Pulau Pinang · 4 November 2022
14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 116 turns · 9,110 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Absent: Lim Guan Eng (Air Putih), Muhammad Faiz Bin Fadzil (Permatang Pasir), Heng Lee Lee (Berapit), Zolkifly Bin Md. Lazim (HADIR)
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Ahli-ahli Yang Berhormat, bacaan doa.
“Bacaan Doa”.
Pengumuman oleh Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.
Terima kasih, selamat pagi dan salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri telah pun menetapkan hari ini 4 November 2022 sebagai hari permulaan Mesyuarat Yang Kedua, Penggal Yang Kelima Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14 melalui pengisytiharan yang telah diwartakan pada 29 September 2022. Ahli-ahli Yang Berhormat, sepertimana yang kita sedia maklum, kita masih dalam keadaan wabak COVID dengan kewujudan varian-varian yang baru. Maka minta kerjasama juga Ahli-ahli Yang Berhormat supaya sama-sama kita mengambil langkah untuk berjaga-jaga dan untuk kali ini, sebelum kita mulakan sesi sebagai makluman juga saya telah pun menerima dua permohonan cuti kuarantin yang satu daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan satu lagi Yang Berhormat Bukit Tengah. Mereka dua ini telah pun mohon untuk cuti kuarantin dan untuk mereka Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah pun dicalonkan PRU Ke-15, saya ucapkan selamat bertanding lah. Nasihat saya juga kerusi yang tetap di sini yang sudah confirm ini peranan anda, tanggungjawab anda juga perlu dilaksanakan sepenuhnya. Ahli-ahli Yang Berhormat pada sesi kali ini kita akan mempertimbangkan sejumlah 67 soalan lisan, 553 soalan bertulis, satu Rang Undang-Undang dan dua usul dan mesyuarat akan bersidang sehingga semua urusan mesyuarat selesai. Sila.
Pembentangan Risalah.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Saya mohon untuk membentangkan di atas meja Dewan Risalah Bilangan 4 Hingga 11 Tahun 2022 seperti yang tersenarai dalam susunan urusan mesyuarat. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, jawapan kepada soalan-soalan bertulis telah diletakkan di atas meja ahli yang bertanya selaras dengan Subperaturan 15(1)(h) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.
Terima kasih. Soalan lisan. Ahli-ahli Yang Berhormat, soalan lisan saya hendak menjemput Yang Berhormat Kebun Bunga.
Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya soalan nombor 1. No. 1. Apakah perkembangan rancangan urban regeneration concept untuk Rumah Pangsa Padang Tembak?
Terima kasih.
Selamat pagi dan salam sejahtera diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kepada Yang Berhormat Jason Ong daripada Kebun Bunga atas soalan beliau iaitu “Apakah perkembangan rancangan urban regeneration ataupun pembaharuan semula untuk rumah pangsa Padang Tembak.” Ini adalah satu soalan yang begitu penting sekali. Yang Berhormat Dato' Speaker, Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang kita telah pun mula proses ini beberapa tahun sudah ia adalah sebahagian daripada agenda Rumah Mampu Milik kita. Di mana kita lihat apabila ada perancangan pembaharuan semula ini kita boleh lihat lebih perumahan yang daya nombor satu dan perumahan lebih unik perumahan untuk senarai kita yang menunggu. So untuk Pulau Pinang di peringkat ini kita ada satu pelan Induk Dato’ Speaker, untuk kedua-dua rumah mampu milik dan juga rumah mampu milik melalui kaedah pembaharuan semula. Di mana kita telah kenal pasti 14 projek yang akan dilaksanakan oleh Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang iaitu dengan komposisi 9 Projek Rumah Mampu Milik yang pertama kita sudah pun selesai dan akan mula tidak lama lagi itu di bahagian Pulau yang kedua di bahagian Seberang juga tidak lama and then untuk pembaharuan semula kita ada lima (5) untuk pembaharuan semula kita sudah pun akan mula dengan satu di bahagian Pulau tidak lama lagi dan kita sedang merancang dengan secepat mungkin untuk satu lagi di Seberang dan Projek URC Padang Tembak adalah salah satu daripada yang disenaraikan untuk kita lihat bagaimana kita boleh buat pembaharuan semula cuma di Padang Tembak ia adalah projek yang terlalu terlama lama oldest housing skim in Penang dan mempunyai terlalu banyak unit banding dengan yang lain, jadi ia mengambil sedikit masa yang lagi tetapi sedang dikaji dan kita harap boleh dibuat. Jadi Dato’ Speaker, kerja-kerja awalan seperti deraf kajian feasibility, bancian penduduk, pengesahan hak milik tanah kita akan mula pada tahun hadapan. Terima kasih.
Terima kasih.
Ada tambahan sedikit untuk Yang Berhormat Dato Keramat. Terima kasih Yang Berhormat Dato Keramat tentang perancangan untuk perumahan rakyat di Padang Tembak. Cuma yang saya tanya ialah memandangkan kerajaan negeri memang ada satu rancangan untuk membina rumah mampu milik IM A, B dan C jadi untuk Padang Tembak sebab tanah itu dimiliki kerajaan jadi saya berpendapat bahawa ini lebih senang untuk kerajaan
melaksanakan dia, kita tidak perlu acquire ambil alih tanah-tanah. Jadi adakah ini satu tempat yang sesuai juga untuk kita merancang untuk IM A, B dan C sebab ramai yang saya terima aduan yang mereka masih tak mampu beli yang terutamanya untuk IM C dan mereka lebih suka yang kalau boleh A dan B bukan mereka tak mahu C cuma pendapatan mereka masih belum sampai ke tahap itu. Terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih.
Terima kasih atas soalan yang begitu penting itu. Baru-baru ini, pada hari minggu saya telahpun melancarkan hari perancangan sedunia di peringkat Pulau Pinang dan salah satu daripada event kita yang kita ada adalah pelancaran projek-projek pembaharuan semula. Ingin saya nyatakan di sini, apakah pembaharuan semula? Saya hendak justification, saya telah nyatakan sudah pun lama tetapi mungkin perlu diperjelaskan sedikit. Apabila kita buat pembaharuan semula apa yang berlaku setiap pemilik unit akan diberi pemilik unit 200 atau pun 300 kaki persegi unit tersebut. Sekarang di Padang Tembak 1 bilik 1 tandas akan diberikan satu unit percuma 750 kaki persegi, 3 bilik 2 tandas. Itulah apa yang kita hendak buat dan itu akan dibuat dan sedang dibuat di beberapa tapak yang lain dan kita akan teruskan usaha itu. Di Padang Tembak isu dia adalah kerana terlalu besar kita lihat perlu dari segi perancangan bagaimana ia boleh berlaku dan kita akan melaksanakannya. Itu komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang. There is no dispute about of that….(dengan izin), Dato’ Speaker, we will continue with urban regeneration. Saya baru balik daripada United Kingdom dan saya lihat satu projek di situ, Dato’ Speaker, King Cross, satu tempat mungkin ramai yang tak mau pergi. 67 ekar, satu tempat yang orang tak mau pergi sudah jadi satu financial hubs di situ. Dengan pelbagai pembinaan, commercial, residential, industrials. Dan kita boleh buat sini juga di Pulau Pinang but we have to plan, perancangannya mesti rapi supaya semua dikawal dan semua diberikan apa mereka perlu tetapi untuk rakyat yang menduduk di situ, kita pastikan dan beri komitmen mereka akan diberi satu unit percuma then kita ada lebih unit untuk mereka yang menunggu di senarai. Itu adalah perancangan dan plan kita. Terima kasih.
Terima kasih. Saya nak jemput Bukit Tambun.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 2. No. 2. Huraikan nilai pelaburan pembuatan diluluskan dan nilai dagangan di Pulau Pinang sejak tahun 2008. (a) Senaraikan kilang-kilang baru dan yang membuat pelaburan semula sejak tahun 2008. (b) Huraikan sumbangan cukai pendapatan dan lebihan dagangan daripada Pulau Pinang kepada Persekutuan. (c) Perincikan peruntukan pembangunan infrastruktur daripada Persekutuan di Pulau Pinang sejak tahun 2008.
Jawapan kepada soalan daripada Bukit Tambun. Nilai pelaburan pembuatan yang diluluskan di Pulau Pinang sejak tahun 2008 sehingga Jun 2022 adalah sebanyak RM191 bilion. Manakala nilai dagangan di Pulau Pinang sejak tahun 2008 sehingga Ogos 2022 adalah sebanyak RM5,721 bilion. Berikut merupakan senarai kilang-kilang baharu dan yang membuat pelaburan semula di Pulau Pinang. Maklumat ini adalah berdasarkan kedudukan pelaburan tertinggi bagi syarikat asing dan tempatan masing-masing pada setiap tahun adalah seperti di Lampiran A yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas selesai sesi soalan lisan. Sumbangan cukai pendapatan daripada Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM141.52 juta, manakala nilai lebihan dagangan pula adalah sebanyak RM822 bilion. Ini masing-masing adalah data dari tahun 2008 hingga 2021 dan dari tahun 2008 hingga Ogos 2022. Perincian maklumat masing-masing adalah seperti di Lampiran B dan Lampiran C yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas selesai sesi soalan lisan. Bagi soalan bahagian (c), berhubung peruntukan pembangunan infrustruktur daripada Persekutuan di Pulau Pinang sejak 2008, peruntukan yang telah diterima daripada Kerajaan Persekutuan bagi projek-projek pernbangunan infrastruktur di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) dan Rancangan Malaysia Kedua belas (RMKe-12) dari tahun 2016 hingga tahun 2022 adalah berjumlah RM29.6 bilion. Perincian dan pecahan mengikut RMK dan kos projek adalah seperti berikut; RMKe-11 daripada tahun 2016 hingga 2020 sebanyak RM16.5 bilion, RMKe-12 daripada tahun 2021 hingga Oktober 2022 sebanyak RM13.1 bilion. Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan tambahan saya. Berdasarkan jawapan yang diberi oleh Pinang Tunggal iaitu nilai pelaburan pembuatan kita ada, sejak 2008 adalah RM191 bilion, nilai dagangan RM5,721 bilion dan lebihan dagangan RM822 bilion. Walau bagaimanapun, peruntukan yang telah diterima oleh kita, oleh Negeri Pulau Pinang pada RMKe-11 hanya RM16.5 bilion dan RMKe-12 sehingga Oktober tahun ini hanya RM13.1 bilion. Dalam figure yang diberi oleh Pinang Tunggal ini jelas menunjukkan berlaku ketidakseimbangan dan ketidakadilan kepada Pulau Pinang. Yang kita sumbangkan ribuan bilion tetapi yang dapat hanya dua digit sahaja iaitu RM29.6 bilion. Oleh yang demikian, apakah tindakan yang boleh kita hentikan ketidakadilan dan juga penganaktirian Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Itu soalan pertama saya. Soalan kedua, apakah projek-projek infrastruktur yang kritikal perlu dilakukan, dilaksanakan segera sekiranya Pakatan Harapan menjadi Kerajaan pada 20 November ini? Sekian.
Sila.
Mungkin Yang Amat Berhormat Ketua Menteri akan dapat menjawab dengan lebih tepat lagi. Cuma saya boleh sebutkan bahawa Kerajaan Negeri memang sentiasa berusaha akan menyenaraikan lebih banyak projek-projek infrastruktur yang patut dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan di negeri ini. Jadi cadangan-cadangan projek itu sentiasa kita kemukakan apabila sampai masanya dan untuk soalan kedua, apa tadi?
Projek kritikal.
Projek kritikal yang kita jalankan termasuklah LRT, lebuhraya…(gangguan).
Akan saya kemukakan nantilah.
Terima kasih. Saya nak jemput Batu Lancang.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya nombor 3. No. 3. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan penggunaan air di Pulau Pinang yang kini melebihi purata negara dan dua kali ganda berbanding Singapura, dikurangkan secara beransur-ansur untuk memastikan keselamatan air (water security) bagi semua warga Pulau Pinang pada masa akan datang?
Terima kasih Dato’ Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Batu Lancang yang telah menanyakan satu soalan yang penting berkaitan dengan penggunaan air di Negeri Pulau Pinang yang di mana penggunaan air per kapita adalah jauh melebihi purata penggunaan air negara dan kalau kita banding dengan negara-negara jiran seperti Singapore pun, penggunaan air di sini adalah dua kali ganda. Jadi sebenarnya Yang Berhormat, macam-macam langkah telah pun dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri dan juga PBA untuk menurunkan kadar penggunaan air per kapita bagi memastikan sekuriti air negeri kita terjamin dan antara usaha-usaha yang akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek adalah dengan mewajibkan pemasangan peranti penjimatan air ataupun water saving devices untuk semua projek pembangunan baru di Pulau Pinang. Pelaksanaan ini telah mendapat persetujuan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 28 November 2017 dan telah pun dilaksanakan. Selain daripada itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara iaitu SPAN juga telah mewajibkan pemasangan peranti jimat air dalam produk pili air dan pancuran mandi di bawah Kaedah 33A dan 33B di dalam Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi Dan Pemasangan Paip) (Pindaan) 2021 sejak 10 Mei 2021.
Kerajaan Negeri melalui PBA juga akan mengambil inisiatif pemeriksaan bersama untuk mengguna dan memasang water saving devices bagi mematuhi piawaian dan spesifikasi yang ditetapkan oleh SPAN. Dengan adanya undang-undang dan kuasa yang diberi oleh Kerajaan Tempatan dan SPAN, PBA telah mencadangkan pemeriksaan bersama untuk projek pembangunan baru secara rawak demi memastikan produk penjimatan air dipasang dan pemeriksaan bersama SPAN buat kali pertama telahpun telah dilakukan pada bulan Ogos 2022 dan akan berterusan di Negeri Pulau Pinang untuk memastikan projek-projek baru mengambil serius keperluan untuk memasang water saving devices ini. Selain itu, Kerajaan Negeri juga melalui PBA giat menjalankan program dan kempen-kempen kesedaran untuk menjimatkan penggunaan air. PBA juga telah mengaktifkan semula program/kempen kesedaran air merangkumi sekolah, kilang, tempat-tempat beribadah dan juga membuat pameran setelah Malaysia memasuki fasa endemik. PBA juga akan melancarkan Program Aqua Save dengan kerjasama Penang Green Council untuk mendapatkan persijilan melalui program ini. Pihak yang layak untuk permohonan persijilan ini adalah sekolah, kilang, pejabat kerajaan, tempat beribadah, hotel, kompleks membeli belah, NGO dan lain-lain lagi. Adalah diharapkan dengan inisiatif dan usaha-usaha ini, penggunaan air di Pulau Pinang dapatlah dikurangkan demi memastikan keselamatan air jangka panjang kita. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Speaker, soalan tambahan.
Sila.
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menaikkan tarif air secara beransur-ansur untuk menggalakkan warga Pulau Pinang menggunakan air dengan lebih cermat? Jikalau ada, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan kebajikan warga Negeri Pulau Pinang terjamin dan kenaikan tarif air tidak mengakibatkan inflasi yang akan membebankan orang ramai?
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya berdasarkan kepada bukti empirical, bukan sahaja dari Negara Malaysia tapi di seluruh dunia. Terdapat direct correlation antara penggunaan air dan juga tarif air yang di mana di tempat-tempat yang tarifnya tinggi maka penggunaannya rendah. Dia sebenarnya sesuatu yang logik dan jelas terbukti. Kalau kita bandingkan penggunaan per kapita air di Negara Malaysia sahaja, negeri-negeri yang mempunyai tarif air yang tinggi, menunjukkan penggunaan air yang mencatatkan penggunaan air yang lebih rendah. Negeri Pulau Pinang mempunyai tarif air yang paling rendah, kita mempunyai penggunaan air yang paling tinggi. Dia sebenarnya directly correlated. Jadi apa yang Yang Berhormat sebut tadi sebenarnya betul, antara cara untuk menurunkan penggunaan air adalah melalui mekanisme tarif, itu adalah hakikat. Namun begitu Yang Berhormat, tidak begitu mudah untuk meningkatkan tarif air. Dia sebenarnya punca kuasa kepada tarif air ini adalah melalui Akta Industri Perkhidmatan Air yang di mana, walaupun boleh dicadangkan daripada pihak Kerajaan Negeri, keputusan dan penetapan tarif air itu sebenarnya adalah tertakluk kepada Kerajaan Persekutuan dan walaupun Kerajaan Negeri boleh mencadangkan satu tarif yang beri kata putus dan tarif air itu boleh diubah oleh Kerajaan Persekutuan.
Jadi sebenarnya itu adalah bidang kuasa SPAN lah dan juga Kerajaan Persekutuan. Namun begitu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sememangnya sangat prihatin mengenai isu air ini malah subsidi yang kita beri kepada rakyat Negeri Pulau Pinang setiap tahun adalah berjumlah sebanyak RM99 juta. Ini adalah jumlah yang sangat besar yang terpaksa ditanggung oleh pihak PBA demi rakyat Negeri Pulau Pinang dan saya berpendapat subsidi inilah sebenarnya adalah bantuan yang paling besar yang Kerajaan Negeri beri kepada rakyat Negeri Pulau Pinang untuk memastikan beban mereka tidak terlalu teruk Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih.
Bagi Ketua Pembangkang.
Soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Speaker. Apa yang kita lihat dari segi penggunaan air, kemungkinan dari segi air yang digunakan oleh pihak kilang ataupun industri yang saya rasa mungkin sebahagian ataupun 25% digunakan oleh industri, apakah langkah yang kita ambil untuk memastikan bahawa industri, kilang-kilang ini tidak menggunakan satu kaedah untuk dia kitar semula ataupun menggunakan semula air? Adakah kita beri syarat yang pasti untuk diikut oleh pihak pemain ataupun pelabur-pelabur kilang-kilang industri ini? Itu satu. Yang kedua, berkaitan penjimatan. Selain dari langkah penjimatan, saya bangkitkan banyak kali berkaitan dengan langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memastikan keselamatan air dan juga kecukupan air untuk rakyat Pulau Pinang dan juga industri-industri di masa hadapan sebab saya amat risau tentang perkara ini sebab kalau kita menghadapi masalah air dan saya nampak kita akan menghadapinya tanpa persediaan yang rapi, saya rasa ia akan memberikan kesan yang buruk kepada Kerajaan Negeri dan juga kepada rakyat Negeri Pulau Pinang, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk soalan Yang Berhormat kedua tadi, berkenaan dengan perangkaan Kerajaan Negeri untuk memastikan keselamatan air ini sebenarnya Kerajaan Negeri melalui PBA telah pun merangka pelan kontigensi yang kita panggil Raw Water Contingency Plan 2030 yang melibatkan kerja-kerja penaiktarafan loji-loji rawatan sedia ada serta pembinaan loji-loji rawatan baru contohnya penaiktarafan tangki sedimen loji rawatan air di Sungai Dua. Projek itu telah pun siap pada tahun ini dan selain daripada itu, kita akan menambah modul di loji rawatan Sungai Dua, modul tambahan itu dalam pembinaan. Selain daripada itu, kita juga merancang untuk membina loji rawatan air di Mengkuang. Selain daripada itu, loji rawatan air di Sungai Muda dan juga di Sungai Perai, semua projek-projek ini dijangka siap menjelang tahun 2028 dan sekiranya siap maka ianya akan menyumbang kepada penambahan kapisiti air mentah sebanyak 569 MLD di Negeri Pulau Pinang dan selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga sedang merancang untuk memaksimumkan kapisiti pelepasan air daripada Empangan Mengkuang seperti mana yang berlaku pada bulan beberapa bulan yang lepas yang di mana apabila berlaku pencemaran di Sungai Muda sekiranya kita dapat pelepasan air daripada Mengkuang Dam yang lebih banyak maka kita boleh elak daripada berlakunya insiden pada hari itu jadi kita sedang merancang untuk meningkatkan kepada 1000 MLD kapisiti pelepasan daripada Empangan Mengkuang. Kapisiti terkini hanyalah 300 MLD dan dalam pembinaan tambahan 300 MLD jadi kita perlu menambah lagi 400 MLD untuk menjadikan 1000.
Dengan pelaksanaan semua projek-projek ini, kita yakin dapat meningkatkan dan juga menjamin keselamatan air dan untuk rakyat Negeri Pulau Pinang tapi kalau kita nak lihat lebih daripada tahun 2030, maka projek-projek seperti Sungai Perak, Raw Water Transfer Scheme, skim pemindahan air dari Sungai Perak itu juga menjadi salah satu punca air yang sangat penting yang telah dikenalpasti oleh Negeri Pulau Pinang yang telah juga berdasarkan kepada kajian oleh Kementerian Air, juga telah mengenalpasti Sungai Perak sebagai punca yang paling sesuai bukan saja untuk Negeri Pulau Pinang tetapi juga untuk Wilayah Perak. Selain daripada itu, Yang Berhormat soalan yang pertama saya tak berapa nak tangkap…industri..saya rasa dari segi industri itu dia punya dia perlu mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan oleh PBT, yang ditetapkan oleh SPAN dan juga telah ditetapkan oleh PBA semasa membina kilang dan juga semasa pengoperasian, terima kasih Yang Berhormat.
Sila Yang Berhormat Pantai Jerejak.
Terima kasih Dato’ Speaker, Yang Berhormat EXCO. Air ini adalah nyawa dan kehidupan, demand untuk penggunaan air di Pulau Pinang ini sebenarnya kita berada dalam keadaan disadvantage sebab kita masih bergantung kepada sumber air daripada negeri jiran dan keadaan itu menyebabkan apa juga perancangan masa depan yang kita buat kalau mengikut acuan dan kerangka sekarang ianya tak ke mana sangat. Saya ingin mengajak supaya kita ada keberanian untuk memikir dan belajar dari sudut good practices (amalan baik) daripada modul beberapa negara, Dubai misalnya non renewal water itu cuma 3% asalnya tanah gurun tetapi mereka ada keberanian sudah tentu capital and energy intensive. Saya faham Singapura dia bercakap tentang closing the water look. Closing the water look, rain water is collected in drain channel tu re....and stop…rain water is treated. Sudah tentu dia guna, dia sampai dia sangat terperinci dia guna 0.2 km per hour tenaga untuk merawat air hujan sehingga boleh guna kalau ianya …affluent dia guna 1 km per hour, kalau salination dia guna sampai 3.0 dia begitu precised sekali…(gangguan)…jadi saya nak cadangkan supaya dalam merangka keperluan tuntutan penggunaan air Kerajaan Negeri harus ada keberanian berfikir dan ada impian tak padan dengan kita berkitar atas politik ini sesekali kita begaduh dengan Kedah, kita merayu Kerajaan Perak kalau ianya merupakan kelemahan dari segi regulation kita harus ada keberanian untuk mengesyorkan Pulau Pinang dah ke depan bab itu, PBA pernah mengesyorkan Sungai Muda itu dijadikan sebagai modul lembangan dawin misalnya kita kena push sampai ke situ sementara saya mendengar jawapan Yang Berhormat Exco tadi, saya masih merasa kita masih berlegar di bawah lingkungan yang sama, yang tak memberikan kita satu advantage atau pun kelebihan jadi syor saya adalah atau pun soalan saya adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk mengambil amalan baik daripada beberapa buah modul negara yang air itu adalah keselamatan, air itu adalah nyawa kalau kita sampai tahap itu, saya nak tanya apakah Kerajaan Negeri ada bersedia untuk berfikir dan bertindak sampai ke situ.
Terima kasih Yang Berhormat Pantai Jerejak atas idea-idea yang sangat bernas dan sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sememangnya terbuka untuk belajar amalan-amalan baik daripada negara-negara lain khususnya negara-negara yang dapat mengurus air dengan begitu baik. Saya rasa negara Singapura adalah satu contoh yang sangat baik dan sebenarnya dalam suatu lawatan yang telah Kerajaan Negeri telah buat pada Singapura di mana kita telah berbincang dengan pihak PUB (Public Utilities Board) dan kita belajar bahawa di Singapura sebenarnya dia mempunyai satu pendekatan holistik berkenaan
dengan air disebabkan dahulu kalau ikut struktur dahulu dia macam kita juga, dia ada banyak agensi-agensi yang berlainan, yang berhubungkait dengan air tetapi hari ini dia telah gabungkan semua agensi supaya bila sebut air ja dia hanya diuruskan oleh satu agensi. Kalau di Negeri Pulau Pinang dan bahkan di negara Malaysia kita mempunyai JPS yang di mana pendekatan air kepada JPS ini, air ini adalah suatu yang menjadi punca banjir contohnya tetapi untuk PBA syarikat pembekal air, air ini adalah satu perkara yang sangat penting, ia adalah aset. Jadi setiap agensi mempunyai pendekatan yang berlainan terhadap air. Tapi di Singapura, macam mana dia boleh buat close look tu dia sebab dengan mengabungkan semua agensi di bawah satu jadi dia melihat water recycle tu daripada jatuhnya air daripada hujan jatuh ke tanah semua dia akan memastikan dapat dikumpul dan dijadikan apa ni tidak dibazir jadi tapi untuk melaksanakan perkara itu Yang Berhormat tidaklah senang, kita mempunyai kekangan-kekangan dari segi struktur undang-undang dan sebagainya dan of course tambahan kepada itu, isu kos ya capital intensif seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat, NRW contohnya kita pun nak kurangkan malah NRW di Negeri Pulau Pinang sudah antara yang paling rendah di negara Malaysia tetapi dalam kebelakangan ini beberapa tahun NRW telah meningkat sedikit masih rendah berbanding dengan negeri-negeri lain tapi jauh lagi tinggi kalau kita nak banding dengan Dubai, Singapura dan lain-lain. Antara masalah yang kita hadapi sebenarnya adalah kos ya untuk mengurangkan NRW kita perlu mempergiatkan pipe replacement dan projek-projek infrastruktur. Namun dengan tarif air yang masih kekal rendah dan dengan kos operasi yang telah naik dalam tahun-tahun kebelakangan ini maka peruntukan untuk membuat projek-projek pipe replacement dan sebagainya sudah berkurang dan oleh itu, malangnya kita nampak NRW kita sudah naik sedikit, jadi itu antara masalah yang kita terpaksa untuk nak jaga Yang Berhormat antara tarif air dan kita juga tak nak membebankan rakyat tetapi pada masa yang sama kita juga memerlukan revenue hasil untuk membuat pelaksanaan projek-projek penaiktarafan, terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Yang Berhormat Machang Bubuk, sila.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 4. No. 4. Selepas mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri kepada dua (2) penggal. (a) Terangkan kewajaran untuk Pulau Pinang melaksanakan Fixed-term DUN. (b) Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi Ketua Menteri untuk menasihatkan TYT Yang Di-Pertua Negeri untuk bubarkan DUN. (c) Apakah implikasi kewangan sekiranya DUN tidak dibubarkan serentak dengan Parlimen Malaysia?
Terima kasih Yang Berhormat Machang Bubuk. Perkara 19 (3) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan seperti berikut: "Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Dewan Undangan hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh persidangan pertamanya dan selepas itu adalah terbubar”. Tempoh maksimum bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) selama lima (5) tahun telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. Seterusnya pelaksanaan fixed-term DUN adalah tertakluk kepada pindaan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.
Untuk soalan kedua, Yang Berhormat Machang Bubuk telah bertanya tentang faktor-faktor yang mempengaruhi YAB Ketua Menteri untuk menasihatkan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri untuk bubarkan DUN, yang ini saya serahkan secara eksklusif untuk YAB Ketua Menteri menjawab.
Kepada soalan ketiga, apakah implikasi kewangan sekiranya DUN tidak dibubarkan serentak dengan Parlimen. Pada masa yang sama, merujuk kepada implikasi kewangan yang terlibat sekiranya DUN tidak dibubarkan serentak bersama Parlimen Malaysia, pihak Suruhanjaya Pilihanraya telah menganggarkan sebanyak RM1.01 bilion diperlukan bagi mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU Ke-15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N66 Bugaya, Sabah contoh dan peruntukan ini meliputi perbelanjaan bagi bayaran emolumen, perkhidmatan dan bekalan, sewaan, pembelian dan kenaan bayaran, penyelenggaran serta bayaran honorarium kepada pegawai dan petugas pilihanraya.
Terima kasih. Silakan.
Soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Maung yang mewakili Y.A.B. Ketua Menteri untuk menjawab soalan ini. Saya rasa cuma nak tanya Kerajaan Negeri kerana kita sudah menghadkan tempoh jawatan Y.A.B. Ketua Menteri kepada dua penggal selagi kita tidak dua penggal itu tidak dinyatakan berapa lama dua (2) penggal itu, adakah sepuluh tahun atau jika berlaku di UK, Liz Truss boleh turun daripada Perdana Menteri dalam masa 65 hari. So itu dua (2) penggal itu selagi kita tidak menghadkan tempoh fixed-term DUN dia juga akan menyebabkan kemungkinan besar kita akan menghalang Y.A.B. Ketua Menteri daripada menjalankan tanggungjawab dia. So saya nak tanya soalan kepada Kerajaan Negeri sama ada kita mengkaji sudah mula untuk mengkaji sebab adalah tidak lengkaplah bagi saya adalah jika Y.A.B. Ketua Menteri itu dihadkan dua (2) penggal tetapi DUN tidak dihadkan juga tempoh waktu untuk persidangan DUN itu, maka ia juga akan menyebabkan krisis perlembagaan bagi saya. Itu pandangan saya, sekian terima kasih.
Dato’ Speaker, balik kepada ia tertakluk kepada pindaan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang itu sendiri, kita boleh ubah butir-butir ini tetapi back balik kepada Dewan ini untuk membuat pindaan perlembagaan.
Sila Yang Berhormat Batu Maung eh Yang Berhormat Batu Uban.
Terima kasih Dato’ Speaker, soalan saya soalan nombor 5. No. 5. Sehingga kini, berapakah rizab atau simpanan terkumpul Kerajaan Negeri?
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhomat Batu Uban menjawab bagi pihak Y.A.B. Ketua Menteri. Adalah menjadi matlamat Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menguruskan kewangan Kerajaan Negeri dengan cekap dan teratur serta mematuhi segala peraturan kewangan yang berkuat kuasa. lanya penting agar segala dasar, program, projek dan aktiviti yang dirancang bagi pembangunan Negeri Pulau Pinang dan kebajikan rakyat Negeri Pulau Pinang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Prestasi Kewangan Negeri Pulau Pinang adalah dalam keadaan stabil dan kukuh dengan rizab terkumpul Kerajaan Negeri sehingga 30 September 2022, berjumlah RM2,004,586,100.95 bilion yang merangkumi wang awam dan Kumpulan Wang Disatukan. Kerajaan Negeri secara berterusan akan mengamalkan dasar penjimatan dan kawalan perbelanjaan mengurus selaras dengan Surat Pekeliling 1 Kerajaan Negeri yang menggariskan beberapa aspek penjimatan, perbelanjaan berhemah dan kawalan dalaman yang perlu dilaksanakan bagi tujuan mengurangkan kos serta mengelakkan pembaziran. Bagi perbelanjaan pembangunan pula, penekanan Kerajaan Negeri supaya perancangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan dibuat mengikut keutamaan dan secara telus telah memberi nilai optimum kepada Kerajaan Negeri.
Silakan
Terima kasih Batu Maung atas penjelasan yang diberikan kita tahu bahawa kita mempunyai rizab terkumpul lebih kurang RM2.0045 billion soalan saya adakah dengan rizab terkumpul yang kita ada sekarang ini kita akan memperbanyakkan lagi program-program untuk kebajikan dan juga kesejahteraan rakyat Pulau Pinang ini? Terima kasih.
Terima kasih Batu Uban, yang ini akan dibentangkan oleh Ketua Menteri dalam bajet yang akan datang.
Saya nak jemput Yang Berhormat Ayer Tawatr, Teluk Ayer Tawar ada? Soalan nombor 6 sila ya sila.
Soalan saya soalan nombor 6 No. 6. Berapakah anggaran jumlah pelaburan masuk dan keluar pada suku pertama dan suku kedua tahun 2022? (a) Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menambah pelaburan baru pada tahun 2022 dan 2023?
Yang Berhormat Teluk Air Tawar, melalui data daripada pihak Lembaga daripada MIDA, jumlah pelaburan masuk projek pembuatan yang diluluskan bagi Negeri Pulau Pinang pada suku pertama tahun 2022 adalah sebanyak RM6.3 bilion dan jumlah pelaburan projek pembuatan yang diluluskan di Negeri pada suku kedua tahun 2022 adalah sebanyak RM1.5 bilion. Menyebabkan jumlahnya pada separuh pertama ialah RM7.9 bilion berbanding tahun 2021 yang mana Kerajaan Negeri merekodkan RM76.2 billion. Namun begitu, Kerajaan Negeri melalui InvestPenang tidak mempunyai maklumat atau data mengenai jumlah pelaburan keluar bagi suku pertama dan kedua tahun 2022 untuk Negeri Pulau Pinang Soalan kedua, Antara perancangan Kerajaan Negeri untuk menambah pelaburan baharu pada tahun 2022 dan pada tahun 2023 adalah termasuk pertama ialah hala tuju dan fokus penarikan projek pelaburan baharu yang strategik ke dalam Negeri fokus dan hala tuju penarikan pelaburan baharu ke dalam negeri ditumpukan kepada projek strategik yang membawa nilai tambahan (value-add) sama ada dalam perkembangan teknologi, kemahiran tenaga kerja tempatan dan perkembangan ekosistem. Nilai tawaran (value proposition)….(dengan izin) industri Pulau Pinang cenderung terhadap projek-projek intensif ilmu (knowledge intensive)….(dengan izin), penyelidikan dan pernbangunan (R&D). Selain itu, Kerajaan Negeri melalui InvestPenang juga mengenal pasti pelaburan teknologi utama dalam sektor ekonomi digital seperti Cloud Computing, Data Centre, (IC) "Integrated Circuits", (Al), Siber Security dan Peralatan Kandungan Digital (Digital Content) bagi mendorong inovasi dan memastikan Pulau Pinang akan berada di barisan hadapan dalam penyediaan teknologi digital yang pesat dan pengembangan ekonomi digital serta bersedia untuk masa hadapan. Ini akan meningkatkan lagi kepelbagaian ekonomi negeri serta mengembangkan sektor ekonomi baharu dan sedia ada yang seterusnya akan mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi dan memperluas hubungan ekonomi domestik. Selain itu, penyumberan tempatan disebut sebagai supply chain eco-system akan diberi tumpuan semasa penarikan pelabur asing ke dalam negeri. inilah adalah sebahagian daripada usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk melengkapkan ekosistem industri dan memupuk kerjasama diantara pelabur asing dengan syarikat tempatan. Pelabur-pelabur asing digalakkan untuk menyumber bahan mentah atau proses pembuatan mereka dari pasaran tempatan dan membantu pembangunan syarikat tempatan secara langsung. Agensi-agensi Kerajaan Negeri juga turut mewujudkan platfom kerjasama seperti penganjuran Supplier Day, Hari Pembekal, hari terbuka dan sebagainya. Kedua adalah Memantapkan pelaksanaan Hand Holding Programme. Pelaksanaan Hand Holding Program oleh Kerajaan Negeri melalui InvestPenang di mana para pelabur baharu yang ingin beroperasi di Pulau Pinang akan diberi perhatian sepenuhnya, sokongan dan kemudahan untuk memudahkan mereka menubuhkan syarikat perniagaan, membina dan menyewa bangunan kilang yang baharu dan memulakan operasi pengilangan. Ini adalah untuk memastikan kesenangan menjalankan perniagaan (ease of doing business) kita akan terus memperbaiki mudah cara bagaimana pelabur-pelabur dapat melabur tanpa isu biro-birokrasi yang melambatkan proses mereka masuk untuk melabur ke Pulau Pinang. Ketiga ialah memperkukuhkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri MIDA misalnya (MDeC) dan Talent Corp MATRIC Kerajaan Negeri bersama agensi pusat yang saya sebutkan di sini sentiasa bekerjasama supaya usaha menarik pelabur dapat ditingkatkan secara kerjasama dua agensi pusat dan negeri. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui InvestPenang juga telah mengadakan pertemuan dengan pihak pentadbiran tertinggi jabatan dan agensi di semua peringkat untuk menyelesaikan isu-isu yang terbit ataupun yang dihadapi oleh pelabur yang berminat untuk ke Pulau Pinang Keempat Promosi pelaburan yang mensasarkan pelabur baharu di luar negara. Untuk tahun 2022, dengan pembukaan semula sempadan negara dan pengurangan kes COVID-19, Kerajaan Negeri melalui InvestPenang telah pun menganjurkan misi pelaburan ke Singapura pada 20 sehingga 22 Oktober 2022 dan sedang merancang untuk menganjurkan misi-misi
pelaburan ke negara Amerika Syarikat, Taiwan dan Eropah pada suku keempat tahun 2022 dan juga pada awal tahun 2023. Misi-misi ini akan diteruskan untuk memastikan negeri Pulau Pinang sentiasa aktif dan kekal dinamik dalam mempromosi pelaburan serta mengadakan pertemuan secara bersemuka dengan pelabur. Seterusnya membangunkan Taman-Taman Perindustrian baharu bertaraf Antarabangsa, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah berusaha mempercepatkan pembangunan taman-taman perindustrian baharu seperti Taman Teknologi Bandar Cassia, Taman Perindustrian Batu Kawan 2 dan Batu Kawan Timur. Taman-taman perindustrian baharu ini akan menambah jumlah kawasan perindustrian seluas 1,800 ekar. Ini bagi menampung jumlah permintaan tanah perindustrian yang tinggi oleh pelabur asing dan tempatan. Para pelabur baharu dijangka boleh memulakan projek pembinaan kilang mereka di Taman Teknologi Bandar Cassia seawal suku pertama tahun 2023. Seterusnya menaiktarafkan bangunan Global Business Services di pejabat sedia dan permohonan pejabat baharu Pulau Pinang selaku atau yang dipanggil Penang Cybercity Manager untuk aktiviti-aktiviti (MSC)…(ganguan)
Batu maung kalau boleh ringkaskan jawapan.
Sikit lagi kita tawarkan global selain daripada perkilangan dan manufactoring kita juga ada global business services contoh macam data centre makmal RND ini disediakan oleh PDC yang terbaru kita ada GBS by the sea yang akan dibangunkan oleh PDC selain yang ada di bangunan Mayang Mall dan selain itu tawaran-tawaran lain ialah 'Penang i4.0 Seed Fund' tabung yang disediakan untuk mengalakkan usahawan Pulau Pinang dari segi reka cipta baru dan membantu untuk membangunkan inisiatif keativiti mereka dan itu saja.
Sungai Dua.
Soalan tambahan, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, saya cuma tertarik dengan jawapan tadi berkaitan dengan pelaburan keluar. Adakah memang terdapat pelabur yang keluar walaupun tak ada maklumat tapi adakah ada pelabur yang keluar dalam tempoh yang dipohon tadi dan apakah alasan kalau ada yang keluar apakah alasan pelabur ini keluar mungkin pindah ke negara lain dan sebagainya? Apakah alasannya adakah kerana kelemahan kita ataupun kekurangan insentif yang diberikan kepada pelabur-pelabur ini
Macam disebutkan tadi terima kasih Yang Berhormat Sungai Dua, kita tak ada data cuma pada tahun 2019 kalau tak silap saya, Syarikat Sony antara yang pelabur yang keluar menutup operasi mereka di Pulau Pinang kecuali yang ada di Bangi atas penstrukturan semula operasi mereka, itu yang terbesar dalam tempoh penggal ini
Soalan tambahan Dato’ Speaker.
Nanti saya bagi sila.
Dato’ Speaker terima kasih, topik pelaburan soalan tambahan saya Yang Berhormat EXCO nak bagi kita mudah faham adalah bagi sepanjang tahun 2022 berapa ketegori fresh-investment berapa pula yang real-investment, berapa pula yang re-investment itu akan bagi kita mudah faham tentang prestasi Pulau Pinang sepanjang tahun 2022 di bawah tajuk pelaburan rujuk kepada 3 kategori itu mohon Yang Berhormat EXCO kemukakan jawapan.
Terima kasih Pantai Jerejak saya akan dapatkan maklumat-maklumat ini dalam penggulungan nanti buat masa ini. Terima kasih atas soalan ini tanya.
Terima kasih Dato’ Speaker, mengenai sektor E&E kita sentiasa pada ketika ini kita dimaklumkan sektor E&E ini menghadapi down trend, adakah benar Batu Maung perkara ini berlaku? Sekiranya perkara ini berlaku apakah tindakan InvestPenang dan juga Kerajaan Negeri untuk mempelbagaikan penarikan pelaburan selain daripada E&E dan ketika adalah perindustrian di Pulau Pinang ini sentiasa menghadapi 2 isu utama iaitu kekurangan tanah dan juga dari segi tenaga mahir. Di Batu Kawan saja saya dimaklumkan kekurangan lebih kurang 10,000 jurutera ataupun juruteknik kanan itu sahaja.
Pertama soalan tentang perkemelesetan untuk sektor E&E yang mana dijangkakan pada tahun 2023. Bagaimanapun maklumat yang kita terima dia tak across the board bukan semua sektor E&E akan mengalami kemelesetan, Kerajaan Negeri masih menerima banyak permohonan-permohonan baru yang diterima untuk masuk ke khususnya sektor E&E dan tadi kita ada kelebihan Pulau Pinang kalau kita lihat sekarang lah kita disebut sebagai silicon valley of the east. Kita ada kelebihan dari segi nombor satu talent bakat kita ada kelebihan dari segi 50 tahun 50 tahun kita punya forty, forty ini kita punya kekuatan kita dalam sektor ENE yang tidak semua negeri, memang ada negeri-negeri jiran cuba dah cuba menghampiri kita atau pun bersaing kepada kita tetapi kelebihan kita ialah semua tahu ini bukanlah sesuatu yang mudah pelaburan syarikat-syarikat 8 samurai itu dia sudah melabur berpuluh billion di negeri ini. Jadi itu kekuatan kita dan seperti disebut baru ini oleh Profesor Danny Khua daripada Lee Kuan Yew School National University of Singapore, Pulau Pinang mempunyai all kelebihan, mempunyai resepi atau pun ingredient yang terbaik di rantau ini. Kalau dahulunya di Amerika Syarikat, Taiwan, China sekarang Pulau Pinang mempunyai kelebihan itu. Jadi kita hendak memaksimakan kelebihan itu jadi dalam keadaan kemelesetan kerajaan negeri sedang melihat untuk memberi fokus seperti yang saya sebutkan tadi tentang RND, ya tentang RND, RND ini juga atau penyelidikan ini juga akan dapat mengeluarkan talent-talent baru dan kekurangan talent ini yang selama ini merupakan kekuatan Pulau Pinang bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang tetapi juga di seluruh rantau asia, Singapura juga kekurangan talent
dan kita juga sebenarnya talent kita khususnya IC Design Engineer kita ini orang kata negeri yang dari segi gaji antara yang terendah di rantau ini. So talent kita ini menjadi rebutan negara-negara yang memerlukan khususnya terdekat Singapura. Jadi untuk menjawab soalan apakah langkah-langkah yang kita akan ambil untuk anticipate tentang penyelesaian ini adalah dengan satu cara ialah melalui penyelidikan dan kedua ialah juga kita juga sungguhpun kekuatan kita ENE tetapi kita juga akan fokus kepada apa yang disebut ENE adalah Semi Con, the Non Semi Con iaitu perubatan, medical devices, ITO, food production pengeluaran makanan yang kita juga akan memberi tumpuan. Terima kasih.
Terima kasih. Saya hendak jemput Yang Berhormat Ahli Kawasan Pulau Tikus.
Terima kasih YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Isu ini amat penting kepada saya, soalan saya soalan nombor 7. Terima kasih. No. 7. Projek Gurney Wharf. (a) Apakah status terkini projek Gurney Wharf? (b) Apakah jangka masa terkini penyiapan fasa-fasa Gurney Wharf?
Terima kasih kepada rakan saya daripada Pulau Tikus terima kasih Dato’ Speaker. Soalan ini begitu penting iaitu berkenaan status projek Gurney Wharf yang sudah pun bermula dan di dalam tahap penyiapan dan ia adalah satu projek untuk permulaan saya hendak nyatakan bersandarkan visi Pulau Pinang untuk menjadi satu negeri hijau. Negeri pintar yang berfokuskan keluarga kerana kita ada dalam projek fasa 1 kita ada saya panggil dia priority 1, keutamaan 1 dan keutamaan 2. Keutamaan 1 adalah satu tempat riadah hijau keseluruhannya yang akan berlaku dan untuk soalan yang ditanya yang tentang status dia untuk priority 1 itu Dato’ Speaker, that is first phase will be ready pada 2023 March for your information Dato’Speaker. Very important for us to carry on with it and we are monitoring it very very seriously kerana ini adalah satu keutamaan kita untuk rakyat Pulau Pinang dan ia akan berlaku dan fasa 2, Dato’ Speaker kita jangka dapat disiapkan pada Oktober 2024 it is going to go on currently lah both but the second phase which is on the north part of the wharf will be the second phase, the second priority we call it now which will be on 2024 but it will be go on currently tapi 2023 saya jemput semua Ahli Dewan Undangan Negeri yang masih ada di sini untuk kita pergi jalan-jalan di situ dengan anak-anak kita. Terima kasih, thank you very much.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Okey terima kasih YB. Ahli Kawasan Datok Keramat. Yang amat penting adalah sesuatu juga kerana ada proposal untuk memasuki dan juga rancangan untuk memindah penjaja-penjaja daripada anjung Gurney ke.. hello? Okay… pada asalnya saya tidak tahu ada perancangan atau pun proposal untuk memindahkan penjaja-penjaja daripada Anjung Gurney ke dalam Wharf adakah itu boleh juga dilihat semula oleh kerana ada juga
kerisauan penguatkuasaan kebersihan kerana projek ini amat baru dan kita ingin menjaga kebersihan tempat itu juga boleh melihat the whole proposal on the overall untuk mendapatkan satu solution yang lebih workable, terima kasih.
Terima kasih Dato’ Speaker dan rakan saya daripada Pulau Tikus. Sememangnya sepertimana yang saya nyatakan ada 2 fasa ataupun priority keutamaan kita yang pertama adalah satu kawasan yang akan disiapkan Mac tahun depan iaitu satu kawasan hijau it is going to be a green park with many facilities. The second priority akan ada satu astaka yang baru yang akan kita tempatkan semula semua mereka yang ada sekarang di astaka di Gurney Drive yang kita tahulah so that will go Dato’ Speaker, a cross to the new priority 2 which will happen dalam tahun 2024. Now for your information Dato’ Speaker daripada bilangan yang kita ada sekarang di astaka yang sedang wujud sekarang kita akan tambah nombor dia Dato’ Speaker untuk membolehkan kita juga menempatkan semula mereka yang sedang menjaja di lain tempat dimana kita ada aduan daripada orang tentang penjaja di bahu jalan dan sebagainya. So we are looking into that and we will finalize the numbers as soon as possible but that in the plan so that is no issue yang sudah pun wujud sememangnya kita akan jaga dan pastikan mereka ditempatkan semula kepada suatu tempat yang baru yang lain yang lebih baik. Itu lah hajat kita untuk kita teruskan dengan projek Gurney Wharf ini so that is very good question and let me assure dan beri commitment sekali lagi daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawasanya kita selalu prihatin kepada semua nasib penjaja-penjaja kita di Negeri Pulau Pinang. Terima kasih.
Terima kasih. YB. Ahli Kawasan Seberang Jaya sila.
YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Masalah rakyat jadi keutamaan, ADUN bersidang bincang masa depan Jangan lupa undi Perikatan, Soalan saya nombor 8. No. 8. Berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan bagi tujuan pembangunan dan penyelenggaraan perumahan awam Pulau Pinang bagi DUN Seberang Jaya, DUN Permatang Pasir dan DUN Penanti setakat 30 September 2022?
Perikatan kalah. Peraturan mesyuarat.
Sila jawab
Di mana mereka gagal, kita boleh dan kita akan terus boleh. If you want to start like that I can also start like that. So soalan nombor 8, kita pergi ke soalan. Berkenaan pembangunan dan penyelenggaraan perumahan awam di bahagian DUN Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti setakat September tahun ini Dato’ Speaker, kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Pakatan Harapan telah sememangnya telah meletakkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan kita from sejak 2008 sehingga 2022 for your information sebanyak RM308.8 juta telah dibelanjakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan di kesemua perumahan awam dan swasta yang layak di Negeri Pulau Pinang. Dato’ Speaker, jumlah peruntukan bagi tujuan pembangunan dan penyelenggaraan perumahan di kawasan DUN Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti adalah daripada jumlah yang saya sebut tadi RM19.57 juta and if I can just mention secara khusus we have many project iaitu melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang kita ada di Seberang Jaya di Jalan Tuna for your information YB. Seberang Jaya, RM2.57 million di Permatang Pasir, Ampang Jajar RM12.2 million and then from MBSP selain daripada Lembaga Perumahan kita ada di Permatang Pasir RM4.78 juta. So itulah jawapan saya sekira ada apa soalan seterusnya. Thank you.
Saya ada soalan tambahan kepada YB. Datok Keramat, saya ucapkan terima kasih atas maklumat yang dikongsikan tetapi saya juga ingin bertanyakan kepada YB. Datok Keramat ada 2 perkara yang saya ingin bangkitkan dalam Dewan ini berkaitan dengan kawasan saya. Yang pertama berkaitan pembangunan semula Taman Siakap redevelopment of Taman Siakap yang ini saya ingat kita pernah bincang dah lama bahkan sebelum COVID-19 lagi perbincangan ini sudah diadakan moving forward saya merasakan projek seperti ini masih lagi perlu diperhalusi dan dirancang oleh Kerajaan Negeri sama ada mendapatkan keseluruhan peruntukan daripada kerajaan negeri ataupun pembiayaan swasta mahupun daripada kerajaan pusat. Kedua ketika saya masih berada dalam kerajaan ada suatu pembangunan semula Medan Selera Lebuh Tenggiri, ini out sikit daripada perumahan lah, Medan Selera Lebuh Tenggiri yang mana peruntukan telah disalurkan yang telah disediakan kepada pihak MBSP cumanya pelaksanaannya tidak dapat dilakukan kerana proses pemindahan sementara tidak dapat dilaksanakan kerana tidak ada kawasan yang sesuai. Sebenarnya kawasan sudah dikenalpasti tetapi saya baru ini berjumpa balik dengan persatuan penduduk atau JMB di Blok J Jalan Tenggiri mereka memaklumkan bahawa mereka tidak bersetuju sebelum ini dengan cadangan MBSP untuk mengalihkan tapak sementara ini tetapi mereka juga ada memohon supaya ada dibuatkan parking di situ jadi saya harap mungkin pihak MBSP mungkin boleh dengan bantuan YB. Datok Keramat, saya sendiri beri komitmen untuk bantu menyakinkan penduduk di situ supaya kita dapat melaksanakan so we kill two bird with one stone dan kita dapat selesaikan masalah medan selera yang tidak dalam keadaan yang kondusif ini.
Terima kasih kepada rakan saya yang nampak lebih segak sekarang loss a lot of weight tetapi yang penting soalan yang ditanya tadi.
Esok hendak jadi pengantin
Soalan yang ditanya begitu penting but it is connected just now with URC but it is connected with this question as well because perumahan I got two thing to say saya ada 2 perkara dengan izin YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri. Now, Taman Siakap sememangnya dalam proses kita merancang di bahagian seberang for your information like I said just now kita ada di sini iaitu di Bayan Baru, Mahsuri yang sudah pun kita RFP kan for the URC YB. Dato’ Speaker, and di bahagian seberang kita ada lagi satu yang sedang dalam proses untuk dimuktamadkan iaitu Kampung Tongkang, kita ada satu lagi projek. Of course in seberang we have your Taman Siakap which is on the list and Tenggiri as well. Now, soalan dia adalah begini ada 2 perkara saya hendak nyatakan yang selalu menjadi satu cabaran kepada kita apabila kita buat proses pembaharuan semula iaitu kerana kekangan dari segi undang-undang dan saya telah pun ada perbincangan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 4 Menteri sudah, saya satu EXCO jumpa 4 Menteri, itu lah masalah kerajaan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional, tukar menteri macam tukar pakaian hari-hari, tidak boleh dan kalau kita hendak pastikan projek-projek sebegini ini rupa jalan kita perlu tukar kerajaan di pusat. You ask the question and I answer it, you want the answer we change the government and then you can come back and talk to me. Wait a minute, wait, sit down, sit down, sit down, when I talking you sit down, sit down, sit down, wait, wait, sit down, I’m talking, you ask a question, I’m answering, sit down, sit down…(gangguan).
Undang-undang
Biar habis dahulu
You tanya soalan, mesti terima jawapan, you understand?
No, I want to hear the undang-undang.
No, hold on…(gangguan)
Undang-undang
Habiskan jawapan dahulu lah.
Listen to Dato’ Speaker lah. Have respect Dato’ Speaker.
Habiskan jawapan dulu nanti.
You ask the question, you received the answer.
No, you have not answer my question?
Wait a minute. Wait a minute.
You are not answer my question?
I’m trying to answer.
Okay, alright. Thank you, thank you.
So, you sit down. I know you very handsome and all. But you seat down first. The next thing I want to say, apart from all this (URC) Pembaharuan Semula Projek yang sedang berjalan bukan sahaja di seberang, tapi juga di pulau. Kita juga telah minta daripada Kerajaan Pusat, dari segi penyelenggaraan perumahan which is all your soalan asas. Soalan asas dia. Kita masih tunggu daripada mereka 158 kerja, RM126.8 juta yang belum kita dapat respond daripada Kerajaan Pusat yang dahulu. That is what I'm trying to say. Mereka sedang lena, mereka sedang tidur, tak buat kerja. Tetapi, kita boleh kalau kita tukar kerajaan di pusat. So, this is my answer very quickly to you compared to what they did or did not do, kita telah belanja Dato’ Speaker, RM308 juta daripada dana-dana kita untuk penyelenggaraan perumahan di Negeri Pulau Pinang.
Terima kasih.
Okey, saya nak minta Air Itam.
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya soalan nombor 9. Maaf Dato’ Speaker, langsung tak ada suara. No. 9. Universiti Sains Malaysia (USM) asalnya dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang. la juga merupakan universiti terbesar di Malaysia dari segi bilangan pelajar. (a) Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai hasrat untuk mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk menukar balik nama USM kepada nama asal memandangkan ia telah dipilih jadi universiti APEX di Malaysia?
Yang Berhormat Perai. Yang Berhormat.
Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk menukar nama Universiti Sains Malaysia (USM). Ini adalah kerana nama USM terkenal bukan sahaja terkenal diperingkat nasional tetapi, juga di peringkat global. Selain itu penubuhan dan nama Universiti Sains Malaysia adalah tertakluk kepada peruntukan dibawah Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971 dibawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Sebarang cadangan yang melibatkan universiti awam hendaklah mematuhi AUKU 1971 dalam guideline ini adalah kuasa Kerajaan Pusat bukan Kerajaan Negeri tukar nama ataupun mana-mana satu berkaitan dengan universiti. Terima kasih.
Terima kasih. Pulau Betong sila. Pulau Betong.
Soalan tambahan.
Pulau Betong.
Soalan saya nombor 10. No. 10. Berikan jumlah baki bilangan Rumah Mampu Milik (RMM) yang belum dibuat serahan di Balik Pulau khususnya di kawasan DUN Pulau Betong. Ini termasuk di K-Park, Flat Rimbun dan lain-lain.
Ingat soalan hilang.
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih rakan saya daripada Pulau Betong atas soalan yang nombor 10, berkenaan baki bilangan RMM ataupun Rumah Mampu Milik yang belum buat serahan di Balik Pulau khususnya di kawasan kita di Pulau Betong termasuk secara khusus dinyatakan K-Park, Flat Rimbun. Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sememangnya kita komited dalam agenda penyediaan rumah mampu milik secukupnya kepada rakyat Pulau Pinang dimana sasaran kita adalah 220,000 unit rumah mampu milik pelbagai jenis daripada Sewa Beli sehingga 270,000 sekarang setelah kita turunkan harga di bahagian Pulau and then 225,000 sekarang setelah kita juga turunkan harga di bahagian Seberang. Daerah Barat Daya, Dato’ Speaker secara amnya dan DUN Pulau Betong telah pun menerima satu (1) projek sewa beli iaitu di K-Park dahulu I think was Taman Idaman Prestige yang mempunyai 612 unit sewa beli daripada keseluruhan ada dua blok 1,175 unit keseluruhan unit Dato’ Speaker. So, 612 we have decided will go by way of frank to own. Sehingga bulan September 2022, sebanyak 820 unit RMM pelbagai kategori masih belum kita serahkan di Daerah Barat Daya dan khususnya bagi Balik Pulau dan DUN Pulau Betong iaitu sebanyak 381 unit yang terdiri daripada 233 unit RMM (A), which is low-cost Dato’ Speaker and 148 unit RMM (C) which is affordable housing Dato’ Speaker, untuk ditawarkan. But the process is on-going. Perincian projek dan baki unit adalah seperti berikut iaitu K-Park or The Idaman Prestij as its goes known, RMM (A) low cost is 232 units. We have one more projects, Seri Bayu Dato’ Speaker 1 unit and for affordable housing RMM (C) we have one projects call Quinton with 148 units which bring us to that 381 unit. Terima kasih.
Terima kasih. Sila Yang Berhormat, soalan yang ke 11.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan Pengkalan Kota, soalan yang ke 11. No. 11. Dasar Pembaharuan Semula Bandar (URC). (a) Apakah status terkini berhubung dengan projek-projek Pembaharuan Semula Bandar oleh Kerajaan Negeri? (b) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperluaskan Skim Pembaharuan Semula Bandar ke mana-mana kawasan perumahan yang lain?
Terima kasih pada Dato’ Speaker dan terima kasih kepada rakan saya daripada Pengkalan Kota atas soalan yang serupa juga berkenaan URC. Tetapi, I think saya perlu jawab kerana soalan rakan saya ni lebih terperinci iaitu hendak lebih maklumat terperinci. So, apakah status terkini of course tentang pembaharuan semula and then adakah kita bercadang untuk memperluaskan skim pembaharuan. I mentioned just now, kita sudah pun ada 14 projek RMM dan juga URC, I will not go in to that. Tetapi, mungkin untuk maklumat semua rakan saya di sini saya hendak nyatakan secara terperincilah.
Dato’ Speaker, at page two tempat-tempat yang kita sudah pun kenal pasti dan sedang bergerak dan melangkah ke hadapan yang pertama seperti mana saya nyatakan di Bayan Baru Mahsuri 5 Point Block. Status dia projek telah bermula, di mana sesi perundingan bersama pemilik petak telah selesai diadakan dan pelantikan perunding telahpun kita laksanakan, dan proses pelantikan pemaju juga telah bermula dan dijangka pentaulian pelantikan pemaju akan selesai suku pertama 23. Yang kedua Dato’ Speaker adalah di Taman Free School iaitu juga di bahagian Pulau, proses Kajian Kebolehlaksanaan Awal dan Bancian Penduduk sedang giat dilaksanakan sekarang. As I said just now I mentioned this just now, sebelum pelantikan konsultan dan pemaju kita susuli dengan. And then we have my friend from Padang Tembak tadi, Kebun Bunga nyatakan tentang Padang Tembak proses Kajian Kebolehlaksanaan Awal dan Bancian Penduduk sedang giat juga dilaksanakan sebelum kita boleh melantik konsultan dan pemaju yang kita akan susuli kemudian. And then on Seberang side Dato’ Speaker, Taman Siakap kita ada di Seberang Perai Tengah iaitu juga sama seperti saya nyatakan proses Kajian Kebolehlaksanaan Awal, Bancian Penduduk sedang juga dilaksanakan sebelum kita susuli dengan pelantikan konsultan dan pemaju. Sama juga dengan Rumah Pangsa Mak Mandin di Seberang Perai Utara, sama status dia Dato’ Speaker iaitu proses Kajian Kebolehlaksanaan Awal dan Bancian Penduduk giat dilaksanakan and then kita akan susuli dengan pelantikan konsultan dan pemaju kemudian. Saya alih kepada soalan juga daripada rakan saya daripada Pengkalan Kota. Di Pulau Pinang, kita mempunyai satu keluasan tanah berjumlah 1,409 km persegi iaitu bersamaan dengan 348,172 ekar dan kita selalu melihat untuk menambah simpanan tanah untuk tujuan pembangunan melalui pelbagai kaedah. Dan ini termasuk kaedah penambakkan tanah. Sebagai satu negeri yang merupakan negeri yang dikelilingi air, kita banding dengan semua negara lain sebegitu rupa cara hadapan adalah melalui penambakkan, itu sahaja. Tak perlu pergi jauh, kita perlu, kita lihat pada Singapura, kita lihat pada Hong Kong. Itu sudah berlaku, dan kita sedang merancang dengan sebaik mana boleh agar ia dibuat tanpa menjejaskan apa-apa pun. Dan itulah apa yang kita hendak buat. Dan ini, adalah satu kaedah untuk kita lihat satu kaedah untuk menempatkan ataupun merumahkan generasi muda kita. We have to look forward, we cannot be living at the present without looking forward in the interest of our future generation and that is what this Penang State Government is doing, when we have such project. Dan saya telahpun menyatakan selain daripada itu, saya telah sebut pada pagi ini pelbagai jenis kaedah lain yang kita ada untuk merumahkan generasi muda kita iaitu dengan URC. Satu blok rumah, lima tingkat kita boleh naikkan kepada 10, 15 tingkat. Setiap orang di situ dapat satu rumah yang lebih besar dengan fasiliti dan kemudahan yang lebih baik. Dan senarai menunggu kita, kita dapat habiskan kerana kita ada unit-unit yang lebih. This is basically what we are trying to do, Dato’ Speaker dan of course soalan sama ada kita hendak memperluaskan skim pembaharuan semula, sememangnya dalam Lembaga Perumahan Negeri itu dalam perancangan. Di peringkat ini, yang lima itu akan bermula dan kita akan lihat tak lama lagi apabila hasil dia kita lihat, saya percaya semua rakyat Pulau Pinang akan hendak pembaharuan semula di skim-skim perumahan mereka. So, itu sahaja Dato’ Speaker. Thank you very much.
Terima kasih. Saya nak jemput Yang Berhormat.
Soalan tambahan. Terima kasih.
Sila.
Yang berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih ke atas jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Datok Keramat dimana dalam aspek pembaharuan semula Bandar ini, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri kerana telah memulakan usaha dan inisiatif. Tetapi apabila kita sebut tentang usaha untuk pembaharuan semula Bandar ini, aspek-aspek misalnya implikasi perundangan yang berkait rapat dengan bangunan ataupun kediaman berstrata ini sering kali menjadi satu aspek yang penting. Jadi soalan saya adalah apakah peranan khususnya Kerajaan Persekutuan yang telah dimainkan bagi membantu untuk menjayakan usaha pembaharuan semula Bandar di Pulau Pinang ini.
Dato’ Speaker, I won't be very long. I think tadi Yang Berhormat Pengkalan Kota mungkin saya Pengkalan Kota tiada. Tetapi saya telah jawab actually kerana saya kata dalam pembaharuan semula kekangan ataupun cabaran terbesar kita adalah undang-undang yang tidak membenarkan. Kalau kita ada satu skim perumahan, saya beri contoh yang mempunyai 100 penduduk just a simple example Dato’ Speaker. Dan sekarang di bawah KETA Management Act, Kanun Tanah Negara beberapa undang-undang yang kita ada, ada yang kita telahpun lihat dan sudahpun lama sekarang like I said sudah empat Menteri saya bincang dengan Menteri mereka selalu bertukar, apa mahu buat. So, so kita kata bahawasanya sekiranya satu orang tidak setuju, maka pembaharuan semula itu tidak boleh berlaku kerana itu bangunan adalah satu bangunan berstrata. Dan kita memerlukan pada peringkat ini persetujuan semua. Tetapi di negara lain, mereka ada undang-undang dimana untuk pembaharuan semula kerana ini bukan brocket sciences, bukan satu perkara baru sudah pun berlaku dimana undang-undang mereka telah pun diubahsuai supaya kalau mereka dapat persetujuan beberapa peratus usually majoriti 70 peratus hingga 80 peratus. Singapura is 70 percent, Hong Kong I think it's about 75 percent. Maka kita boleh teruskan, yang baki yang tak setuju kita ambil pengambil balikan, we do acquisition. I mean this nothing new, but it's something in the hands of the Federal Goverment. Itulah apa yang saya nyatakan Dato’ Speaker. Penting untuk kita teruskan mara kehadapan dengan agenda pembaharuan semula. Tetapi kita perlu satu pembaharuan semula di peringkat pusat supaya ini boleh dilakukan. Betul atau tidak. Itulah jawapan saya kepada Pengkalan Kota. Thank you very much.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat rasanya satu jam 30 minit itu sudah tamat dan untuk soalan lisan yang telah pun selaras dengan Peraturan Mesyuarat dan saya ucap terima kasih kepada mereka, tahniah.
Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undanga Negeri, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletak di atas meja, Ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam Penyata Rasmi.
Terima Kasih. Ketua Pembangkang perlu kempen? Perlu kempen? Senyum saja. Atas permintaan Ketua Pembangkang. Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Perbekalan Untuk Tahun 2023 dan Usul Anggaran Pembangunan untuk Tahun 2023 hanya akan dibentangkan pada 21 November 2022 maka dengan itu saya menangguhkan Dewan dan kita bersidang semula pada 21 November hari Isnin jam 9.30 pagi.
Dewan ditangguhkan pada jam 11.00 pagi