penstabilan cerun, penggunaan alat penarafan Green Building Index (GBI) bagi projek Penang Hill Gallery @ Edgecliff dan projek menaik taraf Stesen Atas Bukit Bendera untuk mewujudkan bandar rendah karbon, mengurangkan carbon emission melalui pelan pengurusan trafik Bukit Bendera yang akan berkuatkuasa mulai 1 Jun 2022, memantau dan pemeriksaan berkala dilakukan agar tiada pembuangan bahan binaan atau sampah sarap di kawasan bukit dan sebagainya. Dan Sistem dan Struktur Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Bagi menjawab Yang Berhormat Pengkalan Kota, syukur dimaklumkan bahawa selepas 14 tahun diiktirafkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, sistem dan struktur pemeliharaan dan pemuliharaan Tapak Warisan George Town telah berjaya dijalankan melalui Technical Review Panel MBPP dan usaha oleh Jabatan Konservasi Warisan MBPP dan juga George Town World Heritage Incorporated (GTWHI). Terutamanya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan GTWHI sejak tahun 2010 selaku Pengurus Tapak Warisan UNESCO George Town untuk menjalankan aktiviti libat urus, pendidikan dan konsultasi percuma untuk semua latar pemegang taruh terutamanya pemilik bangunan, penyewa bangunan, penghuni bangunan dan pengguna tapak dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town tersebut. Walaupun pada umumnya Tapak Warisan UNESCO George Town telah diuruskan dengan lebih baik, kerosakan struktur warisan Pengkalan Weld yang baru-baru ini disebabkan kerja keluar kemasan bumbung memang merupakan satu kejadian yang tidak diingini dan juga telah berlaku kerana beberapa individu atau pihak yang masih kurang mematuhi dan tidak memahami prosedur peraturan dan kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan seperti tertera dalam Rancangan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town yang telah digazetkan pada tahun 2016 dan tertakluk di bawah Akta Perancang Bandar dan Desa 1976. Dan saya mengesyor, menjamin kepada Yang Berhormat Pengkalan Kota bahawa pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meneruskan usaha untuk mengambil langkah pantas juga, langkah keras dengan mengenakan tindakan sewajarnya diberikan kepada pihak yang cuai, yang lalai dan culas demi mengelakkan kejadian sebegitu diulangi lagi.

Daniel Gooi Zi SenDAP · PHPengkalan Kota

Penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Paya Terubong, saya memang ucapkan terima kasih di atas komitmen dan jaminan yang diberikan oleh Yang Berhormat Paya Terubong supaya satu tindakan yang benar-benar kita boleh ambil terhadap insiden yang berlaku kepada Gudang Nombor Tujuh (7) dan Nombor Lapan (8) sepanjang Pengkalan Weld ini. Cumanya saya rasa isu ini patut dijadikan sebagai satu pengajaran di mana sebab pihak yang terlibat dalam membuka kemasan bumbung untuk struktrur gudang yang merupakan bangunan warisan kategori dua ini. Adalah sebahagian daripada agensi Kerajaan dan ini sepatutnya tidak patut berlakulah di dalam Tapak Warisan UNESCO ini. Tapi saya memang ucapkan terima kasih di atas Paya Terubong di atas komitmen yang diberikan tadi. Terima kasih.

Yeoh Soon HinDAP · PHPaya Terubong

Terima kasih Pengkalan Kota. Dan saya pun berharaplah perkara sebegini akan memberi satu ajaran dan juga pihak-pihak lain in future, masa yang akan datang dapat lebih berhati-hati lebih cautious demi mengekalkan Kawasan Tapak Warisan George Town ini supaya kita tiada sebarang perkara yang akan menjejaskan status kita ini. Dan saya juga ingin mengambil peluang untuk mengingatkan kepada semua pihak supaya mendapatkan perakuan daripada Jawatankuasa Technical Review Panel dan kelulusan daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sebelum sebarang kerja dilaksanakan di Tapak Warisan George Town ini. Jikalau anda memerlukan apa-apa bantuan profesional dalam perkara ini, boleh hubungi George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) yang akan sentiasa sedia membantu. Dan secara kesimpulannya, saya ingin menyatakan bahawa Kerajaan Negeri akan terus memperkembangkan sektor pelancongan dan ekonomi kreatif supaya kedua-dua sektor ini dapat berkembang pesat dan menjadi antara penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk Negeri Pulau Pinang serta saya percaya bahawa pencapaian sektor pelancongan Negeri Pulau Pinang akan menjadi teladan dan memberi inspirasi kepada negeri-negeri lain. Dengan ini sekian terima kasih, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Teirma kasih Paya Terubong. Dipersilakan Tanjong Bunga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Masa diperlukan sehinggalah 6.30 petang.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Boleh Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Lagi cepat lagi bagus.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Pertamanya, saya ingin meluahkan rasa syukur kerana Dewan yang mulia ini dapat bersidang dengan lancar dan sempurna pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Yang Keempat Belas. Terima kasih diucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, ADUN-ADUN di atas kerjasama yang diberikan pada sesi kali ini bagi membincangkan segala isu perihal kesejahteraan rakyat Negeri Pulau Pinang.

Sesungguhnya, Kerajaan Negeri senantiasa mengambil langkah proaktif dalam merangka pelan jangka masa pendek, sederhana dan juga pelan jangka masa panjang bagi memulihkan ekonomi Negeri Pulau Pinang yang yang terkesan akibat wabak COVID-19 yang telah melanda dunia. Sesungguhnya pelan yang dirangka ini disokong dengan strategi yang mantap dan jitu, khususnya yang berkaitan dengan pembangunan sektor infrastruktur dan pengangkutan. Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Yang Berhormat Jawi ada memohon supaya pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) meneliti projek-projek pembangunan di Seberang Perai Selatan (SPS) seperti Projek Depot Tahanan Imigresen dan juga Kuarters Jawi agar tidak berlaku gangguan bekalan air semasa beroperasi kelak memandangkan terdapat isu bekalan air di kawasan tersebut. Selain itu, Yang Berhormat juga memohon maklum balas daripada pihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) berkenaan penangguhan projek pembinaan jambatan merentasi Sungai Tengah. Sebagai makluman Yang Berhormat, projek-projek pembangunan di bawah JKR akan melalui permohonan Kebenaran Merancang (KM) dan perlu mendapat ulasan teknikal daripada jabatan atau agensi teknikal berkaitan. Bagi projek Depot Tahanan Imigresen dan Kuarters Jawi, projek ini telah mendapat kelulusan KM, di mana dalam ulasan KM tersebut, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) telah mensyaratkan pembinaan rumah pam bagi mengatasi masalah tekanan air di kawasan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, projek sedang dalam peringkat pembinaan.

H’ng Mooi LyeDAP · PHJawi

Minta laluan. Tanjong Bunga, terima kasih di atas jawapan tersebut. Apa yang saya maksudkan bangunan yang sedia ada adalah dari Hospital Sungai Bakap. Disebabkan kita faham Hospital Sungai Bakap ini saya rasa lebih daripada 100 tahun dekat Sungai Bakap, dan kelengkapan fasiliti yang sedia ada tidak lagi mampu untuk menampung di mana katil-katil dalam hospital kalau banding dari zaman dahulu sehingga hari ini memang agak banyak beza. So maksud saya, kita perlu minta JKR untuk ataupun Kementerian Kesihatan meneliti semula tentang kemudahan-kemudahan asas yang sedia ada. Sebab kita risau dan saya selalu terima aduan daripada Hospital Sungai Bakap di mana mereka pun mengahdapi masalah bekalan air. Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Okey, terima kasih Yang Berhormat Jawi atas isu kemudahan prasarana dan fasitliti di Hospital Sungai Bakap. Perkara ini akan saya bangkitkan kepada pihak-pihak yang terlibat khususnya Kementerian Kesihatan lah yang kita perlu mendapat peruntukan daripada pihak mereka untuk melakukan penaiktarafan. Saya akan highlight lah perkara ini. Jadi untuk manakala berkenaan penangguhan projek pembinaan jambatan di Sungai Tengah, projek pembinaan jambatan ini ditangguh dan tidak dapat dilaksanakan kerana telah berlaku musibah kebakaran di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang telah menyukarkan pemasaran lot-lot tanah perindustrian di Batu Kawan Industrial Park 2 (BKIP2), Ladang Byram. Di dalam erti kata lain, oleh sebab pembangunan BKIP 2 ini telah pun ditangguh, maka projek ini pun juga ditangguh sekali lah. Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Yang Berhormat Bertam membangkitkan mengenai masalah pusingan U (U-turn) yang jauh dalam Projek Pembinaan Jalan dua (2) lorong ke empat (4) lorong di Permatang Pak Elong. Sebagai makluman Yang Berhormat, projek yang dimaksudkan adalah projek membina jalan dua (2) lorong ke empat (4) lorong dari Permatang

Pak Elong sehingga Jambatan Merdeka SPU. Skop utama utama projek adalah untuk menaik taraf jalan dan jambatan sepanjang 9 kilometer yang bermula dari Persimpangan Pak Elong ke Jambatan Merdeka. Projek ini telah siap pembinaan pada 20 April 2022. Dan Persimpangan Permatang Pak Elong terletak di CH17,350 dan Kampung Datok terletak di CH20,500. Pusingan U yang paling hampir adalah di CH18,700 hingga CH19,100. Dan juga CH19,600 hingga CH20,000. Jarak antara setiap pusingan U dan persimpangan adalah sebenarnya menepati keperluan reka bentuk dan spesifikasi yang ditetapkan dalam arahan teknik jalan iaitu kurang daripada 3 kilometer. Berhubung pertanyaan Yang Berhormat berkenaan keperluan penyediaan lintasan pejalan kaki untuk menyeberangi jalan, lintasan pejalan kaki berlampu isyarat ataupun signalized pedestrian crossings telah pun dibina di CH18,800 berhampiran dengan Pasar Awam, manakala penunggang motosikal perlu menyeberangi jalan menggunakan U-turn dan persimpangan yang telah disediakan. Untuk makluman Yang Berhormat juga, reka bentuk jalan ini telah mematuhi Laporan Audit Keselamatan Jalan ataupun Road Safety Audit dan Laporan Penilaian Trafik (Traffic Impact Assessment, TIA) bagi memastikan keselamatan pengguna diutamakan. Selain itu, Yang Berhormat Sungai Dua telah membangkitkan isu pembangunan lereng bukit yang masih dilaksanakan seperti kawasan Sungai Ara yang telah mengakibatkan hakisan runtuhan dan banjir kilat. Sebagai makluman Yang Berhormat, demi menjamin kesejahteraan dan memastikan keselamatan orang awam, harta awam dan dan juga persekitaran awam serta mengurangkan impak hakisan tanah runtuh dan banjir kilat, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah-langkah seperti berikut: Yang pertamanya mewujudkan Penang Safety Guideline For Hill Site Development 2nd Edition 2020. Dulu kita ada Penang Hill Side Guideline tapi kita telah buat penambahbaikan pada Tahun 2020; Kedua, mewujudkan Garis Panduan Keselamatan Aktiviti Pertanian Di Kawasan Berbukit. Ini adalah satu garis panduan baharu yang telah pun dikenalkan oleh Kerajaan Negeri, jadi sebelum ini kita memang mengalami masalah dengan pertanian di atas bukit yang tidak teratur dan tidak mengikut spesifikasi yang selamat, jadi dengan garis panduan baru ini kita sedang membuat proses pemutihan bagi pertanian-pertanian di atas bukit supaya spesifikasi akan ditepati dan aliran air dan sebagainya sebagai contoh tidak akan terjejas; Ketiga, mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memantau kawasan cerun-cerun bukit dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan Akta atau Enakmen yang berkenaan bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemilik tanah di kawasan cerun-cerun bukit; Keempat, memastikan semua cadangan pembangunan di kawasan cerun-cerun bukit tidak melebihi ketinggian 76 meter dari paras laut dan footprint bangunan hendaklah berada di atas cerun kelas 1 dan kelas 2 sahaja, seperti yang tercatat di dalam Rancangan Struktur Negeri (RSN) 2030. Yang Berhormat Kebun Bunga pun ada bangkit isu ini dalam ucapan, jadi jangan risau, kita memang senantiasa mengikut tatacara tersebut; Kelima, memastikan aktiviti pertanian sedia ada yang telah diusahakan oleh para pekebun dan petani di cerun-cerun bukit tidak menghalang laluan air semula jadi. Yang ini pentinglah, okay. Seterusnya, Yang Berhormat Bayan Lepas bertanyakan mengenai penyelesaian jangka masa pendek terhadap kesesakan lalu lintas di FT006 Jalan Bukit Belah. Sebagai makluman Yang Berhormat, Projek Naik Taraf Jalan Tunggal 2 Lorong kepada Jalan Berkembar 4 Lorong di Laluan Persekutuan FT006 dari Bayan Lepas ke Teluk Kumbar Pulau Pinang (Pakej 2A) sambungan Pakej 2B telah dimajukan ke JKR Malaysia namun belum diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU). JKR Negeri telah majukan permohonan ke

Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) agar dapat menyenaraikan projek ini dalam senarai keutamaan, kita letak sebagai priority, projek priority bagi Negeri Pulau Pinang. JKR Negeri sedang dalam perancangan untuk membuat kajian TIA pada lokasi kesesakan jalan bermula dari Seksyen Emerald Residence ataupun Seksyen 20 hingga ke Seksyen 20.7, lampu isyarat Jalan Sungai Batu untuk penyediaan reka bentuk mitigasi yang sesuai. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Berapit menyentuh berkenaan masalah kenderaan yang perlu beratur panjang untuk masuk ke kawasan Berapit, Kampung Besar. Yang Berhormat memohon satu laluan pintas ditambah agar kenderaan tidak bertembung dengan kenderaan dari Jalan Kulim ke Bukit Mertajam. Sebagai makluman Yang Berhormat, JKR mengambil maklum akan kesesakan yang berlaku dan akan bersama-sama dengan pihak Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mencari penyelesaian lalu lintas lokasi tersebut memandangkan banyak kenderaan gunakan jalan tersebut dan juga melibatkan tanah Kementerian Pengangkutan yang melibatkan laluan utama kereta api elektrik berkelajuan tinggi dan oleh itu memerlukan kajian yang lebih terperincilah untuk menyelesaikan isu ini. Seterusnya, isu yang dibangkitkan Yang Berhormat Machang Bubuk berhubung kajian ke atas reka bentuk persimpangan di mana berlaku kemalangan maut seorang pelajar sekolah di Jalan Kampung Baru, Alma. Sebagai makluman Yang Berhormat, JKR akan mengangkat cadangan ini bagi mengkaji semula persimpangan yang dinyatakan termasuk menaik taraf lalu lintas jalan tersebut pada masa hadapan supaya kemalangan-kemalangan ini dapat dihindarkan. Yang Berhormat Sungai Acheh memohon dipanjangkan pelebaran jalan di Kampung Kuyong untuk keselesaan penduduk di kawasan tersebut. Juga memohon untuk pelebaran Jalan Kampung Kuyong dari Simpang Tiga ke Sungai Acheh yang telah ditolak dalam Bajet 2022. Selain itu, Yang Berhormat juga memohon agar kerja-kerja pengorekan utiliti dapat ditampal semula dengan baik kerana selalu berlaku kemalangan. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi pelebaran Jalan Kampung Kuyong dari Simpang Tiga ke Sungai Acheh, kerja pelebaran jalan sepanjang jalan tersebut memerlukan peruntukan yang sangat besar. Oleh yang demikian, JKR SPS telah merancang akan menaik taraf longkang hingga ke tepi rezab jalan dan bahu jalan secara berfasa terlebih dahulu, kemudiannya menaik taraf jalan juga, juga secara berfasa. Jadi bagi tahun 2021, JKR Seberang Perai Selatan (SPS) telah menaik taraf longkang di jalan tersebut sepanjang 126 meter. Pada tahun 2021, JKR SPS telah membaikpulih struktur jalan di jalan tersebut sepanjang 400 meter. Bagi fasa seterusnya iaitu menaik taraf longkang di jalan tersebut, JKR SPS akan memohon peruntukan pembangunan tahun seterusnya sehinggalah selesai. Jadi kita akan buat sedikit demi sedikitlah. Setelah itu, kerja menaik taraf dan pelebaran jalan tersebut akan dijalankan juga secara berperingkat. Bagi kerja tampalan oleh susulan kerja-kerja pengorekan oleh pihak utiliti, JKR sentiasa memantau keadaan jalan dan jika terdapat tampalan pihak utiliti yang tidak mengikuti spesifikasi, JKR akan serta-merta mengarahkan pihak utiliti yang terlibat untuk membaikinya semula dalam kadar segera. Antara pendekatan yang JKR SPS menjalankan adalah yang pertamanya kita akan hantar suratlah. Yang keduanya kita telah mewujudkan satu whatsapp group bersama dengan pihak utiliti agar apa-apa aduan mengenai kerja-kerja penampalan sekiranya tidak memuaskan dapat disampaikan kepada pihak-pihak yang terlibat dengan segera. Sekiranya Yang Berhormat ada maklumat mengenai kerja-kerja yang tidak memuaskan, boleh juga maklum kepada pihak Jurutera Daerah JKR SPS ataupun kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan.

Yang Berhormat Permatang Berangan mengutarakan permohonan kepada pihak JKR untuk memantau persimpangan jalan yang mempunyai risiko kemalangan yang tinggi seperti berikut; Simpang Jalan Tasek Gelugor; simpang Jalan Lahar Yooi; simpang Jalan Pokok Sena; simpang Jalan Pasar Malam Tasek Gelugor; simpang Jalan Tok Bedu; dan simpang Jalan Pongsu Seribu. Untuk makluman Yang Berhormat, ini adalah maklumbalas yang saya dapat daripada pihak JKR. Yang pertamanya, Simpang Jalan Tasek Gelugor pihak JKR Malaysia telah pun menjalankan kajian forensik jalan raya baru-baru ini. Jadi berdasarkan hasil kajian forensik ini, pihak JKR Pulau Pinang akan memohon peruntukan bagi penambahbaikan yang sesuailah. Untuk Simpang Jalan Lahar Yooi, JKR perlu melaksanakan kerja-kerja ukur Right of Way (ROW) jalan dan kajian bancian trafik keperluan pemasangan lampu isyarat di persimpangan tersebut terlebih dahulu bagi memastikan keperluan pemasangan lampu isyarat di persimpangan jalan tersebut. Untuk simpang Jalan Pokok Sena dan simpang jalan pasar malam Tasek Gelugor, kedua-duanya perlu kajian bancian trafik juga untuk memastikan keperluan pemasangan lampu trafik sama. Untuk simpang Jalan Tok Bedu, JKR telah memohon peruntukan untuk melaksanakan kerja-kerja ukur terdahulu, manakala permohonan peruntukan untuk kerja-kerja pemasangan lampu isyarat telah pun dimohon di dalam Bajet 2023. Bagi Simpang Jalan Pongsu Seribu pula, sama perlu membuat satu kajian trafik terdahululah. Okay Timbalan Yang di-Pertua Dewan, saya beralih kepada isu-isu tebatan banjir.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Mohon laluan.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Silakan, Bayan Lepas.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Terima kasih. Cuma saya nak kepastian daripada YB. EXCO, sebab dalam perbahasan saya, saya cuba untuk mendesak supaya Kerajaan Negeri membantu, maknanya kita tidak tunggu lama lagi peruntukan daripada Kerajaan Pusat. Dari Alhamdulillah, ada masa YB. EXCO meletakkan keutamaan utama bagi penyelesaian kesesakan jalan tersebut. Cuma saya nak tahu, sampai bila ataupun ada duration time untuk kita menunggu dan juga bilakah Kerajaan Negeri akan mengambil langkah untuk menyediakan bajet sendiri dari MBPP atau pun Kerajaan Negeri untuk melaksanakan secara sendirilah? Terima kasih.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Lepas. Berkenaan stretch yang telah disentuh, lokasi yang telah disentuh oleh Bayan Lepas tu sebenarnya saya juga telah saya bincang dan saya akan arahkan pihak JKR Daerah Barat Daya (DBD) untuk melihat dan membuat sedikit anggaran koslah. Apa yang diperlukan sekiranya Kerajan Persekutuan, walaupun ini satu Jalan Persekutuan dan secara lazimnya Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab terhadap penaiktarafan jalan tersebut. Namun demikian, kita akan cuba tengok terutamanya kita akan lihat anggaran kos dan sekiranya dapat kita boleh meredakan keadaan sedikit dengan

membuat penaiktarafan di kawasan tersebut, kita mohon pertimbangkanlah. Bukan tak pernah buat, ada juga di kawasan-kawasan lain sekiranya penaiktarafan itu boleh dilaksanakan dengan peruntukan Kerajaan Negeri, maka kita boleh pertimbangkan. Jadi kita akan berbincang dululah mengenai perkara ini, Yang Behormat Bayan Lepas.

Yang Berhormat?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Sila.

Terima kasih Yang Berhormat. Cuma saya nak sedikit penjelasan berkaitan dengan kesesakan di Sungai Dua. Memang dah ada alternatif pilihan untuk dilaksanakan, untuk menyuraikan kesesakan ini. Terutamanya di jalan-jalan pintas, jalan sehala. Kedua, jalan alternatif dan ketiganya itu saya rasa ada lagi jalan baru daripada Permatang Pasir. Jadi sejauh mana perkembangan sebab perkara ini masih lagi berterusan menjadi kesesakan di Kawasan Sungai Dua pada waktu pagi, petang dan sebagainya. Jadi kalau boleh disegerakan bagi time frame pasal bila kita boleh buat. Kalau jalan sehala, bila kita boleh selesaikan? Kedua tentang longkang-longkang tepi jalan, jadi kebanyakan di Kawasan Sungai Dua, longkang-longkangnya agak kecil dan perlu diperbesarkan. Bolehkah kita memohon direct dengan pihak JKR untuk kita membuat longkang yang lebih besar supaya tidak berlaku banjir kilat di Kawasan perumahan, Kampung kiri kanan jalan?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua. Berkenaan longkang sekiranya perlu dinaiktaraf, Yang Berhormat boleh mengajukan perkara ini kepada pihak-pihak yang apa ini, bertanggungjawab sekiranya jalan JKR, maka JKR boleh terus kepada Jurutera Daerah dan Jurutera Darah boleh bawa perhatian saya ataupun sekiranya jalan kampung, maka perlu dibawa kepada perhatian Pejabat Daerah lah. Jadi, seperti yang saya sebut tempoh hari semasa soalan lisan, peruntukan MARRIS sekarang ini pun bleh digunakan bukan penaiktafafan tetapi kita panggil pengubahsuaian longkang-longkang disebabkan isu banjir. Jadi, mungkin di situ kita lihat ada kemungkinanlah kita boleh dapat sedikit peruntukan untuk membuat pengubahsuaian longkang-longkang yang diperlukanlah, Yang Berhormat. Okey, berkenaan dengan yang mana, kesesakan jalan. Yang itu saya akan bawa ke perhatianlah, saya tak pasti dengan lokasi yang disebut tadi. Saya perlu buat semakanlah, Yang Berhormat. Rancangan Tebatan Banjir (RTB), Yang Berhormat Sungai Pinang telah membangkitkan isu kekerapan banjir kilat di kawasan Sungai Pinang. Seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat pun sedia maklum, projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang yang telah dinanti-nantikan oleh rakyat Negeri Pulau Pinang masih belum bermula. Dan RTB Sungai Pinang yang merupakan projek Persekutuan ini, sebenarnya Kerajaan Negeri amat menyokong dan juga ingin menyegerakan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri memahami juga terdapat beberapa isu di tapak, termasuk isu pemilikan tanah dan struktur-struktur tanpa

izin di rizab Sungai Pinang yang juga menjadi menghalang pelaksanaan projek ini. Namun begitu, Kerajaan Negeri sedang berusaha sedaya upaya dengan membantu pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menangani isu-isu ini. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri telah menulis secara rasmi kepada pihak JPS Malaysia untuk mengkaji semula keperluan pengambilan balik tanah tanah tambahan yang melibatkan penempatan penduduk. Proses pengambilan tanah milik akan melibatkan bayaran pampasan kepada penghuni mengikut kadar harga semasa dan ini akan memerlukan peruntukan yang amat besar dan juga tempoh masa yang panjang dan seterusnya akan menjejaskan tempoh pelaksanaan projek. Bayaran pampasan kepada penghuni juga akan menelan kos yang amat tinggi dan mengurangkan kos fizikal projek. Jadi, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa perkara ini tidak boleh diterima. Projek ini sudah dijanjikan kepada rakyat sekian lama ini takkan kita nak delay lagi disebabkan isu seperti pengambilan tanah yang tidak dikenalpasti terlebih dahulu oleh pihak JPS Malaysia. Jadi Kerajaan Negeri pun berpandangan bahawa ada opsyen-opsyen lain sekiranya jajaran wheel dan juga pumping station dan sebagainya boleh dianjakkan sedikit, itu di antara option yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri, maka kita boleh elak daripada pengambilan tanah tambahan. Jadi opsyen-opsyen ini telah pun dikemukakan kepada JPS Malaysia dan kita amat harap dapat maklum balas yang positif kerana sekiranya boleh dipertimbangkan, maka ia akan dapat menjimatkan kos bayaran pampasan dan lebih penting lagi menjimatkan masa pengambilan tanah. Dan oleh itu, projek pun boleh bermula dengan kadar segera. Jadi yang itu kita sedang menunggu maklum balas daripada pihak JPS Malaysia. Yang Berhormat Bagan Dalam ada bertanya mengenai RTB Sungai Nyior. Sebagai makluman Yang Berhormat, pihak JPS Pulau Pinang telah membuat perancangan berkaitan kejadian banjir di kawasan tadahan Sungai Nyior dengan membuat panggilan semula tender kajian bagi RTB Sungai Nyiur pada bulan Julai 2022. Sebab kenapa perlu dibuat tender semula, disebabkan ada garis panduan barulah dari pihak JPS Malaysia. Jadi ia adalah pertukaran spesifikasi yang setelah berlaku banjir besar pada tahun lepas, Kerajaan Persekutuan ataupun JPS Malaysia telah pun menetapkan ARI yang lebih tinggi bagi semua projek-projek tebatan banjir, maka skop terpaksa dipinda bagi mematuhi beberapa syarat baharu yang dipinda bagi tender tersebut. Jadi Yang Berhormat Telok Bahang membangkitkan mengenai isu tebatan banjir juga. Sebagai makluman Yang Berhormat, masalah air pasang besar yang berlaku telah diambilkira dalam perancangan jangka masa panjang bagi RTB Telok Bahang yang pada masa ini dalam proses reka bentuk terperinci oleh pihak perunding. Antara skop RTB ini adalah satu, kerja naik taraf sistem saliran JPS sedia ada. Kedua, Pemasangan Flap Gate bagi mengawal air larian hujan dan air laut pasang ketiga, naik taraf pintu air pasang surut ataupun Tidal Control Gate yang lebih besar. Penyelesaian keseluruhan kawasan limpahan air laut pasang besar kawasan taman perumahan memerlukan kos yang tinggi di mana kawasan tersebut adalah rendah dan memerlukan kerja pembinaan ban di sepanjang kawasan hutan bakau, di samping pembinaan sistem saliran baru yang dikawal dengan pembinaan Tidal Control Gate. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya beralih ke isu-isu…(gangguan).

Sebelum itu.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Iya, Sungai Dua.

Terutamanya saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak JPS yang banyak menyelesaikan beberapa banyak isu di Kawasan Tasek Gelugor dan juga Sungai Dua berkaitan dengan pengairan. Saliran air sungai dan sebagainya dan banyak membantu dari segi mengelakan banjir. Cuma saya minta, kalau boleh terdapat lagi dua tiga kawasan di Sungai Dua, di Permatang Berangan yang saya rasa memerlukan pelaksanaan projek RTB. RTB di kawasan Tasek Gelugor, di kawasan Sungai Dua dah tak ada langsung dalam senarai untuk dilaksanakan RTB kalau boleh dibuat kajian dilihat di kawasan mana memerlukan pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir yang dulu telah dibuat dan saya rasa kesannya cukup baik. Cuma kalau ditambahkan lagi mungkin akan memberikan kesan yang lebih baik dan banjir mungkin akan semakin kurang. Dah kurang banyak dah di kawasan banyak di kawasan Tasek Gelugor, Lahar Yooi, Air Itam dah kurang banjir. Di kawasan Permatang Berangan dah kurang. Jadi kalau boleh dilihat semula dibuat satu kajian kasar semula untuk RTB di kawasan Tasek Gelugor, di kawasan Sungai Dua dan sebagainya.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua, seperti Yang Berhormat Sungai Dua pun ada sebut, sebenarnya RTB yang besar telah pun dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini dan sekiranya terdapat keperluan kita akan melihat lah kepada apa-apa permohonan yang boleh dibuat untuk RTB-RTB di kawasan-kawasan tersebut, pun begitu Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk membuat dranage master plan bagi setiap daerah termasuk di SPU yang merangkumi semua kawasan-kawasan utama di daerah, setiap daerah. Jadi daripada situ kita ada info-info yang dapat membantu untuk membuat reka bentuk yang diperlukan lah Yang Berhormat. Okey, saya beralih isu-isu yang berkait dengan pengangkutan. Antara yang bahaskan mengenai isu pengangkutan adalah ADUN Berapit, Bayan Lepas, Telok Bahang dan juga lain-lain saya ucapkan terima kasih yang sentiasa cakna dengan pengangkutan awam di Pulau Pinang. Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, semua perkhidmatan bas awam milik Kumpulan Prasarana yang dioperasikan oleh Rapid Penang adalah percuma di Negeri Pulau Pinang. Kini, sebanyak 50 laluan dioperasikan oleh Rapid Penang dengan 195 buah bas setiap hari mulai jam 5.30 pagi hingga 11.30 malam di seluruh Negeri Pulau Pinang. Dengan menggunakan Pas Mutiara, semua bas ini dapat dinaiki secara percuma. Saya rasa tidak ada negeri lain ataupun bandaraya lain di dunia ini, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua yang dimana semua pengangkutan awam adalah percuma bagi semua rakyatnya, bukan sahaja bas percuma, feri pun percuma. Saya rasa ini adalah bantuan yang besar yang diberi oleh Kerajaan Negeri khususnya yang telah dimulakan semasa pandemik COVID untuk membantu rakyat. Sorry?

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Penang Lead.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Penang Lead, of course, Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan Negeri juga bersetuju dengan pandangan dan cadangan Yang Berhormat agar lebih banyak rangka promosi dilaksanakan untuk mempromosikan Pas Mutiara ini agar lebih ramai rakyat menggunakan bas supaya kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan. Sehubungan itu, promosi Pas Mutiara dan semua program tajaan Kerajaan Negeri seperti tambang percuma feri dan juga program bas percuma CAT Bridge akan turut dimasukkan dalam sesi roadshow promosi PTMP yang telah berlangsung sejak dua minggu lalu. Untuk makluman Sidang Dewan, sesi roadshow ini telah dijadualkan selama enam (6) bulan setiap hujung minggu Sabtu dan Ahad di 16 lokasi terpilih. Diharapkan dengan usaha ini, lebih ramai orang awam akan menyokong dan menggunakan pengangkutan awam. Selain daripada itu, pihak komunikasi pun sudah memulakan dengan membuat video-video tik tok dan sebagainya untuk mempromosikan pas mutiara yang percuma ini. Manakala bagi perkhidmatan BEST FIZ yang diutarakan oleh Yang Berhormat Berapit, laluan bas percuma CAT Bridge sebenarnya Yang Berhormat sudahpun melalui kawasan-kawasan FIZ maka BEST FIZ tidak lagi diperlukan. Walau bagaimanapun, cadangan Yang Berhormat agar berbincang dengan pihak FREPENCA boleh dipertimbangkan untuk mengkaji laluan-laluan baharu. Pengwujudan laluan baru secara terus ke FIZ haruslah mempunyai jumlah ridership yang optimum agar penggunaan bas lebih efisien. Tuan Yang di-Pertua, Kenderaan Elektrik ataupun EV, semakin mendapat perhatian di Malaysia. Menurut Malaysia Automotive Association, bagi tahun 2021 hanya 274 buah EV yang telah didaftar berbanding jumlah 508,911 buah kenderaan yang dijual secara keseluruhannya di Malaysia. Walaupun uptake EV masih tidak memberangsangkan, penyediaan infrastruktur untuk menyambut EV di Malaysia dan juga di Pulau Pinang perlu diteliti sebab Tuan Yang di-Pertua ia semacam chicken and egg. Kita nak beli EV tapi tiada tempat nak cas pun susah juga. Jadi siapa nak buat apa yang dahulu. Jadi oleh itu Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk mengalakkan penyediaan infrastuktur pengecasan, charging station bagi kenderaan elektrik. Untuk makluman Sidang Dewan, Kerajaan Negeri sedang meneliti perkara ini dan ingin mengalakan pengusaha-pengusaha ataupun syarikat-syarikat yang berminat untuk memasang tempat pengesan elektrik di Pulau Pinang untuk melakukannya di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai yang strategi. Tambahan daripada itu, Kerajaan Negeri melalui MBPP telah pun meluluskan 9 lokasi untuk pemasangan tempat pengecasan motosikal elektrik secara percuma di Negeri Pulau Pinang iaitu enam (6) lokasi di Daerah Timur Laut (DTL) dan tiga (3) di Daerah Barat Daya (DBD). Tambahan daripada itu, saya difahamkan MBSP pun akan turut melakukan yang sama lah. Jadi kita dah minta MBSP secara dasarnya tiada halangan. Tujuan penyediaan stesen pengecasan (charging station) secara percuma bagi motosikal elektrik ini adalah untuk menggalakkan orang awam dan rider e-hailing menggunakan motosikal berkuasa elektrik. Inisiatif ini juga selari dengan Visi Penang2030 melalui Strategik Inisiatif D2: Strengthen Mobility, Connectivity and Digital Infrastructure. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, meskipun pandemik COVID-19 telah memberi impak negatif kepada ekonomi negara, Pulau Pinang kekal sebagai negeri utama dari segi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita iaitu sebanyak RM54,718 bagi tahun 2020, iaitu melebihi paras kebangsaan RM43,378 meskipun mengalami penyusutan sebanyak 2.1% berbanding penyusutan 5.6% yang dicatatkan di peringkat nasional. Pertumbuhan positif yang berterusan bagi produk elektrik dan elektronik dan optikal bagi sektor pembuatan yang kekal unggul dari Negeri ini telah mengimbangi kadar penguncupan ekonomi nasional.

Sebagai sebuah negeri perindustrian, Pulau Pinang bukan hanya menerima impak dari segi pertumbuhan ekonomi malah turut mengalami pertambahan kepadatan penduduk dan bilangan kenderaan saban tahun. Oleh yang demikian, Kerajaan Persekutuan seharusnya mempertimbangkan semula dan memperuntukkan dana sewajarnya untuk membantu Negeri Pulau Pinang supaya kita boleh sama-sama bergerak ke arah negara yang maju. Projek pengangkutan awam seperti Light Rail Transit (LRT) dan juga pembinaan lebuh raya baharu seperti Pan Island Link 1 (PIL1) merupakan projek infrastruktur berskala besar yang secara lazimnya akan mendapat pembiayaan dana daripada Kerajaan Persekutuan. Kalau kita lihat di Selangor depa buat LRT, MRT semuanya dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. Namun di Pulau Pinang, setiap kali kita minta tak berjaya mendapat. Sudah tiga (3) kali berturut-turut Kerajaan Negeri membuat permohonan melalui RMKe-12, namun tidak berbuah hasil. Malah, jaminan sovereign guarantee yang telah diberi oleh Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan bagi pembiayaan projek LRT serta pinjaman soft loan daripada pihak ADB (Asian Development Bank) telah pun dibatalkan. Walaupun tiada maklum balas positif daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri akan terus memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan menerusi Rolling Plan 3 (RP3) untuk projek PIL 1 tapi kini kita buat secara berfasa lah. Sekiranya kita nak buat keseluruhan projek PIL 1, memang projek yang besar memakan jumlah berbilion-bilion ringgit namun kita sekarang ni fokus Fasa 1A PIL 1 iaitu dari yang akan menghubungkan persimpangan Tun Dr. Lim Chong Eu sehingga persimpangan Tun Dr. Awang. Kita telah mengenalpasti jajaran ini sebagai jajaran yang amat kritikal supaya kita menyuraikan trafik di kawasan Jalan Tengah, Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Tun Dr. Awang. Jadi peruntukan yang diminta adalah sebanyak RM1.6 bilion melalui Rolling Plan 3 dan untuk tahun 2023 jumlah yang diminta adalah RM425,000,000. Jadi dengan usaha pihak Kerajaan Negeri untuk meneliti semula kaedah pelaksanaan projek PIL 1 ni secara berfasa, kita harap Kerajaan Persekutuan dapat lah membantu Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri Pulau Pinang kerana sekiranya kesesakan lalu lintas khususnya di kawasan industri dapat dikurangkan maka industri Negeri Pulau Pinang dapatlah berkembang dengan lebih maju dan menyumbang kepada KDNK Negara, menyumbang kepada cukai-cukai yang dapat diterima oleh Kerajaan Persekutuan. Jadi ia sebenarnya satu win-win situation, kita pun tak faham Kerajaan Persekutuan tidak dapat pertimbangkan. Saya harap ada kita punya ADUN-ADUN dari pihak Kerajaan Persekutuan dapatlah mengutarakan isu ini, membawa isu ini dan ke perhatian Menteri-Menteri mereka khususnya ADUN Seberang Jaya lah yang bekerja di Kementeri MITI, bawa ke bos dia. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya rasa isu-isu berkenaan bekalan air di SPS telah pun saya jawab semasa soalan lisan pagi tadi dan juga satu sidang akhbar akan dilaksanakan besok lah. Saya juga menjemput ADUN Jawi dengan Tuan Yang di-Pertua sendiri untuk turut serta untuk berkenaan isu-isu air di SPS lah. Okey, jadi ada isu elektrik. Tadi air ada elektrik juga. Tenaga elektrik yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Berapit hanya satu isu iaitu gangguan elektrik di kawasan Bukit Mertajam, Kampung Baru Taman B, Taman Jernih dan juga Pusat Khidmat beliau sendiri, alamak!. Yang Berhormat, yang ini kita akan bawa ke perhatian TNB. TNB sentiasa mengawasi sistem bekalan elektrik agar stable dan berterusan. Sebanyak enam (6) projek pengukuhan sistem telah pun dirancang di kawasan ini. Setelah PPU Soon Ban Khin dimula tugas tapi kita perlu tunggu dulu lah. PPU ni saya difahamkan akan siap dan boleh dimulakan pada awal tahun depan. Jumlah kos projek bagi pengukuhan sistem ini adalah RM29.9 juta. Sementara projek ini disiapkan, TNB akan terus menjalankan aktiviti semakan dan senggaraan semula pada pepasangan elektrik terlibat. Senggaraan terakhir sebelum ini siap sepenuhnya 28 Disember

2021 dan aktiviti senggaraan susulan telah dilaksanakan semula dan dijangka siap sebelum penghujung Julai 2022. Yang Berhormat, isu yang terakhir Infrastruktur Telekomunikasi. Yang Berhormat Batu Lancang, Yang Berhormat Permatang Pasir ada bangkit mengenai 5G. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri bersama-sama dengan pihak Digital Nasional Berhad (DNB) telah memulakan kerja-kerja pelaksanaan 5G di Pulau Pinang. Sebanyak lima (5) lokasi telah dipilih sebagai projek perintis di kawasan Warisan George Town. Pada tahun ini, selain daripada itu sebanyak 151 lokasi termasuk projek-projek lima (5) kawasan George Town tersebut telah pun dikenal pasti di bahagian pulau. Namum delay itu, disebabkan ada sedikit pecaturan lah di antara syarikat-syarikat penyedia telekomunikasi dan juga DNB. Yang tu adalah suatu yang telah melambatkan pelaksanaan 5G di Malaysia yang sepatutnya sudah bermula pada tahun ini. Namum begitu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sangat komited untuk memudahkancarakan pelaksanaan 5G, Garis Panduan Smart Street Pole pun sudah disediakan. Kita telah muktamadkan. Semua sudah tersedia di pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kita memang mengalu-alukan namun yang buat delay tu di pihak Kerajaan Persekutuan. Namun begitu, bersempena dengan pengajuran World Congress on Innovation & Technology (WCIT), ada dipunya nama baru sebenarnya saya telah lupa, WCIT 2022 kita akan memastikan dan juga pihak DNB telah memberi jaminan bahawa 5G akan ada di Pulau Pinang menjelang September 2022. Yang Berhormat Sungai Dua dan Permatang Berangan juga Machang Bubuk ada bangkit liputan internet di kawasan pinggir dan luar bandar. Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, setakat Disember 2021 liputan 4G di seluruh Negeri Pulau Pinang telah mencapai sebanyak 99.82%. Ini adalah melebihi sasaran nasional di bawah Inisiatif JENDELA iaitu sebanyak 96.9%. Kerajaan Negeri sememangnya memberi penekanan penting terhadap kemudahan telekomunikasi. Ini terbukti apabila Negeri Pulau Pinang telah menjadi negeri pertama di Malaysia yang mengiktiraf kemudahan telekomunikasi sebagai utiliti ketiga selepas kemudahan elektrik dan air. Pada masa ini, fokus Kerajaan Negeri adalah menambah baik liputan internet di kawasan pinggir bandar dan kawasan yang mempunyai masalah liputan komunikasi. Kerajaan Negeri juga sedang bekerjasama bersama dengan pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan juga MCMC dalam melaksanakan beberapa inisiatif bagi menaik taraf liputan komunikasi. Pertamanya, pemasangan jalur lebar talian tetap (fix broad band). Sehingga Disember 2021, sebanyak 182,251 premis telah siap 25 pemasangan jalur lebar talian tetap di seluruh Negeri Pulau Pinang. Sasaran bagi penghujung tahun 2022 adalah sebanyak 283,989 premis. Jadi untuk tahun ini dijangka 100,000 yang akan, tambahan yang akan siap dipasang; Kedua, Pemasangan jalur lebar mudah alih. Pemasangan ini melibatkan pembinaan struktur telekomunikasi baru bagi tujuan jalur lebar mudah alih, mobile broad band tadi fix broad band yang ni mobile broad band. Sehingga kini, sebanyak 99 lokasi tapak baru telah dilaksanakan di seluruh Negeri Pulau Pinang. Usaha ini akan diteruskan lagi dalam pelaksanaan JENDELA Fasa 2 bermula tahun hadapan; Ketiga, Naik taraf stesen pemancar sedia ada. Kerja-kerja yang terlibat adalah naik taraf stesen pemancar sedia ada agar liputan telekomunikasi dapat ditingkatkan. Sehingga kini, sebanyak 1,715 stesen pemancar telah siap dinaiktaraf; Keempat, Projek Penyediaan Hab Infrastruktur Gentian Optik Luar Bandar di Kawasan berhampiran Sekolah dan Kawasan Perindustrian (Point of Presence – POP). Projek POP adalah inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk menaiktaraf liputan internet di kawasan luar bandar. Bagi pelaksanaan fasa 1, terdapat sebanyak lapan (8) buah sekolah dan satu kawasan perindustrian yang terlibat iaitu:

i. Sekolah Kebangsaan Bumbung Lima, Kepala Batas; ii. Sekolah Kebangsaan Lahar Kepar, Kepala Batas; iii. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Nung Min, Kepala Batas; iv. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Palaniandy; v. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh, Nibong Tebal; vi. Sekolah Kebangsaan Permatang Sintok, Penaga; vii. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Chung, Penaga; viii. Sekolah Kebangsaan Pulau Aman, Simpang Ampat; dan ix. Penang Science Park Jadi ini adalah dibawah projek KKMM di mana akan dinaik taraf liputan internet di kawasan-kawasan tersebut. Kelima, Pelaksanaan Penang Connectivity Masterplan (PCMP). PCMP telah dilancarkan pada tahun 2019 dengan matlamat untuk memastikan ketersediaan infrastruktur telekomunikasi di Pulau Pinang menghadapi cabaran dunia abad ke 21. Yang ni kita pun ada projek-projek yang telah pun dikenal pasti dan sedang dilaksanakan. Setakat ini 50 peratus dari projek-projek tersebut telah pun selesai. Yang terakhir yang keenam, Penubuhan Pusat Internet Komuniti. Sebanyak 41 PIK ataupun Pusat Internet Komuniti telah dirancang untuk diwujudkan di Negeri Pulau Pinang. Setakat ini, sebanyak tiga (3) lokasi telah diwujudkan iaitu di kawasan Sungai Pinang, Balik Pulau, Taman Prestij, Balik Pulau dan Taman Gelugor Indah, Seberang Perai Utara. Pihak MCMC pada masa ini juga dalam proses mewujudkan sebanyak 38 PIK lagi di seluruh Negeri Pulau Pinang. Fokus PIK ini adalah kawasan pinggir bandar dan kawasan B40. Yang Berhormat Kebun Bunga…(gangguan).

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Minta penjelasan Tanjong Bunga.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Oh, ya Machang Bubuk.

Lee Khai LoonPKR · PHMachang Bubuk

Terima kasih Tanjong Bunga yang telah menyentuh tentang telekomunikasi khasnya untuk jalur lebar dan saya memang begitu mengalu-alukan segala usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan jurang digital itu dapat dikurangkan. Cuma saya nak, mungkin nanti boleh sedia dengan jawapan bertulis di mana, tadi ada menyebut tentang itu fix broad band ada banyak kawasan, ada banyak unit rumah telah dipasang dan juga itu mobile broad band. Bolehkah juga kita tahu sama ada macam flat-flat, pangsapuri yang berstrata tinggi bangunan yang diduduki oleh golongan B40, adakah mereka juga ada menyediakan broad band di kawasan tersebut? Adakah Kerajaan Negeri boleh memperuntukkan khasnya PIK di kawasan-kawasan saya sebut tadi iaitu bangunan tinggi golongan B40 itu?

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Okey, terima kasih cadangan tersebut akan saya akan panjangkan kepada dan akan bincangkan dengan pihak MCMC selain daripada pinggir bandar mungkin kawasan-kawasan bandar-bandar yang dimaksudkan Yang Berhormat itu boleh kita pertimbangkan juga dan juga untuk fix broad band dan apa ni, sememangnya kita nak coverage yang seluruh, yang menyeluruh. Jadi semua khususnya bangunan-bangunan yang high rise lebih mudah sebenarnya untuk mereka memasang fibre. Jadi sekiranya Yang Berhormat ada, tahu mengenai bangunan-bangunan yang belum dipasang fix broad band maka Yang Berhormat boleh highlight kepada saya dan saya akan memastikan kawasan tersebut mendapat kemudahan tersebut. Kita memang hendak pastikan ke semua kawasan-kawasan berpenduduk di Negeri Pulau Pinang mendapat akses kepada broadband internet.

Azrul Mahathir bin AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Mohon pencerahan.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Oh, ya.

Azrul Mahathir bn AzizAMANAH · PHBayan Lepas

Satu soalan yang saya agak keliru, satu mengenai angka yang mengatakan pencapaian internet itu dah lebih 90 peratus kalau tidak silap saya. Satu yang saya kira adalah bagaimanakah kita nak mengira capaian mobile internet ini, dia sudah ada coverage atau tidak kerana kita ada pelbagai operator? Kadang-kadang saya call, Digi tak dak, Digi ada, U-Moble tak dak. Jadi adakah jika satu operator tu telah ada internet, yang lain tak ada dikira telah cover. So ataupun macam mana, boleh YB. beri pencerahan.

Zairil Khir JohariDAP · PHTanjong Bunga

Terima kasih Yang Berhormat, satu persoalan yang baik. Yang ni saya perlu penjelasan juga daripada MCMC. Apa yang boleh saya nyatakan di sini adalah perangkaan ini kita dapat daripada MCMC lah sebenarnya daripada sistem mereka. Satu soalan yang baik, adakah bila kita kata ada carage tu maksudnya ada cagare untuk semua network ataupun sesetengah network sahaja. Yang tu saya akan semak dan beri jawapan kepada Yang Berhormat. Saya pun nak tahu sebenarnya. Saya rasa last sekali ada satu cadangan daripada Yang Berhormat Kebun Bunga untuk menubuhkan satu internet exchange di Negeri Pulau Pinang. Saya rasa itu cadangan yang baik dan sebenarnya sedang dipertimbangkan oleh Digital Penang agensi Kerajaan Negeri yang ditugaskan untuk membangunkan sektor ekonomi digital. Jadi dengan itu Dato’ Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada semua ADUN-ADUN yang telah terlibat dan membangkitkan isu-isu dan saya harap kita dapat sama-sama lah bekerjasama antara semua Ahli-ahli Yang Berhormat di sini dan juga agensi-agensi kerajaan baik Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan bagi kemasyarakatan bersama rakyat Negeri Pulau Pinang khususnya. Jadi dengan itu, saya ucapkan terima kasih dan mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan

Terima kasih Tanjong Bunga. Water is the pririoty. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan dan Dewan akan bersidang semula pada hari Khamis 2 Jun, jam 9.30 pagi. Sekian terima kasih.

Dewan ditangguhkan pada jam 6.40 petang